File size: 59,066 Bytes
e572f38 |
1 |
[{"title": "Sinopsis_Novel_Silir_Daksina_mengikut_Bab", "content": "Kisah dalam Silir Daksina bermula apabila Haiqal mendapat sebuah manuskrip lama. Alamat pengirim manuskrip tersebut sama dengan alamat tempat lahirnya tetapi pengirimnya berbangsa Cina iaitu Ong See Hwa. Haiqal mendapati bahawa kisah yang terdapat dalam manuskrip tersebut seakan-akan benar berlaku dan menceritakan kisah hidup arwah ayahnya; Abdullah bin Kayan tetapi kisah itu dimainkan oleh watak Cikgu Nizam. Haiqal bertekad untuk pulang ke Johor untuk menjejak warisan ayahnya walaupun niat itu ditentang oleh uminya.", "url": "https://karangan.net/komsas-bm-sinopsis-novel-silir-daksina/"}, {"title": "Sinopsis_Novel_Silir_Daksina_Bab_1", "content": "Tersingkap Rahsia Haiqal sangat tertarik oleh sebuah mansukrip lama yang baru diperolehinya. Sudah seminggu dia membaca dan membelek-belek manuskrip itu. Haiqal leka dalam alam Abdullah bin Kayan. Nama itu pernah disebut oleh uminya tetapi uminya tidak mahu menceritakan lebih lanjut tentang sejarah hidup Abdullah bin Kayan. Ketika Haiqal berusia enam tahun, dia mendapat tahu bahawa orang yang dipanggil sebagai \u201cwalid\u201d bukanlah ayah kandungnya. \u201cWalid\u201d atau Abdul Fatah ialah ayah tirinya. Namun begitu, ayah tirinya tidak membeza- bezakan kasih sayang antara Haiqal dengan adik tirinya; Nurul Aisyah. Ketika umi menerangkan bahawa Haiqal bukanlah anak kandung \u201cwalid\u201d, Haiqal berasa sangat sedih sekali. Umi memberitahu bahawa ayah kandungnya tinggal berjauhan daripada mereka dan Haiqal akan tahu segala-galanya apabila Haiqal sudah besar.", "url": "https://karangan.net/komsas-bm-sinopsis-novel-silir-daksina/"}, {"title": "Sinopsis_Novel_Silir_Daksina_Bab_2", "content": "Kisah Seorang Teman Haiqal menemui Ratna di warung milik keluarga Ratna. Mereka berbual-bual tentang masa depan masing-masing. Ratna bercita-cita untuk membuka restoran sendiri apabila keputusan SPM Ratna tidak begitu baik. Haiqal pula meneruskan pelajaran ke tingkatan 6. Sekarang, Haiqal sedang menunggu keputusan STPM. Haiqal sentiasa mendorong Ratna supaya gigih meneruskan cita-citanya. Haiqal turut memberitahu bahawa tokoh-tokoh dunia seperti Abraham Lincoln juga pernah gagal berkali-kali sebelum mencapai kejayaan. Ketika mereka berjalan-jalan di tepi pantai, Haiqal telah menceritakan kisah manuskrip yang diterimanya beberapa hari yang lalu. Alamat pengirim manuskrip itu sama dengan alamat yang tercatat di sijil kelahirannya iaitu Kampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Pengirim manuskrip itu berbangsa Cina yang bernama Ong See Hwa.", "url": "https://karangan.net/komsas-bm-sinopsis-novel-silir-daksina/"}, {"title": "Sinopsis_Novel_Silir_Daksina_Bab_3", "content": "Senaskhah Manuskrip Lama Manuskrip lama yang menceritakan kisah Cikgu Nizam ini merupakan manuskrip yang diterima dan dibaca oleh Haiqal. Manuskrip lama ini mengisahkan penduduk kampung Sri Purnama yang aktif dalam aktiviti seni tradisional seperti zapin dan ghazal. Seni tradisional ini turut mendapat tempat di hati Ai Ling; anak kepada Tauke Lim. Ai Ling minat menari zapin. Rakan-rakan sebaya Cikgu Nizam seperti Roslan, Ramli dan Sudin juga gigih berlatih menari zapin. Penduduk kampung Seri Purnama sering berkumpul di warung Pak Dolah. Cikgu Nizam memuji Ai Ling yang mahir menari zapin. Hubungan bapa Ai Ling iaitu Tauke Lim dengan penduduk kampung Seri Purnama adalah sangat rapat. Cikgu Nizam menggalakkan Ai Ling untuk belajar menari zapin. Apabila Cikgu Nizam melihat Ai Ling, secara tidak langsung dia terkenang akan anaknya; Aiman. Usia Aiman sebaya dengan usia Ai Ling. Hubungan kekeluargaan antara keluarga Cikgu Nizam dengan keluarga Tauke Lim sangat rapat. Tauke Lim berasal dari Perak. Rumah Tauke Lim dibina di atas tanah yang dibeli daripada ayah Cikgu Nizam. Sebelum ini, tanah tersebut merupakan kebun getah. Ayah Cikgu Nizam mengupah orang untuk mengerjakannya kerana dia sibuk mengurus kebun kelapa sawit. Emak Cikgu Nizam pula tidak berdaya untuk mengerjakan kebun getah kerana tidak boleh berdiri lama akibat kemalangan. Kemudian, Tauke Lim telah menyewa tanah tersebut daripada ayah Cikgu Nizam setelah berhijrah ke Parit Raja. Ayah Cikgu Nizam berasa kasihan akan Tauke Lim kerana semua tanah milik keluarganya di Perak habis dijual untuk membayar hutang abang Tauke Lim yang suka berjudi. Ayah Cikgu Nizam dan Tauke Lim bersetuju untuk membahagi dua hasil daripada kebun getah tersebut. Hubungan antara keluarga Cikgu Nizam dan Tauke Lim semakin rapat sejak Tauke Lim menyewa kebun getah tersebut. Tambahan pula, Tauke Lim selalu membawa ahli keluarganya berkunjung ke rumah keluarga Cikgu Nizam. Mereka selalu minum petang bersama-sama. Tauke Lim seorang yang rajin. Pada waktu pagi, dia menoreh getah manakala pada waktu petang, Tauke Lim akan mengelilingi kampung untuk membeli hasil-hasil kampung. Sebagai contohnya, buah pinang, getah beku atau getah sekerap, biji kopi dan pisang. Kemudian, dia akan menjualnya di bandar. Tauke Lim juga sentiasa membersihkan kebun getah yang disewanya. Hasil kegigihan Tauke Lim, dia berjaya mengumpul wang untuk membeli setengah ekar daripada kebun ayah Cikgu Nizam. Tanah yang dibelinya itu telah dijadikan tapak rumah. Hubungan antara keluarga Tauke Lim dengan penduduk kampung Sri Purnama sangat rapat sekali. Apabila ada majlis kenduri-kendara, dia pasti akan turut bersama-sama penduduk untuk bergotong-royong. Tauke Lim juga sentiasa bermurah hati untuk menaja jamuan untuk setiap majlis keramaian di kampung. Ketika ayah Cikgu Nizam masih hidup, dia menganggap bahawa anak-anak perempuan Tauke Lim iaitu Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri. Hidup ayah Cikgu Nizam sunyi setelah kematian isterinya akibat darah beku di kepala. Pada suatu hari, Cikgu Nizam telah menumpangkan Ai Ling dan Ai Ching ke sekolah kerana bateri kereta Tauke Lim telah rosak. Cikgu Nizam mengajar di sekolah yang sama dengan Ai Ling. Tauke Lim menghantar semua anaknya belajar di sekolah kebangsaan di kampung itu. Dia beranggapan bahawa di mana-mana sahaja anak-anaknya boleh belajar asalkan mereka rajin. Pada setiap minggu, Tauke Lim menghantar anak-anaknya ke kelas tuiysen bahasa Cina di pekan Parit Raja. Cikgu Nizam mempelawa Ai Ling menaiki keretanya pada setiap hari tetapi Ai Ling tidak mahu menyusahkan gurunya itu. Namun begitu, setelah Ai Ling berbincang dengan Tauke Lim, Ai Ling telah menumpang kereta Cikgu Nizam untuk ke sekolah pada setiap hari. Ketika di bilik guru, Cikgu Latifah yang terkenal oleh kegarangannya telah meluahkan perasaan. Cikgu Latifah menyatakan kekesalannya terhadap sikap murid-murid yang tidak menyelesaikan kerja rumah dan tulisan mereka juga tidak kemas ibarat \u201ccakar ayam\u201d. Cikgu Latifah turut menyatakan bahawa golongan guru kerap dipersalahkan jika anak-anak murid tidak berjaya. Cikgu Nizam menenangkan Cikgu Latifah dengan mengatakan bahawa orang luar tidak faham akan tugas guru yang banyak. Cikgu Nizam turut berpandapat bahawa golongan guru perlu sentiasa bijak mengatur tugas mereka. Berbeza dengan zaman dahulu, guru ibarat pakar rujuk. Apabila zaman semakin moden dan golongan cendekiawan semakin ramai, banyak teori pendidikan telah diwujudkan. Cikgu Latifah meneruskan kerjanya dan kadang kala dia membebel lagi. Dalam hati Cikgu Nizam, dia kagum akan kesungguhan Cikgu Latifah yang sanggup