prompt stringlengths 13 209 | completion stringlengths 46 1.46k |
|---|---|
Apa itu UiTM? | UiTM adalah ringkasan untuk Universiti Teknologi MARA. Ia telah melalui perkembangan yang amat pesat sejak mewarnai sektor pengajian tinggi pada tahun 1956. Selain kampus, ia telah mengembangkan sayapnya ke seluruhnegara dengan mempunyai 12 buah kampus negeri (7 daripadanya adalah kampus negeri berautonomi), 6 kampus s... |
Bagaimanakah Universiti membantu bakal-bakal graduan UiTM menambahkan kemahiran mereka supaya dapat bersaing di pasaran? | UiTM sentiasa bekerja ke arah meningkatkan nilai pengajian untuk pelajar-pelajar melalui pelbagai aktiviti dan pengalaman yang berunsur akademik dan bukan akademik di persekitaran kampus. Para pelajar dan warga UiTM digalakkan menganjur serta melibatkan diri dalam pelbagai akitiviti untuk menjana nilai kepimpinan, kero... |
Apakah program-program yang ditawarkan di UiTM? | UiTM menawarkan pelbagai program daripada peringkat asasi ke peringkat pascasiswazah, termasuk kursus-kursus profesional, seperti yang tersenarai di halaman Senarai Program daripada laman sesawang Bahagian Hal Ehwal Akademik. Kursus-kursus yang tersenarai boleh ditawarkan di kampus induk, kampus negeri berautonomi, kam... |
Apakah syarat-syarat kemasukan untuk sesebuah program? | Syarat-syarat kemasukan untuk sesebuah program adalah berbeza. Anda perlu merujuk terus ke laman sesawang Fakulti atau Pusat Akademik yang berkenaan untuk maklumat lanjut. Sila layari laman sesawang utama UiTM untuk ke laman sesawang Fakulti atau Pusat Akademik yang berkenaan melalui menu utama Akademik. |
Bolehkah pemohon Bukan Warganegara atau Penduduk Tetap untuk memohon kemasukan ke UiTM? | TIDAK BOLEH. Permohonan kemasukan ke UiTM terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA dan berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli sahaja. |
Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat tarikh-tarikh penting untuk pengambilan pelajar? | Mohon rujuk Kalendar Pengambilan untuk mendapatkan maklumat tarikh-tarikh penting untuk pengambilan pelajar atau sila layari portal Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM di http://pengambilan.uitm.edu.my/ |
Bagaimana saya ingin memohon melanjutkan pengajian ke UiTM? | Permohonan melalui UPUOnline :-Permohonan kemasukan ke Sesi 1 (OKTOBER) boleh dibuat melalui laman sesawang UPU bagi kemasukan ke Program Pra-Siswazah (program diploma dan setaraf) dan (Program Sarjana Muda dan setaraf). Permohonan melalui UiTM Online :-i) Permohonan Kemasukan ke Sesi 2 (MAC) bagi program Pra-Siswaz... |
Adakah saya boleh menukar program atau kampus pengajian yang ditawarkan? | Tidak dibenarkan. Surat tawaran yang dikeluarkan adalah MUKTAMAD dan tertakluk pada Peraturan Akademik UiTM. |
Bolehkah saya mendaftar tanpa membayar yuran pengajian? | Boleh. Walau bagaimanapun, pembayaran yuran pengajian perlu dijelaskan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada kalendar akademik. |
Adakah saya diberikan kemudahan kolej kediaman? | Sila rujuk surat tawaran. Kemudahan kolej akan diberikan berdasarkan kelayakan asas menduduki kolej. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Kemudahan Kolej UiTM Kampus Cawangan yang berkenaan. |
Bolehkah saya mendaftar selain dari tarikh yang ditetapkan? | Tidak boleh. Sekiranya terdapat hal kecemasan, sila hubungi Pejabat Hal Ehwal Akademik di kampus yang ditawarkan. |
