title
stringlengths
5
65
content
stringlengths
0
19.5k
url
stringclasses
69 values
Watak_Perwatakan_Cerpen_Legasi_Tapai_Ubi
Watak Utama – Parjo Taat akan emak dan bapanyaParjo sanggup menghantar tapai ubi ke kantin sekolah dan warung-warung di kampungnya tanpa membantah. Dia juga mengenang budi dan tidak melupakan jasa emak dan bapanya walaupun dia sudah berjaya di menara gading. Bersungguh-sungguh melakukan sesuatParjo melakukan kajian bagi membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser. Seorang yang telitiProses kajian terhadap kanser telah dilakukannya mengikut prosedur dan peringkat demi peringkat bagi memastikan kajian tersebut berjaya. Watak Sampingan – Wak Salikon Bapa kepada Parjo Seorang yang gigih melakukan pekerjaanWak Salikon menanam pokok ubi dan seterusnya membuat tapai ubi untuk dijual. Seorang yang mementingkan pendidikan anaknyaDia menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke menara gading dengan hasil titik peluhnya menjual tapai ubi. Bercita-cita tinggiWak Salikon berhasrat untuk mengembangkan perniagaan tapai ubinya. Teliti ketika melakukan kerjaWak Salikon mengamalkan pantang larang yang perlu dipatuhi semasa membuat tapai ubi. Watak Sampingan – Emak Emak kepada Parjo dan isteri kepada Wak Salikon Seorang yang gigih membantu suamiDia membantu Wak Salikon untuk membuat tapai ubi. Seorang yang teliti melakukan kerja.Emak sentiasa mematuhi pantang larang semasa membuat tapai ubi. Prihatin terhadap anakEmak mendengar penjelasan Parjo bahawa dia berjaya berkat kajiannya terhadap tapai ubi. Watak Sampingan –Profesor Haidar Pensyarah Parjo semasa di universiti. Seorang yang berpandangan jauhDia meminta Parjo untuk membuat kajian tapai ubi yang dikatakan dapat membantu mengurangkan serangan kanser.
https://karangan.net/cerpen-legasi-tapai-ubi/
Gaya_Bahasa_Cerpen_Legasi_Tapai_Ubi
Kata gandaContoh: Kemudian ubi itu dipotong pendek-pendek dalam seinci setengah. PeribahasaContoh: namun alah bisa tegal biasa. Anafora (Perulangan kata dalam ayat berturutan)Contoh: Aku akur dengan petua emak.Aku hanya diam. RepetisiContoh: Tapai! Tapai! Tapai! SinkopeContoh: “Buat tapai ubi tak boleh bagitahu orang tahu!” DiksiPengarang telah menggunakan laras bahasa Sains. Contohnya,bakteriosin; manihot esculanta; metastasis.
https://karangan.net/cerpen-legasi-tapai-ubi/
Latar_Cerpen_Legasi_Tapai_Ubi
https://karangan.net/cerpen-legasi-tapai-ubi/
Nilai_Cerpen_Legasi_Tapai_Ubi
Nilai KegigihanWak Salikon dan isterinya gigih mengusahakan perniagaan tapai ubi sehingga berkembang membuka sebuah kilang. Nilai tolong – menolongParjo rajin membantu ayah dan ibunya membuat tapai ubi. Nilai mengenang jasaParjo menjelaskan bahawa kejayaannya menggengam ijazah berkat inspirasi ayah dan ibunya. Nilai tanggungjawabParjo ingin berkhidmat kepada masyarakat melalui kajiannya terhadap tapai ubi yang dapat mencegah dan merawat penyakit kanser. Nilai kesyukuranSemasa disoal oleh wartawan, Parjo mengatakan bahawa kejayaannya itu hasil inspirasi emak dan bapanya yang mengusahakan perniagaan tapai ubi.
https://karangan.net/cerpen-legasi-tapai-ubi/
Pengajaran_Cerpen_Legasi_Tapai_Ubi
Kita hendaklah tabah mengharungi susah payah dalam kehidupan.Sejak di bangku sekolah menengah lagi, Parjo akan menjinjit karung tapai ke kantin sekolah. Dia telah digelar ‘Parjo Tapai’ oleh kawan-kawannya. Namun begitu, dia tabah kerana mahu membantu emak dan bapanya mencari rezeki. Janganlah kita memandang hina terhadap orang lainRakanrakan sekolah Parjo telah mengejeknya dengan panggilan ‘Parjo Tapai’ kerana dia sering menjinjit karung tapai semasa menaiki bas ke sekolah. Kita haruslah rajin untuk mencari rezeki.Pagi-pagi lagi Wak Salikon akan ke kebun untuk mencabut ubi, manakala emak Parjo akan mengopek kulit ubi itu. Parjo pula akan membantu emaknya untuk memotong ubi itu. Kita perlulah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara.Parjo banyak membaca kajian tentang kanser payudara sebelum memulakan kajiannya. Dia melakukan kajiannya dengan teliti untuk memastikan kajian itu berjaya. Kita mestilah bijak mengambil peluang demi kemajuanSebuah kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan di kampung Parjo untuk memenuhi permintaan tapai ubi yang semakin meningkat. Kita perlulah menghargai jasa ibu bapaSetelah Parjo berjaya, dia telah membina sebuah kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon di kampungnya dan melantik emak dan bapanya sebagai pengurus kilang itu.
https://karangan.net/cerpen-legasi-tapai-ubi/
Latihan_Cerpen_Legasi_Tapai_Ubi
Berdasarkan petikan cerpen “Legasi Tapai Ubi”, ke manakah Parjo akan menghantar tapai ubi Wak Salikon? Jawapan: Parjo akan menghantar tapai ubi Wak Salikon ke pasar, ke warung, ke kedai kampung dan ke mana-mana sahaja jika ada tempahan. Terdapat beberapa latar masyarakat yang dapat diperoleh daripada petikan cerpen “Legasi Tapai Ubi”. Nyatakan latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut. Masyarakat yang gigih berusahaContoh: Kegigihan Wak Salikon dan isterinya mengusahakan perniagaan tapai ubi dari muda sampai ke tua. Masyarakat yang bertanggungjawabContoh: Parjo bertanggungjawab menjalankan kajian terhadap tapai ubi seperti yang diminta oleh Profesor Haidar. Masyarakat yang prihatinContoh: Parjo prihatin akan penghidap penyakit kanser dan berazam mahu membantu mereka melalui kajian yang dilakukannya. Parjo gigih membantu bapa dan emaknya menjual tapai ubi. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan anak-anak sentiasa membantu ibu dan bapa mereka? Jawapan: Pada pendapat saya, langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan anak-anak sentiasa membantu ibu dan bapa mereka termasuklah ibu bapa memberi ganjaran kepada anak-anak seperti pujian dan hadiah . Seterusnya, ibu bapa boleh membuat jadual mengemas rumah kepada anak-anak . Selain itu, ibu bapa mengehadkan penggunaan telefon pintar anak-anak. Berdasarkan petikan cerpen, nyatakan tiga pantang larang membuat tapai ubi? Jawapan: Tiga pantang larang membuat tapai ubi ialah pertama, tidak boleh memberitahu orang semasa membuat tapai ubi. Kedua, tidak boleh membuat bising. Selain itu, elakkan daripasa terkena kotoran atau minyak kerana dikhuatiri tapai tidak menjadi. Nyatakan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan tersebut. Jawapan: Nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah mengenang budi. Contohnya Parjo tidak melupakan jasa kedua ibu bapanya serta dia menghargai pengorbanan dan membalas jasa ibu bapanya. Nilai yang seterusnya ialah tidak mudah berputus asa. Sebagai contoh, Parjo sentiasa bersemangat untuk belajar sehingga dirinya berjaya ke menara gading dan menjadi seorang pensyarah. Bidang perniagaan boleh mendatangkan pulangan yang lumayan kepasa pengusahanya. Berdasarkan penyataan di atas, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh seseorang peniagaanya terus maju? Jawapan: Usaha yang boleh dilakukan supaya perniagaan terus maju adalah dengan bersikap rasional ketika melakukan segala kerja agar diri tidak mudah bermasalah ketika melalukan kerja. Selain itu, peniaga perlulah bijak mengambil peluang seperti mempromosikan produk mereka ke kaca televisyen atau membuat pamplet dan edarkan ke agen agen mereka. “Usaha itu tangga kejayaan.”Berdasarkan pernyataan di atas, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membolehkan anda mencapai kejayaan dalam peperiksaan? Antara usaha yang boleh dilakukan untuk membolehkan saya mencapai kejayaan dalam peperiksaan ialah saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran agar saya tidak tercicir. Selain itu, saya akan membuat lebih banyak latihan dan saya juga akan mengulang kaji pelajaran secara berterusan melalui pengurusan masa dengan bijak dan baik. Dengan itu, saya dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan bersedia. Nyatakan dua perwatakan emak yang terdapat dalam petikan cerpen. Jawapan: Salah satu perwatakan emak ialah rajin. Emak melakukan tugasnya dengan rajin dan tanpa jemu membuat tapai ubi. Perwatakan kedua ialah mematuhi pantang larang. Emak sangat mematuhi pantang larang membuat tapai kerana ingin menghasilkan tapai ubi yang manis dan laris jualannya. “Kerjasama antara ahli keluarga sangat penting dalam menjayakan perniagaan keluarga.” Berdasarkan pernyataan di atas, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengekalkan kerjasama yang erat? Usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengekalkan kerjasama yang erat ialah dengan melibatkan semua ahli keluarga dalam perkara yang dilakukan. Hal ini penting untuk mengelakkan ada antara mereka yang berasa tersisih dan mengamalkan sikap berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Selain itu, kejujuran dan amanah harus ada dalam diri setiap ahli. Sikap ini membolehkan perniagaan dikembangkan dengan baik dan terancang tanpa sebarang prasangka buruk. Nyatakan dua harapan Parjo berhubung kejayaan kajiannya. Parjo berharap kejayaan kajian tapai ubinya akan membawa kejayaan kepada ayah dan ibunya mengusahakan tapai ubi tradisi mereka dengan lebih giat lagi. Selain itu, dia juga berharap tapai ubi akan menjadi makanan sampingan yang popular hingga ke peringkat antarabangsa pada suatu hari nanti. Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen. Salah satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen itu ialah kita hendaklah bijak mengambil peluang yang ada dan berusaha untuk memanfaatkannya. Wak Salikon akhirnya berjaya membuka kilang pemprosesan tapai ubi bagi meningkatkan pengeluaran. Pada masa yang sama, kita hendaklah sentiasa berbangga dengan warisan keluarga yang pastinya tidak dimiliki oleh orang lain. Parjo kini berbangga kerana hidup dalam legasi tapai ubi. “Makanan tradisi boleh menjadi punca pendapatan yang lumayan kepada pengusahanya.”Berdasarkan pernyataan di atas, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menarik minta orang ramai menyukai makan tradisi? Antara usaha yang boleh dilakukan untuk menarik minta orang ramai menyukai makan tradisi adalah dengan mengadakan acara makan secara percuma bagi membolehkan mereka mencuba pelbagai jenis makanan tradisi. Selain itu, pihak pengusaha makanan tradisi harus membuat pendedahan tentang kebaikan dan kelebihan makanan ini berbanding makanan lain. Seterusnya, makanan ini boleh dijadikan hidangan wajib kepada para pelancong dan pelawat tempat pengeluar makanan tersebut. Apakah kaitan tapai ubi dengan dunia perubatan? – Dipercayai mampu menjadi pencegah kanser.– Proses penapaian ubi menghasilkan sejenis bahan yang dikenali sebagai bakteriosin.– Proses penapaian juga menghasilkan sejenis bakteria asid laktik yang terpencil daripada tapai dikenali manihot esculanta “Makanan tradisional mempunyai prospek yang luas.” Pada pendapat anda, apakah usaha yang harus dilakukan untuk mempromosikan makanan tradisional? – Strategi pemasaran makanan tradisional yang lebih berkesan, iaitu mempromosikan makanan tradisional melalui media massa dan media sosial.– Pembungkusan makanan tradisional yang menarik seperti menggunakan kombinasi warna yang bersesuaian.– Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan memainkan peranan penting memperkenalkan makanan tradisional di peringkat antarabangsa. Apakah perkara yang bermain-main dalam minda Parjo ketika dia menjalankan kajian? – Sudah ditakdirkan kajian Parjo berkaitan tapai ubi sesuai dengan nama panggilan oleh rakan-rakannya.– Parjo terbayang akan pekerjaan ibu bapanya membuat tapai ubi.– Parjo bertekad menghasilkan kajian yang bermanfaat untuk industri makanan yang dibekukan. Nyatakan tiga perwatakan Parjo berdasarkan cerpen tersebut. Seorang mahasiswa yang bertanggungjawabHuraian: Parjo bertanggungjawab menjalankan kajian yang diberikan oleh Profesor Haidar tentang kebaikan tapai ubi. Seorang murid yang bijakHuraian: Parjo bijak dalam pelajarannya dan diterima masuk ke fakulti perubatan. Seorang yang prihatinHuraian: Parjo prihatin akan penghidap penyakit kanser dan berharap agar hasil kajiannya nanti dapat dimanfaatkan untuk mencegah kanser. “Seorang anak harus mengenang jasa ibu bapa membesarkan mereka.”Pada pendapat anda, bagaimanakah cara anak-anak membalas jasa ibu bapa? – Anak-anak perlu sentiasa patuh akan kata-kata ibu bapa.– Anak-anak hendaklah menjaga kebajikan ibu bapa mereka dengan baik seperti memberikan wang belanja dan keperluan lain.– Anak-anak mestilah mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan agar pengorbanan ibu bapa tidak sia-sia.– Anak-anak yang bekerja di bandar harus sering pulang ke kampung untuk menziarahi ibu bapa
https://karangan.net/cerpen-legasi-tapai-ubi/
Latar_Tempat_Cerpen_Legasi_Tapai_Ubi
Kampung Wak SalikonTempat Parjo menghantar tapai ubi sama ada ke pasar, ke warung, atau ke kedai kampung. Kantin sekolahParjo menghantar tapai ubi di kantin sekolah pada setiap hari sehinggakan dia digelar ‘Parjo Tapai’ oleh kawan-kawannya. Rumah Wak SalikonTempat emak dan bapa Parjo membuat tapai yang memerlukan proses pembuatan yang teliti. Fakulti perubatan di universitiTempat Parjo melanjutkan pelajaran dan tempat Profesor Haidar mengarahkan dia membuat kajian tentang tapai ubi yang dikatakan dapat mengurangkan serangan kanser. Amerika SyarikatTempat yang menunjukkan bahawa kajian kadar kanser payudara di negara itu adalah berbeza antara kaum, iaitu kes paling tinggi berlaku dalam kalangan wanita berkulit putih berbanding dengan wanita berkulit hitam atau berketurunan Hispanic atau berketurunan Asia. Kilang perusahaan Tapai Ubi Wak SalikonEmak dan bapa Parjo bekerja sebagai pemilik dan pengurus kilang tersebut dan pengeluaran tapai ubi dipertingkatkan di kilang ini kerana banyak mendapat tempahan.