pulang lewat untuk membimbing murid-murid yang lemah dalam Matematik. Cikgu Nizam terus menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua panitia Bahasa Melayu dengan menyelesaikan minit mesyuarat panitia. Selain itu, Cikgu Latifah turut menyatakan bahawa Ai Ling tidak mahu ke perpustakaan ketika waktu Pendidikan Islam. Ai Ling berminat untuk mempelajari Pendidikan Islam daripada Ustazah Munirah. Ai Ling suka membaca buku kisah-kisah nabi dan rasul serta tokoh-tokoh Islam. Ai Ling juga selalu bertanya tentang nabi-nabi kepada Ustazah Munirah, terutamanya tentang Nabi Muhammad. Perwatakan Ai Ling berbeza dengan kakaknya. Apabila murid-murid Islam membaca doa, dia akan turut serta menadah tangan untuk berdoa. Cikgu Nizam mengambil peluang ini untuk cuba mengenali Ai Ling dengan lebih dekat. (ii) Bateri kereta Tauke Lim telah digantikan dengan bateri baharu. Cikgu Nizam membantu Tauke Lim memasang bateri tersebut. Cikgu Nizam menyuruh Tauke Lim supaya membeli kereta baharu tetapi Tauke Lim tidak mahu kerana dia perlu berjimat untuk belanja persekolah anak-anaknya. Pada masa yang sama, Tauke Lim tidak selalu jalan jauh. Kereta buruknya digunakan untuk mengangkut hasil-hasil kampung untuk dijual di pekan. Jika Tauke Lim pulang ke kampung di Kuala Kangsar untuk menziarahi emaknya, dia dan keluarganya akan menaiki bas sahaja. Tauke Lim seorang yang suka bersederhana dan berjimat. Sebagai contohnya, dia sentiasa berbaju lusuh. Cikgu Nizam jarang melihat Tauke Lim berbaju cantik kecuali ketika Tahun Baru Cina. Setelah kereta Tauke Lim berjaya dihidupkan, Tauke Lim telah mengajak Cikgu Nizam ke pekan untuk minum teh tarik mamak pada waktu petang. Ketika menikmati teh tarik, Tauke Lim telah bersetuju dan membenarkan Ai Ling menumpang kereta Cikgu Nizam untuk ke sekolah. Pada awalnya, dia tidak mahu menyusahkan Cikgu Nizam. Tauke Lim turut menyatakan bahawa keluarga Cikgu Nizam telah banyak membantu keluarganya ketika mereka susah dahulu. Tauke Lim berasa terhutang budi dengan keluarga Cikgu Nizam. Pada masa yang sama, Cikgu Nizam turut mengucapkan terima kasih kerana telah menjaga kebun ayahnya dengan baik. Tauke Lim tidak menghalang jika Cikgu Nizam mahu mengajar Ai Ling dan menganggap Ai Ling sebagai anak kandungnya sendiri. Ketika minum juga, mereka berbual tentang Aiman. Cikgu Nizam memberitahu bahawa keluarga isterinya seolah-olah tidak suka Cikgu Nizam melawat Aiman. Tauke Lim meminta Cikgu Nizam bersabar. Tauke Lim yakin bahawa Aiman akan datang mencari Cikgu Nizam apabila dia sudah besar nanti. Tauke Lim percaya bahawa Cikgu Nizam merupakan seorang yang kuat dan tabah seperti ayahnya dahulu. Tauke Lim turut menasihati Cikgu Nizam supaya jangan susah hati kerana penduduk kampung sayang akan Cikgu Nizam. Sejak Cikgu Nizam kembali ke kampung, banyak aktiviti dapat dijalankan. Sebagai contohnya, aktiviti zapin. Cikgu Nizam juga turut memuji Tauke Lim yang banyak memberi sumbangan terhadap aktiviti yang dijalankan di kampung mereka. Pada waktu malam nanti, Cikgu Nizam mempelawa Tauke Lim ke balai raya untuk menonton latihan zapin. Tauke Lim menyatakan bahawa dia akan hadir kerana Ai Ling meminati tarian zapin. Tauke Lim juga seronok melihat anak-anak muda gigih berlatih zapin. (iii) Ketika di balai raya pada malam itu, Tauke Lim telah menyuruh Cikgu Nizam menari zapin. Ai Ling berasa sangat gembira sekali apabila melihat Cikgu Nizam menari zapin. Selesai latihan, Tauke Lim, Cikgu Nizam, Pak Haji Salam dan beberapa orang ahli kumpulan zapin berkumpul di atas pentas. Mereka membincangkan persiapan majlis untuk menyambut kehadiran YB Samsuri dan pegawai daripada Yayasan Warisan Negeri untuk mengkaji rentak zapin jincat yang unik. Mereka hanya mempunyai masa seminggu sahaja lagi untuk berlatih. Kumpulan zapin D\u2019Purnama telah berkubur lebih dua puluh tahun. Mereka beranggapan bahawa kedatangan pegawai dan YB Samsuri merupakan peluang kepada mereka untuk menghidupkan tarian zapin jincat semula. Kumpulan zapin tersebut berkubur kerana beberapa orang ahlinya telah keluar daripada kumpulan asal dan menubuhkan kumpulan baharu. Akhirnya, kumpulan baharu tersebut juga mengalami kegagalan. Akibatnya, kumpulan zapin D\u2019Purnama telah berkubur. Dalam perbincangan itu, Cikgu Nizam telah diminta untuk menyiapkan atur cara dalam majlis itu nanti. Tauke Lim menyatakan kesediaannya untuk menaja jamuan makan. Ketika semua orang sudah pulang, Abang Bakir menyatakan hasratnya supaya Cikgu Nizam menyelitkan deklamasi puisi dalam majlis itu nanti. Abang Bakir turut mencadangkan supaya Cikgu Nizam memilih murid-murid sekolahnya yang berbakat untuk mendeklamasi puisi. Abang Bakir juga memberi semangat kepada Cikgu Nizam supaya meneruskan bakatnya dalam bidang sastera. Abang Bakir menasihati Cikgu Nizam supaya tidak merajuk lagi. (iv) Cikgu Nizam berasa gembira apabila Ai Ling merupakan salah seorang peserta pertandingan deklamasi puisi. Ai Ling menunjukkan minatnya terhadap puisi dengan membaca buku puisi. Ai Ling membaca buku puisi sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan mendeklamasi puisi. Cikgu Nizam telah mengajak Ai Ling datang ke rumahnya untuk berlatih mendeklamasikan puisi pada waktu petang. Ai Ching telah menemani Ai Ling ke rumah Cikgu Nizam. Ai Ling telah memilih sajak bertemakan kasih sayang terhadap ibu dan bapa. Ketika Cikgu Nizam melatih Ai Ling mendeklamasi puisi, Ai Ching membelek-belek novel dan majalah sastera yang diletakkan di atas meja. Kemudian, Ai Ching memilih senaskhah novel dan membacanya sementara menunggu Ai Ling berlatih. Pada awal latihan, Ai Ling sukar untuk mengawal pernafasannya perlahan-lahan. Cikgu Nizam mengajar Ai Ling supaya bijak mengawal pernafasan kerana dapat mengurangkan perasaan gemuruh ketika berada di pentas. Cikgu Nizam tetap memberi semangat kepada Ai Ling walaupun Ai Ling seolah-olah putus asa. Akhirnya, Ai Ling berjaya. Dia berjanji akan datang lagi pada hari esok. Sebelum pulang, Ai Ling mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Nizam kerana telah melatihnya. Ai Ching pula telah meminjam dua buah novel. Cikgu Nizam berpesan kepada Ai Ching supaya jangan leka membaca novel kerana Ai Ching perlu menumpukan perhatian dalam pelajaran dan menyelesaikan kerja rumah. (v) Ai Ling telah berjaya memenangi pertandingan deklamasi puisi peringkat tahap satu. Dia berjaya menyampaikan sajaknya sehingga memukau semua murid yang menyaksikannya. Kemenangan Ai Ling juga telah menjadi buah mulut penduduk kampung. Orang yang paling gembira ialah Tauke Lim. Dia sanggup membelanja pelanggan-pelanggan warung Abang Dolah. Ketika di warung, Tauke Lim menyatakan hasratnya untuk melihat Cikgu Nizam membaca puisi di balai raya seperti zaman Cikgu Nizam muda dahulu. Pak Dolah turut menyokong cadangan Tauke Lim. Pak Dolah berasa seronok jika para pemuda kampung berkumpul di balai raya kampung mereka untuk berpuisi, berkompang, berseloka dan bergurindam. Jika khazanah bangsa ini tidak diteruskan oleh generasi muda, khazanah ini akan pupus. Cikgu Nizam telah menyatakan kepada Abang Bakir dan Roslan bahawa dia berhenti berkarya kerana jiwanya tidak tenang setelah berpisah dengan isteri dan anaknya, Aiman. Karyanya ibarat tiada semangat. Oleh sebab itu, Cikgu Nizam mengambil keputusan untuk berhenti berkarya. Dia juga sering berasa rindu akan Aiman. Hanya potret Aiman yang dapat dijadikan penawar rindunya. Cikgu Nizam seperti ayahnya juga