title
stringlengths 5
65
| content
stringlengths 0
19.5k
| url
stringclasses 69
values |
---|---|---|
Adegan_I | Drama Bukan Gila mengisahkan Azmir yang dimasukkan ke wad kerana dikatakan kurang siuman. Semasa di dalam wad, fikirannya bercelaru dan dengan membayangkan kehadiran Ani, bapa dan Pak Haji serta berdialog dengan mereka. Dialog-dialog tersebut telah memperlihatkan perbezaan prinsip yang menjadi pegangan Azmir. | https://karangan.net/drama-bukan-gila/ |
Adegan_II | Azmir telah dilawati oleh doktor. Doktor telah mengizinkan Azmir untuk keluar bersiar-siar dari wad pesakit jiwa. Namun begitu, doktor berpesan supaya Azmir tidak pergi jauh, hanya di kawasan wad sahaja. | https://karangan.net/drama-bukan-gila/ |
Adegan_III | Dalam adegan ini terdapat sesi pementasan lakonan yang diarahkan oleh Arif dan tiga orang pelakon. Setiap watak menyatakan prinsip hidup yang berbeza tentang dunia (dunia ialah kuasa, wang ialah dunia dan dunia ialah fikiran). Azmir pula berpendapat bahawa yang penting ialah sistem. Sistem yang betul ialah sistem yang prorakyat. Rakyat yang berkuasa menentukan segala-galanya. Dialog mereka berkisar tentang kehidupan ini yang berbentuk lakonan atau realiti. Azmir berpendapat bahawa sejarah membuktikan bahawa rakyat yang betul dan kemenangan sentiasa berpihak kepada rakyat. Pada masa yang sama Azmir sering melaung kesakitan pada kepalanya. Azmir diragui oleh kawan-kawannya sama ada Azmir benar-benar sakit atau hanya lakonan. Kemudian Doktor Razi telah datang dan membawa Azmir kembali ke wad setelah tiga hari tidak pulang-pulang. | https://karangan.net/drama-bukan-gila/ |
Adegan_IV | Arif, Pelakon I, Pelakon II dan Pelakon III telah menziarahi keluarga Azmir. Mereka ingin mendapatkan maklumat tentang latar belakang Azmir. Ibu bapa Azmir nenceritakan kisah Azmir yang tinggal dengan neneknya, bersikap gila-gila, mula berkelakuan aneh apabila berada dalam tingkatan 6 dan tidak dapat menamatkan pengajian di universiti. Dia juga menggunakan nama W.A. Domski dan bercakap dalam bahasa Indonesia. Rakan Azmir pula mempunyai persepsi yang berbeza tentang diri Azmir. Rakan Azmir berpendapat mungkin Azmir kekurangan kasih sayang dan sokongan daripada kedua-dua ibu bapanya. Pelakon II pula berpendapat Azmir sedang menanggung kesakitan yang berat. Arif pula berpendapat mereka perlu membantu Azmir kerana pada tanggapannya dia memerlukan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan. | https://karangan.net/drama-bukan-gila/ |
Adegan_V | Azmir bermonolog tentang kisah lampau hidupnya bercinta dengan Ani. Azmir juga bermonolog tentang suka duka kehidupannya. Manusia sering tertipu dengan keindahan dunia tanpa pertimbangan yang rasional. Akhirnya dia memilih untuk hidup bersendirian dan menilai cinta dalam kehidupan. Manusia ialah pemburu dalam kehidupan | https://karangan.net/drama-bukan-gila/ |
Adegan_VI | Berita kematian Azmir dilaporkan dalam akhbar pada 21 Jun 1993. Kematiannya amat mengejutkan dan dikaitkan berpunca daripada penyakit barah otak yang dialaminya. Ani menyesal kerana meninggalkan Azmir. | https://karangan.net/drama-bukan-gila/ |
Sinopsis_Drama_Mahkamah | Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, hakim memulakan perbicaraan. Kes pertama ialah Bulat bin Gentel. Dia telah dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua, iaitu Mek Teh binti Jali yang berumur 99 tahun di Taman Gagak Putih. Menurut pendakwa raya, nenek itu terpijak kulit pisang yang dibuang oleh Bulat lalu terjatuh dan mati dalam perjalanan ke hospital. Bulat bin Leper memahami pertuduhan yang dibaca oleh pendakwa raya tersebut. Pendakwa raya mendesak Bulat bin Leper supaya mengaku bahawa pernyataan tersebut benar. Namun begitu, dia tidak mengaku bersalah. Peguam bela dipanggil masuk ke ruang perbicaraan untuk membela Bulat bin Leper. Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih ketika itu. Dia telah makan sebiji pisang dan membuang kulitnya. Peguam bela menerangkan fakta bahawa Bulat membuang kulit pisang itu ke dalam tong sampah. Walau bagaimanapun, seekor kambing yang lapar datang menyelongkar tong sampah itu menyebabkan kulit pisang tercampak ke jalan raya. Ketika itulah nenek tersebut terpijak kulit pisang dan terjatuh. Peguam bela berpendapat pemilik kambinglah yang harus didakwa kerana membiarkan kambingnya berkeliaran. Peguam bela merayu agar mahkamah membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja, tanpa syarat. Pendakwa raya pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat terhadap Bulat bin Leper. Pendakwa raya menyatakan bahawa mahkamah adalah untuk manusia, bukan untuk binatang. Setelah meneliti hujah pendakwa raya dan peguam bela, hakim membuat keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah dan dibebaskan daripada dakwaan. Selepas itu mahkamah kembali bersidang dengan tertuduh II iaitu kes Ajinomoto yang dituduh mencuri seekor beruk subsidi dalam stor JKK Ulu Dungun. Tertuduh II tidak pandai berbahasa Melayu. Seisi mahkamah kecuali hakim ketawa apabila Tertuduh II mengangkat sumpah dalam bahasa yang tidak difahami. Hakim menyuruh pegawai memanggil penterjemah. Pendakwa raya membaca pertuduhan terhadap Tertuduh II, iaitu Akinomoto. Pada 20 Mac 1988, Akinomoto telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. Akinomoto tidak faham akan istilah beruk subsidi. Oleh itu, hakim meminta pendakwa raya memperincikan istilah beruk subsidi tersebut. Pendakwa Raya memberi penjelasan tentang istilah tersebut dengan menggunakan Bahasa Inggeris seperti yang tercatat dalam kamus The Advance Dictionary of the Modern English for the Malaysian World. Akinomoto menyatakan bahawa dia semakin tidak faham dan meminta pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu. Hakim bersetuju bahawa bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan seharusnya digunakan di dalam mahkamah tersebut. Beliau meminta pendakwa raya menghuraikan istilah beruk subsidi tersebut dalam bahasa Melayu. Akinomoto memahami penjelasan tentang istilah beruk subsidi itu dan mengaku bersalah atas tuduhan tersebut. Akinomoto turut menyatakan bahawa ibu beruk itu sudah hamil. Dia mahu memulangkan beruk yang sedang hamil itu. Namun, dia ingin memelihara anak beruk yang bakal lahir itu. Mahkamah memerintahkan beruk hamil berkenaan dipelihara oleh Ajinomoto sehingga selamat melahirkan anak. Sebagai dendanya, Akinomoto perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil baligh. Akinomoto juga dipaksa memanjat pokok kelapa dengan anak beruk itu menjadi tuannya. Kemudian mahkamah bersidang untuk kes ketiga iaitu kes Bujang bin Senang yang didakwa memukul isterinya Siti Payung. Bujang tidak mengaku bersalah. Siti mendakwa suaminya menipu ketika mendapatkan keizinan untuk berkahwin lain. Siti telah mendedahkan keburukan suaminya di mahkamah itu. Siti meminta suaminya menceraikan isteri keduanya, sebaliknya suaminya salah faham dan menceraikan Siti pula. Siti mengamuk setelah mendengar lafaz talak daripada Bujang. | https://karangan.net/drama-mahkamah/ |
Tema_Drama_Mahkamah | Tema Drama Mahkamah ialah keadilan dan kebenaran membuat perbicaraan di mahkamah. Hakim tidak terburu-buru dalam menjatuhkan hukuman, sebaliknya beliau mendengar terlebih dahulu hujah-hujah dari kedua-dua belah pihak, iatu pendakwa raya dan peguam bela. Dalam kedua-dua kes tersebut, hakim mengambil kira aspek kepentingan awam dan menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. | https://karangan.net/drama-mahkamah/ |
Persoalan_Drama_Mahkamah | Mahkamah merupakan tempat untuk menegakkan keadilan.Contoh: Setelah hakim meneliti hujah-hujah daripada kedua-dua pihak dalam kes Bulat bin Gentel, mahkamah mendapati dia tidak bersalah dan dibebaskan. Perkara remeh perlu diselesaikan secara baik tanpa melibatkan urusan mahkamah.Contoh: Kes seorang nenek tua yang mati kerana terpijak kulit pisang yang jatuh di jalan raya sepatutnya tidak perlu diperbesar dan dibawa ke mahkamah. Kepentingan mempertahankan diri jika tidak bersalah.Contoh: Bulat tidak mengaku bersalah menyebabkan kematian nenek tua. Dia meminta khidmat peguam bela untuk menyelesaikan kesnya. Keberanian mengakui kesalahan sendiriContoh: Ajinomoto mengaku bersalah di hadapan hakim atas tuduhan mencuri seekor beruk subsidi. Keberanian seorang isteri mempertahankan diri setelah suaminya berpoligami.Contoh: Siti Payung telah mengkritik suaminya yang gagal berlaku adil setelah berpoligami. Kesedaran sivikContoh: Tertuduh I mempunyai kesedaran sivik kerana membuang sampah ke dalam tong sampah dan tidak membuang di merata-rata tempat. Persoalan tanggungjawab bersamaContoh: Pihak berwajib juga bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku kerana tidak membaiki pintu tong sampah. Begitu juga pemilik kambing yang tidak menjaga kambing dengan baik sehingga kambing itu menyelongkar tong sampah. Sifat bekas kasihan dan kasih sayang kepada haiwan.Contoh: Tertuduh II mempunyai sifat belas kasihan dan sayang kepada haiwan, iaitu beruk dan ingin memeliharanya. Orang miskin tidak mampu mengupah peguam untuk membela dirinya.Contoh: Bulat bin Leper ialah orang miskin. Dia telah menggunakan khidmat peguam bela yang disediakan untuk membela dirinya di mahkamah. Keadilan mesti ditegakkan dalam apa-apa cara sekalipun.Contoh: Peguam bela bersungguh-sungguh mengemukakan pelbagai hujah untuk membebaskan Bulat bin Leper daripada pertuduhan. Kehidupan golongan mahkamah sama seperti kehidupan golongan biasa.Contoh: Hakim dan peguam bela gemar menonton rancangan gusti sama seperti orang biasa. Selain itu, hakim juga gemar akan colek kelubi dan pisang. Denda akan dikenakan terhadap pihak yang bersalah.Contoh: Tertuduh II dikenakan denda supaya menjaga anak beruk yang baru lahir itu sehingga mencapai umur akil baligh serta dia dipaksa memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk sebagai tuannya. Isu bahasa Melayu di mahkamah.Contoh: Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah masih belum meluas lagi. Hakim sendiri masih bercakap dalam bahasa Melayu dengan bunyi Inggeris. | https://karangan.net/drama-mahkamah/ |
Binaan_Plot_Drama_Mahkamah | PERMULAAN Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, Hakim memulakan perbicaraan. Pegawai meminta Tertuduh I masuk. Tertuduh I mengangkat sumpah. Pendakwa raya membaca pertuduhan terhadap Tertuduh I, Bulat bin Leper. Bulat bin Leper dituduh menyebabkan kematian Mek Teh binti Jali berumur, 99 tahun di Taman Gagak Putih. Dia telah dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua, iaitu Mek Teh binti Jali yang berumur 99 tahun di Taman Gagak Putih. Bulat bin Leper mengaku tidak bersalah. Peguam bela percuma dipanggil untuk membela Bulat bin Leper. Mereka diberi masa untuk berunding selama seminit. PERKEMBANGAN Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih ketika itu. Dia telah makan sebiji pisang dan membuang kulitnya. Namun begitu, dia tidak mengaku bahawa dia yang menyebabkan kematian Mek Teh. Pendakwa raya dan peguam bela saling berbalas hujah. Peguam bela membangkitkan isu tentang seekor kambing yang sangat kurus dan lapar. Kambing itu telah makan sisa buangan di dalam tong sampah itu dengan rakusnya. Akibatnya, kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper tercampak ke jalan raya. Ketika nenek tua melalui jalan itu, dia terpijak kulit pisang itu lalu terjatuh. Seterusnya, nenek tua itu meninggal dunia. Dengan itu, jelaslah bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah. Peguam bela merayu agar mahkamah membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja, tanpa syarat. Setelah meneliti hujah pendakwa raya dan peguam bela, Hakim membuat keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah. KLIMAKS Tertuduh II (Akikino-komokotoko) dipanggil masuk. Akinomoto mengangkat sumpah. Dia tidak pandai berbahasa Melayu dan berbicara dalam bahasa yang tidak difahami. Hakim menyuruh pegawai memanggil penterjemah. Pendakwa raya membaca pertuduhan bahawasanya pada 20 Mac 1988, Akinomoto telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. Akinomoto tidak faham akan istilah beruk subsidi. Oleh itu, hakim meminta pendakwa raya menjelaskan istilah beruk subsidi dalam bahasa Inggeris. Pendakwa raya memberikan penjelasan tentang istilah tersebut dengan menggunakan bahasa Inggeris. Akinomoto semakin tidak faham dan meminta pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu. Setelah pendakwa raya menjelaskan istilah beruk subsidi itu dalam bahasa Melayu,Akinomoto dapat memahami tentang istilah beruk subsidi dan ketuduhan tersebut. Dia juga mengaku bersalah terhadap tuduhan. Namun begitu, dia turut menyatakan bahawa ibu beruk itu sudah hamil. Dia mahu mengembalikan ibu beruk itu kepada yang berhak dan dia inginmemelihara anaknya. PELERAIAN Setelah hakim mempertimbangkan kes tersebut dengan adil dan saksama, hakim memerintahkan Akinomoto supaya memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anak. Sebagai dendanya pula, dia perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil baligh. Akinomoto juga dipaksa memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk itu sebagai tuannya. | https://karangan.net/drama-mahkamah/ |
Teknik_Plot_Drama_Mahkamah | Teknik pemerianContoh: Penterjemah masuk dengan agak lambat sambil membetulkan kain sarung dan tali lehernya. ( hal.92) Teknik KejutanContoh: Hakim meminta supaya Bulat bin Leper dibela penguam percuma tetapi memberikan mereka tampoh seminit sahaja untuk berunding ( hal.84) Teknik DialogContoh: Dialog antara hikim, pendakwa raya, peguam bela, dan tertuduh di mahkamah Kes tertuduh sedang dibicarakan.HAKIM: Siapa nama kamu?TERTUDUH I: Bulat bin Leper, tuan. | https://karangan.net/drama-mahkamah/ |
