peribahasa
stringlengths 7
113
| maksud
stringlengths 4
381
| contoh_ayat
stringlengths 31
271
⌀ |
---|---|---|
ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang | Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan | null |
ada angin | Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu. | Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia marah-marah. |
ada angin, ada pohonnya | Setiap kejadian pasti ada sebab-sebabnya (asal mulanya). | null |
ada angin, ada pokoknya | Setiap kejadian pasti ada mulanya. | null |
ada bakat | Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya. | Izzah ada bakat menjadi penulis novel. |
ada bangkai, adalah hering | Di mana ada perempuan jahat tentu ada laki-laki yang jahat pula | null |
ada batang mati, adalah cendawan tumbuh | Di mana tempat saja kita tinggal akan ada nafkah kita | null |
ada batang, cendawan tumbuh | Di mana juga kita duduk ada rezeki kita | null |
ada beras taruh dalam padi, ada ingat taruh dalam hati | Kalau ada sesuatu cita-cita yang diinginkan tidak perlulah dikhabarkan kepada orang sebelum dikerjakan | null |
ada beras, taruh dalam padi | Rahsia hendaklah disimpan dengan baik | null |
ada berjumbaian air dengan … | Ada kena-mengena dengan .. | null |
ada bernasi di balik kerak | Masih ada sesuatu yang belum selesai. | null |
abu Jahal | Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan. | Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan. |
abu Nawas | Orang yang suka berhelah. | Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu. |
abui mata | Orang yang pandai membuat tipu helah supaya orang lain tidak tahu perkara yang sebanarnya. | Dua orang warga asing itu berpura-pura bersembahyang di masjid untuk mengabui mata pegawai-pegawai polis yang meronda untuk mengesan pendatang tanpa izin. |
ada air adalah ikan | Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki. | Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah ikan. |
ada air, ada ikan | Di mana pun kita duduk, ada rezeki | null |
ada akal | Cara menyelesaikan sesuatu masalah. | Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi ayahnya. |
ada berudang di balik batu | Maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perkataan atau perbuatan | null |
ada biduk, serempu pula | Tidak puas dengan apa yang ada | null |
ada bukit, ada paya | Sama ada baik atau jahat; miskin atau kaya | null |
ada can | Ada peluang. | Kakitangan yang rajin ada can dinaikkan gaji. |
ada gaya | Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya. | Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi dan tampan. |
ada gula ada semut | Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai orang berkumpul. | Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan, seperti kata peribahasa ada gula adalah semut. |
abang angkat | Lelaki yang telah diakui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya. | Siti mempunyai seorang abang angkat bernama Ahmad. |
abang ipar | Suami kepada kakak sendiri, abang kepada isteri atau suami. | Anwar ialah abang ipar Abdullah. |
abang kandung | Abang yang seibu sebapa. | Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia. |
abang tiri | Anak abang tiri atau ibu tiri yang umurnya lebih tua daripada kita. | Anak lelaki isteri baru ayah menjadi abang tiri kami. |
abu angin | Telah musnah sama sekali. | Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Jepun. |
abu Dajal | Pengganggu | Selagi ada Abu Dajal di tepi jalan itu, tiada seorang gadis pun yang berani lalu di situ. |
ada pun buah peria itu kalau ditanam di atas batas sakar dan dibaja dengan madu, lagi disiram dengan manisan … | Orang yang tabiatnya jahat dan tidak akan dapat diperbaiki lagi | null |
ada rezeki | Ada peluang yang baik. | null |
ada riak | Ada tanda-tanda akan jadi sesuatu. | null |
