title
stringlengths
5
65
content
stringlengths
0
19.5k
url
stringlengths
32
65
Peristiwa_Bab_26
(RASIONAL / KASIH SAYANG / HEMAH TINGGI / HORMAT MENGHORMATI)Peristiwa Pertemuan antara Razali dan ayah kandungnya pak Karim dibuat di bilik tuan pengetua. Pak Karim juga ialah bapa kepada Ramlah. Oleh itu Ramlah ialah adik Razali. Razali akhirnya dapat bertemu dengan ayah yang selama ini dicari-carinya.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Sinopsis_Bab_1
Sekolah Menengah Seri Kayangan mempunyai empat buah bangunan yang bercat kuning. Sebuah bangunan satu tingkat terletak berhampiran dengan padang merupakan Kedai Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan. Pelbagai barang kelengkapan sekolah ada dijual. Kedai koperasi itu dikendalikan oleh sebuah Lembaga Pengarah dan ditubuhkan kira-kira lima tahun yang lalu. Semasa seorang pembantu kedai tersebut bersama-sama tiga orang Ahli Lembaga Pengarah begitu sibuk melayani pembeli-pembeli, terdapat seorang pelajar yang cuba mengambil sebatang pen dan memasukkan ke dalam saku seluarnya. Hal ini disedari oleh Harun lalu menegur perbuatan itu. Pelajar berasa malu lalu terus membayar harga pen sebelum keluar. Tidak lama kemudian Encik Zulkifli datang dan memaklumkan Mesyuarat Lembaga Pengarah akan diadakan. Ahli lembaga pengarah yang terdiri daripada Harun, Swee Lan, dan Saridevi dan pembantu kedai koperasi iaitu Norlela dijemput hadir. Pegawai daripada Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri juga turut hadir.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Sinopsis_Bab_2
Mesyuarat Lembaga Pengarah buat pertama kalinya diadakan di Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Seri Kayangan. Tuan pengetua, Cikgu Syamsudin selaku Pengerusi koperasi memaklumkan tujuan penubuhan koperasi yang tercatat dalam Undang-undang Kecil Koperasi. Pertama, menerapkan budaya berjimat. Kedua, koperasi menyediakan kemudahan menjual barang kepada murid sekolah. Ketiga, koperasi juga membuat dan mengadakan alat kelengkapan persekolahan serta menternak atau memelihara beberapa jenis binatang untuk kegunaan pelajaran ahli- ahli. Keempat, memberi sokongan kepada pengurusan sekolah bagi program yang memberi manfaat kepada murid. Proram bermanfaat yang dijalankan mesti mendapat persetujuan daripada Ketua Pendaftar. Pengetua menasihati guru dan pelajar supaya menjalankan koperasi mengikut dasar kerajaan iaitu bersih, cekap dan amanah. Tidak lama kemudian, Cikgu Zulkifli selaku setiasusaha mengemukakan usul, pertama melatih ahli-ahli koperasi memelihara dan menternak ayam telur untuk menambahkan hasil pendapatan koperasi. Kedua, selain menjual alat keperluan sekolah, dicadangkan juga menjual makanan dan barang-barang keperluan untuk kemudahan ahli-ahli koperasi, guru dan kakitangan sekolah. Ketiga, menubuhkan bilik bacaan. Usul tersebut tidak ada bangkangan. Lantaran itu, pengerusi menjemput Tuan Pegawai Koperasi untuk memberi pandangan. Tuan Pegawai Koperasi bersetuju dengan usul yang dikemukakan dan berharap tidak ada penyelewengan berlaku. Namun begitu, terdapat Ahli Lembaga Pengarah yang kurang berpuas hati.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Sinopsis_Bab_3
Munir tidak berpuas hati Razali terpilih sebagai Penolong Setiausaha dan berpakat dengan Silvam dan Leong supaya tidak bekerjasama dengan Razali. Mereka masuk ke dalam kedai koperasi lantas mengganggu Razali yang pada ketika itu sedang menyediakan minit mesyuarat. Munir bertambah sakit hati apabila dilihatnya Ramlah membantu Razali. Ketiga-tiga sahabat itu melontar kata-kata sindiran yang tidak disenangi oleh Razali dan Ramlah. Suasana agak tegang sebentar. Hal ini disedari oleh Cikgu Robeah yang pada ketika itu sedang menghitung jumlah wang hasil jualan koperasi. Cikgu Robeah menasihati Razali dan Ramlah supaya menegakkan kebenaran, jangan mempedulikan sindiran dan teruskan kerja-kerja yang baik. Razali dan Ramlah mengangguk tanda mengerti.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Sinopsis_Bab_4
Munir, Silvam dan Leong tidak menjalankan tanggungjawab mereka sebagai jurujual koperasi pada hari itu. Tempat mereka diganti oleh Ramlah, Harun dan Saridevi. Cikgu Zulkifli sangat kecewa dengan sikap pelajarnya dan akan menasihati mereka kelak. Razali kemudiannya menghulurkan sehelai kertas yang tertulis senarai barang yang perlu dibeli oleh Cikgu Zulkifli. Cikgu Zulkifli merungut kerana barang di kedai lama sangat mahal. Tiba-tiba Swee Lan menyampuk, ayahnya akan menawarkan barang-barang tersebut dengan harga yang murah. Cikgu Zulkifli kelihatan riang. Pada petang itu Cikgu Zulkifli bersama-sama dengan Razali dan Ramlah ke Kedai Aik Hong iaitu kedai kepunyaan ayah Swee Lan. Mereka dilayan baik oleh keluarga Swee Lan malah mereka dihidangkan dengan minuman. Encik Aik Hong mengotakan janjinya dengan menjual barang-barang yang diperlukan dengan harga yang murah. Dia juga memberi nasihat supaya bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk maju. Selepas itu Cikgu Zulkifli, Razali dan Ramlah menuju ke Kedai Buku Indera Store. Di Kedai Buku Indera Store juga mereka disambut baik oleh Encik Aziz, tuan punya kedai. Mereka membeli buku rujukan, buku bimbingan dan panduan termasuk juga buku teks sastera tingkatan satu hingga lima. Novel dan majalah-majalah pengetahuan juga dibeli oleh mereka untuk dipasarkan di kedai koperasi. Mereka mendapat potongan sebanyak dua puluh peratus. Encik Aziz menasihati mereka supaya belajar berniaga betul-betul kerana anak-anak bumiputera sangat kurang dalam dunia perniagaan.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Sinopsis_Bab_5
Munir, Silvam dan Leong cuba mengajak Ramlah, Swee Lan dan Saridewi menonton filem. Pelawaan mereka ditolak dengan baik oleh Ramlah kerana mereka merancang untuk belajar di rumah Saridevi. Munir terus menuduh Ramlah hendak ke rumah Razali malah menghina Razali dengan kata-kata yang tidak sepatutnya. Keesokan harinya Munir, Silvam dan Leong masuk ke kedai koperasi mengganggu Razali dan Ramlah yang sedang mengatur dan menyusun barang-barang di dalam kedai. Kekecohan berlaku apabila Munir cuba memberi sepucuk surat kepada Ramlah dan ditolak oleh Ramlah. Razali cuba menasihati Munir tetapi penghinaan yang diterimanya. Cikgu Zulkifli tiba sejurus selepas peristiwa itu dan dapat mengesan kekecohan yang berlaku. Beliau akan membuat tindakan. Cikgu Zukifli kemudian memaklumkan Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi akan melawat koperasi mereka. Beliau mengajak Ramlah dan Razali membersihkan reban-reban ayam dan mengemas bilik bacaan.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Sinopsis_Bab_6
Guru-guru dan pelajar sekolah bergotong royong mengemas bilik bacaan dan membersihkan reban-reban ayam, seperti biasa Munir menghilangkan diri. Ketiadaan Munir disedari oleh Cikgu Zulkifli. Cikgu Zulkifli mencari Munir di padang sekolah dan mendapati Munir sudah tidak bermain bola. Munir memberitahu gurunya itu dia dibuang padang. Cikgu Zulkifli menasihati Munir supaya bermain dengan baik dan jangan mengikut perasaan. Beliau juga menegur perlakuan Munir yang mengganggu Ramlah. Munir memberi alasan bahawa dia hanya olok-olok sahaja untuk memberi surat kepada Ramlah dan kandungan surat itu hanya memuji Ramlah kerana rajin menjalankan tugas di koperasi. Walau bagaimanapun, Cikgu Zulkifli menegaskan perlakuan itu tidak baik dan menasihati Munir supaya tidak mengulanginya lagi. Cikgu Zulkifli kemudiannya mengajak Munir bergotong royong bersama-sama dengan pelajar lain.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Sinopsis_Bab_7
Encik Mansur, Tuan Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi Bahagian Fungsi Sekolah-sekolah melawat koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan. Cikgu Syamsudin membawa Encik Mansur melawat koperasi, kawasan ternakan ayam dan bilik bacaan. Encik Mansur berpuas hati kerana buku-buku akaun dan penyata perbelanjaan disediakan dengan baik. Kejayaan menternak ayam sehingga berjaya memungut dua ratus biji telur ayam dan mendapat hasil sebanyak RM25.00 juga menarik perhatian Encik Mansur. Begitu juga dengan kejayaan koperasi menyediakan bilik bacaan disertai dengan pelbagai majalah dan akhbar dengan peruntukan kira-kira RM30.00 sebulan. Dalam ucapannya sebelum pulang Encik Mansur berharap agar Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan terus menjalankan usaha murni ini, demi kebaikan bersama-sama disamping pelajar tidak mengabaikan pelajaran.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Sinopsis_Bab_8