https://karangan.net/cerpen-legasi-tapai-ubi/
Latar_Masa_Cerpen_Legasi_Tapai_Ubi
Waktu pagiBapa Parjo telah menjerit dalam loghat Jawanya yang pekat agar Parjo tidak lupa untuk menghantar tapai ubi ke pasar. Setiap pagi emak akan melumatkan ragi juga. Selepas sembahyang isyakEmak meneruskan tugasannya membuat tapai ubi yang dikatakan banyak pantang larangnya. Permulaan semesterProfesor Haidar memberitahu Parjo bahawa mereka ada projek untuk dijalankan, iaitu projek tapai ubi yang dikatakan dapat mengurangkan risiko serangan kanser. Enam puluh hariBakteria UL4 tapai ubi didapati mampu bertahan pada suhu setinggi 121 darjah celsius selama lima belas minit dan suhu serendah 15 darjah celcius selama enam puluh hari.
https://karangan.net/cerpen-legasi-tapai-ubi/
Latar_Masyarakat_Cerpen_Legasi_Tapai_Ubi
Masyarakat yang bersungguh-sungguh melakukan kerja.Parjo bersungguh-sungguh membantu emak dan bapanya menghantar tapai ubi pada setiap pagi. Semasa di universiti pula, Parjo bersungguh-sungguh untuk membuat kajian tentang projek tapai ubi yang diarahkan oleh Profesor Haidar. Masyarakat yang teliti semasa melakukan sesuatu kerja.Wak Salikon dan isterinya sentiasa mematuhi pantang larang semasa membuat tapai ubi untuk memastikan kualiti tapai itu terjamin. Masyarakat yang berpandangan jauh.Profesor Haidar mengarahkan Parjo membuat kajian tentang tapai ubi kerana terdapat penemuan yang membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser.
https://karangan.net/cerpen-legasi-tapai-ubi/
Sinopsis_Menuai_Emas
Kisah bermula apabila Alif teringgat akan ayahnya sewaktu melihat sawah padi yang sedang menguning. Alif teringat akan kata-kata ayahnya yang dia akan menuai emas. Alif berbisik bahawa tidak lama lagi dia akan menuai emas. Alif terkenang kata-kata emaknya pula. Alif mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana emaknya telah mendidiknya tentang makna syukur, sabar, dan reda. Alif tersedar daripada lamunan apabila mendengar bunyi hon motosikal. Tuk Ketua yang menunggang motosikal tersebut menyapa Alif. Tuk Ketua bertanyakan waktu jentera tuai padi akan sampai kepada Alif. Alif menjawab bahawa jentera tersebut akan sampai pada hari esok. Kerja menuai padi pun akan dimulakan esok. Alif menyusuri permatang sawah yang sangat bernilai baginya. Alif teringat akan peristiwa setahun yang lalu. Alif berbalah dengan Abang Man di rumahnya. Abang Man dan beberapa orang pemilik tanah sawah yang bakal dibangunkan taman perumahan datang ke rumah Alif. Mereka tidak berpuas hati atas tindakan Alif yang tidak mengizinkan dua petak sawahnya dijadikan taman perumahan. Kebanyakan pemilik tanah sawah yang berkenaan telah bersetuju untuk melepaskan tanah masing-masing. Abang Man meminta Mak Wan, iaitu emak Alif menasihati Alif supaya bersetuju untuk menjual petak sawahnya kepada syarikat perumahan. Abang Man dengan sinis berkata bahawa masakan lulusan universiti dalam bidang ekonomi seperti Alif mahu membuat kerja kampung. Abang Man turut mengatakan bahawa mungkin Alif tidak lulus dalam peperiksaan. Oleh sebab itulah, dia berkeras mahukan dua petak sawah tersebut. Emak Alif dan Tuk Ketua terkejut apabila mendengar kata-kata Abang Man itu. Akhirnya, emak Alif bersuara. Dia menyuruh mereka yang berkumpul di rumahnya itu pulang dahulu. Dia akan berbincang secara anak-beranak dengan Alif. Emak Alif menangis. Alif memberitahu emaknya bahawa dia akan melepaskan dua petak sawah tersebut jika itulah kemahuan emaknya. Emak Alif menegaskan bahawa dia tidak mahu Alif melepaskan dua petak tanah tersebut. Alif bertekad untuk mempertahankan dua petak sawah berkenaan walau dengan apa-apa cara sekalipun. Bagi Alif, mengerjakan tanaman padi juga merupakan sesuatu yang dapat membawa kemajuan. Namun begitu, Alif terfikir juga bahawa kebanyakan pemilik petak sawah yang hendak dijadikan tapak perumahan itu rata-ratanya sudah tidak bertenaga lagi. Anak-anak mereka yang kebanyakannya bekerja di bandar tidak mahu menyambung tugas mereka. Wajah Abang Man muncul dalam benak Alif. Dua petak sawah Alif bersempadan dengan petak sawah Abang Man. Jika Alif tidak mahu melepaskan dua petak sawahnya, petak Abang Man pun akan bermasalah. Oleh sebab itulah, Abang Man marah kepada Alif. Alif tidak dapat memahamkan Abang Man bahawa dia sendiri sedang mengerjakan sesuatu yang juga dinamakan kemajuan. Lamunan Alif terhenti. Alif menarik nafas dalam-dalam di tengah petak sawah padi yang sedang menguning. Alif berasa puas dan bersyukur kerana dia semakin memahami makna kemajuan yang mahu dibawanya. Alif teringat akan perbualannya dengan seorang pegawai pertanian. Pegawai pertanian tersebut menasihati Alif supaya tidak memandang rendah terhadap bidang pertanian. Menurut beliau lagi, mereka tidak perlu membeli beras dari luar jika mengusahakan tanah sendiri dengan sungguh-sungguh. Kata- kata motivasi pegawai pertanian itu terpahat dalam hati Alif. Alif berazam untuk membawa kemajuan dalam penanaman padi. Tuk Ketua turut bersama-sama Alif menyusuri sawah padi yang sedang menguning. Segala pengorbanan Alif tidak sia-sia. Alif teringat akan peristiwa Abang Man dan beberapa orang jiran sekampung menyerang rumahnya. Abang Man menyalahkan Alif kerana projek perumahan itu dibatalkan. Namun demikian, Alif mengatakan bahawa dia hanya berdoa kepada Allah agar projek perumahan itu dibatalkan. Jika doanya itu salah, Alif meminta Abang Man membuat laporan polis. Abang Man tergamam dengan kata-kata Alif itu. Alif juga meminta restu daripada semua tuan tanah itu bahawa dia akan menjadikan petak-petak sawah tersebut sebagai estet padi. Projek estet padi mini yang berkeluasan 58.609 hektar dengan penglibatan 15 orang tuan tanah itu kini semakin menampakkan hasil. Usaha Alif berjaya berkat berbudi kepada tanah. Alif tetap bersabar menunggu hari esok untuk menuai emas.
https://karangan.net/cerpen-menuai-emas/
Tema_Cerpen_Menuai_Emas
Tema Cerpen Menuai Emas ialah Kemajuan dalam bidang pertanian, iaitu penanaman padi. Bidang penanaman padi sering diperkecil oleh masyarakat sebagai suatu aktiviti yang kecil nilai ekonominya. Tanggapan ini mereset sama sekali. Dengan ilmu dan sikap positif yang dimiliki oleh Alif dan keluarganya, kemajuan dalam bidang penanaman padi tersebut dapat dicapai.
https://karangan.net/cerpen-menuai-emas/
Persoalan_Cerpen_Menuai_Emas
Perjualan tanah sawah untuk dijadikan projek perumahan.Contoh: Abang Man dan pemilik-pemilik tanah sawah di kampung Alif hendak menjual tanah sawah mereka kepada syarikat perumahan. Ilmu, kegigihan dan ketekunan yang diiringi denagn doa dan kesabaran akan menghasilkan kejayaan.Contoh: Alif sentiasa yakin, berdoa, bersabat dan bekerja kuat dalam mengusahakan penanaman padi tersebut. Lulusan universiti tidak semestinya bekerja makan gaji sahaja.Contoh: Walaupun Alif berkelulusan universiti dalam bidang ekonomi, dia lebih suka bekerja sendiri dengan menjadi petani moden. Muafakat membawa berkat.Contoh: Alif, Tuk Ketua dan beberapa orangpemilik sawah padi telah bersepakat dan bersetuju untuk memajukan penanaman padi menggunakan teknologi moden di kampung mereka. Pengaruh pembangunanContoh: Atas nama pembangunan, tanah-tanah dijual kepada pemaju perumahan sehingga menjejaskan keindahan desa. Kegigihan anak muda dalam mengejar impianContoh: Alif gigih mengusahakan tanah sawah di kampungnya demi mencapai impiannya untuk menjadi petani moden, sekali gus membawa kemajuan kepada kampungnya. Kegigihan anak muda yang mempertahankan tanah sawah miliknyaContoh: Alif tidak mahu menjual tanah kerana mahu menanam padi yang berkualiti tinggi. Tindakannya menimbulkan kemarahan penduduk kerana menghalang projek pembangunan.
https://karangan.net/cerpen-menuai-emas/
Binaan_Plot_Cerpen_Menuai_Emas
Permulaan Alif meniti permatang sawah yang diusahakannya. Tuk Ketua menegurnya lalu mengucapkan tahniah kepada Alif yang berjaya mengusahakan sawah padi walaupun menghadapi kesukaran sebelum itu. Tuk Ketua mengekori Alif yang berjalan menyusur permatang. Konflik Anak-anak muda sudah berpindah ke bandar. Tanah sawah terbiar. Kebanyakan pemilik tanah sawah, terutama Abang Man hendak menjual tanah kepada pemaju perumahan. Alif enggan menjual tanah sawah kerana dia ingin mengusahakan sawah padi. Klimaks Abang Man amat marah dan hampir memarang Alif kerana beberapa orang penduduk kampung yang lain, iaitu Tuk Ketua , Pak Nik dan Mak Lang Munah juga enggan menjual tanah. Abang Man menuduh Alif menghasut mereka. Pemaju perumahan membatalkan rancangan membeli tanah sawah dan membina rumah kos rendah. Peleraian Alif mencadangkan supaya membuka estet padi di atas tanah sawah yang terbiar. Alif mendapat bimbingan dan motivasi daripada pegawai pertanian. Alif menambahkan pengetahuan tentang tanaman padi dengan membuat lawatan ke kawasan padi di Seberang Perak. Alif dan pemilik tanah sawah yang menyertai projek estet padi menanam padi jenis kacukan MR220 CL1 dan MR22 CL2 yang mampu menghasilkan 8480 kilogram bagi sehektar tanah. Penyelesaian Kawasan estet padi seluas 58,609 hektar dengan 15 orang pemilik sudah menunjukkan kejayaan. Padi akan mula dituai pada hari esok. Alif dan Tuk Ketua mengucapkan syukur kepada Allah atas kejayaan itu.
https://karangan.net/cerpen-menuai-emas/
Teknik_Plot_Cerpen_Menuai_Emas
Teknik pemeriana. Pagi-pagi lagi Alif sudah berada di kawasan bendang, menikmati keindahan sawah yang padi sedang menguning.b. Alif berazam untuk mengisi kemajuan negara dengan caranya sendiri, iaitu memajukan bidang pertanian.c. Alif yakin bahawa sesiapa yang sabar dan bersungguh-sungguh membuat sesuatu pasti akan beroleh kejayaan. Allah akan permudahkan urusan mereka. Teknik imbas kembalia. Alif teringat akan kata-kata ayahnya tentang balasan baik jika berbudi kepada tanah.b. Alif hampir diparang oleh Abang Man yang menuduh Alif menghasut penduduk kampung supaya tidak menjual tanah sawah kepada pemaju perumahan.c. Alif hampir membatalkan hasratnya untuk mengusahakan tanah sawah apabila terus didesak oleh penduduk kampung supaya menjual tanah sawahnya. Teknik menologAlif berterima kasih kepada emak kerana mendidiknya dengan nilai kesabaran, kesyukuran dan reda dengan ketentuan Allah. Teknik dialog(Perbualan antara Alif dengan abah )“Cantik, ya abah!”“Memang cantik.”“Kuningnya seperti emas, kan, abah?”“Inilah hasilnya berbudi kepada tanah. Kita akan menuai emas nanti!”
https://karangan.net/cerpen-menuai-emas/
Watak_Perwatakan_Cerpen_Menuai_Emas
Watak Utama – Alif – Graduan ekonomi dari universiti tempatan– Anak yatim dan anak tunggal dalam keluarga– Tinggal bersama emaknya di kampung– Seorang yang gigih berusaha– Seorang yang berani dan mempunyai pendirian hidup– Bercita-cita untuk menjadi petani moden– Mengusahakan tanaman padi secara kacukan bagi mendapatkan hasil yang lebih baik Mak Wan – Ibu Alif– Teguh Pendirian– Seorang yang penyabar– Sangat menyokong usaha anaknya yang mahu berbudi kepada tanah– Sayang akan tanah milik keluarga mereka Abang Man – Salah seorang penduduk kampung– Umurnya lebih tua daripada Alif– Mudah berang dan sukar untuk dibawa berbincang– Curiga dengan kelayakan ijazah yang dimiliki oleh Alif– Memusuhi Alif kerana menghalang projek perumahan di kampung itu Tuk Ketua – Ketua kampung Alif– Seorang yang tenang– Sangat mengambil berat akan anak-anak buahnya– Menyokong usaha Alif yang mahu mengerjakan tanah sawah penduduk kampung
https://karangan.net/cerpen-menuai-emas/
Latar_Cerpen_Menuai_Emas
https://karangan.net/cerpen-menuai-emas/
Gaya_Bahasa_Cerpen_Menuai_Emas
SimileContoh: Semua orang tiba-tiba bagaikan disua bahang api. (pg 70) Inversi (ayat songsang)Contoh: Datang pula suara emak melantun – lantun di telinga. (pg 68) SinkopeContoh: Dia seorang saja yang tak beri kata putus.Contoh: Anak Mak Wan seorang saja yang tolak tuah. MetaforaContoh: pita ingatan (pg69), pisau kata-kata (pg 71), ufuk batin (pg 72) PerlambanganContoh: permaidani hujan – melambangkan tanah sawah yang terbentangContoh: hutan batu – melambangkan bangunan PeribahasaContoh: tersenyum-senyum kambing (pg 70); bendera putih (pg 72) PersofinikasiContoh:(a) Wajah Abang Man datang mendadak menyerang benak (pg72)(b) Dalam dingin yang mencengkam, dia merasai nikmat yang sukar diterjemah dengan Bahasa kata.
