title
stringlengths
5
65
content
stringlengths
0
19.5k
url
stringclasses
69 values
Nilai_Keadilan
Kita haruslah bersikap adil dan saksama supaya tidak melakukan kezaliman. Hang Tuah dan Jebat hendaklah diadili dengan saksama.
https://karangan.net/sajak-kudup-perang/
Nilai_Rasional
Kita mestilah bijak memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa dalam menerajui sesebuah organisasi.
https://karangan.net/sajak-kudup-perang/
Nilai_Keinsafan
Kita mestilah insaf bahawa peperangan dan perbalahan tidak akan mendatangkan kebaikan
https://karangan.net/sajak-kudup-perang/
Nilai_Keberanian
Kita hendaklah berani untuk mencari jawapan yang sahih agar tidak membuat keputusan yang salah. Penyajak berani mencari jawapan dan kepastian antara pahlawan dengan pengkhianat.
https://karangan.net/sajak-kudup-perang/
Nilai_Ketaatan
Pembesar taat setia akan perintah Raja/Sultan.
https://karangan.net/sajak-kudup-perang/
Nilai_Kebijaksanaan
Pemimpin yang bijak menghadapi cabaran dalam pemerintahannya.
https://karangan.net/sajak-kudup-perang/
Maksud_Sajak_Pesan_Ibu_Beribu-ribu
Rangkap 1 Kita ada ibuibu kita satupesanannya beribu-ribu. Penyajak menyatakan bahawa setiap anak mempunyai seorang ibu sahaja tetapi terdapat banyak pesanan ibu kepada anak dalam menghadapi kehidupan. Rangkap 2 Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu“Buat begini jangan begitubacalah buku selalukukuhkan diri dengan ilmupilihlah kawan yang mulia hatitolaklah kawan pementing diripilihlah kawan yang punya petunjuktolaklah kawan bertabiat buruk.”Ibu yang satu menyekat kita di pintubertanya ke mana arah tuju“Jagalah diri selaludi luar sana mungkin bencana menunggu.”Kita menjadi jemumendengar pesanan beribu-ributapi ibu tetap ibupesanan bertambah satu dan satu“Jangan dibiar kepala berkutucarilah ubat jerawat batu.” Pesanan ibu kepada anak meliputi keseluruhan kehidupan anaknya. Ibu berpesan agar anaknya rajin belajar supaya dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan berhati-hati dalam memilih kawan. Ibu juga berpesan agar anaknya mencari rakan yang baik dan menjauhi rakan yang boleh mempengaruhi anaknya melakukan perkara yang negatif. Ibu berpesan lagi agar si anak berwaspada ketika keluar dari rumah kerana bimbang akan bahaya yang mungkin menimpa diri. Walaupun si anak berasa jemu dengan setiap pesanan ibu namun ibu tidak pernah berhenti berpesan. Pesanannya sentiasa bertambah dari sehari ke sehari, termasuklah pesanan agar menjaga kesihatan diri. Rangkap 3 Suatu senjaseorang temanku merintihkerana kehilangan kekasihkini baru disedarinyapilihan musang berbulu arnabbiarpun menyamar cekapada masa termasuk perangkapSi Bedul sudah ditangkapSi Bedul di dalam lokap. Suatu hari penyajak melihat rakannya bersedih kerana ditinggalkan oleh kekasihnya. Dia baru menyedari bahawa kekasihnya ialah seorang penipu dan telah ditangkap. Rangkap 4 Dia menyatakan kesalnyakerana dia alpaibunya berpesan sejak dulu“Pilihlah kawan yang bermutuJangan dipilih kawan berhantu.”Mengenangkan nasib temanku ituaku merindui pesanan ibu.Ya, pesanan ibu. Ketika itu rakan penyajak telah menyedari bahawa dia telah mengabaikan pesanan ibunya agar berhati-hati dalam memilih sahabat. Setelah itu, penyajak mula menerima hakikat kebenaran pesanan ibunya dan merindui pesanan-pesanan ibunya. Rangkap 5 Ibu,Kuyakini kau mengenaliYang mana permata, yang mana kacaYang mana budaya,yang mana buayaBerilah pesanan beribu-ribuMalah berpuluh ribuAku tidak akan jemuIni janjiku kerana aku tahuSempurna seorang ibuDengan pesanan beribu-ribu Akhirnya, penyajak mengakui bahawa ibunya lebih arif dalam menilai perkara yang baik dan yang buruk. Penyajak sanggup menerima lebih banyak pesanan ibunya kerana dia tidak akan bosan mendengarnya. Penyajak sedar bahawa sempurnanya tanggungjawab seorang ibu apabila beliau dapat menyampaikan pesanan yang baik kepada anaknya.
https://karangan.net/sajak-pesan-ibu-beribu-ribu/
Tema_Sajak_Pesan_Ibu_Beribu-ribu
Tanggungjawab seorang ibu memberi nasihat kepada anaknya supaya tidak tersalah memilih jalan hidup. Pesanan seorang ibu merangkumi semua aspek dalam kehidupan anaknya.
https://karangan.net/sajak-pesan-ibu-beribu-ribu/
Persoalan_Sajak_Pesan_Ibu_Beribu-ribu
Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Sikap berhati-hati dalam memilih sahabat. Kepentingan ilmu pengetahuan untuk membezakan baik buruk sebagi penyuluh kehidupan manusia Penjagaan kesihatan dan kebersihan diri amat penting Mematuhi pesanan ibu agar tidak terpesong dalam kehidupan
https://karangan.net/sajak-pesan-ibu-beribu-ribu/
Bentuk_Sajak_Pesan_Ibu_Beribu-ribu
Sajak ini bernada romantik kerana penyajak melahirkan rasa kasih sayang seorang ibu kepada anak-anak.
https://karangan.net/sajak-pesan-ibu-beribu-ribu/
Gaya_Bahasa_Sajak_Pesan_Ibu_Beribu-ribu
Anafora(perulangan perkataan pada awal baris)Contoh: yang mana permata, yang mana kaca yang mana budaya, yang mana buaya. Responsi(perulangan perkataan di tengah baris)Contoh: pilihlah kawan yang mulia hati,tolaklah kawan pementing diri,pilihlah kawan yang punya petunjuk,tolaklah kawan bertabiat buruk. Epifora(perulangan perkataan pada akhir baris)Contoh: aku merindui pesanan ibu. Ya, pesanan ibu. RepetisiContoh: tapi ibu tetap ibu. HiperbolaContoh: kawan berhantu. SinkopeContoh: tapi ibu tetap ibu AsonansiContoh: setiap langkah kita diiringi pesanan ibu. (perulangan vokal i) AliterasiContoh: kerana kehilangan kekasih. (perulangan konsonan k) Rima akhir bagi rangkap pertama ialah aaaRima akhir bagi rangkap kedua ialah aaaabbccaaaaaaaaaaRima akhir bagi rangkap ketiga ialah abbacddddRima akhir bagi rangkap keempat ialah aabbbbbbRima akhir bagi rangkap kelima ialah abccaaaaaa
https://karangan.net/sajak-pesan-ibu-beribu-ribu/
Nilai_Sajak_Pesan_Ibu_Beribu-ribu
Nilai Kasih sayangContoh: Ibu yang menyayangi anak-anak sentiasa memberikan pesanan demi kebaikan mereka. Nilai KesedaranContoh: Kawan penyajak menyedari kelalaian dirinya. Nilai KeprihatinanContoh: Ibu sentiasa prihatin akan keselamatan anak-anak. Nilai BertanggungjawabContoh: Ibu bertanggungjawab mengetahui rakan anak-anak mereka. Nilai Berhati-hatiContoh: Sentiasa berhati-hati apabila berada di luar rumah kerana banyak bahaya yang menanti. Nilai KebijaksanaanContoh: Ibu bijak dalam menilai sesuatu yang baik dengan sesuatu yang buruk.
https://karangan.net/sajak-pesan-ibu-beribu-ribu/
Pengajaran_Sajak_Pesan_Ibu_Beribu-ribu
Kita hendaklah patuh dan mendengar nasihat ibu bapa kerana semua pesanannya adalah untuk kebaikan kita. Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan ibu yang telah membesarkan kita. Janganlah kita sesekali menderhakai ibu yang telah banyak berkorban untuk membesarkan kita. Kita mestilah menginsafi kesalahan yang telah kita lakukan dan berazam untuk tidak mengulangi perbuatan itu lagi. Kita hendaklah rajin dalam menuntut ilmu pengetahuan. Kita disarankan untuk menjaga kesihatan supaya tidak memudaratkan diri sendiri. Kita hendaklah menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Seseorang ibu mestilah bertanggungjawab menjaga keselamatan anak-anak mereka. Kita perlulah bijak dalam memilih sahabat yang boleh memberi tunjuk ajar kepada kita. Kita janganlah membiarkan diri kita terjebak dalam perkara yang merosakkan.
