url
stringlengths
33
217
headline
stringlengths
5
198
content
sequence
https://ering.com.my/2019/02/huawei-nova-3i-menerima-kemas-kini-emui-9-0-mulai-1-mac-2019/
HUAWEI nova 3i Menerima Kemas Kini EMUI 9.0 Mulai 1 Mac 2019
[ "Setelah ujian beta EMUI 9.0 pada Disember lalu, kini pengguna HUAWEI nova 3i boleh menikmati prestasi dan peningkatan yang unggul kerana kemas kini EMUI 9.0 secara rasminya akan tersedia mulai 1 Mac 2019.", "EMUI 9.0 merupakan sistem antara muka pengguna yang unik, dengan prestasi yang lebih baik dan ciri-ciri terkini untuk melengkapi kebolehgunaan dan pengalaman pengguna melalui elemen teknologi canggih.", "Dalam pengemaskinian kali ini, pengguna nova 3i dapat menikmati ciri-ciri berprestasi tinggi serta pengalaman yang dipertingkatkan seperti HiVision, GPU Turbo 2.0, Huawei Share dan Galeri AI.", "Pengguna boleh mendaftar kemas kini melalui aplikasi HUAWEI HiCare:", "Maklumat lanjut mengenai EMUI 9.0, layari laman HUAWEI.", "**(Nota: Versi EMUI 9.0 mungkin berbeza berdasarkan negara)" ]
https://ering.com.my/2018/11/menari-anda-berpeluang-menang-honor-8x/
Menarilah Sekarang & Anda Berpeluang Menang Seunit Honor 8X!
[ "Hai semua, kami ada berita baik untuk anda! Anda nak memiliki telefon pintar Honor 8X?Haaa…Dengan hanya menari, kini anda berpeluang untuk memenangi seunit Honor 8X! Tak percaya?! Baca selajutnya…", "Honor Malaysia bersama rakan-rakan dutanya iaitu SonaOne, Zizan Razak dan Michiyo Ho berbesar hati mengajak anda semua untuk sertai cabaran tarian di Instagram dan TikTok yang dinamakan #8XDance challenge.", "Peraduan ini terbuka kepada orang ramai dan ianya berlangsung mulai 8 November sehingga 30 November 2018. Video yang mendapat jumlah tanda suka dan tontonan terbanyak akan berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan oleh pihak Honor!", "\nAnda beminat untuk sertai? Jom ikuti langkah mudah di bawah…\nLangkah 1 : Rakam dan tiru gerakan tarian daripada salah seorang duta menggunakan aplikasi TikTok – Terdapat tiga jenis tarian yang boleh dipilih iaitu Zizan Dance, SonaOne Dance & Michiyo Dance.\nLangkah 2 : Kongsikan video tersebut di media sosial (TikTok atau Instagram) dan lengkapkan entri anda dengan hashtag : #8xSonaone (untuk SonaOne Dance), #8xZizan (untuk Zizan Dance) atau #8xMichiyo(untuk Michiyo Dance). Pastikan tetapan akaun media sosial anda ditetapkan kepada UMUM.\n\nLangkah 3 : Jangan lupa juga tag @Honor Malaysia (untuk posting di TikTok) dan @honormalaysia (untuk posting di Instagram). Sertakan juga hashtag berikut : #8XDance untuk memenuhi syarat.\nPemenang bertuah cabaran ini akan memenangi hadiah menarik yang merupakan telefon Honor 8X itu sendiri! Tunggu apa lagi? Menarilah sekarang dan menang!! Untuk maklumat lanjut, layari SINI.\nBaca juga :\n\nPerbandingan Peranti Setaraf Dengan Honor 8X, Siapa Lebih Menyerlah?!\nLebih 1,000 Unit Honor 8X Terjual Dalam Masa Hanya 20 Minit!\nRasmi! Honor 8X Kini Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM949\nHonor 8X Kini Boleh Di Dapati Dalam Warna Merah\n\n ", "Langkah 1 : Rakam dan tiru gerakan tarian daripada salah seorang duta menggunakan aplikasi TikTok – Terdapat tiga jenis tarian yang boleh dipilih iaitu Zizan Dance, SonaOne Dance & Michiyo Dance.", "Langkah 2 : Kongsikan video tersebut di media sosial (TikTok atau Instagram) dan lengkapkan entri anda dengan hashtag : #8xSonaone (untuk SonaOne Dance), #8xZizan (untuk Zizan Dance) atau #8xMichiyo(untuk Michiyo Dance). Pastikan tetapan akaun media sosial anda ditetapkan kepada UMUM.", "Langkah 3 : Jangan lupa juga tag @Honor Malaysia (untuk posting di TikTok) dan @honormalaysia (untuk posting di Instagram). Sertakan juga hashtag berikut : #8XDance untuk memenuhi syarat.", "Pemenang bertuah cabaran ini akan memenangi hadiah menarik yang merupakan telefon Honor 8X itu sendiri! Tunggu apa lagi? Menarilah sekarang dan menang!! Untuk maklumat lanjut, layari SINI." ]
https://ering.com.my/2019/01/kerja-naiktaraf-punca-masalah-gangguan-selular-di-klia-dan-klia-2/
Kerja NaikTaraf Punca Masalah Gangguan Selular Di KLIA Dan Klia 2
[ "\nPihak Malaysia Airports mengumumkan bahawa pengguna yang akan ke KLIA dan KLIA 2 mereka akan mengalami gangguan perkhidmatan selular yang bermula semalam iaitu 1 Januari 2019.", "Gangguan ini disebabkan oleh proses menaik-taraf infrastruktur komunikasi di lapangan terbang secara berperingkat. Gangguan ini merangkumi kelajuan dan penerimaan gelombang.", "Menurut Pihak Malaysia Airports, menyasarkan masalah ini akan kembali seperti biasa pada 3 bulan akan datang.", "Bagi menghadapi permasalahan ini, pengguna boleh menggunakan Wifi percuma di lapangan terbang tersebut." ]
https://ering.com.my/2018/07/huawei-menjual-lebih-daripada-1000-unit-nova-3i-pada-hari-pertama/
Huawei Menjual Lebih Daripada 1000 Unit nova 3i Pada Hari Pertama Di IOI City Mall, Putrajaya
[ "1 Produk, 1 Tempat, 1 Hari, 1000 Unit Terjual! Ini dia kejayaan besar yang dicapai sempena roadshow hari pertama untuk Huawei nova 3i di IOI City Mall Putrajaya, pagi ini.", "Roadshow hari ini bermula seawal jam 8 pagi dan lebih daripada 1000 pelanggan berbaris panjang untuk menjadi orang pertama memiliki peranti empat kamera AI ini. Duta nova Hannah Delisha dan selebriti tempatan seperti Ameera Khan, Hafeez Mikail dan Hafidz Roshdi juga bersama hadir di roadshow ini.", "Roadshow juga disokong oleh rakan kongsi bersama seperti Celebrity Fitness, Sunway Lagoon, Viu, KL Fashion Week, Grab, Unit Nerd, Starbucks, Lazada dan AirAsia.", "HUAWEI nova 3i dijual pada harga mesra RM1,249, hadir bersama skrin 6.3 inci FHD+ FullView Display2.0 pada nisbah 19:5:9, dwi kamera utama 16MP + 2MP dan dwi kamera swafoto 24MP + 2MP, di bawah sokongan pemproses Kirin 710." ]
https://ering.com.my/2023/04/polis-evo-3/
“POLIS EVO 3” Di Pawagam Mulai 25 Mei Ini
[ "Filem aksi blockbuster terlaris Polis Evo kembali untuk melengkapkan triloginya, POLIS EVO 3 yang akan menemui penonton di seluruh pawagam seluruh Malaysia, Singapura, Brunei bermula 25 Mei ini. Polis Evo 3 mengembalikan tunggak utama Zizan Razak sebagai Inspektor Sani dan Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai. ‘Keluarga Polis Evo’ juga bertambah besar apabila disertai nama-nama hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan dan Eyka Farhana.", "Polis Evo 3 turut dijayakan dengan penampilan khas pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah, Iman Corrine Adrienne, Danial Zaini, Radin ERA, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor, Daniel Cheang, Isha Norsham ERA dan pempengaruh media sosial Zukieeeee. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa oleh Dato’ Afdlin Shauki yang pasti mencuit hati.", "Polis Evo 3 menyaksikan Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.", "Istimewa buat peminat dan penonton, tiket filem Polis Evo 3 boleh mula dibeli pada 11 Mei 2023 di pawagam seluruh negara. Penonton juga boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ pada 24 Mei 2023 – satu hari awal sebelum tarikh tayangan rasmi filem. ", "Lagu bertajuk “AYUH” merupakan lagu ciptaan oleh komposer legenda rap terkenal, Malique atau turut dikenali sebagai Mr General di kalangan peminatnya. Turut ditulis Adeep Nahar dan lirik oleh Malique, Kmy Kmo, Aman Ra, ‘Ayuh’ dinyanyikan oleh gabungan hebat Malique, Kmy Kmo, Aman Ra dan vokal terbaik, Ernie Zakri. Lagu yang berentak ‘up beat’ ini mampu mengajak semua peminat untuk mendengar dan menikmati setiap bait liriknya dari mula hingga ke minit terakhir. Ini merupakan kemunculan pertama nyanyian Malique selepas  enam tahun tidak merakam lagu.", "Astro Shaw dengan kerjasama permainan mudah alih popular PUBG MOBILE melancarkan acara rentas jenama dalam permainan, PUBG MOBILE x Polis Evo 3. Pemain akan ditawarkan pek suara khas Inspektor Khai dan Inspektor Sani berdasarkan dialog-dialog dari filem Polis Evo 3. Menariknya, kesemua dialog berkenaan disumbangkan sendiri oleh pelakonnya, Shaheizy Sam dan Zizan Razak. Selain itu lagu pemain boleh muat turun OST Ayuh dan lagu tersebut akan muncul di ‘lobi’ – permulaan permainan. Penonton boleh saksikan trailer PUBG MOBILE X Polis Evo 3 di semua platform media sosial PUBG MOBILE.", "Pempengaruh media sosial bertaraf antarabangsa dan pemenang Gempak Most Wanted Award,  Sofyank yang banyak menghasilkan video kesan khas dengan kemahiran menyunting video telah berkolaborasi dengan filem-filem besar global seperti Ant-Man and The Wasp: Quantumania. Polis Evo 3 juga menjalinkan kolaborasi bersama beliau bagi menerbitkan video pendek Polis Evo 3 yang akan di muat naik di platform media sosial.", "Buat peminat di luar sana, barisan pelakon Polis Evo 3 akan hadir ke tempat anda melalui siri jelajah pada 26, 27, 28 Mei di Terengganu, Pahang; 3, 4, 5 Jun di Kedah, Penang, Perak; dan 9, 10, 11 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak.", "Nantikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang akan berada di pawagam bermula 25 Mei 2023. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. " ]
https://ering.com.my/2016/08/telefon-pintar-android-mengukuhkan-kedudukan-jualan-dengan-86-2-pada-suku-kedua/
Telefon Pintar Android Mengukuhkan Kedudukan Jualan Dengan 86.2% Pada Suku Kedua
[ "Berdasarkan kepada laporan terkini yang diumumkan oleh Statista, telefon pintar Android telah memperlihatkan dominasi jualan global mencecah sehingga 86.2% setakat suku kedua tahun 2016. Ini jelas dapat dilihat peningkatan sebanyak 1.5% daripada 84.7% pada tempoh yang sama tahun 2015 yang lalu. Manakala peranti iPhone pula telah memperlihatkan penurunan kepada 12.9% tetapi jauh mengatasi kedudukan Windows Phone dan juga BlackBerry.", "Setakat suku kedua tahun ini, sebanyak 296.91 juta unit telefon pintar Android telah diedarkan di seluruh dunia jika dibandingkan hanya 44.4 juta unit iPhone untuk tempoh yang sama. Windows Phone pula memperlihatkan sebanyak 1.97 juta unit telah diedarkan dan hanya 400,000 unit peranti BlackBerry berjaya diedarkan. Angka ini sememangnya menarik kerana pada tahun 2009, Symbian telah menguasai sebanyak 51% daripada pasaran global, diikuti oleh BlackBerry iaitu 19%, iOS pula 13%, Windows Mobile 9% dan hanya 2% sahaja untuk pasaran peranti Android.", "Tetapi trend tersebut telah berubah pada suku pertama tahun 2011, apabila Android dilihat telah berjaya memperbaiki kedudukannya dengan mengatasi Symbian. Walau bagaimanapun, angka ini mungkin akan berubah pada penghujung tahun ini apabila Apple bakal melancarkan model iPhone terbarunya dengan kemunculan siri iPhone 7 tidak lama lagi." ]
https://ering.com.my/2019/03/reka-bentuk-dan-spesifikasi-huawei-nova-4e-terdedah-sebelum-pelancaran-rasmi/
Reka Bentuk Dan Spesifikasi HUAWEI Nova 4e Terdedah Sebelum Pelancaran Rasmi
[ "HUAWEI Nova 4e dijadualkan bakal diperkenal secara rasmi dalam sebuah acara pelancaran yang dijadualkan berlangsung pada 14 Mac ini di China. Menjelang pelancaran, nampaknya semakin banyak butiran terdedah mengenainya.", "Maklumat tertiris mendedahkan Nova 4e bakal datang dalam tiga warna iaitu Pearl White, Magic Night, dan Garnet Blue. Soal reka bentuk, ia dijangka hadir dengan paparan skrin bertakuk kecil, tiga kamera utama dan pengimbas cap jari pada belakang peranti.", "Maklumat mengenai spesifikasi penuh masih belum dikongsi. Namun, sebelum ini terdapat ketirisan maklumat mengatakan ia mungkin menggunakan paparan bersaiz 6.15 inci dengan resolusi (1080 x 2312). Dijana cip pemproses Kirin 710 dengan dua pilihan storan iaitu 4GB RAM + 128GB dan 6GB RAM + 128GB.", "Untuk penggambaran, Nova 4e dijangka memiliki ketersediaan sistem tri-kamera dengan gabungan lensa 24MP + 8MP + 2MP dan kamera swafoto beresolusi 32MP. Melengkapinya juga adalah bateri berkapasiti 3,240 mAh bersama sokongan pengecasan pantas.", "Walau bagaimanapun, maklumat tertiris masih lagi rumors dan untuk mengetahui lebih lanjut, sama -sama kita nantikan kemunculan rasminya. Kekal bersama eRing untuk info terkini!" ]
https://ering.com.my/2021/07/dapatkan-cashback-rm4-semasa-anda-mengisi-mintak-berbelanja-di-caltex-dan-7-eleven/
Dapatkan CashBack RM4 Semasa Anda Mengisi Mintak & Berbelanja di Caltex dan 7-Eleven!!
[ "Rangkaian kedai serbaneka terbesar di seluruh negara, 7-Eleven Malaysia baru-baru ini bekerjasama dengan Touch ‘n Go dan Caltex untuk melancarkan kempen kombo cashback dari sekarang hingga 31 Ogos 2021, di mana pelanggan diberi pulangan tunai yang besar setelah memenuhi keperluan yang ditetapkan.", "Untuk menikmati hadiah menarik yang ditawarkan oleh kempen ini, para peserta hanya perlu mengikuti dua kaedah yang mudah langkah-langkah. Pertama, pam petrol bernilai minimum RM30 di stesen Caltex yang mengambil bahagian menggunakan Touch ‘n Kaedah pembayaran Go eWallet. Seterusnya, belanjakan minimum RM15 di kedai 7-Eleven yang dilampirkan ke stesen Caltex pada hari yang sama menggunakan Touch ‘n Go eWallet sekali lagi. Dalam masa tiga hari bekerja, RM 4 wang tunai kemudian akan dikreditkan ke Touch ‘n Go eWallet peserta – semudah itu!", "Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang 7-Eleven." ]
https://ering.com.my/2018/06/gsc-menjadi-panggung-wayang-pertama-di-malaysia-tawarkan-skrin-gergasi-led-4k-hdr/
GSC Menjadi Panggung Wayang Pertama Di Malaysia Tawarkan Skrin Gergasi LED 4K HDR
[ "Golden Screen Cinemas (GSC) hari ini melancarkan panggung wayang pertama di Malaysia dengan skrin gergasi LED daripada Samsung. Dinamakan bersempena model skrin itu sendiri, Onyx merupakan sebuah skrin gergasi yang menawarkan resolusi sehingga 4K. Skrin ini secara tidak langsung menjadikan pengalaman menonton wayang di Malaysia menjadi lebih nyata dan lebih futuristik.", "Pihak Samsung turut menyatakan skrin yang dipasang pada panggung 11, GSC Midvalley Megamall mampu memberikan kandungan filem lebih baik melalui teknologi HDR dimana teknologi ini biasa digunakan pada televisyen moden di rumah. Berukuran 10.3m lebar dan 5.4m tinggi, skrin ini juga dilengkapi sistem audio yang gempak daripada JBL oleh HARMAN.", "Sehingga kini, panggung Onyx sudah ada di beberapa negara antaranya Austria, Switzerland, Mexico, Amerika Syarikat, Korea Selatan, China, dan Thailand. Dengan penawaran Onyx di GSC, orang ramai kini berpeluang untuk merasai pengalaman menonton ke tahap yang lebih tinggi. Disamping itu, tempat duduk yang disediakan juga amat selesa dan terasa mewah.", "Harga untuk menikmati panggung Onyx pula tidaklah terlalu mahal, anda cuma perlu menambah RM1.50 daripada harga tiket biasa." ]
https://ering.com.my/2020/06/asus-lancarkan-rog-zephyrus-g14-dijual-pada-harga-bermula-dari-rm4499/
ASUS Lancarkan ROG Zephyrus G14 – Dijual Pada Harga Bermula Dari RM4499!!
[ "ASUS Malaysia hari ini telah mengumumkan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai ASUS ROG Zephyrus G14 yang dijual pada harga RM4499.", "Peranti ini tampil dengan 2 varian skrin bersaiz 14 inci iaitu IPS Full HD dengan kadar segar semula 120Hz dan IPS WQHD dengan kadar segar semula 60Hz.", "Dari aspek kuasa dalaman pula ia tampil dengan beberapa varian iaitu AMD Ryzen 9 4900HS AMD Ryzen 5 4600HS dan AMD Ryzen 7 4800HS. Ia turut dihadirkan dengan memori DDR4 sehingga 16GB dan storan sehingga 1TB.", "Grafik juga tidak kurang hebatnya apabila ia hadirkan dengan 4 pilihan iaitu NVIDIA GeForce RTX 2060 Max-Q, NVIDIA GeForce GTX 1650Ti, NVIDIA GeForce GTX 1660Ti dan NVIDIA GeForce GTX 1650.", "Yang menarik mengenai peranti ini ia disertakan dengan panel Dot Matrix. Dihadirkan dengan 2 varian warna iaitu Moonlight White dan Eclipse Gray.", "Harga dan ketersedian adalah seperti berikut: " ]
https://ering.com.my/2021/03/siri-huawei-p50-mungkin-akan-dirasmikan-pada-17-april/
Siri HUAWEI P50 Mungkin Akan dirasmikan Pada 17 April??!!
[ "Blogger digital @Male Panda mendedahkan bahawa berdasarkan maklumat yang diterimanya, pelancaran telefon bimbit siri HUAWEI P50 di China akan diadakan pada 17 April.", "Beberapa sumber dari luar negara menyebarkan berita bahawa reka bentuk prototaip terakhir siri HUAWEI P50 telah disahkan dan kini siap untuk pengeluaran besar-besaran. Ketiga-tiga model P50 yang baru dirancang termasuk versi asas, P50 Pro dan P50 Pro +. Titik penjualannya merangkumi kualiti skrin, sistem kamera belakang super sensitif baru dan ciri permainan baru.", "Selain itu, HUAWEI P50 dijangka akan dilengkapi dengan cip HiSilicon Kirin 9000E, sementara dua model kelas atas adalah cip Kirin 9000." ]
https://ering.com.my/2019/08/samsung-perkenal-galaxy-watch-active2-under-armour-edition-lebih-elegan-dengan-ciri-canggih/
Samsung Perkenal Galaxy Watch Active2 Under Armour Edition – Lebih Elegan Dengan Ciri Canggih!