Cikgu Saiful mengajar mata pelajaran perdagangan dan menghabiskan pengajarannya tentang prinsip akaun. Beliau mengatakan pelajaran prinsip akaun amat berguna kepada Ahli Lembaga Pengarah Koperasi seperti Razali, Ramlah, Saridevi dan Munir. Seperti biasa Munir tidak memberi perhatian malah mengganggu rakannya yang lain. Perlakuan Munir disedari oleh Cikgu Saiful. Cikgu Saiful tidak membenarkan Munir pulang ke rumah sehingga dia menyalin catatan di papan hitam. Munir meradang dan duduk kembali meneruskan catatannya. Semua pelajar keluar dari kelas. Ramlah dan rakan-rakannya bercadang untuk berbincang tentang pelajaran Penyata Wang Tunai di rumah Razali. Razali bersetuju dengan cadangan Ramlah.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Sinopsis_Bab_9
Pada petang itu, Ramlah, Saridevi dan Rozita muncul di halaman rumah Razali. Mereka kemudian dibawa oleh Razali belajar di atas pondok kecil di atas permatang. Pondok itu beratapkan rumbia dan tidak berdinding, cuma terdapat pelenggar untuk tempat duduk. Mereka seronok belajar di situ sambil menjamah hidangan pisang goreng dan air oleh Mak Sopiah, ibu Razali.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Sinopsis_Bab_10
Munir disuruh berjumpa dengan Cikgu Muniam, guru kaunseling. Cikgu Muniam menerima laporan daripada guru-guru Munir mengganggu pelajar lain dalam kelas, ada juga yang mengadu Munir tidak membuat kerja sekolah. Pelajar-pelajar pula melaporkan tindakan Munir yang mengganggu pelajar perempuan. Cikgu Zulkifli juga mengadu yang Munir selalu tidak hadir bertugas di koperasi sekolah. Cikgu Muniam bersama-sama dengan Cikgu Zulkifli menasihati Munir. Munir mengaku dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Sinopsis_Bab_11
Kemewahan yang dikecap oleh petani di Kampung Serdang ialah ekoran daripada pembangunan yang berlaku. Ramai dalam kalangan mereka seolah-olah tenggelam dalam ‘kejutan budaya’. Mereka seolah-olah terkejut dengan kemewahan yang tiba-tiba mencurah ke daerah itu. Begitulah yang berlaku kepada Munir, Leong dan Silvam menunggang motosikal masing-masing dengan penuh keangkuhan. Desingan motosikal menyebabkan kerbau yang ditutun oleh petani terkejut. Kerbau- kerbau itu lari lintang-pukang masuk ke dalam hutan sambil teracak ekornya. Petani itu marah kepada mereka yang tidak bertimbang rasa itu. Pada suatu tempat yang dijanjikan mereka berhenti. Mereka merancang untuk melakukan sesuatu kepada Razali. Razali kemudiannya dibuli dan dipukul oleh kumpulan tersebut. Sejurus kemudian, Ramlah, Rozita dan Saridevi melalui jalan tersebut untuk ke rumah masing- masing terserempak dengan Razali yang kelihatan berdarah di bibirnya. Setelah mengetahui angkara Munir, Leong dan Silvam, mereka berasa marah dan bercadang untuk melaporkan peristiwa itu kepada Cikgu Zulkifli. Razali menghalang mereka daripada membuat laporan kerana hal itu akan membawa implikasi negatif.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Sinopsis_Bab_12
Ketika Razali sampai di rumah, Mak Sopiah ibu Razali melihat pakaian Razali yang kotor dan mulutnya yang berdarah. Mak Sopiah bertanya kepada Razali peristiwa yang berlaku. Razali memberitahu dia dipukul. Tiba-tiba Pak Zakaria, ayah tiri Razali bertanya kepada Mak Piah dan terus memarahi Razali dengan kata-kata yang kasar. Mak Piah cuba mempertahankan anaknya. Petang itu Razali membawa buku-buku pelajarannya ke pondok di tengah sawah. Di situ dia mendapat ketenangan, kerja-kerja itu dapat disiapkannya dengan baik. Ketika itu, Mak Sopiah telah siap memasak bengkang ubi kayu dan mengisikan kuih itu ke dalam piring. Kuih itu diletakkan di atas dulang bersama-sama dengan seteko kopi panas dan sebutir cawan. Dia mengangkat dulang, berjalan dengan hati-hati menuju ke tempat Razali belajar. Demikanlah kasih seorang ibu. Razali yang kehilangan kasih sayang seorang ayah kemudiannya bertanya kepada ibunya tentang ayahnya. Mak Piah tergamam dan meminta supaya Razali jangan bertanya tentang hal itu lagi.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Sinopsis_Bab_13
Cikgu Zulkifli membawa Razali, Munir, Leong dan Silvam ke bilik pengetua kerana mendapat aduan bahawa mereka bergaduh. Munir mengaku setelah didesak oleh Cikgu Syamsuddin. Alasannya kerana Razali mengadu kepada Cikgu Muniam bahawa dia berbuat jahat dalam kelas dan mengganggu pelajar perempuan. Cikgu Zulkifli menafikan, aduan itu sebenarnya daripada guru-guru dan pengawas. Silvam pula mengaku bahawa dia dan Leong disuruh oleh Munir. Munir, Silvam dan Leong kemudian dihukum rotan oleh pengetua sekolah.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Sinopsis_Bab_14
Razali telah dipilih mengikuti kursus koperasi bersama-sama dengan wakil koperasi – koperasi sekolah di seluruh Malaysia. Razali akan berangkat ke Selangor. Pada suatu petang, dia dihantar oleh Mak Sopiah, Cikgu Zulkifli, Harun, Ramlah dan Swee Lan ke perhentian bas Kangar. Mak Sopiah dan Cikgu Zulkfili berpesan kepada Razali supaya pandai membawa diri di tempat orang.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Sinopsis_Bab_15
Pagi 24 Julai, Razali bersama-sama dengan peserta-peserta kursus seluruh koperasi sekolah di Malaysia memasuki bilik kursus di Maktab Kerjasama, Petaling Jaya. Tujuan kursus ini diadakan untuk mendedahkan generasi muda yang bakal memimpin koperasi di negara tentang betapa pentingnya penubuhan koperasi dan cara-cara mengurus atau mengendalikannya. Kemudian, mereka dibawa melawat bandar raya Kuala Lumpur. Pihak Jabatan Pembangunan Koperasi juga membawa mereka melawat Koperasi Anggota-anggota Polis Malaysia, Koperasi Bekas-bekas Perajurit Tanah Air. Mereka kagum melihat koperasi-koperasi tersebut begitu berjaya sehingga dapat mendirikan bangunannya sendiri.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Sinopsis_Bab_16
Selama seminggu Razali meninggalkan rumah dan sekolahnya, kerinduan tersemai jua di hatinya. Pagi itu Razali disambut baik oleh rakan-rakannya. Dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi, Razali diminta berucap untuk menyampaikan maklumat yang diperoleh semasa mengikuti kursus di Kuala Lumpur. Hasil daripada mesyuarat, Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan bersetuju untuk menyertai pertandingan koperasi maju, berjaya dan baik pentadbirannya.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Sinopsis_Bab_17
Ahli Lembaga Pengarah Koperasi dan guru-guru bekerja dengan besungguh- sungguh untuk merealisasikan hasrat mereka untuk memasuki pertandingan koperasi kecuali Munir, Leong dan Silvam sedang bermain bola di padang. Hal ini ditegur oleh pengetua sekolah dan meminta mereka turut sama membantu. Munir masuk ke dalam koperasi, dia kemudiannya ternampak kunci. Dia mengambil dan meneliti kunci tersebut. Tidak lama kemudian, dia meletakkan kunci tersebut di tempat yang asal. Sewaktu pulang dari sekolah, Munir mengajak Leong dan Silvam berhenti pada sebuah tembok. Munir menyatakan ketidakpuasan hati terhadap Razali dan Ramlah yang semakin jauh dengannya. Munir bertekad untuk memusnahkan Razali. Silvam cuba menasihati Munir tetapi Munir tetap berkeras.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Sinopsis_Bab_18
Satu lembaga hitam telah menyelongkar koperasi sekolah. Barang-barang bersepah di sana sini dan berlonggok-longgok di atas lantai. Wang sebanyak RM52.00 telah hilang. Cikgu Zulkifli terkejut, tambahan pula pintu, tingkap, dinding, atap tidak ada yang pecah. Cikgu Zulkifli telah membuat laporan polis.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Sinopsis_Bab_19
Razali dan Cikgu Zulkifli disiasat. Munir dan Silvam menyindir dan menuduh Razali. Walau bagaimanapun, Cikgu Zulkilfli, Cikgu Robeah dan Cikgu Syamsudin tetap percayakan Razali. Cikgu Hassan bercadang untuk menyiasat dan memerangkap pencuri tersebut.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Sinopsis_Bab_20
