title
stringlengths
5
65
content
stringlengths
0
19.5k
url
stringlengths
32
65
Latar_Tempat_Novel_Pelari_Muda
Pusat Sukan Kampung PandanPeristiwa: Kompleks tersebut merupakan tempat Kamarul dan rakan-rakannya seperti Sures berlatih di bawah kendalian Encik Kadir sehinggalah berjaya membentuk Kamarul menjadi atlet yang berjaya dan meraih kejuaraan dalam Sukan SEA di Bangkok. Stadium Nasional, BangkokPeristiwa: Tempat berlangsungnya Sukan SEA yang ke-14 dan di tempat itulah Kamarul berjaya meraih pingat emas menerusi acara 100 meter dan 400 meter. Stadium MerdekaPeristiwa: Tempat Kamarul dan Saridah menyertai Sukan MSSM. Di situlah jugalah mereka saling mengenali seterusnya hubungan tersebut berpanjangan sehinggakan timbul perasaan sayang di jiwa Saridah terhadap lelaki itu. Kantin sekolahPeristiwa: Tempat Saridah dan Juriah bersembang tentang hubungannya dengan Kamarul yang renggang dan Juriah pula menasihati Saridah agar melupakan Kamarul sebaliknya memberi fokus terhadap SPM. Rumah KamarulPeristiwa: Di sinilah Mak Jah menyampaikan surat yang diberikan oleh Saridah kepada Kamarul. Di rumah ini jugalah Kamarul ditegur oleh emaknya kerana mengoyakkan akhbar yang memaparkan gambar Encik Kadir. HospitalPeristiwa: Tempat Kamarul menerima rawatan selepas dia terbabit dalam kemalangan jalan raya. Di sini jugalah Saridah dan Encik Kadir menziarahi Kamarul.
https://karangan.net/novel-pelari-muda/
Latar_Masa_Novel_Pelari_Muda
Waktu pagiPeristiwa: Mak Jah menyediakan sarapan untuk Kamarul dan melihat perubahan sikap Kamarul yang kelihatan tidak ceria seperti biasa. Waktu petangPeristiwa: Sures menunggu Kamarul untuk ke kompleks sukan bersama-sama tetapi Kamarul tidak datang. Waktu malamPeristiwa: Kamarul melihat gambar-gambar pelari yang menjadi idolanya.
https://karangan.net/novel-pelari-muda/
Latar_Masyarakat_Novel_Pelari_Muda
Masyarakat remajaPeristiwa: Mereka berusia 17 tahun yang terdiri daripada Kamarul, Sures, Saridah, dan Juriah. Sebagai remaja, mereka mudah mengikut perasaan seperti yang dilakukan oleh Kamarul yang bersikap sombong selepas popular. Masyarakat atletPeristiwa: Mereka gigih berlatih untuk meningkatkan prestasi mereka sebelum mewakili negara dalam Sukan SEA. Mereka terdiri daripada Kamarul dan Sures yang mendapat tunjuk ajar daripada Encik Kadir. Masyarakat yang prihatin terhadap nasib orang lainPeristiwa: Juriah menasihati Saridah yang bersedih dengan sikap Kamarul yang dingin terhadapnya. Masyarakat yang tegas dalam menjalankan tugasPeristiwa: Adibah begitu tegas dalam menjalankan tugas sebagai ketua kelas dengan menghalang Kamarul daripada berjumpa dengan Cikgu Zainal sewaktu pembelajaran dan pengajaran.
https://karangan.net/novel-pelari-muda/
Sinopsis_Novel_Sejambak_Bakti
Novel Sejambak Bakti mengisahkan usaha murid dan guru Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan untuk membangunkan koperasi sekolah mereka. Harun, Swee Lan dan Saridevi sedang bertugas di koperasi sekolah sebelum loceng untuk sesi pembelajaran berlangsung. Semasa sedang sibuk melayan pelanggan , seorang daripada murid yang berasak-asak di situ cuba mengambil sebatang pen tanpa membayarnya. Kehadiran Cikgu Zulkifli menamatkan perbualan mereka. Cikgu Zulkifli datang membawa surat panggil Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk kali pertama pada tahun tersebut. Dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah kali pertama pada petang itu, sebanyak sebelas orang murid dan empat orang guru telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah. Cikgu Syamsudin, iaitu pengetua sekolah sebagai pengerusinya. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh pegawai daripada Jabatan Pembangunan Koperasi. Razali telah terpilih sebagai penolong setiausaha. Konflik bermula apabila Munir berasa cemburu dengan pelantikan Razali sebagai penolong setiausaha. Mulai saat itu Munir, Leong, dan Selvam sering tidak hadir bertugas. Munir sentiasa cuba untuk rapat dengan Ramlah. Namun begitu, cubaan untuk memberi surat dan mengajak Ramlah menonton wayang gagal. Hal ini demikian, kerana Ramlah sangat rapat dengan Razali. Sikap Munir yang sering menganggu pelajar perempuan dan tidak hadir bertugas telah dirujuk kepada guru kaunseling sekolah. Akibat daripada peristiwa tersebut, Munir telah menumbuk Razali sehingga berdarah. Perbuatan tersebut menyebabkan Munir dihukum rotan oleh pengetua. Razali juga terpilih untuk menghadiri kursus koperasi bersama-sama dengan wakil koperasi- koperasi sekolah seluruh Malaysia. Hal ini menambahkan lagi rasa cemburu Munir terhadap Razali. Dua minggu sebelum hakim pertandingan koperasi terbaik sekolah-sekolah datang mengadili pertandingan tersebut, seluruh warga Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan dikejutkan dengan berita koperasi sekolah mereka telah diceroboh. Barang-barang dalam koperasi telah dipunggah, barangan yang ada berselerakan dan wang koperasi sebanyak RM 200.00 turut dicuri. Pihak polis telah dipanggil untuk melakukan siasatan. Razali dan Cikgu Zulkifli telah dibawa ke balai polis untuk membantu siasatan. Hal ini demikian kerana tiada sebarang tanda-tanda bilik tersebut dipecahkan dan hanya Razali seorang sahaja yang memiliki kunci tersebut, manakala kunci di bilik pengetua tidak terusik. Kejadian tersebut menyebabkan ayah tiri Razali berasa malu sehingga sanggup menghalaunya keluar dari rumah. Penjenayah tersebut berjaya dikesan setelah pencerobohan dilakukan untuk kali yang kedua. Munir terperangkap kerana memiliki sekeping wang kertas RM10.00 yang bertanda ‘K’. Dia dihukum tiga kali sebatan di hadapan tapak perhimpunan dan digantung sekolah selama seminggu. Suasana menjadi bertambah pilu apabila Munir sendiri meminta maaf kepada Razali dan mereka berpelukan sambil diiringi air mata yang berderaian. Razali dan Munir, akhirnya menjadi sahabat baik. Masa terus berlalu, tiga orang hakim Pertandingan Koperasi Sekolah-Sekolah dari ANGKASA telah datang untuk menghakimi koperasi sekolah mereka. Berdasarkan penilaian ketiga-tiga hakim tersebut koperasi sekolah mereka telah diumumkan sebagai johan dalam pertandingan yang dianjurkan oleh pihak ANGKASA. Persoalan tentang ayah Razali yang sebenar turut terungkai semasa majlis penerimaan piala kemenangan tersebut. Peristiwa Novel Sejambak Bakti dan Sinopsis bab demi bab
https://karangan.net/novel-sejambak-bakti/
Tema_Novel_Sejambak_Bakti
Novel Sejambak Bakti bertemakan perjuangan generasi muda untuk menubuhkan kedai koperasi di sekolah untuk mencapai matlamat demi kebaikan bersama. Tuan pengetua, Cikgu Syamsudin selaku Pengerusi koperasi memaklumkan tujuan penubuhan koperasi. Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain seperti Ramlah dan Saridevi telah berusaha dengan gigih untuk memajukan dan membangunkan kedai koperasi sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan. Mereka telah mendapat sokongan penuh daripada guru-guru koperasi iaitu cikgu Zukifli dan Puan Robeah. Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan bersetuju untuk menyertai pertandingan koperasi maju, berjaya dan baik pentadbirannya. Ahli Lembaga Pengarah Koperasi dan guru-guru bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk merealisasikan hasrat mereka. Akhirnya sekolah mereka telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah anjuran ANGKASA.
https://karangan.net/novel-sejambak-bakti/
Persoalan_Novel_Sejambak_Bakti
Persoalan kasih sayang seorang ibuContoh: Kasih sayang seorang ibu kepada anak dapat dikesan melalui watak Mak Sopiah. Mak Sopiah sentiasa menjaga kebajikan Razali. Mak Sopiah sentiasa menghantar minuman petang ke tempat Razali belajar dan mempertahan Razali daripada kemarahan bapa tirinya. Perbuatan yang jahat akan mendapat balasan yang setimpal.Contoh: Perbuatan Munir yang menceroboh masuk ke dalam koperasi dan mencuri duit koperasi sebanyak RM200.00 telah berjaya dikesan. Mengikut mesyuarat guru disiplin sekolah, Munir akan menerima hukuman iaitu dirotan sebanyak tiga kali di hadapan murid-murid di tapak perhimpunan dan digantung sekolah selama seminggu. Persoalan hubungan persahabatan yang positifContoh: Ramlah, Rozita dan Saridevi pernah ke rumah Razali untuk belajar. Razali berserta sahabatnya yang lain juga turut bersama-sama bergotong royong bagi menjayakan koperasi sekolah. Sifat pemaaf yang merupakan sikap terpuji.Contoh: Razali mempunyai sikap pemaaf kerana sanggup memaafkan Munir walaupun Munir pernah memfitnahnya mencuri duit koperasi sekolah. Malah Razali telah bersetuju memabantu Munir dalam pelajarannya untuk menghadapi SPM. Persoalan semangat kerjasamaContoh: Semangat kerjasama antara pengetua, guru-guru, pelajar, Encik Aik Hong dan Encik Aziz untuk menjayakan koperasi sekolah. Persoalan ketabahanContoh: Ketabahan Razali menghadapi gangguan Munir, Leong dan Silvam. Contoh: Ketabahan Razali berdepan dengan bapa tirinya yang menghalaunya dari rumah tanpa kesalahan yang nyata.Contoh: Ketabahan pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Seri Kayangan untuk menjayakan koperasi sekolah. Persoalan kekeluargaanContoh: Hubungan kekeluargaan yang positif antara Mak Sopiah dan Razali. Usaha yang baik biasanya mendapat cabaran yang hebat.Contoh: Razali yang menjadi penolong setiausaha lembaga pengarah koperasi sekolah telah berusaha untuk memajukan koperasi sekolah. Namun Razali telah mendapat tentangan dan cabaran hebat daripada Munir, Leong dan Selvam yang berasa cemburu akan kejayaannya. Persoalan kepimpinanContoh: Pengetua sekolah sentiasa memberi sokongan kepada guru dan pelajar. dalam menjayakan koperasi sekolah. Persoalan gejala SosialContoh: Pergaduhan dalam kalangan pelajar sekolah sehingga membawa kepada kecederaan. Pengaruh rakan sebaya yang boleh merosakkan hidup remajaContoh: Silvam dan Leong mengikut sahaja kata-kata Munir supaya membelasah Razali menyebabkan mereka berdua dijatuhi hukuman rotan oleh pengetua. Amalan bermuafakat dan berkerjasama akan membuahkan kejayaan.Cikgu Syamsudin dan semua ahli lembaga pengarah telah bekerjasama memajukan koperasi sekolah dan projek ternakan ayam. Akhirnya sekolah mereka telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah. Sifat cemburu akhirnya memakan diri sendiriContoh: Munir sangat cemburu akan Razali yang dapat memenangi hati Ramlah dan sanggup memfitnah dan memburuk-burukkan nama Razali. Akhirnya, dia menerima hukuman sebatan di khalayak ramai. Setia kawan dalam menjalani kehidupan remajaContoh: Ramlah tetap menyokong dan memberi semangat ketika Razali menghadapi dugaan seperti dituduh menceroboh kedai koperasi.
https://karangan.net/novel-sejambak-bakti/
Binaan_Plot_Novel_Sejambak_Bakti
Permulaan Pengarang memaparkan suasana pagi di Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Harun, Swee Lan, dan Saridevi sedang bertugas di koperasi. Kehadiran Cikgu Zulkifli membawa surat untuk mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk kali pertama pada tahun tersebut. Perkembangan Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk kali pertama diadakan pada petang di bilik mesyuarat. Sebelas orang murid dan empat orang guru telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah koperasi. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh pegawai daripada Jabatan Pembangunan Koperasi. Razali telah terpilih sebagai penolong setiausaha. Perumitan Konflik bermula apabila Munir berasa cemburu dengan pelantikan Razali sebagai penolong setiausaha. Mulai saat itu Munir, Leong dan Selvam sering tidak hadir bertugas dan sentiasa cuba untuk rapat dengan Ramlah. Sikap Munir yang sering mengganggu pelajar perempuan dan tidak hadir bertugas telah dilaporkan kepada guru kaunseling sekolah iaitu Cikgu Muniam. Munir berdendam dengan Razali. Munir telah menumbuk Razali sehingga berdarah. Perbuatan tersebut menyebabkan Munir dihukum rotan oleh pengetua. Klimaks Seluruh warga Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan dikejutkan dengan berita koperasi sekolah mereka telah diceroboh. Wang koperasi sebanyak RM 200.00 turut dicuri. Pihak polis telah dipanggil untuk melakukan siasatan. Razali telah dibawa ke balai polis untuk membantu siasatan. Hal ini demikian kerana tiada sebarang tanda-tanda bilik tersebut dipecahkan dan hanya Razali seorang sahaja yang memiliki kunci tersebut. Kejadian tersebut menyebabkan ayah tiri Razali berasa malu sehingga sanggup menghalaunya keluar dari rumah. Peleraian Penjenayah tersebut berjaya dikesan setelah pencerohan berlaku buat kali kedua. Munir terperangkap kerana memiliki wang kertas RM10.00 yang bertanda ‘K’. Dia dihukum tiga kali sebatan di hadapan tapak perhimpunan dan digantung sekolah selama seminggu. Koperasi sekolah turut diumumkan sebagai Johan dalam pertandingan yang dianjurkan oleh pihak ANGKASA. Persoalan tentang ayah Razali yang sebenar turut terungkai semasa majlis penerimaan piala kemenangan tersebut. Razali dan Munir, akhirnya menjadi sahabat baik.
https://karangan.net/novel-sejambak-bakti/
Teknik_Plot_Novel_Sejambak_Bakti
Imbas kembaliContoh: Pak Razali menceritakan hubungannya dengan Mak Sopiah di hadapan Cikgu Syamsudin, Encik Ali, dan Pak Zakaria ketika berada di bilik Cikgu Syamsudin. Imbas mukaContoh: Tujuan kursus koperasi tersebut diadakan adalah untuk mendedahkan generasi muda yang bakal memimpin koperasi negara kita tentang kepentingan penubuhan koperasi. PemerianContoh: Penulis menyatakan keadaan ketika berlangsungnya Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi buat kali pertama diadakan pada tahun tersebut. Monolog dalamanContoh: Razali mengeluh di dalam hati tentang nasibnya yang begitu malang. KejutanContoh: Warga sekolah dikejutkan dengan kejadian kes pencerobohan koperasi sekolah. SaspensContoh: Pembaca dan pelajar-pelajar tertanya-tanya tentang lembaga berwarna hitam yang kelihatan memanjat pintu pagar dan menuju ke arah kedai koperasi.
https://karangan.net/novel-sejambak-bakti/
Watak_Perwatakan_Novel_Sejambak_Bakti
Watak Utama: Razali Seorang yang baik hatiContoh: Razali seorang yang baik hati kerana dia sedia membantu rakan-rakannya dalam pelajaran Seorang yang pemaafContoh: Razali memafkan kesalahan Munir meskipun Munir banyak melakukan kesalahan kepadanya. Seorang yang hormat kepada ibunyaContoh: Walaupun sangat ingin mengetahui keadaan ayah kandungnya, Razali tidak sanggup menyakiti hati ibunya semasa ibunya enggan memberitahukan ayahnya. Seorang yang suka menolongContoh: Dia telah membantu Munif yang ketinggalan dalam pelajarannya untuk menghadapi peperiksaan SPM. Seorang yang tabah menghadapi cabaranContoh: Razali seorang yang tabah menghadapi cabaran dalam hidup. Dia bukan sahaja diperli, dihina malah dipukul oleh Munir dan rakan-rakannya tetapi dia masih tabah mengharungi dugaan tersebut. Watak Sampingan: Munir Seorang yang pendendamMunir berdendam terhadap Razali yang telah menewaskannya dalam pemilihan jawatan Penolong Setiausaha Koperasi Sekolah. Seorang yang suka menimbulkan masalahSebagai seorang ahli lembaga koperasi sekolah, Munir sering menimbulkan masalah seperti cuai dan tidak menjalankan tugasnya. Seorang yang tidak bertanggungjawabContoh: Dia sanggup ponteng dalam tugas di kedai koperasi sekolah dan bermain bola di padang. Seorang yang insafContoh: Munir telah insaf akan kesalahan dirinya setelah dirotan di depan perhimpunan. Dia telah meminta maaf kepada Razali dan keluarga Razali. Watak Sampingan: Cikgu Zulkifli Seorang yang bertanggungjawabCikgu Zulkifli bertanggungjawab menasihati Munir yang mengabaikan tugasnya sebagai ahli lembaga koperasi. Seorang yang bijak bertindakCikgu Zulkifli bertindak bijak dengan menulis huruf “K” pada wang kertas koperasi sekolah bagi memerangkap penceroboh koperasi. Seorang guru yang mengambil berat terhadap pelajaran dan tingkah laku pelajarContoh: Dia sentiasa memberikan nasihat kepada Munir supaya bersikap positif terhadap pelajar dan tugas dalam koperasi sekolah. Watak Sampingan: Mak Sopiah Seorang yang penyayangMak Sopiah sangat menyayangi Razali. Beliau sentiasa mempertahankan Razali daripada cemuhan suaminya, Pak Zakaria, iaitu ayah tiri Razali. Seorang yang taat akan perintah agamaMak Sopiah sentiasa solat pada awal waktu. Dia akan terus solat apabila masuk sahaja waktu solat. Seorang yang mesraContoh: Dia melayani kawan-kawan Razali dengan ramah-tamah dan menghilangkan minuman dan pisang goreng untuk mereka. Watak Sampingan:Pak Zakaria Seorang yang bersikap prejudisContoh: Dia sering menganggap bahawa anak tirinya bersikap sombong dan angkuh. Semasa melihat keadaan Razali yang telah dipukul, dia terus mendakwa bahawa Razali suka bergaduh dengan orang lain. Watak Sampingan: Ramlah Seorang yang suka membantu orangContoh: Dia telah membantu Razali untuk membuat minit mesyuarat lembaga pengarah koperasi sekolah. Selain itu, Ramlah seorang pelajar yang tekun dalam pelajaran. Oleh itu, dia dan Swee Lan serta Saridevi meminta Razali supaya dapat berulang kaji tentang pelajaran yang tidak difahami. Seorang yang bersikap setia kawanContoh: Dia percaya sepenuhnya terhadap Razali bahawa Razali tidak terlibat dalam kes kecurian dalam kedai koperasi sekolah.
