url
stringlengths
33
217
headline
stringlengths
5
198
content
sequence
https://ering.com.my/2018/02/facebook-messenger-menawarkan-sokongan-panggilan-video-suara-secara-berkumpulan/
Facebook Messenger Menawarkan Sokongan Panggilan Video & Suara Secara Berkumpulan
[ "Facebook sebelum ini telah memperkenalkan fungsi membuat panggilan video dan suara secara berkumpulan untuk Messenger. Tetapi proses untuk melakukannya sedikit sukar. Sekiranya anda ingin mengubah panggilan individu kepada panggilan berkumpulan, anda perlu menamatkan panggilan terlebih dahulu, kemudian membuat panggilan video berkumpulan menerusi Messenger.", "Terbaru, Facebook memudahkan proses berkenaan pada Messenger dengan menambah sebuah ikon baru ketika membuat panggilan video iaitu ikon ‘Add Person’.", "Ketika membuat panggilan secara kepada seorang individu, anda boleh terus tekan pada ikon berkenaan dan menambah rakan atau ahli keluarga baru untuk turut sama menyertai panggilan video berkenaan. Ciri baru ini telahpun ditawarkan untuk semua pengguna Android dan iOS di seluruh dunia." ]
https://ering.com.my/2017/11/reviu-samsung-gear-fit2-pro-jam-tangan-kecergasan-kalis-air/
Reviu: Samsung Gear Fit2 Pro, Jam Tangan Kecergasan Kalis Air
[ "Samsung telah membawakan jam tangan pintar Gear Fit2 Pro kepada pengguna tempatan yang menawarkan beberapa ciri-ciri kecergasan. Direka khusus kepada anda yang mementingkan gaya hidup yang sihat, ia boleh digunakan sebagai alat untuk memantau kecergasan harian seperti berbasikal, berlari dan berenang.", "Samsung Gear Fit2 Pro yang hadir dengan sensor denyutan nadi dibina dengan kerangka tahan lasak serta kalis air tawar dan masin sedalam 50 meter (5 ATM). Notifikasi dan membaca teks juga lebih mudah dengan skrin AMOLED 1.5 inci beresolusi tinggi yang terang.", "Menawarkan paparan skrin sentuh berukuran 1.5 inci Curved Super AMOLED beresolusi 216×432 piksel.", "Sensor denyutan nadi terletak di bahagian belakang jam tangan pintar.", "Sisi kiri menempatkan butang Power/Unclock dan juga butang Back.", "Untuk pengecas jam tangan pintar ini, hanya letakkan di atas pengecasnya.", "Penjejak degupan jantung memudahkan pengguna memaksimumkan aktiviti senaman, merekod pembakaran kalori dengan lebih baik dan mendapatkan gambaran tentang tahap kesihatan keseluruhan anda. Samsung Gear Fit2 Pro juga menaik taraf fungsi penjejakan kesihatan dan kecergasan dengan ciri berkesan yang berlandaskan kadar jantung peribadi anda.", "Berbeza dengan jam tangan pintar yang terdapat di pasaran, dengan Gear Fit2 Pro pengguna boleh menggunakan aplikasi seperti MyFitnessPal, MapMyRun, Endomondo dan UA Record sebagai rujukan kecergasan. Ia merupakan jam pintar kecergasan yang pertama di dunia yang menyokong aplikasi kecergasan pihak ketiga.", "Selain aplikasi kecergasan, pengguna juga akan menerima notifikasi seperti panggilan, mesej, Whatsapp dan Facebook melalui peranti ini. Selain itu, terdapat mesej pendek seperti Yes, No, On my way, OK, Thanks dan beberapa lagi untuk anda membalas mesej terus dari Gear Fit2 Pro ini.", "Bosan bersenam tanpa mendengar sebarang muzik? Dengan adanya Gear Fit2 Pro, bersenam kini tidak lagi sunyi mahupun bosan. Anda boleh mendengar muzik kegemaran semasa bersenam tanpa sebarang masalah, tetapi perlu menyambungkan peranti ini headphone yang ada sokongan Bluetooth dan ia boleh beroperasi dengan baik.", "Samsung sememangnya terkenal dengan peranti tahan lasak! Oleh itu, Gear Fit2 Pro sangat sesuai bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti lasak dan melakukan sukan agresif. Menerusi kerangka dengan sokongan kalis air ini, ia boleh digunakan dalam air tawar dan masin sedalam 50 meter (5 ATM).", "*Aplikasi ini hanya sesuai disambungkan dengan peranti Samsung sahaja buat masa sekarang." ]
https://ering.com.my/2018/03/cara-mudah-nak-menang-iphone-x-melalui-digi/
Cara Mudah Nak Menang iPhone X Melalui Digi
[ "Tipu kalau kata diri sendiri tak nak merasa guna iPhone X. Bukannya sebab tak minat tetapi ramai merasakan duit sebanyak RM5000 tu boleh buat banyak benda lain lagi atau belanjakan kepada perkara yang lebih penting.", "Jika anda salah seorang pelanggan Digi yang melanggan pelan pascabayar, apa kata cuba cara mudah ni untuk melayakkan diri dalam cabutan bertuah untuk memenangi satu daripada 50 biji iPhone X. Mudah sahaja, anda perlu mendaftar kad kredit Mastercard untuk pembayaran bil bulanan. Bermakna setiap bulan bil bulanan Digi anda akan terus dicas ke kad kredit tanpa anda perlu membuat transaksi di kedai fizikal ataupun secara atas talian.", "Promosi akan berakhir 31 Mac ini iaitu lebih kurang tiga hari lagi. Tunggu apa lagi, jom ikuti langkah dibawah bagaimana cara untuk mengaktifkan Auto Pay menggunakan aplikasi MyDigi :", "Selepas permohonan berjaya, pelanggan akan menikmati potongan diskaun sebanyak 5% untuk setiap bil selama enam bulan berturut-turut. Jika tidak berjaya, anda boleh layari stor Digi yang berhampiran untuk bantuan selanjutnya." ]
https://ering.com.my/2021/07/670980/
Meizu 17 Pro Ungguli Top 10 Telefon Yang Mendapat Pujian Di AnTuTu!!??
[ "Tidak tahu telefon bimbit mana yang senang digunakan? Tidak tahu telefon mana yang hendak dipilih? Mungkin anda boleh merujuk pada “TOP 10 Daftar Pujian Android Mobile Phone” yang diumumkan oleh AnTuTu pada hari berikutnya. Pada 2 Julai, AnTuTu mengeluarkan senarai. Data tersebut berasal dari penilaian AnTuTu. Waktu pengumpulan adalah dari 1 Jun hingga 30 Jun 2021. Hanya untuk pasaran China.", "Senarai tersebut menunjukkan bahawa Meizu 17 Pro menduduki tempat pertama dengan penarafan 98.04%, menjadi model dengan penarafan tertinggi pada bulan Jun. Walau bagaimanapun, hasil ini tidak menghairankan, ", "Sebagai unggulan dua generasi Meizu, Meizu 17 Pro juga mempunyai kekuatan produk yang baik tahun ini. Mesin ini dilengkapi dengan platform mudah alih Qualcomm Snapdragon 865, menggunakan kombinasi memori kilat berkelajuan tinggi LPDDR5 + UFS 3.1, dan menyokong kadar penyegaran sehingga 120Hz. Serangkaian konfigurasi perkakasan yang sangat baik dan reka bentuk penampilan kelas pertama memberikan Meizu 17 Pro atribut unggulan yang telah kekal di pasaran untuk pertama kalinya dalam setahun.", "Pada bulan Jun, Samsung Galaxy S20 Ultra 5G menduduki tempat kedua dengan penarafan 98.02%; ketiga ialah Huawei Mate40 dengan penarafan 96.54%. Dalam senarai ini, Samsung, Meizu dan Huawei semuanya mempunyai tiga model dalam senarai itu, dan ketiga-tiga jenama itu dibahagi sama rata. Selain Meizu 17 Pro, siri 18 yang dilancarkan oleh Meizu tahun ini juga telah mendapat pengiktirafan oleh banyak pengguna." ]
https://ering.com.my/2016/03/hakim-menyebelahi-apple/
Hakim Menyebelahi Apple
[ "Berikut adalah satu lagi kes berkenaan Apple dan perbalahannya dengan kerajaan US dalam isu menyahkunci peranti Apple. Seperti ramai yang sedia maklum Apple telah pun bertegas tidak akan memberikan kerjasama kepada FBI dalam mengekstrak informasi dari iPhone milik penyerang San Bernardino. Satu lagi kes yang serupa telah pun dibawa ke pengadilan mahkamah dan berikut adalah perkembangan kes tersebut.", "Seorang hakim persekutuan telah menafikan kemahuan kerajaan yang mengarahkan Apple menyahkunci iPhone 5s milik seorang pengedar dadah jenis meth. Apa yang menarik pada kes ini adalah peranti tersebut menggunakan sistem operasi iOS 7 dan versi tersebut boleh diakses Apple untuk mendapatkan informasi pengguna, sedikit berbeza dengan kes San Bernardino yang menggunakan sistem operasi iOS 9 yang tidak dikatakan tidak boleh diakses oleh Apple.", "Walaupun mempunyai akses kepada peranti yang digunakan pengedar tersebut, Apple masih teguh dengan pendiriannya untuk tidak membocorkan sewenang-wenangnya data dari peranti Apple. Syarikat teknologi itu juga mahu kerajaan agar tidak menggunakan All Writs Act sesuka hati tanpa melihat impak yang besar kepada keselamatan data pengguna." ]
https://ering.com.my/2017/01/ukuran-dimensi-samsung-galaxy-s8-sudah-bocor/
Ukuran Dimensi Samsung Galaxy S8 Sudah bocor?!
[ "Semakin dekat pelancaran Samsung Galaxy S8, semakin banyak berita disiarkan. Setelah video iklan di Korea yang memperlihatkan teknologi AMOLED mereka, satu laman sesawang terkenal telah memuat naik satu artikel memperlihatkan ukuran dimensi dua variasi model Samsung Galaxy S8.", "Berdasarkan berita ini, akan ada model bersaiz besar dikenali sebagai Galaxy S8 Plus yang berukuran 152.38 x 78.51 x 7.94mm. Variasi ini lebih lebar dan tinggi dari Galaxy S7 Edge, dan memiliki keluasan skrin yang jauh lebih baik.", "Model standard pula hadir dengan ukuran dimensi 140.14 x 72.20 x 7.30mm sedikit rendah dari Galaxy S7 namun lebih lebar. Seperti model Galaxy S8 Plus, ia mempunyai skrin yang jauh lebih besar berbanding model terkini kerana barisan Galaxy S8 mempunyai bezel yang sangat minimal.", "Imej dimensi ini tidak harus dijadikan indikasi peranti sebenar kerana ia dilaporkan oleh pihak ketiga. Kami juga berasa ragu-ragu dengan imej ini kerana ia menunjukkan Galaxy S8 menggunakan sambungan MicroUSB. Pada pendapat kami, Samsung pastilah mahu seiring dengan perkembangan teknologi ketika ini di mana majoriti peranti flagship terbaru menggunakan sambungan USB-C.", "Namun satu perkara konsisten yang kita boleh lihat dari khabar angin dan imej-imej bocor adalah Samsung berkemungkinan besar akan melancarkan peranti yang mempunyai bezel yang sangat-sangat nipis dan memberikan keluasan paparan yang maksimum pada Galaxy S8." ]
https://ering.com.my/2020/11/apple-memperkenal-cip-pemproses-pertama-bagi-komputer-riba-dikenali-sebagai-apple-m1/
Apple Memperkenal Cip Pemproses Pertama Bagi Komputer Riba – Dikenali Sebagai Apple M1.
[ "Apple kini telah memperkenalkan cip pemproses pertama milik mereka bagi mengantikan cip dari Intel yang dikenali sebagai Apple M1.", "Menariknya, cip pemproses ini hadir dengan 5nm dan berasaskan ARM. Ia tampil dengan 8 teras masing-masing bagi CPU dan GPU.", "Dikhabarkan, cip pemproses di bawah Apple Sillicon ini mampu memberikan kuasa dalaman lebih baik serta grafik yang lebih mempersona." ]
https://ering.com.my/2016/05/samsung-s7-edge-juara-smartphone-terkini/
Reviu Eksklusif: Samsung Galaxy S7 Edge, Juara Smartphone Terkini!
[ "Kita masih belum memasuki fasa pertengahan tahun 2016, editor pasti baki tahun 2016 yang tinggal ini kita pasti akan melihat pelbagai smartphone dilancarkan yang akan membuatkan kita berasa kagum. Pengeluar pasti berlumba-lumba mengeluarkan peranti berprestasi tinggi untuk menggondol takhta smartphone terbaik 2016, atau adakah sebenarnya kita sudah melihat calon terbaik bagi anugerah tersebut apabila Samsung melancarkan Galaxy S7 Edge di KLCC pada 17 Mac lalu.", "Apabila Samsung memutuskan untuk mengecualikan fungsi kalis air dan microSD pada model Galaxy S6 tahun lalu, mereka sebenarnya telah menarik balik kelebihan yang paling digemari pada Galaxy S5. Tindakan tersebut lantas menyebabkan ramai pengguna, terutama yang bertukar dari model Galaxy S5 kepada Galaxy S6 yang merasakan Samsung telah melakukan tindakan yang kurang bijak. Bukan itu sahaja, ramai pengguna juga kurang berpuas hati dengan kapasiti bateri yang rendah pada Galaxy S6, antara perkara positif yang boleh dilihat pada model tersebut adalah prestasi kameranya yang dikatakan antara terbaik antara model-model flagship lain pada tahun lalu dan juga reka bentuknya yang elegan.", " Beranjak tahun 2016, Samsung telah pun melancarkan Galaxy S7 Edge di Malaysia, dan model ini disebut-sebut sebagai versi Galaxy S6 yang lebih sempurna. Samsung telah berusaha memastikan peranti ini tampak kemas dan elegan sambil memberikan spesifikasi terbaik yang pengguna mahukan. Sekilas pandang peranti terbaru ini saling tidak tumpah dengan model Galaxy S6 Edge, namun anda perlu memegang sendiri Galaxy S7 Edge untuk merasai kelainan model ini.", "Selain itu, Galaxy S7 Edge juga kembali dengan fungsi kalis air dan juga sokongan microSD, ianya sesuatu yang sangat mengujakan pengguna memandangkan kini mereka mempunyai lebih kawalan ke atas peranti dari segi saiz storan. Fungsi kalis air pula memberikan jaminan bahawa model ini boleh dibawa ketika cuaca kurang baik dan semasa melakukan aktiviti air.", "Galaxy S7 Edge merupakan peranti yang mempunyai reka bentuk bergaya dan elegan, sekiranya anda seseorang yang hanya mementingkan spesifikasi, masih terdapat pilihan alternatif di pasaran. Reka bentuk Galaxy S7 Edge sesuai bagi mereka yang mahukan peranti yang mampu memberikan fashion statement di dalam gaya hidup digital mereka di samping mempunyai spesifikasi yang hebat. Rupa dan estetik fizikal Galaxy S7 Edge mirip dengan model terdahulu dengan elemen reka bentuk Galaxy S6 Edge masih jelas diterapkan oleh Samsung di dalam model terbaru ini. Lengkungan sisi yang cantik memberikan dimensi badan yang elegan kepada model ini dengan rangka aluminium bagi mengukuhkan keseluruhan binaan.", "Editor sangat meminati rekaan panel belakang sedikit melengkung, menurut Samsung ianya adalah hasil proses yang dikenali sebagai 3D Thermo Forming. Proses ini memberikan kemasan yang sangat memuaskan pada tangan apabila memegang peranti di mana sisi panel dan bingkai besi terasa seperti satu unit yang terjalin dengan sempurna. Hasilnya anda tidak akan merasai sisi peranti yang tajam apabila anda memutar atau memegang erat peranti di tangan.", "Sungguhpun rekaan Galaxy S7 Edge cantik dan selesa di tangan, terdapat satu isu yang ingin editor ketengahkan. Setelah beberapa minit menggunakan peranti ini, editor mendapati panel gelasnya cepat comot dengan kesan minyak dan cap jari. Bagi mereka yang mementingkan kebersihan peranti ini mungkin akan menjadi satu isu yang besar kerana Galaxy S7 Edge perlu kerap dilap bagi memastikan ianya sentiasa nampak bersih dari kotoran. Namun anda boleh menyelesaikan isu ini dengan memasang casing atau skin pada Galaxy S7 Edge.", "Menyentuh tentang spesifikasi, editor akan membentangkan informasi perkakasan Galaxy S6 Edge dan Galaxy S7 Edge untuk rujukan anda. Ayuh kita lihat apakah tambah baik yang Samsung berikan pada model terbaru ini.", "Berdasarkan jadual spesifikasi di atas, anda dapat melihat bahawa Samsung telah melakukan banyak perubahan di dalam perkakasan peranti Galaxy S7 Edge berbanding model terdahulu. Antara yang menjadi perhatian adalah kemunculan semula sokongan MicroSD dan slot SIM hybrid. Selain itu tambah baik kapasiti bateri yang jauh lebih besar akan dapat memberi manfaat kepada mereka yang menggunakan peranti secara intensif.", "Ujian benchmark dijalankan bagi melihat skor prestasi Galaxy S7 Edge untuk perbandingan dengan smartphone lain. Aplikasi Geekbench 3 dan AnTuTu digunakan bagi tujuan ini, hasilnya adalah Galaxy S7 Edge mengungguli carta prestasi kedua-dua ujian lantas membuktikan kemampuan peranti ini.", "Fungsi Menarik Pada Galaxy S7 Edge", "Editor merasakan fungsi Always On Display merupakan salah satu fungsi paling berguna pada Galaxy S7 Edge. Apabila anda mengaktifkan fungsi ini, satu paparan informasi akan sentiasa terpasang untuk anda lihat pada  skrin peranti walaupun peranti sudah berada dalam lock mode. Anda boleh memilih jenis informasi yang ingin dipaparkan pada skrin seperti masa, tarikh dan juga imej.", "Fungsi ini dibina bagi memudahkan anda menguruskan aplikasi permainan dan memudahkan pergerakan  anda ketika bermain tanpa tertekan butang-butang yang tidak diingini seperti back dan recents.", "Setelah mencuba fungsi ini, editor merasakan terdapat pro dan kontra apabila menggunakannya. Walaupun ia memudahkan editor dengan menyusun sendiri permainan di dalam folder khas, tetapi terdapat beberapa aplikasi bukan permainan juga dimasukkan ke dalam folder tersebut. Contohnya seperti di dalam gambar langkah pengaktifan, aplikasi diagnostik Hardware Info telah disalah tafsir sebagai aplikasi permainan. Selain itu agak sukar untuk mengelak dari tertekan butang Game Tool ketika bermain permainan dan ini menyebabkan rasa jengkel.", "Fungsi Edge Display sudah diperkenalkan semenjak siri Galaxy S6 lagi, namun ianya dilihat lebih sekadar gimik kerana fungsinya yang sangat terhad di mana anda hanya boleh mengakses kenalan sahaja. Pada versi Galaxy S7 Edge, fungsi ini lebih menyeluruh dan berguna, kini anda boleh menetapkan lebih banyak kenalan, aplikasi dan fungsi tertentu pada paparan Edge.", "Selain itu anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis panel yang boleh ditetapkan pada Edge Display. Hanya masuk ke paparan Edge Display dan tekan butang tetapan. Selepas itu anda boleh mengakses pelbagai kandungan yang boleh dimuat turun dari stor aplikasi Samsung. Sesetengah panel yang ditawarkan adalah berbayar seperti File Manager Panel, Quick Setting Panel dan Call Log Panel. Namun anda tidak perlu khuatir, masih ada banyak pilihan panel percuma telah disediakan.", "Model Galaxy S6 adalah antara model terbaik pada tahun lalu, namun ia masih hadir dengan beberapa kelemahan seperti tiada sokongan stor tambahan MicroSD. Fungsi ini jelas menjadi perbualan hangat di kalangan pengkritik dunia teknologi yang mengatakan bahawa Samsung telah melakukan kesilapan yang besar kerana majoriti pengguna Android amat mementingkan sokongan MicroSD.", "Namun anda hanya boleh menggunakan satu talian mobil sahaja sekiranya anda mahu menggunakan fungsi MicroSD. Ini kerana Samsung Galaxy S7 Edge hadir dengan Dual SIM Hybrid Tray yang membolehkan anda menetapkan salah satu dari dua konfigurasi iaitu :", "Tiada yang lebih menghampakan dari kehabisan bateri di saat anda memerlukan peranti, Samsung cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan dua cara, iaitu menawarkan kapasiti bateri yang besar kepada anda (3600 mAh), di samping anda juga boleh memanfaatkan fungsi Adaptive Fast Charging.", "Dengan fungsi Adaptive Fast Charging anda boleh mendapat cas kuasa hampir 50% dengan hanya 30 minit masa mengecas. Namun menurut Samsung untuk mendapat kadar cas seperti yang disebutkan dalam masa yang singkat anda perlulah menggunakan plag kuasa yang disediakan bersama peranti. Ini kerana pilihan alternatif tidak dijamin akan memberikan kadar kuasa cas yang sama.", "Setelah mencuba fungsi ini, editor mendapati peranti akan cepat panas dan kapasiti cas bateri berada sekitar 40% setelah setengah jam dicas. Untuk mendapatkan cas yang lebih pantas dan mengelakkan peranti dari panas, editor menyarankan anda mematikan peranti dan cas menggunakan plag yang disediakan Samsung.", "Samsung bukan sahaja telah membina peranti yang cantik dan berprestasi tinggi, malah Galaxy S7 Edge juga selamat digunakan di kawasan berair dan berdebu. Peranti ini menerima pengiktirafan kelas IP 68 yang menunjukkan ianya boleh bertahan selama 30 minit pada kedalaman air 1.5 meter.", "Apa yang lebih menarik bahagian port peranti ini tidak perlu ditutup ketika ianya direndam atau digunakan ketika di dalam keadaan lembab. Jadi anda tidak perlu risau sekiranya air tertumpah ke dalam port pengecas dan audio jack. Selain itu sekiranya peranti mengesan bahagian port di dalam keadaan lembab, ia secara automatik akan menghentikan operasi port, contohnya anda cuba mengecas peranti yang baru sahaja direndam, sistem peranti akan memberitahu anda bahawa port dalam keadaan basah dan tidak boleh digunakan.", "Sekarang mari kita lihat kuasa penarik terbesar pada Galaxy S7 Edge yang terletak pada kemampuan optikalnya. Walaupun resolusi megapiksel telah dikurangkan sehingga 12 megapiksel berbanding model terdahulu, anda tidak seharusnya menghakimi tanpa mencuba dahulu kemampuan kamera Galaxy S7 Edge.", "Samsung memperkenalkan teknologi Dual Pixel pada model terbaru ini, ia adalah teknologi kamera yang banyak digunakan pada kamera DSLR. Dengan teknologi ini setiap piksel mempunyai dua photodiode berbanding satu yang biasa digunakan pada kamera smartphone. Oleh kerana itu, kamera Galaxy S7 Edge dapat fokus pada imej jauh lebih pantas dan jitu berbanding smartphone lain.Di samping Dual Pixel, Samsung juga melengkapkan sistem kamera Galaxy S7 Edge dengan OIS (Optical Image Stabilization) untuk memberikan kestabilan imej ketika menangkap gambar dan merakam video. Sistem OIS berfungsi dengan bantuan perkakasan khas yang dibina di bahagian kamera yang akan mengekalkan kedudukan lensa ketika peranti sedang bergerak. Prestasi OIS lebih bagus dari DIS (Digital Image Stabilization) yang menggunakan perisian untuk menghasilkan imej yang lebih stabil.", "Samsung berjaya membuktikan kamera peranti mereka adalah antara yang terbaik pada setiap keluaran model baru. Tona warna dan butiran imej tampak menonjol dan jelas, di samping itu fungsi autofocus yang pantas membolehkan editor menangkap gambar dengan lebih mudah, ianya sangat penting apabila merakam atau menangkap imej subjek yang sedang bergerak. Kemampuan kamera Galaxy S7 Edge menangkap gambar di dalam keadaan malap sangat mengagumkan, bukaan aperture F1.7 jelas banyak membantu di dalam situasi ini. Secara konklusinya Galaxy S7 Edge mempunyai kamera smartphone terbaik yang ada di pasaran ketika ini.", "Sepanjang editor menggunakan Galaxy S7 Edge, kualiti gambar yang dihasilkan tidak pernah mengecewakan. Dalam pada masa yang sama editor juga menggunakan iPhone 6S sebagai kamera perbandingan memandangkan siri iPhone 6S merupakan antara kamera smartphone point and shoot terbaik pada tahun lalu.Hasil perbandingan sangat ketara, kualiti gambar yang dihasilkan melalui kamera Galaxy S7 Edge ternyata jauh lebih baik berbanding iPhone 6S. Ini kerana Samsung menggunakan sensor yang lebih besar dan bukaan aperture yang lebih baik (F1.7), lantas membolehkan gambar di dalam kawasan yang mempunyai cahaya malap tampak lebih cerah dan jelas apabila ditangkap menggunakan kamera Galaxy S7 Edge.", "Sekiranya anda membeli Galaxy S7 Edge, anda bukan sahaja memiliki peranti smartphone terbaik di pasaran pada ketika ini, malah anda juga menikmati servis selepas jualan yang terbaik dari Samsung. Ini kerana Samsung telah memperkenalkan Galaxy Butler Service khas untuk pemilik Galaxy S7 Edge supaya gaya hidup digital anda lebih mudah dan terurus. Terdapat 7 servis yang ditawarkan melalui Galaxy Butler dan berikut adalah deskripsi servis tersebut.", "Komen Bagi editor faktor penarik terbesar Galaxy S7 Edge adalah pada prestasi kamera dan reka bentuknya yang sangat baik. Bagi mereka yang mencari-cari smartphone dengan kamera yang superior berbanding model lain, Galaxy S7 Edge adalah untuk anda. Fungsi autofocus smartphone ini sangat pantas dan tepat, selain itu prestasi tangkapan low–lighting adalah yang terbaik editor pernah cuba pada kamera smartphone. Namun terdapat sedikit kelemahan dari segi perisian seperti Game Launcher, namun itu semua boleh diselesaikan apabila Samsung mengemas kini perisian sistem operasi pada masa akan datang." ]
https://ering.com.my/2020/06/asus-rog-phone-3-terima-pensijilan-dari-eec/
ASUS ROG Phone 3 Terima Pensijilan Dari EEC??
