title
stringlengths
5
65
content
stringlengths
0
19.5k
url
stringlengths
32
65
Sipnosis_Meniti_Impian_Bab_10
Setiap awal bulan, suasana di pejabat IKM agak sibuk. Zahar dan pelatih-pelatih berbaris menunggu giliran untuk mengambil wang imbuhan masing-masing. Setelah menandatanggani baucar, wang imbuhan sebanyak RM 200 yang diterimanya dengan perasaan gembira dan bersyukur. Dengan wang itulah dia menampung perbelanjaannya di IKM. Setelah mengambil imbuhan, Zahar segera keluar menuju ke tempat surat. Kelihatan Norimi dan Habsah sedang melihat sampul-sampul surat yang hampir memenuhi rak. Habsah menyatakan ada surat untuk Zahar. Norimi bertanyakan daripada siapa surat tersebut dan Zahar menjelaskan bahawa surat ini datangnya daripada adiknya di kampung. Norimi tidak berpuas hati dan merampas surat itu daripada Zahar untuk melihat sampulnya. Norimi menyatakan surat itu bercop posnya di Shah Alam dan tulisan orang perempuan sambil melirik senyuman kelat kepada Zahar. Zahar meminta semula surat itu daripada Norimi dan menafikan dakwaan Norimi itu. Perbualan mereka terhenti apabila pengetua keluar dari pejabat dan Zahar melangkah pantas menuju ke kelasnya. Zahar membelok ke tandas dan menatap sampul surat di tanganya. Dengan tidak sabar dia terus membuka sampul surat dan membacanya. Rupa-rupanya surat itu dikirim oleh suhaili. Isi surat tersebut menyatakan hasrat Suhaili untuk meleraikan ikatan hati kerana masing-masing memilih haluan yang berbeza. Suhaili juga menyatakan rasa hampa dengan jalan yang dipilih oleh Zahar dan beranggapan haluan yang dipilih oleh Zahar tiada masa depan. Niatnya untuk membuang air kecil terbantut disitu sahaja dan terus bergegas keluar dan berlajan pantas masuk semula ke kelasnya. Zahar meneruskan kerjanya menyiapkan sebuah kerusi. Sementara menunggu cikgu Baharum datang untuk melihat hasil kerjanya, fikirannya terbawa kembali pada surat yang diterimanya. Surat itu tidak akan mematahkan semangat, sebaliknya terus menguatkan tekadnya untuk mencapai cita-citanya .Zahar berazam untuk membuktikan bahawa dia boleh menjadi manusia yang berjaya dalam hidup yang penuh pancaroba ini.
https://karangan.net/sipnosis-novel-meniti-impian/
Sipnosis_Novel_Meniti_Impian_Bab_11
Norimi dan Zahar bertengkar mengenai surat yang diterima Zahar tempoh hari. Dengan rasa tidak puas hati Zahar memberikan surat tersebut untuk di baca oleh Norimi. Setelah selesai membaca barulah Norimi tahu perkara sebenar yang di hadapi Zahar. Norimi datang menghampiri Zahar yang ketika itu sedang berdiri menghadap padang memerhatikan rakannya bermain bola sepak. Zahar tidak menghiraukan Norimi. Norimi meminta maaf atas sikapnya yang suka mengusik Zahar mengenai surat tersebut. Zahar berharap agar Norimi berpuas hati dengan ini kandungan surat tersebut dan meminta Norimi menjadi penawar luka hatinya. Ramli menjerit memanggil Zahar dari tengah padang dan Maarof berlari-lari anak menghampiri zahar dan mengajak Zahar dan mengajaknya berlatih bersama kerana kekurangan pemain.
https://karangan.net/sipnosis-novel-meniti-impian/
Sipnosis_Meniti_Impian_Bab_12
Bas yang membawa pasukan bola sepak IKM Sungai Petani dan penyokong-penyokongnya bergerak meninggalkan perkarangan IKM Alor Setar. Maarof sebagai ketua pasukan memuji Zahar kerana menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan persahabatan tersebut dan meminta rakan-rakan memberikan tepukan kepada Zahar. Zahar dengan rasa rendah diri menyatakan kejayaan pasukannya bukan hanya bergantung kepada dirinya seorang tetapi kerjasama semua pemain dan penyokong-penyokong. Maarof juga meminta semua pemain turun berlatih untuk memperkemaskan permainan bagi menghadapi perlawanan akan datang.
https://karangan.net/sipnosis-novel-meniti-impian/
Sipnosis_Novel_Meniti_Impian_Bab_13
Perlawanan timbal balik pertandingan bola sepak di antara pasukan bola IKM Alor Setar dan pasukan IKM Sungai Petani berlangsung sengit. Namun pasukan bola sepak IKM Sungai Petani memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 1-0. Kemenangan mereka dibantu oleh ketangkasan Redzuan menjaga gawang dan sokongan pelatih dan tenaga pengajar yang memberikan sokongan di tepi padang. Pasukan bola sepak Sungai Petani tidak begitu meraikan kejayaan kerana menghormati pasukan lawan sehingga mereka pulang. Mereka merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pihak luar untuk mengeratkan perhubungan.
https://karangan.net/sipnosis-novel-meniti-impian/
Sipnosis_Meniti_Impian_Bab_14
Sebelum bermulanya peperiksaan, semua kegiatan luar ditangguhkan sementara waktu. Semua pelatih gigih membuat persediaan untuk peperiksaan. Pelatih-pelatih baharu akan mengambil peperiksaan asas. Zahar awal-awal lagi berazam untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Tiba hari peperiksaan semua pelatih awal-awal lagi sudah berada di dalam bengkel. Tanpa melupakan pesanan Cikgu Baharum, Zahar memulakan peperiksaan dengan tenang. Hari pertama peperiksaan berakhir, Zahar berasa cukup puas hati dengan hasil kerjanya. Bila peperiksaan di sambung keesokan harinya, Zahar semakin yakin dengan kebolehan dirinya. Dua minggu selepas peperiksaan, semua pelatih bercuti semester selama tiga minggu. Cuti adalah peluang yang dinantikan oleh Zahar untuk mempraktikkan kemahiran yang ditimbanya di IKM bagi membantu Pak Yusuf di bengkelnya.
https://karangan.net/sipnosis-novel-meniti-impian/
Sipnosis_Novel_Meniti_Impian_Bab_15
Kesempatan bercuti di kampung memang menggembirakan Zahar. Apatah lagi keadaan ibunya sihat dan dapat bekerja dengan baik. Cuma mengusik hatinya apabila terpaksa melintasi rumah Suhaili untuk sampai ke rumahnya.Walaupun hatinya terusik, pada masa yang sama usikan itu menguatkan lagi awamnya untuk mengorak langkah hingga ke mercu kejayaan. Selepas sarapan pagi, Zahar terus ke rumah Pak Yusuf. Pak Yusuf terkejut dengan kepulangan Zahar dan mereka berbual-bual dengan mesra. Kemunculan Mak Temah membantutkan perbualan mereka. Mak Temah juga terkejut dengan kedatangan Zahar pada pagi itu. Pada masa yang sama gembira kerana Zahar dapat membantu Pak Yusuf yang akhir-akhir ini banyak mendapat tempahan membuat perabot.
https://karangan.net/sipnosis-novel-meniti-impian/
Sipnosis_Meniti_Impian_Bab_16
Setelah tiga bulan menunggu denga penuh debaran, keputusan peperiksaan yang di nanti-nantipun diumumkan. Zahar telah lulus dengan cemerlang. Cikgu Baharum juga tersenyum girang kerana hanya seorang sahaja pelatihnya gagal dan dikehendaki mengulang semula peperiksaan. Cikgu Baharum memberi nasihat kepada semua pelatihnya agar tidak lalai dan berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai. Suasana gembira dengan keputusan peperiksaan bukan sahaja tercetus dalam kalangan pelatih-pelatih Pertukangan Perabut tetapi juga semua pelatih yang mengambil peperiksaan asas. Norimi juga mendapat keputusan yang cemerlang.
https://karangan.net/sipnosis-novel-meniti-impian/
Sipnosis_Novel_Meniti_Impian_Bab_17
Enam bulan yang dilalui terasa cukup singkat. Pelatih-pelatih perlu bekerja keras menjalani latihan yang lebih intensif kerana akan menduduki dua peperiksaan dalam masa yang singkat. Zahar tidak menghadapi sebarang masalah. Doa restu daripada ibu dan dorongan daripada Pak Yusuf membuatkan fikirannya sentiasa tenteram dan bersemangat untuk berjaya dalam peperiksaan berikutnya. Dalam masa yang sama, ingatannya pada Suhaili kian luput. Pengalaman pertama semasa menduduki peperiksaan asas, bayak membantu Zahar dan rakan-rakannya ketika menduduki peperiksaan peringkat pertengahan. Peperiksaan akhir sijil IKM pula diadakan selepas tiga minggu peperiksaan peringkat pertengahan. Zahar dan rakan-rakannya menduduki peperiksaan itu dengan lebih yakin. Seminggu sebelum bermulanya cuti semester ketiga, pelatih-pelatih di maklumkan mengenai latihan di dalam loji yang diwajibkan kepada mereka. Zahar yang tidak banyak kerenah dan sanggup di hantar kemana sahaja, menerima dengan senang hati tawaran latihan di dalam loji di sebuah kilang perabot di Kemunting, Perak. Begitu juga dengan Ramli, Habsah, dan Norimi yang mendapat tempat latihan dalam loji pilihan masing-masing. Satu majlis perpisahan telah diadakan secara sederhana sahaja. Pengetua berucap memberikan kata-kata nasihat kepada pelatih-pelatih yang telah tamat kursus mereka. Majlis peperiksaan yang diatur secara tidak formal pada malam itu berlangsung dalam suasana yang mengharukan kerana mengenagkan kemesraan yang terjalin selama ini akan berakhir dengan peperiksaan.
https://karangan.net/sipnosis-novel-meniti-impian/
Sipnosis_Meniti_Impian_Bab_18
Selama tiga minggu bercuti di kampung, Zahar sibuk dengan kerjanya. Setelah seminggu membantu ibunya, barulah zahar berpeluang pak Yusuf pula. Selepas menghabiskan cuti, Zahar ke Taiping untuk menjalani latihan dalam loji di kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad. Ketua Unit Personel menyambut ketibaan Zahar dengan mesra. Seterusnya Zahar diperkenalkan kepada Encik Manaf, Penyelia Unit Pengeluaran. Zahar di bawa ke blok pengeluaran untuk melihat operasi pengeluaran perabot. Pada waktu rehat tengah hari, Zahar berpeluang berkenalan dan beramah mesra dengan pekerja kilang. Di situlah Zahar berkenalan dengan Razali yang mengajaknya tinggal bersama-sama.
https://karangan.net/sipnosis-novel-meniti-impian/
Sipnosis_Novel_Meniti_Impian_Bab_19
Suhaili gelisah apabila terpandang Zahar dari dalam pejabatnya. Suasana pejabat yang dingin ibarat haba pada waktu itu. Perasaan Suhaili bercampur baur dan dia berasa tidak bersemangat untuk meneruskan kerjanya. Suhaili berjalan ke bahagian Personel yang terletak tidak jauh dari bahagian pemasaran untuk berjumpa Miss Ooi, Ketua Unit Personel bertanyakan tentang Zahar.
https://karangan.net/sipnosis-novel-meniti-impian/
Sipnosis_Meniti_Impian_Bab_20
Setelah dua minggu mengikuti latihan, Zahar sudah dapat menyesuaikan diri sepenuhnya dengan suasana kerja di kilang. Dia mudah didekati dan hubunganya dengan rakan-rakan sekerja begitu mesra walaupun baru dua minggu bertegur sapa. Zahar bertuah dapat berkawan dengan Razali yang rajin dan tidak banyak kerenah. Zahar yang ditugaskan di bahagian pemasangan, bekerja dengan tekun. Zahar dikejutkan oleh kedatangan Encik Manaf yang memaklumkan Ketua Unit Pemasaran ingin berjumpa dengannya. Zahar terus ke bahagian pemasaran dengan perasaan berdebar dan tertanya-tanya. Zahar amat terkejut kerana orang yang ingin berjumpanya ialah kawan lamanya, Suhaili. Zahar serius dalam perbualan mereka namun Suhaili kelihatan cuba untuk senyum dan berbaikbaik. Kerana berselisih pendapat Zahar dan Suhaili bertengkar sehingga menyebabkan Zahar bangun meninggalkan bilik dengan tergesa-gesa.
https://karangan.net/sipnosis-novel-meniti-impian/
Sipnosis_Novel_Meniti_Impian_Bab_21
Zahar duduk di meja ruang tamu menghirup kopi setelah pulang dari kerja. Dia teringat rakan-rakannya di kampung dan juga Norimi yang merupakan kawannya di IKM. Surat tidak sempat untuk di hantar kerana dia tidak ada perasan untuk menulis surat. Ketika mula menulis, Razali tiba dengan membawa bungkusan plastik berisi kuih. Zahar berhenti menulis dan menikmati minum petang bersama Razali. Ketika minum bersama, razali bertanyakn Zahar yang kelihatan muram setelah berjumpa dengan Penolong Ketua Unit Pemasaran. Pada mulanya Razali ingin merahsiakan hal tersebut tetapi akhirnya terpaksa menceritakan perkara yang sebenar kepada Razali.
https://karangan.net/sipnosis-novel-meniti-impian/
Sipnosis_Meniti_Impian_Bab_22
Setelah berbulan bulan menjalani latihan, Zahar menerima berita gembira yang dia telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun dengan mendapat pangkat satu. Zahar sedar Suhaili cuba berbaik semula dengannya tetapi dia masih mampu mengelak daripada berselisih dengan Suhaili. Dia juga tahu Suhaili masih berhasrat untuk menemuinya. Bukan dia tidak mahu menemui Suhaili, tetapi bagi Zahar tiada gunanya dia menemui Suhaili untuk berbual kosong kerana hal tersebut hanya akan mengembalikan kenangan lama. Kenangan lama akan tetap di padamkan dengan apa jua cara. Dia lebih senang berehat selepas pulang dari kerja. Jika tidak berjoging atau ke bandar Taiping untuk membeli keperluan, masanya dihabiskan dengan menulis dan membalas surat kawankawannya. Zahar lebih tertarik membaca surat daripada Norimi yang penuh dengan kata-kata puitis dan ada persoalan yang sukar untuk dijawab. Pengalaman telah mengajarnya supaya tidak terlalu emosional. Dia tidak mahu terperangkap dalam sangkar rasa yang boleh menggoyahkan cita-cita yang belum tercapai. Tempoh enam bulan menemui kesudahannya. Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kenangan manis dan pahit sepanjang menjalani latihan di dalam loji. Zahar terharu apabila diraikan dalam satu majlis ringkas yang di adakan untuknya. Selepas majlis itu berakhir, dia sempat bertemu dengan Suhaili.
https://karangan.net/sipnosis-novel-meniti-impian/
Sipnosis_Novel_Meniti_Impian_Bab_23
Setelah berfikir masak-masak Zahar membuat keputusan bahawa bengkel perabot yang akan didirikannya mestilah terletak atas tanah milik ibunya sendiri. Zahar bersyukur dengan pembangunan kampungnya dan berasa rugi jika pembangunan yang di salurkan oleh kerajaan tidak di manfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat setempat. Ibunya cukup gembira mendengar perancangannya untuk membina bengkel perabot di halaman rumah mereka dan Pak Yusuf tidak membantah. Zahar berasa dirinya cukup bernasib baik kerana pinjaman yang dimohonnya lulus dalam masa yang singkat. Sumbangan Pak Yusuf dan wang elaun serta saguhati semasa menjalani latihan di dalam loji dahulu membolehkannya membina sebuah bengkel lengkap dengan mesin utama. Masyarakat kampung bekerjasama mendirikan bengkel tersebut dan disajikan dengan jamuan makan tengah hari.
https://karangan.net/sipnosis-novel-meniti-impian/
Sipnosis_Meniti_Impian_Bab_24
Bengkel Perabot Meniti Impian semakin dikenali ramai setelah tersiarnya rencana “Kejar Kejayaan Selepas Dihina Kekasih”. Zahar memilih nama “Meniti Impian” kerana nama itulah paling sesuai bagi mendukung makna yang besar dan tersendiri pada dirinya. Perniagaanya semakin maju, malah Zahar juga menawarkan tiga tempat di bengkelnya kepada pelatih Pertukangan Perabot yang terlibat dengan latihan di dalam loji. Pak Yusuf memainkan peranan penting dalam membantu Zahar memasarkan perabutnya. Zahar sendiri juga berusaha untuk mendapatkan pasaran luar bagi mengembangkan lagi perniagaannya. Pihak mara juga cuba membantu untuk memasarkan barangan pengusaha-pengusaha perabut bumiputera. Ketika berehat di ruang tamu bersama Pak Yusuf selepas makan tengah hari, posmen tiba dan menghulurkan dua pucuk surat kepada zahar. Zahar mendapat dua pucuk surat daripada Suhaili dan Norimi. Pak Yusuf dan Mak Kiah bertanyakan Zahar dari mana datangnya surat tersebut. Zahar menyatakan surat tersebut daripada Norimi yang mengatakan akan datang pada hari penyampaian sijil di IKM bersama ayahnya nanti.
https://karangan.net/sipnosis-novel-meniti-impian/
Tema_Novel_Di_Sebalik_Dinara
Ketaasuban terhadap teknologi hingga menghilangkan sifat kemanusiaan menjadi tema kepada novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Watak utama novel iaitu Farisha,  pakar penggodam sistem perkomputeran menjadi mangsa kepada ayah kandungnya sendiri yang taasub untuk mencipta sesuatu yang baharu. Ayahnya, Karl mengorbankan nilai-nilai kemanusiaan asalkan hajatnya tercapai.
https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
Persoalan_Novel_Di_Sebalik_Dinara
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novelDi Sebalik Dinara, antaranya: Persoalan sikap baik hati Contoh: Keluarga Azraai yang baik hati sanggup menerima Farisha sebagai  anak angkat mereka. Persoalan kasih sayang ibu terhadap anakMarilyn/ Medina berusaha untuk menyelamatkan Farisha daripada  dipergunakan oleh Karl yang taasub terhadap bidang sains. Persoalan kebijaksanaan dalam sesuatu bidang Karl bijak dalam bidang sains hingga berjaya mencipta cyborg seperti  Aqram, Alia dan Khairul Anwar yang kini bekerja untuknya di Soft Lab. Persoalan penghargaan terhadap daya inovasi seseorang Karl menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan sebagai  penghargaan atas kepintarannya dalam bidang sains. Persoalan manusia yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan Karl tidak mengakui dan mempercayai kewujudan Tuhan. Dia  menukarkan isterinya (Rusmina) menjadi cyborg bernama Alia kerana Rusmina  tidak mahu meninggalkan agama yang dianutinya.
