title
stringlengths
5
65
url
stringlengths
32
65
content
stringlengths
0
19.5k
Sinopsis_Bahagia_Sesudah_Derita
https://karangan.net/bahagia-sesudah-derita/
Cerita dimulakan dengan kisah sepasang suami isteri yang miskin telah berjalan-jalan mengelilingi negeri lalu pergi berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa. Setelah dilihat oleh orang ramai akan pasangan yang memakai pakaian carik itu, mereka telah melemparkan kayu dan batu ke arah pasangan miskin tadi hingga menyebabkan tubuh suami isteri itu bengkak-bengkak dan berdarah. Betara Angkasa Indera Dewa telah mengarahkan mereka mengusir pasangan miskin itu. Hal ini telah menyebabkan pasangan miskin tadi melarikan diri ke dalam hutan. Dalam perjalanan pulang, pasangan itu telah terjumpa tempat orang membuang sampah. Takdir Allah telah menentukan mereka untuk berjumpa dengan sebiji ketupat basi dan buku tebu lalu dimakannya. Pasangan miskin ini mengambil keputusan untuk tidur di sana. Pada hari yang berikutnya, pasangan ini mencuba nasib lagi untuk meminta makanan tetapi masih gagal. Melihat isterinya yang sakit, Si Miskin masuk ke dalam hutan untuk mencari ubat dan pucuk kayu untuk dimakan. Tidak lama selepas itu, isterinya telah hamil tiga bulan dan mengidam hendak makan buah mangga. Si Miskin pergi ke sebuah kedai menjual buah-buahan lalu meminta buah yang telah dibuang daripada peniaga itu. Hal ini telah menyebabkan peniaga-peniaga itu berasa amat kasihan kepadanya lalu memberikan buah, juadah, nasi dan kain. Namun, si isteri menangis lagi kerana dia masih mengidam buah mangga yang ditanam dalam taman raja. Si suami terus berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa untuk menyatakan hasratnya meminta sebiji buah mangga. Setelah mendengar permintaan itu, baginda menyuruh orangnya memberikan setangkai buah mangga kepada Si Miskin itu. Buah mangga itu telah dibawa pulang lalu diberi kepada isterinya. Selang tiga hari, si isteri mengidam lagi hendak makan buah nangka di taman raja. Sekali lagi dia telah berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa untuk menyatakan tujuannya tetapi hanya meminta sehelai daun nangka. Namun begitu, baginda telah memberikan sebiji buah nangka kepada si miskin itu. Kehidupan pasangan ini menjadi senang apabila sering diberi barangan keperluan oleh orang ramai. Pada malam empat belas haribulan, isteri Si Miskin telah melahirkan seorang bayi lelaki lalu dinamakan Marakarma. Pasangan ini akhirnya berpindah ke sebuah pondok. Pada suatu hari, si suami telah menggali tanah untuk mendirikan tiang rumah. Dia telah terjumpa tajau yang mengandungi emas. Emas itu dibawa oleh Si Miskin kepada saudagar di negeri Anta Beranta. Si Miskin hanya mahukan saudagar di negeri Anta Beranta itu memberikannya sepasang kasut, tetapi apabila melihat emas yang terlalu banyak saudagar itu meminta tempoh selama tujuh tahun untuk menunaikan permintaan Si Miskin. Kemudian, Si Miskin pergi berjumpa dengan saudagar lain lalu meminta mereka membelikan tongkat, payung, pedang, otar-otar, keris, pelana kuda dan kain. Si Miskin balik ke rumah lalu mandi. Kemudian dia memangku anaknya itu sambil menyeru jika benar anaknya itu ialah anak dewa, maka dia mahu dibinakan sebuah negeri di dalam hutan itu yang lengkap dengan sebuah kota, istana, menteri, hulubalang dan rakyat. Dengan takdir Allah Taala, jadilah sebuah negeri yang lengkap lalu dia menjadi Maharaja Indera Angkasa di negeri Pura bernama Puspa Sari dan isterinya bernama Tuan Puteri Ratna Dewi. Tidak lama selepas itu. Ratna Dewi telah mengandung lagi lalu melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma. Sambutan kelahiran secara besar- besar telah dilakukan selama empat puluh hari empat puluh malam mengikut adat istiadat istana.
Tema_Bahagia_Sesudah_Derita
https://karangan.net/bahagia-sesudah-derita/
Tema prosa tradisional Bahagia Sesudah Derita ialah ketabahan hidup sepasang suami isteri yang miskin tinggal di negeri Anta Beranta. Mereka menempuh pelbagai dugaan dalam meneruskan kehidupan dengan kesabaran dan kecekalan. Hal ini digambarkan melalui peristiwa pasangan suami isteri yang miskin berusaha untuk mendapatkan makanan daripada penduduk dan Maharaja Indera Dewa. Mereka telah dilemparkan kayu dan batu sehingga menyebabkan kecederaan pada tubuh mereka. Selain itu, ketabahan pasangan ini diuji lagi apabila mereka terpaksa tinggal di kawasan pembuangan sampah dan hanya makan ketupat basi dan buku tebu. Penemuan tajau emas telah mengubah kehidupan pasangan suami isteri yang dahulunya miskin kini menjadi kaya-raya serta mempunyai kerajaan mereka sendiri.
Persoalan_Bahagia_Sesudah_Derita
https://karangan.net/bahagia-sesudah-derita/
Kecekalan hati dalam menghadapai cabaranContoh: Pasangan suami isteri yang miskin telah diketawakan, diusir dan dilemparkan kayu serta batu oleh para pembesar di istana semasa mereka mahu berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa. Sikap memandang hina terhadap orang miskinContoh: Penduduk kampung telah mengusir pasangan miskin semasa mereka mencari rezeki. Persoalan tanggungjawab suami terhadap keluarga.Contoh: Si Miskin berusaha mendapatkan makanan untuk isterinya yang kelaparan sehingga terpaksa masuk ke hutan dan ke tempat pembuangan sampah. Kasih sayang seorang suami terhadap isteriContoh: Si suami sanggup berusaha untuk menunaikan permintaan isterinya yang sedang hamil dengan meminta buah mangga dan nangka daripada Maharaja Indera Dewa walaupun dia mengetahui perkara itu sukar untuk dicapai. Kesetiaan isteri terhadap suami.Contoh: Isteri si miskin sentiasa berada di sisi suaminya pada waktu susah dan senang. Dia sanggup lari ke dalam hutan dan tinggal di kawasan pembuangan sampah bersama-sama dengan suminya. Sikap belas kasihan terhadap golongan miskin.Contoh: Si suami pergi ke pasar untuk meminta buah yang telah buruk dan dibuang oleh peniaga di sana. Namun, atas dasar simpati mereka telah memberikan pelbagai jenis buah, juadah, nasi dan kain kepadanya. Kehebatan kuasa seorang dewa.Contoh: Si miskin telah menyeru sekiranya Marakarma ialah seorang anak dewa, dia mahu didirikan sebuah kota yang lengkap dengan istana serta menteri-menteri, hulubalang dan rakyat. Permintaan itu akhirnya termakbul.
Binaan_Plot_Bahagia_Sesudah_Derita
https://karangan.net/bahagia-sesudah-derita/
PermulaanPasangan suami isteri yang miskin telah mencari rezeki dengan meminta sedekah di negeri Anta Beranta. PerkembanganPasangan ini pergi ke istana Maharaja Indera Dewa. Namun begitu, mereka telah diusir oleh Betara Angkasa Indera Dewa dan dilempar dengan batu serta kayu oleh orang di istana itu hingga menyebabkan badan pasangan itu bengkak dan berdarah. Mereka melarikan diri ke dalam hutan. Pasangan suami isteri itu akhirnya mengambil keputusan untuk tinggal di kawasan pembuangan sampah. Mereka makan ketupat basi dan buku tebu sahaja. KlimaksMaharaja Indera Dewa telah memberi setangkai buah mangga dan sebiji buah nangka kepada Si Miskin itu. Begitu juga dengan peniaga-peniaga yang lain telah banyak memberi barangan keperluan harian kepada pasangan itu. Semasa membina pondok, Si Miskin telah menjumpai tajau berisi emas. Setelah Marakarma lahir, dia telah menyeru kuasa anaknya itu untuk membina kota yang lengkap. Si Miskin telah menjadi raja dan digelar Maharaja Indera Angkasa manakala isterinya Tuan Puteri Ratna Dewi. PeleraianKehidupan pasangan ini amat bahagia dan lahir pula seorang puteri, iaitu Tuan Puteri Nila Kesuma. Baginda telah mengadakan acara keramaian selama empat puluh hari empat puluh malam.
Teknik_Plot_Bahagia_Sesudah_Derita
https://karangan.net/bahagia-sesudah-derita/
Dialog Maka titah baginda,”Apakah yang digemparkan di luar itu?”Maka sembah segala raja-raja,”Ya ,Tuanku Syah Alam,orangmelempari Si Miskin,Tuanku.”Maka titah baginda,”Suruh usir jauh-jauh.” Imbas kembali Adapun akan Si Miskin itu asalnya daripada raja keinderaan kena sampah Betara Guru sebab ia turun ke dunia membawa isterinya tiada memberitahu Betara Guru.Itulah maka demikian rasanya. Monolog Setelah sudah maka diambilnya anaknya itu seraya dipangkunya, demikian katanya, ”Jikalau sungguh engkau anak dewa turun hendak menerangkan muka ayahanda kepada segala alam ini, jadilah negeri di dalam hutan rimba ini lengkap dengan kota paritnya dan istananya serta dengan segala menteri, hulubalang, rakyat, segala raja-raja yang di bawah aku betapa adat segala raja-raja yang besar-besar.” Pemerian Setelah sudah itu ada selang tiga hari antaranya maka isterinya pun menangis pula hendak makan buah nangka yang di dalam taman raja itu pun.
Gaya_Bahasa_Bahagia_Sesudah_Derita
https://karangan.net/bahagia-sesudah-derita/
Bahasa ArabContoh: masyhur; Allah Taala; Wallahualam. Bahasa istanaContoh: baginda; titah; kakanda; patik; berputeralah. Bahasa klasikContoh: hatta; cetera; adapun. Kata gandaContoh: Berdarah-darah dan bengkak-bengkak SimileContoh: …rupa kainnya carik-carik berjurai-jurai seperti ubur-uburlah rupanya. SinkopeContoh: Kehendakmu , Jangan anakku bercerai RepetisiContoh: Maka ada yang memberi buah, ada yang memberi juadah;ada yang memberi nasi,ada yang memberi kain,ada yang memberi buah-buahan. HiperbolaContoh: Ia pun menangis berseru-seru sepanjang jalan dengan sangat laparnya dan dahaga seperti akan matilah rasanya.
Watak_Perwatakan_Bahagia_Sesudah_Derita
https://karangan.net/bahagia-sesudah-derita/
Maharaja Indera Angkasa Seorang yang tabah mengharungi dugaan dalam hidup Dia sanggup meminta sedekah daripada Maharaja Indera Dewa dan penduduk kampung walaupun sering diusir serta dilemparkan dengan batu dan kayu. Seorang yang sayang akan isteriDia sanggup ke istana untuk meminta buah mangga dan nangka dari taman Maharaja Indera Dewa semamsa isterinya mengidam. Seorang yang bijakDia hanya meminta buah yang buruk daripada peniaga hingga menyebabkan peniaga itu belas kasihan kepadanya. Tuan Puteri Ratna Dewi Seorang yang tabah mengharungi dugaanDia sanggup hidup dalam kemiskinan bersama suaminya. Seorang setia akan suaminyaDia sanggup tinggal di dalam hutan dan di kawasan pembuangan sampah bersama- sama dengan suaminya setelah dihalau oleh penduduk kampung. Seorang yang mementingkan diri sendiri Semasa hamil, dia mengidam hendak makan buah mangga dan nangka dalam taman Maharaja Indera Dewa sedangkan perkara itu adalah mustahil dilakukan oleh suaminya. Maharaja Indera Dewa Raja di negeri Anta Beranta. Seorang yang berhati muliaDia mengarahkan orangnya agar memberikan setangkai buah mangga dan sebiji nangka kepada Si miskin. Betara Angkasa Indera Dewa Salah seorang raja di negeri Anta Beranta. Seorang yang tidak berperikemanusiaanBaginda telah menyuruh pembantunya menghalau pasangan miskin semasa meraka ingin berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa.
Latar_Bahagia_Sesudah_Derita
https://karangan.net/bahagia-sesudah-derita/
Nilai_Bahagia_Sesudah_Derita
https://karangan.net/bahagia-sesudah-derita/
Nilai Kasih sayangContoh: Si Miskin sanggup pergi ke istana Maharaja Indera Dewa untuk meminta buah mangga dan buah nangka kerana isterinya mengidam hendak makan buah tersebut. Nilai KegigihanContoh: Pasangan miskin telah pergi ke merata-rata tempat untuk meminta simpati daripada penduduk negeri Anta Beranta. Nilai Baik hatiContoh: Penjaga di pasar telah memberikan buah,juaah,nasi,dan kain kepada Si Miskin. Nilai KetabahanContoh: Si Miskin dan isterinya sabar apabila mereka dihina, diusir, diketawakan, dan dilemparkan dengan batu serta kayu oleh orang ramai. Nilai KetaatanContoh: Isteri Si Miskin taat kepada suaminya apabila sanggup tinggal di dalam hutan dan di kawasan pembuangan sampah. Nilai BerdikariContoh: Si suami masuk ke dalam hutan untuk mencari ubat dan pucuk kayu untuk dimakan setelah mereka dihalau oleh penduduk kampung. Nilai Belas kasihanContoh: Maharaja Indera Dewa berasa kasihan kepada Si Miskin yang meminta buah mangga dan buah nangka di taman istananya. Nilai TanggungjawabContoh: Si Miskin bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal untuk isterinya.