Watak_Perwatakan_Drama_Mahkamah | Hakim Seorang yang adilContoh: Hakim mengarahkan supaya Bulat bin Leper yang miskin dibela oleh seorang peguam percuma. Hal ini supaya Bulat bin Leper diberi perbicaraan yang adil. Seorang yang rasionalContoh: Hakim mendengar hujah-hujah pendakwa raya dan peguam bela sebelum membuat keputusan. Seorang yang prihatinContoh: Dia mengarahkan Akinomoto untuk memulangkan ibu beruk setelah tempoh pantang 40 hari. Hakim prihatin terhadap keadaan ibu beruk yang akan melahirkan anak. Seorang yang bertanggungjawabContoh: Dia menjalankan tugas sebagai seorang hakim dengan penuh tanggungjawab di mahkamah. Beliau memastikan keadaan di mahkamah tidak kecoh. Pendakwa raya Seorang yang bertanggungjawabContoh: Bertanggungjawab mendakwa Bulat bin Leper dan Akinomoto di mahkamah berdasarkan bukti yang diperoleh. Seorang yang berilmu pengetahuanContoh: Boleh menerangkan maksud istilah beruk subsidi dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan menggunakan kamus sebagai bahan rujukan yang berasas. Seorang yang bijakContoh: Dipuji oleh hakim setelah berjaya menerangkan maksud beruk subsidi di mahkamah. Peguam bela Seorang yang tidak menepati masaContoh: Agak lambat masuk ke runang perbicaraan Bulat bin Leper. Seorang yang bijak dan licikContoh: Berjaya melepaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan menyebabkan kematian nenek tua. Seorang yang tegasContoh: Beberapa kali mengingatkan pendakwa raya supaya tidak menganggunya brhujah dan tidak menganggu perjalanan mahkamah. Hal ini telah menyebabkan hakim mengeluarkan kad kuning kepada pendakwa raya. Seorang yang baik hatiContoh: Dia sanggup menjadi peguam percuma kepada Bulat bin Leper yang miskin. Tertuduh I (Bulat bin Leper) Tertuduh II (Akikino-komokotoko) | https://karangan.net/drama-mahkamah/ |
Gaya_Bahasa_Drama_Mahkamah | SimilePegawai: ( Bernada selamba tetapi tidak keras seperti jekahan HAKIM tadi ) hal.92 ImejanHAKIM mengeluarkan kad kuning. ( hal.88 ) Bahasa percakapan harianPEGUAM BELA: Tengah tengok gusti, tuan. ( hal.83) Diksi Bahasa InggerisHAKIM: Well done…well done… Apakah kamu sudah faham Akinomoto… ( hal.94) SinkopeHAKIM: Tak habis-habis dengan gusti… ( hal.83) RepetisiHAKIM: Cakap…cakap…apakah kamu sudah … ( hal.95) | https://karangan.net/drama-mahkamah/ |
Latar_Drama_Mahkamah | https://karangan.net/drama-mahkamah/ |
|
Nilai_Drama_Mahkamah | Nilai KeadilanContoh: Hakim membuat keputusan terhadap tertuduh dengan adil dan saksama. Nilai TanggungjawabContoh: Bulat bin Leper membuang kulit pisang ke dalam tong sampah. Nilai KetegasanContoh: Hakim tegas ketika membuat keputusan terhadap tertuduh. Nilai KeyakinanContoh: Peguam bela begitu yakin ketika berhujah untuk menyelamatkan Tertuduh I daripada pertuduhan yang dihadapinya. Nilai KeprihatinanContoh: Tertuduh II prihatin terhadap keadaan beruk subsidi yang sedang hamil itu. | https://karangan.net/drama-mahkamah/ |
Pengajaran_Drama_Mahkamah | Kitaperlulah menyelesaikan masalah yang didepani dengan adil dan saksama supaya semua pihak berasa puas hati. Kitaharuslahbersimpati dan membantu golongan miskin dengan menawarkan perkhidmatan percuma kepada mereka. Kitamestilah bersikap rasional dan berfikir betul-betul semasa menjalankan tugas. Kita hendaklah meluaskan ilmu pengetahuan supaya dapat meberi hujah-hujah berasas dan pendapat yang bernas. ita mestilah menggunakan bahasa Melayu terutamanya dalam urusan rasmi. Kita mestilah yakin ketika membicarakan sesuatu hujah supaya tidak menimbulkan keraguan. Kita mestilah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar. | https://karangan.net/drama-mahkamah/ |
Soalan_Drama_Mahkamah | Baca drama ‘Mahkamah’ halaman 81–97 dalam ‘Antologi Baik Budi Indah Bahasa’, Tingkatan 2, kemudian jawab soalan-soalan berikut. Apakah kes yang sedang dibicarakan dalam mahkamah tersebut? – Kes Bulat bin Leper yang didakwa melakukan kesalahan sehingga menyebabkan kematian seorang warga emas.– Kes melibatkan seorang warga Jepun, Akinomoto yang didakwa mencuri beruk subsidi milik penguasa tempatan. Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam drama tersebut? – Kita hendaklah bersikap rasional ketika menjalankan tugas.– Kita mestilah menghormati bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan terutamanya dalam urusanurusan rasmi. Pada pendapat anda, mengapakah kesedaran sivik perlu dipupuk dalam diri setiap masyarakat? – Dapat meningkatkan rasa kasih sayang dan hormatmenghormati antara satu sama lain.– Dapat mengelakkan seseorang itu daripada melakukan perkara-perkara yang negatif. Baca drama ‘Mahkamah’ halaman 85 dalam ‘Antologi Baik Budi Indah Bahasa’, Tingkatan 2, kemudian jawab soalan-soalan berikut. Apakah yang telah berlaku kepada nenek pada halaman tersebut? Nenek yang terpijak kulit pisang tergelincir jatuh dan menyebabkan pinggangnya patah akhirnya mati dalam perjalanan ke hospital. Jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam drama tersebut. – Masyarakat intelektual.– Masyarakat yang hidup miskin. Pada pendapat, mengapakah perbicaraan di mahkamah selalunya mengambil masa yang lama? – Memerlukan masa yang panjang untuk mengumpulkan bukti-bukti yang kukuh.– Tugas menjatuhkan hukuman terhadap seseorang itu bukanlah mudah. | https://karangan.net/drama-mahkamah/ |
Latar_Tempat_Drama_Mahkamah | MahkamahTempat berlangsungnya sidang perbicaraan Taman Gagak PutihTempat Bulat bin Leper makan sebiji pisang berangan dan tempat Mek Teh bin Jali berjoging. Stor JKK Ulu DungunTempat Tertuduh II mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia | https://karangan.net/drama-mahkamah/ |
Latar_Masa_Drama_Mahkamah | Waktu pagiSidang perbicaraan dijalankan pada waktu pagi. Pada 10 januari 1988, antara jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagiKematian Mek Teh bin Jali dan waktu Bulat bin Leper berada di Taman Gagak Putih. Pada 20 Mac 1988Tertuduh II telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. 1 minitHakim memberikan tempoh seminit kepada peguam bela dan Tertuduh I untuk berunding. 2 minitMahkamah mengambil masa untuk berehat selama dua minit sebelum kembali bersidang dan tempoh masa untuk pendakwa raya merujuk kamus. | https://karangan.net/drama-mahkamah/ |
Latar_Masyarakat_Drama_Mahkamah | Masyarakat intelektualPeristiwa: Hakim, pendakwa raya, dan peguam bela merupakan masyarakat intelektual. Masyarakat yang hidup miskinPeristiwa: Tertuduh I merupakan masyarakat yang miskin kerana dia tiada wang untuk mengupah peguam bagi membela dirinya di mahkamah. Masyarakat yang baik hatiPeristiwa: Peguam bela bersungguh-sungguh mempertahankan Tertuduh I agar anak guamnya itu terlepas daripada pertuduhan yang dihadapinya. Masyarakat hakim yang adil dan saksama.Peristiwa: Hakim tidak menjatuhkan hukuman ke atas Bulat bin leper kerana sebenarnya dia telah membuang kulit pisang ke dalam tong sampah dan bukannya di atas jalan raya. Masyarakat peguam yang bertanggungjawab.Peristiwa: Pendakwa raya bertanggungjawab mensabitkan orang yang dituduh dengan kesalahan yang telah dilakukan dan peguam bela memastikan Tertuduh tersebut dibela dengan adil. Masyarakat tertuduh yang jujurPeristiwa: Akinomoto mengaku bersalah mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia. | https://karangan.net/drama-mahkamah/ |
Tema_Cerpen_Gerhana_Manusia | Cerpen “Gerhana Manusia” bertemakan etika kerja doktor yang mementingkan ganjaran material ketika merawat pesakit sehinggamenyebabkan berlakunya pengabaian dalam nilai kemanusiaan. Profesor Doktor Juaidi cuba menguasai kakitangannya agar memastikan semua pek darah yang ada di hospital tersebut hanya diberikan kepada Tuan Besar Musa yang menjadi penyumbang utama pada jamuan tahunan kelab kebajikan mereka. | https://karangan.net/gerhana-manusia/ |
Persoalan_Gerhana_Manusia | Persoalan bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugasContohnya, Nusia dan Doktor Murni bertanggungjawab untuk merawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi. Persoalan tentang ajal maut seseorang adalah kuasa TuhanContohnya, walaupun pelbagai usaha yang dilakukan oleh Profesor Doktor Juaidi untuk menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa namun akhirnya beliau meninggal dunia kerana ajalnya. Persoalan sikap pilih kasih dan ketidakadilan dalam menjalankan tugas kerana status sosial yang berbezaContohnya, Profesor Doktor Juaidi yang lebih mengutamakan Tuan Besar Musa yang kaya daripada pesakit yang lain kerana kepentingan beliau pada hospital mereka. Persoalan tentang nilai kemanusiaan yang perlu ada pada setiap manusiaContohnya, Nusia dan Doktor Murni yang menentang tindakan Profesor Doktor Juaidi yang tidak berperikemanusiaan terhadap pesakit yang lain sehingga memberikan semua bekalan darah kepada Tuan Besar Musa sahaja. Persoalan tentang kesungguhan untuk menyelamatkan nyawa pesakitNusia dan Doktor Murni mendapatkan bekalan darah di bank darah demi menyelamatkan nyawa pesakit di wad Unit Rawatan Rapi. | https://karangan.net/gerhana-manusia/ |
Binaan_Plot_Cerpen_Gerhana_Manusia | Peristiwa-peristiwa dalam plot cerpen ini disusun secara kronologi. Permulaan Suasana cemas di wad Unit Rawatan Rapi apabila Tuan Besar Musa yang sedang komaakibat perbuatannya yang mengambil minuman keras selama bertahun-tahun. Nusia, Doktor Murni, dan Profesor Doktor Juaidi berusaha untuk menyelamatkan nyawanya yang berada di ambang maut. Tuan Besar Musa tidak memberikan tindak balas terhadap rawatan yang diberikan walaupun sudah banyak pek darah dimasukkan ke dalam tubuhnya. Bekalan darah di bank darah juga hampir habis. Perkembangan Nusia, seorang jururawat yang bertugas di wad tersebut mempertikaikan perkara itu kerana menganggapnya satu pembaziran lantaran masih ramai pesakit di wad yang sama memerlukan bekalan darah tersebut. Doktor Murni mengatakan bahawa itu adalah arahan Profesor Doktor Juaidi. Nusia memaklumkan Profesor Doktor Juaidi keadaan pesakit lain namun professor itu hanya mahu mengutamakan rawatan Tuan Besar Musa. Nusia meluahkan ketidakpuasannya pada Doktor Murni kerana pengabaian nilai kemanusiaan sehingga sanggup menggadaikan nyawa pesakit lain demi kepentingan pihak tertentu. Perumitan Nusia berasa bahawa Tuan Besar Musa tidak mampu diselamatkan lagi kerana dia hanya bergantung pada alat sokongan hayat. Nusia membantah tindakan Profesor Doktor Juaidi yang memintanya memasukkan darah tulen ke dalam tubuh Tuan Besar Musa kerana 50 pek darah yang dimasukkan ke dalam tubuhnya sebelum itu telah keluar semula. Selepas itu, Nusia memujuk juruteknik makmal darah agar memberikan lima pek darah tulen yang sejuk itu untuk kegunaan pesakit-pesakit lain. Juruteknik makmal darah itu termakan pujukan Nusia dan menyerahkan lima pek darah sejuk itu kepadanya. Nusia menjelaskan kepada juruteknik makmal darah itu bahawa dia sanggup menanggung segala risiko dan herdikan atas tindakannya itu. Klimaks Nusia nekad mendapatkan baki pek darah daripada juruteknik makmal yang dikhaskan untuk Tuan Besar Musa dan sanggup menghadapi risiko dimarahi oleh Profesor Doktor Juaidi demi menyelamatkan empat pesakit kritikal di wad Unit Rawatan Rapi yang sangat memerlukan bekalan darah. Profesor Doktor Juaidi berusaha untuk menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa dengan meningkatkan kadar penggunaan adrenalina, dopamin, dan atropina. Namun, Tuan Besar Musa gagal diselamatkan dan meninggal dunia. Profesor Doktor Juaidi mempersoalkan kehilangan baki 5 pek darah dari bank darah yang sepatutnya diberikan kepada Tuan Besar Musa. Profesor Doktor Juaidi berasa tertekan atas kematian Tuan besar Musa kerana kelab elit mereka akan kehilangan tajaan sebanyak RM100 ribu. Doktor Murni segera meletak jawatan kerana nilai kemanusiaan tidak ada di hospital tersebut. Peleraian Profesor Doktor Juaidi terkejut dengan tindakan Doktor Murni. Doktor Murni menggapai tangan Nusia dan mengajaknya ke bank darah supaya mereka dapat mendermakan darah untuk semua pesakit yang sedang koma di wad Unit Rawatan Rapi itu. | https://karangan.net/gerhana-manusia/ |
Latar_Cerpen_Gerhana_Manusia | https://karangan.net/gerhana-manusia/ |
|
Watak_Perwatakan_Cerpen | https://karangan.net/gerhana-manusia/ |
|
Gaya_Bahasa_Gerhana_Manusia | Bahasa ArabContoh: Syahadah; Yasin; Masya-Allah. InversiContoh: Darah dan manusia itu, berbezakah nilainya? (sepatutnya Berbezakah nilainya darah dan manusia itu?) Istilah sains perubatanContoh: alveolus paru-paru; Platelet; atropina. MetaforaContoh: layar rakaman hayat. ParadoksContoh: Aku cuba tersenyum walaupun hati terasa pedih. PersonifikasiContoh: renungan mata Doktor Murni menikam anak mataku; Tajam mata liar garangnya menangkap wajah lembut Doktor Murni. RepetisiContoh: Dua pek darah daripada awak, dua pek darah daripada saya…”. SimileContoh: Firasat itu umpama mimpi barangkali; memancut bagai paip bocor. Simpulan bahasaContoh: nyawa-nyawa ikan; kurang ajar; lintah darat. | https://karangan.net/gerhana-manusia/ |
Nilai_Cerpen_Gerhana_Manusia | Nilai belas kasihan. Contoh: Nusia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah. Nilai bertanggungjawab. Contoh: Nusia dan Doktor Murni bertanggungjawab untuk merawat semua pesakitnya tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang. Nilai kasih sayang. Contoh: Nusia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap kesihatan pesakit- pesakitnya. Nilai kebijaksanaan. Contoh: Profesor Doktor Juaidi bijak mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di bank darah dengan mengarahkan Doktor Murni mendapatkan bekalan darah tersebut daripada hospital lain. Nilai menghargai nyawa. Contoh: Nusia mengatakan bahawa hanya lima pek darah diperlukan untuk menyelamatkan empat nyawa pesakit yang sedang koma. Nilai baik hati. Contoh: Doktor Murni bersedia mendermakan darahnya untuk bekalan darah yang kehabisan di bank darah. Nilai murah hati. Contoh: Tuan Besar Musa merupakan dermawan yang prihatin terhadap kebajikan kakitangan hospital. Nilai keberanian. Contoh: Nusia dan Doktor Murni berani menentang tindakan Profesor Doktor Juaidi yang tidak berperikemanusiaan kerana tidak mementingkan nyawa semua pesakit di wad tempat mereka bertugas. Nilai rasional. Contoh: Nusia dan Doktor Murni bertindak rasional apabila ke bank darah dengan segera untuk mendapatkan bekalan darahuntuk menyelamatkan empat nyawa pesakit yang sedang koma di wad Unit Rawatan Rapi yang sangat memerlukan bekalan darah untuk hidup. Nilai keyakinan. Contoh: Doktor Murni menyerahkan surat peletakan jawatannya kerana dia yakin ada hospital lain yang akan mengambilnya sebagai doktor perubatan. | https://karangan.net/gerhana-manusia/ |
Pengajaran_Gerhana_Manusia | Kita haruslah berani untuk mempertahankan sesuatu yang benarNusia dan Doktor Murni berani menentang tindakan Profesor Doktor Juaidi yang tidak berperikemanusiaan kerana tidak mementingkan nyawa semua pesakit di wad tempat mereka bertugas. Kita mestilah sayang akan nyawa Nusia sayang akan nyawa pesakit di wad Unit Rawatan Rapi. Kita hendaklahbertanggungjawab menjalankan tugas yang diamanahkanNusia dan Doktor Murni bertanggungjawab untuk merawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi dan berusaha untuk menyelamatkan nyawa mereka. Kita haruslah rasional dalam membuat sesuatu tindakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.Nusia dan Doktor Murni bertindak rasional apabila ke bank darah dengan segera untuk mendapatkan bekalan darah bagi menyelamatkan pesakit di wad Unit Rawatan Rapi yang sangat memerlukan bekalan darah untuk hidup. Kita mestilah bersifat penyayang sesama insan tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang. Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang bernasib malang. | https://karangan.net/gerhana-manusia/ |
