title
stringlengths
5
65
content
stringlengths
0
19.5k
url
stringlengths
32
65
Bab_6_Novel_Leftenan_Adnan
Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk  kampung yang tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi  murtad namun Pak Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang  yang berpelajaran. Setiap pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal  menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengahhari dia  menjemput anaknya dari sekolah.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Sinopsis_Leftenan_Adnan_Bab_7
Penduduk Kampung Sungai Ramal menjadi gempar. Orang ramai heboh  bercerita mengenai Pak Saidi yang menghantar anaknya belajar di sekolah  Inggeris.Ramai penduduk tidak bersetuju.Pak Saidi orang pertama yang berbuat  demikian.Mereka khuatir anak Saidi akan dipengaruhi oleh Orang Putih.Lebai Pian  menyuruh Tok Ketua mengambil tindakan atas perbutan Saidi. Namun, Tok Ketua  membantah. Lalu, Tok Ketua menyatakan bahawa anak Lebai Pian mencuri buah  rambutan dan durian orang kampung.Nordin iaitu anak Lebai Pian membuat rancangan  uuntuk mengenakan Pak Saidi.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Sinopsis_Leftenan_Adnan_Bab_8
Pak Saidi berehat di pondok yang terletak di tepi sawah untuk berehat, tiba-tiba  Karim datang menghampirinya lalu menyerahkan wang hasil jualan getah.Kemudian,  Karim memberitahu kepada Pak Saidi bahawa Abu menghasut Tok Ketua supaya  mengambil tindakan ke atas Pak Saidi kerana menghantar anaknya ke sekolah Orang  Putih. Karim inginkan penjelasan daripada Pak Saidi sebab mengapa menghantar  anaknya ke sekolah Orang Putih. Petang itu rumah Pak Saidi didatangi oleh Tok Ketua  Kampung, Lebai Pian, Karim dan Isa untuk mendengar penjelasan Pak Saidi. sedikit  perbalahan telah berlaku antara Pak Saidi dengan Lebai Pian.Akhirnya Lebai Pian  kehilangan kata apabila telah dibidas oleh Pak Saidi.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_9_Leftenan_Adnan
Adnan dan Mamat duduk di atas pangkin kayu untuk melepaskan penat setelah  bermain perang olok-olok. Adnan telah mengajar Ahmad serba sedikit perkataan  bahasa Inggeris. Pada malam itu, rumah Pak Saidi telah dicerobohi mencuri.Adnan dan  Pak Saidi telah cuba untuk mengejar pencuri itu, Pak Saidi kagum dengan keberanian  yang dimiliki Adnan. Tayar basikal Pak Saidi telah dibocorkan oleh pencuri itu.Di  sekolah, Adnan terkenal sebagai pelajar yang rajin dan pintar. Dia amat disenangi  teman dan guru-gurunya.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_10
Adnan merupakan pelajar yang rajin dan disayangi gurunya seorang lelaki  Inggeris bernama Anderson. Tambahan pula apabila Adnan mengatakan dia bercita cita menjadi seorang askar. Adnan berasa risau akan dirinya yang akan dikhatankan  tidak lama lagi. Selepas berkhatan, Pak Saidi telah berjanji untuk membelikan Adnan  sebuah basikal baharu.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_11
Adnan ingin mencuba menyertai pertandingan syarahan dalam bahasa inggeris,  rakan-rakannya telah mengejek Adnan. Cikgu Nazri telah tertarik dengan kesungguhan  Adnan. Selepas itu, ramai rakannya yang lain turut ingin menyahut cabaran dafripada  Cikgu Nazri. Mak Milah menguji sikap anaknya yang berkobar-kobar dan berkeyakinan tinggi. Pak Saidi memberikata-kata semangat supaya menguatkan lagi semangat  Adnan untuk menang. Adnan telah menjuarai pertandingan tersebut.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_12
Adnan dan Budin telah berlawan dalam pertandingan tinju. Budin dan Adnan  telah bertikam lidah sebelum pertandingan berlangsung kerana Budin tidak berpuas hati  atas kemenangan yang berpihak kepada pasukan bola Sungai Ramal dalam  perlawanan bola sepak . Pada hari itu, telah diadakan perlawanan tinju antara  kampung Sungai Ramal dan Kampung Sungai Merab, Adnan dan Budin telah terlibat  dalam pertandingan itu.Para penyokonh telah menyokong dengan kegahirahan.  Kemudian penonton terkejut apabila melihat Budin dan Adnan berpelukan dan  bersalaman
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_13
Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih mengajar di sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru.  Dia bercita-cita menjadi seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi  askar Melayu. Semenjak kecil Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya semangat untuk menjadi askar Melayu bagi  mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada masa itu telah mula bertiup semangat  kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama di kalangan guru-guru.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_14
Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan  mengambil anak-anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan  Adnan hendak menjadi tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi  oleh beberapa anggota tentera British yang bertujuan mencari anak-anak muda  tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu.  Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin memohon tetapi tidak  dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi guru mendidik anak  bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi,  merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_15
Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk  pergi ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan  menumpang lori barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson.  Mereka telah diterima menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota  tentera yang datang ke rumahnya.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_16
Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan  fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan  menunjukkan kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih  rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah  saat yang paling mengembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan,  semua rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah  diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah.  Semua rekrut telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat  menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu rindukan pada keluarga yang  telah lama ditinggalkan.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_17
Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah  menerima kenaikan pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama  beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama  kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan.  Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi dari London, dia berkahwin dengan seorang guru  dikampungnya bernama Sophia Pakih Muda.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_18
Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan  kehadiran tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak  perempuan. Tetapi bayi perempuan itu meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt.  Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk  keluarga Rejimen Askar Melayu. Mereka hidup bahagia.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_19
Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun Jepun bersedia untuk menjajah  Tanah Melayu maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung  mereka di Kajang. Ini merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana  isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan  kali terakhir mereka bersama. Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_20
Leftenan Adnan diarahkan untuk bertugas di Bukit Candu kerana bukit itu  penting untuk dipertahankan. Sekiranya pertahan di bukit Candu dapat ditembusi maka  musuh boleh menguasai Singapura dengan mudah. Sampai ke bukit Candu. Leftenan  Adnan mengarahkan anggota tenteranya menggali lebih banyak parit untuk dijadikan  kubu serta berjumpa dengan penghulu Sidek bagi membincangkan masalah mengenai  penduduk kampung yang enggan berpindah.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_21
Pada hari Sabtu, 6 Disember 1941, pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika  Syarikat mengadakan persidangan di Manila, Filipina. Antara yang hadir Laksamana Thomas C. Hart, pegawai pemerintah Angkatan Asia Amerika Syarikat (U.S. Asiatic  Fleet), dan Laksamana Sir Thomas Phillips, komander Tentera Laut British, Timur Jauh.  Mereka membincangkan mengenai persiapan tentera Jepun untuk menakluk Asia  termasuk Tanah Melayu dan Filipina. Masing-masing yakin serangan tentera Jepun itu  dapat dipatahkan tambahan pula dengan adanya askar Melayu yang diberi tugas  bersama tentera Inggeris mempertahankan Tanah Melayu.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_22
Sebuah pesawat peninjau Lockheed Hudson Australia yang berpangkalan di  lapangan terbang Tanah Melayu terjumpa konvoi Jepun yang berlepas dari Saigon, Indochina Perancis. Komander pesawat tersebut, Pegawai Penerbangan Ramshaw,  melaporkan pada mulanya hanya tiga buah kapal belayar, diikuti selepas itu oleh  sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut lain. Angkatan itu diiringi oleh sebuah  kapal tempur, lima buah penjajap dan tujuh buah kapal pembinasa (Ramshaw tersilap  melaporkan kapal penjajap berat sebagai kapal tempur). Pada pendapatnya, kapal-kapal tersebut tengah menuju ke arah Thailand yang berkecuali, atau ke Tanah Melayu. Ini merupakan isyarat yang amat jelas kepada kedua-dua laksamana bahawa  perang akan meletus. Kedua-dua laksamana itu bertindak dengan segera. Empat buah  kapal pembinasa Amerika Syarikat di Balikpapan menerima arahan agar belayar ke laut  lepas, sementara Laksamana Muda Arthur E.F. Palliser dan Panglima Besar Phillips  menerima arahan agar memerintah HMS Repulse untuk membatalkan pelayarannya ke  Darwin, Australia, dan kembali ke Singapura secepat mungkin. Lebih banyak perutusan  mengenai konvoi Jepun tiba. Pesawat British diperintahkan agar melakukan lebih  banyak penerbangan peninjauan lanjut, tetapi pihak Jepun bernasib baik pada hari itu  kerana cuaca buruk menghalang pesawat British daripada berlepas. Pada pukul 7  petang, angkatan penjajahan Jepun bertukar arah dan belayar ke utara menujui Teluk  Siam.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_23
Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun  akan menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak  menghalau penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai perang. Pak Saidi tetap  tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir kerana tiga orang  anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera  Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu. Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun  ibunya tetap risau sekiranya berlaku peperangan. Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-=adiknya sambil memberi kata-kata  peransang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_24
Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang  dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam  British mula membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah  jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar  menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah  pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan  dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi tentangan  yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera  Jepun yang mula mendarat dipantai dan membunuh banyak askar Jepunm termasuk  komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu  kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen  Tanah Melayu: “Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan  ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai,  separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka”. Tidak  sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil  dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka  menguasai tempat mendarat. Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan  tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini  berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan  meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik  sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan  mebolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai  India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_25
Pada pagi 8 Disember 1941, bertempat dalam Bilik Gerakan Tentera British,  Kota Bharu suatu mesyuarat tergempar diadakan. Pemerintah Kor. Jeneral Heath  segera menghubungi Ibu Pejabat bagi memaklumkan bahawa tinjauan dari udara di  Teluk Siam mendapati adanyanya gerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkla  dan Pattani. Tetapi Ops Matador tidak dapat d dilakasanakan kerana Jeneral A. E.  Percival yang bertanggungjawab dengan Ops Matador sedang menghadari mesyuarat  Majlis Perundangan Negeri Selat. Mereka mendapati Tentera Jepun sudah mendarat di  Kota Bharu. Keadaan di Barat, nasi sudah menjadi bubur. Jeneral A. E. Percival  menghubungi Panglima Sir Brooke-Popham memaklumkan perkara tersebut barulah  Ops Matador dapat dijalankan. Di Kota Bharu kemaraan tersekat di Sungai Kelantan.  Pihak Tentera Jepun telah terkorban akibat letupan yang kuat.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_26
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh Tentera  Jepun dalam masa yang singkat. Kebanyakan pertahanan telah pun musnah. Empat  buah kapal pembinasa yang menjadi kapal pengiring tidak dapat berbuat apa-apa  kerana maereka juga diserang oleh kapal terbang Jepun. Jener A.E Percival  mengarahkan tentera India British menyerang tentera Jepun. Dalam keadaan kelam  kabut, berubdur dari Nongka, Panglima Brid. Jen. Garret dilaporkan hilang semasa  menyeberangi sungai dan mereka terputus hubungan. Pada masa yang sama, Jeneral  Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan  British di Pulau Pinang. Pak Saidi mengatakan bahawa Ahmad sudah tiada. Pegawai  tentera laut yang membawa berita tentang Ahmad, sudah terkorban di medan perang.  Penduduk kampung ramai membaca Yasin untuk Ahmad.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_27
Penduduk Johor Bharu gempar dengan kehadiran ramai Tentera Jepun. Mereka  tiba di Johor Bharu setelah hampir sebulan mendarat di Kota Bharu.Pertempuran demi  pertempuran telah berlaku dan jatuhnya satu demi satu negeri-negeri di Semananjung  Tanah Melayu dalam masa yang singkat Pihak British terpaksa berputih mata dan  terpaksa mengundurkan tenteranya ke Singapura. Lalu membuat pertahanan di situ. Panglima Tertinggi British di Timur Jauh Sir Robbert Brooke-Propham dilucutkan  jawatan dan digantikan oleh LT. Jen. Sir Henry Pownall. Petang 31 Januari 1942,  seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan tentera Jepun. Tentera Jepun  telah menawarkan Samad agar berkerjasama dengan mereka untuk membebaskan  Singapura , Samad bersetuju dengan tawaran tersebut. Jeneral A. E. Percival agak  tertekan dengan keadaan yang sedang melanda. Panglima Tentera Australia Henry  Gordon Bennett membuat pemeriksaan kedudukan pertahanan pasukan tenteranya di  bahagian Barat Laut. Kapten Rix dan Adnan mengatur persiapan bagi menentang  tentera Jepun di Bukit Candu dan Pasir Panjang.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_28
Serangan mengejut segera dibalas angkatan tentera diraja British. Serangan  balas tersebut membuatkan tentera Jepun menggandakan bedilan yang bertubi-tubi.  Pasukan tentera India dan tentera British yang bertahantidak berupaya memberikan  tentangan berkesan dan terpaksa berundur. Kejayaan tentera Jepun amat  menggembirakan hati Jeneral Yamashita. Jeneral Yamashita telah menghantar surat  kepada Jeneral A. E. Precival supaya menyerah kalah. Leftenan Adnan akan  mempertahankan Pasir Panjang dan Bukit Candu dengan apa cara sekalipun.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_29
Penghulu Deraman bersama anak-anak buahnya yang terdiri daripada pengawal  kampung datang bertemu dengan Leftenan Adnan. Tujuan mereka untuk menyatakan  persediaan mereka bertempur membantu pasukan Askar Melayu menentang Tentera  Jepun. Pasukan Rejimen Askar Melayu memilih mengadakan pertahanan di satu  rabung dipanggil dengan nama Rabung Pasir Panjang. Jeneral Yamashita berang  apabila tiga pengintipnya mati ditembak Askar Melayu. Berita penawanan Askar Melayu  dari Kompeni “B” meresahkan Leftenan Adnan. Leftenan Adnan terus bersemangat  untuk berjuang hingga ke titisan yang terakhir.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_30
Suasana Pagi itu hening Askar Melayu yang tidak bertugas sedang tidur-tidur  ayam.Tiba-tiba suasana yang tenang itu dikejutkan dengan satu jeritan. Tentera Jepun  sudah menyerang Tanah Melayu. Leftenan Renya memimpin pasukan penggempur  memerintahkan orang-orangnya terus melapskan tembakan mortar ke arah pertahanan  pihak lawan. Kebanyakan tembakan tepat mengenai sasaran. Jeneral Yamashita  bertambah berang, dia mahu pasukannya mencari jalan bagaimana mahu menembusi  kubu pertahanan tentera Melayu. Tentera Jepun memakai pakaian tentera Sikh untuk  mengelirukan musuh. Dua puluh orang tentera Jepun yang memakai turban telah  dibunuh dari jarak yang dekat.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_31
Kehebatan Askar Melayu yang berjaya menghidu tipu helah yang dibuat oleh  tentera Jepun telah menyebabkan Leftenan Renya Mutugchi berang. Disebabkan itu,  tentera Jepun telah bertekad untuk menyerang Askar Melayu di Bukit Candu secara  besar-besaran. Serangan kali ini menggunakan kapal terbang untuk serangan udara  dan disusuli dengan serangan pasukan artileri.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_32
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan,  termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata  mesingan jenis Lewis Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam  pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan  mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan  tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh  orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang  menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh. Tentera Jepun yang marah kerana keberaniannya menentang musuh sehingga  ramai yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan  guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera  parah itu pada dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya  telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu. Setiap orang  yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang tergantung  pada pokok tersebut dengan boyonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_33
Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menerah  kalah, Haji Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran  dengan Bukit Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo  lalu memasukinya. Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada  yang putus lehernya dan ada pula yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan  senjata tajam. Mereka juga terjumpa seorang yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian  Kopral Yaakob pun menceritakan kehebatan askar Melayu menentang Jepun sehingga  ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk kampung mengumpulkan mayat-mayat  askar Melayu lalu mengebumikannya.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_34
Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal,  Kajang. Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah  berpakat tidak akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan  keluarga Leftenan Adnan. Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat  anak-anak muda bagi menentang tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan  pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan Jepun di tanah Melayu.
