title
stringlengths
5
65
content
stringlengths
0
19.5k
url
stringlengths
32
65
Konflik_Novel_Jendela_Menghadap_Jalan
Konflik dengan diri sendiri Datuk berhasrat untuk tidak lagi mencari akar-akar kayu akibat sindiran nenek namun minatnya tetap dengan perubatan tradisional menyebabkan datuk keliru. Konflik dengan orang lain Datuk berasa terkesan apabila nenek selalu menyindir akan sikapnya yang lebih mengutamakan perubatan tradisional berbanding perubatan moden. Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya Seman yang melakukan keganasan dengan memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq sehingga cedera. Oleh sebab tidak tahan dengan tindakan suaminya yang sering mengecewakan itu Che Jah minta diceraikan. Lili berkonflik terhadap permintaan ibunya supaya dia tinggal di kampung setelah tamat persekolahannya. Namun, Lili tidak gembira dengan permintaan ibunya itu tetapi demi kegembiraan hati ibunya, permintaan ibunya itu dituruti. Cara menyelesaikan konflik yang dihadapi. Konflik dalaman yang dialami oleh Lili yang diminta oleh ibunya supaya menghabiskan cuti persekolahannya di kampung. Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili menurut sahaja cadangan ibunya supaya bercuti di kampung dan berpura-pura gembira walaupun hatinya berat untuk ke sana kerana dia bercadang menghabiskan cuti persekolahan bersama-sama rakannya di Kuala Lumpur.
https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
Teknik_Plot_Novel_Jendela_Menghadap_Jalan
Pemerian Penulis menceritakan keadaan kampung tempat tinggal nenek dan datuk Lili. Penulis menceritakan sebak hati Lili untuk pulang ke kampung nenek dan datuknya kerana tidak bersetuju dengan cadangan ibunya supaya tinggal di kampung selepas tamat persekolahan. Penulis menceritakan sikap Seman iaitu suami Che Jah yang melakukan keganasan rumah tangga dan sering menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah keluarga yang mereka hadapi. Dialog Dialog antara Lili dan datuk tentang ilmu-ilmu agama sebagai menguji pengetahuan Lili terhadap ilmu-ilmu agama. Dialog antara datuk dengan Danel tentang perubatan moden dan tradisional. Danel berbincang dengan datuk secara berhemah menyebabkan datuk tidak tergores hati sedangkan datuk lebih memilih perubatan secara tradisional. Dialog penduduk kampung dengan Sugi tentang penjelasan Sugi bahawa dia tidak terlibat dengan rayuan penjualan tanah kepada orang luar. Dialog antara Lili dengan Kak Hamimah supaya membantu Che Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialaminya sewaktu Kak Hamimah datang berubat dengan datuk. Monolog Datuk bermonolog tentang perubatan tradisional yang sekian lama dipeloporinya di kampung itu. Lili bermonolog dalam perjalanan pulang ke kampung nenek dan datuknya kerana kurang senang dengan permintaan ibunya supaya dia bercuti selepas tamat persekolahan. Imbas kembali Datuk mengimbas kembali terhadap kesilapannya mendidik ibu Lili. Datuk menyesal kerana tidak memberikan pendidikan agama yang secukupnya menyebabkan ibunya kurang mengamalkan ilmu keagamaan. Teknik imbas muka Lili berasa bimbang dan sangat bersimpati akan nasib kedua-dua anak Che Jah, Haziq dan Rafiq. Lili berasa takut dan membuat andaian jika orang kampung terlalu marah, dua beradik itu akan mati dipukul, atau dibunuh oleh ibu bapanya sendiri. Teknik kejutan Peristiwa pemuda Cina yang menyapa dan melemparkan senyuman kepada Lili di perhentian bas, Pekan Sentosa. Pembaca tidak menyangka rupa-rupanya pemuda itu ingin memulangkan buku Lili yang tercicir sewaktu dia turun tergesa-gesa dari bas. Saspens Pembaca saspens tentang orang yang melarikan kubah surau. Semuanya menyangka bahawa kubah surau dilarikan oleh Haziq dan Rafiq sebagaimana penduduk kampung yang mempunyai anggapan yang sama. Pembaca tertanya-tanya tentang nasib Lili setelah disembunyikan oleh Rafiq di dalam pondok. Pembaca tertanya-tanya tentang kehilangan datuk Lili pada suatu malam tanpa sebarang berita.
https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
Watak_Perwatakan_Jendela_Menghadap_Jalan
Watak utama: LiliWatak sampingan: Geetha, Datuk/Haji Abdul Rahman, Danel, nenek/Hajah Aisyah Tan Abdullah, Che Jah, Rafiq, Rashid/Abang Rashid, Puan Hamimah, ibu Lili, dan sebagainya.
https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
Latar_Novel_Jendela_Menghadap_Jalan
https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
Nilai_Novel_Jendela_Menghadap_Jalan
Nilai Jati DiriContoh: Geetha belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam. Nilai TanggungjawabContoh: Danel sanggup mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan Lili yang diculik dan disembunyikan oleh Haziq dan Rafiq demi menunaikan tanggungjawab terhadap rakan yang sedang diancam bahaya. Nilai PrihatinContoh: Lili prihatin terhadap keluarga Che Jah yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh Seman. Dia berusaha untuk membantu Che Jah, Haziq dan Rafiq walaupun ditentang oleh datuk dan neneknya pada permulaan. Nilai KerajinanContoh: Lili dan Geetha rajin membantu nenek memasak di dapur malah Lili juga sering bangun awal untuk membantu nenek menyelesaikan kerja rumah. Nilai ketabahanContoh: Datuk tabah meneruskan pekerjaan dan minatnya sebagai pengamal perubatan tradisional kerana masih ramai penduduk kampung  yang percaya akan perubatan tradisional termasuk ibu Geetha. Walau bagaimanapun, dia agak tersinggung apabila Danel memberhentikan rawatan ayahnya William yang merupakan pesakit datuk untuk beralih kepada rawatan moden. Nilai BijaksanaContoh: Danel bijak menggunakan waktu malam sebagai masa yang sesuai untuk menyelamatkan Lili yang dikurung dan diikat oleh Rafiq dan Haziq. Nilai KerjasamaContoh: Danel, Lili dan Geetha mewakili golongan remaja yang berusaha memainkan peranan menyatupadukan orang kampung yang bertelagah tentang isu pembinaan masjid baharu, mereka bertindak sebagai orang tengah untuk meyakinkan orang kampung kepentingan membina masjid. Nilai KesabaranContoh: Datuk dan nenek Lili begitu sabar ketika menangani kerenah dan provokasi sekumpulan penunjuk perasaan yang datang membuat bantahan di hadapan rumahnya. Nilai KeadilanContoh: Seman yang sering memukul isterinya, Che Jah dan anak-anaknya berjaya ditangkap oleh penduduk kampung dan diserahkan kepada pihak polis untuk didakwa di mahkamah. Nilai Kasih sayangContoh: Ibu Lili mencadangkan Lili menghabiskan cuti persekolahannya di kampung neneknya di Dungun, Terengganu. Lili amatmenyayangi ibu dan bapanya dan tidak membantah cadangan ini. Nilai baik hatiContoh: Danel sering datang ke rumah nenek dan membantu nenek memasak. Apatah lagi Danel menganggap masakan nenek memang sedap. – Datuk menggunakan kepakarannya untuk membantu orang lain dengan memberikan herba dan akar-akar kayu. Usahanya itu Berjaya sebagai cara memberikan alternatif kepada menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden. Nilai KeberanianContoh: Che Jah membuat pengakuan bahawa suaminyalah yang melarikan kubah surau. Selama ini, penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq, namun telahan mereka tersasar. Nilai keyakinanContoh: Keyakinan Datuk terhadap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini merupakan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya iaitu Kak Mimah dan William Ng dan Mak cik Lechutmi. Nilai kegigihanContoh: Datuk gigih mempertahankan perubatan tradisional contohnya beliau sanggup masuk hutan waktu malam ke hutan untuk mencari akar kayu sebagai ramuan perubatan tradisionalnya.
https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
Pengajaran_Novel_Jendela_Menghadap_Jalan
Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang dalam kehidupan.Contoh: Lili amat mengasihi ibu dan bapanya. Dia tidak membantah cadangan ibunya yang mahu menghantarnya bercuti ke kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu walaupun hatinya begitu berat untuk berbuat demikian. Kita hendaklah bersikap jujur dan berterus terangContoh: Che Jah bercerita secara jujur tentang sikap buruk suaminya kepada Kak Mimah dan Nadia yang berusaha untuk menyelesaikan isu kemelut rumah tangganya itu. Kita mestilah bersabar ketika menghadapi cabaran dalam kehidupanContoh: Nenek Lili begitu sabar menangani kerenah dan provokasi sekumpulan penduduk yang datang membuat bantahan di hadapan rumahnya kerana perasaan tidak puas hati mereka tentang pelbagai perkara. Kita mestilah gigih dan tekun ketika mempelajari satu- satu bidangContoh: Lili gigih mempelajari bahasa asing sehingga dia boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dengan fasihnya dan juga tahu berkomunikasi dalam beberapa bahasa asing yang lain, iaitu bahasa Thai, bahasa Jepun, dan bahasa Latin. Kita haruslah taat akan suruhan dan arahan ibu bapaContoh: Lili taat dan akur akan suruhan ibunya yang akan menghantarnya bercuti ke kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu. Kita perlulah prihatin terhadap keperluan orang lainContoh: Lili menawarkan khidmatnya untuk membantu Geetha setelah melihat keadaan Geetha yang kelam-kabut ketika mula-mula duduk bersebelahan tempat duduknya di dalam bas ekspres. Kita perlulah bijak menguasai keadaan cemasContoh: Danel tidak bertindak balas terhadap aksi agresif Rafiq yang menahan Lili dengan sebilah pisau tajam diacukan ke leher Lili demi keselamatan nyawa sahabatnya itu. Kita hendaklah menyelesaikan masalah secara bermusyawarah supaya segala masalah dapat diatasi tanpa menjejaskan hubungan akrab yang telah terbina selama ini.
https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
Sinopsis_Novel_Jendela_Menghadap_Jalan
Pada mulanya Lili berasa berat hati untuk pulang bercuti ke kampung datuk dan nenek kerana mahu memanfaatkan cuti persekolahan terakhir alam persekolahan menengahnya bersama-sama dengan rakan-rakannya. Akan tetapi, demi menjaga hati ibu, Lili akur dan pulang bercuti ke kampung. Semasa dalam perjalanan pulang ke kampung, dia bertemu dengan Geetha dan Danel, dua orang rakan baharu yang menaiki bas yang sama, yang mempunyai destinasi tujuan yang sama. Tanpa disedarinya, kedua-dua teman baharu itu membawanya pergi jauh menelusuri kisah-kisah kehidupan penduduk kampung sepanjang berada di kampung datuk dan neneknya. Sikap datuk yang tidak menjawab pertanyaan Lili berkenaan corak dan binaan jendela serta pintu rumah penduduk di kampung tersebut menyebabkan Lili meneka sendiri-sendiri dan teruja untuk mencari jawapannya. Dia mendapati dirinya mulai tertarik dengan suasana kampung yang amat bertentangan dengan gaya kehidupan masyarakat di bandar. Pekerjaan datuk sebagai pengamal rawatan tradisional telah memanjangkan semula pertemuan antara Lili, Geetha dan Danel. Ini disebabkan ibu Geetha, iaitu Letchumi telah lama menggunakan khidmat datuk Lili untuk merawat penyakit dalam tubuhnya. Begitu juga dengan ayah Danel, iaitu William. Pertemuan semula ini telah membuka lebih banyak peluang buat Lili untuk bertahan lebih lama lagi di kampung datuk dan nenek. Melaui pertemuan semula dengan Danel Lili mengetahui Danel menulis artikel tentang pisang yang terkandung dalam buku Segalanya Tentang Pisang. Kehadiran Lili sejak hari pertama disambut dengan isu memasang kubah surau dan pembinaan masjid, isu itu menarik perhatian Lili dan dia mempunyai pandangannya yang tersendiri tetapi dia tidak berani meluahkannya ekoran sifatnya yang agak pendiam. Disamping itu juga, Lili mendengar dan melihat isu anak-anak Che Jah yang menjadi musuh masyarakat kerana perangai buruk mereka yang terlibat dengan pengambilan najis dadah serta gemar mencuri. Pertemuan semula Lili dengan Geetha serta Danel telah membakar semangat Lili untuk memikirkan setiap satu persoalan yang menjadi masalah besar buat penduduk Kampung Sentosa, namun ia hanya berlegar-legar dalam fikirannya. Setiap kali Lili menyuarakannya kepada nenek, neneknya selalu memintanya agar jangan masuk campur hal-hal orang dewasa. Namun, ia tidak menghalang Lili untuk melontarkan buah fikirannya dan lebih baiknya lagi apabila Geetha dan Danel mempunyai buah fikiran yang serupa. Semasa dalam perjalanan pulang dari pekan, Lili telah diculik oleh Rafik dan Haziq, iaitu dua orang anak lelaki Che Jah. Namun, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel. Lili tidak marah tetapi sebaliknya bersimpati dan memutuskan mahu membantu keluarga Che Jah, yang pada hematnya menjadi mangsa keadaan. Tindakan Lili pada mulanya ditentang oleh datuk dan nenek tetapi lama-kelamaan sikap terbuka Lili ini berjaya mengubah pendirian datuk yang selama ini bersikap tidak ambil peduli dengan keadaan sekeliling. Cuti kali ini amat bermakna kerana pandangannya diterima oleh datuk dan orang dewasa kampung itu, justeru dapat membantu keluarga Che Jah mendapat pengadilan dari segi undang-undang dan menyelesaikah isu pemasangan kubah di surau. Lili, Geetha dan Danel menghabiskan sisa cuti mereka di kampung dengan menikmati suasana matahari terbit. Cuti yang hampir berakhir membuatkan Lili berasa berat untuk pulang kerana dia berasa cutinya di kampung pada kali ini amat bermakna dan menggembirakan ekoran perubahan sikap datuk yang pada mulai bercerita dan meluahkan. Begitu juga dengan neneknya yang mulai bercerita tantang jendela menghadap jalan. Setelah berpisah, Daniel menghantar surat kepada Lili dan menceritakan tentang Geetha dan rencana-rencana tentang pisang yang ditulisnya. SinopsisJendela Menghadap Jalan Bab demi Bab
https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
Gaya_Bahasa_Jendela_Menghadap_Jalan
PersonifikasiContoh: Sehinggalah jam lonceng di tepi katil menjerit dengan kuatnya., … tapi yang pasti aku dapat merasai, jauh di sudut hatiku terpancar nilai- nilai seni yang sengaja dirumitkan, dan tidak tumpah ke pipinya. SimileContoh: kencang, seperti nafas orang diserang asma, aku gerun melihat tangannya yang kecut macam lobak, kedatangannya dengan mesra, tapi bagaikan kaset rosak, dan kampung ini ibarat seekor ular yang sangat berbisa macam ular tedung. MetaforaContoh: perut bas ekspres, garis kebimbangan, dan basikal tua. PeribahasaContoh: minta diri, buah tangan, menjaga tepi kain orang, dan biar lambat asalkan selamat. InversiContoh: Tidak berapa lama kemudian dia pun terlena (Sepatutnya: Dia pun terlena tidak berapa lama kemudian.), Itulah masalahnya, aku tidak faham (Sepatutnya: Aku tidak faham, itulah masalahnya.)
https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
Latihan_Jendela_Menghadap_Jalan
https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
Konflik_Masyarakat_Novel_Jendela_Menghadap_Jalan
Konflik remaja yang terlibat dalam keruntuhan akhlak dan najis dadahPeristiwa anak-anak Che Jah iaitu Rafiq dan Haziq terlibat dengan penagihan dadah dan sering mencuri barang-barang di rumah mereka termasuk barang kemas ibu mereka Che Jah untuk membeli dadah sehingga pernah dimasukkan ke penjara dan pusat tahanan juvana atas kesalahan juvana yang pernah dilakukan sebelum ini. Sikap suami yang melakukan keganasan dalam rumahtangga.Peristiwa Suami Che Jah, Seman yang bersifat panas baran, kaki judi dan pemabuk sering mendera dan menjadikan Che Jah mangsa sepak terajangnya sehingga Che Jah hidup menderita dan mengalami tekanan. Sikap seorang bapa yang kejam dan tidak bertanggungjawabPeristiwa Seman sebagai seorang ayah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan menyebabkan anak-anaknya, Haziq dan Rafiq menjadi nakal serta terlibat dalam penagihan dadah jenis syabu. Seman juga sering memarahi dan memukul anak-anaknya, malah sanggup menuduh anak-anaknya yang mencuri kubah masjid, pada hal dia sendiri yang mencuri kubah berkenaan. Konflik masyarakat yang tidak bersepakat dalam menyelesaikan isu-isu penting di kampung.Peristiwa penduduk Kampung Sentosa tidak sepakat dan bertelagah dalam isu pemasangan kubah iaitu sama ada meletakkan kubah pada bumbung surau yang telah using atau pada bumbung masjid yang belum dibina. Konflik masyarakat yang tidak amanahPeristiwa datuk Lili pernah membantu Seman dengan memintanya melakukan kerja di kebun tetapi hasil kebun tersebut tidak diserahkan kepada datuk Lili sebaliknya telah dijual oleh Seman. Konflik masyarakat yang melakukan jenayahPeristiwa suami Che Jah, Seman telah mencuri kubah baharu di kampung itu dan telah ditangkap serta dibawa ke balai polis oleh penduduk kampung. Konflik masyarakat yang membuat tuduhan tanpa usul periksaPeristiwa sekumpulan pemuda datang dengan marah-marah sambil mengarak sepanduk dan melaungkan “Haji Abdul Rahman pengkhianat bangsa!” di halaman rumah datuk Lili kerana menganggap datuk Lili melindungi penjenayah Hafiq dan Raziq. Konflik dalaman yang dialami oleh Lili yang diminta oleh ibunya supaya menghabiskan cuti persekolahannya di kampung. Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili menurut sahaja cadangan ibunya supaya bercuti di kampung dan berpura-pura gembira walaupun hatinya berat untuk ke sana kerana dia bercadang menghabiskan cuti persekolahan bersama-sama rakannya di Kuala Lumpur.
https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
Watak_Utama_%E2%80%93_Lili
Seorang yang belas kasihLili bersimpati terhadap nasib malang Che Jha yang mempunyai dua orang anak lelaki yang terlibat dalam kes kecurian dan masalah penagihan dadah, di samping suaminya yang bersifat panas baran dan kaki pukul. Seorang yang rajin membacaLili rajin membaca buku panduan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan. Seorang yang taat akan ibu bapa Lili akur cakap orang ibu bapanya walaupun agak keberatan untuk pulang ke kampung datuknya. Seorang yang suka berkawan dan peramahDalam masa yang singkat sahaja Lili telah menjadi kawan rapat Geetha dan Danel. Seorang yang cepat bersimpati dengan orang lainWalaupun dikurung oleh Haziq dan Rafiq tetapi Lili cuba membantu mereka. Seorang yang PrihatinLili meminta bantuan Kak Hamimah supaya mengambil tindakan terhadap suami Che Jah yang melakukan jenayah keganasan rumah tangga. Seorang yang mudah mesraLili mesra dengan Danel dan sama-sama berbincang untuk pembinaan masjid baru di kampungnya itu. Seorang yang bertanggungjawabLili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah. Seorang yang mengenang budiLili mengucapkan terima kasih kepada yang telah memulangkan bukunya yang tercicir sewaktu dia turun dari bas. Dia juga mengucapkan terika kasih kepada Danel yang menyelamatkannya daripada menjadi orang tahanan Rafiq dan Haziq. Ketabahan menghadapi kerenah orang tua– Lili tabah menghadapi kerenah ibunya yang mahu Lili menghabiskan cuti persekolahannya di kampung datuk dan neneknya.– Lili tabah menghadapi kerenah datuk yang tidak mahu menceritakan sejarah jendela menghadap jalan. Ketabahan menghadapi cabaran ketika diculik– Lili tabah berhadapan dengan Rafik dan Haziq yang menculiknya.
https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
Watak_Sampingan_Datuk_Haji_Abdul_Rahman
Seorang yang menghormati tetamuDatuk melayani tetamu yang datang ke rumahnya dengan sopan. Seorang yang penyabarDatuk sabar dengan tuduhan orang kampung yang mengaitkannya dengan pemaju yang ingin membeli tanah orang kampung. Seorang yang bertanggungjawabDatuk membantu sedaya upaya pesakit yang datang berubat dengannya menggunakan kaedah perubatan tradisional yang berasaskan akar-akar kayu dan daun-daun herba. Seorang yang bijakDatuk meminta sekumpulan penduduk kampung yang datang membuat kecoh di halaman rumahnya agar bersurai dan berkumpul semula di balai raya pada jam sepuluh pagi untuk satu mesyuarat khas. Seorang yang penyayangDatuk merasai kehilangan ibu Lili tidak lama menetap di Kampung Sentosa lantaran ibu Lili yang banyak menghabiskan masa mudanya belajar di luar negara dan bekerja di ibu kota.
https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
Watak_Sampingan_Danel
Seorang yang pandai berhujahDanel berhujah dengan berhemah supaya datuk tidak berkecil hati. Seorang yang rajinDanel sering membantu nenek memasak Seorang yang beraniDanel berani membantu menyelamatkan Lili daripada diculik. Seorang yang baik hatiDanel sering membawa buah tangan setiap kali bertandang ke rumah datuk. Seorang yang bijakDanel boleh memasak berbagai-bagai resepi masakan yang berasaskan pisang. Seorang yangberterus-terangDanel berterus-terang kepada Datuk tentang hasrat ahli keluarganya yang ingin beralih kaedah rawatan untuk mengubati penyakit kencing manis bapanya, iaitu daripada kaedah rawatan tradisional kepada kaedah rawatan moden.