Sinopsis_Cerpen_Gerhana_Manusia | Cerpen Gerhana Manusia karya Aminah Mokhtar mengisahkan kesibukan di Wad Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital. Di wad tersebut, Tuan Besar Musa sedang koma dan hanya bergantung pada alat sokongan hidup kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru akibat gaya hidupnya yang tidak sihat sedang. Beliau memerlukan pek darah yang banyak untuk meneruskan hidup. Walau bagaimanapun hospital tersebut mengalami masalah kekurangan bekalan darah dan Doktor Murni mengarahkan Nusia, jururawat yang bertugas di wad tersebut agar membuat hebahan melalui media supaya orang ramai menderma darah untuk menyelamatkan Tuan Besar Musa. Nusia tidak bersetuju kerana tubuh pesakit tersebut sudah tidak menerima kemasukan darah lagi dan hanya membazir kerana terdapat pesakit lain yang memerlukannya dan berpotensi untuk hidup. Doktor Murni menegaskan itu adalah arahan Profesor Doktor Juaidi dan mereka mesti akur kerana mereka hanya pekerja. Beberapa orang pesakit juga sedang koma dan berada dalam keadaan kritikal di wad yang sama sangat memerlukan bekalan darah. Antaranya, Solehah, seorang ibu yang koma akibat janinnya pecah di ovari, Al-Hafiz yang cedera parah akibat kemalangan, seorang bayi, seorang gadis mangsa dera, dan seorang mahasiswa yang menghidap leukemia. Nusia berasa sedih melihat keadaan mereka. Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murni mendapatkan 10 pek darah untuk menyelamatkan Tuan Besar Musa. Profesor tersebut lebih memberikan perhatian kepada Tuan Besar Musa kerana sumbangan beliau yang merupakan seorang ahli korporat yang kaya dan penyumbang dana pada kelab elit di hospital itu. Keadaan Solehah kian tenat menyebabkan Nusia memaklumkannya kepada Profesor Juaidi namun beliau mengarahkan Nusia agar memberikan bekalan gelafundin sebagai ganti darah kepada Solehah yang hanya boleh memperlahankan kematiannya. Nusia tidak berpuas hati tindakan profesor tersebut yang tidak memperdulikan pesakit lain kerana taraf sosial yang berbeza. Nusia kesal dengan tindakan profesor yang lebih mengutamakan Tuan Besar Musa sedangkan beliau tidak mempunyai harapan untuk sembuh. Nusia tidak berpuas hati terhadap tindakan profesor tersebut lalu menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada Doktor Murni. Malangnya, Doktor Murni tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana Profesor Doktor Juaidi lebih berkuasa di wad tersebut. Nusia mendesak juruteknik makmal supaya memberikan 5 pek darah yang terakhir kepadanya untuk menyelamatkan pesakit lain yang kian kritikal. Dia sanggup dimarahi oleh profesor tersebut demi menyelamatka nyawa pesakit lain di wad tersebut. Profesor Doktor Juaidi pula berusaha menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa dengan meningkatkan kadar penggunaan adrenalina, dopamin, dan atropina. Namun begitu, Tuan Besar Musa gagal diselamatkan dan meninggal dunia. Profesor Doktor Juaidi mengeluh kerana kematian Tuan Besar Musa menyebabkan kelab elit hospital mereka kehilangan penyumbang dana yang besar. Doktor Murni menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai doktor perubatan di hospital itu yang mengetepikan nilai-nilai kemanusiaan terhadap pesakit. Keadaan tersebut menyebabkan Profesor Doktor Juaidi tercengang dengan keputusan Doktor Murni. Kemudian, Doktor Murni menggapai tangan Nusia dan mengajaknya ke bank darah supaya mereka dapat menderma darah untuk menyelamatkan pesakit-pesakit yang sedang koma di wad Unit Rawatan Rapi. | https://karangan.net/gerhana-manusia/ |
Teknik_Plot | Teknik dialogContohnya, perbualan antara Profesor Doktor Juaidi dengan Nusia tentang pesakit di wad Unit Rawatan Rapi yang mengalami tekanan darah yang semakin rendah dan memerlukan bekalan darah dengan segera. Teknik imbas mukaContohnya, Nusia membayangkan bahawa lima pek darah sejuk yang berada di tangannya mampu menyembuhkan penyakit Solehah, mahasiswa leukemia, dan al-Hafiz. Teknik monolog dalamanContohnya, Nusia bermonolog dalaman dengan mempersoalkan pesakit yang akan diberikan bekalan darah apabila mendengar arahan Profesor Doktor Juaidi supaya Doktor Murni mendapatkan bekalan darah daripada hospital lain. Teknik pemerianContohnya, pengarangmenggambarkan keadaan Tuan Besar Musa yang sedang koma akibat penyakitnya itu dan masih hidup dengan bantuan alat sokongan hayat. Teknik saspensContohnya, peristiwa tindakan Nusia yang berjaya memujuk juruteknik makmal darah agar menyerahkan lima pek darah tulen sejuk kepadanya menimbulkan tanda tanya dan perasaan ingin tahu kepada pembaca tentang perkara selanjutnya yang akan berlaku akibat tindakannya itu. Teknik KejutanContohnya, Nusia dan Profesor Doktor Juaidi terkejut apabila Doktor Murni memberikan surat perletakan jawatannya. | https://karangan.net/gerhana-manusia/ |
Latar_Tempat | Wad Unit Rawatan Rapi – tempat semua pesakit kritikal dirawat. Bank darah – tempat Nusia berjumpa dengan juruteknik makmal untuk mendapatkan baki bekalan darah yang dikhaskan oleh Profesor Doktor Jauidi kepada Tuan Besar Musa. | https://karangan.net/gerhana-manusia/ |
Latar_Masa | Zaman modenContoh: peralatan canggih di wad Unit Rawatan Rapi menunjukkan cerita ini berlaku pada zaman moden / kini. Waktu siang Contoh: Ketika Profesor Doktor Juaidi bertanya tentang lima pek darah yang ada di bank darah pada pagi itu. | https://karangan.net/gerhana-manusia/ |
Latar_Masyarakat | Masyarakat yang beraniContohnya, Nusia dan Doktor Murni berani menentang tindakan Profesor Doktor Juaidi yang tidak berperikemanusiaan kerana tidak mementingkan nyawa semua pesakit di wad tempat mereka bertugas. Masyarakat yang amat bersimpati atau prihatin terhadap pesakit.Contohnya, Nusia sayang akan nyawa pesakit di wad Unit Rawatan Rapi. Masyarakat yang bertanggungjawabContohnya, Nusia dan Doktor Murni bertanggungjawab untuk merawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi dan berusaha untuk menyelamatkan nyawa mereka. Masyarakat yang rasional dalam membuat tindakan dan keputusanContohnya, Nusia dan Doktor Murni bertindak rasional apabila ke bank darah dengan segera untuk mendapatkan bekalan darah bagi menyelamatkan pesakit di wad Unit Rawatan Rapi yang sangat memerlukan bekalan darah untuk hidup. Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan terhadap kesihatan pesakit. Masyarakat yang hanya mementingkan ganjaran material semata-mata. | https://karangan.net/gerhana-manusia/ |
Watak_Utama_%E2%80%93_Nusia | Jururawat yang bertugas di wad Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital. Seorang yang beraniNusia berani bertindak mengambil bekalan darah yang dikhaskan kepada Tuan Besar Musa oleh Profesor Doktor Juaidi dan sanggup menghadapi risiko dimarahi oleh beliau. Seorang yang pekerja bertanggungjawabNusia seorang jururawat yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya membantu Doktor Murni merawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi. Seorang yang penyayangNusia sayang akan nyawa pesakit di wad Unit Rawatan Rapi yang diabaikan oleh Profesor Doktor Juaidi dan sanggup mengambil bekalan darah untuk menyelamatkan nyawa pesakit tersebut. Seorang yang rasional Nusia berpendapat bahawa bekalan darah yang ada diberikan kepada pesakirt lain yang lebih memerlukan dan berpotensi untuk sembuh berbanding dengan Tuan Besar Musa yang sudah tidak menunjukkan tanda-tanda akan sembuh kerana kondisinya yang sudah tidak menerima bekalan darah yang dimasukkan ke dalam tubuhnya. | https://karangan.net/gerhana-manusia/ |
Watak_Sampingan_%E2%80%93_Profesor_Doktor_Juaidi | (a) Pegawai perubatan senior di sebuah hospital.(b) Ketua jabatan kepada Doktor Murni dan Nusia. Seorang doktor yang mementingkan material dan ganjaranBeliau mementingkan sumbangan dana yang diberikan oleh Tuan Besar Musa pada kelab elit di hospital mereka menyebabkan professor itu hanya mementingkan pesakit tersebut. Seorang yang tidak mematuhi etika kerja sebagai seorang doktorProfesor Doktor Juaidi tidak menjalankan tugasnya mengikut etika kedoktoran yang patut menyelamatkan semua pesakit tetapi beliau hanya mahu menyelamatkan seorang pesakit iaitu Tuan Besar Musa. Seorang ketua yang tidak berperikemanusiaanProfesor Doktor Juaidi sanggup menyuruh Nusia supaya memberikan gelafundin kepada Solehah yang memerlukan bekalan darah untuk memperlahankan kematiannya sahaja dan bukannya untuk menyelamatkannya. | https://karangan.net/gerhana-manusia/ |
Watak_Sampingan_%E2%80%93_Doktor_Murni | Pegawai perubatan muda di sebuah hospital. Seorang doktor yang patuh pada arahan ketuaDoktor Murni mengikut semua arahan Profesor Doktor Juaidi dalam menjalankan tugasnya di wad Unit Rawatan Rapi. Seorang doktor yang penyabarWalaupun beliau diasak dan disindir oleh Nusia kerana enggan memberikan bekalan darah kepada pesakit lain di wad Unit Rawatan Rapi namun beliau tetap menjawab soalan Nusia dengan tenang. Seorang doktor yang berani membuat keputusanDoktor Murni berani meletakkan jawatannya serta merta kerana beliau tidak mahu menggadaikan nilai kemanusiaannya. | https://karangan.net/gerhana-manusia/ |
Watak_Sampingan_%E2%80%93_Tuan_Besar_Musa | https://karangan.net/gerhana-manusia/ |
|
Tema_Gurindam_Dua_Belas | Nasihat memelihara anggota diri. Gurindam ini memberikan nasihat kepada pelajar supaya sentiasa memelihara anggota diri dan berbudi pekerti dalam kehidupan seharian. Penyair menyeru murid agar amalan memelihara diri dan berbudi pekerti diamalkan sepanjang masa. | https://karangan.net/gurindam-dua-belas/ |
Persoalan_Gurindam_Dua_Belas | Persoalan manfaat memelihara penglihatan dalam kehidupan.Contoh : Mata haruslah dipelihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara yang dilarang oleh Tuhan. (Rangkap 1) Persoalan kebaikan memelihara tutur kata. Contoh : Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaat. (Rangkap 3) Persoalan kepentingan memelihara pendengaran. Contoh : Telinga perlu dijauhkan daripada mendengar segala hasutan dan kejian. (Rangkap 2) Persoalan semangat penting dalam kehidupan. Contoh : Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat. (Rangkap 6) | https://karangan.net/gurindam-dua-belas/ |
Gaya_Bahasa_Gurindam_Dua_Belas | Kata gandaContoh : cita-cita (rangkap 1; baris 2) AsonansiContoh : Pengulangan bunyi vokal a – Apabila terpelihara mata, ( rangkap 1; baris 1) AliterasiContoh : Pengulangan bunyi konsonan g – Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan (rangkap 4 baris 1) Bahasa kiasan Contoh : Apabila perut terlalu penuh, keluarlah fiil yang tiada senonoh (rangkap 5) Pemilihan kata yang indah.Contoh: Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Penggunaan bahasa Arab. Contoh: fiil. Penggunaan inversi. Contoh: Nescaya dapat daripadanya faedah. Ayat sepatutnya: Nescaya dapat faedah daripadanya. | https://karangan.net/gurindam-dua-belas/ |
Bentuk_Gurindam_Dua_Belas | https://karangan.net/gurindam-dua-belas/ |
|
Pengajaran_Gurindam_Dua_Belas | Kita hendaklah menjaga penglihatan kita agar tidak menimbulkan keinginan yang tidak baik. Kita mestilah memelihara pendengaran kita agar tidak mendengar berita yang tidak sahih. Kita haruslah menjaga anggota kaki agar tidak menjejaki tempat yang tidak berfaedah. Kita hendaklah bijak menggunakan anggota pancaindera untuk melakukan kebaikan dan perkara-perkara yang positif. Kita hendaklah tidak terlalu menurut kehendak nafsu dan hati yang berkemungkinan mendorong kita untuk melakukan perkara yang buruk. Kita haruslah bijak mengawal anggota tubuh badan agar terhindar daripada perkara yang tidak baik. | https://karangan.net/gurindam-dua-belas/ |
Nilai_Gurindam_Dua_Belas | 1. KebijaksanaanContoh : Kita harus mengamalkan kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata. 2. KesederhananContoh: Kita wajarlah menunjukkan kesederhanaan ketika menghadap rezeki. 3. KesabaranContoh: Kita haruslah bersikap sabar untuk memelihara mata daripada melihat perkara negatif. 4. Berbudi bahasaContoh : Seseorang perlu menjaga tutur kata agar mendapat banyak faedahnya. | https://karangan.net/gurindam-dua-belas/ |
Soalan_Gurindam_Dua_Belas | Berikan maksud rangkap kedua Gurindam Dua Belas (Fasal yang ketiga) Maksud rangkap kedua Gurindam Dua Belas (Fasal yang ketiga) ialah apabila seseorang menjaga pendengarannya dengan baik maka berita-berita yang tidak baik dapat dihindari. Pada pendapat anda, apakah kesan negatif kepada orang yang makan secara berlebihan? Kesan negatif apabila seseorang makan berlebihan adalah akan meningkatkan berat badan dan boleh mengundang pelbagai penyakit kronik. Selain itu, orang yang makan berlebihan juga akan bersikap malas. Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam gurindam tersebut. Nilai yang terdapat dalam gurindam tersebut ialah berhati-hati. Sebagai contoh, kita dinasihati agar berhati-hati mengawal pancaindera agar tidak mendatangkan dosa. Manakala nilai lain pula ialah rasional. Sebagai contoh, kita dinasihati supaya tidak menurut nafsu makan. | https://karangan.net/gurindam-dua-belas/ |
Tema_Jaket_Kulit_Kijang_Dari_Istanbul | Tema cerpenJaket Kulit Kijang Dari Istanbul ialah pengalaman seorang pelancong yang suka melancong dan beliau mengalami berbagai-bagai pengalaman sepanjang tempoh kunjungannya. Penulis telah mengikuti rombongan pelancong dari Malaysia ke Istanbul, Turki. Semasa berada di negara tersebut, penulis melalui pelbagai pengalaman pahit manis. Penulis berpeluang melawat beberapa lokasi pelancongan yang menarik dan juga membeli-belah. Penulis melihat peristiwa budak lelaki yang menjual barangan di pasar gelap ditangkap dan dibelasah oleh pihak polis, peniaga berbangsa Turki yang kasar dan membeli jaket kulit kijang yang tidak dirancangnya. | https://karangan.net/jaket-kulit-kijang-dari-istanbul/ |