yang menjadikan Ai Ling sebagai tempat untuk mencurahkan kasih sayang. (vi) Perancangan untuk menjayakan persembahan zapin berjalan dengan lancar. Ai Ling bersetuju untuk mendeklamasikan sajak sebelum persembahan zapin. Sajak yang akan dipersembahkan oleh Ai Ling ialah sajak yang ditulis oleh Cikgu Nizam sendiri. Ketika hari persembahan, kawasan balai raya dipenuhi oleh penduduk kampung. Ai Ling telah mendeklamasikan sajak dengan penuh bersemangat. Para penduduk yang hadir telah terpukau dengan persembahan Ai Ling. Mereka memberi tepukan yang gemuruh kepada Ai Ling. Ketika Ai Ling mendeklamasikan sajak, Cikgu Nizam telah membayangkan bahawa Ai Ling dan Aiman sedang mendeklamasikan sajak bersama-sama. Tepukan yang gemuruh terhadap sajak yang ditulis oleh Cikgu Nizam merupakan penghormatan yang tertinggi untuk dirinya. Persembahan zapin bertambah meriah apabila YB Samsuri juga turut menari zapin dengan para penari zapin. Majlis persembahan zapin itu berakhir pada jam 12.15 malam. YB Samsuri juga telah berjanji akan memberikan perutukan wang ringgit kepada kumpulan zapin D\u2019Purnama. Wang tersebut akan digunakan untuk membeli peralatan muzik zapin yang baharu. Walaupun majlis sudah tamat, penari-penari daripada Yayasan Warisan Negeri masih sibuk mempelajari cara-cara menari zapin jincat, alip-alip daripada Abang Bakir, Wak Parmin dan Ramli. Kemudian, YB Samsuri juga mengucapkan tahniah kepada Cikgu Nizam atas usaha gigihnya mengembalikan kegemilangan tarian zapin di kampung Seri Purnama. Pada masa yang sama, beliau berharap supaya Cikgu Nizam turut mengembangkan bahasa dan sastera di kampung itu. Beliau berharap supaya Kampung Seri Purnama akan dijadikan perkampungan bahasa dan sastera. (vii) Masa berlalu begitu pantas. Ai Ling kini sudah berusia 12 tahun. Cikgu Nizam menganggap Ai Ling seperti anaknya sendiri. Tauke Lim dan Mak Cik Kim juga gembira apabila Cikgu Nizam turut mengambil berat akan diri Ai Ling. Namun begitu, pada masa ini, Cikgu Nizam sering mengalami sakit kepala. Cikgu Nizam sering berulang-alik ke hospital. Walau bagaimanapun, dia tetap pergi ke balai raya untuk berlatih kompang dan zapin. Pada suatu petang, Cikgu Nizam membawa Ai Ching dan Ai Ling berkunjung ke Pantai Punggur. Ketika di Pantai Punggur, Ai Ling ingin tahu sama ada Cikgu Nizam mempunyai anak atau tidak. Cikgu Nizam menyatakan bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki yang menetap di Terengganu. Umur anak lelaki Cikgu Nizam sebaya dengan umur Ai Ling. Hampir sepuluh tahun Cikgu Nizam tidak menemui anaknya itu. Ai Ling menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan anak Cikgu Nizam. Ai Ling mahu berkawan dengannya. Pada masa yang sama, Ai Ling turut memberitahu Cikgu Nizam tentang arwah ayah Cikgu Nizam yang selalu memuji Cikgu Nizam. Ayah cikgu Nizam sangat sayang akan Cikgu Nizam kerana kasih sayang yang diberikan oleh Cikgu Nizam kepada ayahnya setanding dengan kasih sayang sepuluh orang walaupun Cikgu Nizam hanyalah seorang anak tunggal. Ketika membiarkan Ai Ling dan Ai Ching bermain-main di tepi pantai, Cikgu Nizam mengelamun sambil menikmati ketenangan ombak dan angin di tepi pantai. Cikgu Nizam berharap supaya dia dapat menjadi manusia biasa yang berkeluarga dan berbahagia selalu tetapi dia sentiasa menghadapi ujian dalam kehidupannya. (viii) Kampung Seri Purnama telah dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim. Dalam bulan ini, program Berkampung Bersama Puisi akan dilancarkan. Ramai penduduk di sekitar kawasan Batu Pahat berminat untuk menyertainya. Yang Berhormat juga telah bersetuju untuk mendeklamasikan puisi pada malam perasmian nanti. Cikgu Nizam pula semakin sibuk membuat persiapan di balai raya. Cikgu Nizam tidak mahu program itu menjadi seperti \u201cmelepaskan batuk di tangga\u201d. Ai Ling juga gigih berlatih mendeklamasikan sajak. Pada masa ini, kesihatan Cikgu Nizam bertambah buruk. Cikgu Nizam hanya mampu bergantung pada ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh doktor untuk menahan kesakitan yang dialaminya. Cikgu Nizam menerima takdir Tuhan dengan tabah jika hidupnya akan berakhir tidak lama lagi. Walaupun Cikgu Nizam menderita kesakitan, Cikgu Nizam berlagak seperti biasa seolah-olah dia sihat. Ai Ling telah datang ke rumah Cikgu Nizam sambil membawa apam balik untuk Cikgu Nizam. Ai Ling memberitahu bahawa dia telah menyelesaikan semua kerja rumahnya ketika menunggu Cikgu Nizam habis bermesyuarat di sekolah. Cikgu Nizam telah menunjukkan manuskrip yang sedang ditulis olehnya kepada Ai Ling. Cikgu Nizam telah berjanji untuk memberikan manuskrip itu kepada Ai Ling sekiranya manuskrip itu siap ditulis. Ai Ling menyatakan bahawa dia mahu menjadi orang pertama membaca manuskrip tersebut. Ai Ling mendapati bahawa muka Cikgu Nizam pucat. Ai Ling beranggapan bahawa Cikgu Nizam sedang sakit. Namun begitu, Cikgu Nizam menafikannya. Cikgu Nizam memberi alasan bahawa dia hanya penat sahaja. Ai Ling juga mendapati bahawa fizikal Cikgu Nizam sudah berubah. Urat-urat di kepala Cikgu Nizam sudah timbul dan tubuhnya juga sudah kurus. Walau bagaimanapun, Cikgu Nizam tetap menyatakan bahawa dia sihat. Ai Ling juga bertanya tentang Aiman kepada Cikgu Nizam. Ai Ling ingin tahu bila Cikgu Nizam akan membawa Aiman ke kampung ini. Ai Ling ingin berkenalan dengannya. Cikgu Nizam ingin menceritakan masalah yang dihadapinya kepada Ai Ling tetapi dia membatalkan hasratnya itu. Cikgu Nizam tidak mahu melibatkan Ai Ling dalam masalah kehidupannya. (ix) Sakit kepada yang dialami oleh Cikgu Nizam semakin kronik. Cikgu Nizam terpaksa menahan kesakitannya itu dengan ubat yang dibekalkan oleh doktor. Pada masa ini, Cikgu Nizam menyelesaikan semua tugasan sebagai guru di sekolah sehingga dia pulang lewat. Ai Ling pula terpaksa menunggunya. Mujur Ai Ling memahami kesibukannya. Pada waktu malam, Cikgu Nizam menunaikan solat sunat. Ketika ini, dia berasa bahawa dirinya dekat dengan Allah. Kerinduannya terhadap Aiman semakin memuncak. Cikgu Nizam sentiasa membayangkan wajah Aiman. Cikgu Nizam menatap potret kecil Aiman dan mendakapkannya ke dada. Cikgu Aiman berharap Aiman datang menemuinya. Cikgu Aiman terus menangis teresak-esak.", "url": "https://karangan.net/komsas-bm-sinopsis-novel-silir-daksina/"}, {"title": "Sinopsis_Novel_Silir_Daksina_Bab_4", "content": "Desakan Hati Haiqal tidak dapat membuat keputusan sama ada ingin ke Johor atau tidak. Haiqal yakin bahawa uminya pasti tidak akan mengizinkan. Haiqal tidak pernah membantah keputusan uminya kecuali sekali. Manuskrip yang dibaca oleh Haiqal mempengaruhinya untuk ke Johor. Haiqal merasakan bahawa manuskrip yang dibaca olehnya merupakan kisah benar. Haiqal yakin bahawa si penghantar manuskrip itu mempunyai sebab yang tersendiri dengan menghantar manuskrip itu kepadanya. Pada malam itu, Haiqal telah keluar untuk bertemu Ratna. Perkara itu menghairankan umi dan walidnya. Ketika bertemu Ratna, Haiqal memberitahu bahawa dia sudah selesai membaca manuskrip tersebut. Haiqal beranggapan bahawa manuskrip itu menceritakan kesunyian dan kesakitan yang ditanggung oleh ayahnya. Kandungan manuskrip dalam manuskrip itu benar-benar merumitkan fikiran Haiqal. Dalam manuskrip itu, watak utamanya ialah seorang penulis. Ratna membuat persamaan antara watak utama manuskrip itu dengan diri Haiqal yang merupakan pelajar yang hebat dalam bidang sastera. Haiqal sering memenangi pertandingan deklamasi puisi