https://karangan.net/cerpen-menuai-emas/
Nilai_Cerpen_Menuai_Emas
Nilai KegigihanContoh: Alif gigih mengusahakan tanah sawah miliknya. Nilai KesabaranContoh: Alif dan emaknya bersikap sabar walaupun dicemuh dan dimarahi oleh orang kampung. Nilai KeberanianContoh: Alif berani berhadapan dengan Abang Man yang menuduhnya telah menghasut orang kampong Nilai KesyukuranContoh: Alif sentiasa bersyukur kepada Allah. Nilai BerdikariContoh: Alif mengambil keputusan untuk bekerja sendiri walaupun dia berkelulusan universiti. Nilai KeyakianContoh: Alif yakin dengan kebolehan dirinya bahawa dia mampu mengusahakan sebuah estet padi di kampungnya.
https://karangan.net/cerpen-menuai-emas/
Pengajaran_Cerpen_Menuai_Emas
Kita hendaklah rajin berusaha untuk mendapatan hasil yang yang diinginkan. Kita hendaklah bersabar dan banyak berdoa kepada Allah apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Kita hendaklah berusaha mendalami ilmu pengetahuan agar setiap yang kita kerjakan akan memperoleh hasilnya. Kita janganlah bertindak terburu-buru sehingga boleh mendatangkan kerugian. Kita janganlah bersikap agresif untuk melakukan sesuatu perkara. Kita hendaklah yakin dengan kebolehan diri dalam melakukan sesuatu perkara. Kita hendaklah tabah dalam menghadapi segala dugaan untuk memperoleh kejayaan. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan sesuatu ilmu atau pengalaman. Kita mestilah berani mempertahankan hak milik keluarga terutamanya dalam hal tanah. Kita hendaklah berkongsi ilmu dan memberikan semangat kepada golongan yang ingin memajukan sesuatu bidang. Kita hendaklah sentiasa bersyukur atas segala nikmat kurniaan Tuhan kepada kita. Kita digalakkan untuk berbakti kepada tanah supaya memperoleh manfaat daripadanya.
https://karangan.net/cerpen-menuai-emas/
Soalan_Cerpen_Menuai_Emas
Apakah konflik yang dihadapi oleh Aliff dan penduduk kampung? Konflik yang dihadapi oleh Aliff dan penduduk kampung adalah apabila tanah sawah di kampung mereka mahu dibeli dan dibangunkan sebagai tapak kawasan perumahan. Nyatakan tema bagi cerpen ini. Cerpen ini bertemakan kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara akan menghasilkan kejayaan. Huraikan sinopsis bagi cerpen ini. Alif hampir berputus asa apabila didesak untuk mengorbankan tanah sawahnya untuk tujuan pembangunan. Salah seorang penduduk, iaitu Abang Man mempertikaikan kelulusan Alif yang memperoleh ijazah ekonomi. Dia mengesyaki Alif bersunggguh- sungguh hendak mengerjakan tanah sawah itu kerana gagal mendapat pekerjaan. Alif melihat emak menangis ingin berputus asa. Tetapi kata-kata emak bahawa emak teringat arwah abah Alif menjadi semangat Alif. Seorang pegawai pertanian turut memberikan semangat kepada Alif supaya tidak memandang rendah kepada potensi bidang pertanian. Oleh kerana projek perumahan itu dibatalkan, Alif mengambil peluang meminta izin untuk membina sebuah estet padi mini di situ. Setahun sudah berlalu, padinya sudah mula mengeluarkan hasilnya dan Alif berasa bangga. Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam cerpen tersebut. – Penjualan tanah sawah untuk dijadikan projek perumahan.– Lulusan universiti tidak semestinya bekerja makan gaji. Berdasarkan cerpen Menuai Emas, nyatakan dua perwatakan Alif. – Seorang anak muda yang berwawasan tinggi– Berani menghadapi cabaran serta yakin akan kebolehan diri sendiri– Seorang anak yang menghormati ibu bapa Nilai-nilai murni sangat penting pada seseorang insan. Berikan nilai yang boleh dicontohi berdasarkan petikan cerpen tersebut. Bersyukur, kesabaran, keberanian, berdikari Pada pendapat anda, apakah pengajaran yang dapat kita peroleh daripada cerpen tersebut? – Kita hendaklah yakin dengan kebolehan sendiri.– Kita hendaklah tabah dalam menghadapi segala dugaan untuk memperoleh kejayaan. “Orang muda seperti kamulah yang patut ambil bahagian kerana masa depan negara di tangan kamu. (hal. 73)”Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menarik minat golongan muda melibatkan diri dalam sektor pertanian moden? – Pendedahan melalui kempen tentang kelebihan atau pertanian moden.– Menyediakan kemudahan pinjaman untuk memulakan pertanian. “Setiap murid disarankan agar berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menggapai impian.”Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan positif jika kita berjaya menggapai impian tersebut? – Boleh menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa.– Menggubah nasib seseorang kea rah yang lebih baik.– Dipandang mulia oleh ibu bapa.
https://karangan.net/cerpen-menuai-emas/
Latar_Masa
Pada Waktu Awal PagiAlif menyusuri permatang sawah lalu disapa oleh Tuk Ketua yang sedang menunggang motosikal pada waktu tersebut. Setahun Yang LaluSetahun yang lalu, Abang Man dan beberapa orang pemilik tanah datang ke rumah Mak Wan bertujuan untuk meminta Mak Wan dan Alif melepaskan dua petak tanah milik keluarga mereka.
https://karangan.net/cerpen-menuai-emas/
Latar_Tempat
Petak BendangTempat Alif disapa oleh Tuk Ketua ketika sedang menyusuri permatang sawah. Anjung Pumah Mak WanTempat beberapa orang pemilik tanah membuat perbincangan. Petak-petak Sawah di Seberang PerakTempat yang pernah dikunjungi Alif dalam usaha mengumpulkan pengalaman dan maklumat untuk memajukan aktiviti penanaman padi di kampong.
https://karangan.net/cerpen-menuai-emas/
Latar_Masyarakat
Masyarakat PetaniContoh: Alif dan penduduk kampungnya merupakan masyarakat yang menjalankan aktiviti penanaman padi. Masyarakat Yang Mempunyai Azam Yang TinggiContoh: Alif merupakan golongan muda yang berazam tinggi untuk memajukan aktiviti penanaman padi di kampungnya dengan menggunakan teknologi moden. Masyarakat Yang AgresifContoh: Abang Man bercakap kasar terhadap Alif disebabkan Alif disebabkan Alif tidak mahu melepaskan tanah milik keluarganya untuk tujuan pembangunan. Masyarakat Yang Bersikap PositifContoh: Emak Alif sentiasa mendidiknya dengan mengamalkan sifat syukur,sabar dan reda dalam kehidupan.
https://karangan.net/cerpen-menuai-emas/
Tema_Cerpen_Munsyi
Tema cerpenMunsyi ialah semangat cinta akan agama, bangsa, bahasa dan budaya yang tersemaikukuh dalam jiwasegelintirgolongan warganegara. Bonda banyak menyimpan buku lama tentang bahasa dan sejarah. Selain itu, bonda juga sayang akan bahasa dan agamanya. Disebabkan itu, bonda tidak membenarkan Mel berhijrah ke kota selagi ilmunya belum penuh di dada. Mel juga dapat menyaksikan bahawa Munsyi merupakan seorang yang mencintai bahasa dan agamanya.
https://karangan.net/cerpen-munsyi/
Persoalan_Cerpen_Munsyi
Persoalan kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu untuk meneruskan kehidupannyaContoh: Mel bertekad untuk memenuhi dirinya dengan segala ilmu pengetahuan dan pengalaman di tanah desa halaman ini sebelum Mel bersedia berhijrah ke tengah gelora kota. Peranan penjajah dalam memecahbelahkan rakyat sesebuah negara Contoh: Pihak penjajah telah menjalankan sistem pecah dan perintah agar agihan kekayaan negara tidak berlaku secara adil hingga menimbulkan rusuhan kaum akibat rasa tidak puas hati rakyat. Kepentingan ilmu agama dalam kehidupanContoh: Bonda tidak membenarkan Mel berhijrah ke bandar kerana ilmu agama Mel belum mencukupi. Keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan baharuContoh: Mel tidak berputus asa untuk meminta kebenaran daripada bonda untuk bermastautin di bandar. Ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibunya Contoh: Mel menangguhkan keinginan yang meruap-ruap dalam dirinya untuk mencari pengalaman baharu sebagai warga kota kerana tidak direstui oleh bonda. Sikap muda mudi yang mengabaikan penggunaan bahasa ibunda yang betul dan meminggirkan ajaran agama.Contoh: Penggunaan bahasa rojak dan loghat rekaan serta pergaulan bebas di kota mewah yang disaksikan oleh Mel. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya dengan cara sering menitip pesan tentang kehidupan Contoh: Bonda sering mengingatkan Mel agar memelihara agama dan bahasa ibunda agar dihormati.
https://karangan.net/cerpen-munsyi/
Sinopsis_Cerpen_Munsyi
CerpenMunsyi ini tentang keinginan seorang anak muda, iaitu Mel yang mahu berhijrahdan menetap di ibu kota.Namun, hasratnya itu dihalang oleh bondanya. Bondanya bimbang sekiranya anaknya itu akan terpengaruh oleh budaya-budaya negatif di bandar. Bondanyamemberikan alasan bahawa Mel masih belum menguasaiilmu agama, bahasa ibunda dan ilmu pengetahuan yang secukupnya. Bonda Mel telah menceritakan berbagai-bagai kisah yang berkaitan dengan kehilangan nilai tradisi nenek moyang oleh anak-anak muda di ibu kota yang mudah tergadai maruah diri atas nama kemajuan. Menurut bonda Mel lagi, warga kota yang berbilang kaum mengamalkan sikap prejudis dan berprasangka serta mengutamakan kepentingan diri masing-masing. Pada suatu ketika dahulu, kota pernah mencatatkan sejarah hitam akibat sentimen perkauman yang berpunca daripada pihak penjajah yang berjaya menanamkan benih-benih persengketaan. Dengan berdasarkan hal yang dinyatakan oleh bonda itu, bonda menasihati Mel supaya memelihara agama, bahasa, bangsa, dan negara supaya terus dihormati dan disegani. Sifat yang ditunjukkan oleh bonda ini menunjukan bahawa bonda mempunyai semangat patriotik yang kuat. Buktinya, bonda banyak menyimpan buku lama tentang bahasa dan sejarah. Mel selalu membaca buku tersebut. Bonda menyatakan bahawa asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu akidah Islam, bahasa Melayu, dan kesetiaan pada pemerintah yang adil. Apabila Mel telah mempunyai ilmu yang cukup dan mempunyai kemampuan untuk berjuang di kota, barulah bonda mengizinkannya ke bandar untuk meneruskan kehidupan. Bonda berpesan kepada Mel supaya menjaga dua perkara, iaitu agama dan bangsa. Bonda juga meminta Mel untuk memberikan sejumlah buku kepada kawan lamanya yang bernama Munsyi. Apabila tiba di bandar, Mel menyerahkan buku-buku tersebut pada kawan bondanya itu. Apabila mengamati keadaan dan sikap Munsyi, Mel berpendapat bahawa Munsyi merupakan seorang yang sangat mencintai bangsa dan budayanya. Munsyi tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah perkampungan tradisi di pinggir bandar. Di bandar, Melberasa sedih dan malu apabila melihat generasi muda bangsanya telah hilang identiti dan jati diridengan mengamalkan pergaulan bebas dan menggunakan bahasa rojak. Pada suatu hari, Mel mendapat berita bahawa perkampungan Munsyi akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel. Apabila Mel mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ. Mel tergamam apabila melihat rumah Munsyi bersama-sama dengan puluhan buku lama yang diberikan oleh bondanya hancur diranapkan oleh jentera berat. Kesedihannya semakin bertambah apabila mengenangkan satu-satunya tanah rizab bangsa di pinggir kota itu akan dimiliki oleh saudagar asing yang akan mengaut keuntungan kelak. Mel tidak dapat menemui Munsyi. Mel berusaha untuk menjejaki Munsyi tetapi gagal. Orang tua yang merupakan pejuang bahasa itu telah menghilangkan diri.
https://karangan.net/cerpen-munsyi/
Binaan_Plot_Cerpen_Munsyi
Permulaan / Eksposisi Plot permulaan cerpenMunsyi dimulai dengan hasrat Mel/ penulis yang ingin bekerja dan menetap di ibu kota. Hasratnya itu dibantah oleh bondanya/ibunya kerana bimbang Mel akan terpengaruh oleh budaya hedonisme dan modenisme yang sedang melanda remaja di kota. Bonda memberikan alasan bahawa Mel masih belum menguasai ilmu agama dan lemah dari segi penguasaan bahasa ibunda. Perkembangan Penulis memerihalkan kisah bonda Mel yang menceritakan berbagai-bagai kisah yang berkaitan dengan kehilangan nilai tradisi nenek moyang oleh anak-anak muda di ibu kota yang mudah tergadai maruah diri atas nama kemajuan. Menurut bonda Mel lagi, warga kota yang berbilang kaum mengamalkan sikap prejudis dan berprasangka serta mengutamakan kepentingan diri masing-masing. Pada suatu ketika dahulu, kota pernah mencatatkan sejarah hitam akibat sentimen perkauman yang berpunca daripada pihak penjajah yang berjaya menanamkan benih-benih persengketaan. Mel bertekad untuk melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman dahulu sebelum benar- benar bersedia untuk berhijrah ke ibu kota. Setelah ilmu penuh di dada, bonda telah membenarkan Mel berhijrah ke kota. Semasa hendak ke kota, bonda telah meminta Mel supaya memberikan buku-buku lama kepada sahabatnya, iaitu Munsyi. Semasa di kota, Mel dapat menyaksikan anak-anak muda telah hanyut dalam keseronokan hidup dan melanggar batas-batas susila dan agama. Mel mendapat berita bahawa kampung tradisi yang didiami oleh Munsyi akan didirikan pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang. Hal ini bermakna tempat tinggal penduduk termasuklah rumah Munsyi akan dirobohkan. Perumitan Tahap perumitan cerpenMunsyi apabila Mel berasa sedih dan malu apabila melihat anak-anak muda yang sebangsa dengannya di ibu kota hilang maruah diri dengan mengamalkan pergaulan bebas dan menggunakan bahasa rojak. Bagi Mel, mereka telah kehilangan identiti dan jati diri. Mel kemudiannya mendapat khabar tentang projek pembinaan bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang di atas tanah rizab Melayu di pinggir kota. Semua keluarga yang tinggal di tanah rizab tersebut diarahkan berpindah termasuklah Munsyi. Klimaks Klimaks cerpenMunsyi apabila Mel tergamam melihat rumah Munsyi bersama-sama dengan puluhan buku lama yang diberikan oleh bondanya hancur diranapkan oleh jentera berat. Kesedihannya semakin bertambah apabila mengenangkan satu-satunya tanah rizab bangsa di pinggir kota itu akan dimiliki oleh saudagar asing yang akan mengaut keuntungan kelak. Mel tidak dapat menemui Munsyi. Peleraian Peleraian cerpenMunsyi bermula apabila Mel berusaha untuk menjejaki Munsyi tetapi gagal. Orang tua yang merupakan pejuang bahasa itu telah menghilangkan diri.
