url
stringlengths
37
166
headline
stringlengths
1
136
content
sequence
https://www.melakahariini.my/toh-puan-asmah-hadir-tonton-teater-pukol-anak-sinday-menantu/
Toh Puan Asmah hadir tonton Teater Pukol Anak Sinday Menantu
[ "AYER KEROH 30 Oktober – Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Asmah Abd Rahman menghadiri Pementasan Teater Muzikal Peranakan bertajuk Pukol Anak Sinday Menantu di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, di sini malam tadi.", "Teater perdana itu sebagai penutup tirai bagi sambutan Festival Kemegahan Budaya Baba Nyonya yang berlangsung selama tiga hari bermula 28  hingga 30 Oktober 2022 bertemakan “Warisan Seni Budaya Baba Nyonya Melaka”.", "Teater yang mengangkat budaya peranakan di Melaka itu merupakan anjuran Persatuan Pelancongan Negeri Melaka (MTA) dengan kerjasama Persatuan Peranakan Cina Negeri Melaka (PPCM), Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia (PERANAKAN), Pertubuhan Seni Kesidang Sari dengan sokongan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka sertaKementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).", "Hadir sama dalam pementasan teater yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu Exco Pendidikan, Teknologi dan Komunikasi Negeri, Datuk Rais Yasin dan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), VP Shanmugam.", "Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Saleh, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, Pengarah JKKN Negeri, Ezlina Elias dan Presiden MTA, Madelina Kuah." ]
https://www.melakahariini.my/nur-azmi-presiden-musa-baharu/
Nur Azmi Presiden MUSA baharu
[ "“Nur Azmi dalam kepimpinan sukan tidak asing lagi antaranya pernah menjawat jawatan penting dalam beberapa badan sukan antaranya Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Presiden Karate Malaysia dan Bekas Timbalan Presiden Hoki Malaysia. ", "“Pengalaman luas yang dimiliki turut melayakkan beliau untuk diberi kepercayaan sebagai Ketua Kontinjen Malaysia pada Temasya Sukan SEA XXI 2021 di Hanoi, Vietnam yang berlangsung Mei lalu,” kata kenyataan itu. ", "“Semoga dengan pelantikan Dato’ Paduka Nur Azmi Ahmad selaku Presiden MUSA yang baharu bakal memacu sukan bola sepak negeri Melaka ke tahap lebih baik pada masa hadapan,” katanya. " ]
https://www.melakahariini.my/covid-19-rekod-baharu-tertinggi-dengan-9180-kes-hari-ini/
COVID-19: Rekod baharu tertinggi dengan 9,180 kes hari ini
[ "KUALA LUMPUR 9 Julai – Malaysia mencatatkan kes harian baharu COVID-19 tertinggi hari ini apabila merekodkan 9,180 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 817,838.", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman Twitternya berkata, Selangor kekal mencatat kes baharu tertinggi dengan 4,400 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,271 kes, Negeri Sembilan (899) dan Sarawak 406 kes.", "Kedah mencatat 417 kes, Sabah (323), Johor (315 kes), Melaka (222), Perak (241), Pahang (214), Kelantan (151), Pulau Pinang (142), Terengganu (82), Labuan (80), Putrajaya (16) dan Perlis satu kes.", "Dalam kenyataannya pula, Dr Noor Hisham berkata daripada 9,180 kes baharu dilaporkan hari ini 9,173 adalah penularan tempatan melibatkan 7,122 warganegara dan 2,051 bukan warganegara manakala tujuh kes import pula membabitkan dua warga tempatan dan lima warga asing.", "“Jumlah kes sembuh pula ialah 5,713 menjadikan angka keseluruhan individu pulih daripada pandemik itu kini 731,193 atau 89.4 peratus, sekali gus menjadikan jumlah kes aktif setakat ini adalah 80,665,” katanya.", "Sementara itu Dr Noor Hisham berkata 77 kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini adalah 5,980 orang atau 0.73 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.", "Beliau berkata bilangan pesakit COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 959 orang dengan 465 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.", "Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengesan 30 lagi kluster baharu membabitkan 21 kluster tempat kerja, empat kluster komuniti, tiga kluster pusat tahanan dan masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi iaitu Sungai Jelai Kuala Lipis, Pahang serta kluster pendidikan lain melibatkan Jalan Desa Putera, Selangor.", "Kluster tempat kerja melibatkan Batu Lapan Bakri, Jalan Bukit Bakri, Jalan Haji Jaib, Jalan Duku Kiri, Jalan Sri Plentong Tiga dan Persiaran Agas (Johor); Industri Jalan Kusta, Zone T Selatan, Industri Jalan Telok Gong, Industri Nakhoda, Industri Jalan Satu Selesa Jaya dan Industri Jalan Gombak Batu 11 (Selangor).", "Kluster itu turut dikesan di Jalan Ipoh Kecil, Jalan Matang dan Tapak Bina Jalan Khoo Teik Ee (Kuala Lumpur); Taman Merdeka Permai dan Taman Cempaka (Melaka); Jalan Saw Ah Choy dan Jalan Seramik Chepor 11/1 (Perak); Tapak Bina Bidara (Negeri Sembilan); serta Jalan Pasar Basah Mukah di Sarawak.", "Kluster komuniti pula melibatkan Taman Bismi Rahmat, Kampung Bunut Satut dan Kampung Gelugor (Kelantan); dan Sawit Segama di Sabah manakala kluster pusat tahanan dikenal pasti Benteng Sri Aman dan Tembok Miri (Sarawak); serta Pagar Taman IKS di Selangor." ]
https://www.melakahariini.my/segera-muktamad-pemberian-subsidi-penternak-ayam/
Segera muktamad pemberian subsidi penternak ayam
[ "KUALA LUMPUR, 2 Feb – Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) berharap kerajaan akan terus memastikan langkah intervensi atau pemberian subsidi yang saksama kepada penternak ayam tempatan dimuktamadkan segera bagi memastikan mereka kekal berdaya saing.", "Presiden BRO Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata ini susulan penetapan harga maksimum runcit bagi ayam standard yang dikurangkan sebanyak 20 sen menjadikan harga siling ayam pada RM8.90.", "“Penternak ayam kecil-kecilan akan susah bila harga ayam turun. Kalau diberi AP (Permit Kelulusan) kepada MYDIN atau sesiapa untuk beli ayam import, harapnya kos kita lagi rendah.", "“Tetapi (kita) takut penternak kecil tempatan mungkin tidak dapat menampung kos. Saya harap kerajaan akan bagi subsidi muktamad kepada mereka, sekurang-kurangnya mereka boleh terus bertahan… kerana sekarang ini harga makanan ayam mahal sikit, nak cari pekerja susah dan kos logistik yang mahal,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.", "Sementara itu, dalam satu kenyataan beliau memaklumkan BRO menyambut baik keputusan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Khas Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 31 Jan lepas yang menyelesaikan isu bekalan serta pengeluaran makanan terutama ayam dan telur ayam.", "“BRO turut menzahirkan ucapan penghargaan atas keputusan kerajaan membuka permit import ayam kepada semua pemegang AP dan juga pembukaan AP kepada pengusaha pasar raya besar,” menurut kenyataan itu.", "Terdahulu, kerajaan menerusi NACCOL memutuskan harga runcit maksimum ayam standard dikurangkan sebanyak 20 sen kepada RM8.90 daripada harga siling RM9.10 yang ditetapkan dan harga telur ayam untuk semua gred kekal seperti harga kawalan di bawah Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia semasa bermula dari 5 Feb hingga 5 Jun. – BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/terkini-pelitup-muka-tidak-lagi-diwajibkan-di-kawasan-terbuka/
(TERKINI) Pelitup muka tidak lagi diwajibkan di kawasan terbuka
[ "Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin berkata, meskipun ketetapan itu kini menjadi pilihan (optional), namun orang ramai masih digalak memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko jangkitan.", "“Penguatkuasaan Akta 342 juga amsih terus dijalankan kepada individu yang gagal memakai pelitup di kawasan yang diwajibkan,” katanya dalam sidang media khas, hari ini." ]
https://www.melakahariini.my/fish-wholesaler-charged-with-killing-irwan-herman/
Fish wholesaler charged with killing Irwan Herman
[ "KUANTAN June 1 — A fish wholesaler was charged in the Magistrate Court here today for killing Irwan Herman Kamarudin, whose car was rammed by another car driven against the traffic flow in Jalan Pintasan Kuantan last week.", "Clad in white t-shirt and black shorts, Teoh Kian Peng, 42, understood the charge read out to him before Magistrate Najwa Hashim.", "The accused who is from Tanah Putih here, was charged with committing the offence near a Petronas petrol station in Jalan Pintasan Kuantan here at 9.20 pm, on May 25 according to Section 302 of the Penal Code which carries a mandatory death penalty upon conviction.", "Deputy public prosecutor Nasrul Hadi Abd Ghani did not offer bail for the charge which is a non-bailable offence and requested that the accused be remanded at the Penor Prison here, while awaiting trial.", "“We also request for a mention date for the prosecuting team to obtain four reports namely the post-ortem, chemistry, forensics and a report from the Computerised Vehicle Inspection Centre (Puspakom),” he said.", "Irwan Herman, 41, a supervisor at Alam Flora Sdn Bhd, was killed after his Toyota Yaris collided with a Toyota C-HR four-wheel-drive vehicle driven by a man believed to be under the influence of alcohol.", "Initial investigations found that the C-HR was travelling against the flow of traffic for about seven kilometres from the slip road heading to Jalan Pintasan Kuantan in Semambu before colliding into the victim’s car who was going to Gebeng here for his night shift." ]
https://www.melakahariini.my/pru15-strategi-kempen-dalam-talian-media-sosial-berbisa/
PRU15: Strategi kempen dalam talian, media sosial ‘berbisa’
[ "KUALA LUMPUR, 19 Okt – Calon dan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu memantapkan strategi kempen secara dalam talian kerana ia bersifat masa nyata, cepat dan mudah sampai kepada golongan sasar.", "Sebagai contoh, dek kerana pandemik COVID-19 ketika Pilihan Raya Negeri Melaka diadakan pada November tahun lepas, semua parti dan calon terpaksa memafaatkan kaedah itu bagi memperkenalkan calon dan berkempen secara agresif kerana kempen bersemuka, berkumpulan, ceramah umum tidak dibenarkan sama sekali.", "Tindakan tegas kerajaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan diterajui Kementerian Kesihatan itu bertujuan menjaga kesihatan rakyat selain mengawal pandemik yang ketika itu merekodkan kes yang agak tinggi dengan ribuan nyawa terkorban akibat wabak berkenaan.", "Felo Kanan Majlis Profesor Negara Datuk Dr Jeniri Amir berkata pemimpin politik perlu mengakui hakikat bahawa dalam konteks demokrasi digital, media baharu merupakan alat penting yang digunakan untuk memenangani hati dan mencorak persepsi pengundi.", "“Media sosial mula digunakan sebagai instrumen PRU sejak 2013 tetapi tidak secara meluas…namun menyedari sifatnya yang lebih murah dan mudah, maka calon dan parti politik menggunakannya dengan aktif untuk menyampaikan wadah, ideologi, manifesto dan wacana politik masa kini.", "“Malah, sesiapa sahaja calon boleh mengetengahkan diri dan apa yang mereka boleh tawarkan kepada pengundi dengan hanya memperkasakan media sosial. Ini kerana secara umumnya kebanyakan orang akan membawa telefon pintar ke mana-mana sahaja, dan boleh terus memperoleh maklumat,” katanya kepada Bernama.", "Apa lagi dengan kehadiran pengundi 18 tahun pada PRU kali ini yang cenderung menggunakan media baharu, Dr Jeniri berkata parti politik perlu mengambil kesempatan untuk memantapkan pasukan media sosial masing-masing.", "Katanya, ia termasuk menyediakan bahan kempen yang berbentuk infografik yang mudah difahami, visual dengan audio menarik, santai dan bersifat interaktif yang sesuai dengan jiwa golongan muda.", "Bagaimanapun, beliau akui media baharu memberi peluang kepada pihak tertentu untuk menyebarkan propaganda hitam termasuk fitnah dan berita tidak benar untuk menjatuhkan pihak lain kerana penggunaannya yang tiada sempadan.", "Justeru, calon dan parti politik yang bertanding perlu peka dan mengambil tindakan segera untuk menangkis tuduhan liar pihak lawan melalui wacana tandingan berdasarkan data dan fakta.", "“Perlu diingat maklumat di media sosial ni bergerak pantas, maka calon dan parti bertanding tidak boleh tunggu atau berdiam diri jika ‘diserang’, sebaliknya mereka perlu jawab semula tuduhan dengan bijak menggunakan fakta kerana setiap tuduhan di media sosial boleh mempengaruhi minda pengundi, sekali gus membawa mudarat kepada calon bertanding,” katanya.", "Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) pada 17 Sept lepas turut menyeru pemimpin parti itu termasuk Pemuda BN untuk menguasai peperangan secara maya dan menjawab segala tuduhan serta serangan pihak pembangkang kepada BN dan kerajaan yang dilemparkan di media sosial.", "Senada dengan Dr Jeniri, Penganalisis Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Datuk Prof Dr Ismail Sualman berkata pihak yang diserang secara maya perlu menangkis dakwaan itu secepat mungkin bagi memastikan rakyat tidak terpengaruh.", "Bagaimanapun, beliau berpendapat penggunaan media tradisional dan media baharu secara seimbang menggunakan konsep ‘convergence’ dapat membantu calon dan parti politik untuk menyampaikan aspirasi mereka kepada masyarakat, selain langkah turun padang masih relevan untuk memikat hati pengundi.", "“Contohnya calon tempatan, penduduk di kawasan itu dah kenal calon tersebut, jadi tiada masalah untuk dia tetapi jika calon baharu yang datang bertanding di kawasan itu, dia harus memperkenalkan dirinya dengan cara konvensional seperti turun padang berjumpa penduduk, guna poster, ceramah bersemuka kerana kaedah kempen secara maya tidak cukup,” katanya.", "Pada masa sama beliau berkata perancang kempen politik dari setiap parti perlu menggabungjalinkan kaedah kempen mengikut segmentasi pengundi seperti umur dan kawasan tempat tinggal bagi memastikan kempen yang dijalankan tidak sia-sia.", "“Anak muda mungkin suka cara kempen dalam talian di Facebook dan Twitter misalnya, golongan berusia pula suka kempen yang bersemuka yang dapat memberi mereka ingatan jangka masa panjang terhadap calon, maka perancang kempen politik perlu melaksanakan pelbagai pendekatan mengikut keperluan golongan sasar,” katanya yang juga Pensyarah Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media UiTM." ]
https://www.melakahariini.my/pasukan-jihad-peroleh-bukti-ketirisan-minyak-masak-ke-negara-jiran-annuar/
Pasukan Jihad peroleh bukti ketirisan minyak masak ke negara jiran – Annuar
[ "KOTA BHARU, 11 Julai – Tindakan tegas termasuk mengubah sistem bekalan akan diambil sekiranya masalah ketirisan minyak masak bersubsidi ke negara jiran terus berlaku, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.", "Annuar yang juga Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berkata langkah tersebut antara yang dicadangkan selepas siasatan pasukan khas tersebut mendapat bukti yang cukup berkait ketirisan minyak masak bersubsidi yang cukup besar ke negara jiran.", "Beliau berkata ketirisan yang berlaku menyebabkan pekan-pekan di negara jiran itu yang terletak berhampiran sempadan negara tidak putus bekalan minyak masak bersubsidi yang dijual pada harga antara RM7 hingga RM8 sekilogram.", "“Siasatan mendapati minyak masak bersubsidi negara dijual berkarton-karton dalam kotak, bila datang dalam bentuk kotak yang belum dibuka ertinya datang terus dari kilang-kilang yang membuat pembungkusan.", "“Hasil siasatan juga mendapati ada keterlibatan pihak tertentu. Saya tidak boleh umumkan di sini apa yang kita akan lakukan cuma saya nak katakan kita sedang bekerja keras, mereka yang terlibat jangan rasa boleh terlepas,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada sidang media Program Korban Perdana dan Majlis Akikah 2022 Parlimen Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan, di sini hari ini.", "Mengulas lanjut, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata tindakan awal sudah diambil bagi menangani masalah ketirisan minyak masak bersubsidi itu.", "“Kalau saya sebut secara terperincil gagallah kerja-kerja yang jawatankuasa ini sedang jalankan, memadai dengan saya kata kita sudah ada cukup maklumat. Tindakan sudahpun diambil tetapi ada beberapa lagi (tindakan) akan diambil.", "“Nasihat saya, tolong hentikan sebab kalau sistem yang ada sekarang ini tidak juga dapat diperbaiki (sehingga berlaku ketirisan) saya akan mempertimbangkan merombak keseluruhan sistem bekalan minyak bersubsidi,” katanya.", "Annuar berkata pihaknya menyedari sekiranya rombakan terhadap sistem bekalan minyak bersubsidi dilakukan ia mungkin akan memberi kesan kepada perniagaan yang tidak terlibat dengan aktiviti penyeludupan, namun keperluan rakyat perlu lebih diutamakan.", "“Ia mungkin akan menjejaskan peluang perniagaan bagi sesetengah orang tetapi kita tidak boleh mengutamakan beberapa peniaga (perlu) utamakan rakyat kerana rakyat di bawah tidak dapat bekalan sedangkan kerajaan belanja RM4 bilion.", "“Saya faham mungkin ada peniaga yang akan terjejas kalau kita rombak keseluruhan sistem tetapi kalau itu perlu dilakukan, kita akan lakukan,” katanya.", "Annuar berkata ketika ini satu pelan tindakan bagi mengatasi masalah kekurangan minyak masak telah dikenal pasti oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).", "“Jadi dalam tempoh dua bulan ini, kita telah ada satu pelan tindakan untuk mengatasi sementara bekalan yang tidak cukup di (peringkat) peruncit.", "“Langkah bagaimana tidak perlu diumumkan tetapi perlu stabilkan bekalan di kedai-kedai. Kedua-dua pihak penguat kuasa dan pasukan petugas tambahan sedang menjalankan tugas dan mereka akan melaporkan kepada saya,” katanya.", "“Saya sendiri nak sampaikan mesej tegas mereka mesti bekerjasama kekang kebocoran dan ikut peraturan. Kalau usaha ini juga gagal macam saya katakan, saya tidak teragak-agak ubah keseluruhan sistem selagi minyak subsidi disalah guna, jawatankuasa yang saya pengerusikan akan bertindak tegas,” katanya." ]