https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
Sinopsis_Novel_Di_Sebalik_Dinara
Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA.  Tanpa disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk  menguji DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki  rumahnya kerana Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu  rumahnya yang disewa bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah  simposium. Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa hari  kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek itu. Aqram  memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di rumah  kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah pernah  menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta  kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab  dalam tempoh empat minggu. Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha  dan Shida memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis  sebuah rencana manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara.  Farisha diperlukan oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah  physical backup kepada Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat  bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya,  Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah  sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta pertolongan Farisha untuk  menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang menyangka Farisha  menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida mengungkapkan  persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft Lab. Pada  pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar. Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit  kepala secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke  rumah. Uncle Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa  dia melihat dua orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat.  Dua malam kemudian, Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut  apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan jantung dan hakikat bahawa  dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai. Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram  mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha  namun Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu  menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang  penyakit Farisha tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang  merupakan anak angkat. Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk  mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar,  Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak  memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk  menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha. Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan  Karl. Dr. Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida  menunjukkan tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui minda bawah sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan  melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapat berhubung  dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan mengurungkan diri di bilik  Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida namun gagal. Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah  Farisha memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai  membawa Farisha keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida  berhubung dengan Karl melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha  dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara serta ribuan manusia. Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik  oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida) mendedahkan kisah silamnya. Antaranya  ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga cacat dan pendedahan identiti  sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang diseksa oleh  Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah menjalani proses seperti  Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan di Soft Lab  semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap kali  dia selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri  Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan menceritakan  perkara sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran tentang  kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi.  Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan  komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar  rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha.  Karl (Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak. Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk  berjumpa dengan Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat  pada pukul 7.00 malam. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya  ditabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan  aneh menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl masih berada dalam diri Shida.  Farisha yang terkejut berlari mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan  bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam. Sinopsis bab demi babNovel Di Sebalik Dinara
https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
PLOT_Novel_Di_Sebalik_Dinara
Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. PermulaanPlot dimulakan dengan memperkenalkan watak Farisha dan Aqram berkenalan di dalam kapal terbang dari Senai ke KLIA. Seterusnya bertemu lagi dalam sebuah kovensyen berkaitan pengisian komputer. PerkembanganAqram menawarkan Farisha menjadi jururunding di Soft Lab tempat letaknya sistem Dinara dengan tujuan membantu menggodam virus demi menyelamatkan Dinara. KonflikKonflik berlaku antara Karl dengan Marilyn/Medina kerana Karl mengekspolasi fikirannya  dengan menggunakan seorang banduan bagi tujuan ujikajinya. KlimaksDi sini rahsia terbongkar. Marilyn/Medina ialah ibu Farisha dan Karl ialah bapanya yang telah sanggup mengeksploitasi anaknya sendiri untuk kepentingan kajiannya di Soft Lab iaitu mengaktifkan sistem Dinara. PeleraianKarl akhirnya meninggal dunia tetapi pemikirannya tersimpan dalam diri Shida. Buktinya dalam percakapan Shida, dia mengajak mereka pulang ke Sort Lab untuk menyelamatkan Dinara. Aqram dapat rasakan bahawa yang berfalsafah dan berkata-kata itu bukan Shida tetapi Karl. Aqram sangat yakin itu ialah Karl.
https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
Watak_dan_Perwatakan_Di_Sebalik_Dinara
https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
Latar_Novel_Di_Sebalik_Dinara
https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
Gaya_Bahasa_Novel_Di_Sebalik_Dinara
Kata ganda Contohnya : susup-sasap , kira-kira , tiba-tiba , kedua-dua, Bersama-sama, menggaru-garu Metafora Contohnya  :dada turun naik, mengangkat bahu (m/s 58), duduk tegak Hiperbola Contohnya : angkat-angkat kening. Simile Contohnya : Seperti tidak mahu dilepaskan.Contohnya : Bagaikan member amaran Sinkope Contohnya : saja, kejap, dah , tak, Personifikasi Contohnya ; Dia mengganggap ini rezeki yang datang bergolek.Contohnya ; …hanya bumi dari radio teksi yang menyulam keheningan. Kata pinjaman Contohnya : Bahasa Inggeris – retinal scanner, penetrator, physical backup, hyperyisor.
https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
Nilai_Novel_Di_Sebalik_Dinara
https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
Pengajaran_Novel_Di_Sebalik_Dinara
Kita hendaklah bijak memanfaatkan teknologi dengan sebaik-baiknya. Contohnya, Farisha memanfaatkan teknologi yang dikuasainya dengan mengilhamkan security loophole untuk menyahaktifkan dan menghilangkan virus untuk menyelamatkan sistem Dinara. Kita hendaklah bersifat baik hati dan pemurah. Contohnya, Shida sanggup menghantar Farisha ke stesen monorel apabila Farisha meminta bantuan daripadanya kerana kereta Rosman yang ditumpanginya mengalami masalah enjin. Kita mestilah bertanggungjawab sebagai seorang insan di dunia ini, jangan mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hak orang lain, terutamanya ahli keluarga kita. Kita hendaklah bekerjasama untuk menjayakan sesuatu misi atau perancangan. Contohnya, Dr. Maxi, Aqram, Khairul Anwar dan kakitangan Soft Lab bekerjasama bagi memastikan misi menyelamatkan Dinara terlaksana daripada berlakunya kemusnahan. Kita hendaklah menyayangi sesama insan dan member kebebasan hak kepada mereka untuk menjalani kehidupan seperti manusia biasa. Kita mestilah menyayangi anggota keluarga. Contohnya, Azraai sangat menyayangi dan mengambil berat perihal keselamatan adiknya sehingga sanggup memasang ‘retinal scanner’ dan interkom yang bersambung ke rumahnya. Kita hendaklah gigih berusaha hingga berjaya. Contohnya, [email protected] gigih mencari anaknya, Farisha yang hilang dan diserahkan kepada keluarga angkat.
https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
Soalan_Novel_Di_Sebalik_Dinara
Jelaskan persoalan dalam novel Di Sebalik Dinara. Novel yang telah saya pelajari di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karyaDayang Noor. Terdapat beberapa persoalan dalam novel ini, termasuk: Persoalan kebijaksanaan saintis menghasilkan penyelidikan dan inovasi.Karl telah mencipta mikrocip hasil kajiannya selama 20 tahun untuk dimasukkan ke dalam badan Farisha yang akan mampu menyalurkan pemikirannya kepada Farisha. Persoalan kecanggihan teknologi alaf baru.Apartment Farisha yang dilengkapi dengan retinal scanner dan intercom yang bersambung dengan rumah Azraai. Persoalan sikap setia kawan yang tinggi.Shida, rakan serumah Farisha sentiasa membantu Farisha ketika seperti manghantar Farisha ke stesen monorel, menghantar ke pejabat Soft Lab dan membantu Farisha menyemak dokumen kontrak. Persoalan kasih sayang.Walaupun Farisha merupakan anak angkat, Azraai menyayanginya seperti adik kandung.Marilyn tetap mencari anak kandungnya Farisha.Dia menggunakan segala kepakarannya untuk mengesan kedudukan Farisha.Karl yang sedang nazak mengalirkan air mata apabila mendengar Farisha memanggilnya ayah. Persoalan sikap dengki dan berdendam.Karl telah membuang nama Medina dalam setiap penyelidikan yang dulakukan walaupun Medina memberikan sumbangan yang besar. Ada pihak yang telah menyusupkan virus bom jangka ke dalam sistem Dinara untuk melumpuhkan syarikat Soft Lab. Persoalan ketaksuban dalam dunia sains.Oleh sebab kejayaannya yang cemerlang dalam bidang sains telah menyebabkan Karl telah tergamak mengubah kejadian alami anaknya dengan menanam mikrocip ke dalam tubuh anaknya sejak bayi tanpa bius. Persoalan kesungguhan dalam menjalankan tugas.Farisha telah berjaya menembusi sistem keselamatan Bank Sapurba kerana kesungguhannya.Aqram pula berjaya mengesan dan menemui Farisha setelah berusaha selama sebulan.Marilyn pula berjaya menemui anaknya Farisha setelah sekian lama terpisah semasa dia kurang siuman. Huraikan persoalan kegigihan berusaha dalam novel. Farisha dan Rosman ialah pakar komputer. Mereka berganding bahu menjadi rakan sekerja dalam satu syarikat yang sama iaitu secured Shell Sdn. Bhd. Mereka bersama- sama berusaha untuk mendapatkan kontrak dalam bidang komputer. Farisha dan Rosman bersatu hati untuk menerima tawaran projek mini daripada Soft Lab yang terletak di Cyberjaya. Mereka sanggup menanggung risiko dngan halangan yang akan dihadapi. Dr Maxi dan rakan-rakannya berusaha keras untuk menjayakan projek Dinara. Mereka menggunakan segala kebijaksanaan untuk mempergunakan Farisha dan Shida sebaik mungkin untuk projek Dinara. Jelaskan peristiwa yang menggunakan teknik imbas kembali. Peristiwa Karl yang telah masuk ke dalam badan Shida teringat kembali kepada Medina yang digambarkan sebagai wanita yang pernah dicintai. Farisha teringatkan kembali kepada rakan sekolahnya yang telah menjadi mangsa kebakaran apabila rumahnya dijilat api. Alia teringat kembali asal usul dirinya yang dahulunya bernama Rusmina, pernah menjadi isteri dan hidup bahagia dengan Karl, tetapi akhirnya menjadi penderhaka. Azraai terkenang kembali tentang peristiwa 26 tahun yang lampau iaiatu semasa dua orang lelaki datang berjumpa dengan keluarganya dan menyerahkan Farisha yang masih kecil untuk dijaga oleh keluarganya. Medina teringat kembali peristiwa Karl memindahkan ingatan seorang bekas banduan yang ditemuinya di pinggir kota ke dalam mindanya sehingga dia menjadi separuh gila. Aqram teringatkan kembali rahsia dirinya yang sebelum diberi identiti yang baharu. Umurnya yang sebenarnya ialah 60 tahun dan bernama Akeem, adik Karl yang terencat akal. Jelaskan konflik dalaman yang dihadapi oleh watak utama. Farisha mendapat tahu abangnya Azraai mengalami masalah jantung. Dia juga amat tertekan apabila mengetahui dia anak angkat sehingga tidak dapat meneruskan sesi berhubung dengan Karl kerana dia akhirnya pengsan akibat tekanan darah sangat tinggi. Konflik juga berlaku semasa dia berada di hospital apabila dia didatangi oleh orang suruhan Medina untuk memintas ‘WALL’ yang ada dalam otak Farisha. Farisha juga terkejut apabila dia mendapat tahu dia anak tidak sah taraf. Konflik terhadap Farisha juga terjadi apabila dia mendapat tahu bahawa ibunya pernah hendak membunuhnya. Farisha jatuh sakit setelah menjalani tiga kali sesi pemindahan maklumat tersebut sebelum maklumat sepenuhnya diperoleh daripada Karl. Huraikan cabaran watak utama novel Di Sebalik Dinara Novel yang telah saya pelajari di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara, Karya Dayang Noor. Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh watak utama, iaitu Farisha dalam novel ini. Cabaran untuk melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba. Farisha sahaja yang mampu menggodam sistem bank tersebut kerana pasukan yang menggantikan Farisha selepas peristiwa itu gagal menembusi lapisan rangkaian keselamatan Bank Sapurba. Cabaran untuk menerima kenyataan bahawa dia sebenarnya seorang anak angkat. Hal ini diketahui sewaktu Farisha berkunjung ke rumah abangnya Azraai, Azraai telah menunjukkan satu fail peninggalan arwah ayahnya. Fail tersebut mengandungi dokumen permohonan untuk menjadikan Farisha sebagai anak angkat. Cabaran sewaktu bersemuka dengan bapa kandungnya.Farisha dibawa berjumpa dengan bapa kandungnya, iaitu Karl ketika Karl berada dalam keadaan yang semakin kurang stabil. Melalui pertemuan itu juga Farisha akhirnya mengerti bahawa tujuan dia ditawarkan projek bernilai RM1.5 juta adalah semata-mata untuk menyelamatkan sistem Dinara kerana Karl tidak boleh melakukannya secara bersendirian. Cabaran sewaktu dia sakit selepas berkomunikasi dengan Karl.Farisha yang mengalami tekanan darah tinggi telah pengsan dan dirawat di hospital. Masalah yang timbul akibat kesan daripada mikrocip yang terdapat dalam tubuhnya. Cabaran apabila Farisha ingin diculik oleh Karl dan konconya.Farisha yang menjadi mangsa keadaan telah menjadi mangsa culik. Oleh itu, Azraai telah membawa lari Farisha supaya tidak diculik oleh Karl. Huraikan cabaran yang dihadapi oleh watak utama dan cara menyelesai Farisha tabah menghadapi cabaran apabila karl telah memasukkan mikrocip di dalam tubuhnya. Cara mengatasinya ialah Farisha telah melarikan diri daripada karl supaya tidak dijadikan sebagai uji kaji. Farisha juga tabah menghadapi masalah diculik oleh Karl dan konconya. Cara mengatasinya Azrai telah membawa lari Farisha supaya tidak ditangkap oleh Karl. Farisha tabah menghadapi penyakit yang dihadapi akibat kesan daripada mikrocip yang terdapat pada tubuhnya. Cara mengatasinya Farisha telah dirawat di hospital. Huraikan watak dan perwatakan sampingan novel Di Sebalik Dinara. Watak sampingan – Karl Seorang saintis yang hebat mencipta pelbagai teknologi.Karl menanam pelbagai implan dan memasukkan pelbagai ubat dalam tubuh anaknya untuk menjadikannya genius dan mampu meneruskan kepandaiannya dalam bidang sains. Seorang bapa yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarganya.Karl tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik. Dia mengajak isterinya, Rusmina untuk meninggalkan agama. Selain itu, Rusmina telah diseksa hingga cacat apabila enggan mengikut Karl meninggalkan agama dan hidup sebagai ateis. Seorang yang bersaing kehebatan dalam bidang teknologi.Karl terlalu taksub untuk membuktikan kehebatannya bersaing dengan Merilyn @ Medina. Farisha dijadikan bahan kajiannya dalam ciptaan sains sehingga melupakan aspek kemanusiaan. Karl telah mengorbankan ramai manusia dan menjadikan mereka sebagai bahan kajian, termasuk anaknya sendiri. Seorang yang tidak berperikemanusiaanKarl telah mendera Alia (Rusmina) kerana tidak mahu memeluk agamanya sehingga cacat. Selain itu, Karl juga menjadikan Alia dan Aqram sebuah robot demi kepentingan dirinya. Watak sampingan – Aqram Seorang berbudi bahasa.Aqram telah menegur Farisha dengan sopan semasa mereka bertemu di lapangan terbang Senai. Seorang yang bijaksanaAqram telah mengambil cawam minuman Farisha untuk membuat DNA darah. Seorang yang patuh kepada ketua Aqram sangat patuh kepada arahan ketuanya iaitu Dr Maxi dan Karl walaupun kerap dimaki hamun oleh Karl. Mereka juga sanggup meneruskan misi mencari Farisha untuk menyelamatkan Dinara walaupun banyak rintangannya. Seorang yang berperikemanusiaan. Aqram meminta Dr maxi menghentikan sesi yang dijalankan terhadap Shida. Huraikan nilai murni novel. Nilai kasih sayangAzraai amat menyayangi adiknya Farishab walaupun Farisha hanyalah anak angkat. Nilai kerjasama / tolong menolongRosman bekerjasama dengan Azraai untuk mengesan Farisha yang telah diculik oleh orang-orang Marilyn. Nilai keberanianFarisha berani menerima tawaran berjumlah RM1.5 juta daripada Syarikat Soft Lab untuk menggodam siatem Dinara dalam masa empat minggu sahaja. Nilai kepatuhan kepada ketuaAqram dan Khairul Anwar sangat patuh kepada arahan ketuanya iaitu Dr Maxi dan Karl walaupun kerap dimaki hamun oleh Karl. Nilai setia kawanShida setia kawan kerana selalu membantu Farisha semasa Farisha memerlukan bantuannya. Nilai kerajinanAqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama dan beusaha gigih untuk mencari Farisha dan menyelesaikan masalah dalam Dinara. Mereka selalu berbincang untuk kepentingan Dinara. Farisha dan Rosman rajin menambahkan ilmu mereka dengan menyertai simposium tentang penggodaman sistem di Hotel Renaissance. Nilai keprihatinanKhairul dan Aqram prihatin terhadap situasi yang dialami oleh Shida dan mereka meminta Dr. Maxi membetulkan memori Shida. Nilai KesyukuranFarisha bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan membesar dalam keluarga Islam. Dia tidak dapat membayangkan jika dia membesar dengan didikan bapa kandungnya, Karl. Huraikan nilai kerjasama dalam novel Di Sebalik Dinara Jelaskan peristiwa berkaitan kepincangan masyarakat dalam novel Kepincangan masyarakat dalam hubungan kekeluargaan. Farisha terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat disebabkan pertelingkahan antara kedua ibu bapanya iaitu Karl dan Medina untuk menjadi seorang saintis yang paling terkemuka sehinggakan membahayakan nyawa Farisha. Kepincangan masyarakat dalam penyalahgunaan teknologi. Karl seorang saintis terkemuka telah memasukkan mikrocip khas ke dalam tubuh Farisha bagi membolehkannya pemikirannya disalurkan kepada Farisha. Kepincangan masyarakat tidak mempunyai sifat perikemanusiaan. Dr Maxi tetap ingin meneruskan ujian terhadap Shida walaupun keadaan Shida semakin teruk dan kemungkinan otaknya akan rosak sekiranya ingatan tidak dipadamkan. Kepincangan masyarakat yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Karl tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik. Dia mengajak isterinya, Rusmina untuk meninggalkan agama dan hidup sebagai ateis. Kepincangan masyarakat melakukan kesalahan jenayah untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Medina sanggup mengupah Farid dan Amin untuk menculik Farisha untuk berjumpa dengannya dan menyatakan dia amat menyayanginya. Pilih dua peristiwa yang menarik dalam novel Di Sebalik Dinara dan nyatakan sebabnya menarik. Peristiwa Azrai menjaga Farisha di hospital. Peristiwa ini menarik kerana walaupun Azrai dan farisha hanyalah adik-beradik angkat tetapi hubungan kasih sayang mereka amat akrab. Perisitwa Farisha menjadi uji kaji oleh Karl dan Dr. Maxis. Perisitwa ini menarik kerana kita dapat lihat kecanggihan dan kemodenan sains dan teknologi pada masa kini. Peristiwa Shieda menggantikan tempat farisha untuk bekerja di Soft Lab. Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan hubungan akrab antara sahabat tidak mengenal waktu susah atau senang. Peristiwa Azrai memasang retinal Scanner di rumah Farisha. Peristiwa ini menarik kerana kecanggihan penggunaan sains dan teknologi. Peristiwa Karl membawa lari Farisha daripada Medina. Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan perasaan kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya yang akan dijadikan bahan uji kaji oleh ibunya sendiri. Huraikan peristiwa yang menimbulkan rasa simpati terhadap pembaca. Peristiwa seorang bapa, iaitu Karl yang sanggup menjadikan anaknya, iaitu Farisha sebagai bahan uji kajinya. Karl menanam pelbagai jenis implan dalam tubuh Farisha agar Farisha menjadi anak yang genius. Karl tidak menggunakan bius ketika menanam implan dalam tubuh Farisha ketika masih bayi. Peristiwa ini telah menimbulkan rasa simpati terhadap pembaca kerana tergamaknya seorang bapa kandung menanam implan ke dalam tubuh bayi yang masih kecil. Seharusnya seorang bapa mestilah mempunyai perasaan kasih dan sayang kepada anaknya dan bukan menganiayai anaknya. Peristiwa Shida menjadi galang ganti Farisha kerana ketika itu Farisha di dalam hospital Putrajaya untuk menerima rawatan. Selain itu, Shida telah menjadi trauma apabila berinteraksi di bawah sedar dengan Karl. Setelah Shida berinteraksi dengan Karl, watak Shida yang asalnya menjadi seorang wanita periang telah menjadi seorang yang murung dan trauma. Peristiwa ini telah meninmbulkan rasa simpati pembaca terhadap pembaca kerana Shida tidak mempunyai kepakaran mengenai komputer. Peristiwa Karl memukul isterinya, Rusmina hingga cedera parah kerana enggan meninggalkan agamanya. Kemudian Rusmina dibina kembali menjadi manusia cyborg dan ditukar identiti menjadi Alia Peristiwa ini menimbulkan simpati kepada pembaca kerana untuk memenuhi impiannya, Karl sanggup melakukan apa sahaja termasuk mencederakan isterinya, Rusmina. Peristiwa Dr. Maxi tidak memulihkan ingatan asal Shida yang kini fikirannya dipenuhi oleh ingatan dan perasaan Karl. Hal ini menyebabkan Shida kehilangan diri sendiri dan menjadi tidak siuman. Peristiwa ini menimbulkan rasa simpati kepada pembaca kerana Karl sanggup menjadi Shida sebagai bahan ujikaji dan sengaja tidak memulihkan ingatan asal Shida sehingga menjadikan Shida kurang siuman. Peristiwa Marilyn dibina kembali menjadi manusia cyborg dengan memasukkan minda banduan dan ditukar identiti menjadi Medina. Peristiwa ini berjaya meraih simpati pembaca kerana manusia Marilyn telah tidak berupaya menjadi manusia sepenuhnya. Huraikan tiga peristiwa yang memberikan teladan kepada pembaca. Peristiwa yang memberikan teladan ialah Peristiwa di mana Aqram, Dr Maxi dan kakitangan Soft Lab bekerjasama untuk menyelamatkan Dinara daripada kemusnahan. Aqram dan Dr Maxi bersungguh-sungguh menjejaki Farisha untuk menyelamatkan Dinara daripada musnah. Mereka mencari Farisha kerana mereka yakin Farisha boleh menyelamatkan Dinara daripada musnah. Peristiwa Farisha berasa amat bersyukur dan reda di atas ketentuan Allah, di mana Farisha dibesarkan oleh keluarga angkat beragama Islam dan diberi sepenuh kasih sayang seperti keluarga sendiri. Walaupun Azraai tahu Farisha hanya anak angkat dalam keluarganya, dia sangat sayang kan adiknya itu. Dia selalu mengambil berat dan memantau pergerakan adiknya. Dia juga memasanga alat kawalan keselamatan di apartmen Farisha. Dia juga selalu menjadi tempat rujukan adiknya untuk banyak perkara. Peristiwa Farisha tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan Soft Lab untuk projek mini bernilai tinggi. Sebaliknya, Farisha meminta pandangan abangnya yang lebih berpengalaman iaitu Azraai. Peristiwa ini wajar diteladani pembaca kerana dalam hidup kita hendaklah sentiasa berhati-hati ketika membuat keputusan. Peristiwa Farisha dan Rosman menghadiri simposium Keselamatan Sistem di Hotel Renaissance untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang komputer walaupun mereka telah menjadi pakar dalam bidang tersebut. Jelaslah peristiwa ini boleh diteladani meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang komputer walaupun mereka telah menjadi pakar dalam bidang tersebut. Peristiwa Azrai dan ibu bapanya menjaga dan mendidik Farisha dengan baik serta merahsiakan identitinya seperti yang diamanahkan oleh Dr. Maxi dan Aqram ketika menyerahkan bayi itu kepada ibu bapa Azrai. Azrai dan ibu bapanya menjaga amanah yang telah diberikan. Peristiwa Farisha, Aqram dan Karl menggunakan pengangkutan awam untuk mengurangkan kesesakan jalan raya dan memelihara alam sekitar. Mereka sangat menyayangi dan menghargai alam sekitar dan peristiwa ini boleh diteladani oleh pembaca. Huraikan latar masyarakat yang dipaparkan dalam novel. Masyarakat saintis yang banyak melakukan penyelidikan.Karl, Medina, Dr. Maxi, dan kakitangan Soft Lab banyak menjalankan ujikaji dan penyelidikan. Karl pernah memenangi anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Masyarakat yang bersaing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.Karl dan Medina bersaing untuk menunjukkan kehebatan hasil kajian mereka berdua. Masyarakat yang mementingkan kasih sayang dalam keluarga.Azraai memasang ‘retinal scanner’ di rumah Farisha untuk melindungi keselamatan adiknya daripada jenayah yang berleluasa. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.Wanita di lapangan terbang yang bercakap di telefon dengan suara yang kuat. Dia tidak mempedulikan orang yang ada di sekelilingnya sehingga membuat Farisha berasa jengkel. Masyarakat yang celik ICT.Farisha hebat dalam dunia ICT sehingga berjaya menggodam komputer di Soft Lab. Jelaskan latar tempat beserta peristiwa yang terdapat dalam novel. Bilik kerja Farisha di Soft LabFarisha ditunjukkan bilik yang akan digunakannya untuk menjalankan projek mini Soft Lab. Di situ juga Farisha mendapat penerangan daripada Alia dan Aqram tentang tugasannya. Bilik tersebut dilengkapi dengan dinding dwifungsi, boleh juga digunakan sebagai ‘touch screen’. Lapangan Terbang SenaiFarisha menunggu penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur. Di sini dia menyaksikan sikap manusia yang mementingkan diri, bercakap di telefon dengan kuat sehingga mengganggu orang lain. Monorel – Stesen kereta api ke PuchongDalam perjalanan untuk ke rumah agam Karl bersama Aqram, Farisha dapat menemui seorang makcik dan OKU wanita yang memakai gelang getah berwarna ungu menandakan mereka sebagai pesakit kanser. Dia berbual-bual ringkas dengan wanita itu. Rumah agam Karl di PuchongDi sini Farisha dan Rosman dibawa oleh Aqram untuk bertemu Dr Maxi bagi membincangkan projek mini Soft Lab. Perbincangan berlaku melibatkan bidang tugas dan kos projek mini tersebut. Farisha terkejut dengan nilai projek mini yang agak tinggi iaitu RM1.5 juta. Rumah AzraaiFarisha mengunjungi abangnya untuk makan malam. Dia tidak menyangka akan menerima khabar yang sangat buruk daripada abangnya. Malam itu dia mengetahui rahsia penyakit abangnya dan kenyataan bahawa dia hanya anak angkat. Arkib Syarikat Soft LabShida meneliti maklumat tentang Medina. Tiba-tiba Alia datang membawa Shida menemui Dr. Maxi di Makmal B. Jelaskan persitiwa yang menjadi peleraian dalam novel Di Sebalik Dinara 1. Hari ini merupakan hari paling hiba bagi Farisha kerana menghadap seorang insan yang sepatutnya dipanggil ayah. 2. Karl terbaring tidak berkata-kata. Dr.Haris menyatakan bahawa aktiviti otaknya semakin menurun. Semua yang ada di situ masuk bergilir-gilir mendekati Karl. 3. Bermula dengan Aqram, Dr.Maxi, Khairul Anwar, Medina, Alia, dan akhirnya Farisha. Farisha mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya namun tiada jawapan. 4. Tepat pukul tujuh malam Dr.Haris mengumumkan Karl meninggal dunia. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya di tabur di Selat Melaka. 5. Upacara dijalankan di Port Dickson. Selepas upacara itu semua orang bercakap-cakap tentang kenangan masing-masing semasa Karl masih hidup. 6. Tetapi terdapat keanehan dalam diri Shida. Dia pandai berfalsafah seperti Karl. 7. Dalam percakapannya Shida mengajak mereka pulang ke Sort Lab untuk menyelamatkan Dinara. Aqram dapat rasakan bahawa yang berfalsafah dan berkata-kata itu bukan Shida tetapi Karl. 8. Aqram sangat yakin itu ialah Karl.