peringkat sekolah, johan menulis sajak dan cerpen peringkat negeri. Namun begitu, umi tidak pernah berbangga akan pencapaian Haiqal. Kebencian umi terhadap ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera ayahnya. Haiqal berasa bingung. Haiqal tidak tahu cara untuk dia berhadapan dengan umi dan walidnya. Ratna memberi sokongan kepada Haiqal. Ratna memberitahu bahawa jika niat Haiqal betul, Allah akan menunjukkan jalan penyelesaiannya. Haiqal menyatakan bahawa uminya pernah kecewa dengan keputusan Haiqal yang memilih kelas sastera apabila masuk ke tingkatan enam. Itulah kali pertama Haiqal berkeras dengan uminya. Ratna menasihati Haiqal supaya memikirkan perkara tersebut masak-masak sebelum membuat keputusan. Kemudian, Haiqal memohon diri untuk pulang kerana jam sudah menunjukkan jam 12.00 malam. Haiqal tidak mahu umi dan walidnya bimbang.", "url": "https://karangan.net/komsas-bm-sinopsis-novel-silir-daksina/"}, {"title": "Sinopsis_Novel_Silir_Daksina_Bab_5", "content": "Rindu Haiqal berasa terkilan kerana dia tidak mempunyai kenangan indah bersama dengan ayahnya. Haiqal membelek-belek manuskrip itu sekali lagi. Haiqal ingin kepastian tentang watak Ai Ling yang mungkin memiliki persamaan dengan individu yang bernama Ong See Hwa. Haiqal juga ingin membuat andaian tentang watak Ai Ling yang mungkin watak rekaan ayahnya sahaja. Suasana Kampung Seri Purnama terbayang-bayang di mata Haiqal. Bunyi kompang dan alunan irama zapin seakan-akan kedengaran di telinga Haiqal. Zapin merupakan tarian terkenal di negeri Johor. Haiqal hanya pernah menontonnya di televisyen sahaja. Haiqal tidak pernah memalu kompang apatah lagi menari zapin. Berdasarkan manuskrip tersebut, Haiqal mendapat gambaran bahawa ayahnya handal menari zapin. Perkara itu menyebabkan Haiqal berasa kagum akan kehebatan ayahnya. Jika catatan dalam manuskrip tersebut benar, ayah Haiqal merupakan orang yang hebat. Haiqal berasa rugi kerana dia tidak dapat hidup lama bersama-sama dengan ayahnya. Dunia umi dan walidnya hanyalah butik dan kilang batiknya. Uminya mahu Haiqal mewarisi perniagaan keluarga tetapi Haiqal tidak berminat. Haiqal hanya bekerja di kedai batik uminya di Pasar Payang untuk memenuhi duit poket. Hanya adik tirinya, Nurul Aisyah yang menunjukkan minat dalam perniagaan. Sewaktu ayahnya meninggal dunia tujuh tahun yang lepas, Haiqal tidak dapat mengikut umi dan walidnya menziarahi jenazah ayahnya. Ketika itu, Haiqal sedang menduduki UPSR. Haiqal terpaksa ditenangkan oleh pengawas kerana dia menangis sepanjang masa menjawab soalan peperiksaan. Haiqal berasa hairan kerana dia tidak tahu tentang masalah yang dihadapi oleh ayah dan uminya sehingga menyebabkan mereka berpisah.", "url": "https://karangan.net/komsas-bm-sinopsis-novel-silir-daksina/"}, {"title": "Sinopsis_Novel_Silir_Daksina_Bab_6", "content": "Satu Ketetapan Haiqal telah membuat keputusan yang muktamad. Haiqal ingin pulang ke kampung halaman ayahnya di Johor walaupun dia tidak pernah ke sana. Haiqal menyatakan hasratnya kepada Ratna. Hasrat Haiqal disokong oleh Ratna. Sebagai sahabat, Ratna hanya mampu mendoakan Haiqal agar selamat sampai ke Johor. Ratna menasihati Haiqal supaya menjaga diri apabila berada di tempat orang. Setelah solat maghrib, Haiqal menyuarakan hasrat itu kepada uminya. Seperti jangkaan Haiqal, uminya melarang Haiqal ke Johor kerana ayahnya sudah meninggal dunia. Uminya menyuruh Haiqal menerima kenyataan. Namun begitu, Haiqal berkeras untuk ke Johor kerana dia perlu mengetahui asal usul ayahnya. Haiqal juga ingin melihat peninggalan arwah ayahnya. Umi tetap berkeras melarang Haiqal ke Johor kerana uminya tidak mahu Haiqal menjadi seperti ayahnya yang hanya hidup mengejar bayang-bayang. Uminya juga tidak mahu memberikan wang kepada Haiqal sepanjang Haiqal berada di Johor. Ketika perbalahan itu, walid cuba mententeramkan keadaan. Walid menenangkan Haiqal. Sikap keterbukaan walid menyebabkan Haiqal tidak menganggap bahawa walidnya seperti orang asing. Haiqal memohon maaf kepada walidnya atas kejadian perbalahan tersebut. Walid memberi keizinan kepada Haiqal untuk ke Johor. Pada masa yang sama, walid berjanji akan memberikan wang perbelanjaan sepanjang Haiqal berada di Johor.", "url": "https://karangan.net/komsas-bm-sinopsis-novel-silir-daksina/"}, {"title": "Sinopsis_Novel_Silir_Daksina_Bab_7", "content": "Perjalanan Yang Jauh Haiqal memulakan perjalanan ke Johor dengan menaiki bas. Tayangan filem lucu di dalam bas tidak menarik minat Haiqal. Wajah Ratna sentiasa bermain-main di mindanya. Ketika di stesen bas, Haiqal berjanji kepada Ratna bahawa dia akan kembali ke Terengganu.Ketika Haiqal keluar dari rumah, uminya langsung tidak menghantarnya. Hanya walid dan Nurul Aisyah sahaja yang menghantarnya ke pintu pagar. Haiqal sempat menjeling ke arah jendela rumahnya tetapi ibunya tidak kelihatan. Walid dan Nurul Aisyah mahu menghantar Haiqal ke stesen bas tetapi Haiqal tidak membenarkan kerana bimbang akan menyakiti hati uminya. Sepanjang perjalanan, Haiqal tertidur. Haiqal hanya tersedar ketika bas berhenti di RnR Kuantan. Haiqal memesan mihun sup dan teh tarik. Walaupun Haiqal tidak berselera untuk makan, tetapi dia terpaksa menelannya kerana perutnya lapar. Kemudian, bas meneruskan perjalanan ke Johor. Sepanjang perjalanan tersebut, Haiqal hanya tidur sepanjang masa kerana dia tidak mahu menempuh perjalanan yang terlalu panjang.", "url": "https://karangan.net/komsas-bm-sinopsis-novel-silir-daksina/"}, {"title": "Sinopsis_Novel_Silir_Daksina_Bab_8", "content": "Tiba Di Kampung Haiqal sampai di stesen Batu Pahat tepat jam 5.30 pagi. Pada waktu itu, hanya kedai mamak sahaja yang dibuka namun, Haiqal belum berselera untuk sarapan pagi. Haiqal menunaikan solat subuh di bilik solat yang terdapat di stesen bas tersebut. Dengan bantuan seorang pengawal keselamatan, Haiqal berjaya mendapatkan teksi menuju ke Kampung Seri Purnama. Pemandu teksi tersebut memperkenalkan dirinya sebagai pak cik Salleh. Sepanjang perjalanan, mereka berbual-bual. Pak cik Salleh sudah menjadi pemandu teksi selama sepuluh tahun. Memandu teksi merupakan kerja samping pak cik Salleh. Pada waktu siang, pak cik Salleh menjadi tukang rumah. Pak cik Salleh membuat dua kerja pada satu hari kerana dia mahu menampung perbelanjaan persekolahan anak-anaknya. Pak cik Salleh menasihati Haiqal supaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah kerana pekerjaan bergaji lumayan pada zaman moden ini memerlukan ijazah. Sepanjang perjalanan itu juga, pak cik Salleh telah menunjukkan pembangunan di kawasan Parit Raja yang dipenuhi dengan kawasan perindustrian. Kawasan ini semakin maju apabila sebuah institusi pengajian tinggi awam telah dibina. Mereka telah sampai di Kampung Seri Purnama. Namun begitu, Haiqal tidak tahu arah tujuannya kerana dia tidak mempunyai alamat rumah ayahnya. Pak cik Salleh bersungguh- sungguh membantunya dengan membawa Haiqal mencari penduduk kampung di situ untuk bertanya tentang kedudukan rumah Abdullah bin Kayan; ayah Haiqal. Kesungguhan pak cik Salleh membuatkan Haiqal terharu. Mereka berhenti di sebuah warung. Haiqal bertanya kepada penebar roti canai tentang rumah arwah Cikgu Abdullah. Apabila Haiqal menyatakan bahawa dirinya ialah anak arwah Cikgu Abdullah, penebar roti canai itu mempelawanya duduk. Haiqal diminta untuk menunggu kedatangan Tauke Ong pada jam 7.30 pagi. Haiwal mempelawa pak cik Salleh untuk bersarapan dengannya