https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
Watak_Sampingan_Geetha
Seorang yang peramahGeetha bertanyakan pelbagai soalan kepada Lili sewaktu mereka duduk bersebelahan dalam bas ekspres. Seorang yang rajinGeetha memotong sayur dan menyiang ikan yang diberikan oleh Pak Sahak di dapur nenek. Seorang yang jujurGeetha telah meluahkan hal-hal peribadinya kepada Lili walaupun baru berkenalan dalam tempoh yang singkat Seorang yang beraniGeetha berani mengajak Lili mendaki bukit untuk melihat matahari terbenam. Seorang yang bijaksanaGeetha bijak dalam menuntut ilmu dalam bidang kejuruteraan di Universiti Malaya.
https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
Watak_Sampingan_Nenek_Hajah_Aisyan_Tan_Abdullah
Seorang yang mempercayai pantang larangNenek terbalikkan semua cermin untuk terbalikkan mata kilat. Seorang yang taat akan perintah AllahNenek segera bersolat apabila masuk waktu. Seorang yang penyabarNenek sabar dengan kerenah orang kampung yang menuduh datuk melindungi anak-anak Che Jah. Seorang yang pandai memasak dan masakannya sering dipuji oleh Danel.
https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
Latar_Masa
https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
Latar_tempat_Jendela_Menghadap_Jalan
Di rumah keluarga Lili di Kuala LumpurIbu Lili mengejutkannya daripada tidur untuk mandi dan bersiap-siap kerana Lili akan pulang ke kampung. Di Kampung Sentosa, Dungun, TerengganuTempat tinggal datuk dan nenek Lili. Pekan SentosaBas ekspres dari Kuala Lumpur telah menurunkan Lili di pekan ini sebelum Lili dijemput oleh Rashid untuk ke rumah datuk dan neneknya. Di kedai runcit Letchumi Lili bertemu dengan Geetha buat kali kedua. Di kedai runcit Ah Kwan Lili dan Geetha membeli barang-barang yang dipesan oleh nenek Lili. Daerah Tenom di pedalaman negeri Sabah Petani-petani mengusahakan tanaman untuk kegunaan setempat dan eksport. Di restoran makanan segera di bandar Danel makan dua biji burger dan kentang goreng serta minum segelas besar minuman berkarbonat. Borneo Honeybee Centre Lebih daripada 300 orang usahawan mengusahakan pusat penternakan lebah madu besar-besaran.
https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
Latar_Masyarakat_Jendela_Menghadap_Jalan
Latar masyarakat yang bermasalah istitusi kekeluargaanContoh Peristiwa: Suami Che Jah merupakan seorang yang suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak dan anak-anak serta isterinya seraing menjadi mangsa kekejamannya. Haziq anak Che Jah merupakan pelajar yang pintar tetapi tersalah pergaulan dan menyebabkan dia diberhentikan sekolah. Latar masyarakat yang suka mengambil tahu hal keluarga orang lain.Contoh Peristiwa: Nenek memberitahu bahawa orang kampung suka bermuka-muka, suka mengumpat walaupun melalui jendela. Masyarakat yang prihatin terhadap isu keganasan rumah tangga.Contoh Peristiwa: Lili prihatin dengan masalah yang menimpa keluarga Che Jah atas sikap tidak bertanggungjawab Seman suami Che Jah. Lili meminta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memaklumkan sikap Seman. Masyarakat yang kuat berpegang pada didikan agama.Contoh Peristiwa: Haji Abdul Rahman yang sentiasa menjaga solat fardunya. Dia sering menunaikan solat fardu secara berjemaah sama ada di rumah atau di surau kampung. Masyarakat yang prihatinContoh Peristiwa: Danel prihatin terhadap Lili dengan menyelematkan Lili sewaktu diculik, membawanya ke pekan dan banyak perkara mereka bersependapat dengan Lili. Masyarakat yang buruk sangkaContoh Peristiwa: Penduduk kampung buruk sangka terhadap datuk kerana disangkanya datuk yang mencadangkan penjualan tanah orang kampung kepada pemaju perumahan. Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau memandangkan kisah silam mereka yang memang nakal. Penduduk kampung juga menuduh Sugi merayu penduduk kampung menjual tanah sedangkan Sugi mencadangkan supaya tanah-tanah dimajukan dengan penanaman agripolitan. Masyarakat kampung yang masih percaya kepada perubatan tradisionalContoh Peristiwa: Datuk Lili, iaitu Haji Abdul Rahman merupakan seorang yang pakar dalam perubatan tradisional dengan menggunakan herba. Datuk Lili mengetahui jenis-jenis penawar yang diperlukan bagi setiap penyakit yang dideritai pesakitnya. Masyarakat yang insaf akan kesilapannyaContoh Peristiwa: Haziq dan Rafik akhirnya insaf akan kesilapan mereka terlibat dalam gejala sosial seperti mencuri harta orang kampung dan menagih dadah. Masyarakat yang berfikiran matang dalam tindakanContoh Peristiwa: Danel tidak bertindak balas terhadap aksi agresif Rafiq yang menahan Lili dengan sebilah pisau tajam diacukan ke leher Lili. Sebaliknya, dia bijak menangani detik-detik cemas dengan berfikir secara rasional.
https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
Soalan_tema
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan tema dan contoh peristiwa yang terdapat dalam novel tersebut. Novel yang saya pelajari ialah novel Jendela Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini Matdarin. Tema novel Jendela Menghadap Jalan ialah ketabahan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai ujian dan rintangan sewaktu menghabiskan cuti persekolahan di kampung datuknya. Buktinya, semasa Lili berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di Kuala Lumpur untuk mengadu mengenai masalah yang dihadapinya. Lili berusaha sedaya upaya menempuh dugaan dengan semangat yang kental. Lili tabah menghadapi karenah datuknya Haji Abdul Rahman yang mempertahankan pengamalan perubatan tradisional yang dikatakan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit walaupun disanggah oleh golongan muda.
https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
Soalan_peristiwa_suspens_dan_kejutan
Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang mengandungi unsur suspens dan kejutan di dalam novel ini. Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu Jendela Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini Matdarin, terdapat beberapa peristiwa yang mengandungi unsur suspens dan kejutan di dalam novel ini. Peristiwa yang mengandungi unsur suspens ialah peristiwa kecurian kubah surau. Buktinya, pembaca tertanya-tanya siapakah yang mencuri kubah surau di kampung datuk Lili. Penduduk kampung menuduh Rafiq dan Haziq yang melakukan perbuatan tersebut. Peristiwa yang mengandungi unsur kejutan ialah misteri kehilangan kubah surau terbongkar. Pembaca tidak menyangka bahawa suami Che Jah iaitu Seman yang mencuri kubah surau apabila Che Jah sendiri yang membuat pengakuan kepada penduduk kampung.
https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
Watak_utama
Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan watak utama dan tiga perwatakan. Novel yang saya pelajari ialah novel Jendela Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini Matdarin. Watak utama dalam novel ini ialah Lili. Terdapat banyak perwatakan watak utama dalam novel ini. Perwatakan pertama watak utama ialah Lili seorang yang cekal. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa. Selain itu, perwatakan kedua watak utama ialah Lili seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah. Akhir sekali, Lili juga seorang yang berani. Contohnya, Lili berani mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian matahari terbenam.
https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
Watak_sampingan
Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan watak sampingan dan tiga perwatakan. Novel yang saya pelajari ialah novel Jendela Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini Matdarin. Watak sampingan dalam novel ini ialah Datuk (Haji Abdul Rahman). Terdapat banyak perwatakan watak sampingan dalam novel ini. Datuk merupakan seorang yang pakar tentang perubatan tradisional. Sebagai contohnya, datuk merawat Puan Letchumi dan Kak Mimah dengan menggunakan herba. Datuk juga seorang yang menghargai pemberian orang lain. Sebagai contohnya, datuk risau apabila bekas kemenyan pemberian Puan Letchumi dan tasbih hilang. Selain itu, datuk seorang yang kuat beribadat. Sebagai contohnya, datuk tidak pernah meninggalkan solat dan pandai dalam hal-hal keagamaan.Datuk selalu menguji Lili dalam hal berkaitan agama. Akhirnya, Datuk seorang yang sangat menghargai nilai sejarah. Sebagai contohnya, datuk menceritakan kehebatan rumah-rumah di Kampung Sentosa yang jendelanya menghadap jalan.
https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
Soalan_latar_masyarakat
Huraikan latar masyarakat dalam novel yang anda pelajari. Novel yang saya kaji di tingkatan empat ialah Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Berdasarkan novel ini, pengarang telah menggunakan pelbagai latar masyarakat yang berjaya menarik minat pembaca. Latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut ialah masyarakat kampung. Masyarakat kampung di dalam novel ini ialah masyarakat yang tinggal di Kampung Sentosa. Antara watak yang menggambarkan latar masyarakat kampung ialah Haji Abdul Rahman, Datuk Lili, Abang Rashid, Seman, Che Jah dan ramai lagi. Selain itu, masyarakat yang saling membantu. Contohnya, Geetha dan Danel membantu Lili menyelesaikan masalah kubah surau di Kampung Sentosa .Datuk Lili juga membantu pesakitnya, Puan Letchumi dan Puan Hamimah mendapatkan rawatan menggunakan perubatan tradisional. Lili dan Kak Mimah membantu menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialami oleh keluarga Che Jah. Di samping itu, masyarakat yang ikhlas dalam membantu orang lain. Contohnya, Datuk Lili ikhlas membantu Che Jah dan anak-anaknya walaupun berdepan dengan pelbagai tohmahan daripada segelintir penduduk kampung. Watak Lili juga digambarkan sebagai masyarakat yang ikhlas membantu Che Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah tangganya.
https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
Soalan_peristiwa_yang_tidak_wajar_dicontohi
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tiga peristiwa yang tidak wajar dicontohi. Novel yang saya kaji di tingkatan empat ialah Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Dalam novel ini, terdapat beberapaperistiwa yang tidak wajar dicontohi. Peristiwa suami Cik Jah iaitu Pak Seman sering memukul Cik Jah tidak wajar kita contohi. Dia juga sering berjudi sehingga melupakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Peristiwa yang berkaitan dengan sikap suami Cik Jah tidak wajar dicontohi oleh pembaca. Seterusnya, peristiwa Haziq dan Rafiq yang merupakan anak-anak Che Jah terlibat dengan masalah sosial akibat tersalah memilih kawan tidak wajar kita contohi. Hal ini menyebabkan mereka diberhentikan sekolah. Sikap negatif ini tidak wajar dicontohi pembaca. Selain itu, peristiwa Rafik dan Haziq yang menculik Lili tidak wajar kita contohi. Sikap buruk mereka ini melanggar undang-undang demi kepentingan diri.
https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
Soalan_masalah_kehidupan_dan_cara_mengatasi
Terdapat pelbagai masalah kehidupan yang ditonjolkan dalam novel yang anda pelajari. Berdasarkan dua masalah kehidupan dalam sebuah novel yang anda kaji, berikan cara masalah tersebut dapat diselesaikan. Novel yang saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Banyak masalah kehidupan yang dikemukakan oleh pengarang dalam novel ini. Antara masalah kehidupan yang terdapat dalam novel ini ialah masalah keganasan rumah tangga. Contohnya, Seman, iaitu suami Che Jah merupakan suami dan ayah yang tidak bertanggungjawab. Seman suka berjudi, berhutang, memukul anak dan minum arak. Masalah ini berjaya diselesaikan apabila Che Jah membuat laporan polis dan Seman berjaya ditangkap oleh pihak polis. Seterusnya, masalah kehidupan yang terdapat dalam novel ini ialah masalah sosial yang menimpa remaja. Contohnya, Haziq dan Rafiq merupakan anak­anak Che Jah yang terlibat dengan masalah sosial akibat tersalah memilih kawan. Hal ini menyebabkan mereka diberhentikan sekolah. Namun, masalah Haziq dan Rafiq ini berjaya diselesaikan apabila mereka berdua kembali ke sekolah untuk menduduki peperiksaan PMR.
https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
Peristiwa_Jendela_menghadap_jalan
Dalam sesebuah novel, terdapat peristiwa-peristiwa yang menarik perhatian pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, pilih satu peristiwa yang menarik dan nyatakan sebabnya. Peristiwa mengubati pesakitDatuk Lili merawat Kak Mimah yang menghidap penyakit gout dengan menggunakan tumbuh- tumbuhan herba seperti mas cotek, pegaga, daun sirih, daun belimbing dan sebagainya.Sebab:Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana penggunaan herba dalam perubatan tradisional ini dapat membantu menyembuhkan pesakit yang tidak mahu pergi ke hospital kerana kos rawatan yang tinggi. Peristiwa menyelesaikan masalah kubah surauLili , Geetha, Danel mewakili golongan remaja yang bekerjasama untuk menyelesaikan masalah orang- orang kampung yang kurang bersetuju dengan pembinaan masjid baharu, sebaliknya hanya mahu kubah dipasang di surau yang sudah lama usianya.Sebab:Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana walaupun Geetha dan Danel berlainan bangsa dan agama, mereka sanggup membantu Lili yang beragama Islam untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan surau di Kampung Sentosa. Peristiwa mengenai semangat setiakawan yang tinggiLili telah diculik oleh Rafiq dan Haziq. Hal ini telah menggemparkan seluruh penduduk kampung. Dia telah dilarikan dan disembunyikan di sebuah tempat. Namun begitu, dek rasa tanggungjawab terhadap rakan masih utuh dalam diri Danel, dia telah berusaha untuk menjejaki Lili dan dia akhirnya telah berjaya menyelamatkan Lili daripada dua beradik itu.Sebab:Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana Danel telah menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi dan berusaha menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafiq dan Haziq. Peristiwa anak yang patuh akan ibunyaLili tidak mahu pulang ke kampung ibunya kerana masa cutinya telah diaturkan dengan pelbagai aktiviti bersama rakan-rakannya. Akan tetapi, ibunya berkeras mahu menghantarnya ke kampung dengan alasan yang pelbagai. Akhirnya, Lili akur kerana dia percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan dia perlu patuh akan kehendak ibunya.Sebab:Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana sebagai seorang anak yang patuh akan kata ibunya, Lili sanggup mengetepikan kehendak diri sendiri kerana dia percaya perancangan ibunya pasti mempunyai hikmah. Peristiwa memaafkan kesalahan orangLili memaafkan kesalahan Rafik dan Haziq yang telah menculiknya, walaupun tindakan mereka itu tidak baik.Sebab:Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana kesanggupan Lili memaafkan orang yang pernah menculiknya memberikan pengajaran kepada saya supaya kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain walaupun orang tersebut pernah melakukan perkara yang tidak baik kepada kita. Peristiwa menghargai pemberian orang lainNenek Lili berusaha mencari bekas kemenyan yang hilang. Bekas kemenyan ini diberikan oleh pesakit datuk iaitu Puan Lecthumi. Datuk dan nenek amat menghargai pemberian orang lain,oleh sebab itu nenek tetap erusaha mencarinya sehingga berjaya menemukannya.Sebab:Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana kita mestilah menghargai apa-apa sahaja pemberian orang lain kepada kita supaya dapat memupuk hubungan yang baik sesama kita.
https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
Kepincangan_masyarakat
Jelaskan satu bukti kepincangan masyarakat dalam dua buah novel yang telah anda pelajari. Kepincangan masyarakat yang terlibat dalam gejala sosialSebagai contohnya, Rafik dan Haziq suka mencuri harta benda orang kampung. Selain itu, mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Kepincangan masyarakat yang terlibat dalam masalah perjudianSebagai contohnya, Seman,suami Che Jah seorang kaki judi sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. Kepincangan masyarakat yang bercanggah pendapatSebagai contohnya, penduduk kampung yang mengalami percanggahan pendapat mengenai perletakan kubah di surau ataupun membina masjid yang baru. Kepincangan masyarakat yang tidak bertanggungjawabSebagai contohnya, suami Cik Jah iaitu Pak Seman sering memukul Cik Jah. Dia juga sering berjudi sehingga melupakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Kepincangan masyarakat yang suka memandang serong terhadap kekurangan orang lainSebagai contohnya, Rafiq dan Haziq sering menjadi hinaan dan kutukan masyarakat kampung secara berterusan kerana suka mencuri, menagih dadah dan pecah rumah. Bagi Lili, mereka ialah manusia biasa yang memerlukan bantuan untuk berubah.
https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
Peristiwa_yang_dapat_dijadikan_teladan
Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang dapat dijadikan teladan. Peristiwa membantu mengubati pesakitDatuk Lili menyembuhkan penyakit Puan Letchumi, ibu Geetha dengan menggunakan rawatan tradisional melalui penggunaan herba. Datuk Lili juga merawat Kak Mimah yang menghidap penyakit gout dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan herba seperti mas cotek, pegaga, daun sirih, daun belimbing dan sebagainya. Peristiwa ini dapat diteladani kerana datuk Lili bersedia membantu sesiapa sahaja yang menghidap penyakit dengan perubatan tradisional.
https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
Tema_Novel_Justeru_Impian_Di_Jaring
Tema Novel Justeru Impian Di Jaring ialah ketabahan seorang pemain badminton dalam menghadapi segala dugaan dan rintangan sebelum bergelar juara dunia. Hal ini dibuktikan oleh Syahir yang berlatih bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan badminton Terbuka Johor. Walaupun Syahir gagal dalam pertandingan tersebut namun dia dapat menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa bagi menggantikan tempat Gopinath yang terlibat dalam kemalangan. Walaupun tidak mendapat sokongan daripada penonton tempatan, dia tetap gigih berusaha untuk menewaskan Andri Mirnawan. Akhirnya, Syahir yang begitu tabah dan terus berusaha telah berjaya menewaskan Andri Minarwan di peringkat akhir dan ditabalkan sebagai Juara Kejohanan Badminton Antarabangsa.
https://karangan.net/novel-justeru-impian-di-jaring/
Persoalan_Novel_Justeru_Impian_Di_Jaring
Persoalan berkaitan dengan dunia permainan badmintonContoh Peristiwa: Syahir dan teman-temannya banyak menghabiskan masa di tempat latihan untuk mempersiapkan diri menyertai Terbuka Johor dan Kejohanan Badminton Antarabangsa. Mereka berlatih bersungguhsungguh untuk berjaya dalam kejohanan yang disertai. Persoalan Kasih sayang seorang anak terhadap ibu.Contoh Peristiwa: Syahir amat menyayangi emaknya. Ketika dia ada kelapangan, dia akan pulang ke rumah untuk menemui emaknya yang terletak di Bandar Baru Bangi. Syahir juga berasa amat risau apabila mengenangkan emaknya yang demam sewaktu dia menyertai Terbuka Johor. Begitu juga sebelum ke Jakarta untuk menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa, dia mengunjungi emaknya yang menghidap strok di Hospital Universiti. Seterusnya, Syahir juga sentiasa menghubungi Kak Uda untuk mengetahui keadaan kesihatan emaknya sewaktu di Jakarta. Apabila pulang dari Jakarta, dia segera bertemu emaknya yang masih berada di hospital. Persoalan hormat terhadap orang yang lebih berpengalamanContoh Peristiwa: Syahir amat menghormati jurulatihnya Haji Marzuki. Haji Marzuki menegur kelemahan Syahir yang banyak bermain mengikut mood, lalu memintanya mengawal emosi ketika berada di gelanggang. Syahir menerima teguran dan motivasi daripada Haji Marzuki kerana dia amat menghormati pengalaman yang dimiliki oleh jurulatihnya itu. Persoalan patriotisme terhadap negaraContoh Peristiwa: Syahir berasa serba salah untuk menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta apabila mendapati emaknya diserang strok. Dalam keadaan serba salah dan memikirkan di bahunya ada tanggungjawab terhadap negara, akhirnya dia ke Jakarta. Namun, dia sentiasa menghubungi kakaknya untuk mengetahui keadaan emaknya.
https://karangan.net/novel-justeru-impian-di-jaring/
Latar_tempat_Novel_Justeru_Impian_Di_Jaring
Rumah SyahirPeristiwa Syahir berbual-bual dengan ibu dan kakaknya berkenaan sukan badminton dan ketika itu dia teringat akan ayahnya yang sudah meninggal dunia. Pada peringkat awalnya ayah Syahir tidak menggalakkannya terlibat dalam sukan badminton tetapi lama kelamaan mengizinkannya. Pejabat akhbar Mingguan RiadahPeristiwa Syahir bertemu dengan Ratna, juara program Akademi Impiana bersama tiga orang remaja dari UiTM. Syahir bergambar bersama-sama dengan mereka. Dewan Badminton Tanjung Puteri BahruTempat Kejohanan Badminton Terbuka Johor diadakan bagi acara beregu dan perseorangan. Di sinilah Syahir turut bertanding walaupun dia asyik teringat akan ibunya yang tidak sihat.
https://karangan.net/novel-justeru-impian-di-jaring/
Latar_Masyarakat_Novel_Justeru_Impian_Di_Jaring
Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaanContoh: Syahir berusaha dengan gigih dengan berlatih di bawah bimbingan Haji Marzuki sehingga dia berjaya memenangi kejohanan badminton di Jakarta setelah berjaya menewaskan pemain Indonesia di peringkat akhir. Masyarakat yang berani mengubah masa depanContoh: Syahir amat berani dan tetap hati untuk menjadi juara dalam bidang sukan badminton walaupun pernah dihalang oleh ayahnya satu masa dahulu. Masyarakat yang saling membantuContoh: Wan Najihan memahami masalah Syahir apabila Syahir tewas di tangan Syed Amiri. Dia memberi sokongan moral dengan berharap agar Syahir tidak berputus asa untuk mencuba lagi.
https://karangan.net/novel-justeru-impian-di-jaring/
Latar_Masa_Novel_Justeru_Impian_Di_Jaring
Waktu pagiContoh: Semua pemain kebangsaan menjalani latihan pada pukul 7:30 pagi. Waktu malamContoh: Syahir makan malam bersama-sama dengan Kak Uda dan emaknya. Tengah hariContoh: Syahir dan Wan Najhan makan tengah hari di Restoran 48 Jam. Mereka bertemu dengan adik Wan Najhan,iaitu Wan Najlah. Lima tahun yang laluContoh: Gambar usrah kami tujuh beranak yang diambil semasa hari raya puasa hampir lima tahun yang lalu.