https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
Teknik_PLOT_Novel_Di_Sebalik_Dinara
Teknik dialog Contohnya, perbualan antara Aqram dengan Farisha. Aqram menjelaskan bahawa dia tidak menyangka dapat bertemu dengan Farisha semula di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Teknik pemerian. Contohnya, pengarang memerihalkan ruang tempat kerja Farisha di Soft Lab ketika ditunjukkan oleh Aqram kepada Farisha. Antaranya, terdapat pusat data yang terletak beberapa meter dari bilik Farisha. Teknik monolog. Contohnya, Shida bermonolog sendirian ketika dia pulang ke apartmen untuk mencari ubat Farisha. Ketika dia menyelongkar laci almari Farisha, dia hanya menemui ubat gastrik. Teknik imbas kembali. Contohnya, Azraai teringat kembali peristiwa pada 26 tahun lalu. Pada waktu itu, dua orang lelaki datang ke rumahnya dan menyerahkan Farisha kepada ibu dan bapanya. Teknik saspens. Contohnya, pembaca ingin tahu dan tertanya-tanya misteri bunyi orang berlari menuruni tangga yang diperkatakan oleh Uncle Seng. Teknik kejutan. Contohnya, pembaca terkejut dan tidak menduga apabila mengetahui bahawa Aqram, Alia, dan Khairul Anwar ialah hasil kajian Karl. Aqram misalnya merupakan adik Karl yang cacat dan terencat akal. Aqram dan Alia ialah cyborg.
https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
Peristiwa_Di_Sebalik_Dinara_yang_menarik
Peristiwa pengakuan Aqram tentang asal usul dirinya.Aqram telah menceritakan kepada Farisha dan Azraai tentang asal usulnya daripada manusia sehingga menjadi cyborg. Aqram sebenarnya ialah adik kandung kepada Karl dan terencat akal tetapi menjadi cyborg yang sempurna penampilannya serta kelihatan lebih muda daripada umur sebenarnya. Peristiwa ini telah benar-benar menarik perhatian kerana menimbulkan unsur kejutan dan dapat mengetahui identiti sebenar Aqram. Pendedahan dan pengakuan Azraai tentang penyakit yang dialaminya serta status Farisha sebagai adik angkatnya. Azraai akhirnya memberitahu Farisha tentang masalah penyakit jantung yang dialaminya dan juga status sebenar Farisha. Azraai telah menunjukkan satu fail peninggalan arwah ayahnya yang mengandungi dokumen permohonan untuk menjadikan Farisha sebagai anak angkat. Peristiwa tersebut telah menarik perhatian saya kerana dapat mengetahui identiti sebenar Farisha dan juga keikhlasan Azraai untuk menceritakan perkara yang sebenar. Peristiwa Ketaasuban manusia dalam mengejar kemajuan sains dan teknologi sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan. Karl terlalu taasub untuk membuktikan kehebatannya dalam ciptaan sains sehingga telah mengorbankan ramai manusia untuk menjadikan mereka sebagai bahan kajiannya. Karl juga telah menanam pelbagai implan dan memasukkan ubat-ubatan dalam tubuh Farisha (anaknya) ketika masih bayi bagi memastikan Farisha menjadi anak yang genius. Peristiwa ini menarik perhatian saya kerana dapat melihat sikap sesetengah individu yang melakukan pelbagai cara semata-mata untuk memenuhi impian hidup mereka walaupun bertentangan dengan ajaran agama dan peraturan hidup manusia. Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa menarik. Antaranya ialah peristiwa Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal terbang. Dia mengambil cawan kecil dan menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan individu mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas dan kecanggihan kajian sains yang mendalam dalam mengesan DNA seseorang. Selain itu, Farisha mencatat alamat yang diberikan oleh Aqram dengan menggunakan sebatang pen. Pen tersebut sebenarnya telah dilengkapi dengan alat penetrator untuk menerobos ruang minda farisha. Hal ini menyebabkan Farisha sakit kepala. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kecanggihan dunia sains dan teknologi pada masa itu yang ditunjukkan oleh pengarang menggambarkan hanya dengan alat sekecil pen kita mampu menembusi pemikiran manusia atau lebih lagi mengambil maklumat yang terkandung dalam pemikiran manusia. Akhir sekali, Karl telah menjadikan Farisha sebagai bahan uji kaji. Karl menanam pelbagai jenis implan dalam tubuh Fariaha agar beliau menjadi genius. Menurut Medina, Karl ialah ayah kandung Farisha dan merupakan saintis gila. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Karl berjaya memperlihatkan kemajuan dan kecanggihan sains dan teknologi dalam kehidupan manusia.
https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
Watak_Utama_Farisha
https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
Watak_sampingan_Karl
https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
Watak_sampingan_Aqra
https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
Watak_sampingan_Shida
https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
Watak_sampingan_Dr_Maxi
https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
Latar_Masa
https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
Latar_tempat
https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
Latar_Masyarakat
Masyarakat yang sentiasa bersyukurFarisha bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan membesar dalam keluarga Islam. Dia tidak dapat membayangkan jika dia membesar dengan didikan bapa kandungnya, Karl. Masyarakat yang penyayangHubungan kasih sayang antara dua beradik yang cukup jelas antara Farisha dan Azraai. Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya sehingga sanggup memasang ‘retinal scanner’ dan interkom yang bersambung ke rumahnya. Masyarakat yang bijaksana dalam bidang yang diceburi Farisha seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapat menggodam sistem komputer dengan hebat. Kebijaksaan dia berpunca daripada implan yang telah dipasang di badannya sejak kecil dan pelbagai jenis ubat untuk menjadikannya genius telah dimasukkan ke dalam badannya oleh bapanya, Karl. Masyarakat yang gigih meneruskan kehidupan[email protected] gigih meneruskan kehidupannya walaupun ramai orang menggelarkannya wanita gila. Dia juga gigih meneruskan ciptaan sainsnya untuk menyaingi Karl, lelaki yang pernah dicintainya. Selain itu, dia juga gigih mencari anaknya yang hilang dan diserahkan kepada keluarga angkat. Masyarakat yang patuh kepada arahan majikanAqram dan Khairul Anwar sangat patuh kepada arahan ketuanya iaitu Dr Maxi dan Karl walaupun kerap dimaki hamun oleh Karl. Mereka juga sanggup meneruskan misi mencari Farisha untuk menyelamatkan Dinara walaupun banyak rintangannya. Masyarakat yang saling bekerjasamaRosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi mereka iaitu Secured Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan oleh Soft Lab.Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama untuk mencari Farisha dan menyelesaikan masalah dalam Dinara. Mereka selalu berbincang untuk kepentingan Dinara. Masyarakat manusia cyborgAqram, Alia, Khairul Anwar dan beratus-ratus orang pekerja syarikat Soft Lab ialah manusia cyborg yang dicipta oleh Karl. Masyarakat saintis yang taasub akan teknologiPasangan saintis iaitu Karl dan Marilyn berusaha mempelbagai rekaan untuk kepuasan diri. Karl mencipta ssstem Dinara dan menghasilkan manusia cyborg di Soft Lab. Akhirnya berpisah kerana saling mengalahkan antara satu sama lain.
https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
Nilai_kasih_sayang
Contohnya, hubungan kasih sayang antara dua beradik yang cukup jelas antara Farisha dengan Azraai. Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya sehingga sanggup memasang ‘retinal scanner’ dan interkom yang bersambung ke rumahnya.
https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
Nilai_bertanggungjawab
Contohnya : Dr. Maxi bertanggungjawab dalam mengendalikan sistem Dinara.
https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
Nilai_ketabahan
Farisha begitu tabah menhadapi pelbagai dugaan dalam percubaan menculiknya
https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
Baik_hati
Farisha tidak berdendam dengan Karl, iaitu ayah kandungnya yang banyak merencanakan kehidupan Farisha melalui penyelidikan sainsnya dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah terhadapnya.
https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
Nilai_keberanian
Karl begitu berani memasukkan mikrocip ke dalam badan anaknya.
https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
Kebijaksanaan
Farisha berjaya melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba dan menggodam pelayan data di Nusa Jaya hanya dalam tempoh sepuluh minit.
https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
Kerjasama
Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi mereka, iaitu Secured Shell.
https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
Tema_Novel_Songket_Berbenang_Emas
Tema Novel Songket Berbenang Emas adalah tentang Ketabahan seorang gadis menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Dahlia seorang remaja berusia 19 tahun tabah menghadapi dugaan hidupnya apabila menghadapi masalah kesihatan ibu. Emaknya, Saleha menghadapi tekanan perasaan dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan pemulihan. Masalah kesihatan ibunya ini menyebabkan Dahlia terpaksa mengambil alih semua tugas menguruskan adik-adik dan keperluan rumah.
https://karangan.net/songket-berbenang-emas/
Persoalan_Novel_Songket_Berbenang_Emas
Persoalan tentang kejayaan hasil daripada kegigihan dalam pelajaran. Contoh Peristiwa: Dahlia tetap mengutamakan pelajarannya dengan meminjam nota dan bertanyakan kepada Kavita dan Siti Wangi walaupun terpaksa membantu ayahnya menguruskan rumah tangga setelah ibunya di hantar ke hospital untuk menerima rawatan. Kemiskinan dalam masyarakat kampung.Contoh Peristiwa: Dalam dunia moden hari ini, masih ada masyarakat kampung yang masih miskin dan memerlukan bantuan untuk menjalani kehidupan.  Contohnya keluarga Embong yang masih miskin dan terpaksa berhutang dengan Tauke Lim untuk membeli barang-barang keperluan harian. Persoalan berani bertindak dalam menghadapi situasi yang bahaya.Contoh Peristiwa: Embong berjaya mengalahkan ular sawa yang cuba membelitnya sewaktu memotong kelapa sawit di ladang. Keinsafan selepas menyedari kesilapan diriContoh Peristiwa: Nek Kiah akhirnya insaf setelah Dahlia yang selama ini dibencinya telah menjaga dan merawatnya ketika terlantar sakit. Bantu-membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang lain. Contoh Peristiwa: Kavita membantu Dahlia mengulang kaji pelajaran dengan memberikan nota pelajaran sepanjang ketidakhadirannya ke sekolah. Najib cuba menghulurkan bantuan kewangan semasa Nek Kiah beria-ia ingin menjual tanahnya yang menjadi tempat tinggal Dahlia dan keluarganya. Sikap keprihatinan terhadap orang lainContoh Peristiwa: Haji Sulaiman juga amat prihatin kepada keluarga Embong. Beliau juga membantu membawa Saleha untuk dirawat di hospital. Beliau juga selalu meminjamkan wang kepada Embong. Kepentingan ilmu bagi mengubah taraf hidup.Contoh Peristiwa: Embong amat mementingkan pelajaran dan sering menasihatkan anak-anaknya agar belajar bersungguh-sungguh.  Embong mengharapkan anak-anaknya dapat mengubah taraf hidup keluarga setelah berjaya dalam pelajaran mereka nanti. Persoalan pengamalan ilmu hitam dalam kalangan masyarakat.Contoh Peristiwa: Penemuan dua biji telur ayam berwarna hitam yang berisi jarum, cincin akek, butiran pasir dan dua batang paku oleh Abu Bakar di bawah rumah mereka menunjukkan bahawa masyarakat masih mengamalkan ilmu hitam untuk menganiaya orang lain. Persoalan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.Contoh Peristiwa: Haji Sulaiman telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua kampung dengan baik.  Haji Sulaiman banyak membantu keluarga Embong walaupun orang kampung menyisihkan mereka.  Haji Sulaiman mencadangkan agar Saleha dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Semangat kejiranan walaupun berlainan bangsa.Contoh Peristiwa: Tauke Limbanyak membantu keluarga Embongyang menghadapi masalah kewangan. Beliau memberi hutang apabila keluarga Dahlia membeli barang di kedainya. Persoalan pengekalan identiti bangsa dan jati diri.Contoh Peristiwa: Azhari menghadiahkan sepasang kain songket berbenang emas kepada Dahlia sebagai tanda kenang-kenangan dan berpesan kepada Dahlia agar sentiasa mengingati asal-usulnya sebagai orang Melayu Persoalan jodoh pertemuan di tangan Allah.Contoh Peristiwa: Dahlia menyerahkan jodohnya dengan Azhari kepada Allah. Dia mahu meneruskan pelajarannya demi membaiki taraf hidup keluarganya. Persoalan kasih sayang antara keluarga.Contoh Peristiwa: Embong amat menyayangi Saleha walaupun dia menghidapi tekanan mental. Beliau sanggup bekerja dari pagi hingga ke malam untuk menyara keluarganya. Kepentingan ilmu dalam kehidupan.Contoh Peristiwa: Embong sedar akan kepentingan ilmu kepada anak-anaknya. Oleh sebab itu, beliau marah apabila mendapat tahu Dahlia mahu berhenti sekolah kerana mahu menjaga adik-adiknya. Beliau mahu Dahlia meneruskan persekolahannya, walaupun Embong sendiri tidak tahu cara untuk menyelesaikan masalahnya setelah isterinya dirawat di hospital. Persoalan sikap mementingkan diri sendiriContoh Peristiwa: Nek Kiah seorang yang mementingkan diri sendiri kerana tidak mahu membantu anak dan cucunya sendiri yang hidup dalam kemiskinan. Keberanian menyelamatkan nyawa orang lainContoh Peristiwa: Dahlia seorang yang berani kerana sanggup terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said walaupun sungai itu arusnya deras.
https://karangan.net/songket-berbenang-emas/
Sinopsis_Songket_Berbenang_Emas
Novel Songket Berbenang Emas mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.