Munir dan Leong mengadu kepada Pak Zakaria, Razali yang telah menceroboh kedai koperasi sekolah. Ayah tiri Razali sangat marah dan menghalaunya keluar dari rumah. Mak Sopiah mempertahan Razali dan mengugut jika Razali dihalau, dia akan turut mengikuti Razali.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Sinopsis_Bab_21
Razali berasa sedih kerana dihalau tanpa kesalahan yang nyata. Melalui pintu rumah, Mak Sopiah melihat Razali sedang termenung di pondok tengah sawah. Dia menuju ke pondok tersebut. Sekali lagi Razali bertanya tentang ayahnya. Mak Sopiah merayu agar Razali tidak bertanya lagi kerana itu adalah sejarah hitam dalam hidupnya.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Sinopsis_Bab_22
Kedai koperasi sekolah digeledah lagi. Cikgu Zulkifli meminta kebenaran pengetua membuat pemeriksaan mengejut. Misteri berakhir, Munir didapati bersalah. Munir melakukan perkara itu kerana cemburu tentang hubungan Razali dengan Ramlah. Munir dilucut daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi serta merta.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Sinopsis_Bab_23
Munir dihukum rotan sebanyak tiga kali di hadapan perhimpunan di sekolah. Ibu bapa Munir membenarkan pihak sekolah menghukum Munir. Munir benar-benar insaf dan meminta maaf dengan Razali.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Sinopsis_Bab_24
Munir ke rumah Razali menjelaskan perkara sebenar kepada Pak Zakaria dan Mak Sopiah. Dia meminta maaf. Munir juga menyatakan kebimbangan dia digantung sekolah selama seminggu. Razali bersedia untuk membantu Munir. Munir berasa dia telah masuk ke dunia baru.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Sinopsis_Bab_25
Tiga orang pengadil Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah dari ANGKASA datang mengadili Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan. Mereka masuk ke kedai koperasi, meninjau projek ternakan ayam telur dan berkunjung ke bilik bacaan. Tidak lama kemudian, satu perhimpunan diadakan. Turut hadir Tuan Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri, termasuk beberapa orang ibu bapa yang dijemput khas, terdiri daripada ahli-ahli keluarga Lembaga Pengarah Koperasi. Tuan Pengarah mengumumkan Sekolah Menengah Seri Kayangan mendapat tempat pertama atau johan. Guru-guru dan pelajar berasa gembira. Pada akhir majlis Cikgu Syamsudin dapat mengesan ada rahsia antara Pak Zakaria, Pak Ramli dan Mak Sopiah.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Sinopsis_Bab_26
Akhirnya Razali dapat berjumpa dengan ayah sebenarnya iaitu Pak Ramli. Ramlah pula merupakan adik tirinya. Kejayaan koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan berjaya menemukan anak dengan ayahnya. Nota Novel Sejambak Bakti
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Tema_Sajak_Pesan_Lelaki_Kecil_kepada_Gadis_Kampus
Sajak “Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus” bertemakan nasihat ibu bapa kepada anak gadis yang akan melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi.
https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/
Maksud_Pesan_Lelaki_Kecil_kepada_Gadis_Kampus
Rangkap 1 Kuhantar  kau mengecapi angin baruudara lain dari kampung bendang kuningmubumantara asing dari yang sering kaumesraiyang sama sekali berbezadengan suasana suntimukau nikmatilah angin dan udara ilmu itumemesrai azimat dan tangkaldari tangga gading. Penyajak menghantar anaknya menghirup udara kehidupan yang baharu di Bandar kerana anaknya akan melanjutkan pelajaran di sana.  Oleh sebab suasana dan persekitaran Bandar dan kampung jauh berbeza, penyajak berharap agar anaknya dapat menyesuaikan diri di bandar.  Beliau juga mahu anaknya menimba pengalaman baharu di universiti yang bakal mengubah kehidupan anaknya sebagai mahasiswa di universiti Rangkap 2 Kulepaskan kau menjadi burung putihdengan sayap berkembangmenongkah awan perak dan kabut dinginmengenal kalimat hujan dan bilah petirmenyelit antara sembilu nasibdan waras akal. Penyajak sanggup membenarkan anaknya hidup di bandar untuk meluaskan pengalaman kehidupannya.  Hal ini demikian kerana penyajak mahu melatih anaknya agar tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan agar dapat mematangkan diri.  Dengan berbuat demikian, pemikiran anaknya menjadi lebih matang dan bijaksana menghadapi segala cabaran dalam kehidupannya sebagai seorang mahasiswa agar dapat berjasa kepada keluarga, bangsa dan negara pada  masa  hadapan. Rangkap 3 Di awan kampus yang sarat ilmuhadir sihir angin bernafas apidi pohon kampus yang tegar statusberceracak selumbar noda mengabur fikirdi padang kampus yang hijau pertimbangantumbuh gunung ego menghalau pekerti. Penyajak beranggapan bahawa universiti ialah tempat yang kaya dengan ilmu pengetahuan untuk ditimba oleh anak gadisnya.Walau bagaimanapun, penyajak beranggapan bahawa banyak pengaruh negatif  juga tersebar luas di sana.  Oleh hal yang demikian, penyajak berharap agar anaknya dapat membuat pertimbangan dan keputusan yang terbaik buat dirinya agar dapat mengelakkan sikap negatif seperti sombong. Rangkap 4 Pandai-pandailah kau terbangmenongkah awan mulus dan kabus dinginjangan kau pulangdengan percikan duka dan balutan lukadi sayapmu yang patah Penyajak  menasihati anak gadis suntinya agar pandai membawa diri dalam mengharungi kehidupan di universiti. Beliau mengingatkan anak gadis suntinya tidak pulang dengan kekecewaan.
https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/
Persoalan_Pesan_Lelaki_Kecil_kepada_Gadis_Kampus
(a)  Perbezaan antara kehidupan di desa dengan kehidupan di kampus.Contoh: Penyajak mengatakan bahawa kehidupan di bandar adalah berbeza dengan kehidupan di kampung tempat asal anaknya menetap. Beliau berharap anaknya akan dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di bandar tersebut. (b)  Harapan bapa supaya anaknya dapat menikmati peluang untuk menimba ilmu di menara gading.Contoh: Penyajak mengharapkan anaknya menjadi lebih matang dan seorang yang bijaksana. (c)  Keberanian bapa yang melepaskan anak gadis suntinya untuk menuntut ilmu di menara gading.Contoh : Penyajak menghantar anaknya ke bandar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana menyedari kepentingan ilmu pengetahuan. (d)  Kehidupan di kampus yang banyak cabaran.Contoh: Penyajak menjelaskan bahawa kehidupan di bandar amat mencabar serta banyak perkara negatif akan berlaku jika anaknya tidak dapat membezakan antara perkara yang baik dengan perkara yang tidak baik. (e)  Keegoan yang mengetepikan pekerti. (f)  Kebijaksanaan dalam menghadapi cabaran dan dugaan di kampus.Contoh: Penyajak  beranggapan bahawa banyak pengaruh negatif  apabila wujudnya pengaruh rakan sebaya dan  media massa. Penulis berharap agar anaknya dapat membuat keputusan yang waras agar dapat mengelakkan sikap negatif dalam menjalani kehidupan di bandar.
https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/
Bentuk_Sajak_Pesan_Lelaki_Kecil_kepada_Gadis_Kampus
(a) Terdiri daripada empat rangkap. (b) Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu:rangkap pertama: lapan baris, rangkap kedua: enam baris, rangkap ketiga: enam baris,rangkap keempat: lima baris. (c) Jumlah patah kata dalam setiap baris antara tiga hingga enam patah kata dalam satu baris. (d) Bilangan suku katanya antara lima hingga lima belas suku kata. (e) Rima akhirnya ialah:rangkap pertama: aabcaade, rangkap kedua: abcdef, rangkap ketiga: abcdeb, rangkap keempat: abacd.
https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/
Gaya_Bahasa_dan_Keindahan_Bunyi
https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/
Nada_Sajak
Sajak “Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus” bernada melankolik.
https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/
Nilai_Sajak_Pesan_Lelaki_Kecil_kepada_Gadis_Kampus
https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/
Pengajaran_Pesan_Lelaki_Kecil_kepada_Gadis_Kampus
Kita mestilah bersikap baik hati supaya orang di sekeliling kita akan mendapat manfaat. Kita mestilah memberikan kebebasan kepada anak-anak kita agar mereka mampu untuk berdikari dan demi masa depan mereka. Kita mestilah membenarkan anak-anak kita melanjutkan pelajaran di tempat lain agar mereka dapat menambahkan pengalaman dalam hidup. Kita haruslah cekal menghadapi segala cabaran untuk mencapai matlamat. Kita hendaklah memberikan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak.