[ "Pada acara Samsung Galaxy Unpacked 2019, Samsung turut memperkenalkan Samsung Galaxy Watch Active2 Under Armour Edition – penambahan kepada segmen jam pintar keluaran mereka. Jam pintar ini dicipta untuk mereka yang mengutamakan pemantauan tahap kecergasan harian. Bukan itu sahaja, ia juga dilihat sesuai untuk digayakan untuk penggunaan biasa.", "Jika diteliti, jam pintar ini masih membawakan sejumlah ciri yang sama dengan Samsung Galaxy Watch Active2. Ia didatangkan dalam dua pilihan saiz – 40mm & 44mm. Model 40mm dibina dengan skrin bersaiz 1.2 inci dan kapasiti bateri sebesar 247mAh. Manakala, model 44mm pula membawakan paparan sebesar 1.4 inci dan membawakan bateri 340mAh.", "Kedua-dua model dijana oleh pemproses Exynos 9110 Dual core 1.15 GHz dengan sokongan memori 768MB serta storan 4GB. Selain itu, ia turut menyertakan sokongan menarik lain seperti reka bentuk tahan air, GPS terbina, sensor elektrokardiogram (ECG) dan sentuhan untuk navigasi sistem pengendalian OS Tizen Samsung.", "Pun begitu, Galaxy Watch Active2 Under Armour Edition tidak didatangkan dengan pilihan versi LTE. Sebaliknya, ia dilengkapi aplikasi MapMyRun Under Armor secara terbina – terdapat penawaran istimewa enam bulan keahlian secara percuma. Ia juga berkeupayaan untuk menyambung ke kasut Hovr Under Armor secara sambungan digital untuk pengalaman bersukan lebih sempurna. Untuk maklumat lanjut, layari Samsung Malaysia." ]
https://ering.com.my/2017/01/ces-2017-project-valerie-projek-gila-razer/
CES 2017: “Project Valerie”, Projek Gila Razer
[ "Razer, satu nama yang tidak asing lagi di kalangan penggemar perkakasan permainan komputer. Syarikat ini terkenal dengan rekaan radikal dan inovasi yang kadang kala boleh dikatakan agak pelik dan melampaui masa.", "Pada acara CES 2017, mereka sekali lagi menunjukkan keupayaan mereka untuk mengagumkan kita dengan memperlihatkan sebuah komputer riba dengan kod nama “Project Valerie”. Setup 3 skrin sudah biasa kita lihat pada sistem komputer desktop, namun apa yang Project Valerie cuba capai adalah sesuatu yang sangat mengagumkan, setup 3 skrin pada sebuah komputer riba.", "Komputer riba konsep ini dilengkapi 3 skrin 4K yang boleh digelongsorkan ke dalam badan kerangka ketika tidak digunakan. Teknologi Nvidia’s G-Sync digunakan bagi membantu paparan ini agar kekal stabil sepanjang penggunaan. NVIDIA GeForce GTX 1080 dan RAM 32GB digunakan di dalam komputer riba konsep ini, dan berkemungkinan besar ia akan berubah sekiranya Razer berniat menghasilkannya untuk pasaran pada masa hadapan." ]
https://ering.com.my/2018/10/xiaomi-mi-mix-3-menerima-skor-103-dari-dxomark-setanding-keupayaan-kamera-htc-u12-samsung-galaxy-note9/
Xiaomi Mi MIX 3 Menerima Skor 103 Dari DXOMark – Setanding Keupayaan Kamera HTC U12+ & Samsung Galaxy Note9
[ "Xiaomi Mi MIX 3 baru sahaja dilancarkan secara rasmi sebentar tadi di Beijing. Seperti biasa, apabila terdapat peranti baru yang diperkenalkan, DXOMark akan mengumumkan markah bagi peranti tersebut.", "Xiaomi Mi MIX 3 kini telah disenaraikan oleh DxOMark dengan pungutan skor 103 poin, sekaligus berkongsi kedudukan dengan HTC U12+ dan juga Samsung Galaxy Note9 dengan tawaran harga yang jauh lebih murah. Jika dilihat pada keupayaan kamera statik, Mi MIX 3 mencatatkan skor sebanyak 108 poin, manakala rakaman videonya pula mencatatkan skor sebanyak 93 poin.", "Sebagai rujukan, Mi MIX 3 dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, paparan skrin penuh berukuran 6.39-inci FHD+ AMOLED, dwi-kamera utama beresolusi 12MP (f/1.8) + 12MP (f/2.4), dwi-kamera depan 24MP + 2MP serta bateri berkapasiti 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas tanpa wayar." ]
https://ering.com.my/2016/09/cepat-tinggal-3-hari-lagi-untuk-anda-sambar-promosi-doogee/
Cepat! Tinggal 3 Hari Lagi Untuk Anda Sambar Promosi DOOGEE
[ "DOOGEE telah pun memulakan jualan promosi selama 7 hari di Lowyat Plaza yang bermula pada 19 September lalu. Kini bagi mereka yang ingin mendapatkan peranti-peranti DOOGEE pada harga istimewa, anda mempunyai hanya 3 hari lagi untuk mendapatkannya.", "Sepanjang jualan promosi istimewa ini, sebanyak 8 smartphone DOOGEE ditawarkan bersama-sama dengan hadiah istimewa bagi setiap pembelian. Berikut adalah model, harga tawaran dan juga senarai hadiah yang diberikan bagi setiap pembelian." ]
https://ering.com.my/2020/10/warburg-pincus-akan-melabur-sebanyak-95-juta-inr700-crore-di-home-first-salah-satu-syarikat-kewangan-perumahan-mampu-milik-terkemuka-di-india/
Warburg Pincus akan melabur sebanyak $95 juta (INR700 crore) di Home First – Salah satu syarikat kewangan perumahan mampu milik terkemuka di India
[ "MUMBAI, India, 9 Oktober 2020 /PRNewswire/ — Syarikat ekuiti persendirian yang berpangkalan di AS, Warburg Pincus LLC (“Warburg Pincus”), melalui syarikat bersekutunya Orange Clove Investments BV, telah membuat perjanjian untuk melabur sekitar $95 Juta (INR700 crore) kepada Home First Finance Company India Ltd (“Home First”) pada 2 Oktober 2020. Pengumuman tersebut telah dikeluarkan hari ini dari firma ekuiti swasta global terkemuka yang memfokuskan pada pelaburan pertumbuhan. Pelaburan kira-kira INR700 crore adalah gabungan pengumpulan dana primer dan penjualan sekunder oleh pemegang saham sedia ada. Warburg Pincus bergabung dengan pemegang saham firma PE sedia ada True North dan Bessemer Venture Partners.", "Home First ialah syarikat pembiaya perumahan mampu milik yang berteknologi yang menyediakan pinjaman perumahan kepada pelanggan berpendapatan rendah dan sederhana, yang sedang membina atau membeli rumah pertama mereka. Dalam 10 tahun terakhir, Home First telah memberikan pinjaman perumahan di seluruh India kepada lebih daripada 50,000 pelanggan di 60 daerah, merangkumi 11 buah negeri dan 1 wilayah kesatuan. Setakat 31 Mac 2020, Home First mempunyai Aset Di Bawah Pengurusan (AUM) sebanyak $480 juta (INR3,618 Crore) dengan nilai Bersih $124 juta (INR933 Crore) dan GNPA sebanyak 0.87%", "Pelaburan ini merupakan keyakinan besar bagi segmen perumahan mampu milik India secara umum dan secara khususnya untuk prestasi Home First walaupun berhadapan dengan krisis di seluruh dunia.", "Narendra Ostawal, Pengarah Urusan (MD), Warburg Pincus berkata, “Home First telah menempuh perjalanan yang luar biasa untuk menjadi syarikat pembiayaan perumahan mampu milik terkemuka dalam jangka masa 10 tahun. Ia dikendalikan oleh pasukan yang sangat berbakat dan proses operasi yang mantap yang terus mendorong syarikat untuk bertahan dalam situasi pandemik dan memanfaatkan potensi pertumbuhan segmen yang berpatutan. Warburg Pincus menantikan perkongsian dengan True North dan menyokong Manoj dan pasukan pengurusan dalam fasa pengembangan seterusnya.”", "Divya Sehgal, Rakan Kongsi, True North mengatakan, “ Kami bangga dengan cara syarikat menggunakan teknologi untuk manfaatnya, dengan menggunakan pendekatan digital pertama dalam mengemudi Covid-19. Kami mengalu-alukan Warburg Pincus dan berharap dapat bekerjasama dengan mereka dalam perjalanan Home First yang akan datang.”", "“Home First teruja untuk bekerjasama dengan Warburg Pincus dalam fasa baharu perjalanannya.. True North telah menjadi penyokong yang hebat di sepanjang perjalanan syarikat dari skala kecil hingga sederhana. Kesungguhan kami terhadap teknologi, kepercayaan pada pertumbuhan lestari dan tadbir urus yang kukuh menjadikan kami dapat bertahan dalam mengharungi beberapa peristiwa yang mencabar,” kata Manoj Viswanathan, Ketua Pegawai Eksekutif, Home First.", "Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Warburg Pincus & Home First sila klik di sini", "Kadar pertukaran pada 31 Mac 2020 (INR)", "Kadar pertukaran pada 1 Oktober 2020 (INR)", "(Sumber untuk USD 1: www.fbil.org dan www.rbi.org.in). Kadar pada 1 Oktober 2020 diguna pakai oleh kerana 2 Oktober ialah cuti umum.", "Home First Finance Company India Limited mencadangkan, tertakluk kepada penerimaan kelulusan yang diperlukan, keadaan pasaran dan pertimbangan lain, untuk melakukan tawaran awal umum saham ekuiti dan telah mengajukan draf prospektus tawaran bertarikh 28 November 2019 (“DRHP“) dengan Lembaga Sekuriti dan Bursa India pada 29 November 2019. DRHP boleh didapati di laman web SEBI di www.sebi.gov.in, laman web book running lead manager masing-masing, iaitu, Axis Capital Limited, Credit Suisse Securities (India) Private Limited, ICICI Securities Limited dan Kotak Mahindra Capital Company Limited di www.axiscapital.co.in, https://www.creditsuisse.com/in/en/ Investmentbanking / regionalpresence / asiapacific / india / ipo.html, www.icicisecurities.com dan http://investmentbank.kotak.com, masing-masing, laman web Bursa Saham Nasional India Limited di www.nseindia.com dan laman web BSE Limited di  www.bseindia.com. Pelabur harus memperhatikan bahawa pelaburan dalam saham ekuiti melibatkan tahap risiko yang tinggi dan untuk perincian yang berkaitan dengan risiko tersebut, lihat “Faktor Risiko” DRHP. Pelabur yang berpotensi tidak boleh bergantung pada DRHP untuk sebarang keputusan pelaburan. ", "Saham Ekuiti Home First belum dan tidak akan didaftarkan di bawah Akta Sekuriti AS tahun 1933, seperti yang diubah (“Akta Sekuriti AS“) atau undang-undang sekuriti negeri di Amerika Syarikat dan melainkan jika didaftarkan tidak dapat ditawarkan atau dijual di Amerika Syarikat, kecuali berdasarkan pengecualian dari, atau dalam transaksi yang tidak tertakluk pada, syarat pendaftaran Akta Sekuriti AS dan undang-undang sekuriti negara yang terpakai. Oleh itu, Saham Ekuiti tersebut ditawarkan dan dijual (i) di luar Amerika Syarikat dalam urus niaga luar pesisir dengan bergantung pada Peraturan S di bawah Akta Sekuriti A.S. dan undang-undang perundangan yang berlaku di mana tawaran dan penjualan tersebut berlaku; dan (ii) kepada “pembeli institusi yang berkelayakan” (seperti yang ditentukan dalam Peraturan 144A di bawah Akta Sekuriti A.S.), sesuai dengan pengecualian penempatan swasta yang dinyatakan dalam Seksyen 4(a) Akta Sekuriti A.S. Baik siaran ini mahupun maklumat di laman web Home First tidak membentuk atau menjadi sebahagian daripada sebarang tawaran untuk menjual atau meminta tawaran untuk membeli atau melanggan Saham Ekuiti tersebut di Amerika Syarikat atau di tempat lain di mana tawaran, permintaan atau penjualan tersebut tidak sah. ", "Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Real Estate Residential Real Estate Contracts Financing agreements Financial Technology" ]
https://ering.com.my/2020/12/nikmati-pelbagai-barang-menarik-menerusi-jabra-christmas-gift-guide/
Nikmati Pelbagai Barang Menarik Menerusi Jabra Christmas Gift Guide!!!
[ "Krismas akan tiba tidak lama lagi, jika anda tidak menemui hadiah kegemaran anda, anda juga boleh melihat earphone Jabra, yang mempunyai daya tahan bateri hingga 25 jam dan noice active reduction. Sekiranya anda ingin memberikan hadiah Krismas yang tidak dapat dilupakan, itu pasti hebat Pilihannya, mari kita lihat!", "Noise reduction wireless Bluetooth headset automatik terbaru Jabra, walaupun mod noice reduction dihidupkan, jangka hayat bateri masih boleh mencapai 25 jam, dan harga yang disyorkan adalah RM1049!", "Headset ini menyokong penarafan kalis air IP57, jadi anda tidak perlu risau kerosakan pada headset walaupun basah oleh hujan. Harga yang disyorkan ialah RM999.", "Headset ini dilengkapi dengan 4 mikrofon, yang akan membuatkan orang tersayang berasa seperti berada di sana semasa anda menelefon telefon. Harga yang disyorkan ialah RM949.", "Mereka yang ingin membeli boleh pergi ke kedai dalam talian Jabra di platform Shopee atau Lazada atau secara offline anda boleh pergi ke kedai IT utama, Harvey Norman dan Foto Flash untuk membeli peranti ini." ]
https://ering.com.my/2018/03/rekaan-fizikal-unboxing-hasil-rakaman-gopro-fusion/
Rekaan Fizikal, Unboxing & Hasil Rakaman GoPro Fusion
[ "Selain pelancaran GoPro Hero yang ditawarkan pada harga mampu milik, GoPro juga telah melancarkan sebuah lagi kamera aksi kelas atasan, GoPro Fusion berharga RM3,199. Kamera aksi 360 darjah ini dibekalkan dengan penggambaran dwi kamera yang menyokong rakaman video beresolusi format 5.2K. Mari kita lihat serba sedikit megenai rekaan GoPro Fusion ini." ]
https://ering.com.my/2021/03/pendedahan-bentuk-iphone-13-pro-max-bakal-hadir-dengan-skema-warna-baharu/
Pendedahan Bentuk iPhone 13 Pro Max Bakal hadir Dengan skema warna Baharu!!??
[ "Media asing mendedahkan perincian siri iPhone 13 terbaru, antaranya penampilan dua model iPhone 13 Pro dan Pro Max yang paling banyak ditonton.", "Siri iPhone 13 akan menambah skema warna terbaru “frosted black”, yang berbeza dengan warna grafit pada iPhone 12. Yang pertama akan lebih hitam.", "Menurutnya, dari segi penampilan, iPhone 13 Pro akan mempunyai penyesuaian lebih jauh.", "Bahan bingkai ditandai sebagai keluli tahan karat. Dilaporkan bahawa Apple telah memperkenalkan lapisan anti-reflektif dan anti-noda yang baru untuk membuat bingkai keluli tahan karat cenderung tidak terkontaminasi dengan cap jari, noda, dll. Siri iPhone 12 telah dilukis. Saya harap siri iPhone 13 dapat menyelesaikan masalah ini setelah menukar bahan." ]
https://ering.com.my/2018/01/river-power-station-boleh-caj-sehingga-11-peranti-secara-serentak/
River Power Station – Boleh Caj Sehingga 11 Peranti Secara Serentak!
[ "PowerBank Berkapasiti 116,000mAh!\nCukup Luar Biasa!", "Periuk elektrik?! Ya, inilah respon pertama bagi sesiapa yang melihat produk ini. Dengan reka bentuk luar biasa, produk yang diberi nama River Power Station ini menawarkan fungsi yang amat luar biasa dan berguna kepada anda semua.", "Menurut Ecoflow, sebuah syarikat yang memperkenalkan River Power Station, ia merupakan powerbank yang mempunyai kapasiti bateri sebesar 116,000mAh yang mampu mengecas peranti smartphone anda sebanyak 30 kali ke atas.", "Dengan ukuran 25 x 16 x 20.8cm dan berat 5kg, walaupun agak besar berbanding powerbank mudah alih yang tersedia di pasaran, tetapi dengan kemampuan yang ditawarkan padanya, ukuran sebegini boleh dikatakan amat kompak. Ia boleh mengendalikan arus sehingga AC 412Wh dengan kuasa maksimum 500W, mempunyai Universal DC Input, 2 USB-C Ports, 2 AC Outputs, 2 DC Outputs, 4 Fast-Charge Outputs dan pengecas kereta 12v.", "Selain boleh mengecas peranti smartphone, produk ini juga boleh digunakan untuk peralatan komputer riba, dron atau peti sejuk. Keupayaannya bukan sekadar pada sokongan pengecasan, bahkan turut hadir dengan ciri-ciri lekapan pintar seperti anti-overheating serta rintangan air dan suhu yang melampau.", "River memerlukan kira-kira 6 jam untuk mengecas penuh sekiranya disambungkan ke palam kuasa dalam rumah, sementara mengambil masa 9 jam jika disambungkan ke soket pemetik rokok dalam kereta.", "Memandangkan produk ini sesuai digunakan untuk aktiviti luar, maka ia turut menyediakan pengecasan solar. Walaupun kelajuan pengecasannya akan terjejas oleh cuaca, kira-kira 10 hingga 15 jam untuk diisi penuh, tetapi proses pengecasan solar ini sangat mesra alam." ]
https://ering.com.my/2018/04/reviu-eksklusif-bah-2-huawei-nova-2-lite-peranti-seksi-inti-berprestasi/
Reviu Eksklusif (Bah 2): Huawei nova 2 Lite, Peranti Seksi ‘Inti’ Berprestasi!
[ "Di dalam artikel reviu eksklusif bahagian 1, kami telah kongsikan bersama para pembaca mengenai ulasan peranti Huawei nova 2 Lite yang baru dilancarkan ke pasaran Malaysia. Oleh itu, untuk bahagian yang kedua ini, kami ingin kongsikan ulasan yang selebihnya mengenai prestasi dalaman.", "Apa yang menarik tentang Huawei Nova 2 Lite ialah ketersediaan antaramuka yang lebih kemas melalui Android terkini.", "Sistem yang menjana perisian dalaman ialah Android 8.0 Oreo dan EMUI 8.0 menjadikan peranti beroperasi lancar dan pantas tanpa sekatan.", "Dalam masa yang sama, peranti mampu mengoptimumkan tahap penggunaan dan membahagikan kuasa dengan lebih efisyen.", "Antaramuka yang disediakan tidak mengandungi laci aplikasi, sebaliknya skrin perlu diselak ke sebelah kanan untuk mencari aplikasi-aplikasi yang disimpan.", "Cip yang digunakan untuk menguasakan perant ini berada di bawah siri-400 iaitu Snapdragon 430. Ia digandingkan dengan RAM sebesar 3GB dan storan 32GB mampu melakukan tugasan yang sederhana dan menyokong kerja multi-tasking tanpa sebarang masalah.", "Selain itu, ia turut menyokong ciri split-screen yang membolehkan dua aplikasi dibuka secara serentak, misalnya membaca kandungan Facebook sambil mencari aplikasi di Google Play Store untuk dimuat turun. Ia sama sekali tidak menjejaskan prestasi telefon, bahkan memudahkan pengguna melakukan beberapa aktiviti dalam satu-satu masa.", "Ujian prestasi masih diteruskan dengan melakukan ujian benchmark pada Huawei nova 2 Lite. Ujian dijalankan bagi mengukur tahap kebolehan komponen dalaman peranti dalam beberapa aspek seperti paparan, prestasi, kelajuan kamera, audio dan bateri.", "Dengan berat keseluruhan 155g, telefon pintar ini dibekalkan dengan bateri sebesar 3,000mAh. Sepanjang telefon ini digunakan, ia mampu bertahan sehingga 6-7 jam dalam sekali pengecasan. Begitu juga jika dibiarkan dalam keadaan sedia, peranti mampu memberikan kitaran masa sehingga 22 jam dengan sambungan 4G LTE, WiFi dan GPS terbuka.", "Sesi ujian pengecasan turut dilakukan dan mendapati bateri memakan masa sehingga 2 jam 20 minit untuk dicas sepenuhnya.", "Pada jabatan kamera Huawei nova 2 Lite dibekalkan dengan gabungan dwi-kamera 13 Megapiksel dan 2 Megapiksel di bahagian belakang. Dalam julat harga di bawah RM1,000 sudah pasti prestasi kamera tidak boleh dipertikaikan.", "Bagaimanapun, kamera yang digunakan tidaklah dikatakan tidak bagus tetapi untuk gambar yang lebih jelas, pengguna perlu pastikan kamera digunakan di dalam persekitaran yang cukup cahaya serta terang.", "Untuk kamera depan, ia dilengkapi ciri Face Beauty untuk melembutkan tekstur kulit dan wajah. Kamera 8 Megapiksel ini juga turut dibantu dengan lampu LED flash yang membolehkan penggambaran di dalam gelap dilakukan tanpa sebarang isu.", "Sebaik membuka kamera dan selak ke bahagian tetapan, tiada ciri AR Lens seperti yang dipromosikan (kami rasakan ia mungkin akan dimasukkan ke dalam versi kemas kini di masa akan datang).", "Secara keseluruhannya, Huawei nova 2 Lite memberikan pengalaman yang cukup memuaskan kepada kami. Bagaimanapun dengan saiz skrin 6-inci, peranti ini memerlukan dua tangan untuk dioperasikan, sementara pada bahagian kerangka ia tidak dapat memberikan cengkaman yang baik apabila digenggam, mungkin disebabkan kemasan warna yang berkilau. Jalan mudah untuk rasa lebih selesa ialah gunakan sarung pelindung dalam masa yang sama boleh melindungi peranti.", "Daripada aspek ketahanan bateri, ia hanya pada tahap sederhana malahan waktu pengecasan juga mengambil masa yang panjang. Jika anda seorang pengguna berat, kami nasihatkan supaya dapatkan aksesori pengecasan pantas pihak ketiga yang sedikit sebanyak dapat membantu menjimatkan masa mengecas. Walaupun kemasan luaran dihasilkan dengan cantik, perlu diingatkan ia sangat mudah untuk memerangkap kesan cap jari.", "Dari sudut positif pula, Huawei nova 2 Lite tiada masalah dalam melakukan tugasan seperti melayari internet, sosial media dan membuka banyak aplikasi di latar. Kombinasi cip pemporses serta RAM yang seimbang membuatkan peranti ini kurang lag dan ia berjalan dengan lancar semasa digunakan.", "P/s:\nApa-apapun, anda perlu ingat yang peranti ini dijual pada harga hanya RM799 seunit." ]
https://ering.com.my/2017/12/nokia-3310-akan-dipasarkan-dengan-sokongan-4g/
Nokia 3310 Akan Dipasarkan Dengan Sokongan 4G
[ "Hampir keseluruhan pengguna di dunia kini menggunakan liputan 4G untuk berkomunikasi atau melayari internet. Sejak era liputan 2G meninggalkan kita, kebanyakan pengeluar kini menghasilkan telefon pintar yang serba canggih, tetapi ada segelintir pengeluar sahaja yang masih menghasilkan telefon asas tidak lain dan tidak bukan, Nokia.", "HMD Global dikhabarkan akan mengeluarkan model ikonik mereka iaitu Nokia 3310 dalam versi 4G tidak lama lagi. Berdasarkan maklumat dari TENAA, peranti ini akan mula dipasarkan ke beberapa negara terutamanya China bermula tahun hadapan.", "Dari segi rupa luaran, ia masih lagi mengekalkan rupa asal 3310 versi 3G bagaimanapun, hanya bahagian dalaman telah ditukar dengan menggunakan sistem operasi berasaskan Android serta antena yang menyokong liputan 4G.", "Setakat ini, HMD Global masih belum membuka mulut mengenainya apapun kita tunggu pengumuman selanjutnya oleh mereka", "Reviu Eksklusif: Nokia 3310 Dual SIM, Kemunculan Semula Lagenda…" ]
https://ering.com.my/2017/03/xiaomi-mi-box-sudah-mula-dijual-secara-rasmi/
Xiaomi Mi Box Sudah Mula Dijual Secara Rasmi
[ "Bermula semalam, Mi Box secara rasminya boleh didapati di Malaysia. Mi Box merupakan sebuah peranti kompak yang mampu mengembangkan lagi kemampuan TV di rumah anda,  Mi Box telah menerima anugerah Red Dot Design dan sangat terkenal di peringkat antarabangsa.", "Ia menggunakan sistem operasi Android TV 6.0, sekaligus memberikan anda akses kepada beribu-ribu filem, rancangan dari aplikasi popular termasuk Netflix, HBO dan VUDU, serta permainan dari Google Play.", "Mi Box juga dilengkapi teknologi Google Cast dan alat kawalan jauh Bluetooth yang menyokong carian suara dan arahan, jadi pengguna hanya perlu bercakap ke dalam alat kawalan jauh untuk mencari kandungan.", "Berikut adalah beberapa ciri-ciri utama Mi Box:", "Mi Box dijual pada harga RM349 melalui pengedar sah dan stor Lazada bermula\n3 Mac 2017." ]
https://ering.com.my/2021/03/rangkaian-komputer-riba-teclast-berkembang-dengan-barisan-tbolt-premium-baharu/
Rangkaian Komputer Riba Teclast Berkembang Dengan Barisan TBOLT Premium Baharu
[ "GUANGZHOU, China, 26 Mac 2021 /PRNewswire/ — Pengeluar barangan elektronik pengguna Cina Teclast terkenal dengan tablet dan komputer riba yang berpatutan harganya. Awal bulan ini, syarikat berkenaan mengacah dengan barisan komputer riba premium T.BOLT baharu dengan slogan “Pecut. Beri Inspirasi. Teroka.” Teclast kini melancarkan kemasukan pertamanya ke dalam siri tersebut, Tbolt 10 DG. “Teclast memasuki era baharu yang mengujakan menerusi perkongsian kami bersama Intel,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Teclast En. Sun.", "Ciri paling utama pada Tbolt 10 DG ialah kad grafik Iris Xe Max yang eksklusif daripada Intel, yang turut dikenali sebagai DG1. Ini merupakan pemproses grafik diskret pertama Intel selama berdekad-dekad lamanya. Bersama-sama Acer dan Asus, Teclast merupakan antara rakan kongsi pertama yang menampilkan kad ini, seraya menandakan kemasukan Intel ke dalam pasaran GPU yang kini didominasi oleh AMD dan Nvidia. Iris Xe Max menggunakan seni bina Xe baharu dan akan didatangkan dengan 96 unit pelaksanaan dan memori video 4GB 128bit LPDDR4X-4266. GPU direka bentuk bagi memberi kelebihan untuk kerja-kerja penciptaan kandungan seperti pengekodan video dan penyuntingan foto. Secara keseluruhan, prestasinya harus mempunyai sedikit kelebihan berbanding MX350 Nvidia.", "Dari segi CPU, Tbolt 10 DG didatangkan dengan pemproses Intel Core i7-10510U. Pemproses tersebut menggunakan proses 14nm, mempunyai 4 teras dan 8 bebenang dan boleh meningkatkan turbo sehingga 4.9GHz. Ini merupakan kali pertama Teclast menggunakan pemproses Core i7, satu langkah yang besar berbanding model pemproses Intel Celeron berkuasa rendah terdahulu daripada syarikat berkenaan.", "Bagi binaan dan reka bentuk pula, Tbolt 10 DG didatangkan dengan paparan hampir kurang bezel 15.6 inci untuk permainan yang imersif. Ia mempunyai casis logam penuh yang nipis dan hanya seberat 1.8kg, yang benar-benar ringan untuk komputer riba 15 inci. Bahagian dalamnya, ia mempunyai 2 kipas dan 2 paip haba dengan apa yang digelar oleh Teclast sebagai Pendinginan Kemasukan Keliling (Surround Intake Cooling) yang sepatutnya dapat memastikan komputer riba sejuk di bawah beban.", "Tbolt 10 DG dilancarkan pada platform runcit Cina Pinduoduo dan dijangka tersedia pada bulan April di Amazon, Aliexpress, Lazada. Ketahui lebih lanjut di: https://www.teclast.com/en/zt/nb/TBOLT/10DG/", "Sejak tahun 1999, Teclast telahpun menyediakan produk untuk menjadikan kehidupan anda lebih pintar. Jadilah salah satu daripada 100 juta pengguna kami." ]
https://ering.com.my/2021/07/nikmati-pelbagai-promosi-hebat-bagi-produk-oneplus-sempena-jualan-pertengah-tahun-shopee-7-7/
Nikmati Pelbagai Promosi Hebat Bagi Produk OnePlus Sempena Jualan Pertengah Tahun Shopee 7.7!!
[ "Separuh pertama tahun 2021 baru sahaja berakhir dan ini bermaksud penjualan pertengahan tahun sudah tiba! OnePlus Malaysia mempunyai pelbagai promosi yang menunggu peminat Malaysia membeli-belah di Shopee Mall dan LazMall. Lihat promosi seperti di bawah: ", "Kedai Shopee Rasmi OnePlus (7 Julai sahaja)", "Baucar Storewide (tebus di etalase Shopee)", "Kedai Bendera OnePlus Lazada (5 Julai hingga 7 Julai)" ]
https://ering.com.my/2019/09/apple-arcade-kini-rasmi-ditawar-bermula-dari-19-september-pada-harga-kira-kira-rm19-90-sebulan/
Apple Arcade Kini Rasmi – Ditawar Bermula Dari 19 September pada Harga Kira-kira RM19.90 sebulan!!