https://karangan.net/novel-justeru-impian-di-jaring/
Nilai_Novel_Justeru_Impian_Di_Jaring
Nilai KesabaranContoh: Syahir selalu bersabar apabila disindir oleh Engku Aiman. Dia juga bersabar dengan kerenah Syed Amiri yang tidak menyukainya. Nilai KegigihanContoh: Syahir dan rakan-rakannya gigih berlatih untuk mengharungi kejohanan Terbuka Johor dan Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta. Kegigihannya menyebabkan dia memenangi kejohanan badminton di Jakarta. Nilai bertanggungjawabContoh: Syahir amat bertanggungjawab terhadap keluarga sehingga dia bimbang akan kesihatan ibunya. Syahir juga bertanggungjawab terhadap negara dan mahu berbakti kepada negara menerusi sukan badminton. Nilai KeberanianContoh: Tindakan Wan Najlah memakai tudung dan seluar panjang semasa berlatih di kem latihan wanita telah membuktikan bahawa dia berani melakukan perubahan untuk menutup aurat seperti yang pernah dikatakan kepada Syahir. Nilai Kasih sayangContoh: Kak Uda sanggup menjaga emak yang menghidap strok dengan mengambil cuti. Nilai SimpatiContoh: Syahir bersimpati terhadap nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, Israel. Nilai KeyakinanContoh: Haji Marzuki telah berjanji kepada pihak PBSM bahawa dia akan meletakkan jawatan sebagai jurulatih sekiranya Syahir gagal menjuarai kejohanan dunia kerana dia yakin Syahir akan berjaya memenanginya. Nilai KetegasanContoh: Syahir tetap dengan pendiriannya untuk menutup aurat semasa bermain badminton walaupun sesetengah pihak tidak bersetuju pada mulanya dan ada yang melabelkan dia sebagai muslim yang konservatif serta ‘kepala batu dari hulu.’
https://karangan.net/novel-justeru-impian-di-jaring/
Pengajaran_Novel_Justeru_Impian_Di_Jaring
Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupanContoh Peristiwa: Syahir tabah menjalani latihan untuk membolehkannya layak ke kejohanan badminton di Jakarta. Walaupun sebelum ini dia pernah gagal, Syahir mencuba lagi di Jakarta sehingga akhirnya beroleh kejayaan Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh anggota keluargaContoh Peristiwa: Syahir prihatin terhadap kesihatan ibunya dan berasa tidak selesa meninggalkan ibunya dalam keadaan sakit. Kita haruslah berusaha untuk mengharumkan nama negaraContoh Peristiwa: Syahir berusaha dengan penuh gigih untuk mengharumkan nama negara. Akhirnya berjaya menewaskan Andre Minarwan dalam kejohanan badminton di Jakarta Kita hendaklah mengingati pesanan yang baik yang disampaikan oleh seseorang. Contoh Peristiwa: Syahir sentiasa mengingati pesanan arwah ayahnya agar memberikan sumbangan kepada bangsa dan negara serta memelihara syariat dalam bersukan. Kita haruslah berani untuk menyatakan pendapat.Contoh Peristiwa: Syahir berani menyatakan pendapatnya bahawa dia tidak bersetuju dengan tindakan pihak PBSM yang tidak menggunakan ranking dunia dalam pemilihan pemain bagi kejohanan dunia di Jakarta. PBSM telah menukarkannya kepada prestasi semasa Kejohanan Terbuka Johor untuk pemilihan mewakili negara. Kita mestilah berpendirian teguh dalam melakukan sesuatu. Contoh Peristiwa: Syahir tetap dengan pendiriannya untuk menutup aurat semasa bermain badminton walaupun sesetengah pihak tidak bersetuju pada mulanya dan ada yang melabelkan dia sebagai muslim yang konservatif serta ‘kepala batu dari hulu.’ Kita hendaklah berfikiran positif terhadap sesuatu perkara. Contoh Peristiwa: Syahir hanya tersenyum dan mengambil positif kritikan Engku Aiman yang mempertikaikan permainannya yang dikatakan agak lembap, kelam-kabut, dan mudah terikut-ikut rentak lawan. Engku Aiman menganggap Syahir tidak mampu melawan pemain dari China. Kita tidak seharusnya memandang rendah terhadap orang lain. Contoh Peristiwa: Engku Aiman dan Syed Amiri telah memandang rendah akan keupayaan Syahir untuk mara ke Kejohanan Badminton Kebangsaan di Jakarta. Kita tidak seharusnya bersikap pilih kasih dalam kehidupan. Contoh Peristiwa: Engku Aiman menganggap Syed Amiri sebagai anak emas dan sentiasa memuji keupayaan pemain itu manakala pemain-pemain badminton yang lain dianggap tidak sehebat Syed Amiri, terutamanya Syahir.
https://karangan.net/novel-justeru-impian-di-jaring/
Watak_dan_Perwatakan_Novel_Justeru_Impian_Di_Jaring
https://karangan.net/novel-justeru-impian-di-jaring/
Plot_Novel_Justeru_Impian_Di_Jaring
https://karangan.net/novel-justeru-impian-di-jaring/
Gaya_Bahasa_Justeru_Impian_Di_Jaring
MetaforaContoh: Tidak semena-mena wajah arwah abah pula yang hadir di layar minda. PeribahasaContoh: datang tidak bersambut, pulang biarlah berhantar; berpeluk tubuh; makan hati; kepala batu. SimileContoh: “Kadang-kadang terasa macam bola, disepak dilambung ke sana ke mari.” SinkopeContoh: “Saya tak sedap hati nak pergi, kak.” PersonifikasiContoh: Ada keresahan mengintai dalam nubari. HiperbolaContoh: Peluang kini terbuka luas untuk saya mematikan bulu tangkis dengan smash tajam membunuh ke lantai kejat gelanggangnya.
https://karangan.net/novel-justeru-impian-di-jaring/
Sinopsis_Novel_Justeru_Impian_Di_Jaring
Novel Justeru Impian di Jaring mengisahkan perjalanan hidup seorang pemain badminton skuad kebangsaan bernama Syahir. Dia merupakan pemain yang bercita- cita tinggi dan dapat mewakili negara dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta. Namun, dia menghadapi rintangan untuk merealisasikan matlamatnya itu apabila pihak Persatuan Bulu Tangkis Se-Malaysia (PBSM) telah membuat keputusan mengejut, iaitu semua pemain perlu menyertai Kejohanan Terbuka Johor sebelum layak mewakili negara ke Jakarta. Hal ini bertentangan dengan peraturan sedia ada sebelum ini, iaitu pemain yang mewakili negara akan ditentukan berdasarkan ranking dunia. Oleh itu, para pemain akan bersaing sesama sendiri bagi melayakkan diri ke Jakarta nanti. Keputusan pihak PBSM ini bertentangan dengan kenyataan Engku Aiman dalam laporan akhbar perdana pada minggu lepas. Beliau tidak mahu peristiwa di Birmingham dan di Tokyo berulang sekali lagi. Haji Marzuki dan Mas Suparman adalah antara jurulatih yang banyak terlibat dalam melatih para pemain skuad kebangsaan. Haji Marzuki banyak memahami masalah yang terpaksa dihadapi oleh Syahir. Jurulatih ini telah banyak memberikan kata-kata perangsang kepada Syahir agar dia terus bersemangat untuk berlatih dan berjaya mewakili negara. Walaupun Haji Marzuki tidak bersetuju dengan keputusan pihak PBSM yang mengamalkan sikap pilih kasih, tetapi dia masih yakin para pemainnya seperti Syahir, Bernard, Gopinath, Kam Heng, dan Wan Najlan dapat menerima hakikat tersebut dengan tenang, rasional, dan tidak mengambil keputusan yang terburu-buru. Syed Amiri merupakan rakan Syahir dalam skuad kebangsaan yang sering menyindir Syahir dengan gelaran ‘ustaz selebriti’. Panggilan itu kurang disenangi oleh Syahir tetapi dia tetap tabah menerima hakikat tersebut. Pada masa yang sama, Syed Amiri sering memandang rendah terhadap keupayaan Syahir untuk melayakkan diri ke Jakarta. Mujurlah Haji Marzuki selalu menenangkan Syahir agar sentiasa berpandangan positif kerana dia yakin Syahir memiliki kelebihan yang jarang-jarang dimiliki oleh pemain lain. Tindakan Engku Aiman mengungkit kekalahannya kepada pemain China suatu masa dahulu di hadapan teman-teman selatihan dan pengurus pasukan negara, Dr. Asyraf terang-terangan menzahirkan sikapnya yang sebenar terhadap Syahir. Engku Aiman kerap memuji Syed Amiri yang disifatkan paling meningkat kebelakangan itu berbanding dengan pemain-pemain lain. Semasa pulang ke rumahnya di Bandar Baru Bangi, Syahir sempat menemani emaknya ke pasar malam untuk membeli juadah berbuka puasa. Pada malam itu, keadaan menjadi cemas apabila Syahir mendapati emaknya terbaring lemah dalam keadaan masih bertelekung di atas katil. Pemergian Syahir ke Johor penuh dengan cabaran. Dia sentiasa terfikir akan kesihatan emaknya, namun mujur ada Kak Uda yang memberikan jaminan bahawa emaknya cuma lemah sedikit dan tidak perlu dirisaukan. Haji Marzuki pula tidak dapat bersama-sama pergi ke Johor kerana belum pulih daripada demam selesema. Pada masa itu juga Syahir telah dikejutkan dengan tersiarnya gambar dia bersama- sama dengan Ratna yang dikatakan ada hubungan istimewa dengannya. Syahir terkejut kerana pada masa itu, mereka bergambar beramai-ramai dan bukannya berdua. Pada peringkat suku akhir, Syahir telah bertemu dengan Syed Amiri. Pada masa itu, dia mendapat tentangan yang cukup hebat daripada Syed Amiri di samping sorakan penyokong Syed Amiri yang hebat kerana Syed Amiri ialah pemain dari negeri itu. Dalam perlawanan itu, beberapa keputusan pengadil perlawanan lebih berpihak kepada Syed Amiri menyebabkan Syahir berasa tertekan dan tidak boleh mengawal permainannya. Akhirnya, Syahir tewas di tangan Syed Amiri dan dia gagal mewakili negara ke Jakarta. Syahir dibenarkan pulang ke rumah. Emaknya meminta dia menemaninya untuk pergi ke rumah Mak Usu Sapiah di Seremban. Semasa di Seremban, Haji Marzuki menelefon Syahir lalu mengatakan bahawa Gopinath terlibat dalam kemalangan dan mengarahkan Syahir segera kembali ke kem latihan. Syahir dipilih untuk menggantikan Gopinath untuk bersaing di Jakarta. Syed Amiri menyindir Syahir dengan mengatakan bahawa Syahir perlu sujud syukur kerana dapat mewakili negara. Sebelum pergi ke Jakarta, sekali lagi Syahir berhadapan dengan dugaan apabila, dia telah menerima berita tentang emaknya yang terlantar di hospital kerana menghidap strok. Hatinya berbelah bahagi sama ada hendak meneruskan hasrat ke Jakarta ataupun menjaga emaknya yang sakit. Pada masa yang sama, sakit pada bahagian perutnya semakin kerap terasa. Syahir melakukan solat hajat dan solat istikharah agar diberi petunjuk dalam membuat keputusan pada detik- detik getir itu. Kak Uda memberitahu bahawa emaknya sudah beransur pulih dan menasihatinya agar pergi ke Jakarta. Sebelum berangkat, Syahir sempat singgah di hospital untuk menjenguk emaknya. Di Jakarta, Syahir dapat mengharungi cabaran pada peringkat awal apabila berjaya mengalahkan pemain dari Korea Selatan, iaitu Kim Joo Hyun. Seterusnya, dia menewaskan pemain muda dari China, Xiang Yimou. Menjelang tengah hari semua pemain diwajibkan menjalani ujian air kencing yang diadakan secara tiba-tiba. Pada peringkat ketiga, Syahir juga berjaya menundukkan Eddy Heryanto, pilihan ketiga belas yang juga pemain tuan rumah. Akhirnya, Syahir berjaya mara ke peringkat akhir setelah berjaya menumpaskan pemain dari China. Syed Amiri yang dicanangkan sebagai juara itu telah kecundang pada peringkat separuh akhir. Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba apabila Syahir berjaya melangkah ke peringkat akhir dan dijadualkan bertemu dengan pemain tuan rumah, iaitu Andri Mirnawan. Haji Marzuki dan Mas Suparman mempunyai perancangan tersendiri kerana mengakui memang sukar untuk menumpaskan pemain tuan rumah tersebut. Akhirnya, Syahir berjaya menundukkan Andri Mirnawan. Semasa majlis penyampaian hadiah, Syahir hampir rebah lalu dikejarkan ke hospital. Dia telah disahkan menghidap radang apendiks dan dibedah di sana. Setelah pulang ke Malaysia, Syahir ke hospital untuk menemui emaknya. Kini, dia telah bergelar juara dunia dan berazam untuk mewakili negara ke Sukan Olimpik.
https://karangan.net/novel-justeru-impian-di-jaring/
Latihan_Novel_Justeru_Impian_Di_Jaring
Jelaskan tiga perwatakan watak utama yang menerajui jalan cerita novel yang anda kaji. Novel yang saya kaji ialah novel Justeru Impian di Jaring. Watak utama dalam novel ini ialah Syahir. Syahir merupakan seorang yang prihatin. Contohnya, Syahir prihatin akan Azmie, iaitu wartawan sukan yang tiada tempat tinggal dan mengajak Azmie duduk sebilik dengannya. Selain itu, Syahir juga merupakan seorang yang berfikiran positif. Syahir sentiasa berfikiran positif terhadap teguran yang diterimanya daripada Engku Aiman. Antara lain, Syahir merupakan seorang yang berpendirian teguh. Syahir tetap mahu menjadi seorang ahli sukan walaupun mendapat tentangan hebat daripada ayahnya. Huraikan 3 persoalan bagi novel yang anda kaji. Berdasarkan novel yang saya kaji semasa di Tingkatan 3, novel Justeru Impian Di Jaring karya Zaid Akhtar, terdapat beberapa persoalan yang dapat saya pelajari. Persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah persoalan kasih sayang seorang anak terhadap ibu. Contohnya, Syahir kerap pulang ke rumah keluarganya di Bandar Baru Bangi apabila tiada latihan badminton. Dia juga sanggup menemani emaknya ke Seremban untuk pergi ke rumah Mak Usu Sapiah. Sebelum berangkat ke Jakarta, Syahir sempat melawat ibunya yang terlantar sakit di hospital untuk meminta restu. Selain itu, persoalan tentang kesabaran dalam menghadapi cabaran. Contohnya, Haji Marzuki sabar mengharungi cabaran semasa bertugas dengan PBSM. Komitmennya dalam melatih barisan pemain perseorangan negara tetap berada pada tahap maksimum. Sebagai contoh, Haji Marzuki sanggup mempertaruhkan jawatannya sebagai jurulatih untuk memastikan Syahir layak ke Jakarta dengan syarat, Syahir akan berjaya menjadi juara. Akhir sekali, pendirian yang teguh dalam melakukan sesuatu. Contohnya, Syahir tetap dengan pendiriannya untuk berpakaian menutup aurat semasa bermain badminton. Walaupun dia menerima kritikan daripada sesetengah pihak yang melabelkannya sebagai muslim konservatif dan ‘kepala batu dari hulu’. Namun Syahir tetap berpegang pada prinsipnya itu. Persoalan merupakan elemen penting dalam sesebuah karya sastera. Nyatakan contoh peristiwa yang terlibat dengan “Persoalan Ketabahan menghadapi dugaan” dan “Persoalan Kepentingan ilmu dalam kehidupan“ yang terkandung dalam sebuah daripada novel di atas. Novel yang saya kajisemasa tingkatan 3 ialah novel Justeru impian di Jaring. Contoh peristiwa berkaitan dengan persoalan ketabahan menghadapi dugaan ialah Syahir tabah menempuh pelbagai dugaan termasuk emaknya yang sakit dan dimasukkan ke hospital sebelum dia berangkat ke Jakarta untuk bertanding dalam kejohanan dunia. Sementara itu, contoh peristiwa bagi persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan pula dapat dilihat menerusi peristiwa Syahir memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Walaupun Syahir bergiat aktif dalam bidang sukan, Syahir tidak sekali-kali mengabaikan pelajarannya. Huraikan perwatakan Engku Aiman sebagai seorang antagonis. Berdasarkan novel yang telah saya kaji semasa di tingkatan 3 iaitu novel Justeru Impian Di Jaring karya Zaid Akhtar, terdapat tiga contoh peristiwa yang membuktikan Engku Aiman sebagai seorang antagonis. Antara sikap antagonis yang dipamerkan oleh Engku Aiman ialah sikap pilih kasih. Contohnya, beliau sering mencemuh Syahir dan memuji-muji Syed Amiri yang dianggap sebagai anak emas. Syed Amiri, anak didiknya sering dijulang sebagai pemain yang paling meningkat pretasinya kebelakangan ini berbanding dengan pemain-pemain lain. Beliau juga hanya memberikan kata nasihat dan bimbingan kepada Syed Amiri walhal Syahir juga merupakan atlet Skuad Malaysia yang berada di bawah pemantauannya. Selain itu, Engku Aiman juga seorang yang memandang rendah akan keupayaan orang lain. Misalnya, beliau mengatakan bahawa Syahir seorang pemain yang lembab, kelam-kabut, mudah terikut-ikut dan sebagainya. Engku Aiman menyindir Syahir bahawa ranking dunia tidak menjamin prestasi pada kejohanan Piala Liga dan Piala Antarabangsa dahulu. Tindakan Engku Aiman mengukit-ungkit kekalahan Syahir kepada pemain China suatu masa dahulu menzahirkan sikapnya yang sebenar terhadap Syahir. Akhir sekali, Engku Aiman juga merupakan seorang yang mengambil kesempatan. Dengan ketidakhadiran Haji Marzuki ke sesi latihan, hal ini membuka peluang Engku Aiman untuk menyindir Syahir. Engku Aiman mengkritik permainan Syahir dengan kata-kata yang menyakitkan hati Syahir. Namun begitu, Syahir masih dapat bersabar. Engku Aiman sengaja memalukan dan melemahkan diri Syahir di hadapan Doktor Asyraf. Engku Aiman sering memuji Syed Amiri menyebabkan hatinya bertambah sakit sedangkan sebelum ini Engku Aiman tidak bersikap sedemikian semasa berada bersama Haji Marzuki. Huraikan tiga Latar masyarakat yang terdapat dalam novel. Novel yang saya kaji semasa di tingkatan 3 iaitu novel Justeru Impian Di Jaring karya Zaid Akhtar. Terdapat beberapa latar masyarkat yang boleh didapati dalam novel ini. Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang sentiasa ingat akan pesanan. Contohnya, Syahir sentiasa mengingati pesanan arwah ayahnya agar memberikan sumbangan kepada bangsa dan negara. Selain itu, arwah ayahnya juga berpesan agar Syahir sentiasa memelihara syariat Islam dalam bersukan. Oleh hal yang demikian, Syahir merupakan satu-satunya pemain lelaki yang menutup aurat di gelanggang sehingga kini. Latar masyarakat novelJusteru Impian Di Jaring yang seterusnya ialah masyarakat yang bersikap pilih kasih. Sebagai contoh, Engku Aiman sering menyebelahi Syed Amiri yang dianggap sebagai anak emas dalam apa-apa jua tindakan. Hal ini juga jelas memaparkan bahawa Engku Aiman bersikap pilih kasih kerana beliau sering mengkritik Syahir semasa Syahir sedang berlatih. Latar masyarakat yang terakhir ialah masyarakat yang tidak mudah berputus asa. Misalnya, Syahir tetap meneruskan latihan rutin sebagai pemain badminton walaupun telah tersingkir daripada senarai nama skuad kebangsaan yang akan menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta. Selain itu, Syahir juga tabah meneruskan latihan walaupun sering diejek dan disindir oleh Syed Amiri. Jelaskan latar masyarakat di bawah berserta dengan contoh peristiwa yang berkaitan.