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Bab_35
Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah  pemerintahan Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan  keganasan Jepun. Penduduk kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba  kekurangan. Rakyat terpaksa memakan ubi, pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia  diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah akibat demam panas. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah  semula oelh British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan  mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan  menoreh getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai  Ramal dibuka semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada  hari pertama memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz  Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri  yang bahagia. Selepas empat tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka.  Sophia disahkan menghidap penyakit leukimia. Nota Leftenan Adnan Wira Bangsa
https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/
Sinopsis_Pantai_Kasih_Bab_1
Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) menghadapai masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi perjalanan hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang untuk membuat pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha berasa curiga mengapa pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit pada tempat pembedahan yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan jayanya, namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak harus berulang kali terutama kepada pesakit daripada kalangan golongan menengah dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu memuaskan semua pihak, sebaik mungkin dan seboleh mungkin telah mencurigakan kredibiliti Doktor Idolanya itu. Raiha juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa pendam cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih Doktor Sadiz sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu dia memberikan bantuan kepada Doktor Uwang dalam pembentangan seminar. Raiha juga teringat akan ayahnya yang membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Doktor Sadiz. Ayahnya yang Berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya menjadi golongan professional berpendapat bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai suaminya adalah kurang tepat dan akan menyebakan kesengsaraan pada masa depan. Ingatan terhadap larangan ayahnya supaya bidang pakar pembedahan tidak menjadi pilihan kerana berpendapat bidang tersebut tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka masa panjang. Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak menyenangi Raiha apabila dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan di PRPK. Sister Felicia ditawarkan dengan  gaji yang lumayan supaya bertugas di PRPK setelah bertugas di hospital kerajaan sebelum ini. Felicia berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang terhadap aku janjinya sebelum ini menyesakkan dadanya dan tidak adil terhadap dirinya seterusnya membakar semangatnya hingga rentung. Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam pada malam yang menggemparkan itu. Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh dengan Doktor Razak. Ingatannya juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak Raiha disambar api di hadapan matanya. Ingatan itu sukar dilupakan dan menghantuinya selama ini. Dia juga sentiasa dibayangi keresahan khuatir tingkah lakunya diperhatikan terutama di ruang farmasi. Dalam keadaan rakan sejawat yang sedang leka melaksanakan tugas Felicia dibayngi dengan prasangka. Sehingga jururawat Ariana yang sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor Razak turut diteguri kerana asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaanya sendiri dia tidak bertugas pada sebelah pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin harian tidak perlu dilaksanakannya memberi peluang kepadanya untuk mengelakkan diri daripada bertembung dengan Rahia.
https://karangan.net/sinopsis-nota-novel-pantai-kasih/
Novel_Pantai_Kasih_BAB_2
Doktor Uwang perpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya ada orang gaji di rumahnya. Malahan anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulupun dihantar belajar di sekolah swasta berasrama  seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya itu kekok untuk bersama-samanya apabila ada peluang pulang bercuti semesternya. Doktor Uwang berpendapat anaknya itu tidak harus pulang  langsung kerana memalukannya sahaja. Ketegasan Doktor Uwang terhadap bisnes kesihatan menjadikannya sebagai salah seorang doktor berwibawa yang banyak membawa keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang menyerahkan PRPK kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada halangan asalnya berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang, namun akur dengan kehebatan menantunya menerajui PRPK. Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang adakalanya seperti memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk mendapat kesihatan yang baik mestilah menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang juga sering mengeluh kesakitan pada pergelangan tangannya dan kepala lututnya namun belum sempat membuat diagnosis tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab dia kurang sihat untuk melakukan pembedahan terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan kepada Raiha. Namun sikap Raiha yang menjengkelkannya. Raiha mempersoalkan kejadian infeksi yang berlaku kepada Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu menjadi siswi dengan yang ada sekarang amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati terhadapnya tetapi sekarang sudah lenyap dan menganggap Raiha sudah angku dan beranggapan Raiha tidak bersyukur dengan tawaran berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor Uwang juga teringat kembali terhadap kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal dunia dan sentiasa membayang hidupnya. Lamunannya tersentak apabila ingatanya juga turut dibayangi oleh peristiwa pencerobohan doktor palsu yang menyamar di PRPK miliknya.
https://karangan.net/sinopsis-nota-novel-pantai-kasih/
Sinopsis_Novel_Pantai_Kasih_Bab_3
Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai ketika itu. Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima bintang. Dia mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan berhati-hati serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini perlukan kesabaran dan layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan pucat lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya seperti biasa sahaja, barangkali cuaca musim kemarau panjang ini menyebabkan keadaanya begitu. Dia terbayang kembali peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran kematian anak perempuannya yang rentung akibat disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah doktor itu. Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang kejururawatan dahulu.  Walaupun dia mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih tidak berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia mengambil ubat batuk sebagai penawar kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang mengeluh tentang pembedahan anaknya yang keenam sama ada Berjaya ataupun tidak kerana kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan semua wang insurans anaknya sudah dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut. Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa benaknya tentang punca kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang akhirnya berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang menyalahkan dirinya atas kematian anak perempuan mereka. Raiha pula memberitahu bahawa semuanya berpuca daripada Doktor Sadiz menyebabkan sanak saudara yang selama ini menyokongnya semakin berundur dari hidupnya. Raiha juga teringat akan layanan kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron, masyarakat kelas menengah bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil hati dan berasa amarah dengan tindakan Raiha walaupun sebenarnya tindakannya mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa bersalah akan tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang selepas kematian ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas sekian lama menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang jururawat manakala Raiha sudah menjadi doktor. Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan bahawa Raiha sengaja melarikan diri kereta mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor Sadiz juga meyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari oleh Raiha.  Namun Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa barang kemas yang dibawa adalah barang kemas miliknya hasil titik peuhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan bahawa sampai mati sekalipun dia tidak akan  melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha merana, gantung tidak bertali sebagai balasan tergamak memalukannya di mata golongan masyarakat elit.