Pengajaran_Bahagia_Sesudah_Derita
https://karangan.net/bahagia-sesudah-derita/
Kita perlulah berusaha dengan gigih untuk mencapai sesuatuContoh peristiwa: Pasangan miskin sanggup pergi ke sekeliling negeri untuk meminta makanan walaupun telah banyak kali diusir oleh penduduk kampung. Kita hendaklah membantu orang yang dalam keadaan susahContoh: Maharaja InderaDewa sangat baik hati dan telah memperkenankan permintaan Si Miskin yang inginkan mempelam dan nangka. Kita hendaklah taat akan suami walaupun hidup dalam kesukaranContoh peristiwa: Isteri Si Miskin sanggup mengikut suaminya tinggal di dalam hutan dan kawasan pembuangan sampah kerana mereka tiada tempat tinggal. Kita haruslah mengamalkan sikap belas kasihan terhadap orang lainContoh peristiwa: Para peniaga di pasar berasa kasihan kepada Si Miskin lalu memberikan bua-buahan, juadah, nasi dan kain. Kita mestilah mempunyai perasaan kasih sayang terhadap isteriContoh peristiwa: Si Miskin amat sayang akan isterinya dan sanggup pergi ke istana dan berjumpa dengan Maharaja Indera dewa untuk meminta buah mangga dan buah nangka yang didamkan oleh isterinya. Kita janganlah memandang hina terhadap orang lainContoh peristiwa: Orang di pasar telah membaling dan memukul Si Miskin dengan kayu kerana dia berpakaian compang-camping.
Contoh_Soalan_Bahagia_Sesudah_Derita
https://karangan.net/bahagia-sesudah-derita/
Apakah dua hajat isteri yang dipenuhi oleh Si Miskin? Dua hajat isteri yang dipenuhi oleh Si Miskin adalah dengan mendapatkan buah mempelam dan buah nangka dari taman raja. Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan prosa? Dua latar masayarakat yang terdapat petikan prosa ialah masyarakat yang mudah berasa simpati terhadap orang lain. Terdapat juga masyrakat miskin yang terpaksa bergantung pada orang lain. Apakah cara-cara yang dapat dilakukan oleh seorang isteri untuk menghargai pengorbanan suaminya? Antara cara yang dapat dilakukan oleh seorang isteri adalah dengan menjaga makan minum suami dan anaknya dengan baik. Selain itu, seorang isteri juga perlu setia dan taat terhadap suaminya. Nilai kasih sayang amat penting dalam kehidupan manusia.Pada pendapat anda, apakah kesan yang akan berlaku sekiranya nilai kasih sayang tidak wujud dalam kalangan masyarakat di negara kita ? – Persengketaan /perselisehan faham mudah berlaku/tercetus– Hilang rasa ingin membantu/menolong orang yang susah– Wujud masyarakat yang mementingkan diri sendiri sahaja– Hilang sikap hormat menghormati antara satu sama lain– Keharmonian hidup bermasyarakat tidak akan wujud– Negara akan menjadi huru-hara dan keamanan sukar diwujudkan– Nasib golongan miskin tidak akan terbela Nyatakan dua perwatakan Si Miskin yang terdapat dalam prosa tersebut. Sebelum menjadi seorang raja, Si Miskin seorang yang bertanggungjawab. Dia juga seorang yang penyayang danpenyabar. Selepas menjadi raja, diaseorang raja yang adil dan pemurah. Dia juga tabah menghadapi ujian dan dugaan. Apakah yang berlaku kepada Si Miskin apabila dia dilempari batu dan kayu oleh orang-orang di pasar? Apabila Si Miskin dilempari batu dan kayu oleh orang di pasar, dia lari dengan tubuhnya bengkak-bengkak berlumuran darah. Si Miskin menangis dan berseru-seru sepanjang jalan kerana sangat lapar dan dahaga seperti akan mati rasanya. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata suruh usir jauh-jauh? Perintah pergi sejauh mungkin. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata diusirnyalah dengan kayu? Dihalau dengan menggunakan kayu. Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam prosa tradisional Bahagia Sesudah Derit. Cabaran kemiskinan untuk menempuh hidupContoh: Si Miskin mencari makanan di dalam sampah yang bertimbuntimbun. Sikap masyarakat yang memandang rendah terhadap golongan miskinContoh: Orang di pasar memandang rendah terhadap Si Miskin dan bertindak membaling batu serta kayu kepadanya. Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam prosa tradisional Bahagia Sesudah Derita. Pemerintah haruslah tidak bersikap zalim kepada rakyat.Contoh: Maharaja Indera Dewa mengusir pasangan suami isteri yang miskin. Pemerintah haruslah berbaikbaik dengan negara jiran.Contoh: Setiap tahun raja bawah taklukan menghantar ufti kepada Maharaja Indera Dewa. “Pemimpin yang adil akan disanjung, pemimpin yang zalim akan disanggah.”Sekiranya anda ialah Maharaja Indera Dewa, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil terhadap penduduk yang melemparkan batu kepada pasangan suami isteri yang miskin itu? – Meminta rakyat menghentikan dengan sertamerta tindakan melemparkan batu kepada pasangan suami isteri yang miskin itu.– Menghukum rakyat yang melemparkan batu kepada pasangan suami isteri yang miskin itu.– Memberikan bantuan perubatan kepada pasangan suami isteri yang tercedera itu.– Memberikan bantuan pakaian dan makanan kepada pasangan suami isteri yang miskin itu. “Seiring dengan kemajuan negara, golongan miskin tegar perlu dibasmikan dengan segera.”Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk membasmi kemiskinan tegar dalam kalangan masyarakat? – Kerajaan memberikan bantuan kebajikan.– Kerajaan menyediakan pakej istimewa untuk pemilikan rumah kos rendah.– Kerajaan menawarkan latihan kemahiran serta keusahawanan kepada mereka yang dikategorikan sebagai miskin tegar.– Kerajaan memberikan subsidi makanan seperti beras kepada golongan miskin tegar.
Latar_Masa_Bahagia_Sesudah_Derita
https://karangan.net/bahagia-sesudah-derita/
Tiga bulanPeristiwa: Selepas makan buku tebu dan ketupat, Isteri Si Miskin mengandung. Empat puluh hari empat puluh malamPeristiwa: Majlis meraikan kelahiran Tuan Puteri Nila Kesuma. Waktu petangPeristiwa: Si Miskin berada di tempat pembuangan sampah. Waktu malamPeristiwa: Si Miskin dan isterinya tidur di hutan setelah dihalau penduduk kampung.
Latar_Tempat_Bahagia_Sesudah_Derita
https://karangan.net/bahagia-sesudah-derita/
Negeri Anta BerantaPeristiwa: Si Miskin meminta sedekah dan mencari rezeki. Negeri Puspa SariPeristiwa: Negeri yang asalnya hutan rimba dan telah diperintah oleh Si Miskin dengan gelaran Maharaja Indera Angkasa. HutanPeristiwa: Si Miskin dan isterinya tidur di hutan setelah dihalau penduduk kampung. PasarPeristiwa: Tempat Si Miskin dan Isterinya dihina dan dilempar kayu. Tempat pembuangan sampahPeristiwa: Si Miskin menemukan ketupat dan buku tebu.
Latar_Masyarakat_Bahagia_Sesudah_Derita
https://karangan.net/bahagia-sesudah-derita/
Masyarakat yang memandang hina terhadap orang miskinContoh: Penduduk kampung dan orang-orang istana telah melemparkan kayu dan batu kepada pasangan miskin semasa mereka meminta simpati orang ramai. Masyarakat yang mengamalkan sikap kasih sayangContoh: Si miskin sanggup pergi ke istana Maharaja Indera Dewa semata-mata untuk menunaikan permintaan isterinya yang mengidam hendak makan buah mangga dan buah nangka. Masyarakat yang setia terhadap pasanganContoh: Isteri Si Miskin sanggup mengikut suaminya ke mana-mana sahaja termasuklah tidur di dalam hutan dan di kawasan pembuangan sampah. Masyarakat yang percaya akan kuasa saktiContoh: Si Miskin telah menyeru kekuasaan anaknya agar menjadikan sebuah negeri yang lengkap dengan kota, istana, menteri, hulubalang dan rakyat. Masyarakat yang suka berhiburContoh: Setelah Tuan Puteri Nila Kesemua dilahirkan, Maharaja Indera Angkasa telah mengadakan majlis keramaian selama empat puluh hari empat puluh malam. Masyarakat yang berani menhadapi sebarang kemungkinan.Contoh: Si miskin berani menghadapi dengan Maharaja Indera Dewa untuk meminta buah mempelam dan buah nangka yang terdapat di taman baginda walaupun sebelum ini baginda pernah mengusirnya apabila dia masuk ke istana untuk mendapatkan makanan. Masyarakat yang bersyukur terhadap anugerah yang dikurniakan oleh Tuhan.Contoh: Si Miskin bersyukur kerana dikurniakan seorang putera yang diberi nama Marakarma dan seorang puteri yang diberi nama Puteri Nila Kesuma.
Tema_Berbuat_Istana_Zaman_Dahulu
https://karangan.net/berbuat-istana-zaman-dahulu/
Berbuat Istana Zaman Dahulu bertemakan sindiran terhadap pemerintah yang mengutamakan kepentingan diri untuk kegemilangan peribadi sehingga sanggup mengorbankan nyawa rakyat bagi memenuhi kehendak dan cita-cita.
Maksud_Berbuat_Istana_Zaman_Dahulu
https://karangan.net/berbuat-istana-zaman-dahulu/
Persoalan_Berbuat_Istana_Zaman_Dahulu
https://karangan.net/berbuat-istana-zaman-dahulu/
Persoalan kesetiaan rakyat tanpa berbelah bahagi kepada pemerintah.Rakyat amat taat kepada perintah raja. Mereka melakukan apa sahaja perintah yang diarahkan oleh raja. Persoalan kerajinan / kegigihan dalam menyiapkan sesuatu pekerjaanRakyat gigih membina istana sehingga selesai Persoalan keunikan seni ukiran dan seni bina Melayu. Binaan istana pada zaman dahulu menggunakan tenaga manusia. Binaanya kukuh dan bermutu tinggi serta dihiasi dengan ukiran menarik. Persoalan kerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Rakyat bekerjasama melaksanakan perintah raja untuk membina istana Persoalan fungsi istanaIstana bukan sahaja sekadar menjadi kediaman rasmi raja malah menjadi tempat pemerintah mengadakan pelbagai aktitiviti dan pertemuan para pembesar dan tetamu.
Bentuk_dan_Ciri-ciri_Seloka_Berbuat_Istana_Zaman_Dahulu
https://karangan.net/berbuat-istana-zaman-dahulu/
Gaya_Bahasa_dan_Keindahan_Bunyi
https://karangan.net/berbuat-istana-zaman-dahulu/
Nilai_Berbuat_Istana_Zaman_Dahulu
https://karangan.net/berbuat-istana-zaman-dahulu/
Pengajaran_Berbuat_Istana_Zaman_Dahulu
https://karangan.net/berbuat-istana-zaman-dahulu/
Latar_masyarakat_Berbuat_Istana_Zaman_Dahulu
https://karangan.net/berbuat-istana-zaman-dahulu/
Nilai_ketaatan_dan_kesetiaan
https://karangan.net/berbuat-istana-zaman-dahulu/
Orang Besar Berempat telah menurut perintah raja dengan membina dan menyiapkan sebuah istana agam yang dikelilingi parit dan tembok.
Nilai_kegigihan_kerajinan
https://karangan.net/berbuat-istana-zaman-dahulu/
Empat puluh empat tukang dan utas yang pakar telah bekerja dengan gigih untuk menyiapkan istana dalam tempoh tujuh bulan.
Nilai_kerjasama
https://karangan.net/berbuat-istana-zaman-dahulu/
Orang Besar Berempat, Pawang dan tukang istana yang pakar itu sanggup bekerjasama bekerja siang dan malam untuk mengilhamkan seni bina dan seni ukir pada istana dengan menggunakan unsur alam dalam tempoh tujuh bulan.
Nilai_tanggungjawab
https://karangan.net/berbuat-istana-zaman-dahulu/
Raja seorang yang bertanggungjawab kerana telah menyediakan sebuah istana agam untuk permaisuri kesayangannya
Tema_Burung_Terbang_Dipipiskan_Lada
https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/
Tema prosa tradisional “Burung Terbang Dipipiskan Lada” ialah kebijaksanaan seorang raja dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam kalangan pembesar negeri. Tun Perak menyuruh orang lelaki dari Kelang membawa isteri dan anak-anak mereka supaya mereka berperang dengan bermati-matian untuk mengalahkan Siam.
Persoalan_Burung_Terbang_Dipipiskan_Lada
https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/
Kebijaksanaan menggunakan strategi dan akal fikiran untuk menyelesaikan masalah.Peristiwa: Sultan Muzaffar menggunakan strategi mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu untuk mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja. Perpecahan dalam kalangan pembesar akan mengancam kedaulatan negara.Peristiwa: Perbalahan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menyebabkan orang Melayu berpecah dua dan Melaka dalam keadaan bahaya. Kepentingan ilmu dalam kehidupan.Peristiwa: Tun Sidi Arab memiliki ilmu yang tinggi hingga boleh membunuh Cau Pandan di Siam hanya dengan menggunakan panahnya dari Melaka. Keberanian dalam menghadapi cabaran.Peristiwa: Tun Perak tidak takut apabila dipanggil sultan setelah orang Kelang menuduhnya menganiaya sultan sebaliknya beliau berani memberi jawapan yang baik hingga sultan melantiknya sebagai perdana menteri. Taat setia kepada pemimpin dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian negara.Peristiwa: Rakyat Melaka setia dan memberikan daulat kepada sultan Muzaffar hingga menjadikan Melaka sebuah negeri yang kuat dan maju. Bersiap siaga dengan ancaman musuhPeristiwa: Paduka Raja sentiasa bersiap sedia dengan strategi awal yang bijak untuk mengalahkan askar Siam.