– “Masyarakat yang gigih berusaha.”– “Masyarakat yang sanggup berkorban.” Novel yang saya kaji semasa tingkatan 3 ialah novel Justeru Impian di Jaring. Contoh peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat yang gigih berusaha ialah Syahir gigih berusaha untuk memajukan dirinya dalam permainan badminton terutama pada peringkat dunia. Sementara itu, contoh peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat yang sanggup berkorban pula ialah Syahir sanggup berkorban dengan menangguhkan pengajiannya di UPM kerana bercita-cita untuk menjadi juara badminton dunia. Kekuatan penceritaan dalam sesebuah novel berkait rapat dengan binaan plot. Berdasarkan novel yang anda kaji, bincangkan puncak penceritaan yang telah pelajari. Novel yang saya kaji ialah novel Justeru Impian di Jaring karya Zaid Akhtar. Puncak bagi novel ini ialah Syahir berjaya melangkah ke peringkat akhir Kejohanan Badminton Dunia dan bertemu dengan Andri Mirnawan, iaitu jaguh tuan rumah. Syahir menerima tentangan yang hebat daripada Andri Mirnawan. Tentangan yang hebat menyebabkan Syahir mengubah corak permainan sambil berzikir kepada Tuhan. Syahir berusaha gigih mempamerkan permainan yang bermutu dan mematuhi isyarat daripada jurulatihnya. Akhirnya, Syahir muncul sebagai juara. Syahir juga telah melakukan sujud syukur di tengah gelanggang. Terdapat peristiwa dalam novel yang memberikan teladan kepada pembaca. Berdasarkan beberapa peristiwa daripada novel yang anda baca, jelaskan teladan yang telah peroleh. Novel yang saya kaji ialah novel Justeru Impian di Jaring. Terdapat beberapa peristiwa yang memberikan teladan dalam novel ini. Antaranya termasuklah Haji Marzuki berani berhadapan dengan pihak atasan dan meminta mereka mendengar cakapnya. Peristiwa ini memberikan teladan kepada kita, iaitu kita haruslah berani dalam menyuarakan sesuatu pendapat. Haji Marzuki bijak menyusun strategi bagi memastikan kemenangan pemain yang dilatihnya. Peristiwa ini memberikan teladan kepada kita, iaitu kita haruslah bijak mengatur strategi demi meraih kejayaan. Seterusnya, Syahir sanggup menangguhkan pengajiannya demi mencapai cita-citanya untuk menjadi juara dunia. Peristiwa ini memberikan teladan kepada kita, iaitu kita mestilah sanggup berkorban demi meraih kejayaan. Nyatakan nilai murni novel dengan contoh peristiwa. Novel yang saya kaji ialah novel Justeru Impian di Jaring. Terdapat beberapa nilai yang dikemukakan oleh penulis dalam novel ini. Nilai yang pertama ialah kasih sayang. Contohnya, Syahir yang sangat sayang akan emaknya telah membatalkan penerbangan awal pagi bersama teman-temannya ke Johor Bahru kerana kesihatan emaknya terganggu. Nilai seterusnya ialah bantu-membantu. Contohnya, kakak Syahir, iaitu Syahrizah sering membantu Syahir untuk menenangkan sesuatu keadaan. Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan tiga perwatakan watak sampingan yang berkaitan. Novel yang saya kaji ialah novel Justeru Impian di Jaring. Watak sampingan dalam novel ini ialah Haji Marzuki. Antara perwatakan Haji Marzuki ialah seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, Haji Marzuki bertanggungjawab dalam memberikan nasihat dan motivasi kepada para pemainnya sebelum berakhirnya sesi latihan pagi. Selain itu, Haji Marzuki merupakan seorang yang sabar. Contohnya, Haji Marzuki tetap sabar berhadapan dengan cabaran walaupun dia pernah disingkirkan dengan penuh kontroversi daripada jawatan ketua jurulatih kebangsaan awal tahun lepas. Selain itu, Haji Marzuki juga seorang yang bijak mengatur strategi. Misalnya, Haji Marzuki bijak mengatur strategi demi memastikan pemainnya beroleh kemenangan. Berdasarkan novel di atas, jelaskan latar tempat yang berkaitan. Novel yang saya kaji ialah novel Justeru Impian di Jaring. Antara latar tempat yang terdapat dalam novel ini adalah di Dewan Badminton Tanjung Puteri Utama. Contohnya, Kejohanan Badminton Terbuka Johor berlangsung di Dewan Badminton Tanjung Puteri Utama. Latar kedua adalah di Hospital Kuala Lumpur. Misalnya, Syahir melawat Gopinath yang ditimpa kemalangan di Hospital Kuala Lumpur. Latar ketiga pula adalah di Istora Senayan. Sebagai contoh, Kejohanan Badminton Dunia berlangsung di Istora Senayan. Huraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh watak utama sehingga dia mencapai kejayaan. Berdasarkan novel Justeru Impian di Jaring yang telah ditulis oleh Zaid Akhtar, banyak cabaran yang dihadapi oleh watak utama novel ini yakni Syahir sehingga dia mampu mencapai kejayaan yang membanggakan. Antara cabaran yang dihadapinya adalah Syahir selalu menerima prasangka daripada masyarakat. Dia hanya bersabar dan bercekal hati menerima segala cacian tersebut. Contohnya, ada segelintir masyarakat yang menggelarkan “kepala batu dari hulu” dan memanggilnya dengan gelaran “ustaz” dan “syeikh” walaupun dia tidak suka akan panggilan tersebut. Dia hanya mampu bersabar dan menganggap semua itu hanyalah rintangan untuknya yakni sebagai satu-satunya pemain badminton yang memakai seluar ketat panjang dengan tujuan untuk menutup aurat. Selain itu, Syahir menerima cabaran hebat daripada ahli keluarganya. Arwah ayah Syahir tidak membenarkan Syahir bergiat aktif dalam sukan badminton. Namun begitu, Syahir telah mengubah pendirian arwah ayahnya dengan membuktikan kejayaan dalam bidang akademik. Akhirnya, arwah ayahnya membenarkan Syahir melibatkan diri dalam sukan tersebut dengan syarat menjaga syariat Islam ketika bermain. Akhir sekali, cabaran yang ditempuhi oleh Syahir adalah dia perlu menelan kata-kata Engku Aiman yang menyakitkan hatinya. Engku Aiman sering memuji-muji Syed Amiri kerana pretasinya yang kian meningkat manakala dia selalu memandang rendah keupayaan Syahir walaupun Syahir juga merupakan atlet di bawah bimbingannya. Dia sering membangkitkan isu kekalahan Syahir dengan pemain China suatu ketika dahulu. Perkara ini menunjukkan sikap sebenar Engku Aiman terhadap Syahir. Akan tetapi, Syahir tetap tabah menghadapi segala kata-kata kesat yang dilemparkan padanya tanpa menyimpan dendam. Nota Komsas tingkatan 1 hingga 5
https://karangan.net/novel-justeru-impian-di-jaring/
Watak_Utama_Syahir
Berdasarkan novel yang telah saya kaji semasa di tingkatan 3 iaitu novel Justeru Impian Di Jaring yang dikarang oleh Zaid Akhtar, terdapat beberapa perwatakan yang ditonjolkan oleh watak utama iaitu Syahir. Antara perwatakan Syahir yang amat saya kagumi ialah dia merupakan seorang yang penyabar. Sebagai contoh, tindakan Syed Amiri yang mengejeknya sebagai ‘Ustaz selebriti’ dan mempertikaikan kemampuannya untuk menyertai kejohanan antarabangsa di Jakarta telah dihadapinya dengan hati yang sabar. Peristiwa ini jelas membuktikan bahawa Syahir merupakan seorang yang penyabar. Di samping itu, perwatakan yang ditunjukkan oleh Syahir ialah dia merupakan seorang yang penyayang. Dalam novel ini, sifat penyayang Syahir jelas terbukti apabila dia pulang ke Bandar Baru Bangi semata-mata untuk menjenguk emaknya walaupun tempat kediamannya terletak agak jauh. Syahir juga melawat emaknya yang menghidap penyakit strok di hospital sebelum dia berangkat ke Jakarta. Peristiwa ini dapat membuktikan sifat penyayang dalam diri Syahir. Akhir sekali, Syahir juga merupakan seorang yang taat akan pesanan. Sebagai tamsilan, Syahir sentiasa ingat akan pesanan arwah ayahnya yang mengharapkan agar Syahir mengharumkan nama negara, memberikan sumbangan kepada bangsa dan negara, serta memelihara syariat Islam dalam sukan. Izharlah, Syahir merupakan seorang yang taat akan pesanan.
https://karangan.net/novel-justeru-impian-di-jaring/
Watak_Sampingan_Haji_Marzuki
Seorang yang bertanggungjawab.Buktinya, sebagai jurulatih badminton yang berpengalaman dan bertaraf dunia, Haji Marzuki bertanggungjawab terhadap mutu permainan pemainpemain yang dilatihnya seperti Syahir, Bernard dan Kam Heng. Seorang yang berkeyakinan tinggiHj Marzuki begitu yakin bahawa Syahir mampu membawa kejayaan dalam sukan badminton dengan memilihnya menggantikan tempat Gopinath yang tidak boleh menyertai kejohanan di Indonesia. Seorang yang bijak bermain psikologi Hj Marzuki memberitahu Syahir bahawa dia akan berhenti menjadi jurulatih sekiranya Syahir gagal di Indonesia
https://karangan.net/novel-justeru-impian-di-jaring/
Binaan_Plot
Permulaan NovelJusteru Impian Di Jaring bermula dengan perbualan antaraSyahir danAzmie. Syahir merupakan salah seorang pemain badminton skuad kebangsaan. Dia ditemu ramah oleh rakan baiknya, iaitu Azmie.Perbualan mereka agak lama hingga menyebabkanSyahir lewat masuk ke dalam dewan untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh ketua jurulatih, iaitu Engku Aiman. Syahir diberitahu bahawa mereka terpaksa menyertai Kejohanan Terbuka Johor. Peraturan dan kehendak Persatuan Bulu Tangkis Se-Malaysia (PBSM) mewajibkan mereka menyertai kejohanan tersebut terlebih dahulu untuk menentukan sama ada mereka layak mewakili negara ke Jakarta atau tidak. Perkembangan Syahir sebagai seorang pemain badminton menjalani kehidupan yang penuh liku dan cabaran sebelum layak ke Jakarta. Berita kurang menyenangkan daripada pihak PBSM telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemain, terutamanya Syahir. Hal ini demikian kerana, mereka terpaksa bersaing sesama sendiri. Dalam peraturan baru itu, Engku Aiman mengatakan bahawa ranking dunia tidak akan menjamin prestasi semasa. Perumitan/Konflik Haji Marzuki dan Mas Suparman terpaksa akur dengan keputusan PBSM dan terus melatih pemain skuad kebangsaan, terutamanya Syahir dan Bernard yang dikatakan memiliki potensi dalam permainan. Syahir sering menjadi bahan sindiran dan ejekan oleh Syed Amiri dan Engku Aiman tidak menyukainya. Pada suatu hari, Syahir pergi ke pejabat rakan baiknya, Azmie di Taman Shamelin Perkasa. Di sana, dia didatangi oleh empat orang gadis dan Ratna, iaitu juara program Akademi Impiana untuk bergambar bersama-sama. Pada mulanya dia menolak, tetapi Syahir terpaksa akur apabila diberi alasan untuk bergambar beramai-ramai. Kesan daripada peristiwa itu, Syahir digosipkan bercinta dengan Ratna apabila gambar mereka berdua tersiar dalam akhbar. Perjalanan Syahir untuk mewakili negara ke Jakarta semakin rumit apabila dia berhadapan dengan masalah emaknya yang sakit sebelum dia ke Johor. Semasa Kejohanan Terbuka Johor, Syahir telah ditewaskan oleh Syed Amiri menyebabkan harapannya untuk menyertai Kejohanan Dunia di Jakarta tidak kesampaian. Klimaks Syahir dikehendaki menggantikan Gopinath ke Jakarta kerana rakannya itu terlibat dalam kemalangan jalan raya. Walaupun dia terpaksa menghadapi rintangan apabila diberitahu bahawa emaknya menghidap strok, Syahir tabah melangkahkan kaki ke Jakarta bagi memikul harapan jurulatih dan negara. Syahir yang berjaya ke peringkat akhir akan bertemu dengan Andri Mirnawan, iaitu wakil tuan rumah. Akhirnya, Syahir berjaya menundukkan wakil Indonesia itu walaupun menghadapi kesukaran seperti keputusan pengadil yang berat sebelah, sokongan padu daripada para penyokong Andri, dan kesakitan pada bahagian perut yang dialaminya. Peleraian Syahir hampir rebah semasa majlis penyampaian hadiah dan segera dikejarkan ke hospital. Syahir telah disahkan menghidap Apendisitis atau radang apendiks dan telah dibedah di Jakarta sebelum dibawa pulang ke Malaysia. Syahir amat bersyukur dan menganggap bahawa kemenangan itu adalah untuk bangsa, agama, dan negara. Sebaik-baik tiba di Malaysia, Syahir melawat emaknya di hospital dan menyerahkan pingat yang dimenanginya kepada emaknya. Azam Syahir yang seterusnya ialah mewakili negara ke Sukan Olimpik pula.
https://karangan.net/novel-justeru-impian-di-jaring/
Teknik_Plot_Justeru_Impian_Di_Jaring
Dialog Perbualan antara Syahir dengan Azmie. Syahir meminta rakan baiknya itu agar tidak menulis perkara yang tidak sepatutnya dalam Mingguan Riadah itu nanti. Monolog Syahir bermonolog mempertikaikan kemenangan Syed Amiri dalam kejohanan Terbuka Johor adalah kerana pengadil perlawanan turut bersekongkol untuk memberikan kemenangan kepada Syed Amiri. Imbas Kembali Emak telah mengingatkan semula tentang pesanan arwah ayah Syahir kepada Syahir. Imbas muka Syahir berasa serba salah untuk meneruskan perjuangannya di Jakarta setelah mendapat berita bahawa emaknya diserang strok. Syahir mula membayangkan keadaan yang akan berlaku sekiranya emaknya meninggal dunia semasa dia berada di Jakarta. Saspens Semasa pertarungan antara Syahir dengan Syed Amiri, pembaca tertanya-tanya pemain yang akan memenangi perlawanan badminton tersebut. Hal ini demikian kerana pertarungan antara mereka sangat sengit, ditambah pula dengan beberapa keputusan pengadil yang berat sebelah.
https://karangan.net/novel-justeru-impian-di-jaring/
Konflik_Novel_Justeru_Impian_di_Jaring
Konflik bukan sahaja boleh berlaku dalam diri watak utama tetapi juga antara watak utama dan watak lain. Terdapat pelbagai konflik yang menarik minat para pembaca untuk terus mengetahui lebih lanjut tentang isi buku tersebut. Syahir difitnah mempunyai hubungan dengan seorang artis wanita bernama Ratna.Syahir mengetahui akan hal ini sewaktu Kejohanan Terbuka Johor apabila Doktor Asyraf dan Engku Aiman menunjukkan gambar mereka berdua di dalam akhbar atas talian. Syahir menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan mereka bergambar berenam ketika itu. Dia juga mengatakan bahawa gambar tersebut telah diubah suai. Engku Aiman tidak mempercayainya dan hanya membalas dengan sindiran kepada Syahir. Syahir berasa kurang senang dengan berita tersebut. Konflik antara Syahir dan Wan NajlahKonflik berlaku di sebuah restoran iaitu semasa Syahir mengatakan kepada Wan Najlah bahawa dia menutup aurat kerana patuh akan syariat. Selepas itu, Wan Najlah mengambil makanan yang dipesan dan terus berlalu pergi meninggalkan Syahir terpinga-pinga. Syahir berasa risau sekiranya kata-katanya sewaktu itu telah membuatkan Wan Najlah terpukul. Setelah beberapa hari tidak berhubung dengan Wan Najlah, akhirnya Wan Najlah menghubungi Syahir pada suatu malam dan berbincangkan peristiwa itu. Wan Najlah menyampaikan hasratnya untuk bertudung. Syahir memanjatkan kesyukuran dan memberikan kata peransang kepadanya. Konflik antara Engku Aiman, Syed Amiri dan SyahirSyed Amiri selalu mengejek Syahir dengan panggilan “ustaz selebriti” dan “syeikh”. Sementara itu, Engku Aiman pula sering membangkitkan isu kekalahan Syahir dengan pemain China suatu ketika dahulu. Mereka berdua mengambil kesempatan dengan menyindir Syahir ketika ketiadaan Haji Marzuki. Ini menunjukkan sikap sebenar mereka terhadap Syahir. Syahir hanya bersabar akan perbuatan mereka.
https://karangan.net/novel-justeru-impian-di-jaring/
Tema_Novel_Meniti_Impian
Tema novel Meniti Impian ialah semangatkesungguhan dan kegigihan seorang remaja berusaha mengejar impian danmencapai kejayaan untuk menjadi seorang usahawan. Sebagai contoh, watak Zahar gigih menuntut ilmu dalam bidang pertukangan perabot di IKM (Institut Kemahiran Mara) kerana ingin mencapai cita-citanya untuk menjadi usahawan perabot yang cemerlang. Tema kegigihan juga digambarkan melalui peristiwaZahar membantu Pak Yusuf di bengkel untuk menyiapkan tempahan setiap kali pulang bercuti di kampung. Selain itu, Zahar tidak dapat meneruskan persekolahan di peringkat yang lebih tinggi, dia tidak berputus asa sehingga berjaya mendapat sijil kelulusan IKM (Institut Kemahiran Mara). Suhaili memandang rendah Zahar yang hanya berkelulusan IKM, berbanding dengan dirinya yang merupakan lulusan ITM (Institut Teknologi MARA). Akhirnya, Zahar gigih berusaha dan berjaya membuktikan bahawa kelulusan IKM juga mampu berjaya. Dia pulang ke kampung dan membuka bengkel perabot yang bernama Bengkel Meniti Impian di tanah milik ibunya. Bengkel perabot ini menjadi semakin terkenal apabila kisah perjalanan hidupnya untuk mencapai impiannya itu tersiar dalam akhbar.
https://karangan.net/novel-meniti-impian/
Persoalan_Novel_Meniti_Impian
Persoalan kegigihan dapat membawa kejayaan. Contoh: Zahar yang gigih berusaha menuntut ilmu di IKM dan menjalani latihan dalam loji telah berjaya mempunyai bengkel perabotnya sendiri. Persoalan keperihatinan terhadap orang lain yang hidup susah.Contoh: Pak Yusuf prihatin terhadap anak-anak saudaranya yang telah kematian ayah. Dia berjanji bahawa dia akan membantu mereka setakat yang mampu. Konflik percintaan dalam kalangan remajaContoh: Zaharmencintai Suhaili secara diam-diam tetapi Suhaili tidak menyukai Zahar dan menghina Zahar kerana taraf pendidikan mereka yang berbeza. Keharmonian hidup masyarakat di kampung.Contoh: Majlis kenduri kesyukuran yang berlangsung di rumah Pak Karim dihadiri oleh semua orang kampung yang membantu dalam menyediakan hidangan untuk majlis tersebut. Keikhlasan dalam persahabatan. Contoh: Razali ikhlas membantu Zahar ketika Zahar menjalani latihan dalam loji dengan menumpangkan Zahar di rumahnya. Hubungan mesra antara kaumContoh: Tauke Lim telah menunjukkan sifat mesranya kerana hidup dalam kalangan masyarakat Melayu. Dia juga telah menempah perabot daripada Pak Yusuf untuk kedai kopinya. Kemiskinan penduduk yang tinggal di kawasan pendalaman.Contoh: Mak Kiah terpaksa melakukan dua pekerjaan seperti menoreh getah dan menganyam tikar mengkuang untuk menyara kehidupan keluarganya. Persoalan berkorban demi keluarga.Contoh: Zahar rela mengorbankan hasratnya untuk meneruskan pelajaran di sekolah swasta kerana memikirkan keadaan ibunya yang tidak mampu untuk membiayai persekolahannya disebabkan dua orang adiknya masih bersekolah.