https://karangan.net/novel-sejambak-bakti/
Gaya_Bahasa_Novel_Sejambak_Bakti
PersonifikasiContoh: Angin membelai-belai tubuhnya, akan tetapi jiwanya tidak sesegar angin yang membelai tubuhnya. SimileContoh: Kakinya seperti terpaku di tanah, Dia rasa dirinya seperti sehelai daun kering yang melayang-layang ke sana ke mari tanpa berharga. RepitisiContoh: Cita-cita dan harapan seseorang itu terpendam di lubuk hatinya. Dia akan berusaha dengan pelbagai cara untuk mencapai cita-citanya itu. PeribahasaContoh: “Di mana ada gula, tentulah di situ ada semut!” sindir Leong pula. Bahasa ArabContoh: Assalamualaikum, Waalaikumussalam. MetaforaContoh: Sedikit sahaja bara kebenciannya dihembus maka cepatlah marak api kebenciannya itu. InversiContoh: Setelah menemukan catatan tentang tujuan penubuhan koperasi itu, Cikgu Syamsudin meneruskan ucapannya. HiperbolaContoh: Matanya menjunam ke arah sawah… SinkopeContoh: “Yalah! Barang-barang tu hak orang ramai. Hak bagi ahli-ahli koperasi tau!” sindir Silvam pula.
https://karangan.net/novel-sejambak-bakti/
Latar_Novel_Sejambak_Bakti
https://karangan.net/novel-sejambak-bakti/
Nilai_Novel_Sejambak_Bakti
Nilai amanahContoh Peristiwa: Ahli-ahli lembaga pengarah Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan dapat menjalankan tugas masing-masing dengan penuh bertanggungjawab. Mereka sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk meningkatkan pendapatan kedai koperasi dan berusaha untuk memberikan sumbangan kepada pembangunan sekolah, seperti membina bilik bacaan. Nilai tolong-menolongContoh Peristiwa: Razali mempunyai nilai tolong-menolong. Ketika kawan-kawan menghadapi masalah dalam pelajaran, dia tidak keberatan untuk memberikan bantuan. Contohnya dia membantu Ramlah, Swee Lan, Saridevi dan Munir yang menghadapi masalah dalam pelajaran. Ramlah juga mengamalkan nilai tolong-menolong. Contohnya dia membantu Razali untuk melengkapkan minit mesyuarat. Nilai kerjasamaContoh Peristiwa: Ahli lembaga pengarah koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan sentiasa mengamalkan nilai kerjasama. Contohnya, mereka bekerjasama dan bergotong-royong untuk membersihkan reban ayam, bilik bacaan dan kedai koperasi mereka sebagai persediaan untuk menyertai Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah. Nilai kasih sayangContoh Peristiwa: Mak Sopiah mengamalkan nilai kasih sayang. Dia bersikap penyayang. Dia sayang akan anak tunggalnya dan mengambil berat akan pelajaran dan perasaanya. Dia sanggup keluar dari rumah ketika suaminya hendak menghalau Razali dari rumah. Dia juga enggan memberitahu Razali tentang bapa kandungnya kerana tidak sanggup berpisah dengan Razali . Selain itu, Razali juga berpegang teguh terhadap nilai kasih sayang. Dia sayang akan emak dan tidak mahu menyakiti hati ibunya. Walaupun sangat ingin mengetahui bapa kandungnya, tetapi dia tidak mahu memaksa ibunya untuk memberitahu keadaan bapa kandungnya. Nilai jujur dan ikhlasContoh Peristiwa: Razali mengamalkan nilai jujur dan ikhlas. Dia ikhlas menerima Munir sebagai kawan setelah Munir insaf akan kesalahannya walaupun Munir pernah membulinya malah membuat fitnah terhadapnya. Dia juga bersikap jujur dan ikhlas untuk membantu pelajar lain yang menghadapi masalah dalam pelajaran. Nilai TabahContoh Peristiwa: Sebagai anak tiri, Razali tabah menghadapi layanan Pak Zakaria yang agak teruk. Dia sentiasa sabar walaupun ditegur oleh Pak Zakaria sebagai pencuri, sombong dan suka berlagak. Dia sentiasa tabah walaupun rindu akan bapa kandungnya. Setelah balik dari balai polis, Razali tetap tabah untuk berhadapan dengan khabar angin yang mendakwa dia sebagai pencerobah kedai koperasi dan pencuri. Selain itu, Mak Sopiah juga mengamalkan nilai tabah. Dia tabah menghadapi pengalaman yang pahit, iatu dia diceraikan oleh bekas suaminya Ramli pada 16 tahun yang lalu. Nilai Baik HatiContoh Peristiwa: Razali tidak berdendam terhadap Munir walaupun Munir telah mengfitnahnya menceroboh kedai koperasi. Sebaliknya,Razali sanggup membantu Munir untuk meningkatkan prestasi dalam pelajaran sepanjang dia digantung persekolahan selama seminggu. Nilai tanggungjawabContoh Peristiwa: Sebagai pengetua, Cikgu Syamsudin mengamalkan nilai tanggungjawab. Beliau menjalankan tugasnya sebagai pengetua dengan penuh tanggungjawab. Beliau sentiasa menjaga disiplin sekolah itu dan menggalakkan pelajar menyertai pertandingan untuk mengharumkan nama sekolah. Selain itu, ahli-ahli lembaga pengarah juga menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab, seperti Razali, Cikgu Zulkifli, Ramlah, Swee Lan dan Saridevi. Nilai RasionalContoh Peristiwa: Pihak sekolah tidak menuduh mana-mana pihak yang menceroboh kedai koperasi sekolah,sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan seterusnya membuat pemeriksaan mengejut untuk mengetahui pelaku penceroboh yang sebenarnya.
https://karangan.net/novel-sejambak-bakti/
Pengajaran_Novel_Sejambak_Bakti
Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran hidup.Razali tabah menghadapi cabaran dan dugaan hidup apabila dia sering dimarahi dan dihina oleh ayah tirinya.Dia juga sering difitnah dan diejek oleh Munir yang berdendam dengannya. Kita mestilah bijak bertindak untuk menyelesaikan sesuatu masalah.Cikgu Zulkifli bertindak dengan bijak untuk memerangkap penceroboh kedai koperasi dengan menandakan huruf ‘K’ pada wang kertas di koperasi sekolah. Kita perlulah bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada kita.Semua ahli lembaga pengarah koperasi sekolah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Contohnya, Ramlah, Harun dan Saridevi melayani pembeli di kedai koperasi dengan baik. Kita mestilah bekerjasama untuk memajukan sesebuah organisasi.Semua ahli lembaga koperasi sekolah bekerjasama untuk memajukan koperasi sekolah sehingga koperasi sekolah mereka telah mendapat johan dalam pertandingan koperasikoperasi sekolah seluruh Malaysia. Kita hendaklah menginsafi kesalahan yang telah dilakukan.Munir berasa insaf akan kesalahan yang dilakukannya terhadap Razali seperti menumbuk dan memfitnah Razali. Kita perlulah memaafkan kesalahan orang lain demi kebaikan bersama.Razali memafkan segala kesalahan yang dilakukan oleh Munir terhadapnya dan sanggup membantu Munir dalam pembelajaran.
https://karangan.net/novel-sejambak-bakti/
Soalan_dan_Jawapan_Novel_Sejambak_Bakti
Huraikan perwatakan watak utama dala novel yang anda kaji. Novel yang saya kaji di tingkatan 1 ialah novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I. Watak utama novel ini ialah Razali. Razali merupakan anak kepada Mak Sopiah dan anak tiri kepada Pak Zakaria. Sebagai penolong setiausaha lembaga pengarah Koperasi sekolah, Razali sentiasa menjalankan tugasnya dengan amanah. Sebagai pelajar, Razali sangat rajin dan belajar bersungguh-sungguh. Dia sering mengulang di pondok yang terletak di tengah sawah. Dia juga bersikap suka membantu. Contohnya dia telah membantu Ramlah, Swee Lan, dan Saridevi dalam pelajaran. Selain itu, Razali juga sayang dan hormat kepada ibunya. Contohnya walaupun sangat ingin mengetahui keadaan ayah kandungnya, Razali tidak sanggup menyakiti hati ibunya semasa ibunya enggan memberitahukan ayahnya. Razali juga bersikap sedia memaafkan. Misalnya ketika Munir meminta maaf kepadanya, Razali segera bersalam dengannya dan memeluk badan Munir sebagai tanda memaafkan segala kesalahan Munir terhadapnya. Razali juga bersikap ikhlas. Dia sanggup menerima Munir sebagai sahabat walaupun Munir pernah memukulnya dan membuat fitnah terhadapnya, malahan sanggup membantu Munir dalam pelajaran setelah Munir insaf akan kesalahannya. Huraikan tema novel Sejambak Bakti dengan contoh yang sesuai. Novel yang telah saya kaji dalam ialah novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I. Novel ini bertemakan kegigihan murid dan guru koperasi sekolah untuk memajukan koperasi sekolah mereka. Contohnya, Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain seperti Ramlah dan Saridevi telah berusaha dengan gigih untuk memajukan dan membangunkan kedai koperasi sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan. Mereka telah mendapat sokongan penuh daripada guru-guru koperasi iaitu cikgu Zukifli dan Puan Robeah. Akhirnya sekolah mereka telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah anjuran ANGKASA. Jelaskan 5 persoalan penting yang terdapat dalam novel yang anda kaji. Novel yang telah saya kaji dalam ialah novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I. Terdapat banyak persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam novel ini. Antara persoalannya ialah persoalan usaha yang baik biasanya mendapat cabaran yang hebat. Contohnya, Razali yang menjadi penolong setiausaha lembaga pengarah koperasi sekolah telah berusaha untuk memajukan koperasi sekolah. Namun Razali telah mendapat tentangan dan cabaran hebat daripada Munir, Leong dan Selvam yang berasa cemburu akan kejayaannya. Selain itu, terdapat juga persoalan sifat pemaaf yang merupakan sikap terpuji. Contohnya, Razali mempunyai sikap pemaaf kerana sanggup memaafkan Munir walaupun Munir pernah memfitnahnya mencuri duit koperasi sekolah. Malah Razali telah bersetuju memabantu Munir dalam pelajarannya untuk menghadapi SPM. Seterusnya ialah persoalan kasih ibu yang tiada batasannya. Contohnya, Mak Sopiah ibu razali sanggup merahsiakan siapakah ayah kandung Razali kerana bimbang Razali akan meninggalkannya. Mak Sopiah juga sangat menyayangi Razali kerana sanggup mengikut Razali ke mana-mana sahaja sewaktu Razali dihalau oleh Pak Zakaria dari rumah mereka. Tambahan pula, terdapat persoalan amalan bermuafakat dan berkerjasama akan membuahkan kejayaan. Contohnya, Cikgu Syamsudin dan semua ahli lembaga pengarah telah bekerjasama memajukan koperasi sekolah dan projek ternakan ayam. Akhirnya sekolah mereka telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah. Akhir sekali ialah persoalan perbuatan yang jahat akan mendapat balasan yang setimpal. Contohnya, perbuatan Munir yang menceroboh masuk ke dalam koperasi dan mencuri duit koperasi sebanyak RM200.00 telah berjaya dikesan. Mengikut mesyuarat guru disiplin sekolah, Munir akan menerima hukuman iaitu dirotan sebanyak tiga kali di hadapan murid-murid di tapak perhimpunan dan digantung sekolah selama seminggu. Usaha membangunkan koperasi sekolah merupakan tema dalam novel ini. Berikan tiga contoh peristiwa yang menunjukkan usaha yang dilakukan untuk memajukan koperasi. Berdasarkan novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I yang saya kaji sewaktu di tingkatan 1, memaparkan beberapa peristiwa yang menunjukkan usaha untuk memajukan koperasi. Antara usaha untuk memajukan koperasi ialah memelihara atau mmenternak ayam telur. Peristiwa ini dapat dibuktikan melalui tindakan ahli lembaga pengarah yang membersihkan tempat ternakan ayam telur yang berjumlah 250 ekor dan menghasilkan 200 biji telur sehari serta mendatangkan pendapatan hitung panjang berjumlah RM 25.00 sehari. Selain itu, usaha memajukan koperasi ialah menjual barang-barang makanan dan keperluan. Contoh peristwa berdasarkan novel ini ialah ahli lembaga pengarah yang bertugas pada setiap hari akan memastikan tiada berlaku kecurian semasa jual beli. Akhir sekali, usaha yang dilakukan untuk memajukan koperasi ialah menubuhkan sebuah bilik bacaan. Contohnya , ahli lembaga pengarah bergilir-gilir mengawas bilik bacaan . Sebelum dijadikan bilik bacaan, ahli lembaga pengarah perlu mengemas dan membersihkan bilik bacaan, membersihkan habuk-habuk, menceriakan bilik bacaan dengan meletakkan pasu bunga supaya bilik tersebut teratur, kemas dan bersih. Persoalan bertanggungjawab menjalankan tugas begitu menonjol dalam novel ini. Kemukakan tiga peristiwa yang menunjukkan wujudnya persoalan ini dalam novel. Berdasarkan novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I yang saya kaji sewaktu di tingkatan 1, memaparkan beberapa persoalan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Antara persoalan bertanggungjawab menjalankan tugas dalam novel ini ialah persoalan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai penolong setiausaha koperasi. Buktinya, Razali menjalankan tugas dengan penuh dedikasi sebagai penolong setiausaha. Dia memastikan pintu koperasi dibuka pada setiap hari kerana dia sahaja yang memegang kedai kunci koperasi. Seterusnya, persoalan tentang tanggungjawab menjalankan tugas sebagai seorang ibu kepada anak. Buktinya, Mak Sopiah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu apabila menghalang anaknya, Razali daripada dihalau oleh suaminya. Hal ini kerana, dia amat menyayangi Razali yang merupakan satu-satunya anaknya. Akhir sekali, persoalan tentang tanggungjawab guru kepada murid. Contohnya, Cikgu Zulkifli yakin bahawa Razali tidak bersalah dalam kes pencerobohan koperasi. Cikgu Zulkifli bekerjasama dengan beberapa orang guru untuk menangkap penceroboh itu. Dengan kebijaksanaan Cikgu Razali yang menulis huruf “K” pada duit RM 10.00 di dalam laci mejanya di koperasi, maka dia dapat menangkap penceroboh tersebut sekali gus membersihkan nama Razali.
https://karangan.net/novel-sejambak-bakti/
Latar_Tempat_Novel_Sejambak_Bakti
Koperasi SekolahTempat ahli lembaga pengarah koperasi sekolah sibuk menjalankan tugas mereka. Bilik MesyuaratTempat ahli lembaga pengarah koperasi sekolah mengadakan mesyuarat kali pertama pada tahun itu. Bandar KangarTempat terletaknya kedai ayah Swee Lan. Bilik PengetuaTempat Munir, Leong, Silvam dirotan oleh pengetua kerana memukul Razali. Disinilah juga Razali dipertemukan dengan ayah kandungnya, Pak Ramli. Rumah RazaliTempat tinggal Razali, ibunya Mak Sopiah dan ayah tirinya, Pak Zakaria.
https://karangan.net/novel-sejambak-bakti/
Latar_Masa_Novel_Sejambak_Bakti
Waktu PagiContoh Peristiwa: Murid-murid mengisi masa untuk memebeli keperluan persekolah di koperasi sekolah. Waktu PetangContoh Peristiwa: Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan diadakan. Waktu MalamContoh Peristiwa: Lembaga hitam kelihatan memanjat pintu pagar Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan lalu berlari menuju ke arah kedai koperasi.
https://karangan.net/novel-sejambak-bakti/
Latar_Masyarakat_Novel_Sejambak_Bakti
Masyarakat yang cemburu akan kejayaan orang lain.Contoh: Munir, Leong dan Silvam cemburu akan Razali yang dilantik sebagai penolong setiausaha koperasi sekolah. Masyarakat yang pendendam.Contoh: Munir, Leong dan Silvam sanggup menyerang Razali semata-mata kerana mahu membalas dendam terhadapnya. Masyarakat yang penyabar.Contoh: Razali amat sabar menghadapi kerenah Munir, Leong dan Silvam yang tidak henti-henti cuba menjatuhkannya. Masyarakat yang gigih berusaha.Contoh: Razali dan Ahli Lembaga Koperasi sekolah mereka gigih berusaha meluaskan kegiatan koperasi dengan menternak ayam telur dan mewujudkan bilik bacaan. Masyarakat yang mementingkan ikatan persahabatan.Contoh: Ramlah dan Saridevi memujuk Razali yang difitnah oleh Munir kerana mempercayai fitnah yang dilakukan oleh Munir. Masyarakat yang mengenang budiContoh: Razali sangat terhutang budi kepada Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia yang memilihnya untuk berkursus.