https://karangan.net/sajak-pesan-ibu-beribu-ribu/
Soalan_Sajak_Pesan_Ibu_Beribu-ribu
Berdasarkan rangkap kedua sajak Pesan Ibu Beribu-ribu, apakah pesanan yang ingin disampaikan oleh ibu? Berdasarkan rangkap kedua sajak Pesan Ibu Beribu-ribu, antara pesanan yang disampaikan oleh ibu adalah sentiasa melakukan sesuatu kebaikan dan membaca buku selain memilih kawan yang berakhlak mulia dan mengelakkan kawan yang boleh merosakkan kita. Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak yang dapat dijadikan teladan. Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut ialah kita mestilah menurut segala pesanan yang diberikan oleh ibu. Selain itu, kita haruslah berhati-hati dalam memilih kawan demi kebaikan diri. Seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anak, tetapi sepuluh orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu. Pada pendapat anda, apakah langkah yang patut dilakukan oleh seseorang ibu untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang? Pada pendapat saya, langkah yang patut dilakukan oleh seseorang ibu untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang adalah memberikan didikan yang sempurna sejak anak masih kecil termasuklah didikan agama. Selain itu, ibu perlulah memberikan kasih sayang yang sewajarnya kepada anak-anak agar mereka berasa disayangi dan dihargai. Berikan maksud rangkap ketiga sajak Pesan ibu Beribu-ribu. Pada suatu lewat petang, kawan penyajak bersedih kerana ditinggalkan kekasihnya. Dia baru menyedari bahawa kekasihnya itu seorang penipu dan telah ditangkap serta dilokap. Berikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut. Terdapat gaya bahasa anafora, contohnya: Pilihlah kawan yang mulia hati, Pilihlah kawan yang punya petunjuk. Selain itu, Gaya Bahasa yang kedua ialah personifikasi, contoh: di luar sana mungkin bencana menunggu. Akhir sekali, Sinkope iaitu seorang temanku merintih. Pada pendapat anda, mengapakah seorang ibu tidak jemu-jemu memberikan nasihat kepada anak-anaknya? Seorang ibu tidak jemu-jemu memberikan nasihat kepada anak-anaknya untuk kebaikan anak-anak supaya anakanak tidak tersilap langkah yang boleh menggelapkan masa depan mereka. Selain itu, tindakan ibu adalah atas dasar kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya. Setiap ibu sentiasa berharap anak-anak akan berjaya dan bahagia dalam hidup mereka. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata pilihlah kawan yang bermutu? Mencari rakan yang berkualiti. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata seorang temanku merintih? Seorang rakan mengeluh. Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam sajak tersebut. Nilai Kasih sayangIbu yang menyayangi anak-anak sentiasa memberikan pesanan demi kebaikan mereka. Nilai KeprihatinanIbu sentiasa prihatin akan keselamatan anak-anak. Berdasarkan sajak, berikan tiga pengajaran berserta dengan contoh yang sesuai. Kita haruslah mengingati pesanan ibuContoh: Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu. Kita hendaklah berilmuContoh: Kukuhkan diri dengan ilmu. Kita mestilah bijak memilih kawanContoh: Pilihlah kawan yang mulia hati, tolaklah kawan pementing diri, pilihlah kawan yang punya petunjuk, tolaklah kawan bertabiat buruk. “Kita tidak boleh bersifat alpa terhadap pesanan ibu.” Pada pendapat anda, apakah kesan jika anak-anak alpa akan pesanan ibu dalam memilih kawan? – Terjebak dengan gejala sosial seperti buli atau vandalisme.– Menjadi anak yang tidak bertanggungjawab.– Menjadi anak yang tidak berwawasan.– Menjadi warganegara yang tidak produktif. “Kasih ibu membawa ke syurga.” Pada pendapat anda, mengapakah ibu sering memberikan peringatan kepada anak-anak?
https://karangan.net/sajak-pesan-ibu-beribu-ribu/
Tema_Sajak_Sejadah_Rindu
Ketuhanan serta ketaatan kepada agama. Penyajak insaf akan dosa-dosanya yang lalu. Lantas, penyajak memohon keampunan dengan bertaubat bersungguh-sungguh sebelum penyajak meninggal dunia. Hal ini demikian kerana penyajak sudah benar-benar insaf dan sedar bahawa dunia ini hanya bersifat sementara.
https://karangan.net/sajak-sejadah-rindu/
Maksud_Sajak_Sejadah_Rindu
Rangkap 1 Terkedu akudi sejadah rindumengungkap kalimah syahdubait bicara tersentuh kalbumerekah keinsafan di hati yang bekumengenang dosaku yang terdahulu. Penyajak seperti kehilangan kata-kata ketika berada dalam keadaan beribadat / bermunajat / bermuhasabah diri / mengadu kepada Tuhan sambil mengucapkan perkataan yang memuji kebesaran Ilahi. Kesedaran tentang kesilapan / kesalahan yang lalu muncul satu demi satu dalam hati yang dahulunya tertutup. Rangkap 2 Berbekal pancaindera anugerah Tuhankupohon kembali nafas kehidupandalam keterhadan dan keterbatasan insanmoga terbuka ruang keampunansebelum saat aku dinisankandi masa yang Kautetapkan. Dengan menggunakan segala pancaindera yang dikurniakan Tuhan, penyajak merayu agar Tuhan menunjukkan dia jalan ke arah kebenaran biarpun akur tentang segala kekurangan dirinya yang ada sebagai manusia biasa. Apa yang diharapkan agar segala taubatnya diterima sebelum beliau meninggal dunia. Rangkap 3 Air mata menjadi saksikeikhlasan menjadi buktiakhirnyaaku sujud menghadap Ilahidi keheningan yang sepilafaz taubat mengiringinafas sebak kian mengikuti. Penyajak menangis dengan sesungguh hati dan dia menyerah diri kepada Tuhan. Dalam suasana hening, penyajak teresak-esak menyatakan keinsafan diri. Dengan bersaksikan air mata dan keikhlasan sebagai bukti, penyajak bersujud untuk melafazkan taubat dengan nafas yang sebak dalam suasana yang bening. Rangkap 4 Hati ini luluhjiwa yang kaku tersentuhayat-ayat cinta disusun kukuhdi sejadah rindu yang lusuhkemaafan yang kupohon sungguhdari pencipta dalam gemuruh. Penyajak  berasa sangat sedih dan jiwanya terkesan oleh perasaan insaf yang makin galak menguasai dirinya. Dia memuji-muji keagungan Tuhan di tikar sembahyang yang sudah lama ditinggalkan. Dalam keadaan gementar, dia memohon keampunan daripada tuhan agar dosa-dosanya diampunkan Rangkap 5 Ungkapan doa pada Yang Esaizinkan aku menjadi manusiayang taat sentiasapada perintah Maha Kuasaagar aku tidak lupadunia ini hanya bersifat sementara. Penyajak memohon kepada Tuhan yang satu agar mengabulkan permintaannya untuk menjadi hamba yang patuh sepanjang hayat, serta supaya dia tidak alpa tentang sifat kehidupan yang fana / tidak kekal.
https://karangan.net/sajak-sejadah-rindu/
Persoalan_Sejadah_Rindu
Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang menghantui hidup.Contoh: Merekah keinsafan di hati yang beku, Mengenang dosaku yang terdahulu. Pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum meninggal dunia.Contoh: moga terbuka ruang keampunan, sebelum saat aku di nisankan. Keikhlasan dalam memohon keampunan daripada Yang Esa. Taubat yang dilakukan dengan ikhlas hati sehingga menitiskan air mata. Persoalan kesungguhan dalam memohon keampunan daripada Pencipta. Dunia ini cuma bersifat sementara.
https://karangan.net/sajak-sejadah-rindu/
Bentuk_Sajak_Sejadah_Rindu
Terdiri daripada lima rangkap. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu:rangkap pertama: enam baris, rangkap kedua: enam baris, rangkap ketiga: tujuh baris, rangkap keempat: enam baris,rangkap kelima: enam baris. Jumlah patah kata dalam setiap baris antara satu hingga enam patah kata. Bilangan suku katanya antara tiga hingga empat belas suku kata. Rima akhirnya ialah:rangkap pertama: aaaaaa, rangkap kedua: aaaaaa, rangkap ketiga: aabaaaa, rangkap keempat: aaaaaa, rangkap kelima: aaaaaa.
https://karangan.net/sajak-sejadah-rindu/
Gaya_Bahasa_dan_Keindahan_Bunyi
Bahasa Arab. Contoh: kalimah; Ilahi; taubat. Inversi. Contoh: Terkedu aku (sepatutnya: Aku terkedu). Metafora. Contoh: sejadah rindu. Personifikasi. Contoh: Air mata menjadi saksi. Asonansi. Contoh: keikhlasan menjadi bukti (perulangan bunyi vokal i). Aliterasi. Contoh: kupohon kembali nafas kehidupan (perulangan bunyi konsonan k). Sajak “Sejadah Rindu” bernada melankolik.
https://karangan.net/sajak-sejadah-rindu/
Nilai_Sajak_Sejadah_Rindu
KeinsafanPenyajak insaf akan kesalahan yang pernah dilakukannya. KegigihanPenyajak bersungguh-sungguh dan gigih untuk mendapatkan keampunan sebelum meninggal dunia. KeikhlasanPenyajak bertaubat dengan penuh keikhlasan sehingga menitiskan air mata. KetaatanPenyajak taat kepada pencipta dan hanya berharap kepada pengampunan daripada Pencipta. KesedaranPenyajak mempunyai kesedaran bahawa dunia ini bersifat sementara sahaja. Ketaatan kepada TuhanPenyajak taat akan perintah Tuhan dengan melaksanakan ibadah. RasionalPenyajak menyedari kesilapan yang dilakukannya dan bertaubat. KesyukuranPenyajak bersyukur kerana diberi peluang untuk bertaubat sebelum menemui ajal.