https://karangan.net/cerpen-munsyi/
Teknik_Plot_Komsas_Munsyi
Teknik pemerianContohnya, penulis memerihalkan suasana tegang yang berlaku di kawasan perkampungan tradisi di pinggir ibu kota ketika kerja-kerja merobohkan rumah-rumah kayu usang penduduk dijalankan oleh pihak berkuasa. Teknik dialogContohnya, “Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?” Teknik imbas kembaliContohnya, Melteringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam empat dekad lampau. Teknik imbas mukaContohnya, Mel membayangkan satu-satunya tanah rizab milik bangsa Melayu di ibu kota akan berpindah milik kepada saudagar asing apabila kawasan itu akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah serta hotel bertaraf lima bintang. Teknik kejutanContohnya, pembaca terkejut dan tidak menduga sama sekali bahawa Munsyi akan menghilangkan diri apabila rumahnya dirobohkan. SaspensContohnya, selepas kejadian rumah-rumah dirobohkan oleh penguat kuasa, Mel masih tidak menemui kelibat Munsyi. Peristiwa ini menimbulkan tanda tanya tentang perkara yang terjadi kepada Munsyi sehingga dia menghilangkan diri tanpa dapat dikesan oleh Mel.
https://karangan.net/cerpen-munsyi/
Gaya_Bahasa_Cerpen_Munsyi
MetaforaContohnya, api prasangka; tembok dan benteng perkauman; pagar-pagar perkauman. PeribahasaContohnya, baru setahun jagung, besar hati. PersonifikasiContohnya, pesan mulus yang lama terpahat di pangkal hati dan pesan itu menyuburi hati dan perasaan saya.Contohnya, darah dan korban menjadi saksi kepada sebuah api pergolakan.(hlm. 57) Kata pinjaman InggerisContohnya, hedonism; modenisme; globalisas; ideologi. SimileContohnya : Bersamping bagaikan seorang maharaja pada kesultanan Melaka. (hlm 61)
https://karangan.net/cerpen-munsyi/
Latar_Komsas_Munsyi
https://karangan.net/cerpen-munsyi/
Watak_Perwatakan_Cerpen_Munsyi
Watak Utama: Mel Anak lelaki kepada bonda. Seorang yang taat akan ibu bapaContoh : Mel menangguhkan keinginan yang meruap-ruap dalam dirinya untuk mencari pengalaman baharu sebagai warga kota kerana tidak direstui oleh bonda. Seorang yang rajin membaca Contoh : Mel membaca bab demi bab dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan kitab-kitab lama walaupun bertulisan jawi. Seorang yang tidak mudah putus asa dan bijak merancang masa depanContoh : Mel menyampaikan hasratnya kepada bonda untuk membina kehidupan di kota walaupun bonda berkali-kali membantah hasratnya itu. Seorang yang amanah dan jujur Contoh : Mel menyampaikan salam bonda kepada Munsyi sebelum menghulurkan beg berisi puluhan kitab lama yang dibawanya dari kampung. Watak Sampingan: Bonda Ibu kepada Mel. Seorang yang penyayangContoh: Bonda sangat menyayangi Mel. Dia memberikan pelbagai alasan agar Mel terus menetap di kampung bersamanya. Seorang yang beriman Contoh: Bonda selalu mengingatkan Mel supaya tidak meninggalkan perintah agama Seorang yang mementingkan ilmu pengetahuanContoh :Bonda mahu Mel melengkapkan dirinya dengan ilmu sebelum berhijrah ke kota agar Mel tidak hilang jati diri sebagai generasi bermaruah. Seorang yang berjiwa patriotismeContoh: Bonda telah menanamkan sifat-sifat patriotisme dalam diri Mel dengan menceritakan kisah-kisah sejarah kepada Mel. Watak Sampingan: Munsyi Seorang yang menghormati tetamu.Contoh : Selepas Mel memperkenalkan diri, dia mula tersenyum kepada Mel sebelum mempersilakan dia masuk. Seorang yang teguh jati diri Contoh : Munsyi berpakaian lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping serta menggenggam keris semasa Mel ke rumahnya.
https://karangan.net/cerpen-munsyi/
Nilai_Cerpen_Munsyi
PatriotismeContohnya, bonda berusaha untuk menanamkan semangat patriotik dalam diri Mel dengan harapan Mel akan menjadi seorang pejuang yang berani mempertahankan nilai dan kepentingan bangsa sendiri kelak. TanggungjawabContohnya, bonda menjaga khazanah nenek moyangnya yang berupa kitab-kitab lama bertulisan jawi yang tidak ternilai harganya dengan begitu cermat. Nilai hormat-menghormatiContohnya, Mel amat menghormati Munsyi sebagai seorang pejuang bahasa. Kasih sayangContohnya, bonda berpesan dan menasihati Mel agar sentiasa menjaga agama dan bahasa ibundanya sewaktu dia berada di ibu kota. BerdikariContohnya, Mel berhijrah seorang diri ke ibu kota untuk mencari kerja yang dapat menjamin kehidupan yang lebih sempurna untuk masa depannya. KegigihanContohnya, Mel berusaha untuk menjejaki rumah Munsyi sehingga berjaya berpandukan peta yang dibekalkan oleh bondanya. KetaatanContohnya, Mel patuh akan arahan bondanya agar menangguhkan pemergiannya ke ibu kota atas faktor ilmu dan pengalamannya yang masih cetek. AmanahContohnya, Mel menyerahkan naskhah-naskhah kitab lama milik bondanya kepada Munsyi yang menetap di perkampungan tradisi di ibu kota.
https://karangan.net/cerpen-munsyi/
Pengajaran_Cerpen_Munsyi
Kita hendaklah mentaati kedua-dua ibu bapa kita agar hidup diberkatiContoh: Mel menangguhkan keinginan yang meruap-ruap dalam dirinya untuk mencari pengalaman baharu sebagai warga kota kerana tidak direstui oleh bonda Kita hendaklah rajin membaca untuk meningkatkan ilmu pengetahuan Contoh: Mel rajinmengkajiteks Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan kitab-kitab lama bertulisan jawi walaupun agak perlahan. Kita hendaklah memiliki sifat patriotisme agar tidak mudah terpedaya dengan anasir asing Contoh: Bonda telah menanamkan sifat-sifat patriotisme dalam diri Mel dengan menceritakan kisah-kisah sejarah kepada Mel. Kita hendaklah menghormati dan melayani tetamu dengan baik Contoh: Selepas Mel memperkenalkan diri, Munsyi mula tersenyum kepada Mel sebelum mempersilakan dia masuk Kita hendaklah mencintai budaya sendiri agar tidak hilang ditelan zamanContoh: Munsyi berpakaian lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping serta menggenggam keris semasa Mel ke rumahnya Kita perlulah mengikut nasihat orang tua-tua yang lebih berpengalaman. Kita mestilah mengamalkan sikap amanah dan jujur semasa menyempurnakan hajat seseorang. Kita perlulah memahami dan menghayati sejarah tanah air kerana sejarah merupakan fakta kebenaran, bukannya suatu pembohongan. Kita tidak sewajarnya menggadai maruah dan harga diri untuk mengejar keduniaan.
https://karangan.net/cerpen-munsyi/
Soalan_Cerpen_Munsyi
Nyatakan perkara yang dibimbangkan oleh bonda sekiranya Mel bermastautin di ibu kota? Perkara yang dibimbangkan oleh bonda sekiranya Mel bermastautin di ibu kota ialah pengaruh hedonisme dan modenisme yang melanda anak-anak muda. Pada pendapat anda, mengapakah bahasa ibunda mesti dimartabatkan? Pada pendapat saya, bahasa ibunda mesti dimartabatkan kerana bahasa ibunda merupakan bahasa rasmi dan menjadi lambang jati diri rakyat Malaysia. Selain itu, bahasa ibunda menjadi bahasa pengantar ilmu pengetahuan dan menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa. Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. Persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas ialah usaha menghidupkan semangat patriotisme dalam jiwa anak-anak muda. Sebagai contoh, bonda meminta anaknya melengkapkan diri dengan ilmu agama dan menguasai bahasa ibunda dengan baik sebelum berhijrah ke kota. Manakala persoalan lain daripada cerpen ialah kesan penjajahan kepada penduduk peribumi. Sebagai contoh, penjajah gagal mengagihkan kekayaan sama rata antara kaum dan akibatnya berlaku persengketaan yang menyebabkan pertumpahan darah.
https://karangan.net/cerpen-munsyi/
Latar_Tempat
Kampung tradisiMel berjumpa dengan Munsyi dan menyerahkan beg yang berisi puluhan kitab lama yang dibawanya dari kampung. Ibu kotaAnak-anak muda di kota tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni. Kampung halamanMel menetap di kampung bersama-sama bondanya sejak kecil lagi.
https://karangan.net/cerpen-munsyi/
Latar_Masa
Zaman pemerintahan penjajahPenjajah telah memerintah negara menggunakan sistem pecah dan perintah. Zaman selepas merdekaRakyat sibuk mengejar harta dan pangkat sehingga lupa akan nilai, bahasa dan agama selepas dijajah. Minggu pertama di kotaMel menyaksikan kerapuhan jiwa anak-anak muda sebangsanya yang menetap di kota. Seminggu selepas perkhabaran mengambil alih kampung tradisiJentera berat bersiap sedia untuk merobohkan rumah-rumah di perkampungan tradisi sambil penguat kuasa mengawal demonstrasi penduduk membantah penccerobohan itu.
https://karangan.net/cerpen-munsyi/
Latar_Masyarakat
Masyarakat yang mengamalkan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan.Penduduk kampung tradisi mengadakan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap pencerobohan tanah milik mereka oleh pihak berkuasa. Masyarakat yang cekal dan berani.Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal. Masyarakat yang taat kepada ibu bapaMel menangguhkan keinginan yang meruap-ruap dalam dirinya untuk mencari pengalaman baharu sebagai warga kota kerana tidak direstui oleh bonda. Masyarakat yang rajin membaca Mel membaca bab demi bab dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan kitab-kitab lama bertulisan jawi walaupun agak perlahan. Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuanBonda mahu Mel melengkapkan dirinya dengan ilmu sebelum berhijrah ke kota agar Mel tidak hilang jati diri sebagai generasi bermaruah. Masyarakat kota yang hilang maruah dan jati diri.Mel mendapati masyarakat remaja yang tinggal di bandar kebanyakannya telahhilang jati diri danmengamalkan pergaulan bebas. Masyarakat yang amat mencintai agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun-temurun
https://karangan.net/cerpen-munsyi/
Sinopsis_Cerpen_Sekeping_Tanah
CerpenSekeping Tanah dimulakan dengan tindakan Hisyam yang pergi menemui abangnya, Harun untuk berbincang mengenai sebidang tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka di bandar. Menurut Hisyam, dia bercadang untuk membangunkan tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya di bandar itu kerana kakaknya, Halimah juga bersetuju dengan cadangannya. Hal ini demikian kerana Halimah sudah berasa tidak selesa menetap di rumah pusaka itu dengan keluarganya kerana bimbang akan menimbulkan masalah apabila dia meninggal dunia. Hisyam menyatakan cadangan kepada abangnya tentang hasratnya untuk menubuhkan sebuah syarikat keluarga yang boleh membangunkan tanah pusaka itu dengan membina kondo. Harun mempersoalkan cadangan adiknya itu atas faktor kewangan dan faktor tahap pendidikan yang dicapai oleh adiknya itu. Hisyam menegaskan bahawa mereka boleh membuat pinjaman bank dan urusan pinjaman wang tersebut boleh diuruskan oleh kakaknya, Halimah yang merupakan seorang pengurus bank. Selepas Hisyam gagal memujuk abangnya untuk mengekalkan tanah pusaka itu, pada malamnya, dia telah ke rumah pusaka untuk menemui kakaknya, Halimah. Hisyam memberitahu tentang kedegilan abangnya yang mendesaknya supaya menjualkan tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka itu. Selepas perbincangan diadakan, Hisyam dan Halimah bersepakat untuk membangunkan tanah yang terletak di bandar itu tetapi mereka merahsiakan hal itu daripada pengetahuan abangnya, Harun. Bagi melicinkan proses untuk membangunkan tanah pusaka itu, mereka telah menubuhkan sebuah syarikat atas nama Binajaya Sdn. Bhd. dan melantik seorang peguam untuk membeli tanah pusaka mereka yang telah dijual itu sebelum dibangunkan semula. Sebulan kemudian, Harun, Hisyam dan Halimah menurunkan tandatangan menjual tanah pusaka dengan harga RM6 625 000.00 kepada Binajaya Sdn. Bhd. di hadapan pegawai pentadbiran tanah dan seorang peguam. Harun gembira menerima cek bernilai RM 2 650 000.00. Begitu juga dengan Hisyam yang menerima jumlah yang sama dan Halimah pula menerima RM 1 325 000.00. Rumah pusaka bapa mereka telah didermakan kepada sebuah keluarga di Sungai Pencala. Pada minggu itu juga tertegak papan tanda bahawa di atas tapak tanah itu akan dibina sebuah kondo mewah setinggi 25 tingkat. Hati Harun terdetik apabila melihat nama adiknya, Hisyam bin Sulaiman tertera pada papan kenyataan tapak kondo itu sebagai pengurus Binajaya Sdn. Bhd. Namun begitu, dia tidak membuat apa-apa tindakan kerana ingin melihat dahulu perkembangannya dan berfikir mungkin nama itu bukan adiknya. Setelah tiga tahun setengah projek kondo mewah itu dibina, sebahagian besar pembeli kondo mewah itu mengambil kunci rumah masing-masing. Harun tergamam apabila melihat adiknya, Hisyam dan Halimah yang sebenarnya menguruskan projek pembinaan Kondo Jaya itu. Mereka menyerahkan kunci rumah kediaman mewah itu kepada para pembeli. Harun berasa dirinya ditipu dan dipermainkan oleh adik-adiknya. Pada malamnya, Harun telah menelefon Hisyam untuk meluahkan rasa kecewanya kerana ditipu dan dipermainkan oleh adik-adiknya. Hisyam menjelaskan perkara yang sebenar kepada abangnya, berhubung pembinaan Kondo Jaya di atas tapak tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka itu. Harun berasa terpukul dengan tindakannya tiga tahun setengah yang lalu. Hisyam menyerahkan jawatan Pengurus Syarikat Binajaya Sdn. Bhd. kepada Halimah memandangkan kakaknya berpendidikan tinggi dan telah meletakkan jawatannya di bank. Hisyam pula bercadang untuk memandu teksi kerana kerjaya itu sudah sebati dengan kehidupannya.
