peribahasa
stringlengths
7
113
maksud
stringlengths
4
381
contoh_ayat
stringlengths
31
271
akik disangka batu
Terhina orang kerana salah sangka
null
aku alah engkaulah menang
Tidak mahu mengaku kalah
null
aku alah, engkau tak menang
Orang yang bodoh tidak mahu mengakui kekalahannya
null
aku nampak olah kelibatmu sudah kutahu
Daripada tingkah laku, dapat diketahui maksudnya. olah = tingkah laku; kelibat = tabiat
null
aku nampak olah, kelibatmu sudah kutahu
Daripada tingkah laku, dapat diketahui maksudnya.
null
aku nampak olak, kelibatmu sudah kutahu
Daripada tingkah laku, dapat diketahui maksudnya.
null
alam arwah
Alam orang mati
null
alam baka
Alam akhirat, alam arwah
null
alam fana
Alam yang tidak kekal, alam khayalan
null
alam fikiran
Lingkungan fikiran
null
alang berjawab, tepuk berbalas
Kebaikan dibalas dengan kebaikan, kejahatan dengan kejahatan pula
null
alang dijawat, tepuk dibalas
Berbuat baik dibalas dengan baik, berbuat jahat dibalas dengan jahat
null
ala kadar
Setakat yang termampu.
null
alah bisa tegal biasa
Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat.
Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kow kerana sejak kecil lagi dia telah melakukannya.
alah bisa tegal kerana biasa
Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa
null
alah bisa tegal oleh biasa
Segala kesukaran dan sebagainya tidak lagi terasa sesudah biasa (mengalami, melakukan, dan sebagainya sesuatu)
null
alah di rumpun betung
Kekalahan yang tidak memuaskan orang (pihak yang kalah)
null
alah limau oleh benalu
Orang yang lama terdesak oleh orang yang baru
null
alah mahu bertimbang enggan, cungkil merih akan pembayar
Orang yang tidak menepati janji sebaliknya menentang orang yang diberinya janji itu. merih = pembuluh nafas
null
alah main, menang sorak
Biarpun kalah, cakap besar juga
null
alah membeli menang memakai
Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang mahal harganya tetapi barang itu bermutu dan tahan Iama.
Saya tetap membeli baju yang mahal harganya itu kerana saya percaya alah membeli, menang memakai.
alah menang tak tahu, bersorak boleh
1. Dikatakan kepada orang yang tidak tahu selok-belok pergaduhan tetapi mengatakan siapa yang akan kalah2. Tidak masuk campur dalam perlawanan (perbantahan dan lain-lain)
null
alah pinta dibuat sempena
Walaupun diharapkan, kalau bukan haknya, ia tetap tidak akan dimiliki
null
alah sabung, menang sorak
Harta benda habis tetapi faedahnya tidak didapati / Biarpun kalah, namun cakap masih besar
Perbuatan Pak Leman itu alah sabung, menang sorak kerana wangnya banyak habis tetapi cita-citanya untuk menjadi pemimpin di kampung itu tidak berjaya.
alang hari
Hari biasa
null
alang kepalang
Sedikit
null
alang-alang berdakwat biar hitam
Membuat sesuatu perkerjaan itu biarlah hingga selesai.
Sungguhpun Lina banyak menghadapi masalah ketika memulakan perniagaannya, akhirnya dia berjaya membuka sebuah restoran kerana alang-alang berdakwat biar hitam.
alang-alang berdakwat biarlah hitam
Membuat sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh sehingga berhasil. alang-alang = tanggung-tanggung
null
alang-alang berminyak biar licin
Kalau mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan
null
alang-alang berminyak, biar sampai licin
Setiap pekerjaan perlu dilakukan dengan sempurna.
null
alang-alang mandi biar basah
Membuat sesuatu perkerjaan itu biarlah hingga selesai.
Sungguhpun Lina banyak menghadapi masalah ketika memulakan perniagaannya, akhirnya dia berjaya membuka sebuah restoran kerana alang-alang mandi biar basah.
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Membuat sesuatu hendaklah sampai sudah (tidak alang kepalang)
null
alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan
Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya.
Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
alang-alangan berminyak biar licin
Kalau mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan
null
alang-alangan menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
Kalau sudah terlanjur jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya
null
alangkan baik berbini tua, perut kenyang pemanja datang
Orang yang beristeri tua biasanya memperolehi kesenangan kerana disayangi oleh isterinya
null
alim bagai katak di tepi air
Orang yang kaya ilmu tetapi tidak mendapat faedah daripada ilmunya
null
alim biasa menghukum syarak
1. Hanya orang yang berilmu sahaja boleh membuat hukum syarak2. Orang yang berilmu tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu
null
alim kucing
Pura-pura baik.
Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya.
alim ulama
Orang yang berpengetahuan luas tentang agama
null
alim-alim kucing
Pura-pura baik.
Si Dayan alim-alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya.
aliran faham
Arah pemikiran
null
alat lauk
Pesta lapan hari sesudah perkahwinan
null
alat-alat berat
Mesin yang berat
null
ali baba
Orang Melayu yang mendapat lesen atau kontrak dan menggadaikannya kepada orang bukan Melayu.
null
alih akal
Berubah pendapat atau fikiran.
Dia beralih akal dan tidak jadi berpindah ke Sarawak.
alih angin
Berpindah tempat tinggal.