https://karangan.net/novel-sejambak-bakti/
Sinopsis_Novel_Silir_Daksina
Novel Silir Daksina dimulakan dengan mengisahkan kehidupan seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama-sama ibu dan ayah tirinya. Pada suatu hari,Haiqal menerima sebuah manuskrip lama yang di dalamnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya. Teruja dengan kandungan manuskrip,Haiqal bertekad untuk menjejaki kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat,Johor. Keputusannya untuk ke kampung arwah ayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia hingga mereka berpisah. Umi membawa Haiqal tinggal bersama-samanya di Kuala Terengganu malah ayah Haiqal,Abdullah bin Kayan tinggal kesepian dan keseorangan di Johor. Novel ini terus berkembang apabila Haiqal membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi mencari bapanya walaupun uminya melarang keras keputusannya, Uminya tidak mahu Haiqal mengikut jalan hidup seperti arwah ayah kandungnya. Walid pula tidak menghalang pemergian Haiqal ke Johor malah berjanji akan mengirimkan wang belanja kepada Haiqal. Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui penceritaan penduduk kampung di situ. Bapa Haiqal seorang yang amat mencintai sastera. Semenjak ayahnya meninggal dunia, Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting yang memperkenalkan tarian zapin. Novel ini sampai ke puncaknya apabila Haiqal turut serta membuat persembahan zapin D’Pumama. Ketika hari persembahan, Lazim telah ditimpa kemalangan dan Ong See Hwa yang menggantikan tempatnya. Haiqal menari berpasangan dengan See Hwa. Sebilangan penduduk kampung berasa terharu kerana terkenangkan arwah Abudullah bin Kayan. Dendam uminya terhadap Abudullah bin Kayan telah melebur apabila umi datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari. Umi juga telah ke kubur Abdullah bin Kayan dan mengaku kesilapan memisahkan Haiqal daripada bapa kandungnya kerana darahnya turut mengalir dalam tubuh Haiqal. Setelah beberapa bulan di Kampung Seri Purnama, Haiqal melanjutkan pelajarannya dalam bidang keguruan di sebuah universiti di Sarawak. Sinopsis Penuh Novel Silir Daksina
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Tema_Novel_Silir_Daksina
Tema novel ini ialah pengorbanan dalam memperjuangkan kebudayaan dan kesusasteraan. Tema ini dapat dibuktikan melalui watak Abdullah Bin Kayan dan Haiqal Haqimi. Pengorbanan Abdullah Bin Kayan ialah beliau sanggup berpisah dengan isteri dan anaknya kerana kecintaannya terhadap sastera dan warisan budaya iaitu tarian zapin yang ada di kampungnya iaitu Kampung Seri Purnama, Batu Pahat, Johor. Semasa di Batu Pahat, Johor, Abdullah Bin Kayan telah berusaha untuk mengembangkan seni tarian zapin. Beliau telah menghidupkan semula kumpulan zapin jincat D’Purnama. Beliau juga telah menubuhkan Aksara di Kampung Seri Purnama untuk mengembangkan kesusasteraan dalam kalangan masyarakat Kampung Seri Purnama. Pengorbanan Haiqal pula ialah dapat dilihat apabila dia sanggup meninggalkan umi, walid dan adik tirinya Nurul Asiyah semata-mata untuk ke Johor bagi menjejaki kisah hidup ayahnya. Semasa di Kampug Seri Purnama, Haiqal berusaha mengaktifkan kumpulan zapin D’Purnama. Haiqal telah bekerjasama dengan penduduk kampung untuk menganjurkan persembahan tarian zapin di Kampung Seri Purnama. Haiqal juga bercita-cita ingin menghidupkan semula Aksara peninggalan ayahnya kerana Aksara telah lenyap begitu sahaja setelah kematian ayahnya.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Plot_Novel_Silir_Daksina
Permulaan / Eksposisi Watak seorang remaja bernama Haiqal yang menerima sebuah manuskrip lama daripada pengirim Ong See Hwa dari Johor. Haiqal mendapati bahawa kisah yang terdapat dalam manuskrip tersebut seakan-akan benar berlaku dan menceritakan kisah hidup arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan tetapi kisah itu dimainkan oleh watak Cikgu Nizam. Haiqal bertekad untuk pulang ke Johor untuk menjejak warisan ayahnya walaupun niat itu ditentang oleh uminya. Perkembangan Haiqal disambut baik oleh penduduk Kampung Seri Purnama terutamanya Tauke Ong. Malah Tauke Ong memberikan kepercayaan kepada Haiqal untuk mengurus wang simpanan, hasil jualan kelapa sawit dan kebun kelapa sawit. Haiqal telah mengenali anak Tauke Ong, iaitu Ong See Hwa. Haiqal mendapati bahawa perwatakan Ong See Hwa mirip dengan watak Ai Ling. Lazim dan Ong See Hwa telah menunjukkan kisah hidup Abdullah bin Kayan melalui pameran di balai raya lama. Haiqal mendapati bahawa arwah bapanya merupakan orang yang terkenal dalam bidang seni dan sastera malah diiktiraf oleh kerajaan negeri. Perumitan Penduduk kampung seperti Pak Cik Bakar, Haji Salim, dan Tauke Ong mengharapkan Haiqal supaya mengembalikan kegemilangan tarian zapin di kampung mereka kerana mereka melihat semangat kepemimpinan Haiqal mirip arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan. Haiqal tidak mahu menghampakan harapan mereka kerana mereka telah melayan Haiqal dengan baik. Haiqal juga melihat bahawa anak-anak muda di kampung tersebut tidak meminati tarian zapin dan kesusasteraan. Haiqal dan penggiat tarian zapin seperti Pak Cik Bakar dan Haji Salim telah bersepakat untuk mengadakan persembahan tarian zapin.Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh ketua kampung malah ketua kampung turut mengundang ahli dewan undangan negeri untuk hadir bagi memeriahkan persembahan tersebut. Klimaks Ketika hari persembahan, pasangan Haiqal, iaitu Lazim telah ditimpa kemalangan. Ong See Hwa menggantikan Lazim pada saat akhir. Haiqal dan Ong See Hwa telah menarikan tarian zapin sehingga ada sebilangan penduduk kampung yang berasa terharu kerana terkenangkan arwah Abdullah bin Kayan. Umi, walid, dan Nurul Aisyah juga turut hadir untuk menyaksikan persembahan zapin tersebut. Umi juga telah ke kubur Abdullah bin Kayan dan umi telah mengaku kesilapannya memisahkan Haiqal daripada bapa kandungnya kerana darahnya turut mengalir dalam tubuh Haiqal. Peleraian Haiqal meninggalkan Kampung Seri Purnama kerana mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang keguruan di sebuah universiti di Sarawak. Ratna pula telah bertunang dengan usahawan muda.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Teknik_Plot_Novel_Silir_Daksina
Antara teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel ini ialah teknik pemerian. Sebagai contoh, pengarang memerihalkan keadaan di kawasan Pantai Batu Buruk. Pengarang menceritakan bahawa di kawasan Pantai Batu Buruk itu terdapat gerai- gerai yang dibina dengan tersusun telah mencantikan lagi kawasan pantai itu. Semakin mentari mengensot ke utuk barat semakin ramai pula yang datang. Alunan ombak yang gemersik seakan-akan memanggil-manggil para pengunjung agar memijakkan kaki di pantai yang mulus itu. Selain itu, teknik dialog juga digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Antaranya ialah perbualan Antara cikgu Amirulnizam dengan cikgu Latifah di dalam bilik guru . Mereka berbual tentang sikap malas murid-murid tahun enam di sekolah mereka. Sebagai contohnya, “budak-budak sekelah ni terlalu dimanjakan. Zaman kita dulu kalau buat kerja macam ni, kalau tak rotan berbekas di tapak tangan, penampar singgah di muka. Apalah nak jadi”Bebelan Cikgu Latifah terus berkali. Teknik monolog dalaman juga digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Haiqal berkata-kata dalam hatinya apabila mendengar cerita Ong See Hwa tentang kepandaian ayahnya memasak terutama ikan haruan yang menjadi kegemaran See Hwa. Haiqal menyatakan dalam hatinya, Oh, betapa beruntungnya gadis ini ! Cemburukah aku? Sedangkan aku darah dagingnya merasai kasih sayang hanya sekelumit cuma, tapi See Hwa merasai lebih daripada itu.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Persoalan_Novel_Silir_Daksina
Persoalan yang terdapat dalam novel ialah Persoalan kasih sayang seorang ayah terhadap anak kandungnya. Abdullah bin Kayan tidak pernah melupakan anaknya Haiqal Haqimi walaupun terpisah selama tujuh tahun dan dia sentiasa merindui anaknya itu. Dia terpaksa menumpahkan kasih sayangnya kepada Ai Ling yang sebaya dengan anaknya. Persoalan seterusnya ialah persoalan cinta akan budaya bangsa. Buktinya Abdullah bin Kayan berusaha menghidupkan kumpulan zapin D’Purnama setelah 20 tahun ahlinya berpecah. Anaknya Haiqal juga meminati tarian walaupun tidak pernah didedahkan oleh sesiapa. Persoalan lain ialah persoalan sikap berkerjasama dalam masyarakat. Contohnya masyarakat kampung Seri Purnama telah bekerjasama untuk menjayakan majlis persembahan tarian zapin sehingga majlis itu berjaya menpapat pujian daripada YB datuk Syaiful Azizi.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Perwatakan_Novel_Silir_Daksina
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Nilai_Novel_Silir_Daksina
Nilai kegigihanContoh: Tauke Lim gigih meneruskan kehidupan di kampung Seri Purnama sehingga dia boleh membeli sebidang tanah tapak rumahnya. Nilai semangat setia kawanContoh: Haiqal berkawan baik dengan Ratna dan mereka saling menasihati antara satu sama lain. Nilai tanggungjawabContoh: Tauke Lim tidak mahu membeli kereta baru walaupun sering rosak kerana dia hendak menyimpan duit untuk keperluan persekolan anak-anaknya. Nilai berbudi bahasaContoh: Ai Ling atau See Hwa amat berbudi bahasa ketika melayan Haiqal yang berseorangan di kampung Seri Purnama. Nilai cinta akan seni budaya bangsa.Contoh: Arwah bapa Haiqal berusaha keras untuk menghidupkan kumpulan zapin D’Purnama yang telah berkubur setelah ahli kumpulannya berpecah belah. Nilai hormat menghormati.Contoh: Walid, iaitu ayah tiri Haiqal sangat menghormati pendirian Haiqal untuk mengenali kehidupan ayah kandungnya di kampung Seri Purnama. Dia memberikan sokongan apabila Haiqal nekad ke sana.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Latar_Novel_Silir_Daksina
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Pengajaran_Novel_Silir_Daksina
Kita hendaklah tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi.Haiqal tabah menghadapi dugaan tidak dapat berjumpa dengan ayahnya kerana dilarang oleh ibunya. kita mestilah mempunyai sikap pemaaf terhadap orang lain. Walaupun ibu Haiqal melarang Haiqal menjejak warisan ayahnya di Kampung Sri Purnama namun begitu dia masih menelefon ibunya untuk mengundang ibunya, walid dan adiknya menyaksikan persembahan zapin di kampung Sri Purnama. kita mestilah mempunyai sifat kerjasama dalam melakukan tugas yang diberi. Ong See Hwa dan penduduk kampung bekerjasama dengan Haiqal untuk menubuhkan AKSARA sehinggakan mereka berjaya mengadakan persembahan zapin di balai raya Kampung Sri Purnama. Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan kepada kita dan memberikannya kepada yang berhak. See Hwa telah memberikan manuskrip yang ditulis oleh Abdullah Kayan kepada Haiqal walaupun dia amat menyayangi manuskrip itu. Kita perlulah gigih berusaha walaupun dihimpit kesusahan demi menyara keluarga serta memperbaik taraf kehidupan. Tauke Ong telah bekerja mengambil upah menoreh getah di kebun ayah Abdullah Kayan dan menjadi peraih hasil pertanian orang kampung untuk menyara keluarganya. Kita hendaklah tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapiHaiqal tabah menghadapi dugaan tidak dapat berjumpa dengan ayahnya kerana dilarang oleh ibunya. Kita mestilah mempunyai sikap pemaaf terhadap orang lain.Walaupun ibu Haiqal melarang Haiqal menjejak warisan ayahnya di Kampung Sri Purnama namun begitu dia masih menelefon ibunya untuk mengundang ibunya, walid dan adiknya menyaksikan persembahan zapin di kampung Sri Purnama. Kita mestilah mempunyai sifat kerjasama dalam melakukan tugas yang diberi.Ong See Hwa dan penduduk kampung bekerjasama dengan Haiqal untuk menubuhkan AKSARA sehinggakan mereka berjaya mengadakan persembahan zapin di balai raya Kampung Sri Purnama. Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan kepada kita dan memberikannya kepada yang berhak.See Hwa telah memberikan manuskrip yang ditulis oleh Abdullah Kayan kepada Haiqal walaupun dia amat menyayangi manuskrip itu. Kita perlulah gigih berusaha walaupun dihimpit kesusahan demi menyara keluarga serta memperbaik taraf kehidupan.Tauke Ong telah bekerja mengambil upah menoreh getah di kebun ayah Abdullah Kayan dan menjadi peraih hasil pertanian orang kampung untuk menyara keluarganya.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Peristiwa_menarik_Novel_Silir_Daksina
Bincangkan peristiwa menarik yang terdapat dalam novel yang kaji. Berikan alasan anda. Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Dalam novel ini terdapat beberapa peristiwa menarik. Antara peristiwa menarik ialah peristiwa Rafiqah, Walid dan Siti Aisyah datang menonton persembahan kesenian di kampung Sri Purnama. Peristiwa ini menarik kerana ibu Haiqal yang sebelum ini menentang keras cita-cita Haiqal dalam bidang seni sudah mula menyokong cita-cita Haiqal dalam bidang seni dan hubungan mereka semakin akrab. Peristiwa menarik yang seterusnya ialah peristiwa Haiqal datang ke kampung Sri Purnama untuk menjejak warisan Abdullah Kayan. Peristiwa ini menarik kerana Haiqal dapat meneruskan cita-cita Abdullah Kayan dalam bidang seni di Kampung Sri Purnama. Sebagai contoh Haiqal telah mengadakan persembahan tarian zapin di kampung Sri Purnama . persembahan itu turut disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Syaiful Azizi . Peristiwa Tauke Ong membantu dari segi kewangan untuk menjayakan persembahan zapin di Kampung Sri Purnama juga merupakan peristiwa yang menarik . Peristiwa ini menarik kerana Tauke Ong yang berlainan bangsa dan agama dengan penduduk Kampung sri Punama mempunyai hubungan yang rapat dengan penduduk kampung Sri Purnama. Dia beramah mesra dan sanggup membantu penduduk kampung. Contohnya dia selalu menaja makanan sekiranya penduduk kampung kampung mengadaakan sesuatu majlis.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Gaya_Bahasa_Novel_Silir_Daksina
Personifikasi– Beberapa ketika kemudian, dunia Abdullah bin Kayan hilang daripada ingatannya ditelah kedinginan dinihari yang kian menggigit. (hlm. 6)– Aku damai melihat ombak yang membelai pantai. Aku tenang menikmati angin yang mengusap pepohon kelapa. (hlm. 82) Simile– Jantungnya berdegup kencang seperti injap kereta yang menderum. (hlm.174)– Apa yang pasti karya sasteraku seperti kehilangan rohnya. (hlm. 65) Metafora– Ditambah pula dengan udara bersih yang terpinggir daripada ciuman pencemaran. (hlm.148)– Peristiwa itu masih basah di layar mindanya. (hlm. 4)– Adakalanya, aku seakan-akan lemas dalam lautan rindu itu. (hlm. 43) HiperbolaJeritan loceng menyentap lamunanku. (hlm. 31) Sinkope“Bagi akaklah, tak ada salahnya kalau Ai Ling tu memang berminat nak belajar. (hlm. 38) PerlambanganHaiqal melambangkan pasang surut kehidupan ibu bapanya seperti ombak dan pantai. “Ada ketikanya ombak lembut mengelus-ngelus pantai, penuh kasih sayang. Namun, adakalnya mereka juga bertengkar. Ombak yang mengganas, seolah-olah ingin melenyapkan pantai,” hujah Haiqal lagi. (hlm. 15) Peribahasa– Macam mana akak tak naik angin. Kerja rumah dahlah tak siap, tulisannya pula macam cakar ayam. (hlm. 35)– Itulah padahnya kalau jadi tahi judi. (hlm. 26)– Bangkai gajah, tentu tidak boleh ditutup dengan nyiru, umi. (hlm. 24) Bahasa asing– Bahasa Inggeris – sentimental (hlm. 213)– Bahasa Arab – Insya-Allah (hlm.75)– Bahasa Indonesia – omong kosong (hlm. 92)– Bahasa Cina – Semua tanah mendiang bapanya habis digadaikan abangnya kerana hutang kepada tai long. (hlm. 25)
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Soalan_novel_Silir_Daksina
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Tema_kekeluargaan
Novel Silir Daksina memaparkan tema kekeluargaan, iaitu konflik keluarga yang dihadapi oleh seorang anak apabila perceraian ibu bapa berlaku. Haiqal Hakimi yang mendukung watak utama dalam novel ini telah kehilangan kasih sayang ayahnya apabila perceraian antara ayah dengan ibu kandungnya. Melalui kehadiran sebuah manuskrip yang ditulis oleh ayahnya, Abdullah bin Kayan telah menyemarakkan hasrat dan keinginan Haiqal untuk menjejaki kehidupan sebenar ayahnya. Malah melalui manuskrip tersebut, Haiqal Hakimi tahu bahawa kasih sayang dan kerinduan ayahnya terhadap dirinya tidak pernah surut sehinggalah menjelang kematiannya.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Teknik_imbas_kembali
Salah satu teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang ialah teknik imbas kembali. Antara peristiwa yang menggunakan teknik ini ialah Haiqal teringat kembali peristiwa dia hampir terlanggar seorang budak kecil yang tiba-tiba sahaja berlari melintasi jalan yang selalu dilaluinya. Haiqal juga teringat kembali semasa umurnya enam tahun, uminya menceritakan bahawa walid bukan ayat kandung yang sebenar. Seterusnya ialah peristiwa Cikgu Zam mengingati nostalgia dirinya bersama- sama dengan Roslan, Ramli dan beberapa orang lagi berpuisi di balai raya sambil memalu kompang. Selain itu teknik imbas kembali dapat dilihat melalui peristiwa· Haigal terkenang akan kawan baiknya Ratna semasa dia dan See Hwa berada di sebuah restoran . Lazim teringat semula bahawa ayah Haiqal mengajarnya subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani sewaktu dia di sekolah rendah. Tauke Ong/Lim memberitahu bahawa ayah Haiqal memberikan manuskrip kepada See Hwa dua hari sebelum ayah Haiqal meninggal dunia untuk diserahkan kepada Haiqal apabila Haiqal sudah dewasa. Ai Ling teringat akan arwah ayah cikgu Zam pernah memberitahunya bahawa sewaktu ayah cikgu Zam masih ada, ayah cikgu Zam pernah mengatakan bahawa dia sayang akan cikgu Zam.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Unsur_Sapsens_Novel_Silir_Daksina