https://karangan.net/cerpen-sekeping-tanah/
Tema_Cerpen_Sekeping_Tanah
Tema cerpenSekeping Tanah ialah Konflik adik-beradik dalam mempertahankan harta pusaka warisan keluarga. Contoh: Hisyam dan Halimah bersetuju untuk membangunkan tanah pusaka ayah mere ka tetapi abang mereka iaitu Harun tidak bersetuju dengan rancangan mereka. Oleh itu, hanya Hisyam dan kakaknya Halimah yang dilibatkan dalam projek tersebut.
https://karangan.net/cerpen-sekeping-tanah/
Persoalan_Cerpen_Sekeping_Tanah
Kebijaksanaan merancang masa depan demi kesenangan hidup dan keluargaHisyam mengemukakan cadangannya kepada Harun dan Halmah berhubunga dengan hasratnya untuk membangunkan tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka di Bandar kerana memikirkan potensi tanah pusak itu pada masa depan. Keberanian mengambil risiko demi kesejahteraan masa depanHisyam berani mengambil risiko dengan membuat pinjaman bank untuk membeli sekeping tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya semula yang dijual,seterusnya menbangunkan tanah pusaka itu dengan pembinaan kondo mewah. Kepentingan berfikir sebelum mengambil sesuatu keputusanHisyam bersepakat dengan Halimah untuk memajukan tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka disebabkan harga tanah yang melambung tinggi di bandar itu. Kerjasama dan kolaboratif untuk menjayakan projek usahasama Kepentingan pendidikan untuk mengubah kehidupan seseorang. Keutuhan integriti dalam memikul tanggungjawab. Timbang rasa antara adik-beradik
https://karangan.net/cerpen-sekeping-tanah/
Binaan_Plot_Cerpen_Sekeping_Tanah
PermulaanCerpenSekeping Tanah dimulakan dengan hasrat Hisyam yang ingin membangunkan sebidang tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya di bandar kerana memikirkan potensi tanah pusaka itu. PerkembanganPenulis memerihalkan kisah Hisyam yang berbincang dengan abangnya, Harun dan kakaknya, Halimah berhubung cadangannya untuk membangunkan tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka di bandar. PerumitanHarun tidak bersetuju dengan cadangan Hisyam yang dianggap menyusahkan dan rumit. Harun bertegas meminta Hisyam menjual tanah pusaka tersebut kerana dia memerlukan wang hasil jualan tanah pusaka tersebut, Sementara itu, Hisyam dan Halimah Bersepakat untuk menjual tanah pusaka itu tetapi kemudian membelinya semula untuk dibangunkan. KlimaksHarun tergamam melihat adiknya, Hisyam dan Halimah yang sebenarnya menguruskan projek pembinaan Kondo Jaya itu. Mereka menyerahkan kunci rumah kediaman kepada para pembeli. Harun berasa dirinya ditipu dan dipermainkan oleh adik-adiknya. PeleraianHisyam menjelaskan perkara yang sebenar kepada abangnya, Harun berhubung pembinaan Kondo Jaya di atas tapak tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka itu. Harun berasa terpukul dengan tindakannya tiga tahun yang lalu. Halimah dan Hisyam juga dikejutkan dengan berita penangkapan anak saudara mereka, Musa yg terlibat dalam kes bunuh. Hisyam melantik Halimah sebagai pengurus Syarikat Binajaya Sdn. Bhd. yang baharu. Halimah bersetuju untuk menerima jawatan tersebut. Hisyam pula bercadang untuk memandu teksi kerana kerjaya itu sudah sebati dengan kehidupannya.
https://karangan.net/cerpen-sekeping-tanah/
Teknik_Plot_Cerpen_Sekeping_Tanah
DialogContoh: “Kenapa dengan abang Harun?” , “Dia mati-mati nak jual tanah tu.” , “Nanti marah pula dia kalau dia tahu, Syam.” Imbas kembaliContoh: Lalu di mata batinnya muncul wajah dua orang anak lelakinya, Saleh & Musa. Dua orang anak lelakinya ini membawa masalah dalam keluarganya. KejutanContoh: “Baru kakak tahu kenapa abang Harun mati-mati nak jualkan tanah itu. Nak cepat pula itu. Inilah puncanya. Nak bayar kos guaman.”
https://karangan.net/cerpen-sekeping-tanah/
Latar_Cerpen_Sekeping_Tanah
https://karangan.net/cerpen-sekeping-tanah/
Watak_Perwatakan_Cerpen_Sekeping_Tanah
Watak Utama: Hisyam Bin Sulaiman Seorang yang patuh akan arahan dan pesanan abang sulungnya supaya menjualkan tanah pusaka peningglanarwah ayah mereka di bandar. Seorang yang bersikap rasional dan berpandangan jauh dalam membuat keputusan apabila bersetuju menubuhkan Syarikat Binajaya Sdn.Bhd. bagi membangunkan tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya. Seorang yang bersikap amanah dan jujur ketika dia menguruskan Syarikat Binajaya Sdn. Bhd. Watak Utama: Harun Seorang yang bijak berhujah apabila dia mempertikaikan tindakan adiknya, Hisyam yang bercadang untuk menubuhkan syarikat untuk membangunkan tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka. Seorang yang bersifat sensitif apabila dia berasa tersindir dengan kata-kata Hisyam yang mengatakan tentang kesukaran untuk menguruskan anak-anak pada masa ini. Watak Utama: Halimah Seorang yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan kewangan disebabkan pengalaman bertugas di bank. Seorang yang patuh akan arahan abangnya agar tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka di bandar dijual. Seorang yang amanah dalam memikul tanggungjawab untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Binajaya Sdn. Bhd. daripada adiknya, Hisyam.
https://karangan.net/cerpen-sekeping-tanah/
Gaya_Bahasa_Cerpen_Sekeping_Tanah
Bahasa ArabContoh: Astaghfirullah. Kata gandaContoh: dalam-dalam; mati-mati; bulat- bulat; dan angan-angan. MetaforaContoh: mata batinnya. Sinkope Contoh: Tak boleh. Kamu saja, Syam. RepetisiContoh: Dia cabar saya. Dia hina saya. PeribahasaContoh: tukar tangan; perah otak. PerlambanganContoh: Pisau di tangan abang. PersonifikasiContoh: Hatinya teringin sangat untuk membuat panggilan telefon kepada adiknya itu tetapi otaknya melarang. SimilieContoh: “Saya percayakan kakak macam saya percayakan mak.”
https://karangan.net/cerpen-sekeping-tanah/
Nilai_Cerpen_Sekeping_Tanah
Nilai KegigihanContoh Peristiwa: Hisyam gigih menyara kehidupan keluarganya dengan bekerja sebagai pemandu teksi. Nilai Hormat-menghormatContoh Peristiwa: Hisyam dam Halimah begitu menghormati Harun sebagai abang sulung mereka. Nilai AmanahContoh Peristiwa: Hisyam menguruskan projek pembinaan Kondo Jaya di bawah Syarikat Binajaya Sdn. Bhd. dengan penuh amanah walaupun dia tidak memiliki kelulusan yang tinggi. Nilai Keberanian / Berani mengambil risikoContoh Peristiwa: Hisyam berani mengambil risiko dan membuat pinjaman wang untuk membeli tanah pusaka ayahnya bagi membuat projek pembinaan kondo. Nilai RasionalContoh Peristiwa: Hisyam bekerjasama dengan kakaknya, Halimah untuk memajukan projeknya kerana Halimah berpengalaman tinggi dan harga tanah di bandar itu yang terlalu tinggi. Nilai Bertimbang rasaContoh Peristiwa: Hisyam tidak memaksa abangnya, Harun untuk menyertai projek pembinaan kondonya kerana Harun tidak mahu dan dia tiada kewangan yang cukup.
https://karangan.net/cerpen-sekeping-tanah/
Pengajaran_Cerpen_Sekeping_Tanah
Kita hendaklah bijak merancang masa depan demi kesenangan hidup dan keluarga. Kita mestilah mengamalkan sikap amanah dan jujur dalam menjalankan tugas. Kita perlulah menjaga hak keluarga dengan sebaik-baiknya. Kita janganlah mudah terpengaruh dengan gejala negatif yang boleh merosakkan maruah dan diri. Kita perlulah menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dengan sepenuh hati. Kita hendaklah berani mengambil risiko demi kesejahteraan kehidupan masa depan. Kita mestilah bersatu hati dalam menjayakan satu-satu projek usahasama. Kita hendaklah rajin menuntut ilmu supaya menjadi masyarakat yang berpendidikan tinggi. Kita hendaklah gigih mencari rezeki untuk menyara keluarga.
https://karangan.net/cerpen-sekeping-tanah/
Soalan_dan_Jawapan_Cerpen_Sekeping_Tanah
Berdasarkan cerpen di atas, apakah kejayaan yang dicapai oleh anak-anak Hisyam? Nyatakan dua perkara yang dapat dijadikan teladan daripada petikan cerpen di atas? Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang sesuai dilakukan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar berjaya dalam kehidupan? Mengapakah Hisyam mengambil keputusan untuk menemui kakaknya, iaitu Halimah? – Hisyam ingin mengadu tentang sikap abangnya kepada Halimah.– Halimah orang lebih dewasa untuk Hisyam mendapatkan pandangannya bagi menubuhkan syarikat.– Halimah mempercayai keupayaan Hisyam. Berdasarkan cerpen, nyatakan tiga persoalan dan peristiwa yang berkaitan dengan persoalan tersebut. Persoalan kepentingan berwawasan jauhPeristiwa: Hisyam mempunyai wawasan dengan menubuhkan syarikat keluarga untuk merealisasikan impiannya membina rumah kediaman mewah di atas tanah pusaka keluarganya. Permuafakatan menghasilkan kejayaanPeristiwa: Hisyam bermuafakat dengan kakaknya, Halimah bagi menubuhkan syarikat keluarga. Sikap suka memandang rendah kepada orang lainPeristiwa: Harun memandang rendah terhadap Hisyam untuk menubuhkan syarikat kerana tidak berkelulusan tinggi. “Keluarga merupakan struktur asas yang penting bagi keseluruhan sistem sosial.”Pada pandangan anda, apakah cara efektif yang harus dilakukan untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga? – Makan bersama-sama ahli keluarga.– Percutian keluarga.– Ibu bapa bersikap terbuka dengan anak-anak.– Menonton bersama-sama ahli keluarga. Mengapakah urusan tandatangan penjualan tanah pusaka dilakukan di hadapan pegawai pentadbiran tanah dan peguam? – Urusan penjualan tanah pusaka yang sah.– Untuk mengelakkan pergaduhan dalam kalangan ahli keluarga.– Untuk urusan pembahagian tanah pusaka mengikut syariat Islam. Berdasarkan petikan cerpen, nyatakan dua latar tempat dan peristiwa yang berlaku. Di pejabat pentadbiran tanahPeristiwa: Hisyam dengan abang dan kakaknya menandatangani dokumen penjualan tanah pusaka mereka di pejabat pentadbiran tanah. Di seberang jalanPeristiwa: Harun melihat papan tanda di seberang jalan yang tercatat nama adiknya, Hisyam sebagai pengurus. “Pembahagian harta pusaka sering menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan ahli keluarga.”Pada pandangan anda, apakah cara terbaik agar pembahagian harta pusaka dilakukan tanpa menjejaskan hubungan dalam kalangan ahli keluarga? – Membuat wasiat lebih awal.– Melantik pemegang amanah untuk pembahagian harta.– Untuk masyarakat Islam boleh membahagikan harta mengikut sistem faraid.– Membuat wasiat secara bertulis dengan bantuan peguam.
https://karangan.net/cerpen-sekeping-tanah/
Latar_Tempat_Cerpen_Sekeping_Tanah
https://karangan.net/cerpen-sekeping-tanah/
Latar_Masa_Cerpen_Sekeping_Tana
https://karangan.net/cerpen-sekeping-tanah/
Latar_Masyarakat_Cerpen_Sekeping_Tanah
Masyarakat yang bijak merancang masa depan. Masyarakat penyayang terhadap ahli keluarganya. Masyarakat yang berani mengambil risiko untuk kesejahteraan masa depan. Masyarakat yang bersatu hati dalam menjayakan projek usahasama. Masyarakat yang berpendidikan tinggi. Masyarakat kota yang gigih mencari rezeki. Masyarakat yang menghormati orang yang lebih tua. Masyarakat yang terlibat dalam gejala negatif.
https://karangan.net/cerpen-sekeping-tanah/
Tema_Cerpen_Cinta_Ahmad_Mutawakkil
Cerpen “Cinta Ahmad Mutawakkil” bertemakan kegigihan seorang pemuda yang menghadapi pelbagai cabaran serta tentangan dalam perjuanganmenentang penjajah dan menuntut kemerdekaan. Ahmad Mutawakkil yang merupakan watak utama dalam cerpen ini telah menzahirkan cintanya terhadap bangsa dan negara melalui perjuangan menentang penjajah Inggeris, Jepun dan Komunis. Ahmad Mutawakkil merupakan seorang pemuda yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi sehinggakan tidak sanggup menerima sebarang pujian selagi Tanah Melayu belum merdeka. Dia sanggup menggadaikan nyawanya untuk menentang komunis dan akhirnya dia terbunuh sebelum mengecap kemerdekaan Tanah Melayu. Perjuangan dan pengorbanannya terus diingati oleh masyarakat kampungnya sama seperti mereka mengingati kata-kata anak muda itu “Tanah Melayu pasti merdeka!”.