[ "Bersempena pelancaran iPhone hari ini, Apple telah melancarkan Apple Arcade. Dengan bayaran hanya $4.99 sebulan, anda boleh bermain permainan yang hanya terdapat pada arcade ini.", "Menariknya, anda tidak perlu membuat sebarang pembelian dalam aplikasi. Ia juga hadir dengan kesan grafik yang sangat menarik dan kemas.", "Ia akan mula ditawarkan pada 19 September 2019 di lebih 150 buah negara. Jadi sama-sama kita nantikan kehadirannya." ]
https://ering.com.my/2019/08/need-for-speed-heat-bakal-dilancarkan-pada-8-november-pasti-lebih-menyengat/
Need for Speed : Heat Bakal Dilancarkan Pada 8 November – Pasti Lebih ‘Menyengat’
[ "Siapa yang tak kenal dengan permainan Need for Speed kan? Ghost Games kini secara rasmi memperkenalkan permainan Need for Speed : Heat – penyambung legasi siri Need for Speed. Permainan ini bakal dilancarkan secara rasmi pada 8 November 2019 menerusi beberapa saluran berbeza termasuk di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Origin.", "Video trailer permaian berkenan juga telah dikongsi. Lebih isitmewa, sesiapa yang mempunyai langganan EA access atau Origin access berpeluang untuk mencuba bermain selama 10 jam bermula 5 November kelak.", "Need for Speed : Heat merupakan kesinambungan seterusnya buat siri Need For Speed terdahulu – Ia merupakan permainan berfokuskan bentuk perlumbaan jalanan dengan pelbagai pengubah-suaian kenderaan dalam bentuk penceritaan unik." ]
https://ering.com.my/2018/10/vivo-v11i-fairy-pink-tampil-menggoda-pasti-tawan-hati-ramai/
Ulasan: Vivo V11i Fairy Pink, Reka Bentuk Menggoda Menarik Hati Ramai
[ "Selepas hangat diperkatakan sejak beberapa minggu lalu, vivo Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan v11i dalam varian warna baru iaitu Fairy Pink ke pasaran tempatan dan boleh didapati dengan harga jualan RM1,299 seunit!", "Mansasarkan kepada mereka yang fanatik dengan warna merah jambu, reka bentuk v11i Fairy Pink terlihat sangat premium dan tampil lebih menyerlah di samping menerima sentuhan eksklusif yang direka khas untuk tambat hati ramai pengguna.", "V11i Fairy Pink didatangkan dengan paparan skrin bersaiz 6.3 inci FHD+ bersama panel IPS LCD bersama rekaan skrin takuk kecil sebesar titisan air yang dikenali sebagai Halo Full View Display. Selain itu, ia juga hadir dengan penggunaan ruangan yang sedikit mampu mencapai nisbah skrin ke kerangka sebanyak 90.4%. Disamping itu, rekaannya juga sangat ergonomik daripada setiap sudut sekaligus memberikan keselesaan kepada pengguna ketika memegang. Memang terbaik!", "Dari segi spesifikasi, telefon pintar dijana oleh MediaTek Helio P60 yang pasti memberi pengalaman penggunaan lebih lancar di samping pelayaran ‘multitasking’ cukup terbaik. Ia turut dibantu oleh memori sebesar 4GB RAM bersama storan dalaman 128GB ROM yang besar.", "Jika tidak mencukupi, ia turut ditambah dengan kad microSD yang boleh dikembangkan sehingga 256GB bagi menawarkan lebih banyak ruangan penyimpanan untuk pengguna menyimpan semua aplikasi penting.", "Selain itu, ianya beroperasi menggunakan FunTouch OS 4.5 (Android 8.1) dibantu oleh sokongan pembantu maya Jovi yang berfungsi menguruskan setiap operasi memori dan CPU bagi memastikan penggunaan peranti berjalan dengan lancar.", "Dari segi penggambaran, ia didatangkan dengan kamera utama yang unggul iaitu gabungan lensa 16 MP + 5MP bersama fungsi kecerdasan buatan sekaligus boleh merakam gambar yang lebih cantik.", "Selain itu, ia turut menyediakan sejumlah fungsi menarik tambahan antaranya seperti :", "Berlainan pula pada kamera hadapan, telefon pintar ini dibekalkan dengan lensa beresolusi 25MP. Kamera hadapan juga dilengkapi dengan ciri-ciri yang disukai ramai termasuk AI Face Shaping yang boleh menjadikan wajah pengguna kelihatan lebih slim dan sistem Funmoji yang boleh dikatakan adalah jawapan pihak vivo kepada Animoji.", "Pengimbas cap jari bagi model ini terletak di bawah lensa kamera di panel belakang dan terlihat agak mudah dicapai. Lebih menarik, prestasi pengimbas cap jari ini boleh dikatakan cukup pantas apabila menyahkunci peranti. Bukan itu sahaja, pengimbas cap jari tersebut boleh diaktifkan untuk lebih daripada 1 pengguna. Tidak ketinggalan, vivo turut menyertakan fungsi Face Unlock sebagai sokongan alternatif.", "Telefon pintar ini dilengkapi dengan bateri sebesar 3,315 mAh. Meskipun tidak berada pada tahap bateri yang berkapsiti besar seperti peranti lain di pasaran namun telefon pintar ini menjanjikan jangka hayat bateri yang terbaik.", "Tambahan pula, ia turut mendapat sokongan teknologi Dual-Engine Fast Charging yang mana dikatakan membawa pengalaman pengecasan dua kali lebih baik berbanding pengecasan standard.", "Rasanya, tidak keterlaluan untuk kami katakan v11i antara produk terbaik tahun ini. Telefon pintar ini bukan sahaja mempertaruhkan sistem pemprosesan yang padu malah tampil menyerlah dari segi peggambaran. Prestasi kameranya ternyata sangat memuaskan malah dilihat aspek harganya yang berbaloi, telefon ini adalah sangat mampu milik untuk dimiliki!" ]
https://ering.com.my/2017/04/htc-u-ultra-menerima-penurunan-harga-sebanyak-rm400/
HTC U Ultra Menerima Penurunan Harga Sebanyak RM400!
[ "Tanggal 14 April semalam, HTC Malaysia telah mengumumkan bahawa model HTC U Ultra akan menerima penurunan harga sebanyak RM400, daripada RM2,999 kepada RM2,599!", "HTC mungkin menyedari pengguna teragak-agak untuk membeli produk yang mahal di pasaran, dengan langkah ini membolehkan bakal pembeli mengurangkan kos lantas menjimatkan poket.", "Pihak HTC Malaysia juga tidak melupakan pembeli awal HTC U Ultra dengan memberi hadiah eksklusif berupa HTC Re Camera dan sebuah lagi hadiah edisi terhad. Pembeli yang layak menerima hadiah dinyatakan terdiri daripada pembeli pada tarikh 1 Mac hingga 13 April yang lalu.", "Anda boleh menebus hadiah dengan layari HTC U Ultra Early Buyer Appreciation Program. Program ini terbuka kepada sesiapa yang berminat dari tarikh 14 April hingga 12 Mei 2017, manakala kepada pembeli yang menebus melalui borang online akan mula menerima hadiah mereka mulai 12 Mei 2017." ]
https://ering.com.my/2018/01/kami-jumpa-iphone-dengan-diskaun-sehingga-rm550/
Kami Jumpa iPhone Dengan Diskaun Sehingga RM550!
[ "Bulan lepas Lazada telah dilantik menjadi wakil sah produk Apple. Di sini anda boleh dapatkan barangan Apple seperti iPhone, iPad, Watch, Mac dan aksesori dengan harga yang menarik. Selain ia juga memudahkan pelanggan daripada perlu beratur atau membuang petrol serta mencari tempat letak kenderaan.", "Hari ini kami terlihat laman jualan atas talian Lazada menawarkan iPhone pada harga jauh lebih rendah berbanding wakil jualan lain. Anda kini boleh mendapatkan iPhone X serendah RM4,599 (64GB), iPhone 8 Plus (64GB) pada RM3,899, dan iPhone 8 (64GB) bermula RM3,399. Disamping itu anda boleh mendapatkan model terdahulu iPhone 7 Plus ( 128GB) pada harga RM3,399 sementara iPhone 7 serendah RM2,879 (128GB).", "Penurunan harga ini tidak pasti atas sebab promosi atau berikutan nilai matawang AS yang merudum. Tetapi, apa yang kami harapkan ialah harga ini akan kekal atau turun lagi pada masa akan datang seiring nilai mata wang semasa.", "Jadi untuk tidak melepaskan peluang, ini adalah masa yang sesuai untuk anda menggunakan iPhone atau menaik taraf." ]
https://ering.com.my/2017/05/rimas-dengan-fungsi-status-baru-pada-whatsapp/
[Tutorial] Rimas dengan Fungsi Status Baru Pada WhatsApp? Bagaimana Cara Menghentikannya?!
[ "Selepas Instagram dan Facebook yang hadir dengan fungsi status, kini giliran WhatsApp pula memperkenalkan fungsi status baru pada kemas kini terbaru mereka. Ia dilihat sesuatu yang amat menjengkelkan kerana WhatsApp adalah sebuah aplikasi permesejan yang mudah dan mesra pengguna. Bagi pengguna smartphone yang telah diroot, ada berita baik buat anda!" ]
https://ering.com.my/2019/05/samsung-jadi-syarikat-pengeluar-televisyen-pertama-melancarkan-aplikasi-apple-tv-dan-airplay-2/
Samsung Jadi Syarikat Pengeluar Televisyen Pertama Melancarkan Aplikasi Apple TV dan AirPlay 2
[ "Syarikat peranti terkemuka dari Korea, Samsung Electronics Co., Ltd.mengumumkan bahawa kesemua produk Samsung Smart TVs pada tahun 2019 dan beberapa model TV bagi tahun 2018 akan menerima kemasikini yang mana ia disertakan dengan aplikasi Apple TV di lebih dari 100 buah negara. Turut ditawarkan sokongan AirPlay 2 di 176 buah negara.", "Diintegrasikan secara penuh ke dalam platform Samsung Smart TV, pengguna boleh memilih ikon aplikasi Apple TV untuk mengakses iTunes Movies dan pembelian rancangan TV dan boleh melayari lebih dari 100000 iTunes movies dan rancangan TV termasuklah cerita yang tersedia di dalam 4K HDR.", "Pengguna diseluruh dunia juga boleh melanggan saluran Apple TV dan hanya perlu membayar apa yang anda ingin ditonton sahaja. Pengguna Samsung Smart TV boleh menikmati Apple TV+ dan perkhidmatan langganan video asal Apple. Dengan AirPlay 2, pengguna boleh memainkan video dan kandungan lain menerusi iPhone, iPad atau Mac secara terus ke Samsung Smart TV.", "Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman sesawang Samsung." ]
https://ering.com.my/2016/08/digi-meraikan-hari-kebangsaan-malaysia-ke-59-dengan-kempen-bukalahati/
Digi Meraikan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-59 Dengan Kempen #BukaLaHati
[ "Tinggal sehari sahaja rakyat Malaysia akan sama-sama meraikan Hari Kebangsaan yang ke-59, tema #SehatiSejiwa sekali lagi dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan bagi memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan masyarakat di Malaysia.", "Sempena hari besar-besaran ini, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) turut anjurkan satu kempen yang penuh bermakna bagi seluruh rakyat Malaysia. Kempen #BukaLaHati bertujuan menyampaikan mesej perpaduan dalam semangat persefahaman dan toleransi di antara satu sama lain seperti tema tahun ini. Sehubungan itu, Digi akan muat naik satu siri video yang akan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia di laman sosial bermula 25 Ogos sehingga Hari Malaysia pada 16 September 2016.", "Selain itu, sempena sambutan kemeriahan seluruh Malaysia, Digi juga menghadiahkan percuma Pek Digi Prepaid Live kepada warganegara Malaysia di semua kedai Digi di seluruh negara dari 30 Ogos hingga 16 September sementara stok masih ada.", "Pelanggan Digi prabayar yang melanggan atau memperbaharui pelan bulanan Internet Unlimited mereka dari 30 Ogos hingga 2 September, juga boleh menikmati 59 minit masa bercakap percuma. Manakala pelanggan yang ingin mencari smartphone baru, boleh dapatkan Samsung Galaxy J3 pada harga RM299 sahaja dengan pelan Digi Postpaid 48." ]
https://ering.com.my/2016/06/reviu-eksklusif-motorola-moto-360-generasi-kedua-kini-tampil-dengan-rekaan-yang-diperbaharui/
Reviu Eksklusif: Motorola Moto 360, Generasi Kedua Kini Tampil Dengan Rekaan Yang Diperbaharui
[ "Kemunculan pertama Moto 360 pada tahun 2014 telah berjaya menarik perhatian peminat peranti boleh pakai apabila ia menjadi peranti Android Wear terlaris dan paling popular di pasaran. Kini generasi kedua Motorola Moto 360 yang telahpun dilancarkan untuk pasaran tempatan dengan menampilkan bukan sahaja rekaan yang telah diperbaharui, malah ia juga turut menerima penambahbaikan dari aspek spesifikasinya. Bagi membantu pembaca di luar sana melihat sendiri apakah pembaharuan antara kedua-dua generasi ini, ikuti laporan dari kami.", "Untuk pasaran tempatan, Motorola Moto 360 generasi kedua ini telah diperkenalkan dalam tiga varian berbeza. Ketiga-tiga varian ini menampilkan perbezaan penampilan bergantung kepada personaliti pengguna dan ianya dijual pada harga yang berbeza.", "Sama seperti generasi pertama, agak mengecewakan kerana Moto 360 generasi kedua ini masih lagi mengekalkan rekaan panel muka jam yang agak kontroversi. Ini kerana walaupun tampil dengan muka jam bulat, sebenarnya bahagian bawah paparan jam dengan rekaan ‘flat tyre’ bagi menempatkan sensor Ambient Light.", "Sebelum ini ramai di antara pengguna yang berasa kurang selesa dengan kedudukan butang kawalan pada Moto 360 generasi pertama kerana ia sering ditekan tanpa disengajakan setiap kali mereka membengkokkan pergelangan tangan. Menyedari isu tersebut, Motorola telah mengubah kedudukan butang tersebut pada generasi kedua.", "Walaupun tampil dengan rekaan bezel yang hampir sama, Moto 360 generasi kedua kini tampil dengan rekaan yang kelihatan lebih mirip seperti sebuah jam. Ini kerana pada bahagian atas dan bawah bezel telah disediakan dengan tangkai untuk sambungan tali jam, dan ini berbeza dengan generasi pertama yang tampil lebih ringkas.", "Jika generasi pertama hanya menyokong satu saiz pilihan tali jam iaitu berukuran 22mm, Moto 360 generasi terbaru ini memberikan lebih pilihan kerana ia menyokong sehingga tiga saiz tali jam berbeza. Ketiga-tiga varian Moto 360 baru ini menampilkan sokongan saiz tali jam yang berlainan iaitu 16mm, 20mm dan juga 22mm.", "Proses menukar tali jam pada Moto 360 generasi kedua sememangnya jauh lebih mudah kerana ia telah disediakan dengan satu pin khas yang hanya perlu ditolak untuk menanggalkan tali jam. Ini berbeza dengan generasi pertama yang mengkehendaki anda untuk membuka panel belakang terlebih dahulu.", "Pada pendapat kami, rekaan panel belakang yang menempatkan sensor degupan jantung pada generasi pertama kelihatan lebih menarik secara keseluruhannya kerana tampil dengan kemasan mutiara pada tulisan yang tertera. Manakala Moto 360 generasi kedua ini kelihatan lebih ringkas rekaannya.", "Oleh kerana antaramuka Android Wear adalah sama sahaja untuk semua jenama peranti boleh pakai. Jadi sekiranya anda masih belum pernah melihat paparan antaramuka Android Wear sebelum ini, maka kami akan berkongsi paparan antaramuka Motorola Moto 360 kepada anda." ]
https://ering.com.my/2020/09/undian-telah-selesai-dan-fp-markets-dianugerahkan-sebagai-best-global-value-forex-broker-2020/
Undian telah selesai dan FP Markets dianugerahkan sebagai ‘Best Global Value Forex Broker’ 2020
[ "SYDNEY, 28 September 2020 /PRNewswire/ — FP Markets berbesar hati mengumumkan bahawa ia telah dianugerahi Best Global Value Forex Broker 2020 (Broker Forex Dengan Nilai Global Terbaik 2020). Global Forex Awards 2020 menganugerahkan kecemerlangan dalam industri kewangan dalam bidang seperti teknologi canggih, perdagangan kos rendah dan perkhidmatan pelanggan.", "Ini adalah tahun kedua berturut-turut FP Markets terpilih sebagai Broker Forex Dengan Nilai Global Terbaik dan menzahirkan komitmennya menyediakan destinasi perdagangan yang unggul untuk para pelanggannya. Ia juga menggambarkan hasrat syarikat untuk terus meningkatkan produknya. ", "Pemikiran ini dicetuskan oleh Pengarah Urusan Matt Murphie yang mengatakan “Rasa lebih berpuas hati apabila terpilih sebagai Broker Forex Dengan Nilai Global Terbaik untuk tahun kedua berturut-turut daripada penganugerahan kami pada 2019. Diiktiraf dengan cara ini menunjukkan bahawa kami adalah destinasi terbaik pelanggan untuk keseluruhan pengalaman perdagangan dengan pasaran kami yang mendorong spread ketat dan pelaksanaan pantas. Kami terus berusaha untuk mengecapi kejayaan dan mencari jalan untuk terus meningkatkan produk dan perkhidmatan yang kami sediakan. Apabila orang ramai berdagang dengan FP Markets, mereka boleh mengatakan dengan yakin bahawa mereka berdagang dengan Broker Forex Dengan Nilai Global nombor #1.*”", "“Ini adalah cara yang baik untuk meraikan ulang tahun ke-15 syarikat dan memberikan penghargaan yang adil kepada seluruh organisasi dalam tahun yang mencabar bagi semua orang di seluruh dunia.”", "FP Markets menawarkan lebih 10,000 instrumen dagangan yang menawarkan pedagang akses kepada CFD di seluruh Forex, Index, Komoditi, Saham dan Mata Wang Krypto, menjadikannya salah satu daripada penawaran terbesar dalam industri. Dengan keseluruhan 8 platform untuk dipilih termasuk MT4, MT5 & Iress, pedagang dapat mencari kondisi perdagangan yang optimum untuk strategi mereka. Selama 15 tahun yang lalu, FP Markets mengetahui bahawa gabungan spread ketat dan pelaksanaan pantas, dengan tambahan platform canggih, rangkaian produk yang luas dan sokongan pelanggan kelas pertama adalah ramuan penting yang mendatangkan kepercayaan kepada para pedagang untuk berdagang secara serius.", "FP Markets ditubuhkan pada Mei 2005 dan merintis model Akses Pasaran Langsung (DMA) Kontrak untuk Perbezaan (CFD) di Australia yang mempromosikan harga yang adil dan telus serta fokus terhadap pelaksanaan pesanan yang optimum untuk pelanggan.  FP Markets tetap komited memberikan harga DMA untuk produk yang mempunyai pertukaran berpusat. Bagi produk seperti Forex yang tiada pertukaran berpusat, FP Markets menyediakan Raw Spread ketat menggunakan harga Rangkaian Komunikasi Elektronik (ECN) .", "Untuk butiran lanjut tentang tawaran kami yang pelbagai, sila layari https://www.fpmarkets.com ", "Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/09/undian-telah-selesai-dan-fp-markets-dianugerahkan-sebagai-best-global-value-forex-broker-2020-1.jpg  Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/09/undian-telah-selesai-dan-fp-markets-dianugerahkan-sebagai-best-global-value-forex-broker-2020.jpg", "Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Awards Financial Technology" ]
https://ering.com.my/2019/08/10-sebab-kenapa-anda-perlu-membeli-samsung-galaxy-note-10/
10 Sebab Kenapa Anda Perlu Membeli Samsung Galaxy Note 10+!
[ "Peranti Samsung Galaxy Note 10+ ini pastinya sebuah peranti yang dinanti oleh peminat-peminat telefon pintar. Harga dan spesifikasinya adalah suatu yang berbaloi untuk dibeli. Kami senaraikan kepada anda 10 sebab kenapa anda perlu membeli Samsung Galaxy Note 10+!", "Sekali padang terus jatuh cinta! Begitulah betapa elegan dan eksklusif rekaan Samsung Galaxy Note10+ ini. Kemasan melengkung dibahagian sisi memberikan keselesaan ketika memegangnya. Lebih menarik kamera hadapan yang diletakkan di tengah-tengah skrin memberikan perspektif baharu. Tiada pada peranti -peranti lain!", "Seringkali kita melihat warna yang lebih kurang sama pada peranti-peranti lain. tetapi bagi Samsung Galaxy Note 10+ ini, ia dihadirkan warna yang tiada pada peranti lain. Aura Black, Aura white dan yang menjadi idaman buat semua, Aura Glow!!! Meleleh air liur melihat warna ini.", "Skrin peranti ini sangat besar dan luas iaitu 6.8 inci QHD+ Dynamic AMOLED memberikan anda kepuasan tontonan. Dengan bezel yang sangat nipis membuatkan ia tampak lebih unggul. Warna yang terhasil juga sangat menakjubkan kerana lebih ‘vibrant’. Lebih menarik Cinematic Infinity Display ini membuatkan anda tak sabar untuk membelinya.", "Exynos 9825 pastinya antara pemproses yang berkuasa di pasaran ketika ini dan ia dihadirkan pada peranti Samsung Galaxy Note 10+. Anda boleh melaksanakan pelbagai gerak kerja dan bermain game yang memerlukan kesan grafik yang besar. Pastinya tiada sebarang lag.", "Hadir dengan 12GB RAM dan 256GB / 512GB ROM tidak dapat dinafikan lagi merupakan aspek memori yang sangat besar. Jadi anda boleh menyimpan aplikasi, gambar atau video serta game dengan banyak!", "Samsung Galaxy Note 10+ ini tampil dengan keupayaan mengagumkan. Rakaman yang sangat stabil membuatkan anda merakam seperti menggunakan stabilizer. Lebih menarik, ia hadir dengan Live Focus Video yang membenarkan anda merakam video dengan pelbagai imej latar yang menarik seperti Bokeh, Color Point dan Glitch.", "Kamera swafoto peranti ini tidak mengecewakan apabila hadir dengan 10MP. Anda boleh merakam gambar swafoto dengan lebih natural kerana kedudukan kameranya yang berada di tengah-tengah skrin ini. Hasil gambar juga menakjubkan dan lebih natural.", "Tampil dengan sistem 4 kamera iaitu 12MP + 12MP + 16MP + 3D Depth membolehkan anda merakam gambar seperti seorang profesional. Fungsi-fungsi menarik juga terdapat kamera Samsung Galaxy Note 10+ ini antaranya Photo, Pro, Food, Live Focus Video, Super Slow-mo dan banyak lagi.", "S Pen pada peranti Samsung Galaxy Note 10+ ini bukan sebarang Pen kerana ia mampu melakukan pelbagai tugasan pada peranti ini. Ia tampil dengan Motion Tracking System yang membenarkan ia melakukan tugasan tanpa perlu menyentuh telefon ini.", "Anda boleh mengawal kamera, menonton video dan skrol galeri menggunakan S Pen ini. Anda juga boleh menterjamah tulis yang ditulis pada Note 10+ ini kepada teks.", "Samsung disertakan dengan fungsi AR Doodle yang membenarkan anda untuk melukis Doodle dalam 3D. Ia membenarkan anda mengekspresikan lagi kreativiti disamping menjadikan rakaman anda lebih menyeronokkan.", "Samsung Galaxy Note 10+ ini dihadirkan dengan bateri yang sangat besar iaitu 4300 mAh. Lebih teruja apabila ia disertakan dengan pengecasan 45W.", "Bagi pengecasan tanpa wayar, ia tampil dengan Wireless Charging 2.0. Jadi anda sudah tiada masalah dengan bateri yang cepat habis. Katakan selamat tinggal kepada powerbank!!!", "Tunggu apa lagi, anda boleh mendapatkan peranti Samsung Galaxy Note 10+ yang dijual pada harga RM4199 (256GB) dan RM4799 (512GB)." ]
https://ering.com.my/2019/07/akan-datang-honor-20-pro-bakal-ditawarkan-di-pasaran-tempatan-pada-ogos-2019/
Akan Datang! HONOR 20 Pro Bakal Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Pada Ogos 2019!
[ "Hello semua! Anda tidak sabar lagi menunggu ketibaan HONOR 20 Pro?! Jika ya, inilah masanya untuk anda bersorak kegembiraan! HONOR hari ini berkongsi gembira untuk semua dengan mengesahkan bahawa model tersebut bakal ditawarkan di Malaysia pada Ogos 2019!", "WOWWW! WOWWW! Terujakan? Perkara ini didedah oleh pihak HONOR sendiri menerusi sebuah posting di Facebook rasmi mereka. Pun begitu, pihak HONOR masih berteka-teki mengenai harga rasmi dan ketersediaan untuk peranti tersebut. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!" ]
https://ering.com.my/2016/04/hotlink-fast-menawarkan-2gb-internet-4g-percuma-setiap-minggu-seumur-hidup/
Hotlink FAST Menawarkan 2GB Internet 4G PERCUMA Setiap Minggu SEUMUR HIDUP!
[ "Setelah pengumuman Maxis baru-baru ini berkenaan dengan pelan MaxisONE yang dinaiktaraf bagi pelanggan pascabayar, Hotlink kini memberi tawaran menarik lagi bagi pengguna prabayar yang semakin menggemari Internet.", "Tawaran baru untuk pelan prabayar Hotlink FAST kini memberi pelanggannya 2GB Internet 4G percuma setiap hujung minggu seumur hidup. Ini bersamaan dengan 8GB sebulan bagi penstriman, pelayaran dan perkongsian tanpa henti pada hujung minggu. Tiada perbelanjaan minimum atau tambah nilai minima yang diperlukan, apa yang mereka perlu lakukan adalah hanya memastikan akaun mereka aktif.", "Selain tawaran ini, Hotlink turut melancarkan tawaran Internet PANTAS yang hebat seperti 5GB untuk RM48 sebulan, dan pas prabayar harian hanya pada harga RM3 untuk 1GB. Bagi mereka yang tidak boleh hidup tanpa WhatsApp, LINE, WeChat atau FB Messenger, terdapat juga Chat Sosial Percuma 24 jam sehari.", "Yang berminat boleh melayari https://www.hotlink.com.my/en/plans/fast.html#show-detail untuk maklumat lanjut." ]
https://ering.com.my/2018/10/sarung-pelindung-harga-oneplus-6t-tertiris/
Sarung Pelindung & Harga OnePlus 6T Tertiris!