https://karangan.net/novel-meniti-impian/
Sinopsis_Novel_Meniti_Impian
Zahar merupakan seorang pelajar yang mempunyai keazaman dan cita-cita yang tinggi. Impiannya ialah melanjutkan pelajaran ke ITM selepas menduduki peperiksaan SPM musnah. Hal ini berlaku demikian kerana dia demam sewaktu peperiksaan berlangsung. Kemiskinan menyebabkan Zahar tidak berpeluang untuk belajar semula. Zahar terpaksa memikul tanggungjawab untuk membantu dua orang adiknya yang masih bersekolah. Bapa Zahar telah meninggal dunia, sementara ibunya hanya mengambil upah menoreh getah dan menganyam tikar mengkuang bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga. Tanggungjawab sebagai anak sulung memaksa Zahar melupakan impiannya untuk ke menara gading seketika. Tindakannya itu telah disalahertikan oleh kawan baiknya, Suhaili. Suhaili menganggap Zahar sebagai manusia yang gagal kerana tidak berjaya ke ITM walaupun semasa di sekolah mereka telah berjanji bersama-sama untuk ke ITM. Bagi meringankan beban ibunya, Zahar membantu bapa saudaranya, Pak Yusuf di bengkel perabot. Pak Yusuf dapat mengesan bakat, keazaman, dan kemahiran yang dimiliki oleh anak saudaranya itu. Dia sentiasa memberi perangsang dan dorongan agar Zahar berjaya suatu masa nanti. Zahar memberitahu Pak Yusuf bahawa dia sangat berminat dalam kerja pertukangan perabot dan bercita-cita untuk memiliki bengkel perabot suatu masa nanti. Oleh itu, dia telah membuat permohonan ke IKM bagi memenuhi impiannya itu. Pak Yusuf berasa amat gembira. Pak Yusuf berharap agar Zahar dapat meneruskan warisannya sebagai tukang perabot di kampungnya nanti. Impian Zahar untuk ke IKM terlaksana. Permohonannya untuk mengikuti kursus Pertukangan Perabot telah berjaya. Dia ingin berkongsi kegembiraan bersama kawan baiknya, Suhaili yang telah pun berada di tahun akhir di ITM. Suhaili memandang rendah terhadap kejayaan Zahar. Bagi Suhaili, IKM tidak akan menjanjikan masa depan yang baik untuk Zahar. Suhaili beranggapan bahawa IKM hanya melahirkan pelatih yang gagal dan akhirnya merempat. Zahar menyimpan azam untuk membuktikan bahawa lepasan IKM juga dapat mencipta kejayaan pada masa depan. Kesedihan Zahar semakin terasa apabila melihat Suhaili memasuki kereta yang dipandu oleh seorang lelaki yang tampan. Semasa di IKM, Zahar telah menunjukkan prestasi yang amat cemerlang dalam peperiksaan dan juga latihan amali. Di sana Zahar telah berjumpa dengan rakan-rakan baharu yang juga mempunyai cita-cita sepertinya. Kesedihan hatinya sedikit terubat apabila bertemu dengan Norimi yang mengikuti bidang Lukisan Seni Bina. Selepas enam bulan berkursus, Zahar dan rakan-rakannya telah diarahkan untuk mengikuti latihan praktikal di kilang. Zahar telah diterima menjalani latihan di kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad. Kilang itu terletak di kawasan perindustrian Kamunting, Taiping. Secara kebetulan, Suhaili turut bekerja sebagai Penolong Ketua Unit Pemasaran di kilang yang sama. Suhaili berasa bersalah atas kata-katanya terhadap Zahar dahulu. Dia cuba meminta maaf dan ingin membantu Zahar untuk bekerja di kilang tersebut tetapi Zahar menolak bantuan Suhaili itu dengan tegas. Hatinya kini telah dimiliki oleh orang lain dan dia tidak mahu meminta pertolongan kepada orang yang pernah menghinanya dahulu. Sampai masanya latihan praktikal Zahar di kilang itu tamat. Zahar diberi pujian oleh pihak pengurusan kilang kerana telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Selepas menamatkan kursusnya di IKM, Zahar kembali ke kampung. Dia menyatakan keinginannya untuk membuka sebuah bengkel perabot di kampung kepada ibunya, Pak Yusuf, dan rakan-rakan lamanya. Mereka sangat gembira kerana impian Zahar akhirnya terlaksana. Dengan bantuan pinjaman kewangan daripada MARA sebanyak RM 10,000 dan juga sumbangan daripada Pak Yusuf sebanyak RM5,000, Zahar telah berjaya membuka bengkel perabotnya. Kini, segala Impian Zahar tercapai. Zahar berjaya membuktikan kepada Suhaili bahawa belajar di IKM juga mampu untuk mengubah nasib seseorang. Bengkel perabotmilik Zahar menjadi makin terkenal apabila kisah perjalanan hidupnya untuk mencapai impiannya itu tersiar dalam akhbar. Norimi mengirim surat kepada Zahar dan itu ialah tanda bahawa dia akan dapat melangsungkan hubungan dengan gadis tersebut. Bapa saudara Zahar, Pak Yusuf juga mengharapkan Zahar akan berjodoh dengan Norimi. SinopsisNovel Meniti Impian mengikut bab
https://karangan.net/novel-meniti-impian/
Binaan_Plot_Novel_Meniti_Impian
Eksposisi / permulaan Dalam bahagian permulaanNovel Meniti Impian, pengarang memperkenalkan latar belakang watak utama iaitu Zahar. Zahar terpaksa melupakan hasratnya untuk belajar di tingkatan enam kerana masalah kewangan. Bapanya sudah meninggal dunia. Emaknya pula sudah tua dan sering sakit. Dua orang adiknya masih bersekolah. Bagi membantu meringankan beban emaknya, Zahar menolong bapa saudaranya, Pak Yusuf di bengkel pertukangan perabot. Walaupun demikian, Zahar tetap menyimpan azam untuk berjaya pada masa depan. Perkembangan Zahar telah berjaya menerima tawaran memasuki IKM dalam kursus Pertukangan Perabot. Ibu Zahar, Mak Kiah sangat gembira. Zahar berkongsi kegembiraan dengan rakan-rakannya, Bakar dan Rahim. Bakar menyuruh Zahar memberitahu Suhaili tentang hal tersebut. Semasa di sekolah dahulu, hubungan Zahar dengan Suhaili begitu rapat. Namun begitu, sejak Suhaili menyambung pelajaran di ITM keadaan tersebut terus berubah. Perumitan / Konflik Zahar menghadapi konflik dengan Suhaili, iaitu bekas teman sekolahnya. Zahar berasa kecewa dan terluka apabila Suhaili memperlekehkan hasratnya untuk menyambung pelajaran di IKM dalam bidang Pertukangan Perabot. Kata-kata Suhaili membuat Zahar sedih dan terluka. Kekecewaannya bertambah apabila melihat Suhaili menaiki sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki yang tampan. Klimaks Zahar mendapat tawaran membuat latihan praktikal di kilang Usaha Bersatu Sdn. Bhd. di kawasan perindustrian Kamunting, Taiping, Perak. Sikapnya yang rajin menyebabkan dia menjadi pelatih yang cemerlang. Di sana dia telah bertemu dengan Suhaili yang secara kebetulan turut bekerja di situ. Suhaili cuba memberikan pertolongan kepada Zahar tetapi demi prinsip, dia telah menolaknya mentah-mentah. Suhaili yang telah putus cinta cuba berbaik-baik semula dengan Zahar tetapi hati Zahar telah terpikat kepada Norimi. Akhirnya, Suhaili berasa malu dan kesal atas perbuatan dan kata- katanya dahulu terhadap Zahar. Zahar telah memaafkannya dan cuba melupakan segala kenangan antara mereka berdua. Peleraian Zahar berjaya menamatkan latihan praktikalnya dengan cemerlang. Selepas tamat belajar dia berjaya juga memenuhi impiannya selama ini untuk menjadi pengusaha perabot yang terkenal. Bermodalkan pinjaman daripada MARA dan sumbangan daripada Pak Yusuf, Zahar akhirnya berjaya membuka sebuah bengkel pertukangan perabot di atas tanah milik emaknya. Bengkel perabotnya menjadi terkenal di seluruh tanah air selepas rencana tentang bengkel tersebut disiarkan dalam akhbar.
https://karangan.net/novel-meniti-impian/
Teknik_Plot_Novel_Meniti_Impian
PemerianContoh: Pengarang telah memerihalkan keadaan Zahar yang sedang bersiap-siap untuk menghadiri program suai kenal pada hari pertama dia mendaftarkan diri di IKM. DialogContoh: Perbualan Zahar dengan Pak Yusuf. Imbas kembaliContoh: Zahar teringat pertemuannya dengan Suhaili di City Point, Alor Setar. KejutanContoh: Zahar menolak tawaran Suhaili yang mahu menolongnya mendapatkan pekerjaan tetap di kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad. SaspensContoh: Pembaca tertanya-tanya perkara yang akan dilakukan oleh Suhaili apabila mengetahui Zahar sedang menjalani latihan praktikal di kilang tempatnya bekerja. Monolog dalamanContoh: Zahar berkata dalam hatinya bahawa kata-kata Pak Yusuf itu benar tetapi Pak Yusuf tidak tahu betapa lukanya hati Zahar.
https://karangan.net/novel-meniti-impian/
Gaya_Bahasa_Novel_Meniti_Impian
Bahasa daerahContoh: mencerlungkan; gontai. Bahasa InggerisContoh: No problem chief; tension; traffic jam; girlfriend. MetaforaContoh: bara keazaman; tunggul nostalgia; obor semangat; kotak fikiran. PersonifikasiContoh: Petang yang semakin muram; Debaran memukul dada; Lidah api sedang menjelir memamah punggung kawah; Warna senja mulai memamah suasana. HiperbolaContoh: Nadanya menikam jantung; Segugus debaran menggoncang dadanya; Perdu hati Zahar bagaikan bergayut dengan sebeban debaran. SinkopeContoh: nak; tak. PeribahasaContoh: macam isi dengan kuku; berat mulut; berat tulang. SimileContoh: bagaikan tidak mahu mengalah; lidahnya seperti dikelukan; bagaikan mengundang kembali kenangan masa lampau; bagai api membakar semangat.
https://karangan.net/novel-meniti-impian/
Watak_Perwatakan_Meniti_Impian
Watak utama dalam novel ini ialah Zahar. Watak sampingan terdiri daripada Suhaili, Pak Yusuf, Mak Kiah, Mak Temah, Tauke Lim, Norimi, Cikgu Baharum, dan Razali.
https://karangan.net/novel-meniti-impian/
Latar_Novel_Meniti_Impian
https://karangan.net/novel-meniti-impian/
Nilai_Novel_Meniti_Impian
Nilai atau nilai murni, juga disebut nilai kemanusiaan ialah perkara atau perbuatan baik yang dilakukan oleh watak dalam seseuah karya yang patut dicontohi. Nilai KerajinanContoh: Mak Kiah rajin menganyam tikar mengkuang, selain turut mengambil upah menjahit pakaian untuk menambahkan pendapatan keluarganya. Nilai KerjasamaContoh: Pasukan bola sepak IKM Sungai Petani bekerjasama untuk memastikan kejayaan pasukan mereka dalam perlawanan bola sepak persahabatan dengan pasukan bola sepak IKM Alor Setar. Nilai KetabahanContoh: Zahar tabah meneruskan cita-citanya walaupun hidupnya dihimpit kemiskinan. Nilai KesetiaanContoh: Zahar tetap setia kepada Norimi, walaupun Suhaili cuba berbaik-baik dengannya semula. Nilai KeinsafanContoh: Shuhaili cuba berbaik-baik dengan Zahar setelah dia insaf akan perbuatannya yang menghina dan memandang rendah Zahar yang akan menyambung pelajarannya di IKM Nilai KesyukuranContoh: Mak Kiah bersyukur kerana Zahar berjaya mencapai impiannya untuk belajar di IKM. Nilai Hormat-menghormatiContoh: Pelatih junior menghormati pelatih senior walaupun mereka telah ditegur secara keras sewaktu minggu orientasi. Nilai Mengenang budiContoh: Zahar mengenang budi Pak Yusuf yang telah banyak membantunya selama ini. Nilai KesabaranContoh: Zahar bersabar apabila dihina oleh Suhaili. Nilai KesederhanaanContoh: Sikap Zahar yang serba sederhana menyebabkan dia banyak kawan kerana dia mudah didekati dan begitu disenangi oleh rakan sekerja di kilang perabot di Kamunting Nilai Jimat cermatContoh: Zahar berjimat cermat dalam menggunakan wang elaun berjumlah RM200.00 yang diterimanya pada setiap bulan kerana dia tidak mahu menyusahkan ibunya yang turut membiayai persekolahan dua adiknya.
https://karangan.net/novel-meniti-impian/
Pengajaran_Novel_Meniti_Impian
Kita tidak seharusnya menghina orang yang lebih rendah daripada kita. Contoh: Suhaili menghina Zahar sewaktu Zahar memberitahu Suhaili tentang niatnya untuk menyambung pelajaran di IKM. Kita hendaklah setia dalam perhubungan. Contoh: Zahar setia kepada Norimi walaupun Suhaili cuba berbaik-baik dengannya semula. Kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita. Contoh: Zahar gigih berusaha untuk membuka bengkel perabot di kampungnya. Kita harus gigih dalam menghadapi dugaan hidupContoh: Zahar tabah menerima penghinaan Suhaili terhadap dirinya kerana menganggap lulusan IKM tidak mempunyai masa depan yang cerah. Berkat usahanya yang gigih, dia telah membuktikan bahawa lulusan IKM juga mampu berjaya dengan membuka bengkel perabotnya sendiri. Janganlah kita mudah berputus asa apabila menghadapi kesusahan dalam hidupContoh: Mak Kiah dengan tabah membesarkan tiga anaknya dengan hasil menoreh getah, menganyam tikar dan mengambil upah menjahit baju selepas kamatian suaminya. Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain yang hidup susahContoh: Pak Yusuf prihatin terhadap anak-anak saudaranya yang telah kematian ayah. Dia berjanji bahawa dia akan membantu mereka setakat yang mampu. Kita haruslah bertanggungjawab atas tugas yang diamanahkanContoh: Pak Yusuf berusaha menyiapkan rak kasut yang ditempah oleh Tok Imam atas rasa tanggungjawab bahawa rak kasut itu untuk kegunaan jemaah yang datang ke masjid. Kita mestilah memaafkan orang yang telah berbuat salah terhadap kita.Contoh: Zahar telah memaafkan kesalahan Suhaili yang memandang rendah keputusannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pertukangan perabot di IKM. Kita haruslah berbelanja secara berhemah agar ada wang yang mencukupi untuk kegunaan tertentu.Zahar belanja wang elaun sebanyak RM200.00 yang diterimanya setiap bulan dengan berhemah agak wang perbelanjaannya semasa belajar di IKM mencukupi. Kita mestilah menghormati guru yang mencurahkan ilmu kepada kita.Contoh: Zahar begitu menghormati Cikgu Baharum, guru pertukangan Perabot yang tidak lokek mencurahkan segala ilmunya.
https://karangan.net/novel-meniti-impian/
Contoh_Soalan_Novel_Meniti_Impian
Huraikan sinopsisNovel Meniti Impian. Novel yang saya kaji ialah Novel Meniti Impian karya Osman Ayop yang mengisahkan kegigihan seorang remaja, Zahar yang menjadi pelatih di Institut Kemahiran MARA (IKM) dalam bidang pembuatan perabot. Zahar merupakan seorang remaja yang yakin dengan pegangan hidupnya dan ingin berdikari untuk mencapai cita-citanya. Perjalanan hidupnya dipenuhi pelbagai konflik tetapi dia terus berusaha memastikan konflik yang dialami tidak menghalang cita-citanya. Kehadiran Suhaili dan Norimi dalam hidupnya telah mempertemukannya dengan konflik cinta, cemburu dan semacam dendam. Suhaili merupakan sahabat baiknya ketika di bangku sekolah seperti menghinanya kerana menyambung pelajaran di IKM dan meninggalkannya. Norimi pula cuba memahami keadaannya dan bersimpati tetapi agak cemburu. Dengan keyakinan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh serta sokongan keluarga, rakan-rakan dan pihak MARA, akhirnya Zahar berjaya mendirikan bengkel perabotnya sendiri. Contoh Soalan Nilai Novel yang telah saya kaji di tingkatan 2 ialah Meniti Impian, karya Osman Ayob. Terdapat beberapa nilai dalam novel ini. Antaranya termasuk nilai kegigihan. Nilai ini terbukti dengan peristiwa Zahar menerima penghinaan Suhaili terhadap dirinya kerana menganggap bahawa lulusan IKM tidak mempunyai masa depan yang cerah. Berkat usahanya yang gigih,Zahar telah membuktikan bahawa lulusan IKM juga mampu berjaya dengan membuka bengkel perabotnya sendiri. Selain itu, nilai keperihatinan diketengahkan dalam novel ini. Buktinya,Pak Yusuf prihatin terhadap anak-anak saudaranya yang telah kematian ayah. Dia berjanji bahawa dia akan membantu mereka setakat yang mampu. Seterusnya, nilai kerjasama juga menjadi persoalan dalam novel ini. Bukti nilai ini ialah peristiwa orang kampung yang bekerjasama untuk membangunkan bengkel perabot milik Zahar tanpa menghiraukan terik panas matahari. Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan tiga latar masyarakat yang berbeza dalam novel tersebut. Novel yang saya kaji semasa tingkatan 2 ialah Meniti Impian karya Osman Ayob. Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang penyayang. Contohnya, Pak Yusuf sangat menyayangi Zahar dan telah menganggapnya seperti anak sendiri. Selain itu, latar masyarakat yang sedar akan kepentingan pendidikan turut diselitkan dalam novel ini. Contohnya, Suhaili, Zahar dan anak-anak Pak Karim berlumbalumba untuk meneruskan pengajian mereka selepas mendapat keputusan SPM. Seterusnya, pengarang turut memasukkan latar masyarakat yang mempunyai keazaman yang tinggi. Contohnya, walaupun Zahar tidak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM dan hanya ditawarkan pengajian ke Institut Kemahiran Mara, namun dia berazam untuk membuktikan bahawa lulusan IKM juga boleh berjaya. Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel yang anda kaji. Novel yang saya kaji ialah Meniti Impiankarya Osman Ayob. Terdapat beberapa pengajaran yangdisampaikan oleh pengarang kepada pembaca novel ini. Pengajaran yang terdapat dalam novel ini ialah kita janganlah menghina orang yang rendah tahap pendidikannya. Contohnya, Suhaili memutuskan hubungannya dengan Zahar hanya kerana Zahar hendak meneruskan cita-cita untuk belajar di IKM. Pengajaran seterusnya ialah, kita mestilah mempunyai keyakinan yang tinggi untuk melakukan sesuatu hingga berjaya. Contohnya, Zahar berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa lulusan IKM juga mampu berjaya. Pengajaran seterusnya ialah kita mestilah berjimat cermat. Contohnya, Zahar berjimat cermat dalam membelanjakan wang elaunnya kerana tidak mahu menyusahkan ibunya. Watak memainkan peranan penting dalam menggerakkan jalan cerita. Huraikan dua perwatakan watak utama dalam novel yang telah anda kaji. Novel yang saya kaji ialah Meniti Impian. Watak utama dalam novel ini ialah Zahar. Antara perwatakan Zahar adalah tidak mudah berputus asa. Contohnya, Zahar tidak berputus asa walaupun dihina oleh Suhaili sewaktu hendak meneruskan pembelajaran di IKM. Selain itu, Zahar merupakan seorang yang penyayang. Contohnya, Zahar amat menyayangi emak dan dua orang adiknya kerana sering pulang ke kampung untuk bertemu dengan mereka. Antara lain, Zahar juga seorang yang setia. Contohnya, Zahar tetap setia dengan Norimi walaupun Suhaili cuba menjalinkan hubungan dengannya semula. Berdasarkan satu novel yang telah anda kaji, huraikan tema dan dua persoalan yang terdapat dalam novel tersebut. Novel yang saya kaji ialah Meniti Impian. Tema novel ini adalah semangat dan kesungguhan Zahar dalam meningkatkan martabat seorang pelatih IKM sehingga mampu menjadi tukang perabot yang berjaya. Persoalan yang terdapat dalam novel ini pula ialah kasih sayang dalam keluarga. Contohnya, Zahar amat menyayangi emak dan dua orang adiknya. Dia juga amat menyayangi bapa saudaranya, iaitu Pak Yusuf kerana telah banyak membantu keluarganya selepas kematian bapanya. Persoalan seterusnya ialah sanggup berkorban demi keluarga. Contohnya, Zahar telah mengorbankan hasratnya untuk meneruskan pelajaran di kolej swasta kerana ibunya tidak mampu memandangkan dua orang adiknya masih bersekolah. Atas alasan tersebut dia menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke IKM dan membuktikan pelatih IKM juga mampu berjaya setanding dengan lulusan IPTA yang lain.
https://karangan.net/novel-meniti-impian/
Watak_Utama_Zahar
Zahar merupakan anak sulung Mak Kiah. Dia berusia awal 20-an dan mempunyai dua orang adik lelaki, iaitu Halim dan Zakri. Ayah Zahar telah meninggal dunia.Zahar pandai bermain bola sepak. Dia bercita-cita membuka bengkel perabotnya sendiri. Seorang yang gigih dan rajinZahar gigih dan rajin membantu bapa saudaranya di bengkel perabot. Seorang yang bercita-cita tinggiZahar bercita-cita untuk membuka kedai bengkel perabot kepunyaanya sendiri. Seorang yang tidak mudah berputus asaZahar tidak berputus asa walaupun dihina oleh Suhaili sewaktu hendak belajar di IKM. Seorang yang bertanggungjawabZahar bertanggungjawab untuk memastikan adiknya, Halim dan Zakri dapat meneruskan pelajaran. Seorang yang penyayang. Zahar amat menyayangi emak dan adikadiknya. Setiap kali cuti, dia akan pulang ke kampung untuk bertemu dengan keluarganya. Seorang yang setiaZahar tetap setia kepada Norimi walaupun Suhaili cuba menjalin hubungan semula dengannya. Seorang yang beradab dan berbudi pekerti muliaZahar sentiasa menunjukkan sikap yang baik apabila bersama dengan orang lain. Sikapnya itu membuatkan orang lain suka bersahabat dengannya. Seorang yang berprinsip. Zahar menolak pertolongan yang cuba dihulurkan oleh Suhaili kerana dia mempunyai prinsip untuk hidup berdikari demi mengejar cita-citanya. Seorang yang tegasZahar menolak tawaran Suhaili yang ingin membantunya mendapatkan pekerjaan di kilang tempat dia menjalani latihan dalam loji di Kamunting kerana dia ingin berjaya dengan usahanya sendiri. Seorang yang berdikariZahar sedar bahawa dia tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada nama Pak Yusuf, jadi dia berusaha mengembangkan pasaran perabotnya ke Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Kota Bharu. Seorang yang RasionalWalaupun dihina dan dipandang rendah oleh Suhaili, namun Zahar tidak murah berasa marah sebaliknyaberazam untuk menjadi usahawan perabot suatu hari nanti.