[ "Pasti ramai yang mengetahui bahawa ROG Phone 3 bakal dilancarkan pada bulan hadapan. Sebelum pelancaran berlaku ada suatu maklumat yang menarik mengenaik peranti ini apabila dikhabarkan maklumat peranti ini tertiris di Eurasian Economic Commission (EEC).", "Dipercayai, maklumat yang memaparkan nombor ZS661KS adalah milik ROG Phone 3.", "Berkemungkinan ia bakal hadir dengan Snadragon 865 dan dipadankan dengan 8GB RAM danmenjalankan Android 10." ]
https://ering.com.my/2020/05/huawei-umum-siri-oceanstor-pacific-generasi-seterusnya-tetapkan-penanda-aras-baharu-untuk-storan-data-besar-besaran/
Huawei Umum Siri OceanStor Pacific Generasi Seterusnya, Tetapkan Penanda Aras Baharu untuk Storan Data Besar-besaran
[ "SHENZHEN, China, 30 Mei 2020 /PRNewswire/ — Huawei mengumumkan pelancaran seluruh dunia bagi sistem storan besar-besaran generasi seterusnya — Siri OceanStor Pacific. Siri ini membawa perkhidmatan yang cekap, berkesan kos dan andal untuk AI, HPC, video dan senario data besar-besaran yang lain dengan menerobos sempadan seni bina, perkhidmatan dan prestasi serta memanfaatkan saling kerja berbilang protokol tanpa kompromi, algoritma EC elastik generasi seterusnya dan siri perkakasan khusus. Siri ini melambangkan piawaian baharu untuk storan data besar-besaran berorientasi masa depan, bagi membantu perusahaan untuk menyerlahkan kuasa data sepenuhnya dalam era pintar.", "Revolusi perindustrian keempat telah menjadikan pengeluaran digital sebagai mata wang untuk model perniagaan moden. Pengeluaran digital menukarkan data menjadi peluang, kemudian peluang ini ditukarkan menjadi perkhidmatan dan akhirnya kepada keuntungan. Menerusi faktor pengeluaran baharu ini, perusahaan perlu mencari jalan mengumpul dan menyimpan jenis-jenis data yang berbeza secara berkesan kos seperti data berstruktur daripada perkhidmatan teras dan data tak berstruktur besar-besaran daripada 5G, IoT serta UHD. Perusahaan menggunakan teknologi AI untuk menganalisis dan memproses jumlah data yang besar untuk menukarkan data menjadi pengetahuan dan perkhidmatan, lalu meningkatkan kecekapan pengeluaran.", "Peter Zhou, Presiden Storan Data dan Barisan Produk Visi Pintar Huawei berkata, “Data besar-besaran akan memainkan peranan yang semakin penting dalam transformasi digital perusahaan. Hari ini, hanya 2% daripada data global disimpan dan hanya 10% data dilombong untuk memperoleh nilai selanjutnya. Perusahaan menghadapi kapasiti yang tidak mencukupi, silo data dan pengurusan yang rumit apabila mengendalikan data besar-besaran. Siri OceanStor Pacific kami direka untuk menyelesaikan masalah-masalah utama ini, menetapkan penanda aras baharu untuk storan data besar-besaran yang cekap, menjimatkan dan berkekalan serta membantu kami untuk menjadi pilihan yang dipercayai untuk data besar-besaran.”", "Shang Haifeng, Presiden Domain Storan Besar-besaran Huawei, menghuraikan mengenai tiga hala tuju strategik Huawei untuk senario data besar-besaran:", "Cekap, Menjimatkan dan Berkekalan: Pilihan yang Dipercayai untuk Data Besar-besaran", "Huawei melancarkan generasi pertama storan fail pada tahun 2009 dan sejak itu terus melabur dalam storan data besar-besaran, menduduki kedudukan No. 1 dalam bahagian pasaran di China selama empat tahun berturut-turut. Siri OceanStor Pacific bertujuan untuk menjadi pilihan yang dipercayai untuk data besar-besaran dengan memanfaatkan sepenuhnya pengetahuan selama bertahun-tahun dalam perisian dan perkakasan serta mencetuskan inovasi perintis dari segi kecekapan, kos dan keandalan.", "Storan OceanStor Huawei telah digunakan di lebih 150 negara untuk lebih 12,000 pelanggan dalam pelbagai sektor, termasuk pembawa, kewangan, kerajaan, tenaga, penjagaan kesihatan, pembuatan dan pengangkutan. Storan OceanStor Huawei merupakan pilihan yang ideal untuk pelanggan seluruh dunia yang ingin menyimpan dan memproses data perkhidmatan mereka.", "Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Dengan penyelesaian bersepadu dalam empat domain utama iaitu rangkaian telekomunikasi, IT, peranti pintar dan perkhidmatan awan, kami komited untuk membawa fungsi digital kepada setiap orang, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya.", "Portfolio produk, penyelesaian dan perkhidmatan hujung-ke-hujung Huawei bersifat kompetitif dan selamat. Melalui kolaborasi terbuka bersama rakan-rakan kongsi ekosistem, kami mencipta nilai yang berkekalan untuk pelanggan kami, berusaha untuk memperkasa orang ramai, memperkaya kehidupan di rumah dan menginspirasikan inovasi dalam semua bentuk dan saiz organisasi-organisasi.", "Di Huawei, inovasi memberi tumpuan pada keperluan pelanggan. Kami banyak melabur dalam penyelidikan asas, menumpu pada kejayaan teknologi yang mendorong dunia untuk melangkah maju ke hadapan. Kami mempunyai lebih daripada 194,000 pekerja dan kami beroperasi di lebih 170 negara dan wilayah. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah sebuah syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya.", "Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:", "Source: Shenzhen Huawei Technology Co., Ltd.", "Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services" ]
https://ering.com.my/2018/04/oppo-turunkan-harga-oppp-f5-oppo-a83/
OPPO Turunkan Harga OPPO F5 & OPPO A83
[ "Seakan memberi ruang kepada model baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi, OPPO Malaysia hari ini telah mengumumkan penurunan harga bagi OPPO F5 dan juga OPPO A83.", "OPPO F5 mendapat diskaun sebanyak RM199 menjadikan harga terkini adalah RM1,099 (asal RM1,298), manakala OPPO A83 pula menerima penurunan sebanyak RM100 menjadikan harganya cuma  RM799 (asal RM899).", "Kepada yang berminat, anda boleh membeli telefon pintar dengan harga terbaru bermula 5 April 2018 di kedai rasmi OPPO dan juga secara atas talian.", "\nBeli kat sini ⇓⇓\nOPPO F5\n\nShopee \n11street\n\n\nOPPO A83\n\nShopee\n11street\n\n \n " ]
https://ering.com.my/2018/07/28-peranti-xiaomi-bakal-menerima-kemas-kini-miui-10/
28 Peranti Xiaomi Bakal Menerima Kemas Kini MIUI 10
[ "Xiaomi telah memperlihatkan paparan antaramuka baharu yang dikenali sebagai MIUI 10 ketika pelancaran Mi 8 pada penghujung Mei lepas. Salah satu fungsi menarik yang ditawarkan pada MIUI 10 adalah sokongan audio berunsurkan bunyi alam sekitar serta keupayaan penggambaran potret AI dengan sokongan efek bokeh dalam apa jua keadaan pencahayaan.", "Memandangkan program ujian beta MIUI 10 akan berakhir pada 24 Julai 2018 ini, kemas kini ke antaramuka baharu bakal menyusul tidak lama lagi. Hari ini, pihak Xiaomi menerusi forum rasminya telah berkongsi senarai 28 peranti miliknya yang bakal menerima kemas kini MIUI 10. Namun begitu, buat masa sekarang senarai ini hanyalah untuk peranti ROM China sahaja.", "Di antara model yang bakal menerima kemas kini MIUI 10 adalah :" ]
https://ering.com.my/2018/12/lazada-11-11-dan-12-12-pecah-rekod-dengan-1-3-billion-kunjungan/
Lazada 11.11 Dan 12.12 Pecah Rekod Dengan 1.3 Billion Kunjungan
[ "Firma eCommerce terkemuka Asia Tenggara, Lazada terus mengorak langkah memecah rekod dengan menarik sejumlah 1.3 bilion kunjungan ke platformnya semasa festival 11.11 dan 12.12 membeli-belah.", "Semuanya bermula ketika Lazada 11.11 (November 11), dan diteruskan sehingga Disember. Selepas memecah rekod jualan atas talian 11.11 di 6 buah negara iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam melangkau jangkaan. Ketika 12.12 negara-negara tersebut mencatat lebih tinggi iaitu 30 kali lebih daripada nilai biasa mereka.", "Buat julung kalinya, Lazada last-mile delivery yang merentasi Asia Tenggara mampu untuk menghantar lebih daripada 1 juta parsel setiap hari. Bagi menghadapi waktu kemuncak bagi permintaan pada tahun ini. 100+ rakan logistik Lazada termasuklah pembekal kiriman pihak ketiga, yang mempertingkatkan servis penghantaran bagi memastikan barangan tiba di tangan penggan dengan pantas.", "Lazada juga menyewa tiga pesawat untuk menghantar lebih daripada 200 tan bungkusan kepada pembeli di Indonesia, Filipina dan Thailand pada musim cuti.", "Ketika jualan akhir tahun Lazada 12.12, pembeli mengambil kesempatan dari 55 juta tawaran dan diskaun eksklusif dalam 3 hari yang bertemakan: Jualan terbaik 2018 (10 Disember 2018), Holiday Shopping Finale (11 December 2018) dan Pilihan Lazada (12 December 2018).", "Jenama paling popular yang berjaya memasuki Top Brand Leaderboard termasuklah maybeline, Samsung, Pampers, MamyPoko, and Converse. Turut menjadi bualan dalam kalangan pembeli wanita ialah kategori fesyen, kesihatan dan kecantikan yang mana ia meningkat lebih dari 3 kali ganda dari tahun ke tahun.", "Tahun ini, Lazada memperkuatkan hubungan dengan penjual sambil membina pengalaman membeli-belah jangka panjang yang lebih baik untuk pengguna melalui hiburan, keseronokkan dan interaksi di seluruh Asia Tenggara. Sorotan utama pada tahun 2018 termasuklah: Memperkenalkan Langkah-langkah persahabatan dengan Penjual baharu, Melancarkan Super Brand Day, Melancarkan LazMall ketika 9.9 Extravaganza dan Bertekad untuk melahirkan kira-kira 8 juta PKS dan usahawan yang berjaya menjelang 2030.", "Lazada mengambil peluang untuk mengubah semula pengalaman membeli belah melalui hiburan, keseronokkan dan interaksi . Memperkenalkan aplikasi permainan baharu seperti Wonderland , Slash It, Shake It untuk pembeli berseronok ketika melayari , mengumpul baucer dan pembelian. Kebanyakkan negara turut memperkenalkan ciri terbaharu seperti aplikasi livestreaming untuk membenarkan penjual berhubung dengan lebih baik terhadap pembeli dan servis imbas, cari dan beli supaya pembeli boleh mengimbas, cari dan membeli barangan di Lazada.", "Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang Lazada dan Facebook Rasmi Lazada ." ]
https://ering.com.my/2019/11/kenapa-xiaomi-mi-watch-berbentuk-persegi-panjang-ini-jawapan-xiaomi/
Kenapa Xiaomi Mi Watch Berbentuk Persegi Panjang? Ini Jawapan Xiaomi…
[ "Xiaomi baru sahaja memperkenalkan jam pintar pertama keluaran mereka iaitu Xiaomi Mi Watch, semalam. Antara topik yang menjadi perbualan hangat mengenai jam pintar ini adalah rekaannya yang berbentuk persegi panjang. Sehubungan itu, Xiaomi tampil menjawab persoalan dan menegaskan mereka mempunyai sebab tersendiri mengenainya.", "Memetik sumber, Xiaomi berkata rekaan tersebut merupakan penggunaan ruang yang lebih baik – skrin segi empat tepat mempunyai ruang yang seimbang dan ia dapat memaparkan lebih banyak maklumat berbanding skrin bulat. Menerusinya juga, setiap teks dan imej dipaparkan dengan baik tanpa ‘dipotond’.", "Seterusnya, skrin segi empat tepat adalah lebih baik untuk pembacaan – di mana ia dikatakan lebih baik dalam memaparkan teks. Kemudian, Xiaomi berkata paparan segi empat tepat menyajikan sokongan navigasi lebih baik. Dengan paparan ini, skrin boleh dilayarkan ke sisi, atas, bawah dan MIUI untuk Watch juga telah direka bentuk untuk berfungsi dengan cara ini.", "Sekarang korang dah faham kan? Aha, terdapat juga desas desus mengatakan Xiaomi bakal memperkenalkan Mi Watch Pro tidak lama lagi. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!" ]
https://ering.com.my/2017/06/google-photos-kini-menawarkan-ciri-cadangan-arkib/
Google Photos Kini Menawarkan Ciri Cadangan Arkib
[ "Google Photos disahkan mendapat ciri simpanan foto ke dalam arkib pada masa terdekat ini. Pengesahan ini dilakukan di laman sosial rasmi Google Photos di Twitter pada 3 Jun yang lepas.", "Fungsi ini membolehkan anda menyimpan atau menyembunyikan kandungan gambar daripada menu utama pada aplikasi tersebut. Selain itu, ciri cadangan ini secara automatik akan mengesan dan mencadangkan gambar yang perlu anda simpan di arkib, yang mudah difahami ialah gambar yang sudah lama tidak dibuka.", "Kemas kini ini sudah dikeluarkan tetapi ia akan mengambil masa untuk diterima oleh semua peranti Android dan iOS." ]
https://ering.com.my/2018/06/tetikus-tanpa-wayar-logitech-g304-lightspeed-untuk-gaming-pada-harga-rm199/
Tetikus Tanpa Wayar Logitech G304 LIGHTSPEED Untuk Gaming Pada Harga RM199
[ "Logitech hari ini tampil dengan produk terbaharu mereka iaitu tetikus khusus untuk kegunaan gaming. Model yang dilancarkan ialah Logitech G304 LIGHTSPEED yang hadir dengan tanpa wayar.", "Apa kelebihan yang ada pada tetikus ini ialah ia dilengkapi teknologi sensor yang dipanggil HERO (High Efficiency Rated Optical) yang para gamer gemarkan. Logitech mengatakan ia juga mampu bertindak dan respon lebih pantas berbanding tetikus berwayar gaming yang ada di pasaran.", "Kuasa yang dihasilkan juga lebih efisyen sehingga berkemampuan mencapai 10 kali ganda lebih baik daripada generasi yang terdahulu. Sensor yang dimuatkan turut menyokong sensiviti sehingga 12,000 DPI dan ketepatan yang tinggi pada 400 IPS.", "Kuasa yang menghidupkan tetikus ini hanya bergantung kepada bateri standard saiz AA yang kebiasan boleh dilihat pada alat kawalan jauh di rumah. Dengan berat 99 gram, ia juga jimat bateri dan mampu bertahan lebih lama.", "Logitech G304 LIGHTSPEED kini dijual pada harga RM199 dan akan berada di wakil penjual sah seluruh negara bermula Julai 2018." ]
https://ering.com.my/2020/10/hasil-usd-lti-meningkat-11-2-yoy-keuntungan-bersih-meningkat-26-7-yoy/
Hasil USD LTI meningkat 11.2% YoY; Keuntungan Bersih meningkat 26.7% YoY
[ "MUMBAI, India, 21 Oktober 2020 /PRNewswire/ — Larsen & Toubro Infotech (kod BSE: 540005) (NSE: LTI), sebuah syarikat perunding teknologi global dan penyelesaian digital, mengumumkan hasil Q2 FY21 pada hari ini.", "“Kami dengan sukacitanya ingin melaporkan pertumbuhan hasil 11.2% YoY dan pertumbuhan keuntungan bersih 26.7% YoY pada Q2. Kami juga gembira untuk mengumumkan satu perjanjian besar dengan TCV baharu bersih yang melebihi USD 40 juta dalam analitik. Urusan perniagaan kami yang besar tetap kukuh dan kami melihat peningkatan daya tarikan di ruang digital, awan dan analitik.", "Pandemik ini telah memperlihatkan bahawa organisasi perlu memikirkan kembali model operasi sasaran mereka yang merangkumi transformasi digital agar tetap relevan di pasaran. Keadaan ini memberi peluang amat besar bagi syarikat seperti kami yang mempunyai keupayaan transformasi digital yang komprehensif,”", "– Sanjay Jalona, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan", "*Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya, dan tidak menasihatkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penilaian tertinggi atau sebutan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menolak semua jaminan, tersurat atau tersirat, sehubungan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu", "LTI (NSE: LTI) adalah sebuah syarikat penyelesaian teknologi digital dan perundingan global yang membantu lebih 400 pelanggan berjaya dalam dunia menumpu. Dengan operasi di 31 buah negara, kami berusaha keras untuk pelanggan kami dan mempercepat transformasi digital mereka dengan platform Mosaic LTI yang membolehkan perjalanan mudah alih, sosial, analitik, IoT dan awan mereka. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai anak syarikat Larsen & Toubro Limited, warisan unik kami memberi kami kepakaran dunia nyata yang tiada tandingannya untuk menyelesaikan cabaran perusahaan yang paling kompleks di kesemua industri. Setiap hari, pasukan kami yang mempunyai lebih daripada 30,000 LTI membolehkan pelanggan kami meningkatkan keberkesanan operasi perniagaan dan teknologi mereka dan memberikan nilai kepada pelanggan, pekerja dan pemegang saham mereka. Dapatkan maklumat lanjut di http://www.Lntinfotech.com atau ikuti kami di @LTI_Global.", "Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Semiconductors Telecommunications Earnings" ]
https://ering.com.my/2021/04/teknologi-pendidikan-terkemuka-global-upgrad-memperoleh-usd120-juta/
Teknologi pendidikan terkemuka global, upGrad memperoleh USD120 juta
[ "– Modal baharu untuk meningkatkan operasi di pasaran antarabangsa, mengejar peluang M&A dan memperluas portfolio pengajian siswazah dan pascasiswazah", "MUMBAI, India, 27 April 2021 /PRNewswire/ — upGrad, syarikat pendidikan tinggi dalam talian terbesar di Asia Selatan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh USD120 juta daripada Temasek iaitu sebuah syarikat pelaburan global yang beribu pejabat di Singapura. Ini merupakan pembiayaan luaran pertama yang diperoleh oleh teknologi pendidikan terkemuka tersebut. Sejak penubuhannya pada tahun 2015, upGrad merupakan 100% dimiliki, dibiayai dan dikendalikan oleh pengasas bersamanya sebagai sebuah perniagaan modal cekap.", "upGrad merancang untuk menggunakan modal baharu tersebut bagi mengukuhkan pasukannya, meningkatkan operasi pasaran global, memperkukuh keupayaan teknologi dan produknya, meraih peluang M&A, memperluas portfolio pengajian siswazah dan pascasiswazah di India serta meningkatkan operasi bagi mencapai matlamat pendapatan sebanyak USD2 bilion menjelang tahun 2026 yang akan mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju teknologi pendidikan tinggi di India. ", "Pengasas Bersama upGrad, Ronnie Screwvala, Mayank Kumar dan Phalgun Kompalli menyatakan dalam suatu pernyataan bersama, “Kami mengalu-alukan Temasek dalam misi kami untuk memperkasakan kejayaan kerjaya setiap tenaga kerja global sebagai rakan Pendidikan Sepanjang Hayat mereka yang dipercayai dan memacu hasil kerjaya yang bermakna. Modal ini akan memperkukuhkan lagi komitmen kami terhadap pengembangan global serta penembusan ke pasaran India dengan lebih meluas, sambil kami melangkah ke hadapan dengan matlamat untuk menjadikan India sebagai ibu kota pengajaran dunia.”", "Credit Suisse bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada upGrad dan Rajaram Legal bertindak sebagai penasihat undang-undang.", "upGrad ialah sebuah syarikat teknologi pendidikan tinggi dalam talian di Asia Selatan yang menawarkan lebih 100 jenis kursus melalui kerjasama dengan universiti global terkemuka seperti Duke Corporate Education (AS), Michigan State University (AS), Liverpool John Moores University (UK), Deakin Business School (Australia), Swiss School of Business Management (Geneva), IIT Madras (India), IIM Kozhikode (India) dan banyak lagi. Ditubuhkan pada tahun 2015, peneraju teknologi pendidikan antarabangsa ini telah memberi impak kepada lebih 1 juta pelajar berdaftar di lebih 50 buah negara di seluruh dunia.", "upGrad menduduki tempat Pertama dalam senarai Top Startups India 2020 LinkedIn. Ini merupakan kali ketiga berturut-turut upGrad ditampilkan dalam senarai Top Startup LinkedIn selepas tahun 2018 dan 2019. Ia juga merupakan antara GSV Global EdTech 50 dan telah menduduki tempat ke-50 Terbaik dalam senarai Syarikat Pertumbuhan Tinggi Asia Pasifik FT 2021.", "Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari: www.upgrad.com", "Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Multimedia/Online/Internet Financing agreements STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)" ]
https://ering.com.my/2019/03/sertai-peraduan-brilliant-portrait-in-low-light/
Sertai Peraduan “Brilliant Portrait In Low Light” – Menang Cenderahati & Pass Eksklusif Ke Pelancaran OPPO F11 Pro!
[ "Hello pembaca setia eRing! Jangan lepaskan peluang merebut hadiah best daripada OPPO Malaysia menerusi peraduan fotografi, Brilliant Portrait In Low Light.", "Terbuka kepada semua peringkat umur dan 20 pemenang bertuah berpeluang memenangi sepasang pass eksklusif ke pelancaran OPPO F11 Pro di Malaysia dan cenderahati berupa pelembap udara eksklusif daripada OPPO!", "Wahhh! Bestnya…Bagaimana untuk menang? Hanya dengan 3 langkah mudah :", "Tempoh peraduan bermula HARI INI hingga 14 Mac 2019 dan pemenang akan dimumkan pada 15 Mac 2019. Good Luck gais! Maklumat lanjut, sila layari OPPO Malaysia." ]
https://ering.com.my/2019/04/hasil-gambar-realme-3-pro-terdedah-bakal-diperkenal-pada-22-april-2019/
Hasil Gambar Realme 3 Pro Terdedah – Bakal Diperkenal Pada 22 April 2019
[ "Selepas Realme 3, kini giliran Realme 3 Pro pula menyusul. Laporan yang memetik beberapa sumber mendedahkan model ini bakal diperkenalkan secara rasmi pada 22 April kelak dalam sebuah acara pelancaran berlangsung di India.", "Hasil gambar Realme 3 pro juga mula menjengah di media sosial dan dikongsi sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Realme India, Madhav Sheth menerusi beberapa posting di Twitter miliknya. Memetik foto dikongsi, telefon ini mempunyai keupayaan kamera yang terbaik.", "Sebelum ini terdapat ketirisan maklumat mengatakan Realme 3 Pro mungkin dikuasakan oleh cip Snapdragon 710, kamera utama 16MP (sensor Sony IMX519) dan pengecasan pantas VOOC 3.0. Untuk memori pula, ia bakal diiringi tiga pilihan varian iaitu iaitu 4GB + 32GB, 4GB + 64GB dan 6GB + 64GB." ]
https://ering.com.my/2021/05/oppo-reno5-f-kini-tersedia-di-beberapa-telco-miliki-pada-harga-yg-sangat-murah-hadiah-istimewa/
OPPO Reno5 F Kini Tersedia Di Beberapa Telco!!! – Miliki Pada Harga Yg Sangat Murah & Hadiah Istimewa!!!
[ "OPPO Malaysia telah mengumumkan ketersediaan OPPO Reno5 F di lebih banyak telekomunikasi tempatan – Celcom, Digi dan U-Mobile – sebagai tambahan kepada Maxis yang diumumkan sebelumnya. OPPO Reno5 F adalah lambang keseronokan dengan fotografi telefon pintar sambil menampilkan reka bentuk ergonomik yang ramping dan ultra ramping. Sekarang bekerjasama dengan lebih banyak syarikat telekomunikasi tempatan, OPPO kini menawarkan tawaran dan kumpulan yang menarik dan berpatutan untuk memudahkan pengguna membawa pulang peranti ini.", "BAgi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang ini:" ]
https://ering.com.my/2019/08/saksikan-5-pemain-malaysia-bertarung-merebut-kejuaraan-the-international-dota-2-championships-pubstomp-2019/
Saksikan 5 Pemain Malaysia Bertarung Merebut Kejuaraan The International Dota 2 Championships PUBSTOMP 2019!