https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/
Persoalan_Cinta_Ahmad_Mutawakkil
Persoalan perubahan sosioekonomi masyarakat kampungContoh : Kedatangan Tuan Booth dan keluarga telah merubah sosioekonomi masyarakat kampung apabila beliau telah mengupah beratus-ratus buruh termasuk penduduk kampung sendiri untuk meneroka belukar bagi meluaskan penanaman getah Persoalan kepentingan sikap berdikari dalam kehidupan Contoh: Ahmad Mutawakkil belajar berdikari setelah kematian bapanya, Wan Sadir dengan cara bekerja dengan orang putih Persoalan kesan kedatangan penjajahContoh: Kedatangan penjajah yang membawa kepada serangan telah menyebabkan seluruh ketenangan hidup masyarakat kampung hilang Persoalan tanggungjawab seorang pemimpin Contoh : Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau selepas solat isyak untuk mencari Ahmad Mutawakkil yang kehilangan tempat menumpang nasib setelah pemergian Tuan Booth sekeluarga akibat kedatangan Jepun dan mengambil Ahmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya Persoalan kepentingan menguasi ilmu dalam kehidupanContoh : Ahmad Mutawakkil menjadi tempat penduduk kampung mendapatkan maklumat tentang hal ehwal semasa kerana dia boleh menulis dan bercakap dalam bahasa Inggeris Persoalan semangat patriotisme dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaanContoh : Ahmad Mutawakkil menyeru ahli masyarakat agar mengikis tabiat buruk, berjuang mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa Melayu untuk merdeka
https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/
PLOT_Cinta_Ahmad_Mutawakkil
https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/
Watak_Perwatakan_Cinta_Ahmad_Mutawakkil
Watak Utama : Ahmad Mutawakkil Watak Sampingan: Tuan Booth Watak Sampingan: Imam Ngah Deraman Watak Sampingan Sandra
https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/
Latar_Cerpen_Cinta_Ahmad_Mutawakkil
https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/
Gaya_Bahasa_Cinta_Ahmad_Mutawakkil
https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/
Nilai_Cinta_Ahmad_Mutawakkil
Nilai patriotismeContoh : Ahmad Mutawakkil seorang remaja yang sayang akan negaranya. Nilai KeberanianContoh : Ahmad Mutawakkil berani untuk menghadapi pelbagai cabaran untuk kemerdekaan negara. Nilai Tanggungjawab Contoh: Imam Ngah Deraman bertanggungjawab mencari dan membawa Ahmad Mutawakkil pulang ke rumahnya selepas Tuan Booth sekeluarga meninggalkan banglonya seminggu sebelum Jepun menyerang Tanah Melayu. Nilai KebijaksanaanContoh: Ahmad Mutawakkil seorang pemuda yang bijaksana. Nilai Kasih sayangContoh: Tuan Booth amat menyayangi isteri dan anak perempuannya, Sandra apabila dia bertindak membawa mereka meninggalkan banglo di estetnya seminggu sebelum Jepun menyerang Tanah Melayu. Nilai Mengenang jasaContoh: Penduduk kampung menganjurkan majlis doa kesyukuran dan bacaan tahlil bagi mengenang segala pengorbanan Ahmad Mutawakkil sebagai nasionalis muda yang telah banyak berjasa kepada penduduk kampung. Nilai kerjasamaContoh: Tiga kumpulan pencari bekerjasama mencari jejak Ahmad Mutawakkil yang hilang. Nilai ketabahanContoh: Ahmad Mutawakkil tabah berdepan dengan pelbagai cabaran dalam perjuangannya menuntut kemerdekaan negara. Nilai hormat-menghormatiContoh: Tuan Booth sekeluarga amat menghormati masyarakat kampung penulis yang berbangsa Melayu.
https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/
Pengajaran_Cinta_Ahmad_Mutawakkil
Kita hendaklah bertanggungjawab melaksanakan tugas kita dengan sebaik-baiknya. Contoh: Ahmad Mutawakkil bertanggungjawab semasa melaksanakan tugasnya sebagai seorang wartawan dalam menulis surat khabar kepada rakyat untuk kemerdekaan tanah air. Kita hendaklah bekerjasama untuk melakukan sesuatu aktiviti.Contoh: Penduduk kampung telah bekerjasama dalam membentuk tiga kumpulan pencari untuk mencari Ahmad Mutawakkil yang hilang. Kita hendaklah berkorban untuk kemerdekaan tanah air kitaContoh: Ahmad Mutawakkil telah berkorban untuk mempertahankan tanah air daripada ancaman Parti Komunis Malaya Kita mestilah memupuk cinta akan negara untuk memerdekaan tanah air daripada penjajah Contoh: Ahmad Mutawakkil menggesa rakyat menentang penjajah Inggeris Kita hendaklah bijak mengambil peluang untuk menambahkan ilmu pengetahuanContoh: Ahmad Mutawakkil belajar membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris daripada Sandra ketika menumpang selama tiga tahun di bangle Tuan Booth
https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/
Sinopsis_Cinta_Ahmad_Mutawakkil
Ahmad Mutawakkil muncul secara tiba-tiba dalam keadaan cedera parah. Pakaiannya dipenuhi darah serta lumpur di pintu surau kampungnya sebaik sahaja para makmum selesai menunaikan solat maghrib. Situasi yang mencemaskan itu menimbulkan kejutan dan tanda tanya kepada Imam Ngah Deraman, Penghulu Ibrahim Sigap, dan seluruh makmum di surau kampung mengenai punca kejadian itu berlaku. Ahmad mutawakkil yang cedera parah telah dibaringkan oleh Penghulu Ibrahim Sigap. Dalam keadaan nafasnya tercungap-cungap, dia rebah lalu pengsan. Melalui teknik imbas kembali, penulis menceritakan kisah penerokaan kampungnya sejak tiga generasi yang lalu. Mereka telah meneroka tanah kebun dan sawah padi. Selepas itu, bermula pertengahan tahun 30-an, Tuan Booth sekeluarga telah datang ke kampung itu untuk meneroka belukar. Tuan Booth mengupah beratus-ratus orang buruh termasuklah penduduk kampung penulis untuk menanam pokok-pokok getah. Kemudian, Tuan Booth telah membawa masuk 15 buah keluarga buruh berketurunan India untuk bekerja di estet getahnya. Seterusnya, kisah riwayat hidup Ahmad Mutawakkil yang menjadi yatim piatu selepas kematian bapanya, Wak Sadir. Ahmad Mutawakkil terpaksa menumpang hidup dengan Tuan Booth selama tiga tahun. Pendaratan askar Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941 ternyata mengubah suasana damai di kampung penulis. Penulis mengimbas kembali kisah Tuan Booth sekeluarga yang terpaksa meninggalkan banglo di estetnya seminggu sebelum kemaraan askar Jepun dan kisah kesulitan seluruh penduduk kampung pada zaman pendudukan Jepun itu. Ketiadaan Tuan Booth sekeluarga telah menyebabkan Ahmad Mutawakkil hidup terbiar. Atas dasar prihatin dan tanggungjawab, Imam Ngah Deraman telah menjadikan Ahmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya. Sejak itu, Imam Ngah Deraman selalu menceritakan perihal Ahmad Mutawakkil kepada penduduk kampung termasuklah kepandaiannya membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris. Pada tahun 1943, Ahmad Mutawakkil telah bekerja di bandar. Pada tahun 1945, Ahmad Mutawakkil memberitahu Imam Ngah Deraman bahawa bandar Hiroshima dan Nagasaki di Jepun telah dibom dan askar Jepun terpaksa menyerah kalah dalam perang dunia kedua. Ketika Ahmad Mutawakkil berusia 17 tahun, ketokohan dan kehebatan Ahmad Mutawakkil sebagai pejuang nasionalis Melayu muda terserlah apabila setiap tutur kata dan tindak-tanduknya sangat berpengaruh dan disegani sama ada di kampung atau di seluruh daerah. Tuan Booth kembali banglo di estetnya semula ke selepas Jepun menyerah kalah. Sikap peramah dan baik hati Tuan Booth sekeluarga terhadap penduduk kampung telah mengeratkan hubungan antara mereka. Ketokohan Ahmad Mutawakkil sebagai pejuang nasionalis Melayu amat ketara apabila beliau secara lantang menolak perjuangan komunis dan menentang penjajahan Inggeris melalui sesi pidato dan penulisannya dalam surat khabar. Pembabitan Ahmad Mutawakkil sebagai wartawan telah berjaya meluaskan pengaruhnya sehingga terpilih sebagai pemimpin nombor dua dalam parti peringkat daerah pada tahun 1952 yang dianggotainya. Pada masa yang sama, Sandra, iaitu anak gadis Tuan Booth menyimpan perasaan kasihnya terhadap Ahmad Mutawakkil. Hubungan mereka telah mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan masyarakat kampung. Pada tahun 1948, Parti Komunis Malaya mula menggila di Perak. Ahmad Mutawakkil pula semakin rancak berkempen untuk menggesa rakyat menolak ideologi komunis yang songsang itu. Keadaan itu telah menyebabkan lima orang pengganas komunis menyerbu banglo Tuan Booth. Beliau diminta menyampaikan amaran mereka kepada Ahmad Mutawakkil agar tidak menghasut rakyat membenci ideologi komunis. Sungguhpun begitu, Ahmad Mutawakkil tidak mengendahkan nasihat Tuan Booth dan Penghulu Ibrahim Sigap, malah dia semakin berani bersuara dengan lantang. Pada malam Jumaat selepas dia selesai menyampaikan ceramahnya, Ahmad Mutawakkil telah didatangi oleh seorang budak lelaki di surau kampungnya. Ahmad Mutawakkil minta diri untuk mengikut budak lelaki itu. Keesokan harinya, kehilangan Ahmad Mutawakkil menimbulkan tanda tanya dan kegelisahan dalam kalangan penduduk kampung apabila seharian dia tidak muncul di surau kampung itu. Tiga kumpulan termasuk Tuan Booth telah dibentuk untuk mencari Ahmad Mutawakkil di seluruh pelosok kampung, namun usaha mereka menemukan kegagalan. Sesudah solat maghrib, segala kerunsingan dan keresahan penduduk kampung terjawab apabila Ahmad Mutawakkil muncul di surau kampungnya dalam keadaan cedera parah. Dia meninggal dunia di atas riba Imam Ngah Deraman sambil menggenggam tangan Penghulu Ibrahim Sigap akibat tembakan tiga butir peluru yang menembusi belakang bahunya. Kematian Ahmad Mutawakkil amat dirasai oleh penduduk kampung termasuklah penulis. Pada malam 31 Ogos 1957, penduduk kampung telah mengadakan majlis doa kesyukuran sebagai tanda meraikan kemerdekaan tanah air. Majlis bacaan tahlil turut diadakan untuk mengenang jasa dan pengorbanan arwah Ahmad Mutawakkil itu. Tuan Booth sekeluarga telah pulang ke England seminggu selepas kemerdekaan negara. Setahun kemudian, Sandra kembali ke banglo peninggalan bapanya di estet getah itu. Lantaran kenangannya yang tidak pernah lenyap atau demi kecintaannya terhadap Ahmad Mutawakkil, dia telah mengajar anak-anak penduduk kampung membaca dan menulis.
https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/
PermulaanEksposisi
Pada hari Jumaat bulan Ogos tahun 1953, Ahmad Mutawakkil muncul di kampung dengan mempunyai luka yang parah dan bajunya dipenuhi dengan darah. Oleh sebab mempunyai luka yang besar di bahunya, Ahmad Mutawakkil telah terkulai lalu pengsan.
https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/
Perkembangan
Pada pertengahan tahun 30-an, muncul satu keluarga orang putih, iaitu Tuan Booth. Tuan Booth telah mengupah beratus-ratus orang kampung di estet getahnya. Pada tahun 1941, tentera Jepun telah berjaya masuk ke Tanah Melayu. Tuan Booth sekeluarga telah berpindah sebelum tentera Jepun datang. Pada tahun 1945, bandar Hiroshima dan Nagasaki telah dibom dan Jepun telah menyerah kalah. Selepas itu, keluarga Tuan Booth telah kembali ke kampung selepas Jepun menyerah kalah. Pada masa yang sama, Ahmad Mutawakkil telah dilantik sebagai pejuang nasionalis Melayu yang paling muda. Ahmad Mutawakkil telah berusaha mengadakan ceramah kepada penduduk kampung dan menulis di surat khabar untuk menentang penjajahan Inggeris dan Parti Komunis Malaya
https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/
Klimaks
Pada malam Jumaat, seorang budak lelaki telah mendekati dan berbisik dengan Ahmad Mutawakkil. Selepas itu, Ahmad Mutawakkil berdiri dan mengikuti budak lelaki itu. Hari keesokannya, Ahmad Mutawakkil telah hilang dan amat mrmbimbangkan penduduk kampung. Oleh itu, mereka mencari Ahmad Mutawakkil. Akhirnya, Ahmad Mutawakkil telah meninggal dunia kerana ditembak oleh Komunis.
https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/
Peleraian
Pada malam 31 Ogos 1957, penduduk kampung telah mengadakan majlis kesyukuran untuk Ahmad Mukawakkil yang telah terkorban. Selepas merdeka, keluarga Tuan Booth telah kembali ke England. Selepas setahun, Sandra telah kembali ke banglo ayahnya. Sandra juga mengajar anak-anak kampung di situ supaya mereka mengingati seorang pejuang nasionalis Melayu yang telah berkorban untuk tanah air.
https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/
Latar_Masa
https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/
Latar_Tempat
https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/
Latar_Masyarakat
https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/
Tema_Drama_Berkhidmat_untuk_Negara
Kesedarangenerasi muda untuk memupuk semangat cinta akan negara yang diperoleh melalui pelibatan mereka dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Contohnya Aiman berusaha untuk menggelakkan diri daripada menyertai PLKN dengan memberi pelbagai alasan agar dia dikecualikan daripada menyertai PLKN.
https://karangan.net/drama-berkhidmat-untuk-negara/
Persoalan_Drama_Berkhidmat_untuk_Negara
Persoalan sikap positif golongan remaja yang berminat untuk menyertai PLKN dan memberikan sumbangan kepada negaraContoh: Nora, Sundarani, Ah Tiau dan Syuhada berasa seronok apabila mereka terpilih sebagai peserta PLKN dan nama mereka terpampang di papan kenyataan sekolah. Persoalan kesibukan dalam kalangan ahli keluarga yang merenggangkan hubungan kekeluargaanContoh: Aiman sentiasa berasa sunyi kerana ayahnya sibuk bekerja manakala ibunya Datin Masnah sibuk dengan urusan di luar dan kakaknya Dapnia, pula sibuk dengan tugasannya di universiti. Persoalan sikap segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak Contoh: Datin Masnah menyokong hasrat Aiman yang ingin mengecualikan diri daripada menyertai PLKN. Sebagai seorang ibu dan juga isteri kepada seseorang yang berpengaruh, beliau sepatutnya mendorong dan memberi motivasi kepada anaknya untuk berkhidmat kepada negara. Persoalan peranan seorang guru dalam memberikan kesedaran dan mewujudkan semangat patriotrisme dalam kalangan muridContoh: Cikgu Dahari memberikan penerangan yang jelas kepada murid-muridnya agar mereka faham akan objektif dan pelaksanaan PLKN.