https://karangan.net/sajak-sejadah-rindu/
Pengajaran_Sajak_Sejadah_Rindu
Kita hendaklah insaf akan kesilapan diri dan kembali ke jalan hidup yang sebenar. Kita haruslah berusaha dengan gigih dan tidak berputus asa. Kita sepatutnya sedar bahawa dunia ini hanya bersifat sementara. Kita mestilah percaya bahawa adanya kita di bumi ini kepada kuasa Tuhan yang Maha Esa. Kita mestilah berfikiran matang dan rasional dalam tindakan terutamanya sewaktu usia semakin tua. Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan atas segala nikmat dan peluang hidup yang dikurniakan kepada kita. Kita mestilah taat akan didikan agama dan mengamalkan ajaran agama dengan penuh ketakwaan. Kita mestilah mengakui kesalahan diri dan sedar bahawa keampunan daripada Tuhan dapat memberikan ketenangan hidup. Kita mestilah ikhlas meminta keampunan daripada Tuhan Yang Maha Esa agar hidup menjadi lebih tenang. Kita haruslah jujur dalam perbuatan dan tingkah laku agar tidak menyesal kemudian hari.
https://karangan.net/sajak-sejadah-rindu/
Soalan_Sajak_Sejadah_Rindu
https://karangan.net/sajak-sejadah-rindu/
Maksud_Sajak_Senja_di_Palang_Besi
Rangkap 1 Senja mula menangisremang membongkar sendumengutus kuntum-kuntum serakan cahayaberlari di celah jambangan bunga dedawaimenari mengikat ramah kekosongandalam kotak tidur sepi nan pedar hati. Maksud: Penyajak berasa sedih dan menyesal apabila tinggal di dalam sel penjara. Dia hanya dapatmelihat melalui celah-celah lubang sel penjara yang memisahkannya dengan dunia luar yang terpaksa diisi dengan suasana yang sepi dan penuh kekesalan di hati. Rangkap 2 Pilu wajahmu sang senjayang dulu melakar bahagiakini merayap sayu membelai jemari malamdalam keterbuangan yang merangkumdalam keterasingan yang mencengkamdalam kesakitan yang membungkam. Maksud: Waktu senja yang dahulunya membawa bahagia kepada penyajak kini bertukar sayu tatkala menjelang malam kerana penyajak terpaksa hidup di dalam sel penjara yangdipinggirkan, menyakitkan, terbuang, dan terasing dari dunia luar. Rangkap 3 Tanpa pasir pantai atau silir anginrentet susun bibir palang besi dingin itumenjerut resah berteleku dalamhening bernyanyi rakus dalam kelu rasa keterkongkonganmenghantar pergi erti keriuhanjauh di balik redup senja yang mula mengundurkan diribersama riak samudera jiwa bernama kesunyianhukuman terhebat hikayat kemanusiaan. Maksud: Dalam sel penjara yangdipagari dengan palang besi,tiada tilam yang selesa dan pendingin hawa. Penyajak resah berteleku dalam suasana hening akibat dipenjarakan tanpa ditemani suasana bising. Pada waktu senja yang semakin menghampiri malam, penyajak merasakan jiwanya semakin sunyi dan merasakan itulah hukuman kemanusiaan terhebat yang perlu ditempuhinya.
https://karangan.net/sajak-senja-di-palang-besi/
Tema_Sajak_Senja_di_Palang_Besi
Tema Sajak Senja di Palang Besi ialah kesengsaraan dan kesunyian hidup seorang banduan di dalam penjara. Perasaan sunyi dan sepi seorang banduan akan lebih dirasai tatkala menjelang nalam kerana mereka terpisah dan terputus hubungan dengan orang lain serta terpaksa tinggal di dalam sel penjara yang gelap tanpa sebarang cahaya.
https://karangan.net/sajak-senja-di-palang-besi/
Persoalan_Sajak_Senja_di_Palang_Besi
Manusia yang mengakui keadilan undang-undangContoh: Penyajak akur dengan undang-undang dan menerima hukuman penjaara yang dijatuhkan kepadanya dengan pasrah. Manusia yang mengakui kesalahan yang dilakukannyaContoh: Penyajak mengakui bahawa hukuman yang dikenakan kepadanya sangat berat dan dia berasa berasa sedih. Menghargai kebebasan bagi sebuah kehidupanContoh: Penyajak mengenang kebahagiaan yang pernah dikecapinya dan harus mengakui penderitaan yang harus diharunginya bersendirian.
https://karangan.net/sajak-senja-di-palang-besi/
Bentuk_Sajak_Senja_di_Palang_Besi
https://karangan.net/sajak-senja-di-palang-besi/
Gaya_Bahasa_Sajak_Senja_di_Palang_Besi
Anafora(perulangan perkataan pada awal baris)Contoh: dalam keterbuangan yang merangkum, dalam keterasingan yang mencengkam, dalam kesakitan yang membungkam. Responsi(perulangan perkataan di tengah baris)Contoh: dalam keterasingan yang mencengkam, dalam kesakitan yang membungkam. Personifikasi(Pemberian sifat-sifat manusia kepada benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak)Contoh: Senja mula menangis. Kata gandaContoh: kuntum-kuntum, dedawai. SinkopeContoh: Pilu wajahmu sang senja Metafora(Penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna tersurat atau disebut bahasa kiasan)Contoh: bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian; rentet susun bibir palang besi dingin itu Inversi(Pembalikan kata dalam ayat)Contoh: Pilu wajahmu sang senja (Sepatutnya: Wajahmu pilu sang senja) Asonansi Contoh: Tanpa pasir pantai atau silir angin (Pengulangan vokal i)Contoh: hukuman terhebat hikayat kemanusiaan (pengulangan vokal a) AliterasiContoh: kini merayap sayu membelai jemari malam(Pengulangan konsonan k) Rima akhir:Rangkap 1: abcdef Rangkap 2: aabcbb Rangkap 3: abcddedd Nada: Melankolik
https://karangan.net/sajak-senja-di-palang-besi/
Nilai_Sajak_Senja_di_Palang_Besi
Nilai KetabahanContoh: Penyajak tabah menghadapi suasana sunyi dan kegelapan di dalam sel penjara apabila waktu malam tiba. Nilai KebebasanContoh: Penyajak merindui zaman dia hidup bebas sebelum dia dijatuhi hukuman penjara. Nilai KeredaanContoh: Penyajak reda menerima hukuman penjara akibat kesalahan yang pernah dilakukannya.
https://karangan.net/sajak-senja-di-palang-besi/
Pengajaran_Sajak_Senja_di_Palang_Besi
Kita hendaklah menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala negatif yang boleh menjerumuskan seseorang itu ke dalam penjara. Kita hendaklah menghargai nikmat kebebasan hidup yang dikurniakan oleh Tuhan. Kita mestilah menjadi orang yang mematuhi undang-undang negara. Kita hendaklah berfikir secara rasional dalam membuat sebarang tindakan agar tidak tersilap langkah melakukan perkara yang negatif.
https://karangan.net/sajak-senja-di-palang-besi/
Soalan_Sajak_Senja_di_Palang_Besi
https://karangan.net/sajak-senja-di-palang-besi/
Nota_Sang_Gembala_Kuda
https://karangan.net/sang-gembala-kuda/
Tema_Sang_Gembala_Kuda_karya
Kekuasaan seseorang pemimpin yang mengeksploitasi orang bawahannya untuk mengekalkan kuasa.
https://karangan.net/sang-gembala-kuda/
Persoalan_Sang_Gembala_Kuda_karya
https://karangan.net/sang-gembala-kuda/
Bentuk_Sang_Gembala_Kuda_karya
https://karangan.net/sang-gembala-kuda/
Gaya_Bahasa_Sang_Gembala_Kuda_karya
https://karangan.net/sang-gembala-kuda/
NILAI_Sang_Gembala_Kuda_karya
https://karangan.net/sang-gembala-kuda/
PENGAJARAN_Sang_Gembala_Kuda_karya
https://karangan.net/sang-gembala-kuda/
Maksud_Seloka_Santap_Istiadat
Rangkap 1 Santap beradat, santap istiadat,Santap raja di majlis kebesaran,Santap merai, hormat-menghormat;Bukan santap hendakkan kenyang,Santap santun dengan aturan. Maksud: Santap beradat merupakan istiadat santap raja di majlis kebesaran. Santap tersebut bertujuan untuk meraikan dan menghormati tetamu. Majlis santapan ini bukanlah sekadar untuk mengenyangkan perut tetapi merupakan majlis santapan yang mengajar si penjamu selera agar makan secara sopan dan mengikut tatacara yang tepat. Rangkap 2 Nasi disuap di tangan kanan,Lauk dibinjat sopan siuman,Sampai ke mulut mamah perlahan,Tanda tidak gelojoh makan.Selesai santap nasi,Diiringkan seteguk minuman, Isyarat menghormat, mulia-memuliakan Maksud: Berdasarkan tatacara dan ketertiban sewaktu makan, nasi hendaklah disuap menggunakan tangan kanan manakala lauk perlulah diangkat secara sopan. Ketika nasi sampai ke mulut hendaklah dikunyah dengan perlahan-lahan sebagai tanda tertib dan tidak gelojoh sewaktu makan. Setelah selesai makan nasi barulah diambil seteguk air minuman sebagai isyarat hormat dan beradab sopan ketika berada dalam majlis santapan itu. Rangkap 3 Santap nasi suap pertama,Berturut dengan suap kedua;Dua suap, ketiga sudah,Keempatnya basuh tangan;Kelima halwa juadah,Keenam mengiring buah-buahan. Maksud: Dalam aturan dan cara-cara makan dan minum, suapan nasinya bermula daripada suapan pertama hingga ketiga sahaja. Selepas itu, si penjamu selera perlu membasuh tangan, sebelum diikuti dengan menjamah juadah halwa dan memakan buah-buahan. Rangkap 4 Ketujuh berkumur-kumur,Ke delapan makan sirih;Kelat jatuh ke rengkungan,Seri naik ke peroman. Maksud: Cara-cara makan dan minum yang berikutnya ialah ketujuhnya, orang yang menjamu selera perlu berkumur-kumur untuk membersihkan mulut dan diakhiri dengan memakan sirih. Air sirih kelat yang masuk ke kerongkong si penjamu selera akan menambahkan seri pada wajah mereka. Rangkap 5 Itulah santap beradat kebesaran,Di dalam riwayat zaman yang silam. Maksud: Tatacara dan peraturan santapan ini merupakan majlis santap beradat kebesaran yang diajarkan oleh generasi terdahulu.