https://karangan.net/songket-berbenang-emas/
Binaan_Plot_Novel_Songket_Berbenang_Emas
Plot novelSongket Berbenang Emas mengikut kronologi urutan masa. Permulaan Dahlia pelajar tingkatan enam atas sedang menjalani latihan bola jaring di padang bola jaring.Mereka berlatih kerana ada perlawanan dengan pelajar-pelajar enam rendah.Semasa berhenti rehat, Dahlia teringat akan emaknya yang hilang ingatan.Azhari datang menemuinya di kantin sekolah dan memberitahu dia sudah tamat pengajiannya di universiti . Dia menyuarakan hasrat mahu merisik Dahlia. Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumahnya di Kampung Parit Haji Rais. Perkembangan Dahlia amat sedih apabila melihat keadaan emaknya, Saleha yang berada di kebun getah pada waktu senja. Emaknya sudah tidak mengenalinya lagi. Dahlia dan abahnya memujuk emaknya balik ke rumah dengan bantuan orang kampung.Nek Kiah menyalahkan Embong yang menyebabkan Saleha menjadi kurang siuman. Dengan bantuan Haji Sulaiman, Saleha dibawa ke Hospital Batu Pahat dan seterusnya dihantar ke Hospital Permai di Johor Bahru kerana keadaannya semakin serius.Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan kerap ponteng sekolah kerana menguruskan adik-adiknya.Abah Dahlia pula dimasukkan ke wad kerana dipatuk ular. Perumitan/Konflik Seman telah datang ke rumah Nek Kiah dan memujuknya untuk menjual tanah yang menjadi kawasan tempat tinggal Dahlia sekeluarga. Nek Kiah mahu Dahlia dan keluarganya berpindah sekiranya tidak mampu membayar sebanyak RM15,000. Dahlia tertekan kerana keluarganya tidak mampu untuk menyediakan wang sebanyak itu. Nek Kiah memandang serong terhadap Dahlia atas kehadiran Azhari dan Najib ke rumah Dahlia. Begitu juga dengan Aton yang sering menyindir Dahlia. Aton juga menyalahkan Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas sedangkan Dahlia telah berusaha untuk menyelamatkan Said. Najib cuba untuk memikat hati Dahlia. Begitu juga dengan Azhari yang telah datang merisik Dahlia kerana bimbang Dahlia dipikat oleh orang lain. Penduduk kampung sudah jarang mengamalkan sikap bantu-membantu dan prihatin terhadap orang lain. Selaku ketua kampung Haji Sulaiman menasihati orang-orang kampungnya agar bersatu dan prihatin kepada jiran tetangga. Klimaks/Kemuncak Abu Bakar menjumpai kain merah yang sudah reput yang membungkus telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan paku. Dahlia menyuruh Abu bakar membuangnya ke sungai. Selepas itu, Saleha sudah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumahnya. Nek Kiah pula sakit dan dirawat di hospital selama dua hari. Keluarga Dahlialah yang menjaganya. Setelah keluar dari wad, Nek Kiah tinggal dengan keluarga Dahlia sehingga benar-benar pulih. Nek Kiah mula berubah dan berbaik semula dengan keluarga Dahlia. Banjir yang berlaku di Kampung Parit Haji Rais telah membawa hikmah apabila penduduk kampung bersatu dan bergotong-royong membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman. Peleraian Dahlia tinggal di asrama semula kerana peperiksaan STPM semakin hampir.Keluarga Azhari menetapkan tarikh pertunangan Dahlia selepas peperiksaan STPM tamat..Kedatangan Cikgu Daim membawa berita gembira apabila Dahlia terpilih untuk mengikuti pengajian di Jepun selama empat tahun. Sebelum ke Jepun ,Dahlia perlu mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan. Majlis pertunangan Dahlia terlewat kerana jurucakap majlis lewat sampai. Azhari datang berjumpa Dahlia di stesen bas sebelum Dahlia bertolak ke Kuala Lumpur. Dia telah menghadiahkan songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari mahu Dahlia menjaga jati dirinya sebagai orang Melayu walaupun berada di mana-mana jua.
https://karangan.net/songket-berbenang-emas/
Latar_Songket_Berbenang_Emas
https://karangan.net/songket-berbenang-emas/
Watak_Perwatakan_Songket_Berbenang_Emas
Watak utama – Dahlia Seorang yang bijakCikgu Hisyam yakin Dahlia akan cemerlang dalam STPM. Dahlia merupakan pelajar harapan sekolah. Dahlia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Jepun. Seorang yang tidak sombongmelayan Aton yang menyindirnya ketika dihantar pulang oleh Azhari. Seorang yang taat akan perintah Allahberdoa selepas sembahyang Isyak. Seorang yang penyayangsanggup keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Seorang yang menghormati tetamumemberi layanan yang baik kepada tetamu menghidangkan air walaupun neneknya tidak suka akan keluarganya. Seorang yang beraniDahlia terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said. Seorang yang berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Seorang yang bertanggungjawabDahlia bertanggungjawab menjaga makan minum abah dan adik-adiknya setelah emaknya dirawat di hospital. Watak Sampingan – Saleha Seorang yang penyayangSemasa sihat, beliau yang menjaga semua keperluan anak-anaknya. Watak Sampingan –Embong Seorang yang penyayangsangat menyayangi isteri dan anak-anaknya. Seorang ketua keluarga yang bertanggungjawabBeliau tidak mahu anak-anaknya berhenti sekolah dan mengatakan beliau akan bertanggungjawab menyara kehidupan mereka walaupun isterinya sakit. Seorang yang percaya akan kehendak takdirIsterinya menjadi kurang siuman. Seorang yang penyabarSanggup dihina oleh ibu mentuanya sendiri kerana hidup miskin. Seorang yang mementingkan ilmu untuk anak-anaknyamenyuruh Dahlia pergi ke sekolah dan akan menguruskan hal adik-adik Dahlia. Seorang yang beraniEmbong berani membunuh ular sawa yang membelit badannya. Watak Sampingan –Azhari Seorang yang suka memberi nasihatmenyuruh Dahlia belajar bersungguh-sungguh. Seorang yang pandai memujukDia pandai memujuk Dahlia agar menerima lamarannya. Watak Sampingan – Tauke Lim Berbangsa Cina Seorang yang suka membantu keluarga Dahliasanggup membantu keluarga Dahlia dengan memberi hutang. Beliau juga sanggup memberi wang kepada Embong untuk dibayar kepada Nek Kiah yang berhasrat menjual tanah tempat mereka tinggal. Seorang yang prihatin akan masalah orang lainSangat prihatin atas nasib keluarga Embong Seorang yang pemurahmenyumbangkan barang-barang untuk sambutan Maulidur Rasul. Beliau juga memberi wang sebanyak RM300 kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya sebelum ke Jepun. Seorang yang pandai bergaulWalaupun Tauke Lim berbangsa Cina tetapi beliau amat disenangi oleh orang-orang kampung kerana pandai bergaul. Watak Sampingan – Nek Kiah Ibu Saleha Suka membandingkan antara anaknyaNek Kiah suka membandingkan anak-anaknya dengan keluarga Dahlia yang hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah lebih menyayangi cucu-cucunya yang lain. Tidak suka akan keluarga Dahlia kerana hidup dalam kemiskinanNek Kiah tidak suka akan keluarga Dahlia. Apabila keluarga Dahlia dalam kesusahan, dia langsung tidak membantu malah menyalahkan Saleha yang berkahwin dengan Embong yang tidak diketahui asal usulnya. Seorang yang suka mempercayai perkara tahyulNek Kiah mengatakan rumah Dahlia ada hantu. Dia menggores kapur di setiap pintu kerana dipercayai boleh menghalau hantu. Seorang yang mementingkan diriNek Kiah tidak mengambil tahu akan keperitan hidup cucunya setelah Saleha dimasukkan ke hospital.
https://karangan.net/songket-berbenang-emas/
Gaya_Bahasa_Novel_Songket_Berbenang_Emas
RepetisiContoh:  itulah madu, itulah racun. Menerima salah, menolak juga salah. MetaforaContoh:  gunung harapan, kotak fikirannya. SimileContoh :  macam neraka, bagai hendak tersiat-siat hatinya, seperti mahu menelan. PeribahasaContohnya : sudah terang lagi bersuluh, biar alah membeli, menang memakai. PersonifikasiContoh: Motosikalnya mengaum membelah kesunyian pagi, bahang kepanasan bertakung di pelupuk mata, rumahnya roboh ditelan air. HiperbolaContoh: kepiluan kian menggunung. Bahasa asingContoh: Bahasa Inggeris – the best men win!Bahasa Jepun – Koi-bitoBahasa Indonesia – ongkos
https://karangan.net/songket-berbenang-emas/
Nilai_Novel_Songket_Berbenang_Emas
Kasih sayang terhadap ibu bapaDahlia amat menyayangi ibunya walaupun ibunya menghidap penyakit kemurungan. Kasih sayang terhadap adik-adikDahlia sanggup keluar dari asrama semata-mata mahu menjaga adik-adiknya selepas ibunya dimasukkan ke hospital. Nilai KerjasamaDahlia pelajar tingkatan enam atas bersepakat dengan rakan yang lain untuk berlatih sebagai persediaan untuk bertanding dengan pelajar enam rendah. Pertandingan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pelajar tingkatan enam yang tinggal di asrama Nilai keberanianEmbong berani membunuh ular sawa yang cuba membelitnya. Kesetiaan kawan Kavita seorang yang setia kawan apabila dia sanggup membuat salinan nota untuk diberikan kepada Dahlia yang kerap tidak hadir ke sekolah kerana masalah keluarganya. Nilai pengorbananDahlia sanggup berkorban demi menjaga adik-adiknya sewaktu emaknya dirawat di hospital. Dia sanggup ponteng sekolah kerana ingin menguruskan adik-adiknya dan menjaga adiknya, Anggerik yang sakit. Dahlia juga sanggup keluar dari asrama sedangkan hanya tinggal beberapa bulan lagi sebelum menduduki STPM. Nilai keikhlasanTauke Lim ikhlas membantu keluarga Dahlia tanpa mengharapkan sebarang balasan. Beliau juga ikhlas memberi hutang kepada keluarga Dahlia. KerjasamaPenduduk kampung juga bekerjasama mengumpulkan wang untuk diserahkan kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran. Nilai keinsafanAbu Bakar menyesal kerana terpengaruh oleh kawan-kawannya sehingga sanggup mencuri kambing milik bapanya. KegigihanDahlia gigih belajar di balai raya sewaktu rumahnya di landa banjir untuk mencapai kejayaan dalam STPM. Nilai KetabahanDahlia tabah mengharungi dugaan dalam hidupnya. Dia tabah apabila emaknya sakit dan abahnya dipatuk ular. Dahlia juga tabah apabila mendapat tahu neneknya mahu menjual tanah tempat tinggal mereka.
https://karangan.net/songket-berbenang-emas/
Pengajaran_novel_Songket_Berbenang_Emas
Kita mestilah gigih berusaha supaya kita dapat mengecapi apa – apa yang kita impikanDahlia gigih berusaha untuk mengulang kaji pelajaran dengan membahagikan masa untuk belajar dan menjaga adik-adiknya. Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita agar ikatan keluarga kita sentiasa berkekalan Kita mestilah berani menghadapi risiko supaya kita dapat menyelamatkan orang lain.Dahlia berani mengambil risiko untuk menyelamatkan Said yang lemas di dalam sungai yang berarus deras walaupun tidak berjaya. Kita mestilah bertanggungjawab dalam menjaga keluarga agar hubungan antara keluarga sentiasa terjagaDahlia menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak sulung dalam keluarga. Kita mestilah bijak dalam menguruskan masa agar kita dapat memanfaatkan masa dengan baik.Dahlia bijak menguruskan masa untuk mengulang kaji pelajaran dan menjaga adik- adiknya sewaktu ibu dan ayahnya dimasukkan ke hospital. Kita mestilah berani berrtindak dalam kecemasan agar dapat menyelamatkan diri.Embong berani membunuh ular sawa yang membelit badannya sewaktu dia bekerja di kebun kelapa sawit menggunakan buluh. Kita mestillah prihatin terhadap nasib orang sekeliling agar perasaan kasih sayang dapat dipupuk.Haji Sulaiman prihatin terhadap nasib yang menimpa keluarga Dahlia dan menyedarkan penduduk kampung unuk membantu keluarga Dahlia dengan pembinaan semula rumahnya yang telah roboh akibat banjir. Kita mestilah insaf akan perbuatan lalu agar kita boleh memperbaiki diri kita ke arah lebih baik.Abu Bakar juga insaf akan kesalahannya yang telah mencuri kambing milik bapanya sendiri.
https://karangan.net/songket-berbenang-emas/
Contoh_Soalan_Novel_Songket_Berbenang_Emas
https://karangan.net/songket-berbenang-emas/
Peristiwa_Songket_Berbenang_Emas_yang_menarik
Peristiwa menyelamatkan nyawa orang lainDahlia sanggup terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said yang lemas. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana sifat berani yang ada pada Dahlia yang sanggup menghadapi sebarang risiko dalam menyelamatkan nyawa orang lain ini jarang dimiliki oleh orang lain. Walaupun Dahlia seorang gadis, namun dia berani terjun ke dalam sungai yang berarus deras itu demi menyelamatkan nyawa orang lain. Peristiwa keluar dari asrama demi kepentingan keluargaDahlia sanggup berkorban dengan keluar dari asrama kerana ingin menguruskan adik-adiknya yang masih kecil setelah ibunya dimasukkan ke hospital akibat kemurungan. Walaupun peperiksaan STPM hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi, Dahlia selaku anak sulung tidak mementingkan dirinya sendiri dan sanggup berkorban demi keluarganya yang dilanda musibah. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana Dahlia sanggup berkorban dan lebih mengutamakan kepentingan keluarga daripada kepentingan dirinya sendiri yang akan menduduki peperiksaan STPM tidak lama lagi. Peristiwa mengenai perkara mistikPada mulanya, ibu Dahlia tiba-tiba sahaja gila dan dimasukkan ke dalam hospital. Keadaan menjadi semakin pelik apabila binatang berbisa, iaitu ular mula mengganggu keluarga Dahlia. Semuanya terungkai apabila Abu Bakar, adik Dahlia telah menjumpai kain kuning yang usang ditanam di bawah rumah mereka. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana pelbagai perkara pelik dan malang yang berlaku dalam keluarga Dahlia secara bertimpa-timpa seolah-olah seperti dirancang. Peristiwa sikap membantu dalam diriDahlia yang membantu anak Aton, Said yang kelemasan di dalam sungai. Pada mulanya, Dahlia ternampak Said bermandi- manda di dalam sungai di hadapan rumahnya. Namun, tiba-tiba sahaja Said lemas. Dahlia mengambil keputusan untuk terjun ke dalam sungai dan menyelamatkan Said. Malangnya, derasan air sungai bermaharajalela ketika itu. Said mati lemas dan niat baik Dahlia itu disalah ertikan. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana walaupun tidak pandai berenang, Dahlia tetap memberanikan diri terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said. Dia bagaimanapun gagal menyelamatkan Said yang telah lemas. Peristiwa menghargai pemberian orang lain– Dahlia amat menghargai kain songket berbenang emas berwarna merah yang dihadiahkan oleh Azhari. Simbolik daripada hadiah Azhari,Dahlia berjanji akan menjaga jati dirinya walaupun di mana- mana jua dia berada.– Dahlia juga menghargai gelang pusaka yang dihadiahkan oleh Nek Kiah. Pemberian itu merupakan satu anugerah kerana Nek Kiah telah menganggap Dahlia dan adik-adiknya sebagai cucu. Selama ini, Nek Kiah tidak pernah mengambil peduli tentang keluarga Dahlia. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana kita mestilah menghargai apa- apa sahaja pemberian orang lain kepada kita supaya dapat memupuk hubungan yang baik sesama kita. Peristiwa sanggup membantu orang lain tanpa mengira bangsa dan agama Tauke Lim menyumbangkan barang- barang keperluan untuk Majlis Mauludir Rasul yang diadakan di Kampung Parit Haji Rais, walaupun dia berbangsa Cina. Tauke Lim juga sanggup memberi keluarga Dahlia membeli barang secara hutang kerana amat memahami penderitaan yang dialami oleh sahabatnya, Embong. Tauke Lim menyumbangkan sebanyak RM300 kepada Dahlia yang apabila dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Jepun. Tauke Lim juga sanggup membayar harga tanah sebanyak RM15000 kepada Nek Kiah kerana dia tidak mahu keluarga Embong berpindah dari situ apabila tanah itu dijualkan kepada orang lain kerana dia amat memahami penderitaan hidup keluarga Dahlia. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana walaupun berlainan bangsa dan agama kita mestilah bersedia membantu dan menyumbangkan apa-apa yang mampu kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan tanpa mengira status, kaum dan agama.
https://karangan.net/songket-berbenang-emas/
Latar_Masa_Novel_Songket_Berbenang_Emas
PetangAzhari menghantar Dahlia balik ke kampungnya dari asrama. MaghribSehingga maghrib Saleha belum pulang ke rumah ….kentung azan pun sudah bergema (m/s 17) PagiDahlia menunggu bas untuk ke sekolah MalamHaji Sulaiman datang bersama dengan tiga orang pekerja hospital Empat bulan sebelum peperiksaan STPMCikgu Salwani tidak membenarkan Dahlia keluar dari asrama kerana periksaan STPM hanya tinggal empat bulan sahaja. Tidak sampai semingguEmbong dirawat di Hospital Batu Pahat. (m/s 177) Pada waktu petang selepas solat JumaatAbu Bakar menemui Dahlia dan bertanyakan sama ada abah mereka masih marah akan tindakannya menjual kambing abahnya.
https://karangan.net/songket-berbenang-emas/
Latar_Tempat_Novel_Songket_Berbenang_Emas
Padang bola jaringDahlia berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti Wangi. (m/s 1) SMK Tun IsmailTempat Azhari dan Dahlia pernah belajar sewaktu Dahlia Tingkatan satu dan Azhari Tingkatan Lima (m/s 7) Sekolah Menengah Temenggung IbrahimDahlia menimba ilmu sebagai pelajar tingkatan enam atas di sekolah ini. Dia tinggal di asrama sekolah kerana rumahnya jauh dan ingin memudahkan dia belajar. Kampung Parit Haji RaisTempat tinggal Dahlia. Di sini, Dahlia menjaga adik-adiknya setelah emaknya dirawat di hospital. Hospital Batu PahatTempat Saleha dibawa untuk mendapatkan rawatan pada peringkat awal. Abah Dahlia dirawat di hospital ini setelah dipatuk ular. Hospital Permai, Johor BahruTempat emak Dahlia dirawat. Sungai dekat dari rumah Dahlia Dahlia cuba menyelamatkan Said yang lemas di sungai ini. Kebun kelapa sawit di Parit Haji KadirEmbong memotong kelapa sawit setelah pulang dari rumah Aton. Di kebun kelapa sawit inilah ular sawa telah membelit Embong. Sekolah Kebangsaan JelotongSaid dan Melati bersekolah di sini Rumah AtonDahlia disindir oleh Aton kerana dikatakan Dahlialah yang menyebabkan Said mati lemas. Balai raya Kampung Parit Haji RaisTempat pemindahan mangsa banjir yang berlaku di kampong Dahlia.
https://karangan.net/songket-berbenang-emas/
Latar_Masyarakat_Novel_Songket_Berbenang_Emas
Masyarakat kampungContoh Peristiwa: Masyarakat kampung yang bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Maulidur Rasul. Masyarakat pelajarContoh Peristiwa: Dahlia, Siti Wangi, Najib dan Kavita merupakan pelajar Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim. Masyarakat yang saling membantu Contoh Peristiwa: Haji Sulaiman selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia. Tauke Lim juga membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia. Masyarakat yang bertanggungjawabContoh Peristiwa: Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu anak buahnya, Embong yang    menghadapi masalah. Masyarakat remaja yang terpengaruh dengan rakan sebayaContoh Peristiwa: Abu Bakar, adik Dahlia suka berseronok dengan rakan-rakannya dan tidak mahu membantu keluarga mereka yang menghadapi masalah. Dia hanya pulang ke rumah untuk menukar baju sahaja. Masyarakat yang insaf akan kesilapannyaContoh Peristiwa: Nek Kiah akhirnya insaf akan sikapnya terhadap keluarga Dahlia apabila Dahlia dan emaknya  yang banyak membantu beliau ketika sakit sedangkan anak-anak yang selama ini amat disayangi langsung tidak menziarahinya. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidupContoh Peristiwa: Embong tabah menghadapi keadaan hidup mereka sekeluarga yang hidup dalam kemiskinan. Embong tabah apabila beliau tidak disukai oleh ibu mentuanya. Embong juga tabah apabila isterinya mengalami masalah mental. Masyarakat yang penyayangContoh Peristiwa: Dahlia amat menyayangi adik-adiknya dan sanggup ponteng sekolah apabila Anggerik sakit. Masyarakat remaja yang terlibat dalam percintaanContoh Peristiwa: Azhari mencintai Dahlia. Walaupun dia mengetahui Dahlia mempunyai emaknya yang menghidap tekanan mental dan hidup dalam kemiskinan namun akhirnya dia tetap melamar Dahlia. Masyarakat yang berani menyelamatkan kawan Contoh Peristiwa: Dahlia terjun ke dalam sungai yang berarus deras dalam usahanya untuk menyelamatkan Said yang baru sahaja tenggelam ke dasar sungai walaupun dia tidak tahu berenang.