[ "Buat peminat permainan Dota 2, anda pastinya tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan pertarungan merebut Kejuaraan The International Dota 2 Championships PUBSTOMP 2019.", "Anda boleh melihat secara live streaming di Sunway Velocity dari 23 – 25 Ogos 2019 dari jam 10 pagi sehingga 9 malam. 18 pasukan dari seluruh pelusuk negara bertanding merebut hadiah perlawanan yang bernilai sehingga USD 33.78 juta.", "Menariknya, pemain Malaysia turut menyertai pertarungan ini iaitu MidOne (Team Secret), xNova (PSG. LGD), NaNa (Mineski), Ah Fu (Royal Never Give Up) dan vtFaded (Chaos Esport Club). Keterujaan ini ekoran daripada kejayaan pemain Malaysia merangkul Kejuaraan pada tahun 2012.", "Di samping itu, pengunjung yang hadir menyaksikan pertarungan ini secara live streaming di Sunway Velocity – anda turut berpeluang menyertai sesi cabutan bertuah, bertemu Pemain profesional, penampilan cos player dan banyak lagi.", "Lebih mengujakan buat pengunjung, Garnier Men yang merupakan sponsor utama akan melakukan cabutan bertuah yang mana pemenang bertuah akan membawa pulang ASUS ROG Phone.", "Garnier Men turut memberikan tawaran diskaun 15% bagi pembelian produk Garnier Men di Lazada dari 23 hingga 25 Ogos ini. Jadi apa tunggu lagi!! Datang beramai-ramai meriahkan acara ini. Jumpa anda di sana!" ]
https://ering.com.my/2016/03/liam-membantu-apple-dalam-misi-menjaga-alam-sekitar/
Liam Membantu Apple Dalam Misi Menjaga Alam Sekitar
[ "Ketika acara Apple Event yang berlangsung pagi tadi, Apple telah menyentuh satu isu global secara ringkas. Ianya berkenaan alam sekitar dan komitmen Apple untuk mewujudkan operasi yang lebih mesra alam dan turut menggunakan tenaga boleh diperbaharui.", "Untuk mencapai misi tersebut, Apple telah memperkenalkan robot Liam daripada mereka yang akan membantu di dalam operasi terpenting, iaitu kitar dan guna semula. Liam adalah robot khas yang dicipta bagi meleraikan komponen iPhone dan mengasingkannya bagi proses kitar dan guna semula." ]
https://ering.com.my/2020/01/samsung-mulakan-pengedaran-tampalan-sekuriti-januari-2020-pada-siri-galaxy-note10-galaxy-s10/
Samsung Mulakan Pengedaran Tampalan Sekuriti Januari 2020 Pada Siri Galaxy Note10 & Galaxy S10
[ "Melangkah masuk ke Tahun Baru 2020, Samsung diperlihatkan sangat agresif dalam memperkenalkan produk baharu mereka, yang terbaru Galaxy S10 Lite dan Note10 Lite dan siri Galaxy S20 yang bakal tampil di Samsung Galaxy Unpacked 2020.", "[ BACA JUGA: Senarai Peranti Samsung Bakal Menerima Kemas Kini Android 10 Seawal Bulan Januari 2020 ]", "Bukan sahaja peranti baharu, kemas kini bagi peranti sedia ada turut diambil berat oleh Samsung. Selepas pengemaskian OneUI 2.0 berasaskan Android 10 diedarkan secara berperingkat pada peranti siri Samsung Galaxy Note10 dan Galaxy S10, terkini tampalan sekuriti Januari 2020 bagi kedua-dua peranti ini turut ditawarkan.", "Tampalan sekuriti versi N970FXXS1BSLD bagi siri Galaxy Note10 sudah bermula di Jerman, manakala versi G97*FXXS3BSL4 bagi siri Galaxy S10 sudah bermula di Switzerland.", "[ SUMBER 1 l SUMBER 2 ]" ]
https://ering.com.my/2020/03/siri-huawei-p40-menandakan-era-fotografi-berwawasan/
Siri HUAWEI P40 Menandakan Era Fotografi Berwawasan
[ "SHENZHEN, China, 27 Mac 2020 /PRNewswire/ — Hari ini, Huawei Consumer Business Group mengumumkan HUAWEI P40 Pro+, HUAWEI P40 Pro dan HUAWEI P40, menampilkan inovasi kamera perintis dengan pengembangan radikal kemungkinan fotografi mudah alih dan rakaman video.", "Siri HUAWEI P40 meneruskan warisan kecemerlangan pengimejan siri ini. Sensor 1/1.28-inci yang besar mendorong kemasukan cahaya yang sangat banyak untuk prestasi cahaya-rendah yang dipertingkat, manakala reka bentuk periskop baharu merealisasikan zum optik 10x yang sebenar. Siri P40 dikuasakan oleh Kirin 990 5G dan menyokong 5G dan Wi-Fi 6 Plus yang berkelajuan tinggi.", "Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Consumer BG: “Siri P HUAWEI P sentiasa mengenai nilai estetika yang inovatif dan menjadikan perkakasan pengimejan premium boleh diakses, menonjolkan yang terbaik daripada reka bentuk perindustrian dan teknologi. Dengan sensor yang cemerlang, sistem kamera yang bersama-sama direkayasa oleh kami dengan Leica, cip set berkuasa dan HUAWEI XD Fusion Engine, Siri HUAWEI P40 mencerminkan fokus kami dan menawarkan pengalaman Definisi Super sepanjang hari bagi membantu pengguna merealisasikan wawasan kreatif mereka.”", "HUAWEI P40 Pro dan P40 Pro+ menampilkan Paparan Limpah Kuad-Lengkung HUAWEI. Paparan ini mengambil kelebihan bahagian tepi melengkung pada keempat-empat sisi, manakala bezel yang amat sempit dan penjuru bulat yang diperkemas memastikan pegangan yang ergonomik dan rupa yang hampir tidak bersempadan. Pembaca cap jari pada skrin yang dipertingkat menawarkan pengesahan biometrik 30 peratus lebih pantas.", "Disediakan dalam tiga kemasan kaca berkilau – Ice White, Deep Sea Blue dan Hitam – dan dua kemasan kaca kusam biasan yang inovatif – Blush Gold dan Silver Frost, HUAWEI P40 Pro dan P40 menonjolkan nilai keanggunan. HUAWEI P40 Pro+ menampilkan panel belakang seramik teknologi nano hebat yang ditanur dan digilap bagi memastikan ia dapat bertahan dalam tempoh yang lama dengan ketahanan dan gaya abadi yang luar biasa. Reka bentuk unik ini didatangkan dengan dua warna ikonik: Putih Seramik dan Hitam Seramik.", "Dibenamkan dalam Siri HUAWEI P40 ialah sistem kamera Ultra Vision Leica yang canggih, disediakan dengan konfigurasi tiga kamera, empat kamera dan lima kamera. HUAWEI P40 membawakan hasil fotografi luar biasa dengan kanta bersudut ultra luas, sudut luas dan telefoto. HUAWEI P40 Pro menampilkan evolusi Kamera Kuad Leica dengan Kamera Filem Ultra Luas dan Kamera ToF yang lebih berkuasa berserta Zum SuperSensing 50x. HUAWEI P40 Pro+ membolehkan pengguna melihat sesuatu yang belum pernah berlaku dengan SuperZoom Array, yang menyokong zum optik sebenar 10x dan zum digital maksimum 100x.", "Siri HUAWEI P40 dikuasakan oleh Kirin 990 5G untuk membawakan sambungan 5G bersepadu dengan sokongan jalur 5G yang paling komprehensif, prestasi AI dan kecekapan kuasa yang mantap. Kegerakbalasan paparan dibawa ke tahap seterusnya melalui enjin penonjolan grafik dinaik taraf yang memanfaatkan sepenuhnya panel 90Hz pada HUAWEI P40 Pro dan P40 Pro+.", "Sistem pengendalian EMUI 10.1 memperkenalkan pelbagai ciri baharu yang mendayakan kehidupan AI yang lebih beraneka dan lebih lancar. Ia turut menyediakan panggilan video HD Penuh 1080p HUAWEI MeeTime[1] dan Huawei Share untuk sambungan satu sentuhan merentas peranti.", "Siri HUAWEI P40 akan disediakan dalam pasaran-pasaran terpilih.", "1. Ciri ini akan disediakan melalui kemas kini HOTA. HUAWEI MeeTime disokong di Thailand, Singapura, Malaysia, Filipina dan Indonesia.", " Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment Retail Telecommunications New products/services " ]
https://ering.com.my/2021/06/cgtn-bekas-perdana-menteri-perancis-melihat-lebih-banyak-inovasi-dalam-masa-depan-china-dari-buku-xi/
CGTN: Bekas Perdana Menteri Perancis melihat lebih banyak ‘inovasi’ dalam masa depan China dari buku Xi
[ "BEIJING, 15 Jun 2021 /PRNewswire/ — Bekas Perdana Menteri Perancis Jean-Pierre Raffarin berbicara tentang buku “Xi Jinping: The Governance of China“. Beliau mengatakan bahawa walaupun ramai orang Eropah yang percaya bahawa peradaban kuno sering kekurangan idea baharu, China, sebagai peradaban kuno dan moden, mempunyai idea baharu tentang masa hadapan. Beliau percaya bahawa promosi ‘planetisasi’ yang berdasarkan kepada Kesepakatan Paris akan membantu China dan A.S. mengurangkan perbezaan. ", " CGTN: Former French PM sees more ‘innovation’ in China’s future from Xi’s book", " Keywords: Books Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Retail " ]
https://ering.com.my/2017/11/6-ciri-ciri-menarik-tentang-honor-7x/
6 Ciri-Ciri Menarik Tentang honor 7X
[ "Hari ini honor Malaysia telah menjemput eRing untuk menghadiri satu bengkel ringkas bagi mendedahkan model terbaru keluarannya iaitu honor 7X yang sudahpun dilancarkan secara rasmi di China pada Oktober 2017 yang lalu. Sebagaimana yang anda sedia maklum, honor 7X merupakan peranti pertama keluaran honor yang menampilkan sokongan skrin dengan nisbah paparan 18:9 yang menjadi trend pada masa kini. Sebagaimana model honor 6X yang menjadi peranti pertama dari honor yang menampilkan sokongan dwi lensa, honor 7X juga dilihat masih mengekalkan sokongan sistem dwi kamera. Jadi sebelum itu apa kata kita lihat terlebih dahulu apakah ciri-ciri menarik yang ditawarkan pada honor 7X ini…", "honor 7X kini telah menampilkan rekaan kerangka logam unibodi yang kelihatan jauh lebih premium. Ini jelas dapat dilihat melalui penggunaan logam sepenuhnya pada bahagian panel belakang kerangkanya, yang mana sebelum ini honor telah menggunakan kombinasi rekaan antara logam dan plastik pada bahagian atas dan bawah kerangka honor 6X.", "Walaupun tampil dengan saiz kerangka yang sama seperti kebanyakan peranti dengan sokongan skrin sebesar 5.5 inci, honor 7X dilihat menampilkan saiz skrin yang jauh lebih besar iaitu mencecah sehingga 5.93 inci dengan resolusi FHD+ (1080 x 2160 piksel). Menurut honor, penggunaan nisbah paparan 18:9 pada honor 7X mampu menawarkan paparan yang lebih luas iaitu mencecah sehingga 13% berbanding paparan skrin dengan nisbah 16:9.", "Pemilik honor 7X kini berupaya menikmati mod Portrait bagi mendapatkan kesan bokeh yang menarik melalui penyediaan sistem kamera dwi lensa beresolusi 16 Megapiksel + 2 Megapiksel. Malah dengan penambahbaikan pada algoritma teknologi PDAF, honor 7X menjanjikan masa fokus yang jauh lebih pantas.", "Sokongan kamera swafoto 8 Megapiksel pada honor 7X telah dipertingkatkan lagi keupayaannya dengan penambahan fungsi menarik iaitu Effects yang membolehkan pengguna untuk memasukkan efek beranimasi mirip seperti Snapchat. Selain itu ia juga turut menyokong fungsi Portrait Selfie dengan efek bokeh dan juga Gesture Control untuk mengaktifkan fungsi pemasa menggunakan gerakan tapak tangan.", "honor 7X menjanjikan prestasi yang terbaik di dalam kelasnya kerana ia menawarkan sokongan pemproses lapan teras dari HiSilicon Kirin 659 dengan kelajuan 2.36GHz, memori dalaman sebesar 64GB, RAM 4GB, dan dioperasikan oleh EMUI 5.1 yang berasaskan daripada Android 7.0 Nougat.", "Dengan rekaan yang nipis iaitu hanya 7.6mm, honor 7X telah dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3,340 mAh. Kehadiran teknologi penjimatan bateri yang tersedia pada cipset 16nm dan juga sokongan Ultra Power Saving Mode juga mampu menjanjikan ketahanan bateri yang lebih baik agar mampu bertahan lebih lama dengan hanya satu cas." ]
https://ering.com.my/2021/05/mengapa-vivo-v21-5g-salah-satu-telefon-bimbit-5g-dinanti-nantikan-tahun-ini/
Mengapa vivo V21 5G Salah Satu Telefon Bimbit 5G Dinanti-Nantikan Tahun ini? !
[ "vivo akan segera menukar nama permainan 5G dengan pelancaran V21 5G yang akan datang, sebuah telefon pintar 5G baru yang canggih yang direka untuk menangani pelbagai permintaan dari pengguna muda 5G. Dengan konfigurasi perkakasan mewah, penggunaan tenaga yang lebih rendah dan penampilan yang lebih canggih, vivo V21 5G akan menjadi salah satu telefon pintar 5G yang paling dicari dan dibelanjakan pada tahun 2021.", "Dengan pengumuman blueprint MyDigital yang digariskan oleh pemerintah awal tahun ini dan pelaburan yang dibuat untuk merealisasikan pelaksanaan 5G di Malaysia selama 10 tahun ke depan, vivo telah mempercepat usaha dan berjaya terus berada di depan dengan kelayakan dengan peranti berkemampuan 5G seperti sebagai vivo V21 5G yang sangat dinantikan.", "Dual-mode SA / NSA 5G untuk kelajuan internet yang lebih cepat1", "Berbanding dengan telefon pintar 5G mod tunggal, vivo V21 5G dengan Dual-Mode 5G akan dapat menyokong kedua-dua rangkaian SA dan NSA, yang membolehkan telefon pintar dapat dikendalikan secara optimum sama ada pada rangkaian SA atau NSA. Selain itu, penggunaan inovatif teknologi antena TG vivo menawarkan sambungan internet 5G yang lebih lancar.", "Apakah maksud nombor ini kepada pengguna? Pengguna telefon pintar boleh memuat turun filem dalam masa yang singkat, menonton pelbagai perlawanan Ultra-HD 4K secara langsung dan bermain permainan mudah alih PC tanpa gangguan.", "Chip 5G Bersepadu V21 5G membawa kepada prestasi yang lebih stabil", "Telefon V21 5G Dual-Mode vivo akan dilengkapi dengan cip 5G bersepadu, teknologi terkemuka yang menggunakan tenaga lebih sedikit daripada cip pemalam lain yang digunakan dalam telefon pintar Single-Mode 5G yang ada. Kemajuan ini juga membolehkan kestabilan rangkaian dipertingkatkan dan prestasi yang lebih hebat dan boleh dipercayai.", "Lebih jimat dengan badan yang langsing dan ringan", "Sebaik sahaja V21 5G tersedia di Malaysia, ia akan dianggap sebagai salah satu telefon pintar vivo 5G paling tipis dan ringan yang dijual. Walaupun modul 5G lebih berat daripada pendahulunya 4G, teknologi 5G memungkinkan keseluruhan badan telefon pintar dan ramping. Selain menikmati rangkaian 5G yang kuat dan boleh dipercayai, pengguna akan menikmati struktur ringan dan menyenangkan di telefon, yang direka untuk penggunaan harian yang optimum.", "Vivo V21 5G bukan sahaja menawarkan teknologi 5G terkemuka dan gaya canggih, tetapi juga kemampuan penglihatan super malam pandangan depan yang luar biasa – ciri utama dalam industri. Dengan fungsi penyuntingan video anti-goncangan OIS + EIS depan dan belakang dan fungsi Jovi Home AI, V21 5G akan menjadi salah satu telefon pintar paling jimat dan berbaloi pada era 5G.", "Sertailah dalam acara pelancaran ini pada 27 Mei 2021 pada jam 9 malam (waktu tempatan) dan saksikan pendedahan besar mengenai peranti telefon pintar berkemampuan 5G terbaru oleh vivo, yang akan disiarkan secara langsung di Facebook dan YouTube vivo.", "Untuk maklumat lebih lanjut mengenai siri vivo V21 baru dan juga V21 5G yang akan datang, lawati Laman Web rasmi vivo atau lihat Facebook dan Instagram vivo Malaysia." ]
https://ering.com.my/2021/12/dapatkan-honor-50-lite-nikmati-ganjaran-3x-ganda-berjumlah-sehingga-rm10-juta-termasuk-sebuah-honda-city-dji-om-4-se/
Dapatkan HONOR 50 Lite & Nikmati Ganjaran 3X Ganda Berjumlah Sehingga RM10 Juta Termasuk Sebuah Honda City DJI OM 4 SE
[ "Tidak dinafikan telefon pintar adalah gajet penting dalam kehidupan seharian dan kita akan membuat pertimbangan apabila membelinya. Sifat semula jadi kita meronta-ronta mahukan telefon pintar terbaik dengan ciri-ciri premium dan eksklusif tanpa perlu berbelanja banyak. Dengan ini, HONOR Malaysia bersama ratu cantik dan juga pengacara Natalia Ng ‘turun padang’ menemu ramah orang awam untuk mendengar pendapat mereka apabila membeli telefon pintar baru. ", "Jawapannya seperti sudah jangkakan iaitu pengecasan pantas dengan jangka hayat bateri panjang, skrin besar untuk hiburan, kualiti kamera hebat dan mampu dibeli. Jadi rakyat Malaysia, tak perlu mencari lagi kerana ada HONOR 50 Lite!", "Berikut 3 sebab utama memiliki telefon pintar dengan pengalaman tahap flagship pada harga yang sangat berpatutan. Anda pasti terkejut!", "#1: Pengecasan Pantas HONOR 66W dengan bateri 4300mAh ", "Didatangi dengan Pengecasan Pantas 66W, HONOR 50 Lite mampu mengecas sehingga 40% dalam 10 minit, anda tidak perlu bimbang kehabisan kuasa dengan bateri 4300mAh. Mengecas telefon pintar beberapa kali sehari sudah tidak diperlukan lagi! ", "#2: Paparan LCD Pengiktirafan TÜV Rheinland Perlindungan Mata Tahap Perkakasan Pertama Dunia dan Bingkai Super Narrow 1.05mm", "Direka dengan bingkai super narrow 1.05mm dan 94.4% nisbah skrin ke badan, HONOR 50 Lite memberi pengalaman melihat mengasyikkan menerusi Paparan FullView HONOR 6.67 inci untuk kesan visual menakjubkan, jelas serta pengalaman tiada tandingan dengan Gamut Warna Lebar DCI-P3. Pengiktirafan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland untuk perlindungan mata tanpa perlu menguningkan paparan, sekaligus memberi pengalaman santai dan sinematik apabila menonton siri televisyen atau filem kegemaran. ", "Kamera HONOR 50 Lite menjadikannya berbeza daripada jenama telefon pintar yang seangkatan dengannya di pasaran. Mengetengahkan Kuad Kamera Ultra-Clear 64MP dan kamera utama apertur F/1.9 memberi hasil rakaman berkualiti premium dengan pelbagai elemen yang menangkap butiran halus, setanding dengan sediaan kamera profesional. Cuba tangkap gambar pada waktu malam dan kagum dengan hasilnya! ", "Jadi, cepat miliki HONOR 50 Lite sekarang dengan menyertai Jualan Pesta Hujung Tahun HONOR! Bermula sekarang hingga 2 Januari 2022, dengan pembelian HONOR 50 Lite melayakkan satu cabutan bertuah dengan ganjaran berjumlah sehingga RM10 juta termasuk sebuah Honda City atau 1 daripada 500 units DJI OM 4 SE! Lebih menarik, cabutan bertuah juga termasuk pembelian HONOR 50 atau Siri HONOR Magicbook!", "Peminat dinasihatkan untuk mengaktifkan peranti yang baru dibeli sebelum 9 Januari 2022. Dengan hanya SATU penyertaan bagi setiap unit yang dibeli, peminat digalakkan melayarihttps://www.hihonor.com/my/support/luckydraw-application/ untuk menghantar penyertaan mereka, tertakluk kepada terma dan syarat. ", "Jangan tunggu lagi! Belilah HONOR 50 Lite hari ini dan sertai cabutan bertuah kami! HONOR 50 Lite boleh didapati di Kedai HONOR seluruh negara, HONOR eStore, Lazada, Shopee, DiGi, Maxis, Senheng dan senQ. Untuk maklumat lanjut, kunjungi sini atau Facebook HONOR Malaysia di www.facebook.com/HONORMY ." ]
https://ering.com.my/2019/04/apple-kalah-saman-ke-atas-swatch-berkaitan-frasa-one-more-thing/
Apple Kalah Saman Ke Atas Swatch, Berkaitan Frasa “One More Thing”
[ "Baru – baru ini apple telah menyaman Swatch kerana penggunaan slogan “one more thing” yang telah difailkan di Australia. Namun berita buruk buat Apple apabila dalam saman tersebut mereka telah kalah kepada Swatch.", "Sebelum ini Apple beranggapan bahawa ayat “one more thing” ini sudah sinonim dengan Steve Jobs dan Swatch tidak dibenarkan menggunakan perkataan tersebut. Walaubagaimanapun Swatch membidas tuduhan tersebut dengan menyatakan bahawa ayat tersebut digunakan bagi melancarkan filem noir yang diinspirasikan daripada set jam tangan.", "Mereka turut berkata bahawa frasa tersebut diinsiprasikan dari siri televisyen popular “Columbo” yang mana ia sering menggunakan ayat “just one more thing.", "Sebelum ini juga, pada tahun 2017, Apple telah menyaman Swatch atas slogan pemasaran “Tick Different”." ]
https://ering.com.my/2021/05/xpop-terapkan-teknologi-dalam-bidang-hiburan-global-bermula-dengan-kandungan-kpop/
XPOP Terapkan Teknologi Dalam Bidang Hiburan Global!!- Bermula Dengan Kandungan KPOP!!
[ " XPOP ​​mengumumkan pelancaran sebuah tempat pasaran NFT yang baharu di Asia Tenggara, sebuah pasaran dengan peminat tegar K-POP yang kukuh, pada akhir Jun 2021.", "Terdiri daripada pengajar Korea dalam teknologi blok rantai dan sektor perniagaan hiburan, XPOP adalah sebuah syarikat teknologi blok rantai NFT yang membuat pengkhususan di dalam menggunakan perkhidmatan kandungan yang baharu sahaja menjadi tumpuan utama.Pembinaan Pasukan Projek XPOP tempat pasaran NFT yang baharu itu akan membawa sebuah hasil yang berinovatif kepada pasaran hiburan dan industri kandungan digital mereka. Pelbagai pemain kandungan boleh melakukan urus niaga pada kontrak pintar bagi blok rantai XPOP setiap kali mereka memperdagangkan kandungan mereka sendiri yang terlibat dengan mereka.Setakat ini XPOP telah mencapai satu perjanjian dengan lebih 200 pasukan artis K-POP untuk pendaftaran kandungan yang jarang ditemui di Tempat pasaran XPOP NFT.Banyak syarikat pelaburan dan pelabur perseorangan di Asia Tenggara sangat tertarik kepada Projek XPOP dan sekarang mereka mengharapkan penjualan NFT yang cukup besar dalam satu jangka masa pendek dan Pulangan Pelaburan (ROI) yang paling tinggi memandangkan kandungan K-POP yang dicetak dengan blok rantai XPOP telah disiapkan dan hasil daripada Tempat pasaran XPOP NFT yang terbuka luas akan membawa tahap penyelesaian yang lebih tinggi." ]
https://ering.com.my/2018/01/android-8-0-oreo-untuk-honor-8-seperti-yang-dijanjikan-ditarik-semula/
Android 8.0 Oreo Untuk Honor 8 Seperti Yang Dijanjikan Ditarik Semula
[ "Pada bulan lalu, CEO Honor, George Zao yang di temuramah mengatakan peranti keluaran mereka honor 8 dan honor 8 Pro akan menerima kemas kini Android 8.0 Oreo. Kenyataan itu lantas telah menggembirakan hati ramai pengguna yang inginkan sistem pengoperasian terbaru.", "Bagaimanapun, setelah sebulan pengumuman itu dibuat oleh CEO tersebut, honor India kini mengesahkan honor 8 tidak akan menerima kemas kini Android Oreo disebabkan oleh perkakasan dan perisian yang terhad.", "Honor memaklumkan peranti itu hanya akan menerima patch keselamatan apabila perlu untuk bebearapa tahun akan datang. Sekaligus menimbulkan tanda tanya mengapa telefon sebegini tidak ditawarkan sedangkan telefon yang mempunyai spesifikasi rendah masih mampu menyokongnya.", "Dengan keputusan yang dibuat, adakah anda yang menggunakan peranti ini berasa kecewa?" ]
https://ering.com.my/2018/01/elephone-u-pro-dengan-skrin-amoled-melengkung-ini-mampu-memikat-hati-anda/
Elephone U Pro Dengan Skrin AMOLED Melengkung Ini Mampu Memikat Hati Anda
[ "Skrin melengkung AMOLED sebelum ini hanya boleh didapati secara eksklusif pada peranti Samsung dan LG sahaja. Hari ini Elephone mengumumkan mereka juga tampil dengan peranti skrin melengkung melalui Elephone U Pro. Telefon pintar ini hadir dengan paparan 5.99-inci AMOLED beresolusi HD penuh+ dengan nisbah 18:9 di depan.", "Dikuasakan oleh cip pemproses pertengahan Snapdragon 660 terbaru, ia juga ditemani RAM sebesar 6GB dan storan seluas 128GB. Panel belakang yang dibina berasaskan kaca berkilau menempatkan dwi kamera 13 Megapiksel yang menyokong rakaman latar belakang kabur (bokeh), PDAF, dan Super Night Image, khusus untuk penggambaran di malam hari.", "Telefon pintar ini juga menawarkan ciri pengecaman wajah Face ID dan pengimbas cap jari untuk sistem keselamatan. Menurut Elephone fungsi pengecasan pantas membolehkan bateri dipenuhkan hanya dalam masa 1 jam 30 minit sahaja. Peranti ini turut dioperasikan oleh Android 8.0 Oreo asli tanpa antaramuka daripada pengeluar.", "Elephone U Pro dijangka akan dipasarkan pada harga di bawah $500 (kira-kira RM1,981) bermula bulan ini. Bagaimanapun, tiada perkembangan lanjut mengenai ketersediaannya untuk pasaran Malaysia." ]
https://ering.com.my/2019/05/promosi-istimewa-hotlinkmu-raya-tawar-44gb-data-internet-percuma/
Promosi Istimewa – HotlinkMU RAYA Tawar 44GB Data Internet Percuma!
[ "Siapa di sini pengguna Hotlink? Sila angkat tangan. Berita baik buat semua. Bagi memeriahkan lagi Aidilfitri tahun ni, Hotlink menawarkan promosi hebat, HotlinkMU RAYA.", "Melalui promosi ini, Hotlink menawarkan sebanyak 44GB data internet secara percuma pada bila-bila masa tanpa batasan – boleh didapati secara eksklusif menerusi aplikasi Hotlink RED. Promosi sah daripada SEKARANG hingga 30 Jun 2019.", "Untuk mendapatkan data 44GB percuma, anda hanya perlu:", "Nota kaki : 44GB data internet dibahagi kepada dua – 22GB pada siang hari & 22GB seterusnya pada jam 1.00 pagi – 7.00 pagi. Maklumat lanjut, layari Hotlink." ]
https://ering.com.my/2021/03/520052/
Nikmati Diskaun Sehingga RM300 Bersempena Perasmian DJI Authorized Retail Store baharu Di Sunway Pada 13!!!3
[ "Berita baik buat mereka yang meminati produk dari DJI, bersempena dengan perasmian Authorized Retail Store yang baharu di Suanway Pyramid pada 13 Mac ini, DJI menawarkan tawaran hebat!!!", "Menariknya, beberapa tawaran hebat menanti anda seperti Mavic Mini Combo yang dijual pada harga hanya RM1499 (harga asal RM1799).", "Dalam pada itu, bagi OSmo Mobile 3 Combo pula, ia dijual pada harga RM299 (harga asalRM379). Sah bagi 2 orang pelanggan terawaal sahaja.", "Jadi, cepat-cepat pergi ke DJI Authorize Retail Store di Sunway Pyramid esok!!!" ]
https://ering.com.my/2016/08/pemilik-nexus-6-di-seluruh-dunia-berhadapan-isu-gangguan-rangkaian-lte/
Pemilik Nexus 6 Di Seluruh Dunia Berhadapan Isu Gangguan Rangkaian LTE
[ " Walaupun sudah berada agak lama di pasaran, tidak dinafikan masih ramai pengguna yang setia menggunakan Nexus 6 sebagai peranti utama mereka. Sokongan spesifikasi yang masih relevan pada peranti Nexus ini nampaknya mula menunjukkan permasalahan yang tidak dapat dipastikan puncanya apabila ramai di antara pemilik model ini dari seluruh dunia berhadapan dengan isu gangguan rangkaian LTE.", "Berdasarkan kepada laporan yang telah diterima, kebanyakan pengguna Nexus 6 tidak dapat menggunakan rangkaian LTE secara tiba-tiba. Permasalahan yang dihadapi ini nampaknya mula dikongsikan oleh ramai daripada pemilik peranti tersebut di media sosial untuk mendapatkan kepastian tentang punca yang menyebabkan isu ini berlaku.", "Bahkan pihak telco utama di Amerika Syarikat iaitu T-Mobile juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa masalah ini telah dihadapi oleh pemilik Nexus 6 di seluruh dunia, dan memaklumkan bahawa mereka sedang berusaha mengatasinya dengan bantuan Google dan juga Motorola.", "Apa yang lebih menariknya, salah satu daripada komen di laman sosial Facebook telah menyatakan bahawa aplikasi paling popular Pokemon Go mungkin menjadi penyebab masalah tersebut. Ini kerana rangkaian LTE kembali berfungsi sebaik sahaja aplikasi itu dibuang dari Nexus 6 miliknya." ]
https://ering.com.my/2021/08/hotlink-app-raikan-merdeka-dengan-ganjaran-hebat-bagi-rakyat-malaysia/
Hotlink App Raikan Merdeka Dengan Ganjaran Hebat Bagi Rakyat Malaysia!!