Persoalan_Jaket_Kulit_Kijang_Dari_Istanbul | Persoalan perasaan kasih dan sayang terhadap kehidupan haiwan-haiwan eksotik Contoh:Penulis berasa kasihan terhadap haiwan kijang yang terpaksa menjadi korban kerana kulitnya dijadikan bahan komersial. Persoalan sikap berbudi bahasa sesama insan tanpa mengira bangsa, agama dan negara Contoh:Penulis melahirkan kata-kata yang cukup berbahasa kerana tidak mahu menyakitkan hati pekedai Turki itu. Persoalan Sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab dalam perniagaanContoh: Peniaga berbangsa Turki yang tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual. Persoalan kebijaksanaan sikap puji memuji dalam kalangan masyarakat Turki Contoh: Masyarakat Turki memang pandai memuji pelanggannya demi melariskan jualan. Persoalan kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan kewangan Contoh:Penulis telah membuat senarai nama barangan dan cenderahati yang akan dibeli untuk dibawa pulang ke Malaysia. Persoalan Gaya hidup dan kemewahan yang mengancam hidupan liar. Contoh: Gaya hidup masyarakat di Turki yang suka memakai jaket kulit kijang menyebabkan banyak kijang dibunuh demi mendapatkan kulitnya. Persoalan berhemah tinggiContoh: Penulis tetap menolak desakan peniaga berbangsa Turki yang mendesaknya agar membeli jaket kulit kijang di kedainya walaupun dilayan dengan kata-kata yang kasar. Persoalan nilai kemanusiaan yang perlu ada pada setiap manusia. Contoh: Pegawai polis yang membelasah budak lelaki yang ditangkap ketika menjual barangan di pasaran gelap. Persoalan kewajaran memberikan layanan serta ramah mesra terhadap pelanggan atau pelancongContoh: Pekedai Turki telah memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada pelanggannya. Persoalan berhemat ketika berbelanja. Contoh: Penulis telah membuat senarai barangan yang ingin dibelinya dan juga megetepikan USD100 untuk perbelanjaan di luar jangka. | https://karangan.net/jaket-kulit-kijang-dari-istanbul/ |
Sinopsis_Cerpen_Jaket_Kulit_Kijang_Dari_Istanbul | Penulis, iaitu seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Mas. Dengan hanya berbekalkan wang sebanyak USD400, dia telah mengikuti rombongan Passage Tours and Travel ke Istanbul, Turki. Penulis telah membuat senarai cenderamata yang ingin dibelinya untuk dibawa pulang ke tanah air sebagai ole-ole. Wang sebanyak itu akan digunakan secara berhemat ketika berada di negara orang. Kisah ini terjadi apabila Mas bersama-sama Kak Chah, Dr. Liza, Shahmeem, Hajah Zalehon, dan Hajah Normah berkunjung ke Grand Bazaar yang terletak tidak jauh dari hotel penginapannya. Grand Bazaar ialah sebuah pusat beli-belah yang mempunyai lebih 6 000 buah kedai. Sebelum itu, penulis telah dinasihati oleh seorang pemandu pelancong yang bernama Encik Yuksel tentang perkara- perkara yang perlu diberikan perhatian bagi mengelakkan penipuan oleh para peniaga. Ketika berkunjung ke kedai- kedai tersebut, penulis disapa oleh pekedai berbangsa Turki dari sebuah kedai yang menjual jaket kulit. Pekedai itu meminta penulis mencuba sehelai jaket kulit yang berkualiti tinggi yang diperbuat daripada kulit kijang. Pekedai itu menawarkan potongan harga yang rendah. Pekedai itu cuba sedaya upaya memujuk penulis untuk membeli jaket tersebut. Desakan lelaki itu semacam memerangkap dan memaksa penulis untuk membelinya. Mas telah menolak secara sopan untuk membeli jaket yang dicubanya itu disebabkan jaket itu bukan dalam senarai barang yang ingin dibelinya. Rupa-rupanya tindakan itu telah menimbulkan rasa kurang senang pekedai itu. Dia menuduh penulis sebagai wanita Muslim yang tidak baik kerana membuang masanya. Layanan yang agak kasar itu membuatkan penulis berasa kurang selesa. Penulis akhirnya teringat akan pesanan pemandu pelancong sebelum ini agar berhati-hati ketika berurusan dengan peniaga di Istanbul. Mas gemar membaca. Dia sempat membaca puisi yang ditulis oleh Mevlana Celaleddin Ar-Rumi berdasarkan buku yang dibelinya semasa melawat ke makam Mevlana Celaleddin Ar-Rumi di Konya. Puisi yang ditulis oleh Mevlana Celaleddin banyak membicarakan kasih sayang sesama insan. Hal ini amat bertentangan dengan sikap yang ditunjukkan oleh lelaki peniaga Turki itu. Seterusnya, Mas mengisahkan pula perjalanannya pada hari keenam di Istanbul. Kesusahan yang dialami oleh wanita tua, penjual makanan burung menyentuh perasaannya. Selain itu, kisah seorang budak lelaki yang cuba menjual barangan di pasaran gelap diceritakan juga oleh penulis. Budak lelaki itu bukan sahaja ditangkap tetapi dilayan tanpa ada rasa kemanusiaan oleh pihak polis. Layanan kasar ini juga menyebabkan penulis teringat akan puisi tulisan Mevlana Celaleddin Ar-Rumi yang banyak menceritakan perihal kemanusiaan. Rakan penulis yang bernama Shahmeem akhirnya membeli sehelai jaket daripada seorang lelaki tua yang menjualnya di pasaran gelap ketika mereka beratur untuk menaiki feri menyeberangi Selat Bhosporus. Harga yang ditawarkan ialah USD120 jauh lebih murah daripada harga di bazaar. Oleh sebab jaket kulit itu tidak sepadan dengan Shahmeem, dia menjualnya kepada penulis. Penulis tidak nampak rasionalnya dia membeli jaket itu untuk kegunaan di Malaysia yang beriklim panas. Mas akhirnya terbeli jaket kulit kijang meskipun dia langsung tidak berniat untuk membelinya pada mulanya. Mas berpendapat bahawa jaket kulit kijang itu sebenarnya lambang kemewahan dan kemegahan. Hal ini dikatakan demikian kerana lebih seekor kijang perlu dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket. Dalam pada itu, ingatan penulis tertumpu pada hasil penulisan tinggalan Nasreddin Hodja, iaitu tokoh pendidik yang berjiwa humoris dan mengamalkan cara hidup sederhana. Beliau tidak suka akan pembaziran dan kemewahan. Shahmeem gembira kerana Mas sudi membeli jaket kulit itu walaupun harga yang dijualnya jauh lebih murah daripada harga asal. Mas berhasrat untuk menjual jaket itu di kedai pakaian terpakai apabila pulang ke Malaysia nanti. Penulis bercadang untuk mendermakan wang jualan jaket itu kepada mana-mana zoo yang ada kandang kijang. Hal ini sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh demi gaya hidup manusia yang penuh kemodenan. Sesungguhnya, Mas lebih suka hidup bersederhana. | https://karangan.net/jaket-kulit-kijang-dari-istanbul/ |
Binaan_Plot_Jaket_Kulit_Kijang_Dari_Istanbul | Peristiwa-peristiwa dalam plot cerpen ini disusun secara tidak kronologi. Permulaan Permulaan atau eksposisi cerpen ini dimulai apabila penulis/Mas menyertai sekumpulan pelancong sebanyak 30 orang dari Malaysia melancong ke Istanbul, Turki. Penulis memerihalkan jumlah wang tunai yang dia bawa dan perancangannya untuk membeli cenderamata bagi ahli keluarga dan sahabat handainya. Perkembangan Pada tahap perkembangan, penulis menceritakan kumpulan pelancong ini berkunjung ke pusat beli-belah yang dikenali Grand Bazaar. Encik Yuksel, pemandu pelancong bagi rombongan tersebut,menasihati mereka agar berhati-hati dengan sikap peniaga yang tidak jujur di Grand Bazaar kerana tidak mahu mereka terjerat oleh tipu muslihat peniaga di situ. Mas dan kumpulannya berjalan-jalan hingga tiba di sebuah kedai menjual jaket kulit. Pekedai itu mempelawa mereka masuk dan melayan mereka dengan ramahnya. Konflik / Perumitan Konflik cerpen bermula apabila Mas/penulis dimarahi oleh seorang pekedai lelaki yang tidak berpuas hati kerana Mas tidak membeli jaket kulit yang telah dicubanya. Pekedai tersebut menuduh Mas sebagai perempuan Muslim yang tidak baik dan membuang masanya, selain mengeluarkan kata-kata kesat. Klimaks Klimaks cerpen ini adalah apabila Mas/penulis sedar bahawa dia tidak memerlukan jaket kulit kijang itu. Oleh hal yang demikian, dia berhasrat untuk menjual jaket itu kepada sebuah kedai pakaian terpakai apabila pulang ke Malaysia nanti. Tujuannya bagi menghilangkan sifat ego pembeli bahawa dia sebenarnya membeli barangan terpakai. Peleraian Penulis mendermakan wang jualan jaket itu kepada mana-mana zoo yang ada kandang kijang sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh demi gaya hidup manusia yang penuh kemodenan. | https://karangan.net/jaket-kulit-kijang-dari-istanbul/ |
Teknik_Plot_Jaket_Kulit_Kijang_Dari_Istanbul | Teknik PemerianContoh: Penulis menerangkan keadaan di dalam sebuah kedai menjual jaket kulit yang dimasukinya di Grand Bazaar, Istanbul. Teknik DialogContoh: Perbualan antara penulis dengan peniaga yang menjual jaket kulit kijang. Teknik imbas kembaliContoh: Mas teringat kembali akan jenaka sufi yang telah dibacanya dalam 202 Jokes of Nasreddin Hodja yang dibelinya di Capadocia. Nasreddin Hodja lahir di Horto dan dibesarkan di Aksehir, Turki semasa zaman pemerintahan Sultan Timur Leng. Teknik imbas mukaContoh: Mas membayangkan wajah-wajah kegembiraan rakannya ketika menerima cenderamata yang dibelinya dari Turki tersebut. | https://karangan.net/jaket-kulit-kijang-dari-istanbul/ |
Watak_Perwatakan_Jaket_Kulit_Kijang_Dari_Istanbul | Watak Utama: Penulis / Mia Seorang yang bijak merancang perbelanjaan.Contoh: Penulis membuat perancangan untuk perbelanjaannya ketika melancong di Istanbul, Turki. Seorang yang baik hatiContoh: Penulis merancang untuk membeli cenderamata untuk ahli keluarga dan sahabat handai. Seorang yang berhemah tinggiContoh: Penulis tetap bersopan santun ketika menjawab peniaga yang bercakap kasar dengannya kerana dia enggan membeli jaket kulit kijang yang dijual oleh peniaga tersebut. Seorang yang insaf akan kepentingan menjaga hidupan liarContoh: Penulis bercadang untuk mendermakan hasil jualan jaket kulit kijangnya kepada mana-mana zoo yang ada kandang kijang sebagai tanda muhibahnya pada kijang yang dibunuh demi kulitnya. Watak Sampingan: Lelaki Turki / Peniaga Seorang peniaga yang tidak bertanggungjawab dalam berniagaContohnya, peniaga yang tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang dijualnya. Seorang yang tidak berhemah tinggiContohnya, bercakap kasar pada pelanggan yang enggan membeli barangan yang dijualnya. Watak Sampingan: Kak Chah Watak Sampingan: Shahmeem | https://karangan.net/jaket-kulit-kijang-dari-istanbul/ |
Latar_Cerpen_Jaket_Kulit_Kijang_Dari_Istanbul | https://karangan.net/jaket-kulit-kijang-dari-istanbul/ |
|
Gaya_Bahasa_Jaket_Kulit_Kijang_Dari_Istanbul | Pengarang menggunakan beberapa perkataan bahasa Melayu yang bercampur dengan bahasa Inggeris. Pengarang menggunakan ayat pendek, ayat sederhana panjang, dan ayat panjang. SimileContoh: umpama senjata untuk mempertahankan diri, seperti bintang filem jika memakai jaket kulit. Penggunaan kata bahasa InggerisContoh: Made in Turkey. | https://karangan.net/jaket-kulit-kijang-dari-istanbul/ |
Nilai_Cerpen_Jaket_Kulit_Kijang_Dari_Istanbul | Nilai baik hatiContoh: Penulis telah merancang membeli cenderamata untuk keluarga dan sahabat handainya di tanah air. Nilai bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaanContoh: Peniaga berbangsa Turki yang tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual. Nilai berhemah tinggiContoh: Penulis tetap menolak desakan peniaga berbangsa Turki yang mendesaknya agar membeli jaket kulit kijang di kedainya dengan sopan walaupun dilayan dengan kata-kata yang kasar. Nilai berjimat cermatContoh: Penulis telah membuat senarai barangan yang ingin dibelinya dan juga megetepikan USD100 untuk perbelanjaan di luar jangka. Nilai Suka menimba ilmuContoh: Penulis memiliki minat membaca terutama hasil karya penulis tersohor. Nilai KemanusiaaContoh: Penulis berasa sedih apabila pihak polis menggunakan kekerasan terhadap budak lelaki yang menjual barangan di pasaran gelap. Nilai Sayang akan hidupan liarContoh: Penulis sedih kerana haiwan seperti kijang dibunuh untuk diambil kulitnya bagi membuat jaket. Nilai KesabaranContoh: Penulis masih dapat bersabar terhadap tindakan lelaki Turki yang menghamburkan kata-kata kesat dan memaksanya membeli jaket. Nilai PenghargaanContoh: Penulis amat menghargai hasil tinggalan penulis Mevlana Celaleddin Ar-Rumi dan Nasreddin Hodja. | https://karangan.net/jaket-kulit-kijang-dari-istanbul/ |
Pengajaran_Jaket_Kulit_Kijang_Dari_Istanbul | Kita hendaklah menambahkan pengetahuan dan pengalaman dengan melancong ke luar negara sekiranya berkemampuan. Kita haruslah sentiasa baik hati dan bersikap pemurah.Contohnya, penulis telah merancang membeli cenderamata untuk keluarga dan sahabat handainya di tanah air. Kita haruslah bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan. Contohnya, peniaga berbangsa Turki yang tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual. Kita haruslah sentiasa berhemah tinggi. Contohnya, penulis tetap menolak desakan peniaga berbangsa Turki yang mendesaknya agar membeli jaket kulit kijang di kedainya dengan sopan walaupun dilayan dengan kata-kata yang kasar. Kita perlulah berwaspada terhadap muslihat para peniaga yang cuba menjerat pelanggan. Kita mestilah bijak merancang perbelanjaan.Contohnya, penulis telah membuat senarai barangan yang ingin dibelinya dan juga megetepikan USD100 untuk perbelanjaan di luar jangka. Kita perlulah rasional ketika berbelanja dan tidak membeli barangan yang tidak diperlukan. Kita hendaklah bersikap hormat-menghormati terhadap orang lain tanpa mengira bangsa, agama, dan negara. Kita perlulah berusaha untuk menyelamatkan hidupan liar yang yang semakin mengalami kepupusan. | https://karangan.net/jaket-kulit-kijang-dari-istanbul/ |
Nilai_Jaket_Kulit_Kijang_Dari_Istanbul | Mengapakah jaket kulit tidak praktikal untuk kegunaan harian di Malaysia? Jaket kulit tidak praktikal untuk kegunaan harian di Malaysia kerana pengguna akan berasa panas dalam cuaca terik dan jaket ini memerlukan penjagaan yang rapi. Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan untuk memastikan binatang liar seperti kijang tidak terus dibunuh? Usaha-usaha yang boleh diambil untuk memastikan binatang liar seperti kijang tidak terus dibunuh adalah dengan mewartakan Undang-undang Pemeliharaan Hidupan Liar dan mewujudkan tempat pelindungan bagi hidupan liar. Selain itu, kerajaan menggubal akta untuk menghalang pemburu haram / meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar. Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu pengajaran lain daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. Pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas kita janganlah membunuh binatang liar semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Sebagai contoh, untuk mendapatkan sehelai jaket kulit terpaksa membunuh seekor atau lebih kijang. Manakala pengajaran lain daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan kita perlulah bijak merancang perbelanjaan. Sebagai contoh, penulis merancang perbelanjaan dan membuat senarai barangan yang ingin dibeli. | https://karangan.net/jaket-kulit-kijang-dari-istanbul/ |
Latar_Masa | https://karangan.net/jaket-kulit-kijang-dari-istanbul/ |
|
Latar_Tempat | https://karangan.net/jaket-kulit-kijang-dari-istanbul/ |