https://karangan.net/drama-berkhidmat-untuk-negara/
Sinopsis_Drama_Berkhidmat_untuk_Negara
Aiman tidak mengendahkan surat yang memintanya menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Baginya, program tersebut membuang masa kerana keluarganya boleh menyediakan apa-apa sahaja yang diminta. Namun demikian, posmen yang menghantar surat tersebut menjelaskan faedah-faedah menyertai program dengan mengambil contoh anak jirannya daripada seorang yang pemalas, kini rajin menolong keluarga. Oleh sebab tidak berminat, masuk sahaja di dalam biliknya, surat tersebut dicampakkan sahaja oleh Aiman. Nek Sinah, pembantu rumahnya menjemput Aiman makan tetapi Aiman menolaknya kerana dia belum lapar. Apabila dimaklumkan bahawa kakaknya, Kak Dapnia tidak dapat balik untuk makan tengah hari kerana tugasan di universiti dan ibunya pula pulang lewat malam menyebabkan Aiman berasa bosan tinggal bersendirian di rumah. Ketika di sekolah, Nora memaklumkan bahawa nama Aiman terpilih untuk menyertai PLKN tetapi Aiman bersikap tidak peduli menyebabkan Nora berkecil hati. Sundarani dengan rasa gembira menyatakan bahawa dia akan menyertai PLKN di Kem Be Bana. Ah Tua pula di Kem Paya Indah Wetland, Hulu Langat. Aiman hanya mengetahui tempat programnya terletak di Kem Teluk Sari, Mersing apabila dimaklumkan oleh Syuhada. Cikgu Dahari yang terlibat dalam PLKN sebagai jurulatih Program Penghayatan Sastera dan Budaya menjelaskan faedah menyertai PLKN. Menurutnya, PLKN mampu membina dan mengukuhkan semangat patriotik, memupuk perpaduan kaum, dan membentuk perwatakan positif. Menurut Cikgu Dahari lagi, peserta program dipilih secara rawak dan mereka yang mempunyai masalah boleh meminta surat penangguhan. Peserta juga tidak perlu risau akan soal keselamatan. Apabila Aiman pulang, dia mendapati ayahnya, Khir Ghazali sudah berada di rumah. Dia memberitahu ayahnya bahawa namanya telah terpilih menyertai PLKN. Khir Ghazali mengharapkan anaknya berfikir seperti orang dewasa dan menjadi manusia yang sentiasa dahaga akan ilmu dan pengalaman. Aiman berharap agar ayahnya mendapatkan pengecualian untuk dirinya kerana dia tidak menyukai program tersebut. Ayahnya tidak dapat menunaikan hasrat anaknya itu kerana ayahnya tidak mahu Aiman menjadi anak yang manja. Apabila hal itu diluahkan kepada ibunya, Masnah, ibu Aiman mahu suaminya menggunakan pengaruhnya untuk mengecualikan Aiman daripada menyertai program tersebut. Sebagai ayah, Khir Ghazali bertegas bahawa dia mahu anakya menyertai PLKN daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah sepanjang cuti persekolahan kelak. Kemudian, Aiman masuk ke biliknya. Dia menghadap komputer riba. Menerusi komputer riba, dia terlihat beberapa orang rakannya telah berubah setelah menyertai PLKN. Perubahan sikap rakannya itu menyedarkan Aiman akan keistimewaan PLKN. Akhirnya dia bersetuju menyertai PLKN.
https://karangan.net/drama-berkhidmat-untuk-negara/
Binaan_Plot_Drama_Berkhidmat_untuk_Negara
Permulaan/Eksposisi Permulaan drama ini mengisahkan watak Aiman yang menerima sepucuk surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara sebagai pelatih baharu Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Perkembangan Cerita berkembang apabila Aiman menunjukkan berbagai-bagai reaksi setelah menerima surat tawaran daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara yang dihantar oleh posmen itu. Perumitan Cerita sampai kepada tahap perumitan apabila berlaku konflik dalam diri Aiman kerana dia sememangnya tidak berminat untuk mengikuti siri PLKN itu disebabkan pengetahuan serta pemahamannya yang kurang tentang kebaikan seseorang remaja mengikuti program berkenaan. Klimaks Cerita sampai kepada tahap klimaks apabila Aiman cuba meminta bantuan bapanya yang mempunyai pengaruh dan kedudukan itu untuk mengecualikannya daripada pelatih baharu Program Latihan Khidmat Negara. Namun begitu, bapanya menolak kemahuannya itu. Bapa Aiman bertegas kepada Aiman agar mengikuti PLKN itu kerana program itu banyak mengandungi kebaikan yang tidak diketahui oleh Aiman. Ibu Aiman menyebelahi anaknya. Dia kurang bersetuju Aiman mengikuti PLKN atas faktor keselamatan nyawa anaknya. Namun begitu, bapanya tetap teguh dengan pendirian asalnya. Peleraian Cerita sampai kepada tahap peleraian apabila Aiman tersedar akan kesilapannya yang memberikan tanggapan negatif terhadap pelaksanaan PLKN itu selepas membaca berita tentang kejayaan senior-seniornya semasa mengikuti kursus PLKN. Aiman berjanji kepada dirinya untuk mengikuti kursus PLKN bagi membentuk dirinya supaya boleh hidup berdikari, seterusnya menyahut seruan untuk berbakti kepada tanah air yang tercinta.
https://karangan.net/drama-berkhidmat-untuk-negara/
Teknik_Plot_Berkhidmat_untuk_Negara
PemerianPengarang menggambarkan keadaan keluarga Aiman yang hidup mewah dan kemewahan tersebut yang telah mengubah dirinya menjadi seorang remaja yang manja dan malas. Imbas kembaliPosmen menceritakan sikap negatif anak jirannya dan adiknya sendiri berubah menjadi baik setelah mengikuti PLKN SaspensPembaca tertanya-tanya tentang keputusan yang bakal dibuat oleh Khir Ghazali apabila anaknya, Aiman bercadang untuk menggunakan kedudukan dan pengaruh bapanya untuk mengecualikan dirinya daripada menyertai PLKN. MonologAiman berfikir sesuatu secara bersendirian sambil menanyakan dirinya tentang tindakan yang perlu dibuat dengan surat tawaran PLKN yang diterimanya. KejutanPembaca dikejutkan dengan tindakan Datuk Khir Ghazali yang tidak mahu menggunakan pengaruhnya untuk mengecualikan penyertaan anaknya, Aiman daripada PLKN. Imbas MukaAiman bermimpi menyertai PLKN. Dalam program tersebut Aiman mendapati keadaan kem yang panas, makanan yang tidak menyelerakan, mandi air kolam sejuk dan membotakkan kepala. Hanya perkara yang negatif yang terlintas dalam fikirannya ketika bermimpi. Teknik konflikKonflik yang berlaku antara Aiman dengan Nek Sinah. Aiman kurang menyenangi kata gelaran yang digunakan oleh Nek Sinah kepadanya. Monolog DalamanAiman : Patutkah aku simpan surat ini atau aku buang saja? Hmm, kalau aku buang, nanti ada orang lain jumpa pula. Hah, baik aku bakar!. Tak ada kesannya nanti. Baik aku simpan dulu, cukup masa kalau aku tak berminat, baru aku bakar. Teknik dialogContohnya, dialog antara Aiman dengan posmen yang menghantar surat tawaran PLKN ke rumahnya. POSMEN: Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah bin Khir Ghazal di rumah ini?AIMAN: Ada, sayalah orangnya. Surat apa ini? POSMEN: Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini bermakna, adik terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara.
https://karangan.net/drama-berkhidmat-untuk-negara/
Watak_dan_Perwatakan
Watak Utama: Aiman Seorang yang bersifat agresifContoh: Aiman membuang sampul surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Seorang yang malasContoh: Segala kerjanya di rumah dibantu oleh orang gaji dan apabila berdepan dengan sesuatu masalah , dia akan tidur. Seorang yang sombong dan suka bermegah-megah dengan kemewahan hidupContoh: Aiman tidak mahu menyertai PLKN kerana menganggap program tersebut tidak berfaedah. Seorang yang tidak mempunyai semangat patriotikContoh: Aiman memandang remeh tentang PLKN yang dianjurkan oleh kerajaan. Seorang yang berfikiran sempit dan negatifContoh: Aiman mengatakan bahawa PLKN membahayakan nyawa Aiman. Seorang yang tidak menghormati orang lainContoh: Aiman menengking Nek Sinah kerana memanggilnya. Seorang yang mengagungkan nilai-nilai barat.Contoh: ketika bermimpi tentang PLKN, Aiman meluahkan keinginannya untuk menikmati masakan Barat. Dia juga tahu lokasi Jempol dengan alasan selalu bercuti di luar negara. Watak Sampingan: Cikgu Dahari Seorang yang bertanggungjawabContoh: Cikgu Dahari menerangkan kebaikan PLKN kepada murid-muridnya Seorang yang berpengetahuan luasContoh: Cikgu Dahari mampu menjelaskan tentang maksud logo PLKN, objektif, dan kebaikan menyertai PLKN. Seorang yang penyabar Contoh: Cikgu Dahari tidak memarahi Aiman walaupun Aiman bersikap kurang ajar dan meremehkan PLKN sebaliknya sabar menasihati pelajarnya. Seorang yang berfikiran positifContoh: Cikgu Dahari menerangkan kepada Aiman apabila Aiman menyatakan bahawa keselamatan peserta di dalam kem latihan tidak terjamin dan sastera dan budaya tidak penting dalam kehidupan zaman moden Seorang yang sentiasa memberikan galakan kepada anak muridContoh: Apabila Nora memberitahu bahawa ramai pelajar terpilih sebagai peserta PLKN, Cikgu Dahari berasa teruja dan menyatakan bahawa Malaysia bertuah kerana mendapat remaja yang sentiasa bersedia berkhidmat untuk negara. Watak Sampingan: Khir Ghazali Seorang yang bertanggungjawab Contoh: Khir Ghazali menasihati anaknya, Aiman untuk menyertai PLKN supaya anaknya lebih berdikari dan mempunyai kesedaran kendiri. Seorang yang penyayang Contoh: Khir Ghazali mengambil berat akan pelajaran anak-anaknya. Seorang yang berpendirian tegas Contoh: Khir Ghazali tegas dengan keputusannya, iaitu Aiman wajib menyertai PLKN walaupun dipujuk oleh Aiman dan isterinya. Seorang yang berpandangan jauh Contoh: Khir Ghazali menjelaskan manfaat yang diperoleh oleh Aiman melalui PLKN Seorang yang mempunyai kedudukan dan pengaruh dalam masyarakat Contoh: Anaknya meminta pertolongan ayahnya supaya menggunakan pengaruhnya untuk mengecualikannya daripada menyertai PLKN. Watak Sampingan: Masnah Seorang ibu yang terlalu memanjakan anakContoh: Masnah menurut kehendak anaknya, Aiman supaya tidak menyertai PLKN. Seorang yang berfikiran sempit dan negatifContoh: Masnah mengatakan bahawa PLKN membahayakan nyawa Aiman. Seorang yang mengakui kesilapan diriContoh: Masnah memohon maaf kepada suaminya atas tindakan terburu-buru menyebelahi anaknya, Aiman. Watak Sampingan: Nek Sinah Pembantu rumah. Seorang yang penyabarContoh: Nek Sinah sabar terhadap sikap Aiman yang kurang ajar Seorang yang bertanggungjawabContoh: Nek Sinah menyediakan makan minum Aiman.
https://karangan.net/drama-berkhidmat-untuk-negara/
Gaya_Bahasa_Berkhidmat_untuk_Negara
InversiContoh: memang bagus program itu; Tak fahamlah saya, bang. Repetisi atauPerulangan kataContoh: “Aku tak suka, tak suka SinkopeContoh: tak; dulu; saja. Metafora Contoh: Buta sejarah; air panas SimileContoh: Cuti hujung minggu sudah menjadi seperti masa yang terbaik untuk AIMAN bersantai dan melakukan segala perkara yang dimahukannya. Pengaruh bahasa ArabContoh: Assalamualaikum, Waalaikumussalam. Pengaruh bahasa InggerisContoh: mummy, daddy. PeribahasaContoh: hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lurus bendul, bodoh sombong, besar panjang.
https://karangan.net/drama-berkhidmat-untuk-negara/
Latar_Drama_Berkhidmat_untuk_Negara
https://karangan.net/drama-berkhidmat-untuk-negara/
Nilai_Drama_Berkhidmat_untuk_Negara
NilaiPatriotisme / Cinta akan negaraContoh: Kawan-kawan Aiman sangat teruja dan berbangga apabila mereka terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Sundarani juga menegur Aiman bahawa kita perlu menghargai tanah air kita. Nilai tanggungjawabContoh: Walaupun sibuk bekerja, Khir Ghazali meluangkan masa mendengar masalah Aiman. Nilai kegigihanContoh: Cikgu Dahari gigih membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada wira dan wirawati dalam Program Penghayatan Sastera dan Budaya. Nilai keinsafanContoh: Aiman insaf akan kesilapannya setelah membaca berita PLKN di laman sesawang dan bertekad menyertai PLKN. Nilai kesabaranContoh: Nek Sinah sabar menghadapi kerenah Aiman yang biadap terhadapnya. Nilai Kasih sayangContoh: Datuk Khir Ghazali amat menyayangi Aiman dan keluarganya. Beliau memutuskan agar Aiman menghadiri PLKN untuk membentuk peribadi anaknya itu agar menjadi insan yang berguna kepada nusa dan negara. Nilai Hemah tinggiContoh: Nek Sinah bertutur dengan suara yang lemah lembut ketika mengajak Aiman makan tengah hari walaupun Aiman melayannya dengan bersikap kurang sopan. Nilai Berpandangan jauhContoh: Datuk Khir Ghazali ingin Aiman menyertai PLKN untuk membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni di samping memupuk semangat patriotrik dalam jiwa anaknya itu. Nilai AmanahContoh: Posmen amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya menghantar surat
https://karangan.net/drama-berkhidmat-untuk-negara/
Pengajaran_Drama_Berkhidmat_untuk_Negara
Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik dancinta akan negaraContoh: Aiman akhirnya menyahut seruan berkhidmat untuk negara dengan menyertai PLKN Kita mestilah bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkanContoh: Cikgu Dahari bertanggungjawab menjelaskan manfaat PLKN kepada murid-muridnya.Contoh: Posmen menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang posmen dengan penuh amanah Kita haruslah gigih dalam melaksanakan tugasContoh: Cikgu Dahari gigih membimbing wira dan wirawati dalam Program Penghayatan Sastera dan Budaya. Kita hendaklah insaf atas kesilapan diriContoh: Aiman insaf akan kesilapannya setelah membaca berita PLKN di laman sesawang dan bertekad menyertai PLKN. Kita hendaklah bersabar menghadapi kerenah manusia yang biadab.Contoh: Nek Sinah sabar menghadapi karenah Aiman yang biadap terhadapnya Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.Contoh: Aiman biadab terhadap pembantu rumahnya yang menganggapnya sebagai cucu sendiri Kita perlulah memberi sokongan kepada program kerajaan.Contoh: Cikgu Dahari memberi galakan dan kata-kata perangsang kepada anak-anak muridnya agar menyertai PLKN dan berkhidmat untuk negara.