Unsur saspens yang digunakan oleh pengarang dapat dilihat melalui peristiwa Haiqal pergi ke Johor seorang diri dan ini merupakan kali pertama Haiqal ke sana. Pembaca akan tertanya-tanya sama ada misi Haiqal untuk ke Johor bagi menjejaki warisan ayahnya berjaya atau sebaliknya. Pada masa yang sama, pembaca juga tertanya- tanya sama ada Haiqal dapat menyesuaikan diri di Johor atau sebaliknya. Selain itu, unsur saspens juga dapat dilihat pada peristiwa umi Haiqal menyatakan bahawa walid ialah bapa tiri Haiqal, manakala bapanya masih ada dan tinggal berjauhan dengannya. Peristiwa ini menyebabkan pembaca tertanya-tanya siapakah sebenarnya bapa kandung Haiqal. Pembaca juga berasa inqin tahu apakah punca sebenar Haiqal terpisah daripada bapanya dan di manakah ayah kandungnya tinggal. Unsur saspens yang seterusnya dapat dilihat pada peristiwa Haiqal membuat andaian tentang Tauke Ong dan watak Tauke Lim dalam manuskrip ialah orang yang sama dan apakah hubungan Tauke Ong dengan ayah kandungannya. Peristiwa ini menyebabkan pembaca tertanya-tanya adakah andaian Haiqal tentang Tauke Ong itu tepat serta apakah hubungan Tauke Ong dengan Abdullah bin Kayan.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Persoalan_setia_kawan_dalam_bersahabat
Haiqal berusaha menenangkan Ratna yang menangis dan bersedih setelah mendapat keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Persoalan_keburukan_judi_kepada_masyarakat
Tauke Lim terpaksa berhijrah ke tempat lain setelah semua harta dan tanah keluarganya telah dijual oleh abangnya untuk mendapatkan duit untuk membayar hutang ceti haram.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Persoalan_sikap_mementingkan_diri_sendiri
Umi tidak membenarkan Haiqal menjejaki ayahnya yang sebenar. Kerana benci dengan sikap Abdulah bin Kayan yang meminati kesusasteraan.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Persoalan_tentang_kepincangan_masyarakat
Dalam novel ini pengarang ada memaparkan persoalan tentang kepincangan masyarakat. Antaranya ialah Kepincangan masyarakat dalam hubungan suami isteri. Sebagai contoh Rafiqah tidak bersetuju dengan cita-cita suaminya, Abdullah Kayan atau cikgu Zam untuk aktif dalam bidang seni. Akhirnya mereka bercerai. Kepincangan masyarakat dengan melibatkan diri dalam aktiviti perjudian. Sebagai contoh Abang Tauke Ong telah menjual segala tanah di Perak sehinggakan Tauke Ong terpaksa menyewa tanah ayah Abdullah Kayan untuk mencari rezeki. Selain itu terdapat juga persoalan kepincangan masyarakat memutuskan hubungan antara anak dengan ayah Rafiqah tidak membenarkan Haiqal pergi ke Kampung Sri Purnama untuk menjejak warisan bapanya. Rafiqah juga tidak membenarkan Haiqal menziarahi jenazah arwah ayahnya walaupun ketika Abdullah Kayan telah meninggal.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Kepincangan_masyarakat_menafikan_hak_seorang_bapa
Rafiqah menafikan hak Abdullah bin Kayan sebagai ayah kepada Haiqal sehingga Abdullah bin Kayan tidak dapat menunaikan nafkah kepada anaknya. Abdullah Kayan juga menanggung derita emosi kerana merindui Haiqal, anaknya.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Kepincangan_masyarakat_yang_tidak_menyokong_minat_anak-anak
Rafiqah tidak bersetuju anaknya Haiqal memilih aliran sastera dan akan menimbulkan konflik antara mereka setiap kali Haiqal menyatakan minatnya terhadap aliran sastera.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Persoalan_kegigihan
Antara persoalan kegigihan yang terdapat dalam novel ini ialah kegigihan dalam mengembangkan warisan budaya dan kesusasteraan Abdullah bin Kayan gigih berusaha mengembangkan tarian zapin dan kesusasteraan.Dia sanggup berkorban hingga sanggup berpisah dengan isteri dan anaknya semata-mata kecintaannya terhadap sastera dan budaya. Kegigihan Abdullah bin Kayan telah diteruskan oleh anaknya Haiqal . Haqal juga gigih melaksanakan usahanya untuk menghidupkan kumpulan zapin D’Purnama semula yang telah terkubur. Akhirnya, anak-anak muda di kampung itu bergiat dalam tarian zapin D’Purnama dan berjaya membuat persembahan tarian zapin yang mengharumkan nama kampung mereka. Kegigihan meneruskan kehidupan . Abdullah Bin Kayan gigih mengharungi kehidupan setelah berpisah dengan isteri dan anaknya. Dia mengharungi kehidupan keseorangan dengan perasaan sedih. Dia amat rindu akan anaknya. Dia juga tabah menghadapi penyakit hingga akhir hayatnya. Persoalan kegigihan yang seterusnya ialah kegigihan dalam mencari rezeki untuk menyara keluarga. Sebagai contoh Tauke Ong yang datang dari Perak tanpa sebarang harta telah berusaha gigih.Pada sebelah pagi Tauke Ong menoreh getah di kebun getah ayah Cikgu Nizam, pada sebelah petang pula dia masuk ke kampung-kampung untuk membeli hasil kampung seperti sayur-sayuran untuk dijual di pekan. Hasil kegigihannya itu dia berjaya membeli tanah dan membina rumah. Persoalan seterusnya ialah kegigihan berusaha untuk mencapai kejayaaan. Sebagai contoh, pada setiap petang Ai Ling akan ke rumah Cikgu Nizam untuk mempelajari cara-cara mendeklamasi sajak dengan baik. Pada awalnya Ai Ling menghadapi masalah untuk mengawal pernafasan namun ia terus berlatih, akhirnya dia berjaya mendapat pertama dalam mendeklamasi sajak tahap pertama di sekolahnya.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Persoalan_kasih_sayang
Dalam novel ini, terdapat peristiwa yang boleh dikaitkan dengan persoalan kasih sayang antaranya, kasih sayang bapa tiri terhadap anak tiri . Sebagai contoh, Walid menyayangi Haiqal walaupun Haiqal anak tirinya. Menurut Haiqal,walid melayaninya dengan baik dan langsung tidak membezakan kasih sayang antara Haiqal dengan adik tirinya, Nurul Asiyah. Selain itu, Cikgu Nizam sering merindui anaknya Aiman. Kerinduannya itu menyebabkan dia menitiskan air mata. Dia menatap potret wajah anaknya berulang kali dan didakapnya ke dada. Dia menyatakan bahawa dia terlalu rindu akan anaknya Aiman. Peristiwa ini menunjukkan nilai kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya. Seterusnya, persoalan tentang kasih sayang ibu bapa terhadap anak. umi dan walid sangat mengambil berat akan keselamatan Haiqal. Contohnya, Haiqal ingin ke warung Ratna namun umi dan waiid melarang. Umi dan walid risau akan keselamatan Haiqal kerana pada masa itu jam sudah menujukan puku1 10 malam Umi meminta Haiqal bertemu dengan kawannya itu pada han esok. Kasih sayang anak terhadap bapa juga dipaparkan oleh pengarang dalam novel ini. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa Haiqal bertekad untuk pulang ke kampung arwah ayahnya di Batu Pahat Johor bagi menjejaki warisan ayahnya. Setelah membaca manuskrip tulisan ayahnya Abdullah bin Kayan, Haiqal berasa sedih mengenangkan nasib ayahnya yang hidup terseksa dan kesunyian. Kasih sayang ibu terhadap anak juga dapat dibuktikan dengan peristiwa umi yang tidak membenarkan Haiqal tinggal dengan ayahnya di Johor kerana dia tidak mahu berpisah dengan Haiqal. Bapa haiqalmiaitu Abdullah bin Kayan pernah ke Kuala Terengganu untuk mengambil Haiqal tinggal bersama-sama dengannya , tetapi umi tidak membenarkannya. Peristiwa ini menunjukkan bahawa umi sangat sayang akan Haiqal. Umi juga tidak mahu Haiqal mengikuti jejak ayahnya dalam bidang sastera kerana baginya bidang sastera tidak mempunyai masa depan yang cerah sebaliknya mahu Haiqal mengambil alih perniagaan batik yang diusahakannya di Terengganu. Peristiwa ini menunjukkan bahawa umi sangat menyayangi Haiqal kerana sebagai seorang ibu sudah pasti umi ingin yang terbaik untuk masa depan anaknya.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Persoalan_semangat_kerjasama
Antaranya ialah peristiwa penduduk kampung Sri Purnama bekerjasama berlatih tarian zapin. Contohnya, masyarakat kampung berlatih tarian zapin di balai raya.Golongan veteran seperti Pak Haji Salam Wak Aruf,Wak Parmin dan juga Abang Bakir bersungguh-sungguh mengajarkan tarian zapin kepada generasi muda. Peristiwa ini telah menunjukkan semangat kerjasama antara masyarakat untuk mengembangkan seni dan budaya khususnya tarian zapin. Peristiwa yang seterusnya ialah peristiwa penduduk kampung berbincang untuk membuat persiapan agar persembahan tarian zapin yang akan diadakan di kampung mereka berjalan dengan lancar. Sebagai contohnya,setelah selesai berlatih tarian zapin,penduduk Kampung Sri Purnama seperti Tauke Lim,Cikgu Nizam,Pak Haji Salam dan beberapa orang ahli kumpulan zapin berkumpul di atas pentas untuk berbincang tentang persiapan majlis dan persembahan zapin yang akan diadakan di kampung mereka.Peristiwa ini telah menunjukkan semangat kerjasama penduduk kampung dalam menjayakan sesuatu usaha. Selain itu, setelah selesai persembahan zapin, masyarakat kampung Seri Purnama bekerjasama untuk mengemas balai raya setelah selesai persembahan tarian zapin. Peristiwa ini menunjukkan kerjasama dalam menjalankan sesuatu tugas agar tugas tersebut dapat dijalankan dengan lebih mudah dan cepat.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Persoalan_bantu_%E2%80%93_membantu
Antara peristiwa yang menunjukkan persoalan tersebut ialah peristiwa Cikgu Nizam membantu Tauke Lim.Contohnya,Cikgu Nizam telah menumpang anak Tauke Lim iaitu Ai Ling dan Ai Ching ke sekolah kerana keretanya rosak.Cikgu Nizam juga telah membeli bateri kereta untuk Tauke lim serta memasangnya sehinggalah kereta Tauke Lim dapat dihidupkan semula.Peristiwa ini juga telah menunjukkan persoalan sikap membantu dalam masyarakat tanpa mengira bangsa dan ugama. Selain itu persoalan bantu-membantu juga dapat dilihat melalui peristiwa ayah Cikgu Nizam membantu Tauke Lim. Tauke Lim berasal dari Ipoh Perak. Tauke lim sekeluarga datang ke Johor kerana semua harta bendanya telah habis digunakan untuk membayar hutang abangnya yang suka berjudi. Melihat kesusahan yang ditanggung oleh Tauke Lim, ayah Cikgu Nizam telah membenarkan Tauke Lim menoreh di kebun getahnya dan hasilnya akan dibahagi dua. Tauke Lim juga dibenarkan membina rumah di kebun getah tersebut.peristiwa ini menunjukkan persoalan membantu seseorang yang berada dalam kesusahan. Selain itu , persoalan bantu-membantu juga dipaparkan melalui peristiwa Ong See Hwa dan Lazim membantu Haiqal Haqimi untuk menjejak warisan ayahnya Abdullah Kayan. Untuk itu Ong See Hwa dan Lazim telah membawa Haiqal ke balai raya lama. Di balai raya tersebut Haiqal dapat melihat hasil karya ayahnya yang tersimpan di bilik bacaan di balai raya itu. Haiqal juga dapat melihat sijil-sijil penghargaan ayahnya yang dipamerkan di balai raya itu.. Dengan bantuan Ong See Hwa dan Lazim, Haiqal dapat mengetahui sejarah hidup ayahnya. Dia mendapati bahawa ayahnya seorang yang hebat.Hal ini menyebabkan Haiqal berazam untuk meneruskan usaha ayahnya dalam mengembangkan seni kebudayaan dan kesusasteraan. Peristiwa ini menunjukkan persoalan membantu seseorang dalam menjayakan sesuatu usaha.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Persoalan_keberanian
Persoalan tentang keberanian ini dipaparkan oleh pengarang melalui watak Ai Ling . Ai Ling berani mendeklamasikan sajak di khalayak ramai walaupun dia masih kecil iaitu berumur 7 tahun.Sebagai contoh,Ai Ling mendeklamasi sajak semasa persembahan zapin diadakan di kampungnya.Dia telah membuat persembahan di hadapan penduduk kampung dan YB Samsuri yang menjadi tetamu kehormat dalam majlis itu.Peristiwa ini menunjukkan keberanian membuat persembahan di khalayak. Selain itu persoalan keberanian juga di tunjukkan oleh watak Haiqal. Menurut cerita Bab 6 dalam novel Silir Daksina,Haiqal berani membuat keputusan untuk pulang ke kampung demi mencari kebenaran serta menjejak warisan ayahnya walaupun ditentang hebat oleh uminya . Peristiwa ini menunjukkan keberanian dalam membuat keputusan. Persoalan keberanian seterusnya ialah berani menanggung risiko. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa Haiqal berani pergi ke Johor walaupun itu merupakan kali pertama dia pergi ke sana .Di Johor juga tidak ada sesiapapun yang dikenalinya dan dia juga tidak tahu mahu tinggal di mana.Namun begitu, Haiqal tetap dengan keputusannya untuk pergi ke Johor. Semasa tinggal di Johor,Haiqal telah mencuba dan belajar untuk bermain alat muzik dan tarian zapin walaupun dia tidak pernah membuat perkara sedemikian sebelum ini. Melalui peristiwa ini,persoalan keberanian untuk mencuba sesuatu yang baharu telah ditunjuk dengan jelas oleh watak Haiqal.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Watak_utama_%E2%80%93_Haiqal_Haqimi
Antara perwatakan Haiqal Haqimi yang dipaparkan oleh pengarang ialah Haiqal Haqimi seorang yang prihatin . Haiqal prihatin terhadap Ratna yang menangis kerana gagal dalam SPM. Sebagai contoh, Haiqal telah menasihatinya supaya jangan bersedih kerana gagal dalam peperiksaan tidak bermakna gagal dalam kehidupan. Selain itu, Haiqal juga seorang yang setia kawan. Walaupun telah tamat persekolahan, Haiqal masih meneruskan persahabatannya dengan Ratna. Contohnya, Ratnalah merupakan tempat dia meluahkan dan menceritakan masalah yang ditanggungnya. Haiqal juga masih berhubung dengan Ratna semasa dia trggal di Johor. Mereka sering berhubung melalui SMS. Selain itu, Haiqal juga seorang yang tegas dalam membuat keputusan. Misalnya, Haiqal Haqimi tegas dengan keputusannya iaitu memilih kelas sastera apabila masuk ke tingkatan enam walaupun ibunya menyuruh Haiqal masuk ke kelas ekonomi. Haiqal Haqimi juga tetap dengan keputusannya untuk pergi ke Johor bagi menjejaki warisan ayahnya walaupun dilarang keras oleh uminya.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Watak_sampingan
Salah satu perwatakan Tauke Lim yang digambarkan oleh pengarang ialah Tauke Lim seorang yang berjimat cermat. Sebagai contoh , ketika cikgu Nizam menyuruh Tauke Lim membeli kereta baharu,Tauke Lim tidak mahu . Tauke Lim menyatakan bahawa dia perlu berjimat dalam berbelanja demi persekolahan anak- anaknya. Selain itu, Tauke Lim seorang yang mengenang jasa. Sebagai contoh Tauke Lim mengenang jasa cikgu Nizam yang telah membantunya semasa keretanya rosak. Cikgu Nizam telah menolong Tauke Lim membeli bateri dan memasang bateri keretanya. Setelah kereta Tauke Lim dapat dihidupkan, Tauke Lim telah mengajak Cikgu Nizam ke pekan kerana dia ingin belanja cikgu Nizam minum teh Tarik di restoran mamak. Seterusnya, Tauke Lim seorang yang yang meminati seni warisan budaya Melayu khususnya tarian zapin. Sebagai contoh , tauke selalu ke balai raya untuk melihat orang berlatih tarian zapin. Dia menyatakan bahawa dia suka melihat budak- budak muda berlatih. Tauke Lim juga menyatakan bahawa walaupun dia berbangsa Cina dia bangga dengan keistimewaan warisan budaya dan Bahasa Melayu.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Nilai_kasih_sayang
Haiqal begitu sayang kepada arwah ayahnya, sehingga dia sanggup pergi ke kampung arwah ayahnya untuk menjejaki bekas-bekas kehidupan Abdullah bin Kayan. Peristiwa yang dikaitkan dengan nilai kasih sayang Dalam novel ini, terdapat peristiwa yang boleh dikaitkan dengan nilai kasih sayang antaranya, Walid menyayangi Haiqal walaupun Haiqal anak tirinya. Menurut Haiqal,walid melayaninya dengan baik dan langsung tidak membezakan kasih sayang antara Haiqal dengan adik tirinya, Nurul Asiyah.Peristiwa ini menunjukkan nilai kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya walaupun bukan anak kandung. Selain itu, Cikgu Nizam sering merindui anaknya Aiman. Kerinduannya itu menyebabkan dia menitiskan air mata. Dia menatap potret wajah anaknya berulang kali dan didakapnya ke dada. Dia menyatakan bahawa dia terlalu rindu akan anaknya Aiman. Peristiwa ini menunjukkan nilai kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya. Seterusnya, umi dan walid sangat mengambil berat akan keselamatan Haiqal. Contohnya, Haiqal ingin ke warung Ratna namun umi dan waiid melarang. Umi dan walid risau akan keselamatan Haiqal kerana pada masa itu jam sudah menujukan puku1 10 malam Umi meminta Haiqal bertemu dengan kawannya itu pada han esok. Peristiwa ini menunjukkan kasih sayang ibu bapa terhadap anak. Kasih sayang anak terhadap bapa juga dipaparkan oleh pengarang dalam novel ini. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa Haiqal bertekad untuk pulang ke kampung arwah ayahnya di Batu Pahat Johor bagi menjejaki warisan ayahnya. Setelah membaca manuskrip tulisan ayahnya Abdullah bin Kayan, Haiqal berasa sedih mengenangkan nasib ayahnya yang hidup terseksa dan kesunyian. Kasih sayang ibu terhadap anak juga dapat dibuktikan dengan peristiwa umi yang tidak membenarkan Haiqal tinggal dengan ayahnya di Johor kerana dia tidak mahu berpisah dengan Haiqal. Bapa haiqalmiaitu Abdullah bin Kayan pernah ke Kuala Terengganu untuk mengambil Haiqal tinggal bersama-sama dengannya , tetapi umi tidak membenarkannya. Peristiwa ini menunjukkan bahawa umi sangat sayang akan Haiqal. Umi juga tidak mahu Haiqal mengikuti jejak ayahnya dalam bidang sastera kerana baginya bidang sastera tidak mempunyai masa depan yang cerah sebaliknya mahu Haiqal mengambil alih perniagaan batik yang diusahakannya di Terengganu. Peristiwa ini menunjukkan bahawa umi sangat menyayangi Haiqal kerana sebagai seorang ibu sudah pasti umi ingin yang terbaik untuk masa depan anaknya.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Nilai_kerjasama