|
Latar_Masyarakat_Jaket_Kulit_Kijang_Dari_Istanbul | Masyarakat yang mementingkan gaya hidup dan kemewahan yang mengancam hidupan liar. Contohnya, gaya hidup masyarakat di Turki yang suka memakai jaket kulit kijang menyebabkan banyak kijang dibunuh demi mendapatkan kulitnya. Masyarakat peniaga yang tidak bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan. Contohnya, peniaga berbangsa Turki yang tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual. Masyarakat yang berhemah tinggi.Contohnya, penulis tetap menolak desakan peniaga berbangsa Turki yang mendesaknya agar membeli jaket kulit kijang di kedainya dengan sopan walaupun dilayan dengan kata-kata yang kasar. Masyarakat yang berhemat ketika berbelanja.Contohnya, penulis telah membuat senarai barangan yang ingin dibelinya dan juga megetepikan USD100 untuk perbelanjaan di luar jangka. | https://karangan.net/jaket-kulit-kijang-dari-istanbul/ |
Tema_Novel_Jalan_Ke_Puncak | NovelJalan Ke Puncak membawa tema kesungguhan dan kegigihan seorang pemuda yang berdikari. Dia bercita-cita untuk menjadi usahawan dan membina kecemerlangan kerjaya pada masa depannya. Laiman yang berkelulusan ijazah kejuruteraan enggan bekerja makan gaji, sebaliknya dia memilih untuk bekerja sendiri dengan mengusahakan ladang tembikai di kampungnya. Laiman turut mengusahakan kolam ikan air tawar, udang harimau, berniaga kedai makan dan menjadi peraih hasil pertanian di kampungnya. Berkat usaha gigih Laiman, akhirnya dia berjaya dalam bidang yang diceburinya dan mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan. | https://karangan.net/jalan-ke-puncak/ |
Persoalan_Novel_Jalan_Ke_Puncak | Kegigihan menghadapi dugaan hidupContoh: Laiman tabah menghadapi segala rintangan terutama daripada keluarganya yang tidak bersetuju dengan keputusan untuk bekerja sendiri. Pengorbanan untuk keluargaContoh: abang dan nenek Laiman telah mengorbankan wang ringgit demi membiayai pengajian Laiman di universiti. Persoalan Kesetiaan kawanContoh: Milan yang merupakan kawan dan sepupu kepada Laiman sentiasa menyokong usaha Laiman untuk menjayakan projek pertanian walaupun mendapat tentangan daripada keluarganya sendiri. Keberanian menceburi bidang pertanian yang berisiko tinggiContoh: Laiman berani menolak tawaran bekerja di jabatan kerajaan sebaliknya mengambil keputusan untuk mengusahakan ladang tembikai dan menternak ikan air tawar serta udang harimau. Sikap dengki lahir kerana perasaan cemburuContoh: Laiman yang begitu akrab dengan Soniah telah menimbul perasaan cemburu di hati Muluk. Hal ini demikian kerana Muluk menaruh hati terhadap Soniah, namun Soniah tidak melayannya. Kes kebakaran loji minyak di Miri pada anggapan Laiman ialah hasil perbuatan Muluk. Keyakinan terhadap usaha yang dijalankanContoh: Laiman yakin usahanya menjadi petani moden akan membuahkan kejayaan walaupun pada peringkat awal ayahnya menentang sikapnya yang menolak tawaran kerja di Jabatan Pertanian, namun akhirnya dia berjaya menjadi petani moden sehingga kejayaannya diiktiraf oleh pihak kerajaan. Semangat cinta akan negaraContoh: Laiman sentiasa menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri. | https://karangan.net/jalan-ke-puncak/ |
Sinopsis_Novel_Jalan_Ke_Puncak | Laiman pemuda dari Sabah menuntut ilmu untuk mendapatkan ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan. Dia dihantar ke syarikat Shell di Sarawak untuk menjalani latihan. Dia memang berkeupayaan untuk maju dalam bidang yang dipelajarinya. Dalam latihan, Laiman bekerja sungguh-sungguh, tetapi impiannya lain daripada itu. Di tempat latihan itu, Laiman akrab dengan gadis yang bernama Soniah, yang juga masih belajar. Hal ini menimbulkan rasa cemburu kawannya yang bernama Muluk. Soniah merasakan ada sesuatu yang tidak kena antara Laiman dan Muluk, tetapi dia menyembunyikannya. Soniah pernah tersilap menyebut nama Muluk. Apabila ditanya oleh Laiman, Soniah tidak mahu bercerita apa-apa tentang Muluk. Ketika Laiman tiada di tempat kerja kerana pergi ke Kuching, tangki minyak shell terbakar. Ada telahan kononnya Laiman yang merancang pembakaran tangki minyak itu sebelum dia ke Kuching. Pengurus syarikat sendiri pun mengesyaki Laiman. Walau bagaimanapun, setelah mendapat keterangan daripada Laiman, pengurus syarikat percaya bahawa Laiman tidak bersalah. Setelah tamat belajar, Laiman balik ke kampungnya. Bagi Laiman, ijazah yang diperolehnya bukanlah tiket untuk dia mencari pekerjaan bergaji tetap. Dia memikirkan projek yang sentiasa ada dalam fikirannya sejak dahulu. Apabila mendapat tawaran untuk bekerja di jabatan pertanian, Laiman menolaknya. Tindakan Laiman itu menimbulkan rasa hairan dalam hati sepupunya Milan. Hal tersebut menimbulkan kemarahan ayah Laiman, Pak Kiassim juga. Pak Kiassim yakin bahawa bekerja makan gaji adalah yang terbaik bagi lulusan universiti. Fikiran Laiman ketika itu tertumpu pada projek ternakan lebah madu dan ternakan ikan air tawar. Dia merancang untuk membuat projek ternakan ikan air tawar di tanah paya bersebelahan tanah Pak Sahok. Ternakan lebah madu tidak menjadi masalah bagi Laiman kerana projek tersebut tidak memerlukan kawasan yang luas. Di samping itu, dia menanam tembikai juga. Kemarahan Pak Kiassim menjadi-jadi apabila dilihatnya Laiman tidak beroleh apa-apa kemajuan. Namun begitu, Laiman tetap dengan pendiriannya. Dia berpakat dengan Milan untuk terus bergerak maju. Pada mulanya, Milan juga kurang bersemangat. Milan menjadi yakin dan bersemangat apabila melihat Laiman tidak pernah berputus asa. Mereka bersama-sama meminta izin Pak Sahok untuk melaksanakan projek di sebelah tanah Pak Sahok, tetapi Pak Sahok tidak mengizinkannya. Laiman tahu bahawa Pak Sahok bukan pemilik tanah yang dicita-citakannya itu. Namun begitu, dia tidak mahu bermusuh dengan Pak Sahok. Milan makin bersemangat seperti Laiman. Tanaman tembikai ada kemajuan. Laiman masih memikirkan projek lain, iaitu kebun limau dan kelapa. Milan bimbang kerana fikiran Laiman terlalu bercabang-cabang, tetapi Laiman yakin dengan caranya. Menurutnya, kerjanya yang banyak akan dibantu oleh budak-budak yang gagal dalam persekolahan. Hal tersebut tentu akan menyenangkan hati ibu bapa budak-budak itu. Setelah masa berlalu agak lama, Pak Kiassim dapat menerima usaha Laiman. Dia telah melihat kejayaan Laiman dalam bidang penanaman tembikai. Pak Sahok masih enggan mengizinkan Laiman menggunakan tanah paya di sebelah tanahnya untuk maksud ternakan ikan air tawar. Hasil perundingan dengan Pak Kiassim, Pak Sahok kemudiannya bersetuju. Laiman memulakan projeknya. Paya itu diperdalam menggunakan jentera pengorek. Setelah segala-galanya elok, Laiman menambah bidangnya lagi. Sebahagian daripada tempat itu digunakan oleh Laiman untuk ternakan ikan air tawar, manakala sebahagian lagi untuk ternakan udang harimau. Laiman menyerahkan urusan kebun tembikai kepada ayahnya. Masalah dalam perusahaan merupakan perkara biasa. Masalah yang menimpa Laiman ialah dua orang anak muda yang dilatihnya, iaitu Kedek dan Muali, meninggalkannya untuk membuka perusahaan sendiri. Laiman tidak kecewa, kerana sekurang-kurangnya dia telah berjaya melatih orang lain bekerja. Kejayaan Laiman makin cemerlang apabila Jabatan Petanian berjanji untuk membantunya memperbesar perusahaan ternakan ikan air tawarnya. Ketika itu, Laiman teringat akan Soniah, gadis yang akrab dengannya semasa dia berada di Sarawak dulu. | https://karangan.net/jalan-ke-puncak/ |
Binaan_Plot_Novel_Jalan_Ke_Puncak | Permulaan Laiman pemuda yang rajin. Dia menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat minyak. Laiman melakukan tugas yang diberikan kepadanya dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, dia disenangi oleh pengurus dan kawan-kawan di tempat kerjanya itu. Sukri yang bertugas di situ mengajak Laiman makan bersama-sama. Perkembangan Laiman berkawan rapat dengan Soniah yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama, iaitu kejuruteraan. Soniah menyebut nama Muluk dalam satu perbualan, tetapi kemudian tidak mahu meneruskan cerita tentang Muluk. Hal ini menimbulkan tanda tanya dalam fikiran Laiman tetapi dia terpaksa melupakan hal itu memandangkan Soniah benar-benar tidak mahu bercerita tentang Muluk. Perumitan/Konflik – Loji minyak terbakar. Loji itu baru dibaiki oleh Laiman. Namun begitu, mujurlah kebakaran itu berlaku semasa Laiman pergi ke Kuching. Orang yang melakukan sabotaj itu tidak tahu bahawa Laiman tiada di kawasan syarikat semasa kebakaran berlaku. Seterusnya, bapa Laiman memarahi Laiman kerana menolak pekerjaan yang ditawarkan. Pak Kiassim menentang hasrat Laiman membuat projek sendiri juga. Klimaks Muluk ditangkap polis atas tuduhan membakar loji minyak. Dia berbuat demikian kerana cemburu apabila melihat hubungan mesra antara Laiman dengan Soniah. Pak Sahok mengalah dan mengizinkan tanah paya di sebelah tanahnya digunakan untuk projek ternakan ikan air tawar. Keizinan itu menyebabkan Laiman dan kawan-kawannya dapat bekerja keras. Akhirnya, projek ternakan ikan air tawar itu dianggap projek contoh. Peleraian Laiman hidup senang kerana usahanya membuahkan hasil. Laiman memikirkan perancangan untuk memulakan hubungan bercorak baharu dengan Soniah. | https://karangan.net/jalan-ke-puncak/ |
Teknik_Plot_Jalan_Ke_Puncak | Teknik pemerianContoh: Pengarang memerihalkan hubungan Laiman dengan Sukri yang sudah terjalin erat walaupun baru dua bulan lebih mereka berkawan. Teknik dialogContoh: Laiman berbual dengan Milan tentang cadangan Laiman yang mahu mengusahakan projek ternakan lebah madu dan dan ikan air tawar di tanah paya di sebelah tanah Pak Sahok Teknik saspensContoh: Pembaca tertanya-tanya siapakah yang membakar loji minyak. Teknik kejutanContoh: Pembaca terkejut apabila Pak Sahok menyetujui kehendak Laiman untuk menggunakan tanah paya di sebelah tanahnya dengan mudah setelah Pak Kiassim memujuknya. | https://karangan.net/jalan-ke-puncak/ |
Watak_Perwatakan_Jalan_Ke_Puncak | Watak penting untuk mengembangkan tema dan persoalan sesebuah novel. Perwatakan ialah sifat-sifat yang terdapat pada watak. Watak Utama: Laiman Seorang yang tegas diriLaiman berpegang kepada prinsip untuk tidak tergesa-gesa menerima sesuatu tawaran pekerjaan. Seorang yang bijakLaiman merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dia bijak menyelesaikan setiap masalah yang dihadapinya. Seorang yang Baik hatiLaiman berfikiran terbuka terhadap Muali dan Kedek yang mahu berdikari. Seorang yang beraniLaiman berani untuk bekerja sendiri sebagai peladang, penternak dan pemborong. Dia juga berani mempertahankan kebenarannya dalam kes kebakaran tangki minyak. Seorang yang gigihLaiman berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjayakan rancangannya. Dia tidak mudah berputus asa apabila sesuatu usahanya belum berjaya. Watak Sampingan: Pak Kiassim Seorang yang prihatinPak Kiassim mahu Laiman memiliki pekerjaan tetap. Oleh itu, dia sanggup membantu Laiman menguruskan kebun tembikai anaknya itu. Seorang yang bersikap positifPak Kiassim sanggup mengakui kesilapannya kepada Laiman kerana tidak memahami wawasan Laiman sebelum ini. Dia menyokong usaha Laiman selepas melihat kejayaannya. Watak Sampingan: Milan Seorang yang penyayangMilan setia dengan Laiman dalam setiap projek yang dijayakannya. Dia percaya dan yakin akan kejujuran dan kesungguhan Laiman. Seorang yang mudah bekerjasamaMilan bekerjasama dengan Laiman untuk menjadi pladang dan penternak. Watak Sampingan:Sukri Seorang yang peramahSukri cepat mesra walaupun dia penyelia kepada Laiman, mahasiswa kejuruteraan yang sedang menjalani latihan industri. | https://karangan.net/jalan-ke-puncak/ |
Latar_Novel_Jalan_Ke_Puncak | https://karangan.net/jalan-ke-puncak/ |
|
Unsur_Gaya_Bahasa_Novel | SimileContoh: Pagi esoknya minyak yang belum diproses tumpah bagaikan air hujan di tepi-tepi longkang; Laiman seperti berputus asa. PeribahasaContoh: Selurus-lurus ekor anjing, ada juga bengkoknya; nasi sudah menjadi bubur; mencontengkan arang ke muka. Personifikasi.Contoh: Mata pengurus itu menikam lembut wajah Laiman dengan hati yang lega; Tangannya lancar berlari di atas tikar yang sudah separuh dianyamnya sejak sebulan lalu. Inversi.Contoh: Sebentar lagi dia akan meneruskan kerjanya di luar pula; Di sana dia makan. | https://karangan.net/jalan-ke-puncak/ |
Nilai_Novel_Jalan_Ke_Puncak | Nilai Kasih sayangContoh: Pak Kiassim amat menyayangi anaknya menyebabkan dia meleteri sikap Laiman yang menolak pekerjaan sebagai pegawai di Jabatan Pertanian. Namun, dia akur akan kebolehan anaknya apabila melihat tanaman tembikai mengeluarkan hasil lalu memujuk Pak Sahok untuk memastikan tanah rizab yang bercantum dengan tanah lelaki itu boleh diusahakan oleh anaknya untuk penternakan ikan air tawar. Nilai TanggungjawabContoh: Sukri menyelia pekerjaan Laiman dengan penuh tanggungjawab semasa Laiman menjalani latihan praktikal di syarikat minyak. Nilai KetabahanContoh: Laiman tabah menghadapi segala dugaan untuk mencapai cita-citanya. Nilai PatriotismeContoh: Laiman sentiasa menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri. Nilai KeberanianContoh: Laiman berani menjadi petani moden kerana berkeyakinan usahanya akan membuahkan kejayaan walaupun pada peringkat awal ditentang oleh ayahnya kerana menolak tawaran bekerja di Jabatan Pertanian. Nilai BerdikariContoh: Laiman sanggup bekerja sendiri sebagai petani dengan mengusahakan tanaman tembikai, menternak ikan air tawar, dan pelbagai lagi perniagaan walaupun dia boleh memilih bekerja makan gaji di Jabatan Pertanian. Nilai Baik hatiContoh: Laiman tidak menunjukkan sikap marah apabila Kedek dan Muali yang dilatihnya bertindak meninggalkan projek yang akan dibuat. Nilai KeinsafanContoh: Bapa Laiman, iaitu Pak Kiassim insaf setelah memahami pendirian Laiman. Pak Sahok juga insaf lalu bersetuju tanah paya di sebelah tanahnya digunakan oleh Laiman untuk projek ternakan ikan air tawar. Nilai KesyukuranContoh: Laiman bersyukur kerana projek ikan air tawar yang diusahakannya telah membuahkan hasil dan kerajaan menghargai usaha yang dijalankan dengan menjadikan sebagai projek contoh di daerah mereka. Kemungkinan projek tersebut akan dibesarkan dengan bantuan daripada Jabatan Pertanian sebagai projek yang terbesar di Sabah. | https://karangan.net/jalan-ke-puncak/ |