Adakah saya boleh menarik diri daripada UiTM? | Pelajar dibenarkan untuk menarik diri daripada UiTM dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. |
Apakah itu Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN? | WPP ialah bantuan kewangan kepada pelajar kurang berkemampuan yang pertama kali menerima tawaran melanjutkan pengajian ke IPT. |
Bagaimana saya hendak memohon pinjaman PTPTN? | Permohonan pinjaman PTPTN adalah secara dalam talian melalui laman web PTPTN. |
Apakah yang perlu saya buat jika saya/ ibu/ bapa tiada sijil kelahiran atau sijil kelahiran hilang? | Sila rujuk ke cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berdekatan dengan anda. |
Apakah dasar MUET dalam permohonan kemasukan ke UiTM bagi Program Sarjana Muda UiTM? | Calon perlu menduduki Ujian MUET kerana ia merupakan salah satu daripada syarat yang telah diluluskan oleh Senat UiTM untuk melanjutkan pengajian ke program Sarjana Muda UiTM dan dianugerahkan program Sarjana Muda selaras dengan Pekeliling Akademik UiTM Bil. 03 / 2014. |
Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui program pengajian yang dipilih adalah program pengajian yang mempunyai syarat temu duga? | Program pengajian yang ada temu duga boleh dikenal pasti dengan adanya tanda pagar (#) di bahagian akhir nama program. |
Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui program pengajian yang dipilih adalah layak dengan kelayakan yang saya perolehi? | Anda boleh menyemak syarat kelayakan melaluihttps://selangkah.uitm.edu.my/atau membaca syarat kemasukan melaluihttp://online.uitm.edu.my |
Bagaimana untuk saya mendapatkan surat tawaran daripada UiTM? | Anda boleh melihat dan mendapatkan surat tawaran melaluihttp://online.uitm.edu.my |
Bolehkah saya mendaftar jika kelayakan sebenar saya tidak memenuhi syarat kemasukan? | Tidak boleh. Tawaran dengan sendirinya akan terbatal sekiranya kelayakan anda tidak menepati syarat Am Universiti dan juga Syarat Khas Program serta membuat pemalsuan data semasa mengisi borang permohonan. |
Saya telah membeli No. Pin (Unik ID) di Bank Simpanan Nasional (BSN) namun terdapat paparan “Maaf, No. Pin yang dibeli Tidak Sah”? | No Slip BSNPastikan anda telah membeli / mempunyai [ No Slip BSN ] di bawah kategori yang betul. |
Saya telah tersalah membeli Nombor Pin (Unik ID) mengikut kategori yang lain, bolehkah saya membuat pertukaran Nombor Pin (Unik ID) yang Baharu? | Hanya calon yang tersalah membeli Nombor Pin (Unik ID) adi kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) pada hari yang sama sahaja yang boleh membuat pertukaran nombor yang baharu. |
Bilakah Keputusan permohonan akan diumumkan? | Sila rujukhttp://online.uitm.edu.mydari masa ke semasa atau sila hubungi Pihak Bahagian Pengambilan Pelajar.Pertanyaan Mengenai Permohonan : (+603)-5544 3172/3168/3194/3196/3174/3174/3195/3198 |
Kenapa program pengajian yang hendak saya mohon tiada dalam senarai di borang permohonan dalam talian UiTM? | Sila semak Senarai Program sebelum membuat permohonan. SilaKlik di siniuntuk maklumat lanjut. |
Bolehkah saya memohon pengecualian kredit (PC) bagi kursus yang saya telah ambil semasa di program diploma? | Pelajar boleh memohon kepada Kolej Pengajian / Fakulti / Kampus dengan melengkapkan Borang Permohonan PC. Rujuk Peraturan Akademik UiTM Perkara 2.45. |