https://karangan.net/songket-berbenang-emas/
Soalan_Tema
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan tema dan contoh peristiwa yang terdapat dalam novel tersebut. Novel yang saya pelajari ialah novel Songket Berbenang Emas hasil karya Khairuddin Ayip. Tema Novel Songket Berbenang Emas ialah ketabahan dan kecekalan seorang gadis remaja menghadapi cabaran hidup. Dahlia tabah menghadapi karenah ibunya yang tidak mengenalinya setelah menghidap tekanan perasaan. Dahlia tabah menjaga adik-adiknya yang masih kecil kerana bapanya, Embong dirawat di hospital akibat dipatuk ular tedung dan dia terpaksa berulang-alik ke hospital melawat bapanya. Dahlia tabah menghadapi desakan neneknya, Nek Kiah yang bercadang hendak menjual tanah yang menjadi tempat tinggal Dahlia dan keluarganya atas alasan tidak mampu membayar wang yang diminta oleh neneknya.
https://karangan.net/songket-berbenang-emas/
Soalan_Peristiwa_unsur_suspens_dan_kejutan
Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang mengandungi unsur suspens dan kejutan. Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Songket Berbenang Emas hasil karya Khairuddin Ayip terdapat beberapa peristiwa yang mengandungi unsur suspens dan kejutan di dalam novel ini. Peristiwa yang mengandungi unsur suspens ialah peristiwa kehilangan kambing peliharaan bapa watak utama. Buktinya, pembaca tertanya-tanya siapakah yang mencuri kambing peliharaan Embong tersebut. Peristiwa yang mengandungi unsur kejutan ialah misteri kehilangan kambing tersebut terbongkar. Pembaca tidak menyangka bahawa anak lelaki Embong sendiri iaitu Abu Bakar telah membuat pengakuan bahawa beliau yang mencuri kambing bapanya sendiri. Abu Bakar membuat pengakuan setelah beliau insaf dan menyedari kesilapannya yang lalu.
https://karangan.net/songket-berbenang-emas/
Soalan_Peristiwa_yang_tidak_wajar_dicontohi
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tiga peristiwa yang tidak wajar dicontohi. Novel yang saya pelajari ialah novel Songket Berbenang Emas hasil karya Khairuddin Ayip. Terdapat beberapaperistiwa yang tidak wajar dicontohi dalam novel ini. Peristiwa pertama ialah Mak Aton yang suka menghina Dahlia dan keluarganya disebabkan kemiskinan mereka tidak wajar kita contohi. Mak Aton juga suka menabur fitnah tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah ditebuk tupai kerana lelaki datang ke rumahnya silih berganti. Peristiwa Nek Kiah yang sangat membenci keluarga Dahlia tidak wajar kita contohi. Nek Kiah memang tidak suka akan keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga Dahlia dengan anakanaknya yang lain yang semuanya hidup senanglenang. Dia juga sering menghina keluarga Dahlia. Sikap begitu tidak sesuai dijadikan teladan. Peristiwa Seman menuduh Embong mempelajari ilmu guna-guna sehingga Leha sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal usulnya tidak wajar kita contohi. Seman juga mencadangkan agar tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Sikap negatif ini tidak wajar kita contohi kerana sikap ini memberikan masalah kepada orang lain.
https://karangan.net/songket-berbenang-emas/
Soalan_konflik_Novel_Songket_Berbenang_Emas
Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapinya. Novel yang saya pelajari ialah novel Songket Berbenang Emas hasil karya Khairuddin Ayip. Terdapat beberapakonflik yang dihadapi oleh watak utama novel ini. Konflik pertama ialah antara Nek Kiah dengan Dahlia apabila Nek kiah berprasangka buruk terhadap Dahlia apabila melihat Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumah. Cara penyelesaiannya Dahlia hanya mendiamkan diri sahaja semasa ditegur oleh Nek Kiah. Selain itu, konflik berlaku antara Dahlia dengan Cikgu Salwani yang tidak membenarkan Dahlia keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke hospital. Cara penyelesaiannya Dahlia bertekad keluar dari asrama dan berulangalik dari rumah ke sekolah.
https://karangan.net/songket-berbenang-emas/
Soalan_keistimewaan_watak_utama
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua keistimewaan watak utama sehingga menimbulkan perasaan kagum dalam diri pembaca. Novel yang saya kaji ialah Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia. Keistimewaan watak utama sehingga menimbulkan perasaan kagum dalam diri pembaca ialah Dahlia seorang yang berhemah tinggi. Contohnya, Dahlia tidak membalas dengan katakata yang kasar atau kesat apabila Mak Aton memaki hamun dan memfitnahnya sebagai perempuan yang tidak baik. Keistimewaan watak utama yang seterusnya ialah Dahlia seorang yang bertanggungjawab. Dahlia bersedia untuk menjaga adik bongsunya , Anggerik dan adik­adiknya yang lain sepanjang ibunya menerima rawatan di hospital kerana dia sedar akan tanggungjawabnya sebagai anak sulung dalam keluarga. Keistimewaan watak utama yang lain ialah Dahlia seorang yang gigih. Contohnya, Dahlia gigih mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan STPM walaupun berhadapan dengan berbagai­bagai cabaran seperti masalah emaknya yang sakit dan peristiwa tragis ayahnya yang dipatuk ular tedung.
https://karangan.net/songket-berbenang-emas/
Soalan_nilai_kemanusiaan
Pengarang sering mengemukakan pelbagai nilai kemanusiaan dalam novel untuk dijadikan penduan kepada pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua nilai kemanusiaan yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca. Novel yang saya kaji ialah Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Banyak nilai kemanusiaan yang diutarakan oleh pengarang dalam novel ini. Dua nilai kemanusiaan yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca ialah nilai belas kasihan. Contohnya, Tauke Lim bersimpati terhadap nasib Embong yang berhadapan dengan pelbagai masalah, iaitu masalah kesihatan isterinya, masalah anak lelaki tunggalnya yang menjadi kutu rayau, dan masalah ibu mentuanya yang bersikap prejudis terhadap dirinya sekeluarga. Nilai kemanusiaan seterusnya yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca ialah nilai keberanian. Contohnya, Dahlia bertindak berani dengan terjun ke dalam sungai yang berarus deras dan berkeladak semata­mata untuk menyelamatkan Said yang lemas. Nilai kemanusiaan seterusnya ialah nilai bertanggungjawab. Contohnya, Dahlia bertanggungjawab menjaga adik­adiknya sepanjang ibunya mendapat rawatan di hospital dan semasa ayahnya keluar bekerja mencari nafkah. ­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­
https://karangan.net/songket-berbenang-emas/
Soalan_masalah_kehidupan_dan_cara_mengatasi
Terdapat pelbagai masalah kehidupan yang ditonjolkan dalam novel yang anda pelajari. Berdasarkan dua masalah kehidupan dalam sebuah novel yang anda kaji, berikan cara masalah tersebut dapat diselesaikan. Novel yang saya kaji ialah Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Banyak masalah kehidupan yang dikemukakan oleh pengarang dalam novel ini. Antara masalah kehidupan yang terdapat dalam novel ini ialah masalah kemiskinan hidup sebuah keluarga. Contohnya, Embong sekeluarga hidup dalam kemiskinan. Hal ini menyebabkan Embong menghadapi masalah untuk membeli bekalan makanan bagi menampung keluarganya. Masalah ini dapat diselesaikan apabila Tauke Lim membenarkan Embong berhutang di kedainya. Tauke Lim juga menghulurkan RM300 kepada Dahlia kerana dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun. Seterusnya, masalah kehidupan yang terdapat dalam novel ini ialah masalah penghinaan terhadap orang lain. Contohnya, Nek Kiah sangat membenci keluarga Dahlia. Dia juga sering menghina keluarga Dahlia. Masalah ini dapat diselesaikan apabila Nek Kiah terlantar sakit sehingga menimbulkan keinsafan kepada Nek Kiah atas sikapnya selama ini.
https://karangan.net/songket-berbenang-emas/
Tema_Syair_Bidasari
Tema yang terdapat dalam Syair Bidasari ialah cabaran yang dihadapi oleh seorang raja ketika mentadbir negara. Raja Negeri Kembayat yang pertama amat bijaksana dan cekap dalam mentadbir urus negara.
https://karangan.net/syair-bidasari/
Persoalan_Syair_Bidasari
Raja Negeri Kembayat menjalankan pemerintahan secara adil dan saksama. Baginda melayani pedagang dan ulama yang datang ke negeri baginda dengan baik. Raja Negeri Kembayat merupakan raja yang bertanggungjawab kerana baginda mengambil peduli masalah yang menimpa negeri baginda. Rakyat Negeri Kembayat yang taat sentiasa bersama-sama dengan baginda ketika susah dan senang. Raja Negeri Kembayat amat menyayangi permaisuri baginda yang sedang beberapa bulan hamil.
https://karangan.net/syair-bidasari/
Maksud_Syair_Bidasari
Rangkap 1 Dengarkan tuan suatu riwayat,Raja di desa Negeri Kembayat, Dikarang fakir dijadikan hikayat, Supaya menjadi tamsil ibarat. Penyair ingin menceritakan suatu kisah yang berlaku di Negeri Kembayat. Kisah ini ditulis oleh seorang fakir untuk dijadikan pedoman atau teladan. Rangkap 2 Ada raja suatu negeri,Sultan halifah akas bestari, Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Negeri Kembayat diperintah oleh seorang sultan yang bijak. Baginda mempunyai rupa paras yang elok dan pekerti yang mulia. Baginda sentiasa melayani rakyat dan para ulama yang datang mendalami ilmu dalam bidang agama dengan adil. Rangkap 3 Hairan orang empunya temasya, Baginda itulah raja perkasa, Sangat tiada merasai susah,Entah pada esok dan lusa. Rakyat begitu kagum akan baginda yang gagah perkasa. Baginda amat disenangi oleh rakyat kerana tidak pernah mendapat kesusahan semasa di bawah pemerintahan baginda. Namun, mereka tidak dapat menduga ketentuan yang akan berlaku pada masa akan datang. Rangkap 4 Seri sultan raja bestari,Setelah ia sudah beristeri, Beberapa bulan beberapa hari, Hamillah puteri permaisuri. Raja yang bijaksana tersebut telah berkahwin dan beberapa bulan selepas itu, permaisuri baginda telah hamil. Rangkap 5 Beberapa lamanya dalam kerajaan,Baginda duduk bersuka-sukaan, Datanglah beroleh kedukaan,Baginda meninggalkan takhta kerajaan. Setelah lama memegang tampuk pemerintahan dalam suasana yang aman dan penuh kegembiraan, akhirnya pada suatu hari, Negeri Kembayat ditimpa bencana, baginda telah mangkat. Rangkap 6 Datanglah kepada suatu masa, Melayanglah unggas dari angkasa, Unggas gurda sangat perkasa, Menjadi negeri rosak binasa. Dikisahkan pada suatu hari yang lain, Negeri Kembayat telah diserang oleh burung garuda yang ganas dan kuat yang terbang turun dari angkasa. Serangan ini telah banyak mendatangkan kemusnahan di Negeri Kembayat. Rangkap 7 Datanglah menyambar suaranya bahana,Gemparlah sekalian mulia dan hina,Seisi negeri gundah-gulana,Membawa diri ke mana-mana. Digambarkan kisah burung garuda menyerang Negeri Kembayat dengan suaranya yang kuat bergema hingga menggemparkan rakyat dan menyebabkan negeri itu menjadi huru-hara. Rakyat jelata lari lintang-pukang menyelamatkan diri masing-masing. Rangkap 8 Baginda pun sedang dihadap orang,Mendengar gempar seperti perang,Bertitah baginda raja yang garang,“Gempar ini apakah kurang” Di istana, rakyat jelata datang untuk menghadap raja yang sedang bermesyuarat. Apabila mendengarkan keadaan di luar istana sangat bising dan gegak-gempita, baginda yang cemas dan prihatin itu berasa hairan apabila melihatkan situasi tersebut. Baginda menanyakanrakyatnyasebab tragedi yang menimpa negeri tersebut.
https://karangan.net/syair-bidasari/
Gaya_Bahasa_Syair_Bidasari
https://karangan.net/syair-bidasari/
Bentuk_dan_Ciri-ciri_Syair
(a) Syair ini berbentuk terikat/tidak bebas.(b) Terdiri daripada lapan rangkap.(c) Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu empat baris serangkap.(d) Semua baris dalam setiap rangkap adalah maksud.(e) Bilangan katanya antara tiga hingga lima patah perkataan. (f) Terdiri daripada sembilan hingga tiga belas suku kata sebaris.(g) Rima akhir syair ini ialah aaaa kecuali rima akhir rangkap ketiga syair ialah aaba.
https://karangan.net/syair-bidasari/
Nilai_Syair_Bidasari
https://karangan.net/syair-bidasari/
Pengajaran_Syair_Bidasari
1.Kita sebagai pemerintah mestilah memerintah negara dengan bijaksana. Contoh : Raja Negeri Kembayat merupakan seorang raja yang bijaksana. 2. Kita mestilah menyayangi pasangan kita.Contoh : Raja Negeri Kembayat amat menyayangi permaisuri baginda yang sedang beberapa bulan hamil. 3. Raja mestilah adil memerintah sesebuah negara. Contoh : Raja Negeri Kembayat menjalankan pemerintahan secara adil dan saksama. Baginda melayani pedagang dan ulama yang datang ke negeri baginda dengan baik. 4. Raja hendaklah bertanggungjawab dalam segala halContoh : Raja Negeri Kembayat merupakan raja yang bertanggungjawab kerana baginda mengambil peduli masalah yang menimpa negeri baginda. 5. Kita mestilah taat kepada pemerintah.Contoh : Rakyat Negeri Kembayat yang taat sentiasa bersama-sama raja ketika susah dan senang.
https://karangan.net/syair-bidasari/
Soalan_Syair_Bidasari
Gambarkan keadaan negeri Kembayat ketika diserang garuda? Ketika negeri Kembayat diserang garuda, seluruh rakyat berada dalam keadaan huru-hara dan masing-masing berlari untuk menyelamatkan diri / negeri Kembayat menjadi rosak binasa. Sekiranya anda pemimpin, apakah tindakan yang akan anda lakukan menyelamatkan negara daripada ancaman musuh? Sekiranya saya seorang pemimpin, tindakan yang boleh saya lakukan untuk menyelamatkan negeri ini daripada ditimpa bencana adalah dengan menyediakan pasukan tentera yang kuat dan digeruni musuh. Selain itu, saya juga akan melengkapkan negeri dengan pelbagai peralatan keselamatan agar rakyat sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan Saya juga akan merangka pelbagai strategi bersama-sama rakyat agar kesan bencana dapat diminimumkan.Saya juga akan menghadapi musibah yang berlaku bersama- sama rakyat. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam syair di atas. Persoalan yang terdapat dalam syair di atas ialah kebijaksanaan pemimpin memimpin sebuah kerajaan. Sebagai contoh raja negeri Kembayat mentadbir negeri dengan bijaksana dan melayan semua pedagang dengan saksama. Selain itu, terdapat persoalan musibah yang tidak boleh diramal. Sebagai contoh, tanpa diduga negeri Kembayat diserang garuda.
https://karangan.net/syair-bidasari/
Maksud_Syair_Burung_Nuri
Rangkap 1 Bermula warkah surat rencana,Ikatan fakir yang sangat hina,Sajak dan nazam banyak tak kena,Daripada pendapat kurang sempurna. Penyair menceritakan sebuah warkah yang ditulis oleh seorang yang dipandang hina sehinggakan kata-kata yang ditulisnya itu mungkin dianggap salah berdasarkan buah fikirannya yang tidak sempurna. Rangkap 2 Gerangan sungguh amatlah leta,Perinya akal gelap-gelita,Hemat pun rendah daif berserta,Tambahan badan miskin dan nista. Menurut penyair, seseorang itu dianggap hina jika dia tidak berakal, bersikap kurang sopan, berakhlak rendah, dan hidup dalam keadaan miskin. Rangkap 3 Beribu ampun kiranya tuan,Atasnya hulu fakir nistawan,Daripada masyghul gundah merawan,Terperilah madah patik nin tuan. Penyair juga memohon maaf sekiranya perkara yang ditulis daripada perasaan kecewanya itu menghasilkan kata-kata yang kurang menarik dalam warkah tersebut. Rangkap 4 Dituliskan sahifah supaya nyata,Barang yang ghairah di dalam cinta,Terfikir-fikir bukan menderita,Dakwat dan kertas tempat berkata. Penyair menulis lembaran yang jelas tentang adab kepada pasangan yang sedang bercinta agar mereka tidak kecewa dan menjadikan surat sebagai saluran meluahkan perasaan. Rangkap 5 Sudahlah nasib untung yang malang,Mengambah lautan berulang-ulang,Mudaratnya bukan lagi kepalang,Senantiasa di dalam nasib dan walang. Penyair menceritakan nasib malang yang ditempuhinya secara berulang kali sehingga boleh membawa kemudaratan dan menyebabkan dirinya sentiasa dalam keadaan sedih dan kecewa. Rangkap 6 Hanyutlah badan ke sana ke mari,Segenap pesisir desa negeri,Bertambahlah pula sopan dan negeri,Santap nan tidak minum pun kari. Penyair mengisahkan kehidupannya terumbang-ambing tanpa arah tuju, tidak terurus hingga melupakan makan dan minum. Rangkap 7 Bangun terjunun badan suatu,Gundahlah fikir tiada tertentu,Laksana cermin jatuh ke batu,Remuk dan redam hancur di situ. Namun penyair tersedar bahawa tiada guna hidup dalam kekecewaan sehingga boleh menyebabkan kehidupannya menjadi hancur. Rangkap 8 Remuk dan redam rasanya hati,Lenyaplah fikir budi pekerti,Jikalau kiranya hamba turuti,Daripada hidup sebaiknya mati. Penyair sedar apabila berada dalam keadaan yang sangat kecewa boleh menyebabkan fikirannya tidak waras. Sekiranya dituruti perasaan kecewa itu, penyair berfikir lebih baik mati daripada hidup dalam keadaan sebegitu.
https://karangan.net/syair-burung-nuri/
Tema_Syair_Burung_Nuri
TemaSyair Burung Nuri ialah adab dalam kehidupan seseorang. Penyair menceritakan adab dalam kehidupan yang ditempuhi oleh seseorang. Masalah kekecewaan dalam perhubungan dan kegagalan berfikir dengan rasional akan memusnahkan kehidupan kita.
https://karangan.net/syair-burung-nuri/
Persoalan_Syair_Burung_Nuri
Kepentingan memiliki ilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Kekecewaan yang boleh merosakkan kehidupan seseorang. Kebijaksanaan dalam mengawal diri ketika bercinta. Rasional dalam berfikir dan membuat tindakan.
https://karangan.net/syair-burung-nuri/
Bentuk_dan_Ciri-ciri_Syair
https://karangan.net/syair-burung-nuri/
Gaya_Bahasa_dan_Keindahan_Bunyi
Inversi (ayat songsang) Contoh: Dituliskan sahifah supaya nyata. (Sepatutnya: sahifah dituliskan supaya nyata.) Anafora (perulangan perkataan di awal baris)Contoh: Remuk dan redam hancur di situ, Remuk dan redam rasanya hati. Simile Contoh: Laksana cermin jatuh ke batu. Sinkope Contoh: Sajak dan nazam banyak tak kena. Repetisi Contoh: Hanyutlah badan ke sana ke mari. Asonansi Contoh: Bermula warkah surat rencana. (perulangan vokal a). AliterasiContoh: Gundahlah fikir tiada tertentu. (perulangan konsonan t). Diksi – Penggunaan Bahasa ArabContoh: Masygul
https://karangan.net/syair-burung-nuri/
Nilai_Syair_Burung_Nuri
Nilai KesedaranContoh: Penyair sedar akan kesilapan yang dilakukannya akibat terlalu menurut perasaan. Nilai Merendah diriContoh: Penyair meminta maaf terlebih dahulu sebelum meneruskan bicara dalam lembarannya itu. Nilai RasionalContoh: Penyair menyarankan agar seseorang itu bertindak secara rasional. Nilai Hemah tinggiContoh: Penyair menasihati agar pasangan yang bercinta menjaga adab masing-masing. Nilai KebijaksanaanContoh: Penyair menyarankan agar setiap pasangan bijak menguruskan percintaan mereka.
