peribahasa
stringlengths
7
113
maksud
stringlengths
4
381
contoh_ayat
stringlengths
31
271
air mandi
Sudah menjadi kebiasaan.
Bekerja mengangkat bata di bawah panas matahari sudah menjadi air mandi kepada Jeha kerana itulah tugas yang perlu dilakukannya setiap hari.
air masin
Air alas, air laut
null
air mata jatuh ke dalam
Berdukacita dengan sendirian
null
air mata jatuh ke perut
Berdukacita dengan tiada ketara
null
air keruh, limbat keluar
Negeri yang huru-hara, orang jahat mencari keuntungan
null
air kopi
Minuman daripada bancuhan kopi halus, gula dan air
null
air kumbahan
Air kotor
null
air lalu, kubangan tohor
Upah atau wang yang diterima habis dibelanja (untuk membayar hutang)
null
air lata
Air terjun
null
air laut hijau siapa celup
Kemegahan dan kekayaan tidak perlu diheboh-hebohkan
null
air sama air, sampah ke tepi juga
Jangan mencampuri pergaduhan adik-beradik atau sekeluarga kerana apabila mereka berbaik semula kita akan tersisih.
Karim yang mencampuri perselisihan Ismail sekeluarga kini tidak dipedulikan lagi apabila keluarga Ismail berbaik semula kerana air sama air, sampah ke tepi juga akhirnya.
air sebak
Air yang membanjiri sesuatu kawasan
null
air selera
Air liur
null
air sembahyang
Air untuk membersihkan diri sebelum bersembahyang
null
air sembilan
Air untuk memandikan mayat
null
air seni
Air kencing
null
air minum
Air masak yang boleh diminum
null
air mudik sungai semua teluk diranai
Orang yang boros tiada memilih barang, mana yang melintas dibelinya
null
air muka
1. Maruah2. Wajah
1. "Tidak baik mencemuh dan menjatuhkan air muka orang di khalayak ramai," kata Imad kepada Husin.2. Air muka Munirah menjadi muram apabila ibunya melarang dia bermain-main di padang.
air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut
Hendaklah mematuhi undang-undang negeri yang kita mendiami
null
air pasang
Paras air naik.
null
air pasang perbani
Keadaan air pasang tinggi dan surut rendah.
null
air mati
Air surut, paras air turun
null
air mawar
Air wangi
null
air mejan
Getah dalam tumbuh-tumbuhan
null
air melata
Air terjun yang kecil
null
air membarut
Air yang terpancut dari mata pancutan
null
air mengayun
Banjir besar yang mendatangkan kemusnahan
null
air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa
Nasib seseorang tidak dapat ditentukan
null
air rabung
Air pasang pada paras maksimum
null
air raksa
Sejenis logam cair berwarna putih perak, merkuri
null
air ruban
Air yang terdapat dalam minyak kelapa semasa membuat minyak
null
air safar
Air yang direstui untuk dijadikan air mandi
null
air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga
Jangan bercampur tangan dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kemudian, kita akan diketepikan
null
air pawitera
Air persucian dalam agama Hindu
null
air pelekat
Gam
null
air perak
Dakwat yang berwarna perak
null
air perbani
Keadaan air laut pada setinggi-tinggi pasang atau serendah-rendah surut
null
air pinang
Air jampi
null
air pun ada pasang surut
Untung malang tiada tetap, selalu berganti-ganti
null
air yang keruh-keruh kerak
Perkataan seseorang itu membayangkan niat jahatnya
null
air yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya
1. Kalau nak tahu niat di hatinya, dapat dimaklumkan daripada perkataannya2. Perkataan seseorang itu membayangkan niat jahatnya
null
air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.
Faridah itu umpama air yang tenang jangan disangka tiada buaya, walaupun dia sentiasa pendiam tetapi bijak dan berani memberikan pendapat.
air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya
Orang yang diam jangan disangka sebagai pengecut
null
air zamzam
Air dari telaga zamzam di Mekah
null
ajak-ajak ayam
Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.
Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam.
air serani
Air yang digunakan dalam upacara Keagamaan Kristian
null
air setaman
Air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi.
Ibu yang mengandung tujuh bulan itu dimandikan dengan air setaman.
air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan
Membesar-besarkan perkara yang kecil
null
air setitik dilautkan, tanah sekepal dipergunungkan
Memperbesar perkara yang kecil.
Perbuatan Kalsom ibarat air setitik dilautkan, tanah sekepal dipergunungkan apabila sengaja memperbesarkan kesalahan kecil yang dilakukan oleh Hanim.
air simbar
Air yang disebabkan oleh pasang surut air
null
air suci
Air yang telah disucikan dalam upacara agama Kristian Katolik
null
air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya
Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar
null
air telekin
Air yang disiramkan ke atas kubur setelah mayat dikebumikan
null
air tenang jangan disangka tak ada buaya
Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.