https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/
Nilai_Kasih_sayang
Penyajak amat menyayangi anak gadisnya yang menuntut di institut pengajian tinggi memberikan pesanan agar anak gadisnya bijak membawa diri di tempat baru yang berlainan dengan kehidupannya di desa
https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/
Nilai_Kesungguhan
Penyajak menasihati anak gadisnya supaya menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh untuk menaikkan peluang kejayaan hidup di bandar.
https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/
Nilai_Kegigihan
Penyajak menasihati anaknya supaya gigih menghadapi cabaran hidup di bandar yang amat berbeza dengan cabaran hidup di luar bandar.
https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/
Nilai_Ketabahan
Penyajak menasihati anaknya supaya tabah menghadapi cabaran hidup di bandar.
https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/
Nilai_Ketaatan
Penyajak berharap agar anak gadisnya taat dengan nasihat yang diberinya supaya dapat mencapai kejayaan yang diimpikannya.
https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/
Nilai_Hemah_tinggi
Penyajak menasihati anak gadisnya supaya   menjaga budi pekerti walaupun sudah bergelar siswi
https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/
Nilai_Kebijaksanaan
Penyajak menasihati anak gadisnya supaya pandai membawa diri di perantauan agar tidak menemui kekecewaan dan kegagalan mengejar cita-cita .
https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/
Maksud_Sajak_Aku_Membaca_Lagi
Rangkap 1 Aku mendongak langitmembaca garis dan titikmenaakuli kebesaran-Mudi bawahnya gumpalan mega hembusan bayu dan banjaran gunung Penyajakmemandang ke langit dan memerhatikan keadaan langit lalu berasa kerdil dan kagum apabila melihat kebesaran. Dengan perasaan penuh kesyukuran, beliau menghayatifenomena alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung. Rangkap 2 Kuselurusi alamkicauan burungdesiran ombak dan wajah pelangi mewarnai kehidupan umat-Mu Penyajakmenyaksikan gambaranpelbagai fauna dan kejadian alamsekitar. Burung yang berkicau, kewujudan pantai dan ombak, dan kemunculan pelangiyang dianugerah oleh Tuhan telah mencorakkan kehidupan manusia. Rangkap 3 Aku mendongak lagimembaca langitdi dalamnya pohon-pohon kayan rapuh dahan dan ranting terkulaidaun-daun berguguranhelai demi helaidi lantai tanah airku makmur. Penyajak mendapati bahawa alam semula jadi semakin tercemar apabila negara semakin makmur. Pencemaran alam semula jadi ini dikaitkan denganmasalahpenggunaan bahasa Melayu yangsemakin meruncing walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Penyajak mendapati bahawa kemakmuran negara tidak dapat menjamin kedaulatan bahasa Melayu. Rangkap 4 Aku membaca langit kutemuibulan dan bintang menangis meratapi luka nasib bangsa. Penyajak masih memahami kandungan di langit dan telah menyaksikan bulan dan bintang menangis kerana bersedih akan nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan oleh anak bangsa sendiri. Rangkap 5 Aku mendongak lagi menitis air mata langit membasahi bahasa Melayu yang berdarah. Penyajak mendongak lagi ke langit dan merasakan langit turut bersedih. Penyajak meluahkan kekesalannya apabila bahasa Melayu semakin diketepikan dan dipinggirkan olehanak bangsa.
https://karangan.net/sajak-aku-membaca-lagi/
Tema_Sajak_Aku_Membaca_Lagi
Tema sajak ini ialah nasib bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan oleh anak bangsa di negara kita. Buktinya penyajak mendapati bahawa semakin kurang rakyat yang mendaulatkan bahasa Melayu walaupun bahasa ini merupakan bahasa kebangsaan kita.
https://karangan.net/sajak-aku-membaca-lagi/
Persoalan_Sajak_Aku_Membaca_Lagi
Kewujudan pelbagai keindahan alam membuktikan kebesaran Tuhan.Kesyukuran terhadap kebesaran Tuhan yang mencipta alam sekitarContoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung. Kedaulatan bahasa Melayu di negara sendiri semakin terancam.Contoh : Penyajak mendapati bahawa semakin lama semakin kurang orang yang mendaulatkan bahasa Melayu walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Kesedihan pejuang bahasa terhadap nasib bahasa MelayuContoh : Pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih apabila melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan di masyarakat kita.
https://karangan.net/sajak-aku-membaca-lagi/
Bentuk_dan_Ciri-ciri_Sajak
Sajak ini terdiri daripada lima rangkap. Bilangan barisnya tidak samaRangkap pertama (lima baris),Rangkap kedua (empat baris), Rangkap ketiga (tujuh baris), Rangkap keempat (empat baris), Rangkap kelima (empat baris). Bilangan kata dalam setiap baris adalah antara 1-6 patah kata. Bilangan suku kata dalam baris adalah antara 4-12 suku kata. Rima akhir sajak berbentuk bebas Rangkap 1 (abcde), Rangkap 2 (abcd), Rangkap 3 (abcadae), Rangkap 4 (abcd),Rangkap 5 (abcd). Sajak ini berbentuk bebas kerana tidak terikat pada ciri-ciri puisi tradisional.
https://karangan.net/sajak-aku-membaca-lagi/
Gaya_Bahasa_dan_Keindahan_Bunyi
PerlambanganContohnya, langit, pohon-pohon kayan, daun dan ranting, daun-daun. Pemilihan kata atau diksi yang indah (puitis). Contohnya, desiran ombak dan wajah pelangi. RepetisiContoh: helai demi helai (rangkap 3, baris 6). MetaforaContoh: wajah pelangi, lantai tanah airku. PersonifikasiContoh: dahan dan ranting terkulai. InversiContoh: menitis air mata langit (sepatutnya diungkapkan sebagai air mata langit menitis) Asonansi (perulangan vokal a)Contohnya, bulan dan bintang menangis. Aliterasi (perulanganbunyi konsonan b)Contohnya, bulan dan bintang menangis. SajakAku Membaca Lagi bernada melankolik.
https://karangan.net/sajak-aku-membaca-lagi/
Nilai_Sajak_Aku_Membaca_Lagi
TanggungjawabContoh: Penyajak menyeru anak bangsa memikul tanggungjawab untuk mengangkat kembali martabat bahasa Melayu yang semakin dilupakan. KesyukuranContoh: Penyajak bersyukur dan kagum akan kebesaran Tuhan yang mencipta pelbagai fenomena alam dan fauna untuk mencorakkan kehidupan manusia di muka bumi. KeinsafanContoh:Penyajak menyeru anak bangsa yang semakin hilang maruah bangsa untuk segera insaf dan mula mengenal diri serta berusaha memartabatkan bahasa Melayu.
https://karangan.net/sajak-aku-membaca-lagi/
Pengajaran_Sajak_Aku_Membaca_Lagi
Kita perlu memikul tanggungjawab untuk mengangkat maruah bangsa dengan memartabatkan bahasa Melayu. Kita perlu bersyukur kepada Tuhan atas segala ciptaan pelbagai kejadian alam yang melengkapi kehidupan manusia. Kita perlu tabah menghadapi apa-apa cabaran dalam usaha mempertahankan maruah bangsa dan bahasa. Kita perlulah menanamkan sifat jati diri yang kuat dalam diri masing-masing agar dapat menangkis segala bentuk ancaman yang berunsur negatif.
https://karangan.net/sajak-aku-membaca-lagi/
Soalan_Sajak_Aku_Membaca_Lagi
Berikan maksud rangkap pertama sajak di atas? Maksud rangkap pertama sajak di atas ialah penyajak merasakan dirinya amat kerdil melihat kebesaran Ilahi yang mencipta pelbagai fenomena alam. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang dapat diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu? Langkah-langkah yang dapat diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu ialah menggunakan bahasa ibunda dengan baik dan betul apabila bertutur. Selain itu, kerajaan boleh mengadakan kempen cinta akan bahasa ibunda bagi memupuk dan meningkatkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. Pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas ialah setiap anak bangsa hendaklah memikul tanggungjawab memartabatkan bahasa Melayu agar bahasa Melayu tidak dilupakan. Manakala pengajaran kedua ialah kita mesti berani menghadapi pelbagai cabaran untuk mempertahankan maruah bahasa Melayu daripada terus tercemar.
https://karangan.net/sajak-aku-membaca-lagi/
Maksud_Sajak_Bintang
Rangkap 1 Suatu malam aku dudukdi halaman rumahkulihat cantiknya bintang-bintangmenghias langit yang terbentangaku ingin terbang ke sanamembawa pulang bintang-bintangtentu ibu gembiratentu ayah bahagiamelihat rumah inipenuh dengan cahaya. Maksud: Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman rumahnya sambil memerhatikankecantikan bintang-bintang yang menghiasi langit. Penyajak ingin terbang ke langit untuk membawa pulang bintang-bintang itu dan memberikan bintang-bintang itu kepada ayah dan ibunya. Penyajak merasakan perbuatannya itu akan membuatkan ibunya gembira dan ayahnya bahagia apabila melihat rumah mereka diterangi oleh cahaya bintang tersebut. Rangkap 2 Tetapi kata ibuitu tidak perluayah sudah ada bintangbegitu juga iburumah sudah bercahayabegitu juga jiwa merekabintang itu adalah akubintang hati ayah dan ibu. Maksud: Namun begitu, ibu penyajak mengatakan bahawa penyajak tidak perlu berbuat demikian kerana ayah dan ibu penyajak sudah memiliki bintang yang bercahaya di rumah dan dalam jiwa mereka. Hal ini demikian kerana penyajak ialah bintang hati ayah dan ibunya.