https://www.melakahariini.my/sindiran-tidak-lunturkan-semangat/
Sindiran tidak lunturkan semangat
[ "BATU KAWAN 31 Ogos – Meskipun berdepan sindiran sesetengah pihak, namun ia sedikitkan tidak melunturkan semangat Sahul Hamid Abdullah untuk menghiasi motosikalnya dengan bendera mini Jalur Gemilang setiap kali menjelang Bulan Kebangsaan.", "Sahul Hamid, 53, berkata sindiran nakal yang diterimanya hanya disifatkannya sebagai ketidakfahaman sesetengah anggota masyarakat terhadap maksud sebenar kemerdekaan itu sendiri.", "“Ada kalanya orang ingat saya ni gila sebab tengok hiasan bendera Malaysia memenuhi segenap penjuru motosikal. Tapi, saya tidak ambil hati pun, mungkin mereka tak faham apa yang saya rasa mengenai sambutan Hari Kebangsaan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kediamannya, di sini, hari ini.", "Beliau yang bekerja sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan di Hospital Sungai Bakap berkata keghairahannya menghiasi motosikal dengan bendera setiap kali menjelangnya Hari Kebangsaan lama-kelamaan telah menarik minat penduduk setempat untuk turut serta menghiasi kenderaan masing-masing antaranya basikal bagi peminat-peminat ciliknya.", "“Apa yang membuatkan saya lebih teruja ialah tahun ini adalah merupakan tahun pertama saya terlibat dalam menghiasi bendera Jalur Gemilang pada basikal anak-anak jiran tetangga setelah enam tahun memberi fokus kepada hiasan motosikal sendiri.", "“Inilah yang kita mahu sebab melalui kempen sekecil ini mampu menarik minat generasi muda untuk menyemai semangat kemerdekaan dan cintakan negara, selain turut mengajak mereka untuk mempelajari dan menghayati sejarah Malaysia dengan lebih mendalam,” katanya yang tinggal bersendirian kerana masih bujang.", "Kata anak keempat daripada dua belas beradik itu, kira-kira 300 hingga 450 unit Jalur Gemilang menghiasi motosikalnya di setiap penjuru dan sudah pun mendapat keizinan daripada pihak berkuasa untuk dibawa ke jalan raya.", "“Bagi memastikan bendera yang dipasang betul-betul utuh, saya menggunakan pengikat kabel yang berkualiti selain turut menggunakan material besi ringan yang berperanan sebagai tempat untuk mengikat bendera selain turut mengambil kira dari segi kestabilan motosikal itu sendiri ketika menunggangnya.", "“Selain itu, saya turut akan memastikan motosikal yang saya naiki ini tidak akan mengganggu keselamatan pengguna jalan raya lain dan mengutamakan keselamatan diri ketika di jalan raya,” katanya yang sudah berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan selama lebih 20 tahun.", "Sahul Hamid menambah, perkara manis yang biasanya dilaluinya ialah apabila mendapat jemputan dari pihak sekolah dan pihak berkuasa sekitar negeri Pulau Pinang untuk terlibat dalam perarakan kemerdekaan.", "“Setiap kali menjelangnya malam merdeka, saya juga akan mengelilingi bahagian pulau dengan menaiki motosikal yang dipenuhi bendera untuk menyemarakkan lagi sambutan hari yang penuh bermakna ini,” katanya yang turut berharap agar semakin ramai generasi muda akan mengikut jejak langkahnya dalam menyemai rasa kecintaan terhadap negara." ]
https://www.melakahariini.my/inisiatif-perantisiswa-dilancar-esok/
Inisiatif PerantiSiswa dilancar esok
[ "Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan melancarkan Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia itu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor pada 2.30 petang esok.", "“Setiap penerima bakal mendapat Tablet Samsung model terkini, lengkap dengan casing (pelindung), keyboard (papan kekunci) dan stylus pen. Tahniah kepada yang terpilih,” katanya menerusi hantaran dalam Facebooknya dan turut memuat naik beberapa keping gambar peranti berkenaan.", "Sebelum ini, Annuar dilaporkan berkata dijangka 60,000 pelajar akan menerima manfaat dan permohonan yang dibuka secara dalam talian sejak 15 April hingga 15 Mei lepas bagi fasa pertama telah menerima kira-kira 100,000 permohonan.", "Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah inisiatif kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti tablet kepada setiap pelajar B40 di IPT.", "Tablet jenama Samsung telah dipilih sebagai pemenang tender bagi program berkenaan untuk membekalkan peranti itu mengikut lima zon iaitu Zon Sabah dan Sarawak, Zon Utara, Zon Tengah, Zon Timur dan Zon Selatan. – BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/persefahaman-malaysia-indonesia-bolehkan-bahasan-melayu-diangkat-sebagai-bahasa-asean-rais-yatim/
Persefahaman Malaysia-Indonesia bolehkan Bahasan Melayu diangkat sebagai Bahasa ASEAN – Rais Yatim
[ "KUALA LUMPUR, 24 Mei – Persefahaman antara Malaysia dan Indonesia adalah kunci penting bagi membolehkan Bahasa Melayu dapat diangkat sebagai bahasa ASEAN.", "Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim berkata Wisma Putra perlu memainkan peranan dalam mencari jalan khusus bagi menghubungkan matlamat Malaysia dengan negara jiran.", "“Tentang Indonesia, Malaysia tidak boleh ambil ringan sebabnya ini adalah sekutu dalam perjuangan yang lebih besar,” katanya pada Sidang Meja Bulat Wakil-Wakil ASEAN untuk Pengembangan Bahasa Melayu di Institut Pengajian Tinggi  (IPT) Negara-Negara ASEAN di sini hari ini.", "Beliau turut mencadangkan Perkara 34 Piagam ASEAN yang menyatakan bahawa penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kerja ASEAN dipinda dengan penambahan penggunaan Bahasa Melayu.", "“Kita mesti lakukan menerusi Wisma Putra dan diplomasi ASEAN untuk memindanya…tetapi kalau Bahasa Melayu sahaja Indonesia mungkin tidak bersetuju dan (sebab) itulah kita perlu runding.", "Rais turut mencadangkan beberapa inisiatif jangka masa pendek dan panjang dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu antaranya dengan memperkaya seni karya tempatan, pengajian dunia Melayu serta meningkatkan tenaga pengajar Bahasa Melayu di IPT luar negara.", "Sidang Meja Bulat yang dianjurkan oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri dan Dewan Bahasa dan Pustaka diadakan bersempena dengan penganjuran Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu yang sedang berlangsung sehingga 24 Mei ini." ]
https://www.melakahariini.my/mamat-khalid-meninggal-dunia/
Mamat Khalid meninggal dunia
[ "“Arwah pengsan di Sarang Art Hub, Tanjung Malim sebelum dibawa ke Hospital Slim River dan disahkan meninggal dunia,” katanya ringkas melalui pesanan aplikasi WhatsApp kepada Bernama.", "Selain menumpukan masanya dalam bidang perfileman, arwah juga merupakan pemilik kafe Sarang Art Hub yang dibuka di Tanjung Malim sejak 2016.", "Allahyarham atau nama sebenarnya, Mohamad bin Mohamad Khalid, 58, merupakan seorang penulis skrip dan pengarah filem selain merupakan adik kepada kartunis terkenal negara Datuk Mohammad Nor Khalid, atau lebih dikenali sebagai Lat.", "Allahyarham yang dilahirkan di Ipoh, meninggalkan isteri, Hasmah Hassan dan lima orang anak iaitu tiga lelaki, Mohd Khalid Amen, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Zaffa dan dua perempuan iaitu Sara dan Nurhassanah.", "Antara filem air tangan arwah yang terkenal pastinya adalah ‘Zombi Kampung Pisang’, ‘Hantu Kak Limah’,  ‘Rock’ dan ‘18 Puasa di Kampong Pisang’ yang meninggalkan kesan mendalam kepada peminat filem genre lucu dan hiburan keluarga." ]
https://www.melakahariini.my/32800-asnaf-dan-b40-naik-bas-percuma-tanpa-had-feb-ini/
32,800 asnaf dan B40 naik bas percuma tanpa had Feb ini
[ "AYER MOLEK 25 Jan – Seramai 32, 800 golongan asnaf dan B40 akan menerima manfaat untuk menggunakan perkhidmatan bas awam secara percuma pada bila-bila masa tanpa had di negeri ini.", "Exco Pengangkutan negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata perancangan itu akan direalisasikan menjelang Februari depan selaras dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi menjana pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam di Melaka.", "Jelasnya, golongan sasar itu akan diberikan kad khas bagi mengakses perjalanan pergi dan balik bagi mendapatkan perkhidmatan awam itu di lokasi ditetapkan.", "“Kita akan mendapatkan senarai penerima ini menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan akan diserahkan secara terus kepada mereka.", "Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Penutupan Program Touchpoint Suruhanjaya Tenaga diadakan di Kampung Batu Putih, di sini hari ini.", "Dalam pada itu, Rahmad berkata, pelbagai inisiatif lain juga akan memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini dalam janji manifesto kerajaan negeri bagi mentadbir negeri ini selepas kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN), November lalu.", "“Antara penambahbaikan lain akan kita laksanakan seperti kemudahan orang kelainan upaya (OKU), penyediaan stesen berehat kepada pemandu e-hailing serta pelbagai lagi,” katanya." ]
https://www.melakahariini.my/sanggup-pergi-rumah-ke-rumah-pujuk-anak-murid-datang-sekolah/
Sanggup pergi rumah ke rumah pujuk anak murid datang sekolah
[ "AYER KEROH 16 Mei – Sanggup menebalkan muka pergi rumah ke rumah semata-mata untuk memujuk murid Orang Asli datang ke sekolah demi menimba ilmu.", "Dia yang juga guru Orang Asli dari suku kaum jakun di Pahang berkata, walaupun pernah bekerja dalam bidang perikanan di sebuah syarikat swasta di Rompin dengan gaji yang lebih besar, namun dia nekad meninggalkan kerjaya itu demi masa depan masyarakat Orang Asli di kampungnya.", "Katanya, tindakan itu diambil selepas menyaksikan semakin ramai anak-anak Orang Asli tidak hadir ke sekolah apabila pulang ke kampung halamannya di Paya Bungor, Maran, Pahang.", "“Bermula dari itu, saya memohon KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) dan akhirnya saya diterima masuk dan rezeki saya ditempatkan di sekolah kampung halaman sendiri iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bungor.", "“Jadi, apa yang saya lakukan apabila bergelar pendidik ialah saya akan pergi dari rumah ke rumah untuk pujuk mereka (murid). Ada yang enggan ke sekolah kerana tiada pakaian seragam sekolah, jadi saya ambil inisiatif belikan baju untuk mereka.", "“Ada juga suatu ketika pada 2017, ada murid yang tidak hadir peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), jadi saya dan pentadbir datang ke rumah untuk pujuk dan rupanya dia (murid) tidak hadir kerana pakaian seragamnya basah. Kisah itu pernah tular pada waktu itu kerana ramai terharu dengan kisah tersebut,” katanya yang merupakan guru Pendidikan Jasmani.", "Pengorbanan yang dilakukan Khairul Nizam akhirnya berbalas apabila dia dicalonkan oleh anak muridnya sendiri untuk menerima Anugerah Guru Inspirasi (AGI) pada majlis yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, semalam.", "Anugerah itu melayakkannya menerima trofi, wang tunai RM5,000 dan peruntukan tambahan RM5,000 untuk menaik taraf bilik guru SK Paya Bungor yang disampaikan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.", "Bapa kepada lima anak itu mengakui terkejut apabila dimaklumkan menjadi penerima anugerah itu kerana merasakan ada lebih ramai guru-guru lain yang lebih layak.", "“Memang saya tak sangka kerana anugerah ini terlalu besar. Saya hanya seorang guru biasa sahaja kerana ada lebih ramai lebih baik daripada saya di luar sana.", "“Tapi apapun, saya bersyukur kerana anak murid menghargai pengorbanan saya dan saya percaya anugerah ini bukan sahaja memberi semangat kepada saya, bahkan kepada semua pendidik untuk terus menabur jasa,” katanya.", "Sementara itu, seorang lagi penerima, Tuan Saripah Nor Riha Tuan Jaafar, 55, turut terharu apabila jasanya kepada pelajar istimewa (buta dan rabun) ketika berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Malik, Alor Setar, Kedah, 23 tahun lalu melayakkannya menerima anugerah tersebut.", "Katanya, dia tidak menyangka walaupun sudah lebih dua dekad berlaku, azimat berharga yang dititipkan kepada pelajar berkenaan masih segar diingatan sehingga menjadi insan berjaya pada hari ini.", "“Pelajar tersebut mempunyai masalah penglihatan genetik menyebabkannya tidak boleh melihat ketika siang dan pada waktu malam penglihatannya kabur. Jadi, saya cuba membantu mendapatkan tajaan kepadanya untuk melakukan pembedahan, selain tajaan peralatan untuk pelajar istimewa sepertinya.", "“Malangnya, pembedahan itu tidak dapat dilakukan atas beberapa faktor. Pada ketika itu dia baru berumur 15 tahun, dan saya nampak walaupun penglihatannya gelap, tapi hatinya terang.", "“Jadi, saya mengambil inisiatif untuk memberi tumpuan lebih kepadanya dan rakan-rakan yang senasib dengannya yang mana setiap kali selepas kelas, saya akan bercerita semula kepada mereka tentang sesuatu subjek itu, sehinggalah dia berjaya memperoleh keputusan yang baik dalam PMR (Penilaian Menengah Rendah),” katanya.", "“Dia kata, dia masih ingat kata-kata saya yang mahukan dia berusaha 10 kali ganda lebih daripada orang biasa. Mungkin pada kita ayat itu biasa-biasa, tetapi ia menusuk di jiwanya yang sentiasa ingat pesanan itu.", "“Sebab itulah dia kini berjaya menjadi seorang pensyarah Bahasa Korea di sebuah universiti awam di Lembah Klang dan saya sangat bangga dengannya,” katanya." ]
https://www.melakahariini.my/individu-pulang-tunai-umrah-wajib-pakai-peranti-pengesanan-digital/
Individu pulang tunai umrah wajib pakai peranti pengesanan digital
[ "PUTRAJAYA, 25 Dis – Individu yang menjalani tempoh kuarantin wajib selama tujuh hari selepas pulang daripada menunaikan umrah akan diwajibkan memakai peranti pengesanan digital mulai minggu depan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.", "Bercakap pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19 di sini hari ini, Khairy berkata pelaksanaan itu dibuat berikutan terdapat 30 daripada 49 kes baharu varian Omicron di Malaysia yang dikesan antara 23 dan 24 Dis merupakan kes import dari Arab Saudi.", "“Kesemua mereka tiba dari Arab Saudi bermula 13 hingga 17 Dis lepas. Kami dapati sebahagian besar daripada mereka tidak patuh arahan pengasingan dengan ahli keluarga, mereka berjumpa sesama mereka (ahli keluarga) malah menerima tetamu.", "“Saya harap perkara ini (arahan kuarantin) dipatuhi. Ini adalah serius. Kami bagi kemudahan untuk jalani kuarantin di rumah untuk jimatkan kos, tidak perlu tinggal di hotel. Jadi kena patuh,” katanya.", "Beliau berkata sehingga kini terdapat 62 kes varian Omicron direkodkan di negara ini yang terdiri daripada 61 kes import dan satu kes dipercayai kes tempatan.", "Susulan situasi tersebut, Khairy berkata Malaysia akan memasukkan Arab Saudi ke dalam senarai negara berisiko tinggi bersama sembilan negara lain iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat, Denmark, Australia, Perancis, Norway, Kanada, India dan Nigeria.", "Memperincikan mengenai perkara itu, Khairy berkata kerajaan amat menggalakkan mana-mana individu yang berhasrat untuk melakukan perjalanan ke luar negara untuk mendapatkan suntikan dos penggalak COVID-19.- BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/hendrawan-seu-bok-latih-perseorangan-lelaki-kebangsaan/
Hendrawan, Seu Bok latih perseorangan lelaki kebangsaan