[ "Raikan Merdeka dengan tawaran baucar menarik, hadiah dan peluang memenangi telefon pintar terkini bersama Hotlink dengan hanya memuatkan kredit atau membeli e-baucar melalui aplikasi Hotlink. Kempen ini merupakan inisiatif terbaru Hotlink untuk pelanggan yang sering “Bikin Selalu, Hotlink App Dulu”.", "Mulai sekarang hingga 30 September 2021, pengguna dapat memperoleh Hotlink Reward Points dengan setiap penambahan kredit melalui aplikasi Hotlink melalui perbankan langsung atau e-wallet (termasuk MAE, Boost atau Touch ‘n Go). Mata ini dapat dikumpulkan dan digunakan untuk menebus pelbagai hadiah, termasuk baucar dari Dunkin’, Tealive, Kenny Rogers, Burger King, Lazada, Grabfood dan banyak lagi. Mata diperbaharui pada akhir bulan,jadi pelanggan digalakkan untuk menebus hadiah tersebut setiap kali mereka menambah.", "Pengguna yang membeli e-baucar dari Hotlink Rewards dari sekarang hingga 17 September 2021 juga akan layak mendapat peluang memenangi hadiah menarik, termasuk iPhone 12 atau Samsung Galaxy S21 Plus terkini. Terdapat 32 peranti yang akan dimenangi. Baucar berharga di bawah RM10 bernilai satu penyertaan, sementara baucar berharga RM10 ke atas bernilai dua penyertaan.", "Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara menuntut ganjaran hebat ini, buka aplikasi Hotlinkatau muat turun dari Apple App Store atau Google Play Store di Hotlink dan layari Hotlink’s Halaman Facebook." ]
https://ering.com.my/2018/10/samsung-galaxy-watch-kini-tiba-di-malaysia-harga-bermula-rm1199/
Samsung Galaxy Watch Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM1199!
[ "Akhirnya yang ditunggu sudah pun tiba! Samsung Galaxy Watch kini tiba di Malaysia dengan membawa pelbagai penawaran terbaik di samping reka bentuk yang menarik!", "Samsung Galaxy Watch ini hadir dalam dua variasi iaitu iaitu 46mm dan juga 42mm. Dari aspek reka bentuk, ia menawarkan ciri-ciri moden yang mana hadir dengan rekaan muka jam bulat dan dilengkapi dengan skrin sentuh. Selain itu, jam tangan ini turut hadir dengan sokongan kalis air.", "Samsung turut memaklumkan bahawa jam tangan ini menawarkan masa penggunaan yang sehingga 80 jam. Seperti biasa, pengguna boleh menghubungkan jam tangan ini terus ke telefon pintar dan mengikuti pelbagai notifikasi terus ke Galaxy Watch.", "Samsung mengatakan Samsung Galaxy Watch akan ditawarkan untuk para pengguna bermula 5 Oktober 2018 dengan harga RM1199 untuk model 42mm, sementara versi 46mm pula ditawarkan pada harga RM1299.", "Kepada yang berminat anda boleh membuat pra tempahan bermula 1 Oktober 2018 (HARI INI) hingga 4 Oktober 2018. Paling menarik, pengguna yang membuat pra tempahan akan menerima tali jam tambahan bernilai RM109." ]
https://ering.com.my/2018/01/tertiris-rekaan-alcatel-5-dibina-nipis-dengan-skrin-189/
[Tertiris] Rekaan Alcatel 5 Dibina Nipis Dengan Skrin 18:9
[ "Kongsian daripada @evleaks yang selalu mendedahkan maklumat mengenai telefon pintar tidak pernah mengecewakan. Terbaru, beliau berkongsi gambar menunjukkan ia sebuah peranti dari jenama Alcatel. Gambar yang dikongsi adalah sebuah peranti flagship dinamakan Alcatel 5 yang hadir dengan rekaan lain daripada yang lain.", "Peranti ini akan hadir dengan skrin nisbah 18:9 dengan ruang bezel sangat nipis di bahagian dagu sementara sensor pengimbas cap jari telah dialihkan ke bahagian belakang. Di bahagian atas pula, terdapat dwi kamera untuk tujuan selfie sebaris dengan set earpiece dan sensor-sensor lain.", "Di samping itu, telefon pintar ini akan dibekalkan dengan bateri sebesar 3,000mAh yang mana tidak begitu besar disebabkan ketebalan yang terhad. Kerangka badan pula dibina berasaskan logam berwarna emas serta tulisan jenama yang berkilat.", "Peranti premium Alcatel 5 akan dipamerkan di CES 2018 di Barcelona minggu hadapan pada masa sama pelbagai peranti terbaru dari jenama lain akan turut diperkenalkan." ]
https://ering.com.my/2020/12/realme-7-5g-bakal-dilancarkan-pada-17-disember-ini/
realme 7 5G Bakal Dilancarkan Pada 17 Disember Ini!!!!
[ "Bersediakah anda menantikan kehadiran peranti terbaharu daripada realme iaitu realme 7 5G!!!", "Majlis perlancanran peranti ini bakal berlangsung padfa 17 Disember di Facebook realme pada jam 12 tengahari.", "Pastinya peranti ini berdesup kencang. Jadi teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai peranti ini." ]
https://ering.com.my/2018/03/pra-tempah-vivo-v9-dan-dapatkan-hadiah-eksklusif/
Pra-Tempah vivo V9 Dan Dapatkan Hadiah Eksklusif
[ "Pelancaran vivo V9 di Malaysia telah berlangsung awal minggu ini. Kemunculan vivo V9 di pasaran tempatan telah menarik minat orang ramai dimana ia dijual pada harga yang berpatutan. Selain itu, peranti ini turut membawakan perubahan drastik daripada segi rekaan luaran yang menampilkan skrin penuh di depan mengikut trend masa kini.", "Mulai sekarang hingga 30 Mac 2018, pra-tempahan vivo V9 boleh dibuat di mana-mana kedai atas talian seperti Lazada, 11street, Shopee, Lmall, PG Mall, atau kedai fizikal yang mengambil bahagian seperti Harvey Norman, SenQ, SenHeng, ALL IT, Thundermatch dan Courts yang boleh dibayar secara ansuran (bagi yang layak).", "Sepanjang tarikh promosi, setiap pra-tempahan akan menerima jaminan tambahan selama 6 bulan serta hadiah kotak misteri V9.", "Bagi pelanggan yang tidak berkesempatan untuk mengunjungi kedai-kedai yang disebutkan tadi, mereka boleh terus ke mana-mana cawangan Aeon seluruh Malaysia atau Pasar Raya LuLu, Kuala Lumpur." ]
https://ering.com.my/2019/09/redmi-note-8-bakal-mendarat-di-pasaran-tempatan-8-oktober-2019-bersedia-semua/
Redmi Note 8 Bakal Mendarat Di Pasaran Tempatan Pada 8 Oktober 2019! Bersedia Semua…
[ "The king is coming! Get ready gais! Xiaomi Malaysia hari ini berkongsi berita gembira dengan mengumumkan bahawa Redmi Note 8 bakal tiba di Malaysia pada 8 Oktober kelak. Paling menarik perhatian adalah penggunaan perkataan ” Redmi Note 8 Series ” seolah-olah memberi bayangan Xiaomi bakal hadir dengan lebih daripada satu versi untuk model tersebut.", "Siri ini merupakan antara model yang sememangnya sudah lama ditunggu-tunggu oleh ramai pencinta gajet. Ingin ketahui lebih lanjut mengenai harga dan ketersediaan peranti ini? Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!" ]
https://ering.com.my/2018/10/beats-by-dre-perkenalkan-warna-baru-untuk-solo-3/
Beats By Dre Perkenalkan Warna Baru Untuk Solo 3!
[ "Umum mengetahui model iPhone terbaharu tidak mempunyai audio jack yang menyebabkan pengguna perlu menggunakan fon telinga atau fon kepala tanpa wayar.", "Terbaru, Beats By Dre telah memperkenalkan pilihan warna baharu untuk fon kepala tanpa wayar Solo 3 iaitu Satin Silver dan Rose Gold. Sekali pandang warna tersebut sangat padan jika digandingkan dengan pilihan warna iPhone XS dan iPhone XR terbaharu ini. Jadi, tidak hairan lah jika selepas ini anda akan melihat peminat tegar iPhone masing-masing mempunyai fon kepala tanpa wayar keluaran Beats By Dre.", "Apa yang menariknya Solo 3 ini, ia mempunyai jangka hayat yang agak lama iaitu sekitar 40 jam penggunaan dengan sokongan pengecasan pantas. Dengan 5 minit pengecasan, boleh mendengar muzik selama 3 jam. Beats Solo 3 boleh didapati dengan harga USD299.95 (kira-kira RM1,246). Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Beats By Dre." ]
https://ering.com.my/2019/02/vivo-nex-dual-display-edition-kepuasan-berganda-dengan-paparan-dwi-skrin/
vivo NEX Dual Display Edition, Kepuasan Berganda Dengan Paparan Dwi Skrin
[ "Siapa sahaja yang tidak mengenali jenama telefon pintar vivo yang seringkali melakukan penambahbaikan dan menghasilkan peranti yang kreatif dan inovatif. Kini mereka telah melancarkan satu lagi peranti yang dikenali sebagai vivo NEX Dual Display Edition. Peranti ini merupakan telefon nirbingkai dan seperti namanya ia mempunyai 2 paparan skrin yang ternyata menjadi penarik bagi pengguna yang inginkan kelainan.", "Bagi setiap pembelian, anda akan mendapat telefon vivo NEX Dual Display Edition, pengecas, kabel Type-C, earphone, manual penggunaan dan Protective case.", "Seperti namanya, peranti ini memiliki dua skrin dan membuang terus kamera hadapan dan sekaligus ia dihadirkan dengan paparan penuh. Di bahagian kiri telefon ini, ia disertakan dengan butang penukaran skrin belakang.", "Di bahagian kanan pula ia disertakan dengan butang kuasa dan butang pelarasan suara yang mampu mengawal kelantangan suara.", "Di bahagian bawah pula disertakan dengan port pengecasan, speaker dan slot sim kad (2 Nano SIM).", "Di bahagian atas pula terdapat port audio jack yang membolehkan pengguna mendengar earphone tanpa perlu menggunakan adapter.", "Spesifikasi telefon ini juga tidak mengecewakan dan seiring dengan keunikan rekaannya. Ia disertakan dengan Snapdragon 845 tetapi kini dengan RAM lebih besar iaitu 10GB dan storan dalaman 128GB, namun tiada pilihan menambah storan ini.", "Bagi skrin hadapan, ia disertakan dengan skrin HD Penuh+ berukuran 6.39 inci, lebih kecil dari vivo NEX yang memiliki skrin 6.59 inci. Ia memiliki nisbah skrin ke kerangka sebanyak 91.63%. Apa yang pasti, di bahagian skrin hadapan tidak diletakkan kamera hadapan dan ini memberikan pengguna paparan tontonan penuh tanpa ada sebarang gangguan.", "Di bahagian belakang pula, terdapat skrin 5.49 inci dengan resolusi HD Penuh. Apa yang pasti, kedua-dua skrin ini menggunakan paparan Super AMOLED.", "Tampil dengan dua skrin dan membuang terus fungsi kamera hadapan, justeru hanya kamera bahagian belakang digunakan. Kamera ini menggunakan tiga lensa yang disusun mendatar, menggunakan sensor Sony IMX363 12MP aperture F/1.79 dengan penstabil imej optikal (OIS) 4-paksi.", "Sensor kedua ialah kamera malam 2MP aperture F/1.8 dan sensor ketiga adalah kamera TOF yang mana mampu mengesan tahap kedalaman secara 3D. Jadi tidak hairanlah ia mampu menghasilkan gambar yang menakjubkan.", "Satu ciri unik padanya ialah Lunar Ring, bulatan yang mengelilingi kamera belakang. Lunar Ring menghasilkan cahaya pelbagai warna untuk notifikasi yang berbeza. Ia turut bertindak sebagai cahaya lembut untuk mengambil gambar swafoto.", "Cara mengaktifkan Lunar Ring ini mudah sahaja, anda hanya perlu menekan simbol manusia yang berada di bahagian atas antara muka kamera tersebut. Anda akan mendapati beberapa pilihan pencahayaan yang boleh anda lakukan seperti natural light, Stereo light, Rainbow light dan lain-lain.", "Apa yang menarik anda boleh menggunakan kedua-dua skrin pada masa yang sama ketika merakam gambar yang digelar Mirror Mode. Jadi model di hadapan kamera boleh melihat wajah mereka ketika anda sedang merakam gambar mereka. Berikut merupakan hasil gambar yang dirakam menerusi rakaman kamera telefon ini:", "Ketika menggunakan telefon ini untuk bermain game amatlah memuaskan. Dengan paparan penuh serta kesan grafik yang menarik pastinya membuatkan pengguna mencapai kepuasan bermain. Tidak kira sama ada anda bermain Mobile Legend, PUBG atau Arena Of Valor, kesemuanya akan memberikan kepuasan sekiranya anda bermain menggunakan peranti ini.", "Telefon ini disertakan dengan 32-bit/192kHz audio, jadi ia akan memberikan bunyi yang agak baik khususnya ketika menonton video atau bermain game. Apa yang bagus mengenai telefon ini ia disertakan dengan port audio jack yang mana kebanyakan telefon pada ketika ini sudah membuang fungsi ini. Dengan adanya fungsi ini, ia akan memudahkan pengguna untuk mendengar muzik menggunakan earphone tanpa perlu menggunakan audio adapter.", "Telefon ini mengekalkan penggunaan pengecaman cap jari di dalam skrin, sama seperti NEX sebelumnya. Pengecaman mengambil masa yang sangat pantas dan memudahkan pengguna untuk unlock telefon mereka.", "Ia juga menyokong pengecaman wajah untuk membuka telefon dengan lebih pantas. Cuma, ia perlu dilakukan menggunakan kamera belakang. Previu akan dilakukan menggunakan skrin di belakang. Cara tetapannya adalah seperti berikut:", "Peranti ini disertakan dengan 3,500mAh sahaja, 500mAh lebih kecil dari NEX yang asal. Kapasiti ini dilihat agak kecil kerana ia disertakan dengan dwi skrin yang pastinya menggunakan bateri yang agak banyak. Peranti ini menggunakan pengecasan pantas 22.5W.", "Kami telah menjalankan beberapa siri ujian ke atas telefon ini bagi menguji prestasinya. Berikut merupakan hasil yang diperoleh daripada ujian tersebut. Nyata prestasinya tidak mengecewakan.", "Secara keseluruhan, telefon ini berada pada kelas yang tersendiri. Dengan disertakan dwi paparan memberikan 1 nafas baharu dalam penggunaan telefon pintar khususnya dalam penggunaan kamera. Paparan skrin hadapan yang lebih luas memberikan lebih kepuasan tontonan.", "Ia juga mampu membantu model ketika merakam gambar mereka kerana kedua-dua skrin boleh digunakan serentak. Jadi model boleh melihat sendiri gambar mereka ketika diambil. Apa yang lebih menarik, kehadiran Lunar Ring memberikan cahaya lembut yang mampu mencantikkan lagi gambar anda." ]
https://ering.com.my/2021/04/reviu-eksklusif-huawei-matestation-s-komputer-desktop-yang-paling-nipis-amd-ryzen-5-4600g-kolaborasi-antara-peranti-membawa-pengalaman-kerja-yang-cekap-pintar/
Reviu Eksklusif: HUAWEI MateStation S, Komputer Desktop yang Paling Nipis! AMD Ryzen 5 4600G + Kolaborasi Antara Peranti Membawa Pengalaman Kerja Yang Cekap & Pintar!
[ "Semasa bercakap mengenai HUAWEI, semua orang pasti akan fikir tentang telefon bimbit, earphones TWS, jam tangan pintar atau komputer riba. Namun begitu, HUAWEI Malaysia baru-baru ini melancarkan model desktop yang pertama. MateStation S mewujudkan pengalaman bekerja yang lebih pintar, dapat memberi pengalaman yang lebih mudah, profesional dan cekap kepada pengguna. Seterusnya, admin akan reviu desktop ini bersama dengan korang!", "Desktop biasanya akan memberi tanggapan yang besar dan berat kepada orang ramai, tetapi MateStation S ini tukar stereotaip sebegini. Reka bentuk Mate Station S mengurangkan kegunaan ruang, dan menggunakan rekaan yang ringkas. Peranti ini lebih kurang macam fail keras. Ketinggiannya ialah 29cm dan lebarnya ialah 9cm, hanya satu pertiga daripada desktop yang tradisional.", "Badan peranti ini menggunakan hitam matte. Bahagian atas peranti ini menggunakan suis kuasa, bicu fon kepala 3.5mm, USB 3.2 port Jenis-A dan port Jenis-C yang menyokong pengecasan pantas 9V2A; Bahagian belakang dilengkapi dengan antara muka input audio, HDMI, VGA , 2 USB-A (USB3.2 Gen1), 2 USB-A (USB2.0), RJ45 LAN dan serial port.", "MateStation S dilengkapi dengan skrin FullView HUAWEI AD80 yang menggunakan reka bentuk skrin penuh FHD IPS 23.8 inci dengan gamut warna NTSC 72%, dan bezel ultra-sempit tiga sisi 5.7 mm sehingga nisbah skrin mencapai 90% untuk menunjukkan gambar yang berkualiti tinggi.", "Yang perlu disebutkan bahawa skrin ini telah disahkan oleh TÜV Rheinland, dan dapat mengurangkan cahaya biru dengan berkesan. Peranti ini sangat baik untuk korang yang ingin bekerja menggunakannya dalam jangka masa yang panjang. Lagipun, peranti ini dapat mengurangkan cahaya skrin ke mata supaya mata korang tidak akan begitu mudah rasa letih.", "Dalam set lengkap peralatan MateStation S, papan kekunci dan tetikus juga akan dihadiahkan kepada pengguna yang membelinya. Papan kekunci ini menggunakan reka bentuk ultra tipis, dan papan kekunci yang cukup besar. Ukuran setiap kekunci adalah 16.05mm × 6.05mm, dan jaraknya ialah 2.5mm untuk memberi pengalaman menaip yang selesa dan tidak mudah mempunyai kesalahan. Peranti ini sangat sesuai untuk pengguna yang sering melakukan tugas penyuntingan.", "Salah satu ciri terbesar papan kekunci ini ialah papan kekunci berwayar pertama di dunia yang menyokong pengecaman cap jari. Sudut kanan atas papan kekunci dilengkapi dengan butang pengecaman cap jari. Selain membolehkan pengguna unlock komputer dengan pantas untuk log masuk ke desktop, peranti ini akan melindungi privasi pengguna dan mencegah kebocoran data. Oleh itu, peranti ini lebih selamat untuk digunakan oleh pengguna. ", "Sudah tentu, pengguna juga boleh memilih untuk menggunakan pengecaman wajah Windows Hello, atau memasukkan kata laluan untuk membuka komputer.", "MateStation S menyokong fungsi transmisi one tap HUAWEI Share melalui sambungan dengan papan kekunci. Sensor NFCnya dibina pada kekunci shift papan kekunci. Korang hanya perlu meletakkan telefon di atasnya untuk menggabungkan telefon dan komputer.", "Pengguna juga dapat operasi telefon bimbit secara langsung di komputer, membalas aplikasi social, menghantar fail yang diperlukan secara langsung antara satu sama lain tanpa mengambil telefon bimbit. Pada masa yang sama, peranti ini dapat menyambungkan kabel data, meningkatkan kecekapan kerja serta menjimatkan masa.", "Apabila pengguna menyambungkan telefon ke komputer, fungsi kolaborasi antara peranti dapat dicapai. Bukan sahaja kandungan telefon boleh dikendalikan secara langsung di komputer dan dapat dibahagikan terbanyak kepada 3 skrin. Contohnya, aplikasi social yang berkomunikasi dengan bos atau rakan sekerja dapat dibuka pada masa yang sama, Microsoft Word bagi draf, dan menyeret foto terus ke antara muka Word.", "Komputer yang biasanya digunakan dalam pejabat akan diadukan bahawa peranti itu mempunyai kelajuan yang perlahan atau menambahkan banyak masalah dalam kerja. MateStation S dilengkapi dengan pemproses AMD Ryzen 5 4600G dan kad grafik AMD Radeon yang dapat memberikan prestasi grafik yang lebih cepat, RAM 8GB DDR4 3200MHz dan SSD PCle 256GB, pengguna tidak perlu risau tentang memori tidak mencukupi, tetapi juga dapat memastikan komputer berjalan dengan lancar.", "Bagi pengembangan, desktop ini mempunyai dua slot SO-DIMM dan dua slot M.2, serta memori 8GB hingga 16GB untuk korang pilih. Pengguna juga dapat meningkatkan memorinya setelah pembelian. Selain itu, MateStation S dilengkapi dengan WiFi antena ganda dan Bluetooth 5.0 yang dapat memberi kecepatan transmisi hingga 867mbps, dan kestabilannya lebih tinggi.", "Yang perlu disebutkan bahawa MateStation S juga mempunyai sistem penyejukan pintar yang terbina dalam. Sistem penyejukan senyap yang cekap dan sistem kawalan suhu yang cerdas, kelajuan angin dapat diselaraskan secara automatik apabila suhu peranti berubah. Peranti ini dapat memberi prestasi yang lebih kuat, dan putaran kipasnya dapat diringankan sampai 22dB. Walaupun dihidupkan ke kelantangan maksimum, peranti ini hanya mempunyai 28 desibel, dan boleh menurunkan kelantangannya semasa melakukan operasi dalam kelajuan tinggi yang tidak akan mengganggu kerja pengguna dan penggunaan harian.", "Bagi pengguna yang menangani pelbagai tugas di pejabat, HUAWEI MateStation S memang pilihan yang baik kerana dekstop ini tidak menggunakan ruang yang besar. Yang ini membolehkan korang mempunyai lebih banyak ruang penggunaan di meja bersama dengan pemproses AMD Ryzen yang kuat. Korang tidak akan lagi diganggu oleh komputer yang lambat atau mesin yang lag semasa korang bekerja. Di samping itu, penggunaan skrin besar dan papan kekunci yang menyokong pengecaman cap jari dan HUAWEI Share dapat meningkatkan kecekapan kerja. Bukankah itu sangat baik?", "Harga HUAWEI MateStation S ialah RM2488, dan pengguna boleh membeli skrin penuh AD80 23.8 inci yang bernilai RM688 secara berasingan; jika korang ingin membeli satu set peralatan yang lengkap, merangkumi papan kekunci dan tetikus, sekarang hanya berharga RM2999! Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati laman web rasmi untuk pertanyaan atau pembelian!" ]
https://ering.com.my/2016/04/zuk-z2-pro-diperkenalkan-dengan-memori-sebesar-128gb-64gb/
ZUK Z2 Pro Diperkenalkan Dengan Memori Sebesar 128GB & 64GB
[ "ZUK merupakan salah satu jenama pengeluar peranti yang dimiliki oleh Lenovo. Selepas memperkenalkan smartphone pertama yang dikenali sebagai ZUK Z1 pada tahun lepas, kini mereka kembali dengan model baru yang telah dinaiktaraf iaitu Zuk Z2 Pro.", "Peranti ini telah dioperasikan oleh Android 6.0.1 Marshmallow dan dikuasakan bersama Snapdragon 820. Apa yang istimewanya smartphone ini, ia menawarkan dua pilihan memori dalaman iaitu 128GB, 6GB RAM dan versi asas dengan memori dalaman sebesar 64GB, 4GB RAM.", "Menampilkan paparan skrin berukuran 5.2 inci beresolusi HD penuh, Zuk Z2 Pro tidak ketinggalan menyediakan lensa kamera utama 13 Megapixel ISOCELL bersama sokongan OIS, manakala kamera depan beresolusi 8 Megapiksel f/2.0 dan 1.4 µm pixel size serta bateri Li-Ion berkapasiti 3100mAh.", "Selain itu, ia turut menyertakan pengecas terkini, USB Type-C dengan sokongan USB 3.1. Tidak ketinggalan juga teknologi pengecaman cap jari untuk keselamatan tambahan. ZUK Z2 Pro ini akan mula dijual di pasaran China terlebih dahulu berharga ¥ 2699 (anggaran RM 1623)." ]
https://ering.com.my/2021/03/sistem-pengecasan-pantas-xiaomi-200w-bakal-dilancarkan-pada-pertengahan-tahun-ini/
Sistem Pengecasan Pantas Xiaomi 200W Bakal Dilancarkan Pada Pertengahan Tahun Ini?