[ "Sebelum ini OnePlus telah berkongsi tarikh pelancaran OnePlus 6T iaitu pada 30 Oktober 2018 di New York. Kurang dua minggu sebelum pelancaran rasmi tersebut, tertiris pula gambar beberapa jenis sarung pelindung dan harga OnePlus 6T.", "Spesifikasi ringkas mengenai telefon pintar ini adalah sokongan pengimbas cap jari pada skrin dan telefon pertama OnePlus yang tidak lagi menggunakan port audio 3.5mm audio jack bagi audio over USB Type-C. Dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 845, ia hadir dengan dua varian RAM iaitu 6GB / 8GB.", "OnePlus Sandstone Protective – Rs990 (kira-kira RM56)" ]
https://ering.com.my/2019/01/bank-islam-perkenal-aplikasi-snapnpay-permudah-saluran-sumbangan-ke-sadaqa-house/
Bank Islam Perkenal Aplikasi SnapNPay, Permudah Saluran Sumbangan Ke Sadaqa House
[ "Bank Islam Malaysia Bhd kini telah memperkenalkan aplikasi SnapNPay, yang mana memudahkan pengguna untuk memberi sumbangan kepada Sadaqa House.", "Sadaqa House merupakan kewangan sosial yang ditubuhkan oleh bank berkenaan yang telah dilancarkan tahun lalu.", "Menurut laporan daripada Bernama, aplikasi SnapNPay ini membenarkan pengguna untuk membayar menerusi enjin FPX dengan menggunakan maklumat dan data yang diberikan oleh pelanggan dalam bentuk kod QR atau Kod Bar.", "Cara untuk memuat turun aplikasi ini amat mudah, anda boleh memuat turun aplikasi ini secara percuma dan tanpa pendaftaran di Playstore Appsstore (Tersedia pada bulan ini)." ]
https://ering.com.my/2016/05/ering-dijemput-secara-eksklusif-ke-majlis-pelancaran-huawei-p9-peringkat-pasifik-selatan/
eRing Dijemput Secara Eksklusif Ke Majlis Pelancaran Huawei P9 Peringkat Pasifik Selatan
[ "Berlokasi di Bali, Indonesia, eRing telah dijemput secara eksklusif oleh Huawei untuk menghadiri majlis pelancaran siri terbaru Huawei P9 yang berlangsung baru-baru ini sempena Persidangan Huawei Pasifik Selatan. Selain eRing dan juga beberapa wakil media dari Malaysia, majlis ini juga turut dihadiri oleh media dari 6 buah negara yang lain termasuklah Singapura, New Zealand, Filipina, Australia, Papua New Guinea dan juga Indonesia. Jemputan ini sekaligus memberi peluang kepada eRing untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan Huawei P9 yang sememangnya telah mendapat liputan yang meluas di Internet sebelum ini!", "Sekarang, biar eRing membawa anda melangkah masuk ke majlis pelancaran Huawei P9!" ]
https://ering.com.my/2019/09/perbandingan-peranti-flagship-iphone-11-pro-max-vs-samsung-galaxy-note-10-vs-huawei-p30-pro/
Perbandingan Peranti Flagship: iPhone 11 Pro Max vs Samsung Galaxy Note 10+ vs HUAWEI P30 Pro
[ "Okay gaissss…. siri iPhone 11 dah rasmi!\nOkay ke tak harga jualan tu?! ", "Tentu ramai juga akan tertanya-tanya, berbaloi ke kalau beli? Atau antara peranti flagship manakah yang lebih hebat? Apa bezanya?", "Di sini kami senaraikan 3 peranti flagship yang setanding, iaitu iPhone 11 Pro Max, Samsung Galaxy Note 10+ dan HUAWEI P30 Pro (Mate 30 belum rasmi lagi, so terpaksa ambil siri P dulu ya~)." ]
https://ering.com.my/2016/12/overwatch-permainan-terbaik-tahun-2016/
Overwatch, Permainan Terbaik Tahun 2016
[ "Permainan berpasukan “Overwatch” telah mencapai kejayaan besar dari segi komersial, ia diiktiraf dengan tiga penghargaan dan anugerah Game of the Year di The Game Awards.", "Diadakan pada malam 1 Disember, The Game Awards menampilkan preview dan trailer untuk permainan yang akan datang tidak lama lagi bersama-sama acara utama iaitu dengan majlis anugerah bagi beberapa kategori permainan yang telah dilancarkan tahun ini.\n", "Dilancarkan pada Mei 2016 untuk platform Windows PC, PlayStation 4 dan Xbox One, “Overwatch” mengambil masa tujuh tahun untuk dibangunkan, dan pada mulanya ia dibina dengan konsep asas sci-fi MMO dan berevolusi sepanjang tempoh pembangunan sehinggalah menjadi versi terakhir yang anda mainkan sekarang.", "Atas usaha dan kecemerlangan, Blizzard menerima Studio Best atau Best Game Direction, manakala “Overwatch” itu sendiri dinamakan Game Of The Year, selepas merangkul kejayaan dalam kategori Best Multiplayer Game dan Best Esports Game." ]
https://ering.com.my/2020/07/huion-perkenal-kamvas-22-kamvas-22-plus-terkininya-untuk-perkasa-artis-di-seluruh-dunia/
Huion Perkenal Kamvas 22 & Kamvas 22 Plus Terkininya untuk Perkasa Artis Di Seluruh Dunia
[ "SHENZHEN, China, 10 Julai 2020 /PRNewswire/ — Huion, salah satu pengeluar yang terkemuka bagi peranti input grafik, melancarkan dua paparan pen 21.5 inci hari ini, iaitu Kamvas 22 dan versi konfigurasi lebih tingginya Kamvas 22 Plus. Kedua-dua paparan pen ini sekali lagi menunjukkan kepelbagaian produk Huion, yang membolehkan pengguna untuk memilih peranti lebih sesuai mengikut belanjawan dan keperluan mereka.", "Aspek paling mengujakan mengenai kedua-dua produk ini ialah skrin. Kamvas 22 Plus menampilkan QD LCD yang bukan sahaja menghalang cahaya biru tetapi juga membawakan gamut warna 140% sRGB yang lebih luas dan nisbah kontras teroptima 1200:1. Berserta kaca bergores antisilau berlamina penuh yang mengurangkan bezalihat dan silau,paparan pen ini menghasilkan peranti hebat untuk pekerja kreatif profesional yang mempunyai tuntutan yang lebih tinggi ke atas paparan. Sementara itu Kamvas 22 yang dilengkapi dengan filem matt antisilau yang berupaya untuk mengurangkan pantulan silau dan membawakan pengguna dengan pengalaman melukis pen-atas-kertas.", "Reka bentuk luar Kamvas 22 dan Kamvas 22 Plus ringkas dan rapi. Tidak seperti pendahulunya, tiada kekunci tekan dan bar sentuh yang boleh diprogramkan pada kedua-dua produk ini. Sebaliknya, port USB-A tersembunyi tersedia untuk sambungan ke peranti persisian luar, seraya membolehkan pengguna untuk menggunakan alat mereka yang paling biasa digunakan seperti papan kekunci pereka. Di samping itu, Kamvas 22 dan Kamvas 22 Plus turut menyokong sambungan ke komputer, tablet dan juga telefon, yang dapat meningkatkan keserbabolehan kedua-dua produk ini.", "Dilengkap dengan pen digital terkini PW517 yang dibangunkan berasaskan Huion PenTech 3.0, baik Kamvas 22 mahupun Kamvas 22 Plus dapat membawakan pengguna dengan pengalaman melukis yang lebih tampak hidup dengan ketepatan lukisan yang lebih baik. Kedua-dua produk ini turut mempunyai 8192 tahap kepekaan tekanan, yang membolehkan garisan diberikan kelebaran dan ketepuan berbeza apabila tekanan yang dikenakan berubah. Dengan sokongan condong ±60°, Kamvas 22 dan Kamvas 22 Plus juga membolehkan pengguna untuk menambah lorekan dengan cara yang lebih bertenaga dan membantu pengguna untuk menyerlahkan teknik-teknik melukis mereka seperti menggunakan pensel sebenar.", "Sebagai pembekal antarabangsa bagi peranti input grafik, Huion sentiasa berdedikasi untuk mencipta produk yang inovatif dan mesra pengguna yang dapat memperkasa para artis di seluruh dunia untuk mencapai impian mereka.", "Untuk maklumat lanjut mengenai produk Huion, sila kunjungi www.huion.com.", "Keywords: Art Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment New products/services" ]
https://ering.com.my/2016/10/maxis-memulakan-operasi-penghantaran-24-jam-iphone-7/
Maxis Memulakan Operasi Penghantaran 24 Jam iPhone 7
[ "Tepat jam 12 pagi pada 14 Oktober yang lalu, Maxis telah memulakan 24-Hour Maxis Everywhere Express, operasi penghantaran iPhone 7 yang terbesar selama 24 jam di Malaysia. 400 iPhone telah dihantar kepada pelanggan di seluruh negara, termasuk Georgetown Pulau Pinang, Semporna Sabah dan Jerantut Pahang.", "Antara 800 pekerja Maxis yang mengambil bahagian dalam penghantaran tengah malam tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Morten Lundal, yang telah mengejutkan Jezzriq (Jezz) Bin Eddie Kismilardy, pemain keyboard untuk kumpulan Hydra ketika beliau sedang membuat persembahan bersama kumpulannya.", "Pelanggan yang menerima iPhone mereka pada tengah malam 14 Oktober adalah Noel Fong dari Semporna, Sabah, serta Mathanan A/L Mohan dari Rawang. Bagi pelanggan yang ingin membuat kutipan sendiri, Maxis telah memperluaskan pusat koleksi ke lebih 100 lokasi di seluruh negara, termasuk semua Pusat Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis.", "Bagi pelanggan yang terlepas peluang untuk membuat tempahan awal, Maxis telah menawarkan Maxis RealView suatu penyemak stok yang menyediakan maklumat stok yang dikemaskini setiap jam mengenai kedai-kedai yang mempunyai stok model telefon atau warna pilihan mereka. Dengan cara ini, pelanggan tidak perlu membazir masa mencari telefon mereka." ]
https://ering.com.my/2021/05/zoomlion-lancar-operasi-penuh-kilang-pembuatan-pintar-kren-menara-baharu/
Zoomlion Lancar Operasi Penuh Kilang Pembuatan Pintar Kren Menara Baharu
[ "Kilang baharu tersebut akan menerajui trend pembangunan digital, mesra alam bagi industri jentera pembinaan", "CHANGDE, China, 27 Mei 2021 /PRNewswire/ — Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (“Zoomlion”; 1157.HK) secara rasminya melancarkan operasi penuh kilang pembuatan pintar (IM) kren menaranya pada 17 Mei di Changde, Wilayah Hunan.", "Zoomlion Launches Full Operation of New Tower Crane Intelligent Manufacturing Factory", "Kini beroperasi sepenuhnya, kilang IM kren menara Zoomlion telah meningkatkan kecekapan pengeluaran dengan ketara – satu kren menara dikeluarkan daripada barisan pemasangan setiap 18 minit. Nilai output tahunan akan mencecah US$3.11 bilion dan lebih, mencapai skala dan kualiti yang utama di dunia di samping selanjutnya melengkapkan transformasi dan penaiktarafan digital dan mesra alam Zoomlion.", "Kilang IM kren menara Zoomlion mempunyai susun atur baharu iaitu satu “kilang pintar”, dua “bengkel rumah api”, tiga “gudang pintar” dan empat “barisan pengeluaran putus bekalan”, mengilangkan setiap siri kren menara dan lif pembinaan dalam julat 63-20,000 tan-meter. Dua puluh empat barisan pengeluaran pintar dan tiga gudang pintarnya dapat meningkatkan kualiti produk dengan ketara melalui penaiktarafan komprehensif bermula daripada bahan mentah, pengosongan, kimpalan hinggalah pempakejan, logistik dan pengujian.", "Kilang ini turut didigitalkan sepenuhnya untuk mengintegrasikan analisis data raya dan teknologi termasuk internet industri, sistem maklumat, visualisasi dan banyak lagi bagi mencapai perangkaian dilindungi sepenuhnya dan interaksi manusia-mesin.", "Mendukung misinya untuk menerajui pembangunan mesra alam dalam industri peralatan berat, kilang IM baharu Zoomlion dibina dengan falsafah reka bentuk mesra alam, menerima pakai reka bentuk mesra alam, teknologi mesra alam, pempakejan mesra alam dan pengeluaran mesra alam untuk merealisasikan penaiktarafan kimpalan, penghapusan debu dan pemprosesan yang mesra alam dan lestari sepenuhnya.", "Sementara itu, Zoomlion menyerahkan dua unit kren menara jib memugak kuasa angin yang terbesar di dunia LW2340-180 kepada pelanggan. Kren seberat 180-tan itu mempunyai ketinggian mengangkat maksimum sehingga 180 meter dan akan dihantar ke wilayah Heilongjiang dan Henan untuk melakukan kerja-kerja pembinaan kuasa angin.", "“Kilang IM kren menara ini merupakan hubungan penting dalam rancangan Zoomlion untuk merealisasikan ‘pengeluaran produk mesra alam di kilang mesra alam, menyediakan tenaga mesra alam dengan produk mesra alam.’ Menerajui pembangunan mesra alam dalam industri jentera pembinaan sentiasa menjadi misi utama Zoomlion selaku pengeluar kren menara yang terbesar di dunia,” kata Tang Shaofang, Naib Presiden Zoomlion.", "Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (01157.HK) ialah sebuah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan antara jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Kini, syarikat ini menjual lebih daripada 568 produk canggih daripada 70 barisan produk yang meliputi 11 kategori utama. ", " Keywords: Computer/Electronics Machinery Mining/Metals Transportation Corporate Expansion New products/services " ]
https://ering.com.my/2018/11/tertiris-sony-xperia-xz4-telefon-pertama-sony-sokong-tiga-kamera-utama/
[Tertiris] Sony Xperia XZ4 – Telefon Pertama Sony Sokong Tiga Kamera Utama?!
[ "Agak lama Sony tidak mengeluarkan telefon pintar baharu untuk pasaran tempatan bukan? Terbaru, satu gambar yang dikhabarkan adalah model terbaharu Sony telah dibocorkan oleh @onleaks di Internet dan diberi nama Xperia XZ4.", "Apa yang menarik perhatian kami, kamera utama telefon pintar ini dilengkapi dengan tiga buah lensa yang disusun secara menegak sekaligus menjadikannya sebagai telefon pintar pertama Sony hadir dengan sokongan tiga kamera.", "Bukan itu sahaja, Sony dilihat masih berdegil untuk tidak menggunakan paparan skrin bertakuk serta menampilkan bezel pada bahagian atas dan bawah yang lebih nipis berbanding model sebelum ini.", "Menurut laporan dari onleaks, Xperia XZ4 menyokong paparan skrin bersaiz 6.5-inci dengan nisbah 21:9, ketebalan hanya 8.2mm serta tidak lagi dilengkapi dengan port 3.5mm audio jack. Pada sisi kerangkanya, jelas dapat dilihat ia menyokong butang kuasa yang agak besar yang berkemungkinan besar turut diintegrasikan bersama sensor pengimbas cap jari." ]
https://ering.com.my/2016/11/sekilas-pandang-android-nougat-pada-samsung-galaxy-s7-s7-edge/
Sekilas Pandang Android Nougat Pada Samsung Galaxy S7 & S7 Edge
[ "Beberapa hari lalu, Samsung ada mengumumkan akan melancarkan ujian Android Nougat versi Beta, dan hanya pengguna dengan akses Beta sahaja dapat merasai pengalaman awal Android Nougat pada peranti Galaxy S7 dan S7 Edge. Buat masa kini, proses saringan pengguna masih lagi berlangsung, namun media SamMobile telah pun berjaya mendapatkan Android Nougat pada smartphone S7 Edge mereka.", " Kami kongsikan sedikit screenshot dari SamMobile dengan anda untuk tatapan awal Android Nougat pada Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge." ]
https://ering.com.my/2018/05/lg-g7-thinq-dilancarkan-kamera-ai-dengan-lensa-sudut-lebar-butang-khas-google-assistant/
LG G7 ThinQ Dilancarkan – Kamera AI Dengan Lensa Sudut Lebar, Butang Khas Google Assistant
[ "Akhir-akhir ini kita sedia maklum LG sering menggunakan nama ThinQ dalam produk-produk keluarannya. LG tidak mengecualikan nama itu termasuklah menggunakannya pada telefon pintar mereka. Baru-baru ini LG G7 ThinQ telah dilancarkan secara rasmi.", "LG G7 ThinQ didatangkan dengan skrin bersaiz 6.1-inci IPS LCD QHD+ beresolusi 3120 x 1440 piksel. Disertakan takuk kecil di bahagian atas, skrin ini boleh dikatakan seiras pesaingnya, Huawei P20 Pro. Apa yang menjadi kelebihan pada paparan peranti LG ini ialah ia hadir dengan fungsi keterangan luar biasa mencecah 1000nits apabila pengguna mengaktifkannya, selain ciri penyembunyian takuk boleh kustom juga diberikan.", "Dikuasakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 845 dan Android 8.0 Oreo, LG G7 ThinkQ juga dilengkapi memori RAM 4GB dan 64GB storan. Dibina dengan tubuh badan gelas, ia turut menyediakan slot kad microSD dan fungsi pengecasan pantas tanpa wayar. Bagi menambahkan pengalaman pengguna, satu butang fizikal khas Google Assistant diletakkan di sebelah kiri sisi kerangka.", "Jabatan kamera dibekalkan dengan sistem dwi kamera utama 16 + 16 Megapiksel yang salah satunya menawarkan lensa sudut lebar dengan bantuan penggambaran AI (kecerdasan-buatan). Fungsi pintar ini membolehkan kamera mengenal pasti objek dan persekitaran untuk memproses imej yang terbaik – lebih kurang seperti peranti Huawei P20 Series. Kamera depan dimuatkan dengan sensor 8 Megapiksel yang terletak di bahagian takuk skrin.", "LG G7 ThinQ mendapat pengiktirafan kalis air dan debu IP68 dan dijana bateri berkapasiti 3,000mAh. Walaupun bateri yang digunakan agak kecil untuk skrin yang besar, bateri boleh dicas menerusi fungsi pengecasan pantas Quick Charge 4.0. Pada bahagian audio, peranti ini dilengkapi satu speaker di bawah sahaja, dalam masa sama prestasi juga telah ditingkatkan kepada 40% daripada model yang terdahulu.", "LG G7 ThinQ dikeluarkan dalam pilihan warna New Platinum Grey, New Moroccan Blue, Rasberry Rose, dan New Aurora Black. Tiada pengumuman harga dibuat setakat ini." ]
https://ering.com.my/2021/07/huawei-melancarkan-6-produk-unggulan-baru-di-rantau-asia-pasifik/
HUAWEI Melancarkan 6 Produk Unggulan Baru Di Rantau Asia Pasifik!
[ "HUAWEI mengadakan persidangan musim panas di rantau Asia Pasifik dan membawa telefon pintar HUAWEI nova 8i, tablet siri HUAWEI MatePad (MatePad Pro 12.6, HUAWEI MatePad Pro 10.8, HUAWEI MatePad 11) HUAWEI WATCH 3 jam tangan pintar siri, HUAWEI dua FreeBud tinggi akhir Monitor adalah HUAWEI MateView dan MateView GT.", "Pertama adalah Siri HUAWEI MatePad merangkumi HUAWEI MatePad Pro 12.6, HUAWEI MatePad Pro 10.8, dan HUAWEI MatePad 11. HUAWEI MatePad Pro 12.6 dan 10.8 dilengkapi dengan skrin tanpa sempadan dengan nisbah skrin-ke-badan 90%. HUAWEI MatePad 11 adalah tablet pertama Huawei yang menyokong kadar penyegaran skrin 120Hz, membawa pengalaman visual yang lebih lancar untuk permainan dan video.", "Mulai 7 Julai, HUAWEI MatePad Pro (hijau zaitun) akan dijual di HUAWEI Store Online dan kedai rakan Huawei yang berpartisipasi, seperti kedai utama Lazada Huawei, kedai rasmi Shopee Huawei dan Senheng dengan harga RM 4,399. Pengguna dapat hadiah bernilai RM549.70.", "HUAWEI MateView direka khas untuk pemandangan pejabat pintar, dengan prestasi paparan warna profesional. Ia adalah paparan bebas profesional. Di samping itu, HUAWEI MateView dapat dihubungkan secara wayarles dengan telefon pintar, komputer riba dan tablet. Ia juga menyokong fungsi papan kekunci dan Washu. Papan kekunci dan tetikus boleh disambungkan ke monitor untuk mengawal peranti lain seperti komputer notebook dan telefon bimbit dengan cara lain, yang sangat meningkatkan kecekapan kerja pengguna.", "Mulai 7 Julai, HUAWEI MateView boleh di pra-tempahan dengan harga RM 2,988 di HUAWEI Store Online, HUAWEI Experience Stores dan kedai rakan Huawei yang berpartisipasi, seperti kedai utama Lazada Huawei, Kedai Rasmi Shopee HUAWEI dan Senheng. Membeli HUAWEI MateView akan mendapat rebat segera RM100 dan HUAWEI WIFI AX3 Dual Core bernilai RM199 percuma.", "HUAWEI MateView GT dengan harga RM2,488 akan diprapesan di HUAWEI Store Online, HUAWEI Experience Stores dan kedai rakan Huawei yang berpartisipasi (seperti kedai utama Lazada Huawei, Shopee HUAWEI Official Store dan Senheng) mulai 7 Julai. Mereka yang membeli HUAWEI MateView GT dalam tempoh pra-pesanan dari 7 hingga 21 Julai akan mendapat rebat segera sebanyak RM100 dan HUAWEI WIFI AX3 Dual Core percuma, bernilai RM199.", "Siri HUAWEI WATCH 3, jam tangan pintar unggulan baru yang menyokong komunikasi bebas, membolehkan anda menggunakan nombor telefon dan rancangan data yang sama dengan telefon pintar anda untuk membuat panggilan dan mendengar muzik. Siri HUAWEI WATCH 3, sebagai pengurus kecergasan dan kesihatan profesional, menyokong lebih daripada 100 mod latihan. Selain fungsi pemantauan perubatan yang luas untuk rujukan, jam tangan ini sekarang juga dapat memantau suhu kulit melalui sensor suhu berketepatan tinggi yang baru. Ia juga menyokong fungsi pengesanan jatuh dan SOS, yang membolehkan pengguna memantau dan mengurus data kesihatan mereka dalam masa nyata.", "HUAWEI WATCH 3 berharga RM1,699, sementara HUAWEI WATCH 3 Pro berharga RM2,199. Mulai 7 Julai, ia akan tersedia di HUAWEI Store Online dan kedai rakan HUAWEI seperti kedai perdana Lazada HUAWEI, Shopee HUAWEI di kedai rasmi dan Senheng.", "Selain itu, HUAWEI FreeBuds 4 tidak hanya meningkatkan keselesaan memakai dan keupayaan pengurangan kebisingan aktif, tetapi juga memberikan kualiti suara beresolusi tinggi dan sambungan audio pintar. Setiap penyumbat telinga HUAWEI FreeBuds 4 beratnya hanya 4.1g, yang ringan dan tidak mempunyai beban untuk dipakai.", "HUAWEI FreeBuds 4 mengadopsi teknologi pengurangan kebisingan AEM, yang merupakan penutup telinga terbuka pertama di industri, yang dapat meningkatkan kesan pengurangan kebisingan dengan berkesan dalam senario pemakaian yang berbeza. Setelah fungsi pengurangan bunyi dihidupkan, penyumbat telinga secara automatik akan mengesan bentuk telinga pengguna dan menentukan algoritma pengurangan kebisingan terbaik untuk setiap pengguna, sehingga memberikan pengalaman pengurangan bunyi yang paling selesa. HUAWEI FreeBuds 4 menyokong sambungan dua mesin, memberikan pengalaman hiburan yang terbaik kepada pengguna.", "HUAWEI FreeBuds 4, berharga RM599, akan tersedia untuk pra-pesanan di HUAWEI Store Online dan rakan kongsi Huawei yang berpartisipasi, seperti kedai utama Lazada Huawei, kedai rasmi Shopee Huawei, dan Senheng. Pengguna pra-pesanan boleh mendapatkannya HUAWEI Band 4 sebanyak RM139." ]
https://ering.com.my/2019/09/ketibaan-permainan-doom-64-di-switch-pada-22-november-ini/
Ketibaan Permainan DOOM 64 di Switch Pada 22 November Ini!!!
[ "Buat peminat gaming, anda pasti teruja mendengar berita ini apabila Bethesda Softworks telah mengumumkan bahawa permainan DOOM 64 akan hadir di konsol Switch semula pada 22 november ini.", "Memetik kata-kata Pete Hines pengurus pemasaran Bethesda Softworks,pelancaran permainan ini adalah bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-25 siri DOOM yang mana kali terakhir ia dilancarkan adalah pada 20 tahun lalu.", "Buat yang tidak mengetahui DOOM 64 merupakan game aksi menembak dan telah dilancarkan di Nintendo 64 pada tahun 1997." ]
https://ering.com.my/2016/12/u-mobile-belanja-korang-tiga-kali-ganda-data/
U Mobile Belanja Korang Tiga Kali Ganda Data!
[ "Dah nak dekat tahun baru ni, perayaan Krismas pun tinggal dua hari lagi, lepas tu Tahun Baru Cina pula menyusul hujung Januari nanti. Meriah betul kita di Malaysia dengan bermacam jenis perayaan, lagi meriah bagi pengguna U Mobile sebab sehingga 15 Februari 2017, U Mobile belanja korang tiga kali ganda data Internet!", "Pengguna pelan Unlimited Mobile Internet (UMI) kini menikmati tambahan kuota data Internet sehingga tiga kali ganda berkuat kuasa serta merta sehinggalah 15 Februari tahun hadapan. Kalu korang nak check berapa banyak tambahan kuota korang, bolehlah rujuk jadual data di laman U Mobile." ]
https://ering.com.my/2019/10/realme-5-pro-laku-macam-goreng-pisang-panas-sold-out-dalam-tempoh-24-jam-pada-jualan-pertama/
Realme 5 Pro Laku Macam Goreng Pisang Panas – ‘Sold Out’ Dalam Tempoh 24 Jam Pada Jualan Pertama!
