File size: 53,428 Bytes
e572f38 |
1 |
[{"title": "Sinopsis_Novel_Silir_Daksina", "content": "Novel Silir Daksina dimulakan dengan mengisahkan kehidupan seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama-sama ibu dan ayah tirinya. Pada suatu hari,Haiqal menerima sebuah manuskrip lama yang di dalamnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya. Teruja dengan kandungan manuskrip,Haiqal bertekad untuk menjejaki kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat,Johor. Keputusannya untuk ke kampung arwah ayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia hingga mereka berpisah. Umi membawa Haiqal tinggal bersama-samanya di Kuala Terengganu malah ayah Haiqal,Abdullah bin Kayan tinggal kesepian dan keseorangan di Johor. Novel ini terus berkembang apabila Haiqal membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi mencari bapanya walaupun uminya melarang keras keputusannya, Uminya tidak mahu Haiqal mengikut jalan hidup seperti arwah ayah kandungnya. Walid pula tidak menghalang pemergian Haiqal ke Johor malah berjanji akan mengirimkan wang belanja kepada Haiqal. Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui penceritaan penduduk kampung di situ. Bapa Haiqal seorang yang amat mencintai sastera. Semenjak ayahnya meninggal dunia, Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting yang memperkenalkan tarian zapin. Novel ini sampai ke puncaknya apabila Haiqal turut serta membuat persembahan zapin D\u2019Pumama. Ketika hari persembahan, Lazim telah ditimpa kemalangan dan Ong See Hwa yang menggantikan tempatnya. Haiqal menari berpasangan dengan See Hwa. Sebilangan penduduk kampung berasa terharu kerana terkenangkan arwah Abudullah bin Kayan. Dendam uminya terhadap Abudullah bin Kayan telah melebur apabila umi datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari. Umi juga telah ke kubur Abdullah bin Kayan dan mengaku kesilapan memisahkan Haiqal daripada bapa kandungnya kerana darahnya turut mengalir dalam tubuh Haiqal. Setelah beberapa bulan di Kampung Seri Purnama, Haiqal melanjutkan pelajarannya dalam bidang keguruan di sebuah universiti di Sarawak. Sinopsis Penuh Novel Silir Daksina", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Tema_Novel_Silir_Daksina", "content": "Tema novel ini ialah pengorbanan dalam memperjuangkan kebudayaan dan kesusasteraan. Tema ini dapat dibuktikan melalui watak Abdullah Bin Kayan dan Haiqal Haqimi. Pengorbanan Abdullah Bin Kayan ialah beliau sanggup berpisah dengan isteri dan anaknya kerana kecintaannya terhadap sastera dan warisan budaya iaitu tarian zapin yang ada di kampungnya iaitu Kampung Seri Purnama, Batu Pahat, Johor. Semasa di Batu Pahat, Johor, Abdullah Bin Kayan telah berusaha untuk mengembangkan seni tarian zapin. Beliau telah menghidupkan semula kumpulan zapin jincat D\u2019Purnama. Beliau juga telah menubuhkan Aksara di Kampung Seri Purnama untuk mengembangkan kesusasteraan dalam kalangan masyarakat Kampung Seri Purnama. Pengorbanan Haiqal pula ialah dapat dilihat apabila dia sanggup meninggalkan umi, walid dan adik tirinya Nurul Asiyah semata-mata untuk ke Johor bagi menjejaki kisah hidup ayahnya. Semasa di Kampug Seri Purnama, Haiqal berusaha mengaktifkan kumpulan zapin D\u2019Purnama. Haiqal telah bekerjasama dengan penduduk kampung untuk menganjurkan persembahan tarian zapin di Kampung Seri Purnama. Haiqal juga bercita-cita ingin menghidupkan semula Aksara peninggalan ayahnya kerana Aksara telah lenyap begitu sahaja setelah kematian ayahnya.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Plot_Novel_Silir_Daksina", "content": "Permulaan / Eksposisi Watak seorang remaja bernama Haiqal yang menerima sebuah manuskrip lama daripada pengirim Ong See Hwa dari Johor. Haiqal mendapati bahawa kisah yang terdapat dalam manuskrip tersebut seakan-akan benar berlaku dan menceritakan kisah hidup arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan tetapi kisah itu dimainkan oleh watak Cikgu Nizam. Haiqal bertekad untuk pulang ke Johor untuk menjejak warisan ayahnya walaupun niat itu ditentang oleh uminya. Perkembangan Haiqal disambut baik oleh penduduk Kampung Seri Purnama terutamanya Tauke Ong. Malah Tauke Ong memberikan kepercayaan kepada Haiqal untuk mengurus wang simpanan, hasil jualan kelapa sawit dan kebun kelapa sawit. Haiqal telah mengenali anak Tauke Ong, iaitu Ong See Hwa. Haiqal mendapati bahawa perwatakan Ong See Hwa mirip dengan watak Ai Ling. Lazim dan Ong See Hwa telah menunjukkan kisah hidup Abdullah bin Kayan melalui pameran di balai raya lama. Haiqal mendapati bahawa arwah bapanya merupakan orang yang terkenal dalam bidang seni dan sastera malah diiktiraf oleh kerajaan negeri. Perumitan Penduduk kampung seperti Pak Cik Bakar, Haji Salim, dan Tauke Ong mengharapkan Haiqal supaya mengembalikan kegemilangan tarian zapin di kampung mereka kerana mereka melihat semangat kepemimpinan Haiqal mirip arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan. Haiqal tidak mahu menghampakan harapan mereka kerana mereka telah melayan Haiqal dengan baik. Haiqal juga melihat bahawa anak-anak muda di kampung tersebut tidak meminati tarian zapin dan kesusasteraan. Haiqal dan penggiat tarian zapin seperti Pak Cik Bakar dan Haji Salim telah bersepakat untuk mengadakan persembahan tarian zapin.Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh ketua kampung malah ketua kampung turut mengundang ahli dewan undangan negeri untuk hadir bagi memeriahkan persembahan tersebut. Klimaks Ketika hari persembahan, pasangan Haiqal, iaitu Lazim telah ditimpa kemalangan. Ong See Hwa menggantikan Lazim pada saat akhir. Haiqal dan Ong See Hwa telah menarikan tarian zapin sehingga ada sebilangan penduduk kampung yang berasa terharu kerana terkenangkan arwah Abdullah bin Kayan. Umi, walid, dan Nurul Aisyah juga turut hadir untuk menyaksikan persembahan zapin tersebut. Umi juga telah ke kubur Abdullah bin Kayan dan umi telah mengaku kesilapannya memisahkan Haiqal daripada bapa kandungnya kerana darahnya turut mengalir dalam tubuh Haiqal. Peleraian Haiqal meninggalkan Kampung Seri Purnama kerana mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang keguruan di sebuah universiti di Sarawak. Ratna pula telah bertunang dengan usahawan muda.