Penduduk kampung Seri Purnama mengamalkan nilai kerjasama yang erat sehingga majlis persembahan tarian zapin yang dianjurkan itu berjalan lancar. Peristiwa yang dikaitkan dengan nilai kerjasama Antaranya ialah peristiwa penduduk kampung Sri Purnama bekerjasama berlatih tarian zapin. Contohnya, masyarakat kampung berlatih tarian zapin di balai raya. Golongan veteran seperti Pak Haji Salam Wak Aruf,Wak Parmin dan juga Abang Bakir bersungguh-sungguh mengajarkan tarian zapin kepada generasi muda. Peristiwa ini telah menunjukkan semangat kerjasama antara masyarakat untuk mengembangkan seni dan budaya khususnya tarian zapin. Peristiwa yang seterusnya ialah peristiwa penduduk kampung berbincang untuk membuat persiapan agar persembahan tarian zapin yang akan diadakan di kampung mereka berjalan dengan lancar. Sebagai contohnya,setelah selesaiberlatih tarian zapin,penduduk Kampung Sri Purnama seperti Tauke Lim,Cikgu Nizam,Pak Haji Salam dan beberapa orang ahli kumpulan zapin berkumpul di atas pentas untuk berbincang tentang persiapan majlis dan persembahan zapin yang akan diadakan di kampung mereka.Peristiwa ini telah menunjukkan semangat kerjasama penduduk kampung dalam menjayakan sesuatu usaha. Selain itu, setelah selesai persembahan zapin, masyarakat kampung Seri Purnama bekerjasama untuk mengemas balai raya setelah selesai persembahan tarian zapin. Peristiwa ini menunjukkan kerjasama dalam menjalankan sesuatu tugas agar tugas tersebut dapat dijalankan dengan lebih mudah dan cepat.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Nilai_bantu-membantu
Antara peristiwa yang menunjukkan nilai tersebut ialah peristiwa peristiwa Cikga Nizam membantu Tauke Lim.Contohnya,Cikgu Nizam telah menumpang anak Tauke Lim iaitu Ai Ling dan Ai Ching ke sekolah kerana keretanya rosak.Cikgu Nizam juga telah membeli bateri kereta untuk Tauke lim serta memasangnya sehinggalah kereta Tauke Lim dapat dihidupkan semula.Peristiwa ini juga telah menunjukkan sikap saling membantu antara satu sama lain. Selain itu nilai bantu-membantu juga dapat dilihat melalui peristiwa ayah Cikgu Nizam membantu Tauke Lim. Tauke Lim berasal dari Ipoh Perak. Tauke lim sekeluarga datang ke Johor kerana semua harta bendanya telah habis digunakan untuk membayar hutang abangnya yang suka berjudi. Melihat kesusahan yang ditanggung oleh Tauke Lim, ayah Cikgu Nizam telah membenarkan Tauke Lim menoreh di kebun getahnya dan hasilnya akan dibahagi dua. Tauke Lim juga dibenarkan membina rumah di kebun getah tersebut.peristiwa ini menunjukkan nilai membantu seseorang yang berada dalam kesusahan. Selain itu , nilai bantu-membantu juga dipaparkan melalui peristiwa Ong See Hwa dan Lazim membantu Haiqal Haqimi untuk menjejak warisan ayahnya Abdullah Kayan. Untuk itu Ong See Hwa dan Lazim telah membawa Haiqal ke balai raya lama. Di balai raya tersebut Haiqal dapat melihat hasil karya ayahnya yang tersimpan di bilik bacaan di balai raya itu. Haiqal juga dapat melihat sijil-sijil penghargaan ayahnya yang dipamerkan di balai raya itu. Dengan bantuan Ong See Hwa dan Lazim, Haiqal dapat mengetahui sejarah hidup ayahnya. Dia mendapati bahawa ayahnya seorang yang hebat.Hal ini menyebabkan Haiqal berazam untuk meneruskan usaha ayahnya dalam mengembangkan seni kebudayaan dan kesusasteraan.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Nilai_keberanian
Nilai keberanian ini dipaparkan oleh pengarang melalui watak Ai Ling . Ai Ling berani mendeklamasikan sajak di khalayak ramai walaupun dia masih kecil iaitu berumur 7 tahun. Sebagai contoh, Ai Ling mendeklamasi sajak semasa persembahan zapin diadakan di kampungnya.Dia telah membuat persembahan di hadapan penduduk kampung dan YB Samsuri yang menjadi tetamu kehormat dalam majlis itu.Peristiwa ini menunjukkan keberanian membuat persembahan di khalayak. Selain itu nilai keberanian juga di tunjukkan oleh watak Haiqal. Menurut cerita Bab 6 dalam novel Silir Daksina,Haiqal berani membuat keputusan untuk pulang ke kampung demi mencari kebenaran serta menjejak warisan ayahnya walaupun ditentang hebat oleh uminya . Peristiwa ini menunjukkan nilai keberanian dalam membuat keputusan. Nilai keberanian seterusnya ialah berani menanggung risiko. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa Haiqal berani pergi ke Johor walaupun itu merupakan kali pertama dia pergi ke sana. Di Johor juga tidak ada sesiapapun yang dikenalinya dan dia juga tidak tahu mahu tinggal di mana. Namun begitu, Haiqal tetap dengan keputusannya untuk pergi ke Johor. Semasa tinggal di Johor,Haiqal telah mencuba dan belajar untuk bermain alat muzik dan tarian zapin walaupun dia tidak pernah membuat perkara sedemikian sebelum ini. Melalui peristiwa ini, nilai keberanian untuk mencuba sesuatu yang baharu telah ditunjuk dengan jelas oleh watak Haiqal.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Nilai_kemasyarakatan
Antara nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam novel Silir Daksina ialah nilai kerjasama. Sebagai contoh , penduduk kampung bekerjasama semasa berlatih tarian zapin di balai raya.Cikgu Amirulnizam mengagumi rakan-rakannya yang gigih belajar dan berlatih menari zapin.Pak Haji Salam juga bersungguh-sungguh mengajarkan tarian zapin kepada generasi muda. Selain itu, nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam novel ialah nilai bantu-membantu. Sebagai contoh, ayah Cikgu Nizam berasa kasihan terhadap nasib Tauke Lim sekeluarga yang datang mengadu nasib di Johor. Dia telah membenarkan Tauke Lim untuk menoreh getahnya dan membahagi dua hasil daripada kebun getah tersebut. Seterusnya, nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam novel ialah nilai ramah mesra. Nilai ini ditunjukkan oleh Tauke Ong. Walaupun Tauke Ong berbangsa Cina tetapi dia beramah mesra dengan semua penduduk kampung Seri Purnama. Contohnya, Tauke Ong kelihatan sangat mesra menegur pelanggan- pelanggan lain sewaktu dia hendak bersarapan di warung Wak Min.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Nilai_kemanusiaan
Antara nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel yang saya kaji ialah nilai keprihatinan. Sebagai contoh, Haiqal prihatin terhadap Ratna yang menangis kerana gagal dalam SPM. Buktinya, Haiqal telah menasihati Ratna supaya jangan bersedih kerana baginya gagal dalam peperiksaan tidak bermakna gagal dalam hidup. Selain itu, watak ayah Cikgu Amirulnizam juga telah menonjolkan nilai keprihatinan dalam novel ini. Sebagai contoh, ayah Cikgu Amirulnizam berasa kasihan terhadap nasib Tauke Lim sekeluarga. Buktinya, Tauke Lim berasal dari Ipoh, Perak datang mengadu nasib di Johor kerana semua tanah milik keluarganya di Perak habis dijual untuk membayar hutang abang Tauke Lim yang suka berjudi. Ayah Cikgu Amirulnizam telah membenarkan Tauke Lim menorah getahnya dan bersetuju untuk membahagi dua hasil daripada kebun getah tersebut. Di samping itu, nilai kasih sayang juga merupakan nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel ini. Sebagai contoh, Walid menyayangi Haiqal walaupun Haiqal merupakan anak tirinya. Buktinya, walid melayani Haiqal dengan baik dan langsung tidak membeza-bezakan kasih sayang antara Haiqal dengan adik tirinya, Nurul Asiyah. Selain itu, watak Cikgu Amirulnizam juga menonjolkan nilai kasih sayang. Cikgu Amirulnizam amat menyayangi anaknya . Dia selalu teringat akan anaknya Aiman. Buktinya, apabila Cikgu Amirulnizam melihat Ai Ling, secara tidak langsung dia terkenang akan anaknya, Aiman. Usia Aiman yang sebaya dengan Ai Ling menyebabkan rindunya kepada Aiman terubat. Nilai kemanusiaan lain yang terdapat dalam novel ini ialah nilai tidak berputus asa. Sebagai contoh, Ratna tidak berputus asa walaupun dia gagal dalam SPM. Buktinya, Ratna bercita-cita untuk menjadi usahawan Berjaya dengan membuka restoran sendiri di Bandar Kuala Terengganu setelah gagal mendapat keputusan yang baik dalam SPM.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Latar_masyarakat
Masyarakat yang cinta akan budaya bangsa.Pak Cik Bakar, Haji Salim, dan Cikgu Zam melibatkan diri dalam seni tarian zapin bagi memperkasa seni warisan Masyarakat yang gigih berniaga.Ibu bapa Haiqal mengusahakan kilang batik dan memiliki butik di sekitar Kuala Terengganu. Masyarakat yang tolong-menolong.Penduduk kampung bergotong-royong memasak untuk jamuan sempena persembahan tarian zapin di Kampung Seri Purnama. Contoh Jawapan Latar Masyarakat Novel Silir Daksina Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini termasuklah masyarakat yang penyayang. Sebagai contoh.walid menyayangi Haiqal walaupun Haiqal bukan anak kandungnya.Menurut Haiqal walid telah melayaninya dengan baik dan langsung tidak menbeza-bezakan kasih sayang antara Haiqal dengan adik tirinya, Nurul Asiyah. Latar masyarakat yang seterusnya ialah masyarakat yang mementingkan diri sendiri.Contohnya, umi Haiqal seorang yang bersikap ego dan mementingkan diri sendiri sehingga sanggup memutuskan hubungan antara Haiqal dengan ayah kandungnya. Ayah kandungnya pemah ke Terengganu untuk mengambil Haiqal supaya tingggal bersamanya, namun umi tidak membenarkannya. Terdapat juga latar masyarakat yang setia kawan iaitu Haiqal dengan Ratna. Ratna dan Haiqal merupakan rakan sekelas semasa di tingkatan empat dan lima. mereka masih berkawan walaupun telah tamat zaman persekolahan. Sebagai contoh,Ratna sentiasa memberi kata-kafa. semangat supaya Haiqal meneruskan hasratnya untuk menjejaki warisan Abdullah bin Kayan .Ratna juga menasihati Haiqal supaya berterus terang dengan uminya tentang hasrat Haiqal untuk ke Johor. Persahabatan Haiqal dengan Ratna masih diteruskan walaupun Haiqal tinggal di Johor. Mereka masih sering berhubung dengan SMS.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Latar_Tempat
1.Pantai Batu Buruk Haiqal sering berjalan-jalan di tepi pantai Batu Buruk ini. Haiqal dan Ratna membincangkan masa depan dan meluahkan masalah yang dihadapi antara satu sama lain. Haiqal sering mengunjungi warung Ratna untuk menikmati laksam. Warung Ratna terletak di Pantai Batu Buruk. 2. Kampung Seri Purnama Haiqal telah berkunjung ke Kampung Seri Purnama untuk menjejak warisan Abdullah bin Kayan. Haiqal telah bekenalan dengan Pak Cik Bakar, Wak Arif, Haji Salim, Lazim dan Tauke Ong di kampung ini. 3. Pantai Punggur Cikgu Nizam membawa Ai Ling dan Ai Ching bersiar-siar di tepi pantai ini pada waktu petang. Pantai Punggur merupakan pantai yang terkenal di daerah Batu Pahat. 4. Warung Wak Min Warung Wak Min merupakan tempat tumpuan penduduk kampung untuk sarapan pagi. Selepas mereka bersolat Isyak di masjid, mereka akan berkumpul di Warung Wak Min untuk berbual sehingga larut malam. 5. Balai raya Kampung Seri Purnama Balai raya ini menempatkan galeri dan pameran Abdullah bin Kayan. Haiqal telah melihat sumbangan bapanya dalam dunia penulisan dipamerkan dalam balai raya ini. 6. Restoran Mamak See Hwa dan Haiqal makan tengah hari di restoran mamak yang terkenal di pekan Parit Raja selepas datang dari Terengganu.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Cabaran_yang_dihadapi_watak_utama_dan_cara_mengatasi
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina. Watak utama novel ini ialah Haiqal Haqimi. Dalam novel ini banyak cabaran yang dihadapi oleh watak utama. Antaranya ialah cabaran Haiqal untuk pergi ke kampung arwah ayahnya . Ibunya Rafiqah tidak membenarkan Haiqal pergi ke Kampung Sri Purnama. Cara mengatasinya Haiqal berdegil dengan pergi juga ke kampung arwah ayahnya. Cabaran lain ialah cabaran untuk meneruskan kesenian zapin di kampung Sri Purnama. Haiqal tidak pandai menari tarian zapin, namun dia telah mempelajari tarian tersebut daripada penduduk Kampung Sri Purnama . kawannya Lazim dan Ong See Hwa turut mengajar Haiqal menari. Untuk mengadakan persembahan zapin di kampung Sri Purnama Haiqal telah berbincang dengan penduduk kampung dam meminta persetujuan daripada Penghulu Haji Jamil. Akhirnya Haiqal berjaya mengadakan persembahan zapin yang turut disaksikan oleh YB Syaiful Azizi. Yb dan pnduduk kampung sangat berbangga dengan semangat yang ada pada Haiqal dalam mengembangkan kesenian tersebut. Cabaran seterusnya ialah cabaran untuk merapatkan hubungan antara Haiqal dengan ibunya setelah berlakunya perselisihan faham antara mereka. Cara mengatasinya ialah Haiqal menghubungi walidnya dan memberitahu bahawa dia akan mengadakan persembahan zapin di kampung Sri Purnama. Ibunya telah datang bersama-sama dengan walid dan adiknya Nurul Asiyah untuk menyaksikan persembahan zapin daripada Haikal. Kedatangan itu menyebabkan Haiqal dan ibunya berbaik semula.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Konflik_dalaman_yang_dihadapi_oleh_watak_utama
Novel yang saya pelajari ialah novel Silir daksina karya Nizar Parman. Dalam novel ini pengarang menggambarkan bahawa watak utamanya iaitu Haiqal Haqimi menghadapi konflik dalaman, antaranya ialah Haiqal terpaksa membaca secara sembunyi dan menyembunyikan Manuskrip yang dihantar oleh See Hwa agar tidak diketahui oleh emaknya. Konflik dalaman juga dihadapi oleh Haiqal setelah membaca manuskrip yang dihantar oleh Ong See Hwa .Haiqal merasa amat rindu kepada arwah ayahnya . Dia dapat merasakan betapa ayahnya hidup dalam kesunyian dan kesedihan kerana terpaksa terpisah dengan orang yang disayanginya. Konflik dalaman seterusnya ialah hati Haiqal meronta-ronta ingin mengetahui mengenai ayahnya tetapi dia tidak bertanya uminya bimbang akan mengguriskan hati uminya. Haiqal akhirnya memberitahu juga keinginannya untuk menjejaki kampung arwah ayahnya untuk mengetahui sejarah dan latar belakang ayahnya. Haiqal menghadapi konflik apabila dia memberitahun ibunya bahawa dia ingin ke Johor. Hal ini kerana ibunya tidak membenarkan dia ke Johor. Haiqal terpaksa bergaduh dengan ibunya kerana masing-masing tidak mahu bertolak ansur mengenai keinginan Haiqal untuk ke kampung ayahnya.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Kesan_positif_yang_memberikan_teladan_kepada_pembaca
Antaranya ialah peristiwa cikgu Nizam yang aktif dalam aktiviti sastera dan budaya serta menghidupkan kumpulan zapin D’Purnama yang telah lama terkubur. Cikgu Zam telah mendapat sokongan padu daripada Tauke Lim, Pak Cik Bakar, Haji Salleh dan orang-orang kampung untuk mengaktifkan kegiatan sastera dan budaya. Haiqal telah pergi ke kampung ayahnya iaitu Kampung Seri Purnama untuk meneruskan kegiatan sastera dan budaya. Dengan bantuan Tauke Ong, See Hwa, Pak Cik Bakar dan Lazim, Haiqal dapat menjejaki kehidupan arwah ayahnya. Haiqal juga mencadangkan agar kumpulan zapin D’Purnama dihidupkan semula setelah sekian lama terkubur setelah ayahnya meninggal. Peristiwa ini perlu diteladani supaya kita juga berusaha untuk mengembangkan warisan budaya agar kekal hingga generasi akan datang. Peristiwa ayah Cikgu Nizam yang memberikan pertolongan kepada Tauke Lim yang berada dalam kesusahan semasa dia dan keluarganya baru berpindah ke Kampung Seri Purnama. Tauke Lim mengambil upah menoreh getah di kebun getah datuk Haiqal hingga akhirnya berjaya mengubah kehidupan sekeluarga. Peristiwa ini perlu diteladani kerana kita perlu membantu orang yang berada dalam kesusahan. Peristiwa masyarakat Kampung Seri Purnama yang telah bekerjasama dengan Haiqal dalam menjayakan majlis persembahan tarian zapin jincat. Majlis tersebut berjalan lancar dan mendapat sambutan daripada penduduk kampung dan YB Datuk Syaiful Azizi. Peristiwa ini perlu diteladani supaya sesuatu kerja yang dijalankan dapat dijalankan dengan lancar mudah dan cepat . Peristiwa Haiqal menunaikan solat subuh apabila sampai di stesen bas Batu Pahat sebelum menaiki teksi ke Kampung Seri Purnama. Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kerana kita harus mempunyai pegangan keagamaan dan taat akan perintah agama. Peristiwa Tauke Lim menunjukkan sikap pemurah dengan selalu menaja jamuan yang diadakan di kampungnya dan membelanja kawan-kawan di warung. Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kerana kita perlulah bersikap pemurah dlam hidup bermasyarakat. Peristiwa Pak Cik Bakar, Wak Min, Haji Salim, Tauke Lin dan See Hwa merupakan masyarakat majmuk yang hidup dalam harmoni di Kampung Seri Purnama. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana kita hidup dalam masyarakat majmuk perlu bersatu padu demi kehidupan yang sejahtera dan harmoni.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Nilai_Silir_Daksina
Dalam novel ini terdapat banyak nilai yang dipaparkan oleh pengarang, antaranya ialah nilai kegigihan. Nilai kegigihan dapat dilihat melalui peristiwa masyarakat kampung yang diketuai oleh Cikgu Nizam gigih memperjuangkan seni warisan budaya. Sebagai contoh masyarakat kampung Seri Purnama sering berlatih tarian zapin di balai raya. Cikgu Nizam menyatakan dia amat mengagumi rakan-rakannya seperti Roslan, Ramli daan sudin yang gigih belajar dan berlatih zapin. Golongan veteran pula seperti Pak Haji salam, Wak Aruf, Wak parmin dan juga abang Bakir bersungguh-sungguh mengajarkan tarian zapin kepada generasi muda. Selain itu terdapat juga nilai keberanian. Nilai ini dapat dilihat melalui watak Tauke Lim. Pada waktu pagi,Tauke Lim menorah getah, manakala pada waktu petang pula Tauke Lim mengelilingi kampung untuk membeli hasil-hasil kampung seperti buah pinang, getah beku, getah sekerap, biji kopi dan pisang. Barangan tersebut akan dijualnya di bandar. Nilai seterusnya ialah nilai tidak berputus asa. Sebagai contoh, Ratna yang gagal mendapat keputusan yang baik dalam SPM bercita-cita untuk menjadi usahawan yang berjaya. Dia ingin membuka restoran sendiri di Bandar Kuala Terengganu.