[ "PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) menstruktur semula barisan kejurulatihan pasukan kebangsaan, dalam persediaan menghadapi final Piala Thomas dan Piala Uber, dan juga Olimpik Tokyo.", "Presidennya Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, perseorangan lelaki akan menyaksikan Hendrawan dilantik sebagai Ketua Jurulatih, manakala Datuk Tey Seu Bok sebagai pembantunya.", "Kedua-dua jurulatih berpengalaman itu mempunyai rekod cemerlang dalam membimbing bekas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei, sehingga membawa pulang pingat perak di Sukan Olimpik Rio pada 2016.", "Jurulatih beregu lelaki pula akan diketuai bekas juara beregu Indonesia, Flandi Limpele. Beliau akan dibantu Rosman Razak dan Hoon Thien How.", "Bekas pemain beregu utama negara Chan Chong Ming pula, akan mengambil alih pasukan beregu wanita dan beliau akan dibantu Chin Ee Hui dan Wong Pei Tty.", "“Adalah menjadi harapan saya agar pembaharuan ini akan terus meningkatkan lagi pasukan kebangsaan dan memberikan motivasi kepada pemain untuk mengunakan sepenuhnya tempoh masa yang lebih panjang, untuk persediaan final Piala Thomas dan Piala Uber yang akan berlangsung di Aarhus, Denmark dari 3-11 Okt dan Olimpik Tokyo dari 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.", "“Kami di BAM akan terus mencari cara untuk meningkatkan barisan kejurulatihan dalam usaha membantu skuad negara yang agak muda, menyerlahkan postensi penuh mereka dan akhirnya membuat negara bangga,” kata Mohd Norza." ]
https://www.melakahariini.my/cuti-umum-majikan-pekerja-perlu-bincang-tentukan-pilihan-tarikh/
Cuti umum: Majikan, pekerja perlu bincang tentukan pilihan tarikh
[ "PUTRAJAYA, 25 Nov – Majikan di sektor swasta dikehendaki berbincang dengan pekerja sama ada mahu memilih Isnin ini sebagai cuti umum atau menggantikannya dengan tarikh lain, demikian menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM).", "KSM dalam kenyataan hari ini memaklumkan sekiranya tiada penggantian, pekerja yang bekerja pada tarikh tersebut layak menerima kadar gaji bagi cuti umum.", "Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 28 Nov sebagai cuti umum sempena pembentukan Kerajaan Perpaduan Nasional dan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia.", "Anwar berkata cuti yang asalnya dicadang diberikan pada hari ini terpaksa dianjak ke Isnin depan untuk terus memberikan ruang kepada nilai ringgit dan Bursa Malaysia yang menunjukkan perkembangan positif.", "Cuti berkenaan diisytiharkan di bawah Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) yang juga merupakan cuti umum diperuntukkan kepada pekerja di sektor swasta menurut Seksyen 60D (1)(b) Akta Kerja 1955." ]
https://www.melakahariini.my/30-40-peratus-pesakit-long-covid-kembali-bekerja-dalam-tiga-bulan/
30-40 peratus pesakit long COVID kembali bekerja dalam tiga bulan
[ "PUTRAJAYA, 10 Mei – Seramai 30 hingga 40 peratus pesakit COVID berpanjangan (Long COVID) di Malaysia dapat kembali bekerja dalam tempoh tiga bulan selepas dijangkiti COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.", "Sementara itu, Khairy menerusi kenyataan hari ini berkata sebanyak 60 hingga 70 peratus pesakit pula dapat kembali bekerja dalam tempoh enam bulan selepas dijangkiti.", "Menurutnya, lebih 4.4 juta individu telah berjaya sembuh daripada jangkitan COVID-19 sejak ia melanda negara lebih dua tahun lepas, namun ia mungkin permulaan pada perjuangan yang panjang ke arah pemulihan sepenuhnya bagi segelintir individu.", "Beliau berkata keadaan itu boleh berlaku tanpa mengira tahap jangkitan COVID-19 iaitu kadar prevalen di dalam negara bagi individu yang mengalami gejala Long COVID setelah sembuh daripada jangkitan kategori 4 dan 5 adalah 65.1 peratus, termasuk 61.2 peratus daripadanya mengalami lebih daripada dua gejala.", "Khairy berkata Kementerian Kesihatan telah memberi rawatan perubatan rehabilitasi Long COVID kepada 2,798 pesakit menerusi rawatan pesakit dalam dan 6,432 pesakit melalui rawatan pesakit luar di fasilitinya di seluruh negara sehingga April tahun ini,", "“KKM akan terus menambah lebih banyak sumber dan peralatan untuk merawat serta memulihkan kes-kes Long COVID sebagai sebahagian daripada strategi untuk melindungi dan merawat mereka yang berisiko tinggi untuk dijangkiti virus COVID-19,” katanya.", "Antara gejala Long COVID yang kerap dialami dan boleh menyebabkan impak ke atas kefungsian serta aktiviti harian individu terkesan adalah kelesuan, kesukaran bernafas, batuk, kesakitan sendi dan otot, kesukaran tidur nyenyak, kelemahan anggota, masalah deria, kegelisahan, kekabutan otak (brain fog) dan lesi kulit.", "Tanpa rawatan yang khusus dan berstruktur, keadaan tersebut boleh berterusan sehingga menjejaskan kualiti hidup individu yang mengalami gejala Long COVID, katanya.", "Ia juga boleh menyebabkan kesan seperti peningkatan morbiditi, kehilangan upaya, penurunan produktiviti dan hilang punca pendapatan, yang akhirnya akan menyebabkan bebanan sosioekonomi bukan sahaja kepada individu tersebut malah keluarga, masyarakat serta ekonomi negara, katanya.", "Beliau berkata individu yang mengalami gejala Long COVID serius sehingga menjejaskan kefungsian yang ketara serta menjejaskan keupayaan untuk kembali bekerja, boleh dirujuk kepada hospital yang mempunyai kepakaran perubatan rehabilitasi.", "Khairy berkata perubatan rehabilitasi adalah kepakaran perubatan yang memberikan fokus kepada peningkatan kefungsian individu melalui diagnosis, rawatan kesihatan, mengurangkan kehilangan upaya serta pencegahan komplikasi.", "“Intervensi program rehabilitasi bermatlamatkan kefungsian optimum fizikal, kognitif, sosial, psikologikal, vokasional dan avokasional, seiring dengan keperluan tersendiri individu yang terkesan,” katanya." ]
https://www.melakahariini.my/bayaran-fasa-1-bantuan-keluarga-malaysia-mulai-28-mac/
Bayaran Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia mulai 28 Mac
[ "Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini berkata 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima, merangkumi empat juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang atau tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.", "“Bagi penerima isi rumah, warga emas dan individu bujang, tarikh pembayaran akan bermula 28 Mac sehingga 8 April dan akan terus dikreditkan ke akaun bank.", "“Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak), pembayaran akan dibuat bermula 30 Mac melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP (prosedur operasi standard) dari semasa ke semasa,” katanya.", "Bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang layak, Perdana Menteri berkata tempoh permohonan rayuan akan dibuka selama sebulan mulai 2 Mei ini.", "Beliau berkata proses itu adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mereka mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)." ]
https://www.melakahariini.my/472-kawasan-lembah-klang-bakal-alami-gangguan-bekalan-air-tidak-berjadual/
472 kawasan Lembah Klang bakal alami gangguan bekalan air tidak berjadual
[ "KUALA LUMPUR, 19 Dis – Sebanyak 472 kawasan di wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan banjir di beberapa kawasan di Lembah Klang.", "Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa dua loji rawatan air (LRA) terpaksa dihentikan operasi iaitu LRA Langat 2 kerana penutupan bekalan elektrik kecemasan di muka sauk Semantan dan LRA Cheras Batu 11 akibat banjir.", "LRA Sungai Langat pula hanya beroperasi pada pengeluaran bekalan air separa kerana peningkatan paras kekeruhan air yang tinggi menyebabkan ia hanya boleh mengeluarkan 40 peratus sahaja berbanding pengeluaran harian.", "“Air Selangor tidak dapat menggerakkan bantuan bekalan air melalui alternatif lori tangki air kepada pengguna dan premis-premis kritikal di kawasan yang terjejas berikutan penutupan beberapa jalan utama ekoran situasi banjir yang meningkat,” menurut kenyataan itu.", "Ia akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden itu dari semasa ke semasa dan para pengguna boleh boleh mendapatkan senarai kawsan yang terlibat menerusi laman sesawang http://hentitugas.airselangor.com/ dan aplikasi Air Selangor.- BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/pm-qatar-ucap-tahniah-atas-perlantikan-ismail-sabri/
PM Qatar ucap tahniah atas perlantikan Ismail Sabri
[ "Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Sabtu (21 Ogos)." ]
https://www.melakahariini.my/insiden-konvoi-kereta-mewah-ahli-perniagaan-pengawal-peribadi-didenda-rm2000/
Insiden konvoi kereta mewah: Ahli perniagaan, pengawal peribadi didenda RM2,000
[ "KULAI, 31 Mei – Seorang ahli perniagaan dan pengawal peribadi, masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan gagal mengawal kenderaan dan menyebabkan kecederaan di Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan, Mac lepas.", "Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Lee Jia Min, 28, dan Nor Razman Abd Razak, 44, setelah keduanya selaku orang kena saman (OKS) mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa.", "Sekiranya gagal membayar denda, Lee perlu menjalani hukuman penjara satu bulan manakala Nor Razman boleh dipenjara dua bulan. Kedua-dua membayar denda tersebut.", "Mengikut kertas pertuduhan, Lee sebagai pemandu kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger didakwa gagal mengawal kenderaan berkenaan dan menyebabkan kemalangan di Kilometer 34, Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan di sini, kira-kira 6.10 petang, 18 Mac lepas.", "Kesalahan itu bertentangan dengan Kaedah 10 LN 166/59 yang boleh didakwa mengikut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan dibaca bersama Seksyen 128(1) akta sama, dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan.", "Sementara itu, Nor Razman yang bekerja sebagai pemandu dan pengawal peribadi, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Lee dengan menampar muka wanita itu di Kilometer 36.6, lebuh raya yang sama dan pada hari sama.", "Kesalahan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.", "Berdasarkan fakta kes, kereta dipandu Lee datang dari arah Yong Peng menghala ke Johor Bahru telah memasuki lorong kiri sebelum melanggar bahagian hadapan kanan sebuah kereta mewah, yang sedang bergerak terus di lorong kiri oleh majikan Nor Razman.", "Setelah sampai di Kilometer 36.6 lebuh raya itu, Lee memberhentikan kenderaannya kerana ditahan oleh sekumpulan kereta mewah pelbagai jenama, sebelum dihampiri Nor Razman yang kemudian bertindak menampar pipi kanan wanita itu sebelum beredar dari lokasi kejadian.", "Terdahulu, sebelum Sharifah Maleeha menjatuhkan hukuman terhadap Nor Razman, beliau bertanya kepada lelaki itu mengapa bertindak menampar Lee dan lelaki itu memberi alasan kerana wanita itu, telah melanggar kenderaan dipandu majikannya sehingga menyebabkan kerosakan.", "Sharifah Maleeha kemudian memberikan nasihat kepada Nor Razman supaya tidak memilih perbuatan keganasan sebagai jalan penyelesaian, sebaliknya menyerah perkara tersebut kepada pihak berwajib mengikut saluran undang-undang sedia ada.", "Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Edelynn Wong, manakala peguam Tan Cheng Yee mewakili Lee dan peguam Mohd Azlan Shah Mohd Allias mewakili Nor Razman.", "Baru-baru ini, tular video berdurasi 45 saat di media sosial menunjukkan kumpulan kereta mewah bertindak memberhentikan kenderaan mereka, dipercayai selepas berlaku pelanggaran di tengah-tengah lebuh raya berikutan rasa tidak berpuas hati dan menyebabkan berlaku perselisihan faham antara mereka di lokasi kejadian." ]
https://www.melakahariini.my/beri-pilihan-kepada-pengguna-untuk-guna-rfid-atau-alternatif-lain-pm/
Beri pilihan kepada pengguna untuk guna RFID atau alternatif lain – PM
[ "PUTRAJAYA 19 Jan – Berikan pilihan kepada pengguna sama ada mahu menggunakan sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) atau alternatif lain.", "Ismail Sabri berkata, mesyuarat Kabinet pada hari ini telah membincangkan isu tersebut dan memutuskan rakyat mesti diberi pilihan sama mahu menggunakan RFID atau ‘Touch n’ Go’ serta ‘Smart TAG’.", "“Dari segi lorong, jangan semua RFID kalau kita diberi pilihan. Kalau ada 10 lorong, mungkin beberapa lorong RFID Dan selebihnya ‘Touch n’ Go’ dan Smart TAG.", "“Kita tak mahu ada tekanan kepada pengguna jalan raya. Berikan mereka kebebasan memilih. Serah kepada pengguna untuk buat pilihan. Kalau mereka rasa RFID mudahkan jalan, mereka boleh tukar,” katanya seperti dipetik Astro Awani.", "Untuk rekod, transaksi tol menggunakan teknologi RFID untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan bermula 15 Jan lalu.", "Sistem RFID membolehkan pengguna lebuh raya menikmati perjalanan lebih lancar tanpa perlu berhenti di lorong RFID dengan kelajuan 30 km/j serta membolehkan pengguna melaksanakan transaksi tol tanpa sentuh.", "RFID juga menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan Touch ‘n Go eWallet, tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai." ]
https://www.melakahariini.my/kita-bole-menipu-polis-tetapi-bukan-covid-19-ismail-sabri/
Kita boleh ‘menipu’ polis, tetapi bukan COVID-19 – Ismail Sabri
[ "PUTRAJAYA 30 Mei – Surat kebenaran rentas daerah dan negeri bagi tujuan bekerja, pasangan jarak jauh dan kes kecemasan yang diguna pakai kini terbatal bermula 1 Jun ini dan orang ramai perlu mengemukakan dokumen baharu daripada kementerian berkaitan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).", "Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, surat berkenaan ditamatkan berkuat kuasa esok dan sebarang kes kecemasan dan berkaitan bidang bekerja masing-masing yang memerlukan aktiviti rentas daerah dan negeri perlu mengemukakan permohonan baharu.", "“Jadi, tidak timbul isu berkaitan surat tersebut kerana ia (surat rentas daerah dan negeri) akan tamat pada 31 Mei dan kementerian (berkenaan) akan mengeluarkan surat berkaitan kerja.", "“Bagaimanapun, orang ramai dibenarkan rentas daerah dan negeri melibatkan kes kecemasan seperti kematian dan kesihatan keluarga, nazak dan sebagainya, namun perkara itu boleh merujuk kepada PDRM,” katanya pada sidang media pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di sini, hari ini.", "Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi mengelakkan sebarang isu timbul mengenai pergerakan rentas daerah dan negeri, orang ramai diminta untuk bersikap jujur terhadap permohonan masing-masing.", "“Saya difahamkan banyak kes terpaksa ditolak oleh polis kerana ada kes diragukan. Bagaimanapun terdapat kes bagi mereka yang mahu melawat ibu bapa yang sakit teruk tetapi oleh kerana polis begitu berhati-hati, akhirnya timbul cerita ibu mereka meninggal dunia dan sebagainya, satu perkara yang malang dan dikesalkan.", "Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Menteri Kanan Kerja Raya (Infrastruktur) Datuk Seri Fadillah Yusof akan mempengerusikan mesyuarat penyelarasan berhubung surat kebenaran pergerakan pekerja esok katanya pada sidang media" ]
https://www.melakahariini.my/amaran-banjir-di-kelantan-terengganu/
Amaran banjir di Kelantan Terengganu
[ "KUALA LUMPUR 25 Feb – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan ramalan awal banjir di Kelantan dan Terengganu hari ini susulan hujan berterusan peringkat waspada yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).", "JPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan di Kelantan, kawasan diramal banjir adalah di Lembangan Sungai Kelantan melibatkan daerah Kuala Krai dan Tanah Merah serta kawasan di sekitarnya.", "Selain itu, banjir juga diramal di Terengganu di kawasan Lembangan Sungai Besut melibatkan daerah Besut; Lembangan Sungai Kemaman membabitkan daerah Kemaman; Lembangan Sungai Setiu (daerah Setiu); Lembangan Sungai Terengganu (daerah Hulu Terengganu) serta kawasan sekitar.", "Sementara itu, sistem cuaca tekanan rendah dijangka melanda sempadan negeri Pahang dan Terengganu malam ini (25 Feb), seterusnya bergerak ke barat laut merentasi Semenanjung yang boleh menyebabkan hujan lebat berterusan dan angin kencang.", "Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata hujan lebat berterusan dan angin kencang itu dijangka berlaku di kebanyakan kawasan di Semenanjung hingga 26 Feb (esok), namun ramalan terkini menunjukkan kemungkinan sistem itu untuk meningkat ke tahap Lekukan Tropika adalah rendah.", "“Pada masa sama, luruan monsun sedang berlaku dan MET Malaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya, Buruk dan Waspada) untuk Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan berkuat kuasa hingga 26 Feb (esok),” katanya dalam kenyataan hari ini." ]
https://www.melakahariini.my/kerajaan-teliti-keperluan-buka-tanah-perkuburan-islam-pesakit-covid/
Kerajaan teliti keperluan buka tanah perkuburan Islam pesakit COVID