[ "Mobile China melaporkan pada akhir Januari lalu bahawa telefon utama pertama dengan sistem pengecasan pantas 200W akan dilancarkan. Namun setelah berteka-teki, ia berkemungkinan bakal dilancarkan pertengahan tahun ini.", "Menurut blogger tersebut, walaupun bateri mesin baru tidak mempunyai 5000mAh, cas cepat telah mencapai tahap terpantas. Kekuatan cas cepat berwayar + cas cepat tanpa wayar + cas terbalik boleh mencapai 200W. Namun, dia juga mengatakan bahawa rekaan telefon baru Xiaomi sangat aneh. ", "Sebenarnya, sistem pengecasan pantas 200W Xiaomi tidak menghairankan. Lagipun, kekuatan keseluruhan sistem pengecasan pantas Xiaomi 11 yang unggul telah mencapai 115W. Bahkan Mi 10 Extreme Commemorative Edition yang dikeluarkan tahun lalu, jumlah kuasa sistem pengecasan pantas telah mencapai tahap tertinggi 180W. " ]
https://ering.com.my/2017/08/reviu-eksklusif-asus-zenfone-live/
Reviu Eksklusif: ASUS ZenFone Live (ZB501KL), Memberi Keyakinan Di Media Sosial
[ "ASUS ZenFone Live (ZB501KL) ini yang pertama di dunia menggunakan teknologi kecantikan masa-sebenar semasa live dilakukan. Ini memberikan anda keyakinan untuk memuat naik video sendiri di laman sosial seperti Live Facebook, Live Instgram mahupun Live Youtube. Rupa anda diolah supaya kelihatan lebih anggun dan menawan.", "Dengan saiz piksel 1.4µ dibantu oleh lampu swafoto LED flash, membolehkan gambar yang ditangkap lebih jelas dan terperinci. ZenFone Live mempunyai dua mikrofon untuk mengasingkan bunyi belakang tabir yang bising dan meningkatkan lagi suara anda.", "Walaupun hadir di dalam kelas pertengahan, ASUS ZenFone Live masih menawarkan rekaan premium yang dibina menggunakan rekaan unibodi di mana kita sekali lagi dapat melihat rekaan 2.5D pada model ini.", "Menampilkan paparan skrin berukuran 5.0 inci dengan ketebalan bezel hanya 2.3mm, ia merupakan smartphone yang nipis dengan ketebalan hanya 7.95mm dengan berat 120g.", "Bagi mereka yang mempunyai lebih daripada satu SIM, peranti ini amat sesuai buat anda. Selain boleh menggunakan dua slot kad SIM pada ZenFone Live yang menyokong slot jenis Nano dan Micro SIM, ia turut menyediakan kad memori tambahan microSD jenis hibrid.", "Memandangkan peranti ini hadir dengan rekaan unibodi, slot dua kad SIM mahupun microSD terletak di sisi kiri smartphone.", "Memandangkan peranti ini hadir dalam kelas pertengahan, ia dibekalkan dengan kamera hadapan beresolusi 5 Megapiksel untuk penggambaran swafoto.", "Lebih menarik, ASUS tetap menyediakan sebuah LED flash yang sesuai untuk penggambaran di kawasan yang kurang pencahayaan.", "Setiap orang mempunyai warna kegemaran sendiri bukan? Oleh itu, ZenFone Live telah ditawarkan dengan 3 pilihan warna untuk pengguna memilih warna kegemaran sendiri.", "Di antaranya adalah Navy Black, Rose Pink dan juga Shimmer Gold.", "Apa yang menariknya model ini, ia dibekalkan dengan kamera utama 13 Megapiksel dengan bantuan pelbagai mod menarik, manakala kamera hadapan beresolusi 5 Megapiksel hadir dengan sokongan Soft light LED flash untuk penggambaran swafoto yang kelihatan lebih natural seperti warna sebenar. Malah kehadiran beberapa mod menarik termasuk mod Beauty menghasilkan gambar yang lebih cantik dan menonjol.", "• Auto • HDR Pro • Beautification • Super Resolution • Children • Low Light • QR Code • Night • Effect • Selfie • Panorama • Time Lapse", "• Auto • Beautification • HDR Pro • Low Light • Night • Effect • Time Lapse", "Kepada yang suka berkongsi secara langsung di media sosial, terdapat satu fungsi istimewa pada ZenFone Live yang dikenali sebagai BeautyLive. Sesuai dengan namanya, fungsi ini membolehkan anda membuat secara langsung di laman sosial dengan lebih cantik tanpa perlu mengenakan makeup terlebih dahulu.", "Selain boleh melaraskan kecantikan yang diinginkan bermula dari 1 sehingga 10, anda boleh live di laman sosial popular seperti Instagram, Facebook dan juga YouTube.", "Jejak senaman khusus seperti larian, tunggangan basikal, latihan berat, yoga dan banyak lagi, serta dapatkan ringkasan maklumat selepas senaman dan laporan terperinci tentang aktiviti anda dengan adanya fungsi ASUS ZenFit.", "ASUS ZenFone telah didatangkan dengan aplikasi yang dikenali sebagai Mobile Manager. Aplikasi pra-pasang ini membantu anda mengurus peranti seperti memastikan sistem sentiasa dioptimumkan, memantau trafik data, memadam fail yang tidak diperlukan dan pelbagai lagi.", "Apa yang menariknya, ia dilengkapi dengan dua buah mikrofon MEMS. Malah kedudukan speaker juga strategik, di mana dengan sokongan teknologi audio DTS Headphone:X 7.1 dengan keupayaan bunyi keliling. Apabila anda menyambungkan earphone atau headphone ke ZenFone Live, secara automatik tetingkap Optimized audio output akan dipaparkan.", "Gesture adalah cara yang paling cepat dan pantas untuk anda membuka menu. Oleh itu, kehadiran ASUS ZenMotion memudahkan anda membuka menu yang diinginkan dengan lebih pantas. Terdapat 3 kategori utama yang boleh dipilih iaitu, Touch Gesture, Motion Gesture serta One Hand Mode.", "ASUS ZenFone Live adalah smartphone pertama yang hadir dengan sokongan ASUS BeautyLive, yang mana memudahkan anda untuk bersiaran secara langsung di media sosial dengan pelbagai mod menarik disediakan termasuklah mod Beautification. Malah dengan kamera depan beresolusi 5 Megapiksel dengan sokongan Soft light LED flash bagi menghasilkan gambar yang kelihatan lebih natural dan terang, ketika anda mengambil swafoto di kawasan yang mempunyai cahaya terhad.", "Dengan harga mampu milik, kami amat tertarik dengan sokongan spesifikasi peranti ini kerana ia bukan sahaja memfokuskan kepada smartphone swafoto semata-mata, tetapi dilengkapi dengan fungsi lain di antaranya Asus ZenFit, Mobile Manager, teknologi Audio DTS Headphone X untuk kualiti bunyi yang menakjubkan dan pelbagai lagi.", "Namun agak mengecewakan, kerana peranti ini tidak menyokong teknologi pengecas pantas yang kami rasa ianya penting pada masa kini, terutamanya bagi pengguna tegar yang suka bersiaran secara langsung dan mengambil gambar swafoto seharian." ]
https://ering.com.my/2020/11/voltdb-mengumumkan-program-rakan-saluran-global/
VoltDB Mengumumkan Program Rakan Saluran Global
[ "Program Baharu Yang Akan Membantu OEM, Penjual Semula dengan Nilai Tambah, Rakan Teknologi Dan Integrasi Sistem Dalam Perindustrian Berkaitan Internet, Perkhidmatan Kewangan dan Syarikat Telekomunikasi", "BEDFORD, Mass., 18 November 2020 /PRNewswire/ — VoltDB, sebuah platform data yang terkemuka untuk keputusan masa nyata, telah mengumumkan pada hari ini sebuah program rakan saluran global yang baharu bagi OEM, penjual semula dengan nilai tambah (VAR), rakan teknologi dan integrasi sistem (SI).", "Program ini akan membolehkan rakan-rakan kongsi menggunakan platform data VoltDB yang terbaik untuk memanfaatkan sepenuhnya kecanggihan analisis data pantas dan membawa transformasi digital mereka ke tahap yang seterusnya.", "VoltDB menawarkan platform data yang terbukti stabil, kebolehan skala dengan keupayaan yang sangat bertepatan untuk syarikat telekomunikasi, perkhidmatan kewangan dan perindustrian berkaitan internet di mana pemprosesan tepi dan perkembangan pesat teknologi yang lainnya membuatkan ia mustahil untuk bertahan jika hanya menggunakan infrastruktur legasi sahaja.", "“Kami telah menyaksikan perubahan yang ketara di dalam lanskap pengurusan data masa nyata selama lebih daripada 18 bulan ini.”, kata David Flower, Ketua Pegawai Eksekutif VoltDB. “Semakin banyak organisasi menyedari perlunya aplikasi yang berupaya membuat keputusan dan bertindak balas terhadap peristiwa sewaktu ia berlaku. Program rakan kami yang baharu ini direka khusus untuk membantu syarikat-syarikat memanfaatkan peluang ini dan membezakan mereka dengan penggunaan teknologi yang telah terbukti memberikan kelebihan daya saing yang besar.”", "VoltDB telah bekerjasama dengan rakan kongsi di seluruh dunia dan memahami keperluan tertentu mereka dalam reka bentuk seni bina, pra-pengeluaran dan sokongan amalan terbaik, model pelesenan kebolehan skala, kerjasama tawaran dan insiden kritikal.", "“Rakan kongsi kami menggunakan VoltDB dalam beberapa teknologi yang paling maju dapat dibayangkan dan memacu hasil yang mengubah keadaan,” kata Michael Holcroft, Pengarah Saluran Global dan Kejayaan Pelanggan di VoltDB. “Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan itu dengan memastikan mereka berkebolehan dan disokong sepenuhnya dalam setiap langkah mereka.”", "Untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang bagaimana perkongsian dengan VoltDB dapat membantu anda dalam memberikan penyelesaian yang paling terkini kepada pelanggan anda, sila lawati laman web.", "VoltDB membolehkan organisasi global berkembang daripada analisis data besar kepada keputusan data yang cepat dan memperoleh keputusan segera daripada peristiwa anomali yang didapati di pelbagai aliran data pantas. Platform ini memberikan keputusan yang tepat, dibuat dalam tempoh kurang daripada 10 milisaat, yang mempengaruhi pengewangan secara langsung, mencegah penipuan digital dan inisiatif transformasi digital yang canggih. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila lawati VoltDB dan ikuti kami di LinkedIn.", "Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Data Analytics" ]
https://ering.com.my/2018/01/ces-2018-samsung-bixby-bakal-tampil-dengan-ciri-kiraan-kalori-di-dalam-makanan/
CES 2018: Samsung Bixby Bakal Tampil Dengan Ciri Kiraan Kalori Di Dalam Makanan
[ "Bagi pengguna khususnya pemilik telefon pintar keluaran Samsung yang sangat mementingkan gaya hidup yang sihat, pemantauan pengambilan kalori seharian kebiasaannya akan dibuat dengan bantuan aplikasi pihak ketiga. Walaupun terdapat pelbagai aplikasi percuma yang boleh dimuat turun dari Google Play Store, ia mungkin dirasakan kurang praktikal bagi pengguna yang memiliki ruang storan yang agak terhad.", "Sempena acara CES 2018 yang sedang berlangsung, Samsung telah mendedahkan kepada umum ciri baru yang bakal disokong pada pembantu digital maya keluarannya iaitu Bixby. Melalui sesi demonstrasi yang dibuat, Samsung Bixby dilihat mampu mengenal pasti jenis makanan dan dalam masa yang sama akan membuat kiraan jumlah kalori yang terkandung di dalamnya.", "Sungguhpun begitu, ciri terbaru yang bakal diperkenalkan pada Samsung Bixby ini dilihat masih dalam peringkat awal pembangunan kerana ia memiliki sedikit kesukaran untuk mengenal pasti makanan, terutamanya jika terdapat beberapa bahan berbeza di dalam satu pinggan yang sama." ]
https://ering.com.my/2017/10/u-mobile-kini-menawarkan-iphone-8-pada-harga-terendah/
U Mobile Kini Menawarkan iPhone 8 Pada Harga Terendah
[ "U Mobile hari ini mengumumkan bahawa telefon pintar Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus telah mula ditawarkan di semua stor seluruh Malaysia bermula hari ini.", "iPhone 8 dan iPhone 8 Plus boleh dimiliki melalui pelan pascabayar dan prabayar U Mobile. Pelanggan juga boleh membawa pulang iPhone terbaru ini dengan pelan ansuran yang ditawarkan.", "Malahan, bagi 50 pelanggan terawal anda akan menerima hadiah istimewa bersempena pelancarannya hari ini. Manakala bermula hari ini sehingga 23 Oktober 2017, pelanggan sedia U Mobile pula akan diberikan baucar Mac City bernilai RM100.", "Pelanggan yang berminat boleh mendapatkan iPhone 8 serendah RM2,140 melalui iPlan i90 dan i130 dengan kontrak 24 bulan. Untuk U Package, ansuran bulanan peranti boleh dibayar pada harga bermula RM111 bersama pelan pascabayar iPlan. Pelan-pelan ini menawarkan internet berkelajuan tinggi serta data tanpa had Video-Onz, Music-Onz, Call-Onz, App-Onz, Waze dan sebagainya.", "Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus menawarkan ciri-ciri terbaru yang hadir dengan cip pemproses A11 Bionic, RAM 2GB atau 3GB serta storan 64GB atau 256GB. Prestasi yang terbaik pernah Apple hasilkan ini disokong oleh sistem operasi iOS 11 bersama paparan True Tone Retina HD. Kamera 12 Megapiksel yang telah dipertingkatkan menjanjikan pengalaman bergambar di tahap yang lebih tinggi.", "Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi stor U Mobile terdekat atau layari laman sesawang U Mobile." ]
https://ering.com.my/2021/06/reviu-eksklusif-oppo-a74-dengan-bateri-besar-5000mah-korang-memiliki-kamera-ttiga-ai-yang-hebat-dengan-harga-rm899-sahaja/
Reviu Eksklusif: OPPO A74 Dengan Bateri Besar 5000mAh! Korang Memiliki Kamera tTiga AI Yang Hebat Dengan Harga RM899 Sahaja!
[ "OPPO sebelum ini melancarkan versi 5G OPPO A74, dan melancarkan versi 4G sekarang, iaitu OPPO A74 yang ada dalam tangan admin! Walaupun tidak menyokong rangkaian 5G, prestasi keseluruhannya sangat baik. Jom reviu peranti ini dengan admin!", "OPPO A74 mempunyai penampilan yang cantik dan menggunakan skema warna fesyen secara beransur-ansur. Badannya langsing dan nipis. Ketebalannya hanya 7.95mm dan beratnya hanya 175g. Reka bentuk badan melengkung 3D juga menghasilkan cengkaman yang baik. Bahagian atas dan bawah bingkai tengah peranti menggunakan proses penyaduran vakum untuk meningkatkan penampilan logam dan membuat pantulan cahaya ke bingkai tengah; Untuk mencapai badan perantinya yang langsing, OPPO telah mengurangkan ukuran bateri untuk menjadikannya cukup padat untuk dimuatkan. Walaupun reka bentuk tipis 7.95mm, peranti melengkung 3D langsung tidak mempengaruhi lebarnya.", "Terdapat satu suis kuasa di sebelah kanan badan peranti; slot kad SIM dan butang kawalan kelantangan terdapat di sisi lain. ", "Sambungan lain tertumpu di bahagian bawah peranti termasuk bicu fon kepala 3.5mm, bicu mikrofon, USB Type-C dan pembesar suara.", "OPPO A74 dilengkapi dengan skrin berlubang FHD + AMOLED 6.43 inci, kamera depan mikro 3.688 mm dan bingkai 1.60 mm ultra tipis. Nisbah skrin-ke-badannya `setinggi 90.8% sehingga memaksimumkan ruang skrin. Selain itu, kepadatan piksel tinggi sampai 2400 × 1080 meningkatkan pengalaman visual yang mendalam serta memaparkan gambar yang sangat jelas dan terperinci.", "Yang perlu disebutkan bahawa OPPO A74 menyediakan mod perlindungan mata gelap, menyokong penjagaan mata AI dalam semua keadaan cuaca. Peranti ini menggabungkan serangkaian fungsi lampu latar pintar AI dan peredupan DC. Lampu latar pintar AI secara automatik akan menyesuaikan tetapan lampu latar sepanjang masa dengan memahami bagaimana korang menyesuaikan kecerahan secara manual dalam keadaan pencahayaan yang berbeza; sementara peredupan DC mengubah skrin dengan menyesuaikan kecerahan. Dengan fungsi ini, peranti ini akan mengurangkan kerlipan skrin, dan mengurangkan keletihan mata ketika melihat skrin dalam jangka masa yang lama.", "OPPO A74 menyokong fungsi membuka kunci cap jari generasi ketiga OPPO yang tersendiri. Sensor yang digunakan dalam teknologi terbaru ini dapat membezakan antara jari yang benar dan jari palsu. Peranti ini dapat menganalisis penyerapan cahaya dan pantulan kulit  untuk mendapati penggunaan jari palsu. Dengan fungsi ini, korang boleh memaksimumkan fungsi perlindungan yang baik untuk memastikan privasi korang dilindungi. Khususnya, korang juga dapat memilih cara membuka kunci cap jari yang tersendirinya, terdapat beberapa pilihan ~", "OPPO selalu mementingkan segi fungsi kamera. Kali ini, OPPO A74 dilengkapi dengan tiga kamera AI. Ketiga-tiga lensa tersebut adalah kamera utama 48MP, kedalaman medan 2MP dan lensa makro 2MP. Dari segi selfie, peranti ini menyediakan lensa hadapan kecantikan 16MP AI. Fungsi kamera OPPO A74 memberi kualiti gambar yang lebih tinggi, kontras yang lebih baik antara gambar yang terang dan gelap, perinci yang lebih kaya dan kawalan kedalaman yang lebih baik. Peranti ini juga mempunyai fungsi pengenalan pemandangan AI. Lensanya dapat mengenal pasti berpuluh-puluhan pemandangan dengan tepat, dan dapat meningkatkan kesan lensa. Selain itu, mod malam yang disediakan oleh kamera membolehkan korang merakam gambar yang terang serta mengekalkan perinci yang kaya pada waktu malam atau dalam keadaan pencahayaan yang redup.", "Bagi bahagian selfie, OPPO A74 menyokong selfie yang lebih jelas. Fungsi kecantikan AI dapat memberi kesan kecantikan kulit yang lebih baik berdasarkan persekitarannya serta mengubah suai solekan untuk menjadikannya lebih halus. Fungsi ini bukan sahaja menghasilkan kulit dan warna cerah, bahkan juga boleh menghasilkan selfie yang paling semula jadi. Lensa depan juga menyokong mod pemandangan malam yang membolehkan korang mendapatkan selfie yang jelas dalam lingkungan yang redup. Oleh itu, korang boleh mencerahkan wajah dengan lampu jika diperlukan.", "Jom tengok hasil gambar OPPO A74:", "OPPO A74 mempunyai kapasiti bateri 5000mAh yang terbina dalam untuk memberi penggunaan masa yang lebih tahan lama. Di samping itu, peranti ini juga menyokong teknologi pengecasan kilat 33W. OPPO memberitahu bahawa peranti ini dapat mengecas sepenuhnya dalam 72 minit, dan boleh dicas sampai 54% dalam 30 minit. Bateri hanya perlu dicas selama 5 minit, dan korang dapat menonton YouTube selama 1.8 jam atau panggilan telefon selama 5.73 jam. Walaubagaimanapun, setelah reviu sebenar oleh admin, peranti ini akan dicas dari 8% hingga 51% dalam setengah jam, dan memerlukan masa 1 jam 14 minit untuk dicas hingga 100%. Prestasi pengisian kilat 33W setanding dengan yang dikatakan oleh OPPO, sangat baik!", "Walaupun mempunyai kapasiti bateri yang besar, korang akan selalu bimbang telefon tidak ada bateri untuk digunakan. OPPO A74 menyediakan mod penjimatan tenaga dan mod penjimatan tenaga super. Setelah menghidupkan sistem, sistem akan menyesuaikan frekuensi CPU dan penyesuaian lampu latar, melalui pilihan pengurusan daya untuk aplikasi tertentu. Lebih-lebih lagi, dalam mod penjimatan kuasa super, korang hanya dapat memilih 6 aplikasi yang paling sering digunakan. Dalam mod penjimatan ini, peranti ini hanya akan menggunakan 2% kuasa ketika korang tidur.", "Seterusnya, korang juga dapat mengaktifkan fungsi pengoptimuman pengecasan malam, sistem akan mempelajari kebiasaan pengecasan korang secara bijak. Walaupun korang mengecaskannya semalaman, peranti ini berhenti mengecas secara automatik ketika mencapai 80%. Peranti akan menyambung semula 60 minit sebelum korang bangun. Fungsi ini bukan sahaja boleh mengawal suhu berdasarkan perkakasan dan perisian, bahkan juga dapat memastikan pengecasan telefon bimbit yang selamat untuk memanjangkan hayat bateri.", "OPPO A74 dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 662, dan storan 6GB LPDDR4x RAM + 128GB UFS 2.1 yang terbina dalam, membolehkan korang mempunyai kelajuan membaca dan menulis yang lebih pantas untuk mencapai prestasi yang lebih lancar. Walaupun setelah penggunaan jangka masa yang panjang, OPPO A74 masih boleh berjalan dengan lancar. Kapasiti penyimpanan RAM 6GB + ROM 128 GB bermaksud korang dapat menyimpan lebih banyak kandungan media tanpa memadamkan foto dan video lama, bahkan menyimpan lebih banyak video ketika dalam mod luar talian.", "Bagi korang yang suka bermain permainan mudah alih, OPPO A74 menyediakan fungsi Game Space, korang dapat memilih mod permainan dengan sendirinya, dan memberi tindak balas permainan yang lebih cepat dan lancar, membantu mengurangkan latensi, meningkatkan kecepatan bingkai. Namun begitu, semasa korang bermain permainan, korang juga dapat menggunakan pembantu permainan, menukarkan mod permainan dalam masa nyata untuk merakam skrin, memastikan mesej tidak mengganggu dan membuka jendela aplikasi kecil. Apabila fungsi barrage dihidupkan, maklumat akan ditampilkan di skrin dalam bentuk rentetan, iaitu peranti ini tidak akan mengganggu permainan dan tidak akan membiarkan korang melepaskan maklumat yang penting.", "Walaupun OPPO A74 baru ini tidak mempunyai rangkaian 5G, peranti ini juga mempunyai konfigurasi dan prestasi yang sangat baik. Peranti ini bukan sahaja mempunyai penampilan yang bergaya dan cantik, terutamanya versi biru yang ada dalam tangan admin, memang cantik! Selain itu, peranti ini menyokong tiga kamera AI, kapasiti bateri besar 5000mAh, fungsi pengecasan kilat 33W serta perkakasan dan permainan yang dioptimumkan untuk meningkatkan pengalaman pengguna sepenuhnya. Yang perlu diperhatikan adalah peranti ini sangat berbaloi disebabkan korang boleh membeli telefon bimbit dengan begitu banyak fungsi yang hebat dalam harga RM899 yang berpatutan!", "Untuk maklumat lebih lanjut mengenai OPPO A74 atau pembelian atas talian, sila lawati laman web rasmi: https://www.oppo.com/my/smartphones/series-a/a74/ 。" ]
https://ering.com.my/2018/08/tahniah-huawei-berjaya-melepasi-apple-kini-menduduki-tangga-kedua/
Tahniah! Huawei Berjaya Melepasi Apple, Kini Menduduki Tangga Kedua!
[ "Nampaknya Huawei akan berkejar tegas untuk menduduki tempat pertama setelah berjaya menewaskan Apple.", "Menurut laporan terbaru dari IDC, Huawei kini menduduki tangga kedua selepas Samsung dalam menjadi penjual peranti pintar terbesar di dunia. Sebanyak 54.2 Juta unit peranti pintar Huawei telah dijual, sebaliknya Apple hanya mencapai 41.3 Juta unit sahaja.", "Peningkatan yang sangat tinggi ini bermakna pengguna semakin mempercayai dan berpandang tinggi terhadap prestasi peranti Huawei." ]
https://ering.com.my/2019/11/rebut-oppo-f11-pro-dengan-hanya-rm799-eksklusif-sempena-lazada-11-11-shopping-festival/
Rebut OPPO F11 Pro Dengan Hanya RM799 – Eksklusif Sempena Lazada 11.11 Shopping Festival!
[ "PROMOSI PENGHUJUNG TAHUN! Hujung tahu antara waktu yang paling banyak promosi hebat mula menghantui ramai. Bagi menambah keriangan ramai, OPPO memeriahan lagi penghujung tahun ini dengan pelbagai promosi menarik hebat bersempena Lazada 11.11 Shopping Festival.", "Menerusi promosi ini, korang boleh dapatkan smartphone kegemaran ramai iaitu OPPO F11 Pro pada harga RM799 sahaja – promosi berlangsung 11.11 pada jam 12am. Selain itu, OPPO juga berbesar hati memberikan sejumlah baucar menarik kepada semua seperti maklumat di bawah :", "Bagi yang berminat, jangan lupa! Pasang alarm & tanda kalender korang untuk nikmati promosi hebat ini dan dapatkan di aplikasi Lazada. Dalam pada itu, korang juga boleh dapatkan OPPO F11 Pro pada harga RM899 menerusi Shopee bersempena tawaran 11.11 Shopee Big Sale!" ]
https://ering.com.my/2021/02/oppo-find-x3-muncul-di-feekbench-dikhabarkan-bakal-tampil-dengan-snapdragon-870/
OPPO Find X3 Muncul Di Feekbench – Dikhabarkan Bakal Tampil Dengan Snapdragon 870?!
[ "Terdapat satu model baharu mucl di Geekbench benchmark data base yang menggunakan nama PEDM00.Menurut desas-desus, ia dikhabarkan adalah OPPO Find X3 yangm ana ia akan hadir dengan SNapdragon 870.", "Disebabkan frekuensi cip yang rendah, ia dilihat agak rendah dah berada pada paras lebih kurang dengan skor Find X2 yang menggunakan Snapdragon 865.", "Menurut maklumat, model siri OPPO Find X3 adalah PEGM10, PEGT10 dan PEEM00. " ]
https://ering.com.my/2016/12/time-trial-workout-bersenam-di-rumah/
Time Trial Workout, bersenam di rumah
[ "Sibuk dengan kerja anda? Tiada masa untuk bersenam? Nah, duduk saja kat rumah, anda pun boleh menjadi sihat. Macam mana ya? Senang, muat turun saja aplikasi Time Trial Workout. Dengan adanya bantuan aplikasi ini, anda mempu membuat senaman hari-hari tanpa perlu keluar dari rumah.", "Time Trial Workout telah menawarkan 14 jenis pilihan latihan yang terdiri daripada tahap kesukaran yang berbeza, semuanya mengambil masa kurang daripada 15 minit. Inginkan kehidupan yang sihat, maka anda perlu muat turun aplikasi ini sebagai petunjuk anda." ]
https://ering.com.my/2020/01/ces-2020-asus-umumkan-desktop-gaming-rog-strix-ga15-gt15-prestasi-luar-biasa-khas-kaki-gamer/
CES 2020: ASUS Umumkan Desktop Gaming ROG Strix GA15 & GT15 – Prestasi Luar Biasa Khas Kaki Gamer
[ "Dalam acara CES 2020, ASUS bukan sahaja memaparkan komputer riba gaming kepada umum bahkan desktop gaming baharu turut diperkenalkan. ASUS ROG Strix GA15 dan GT15 merupakan desktop gaming yang lebih sesuai untuk aktiviti e-Sport, dengan sokongan cip pemproses generasi terkini yang lebih padu.", "Bagi memastikan prestasi permainan pada resolusi tinggi serta kadar penyegaran yang lebih laju, Strix GA15 dan GT15 boleh didapati dengan kad grafik yang berkuasa tinggi sehingga NVIDIA® GeForce RTX™ 2070 SUPER.", "Selain prestasi grafik, GA15 dan GT15 juga menggunakan CPU terbaru iaitu AMD Ryzen® Generasi ke-3 dan pemproses akan datang iaitu Intel® Core™ Generasi ke-10. Strix GA15 boleh didapati pada CPU AMD Ryzen® 7 3800X, bersama 32GB DDR4-3200MHz RAM dan storan SSD M.2 NVM Express sehingga 1TB (boleh didapati dengan 2TB storan mekanikal).", "Strix GA15 dan GT15 turut hadir dengan sistem penyejukan yang sangat cekap di mana ruangan komponen telah diasingkan untuk mengurangkan gangguan haba, seperti CPU, GPU dan motherboard diletakkan di ruang utama, sementara ruang penyimpanan dan bekalan kuasa berada di bawah zon penyejukan.", "Rekaan dua ruang ini bertujuan menyejukkan komponen paling panas, dengan peredaran udara yang lebih luas ke dalam kerangka dalam membantu menghasilkan tahap bunyi senyap di bawah 35 dB. Harga jualan masih tidak disebutkan lagi, namun mengikut kebiasaan ASUS mungkin akan dibawa masuk tidak lama lagi." ]
https://ering.com.my/2018/04/x-one-skrin-pelindung-tahan-lasak-paling-baik-di-dunia/
X.ONE, Skrin Pelindung Tahan Lasak Paling Baik Di Dunia!