https://karangan.net/sinopsis-nota-novel-pantai-kasih/
Sinopsis_Pantai_Kasih_bab_4
Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam milinya yang terletak tidak jauh dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam misteri kematian anaknya, dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya dia di apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang membesarkannya selama ini.  Arwah neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu kawasan di hulu lubuk dalam daerah Ranau. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum peristiwa hitam muncul. Raiha ingat ketika dia mengandungkan bayi hasil persenyawaan sperma suaminya itu. Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan bayi yang sedang dikandungnnya itu kerana kehadiranya bayi tersebut tidak direstui apatah lagi sudah diketahui fizikal bayi tersebut yang kelebihan kromosom akan menyebabkan dia malu dengan masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak hendak membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut sah hukum dan mempunyai hak untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’. Kegelisahan Dotu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang amat jelas. Dia berharap selepas daripada insiden tersebut perkara sebegitu tidak berulang. Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan dan kegusaran isterinya itu.  Doktor Uwang berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak rasmi serta bapanya juga tidak harus ambil peduli tentang pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya, mereka tidak tahu akan perniagaan kesihatan kini. Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron yang mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian tulang pinggul hingga keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa dia akan berbuat apa-apa sahaja untuk memberikan hasil baik berpihak kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali ganda masuk ke ke poketnya sudah memadai, tidak perlu memikirkan bagaimana mereka mendapatkan wang membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang mengelamun sambil menonton rancangan ‘Money Matters’ di televisyen. Lamunannya hingga ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan disaksikan di hadapan matanya sendiri. Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yag pernah mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan Doktor Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia mahukan Doktor Raiha. Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak dipercayai oleh pesakit itu sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan sengapa mahu menipu. Felicia juga dituduh sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu risiko yang terpaksa dihadapi oleh pesakit. Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu digambarkan melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan  Felicia terjelopok, namun itu hanyalah hayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia mengangkat muka suasana menjadi berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih.
https://karangan.net/sinopsis-nota-novel-pantai-kasih/
Novel_Pantai_Kasih_Bab_5
Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya yang mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor Uwang, begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka menggangu hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam sememangnya seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah dipastikan akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanita-wanita yang dilihatnya dalam kelab malam itu berubah menjadi gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi anak perempuan pak ciknya. Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat. Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba menganggu kredibilitinya selama ini.  Hal ini seolah-oleh menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan. Felicia juga berasa terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat panggilan palsu. Sister Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu.  Dalam keadaan separa khayal dan didatangi dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok di lantai bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia tergelincir di situ.
https://karangan.net/sinopsis-nota-novel-pantai-kasih/
Sinopsis_Novel_Pantai_Kasih_Bab_6
Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya bermula apabila ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang menghantar pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang, Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke kondminiumnya. TIdak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung dan merungut-rungut. Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak menggunakan keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis isilah sendiri. Doktor Uwang menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia komited dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin membincangkan hal pesakit Uning Siro dan panggilan tersebut amat penting. Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak tenteram. Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang sama membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam ingatannya.  Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak Unong Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu.  Felicia menganggap ‘sapi tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak sepatutnya melayan emak Unong dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah kebajikan para pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam preawatan itu. Mengasari orang yang memang sedia menderita sakit pada badan dan mental, adalah kejam dan meminta Felicia supaya tidak mengulanginya lagi. Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah ayahnya  menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.
https://karangan.net/sinopsis-nota-novel-pantai-kasih/
Sinopsis_Pantai_Kasih_Bab_7
Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu ibu Unong Siron tentang musibah anaknnya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam alam kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan kisah silamnya. Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah. Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor. Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya dengan doktor muda itu. Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong SIron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat.  Raiha menyatakan bahawa dia menerima panggilan kecemasan tentang Unong Siron.  Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan palsu seperti itu.  Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha berharap Unong akan Berjaya pada kali ini.
https://karangan.net/sinopsis-nota-novel-pantai-kasih/
Novel_Pantai_Kasih_Bab_8
Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti. Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang kembali. Apatahlagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh orang lain. Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron  menawarkan diri untuk menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan  dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut  Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan bahawa sebenarnya penceroboh itu adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir semester.
https://karangan.net/sinopsis-nota-novel-pantai-kasih/
Sinopsis_Novel_Pantai_Kasih_Bab_9
Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga terimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekaipun bukanlah salahnya. Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan ini. Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama aak perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol selepas itu dan berhenti di sebuah rumah tumpagan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan berada di situ. Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai Doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes anak peremuan tua itu. Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantung-gantung. Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang memngekori lori minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu trafik. Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih menyelematkan nyawanya dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di bahagian pergelengan tangan  dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan penggantian sendi pada anggota tersebut. Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan. Nota Novel Pantai Kasih – Tema, Persoalan, Plot, Latar, Watak Perwatakan, Nilai, Pengajaran.
https://karangan.net/sinopsis-nota-novel-pantai-kasih/
Sinopsis_Novel_Tirani_Bab_1_%E2%80%93_Melontar_Puing_Duka
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses dengan kecantikan.  Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet  yang menjadi ejekan kepada kawan-kawannya seperti  Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci  dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan. Di pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan persediaan yang sedang dilakukan oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini adalah menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal, pengurusan homestay Waheeda    menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk memajukan lagi homestay itu.
https://karangan.net/sinopsis-novel-tirani-mengikut-bab/
Sinopsis_Novel_Tirani_Bab_2_%E2%80%93_Dayang_Muda
Semasa di pejabatnya,  Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang  2 lawatan institusi pelancongan dan lawatan Putera  Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan  barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi menggambarkan identiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir. Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun di sebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkan kerana  bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak melakukan  apa yang dihajatinya. Tidak  beberapa lama kemudian, keadaan chalet  pada malam itu menjadi kelam kabut. Seekor  monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.
https://karangan.net/sinopsis-novel-tirani-mengikut-bab/
Sinopsis_Novel_Tirani_Bab_3_%E2%80%93_Katarsis
Perjalanannya  menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob, keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum tentang bandar raya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia. Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis. Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke rumah  Bazilah iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.
https://karangan.net/sinopsis-novel-tirani-mengikut-bab/
Sinopsis_Tirani_Bab_4_%E2%80%93_Semarak_Api_Semarak_Hati
Sebelum Waheeda menuju ke  rumah Bazilah, Waheeda  kagum  dengan kebersihan bandar raya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Waheeda akan tinggal di salah sebuah bilik di rumah  kepunyaan pakcik Bazilah. Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor pakar pembedahan plastik di Hospital Sultanah  Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastik yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda juga menyatakan  bahawa dia berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak matanya. Waheeda dan Bazilah sudah berada di  Silicon Medical Centre (CMC). Di sini, Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen perubatan dari hospital  di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang yang diperlukan untuk proses pembedahan tersebut.
https://karangan.net/sinopsis-novel-tirani-mengikut-bab/
Novel_Tirani_Bab_5_%E2%80%93_Doa_Selamat
Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak  dengan menyediakan sejenis makanan yang bernama ketupat lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk menolak bala. Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada di depan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya. Pada keesokan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang tabah demi  kecantikan wajahnya.
https://karangan.net/sinopsis-novel-tirani-mengikut-bab/
Sinopsis_Novel_Tirani_Bab_6_%E2%80%93_Metamorfosis
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes (Dr.Rushdi).  Di dalam bilik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12 jam. Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang menunggu di luar  bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran  pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.
https://karangan.net/sinopsis-novel-tirani-mengikut-bab/
Sinopsis_Tirani_Bab_7_%E2%80%93_Ke_Pulau_Sentosa
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan masa dihabiskan dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai  anugerah alam di situ. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang mengingatkan  Waheeda kepada kampung halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya. Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya  Dr Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.