Setelah beralih angin ke Sarawak, penyakitnya beransur pulih.
alih muka
Menyamar
Dia beralih muka ketika menghadiri majlis itu supaya tidak dikenali.
alas kubur
Orang yang memikul kesalahan orang lain
null
alas leher
Lubang baju di bahagian leher
null
alas meja
Kain tutup meja
null
alas nikah
Tikar duduk untuk pengantin
null
alas perut
Makan sedikit.
Lina makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum ke sekolah.
alat bicara
Segala persoalan atau isu yang perlu diketahui untuk perbincangan
null
alangkan baik berbini tua, perut kenyang pengajaran datang
Orang yang beristeri tua biasanya memperolehi kesenangan kerana disayangi oleh isterinya
null
alas cakap
Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.
Alas cakap yang disampai oleh pengerusi majlis forum itu menjadi pencetus kepada persoalan yang akan diperkatakan.
alas dulang
Wang hadiah yang diletakkan di dulang sebagai penghargaan
null
alas fikiran
Fikiran yang bernas dan sempurna
null
alas kaki
Kasut, selipar
null
alas kata
Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.
Alas kata yang disampai oleh pengerusi majlis forum itu menjadi pencetus kepada persoalan yang akan diperkatakan.
aliran kanan
Penyokong pemerintah
null
aliran kiri
Pembangkang pemerintah
null
aliran masa
Perubahan masa
null
aliran masyarakat
Kehendak atau harapan masyarakat
null
aliran zaman
Perubahan masa
null
alpa negeri alah, sia-sia hutang tumbuh
Jika alpa atau sia-sia, kerugian dan bencana juga yang menimpa
null
ampang sampai ke seberang, dinding sampai ke langit
Dikatakan bkn persahabatan yang sudah putus dan tidak akan berbaik lagi atau bkn pekerjaan yang tidak alang kepalang
null
amra disangka kedondong
Sesuatu yang menyerupai yang buruk itu jangan disangka buruk
null
amra jangan disangka kedondong
Sebelum kita mencuba janganlah kita sangka sesuatu itu buruk kerana rupanya saja
null
anak Adam
Manusia
null
anak air
Sungai kecil
null
anak akuan
Anak orang lain yang diambil dan dipelihara sebagai anak sendiri, anak angkat
null
alu pencungkil duri
Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia
null
alur bertempuh, jalan berturut
Dilakukan menurut adat (kebiasaan yang lazim)
null
aluran adat
Adat yang betul
null
amat berlela, amat berupa
Banyak perangai, banyak olahnya. amat= terlalu banyak
null
ambil abu
Maksud yang tidak kesampaian
Persidangan itu tidak berhasil, masing-masing pulang ambil abu sahaja.
ambil ada
Melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh.
Buat rujukan lanjut tentang projek kamu itu di perpustakaan, jangan ambil ada sahaja, kata Cikgu Ahmad kepada murid-muridnya.
ambil langkah
Memulakan tindakan.
null
ambil masa
Memerlukan satu tempoh tertentu.
Lukisan yang dihasilkannya memang cantik tetapi pelukis itu seringkali mengambil masa sebulan atau lebih untuk menyiapkan sesebuah lukisan.
ambil mudah
Menganggap sesuatu perkara itu mudah
null
ambil pati, buangkan ampas
Ambil yang baik dan menolak yang buruk
null
ambil patinya buangkan hampasnya
Tiap-tiap cerita (kata) orang, janganlah dihiraukan yang salahnya (buruknya), ambil sahajalah isinya yang betul (baik)
null
ambil ringan
Tidak mengambil perhatian.
null
ambil alih
Membuat sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh
null
ambil angin
Bersiar-siar mengambil udara bersih.
Keluarga Arsyad ambil angin di tepi pantai pada setiap petang.
ambil berat
Beri perhatian.
Ibu dan ayah sangat ambil berat terhadap prestasi pelajaran kami.
ambil haluan
Membuat keputusan dalam sesuatu perkara.
Berhati-hati ketika ambil haluan supaya rancangan kita nanti akan memberikan hasil yang lumayan.
ambil hati
1. Menyenangkan hati seseorang.2. Berasa tersinggung.
1. Farah pandai ambil hati ibu mertuanya.2. Jangan ambil hati akan kata-katanya kerana dia menasihat untuk kebaikan.
ambil kira
Mempertimbangkan
null
anak alang
Anak yang ketiga dalam keluarga
null
anak angkat
Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.
Raju merupakan anak angkat kepada Encik Muthu dan Puan Selvi.
anak anjing takkan menjadi anak musang jebat
Orang yang tidak berilmu tidaklah mungkin mendapat kedudukan baik
null
anak asak
Patung atau boneka.
null
anak ayam kebasahan bulu
Berasa gelisah resah; tidak senang hati
null
anak badak dihambat-hambat
Dengan sengaja mencari bahaya
null
anak baik, menantu molek
Kalau orang mendapat untung baik, maka keuntungan itu datang berganda-ganda
null
anak baju
Baju dalam
Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak baju.
anak bangsawan
Pelakon atau orang yang menceburkan diri dalam bidang lakonan pentas atau layar perak.
null
anak bapa
Anak kesayangan dan kebanggaan bapa.
Dia digelar anak bapa oleh rakan-rakannya kerana terlalu rapat dengan bapanya.