https://karangan.net/syair-burung-nuri/
Pengajaran_Syair_Burung_Nuri
Kita sepatutnya bersikap merendah diri . Kita haruslah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan. Kita janganlah mementingkan percintaan dalam kehidupan. Kita tidak boleh berputus asa. Kita janganlah bertindak mengikut kata hati.
https://karangan.net/syair-burung-nuri/
Contoh_Soalan_Syair_Burung_Nuri
Berdasarkan sajak, nyatakan dua kelemahan yang ada pada pengarang. Dua kelemahan yang ada pada pengarang ialah buah fikiran pengarang yang kurang sempurna. Selain itu, nasib yang ditempuhi oleh pengarang secara berulang-ulan kali sehingga boleh membawa kemudaratan. Kita harus bijak menjaga tatatertib dalam pergaulan. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara membawa diri seharusnya diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat? Pada pendapat saya, cara-cara membawa diri seharusnya diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat ialah pandai membawa diri dalam kehidupan seharian. Selain itu, cara membawa diri ialah kita mesti bersikap sopan santun dan tidak bersikap sombong kerana sikap itu tidak disukai oleh masyarakat. Akhir sekali, kita hendaklah menghormati orang lain jika mahu orang lain menghormati kita. Berdasarkan rangkap kedua ‘Syair Burung Nuri’, apakah perkara yang ingin disampaikan oleh penyair? Penyair menyatakan bahawa pemikirannya tidak luas, dipandang hina dan miskin. Dalam syair ini terkandung banyak pengajaran yang dapat dijadikan teladan dalam kehidupan kita. Jelaskan dua pengajaran yang terkandung dalam syair ini. “Hina besi kerana karat, hina manusia tidak berbudi.”Pada pendapat anda, apakah cara yang terbaik bagi memastikan diri kita tidak dipandang hina oleh orang lain?
https://karangan.net/syair-burung-nuri/
Tema_Novel_Tawanan_Komander_Caucasus
Tema novelTawanan Komander Caucasus ialah kegigihan remaja berdepan dengan berbagai-bagai cabaran dan rintangan. Farhani gigih berdepan dengan cabaran dan peristiwa seperti peristiwa dia ditawan oleh Komander Caucasus dan peristiwa dia terpaksa menyelamatkan diri ketika menjadi orang buruan tentera Komander Caucasus. Selain itu, kegigihan Farhani juga dapat dilihat berdasarkan peristiwa dia, Kim Yong, Dara Merah , dan kunang-kunang berusaha membebaskan Puteri Coleoptera, Bara dan tiga orang rakannya, iaitu Haikal, Devnath dan Wei yang telah menjadi orang tawanan dan dipenjarakan oleh Komander Caucasus. Farhani dan empat orang rakannya juga berusaha sedaya-upaya untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. Contoh Soalan: Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan tema dan huraian contoh peristiwa yang sesuai untuk menyokong tema yang anda nyatakan.
https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/
Persoalan_Novel_Tawanan_Komander_Caucasus
Perpaduan dalam kalangan generasi muda tanpa mengira perbezaan kaum dan agamaFarhani, Chea Mei, Haikal, Devnath, Wei dan Kim Yong merupakan generasi muda yang berbeza kaum yang berkawan baik bersatu padu. Hubungan persahabatan tanpa mengenal latar belakang keturunan atau darjat seseorang Farhani dan rakan-rakannya bersahabat baik dengan Puteri Coleoptra yang memberikan hadiah kepada mereka sebelum mereka kembali ke dunia manusia Keberanian mengadapi cabaranFarhani dan rakan-rakanya tidak gentar berhadapan dengan cabaran ketika berhadapan dengan Komander Caucasus dan tenteranya yang sangat kuat Perasaan dendam membawa kerosakan kepada diri sendiriKomander Caucasus endendami manusia  kerana banyak kumbang yang mati diracun dan dijadikan bahan uji kaji oleh manusia.  Dendamnya ini menyebabkan dia bertindak kejam terhadap manusia dan kaumnya sendiri, sebagai akibatnya dia juga musnah pada akhirnya. Bekerjasama dalam menentang kejahatan dan kezalimanFarhani dan rakan-rakannya bekerjasama dengan Bara dan Dara Merah bekerjasama menentang Komander Causasus yang zalim. Keberanian menentang kekejaman dan kezalimanFarhani, Dara Merah dan Bara bersama mereka yang lain berani menentang Komander Caucasus yang kejam. Dia memenjarakan Puteri Coleopetra dan Bara kerana ingin merampas kuasa dan menjadi Maharaja Caucasus. Rasa bersalah akibat kesombongan diriKim Yong sedar dan berasa bersalah atas kesombongan dirinya selama ini.  Mujurlah rakan-raka sekelasnya bukan sahaja tidak ambil hati dan memulaukannya bahkan mereka menolongnya membebaskan diri daripada tawanan Komander Caucasu- Perbezaan kehidupan dalam dimensi kumbang dengan dengan dunia manusiaFarhani dan Kim Yong dapat merasai dengan jelas perbezaan antara dimensi kumbang dengan dimensi manusia dari segi ketumpatan udara dan tempoh masa tempoh masa berlaku sesuatu kejadian atau peristiwa. Ketamakan seseorang untuk berkuasa hingga mengancam nyawa orang lain.Puteri Coleoptera terpaksa menyembunyikan diri dan berpindah-randah akibat diburu sekaligus diancam bunuh oleh Komander Caucasus dan tenteranya yang tamak dan berhasrat untuk menjadi pemerintah kerajaan kumbang Keinginan untuk menakluki dunia dan menguasai orang lain Komander Caucasus telah menawan damengurung Kim Yong di dalam tabung uji balang kaca dalam makmal rahsianya. Kim Yong dikurung kerana dia akan dijadikan bahan uji kaji bagi tujuan mencapai cita-cita Komander Caucasus yang mahu menguasai manusia dan menakluki dunia. Kasih sayang ibu bapa yang mendalam kepada anak-anak.Puan Lee, ibu Kim Yong dan Ibu bapa Farhani amat menyayangi anak, mereka amat bimbang dan sedih atas kehilangan Kim Yong dan Fahrani. Pelbagai usaha dilakukan oleh mereka untuk mencari Farhani. Sesetengah kejadian alam bersifat misteri hingga tidak terjangkau oleh akal manusiaKewujudan alam kumbang dalam cerita ini menyedarkan manusia bahawa adanya alam lain. Dalam keadaan tertentu manusia dapat menemukan alam lain dan mengalami pelbagai peristiwa ganjil dan pelik. Kepatuhan dan kesetiaan pengikut kepada ketua atau pemimpinTentera kumbang amat patuh kepada ketua mereka, Komander Caucasus mereka patuh pada arahan pemimpin.  Begitu juga kumbang kaum Bara dan spesies kumbang Sang Ubi begitu patuh dan setia kepada pemompin mereka Puteri Coleoptra. Kesungguhan mempertahankan seni budaya dan warisan bangsaNenek Chea Mei yang berketurunan Baba dan Nonya berbangga dengan warisan mereka. Dia yang mahir pandai menyulam dan sentiasa memakai pakaian tradisional mereka baju kebaya. Toleransi yang utuh antara remaja berbilang kaum.Devnath dan Wei bertoleransi/memahami punca kelewatan Haikal datang di tempat mereka berkumpul kerana Haikal perlu menunaikan solat Isyak terlebih dahulu.
https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/
Sinopsis_Novel_Tawanan_Komander_Caucasus
Novel Tawanan Komander Caucasus mengisahkan Farhani dan rakan-rakannya berusaha mereka untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat setelah menjadi tawanan tentera kumbang. Cerita bermula apabila warga Sekolah Menengah Seri Kencana dan penduduk kampung dikejutkan dengan berita kehilangan Kim Yong yang keluar mencari kumbang di pinggir hutan di kampungnya. Pelbagai spekulasi tentang kehilangan Kim Yong telah dibuat. Sebagai rakan sekelas, Farhani, Chea Mei, Mira, Haikal, Devnath dan Wei turut bersimpati dan bersedih atas kehilangan Kim Yong. Mereka bersepakat menziarahi Puan Lee, ibu Kim Yong yang begitu sedih atas kehilangan anak tunggalnya itu. Setelah sebulan berita kehilangan Kim Yong berlalu, Cikgu Salimah selaku guru Sains Tingkatan Satu Arif di Sekolah Menengah Seri Kencana telah memberikan satu tugasan kepada murid-muridnya untuk mencari serangga bagi memastikan zoo mini serangga yang diilhamkan di sekolah mereka itu menjadi suatu kenyataan. Dalam pembahagian tugasan itu, Farhani, Chea Mei dan Mira ditugaskan untuk mencari kumbang. Sementara itu, Haikal berasa terkilan kerana Cikgu Salimah tidak memberikan tugasan mencari kumbang itu kepadanya. Oleh sebab itu, Haikal memperlekehkan kewibawaan Farhani dan rakan-rakannya untuk mencari kumbang tersebut. Farhani bertekad untuk mendapatkan kumbang tersebut. Bagi melengkapkan tugasan yang diarahkan oleh Cikgu Salimah, Farhani, Chea Mei dan Mira telah bersetuju dan bersepakat untuk mencari kumbang di dusun datuk Farhani. Disebabkan Farhani tiba awal di dusun datuknya, dia mengisi masa menunggu kedatangan Mira dan Chea Mei dengan mencari kumbang lebih dahulu sehingga pencariannya itu telah membawanya jauh ke dalam dusun datuknya. Akhirnya, Farhani menemukan sebuah rumah lama dan masuk ke dalam rumah lama itu. Dia menemukan anak tangga yang menuruni ke ruang bawah tanah hingga membawanya ke dimensi kerajaan kumbang. Sementara itu, Mira dan Chea Mei telah tiba di dusun datuk Farhani setengah jam lewat daripada masa yang telah dijanjikan. Mereka tidak nampak kelibat Farhani di situ. Chea Mei dan Mira terkejut apabila ibu Farhani, iaitu Puan Asmah memaklumkan bahawa Farhani telah pergi ke dusun datuknya selepas solat zuhur. Ibu Farhani bersedih atas kehilangan Farhani memandangkan Farhani ialah anak bongsunya. Encik Adnan, bapa Farhani meminta isterinya bertenang dan bersabar. Peristiwa kehilangan Farhani dan Kini Yong yang dikaitkan dengan kejadian mereka keluar mencari kumbang telah menjadi perbualan masyarakat setempat dan seluruh rakyat Malaysia. Cikgu Salimah berasa bersalah atas kehilangan Farhani. Dia mengajak murid-murid di kelas Tingkatan Satu Arif menjejaki kehilangan misteri Farhani di dusun datuk Farhani. Di dalam dusun datuk Farhani, mereka telah menemukan sebuah rumah usang. Haikal telah mengajak Devnath dan Wei untuk kembali semula pada malamnya untuk menjejaki kehilangan Farhani di ruang bawah tanah di rumah usang itu setelah mereka menemukan sapu tangan milik Farhani. Kesilapan Farhani melangkah kakinya ke alam dimensi kerajaan kumbang menyebabkan dia telah ditawan oleh tentera Komander Caucasus. Farhani telah dibawa oleh kumbang Bara untuk menghadap Maharaja Tanduk di sebuah istana. Selepas itu, Farhani juga telah dikurung di dalam sebuah tabung uji bersaiz besar di sebuah makmal rahsia Komander Caucasus yang akan menjadikannya sebagai bahan uji kaji untuk mencapai impian Komander Caucasus menakluki dunia dan menguasai manusia. Di makmal rahsia itu, Farhani telah bertemu secara tidak sengaja dengan Kim Yong yang telah dilaporkan hilang selama sebulan lebih itu. Komander Caucasus merupakan seekor kumbang yang tamak dan gila kuasa apabila dia dan tenteranya cuba merampas takhta kerajaan kumbang dengan menggulingkan takhta Maharaja Tanduk dan giat memburu Puteri Coleoptera dan para pengikutnya yang sedang bersembunyi. Suatu ketika, berlaku kejadian huru-hara sehingga menyebabkan Bara dan Dara Bintik yang merupakan pengikut Puteri Coleoptera bergegas menyelamatkan diri dengan membawa bersama Farhani dan Kim Yong. Di satu kawasan perkhemahan, Bara dan Dara Bintik telah membawa Farhani dan Kim Yong menghadap Puteri Coleoptera yang sangat baik dan sopan. Puteri Coleoptera memohon bantuan mereka berdua untuk menumpaskan Komander Caucasus yang kejam dan tidak berhati perut itu. Sementara itu, ketika Haikal, Devnath dan Wei mencari jejak kehilangan Farhani di ruang bawah tanah rumah lama itu, mereka telah memasuki dimensi kerajaan kumbang sehingga mereka ditangkap oleh tentera kumbang Bara. Selepas tersedar daripada pengsan, mereka terkejut apabila mendapati mereka menjadi tawanan kumbang yang bersaiz besar di sebuah kawasan hutan. Mereka juga terkejut kerana telah bertemu semula dengan Farhani dan Kim Yong di situ yang berada dalam keadaan selamat. Farhani dan Kim Yong meyakinkan mereka bertiga bahawa kumbang-kumbang itu berhati baik dan merupakan sahabat mereka berdua. Sekali lagi kumbang Bara meminta bantuan daripada mereka berlima untuk membantu Puteri Coleoptera dan pengikutnya menewaskan Komander Caucasus dan tenteranya. Tiba-tiba, mereka mendapat maklumat bahawa tempat persembunyian mereka itu telah dikesan oleh tentera Caucasus sehingga menyebabkan Puteri Coleoptera, semua pengikutnya, Farhani, dan empat orang rakannya terpaksa meninggalkan tempat itu. Setelah menempuh perjalanan yang memenatkan, akhirnya mereka tiba di tempat persembunyian baharu. Lima buah khemah berjaya didirikan. Tidak lama kemudian, tempat persembunyian mereka telah diserang hendap oleh tentera Komander Caucasus setelah mendapat maklumat daripada si pembelot, Dara Bintik. Dalam serang hendap itu, Haikal, Devnath dan Wei telah ditangkap sekali lagi dan ditawan oleh tentera Komander Caucasus bersama-sama dengan Puteri Coleoptera dan Bara. Namun dalam serangan hendap itu, Farhani dan Kim Yong berjaya menyembunyikan diri masing-masing. Maharaja Caucasus yang telah menaiki takhta kerajaan kumbang dengan cara menggulingkan Maharaja Tanduk itu berasa amat marah apabila Kim Yong dan Farhani gagal ditangkap. Maharaja Caucasus mengarahkan tenteranya segera mencari Kim Yong dan Farhani yang amat diperlukan untuk dijadikan bahan uji ka|i bagi mencapai impiannya menakluki dunia dan manusia. Pada suatu malam, Dara Merah, Farhani, Kim Yong, kunang-kunang, dan pengikut mereka telah menyusun strategi untuk menumpaskan Komander Caucasus dan tenteranya  melalui penggunaan cecair Endosulfansekali gus membebaskan semua tawanan yang dipenjarakan oleh Komander Caucasus. Akhimya, strategi yang telah dirancang itu digunakan pada satu tengah malam. Mereka berjaya menewaskan Komander Caucasus yang kejam dan para tenteranya sekali gus berjaya membebaskan Puteri Coleoptera, Bara, Maharaja Tanduk dan tiga orang rakannya, Haikal, Wei dan Devnath yang telah dikurung itu dengan selamat. Manakala, Komander Caucasus, Dara Bintik dan para tenteranya telah dikurung. Puteri Coleoptera telah ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan kumbang yang baharu. Puteri Coleoptera terhutang budi atas kerjasama dan bantuan danpada Farhani dan empat orang rakannya. Sebagai tanda terima kasih, Puteri Coleoptera menghadiahkan sebuah lambang kebesaran kerajaan kumbang yang diperbuat daripada logam perak berukir cantik kepada setiap seorang. Farhani dan empat orang rakannya telah dibenarkan untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing, namun mereka kecewa kerana kepulangan mereka tidak dapat dilihat oleh ahli keluarga disebabkan mereka telah menjadi halimunan. Setelah kata sepakat diambil, Farhani dan empat orang rakannya kembali ke dimensi kerajaan kumbang untuk bertemu dengan kumbang Bara. Setelah meminum serum yang diberikan oleh Bara, akhirnya mereka berjaya kembali menjadi manusia asal dan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat. Berita kepulangan mereka telah mendapat liputan yang meluas daripada syarikat media cetak dan media elektronik. Namun, mereka bersepakat untuk merahsiakan cerita sebenar mereka yang menjadi tawanan kerajaan kumbang pimpinan Komander Caucasus.
https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/
Binaan_Plot_Tawanan_Komander_Caucasus
Permulaan Warga Sekolah Menengah Seri Kencana dan penduduk kampung dikejutkan dengan berita kehilangan Kim Yong yang keluar mencari kumbang di pinggir hutan di kampungnya. Pelbagai spekulasi tentang kehilangan Kim Yong telah dibuat. Farhani dan rakan-rakannya turut bersimpati dan bersedih atas kehilangan Kim Yong. Perkembangan Farhani, Chea Mei dan Mira telah bersepakat untuk mencari kumbang di dusun datuk Farhani. Disebabkan Farhani tiba awal di dusun datuknya, dia mengisi masa menunggu kedatangan rakannya dengan mencari kumbang terlebih dahulu sehingga membawanya jauh ke dalam dusun datuknya. Di dusun itu dia menemukan sebuah rumah usang. Farhani memasuki rumah usang itu. Dia menemukan anak tangga yang menuruni ke ruang bawah tanah hingga membawanya ke dimensi kerajaan kumbang. Perumitan Ibu Farhani bersedih atas kehilangan Farhani. Peristiwa kehilangan Farhani dan Kim Yong yang dikaitkan dengan kejadian mereka keluar mencari kumbang telah menjadi perbualan masyarakat setempat dan seluruh rakyat Malaysia. Cikgu Salimah berasa bersalah atas kehilangan Farhani. Dia mengajak murid-muridnya menjejaki kehilangan misteri Farhani di dusun datuk Farhani. Di dusun datuk Farhani, mereka telah menemukan sebuah rumah usang. Haikal, Devnath, dan Wei telah bertekad untuk kembali semula ke rumah usang itu pada malamnya untuk menjejaki kehilangan Farhani di ruang bawah tanah di rumah usang itu setelah mereka menemukan sapu tangan milik Farhani di situ. Sementara itu, Farhani yang tersilap melangkah ke alam dimensi kumbang telah ditawan oleh tentera Komander Caucasus. Dia dibawa oleh kumbang Bara untuk menghadap Maharaja Tanduk di sebuah istana. Selepas itu, Farhani telah dikurung di dalam tabung uji di sebuah makmal rahsia yang akhirnya menemukannya dengan Kim Yong. Komander Caucasus dan tenteranya berniat jahat dengan cuba merampas takhta kerajaan kumbang daripada Maharaja Tanduk. Dia mengarahkan tenteranya untuk memburu, menangkap dan membunuh Puteri Coleoptera dan para pengikutnya. Hal ini menyebabkan Puteri Coleoptera dan pengikut setianya terpaksa berpindah-randah untuk mengelakkan diri mereka menjadi mangsa kekejaman Komander Caucasus. Puteri Coleoptera memohon bantuan mereka berdua untuk menumpaskan Komander Caucasus yang kejam dan tidak berhati perut itu. Sementara itu, Haikal, Devnath dan, Wei telah memasuki dimensi kerajaan kumbang menyebabkan mereka ditangkap oleh tentera kumbang Bara. Klimaks Haikal, Devnath, dan Wei telah ditangkap sekali lagi dan ditawan oleh tentera Komander Caucasus bersama- sama dengan Puteri Coleoptera dan Bara, tetapi Farhani dan Kim Yong berjaya menyembunyikan diri masing-masing. Maharaja Caucasus yang telah menaiki takhta kerajaan kumbang dengan cara menggulingkan Maharaja Tanduk itu berasa amat marah apabila Kim Yong dan Farhani gagal ditangkap. Maharaja Caucasus mengarahkan tenteranya segera mencari Kim Yong dan Farhani yang amat diperlukan untuk dijadikan bahan uji kaji bagi mencapai impiannya menakluki dunia dan manusia. Peleraian Pada suatu malam, Farhani, Kim Yong, Dara Merah, kunang-kunang, dan pengikut mereka telah melancarkan serangan dan ternyata mereka berjaya menewaskan Komander Caucasus yang kejam dan para tenteranya. Mereka juga berjaya membebaskan Puteri Coleoptera, Bara, Maharaja Tanduk dan tiga orang rakannya, Haikal, Wei dan Devnath dengan selamat. Komander Caucasus, Dara Bintik dan para tenteranya telah dipenjarakan. Puteri Coleoptera telah ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan kumbang yang baharu. Puteri Coleoptera terhutang budi atas kerjasama dan bantuan daripada Farhani dan empat orang rakannya. Farhani dan empat orang rakannya telah dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing. Namun begitu, mereka kecewa apabila kepulangan mereka tidak dapat dilihat oleh ahli keluarga masing-masing disebabkan mereka telah menjadi halimunan. Setelah kata sepakat diambil, Farhani dan empat orang rakannya telah kembali ke dunia kerajaan kumbang. Setelah meminum serum yang diberikan oleh Bara, akhirnya mereka berjaya kembali menjadi manusia asal dan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat. Berita kepulangan mereka telah mendapat liputan yang meluas daripada syarikat media cetak dan media elektronik. Namun begitu, mereka bersepakat untuk merahsiakan cerita sebenar mereka yang menjadi tawanan Komander Caucasus daripada kerajaan kumbang itu.