tetapi pak cik Salleh menolak kerana dia takut terlambat untuk pergi bertukang. Kemudian, Haiqal membayar tambang kepada pak cik Salleh. Penebar roti canai memperkenalkan dirinya sebagai Sakimin atau lebih dikenali sebagai Wak Min. Isterinya pula dipanggil Mak Menah. Fikiran Haiqal terus bermain-main dengan soalan. Haiqal cuba mengaitkan watak Tauke Lim dengan Tauke Ong. Haiqal tertanya-tanya sama ada Tauke Lim dan Tauke Ong merupakan orang yang sama atau tidak. Ketika Tauke Ong datang bersarapan di warung, Wak Min telah memperkenalkan Haiqal kepada Tauke Ong. Pelanggan-pelanggan lain turut memerhatikan Haiqal. Tauke Ong menyatakan bahawa hajat arwah ayah Haiqal telah tercapai. Selepas bersarapan, Tauke Ong berjanji akan membawa Haiqal ke rumah ayahnya. Rumah tersebut dijaga oleh Tauke Ong. Haiqal berasa lega kerana dia mempunyai tempat untuk bermalam. Tauke Ong telah menghantar Haiqal ke rumah ayahnya. Rumah itu bersih kerana anak Tauke Ong, See Hwa mengemasnya dua hari sekali. Haiqal menyatakan kepada Tauke Ong bahawa dia ke sini kerana manuskrip yang dihantar oleh Ong See Hwa. Tauke Ong memaklumkan bahawa manuskirp itu telah diserahkan kepada Ong See Hwa dua hari sebelum ayahnya meninggal dunia. See Hwa terlalu sayang akan manuskrip itu tetapi dia perlu menyerahkan kepada pewarisnya. Ketika di rumah, Haiqal telah melihat sijil-sijil milik ayahnya; Abdullah Kayan. Haiqal berasa bahawa ayahnya lebih hebat daripada watak yang digambarkan dalam manuskrip tersebut.", "url": "https://karangan.net/komsas-bm-sinopsis-novel-silir-daksina/"}, {"title": "Sinopsis_Novel_Silir_Daksina_Bab_9", "content": "Pertemuan Tauke Ong telah membawa Haiqal ke pekan untuk makan tengah hari. Ketika dalam perjalanan, Tauke Ong menceritakan bahawa setelah kematian ayah Haiqal, dia telah diamanahkan untuk menjaga kebun-kebun ayahnya. Tauke Ong akan menyerahkan kebun- kebun tersebut kepada Haiqal. Pada masa yang sama, ayah Haiqal turut mewariskan wang simpanannya di bank untuk Haiqal. Haiqal mengucapkan terima kasih kepada Tauke Ong kerana menjaga amanah ayahnya. Tauke Ong memberitahu bahawa jasa keluarga ayah Haiqal kepada keluarganya sangat besar. Tauke Ong berkata bahawa hutang budi keluarga ayah Haiqal tidak dapat dibayar sehingga mati. Apabila sampai di kedai makan, Tauke Ong menurunkan Haiqal dan See Hwa di hadapan kedai. Tauke Ong tidak turut serta kerana dia mempunyai urusan lain. Walaupun baru berjumpa, Haiqal dan See Hwa mudah mesra. Haiqal seolah-olah mengenali See Hwa kerana perwatakannya hampir sama seperti yang digambarkan melalui perwatakan Ai Ling. Mereka menikmati kari kepala ikan yang pedas. See Hwa tidak kekok makan dengan menggunakan tangan. Kemudian, See Hwa menceritakan tentang keenakan ikan haruan masak cili api yang dimasak oleh ayah Haiqal. Pada waktu ini, Haiqal berasa sedih kerana tidak mendapat kasih sayang daripada arwah ayahnya. Kasih sayang ayahnya telah dicurahkan kepada See Hwa. Selesai makan tengah hari, mereka ke kedai buku berhampiran. See Hwa membeli novel kegemarannya. See Hwa dan Haiqal meminati penulis yang sama seperti Shahnon Ahmad dan Shakespeer. See Hwa mengatakan bahawa minat Haiqal dan arwah ayahnya adalah sama seperti peribahasa \u201cke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi\u201d. Apabila Haiqal pulang ke rumah, dia berasa rindu akan adik tirinya Nurul Aisyah. Masing-masing berbalas mesej untuk berkongsi perasaan rindu. Pada masa yang sama, Haiqal turut berasa rindu akan Ratna. Haiqal sengaja tidak membalas mesej Ratna kerana mahu membiarkan gadis itu tertunggu-tunggu", "url": "https://karangan.net/komsas-bm-sinopsis-novel-silir-daksina/"}, {"title": "Sinopsis_Novel_Silir_Daksina_Bab_10", "content": "Pusara Tauke Ong telah meminjamkan motosikalnya kepada Haiqal. Motosikal tersebut memudahkan pergerakan Haiqal di kampung. Kemudian, Haiqal menunggang motosikal itu untuk menziarahi pusara ayahnya. Ketika di pusara, Haiqal seolah-olah tidak mahu meninggalkan pusara ayahnya kerana terlalu rindu akan ayahnya. Haiqal membaca surah Yasin untuk roh ayahnya. Selepas menziarahi pusara ayahnya, Haiqal telah berkenalan dengan pak cik Bakar. Ketika itu pak cik Bakar sedang memancing ikan. Pak cik Bakar merupakan orang yang rapat dengan arwah ayah Haiqal. Ketika kali pertama pak cik Bakar melihat Haiqal, pak cik Bakar seolah-olah melihat arwah ayah Haiqal. Pak cik Bakar mempelawa Haiqal untuk datang ke rumahnya bila-bila masa. Rumahnya tidak jauh dari rumah Tauke Ong. Selepas bersolat magrib dan isyak di masjid, Haiqal menuju ke warung untuk makan kerana dia belum makan lagi sejak petang tadi. Haiqal dan Mak Menah berbual-bual tentang pelajaran dan pemuda-pemuda di Kampung Seri Purnama yang majoritinya bekerja di kilang di pekan dan menunggu keputusan SPM. Ada empat orang pemuda yang menganggur. Mak Menah memberitahu bahawa pemuda-pemuda di kampung ini suka berlonggok dan bersembang. Ada juga yang suka menunggang motosikal ke sana ke mari membuang masa. Keadaan itu tidak berlaku ketika arwah ayah Haiqal masih hidup kerana banyak aktiviti boleh dilakukan. Pak cik Bakar telah datang ke warung diikuti oleh Haji Salim dan Wak Arif. Mereka menyatakan bahawa golongan pemuda di kampung sudah tidak meminati muzik dan tarian tradisional. Kumpulan zapin juga sudah tidak aktif selama 7 tahun. Selepas kematian ayah Haiqal, seorang demi seorang orang ahli kumpulan zapin yang pandai menari meninggal dunia. Ketika di warung, Haiqal berasa kagum dengan budaya sopan santun yang diamalkan oleh golongan pemuda kampung itu. Mereka akan bersalaman dengan semua pengunjung warung sebelum duduk di tempat masing-masing. Perbualan antara Haiqal dan pak cik Bakar berterusan sehingga ke rumah pak cik Bakar. Perwatakan Haiqal sama seperti ayahnya yang lebih suka berbual di luar rumah sahaja. Pak cik Bakar mengatakan bahawa ayah Haiqal merupakan seorang yang tabah. Ayah Haiqal cuba untuk membawa Haiqal tinggal bersama-samanya tetapi gagal. Haiqal menyatakan hasrat sebenarnya berkunjung ke kampung ini. Antara hasratnya termasuklah untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah hidup ayahnya. Pak cik Bakar memberitahu Haiqal bahawa hubungan antara ayah Haiqal sangat unik kerana ayahnya menganggap bahawa See Hwa seperti Haiqal.", "url": "https://karangan.net/komsas-bm-sinopsis-novel-silir-daksina/"}, {"title": "Sinopsis_Novel_Silir_Daksina_Bab_11", "content": "Suasana Baharu Haiqal sudah berada di Kampung Seri Purnama selama seminggu. Tauke Ong telah menyerahkan wang simpanan dan wang hasil jualan kelapa sawit semenjak ayah Haiqal meninggal dunia. Jumlah wang tersebut adalah banyak. Namun begitu, Haiqal memberitahu Tauke Ong bahawa kehadirannya bukanlah untuk menuntut harta. Haiqal tidak mahu kehadirannya di kampung itu disalah anggap oleh Tauke Ong. Pada masa yang sama, Haiqal mengucapkan terima kasih kepada Tauke Ong kerana menguruskan harta peninggalan arwah ayahnya. Tauke Ong memberitahu bahawa dia hanya menjalankan amanah arwah ayah Haiqal. Tauke Ong juga memberitahu bahawa jasa keluarga ayah Haiqal sangat besar kepada keluarga Tauke Ong. Sebelum meninggal dunia, arwah ayah Haiqal telah berpesan supaya menyerahkan semua wang simpanan dan kebun kelapa sawitnya kepada Haiqal jika Haiqal datang ke Kampung Seri Purnama. Tauke Ong juga telah menyerahkan pengurusan kebun kelapa sawit peninggalan arwah ayah Haiqal kepada Haiqal. Pada mulanya, Haiqal mahu Tauke Ong