https://karangan.net/sinopsis-novel-tirani-mengikut-bab/
Novel_Tirani_Bab_8_%E2%80%93_Hadiah_Alam
Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa  kecantikan ialah tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah  tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek. Persoalan ini menjadi topik perbualan yang panjang antara mereka berdua. Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyol. Cerita Dr Rushdi juga mengingatkan  Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampung halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya  tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan tersebut. Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga   tentang projek perhotelan yang dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar. Waheeda teringat semula akan chalet ayahnya yang mungkin jauh ketinggalan berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas. Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu temu duga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan diri  dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.
https://karangan.net/sinopsis-novel-tirani-mengikut-bab/
Sinopsis_Bab_9_%E2%80%93_Wajah_Pesono
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat menyenangkan hati beberapa orang staf di situ seperti Lais, Anati dan Kong.  Dalam pada itu, Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan Waheeda di kafe, Waheeda sempat melihat seorang  lelaki yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya. Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar sejak belakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak mempedulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mungkin menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap  tirani itu memang benar. Dengan alasan ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort. Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh, kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan. Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan   hadapan. Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji kecantikan Waheeda. Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan tersebut, Waheeda  dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.
https://karangan.net/sinopsis-novel-tirani-mengikut-bab/
Sinopsis_Tirani_Bab_10_%E2%80%93_Senyum_Sepuluh_Ela
Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang  Islam, rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka  tinggal di sana kerana beberapa isu negatif terhadap Malaysia dan Islam. Datuk Yasser berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada pengembangan perniagaan di Kuching, Seri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan Zahid. Selepas menikmati makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid. Seterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser  semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu. Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna. Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibuk memberi idea  tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai fesyen yang berbelah sampai ke paha. Sebaliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi Sarawak.
https://karangan.net/sinopsis-novel-tirani-mengikut-bab/
Sinopsis_Bab_11_%E2%80%93_Orang_Rumah_Sebelah
Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International  disebarkan kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti. Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura.  Acara merisik ini diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda.  Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.
https://karangan.net/sinopsis-novel-tirani-mengikut-bab/
Tirani_Bab_12_%E2%80%93_Bidadari_dari_Langit
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibuk  mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana. Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir. Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selesema. Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya masih berlarutan. Selepas bersin berpanjangan, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.
https://karangan.net/sinopsis-novel-tirani-mengikut-bab/
Sinopsis_Novel_Tirani_Bab_13_%E2%80%93_Mati_Hidup_Semula
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik pelancongan yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai RM60 juta. Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin Hazirah, isterinya menyatakan  kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi.  Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu Aiman.  Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati. Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di SMC untuk menerima rawatan. Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan telah menambahkan kerunsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahui hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi. Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu  oleh Anati bahawa Waheeda berada di SMC. Zahid bergegas ke sana.  Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin  menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami selesema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.
https://karangan.net/sinopsis-novel-tirani-mengikut-bab/
Novel_Tirani_Bab_14_%E2%80%93_Bagaikan_Puteri
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, Inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya. Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja. Selepas acara akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira
https://karangan.net/sinopsis-novel-tirani-mengikut-bab/
Sinopsis_Tirani_Bab_15_%E2%80%93_Hidup_Ranggi
Pemandangan di kawasan kampung Matang  dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung awan.  Senario  pemandangan  dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid  semasa dia berada di kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji pemandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan  yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang  kehidupannya semasa berada di luar negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya boleh mencairkan hati wanita. Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid  tentang cinta dan kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat. Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti di bibirnya.
https://karangan.net/sinopsis-novel-tirani-mengikut-bab/
Sinopsis_Bab_16_%E2%80%93_Mimpi_Lain-lain
Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak member gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun depan.  Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang datang ke Sarawak nanti. Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia  yang menyatakan Malaysia jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sektor pelancongan. Kemudian dia pula mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada Nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus  hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya  itu semasa di sekolah dahulu. Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya.  Dalam masa yang sama, zahid menanti isterinya, Waheeda untuk  makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-sama. Namun, Waheeda tidak  muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing. Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid. Zahid perasan apabila sesekali terserempak   pandangan pelanggan terhadap isterinya. Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik. Datuk Yasser akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari. Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Di mana ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.
https://karangan.net/sinopsis-novel-tirani-mengikut-bab/
Sinopsis_Novel_Tirani_Bab_17_%E2%80%93_Konflik
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya seolah-olah manusia individualistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda  sentiasa bersedia datang ke Seri Gading untuk membantu. Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa santainya biasanya diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya. Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal tengah hari, Waheeda ke farmasi di Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya. Mungkin stres, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi. Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid mengungkit insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda. Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda sudah pun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan kenangan dalam kenangan yang melingkari  hidupnya. Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan sensitiviti hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.
https://karangan.net/sinopsis-novel-tirani-mengikut-bab/
Novel_Tirani_Bab_18_%E2%80%93_Dilanda_Nostalgia
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin   mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung joging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti Halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi. Zahid melenting di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu Zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola. Nostalgia pada peringkat awal begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu. Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang dihadapinya. Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, Waheeda ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka datang bersama pasukan BRP bagi menyiasat kes seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.
https://karangan.net/sinopsis-novel-tirani-mengikut-bab/
Bab_19_%E2%80%93_Bagaikan_Bongkah_Batu
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif Hospital Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa. Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan tersebut. Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan. Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali demi untuk memberi kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut  lebat seperti dengan. Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan   DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya. Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkan Waheeda. Sekiranya Zahid dating,  datangnya untuk menambahkan luka di hati Waheeda. Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.
https://karangan.net/sinopsis-novel-tirani-mengikut-bab/
Tirani_Bab_20_%E2%80%93_Ke_Pusat_Rawatan_Islam
Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais  menjelaskan kepada Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat rawatan tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan  rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun strawberi di Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan perusahaannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada Dr. Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi. Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.
https://karangan.net/sinopsis-novel-tirani-mengikut-bab/
Bab_21_%E2%80%93_Sinar_Di_Hujung_Terowong
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih  Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands   setelah pergi melihat sendiri   esok. Urusan mengambil alih berlaku dan urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar.  Dalam pada itu Waheeda menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.
https://karangan.net/sinopsis-novel-tirani-mengikut-bab/
Sinopsis_Bab_22_%E2%80%93_Bagaikan_Air_Gunung
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya. Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan  melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi  Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.
https://karangan.net/sinopsis-novel-tirani-mengikut-bab/
Novel_Tirani_Bab_23_%E2%80%93_Sejuk-sejuk_Tropika
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil menghirup kopi panas dan  menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman. Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke kafe. Zahid sempat bertembung mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka berdua. Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendengar terkedu. Manakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort ketika dia bekerja di sana dahulu.  Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan menyatakan bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku anak gadisnya itu.
https://karangan.net/sinopsis-novel-tirani-mengikut-bab/
Sinopsis_Novel_Tirani_Bab_24_%E2%80%93_Kama_Hati
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya terpaku kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman, wajah, bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya dan gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan. Zahid memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana. Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini dirindunya. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Pertemuan Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya memaafkan ayahnya.
https://karangan.net/sinopsis-novel-tirani-mengikut-bab/
Sinopsis_Bab_1_Kalaulah_Engkau_Mengerti
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah, Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak lengkap. Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki mahu bertemunya di kantin. Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki itu memberitahu Dahlia, dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada bulan Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan  keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk tujuan merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.
https://karangan.net/sinopsis-songket-berbenang-emas/
Sinopsis_Bab_2_Detik-detik_Hati_Tersentuh
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke jambatan sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta Azhari. Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak suka tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang tuanya masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak betul”. Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan. Melati memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair. Sebenarnya, susu telah habis. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo  secara hutang. Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis. Tiba-tiba, ayahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan ayahnya supaya mendapatkan bantuan orang kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.