Watak_dan_Perwatakan
https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/
Tun Perak Bijaksana: mengarahkan lelaki Kelang membawa anak isteri ketika menentang Siam Baik hati: menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan sultan sebelum Tun Kudu berkahwin semula. Berani: memimpin askar Melaka menentang askar Siam yang hendak menyerang Melaka. Berpengaruh: beliau mempunyai pengikut yang menyokongnya ketika bersengketa dengan Seri Nara diraja. Sultan Muzaffar Syah Sultan Muzaffar Syah memerintah Melaka selama 42 tahun. Tidak terburu-buru dalam bertindak.Baginda tidak menghukum Tun Perak setelah Tun Perak difitnah sebaliknya memanggil Tun Perak untuk menceritakan keadaan yang sebenarnya. mementingkan keharmonian MelakaBaginda berusaha mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja untuk memakmurkan Melaka. prihatinSultan Muzaffar Syah meraikan askarnya yang menang dengan pemberian hadiah pakaian persalinan. bijaksanaBaginda mendamaikan pembesarnya dengan mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu. Raja yang menghargai rakyat.Sultan Muzaffar Syah memberi anugerah dan pujian kepada Tun Sidi Arab yang telah membunuh Cau Pandan. Seri Nara Diraja Sultan Mansur Syah
Latar_Burung_Terbang_Dipipiskan_Lada
https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/
Plot_Burung_Terbang_Dipipiskan_Lada
https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/
Gaya_Bahasa_Burung_Terbang_Dipipiskan_Lada
https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/
(a) Bahasa Arab. Contoh: idah; ditalak; keramat. (b) Bahasa istana. Contoh: baginda; titah; tuanku; mangkat. (c) Bahasa Melayu klasik. Contoh: terpermanai lagi; kemakanan matanya. (d) Hiperbola. Contoh: Tun Hamzah namanya, asalnya daripada Muntah Lembu; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pada zaman itu. (e) Penggunaan lagu. Contoh: Cau Pandan anak Bubunnya, Hendak menyerang ke Melaka; Ada cincin berisi bunga, Bunga berladung si air mata. (f) Repetisi. Contoh: Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu. (g) Simile. Contoh: seperti dewal orang berzikir; dadanya seperti kena panah.
Nilai_Burung_Terbang_Dipipiskan_Lada
https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/
Nilai kebijaksanaanContohnya, Tun Perak bijaksana dalam menghadapi ancaman Siam ke atas negeri Melaka. Beliau mengarahkan semua pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar. Tindakan beliau ini telahmenakutkan dan menggerunkan tentera Siam sehingga menyebabkan mereka kembali ke Siam semula. Nilai baik hatiContohnya, Sultan Muzaffar Syah bersikap baik hati dengan menganugerahkan persalinan kepada Tun Perak dan tenteranya selepas mereka berjaya mengusir tentera Siam. Nilai berilmu pengetahuanContohnya, Tuan Sidi Arab mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi sehingga mampu membunuh Cau Pandan yang ingin menyerang Melaka dengan hanya menghalakan panahnya ke Siam. Nilai bersatu paduContohnya, Seri Nara Diraja yang bersepakat dengan Bendahara Paduka Raja telah menjadikan rakyat Melaka bersatu padu dan terus kukuh untuk berhadapan dengan ancaman Siam. Semua lelaki Kelang berkumpul dan bersatu untuk menentang askar Siam. Nilai keikhlasanContohnya, Seri Nara Diraja sepakat menyokong Paduka Raja dengan ikhlas untuk menjadi bendahara supaya rakyat Melaka bersatu padu dan kuat. Nilai keberanianContohnya, Tun Perak bersama-sama dengan tentera Melaka berani menentang tentera Siam yang dipimpin oleh Awi Cakri dan Awi Dicu sehingga kedua-dua gerombolan tentera musuh dapat dikalahkan. Nilai pengorbananContohnya, Sultan Muzaffar Syah sanggup berkorban, iaitu baginda menceraikan isterinya, Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja demi kebaikan negeri Melaka.
Pengajaran_Burung_Terbang_Dipipiskan_Lada
https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/
Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh negara. Contoh: Tun Perak dan tentera-tenteranya berani menentang tentera Siam. Kita perlu bijak menggunakan strategi untuk menyelesaikan masalah.Contoh: Sultan Muzaffar Syah bijaksana dalam menyelesaikan konflik antara Seri Nara Diraja dengan Padka Raja. Tindakan baginda mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu, iaitu saudara Tun Perak telah berjaya menyelesaikan perbalahan antara dua pembesar dan membawa kepada keharmonian negeri Melaka. Kita hendaklah ikhlas semasa melakukan sesuatu tindakan. Contoh: Seri Nara Diraja ikhlas menyokong pelantikan Paduka Raja sebgai Bendahara Melaka. Kita sepatutnya sanggup berkorban untuk memperoleh kebaikan.Contoh: Sultan Muzaffar sanggup berkorban dengan menceraikan isterinya, Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tindakan tersebut dilakukan supaya Seri Nara Diraja berbaik-baik dengan Tun Perak. Kita haruslah bersatu padu untuk menikmati kehidupan yang harmoni.Contoh: Seri Nara Diraja dan Bendahara Paduka Raja hidup bermuafakat dengan bersatu padu sehingga membolehkan Melaka menghadapi ancaman Siam. Kita hendaklah menggunakan ilmu pengetahuan untuk melakukan tindakan yang betul dan tepat.Contoh: Tuan Sidi Arab menggunakan ilmu pengetahuannya yang tinggi untuk membunuh Cau Pandan yang ingin menyerang Melaka dari jauh demi memastikan keamanan Melaka tidak tergugat. Kita mestilah menghargai jasa dan usaha yang telah dilakukan oleh orang lain kepada kita.Contoh: Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang menang peperangan dengan sepasang persalinan.
Sinopsis_Burung_Terbang_Dipipiskan_Lada
https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/
Kedengaran ke benua Siam bahawa negeri Melaka sebuah negeri yang besar dan tidak ditakluki oleh mana-mana empayar. Raja Siam, iaitu Paduka Bubunnya pun menyuruh utusan ke Melaka untuk meminta surat sembah. Sultan Melaka, iaitu Sultan Muzaffar Syah tidak mahu menyembah raja Siam. Raja Siam berasa amat marah lalu memerintahkan hulubalangnya, iaitu Awi Cakri untuk menyerang Melaka. Apabila Sultan Muzaffir Syah mendengar berita tentang rancangan serangan Siam itu, baginda pun menghimpunkan rakyat Melaka dari segenap pelusuk negeri. Sehubungan dengan itu, semua rakyat lelaki dibawa berhimpun di Melaka. Bagaimanapun, Tun Perak telah menghimpunkan orang lelaki dari Kelang bersama-sama dengan isteri dan anak – anak mereka. Tujuannya adalah untuk memastikan mereka berperang dengan sungguh-sungguh demi isteri dan anak-anak mereka. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian Sultan Melaka. Selepas Melaka menang ke atas Siam, Tun Perak diperintahkan agar menetap di Melaka dan dilantik sebagai bentara. Kemudian, ada seorang orang Kelang mengadu kepada Sultan Melaka bahawa Tun Perak telah menganiayai dirinya. Sultan Melaka pun memerintahkan Tun Perak supaya menghadap baginda. Tun Perak menyatakan bahawa dia tahu akan tanggungjawabnya untuk menjaga negeri Melaka. Tun Perak mahu dia dipecat lebih dahulu sekiranya dia ingin dicerca disebabkan orang yang mengadu hal tersebut. Kata-kata Tun Perak itu memikat hati Sultan Melaka. Tun Perak dilantik sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja. Tun Perak duduk setara dengan Seri Nara Diraja di seri balai. Sementara itu, orang Melayu pun terbahagi kepada dua kumpulan. Sebahagiannya mengikut Paduka Raja dan sebahagian lagi mengikut Seri Nara Diraja. Kedua- dua pembesar ini tidak bermuafakat dan sering berselisih faham. Sultan Melaka berasa dukacita kerana sikap kedua- dua pembesar itu akan membinasakan negeri Melaka. Baginda bercadang untuk mendamaikan Tun Perak dengan Seri Nara Diraja. Oleh hal yang demikian, Seri Nara Diraja telah dikahwinkan dengan Tun Kudu, iaitu anak Bendahara Seri Wak Raja yang bersaudara pula dengan Paduka Raja. Tun Kudu ialah isteri Sultan Melaka tetapi telah diceraikan oleh baginda. Tun Kudu dipelihara oleh Paduka Raja. Segala perbelanjaannya ditanggung oleh Sultan Melaka. Setelah Seri Nara Diraja berkahwin dengan Tun Kudu, Seri Nara Diraja telah berbaik-baik dengan Paduka Raja. Malah Seri Nara Diraja memberikan sokongannya terhadap Paduka Raja untuk dilantik sebagai bendahara. Kebijaksanaan Bendahara Paduka Raja setara dengan Patih Aria Gajah Mada di Majapahit dan Orang Kaya Kanayan di Pasai. Seri Nara Diraja pula menjadi penghulu bendahari di Melaka. Setelah beberapa lama kemudian, orang Siam, iaitu di bawah panglima Awi Dicu mahu menyerang Melaka lagi. Sultan Melaka memerintahkan Bendahara Paduka Raja agar bersiap sedia untuk menentang orang Siam. Seri Bija Diraja turut diperintahkan membantu Bendahara Paduka Raja untuk mengusir orang Siam yang telah menghampiri Batu Pahat. Bendahara Paduka Raja telah memerintah Tun Umar supaya menaiki perahu untuk memeriksa perahu Siam. Tun Umar yang berani itu telah melanggar beberapa buah perahu Siam sehingga mereka kalah. Tindakan Tun Umar membuatkan orang Siam berasa sungguh hairan. Setelah hari malam, Bendahara Paduka Raja mengarahkan agar pohon-pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar. Tindakan tersebut telah dilihat oleh orang Siam. Hulubalangnya berpendapat bahawa kelengkapan Melaka sungguh banyak. Dengan itu, orang Siam menjadi takut dan tidak jadi berperang lalu kembali ke Siam. Di Melaka, Sultan Muzaffar Syah telah meraikan tenteranya dengan memberikan persalinan yang mulia- mulia. Sebaliknya di Siam pula, Paduka Bubunnya berasa terlalu marah. Lantas baginda sendiri ingin menyerang Melaka. Sebaliknya, Cau Pandan, iatu anak Paduka Bubunnya mahu dia diperlengkapkan untuk mengalahkan Melaka. Paduka Bubunnya berasa sangat gembira dan mengarahkan anaknya itu diperlengkapkan dengan Pra Kelong lapan ratus sum dan perahu-perahu kecil yang tidak terbilang banyaknya. Khabar tentang tentera Siam yang dipimpin oleh Cau Pandan akan menyerang telah kedengaran di Melaka. Namun begitu, Tuan Sidi Arab yang menetap di Melaka dan pandai bermain panah lasykar telah menghalakan panahnya ke benua Siam sambil melaungkan kata-kata bahawa Cau Pandan akan mati. Sultan Muzaffar Syah mengatakan bahawa Tuan Sidi Arab itu benar-benar warak sekiranya Cau Pandan betul-betul mati. Walau bagaimanapun, berita kegagalan serangan Siam itu sampai ke pengetahuan Paduka Bubunnya, raja Siam itu amat marah dan diri sendiri membuat keputusan untuk menyerang Melaka tetapi anaknya Cau Pandan menawarkan diri untuk menyerang Melaka. Raja Siam bersetuju lalu menggunakan lapan ratus buah kapal perang besar dan banyak kapal perang kecil di bawah pimpinan Pra Kelong untuk membantu Cau Pandan menyerang Melaka. Apabila berita rancangan Siam untuk menyerang Melaka itu diketahui oleh sultan Melaka, Sidi Arab yang mempunyai kesaktian ilmu memanahnya telah memanah Cau Pandan yang berada di Siam. Akhirnya Cau Pandan yang belum sempat menyerang Melaka itu telah terkena panahan tersebut di dada, telah muntah darah lalu mati. Kesaktian Sidi Arab itu amat dihargai sultan dan diberi ganjaran yang setimpalnya. Setelah empat puluh dua tahun Sultan Muzaffir Syah memerintah Melaka, akhirnya baginda mangkat dan digantikan oleh anaknya Raja Abdullah gelaran Sultan Mansur Syah. Ketika menaiki takhta, Sultan Mansur Syah berusia 27 tahun. Baginda beristerikan anak Seri Nara Diraja iaitu Tun Putih Nur Pualam. Baginda seorang raja yang kacak, adil, dan murah hati yang tiada tolok bandingnya pada masa itu.
Contoh_Soalan_Burung_Terbang_Dipipiskan_Lada
https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/
Pada pendapat anda, wajar atau tidak tindakan Tun Perak mengarahkan orang-orangnya membawa anak isteri bersama-sama untuk berperang? Wajar: Tidak wajar:
Latar_Tempat
https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/
Latar_Masa
https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/
Latar_Masyarakat
https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/
Binaan_Plot
https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/
(a) Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secara kronologi. (b) Pengenalan – Raja Siam memerintahkan Melaka agar menghantar surat sembah. Namun begitu, Sultan Melaka tidak mahu memberikan surat sembah tersebut. Oleh itu, Raja Siam, iaitu Paduka Bubunnya memerintahkan tenteranya di bawah pimpinan Awi Cakri supaya menyerang Melaka. Sultan Melaka mengarahkan rakyatnya dikumpulkan untuk menghadapi ancaman tentera Siam. Tun Perak mengumpulkan semua lelaki dari Kelang bersama-sama dengan isteri dan anak masing-masing. Akhirnya, Siam berjaya dikalahkan di Muar. (c) Perkembangan – Tun Perak diperintahkan oleh Sultan Melaka supaya menetap di Melaka dan dijadikan bentara. Kebijaksanaan dan kata-kata Tun Perak sewaktu menyelesaikan dakwaan bahawa dia membuat aniaya telah membuatkan Sultan Muzaffar Syah menaikkan pangkat beliau sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja. (d) Perumitan – Seri Nara Diraja dan Paduka Raja tidak sefahaman. Orang Melayu terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu sebahagian menjadi pengikut Seri Nara Diraja dan sebahagiannya pengikut Paduka Raja. Sultan Muzaffar Syah bimbang jika perbalahan antara pembesar itu akan memudaratkan negeri Melaka. Sultan Muzaffar Syah telah mengahwinkan Tun Kudu, iaitu saudara kepada Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja untuk menyatukan mereka berdua. Paduka Raja pula dijadikan bendahara. (e)  Klimaks – Raja Siam menghantar tenteranya di bawah pimpinan Awi Dicu untuk menyerang Melaka. Sultan Muzaffar Syah mengarahkan Bendahara Paduka Raja dengan dibantu oleh Seri Bija Diraja untuk mengusir tentera Siam. Kebijaksanaan Bendahara Paduka Raja yang mengarahkan semua pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar menyebabkan tentera Siam tersalah anggap dan kembali ke Siam kerana ketakutan. Selepas itu, anakanda Raja Siam, iaitu Cau Pandan diperlengkapkan untuk menyerang Melaka. Berita Siam ingin menyerang Melaka telah diketahui oleh Raja Melaka. Tuan Sidi Arab yang mempunyai ilmu pengetahuam yang tinggi telah menghalakan panahnya ke benua Siam untuk membunuh Cau Pandan. Cau Pandan berasa dadanya seperti dipanah dan muntah darah lalu mati. (f)  Peleraian – Sultan Muzaffar Syah mangkat selepas memerintah Melaka selama 42 tahun. Takhta Melaka digantikan oleh Raja Abdullah, iaitu anakanda Sultan Muzaffar Syah dengan gelaran Sultan Mansur Syah.