https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/
Teknik_Plot_Novel_Tawanan_Komander_Caucasus
PemerianContoh: Pengarang memerihalkan keadaan zoo mini kepunyaan Kim Yong yang menempatkan berbagai- bagai spesies kumbang. DialogContoh: Perbualan antara Puan Asmah, iaitu ibu Farhani dengan Mira dan Chea Mei ketika Mira dan Chea Mei berkunjung ke rumah Farhani. Dalam pertemuan itu, Mira menyatakan hajatnya dan Chea Mei untuk berjumpa dengan Farhani tetapi niat baik mereka itu telah mengundang perasaan hairan kepada Puan Asmah. Imbas kembaliContoh: Farhani teringat semula tentang kisah Puteri Balqis yang pernah diceritakan oleh Ustazah Hamizah. Imbas mukaContoh: Farhani membayangkan tindakan Komander Caucasus yang akan meratah mentah-mentah dagingnya dan Kim Yong sekiranya misi yang diketuai oleh Bara itu menemui kegagalan dan mereka berjaya ditawan sekali lagi oleh Komander Caucasus itu. SaspensContoh: Pembaca tertanya-tanya tentang tahap keselamatan Farhani dan kejadian yang bakal dialaminya sewaktu Farhani masuk ke dalam rumah usang di dalam kawasan dusun datuknya secara berseorangan pada pertama kalinya. KejutanContoh: Pembaca tidak menyangka akan peristiwa Haikal yang terjumpa sapu tangan berwarna merah jambu berhuruf ‘F’ milik Farhani di ruangan bawah tanah rumah usang. Pembaca juga tidak menyangka bahawa Haikal berani untuk menjejaki kehilangan Farhani bersama dengan Devnath dan Wei di ruangan bawah tanah rumah usang itu walaupun mereka sebenarnya tidak mengetahui kejadian sebenar dan bahaya yang bakal menunggu kedatangan mereka itu. Teknik monologContoh: Farhani bermonolog sendirian dengan memujuk dirinya bahawa dia bukanlah seorang penakut memandangkan dia merupakan anak kepada renjer hutan.
https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/
Watak_Perwatakan_Tawanan_Komander_Caucasus
Watak Utama: Farhani Cekal dan tabah dalam mengharungi pelbagai dugaanFarhani cekal dan tabah menempuh semua dugaan dan rintangan yang dilaluinya semasa menjadi tawanan Komander Caucasus Penyayang terhadap ahli keluargaFarhani amat menyayangi ibu bapa dan ahli keluarganya Bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan oleh guru SainsFarhani bertanggungjawab mencari kumbang.  Dia berusaha mencari kumbang seperti yang ditugaskan oleh Cikgu Salimah untuk menjayakan projek zoo mini di sekolahnya Bijak mengatur strategi untuk menewaskan musuhFarhani bijak menyusun strategi untuk menumpaskan tentera kumbang Komander Caucasus, dia menggunakan cecair Endosulfan untuk untuk menewaskan  tentera Komander Caucasus Prihatin dan bersimpati terhadap orang lainFarhani rela membantu Dara Merah membebaskan Puteri Coleoptra, Bara serta rakan-rakan kumbang yang lain daripada tawanan Komander Caucasus. Taat kepada ibu bapaFarhani meminta kebenaran daripada ibunya, Puan Asmah sebelum pergi mencari Kumbang di dusun datuknya. Berani mengambil tindakan tanpa memikirkan keselamatan nyawaFarhani berani masuk ke dalam rumah usang seorang diri walaupun menyedari bahawa tindakannya itu mungkin berbahaya serta engancam keselamatan nyawanya. Mengenang budi terhadap orang yang berjasaFarhani mengucapkan erima kasih kepada Puteri Coleoptra yang elah menyelamatkan dia dan empat orang rakannya daripada tawanan Komander Caucasus da natal layanan baik Coloeoptra sepanjang mereka berada di dalam dimensi kumbang. Rajin mencari maklumat tambahan berkaitan pelbagai spesies kumbang yang akan dicarinya.Farhani Rajin melayari Internet untuk mengakses laman sesawang yang berkaitan dengan kumbang untuk mencari maklumat tambahan tentang pelbagai spesies kumbang yang akan dicarinya untuk keperluan projek Sainsnya. Pandai menyimpan rahsiaFarhani merahsiakan cerita sebenar yang dilalui oleh mereka  semasa menjadi tawanan kumbang kerana ingin mengelakkan perkara yang lebih buruk mungkin akan berlaku. Watak Sampingan: Komander Caucasus Watak sampingan: Haikal Seorang yang beraniHaikal mengajak Devnath dan Wei kembali semula ke rumah using pada waktu malam semata-mata untuk menjejaki kehilangan Farhani. Seorang yang rasionalHaikal rasional dalam melakukan sesuatu tindakan. Dia meminta Cikgu Salimah, Mira dan Chea Mei hanya menunggu di luar rumah usangdemi keselamatan mereka sementara dia, Devnath dan Wei meninjau keadaan di dalam rumah itu. Seorang yang prihatinHaikal menziarahi ibu Kim Yong, rakan sekelasnya dirumahnya kerana Haikal turut bersimpati dan berkongsi kesedihan tentang kehilangannya Kim Yong. Watak Sampingan: Kim Yong Watak Sampingan: Puteri Coleoptera
https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/
Gaya_Bahasa_Tawanan_Komander_Caucasus
Kosa kata nama-nama saintifik pelbagai spesies kumbangContoh: Lampyridae; Chalcosoma Caucasus; Coccinellidae; Weevil; Chrysomelidae; dan Cicindelidae. Bahasa ArabContoh: Insya-Allah; Alhamdulillah; Assalamualaikum. Bahasa IstanaContoh: tuanku; beta. PeribahasaContoh: sudah gaharu cendana pula; Bapa borek anak rintik. SimileContoh: Bunyi ranting-ranting yang dipijak umpama muzik mengiringi langkah mereka. SinkopeContoh: Cikgu, boleh tak kalau kita balik saja. RepetisiContoh: Hilang? Hilang ke mana? Dia diculikkah? Diculik siapa? PerlambanganContoh: Ada butiran jernih yang hampir gugur dari matanya. Perumpamaan, pepatah, bidalanContoh: Sudah gaharu cendana pula.Umpama nila setitik rosak susu sebelanga.Seperti seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit. Personifikasi (Sifat manusia pada perkara lain)Contoh: Perasaan gementar tiba-tiba sahaja menyelinap dalam hati Metafora (Perbandingan secara terus)Contoh: Tiada istilah takut dalam kamus hidupnya. Hiperbola (Ungkapan keterlaluan)Contoh: Angin petang yang dingin dan nyaman sekali- sekala siggah menggigit kulit lengannya yang terdedah. Paradoks (Bertentangan dengan keadaan yang sepatutnya)Contoh: Airnya jernih tetapi rasanya manis sekali. Inversi (ayat songsang)Contoh: Mengigatkan hal itu, Cikgu Salimah tersenyum sendiri.Perlahan-lahan Bara melepaskan cengkamannya.
https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/
Latar_Tawanan_Komander_Caucasus
https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/
Nilai_Novel_Tawanan_Komander_Caucasus
Baik hatiContoh: Farhani menghulurkan air minuman yang diisi di dalam tempurung kelapa yang cantik kepada Kim Yong yang begitu dahaga dan keletihan sewaktu mereka tiba di sebuah hutan selepas melarikan diri bersama-sama dengan Bara dan Dara Bintik dari makmal rahsia yang dikuasai oleh Komander Caucasus dan tenteranya. Hemah tinggiContoh: Puan Asmah melayani kunjungan Mira dan Chea Mei ke rumahnya dengan begitu mesra dan ramah. Hormat-menghormatiContoh: Walaupun berlainan agama dan bangsa, Devnath dan Wei memahami dan amat menghormati cara hidup Haikal sebagai seorang muslim apabila mereka faham kelewatan Haikal tiba ke tempat mereka berkumpul disebabkan Haikal menunaikan solat isyak terlebih dahulu. Kasih sayangContoh: Puan Lee, iaitu ibu Kim Yong amat bersedih dengan kehilangan anak tunggalnya yang dilaporkan hilang sewaktu pergi mencari kumbang di kawasan pinggir hutan di kampungnya. KeberanianContoh: Dara Merah berani menyamar sebagai Dara Bintik untuk menundukkan Maharaja Caucasus yang gagah walaupun Dara Merah hanyalah seekor kumbang betina. KebijaksanaanContoh: Farhani menggunakan semburan Endosulfan untuk menewaskan Dara Bintik dan pasukan tentera Caucasus. KepatuhanContoh: Bara dan Dara Merah merupakan koloni kumbang yang patuh dan setia kepada ketua mereka, Puteri Coleoptera apabila sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk menyelamatkan ketua mereka itu. KerjasamaContoh: Kim Yong, Farhani, Dara Merah, kunang-kunang, dan ahli-ahli kumbang yang lain bekerjasama dan bermuafakat dalam misi mereka untuk menyelamatkan Puteri Coleoptera, Bara, dan rakan-rakannya yang telah menjadi tawanan Maharaja Caucasus. KetabahanContoh: Farhani tabah menghadapi saat- saat dia ditawan oleh Komander Caucasus dan pasukan tenteranya dengan menurut sahaja arahan kumbang- kumbang tersebut demi keselamatan nyawanya. Bertanggung-jawabContoh: Farhani bertanggungjawab menjalankan kerja projek yang diberikan oleh guru mata pelajaran Sainsnya, iaitu mencari kumbang. BerdikariContoh: Walaupun Farhani merupakan seorang gadis, dia berdikari dalam usahanya mencari kumbang di dusun milik datuknya bersama-sama dengan Mira dan Chea Mei tanpa meminta khidmat bantuan sama ada dari rakan lelaki sekelasnya, abangnya atau ayahnya. KeinsafanContoh: Kim Yong insaf akan perbuatannya yang sombong dan angkuh selama ini. Dia memohon maaf daripada Farhani.  Dia juga insaf atas tindakannya mengurung kumbang dan mahu membebaskan haiwan itu. Saling membantuContoh: Bara telah menolong Farhani membebaskan diri daripada tawanan Komander Caucasus , kemudian Farhani pula membantu Bara menewaskan Komander Caucasus dan tenteranya KerajinanContoh: Farhani rajin mencari maklumat berkaitan spesies kumbang melalui laman sesawang sebagai persediaan awal untuk memudahkan tugasannya mengenal pasti kepelbagaian spesies kumbang Kebangaan terhadap warisan bangsa Contoh: Nenek Chea Mei sangat berbangga akan dirinya keturunan baba dan nyonya. Dia memakai pakaian tradisional yang diadaptasi daripada pakaian Melayu, iaitu kebaya nyonya.
https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/
Pengajaran_Tawanan_Komander_Caucasus
Kita tidak seharusnya berdendam dengan seseorang yang pernah menyakiti kita.Contoh: Farhani tidak berdendam dengan Kim Yong, walaupun Kim Yong pernah bersikap sombong terhadapnya. Dia tetap memafkan Kim Yong Kita hendaklah bijak menyusun strategi untuk menyelesaikan satu-satu masalah yang berlakuContoh: Farhani melakukan tindakan yang bijak apabila menggunakan ‘Endosulfan’ untuk menewaskan Dara Bintik dan pasukan tentera Caucasus Kita mesti berani mengambil sebarang tindakan supaya beroleh kejayaanContoh: Farhani berani mencari kumbang seorang diri di dalam hutan dan memasuki sebuah rumah yang sudah usang Kita perlulah melayan tetamu yang datang ke rumah dengan sopan antung.Contoh: Encik Adnan dan Puan Asmah melayani kunjungan Cikgu Salimah ke rumah mereka dengan begitu sopan enagih, mesra dan ramah Kita seharusnya berterima kasih kepada orang yang telah memberikan pertolonganContoh: Puteri Coleoptera menghargai pertolongan Farhani dan rakan-rakannya dalam mendapatkan kuasanya semula. Sebagai penghargaan, dia menghadiahi Farhani dengan lambing kebesaran kerajaan kumbang. Kita hendaklah gigih menempuh sebarang cabaran dan rintanganContoh: Farhani gigih berdepan dengan berbagai-bagai cabaran seperti peristiwa dia terpaksa menyelamatkan diri daripada menjadi orang tawanan tentera Caucasus dan peristiwa dia dan empat orang sahabatnya yang gigih berikhtiar untuk pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat. Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita.Contoh: Puan Lee, iaitu ibu Kim Yong amat bersedih dengan kehilangan anak tunggalnya yang dilaporkan hilang sewaktu pergi mencari kumbang di kawasan pinggir hutan di kampungnya. Kita hendaklah rajin membuat rujukan sebagai persediaan awal menghadapi satu-satu tugasan.Contoh: Farhani rajin mencari maklumat berkaitan spesies kumbang melalui laman sesawang sebagai persediaan awal untuk memudahkan tugasannya mengenal pasti kepelbagaian spesies kumbang tersebut kelak. Kita perlulah mengamalkan sikap baik hati sesama insan.Contoh: Farhani menghulurkan air minuman yang diisi di dalam tempurung kelapa yang cantik kepada Kim Yong yang begitu dahaga dan keletihan sewaktu mereka tiba di sebuah hutan selepas melarikan diri bersama-sama dengan Bara dan Dara Bintik dari makmal rahsia. Kita hendaklah mencintai dan berbangga akan budaya dan warisan bangsa.Contoh: Nenek Chea Mei sangat berbangga akan dirinya yang berketurunan baba dan nyonya. Dia mahir dalam ilmu sulaman dan sentiasa memakai pakaian tradisional yang diadaptasi daripada pakaian Melayu, iaitu kebaya nyonya. Kita perlulah melayan tetamu yang datang ke rumah dengan sopan santun.Contoh: Encik Adnan dan Puan Asmah melayani kunjungan Cikgu Salimah ke rumah mereka dengan begitu mesra dan ramah. Kita hendaklah yakin akan kebolehan diri sendiri tanpa perlu bergantung pada orang lain.Contoh: Walaupun seorang gadis, Farhani berusaha mencari kumbang di dusun milik datuknya bersama-sama dengan Mira dan Chea Mei tanpa meminta khidmat bantuan sama ada daripada rakan lelaki sekelasnya, abang, atau ayahnya. Kita mestilah mempunyai semangat setia kawan yang tinggiContoh: Haikal, Devnath dan Wei pergi ker rumah usang pada waktu malam tanpa memikirkan risiko yang mungkin dihadapi oleh mereka.  Mereka mahu menjejakki Farhani yang hilang atas semangat setia kawan yang tinggi antara mereka. Kita mestilah bekerjasama dalam menyelesaikan sebarang masalahContoh: Farhani dan rakan-rakannya bekerjasama dengan Bara dan Dara Merah untuk menewaskan Komander Caucasus dan tenteranya.