ada rotan, ada duri | Tentu adanya kesusahan semasa dalam kesenangan | null |
ada sampan hendak berenang | Sengaja menyusahkan diri. | null |
ada sengat | Berkuasa | null |
ada jarum hendaklah ada benangnya | Tiap-tiap suatu itu mesti ada berkasnya | null |
ada kemenyan sebesar lutut, tidak dibakar tak akan berbau | Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. | null |
ada kerak, ada nasi | Tiap-tiap suatu kejadian itu tentu ada bekasnya | null |
ada laut, ada perampok | Tiap-tiap suatu benda atau perkara mesti ada pasangannya | null |
ada nasi di balik kerak | Masih ada lagi sesuatu perkara yang belum disiapkan | null |
ada nyawa ada rezeki | Selagi masih hidup, mesti dapat rezeki | null |
ada seperti tampaknya apung-apung | Barang yang dihayati telah muncul tetapi tidak pasti sama ada boleh memiliki | null |
ada sirih hendak makan sepah | Ada yang baik hendakkan yang buruk | null |
ada tangga hendak memanjat tiang | Menjalankan sesuatu dengan tidak menurut aturannya | null |
ada taring | Berkuasa | null |
ada padang, ada belalangnya | Ada negeri tentulah ada rakyatnya | null |
ada padi masak, adalah pipit | Orang suka berkumpul di tempat yang mudah mendapat rezeki | null |
ada ubi ada batas, ada budi ada balas | Kebaikan yang dilaku akan dibalas dengan kebaikan | Mak Cik Limah menjaga rumah Encik Yahya ketika dia ke luar negara. Sebagai balasa, Encik Yahya menghadiahkan sehelai kain kepadanya, ibarat ada ubi ada batas, ada budi ada balas. |
ada ubi ada batas, ada hari boleh balas | Perbuatan yang jahat akhirnya akan mendapat balasan juga. | Zaidi membiarkan Rosman mengatanya kerana dia sedar bahawa ada hujan ada panas, ada hari boleh balas. |
ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras | Sesuatu pekerjaan itu akan dilakukan dengan cepat dan sempurna jika menpunyai kelengkapan yang mencukupi. | null |
ada padi, segala menjadi | Orang yang mempunyai kebolehan, segala hajatnya mudah tercapai | null |
ada pasang surutnya | Untung dan malang tidak akan berterusan | null |
ada persembahan ada kurnia | Hati yang baik akan mendapat balasan yang baik | null |
ada hajat | Mempunyai keinginan atau maksud. | null |
ada hal | Ada sesuatu yang hendak dipercakapkan atau dilakukan. | null |
ada hari, ada nasi | Asal masih hidup, mesti boleh dapat rezeki | null |
ada hati | Keinginan. | Walaupun berpendapatan kecil, Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti. |
ada hujan ada panas, ada hari boleh balas | Perbuatan yang jahat akhirnya akan mendapat balasan juga. | Zaidi membiarkan Rosman mengatanya kerana dia sedar bahawa ada hujan ada panas, ada hari boleh balas. |
ada jalan | Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara. | Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank. |
adakah daripada telaga yang jernih itu mengalir air yang keruh? | Tidak mungkin orang yang bangsawan (berpelajaran) itu melakukan perbuatan yang keji-keji | null |
adakah duri dipertajam | Orang yang cerdik tidak perlu diberi nasihat lagi | null |
adakah hilang bisa ular menyusup di bawah akar | Orang besar itu tidak hilang martabatnya kalau ia merendahkan diri | null |
adapun kata ada pangkalnya | Sesuatu kejadian mesti ada asal usulnya | null |
adapun manikam itu jika dijatuhkan ke dalam limbahan sekalipun, nescaya tiada akan hilang cahayanya | Orang yang berasal baik-baik itu walau miskin sekalipun tetapi budi bahasa dan sopan santun tetap ada | null |
adat balai | Adat dalam istana raja. | Semasa di dalam istana kamu hendaklah menjaga adat balai. |
adat diisi, lembaga dituang | Dilakukan menurut aturan yang biasa | null |
adat dipakai baru, kain dipakai usang | Adat yang baik, kalau diikuti, akan mengangkat darjat orang yang mengikutinya itu, kerana kalau adat dipakai selalu maka barulah tampaknya | null |