Teknik_Plot
https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/
Cara_Semakan_keputusan_SPM_2022_secara_online
https://karangan.net/cara-semak-keputusan-spm-pmr/
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 akan diumumkan pada 16 June 2022. Murid dan Ibu bapa dapat menyemak keputusan SPM 2021 bermula 16 Jun 2022 tepat jam 10:00 pagi hingga 24 Jun 2022 jam 6:00 petang. Calon Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2021 boleh membuat semakan keputusan peperiksaan secara atas talian di portal atau menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS). Pelajar juga boleh dapatkan keputusan peperiksaan SPM dari sekolah masing-masing. Cara semakan keputusan SPM: Slip Keputusan SPM tahun 2021Check SPM result 2021: My Result SPM 2021 Slip keputusan boleh dimuat turun melalui laman web secara dalam talian di pautan. Semakan lain: Semakan SPM dan SPMU
Semak_Slip_Keputusan_Peperiksaan_Pelajar_tahun_2022
https://karangan.net/cara-semak-keputusan-spm-pmr/
Sistem ini memudahkan ibu bapa untuk semak Keputusan Peperiksaan Pelajar bagi anak mereka. Keputusan dan markah peperiksaan akan diumumkan oleh pihak kementerian Pendidikan Malaysia. ● Semakan keputusan peperiksaan secara online Cara Semak Keputusan Peperiksaan Pelajar
Cara_memohon_Salinan_Keputusan_SPM_dll
https://karangan.net/cara-semak-keputusan-spm-pmr/
Sekiranya sijil peperiksaan anda telah hilang, anda boleh memohon salinan keputusan peperiksaan di Lembaga Peperiksaan atau secara atas talian. Permohonan Salinan Keputusan dan terjemahan secara atas talian telah dibuka bermula 1 Februari 2021. Salinan sijil yang baru boleh didapat bagi peperiksaan peringkat SPM, PMR dan lain-lain peperiksaan (STAM, SPMU, SVM, MPV, MPAV, MCE, SRP, LCE). Anda juga boleh memohon salinan keputusan terjemahan. Setakat ini, pemohonan sijil bagi peperiksaan UPSR dan PT3 belum dibuka lagi. ● Perkhidmatan Salinan Keputusan SPM / PMR Semak keputusan SPM yang lama secara online belumdibuka lagi. Tetapi anda boleh memohon salinan keputusan dekat laman webLembaga Peperiksaan. Tempoh pengeluaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut:1) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 – satu (1) jam. 2) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 – tujuh (7) hari bekerja. 3) Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 – satu (1) jam. 4) Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 – tujuh (7) hari bekerja. 5) Lain-lain peperiksaan (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SPVM, SVM, MCE, SPDM, SRP, LCE, MPAV, DLL) – tujuh (7) hari bekerja. Setiap permohonan salinan keputusan, bayaran proses sebanyak RM30.00 dikenakan. Sekiranya memilih kaedah penghantaran dengan Pos Laju, tambahan RM10 dikenakan.
Kaedah_Semakan_Keputusan_SPM_dengan_perkhidmatan_SMS
https://karangan.net/cara-semak-keputusan-spm-pmr/
Semakan Ringkasan Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2021) bermula pada 16 Jun 2022, 10.00 pagi sehingga 22 Jun 2022, 6.00 petang. Cara Semakan SMS: menaip SPM<jarak>No KP<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888.Contoh: SPM 021001105620 WB001A001 Pastikan No.KP dan Angka Giliran seperti yang didaftarkan dalam peperiksaan. Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan trafik semakan yang tinggi. Perkhidmatan ini tersedia bagi Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk, XOX & Unifi. Caj Penghantaran RM0.15. Caj Penerimaan adalah RM0.20. Sekira anda menghadapi masalah mengenai mySMS. Sila E-mel pertanyaan mySMS kepada [email protected]
Penyemakan_Semula_Keputusan_SPM_2021
https://karangan.net/cara-semak-keputusan-spm-pmr/
Selain itu, rayuan untuk semakan semula keputusan SPM boleh dimohon dalam masa 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM 2021 iaitu dari 16 Jun 2022 hingga 15 Julai 2022. Calon peperiksaan SPM tahun 2021 yang tidak berpuas hati dengan keputusan mereka boleh membuat permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan. Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan dikenakan bayaran RM100.00 bagi setiap mata pelajaran yang dimohon. Calon boleh mengemukakan permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan secara dalam talian sepenuhnya di https://elp.moe.gov.my dengan memilih menu semak semula. ● Permohonan Semak Semula Calon peperiksaan SPM tahun 2021 yang hadir dan menduduki peperiksaan tetapi mendapat keputusan peperiksaan “T”, boleh membuat permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan Kes “T”. Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan Kes “T” TIDAK DIKENAKAN BAYARAN. SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) merupakan peperiksaan semasa di Tingkatan 5. Ini merupakanpeperiksaan terakhir dalam pendidikan menengah di Malaysia. SPM juga merupakan syarat sebagai pelajar menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti di Malaysia. Selepas pembelajaran atau peperiksaan SPM, pelajar boleh mengambil ujian STPM, Matrikulasi, kursus asas universiti atau A-level (kursus luar negara).
Sinopsis_Cerpen_Banjir_di_Mata_Emak
https://karangan.net/cerpen-banjir-di-mata-emak/
Cerita berkisar pada watak “saya” yang hendak menelefon temannya tetapi tersalah tekan nombor telefon rumah Mak Piah. Mak Piah menyangka orang yang membuat panggilan telefon itu ialah anaknya, Nana. Mak Piah memberitahu “Nana” (saya) bahawa dia tidak ada bekalan makanan disebabkan banjir yang melanda kampungnya sudah sampai ke paras dada. Mak Piah berterima kasih kepada “Nana” (saya) kerana menelefon untuk bertanya khabar tentang dirinya. Malangnya, abang Nana yang duduk dekat tidak menjenguk Mak Piah langsung walaupun banjir sedang melanda kampung emaknya itu. Belum sempat “saya” hendak memberitahu Mak Piah tentang dirinya yang sebenar, talian telefon sudah terputus. Hujan sudah turun empat hari empat malam tanpa henti. “Saya” cuba menelefon Mak Piah sekali lagi tetapi panggilannya tidak dijawab. “Saya” bimbang akan keadaan Mak Piah. Banjir pada kali ini telah meragut dua nyawa. Mengikut cerita Mak Piah tadi, bekalan makanannya sudah habis. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan banjir. Mak Piah tidak mahu pergi ke pusat pemindahan. “Saya” tertanya-tanya sebab Mak Piah tidak mahu berpindah. Anak lelakinya sudah tiga bulan tidak menelefon untuk bertanya khabar, apatah pulang untuk menjenguknya. “Saya” berasa sangat cemas apabila memikirkan perkara yang mungkin berlaku kepada Mak Piah. “Saya”mendail nombor telefon Mak Piah sekali lagi. Mak Piah menjawab pangilan “saya”. Mak Piah meminta “saya” yang disangkakannya Nana agar tidak bimbang tentangnya. Mak Piah sempat berpesan kepada “saya”agar menjaga anak dan suaminya baik-baik. “Saya” ingin bertemu dengan Mak Piah supaya “saya” dapat melepaskan rindu terhadapnya yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta. Mak Piah merindui anak-anaknya. “Saya” merindui emaknya. “Saya” menemukan alamat Mak Piah di dalam buku panduan telefon. “Saya” pergi ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan. Mak Piah menyambut kedatangan “saya” dengan ceria. Kerja “saya” menjadi senang kerana Mak Piah sangat peramah. Mak Piah memberitahu “saya” bahawa Nubhan, abang Nana takut akan isterinya, manakala Nana pulak takut akan suaminya. “Saya” bertanya kepada Mak Piah tentang sebab dia tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan. Mak Piah menyatakan bahawa dia tidak mahu mengganggu mereka di tempat pemindahan itu kerana keadaannya yang kerap membuang air kecil sehinggakan kadang-kadang tidak sempat ke bilik air. “Saya” berjanji akan menemani Mak Piah selagi banjir tidak surut. Mak Piah memeluk “saya” selepas mendengar kata-kata “saya” itu. “Saya” mengajak Mak Piah makan. Mak Piah bertanya sama ada Nana yang masak dan menyuruh “saya” menghantar makanan itu. “Saya” mengangguk sambil tersenyum. “Saya” terpaksa berbohong dan menanggung dosa hanya kerana hendak melihat Mak Piah berasa bahagia. Selepas makan “saya” menolong Mak Piah mencuci dan menyimpan barang-barang makanan yang “saya bawa ke dalam peti sejuk. “Saya” memohon izin untuk pulang dan berjanji untuk mengunjungi Mak Piah lagi. Mak Piah meminta “saya” menyampaikan salam kepada anaknya, Nana. Sekembalinya ke rumah, “saya” diserang demam selama lima hari. Setelah sihat, “saya” pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. Apabila “saya” sampai di pekarangan rumah Mak Piah, orang ramai sedang berkumpul. Mak Piah telah meninggal dunia kerana tergelincir jatuh dan kepalanya cedera semasa hendak membersihkan rumahnya selepas banjir. Nana dan Nubhan berasa kesal. Kata Nana, dua hari sebelumnya, Mak Piah bercerita kepada jiran-jiran bahawa Nana telah mengirimkan makanan kepadanya semasa banjir. Mak Piah berasa sangat gembira. Nana menyatakan bahawa dia bukan sahaja tidak pernah mengirimkan apaapa kepada emaknya malahan dia tidak pernah menelefon emaknya kerana emaknya mengalami masalah pendengaran. Nana mengakui betapa mulia hati emaknya kerana sanggup berbohong kepada masyarakat untuk menjaga maruah dan namanya. Nana berasa sangat menyesal atas perbuatannya terhadap emaknya selama ini.
Tema_Cerpen_Banjir_di_Mata_Emak
https://karangan.net/cerpen-banjir-di-mata-emak/
Tema cerpenBanjir di Mata Emak ialah kehilangan sesuatu yang bermakna telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan seseorang. Perkara tersebut mengundang rindu yang berpanjangan. Mak Piah sangat merindui anak-anaknya yang telah beberapa bulan tidak menghubunginya apatah lagi untuk pulang menjenguknya. Keengganan anak-anaknya pulang menjenguknya merupakan suatu kehilangan bagi dirinya yang mendambakan kasih sayang dan perhatian. “Saya” pula mendambakan kasih sayang daripada seorang emak. Emak “saya” telah kembali kepada Yang Maha Pencipta. “Saya” amat rindu akan emaknya. Pertemuan “saya” dengan Mak Piah menambah kerinduan terhadap emaknya. Nasib yang menimpa Mak Piah meraih simpati “saya” untuk mendekati Mak Piah. Kehadiran Mak Piah membuka peluang untuk “saya” melepaskan rindu terhadap emaknya.
Persoalan_Cerpen_Banjir_di_Mata_Emak
https://karangan.net/cerpen-banjir-di-mata-emak/
Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian daripada anak-anakPeristiwa: Mak Piah terpaksa hidup keseorangan kerana anak-anak jarang-jarang menjenguknya. Kehilangan kasih sayang akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jiwa seseorangPeristiwa: “Saya” dilamun rindu yang sangat hebat kerana telah kehilangan ibu untuk selama-lamanya. Kasih ibu tidak berbelah bagiPeristiwa: Walaupun Nana sudah lama tidak menjenguk emaknya, Mak Piah tetap memuji Nana di hadapan jiran-jirannya. Menyesal kemudian tiada gunanyaPeristiwa: Penyesalan Nana dan abangnya, Nubhan sudah terlambat. Emak mereka telah pergi meninggalkan mereka untuk selamalamanya. Anak-anak yang tidak bertanggungjawabPeristiwa: Nana dan Nubhan ialah anak-anak yang tidak bertanggungjawab. Mereka membiarkan pasangan masing-masing mempengaruhi mereka untuk tidak mengambil berat terhadap ibu mereka. Mereka lebih mementingkan keluarga mereka dan mengabaikan ibu mereka sendiri. Perasaan simpati yang wujud dalam diri seseorang.Peristiwa: “Saya” sangat simpati terhadap keadaan Mak Piah lalu bersungguh-sungguh mencari rumah Mak Piah dan berjanji untuk menemani Mak Piah sehingga banjir surut. Sikap prihatin terhadap orang lainPeristiwa: ‘Saya’ menghukurkan bantuan makanan kepada Mak Piah yg terkepung oleh banjir. Isu anak yang bersikap kacang lupakan kulitPeristiwa: Hana telah melupakan ibunya di kampung yg sedang terkepung dengan banjir.