https://karangan.net/novel-silir-daksina/
Tema_Novel_Tirani
Tema novel Tirani ialah Kecantikan fizikal bersifat sementara dan bukan penentu kebahagian hidup. Manakala ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang yang dapat menutup kekurangan danmelindungi kelemahan diri. Waheeda obses terhadap kecantikan dan berjaya melakukan pembedahan plastik tetapi akhirnya kerana beliau cantik, Zahid cemburu buta terhadap Waheeda sehingga menceraikan Waheeda. Namun waheda tabah membesarkan anaknya dan perniagaannya sehingga menjadi ahli perniagaan yang berjaya.
https://karangan.net/novel-tirani/
Persoalan_Komsas_Novel_Tirani
Kecantikan merupakan perkara yang diutamakan oleh seorang wanitaContoh Peristiwa: Dr Alma Chen menyatakan kepada Waheeda dalam proses ini, pihak pakar kami akan mengubah dorsum atau aliran atas hidung agar mancungnya terbentuk. Tanggungjawab seorang anak terhadap keluargaContoh Peristiwa: Waheeda amat berterima kasih kepada Ghazi kerana sanggup balik ke pangkuan keluarga, melepaskan jawatannya di PETRONAS Miri untuk balik membantu ayahnya menguruskan Tajau Emas sejak bulan lepas. Kasih sayang seorang ibu terhadap anak kandunganContoh Peristiwa: Raidah, ibu Waheeda berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura. Ketabahan menghadapi keruntuhan dalam rumah tanggaContoh Peristiwa: Sebagai ibu tunggal Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anaknya Izzati sejak lahir di samping menguruskan perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya Zahid. Hubungan persahabatan yang erat dan utuhContoh Peristiwa: Bazilah telah membenarkan Waheeda tinggal bersama-sama dengannya ketika berada di Singapura. Bazilah sentiasa menemani Waheeda ketika pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Persoalan menghargai budaya dan warisan bangsaContoh Peristiwa: Waheeda memilih untuk mengenakan pakaian Cheongsam Brooked Merah ketika menyertai Pertandingan Ratu Pelancongan Antara bangsa yang akan diadakan pertengahan bulan, di The Four Seasons Hotel. Persoalan keberanian mengambil risiko untuk memajukan perniagaanContoh Peristiwa: Waheeda membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan utnuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul Aziz Imran. Persoalan ketegasan dalam membuat tindakan dan keputusanContoh Peristiwa: Waheeda tegas dan nekad dengan keputusannya untuk melakukan rekonsitraksi pada bahagian mata dan hidungnya walaupun bercanggah dari sudut agama Islam. Persoalan kebijaksanaan berikhtiar dalam menyelesaikan masalahContoh Peristiwa: Waheeda mendapat khidmat kawannya Nurjihan untuk menyerahkan sampel rambut suami, Izzati dan dirinya sendiri untuk membuat ujian DNA bagi membuktikan bahawa Izzati adalah anak kandung mereka. Persoalan bersyukur atas ciptaan tuhanContoh Peristiwa: Waheeda berkeinginan untuk membuat pembedahan kosmetik pada hidungnya yang pesek walaupun tidak mendapat persetujuan daripada ibu bapanya. Persoalan keinsafan terhadap kesilapan masa lalu akibat tindakan terburu-buru.Contoh Peristiwa: Zahid mengakui kesalahannya dan menangis teresak-esak kerana menyesal atas perbuatan lampaunya menceraikan Waheeda tanpa usul periksa dan mempertikaikan status kelahiran anak kandungnaya, Izzati. Persoalan kesabaran menghadapi dugaan dalam kehidupan.Contoh Peristiwa: Waheeda sabar apabila dituduh oleh suaminya Zahid mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain hanya kerana sikap ramah dan mesra Waheeda yangmenginap di chalet mereka.
https://karangan.net/novel-tirani/
Sinopsis_Novel_Tirani
TIRANI mengisahkan tentang  seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan  kerana apa yang diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI. Sinopsis Novel Tirani mengikut bab
https://karangan.net/novel-tirani/
Binaan_Plot_Novel_Tirani
Permulaan Pengenalan kepada watak Waheeda yang melayari laman sesawang berkaitan kecantikan wajah dan pembedahan plastik pada wajah. Waheeda mempunyai keinginan yang tinggi untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya yang bertujuan untuk membaiki, memulih, serta menjaga kekemasan diri. Perkembangan Monyet Belanda menyerang Chalet Tajau Emas menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut apabila penghuni dan pekerja-pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Monyet itu telah menyerang dan mengigit muka Waheeda. Waheeda dibawa ke hospital oleh Raidah dan Fadhil. Waheeda ke Singapura untuk bertemu dengan Dr. Alma Hollis Chen yang bertugas di Silicon Medical Center (SMC) yang akan menguruskan proses pembedahan mata dan hidungnya. Waheeda menjalani pembedahan pembetulan kelopak mata dan pembedahan hidung. Perumitan Halloway dan Dr Rushdi membuat kejutan mengunjungi penginapan Waheeda di Matang dan kedatangan mereka mencetuskan rasa cemburu suaminya. Selain itu, Zahid terserempak dengan Waheeda berbual dengan tetamu dari Dubai yg menginap di Inap desa Tajau Emas juga mendatangkan rasa cemburu kepada suaminya , Zahid. Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan di bilik wad eklusif Hospital pakar Normah, Zahid tidak datang menjenguk bayinya. Waheeda meminta dan merayu suaminya agar melihat hasil laporan DNA apabila suaminya, Zahid mempertikaikan status Izzati sebagai anak kandungnya. Klimaks Zahid bertindak nekad untuk menceraikan isterinya, Waheeda dengan talak satu disebabkan faktor cemburu dan sikap curiganya yang terlampau itu.Waheeda mengalami masalah kemurungan dan masalah migrain dan meroyan akibat tindakan Zahid yang kejam kerana dia terlalu mencintai suaminya itu. Peleraian Ghazi dan Raidah menemani Waheeda untuk mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur. Waheeda dan Ghazi membeli dan mengusahakan Chalet Iwana-Iwani milik Pak Cik Abdul Aziz yang terletak di Cameron Highlands dengan menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah. Selepas 20 tahun, Zahid kebetulan menginap di Chalet Aya-Sajinah, berehat di Cafe Iwani dan bersembang tentang kesilapan masa silam. Zahid menangis mengesahkan bahawa Izzati merupakan anak kandungnya dan Waheeda, ibu Izzati merupakan insan yang dicarinya selama ini. Zahid meluahkan penyesalannya atas kesalahan besarnya terhadap Waheeda dan anak kandung mereka, Izzati. Lais cuba mententeramkan perasaan Zahid dan Waheeda manakala Izzati pula memujuk ibunya agar memaafkan bapanya, Zahid.
https://karangan.net/novel-tirani/
Teknik_Plot_Novel_Tirani
IMBAS KEMBALI Waheeda teringat akan kain sarung birunya terbelah sehingga paras peha seperti busana cheongsam kerana mengejar rakan-rakan sekolahnya yang selalu mengejeknya berhidung pesek. Waheeda terkenang kata-kata semangat ayahnya yang semasa dia dan Ghazi berada dalam kereta sewaktu perjalanan pulang dari banglo mewah Pak Cik Aziz. Ayahnya mengatakan bahawainsan tanpa kejayaan umpama mati sebelum ajal. IMBAS MUKA Bazilah berasa gerun semasa membayangkan keadaan meja bedah dan alat perkakasan yang lazim digunakan semasa sesi pembedahan dijalankan sewaktu mendengar penerangan tentang prosedur pembedahan dari Dr Zahari. Semasa menantikan kedatangan doktor untuk menjalankan pembedahan ke atas Waheeda, dia membayangkan keadaan dirinya disembelih hidup-hidup semasa proses pembedahan itu nanti. Waheeda membayangkan suasana mesra yang berlaku sesama kakitangan di Chalet Tajau Emas yang sedang belajar menganyam kelonsong ketupat lepas daripada ibunya, Raidah ketika dia membaca kiriman e-mel yang dihantar oleh sepupunya, Fatimah. Teknik Dialog Perbualan antara Waheeda dengan ibunya, Raidah. Contohnya,Waheeda telah menyatakan hasratnya untuk menjalani pembedahan plastik kepada ibunya. SASPENS Peristiwa monyet berhidung besar atau monyet Belanda yang menyerang Chalet Tajau Emas menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut apabila penghuni dan pekerja-pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri daripada digigit monyet itu. Monyet itu telah menyerang dan mengigit muka Waheeda. Pembaca tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada Waheeda. Akhirnya Waheeda di bawa Hospital oleh Raidah dan Fadhil. Dr Zakaria telah menjahit luka pada kulit pipi dan hidung Waheeda. Peristiwa tulang rawan hidung Waheeda dirasakan runtuh akibat demam selesema, walhal tarikh pertunangan Waheeda dan Zahid hampir tiba. Pembaca tertanya-tanya, adakah sempat hidung Waheeda pulih sebelum pertunangannya? Akhirnya majlis pertunangan Zahid dan Waheeda terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan Ghazi dan Fatimah. Peristiwa ketika keputusan DNA anak Waheeda dikeluarkan. Pembaca tertanya-tanya, adakah Izzati anak kepada Zahid atau tidak ? Akhirnya keputusan itu mengesahkan bahawa Izzati ialah anak kandung Zahid. Teknik kejutan Peristiwa serangan monyet Belanda di Chalet Tajau Emas. Pembaca tidak menyangka bahawa monyet-monyet itu bertindak agresif hingga sanggup mencederakan orang- orang yang berada di situ, iaitu Waheeda. Peristiwa Izzati dan Zahid bertanyakan nama ibu Izzati. Izzati menyatakan ibunya bernama Waheeda Nurliyana. Zahid berasa terkejut bahawa di hadapannya ialah anak kandungnya yang sekian lama ingin ditemunya. Monolog dalaman Waheeda bermonolog ketika teruja dan seronok untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya. Waheeda berbisik dalam hati bahawa kalau boleh hendak menjalani pembedahan plastik sekarang juga. Waheeda bermonolog untuk memujuk nafsunya bahawa pemergiannya ke Singapura adalah untuk melakukan pembedahan pada wajahnya dan bukannya untuk membeli- belah. Waheeda bermonolog dengan memperli perwatakan Zahid yang dilihatnya amat berbeza pada waktu itu dan hari semalamnya. Dalam fikirannya semalam Zahid seperti robot, tetapi hari ini bukan main ligat macam gasing.
https://karangan.net/novel-tirani/
Latar_Novel_Tirani
https://karangan.net/novel-tirani/
Watak_Perwatakan_Novel_Tirani
Watak Utama – Waheeda Bt Fadhil Seorang yang penyayangWaheeda sayang kepada anaknya Izzati dan membesarkan izzati seorang diri selepas bercerai dengan Zahid. Seorang yang tabahWaheeda tabah menghadapi dugaan hidup dalam rumahtangga sehingga bercerai dengan Zahid. Seorang yang beraniWaheeda berani membuat pinjaman kewangan daripada Bank Pembangunan di bawah program pinjaman siswazah untuk memajukan syarikat Tajau Emas Sdn. Bhd. Seorang yang gigihKegigihan Waheeda dalam dalam membina hubungan persahabatan turut. Waheeda gigih dan bijak berhadapan dengan sikap prejudis rakannya Bazilah yang mencemburui hubungan baiknya dengan tunangannya sendiri, Dr. Zahari. Seorang yang menghargai hubungan persahabatan Waheeda telah dikunjungi oleh sahabat lamanya setelah 10 tahun tidak bersua. Seorang yang rajin Waheeda rajin membantu pekerja-pekerjanya membuat persiapan untuk kehadiran pelancong-pelancong ke inap desanya. Seorang yang bijakWaheeda mendapat khidmat kawannya Nurjihan untuk menyerahkan sampel rambut suami, Izzati dan dirinya sendiri untuk membuat ujian DNA bagi membuktikan bahawa Izzati adalah anak kandung mereka. Watak Sampingan – Raidah Seorang yang penyayangRaidah, ibu Waheeda sanggup pergi ke Singapura untuk menemani waheeda menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura. Seorang yang rajinRaidah menyedikaan hidangan tradisional masyarakat Sarawak contohnya pansuh manok, terubuk panggang , dan bubur pedas untuk hidangan para tetamu yang menginap di chalet mereka. Watak Sampingan – Zahid Seorang yang cemburu butaZahid cemburu buta dan menuduh waheeda mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain hanya kerana sikap mesra Waheeda dengan tetamu menginap di chalet mereka. Seorang yang terburu-buru membuat keputusanZahid tidak mahu melihat keputusan DNA dan terburu-buru menceraikan Waheeda.
https://karangan.net/novel-tirani/
Gaya_Bahasa_Novel_Tirani
Hiperbola“Tudung kepala yang bertaburkan sulaman bunga emas ialah tudung keringkam bertatah benang emas namanya” terang Waheeda. Paradoks“Ada orang dilahirkan cantik tetapi otak tidak cerdas.Ada orang sempurna wajahnya, kakinya pula tidak cantik. Ada orang tidak cantik tetapi otaknya nombor satu,” kata Waheeda.
https://karangan.net/novel-tirani/
Nilai_Novel_Tirani
Kasih sayangWaheeda sayang kepada anaknya izzati dan telah membesarkan izzati tanpa suami selepas bercerai dengan Zahid. KeberanianWaheeda berani dalam membuat pinjaman kewangan dengan bank pembangunan Usahawan dan berani menanggung risiko dalam perniagaan. TanggungjawabWaheeda bertanggungjawab mengembangkan perniagaan inap desanya syarikat Tajau Emas Sdn. Bhd. Nilai kebijaksanaanPak Cik Aziz meminta Waheeda dan Ghazi mengambil alih perusahaan Chalet Iwana-Iwani sebelum pihak bank menyita segala aset perniagaan beliau. Nilai bekerjasamaWaheeda bekerjasama dengan keluarganya untuk mengurus syarikat Tajau emas yang mengusahakan inap desa Tajau Emas di Matang, Sarawak. Nilai kepatuhanWaheeda patuh dengan arahan bapanya yang melarang dia melakukan pembedahan. Nilai kegigihanWaheeda gigih membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri untuk menghadiri temu duga pegawai perhubungan di Flamingo Resort , Singapura. Nilai ketabahanWaheeda tabah menghadapi sikap Zahid yang jarang-jarang pulang ke rumah setelah mereka bergaduh dengan alasan ingin menonton perlawanan bola sepak.
https://karangan.net/novel-tirani/
Pengajaran_Novel_Tirani
Kita hendaklah mengamalkan sikap kasih sayang agar hidup lebih bahagia.Raidah, ibu Waheeda sentiasa bersama-sama Waheeda semasa menjalani pembedahan hidungnya yang pesek dan matanya yang sepet. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.Waheeda gigih berusaha untuk memajukan Chalet Tajau Emas dengan menyediakan pakej pelancongan walaupun menerima saingan yang sengit daripada pengusaha chalet yang lain. Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran agar hidup lebih cemerlang.Waheeda taba menerima kata-kata kesat daripada Zahid walaupun dia sedang mengandung seperti menuduh bahawa Waheeda curang dengan lelaki lain. Kita hendaklah mengamalkan nilai kasih sayang untuk mempererat hubungan antara ahli keluarga.Raidah sanggup menemani Waheeda ketika mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling atas penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan Islam. (PUSRAWI) K.L.