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Teknik_Plot_Novel_Silir_Daksina", "content": "Antara teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel ini ialah teknik pemerian. Sebagai contoh, pengarang memerihalkan keadaan di kawasan Pantai Batu Buruk. Pengarang menceritakan bahawa di kawasan Pantai Batu Buruk itu terdapat gerai- gerai yang dibina dengan tersusun telah mencantikan lagi kawasan pantai itu. Semakin mentari mengensot ke utuk barat semakin ramai pula yang datang. Alunan ombak yang gemersik seakan-akan memanggil-manggil para pengunjung agar memijakkan kaki di pantai yang mulus itu. Selain itu, teknik dialog juga digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Antaranya ialah perbualan Antara cikgu Amirulnizam dengan cikgu Latifah di dalam bilik guru . Mereka berbual tentang sikap malas murid-murid tahun enam di sekolah mereka. Sebagai contohnya, \u201cbudak-budak sekelah ni terlalu dimanjakan. Zaman kita dulu kalau buat kerja macam ni, kalau tak rotan berbekas di tapak tangan, penampar singgah di muka. Apalah nak jadi\u201dBebelan Cikgu Latifah terus berkali. Teknik monolog dalaman juga digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Haiqal berkata-kata dalam hatinya apabila mendengar cerita Ong See Hwa tentang kepandaian ayahnya memasak terutama ikan haruan yang menjadi kegemaran See Hwa. Haiqal menyatakan dalam hatinya, Oh, betapa beruntungnya gadis ini ! Cemburukah aku? Sedangkan aku darah dagingnya merasai kasih sayang hanya sekelumit cuma, tapi See Hwa merasai lebih daripada itu.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Persoalan_Novel_Silir_Daksina", "content": "Persoalan yang terdapat dalam novel ialah Persoalan kasih sayang seorang ayah terhadap anak kandungnya. Abdullah bin Kayan tidak pernah melupakan anaknya Haiqal Haqimi walaupun terpisah selama tujuh tahun dan dia sentiasa merindui anaknya itu. Dia terpaksa menumpahkan kasih sayangnya kepada Ai Ling yang sebaya dengan anaknya. Persoalan seterusnya ialah persoalan cinta akan budaya bangsa. Buktinya Abdullah bin Kayan berusaha menghidupkan kumpulan zapin D\u2019Purnama setelah 20 tahun ahlinya berpecah. Anaknya Haiqal juga meminati tarian walaupun tidak pernah didedahkan oleh sesiapa. Persoalan lain ialah persoalan sikap berkerjasama dalam masyarakat. Contohnya masyarakat kampung Seri Purnama telah bekerjasama untuk menjayakan majlis persembahan tarian zapin sehingga majlis itu berjaya menpapat pujian daripada YB datuk Syaiful Azizi.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Perwatakan_Novel_Silir_Daksina", "content": "", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Nilai_Novel_Silir_Daksina", "content": "Nilai kegigihanContoh: Tauke Lim gigih meneruskan kehidupan di kampung Seri Purnama sehingga dia boleh membeli sebidang tanah tapak rumahnya. Nilai semangat setia kawanContoh: Haiqal berkawan baik dengan Ratna dan mereka saling menasihati antara satu sama lain. Nilai tanggungjawabContoh: Tauke Lim tidak mahu membeli kereta baru walaupun sering rosak kerana dia hendak menyimpan duit untuk keperluan persekolan anak-anaknya. Nilai berbudi bahasaContoh: Ai Ling atau See Hwa amat berbudi bahasa ketika melayan Haiqal yang berseorangan di kampung Seri Purnama. Nilai cinta akan seni budaya bangsa.Contoh: Arwah bapa Haiqal berusaha keras untuk menghidupkan kumpulan zapin D\u2019Purnama yang telah berkubur setelah ahli kumpulannya berpecah belah. Nilai hormat menghormati.Contoh: Walid, iaitu ayah tiri Haiqal sangat menghormati pendirian Haiqal untuk mengenali kehidupan ayah kandungnya di kampung Seri Purnama. Dia memberikan sokongan apabila Haiqal nekad ke sana.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Latar_Novel_Silir_Daksina", "content": "", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Pengajaran_Novel_Silir_Daksina", "content": "Kita hendaklah tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi.Haiqal tabah menghadapi dugaan tidak dapat berjumpa dengan ayahnya kerana dilarang oleh ibunya. kita mestilah mempunyai sikap pemaaf terhadap orang lain. Walaupun ibu Haiqal melarang Haiqal menjejak warisan ayahnya di Kampung Sri Purnama namun begitu dia masih menelefon ibunya untuk mengundang ibunya, walid dan adiknya menyaksikan persembahan zapin di kampung Sri Purnama. kita mestilah mempunyai sifat kerjasama dalam melakukan tugas yang diberi. Ong See Hwa dan penduduk kampung bekerjasama dengan Haiqal untuk menubuhkan AKSARA sehinggakan mereka berjaya mengadakan persembahan zapin di balai raya Kampung Sri Purnama. Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan kepada kita dan memberikannya kepada yang berhak. See Hwa telah memberikan manuskrip yang ditulis oleh Abdullah Kayan kepada Haiqal walaupun dia amat menyayangi manuskrip itu. Kita perlulah gigih berusaha walaupun dihimpit kesusahan demi menyara keluarga serta memperbaik taraf kehidupan. Tauke Ong telah bekerja mengambil upah menoreh getah di kebun ayah Abdullah Kayan dan menjadi peraih hasil pertanian orang kampung untuk menyara keluarganya. Kita hendaklah tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapiHaiqal tabah menghadapi dugaan tidak dapat berjumpa dengan ayahnya kerana dilarang oleh ibunya. Kita mestilah mempunyai sikap pemaaf terhadap orang lain.Walaupun ibu Haiqal melarang Haiqal menjejak warisan ayahnya di Kampung Sri Purnama namun begitu dia masih menelefon ibunya untuk mengundang ibunya, walid dan adiknya menyaksikan persembahan zapin di kampung Sri Purnama. Kita mestilah mempunyai sifat kerjasama dalam melakukan tugas yang diberi.Ong See Hwa dan penduduk kampung bekerjasama dengan Haiqal untuk menubuhkan AKSARA sehinggakan mereka berjaya mengadakan persembahan zapin di balai raya Kampung Sri Purnama. Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan kepada kita dan memberikannya kepada yang berhak.See Hwa telah memberikan manuskrip yang ditulis oleh Abdullah Kayan kepada Haiqal walaupun dia amat menyayangi manuskrip itu. Kita perlulah gigih berusaha walaupun dihimpit kesusahan demi menyara keluarga serta memperbaik taraf kehidupan.Tauke Ong telah bekerja mengambil upah menoreh getah di kebun ayah Abdullah Kayan dan menjadi peraih hasil pertanian orang kampung untuk menyara keluarganya.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Peristiwa_menarik_Novel_Silir_Daksina", "content": "Bincangkan peristiwa menarik yang terdapat dalam novel yang kaji. Berikan alasan anda. Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Dalam novel ini terdapat beberapa peristiwa menarik. Antara peristiwa menarik ialah peristiwa Rafiqah, Walid dan Siti Aisyah datang menonton persembahan kesenian di kampung Sri Purnama. Peristiwa ini menarik kerana ibu Haiqal yang sebelum ini menentang keras cita-cita Haiqal dalam bidang seni sudah mula menyokong cita-cita Haiqal dalam bidang seni dan hubungan mereka semakin akrab. Peristiwa menarik yang seterusnya ialah peristiwa Haiqal datang ke kampung Sri Purnama untuk menjejak warisan Abdullah Kayan. Peristiwa ini menarik kerana Haiqal dapat meneruskan cita-cita Abdullah Kayan dalam bidang seni di Kampung Sri Purnama. Sebagai contoh Haiqal telah mengadakan persembahan tarian zapin di kampung Sri Purnama . persembahan itu turut disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Syaiful Azizi . Peristiwa Tauke Ong membantu dari segi kewangan untuk menjayakan persembahan zapin di Kampung Sri Purnama juga merupakan peristiwa yang menarik . Peristiwa ini menarik kerana Tauke Ong yang berlainan bangsa dan agama dengan penduduk Kampung sri Punama mempunyai hubungan yang rapat dengan penduduk kampung Sri Purnama. Dia beramah mesra dan sanggup membantu penduduk kampung. Contohnya dia selalu menaja makanan sekiranya penduduk kampung kampung mengadaakan sesuatu majlis.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Gaya_Bahasa_Novel_Silir_Daksina", "content": "Personifikasi\u2013 Beberapa ketika kemudian, dunia Abdullah bin Kayan hilang daripada ingatannya ditelah kedinginan dinihari yang kian menggigit. (hlm. 6)\u2013 Aku damai melihat ombak yang membelai pantai. Aku tenang menikmati angin yang mengusap pepohon kelapa. (hlm. 82) Simile\u2013 Jantungnya berdegup kencang seperti injap kereta yang menderum. (hlm.174)\u2013 Apa yang pasti karya sasteraku seperti kehilangan rohnya. (hlm. 65) Metafora\u2013 Ditambah pula dengan udara bersih yang terpinggir daripada ciuman pencemaran. (hlm.148)\u2013 Peristiwa itu masih basah di layar mindanya. (hlm. 4)\u2013 Adakalanya, aku seakan-akan lemas dalam lautan rindu itu. (hlm. 43) HiperbolaJeritan loceng menyentap lamunanku. (hlm. 31) Sinkope\u201cBagi akaklah, tak ada salahnya kalau Ai Ling tu memang berminat nak belajar. (hlm. 38) PerlambanganHaiqal melambangkan pasang surut kehidupan ibu bapanya seperti ombak dan pantai. \u201cAda ketikanya ombak lembut mengelus-ngelus pantai, penuh kasih sayang. Namun, adakalnya mereka juga bertengkar. Ombak yang mengganas, seolah-olah ingin melenyapkan pantai,\u201d hujah Haiqal lagi. (hlm. 15) Peribahasa\u2013 Macam mana akak tak naik angin. Kerja rumah dahlah tak siap, tulisannya pula macam cakar ayam. (hlm. 35)\u2013 Itulah padahnya kalau jadi tahi judi. (hlm. 26)\u2013 Bangkai gajah, tentu tidak boleh ditutup dengan nyiru, umi. (hlm. 24) Bahasa asing\u2013 Bahasa Inggeris \u2013 sentimental (hlm. 213)\u2013 Bahasa Arab \u2013 Insya-Allah (hlm.75)\u2013 Bahasa Indonesia \u2013 omong kosong (hlm. 92)\u2013 Bahasa Cina \u2013 Semua tanah mendiang bapanya habis digadaikan abangnya kerana hutang kepada tai long. (hlm. 25)", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Soalan_novel_Silir_Daksina", "content": "", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Tema_kekeluargaan", "content": "Novel Silir Daksina memaparkan tema kekeluargaan, iaitu konflik keluarga yang dihadapi oleh seorang anak apabila perceraian ibu bapa berlaku. Haiqal Hakimi yang mendukung watak utama dalam novel ini telah kehilangan kasih sayang ayahnya apabila perceraian antara ayah dengan ibu kandungnya. Melalui kehadiran sebuah manuskrip yang ditulis oleh ayahnya, Abdullah bin Kayan telah menyemarakkan hasrat dan keinginan Haiqal untuk menjejaki kehidupan sebenar ayahnya. Malah melalui manuskrip tersebut, Haiqal Hakimi tahu bahawa kasih sayang dan kerinduan ayahnya terhadap dirinya tidak pernah surut sehinggalah menjelang kematiannya.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Teknik_imbas_kembali", "content": "Salah satu teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang ialah teknik imbas kembali. Antara peristiwa yang menggunakan teknik ini ialah Haiqal teringat kembali peristiwa dia hampir terlanggar seorang budak kecil yang tiba-tiba sahaja berlari melintasi jalan yang selalu dilaluinya. Haiqal juga teringat kembali semasa umurnya enam tahun, uminya menceritakan bahawa walid bukan ayat kandung yang sebenar. Seterusnya ialah peristiwa Cikgu Zam mengingati nostalgia dirinya bersama- sama dengan Roslan, Ramli dan beberapa orang lagi berpuisi di balai raya sambil memalu kompang. Selain itu teknik imbas kembali dapat dilihat melalui peristiwa\u00b7 Haigal terkenang akan kawan baiknya Ratna semasa dia dan See Hwa berada di sebuah restoran . Lazim teringat semula bahawa ayah Haiqal mengajarnya subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani sewaktu dia di sekolah rendah. Tauke Ong/Lim memberitahu bahawa ayah Haiqal memberikan manuskrip kepada See Hwa dua hari sebelum ayah Haiqal meninggal dunia untuk diserahkan kepada Haiqal apabila Haiqal sudah dewasa. Ai Ling teringat akan arwah ayah cikgu Zam pernah memberitahunya bahawa sewaktu ayah cikgu Zam masih ada, ayah cikgu Zam pernah mengatakan bahawa dia sayang akan cikgu Zam.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Unsur_Sapsens_Novel_Silir_Daksina", "content": "Unsur saspens yang digunakan oleh pengarang dapat dilihat melalui peristiwa Haiqal pergi ke Johor seorang diri dan ini merupakan kali pertama Haiqal ke sana. Pembaca akan tertanya-tanya sama ada misi Haiqal untuk ke Johor bagi menjejaki warisan ayahnya berjaya atau sebaliknya. Pada masa yang sama, pembaca juga tertanya- tanya sama ada Haiqal dapat menyesuaikan diri di Johor atau sebaliknya. Selain itu, unsur saspens juga dapat dilihat pada peristiwa umi Haiqal menyatakan bahawa walid ialah bapa tiri Haiqal, manakala bapanya masih ada dan tinggal berjauhan dengannya. Peristiwa ini menyebabkan pembaca tertanya-tanya siapakah sebenarnya bapa kandung Haiqal. Pembaca juga berasa inqin tahu apakah punca sebenar Haiqal terpisah daripada bapanya dan di manakah ayah kandungnya tinggal. Unsur saspens yang seterusnya dapat dilihat pada peristiwa Haiqal membuat andaian tentang Tauke Ong dan watak Tauke Lim dalam manuskrip ialah orang yang sama dan apakah hubungan Tauke Ong dengan ayah kandungannya. Peristiwa ini menyebabkan pembaca tertanya-tanya adakah andaian Haiqal tentang Tauke Ong itu tepat serta apakah hubungan Tauke Ong dengan Abdullah bin Kayan.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Persoalan_setia_kawan_dalam_bersahabat", "content": "Haiqal berusaha menenangkan Ratna yang menangis dan bersedih setelah mendapat keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Persoalan_keburukan_judi_kepada_masyarakat", "content": "Tauke Lim terpaksa berhijrah ke tempat lain setelah semua harta dan tanah keluarganya telah dijual oleh abangnya untuk mendapatkan duit untuk membayar hutang ceti haram.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Persoalan_sikap_mementingkan_diri_sendiri", "content": "Umi tidak membenarkan Haiqal menjejaki ayahnya yang sebenar. Kerana benci dengan sikap Abdulah bin Kayan yang meminati kesusasteraan.