[ "Laku keras! Laku keras! Laku keras! Peranti terbaru daripada Realme nampaknya menerima sambutan hebat daripada peminat setia apabila dikatakan habis terjual dalam tempoh 24 jam pada jualan pertama di Malaysia!", "Rentetan daripada itu, Realme Malaysia merakamkan ucapan ribuan terima kasih sebagai penghargaan buat semua atas sokongan tidak berbelah bahagi. Realme juga berjanji akan terus memberikan yang terbaik dengan membawakan lebih banyak produk berteknologi terkini sekaligus memenuhi keperluan ramai." ]
https://ering.com.my/2018/08/asus-zenbook-pro-15-kini-rasmi-harga-bermula-rm5999/
ASUS ZenBook Pro 15 Kini Rasmi – Harga Bermula RM5,999
[ "Bulan Jun yang lalu kami ada membuat laporan mengenai pelancaran ASUS ZenBook Pro 15, sebuah komputer riba paling premium yang dioperasikan oleh sistem operasi Microsoft Windows. Setelah 2 bulan menunggu akhirnya ditawarkan di pasaran tempatan dengan harga bermula RM5,999.", "ZenBook Pro 15 membawa spesifikasi premium dengan sokongan cip pemproses Intel Core i9 terkini dan kad grafik NVIDIA Geforce GTX 1050Ti. Rekaan kerangka unibodi pada ketebalan hanya 18.9mm ini mempunyai satu keunikan, iaitu kehadiran 2 paparan skrin.", "Selain skrin utama berukuran 15.6 inci, skrin kedua 5.5 inci yang dikenali sebagai ScreenPad ini lebih menarik kerana ia akan bertindak sebagai paparan skrin untuk aplikasi tertentu seperti kalkulator, membuka Spotify, kalendar, YouTube dan sebagainya selain fungsi touchpad.", " Komputer riba ini hadir dalam tiga varian berbeza, varian pertama adalah Intel Core i7, NVIDIA GTX 1050 4GB, 8GB DDR4 RAM serta storan 512GB PCIE x 4 SSD, dijual pada harga RM5,999.", "Bagi varian kedua mempunyai spesifikasi terdiri daripada Intel Core i7, NVIDIA GTX 1050Ti 4GB, 16GB RAM dan storan 1TB PCIE x 4 SSD, varian ini dijual pada harga RM 8,999.", "Varian tertinggi dilengkapi dengan Intel Core i9 8950HK, NVIDIA GTX 1050Ti 4GB, 16GB RAM serta storan 1TB PCIE x 4 SSD, dan dijual pada harga RM 10,999.", "Berminat, boleh dapatkan mulai hari ini di kedai pengedar sah ASUS di seluruh negara." ]
https://ering.com.my/2021/03/katy-perry-nct-dream-tampil-sebagai-bintang-utama-sambutan-ulang-tahun-ke-9-lazada/
Katy Perry & NCT Dream Tampil Sebagai Bintang Utama Sambutan Ulang Tahun Ke-9 Lazada
[ "Lazada, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara, hari ini mengumumkan senarai bintang-bintang yang bakal membarisi Lazada Super Party, konsert maya yang bakal disiarkan secara langsung ke enam negara pada 26 Mac ini bagi memulakan sambutan ulang tahunnya yang ke sembilan. ", "Penyanyi dan penulis lirik global yang telah memenangi pelbagai anugerah, Katy Perry dan kumpulan remaja nombor satu Korea, NCT Dream bakal tampil sebagai bintang utama konsert Lazada Super Party tahun ini. Konsert yang padat dengan aktiviti Membeli-belah Sambil Berhibur itu turut menampilkan bintang-bintang popular tempatan seperti Haqiem Rusli, Ismail Izzani dan banyak lagi. Para pengguna bakal dihiburkan dengan pelbagai persembahan menarik lagi mengujakan sambil mereka menanti detik bermulanya acara Lazada Surprise Birthday Sale atau Jualan Mengejut Ulang Tahun Lazada yang akan berlangsung pada tengah malam 27 Mac. ", "Para pengguna di seluruh Malaysia boleh mengikuti konsert eksklusif Super Party melalui saluran penstriman secara langsung di dalam aplikasi LazLive milik Lazada, serta di rangkaian penyiaran tempatan Astro Ria, TV3 dan platform media sosial.Konsert yang bertemakan ‘Everyday Heroes’ ini bukan sahaja diadakan bagi menghargai jasa para petugas barisan hadapan yang telah bertungkus lumus di sepanjang tempoh pandemik COVID-19, tetapi turut mengetengahkan pengorbanan individu di dalam masyarakat kita yang telah banyak menyentuh kehidupan orang ramai di sekeliling mereka.", "Para pengguna boleh mendengar lagu-lagu yang bakal dipersembahkan oleh Katy Perry, NCT Dream dan artis-artis popular Asia Tenggara yang lain semasa konsert Lazada Super Party nanti dengan melihat senarai lagu Lazada 9th Birthday Super Party di dalam Spotify. ", "Konsert tersebut turut menampilkan segmen Membeli-belah Sambil Berhibur Lazada yang terkenal seperti Hujan Baucar yang menawarkan baucar sehingga RM100,000 untuk direbut, serta hadiah-hadiah eksklusif sebagai permulaan kepada Lazada Surprise Birthday Sale yang boleh digunakan pada 27 Mac nanti.", "Mulai 20 Mac, selain daripada memenuhkan troli anda dengan tawaran-tawaran istimewa dan membuat pembayaran dengan promosi penghantaran percuma, para pengguna Lazada juga akan disajikan dengan permainan Happy Cake baru di dalam LazGames. Para pengguna boleh mendapatkan mata dengan hanya membuka kotak hadiah, menyempurnakan tugasan harian, dan menyusun kek sembilan tingkat bagi memenangi ganjaran seperti baucar platform. Selain daripada itu, para pembeli juga boleh menebus ganjaran membeli-belah tambahan menerusi Lazada Bonus, elaun membeli-belah istimewa yang boleh digunakan ke atas produk yang mengambil bahagian dengan mempamerkan lencana Lazada Bonus di seluruh platform tersebut dan ianya boleh digabungkan dengan promosi-promosi yang lain.", "Nikmati hadiah percuma Ulang Tahun Lazada bernilai RM80,000 menerusi pertandingan “Vote for Birthday Surprise” dari 20 hingga 27 Mac. Hadiah untuk direbut termasuklah Sony PlayStation 5, kelengkapan rumah dan produk kecantikan daripada jenama yang mengambil bahagian seperti Casio, Clinique, Ecovacs, Ice Watch, Kitchenaid, Lancome, Nespresso, Ogawa, Origins, Samsung, dan banyak lagi! Senarai pemenang akan diumumkan pada 27 Mac.", "Sebagai sebahagian daripada acara sambutan pada bulan ini, Lazada turut meraikan enam peniaga wanita cemerlang dalam majlis Lazada Forward Women Awards yang julung-julung kali diadakan sempena Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac. Wanita-wanita berkenaan yang telah berjaya merintis dunia e-Dagang, masing-masing mempamerkan sifat daya tahan dan inovasi di dalam perjalanan mereka sebagai usahawan, dan kami mengiktiraf semua pencapaian mereka seperti melancarkan perniagaan yang dibangunkan atas usaha mereka sendiri dan menyumbang kepada pendapatan keluarga, meningkatkan taraf hidup serta membuka hala tuju baru untuk komuniti tempatan, atau mengejar perkembangan peribadi menerusi inovasi dan perusahaan. " ]
https://ering.com.my/2019/11/siapa-pemenang-kamera-peranti-pintar-terbaik-2019-semak-senarai-dari-dxomark/
Siapa Pemenang Kamera Peranti Pintar Terbaik 2019? Semak Senarai Dari DXOMark!
[ "Tahun 2019 bakal menutup tirai, dalam setahun ini dilihat pengeluar peranti pintar tidak berhenti dalam mengeluarkan peranti berkuasa tinggi terutamanya keupayaan kamera yang sangat tip top.", "DXOMark yang terkenal dengan penguji prestasi kamera di dunia, kini telah mengumumkan senarai pemenang kamera peranti pintar terbaik pada 2019 mengikut kategori tertentu. Siapakah mereka dalam senarai tersebut, jom semak!", "Seperti yang diketahui ramai, HUAWEI Mate 30 Pro dan Xiaomi CC9 Pro Premium Edition adalah peranti yang menduduki tempat pertama dengan skor setinggi 121 mata. Secara keseluruhannya, kedua-dua peranti ini mempunyai keupayaan kamera yang sangat baik dan sesuai menjadi pilihan kaki fotografi.", " Prestasi iPhone 11 Pro Max dalam rakaman video adalah yang terbaik mengikut pilihan DXOMark, walaupun mencapai skor yang sama dengan Xiaomi CC9 Pro Premium Edition iaitu 102 mata.", "Xiaomi CC9 Pro Premium Edition bukan sahaja menjadi peranti terbaik dalam keseluruhan, ia juga dikategorikan peranti berkeupayaan zum yang terbaik dengan skor 109 mata.", "Samsung Galaxy Note 10+ menjadi pemenang dalam kategori ini disebabkan ia mampu menghasilkan gambar ultra wide angle yang seimbang dari segi warna, tambahan ia mengawal distortion dengan baik sekali.", "Banyak sangat peranti pintar yang mampu menghasilkan gambar mod malam yang menarik, namun HUAWEI Mate 30 Pro adalah yang terbaik dalam kategori ini. Hasil gambar malam dari lensa ini cukup baik dengan noise yang kurang." ]
https://ering.com.my/2019/01/reviu-eksklusif-huawei-nova-4-penerus-legasi-kegemilangan-siri-nova/
Reviu Eksklusif : HUAWEI Nova 4 Penerus Legasi Kegemilangan Siri Nova
[ "Selepas menyaksikan kejayaan luar biasa yang digapai menerusi siri Huawei Nova 3, HUAWEI kini membawa pewaris baru untuk siri tersebut iaitu HUAWEI Nova 4. Model kali ini nampaknya dilengkapi teknologi hebat di samping reka bentuk baru yang lebih “fresh”. Namun, bolehkah telefon ini memberikan pengalaman penggunaan yang memuaskan?", "HUAWEI Nova 4 dilengkapi skrin IPS LCD berukuran 6.4 inci bersama resolusi FHD+ (2310 x 1080 piksel). Tiada sebarang takuk disertakan sebaliknya model kali ini hadir dengan rekaan paparan berlubang yang memiliki bukaan kecil bersaiz 3.05mm.", "Rekaan ini menjadikan paparan telefon kelihatan lebih besar dan pengguna kini tidak lagi “dihantui” dengan kewujudan bar hitam di atas peranti. Sekiranya masih kurang selesa dengan kehadiran lubang tersebut, anda boleh menyembunyikannya menerusi tetapan.", "Beralih pada belakang, telefon ini membawakan tiga kamera utama – dipisahkan menjadi dua bahagian secara menegak (terdapat LED flash). Pengimbas cap jari fizikal berbentuk bulat turut terbina pada panel belakang.", "Sisi kanan menempatkan dua butang kawalan fizikal iaitu butang laras suara dan butang kuasa. Dulang SIM pula terletak pada sisi kiri dan bicu audio 3.5mm terletak pada atas kerangka. Bahagian bawah tersedia port USB-C dan lubang pembesar suara.", "HUAWEI Nova 4 menggunakan sistem operasi Android 9 Pie dan antaramuka EMUI 9.0. Persembahan antaramuka ini dilihat mesra pengguna dan memberikan pengalaman penggunaan yang baik. Paparannya sama sekali tidak menghampakan dan bentuk ikon juga tersusun kemas.", "Bersamanya adalah penggunaan cip pemproses Kirin 970 digandingkan bersama RAM 8GB dan storan dalaman 128GB – menjadikan penggunaan peranti lebih lancar. Telefon ini turut disertakan sokongan GPU Turbo yang dinaik taraf bagi kepuasan berganda yang cekap.", "Dalam ujian penanda aras yang dijalankan, kami mendapati telefon ini mencatatkan sebanyak 1773 mata untuk ujian tunggal dan 6367 mata untuk ujian pelbagai teras. Manakala, ujian antutu pula HUAWEI Nova 4 mencatatkan skor sebanyak 195012 mata.", "Bateri sebesar 3,750 mAh disertakan pada telefon ini bersama sokongan pengecasan pantas 18W. Bagi pengecasan semula, kami mengambil masa sekitar 1 jam dan 50 minit untuk mencapai tahap penuh 100% menerusi USB-C. Pada penggunaan aktif, telefon ini mampu bertahan untuk sehari suntuk.", "Bagi sistem keselamatan, HUAWEI Nova 4 menyertakan dua kaedah menerusi fungsi imbasan cap jari dan pengecaman wajah. Kami mendapati kedua-dua sistem keselamatan ini dilihat berfungsi dengan pantas dan responsif.", "Sedia maklum, HUAWEI Nova 4 tersedia dalam dua varian iaitu versi asas : 20MP + 16MP (Ultra-Wide) + 2MP dan versi tinggi : 48MP + 16MP (Ultra-Wide) + 2MP. Namun, hanya versi asas sahaja yang ditawarkan untuk pasaran tempatan.", "Penangkapan kamera utama lebih luas melalui lensa bersudut lebar sehingga 117 darjah yang mana membolehkan pengguna memuatkan lebih banyak subjek untuk dimuatkan ke dalam gambar tanpa berganjak ke belakang daripada sesuatu lokasi.", "Selain itu, kamera utama juga membawakan keupayaan yang baik sekaligus dilihat mampu menghasilkan foto dengan jelas dan teliti. Warna terhasil juga kelihatan hidup dengan perwarnaan yang selesa untuk dilihat.", "Penampilan sensor 25MP untuk kamera swafoto turut menjadi taruhan pada model kali ini bagi penghasilan foto selfie atau melakukan video call dengan lebih cantik. Sokongan kecerdasan buatan turut tersedia pada kedua-dua kamera.", "Kualiti kamera hadapan dilihat membawakan keperincian swafoto yang tajam dan foto yang terhasildilihat cukup terang. Tidak ketinggalan, telefon ini turut hadir dengan kebolehan potrait mode pada kamera swafoto bagi menjadikan foto anda kelihatan lebih menarik.", "Terdapat juga fungsi AR Lens menawarkan karakter emoji comel – boleh dikawal dengan hanya menggunakan wajah. Turut disertakan ciri-ciri terbaru HUAWEI Hivision : AI Shopping, AI Calorie dan sebagainya.", "Bagi rakaman video, telefon ini bukan sahaja menyokong resolusi sehingga 4K, malah ia menyertakan sokongan penstabilan imej elektronik (EIS) – membolehkan rakaman diambil dengan lebih stabil. Melengkapi juga adalah fungsi gerak perlahan sehingga 480 fps.", "Ciri menarik lain termasuk :  fungsi video ringtone –  membolehkan pengguna membuat rakaman video pendek dan menetapkannya sebagai nada dering. Selain itu, terdapat juga fungsi spotlight reel – membantu pengguna untuk membuat suntingan video pendek.  Berikut kami lampirkan hasil gambar daripada lensa HUAWEI Nova 4 :", "Secara keseluruhannya, telefon ini berada pada tahap yang baik. Reka bentuk dan ciri yang “fresh” dilihat mampu menarik perhatian peminat setianya. Bagi kami, telefon pintar ini turut dilengkapi dengan spesifikasi yang tidak boleh dipandang sebelah mata.", "Dengan aspek luaran dan dalamannya yang seimbang, boleh dikatakan ia mampu memenuhi citarasa ramai. Akhir kata, apa yang di tawarkan adalah baik. Bagi yang berminat, HUAWEI Nova 4 ditawarkan pada harga RM 1,899 dan ketersediaan bermula 14 Februari 2019." ]
https://ering.com.my/2020/12/indosat-ooredoo-menjalin-kerjasama-dengan-comviva-peneraju-dalam-penyelesaian-mobilti-untuk-mempercepat-pertumbuhan/
Indosat Ooredoo menjalin kerjasama dengan Comviva, peneraju dalam penyelesaian mobilti untuk mempercepat pertumbuhan
[ "Comviva akan menyampaikan platform analisis masa nyata generasi seterusnya.", "JAKARTA, Indonesia, 8 Disember 2020 /PRNewswire/ — Comviva, peneraju global dalam penyelesaian mobiliti dan Indosat Ooredoo, operator mudah alih terkemuka di Indonesia, mengumumkan sebuah perkongsian strategik hari ini.  ", "Perkongsian ini akan membantu memperkukuh keupayaan pemasaran mengutamakan pelanggan Indosat melalui penyelesaian automasi pemasaran dan analisis lanjutan berasaskan AI Comviva. PlatformMobiLytix™ Real Time Marketing akan memberikan inisiatif pemasaran saluran-omni yang terkini, mengikut konteks untuk meningkatkan nilai sepanjang hayat pelanggan dalam pasaran yang penuh dengan persaingan hari ini.", "MobiLytix™ Real Time Marketing ialah platform automasi pemasaran digital masa nyata yang berkuasa dengan skala membuat keputusan yang sangat besar, pemprosesan hal-hal rumit berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan keupayaan interaksi pelbagai saluran untuk membantu operator telekomunikasi mengubah inisiatif Pengurusan Nilai Pelanggan mereka.", "Yang pertama seumpamanya, Indosat juga menggerakkan penyelesaian Loyalty and Rewards MobiLytix™ Comviva yang merupakan suatu sistem Pengurusan Nilai & Kesetiaan Pelanggan bersepadu untuk mendorong program kesetiaan pelanggan secara aktif. Platform Realtime Marketing & Loyalty and Rewards yang digabungkan ini merupakan penyelesaian terbaik dalam industri untuk meningkatkan penyertaan pelanggan dan memacu transformasi digital.", "Vikram Sinha, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif, Indosat Ooredoo berkata, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Comviva dalam menyampaikan kempen pemasaran dan program kesetiaan kontekstual kepada 60 juta pelanggan kami. Selain meningkatkan penyertaan pelanggan, penyelesaian ini juga mempunyai potensi yang hebat untuk meningkatkan pendapatan melalui pengewangan data, yang berkemungkinan mampu mempercepatkan peningkatan tawaran perkhidmatan digital kami. Ini akan mendukung hasrat kami untuk menjadi peneraju digital di rantau ini.”", "Ritesh Singh, Ketua Pegawai Pemasaran, Indosat Ooredoo berkata “Perkongsian kami dengan Comviva telah membolehkan kami memperkasakan pelanggan dalam perjalanan digital mereka serta meningkatkan kepuasan dan pengekalan mereka melalui interaksi dan tawaran pelanggan yang diperibadikan. Ia bukan sahaja memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan kami, malahan membantu menjana peningkatan pendapatan yang signifikan kepada Indosat.”", "Manoranjan (Mao) Mohapatra, Ketua Pegawai Eksekutif, Comviva berkata, “Comviva telah mereka cipta platform analisis generasi seterusnya MobiLytix™ dengan mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh rakan kongsi operator telekomunikasi. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Indosat Ooredoo dalam menyokong perjalanan transformasi digital mereka dan memberikan pengalaman yang hebat kepada pelanggan mereka.”", "MobiLytix™ Real Time Marketing Comviva ialah sebuah platform pengurusan interaksi masa nyata generasi seterusnya yang memanfaatkan algoritma kecerdasan buatan (AI) canggih dan Pembelajaran Mesin untuk memacu peningkatan pendapatan untuk perniagaan. Platform ini menggunakan data urus niaga masa nyata bersama-sama gabungan profil pelanggan yang sangat banyak untuk memaksimumkan nilai pelanggan secara individu serta interaksi minimum mereka dengan penyedia perkhidmatan.", "MobiLytix Ô  Loyalty and Rewards ialah penyelesaian pengurusan kesetiaan yang komprehensif yang menyokong kitaran hayat program kesetiaan sepenuhnya dan memberi ganjaran kepada ekosistem rakan kongsi.", "Sundeep MehtaPerhubungan Awam & Komunikasi KorporatComviva Technologies Ltd.E-mel: pr@comviva.com", "Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Contracts Data Analytics" ]
https://ering.com.my/2016/05/kanak-kanak-10-tahun-menerima-usd-10000-dari-facebook-setelah-menggodam-instagram/
Kanak-Kanak 10 Tahun Menerima USD 10,000 Dari Facebook Setelah Menggodam Instagram
[ "Seorang penggodam muda dari Finland telah menerima hadiah berjumlah USD 10,000 (RM39,987.5) dari Facebook setelah beliau berjaya membongkarkan kelemahan sekuriti di dalam sistem Instagram.", "Penggodam itu baru sahaja berumur 10 tahun dan hanya mahu dikenali dengan nama Jani kerana ibu bapa beliau enggan mendedahkan secara terperinci butiran beliau atas dasar keselamatan. Jani menerima wang tersebut melalui program Facebook’s Bug Bounty yang menawarkan hadiah kepada mana-mana individu yang berjaya mendedahkan kelemahan aplikasi dan sistem yang terdapat pada mana-mana platform dimiliki Facebook.", "Jani memberitahu Facebook bahawa beliau menemui cara untuk memadamkan mana-mana komen yang ditinggalkan pengguna lain tanpa mencipta akaun. Tidak lama selepas itu Facebook menghubungi Jani dan mencipta satu akaun eksperimen dan menyuruhnya memadam komen yang terdapat di dalam akaun tersebut, dan siapa yang sangka kanak-kanak 10 tahun berjaya melepasi sistem sekuriti yang kompleks dan memadam komen.", "Oleh kerana penemuan beliau, Facebook telah memberikan hadiah bernilai USD 10,000 kerana kelemahan yang dibongkarkannya sangat besar dan boleh memberi impak kepada pengguna lain." ]
https://ering.com.my/2018/01/miliki-poin-samsung-rewards-apabila-berinteraksi-dengan-bixby-voice-hingga-15-april-2018/
Miliki Poin Samsung Rewards Apabila Berinteraksi Dengan Bixby Voice Hingga 15 April 2018
[ "Bixby merupakan fungsi pembantu digital terbaru yang diperkenalkan eksklusif oleh Samsung untuk peranti keluarannya. Kini bagi mendorong pemilik Samsung Galaxy S8, Galaxy S8+ dan juga Galaxy Note8 untuk menggunakan pembantu digital tersebut, Samsung telah menawarkan satu ganjaran hebat dengan menawarkan poin untuk Samsung Rewards setiap kali pengguna berinteraksi dengan Bixby Voice.", "Ganjaran ini walau bagaimanapun hanya ditawarkan untuk tempoh terhad iaitu bermula dari 16 Januari yang lalu sehinggalah 15 April 2018 nanti. Pemilik tiga model yang dinyatakan itu hanya perlu mendaftar sebagai pengguna Bixby menggunakan akaun Samsung dan Poin Pengalaman (XP) akan diterima setiap kali soalan diajukan, memberi maklum balas untuk memperbaiki perkhidmatan Bixby, dan juga apabila anda mengajar Bixby frasa baru.", "Dengan poin Samsung Rewards yang telah berjaya dikumpul, pengguna layak untuk menebus pelbagai ganjaran menarik yang tersedia di dalam katalog yang disediakan." ]
https://ering.com.my/2021/01/celcom-memaju-digitalisasi-bagi-pengusaha-di-malaysia-dengan-perkhidmatan-cloud-suite/
Celcom Memaju Digitalisasi Bagi Pengusaha Di Malaysia Dengan Perkhidmatan Cloud Suite!!
[ "Celcom Axiata Berhad (Celcom) memperkenalkan Celcom Cloud Suite, iaitu perkhidmatan pengkomputeran awanan bagi perusahaan yang berpatutan serta memfokuskan Infrastruktur sebagai Perkhidmatan (IaaS) dan Platform sebagai Perkhidmatan (PaaS), untuk memacu adaptasi digital di kalangan perusahaan dan perniagaan tempatan.  ", "Celcom berkolaborasi dengan Microsoft Malaysia untuk membawa solusi yang dipercayai ini, yang menggabungkan alat dan platform untuk aplikasi, infrastruktur, penyimpanan data, rangkaian perisian, keselamatan dan pengalaman pelaksanaan yang lancar dengan kelebihan pemulihan semula laman yang diyakini. Perkhidmatan ini memberikan potensi untuk pemilik perniagaan melakukan transformasi dalam operasi perniagaan mereka, dan perkhidmatan ini ditawarkan dengan barisan solusi yang canggih melalui kit digital sehenti Celcom, iaitu Celcom Business Suite™. ", "Solusi pengkomputeran awanan yang berprestasi tinggi dan berpatutan ini membolehkan perusahaan untuk melaksanakan optimisasi proses perniagaan yang pantas kerana ia begitu mudah untuk diaplikasi dan fleksibel untuk pemilik perniagaan menambah kapasiti dan ciri-ciri yang diperlukan pada bila-bila masa, serta didatangkan dengan perkhidmatan sokongan teknikal 24 jam. Perkhidmatan ini juga akan mengurangkan keperluan sumber IT tambahan dan lebih efektif dari segi kos. Ia turut membantu dalam tugas jarak jauh kerana ia boleh diakses oleh sesiapa dalam organisasi tersebut setiap waktu dan di mana-mana sahaja. ", "Pemilik perniagaan di Malaysia kini boleh menyesuaikan dan menetapkan Celcom Cloud Suite mereka mengikut keperluan perniagaan dengan pakej berikut: ", "Membolehkan perniagaan Mikro dan PKS untuk mengubah dan menambahbaik operasi perniagaan mereka dengan pantas dan mudah dengan adaptasi pengkomputeran awan, menyediakan pengguna dengan akses kepada pengkomputeran awan di mana-mana dan bila-bila masa dengan keperluan penstoran 50TB dan lebar jalur sehingga 100GB. ", "Sesuai bagi perusahaan saiz sederhana dan PKS yang ingin lebih berdaya saing dalam optimisasi perniagaan melalui transformasi digital, pemodenan infrastruktur, dan pengurusan penstoran lancar dengan spesifikasi sistem yang diperlukan oleh perniagaan pada kapasiti penstoran 450TB dan lebar jalur sehingga 100GB.", "Dikhususkan untuk organisasi dan perniagaan lebih besar yang memerlukan sistem penstoran legasi tanpa mengeluarkan kos yang tinggi. Data lebih mudah diakses dari mana-mana dan pada bila-bila masa dengan data Protech Corporate yang menyediakan ciri keselamatan, ketersediaan tinggi, dan daya tahan. Ia disediakan bagi kegunaan perniagaan daripada 450TB, RAM sehingga 64GB, penstoran sementara sehingga 400GB dan lebar jalur sehingga 100GB" ]
https://ering.com.my/2021/10/reviu-eksklusif-peranti-samsung-galaxy-a22-dengan-kapasiti-bateri-5000mah-berbaloikan-untuk-dimiliki/
Reviu Eksklusif: Peranti Samsung Galaxy A22 Dengan Kapasiti Bateri 5000mAh!! Berbaloikan Untuk Dimiliki??