https://karangan.net/novel-meniti-impian/
Watak_Sampingan
Pak Yusuf Pak Yusuf ialah bapa saudara Zahar, iaitu adik kepada Mak Kiah. Dia mempunyai isteri bernama, Mak Temah dan dua orang anakyang masih menuntut di universiti. Pak Yusuf memiliki sebuah bengkel pertukangan perabot. Umur Pak Yusuf dalam lingkungan 60-an dan masih kuat bekerja. Pak Yusuf seorang yang prihatin.Dia sentiasa memikirkan kebajikan dan pelajaran Zahar. Pak Yusuf suka menolong orang lain.Dia bersusah-payah membantu Zahar sewaktu Zahar ingin melanjutkan pelajaran ke IKM dan menghulurkan sumbangan sebanyak RM5000 sewaktu Zahar hendak membuka bengkel perabot. Mak Kiah Mak Kiah ialah ibu kepada Zahar dan sudah kematian suami. Dia mempunyai tiga orang anak, iaitu Zahar, Halim, dan Zakri. Mak Kiah mengambil upah menoreh getah dan menganyam tikar mengkuang. Mak Kiah seorang yang penyayangDia sentiasa mengambil berat akan kebajikan anak-anaknya. Mak Kiah mementingkan pelajaran anak-anaknya.Walaupun hidup miskin tetapi dia tetap memberikan galakan kepada Zahar untuk belajar di IKM. Suhaili Suhaili ialah anak kepada Pak Karim, iaitu Ketua Kampung Caruk Petitih. Dia graduan lepasan diploma di ITM. Suhaili pernah bekerja di sebuah kilang di Petaling Jaya dan kemudian menjadi Penolong Ketua Unit Pemasaran di kilang perabot di Kamunting Perak. Suhaili merupakan bekas teman sekelas Zahar sewaktu bersekolah. Dia pernah menjadi buah hati Zahar sewaktu zaman sekolah. Suhaili memutuskan hubungan dengan Zahar setelah mempunyai teman lelaki baharu yang kacak dan berada. Seorang yangbersifat egoSuhaili menghina Zahar yang ingin belajar di IKM. Dia menganggap graduan lepasan IKM akan hidup merempat. Seorang yang berinsafSuhaili menyedari kesilapannya dan meminta maaf atas segala kesilapan yang telah dilakukannya terhadap Zahar. Norimi Norimi berasal dari Johor Baharu. Dia seorang yang lemah lembut, cantik, dan perwatakannya menarik. Norimi menyertai kursus Lukisan Seni Bina di IKM bersama-sama Zahar. Norimi menjalin hubungan yang istimewa dengan Zahar. Seorang yang suka cemburuNorimi mempunyai sedikit perasaan cemburu apabila mengetahui Zahar pernah menaruh harapan kepada Suhaili. Seorang yang rajinNorimi rajin dan cemerlang dalam peperiksaan sewaktu di IKM. Tauke Lim Cikgu Baharum
https://karangan.net/novel-meniti-impian/
Latar_Masa_Meniti_Impian
Lima tahunPak Yusuf mendirikan bengkel perabot yang berupa bangsal kecil di sebelah rumahnya sejak lima tahun lalu kerana berminat dalam kerja-kerja pertukangan Waktu pagiPak Yusuf menghantar Zahar mendaftar di IKM menaiki teksi Pak Usin pada awal pagi Pada waktu malamNorimi dan Zahar mendeklamasikan sajak ciptaan mereka pada malam penutupan minggu suai kenal di IKM Sungai Petani Tiga bulanPernah selama tiga bulan Mak Kiah, ibu Zahar dirawat di hospital / Selepas tiga bulan menduduki peperiksaan asas, barulah keputusan peperiksaan Zahar dan rakan-rakannya diumumkan. Dua mingguPasukan bola ssepak IKM Alor Setar bertandang ke IKM Sungai Petani dua minggu selepas perlawanan persahabatan di tempat mereka. Enam bulanZahar menjalani latihan Pertukangan Perabot di IKM Sungai Petani selama enam bulan
https://karangan.net/novel-meniti-impian/
Latar_Tempat_Meniti_Impian
Bengkel perabot Pak YusufSelepas berhenti sekolah Zahar bekerja di bengkel perabot Pak Yusuf bagi membantu keluarganya ATAU Di dalam bengkel yang diubah suai daripada bangsal, Pak Yusuf menyiapkan perabot yang ditempah oleh penduduk kampung dan jiran-jirannya. Bengkel Pertukangan Perabot, IKM Sungai PetaniZahar dan rakan sekelasnya menduduki peperiksaan asas di dalam Bengkel Pertukangan Perabot IKM Sungai Petani. PadangRamli mengajak Zahar menyertai latihan bola sepak di padang kerana mereka kekurangan pemain Stesen bas MARAZahar menaiki bas ke Stesen Bas MARA di Alor Setar untuk bertemu dengan Suhaili Kompleks City Point, Alor SetarTempat Zahar dan Suhaili makan ayam goreng KFC di Kompleks City Point, Alor Setar. IKM Sungi PetaniTempat Zahar mendaftar dan berkursus Pertukangan Perabot dan bertemu dengan Norimi yang mengikuti kursus Lukisan Seni Bina.
https://karangan.net/novel-meniti-impian/
Latar_Masyarakat_Novel_Meniti_Impian
Masyarakat pekebun yang rajin bekerjaContoh: Selain membuat perabot di bengkelnya Pak Yusuf juga sering membersihkan kebunya ATAU Mak Kiah, ibu Zahar bekerja menoreh getah untuk menampung keperluan keluarganya. Masyarakat pelajar yang belajar dengan bersungguh-sungguhContoh: Pelatih di IKM termasuk Zahar, Ramli dan Norimi belajar dengan bersungguh-sungguh sebelum menduduki peperiksaan asas Masyarakat yang suka menjaga tepi kain orangContoh: Zahar sedar bahawa orang kampung akan menimbulkan cerita yang bukan-bukan dan bertokok-tambah jika dia dengan Suhaili menaiki teksi atau menaiki bas bersama-sama. Masyarakat yang suka memandang rendah orang lainContoh: Suhaili memandang rendah Zahar yang hanya berkelulusan IKM, berbanding dengan dirinya yang merupakan lulusan ITM. Masyarakat yang rajin bekerjaContoh: Zahar dan Razali yang dengan rajin di kilang perabot Usaha Bersatu, walaupun mereka hanya menjalani latihan dalam loji sahaja. Masyarakat yang mempunyai keazaman yang kuatContoh: Zahar mempunyai keazaman yang kuat untuk mencapai-cita-citanya ingin menjadi pengusaha perabot setelah dihina oleh Suhaili semasa pertemuan mereka di Alor Setar. Masyarakat yang mementingkan ilmuContoh: Zahar yang gagal masuk ke Tingkatan 6 telah melanjutkan pelajarannya di IKM untuk memperoleh ilmu dalam bidang pembinaan perabot. Masyarakat kampung yang harmoniContoh: Penduduk kampungbekerjasama dan bergotong-royong untuk mendirikan bengkelperabot Zahar tanpa mengira terik panas matahari. Zahar menjamu mereka dengan hidangan tengah hari. Masyarakat yang prihatin terhadap sanak-saudaraContoh: Pak Yusuf mengambil berat akan Zahar, anak saudaranya. Dia sanggup menyewa teksi untuk menghantar Zahar ke IKM Sungai Petani.
https://karangan.net/novel-meniti-impian/
Sinopsis_Pantai_Kasih
Novel Pantai Kasih menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas  menghadapi kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya  menerima pelawaan  mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang komplikasi pesakit namun mereka  masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu.  Anehnya,  yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa.  Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan. Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan  dan menyayat hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang perubatan. Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata mentornya itu agak tidak senang.  Padahal sebelum itu,  Doktor Uwang adalah  guru demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya.  Malah, hatinya perrnah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya. Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor. Uwang  dan ditugaskan untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah.  Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa  aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu. Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana. Sinopsis Novel Pantai Kasih Mengikut Bab
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
Tema_Novel_Pantai_Kasih
Tema Novel Pantai Kasih ialah ketabahan seorang wanita dalam menghadapi rintangan dan cabaran hidupnya untuk melupakan peristiwa hitam yang sering menghantui fikirannya. Tabah menghadapi kematian anak perempuannya. Anak perempuan tunggal Raiha itu adalah seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu ‘down sinDoktorom’. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Selain diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz berada kecewa kerana isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada di tempat kejadian dan tidak semena-mena tersambar api kereta yang sedang marak itu sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yang tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya itu. Tabah menghadapi kegagalan rumah tangganya Kegagalan rumah tangga antara Raiha dan suaminya Doktor Sadiz disebabkan keengganan Raiha mendengar nasihat suaminya agar menggugurkan kandungannya yang didapati cacat atau ‘down sinDoktorom’. Raiha juga melebihkan perhatian kepada anaknya apabila sudah dilahirkan menyebabkan kemarahan suamnya berganda. Kejadian kematian anaknya akibat disambar api kereta mewah yang sedang marah merupakan kemuncak kemarahan suaminya, apatah lagi setelah bekas suaminya menang kes dalam mahkamah dalam menentukan kesalahan siapakah punca kematian anaknya itu. Akibat saksi utama tidak muncul dalam perbicaraan, bekas suaminya yang menggantung perkahwinannya sehingga akhir hayat menang dalam kes tersebut dalam perbicaraan di mahkamah keluarga, dengan bangga dan sinis senyum dan melafazkan dia tidak akan melepaskan Raiha melainkan meninggalkannya tergantung-gantung sepanjang hayatnya. Kegagalan dalam rumah tangga itu dihadapi dengan tabah walaupun sanak saudaranya pada peringkat awal menyokongnya tetapi semakin berkurangan selepas peristiwa itu. Tabah menghadapi bangkangan ayahnya untuk menjadi pakar bedah Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu dibangkang oleh Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang pakar bedah yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaan untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Tabah menerima tugas membedah Raiha tabah menerima tugas membedah Unong Siron walaupun tahu sepatutnya pembedahan tersebut dilakukan oleh Doktor Uwang tetapi atas kepercayaan yang diberikan menjadikan dia setuju untuk membedah pesakit itu buat kali keenam. Dia melakukan dengan sebaik mungkin supaya Unong Siron akan dapat mengakhiri penderitaan kesakitannya selepas itu. Raiha juga tabah dalam membuat keputusan untuk membedah Doktor Uwang yang mengalami kecederaan teruk pada pergelangan tangan dan tempurung lutut doktor itu supaya dapat menyelamatkan doktor itu yang mengalami kemalangan selepas merempoh tembok Pusat Rawatan Kasih. Tabah menghadapi penceroboh Apabila Pantai Kasih dicerobohi oleh seorang pemuda berumur dua puluhan yang merupakan bekas pelajar perubatan yang tidak menamatkan pelajarannya, Raiha tabah dan mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut. Doktor palsu tersebut memang mencarinya dan melakukan panggilan palsu sebelum ini. Dalam saat getir menenangkan penceroboh tersebut dan setelah ditenangkan oleh ibu Unong Siron yang secara kebetulan mengenali pemuda itu, Raiha memberikan pendapat bahawa pemuda tersebut diminta membantunya merawat Unong Siron yang tenat di hospital lain. Pemuda tersebut bersetuju diiringi ke hospital tempat anak ibu Unong dirawat dan akhirnya diberkas. Tabah menerima berita punca kematian anaknya. Setelah beberapa peristiwa hitam yang dihadapi oleh Raiha sebelum ini menjadikan dia seorang yang tabah apabila mengetahui punca sebenar kematian anaknya selepas Sister Felicia Landosi menceritakan perkara sebenar yang berlaku. Raiha tabah dengan berita punca kematian anaknya itu dan menganggap mereka adalah mangsa keadaan.
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
Persoalan_Novel_Pantai_Kasih
Kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakatContoh Peristiwa: Sikap lebih mementingkan keuntungan syarikat digambarkan melalui watak Doktor Uwang yang tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong asalkan berkemampuan mendapatkan rawatan. Doktor Uwang juga sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya duduk di sekolah berasrama seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak mengganggu rutin dan statusnya. Apatah lagi anak itu adalah hasil keterlanjurannya sedangkan dia memang tidak menginginkan anak apabila berumah tangga. Sikap berfoya-foya di luar walaupun sudah berumah tanggaContoh Peristiwa: Sikap Doktor Uwang yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga menggambarkan bahawa dia seorang yang suka bebas dan tidak mahu dikongkong. Walaupun sudah berumah tangga tetapi beliau tetap mengunjungi kelab-kelab malam dan minum arak bersama-sama gadis pelayan dan kemudiannya berakhir ke ranjang. Namun sikapnya yang memastikan kebersihan setiap ‘isteri tidak sah’ menjadikan dia seorang yang pemilih. Persoalan TanggungjawabContoh Peristiwa: Raiha menjadi tanggungjawabnya melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan merempuh tempoh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia terpanggil untuk melakukannya demi menyelamatkan nyawa doktor tersebut. Sikap berani mengaku kesalahanContoh Peristiwa: Felecia mengaku kesalahannya walaupun pada peringkat awal Felecia berasa sangat marah dengan emak Unong yang menuduhnya bersubahat menipu namun akhirnya Felecia mengakui kesalahannya itu di hadapan Raiha. Felicia juga mengakui bahawa dia tahu kejadian sebenar peristiwa yangmeragut nyawa anak peremuan Raiha. Dia meminta maaf kerana merahsiakannya keranatakut. Reda dengan ketentuan tuhanContoh Peristiwa: Walaupun Raiha sudah mengetahui punca kematian anaknya disebabkan sikap amarah bekas suaminya Doktor Sadiz yang membakar kereta Porsche tanpa menyedari kehadiran anaknya di situ namun Raiha redadengan kejadian tersebut dan menganggap semua yang berlaku sebagai ketentuan tuhandan mereka adalah mangsa keadaan. Dia tidak menyalah sesiapa termasuk Felicia sebaliknya reda menerima berita tersebut. Persoalan tentang kasih sayang seorang ibuContoh Peristiwa: Raiha begitu sayang akan anaknya Rohayu walaupun didapati Rohayu cacat sebelum dilahirkan lagi. Baginya anaknya itu mempunyai hak untuk lahir dan mendapatkan kasih sayangnya. Selepas Rohayu dilahirkan, Raiha menghabiskan banyak masa melayani Rohayu berbanding bekas suaminya Doktor Sadiz yang mengharapkan agar anaknya itu dihantar ke pusat penjagaan jauh dari situ bagi mengelakkan taraf dan kewibawaannya dijadikan bahan perbincangan ramai. Raiha pula berasa kasih atas nasib yang menimpa Unong. Raiha berharap bahawa pembedahan yang terakhir itu merupakan pembedahan yang akan segera memulihkan Unong daripada terus-terusan sakit menderita.
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
Plot_Novel_Pantai_Kasih
Peristiwa dalam novel Pantai Kasih disusun secara kronologi. Permulaan Novel Pantai Kasih bermula apabila pembaca diperkenalkan dengan watak Raiha yang mengalami konflik setelah meneliti sinar-X terbaharu milik pesakit Unong Siron. Raiha tidak percaya dan mengeluh apabila Unong Siron terpaksa menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul sebanyak lima kali di bawah pengawasan Doktor Uwang. Raiha turut mengalami konflik jiwa akibat kematian anak tunggal kesayangannya. Perkembangan Felicia Landosi, ketua jururawat di PRPK teringat akan ikrar yang pernah dilafazkan di hadapan Raiha dan sumpah yang dibuatnya di hadapan Doktor Uwang. Felicia berasa resah disebabkan peristiwa hitam yang sering kali menghantui perasaannya sehingga mendorongnya mengambil ubat batuk secara curi-curi. Doktor Uwang berjaya membangunkan PRPK, namun belum mendapat pengiktirafan daripada bapanya sendiri, iaitu Datu Ontong. Perumitan Doktor Uwang berasa terpukul dan tidak puas hati kerana Raiha mempertikaikan kewibawaannya sebagai seorang pakar bedah. Doktor Uwang melihat seolah-olah seorang kanak-kanak perempuan sedang memeluk isterinya, menyeringai aneh, dan menjuihkan bibir kepadanya. Isteri jelita Uwang memaklumkan tentang panggilan telefon yang diterima daripada Raiha yang ingin berbincang dengannya tentang pesakit bernama Unong Siron. Raiha menerima panggilan telefon daripada Felicia yang memintanya segera datang ke PRPK. Doktor Alex Ng kehairanan apabila melihat Raiha tiba-tiba muncul di PRPK. Raiha berbincang dengan Emma Yong, jururawat bertugas di wad hunian itu agar pembedahan yang dilakukan itu merupakan pembedahan yang terakhir untuk Unong Siron. Raiha masih tertanya-tanya sebab kelima-lima pembedahan terdahulu menemui kegagalan sementelah pula dilakukan sendiri oleh Doktor Uwang. Klimaks Apabila Ariana secara tiba- tiba datang untuk meminta pertolongan Raiha. Menurut Ariana, Felicia telah ditahan oleh orang asing, penceroboh yang pernah menyamar sebagai doktor di bilik bedah. Ibu Unong Siron telah menawarkan bantuannya untuk memujuk pemuda kurang siuman itu kerana pemuda itu tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Pemuda kurang siuman itu berjaya dipujuk dan dihantar ke hospital sakit jiwa untuk menerima rawatan lanjut. Doktor Uwang mengalami kecederaan parah akibat terbabas lalu melanggar tembok garaj PRPK itu. Doktor Uwang telah menjalani operasi penggantian sendi pada anggota tubuhnya yang rosak. Peleraian Felicia memanggil Raiha yang ketika itu sedang melangkah ke garaj kereta PRPK. Felicia menangis tersedu-sedan dan meminta maaf daripada Raiha atas kesilapannya terjebak dalam kes kematian anak Raiha, Rohayu. Felicia memohon maaf sekali lagi daripada Raiha kerana takut untuk menceritakan hal sebenar di mahkamah. Raiha reda dan pasrah dengan kematian anaknya.
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
Watak_Perwatakan_Novel_Pantai_Kasih
Watak utama – RaihaWatak sampingan – Doktor Sadiz, Doktor Uwang, Felicia Landosi, Ariana Abdullah, bapa Raiha, Unong Siron, Datu Ontong, Rohayu/Ayu, ibu Unong Siron, Kartini Borhan, Lisa Chung, Doktor Mohammad, Doktor Alex Ng, dan sebagainya.
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
Latar_Tempat_Novel_Pantai_Kasih
Latar Pusat Rawatan Pantai Kasih Apartment Raiha Rumah Tumpangan Rumah Doktor Uwang Mahkamah Keluarga Wad Super VVIP Daerah Inanam Hospital Kinabalu
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
Latar_Masa_Novel_Pantai_Kasih
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
Latar_Masyarakat_Novel_Pantai_Kasih
Latar masyarakat yang mementingkan keuntungan Contoh: Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas mengambil alih Pusat Rawatan Pantai Kasih daripada ayahnya Datu Untong. Dia tidak menghiraukan sama ada pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat rawatannya itu mampu atau tidak asalkan dia mendapat keuntungan dengan meletakkan harga yang dirasakan munasabah untuknya. Latar masyarakat yang takut berterus terang Contoh: Sister Felicia Londusai tidak berterus terang dengan Raiha tentang kemalangan yang berlaku sehingga meragut nyawa anak perempuan Raiha kerana takut. Felicia tahu bahawa Doktor Sadiz yang menyiram minyak petrol ke kereta mewah Porsche miliknya akibat rasa marah yang membawa terhadap Raiha. Latar masyarakat yang ego Contoh: Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuan mereka. Doktor Sadiz menganggap Raiha bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian tersebut sedangkan kemalangan tersebut adalah disebabkan sifat marahnya yang membakar kereta mewah miliknya sendiri dengan menyiram minyak petrol sehingga menyebabkan anak perempuan mereka yang kebetulan ada di situ disambar api tersebut. Latar masyarakat yang mempunyai matlamat tinggi Contoh: Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha masih berdegil untuk belajar sehingga menjadi doktor pakar seperti ayahnya itu. Menurut ayahnya, jawatan tersebut tidak sesuai dengan kemampuan seorang wanita, namun berkat usaha dan matlamat yang ada pada Raiha, dia mampu  menjadi pakar pembedahan yang ternama di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Latar masyarakat yang berusaha di luar kemampuan Contoh: Emak Unong Siron berusaha untuk membayar kos rawatan anaknya walaupun anakanya itu terpaksa menjalani pembedahan sebanyak lima kali sedangkan mereka adalah daripada kalangan orang kelas menengah bawah sahaja. Latar masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas Contoh: Emak Sister Felicia keterlanjuran sehingga mengandungkan anak luar nikah hasil pergaulan bebas sewaktu mudanya. Doktor Uwang juga mempunyai anak luar nikah yang cacat dan kelainan upayasehingga menyebabkan dia berasa malu dan menghantar anaknya itu di asrama. Latar masyarakat yang Berjaya dalam kerjaya Contoh: Doktor Uwang adalah seorang yang Berjaya dalam kerjaya. Kejayaannya bermula apabila ayahnya Datu Untong menyerahkan Pusat Rawatan Pantai Kasih kepadanya. Beberapa perubahan sudah dilakukan oleh Doktor Uwang sehinggakan Pusat Rawatan Pantai Kasih dahulunya terdiri daripada tiga orang doktor tetapi sekarang sudah memiliki deretan doktor dan barisan jururawat dan staf yang terlatih. Masyarakat yang berdedikasi dalam menjalankan tugasContoh: Raiha sangat berdedikasi dalam melaksanakan tugasnya sebagai doktor pakar pembedahan di Pusat Rawatan tersebut sehingga disegani dalam kalangan pesakit di situ. Masyarakat yang penyayangContoh: Raiha amat sayang akan anaknya, Rohayu atau Ayu. Dia berasa amat sedih atas kematian tragis anaknya yang terkorban akibat kebakaran kereta suaminya, Doktor Sadiz. Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap kesihatan keluargaContoh: Ibu Unong Siron sanggup menggunakan insuransnya untuk membiayai operasi pembedahan penggatian send pinggul Unong Siron. Masyarakat yang tekun dan rajin belajar sehingga berjaya dalam hidup.Contoh: Raiha dan Unong Siron digambarkan sebagai masyarakat yang tekun dan rajin belajar sehingga menjadi seorang pelajar yang cemerlang.