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Persoalan_tentang_kepincangan_masyarakat", "content": "Dalam novel ini pengarang ada memaparkan persoalan tentang kepincangan masyarakat. Antaranya ialah Kepincangan masyarakat dalam hubungan suami isteri. Sebagai contoh Rafiqah tidak bersetuju dengan cita-cita suaminya, Abdullah Kayan atau cikgu Zam untuk aktif dalam bidang seni. Akhirnya mereka bercerai. Kepincangan masyarakat dengan melibatkan diri dalam aktiviti perjudian. Sebagai contoh Abang Tauke Ong telah menjual segala tanah di Perak sehinggakan Tauke Ong terpaksa menyewa tanah ayah Abdullah Kayan untuk mencari rezeki. Selain itu terdapat juga persoalan kepincangan masyarakat memutuskan hubungan antara anak dengan ayah Rafiqah tidak membenarkan Haiqal pergi ke Kampung Sri Purnama untuk menjejak warisan bapanya. Rafiqah juga tidak membenarkan Haiqal menziarahi jenazah arwah ayahnya walaupun ketika Abdullah Kayan telah meninggal.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Kepincangan_masyarakat_menafikan_hak_seorang_bapa", "content": "Rafiqah menafikan hak Abdullah bin Kayan sebagai ayah kepada Haiqal sehingga Abdullah bin Kayan tidak dapat menunaikan nafkah kepada anaknya. Abdullah Kayan juga menanggung derita emosi kerana merindui Haiqal, anaknya.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Kepincangan_masyarakat_yang_tidak_menyokong_minat_anak-anak", "content": "Rafiqah tidak bersetuju anaknya Haiqal memilih aliran sastera dan akan menimbulkan konflik antara mereka setiap kali Haiqal menyatakan minatnya terhadap aliran sastera.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Persoalan_kegigihan", "content": "Antara persoalan kegigihan yang terdapat dalam novel ini ialah kegigihan dalam mengembangkan warisan budaya dan kesusasteraan Abdullah bin Kayan gigih berusaha mengembangkan tarian zapin dan kesusasteraan.Dia sanggup berkorban hingga sanggup berpisah dengan isteri dan anaknya semata-mata kecintaannya terhadap sastera dan budaya. Kegigihan Abdullah bin Kayan telah diteruskan oleh anaknya Haiqal . Haqal juga gigih melaksanakan usahanya untuk menghidupkan kumpulan zapin D\u2019Purnama semula yang telah terkubur. Akhirnya, anak-anak muda di kampung itu bergiat dalam tarian zapin D\u2019Purnama dan berjaya membuat persembahan tarian zapin yang mengharumkan nama kampung mereka. Kegigihan meneruskan kehidupan . Abdullah Bin Kayan gigih mengharungi kehidupan setelah berpisah dengan isteri dan anaknya. Dia mengharungi kehidupan keseorangan dengan perasaan sedih. Dia amat rindu akan anaknya. Dia juga tabah menghadapi penyakit hingga akhir hayatnya. Persoalan kegigihan yang seterusnya ialah kegigihan dalam mencari rezeki untuk menyara keluarga. Sebagai contoh Tauke Ong yang datang dari Perak tanpa sebarang harta telah berusaha gigih.Pada sebelah pagi Tauke Ong menoreh getah di kebun getah ayah Cikgu Nizam, pada sebelah petang pula dia masuk ke kampung-kampung untuk membeli hasil kampung seperti sayur-sayuran untuk dijual di pekan. Hasil kegigihannya itu dia berjaya membeli tanah dan membina rumah. Persoalan seterusnya ialah kegigihan berusaha untuk mencapai kejayaaan. Sebagai contoh, pada setiap petang Ai Ling akan ke rumah Cikgu Nizam untuk mempelajari cara-cara mendeklamasi sajak dengan baik. Pada awalnya Ai Ling menghadapi masalah untuk mengawal pernafasan namun ia terus berlatih, akhirnya dia berjaya mendapat pertama dalam mendeklamasi sajak tahap pertama di sekolahnya.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Persoalan_kasih_sayang", "content": "Dalam novel ini, terdapat peristiwa yang boleh dikaitkan dengan persoalan kasih sayang antaranya, kasih sayang bapa tiri terhadap anak tiri . Sebagai contoh, Walid menyayangi Haiqal walaupun Haiqal anak tirinya. Menurut Haiqal,walid melayaninya dengan baik dan langsung tidak membezakan kasih sayang antara Haiqal dengan adik tirinya, Nurul Asiyah. Selain itu, Cikgu Nizam sering merindui anaknya Aiman. Kerinduannya itu menyebabkan dia menitiskan air mata. Dia menatap potret wajah anaknya berulang kali dan didakapnya ke dada. Dia menyatakan bahawa dia terlalu rindu akan anaknya Aiman. Peristiwa ini menunjukkan nilai kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya. Seterusnya, persoalan tentang kasih sayang ibu bapa terhadap anak. umi dan walid sangat mengambil berat akan keselamatan Haiqal. Contohnya, Haiqal ingin ke warung Ratna namun umi dan waiid melarang. Umi dan walid risau akan keselamatan Haiqal kerana pada masa itu jam sudah menujukan puku1 10 malam Umi meminta Haiqal bertemu dengan kawannya itu pada han esok. Kasih sayang anak terhadap bapa juga dipaparkan oleh pengarang dalam novel ini. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa Haiqal bertekad untuk pulang ke kampung arwah ayahnya di Batu Pahat Johor bagi menjejaki warisan ayahnya. Setelah membaca manuskrip tulisan ayahnya Abdullah bin Kayan, Haiqal berasa sedih mengenangkan nasib ayahnya yang hidup terseksa dan kesunyian. Kasih sayang ibu terhadap anak juga dapat dibuktikan dengan peristiwa umi yang tidak membenarkan Haiqal tinggal dengan ayahnya di Johor kerana dia tidak mahu berpisah dengan Haiqal. Bapa haiqalmiaitu Abdullah bin Kayan pernah ke Kuala Terengganu untuk mengambil Haiqal tinggal bersama-sama dengannya , tetapi umi tidak membenarkannya. Peristiwa ini menunjukkan bahawa umi sangat sayang akan Haiqal. Umi juga tidak mahu Haiqal mengikuti jejak ayahnya dalam bidang sastera kerana baginya bidang sastera tidak mempunyai masa depan yang cerah sebaliknya mahu Haiqal mengambil alih perniagaan batik yang diusahakannya di Terengganu. Peristiwa ini menunjukkan bahawa umi sangat menyayangi Haiqal kerana sebagai seorang ibu sudah pasti umi ingin yang terbaik untuk masa depan anaknya.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Persoalan_semangat_kerjasama", "content": "Antaranya ialah peristiwa penduduk kampung Sri Purnama bekerjasama berlatih tarian zapin. Contohnya, masyarakat kampung berlatih tarian zapin di balai raya.Golongan veteran seperti Pak Haji Salam Wak Aruf,Wak Parmin dan juga Abang Bakir bersungguh-sungguh mengajarkan tarian zapin kepada generasi muda. Peristiwa ini telah menunjukkan semangat kerjasama antara masyarakat untuk mengembangkan seni dan budaya khususnya tarian zapin. Peristiwa yang seterusnya ialah peristiwa penduduk kampung berbincang untuk membuat persiapan agar persembahan tarian zapin yang akan diadakan di kampung mereka berjalan dengan lancar. Sebagai contohnya,setelah selesai berlatih tarian zapin,penduduk Kampung Sri Purnama seperti Tauke Lim,Cikgu Nizam,Pak Haji Salam dan beberapa orang ahli kumpulan zapin berkumpul di atas pentas untuk berbincang tentang persiapan majlis dan persembahan zapin yang akan diadakan di kampung mereka.Peristiwa ini telah menunjukkan semangat kerjasama penduduk kampung dalam menjayakan sesuatu usaha. Selain itu, setelah selesai persembahan zapin, masyarakat kampung Seri Purnama bekerjasama untuk mengemas balai raya setelah selesai persembahan tarian zapin. Peristiwa ini menunjukkan kerjasama dalam menjalankan sesuatu tugas agar tugas tersebut dapat dijalankan dengan lebih mudah dan cepat.