Faridah itu umpama air tenang jangan disangka tak ada buaya, walaupun dia sentiasa pendiam tetapi bijak dan berani memberikan pendapat.
air tenang jangan disangka tiada buaya
Orang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut
null
air tenang menghanyutkan
Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan besar-besar
null
air terjun
Air deras yang jatuh di lereng gunung
null
air suri
Nira yang belum menjadi tuak
null
air surut kapar hilir bersama, air pasang ia tersangkut
Apabila dalam kesusahan diajak bersama, apabila kekayaan menghalaukannya
null
air susu
Cecair putih yang keluar dari tubuh haiwan betina atau perempuan yang boleh diminum
null
air susu dibalas dengan air tuba
Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
null
air tangan
Masakan seseorang.
null
air tawar
Air yang tidak berasa
null
air tuba dibalas dengan air susu
Orang yang membuat jahat dibalas dengan baik
null
air tuban
Cecair yang mengelilingi bayi semasa di dalam tubuh ibu
null
air ukup
Air wangi.
null
air yang dingin juga yang dapat memadami api
Kata yang lemah lembut juga yang dapat mendinginkan hati orang yang sedang marah (dapat menghilangkan dendam)
null
air yang dingin juga yang dapat memadamkan api
Kata-kata yang lemah lembut sahaja yang dapat meredakan kemarahan seseorang.
null
air yang jernih, sayak yang landai
Hukuman yang adil
null
ajal samar
Mati dengan tiba-tiba tanpa sebab yang sewajarnya
null
ajaran suci
Ajaran tentang ketuhanan
null
akad nikah
Perjanjian dalam perkahwinan.
Majlis akad nikah pasangan itu akan diadakan pada malam esok.
akal akar berpulas tak patah
Orang yang pintar tidak mudah kalah dalam bersoal jawab
null
akal belut
Orang yang pandai tipu muslihat.
Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah di kawasan ini dengan harga yang murah.
akal bersih
Fikiran yang ikhlas
null
akal budi
Fikiran yang sihat.
null
akal kancil
Cerdik dan pintar menipu.
Dalam filem itu, Epit bijak menggunakan akal kancil untuk melepaskan diri daripada penjahat.
akal labah-labah; di gua buruk suka merakut
Orang yang jahat suka menipu orang lain dengan muslihat.
null
akal melintas
Pendapat atau fikiran yang mendatang dengan tiba-tiba
null
akal sebagai makan nasi lecek
Fikiran seperti anak-anak
null
akal sejengkal
Orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain.
Dalam perbincangan itu dia selalu menggunakan akal sejengkalnya untuk menarik perhatian orang lain.
akal tak sekali datang, fikiran tak sekali tiba
Segala hal tidak dapat diselesaikan sekali gus melainkan beransur-ansur
null
akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba
Segala hal tidak dapat diselesaikan sekali gus melainkan beransur-ansur
null
akal-akal
Berpura-pura
null
akan dijadikan tabuh singkat, akan dijadikan genderang berlebih
Sesuatu yang tidak dapat digunakan untuk sebarang maksud
null
akan dijadikan tabuh, singkat; akan dijadikan gendang, berlebih
Ilmu pengetahuan yang serba tanggung
null
akan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung
Tiada berdaya mengerjakan sesuatu tugas kerana tiada berilmu (tiada berwang)
null
akar terjumbai tempat siamang bergantung
Daripada perkataannya dapat diketahui kesalahan seseorang
null
akar terjumbai tempat siamang bergantung, dahan mengajur tempat tupai menegun
Perbuatan seseorang dapat diketahui sama ada benar atau salah daripada keterangannya.
null
akar terjumbai tempat siamang berpegang, dahan mengajur tempat tupai menegun
Perbuatan seseorang dapat diketahui sama ada benar atau salah daripada keterangannya.
null
akar umbi
keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh
Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapatnya.
akar-akar
Menurut perintah
null
akhir zaman
Zaman menjelang akhirat
null
akan mengaji suratlah hilang, akan bertanya gurulah mati
Keadaan sulit yang tiada dapat diselesaikan lagi kerana punca untuk menyelesaikannya tidak ada lagi
null
akan pembasuh kaki
Hadiah kepada orang yang berjasa
null
akan pembasuh tangan
Hadiah kepada orang yang berjasa
null
akan surut airlah gedang, akan lalu jalanlah semak
Sesuatu perkara yang serba susah (akan diteruskan susah dan akan ditarik kembali pun susah)
null
akan surut, airlah besar; akan lalu, jalanlah semak
Dalam keadaan yang susah dan serba salah
null
akan-akan
Hampir sama, mirip
null