Pengajaran_Novel_Jalan_Ke_Puncak | Kitahendaklah berdikari untuk memperoleh pendapatan yang lebih lumayanLaiman sanggup bekerja sendiri sebagai petani dengan mengusahakan tanaman tembikai, menternak ikan air tawar, dan pelbagai lagi perniagaan walaupun dia boleh memilih bekerja makan gaji di Jabatan Pertanian. Kita haruslah berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlangContoh: Laiman bekerja keras bagi memastikan projeknya berjaya. Kita hendaklah memiliki sikap berani untuk mengubah nasibContoh: Laiman berani menjadi petani moden kerana berkeyakinan usahanya akan membuahkan kejayaan walaupun pada peringkat awal ditentang oleh ayahnya kerana menolak tawaran bekerja di Jabatan Pertanian. Kita mestilah bertanggungjawab semasa melaksanakan tugasContoh: Laiman menyiapkan kerja yang diarahkan oleh pengurus syarikat minyak dengan penuh tanggungjawab. Kitaharuslah menerima keputusan orang lain dengan hati yang terbukaContoh: keputusan Kedek dan Muali untuk meninggalkan projek diterima oleh Laiman dengan hati terbuka. Kitaharuslah memiliki perasaan kasih sayang terhadap darah dagingContoh: Pak Kiassim amat menyayangi anaknya menyebabkan dia meleteri sikap Laiman yang menolak pekerjaan sebagai pegawai di Jabatan Pertanian. Namun, dia akur akan kebolehan anaknya apabila melihat tanaman tembikai telah mengeluarkan hasil lalu memujuk Pak Sahok untuk memastikan tanah rizab yang bercantum dengan tanah lelaki itu boleh diusahakan oleh anaknya untuk penternakan ikan air tawar. Kitamestilah bersikap jujur dengan rakan sekerjaContoh: Laiman menunjukkan akaun simpanan projeknya kepada Milan. Kita haruslah bersyukur terhadap rezeki yang dikurniakan oleh tuhanContoh: Laiman bersyukur kerana projek ikan air tawar yang diusahakannya telah membuahkan hasil dan kerajaan menghargai usaha yang dijalankan dengan menjadikan sebagai projek contoh di daerah mereka. Kemungkinan projek tersebut akan dibesarkan dengan bantuan daripada Jabatan Pertanian sebagai projek yang terbesar di Sabah. Kita perlu memiliki jiwa patriotismContoh: Laiman sentiasa menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri. | https://karangan.net/jalan-ke-puncak/ |
Soalan_Novel_Jalan_Ke_Puncak | Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan tiga latar tempat dalam novel tersebut. Novel yang telah saya kaji ialah novel Jalan Ke Puncak karya Juri Durabi. Berdasarkan novel tersebut, tiga latar tempat yang dapat diperoleh adalah di sebuah pejabat di tepi pantai terletak di Sarawak. Sebagai contoh, pejabat ini merupakan tempat Laiman menjalani latihan praktikal. Di samping itu, latar tempat kedua dalam novel ini adalah di tanah paya.Sebagai contoh, Laiman dan pekerja-pekerjanya sibuk dengan kerja-kerja membersihkan kolam yang telah dikorek. Keadaan air di dalam kolam itu masih lagi keruh. Setelah Laiman berbincang dengan pekerjanya, Laiman telah bersetuju intuk membahagikan tanah paya itu kepada dua, iaitu satu bahagian untuk penternakan ikan air tawar dan sebahagian lagi untuk penternakan udang harimau. Latar tempat ketiga adalah di Bawang.Sebagai contoh, Pak Kiassim telah ke Bawang kerana ingin menziarahi jenazah Pak Muluk yang telah meninggal dunia. Laiman dan Mail juga telah menziarahi arwah Pak Muluk dan adat berjaga masih diamalkan di kampong itu. Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan tiga latar masyarakat yang berbeza dalam novel tersebut. Novel yang saya kaji waktu tingkatan 2 ialah novel Jalan ke Puncak. Berdasarkan novel tersebut, tiga latar masyarakat yang dapat diperoleh ialah masyarakat yang bijak mengendalikan perniagaan.Sebagai contoh, Laiman pelajar lepasan university dalam bidang kejuruteraan tetapi bercita-cita ingin bekerja sendiri. Walaupun bapanya mentang cita-citanya itu, namun Laiman tetap terus berusaha untuk membuka kolam ikan air tawar dan udang. Dengan kebijaksanaannya menguruskan perniagaannya, akhirnya Laiman berjaya dan menjadi contoh kepada anak-anak muda di kampungnya. Selain itu, masyarakat yang tabah menghadapi dugaan.Sebagai contoh, Laiman tabah menghadapi ejekan dan sindiran orang-orang kampung kerana dia mahu bekerja sendiri dan akhirnya dia berjaya. Seterusnya, masyarakat yang khianat dan cemburu.Sebagai contoh, Muluk yang cemburu akan hubungan Laiman dan Soniah telah menyebabkan pembakaran tangki minyak yang pernah dibaiki oleh Laiman itu terbakar. Pengajaran yang disampaikan oleh pengarang kepada pembaca merupakan objektif utama seseorang pengarang dalam menghasilkan sesebuah novel. Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut. Novel yang saya kaji ialah Jalan ke Puncakkarya Juri Durabi. Antara pengajaran yang terdapat dalam novel ini ialah kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Contohnya, Laiman bekerja keras bagi memastikan projeknya berjaya. Pengajaran seterusnya ialah kita hendaklah menerima pandangan orang lain dengan hati yang terbuka. Contohnya, keputusan Kedek dan Muali untuk meninggalkan projek diterima oleh Laiman dengan hati yang terbuka. Selain itu, kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugas. Contohnya, Laiman menyiapkan kerja yang diarahkan oleh pengurus syarikat dengan penuh tanggungjawab. Watak memainkan peranan penting dalam menggerakkan jalan cerita. Huraikan dua perwatakan watak utama dalam novel yang telah anda kaji. Novel yang saya kaji ialah Jalan ke Puncak. Watak utama novel ini dipegang oleh Laiman. Antara perwatakannya ialah cinta akan ilmu. Contohnya, Laiman tetap menamatkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan walaupun dia tidak berminat untuk menjadi jurutera. Selain itu, Laiman juga taat akan perintah agama. Contohnya, Laiman rajin bersolat. Seterusnya, Laiman merupakan seorang yang jujur. Contohnya, Laiman tidak merahsiakan jumlah wang simpanannya daripada pengetahuan pembantunya, Milan. Berdasarkan satu daripada novel tersebut, nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam novel tersebut. Novel yang saya kaji ialah Jalan ke Puncak. Terdapat banyak nilai murni yang dipaparkan dalam novel ini. Niai yang pertama ialah nilai keprihatinan. Contohnya, Sukri memberikan perhatian kepada Laiman dan mahu memastikan bahawa Laiman mendapat pendidikan tinggi. Kedua, nilai kasih sayang. Contohnya, nenek Laiman sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk memastikan Laiman mendapat pendidikan tinggi. Nilai yang seterusnya ialah nilai baik hati. Contohnya, Laiman tidak menampakkan sikap marah apabila Kedek dan Muali yang dilatihnya bertindak keluar daripada projek yang diusahakannya. | https://karangan.net/jalan-ke-puncak/ |
Latar_Masa_Jalan_Ke_Puncak | Waktu PagiContohnya, Sukri pergi ke rumah sewa Laiman untuk memberitahu kejadian kebakaran di loji minyak. Waktu malamContohnya, Pak Kiassim, iaitu ayah Laiman telah meleteri Laiman kerana menolak tawaran bekerja di Jabatan Pertanian. Tempoh 6 bulanContohnya, Laiman menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat minyak di Sarawak selama enam bulan. Waktu tengah hariContohnya, Sukri bertanya kepada Laiman tentang perancangannya selepas tamat belajar kelak. Waktu petangContohnya, Laiman bersiar-siar di Pekan Lutong dan terserempak dengan Soniah. Mereka makan bersama-sama di sebuah restoran. | https://karangan.net/jalan-ke-puncak/ |
Latar_Tempat_Novel | Rumah Pak Kiassim Tempat tinggal Pak Kiassim, Laiman dan keluarganya. Di sinilah Pak Kiassim menegur Laiman yang enggan menerima tawaran kerja oleh Jabatan Pertanian. Bandar MiriContoh: Laiman dan Soniah menghabiskan cuti hujung minggu dengan bersiar-siar di bandar Miri. Mereka berbincang tentang rancangan masa depan Soniah yang ingin melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan. Rumah Pak SahokContoh: Laiman ke rumah Pak Sahok untuk memujuknya agar mengizinkan dia menggunakan tanah rizab yang bercantum dengan tanah Pak Sahok untuk tujuan menternak ikan. Tangki minyak nombor 12 milik syarikat ShellContoh: Tangki minyak yang rosak itu dibaiki oleh Laiman dengan sempurna tetapi telah terbakar menyebabkan Laiman berasa hairan. Pejabat syarikat minyakTempat Laiman, Soniah dan Sukri bekerja. Di sinilah Laiman menjalani latihan selama enam bulan. Restoran di MiriContoh: Laiman makan bersama-sama Soniah di sebuah restoran. Ketika makan, Soniah meluahkan hajatnya ingin melanjutkan pelajarannya ke universiti dalam bidang kejuruteraan, sama seperti Laiman. Kebun tembikaiContoh: Tempat Laiman dan Milan mengusahakan ladang seluas 15 ekar dan mereka berasa bangga apabila usaha yang dilakukan sejak dua bulan lalu telah mengeluarkan hasil. Gerai PitasContoh: Laiman dan Milan berniaga kuih yang dipajaknya daripada orang-orang kampung untuk mengisi masa yang terluang dan mahu mencari duit sebanyak mungkin. Kampung KusiladContoh: Kampung Kusilad merupakan tempat tinggal Laiman dan tempat dia melakukan aktiviti pertanian dan perikanan sehingga berjaya menjadi usahawan tani. Universiti Kebangsaan MalaysiaContoh: Tempat Soniah belajar sehingga tamat pengajiannya dalam bidang kejuruteraan. | https://karangan.net/jalan-ke-puncak/ |
Latar_Masyarakat_Jalan_Ke_Puncak | Masyarakat yang berpelajaran tinggiContoh: Laiman dan Soniah merupakan pelajar lulusan ijazah Sarjana Muda kejuruteraan. Masyarakat yang tegas diriContoh: Laiman berpegang kepada prinsip untuk tidak tergesa-gesa menerima sesuatu tawaran pekerjaan Masyarakat yang peramahContoh: Sukri cepat mesra walaupun dia penyelia kepada Laiman, mahasiswa kejuruteraan yang sedang menjalani latihan industri Masyarakat yang berdikariContoh: Chow Chin berusaha sendiri untuk membina empayar perniagaan dengan berjimat cermat dan tidak membangga diri. Masyarakat yang kuat semangat dan suka akan cabaranContoh: Laiman, Milan mempunyai semangat bekerja yang kuat dan gigih. Mereka tidak mudah mengalah dengan cabaran yang dihadapi. Masyarakat yang menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawabContoh: Pegawai Jabatan Pertanian menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab. Pegawai jabatan pertanian bersedia memberikan bantuan kepada Laiman. | https://karangan.net/jalan-ke-puncak/ |
Tema_Cerpen_Kaduk_Ayam_dan_Raja | Tema cerpenKaduk, Ayam dan Raja ialah kesungguhan seorang anak muda menceburi bidangpertanian dan keusahawanan. Sebagai contoh, Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan projekpenternakan ayam. Namun, banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh Hakim yang berpunca daripada sikap orang tengah yang banyak menindas dan mengaut keuntungan. | https://karangan.net/kaduk-ayam-dan-raja/ |
Persoalan_Cerpen_Kaduk_Ayam_dan_Raja | Tuntutan pemilikan hak yang telah diambil oleh orang lainContoh: Hakim berani menuntuthak tanah pusaka milik arwah datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam. Persoalan memahami selok belok bidang keusahawanan Contoh: Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya. Persoalan ketaatan terhadap pemerintah Contoh: Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayam Kunani dengan ayam raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam. Persoalan penindasan golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lemah Contoh: Syarikat RAJA mengambil kesempatan dengan menentukan harga dedak dan ubat ayam ternakan sehingga menyebabkan Hakim menanggung beban hutang. Kegigihan seorang anak muda dalam bidang pertanianContoh: Hakim menjadikan tanah datuknya yang seluas empat ekar itu sebagai tanah pertanian. Cabaran yang perlu ditempuhi dalam dunia perniagaan.Contoh: Hakim berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan pinjaman bank, rasa tidak puas hati penduduk kampung, dan monopoli syarikat besar semasa mengusahakan bidang pertanian. Pembersihan nama dan maruah keluarga.Contoh: Hakim berusaha membersihkan nama datuknya yang menyerahkan ayamnya kepada raja tanpa kerelaan. | https://karangan.net/kaduk-ayam-dan-raja/ |
Sinopsis_Cerpen_Kaduk_Ayam_dan_Raja | Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja dimulakan dengan penulis mengimbau kembali kisah Kaduk. Pada zaman dahulu, raja memiliki kuasa mutlak. Raja yang zalim akan merampas dan menipu rakyat. Sikap tamak sesetengah raja membuatkan kehidupan rakyat jelata semakin susah dan dihimpit kemiskinan. Hal inilah yang terjadi kepada Kaduk apabila tanahnya yang seluas empat ekar telah dirampas oleh raja. Hakim, iaitu cucu Kaduk merupakan seorang yang terpelajar dan berkelulusan sebuah universiti. Hakim berusaha untuk mendapatkan hak datuknya semula yang telah dirampas secara tidak sah oleh raja melalui bantuan sahabatnya, Azam, peguam berkelulusan jurusan undang-undang. Dalam proses perbicaraan di mahkamah, Azam bijak berhujah sehingga akhirnya Tuan Hakim memutuskan bahawa tanah Kaduk berkeluasan empat ekar yang telah dirampas oleh raja pada suatu ketika dahulu dikembalikan kepada warisnya, iaitu Hakim. Setelah Hakim berjaya menebus tanah pusaka milik datuknya itu semula, dia bercadang untuk menjalankan projek penternakan ayam secara pertanian kontrak di kawasan tanah tersebut daripada terbiar. Projek penternakan ayam secara pertanian kontrak itu telah dibuat dengan sebuah syarikat besar, iaitu Global Chicken. Cawangannya di Malaysia menggunakan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau nama singkatannya RAJA. Hakim menceburi bidang penternakan bertujuan untuk menyahut seruan kerajaan yang mahu rakyat di negara ini aktif dalam bidang pertanian. Menurutnya, banyak faedah akan disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat melalui Dasar Ekonomi Baru. Bagi memastikan projek penternakan ayamnya berjaya direalisasikan, Hakim membina reban ayam tertutup yang dilengkapi sistem penyaman udara dan peralatan memberikan makanan semiautomatik. Kos tersebut menelan belanja dua ratus ribu ringgit. Hakim sukar mendapatkan pinjaman bank. Hasil bantuan seorang Yang Berhormat, akhirnya bank meluluskan pinjamannya. Kontrak membekalkan ayam ditandatangani dengan syarikat RAJA. Selama setahun, Hakim berjaya menjual ayam-ayamnya sebanyak enam kali pusingan. Namun demikian, Hakim banyak menghadapi masalah. Masalah pertama ialah jalan masuk ke kawasan penternakan itu tidak diturap menyebabkan lori- lori tersangkut dalam selut lumpur ketika hujan. Penduduk kampung pula merungut dan membuat bantahan kerana jalan mereka rosak. Dia juga masih berhutang dengan pihak bank yang telah memberinya pinjaman modal. Seperkara lagi, Hakim banyak berhutang dengan syarikat RAJA yang membekalkan anak ayam, dedak, ubat- ubatan serta keperluan lain. Syarikat RAJA menentukan harga barangan tersebut dan membuat potongan hasil jualan ayam kepadanya menyebabkan sebahagian besar keuntungan hasil jualan ayam Hakim dikaut oleh oleh Syarikat RAJA. Baki keuntungan jualan itu tidak dapat menampung kos keseluruhan penternakannya untuk membayar gaji pembantu, bil air dan elektrik, dan kos penyelenggaraan yang lain. Akibatnya, hutang Hakim semakin meningkat, sebaliknya Syarikat RAJA terus mengaut keuntungan. Azam menasihati Hakim agar berurusan secara langsung dengan Jabatan Haiwan supaya penternak kecil seperti Hakim tidak menjadi mangsa orang tengah. Azam bersimpati dengan nasib yang menimpa Hakim. Hakim tiada pilihan selain meneruskan usaha menternak ayam kerana kegagalannya melunaskan hutang bank akan menyebabkan tanah pusakanya itu dirampas. Tindakan bank merampas tanah pusaka itu disamakan dengan tindakan raja merampas tanah datuknya dahulu. Hakim mula sedar bahawa dia senasib dengan datuknya. Satu perkara yang membezakan mereka hanyalah nama dan masa peristiwa itu berlaku. Pada zaman ini, raja ialah orang yang memegang kuasa ekonomi. Orang-orang bawahan terpaksa mengikut telunjuk mereka. | https://karangan.net/kaduk-ayam-dan-raja/ |