ada wang abang saya, tak ada wang abang paya | Orang yang disukai semasa ia kaya (berharta) sahaja | null |
adat dunia balas-membalas, syariat palu-memalu | Berbuat baik mendapat balasan yang baik dan berbuat jahat mendapat balasan buruk; manusia harus tolong-menolong antara satu sama lain dalam kehidupan | null |
ada wang abang saya, tak ada wang abang payah | Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang | null |
adat gajah terdorong | Orang yang berkuasa biasanya menyalahgunakan kekuasaannya | null |
ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang | Kasih sayang hanya kerana mementingkan harta benda | null |
ada-ada | Selalu ada sahaja yang dipercakapkan, membuat-buat sahaja | null |
adat istiadat | Berbagai-bagai adat kebiasaan. | null |
adakah air yang penuh dalam tong itu berkocak, melainkan air yang setengah tong itu juga yang berkocak | Orang yang tidak berilmu juga yang banyak cakapnya | null |
adat juara kalah menang | Dalam setiap usaha mesti terdapat kalah menang (untung rugi) | null |
adakah buaya menolak bangkai | Orang yang jahat tidak akan meninggalkan kesempatan untuk membuat kejahatan | null |
ada ubi ada batas, ada masa boleh balas | Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga | null |
ada ubi ada talas, ada budi ada balas | Barang siapa berbuat sesuatu tentu akan mendapat balasannya | null |
ada udang di balik batu | Maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perkataan atau perbuatan | null |
ada udang di sebalik batu | Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan. | Lelaki yang datang pada waktu senja ke rumah Tuan Haji Hashim agak mencurigakan kerana daripada tindak tanduknya seolah-olah ada udang di balik batu. |
ada ulam hendaklah ada sambalnya | Tiap-tiap suatu benda atau perkara mesti ada pasangannya | null |
ada umur ada rezeki | Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki | null |
adat bernegeri memagar negeri; adat berkampung memagar kampung | Sikap yang tidak mementingkan diri sendiri | null |
adat bersendi syarak, syarak bersendi adat | Segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dengan adat dan agama | null |
adat bersendi syarak, syarak bersendi Kitabullah | Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak | null |
adat bertentu, bilang beratur | Segala pekerjaan harus dijalankan dengan menurut peraturan yang ditetapkan | null |
adat di atas tumbuh, pusaka di atas tempat | Setiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal usul adat itu supaya terhindar daripada kekeliruan dan salah faham | null |
adat diisi janji dilabuh | Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yang telah dibiasakan (diadatkan) | null |
adat lama pusaka usang | Adat yang tidak berubah-ubah sejak dahulu | null |
adat lembaga | Adat lama yang dilakukan turun-temurun. | null |
adat lurah timbunan sarap | Orang yang berpangkat dan berpengaruh selalu menjadi tempat tumpuan orang mengadu hal | null |
adat memakai, syarak mengata | Adat yang tidak sesuai dengan hukum tuhan dan tidak selaras dengan keadaan masa tidaklah guna dipertahankan, kerana adat harus takluk kepada hukum syarak | null |
adat muda menanggung rindu | Manusia hidup harus menghadapi pelbagai cabaran | null |
adat orang mengail, kalau ikan terlepas tentulah besar | Daya usaha yang besar kalau tidak berjaya, bukanlah suatu perkara yang memalukan | null |
adik angkat | Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai pertalian darah. | Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan dia kepada keluarga kami untuk dipelihara. |
adik beradik | Orang yang sama ibu dan bapa | null |
adik ipar | Adik kepada isteri atau suami. | Adik ipar saya seorang doktor. |
adik kakak | Kaum keluarga | null |
End of preview. Expand
in Dataset Viewer.
No dataset card yet
- Downloads last month
- 1