[ "Pastinya pada ketika ini, ramai yang mencari peranti 5G pada harga yang sangat berpatutan. Jangan bimbang, di tangan min sekarang ini adalah Samsung Gaaxy A22. Tapi sejauh mana kehebatannya?? Jom kita lihat!!!", "Apa yang menarik mengenai SAMSUNG Galaxy A22 5G ini adalah peranti ini tampil dengan permukaan belakang yang sedang untuk dipegang tanpa meninggalkan cap jari. apa yang penting, lengkungan di bahagian memudahkan anda untuk memegang peranti ini.", "Min mendapat warna Mint yang sangat lembut. Bagi mereka yang menyukai warna sepertinya, pastinya akan jatuh cinta dengan peranti ini. Ketika anda memegang peranti ini juga sangat selesa, cengkaman anda pastinya lebih baik ketika memegang peranti ini.", "Menariknya mengenai peranti ini, ia hadir dengan Paparan Infinity-U 6.4 inci di Galaxy A22 dan lihat apa yang anda hilang. Terima kasih kepada paparan HD + Super AMOLED dan 600 nits untuk kejelasan, kandungan harian anda kelihatan tajam, tajam dan menakjubkan. Plus, Real Smooth menjadikan paparan lancar, sama ada anda sedang bermain atau menatal. Tiada lag, dan warna yang terhasil sangat baik serta puas dari segi tontonan sama ada video mahupun bermain game.", "Bateri 5000mAh cukup untuk semua orang menggunakan peranti ini sepanjang hari. Menonton YouTube selama 1 jam, kuasa bateri turun dari 60% menjadi 51%, dan hanya menggunakan 9% kuasa dalam 1 jam. Jadi, anda tidak akan menpunya sebarang masalah ketika melakukan sebarang aktiviti harian.", "Lensa utama 48MP + 8MP + 2MP + 2MP pastinya sangat praktikal.. Lensa sudut lebar lebar dapat mengambil pemandangan yang indah, dan lensa kedalaman medan dapat mengaburkan latar belakang apabila perlu untuk mengetengahkan subjek.", "Kualiti gambar yang terhasil sangat baik khususnya bagi penghasilan warna dan kketajaman gambar. Bagi peranti dalam kelas ini, ia sangat bagus. Bagi mereka yang suka merakam gambar, pastinya anda akan leka merakam gambar menggunakan peranti ini. ", "Galaxy A22 menggabungkan kuasa pemprosesan Octa-core dengan RAM hingga 6GB untuk prestasi pantas dan cekap. Nikmati storan dalaman 128GB dan tambah sehingga 1 TB lebih banyak dengan kad microSD.", "Kami telah menguji peranti ini menggunakan Geekbench 5. Hasil dapat ujian ini mendapati ia berada pada paras yang baik. Ia mempamerkan kehebatan dan kelancaran speerti yang diharapkan pada peranti bagi kelas ini.", "Ciri terbesar SAMSUNG Galaxy A22 5G ialah ia mempunyai bateri besar 5000mAh, yang sesuai untuk orang yang mempunyai kehidupan yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk mengisi ulang. Harganya hanya RM999. Sekiranya anda tidak mempunyai banyak bajet, tetapi anda mahu membeli telefon yang tahan lama dan tahan lama., SAMSUNG Galaxy A22 5G mungkin patut dipertimbangkan!" ]
https://ering.com.my/2018/12/pecah-rekod-siri-huawei-matebook-terjual-lebih-daripada-1000-unit-dalam-hanya-2-bulan/
Pecah Rekod: Siri HUAWEI MateBook Terjual Lebih Daripada 1,000 Unit Dalam Hanya 2 Bulan!
[ "Mula diperkenal pada Februari 2018, kehadiran Siri HUAWEI MateBook ternyata mendapat perhatian dan disambut baik oleh ramai pengguna di seluruh dunia.", "Namun apa yang lebih mengujakan, jualan siri HUAWEI MateBook dikatakan pecah rekod apabila berjaya terjual lebih daripada 1,000 unit dalam tempoh hanya 2 bulan dan Malaysia merupakan negara yang paling berjaya mencapai rekod terbaik sepanjang masa!", "Di samping itu, HUAWEI MateBook X Pro kini boleh didapati di lebih 60 negara lain di seluruh negara yang mana meliputi Eropah, Amerika Utara dan Selatan, Lautan Pasifik dan Afrika.", "Tidak hanya terhenti di situ, komputer riba pertama di dunia yang hadir dengan paparan sentuh Fullview ini turut menerima banyak pengiktirafan daripada pelbagai pihak terkemuka termasuklah anugerah ‘Best of MWC 2018’", "Bagi yang berminat,  siri HUAWEI MateBook kini sudah boleh didapati melalui kedai rasmi atas talian HUAWEI atau gedung membeli belah atas talian lain seperti Lazada pada harga seperti di bawah :" ]
https://ering.com.my/2016/11/orang-malaysia-memang-ohsem-menurut-spotify/
Orang Malaysia Memang Ohsem, Menurut Spotify
[ "Dari piring hitam ke kaset, beralih pula kepada CD untuk beberapa dekad sebelum diambil alih pula format MP3, industri muzik sememangnya berubah mengikut perkembangan teknologi, dan kini muzik streaming pula mengambil tempat utama di dalam pasaran. Untuk mengenali corak perubahan pasaran, Spotify meminta penyelidik pasaran global, TNS untuk menjalankan kajian tren pasaran pengguna.", "Dengan lebih 2,000 responden di Malaysia dan 15 saluran radio terlibat dalam kajian ini, TNS mendapati orang Malaysia merekodkan statistik muzik streaming yang sangat tinggi. Pengguna Spotify yang aktif Malaysia adalah mereka yang berada di lingkungan umur 15 sehingga 64 tahun.", "Pengguna Spotify di Malaysia juga adalah antara golongan yang celik digital, di mana golongan ini lebih cenderung untuk membeli barangan dalam bentuk digital dan juga menggunakan stor atas talian untuk mendapatkan barangan keperluan." ]
https://ering.com.my/2018/10/lg-v40-thinq-kini-rasmi/
LG V40 ThinQ Kini Rasmi Dengan 5 Kamera, Paparan OLED 6.4″ QHD+ & Tahan Lasak
[ "LG V40 ThinQ dengan lima kamera telah dilancarkan secara rasmi sekaligus menjadikan ia telefon pintar pertama di dunia dengan sokongan tiga kamera utama yang meliputi lensa utama, sudut luas, dan telefoto.", "Kamera belakang telah dimuatkan dengan sensor 12MP f/1.5 bersaiz 1.4um – lebih besar berbanding model terdahulu LG G7 dan V35. Sensor ini juga turut dibantu dengan fungsi penstabilan imej optikal yang telah dinaik taraf malah ini adalah yang pertama keluaran LG yang menyokong fungsi Dual Pixel autofocus. Pada sensor telefoto, LG meletakkan kamera 12MP f/2.4 yang menyokong zum sehingga 3-kali. Pada sensor ketiga pula, ia masih menggunakan kamera 16MP yang sama daripada LG G7 iaitu seluas 107-darjah.", "Ketiga-tiga kamera ini menyokong penstabilan imej digital dan HDR untuk rakaman video. Selain itu, ia menawarkan sokongan Triple Shot untuk merakam tiga gambar sekaligus disamping sokongan video 4K pada 60fps dan gerak-perlahan 1080p pada 240fps. Sementara pada kamera depan, LG V40 ThinQ hadir dengan dwi-kamera depan 8MP f/1.9 dan 5MP f/2.2 yang menyokong penggambaran bokeh dan efek pencahayaan studio.", "Paparan pada peranti ini menyediakan skrin bertakuk OLED bersaiz 6.4-inci FullVision beresolusi QHD+. Kerangka badan pula diiktiraf MIL-STD-810G dan IP68 yang boleh menyelam ke dalam air tanpa masalah.", "LG V40 ThinQ dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 845, 6GB RAM dengan dua pilihan memori dalaman iaitu 64GB dan 128GB. Bagi melengkapkan spesifikasi, ia dibekalkan bateri sebesar 3,300mAh dan sambungan USB Type-C yang menyokong Quick Charge 3.0.", "LG V40 ThinQ dikemaskan dengan empat pilihan warna iaitu New Aurora Black, New Platinum Gray, New Moroccan Blue dan Carmine Red. Buat masa sekarang, tiada maklumat untuk pasaran Malaysia setakat ini." ]
https://ering.com.my/2018/03/nokia-2-berharga-rm429-peranti-dengan-bateri-tahan-sehingga-2-hari/
Nokia 2 Berharga RM429 – Peranti Dengan Bateri Tahan Sehingga 2 Hari
[ "Pada November tahun lepas, HMD global telah melancarkan peranti kelas permulaan mereka iaitu Nokia 2. Hari ini, ia telah dibawa ke pasaran Malaysia dengan menampilkan bateri berkapasiti besar. Menurut HMD, peranti ini mampu memberikan penggunaan bateri sehingga 2 hari dengan sekali pengecasan.", "Agak kecil jumlah peranti di pasaran yang membekalkan bateri yang besar, dengan Nokia 2 ia menyediakan bateri berkapasiti 4,100mAh malah, dipadankan bersama rekaan badan yang ergonomik serta warna dua tona yang menarik.", "Nokia 2 digabungkan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon. Paparan menyediakan skrin bersaiz 5-inci LCD HD dengan sistem operasi Android Nougat – disahkan menerima Android 8.0 Oreo tidak lama lagi.", "Pada jabatan kamera, ia menempatkan sebuah lensa 8 Megapiksel pada panel belakang manakala 5 Megapiksel untuk kamera swafoto. Jika jumlah gambar melebihi kapasiti memori yang disediakan, pengguna boleh menambah kad microSD.", "Nokia 2 terdapat dalam pilihan warna Pewter/White, Pewter/Black, dan Cooper/Black dengan harga RM429 seunit. Nokia 2 boleh didapati di kebanyakan penjual sah seluruh Malaysia." ]
https://ering.com.my/2016/04/moto-g4-rekaan-pertama-dari-lenovo/
Moto G4, Rekaan Pertama Dari Lenovo?
[ "Satu maklumat telah bocor di sebuah laman sesawang dari Perancis berkenaan kehadiran Moto G4 yang bakal menggantikan generasi G (2015). Jika benar, ia adalah produk Motorola pertama yang dihasilkan di bawah jenama Lenovo. Siri pertama Moto G telah diperkenalkan pada November 2013, selepas itu setiap tahun generasi G akan diperkenalkan dengan spesifikasi yang dinaiktaraf sehingga ke model terbaru Moto G (2015).", "Jika dilihat daripada gambar yang dikongsikan, bahagian belakang peranti ini masih mengekalkan penggambaran utama dan LED flash yang sama pada Moto G (2015). Namun, terdapat tambahan dua bulatan di atas kamera sepertinya sokongan auto fokus laser. Gambar bahagian hadapan juga dikongsikan yang seakan-akan Galaxy Nexus. Butang fizikal Home menyokong fungsi pengesan cap jari, manakala lubang yang terdapat di sebelah butang fizikal Home adalah mikrofon kedua. Namun begitu, Moto G4 kini tidak lagi menampilkan speaker stereo seperti versi sebelumnya." ]
https://ering.com.my/2020/10/oppo-reno2-berharga-hanya-rm999-bersempena-11-11-jom-chup-dulu-di-lazada/
OPPO Reno2 Berharga Hanya RM999 Bersempena 11.11!!! – Jom Chup Dulu Di Lazada!!!
[ "Jika anda ingin memiliki peranti OPPO Reno2, anda perlu teruja kerana anda boleh memiliki peranti ini pada harga RM999!!! bersempena 11.11 yang bakal menjelang tidak lama lagi.", "Apa yang perlu anda lakukan adalah anda hanya perlu Chup Dulu di Lazada dengan membayar pendahuluan RM99 yang mana anda boleh lakukan sehingga 10 November Ini.", "Kemudia, pada 11 November, anda boleh membayar bakinyai iaitu RM900 selepas jam 2 pagi. Kemudia OPPO Reno2 menjadi milik anda." ]
https://ering.com.my/2021/05/hotforex-menawarkan-rakan-kongsi-dengan-ganjaran-program-revshare/
HotForex Menawarkan Rakan Kongsi Dengan Ganjaran Program RevShare+
[ "PORT LUIS, Mauritius, 24 Mei 2021 /PRNewswire/ — Setelah menawarkan ganjaran Rakan Kongsi yang dapat ditunaikan dari kumpulan hadiah bernilai $2,000,000 untuk Ulang Tahun 10 Tahunnya, broker pelbagai-aset global HotForex kini melancarkan RevShare+, sebuah program baru yang direka untuk membawa ganjaran khusus Rakan Kongsi HotForex yang lebih lumayan daripada sebelumnya dan membantu mereka meningkat pendapatan mereka dengan bonus tambahan setiap bulan!", " RevShare+ Bonus Tambahan Sehingga &5000 Setiap Bulan", "Rakan HotForex boleh memilih untuk menyertai program RevShare+ dan memperoleh bonus tambahan setiap bulan, di atas komisen rakan kongsi mereka yang ada.", "Terdapat lima ganjaran RevShare+ dalam program ini dan peserta dapat menerima bonus bulanan hingga $5000!", "Setiap Ganjaran diperoleh apabila rakan kongsi memenuhi syarat minimum bulanan dari segi pelanggan baru, lot yang diperdagangkan dan aliran tunai. Rakan kongsi pada dasarnya mengambil potensi ganjaran di tangan mereka sendiri – seberapa cepat mereka memperoleh ganjaran secara langsung dengan seberapa cepat mereka memenuhi syarat.", "Jurucakap HotForex mengulas mengenai program ganjaran baru: “Kami mahu Rakan Kongsi kami memperoleh pulangan yang mereka layak kerana kesetiaan mereka dan kerana menjadi rakan HotForex yang dihargai. Untuk ini, kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan rangkaian promosi kami untuk memberi mereka peluang untuk menerima banyak penghargaan dari saat mereka bekerjasama dengan kami, hingga setiap langkah yang mereka buat. Dengan RevShare+ Rakan Kongsi kami dapat meningkatkan pendapatan mereka dan mula mengembangkan perniagaan mereka dengan bonus tambahan setiap bulan, di atas komisen standard mereka. “", "Lawati laman web HotForex hari ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai RevShare +.", "HotForex adalah broker pilihan pelbagai-aset yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk lebih daripada 2.5 juta akaun langsung di seluruh dunia yang telah memperoleh lebih daripada 45 anugerah industri yang didambakan dalam sejarah sepuluh tahunnya. Syarikat ini menawarkan pelbagai jenis akaun, produk inovatif, platform, alat dan sumber pendidikan selain perkhidmatan pelanggan yang luar biasa dan keadaan perdagangan yang tiada tandingannya untuk memudahkan individu dan pelanggan institusi untuk berdagang Forex dan CFD dalam talian.", "Hubungi: HF Markets Ltd, marketing@hotforex.com, +44-2030978571", " Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Financial Technology " ]
https://ering.com.my/2020/10/honor-magicbook-14-8gb-256gb-kini-berharga-rm2299-sahaja/
HONOR MagicBook 14 8GB + 256GB Kini Berharga RM2299 sahaja!!!!
[ "Berita baik!!! HONOR hari ini mengumumkan harga baharu bagi HONOR MagicBook 14 8GB + 256GB adalah berharga RM2299 sahaja!!!!", "Peranti ini tersedia bagi warna Mystic Silver dan tersedia di laman sesawang e-commerce , Hihonor, HONOR Experience Stores (HES) dan HONOR’s official store di Shopee dan Lazada.", "Peranti ini telah dilancarkan pada Julai dan pada ketika itu ia dijual pada harga RM2499 dan telah sold out ketika jualan pertama pra-tempahan dalam masa sehari." ]
https://ering.com.my/2019/09/melepasi-pengesahan-sirim-vivo-v17-pro-bakal-tiba-pada-oktober-kelak/
Melepasi Pengesahan Sirim – vivo V17 Pro Bakal Tiba Pada Oktober Kelak?
[ "Sebelum ini kami ada berkongsi sebuah artikel berkaitan pewaris baru vivo iaitu vivo V17 Pro. Di bawah kod nama vivo 1901, peranti ini dilihat telah memasuki pangkalan data SIRIM dan bakal tiba di Malaysia pada Oktober kelak!", "Vivo Malaysia juga telah mengacah di Facebook rasmi mereka dengan slogan “Shoot Beyond Limits” dan “6 Cameras, Perfect Shot” – sekaligus menguatkan lagi spekulasi bahawa vivo V17 Pro bakal didatangkan dengan kamera hadapan dual Pop-Up sebesar 32MP dan AI Quad kamera di belakang. Maklumat lanjut, layari vivo Malaysia." ]
https://ering.com.my/2018/07/digi-bakal-perkenalkan-pelan-internet-tanpa-had-pada-harga-bulanan-rm38/
Digi Bakal Perkenalkan Pelan Internet Tanpa Had Pada Harga Bulanan RM38?!
[ "Syarikat telco yang menawarkan pelan Internet tanpa had dengan bayaran bulanan mampu milik pasti menjadi pilihan pengguna di Malaysia. Sebelum ini, U Mobile hadir dengan pelan Internet tanpa had ‘Giler Unlimited’ bersama bayaran bulanan RM30 sebulan.", "Seakan tidak mahu ketinggalan, Digi pula dikhabarkan akan memperkenalkan pelan baru seakan sama dengan U Mobile tetapi dengan komitmen bulanan sedikit mahal iaitu RM38 sebulan.", "Berita ini mula timbul apabila seorang pengguna Community Forum telah memuat naik gambar tersebut di laman sesawang Digi untuk bertanyakan berkenaan pelan tersebut. Walaupun begitu, maklumat lanjut mengenai pelan ini masih belum diumumkan oleh Digi. Sama-sama kita nantikannya!" ]
https://ering.com.my/2018/07/pandang-pertama-fizikal-huawei-mediapad-m5/
[Pandang Pertama] Fizikal Huawei MediaPad M5
[ "Huawei MediaPad M5 dan M5 Pro telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia sebentar tadi. Sebelum melihat reviu penuh mengenai peranti ini, apa kata kita lihat rekaan fizikal MediaPad M5 terlebih dahulu, yang mana menyokong paparan skrin 2K berukuran 8.4 inci dengan resolusi 2560 x 1600 piksel.", "#01 Menampilkan paparan skrin 2K berukuran 8.4 inci HD IPS dengan resolusi 2560 x 1600 piksel.", "#02 Panel belakang dilengkapi lensa utama 13 Megapiksel yang sedikit timbul serta tulisan Huawei.", "#03 Di bahagian bawah panel belakang terdapat tulisan Harmon Kardon.", "#04 Bahagian atas hanya kelihatan lubang speaker dan juga jalur antena.", "#05 Manakala bahagian bawah juga kelihatan dua speaker dan ditengah-tengahnya terdapat USB Type-C bagi tujuan pengecasan.", "#06 Kamera swafoto beresolusi 8 Megapiksel berada ditengah-tengah paparan skrin.", "#07 Butang Home pada MediaPad M5 ini masih dikekalkan yang mana terletak dibawah paparan skrin.", "#08 Sisi kanan menempatkan butang popular iaitu butang laras volume serta butang kuasa.", "#09 Sisi kiri pula agak kosong kerana hanya terdapat slot untuk kad Nano SIM dan kad tambahan microSD.", "#10 Huawei MediaPad M5 pastinya memberi kepuasan kepada pengguna apabila bermain permainan mudah-alih." ]
https://ering.com.my/2021/02/nikmati-tawaran-diskaun-sehingga-60-yang-kaw-kaw-bagi-peranti-oneplus-di-lazada-shopee/
Nikmati Tawaran Diskaun Sehingga 60% Yang Kaw-Kaw Bagi Peranti OnePlus Di Lazada & Shopee!!
[ "OnePlus Malauysia telah menyedia pelbagai promosi menari kbuat peminatnya di OnePlus Lazada Flagship Store di LazMall dan OnePlus Official Shopee Store di Shopee Mall.", "Menariknya, peminat boleh mendapatkan produk OnePlus kegemaran mereka dengan diskaun yang kaw-kaw!!! Berikut antara produk yang boleh anda miliki!!", "Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang OnePlus , Facebook atau Instagram" ]
https://ering.com.my/2020/11/385846/
Controller PS5 Boleh Digunakan Untuk Bermain Game Di Steam!!!
[ "Ada sesuatu yang menarik mengenai controller PlayStation 5 apabila ia boleh digunakan untuk bermain game di PC bagi Steam.", "Controller yang mempunyai dual sense ini boleh digunakan ketika bermain game di Steam kerana ia akan dihubungkan kepada Steam Input API. Jadi kawalan seperti rumble, gyro dan sebagainya boleh dilakukan.", "Jadi, adakah sudah excited mencuba controller ini adalah lebih tepat lagi, teruja menantikan PlayStation 5 ini!!" ]
https://ering.com.my/2020/06/honor-30-lite-bakal-dilancar-2-julai-ini-tampil-dengan-sokongan-5g/
HONOR 30 Lite Bakal Dilancar 2 Julai Ini? – Tampil Dengan Sokongan 5G?
[ "Peranti terbaharu daripada HONOR yang dikenali sebagai HONOR 30 Lite bakal dilancarkan pada 2 Julai ini!", "Peranti ini dikahabarkan bakal tampil dengan sokongan rangkaian 5G! Ia turut tampil denan memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 256GB.", "Bagi kamera pula, ia bakal tampil dengan fungsi 3 kamera iaitu 48MP + *MP + 2MP. Kamera hadapan pula adalah 16MP. Menariknya, skrin yang dihadirkan adalah 6.5″ Full HD LCD.", "Namun bagi spesifikasi rasmi, perlu kita tunggu pada hari pelancarannya kelak." ]
https://ering.com.my/2021/06/techman-robot-sediakan-kursus-ai-percuma-di-asia-tenggara/
Techman Robot Sediakan Kursus AI Percuma di Asia Tenggara
[ "TAIPEI, 30 Jun 2021 /PRNewswire/ — Untuk mengatasi cabaran yang dibawakan oleh pandemik COVID-19, industri pengilangan benar-benar perlu meningkatkan usaha dan berubah dengan menerapkan penyelesaian yang lebih standard, automatik dan pintar. Kecerdasan buatan, AI tanpa ragu lagi ialah teknologi utama di sini. Itulah sebabnya mengapa SEA (Southeast Asia) Taiwan AI College mengubah pengalaman pengeluaran AI daripada syarikat ICT terkemuka, Techman Robot, menjadi kursus dalam talian percuma. Ia bukan hanya akan melatih bakat AI penting dalam akademik dan industri di Asia Tenggara, malah juga membantu keperluan transformasi digital syarikat-syarikat Taiwan di sana.", " Techman Robot sediakan kursus AI percuma di Asia Tenggara", "Mulakan Kursus AI dengan Syarikat Robot Kolaboratif Kedua Terbesar di Dunia: Alami Penggunaan AI dan RobotRobot kolaboratif yang didayakan AI memainkan peranan penting dalam menjadikan penyelesaian AI tersebar dengan lebih luas di dunia. Techman Robot, yang akan memulakan kelas-kelasnya dalam bulan Julai, bukan sekadar jenama robot kolaboratif kedua terbesar di dunia, malah juga perintis dalam menggabungkan visi AI dengan visi mesin terbina dalam pengeluaran.", "TM AI + ialah penyepaduan mesin tradisional dan visi AI maju yang pertama dalam industri dalam satu sistem robotik. Tanpa memerlukan pengawal tambahan, masa dan wang yang diperlukan dalam penyepaduan yang lalu telah dikurangkan dengan ketara. Visi mesin terbina dalam Robots bersepadu dengan kamera perindustrian yang ringan dan unsur pengesan untuk menangkap imej. Teknologi pembelajaran mendalam AI juga digabungkan agar dapat mengesan bentuk, jenis dan warna sesuatu objek dengan tepat sebagai satu cara untuk meningkatkan lagi kecekapan dan kesukaran pemeriksaan dalam pengeluaran automatik, meningkatkan pemeriksaan dan ketepatan kualiti dalam industri yang berbeza.", "Dalam kursus Bahasa Inggeris dalam talian 11 jam percuma ini, Techman Robot akan memimpin pelajar untuk meneroka fungsi dan aplikasi asas AI, dan membantu mereka mempelajari dua fungsi utama AI: klasifikasi dan pengesanan. Kursus ini mempunyai banyak latihan praktikal. Para pelajar akan diarahkan untuk mengumpul sampel mereka sendiri melalui platform TM AI+ Techman Robot dan mencipta projek latihan AI, dan menggunakannya untuk melaksanakan ramalan AI pada akhir kuliah.", "Dua Pensijilan untuk Membawa Kerjaya Anda ke Peringkat SeterusnyaSertai Kami Sama Ada Anda dari Industri atau SekolahPara peserta yang menyelesaikan sekurang-kurangnya 80% daripada kelas-kelas akan dianugerahkan dengan sijil kursus sebelas jam pertama SEA Taiwan AI College. Mereka yang menamatkan kursus dan lulus latihan AI Techman Robot akan mendapat satu lagi sijil TM AI+, dan akan diberi keutamaan untuk mendapat tawaran latihan amali atau pekerjaan di ibu pejabat Taiwan Techman Robot. Mereka juga berpeluang menjadi calon utama untuk menjadi salah seorang daripada pengedar luar negara Techman Robot. ", "Semua kursus dalam talian SEA Taiwan AI College terbuka untuk sesiapa sahaja yang berminat secara percuma. Anda tidak perlu memiliki pengetahuan latar belakang profesional dalam matematik atau algoritma untuk menyertai kursus ini. Pendaftaran adalah terhad, jadi mohonlah sekarang. Sila dapatkan pautan di sini: https://staic.tca.org.tw/", " Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Corporate Social Responsibility New products/services " ]
https://ering.com.my/2020/12/ezviz-c3x-kamera-sekuriti-pertama-dengan-2-lensa-kini-hadir-dijual-pada-harga-rm539/
EZVIZ C3X Kamera Sekuriti Pertama Dengan 2 Lensa Kini Hadir & Dijual Pada Harga RM539!