Watak_Perwatakan_Cerpen | Watak UtamaKaduk, Ayam dan Raja: Hakim Seorang pemuda yang berpandangan jauhContoh:Hakim berpandangan jauh dengan menceburi bidang penternakan ayam bagi memastikan pengeluaran makanan negara berterusan dan tidak bergantung pada makanan import semata-mata. Seorang pemuda yang berani memperjuangkan hakContoh: Hakim berani dan berpendirian tegas untuk mendapatkan tanah pusaka datuknya yang dirampas oleh raja pada suatu ketika dahulu dengan memfailkan kesnya di mahkamah. Seorang yang bercita-cita tinggiContoh: Hakim berazam menjadi usahawan yang berjaya dengan cara menyahut seruan kerajaan melalui projek penternakan ayam secara moden yang telah diusahakannya. Seorang yang gigih menceburi bidang keusahawananContoh: Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya. Seorang pemuda yang tabah menghadapi masalahContoh: Hakim tabahmeneruskan projek ternakan ayam dan mengharungi cabaran akibat kegagalannya dalam bidang keusahawanan. Seorang yang rajin menuntut ilmuContoh: Hakim berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Watak Sampingan: Azam Seorang pemuda yang suka membantu orang lainContoh: Azam membantu Hakim dengan menjadi peguamnya dalam kes tuntutan tanah milik datuknya. Seorang yang rajin menuntut ilmuContoh: Walaupun Azam sudah memiliki ijazah dalam bidang undang-undang namun dia sanggup menghadiri kursus selama setahun di luar negara untuk menambah pengetahuannya. Seorang yang prihatinterhadap sahabatContoh: Azam sanggup mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh Hakim dalam usaha penternakan ayamnya kerana dia prihatin terhadap sahabatnya itu. Watak Sampingan: Pak Kaduk Seorang yang suka bersabung ayamContoh: Kaduk bersabung ayam dengan raja. Watak Sampingan: Raja Seorang yang suka bersabung ayamContoh: Raja bersabung ayam dengan Kaduk Seorang yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lainContoh: Raja telah menukarkan ayamnya dengan ayam kunani Kaduk untuk memenangi pertandingan itu. Seorang yang suka menganiaya haiwan Contoh: Raja bersabung ayam dengan Kaduk | https://karangan.net/kaduk-ayam-dan-raja/ |
Binaan_Plot_Cerpen_Kaduk_Ayam_dan_Raja | Peristiwa-peristiwa dalam plot cerpen ini disusun secara kronologi. Permulaan Plot permulaan atau eksposisi cerpenKaduk, Ayam dan Raja dimulai dengan penulis mengimbas kembali kisah Kaduk. Pada zaman dahulu, raja memiliki kuasa mutlak. Raja yang zalim akan merampas dan menipu rakyat. Mereka yang menentang raja dianggap penderhaka dan dijatuhi hukuman berat. Sikap tamak sesetengah raja membuatkan kehidupan rakyat jelata semakin susah dan dihimpit kemiskinan. Hal inilah yang terjadi kepada Pak Kaduk apabila tanahnya dirampas oleh raja. Perkembangan Pada tahap perkembangan, penulis menjelaskan bahawa Hakim yang merupakan cucu Kaduk berusaha untuk mendapatkan hak datuknya yang telah dirampas semula secara tidak sah oleh raja melalui sistem perundangan di mahkamah. Hakim telah mendapatkan bantuan sahabatnya, Azam yang bekerja sebagai peguam. Di mahkamah, Azam bijak berhujah sehingga akhirnya tanah Kaduk yang telah dirampas oleh raja pada suatu masa dahulu dikembalikan kepada warisnya, iaitu Hakim. Perumitan Tahap perumitan cerita apabila Hakim banyak menghadapi masalah ketika mengurus projek penternakan ayam secara kontrak. Masalah pertama ialah jalan masuk ke kawasan penternakan itu tidak diturap menyebabkan lori-lori tersangkut dalam selut lumpur ketika hujan. Rungutan orang kampung yang tidak berpuas hati akibat jalan di kampung itu rosak juga antara penyebabnya. Selain itu, Hakim banyak berhutang dengan syarikat RAJA yang membekalkan anak ayam, makanan dedak, ubat- ubatan serta keperluan lain. Syarikat RAJA berkuasa untuk menentukan harga barangan tersebut dan membuat potongan hasil jualan ayam. Baki keuntungan jualan itu tidak dapat menampung kos keseluruhan penternakan. Akibatnya, hutang Hakim semakin meningkat dari sehari ke sehari. Klimaks Klimaks cerpenKaduk, Ayam dan Raja adalah apabila Hakim tiada pilihan selain meneruskan usaha menternak ayam. Dengan apa-apa cara sekalipun, dia perlu membayar hutangnya kepada pihak bank kerana kegagalannya melunaskan hutang bank kelak akan menyebabkan tanah pusakanya itu dirampas. Peleraian Peleraian cerpen ini adalah apabila Hakim menganggap tindakan bank merampas tanah pusaka itu disamakan dengan tindakan raja merampas tanah datuknya dahulu. Hakim mula sedar bahawa dia senasib dengan datuknya. Satu perkara yang membezakan mereka hanyalah nama dan masa peristiwa itu berlaku. Pada zaman ini raja ialah orang yang memegang kuasa ekonomi. Orang-orang bawahan terpaksa mengikut telunjuk mereka. | https://karangan.net/kaduk-ayam-dan-raja/ |
Teknik_Plot_Kaduk_Ayam_dan_Raja | Teknik pemerianContoh: Penulis memerihalkan bahawa Hakim merupakan cucu daripada keturunan Kaduk yang berusaha untuk mendapatkan hak datuknya yang telah dirampas secara tidak sah oleh raja semula. Teknik dialogContoh: “Dah berapa kali kau menjual ayam?” tanya Azam. “Sudah enam kali. Ayam-ayam kecil yang kita lihat di dalam reban tadi ialah pusingan yang ketujuh.” Teknik imbas kembaliContoh: Penulis menceritakan kembali kisah Pak Kaduk yang menukar ayamnya, Si Kunani dengan ayam raja. Sebagai taruhan dalam pertandingan sabung ayam tersebut, dia menggadaikan tanahnya kepada raja. Oleh sebab dia kalah menyabung, tanah Pak Kaduk itu dirampas oleh raja. Teknik imbas mukaContoh: Hakim membayangkan niatnya untuk mendirikan sebuah memorial yang akan dinamakan ‘Memorial Pak Kaduk’ sekiranya dia berjaya menebus tanah milik datuknya seluas empat ekar itu kembali. Teknik KejutanContoh: Nilai jualan dari rebanku ialah lapan puluh lima ribu ringgit. Tetapi akhirnya hanya tiga belas ribu sahaja yang masuk ke kantungku. Tujuh puluh dua ribu adalah untuk RAJA kerana membayar harga anak-anak ayam, harga dedak dan ubat-ubatan. Dari tiga belas ribu itulah aku membayar hutang bank, gaji pembantu, upah penangkap ayam, membayar bil elektrik dan bil air yang cukup tinggi dan segala kos penyelenggaraan yang lain. | https://karangan.net/kaduk-ayam-dan-raja/ |
Latar_Cerpen_Kaduk_Ayam_dan_Raja | https://karangan.net/kaduk-ayam-dan-raja/ |
|
Gaya_Bahasa_Cerpen_Kaduk_Ayam_dan_Raja | Aspek diksi atau pemilihan kataContoh: Pengarang telah menggunakan perkataan sehari-hari yang mudah difahami oleh pembaca. Dari segi pembinaan ayatContoh: Pengarang menggunakan ayat pendek, ayat sederhana panjang, dan ayat panjang. PersonifikasiContoh: Hakim meluahkan segala yang telah bersarang di dadanya. MetaforaContoh: kamar pengadilan. HiperbolaContoh: Kini, hidupku bergelumang dengan hutang. SimileContoh: Bank akan merampas tanahku tidak ubah seperti raja merampas tanah datukku dahulu. SinkopeContoh: kau, ku Pengulangan kataContoh: Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama menggadai tanah. Kami sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa. Kata gandaContoh: bangunan-bangunan, sama-sama dan tanah-tanah Bahasa ArabContoh: Assalamualaikum, Alhamdulillah Bahasa InggerisContoh: Global Chicken | https://karangan.net/kaduk-ayam-dan-raja/ |
Nilai_Cerpen_Kaduk_Ayam_dan_Raja | Nilai KebijaksanaanContoh: Sebagai peguam, Azam menggunakan kepakarannya dalam bidang guaman untuk membantu Hakim mendapatkan hak milik tanah datuknya yang telah dirampas oleh raja kembali. Nilai BerdikariContoh: Hakim mengusahakan penternakan ayam secara moden dengan membuat pinjaman bank tanpa memohon bantuan daripada pihak kerajaan. Nilai KetaatanContoh: Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayamnya, Si Kunani dengan ayam raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam. Nilai KeadilanContoh: Tuan Hakim di mahkamah telah mengadili kes perbicaraan tuntutan tanah milik Kaduk oleh cucunya, Hakim secara telus dan akhirnya Hakim berjaya mendapatkan kembali hak milik tanah datuknya itu. Nilai KesyukuranContoh: Hakim bersyukur kerana dapat menebus tanah dan maruah datuknya semula yang sudah bertahun-tahun menjadi ejekan bangsa. Nilai KegigihanContoh: Hakim gigih berusaha dengan beberapa kali berulang-alik ke bank untuk mendapatkan pinjaman bank bagi menjayakan projek ternakan ayamnya. Nilai keberanianContoh: Hakim berani menceburi bidang keusahawanan yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Nilai keprihatinanContoh: Azam sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh hakim dengan memberi semangat kepadanya untuk terus berjaya menjadi penternak moden sebelum dia berangkat ke luar negara untuk berkursus. Nilai tolong-menolong Contoh: Azam sanggup menjadi peguam Hakim untuk menolongnya mendapatkan hak tanah seluas empat ekar milik datuk Hakim | https://karangan.net/kaduk-ayam-dan-raja/ |
Pengajaran_Cerpen_Kaduk_Ayam_dan_Raja | Kita perlulah bersikap rasional dengan menggunakan saluran yang betul bagi menuntut hak-hak kita kembali.Contoh: Hakim menuntut hak milik tanah datuknya yang diambil raja di mahkamah. Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaanContoh: Hakim gigih berusaha untuk mendapatkan kelulusan bank bagi menjayakan projek penternakan ayam walaupun terpaksa meminda kertas projeknya beberapa kali sebelum bank meluluskan permohonannya dengan bantuan Yang Berhormat. Kita hendaklah berani menceburi bidang perniagaanContoh: Hakim berani mengusahakan tanah peninggalan datuknya dengan menjalankan penternakan ayam untuk dijual. Kita hendaklah menolong golongan yang memerlukan bantuan kitaContoh: Azam membantu sahabatnya dengan menjadi peguam bagi mendapatkan hak milik tanah datuk Hakim. Kita janganlah mengambil kesempatan terhadap golongan yang lemahContoh: Syarikat RAJA mengenakan bayaran yang tinggi terhadap makanan dan ubat ayam yang dibeli oleh Hakim untuk mengaut keuntungan yang lebih. | https://karangan.net/kaduk-ayam-dan-raja/ |
Soalan_Cerpen_Kaduk_Ayam_dan_Raja | Apakah kebaikan menternak ayam secara kontrak seperti yang terdapat dalam petikan? Kebaikan menternak ayam secara kontrak ialah penternak mudah memperoleh bekalan anak ayam dan makanannya. Selain itu, kemudahan pengangkutan disediakan oleh pihak syarikat penternakan. Sebagai seorang rakan, apakah kaedah yang boleh anda dilakukan untuk meringankan beban hutang yang ditanggung oleh Hakim? Cara yang dilakukan unuk meringankan beban hutang yang ditanggung oleh rakan saya melalui bantuan kewangan daripada pihak kerajaan dan memperoleh sumbangan daripada tokoh korporat. Selain itu, saya akan menggalakkan rakan saya untuk membeli anak ayam serta makanannya secara tunai. Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai lain daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. Nilai yang terdapat dalam petikan ialah simpati. Sebagai contoh, Azam bersimpati dengan nasib Hakim yang terpaksa menanggung beban hutang yang apabila menjalankan penternakan ayam berskala besar. Manakala nilai yang terdapat dalam cerpen ialah kegigihan, contohnya kegigihan Hakim, seorang lepasan universiti mengusahakan penternakan ayam secara moden. | https://karangan.net/kaduk-ayam-dan-raja/ |
Latar_Tempat | MahkamahContoh: Kes tuntutan Hakim terhadap tanah milik datuknya dijalankan di mahkamah. Tanah KadukContoh: Hakim menjalankan projek ternakan ayamnya di tanah Kaduk. KampungContoh: Penduduk kampung mendakwa lori-lori Hakim telah merosakkan jalan kampung mereka. UniversitiContoh: Hakim dan Azam melanjutkan pelajaran di universiti yang sama. | https://karangan.net/kaduk-ayam-dan-raja/ |
Latar_Masa | Zaman lampauContoh: Kaduk pernah bersabung ayam dengan ayam raja. Zaman selepas merdekaContoh: Hakim didedahkan oleh kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru terhadap projek penternakan ayam secara kontrak dengan syarikat RAJA. Dalam masa setahunContoh: Hakim mengalami kerugian dalam masa setahun dia menjalankan penternakan ayamnya. | https://karangan.net/kaduk-ayam-dan-raja/ |
Latar_Masyarakat | Masyarakat yang mementingkan bidang keusahawananContoh: Para menteri menyeru rakyat menceburi bidang keusahawanan melalui pertanian yang mengeluarkan lebih banyak makanan. Masyarakat yang sensitif terhadap keadaan sekelilingContoh: Penduduk kampung merungut apabila mendapati jalan di kampung mereka rosak akibat dilalui oleh lori-lori Hakim. Masyarakat yang bekerja untuk mencari rezekiContoh: Hakim mengambil pekerja-pekerja untuk bekerja di projek penternakan ayamnya. Masyarakat yang mengamalkan sistem feudalContoh: Wujud dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat semasa hayat Kaduk. Masyarakat yang gigih dan tabah berusaha untuk mengubah nasib diri Contoh: Hakim berusaha dengan gigih untuk mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya. | https://karangan.net/kaduk-ayam-dan-raja/ |
Tema_Kepimpinan_Melalui_Teladan | Cerita “Kepimpinan Melalui Teladan” memaparkan tema berkaitan kepahlawanan seorang laksamana mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Kepimpinan itu digambarkan melalui keberanian dan kegagahanan watak utama cerita iaitu Laksamana yang mempertahankan negeri Melaka daripada ancaman penjurit tujuh bersaudara serta Kertala Sari dari Majapahit yang membuat hura-hara. | https://karangan.net/kepimpinan-melalui-teladan/ |