Bolehkah saya memohon untuk bertukar mod pengajian dari sepenuh masa ke separuh masa kerana telah mendapat pekerjaan? | Pelajar dibenarkan untuk memohon pertukaran mod pengajian dengan syarat ianya mematuhi Peraturan Akademik UiTM. Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Kolej Pengajian / Fakulti / UiTM Cawangan / Pusat Akademik. |
Bagaimana untuk mendapatkan maklumat tentang tarikh pendaftaran, peperiksaan, cuti semester dan lain-lain? | Pelajar boleh mendapatkan maklumat tersebut daripada Kalendar Akademik yang disediakan di i-Student Portal. |
Bagaimana saya hendak mendapatkan maklumat mengenai program pra siswazah UiTM di Media Sosial | Calon pelajar boleh mendapatkan maklumat tersebut di medium media sosial Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM melalui platform berikut :-i) Portal Sembang Langsung (live chat) di aplikasi Tawk.to: https://tawk.to/bppuitmii) Aplikasi Telegram : https://t.me/bppuitmiii) Aplikasi Facebook : bppuitm.officialiv) Aplikasi Tikto... |
Adakah saya akan ditawarkan dengan program pengajian yang tidak dipilih dalam Portal Pengambilan UiTM / UPUOnline? | Anda hanya akan ditawarkan pilihan program yang ada dalam pilihan sahaja. Jika anda tidak berjaya pada ambilan / hebahan pertama, anda perlu mengemukakan permohonan rayuan. |
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan status keputusan permohonan kemasukan ke UiTM? | https://online.uitm.edu.myAnda boleh menyemak status keputusan permohonan secara dalam talian melalui Portal Pengambilan UiTM : https://online.uitm.edu.my |
Saya mempunyai keputusan akademik yang cemerlang, tetapi masih gagal mendapat sebarang tawaran? | Kejayaan anda untuk memperoleh tempat bergantung kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian di UiTM yang dipohon. Jika merit anda tidak begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif, berkemungkinan besar pemohon tidak terpilih untuk ditawarkan program pengajian dalam pilihan mereka. Begitu juga jika ... |
Saya mendapat tawaran pengajian di UiTM, tetapi tidak berminat dengan program atau kampus yang ditawarkan. Bolehkah saya memohon untuk menukar program atau kampus yang lain? | Tawaran adalah muktamad. Pemohon yang telah Berjaya mendapat tawaran ke UiTM tidak dibenarkan untuk memohon sebarang pertukaran program atau kampus yang lain. Ini adalah berdasarkan Peraturan Akademik UiTM |
Bilakah rayuan kemasukan bagi lepasan SPM Setaraf dan STPM Setaraf boleh dibuat? | Permohonan rayuan boleh dibuat pada hari hebahan pertama keputusan diumumkan. Rayuan adalah secara dalam talian melalui pautan e-Rayuan di Portal Pengambilan UiTM : https://online.uitm.edu.my Permohonan rayuan hanya boleh dibuat selepas keputusan permohonan kemasukan diumumkan. Sila dalam rujuk takwim dalam Laman Se... |
Saya telah gagal mendapat sebarang tawaran program pengajian semasa keputusan diumumkan dan berhasrat membuat rayuan namun tiada sebarang pilihan program terpapar dalam pilihan program saya. Mohon penjelasan. | Pilihan program bagi permohonan e-Rayuan hanya dibuka berdasarkan kekosongan tempat serta melepasi Syarat Am dan Syarat Khas Program |
Sekiranya saya menolak tawaran program yang diberikan, bolehkah saya membuat permohonan rayuan? | Rayuan hanya dibenarkan kepada calon yang gagal mendapat sebarang tawaran. Calon yang ditawarkan dalam program (Asasi/Diploma/Ijazah) sama sekali tidak dibenarkan untuk membuat sebarang rayuan. Tawaran adalah muktamad. |
Siapakah yang layak memohon ke program Pra Diploma? | Tidak. Sila mohon semula pada sesi berikutnya. |