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Persoalan_bantu_%E2%80%93_membantu", "content": "Antara peristiwa yang menunjukkan persoalan tersebut ialah peristiwa Cikgu Nizam membantu Tauke Lim.Contohnya,Cikgu Nizam telah menumpang anak Tauke Lim iaitu Ai Ling dan Ai Ching ke sekolah kerana keretanya rosak.Cikgu Nizam juga telah membeli bateri kereta untuk Tauke lim serta memasangnya sehinggalah kereta Tauke Lim dapat dihidupkan semula.Peristiwa ini juga telah menunjukkan persoalan sikap membantu dalam masyarakat tanpa mengira bangsa dan ugama. Selain itu persoalan bantu-membantu juga dapat dilihat melalui peristiwa ayah Cikgu Nizam membantu Tauke Lim. Tauke Lim berasal dari Ipoh Perak. Tauke lim sekeluarga datang ke Johor kerana semua harta bendanya telah habis digunakan untuk membayar hutang abangnya yang suka berjudi. Melihat kesusahan yang ditanggung oleh Tauke Lim, ayah Cikgu Nizam telah membenarkan Tauke Lim menoreh di kebun getahnya dan hasilnya akan dibahagi dua. Tauke Lim juga dibenarkan membina rumah di kebun getah tersebut.peristiwa ini menunjukkan persoalan membantu seseorang yang berada dalam kesusahan. Selain itu , persoalan bantu-membantu juga dipaparkan melalui peristiwa Ong See Hwa dan Lazim membantu Haiqal Haqimi untuk menjejak warisan ayahnya Abdullah Kayan. Untuk itu Ong See Hwa dan Lazim telah membawa Haiqal ke balai raya lama. Di balai raya tersebut Haiqal dapat melihat hasil karya ayahnya yang tersimpan di bilik bacaan di balai raya itu. Haiqal juga dapat melihat sijil-sijil penghargaan ayahnya yang dipamerkan di balai raya itu.. Dengan bantuan Ong See Hwa dan Lazim, Haiqal dapat mengetahui sejarah hidup ayahnya. Dia mendapati bahawa ayahnya seorang yang hebat.Hal ini menyebabkan Haiqal berazam untuk meneruskan usaha ayahnya dalam mengembangkan seni kebudayaan dan kesusasteraan. Peristiwa ini menunjukkan persoalan membantu seseorang dalam menjayakan sesuatu usaha.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Persoalan_keberanian", "content": "Persoalan tentang keberanian ini dipaparkan oleh pengarang melalui watak Ai Ling . Ai Ling berani mendeklamasikan sajak di khalayak ramai walaupun dia masih kecil iaitu berumur 7 tahun.Sebagai contoh,Ai Ling mendeklamasi sajak semasa persembahan zapin diadakan di kampungnya.Dia telah membuat persembahan di hadapan penduduk kampung dan YB Samsuri yang menjadi tetamu kehormat dalam majlis itu.Peristiwa ini menunjukkan keberanian membuat persembahan di khalayak. Selain itu persoalan keberanian juga di tunjukkan oleh watak Haiqal. Menurut cerita Bab 6 dalam novel Silir Daksina,Haiqal berani membuat keputusan untuk pulang ke kampung demi mencari kebenaran serta menjejak warisan ayahnya walaupun ditentang hebat oleh uminya . Peristiwa ini menunjukkan keberanian dalam membuat keputusan. Persoalan keberanian seterusnya ialah berani menanggung risiko. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa Haiqal berani pergi ke Johor walaupun itu merupakan kali pertama dia pergi ke sana .Di Johor juga tidak ada sesiapapun yang dikenalinya dan dia juga tidak tahu mahu tinggal di mana.Namun begitu, Haiqal tetap dengan keputusannya untuk pergi ke Johor. Semasa tinggal di Johor,Haiqal telah mencuba dan belajar untuk bermain alat muzik dan tarian zapin walaupun dia tidak pernah membuat perkara sedemikian sebelum ini. Melalui peristiwa ini,persoalan keberanian untuk mencuba sesuatu yang baharu telah ditunjuk dengan jelas oleh watak Haiqal.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Watak_utama_%E2%80%93_Haiqal_Haqimi", "content": "Antara perwatakan Haiqal Haqimi yang dipaparkan oleh pengarang ialah Haiqal Haqimi seorang yang prihatin . Haiqal prihatin terhadap Ratna yang menangis kerana gagal dalam SPM. Sebagai contoh, Haiqal telah menasihatinya supaya jangan bersedih kerana gagal dalam peperiksaan tidak bermakna gagal dalam kehidupan. Selain itu, Haiqal juga seorang yang setia kawan. Walaupun telah tamat persekolahan, Haiqal masih meneruskan persahabatannya dengan Ratna. Contohnya, Ratnalah merupakan tempat dia meluahkan dan menceritakan masalah yang ditanggungnya. Haiqal juga masih berhubung dengan Ratna semasa dia trggal di Johor. Mereka sering berhubung melalui SMS. Selain itu, Haiqal juga seorang yang tegas dalam membuat keputusan. Misalnya, Haiqal Haqimi tegas dengan keputusannya iaitu memilih kelas sastera apabila masuk ke tingkatan enam walaupun ibunya menyuruh Haiqal masuk ke kelas ekonomi. Haiqal Haqimi juga tetap dengan keputusannya untuk pergi ke Johor bagi menjejaki warisan ayahnya walaupun dilarang keras oleh uminya.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Watak_sampingan", "content": "Salah satu perwatakan Tauke Lim yang digambarkan oleh pengarang ialah Tauke Lim seorang yang berjimat cermat. Sebagai contoh , ketika cikgu Nizam menyuruh Tauke Lim membeli kereta baharu,Tauke Lim tidak mahu . Tauke Lim menyatakan bahawa dia perlu berjimat dalam berbelanja demi persekolahan anak- anaknya. Selain itu, Tauke Lim seorang yang mengenang jasa. Sebagai contoh Tauke Lim mengenang jasa cikgu Nizam yang telah membantunya semasa keretanya rosak. Cikgu Nizam telah menolong Tauke Lim membeli bateri dan memasang bateri keretanya. Setelah kereta Tauke Lim dapat dihidupkan, Tauke Lim telah mengajak Cikgu Nizam ke pekan kerana dia ingin belanja cikgu Nizam minum teh Tarik di restoran mamak. Seterusnya, Tauke Lim seorang yang yang meminati seni warisan budaya Melayu khususnya tarian zapin. Sebagai contoh , tauke selalu ke balai raya untuk melihat orang berlatih tarian zapin. Dia menyatakan bahawa dia suka melihat budak- budak muda berlatih. Tauke Lim juga menyatakan bahawa walaupun dia berbangsa Cina dia bangga dengan keistimewaan warisan budaya dan Bahasa Melayu.