https://karangan.net/sinopsis-songket-berbenang-emas/
Sinopsis_Bab_3_Jangan_Tinggalkan_Kami
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya sama ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad dengki dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang berlaku itu adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi ketabahan dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya pulih seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah,ibu kepada emaknya. Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Ayah Dahlia memberitahu, beliau terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah menghadapi situasi itu.
https://karangan.net/sinopsis-songket-berbenang-emas/
Sinopsis_Bab_4_Dibuai_Kenangan_Indah
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu  Melati menyiapkan latihan Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis yang lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk membaiki diri sendiri dan keluarganya. Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia meminta Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah faham orang kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh ayahnya yang menyuruhnya pergi ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak mahu menghantar isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan. Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka disebabkan mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak Saleha dan Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga  teringat semula peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak belakangan ini beliau terasa ada bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah. Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong memberitahu Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya runsing, Embong tidak menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di hospital  itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah mendapat gred  tiga dalam SPM.
https://karangan.net/sinopsis-songket-berbenang-emas/
Sinopsis_Bab_5_Kata_Setajam_Pedang
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis. Dahlia tidak rela dituduh  mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada hari Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu. Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak, Anggerik dan ayahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul 2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis. Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat emaknya di  hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman ketika di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor Bahru.
https://karangan.net/sinopsis-songket-berbenang-emas/
Sinopsis_Bab_6_Ditelan_Arus_Deras
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat terpukul dengan perkataan “ orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap mengenai emak Dahlia di balai raya. Dia memberitahu punca emak Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain pula akan terkena. Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu tengah dengan tanda pangkah supaya hantu tidak masuk rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah beberapa kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan. Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah hilang dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia telah menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan daripada penduduk kampung itu. Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh pemuda itu membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali tetapi malangnya Said telah tiada.
https://karangan.net/sinopsis-songket-berbenang-emas/
Sinopsis_Bab_7_Berbudi_Berbalas_Nista
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan kerana selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton. Aton mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang semakin menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari musuh. Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca Dahlia menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi, Embong pergi  memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas kembali peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya masa remaja Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa diduga, ular itu menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan Embong panik.
https://karangan.net/sinopsis-songket-berbenang-emas/
Sinopsis_Bab_8_Bayang-bayang_Kecelakaan
Dahlia bermimpi  buruk tentang ular sawa itu  yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar apabila terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok ke rumah Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said. Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan kata-kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya. Melati bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila. Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak akan menyenangkan kehidupan mereka. Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong kehairanan apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang ular itu. Embong membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi  memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan kesanggupan Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda Melayu bersama-sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.
https://karangan.net/sinopsis-songket-berbenang-emas/
Sinopsis_Bab_9_Apabila_Tamak_Menguasai_Jiwa
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya ke klinik. Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang telah dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Leha sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal usulnya. Seman mencadangkan agar tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000 .
https://karangan.net/sinopsis-songket-berbenang-emas/
Sinopsis_Bab_10_Selamat_Tinggal_Asrama_Puteri
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama. Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan. Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah Dahlia daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.
https://karangan.net/sinopsis-songket-berbenang-emas/
Sinopsis_Bab_11_Pedihnya_Melayan_Kerenah_Anak
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal. Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi Embong mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak sanggup  lagi untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka berdua sangat baik dan suka membantunya.
https://karangan.net/sinopsis-songket-berbenang-emas/
Songket_Berbenang_Emas_Bab_12_Air_Mata_Menitis_di_Hospital_Permai
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik.  Lamunan Dahlia dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya. Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya. Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan ingin mengetahui hal-hal yang  menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan. Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia  melawat emaknya di bilik 16. Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ.  Azhari memberitahu  bahawa dia bekerja sementara di situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia. Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.
https://karangan.net/sinopsis-songket-berbenang-emas/
Sinopsis_Songket_Berbenang_Emas_Bab_13_Pahitnya_Menelan_Kenyataan
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat. Apabila Dahlia melihat ayahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula, Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.
https://karangan.net/sinopsis-songket-berbenang-emas/
Sinopsis_Songket_Berbenang_Emas_Bab_14_Hilang_dari_Kandang
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik orang lain. Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui keadaan emaknya. Azhari  masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia kerana ibu bapanya mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari yang ingin merisiknya.
https://karangan.net/sinopsis-songket-berbenang-emas/
Sinopsis_Bab_15_Ingin_Mempersunting_Bunga_di_Taman
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga. Walau bagaimanapun, ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala Lumpur. Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari dan Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya, Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja. Selepas itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong telah dipatuk oleh seekor ular di pahanya.
https://karangan.net/sinopsis-songket-berbenang-emas/
Sinopsis_Songket_Berbenang_Emas_Bab_16_Bisa_Ular_Tedung
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan ayahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP. Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani latihan bola jaring. Kemudian, Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan nota-nota sepanjang  Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak ketinggalan dalam pelajaran. Pada petang itu,Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah memberitahu Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang demi seorang keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan neneknya.
https://karangan.net/sinopsis-songket-berbenang-emas/
Sinopsis_Bab_17_Kupertahankan_Tanah_Sekangkang_Kera
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar tidak boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia  memeriksa dompet milik adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut sedangkan adiknya tidak bekerja. Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari terkejut apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka perlu membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang keputusan.
https://karangan.net/sinopsis-songket-berbenang-emas/
Sinopsis_Bab_18_Budi_Tanpa_Mengira_Warna_Kulit
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya. Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.
https://karangan.net/sinopsis-songket-berbenang-emas/
Sinopsis_Bab_19_Apabila_Dua_Jejaka_Bertemu
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya yang memerlukan penjagaannya. Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia untuk membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia. Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah memandang serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.
https://karangan.net/sinopsis-songket-berbenang-emas/
Sinopsis_Songket_Berbenang_Emas_Bab_20_Ingin_Kujunjung_Langit
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas itu, Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia memberitahu ayahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan beban ayahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga ke universiti. Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.
https://karangan.net/sinopsis-songket-berbenang-emas/
Songket_Berbenang_Emas_Bab_21_Hijrah_Remaja_Harapan
Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai raya untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan malam nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut  menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut. Haji Sulaiman selaku ketua kampung amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut. Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya.  Kata-kata Aton telah menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman. Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk ayahnya dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.
https://karangan.net/sinopsis-songket-berbenang-emas/
Songket_Berbenang_Emas_Bab_22_Kain_Merah_yang_Reput
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang datang daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah. Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya. Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa  kain merah yang hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang berhasad dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam. Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-mana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah dan didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.
https://karangan.net/sinopsis-songket-berbenang-emas/
Sinopsis_Songket_Berbenang_Emas_Bab_23_Sinar_Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran Dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-kawannya. Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak lebih daripada itu. Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya telah pulang dari hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya. Azhari juga ada bersama-sama ketika itu. Dahlia mengajak Azhari  pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam keadaan mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.
https://karangan.net/sinopsis-songket-berbenang-emas/
Sinopsis_Bab_24_Runtuhnya_Tembok_Kesombongan
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau sakit. Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-barang untuk berpindah ke balai raya. Embong dah ahli keluarganya turut berkemas untuk berpindah ke balai raya. Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar rungutan penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang  berlaku  itu ada hikmah yang tersendiri.
https://karangan.net/sinopsis-songket-berbenang-emas/
Sinopsis_Songket_Berbenang_Emas_Bab_25_Inilah_Kampungku
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu. Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-sama menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat. Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka telah bergotong-royong  membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti. Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.