https://karangan.net/seloka-santap-istiadat/
Tema_Seloka_Santap_Istiadat
TemaSeloka Santap Istiadat ialah ajaran beradab sopan dan tatacara makan dan minum di dalam majlis mengikut tertib berpandukan didikan generasi terdahulu.
https://karangan.net/seloka-santap-istiadat/
Persoalan_Seloka_Santap_Istiadat
https://karangan.net/seloka-santap-istiadat/
Bentuk_dan_Ciri-ciri_Seloka
https://karangan.net/seloka-santap-istiadat/
Gaya_Bahasa_dan_Keindahan_Bunyi
AnaforaContoh: Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Santap merai, hormat-menghormat RepetisiContoh: Santap beradat, santap istiadat. Bahasa klasikContoh: peroman Kata gandaContoh: hormat-menghormat, mulia- memuliakan, buah-buahan dan berkumur-kumur. PersonifikasiContoh: Kelat jatuh ke rengkungan. AsonansiContoh: Kelima halwa juadah (perulangan vokal a) AliterasiContoh: Isyarat menghormat, mulia- memuliakan. (perulangan konsonan m). Rima akhirRangkap pertama ialah abacbRangkap kedua ialah aaaabaaRangkap ketiga ialah aabcbcRangkap keempat ialah abcc Rangkap kelima ialah ab
https://karangan.net/seloka-santap-istiadat/
Nilai_Seloka_Santap_Istiadat
Nilai KesopananContoh: Pembaca diajarkan cara-cara makan dan minum dalam majlis secara tertib dan sopan . Nilai KepatuhanContoh: Penjamu selera yang makan dan minum perlu patuh pada segala etika yang telah digariskan dalam majlis tersebut. Nilai KesederhanaanContoh: Pembaca diajar cara makan dan minum secara bersederhana dan bukannya makan secara berlebihan. Nilai Hormat-menghormatiContoh: Seseorang perlulah makan dan minum secara sopan sebagai menghormati tetamu yang berada dalam majlis tersebut.
https://karangan.net/seloka-santap-istiadat/
Pengajaran_Seloka_Santap_Istiadat
Kita mestilah bersikap sopan dan beradab ketika sedang menjamu selera. Kita haruslah hormat-menghormati antara satu dengan yang lain ketika sedang menjamu selera di dalam sesuatu majlis. Kita perlulah mengikut peraturan dan tatacara ketika makan dengan mendahului perkara yang utama kemudian diikuti dengan perkara-perkara yang berikutnya. Kita hendaklah bersederhana semasa makan dengan tidak mengambil makanan secara berlebihan atau hawa nafsu. Kita seharusnya mengamalkan sikap bersederhana ketika makan dengan tidak mengambil makanan yang berlebihan.
https://karangan.net/seloka-santap-istiadat/
Contoh_Soalan_Seloka_Santap_Istiadat
Nyatakan persoalan yang dapat anda peroleh daripada petikan seloka tersebut. Persoalan yang terdapat dalam seloka ialah peraturan ketikamenjamu selera dalam sesuatu majlis. Selain itu, seloka ini juga mengambarkan persoalan masyarakat melayu yang mengamalkan nilai bersopan-santun ketika makan serta kepentingan mengamalkan adab ketika makan. Nyatakan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang selepas membasuh tangan sesudah makan. Perkara yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang selepas membasuh tangan ialah makan buah buahan atau kuih-muih sebagai pencuci mulut. Berdasarkan rangkap kedua ‘Seloka Santap Istiadat’, apakah tiga adab dan tatatertib makan nasi yang disarankan oleh penulis? “Masyarakat kita sangat mementingkan adab dan tatatertib dalam kehidupan seharian.” Pada pendapat anda, mengapakah adab sangat penting dalam kehidupan seharian? Apakah yang diajar oleh penulis dalam rangkap ketiga seloka? Penulis mengajar kita supaya makan dengan perlahan-lahan mengikut tertib.Selain itu, kita juga digalakkan menjaga kebersihan dengan membasuh tangan sehingga bersih selepas makan sebelum makan manisan. Pada pendapat anda, apakah keburukan apabila seseorang makan secara gelojoh dan tidak beradab. Keburukan apabila makan secara gelojoh ialah sikap ini akan menjejaskan keperibadian seseorang kerana sikap ini kurang baik dan dipandang serong oleh masyarakat. Selain itu, sikap gelojoh ini akan mengakibatkan seseorang tercekik makanan yang boleh membawa bahaya terutamanya makanan yang keras. Huraikan maksud rangkai kata kelat jatuh ke rengkungan. Maksud rangkai kata kelat jatuh ke rengkungan ialah rasa kelat atau pahit terasa di kerongkong. Seloka ini memberikan panduan kepada kita tentang adab ketika makan. Nyatakan dua adab semasa makan yang terdapat dalam seloka ini. Dua adab semasa makan yang terdapat dalam seloka ini ialah kita hendaklah makan dengan tangan kanan dan makan mengikut tertib dan tidak gelojoh. Selain itu, kita juga perlu membasuh tangan selepas dan sebelum makan supaya menjaga kebersihan. (Soalan KBAT) Makan mengikut nafsu adalah antara sikap negatif yang perlu dihindari. Nyatakan tiga kebaikan apabila kita bersederhana ketika makan. Kebaikan apabila kita bersederhana ketika makan ialah kita tidak akan gelojoh yang akan menyebabkan imej kita tercemar. Selain itu, kita juga tidak makan secara berlebihan. Akhir sekali, kita juga tidak terlalu kekenyangan. Berdasarkan rangkap keempat ‘Seloka Santap Istiadat’, apakah adab selepas makan yang dicadangkan oleh penulis? Penulis mencadangkan orang yang selesai menjamu selera berkumur-kumur selepas makan. Penulis juga menyarankan orang yang menjamu selera makan sirih supaya wajah lebih berseri-seri. Nyatakan tiga nilai yang terdapat dalam seloka tersebut. Nilai KebersihanHuraian: Menjaga kebersihan mencerminkan keperibadian seseorang. Nilai Sopan santunHuraian: Bersopan santun mampu menampilkan kualiti diri. Nilai Hormat-menghormatiHuraian: Sikap hormat-menghormati mampu memupuk persefahaman. “Masyarakat pada zaman dahulu sangat mementingkan sikap sopan santun ketika makan di rumah ataupun dalam majlis rasmi.“ Pada pendapat anda, apakah yang harus dilakukan oleh generasi muda untuk mengekalkan sikap sopan santun ketika makan di rumah ataupun dalam majlis rasmi? Setelah makanan dihidangkan, pastikan golongan yang lebih tua duduk dahulu kemudian diikuti oleh golongan muda. Biarkan golongan yang lebih tua mengambil makanan dahulu kemudian diikuti oleh golongan muda. Seterusnya, golongan muda harus menyendukkan makanan kepada golongan yang lebih tua. Semasa mengambil makanan, mestilah menggunakan tangan kanan. Selain itu, jangan mengeluarkan bunyi ketika makan seperti bunyi ketika mengunyah daging.
https://karangan.net/seloka-santap-istiadat/
Sinopsis_Hempasan_Ombak_Bab_1_Warisan
Kematian ayahnya Haji Badrul telah melemahkan perniagaan batik keluarga. Farid kerap mengingati pesan arwah bapanya, bahawa perniagaan ibarat roda yang penuh cabaran. Farid tetap berfikir mampukan yang cetek ilmu perniagaan mewarisi dan meneruskan perusahaan batik ayahnya yang kian malap dengan hutang yang banyak. Takkan ibunya, Hajah Zaoyah (56 tahun) yang menanggung beban itu, abangnya Lotfi lebih 10 tahun berada di kerusi roda. Manakala abangnya Farhan telah meninggal dunia ketika tahun akhir di UKM. Adik-adiknya Hanisyah dan Hisyam masih mentah. Farid terpaksa mengambil alih perniagaan keluarganya. Tomsiah merupakan kerani yang berdedikasi telah membantu Farid. Menurut Kak Tom, hutang ayahnya bukan dengan pihak bank tetapi hutang runcit dengan pembekal. Selain itu, Kak Tom memberikan gambaran kedudukan perniagaan keluarganya kepada Farid. Kak Tom memberikan nombor telefon Encik Mokhsein yang dapat membantu Farid dalam selok-belok perniagaan.