Binaan_Plot_Cerpen_Banjir_di_Mata_Emak
https://karangan.net/cerpen-banjir-di-mata-emak/
Permulaan Cerpen Banjir di Mata Emak mengisahkan “Saya” yang hendak menelefon temannya, tetapi tersalah tekan nombor telefon rumah Mak Piah. Mak Piah mengadu kepada “saya” yang disangkakan anak perempuannya, Nana, bahawa orang menjual ikan dan mamak menjual roti sudah tidak masuk ke kampung. Hal ini berlaku demikian kerana air banjir sudah naik ke paras dada. Malangnya, abang Nana yang duduk dekat tidak menjenguk Mak Piah langsung walaupun banjir sedang melanda kampung emaknya itu. Mak Piah berterima kasih kepada “Nana” (saya) kerana menelefon untuk bertanya khabar tentang dirinya. Tanpa sempat “saya” memberikan penjelasan tentang dirinya yang sebenar, Mak Piah sudah memutuskan talian telefon. Perkembangan “Saya” mendail nombor telefon Makkepada Piah tetapi tidak berjawab. “Saya” bimbang akan keselamatan Mak Piah. Hal ini berlaku demikian kerana Mak Piah tinggal seorang diri dalam keadaan banjir. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir. Akhirnya, Mak Piah menjawab panggilan telefon “saya”, tetapi hanya sekejap. “Saya” tidak sempat hendak berbicara lebih panjang. Hati “saya” mula resah apabila memikirkan Mak Piah. “Saya” ingin bertemu dengan Mak Piah supaya “saya” dapat melepaskan rindu terhadap ibunya yang telah meninggal dunia. Mak Piah merindui anak-anaknya. Manakala hal ini telah menambahkan rasa rindu kepada ibunya yang sudah meninggal dunia. “Saya” memperoleh alamat rumah Mak Piah dalam buku panduan telefon. “Saya” pergi ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan. Mak Piah menyambut kedatangan “saya” dengan gembira. “Saya” mengajak Mak Piah makan. Mak Piah bertanya sama ada Nana yang memasak makanan itu dan menyuruh “saya” menghantar makanan tersebut. “Saya” mengangguk sambil tersenyum. “Saya” terpaksa berbohong di hadapan Mak Piah bahawa makanan yang dibawanya itu merupakan kiriman daripada anak perempuannya, Nana. Klimaks “Saya”diserang demam panas selama lima hari. Setelah sihat,“Saya” pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. “Saya” berasa hairan apabila melihat orang ramai membanjiri pekarangan rumah Mak Piah. Belum pun sempat “saya” melangkah masuk ke rumah Mak Piah, usungan jenazah dibawa keluar. Saya mengiringi jenazah Mak Piah hingga ke tanah perkuburan. Peleraian Anak-anak Mak Piah, Nana dan Nubhan berasa sangat sedih atas kematian Mak Piah. Mereka menyesal kerana tidak pulang menjenguk emak mereka semasa banjir. Emak mereka tergelincir jatuh dan kepalanya cedera semasa hendak membersihkan rumahnya selepas banjir. Setelah tubuh Mak Piah kaku, barulah jenazahnya ditemui jirannya.
Teknik_Plot_Cerpen_Banjir_di_Mata_Emak
https://karangan.net/cerpen-banjir-di-mata-emak/
DialogContoh: “Orang jual ikan dah tiga hari tak datang. Mamak jual roti pun tak boleh masuk kampung. Mak tak ada makanan. Banjir dah sampaii ke paras dada …” PemerianContoh: Suara tua yang tadinya berbicara tanpa memberi saya walau sedikit kesempatan untuk menerangkan bahawa saya bukanlah Nana, kembali menujah-nujah telinga. Saya capai telefon, mencari di menu panggilan keluar. Saya tekan butang panggilan ke nombor itu sekali lagi. SaspensPada permulaan cerita, pembaca tertanya-tanya pemilik suara tua yang sedang bercakap dengan watak “saya” melalui telefon.Contoh: Dia memanggil saya dengan nama yang tidak tercatat pada kad pengenalan, tidak juga nama timangan sejak dilahirkan. Siapakah empunya suara tua yang rusuh di hujung talian sana? Seperti saya yang terburu-buru mendail nombor rumah teman yang baru diberikan pagi tadi, suara tua itu juga pantas mengatur kata, selaju jejari saya salah menekan nombor rumahnya. Selepas menyampaikan kisah yang sesetengahnya tidak saya fahami, suara tua itu menamatkan pengisahan dengan penghargaan dan pesanan.
Watak_Perwatakan_Cerpen_Banjir_di_Mata_Emak
https://karangan.net/cerpen-banjir-di-mata-emak/
“Saya” Seorang yang penyayang‘Saya’ melayan Mak Piah yang baru dikenalinya dengan penuh kasih sayang. Seorang yang Prihatin dan Peka‘Saya’ mengambil berat terhadap masalah kekurangan bahan makanan di rumah Mak Piah yang dilanda banjir. Mak Piah Seorang yang bersangka baikMak Piah sentiasa menyebut kebaikan anaknya Nana walaupun pada hakikatnya Nana mengabaikannya. Nana
Latar_Cerpen_Banjir_di_Mata_Emak
https://karangan.net/cerpen-banjir-di-mata-emak/
Gaya_Bahasa_Cerpen_Banjir_di_Mata_Emak
https://karangan.net/cerpen-banjir-di-mata-emak/
Ayat pendekContoh: “Dah tu, macam mana?” Bahasa ArabContoh: Ya Allah; zuhur; assalamualaikum; alhamdulillah; insya-Allah. MetaforaContoh: lembah kepiluan; bungkusan takdir; lautan fikir. SimileContoh: Ataukah agaknya dia bimbangkan bil telefon “anak” ini akan menjadi seperti harga ikan di pasar kami? PersonifikasiContoh: banjir kali ini menelan dua nyawa; getar suaranya menggegarkan perasaan. PeribahasaContoh: isi hati. SinkopeContoh: Tak apa Mak Piah, selagi banjir tak surut, insya-Allah, saya akan temankan Mak Piah. Repetisi. Contohnya, Saya yakin sungguh. Benar-benar yakin!
Nilai_Cerpen_Banjir_di_Mata_Emak
https://karangan.net/cerpen-banjir-di-mata-emak/
Nilai SimpatiContoh: “Saya” berasa simpati dengan keadaan Mak Piah yang tinggal keseorangan serta keadaan Mak Piah yang terlalu merindui anak-anaknya. Nilai Baik hatiContoh: “Saya” membawa bekalan makanan untuk Mak Piah yang telah terputus bekalan makanan akibat kejadian banjir. Nilai KeprihatinanContoh: “Saya” sanggup mengharungi banjir untuk melihat keadaan hidup Mak Piah yang tinggal seorang diri. Nilai Kasih sayangContoh: Walaupun anak-anak Mak Piah tidak mengambil berat tentang kehidupannya di kampung, Mak Piah masih mengingati dan menyayangi anak-anaknya.
Pengajaran_Cerpen_Banjir_di_Mata_Emak
https://karangan.net/cerpen-banjir-di-mata-emak/
Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap ibu bapa kita. Kita mestilah menghargai kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Kita hendaklah mengamalkan sikap perikemanusiaan dan tolong-menolong sesama manusia. Kita hendaklah sikap baik hati dengan membantu golongan warga emas. Kita hendaklah bersimpati kepada golongan yang susah. Kita hendaklah menjaga nama baik seseorang, terutamanya nama baik ahli keluarga sendiri. Kita mestilah berpendirian tegas dalam hal-hal tertentu terutamanya tentang hak terhadap ibu bapa kita.
Soalan_Cerpen_Banjir_di_Mata_Emak
https://karangan.net/cerpen-banjir-di-mata-emak/
Siapakah“Saya” dalam cerpen tersebut? “Saya” adalah seorang insan yang amat bersimpati dengan nasib Mak Piah.“Saya” mengenali Mak Piah tanpa sengaja apabila tersalah mendail nombor telefon rumah rakannya. Nyatakan dua perwatakan watak utama yang terdapat dalam cerpen ini. – Seorang yang prihatin.– Seorang yang menepati janji. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita perlu menghormati kedua-dua ibu bapa kita? – Sentiasa menziarahi mereka dan bertanya khabar– Melengkapi keperluan fizikal seperti makanan, minuman dan memantau masalah kesihatan mereka. Apakah persoalan yang terdapat dalam cerpen ‘Banjir di Mata Emak’? Kemuliaan hati seorang ibu yang sangat menyayangi anak-anaknya. Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen tersebut. – Masyarakat kampung.– Masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Pada pendapat anda, apakah cara yang boleh kita lakukan untuk menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa kita? – Sentiasa meluangkan waktu untuk menziarahi mereka.– Memastikan keperluan mereka mencukupi. Mengapakah Mak Piah begitu selesa berbual dengan ‘saya’ di telefon? Kerana Mak Piah menyangkakan bahawa anak perempuannya yang sedang menelefon bertanya khabarnya.
Latar_Masa_Cerpen_Banjir_di_Mata_Emak
https://karangan.net/cerpen-banjir-di-mata-emak/
Empat hari empat malamContoh: Hujan turun selama empat hari empat malam. Ketika banjirContoh: Mak Piah tiada bekalan makanan kerana banjir yang melanda kampung Mak Piah sudah sampai ke paras dada. Lima hariContoh: Watak “saya” demam selama lima hari. Selepas banjirContoh: Mak Piah jatuh tergelincir dan kepalanya cedera ketika membersihkan rumah selepas kejadian banjir. Mak Piah meninggal dunia selepas kejadian banjir melanda kampungnya. Waktu pagiContoh: Watak “saya” mendapatkan nombor telefon rumah temannya, iaitu Ameera pada waktu pagi.
Latar_Tempat_Cerpen_Banjir_di_Mata_Emak
https://karangan.net/cerpen-banjir-di-mata-emak/
KampungContoh: Tempat tinggal “saya” dan Mak Piah serta tempat berlakunya kejadian banjir. Rumah “saya”Contoh: Tempat “saya” membuat panggilan telefon ke rumah Mak Piah. Rumah Mak PiahContoh: Tempat “saya” menemui Mak Piah yang tinggal keseorangan. Tanah perkuburanContoh: Tempat jenazah Mak Piah dikebumikan.
Latar_Masyarakat_Cerpen_Banjir_di_Mata_Emak
https://karangan.net/cerpen-banjir-di-mata-emak/
Masyarakat kampungContoh: Watak “saya” dan Mak Piah merupakan masyarakat yang tinggal di kampung. Masyarakat yang prihatin.Contoh: Watak “saya” sangat mengambil berat tentang keadaan Mak Piah yang tinggal keseorangan. Masyarakat yang tidak bertanggungjawabContoh: Nana dan Nubhan membiarkan emak mereka hidup keseorangan di rumah usang tanpa bertanya khabar atau menjenguknya walaupun Nubhan tinggal berdekatan dengan rumah emaknya. Masyarakat yang mementingkan kasih sayangContoh: Mak Piah masih mengingati dan sangat merindui anaknya, Nana serta mengharapkan Nana sekeluarga berada dalam keadaan baik. Masyarakat yang terlalu merindui ibunyaContoh: Watak “saya” sangat merindui emaknya yang telah meninggal dunia dan dia begitu teruja untuk berjumpa dengan Mak Piah yang tinggal keseorangan itu. Masyarakat yang taat akan perintah agamaContoh: Mak Piah masih menunaikan solat walaupun keadaannya sudah tua dan rumahnya dilanda banjir.
Tema_Cerpen_Bawod
https://karangan.net/cerpen-bawod/
Tema cerpenBawod ialah persahabatan yang utuh antara manusia dengan haiwan peliharaannya. Beluntung bersahabat baik dengan kambing (Bawod) dan kerbau(Tuyog) peliharaannya. Beluntung memiliki dua ekor haiwan peliharaan yang dianggap seperti sahabatnya, iaitu Bawod, seekor kambing dan Tuyog, seekor kerbau. Dia sangat menyayangi dan sering bersamasama binatang itu. Dia membawa binatang itu ke sekolah dan berasa risau apabila binatang itu tidak kelihatan. Melalui hubungannya dengan kedua-dua ekor haiwan ini, Beluntung belajar erti kehidupan dan pengorbanan daripada sahabat.
Persoalan_Cerpen_Bawod
https://karangan.net/cerpen-bawod/
Kekuatan kasih sayang pengikat kebahagiaan sesebuah keluargaContoh Peristiwa: Ibu Beluntung melarang anaknya turun dari rumah kerana dia bimbang akan keselamatan Beluntung apabila hujan lebat dan tiupan angin kencang. Kegigihan seorang murid dalam mengejar impianContoh Peristiwa: Beluntung gigih menuntut ilmu untuk mencapai impiannya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan darjah enam yang bakal ditempuhinya dengan sanggup berhujan dan menunggang kerbau untuk ke sekolah. Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugasan.Contoh Peristiwa: Cikgu Rambuyat mengajar murid-murid darjah enam dalam mata pelajaran Ilmu Alam dengan penuh rasa tanggungjawab. Rasa Bersyukur terhadap kerajaan yang diperolehContoh Peristiwa: Bapa mengadakan kenduri kesyukuran atas kejayaan cemerlang Beluntung dalam peperiksaan darjah enam yang dianggap kejayaan yang memecahkan rekod bagi Kampung Layong Rajin menimba ilmu pengetahuan walaupun menimpa pelbagai halanganContoh Peristiwa: Beluntung amat rajin ke sekolah walaupun hujan lebat kerana keinginannya untuk berjaya dalam peperksaan darjah enam. Dia terpaksa menempuh jalan yang berlumpur dan air sungai yang deras dengan Tuyog dijadikan kenderaan untuk ke sekolah Persoalan berdikariContoh Peristiwa: Beluntung tidak mahu menyusahkan kedua-dua orang tuanya sebaliknya dia bersendirian ke sekolah dengan bantuan Tuyog yang digunakan sebagai kenderaan dalam menempuh jalan yang berlumpur dan air sungai yang deras Amalan hidup bermasyarakat dalam kalangan penduduk kampungContoh Peristiwa: Penduduk Kampung Layoung menghadiri majlis kenduri kesyukuran sempena meraikan kecermelangan Beluntung dalam peperiksaan darjah enam dan mereka bergotong-royong menyediakan makanan tersebut.