[ "PORT DICKSON 31 Julai – Keperluan untuk membuka tanah perkuburan Islam yang dikhususkan bagi pengebumian jenazah pesakit COVID-19 akan diteliti, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.", "Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan bersama Majlis Fatwa Kebangsaan dan para mufti terlebih dahulu bagi mendapatkan pandangan serta saranan berkenaan keperluan tersebut.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 200 pengusaha kantin dan pekerja pembersihan secara pandu lalu anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), di sini hari ini.", "Beliau berkata setakat hari ini, lebih RM1 juta peruntukan dibelanjakan Yadim bagi membantu rakyat di seluruh negara terutama yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dengan kerjasama pelbagai pertubuhan bukan kerajaan.", "Sementara itu, Zulkifli menasihatkan kepada pihak yang mempunyai perbezaan pendapat dan idea agar tidak menggunakan media sosial sebagai medan bertelagah atau berdebat, sebaliknya perlu berdamai serta berunding secara baik.", "“Saya yakin perkara sekusut mana pun akan dapat diselesaikan, justeru buanglah yang keruh dan ambil yang jernih. Sentiasalah bermaafan dan muhasabah diri, maka kita boleh ke depan terutama dalam memberi bantuan, menyampaikan dakwah sekali gus menyatukan ummah,” katanya." ]
https://www.melakahariini.my/pm-lancar-pas-keluarga-malaysia-galak-penggunaan-pengangkutan-awam/
PM lancar Pas Keluarga Malaysia, galak penggunaan pengangkutan awam
[ "KUALA LUMPUR 22 Nov – Pengenalan Pas Keluarga Malaysia oleh Prasarana Malaysia Berhad diharap dapat menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam untuk beriadah dan mengunjungi lokasi tarikan di Lembah Klang.", "Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pas tersebut membolehkan seramai empat orang dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum dengan harga cuma RM15.", "Beliau berkata perjalanan melibatkan pengangkutan awam termasuk LRT (Transit Aliran Ringan), MRT (Transit Aliran Massa) dan monorel kendalian Rapid KL dan BRT (Transit Aliran Bas).", "“Ini bermakna setiap seorang dalam kumpulan ini hanya membayar RM3.75 untuk menggunakan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan BRT di bawah kendalian Rapid KL sepanjang hari.", "“Inisiatif itu bertujuan menggalakkan keluarga Malaysia beriadah, bersiar-siar dan menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang sambil mengunjungi pusat-pusat beli belah atau tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya ketika melancarkan pas perjalanan tersebut di sini hari ini.", "Turut hadir, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim dan Pengerusi Prasarana Tan Sri Jamaludin Ibrahim.", "“Pengangkutan awam juga tidak terkecuali dalam memainkan peranan penting dalam menjayakan Keluarga Malaysia kerana selain menjadi alat penyatuan bangsa, ia juga menjana pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.", "Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan Pakej Transit untuk Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana mulai Mac tahun depan yang dilaksanakan anak syarikat Prasarana iaitu Prasarana Integrated Development Sdn Bhd ( PRIDE) yang membolehkan peniaga berniaga di sekitar lapan stesen LRT Laluan Kelana Jaya.", "Stesen tersebut adalah Subang Alam, Alam Sutera, Putra Height, Taman Perindustrian Puchong, Awan Besar, IOI Puchong Jaya, Plaza Rakyat dan SS18.", "“Menerusi pakej ini, sejumlah 20 lot perniagaan, bersaiz 80 hingga 400 kaki persegi di beberapa laluan akan ditawarkan kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana secara cabutan lot, ” katanya.", "Ismail Sabri berkata pemohon yang berjaya akan menikmati struktur sewaan istimewa selama setahun termasuk pengecualian sewa selama tiga bulan yang perinciannya akan dihebahkan oleh PRIDE dalam masa terdekat.", "“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menggalakkan pengusaha industri kecil dan sederhana untuk mengambil bahagian dan memperkasakan ekonomi setempat agar dapat melimpahkan kesejahteraan dan manfaat kepada seluruh Keluarga Malaysia,” katanya.", "Perdana Menteri turut memuji inisiatif dilaksanakan Prasarana sejak COVID-19 dengan melaksanakan beberapa inisiatif bagi membantu usahawan kecil meningkatkan hasil jualan perniagaan.", "Antaranya dengan menggunakan platform media sosial kendalian mereka bagi mempromosikan produk peniaga berasaskan makanan di sepanjang laluan pengangkutan kendalian Rapid KL termasuk di hab-hab bas, katanya.", "“Terima kasih saya ucapkan kepada Prasarana atas tanggungjawab sosial korporat yang telah diberikan bagi membantu para peniaga menjana semula ekonomi mereka yang terkesan akibat pandemik,” katanya.", "Ismail Sabri turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab yang terbaik serta menjaga kebajikan rakyat di bawah konsep Keluarga Malaysia. – BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/muslim-care-kumpul-buku-untuk-banduan/
Muslim Care kumpul buku untuk banduan
[ "AYER KEROH 10 Sept – Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) sedang menggerakkan program ‘Bantuan untuk Banduan’ iaitu sumbangan bahan bacaan golongan terbabit memenuhi masa terluang berikutan Pelan Pemulihan Negara (PPN).", "Presiden Muslim Care Zulkifli Wahijan berkata, bahan bacaan yang dikumpul itu akan diedarkan ke penjara-penjara bagi membolehkan banduan memanfaatkannya untuk mengisi masa terluang dengan membaca.", "Jelasnya, buat pemulaan Muslim Care Malaysia menyasarkan penjara di sekitar Pahang serta Terengganu dan sekiranya sambutan menggalakkan dan jumlah bahan bacaan yang diterima banyak, ia akan diagihkan ke seluruh negara.", "“Kita sasarkan untuk kumpul 2,700 buku…bermakna setiap penjara dapat 100 buku, dan setakat ini kita sudah mengumpul lebih 1,000 buku sumbangan orang ramai,” ujarnya.", "“Jenis bahan bacaan yang digalakkan adalah buku agama, buku motivasi, majalah atau novel yang sesuai dan al-Quran yang mempunyai terjemahan, seeloknya.", "“Bahan bacaan ini boleh dihantar atau diposkan ke pusat pengumpulan, sekiranya kuantiti bahan bacaan yang hendak disumbangkan banyak, kita mungkin boleh uruskan untuk pengambilan di lokasi,” katanya.", "Untuk rekod, program pengumpulan bahan bacaan ini bermula 6 September hingga 17 September ini dan penyerahan ke penjara terpilih adalah pada 18 September ini." ]
https://www.melakahariini.my/rmk-12-cukai-karbon-akan-diperkenalkan-pm/
RMK-12: Cukai karbon akan diperkenalkan – PM
[ "KUALA LUMPUR 27 Sept – Malaysia akan menjadi negara neutral karbon seawal-awalnya pada 2050,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.", "“Perincian langkah-langkah lain bagi pengurangan karbon akan diumumkan setelah kajian strategi pembangunan jangka panjang rendah karbon dimuktamadkan pada akhir tahun 2022.", "“Bagi tujuan ini, Kerajaan telah memberi komitmen untuk tidak lagi membina loji janakuasa arang batu yang baharu,” katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dalam sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.", "Tambahnya, walaupun sedar ia memerlukan usaha yang bersepadu serta komitmen dan pelaburan hijau yang tinggi, namun dengan penglibatan Keluarga Malaysia, aspirasi itu bukanlah angan-angan kosong.", "“Komitmen ini akan memastikan Malaysia seiring dengan usaha negara lain untuk mencapai matlamat global dalam menangani perubahan iklim dan meningkatkan daya saing negara.", "“Penjanaan elektrik yang lebih bersih akan dilaksana melalui pengoperasian beberapa loji janakuasa gas di Semenanjung Malaysia bagi menggantikan loji janakuasa arang batu,” katanya." ]
https://www.melakahariini.my/tanah-runtuh-saksi-dengar-bunyi-kuat-sebelum-lihat-tapak-khemah-ditimbus-tanah/
Tanah runtuh: Saksi dengar bunyi kuat sebelum lihat tapak khemah ditimbus tanah
[ "BATANG KALI, 16 Dis – “Saya dengar bunyi kuat seperti guruh sebelum melihat tapak perkhemahan Zone A ditimbus tanah,” kata seorang saksi kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini awal pagi tadi.", "Mangsa Teh Lynn Xuan, 22, berkata dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu beliau baru hendak melelapkan mata untuk berehat selepas melakukan aktiviti pada malam tersebut.", "Katanya sebelum kejadian, beliau bersama kira-kira 21 lagi saudara dan sahabat handai dari Melaka, Selangor dan Singapura sudah berada di tapak perkhemahan berkenaan sejak tiga hari lepas sempena cuti sekolah.", "Teh berkata ketika kejadian khemah yang beliau diami bersama ibunya di Zone B Hill Top telah terbalik namun bernasib baik kerana berjaya menyelamatkan diri dan beredar ke kawasan yang tinggi.", "Seorang lagi mangsa Leong Jim Meng, 57, berkata sebelum kejadian beliau dapat merasakan kawasan di tapak perkhemahan itu bergegar disusuli bunyi kuat.", "“Saya dan keluarga terperangkap kerana khemah kami ditimbus dengan tanah tetapi kami berjaya keluar dan pergi ke kawasan letak kereta berhampiran sebelum menghubungi pihak berkuasa,” katanya.", "“Saya lihat tapak khemah di Zone A telah ditimbus dengan tanah runtuh, saya pergi ke kawasan berkenaan untuk cuba mencari sesiapa yang selamat dan berjaya menarik keluar dua orang, seorang kanak-kanak dan ibunya,” kata Lee.", "Beliau berkata setakat ini 53 mangsa telah dibawa keluar dari kawasan kejadian dan tujuh individu yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu dan Hospital Sungai Buloh manakala mayat mangsa yang terkorban dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi bedah siasat.", "Ketika ini operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilakukan pasukan penyelamat antaranya melibatkan Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa, Ampang, Pandan, Kota Anggerik, Kajang dan Andalas serta Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM)." ]
https://www.melakahariini.my/10000-pelajar-upm-dibenar-kembali-ke-kampus-dengan-sop-ketat-bermula-16-mac/
10,000 pelajar UPM dibenar kembali ke kampus dengan SOP ketat bermula 16 Mac
[ "Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM Prof Dr Arifin Abdu berkata selaras dengan ketetapan ini semua gerak kerja dan persediaan bagi menerima ketibaan pelajar untuk pulang ke kampus sedang giat dilaksanakan.", "“Bagi mencegah risiko penularan pandemik COVID-19 dalam kampus UPM, pihak pengurusan kolej-kolej kediaman UPM telah mengambil keputusan bahawa semua proses dan prosedur berkaitan kemasukan dan pendaftaran pelajar hendaklah dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya SOP yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.", "Beliau berkata pendaftaran untuk menginap di kolej kediaman bagi pelajar Semester Kedua Sesi 2021/2022 akan mengutamakan langkah keselamatan seperti mengisi borang pengisytiharan kesihatan, pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, penggunaan pensanitasi tangan dan penjagaan kesihatan diri yang rapi.", "Katanya pelajar antarabangsa yang telah lengkap vaksin dan telah mendapat dos penggalak dibenarkan kembali ke kampus dan wajib melaksanakan kuarantin tujuh atau lima hari setibanya dari negara asal di pusat kuarantin yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan (KKM) seperti yang ditetapkan oleh kerajaan. – BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/pejabat-jpn-johor-pasar-dan-medan-selera-larkin-ditutup-seminggu/
Pejabat JPN Johor, pasar dan Medan Selera Larkin ditutup seminggu
[ "JOHOR BAHRU, 16 Dis – Pejabat Pelajaran Negeri Johor serta Pasar Awam dan Medan Selera Larkin ditutup seminggu bermula hari ini selepas Jabatan Kesihatan Johor mengesan kes positif COVID-19 membabitkan dua premis itu.", "Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu berkata penutupan hingga 22 Dis itu bagi membolehkan pelaksanaan tindakan pencegahan dan pengawalan penularan jangkitan.", "“Berdasarkan ujian saringan yang dilakukan, seorang kakitangan Jabatan Pelajaran dan seorang pekerja di Pasar Awam Larkin, positif COVID-19,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini." ]
https://www.melakahariini.my/rantau-and-merantau-geography-and-soul/
Rantau and Merantau: Geography and Soul
[ "RANTAU and merantau has been embedded this region since time immemorial. It manifests the spirit of the homeland long before the arrival of the Europeans, and other Asian communities. In the consciousness of the Malays in Malaysia, the practice has long been associated with the Minangkabaus. It is not peculiar to the Minangkabaus. Merantau is also present in the Bugis, Banjarese and Mandailing world view.", "In my last column, I alluded to the statement that the Minangkabaus are sublte colonisers.\nIndeed, one finds Minangkabaus, rather the descendants, from Kedah and Kelantan, to Sabah and Sarawak; and throughout the Malay Archipelago stretching from Acheh to the Philippine islands. The association of merantau to Negeri Sembilan and the adat perpatih is an imperfect myth. It is not entirely incorrect to rationalize merantau to the matrilineal system.", "The merantau narrative brings the Minangkabau especially close to history and geography. But a new meaning may be emerging – the visual and the virtual rantau. Thanks (and no thanks) to Google.", "Merantau and tanah air are twin concepts. Merantau renders civilizational space. It anchors\ncustom and culture. The alam Minangbakau did not only produce adat perpatih. The\nMinangkabau also gives us the Adat Temenggong (patrilineal). In Malaysia, all Malays practice Adat Temenggong, except for those in Negeri Sembilan, and even then, the Negeri Sembilan practice of adat Perpatih may well be by assimilation of the Bugis and other Malay ethnic groups.", "Merantau reflects the intellectual and political beliefs of those resident in the Malay\nArchipelago. From the perpsective of the Minangkabau world view, merantau literally means travelling, sailing, exploring life, and knowledge. Hence merantau is not only geographical but abstract. It is geocultural, and spiritual.", "Some of the earliest merantau was recorded in the 7 th century where gold traders originating from the Minangkabau heartland conducted commercial transactions at the mouth of the Jambi River and was involved in forming the Malayu empire. Massive wanderings began from the 14 th century saw many Minangkabau families moving toward the east coast of Sumatra, establishing trading colonies in Batu Bara and Pelalawan. Many crossed the Straits of Melaka to the peninsula. There was also those who moved through the West coast, taking up residence in Meulaboh, Acheh and Anuek Jamee, Barus, Sibolga, Bengkulu to Lampung. If one were to ask those from Bengkulu, Jambi, Kampar, or Palembang, they would readily evoke their Minangkabau origins. With the fall of Melaka in 1511, Minangkabau families moved to South Sulawesi. There they laid the foundation of the Gowa Sulranate, served as traders and administratros there. Some of the earliest merantau was recorded in the 7 th century where gold traders originating from the Minangkabau heartland conducted commercial transactions at the mouth of the Jambi\nRiver and was involved in forming the Malayu empire. Massive wanderings began from the 14 th century saw many Minangkabau families moving toward the east coast of Sumatra, establishing trading colonies in Batu Bara and Pelalawan. Many crossed the Straits of Melaka to the peninsula. There was also those who moved through the West coast, taking up residence in Meulaboh, Acheh and Anuek Jamee, Barus, Sibolga, Bengkulu to Lampung. If one were to ask those from Bengkulu, Jambi, Kampar, or Palembang, they would readily evoke their Minangkabau origins. With the fall of Melaka in 1511, Minangkabau families moved to South Sulawesi. There they laid the foundation of the Gowa Sultanate, served as traders and administratros there.", "In my 2015 book Batu Uban: Sejarah Awal Pulau Pinang, I described how the Alam\nMinangkabau was shaped by the ethos of merantau. I gave the example of Dato’ Godam and Dato’ Jenaton who moved out of the Ranah at about the same time – circa early 1700, one to Kedah, and Pulau Pinang, and the other to Brunei. Remember then the Sultanate of Brunei stretches to present-day Sarawak and Sabah and parts of western coastal Borneo. The former director of the Brunei History Centre, Dato’ Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri is a descendant of Dato’ Godam.", "Portuguese chronicler Tom Pires wrote in the 16 th century that the population residing on the east coast of Sumatra such as Indragiri and Siak identify their polity as part of the “Tanah Minangkabau” (The Minangkabau region/land), at the same time identifying themselves as Malays. When Minangkabaus take up residence in the rantau, they evolve into Malays.", "The concept of rantau can be returning to one’s place of origin, or rantau larat – the moving out not to return. Perhaps the best known work on the subject comes from Minangkabau sociologist Mokhtar Naim in his 1973 thesis titled “Merantau: Minangkabau Voluntary Migration.” Translating “merantau’ to “voluntary migration” is not entirely correct. The movement, wandering, if you will, is neither coerced nor voluntary.", "Stretching merantau beyond customary practice, the archipelago has witnessed the movement of peoples traversing the fluidity of narrow waterways and the many straits, negotiating islands, sailing up and down rivers (hulu and hilir). The waterways function as highways that unite and bring together, and borders that separate and divide. The fluidity of “The Sea of Malayu” provide the space for merantau to “buka negeri” (open up land), form families and communities, reside in a place – not as migrants (a modern vocabulary), but as members of the larger family in the rumah Alam Melayu (house of the Malay World).", "The jiwa merantau (the soul of merantau) is seen in the memory and some recent\nwritings/autobiographies in Malaysia. These would be Architecture professor Ezrin Arbi’s\nautobiography Liku Hidup Perantau Minang: Dari Bukit Tinggi ke Kuala Lumpur (2016). and\nsome insights by Datuk Dr. Firdaus Abdullah in his Forward to the book. Firdaus brought in the element of spirit and knowldege in the enterprise of merantau.", "Another is Aziz Ishak’s Mencari Bako (1983). The author, Minister of Agriculture and\nCooperatives under the Tunku Abdul Rahman’s cabinet was a fifth generation Minangkabau. In his book, he raised the phenomenon of a second rantau. Inheriting from his grandfather who settled in Kedah/Pulau Pinang, Ahmad’s is the second rantau (inilah rantau yang kedua). The first rantau was from the Ranah Minangkabau. Ahmad left Pulau Pinang to Kuala Terong, Perak around 1870s – becoming a perantau himself.", "Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican is Professor of Social and Intellectual History with the International Institute of Islamic Thought and Civilization, International Islamic University (ISTACIIUM). He is a Senior Fellow with the Southeast Asia Research Centre and Hub at De La Salle University, Manila, the Philippines." ]