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Nilai_kasih_sayang", "content": "Haiqal begitu sayang kepada arwah ayahnya, sehingga dia sanggup pergi ke kampung arwah ayahnya untuk menjejaki bekas-bekas kehidupan Abdullah bin Kayan. Peristiwa yang dikaitkan dengan nilai kasih sayang Dalam novel ini, terdapat peristiwa yang boleh dikaitkan dengan nilai kasih sayang antaranya, Walid menyayangi Haiqal walaupun Haiqal anak tirinya. Menurut Haiqal,walid melayaninya dengan baik dan langsung tidak membezakan kasih sayang antara Haiqal dengan adik tirinya, Nurul Asiyah.Peristiwa ini menunjukkan nilai kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya walaupun bukan anak kandung. Selain itu, Cikgu Nizam sering merindui anaknya Aiman. Kerinduannya itu menyebabkan dia menitiskan air mata. Dia menatap potret wajah anaknya berulang kali dan didakapnya ke dada. Dia menyatakan bahawa dia terlalu rindu akan anaknya Aiman. Peristiwa ini menunjukkan nilai kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya. Seterusnya, umi dan walid sangat mengambil berat akan keselamatan Haiqal. Contohnya, Haiqal ingin ke warung Ratna namun umi dan waiid melarang. Umi dan walid risau akan keselamatan Haiqal kerana pada masa itu jam sudah menujukan puku1 10 malam Umi meminta Haiqal bertemu dengan kawannya itu pada han esok. Peristiwa ini menunjukkan kasih sayang ibu bapa terhadap anak. Kasih sayang anak terhadap bapa juga dipaparkan oleh pengarang dalam novel ini. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa Haiqal bertekad untuk pulang ke kampung arwah ayahnya di Batu Pahat Johor bagi menjejaki warisan ayahnya. Setelah membaca manuskrip tulisan ayahnya Abdullah bin Kayan, Haiqal berasa sedih mengenangkan nasib ayahnya yang hidup terseksa dan kesunyian. Kasih sayang ibu terhadap anak juga dapat dibuktikan dengan peristiwa umi yang tidak membenarkan Haiqal tinggal dengan ayahnya di Johor kerana dia tidak mahu berpisah dengan Haiqal. Bapa haiqalmiaitu Abdullah bin Kayan pernah ke Kuala Terengganu untuk mengambil Haiqal tinggal bersama-sama dengannya , tetapi umi tidak membenarkannya. Peristiwa ini menunjukkan bahawa umi sangat sayang akan Haiqal. Umi juga tidak mahu Haiqal mengikuti jejak ayahnya dalam bidang sastera kerana baginya bidang sastera tidak mempunyai masa depan yang cerah sebaliknya mahu Haiqal mengambil alih perniagaan batik yang diusahakannya di Terengganu. Peristiwa ini menunjukkan bahawa umi sangat menyayangi Haiqal kerana sebagai seorang ibu sudah pasti umi ingin yang terbaik untuk masa depan anaknya.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Nilai_kerjasama", "content": "Penduduk kampung Seri Purnama mengamalkan nilai kerjasama yang erat sehingga majlis persembahan tarian zapin yang dianjurkan itu berjalan lancar. Peristiwa yang dikaitkan dengan nilai kerjasama Antaranya ialah peristiwa penduduk kampung Sri Purnama bekerjasama berlatih tarian zapin. Contohnya, masyarakat kampung berlatih tarian zapin di balai raya. Golongan veteran seperti Pak Haji Salam Wak Aruf,Wak Parmin dan juga Abang Bakir bersungguh-sungguh mengajarkan tarian zapin kepada generasi muda. Peristiwa ini telah menunjukkan semangat kerjasama antara masyarakat untuk mengembangkan seni dan budaya khususnya tarian zapin. Peristiwa yang seterusnya ialah peristiwa penduduk kampung berbincang untuk membuat persiapan agar persembahan tarian zapin yang akan diadakan di kampung mereka berjalan dengan lancar. Sebagai contohnya,setelah selesaiberlatih tarian zapin,penduduk Kampung Sri Purnama seperti Tauke Lim,Cikgu Nizam,Pak Haji Salam dan beberapa orang ahli kumpulan zapin berkumpul di atas pentas untuk berbincang tentang persiapan majlis dan persembahan zapin yang akan diadakan di kampung mereka.Peristiwa ini telah menunjukkan semangat kerjasama penduduk kampung dalam menjayakan sesuatu usaha. Selain itu, setelah selesai persembahan zapin, masyarakat kampung Seri Purnama bekerjasama untuk mengemas balai raya setelah selesai persembahan tarian zapin. Peristiwa ini menunjukkan kerjasama dalam menjalankan sesuatu tugas agar tugas tersebut dapat dijalankan dengan lebih mudah dan cepat.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Nilai_bantu-membantu", "content": "Antara peristiwa yang menunjukkan nilai tersebut ialah peristiwa peristiwa Cikga Nizam membantu Tauke Lim.Contohnya,Cikgu Nizam telah menumpang anak Tauke Lim iaitu Ai Ling dan Ai Ching ke sekolah kerana keretanya rosak.Cikgu Nizam juga telah membeli bateri kereta untuk Tauke lim serta memasangnya sehinggalah kereta Tauke Lim dapat dihidupkan semula.Peristiwa ini juga telah menunjukkan sikap saling membantu antara satu sama lain. Selain itu nilai bantu-membantu juga dapat dilihat melalui peristiwa ayah Cikgu Nizam membantu Tauke Lim. Tauke Lim berasal dari Ipoh Perak. Tauke lim sekeluarga datang ke Johor kerana semua harta bendanya telah habis digunakan untuk membayar hutang abangnya yang suka berjudi. Melihat kesusahan yang ditanggung oleh Tauke Lim, ayah Cikgu Nizam telah membenarkan Tauke Lim menoreh di kebun getahnya dan hasilnya akan dibahagi dua. Tauke Lim juga dibenarkan membina rumah di kebun getah tersebut.peristiwa ini menunjukkan nilai membantu seseorang yang berada dalam kesusahan. Selain itu , nilai bantu-membantu juga dipaparkan melalui peristiwa Ong See Hwa dan Lazim membantu Haiqal Haqimi untuk menjejak warisan ayahnya Abdullah Kayan. Untuk itu Ong See Hwa dan Lazim telah membawa Haiqal ke balai raya lama. Di balai raya tersebut Haiqal dapat melihat hasil karya ayahnya yang tersimpan di bilik bacaan di balai raya itu. Haiqal juga dapat melihat sijil-sijil penghargaan ayahnya yang dipamerkan di balai raya itu. Dengan bantuan Ong See Hwa dan Lazim, Haiqal dapat mengetahui sejarah hidup ayahnya. Dia mendapati bahawa ayahnya seorang yang hebat.Hal ini menyebabkan Haiqal berazam untuk meneruskan usaha ayahnya dalam mengembangkan seni kebudayaan dan kesusasteraan.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Nilai_keberanian", "content": "Nilai keberanian ini dipaparkan oleh pengarang melalui watak Ai Ling . Ai Ling berani mendeklamasikan sajak di khalayak ramai walaupun dia masih kecil iaitu berumur 7 tahun. Sebagai contoh, Ai Ling mendeklamasi sajak semasa persembahan zapin diadakan di kampungnya.Dia telah membuat persembahan di hadapan penduduk kampung dan YB Samsuri yang menjadi tetamu kehormat dalam majlis itu.Peristiwa ini menunjukkan keberanian membuat persembahan di khalayak. Selain itu nilai keberanian juga di tunjukkan oleh watak Haiqal. Menurut cerita Bab 6 dalam novel Silir Daksina,Haiqal berani membuat keputusan untuk pulang ke kampung demi mencari kebenaran serta menjejak warisan ayahnya walaupun ditentang hebat oleh uminya . Peristiwa ini menunjukkan nilai keberanian dalam membuat keputusan. Nilai keberanian seterusnya ialah berani menanggung risiko. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa Haiqal berani pergi ke Johor walaupun itu merupakan kali pertama dia pergi ke sana. Di Johor juga tidak ada sesiapapun yang dikenalinya dan dia juga tidak tahu mahu tinggal di mana. Namun begitu, Haiqal tetap dengan keputusannya untuk pergi ke Johor. Semasa tinggal di Johor,Haiqal telah mencuba dan belajar untuk bermain alat muzik dan tarian zapin walaupun dia tidak pernah membuat perkara sedemikian sebelum ini. Melalui peristiwa ini, nilai keberanian untuk mencuba sesuatu yang baharu telah ditunjuk dengan jelas oleh watak Haiqal.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Nilai_kemasyarakatan", "content": "Antara nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam novel Silir Daksina ialah nilai kerjasama. Sebagai contoh , penduduk kampung bekerjasama semasa berlatih tarian zapin di balai raya.Cikgu Amirulnizam mengagumi rakan-rakannya yang gigih belajar dan berlatih menari zapin.Pak Haji Salam juga bersungguh-sungguh mengajarkan tarian zapin kepada generasi muda. Selain itu, nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam novel ialah nilai bantu-membantu. Sebagai contoh, ayah Cikgu Nizam berasa kasihan terhadap nasib Tauke Lim sekeluarga yang datang mengadu nasib di Johor. Dia telah membenarkan Tauke Lim untuk menoreh getahnya dan membahagi dua hasil daripada kebun getah tersebut. Seterusnya, nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam novel ialah nilai ramah mesra. Nilai ini ditunjukkan oleh Tauke Ong. Walaupun Tauke Ong berbangsa Cina tetapi dia beramah mesra dengan semua penduduk kampung Seri Purnama. Contohnya, Tauke Ong kelihatan sangat mesra menegur pelanggan- pelanggan lain sewaktu dia hendak bersarapan di warung Wak Min.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Nilai_kemanusiaan", "content": "Antara nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel yang saya kaji ialah nilai keprihatinan. Sebagai contoh, Haiqal prihatin terhadap Ratna yang menangis kerana gagal dalam SPM. Buktinya, Haiqal telah menasihati Ratna supaya jangan bersedih kerana baginya gagal dalam peperiksaan tidak bermakna gagal dalam hidup. Selain itu, watak ayah Cikgu Amirulnizam juga telah menonjolkan nilai keprihatinan dalam novel ini. Sebagai contoh, ayah Cikgu Amirulnizam berasa kasihan terhadap nasib Tauke Lim sekeluarga. Buktinya, Tauke Lim berasal dari Ipoh, Perak datang mengadu nasib di Johor kerana semua tanah milik keluarganya di Perak habis dijual untuk membayar hutang abang Tauke Lim yang suka berjudi. Ayah Cikgu Amirulnizam telah membenarkan Tauke Lim menorah getahnya dan bersetuju untuk membahagi dua hasil daripada kebun getah tersebut. Di samping itu, nilai kasih sayang juga merupakan nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel ini. Sebagai contoh, Walid menyayangi Haiqal walaupun Haiqal merupakan anak tirinya. Buktinya, walid melayani Haiqal dengan baik dan langsung tidak membeza-bezakan kasih sayang antara Haiqal dengan adik tirinya, Nurul Asiyah. Selain itu, watak Cikgu Amirulnizam juga menonjolkan nilai kasih sayang. Cikgu Amirulnizam amat menyayangi anaknya . Dia selalu teringat akan anaknya Aiman. Buktinya, apabila Cikgu Amirulnizam melihat Ai Ling, secara tidak langsung dia terkenang akan anaknya, Aiman. Usia Aiman yang sebaya dengan Ai Ling menyebabkan rindunya kepada Aiman terubat. Nilai kemanusiaan lain yang terdapat dalam novel ini ialah nilai tidak berputus asa. Sebagai contoh, Ratna tidak berputus asa walaupun dia gagal dalam SPM. Buktinya, Ratna bercita-cita untuk menjadi usahawan Berjaya dengan membuka restoran sendiri di Bandar Kuala Terengganu setelah gagal mendapat keputusan yang baik dalam SPM.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Latar_masyarakat", "content": "Masyarakat yang cinta akan budaya bangsa.Pak Cik Bakar, Haji Salim, dan Cikgu Zam melibatkan diri dalam seni tarian zapin bagi memperkasa seni warisan Masyarakat yang gigih berniaga.Ibu bapa Haiqal mengusahakan kilang batik dan memiliki butik di sekitar Kuala Terengganu. Masyarakat yang tolong-menolong.Penduduk kampung bergotong-royong memasak untuk jamuan sempena persembahan tarian zapin di Kampung Seri Purnama. Contoh Jawapan Latar Masyarakat Novel Silir Daksina Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini termasuklah masyarakat yang penyayang. Sebagai contoh.walid menyayangi Haiqal walaupun Haiqal bukan anak kandungnya.Menurut Haiqal walid telah melayaninya dengan baik dan langsung tidak menbeza-bezakan kasih sayang antara Haiqal dengan adik tirinya, Nurul Asiyah. Latar masyarakat yang seterusnya ialah masyarakat yang mementingkan diri sendiri.Contohnya, umi Haiqal seorang yang bersikap ego dan mementingkan diri sendiri sehingga sanggup memutuskan hubungan antara Haiqal dengan ayah kandungnya. Ayah kandungnya pemah ke Terengganu untuk mengambil Haiqal supaya tingggal bersamanya, namun umi tidak membenarkannya. Terdapat juga latar masyarakat yang setia kawan iaitu Haiqal dengan Ratna. Ratna dan Haiqal merupakan rakan sekelas semasa di tingkatan empat dan lima. mereka masih berkawan walaupun telah tamat zaman persekolahan. Sebagai contoh,Ratna sentiasa memberi kata-kafa. semangat supaya Haiqal meneruskan hasratnya untuk menjejaki warisan Abdullah bin Kayan .Ratna juga menasihati Haiqal supaya berterus terang dengan uminya tentang hasrat Haiqal untuk ke Johor. Persahabatan Haiqal dengan Ratna masih diteruskan walaupun Haiqal tinggal di Johor. Mereka masih sering berhubung dengan SMS.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Latar_Tempat", "content": "1.Pantai Batu Buruk Haiqal sering berjalan-jalan di tepi pantai Batu Buruk ini. Haiqal dan Ratna membincangkan masa depan dan meluahkan masalah yang dihadapi antara satu sama lain. Haiqal sering mengunjungi warung Ratna untuk menikmati laksam. Warung Ratna terletak di Pantai Batu Buruk. 2. Kampung Seri Purnama Haiqal telah berkunjung ke Kampung Seri Purnama untuk menjejak warisan Abdullah bin Kayan. Haiqal telah bekenalan dengan Pak Cik Bakar, Wak Arif, Haji Salim, Lazim dan Tauke Ong di kampung ini. 3. Pantai Punggur Cikgu Nizam membawa Ai Ling dan Ai Ching bersiar-siar di tepi pantai ini pada waktu petang. Pantai Punggur merupakan pantai yang terkenal di daerah Batu Pahat. 4. Warung Wak Min Warung Wak Min merupakan tempat tumpuan penduduk kampung untuk sarapan pagi. Selepas mereka bersolat Isyak di masjid, mereka akan berkumpul di Warung Wak Min untuk berbual sehingga larut malam. 5. Balai raya Kampung Seri Purnama Balai raya ini menempatkan galeri dan pameran Abdullah bin Kayan. Haiqal telah melihat sumbangan bapanya dalam dunia penulisan dipamerkan dalam balai raya ini. 6. Restoran Mamak See Hwa dan Haiqal makan tengah hari di restoran mamak yang terkenal di pekan Parit Raja selepas datang dari Terengganu.