[ "Walaupun peranti pintar masa kini kebanyakannya sudah ada menyokong teknologi Corning Gorila Glass, namun anda masih lagi akan membeli skrin pelindung seperti tempered glass yang mampu melindung skrin dari pecah, bukan?", "Namun, tempered glass tetap akan retak atau pecah sekiranya terjatuh di atas lantai, apatah lagi kalau skrin juga menjadi pecah akibat kecuaian sebegini. Jadi, apa lagi yang boleh menghalang kejadian ini berlaku selain lebih berhati-hati?", "Hmmm… sebenarnya ada juga jalan penyelesaiannya, hanya adanya skrin pelindung dari jenama terkenal – X.ONE. Bagi pengetahuan anda semua, X.ONE adalah jenama skrin pelindung tahan lasak yang terbaik di dunia, ia bukan sekadar tahan pecah, bahkan boleh dijadikan pemaku lagi!", "What?! Kami tidak bergurau! Sepertimana yang dijelaskan di atas, X.ONE merupakan salah satu jenama skrin pelindung terkemuka di dunia, jenama ini juga merupakan perintis dalam teknologi pelindung skrin Nano Silicon Shock. Kualiti produk dan prestasi produk mereka telah menerima pengesahan rasmi dari badan pensijilan terkemuka dunia – SGS dan TUV." ]
https://ering.com.my/2017/03/maxis-melancarkan-next-m1-peranti-4g-paling-lengkap/
Maxis Melancarkan NeXT M1, Peranti 4G Paling Lengkap!
[ "“NeXT M1 – peranti 4G berkuasa dengan pengalaman pemilikan yang tidak dapat ditandingi serta pelan yang sedia untuk diguna, tanpa bayaran pendahuluan untuk hanya RM78 sebulan!”", "“Tawaran peranti 4G paling lengkap ini hadir dengan data dan panggilan sedia untuk diguna, serta jaminan 24 bulan dengan penggantian segera.”", "Anda mungkin telah mendengar mengenai sebuah peranti baharu yang akan diperkenalkan di pasaran. YES! BINGO! Hari ini Maxis, salah satu telco besar tempatan telah mengambil langkah menceburi bidang pasaran peranti 4G dengan melancarkan jenama sendiri yang dipanggil NeXT M1.", "Dengan tawaran lengkap NeXT M1, para pelanggan akan menikmati:", "NeXT M1 boleh didapati melalui Maxis Online Store, Pusat Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara mulai 3 Mac 2017. NeXT M1 juga akan ditawarkan kepada pelanggan MaxisONE Business dan FlexiShare mulai akhir bulan Mac ini." ]
https://ering.com.my/2018/12/kongsi-gambar-hasil-tangkapan-foto-dari-lensa-oppo-r17-pro/
[ Kongsi Gambar ] Hasil Tangkapan Foto Dari Lensa OPPO R17 Pro
[ "OPPO R17 Pro sememangnya sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang hebat bukan sahaja dari segi rekaan premium, bahkan turut menarik perhatian mata dunia dengan prestasi kamera yang dikatakan terbaik.", "Dengan teknologi kamera yang mengagumkan, kehebatan kamera R17 Pro sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi malah gambar-gambar yang terhasil juga kelihatan cukup cantik dan sempurna terutama dari segi penggambaran malam.", "Kami juga telah mencuba sendiri dan mendapati gambar yang terhasil sememangnya tidak mengecewakan malah cukup menyerlah persis photographer professional. Berikut kami kongsikan beberapa hasil tangkapan foto dari lensa R17 Pro untuk tatapan anda:", "\nPENGGAMBARAN STANDARD\n \n \nPENGGAMBARAN DEKAT \n\n \nPENGGAMBARAN SWAFOTO \n\nBagi yang berminat, R17 Pro kini sudah boleh didapati pada harga RM2,699 melalui kedai-kedai konsep rasmi OPPO atau gedung membeli belah atas talian seperti Lazada, Shopee, 11 Street, Senheng, SenQ  dan Celcom Blue Cube.\n___________________________________________\nArtikel Berkaitan:\n\nSyafiq Kyle, Phei Yong Meriahkan Hari Pertama Jualan OPPO R17 Pro\nTak Perlu ‘Pick-Up Line’, 6 Rahsia Pada OPPO R17 Pro Cukup Padu ‘Tackle’ Hati Ramai\nOPPO R17 Pro Kini Tiba Di Malaysia, Boleh Didapati Pada Harga RM 2,699\n\n \n ", "Bagi yang berminat, R17 Pro kini sudah boleh didapati pada harga RM2,699 melalui kedai-kedai konsep rasmi OPPO atau gedung membeli belah atas talian seperti Lazada, Shopee, 11 Street, Senheng, SenQ  dan Celcom Blue Cube." ]
https://ering.com.my/2020/06/gambar-tertiris-mi-band-5-pamer-4-varian-warna-menarik/
Gambar Tertiris Mi Band 5 Pamer 4 Varian Warna Menarik!!
[ "Xiaomi bakal melancarkan Mi Band 5 pada 11 Jun ini dan pasti ramai yang berteka teki rupa paras peranti ini.", "Kini, Xiaomi’s official Smart Life Weibo profile telah berkongsi poster peranti ini yang mana ia tampil dengan 4 warna iaitu merah, kuning, hijau dan hitam.", "Desas-desus mengenai spesifikasi peranti ini adalah skrin 1.2″ AMOLED Display dan tampil dengan NFC dan sensor SpO2. Nantikan ketibaannya nanti!!" ]
https://ering.com.my/2018/08/reviu-eksklusif-blackberry-key2-makhluk-asing-unik-dalam-era-skrin-penuh/
Reviu Eksklusif: BlackBerry KEY2, “Makhluk Asing” Unik Dalam Era Skrin Penuh
[ "Dalam era skrin penuh masa kini, apa tarikan utama yang masih dipegang kuat oleh BlackBerry dalam memperkenalkan peranti Android yang taat setia pada rekaan papan kekunci QWERTY. Bagi peminat tegar BlackBerry, ini adalah keunikan jenama ini dan tiada kesusahan untuk mereka yang suka terhadapnya. Sebaliknya, pengguna Android lain yang sudah biasa dengan paparan skrin penuh, rekaan ini nampaknya sangat “pelik” dan tidak memberi sebarang manfaat kepada mereka.", "Sebenarnya setiap barangan ada peminat tersendiri, di sini tiada soal betul atau salah. Bagi memberikan sudut pandangan yang berlainan kepada pengguna Android yang lain, apa kata kita sama-sama menerokai dalaman BlackBerry KEY2 ini.", "Peranti BlackBerry mungkin agak bulky pada zaman dahulu, tetapi tidak lagi sekarang! BlackBerry KEY2 mempunyai rasa pegangan yang selesa walaupun bahagian sisinya agak segi berbanding peranti lain yang mempunyai rekaan curve skrin.", "Paparan skrin 4.5 inci dengan sokongan Corning Gorillas Glass 6 terkini mempunyai ketahanan yang cukup kuat. Walaupun ukuran skrin agak ketinggalan pada masa kini, namun tidak menghalang BlackBerry untuk terus menawarkan trademark mereka iaitu papan kekunci QWERTY.", "• Terdapat 35 kekunci pada KEY2, sokongan sentuhan memudahkan anda menatal laman web hanya dengan jari.", "Ahli baharu pada kekunci ini dipanggil Speed Key, ia boleh mengakses pintas sehingga 52 fungsi utama peranti pintar tanpa perlu kembali ke skrin utama.", "• Sebagai contoh, tekan butang Speed Key dan A untuk membuka Kontak, atau tekan Speed Key dan F untuk membuka Facebook. Pintasan ini boleh disesuaikan mengikut kesukaan diri sendiri.", "• Space Bar pada papan kekunci ada peranan kedua, iaitu agen keselamatan pengimbas cap jari.", "Beralih ke bahagian sisi kerangka, terdapat butang laras suara, butang kuasa dan butang pintas (Convenience Key) di sisi kanan dengan masing-masing mempunyai kemasan yang berlainan.", "Sisi kiri pula lebih kemas, hanya tersedia slot kad SIM hibrid untuk dwi Nano SIM atau Nano SIM + kad microSD.", "Bahagian atas hanya terletak port audio 3.5mm, manakala bahagian bawah terletak speaker dan port USB Type-C untuk pengecasan pantas atau pemindahan data.", "Akhir sekali, panel belakang BlackBerry KEY2 menempatkan rekaan dwi kamera yang beresolusi 12MP + 12MP dengan dual tone LED Flash di sebelahnya. Adakah prestasi kamera memuaskan? Kami telah sediakan sebilangan hasil gambar di bawah.", "Dilengkapi sistem operasi Android 8.1 Oreo, antaramuka KEY2 lebih kemas seperti Android Asli. Terdapat beberapa fungsi menarik tersedia padanya, seperti BlackBerry Hub, Privacy Shade, Redactor dan DTEK.", "• BlackBerry Hub berperanan tempat akses pintas untuk emel, mesej, kalendar, media sosial dan kontak. Ia berada di sisi skrin dan anda hanya perlu tarik keluar apabila ingin menggunakan salah satu daripadanya.", "• Blackberry Privacy Shade adalah tetingkap kecil yang hanya memaparkan sebahagian skrin dari dilihat, sesuai digunakan sekiranya ada dokumen privasi perlu dibaca.", "• BlackBerry Redactor sangat mesra pengguna, ia memudahkan anda padamkan maklumat peribadi apabila mengambil screenshot.", "• DTEK by BlackBerry adalah aplikasi terbina-dalam yang sentiasa memantau kesihatan dan sekuriti peranti.", "Mungkin ramai juga tidak dapat menerima kehadiran cip pemproses Snapdragon 660, tetapi pada KEY2 ia boleh dikatakan cukup memuaskan. Dilengkapi dengan Octa-core 2.2GHz Kyro 260 serta kad grafik Adreno 512, penggunaan seharian berjalan dengan lancar di bawah gandingan memori 6GB RAM dan 64GB ROM.", "Menurut apa yang dikongsikan dari BlackBerry, bateri sebesar 3,500mAh pada KEY2 boleh bertahan selama dua hari dengan sekali isian penuh.", "Fungsi pengecasan pantas Quick Charge 3.0 dihadirkan bersama Boost Mode, di mana ia mampu mengoptimumkan masa pengecasan dengan meminimumkan penggunaan kuasa peranti semasa dicas.", "Bagi peminat BlackBerry, penawaran dwi kamera merupakan salah satu penambahbaikan yang amat dialu-alukan. Gabungan lensa 12MP + 12MP masing-masing dengan aperture f/1.8 + f/2.6 memberikan hasil penggambaran yang cukup memuaskan, tambahan lagi 2x zum optikal boleh menangkap objek jauh tanpa masalah.", "Kamera hadapan pula beresolusi 8MP bersama aperture f/2.0, tetapan kamera pada KEY2 agak ringkas termasuk juga mod kamera yang terhad seperti Portrait, Pano, Slow-Mo dan Scanner. Mungkin KEY2 lebih memfokuskan pada golongan profesional yang tidak berupa pentingkan penggambaran, jadi spesfikasi untuk bahagian kamera pun sekadar okay sahaja.", "Apa yang boleh katakan, hasil penggambaran dari kamera KEY2 tidak mengecewakan. Tak percaya? Tengok hasil gambar dari kami…" ]
https://ering.com.my/2020/08/starview-international-perluas-penawaran-masukkan-apstra-sebagai-automasi-rangkaian-pusat-data-terbaik-dalam-kelas/
Starview International Perluas Penawaran Masukkan Apstra, sebagai Automasi Rangkaian Pusat Data Terbaik dalam Kelas
[ "MENLO PARK, California, 24 Ogos 2020 /PRNewswire/ — Apstra, pelopor rangkaian berasaskan-niat dan syarikat perisian multinasional yang mengautomasikan rangkaian pusat data, hari ini mengumumkan bahawa Starview International mencapai Status Rakan Kongsi Platinum dalam Program Kelebihan Rakan Kongsi Apstra (APA). Starview International berkelayakan untuk mencapai tahap ini kerana memenuhi kriteria kecemerlangan Apstra sebagai pengedar dan pembekal nilai tambah produk dan aksesori Rangkaian Optik berjenama SVI. Starview International komited untuk menguatkan penjajaran strategi dan teknikal dengan Apstra.", "“Memandangkan automasi rangkaian sangat kritikal untuk pendekatan Sistem Terbuka, kami memerlukan teknologi terbaik untuk terus menyediakan penyelesaian rangkaian yang cekap dan menjimatkan kos kepada pelanggan kami,” kata Yuh Joo Choo, Pengarah Urusan di Starview International. “Penjajaran nilai-nilai Apstra dengan usaha rangkaian, pengiraan, dan penyimpanan kami telah menghasilkan perkongsian yang menarik dan semula jadi.”", "Starview International baru-baru ini melengkapkan latihan program rakan kongsi Apstra, yang mendayakan semua rakan kongsi untuk menjana peluang pendapatan baharu, meningkatkan keuntungan dan margin, dan membuat perkhidmatan tambah nilai pelengkap menggunakan Apstra AOS. Syarikat ini memenuhi kriteria Status Platinum untuk empat kakitangan penjualan dan dua kakitangan teknikal.", "“Kami telah melihat lonjakan perusahaan Asia-Pasifik mencari perisian fleksibel yang akan berfungsi dengan pelbagai vendor perkakasan dan penawaran rangkaian terbuka,” kata Jeff Jones, Naib Presiden Jualan Seluruh Dunia di Apstra. “Dengan pendekatan terbuka kami, Starview International akan berada dalam kedudukan yang lebih mantap untuk memenuhi keperluan pelanggan sambil meningkatkan keuntungan.”", "Latar Belakang Program Kelebihan Rakan Kongsi Apstra", "Diperkenalkan pada bulan Mac 2020, Program Kelebihan Rakan Kongsi Apstra untuk Rakan Kongsi Saluran direka untuk membolehkan rakan kongsi membawa automasi dan pengesahan yang canggih ke rangkaian pusat data mereka bagi mewujudkan kelebihan perniagaan. Berurus niaga dengan Apstra, rakan kongsi saluran dapat memperluas jangkauan penjualan mereka, memanfaatkan kepakaran dan hubungan dengan ekosistem rakan kongsi Apstra, dan membantu memenuhi keperluan pelanggan mereka sambil mengembangkan perniagaan.", "Untuk maklumat mengenai Program Kelebihan Rakan Kongsi Apstra klik di sini.", "Starview merupakan pengeluar terkemuka bagi Sistem Terbuka. Starview juga merancang dan membuat penghantar-terima yang dapat diprogramkan secara terbuka, dan memiliki hak paten untuk teknologi ini di Singapura, Amerika Syarikat, China dan Australia. Dengan penawaran penyelesaian keseluruhan dalam Sistem Terbuka, Starview memberikan penyelesaian untuk rangkaian, pengiraan dan penyimpanan, bagi membolehkan pelanggan membina awan peribadi, dengan menggunakan kombinasi perkakasan komoditi terbaik dan perisian sumber terbuka yang disokong oleh komersial. Infrastruktur awan berdasarkan Sistem Terbuka memberikan kelebihan kepada pelanggan sama seperti penyedia awan terbesar di dunia, dengan keanjalan sumber rangkaian/pengiraan/penyimpanan yang ditentukan oleh perisian, semuanya tanpa terikat dengan vendor. Starview, yang ditubuhkan pada tahun 2010, mewakili penyedia terbaik vendor perkakasan dan perisian Sistem Terbuka untuk menjadikan Sistem Terbuka satu kenyataan hari ini.", "Apstra® ialah syarikat perisian multinasional yang memberikan penyelesaian yang disatukan untuk mengautomasikan seni bina dan operasi rangkaian pusat data. Produk kemegahan Apstra, AOS, memberdayakan organisasi untuk mengautomasikan semua aspek perancangan, pembinaan, penyebaran, dan pengoperasian rangkaian mereka, yang memungkinkan mereka membuat perubahan pada rangkaian dengan cepat dan boleh dipercayai, sambil memanfaatkan modal insan dengan cekap dan melepaskan diri daripada terikat dengan vendor perkakasan-dalam. Organisasi yang menggunakan AOS telah melihat pengurangan OpEx (perbelanjaan operasi) lebih daripada 80 peratus, peningkatan ketangkasan sebanyak 99 peratus, dan peningkatan kebolehpercayaan lebih daripada 70 peratus. AOS menggunakan analisis berasaskan-niat Apstra yang canggih untuk mengesahkan rangkaian secara berterusan, dengan itu dapat menghilangkan kerumitan, kerentanan, dan gangguan bagi menghasilkan rangkaian yang selamat dan berdaya tahan.", "Apstra, yang ditubuhkan pada tahun 2014 oleh pemimpin-pemimpin industri rangkaian yang mantap dan terbukti David Cheriton, Mansour Karam, dan Sasha Ratkovic, beribu pejabat di Menlo Park, California, dengan pejabat di seluruh dunia.", "Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Licensing/marketing agreements" ]
https://ering.com.my/2016/07/lelaki-ditikam-namun-meneruskan-misi-menangkap-pokemon/
Lelaki Ditikam, Namun Meneruskan Misi Menangkap Pokemon
[ "Seorang lelaki 22 tahun ditikam ketika memburu Pokemon di Oregon. Insiden bermula apabila beliau ketika itu sedang berjalan di waktu malam dan terseremapak dengan lelaki yang dilihatnya sedang bermain dengan smartphone. Secara spontan beliau menegur lelaki itu sama ada dia juga sedang bermain Pokemon Go, namun secara tiba-tiba lelaki tersebut bertindak ganas dengan menikam bahu mangsa.", "Mangsa yang berlumuran darah kemudiannya singgah ke kedai berdekatan untuk membeli air minuman dan sedikit makanan bagi meneruskan misinya menangkap Pokemon di sekitar kawasan itu. Orang ramai yang berada di kedai tersebut menghubungi polis setelah melihat keadaan lelaki tersebut, namun mangsa pada mulanya menolak untuk mendapatkan rawatan kerana mahu meneruskan misinya.", "Begitu taksub sekali dunia dengan permainan ini, bagi mereka yang ingin bermain permainan Pokemon Go apabila ia dilancarkan di Malaysia kelak, berhati-hatilah kerana jenayah dan insiden boleh berlaku pada bila-bila masa." ]
https://ering.com.my/2016/06/tawaran-percuma-masa-terhad-vox/
***TAWARAN PERCUMA MASA TERHAD*** VOX
[ "AppStore sering kali akan menawarkan aplikasi percuma untuk peminatnya, hari ini aplikasi terpilih adalah pemain muzik yang sangat popular iaitu VOX.", "Untuk memuaskan para pengguna Apple yang tidak berpuas hati dengan prestasi iTunes, aplikasi VOX telah berjaya menarik minat mereka. Papran UI yang cukup mudah, sokongan format audio yang perlbagai serta perkhidmatan awan yang memudahkan kerja penyimpanan dilakukan.", "Untuk mendapatkan aplikasi popular ini secara percuma sebelum tamatnya tawaran hebat ini, muat turunnya SEKARANG!!!" ]
https://ering.com.my/2019/05/htc-u11-menerima-kemas-kini-android-pie-bermula-dari-pengguna-di-taiwan-dan-di-negara-lain-secara-berperingkat/
HTC U11 Menerima Kemas Kini Android Pie, Bermula Dari Pengguna Di Taiwan Dan Disusuli Di Negara Lain Secara Berperingkat
[ "\nKepada pengguna HTC U11 ini adalah berita gembira buat anda apabila peranti ini telah menerima kemas kini Android Pie. Pada ketika ini, pengguna di Taiwan menerima kemas kini terlebih dahulu dan pengguna lain turut bakal merasai kemas kini ini secara berperingkat.", "Ia bukan hanya mengemasi kini ke Android Pie, tetapi turut membawakan penambahbaikan antaranya ialah membuang Google+ dari skrin BlinkFeed.", "Beberapa peranti lain selain dari U11 turut bakal menerima kemas kini iaitu U11+ dan U12+ yang mana kemas kini bakal diterima pada bulan Jun." ]
https://ering.com.my/2020/06/apex-legends-bakal-tersedia-bagi-versi-mobile-tidak-lama-lagi/
Apex Legends Bakal tersedia Bagi Versi Mobile Tidak Lama Lagi!
[ "Kaki game korang kena bersedia kerana Apex Legends bakal tersedia menerusi Platform Mobile tidak lama lagi.", "Sebelum ini,EA menyatakan bahawa Respawn Entertainment sedang membangunkan permainan ini bagi telefon pintar sama ada iOS dan Android.", "Dengan kejayaan PUBG Mobile , tidak hairanlah permainan ini juga bakal diterima baik oleh pengguna. " ]
https://ering.com.my/2018/04/xiaomi-mi-6x-dilancarkan-sokong-spesifikasi-dipertingkatkan/
Xiaomi Mi 6X Dilancarkan – Sokong Spesifikasi Dipertingkatkan!
[ "Akhirnya Xiaomi Mi 6X atau dikenali sebagai model Mi A2 telah diperkenalkan secara rasmi hari ini, yang mana menampilkan paparan skrin skrin berukuran 5.99 inci Full HD+.", "Apa yang menariknya telefon pintar ini, ia menyokong beberapa spesifikasi terkini seperti dikuasakan oleh Snapdragon 660 dengan tiga pilihan varian iaitu 4GB RAM/64GB ROM, 6GB RAM/64GB ROM dan 6GB RAM/128GB ROM.", "Masih dibekalkan dengan dwi-kamera utama tetapi kali ini telah dipertingkatkan resolusinya kepada 12 MP f/1.75 + 20 MP f/1.75, manakala kamera hadapan pula beresolusi 20 Megapiksel f/1.75.", "Kelebihan yang dimiliki oleh Mi 6X adalah sokongan pembantu maya dari Xiaomi sendiri yang diberi nama Xiao AI untuk bersaing bersama Bixby, Google Assistant, dan juga Siri.", "Dibekalkan bateri berkapasiti 3010mAh, telefon pintar ini turut menawarkan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0. Salah satu kekurangan yang dapat dilihat pada Mi 6X adalah ketiadaan port audio yang pastinya meresahkan segelintir pengguna.", "Xiaomi Mi 6X terdapat dalam tiga varian dan dijual pada harga seperti :" ]
https://ering.com.my/2020/04/oppo-find-x2-lite-kini-diperkenalkan-hadir-dengan-snapdragon-765-kamera-utama-48mp/
OPPO Find X2 Lite Kini Diperkenalkan – Hadir Dengan Snapdragon 765 & Kamera Utama 48MP!!