https://www.melakahariini.my/tiga-mayat-mangsa-banjir-lumpur-telemong-ditemukan/
Tiga mayat mangsa banjir lumpur Telemong ditemukan
[ "BENTONG, 20 Dis – Dua mayat wanita dan satu lelaki, dipercayai daripada kumpulan lima individu yang dilapor hilang dalam kejadian banjir lumpur di Telemong, di sini, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.", "Mayat pertama ditemukan pada 1 tengah hari manakala mayat dua wanita ditemukan pada 1.20 tengah hari dan 2 petang, kira-kira dua hingga 5 kilometer dari kawasan mereka dilapor hanyut di kawasan sungai di kampung itu.", "Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Mohd Sufian Yakob berkata operasi mencari dan menyelamat bermula 9 pagi ini di kawasan mereka dilapor hilang.", "“Saya mengesahkan lima orang itu dipercayai hilang…saya juga menerima laporan berhubung satu penemuan mayat tetapi saya perlu mengesahkannya,” kata Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar kepada Bernama.", "Terdahulu Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Telemong Lai Wah Foong berkata laluan masuk ke tempat kejadian sebelum ini tidak boleh dilalui susulan kejadian tanah runtuh di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.- BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/220-masjid-846-surau-jalankan-ibadah-korban/
220 masjid, 846 surau jalankan ibadah korban
[ "Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, Datuk Rahmad Mariman berkata, ibadah korban tahun ini akan melibatkan lebih 1,600 ekor lembu, empat kerbau dan 125 kambing.", "Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Minggu Dakwah (MINDA), Melestarikan Dakwah Insani, Membangun Ummah Madani di Auditorium Masjid Al Azim, di sini, hari ini." ]
https://www.melakahariini.my/kejayaan-jdt-mampu-jadi-pemangkin-bola-sepak-malaysia-hamidin/
Kejayaan JDT mampu jadi pemangkin bola sepak Malaysia – Hamidin
[ "KUALA LUMPUR, 1 Mei – Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah sebagai kelab pertama Malaysia mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Asia (ACL), mampu menjadi pemangkin kepada moral pemain negara untuk mencatat kejayaan lebih tinggi di peringkat antarabangsa.", "Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata kejayaan itu yang meletakkan JDT setanding dengan kelab-kelab terbaik dari benua ini, juga diharap menjadi contoh terbaik kepada arena bola sepak negara.", "“Terbukti dengan kerja keras serta perancangan yang baik seperti diusahakan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, semuanya membuahkan hasil yang amat membanggakan.", "“Kejayaan ini secara tidak langsung akan meningkatkan tahap permainan, kualiti dan mutu bola sepak negara seiring untuk bersaing dengan kelab daripada kuasa besar bola sepak Asia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.", "Skuad Harimau Selatan mengesahkan slot ke pusingan kalah mati ACL selaku juara Kumpulan I dengan 13 mata, selepas menewaskan Ulsan Hyundai 2-1 pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor semalam." ]
https://www.melakahariini.my/syabas-anak-muda/
‘Syabas anak muda!’
[ "KUALA LUMPUR 14 Jun – “Tahniah Damok!”, ucapan itu pastinya menggembirakan dan membanggakan buat pelumba muda negara, Syarifuddin Azman kerana ia dizahirkan oleh pemimpin nombor satu negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin.", "Perdana Menteri menerusi laman Facebook rasmi beliau berkata, kejayaan Syarifuddin, 19, atau lebih dikenali sebagai Damok menjuarai saingan CEV Moto3 Remaja Dunia di Barcelona, Sepanyol semalam cukup membanggakan.", "“Syabas Anak Muda. Tahniah Malaysia. Saya cukup berbangga dan gembira apabila dimaklumkan anak muda Malaysia, Syarifuddin berjaya menggegar Litar Catalunya apabila muncul juara saingan CEV Moto3 Remaja Dunia semalam,” katanya.", "Selain mengucapkan tahniah kepada Syarifuddin, Perdana Menteri turut merakamkan ucapan sama kepada seluruh ahli pasukan atas aksi dan kejayaan itu yang membanggakan negara.", "Syarifuddin, yang bermula di petak ke-10 menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 29 minit 32.553 saat meninggalkan dua peserta tuan rumah David Munoz Rodriguez dan Jose Antonio Rueda Ruiz masing-masing di tempat kedua serta ketiga." ]
https://www.melakahariini.my/ribut-petir-hujan-lebat-dan-angin-kencang-landa-beberapa-negeri/
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang landa beberapa negeri
[ "KUALA LUMPUR, 9 Mac – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri bermula 3 petang hingga 7 malam ini.", "Amaran yang dikeluarkan pada 1.15 tengah hari itu memaklumkan kawasan yang terlibat ialah di Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim); Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat); Jelebu, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.", "Amaran sama dikeluarkan sehingga pukul 5 petang ini bagi Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Limbang.", "Sementara itu, amaran MetMalaysia yang dikeluarkan pada 12.30 tengah hari memaklumkan hujan lebat berterusan peringkat buruk sehingga esok (10 Mac) di Sabah melibatkan kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat." ]
https://www.melakahariini.my/neelofa-sumbang-15-katil-pesakit-covid-19-kepada-hospital-melaka/
Neelofa sumbang 15 katil kepada pesakit COVID-19 di Hospital Melaka
[ "AYER KEROH 10 Jun – Selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa hari ini menyumbangkan 15 buah katil elektronik untuk kegunaan pesakit COVID-19 di Hospital Melaka.", "Berita gembira itu dikongsikan doktor pakar perubatan kecemasan hospital berkenaan, menerusi beberapa perkongsian gambar di akaun Instagram (IG) miliknya malam ini.", "“Semoga Allah mengganjari amal jariah ini dengan pahala dan kebaikan di dunia dan akhirat,” tulisnya dalam hantaran itu bersama sembilan keping gambar sumbangan berkenaan yang turut ‘ditagged’ kepada Neelofa.", "Dari Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:\n“Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain, dia tidak menzalimi saudaranya dan tidak juga membiarkan dia dizalimi. Barangsiapa yang memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan memenuhi hajatnya.", "“Barangsiapa yang menghilangkan musibah kesusahan yang perit dari seorang Muslim, maka Allah akan hilangkan juga darinya kesusahan dan\nkeperitannya pada hari Kiamat.", "Sementara itu, semakan Melaka Hari Ini (MHI) di IG Neelofa mendapati perkongsian gambar mengenai Tabung Kecemasan COVID-19 Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) yang bertujuan membantu pesakit virus berkenaan.", "Hantaran itu menjelaskan objektif utama adalah untuk memberi ruang kepada orang ramai yang ingin berinfak kepada mereka yang lebih memerlukan di saat negara sedang dilanda dengan wabak COVID-19" ]
https://www.melakahariini.my/pendengaran-semakan-kehakiman-pelaksanaan-undi-18-pada-23-ogos/
Pendengaran semakan kehakiman pelaksanaan Undi 18 pada 23 Ogos
[ "KUALA LUMPUR 1 Julai – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 Ogos untuk mendengar permohonan semakan kehakiman oleh 18 anak muda Malaysia bagi mencabar tindakan kerajaan dalam menangguhkan pelaksanaan Undi 18, langkah menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun dan pendaftaran pengundi automatik (AVR).", "Peguam New Sin Yew yang mewakili kumpulan itu berkata mahkamah juga menetapkan 9 Ogos bagi kedua-dua pihak memfailkan hujahan dan pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 3 Ogos.", "“Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid akan mendengar kes itu pada 9 pagi,” katanya kepada pemberita melalui WhatsApp selepas pengurusan kes tersebut, yang dijalankan secara dalam talian di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Azdianur Abu Samah.", "Pada prosiding dalam talian itu, Peguam Kanan Persekutuan Noor Atiqah Zainal Abidin bertindak bagi pihak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya selaku responden.", "Pada 2 April lalu, kumpulan anak muda itu yang berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun, memfailkan tindakan undang-undang memohon beberapa perintah mahkamah susulan tindakan responden yang menangguhkan pelaksanaan Undi 18.", "Menerusi permohonan itu, mereka memohon satu deklarasi bahawa tindakan kerajaan menangguhkan pelaksanaan langkah menurunkan had umur pengundi daripada 21 kepada 18 sebagai tidak rasional, tidak sah, tidak seimbang serta adalah satu bentuk penindasan pengundi.", "Mereka turut memohon deklarasi bahawa anak muda yang berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun adalah berhak mengundi pada atau sebelum Julai 2021." ]
https://www.melakahariini.my/wanita-kantoi-sorok-dadah-dalam-pakaian-dalam/
Wanita ‘kantoi’ sorok dadah dalam pakaian dalam
[ "KOTA BHARU 5 Feb. – Seorang wanita sanggup menyembunyikan sejumlah dadah jenis syabu dan pil Erimin 5 di dalam pakaian dalamnya semata-mata bagi mengelak dikesan polis selepas ditahan bersama sepupu lelakinya dekat Tumpat, hari ini.", "Menurut Pegawai Pemerintah Batalion Kesembilan Pasukan Gerakan Am (PGA9) Superintendan Nor Azizan Yusof, lelaki berusia 25 tahun dan wanita berusia 26 tahun itu ditahan pada jam 12.45 tengah malam berdekatan Kampung Kubang Batang, Tumpat di dalam sebuah kereta jenis Honda Jazz oleh sepasukan anggota risik yang membuat rondaan.", "Beliau berkata kenderaan suspek ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan yang dikatakan sering berlaku kegiatan pengedaran dadah sekitar Wakaf Bharu dan Pengkalan Kubor.", "“Ketika pemeriksaan dilakukan ke atas suspek lelaki polis menemui wang tunai berjumlah RM898 dan pemeriksaan di dalam kenderaan tidak menemui apa-apa barang salah.", "“Pemeriksaan ke atas suspek wanita pula menemui beberapa paket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat enam gram dan kerajang-kerajang mengandungi pil disyaki dadah jenis Erimin 5 sebanyak 25 biji, dianggarkan bernilai RM975 yang disembunyikan di dalam pakaian dalam wanita itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.", "Sementara itu, Nor Azizan berkata, ujian saringan air kencing suspek lelaki didapati positif dadah jenis methamphetamine manakala suspek wanita positif amphetamine.", "“Semakan rekod lampau mendapati suspek lelaki pernah ditahan berkaitan dadah pada 2016. Susulan tangkapan ini satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Chabang Empat, Tumpat untuk tindakan lanjut,” katanya.", "Nor Azizan berkata, kedua-dua suspek telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 15 (1)(a) akta sama." ]
https://www.melakahariini.my/penunggang-motosikal-tular-lari-daripada-polis-berjaya-ditahan/
Penunggang motosikal tular lari daripada polis berjaya ditahan
[ "SHAH ALAM, 23 Nov – Polis berjaya menahan seorang lelaki yang tular menerusi media sosial kerana aksi berbahayanya melarikan diri dengan sebuah motosikal ketika dikejar kereta peronda polis di persimpangan Jalan Air Manis-Sungai Besar, Sabak Bernam.", "Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Agus Salim Mohd Alias berkata insiden itu berlaku antara 11.30 pagi hingga 12 tengah hari, Isnin lepas manakala lelaki berusia lingkungan 30-an itu berjaya ditahan semalam.", "“Ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis morfin selain memiliki lima rekod kesalahan lampau berkaitan dadah, dua rekod jenayah dan dikehendaki polis berkaitan kesalahan jenayah komersial,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Agus Salim berkata polis turut merampas motosikal yang digunakan lelaki terbabit seperti yang tular dalam media sosial dan semakan mendapati kenderaan itu tidak mempunyai rekod senarai hitam polis.", "Beliau berkata lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.", "Baru-baru ini, sebuah video berdurasi 17 saat tular menerusi media sosial memaparkan penunggang motosikal membuat pusingan U secara berbahaya dan memecut di persimpangan Jalan Air Manis-Sungai Besar, Sabak Bernam kerana melarikan diri daripada dikejar kereta peronda polis." ]
https://www.melakahariini.my/isu-kalimah-allah-anwar-ingatkan-jangan-putar-belit-fakta-tipu-rakyat/
Isu kalimah Allah: Anwar ingatkan jangan putar belit fakta, tipu rakyat
[ "KUALA LUMPUR, 13 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak memutar belit fakta mengenai hal penggunaan kalimah Allah dan menggunakannya untuk menipu rakyat.", "Ketika menjelaskan dakwaan setengah pihak yang beliau telah mengelirukan Dewan Rakyat berhubung perkara tersebut, Anwar bertegas beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bercanggah.", "“Saya menghadap Sultan Selangor atas titah Tuanku. Apa yang Sultan Selangor sebut iaitu dalam soal perakuan Kabinet tentang tidak membolehkan kalimah Allah digunakan di Semenanjung Tanah Melayu diperkenan, kemudian kelonggaran untuk Sabah dan Sarawak.", "“Oleh kerana ada pindaan, Tuanku beri pandangan sebaiknya pindaan yang nak dicadangkan untuk diperkemas peraturan itu dibawa kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) supaya Tuanku sendiri mempersembahkan kepada Majlis Raja-Raja (MRR).", "“Apa yang bertentangannya? Nak putar belit tipu rakyat sebab apa? Nak dapat keuntungan politik jangan dengan menipu,” kata beliau pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.", "Anwar berkata demikian sekali gus membidas Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) yang pada permulaan persidangan hari ini bangkit mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36(12) menuntut Perdana Menteri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan bercanggah.", "Zulkafperi merujuk kenyataan Anwar di Dewan Rakyat pada 23 Mei lepas yang menafikan dakwaan kerajaan tidak merujuk Yang di-Pertuan Agong mengenai keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menarik balik rayuan keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan penggunaan kalimah Allah.", "Menurut Zulkafperi, ia berikutan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 7 Jun yang menunjukkan kerajaan belum merujuk kepada MRR sebelum menarik balik rayuan itu.", "Menerusi titah itu, baginda selaku Pengerusi MKI mencadangkan supaya isu kalimah Allah dibawa kepada badan itu pada Ogos depan sebelum ia diangkat kepada MRR Oktober ini.", "Pada masa sama Perdana Menteri menegaskan keputusan kerajaan untuk menarik balik rayuan dalam isu kalimah Allah telah dirujuk kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi panggilan telefon yang dibuat semasa mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Feb lepas." ]
https://www.melakahariini.my/528-tahanan-lolos-pdrm-imigresen-diarah-lakukan-siasatan-terperinci/