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
Gaya_Bahasa_Nilai_Novel_Pantai_Kasih
PersonifikasiContoh: Raiha terpukul bisu, dan Alangkah letihnya jiwaku. SimileContoh: Bagaikan cuba membaca isi hati dan mendengar degupan jantungnya, Felicia menyentak sedikit, merasai seperti tersengat kala jengking. MetaforaContoh: Jauh di lubuk hatinya, Kecut tali perutnya. PeribahasaContoh: anak kandung dan air muka. SinkopeContohnya, “Awak terhidu tak bau itu?”, dan“Felicia, saya terfikir-fikir saja tentang jawatanmu di PRPK itu.” Kata-kata istilah sains perubatanPenulis menggunakan ilmu bantu bagi memberikan gambaran yang jelas tentang bidang perubatan.  Antaranya X-Ray, Clinical year, surgery, annesthetic, Super VIP, diagnostic, roentgen, CT-Scanning, ultra sonotopografi (SUG), mamografi, angiografi, hemodialisis Perkataan masyarakat setempatLatar belakang penulis yang tinggal di Sabah banyak mempengaruhi penulis menggunakan istilah daerah atau tempatan. Antaranya Kenyerian, menggelepar, merambah, membongkol
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
Nilai_Novel_Pantai_Kasih
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
Pengajaran_Novel_Pantai_Kasih
Kita hendaklah mempunyai matlamat hidup. Contoh Peristiwa: Untuk Berjaya seseorang mesti ada matlamat hidup. Raiha Berjaya menjadi seorang pakar bedah setelah belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Walaupun cita-cita Raiha untuk menjadi pakar bedah tidak direstui tetapi dengan matlamat hidup yang jelas, cita-cita Raiha akhirnya Berjaya dikecapi. Kita hendaklah menghormati hak orang lain Setiap orang  mempunyai hak.  Contoh Peristiwa: Setiap orang mempunyai hak. Hak orang lain perlu dihormati. Unong Siron berhak untuk mendapat kesihatan baiknya semula, tetapi Pusat Rawatan Pantai Kasih telah menyebabkan wang insurans akibat kemalangan jalan raya anaknya itu dihabiskan untuk membayar kos enam kali pembedahan. Pusat Rawatan Pantai Kasih tidak menghormati hak pesakitnya. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan Contoh Peristiwa: Raiha menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. Begitu jugalah dengan Doktor Alex Ng, Doktor Muhammad, dan Doktor Razak yang bertanggungjawab merawat pesakit di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain. Contoh Peristiwa: Kesukaran yang dihadapi oleh golongan pertengahan terutama melunaskan bayaran pembiayaan perubatan haruslah diberikan perhatian. Bukan semua orang mampu untuk membayar sejumlah wang apatah lagi telah dijanjikan untuk menerima rawatan yang terbaik. Ibu Unong Siron berusaha dan tidak lokek untuk membelanjakan wang insurans anaknya demi melihat anaknya kembali lincah dan sihat seperti anak orang lain. Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang lebih cerah. Contoh Peristiwa: Ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada masa hadapan. Raiha tekun belajar untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah seperti ayahnya juga. Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha mempunyai matlamat hidup dan belajar dengan tekun hingga cita-citanya sebagai pakar bedah tercapai juga. Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup. Contoh Peristiwa: Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran hidup. Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha tetap tabah dan belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dia menjadi pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai kasih. Raiha juga dimarahi oleh Doktor Sadiz kerana tidak mahu menggugurkan anak cacat yang dikandunginya sering menjadi bahan kemarahan Doktor Sadiz. Kematian anak perempuannya iaitu Rohayu memberikan tamparan yang besar kepada Raiha, namun dia tabah menghadapi semuanya itu walaupun mendapat cemuhan dan tentangan daripada suaminya Doktor Sadiz. Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang dalam kehidupanContoh Peristiwa: Raiha amat menyayangi anak tunggalnya, Rohayu walaupun anaknya itu merupakan orang kelainan upaya yang menghidap sindrom Down. Kita perlulah berhemah tinggi terhadap orang lain. Contoh Peristiwa: Raiha melayan kerenah pesakit, iaitu Unong Siron dan ibu Unong Siron dengan begitu sopan dan berbudi bahasa. Kita perlulah bersikap baik hati terhadap orang lainContoh Peristiwa: Raiha pernah beberapa kali menumpangkan Felicia balik ke rumahnya di Inanam sebelum Felicia memiliki kereta sendiri. Kita hendaklah rajin menimba ilmu demi kesenangan masa depan.Contoh Peristiwa: Raiha rajin belajar hingga dia berjaya mengikuti jurusan perubatan di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan dan akhirnya berjaya menjadi doktor. Kita perlulah bijak menguasai keadaan cemas. Contoh Peristiwa: Raiha bijak menangani peristiwa pemuda kurang siuman yang telah menyamar sebagai seorang doktor dan telah menahan Felicia Landosi di bilik bedah dengan membenarkan ibu Unong Siron memujuk pemuda itu. Kita perlulah tegas ketika menentukan satu-satu tindakanContoh Peristiwa: Raiha mempertahankan haknya dengan tetap meneruskan kerjayanya dalam bidang kedoktoran walaupun dibantah oleh bapanya. Kita mestilah berani bertindak jika berada di pihak yang benarContoh Peristiwa: Raiha berani mendakwa suaminya di mahkamah keluarga dengan menyatakan secara tegas bahawa suaminya yang telah menyebabkan kematian anak tunggal mereka walaupun mendapat tentangan daripada anggota keluarganya.
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
Latihan_Novel_Pantai_Kasih
Huraikan peristiwa dalam bahagian permulaan novel yang menarik minat anda dalam sebuah novel yang anda pelajari. Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat beberapa peristiwa yang menarik minat saya dalam bahagian permulaan novel yang saya pelajari ini. Pada bahagian permulaan novel, peristiwa yang menarik minat saya ialah semasa Dr Raiha bersimpati dengan nasib Unong Siron yang telah dibedah oleh Dr Uwang sebanyak lima kali tetapi masih belum sembuh. Peristiwa ini menarik minat saya untuk mengetahui sebab Unong Siron terpaksa menjalani pembedahan tulang sendi pinggul sebanyak lima kali tetapi masih belum sembuh. Saya juga ingin mengetahui nasib Unong Siron sama ada akan sembuh atau tidak pada penghujung cerita novel ini. Peristiwa yang menarik minat saya pada bahagian permulaan novel Pantai Kasih juga memaparkan peristiwa Felicia Landosi yang menyelinap ruang farmasi Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) untuk mengambil ubat batuk dan meminumnya. Peristiwa ini menarik minat saya untuk mengetahui tujuan Felicia Landosi minum ubat batuk bagi menghilangkan tekanan yang dihadapinya. Saya ingin mengetahui punca tekanan yang dialami oleh Felicia Landosi sehingga mengambil jalan singkat untuk mengatasi masalah tersebut dengan minum ubat batuk. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan nilai murni yang anda peroleh. Novel yang saya pelajari semasa tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat beberapa nilai murni yang saya belajar dalam novel ini. Nilai yang pertama ialah nilai kerajianan. Nilai ini boleh diperlihatkan melalui watak Raiha yang rajin belajar daripada mentornya iaitu Doktor Uwang sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi. Raiha sanggup melakukan apa-apa sahaja yang diminta oleh mentornya itu termasuk membuat demonstrasi. Nilai yang seterusnya ialah nilai kasih sayang. Raiha menyayangi anaknya Rohayu dan menghabiskan masa dengan anak. Dia bertegas untuk memeliharaRohayu kerana tidak sanggup berpisah denganRohayu yang dimintaagar dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa.
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
Teknik_Plot_Pantai_Kasih
Teknik pemerianContoh: Pengarang memerihalkan sikap baik hati Raiha yang mahu menumpangkan Felicia balik dengan keretanya disebabkan mereka tinggal di daerah yang sama. Teknik dialogContoh: Dialog Raiha dengan bapanya ketika mereka berbincang tentang kerjaya yang dipilih oleh Raiha. Teknik imbas kembaliContoh: Raiha teringat kembali waktu dia menjadi siswi tahun pertama dalam bidang pengajian spesifikasi ortopedik, di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan. Waktu itu, Doktor Uwanglah yang mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri atau pembedahan. Teknik saspensContoh: Pembaca ingin tahu rahsia dan sebab sebenar Raiha sering mendengar suara-suara aneh yang sering menghantuinya siang dan malam. Teknik KejutanContoh: Pembaca tidak menyangka bahawa Raiha dengan lantangnya berani menuduh suaminya, Doktor Sadiz yang telah menyebabkan kematan anak tunggal kesayangan mereka walaupun mahkamah syariah telah mengisytiharkan bahawa Doktor Sadiz didapati tidak bersalah dalam kes tersebut.
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
Konflik_Novel_Pantai_Kasih
Konflik dengan diri sendiri Konflik Raiha dengan peristiwa hitam yang dialaminya.Peristiwa: Raiha tidak dapat melupakan detik hitam dalam kehidupannya apabila sentiasa dibayangi dengan kenangan silam kematian anaknya. Kehidupan sehariannya menjadi tidak ceria disebabkan peristiwa hitam itu. Konflik diri ini menyebabkan Raiha berasa bersalah dengan kematian anaknya itu dan tetap menyalahkan bekas suaminya atas kematian itu. Konflik Doktor Uwang dengan dirinya.Peristiwa: Pergaulan hidup yang bebas menyebabkan Doktor Uwang sentiasa menjadi buruan ramai wanita. Walaupun sudah mempunyai isteri tetapi dia mahu mencari kebebasan hidup dengan menemui isteri-isteri tidak sahnya tanpa dihalang oleh sesiapa. Konflik Sister Felicia dengan maruah dirinyaPeristiwa: Sister Felicia sangat kecewa apabila mengetahui bahawa dirinya adalah anak luar nikah. Kekecewaannya itu menyebabkan dia berasa rendah diri dan maruahnya tercalar. Berkat usaha gigihnya dalam pelajaran telah mengikis sikap negatif terhadap dirinya itu. Konflik Doktor Uwang dengan AyuPeristiwa: Doktor Uwang yang tahu bahawa anak saudaranya mati akibat disambar api yang dinyalakan oleh pak ciknya sendiri. Gambaran anak pak ciknya yang rentung dan meminta diselamatkan  sentiasa terbayang-bayang sehingga menyebabkan dia sendiri tidak dapat mengawalnya. Bayangan tersebut datang pada bila-bila masa sehingga waktu sebelum dia mengalami kemalangan dia turut terbayang akan anak pak ciknya itu. Konflik dengan orang lain Konflik antara Raiha dengan Doktor SadizPeristiwa: Raiha berkonflik hebat dengan Doktor Sadiz yang menuduh Raihalah punca kematian anak perempuannya itu. Sebaliknya Raiha menuduh Doktor Sadizlah yang menyebabkan kematian anaknya itu dan merancang kematian anaknya itu. Konflik itu hingga ke mahkamah dan akhirnya Doktor Sadiz menang dalam perbicaraan itu kerana saksi utama tidak muncul dan menceritakan kisah yang sebenar. Konflik antara Sister Felicia dan RaihaPeristiwa: Sister Felicia berkonflik dengan Raiha apabila Raiha memarahi sikap Felicia yang keterlaluan terhadap emak Unong Siron. Raiha berpendapat bahawa sepatutnya Sister Felicia lebih menghormati pelanggan pusat rawatan tersebut dan tidak meninggi atau menengking ibu Unong. Teguran Raiha itu telah menyebabkan Sister Felicia berasa bengang dan tidak menerima teguran tersebut. Konflik antara Raiha dengan ayahnyaPeristiwa: Raiha mahu menjadi pakar bedah seperti ayahnya tetapi hasratnya itu tidak dipersetujui oleh ayahnya. Namun dia berkeras juga hendak menjadi pakar bedah dan akhirnya cita-citanya itu tercapai. Konflik antara Doktor Uwang dengan Emak UnongPeristiwa: Doktor Uwang berasa bahawa dia tidak perlu mengambil tahu dari mana datangnya wang untuk membayar perkhidmatannya membedah Unong Siron. Kredibiliti Doktor Uwang tercabar apabila emak Unong menganggapnya sebagai Doktor Mata Duitan. Namun, sikap emak Unong itu telah menyebabkan dia berasa dia tidak sepatutnya kalah dengan prinsip hidupnya bahawa wang bukan urusannya. Konflik antara Sister Felicia dengan Emak UnongPeristiwa: Sister Felicia berasa tercabar apabila Emak Unong Siron menuduhnya sebagai punca anaknya tidak sembuh-sembuh. Emak Unong menuduhnya sengaja berbuat demikian untuk kepentingan peribadi dan mendapat keuntungan daripada perbuatan tersebut. Emak Unong mengagak bahawa sekiranya anaknya masih dirawat tentu dia masih mendapat komisen dan sikap Sister Felicia menggambarkan dia tidak prihatin dan simpati dengan nasib anaknya sebaliknya mencadangkan pusat rawatan tersebut sebagai cara mendapatkan keuntungan peribadi. Konflik antara Sister Felicia  dengan Doktor UwangPeristiwa: Sister Felicia ditegur oleh Doktor Uwang kerana melakukan kesalahan memarahi pesakit. Doktor Uwang yang memberikan kepercayaan tinggi dan menaikkan pangkat Sister itu berharap agar dia sentiasa mengingati sumpah setia sebagai jururawat. Dia kurang senang ditegur oleh Doktor Uwang.
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
Doktor_Raiha
Seorang yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugasContoh: Raiha bersetuju untuk melakukan pembedahan ke atas Unong walaupun dia berasa bahawa Dokor Uwanglah yang selayaknya melakukan pembedahan tersebut.
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
Doktor_Uwang
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
Unong_Siron
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
Doktor_Sadiz
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
Ayah_Raiha
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
Felicia_Landosi
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
Malam_Hari
Kemalangan Doktor Uwang Pencerobohan Pusat Rawatan Pantai Kasih Kemalangan yang Meragut Nyawa Anak Perempuan Raiha dan Doktor Sadiz Kunjungan Raiha ke Pusat Rawatan Pantai Kasih
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
Waktu_Senja
Pembedahan keenamPembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsung pada waktu senja. Pembedahan itu telah berjaya dilakukan oleh Raiha selepas diminta oleh Doktor Uwang. Walaupun Raiha mempersoalkan peranannya, namun dia mengambil alih pembedahan tersebut dengan penuh tanggungjawab dan mengharapkan agar pembedahan tersebut adalah pembedahan terakhir untuk gadis lincah Unong Siron.
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
Nilai_Kerajinan
Nilai kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister Felicia yang asalnya belajar di kawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia Berjaya belajar hingga menjadi seorang jururawat di Hospital Kinabalu.
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
Nilai_Ketekunan
Nilai ketekunan kelihatan dalam Novel Pantai Kasih melalui watak Raiha yang tekun belajar sehingga menjadi seorang pakar bedah sama seperti ayahnya. Walaupun cita-citanya itu tidak direstui oleh ayahnya yang merupakan seorang pakar bedah, namun atas ketekunannya mengharungi pelbagai cabaran telah menjadikan dia seorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
Nilai_Keberanian
Raiha berani mempertahankan bahawa kesalahan atas kematian anak perempuannya adalah disebabkan oleh Roktor Sadiz. Sikapnya itu tidak disenangi oleh Doktor Sadiz sehinggakan kes mereka itu berlarutan dan menjejaskan nama baiknya sendiri. Sikapnya itu juga tidak disenangi oleh keluarganya sendiri kerana mempertahankan benang yang basah. Apatah lagi Sister Felicia tidak muncul untuk menjadi saksi di mahkamah sehingga Raiha kalah dalam kes tersebut.
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
Nilai_Bertanggungjawab
Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan ke atas Unong Siron sebagai pembedahan yang keenam dan yang terakhir. Hal ini demikian kerana Raiha berpendapat tidak sewajarnya gadis remaja itu menghabiskan masa menghadapi hidup dengan waktu sukar yang sangat panjang. Tidak sepatutnya gadis tersebut menjalani pembedahan yang sama di tempat sama dan atas sakit yang sama sehingga lima kali.
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
Nilai_Keprihatinan
Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan sebanyak enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukan pembedahan tersebut adalah doktor pakar yang  bukan calang-calang. Rasa prihatin itu terbit dan mengharapkan agar pembedahan keenam pada senja tadi merupakan pembedahan yang terakhir dan berakhirlah penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh Unong selama ini.
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
Nilai_Ketabahan
Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu dibangkang oleh Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang pakar bedah yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaan untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
Sinopsis_Novel_Pelari_Muda
Novel menceritakan kisah Kamarul seorang murid Tingkatan Lima yang berbakat dalam bidang olahraga. Dia telah dipilih mewakili negara dalam Sukan SEA di Brunei. Kejayaannya mewakili dan mengharumkan nama negara telah menjadikannya sombong. Dia telah jarang-jarang berbual dengan rakan-rakan di sekolah. Malah, dia juga telah bersikap dingin terhadap Saridah. Ekoran perubahan sikapnya itu, Kamarul mula tidak hadir atau datang lewat ke latihan pusat kem olahraga kebangsaan. Dia sombong dan yakin akan latihannya sendiri. Bagaimanapun, Encik Kadir menasihatinya dengan mengatakan bahawa tindakan dia berlatih sendiri melanggar disiplin. Namun begitu, dia tidak menghiraukan nasihat Encik Kadir selaku jurulatihnya. Malah, dia bersikap buruk, iaitu dia bersikap kasar terhadap Encik Kadir dengan melemparkan pingat yang diberikan oleh jurulatihnya itu sebagai pembakar semangat. Selepas Kamarul melemparkan pingat itu, dia berjalan pulang. Oleh sebab tidak berhati-hati semasa melintas jalan, dia dilanggar oleh sebuah kereta. Dia pengsan dan tidak mengetahui apa-apa yang berlaku seterusnya. Di hospital, dia dikunjungi oleh Encik Kadir, tetapi ketika itu dia sedang tidur. Encik Kadir bertanyakan khabarnya kepada ibunya. Ibunya memberitahu Encik Kadir bahawa Kamarul hanya mengalami luka dan bengkak urat. Encik Kadir menyatakan bahawa dia akan datang lagi pada waktu petang. Selepas 15 minit Encik Kadir pulang, Kamarul sedar dan mendapati Saridah ada di sisinya. Dia tersenyum memandang Saridah dan Saridah membalas senyumannya itu. Dia mengucapkan terima kasih kepada Saridah kerana sudi mengunjunginya. Saridah memberitahunya bahawa Encik Kadir, Sures, dan Juriah berkirim salam dan kemudiannya menyatakan bahawa Encik Kadir baru sahaja pulang. Hatinya berdetik apabila mengetahui Encik Kadir mengunjunginya. Dia terasa ingin benar keluar cepat-cepat dari hospital dan menemui Encik Kadir. Di hospital, Kamarul menginsafi sikapnya yang sombong akan kejayaan dan popularitinya sebagai pelari pecut negara. Dia sedar bahawa kejayaannya sebagai pelari yang terkenal adalah atas bimbingan Encik Kadir. Dia turut sedar bahawa dia tidak patut melupakan Cikgu Zainal yang juga banyak berjasa terhadapnya. Oleh itu, dia berazam untuk turun ke padang untuk membuktikan kepada Encik Kadir bahawa dia seorang ahli sukan yang berdisiplin. Sewaktu dia dibenarkan pulang, Encik Kadir telah menjemputnya. Kamarul mohon maaf daripada Encik Kadir. Selepas keluar dari hospital, Kamarul telah turun berlatih tetapi dia berasa kecewa kerana prestasinya merosot, namun dia diberi semangat oleh Encik Kadir. Sewaktu dia berada di bilik di rumahnya, dia melihat gambar jaguh-jaguh pelari pecut luar negara. Dia melihat catatan masa yang pernah dibuatnya sebelum ini. Dia berazam untuk melakukan sesuatu supaya catatan masanya bertambah baik. Kamarul dan kawan-kawannya berlepas ke Bangkok. Sebelum itu, dia resah menantikan kehadiran Saridah yang sampai lewat kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Selepas Saridah tiba, Kamarul dan kawan-kawannya berlepas ke Bangkok untuk menyertai Sukan Sea. Di Bangkok, Kamarul mengikuti latihan yang dikendalikan Encik Kadir. Di sana juga dia telah berjumpa dan berbual-bual dengan De Wega, iaitu pelari Filipina yang diminatinya. Dalam perbualan itu, De Wega menasihatinya agar tidak bersikap sombong, menghormati jurulatih, dan berdisiplin. Masa pertandingan pun tiba. Dalam pertandingan tersebut, Kamarul telah bersaing dengan De Wega dan rakannya, Sures, di samping pelumba dari Brunei, Indonesia, dan lain-lain. Kamarul menjadi johan bagi acara 100 meter dan 400 meter. Sewaktu dia masuk ke biliknya, Encik Kadir menemuinya dan mengucapkan tahniah. Encik Kadir turut menyampaikan secebis kertas dari tanah air yang mengandungi ucapan tahniah. Ucapan itu datang daripada rakan-rakannya, terutama Saridah. Kamarul ingin mengembalikan pingat yang diberikan oleh Encik Kadir sewaktu dia hendak berlumba tetapi Encik Kadir memintanya agar menyimpan pingat tersebut sebagai kenangan. Encik Kadir memberitahu Kamarul bahawa dia sepatutnya bersara sebagai jurulatih tahun ini tetapi terpaksa ditangguhkan untuk kejohanan Sukan Sea ini. Encik Kadir juga menyatakan bahawa dia telah berjaya membawa Kamarul ke tahap yang membanggakannya. Kamarul tidak menyangka bahawa Encik Kadir akan bersara sebagai jurulatih. Kejohanan Sukan Sea pun tamat. Sebelum pulang ke tanah air, dia sempat bertemu dengan De Wega dan memberikan hadiah. De Wega juga membalas pemberian Kamarul dengan pingat yang pernah dimenanginya. Setibanya di tanah air, Kamarul telah disambut oleh keluarganya, Saridah, dan kawan-kawannya.
https://karangan.net/novel-pelari-muda/
Tema_Novel_Pelari_Muda
Tema novel ini ialah keinsafan membawa kajayaan. Kejayaan menjadi atelit sukan olahraga yang terkenal di peringkat sukan SEA di Brunei telah merubah sikap Kamarul menjadi seorang yang sombong danbersikap tidak sopan terhadap jurulatihnya Encik Kadir. Hubungan dengan rakan-rakannya juga semakin renggang kerana Kamarul bersikap angkuh dan enggan bertanding dalam kejohanan kecil seperti sukan tahunan sekolah. Walau bagaimanapun, kemalangan telah menjadikan Kamarul insaf. Keinsafan adalah titik yang merubah sikap buruk Kamarul kepada sikap yang baik dan bermoral. Dengan moral yang baik itu juga Kamarul kembali bersemangat berusaha untuk berjaya dalam pertandingan dan akhirnya dia berjaya mencapai cita-cita membawa kejayaan dalam sukan SEA di Bangkok. Keinsafan menjadi asas kejayaan dan sokongan padu jurulatih serta kawan-kawannya.