[ "EZVIZ kini telah memperkenalkan kamera sekuriti dengan 2 lensa pertama di dunia pada harga hanya RM539 sahaja!!", "Bagi mereka yang tidak mengetahui, C3X ini hadir dengan AI yang sangat berkuasa yang mana hadir dengan algorithm yang membenarkan kamera mengenalpasti individu yang bergerak, kenderaan dan dapat membezakan antara binanta dan objek lain.", "Ia juga hadir dengan Strobe light yang terbina dan siren yang boleh diaktifkan apabila ada pergerakan yang tidak diingini hadir." ]
https://ering.com.my/2019/12/vivo-s1-pro-kini-rasmi-tampil-dengan-kamera-48mp-dijual-pada-harga-rm1199/
vivo S1 Pro Kini Rasmi – Tampil Dengan Kamera 48MP & Dijual Pada Harga RM1,199
[ "Jenama peranti terkemuka vivo kini meneruskan langkah cemerlang tahun 2019 apabila telah memperkenalkan peranti terbaharu yang dikenali sebagai vivo S1 Pro, sebuah peranti yang mempunyai reka bentuk menarik yang dijual pada harga RM1,199.", "Peranti ini tampil eksklusif apabila dihadirkan dengan skrin bersaiz 6.38″ FHD+ Super AMOLED yang memberikan tontonan terbaik kepada pengguna.", "Hadir dengan sistem operasi Funtouch OS 9.2 berasaskan Android 9, ia menggunakan cip pemproses Snapdragon 665 yang turut dipadankan dengan aspek memori sebesar 8GB RAM dan 128GB ROM.", "Jika kita lihat dari aspek kamera pula, ia sememangnya luar biasa kerana ia dihadirkan dengan kamera utama 48MP (f/1.8) + 8MP Super Wide-Angle (f/2.2) + 2MP Super Macro (f/2.4) + 2MP Bokeh (f/2.4). Kamera hadapan pula disertakan dengan 32MP (f/2.0), hasil gambar pasti lebih menggiurkan.", "vivo S1 Pro ini juga tampil dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 4500mAh dan dihadirkan dengan pengecasan pantas 9V/2A.", "Jualan rasmi vivo S1 Pro bermula pada 7 Disember 2019, ia tampil dalam 2 varian warna menggoda iaitu Fancy Sky dan Knight Black. Anda boleh membuat pra-tempahan mulai hari ini di Shopee, Lazada, PrestoMall dan vivo Store. Sementara S1 Pro Superday turut menyediakan potongan menarik di samping lucky draw pada 7 Disember 2019, di Central i-City. So jangan terlepas peluang jika berminat." ]
https://ering.com.my/2016/07/viu-mencipta-rekod-di-indonesia/
Viu Mencipta Rekod Di Indonesia
[ "Bagi penggemar rancangan siri, drama dan lain-lain, jika anda masih belum mengenali servis video–on–demand Viu kini mungkin sudah tiba masanya anda mencuba kandungan yang dibawakan oleh mereka.", "Selepas sebulan dilancarkan di Indonesia, Viu sudah pun mencatatkan 25,000 jam masa tontonan dan berada di tangga kedua aplikasi Play Store, satu pencapaian yang memberangsangkan. Ini dapat dicapai kerana Viu menawarkan rancangan yang sangat dimahukan oleh pengguna, antara rancangan yang menjadi kegilaaan di Viu adalah Doctors, Uncontrollably Fond dan Descendants of the Sun.", "Selain Indonesia, servis Viu juga boleh dinikmati di Malaysia, Hong Kong, Singapore dan India." ]
https://ering.com.my/2017/08/meizu-m6-note-dilancarkan-bersama-snapdragon-625-dan-dwi-kamera/
Meizu M6 Note Dilancarkan Bersama Snapdragon 625 Dan Dwi Kamera
[ "Seperti yang dijadualkan, Meizu baru sahaja melancarkan sebuah telefon pintar kelas pertengahan dalam siri M iaitu Meizu M6 Note. Peranti ini juga hadir dengan set cip Snapdragon 625, sekaligus menjadikan ia yang pertama menggunakan cip buatan Qualcomm.", "Peranti ini memiliki paparan skrin 5.5 inci HD penuh dan pengimbas cap jari yang juga berfungsi sebagai butang Home. Kelengkapan dwi kamera juga menerima sensor 12 Megapiksel Sony IMX362 dengan aperture f/1.9 dan kamera sekunder 5 Megapiksel untuk efek bokeh. Penggambaran di dalam cahaya yang terhad turut dibantu oleh 4-LED flash. Manakala kamera depan pula dilengkapi sensor 16 Megapiksel bersama aperture f/2.0.", "Meizu M6 Note dioperasikan oleh Android 7.1.2 Nougat dan antaramuka Flyme OS 6.0 melalui bateri 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W mCharge.", "Meizu M6 Note didatangkan dalam tiga varian berbeza iaitu RAM 3GB/16GB, 3GB/32GB, dan 4GB/64GB, masing-masing dijual pada harga CNY1,099 (RM705), CNY1,299 (RM833), dan CNY1,699 (RM1,090). Peranti ini menyediakan pilihan warna seperti hitam, biru, dan emas." ]
https://ering.com.my/2016/10/selamat-tinggal-vine/
Selamat Tinggal Vine :(
[ "Twitter telah mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan Vine dengan aplikasi mobil menjadi korban pertama. Akses Vine masih lagi aktif ketika ini namun dijangkakan sekitar bulan hadapan atau tidak lama lagi, semua pengguna tidak lagi boleh mengakses media sosial berasaskan video itu.", "Langkah penutupan Vine dilihat satu lagi petanda bahawa Twitter sedang dilanda masalah. Baru-baru ini berita bahawa Twitter menghadapi masalah untuk mencari pelabur dan pembeli hangat diperkatakan, keadaan kewangan mereka menjadi punca utama ramai pembeli berpotensi menarik diri. Selepas Vine, dijangkakan lebih 300 pekerja Twitter pula akan hilang pekerjaan sebagai salah satu solusi Twitter untuk mengurangkan kos operasi." ]
https://ering.com.my/2018/11/anda-boleh-dapatkan-iphone-xr-dengan-harga-lebih-murah-di-jepun/
Anda Boleh Dapatkan iPhone XR Dengan Harga Lebih Murah Di Jepun!
[ "Sebelum ini kami ada berkongsi dengan anda mengenai penjualan iPhone terbaharu yang agak menurun jika dibandingkan dengan model iPhone terdahulu.", "Baca juga : Apple Bakal Menghasilkan Semula iPhone X, Kurangkan Pengeluaran iPhone Xs & Xs Max", "Terbaru, jika ingin membeli iPhone XR dengan harga murah anda boleh ke Jepun kerana harga iPhone XR kini diturunkan kepada 24,000 Yen (kira-kira RM886) berbanding 36,000 Yen (kira-kira RM1,330) sebelum ini. Tetapi ia datang bersama langganan NTT DoCoMo selama 24 bulan. Manakala komitmen bulan yang perlu dibayar adalah 2,457 Yen (kira-kira RM90.70) sebulan.", "Penurunan harga ini juga dilihat sebagai langkah untuk meningkatkan jualan iPhone XR yang kurang memuaskan semenjak ianya diperkenalkan. Walaupun Apple sendiri memaklumkan bahawa iPhone XR adalah sebuah telefon pintar mampu milik, pengguna di Jepun lebih berminat untuk membeli iPhone 8 dan 8 Plus berbanding iPhone Xs, Xs Max dan iPhone XR!" ]
https://ering.com.my/2017/12/harvey-norman-menawarkan-pelindungan-skrin-selama-1-tahun-hadiah-premium-edisi-terhad-untuk-pembelian-vivo-v7-v7/
Harvey Norman Menawarkan Pelindungan Skrin Selama 1 Tahun & Hadiah Premium Edisi Terhad Untuk Pembelian vivo V7 & V7+
[ "Ingin menghadiahkan telefon pintar terbaru keluaran vivo kepada orang tersayang? Harvey Norman ada sesuatu menarik untuk anda sempena hari Natal ini! Dengan setiap pembelian vivo V7 dan V7+ di mana-mana kedai Harvey Norman, pelanggan berpeluang mendapat pelindungan skrin selama 1 tahun bernilai RM211. Harvey Norman akan menggantikan skrin telefon pintar anda secara percuma jika berlaku sebarang kerosakan.", "Selain itu, vivo juga akan memberikan hadiah premium edisi terhad kepada pelanggan yang membeli telefon pintar swafoto dengan lensa depan 24 Megapiksel ini.", "Bukan itu sahaja, Harvey Norman turut menawarkan pelan pembayaran ansuran selama 24 bulan dengan 0% bunga, hanya untuk hari Natal ini! Tunggu apa lagi, cepat rebut peluang keemasan ini." ]
https://ering.com.my/2019/09/laptop-pc-dengan-serba-serbi-terbaik-ini-antara-yang-boleh-korang-consider-lets-check-this-out/
Laptop / PC Serba Serbi Terbaik! Dapatkan Serendah RM999! Check It Out~
[ "Sekarang ni kalau korang perasan, orang berlumba-lumba nak beli laptop dan PC. Almaklumlah, laptop / PC sekarang dah jadi macam satu keperluan. Kalau bercerita bab membeli, seronok memang seronok. Tapi, kalau salah beli memang merana. Nak nak pulak kalau laptop / PC tu tak dapat penuhi kriteria yang korang nak – menangis!", "So, hari ni kami nak share antara laptop / PC terbaik yang korang boleh consider. Memang nampak gah dan eksklusif. Percayalah! Dah la nipis, ringan pulak tu! Spec?! Hmm jangan cakaplah memang terkini beb! Design pun lawa, serba serbi baru. Baiklah mempersembahkan – JOI Book 80, JOI Book 100 & JOI Book 150 dan JOI All-In-One! Tapi, apa agaknya yang korang boleh expect dengan semua ni? Jom weiii kita usha-usha…", "CPU: Intel® Celeron N3350 Dual Core™ | Grafik: Intel® HD Graphics 500MHZ | Sistem Operasi: Windows 10 | RAM: 4GB LPDDR3 | Storage: 64GB | Hard Drive: M.2 SATA SSD sokong sehingga 512GB | Skrin: 12.5″ FHD IPS | Kamera: 2MP | Bateri: 30.4Wh | Berat: 1.63kg", "Hmm, saiznya tak terlalu besar dan kualiti binaan sangat premium. Tapi, apa yang penting ia ringan sekaligus menjimatkan ruang dan mudah di bawa ke mana-mana sahaja! JOI Book 80 sememangnya pilihan ideal dan sesuai untuk semua tugasan (multitasking) – tidak kira sama ada untuk kerja atau bermain.", "Dilengkapi skrin bersaiz 12.5” FHD IPS, ia dibina dengan paparan bezel nipis bersama nisbah skrin-ke-kerangka yang tinggi – Memang layan habis kalau begini kan? Pandangan korang pun confirm tak terganggu. Dikuasakan oleh Intel® Celeron N3350 dan dibantu Intel® HD Graphics 500MHZ – ia pastinya memberi pengalaman penggunaan lebih lancar dan hebat yang tiada tandingan. Fulamak mantap betul ni…", "JOI Book 80 didatangkan dalam dua pilihan warna “eye catchy” yang menarik seperti gold dan silver. Dengan memori 4GB LPDDR3 dan storan 64GB, serta hard drive M.2 SATA SSD yang mampu menyokong sehingga 512GB, korang boleh miliki laptop ini pada harga sangat affordable sesuai dengan bajet iaitu RM999 sahaja! Lebih menarik, ia juga disertakan jaminan waranti selama satu tahun.", "CPU: Intel® Celeron N3450 (JOI BOOK 100) / Intel® Celeron N4100 (JOI BOOK 150) | Grafik: Intel® HD Graphics 500 (JOI BOOK 100) / Intel® UHD Graphics 600 (JOI BOOK 150) | Sistem Operasi: Windows 10 | RAM: 4GB | Storage: 32GB | Hard Drive: M.2 SATA SSD sokong sehingga 512GB | Skrin: 14.1 ” IPS FHD | Kamera: 2MP | Berat: 1.35kg", "Memang slim! Superb…JOI Book 100 & 150 dibina dengan rekaan ultra nipis – jadi tak adalah beban sangat nak bawa kan? FUHH! Dengan binaan minimalis dan berkualiti tinggi, confirm korang akan menjadi tak keruan bila tengok laptop ni. Spec pun boleh tahan tau!", "Dikuasai sistem pemproses Intel® terkini, Intel® Celeron N3450 (JOI BOOK 100) / Intel® Celeron N4100 (JOI BOOK 150) – nikmati lebih prestasi berganda yang diperlukan untuk bekerja sambil berhibur. Selain itu, penawaran memori dan storan juga dilihat memadai untuk kegunaan korang dengan konfigurasi 4GB RAM bersama storan 64GB dan hard drive M.2 SATA SSD (sokong sehingga 512GB) – memudahkan lagi penyimpanan dokumen.", "Harga pun tak lah sampai kena jual buah pinggang pun, murah je gais! JOI Book 100 boleh dimiliki dengan harga RM1,199. Manakala, JOI Book 150 pula bernilai RM1,299. Setiap pembelian juga didatangkan dengan waranti selama satu. Tersedia dalam tiga pilihan warna : Grey dan Gold (JOI BOOK 150) dan Rose Gold (JOI BOOK 100).", "CPU: Intel® Celeron J3160 | Grafik: Intel® HD Graphics 400 | Sistem Operasi: Windows 10 | RAM: 4GB DDR3L (dikembangkan hingga 8GB) | Storage: 256GB SSD (dikembangkan hingga 1TB) | Skrin: 19.5″ HD LCD | Kamera: 2MP | Bateri: 65W | Berat: 2.9kg", "JOI All-In-One, sebuah laptop yang serba boleh (All-In-One) – tidak kira untuk kerja mahupun  tugasan harian, keperluan korang pasti dapat dicapai dalam sekelip mata! Dengan binaan skrin sebesar 19.5″ HD LCD bersama ruang bezel yang nipis, ia mampu menyajikan pengalaman PC yang menakjubkan dengan tontonan luar biasa. Bayangkan ditambah lagi dengan gabungan pemproses dan grafik terkini, pasti takkan mengecewakan korang – Bukan janji, tapi pasti!", "Dari segi penawaran memori pun tak nak kalah – 4GB RAM ditambah dengan storage sebesar 256GB , siap pakej boleh dikembangkan lagi! Cayalah, senanglah korang lepas ni. Tak pening lagi pasal memori. Pasal harga? Jangan risau, pasti mampu milik punyalah! RM1,499 disertakan jaminan waranti selama satu tahun! Berbaloi kan?!", "Aha! Okay kan? kan? kan? Kalau korang teringin, jangan lupa dapatkan hari ini juga! Borong banyak sikit okay?  Maklumat lanjut, boleh layari JOI Malaysia atau hubungi di talian 1-700-817-616." ]
https://ering.com.my/2016/08/samsung-galaxy-a3-a5-a7-edisi-2017-sudah-disahkan-kehadirannya/
Samsung Galaxy A3, A5 & A7 Edisi 2017 Sudah Disahkan Kehadirannya
[ "Siri A keluaran Samsung tidak dinafikan sering menjadi pilihan pengguna yang inginkan sebuah peranti yang tampil dengan rekaan menarik pada harga yang sederhana. Lebih menariknya, kemunculan siri A (2016) yang lalu telah memperlihatkan penambahbaikan yang amat baik apabila Samsung bukan sahaja mengguna pakai rekaan premium seperti Samsung Galaxy S6, tetapi siri ini juga turut didatangkan dengan pengimbas cap jari dan juga kamera yang dilengkapi teknologi OIS (Opticam Image Stabilization).", "Selepas tempoh lebih kurang sembilan bulan Samsung Galaxy A3, A5 dan A7 (2016) berada di pasaran, nampaknya kini telah disahkan bahawa Samsung bakal tampil dengan edisi terbaru 2017 untuk ketiga-tiga model tersebut.", "Berdasarkan kepada sumber yang diperolehi, ketiga-tiga model ini akan tampil dengan model SM-A320F, SM-A520F dan juga SM-A720F. Bahkan model SM-A520F juga baru-baru ini turut dilihat sudahpun berada dalam senarai import di India untuk tujuan percubaan sebelum ianya dilancarkan secara rasmi. Manakala dua model lagi dikatakan bakal melalui proses yang sama tidak lama lagi.", "Menurut maklumat yang didapati daripada ujian benchmark yang telah dijalankan pada Samsung Galaxy A5 (2017), ia bakal dioperasikan dengan Android 6.0.01 Marshmallow, dikuasakan dengan pemproses Octa Core Exynos 7880 dan juga menyokong RAM berkapasiti 3GB. Sebelum ini siri A (2016) telah diperkenalkan buat pertama kalinya pada Disember 2015 dan mula tersedia di pasaran pada Januari 2016 yang lalu. Jadi berkemungkinan besar siri A (2017) ini juga akan mula diperkenalkan pada penghujung tahun ini dan mula berada di pasaran pada awal tahun depan." ]
https://ering.com.my/2016/11/quran-companion-memorize-2016-memudahkan-pengguna-menghafal-ayat-al-quran-hanya-melalui-smartphone/
Quran Companion: Memorize 2016, Menghafal Ayat Al-Quran Lebih Mudah
[ "Terdapat beberapa aplikasi Al Quran yang boleh dimuat turun oleh pengguna hari ini, terbaru adalah Quran Companion: Memorize 2016. Aplikasi ini memudahkan pengguna menghafal ayat Al Quran hanya melalui smartphone sahaja. Lebih menarik, ianya berfungsi dengan menggunakan kaedah swipe, di mana selepas membaca dan mulakan hafalan pengguna boleh menyembunyikan sementara ayat yang ingin dihafal, kemudian swipe untuk menghilangkannya.", "Quran Academy Incturut bercadang memperkenalkan sokongan berkumpulan dan cabaran pada aplikasi ini untuk menjadikan proses hafalan lebih interaktif dan pada masa yang sama bertukar pendapat dengan rakan-rakan yang lain. Menawarkan antaramuka yang kemas, pengguna Android boleh mencuba sendiri aplikasi Quran Companion: Memorize 2016." ]
https://ering.com.my/2019/08/reviu-eksklusif-samsung-galaxy-note-10-peranti-raksasa-yang-versatil/
Reviu Eksklusif: Samsung Galaxy Note 10+ Peranti ‘Raksasa’ Yang Versatil!!