528 tahanan lolos: PDRM, Imigresen diarah lakukan siasatan terperinci
[ "Kesemua tahanan itu adalah pelarian yang dipindahkan dari Kem Wawasan Langkawi dan ditahan kerana menceroboh perairan negara serta melanggar Akta Imigresen pada tahun 2020.", "Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali berkata pihaknya mengerahkan lebih 150 keanggotaan bagi mengesan saki-baki pelarian terbabit yang dipercayai masih berada di dalam negara ini.", "Beliau berkata keanggotaan yang terlibat antaranya terdiri daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) membabitkan kontinjen Pulau Pinang, Kedah serta Perak.", "“FRU dan PGA yang dikerah akan dikoordinasikan oleh Ketua Polis Negeri masing-masing bagi mengesan mereka (pelarian Rohingya yang masih lolos),” katanya kepada Bernama hari ini.", "Kejadian pada kira-kira 4.30 pagi itu dikatakan berlaku selepas rusuhan melibatkan 664 tahanan di depot berkenaan dan mereka meloloskan diri setelah memecahkan pintu blok serta jeriji penghadang.", "Berikutan kejadian itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen melakukan siasatan terperinci berhubung punca utama insiden tersebut.", "“Sehingga kini, 382 tahanan ditahan semula oleh pihak PDRM dan semua agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Dalam Negeri dikerahkan dalam operasi bersepadu bagi menahan semula kesemua tahanan yang melarikan diri,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.", "Hamzah berkata Malaysia adalah negara yang tidak mengiktiraf status pelarian Rohingya dan keberadaan mereka di negara ini hanyalah atas dasar kemanusiaan.", "“Bagi memelihara kedaulatan dan kepentingan rakyat Malaysia, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil kepada mana-mana pihak yang melanggar undang-undang negara,” katanya.", "Dalam pada itu, 13 sekatan jalan raya dilaksanakan menerusi Op Tutup iaitu masing-masing empat di Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang dan Bandar Baharu serta lima di Kulim, Kedah.", "Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud pula berkata kesemua tahanan memecahkan struktur depot dengan kekuatan tenaga memandangkan tiada peralatan ditemukan. – BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/hazani-pengarah-kdnka-bukit-aman-berkuat-kuasa-6-september/
Hazani pengarah KDNKA Bukit Aman berkuat kuasa 6 September
[ "KUALA LUMPUR 3 Ogos – Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali akan memegang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman berkuat kuasa 6 September.", "Superintendan Komunikasi Korporat PDRM Superintendan A Skandaguru dalam kenyataan berkata, tempat Hazani akan diganti Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan, Perjawatan) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Idris Abdullah dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP).", "Pertukaran lain melibatkan Timbalan Pengarah Risikan/Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Dev Kumar M M Sree yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat CP.", "“Turut ditukarkan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman dengan memangku pangkat CP,” katanya.", "Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/Undang-Undang JSJ Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa akan dilantik sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP).", "Jawatan Rusdi akan digantikan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner Polis (SAC).", "Sementara jawatan Mohamad Zainal pula akan diambil alih oleh Penolong Pengarah (D4) Central Criminal Intelligence Unit (CCIU)/Rekod Jenayah, JSJ Bukit Aman, ACP Noor Dellhan Yahaya." ]
https://www.melakahariini.my/13-individu-ditahan-bantu-siasatan-samun-kedai-emas/
13 individu ditahan bantu siasatan samun kedai emas
[ "KUALA LUMPUR 8 Sept – Polis menahan 10 lelaki dan tiga wanita dalam beberapa serbuan di Wangsa Maju, di sini, Sabtu dan Ahad lalu bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai emas di Jalan Metro Perdana, Kepong, akhir bulan lalu.", "Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kesemua warga tempatan berusia 22 hingga 34 tahun itu ditahan dalam operasi bermula pada 12 tengah hari, Sabtu lalu dan berakhir pada awal pagi Ahad.", "“Kesemua yang ditahan mempunyai pelbagai rekod jenayah membabitkan curi kenderaan, samun dan dadah serta siasatan awal polis mendapati kesemuanya adalah rakan,” katanya kepada Bernama hari ini." ]
https://www.melakahariini.my/harga-minyak-masak-botol-dijangka-turun-dalam-masa-terdekat-nanta/
Harga minyak masak botol dijangka turun dalam masa terdekat – Nanta
[ "KUALA LUMPUR, 20 Julai – Harga minyak masak botol dijangka akan turun dalam masa terdekat selari dengan penurunan harga minyak masak mentah dari RM7,000 per tan metrik kepada RM3,600 per metrik tan minggu ini.", "Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata dalam pada itu, strategi dalam menangani inflasi dan kos sara hidup yang dilaksanakan dengan bekerjasama erat bersama Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi juga telah menampakkan hasil terutamanya berkaitan isu ayam dan telur.", "“Strategi lima serampang yang kita laksanakan adalah kawalan harga barang keperluan asas menerusi subsidi bersasar; libat urus berterusan bersama pemain industri bagi menstabilkan harga dan peningkatan penguatkuasaan melalui kolaborasi dengan semua agensi penguatkuasaan untuk mengurangkan ketirisan terutama barang bersubsidi.", "“Selain itu, strategi lain adalah dengan memperluaskan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) meliputi 613 kawasan Dewan Undangan Negeri dalam usaha mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat melalui tawaran barangan asas yang murah sehingga 20 peratus berbanding harga di pasaran setempat,” katanya.", "Strategi terakhir termasuk advokasi perubahan kecil terhadap gaya hidup pengguna untuk mempengaruhi permintaan dan seterusnya harga barangan di pasaran tempatan, katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian itu hari ini.", "Nanta berkata KPDNHEP akan meneruskan strategi lima serampang ini dalam menangani inflasi dan kos sara hidup yang sedang dihadapi negara dan rakyat ketika ini.", "“Melalui sesi libat urus dengan pemain industri bersama kementerian lain termasuk Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi juga kami sudah bincang, memang sesi libat urus ini kami yakin akan beri kesan penurunan pada harga minyak masak dan barangan keperluan lain,” katanya.", "Dalam pada itu, Nanta berkata sehingga kini jualan Perdagangan Borong dan Runcit Malaysia telah mencatatkan rekod baharu pada Mei 2022 dengan pertumbuhan 19.9 peratus tahun ke tahun berjumlah RM129.8 bilion seperti diumumkan Jabatan Perangkaan Malaysia.", "“Sehubungan itu, KPDNHEP telah menilai semula semua inisiatif dan program kementerian berimpak tinggi agar pemulihan ekonomi negara menerusi perdagangan dalam negeri dan pendayaupayaan pengguna terus berjalan seperti dirancang,” katanya.", "Terdahulu, Nanta dalam ucapannya berkata insentif pengurangan kompaun menerusi Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang dilaksanakan bagi tempoh bermula 1 Mac 2022 hingga 30 Jun 2022 akan dilanjutkan untuk empat bulan lagi.", "“Menyelami kesukaran komuniti perniagaan yang rata-rata masih bergelut untuk kembali bangkit daripada kesan pandemik COVID-19, SSM mengambil langkah melanjutkan insentif ini untuk empat bulan lagi berkuat kuasa mulai 1 Julai 2022 hingga 31 Okt 2022.", "“Bersandarkan insentif ini, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90 peratus daripada nilai asal kompaun yang ditawarkan mengikut Akta 125. Mengikut rekod semasa, sebanyak 1,578 syarikat menikmati pengurangan kompaun sejak inisiatif ini diperkenalkan,” katanya." ]
https://www.melakahariini.my/kabel-elektrik-bawah-jambatan-pulau-pinang-terbakar/
Kabel elektrik bawah jambatan Pulau Pinang terbakar
[ "GEORGE TOWN 22 Feb. – Kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang di Km 3.3 dekat sini terbakar yang turut menyebabkan kesesakan teruk trafik di kedua-dua hala dalam kejadian petang ini.", "Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perai Mohd Fadzil Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.27 petang sebelum jentera pertama digegaskan ke lokasi kebakaran.", "“Sebaik pasukan bomba tiba di lokasi, didapati kebakaran melibatkan kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang namun tiada akses laluan ke lokasi untuk membuat pemadaman dan buat masa ini kami memadam api dari atas (jambatan) dahulu.", "“Bagaimanapun, pihak bomba bersama Pasukan Tindakan Kecemasan Jambatan Pulau Pinang sedang berusaha untuk ke lokasi tersebut melalui akses lain, kemungkinan menerusi laut,” katanya ketika dihubungi.", "Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati asap hitam dapat dilihat sejauh kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian, manakala kesesakan pula sepanjang lebih dua kilometer setakat 5 petang tadi." ]
https://www.melakahariini.my/penguasa-kanan-sprm-didakwa-pecah-amanah-us6-94-juta/
Penguasa kanan SPRM didakwa pecah amanah US$6.94 juta
[ "KUALA LUMPUR, 4 Jan – Seorang Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah US$6.94 juta.", "Shahrum Nizam didakwa sebagai penjawat awam iaitu Penguasa Kanan SPRM Gred P44 yang diamanahkan dengan penguasaan wang berjumlah US$6.94 juta (hampir RM30 juta), telah melakukan pecah amanah terhadap wang berkenaan.", "Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Bilik Ketua Cawangan Tindakan Khas (CTK), Aras 14, Blok C, Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya antara 17 Dis 2018 dan 9 April 2019.", "Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dengan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.", "Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Wan Shaharuddin Wan Ladin membantah jaminan diberikan ke atas tertuduh atas alasan kesalahan dilakukan tertuduh serius kerana melibatkan jumlah wang yang besar selain kes ini mendapat liputan media yang luas.", "“Bagaimanapun, jika mahkamah membenarkan ikat jamin, saya mohon jaminan RM10 juta dengan tiga orang penjamin diberikan terhadap tertuduh,” katanya yang mengendalikan kes bersama TPR Datuk Faridz Gohim Abdullah dan Mahadi Abdul Jumaat.", "Peguam K. Ponnusamy yang mewakili Shahrum Nizam memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya yang masih bertugas sebagai penjawat awam tidak mempunyai risiko melarikan diri dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa sepanjang siasatan.", "“Selain itu, anak guam saya sudah berkahwin dan mempunyai dua anak selain mengalami masalah kesihatan iaitu sakit tulang belakang (slip disk) serta kanser hidung,” kata peguam itu.", "Sebelum ini, SPRM mengesahkan penahanan tiga pegawainya bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid.", "Pada 12 April 2021, Mahkamah Tinggi di sini melepas tanpa membebaskan Hasanah daripada pertuduhan melakukan pecah amanah US$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia.- BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/rm100j-bantu-aktiviti-pemulihan-pasca-banjir-mohd-shahar/
RM100j bantu aktiviti pemulihan pasca banjir – Mohd Shahar
[ "Timbalan Menteri Kewangan Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata bantuan itu antara lain termasuk dana RM100 juta yang diperuntukkan bagi aktiviti pemulihan pascabanjir serta membantu pembelian peralatan dan kelengkapan rumah yang musnah akibat bencana banjir.", "Beliau berkata kerajaan turut menyediakan bantuan wang ihsan sebanyak RM5,000 yang akan diberikan kepada waris mangsa banjir yang meninggal dunia selain bantuan RM1,000 yang akan diberikan kepada ketua isi rumah yang terjejas.", "Selain itu, katanya bantuan bayaran balik pinjaman untuk mangsa banjir bagi pinjaman perumahan dan hartanah, kenderaan, kad kredit dan pinjaman peribadi sehingga enam bulan meliputi kemudahan penangguhan atau pengurangan bayaran balik ansuran.", "“Pembiayaan pinjaman peribadi tanpa faedah sehingga RM5,000 oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) dan moratorium selama enam bulan pertama ke atas pembayar ansuran bulanan dan terbuka kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.", "“Untuk usahawan PMKS (Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana), kerajaan telah menyediakan dana khusus sebanyak RM30 juta untuk pinjaman pemulihan banjir di bawah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro di bawah Tekun Nasional,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara hari ini.", "Beliau menjawab soalan tambahan Senator Seruandi Saad yang ingin tahu inisiatif kerajaan bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana banjir yang melanda beberapa negeri.", "Dalam pada itu, Mohd Shahar berkata pinjaman sehingga RM10,000 tanpa faedah dan moratorium diberikan untuk tempoh 12 bulan serta pembiayaan kewangan sebanyak RM5,000 melalui BSN tanpa faedah atau keuntungan dengan tempoh bayaran bermula selepas enam bulan pembiayaan ditandatangani.", "Beliau berkata Bank Negara Malaysia turut mengumumkan kemudahan pembiayaan sebanyak RM20 juta yang disediakan untuk PMKS yang terjejas melalui kemudahan bantuan bencana 2022.", "“Kerajaan setuju memberi dua bulan pengecualian sewa kepada penyewa SME Bank’s Entrepreneur Premises Complex yang terjejas akibat banjir,” katanya. – BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/mrc-sasar-setengah-juta-pengunjung-hingga-hujung-tahun/
MRC sasar setengah juta pengunjung hingga hujung tahun
[ "TAMAN REMPAH 19 Feb. – Melaka River Cruise (MRC) menyasarkan 500,000 pengunjung bakal menggunakan perkhidmatan itu sehingga hujung tahun ini selepas dibenarkan beroperasi semula mulai hari ini.", "Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Datuk Murad Husin berkata, bagaimanapun hanya 50 peratus pengunjung daripada jumlah yang sebenar boleh menaiki bot itu.", "“Jika tempat duduk bot 40 orang, maka hanya 20 orang sahaja yang boleh menaiki bot, begitu juga di kawasan menunggu yang disediakan buat pengunjung,” katanya.", "Januari tahun lalu 74,000 pengunjung dicatatkan dengan pendapatan RM1.6 juta.\nDifahamkan setakat Januari lalu, 34,000 pengunjung RM705,000. penurunan sebanyak 58 peratus." ]
https://www.melakahariini.my/kedutaan-as-adakan-majlis-keberangkatan-maya-buat-dua-kadet-malaysia/
Kedutaan AS adakan Majlis Keberangkatan Maya buat dua kadet Malaysia
[ "KUALA LUMPUR 9 Jun – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia hari ini mengadakan majlis keberangkatan secara maya sebagai tanda penerimaan masuk kadet dari Malaysia yang dipilih melanjutkan pelajaran di dua akademi tentera berprestij di negara itu pada tahun ini.", "Duta Besar AS ke Malaysia Brian D. McFeeters berkata kedua-dua kadet, Mohamad Khairel Adha Mohd Khairee dan Nicholas Ong Yong Xen dipilih menerusi proses pemilihan yang ketat bagi menilai potensi kepimpinan, kecergasan fizikal dan pencapaian akademik mereka.", "Nicholas diterima ke Akademi Tentera Laut AS (USNA) di Annapolis, Maryland untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Operasi Siber, sementara Mohamad Khairel Adha akan mengikuti pengajian di Akademi Tentera Udara AS (USAFA) di Colorado Springs, Colorado dalam bidang Kejuruteraan aeronautik, masing-masing bagi tempoh empat tahun.", "“Rakyat Malaysia yang melanjutkan pengajian di akademi-akademi perkhidmatan tentera AS menjadi seumpama duta besar Malaysia ke AS dan menjalin hubungan sepanjang hayat dengan anggota perkhidmatan dan warga AS.", "“Ikatan yang terjalin ini akan terus mengeratkan hubungan kita. Kadet Nicholas dan Mohamad Khairel bersama-sama dengan barisan rakyat Malaysia yang mengagumkan hari ini,” katanya semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya di sini hari ini.", "Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia Lt Jeneral Datuk Hashim Aman Shah dan Ketua Pejabat Kerjasama Pertahanan di Kedutaan AS di Kuala Lumpur Leftenan Kolonel Lemar Farhad.", "Sehingga kini, seramai 34 rakyat Malaysia telah menamatkan pengajian daripada empat akademi perkhidmatan AS dengan kadet pertama menyertai Kelas Akademi Tentera Laut AS pada 1971, 13 kadet menamatkan pengajian mereka di USNA, empat di USAFA, 12 di West Point dan lima di Akademi Pengawal Pantai AS." ]
https://www.melakahariini.my/kereta-elektrik-melaka-pacu-era-baharu-bidang-teknologi-exco/
Kereta elektrik: Melaka pacu era baharu bidang teknologi – Exco