https://karangan.net/sinopsis-hempasan-ombak/
Sinopsis_Bab_2_Menggapai_Awam
Punca kematian ayahnya dibangkitkan semula. Kata doktor ayahnya mengalami barah dalam perut (Hypertension). Walaupun ada yang menyatakan ayahnya disantau Farid menerima sebagai takdir Allah. Farid menyakinkan dirinya bahawa orang muda sepertinya perlu mencari ilmu dan sabar dalam  perniagaan. Perniagaan batik ayahnya masih beroperasi seperti biasa tetapi ada sebilangan ejen yang mengambil kesempatan tidak membayar hutang. Farid berbual-bual dengan Pak Nik (pekerja batik), menurut Pak Nik kuota pengeluaran dikecilkan kerana bekalan bahan mentah menghasilkan batik makin kurang. Manakala batik keluaran mereka kurang laris di pasaran. Pak Nik menasihati Farid bahawa dalam perniagaan ada pelbagai watak mesti diwarisi. Kak Tom menunjukkan Farid fail hutang dan meminta Farid meminta bayaran kepada ejen yang masih berhutang lagi.
https://karangan.net/sinopsis-hempasan-ombak/
Hempasan_Ombak_Bab_3_Titian_Naga
Suatu malam, keluarga Hajah Zaoyah makan malam bersama. Mereka bercerita banyak perkara. Ibunya menyedari bahawa Farid semakin kurus dan masa bersosialnya kurang kerana sibuk menguruskan perniagaan keluarga. Ibu dan abangnya mendesak Farid menceritakan masalah yang dialami semasa menguruskan perniagaan batik keluarga. Malam itu, Farid meluahkan masalahnya. Farid merasa malu kepada diri sendiri kerana bangsa lain yang seusia dengannya mampu mengendalikan perniagaan. Ibunya berpesan bahawa dia tidak mahu syarikat ayahnya dibubarkan kerana tinggalan ayahnya. Ibunya ingin menggadaikan barang kemas dan tanah untuk menyelamatkan syarikat. Farid terfikir sebelum tidur tentang cadangan ibunya. Dia baru teringat cakap Kak Tom supaya berjumpa seseorang.
https://karangan.net/sinopsis-hempasan-ombak/
Sinopsis_Bab_4_Azam_Usahawan_Muda
Farid pagi-pagi  lagi ke tapak bangsal batik perusahaannya. Dia memikirkan prospek meluaskan perusahaan batiknya berasaskan keluasan saiz tapak sedia ada. Pak Nik melihat Farid dan bangga kerana sifat kerja keras Haji Badrul ada pada Farid. Farid merupakan anak muda mempunyai keazaman yang tinggi. Farid ingin mencontohi kawannya Abdul Kaber berketurunan India Malabor yang mempunyai kedai kain kecil di Jalan Banggol dan Chew Teck Heng dari Kampung Cina yang menjual mi. Kawan Farid berniaga kecil-kecilan tetapi berjaya kerana berkat kesabaran dan kecekapan dalam bidang perniagaan. Semangat kawannya itu menyebabkan Farid semakin yakin untuk bersama dengan industri batiknya. Dalam mesyuarat Farid melontarkan idea bernas iaitu membincangkan usaha meningkatkan kualiti batik perusahaannya di samping promosi efektif. Masalah kos turut dibincangkan. Kak Tom mencadangkan aset kurang produktif hendaklah dijual sekali gus mengurangkan beban syarikat.
https://karangan.net/sinopsis-hempasan-ombak/
Hempasan_Ombak_Bab_5_Langkah_Pertama
Farid ke Jalan Tok Lam untuk berjumpa dengan Encik Mokhsein. Farid mendapat layanan yang baik daripada Encik Mokhsein yang suka merendah diri dan gaya hidup sederhana. Encik Mokhsein amat tertarik dengan sikap Farid, anak muda yang berjiwa besar, inovatif dan berpandangan jauh. Mereka berbincang tentang ilmu perniagaan dan peluang serta penglibatan orang Melayu khususnya dalam DEB. Encik Mokhsein berterus-terang bahawa Haji Badrul banyak mengajarnya selok-belok dalam perniagaan ketika dia bekerja di Syarikat Batik Nusantara milik keluarga Farid. Pendapat Encik Mokhsein sama dengan Pak Nik bahawa masalah perniagaan batik Haji Badrul kerana khianat sesetengah syarikat lain akan kejayaan Haji Badrul. Bagi mengatasi pesaingan perusahaan batik yang lain dan kejam, Encik Mokhsein mencadangkan kepada Farid berani mencari pasaran baharu dan idea-idea yang baik untuk dilakukan oleh Farid.
https://karangan.net/sinopsis-hempasan-ombak/
Sinopsis_Bab_6_Daripada_Zuraida
Zuraida terkejut kedatangan Farid ke kedainya. Farid kagum dengan kegigihan Zuraida setelah sepuluh tahun mengusahaan perniagaan, rakan sekelasnya sejak tingkatan satu membantu keluarganya mengusahakan kedai pakaian di bazar MARA, Jalan Bonggol dekat dengan stesen bas lama. Ketika zaman persekolahan Zuraidah mencuri-curi untuk belajar ketika membantu ibunya berniaga di kedainya sementara menunggu pelanggan datang membeli. Zuraida tetap merendah diri dan mengatakan perniagaannya kecil di kaki lima tidak sehebat perusahaan Farid. Zuraida memberikan pandangan dalam perniagaan bahawa dia banyak bermodalkan petua ibunya supaya sabar dan manis muka melayan pelanggan.  Walaupun Zuraida sibuk melayan pelanggan yang tidak putus-putus, dia tetap berbual-bual dengan Farid. Farid telah balik ke pejabatnya dan bercerita dengan Kak Tom bahawa dia semalam berjumpa dengan Encik Mokhsein dan hari ini dengan Zuraida. Bagi Farid, dia kagum dengan Zuraida dan Encik Mokhsein  merupakan usahawaan yang gigih dan perlu dicontohi.
https://karangan.net/sinopsis-hempasan-ombak/
Hempasan_Ombak_Bab_7_Batik_Cinta
Farid telah mempelawa Zuraida makan tengah hari di Restoran Mail, seberang Jalan Bonggol. Zuraida memuji kehebatan Farid, bahawa dia tidak menyangka pelajar 5 Sastera 1, Sekolah Menengah Seri Budiman sudah berjaya menjadi tauke besar. Farid merendah diri sambil mengatakan dia menghadapi krisis dan perlukan bantuan seseorang. Zuraida sedia membantu Farid tanpa mengharapkan balasan. Zuraida mencadangkan batik Farid dijual di kedainya. Farid menceritakan syarikatnya tidak dapat pusing modal kerana ada ejen yang tidak jujur dan liat membayar hutang selepas batik dijual. Zuraida mencadangkan Farid memodenkan batik keluarannya agar pasaran luas, mampu bersaing dan menenuhi cita rasa pelanggan terkini. Zuraida  memberikan pelbagai idea dan perubahan untuk Faird supaya melaku-lakukan perlahan-lahan demi menarik pelanggan khasnya pelancong yang semakin ramai berkat Tahun Melawat Malaysia. Selesai makan dan menuju ke kedai Zuraida, Farid merasakan hatinya  ada bibit-bibit cinta dengan Zuraida.
https://karangan.net/sinopsis-hempasan-ombak/
Sinopsis_Bab_8_Corak_Baharu
Di pejabat, Farid rancak memikirkan batik corak baharu yang agak moden. Zuraida mencadangkan batik canting yang agak moden mengikut minat pelanggan. Kak Tom bersetuju dengan cadangan Farid supaya memodenkan batik perusahaan. Farid bercadang meminta bantuan Encik Mokhsein bagi memberikan pandangan tentang projek memodenkan pengeluaran batiknya. Ketika berbincang dengan Encik Mokhsein petang itu, Encik Mokhsein telah memuji Farid kerana contoh usahawaan yang hendak dilahirkan oleh DEB iaitu berdaya saing untuk memajukan perusahaannya kerana ramai usahawaan Melayu muflis ekoran masalah-masalah peribadi yang remeh-temeh. Encik Mokhsein bersetuju projek “Pembesaran Keupayaan Pengeluaran Batik Cap dan Perintis Batik Lukis Syarikat Batik Nusantara” dilaksanakan segera. Menurut Encik Mokhsein, Farid masih muda walaupun lepasan SPM tetapi berpotensi untuk berjaya dalam perniagaan.  Encik Mokhsein yakin projek Farid bakal menaikkan maruah bangsa dan martabat industri kampung. Farid perlu mendalami ilmu perniagaan jangka pendek oleh MARA dan MIDA. Encik Mokhsein berjanji akan membantu aspek pasaran agar produk Farid tidak jatuh ke tangan ejen yang tidak bertanggungjawab. Selepas itu, Encik Mokhsein kerap bertanyakan perkembangan projek Farid. Farid tidak bercadang menamatkan pengeluaran batik tradisi cuma dimodenkan untuk pasaran sekarang.