https://karangan.net/novel-pelari-muda/
Persoalan_Novel_Pelari_Muda
Hubungan antara kawan baikContoh: Kamarul berkawan rapat dengan rakan sekolahnya, Saridah dan Saridah pula amat menyayanginya, namun sikap Kamarul yang angkuh setelah terkenal menyebabkan hubungan mereka menjadi dingin. Kegigihan seorang atlet untuk meningkatkan prestasiContoh: Sures berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan rekod masa lariannya supaya dia dapat menewaskan rekod masa Kamarul. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anakContoh: Mak Jah menyayangi anaknya Kamarul dan sentiasa mengambil berat terhadap segala masalah anaknya. Tanggungjawab seorang jurulatih terhadap atletnyaContoh: Encik Kadir melatih Kamarul dengan sabar sehingga Kamarul meraih pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter walaupun pada peringkat awal Kamarul tidak berdisiplin, angkuh, dan suka berlatih sendiri. Kesabaran menghadapi karenah manusiaContoh: Encik Kadir bersabar dengan tingkah laku Kamarul yang kurang berdisiplin. Daripada memarahinya, beliau menasihati Kamarul dan memberikan pingat emas sebagai pembakar semangatnya. Beliau juga melawat Kamarul yang terlantar sakit kerana kamalangan di hospital walaupun Kamarul telah menyakiti hatinya. Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan untuk masa depanContoh: Juriah mengingatkan Saridah tentang peperiksaan SPM lebih penting daripada mengingati Kamarul. Keprihatinan masyarakat terhadap musibah yang dihadapi orang lainContoh: Mak Jah prihatin dengan masalah yang dihadapi anaknya. Dia bertanyakan masalah yang dihadapi Kamarul setelah berasa pelik dengan perlakuannya yang tidak seperti kebiasaannya. Persoalan tekanan perasaan yang dihadapi oleh remaja akibat persainganContoh: Tekanan perasaan yang dihadapi oleh Kamarul akibat persaingan dengan Sures yang lebih cemerlang daripadanya dan harapan tinggi yang dipertaruhkan kepadanya. Kekurangan kasih sayang menyebabkan anak bersikap dingin terhadap keluarga sendiriContoh: Saridah kurang mendapat perhatian daripada keluarganya kerana emaknya sibuk dengan persatuan wanita dan ayahnya sibuk dengan hal kerja di pejabat. Hal ini menyebabkan Saridah lebih selesa dengan menghabiskan masa bersama-sama Juriah dan mengharapkan perhatian daripada Kamarul.
https://karangan.net/novel-pelari-muda/
Binaan_Plot_Novel_Pelari_Muda
Permulaan Kisah bermula dengan perubahan sikap Kamarul yang menjadi perhatian ibu dan rakan-rakannya. Kamarul bersiap-siap hendak ke sekolah. Kamarul tidak gembira kerana hubungannya dengan Saridah semakin renggang. Dalam perjalanan ke sekolah, Kamarul teringat akan Cikgu Zainal, guru sukan yang mula-mula mengesan bakatnya dalam bidang olahraga. Perkembangan Kamarul telah banyak berubah kerana sudah terkenal. Kamarul enggan berlatih dengan Encik Kadir kerana baginya latihan yangdiberikan oleh Encik Kadir amat membosankannya. Kamarul enggan bergaul dengan kawankawan sekolah. Kamarul juga enggan menjalani latihan sukan sekolah. Tindakan Kamarul telah menimbulkan kerunsingan Encik Kadir selaku jurulatih olahraga pasukan kebangsaan. Konflik Kamarul mula berani melawan jurulatihnya dengan mengatakan bahawa dengan latihan sendiri itu tidak mengganggu kecergasannya. Kamarul juga telah berani mencabar Encik Kadir agar melatih Sures yang sedang meningkat maju dalam olahraga. Klimaks Kamarul susah hati. Tahap kecergasannya semakin menurun. Kamarul bergaduh dengan Encik Kadir kerana dia kerap pontenglatihan. Kamarul sanggup membaling pingat yang diberikan oleh Encik Kadir sambil berlalu pergi. Ketika melintas jalan dengan perasaan marah dan fikirannya berkecamuk. Dia melintas jalan raya tanpa menoleh ke kiri. Kamarul telah dilanggar kereta hinggapengsan dan menyebabkannya terlantar hospital. Peleraian Kamarul mula sedar akan kesilapannya dan kembali berlatih serta berdisiplin. Akhirnya, dia berjaya meningkatkan kecergasannya semula dan menjadi johan dalam acara 100 meter dan 400 meter di Sukan SEA ke-14 di Bangkok. Kamarul menerima ucapan tahniah daripada Encik Kadir dan rakan-rakannya di Malaysia. Kamarul bertukar-tukar cenderamata dengan De Wega. Kamarul dan atlet-atlet yang lain pulang ke Malaysia.
https://karangan.net/novel-pelari-muda/
Teknik_Plot_Novel_Pelari_Muda
PemerianContoh: Pengarang memerihalkan kebiasaan Kamarul yang membaca surat khabar tentang perkembangan sukan tanah air dan luar negara selepas sarapan. DialogContoh: Dialog antara Kamarul dan Adibah yang melarangnya keluar dari kelas sebelum loceng rehat berbunyi, walaupun Kamarul menyatakan bahawa dia mahu berjumpa dengan Cikgu Zainal. MonologContoh: Ketika berada di perpustakaan sambil menunggu kedatangan Kamarul, Saridah berfikir bahawa Kamarul perajuk dan pendendam orangnya apabila Kamarul tidak datang menemuinya di situ. Imbas kembaliContoh: Saridah mengingati peristiwa pertemuan pertamanya dengan Kamarul ketika menyertai Kejohanan MSSM di Stadium Merdeka. Imbas mukaContoh: Selepas kemalangan, Kamarul bertekad untuk kembali berlatih dan membuktikan kepada Encik Kadir bahawa dia akan menjadi seorang ahli sukan yang berdisiplin SaspensContoh: Pembaca tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada Kamarul akibat dilanggar kereta.
https://karangan.net/novel-pelari-muda/
Watak_Perwatakan_Novel_Pelari_Muda
Watak Utama: Kamarul Baharuddin Seorang yang angkuh dan sombong kerana kejayaan dan kepopularannya. Seorang yang tidak mengenang budiKamarul enggan berlatih bawah bimbingan Encik Kadir kerana telah bosan. Seorang yang berani mengakui kesilapanKamarul berani meminta maaf atas kesilapannya yang bersikap sombong dan tidak berdisiplin kepada Encik Kadir Selepas pulih daripada kecederaannya, Kamarul gigih berlatih sehingga dia memenangi pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter dalam temasya Sukan SEA. Watak Sampingan: Saridah Seorang yang menghormati orang lainSaridah menghormati Mak Jah, iaitu emak Kamarul. Seorang yang beraniSaridah berani menegur sikap Kamarul yang mulai sombong dan tidak berdisiplin ketika menjalani latihan olahraga. Seorang yang prihatinApabila Kamarul terlibat dalam kemalangan jalan raya, Saridah kerap menziarahi Kamarul. Watak Sampingan: Encik Kadir Seorang yang bertanggungjawab.Encik Kadir menjalankan tanggungjawab melatih Kamarul, Sures, dan atlet-atlet negara yang lain sebelum kejohanan Sukan SEA di Bangkok. Seorang penyabarEncik Kadir sabar menghadapi kerenah Kamarul yang mula sombong dan tidak berdisiplin selepas Kamarul menjadi terkenal. Seorang yang pemaafEncik Kadir memaafkan kesalahan Kamarul yang kerap tidak menghadiri sesi latihan.
https://karangan.net/novel-pelari-muda/
Gaya_Bahasa_Novel_Pelari_Muda
RepetisiContoh: Mengharapkan emak di rumah, emak lebih sibuk dengan persatuan wanitanya. AnaforaContoh: Maafkan aku, Saridah! Maafkan aku, Cikgu Zainal! Maafkan aku, Encik Kadir! Maafkan aku, kawan-kawan! SimileContoh: hati dan perasaannya macam emak juga; Sures semakin pantas memecut bagaikan seekor kuda liar yang dipacu. SinkopeContoh: kau dah tak lalu nak makan dan minum. Bahasa InggerisContoh: sorry, Don’t worry, just friend, sporting. PeribahasaContoh: besar kepala, lupa daratan, sekilas ikan di air aku tahu jantan betinanya, memulangkan paku buah keras, jauh panggang dari api. PersonifikasiContoh: berbagai-bagai gambaran dan perasaan bersalah mendera hati Kamarul; kata-kata demikian meluncur daripada mulut Saridah; resapan bangga menyelinap ke pembuluh darah. HiperbolaContoh: seribu kemarahan, kemarahannya mula membakar hatinya; kesayuan terus memenjarakan hati para atlet. Penggunaan dialekContoh: tunak, aspal, bergulau.
https://karangan.net/novel-pelari-muda/
Latar_Novel_Pelari_Muda
https://karangan.net/novel-pelari-muda/
Nilai_Novel_Pelari_Muda
Nilai KeinsafanKamarul insaf akan kesilapan dirinya yang bersikap kasar dan sombong terhadap jurulatih dan kawan-kawannya. Selepas kemalangan, dia mengakui kesalahan diri semasa terlantar sakit di hospital. PatriotismeContoh: Kamarul menganggap kemenangannya memperoleh pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter di Sukan SEA bukan sahaja untuk dirinya tetapi untuk negara. Nilai Kasih sayangContoh: Mak Jah mengambil berat kesihatan dan keselamatan anaknya Kamarul yang dibuktikan dengan menjaga anaknya di hospital selama empat hari gara-gara dilanggar kenderaan. Nilai BertanggungjawabContoh: Encik Kadir seorang jurulatih yang bertanggungjawab seperti selalu menasihati Kamarul dan bersusah payah mengambil Kamarul yang keluar dari hospital. Nilai KeberanianContoh: Kamarul berani menghadapi cabaran walaupun pada peringkat awal dia tidak yakin dapat menggondol pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter kerana menyedari tahap kecergasannya yang belum pulih. Namun sebagai jurulatih, Encik Kadir tetap yakin Kamarul mampu menggondol pingat tersebut dan akhirnya keyakinan Encik Kadir menjadi kenyataan. BerdisiplinContoh: Sures yang berdisiplin dan akur pada jadual latihan telah membolehkan dia menewaskan Kamarul dalam saingan 100 meter. Nilai SimpatiContoh: Juriah bersimpati terhadap Saridah dengan menasihati Saridah dan mendengar segala rintihan dan kekecewaan Saridah.
https://karangan.net/novel-pelari-muda/
Pengajaran_Novel_Pelari_Muda
Kita hendaklah melahirkan rasa syukur jika memperoleh sesuatu kejayaanContoh Peristiwa: Kamarul melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT apabila memperoleh pingat emas dan memecah rekod baharu dalam acara 100 meter di Sukan SEA. Kita perlu mempunyai semangat patriotismContoh Peristiwa: Kamarul menganggap kemenangannya memperoleh pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter di Sukan SEA bukan sahaja untuk dirinya tetapi untuk negara. Kita sewajarnya mempunyai perasaan kasih sayangContoh Peristiwa: Mak Jah mengambil berat kesihatan dan keselamatan anaknya Kamarul yang dibuktikan dengan menjaga anaknya di hospital selamat empat hari gara-gara dilanggar kenderaan. Kita sepatutnya menghargai jasaContoh Peristiwa: Kamarul memberi cenderamata kepada atlet Filipina, De Wega yang banyak memberi nasihat dan dorongan sehari sebelum pertandingan dijalankan sehinggakan dia meraih pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter. Kita seharusnya mempunyai keberanian menghadapi cabaranContoh Peristiwa: Kamarul berani menghadapi cabaran walaupun pada peringkat awal dia tidak yakin dapat menggondol pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter kerana menyedari tahap kecergasannya yang belum pulih. Namun sebagai jurulatih, Encik Kadir tetap yakin Kamarul mampu menggondol pingat tersebut dan akhirnya keyakinan Encik Kadir menjadi kenyataan. Kita mestilah mempunyai keazaman dan semangat yang tinggi untuk mencapai kejayaan.Contoh Peristiwa: Kamarul mempunyai keazaman dan semangat yang tinggi untuk memenangi pingat emas dalam Sukan SEA. Kita perlulah berdisiplin dalam kehidupan agar tugas yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan berkesan.Contoh Peristiwa: Sures dan Suradi yang berdisiplin dengan akur pada arahan jurulatih telah membolehkan dia menjadi atlet berpotensi. Kita mestilah menghormati orang lain terutamanya orang yang lebih tua daripada kita.Contoh Peristiwa: Saridah mengkormati orang lain, terutama Mak Jah dan Encik Kadir yang lebih tua daripadanya. Kita hendaklah jujur dan amanah dengan setiap tanggungjawab yang diberikan kepada kita.Contoh Peristiwa: Encik Kadir melatih Kamarul dengan bersungguh-sungguh sehingga Kamarul telah muncul sebagai pemenang pingat emas dalam kejohanan Sukan SEA di Bangkok.
https://karangan.net/novel-pelari-muda/
Soalan_dan_Jawapan_novel_Pelari_Muda
Huraikan persoalan dalam novel yang anda kaji. Berdasarkan novel yang saya kaji ketika tingkatan satu ialah Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia, terdapat beberapa persoalan di dalam novel ini. Antaranya adalah persoalan kemasyuran diri telah menjadikan seseorang itu lupa daratan. Contohnya, Kamarul telah berlaku sombong dan angkuh selepas dia berjaya mewakili negara dalam Kejohanan Sukan SEA di Brunei. Dia sengaja menguzurkan diri daripada menghadiri latihan di bawah bimbingan jurulatihnya, Encik Kadir dan bersikap tidak endah terhadap kawan-kawan seperjuangannya yang lain. Selain itu, adalah persoalan keberanian seorang sahabat menegur demi kebaikan. Contohnya, Saridah berani menegur Kamarul yang telah bersikap sombong apabila menjadi seorang yang popular. Keberanian Saridah ini telah menyebabkan hubungannya dengan Kamarul menjadi tegang. Akhir sekali, adalah persoalan disiplin diri yang mantap menjadi kunci untuk menggenggam kejayaan. Contohnya, kecergasan Kamarul merosot sehingga dia kalah kepada Sures dan Suradi yang tidak pernah berjaya mengalahkannya sebelum ini. Hal ini disebabkan oleh sikap Kamarul yang selalu ponteng latihan dan kurang berdisiplin. Akan tetapi, selepas terlibat dalam kemalangan, dia insaf akan perbuatannya dan menebus kesilapannya kepada Encik Kadir dengan menghadirkan diri semasa sesi latihan. Akhirnya, hasil disiplinnya menghadiri latihan, Kamarul berjaya memenangi acara 400 meter. Nyatakan watak utama. Huraikan perwatakan bagi watak utama tersebut. Novel yang saya kaji berjudul Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia. Kamarul merupakan watak utama dalam novel ini. Perwatakan yang menarik bagi Kamarul ialah dia merupakan seorang yang gigih. Sebagai contoh, Kamarul melakukan latihan secara serius dan intensif akhirnya telah membolehkannya dipilih untuk mewakili Negara dalam acara olahraga Sukan SEA di Brunei. Selain itu, Kamarul sangat menghormati orang tuanya. Contohnya, Kamarul menghormati ibunya dan sentiasa berlemah-lembut ketika bercakap dengan emaknya, Mak Jah. Di samping itu, Kamarul seorang yang berani mengakui kesalahan diri. Sebagai contoh, Kamarul insaf akan kesilapannya yang selalu bersikap sombong dan kasar terhadap rakan-rakan dan jurulatihnya. Setelah menyedari pengorbanan Cikgu Zainal, Encik Kadir, Saridah dan Sures dia kembali berlatih di bawah kendalian Encik Kadir sehingga berjaya menjadi juara dalam bidang yang diceburi. Nyatakan satu watak sampingan dan huraikan perwatakan bagi watak tersebut. Merujuk pada novel penulisan Ghazali Ngah Azia iaitu Pelari Muda, terdapat beberapa orang watak sampingan yang membantu dalam perkembangan plot cerita ini. Antara watak sampingan yang selalu berdamping dengan watak utama ialah Saridah Binti Johari. Antara perwatakan Saridah yang jelas kelihatan dalam novel ini ialah dia merupakan seorang yang menepati janji. Sebagai bukti, dia menunggu Kamarul pada waktu rehat di perpustakaan. Pada awalnya, mereka telah berjanji untuk bertemu di lokasi tersebut untuk membincangkan masalah yang terjadi. Namun begitu, Kamarul langsung tidak menunjukkan batang hidungnya sehinggalah waktu rehat berakhir. Selain itu, Saridah juga merupakan seorang yang pemaaf. Sebagai contoh, dia sudi memaafkan kesalahan Kamarul. Dia telah menulis surat kepada Kamarul dan meminta Juriah untuk menghantarkan surat tersebut. Dalam surat tersebut, Saridah meminta maaf kepada Kamarul dan menyatakan bahawa dia sudi memaafkan kesalahan Kamarul yang bersikap mementingkan diri itu. Seterusnya, Saridah ialah seorang yang baik hati. Contohnya, dia ingin belanja Juriah makan. Huraikan nilai yang terdapat dalam novel. Berdasarkan novel Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia, tedapat beberapa nilai murni yang ditonjolkan oleh penulis supaya dapat dijadikan ikutan buat pada pembaca. Nilai yang pertama ialah berdisiplin. Contohnya Sures seorang yang berdisiplin. Dia sentiasa menghadiri latihan larian mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh jurulatih, Encik Kadir. Nilai yang kedua ialah bertanggungjawab. Contohnya Adibah seorang ketua kelas yang bertanggungjawab. Dia menegur kesalahan Kamarul yang ingin keluar kelas tanpa kebenaran. Selain itu, terdapat nilai kepatuhan dalam novelPelari Muda. Contohnya, Sures menuruti arahan Encik Kadir semasa sesi latihan di Pusat Sukan Kampung Pandan. Nilai kepatuhan terhadap jurulatihnya telah menjadikan dia seorang yang berjaya dalam acara lumba lari walaupun bertanding dengan Kamarul iaitu orang yang tidak dapat dikalahkannya suatu masa dahulu. Akhir sekali, adalah nilai keinsafan. Sebagi tamsilan, Kamarul insaf akan sikapnya yang sombong, bongkak dan bersikap kasar terhadap jurulatih dan kawan-kawannya. Kamarul mulai insaf akan kekhilafan dirinya setelah terlibat dalam kemalangan dan terlantar di hospital. Dia berasa terharu akan perbuatan jurulatihnya, Encik Kadir yang sentiasa mengambil berat terhadap kesihatannya. Huraikan pengajaran yang terdapat dalam novel. Berdasarkan novel Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia, terdapat beberapa pengajaran yang boleh diambil pembaca dalam menjalani kehidupan seharian. Antaranya ialah kita hendaklah berdisiplin dalam kehidupan agar tugas yang dipikul dapat dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya, Sures dan Suradi yang berdisiplin dan sentiasa akur dengan arahan jurulatih mereka telah menjadikan mereka sebagai atlet yang berprestij. Selain itu, kita perlulah menghargai jasa dan budi baik orang lain supaya kita tidak bersikap bongkak dan hidung tinggi. Misalnya, Kamarul yang sudah popular telah melupakan jasa Cikgu Zainal dan Encik Kadir yang telah menjadikannya jaguh pecut. Sikap sombong ini telah menyebabkan dirinya tidak disenangi oleh rakan-rakannya. Oleh itu, kita patutlah menghargai jasa supaya tidak bersikap angkuh seperti Kamarul. Akhir sekali, kita wajarlah insaf akan kesilapan supaya kita tidak terus melakukan kesalahan itu lagi. Amsalnya, Kamarul yang terlantar di hospital telah insaf dan sedar akan sikapnya yang kasar terhadap jurulatihnya itu. Kamarul akhirnya kembali menjadi pelatih yang berdisiplin dan patuh akan arahan jurulatihnya sehinggakan dia berjaya menjadi juara dalam acara yang disertainya. Huraikan latar tempat yang terdapat dalam novel yang kamu kaji. Merujuk pada novel penulisan Ghazali Ngah Azia iaitu Pelari Muda, terdapat beberapa latar tempat yang menjadi lokasi sesuatu peristiwa itu berlaku. Antara latar tempat yang terdapat di dalam novel ini, adalah di rumah Kamarul. Contoh peristiwa yang berlaku ialah Kamarul membaca akhbar dan meneliti berita sukan tanah air. Selepas membaca kenyataan yang dibuat Encik Kadir di dalam akhbar, dia menusuk gambar Encik Kadir dengan jari- jarinya kerana marah akan tindakan Encik Kadir yang membuat kenyataan mengenai disiplin para atlet negara. Dia merasakan bahawa kenyataan itu sengaja dibuat untuk ditujukan kepadanya. Selain itu, adalah di Pusat Sukan Kampung Pandan. Contoh peristiwa yang terjadi di sini ialah Kamarul kalah dengan Sures dan Suradi iaitu dua orang pesaing yang tidak pernah berjaya melawannya sebelum ini dalam acara larian. Selepas beberapa kali membuat larian, Encik Kadir meminta semua pelatih lain beredar kecuali Kamarul. Dia manasihati Kamarul tetapi nasihat yang diberi langsung tidak diendahkan oleh Kamarul malah diprovokasikan. Akhir sekali, adalah latar tempat di Gimnasium A. Di tempat ini, Kamarul telah berkenalan dengan seorang pelari Filipina yang cemerlang pretasinya iaitu De Wega. De Wega mengatakan kepada Kamarul bahawa dia selalu mengikuti perkembangannya dan atlet-atlet lain dari Malaysia dan negara- negara lain. Sebelum bersurai, De Wega memberikan kata-kata semangat kepada Kamarul. Huraikan latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang kamu kaji. Berdasarkan novel Pelari Muda yang dikarang oleh Ghazali Ngah Azia, terdapat banyak latar masyarakat yang boleh didapati dalam novel ini. Antaranya, masyarakat murid yang aktif bersukan. Contohnya, Kamarul, Sures, Suradi dan Saridah merupakan murid sekolah yang bergiat aktif dalam sukan olahraga. Selain itu, masyarakat yang prihatin tehadap orang sekelilingnya. Contohnya, Juriah menasihati Saridah yang bersedih dengan sikap Kamarul yang dingin terhadapnya. Seterusnya, masyarakat yang angkuh dan sombong apabila memperoleh kejayaan. Contohnya, Kamarul mula bersikap angkuh apabila dia dapat menyertai Kejohanan Sukan SEA di Brunei dan menjadi popular.
https://karangan.net/novel-pelari-muda/