[ "PAYA RUMPUT 12 Jan – Pembinaan kilang pemasangan kereta elektrik pertama di Malaysia bakal membuka peluang buat Melaka menjadi destinasi terbaharu pelabur membabitkan bidang teknologi.", "Exco Teknologi Datuk Rais Yasin berkata, kejayaan menarik pelabur dalam industri kereta elektrik itu merupakan satu kebanggaan kerana ia bakal menjadi pemindahan teknologi automotif terbesar dalam negara khususnya negeri Melaka.", "“Pembinaan kilang pemasangan kereta elektrik ini merupakan satu perkara yang boleh dibanggakan oleh rakyat negeri ini kerana ia diyakini mampu menarik ramai pelabur terutama dalam bidang teknologi melabur ke negeri ini.", "“Pembinaan kilang itu juga akan membantu aspek pemindahan teknologi (transfer technology) selain membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).", "Sebelum ini, Melaka mengumumkan pelaburan bernilai RM1 bilion oleh Syarikat Fieldman EV Sdn Bhd (FEV) yang akan membangunkan kilang pemasangan kereta elektrik pertama negara.", "Kilang itu akan dibangunkan di kawasan perindustrian Lipat Kajang di atas tapak seluas kira-kira 202 hektar (500 ekar) yang dijangka akan mula beroperasi suku ketiga tahun 2024.", "Dalam pada itu, Rais yang juga Exco Pendidikan berkata, kerajaan negeri juga sedang dalam usaha membawa masuk pelaburan baharu berkaitan teknologi hijau sedikit masa lagi." ]
https://www.melakahariini.my/kerajaan-berhati-hati-perkembangan-global-khususnya-isu-bekalan-makanan-pm/
Kerajaan berhati-hati perkembangan global khususnya isu bekalan makanan – PM
[ "KUALA LUMPUR, 6 Jun – Kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati terhadap perkembangan global terkini khususnya isu bekalan makanan dan kenaikan harga bahan makanan yang menjejaskan kesejahteraan Keluarga Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.", "Beliau berkata bagi menangani krisis ekonomi yang berlaku akibat pandemik dan konflik Rusia-Ukraine, kerajaan telah merangka tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk menstabilkan bekalan dan harga makanan.", "Ismail Sabri berkata krisis berkenaan mengakibatkan Malaysia, rantau Asia serta rantau lain di dunia mendapat bahananya, dengan rantaian bekalan global terjejas akibat fenomena itu menyebabkan harga bahan makanan dunia meningkat melebihi 30 peratus.", "Menurutnya menerusi tindakan jangka pendek, kerajaan mengumumkan untuk membatalkan kelulusan kuota import (AP) barangan makanan dari luar negara serta merta dan menyekat pengeksportan ayam ke luar negara.", "“(Selain itu) memperkenalkan bantuan kewangan secara terus kepada rakyat terutamanya golongan B40 mulai 1 Julai ini, mewujudkan Tabung Agromakanan dengan dana berjumlah RM500 juta melalui pemberian pinjaman mudah kepada pemain-pemain industri agromakanan dan mewujudkan stok penimbal untuk ayam, daging dan ikan bagi memastikan bekalan makanan mencukupi,” katanya.", "Perdana Menteri berkata demikian ketika merafak sembah ucapan tahniah sempena Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan yang berlangsung di Istana Negara, di sini hari ini.", "Ismail Sabri berkata lima langkah jangka pendek itu merupakan pendekatan kerajaan dalam melindungi seluruh Keluarga Malaysia daripada beban kenaikan harga barangan, selain pelbagai subsidi yang dijangka mencecah RM71 bilion tahun ini.", "Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata Malaysia akan terus menyuarakan pendirian dalam menjaga kepentingan dan kedaulatan negara serta membawa suara keamanan sejagat di arena antarabangsa.", "Beliau berkata beberapa siri lawatannya ke luar negara baru-baru ini jelas membuktikan jalinan kerjasama yang baik serta hubungan diplomatik kukuh antara Malaysia dengan negara-negara luar.", "Selain itu, kerajaan akan terus bekerja dalam semangat keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran sebagai Keluarga Malaysia yang merentasi fahaman politik dan ideologi demi kesejahteraan semua.", "Sementara itu, bagi memastikan setiap Keluarga Malaysia tidak tercicir dalam arus pembangunan negara, Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa menambah baik program agenda perlindungan sosial di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.", "Beliau berkata kerajaan telah melaksanakan fasa pertama Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia pada bulan lepas, melibatkan 80 lokaliti bandar dan luar bandar termasuk perkampungan Orang Asli bagi membawa mereka keluar dari kepompong kemiskinan.", "Mengenai fasa peralihan ke endemik di negara ini, Ismail Sabri berkata bermula 1 Mei lepas, pelbagai kelonggaran diperkenalkan bagi mengembalikan kehidupan dan meningkatkan semula semangat rakyat.", "Bagaimanapun, beliau berkata pada masa sama, Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau situasi semasa jangkitan COVID-19 dan bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk memastikan kestabilan kesihatan awam berada pada tahap memuaskan serta berfungsi dengan baik.", "Perdana Menteri dalam ucapannya bagi mewakili pihak kerajaan, perkhidmatan awam dan rakyat turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka.", "“Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Raja Permaisuri Agong dan seluruh ahli keluarga sentiasa dikurniakan Allah SWT kesihatan, dilanjutkan usia dan dianugerahkan dengan setinggi-tinggi kemuliaan.", "“Tuanku payung kepada rakyat dan patik serta sekalian rakyat tumpang berteduh. Semoga Tuanku berdua terus bersemayam di atas singgahsana dengan kedaulatan, dengan segala kehormatan serta kebesaran dan sentiasa dalam perlindungan Allah SWT jua,” katanya mengakhiri ucapan berkenaan." ]
https://www.melakahariini.my/penyanyi-nasyid-didakwa-tanam-17-pokok-ganja-edar-dadah/
Penyanyi nasyid didakwa tanam 17 pokok ganja, edar dadah
[ "Muhammad Yasin, 47, yang hadir ke mahkamah memakai kemeja-T berwarna hitam mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan menanam pokok itu dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Norshila Kamaruddin.", "Bagaimanapun, bagi pertuduhan mengedar dadah, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah kerana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.", "Di Mahkamah Sesyen, pelantun lagu ‘Mimpi Laila’ itu didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis boleh diperoleh sama ada secara terus atau secara tidak langsung di kediamannya di Kondominium Casa Indah, Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara di sini, pada 5.30 petang, 24 Mac lepas.", "Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama, yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.", "Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohammad Al-Saifi Hashim dan TPR Asnawi Abu Hanipah manakala Muhammad Yasin diwakili peguam Yusmaidi Yusoff.", "m ditangkap oleh pihak polis, anak guam saya menerima rawatan di Hospital Pantai. Dia juga mengalami masalah kesihatan dan perlu dibantu untuk mendapatkan rawatan sewajarnya. Dia sering memberi inspirasi kepada masyarakat dengan karyanya dan anak guam saya baru bercerai serta mempunyai anak kecil dan ibu bapa yang sudah tua. Diharap mahkamah mengambil kira faktor-faktor ini untuk memberikan jaminan,” katanya.", "Muhammad Yasin kemudian memberitahu mahkamah bahawa dia memerlukan ubat tambahan kerana dikhuatiri kesihatannya terjejas dan bila-bila masa boleh jadi gila kerana sebelum ini kejadian sedemikian sudah tiga kali berlaku dalam tempoh 10 tahun.", "Mohammad Al-Saifi kemudian berhujah berdasarkan Seksyen 41(B) Akta Dadah Berbahaya tidak membenarkan jaminan diberikan membabitkan kes di bawah peruntukan itu dan tertuduh tidak wajar diberikan jaminan selain mengenai isu perubatan, tertuduh boleh mendapatkan rawatan di penjara.", "Kedua-dua mahkamah menolak permohonan jaminan dan menetapkan 18 Mei ini untuk sebutan kes bagi serahan dokumen dan tertuduh boleh mendapatkan rawatan atas budi bicara penjara.", "Sementara itu, abang kepada Muhammad Yasin, Zain, 50, ketika ditemui pemberita berkata dua anak saudaranya (anak Muhammad Yasin) masing-masing berusia 17 dan 12 tahun reda dengan keadaan yang menimpa bapa mereka dan setia menunggu kepulangannya serta keluarga turut mendoakannya dipermudahkan urusan.", "Pada 25 Mac lepas, media melaporkan semasa serbuan polis di kediaman penyanyi itu, menemukan 17 pokok dalam pasu di almari, di dapur dan di dalam sebuah bilik di rumahnya dipercayai pokok ganja dianggarkan bernilai kira-kira RM10,200. – BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/agong-percaya-kerajaan-mampu-buktikan-pencapaian-awal/
Agong percaya kerajaan mampu buktikan pencapaian awal
[ "KUALA LUMPUR 13 Sept – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah percaya kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mampu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama menerusi amalan budaya kerja berprestasi tinggi serta tumpuan mencapai sasaran jangka pendek dan panjang.", "Seri Paduka bertitah, negara kini berada di landasan yang kukuh dalam menangani pandemik COVID-19 menerusi pembentukan Majlis Pemulihan Negara, pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan serta pakej bantuan kewangan dan rangsangan ekonomi kepada rakyat.", "Bagaimanapun, menurut Al-Sultan Abdullah kerajaan yang baharu dibentuk ini hendaklah segera melipat ganda usaha memerangi COVID-19 dan membawa negara serta rakyat keluar daripada ancaman pandemik itu.", "Justeru, Seri Paduka menyeru semua agensi kerajaan serta wakil rakyat bertindak proaktif turun padang untuk meninjau dan menyelami isu-isu rakyat dari dekat serta memantau pencapaian program-program yang diumumkan.", "“Program jaringan keselamatan sosial seperti inisiatif Wilayah Cakna, Wilayah Bebas Berniaga dan usahawan anak muda kota yang berupaya untuk meringankan bebanan warga kota hendaklah terus diberi tumpuan,” titah Seri Paduka pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini.", "Pada masa sama, Seri Paduka bertitah program pembangunan luar bandar perlu terus dipertingkat dan diperkasa berikutan 7.6 juta warganegara adalah penduduk luar bandar termasuk 198,015 penduduk Orang Asli.", "Al-Sultan Abdullah bertitah kerajaan perlu menentukan pelan strategik pembangunan luar bandar dalam Rancangan Malaysia Ke-12 yang meliputi infrastruktur, ekonomi, keusahawanan, modal insan dan sistem penyampaian dapat dilaksana bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar selain menghadapi pandemik COVID-19.", "Kerajaan juga perlu memberi tumpuan dalam penyediaan infrastruktur perkhidmatan jalur lebar ke seluruh negara bagi pembentukan ekosistem digital lebih baik yang bakal mendorong transformasi sistem penyampaian kerajaan, membantu pertumbuhan ekonomi serta meningkat keupayaan perniagaan perusahaan kecil dan sederhana.", "“Persekitaran mesra digital serta penggunaan automasi dan teknologi tinggi boleh menjadi pemangkin kepada negara untuk beralih daripada industri berintensifkan buruh kos rendah kepada industri berteknologi tinggi. Ia boleh memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan seterusnya berupaya mengurangkan penggunaan tenaga buruh asing,” titah Al-Sultan Abdullah.", "Seri Paduka bertitah pendidikan pasca pandemik juga memerlukan rancangan jangka masa panjang yang mapan dan telus serta bersifat holistik dan komprehensif, selain pendidikan akhlak dan kerohanian wajar diberi tumpuan.", "Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah bertitah agensi yang bertanggungjawab terhadap pertahanan dan keselamatan negara termasuk keselamatan siber perlu sentiasa bersiap siaga dan terus meningkatkan keupayaan masing-masing.", "“Sebarang bentuk tindakan yang cuba mencabar kedaulatan negara hendaklah segera ditangani agar Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang aman lagi berdaulat,” titah Seri Paduka.", "Sementara itu, Seri Paduka menyambut baik langkah kerajaan dalam menggalakkan amalan tadbir urus yang baik berteraskan integriti dengan amalan seumpama itu dapat mewujudkan sistem pemerintahan dan pentadbiran berintegriti, telus dan cekap.", "“Oleh yang demikian, adalah amat bertepatan bagi pelan antirasuah nasional dan pelan antirasuah organisasi untuk terus didokong bagi mencapai aspirasi rakyat beta untuk hidup dalam sebuah negara yang bebas rasuah dan berintegriti,” titah Seri Paduka." ]
https://www.melakahariini.my/bantuan-prihatin-rakyat-dipercepat-dari-mei-kepada-akhir-februari-ini/
Bantuan Prihatin Rakyat dipercepat dari Mei kepada akhir Februari ini
[ "KUALA LUMPUR 27 Jan. – Kerajaan mempercepatkan pelaksanaan Fasa Pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dari Mei kepada akhir Februari ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.", "Menurutnya, bantuan itu diharap dapat memberi manfaat kepada lebih lapan juta penerima B40 yang diluluskan di bawah Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua (BPN 2.0) dan Bantuan Sara Hidup 2020 selain permohonan baharu yang akan diluluskan kelak.", "Dalam pada itu, beliau turut meminta kalangan penerima BPN 2.0 agar bersabar kerana wang yang akan dikreditkan membabitkan jumlah yang besar dan memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk pengkreditan sepenuhnya kepada semua penerima.", "Menurutnya, ini berikutan terdapat kekeliruan membabitkan bayaran BPN 2.0 yang mana Fasa Kedua BPN 2.0 dengan nilai RM2.38 bilion telah mula disalurkan mulai 21 Januari, 2021.", "“Untuk makluman, bagi tempoh 21-24 Januari 2021, sebanyak 6.4 juta akaun telah dikreditkan (dengan wang tersebut). Bagi tempoh 25-29 Januari 2021, sebanyak 3.8 juta akaun sedang atau akan dikreditkan.", "“Mulai 25 Januari 2021, kira-kira 750,000 penerima yang tiada akaun bank sudah mula membuat tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional di Semenanjung Malaysia bagi penerima B40 dan M40,” katanya dalam Laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-38 secara maya, hari ini.", "Selain itu, menyentuh perkembangan mengenai COVID-19, Tengku Zafrul berkata berkata seramai 4,427 individu disahkan pulih daripada virus berkenaan sejak 24 Januari lalu.", "“Harapan kita adalah supaya trend sebegini akan berterusan dan ini dapat menaikkan semangat kita untuk terus mematuhi SOP bagi membendung penularan COVID-19,” katanya." ]
https://www.melakahariini.my/covid-5566-kes-baharu-selangor-kekal-catat-kes-tertinggi/
COVID: 5,566 kes baharu, Selangor kekal catat kes tertinggi
[ "KUALA LUMPUR 8 Jun – Sejumlah 5,566 kes baharu COVID-19 direkod dalam tempoh 24 jam lalu, meningkat sedikit daripada 5,271 kes yang dicatat semalam.", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam laman Twitter berkata, berikutan itu, jumlah kumulatif kes positif di Malaysia setakat ini ialah 627,652 kes.", "Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi iaitu 1,524 kes diikuti Sarawak (707); Negeri Sembilan (505); Kuala Lumpur (466); Johor (456); Sabah (350); Melaka (314); dan Perak (225).", "Selain itu, Kelantan merekodkan 204 kes; Labuan (191); Pulau Pinang (185); Pahang (157); Kedah (148); Terengganu (106); Putrajaya (27); dan Perlis (satu)." ]
https://www.melakahariini.my/kes-basikal-lajak-mahkamah-rayuan-bebaskan-kerani-wanita-daripada-tuduhan-memandu-melulu/
Kes basikal lajak: Mahkamah Rayuan bebaskan kerani wanita daripada tuduhan memandu melulu
[ "Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdulah, dalam keputusan sebulat suara, membenarkan rayuan Sam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi kesalahan itu.", "Beliau berkata Seksyen 163 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan bahawa pertuduhan mesti mempunyai satu kesalahan dan jelas pertuduhan terhadap Sam melanggar peruntukan tersebut.", "Hakim itu berkata mahkamah bersimpati dengan keluarga lapan mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan itu tetapi keputusan sesuatu kes haruslah dibuat mengikut undang-undang dan mengikut keterangan yang ada di mahkamah.", "Sementara itu di luar mahkamah, Sam memohon maaf kepada ibu bapa lapan remaja yang maut dalam kemalangan itu dan berkata dia tidak berniat menyebabkan kemalangan tersebut.", "Dia berkata dia tahu permohonan maafnya tidak akan membawa kembali remaja itu dan tidak dapat mengubat duka serta memberi ketenangan kepada ibu bapa mereka.", "Pada 18 Nov 2019, Mahkamah Majistret Johor Bahru membebaskan Sam tanpa mengarahkannya membela diri atas pertuduhan memandu secara melulu dan menyebabkan kematian remaja itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, Johor pada 3.20 pagi pada 18 Feb 2017 .", "Pada 18 Feb 2021, hakim Mahkamah Tinggi Shahnaz Sulaiman membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan menyerahkan semula kes itu ke Mahkamah Majistret untuk Sam membela diri atas pertuduhan memandu secara melulu.", "Pada 10 Okt 2021, Mahkamah Majistret membebaskan dan melepaskan Sam pada akhir kes pembelaan. Pihak pendakwaan kemudian merayu ke Mahkamah Tinggi.", "Pada 13 April tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mensabitkan Sam terhadap kesalahan memandu secara melulu serta menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000. Dia kemudian memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.", "Lapan remaja yang maut dalam kejadian itu ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.", "Sam diwakili sepasukan peguam termasuk Datuk Hisyam Teh Poh Teik dan Harvinderjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya Tengku Amir Zaki Abdul Rahman dan Muhamad Syafiq Mohd Ghazali yang mewakili pendakwaan." ]