[ "Jenama pintar popular, OPPO, kini telah memperkenalkan satu lagi model yang dikenali sebagai OPPO Find X2 Lite dan bakal dijual pada harga RM2376!", "Peranti ini tampil dengan rekaan menawan khusus di bahagian skrin apabila ia tampil dengan skrin bersaiz 6.4″ OLED dan hadir dengan 60Hz.", "Apa yang pasti kuasa dalaman juga adalah sangat baik bagi kelasnya apabila ia dihadirkan dengan Snapdragon 765 dan dipadankan dengan 8GB dan storan 128GB.", "Jika dilihat dari aspek kamera pula, ia dihadirkan dengan sistem 4 kamera bagi kamera utama iaitu 48MP + 8MP + 2MP + 2MP. Manakala bagi kamera hadapan pula, ia disertakan dengan 16MP!", "Kapasiti bateri juga agak besar apabila ia disertakan dengan 4025mAh dan disertakan dengan pengecasan pantas VOOC 4.0. Menariknya, ia mampu mengecas sehingga 50% dalam masa 20 minit. Peranti ini tampil dengan2 varian warna iaitu Midnight Black dan Pearl White." ]
https://ering.com.my/2017/07/whatsapp/
WhatsApp Akan Menawarkan Ciri Multi-Tasking
[ "Aplikasi WhatsApp adalah satu laman bual yang paling popular digunakan di dunia bahkan ia juga sebuah platfom terbaik untuk berkomunikasi. Aplikasi WhatsApp juga sering dinaik taraf supaya para pengguna dapat berinteraksi dengan lebih baik.", "Versi Beta 2.17.265 yang baru ini sudah sedia dipasang pada peranti yang dioperasikan oleh Android O Developer Preview sahaja. Ia juga menawarkan pengguna mengecilkan tetingkap panggilan video sambil membalas atau menghantar teks mesej kepada kenalan lain.", "Bagaimanapun, belum ada kepastian lagi adakah apungan tetingkap video ini boleh dialihkan atau tidak. Maka, dengan pengenalan fungsi baru ini, WhatsApp akan menjadi aplikasi sembang pertama yang memperkenalkan ciri sedemikian." ]
https://ering.com.my/2018/02/huawei-bagi-diskaun-untuk-huawei-p10-plus/
Huawei Bagi Diskaun Untuk Huawei P10 Plus
[ "Bulan Mac 2018 ini sudah setahun usianya Huawei P10 Plus sejak ia diperkenalkan di pasaran tempatan. Sebelum ini, ia dijual pada harga RM3,099 tetapi dengan kemunculan Huawei Mate 10, harganya telah diturunkan kepada RM2,399.", "Terbaru, harganya sekali lagi diturunkan kepada RM2,199 dan boleh dibeli di Lazada. Dengan setiap pembelian Huawei P10 Plus akan disertakan sekali pelbagai aksesori bernilai RM179. Promosi ini telah bermula 20 Februari lepas dan akan berakhir pada 28 Februari 2018 ini.", "Untuk makluman, Huawei Mate 10 juga sedang mengadakan promosi untuk masa terhad. Cepat dapatkan sementara stok masih ada!" ]
https://ering.com.my/2021/02/peloton-memeterai-perjanjian-untuk-mengambil-alih-cevian-technologies/
Peloton Memeterai Perjanjian untuk Mengambil Alih Cevian Technologies
[ "CALGARY, Alberta, 24 Februari 2021 /PRNewswire/ — Peloton dengan sukacitanya mengumumkan mereka telah memeterai perjanjian untuk mengambil alih Cevian Technologies, sebuah syarikat perisian berasaskan awan yang mengkhusus dalam kaedah pengambilalihan, visualisasi dan pelaporan data masa nyata untuk industri pelengkap. Produk utama Cevian, FracNet ialah sebuah platform visualisasi data fraktur dan penyimpanan awan masa nyata yang menjadikan segala data rawatan fraktur yang boleh diakses dalam format standard dan berstruktur semasa dan selepas tugasan.", "Ketika industri tenaga menerapkan teknologi pendigitalan dan awan, peluang untuk menyelaraskan perisian dan perkhidmatan FracNet Cevian dengan penyelesaian Platform Peloton, merangkumi kitaran hayat data dan kitaran hayat pengeluaran data yang akan meningkatkan keupayaan syarikat untuk menganalisa data fraktur serta meningkatkan pembuatan keputusan dan mengoptimumkan peluang.", "Glen Gray, Ketua Pegawai Eksekutif Peloton berkata, “Kami berharap dapat membangunkan lebih banyak FracNet dan mengintegrasikan teknologi gabungan kami untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos kepada pelanggan kami.”", "Jocelyn McMinn, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Cevian Technologies menambah, “Penambahan FracNet ke Platform Peloton memberikan ketepatan dan penyeragaman kualiti masa nyata kepada ruang pelengkap, sesuatu yang telah lama dinikmati oleh sektor penggerudian.” “Peloton merupakan platform yang ideal untuk Cevian dan secara bersama-sama, kami akan menyediakan pilihan data pelengkapan kepada pelanggan yang boleh diakses dengan mudah menggunakan FracNet atau mana-mana platform visualisasi,” kata Kevin Lo, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Cevian.", "Platform Peloton memacu transformasi digital minyak dan gas melalui integrasi mobiliti, automasi dan data dengan menyediakan penyelesaian kitaran hayat data, kitaran hayat data pengeluaran dan pengurusan data tanah yang bersepadu sepenuhnya. Kini, lebih 600 pelanggan minyak dan gas di seluruh dunia bergantung kepada teknologi Peloton untuk melengkapkan pihak berkepentingan mereka dengan kaedah dan maklumat yang diperlukan bagi mengurus, memudahkan dan mengoptimumkan operasi mereka.", "Cevian Technologies mempunyai pengalaman yang luas dalam membangunkan kaedah pengambilalihan, visualisasi, penyimpanan dan pelaporan data masa nyata untuk industri pelengkap. Produk utama Cevian, FracNet, boleh memperkasa analitik anda dengan data fraktur yang bersih dan seragam semasa dan selepas tugasan serta telah digunakan untuk keputusan operasi masa nyata dalam lebih 10,300 pelengkapan setakat hari ini.", "Keywords: Computer Software Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers Data Analytics" ]
https://ering.com.my/2020/09/mike-morhaime-bekerjasama-dengan-veteran-industri-permainan-untuk-melancarkan-dreamhaven/
Mike Morhaime Bekerjasama Dengan Veteran Industri Permainan Untuk Melancarkan Dreamhaven™
[ "Can’t connect to MySQL server on ‘192.168.120.250’ (111) [2003]", "An sql error occurred while fetching this page. Please contact an administrator if this problem persists.", " Powered by PRN Asia 2011 PRN Asia " ]
https://ering.com.my/2020/07/arria-dan-tibco-umum-perkongsian-strategik-bawakan-pemahaman-data-lebih-pantas-dengan-naratif-bahasa-tabii/
Arria dan TIBCO Umum Perkongsian Strategik Bawakan Pemahaman Data Lebih Pantas dengan Naratif Bahasa Tabii
[ "NEW YORK, 18 Julai 2020 /PRNewswire/ — Arria NLG, penyedia teknologi Penjanaan Bahasa Tabii (NLG) yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa kedua-dua syarikat telah berganding bahu untuk membantu dunia memperoleh makna yang lebih besar daripada data, membuka peluang kepada penyelesaian yang lebih baik untuk banyak masalah yang kita hadapi. Kolaborasi mereka menambah papan pemuka BI dengan pandangan yang ditulis dalam bahasa tabii, memberi titik permulaan yang baharu untuk analitik data.", "Perkongsian ini telahpun membantu orang ramai dengan memberikan mereka pemahaman yang lebih baik mengenai data COVID-19 dalam konteks yang melibatkan mana-mana tempat di seluruh dunia yang sangat memerlukan maklumat mengenainya. Perisian penjanaan bahasa tabii Arria digunakan pada papan pemuka COVID-19 TIBCO Spotfire® bagi memberi pandangan data yang penting mengenai impak penyakit ini dari peringkat tempatan ke peringkat global.", "Saintis data TIBCO mengumpul sejumlah besar data untuk dilaporkan pada papan pemuka mereka, termasuk peta, graf dan visualisasi lain bagi menggambarkan apa yang sedang berlaku di seluruh dunia. Perisian NGL Arria kemudiannya menggunakan kecerdasan buatan untuk mentransformasikan data menjadi naratif bertulis yang dihasilkan secara dinamik, membantu penatap papan pemuka memahami dengan lebih baik mengenai apa yang disampaikan oleh data kepada mereka. Orang ramai boleh melihat dengan mudah trend dalam bilangan virus, seperti kawasan yang mengalami kes yang semakin sedikit, sama ada terdapatnya sebarang kenaikan dan apa yang berlaku dengan angka tersebut apabila negeri-negeri dibuka semula. Video >", "“Bahasa merupakan salah satu kemajuan terhebat di dunia, ia mendorong manusia untuk maju ke hadapan. Membawa bahasa manusia kepada teknologi pastinya akan memberi kesan yang serupa,” kata Sharon Daniels, Ketua Pegawai Eksekutif Arria. “Sekiranya data merupakan minyak baharu, pendemokrasian pemahaman data merupakan cara untuk mendorong pertumbuhan perniagaan.”", "Pandemik ini bukanlah satu-satunya aspek yang mana kolaborasi antara Arria NLG dan TIBCO dapat memberi orang ramai pemahaman yang lebih besar mengenai data yang sentiasa berubah-ubah yang memainkan peranan begitu kritikal dalam semua aspek kehidupan mereka. Perniagaan juga telah mula menikmati ganjaran. Aplikasi untuk perniagaan termasuk farmaseutikal, kewangan, peruncitan dan pelaporan perusahaan am – mana-mana tempat di mana paparan pemuka digunakan untuk menyediakan akses segera terhadap maklumat kritikal.", "Sebagai contoh, teknologi Arria boleh didapati sebagai tambahan pada TIBCO Spotfire, membolehkan syarikat-syarikat untuk melakukan lebih lagi dalam Spotfire® dengan data mereka dengan melangkaui visualisasi — pada dasarnya menyediakan titik permulaan baharu untuk analitik data.", "Hasilnya, orang ramai pada semua peringkat dalam sesebuah organisasi akan mendapat pemahaman berharga daripada apa yang didedahkan oleh data. Kepintaran perniagaan menjadi lebih bernilai apabila ia boleh difahami dengan mudah dan digunakan oleh sesiapa sahaja dalam perusahaan dan bukan sahaja oleh saintis data. Penjanaan bahasa tabii Arria membolehkan individu untuk berhubung, berkomunikasi dan berkongsi pemahaman serta pandangan yang akan merapatkan silo dalam seluruh perusahaan.", "“Pandemik ini telah menekankan keperluan terhadap sains data yang mantap dan juga pandangan berasaskan fakta buat semua orang,” kata Michael O’Connell, ketua pegawai analitik untuk TIBCO. “Ringkasan bertulis automatik daripada Arria ini memberi pemahaman serta merta mengenai data COVID-19 dan penyarian pandangan yang jelas, untuk membimbing tingkah laku dan dasar awam.”", "Latar Belakang Arria NLGArria NLG (www.arria.com) ialah peneraju global dalam bidang Penjanaan Bahasa Tabii (NLG), suatu bentuk kecerdasan buatan yang mengkhusus dalam mengekstrak pandangan daripada sumber data yang rumit dan menyampaikan maklumat ini dalam bahasa tabii (iaitu seolah-olah ditulis atau dituturkan oleh manusia). Seni bina API Arria membolehkan integrasi yang lancar dengan sebarang platform BI, RPA atau VOICE. Arria menawarkan penyelesaian NLG untuk sektor perbankan, kerajaan, perkhidmatan kewangan, insurans, farmaseutikal, barangan produk pengguna, berita dan media.", "TIBCO dan Spotfire ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar TIBCO Software Inc. dan/atau subsidiarinya di Amerika Syarikat dan/atau negara-negara lain. Semua nama dan tanda produk serta syarikat lain yang disebutkan dalam dokumen ini merupakan kepunyaan pemilik masing-masing dan disebut bagi tujuan pengenalan.", "Teknologi Arria tersedia sebagai tambahan pada TIBCO Spotfire", "Hubungan Media: Lyndsee MannaNaib Presiden Kanan, Pembangunan Perniagaan dan PerkongsianLyndsee.manna@arria.com", "Keywords: Computer Software Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Data Analytics" ]
https://ering.com.my/2018/06/beli-oppo-f7-dapatkan-kotak-hadiah-raya-bernilai-rm299-secara-percuma/
Beli OPPO F7 & Dapatkan Kotak Hadiah Raya Bernilai RM299 Secara Percuma!
[ "Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi, OPPO Malaysia hari ini telah menawarkan promosi istimewa Raya untuk memeriahkannya lagi.", "Sepanjang tempoh promosi yang akan bermula dari 9 Jun hingga 17 Jun 2018 nanti, setiap pembelian OPPO F7 atau OPPO F7 128GB akan menerima Kotak Hadiah Raya istimewa bernilai RM299 secara percuma. Di dalam kotak tersebut mengandungi sebuah Bluetooth Headset dan juga sarung pelindung.", "Dengan kadar 0% GST, OPPO F7 kini boleh dimiliki pada harga RM1,299, manakala model OPPO F7 128GB pula dijual pada harga RM1,603. Promosi Raya OPPO 2018 ini boleh dinikmati di semua OPPO Concept Stores, OPPO Online Store, dan juga rakan e-dagang seperti Lazada, Shopee ataupun 11street." ]
https://ering.com.my/2019/09/siri-huawei-mate-30-rasmi-pada-3-oktober-2019-soal-google-akan-terjawab-nanti/
Siri HUAWEI Mate 30 Rasmi Pada 3 Oktober 2019 – Soal Google Akan Terjawab Nanti!
[ "Siri HUAWEI Mate 30 telahpun dilancarkan secara rasmi di Munich, Germany 2 minggu yang lalu. Kehadiran peranti baharu ini menjadi fokus utama di seluruh dunia, disebabkan oleh penggunaan sistem operasi yang bakal dijana pada siri Mate 30.", "Isu penggunaan perkhidmatan Google seperti Playstore bakal menjadi faktor utama dalam pembelian peranti HUAWEI, adakah siri baharu ini akan kekal menggunakan perkhidmatan ini? Semua ini akan terjawab dalam pelancaran Huawei Malaysia Ecosystem Conference 2019 nanti.", "Kekal bersama untuk mendapat lebih lanjut info siri HUAWEI Mate 30." ]
https://ering.com.my/2018/12/huawei-mate-10-mate-10-pro-kemas-kini-emui-9-0-mula-diedarkan-secara-berperingkat/
Huawei Mate 10 & Mate 10 Pro – Kemas Kini EMUI 9.0 Mula Diedarkan Secara Berperingkat
[ "Kemas kini EMUI 9.0 sudah bermula diedarkan dari pihak Huawei Malaysia secara berperingkat, pengguna Huawei Mate 10 dan Mate 10 Pro akan menerima kemas kini melalui semakan di Settings > System > Software Update mulai hari ini.", "EMUI 9.0 merupakan antaramuka yang berasaskan sistem operasi Android 9.0 Pie, kemas kini baharu ini hadir bersama ciri-ciri menarik seperti sokongan kawalan gesture, penambahbaikan GPU Turbo 2.0 serta pembelajaran mesin pada penggunaan bateri dan pencahayaan skrin.", "Siri Huawei Mate 10 merupakan peranti premium dengan spesifikasi tinggi, harga jualan terkini adalah RM2,169 untuk versi Mate 10, manakala RM2,924 untuk versi Mate 10 Pro." ]
https://ering.com.my/2019/07/vivo-y12-ditawarkan-pada-harga-rm599-tersedia-secara-rasmi-bermula-13-julai-2019/
vivo Y12 Ditawarkan Pada Harga RM599 – Tersedia Secara Rasmi Bermula 13 Julai 2019!
[ "Hola semua peminat setia vivo! Kami ada berita baik nak kongsi dengan anda semua. vivo Malaysia kini hadir dengan ahli baru iaitu vivo Y12 untuk pasaran tempatan! Peranti terbaik di dalam kelasnya dengan ketahan bateri luar biasa.", "Tersedia dalam dua warna  iaitu Aqua Blue dan Burgundy Red , vivo Y12 ditawarkan pada harga RM599 – Ketersediaan bermula 13 Julai 2019. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dimiliki menerusi beberapa saluran berbeza seperti vivo Concept Stores, pengedar sah dan rakan kolaborasi vivo." ]
https://ering.com.my/2017/03/tone-studio-peranti-audio-wearable-dengan-bunyi-3d-akan-mula-dipasarakan-tidak-lama-lagi/
TONE Studio, Peranti Audio Wearable Dengan Bunyi 3D Akan Mula Dipasarakan Tidak Lama Lagi
[ "TONE Studio, sebuah peranti audio imersif wearable dari LG Electronics (LG) diperkenalkan pada acara CES 2017 yang lalu. Peranti tersebut akan mula dilancarkan secara berfasa bermula minggu ini di Timur Tengah, diikuti oleh Amerika Utara pada akhir bulan ini, manakala kawasan Asia dan Amerika Latin dijangkakan pada bulan April dan Eropah pada bulan Mei.", "TONE Studio merupakan peranti audio yang dipakai di leher bagi membolehkan anda menikmati kualiti bunyi 3D dan imersif. LG bekerja rapat dengan DTS, sebuah syarikat dengan kepakaran audio bagi mendapatkan kualiti bunyi yang terbaik dari TONE Studio. Terbina di dalamnya adalah Hi-Fi DAC memelihara dan meningkatkan kualiti audio dari sumber. Bagi menjadikan peranti ini lebih menyeronokkan, dua TONE Studio boleh digunakan secara serentak dari sumber audio yang sama." ]
https://ering.com.my/2017/01/bot-lucky-dari-google-untuk-membantu-anda-mencari-fail-gif-di-dalam-allo/
Bot Lucky Dari Google Untuk Membantu Anda Mencari Fail GIF Di Dalam Allo
[ "Allo adalah aplikasi chat terbaru yang dikeluarkan Google setelah Hangout mendapat sambutan yang suam-suam sahaja. Google meletakkan fungsi Google Assistant di dalam Allo bagi menjadikan aplikasi chat ini lebih menarik.", "Untuk menarik lebih ramai pengguna kepada aplikasi Allo, Google memperkenalkan satu lagi fungsi di mana anda boleh melakukan carian GIF dengan bantuan bot khas yang dikenali sebagai Lucky. Anda cuma perlu taip @lucky dan kemudian meletakkan frasa carian GIF untuk mencari fail GIF.", "Satu lagi alternatif carian GIF adalah melalui papan kekunci Gboard di mana anda boleh tap butang emoji dan memilih fungsi GIF pada bahagian bar bawah. Saya rasakan fungsi carian pada papan kekunci lebih pantas dan efisien. Apa pula kata anda?" ]
https://ering.com.my/2019/12/smartphone-5g-oppo-dengan-sokongan-cip-snapdragon-865-765g-bakal-muncul-pada-q1-2020/
Smartphone 5G OPPO Dengan Sokongan Cip Snapdragon 865 & 765G Bakal Muncul Pada Q1 2020
[ "Seiring acara tahunan Sidang Kemuncak Tech Qualcomm Snadragon 2019 baru-baru ini, OPPO juga mengumumkan bahawa mereka bakal muncul dengan smartphone 5G yang dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 865 dan akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2020.", "Di samping itu, OPPO turut mengumumkan bahawa pewaris baru mereka iaitu OPPO Reno3 Pro bakal diperkasakan dengan chipset Snapdragon 765G yang dilengkapi dengan sokongan 5G bersepadu – sekaligus menjadikan OPPO Reno3 Pro antara smartphone pertama yang dilengkapi dengan sokongan mod dual 5G.", "Naib Presiden OPPO dan Presiden Jualan Global, Alen Wu berkata pemproses Snapdragon 865 memberikan lebih kuasa kepada peranti dan menyajikan smartphone premium dengan sokongan 5G. Peranti ini berfungsi dengan lebih baik – teruatamanya pada sokongan kamera, permainan mudah alih dan AI dengan prestasi lebih baik.", "Tambah beliau lagi, OPPO Reno3 Pro yang dikuasakan oleh Snapdragon 765G pula membolehkan pengguna menikmati sambungan 5G yang unggul dengan prestasi luar biasa. Dalam pada itu, OPPO juga merancang untuk melancarkan lebih banyak produk 5G pada masa akan datang bagi menggalakkan pecutan penggunaan rangkaian 5G di dunia.", "OPPO sentiasa komited dalam usaha menyampaikan yang terbaik buat pengguna dan berusaha lebih dalam mempromosikan smartphone dengan sokongan 5G. Pada Mei lalu, OPPO secara rasmi memperkenalkan OPPO Reno 5G di Swiss – sekaligus menjadikannya smartphone 5G pertama di Eropah.", "Seterusnya, OPPO melancarkan pula peranti tersebut di Australia, Inggeris dan Italia. Manfaat daripada OPPO Reno 5G, Qualcomm dan Ericsson berjaya merangkul penghargaan “Best 5G Network Development in Europe” pada Jun lalu. OPPO juga berhasil melakukan panggilan internet (VOIP) melalui jaringan 5G pertama kali di Indonesia pada 28 November 2019.", "Tidak ketinggalan, OPPO juga sangat menghargai hubungan jangka panjang dengan Qualcomm – OPPO muncul dengan Flagship Find X yang mengintegrasikan pemproses Snapdragon 845. Smartphone ini berjaya memberi pengguna pengalaman baru berkat daripada reka bentuknya yang inovatif.", "Seterusnya, OPPO muncul pula dengan OPPO Reno 10x zoom sekitar tahun 2019 – sebuah smartphone dengan kemampuan kamera 10x hybrid zoom yang dilengkapi prosesor Snapdragon 855 dan Reno Ace dengan sokongan Snapdragon 855 Plus. Kedua – dua smartphone ini menjadi popular dalam kalangan pengguna ekoran keunggulan fotografi dan persembahan gaming mudah alih yang hebat." ]
https://ering.com.my/2020/09/edisi-khas-ifa-2020-buat-pertama-kalinya-sejak-krisis-corona-bermula-pameran-perdagangan-terkemuka-global-untuk-elektronik-pengguna-akan-membuka-pintunya/
Edisi Khas IFA 2020 – Buat pertama kalinya sejak krisis Corona bermula, pameran perdagangan terkemuka global untuk elektronik pengguna akan membuka pintunya
[ "– Bahan video IFA untuk wartawan boleh diperolehi di Pusat Penyiaran Global IFA", "BERLIN, 3 September 2020 /PRNewswire/ — Edisi Khas IFA 2020 ialah pameran global utama yang pertama untuk elektronik pengguna dan kediaman yang akan berlangsung secara fizikal sejak pandemik ini. Dari 3 September hingga 5 September, jenama yang hebat dan syarikat yang baharu bermula akan memaparkan perkara baharu, kecenderungan dan sorotan syarikat mereka di tempat pameran Berlin.", "“Setelah semua pembatalan acara, industri kami sangat memerlukan platform ini untuk menyampaikan inovasi. Acara maya pastinya memberi manfaat, tetapi tidak mempunyai hubungan emosi,” kata Pengarah Jens Heithecker.", "Pada tahun ini, persoalan utama ialah: Inovasi manakah yang terbukti berjaya dalam “normal baharu” ekoran daripada situasi pasca COVID 19 ini?", "Oleh kerana kepentingan baharu tempat tinggal kita dan ledakan perkakasan rumah, tumpuan utama adalah pada aplikasi dan produk rumah pintar yang mempunyai pengaruh positif terhadap suasana kehidupan. Selain itu, fokus juga adalah terhadap teknologi canggih, seperti perkara berkaitan Internet, 5G, Realiti Campuran, AI dan robotik yang akan merancang semula dunia dalam era pekerjaan dan pembelajaran digital, teleperubatan dan kesihatan digital.", "Jumlah peserta ialah terhad, kerana kesihatan dan keselamatan ialah keutamaan tinggi. Walaupun begitu, akan ada acara langsung bukan maya yang akan memfokuskan pada fungsi teras B2B IFA.", "Inovasi merentasi industri akan dibentangkan semasa platform SHIFT Mobility bertemu dengan platform IFA NEXT. Untuk pertama kalinya, kedua-dua platform, teknologi yang akan mengubah mobiliti (SHIFT) dan produk, konsep dan penyelesaian berorientasikan masa depan daripada syarikat berteknologi tinggi, syarikat baharu dan institut penyelidikan (IFA NEXT) akan digabungkan dan akan berfungsi sebagai rangkaian pakar.", "Komponen acara ini ditujukan untuk pengunjung perdagangan. Wakil media dapat menikmati produk terkini, taklimat akhbar dan ucaptama IFA secara langsung di Persidangan Akhbar Global IFA.", "Di Pusat Penyiaran Global, rakan media TVT.media akan menyediakan bahan imej bergerak yang banyak secara percuma dan hak kepada wartawan yang akan melaporkan IFA 2020.", "Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/09/edisi-khas-ifa-2020-buat-pertama-kalinya-sejak-krisis-corona-bermula-pameran-perdagangan-terkemuka-global-untuk-elektronik-pengguna-akan-membuka-pintunya-1.jpg  Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/09/edisi-khas-ifa-2020-buat-pertama-kalinya-sejak-krisis-corona-bermula-pameran-perdagangan-terkemuka-global-untuk-elektronik-pengguna-akan-membuka-pintunya.jpg  ", "Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Telecommunications New products/services Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Future Events" ]
https://ering.com.my/2019/12/vivo-dahmakan-anjur-promosi-hebat-tawar-diskaun-sehingga-25/
vivo & DahMakan Anjur Promosi Hebat – Tawar Diskaun Sehingga 25%!
[ "Shout out untuk semua VFans dan ‘food hunters’! vivo Malaysia dengan kerjasama dah makan kini menawarkan promosi hebat untuk korang bersempena dengan pelancaran siri terbaru vivo S1 Pro – nikmati makanan kegemaran dengan harga yang sangat berpatutan dengan pakej pengalaman penghantaran terbaik.", "Promosi berlangsung bermula sekarang hingga 31 Mac 2020. Untuk menikmati promosi ini, pengguna hanya perlu menggunakan kod promo “VIVO25” untuk menikmati diskaun sebanyak 25% untuk pesanan pertama mereka – untuk pengguna baru. Bagi pengguna sedia ada, korang boleh menggunakan kod “VIVO5” untuk menikmati potongan sebanyak RM5 dengan setiap perbelanjaan minimum RM30. Maklumat lanjut, layari vivo Malaysia & dah makan." ]
https://ering.com.my/2020/01/aplikasi-byte-persis-vine-kini-boleh-dimuat-turun/
Aplikasi Byte Persis Vine Kini Boleh Dimuat Turun!
[ "Beberapa tahun lepas tular dengan aplikasi video pendek yang dikenali sebagai Vine. Kini pengasas aplikasi yang sama turut memperkenalkan aplikasi terbaharu yang dikenali sebagai Byte.", "Sama seperti  Vine, pengguna Byte boleh merakam video kreatif berdurasi 6 saat  dan dikongsikan menerusi aplikasi ini.", "Bagi yang berminat, boleh memuatnaik aplikasi ini di Android atau iOS." ]
https://ering.com.my/2016/07/perkahwinan-pelik-aaron-chervenak-memilih-iphone-sebagai-isteri/
Perkahwinan Pelik, Aaron Chervenak Memilih iPhone Sebagai Isteri!
[ "Sebahagian penduduk di Amerika Syarikat menganggap smartphone merupakan keperluan paling penting dalam kehidupan seharian. Begitu juga dengan seorang lelaki dari Los Angeles, apabila mengambil keputusan untuk berkahwin dengan smartphone miliknya.", "Aaron Chervenak, sanggup memandu dari Los Angeles ke sebuah gereja kecil di Las Vegas semata-mata menunaikan impiannya untuk berkahwin dengan smartphone tersebut. Semasa majlis perkahwinan, Aaron juga menyarungkan sebentuk ‘cincin’ pada smartphonenya sebagai tanda ikatan cinta.", "Gereja yang dikenali sebagai The Little Las Vegas Chapel itu terkenal kerana sering menganjurkan perkahwinan pelik dan tidak masuk dek akal. Bila dah taksub dengan smartphone, dorang nie sanggup lakukan apa sahaja. Macam-macam kan…." ]
https://ering.com.my/2017/11/leaked-samsung-galaxy-j3-2018-muncul-bersama-cipset-baru/
[LEAKED] Samsung Galaxy J3 (2018): Muncul Bersama Cipset Baru?!
[ "Peranti Samsung Galaxy Siri J merupakan salah satu siri yang mempunyai hasil penjualan yang sangat kukuh. Baru-baru ini, sebuah model SM-J337 telah muncul di laman GFXBench. Berdasarkan kepada gambar bocor, jelas menunjukkan model SM-J337 akan hadir bersama skrin 5 inci yang mempunyai resolusi 720 piksel.", "GPU Mali-G71 akan dikuasakan pada Samsung SM-J337, namun tiada maklumat selanjutnya mengenai cipset yang digunakan, hanya memaparkan Quad-core 1.5GHz padanya. Seperti model sebelum ini, SM-J337 mengekalkan 2GB RAM dan ruangan storan 16GB, sistem operasi di bawah Android 7.1.1 Nougat.", "Bagi penggambaran pula, kamera utama telah diturunkan kepada 8 Megapiksel (sebelum ini 13 Megapiksel), manakala kamera depan adalah 5 Megapiksel. Ia juga mampu merakam video 1080p dengan kedua-dua kamera. Itu sahaja yang dapat diketahui, apa-apa pun kita tunggu maklumat rasmi dari pihak Samsung nanti." ]
https://ering.com.my/2016/06/tawaran-eksklusif-exmobile-volte-1/
Tawaran Eksklusif ExMobile VoLte 1
[ "ExMobile telah melancarkan smartphone pertama dilengkapi pengesan cap jari yang dikenali sebagai ExMobile VoLte 1 Peranti yang dibina dengan panel besi pada bahagian belakang itu jelas menunjukkan misi ExMobile dalam menawarkan sebuah peranti ekonomi yang berkualiti tinggi.", "Kualiti model terbaru ini bukan sahaja terletak kepada bahan binaan dan reka bentuk sahaja, malah ia juga dilengkapi beberapa perkakasan yang bagus. Peranti ini dibina dengan skrin 5.5 inci Full HD Sharp LTPS 2.5D dilindungi Dragontrail Glass bagi menambahkan keteguhan bahagian paparan.", "Kuasa pemprosesan pula dijanakan oleh 1.5GHz MediaTek MT6753 64 bit Octa-Core dan dibantu 3GB RAM bagi membolehkan anda melancarkan aplikasi dan bermain permainan video dengan lancar. Kemampuan optikal model ini tidak kurang hebatnya, spesifikasi 13 megapixel HD Panasonic F/2.0 Aperture pada kemara belakangnya pasti mampu menghasilkan tangkapan gambar dan rakaman video yang baik. Manakala penggemar selfie pula tidak akan kecewa dengan kamera hadapan 5MP OmniVision.", "ExMobile hadir dalam dua variasi warana iaitu hitam dan kelabu, harga jualan adalah RM799 (termasuk 6% GST). Bukan itu sahaja, ExMobile juga menawarkan anda headphone JBL T300A bernilai RM 239 secara percuma apabila anda mendapatkan VoLte 1 melalui stor atas talian GEMFIVE" ]
https://ering.com.my/2017/12/messenger-kids-aplikasi-permesejan-khas-untuk-kanak-kanak/
Messenger Kids – Aplikasi Permesejan Khas Untuk Kanak-kanak
[ "Facebook kini hadir dengan aplikasi khas untuk pengguna kanak-kanak yang berumur bawah 13 tahun, dikenali sebagai Messenger Kids. Sama seperti platform Messenger yang sedia ada, cuma untuk Messenger Kids, ibu bapa boleh memantau siapa yang sedang berinteraksi dengan anak-anak mereka.", "Dibangunkan dengan tujuan untuk mengurangkan ancaman keselamatan dari mereka yang tidak dikenali kerana kita seringkali lihat terdapat banyak kes pihak yang tidak bertanggungjawab memperdaya kanak-kanak melalui platform pemesejan ini.", "Menerusi Messenger Kids, kanak-kanak juga dapat berhubung dengan ahli keluarga serta rakan-rakan dalam persekitaran yang lebih selamat dengan pemantauan dari ibu bapa.", "Lebih selamat, hanya kenalan sahaja yang dibenarkan menghantar mesej serta membuat panggilan video ke profil Messenger Kids tersebut. Aplikasi ini turut disertakan dengan pelbagai pelekat, emoji, penapis dan bunyi latar yang sesuai digunakan oleh pengguna cilik.", "Buat masa sekarang, Messenger Kids hanya ditawarkan di Amerika Syarikat dan akan diperkenalkan ke negara lain secara berperingkat." ]
https://ering.com.my/2019/08/hotlink-postpaid-flex-tawarkan-data-intenet-20gb-tonton-big-stage-showdown-menangi-baucar-astro-go-shop-bernilai-rm1000/
Hotlink Postpaid Flex Tawarkan Data Intenet 20GB! Tonton Big Stage Showdown & Menangi Baucar Astro GO Shop Bernilai RM1,000!