https://karangan.net/sinopsis-songket-berbenang-emas/
Sinopsis_Bab_26_STPM_akan_Kugapai_Kecemerlangan
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya. Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya. Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia juga bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.
https://karangan.net/sinopsis-songket-berbenang-emas/
Sinopsis_Bab_27_Bunga-bunga_Kejayaan_dalam_Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di  Jepun selama empat tahun. Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan. Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan mereka. Dia mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.
https://karangan.net/sinopsis-songket-berbenang-emas/
Sinopsis_Songket_Berbenang_Emas_Bab_28_Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya. Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia. Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan –kawan Dahlia  dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai. Dahlia semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500 termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300. Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer dari kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia  dan memberitahu punca kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun.
https://karangan.net/sinopsis-songket-berbenang-emas/
Sipnosis_Novel_Meniti_Impian_Bab_1
Pak Yusuf gelisah menanti sarapan pagi daripada isterinya Mak Temah. Kegelisahannya itu dapat dikesan oleh anak saudaranya Zahar yang sedang menggergaji kayu di bengkel kayu milik Pak Yusuf. Mak temah datang membawa dulang berisi air kopi dan dua pinggan bihun. Mak temah meminta maaf daripada Zahar kerana lewat menghantar sarapan dan Zahar menyatakan Mak Temah perlu meminta maaf kepada Pak Yusuf kerana dari tadi menunggu air kopi yang merupakan minuman kegemarannya setiap pagi. Mak Temah berlalu dengan pesanan daripada Pak Yusuf supaya menyediakan makan tengah hari dan juga mempelawa anak buahnya Zahar makan tengah hari bersama mereka. Zahar mencadangkan supaya rak kasut yang sedang mereka buat ini di siapkan lebih awal supaya masalah ketiadaan tempat meletak kasut di surau dapat diatasi. Pak Imam pasti sangat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Pak Yusuf kerana menyiapkan rak kasut lebih awal daripada yang di minta. Pak Yusuf bukanlah tukang kayu yang berkelulusan tinggi, dia hanya belajar sendiri untuk menjadi tukang kayu yang mahir. Hasil tukangannya dapat dijual dengan harga yang murah dan berkualiti. Pak Yusuf bertanyakan Zahar mengenai permohonan ke IKM namun Zahar masih lagi menunggu keputusan yang dijangka keluar minggu hadapan. Zahar menyatakan jika suatu hari dia menjadi seorang tukang kayu yang mahir dia akan memberitahu orang yang pendorong utama dia berjaya dalam bidang ini adalah bapa saudaranya Pak Yusuf.
https://karangan.net/sipnosis-novel-meniti-impian/
Sipnosis_Meniti_Impian_Bab_2
Mak Kiah tersenyum melihat kepulangan Zahar terus bertanya kenapa Zahar tidak pulang makan tengah hari di rumah. Zahar makan di rumah Pak Yusuf kerana tidak sampai hati menolak pelawaan bapa saudaranya itu. Mak Kiah menunjukkan sekeping surat yang dihantar Posmen pagi tadi. Dari fizikal surat tersebut Zahar dapat mengagak surat tersebut daripada IKM dan setelah dibuka Zahar tersenyum kerana telah ditawarkan mengikuti kursus pertukangan perabut di IKM Sungai Petani. Setelah selesai solat magrib, Zahar, Bakar dan Rahim duduk di bangku luar masjid. Bakar mengusahakan kedai peninggalan arwah ayahnya dan sedang berusaha mengembangkan perniagaannya. Zahar memberitahu rakannya bahawa dia telah ditawarkan untuk ke IKM dan rakanya mengucapkan tahniah kepada zahar. Bakar mengusik Zahar tentang hubungannya dengan suhaili yang merupakan rakan rapat Zahar sewaktu di bangku sekolah. Suhaili kini melanjutkan pelajaran di ITM dan sudah berada tiga dan menunggu keputusan peperiksaan akhir. Zahar membaca semula surat tawaran memasuki IKM yang terletak di atas meja. Surat itu dengan pantas mengembalikan ingatanya ke alam persekolahan yang telah ditinggalkannya lebih tiga tahun lalu. Namun Zahar cepat sedar bahawa pelajaran yang akan diikutinya nanti amat jauh berbeza dengan pelajaran yang pernah diikutinya semasa di sekolah menengah dulu.
https://karangan.net/sipnosis-novel-meniti-impian/
Sipnosis_Novel_Meniti_Impian_Bab_3
Zahar gelisah mencari jalan untuk berhubung dengan suhaili. Kebetulan pada waktu itu jaringan telefon telah di pasang di kampung mereka. Orang yang berkemampuan seperti Pak Karim iaitu ayah kepada Suhaili telah memasang telefon di rumah mereka. Zahar berjaya menghubungi Suhaili dengan bantuan Rahim. Zahar dan Suhaili berjanji untuk berjumpa pada keesokan hari di City Point Alor Setar. Zahar terimbas kembali kenangan sewaktu berada di bangku sekolah. Suhaili seorang pelajar yang pandai tetapi pendiam. Sukar untuk pelajar lain terutama pelajar lelaki untuk dekat dengannya kecuali Zahar. Mereka berdua sering diusik oleh rakan-rakan sekelas. Zahar dicabar oleh Suhaili untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Beberapa hari sebelum peperiksaan Zahar demam dan semasa peperiksaan berlangsung Zahar masih kurang sihat. Dia tidak mampu menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Zahar membayangkan reaksi Suhaili setelah tahu yang dia akan melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.
https://karangan.net/sipnosis-novel-meniti-impian/
Sipnosis_Meniti_Impian_Bab_4
Zahar ke Alor Setar untuk berjumpa dengan Suhaili dengan menaiki bas. Zahar sengaja datang awal untuk dudukduduk sambil minum di sebuah warung. Mereka sengaja berjumpa di Alor Setar supaya tidak di ketahui oleh orang kampung dan tidak mahu perjumpaan mereka boleh menimbulkan cerita yang kurang enak. Zahar mundar-mandir di ruang legar tingkat bawah City Point sementara menuggu kehadiran Suhaili. Ketika Zahar berdiri di tepi tangga menghadap jalan, kelihatan Suhaili sedang melintas jalan dan datang ke arahnya. Suhaili yang berpakaian skirt berwarna merah jambu, kembang berkedut dan baju juga berkedut di bahagian hadapan cukup menarik hati Zahar. Mereka ke Restoran KFC yang terletak di sebelah kompleks MPKS. Selepas duduk membuat pesanan mereka bertanya khabar. Sambil menikmati hidangan Zahar menyatakan tujuannya berjumpa dengan Suhaili. Zahar memberitahu yang dia telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke IKM. Suhaili memandang rendah dan mempersoalkan cabaran yang pernah dilontarkannya kepada Zahar ketika di bangku sekolah dahulu. Zahar menjelaskan yang dia tidak pernah melupakan cabaran yang pernah dibuat oleh Suhaili tetapi memberikan alasan bahawa ibunya tidak mampu untuk menampung pengajiannya. Zahar juga menyatakan walaupun gagal menyahut cabaran Suhaili dia tetap ingin membuktikan bahawa masih ada jalan lain untuk berjaya dalam hidup. Suhaili tetap dengan pendiriannya dan memperlekehkan hasrat Zahar. Suhaili tergesa-gesa membuat bayaran dan terus meninggalkan Zahar. Zahar berasa curiga dan mengikori Suhaili tampa pengetahuannya dan mendapati Suhaili menaiki kereta yang dipandu oleh seorang lelaki tampan yang berusia lingkungan tiga puluhan dan terus meninggalkan tempat tersebut.