Persoalan_Kepimpinan_Melalui_Teladan | Persoalan keberanian dalam menjaga keselamatan negaraContoh: Laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk menjaga sekeliling istana daripada diceroboh oleh Kertala Sari. Persoalan kebijaksanaan seorang pemimpinContoh: Laksamana menggunakan tipu helah untuk mengalahkan Kertala Sari dengan berpura-pura tidur di tengah-tengah pasar pada waktu malam. Persoalan pemimpin yang mengambil berat kesusahan rakyatContoh: Sultan mengarahkan Temenggung untuk menjaga keselamatan negara dari masalah kecurian. Persoalan penggunaan ilmu kesaktian dalam mencapai tujuanContoh: Laksamana menggunakan ilmu kesaktiannya untuk mengatasi Kehandalan Kertala Sari. Persoalan perasaan dendam membawa akibat burukContoh: Patih Gajah Mada dan Seri Bentara merancang untuk membalas dendam atas kematian penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina hingga menyebabkan kematian Kertala Sari. | https://karangan.net/kepimpinan-melalui-teladan/ |
Sinopsis_Kepimpinan_Melalui_Teladan | Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara. Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada merancang untuk mengarahkan Kertala Sari membunuh Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka. Patih Gajah membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara dan menerangkan bahawa Kertala Sari merupakan penjurit yang sangat handal. Kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha seorang diri menyebabkan Seri Betara menitahkan Kertala Sari segera ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan laksamana Melaka dan menjanjikan jawatan penggawa agung kepadanya. Ketika berada di Melaka Kertala Sari menyemar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya. Di Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar Temenggung serta orangnya menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka dari kejadian kecurian. Namun kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan rumah Bendahara. Hal ini kerana Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk menggelakkan diri daripada ditangkap. Melihat pada keadaan tersebut laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke istana pula. Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh laksamana berjaya mengagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta raja,membakar dan mengamuk serta mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh oleh laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti laksamana membunuhnya. Mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota badanya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun laksamana telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah memberi anugerah kepada laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina berjaya ditemui dan Sultan telah mengarahkan semua empunya barang untuk menuntut barang-barang tersebut. Baginda sultan telah meminta supaya empunya barang-barang tersebut memberikan dua pertiga bahagian dari barang-barang tersebut kepada laksmana. Namun laksamana hanya bersetuju untuk mengambil satu bahagian sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun dari harta tersebut. Akhirnya berita kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh laksamana telah sampai ke pengetahuan Patih Gajah Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada tidak putus asa terus mencari orang yang dapat membunuh Sultan dan Laksamana Melaka. | https://karangan.net/kepimpinan-melalui-teladan/ |
Binaan_Plot_Kepimpinan_Melalui_Teladan | PermulaanCerita mengisahkan Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada mendapat khabar sedih tentang kematian tujuh orang penjuritnya yang telah dibunuh oleh Laksamana di Melaka. Patih Gajah Mada yang merupakan pembesar kerajaan Majapahit telah menemui Kertala Sari dan membawanya menghadap Seri Betara Majapahit. Seri Betara menitahkan Kertala Sari ke Melaka untuk membunuh Ratu Melaka dan Laksamana bagi menuntut bela terhadap kematian tujuh orang penjuritnya. PerkembanganCerita berkembang apabila Kertala Sari belayar ke Melaka bersama-sama dengan sepuluh orang pengikutnya. Kertala Sari menyamar dirinya sebagai orang Jawa untuk bersama-sama penduduk kampung yang berketurunan Jawa di Melaka. PerumitanCerita sampai kepada tahap perumitan apabila pada suatu malam Kertala Sari telah menceroboh rumah seorang saudagar yang kaya. Semua harta benda milik saudagar itu telah disamun dan bini saudagar itu turut dicabulnya. Kertala Sari mengulangi perbuatannya itu pada malam- malam yang berikutnya. Raja Melaka terkejut apabila dikhabarkan tentang kecurian itu. Raja Melaka telah menitahkan Temenggung agar mengerahkan pengawal untuk berkawal bagi menjaga keselamatan rumah-rumah dan kampung. KlimaksCerita sampai kepada tahap klimaks apabila Laksamana telah berjaya membunuh Kertala Sari dengan menikam dadanya. Laksamana membuat tipu helah dengan menyamar sebagai penjahat dan berbaring di tengah pasar pada suatu malam. Selepas membunuh Kertala Sari, Laksamana telah mengambil keris dan memotong alat sulit Kertala Sari sebagai bukti bahawa dialah pembunuh Kertala Sari. PeleraianCerita sampai kepada tahap peleraian apabila banyak orang datang menghadap Raja Melaka dengan membawa anggota tubuh Kertala Sari dan mengaku bahawa merekalah yang membunuh Kertala Sari. Bendahara Melaka tidak mempercayai dakwaan mereka. Kemudian, Laksamana masuk menghadap Raja Melaka dengan membawa bukti keris dan alat sulit milik Kertala Sari yang telah dipotong. Raja Melaka menganugerahinya anugerah atas keberaniannya menewaskan Kertala Sari. Patih Gajah Mada pula berusaha dengan sedaya upaya untuk mencari hulubalang yang mampu membunuh Laksamana dan menawan negeri Melaka itu. | https://karangan.net/kepimpinan-melalui-teladan/ |
Teknik_Plot_Cerita_Kepimpinan_Melalui_Teladan | Teknik pemerianContohnya, pengarang memerihalkan peristiwa Kertala Sari mencari suatu tempat yang sesuai untuk menyimpan harta benda yang akan dicurinya nanti. Teknik kejutanContohnya, pengarang menimbulkan unsur kejutan kepada pembaca melalui sifat ganas Kertala Sari yang turut mencabul kehormatan bini saudagar dan bini orang kaya ketika mencuri di rumah mereka. Teknik monologContohnya, Kertala Sari bermonolog dalaman ketika pertama kali dia terpandang Laksamana Melaka di istana raja Melaka. Teknik dialogContohnya, dialog antara Kertala Sari dengan ibunya ketika Kertala Sari baru pulang mencuri dari Daha. – Setelah sudah Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “Hai ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?”– Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis, seraya berkata, “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.” | https://karangan.net/kepimpinan-melalui-teladan/ |
Watak_Perwatakan | Watak Utama Laksamana Watak Sampingan: Kertala Sari Watak Sampingan: Raja Melaka Watak Sampingan: Patih Gajah Mada | https://karangan.net/kepimpinan-melalui-teladan/ |
Gaya_Bahasa_Kepimpinan_Melalui_Teladan | Penggunaan kata penanda wacanaContohnya, hatta, alkisah, maka. Bahasa ArabContohnya, Insya-Allah Taala, syahwat, Demi Allah. Pengaruh bahasa istanaContohnya, tuanku, patik, baginda, titah. Bahasa Melayu klasikContohnya, manira, pakanira, karar. SimileContohnya, Maka dilihatnya Kertala Sari sedang berkata-kata dengan ibunya seperti laku orang berkelahi. PersonifikasiContohnya, maka dilihatnya senjata dan kayu palu-memalu, tikam-menikam dan radak-meradak. HiperbolaContoh: Maka didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. Perulangan kata/RepetisiContoh: “Daulat tuanku, mohon ampun dan kurnia; adapun penjurit ini bukan penjurit negeri ini, penjurit negeri lain. | https://karangan.net/kepimpinan-melalui-teladan/ |
Latar_Kepimpinan_Melalui_Teladan | https://karangan.net/kepimpinan-melalui-teladan/ |
|
Nilai_Kepimpinan_Melalui_Teladan | Kasih sayangKertala Sari amat menyayangi bapanya, Petala Bumi yang telah mati dibunuh oleh Laksamana. KegigihanLaksamana gigih menjejaki penjurit atau pencuri yang telah mencuri harta benda serta membuat kekacauan di Melaka. KetaatanKertala Sari taat dan patuh menjunjung titah Seri Betara yang mengarahkannya ke Melaka untuk membunuh Raja Melaka dan Laksamana. Semangat bermasyarakatRakyat jelata dan pembesar Melaka bersatu hati untuk mengawal kawasan kampung masing-masing daripada diceroboh oleh pencuri. KebijaksanaanLaksamana bijak menggunakan akal bagi menyusun strategi untuk memerangkap penjurit/pencuri yang mencetuskan kekacauan di Melaka itu. TanggungjawabLaksamana bertanggung- jawab memulihkan keamanan negeri Melaka dengan berusaha sedaya upayanya untuk menangkap pencuri/ penjurit itu. KeberanianLaksamana beranimenentang musuh yang mengancam keharmonian negeri Melaka. PemurahLaksamana membahagi-bahagikan harta yang dihadiahkan oleh saudagar dan orang-orang kaya kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun harta itu. | https://karangan.net/kepimpinan-melalui-teladan/ |
Pengajaran_Kepimpinan_Melalui_Teladan | Kita hendaklah cekap menyusun strategi bagi menumpaskan pihak musuh. Kita hendaklah rasional membuat keputusan agar tidak menyesal pada masa akan datang. Kita mestilah bijak menggunakan tipu muslihat untuk menjerat musuh. Kita hendaklah berani menghadapi ancaman musuh supaya keselamatan negara akan terjamin. Kita hendaklah mempunyai sikap taat dan setia terhadap pemerintah tanpa berbelah bahagi. Kita hendaklah menghindarkan diri daripada menyimpan perasaan dendam terhadap orang lain. Kita hendaklah mengamalkan sikap pemurah agar kehidupan kata sentiasa dirahmati tuhan | https://karangan.net/kepimpinan-melalui-teladan/ |
Soalan_Kepimpinan_Melalui_Teladan | Bagaimanakah Laksamana membahagikan harta rampasan itu? Laksamana telah mengambil sebahagian daripada harta rampasan itu. Harta rampasan yang ada pada Laksamana diagihkan pula kepada tiga bahagian iaitu sebagaian didermakan kepada fakir miskin, sebahagian lagi diberikan kepada pegawai yang kehilangan kuasa / sebahagian diberikan pada semua pengikutnya. Apakah reaksi Patih Gajah Mada apabila mendengar berita Kertala Sari dibunuh oleh Laksamana? Reaksi Patih Gajah Mada apabila mendengar berita Ketala Sari dibunuh oleh Laksamana ialah dia mencari jalan untuk mengalahkan Melaka dan membunuh Laksamana. Selain itu, Patih Gajah Mada juga mencari orang yang sanggup membunuh Laksamana dan Ratu Melaka. Soalan KBATPada pendapat anda, mengapakah pemimpin perlu bersikap rasional dalam membuat keputusan? Pada pendapat saya, seorang pemimpin perlu bersikap rasional dalam membuat keputusan supaya tindakan itu memberikan kesan yang positif kepada rakyat. Selain itu sikap rasional dapat mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan dapat memakmurkan negara. Berikan maksud penjurit yang terlalu buas itu. Maksud rangkai kata penjurit yang terlalu buas itu ialah askar atau pencuri yang sangat ganas. Apakah tindakan orang ramai apabila melihat Kertala Sari mati dibunuh? Tindakan orang ramai apabila melihat Kertala Sari mati dibunuh ialah ada yang mengambil kesempatan untuk memotong telinga, kepala, dan lain-lain anggota badan. Mereka menunjukkan bukti-bukti tersebut kepada raja bagi memperoleh ganjaran. Soalan KBATPada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk mengelakkan seseorang daripada membuat pengakuan palsu? Cara untuk mengelakkan seseorang daripada membuat pengakuan palsu adalah dengan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang keburukan membuat pengakuan palsu. Selain itu, kerajaan perlu mengenakan hukuman setimpal terhadap pihak-pihak yang membuat pengakuan palsu. Pendidkan agama perlu dimantapkan dalam kalangan masyarakat. Berikan maksud bukanlah aku anak penjurit yang berani dan kepetangan. – bermaksud aku bukanlah anak pahlawan yang gagah dan cerdik Berdasarkan petikan di atas, apakah yang diperoleh Kertala Sari setelah dia pulang dari Daha? – emas– perak– pakaian– berpuluh-puluh juta pitis Soalan KBATKertala Sari begitu marah apabila mendengar ibunya menyatakan bahawa ayahnya telah dibunuh oleh Laksamana Hulubalang Ratu Melaka. Pada pendapat anda, mengapakah Kertala Sari begitu marah? – sangat sayang akan ayahnya– belum puas menumpang kasih sayang ayahnya– tidak sanggup melihatnya ibunya menjadi balu– ayah Kertala Sari merupakan seorang yang bertanggungjawab Berikan maksud endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu, sedang negeri Daha patik alahkan. – tugas membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu sangat mudah kerana Kertala Sari pernah mengalahkan negeri Daha Berdasarkan petikan di atas, apakah perkara-perkara yang dilakukan oleh Kertala Sari apabila tiba di Melaka? – singgah di luar kota pada kampung segala Jawa– Kertala Sari menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu– Kertala Sari berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung dengan orang kaya-kaya dan saudagar Pada pandangan anda, sekiranya Kertala Sari tiada, bagaimanakah Seri Betara dapat menyelesaikan masalah baginda dengan Ratu Melaka dan Laksamana? – Baginda berunding dengan cara terbaik– Baginda boleh meminta bantuan angkatan tenteranya untuk menyerang Ratu Melaka dan Laksamana– Baginda boleh meminta bantuan dari negara jiran | https://karangan.net/kepimpinan-melalui-teladan/ |
Latar_Tempat | Negeri MelakaContoh: Kartala Sari membuat huru hara dengan mencuri harta sudagar dan orang-orang kaya di Melaka MajapahitContoh: Patih Gajah Mada dan Seri Bentara merancang untuk membalas dendam atas kematian penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina. Di tengah pasarContoh : Tempat Kertala Sari mati dibunuh oleh Laksamana. | https://karangan.net/kepimpinan-melalui-teladan/ |
Latar_Masa | Zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Waktu MalamContoh: Kertala Sari masuk mencuri ke rumah saudagar dan orang-orang kaya pada sebelah malam. Waktu SiangContoh: Bendahara melaporkan kepada Sultan bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri dan habis segala harta-hartanya. | https://karangan.net/kepimpinan-melalui-teladan/ |
Latar_Masyarakat | Masyarakat Melayu yang hidup pada zaman pemerintahan feudal yang taat dan patuh akan perintah raja.Contoh : Ketaatan Laksamana terhadap Sultan dan negerinya. Golongan istana yang terdiri daripada pemerintah, menteri-menteri, dan hulubalang. Masyarakat yang ingin menuntut bela terhadap kematian orang tersayang. Masyarakat yang bijak menggunakan tipu muslihat untuk menjerat musuh. Masyarakat yang mengamalkan ilmu kesaktian semasa melaksanakan tugas. Masyarakat yang berani melawan musuh Masyarakat yang bertanggungjawabContoh : Laksamana menawarkan diri untuk menangkap penjurit yang menyebabkan masalah kecurian di negeri Melaka. Masyarakat yang mengenang budiContoh : Saudagar dan orang-orang kaya yang kehilangan hartanya akibat dicuri oleh Kertala Sari telah memberikan sebahagian harta mereka kepada Laksamana dengan ikhlas serta harta mereka ditemui. | https://karangan.net/kepimpinan-melalui-teladan/ |