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Cabaran_yang_dihadapi_watak_utama_dan_cara_mengatasi", "content": "Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina. Watak utama novel ini ialah Haiqal Haqimi. Dalam novel ini banyak cabaran yang dihadapi oleh watak utama. Antaranya ialah cabaran Haiqal untuk pergi ke kampung arwah ayahnya . Ibunya Rafiqah tidak membenarkan Haiqal pergi ke Kampung Sri Purnama. Cara mengatasinya Haiqal berdegil dengan pergi juga ke kampung arwah ayahnya. Cabaran lain ialah cabaran untuk meneruskan kesenian zapin di kampung Sri Purnama. Haiqal tidak pandai menari tarian zapin, namun dia telah mempelajari tarian tersebut daripada penduduk Kampung Sri Purnama . kawannya Lazim dan Ong See Hwa turut mengajar Haiqal menari. Untuk mengadakan persembahan zapin di kampung Sri Purnama Haiqal telah berbincang dengan penduduk kampung dam meminta persetujuan daripada Penghulu Haji Jamil. Akhirnya Haiqal berjaya mengadakan persembahan zapin yang turut disaksikan oleh YB Syaiful Azizi. Yb dan pnduduk kampung sangat berbangga dengan semangat yang ada pada Haiqal dalam mengembangkan kesenian tersebut. Cabaran seterusnya ialah cabaran untuk merapatkan hubungan antara Haiqal dengan ibunya setelah berlakunya perselisihan faham antara mereka. Cara mengatasinya ialah Haiqal menghubungi walidnya dan memberitahu bahawa dia akan mengadakan persembahan zapin di kampung Sri Purnama. Ibunya telah datang bersama-sama dengan walid dan adiknya Nurul Asiyah untuk menyaksikan persembahan zapin daripada Haikal. Kedatangan itu menyebabkan Haiqal dan ibunya berbaik semula.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Konflik_dalaman_yang_dihadapi_oleh_watak_utama", "content": "Novel yang saya pelajari ialah novel Silir daksina karya Nizar Parman. Dalam novel ini pengarang menggambarkan bahawa watak utamanya iaitu Haiqal Haqimi menghadapi konflik dalaman, antaranya ialah Haiqal terpaksa membaca secara sembunyi dan menyembunyikan Manuskrip yang dihantar oleh See Hwa agar tidak diketahui oleh emaknya. Konflik dalaman juga dihadapi oleh Haiqal setelah membaca manuskrip yang dihantar oleh Ong See Hwa .Haiqal merasa amat rindu kepada arwah ayahnya . Dia dapat merasakan betapa ayahnya hidup dalam kesunyian dan kesedihan kerana terpaksa terpisah dengan orang yang disayanginya. Konflik dalaman seterusnya ialah hati Haiqal meronta-ronta ingin mengetahui mengenai ayahnya tetapi dia tidak bertanya uminya bimbang akan mengguriskan hati uminya. Haiqal akhirnya memberitahu juga keinginannya untuk menjejaki kampung arwah ayahnya untuk mengetahui sejarah dan latar belakang ayahnya. Haiqal menghadapi konflik apabila dia memberitahun ibunya bahawa dia ingin ke Johor. Hal ini kerana ibunya tidak membenarkan dia ke Johor. Haiqal terpaksa bergaduh dengan ibunya kerana masing-masing tidak mahu bertolak ansur mengenai keinginan Haiqal untuk ke kampung ayahnya.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Kesan_positif_yang_memberikan_teladan_kepada_pembaca", "content": "Antaranya ialah peristiwa cikgu Nizam yang aktif dalam aktiviti sastera dan budaya serta menghidupkan kumpulan zapin D\u2019Purnama yang telah lama terkubur. Cikgu Zam telah mendapat sokongan padu daripada Tauke Lim, Pak Cik Bakar, Haji Salleh dan orang-orang kampung untuk mengaktifkan kegiatan sastera dan budaya. Haiqal telah pergi ke kampung ayahnya iaitu Kampung Seri Purnama untuk meneruskan kegiatan sastera dan budaya. Dengan bantuan Tauke Ong, See Hwa, Pak Cik Bakar dan Lazim, Haiqal dapat menjejaki kehidupan arwah ayahnya. Haiqal juga mencadangkan agar kumpulan zapin D\u2019Purnama dihidupkan semula setelah sekian lama terkubur setelah ayahnya meninggal. Peristiwa ini perlu diteladani supaya kita juga berusaha untuk mengembangkan warisan budaya agar kekal hingga generasi akan datang. Peristiwa ayah Cikgu Nizam yang memberikan pertolongan kepada Tauke Lim yang berada dalam kesusahan semasa dia dan keluarganya baru berpindah ke Kampung Seri Purnama. Tauke Lim mengambil upah menoreh getah di kebun getah datuk Haiqal hingga akhirnya berjaya mengubah kehidupan sekeluarga. Peristiwa ini perlu diteladani kerana kita perlu membantu orang yang berada dalam kesusahan. Peristiwa masyarakat Kampung Seri Purnama yang telah bekerjasama dengan Haiqal dalam menjayakan majlis persembahan tarian zapin jincat. Majlis tersebut berjalan lancar dan mendapat sambutan daripada penduduk kampung dan YB Datuk Syaiful Azizi. Peristiwa ini perlu diteladani supaya sesuatu kerja yang dijalankan dapat dijalankan dengan lancar mudah dan cepat . Peristiwa Haiqal menunaikan solat subuh apabila sampai di stesen bas Batu Pahat sebelum menaiki teksi ke Kampung Seri Purnama. Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kerana kita harus mempunyai pegangan keagamaan dan taat akan perintah agama. Peristiwa Tauke Lim menunjukkan sikap pemurah dengan selalu menaja jamuan yang diadakan di kampungnya dan membelanja kawan-kawan di warung. Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kerana kita perlulah bersikap pemurah dlam hidup bermasyarakat. Peristiwa Pak Cik Bakar, Wak Min, Haji Salim, Tauke Lin dan See Hwa merupakan masyarakat majmuk yang hidup dalam harmoni di Kampung Seri Purnama. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana kita hidup dalam masyarakat majmuk perlu bersatu padu demi kehidupan yang sejahtera dan harmoni.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}, {"title": "Nilai_Silir_Daksina", "content": "Dalam novel ini terdapat banyak nilai yang dipaparkan oleh pengarang, antaranya ialah nilai kegigihan. Nilai kegigihan dapat dilihat melalui peristiwa masyarakat kampung yang diketuai oleh Cikgu Nizam gigih memperjuangkan seni warisan budaya. Sebagai contoh masyarakat kampung Seri Purnama sering berlatih tarian zapin di balai raya. Cikgu Nizam menyatakan dia amat mengagumi rakan-rakannya seperti Roslan, Ramli daan sudin yang gigih belajar dan berlatih zapin. Golongan veteran pula seperti Pak Haji salam, Wak Aruf, Wak parmin dan juga abang Bakir bersungguh-sungguh mengajarkan tarian zapin kepada generasi muda. Selain itu terdapat juga nilai keberanian. Nilai ini dapat dilihat melalui watak Tauke Lim. Pada waktu pagi,Tauke Lim menorah getah, manakala pada waktu petang pula Tauke Lim mengelilingi kampung untuk membeli hasil-hasil kampung seperti buah pinang, getah beku, getah sekerap, biji kopi dan pisang. Barangan tersebut akan dijualnya di bandar. Nilai seterusnya ialah nilai tidak berputus asa. Sebagai contoh, Ratna yang gagal mendapat keputusan yang baik dalam SPM bercita-cita untuk menjadi usahawan yang berjaya. Dia ingin membuka restoran sendiri di Bandar Kuala Terengganu.", "url": "https://karangan.net/novel-silir-daksina/"}] |