menguruskannya seperti biasa tetapi Tauke Ong tetap mahu Haiqal mengusahakannya. Haiqal tidak tahu menguruskan kebun kelapa sawit. Oleh itu, Tauke Ong mahu Haiqal belajar menguruskannya daripada Abang Bidin dan Abang Salleh. Apabila Haqal melanjutkan pelajaran, barulah Tauke Ong akan mengambil alih semula tugas mengurus kebun kelapa sawit. Haiqal telah berkenalan dengan Abang Bidin dan Abang Salleh ketika kali pertama Haiqal sampai di warung. Abang Bidin dan Abang Salleh merupakan bekas tentera. Selepas bersara, mereka sepakat untuk mengambil upah memetik buah kelapa sawit dan menguruskan kebun kelapa sawit. Upah yang diambil oleh mereka dikiran berdasarkan jumlah tan buah kelapa sawit. Semakin berat buah kelapa sawit, semakin banyaklah upah yang akan diperolehi mereka. Haiqal telah bersetuju untuk mengupah Abang Bidin dan Abang Salleh kerana mereka mahir melakukan kerja. Kebun-kebun yang dikerjakan oleh mereka juga bersih. Hampir seminggu Haiqal berada di kampung Seri Purnama, Haiqal telah berkenalan dengan ramai pemuda di kampung itu. Antaranya termasuklah Lazim yang sedang menunggu keputusan STPM seperti Haiqal. Bezanya, Lazim belajar dalam bidang ekonomi manakala Haiqal belajar dalam bidang kesusasteraan Melayu. Lazim bekerja di kilang tekstil di pekan sementara menunggu keputusan SPM. Pada waktu lapang, Lazim memancing ikan puyu di sungai. Ikan-ikan puyu tersebut dikumpulkan di dalam tempayan. Apabila ikan semakin bertambah, Lazim menjualnya di pekan. Ketika Lazim bermalam di rumah Haiqal, Lazim telah bercadang untuk membawa Haiqal ke balai raya pada esok petang kerana di sana kenangan ayah Haiqal sangat banyak. Asalnya, balai raya tersebut adalah sunyi tetapi sejak kedatangan ayah Haiqal, balai raya tersebut semakin meriah dengan aktiviti kebudayaan. Lazim juga memberitahu bahawa dia pandai menari zapin. Haiqal menggunakan kesempatan itu untuk menyuruh Lazim mengajarnya menari zapin. Pada masa yang sama, Lazim menyuruh Haiqal mengenali See Hwa dengan lebih dekat kerana See Hwa ialah orang yang paling rapat dengan arwah ayah Haiqal. Selain itu, ayah Haiqal mencurahkan kasih sayangnya kepada See Hwa. Selepas menunaikan solat subuh, See Hwa mempelawa Haiqal untuk bersarapan bersama-sama dengan Tauke Ong di pekan. Mereka bersarapan di kedai lontong Haji Halim. Lontong di situ benar-benar enak. Selepas Tauke Ong membayar harga makanan dan minuman, dia sengaja membiarkan See Hwa dan Haiqal berbual-bual. See Hwa berkongsi kisah hidupnya bersama-sama ayah Haiqal. See Hwa menyatakan bahawa sesiapa yang rapat dengan ayah Haiqal, orang itu akan sentiasa beranggapan bahawa ayah Haiqal seolah-olah masih hidup. See Hwa memberitahu bahawa dia bukanlah orang yang layak untuk ayahnya mencurahkan kasih sayang. See Hwa juga yakin bahawa Haiqal benar-benar wujud pada masa itu. Kemudian, Haiqal mengucapkan terima kasih kepada See Hwa kerana membahagiakan ayahnya.", "url": "https://karangan.net/komsas-bm-sinopsis-novel-silir-daksina/"}, {"title": "Sinopsis_Novel_Silir_Daksina_Bab_12", "content": "Rahsia Balai Lama Lazim dan See Hwa telah membawa Haiqal berkunjung ke balai raya. Di dalam balai raya, terdapat sebuah bilik bacaan yang diusahakan oleh arwah ayah Haiqal. Menurut See Hwa dan Lazim, bilangan buku di bilik bacaan tersebut semakin berkurangan kerana sebilangan peminjam buku tidak memulangkan buku. Bilik bacaan tersebut adalah bersih dan kemas kerana See Hwa secara sukarela datang seminggu sekali untuk mengemas bilik bacaan tersebut. Kemudian, Lazim menunjukkan ruang pameran Abdullah Kayan. Di sini, Lazim melihat biodata ayahnya; Abdullah Kayan. Biodata tersebut memaparkan sumbangan dan pencapaian arwah ayahnya yang sangat hebat dalam bidang kesusasteraan. Selain itu, banyak gambar arwah ayahnya dipamerkan. Lazim menyatakan bahawa arwah Abdullah bin Kayan sangat hebat dalam tarian zapin. Kemudian, Lazim menunjukkan buku-buku yang ditulis oleh ayahnya tersimpan dalam bilik bacaan tersebut. Haiqal ingin tahu maksud Aksara seperti yang tertulis dalam manuskrip tersebut. See Hwa memberitahu bahawa Aksara ialah Akademi Sastera Rakyat. Idea untuk menghidupkan kembali kumpulan zapin telah tercetus selepas kunjungan Haiqal ke balai raya lama tersebut. Tanpa berlengah, Haiqal menyuarakan hasrat tersebut kepada pak cik Bakar, Haji Salim dan Wak Arif. Haiqal menaruh harapan supaya mereka dapat membantu Haiqal. Haji Salim memberitahu bahawa pemuzik tarian zapin masih hidup. Namun begitu, penari zapin yang tinggal hanyalah tiga orang sahaja. Walau bagaimanapun, mereka sudah tua. Semangat yang ditunjukkan oleh Haiqal sama seperti semangat yang ditunjukkan oleh arwah ayahnya dahulu. Pak cik Bakar memberi cadangan supaya perkara ini dibincangkan terlebih dahulu bersama-sama dengan ketua kampung. Pak cik Bakar memaklumkan bahawa cadangan Haiqal bukanlah cadangan yang perlu dibuat secara sambalewa sahaja. Haiqal sudah berada di kampung Seri Purnama selama sebulan lebih. Haiqal dilayan dengan baik oleh penduduk kampung. Haiqal percaya bahawa jika dia bukan anak Abdullah bin Kayan, penduduk kampung tersebut akan tetap melayannya dengan baik. Perasaan rindu akan Pantai Timur juga turut lahir dalam hati Haiqal. Walaupun Haiqal selalu menghubungi Nurul Aisyah dan Walid, dia belum lagi menghubungi uminya. Walid memberitahu bahawa uminya masih terkilan dengan tindakan Haiqal. Namun begitu, Haiqal telah menetapkan niatnya untuk meneruskan usaha menghargai perjuangan ayahnya. Pada masa yang sama, Haiqal juga mempunyai hak untuk menyayangi ayah kandungnya sendiri. Haiqal berdoa supaya uminya akan memahami tindakannya pada suatu hari nanti. Haiqal juga mengenali ayahnya daripada See Hwa. Gadis itu banyak menyimpan kenangan bersama-sama dengan ayahnya. See Hwa juga menyimpan koleksi buku yang ditulis oleh ayah Haiqal. See Hwa berjanji untuk meminjamkan koleksi buku tersebut kepada Haiqal.", "url": "https://karangan.net/komsas-bm-sinopsis-novel-silir-daksina/"}, {"title": "Sinopsis_Novel_Silir_Daksina_Bab_13", "content": "Sinar Harapan Haiqal berasa lega apabila Haji Jamil iaitu Ketua Kampung Seri Purnama telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk membincangkan cadangan Haiqal untuk menghidupkan kembali kumpulan zapin. Pada petang itu, Haiqal telah ke rumah Tauke Ong. See Hwa berjanji akan menyerahkan koleksi buku yang ditulis oleh arwah ayah Haiqal. See Hwa menjalankan amanah arwah ayah Haiqal yang mahu koleksi buku itu diserahkan kepada Haiqal. Puan Khei telah menyediakan pisang goreng dan teh pada petang itu. Mereka minum petang bersama- sama. Haiqal berasa kagum akan See Hwa yang bukan sahaja cantik, malah seorang gadis yang berbudi bahasa dan fasih berbahasa Melayu. Ketika Tauke Ong pulang, dia menyertai Haiqal, See Hwa dan Puan Khei minum petang. Kemudian, Tauke Ong memuji cadangan Haiqal yang mahu menghidupkan semula kumpulan zapin di kampung itu. Walau bagaimanapun, Haiqal berasa bimbang jika cadangannya akan menyusahkan penduduk kampung. Tauke Ong menasihati Haiqal supaya tidak berasa bimbang kerana Tauke Ong sangat yakin bahawa penduduk kampung pasti akan bersetuju dengan cadangan Haiqal. Jika cadangan itu tidak diterima, sudah tentulah warisan budaya itu akan lenyap. Tauke Ong memberitahu bahawa ada beberapa orang anak muda di kampung itu yang mahir menari zapin tetapi mereka malu untuk menunjukkan kebolehan mereka. Layanan mesra yang diberikan oleh keluarga Tauke Ong terhadap