https://karangan.net/sipnosis-novel-meniti-impian/
Sipnosis_Novel_Meniti_Impian_Bab_5
Pak Yusuf menegur sikap zahar yang dari pagi kelihatan muram. Pak Yusuf cuba bertanya tentang masalah Zahar yang menyebabkan dia bersikap demikian. Zahar menyembunyikan sebab sebenar dan memberikan alasan yang lain. Mak Temah bertanya Zahar kemana Zahar pergi semalam dan tidak kelihatan. Zahar menyatakan yang dia ke Alor Setar untuk membeli barang keperluan sebagai persediaan ke IKM. Pak Yusuf mempelawa Zahar untuk makan tengah hari di rumahnya.
https://karangan.net/sipnosis-novel-meniti-impian/
Sipnosis_Meniti_Impian_Bab_6
Zahar ditemani Pak Yusuf pergi ke Sungai Petani dengan menaiki teksi kepunyaan Pak Usin untuk mendaftar di IKM. Teksi tersebut juga dinaiki oleh Tauke Lim yang mempunyai hal mustahak di Sungai Petani. Dalam perjalanan mereka bersembang mengenai masa depan pelajar lulusan ITM dan IKM. Peluang kerja bagi pelajar lepasan ITM dan IKM dikatakan mempunyai peluang kerja yang baik dalam sektor kerajaan dan juga swasta. Ingatan Zahar terimbas kejadian Suhaili dan pemuda kacak di Alor Setar tempoh hari. Sesampainya di IKM Zahar terus menuju ke tempat pendaftaran. Setelah selesai mendaftar Zahar kembali mendapatkan Pak Yusuf. Kelihatan Pak Yusuf sedang duduk di bangku simen dengan seorang lelaki separuh umur, berbadan tegap dan bersongkok. Pak Yusuf memperkenalkan Zahar kepada Pak Cik Kamil yang sama-sama datang mendaftarkan anak perempuanya yang bernama Norimi. Ketika Norimi datang kepada mereka Pak Cik Kamil memperkenalkan Norimi kepada Zahar dan Pak Yusuf. Mereka berbual seketika dan seterusnya beredar ke asrama. Setelah mendapatkan kunci bilik Zahar dan Pak Yusuf bergerak ke asrama. Mereka tertarik dengan beberapa orang pelajar yang sedang berkerumun di hadapan papan kenyataan. Zahar membaca poster berkenaan minggu suai kenal pelajar baru yang perlu berkumpul di padang pada jam 230 petang. Zahar kembali melangkah di ikuti pak Yusuf dengan persoalan yang bermain di fikirannya mengenai minggu suai kenal tersebut.
https://karangan.net/sipnosis-novel-meniti-impian/
Sipnosis_Novel_Meniti_Impian_Bab_7
Bermulanya kehidupan Zahar sebagai pelajar IKM. Pada waktu petang selepas pendaftaran bermula program oriantasi pelajar baharu IKM. Pelajar senior mengarahkan semua pelajar baru berkumpul di padang untuk tujuan gotong royong. Zahar bersama rakan-rakan baharunya membersihkan kawasan belakang IKM yang akan didirikan bangunan asrama baharu. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang di ketuai oleh seorang pelajar senior. Pelajar perempuan ditugaskan untuk mengangkat rumput yang telah ditebas untuk dibawa ke tempat pembakaran. Selepas selesai gotong royong mereka diarahkan ke dewan makan untuk minum petang. Setelah selesai minum pelajar diberi masa untuk berehat dan menguruskan diri. Program disambung pada sebelah malamnya.
https://karangan.net/sipnosis-novel-meniti-impian/
Sipnosis_Meniti_Impian_Bab_8
Minggu suai kenal sudah berakhir. Semua pelatih baru telah ditempatkan dalam kelas mengikut bidang kursus masing-masing. Cikgu Baharum, guru kelas Zahar memulakan kelas dengan memberi peluang kepada pelatihpelatihnya untuk berkenal-kenalan dengan lebih dekat. Seterusnya cikgu Baharum memberikan penerangan ringkas latihan Pertukangan Perabut. Zahar berasa kagum melihat peralatan yang serba lengkap di dalam bengkel. Cikgu Baharum membawa semua pelatihnya ke stor menyimpan pelbagai jenis kayu dan papan bermacam-macam ukuran. Zahar dan pelatih-pelatih lain tertarik melihat deretan mesin yang terletak di sebelah stor itu. Pada akhir kelas, Cikgu Baharum membahagi-bahagikan alat pertukangan yang perlu kepada pelatih-pelatihnya. Cikgu Baharum menyampaikan sedikit nasihat kepada semua pelatih. Zahar berjanji pada dirinya untuk berusaha bersungguhsungguh menjadi seorang pelatih yang berjaya dan membuktikan anggapan sesetengah orang yang memandang rendah terhadap lulusan IKM itu tidak benar. Selepas minum petan, Zahar berjumpa dengan Norimi untuk kali pertama sejak selesainya minggu suai kenal. Mereka berbual-bual sambil ditemani oleh Ramli dan Habsah. Mereka merancang untuk keluar ke Sungai Petani untuk membeli alat-alat lukisan untuk kegunaan Norimi dan Habsah.
https://karangan.net/sipnosis-novel-meniti-impian/
Sipnosis_Novel_Meniti_Impian_Bab_9
Zahar pulang ke kampung pada pagi hari sabtu setelah beberapa minggu berada di IKM. Zahar berasa pelik dengan suasana kampung setelah mula melangkah masuk ke kampungnya. Dua tiga orang laju berbasikal menuju ke rumah Pak Karim. Di sudut halaman rumah Pak Karim yang luas itu kelihatan orang sedang memasak menggunakan kawah yang besar dan suasana agak riuh rendah. Zahar terfikir bermacam-macam perkara walaupun pada hakikatnya dia tidak mahu memikirkan hal keluarga Pak Karim. Zahar terus melangkah pulang ke rumahnya. Adiknya Zakri memaklumkan bahawa abang dan emaknya pergi ke rumah pak karim makan kenduri. Zahar menyalin pakaian dan terus turun untuk ke rumah Pak Yusuf. Rumah Pak Yusuf lenggan kerana Pak Yusuf dan isnterinya ke rumah Pak Karim. Zahar masuk kebangsal pertukangan Pak Yusuf melihat keadaan sekeliling yang tidak banyak berubah. Terdapat sebuah almari pakaian yang sudah berdiri tegak. Dia teringat akan pesanan Cikgu Baharum bahawa perabut yang bermutu tinggi bukan terletak pada ukiran yang unik tetapi juga pada kerja yang cermat, teliti, halus dan berseni. Zahir terbayang suasana kenduri di rumah Pak Karim. Zahar di sapa oleh Pak Yusuf yang baharu saja tiba di rumah. Pak Yusuf bertanyakan zahar bilakah dia sampai dan adakah dia pergi ke majlis kenduri di rumah Pak Karim. Zahar mengatakan yang dia baru sahaja tiba dan segan untuk ke majlis tersebut. Zahar terbayang bengkel baru yang lebih maju beroperasi di rumah Pak Yusuf. Lamunan Zahar putus dan dia melihat Mak Temah berjalan menuju ke arahnya. Mak Temah mengusik Zahar dan bertanyakan soal Suhaili. Mak Temah mengajak Zahar untuk makan nasi kenduri yang dibawa pulang dari rumah Pak Karim.
https://karangan.net/sipnosis-novel-meniti-impian/