https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/
Soalan_Novel_Tawanan_Komander_Caucasus
Jelaskan tiga perwatakan watak utama yang menerajui jalan cerita novel yang anda kaji. Novel yang saya kaji ialah novel Tawanan Komander Caucasus. Watak utama dalam novel ini ialah Farhani. Farhani merupakan seorang yang jujur. Buktinya, Farhani berterus terang bahawa dia ditugaskan untuk mencari kumbang oleh gurunya kerana mereka ingin membina sebuah zoo mini di sekolah sewaktu bersoal jawab dengan Komander Caucasus. Farhani juga seorang yang berani. Contohnya, Farhani berani masuk ke dalam rumah usang seorang diri. Antara lain, Farhani seorang yang bersimpati. Misalnya, Farhani bersimpati terhadap Puan Lee yang kehilangan anak tunggal kesayangannya, iaitu Kim Yong. Nyatakan contoh peristiwa yang terlibat dengan “Persoalan Ketabahan menghadapi dugaan” dan “Persoalan Kepentingan ilmu dalam kehidupan“ yang terkandung dalam sebuah daripada novel di atas. Novel yang saya kaji semasa tingkatan 3 ialah novel Tawanan Komander Caucasus. Contoh peristiwa berkaitan dengan persoalan ketabahan menghadapi dugaan ialah Farhani tabah menghadapi dugaan apabila dia dikurung di dalam sebuah balang kaca yang membuatkan dadanya sukar untuk bernafas semasa dia ditawan oleh Komander Caucasus. Sementara itu, contoh peristiwa bagi persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan pula ialah Cikgu Salimah mengakui kesan positif teknologi maklumat dalam dunia pendidikan. Oleh itu, dia bertekad untuk bergerak seiring dengan kemajuan teknologi tersebut. Jelaskan latar masyarakat di bawah berserta dengan contoh peristiwa yang berkaitan.– “Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan.”– “Masyarakat yang saling bekerjasama.” Novel yang saya kaji waktu tingkatan 3 ialah novel Tawanan Komander Caucasus. Contoh peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat yang tabah menghadapi dugaan ialah Farhani tabah menempuh dugaan semasa dia dikurung di dalam sebuah balang kaca yang membuatkan dadanya terasa sesak nafas ketika ditawan oleh Komander Caucasus. Sementara itu, contoh peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat yang saling bekerjasama pula ialah Farhani, Kim Yong dan Dara Merah saling bekerjasama untuk menewaskan Komander Caucasus dan tenteranya. Kekuatan penceritaan dalam sesebuah novel berkait rapat dengan binaan plot. Berdasarkan novel yang anda kaji, bincangkan puncak penceritaan yang telah pelajari. Novel yang saya baca ialah novel Tawanan Komander Caucasuskarya Ruzaini Yahya. Puncak bagi novel ini ialah penyamaran bermula menjelang tengah malam. Dara Merah, Farhani dan Kim Yong melaksanakan operasi. Dara Merah menyamar sebagai Dara Bintik, sepupunya yang telah belot menyokong Komander Caucasus. Komander Caucasus berjaya diperdaya oleh Dara Merah untuk minum minuman beracun yang telah dicampurkannya dengan cecair Endosulfan. Komander Caucasus jatuh tersungkur. Tentera Komander Caucasus berjaya dikalahkan. Haikal, Wei dan Devnath dikeluarkan dari penjara. Puteri Coleoptera telah ditabalkan sebagai maharaja kumbang yang baharu. Terdapat peristiwa dalam novel yang memberikan teladan kepada pembaca. Berdasarkan beberapa peristiwa daripada novel yang anda baca, jelaskan teladan yang telah peroleh. Novel yang saya kaji ialah novel Tawanan Komander Caucasus. Terdapat beberapa peristiwa yang memberikan teladan dalam novel ini. Antaranya ialah Kim Yong gigih berusaha untuk mendapatkan kumbang, termasuklah membelinya dari luar negara. Peristiwa ini memberikan teladan kepada kita, iaitu kita haruslah gigih berusaha untuk mencapai sesuatu yang dihajati. Selain itu, Farhani dan Bara saling membantu untuk membebaskan Kim Yong dari kurungannya. Peristiwa ini memberikan teladan kepada kita, iaitu kita haruslah mengamalkan sikap saling membantu. Antara lain, Farhani, Kim Yong, Dara Merah, kelip-kelip dan kunang-kunang bekerjasama untuk menewaskan Komander Caucasus yang zalim. Peristiwa ini memberikan teladan kepada kita, iaitu kita mestilah bekerjasama untuk menentang kezaliman. Nyatakan nilai murni novel dengan contoh peristiwa. Novel yang saya kaji ialah novel Tawanan Komander Caucasus. Terdapat beberapa nilai yang dikemukakan oleh penulis dalam novel ini. Antaranya ialah nilai kasih sayang. Sebagai contoh, Puan Asmah yang menyayangi Farhani merintih apabila mengenangkan kehilangan anaknya itu. Nilai kedua ialah kerjasama. Misalnya, Farhani, Kim Yong, Dara Merah, kelip-kelip dan kunangkunang bekerjasama untuk menewaskan Komander Caucasus. Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan tiga perwatakan watak sampingan yang berkaitan. Novel yang saya kaji ialah novel Tawanan Komander Caucasus. Watak sampingan dalam novel ini ialah Haikal. Antara perwatakan Haikal ialah seorang yang berani. Contohnya, Haikal berani meninjau ruangan di bawah tanah di dalam sebuah rumah usang. Selain itu, Haikal juga merupakan seorang yang bertanggungjawab. Misalnya, Haikal bertanggungjawab dalam usaha menjejaki Farhani yang hilang. Antara lain, Haikal juga merupakan seorang yang baik hati. Sebagai contoh, Haikal yang baik hati telah membantu kumpulan kumbang, iaitu Bara dan Puteri Coleoptera yang telah menyelamatkan Farhani dan Kim Yong. Berdasarkan novel di atas, jelaskan latar tempat yang berkaitan. Novel yang saya kaji ialah novel Tawanan Komander Caucasus. Antara latar tempat yang terdapat dalam novel ini adalah di rumah Kim Yong. Contohnya, Farhani dan rakan-rakannya ternampak pelbagai spesies kumbang di dalam zoo mini di rumah Kim Yong. Latar kedua adalah di makmal sains sekolah. Misalnya, Cikgu Salimah memberikan tugasan kepada anakanak muridnya untuk mencari serangga ketika mereka berada di makmal sains sekolah. Latar ketiga adalah di kamar peraduan Komander Caucasus. Sebagai contoh, Dara Merah memperdayakan Komander Caucasus dengan memberikan minuman yang telah diracun di kamar peraduan Komander Caucasus. Nota Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 1 – 5
https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/
Latar_Tempat_Tawanan_Komander_Caucasus
Rumah Kim YongTempat Farhani dan rakan-rakannya menziarahi ibu Kim Yong setelah mendapat berita kehilangan Kim yong Halaman rumah Kim YongTempat terbinanya zoo mini  kepunyaan Kim Yong yang menempatkan pelbagai spesies kumbang Rumah Farhani Tempat Mira dan Chea Mei menelefon keluarga masing-masing untuk memaklumkan mereka berada di sana Rumah Chea MeiTempat nenek Chea Mei yang tekun menyulam manik-manik pada baju cheongsam berwarna merah yang akan di pakai anak lelakinya, James Ren Rumah UsangTempat Haikal, Wei, dan Devnath memasuki rumah itu untuk memasuki rumah itu untuk melihat dan meninjau keadaan sebenar di sana
https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/
Latar_Masa_Tawanan_Komander_Caucasus
Waktu malamContoh: Sewaktu Dara Merah mengambil botol kecil berisi ‘Endosulfan ‘ dari tangan Farhani. Waktu petangContoh: Farhani menunggu kawan-kawannya sebelum mereka mencari kumbang tetapi mereka lambat datang, Farhani mencari kumbang bersendirian pada sebelah petang
https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/
Latar_Masyarakat_Tawanan_Komander_Caucasus
Masyarakat penyayangPuan Asmah, amat sayang akan Farhani, dia menangis tersesak-esak setelah mendapat laporan bahawa anaknya hilang sewaktu mencari kumbang di dusun bapanya Masyarakat yang rajin menimba ilmu sainsFarhani, Mira dan Chea Mei merupakan masyarakat pelajar yang rajin belajar semasa kelas mata pelajaran Sains yang diajarkan oleh Cikgu Salimah. Masyarakat yang gigih menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupanFarhani gigih berhadapan dengan berbagai-bagai-bagai cabaran dan dugaan semasa dia ditawan oleh Komander Caucasus, begitu juga dengan Kim Yong yang gigih berusaha menyelamatkan diri daripada dijadikan bahan ujian oleh Komander Caucasus di makmal ujian. Masyarakat yang prihatin terhadap keselamatan murid-murid sekolahMasyarakat setempat prihatin terhadap kehilangan Farhani dan Kim Yong. Berita kehilangan mereka mendapat liputan yang meluas dalam media massa dan pegawai daripada jabatan pelajaran dan kementerian pelajaran serta pegawai penyiasat polis. Masyarakat yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasiCikgu Salimah merupakan guru yang mengajarkan mata pelajaran Sains dan guru kelas Satu Arif di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kencana menjalankan tugasnya dengan penuh dedekasi. Masyarakat berbilang kaum dan agama yang bersahabat baik dan saling menghormatiDevnath, Wei dan Haikal bersahabat baik. Mereka sahabat sekelas dan tinggal di kampung yang sama. Devnath dan Wei memahami keadaan Haikal  yang terlewat tiba di tempat mereka berkumpul kerana Haikal perlu menunaikan solat Isyak terlebih dahulu.
https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/
Sinopsis_Drama_Tenang-tenang_Air_di_Tasik
Drama ini dimulakan dengan tindakan Muzafar yang memberitahu ibunya tentang kerelaannya untuk melatih sekumpulan peserta cacat penglihatan mengendalikan kayak dengan betul sebelum mereka menyertai ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai. Ibu Muzafar tidak bersetuju dengan tindakannya kerana dia bimbang akan keselamatan anak tunggalnya itu. Menurut ibunya lagi, tindakannya itu akan menambahkan beban dan menyusahkannya kelak. Walau bagaimanapun, Muzafar bertegas untuk melatih kumpulan peserta itu memandangkan ramai pekerja di tempat peranginannya yang bercuti. Muzafar juga berjanji untuk menjaga keselamatannya sepanjang empat hari tiga malam dia berada di tempat peranginan tersebut. Azizi berasa hairan apabila Muzafar menceritakan kisah ibunya yang melarangnya melatih kumpulan orang cacat penglihatan sedangkan ibu Muzafar merupakan seorang wanita yang disegani sebagai seorang pemimpin wanita yang unggul, berfikiran terbuka, dan berpandangan jauh. Namun, Azizi memujuk Muzafar dengan alasan ibunya terlalu menyayanginya sehingga menyebabkan dia berasa bimbang dan bertindak sedemikian. Para pekerja di Permai Resort menyambut kedatangan kumpulan peserta yang cacat penglihatan itu dengan baik dan mesra. Kumpulan itu terdiri daripada 36 orang tetapi enam orang daripadanya berpenglihatan normal. Selepas para peserta berehat, Azizi dan Muzafar mula menerangkan, memberi tunjuk ajar dan melatih para peserta tersebut tentang cara-cara berkayak dengan betul dan cara-cara memberi serta mendapatkan pertolongan seandainya kayak terbalik. Mereka dibantu oleh beberapa orang sukarelawan seperti Nurul, Haris, dan Chee Keong. Pada malamnya, Azizi bersembang dengan Muzamir di beranda chalet. Dalam perbualan mereka, Muzamir melahirkan rasa gembiranya dan berterima kasih kepada Azizi dan Muzafar kerana dia akhirnya berpeluang merasai pengalaman berkayak. Hal ini demikian kerana Muzamir berasa kecewa terhadap rakan-rakan sepejabatnya yang memandang rendah dan memperkecilkan keupayaannya sebagai orang kelainan upaya. Lantaran itulah, dia berusaha untuk mengatur ekspedisi berkayak tersebut untuk membuktikan keupayaannya berkayak seperti orang yang normal. Dia berasa bersyukur dan gembira apabila pihak pengurusan tempat peranginan itu bersedia menerima kehadiran mereka. Seterusnya, Nurul dan Azizi bercerita tentang peristiwa ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai yang telah ditempuhi oleh mereka. Nurul mengucapkan terima kasih kepada Azizi dan Muzafar yang banyak memberikan tunjuk ajar dan membantu pasukannya sepanjang ekspedisi tersebut. Azizi juga berterima kasih kepada Nurul, Haris dan Chee Keong yang turut membantu untuk memudahkan ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai pada siang itu. Azizi juga memperoleh pengajaran dan menyatakan kekagumannya terhadap Nurul, Haris dan Chee Keong yang mempunyai darjah kesabaran yang tinggi dalam mengajar dan membimbing rakan-rakannya yang cacat penglihatan sehingga mereka mampu berkayak dengan begitu baik. Dalam perbualan antara Muzafar, Haris, dan Nurul, Muzafar dapat mengetahui kisah sedih Muzamir yang berasal dari sebuah keluarga yang ternama dan kaya di Kelantan tetapi diserahkan kepada keluarga angkat di Johor ketika dia berusia tiga bulan disebabkan dia dilahirkan cacat penglihatan. Muzafar membelek mukanya di hadapan cermin untuk melihat persamaannya dengan Muzamir. Azizi menegaskan bahawa Muzafar dan Muzamir banyak mempunyai persamaan dari segi wajah dan perawakan. Muzafar pulang ke rumah setelah aktiviti ekspedisi berkayak di Tasik Permai selama empat hari tiga malam bersama Muzamir dan rakan-rakannya tamat. Ibu Muzafar bersyukur apabila anaknya, Muzafar pulang ke rumah dengan selamat. Muzafar memujuk ibunya ke studio untuk menonton rakaman ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai bersama-sama para peserta yang cacat penglihatan tersebut. Ibu Muzafar tergamam apabila melihat persamaan yang ada pada Muzafar dan Muzamir melalui tayangan video yang ditayangkan oleh anaknya, Muzafar. Muzafar berasa hairan apabila ibunya tidak mahu meneruskan tontonan video peserta-peserta ekspedisi berkayak di Tasik Permai. Muzafar juga mula sangsi akan status dirinya sebagai anak tunggal apabila melihat reaksi ibunya yang seolah-olah menyimpan suatu rahsia dan selepas dia mengetahui latar belakang Muzamir. Muzafar menceritakan kepada Azizi tentang perasaannya sewaktu dia membantu Muzamir akibat kayaknya terbalik. Muzafar juga menitiskan air mata sewaktu mereka bersalaman dan berpelukan sebelum Muzamir berangkat pulang.
https://karangan.net/tenang-tenang-air-di-tasik/
Tema_Drama_Tenang-tenang_Air_di_Tasik
TemaDrama Tenang-tenang Air di Tasik ialah sikap prejudis segelintir masyarakat terhadap golongan orang kelainan upaya. Sikap ini ditunjukkan oleh ibu Muzafar yang memandang rendah terhadap golonganOKU yang dianggapnya menyusahkan dan membebankan apabila Muzafar menyatakan kesanggupannya melatih golongan itu berkayak. Selain itu, tindakan keluarga kandung Muzamir yang sanggup menyerahkannya kepada keluarga angkat juga menunjukkan bahawa mereka tidak dapat menerima hakikat kecacatan Muzamir itu. Keengganan rakan-rakan sepejabat Muzamir mengajaknya turut serta dalam ekspedisi berkayak juga memperlihatkan diskriminasi yang dilakukan oleh mereka terhadap golongan orang kelainan upaya ini.
https://karangan.net/tenang-tenang-air-di-tasik/
Persoalan_Drama_Tenang-tenang_Air_di_Tasik
Kasih sayang dalam kalangan ahli keluargaContoh Peristiwa: Ibu Muzafar yang bimbang tentang keselamatan anaknya kerana terpaksa melatih peserta-peserta cacat. Keberanian melakukan aktiviti yang mencabarContoh Peristiwa: Muzamir berani berkayak walaupun dia merupakan orang kelainan upaya yang cacat penglihatan. Kerjasama yang utuh dalam melakukan sesuatu aktivitiContoh Peristiwa: Muzafar dan Azizi memberikan kerjasama dan bantuan dalam melatih para peserta yang cacat penglibatan itu berkayak. Turut membantu mereka berdua ialah Haris dan Nurul yang merupakan sukarelawan pertubuhan cacat penglihatan itu. Kasih sayang pengikat hubungan kekeluargaanContoh Peristiwa: Ibu Muzafar tidak mengizinkan anaknya melibatkan diri dalam melatih para peserta yang cacat penglihatan itu berkayak disebabkan dia bimbang keselamatan anaknya itu. Kepentingan sikap bertoleransi dalam melaksanakan tugasContoh Peristiwa: Muzafar sanggup menawarkan dirinya untuk melatih dan mengiringi para peserta cacat penglihatan berlatih kayak sebelum mereka terlibat dalam ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai. Dia berbuat demikian kerana banyak kakitangan tempat peranginan itu yang bercuti dan mempunyai komitmen yang lain. Kegigihan dalam mempelajari ilmu baharuContoh Peristiwa: Muzamir gigih berlatih cara-cara berkayak dengan betul sebelum dia dan rakan- rakannya melakukan ekspedisi berkayak di Tasik Permai. Kasih sayang antara dua insan yang bersaudaraContoh Peristiwa: Muzafar menitiskan air mata ketika bersalaman dan berpelukan dengan Muzamir sebelum Muzamir berangkat pulang.
https://karangan.net/tenang-tenang-air-di-tasik/
Binaan_Plot_Drama_Tenang-tenang_Air_di_Tasik
Pengenalan Muzafar memberitahu ibunya berkaitan dengan tugasnya yang akan melatih sekumpulan peserta cacat penglihatan untuk berkayak dengan betul sebelum mereka menyertai ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai. Ibu Muzafar tidak bersetuju dengan tindakannya kerana tindakannya itu akan menambahkan beban dan menyusahkannya kelak. Perkembangan Para pekerja di Permai Resort menyambut kedatangan kumpulan peserta yang cacat penglihatan dengan baik dan mesra. Mereka terdiri daripada 36 orang tetapi enam orang daripadanya berpenglihatan normal. Keesokannya, Azizi dan Muzafar mula memberi tunjuk ajar dan melatih peserta tersebut tentang cara-cara berkayak dengan betul. Azizi dan Muzafar dibantu oleh beberapa orang sukarelawan seperti Nurul dan Haris. Selepas para peserta berehat, Azizi dan Muzafar mula menerangkan, memberi tunjuk ajar dan melatih para peserta tersebut tentang cara-cara berkayak dengan betul dan cara-cara memberi serta mendapatkan pertolongan seandainya kayak terbalik. Mereka dibantu oleh beberapa orang sukarelawan seperti Nurul dan Haris. Perumitan Muzamir meluahkan rasa kecewanya terhadap rakan-rakan sepejabatnya yang memandang rendah dan memperkecilkan keupayaannya disebabkan dia merupakan orang kelainan upaya. Lantaran itulah, dia berusaha untuk mengatur ekspedisi berkayak tersebut untuk membuktikan keupayaannya berkayak seperti orang yang normal. Dia berasa bersyukur dan sangat gembira apabila pihak pengurusan tempat peranginan itu bersedia menerima kehadiran mereka. Muzafar mengetahui kisah sedih Muzamir yang berasal dari sebuah keluarga yang ternama dan kaya di Kelantan tetapi diserahkan kepada keluarga angkat di Johor ketika dia berusia tiga bulan disebabkan dia dilahirkan cacat penglihatan. Muzafar pulang ke rumah setelah program selama empat hari tiga malam bersama-sama dengan Muzamir dan rakan-rakannya tamat. Klimaks Muzafar memujuk ibunya ke studio untuk menonton rakaman ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai oleh para peserta yang cacat penglihatan tersebut. Ibu Muzafar tergamam apabila melihat persamaan yang ada pada Muzafar dan Muzamir melalui tayangan video yang ditayangkan itu. Peleraian Muzafar berasa hairan apabila ibunya tidak mahu meneruskan tontonan video peserta-peserta ekspedisi berkayak di Tasik Permai. Muzafar juga mula sangsi akan status dirinya sebagai anak tunggal apabila melihat reaksi ibunya yang seolah-olah menyimpan suatu rahsia dan selepas dia mengetahui latar belakang Muzamir. Muzafar menceritakan kepada Azizi tentang suatu perasaan lain yang dirasainya sewaktu dia membantu Muzamir apabila kayaknya terbalik. Muzafar juga menitiskan air mata sewaktu mereka bersalaman dan berpelukan sebelum Muzamir berangkat pulang.
https://karangan.net/tenang-tenang-air-di-tasik/
Teknik_Plot_Drama_Tenang-tenang_Air_di_Tasik
PemerianMuzafar dan Azizi berdiri di hadapan Tasik Permai. Bersamasama mereka ialah Haris, Nurul, Lidia dan peserta-peserta ekspedisi yang cacat penglihatan. Kelihatan Mereka sudah lengkap dengan pakaian dan peralatan berkayak. [hlm. 70] DialogNurul: Kesian abang.Azizi: Kesian apa pula, Nurul?Nurul: Kami menyusahkan abang. Yalah, keịap abang terpaksa berkejar ke depan. Keịap, abang terpaksa berpatah balik ke belakang. Abang tak letih, ke? [hlm. 75] Imbas kembaliMuzafar: Malam tadi, Nurul dan Haris kata, muka dan perawakan saya macam muka dan perawakan Zam. [hlm. 78] Imbas mukaMuzafar: (Mengeluh) Entahlah, bang. Saya sendiri tidak faham apa makna semua ni. Yang pasti, sejak saya bertemu Zam banyak persoalan baru mula berlegar-legar dalam kepala saya. Dan, saya yakin mak saya tahu semua jawapan kepada persoalanpersoalan itu. [hlm. 82] MonologMuzamir: Adubai tasik! Damai sungguh hati ini apabila merasa kedinginan airmu. Ah! Tenteramnya jiwa ini mendengar airmu mengalir tenang. Tetapi, setenang itukah hati kami yang datang bertandang ke mari? Dan, setenang itukah juga hati orang yang menyambut kami di daerahmu ini? [hlm. 66]
https://karangan.net/tenang-tenang-air-di-tasik/
Watak_Perwatakan_Tenang-tenang_Air_di_Tasik
Muzafar Seorang yang amanah dan bertanggungjawabMuzafar bertanggungjawab dan amanah untuk memantau dan mengajar peserta cacat penglihatan menjalani latihan berkayak. Seorang yang penyayangMuzafar amat sayang akan ibunya dan mendengar kata ibunya. Seorang yang gigih dalam melakukan sesuatu perkaraMuzafar gigih mengajar peserta-peserta ekspedisi yang cacat penglihatan untuk berkayak. Seorang yang rasional dan berpendirian tegas dalam membuat keputusan Dia bertegas untuk melatih dan memberikan tunjuk ajar tentang cara-cara berkayak dengan betul kepada para peserta cacat penglihatan meskipun ibunya melarang. Ibu Muzafar Seorang yang penyayang.Ibu Muzafar sangat menyayangi Muzafar dan risau jika apa-apa terjadi pada Muzafar semasa melatih peserta-peserta yang cacat penglihatan. Seorang yang mementingkan status dan maruah keluarga.Ibu Muzafar sanggup menyerahkan anak kandungnya, Muzamir yang cacat penglihatan kepada orang lain kerana berasa malu mempunyai anak yang cacat. Seorang yang prejudis terhadap golongan kelainan upayaIbu Muzafar bersikap prejudis terhadap orang yang cacat penglihatan yang mengikuti ekspedisi berkayak ini. Muzamir Seorang yang tabah menjalani kehidupanDia menghadapi cabaran kerana rakan-rakan sepejabat yang memandang rendah terhadapnya golongan kelainan upaya. Seorang yang seiras dengan MuzafarMuzamir seiras dengan Muzafar dari segi wajah dan perwatakan . Seorang yang gigihMuzamir gigih menjalani latihan berkayak sebelum menyertai ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai walaupun mempunyai kekurangan dari segi penglihatan Seorang yang sentiasa bersyukurMuzamir sentiasa bersyukur dan tidak pernah merungut akan kecacatan penglihatannya. Azizi Seorang yang menghormati orang lainDia amat menghormati Muzafar dan para sukarelawan serta kumpulan peserta berkayak yang lain.
https://karangan.net/tenang-tenang-air-di-tasik/
Latar_Drama_Tenang-tenang_Air_di_Tasik
https://karangan.net/tenang-tenang-air-di-tasik/