diri Haiqal membuatkan Haiqal membuatkan diri Haiqal berasa terharu. Haiqal juga tidak merasakan dirinya sebagai orang asing apabila bergaul dengan keluarga Tauke Ong. Oleh sebab itu, Haiqal berasa selesa untuk meluahkan masalahnya kepada See Hwa. Haiqal telah menceritakan masalah antara dirinya dengan uminya. See Hwa mengerti akan masalah yang melanda Haiqal. See Hwa menasihati Haiqal supaya tabah menghadapi dugaan itu. See Hwa menasihati Haiqal supaya tidak mensia-siakan bakat menulisnya. Menurut kata arwah ayah Haiqal, orang yang mensia-siakan bakat yang dikurniakan oleh Tuhan ibarat mengkhianati bakat itu. See Hwa memberi galakan kepada Haiqal untuk terus menulis. Kemudian, See Hwa menceritakan kisah ayah Haiqal yang sentiasa menjadikan See Hwa sebagai orang pertama yang akan membaca manuskrip yang telah siap dikarang terutamanya mansukrip cerpen dan novel kanak-kanak. Haiqal menghabiskan masa di kampung dengan melihat Abang Bidin dan Abang Salleh bekerja di kebun kelapa sawit. Selain itu, Haiqal turut menghabiskan masanya membaca novel-novel dan antologi cerpen yang ditulis oleh ayahnya. Apabila membaca cerpen yang ditulis oleh ayahnya, Haiqal mendapati bahawa cerpen yang ditulis bertemakan kisah keguruan, kehidupan masyarakat setempat dan kebudayaan. Pada masa ini, Haiqal dapat menyelami jiwa ayahnya sebagai penulis. Haiqal sangat mengagumi bakat menulis yang ada pada diri ayahnya. Tauke Ong juga sentiasa mengajaknya mengelilingi kampung sebelah untuk meraih hasil tani penduduk-penduduk kampung itu. Tauke Ong membeli hasil tani secara tunai. Menurut Tauke Ong, dia tidak suka berhutang. Pada masa yang sama, berniaga perlu jujur. Ketika Haiqal asyik membaca, pak cik Bakar datang ke rumah Haiqal untuk mengundang Haiqal ke balai raya. Mereka akan bermesyuarat pada malam itu. Pak cik Bakar meminta Haiqal untuk mempelawa See Hwa dan Tauke Ong untuk turut hadir dalam mesyuarat itu. Haiqal menghitung hari keputusan STPM yang akan diumumkan. Tempohnya tinggal sebulan sahaja lagi. Haiqal tidak pasti ke mana arah tujuannya selepas ini. Uminya benar- benar mahu Haiqal meneruskan pelajaran dalam bidang perniagaan malah uminya bercadang mahu menghantar Haiqal belajar di luar negara. Uminya mahu Haiqal mewarisi perniagaan batik. Namun begitu, Haiqal lebih suka untuk menjadi guru seperti arwah ayahnya. Haiqal bertegas untuk menjadi dirinya sendiri. Setelah bermesyuarat, mereka telah membuat keputusan untuk menerima cadangan Haiqal yang mahu menghidupkan kembali kumpulan zapin D\u2019Purnama. Haji Jamil juga turut menyatakan bahawa usaha ini dapat mengingati jasa-jasa Cikgu Abdullah yang besar terhadap Kampung Seri Purnama. Usaha Cikgu Abdullah telah mengharumkan nama kampung Seri Purnama. Haji Jamil juga memaklumkan bahawa Yang Berhormat Datuk Syaiful Azizi, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu jug akan hadir sebagai tetamu kehormat. Dalam mesyuarat itu, mereka telah mengagih-agihkan tugas. JKKK lelaki ditugaskan untuk mengetuai bahagian memasang balai, seranta, memasang sistem pembesar suara manakala ahli JKKK wanita ditugaskan untuk menyediakan juadah jamuan. Tauke Ong telah bermurah hati untuk menaja jamuan untuk majlis itu. Mereka mempunyai masa hanya sebulan sahaja lagi untuk membuat persiapan. Setelah bermesyuarat, mereka tidak terus pulang tetapi berbual-bual di bahagian beranda balai raya. Pak cik Bakar memaklumkan bahawa balai raya ini merupakan pusat aktiviti kebudayaan dan sastera di kampung ini. Pada masa yang sama, balai raya ini menyimpan banyak kenangan tentang kumpulan zapin D\u2019Purnama dan Aksara. Setelah Cikgu Abdullah meninggal dunia, usaha untuk menghidupkan kumpulan zapin itu tetap dilakukan. Malangnya, masing-masing bagaikan kehilangan arah tujuan lebih-lebih lagi ada orang kuat D\u2019Purnama yang telah meninggal dunia. Pak cik Bakar memberitahu bahawa sambutan terhadap Aksara sangat menggalakkan tetapi setelah kematian Cikgu Abdullah, Aksara terbiar begitu sahaja. Cikgu Abdullah merupakan orang yang sangat berpengaruh di kampung ini. Ketokohannya dalam bidang kesusasteraan diiktiraf oleh kerajaan negeri.", "url": "https://karangan.net/komsas-bm-sinopsis-novel-silir-daksina/"}, {"title": "Sinopsis_Novel_Silir_Daksina_Bab_14", "content": "Mencari Keserasian Haiqal banyak menghabiskan masa malamnya dib alai raya untuk persiapan persembahan zapin. Balai dan pentas sudah dipasang di hadapan balai raya. Haji Salim yang sudah berusia masih hebat memetik gambus. Wak Arif pula memalu gendang panjang dengan penuh bertenaga. Pak cik Bakar dan dua orang rakannya memalu gendang marwas. Haji Salim menyanyikan lagu Gholiyabu dalam bahasa Arab. Suara serak-serak garau Haji Salim sangat merdu untuk didengari. Haiqal memberanikan diri bermain tamborin. Haiqal berasa seronok bermain tamborin. Latihan zapin bertambah meriah apabila Wak Parmin, Abang Ramlan, Wan Seman dan Haji Selamat turut menarikan zapin jincat. Tauke Ong menyuruh Haiqal mencuba untuk menari zapin. Tauke Ong menyuruh Haiqal mempelajarinya daripada pak cik Bakar. Haiqal cuba menolak kerana kehadirannya di sini bukan untuk belajar zapin tetapi dia ingin merasai suasana suasana kehidupan ketika ayahnya masih hidup. Namun begitu, Haiqal terpaksa menerima pelawan untuk belajar menari zapin apabila Pak Cik Bakar, Haji Selamat, Wak Parmin, Abang Ramlan dan Wak Seman bersungguh-sungguh mahu mengajarnya. Haiqal bimbang kerana jika Haiqal menolak sudah tentu mereka akan berkecil hati. Pak Cik Bakar mengajar Haiqal dengan tekun. Gerakan Haiqal masih keras. Haiqal juga berasa penat. Sekarang, barulah Haiqal benar-benar faham bahawa tarian zapin memerlukan kecergasan untuk menarikannya. Hampir pukul 12.00 tengah malam, barulah mereka bersurai. Sebelum pulang, mereka minum di warung Wak Min. Di warung, Haiqal telah diajarkan tarian zapin secara teori. Haiqal mengakui bahawa tarian zapin memang memenatkan tetapi sangat unik! Haiqal turut berasa kesal kerana anak-anak muda di kampung ini seperti tidak meminati tarian zapin kerana tidak ada seorang anak muda yang sudi menjengah walaupun mereka sudah mula berlatih beberapa hari yang lalu. Menurut Pak Cik Bakar, anak-anak muda di kampung ini ibarat \u201changat-hangat\u201d tahi ayam, Sebagai contohnya, kumpulan kompang yang dianggotai oleh anak-anak muda pun turut berkubur. Punca perkara ini berlaku kerana tidak ada minat dalam diri mereka. Haiqal menerangkan bahawa dia suka tinggal di kampung ini kerana kekayaan budayanya. Pak Cik Bakar memaklumkan bahawa ayah Haiqal merupakan seorang lelaki yang tabah dan mempunyai keinginan luar biasa. Ayah Haiqal sanggup berpisah dengan umi Haiqal kerana kecintaannya terhadap kebudayaan di kampung ini. Arwah ayah Haiqal tidak mahu tarian zapin ini lenyap. Haiqal kemudiannya menceritakan kisah yang tertulis dalam manuskrip tersebut termasuklah watak-wataknya juga. Haiqal bertanya kepada Pak Cik Bakar sama ada See Hwa pandai menari zapin atau tidak. Sebenarnya, Haiqal masih ragu-ragu sama ada Ai Ling yang terdapat dalam manuskrip ayahnya merupakan See Hwa dalam dunia sebenar. Haiqal juga tidak pasti sama ada watak Ai Ling merupakan imaginasi ayahnya sahaja untuk menguatkan jalan cerita atau watak yang benar-benar wujud. Pak Cik Bakar meminta Haiqal menggunakan peluang yang ada untuk mengenali See Hwa. Tauke Ong mengatakan bahawa Haiqal mempunyai kebolehan semula jadi dalam tarian zapin walaupun tarian Haiqal masih