Sinopsis_Cerpen_Bawod
https://karangan.net/cerpen-bawod/
Cerpen Bawod mengisahkan hubungan yang akrab antara Beluntung dengan dua ekor haiwan peliharaannya, Tuyog yang merupakan seekor kerbau dan Bawod yang merupakan seekor kambing. Cerita bermula apabila pada suatu petang hujan lebat telah turun di kampung Beluntung menyebabkan air Sungai Layong telah melepasi paras tebing dan menenggelamkan rumput-rumput di halaman rumah Beluntung yang terletak berhampiran sungai itu. Keadaan ini mengundang keresahan di jiwa Beluntung kerana memikirkan keselamatan nyawa dua ekor haiwan peliharaannya, Tuyog dan Bawod. Dalam keadaan hujan yang lebat dan angin yang kencang, Beluntung turun dari rumah untuk mencari dan menyelamatkan haiwan-haiwan peliharaannya itu daripada mati lemas walaupun tindakannya itu dilarang oleh ibunya. Namun, dia berasa kecewa apabila pencariannya itu tidak berhasil. Keesokan harinya, pada awal-awal pagi, Beluntung telah turun ke tanah mencari haiwan-haiwan peliharaannya berbekalkan lampu suluh. Namun, Beluntung berasa sedih kerana dia masih gagal menemukan haiwannya itu dan menyangkakan haiwannya itu telah mati lemas. Setelah dia selesai membasuh kakinya di sungai, dia akhirnya menemukan haiwan-haiwan peliharaannya itu berdekatan dengan pokok nangka yang rimbun. Beluntung berusaha memanaskan badan kambingnya, Bawod yang kesejukan dengan menyalakan unggun api dan memberikan kambingnya itu makan pucuk ubi kayu. Akhirnya, kambingnya dapat diselamatkan daripada mati kesejukan. Beluntung menggunakan khidmat kerbaunya, Tuyog yang ditungganginya setiap hari untuk ke sekolah. Dia terpaksa menggunakan khidmat kerbaunya untuk meredah air sungai yang agak dalam. Sesampainya di sekolah, Beluntung akan menambat kerbaunya, Tuyog pada pohon kelapa di halaman sekolahnya. Beluntung gigih ke sekolah memandangkan dia akan menghadapi peperiksaan darjah enam yang tinggal dua bulan sahaja lagi. Beluntung tekun belajar tatkala Cikgu Rambayut mengajarkan mata pelajaran Ilmu Alam di kelasnya. Sewaktu rehat, Beluntung akan pergi mendapatkan kerbaunya, Tuyog yang tertambat pada pohon kelapa. Beluntung sering menjadi bahan ejekan kawan- kawannya seperti Basil kerana tindakannya membawa kerbau yang ditungganginya, Tuyog ke sekolah. Beluntung tidak mengendahkan usikan dan ejekan kawan-kawannya kerana sememangnya dia amat memerlukan khidmat kerbaunya untuk membawanya ke sekolah disebabkan jalan berlumpur dan beberapa batang sungai perlu diharungi. Seperti biasa, suatu pagi dalam keadaan masih hujan renyai-renyai, Beluntung tekad ke sekolah dengan menunggang kerbaunya, Tuyog dengan memakai baju hujan. Tetapi, pada kali ini, kambingnya, Bawod turut mengekorinya hingga ke sekolah walaupun terpaksa meredah hujan yang lebat dan mengharungi air sungai. Kegigihan Bawod menyuntik suatu semangat kepada Beluntung untuk belajar bersungguh-sungguh demi peperiksaan darjah enam yang kian hampir. Pada waktu rehat, Beluntung menuju ke tempat Bawod dan Tuyog ditambat namun dia melihat kambingnya telah tiada. Rupa-rupanya, kambingnya telah masuk ke dalam bilik darjahnya sehingga menyebabkan dia diusik lagi oleh kawan-kawan sekelasnya. Beluntung menambat kambingnya, Bawod pada sebatang pohon. Ketika di dalam kelas, Beluntung mendengar suara kerbaunya menguak dan disusuli dengan suara kambingnya. Dia menyangkakan kerbaunya diganggu oleh anjing, tetapi sangkaannya meleset apabila dia mendapati leher kerbaunya telah terjerut tali. Setelah membuka ikatan tali yang melilit leher Tuyog, Beluntung kembali ke kelasnya. Beluntung berasa kesabarannya tercabar apabila Basil telah membuang buku-bukunya ke lantai. Berlaku pertengkaran kecil antara mereka. Cikgu Rambuyat meminta Basil memungut buku Beluntung semula dan memohon maaf. Beluntung tidak mahu berkelahi dengan Basil kerana dia bertekad untuk fokus dalam pelajarannya dan menjadi salah seorang pelajar terbaik di SRK Timbang Pasir. Pada suatu pagi, Beluntung telah menyertai Pesta Lumba Kerbau peringkat Kampung Layong. Dia menunggangi Tuyog ketika menyertai perlumbaan itu. Dia berjaya memenangi perlumbaan itu dengan memperoleh hadiah sebanyak RM10.00. Dia memutuskan untuk membeli seekor kambing lain dengan menggunakan wang kemenangannya itu supaya kambingnya, Bawod mempunyai kawan. Sebelum dia pergi ke Pesta Lumba Kerbau, bapanya berpesan kepadanya agar menambat Bawod pada pohon nangka. Pagi itu, bapa dan ibunya tidak turut pergi ke pesta itu hingga mengundang pertanyaan di hati Beluntung. Beluntung mengenang kembali peristiwa yang berlaku pada seminggu yang lalu. Bapanya berasa amat girang apabila Beluntung berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan darjah enam. Lebih membanggakan bapanya, hanya dua orang anak Kampung Layong yang mempunyai sijil darjah enam tetapi mereka sekadar lulus sahaja berbanding dengan Beluntung yang lulus dengan cemerlang. Beluntung turut teringat akan kata-kata bapanya perihal dirinya boleh menjadi seorang guru apabila besar kelak. Beluntung berasa hairan apabila melihat banyak orang kampung berada di rumahnya dan di sungai berhampiran dengan rumahnya selepas dia pulang dari Pesta Lumba Kerbau. Beluntung mencari ibunya di dapur dan mendapati ibunya sedang memasak sambil tertawa riang bersama jiran. Selepas memeluk ibunya, dia mencari bapanya dan mendapati bapanya duduk tenang sahaja sambil sesekali tergelak mendengar perbualan rakan- rakannya di halaman rumah. Beluntung tersenyum apabila bapanya memaklumkan kehadiran ramai orang kampung ke rumah mereka kerana bapanya akan mengadakan kenduri kesyukuran. Namun begitu, Beluntung terkejut hingga menyebabkan dia tersungkur dan pengsan buat seketika akibat tersadung tunggul kayu sewaktu berlari mendapatkan kambingnya. Bawod sudah disembelih untuk dijadikan lauk kenduri bagi meraikan kejayaan cemerlangnya dalam peperiksaan darjah enam. Beluntung menangis apabila kambing peliharaan yang dianggap sebagai sahabat baiknya itu telah mati disembelih. Orang kampung memujuk Beluntung. Begitu juga dengan bapanya yang memeluk Beluntung dan berasa kesal atas tindakannya yang tidak berbincang lebih dahulu dengan anaknya itu.
Binaan_Plot_Cerpen_Bawod
https://karangan.net/cerpen-bawod/
Pengenalan CerpenBawod dimulakan dengan kisah Beluntung yang berasa cemas dan resah apabila haiwan- haiwan peliharaannya, seekor kambing dan seekor kerbau disangkakan mati lemas akibat limpahan air sungai di halaman rumahnya yang terletak berhampiran Sungai Layong. Perkembangan Penulis memerihalkan kisah Beluntung yang gigih ke sekolah dengan menunggang kerbau peliharaannya, Tuyog walaupun terpaksa meredah hujan lebat dan jalan berlumpur kerana peperiksaan darjah enam kian hampir. Perumitan Beluntung dicemuh dan dipermainkan oleh kawan-kawannya kerana dia telah membawa kerbau peliharaannya ke sekolah. Dia dicemuh dan dikatakan berbau kerbau. Keadaan menjadi lebih tegang apabila pada suatu hari, kawan sekelasnya, iaitu Basil telah mencampakkan buku-bukunya ke lantai hingga menyebabkan tercetus pertengkaran kecil. Klimaks Beluntung berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan darjah enam. Selain itu, Beluntung juga berjaya menjuarai perlumbaan kerbau dalam Pesta Lumba Kerbau peringkat kampungnya. Ketika pulang dari Pesta Lumba Kerbau, Beluntung kehairanan apabila mendapati banyak orang kampung berada di rumahnya. Beluntung gembira apabila mengetahui bapanya akan mengadakan kenduri kesyukuran sebagai meraikan kejayaannya dalam peperiksaan darjah enam. Peleraian Beluntung terkejut apabila mendengar Bawod menjerit-jerit. Ketika dia menuju ke arah Bawod itu, kakinya telah tersepak tunggul kayu lalu menyebabkan dia pengsan seketika. Setelah sedar dari pengsan, Beluntung menangis semahu-mahunya apabila mendapati Bawod, kambing peliharaan yang dianggap sebagai sahabatnya itu telah disembelih untuk dijadikan lauk kenduri kesyukuran itu.
Watak_Perwatakan_Cerpen_Bawod
https://karangan.net/cerpen-bawod/
Beluntung Bawod Bersifat gigihContoh: Bawod gigih apabila sanggup meredah air sungai dan memijak lumpur ketika mengekori Tuyog yang membawa Beluntung ke sekolah Tuyog GigihContoh: Tuyog gigih apabila sanggup meredah air sungai dan lumpur ketika membawa Beluntung ke sekolah. Gagah dan pantas berlariContoh: Seekor kerbau yang gagah dan pantas berlari apabila berjaya memenangi perlumbaan kerbau pada peringkat Kampung Layong. Ibu Beluntung Seorang yang penyayangContoh: Dia melarang anaknya, Beluntung turun dari rumah ketika hujan lebat dan angin kencang kerana bimbang akan keselamatan anaknya itu. Seorang yang berhemah tinggi. Contoh: Dia melayani jiran-jiran yang datang ke rumahnya dengan begitu mesra dan baik. Seorang yang bertanggungjawab. Contoh: Dia selalu berpesan dan menasihati anaknya, Beluntung agar belajar bersungguh-sungguh ketika di sekolah. Seseorang yang bersyukur akan anugerah Tuhan.Contoh: Dia dan suaminya mengadakan kenduri kesyukuran atas kejayaan cemerlang Beluntung dalam peperiksaan darjah enam.
Latar_Cerpen_Bawod
https://karangan.net/cerpen-bawod/
Gaya_Bahasa_Cerpen_Bawod
https://karangan.net/cerpen-bawod/
PersonifikasiContoh: Cahaya itu merayapi kawasan sekitar. SimileContoh: Dia memandang kecewa ke halaman rumah yang sudah kelihatan seperti tasik kecil. SinkopeContoh: “Hisyy…,asyik tanya saja,” bisik budak gemuk… InversiContoh: Di hadapannya, Tuyog tertambat pada pohon nangka. RepetisiContoh: Bawod takut akan air, takut akan hujan. PeribahasaContoh: Bapa tentu senang hati.
Nilai_Cerpen_Bawod
https://karangan.net/cerpen-bawod/
Nilai KeberanianContoh Peristiwa: Beluntung berani menyertai Pesta Lumba Kerbau perngkat kampung Layong walaupun mendapat saingan daripada peserta-peserta lain. Nilai TanggungjawabContoh Peristiwa: Cikgu Rambuyat mengajar murid-murid darjah enam dalam mata pelajaran dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. Nilai KegigihanContoh Peristiwa: Beluntung gigih ke sekolah untuk belajar walaupun terpaksa kebasahan akibat hujan lebat dan terpaksa menunggang kerbaunya akibat jalan kerbau. Nilai PenyayangContoh Peristiwa: Ibu Beluntung melarang anaknya turun dari rumah kerana dia bimbang akan keselamatan Beluntung apabila hujan lebat dan tiupan kencang.
Pengajaran_Cerpen_Bawod
https://karangan.net/cerpen-bawod/
Kita mestilah bersifat penyayang sesama insan terutamanya kepada ahli keluarga sendiri Kita hendaklah amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Kita hendaklah gigih dalam menempuh sebarang cabaran dan rintangan demi kejayaan masa depan. Kita hendaklah sentiasa bersyukur atas kejayaan yang diperoleh. Kita perlulah rajin dan gigih dalam menuntut ilmu demi kejayaan masa depan. Kita mestilah berani menyertai sebarang aktiviti yang boleh memberikan manfaat kepada diri. Kita mestilah berhemah tinggi dan berbuat baik terhadap jiran sekampung. Sebagai seorang anak, kita mestilah patuh dan taat akan suruhan kedua-dua ibu bapa. Kita mestilah mempunyai perasaan simpati dan belas kasihan.
Latihan_Cerpen_Bawod
https://karangan.net/cerpen-bawod/
Pada pendapat anda, apakah cara-cara menyayangi haiwan peliharaan kita? – memberikan makanan khasiat dan secukupnya.– menyediakan tempat tinggal yang bersesuai.– mendapatkan rawatan sekirangnya sakit. Nyatakan tindakan Beluntung apabila beberapa ekor semut merah menggigit-gigit badan Bawod? – Beluntung menyapu-nyapu badan Bawod dengan pucuk ubi kayu.– Beluntung memicit-micit seekor dua semut itu sehingga hancur. Nyatakan dua tekad Beluntung dalam cerpen ini. – Beluntung ingin lulus peperiksaan darjah enam.– Menjadi pelajar terbaik SRK Timbang Pasir. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata tergigil-gigil kesejukan? Menggeletar kedinginan. Jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen tersebut. Masyarakat yang penyayangContoh: Beluntung menyayangi kedua-dua haiwan peliharaannya, Bawod dan Tuyog. Masyarakat yang gigih berusahaContoh: Bawod gigih membiasakan dirinya dengan air. “Semua orang ingin menjadi murid yang pandai.”Pada pendapat anda, mengapakah Beluntung ingin menjadi murid yang pandai? – Supaya dia dapat mencapai impiannya.– Supaya dia dapat membantu keluarganya.– Supaya dia tidak akan diejek oleh rakan-rakannya lagi.– Supaya dia dapat membuktikan bahawa kedaifan hidup di luar bandar bukan penghalang untuk berjaya. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata menekup hidung? Menutup hidung. Jelaskan dua perwatakan Beluntung yang terdapat dalam petikan tersebut. Seorang yang berfikiran rasionalHuraian: Beluntung mengelakkan dirinya daripada bergaduh kerana tindakan itu adalah sia-sia. Seorang yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggiHuraian: Beluntung berdiri dan bertanya kepada gurunya sebab kerbau suka makan garam. “Perbuatan mengejek merupakan salah satu daripada unsur buli.”Pada pendapat anda, wajarkah tindakan rakan-rakan sekelas Beluntung mengejeknya? Tidak wajar. Tidakan ini boleh menjatuhkan maruah Beluntung. Perbuatan mengejek ini juga boleh menimbulkan kemarahanBeluntung dan berlakunya pergaduhan. Selain itu, tindakan rakan-rakan sekelas Beluntung akan menyebabkan rakan-rakan lain menjauhkan diri.