https://karangan.net/sajak-bintang/
Tema_Sajak_Bintang
Tema Sajak Bintang ialah kasih sayang yang utuh antara anak dengan ibu bapanya. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak yang dipuja sebagai bintang hati mereka dan tidak dapat dibandingkan dengan apa-apa pun.
https://karangan.net/sajak-bintang/
Persoalan_Sajak_Bintang
Kasih sayang yang mendalam sesama ahli keluarga.Huraian: Penyajak amat menyayangi kedua-dua ibu bapanya. Pengorbanan dan jasa ibu bapa yang tiada nilainya kerana anak mereka melebihi segala-galanya.Huraian: Penyajak sangat menyayangi ibu bapanya dan ingin membahagiakan mereka Tanggungjawab seorang anak untuk membahagiakan ibu bapanya.Huraian: Penyajak ingin menghadiahkan bintang di langit kepada ayah dan ibunya agar mereka berasa gembira dan bahagia. Pengorbanan dan jasa ibu bapa yang tiada nilainyaHuraian: Penyajak ingin memetik bintang di langit untuk dihadiahkan kepada ayah dan ibunya sebagai membalas jasa mereka membesarkan penyajak selama ini. Kebahagiaan ibu bapa terhadap anak yang taat dan bertanggungjawab.Huraian: Ayah dan ibu akan berasa bahagia dan gembira jika dikurniakan anak-anak yang taat, bertanggungjawab, dan mengenang jasa mereka.
https://karangan.net/sajak-bintang/
Bentuk_Sajak_Bintang
Sajak ini bernada romantik kerana penyajak melahirkan rasa kasih sayang dan tanggungjawabuntuk membahagiakan ibu dan ayahnya.
https://karangan.net/sajak-bintang/
Gaya_Bahasa_Sajak_Bintang
Anafora (perulangan perkataan pada awal baris)Contoh: bintang itu adalah aku, bintang hati ayah dan ibu.Contoh: tentu ibu gembira, tentu ayah bahagia Epifora (perulangan perkataan pada akhir baris)Contoh: Tetapi kata ibu, begitu juga ibu Responsi (perulangan perkataan di tengah baris)Contoh: tentu ayah bahagia, bintang hati ayah dan ibu. MetaforaContoh: bintang hati. PersonifikasiContoh: menghias langit yang terbentang. Kata gandaContoh: bintang-bintang. InversiContoh: tentu ibu gembira (Sepatutnya: Ibu tentu gembira)Contoh: tentu ayah bahagia (Sepatutnya: ayah tentu bahagia) AsonansiContoh: begitu juga ibu (perulangan vokal u). AliterasiContoh: begitu juga jiwa mereka (perulangan konsonan j). SinkopeContoh: kulihat cantiknya bintang-bintang Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abccdcddedRima akhir bagi rangkap kedua ialah aabaccaa
https://karangan.net/sajak-bintang/
Nilai_Sajak_Bintang
Kasih sayangIbu dan ayah penyajak sayang akan penyajak. Nilai BertanggungjawabPenyajak bertanggungjawab membahagiakan ibu dan ayahnya. Nilai RasionalIbu dan ayah penyajak menyatakan bahawa mereka tidak memerlukan bintang yang lain kerana penyajak merupakan bintang hati mereka.
https://karangan.net/sajak-bintang/
Pengajaran_Sajak_Bintang
Kita mestilah mengamalkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga. Kita hendaklah mengenang jasa ibu dan bapa yang banyak berbudi kepada kita. Kita perlulah taat akan ajaran dan perintah kedua-dua ibu bapa yang membesarkan kita sejak kecil. Kita hendaklah bertanggungjawab untuk membahagiakan dan menggembirakan hati ibu bapa pada setiap masa. Kita seharusnya jujur dalam berkata-kata untuk menyatakan kebenaran. Kita mestilah mengagumi kehebatan kuasa Allah dalam mencipta alam semesta. Kita mestilah rasional dalam mengemukakan sesuatu pendapat.
https://karangan.net/sajak-bintang/
Latihan_Sajak_Bintang
https://karangan.net/sajak-bintang/
Maksud_Sajak_Erti_Hidup_Bererti
Rangkap 1 Aku selalu didatangimalam sepibagai kalungyang melingkari leherkutidak berubah keesokan harisiapa yang akan datang menjengukku keluhan seorang tua sunyi. Penyajak sentiasa kesunyian kerana malam yang dilalui begitu sepi.  Bagi orang tua tersebut tiada sesiapa akan menziarahinya pada keesokan harinya dan keadaan itu akan berterusan Kesunyian hidup pada usia tua Ketabahan. Walau bagaimanapun, keadaan itu tetap tidak berubah pada keesokan harinya kerana tiada sesiapa yang datang untuk menziarahinya yang sudah tua. Rangkap 2 Keheningan tasikkehijauan rumputhanya menjadi bayangandi penjuru ruang zamancinta dalam rahim dilupaidari sulung ditendang ke bongsu dari angah ditendang ke sulung balik kucari erti hidupmenderita mengerang sakitberdiri tanpa ruang. Penyajak membayangkan ketenangan hidup yang pernah dilaluinya pada usia muda. Pada usia tua, penyajak meluahkan rasa kecewa terhadap anak-anak yang kian melupakan ibu yang pernah mengandungkannya. Anak-anak tidak mahu bertanggungjawab menjaga ibu yang sudah tua sebaliknya menghantar dari rumah seorang anak ke rumah seorang anak yang tidak mahu menjaganya dengan lama. Lantas, penyajak mencari erti hidup sewaktu dirinyamenanggung penderitaan hidup tanpa ada tempat bergantung yang kukuh. Rangkap 3 Aku bagi merekatiada maknaanakku bakakubaik setia mahupun derhaka semoga disirami benih keinsafan menjadi penawar dalam hati embun cinta atasi angina dingin jangan terpegunada yang matiada yang hiduptiada yang kekal kecuali Tuhan. Penyajak berasa bahawa dirinya tidak bermakna kepada anak-anaknyawalaupun mereka merupakan anak kandungnya sendiri. Namun, penyajak berdoa agar anak-anaknya diberi keinsafan atas kesilapan yang dilakukan oleh mereka agar tidak terus menjadi anak derhaka supaya duka dihatinya terubat. Penyajak turut berharap agar dapat hidup dengan berkasih sayang dan menggantikan hubungan yang hambar sebelum ini. Penyajak juga mengingatkan supaya manusia jangan leka kerana dalam putaran hidup ini akan ada yang hidup dan mati kecuali hanya Tuhan yang kekal.
https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/
Tema_Sajak_Erti_Hidup_Bererti
Sajak “Erti Hidup Bererti” bertemakan kesunyian hidup yang dilalui oleh golongan warga tua. Seorang ibu yang mengharapkan belaian kasih sayang anak-anak pada penghujung usianya. Walau bagaimanapun anak-anak tidak mengendahkan dan melaksanakan tanggungjawab menjaganya. Keluhan ibu tua yang diabaikan oleh anaknya sendiri. Jauh di sudut hati ibu tua ini masih mengharapkan anak-anaknya akan insaf.
https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/
Persoalan_Sajak_Erti_Hidup_Bererti
https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/
Bentuk_Sajak_Erti_Hidup_Bererti
https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/
Gaya_Bahasa_dan_Keindahan_Bunyi
Sajak “Erti Hidup Bererti” bernada melankolik.
https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/
Nilai_Sajak_Erti_Hidup_Bererti
https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/
Pengajaran_Sajak_Erti_Hidup_Bererti
Kita hendaklah sentiasa menyayangi ahli keluarga Contoh: Penyajak mengharapkan belaian kasih sayang daripada anak-anak pada penghujung usianya. Kita perlu tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan terutamanya ketika usia tua. Contoh: Penyajak tabah menjalani kehidupannya yang diabaikan oleh anak-anak dengan mencari kehidupannya sendiri serta menanggung penderitaan hidup tanpa ada tempat bergantung yang kukuh. Kita haruslah bertanggungjawab menjaga kebajikan dan menggembirakan ibu bapa walaupun tinggal berjauhan Contoh: Anak-anak perlu sedar terhadap tanggungjawab untuk menjaga kebajikan ibu kandung/ ibu bapa dan memberikan kebahagian kepadanya/ mereka. Kita haruslah sedar dan insaf bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara dan hanya Tuhan sahaja yang kekal. Contoh: Penyajak sedar dan insaf bahawa dalam kehidupan ini tidak ada yang kekal kecuali Tuhan.