[ "Samsung baru sahaja melancarkan peranti perdana terbaharunya iaitu Samsung Galaxy Note 10+. Rekaan dan spesifikasi Peranti ini dikhabarkan antara peranti yang terbaik di pasaran pada ketika ini. Namun benar atau tidak jom kita lihat reviu peranti ini!!!", "Untuk pengetahuan, set reviu yang kami terima adalah bukan untuk pasaran malaysia. Jadi terdapat beberapa item yang turut dihadirkan bagi pasaran Malaysia antaranya sebuah clear cover case, 25W travel adapter, kabel C-to-C, S pen tip dan AKG type c earphone.", "Dari mata terus ke hati, begitulah yang mengambarkan betapa elegan rekaan peranti ini. Tampil dengan ergonomic grip dan berat yang sangat ringan iaitu hanya 196g memberikan keselesaan ketika memegangnya dan rasa eksklusif.", "Galaxy Note 10+ ini tampil dengan warna-warna yang menarik diinsiprasikan oleh cahaya. Hadir dengan 3 warna iaitu Aura Glow, Aura White dan Aura Black. Material kaca pada peranti ini mampu menangkap warna lantas menghasilkan sentuhan futuristik dan rasa premium.", "Bukan hanya rekaan yang eksklusif dan elegan, tetapi ia turut tampil dengan spesifikasi yang ‘raksasa’!!! Sangat berkuasa. Peranti ini tampil dengan pemproses yang sangat berkuasa iaitu Exynos 9825 dan dipadankan dengan 12GB dan storan sebesar sehingga 512GB membuatkan peranti ini melaksanakan tugasan dengan lancar. Lag, perlahan dan storan penuh yang menjadi masalah biasa bagi kebanyakkan telefon tiada pada peranti ini. Berikut adalah spesifikasi penuh:", "Tak dapat disangkal lagi, peranti ini mempunyai paparan yang sangat AWESOME!!! Hadir dengan paparan bersaiz 6.8 inci dengan 19:9 bezel-less panel. Menariknya kamera hadapan pada skrin ini.", "Dihadirkan pada bahagian atas dan terletak ditengah-tengah yang dikenali sebagai Infinity-O Display. Ia sekaligus memberikan perspektif baharu tontonan. Pada mula ia berasa sedikit janggal, tapi lama-kelamaan sudah biasa dan selesa.", "Lebih menarik ia tampil dengan HDR10+ dengan Dynamic Tone Mapping memberikan tontonan yang terbaik! Warna yang terhasil adalah sangat menakjubkan dan mengagumkan.", "Menonton dengan lama pada peranti ini sangat selesa dan tidak menyakitkan mata dengan mengurangkan cahaya biru pada paras pixel tanpa perlu mengorbankan warna pada paparan.", "Tampil dengan sistem quad kamera iaitu 12MP + 12MP + 16MP + 3D Depth pastinya mampu menghasilkan gambar yang hebar dan cantik. Tampil dengan pelbagai fungsi menarik yang mampu mempelbagaikan rakaman anda. Terdapat Photo, Live Focus Video, Panorama, Food, Super Slow-mo dan pelbagai lagi.", "Bagi memudahkan anda merakam gambar makro, pemandangan atau sebagainya, anda boleh memilih simbol ini di bahagian bawah. Ia memudahkan antara untuk memberi sudut dan fokus yang diperlukan ketika merakam.", "Justeru anda boleh merakam menggunakan lensa wide angle 16MP yang memberikan 123°. Rakaman secara dekat juga boleh dengan 2x optical zoom pada 12MP Kamera Telefoto.", "Filter turut dihadirkan untuk memberikan mood pada gambar yang dirakam. Antara Filter yang hadir adalah Original, Warm, Cool, Lolli dan sebagainya.", "Rakaman waktu malam juga tidak mengecewakan apabila ia memperlihatkan hasil yang baik. Warna, ketepatan, fokus dan dapat dilaksanakan dengan baik.", "Galaxy Note 10+ ini dihadirkan dengan kamera hadapan yang memang cun giler iaitu 10MP. Seperti kamera belakang, ia turut hadir dengan fungsi yang sama kecuali ia tiada Food, Super Slow-mo, Slow-mo. Gambar swafoto anda memang sangat cantik. Barulah ada ‘confident’ nak post di media sosial!!!", "Anda pasti sudah bosan dengan AR Emoji yang sedia ada pada telefon bukan? Ini suatu yang menyeronokkan yang tampil pada peranti ini. Anda boleh menghasilkan AR Emoji sendiri. Caranya mudah sahaja:", "Menerusi hasil gambar yang dirakam, dapat dilihat warna yang terhasil sangat baik, fokus juga sangat mengagumkan dan noise sangat kurang pada imej tersebut. Jadi rakaman tidak mengecewakan.", "Tidak dapat dinafikan lagi, sepanjang kami menggunakan peranti ini, rakaman videonya sangat baik. Dengan kestabilan yang dimiliki, ia merakam dengan baik tanpa gegaran yang ketara walaupun kamera digerakkan.", "Menariknya lagi, anda boleh mengawal sama ada mahu menggunakan Bokeh atau tidak ketika rakaman sedang dijalankan. Ia pastinya memberikan pespektif baharu ketika rakaman video.", "Unik mengenai rakaman video menerusi peranti ini, anda boleh merakam video dan menjelaskan bunyi tertentu dengan zoom kepada subjek tersebut. Bunyi rakaman tersebut akan menjadi lebih kuat dan jelas. Wow kan!!!", "Apa yang pasti, menerusi HDR10+ anda boleh merakam pada warna yang sangat baik dan tepat.", "Anda juga boleh edit video yang dirakam terus pada peranti ini. Setelah rakaman selesai, anda boleh edit video tersebut dengan menekan pada simbol pensil yang terdapat di bahagian bawah sebelah kiri.", "S Pen pada Galaxy Note 10+ antara tercanggih pada ketika ini. Dengan rekaan yang lebih elegan dan kemas, ia mampu melaksanakan tugasan dengan lebih baik tidak kiralah sama ada anda menulis, melukis atau melakukan kawalan menerusi S Pen ini.", "Menakjubkan apabila baterinya mampu bertahan sehingga 10 jam ketika standby time.", "Ia juga mampu bertindak sebagai alat kawalan. Anda boleh Play dan Pause video, merakam gambar menerusi kawalan dari S Pen.", "Gerakkan S Pen mengikut atau melawan arah jam untuk merakam gambar yang lebih luas atau sebaliknya.", "Gerakkan ke kiri atau ke kanan untuk menukar slide gambar di Gallery.", "Ketika membuka aplikasi muzik, anda boleh mengawal suara dengan menggerakkan S Pen ke atas atau ke bawah.", "Anda juga boleh menulis menggunakan S Pen ini dan boleh menukarkan menjadi teks yang mudah untuk di baca.", "Untuk menjadikannya lebih menarik, anda boleh melukis dalam 3D dengan AR Doodle dan S Pen. Jadi rakaman video anda akan jadi lebih menarik!!", "Berikut adalah hasil rakaman AR Doodle:", "Galaxy Note 10+ turut mempamerkan pengalaman gaming yang dioptimumkan. Rekaan Galaxy Note 10+ ini sahaja sudah cukup untuk memberikan keselesaan kepada pengguna ketika bermain menggunakan peranti ini. Ditambah dengan tontonan Infinity-O Display, memberikan kepuasan tontonan bermain pada perati ini.", "Hadir dengan rekaan dengan Vapor Chamber Cooling System mampu menyejukkan peranti anda ketika bermain game. Turut disertakan dengan AI yang dipertingkat pastinya mampu memberikan kelancaran ketika bermain.", "Kami telah menguji peranti ini ketika bermain Mobile Legend dan Asphalt 9 dan pastinya sangat memuaskan dengan grafik dan kawalan yang sangat lancar.", "Peranti ini pastinya dihadirkan dengan bateri yang besar iaitu 4300mAh. Ia turut dipadankan dengan pengecasan pantas 45W. Ia pastinya mampu mengecas dengan sangat pantas dan menjimatkan masa anda!!!", " Kami telah melakukan ujian pengecasan ke atas peranti ini. Kami mula mengecas peranti ini pada jam 11.11 pagi ketika bateri berada pada 13%. Ia kemudian mencapai 100% pada jam 12.23 tengah hari. Mengambil masa hanya selama 1 jam 12 minit.", "Anda bimbang data peribadi yang di godam? Jangan bimbang kerana Samsung Galaxy Note 10+ ini hadir dengan Knox Security yang akan memberikan perlindungan kepada maklumat peribadi anda.", "Ia hadir dengan Pengecaman Wajah dan Pengimbas Cap Jari Ultrasonic memastikan peranti anda lebih selamat. Pin, Pattern dan kata laluan turut boleh digunakan bagi melindungi peranti anda.", "Bagi melihat prestasi peranti ini, kami telah mengujinya menggunakan AnTuTu Benchmark dan GeeckBench 4. Seperti yang disangka, ia tidak mengecewakan dan mempamerkan prestasi yang terbaik. Berikut adalah hasil ujian tersebut:", "Secara keseluruhan, Samsung Galaxy Note 10+ ini merupakan sebuah peranti yang sangat versatil dengan rekaan yang menakjubkan pastinya membuatkan anda jatuh cinta. Dengan spesifikasi yang terbaik dan fungsi kamera yang pelbagai memberikan perspektif baharu kepada anda.", "Jadi ia pastinya sebuah peranti yang sangat berbaloi untuk dimiliki walaupun harganya sedikit mahal. Tapi ia sejajar dengan spesifikasi yang dihadirkan bersamanya! Jadi apa tunggu lagi, dapatkan sekarang pada harga RM4,199 (256GB) dan RM4,799 (512GB)." ]
https://ering.com.my/2018/10/wow-pengantin-viral-terima-kejutan-daripada-honor-malaysia/
Wow! Pengantin ‘Viral’ Terima Kejutan Daripada Honor Malaysia
[ "Baru-baru ini tular dalam laman sosial mengenai pasangan pengantin, Hadi dan Farah meluahkan rasa terkilan terhadap hasil kualiti video perkahwinan mereka yang dikatakan tidak memuaskan. Perkara tersebut ternyata mendapat perhatian netizen termasuk Honor Malaysia.", "Mengakui turut terkilan dengan hal itu, Honor Malaysia telah menawarkan peranti Honor 8X secara PERCUMA kepada pasangan tersebut bagi meraikan detik bahagia mereka. Berita gembira itu telah dikongsi sendiri oleh pihak Honor menerusi satu kiriman di laman Facebook rasmi mereka.", "Pengantin perempuan terbabit yang menggunakan nama Farah Nisa dikatakan sudah sedia maklum mengenai perkhabaran gembira itu dan ternyata teruja dengan pemberian daripada pihak Honor tersebut.", "Hadir dengan skrin bersaiz 6.3 Inci dengan takuk, Honor 8X mempunyai ciri-ciri menarik termasuk penggunaan cip pemproses Kirin 710 bersama 6GB RAM dan 128GB ROM, teknologi GPU Turbo, bateri berkapasiti 3,750mAh, dwi kamera utama 20MP + 2MP, 16MP kamera hadapan.", "Pun begitu, harga penjualan bagi pasaran tempatan masih belum diketahui. Sama-sama kita tunggu sahaja sehingga pelancaran rasmi kelak ESOK (9 Oktober 2018)." ]
https://ering.com.my/2021/04/bola-sepak-untuk-persahabatan-2021-gazprom-para-peserta-muda-daripada-211-buah-negara-dan-wilayah-bakal-memperoleh-gelaran-guinness-world-records-baharu/
Bola Sepak untuk Persahabatan 2021 Gazprom: Para Peserta Muda daripada 211 buah negara dan wilayah bakal memperoleh gelaran GUINNESS WORLD RECORDS™ baharu
[ "MOSCOW, 10 April 2021 /PRNewswire/ — Gazprom melancarkan musim kesembilan Program Sosial Bola Sepak untuk Persahabatan Kanak-kanak Antarabangsa (F4F) yang akan dianjurkan secara dalam talian pada 14-29 Mei 2021. Buat pertama kalinya, wakil akademi bola sepak dan wartawan akan berkumpul di Istanbul semasa sambutan Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara UEFA untuk membincangkan pembangunan bola sepak kanak-kanak di Forum Duta F4F.", "Pada tahun ini, Bola Sepak untuk Persahabatan akan sekali lagi menyatukan para peserta muda daripada 211 buah negara dan wilayah. Pemain muda berusia 12-14 tahun akan bersatu dalam 32 Pasukan Persahabatan untuk menyertai Kejuaraan eWorld F4F. Ia akan diadakan di F4F World iaitu simulator bola sepak yang tersedia secara percuma dalam 27 bahasa. Wartawan Muda akan membuat liputan acara program ini di Pusat Akhbar Kanak-kanak Antarabangsa. Percubaan rasmi untuk mendapatkan gelaran GUINNESS WORLD RECORDS™ yang ketiga bagi program ini akan menjadi sebagai sebahagian daripada acara akhir program tersebut.", "Pada 29 Mei, pakar bola sepak dan wartawan akan bersama-sama menyertai Forum Duta F4F yang akan dianjurkan di Istanbul. Wakil-wakil komuniti bola sepak akan membincangkan cabaran pembangunan sukan kanak-kanak dan berkongsi pengalaman mereka. Selama bertahun-tahun, F4F telah menjadi platform antarabangsa yang penting bagi membincangkan isu-isu berkaitan sukan dan bola sepak kanak-kanak.", "Program Sosial Bola Sepak untuk Persahabatan Kanak-kanak Antarabangsa telah dianjurkan oleh Gazprom sejak tahun 2013. Sepanjang lapan musim sebelumnya, program ini telah menyatukan lebih 15,000 orang peserta dari 211 buah negara dan wilayah serta lebih 6,000,000 orang penyokong. UEFA, FIFA, persekutuan bola sepak dan kelab bola sepak terkemuka di dunia, yayasan amal antarabangsa, atlet terkenal, ahli politik dan artis menyokong program Bola Sepak untuk Persahabatan. Projek ini telah menerima lebih 50 anugerah kebangsaan dan antarabangsa dalam bidang tanggungjawab sosial, sukan dan komunikasi.", "Carmen Pozo, Pengasas Bersama Akademi Bola Sepak Wanita Las Superpoderosas, pemenang Anugerah Bola Sepak untuk Persahabatan Antarabangsa Pertama, Bolivia: “Program Bola Sepak untuk Persahabatan ini menyediakan pakar bola sepak dengan sebuah platform untuk berdialog. Ini merupakan perkara yang amat penting sekarang kerana kita menghadapi cabaran baharu dalam perkembangan sukan kanak-kanak dan remaja. Bertukar pengalaman dan projek di Forum Bola Sepak untuk Persahabatan membantu akademi dan organisasi bola sepak menyelesaikan isu-isu ini.”", "Source: Gazprom International Children’s Social Programme Football for Friendship", "Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Sporting Events Sports Children-related news Future Events" ]
https://ering.com.my/2021/05/honor-malaysia-berjaya-mendapat-kontrak-jualan-bernilai-rm50-juta-daripada-mahsa/
HONOR Malaysia Berjaya Mendapat Kontrak Jualan Bernilai RM50 Juta Daripada MAHSA
[ "Institusi pengajian tinggi swasta terkemuka, Universiti MAHSA membeli siri komputer riba HONOR MagicBook bernilai RM50 juta dari HONOR Malaysia bagi kegunaan pembelajaran pensyarah dan pelajarnya, baru-baru ini. ", "Siri HONOR MagicBook mengetengahkan tiga tumpuan jualan iaitu perlindungan mata, daya ketahanan dan harga berbaloi, sekali gus menjadikannya laris sebaik dilancarkan di pasaran Malaysia. ", "Pra-pesanan siri HONOR MagicBook di stor rasmi dalam talian tempatan menerima respons memberangsangkan daripada pengguna, seterusnya meyakinkan Universiti MAHSA untuk membeli 15,000 unit komputer riba tersebut dari HONOR Malaysia. ", "Siri HONOR MagicBook sesuai untuk kegunaan Institusi pengajian tinggi disebabkan tiga tumpuan jualan tersebut. Ini kerana pensyarah dan pelajar perlu meluangkan masa lama di hadapan skrin komputer riba untuk menyiapkan tugasan setiap hari. ", "Selain itu, kelebihan siri HONOR MagicBook yang dilengkapi skrin diperakui persijilan Cahaya Biru Rendah TUV Rheinland dan tidak berkelip, melindungi mata dari cahaya biru sebanyak 50%. Jadi, pandangan mata pengguna lebih selesa selain tidak akan berasa penat ketika mengguna komputer riba tersebut. ", "Siri HONOR MagicBook menawarkan pengalaman internet lebih baik serta berprestasi tinggi berbanding jenama komputer lain yang dijual pada harga sama. Siri komputer riba tersebut membantu menambah baik kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam talian kerana tidak akan menimbulkan masalah lengah.", "Komputer riba tersebut tahan lasak kerana dibangunkan dengan kerangka aloi aluminium dan telah melalui pelbagai ujian makmal. Komputer riba ini tidak mudah tercalar, tahan lama dan berbaloi untuk dibeli. " ]
https://ering.com.my/2020/04/lenovo-perkenal-legion-7i-legion-5i-prestasi-memang-tip-top/
Lenovo Perkenal Legion 7i & Legion 5i!! – Prestasi Memang Tip Top!!
[ "Pasti semua mengenali jenama komputer riba terkemuka ini, Lenovo. Kini mereka turut memperkenalkan model terbaru yang dikenali sebagai Legion 7i dan Legion 5i.", "Tampil dengan spesfikasi menakjubkan apabila LEgion 7i hadir dengan kad grafik GeForce RTX SUPER GPUs dengan rekaan Max-Q manakala Legion 5i pula dihadirkan dengan RTX 2060 GPU pastinya memberikan kesan grafik yang terbaik. ", "Lebih menarik apabila kedua-dua komputer riba ini tampil dengan NVIDIA Advanced Optimus technology yang mana dapat mempertingkaikan keupayaan bateri.", "Legion 5i dan LEgion Y540 dengan RTX 2060 akan tersedia pada harga $999 (kira-kira RM). Manakala Legion 7i dan Legion Y740 pula tersedia pada harga bermula dari $1199. Availability will vary by region." ]
https://ering.com.my/2019/03/berkira-kira-untuk-memiliki-telefon-pintar-baru-jom-trade-in-smartphone-anda-di-switch/
Berkira-kira Untuk Memiliki Telefon Pintar Baru? Jom Trade-In Smartphone Anda Di Switch!
[ "Anda sedang berkira-kira untuk menaik taraf ke telefon idaman? Inilah tempatnya! Switch menganjurkan program kempen tukar beli bagi sejumlah peranti terpilih.", "Program tukar beli ini melibatkan peranti android, iPhone, iPad, Mac dan bahkan aksesori jenama baru. Bagi yang berminat, ayuh ke Switch outlet yang mengambil bahagian untuk sertai program ini. Maklumat lanjut, layari Switch.", "Rujuk jadual di bawah untuk butiran harga:" ]
https://ering.com.my/2019/05/menangi-hadiah-bernilai-rm100000-menerusi-vivo-v15pro-top-influencer-32mp-perfect-selfie/
Menangi Hadiah Bernilai RM1,00,000 Menerusi “Vivo V15 Pro Top Influencer – 32MP Perfect Selfie”
[ "\nVivo telah mengumumkan bakal melaksanakan 1 pertandingan yang dinamakan “Vivo V15Pro Top Influencer – 32MP Perfect Selfie” dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai lebih dahri RM100000.", "Pertandingan ini akan bermula dari 6 Mei sehingga 24 Mei 2019 dan peserta Top 30 akan diumumkan pada 25 dan 26 Mei 2019. Top 5 sehingga Top 30 peminat swafoto akan dipilih berdasarkan julah ‘likes’ yang diperoleh.", "Cara menyertai adalah sangat mudah. Berikut adalah caranya:", "Langkah pertama: Like Facebook rasmi Vivo malaysia\nLangkah kedua: Ambil Swafoto menggunakan mana-mana peranti pintar\nLangkah ketiga: Muat naik swafoto di akaun Facebook atau Instagram anda dan tetapkan sebagai Public dengan tanda pagar #vivoMalaysia #V15 #V15Pro #32MP #WorldFirstElevatingFrontCamera #V15ProTopInfluencer dan kapsyen “vivo V15Pro Top Influencer – 32MP Perfect Selfie”\nLangkah keempat: Kongsi selfie anda di bahagian komen dalam post pertandingan ini dengan klik di sini.", "Vivo malaysia akan memuat naik kesemua swafoto peserta dalam 1 album yang direka khas untuk pertandingan ini dan orang awam boleh mengundi swafoto kegemaran mereka dengan hanya menekan like.", "Top 30 pengemar swafoto akan dipilih berdasarkan ranking tanda pagar dan undian di dalam album pertandingan tersebut. maklumat yang lebih terperinci akan diumumkan di Facebook rasmi Vivo Malaysia bagi Top peminat swafoto.", "Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman Facebook rasmi Vivo Malaysia dan terma dan syarat bolehlah dirujuk dengan klik di sini." ]
https://ering.com.my/2016/05/pra-tempah-untuk-huawei-p9-p9-lite-bermula-23-mei-ini-melalui-vmall/
Pra-tempah untuk Huawei P9 & P9 Lite bermula 23 Mei ini melalui VMall
[ "Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan harga jualan untuk Huawei P9 dan Huawei P9 Lite yang akan menerima pra-tempahan bermula 23 Mei ini melalui laman VMall.", "Peranti flagship Huawei P9 yang hadir dengan penggambaran eksklusif daripada LEICA akan dijual pada harga RM2,099 dengan memori dalaman 32GB, 3GB RAM. Pilihan warna adalah Prestige Gold, Titanium Grey dan Mystic Silver).", "Sementara Huawei P9 Lite pula akan dijual pada harga RM 1,099 dengan memori dalaman 16GB, 3GB RAM. Peranti ini turut menawarkan 3 pilihan warna iaitu Black, White dan Gold.", "Sempena promosi pra-tempahan ini, pihak Huawei telah menawarkan 10 pelanggan pertama yang membuat tempahan dan pembayaran pada 23 Mei hingga 27 Mei melalui VMall, akan menerima hadiah esklusif iaitu Honor Band Z1 seunit yang bernilai RM 269 secara percuma.", "Yang berminat jangan terlepas peluang keemasan ini!", "Masih tiada maklumat terkini untuk Huawei P9 Plus buat masa ini, menurut Huawei Malaysia ia bakal hadir ke Malaysia tidak lama lagi." ]
https://ering.com.my/2017/07/spesifikasi-xiaomi-redmi-5-kini-diketahui/
Spesifikasi Xiaomi Redmi 5 Kini Diketahui
[ "Gambar yang telah dikongsikan oleh China Weibo telah melihatkan iklan rekaan dan spesifikasi Xiaomi Redmi 5 yang tidak lama lagi akan dilancarkan. Sebelum ini kami ada kongsikan artikel mengenai Xiaomi Redmi Note 5A dan kemungkinan kedua-dua peranti ini akan dilancarkan serentak.", "Berdasarkan gambar, Xiaomi Redmi 5 akan dilengkapi dengan dua pilihan, salah satunya menggunakan cip Snapdragon 625 dan 3GB RAM, manakala satu lagi dengan cip Snapdragon 630 dan RAM sebanyak 4GB. Masing-masing akan menyediakan ruang storan 32GB dan 64GB yang menyokong slot kad microSD.", "Telefon pintar ini juga akan dibekalkan dengan paparan 5 inci 1920 x 1080 berserta bateri berkapasiti 3,680mAh. Sementara, kamera menyediakan 16 Megapiksel di belakang dan 5 Megapiksel di depan. Xiaomi Redmi 5 menerima pengoperasian Android 7.1.1 Nougat dan juga MIUI akan ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan.", "Tanda harga bagi Xiaomi Redmi 5 bermula dari RM541 sehingga RM696 bermula di China nanti." ]
https://ering.com.my/2018/11/360o-tertiris-reka-bentuk-asus-zenfone-6-kamera-tu/
360º Tertiris Reka Bentuk ASUS ZenFone 6! Kamera Tu…
[ "Menurut media luar negara, ASUS ZenFone 6 dijangka akan diperkenalkan semasa acara tahunan pameran MWC 2019 yang akan diadakan di Barcelona, Sepanyol pada 25 Februari tahun depan. Memandangkan rekaan skrin takuk kurang mendapat sambutan dari pengguna, maka tampil pula rekaan seperti titisan air pada peranti pintar masa kini.", "ASUS nampaknya ingin mengikut jejak langkah pengeluar lain di mana menggunakan takuk kecil pada paparan skrin, tetapi dengan rekaan yang lebih unik mengikut apa yang tertiris baru-baru ini.", "Paparan skrin peranti prototaip ini mempunyai takuk kecil yang diletakkan di tepi kanan skrin, menjadikannya agak pelik dilihat.", "Bezel di bawah nampak tidak terlalu nipis, pengimbas cap jari masih kekal pada panel belakang.", " Apa yang menarik pada prototaip ASUS ZenFone 6 ini adalah ketersediaan USB Type-C dan 3.5mm audio jack yang diletakkan bersebelahan, gabungan ini boleh dikatakan agak jarang diperlihatkan dalam peranti pintar masa kini.", "Apa-apa pun gambar tertiris ini hanya sekadar prototaip ASUS ZenFone 6, nantikan pameran MWC 2019 untuk maklumat selanjutnya." ]
https://ering.com.my/2019/02/tips-trik-5-langkah-mudah-untuk-screenshot-pada-telefon-pintar-huawei/
[ Tips & Trik ] : 5 Langkah Mudah Untuk Screenshot Pada Telefon Pintar HUAWEI
[ "Screenshot atau tangkapan skrin merupakan gambar skrin yang boleh anda ambil serta simpan untuk keperluan peribadi mahupun berkongsi dengan orang lain. Kebiasaannya, ia dilakukan apabila terdapat sesuatu yang menarik pada skrin telefon pintar.", "Untuk posting kali ini, kami nak berkongsi sedikit pengetahuan yang mungkin tidak semua orang tahu mengenainya. Tahukah bahawa telefon pintar HUAWEI mempunyai pelbagai kaedah dan cara untuk membuat tangkapan skrin? Baiklah, mari kita belajar bersama!", "Kaedah ini amat mudah! ​​Anda hanya perlu mengetuk skrin sebanyak dua kali menggunakan jari dan tangkapan skrin akan muncul. Leret pratonton ke atas untuk kongsi dan ke bawah untuk membuat tangkapan lain. ", "Sebagai alternatif lain, anda juga boleh melukis bentuk “S” pada skrin menggunakan jari untuk membuat tangkapan skrin. Selain itu, anda juga boleh melukis pada skrin untuk tangkapan separa.", "Satu lagi langkah mudah untuk membuat tangkapan skrin adalah menggunakan gerak isyarat 3 jari anda. Caranya semudah ABC, leretkan sahaja jari anda ke bawah untuk mengambil tangkapan skrin!", "Seterusnya, kaedah ini juga salah satu cara yang mudah! Apa yang perlu anda lakukan hanyalah leret ke bawah untuk menarik panel pemberitahuan (notification bar). Kemudian klik pada pilihan skrin – “Screeshot”. SELESAI!", "Pun begitu, terdapat juga sesetengahnya yang tidak menyokong tangkapan skrin dengan cara isyarat. Oleh itu, anda boleh mengambil tangkapan skrin menggunakan kombinasi dua butang fizikal iaitu menekan butang laras bunyi (volume down) dan butang kuasa secara serentak.", "Kesemua hasil tangkapan yang dibuat boleh dlihat menerusi galeri di dalam telefon pintar anda. Sekadar berkongsi info dan semoga bermanfaat untuk semua pembaca eRing ya!", "Ohhh sebelum terlupa, telefon pintar terbaharu HUAWEI iaitu HUAWEI Nova 4 kini sudah boleh dibeli di pasaran tempatan pada harga RM 1,899. Tersedia dalam dua warna iaitu Crush Blue dan Black .", "Bagi yang berminat, anda boleh memiliki HUAWEI Nova 4 menerusi HUAWEI Experience Stores, syarikat telekomunikasi utama dan mana-mana pengedar sah HUAWEI. Have a nice day! ❤️" ]
https://ering.com.my/2017/05/asus-menawarkan-cerberus-dua-produk-kelengkapan-permainan/
ASUS Menawarkan Cerberus – Dua Produk Kelengkapan Permainan
[ "Tanpa peralatan yang mencukupi, permainan video tidak lengkap dan tidak menyeronokkan. Oleh itu, ASUS menyediakan dua produk barisan Cerberus yang akan memastikan pemain berasa selesa malah rekaan yang tahan lasak dan sesuai digunakan pada kebanyakan PC, Mac, konsol permainan dan telefon pintar. Kedua-dua peranti ini terdiri daripada fon kepala CerberusV2 dan satu daripadanya papan kekunci mekanikal Cerberus Mech RGB.", "Sebuah fon kepala yang menyalurkan bunyi audio berkualiti tinggi dan bunyi mendalam serta berkesan. Jurutera ASUS telah mereka Cerberus V2 dengan pemacu 60mm dalam pemacu asal 52mm membolehkan bunyi yang dihasilkan lebih natural.", "Selain itu, CerberusV2 tahan lasak dengan binaan logam Stainless-steel pada pengikat kepala dan pad dalaman yang lembut. Kelengkapannya pula, ia hadir dengan dua bicu microfon boleh dicabut dengan sesuai digunakan untuk menjawab panggilan serta komunikasi antara pemain dalam talian.", "Papan kekunci mekanikal Mech RGB direka sepenuhnya menggunakan teknologi N-Key Rollover (NKRO), ia boleh memastikan setiap butang yang ditekan akan dimasukkan walaupun beberapa butang ditekan secara serentak. Setiap papan kekunci Cerberus RGB diprogramkan secara khusus untuk menghasilkan jutaan warna melalui lampu backlight yang mengagumkan ini.", "Harga bagi kedua-dua produk ini masih belum diberitahu dan dijangka akan mula dipasarkan pada penghujung suku kedua tahun ini." ]
https://ering.com.my/2019/02/xiaomi-mi-9-transparent-edition/
Xiaomi Mi 9 Transparent Edition Bakal Hadir Dengan Ketersedian RAM Sehingga 12GB
[ "Xiaomi bakal membawa pewaris baharu mereka iaitu Xiaomi Mi 9 pada 20 Februari ini (ESOK). Ketirisan maklumat mendedahkan model ini bakal hadir dengan cip pemproses Snapdragon 855, sokongan sistem tri-kamera dan pengimbas cap jari terbina pada skrin.", "Baru-baru ini, Lei Jun telah pun mengacah Xiaomi Mi 9 Transparent Edition – ketersediaan sokongan sistem tri-kamera utama seperti Mi 9 biasa. Versi ini dikatakan bakal mempunyai kamera utama 48MP, tetapi ia menggunakan lensa 48 MP 7P f/1.47 dan bukannya lensa 6P f/1.75 seperti Mi 9 biasa.", "Dari segi reka bentuk, Xiaomi Mi 9 Transparent Edition kelihatan seakan Xiaomi Mi 8 Explorer Edition. Keunikan pada versi ini, ia menggunakan panel belakang lutsinar dengan ketebalan hanya 0.4mm bersama kemasan rekaan kompenan palsu lebih menawan. RAM juga dipertingkatkan sehingga 12GB. Turut kelihatan gegelung untuk pengecasan tanpa wayar." ]