Latar_Masa
https://karangan.net/cerpen-bawod/
Waktu awal pagi.Contoh Peristiwa: Beluntung mendahului ayam turun ke tanah untuk mencari kambing dan kerbaunya yang dikhuatiri mati lemas. Waktu rehatContoh Peristiwa: Beluntung segera keluar darri kelas untuk mendapatkan kerbaunya, Tuyog yang ditambat pada pohon kelapa. Waktu siangContoh Peristiwa: Beluntung telah menyertai pertandingan lumba kerbau peringkat Kampung Layong dan dia berjaya menjuarainya. Seminggu yang laluContoh Peristiwa: Bapa Beluntung gembira atas kejayaan Beluntung yang memperoleh 98 peratus dalam peperiksaan darjah enam. Dalam tempoh 2 bulanContoh Peristiwa: Beluntung gigih ke sekolah sebagai persediaannya sebelum menghadapi peperiksaan darjah enam.
Latar_Tempat
https://karangan.net/cerpen-bawod/
Rumah BeluntungTempat ibu melarang Beluntung turun dari rumah kerana hujan lebat serta pancaran kilat. Sekolah Rendah Kerajaan Timbang PasirTempat Guru Besar sekolah itu memerhatikan keadaan murid-muridnya dan halaman sekolah Bawah pohon nangkaTempat Beluntung menambat kambingnya, Bawod. SungaiTempat Beluntung melihat ibu-ibu separuh umur sedang mencuci pinggan-mangkuk dan anak-anak muda sibuk mengangkat air Dapur rumah BeluntungTempat Beluntung mendapati ibunya sedang memasak sambil tertawa riang bersam-sama dengan jiran-jiran. Di Pesta Lumba KerbauTempat Beluntung menjuarai perlumbaan kerbau yang telah diadakan di padang Kampung Layong.
Latar_Masyarakat
https://karangan.net/cerpen-bawod/
Masyarakat yang penyayang.Contoh Peristiwa: Ibu bapa Beluntung amat menyayangi Beluntung sebagai anak tunggal mereka. Masyarakat yang patut dan taat akan suruhan kedua-dua ibu bapa.Contoh Peristiwa: Beluntung patuh akan arahan bapanya supaya menambat kambingnya, Bawod pada pokok nangka sebelum dia pergi ke Pesta Lumba Kerbau. Masyarakat yang menghormati dan melayani tetamu dan jiran.Contoh Peristiwa: Ibu bapa Beluntung melayani kehadiran jiran-jiran ke rumah mereka dengan begitu mesra dan baik. Masyarakat yang masih mengekalkan budaya tradisi. Contoh Peristiwa: Ketua kampung Layong yang memeaki pakaian serba hitam memalu gong sebagai menandakan perlumbaan kerbau di kampungnya bermula. Masyarakat pendidik yang amanah dan bertanggungjawab dalam memikul tugas.Contoh Peristiwa: Cikgu Rambuyat mengajar murid-murid darjah enam dalam mata pelajaran Ilmu Alam dengan penuh dedikasi. Masyarakat yang berani menyertai pertandingan walaupun berdepan dengan saingan yang kuatContoh Peristiwa: Beluntung berani menyertai pesta tersebut walaupun usianya masih muda . Masyarakat kampung yang bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatanContoh Peristiwa: Penduduk Kampung Layong datang bekerjasama bagi meraikan kenduri kesyukuran di rumah Beluntung . Masyarakat pelajar yang gigih menuntut ilmuContoh Peristiwa: Beluntung gigih ke sekolah untuk belajar walaupun terpaksa kebasahan akibat hujan lebat .
Tema_Cerpen_Hipertensi
https://karangan.net/cerpen-hipertensi/
Keinginan yang tinggi dalam bidang sains angkasa. Aiman Aqil yang berminat dengan aeroangkasa sehingga membayangkan dirinya berada dalam suasana di angkasa dan mendapat ijazah pertama dalam bidang aeroangkasa. Sedekad selepas itu, dia berjaya menjejakkan kaki ke bulan di bawah program aeroangkasa bersama dengan pihak Rusia.
Persoalan_Cerpen_Hipertensi
https://karangan.net/cerpen-hipertensi/
Adab menuntut ilmuContoh : Aiman Aqil selalu tidak fokus terhadap pengajaran Cikgu Faridah menyebabkan Cikgu Faridah hilang kesabarannya. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknyaContoh : Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan suaminya yang sering merotan Aiman kerana perilaku Aiman sering berkontradiksi dan berkontras dengan watak babahnya. Amalan hormat terhadap guruContoh : Aiman Aqil membetulkan jawapan soalan Teori Graviti dengan baiknya dan serius apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya. Kepentingan prinsip hidupContoh : Aiman Aqil bertekad tidak akan menjadi seperti Si Luncai dan Mat Jenin yang hanya memasang angan-angan tanpa merealisasikan angan-angan tersebut. Pengorbanan seorang guru terhadap anak murid.Contoh : Cikgu Faridah mengajar Aiman Aqil dan murid-murid yang lain subjek Sains dengan bersungguh-sungguh.
PLOT_Cerpen_Hipertensi
https://karangan.net/cerpen-hipertensi/
Plot cerpen ini disusun mengikut kronologi.
Teknik_PLOT_Penceritaan_Hipertensi
https://karangan.net/cerpen-hipertensi/
Imbas mukaContoh: Aiman membayangkan dirinya sudah lulus dalam peperiksaan pada peringkat pengajian tinggi dengan memperoleh ijazah kelas pertama dalam bidang aeroangkasa. Imbas KembaliContoh: Ketika belajar di sekolah rendah, Aiman Aqil selalu ponteng sekolah kerana bosan dengan pembelajaran yang dianggapnya tidak sesuai dengan tahap IQ yang dimilikinya. Teknik dialogContoh: dialog antara Aiman dengan Cikgu Faridah berhubung dengan Teori Graviti yang diperkenalkan oleh Isaac Newton. Teknik monolog dalamanContoh: Aiman bermonolog bahawa dia tidak akan berasa hairan dengan Teori Graviti yang diperkenalkan oleh Isaac Newton sekiranya dia lahir pada tahun yang sama dengan beliau. Teknik pemerianContoh: Penulis memerihalkan keadaan Aiman sewaktu dia dilahirkan. Teknik saspensContoh: Peristiwa percanggahan pendapat antara Aiman dengan Cikgu Faridah benar- benar menimbulkan perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang penyelesaian pendapat mereka itu.
Watak_Perwatakan_Cerpen_Hipertensi
https://karangan.net/cerpen-hipertensi/
Latar_Cerpen_Hipertensi
https://karangan.net/cerpen-hipertensi/
Gaya_Bahasa_Cerpen_Hipertensi
https://karangan.net/cerpen-hipertensi/
Nilai_Cerpen_Hipertensi
https://karangan.net/cerpen-hipertensi/
KebijaksanaanContoh : Aiman Aqil mampu menyelesaikan masalah Matematik Tingkatan Lima walaupun berusia lapan tahun Kasih sayangContoh : Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan bapanya yang sering merotannya tetapi terpaksa memprotes dalam hati sahaja Hormat-menghormatiContoh : Aiman Aqil membetulkan jawapan kepada soalan teori graviti dengan baiknya dan serius apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya KetegasanContoh : Bapa Aiman mengambil tindakan tegas dengan merotan Aiman atas kesalahannya yang membuat onar di dalam kelas BertanggungjawabContoh: Ibu menyediakan makanan seimbang untuk Aiman Aqil sehingga Aiman Aqil membesar dengan sihatnya
Pengajaran_Cerpen_Hipertensi
https://karangan.net/cerpen-hipertensi/
Kita haruslah bijak dalam menyelesaikan masalah.Contoh : Aiman bijak menyelesaikan latihan matematik murid Tingkatan 5 walaupun baru berusia 8 tahun, Aiman bijak semasa berdebat dengan Cikgu Faridah tentang teori graviti Kita perlulah bertangungjawab terhadap keluarga di bawah tanggungan kitaContoh: Ibu menyediakan makanan seimbang untuk Aiman Aqil sehingga Aiman Aqil membesar dengan sihatnya Kita hendaklah menghormati guru yang banyak berjasa Contoh : Aiman Aqil membetulkan jawapan kepada soalan teori graviti dengan baiknya dan serius apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya. Kita hendaklah saling menyayangi sesama ahli keluargaContoh : Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan bapanya yang sering merotannya tetapi terpaksa memprotes dalam hati sahaja Kita hendaklah tegas dalam memberikan didikan kepada anak-anakContoh : Bapa Aiman mengambil tindakan tegas dengan merotan Aiman atas kesalahannya yang membuat onar di dalam kelas
Sinopsis_Cerpen_Hipertensi
https://karangan.net/cerpen-hipertensi/
Cerpen ini mengisahkan kehidupan seorang budak lelaki genius bernama Aiman Aqil. Kepintarannya menyebabkan dia berasa bosan belajar di dalam kelas. Pada usia yang muda, dia telah dapat menyelesaikan masalah Matematik Tingkatan Lima. Aiman Aqil juga sering memperkecil adik dan rakan-rakannya yang sukar menyelesaikan soalan Matematik. Aiman Aqil memberikan alasan kepada bapanya bahawa dia seorang yang pintar. Akibat tindakan Aiman Aqil itu, bapanya sering merotannya. Ibunya tidak setuju dengan tindakan bapanya tetapi berdiam diri sahaja. Situasi bertambah buruk apabila dia mengambil tindakan untuk ponteng sekolah dan ponteng kelas sebagai tanda bantahan terhadap tindakan bapanya yang sering merotannya. Aiman sentiasa mengambil kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik penuh cabaran. Dia pernah membayangkan dirinya telah lulus pengajian tinggi dalam bidang aeroangkasa. Walaupun Aiman Aqil sering berhalusinasi, namun dia mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Dia tidak mahu berangan-angan seperti Mat Jenin dan Si Luncai. Angan-angan Aiman terus mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensif di bawah program aeroangkasa di bawah Rusia. Pada suatu hari, Aiman Aqil memanjat pokok kelapa untuk berangan-angan fantasi futuristik. Aiman Aqil telah berfantasi menjadi seorang angkasawan yang telah ke Stesen Angkasa Antarabangsa dan ke bulan. Angan-angan Aiman terus mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensif di bawah program aeroangkasa di bawah Rusia. Kemudian, dia terus berangan-angan hendak memantapkan diri sebagai persediaan untuk berlepas ke angkasa. Halusinasi Aiman tidak terhenti setakat itu sahaja, malah dia turut membayangkan jutaan khalayak menyaksikan siaran langsung perlepasan kapal angkasa yang dinaikinya. Aiman akhirnya berjaya mendarat di bulan dalam halusinasinya itu. Ketika berfantasi, Aiman Aqil terdengar suara halus yang mengajaknya supaya mendekatkan diri kepada Tuhan. Pada masa yang sama, suara halus itu meminta Aiman Aqil supaya tidak membinasakan alam sekitar di bumi. Akhirnya, Aiman sedar daripada khayalannya bahawa dia perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu bukan sekadar berangan-angan. Jauh di sudut hati Aiman, dia memanjatkan doa dan harapan ke hadrat Ilahi.
PermulaanEksposisi
https://karangan.net/cerpen-hipertensi/
Aiman yang berada di banglo keluarganya merenung lereng bukit yang terhakis dan runtuhan tanahnya yang menimpa sebuah banglo melalui celah jari-jemari tangannya yang kurus runcing. Tiba-tiba sebiji mempelam yang jatuh di hadapannya telah mengingatkannya tentang Teori Graviti oleh Isaac Newton, sainstis berbangsa Inggeris serta peristiwa ketika Cikgu Faridah bersoal jawab tentang Teori Graviti semasa di kelas.
Perkembangan
https://karangan.net/cerpen-hipertensi/
Aiman digambarkan sebagai seorang murid pintar yang digelari Cikgu Faridah sebagai profesor ekoran memiliki IQ yang tinggi. Dia bersikap angkuh, suka memberontak, dan marah-marah kepada suasana persekitarannya. Di rumah, dia suka menyakat dan mengganggu adik-adiknya ketika mereka membuat kerja rumah. Di sekolah pula, dia selalu memandang rendah dan menyindir rakan-rakannya yang gagal menjawab soalan Matematik. Akibatnya, dia dipanggil oleh Guru Besar kerana menimbulkan masalah di kelas. Akibat tindakan Aiman itu, bapanya sering merotannya. Ibunya tidak setuju dengan tindakan bapanya tetapi berdiam diri sahaja. Situasi bertambah buruk apabila dia mengambil tindakan untuk ponteng sekolah dan ponteng kelas sebagai tanda bantahan terhadap tindakan bapanya yang sering merotannya. Keadaan ini menyebabkan Aiman mula berhalusinasi dengan membayangkan dirinya menjalani latihan intensif di bawah program aeroangkasa di Rusia. Dia berhalusinasi berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa dan sampai ke bulan.
Perumitan
https://karangan.net/cerpen-hipertensi/
Aiman teringat akan perbuatannya yang selalu ponteng sekolah kerana bosan dengan silibus sekolah rendah yang tidak setanding dengan daya pemikirannya pada waktu itu. Oleh hal yang demikian, Aiman gemar menyakat kawan-kawannya yang agak lambat menyiapkan latihan. Perbuatannya yang suka menyakat kawan-kawannya dan merayau di dalam kelas itu menyebabkan Aiman selalu ditegur oleh guru kelasnya. Beliau melaporkan perkara itu kepada ibu bapa Aiman. Akibatnya, Aiman dirotan oleh bapanya pada bahagian pinggul sehingga lebam.
Klimaks
https://karangan.net/cerpen-hipertensi/
Daya imaginasi Aiman terhadap dunia penerokaan sains angkasa lepas itu masih begitu kuat setelah Aiman meningkat remaja. Keadaan tersebut menyebabkan bapanya sering menampar Aiman yang kuat berangan-angan sehingga menyebabkan dia menjadi gagap. Bagi mengatasi masalah Aiman yang gagap, ibu bapa Aiman telah membawa Aiman menjalani latihan intensif dan latihan terapi.