https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/
Soalan_Sajak_Erti_Hidup_Bererti
https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/
Kasih_sayang_seorang_ibu
Seorang ibu yang mengandungkan dan menjaga anak semasa kecil sehinggalah anak-anaknya dewasa.
https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/
Nasib_warga_tua_yang_dipinggirkan_oleh_anak-anak
Anak-anak tidak boleh mengabaikan ibu yang melahirkan dan membesarkan mereka.
https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/
Kebahagiaan_hidup_merupakan_impian_setiap_individu
Seorang ibu berharap agar anak-anak dapat memberikan kebahagiaan pada hari tuanya.
https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/
Tanggungjawab_seorang_anak_terhadap_ibu_bapa
Anak-anak perlu sedar terhadap tanggungjawab untuk menjaga kebajikan ibu kandung/ ibu bapa dan memberikan kebahagian kepadanya/ mereka.
https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/
Keyakinan_terhadap_kekuasaan_Tuhan
Penyajak mengingatkan pembaca bahawa dalam putaran hidup ini akan ada yang hidup dan mati kecuali hanya Tuhan yang kekal.
https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/
Nilai_Kasih_sayang
Ibu bapa mestilah bersikap penyayang terhadap anak-anak supaya kehidupan mendapat berkat. Penyajak tetap menyayangi anak-anaknya walaupun dipinggirkan misalnya penyajak tetap mendoakan anaknya agar Tuhan memberikan keinsafan terhadap anak-anaknya.
https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/
Nilai_Tanggungjawab
Anak-anak hendaklah bertanggungjawab dalam menjaga ibu bapa semasa tua agar mendapat keredaan Tuhan. Anak-anak penyajak seharusnya bertanggungjawab menjaga kebajikan ibu mereka walaupun telah berkeluarga dan tinggal berjauhan.
https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/
Nilai_Ketabahan
Kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup agar tidak dirundung rasa putus asa. Penyajak tabah menjalani kehidupan yang sunyi akibat diabaikan oleh anak-anaknya.
https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/
Nilai_Berjasa
Anak-anak tidak boleh mengabaikan ibu yang melahirkan dan membesarkan mereka. Penyajak berasa kecewa kerana jasanya yang membesarkan anak-anaknya tidak dihargai.
https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/
Nilai_Keinsafan
Kita hendaklah berasa insaf dan sedar bahawa kehidupan di dunia hanya sementara dan Tuhan sahaja yang kekal. Penyajak sedar dan insaf bahawa yang kekal hanyalah Tuhan.
https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/
Nilai_keikhlasan
Ibu bapa hendaklah sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagian anak-anak agar mereka sedar bahawa kasih saying ibu bapa tetap ikhlas. Penyajak mendoakan kesejahteraan hidup anak-anaknya walaupun mereka tidak mengenang jasanya yang melahirkan mereka.
https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/
Maksud_Sajak_Gelanggang
Rangkap 1 Ini gelanggang kitayang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih lima dekad yang lalusatu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu di kemudian hari. Penyajak menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang ditubuhkan olehpara pemimpin generasi terdahulu kira-kira 50 tahun yang lalu. Malaysia terbentuk hasildaripada perpaduan danpersepakatan setiap kaum demi masa depan generasi seterusnya. Rangkap 2 Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat dan air matadengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat berpadukita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagaiketurunan. Rakyat atau generasi merdeka hari ini merupakan pewaris negara yang lahir daripada perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu. Dengan tertubuhnya Malaysia, kemakmuran tanah air dapat dinikmati bersama-sama. Kita perlu menjaga keharmonian dan kedaulatan negara ini daripada sebarang bentuk ancaman luaryang cuba memusnahkan. Hal ini dikatakan demikian kerana telah terbukti bahawa cara ini mampu mewujudkan perpaduan pelbagai kaum di negara kita. Rangkap 3 Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh hati nuranikita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah gelanggangjangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri. Penyajak berpendapat bahawa pemimpin kini harus berani melawan tuduhan meluludan propaganda pihak luar untuk mempertahankan kedaulatan negara. Pendapat yang dikemukakan oleh hasutan yang cuba menjatuhkan Malaysia harus kita tentang tanpa tolak ansur supaya tidak menggugat kedaulatan negara. Pihak tersebut tidak harus melakukan tindakan untuk mencabar Malaysia kerana perbuatan mereka akan menyusahkan diri mereka. Rangkap 4 Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah elakkan pertelingkahan sesama sendiri. Penyajak menyeruagarwarganegara yangtaat setia dan cinta akan negara ini saling mengukuhkan tali persaudaraan agar pertelingkahan sesama rakyat dapat dihindari. Rangkap 5 Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah iniagar kecemerlangan tercerna di persada arenaterus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati kita junjung dan taat ke akhir hayat. Penyajak menyatakan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab memikul amanahbagi memastikannegara kita kekal cemerlang pada peringkat dunia. Hal ini demikian kerana kejayaan yang diperoleh rakyat Malaysia melambangkan maruah Malaysia dan jati diri mereka. Kita bertanggungjawab dalam meneruskan kesinambungan Malaysia sebagai negara yang harmoni. Kita mestilah menghargai dan menanamkan kesetiaan serta perasaan cinta akan negara Malaysia untuk selama-lamanya.
https://karangan.net/sajak-gelanggang/
Tema_Sajak_Gelanggang
Sajak ini bertemakan kepentingan mempertahankan keharmonian dan kedaulatan tanah air. Usaha dan perjuangan nenek moyang yang berusaha memerdekakan dan mendaulatkan tanah air wajar dikenang. Semua rakyatperlulah memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.
https://karangan.net/sajak-gelanggang/
Persoalan_Sajak_Gelanggang
Perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan Contoh : Generasi dahulu berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara dengan keringat dan air mata. Kepentingan perpaduan dalam kehidupan masyarakat yang berbilang kaumContoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar. Tanggungjawab rakyat dalam mendaulatkan negaraContoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.
https://karangan.net/sajak-gelanggang/
Bentuk_dan_Ciri-ciri_Sajak
https://karangan.net/sajak-gelanggang/
Gaya_Bahasa_dan_Keindahan_Bunyi
Unsur kata atau diksinya indah (puitis)Contohnya, agar kecemerlangan tercerna di persada arena. AnaforaContohnya, kita pelihara, kita mempertahankan (rangkap 2 baris 5 dan 6). Perlambangan atau imejanContohnya, pewaris gelanggang. (imej pewaris merujuk generasi muda, manakala, imej gelanggang merujuk kepada negara) Perulangan kataContohnya, kata gelanggang disebut sebanyak enam kali dalam sajak ini. Asonansi. (perulangan bunyi vokal a)Contohnya, kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah. Aliterasi. (perulangan bunyi konsonan s)Contohnya, elakkan pertelingkahan sesama sendiri. Metafora Contoh: Gelanggang keramat RepetisiContoh: kata gelanggang diulang sebanyak enam kali dalam sajak ini. Sajak ini bernada patriotik.
https://karangan.net/sajak-gelanggang/
Nilai_Sajak_Gelanggang
TanggungjawabContoh: Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab  daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara. Nilai keberanianContoh: Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara kita harus berani  berjuang untuk menangkis tohmahan pihak luar. Nilai perpaduanContoh: Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar. Nilai KerjasamaContoh: Setiap kaum menjalinkan kerjasama yang erat untuk mencapai kemerdekaan. NilaiBersatu paduContoh: Rakyat yang bersatu padu dapat memajukan negara dan mengekalkan kedaulatan dan kemakmuran negara. Nilai PengorbananContoh: Pendekar sanggup berkorban demi negara tercinta.
https://karangan.net/sajak-gelanggang/
Pengajaran_Sajak_Gelanggang
Kita hendaklah bertanggungjawab untuk menjaga kedaulatan negara daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara. Kita mestilah berani menangkis segala bentuk propaganda dan tuduhan melulu daripada pihak luar yang cuba mengganggu-gugat kedaulatan negara. Kita perlulah menghargai pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh generasi dan para pemimpin terdahulu yang berusaha untuk memerdekakan tanah air yang tercinta. Sebagai rakyat yang berbilang kaum, kita hendaklah bersatu padu untuk menjamin keharmonian negara yang tercinta ini. Kita haruslah bekerjasama membangunkan negara agar mencapai kemajuan yang diimpikan. Kita haruslah bersyukur kerana dapat tinggal di negara yang aman, sejahtera, dan harmoni. Kita mestilah bersama-sama memajukan negara dalam pelbagai bidang agar maruah negara terjamin pada peringkat antarabangsa. Kita tidak seharusnya bersengketa sesama sendiri demi keamanan dan keharmonian negara.