https://karangan.net/drama-berkhidmat-untuk-negara/
Soalan_Drama_Berkhidmat_untuk_Negara
Mengapakah Aiman tidak berminat menyertai Program Latihan Khidmat Negara? Aiman tidak berminat menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kerana baginya program ini hanya menyusahkannya. Dia juga berbangga dengan kekayaan yang dimiliki oleh ayahnya / menganggap program seperti ini membuang masa dan tenaga sahaja / PLKN hanya sesuai untuk orang susah sahaja. Pada pendapat anda, bagaimanakah pihak kerajaan boleh menarik minat generasi muda menyertai Program Latihan Khidmat Negara? Pihak kerajaan boleh menarik minat generasi muda bagi menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah dengan mengiklankan kepentingan program ini di media massa dan menyediakan peruntukan yang besar bagi pelaksanaan progran ini. Selain itu, kerajaan mewajibkan PLKN disertai oleh pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terpilih / mengiktiraf penglibatan PLKN sebagai penglibatan peringkat kebangsaan dalam kokurikulum. Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu nilai lain daripada drama yang tidak terdapat dalam petikan. Nilai yang terdapat dalam petikan ialah baik hati. Sebagai contoh, Posmen menyerahkan surat tawaran PLKN kepada Aiman sambil menasihatinya agar menerima tawaran tersebut. Manakala nilai lain yang tidak terdapat dalam petikan ialah cinta akan negara. Sebagai contoh, rakan-rakan Aiman yang terdiri daripada Nora, Syuhada, Ai Tiau dan Sundrani sangat teruja dan berbangga apabila nama mereka terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
https://karangan.net/drama-berkhidmat-untuk-negara/
Latar_Tempat
Rumah AimanContoh: Peristiwa Aiman menerima surat daripada Jabatan latihan Khidmat Negara. Persitiwa Khir Ghazali, Aiman dan Masnah berbincang tentang keengganan Aiman menghadiri PLKN. Rumah Khir GhazaliContoh: Ayah dan ibu Aiman bertelagah pendapat tentang PLKN Sekolah MenengahContoh: dialog antara Aiman, Nora, Sundarani, Ah Tiau, dan Syuhada tentang senarai nama peserta PLKN yang dipaparkan di papan kenyataan. Cikgu Dahari menerangkan kepada anak-anak muridnya tentang manfaat PLKN dan bagaimana program itu dijalankan. Perkarangan rumah Khir GhazaliContoh: Posmen menghantar surat tawaran PLKN kepada Aiman
https://karangan.net/drama-berkhidmat-untuk-negara/
Latar_Masa
Cuti hujung mingguContoh: Aiman duduk di rumah sahaja pada hujung minggu dan ketika itulah posmen datang dengan membawa sepucuk surat Waktu pagiContoh: Aiman berdialog bersama-sama rakan-rakan di sekolah tentang PLKN yang bakal dihadiri mereka Waktu tengah hariContoh: Selepas sesi rehat selesai, murid-murid berpeluang menemui Cikgu Dahari dan guru tersebut menerangkan kebaikan PLKN. Waktu petangContoh: Selepas balik dari sekolah Aiman berbual bersama-sama dengan ayah dan ibunya di rumah.
https://karangan.net/drama-berkhidmat-untuk-negara/
Latar_Masyarakat
Masyarakat yang penyayangContoh:Walaupun Nek Sinah bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Khir Ghazali namun dia amat menyayangi Aiman dan memasak makanan kegemarannya serta melayannya seperti cucu sendiri. Masyarakat yang berintegriti dan amanah semasa menjalankan tanggungjawab.Contoh: Cikgu Dahari bertanggungjawab menjelaskan manfaat PLKN kepada murid-muridnya Masyarakat yang gigihContoh: Cikgu Dahari gigih membimbing wira dan wirawati dalam Program Penghayatan Sastera dan Budaya Masyarakat yang insafContoh: Aiman insaf akan kesilapannya setelah membaca berita PLKN di laman sesawang dan bertekad menyertai PLKN Masyarakat yang penyabarContoh: Nek Sinah sabar menghadapi kerenah Aiman yang biadap terhadapnya Masyarakat yang sombong dan mementingkan kekayaan.Contoh: Aiman berkelakuan biadap terhadap pembantu rumahnya yang sentiasa bersikap lemah lembut. Nek Sinah berasa kesal dengan tingkah laku Aiman dan ahli keluarganya yang hanya mementingkan wang ringgit Masyarakat yang berfikiran positif.Contoh: Cikgu Dahari menerangkan tentang kebaikan PLKN kepada pelajar-pelajarnya agar dapat mengikiskan tanggapan negative mereka terhadap program tersebut dan memberikan sumbangan mereka kepada negara. Masyarakat bandar yang sibuk bekerja .Contoh: Khir Ghazali iaitu ayah Aiman digambarkan sebagai hartawan yang sibuk bekerja. Ibunya, Datin Masnah juga selalu tidak berada di rumah manakala kakaknya, Dapnia sibuk dengan tugasan di universiti.
https://karangan.net/drama-berkhidmat-untuk-negara/
Tema_Drama_Bukan_Gila
Ketabahan seorang anak muda yang terpaksa melawan penyakitbarah otak bersendirian. Azmir tabah dalam melawan penyakit barah yang dihidapinya tanpa diketahui oleh sesiapa sehinggalah dia meninggal dunia. Dia dianggap gila oleh ibu bapanya, kekasih, doktor dan masyarakat di sekitarnya kerana perlakuannya yang sering menghantuk-hantukkan kepalanya ke lantai atau ke dinding sehingga berdarah.
https://karangan.net/drama-bukan-gila/
Persoalan_Drama_Bukan_Gila
Persoalan perbezaan pemikiran dan tindakan menyebabkan seseorang itu dianggap janggal oleh masyarakat sekelilingAzmir dianggap gila kerana mempunyai pandangan yang berbeza tentang hidup (cinta, sifat kemanusiaan, prinsip hidup) berbanding orang lain. Persoalan dunia ini ibarat pentas lakonanDalam kehidupan di dunia ini, manusia ialah pelakonnya yang membawa pelbagai watak. Kepentingan cinta dan kasih sayangAzmir memerlukan orang-orang yang disayanginya seperti kekasih dan ibu bapanya untuk menempuh kesakitan yang dialaminya. Persoalan sokongan daripada ahli keluarga terdekat boleh memberi kekuatan dalam menghadapi cabaran hidupAzmir menanggung cabaran hidup tanpa sokongan ibu bapa dan kekasih hati. Persoalan keprihatinan dalam diri setiap insanArif, Pelakon I, II dan III berkunjung ke rumah Azmir lalu berjumpa dengan ibu bapa Azmir untuk mengetahui latar belakang hidup Azmir.
https://karangan.net/drama-bukan-gila/
Binaan_Plot_Drama_Bukan_Gila
https://karangan.net/drama-bukan-gila/
Latar_Drama_Bukan_Gila
https://karangan.net/drama-bukan-gila/
Watak_Perwatakan_Drama
Watak Utama: Azmir Watak Sampingan: Arif Seorang yang prihatinContoh : Arif berjumpa dengan ibu Azmir untuk menjelaskan bahawa Azmir sebenarnya tidak gila sebaliknya menanggung penderitaan yang sangat berat. Watak Sampingan: Doktor Razi Watak Sampingan: Bapa Azmir Watak Sampingan: Ibu Azmir
https://karangan.net/drama-bukan-gila/
Gaya_Bahasa_Drama
Bahasa ArabContoh: Assalamualaikum; Astaghfirullah; bertafakur. Bahasa InggerisContoh: realistik; sensitif; profesionalisme; rasional; realiti. HiperbolaContoh: Saban hari manusia membunuh kemanusiaan; Sebuah cinta ialah sebuah sengketa. Imbuhan pinjaman bahasa InggerisContoh: prorakyat; pascaperang. MetaforaContoh: angin kemudaan; angkasa kewujudan; padang kehidupan. RepetisiContoh: Hukum. (Sinis). Hukum pada hari ini hanya wujud pada nama saja. Orang sering melanggar hukum. Hukum kata ada kasih sayang. SimileContoh: sistem yang baik adalah bagaikan segala nilai dan norma; Boleh jadi lakonannya tu realistik, macam betul-betul.
https://karangan.net/drama-bukan-gila/
Nilai_Drama_Bukan_Gila
Kasih sayangContoh : Azmir yang menyayangi ibu bapanya telah mengucapkan terima kasih kepada kedua-duanya kerana telah melahir dan membesarkannya. Kesetiaan Contoh : Azmir begitu setia dengan cintanya terhadap Ani. Keprihatinan Contoh : Arif, iaitu pengarah drama Sasau prihatin akan kesakitan dan penderitaan yang ditanggung oleh Azmir. Arif juga memahami bahawa Azmir tidak gila. SimpatiContoh : Arif dan rakan-rakannya amat bersimpati dengan keadaan Azmir yang berada dalam kesakitan. Ketabahan Contoh : Azmir tabah menghadapi dan melawan sakit barah otak. Kesetiaan Contoh: Azmir setia dengan cintanya terhadap Ani sehingga dia terbayang-bayang Ani datang kepadanya walaupun hakikatnya, Ani telah meninggalkannya. TanggungjawabContoh: Doktor Razi bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya dengan mencari dan membawa Azmir ke wad pesakit jiwa semula. Ilmu pengetahuanContoh: Arif sanggup belajar daripada Azmir yang dikatakan gila bagi memantapkan drama “Sasau”. Nilai menghargaiContoh: Azmir menghargai petani, nelayan, dan buruh yang telah banyak memberi sumbangan demi kesejahteraan hidup orang lain.
https://karangan.net/drama-bukan-gila/
Pengajaran_Drama_Bukan_Gila
Kita haruslah sayang akan ibu bapa/keluargaAzmir menyayangi ibu bapa yang telah melahirkan dan membesarkannya hingga sekarang. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup agar kita tidak berputus asa atau mengalami kekecewaan dalam hidup.Azmir tetap tabah menempuh dugaan dalam hidupnya walaupun dia mendapat barah otak. Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang dialami oleh orang lainArif dan rakan-rakannya telah berkunjung ke rumah ibu bapa Azmir bagi mendapatkan maklumat tentang Azmir. Kita hendaklah menghargai sumbangan orang lainAzmir amat menghargai sumbangan golongan petani, nelayan, dan buruh yang menyumbang kepada kesejahteraan hidup. Kita hendaklah setia kepada pasangan supaya kita tidak melakukan perbuatan khianat.Azmir seorang yang setia dalam pencintaan berbanding kekasihnya Ani. Kita haruslah bertanggungjawab terhadap semua tugas agar kita dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat. Kita mestilah berilmu dan berpengetahuan untuk memahami kebenaran dan kesalahan. Kita hendaklah sentiasa prihatin terhadap nasib orang lain supaya kita dapat membantu mereka.
https://karangan.net/drama-bukan-gila/
Sinopsis_Drama_Bukan_Gila
https://karangan.net/drama-bukan-gila/
Soalan_Drama_Bukan_Gila
Baca petikan drama di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Baca juga: Nota Komsas Bahasa Melayu
https://karangan.net/drama-bukan-gila/
Permulaan
DramaBukan Gila mengisahkan watak utama, iaitu Azmir berada di wad pesakit jiwa diHospital Besar seorang diri dan berada dalam keadaan berhalusinasi.
https://karangan.net/drama-bukan-gila/
Perkembangan
Azmir yang berhalusinasi akan kehadiran kekasihnya, Ani. Ani telah meninggalkan Azmir kerana telah dianggap kurang siuman. Azmir memohon Ani supaya membawanya keluar dari wad. Selepas itu, Azmir berhalusinasi akan kehadiran bapanya pula. Kedatangan bapanya telah menimbulkan pertelingkahan antara Azmir dengan bapanya. Azmir menuduh bapanya tidak menyayanginya lagi. Kemudian Azmir menerima kedatangan Pak Haji yang telah mempertikaikan namanya. Azmir tidak berpuas hati akan sikap manusia yang tidak bertindak seperti yang dikatakan oleh mereka. Doktor telah memberikan keizinan kepada Azmir untuk bersiar-siar di luar wad.
https://karangan.net/drama-bukan-gila/
Perumitan
Arif yang merupakan pengarah drama Sasau ingin memantapkan kefahaman pelakon-pelakonnya tentang tajuk drama mereka. Ketibaan Azmir secara tiba-tiba di situ telah mempertikaikan dialog drama Sasau yang mengagungkan kekuasaan. Pada pendapat Azmir, sistem yang terbaik ialah sistem prorakyat, iaitu sistem yang dapat mengawal wang serta mengawal kuasa dan juga dapat mengawal manusia. Para pelakon berbincang dengan Azmir tentang sistem tersebut. Tiba- tiba Azmir berasa sakit dan meminta pelakon memicit kepalanya.
https://karangan.net/drama-bukan-gila/
Klimaks
Secara tiba-tiba Azmir bertindak di luar dugaan kewarasan manusia. Dia telah menghantuk kepalanya ke lantai sehingga kepalanya berdarah. Azmir berguling-guling di lantai kerana kesakitan dan darah masih mengalir di pipinya. Arif dan pelakon-pelakon lain membantu Azmir. Doktor datang lalu membawa Azmir ke wadnya semula. Arif yang prihatin terhadap penderitaan Azmir telah meminta doktor supaya membantu Azmir namun doktor menyatakan bahawa orang gila sememangnya bijak ketika menuturkan kata-kata.
https://karangan.net/drama-bukan-gila/
Peleraian
Arif dan pelakon-pelakon lain telah mengunjungi rumah ibu bapa Azmir bagi tujuan untuk menjelaskan kepada ibu bapanya bahawa Azmir bukan gila tetapi menderita.Pelakon 1 meminta ibu bapa Azmir agar memberikan perhatian dan kasih sayang kepadanya. Arif mencadangkan ibu bapa Azmir berjumpa dengan Azmir di hospital sebelum terlambat. Di wad pesakit jiwa, Azmir mengenang kenangan lalu antaranya dengan Ani. Akhirnya, keadaan Azmir semakin lemah dan dia jatuh ke lantai lalu meninggal dunia. Pada suatu ketika, Ani sedang membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad. Apabila mengetahui punca kematian Azmir akibat barah otak yang dihidapinya, Ani berasa kesal kerana bertindak meninggalkan Azmir bersendirian.
https://karangan.net/drama-bukan-gila/
Teknik_Plot
Teknik dialogContohnya, dialog antara Azmir dengan Ani semasa Azmir berkhayal akan kehadiran kekasihnya itu ketika dirawat di wad pesakit jiwa, Hospital Besar. Teknik imbas kembaliContohnya, bapa Azmir teringat akan waktu penyakit gila-gila Azmir berlaku. Teknik monologContohnya, Azmir bercakap seorang diri di wad pesakit jiwa. SaspensContohnya, teknik ini menimbulkan tanda tanya pembaca akan kesudahan percintaan Azmir dengan Ani.
https://karangan.net/drama-bukan-gila/
Latar_Tempat
https://karangan.net/drama-bukan-gila/
Latar_Masa
https://karangan.net/drama-bukan-gila/
Latar_Masyarakat
Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidupContoh : Azmir tabah mengharungi kesakitan akibat penyakit barah otak yang dideritainya selama ini. Masyarakat yang simpati akan penderitaan orang lain Contoh: Arif simpati akan penderitaan Azmir telah meminta doktor supaya membantu Azmir. Masyarakat yang kurang memberikan kasih sayang yang cukup kepada anak merekaContoh : Ibu bapa Azmir tidak memberikan sokongan dan semangat kepada Azmir yang menderita kesakitan malah menganggapnya sebagai gila.
https://karangan.net/drama-bukan-gila/