https://karangan.net/novel-tirani/
Soalan_Novel_Tirani
Jelaskan peristiwa yang melibatkan watak utama daripada novel yang anda kaji. Novel yang saya pelajari ialah Novel Tirani. Peristiwa pertama yang melibatkan watak utama pada perkembangan cerita ialah Waheeda telah dicederakan oleh seekor monyet Belanda pada bahagian wajah dan hidungnya. Kesan peristiwa ini ialah Waheeda mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan rekonstruski pada wajahnya di Singapura. Peristiwa kedua yang melibatkan watak utama ialah Waheeda tersiksa dengan sikap cemburu buta Zahid. Walaupun Waheeda sangat mencintai Zahid, namun dia juga sangat komited terhadap kerjayanya. Waheeda diceraikan oleh Zahid selepas anak mereka Izzati dilahirkan kerana Zahid tidak percaya bahawa Izatti ialah anaknya. Walaupun Waheeda menunjukkan hasil ujian DNA, Zahid tetap meninggalkan Waheeda. Sesebuah novel banyak memaparkan pelbagai peristiwa. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang boleh dijadikan teladan. Novel yang saya kaji ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Antara peristiwa yang boleh dijadikan teladan ialah peristiwa Waheeda yang mengalami masalah kemurungan akibat kegagalan rumah tangga dan telah mula bangkit serta berusaha melupakan kenangan lalu dengan memajukan Chalet Aya- Sajinah. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana walaupun kita gagal namun kita tidak boleh terlalu mengikut perasaan sedih itu sebaliknya berusaha untuk kehidupan yang mempunyai masa depan. Seterusnya, peristiwa yang boleh dijadikan teladan ialah peristiwa Waheeda gigih mendapatkan pinjaman tabung usahawan siswazah daripada Bank Pembangunan untuk menubuhkan Syarikat Tajau Emas. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana setiap usaha yang dilakukan oleh Waheeda dapat dijadikan contoh teladan kepada kita agar gigih berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan dan akhirnya kita pasti akan berjaya. Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan satu perwatakan watak utama yang anda fikir sesuai untuk dicontohi oleh pembaca daripada novel tersebut. Novel yang saya kaji ditingkatan 5 ialah Tirani karya Beb Sabariah. Perwatakan watak utama bagi novel ini ialah Waheeda. Satu perwatakannya yang saya fikir sesuai untuk dicontohi oleh pembaca ialah dia merupakan seorang yang penyabar. Contohnya Waheeda sabar dengan ejekan rakan-rakannya yang sering mengejek hidungnya yang pesek dan Waheeda juga sabar menangani sifat cemburu buta suaminya yang selalu menuduhnya mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain. Seterusnya, Waheeda merupakan seorang anak muda yang berkeyakinan tinggi. Tamsilnya, Waheeda sangat yakin akan kemampuan dirinya dalam memajukan Tajau Emas. Sebaik sahaja dia tamat belajar, dia telah membuat pinjaman daripada tabung usahawan siswazah daripada Bank Pembangunan melalui Program Kemajuan Luar Bandar Sarawak. Baginya, mereka tidak akan menemukan sesuatu jika tidak mencari sesuatu. Selain itu, Waheeda juga seorang yang bijak merancang. Contohnya, Dalam menguruskan inap desa keluarganya, Waheeda dapat merancang dan menyusun jadual program-program yang dapat menaikkan nama inap desa tersebut sehingga syarikat Tajau Emas berjaya dan terkenal serta menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji jelaskan sebab-sebab novel tersebut dianggap istimewa dan boleh menarik minat pembaca. Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Tirani Karya Beb Sabariah, novel tersebut ternyata mempunyai banyak keisitimewaan dari pelbagai aspek dan boleh menarik minat pembaca. Keistimewaan yang pertama adalah daripada pengutaraan tema yang baik oleh pengarang. Tema novel ini berkisar tentang Kecantikan fizikal yang bersifat sementara namun, ilmu yang dimiliki seseorang dapat melindungi kelemahan diri. Waheeda yang menganggap dirinya tidak sempurna kerana bentuk hidungnya yang pesek mendapat kesempatan memperbaiki kekurangannya itu selepas hidungnya cedera teruk kerana serangan seekor monyet . Dia berjaya mendapatkan kecantikan wajah yang diidamkan namun kecantikan tersebut menjadi punca keruntuhan rumahtangganya dengan Zahid. Walau bagaimanapun , waheeda yang mempunyai pendidikan yang tinggi mampu keluar daripada jerat kecewa dan putus asa yang menyebabkan dia terpaksa mendapat rawatan sebagai pesakit jiwa, lalu melangkah terus maju ke hadapan dalam bidang pelancongan. Istimewanya novel ini juga kerana mengandungi banyak nilai dan pengajaran. Pengarang menghantar mesej kepada pembaca melalui penerapan nilai murni seperti nilai kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Raidah ibu Waheeda tidak dapat menahan diri untuk bersama-sama anaknya menghadapi saat genting menjalani pembedahan rekonstrusi wajah di Singapura. Raidah menjadi gusar apabila Waheeda menghantar e-mel kepada Ghazi menyatakan pembedahannya mengambil masa selama 10 jam. Raidah membuat ketupat lepas yang menjadi simbol terlepas daripada bala dan ingin menghantarnya sendiri kepada anaknya. Selain itu, keistimewaan Novel Tirani yang boleh menarik perhatian pembaca ialah dari segi pemaparan perwatakan watak utama iaitu Waheeda. Waheeda digambarkan sebagai seorang wanita yang gigih berusaha. Dia memajukan Syarikat pelancongan Tajau Emas milik keluarga sehingga syarikat tersebut menjadi terkenal dan resort tersebut sentiasa menerima kunjungan pelancongan dalam dan luar negara. Waheeda juga mempunyai pendirian yang tegas. Walaupun kurang dipersetujui keluarga, dia tetap menjalani pembedahan rekonstruksi wajahnya. Waheeda juga sentiasa berfikiran positif dan sikapnya itu menyebabkan beliau berjaya keluar daripada belenggu kekecewaan ditinggalkan suami yang menuduhnya curang selepas melahirkan anak yang tidak diakui oleh Zahid , suaminya sebagai darah dagingnya. Kejayaan waheeda dan anaknya Izzati memajukan Aya Sakinah di Cameroon Highlands menjadikan watak utama dalam novel ini menarik perhatian pembaca. Dalam novel yang dikaji, bahagian peleraian cerita diakhiri dengan kejayaan. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang membuktikan kejayaan tersebut. Novel yang saya kaji ialah Tirani Karya Beb Zabariah. Berdasarkan novel ini terdapat beberapa peristiwa yang membuktikan terdapat kejayaan pada peleraian novel. Peristiwa pertama yang membuktikan kejayaan pada peleraian cerita ialah kejayaan Waheeda dan Ghazi membeli dan mengusahakan Chalet Iwana-Iwani milik Pak Cik Abdul Aziz yang terletak di Cameron Highlands dengan menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah. Zahid dan Aiman yang kebetulan menginap di Chalet Aya-Sajinah, berehat di Café Iwani dan bersembang tentang pelbagai perkara terutamanya perihal keinsafannya atas kesilapan masa silam. peristiwa ini melambangkan kejayaan Waheeda dalam bidang perniagaan. Seterusnya, Peristiwa kedua yang membuktikan kejayaan pada peleraian cerita ialah peristiwa Zahid menangis apabila diberitahu bahawa Izzati merupakan anak kandungnya dan Waheeda kerana ibu Izzati merupakan insan yang dicarinya selama ini. Zahid meluahkan penyesalannya atas kesalahan besarnya terhadap Waheeda dan anak kandung mereka, Izzati . Izzati pula memujuk ibunya agar memaafkan kesalahan bapanya, Zahid. peristiwa ini melambangkan kejayaan Waheeda yang berjaya menegakkan kebenaran tentang kesetiaannya terhadap Zahid. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut. Novel yang saya pelajari ialah novel Tirani, karya Beb Sabariah. Nilai tanggungjawab dipaparkan pada watak Waheeda yang bertanggungjawab mengusahakan inap desa keluarganya .Dia telah menjaga inap desa tersebut sehingga berjaya memajukan dan menjadikan Tajau Emas tersohor dan menjadi pilihan pelancong di dalam dan di luar negara. Nilai tanggungjawab yang terdapat pada watak Waheeda ini menyebabkan dia juga berjaya dalam kerjayanya sebagai pegawai Perhubungan Awam di Hotel Flamingo dan seterusnya memajukan Aya Sajinah di Cameroon Highlands. Seterusnya, nilai bertanggungjawab seorang ibu terhadap anaknya yang amat mulia jelas terpapar dalam novel ini. Watak Raidah, iaitu emak Waheeda yang pergi ke Singapura untuk menemani Waheeda yang menjalani pembedahan kosmetik. Raidah bertanggungjawab menjaga Waheeda sepanjang pembedahan sehingga Waheeda pulih. Raidah juga sentiasa menasihati dan memberikannya sokongan dan dorongan padu kepada Waheeda pada saat-saat Waheeda menghadapi kemurungan kesan kekecewaan dalam perkahwinannya. Konflik merupakan satu daripada teknik penceritaan yang dapat mengembangkan sesebuah cerita. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua konflik yang dihadapi oleh watak utamanya. Novel yang saya pelajari ialah novel Tirani, karya Beb Sabariah. Konflik pertama yang dihadapi oleh watak utama ialah konflik antara Waheeda dengan bapanya. Waheeda ditegur oleh bapanya selepas bapanya mengetahui bahawa Waheeda mahu menjalani pembedahan kosmetik .Bapanya menjelaskan bahawa perbuatan itu menyalahi hukum agama. Waheeda tidak mempedulikan nasihat tersebut sekali gus membuat keputusan untuk menjalani pembedahan di Singapura. Konflik keduayang dihadapi oleh watak utama ialah konflik antara Waheeda dengan suaminya, Zahid. Kemesraan Waheeda dengan pelanggan lelaki , kecantikan Waheeda dan pujian yang sering diterima olehnya menyebabkan suaminya cemburu sekaligus mencurigai kesetiaan Waheeda. Zahid juga mempersoal raut wajah anak mereka yang baru dilahirkan dan dijadikan alasan untuk menuduh Waheeda berlaku curang. Waheeda pula berani mencabar suaminya dengan cadangan ujian DNA . Akhirnya, konflik tersebut meruntuhkan rumah tangga yang telah terbina. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel tersebut. Novel yang saya kaji ialah novel Tirani Karya Beb Zabariah. Berdasarkan novel ini terdapat beberapa teknik plot yang digunakan oleh pengarang. Antara teknik plot yang digunakan ialah teknik pemerian. Contohnya, pengarang memerihalkan upacara menyarungkan cincin perkahwinan pengantin lelaki di jari pengantin perempuan. Selain itu, teknik imbas muka juga diselitkan dalam novel ini. Sebagai contoh, Waheeda membayangkan suasana mesra yang wujud ketika kakitangan di Chalet Tajau Emas belajar menganyam kelongsong ketupat lepas daripada ibunya ketika dia membaca e-mel yang dihantar oleh Fatimah.
https://karangan.net/novel-tirani/
Latar_tempat_Novel_Tirani
RumahFadhilTempat Fadhil, Raidah dan anak-anaknya, Ghazi dan Waheeda Nuriyana serta cucunya, Izzati tinggal. Rumah BazilahDi Yishun Street. Tempat Waheeda menumpang tinggal sementara dia menjalani rawatan pembedahan mata dan hidungnya di Singapura. Chalet Tajau EmasTempat Waheeda mengalami kecederaan pada muka dan hidung akibat digigit dan dicakar oleh monyet Belanda. Rumah Haji Abdul Aziz ImranTempat pertemuan dan perbincangan antara Haji Abdul Aziz dengan Waheeda dan Ghazi berkaitan dengan penjualan Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands. Hospital KuchingTempat Waheeda menerima rawatan akibat kecederaan pada muka dan hidungnya yang digigit dan dicakar oleh monyet Belanda. Silicon Medical Centre SingapuraTempat Waheeda menjalani pembedahan mata dan hidungnya yang dujalankan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh dan Dr. Averroes atau Dr. Rushdi. Hotel Flamingo Pulau SentosaTempat Waheeda bekerja sebagai Pegawai perhubungan Awam(PRO). Hospital Pusrawi, KLTempat Waheeda mendapatkan rawatan dan kaunseling kerana kemurungan selepas diceraikan oleh Zahid
https://karangan.net/novel-tirani/
Latar_Masa_Novel_Tirani
Waktu SiangPeristiwa Waheeda dikejarkan ke hospital oleh Fadhil dan Raidah akibat kecederaan pada muka dan hidungnya kerana digigit dan dicakar oleh monyet Belanda yang meluru masuk secara tiba-tiba ke bilik pejabat kecil mereka di tepi anjung hadapan berlaku pada waktu siang. Waktu pagiPeristiwa Fatimah yang mengeja sambal membetulkan sebutan Kamri yang silap menyebut ejaan “coconut” dengan dipanggilnya “konat-konat” berlaku pada waktu pagi. Waktu Tengah HariPeristiwa Fatimah dan ahli rombongan MATTA dari Kuala Lumpur yang disajikan ketupat pulut periuk kera oleh masyarakat Dayak Bidayuh ketika mereka mengikuti Pesta Bung Bratak. Waktu petangPeristiwa Waheeda yang duduk sambil menikmati minum petang di Restoran Genki Sushi yang terletak di Aras 4, Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura. Waktu MalamPeristiwa Fadhil yang teringat akan tindakannya menyanggah hasrat anak gadisnya, Waheeda untuk melakukan pembedahan kosmetik pada hidungnya yang pesek sewaktu dia berjalan melintasi bilik tidur anaknya itu.
https://karangan.net/novel-tirani/
Latar_Masyarakat_Novel_Tirani
Masyarakat yang gigih dalam menempuh cabaran dugaan.Kegigihan Waheeda dalam dalam membina hubungan persahabatan turut. Waheeda gigih dan bijak berhadapan dengan sikap prejudis rakannya Bazilah yang mencemburui hubungan baiknya dengan tunangannya sendiri, Dr. Zahari. Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupanRaidah, ibu Waheeda berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura. Masyarakat yang menghargai budaya dan warisan bangsa.Waheeda meminta Izzati menggantung Kain Pua Kumbu Sarawak di atas pintu masuk Restoran Iwani dan Kafe Iwani di Chalet Aya – Sajinah, Camerons Highlands untuk mengekalkan budaya dan warisan peribumi Sarawak. Masyarakat yang menghargai budaya dan warisan bangsaEmak Waheeda Iaitu Raidah menyedikaan hidangan tradisional masyarakat Sarawak contohnya pansuh manok, terubuk panggang , dan bubur pedas untuk hidangan para tetamu yang menginap di chalet mereka. Masyarakat yang bijak bertindak dalam menyelesaikan masalah.Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungannya dengan mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling Dr. Qamariah di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI Kuala Lumpur) Masyarakat yang tabah menghadapi dalam kehidupan khususnya dalam rumah tanggaWaheeda tabah dan bersabar menghadapi karenah suaminya Zahid yang kuat cemburu dan panas baran. Masyarakat yang insaf terhadap kesilapan masa lalu.Zahid mengakui kesalahannya dan menangis teresak-esak kerana menyesal atas perbuatan lampaunya menceraikan Waheeda tanpa usul periksa dan mempertikaikan status kelahiran anak kandungnaya, Izzati. Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap kesihatan keluarga.Sebagai seorang ayah, Fadhil membawa Waheeda yang mengalami pendarahan akibat kecederaan yang teruk Angkara diserang monyet Belanda ke hospital dengan segera bagi mendapatkan rawatan. Masyarakat yang menceburi kegiatan ekonomi berasaskan pelancongan negaraFadhil, Rainah, Datuk Yasser Arief, Waheeda dan Fatimah mengusahakan chalet untuk penginapan pasa pelancong sebagai sumber pendapatan mereka. Masyarakat yang tegas dalam membuat tindakan dan keputusan. Waheeda bertegas tidak mahu menerima cadangan bapa mentuanya Datuk Yasser untuk mengabungkan perusahaan Seri Gading-Tajau Emas. Masyarakat yang tabah menghadapi keruntuhan rumah tangga.Sebagai ibu tunggal, Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anak perempuannya, Izzati setelah diceraikan oleh suaminya, Zahid. Masyarakat yang menghargai hubungan persahabatan.Waheeda terkenang kembali keakraban ketika bersama-sama sahabatnya Bazilah setelah dia berpindah dari rumah Pangsa Yishun ke Hotel Flamingo.
https://karangan.net/novel-tirani/
Konflik_antara_watak_utama_dan_watak_sampingan
Unsur konflikantara watak utama dan watak sampingan berlaku dan penting dalam novel untuk menjadi jalan cerita lebih menarik. Konflik pertama yang dihadapi oleh watak utama ialah konflik antara Waheeda dengan bapanya .Waheeda ditegur oleh bapanya selepas bapanya mengetahui bahawa Waheeda mahu menjalani pembedahan kosmetik. Bapanya ,menjelaskan bahawa perbuatan itu menyalahi hukum agama dan Waheeda akur dengan teguran bapanya. Namun begitu selepas wajah Waheeda dicakar monyet belanda, waheeda telah mengambil peluang untuk menjalani pembedahan plastik di Singapura . Konflik kedua ialah konflik Waheeda dengan kawan baiknya Bazilah. Bazilah mula cemburu melihat kemesraan Waheeda dengan tunangnya Dr Zahari. Tindakan Waheeda untuk menyelesaikan konflik tersebut ialah Waheeda telah berpindah dari rumah Bazilah dan menetap di Flamingo resort. Konflik ketiga ialah konflik anatara Waheeda dengan Zahid. Konflik ini berlaku apabila Zahid mula meragui kesetiaan Waheeda sebagai isteri yang setia dengan menuduh Waheeda berlaku curang dan bermain kayu tiga dengan lelaki lain sehingga menganggap bahawa zuriat yang dikandung oleh Waheeda itu bukanlah anaknya yang sah.
https://karangan.net/novel-tirani/
Nilai_Kasih_Sayang
Novel yang saya kaji ialah Novel Tirani Karya Beb Sabariah. Nilai Kasih Sayang yang terdapat dalam novel ini ialah kasih sayang seorang ibu terhadap anak. Contohnya, Waheeda sayang kepada anaknya izzati dan telah membesarkan izzati tanpa suami selepas bercerai dengan Zahid. Selain itu Kasih sayang seorang anak terhadap bapanya. Contohnya, Izzati sayang terhadap bapnya Zahid walaupun Zahid tidak menjaganya dan memujuk ibunya Waheeda memaafkan Zahid.