sumbang. Lazim yang sudah lama tidak menari mudah menangkap gerak tari zapin itu semula. Haiqal berasa malu kerana dirinya menjadi tumpuan ketika berlatih zapin. Sekarang, beberapa orang anak muda sudah mula melihat mereka berlatih menari zapin. Walaupun mereka tidak bermain alat muzik atau menari zapin, kehadiran mereka merupakan satu sokongan moral kepada kumpulan zapin D\u2019 Purnama. Haiqal mengakui bahawa Lazim merupakan seorang penari zapin jincat yang hebat. Haiqal yakin bahawa Lazim dapat mengekalkan kumpulan D\u2019Purnama. Namun begitu, Lazim tidak boleh bergerak seorang diri. Lazim memerlukan sokongan daripada beberapa orang anak muda kampung itu yang mewarisi kemahiran yang sama. Haiqal sering tidur lewat sejak akhir-akhir ini. Haiqal teringatkan kata Lazim, Pak Cik Bakar dan juga manuskrip yang ditulis oleh arwah ayahnya. Haiqal perlu mencari peluang untuk mengenali See Hwa. Namun begitu, Haiqal tidak mahu emosi See Hwa terganggu tambahan pula See Hwa sedang belajar di kolej. Haiqal mengakui bahawa See Hwa seorang gadis yang agak unik. Keunikan See Hwa disebabkan oleh dia membesar dalam kelompok masyarakat Melayu dan hanya warna kulit sahaja yang menunjukkan See Hwa berbangsa Cina. Pada waktu petang, See Hwa mengajak Haiqal bersiar-siar di tepi pantai. Peluang keemasan ini digunakan oleh Haiqal untuk mengenali See Hwa dengan lebih dekat. See Hwa memberitahu bahawa pantai tersebut menyimpan banyak kenangan bersama-sama dengan arwah ayah Haiqal. Pantai ini juga sangat istimewa untuk arwah ayah Haiqal. Menurut See Hwa, di pantai ini, arwah ayah Haiqal bercerita tentang diri Haiqal. See Hwa menambah, jika Haiqal tidak pulang ke kampung ini, dia pasti akan ke Terengganu untuk mencarinya. Haiqal juga menyatakan kehairanan tentang manuskrip tersebut yang tidak diselesaikan. Cerita dalam manuskrip itu tergantung di pertengahan jalan. See Hwa memberitahu bahawa hanya arwah ayah Haiqal dan Haiqal sahaja yang mempunyai jawapannya. Tugas See Hwa hanyalah menyampaikan manuskrip itu kepada Haiqal. See Hwa memberitahu bahawa dia suka melihat Haiqal menari. Menurut Tauke Ong, kehebatan Haiqal menari zapin sama seperti arwah Abdullah bin Kayan. See Hwa meminta Haiqal untuk menari zapin dengan Lazim pada minggu depan. See Hwa yakin bahawa orang kampung pasti akan menyukainya. Haiqal inginkan kepastian sama ada See Hwa pandai menari zapin atau tidak. Namun begitu, See Hwa hanya tersenyum sahaja dan tidak memberi apa-apa jawapan. Apabila hari beransur senja, mereka berdua pulang ke rumah masing- masing.", "url": "https://karangan.net/komsas-bm-sinopsis-novel-silir-daksina/"}, {"title": "Sinopsis_Novel_Silir_Daksina_Bab_15", "content": "Tetamu Istimewa Haji Jamil gembira apabila melihat persiapan yang telah dibuat oleh penduduk kampung. Pak Cik Bakar, Haji Salim dan Wak Arif ialah orang yang paling sibuk pada malam itu. Haiqal juga turut membantu. Haiqal menyusun kerusi-kerusi plastik manakala See Hwa mengemas bahagian dalam balai raya agar kelihatan cantik dan berseri. Sebilangan penduduk kampung bergotong-royong di belakang balai raya. Mereka memasak makanan untuk hidangan para tetamu pada malam ini. Seminggu sebelum acara ini berlangsung, Haiqal telah memaklumkan kepada walidnya tentang majlis pada hari ini. Haiqal meminta walid, umi dan Nurul Aisyah mendoakan Haiqal dapat membuat persembahan yang terbaik. Ketika mereka sibuk membuat persiapan, Lazim telah ditimpa kemalangan ketika pulang dari tempat kerja. Peristiwa itu hampir mematahkan semangat mereka. Walaupun kecederaan yang dialami oleh Lazim tidak parah, luka-luka di kakinya perlu dijahit dan sudah tentulah Lazim tidak dapat menari zapin pada malam ini. Mereka perlu mencari pengganti Lazim dengan segera kerana tarian zapin akan terjejas jika bilangan penari tidak cukup. Haji Salim mencadangkan supaya See Hwa menggantikan tempat Lazim. Haiqal terkejut dengan cadangan itu. Haji Salim menyuruh Haiqal memujuk See Hwa supaya menari zapin dengannya. Haiqal ragu-ragu dengan kebolehan See Hwa tetapi Haji Salim memberitahu bahawa See Hwa ialah pengerusi kelab tarian tradisional di kolejnya. Haiqal telah ke rumah See Hwa untuk memujuk See Hwa menari zapin. Haiqal terkejut apabila See Hwa sedang menggosok pakaian zapin. See Hwa dan Lazim sebenarnya ingin membuat kejutan kepada Haiqal. See Hwa dan Lazim akan menari zapin untuk dipersembahkan kepada Haiqal. Rancangan ini ialah rancangan Pak Cik Bakar dan Haji Salim. Namun begitu, rancangan itu tidak dapat dilakukan kerana Lazim terlibat dalam kemalangan. Haiqal mempelawa See Hwa untuk menari zapin bersama-samanya. Haiqal benar-benar berharap supaya See Hwa dapat menari zapin bersama-samanya. Persembahan zapin D\u2019Purnama berjalan dengan lancar. Haiqal dapat mempersembahkan tarian zapinnya dengan baik walaupun ada perasaan gementar dalam hatinya. Beberapa orang warga emas yang mengalirkan air mata apabila menyaksikan tarian Haiqal. Lazim juga turut hadir pada malam itu walaupun terpaksa dipapah oleh rakan- rakannya. Ketika lagu Anak Ayam dimainkan, YB Datuk Syaiful Azizi meminta Haiqal dan See Hwa sekali lagi menari berpasangan. YB sangat terpesona melihat kelembutan gerak tari See Hwa dan Haiqal.", "url": "https://karangan.net/komsas-bm-sinopsis-novel-silir-daksina/"}, {"title": "Sinopsis_Novel_Silir_Daksina_Bab_16", "content": "Bermulalah Episod Haiqal merasakan bahawa hidupnya sangat serasi di Kampung Seri Purnama. Haiqal turut merasakan bahawa silir daksina (angin selatan) seolah-olah mendakap tubuhnya dan tidak mahu melepaskannya. Haiqal perlu berani membuat keputusan. Haiqal tidak mampu untuk membahagiakan semua orang tetapi dia juga tidak mahu untuk melakukan insan-insan yang menyayanginya terutamanya umi. Haiqal telah membuat keputusan untuk meninggalkan Semenanjung Malaysia. Haiqal telah melanjutkan pelajaran di sebuah university di Bumi Kenyalang (Sarawak). Haiqal percaya bahawa dendam umi terhadap ayahnya telah hilang apabila umi datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari zapin jincat pada malam persembahan D\u2019Purnama. Tambahan pula, umi mengajak walid ke kubur ayah. Haiqal melihat umi menangis di kubur ayahnya. Umi telah sedar bahawa darah Abdullah bin Kayan turut mengalir dalam tubuh Haiqal. Ratna telah menyepikan diri apabila Haiqal pulang ke Terengganu. Sebenarnya, Ratna telah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan muda yang sanggup menjadi rakan kongsinya. Ketika Haiqal mahu pulang ke Terengganu, Tauke Ong sempat memberitahunya bahawa ada seseorang yang istimewa sedang menunggu Haiqal di Kampung Seri Purnama. Tauke Ong berharap agar Haiqal kembali ke kampung Seri Purnama. Haiqal tidak memberikan harapan dan dia hanya mampu tersenyum. Haiqal perlu menjadi seperti ayahnya untuk menghidupkan Aksara kembali. Walau bagaimanapun, Haiqal sedar bahawa ilmu dan pengalamannya belum cukup untuknya memimpin Akasara. Manuskrip lama milik arwah ayah Haiqal masih berada dalam simpanannya. Kandungan manuskrip itu masih belum berubah. Pada suatu malam, Haiqal menghantar pesanan ringkas kepada See Hwa. Haiqal memberitahu bahawa dia akan mencari jejak Abdullah bin Kayan dan jika See Hwa benar-benar seperti Ai Ling, Haiqal juga akan menjejakinya. Silir daksina (angin selatan) benar-benar mententeramkan jiwa Haiqal. Komsas tingkatan lima: NotaNovel Silir Daksina", "url": "https://karangan.net/komsas-bm-sinopsis-novel-silir-daksina/"}] |