[ "Hotlink Postpaid Flex kini menawarkan lebih banyak data YouTube kepada pelanggan! Anda boleh nikmati tambahan data sebanyak 10GB untuk YouTube bagi pelan Hotlink Postpaid Flex Plus pada RM60/bulan, atau tambahan data sebanyak 3GB untuk YouTube bagi pelan Hotlink Postpaid Flex With More Data pada RM40/bulan.", "Sempena dengan peningkatan pelan, Hotlink juga bekerjasama dengan Astro dalam rancangan eksklusif Big Stage Showdown yang mana para pelanggan berpeluang memenangi baucar Astro GO Shop bernilai RM1,000.", "Anda hanya perlu menonton ketiga-tiga episod digital Big Stage Showdown di laman Facebook dan YouTube LIVE pada saluran Astro Gempak dan Hotlink, kemudian dapatkan kod mingguan istimewa untuk memenangi baucar Astro GO Shop bernilai RM1,000. Tiga orang penonton akan berpeluang untuk menang setiap minggu selama tiga minggu.", "Siaran episode setiap hari Khamis, 9 malam hingga 10 malam", "Maklumat lanjut, layari Hotlink Postpaid Flex l Big Stage Showdown." ]
https://ering.com.my/2018/10/rekaan-huawei-mate-20-dengan-skrin-takuk-kecil-tertiris-di-internet/
Rekaan Huawei Mate 20 Dengan Skrin Takuk Kecil Tertiris Di Internet
[ "Huawei sebelum ini telah memaklumkan bahawa mereka bakal memperkenalkan telefon pintar terbaharu, Huawei Mate 20 Pro dan Mate 20 pada 16 Oktober ini.  Tetapi tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum ia didedahkan secara rasmi, telah banyak maklumat mengenai peranti tersebut yang telah tertiris.", "Terbaru, satu lagi gambar mengenai rekaan Mate 20 pula tertiris yang memperlihatkan perubahan kecil berbanding versi Pro. Melalui gambar tertiris, Mate 20 dilengkapi dengan skrin berdagu dan rekaan takuk sangat kecil di bahagian atas.", "Terdapat juga ura-ura mengatakan bahawa sistem imbasan wajah 3D seakan Face ID hanya disertakan pada versi Pro dan disebabkan itu Mate 20 tidak memerlukan takuk yang bersaiz besar.", "Di belakang, ia memaparkan dengan jelas modul kamera segi empat sama. Di dalam modul ini terdapat tiga lensa kamera dan satu LED Flash, serta cap Leica di atasnya. Sejauh manakah kebenarannya mengenai gambar terbocor ini? Sama-sama kita tunggu sahaja sehingga pelancaran rasmi kelak!" ]
https://ering.com.my/2019/07/dc-universe-online-bakal-muncul-di-konsol-switch-pada-6-ogos-ini/
DC Universe Online Bakal Muncul Di Konsol Switch Pada 6 Ogos Ini?
[ "Ini ada berita baik buat peminat adiwira dari komik DC. Ketika acara Comic Con yang berlangsung baru-baru ini, DC mengumumkan akan melancarkan permainan DC Universe Online di konsol Switch pada 6 Ogos 2019. Menariknya permainan atas talian ini adalah percuma.", "Seperti yang diketahui, DC Universe Online merupakan permainan MMO atas talian. Beberapa watak DC yang popular seperti Batman dan Superman turut hadir dalam permainan ini. Secara totalnya, sebanyak 300 watak adiwira DC. Hadir dengan 30 episod kandungan permainan.", "Permainan ini dibangunkan oleh Daybreak Game Company. Antara elemen yang menyeronokkan dalam permainan ini ialah apabila anda boleh menghasilkan sendiri adiwira dan melawan penjahat mahupun adiwira yang lain." ]
https://ering.com.my/2017/09/ini-ke-vivo-v7-yang-vivo-malaysia-nak-bawa-masuk/
Ini Ke vivo V7+ Yang vivo Malaysia Nak Bawa Masuk?
[ "Vivo juga tidak mahu ketinggalan menyertai fenomena skrin penuh di depan. Umumnya, vivo yang sudah terkenal di Malaysia dikatakan akan membawa masuk model tercanggih mereka iaitu vivo V7+. Rekaan ini juga bakal menggegarkan pasaran telefon pintar tempatan sekaligus memberi saingan kepada jenama-jenama lain.", "Sebelum kita menghampiri tarikh keramat vivo pada 26 September depan, beberapa keping gambar yang menampakkan vivo V7+ kini tersebar. Ia memperlihatkan rekaan skrin hampir penuh dengan nisbah skrin ke kerangka yang nipis.", "Peranti yang berwarna hitam ini juga dikatakan menempatkan sensor kamera selfie sebesar 24 Megapiksel dan LED flash bersama sensor jarak dekat (proximity) di bahagian atas. Maka dengan itu, pengisian di bahagian depan nampaknya betul-betul padu.", "Disebalik panel depan, kelihatan sebuah kamera solo di bucu atas. Dimaklumkan kamera utama ini menempatkan sebuah sensor 16 Megapiksel dan pengimbas cap jari di bahagian tengah.", "Di sudut tepi pula, gambar ini menceritakan kehadiran dua jalur antena malah kerangka unibodi juga nampak lebih menonjol di samping butang laras suara di posisi yang ergonomik.", "Selain itu, foto yang dikatakan diambil oleh salah seorang pengamal teknologi di India menunjukkan vivo V7+ menyokong dua slot SIM serta slot kad microSD.", "Walaubagaimanapun, kami pasti vivo V7+ akan membawakan pelbagai ciri menarik dan terbaru pada tahun ini. Apa-apa pun, kita tunggu sahaja perkembangan dan berita lanjut dari vivo Malaysia kelak." ]
https://ering.com.my/2020/03/huawei-lancar-empat-produk-cemerlang-untuk-pasaran-perusahaan-dengan-prestasi-hebat-kapasiti-ultra-besar-kelajuan-ultra-tinggi-dan-hayat-perkhidmatan-ultra-panjang/
Huawei Lancar Empat Produk Cemerlang untuk Pasaran Perusahaan dengan Prestasi Hebat, Kapasiti Ultra Besar, Kelajuan Ultra Tinggi dan Hayat Perkhidmatan Ultra Panjang
[ "SHENZHEN, China, 2 Mac 2020 /PRNewswire/ — Hari ini, Huawei melancarkan empat produk yang cemerlang untuk pasaran perusahaan iaitu: OptiXtrans DC908, SmartLi UPS, berserta OceanStor Dorado generasi seterusnya dan AirEngine Wi-Fi 6 bagi tahun 2020 di Persidangan Transformasi Digital Perindustri yang distrim langsung secara global. Produk-produk ini telah diiktiraf secara meluas dan disyorkan oleh organisasi-organisasi pihak ketiga dan juga pelanggan-pelanggan lantaran prestasinya yang hebat, kapasiti ultra besar, kelajuan ultra tinggi dan hayat perkhidmatan ultra panjang bagi memenuhi keperluan pelanggan dengan inovasi yang unik.", "Huawei OptiXtrans DC908 membina rangkaian Saling Hubung Pusat Data (DCI) dengan lebar jalur ultra besar dan seni bina ringkas", "Huawei OptiXtrans DC908 mempunyai kapasiti ultra besar iaitu 800 Gbit/s bagi setiap panjang gelombang yang menyokong konfigurasi fleksibel antara 100G dan 800G serta teknologi Super C+L kalis masa depan bagi mencapai 220 panjang gelombang. Produk yang canggih ini membantu pelanggan perusahaan menghadapi dengan mudah cabaran aliran data yang besar dalam era awan, terus mengurangkan kos setiap bit, memaksimumkan nilai gentian optik dan meningkatkan pulangan pelaburan pelanggan. Satu peranti 2U dapat menyokong sehingga 12.8 Tbit/s integrasi ultra-tinggi. Dari segi seni bina, Huawei OptiXtrans DC908 menyokong integrasi optik mahupun elektrik dan menumpukan lima jenis papan menjadi satu, mengurangkan jejak peranti dan menjimatkan ruang bilik peralatan. Dikuasakan oleh webGUI peringkat-rangkaian, penemuan gentian automatik dan teknologi penggunaan automatik, Huawei OptiXtrans DC908 membolehkan juruteknik IT menggunakan perkhidmatan baharu dalam 8 minit dengan klik tetikus yang mudah. Sementara itu, teknologi AI Huawei mendayakan O&M rangkaian pintar, yang boleh meramalkan secara automatik lebih 60% kegagalan beransur-ansur dan mengurangkan amaran palsu melalui analisis asal usul kegagalan secara automatik. ", "Produk ini diiktiraf sebagai “Peneraju” dalam Data Center Interconnect: Competitiveness Analysis and Assessment Report 2019 yang dikeluarkan oleh GlobalData, yang mana Huawei mengambil bahagian dalam peraduan ini buat julung kalinya. Menjelang akhir tahun 2019, penyelesaian Huawei DC OptiX telah membantu lebih 120 pelanggan industri utama merentas lebih 60 buah negara menggunakan dengan cekap rangkaian DCI, termasuk Baidu dari China dalam sektor OTT Internet, pelanggan ISP seperti AMS-IX dari Belanda dan peneraju kewangan seperti National Bank of Greece.", "Huawei SmartLi UPS Mendigitalkan Kuasa Anda dengan fungsi sentiasa boleh diakses, mudah digunakan dan bernilai tambah", "Sangat andal dan sentiasa boleh diakses: Pendigitalan menjamin keandalan hujung-ke-hujung. Peranti tersebut menggunakan sel bateri yang paling selamat dalam industri. UPS, tatasusunan bateri dan pek bateri membentuk sistem pengurusan tiga lapisan bagi menghapuskan titik buta yang dilihat. SmartLi mempunyai modul kawalan keseimbangan arus terbina dalam yang unik bagi mencapai reka bentuk toleransi sesar peringkat-modul bateri dan menghapuskan titik kegagalan tunggal. ", "Penggunaan atas-permintaan dan mudah digunakan: Pendigitalan mencipta semula pengalaman pengguna yang ringkas dan cekap. O&M kini beroperasi secara proaktif dan bukannya pasif dengan menerima pakai pengurusan pintar iPower. Reka bentuk modular UPS dengan 97% kecekapan yang tertinggi dalam industri membolehkan penggunaan atas-permintaan dan peluasan modul kuasa. SmartLi menyokong penggunaan bercampur bateri lama dan baharu, yang mendayakan penggunaan dan penambahan serentak kapasiti bateri serta UPS.", "Pemfasaan Li-ion masuk dan asid-plumbum keluar cipta lebih nilai: Dibandingkan dengan penyelesaian UPS bateri asid-plumbum biasa, SmartLi UPS mempunyai hayat perkhidmatan sehingga 15 tahun dan mengurangkan jejak sistem kuasa sebanyak 70%, memberi lebih ruang untuk peranti IT yang lain. Modul bateri tersebut boleh mengimbangi dengan berkesan penggunaan kuasa antara waktu puncak dan bukan puncak bagi mengurangkan kos kuasa pelanggan dan menjimatkan tenaga, lalu membaa lebih nilai kepada pelanggan.", "OceanStor Dorado generasi seterusnya, storan kilat-penuh pintar disyorkan oleh ESG Lab", "Storan kilat-penuh pintar OceanStor Dorado generasi seterusnya daripada Huawei, sebagai platform berkelajuan-ultra-tinggi hujung-ke-hujung, mencapai 20 juta IOPS dan kependaman 0.1ms yang utama dalam industri. Seni bina SmartMatrix yang saling terhubung sepenuhnya dan berkeandalan tinggi membolehkan sistem tunggal menanggung kegagalan sehingga tujuh pengawal (daripada lapan), memastikan kelangsungan perkhidmatan perusahaan teras. Pembelajaran mendalam berasaskan AI meningkatkan nisbah kena cache bacaan sebanyak 50% dan AI berasaskan awan membolehkan Operasi dan Penyelenggaraan (O&M) pintar kitaran hayat penuh, bagi menjadikan penyelenggaraan sistem storan lebih mudah berbanding sebelum ini. ", "Keputusan ujian yang terkini daripada ESG Lab mendedahkan bahawa OceanStor Dorado generasi seterusnya daripada Huawei memberi kependaman respons 0.081ms yang terpantas, pengimbangan beban 100% dan penjimatan TCO sebanyak 78% dalam tempoh lima tahun. ESG juga mengesyorkan storan kilat-penuh generasi seterusnya sebagai penyelesaian untuk membantu perusahaan meningkatkan prestasi dan mengurangkan TCO dan OceanStor Dorado Huawei merupakan pilihan yang baik. OceanStor Dorado Huawei boleh digunakan secara meluas dalam pangkalan data, virtualisasi dan senario penggunan VDI berskala besar bagi membantu perusahaan menyerlahkan nilai data serta mempercepatkan transformasi digital dan pintar.", "Dikuasakan oleh Huawei 5G, AirEngine Wi-Fi 6 menjadi Wi-Fi pertama dalam industri dengan kadar puncak melangkaui 100Gbps ", "Huawei telah melancarkan siri AirEngine 8700, AirEngine 6700 dan AirEngine 5700 untuk meliputi semua senario aplikasi dalaman dan luaran. Kadar antara muka udara AirEngine 8760 mencecah 10.75 Gbit/s, iaitu dua kali ganda lebih banyak daripada penawaran terbaik yang seterusnya dalam industri. Ini merupakan produk Wi-Fi pertama di dunia yang mempunyai kadar antara muka udara sebanyak lebih 10 Gbit/s, menetapkan penanda aras baharu untuk prestasi Wi-Fi 6. Produk revolusioner ini boleh meningkatkan dengan ketara pengalaman rangkaian dalam pelbagai senario seperti akses berkepadatan tinggi (cth, pejabat, bilik persidangan, stadium, bangunan terminal dan stesen kereta api), aplikasi video HD (cth. pengajaran VR/AR dan persidangan video 4K/8K), pengeluaran mudah alih kampus (cth. robot AGV), akses tertumpu IoT+Wi-Fi (cth. pusat beli belah, pasar raya dan kampus pintar) serta perkhidmatan rangkaian awam luar (cth. dataran bandar dan jalanan).", "Untuk maklumat lanjut mengenai Persidangan Transformasi Digital Perindustrian Huawei, kunjungi: https://e.huawei.com/topic/mwc2020/en/", " Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services " ]
https://ering.com.my/2017/11/rasmi-moto-g5s-plus-dan-moto-x4/
Rasmi! Moto G5S Plus Dan Moto X4 Dipasarkan Di Malaysia
[ "Lenovo yang bertanggungjawab mengendalikan Motorola hari ini melancarkan dua buah peranti kelas pertengahan-bawah dan pertengahan-atas ke pasaran Malaysia. Dua peranti ini diberi nama Moto G5S Plus dan Moto X4 masing-masing hadir dengan fungsi dwi kamera.", "Moto G5S Plus dilengkapi skrin bersaiz 5.5 inci dengan paparan IPS beresolusi 1080p. Menerusi kerangka logam dengan kemasan warna kusam, peranti ini menyediakan dua buah lensa gabungan kamera 13 Megapiksel f/2.0 mampu merakam imej dengan 8x zum serta efek bokeh. Untuk yang gemar berswafoto, kamera depan 8 Megapiksel menyokong mod panorama dan mod profesional.", "Bagi menjana peranti ini, sebuah cip pemproses Snapdragon 625 Octa-core 2.0Ghz, RAM 4GB, dan storan 32GB telah diletakkan bersama. Malah, storan dalaman boleh diperluas sehingga 128GB. Sebuah bateri berkapasiti 3,000mAh pula dimuatkan sedia menyokong pengecasan pantas TurboPower.", "Beralih kepada model seterusnya, Moto X4 hadir dengan paparan IPS 5.2 inci HD penuh dipadankan bersama kerangka bodi gelas berkilau tahan lasak. Pemproses yang digunakan pula adalah Snapdragon 630 Octa-core terbaru dengan kepantasan 2.2GHz.", "Sokongan memori pada peranti ini dibekalkan RAM 4GB bersama storan 64GB. Ia boleh dipertingkatkan sehingga 2TB menggunakan kad microSD selain sarat dengan bateri sebesar 3,000mAh. Untuk penggunaan selama 6 jam, TurboPower mampu mengecas dalam masa hanya 15 minit sahaja.", "Dwi kamera di belakang dibina berasaskan sensor 12 Megapiksel salah satunya ditugaskan untuk mengambil gambar bokeh dan monochrome. Video boleh merakam format dengan pilihan 4K 30fps, 1080p 60fps, 720p 30fps, serta gerak perlahan. Di samping itu, ciri seperti Ultra-wide angle, Selective focus, Background replacement (beta), mod Pro, Spot Color, dan Landmark Recognition boleh ditetapkan semasa mengambil gambar.", "Melengkapkan peranti ini, ia menyokong sambungan Bluetooth 5.0, USB Type-C, Dwi nano SIM, dan bodi kalis air serta debu IP68.", "Kedua-dua Moto G5S Plus dan Moto X4 dioperasikan oleh Android 7.1.1 Nougat yang menyokong kemas kini Android 8.0 Oreo terbaru. Harga yang dicadangkan untuk Moto G5S Plus ialah RM999, manakala Moto X4 dijual pada harga RM1,899 di stor rasmi Motorola dan pengedar sah seluruh Malaysia bermula hari ini.", "Bagi anda yang berminat dengan Moto G5S Plus, Lazada menawarkan hadiah percuma sehingga RM587 bermula hari ini sehingga 11 November depan." ]
https://ering.com.my/2016/05/doogee-x5-max-make-it-unreplaceable-2/
DOOGEE X5 Max “Make it unreplaceable”
[ "DOOGEE nampaknya bakal menyaingi smartphone kelas pertengahan yang terdapat di pasaran sekarang apabila mengumumkan peranti terbarunya yang diberi nama X5 Max. Bagi yang tidak tahu, DOOGEE pernah memperkenalkan model X5 dan X5 Pro sebelum ini.", "Menampilkan saiz skrin berukuran 5.0 inci HD 1280×720 piksel, terdapat beberapa keistimewaan yang dapat dilihat pada smartphone ini. Di antaranya adalah fungsi pengecaman cap jari yang pantas dipanggil Rapid Fingerprint, kapasiti bateri Li-Ion sebesar 4000mAh yang mampu bertahan selama 20 hari dalam mod standby dan juga lensa penggambaran depan beresolusi 8 Megapiksel menyokong sehingga 36 jenis mod Beauty.", "Dioperasikan oleh Android 6.0 Marshmallow serta dikuasakan bersama MediaTek MTK6580 Quad Core dengan GPU Mali 400, X5 Max hadir dengan sokongan dua kad SIM 4G.", "DOOGEE X5 Max bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada pertengahan bulan Jun ini." ]
https://ering.com.my/2016/09/blackberry-dtek50-kini-boleh-di-tempah-melalui-11street/
BlackBerry DTEK50 Kini Boleh Ditempah Melalui 11street
[ "Pada bulan Julai yang lepas, BlackBerry dengan rasminya telah memperkenalkan DTEK50, smartphone kedua BlackBerry yang dioperasikan oleh OS Android dan memfokuskan kepada pelbagai perisian serta ciri-ciri keselamatan khas daripada BlackBerry.", "Kini anda mampu memiliki BlackBerry DTEK50 dengan pra-tampahan mulai sekarang di laman web 11street. Dipasarkan di Malaysia pada harga RM1,339, tempahan dibuka sekarang dan akan dihantar pada 30 September 2016. Selain itu, BlackBerry DTEK50 juga boleh didapati dengan pengedar sah iaitu Brightstar Sdn Bhd. Manakala tempahan di laman 11street pula akan diuruskan oleh Egadget Solution." ]
https://ering.com.my/2017/03/gearvr-terbaru/
Iklan Berdekah Untuk GearVR Terbaru Samsung
[ "Dunia Virtual Reality (VR) sememangnya sangat menarik, terutama sekali kepada mereka yang telah merasainya. Bagaimana pula untuk meyakinkan pengguna yang agak skeptikal untuk terjun sama ke dalam dunia VR. Di sinilah iklan memainkan peranan pentingnya, dan pada kebiasaannya iklan dengan unsur humor dan pelik akan berjaya menarik perhatian, namun banyak juga iklan yang gagal walaupun cuba menjadi lawak dan pelik.", "Iklan Samsung untuk peranti GearVR terbaru mereka pula kami rasakan berjaya dalam tugasnya. Ia cukup unik dan sedikit pelik, tetapi tetap menghiburkan sehingga babak-babak iklan tersebut kekal bermain di kepala selepas menontonnya. Pasti selepas menonton video tersebut, ramai yang berminat untuk mencuba GearVR terbaru Samsung.", "GearVR ini hadir bersama sokongan alat kawalan yang boleh dibeli secara bundle untuk USD 129.99 (kira-kira RM 574.37) atau jika anda hanya mahukan alat kawalan sahaja, unit tersebut dijual pada harga USD 39.99 (kira-kira RM 176.70)." ]
https://ering.com.my/2017/11/kini-berkongsi-gambar-4k/
Kini Berkongsi Gambar 4K Di Facebook Messenger Bukan Lagi Masalah!
[ "Tidak banyak aplikasi laman sosial yang menawarkan perkongsian gambar dan video pada resolusi besar. Terbaru, melalui Facebook Messenger, pengguna boleh berkongsi gambar dengan resolusi mencecah 4K. Menarik kan?", "Dengan fungsi terbaru ini, saiz gambar maksimum telah ditingkatkan ke 4096×4096 piksel. Ia bukan sahaja mampu memaparkan gambar yang lebih jelas dan terang, tetapi juga teliti. Lebih istimewa, Facebook turut menjanjikan penghantaran gambar masih lagi pantas walaupun pada resolusi tinggi.", "Buat masa sekarang, fungsi ini hanya tersedia kepada pengguna Facebook di Amerika Syarikat, Kanada, Perancis, Australia, United Kingdom, Singapura, Hong Kong, Jepun dan Korea Selatan terlebih dahulu. Seterusnya akan diperkenalkan kepada pengguna di negara lain secara berperingkat." ]
https://ering.com.my/2018/02/tertiris-xiaomi-mi-max-3-sokong-pengecasan-tanpa-wayar-pengimbas-mata/
[Tertiris] Xiaomi Mi Max 3 Sokong Pengecasan Tanpa Wayar & Pengimbas Mata?!
[ "Pada Disember yang lepas, terdapat khabar angin yang mengatakan Xiaomi Mi Max 3 bakal diperkenalkan dengan paparan skrin sebesar 7.0 inci bersama bateri berkapasiti 5,500mAh. Terbaru, peranti ini bakal ditawarkan dalam dua varian pemproses iaitu Snapdragon 660 serta Snapdragon 630.", "Melalui firmware yang didapati oleh pihak XDA-Developers, terdapat beberapa info baru mengenai Xiaomi Mi Max 3 akan datang. Apa yang menariknya, kemungkinan besar Mi Max 3 akan menyokong pengecasan tanpa wayar yang memudahkan pengguna mengecas peranti mereka.", "Bukan itu sahaja, terdapat satu lagi kejutan daripada firmware tertiris yang mana Xiaomi mungkin akan menyertakan sekali teknologi pengimbas mata pada phablet ini. Namun buat masa sekarang, masih belum ada sebarang maklumat rasmi dari Xiaomi." ]
https://ering.com.my/2018/11/pembukaan-rasmi-mi-store-di-pavillion-kuala-lumpur-bersama-pelancaran-mi-8-pro-mi-8-lite/
Pembukaan Rasmi Mi Store Di Pavillion, Kuala Lumpur – Bersama Pelancaran Mi 8 Pro & Mi 8 Lite
[ "Sebelum ini Xiaomi telah membuka kedai induk Mi Store di tiga tempat berbeza iaitu Queensbay Mall, Suria KLCC, Sunway Pyramid dan terbaru di Pavillion, Kuala Lumpur pada 10 November yang lepas. Kedai ini dibuka kepada peminat dan pengguna Xiaomi mendapatkan pelbagai peranti pintar seperti telefon, komputer riba, jam kecergasan, dron, televisyen, speaker, beg, dron, skuter serta beberapa aksesori lain dengan mudah.", "Terletak di tingkat 1, bilik pameran Mi store ini sedia menjual produk baru dan sudah pasti ianya bukan set AP tetapi set tulen daripada Xiaomi Malaysia. Dalam masa yang sama, kedai ini juga turut mempamerkan dua telefon pintar terbaharu dari Xiaomi iaitu Mi 8 Pro dan Mi 8 Lite.", " Xiaomi Mi 8 Pro menampilkan paparan skrin 6.21 inci AMOLED, dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 845 dengan sokongan 8GB RAM dan 128GB ROM. Bagi segmen penggambaran, ia dibekalkan dwi-kamera utama beresolusi 12MP + 12MP AI, kamera depan 20MP serta bateri berkapasiti 3000mAh dengan sokongan pengecasan pantas.", " Bagi model Mi 8 Lite pula, ia hadir dengan paparan skrin 6.26 inci LCD yang dijana dengan cip pemproses Snapdragon 660. Walaupun sebagai peranti pertengahan, sokongan 6GB RAM dan 128GB ROM tetap disediakan pada Mi 8 Lite, selain dwi-kamera utama 12MP + 5MP AI serta 24MP kamera hadapan turut disediakan khas untuk kaki swafoto.", " Peminat Xiaomi boleh mendapatkan semua produk kegemaran secara rasmi di kedai-kedai Mi Store yang berdekatan anda, serta melalui laman rasmi Xiaomi dan rakan kongsi e-dagang." ]

About

Downloads last month
0
Edit dataset card