https://karangan.net/sajak-gelanggang/
Soalan_Sajak_Gelanggang
Apakah pesanan penyajak dalam rangkap keempat? Pesanan penyajak dalam rangkap yang keempat ialah rakyat yang cinta akan negara perlu mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan pertelingkahan sesama sendiri. Pada pendapat anda, mengapakah rakyat mesti bersatu dalam sebuah negara yang merdeka? Pada pendapat saya, rakyat mesti bersatu dalam sebuah negara yang merdeka bagi mengelakkan pergaduhan sesama sendiri dan berprasangka buruk antara kaum. Selain itu, rakyat mesti bersatu untuk mengelakkan campur tangan orang luar dalam politik negara. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas? Persoalan yang terdapat dalam sajak di atas ialah kepentingan perpaduan dalam sesebuah negara. Sebagai contoh rakyat mesti bersatu padu untuk mempertahankan negara daripada sebarang bentuk ancaman. Selain itu, terdapat persoalan perjuangan generasi terdahulu dalam menuntut kemerdekaan. Sebagai contoh generasi dahulu berjuang menuntut kemerdekaan dengan keringat dan air mata.
https://karangan.net/sajak-gelanggang/
Maksud_Sajak_Kijang_yang_Lelah
Rangkap 1 Suara nyaringnya tidak lagi gah bergemaKetika temulang kudratnya bergetar ditengah rimbaDia tidak lagi mampu menobat takhtaMengorak telapak di tanah menghijau. Maksud: Kehidupan kijang tua yang semakin hilang kekuasaan dan berasa dipinggirkan. Gah – sombong/ takburTemulang – tulang dalam tubuhKudrat – kuasa Rangkap 2 Saat ituSebak menyentap dahan kalbuDedaun resah mula berguguranPepohon batin akhirnya tumbangAkarya menguncup di perdu harap. Maksud: Pada masa itu, sang kijang berasa sangat sedih dan risau. Sang kijang yang uzur hanya tinggal harapan sahaja kerana kekuatan dalamannya semakin hilang. Batin – kekuatan yang wujud daripada daya jiwaPerdu – pangkal pokok Rangkap 3 Hari iniDia cuba bangkit dengan kekuatan kakiMenghambat waktu yang bersisaWalau dalam jera lelahSeakan dibelenggu setiap inci jiwa raga. Maksud:Namun hari ini, sang kijangcuba menguatkan dirinya untukmenghabiskan sisa-sisa hidupnya walaupunberasa lelah dan tidak berdaya setelah keinginannya terhalang. Jera – serik Rangkap 4 Bimbang tersadung akar dan jeratSang kijang lebih berhati-hati menapakMeski dalam peribadi yang keruhDiredah belantara yang mula teduhNun jauh di batas nuraninyaDia tetap menjinjing tekad dan tabahterus mengorak penuh berhemahdengan akal dan hatidia tidak lagi gundahmenyusun gerak dan langkah. Maksud: Sang kijang berjalan berhati-hati bagi mengelakkan dirinya terkena jeratmanusia dan tersandung akar. Sang kijang tetap meneruskan perjalanannya ke dalam hutantebal walaupun kudratnya lemah. Sang kijang berazam akan meneruskan perjalanan walau terpaksa menempuhi pelbagai rintangan dan cabaran. Setiap cabaran yang dihadapinya akan diselesaikan dengan akal fikiran dan kewarasannya. Gundah – bimbang
https://karangan.net/sajak-kijang-yang-lelah/
Tema_Sajak_Kijang_yang_Lelah
TemaSajak Kijang yang Lelah ialah kesukaran hidup seekor kijang tua yang berazam untuk meneruskan kehidupannya. Kijang ini yang sudah tua sangat sedih dan berasakan dirinya tidak diperlukan seperti zaman mudanya. Namun kijang tua ini optimistik dan meneruskan perjalannyadalam hutan untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya.
https://karangan.net/sajak-kijang-yang-lelah/
Persoalan_Sajak_Kijang_yang_Lelah
Ketabahan hidup dalam meneruskan kehidupanContoh: Kijang tua yang cuba bangkit dengan kekuatan kakinya walaupun berasa lelah. Persoalan sikap berhati-hati dalam kehidupan harian.Contoh: Kijang tua tersebut lebih berhati-hati ketika hendak menapak. Kewarasan berfikir dalam menempuhi cabaran dan rintanganContoh: Keupayaan yang lemah bukan penghalang untuk meneruskan kehidupan yang penuh cabaran. Persoalan menyedari kehidupan realitiContoh: Kijang tua yang sedar bahawa kekuasaannya akan berkurang apabila usianya meningkat. Persoalan tentang perasaan warga tua.Contoh: Warga tua sering berasa sedih, kesepian dan hilang keyakinan diri. Persoalan tentang kekuatan semangat.Contoh: Si kijang tua berada dalam keadaan yang lemah itu, hanya semangat yang mampu memberikan kekuatan.
https://karangan.net/sajak-kijang-yang-lelah/
Bentuk_Sajak_Kijang_yang_Lelah
https://karangan.net/sajak-kijang-yang-lelah/
Gaya_Bahasa_Sajak_Kijang_yang_Lelah
Metafora(maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan)Contoh: Dedaun resah mula berguguran, Pepohon batin akhirnya tumbang. Personifikasi(perlambangan sifat-sifat manusia yang diberikan kepada benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak, contohnya emosi, hasrat, perasaan dan pertuturan)Contoh: Menghambat waktu yang bersisa. Responsi (perulangan perkataan di tengah baris)Contoh: Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema, Dia tidak lagi mampu menobat takhta AsonansiContoh: terus mengorak penuh berhemah. (perulangan vokal e) AliterasiContoh: Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki. (perulangan konsonan k) HiperbolaContoh: suara nyaringnya tidak lagi gah bergema. Rima akhir rangkap pertama ialah aaab,Rima akhir rangkap kedua ialah aabcd,Rima akhir rangkap ketiga ialah aabcb,Rima akhir rangkap keempat ialah abccdeefee.
https://karangan.net/sajak-kijang-yang-lelah/
Nilai_Sajak_Kijang_yang_Lelah
Nilai KetabahanContoh: Seekor kijang tua yang tabah menghadapi perjalanan hidup yang semakin tua. Nilai KesungguhanContoh: Walaupun kijang sudah tua, dia masih cekal hati dalam meneruskan kehidupan. Nilai Berhati-hati/ BerwaspadaContoh: Kijang itu berhati-hati ketika berjalan agar tidak tersadung. Nilai Berhemah tinggiContoh: Kijang tua menggunakan kewarasan akal fikiran setiap tindakan yang akan dilakukannya. Nilai DedikasiContoh: Kijang tua bersungguh-sungguh untuk meneruskan kehidupan biarpun pelbagai halangan terpaksa ditempuhi. Nilai RasionalContoh: Kijang tua mampu berfikiran logik dan terbuka bahawa kudratnya semakin lemah, sesuai dengan pertambahan usianya. Nilai BerdikariContoh: Kijang tua berdikari dalam meneruskan hidupnya di hutan. Nilai KeberanianContoh: Kijang tua berani menghadapi usia tua dan cabaran yang bakal dilaluimya dalam meneruskan hidupnya di hutan.
https://karangan.net/sajak-kijang-yang-lelah/
Pengajaran_Sajak_Kijang_yang_Lelah
Kita mestilah tabah dalam menghadapi dugaan hidup ketika menghadapi hari tua. Kita perlulah menggunakan kewarasan akal fikiran dalam membuat sebarang tindakan. Kita disarankan untuk mengamalkan sika berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara Kita hendaklah bersemangat tinggi untuk mengubah kehidupan yang lebih baik. Kita haruslah berusaha untuk mengubah kehidupan agar diri kita menjadi lebih baik. Kita hendaklah bertekad ketika melakukan sesuatu perkara agar perkara yang dilakukan memberikan manfaat dalam kehidupan. Kita mestilah reda terhadap ketentuan takdir dan menerimanya dengan hati yang terbuka.