https://karangan.net/sinopsis-hempasan-ombak/
Sinopsis_Bab_9_Batik_Sumber_Rezeki
Encik Mokhsein telah merasmikan bangsal yang baru dibina. Perasmian agak sederhana dan lebih kepada kenduri kesyukuran ekoran tertegaknya bangsal baharu. Encik Mokhsein membawa sepupunya, Hartini Noor, graduan seni reka fabrik lepasan UITM kemudian melanjutkan pelajaran di sebuah adademik seni tampak di Australia. Kehadiran Hartini Noor menimbulkan perasan cemburu Zuraida dan dia meninggalkan majlis. Encik Mokhsein mencadangkan Farid mengambil belia tempatan sahaja sebagai pekerja bagi mengurangkan kos. Dengan bantuan Atan, tujuh orang  pekerja sudah disenaraikan namanya oleh Farid. Hartini meminta Farid memanggilnya kakak. Hartini Noor menceritakan kepada Farid tentang kaedah, corak dan sejarah batik asli (sarung) serta pengalamannya belajar. Farid yakin batik modennya mampu bersaing dengan syarikat batik lain dan tidak lupa janjinya hendak meletakkan batiknya dijual di gerai Zuraida.
https://karangan.net/sinopsis-hempasan-ombak/
Hempasan_Ombak_Bab_10_Maafkan_Aku_Eda
Zuraida terkejut bila farid muncul di gerainya pada pukul 10.15 pagi. Dia tidak menyangka Farida ada masa berjumpa dengannya walaupun ada primadona batik modennya. Farid kurang senang dengan perasaan cemburu Zuraida. Akhirnya Farid menjelaskan Hartini Noor bekerja secara kontrak sebulan sahaja dan dia telah bertunang sertanya umurnya 25 tahun menyebabkan Farid memanggilnya kakak. Hartini Noor telah berjaya membimbing pekerja-pekerja kilang batik Farid dengan baik. Kerja mencanting batik atas kain sutera yang dilakukan oleeh Hartini sangat halus. Farid mengajak  Zuraida mengelilingi Semanjung sebagai strategi  promosi dan yakin dengan sifat semula jadi keperempuannya. Petang itu, Zuraida ke bengkel syarikat Farid dan dia terpukau melihat hasil kerja Hartini. Namun Hartini merendah diri dan dia tidak mahu dianggap primadona malah upahpun dia tidak ambil kerana percubaan untuk mengangkat martabat batik.
https://karangan.net/sinopsis-hempasan-ombak/
Hempasan_Ombak_Bab_11_Bara_Dendam
Mukhtar marah jualan batiknya merosot walaupun komisen diberi 35%. Dia puas hati apabila melihat perniagaan batik Haji Badrul musnah selepas kematian Haji Badrul. Namun Mukhtar amat marah apabila mendapat tahu batik keluaran syarikat Rajawali miliknya susah laku kerana batik moden kini menambat hati pengguna. Mokhtar mengganggap Farid, budak mentah tidak mampu berbuat apa-apa meyelesaikan masalah syarikat awrah bapanya. Bagaimanapun Mukhtar mula risau apabila mendapat tahu Farid pernah datang ke pejabat Mokhsein dan berbaik dengan Zuraida, anak saudaranya. Mukhtar datang ke gerai Zuraida dan memarahinya kerana menjual batik moden milik syarikat Farid. Zuraida mempertahankan haknya, tetapi Mukhtar mengugutnya jika terus menjual batik moden keluaran syarikat Farid. Zuraida mula terpikir, mungkin Mukhtar dalang kepada kemusnahan syarikat milik keluarga Farid pada masa dahulu. Farid pula telah mendapat surat layang. Hal ini membimbangkan keluarga Farid tetapi dia tidak takut kerana menyedari ugutan  tersebut kerana cemburu dengan bengkel baharunya berupaya menghasilkan corak lebih moden, namun ibunya berazam melaporkan surat layang kepada pihak polis.
https://karangan.net/sinopsis-hempasan-ombak/
Sinopsis_Hempasan_Ombak_Bab_12_Samseng
Pagi-pagi sebelum ke tempat kerja, Farid mendapat panggilan daripada Zuraida. Zuraida ingin berjumpa dengan Farid kerana ada perkara penting. Farid tergesa-gesa berjumpa dengan Zuraida. Zuraida memberitahu Farid kerana ada orangg mengugut gerainya akan dirobohkan sekiranya menjual batik moden syarikat Farid. Oleh itu, Zuraida terpaksa menutup gerainya dan mengajak Farid ke rumahnya di Kampung Tanjung untuk menceritakan perkara rahsia. Ibu Zuraida suka Farid berkawan dengan anaknya dan berharap Mukhtar, bapa saudara Zuraida tidak mengganggu hubungan anaknya. Farid risau dan berasa bersalah kerana hubungannya dengan Zuraida menimbulkan kemarahan Mukhtar dan bunyinya hampir sama dengan surat layang. Manakala di bengkel Farid pula, Mahmood membuat kekacauan kononnya sebelum ini Masri dan Azmi merupakan bekas pekerja syarikat majikannya yang dirampas olrh Syarikat Batik Nusantara. Hartini Noor yang ketakutan meminta bantuan Pak Nik. Melihat Azmi diperlakukan kasar oleh Mahmood menyebabkan Masri ingin membantu tetapi Mahmood mencurahkan lilin panas ke muka Masri. Mahmood lari dan Pak Nik bercadang ingin melaporkan kepada pihak polis. Kepulangan Farid ke syarikatnya disambut dengan aduan kekacauan tersebut.
https://karangan.net/sinopsis-hempasan-ombak/
Sinopsis_Hempasan_Ombak_Bab_13_Api
Jam 2 pagi, keluarga Hajah Zaoyah terjaga kerana berlaku kebakaran di bangsal batik baharunya. Tiga lembaga berlari meninggalkan kawasan itu dan menuju ke keretanya lalu memecut. Farid berusaha memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api tetapi gagal. Jiran-jirannya membantu sebelum pasukan bomba datang. Farid merasa sedih melihat bengsal batik modennya yang dibinanya tidak sampai sebulan musah dan sebahagian besarnya tinggal rangka . Siasatan mendapati 75% harta benda musnah. Dalam kesedihan Farid menyakinkan abangnya bahawa kebakaran bengsal batik modennya ada kaitan dengan ugutan surat layang yang diterimanya. Ibunya telah menyerahkan surat layang tersebut kepada Pak Nik untuk dilaporkan kepada pihak polis. Ibu dan abangnya menasihati Farid menerima takdir Tuhan selepas solat subuh. Keesokan paginya, kawasan kebakaran menjadi tumpuan. Masing-masing terkejut. Pekerja bahagian batik asli diminta bekerja seperti biasa. Hartini Noor terkejut tetapi kagum dengan ketenangan dan kesabaran Farid. Pihak polis mengesahkan kebakaran berkaitan dengan surat layang dan kekacauan oleh Mahmood. Tengah hari Zuraida datang melawat Keluarga Farid dan bersimpati. Inspektor Ruzman menjelaskan bahawa Mukhtar, pemilik Syarikat Batik Rajawali punca segalanya.
https://karangan.net/sinopsis-hempasan-ombak/
Sinopsis_Hempasan_Ombak_Bab_14_Ombak
Mukhtar ditahan di lokap Balai polis Daerah Kuala Terengganu. Dia didakwa mengupah tiga samseng membakar bangsal batik moden syarikat Farid. Tiga hari kemudian, Encik Mokhsein yang baru balik dari Singapura. Menurut Encik Mokhsein punca segalanya berlaku kerana sifat hasat dengki, dia juga menerima ugutan sejak berbaik-baik dengan Farid. Encik Mokhsein menyampaikan berita baik kepada Farid bahawa butik dari Singapura dan Kuala Lumpur ingin melanggan batik moden keluaran perniagaan Farid. Selain itu, Encik Mokhsein merancang mencarikan Farid peluang mengadakan pertunjukan kesenian anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Farid terhutang budi dengan Encik Mokhsein, Zuraida dan Hartini Noor yang banyak membantu. Zuraida pula melanjutkan pelajaran di Dungun dalam bidang pertadbiran  perniagaan. Mahkamah Rendah Terengganu menjatuhkan hukuman bahawa Mukhtar didapati bersalah dan akan meringkuk tiga tahun dalam penjara di Marang. Mukhtar berbuat jahat kerana kemerosotan jualan batik  dan hutang syarikatnya. Farid bermimpi Mukhtar datang meminta maaf dan insaf. Mokhsein datang mengajak Farid dan Zuraida ke majlis perkahwinan Hartini Noor di Kuantan. Ibu Farid mengusik anaknya tetapi Farid menjelaskan bahawa dia masih muda untuk berkahwin kerana hendak menyambung pelajaran dahulu. Nota Novel Hempasan Ombak | Komsas Tingkatan 3.