Peleraian
https://karangan.net/cerpen-hipertensi/
Akhirnya Aiman sedar daripada imaginasi dan angan-angannya selama ini. Hal ini demikian kerana dia terdengar suara ghaib yang mengajaknya agar berpijak di bumi yang nyata, iaitu melihat dirinya dalam kehidupan yang realiti dan lebih mendekatkan diri kepada Ilahi. Aiman nekad untuk berubah. Dia tidak mahu melayan halusinasi dunia aeroangkasanya lagi. Aiman berdoa kepada Tuhan agar membantunya untuk hidup dalam dunia realiti.
Aiman_Aqil
https://karangan.net/cerpen-hipertensi/
Mementing kesihatanContoh : Aiman Aqil mementingkan pengambilan makanan seimbang dan mengamalkan gaya hidup sihat. Seorang murid genius Contoh : Aiman Aqil pintar dalam menyelesaikan masalah Matematik pelajar Tingkatan Lima pada usia lapan tahun. Seorang yang sombongContoh: Aiman Aqil juga sering memperlekeh adik dan rakan-rakannya yang sukar menyelesaikan soalan Matematik. Seorang murid yang menghormati guruContoh : Aiman Aqil cepat-cepat membetulkan jawapan kepada soalan teori graviti dengan baiknya dan serius apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya. Seorang pendendamContoh: Aiman Aqil menyimpan dendam terhadap kebengisan bapanya yang sering merotan dan menamparnya. Seorang yang bercita-cita tinggiContoh : Aiman Aqil menyimpan angan-angan untuk menjadi seorang angkasawan yang berjaya seperti Neil Armstrong.
Bapa_Aiman
https://karangan.net/cerpen-hipertensi/
Seorang yang tegasContoh : Babah sering merotan Aiman Aqil kerana Aiman selalu berkontradiksi dengannya sehingga lebam di pinggul Aiman. Seorang yang penyayangContoh: Babah berusaha merawat masalah kegagapan anaknya, Aiman Aqil dengan membawanya menjalani latihan intensif dan terapi.
Ibu_Aiman
https://karangan.net/cerpen-hipertensi/
Seorang ibu yang penyayangContoh : Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan suaminya yang sering merotan Aiman kerana Aiman selalu ponteng sekolah dan melawan kata-katanya. Seorang ibu yang bertanggungjawab.Contoh: Ibu menyediakan makanan seimbang untuk Aiman Aqil sehingga Aiman Aqil membesar dengan sihatnya Seorang yang penyabarContoh : Ibu sabar dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anak-anak terutamanya Aiman Aqil yang bersikap kontras dengan suaminya.
Cikgu_Faridah
https://karangan.net/cerpen-hipertensi/
Seorang yang berdedikasiContoh : Cikgu Faridah menerangkan ilmu Teori Graviti secara bersungguh-sungguh kepada Aiman dan kawan-kawannya. Seorang yang bijakContoh : Cikgu Faridah bijak melihat potensi yang ada pada Aiman Aqil dan menggelarnya sebagai profesor kerana kepintaran dan kecerdikan muridnya itu. Seorang yang sensitifContoh : Wajah Cikgu Faridah segera berubah apabila Aiman Aqil mempertikaikan Teori Graviti yang diajarnya dengan kuasa Tuhan
Latar_Masa_Cerpen_Hipertensi
https://karangan.net/cerpen-hipertensi/
Waktu tengah hariContoh : Aiman Aqil sedang bersoal jawab dengan Cikgu Faridah tentang Teori Graviti dan kaitannya dengan alam sejagat. Waktu malamContoh : Aiman Aqil mengganggu adik-adiknya yang sedang membuat kerja rumah dengan menyindir mereka kerana tidak dapat menjawab soalan matematik. Zaman sekolah rendahContoh : Aiman Aqil mengganggu rakan-rakan sekelasnya yang sedang membuat latihan ketika sesi pembelajaran
Latar_Tempat_Cerpen_Hipertensi
https://karangan.net/cerpen-hipertensi/
KelasContoh : Aiman Aqil sedang bersoal jawab dengan Cikgu Faridah tentang Teori Graviti dan kaitannya dengan alam sejagat. BulanContoh : Aiman Aqil berfantasi menjadi seorang angkasawan yang berjaya pergi ke bulan. Rumah keluarga AimanContoh : Aiman Aqil mengganggu adik-adiknya yang sedang membuat kerja rumah dengan menyindir mereka kerana tidak dapat menjawab soalan matematik.
Latar_Masyarakat_Cerpen_Hipertensi
https://karangan.net/cerpen-hipertensi/
Masyarakat yang menghormati guruContoh : Aiman Aqil membetulkan jawapan kepada soalan teori graviti dengan baiknya dan serius apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya. Masyarakat yang bertanggungjawabContoh: Ibu menyediakan makanan seimbang untuk Aiman Aqil sehingga Aiman Aqil membesar dengan sihatnya Masyarakat yang terlalu bijakContoh : Aiman Aqil mampu menyelesaikan masalah Matematik Tingkatan Lima walaupun berusia lapan tahun Masyarakat yang penyayangContoh : Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan bapanya yang sering merotannya tetapi terpaksa memprotes dalam hati sahaja Masyarakat yang terlalu meminati bidang sains angkasaContoh : Aiman Aqil sangat berminat dengan aeroangkasa. Dia membayangkan dirinya mendapat ijazah pertama dalam bidang aeroangkasa dan berangan-angan menjejakkan kaki ke bulan.
Sinopsis_Cerpen_Legasi_Tapai_Ubi
https://karangan.net/cerpen-legasi-tapai-ubi/
Sejak kecil Parjo membantu ayahnya, Wak Salikon mengusaha tapai ubi secara kecil-kecilan. Penduduk kampung dan rakan sekolah tahu tentang perniagaan keluarganya. Dia ditugaskan untuk menghantar tapai ubi ke pasar, warung, kedai kampung, dan kantin sekolah. Aktiviti yang dilakukannya ini menyebabkanrakan-rakan sekolah menggelarnya ‘Parjo Tapai’. Pada mulanya, Parjo berasa hati terhadap panggilan tersebut. Lama-kelamaan dia sudah lali dengan ejekan rakan-rakannya. Tambahan pula, dia hanya membantu ibu dan ayahnya mencari rezeki. Bapa dan ibunya tidak pernah jemu mengusahakan tapai ubi. Pada awal pagi, bapanya akan mencabut ubi dan ubi itu akan dikopek oleh ibunya sebelum dipotong. Kerja memotang ubi biasanya dilakukan Parjo. Kemudian, ubi itu dijerang dan dituskan lalu kerja-kerja memt tapai dilakukan. Menurut ibunya, ada banyak pantang larang untuk membuat tapai ubi seperti tidak boleh memberitahu orang lain, jangan terkena kotoran, dan tidak boleh bising-bising. Sekiranya pantang larang itu dilanggar, tapai ubi tidak akan manis. Oleh itu, tapai itu tidak akan dibeli orang. Namun begitu, selama ini tapai ubi Wak Salikon tetap laris. Tapai ubi merupakan mata pencarian bapa Parjo dan kelangsungan hidup keluarganya. Hasil jualan tapai ubi menyebabkan Parjo dan adik beradiknya berjaya ke universiti untuk melanjutkan pelajaran mereka. Parjo yang mengikuti kursus perubatan terkejut apabila pensyarahnya Profesor Haidar mahu membuat projek tentang tapai ubi. Menurut pensyarahnya tapai ubi mampu mengurangkan serangan kanser. Setelah melakukan beberapa kajian, Parjo menemukan kebenaran tentang tapai ubi dalam mencegah penyakit kanser. Penemuan ini telah mendapat pengiktirafan dan menjadi tesis kedoktorannya. Hasil kajiannya juga dibawa ke peringkat antarabangsa. Jika sebelum ini Parjo agak muak makan tapai ubi, tetapi kini dia menjadi pelanggan tetap tapai ubi Wak Salikon. Semasa majlis konvokesyen, bapa dan ibu Parjo turut hadir. Parjo dengan bangga telah memperkenalkan ibu dan bapanya yang merupakan pengusaha tapai ubi yang terkenal di kampung mereka kepada pensyarah dan rakan-rakannya. Liputan yang meluas mengenai hasil kajiannya tentang tapai ubi telah menyebabkan permintaan terhadap tapai ubi semakin meningkat. Tapai ubi kini diusahakan secara komersial dan turut dihidangkan di hotel-hotel besar di seluruh negara. Perusahaan tapai ubi Wak Silikon semakin berkembang. Sebuah kilang didirikan dan bapa dan ibu Parjo kini menjadi pengurus Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon. Jumlah pekerja juga semakin bertambah. Parjo yang bertugas sebagai pensyarah perubatan di universiti terus membuat kajian tentang khasiat tapai ubi terhadap pelbagai jenis penyakit terutamanya kanser. Parjo berasa sangat bangga hidup dalam legasi tapai ubi.
Tema_Cerpen_Legasi_Tapai_Ubi
https://karangan.net/cerpen-legasi-tapai-ubi/
TemaCerpen Legasi Tapai Ubi ialah kegigihan seorang anak kepada peniaga tapai ubi. Dia ingin membuktikan bahawa makanan tradisional tersebut mampu menjadi penawar penyakit berbahaya seperti kanser. Parjobersungguh-sungguh untuk melakukan kajian tentang tapai ubibagi membuktikan bahawa tapai ubi dapatmengubati penyakit kanser. Akhirnya,kajiannya mendapat pengiktirafan universiti dan dibawa ke peringkat antarabangsa.Parjo jugamenghasilkan tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada berbagai-bagai penyakit terutamanya kanser.
Persoalan_Cerpen_Legasi_Tapai_Ubi
https://karangan.net/cerpen-legasi-tapai-ubi/
Persoalan Ketaatan seorang anak kepada ibu bapa.Contoh Peristiwa: Setiap hari Parjo terpaksa menjinjit karung yang berisi tapai ubi untuk dibawa ke sekolah. Pada masa yang sama, dia juga membawa tapai ubi itu ke pasar, warung-warung, kedai kampung, dan ke mana-mana sahaja jika ada tempahan. Persoalan Ketelitian semasa melakukan sesuatu.Contoh Peristiwa: Emak dan bapa Parjo amat teliti semasa membuat tapai. Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi seperti tidak boleh memberitahu orang lain semasa membuat tapai, tidak boleh terkena kotoran atau minyak, dan tidak boleh membuat bising semasa membuat tapai. Persoalan Kanser yang boleh mengakibatkan kematian.Contoh Peristiwa: Bilangan pesakit kanser semakin bertambah. Pada tahun 2000, didapati sebanyak 1,050,346 kes kanser payudara dan 372,965 kematian daripada kanser ini dilaporkan di seluruh dunia. Pengorbanan ibu bapa untuk menyekolahkan anak-anak.Contoh Peristiwa: Parjo dan adik-adiknya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading hasil daripada usaha emak dan bapanya menjual tapai ubi. Persoalan Menghargai pengorbanan dan membalas jasa ibu bapa.Contoh Peristiwa: Dr. Parjo mengatakan bahawa kejayaannya selama ini sebenarnya hasil daripada inspirasi emak dan bapanya sebagai seorang pengusaha tapai ubi yang terkenal di kampungnya. Persoalan Bercita-cita tinggi demi kemajuan pada masa depan.Contoh Peristiwa: Wak Salikon bercadang untuk mempergiat perusahaan tapai ubinya setelah kajian Dr. Parjo tentang tapai itu berjaya.
Binaan_Plot_Cerpen_Legasi_Tapai_Ubi
https://karangan.net/cerpen-legasi-tapai-ubi/
Permulaan Sejak kecil lagi, Parjo membantu emak dan bapanya menjual tapai ubi sehingga dipanggil “Parjo Tapai”. Walaupun dia berasa muak dengan panggilan itu, namun lama-kelamaan dia sudah terbiasa dengan gelaran tersebut kerana dia ingin membantu emak dan bapanya mencari rezeki. Perkembangan Proses membuat tapai ubi agak rumit. Bermula dengan proses mencabut ubi, mengopek kulit, memotong pendek, menjerang air, merebus sehinggalah proses memeram sebelum ubi matang untuk dimakan. Banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa membuat tapai ubi. Melalui hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya berjaya menjejakkan kaki ke manara gading. Perumitan Profesor Haidar mengarahkan Parjo membuat kajian tentang tapai ubi yang dikatakan dapat membantu mengurangkan serangan kanser.Proses kajian dilakukan dengan mengenal pasti jenis kanser,cara kanser merebak,dan langkah mngesan kanser sehingglah kepada proses membuat uji kaji tindak balas tapai ubi terhadap sel kanser. Klimaks Parjo berjaya membuktikan bahawa tapai ubi dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Kajian Parjo telah diiktiraf oleh pihak universiti dan dibawa pada peringkat antarabangsa. Parjo berjaya memperoleh ijazah kedoktoran sekali gus mendapat gelaran Dr. Parjo. Peleraian Dr. Parjo bertugas sebagai pensyarah. Dia masih meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada pelbagai jenis penyakit yang lain, terutamanya penyakit kanser. Perniagaan tapai ubi bapanya di kampung semakin berkembang sehinggalah terbinanya kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon.
Teknik_Plot_Cerpen_Legasi_Tapai_Ubi
https://karangan.net/cerpen-legasi-tapai-ubi/
DialogContoh: “Parjo, jangan lupa nanti hantar tapai ke pasar!” jerit bapa dengan loghat Jawanya yang pekat. Imbas Kembali Contoh: Aku tidak menjawab. Fikiranku melayang ke zaman kanak-kanak. Teringatk aku akan bapa dan emak yang masih membuat tapai ubi sehingga kini. MonologContoh: Ah, betapanya penyakit kanser! Getus hati kecilku. SaspenContoh: “Parjo, kita ada projek baharu semester ini,” kata Profesor Haidar ketika kami berada di makmal, sebaik-baik sahaja semester bermula. Entah mengapa Profesor Haidar menyebut namaku, tidak rakan-rakan sekuliahku. Barangkali kerana aku menunjukkan minat yang mendalam terhadap kajian-kajiannya sebelum ini.

No dataset card yet

New: Create and edit this dataset card directly on the website!

Contribute a Dataset Card
Downloads last month
0
Add dataset card