https://karangan.net/sajak-kijang-yang-lelah/
Soalan_Sajak_Kijang_yang_Lelah
Apakah yang dilakukan oleh kijang pada rangkap keempat? Perkara yang dilakukan oleh kijang pada rangkap keempat ialah kijang berjalan berhati-hati bagi mengelakkan dirinya terkena jerat dan tersandung akar. Sang kijang tetap meneruskan perjalanannya ke dalam hutan walaupun kudratnya lemah. Nyatakan 3 pengajaran yang terdapat dalam sajak Kijang yang Lelah. Tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak ini ialah kita hendaklah tabah menghadapi kehidupan. Selain itu kita haruslah berhati-hati apabila melakukan sesuatu perkara. Akhir sekali, kita haruslah membuat sesuatu keputusan dengan menggunakan akal yang waras dan rasional. Pembangunan yang pesat pada masa kini telah banyak memusnahkan flora dan fauna. Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan bagi mengelakkan kemusnahan flora dan flora? Langkah-langkah yang dapat mengelakkan kemusnahan flora dan fauna adalah dengan melakukan penebangan hutan terancang. Penanaman semula perlu dilakukan apabila penebangan hutan dilakukan. Selain itu, Jabatan Perhutanan dan Perhilitan Malaysia perlu mengambil tindakan tegas ke atas peneroka hutan haram. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata menghambat waktu yang bersisa? Mengejar masa yang tinggal / Mengejar masa yang lebih. Apakah yang dirasai oleh kijang setelah kekuasaannya semakin lenyap? – Kijang berasa sedih namun dia masih menaruh harapan untuk berkuasa kembali.– Mencuba untuk berkuasa semula dengan kekuatan yang ada pada dirinya sementara mempunyai kesempatan meskipun berhadapan dengan cabaran.– Lebih berhati-hati dalam tindakannya agar tidak kecundang dalam perjuangannya.– Jauh di lubuk hatinya, kijang tersebut dengan sabar berazam untuk meneruskan perjuangan dengan lebih berhati-hati berpaksikan akalnya. Nyatakan bentuk sajak ‘Kijang yang Lelah’. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap. Rima akhirnya bebas. Bilangan perkataan dalam setiap baris antara dua hingga tujuh patah perkataan. Bilangan suku kata dalam setiap baris antara empat hingga tujuh belas suku kata. “Sikap berhati-hati sangat penting dalam melakukan sesuatu perkara.” Pada pendapat anda, apakah manfaat mengamalkan sikap berhati-hati dalam rutin harian? Sesebuah puisi dihasilkan dengan penggunaan gaya bahasa yang menarik. Berdasarkan sajak ‘Kijang yang Lelah’, berikan dua gaya bahasa yang menarik berserta dengan contoh yang sesuai. Personifikasi – dedaun resah, pepohon batinAsonansi – Bimbang tersadung akar dan jerat (pengulangan vokal a)Metafora – menjinjing tekad “Dunia hari ini dipenuhi dengan cabaran dan tekanan.” Pada pendapat anda, bagaimanakah cara generasi muda menghadapi masa depan yang penuh cabaran? Generasi muda hendaklah berani bangkit semula daripada kegagalan.Generasi muda mestilah memiliki ilmu pengetahuan untuk menghadapi cabaran. Seterusnya, mereka perlulah tabah menghadapi cabaran dan menyusun strategi untuk menghadapi dugaan.
https://karangan.net/sajak-kijang-yang-lelah/
Tema_Sajak_Kudup_Perang
Sajak “Kudup Perang” bertemakan kepentingan kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi. Ketika menjadi seorang pemimpin, ada kezaliman dilakukan terhadap penentang dasar. Hal ini menimbulkan perasaan dendam dan tidak berpuas hati. Akibatnya, keadaan menjadi tidak tenteram dan sukar mengembalikan keamanan. Oleh sebab itu, penulis berpendapat bahawa manusia pada zaman moden ini masih memikirkan calon pemimpin mereka yang paling berwibawa dan berketerampilan.
https://karangan.net/sajak-kudup-perang/
Maksud_Sajak_Kudup_Perang
Rangkap 1 Sementara dia bergelar panglimalaskar perang; yang terus-menerusmembajakan kezaliman – seringmengudupkan putik dendamkita masih perlu berterima kasihkepada jari-jemari takdirkerana membenarkan sepasang matauntuk berlari dengan tangan bergarisempat juga menadah sejambak puisiuntuk sehari lagi; sambil bertanya;siapakah pahlawan yang asli? Penyajak mengingatkan bahawa seseorang yang masih bergelar panglima perang akan sentiasa membuat kezaliman dan menyimpan perasaan dendam. Walau bagaimanapun, penyajak masih bersyukur kerana berpeluang menikmati kehidupan sambil mencari-cari pahlawan sejati. Rangkap 2 Memang kita tidak sempat menjengukke luar jendela; sewaktu fajar menghembusringkik kuda, gemerincingpedang pusakadan darah yang tiba-tiba membuakdi daerah angkara – perciknyamenumbuhkan kelopak rahsiadalam keliru, tertanya-tanya kitatangan mana yang memenggalleher sang pendusta? Penyajak sedar bahawa dia tidak sempat hidup pada zaman perbalahan dan penuh angkara. Pelbagai kekeliruan tentang kepahlawanan sebenar menyebabkan manusia tertanta-tanya tentang pemimpin sebenar yang benar-benar berkewibawaan mencipta sejarah. Penyajak tidak sempat untuk mengkaji sejarah tentang peristiwa pertumpahan darah masa lampau. Rangkap 3 Andai namamu Tuah, kita masihtidak mahumenyanjungnya pendekar paling gagahkerana takhta setia terbinadi istana wangsabukanlah penjamin kukuhnyapasak saksamasesekali turut direntakan daki pendustamelekatlah selumbar sengsaradi tiang maruah kota Penyajak tidak mahu menyanjungHang Tuah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaanHang Tuah yang tidak berbelah bahagi terhadap istana. Oleh itu,Hang Tuah tidak akan bersikap saksama walaupun adanya pendustaan sehingga sanggup membiarkan kesengsaraan berlaku di kota. Rangkap 4 Andai namamu Jebat, kita masih tidakmenggelarnya sebagai pengkhianatkerana kita masih menangisipeta keadilan yang tersirat – nun, karamdi lautan kesumatsedang warga memanggilnya keramat Penyajak juga tidak menganggapHang Jebat sebagai pengkhianat kerana dia masih mengingati perjuanganHang Jebat dalam mempertahankan keadilan walaupun menyimpan perasaan dendam. Namun, pengikut Jebat telah beranggapan bahawa Jebatlah pemimpin yang sebenar. Rangkap 5 Perang pun melecurkan lidah muslihatbercabang lalu bertemu bayu palsu;bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnyamewarnakan keindahan pada hodohnyamenjungkitkan amarah pada damainyateramat lara kita menjahit semulaperca-perca bahagia – seperti perawanyang dibungkamkan cinta pertama. Penyajak sedar bahawa peperangan penuh dengan muslihat dan berita palsu yang menghapuskan kebenaran dan membenarkan yang salah. Perang juga membangkitkan keganasan dalam kehidupan yang damai. Justeru, usaha untuk memulihkan sisa-sisa kehidupan yang damai amatlah sukar. Rangkap 6 Sehingga senja tiba,kita masih bertengkartentang siapapahlawan sebenarnya. Penyajak sedar bahawa sehingga kini masyarakat masih bertengkar untuk menentukan pahlawan sebenar antara Tuah dengan Jebat.
https://karangan.net/sajak-kudup-perang/
Persoalan_Sajak_Kudup_Perang
Pengorbanan diri untuk orang lain Kesanggupan berkorban demi menegakkan kebenaran dan keadilan Peperangan membawa kesengsaraan hidupDalam peperangan berlaku tipu daya dan muslihat serta telah membangkitkan perasaan dendam antara satu sama lain Menegakkan keadilanMenjadi tanggungjawab setiap orang untuk menghentikan kezaliman dan penindasan demi menegakkan keadilan Kesetiaan terhadap negaraSetiap orang mesti menunjukkan kesetiaan terhadap negara yang didiaminya Penilaian perlu dibuat secara adil berdasarkan konteksTindakan Jebat memberontak adalah untuk menuntut keadilan terhadap Tuah dan bukan menderhaka kepada raja
https://karangan.net/sajak-kudup-perang/
Bentuk_Sajak_Kudup_Perang
Terdiri daripada enam rangkap. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap pertama: sebelas baris,Rangkap kedua: sepuluh baris,Rangkap ketiga: sepuluh baris, Rangkap keempat: enam baris, Rangkap kelima: lapan baris,Rangkap keenam: empat baris. Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara dua hingga enam patah kata dalam satu baris. Bilangan suku katanya antara empat hingga tujuh belas suku kata. Rima akhirnya ialahrangkap pertama: abcdefaggag, rangkap kedua: abcdedddfd, rangkap ketiga: abcdddddd, rangkap keempat: abcdbb, rangkap kelima: abccccdc, rangkap keenam: abaa.
https://karangan.net/sajak-kudup-perang/
Gaya_Bahasa_dan_Keindahan_Bunyi
Bahasa klasik atau Sanskrit. Contoh: kesumat; keramat; perawan. Diksi atau pemilihan kata begitu indah dan berkesan. Contoh: mengudupkan putik dendam; menumbuhkan kelopak rahsia; melekatlah selumbar sengsara. Hiperbola. Contoh: jari-jemari takdir; daerah angkara; selumbar sengsara; menjungkitkan amarah. Inversi. Contoh: sesekali turut direntakan daki pendusta (sepatutnya: daki pendusta sesekali turut direntakan). Metafora. Contoh: peta keadilan, putik dendam Simile.Contoh: seperti perawan. Unsur alam. Contoh: putik; fajar; selumbar; bayu. Asonansi. Contoh: Memang kita tidak sempat menjenguk (perulangan bunyi vokal e). Aliterasi. Contoh: bercabang lalu bertemu bayu palsu (perulangan bunyi konsonan b). SinkofContoh: namamu Nada: Sajak “Kudup Perang” bernada patriotik.
https://karangan.net/sajak-kudup-perang/
Nilai_Sajak_Kudup_Perang
https://karangan.net/sajak-kudup-perang/
Pengajaran_Sajak_Kudup_Perang
https://karangan.net/sajak-kudup-perang/