https://karangan.net/novel-tirani/
Peristiwa_Novel_Sejambak_Bakti
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Sinopsis_Novel_Sejambak_Bakti
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Peristiwa_Bab_1
(KERJASAMA / TOLONG MENOLONG)Peristiwa tentang Swee Lan, Saridevi dan Harun selaku ahli lembaga pengarah koperasi sekolah telah bekerjasama mengurus jualan koperasi sekolah mereka dengan dibantu oleh Norlela pembantu kedai koperasi. (TANGGUNGJAWAB / AMANAH)Peristiwa mereka melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik. Walaupun kadang kala didesak dan disindir, namun senyuman mereka sentiasa terukir di bibir. (KEJUJURAN / AMANAH)Peristiwa tentang seorang daripada murid cuba mencuri sebatang pen dan memasukkan pen tersebut ke dalam saku seluarnya tetapi berjaya dihalang oleh Harun.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Peristiwa_Bab_2
(TANGGUNGJAWAB / AMANAH/ BEKERJASAMA)Peristiwa satu Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah telah bersetuju untuk melaksanakan tiga usul/cadangan untuk menambahkan hasil koperasi seterusnya mamajukan koperasi sekolah dengan usul koperasi akan berusaha menternak ayam telur, koperasi akan menjual barang-barang makanan dan keperluan lain selain alat tulis dan koperasi akan menubuhkan sebuah bilik bacaan dan menambah bahan bacaan.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Peristiwa_Bab_3
(KEMAAFAN / BAIK HATI)Pertistiwa Munir berasa tidak berpuas hati, cemburu dan menyimpan dendam terhadap Razali kerana razali dipilih sebagai penolong setiausaha koperasi. (BAIK HATI / HORMAT MENGHORMATI)Peristiwa Munir berasa cemburu melihat perhubungan akrab antara Ramlah dan Razali ketika mereka menjalankan tugas di koperasi sekolah. (TANGGUNGJAWAB / TOLONG MENOLONG / AMANAH)Peristiwa Ramlah membantu razali menyiapkan minit mesyuarat koperasi manakala Swee Lan membantu Cikgu Robeah mengira jumlah wang hasil jualan kedai koperasi pada hari itu.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Peristiwa_Bab_4
(KERAJINAN / AMANAH)Peristiwa Cikgu Zulkifli bersama-sama Razali, Ramlah dan Swee Lan membeli barang-barang yang kurang di koperasi sekolah di kedai Aik Hong kepunyaan bapa Swee Lan. Bapa Swee Lan bersetuju membantu memajukan koperasi sekolah dengan memberikan harga serendah mungkin. (KERJASAMA / TOLONG MENOLONG)Peristiwa Encik Aziz pemilik kedai buku Indera Store juga bersetuju membantu koperasi sekolah dengan memberikan diskaun 20% atas buku dan majalah yang dibeli supaya koperasi lebih maju dan murid-murid boleh berlatih berniaga.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Peristiwa_Bab_5
(HORMAT MENGHORMATI/ KEJUJURAN)Peristiwa Munir, Selvam dan Leong mengajak Ramlah Swee Lan dan Saridevi menonton filem pada petang itu tetapi ditolak dengan baik oleh mereka dengan kerana mereka merancang untuk belajar di rumah Saridevi. (KESOPANAN)Peristiwa Munir cuba memberi sepucuk surat kepada Ramlah tetapi ditolak oleh Ramlah. (KEJUJURAN / HORMAT MENGHORATI)Peristiwa Razali cuba menasihati Munir dengan mengatakan tidak elok mereka bersurat-surat semasa masih belajar.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Peristiwa_Bab_6
(TANGGUNGJAWAB / AMANAH / KERJASAMA)Peristiwa Razali, Cikgu Zulkifli , Cikgu Hassan dan Swee Lan sibuk membersihkan bangsal ternakan ayam telur di hujung kawasan sekolah. (TANGGUNGJAWAB / AMANAH / KERJASAMA)Peristiwa Ramlah, Cikgu Robeah, Rozita, Harun, Selvam dan Leong sibuk membersihkan dan mengemaskan bahan bacaaan di dalam bilik bacaan. (AMANAH)Peristiwa Munir tidak menjalankan tugasnya di koperasi sebaliknya bermain bola di padang. (AMANAH / TANGGUNGJAWAB)Peristiwa Cikgu Zulkifli menasihati Munir supaya menjalankan tugasnya di koperasi sebagai ahli lembaga pengarah dan tidak mengganggu Ramlah.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Peristiwa_Bab_7
(TANGGUNGJAWAB / AMANAH / BAIK HATI)Peristiwa En Mansur, Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi , Bahagian fungsi Sekolah-sekolah melawat kedai koperasi, bilik bacaan koperasi dan bangsal ternakan ayam telur. Beliau memuji kemajuan koperasi sekolah dalam menyediakan kemudahan kepada murid dan usaha meningkatkan keuntungan koperasi sekolah. (HORMAT MENGHORMATI / KERAJINAN)Peristiwa Cikgu Syamsudin, memberitahu bahawa kemajuan koperasi sekolah adalah hasil usaha dan kerjasama guru-guru dan murid-murid. Akhirnya semua tetamu dan pelawat diraikan dalam majlis jamuan. (BAIK HATI / RASIONAL)Peristiwa lawatan Encik Mansur meninggalkan semangat dan dorongan kepada semua ahli lembaga pengarah untuk meneruskan kegiatan memajukan koperasi sekolah.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Peristiwa_Bab_8
(BAIK HATI / HEMAH TINGGI / AMANAH)Peristiwa Cikgu Saiful menegur dan menasihati Munir yang tidak menumpukan perhatian ketka pengajaran mata pelajaran Perdagangan. Munir sibuk mengganggu rakannya yang sedang belajar. Munir juga didenda keluar lewat dari kelas supaya dapat menyiapkan notanya. (BANTU MEMBANTU / BAIK HATI / KERAJINAN)Peristiwa Ramlah dan rakan-rakannya bercadang untuk belajar dan berbincang tentang pelajaran Penyata Wang Tunai di rumah Razali pada petang itu. Hal ini kerana Razali pandai dalam pelajaran itu. Razali bersetuju.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Peristiwa_Bab_9
(HEMAH TINGGI / BAIK HATI)Peristiwa ketika Ramlah dan rakan-rakanya sampai ke rumah Razali, mereka disambut dengan mesra oleh Razali dan ibunya Mak cik Sopiah. Mak cik Sopiah menjemput mereka masuk ke dalam rumah dengan ramah dan mesra. (BAIK HATI / HORMAT MENGHORMATI)Peristiwa Mak Cik Sopiah menghidangkan air dan pisang goreng untuk kawan-kawan Razali yang sedang belajar di pondok di tepi sawah. (BAIK HATI / TOLONG MENOLONG / HEMAH TINGGI / KERAJINAN)Peristiwa Razali menerangkan kaedah membuat Penyata Wang Tunah yang diajarkan oleh Cikgu Syaiful sehingga kawan-kawannya benar-benar faham.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Peristiwa_Bab_10
(AMANAH /TANGGUNGJAWAB)Peristiwa Cikgu Zulkifli agak kecewa dengan masalah disiplin Munir kerana dia merupakan ahli lembaga pengarah koperasi. (RASIONAL / KEADILAN)Peristiwa Munir dipanggil oleh cikgu Muniam ke bilik kerjaya. Cikgu Muniam menasihati Munir supaya mengubah kelakuannya dan menumpukan perhatian kepada pelajaran, belajar bersungguh-sungguh, rajin membuat kerja rumah dan tidak mengganggu kawan-kawan kerana tidak lama lagi Munir akan mengambil peperiksan SPM. Munir membuat pengakuan akan mengubah perangainya.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Peristiwa_Bab_11
(KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL)Peristiwa Munir berdendam dengan Razali kerana menganggap Razali telah melaporkan tingkah laku buruknya kepada Cikgu Muniam. (BAIK HATI / RASIONAL)Peristiwa Munir, Leong dan Selvam juga marah dan cemburu dengan hubungan rapat Razali dengan Ramlah, Swee Lan dan Saridevi. (RASIONAL / KEINSAFAN / KEMAAFAN)Peristiwa Munir, Leong dan Selvam telah bertindak memukul Razali sehingga mlutnya berdarah. (BAIK HATI / TOLONG MENOLONG / HORMAT MENGHORMATI)Peristiwa Ramlah, Saridevi dan Rozita menolong Razali yang dipukul dan membantu mengambil beg dan bukubukunya yang berterabur serta basikalnya yang rebah. (RASIONAL)Peristiwa Razali melarang Ramlah daripada melaporkan peristiwa tersebut kepada Cikgu Zulkifli kerana takut mereka akan lebih berdendam dan takut jika perkara tersebut diketahui oleh bapa tirinya.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Peristiwa_Bab_12
(KASIH SAYANG / KEADILAN / RASIONAL)Peristiwa Mak Sopiah membela Razali Pak cik Zakaria menuduh Razali suka bergaduh. Beliau juga menuduh Razali sombong, angkuh dan selalu ingin menunjuk gagah. Menurut mak cik Sopiah, mereka belum tahu siapa yang salah dan siapa yang benar. Jadi tak adil terus menuduh Razali. Mak cik Sopiah akan mempertahankan Razali daripada cemuhan suaminya biarpun apa-apa yang akan berlaku. (KETAATAN / HEMAH TINGGI)Peristiwa selepas makan tengah hari Razali solat fardu Zuhur. (KERAJINAN)Peristiwa Razali membawa buku-buku ke pondok tengah sawah dan membuat kerja rumah di situ. Dia menumpukan penuh perhatian pada pelajaran kerana pelajaran itu dapat menjamin hidup pada masa depan. (AMANAH / BAIK HATI)Peristiwa Mak cik Sopiah merahsiakan kisah ayah kandung Razali walaupun sering ditanya oleh Razali kerana peristiwa itu merupakan sejarah pahit dalam hidupnya. Razali memeluk emaknya sambil menangis kerana simpati kepada emaknya.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Peristiwa_Bab_13
(TANGGUNGJAWAB / RASIONAL)Peristiwa Cikgu Zulkifli telah membawa Munir, Leong dan Selvam ke bilik tuan pengetua untuk melaporkan kes mereka memukul Razali. (RASIONAL / AMANAH)Peristiwa mereka telah didapati besalah dan dikenakan hukuman rotan dua kali oleh tuan pengetua di bilik pengetua. Jawatan mereka sebagai ahli lembaga pengarah koperasi sekolah juga dilucutkan.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Peristiwa_Bab_14
(KERAJINAN / TANGGUNGJAWAB)Peristiwa Razali telah terpilih untuk mengikuti kursus koperasi bersama-sama wakil koperasi-koperasi sekolah seluruh Malaysia bertempat di bangunan Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya Selangor. (HEMAH TINGGI / BAIK HATI)Peristiwa Ibu Razali iaitu Mak Cik Sopiah dan kawan-kawannya telah menghantar Razali untuk menaiki bas bag menghadiri kursus di Petaling Jaya. (KASIH SAYANG / KETAATAN / KERAJINAN)Peristiwa Cikgu Zulkifli dan ibunya menasihati Razali supaya pandai-pandai membawa diri ketika di tempat orang dan bersungguh-sungguh menuntut ilmu.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Peristiwa_Bab_15
(KERAJINAN)Peristiwa Razali telah mengikuti ceramah dan memperoleh banyak pengetahuan tentang pembangunan koperasi. (KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL / RASIONAL)Peristiwa Razali dan peserta kursus juga dibawa melawat ke Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia dan dibawa melawat ke bandaraya Kuala Lumpur seperti bangunan Dayabumi, Bangunan Tabung Haji, Bangunan UMNO, Muzium Negara dan Tasik Perdana. (HORMAT MENGHORMATI / BAIK HATI)Peristiwa Razali dan seluruh peserta amat terhutang budi kepada Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia kerana memilih mereka untuk mengikuti kursus tersebut.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Peristiwa_Bab_16
(RASIONAL / TANGGUNGJAWAB)Peristiwa dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi, Razali memberi laporan tentang kurusus koperasi yang dihadirinya iaitu peranan koperasi dalam membangunkan ekonomi ahlinya dan ekonomi sesebuah negara. (AMANAH / KERAJINAN)Peristiwa semua ahli lembaga pengarah koperasi juga sebulat suara dan bersepakat bersetuju untuk memauki pertandingan koperasi sekolah anjurn Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA).
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Peristiwa_Bab_17
(KERAJINAN / HEMAH TINGGI)Peristiwa semua ahli lembaga pengarah koperasi sekolah sibuk membuat persediaan untuk pertandingan koperasi sekolah dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat. Mereka bekerja dengan ikhlas tanpa diarah dan dipaksa. (KERAJINAN / RASIONAL)Peristiwa mereka juga bergilir-gilir mengurus projek bangsal ternakan ayam telur, bilik bacaan dan menyusun dan mengemas barang serta menghias kedai koperasi.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Peristiwa_Bab_18
(AMANAH / KEADILAN / RASIONAL)Peristiwa Koperasi Sekolah telah diceroboh oleh satu lembaga hitam. barang-barang jualan berselerakan di lantai dan wang koperasi sebanyak RM200.00 telah hilang. (TANGGUNGJAWAB / KETAATAN)Peristiwa Razali dan rakan-rakannya berasa sedih kerana dua minggu lagi koperasi mereka akan diadili dalam pertandingan koperasi. Kejadian itu telah dilaporkan kepada pihak polis.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Peristiwa_Bab_19
(TANGGUNGJAWAB / RASIONAL / KETAATAN)Peristiwa Razali telah dibawa ke balai polis untuk disoal siasat ditemani cikgu Zulkifli. Peristiwa itu menjadi misteri dan tanda tanya bagaimana pencuri itu boleh masuk ke kedai koperasi sedangkan kunci ada pada Razali dan Cikgu Syamsudin. (BAIK HATI / HEMAH TINGGI)Peristiwa Ramlah dan rakan-rakannya bersimpati dan memujuk Razali supaya bersabar jika dia di pihak yang benar. Mereka semua yakin dan percaya Razali tidak bersalah.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Peristiwa_Bab_20
(RASIONAL / AMANAH / KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL)Peristiwa Pak Zakaria diberitahu oleh Munir bahawa Razali menceroboh kedai koperasi. Perasaan marah dan benci meluap-luap terhadap Razali. Pak Zakaria menghalau Razali keluar dari rumah. (RASIONAL / KASIH SAYANG)Peristiwa Mak cik Sopiah sangat sedih dan mempertahankan anaknya Razali. Beliau percaya Razali tidak melakukan perbuatan buruk itu. Mak cik Sopiah memberitahu pak Zakaria bahawa beliau akan turut pergi dari rumah itu dan mengikut Razali walau ke mana dia pergi.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Peristiwa_Bab_21
(BAIK HATI / KETAATAN / KEINSAFAN)Peristiwa Razali termenung dan bersedih atas tindakah ayahnya yang menuduhnya tanpa bukti dan tergamak menghalaunya dari rumah. (AMANAH / KASIH SAYANG)Peristiwa ketika mak cik Sopiah menemani Razali di pondok tepi sawah, Razali bertanya tentang ayah kandungnya. Mak Cik Sopiah sangat sedih dan tidak mahu Razali bertanya lagi tentang ayah kandungnya. Mak cik Sopiah sangat sayang kepada Razali dan tidak mahu berpisah dengan anaknya itu. Mak cik Sopiah tidak mahu Razali bertanya lagi kerana sejarah hidupnya dengan ayah Razali ialah sejarah hitam bagi beliau. (KASIH SAYANG / HEMAH TINGGI)Peristiwa Razali memeluk ibunya dan berjanji tidak akan bertanya dan menyakiti hati ibunya lagi.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Peristiwa_Bab_22
(RASIONAL / KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL / TANGGUNGJAWAB / KEADILAN)Peristiwa Kedai koperasi diceroboh lagi. Laci meja telah dikopak dan duit koperasi dicuri. Cikgu Zulkifli mengarahkan semua murid diperiksa secara mengejut. Akhirnya Munir berjaya ditangkap kerana menceroboh dan mencuri duit koperasi. (KEADILAN / AMANAH / RASIONAL)Peristiwa Cikgu Khalid telah menemui kunci yang sama dengan kunci koperasi dan wang RM 10 yang bertanda K. Cikgu Zulkifli bijak memerangkap pencuri dengan sengaja meninggalkan wang bertanda huruf ‘K’ sebagai umpan. (KEINSAFAN / KEMAAFAN)Peristiwa Munir mengakui perbuatannya menceroboh koperasi sekolah dan memfitnah Razali kerana cemburu hubungan rapat antara Razali dan Ramlah.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Peristiwa_Bab_23
(RASIONAL / AMANAH)Peristiwa Munir bin Ibrahim telah dikenakan hukuman rotan sebanyak tiga kali di hadapan perhimpunan, digantung sekolah selama seminggu. (KEINSAFAN / KEMAAFAN / RASIONAL / KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL)Peristiwa Munir telah insasf dan meminta maaf kepada Razali dan mereka berpelukan sambil menangis. Razali juga mengangguk-anggukkan kepala tanda memaafkan Munir.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Peristiwa_Bab_24
(KETAATAN)Peristiwa Razali menunaikan solat Asar dan berdoa memohon ampun dan ditunjukkan jalan yang benar. (KEMAAFAN / KEINSAFAN / RASIONAL / KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL)Peristiwa Munir telah datang menemui Razali, Mak Sopiah dan pak Zakaria untuk meminta maaf atas segala kesalahan yang dilakukannya terhadap Razali. (BAIK HATI / TOLONG MENOLONG / TANGGUNGJAWAB)Peristiwa Razali bersetuju membantu Munir untuk belajar bersama-sama di pondok tepi sawah setiap petang kerana SPM semakin dekat. Hal ini kerana Munir digantung persekolahannya dan dia tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran. Munir berasa dirinya menjadi orang Baharu dan mendapat sahabar baharu iaitu Razali. Munir akan memasuki dunia orang berbudi bahasa, bersopan, dan gigih menuntut ilmu.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/
Peristiwa_Bab_25
(RASIONAL / HEMAH TINGGI)Peristiwa Hakim Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah dari ANGKASA telah datang menghakimi koperasi sekolah. Para hakim sangat tertarik melihat usaha koperasi menyumbangkan ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli dan murid sekolah mereka. (KERAJINAN / AMANAH / RASIONAL)Peristiwa Perhimpunan khas diadakan. Tuan Penarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Perlis turut hadir. Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan telah berjaya menjadi johan. Razali telah tampil menerima hadiah berupa piala. Kemenangan itu hasil kerjasama semua ahli lembaga pengarah koperasi. (KEMAAFAN / KEINSAFAN / RASIONAL)Peristiwa Mak cik Sopiah bertemu dengan bekas suaminya Pak Ramli.
https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/