https://karangan.net/sinopsis-hempasan-ombak/
Sinopsis_Bab_1
Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti di kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa berpura-pura demi menjaga hati ibunya.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_2
Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan mengandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim tengkujuh. Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama lapan jam perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah yang sama. Mereka bersembang tentang masa depan. Lili menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh seorang pemuda Cina atau kacukan.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_3
Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa. Lili sedang menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili disapa semula oleh pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya. Pemuda itu mempelawanya untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu kerana dia sedang menunggu Abang Rashid untuk pulang.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_4
Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah bendang luas terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan bertanya khabar. Menurut nenek datuk sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan kubah masjid kampung bersama-sama dengan masyarakat kampung.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_5
Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula datuk begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat menyembuhkan penyakit secara tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah pihak hospital juga menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek menegur datuk supaya tidak mempengaruhi segala pendapatnya berkaitan dengan pengubatan tradisional yang belum tentu kepastiannya.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_6
Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin yang terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India, Letchumi, supaya isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan menghalau nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka selera makan. Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan masalah kesihatan dan menjadi kepercayaan serta sumber rujukan.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_7
Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha. Lili tidak menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akhrab dengan ibu Geetha. Menurut Geetha, ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba buatan datuknya yang telah berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit teruk. Walaupun ketika ini saiz badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha menasihati Lili supaya mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan tradisional dari datuknya yang begitu terkenal di Pekan Sentosa ini. Lili merasa bangga kerana mendapat penghargaan atas kepakaran datuknya dalam ilmu pengubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah sebangsa dengannya.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_8
Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk selalu menguji Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya. Datuk mengakui bahawa ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah berpunca daripada kesilapannya. Semasa zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat belajar silat di gelanggang Tuk Wali berbanding ilmu agama. Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan pelajaran keluar negara, menjawat jawatan penting dan berumah tangga sehingga terlupa segala-galanya. Sepanjang berada di kampung Lili merasa keenakan buah-buahan tempatan yang terdapat di dusun yang dikutip oleh Abang Rashid. Pak Sahak datang ke rumah datuk memaklumkan bahawa berlaku kekecohan di surau kerana William cuba dipengaruhi penduduk-penduduk kampung supaya tidak mempercayai pengubatan tradisional disamping memujuk supaya menjualkan tanah bagi tujuan membina rumah sewa.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_9
Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu yang hangat dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil Rakyat telah memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat atau mendirikan sebuah masjid.. Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk membina kubah surau berbanding membina sebuah masjid kerana masalah kekurangan tanah. Disamping itu juga, Danel telah menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden berbanding dengan rawatan tradisional. Hujah-hujah telah dikemukakan oleh Danel dari segi sains perubatan untuk menyakinkan penduduk-penduduk kampung termasuk datuk, walaupun datuk sukar untuk menerima hakikatnya. Memang kaedah perubatan tradisional baik jika digabungkan dengan kaedah perubatan moden, kerana semua bahan-bahan ramuan tradisional diawet dalam bentuk moden supaya penggunaannya lebih selamat dan terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel terpaksa berhujah secara berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak terguris.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_10
Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana masih ramai penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha. Hati datuk tersentuh dengan penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun hujah-hujah yang diberikan itu belum tentu dapat menyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan William juga tidak dapat menerima penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu semua kata-kata datuk boleh diterima pakai oleh penduduk-peenduduk kampung termasuk William, malah Berjaya mengislamkannya, tetapi kini tidak lagi. Nenek pula sekarang sudah mula menyindir dan menidakkan kata-kata datuk. Sugi anak sulung William pula telah menggalakkan pemaju datang untuk membangunkan tanah penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan antara penduduk sama ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_11
Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun sebaik sahaja masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih. Selepas itu datuk membaca kitab dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang tidak bertakung, tanda menahan kesedihan dalam mengharung segala dugaan kehidupan. Usia datuk kini sudah mencapai lebih tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya nenek membuatkan secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan arahan datuk dan terus ke dapur. Nenek membawa secawan kopi untuk datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu yang ingin dibincangkan antara datuk dan nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus memanggilnya. Lili duduk semula dan datuk meminta Lili menceritakan tentang ibunya. Lili terus bercerita, namun berdasarkan soalan-soalan yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu banyak rahsia hidup ibu yang Lili tidak ketahui.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_12
Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk-penduduk kampung. Sama ada ingin mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah menyebabkan penduduk- penduduk kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah Haji Salihin merupakan orang alim di kampung ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat bersama-sama membangunkan surau lama ini, telah berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh dibangunkan kerana bimbang kesannya akan mengganggu ketenteraman kampung. Mengikut pendapat nenek itu hanyalah kepercayaan yang tiada penghujungnya dan ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili meniti bendang untuk menemui nenek, dia ternampak seorang lelaki mengepit seekor ayam jantan dan seorang lagi mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya balik ke rumah kerana keadaan kampung begitu tegang. Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki tua melaung-laung dan bertakbir serta menghalang mereka melakukan perkara-perkara haram dan pengkhianat. Berlakulah kejar-mengejar antara kumpulan tersebut. Abang Rashid terus menghantar Lili pulang ke rumah kerana bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Lili ternampak ada tetamu datang yang terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang perempuan.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_13
Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari Kuala Lumpur. Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih awal sembuh daripada menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke anjung bertemu dengan datuk. Datuk memberitahu Lili mulai sekarang datuk hanya akan menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan berperahu, tidak boleh bergantung hidup dengan herba-herba lagi. Pada sebelah malamnya, datuk menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk menenangkan fikirannya. Keesokan harinya datuk menyusun barang-barang lama yang bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-henti. Pada sebelah petangnya Lili memohon kebenaran nenek untuk ke rumah Geetha, dengan ditemani Abang Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili membatalkan niatnya, tetapi terus bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili sempat bertanyakan Abang Rashid tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang Rashid akan berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_14
Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya kerana tiada kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya, Geetha setuju. Setelah mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke perhentian bas. Lili berharap mereka akan sampai ke rumah neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka merancang untuk pergi bersiar-siar di perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik dengan keindahan kampung tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit dan terbenam, suatu keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India yang tinggal berjiran dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_15
Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya stabil kerana memakan herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira dengan khabaran tersebut. Datuk masih lagi belum pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa risau. Abang Rashid telah pergi mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam kegelapan malam. Keesokan paginya datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi dinding terdapat dua buah bakul berisi akar-akar kayu dan daun-daun hutan.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_16
Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan herba di hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tetiba sahaja Danel muncul dengan membawa buah-buahan dan makanan lalu diberikan kepada nenek.Datuk menyambut kedatangan Danel seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang Danel yang kali pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha sewaktu pulang ke kampung. Geetha memohon untuk balik kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia hanya dibenarkan bermalam semalam sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang, nenek berpesan kepada Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Dalam perjalanan pulang Lili, terserempak dengan adengan kejar-mengejar beberapa orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-pemuda tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di rumah, Lili terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut oleh Datuk. Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini hubungan datuk dengan Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis artikel berkaitan buah-buahan terutamanya pisang.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_17
Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan secara panjang lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara besar- besaran di Sabah telah berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini juga dibantu dengan tanaman sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil pertanian ini telah berjaya memberi pulangan tinggi kepada peladang dan hidup mewah. Mengikut kajian perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan yang tinggi, malah boleh menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan disamping boleh menyembuhkan pelbagai penyakit jika pengambilannya seimbang. Kulit pisang pula boleh menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_18
Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan seorang pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu ini dapat diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan. Tetiba, Lili yang ternampak juluran ranting di jendela mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili menemaninya ke pekan untuk membeli minyak gamat, setelah mendapat kebenaran nenek. Mereka ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya. Semasa di dalam bas, Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_19
Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera untuk makan dua biji burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh mengundang penyakit darah tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai memasak dan masakannya sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah nenek membantu nenek masak tanpa pengetahuan Lili. Menu masakan semuanya menggunakan pisang sebagai bahan campuran. Mereka singgah di pasar raya untuk membeli beberapa barang keperluan, seterusnya Lili merancang untuk singgah ke rumah Geetha. Setelah selesai mereka pulang menaiki bas seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri jalan ke kampung dan Danel mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik sahaja sampai ke jalan besar yang berturap, kelihatan seorang budak lelaki dikejar oleh beberapa orang lelaki dengan suara yang memekik. Lili mengenali itulah anak-anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah. Tiba-tiba tangan Lili dipulas, Danel tergamam kerana senjata tajam yang dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili. Sebaik sedar, Lili telah berada di tempat perculikan yang dilakukan oleh kedua-dua anak lelaki Che Jah.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_20
Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah datang menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel memang tahu tempat persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada penduduk- penduduk kampung atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah dengannya dan merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas kutu-kutu rayau menyebabkan dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri, hisap dadah dan pecah rumah. Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan dan mengugut ibunya sendiri, juga orang-orang kampung menyumpah-yumpah supaya anaknya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah nenek menyambut kepulangan Lili dengan tangisan kerana bimbang akan keselamatan cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian yang menimpa Lili.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_21
Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari masalah keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan khabar berita nasib mereka dua beradik. Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk- penduduk kampung merobohkan pondok tempat persembunyian mereka. Namun Lili tetap berasa simpati dengan keadaan hidup malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq. Menerusi maklumat yang diperolehi dari neneknya, sudah tentu banyak yang bersifat negetif dan menyedihkan. Oleh itu, Lili bercadang untuk berjumpa dengan Geetha untuk mendapatkan maklumat yang lebih telus dan bersifat terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan Haziq adalah manusia biasa yang memerlukan pertolongan dan perhatian semua pihak, bukan mengutuk dan menghina secara berterusan. Lili memohon kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya tidak membenarkannya atas faktor keselamatan.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_22
Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh penduduk- penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh ayah mereka. Lili bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan kemudiannya merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Che Jah, Lili dipersilakan disambut dan dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che Jah menjelaskan Haziq teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya. Menurut cerita Che Jah lagi, Haziq semasa alam persekolahan dulu merupakan seorang pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang sekolah kerana selalu ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi nakal kerana bergaul bebas dengan budak-budak nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah memohon maaf kepada Lili tentang apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara ikhlas telah memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang sanggup datang menjenguk dan bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah hari di rumahnya, dia tidak menolak pelawaan itu.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_23
Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek juga memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka. Kekadang boleh mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang masuh belum selesai dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman suami Che Jah merupakan seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap anak-anaknya, tetapi juga terhadap orang-orang lain yang berurusan dengannya. Kelakuan buruk Seman ialah suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak dan anak-anak serta isterinya akan menjadi mangsa kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap segala tindakan dan perbuatan Seman yang tersalah mendidik anak- anak dalam membina keluarga bahagia.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_24
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa kubah di puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat berita dari datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu kubah surau telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk-penduduk kampung. Abang Rashid lebih suka sebuah masjid didirikan di kampung tersebut sebagai tanda pembangunan, begitu juga dengan Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama ada kubah surau atau sebuah masjid, yang penting ilmu-ilmu agama ditegakkan.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_25
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat kubah surau atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini lebih selamat tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili perlu berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari pisang ikan masin yang dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada datuk. Berita kenaikan harga minyak petrol dan disel telah menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di mana-mana sahaja semua penduduk akan membincangkan kenaikan harga bahan api tersebut dan mengeluh tentangnya. Begitu juga kenaikan harga barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat memperli Danel, bahawa kos perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che Jah menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat kesan dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili, jangkaan dan gambaran buruk perwatakan Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_26
Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina sebuah masjid dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh Seman terhadap ahli-ahli keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan hal-hal yang berat dan lebih member tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula telah banyak membantu, seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan dalam segala hal juga mereka bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas membangunkan kampung terletak di bawah tanggung jawab Danel sebagai penduduk tetap dan perlu memperjuangkannya.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_27
Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang Rashid pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che Jah. Ada sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah Che Jah. Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang berlaku. Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman sedang berang. Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba- tiba seorang pemuda jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang naik angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada seorangpun yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya berani melihat tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai kerana tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_28
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih dengan perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul anak-anak dan isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk kerana penyakit gout. Datuk meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan menerangkan pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan Hamimah dalam usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup bermalam di rumah datuk kerana untuk habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai penolong pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Tugasnya berkaitan dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan pengabaian warga tua. Lili telah mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan terus kepada Kak Mimah untuk memanjangkan kes keluarga Che Jah untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_29
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut dan Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di rumah. Lili bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan pembinaan masjid dan merancang untuk meengadakan pertemuan dengan penduduk- penduduk kampung.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_30
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak pak busu pada hari Jumaat nanti. Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk memintanya menyelesaikan masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_31
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang bioteknologi berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi pulangan yang cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain membincangkan berkaitan rawatan mereka juga menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang dengan keputusan datuk untuk mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang cara untuk menangkap suami Che Jah dan menghukumnya mengikut lunas undang-undang.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_32
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke halaman rumah, penduduk-penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta semua penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu dan badannya lebam-lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung tidak bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidup Rafiq berdarah dan rebah di lantai rumah. Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid dan surau. Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_33
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di balai raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq dan Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar supaya suaminya dihantar ke pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis, tindakan mahkamah boleh diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi membiayai kos rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar, manakala Rafiq dihantar ke hospitan untuk mendapatkan rawatan.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_34
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang datang memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka.Datuk pula dituduh cuba melindungi Che Jah yang terlibat melindunginya anak-anaknya dari kes culik cucunya, Lili. Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah, menuduh datuk terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu bukan urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk membangunkan kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi ingin memajukan tanah- tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan, penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari keletihan dan mampu tersentum, manakala Rafiq disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis syabu sehingga system tubuh badannya banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan membantunya sehingga pulih.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_35
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik ke Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima oleh semua penduduk dan ketua kampung.
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Bab_36
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke kampung dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi tentang jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah-kisah silam, sejak zaman penjajahan hinggalah ke zaman komunis yang mereka tidak memasukkan sejarah jendela menghadap jalan. Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah zaman silam berasal dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu ke hari ini. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak berubah. Danel berharap Lili akan kembali semula ke Kampung Sentosa dan berharap Lili telah mengetahui tentang jendela menghadap jalan, manakala Danel telah banyak menulis artikel tentang pisang. Nota Novel Jendela Menghadap Jalan
https://karangan.net/sinopsis-jendela-menghadap-jalan/
Bab_1_Novel_Leftenan_Adnan_Wira_Bangsa
Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil)  bersama keluarganya. Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang  anak lelaki. Yang sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang  bongsu dinamakan Amarullah. Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal,  Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah  membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka  menghebah-hebahkan cerita itu kerana sentimen ‘siapa yang menentang Inggeris  adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah ( British) tidak suka kepada sesiapa  yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar sebanyak banyaknya hasil  bumi daripada Tanah Melayu.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_2_Leftenan_Adnan_Wira_Bangsa
Adnan bermimpi mengenai kehebatan Hang Tuah dan kawan-kawannya. Dia  sangat mengemari kisah kepahlawanan Hang Tuah. Sebelum tidur emaknya akan  bercerita mengenai kisah-kisah pahlawan dahulu kala. Setiap pagi, Pak Saidi akan  membawa anak sulungnya ke tempat kerjanya. Tujuannya ialah untuk mengajar anaknya itu mengenai betapa susahnya untuk mencari rezeki. Pak Saidi memiliki satu  hektar kebun getah dan sebidang tanah sawah tinggalan orang tuanya yang menjadi  sumber pendapatan kepada Pak Saidi untuk menyara keluarganya. Penduduk  kampung Sungal Ramal bergantung hidup kepada aktiviti pertanian sepenuhnya.  Mereka akan mengusahakan sawah padi dan menoreh getah untuk mendapatkan  sumber pendapatan. Namun, terdapat segelintir penduduk kampung yang lebih suka  menghabiskan masa dengan bersembang di warung kopi milik Pak Samad yang  terletak di persimpangan kampung. Pak Saidi dan Adnan singgah sebentar di warung  tersebut untuk melepaskan lelah. Warung itu tidak pernah sunyi dengan riuh-rendah  suara penduduk kampung yang menjamu selera sambil berbual dan ada juga yang  bermain dam.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_3_Novel_Leftenan_Adnan_Wira_Bangsa
Pak Saidi disambut oleh anak-anaknya apabila pulang dari menoreh getah.  Hatinya gembira apabila melihat gelagat anak-anaknya itu. Sambil duduk berehat di  atas pangkin kayu, Pak Saidi melihat gelagat anak-anaknya yang sedang berlatih silat.  Adnan mengajak adik-adiknya untuk berlawan dengannya. Walaupun perlawanan itu  melibatkan dua lawan satu, namun Adnan tidak mudah dikalahkan oleh kedua-dua  adiknya kerana sikapnya yang tidak mahu mengalah. Setiap kali mereka bersilat,  Adnan yang selalu menang. Pak Saidi dapat melihat semangat pahlawan yang ada  dalam diri anak sulungnya itu. Walaupun tidak berpelajaran, tetapi Pak Saidi  mempunyai wawasan serta keazaman yang tinggi terhadap masa depan anak-anaknya.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_4_Leftenan_Adnan_Wira_Bangsa
Pak Saidi bersama anak sulungnya, Adnan pergi ke dusun durian untuk  membersihkan kawasan dusun tersebut. Setelah selesai membersihkan dusun, mereka  melepaskan penat dengan berehat di sebuah pondok yang terdapat dalam dusun  tersebut. Sambil berehat di pondok, Adnan mengambil peluang untuk bertanya ayahnya  mengapa dusun itu terletak berdekatan dengan kawasan kubur. Ayahnya telah  menceritakan tentang asal usul kawasan dusun tersebut. Adnan juga telah bertanya  mengenai asal usul keluarganya yang berasal daripada keturunan Minangkabau.Pak Saidi juga telah bercerita kepada Adnan mengenai penentangan orang Melayu  terhadappihak penjajah.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_5_Novel
Pak Saidi baru pulang dari ladang getah dan ditegur oleh isterinya, Mak Milah.  Mak Milah mempelawa Pak Saidi untuk makan tengahari. Pak Saidi mengajak anak anaknya unttuk makan tengahari bersama. ketika makan, Pak Saidi tidak lupa untuk  memberi nasihat kepada anak-anaknya. Adnan meminta kebenaran daripada ayahnya  untuk bersekolah pada tahun hadapan. Mak Milah telah bertikam lidah dengan Pak  Saidi untuk menghantar Adnan samada di sekolah melayu, sekolah inggeris ataupun di  sekolah pondok. Akhirnya, Mak Milah akur dengan keputusan yang diambil oleh Pak  Saidi.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/