Bagaimana calon Pra Diploma boleh menerima bantuan insentif sepanjang tempoh pengajian? | Lepasan SPM, Warganegara Malaysia dan berketurunan Melayu/ Anak Negeri Sabah/ Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli. |
Apakah bentuk bantuan insentif yang diterima? | Calon akan menerima bantuan yuran pengajian percuma, yuran asrama percuma, elaun sara diri serta elaun pengangkutan pergi dan balik sekali sepanjang tempoh pengajian. Walaubagaimanapun, bagi calon bukan kategori B40, yuran pengajian dan yuran kolej perlu dibayar. |
Bagaimanakah cara untuk memohon untuk memasuki program Pra Diploma ini? | Permohonan melalui sistem dalam talian dionline.uitm.edu.my/pra |
Apakah program Pra Diploma yang ditawarkan? | UiTM menawarkan lima (5) program Pra Diploma iaitu Program Pra Diploma Perdagangan, Pra Diploma Sains, Pra Diploma Agroteknologi, Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera) & Pra Diploma Pengajian Islam |
Apakah syarat kelayakan akademik untuk memohon ke program ini? | Boleh rujukhttps://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat |
Adakah pelajar lepasan Pra Diploma akan ditawarkan ke Program Diploma UiTM | Ya, dengan syarat Lulus Naik Taraf (LNT) dengan minimum CGPA 2.00 di peringkat Pra Diploma dan memohon penerapan ke Diploma |
Bagaimana caranya calon ingin memohon program Pra Diploma ini? | Calon boleh melayari laman sesawang Portal Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP) iaitu online.uitm.edu.my |
Pendapatan keluarga bagi permohonan Pra Diploma B40 adalah berdasarkan kelayakan pendapatan gaji kasar atau gaji bersih? | Pendapatan/ Gaji kasar sahaja iaitu gaji pokok yang telah dicampur dengan semua elaun tetap dan lain-lain jenis pendapatan. |
Apakah matapelajaran/subjek yang akan dipelajari oleh pelajar Pra Diploma ini? | Pra Diploma Perdagangan (BA002/ BA003)i.Pengenalan kepada Perakaunanii. Pengantar Pembangunan Insan/ Pengantar Etika Sosialiii. Bahasa Inggeris Pra Diplomaiv. Matematik Intensif Iv. Pengenalan kepada Perniagaanvi. Kemahiran BelajarPra Diploma Sains(AS007/ AS008)i. Bahasa Inggeris Pra Diploma Iii. Kimia untuk Pra Sainsi... |
Berapakah bayaran yuran pengajian ke program Pra Diploma dan adakah kemudahan kolej disediakan? | Bagi pelajar dengan kod program kategori B40, yuran pengajian adalah ditanggung oleh UiTM dan kemudahan kolej disediakan tanpa bayaran. Bagi pelajar dengan kod program kategori bukan B40 yuran pengajian dan caj bayaran kolej adalah tertakluk kepada kadar yang telah ditetapkan oleh UiTM. |
Bagaimana saya akan mendapat tahu keputusan permohonan saya berjaya? | Semakan dibuat melalui laman web www.online.uitm.edu.my. Semua surat tawaran boleh dicetak melalui web tersebut kerana surat tawaran tidak diposkan. Calon juga boleh menghubungi UiTM Cawangan bagi mengetahui keputusan permohonan. SMS juga akan dihantar kepada nombor telefon calon dan ibu bapa berkenaan dengan keputusan... |
Jika saya lulus program pra diploma ini, adakah saya akan menyambung pengajian ke peringkat diploma? | Calon yang Lulus Naik Taraf (LNT) akan diserapkan ke program-program diploma mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Peraturan Akademik UiTM dan syarat-syarat khas kemasukan ke program diploma. Bagi pelajar AS002 & AS003 adalah berstatus LU pada semester 1 dan LNT pada semester 2. |
README.md exists but content is empty.
- Downloads last month
- 6