https://www.melakahariini.my/pelanggan-dobi-terkejut-jumpa-ular-sawa-dalam-mesin-dobi-di-johor/
Pelanggan dobi terkejut jumpa ular sawa dalam mesin dobi di Johor
[ "JOHOR BAHRU, 2 Oktober – Seorang pelanggan yang berhasrat untuk membasuh pakaian di pusat dobi layan diri di Jalan Impian Emas 22, Taman Impian Emas, di sini, semalam, terkejut apabila menemukan seekor ular sawa di dalam mesin basuh.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I, Suhaimi Mohd Jamal, berkata seramai tiga anggota dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan daripada pemilik dobi itu pada jam 9.41 pagi.", "“Pelanggan yang menjumpai ular ketika ingin membasuh baju itu terus memaklumkan kepada pemilik kedai dobi tersebut dan pemilik menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan.", "“Ular sawa tersebut adalah berukuran 1.8 meter (6 kaki)ki dan seberat 20 kilogram, berada di dalam salah satu mesin basuh dobi itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.", "Beliau berkata ular itu, yang tidak bertindak agresif, ditangkap dalam masa lima minit dengan menggunakan penjerut dan telah dilepaskan di kawasan yang jauh dari penempatan orang awam." ]
https://www.melakahariini.my/pkp-lubuk-rezeki-buat-kedai-komputer/
PKP ‘lubuk rezeki’ buat kedai komputer
[ "AYER KEROH 22 Jan. – Sebuah kedai peralatan komputer di Taman Tasik Utama, di sini, tiba-tiba menjadi tumpuan orang ramai, sejak akhir-akhir ini.", "Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati orang ramai sanggup beratur sejak kedai tersebut dibuka dari awal pagi, kebanyakannya ingin membeli dan membaiki komputer riba terpakai.", "Difahamkan situasi itu terjadi disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di beberapa negeri termasuk Melaka yang mana murid serta pelajar kini perlu mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) selain kebanyakan pekerja bekerja dari rumah.", "Situasi itu dianggap ‘lubuk rezeki’ buat pemilik kedai memandangkan permintaan tinggi pelanggan yang kini terpaksa menjalani kehidupan norma baharu dengan bekerja dan belajar dalam talian.", "Seorang pekerja kedai terbabit, Abdul Hanif Abdul Rani, 26, mengakui pelanggan tidak putus-putus datang ke kedai itu sejak PKP 1.0 dilaksanakan Mac tahun lalu.", "“Berikutan itu kami telah menawarkan pelbagai promosi termasuklah menjual komputer riba terpakai serendah RM350 dan khidmat baik pulih komputer dengan alat ganti yang berpatutan.", "“Begitupun prosedur operasi standard (SOP) sentiasa kami titik beratkan dengan melayan pelanggan di kaunter hadapan kedai saja bagi mengelakkan mereka berkerumun memasuki kedai,” katanya.", "Dalam pada itu, seorang pelanggan, Soleha Shukor 32, berkata, dia datang untuk membaiki komputer riba bagi membolehkan anak-anaknya mengikuti PdPR selepas sesi persekolahan dibuka pada Rabu.", "“Saya merata cari kedai yang murah di Melaka ni sehinggakan bergerak dari Pantai Puteri, Masjid Tanah dan Alor Gajah namun akhirnya menemukannnya setelah terlihat satu iklan di Facebook.", "“Saya kena baiki komputer riba yang ada bagi memudahkan anak mengikuti pengajian atas talian kerana saya khuatir dia akan keciciran dalam pelajaran,” katanya.", "Bagi Muhamad Hamidi, 36, sebaik PKP 2.0 diumumkan dia terpaksa bekerja di rumah namun berdepan masalah apabila komputer lamanya di rumah rosak.", "“Mahu atau tidak saya terpaksa membaiki komputer berbanding membeli yang baharu kerana kita tidak tahu sampai bila PKP di Melaka akan berakhir,” katanya." ]
https://www.melakahariini.my/derita-muhammad-fakhrullah-dapat-perhatian-japerun/
DUN Serkam: Derita Muhammad Fakhrullah, dapat perhatian Japerun
[ "SERKAM 9 Ogos – Nasib adik Muhammad Fakhrullah Saiful Aszli, 11, kini terlantar selepas terbabit kemalangan empat tahun lalu mendapat perhatian pijak Japerun Serkam.", "Setiausaha Japerun Serkam Roslan Abdul berkata, pihaknya menyampaikan sumbangan lampin pakai buang dan susu ketika melawat Muhammad Fakhrullah di kediaman keluarganya di Taman Pulai Indah, di sini, 5 Ogos lalu.", "“Difahamkan akibat kemalangan, kaki dan tangan kanan Muhammad Fakhrullah patah, lehernya terpaksa ditebuk bagi memudahkan urusan memberikan susu kepada anak ini.", "“Sebelum ini barangan berkenaan dibekalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun saya sudah menghubungi pihak JKM dan isu ini dianggap selesai,” katanya ketika dihubungi." ]
https://www.melakahariini.my/agong-permaisuri-berangkat-tunai-haji/
Agong, Permaisuri berangkat tunai haji
[ "KUALA LUMPUR, 21 Jun – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.", "Majlis keberangkatan Seri Paduka berdua yang diadakan di Istana Negara dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.", "Pada majlis itu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah memimpin bacaan doa, disusuli laungan azan oleh Pembantu Hal Ehwal Islam Istana Negara Mohd Mustafidurrohman Mohd Syahroni.", "Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.", "Kerajaan Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf, yang merupakan kemuncak haji, adalah pada Selasa, 27 Jun, manakala Hari Raya Aidiladha disambut pada Rabu, 28 Jun." ]
https://www.melakahariini.my/pak-cik-apam-balik-lejen-ikat-selera-pelbagai-bangsa/
Pak cik apam balik lejen ikat selera pelbagai bangsa
[ "BANDARAYA MELAKA – Selepas 40 tahun, apam balik disediakan Syaruddin Sultan Mojo Basar atau popular dengan panggilan ‘Pakcik Apam Balik’ lejen masih mengekalkan rasanya yang asli.", "Tidak ada resipi rahsia, tetapi sukatan gula, kacang, jagung dan bancuhan tepung secukup rasa sudah cukup untuk melariskan apam balik disediakan Syaruddin yang kini menginjak usia 80 tahun.", "Setiap kali berniaga, Syaruddin akan mengenakan pakaian yang kemas segak seolah-olah mahu ke pejabat bagi memastikan imej perniagaanya sentiasa terjaga selain kelihatan lebih bersih.", "“Saya mula berniaga sejak tahun 1980-an dan setiap hari boleh jual hingga 200 keping apam balik. Ramai pelanggan masih setia dengan saya kerana mereka berasa puas dengan rasa apam balik dijual.", "“Setiap hari saya buka gerai dari jam 10 pagi hingga 5 petang, tapi kalau bancuhan habis awal maka operasi hari itu tamat lebih awal,” katnaya ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) di gerainya di Kampung Jawa di sini, baru-baru ini.", "Bercerita lanjut mengenai pengalamannya mengusahakan gerai berkenaan, bapa kepada tiga anak ini bersyukur kerana apam balik dijual mengikat rasa pelbagai bangsa di Negeri Melaka ini.", "“Saya berniaga dengan seikhlas hati, ramai yang datang sini beli berpuas hati kerana apam balik ini tebal, isinya banyak dan harga masih berpatutan." ]
https://www.melakahariini.my/anggota-rela-bukan-hanya-kawal-lalu-lintas-majlis-kenduri/
Anggota Rela bukan hanya kawal lalu lintas majlis kenduri
[ "Tugas anggota rela amat sinonim dengan mengawal lalu lintas di majlis kenduri kahwin, pasar malam mahupun majlis keramaian lain, namun, ramai masih tidak tahu pasukan sukarelawan itu turut menggalas peranan penting dalam menjaga keamanan negara dan kesejahteraan rakyat.", "Pengarah Rela Perlis Ahmad Muazzan Shah Mohd Salleh mengakui ramai yang tidak mengetahui tugas dan peranan Rela selain daripada mengawal lalu lintas di majlis keramaian kerana pasukan  itu kurang mendapat publisiti berbanding  pasukan keselamatan lain.", "Beliau berkata mengikut Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2021, terdapat lima peranan dan tugas seorang anggota Rela iaitu membantu mana-mana pasukan keselamatan, membantu mengubah haluan kenderaan bermotor, mengambil bahagian dalam khidmat masyarakat, mengawal bangunan kerajaan dan menjalankan apa-apa arahan daripada Ketua Pengarah Rela.", "Menurut Ahmad Muazzan Shah, peranan Rela dalam membantu pasukan keselamatan negara bukan perkara baharu kerana ia telah bermula sejak awal penubuhan Home Guard (Pengawal Kampung) pada 1948, yang berperanan membantu pihak berkuasa menjaga keselamatan kampung.", "“Sehingga kini, anggota Rela masih menjadi ‘mata dan telinga’ kerajaan dalam menyalurkan maklumat awal bagi membantu pihak berkuasa menjaga keselamatan negara,” katanya kepada Bernama.", "Ahmad Muazzan Shah berkata peranan Rela semakin berkembang ketika pandemik COVID-19 apabila diberikan tanggungjawab membantu pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membendung wabak berkenaan.", "Beliau berkata dalam situasi penularan itu, Rela Perlis turut terlibat membantu pasukan keselamatan dalam Op Benteng bagi mengawal sempadan negara di persisiran pantai Kuala Perlis daripada dicerobohi penyeludup dan pendatang tanpa izin.", "Selain itu, Rela juga membantu pihak berkuasa dalam pengurusan bencana seperti banjir dengan melakukan kerja-kerja pengagihan bantuan kepada mangsa, pembersihan rumah dan sebagainya.", "“Saya harap semangat sukarelawan tanpa mengharapkan apa-apa habuan terus kekal dalam pasukan Rela dan diwarisi oleh generasi akan datang,” katanya. – BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/lima-gajah-betina-berkeliaran-di-kampung-kuala-tiga-ditangkap-perhilitan-kelantan/
Lima gajah betina berkeliaran di Kampung Kuala Tiga ditangkap- Perhilitan Kelantan
[ "TANAH MERAH 27 Jan. – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap sekumpulan lima gajah betina di Kampung Kuala Tiga di sini semalam yang berkeliaran di kawasan itu sejak November lalu.", "Pengarah Perhilitan Ady Ermanty Haniff Mohamed Hanif berkata, kelima-lima haiwan liar ditangkap pada kira-kira 4.30 petang dengan kaedah tembakan pelali semasa lima anggota Perhilitan Daerah Jeli menjalankan pemantauan di kawasan kebun getah milik penduduk.", "Beliau berkata, Perhilitan Kelantan bertindak selepas menerima aduan daripada penduduk mengenai sekumpulan gajah yang berkeliaran di kampung itu dan memasuki kawasan kebun getah mereka.", "“Kesemua gajah liar ini adalah gajah betina dan sebahagian daripada kumpulan gajah yang terdapat di dalam kawasan Hutan Simpan Sokor Taku yang terletak berdekatan kampung itu.", "Ady Ermanty berkata, penangkapan haiwan itu melegakan penduduk di sekitar Kampung Kuala Tiga, Kampung Air Kerla, Kampung Bukit Capong dan Kampung Air Resom.", "Beliau berkata, operasi pemindahan kumpulan gajah liar itu akan dilakukan dalam masa terdekat dengan bantuan kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Lanchang, Pahang dan lokasi pemindahan serta pelepasan semula gajah liar terbabit ialah di Kompleks Taman Negara." ]
https://www.melakahariini.my/tambahan-stok-30-peratus-kepada-peruncit-di-musim-banjir-kpdnhep-kelantan/
Tambahan stok 30 peratus kepada peruncit di musim banjir – KPDNHEP Kelantan
[ "KOTA BHARU, 25 Okt – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan membenarkan tambahan stok sebanyak 30 peratus kepada 67 peruncit di negeri itu bermula 1 Nov.", "Beliau berkata demikian selepas menjalankan Pemantauan Pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2002 di sebuah pasar raya di Pengkalan Chepa, di sini hari ini.", "Mengulas lanjut, Azman berkata sekiranya berlaku bencana di luar jangkaan pihaknya akan mendapatkan bekalan daripada negeri yang tidak terlibat banjir bagi membolehkan keperluan barangan kepada orang ramai tidak terputus." ]
https://www.melakahariini.my/putrajaya-bincang-lockdown-esok/
Putrajaya bincang ‘lockdown’ esok
[ "KOTA BHARU 20 Mei – Cadangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau ‘lockdown’ di seluruh negara akan dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) COVID-19 di Putrajaya esok.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat tersebut dijangka dihadiri Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketua-ketua menteri dan menteri besar.", "“Itu antara langkah-langkah yang perlu difikirkan pihak berkuasa khususnya MKN kerana itu sahaja pilihan yang ada. Selama ini, kita telah melaksanakan PKP, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan sebagainya sama ada secara keseluruhan atau bersasar.", "“Untuk itu, ‘lockdown’ mungkin akan dibincangkan dalam mesyuarat esok (Jumaat) melibatkan kehadiran perdana menteri dan semua menteri-menteri yang terlibat,” katanya kepada pemberita seperti dilaporkan portal Sinar Harian di sini hari ini.", "Beliau menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri Kelantan yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob di Kompleks Kota Darulnaim di sini.", "Diminta mengulas mengenai jumlah jangkitan virus tersebut yang semakin membimbangkan terutamanya sejak Ramadan lalu, Takiyuddin berkata, kerajaan juga sedang berusaha sedaya upaya merancakkan kesedaran masyarakat untuk mengambil vaksin melalui program yang telah dilaksanakan." ]
https://www.melakahariini.my/85134-tan-sisa-banjir-dibersihkan-di-enam-negeri-terjejas-banjir/
85,134 tan sisa banjir dibersihkan di enam negeri terjejas banjir
[ "Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata kerja-kerja pembersihan membabitkan negeri Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutan Kuala Lumpur dan Selangor telah mencapai 98 peratus, manakala Johor mencapai tahap 90 peratus.", "Beliau berkata untuk semalam sahaja, sebanyak 438 tan sisa banjir dibersihkan melibatkan 112 jentera dan 354 pekerja di bawah seliaan SWCorp (SWM Environment Sdn Bhd, Alam Flora Sdn Bhd dan E-Idaman).", "“Sebanyak 48,589 tan sisa banjir dibersihkan di Selangor; 34,100 tan di Pahang; 1,400 tan di Negeri Sembilan; 630 tan di Kuala Lumpur dan 139 tan di Melaka.", "“Manakala di Johor, sebanyak 275.63 tan sisa banjir dibersihkan sehingga semalam,” kata beliau kepada pemberita ketika Operasi Mega Pembersihan Pascabanjir di Johor di Kampung Baru Lenga, dekat sini, hari ini.", "Antaranya pemulihan fasiliti awam melibatkan kos sebanyak RM50 juta dan Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia sebanyak RM50 juta bagi baik pulih rumah rosak dan bina rumah baharu.", "Selain itu, bagi kerja-kerja pembersihan sisa banjir membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT) pula, sebanyak RM12.5 juta diperuntukkan dan RM5 juta lagi adalah untuk Bantuan Bakul Bencana.", "“Pihak kementerian juga akan mengumpul dan mengemas kini data, memandangkan ada beberapa lagi pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka dan menjangkakan akan menambah jumlah peruntukan untuk program pemulihan pascabanjir ini.", "“Proses mengumpul dan mendapatkan data terkini ini juga akan melibatkan pelbagai pihak seperti pejabat daerah, PBT dan Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya.- BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/artifak-sejarah-baharu-akan-muncul-di-melaka/
Artifak sejarah baharu akan muncul di Melaka
[ "KOTA LAKSAMANA 18 Mei – Artifak sejarah terbaharu akan muncul di Melaka melalui kerja-kerja penggalian terowong lama yang sedang berjalan di sekitar Bukit Melaka ketika ini.", "Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata, bentuk bahan sejarah itu masih belum didedahkan memandangkan ia masih lagi di peringkat kajian.", "“Penggalian terowong masih lagi dalam peringkat kajian dan akan ada artifak sejarah baharu yang akan muncul di Melaka melalui kerja-kerja pengalian di terowong ini,” katanya.", "“Kajian untuk mengenal pasti tapak sebenar Istana Melaka sendiri dari dulu sampai sekarang masih belum dapat diputuskan serta memerlukan kajian lanjut.", "“Begitu juga dengan kerja-kerja galian terowong lama ini, cuma kita boleh katakan Melaka nanti akan mempunyai artifak sejarah baharu melalui kerja-kerja mengali terowong ini,” ujarnya.", "Berdasarkan perkembangan itu, kata beliau, pihaknya berharap agar kerajaan Pusat melalui kementerian terlibat dapat memberi tumpuan serius dengan membantu PERZIM melaksanakan projek itu dengan berkesan." ]
https://www.melakahariini.my/prn-johor-hari-mengundi-pada-12-mac-penamaan-calon-26-feb-spr/
PRN Johor: Hari mengundi pada 12 Mac, penamaan calon 26 Feb – SPR
[ "JOHOR BAHRU 9 Feb – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.", "Pengumuman dibuat Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung pilihan raya negeri itu di sini hari ini.", "Beliau berkata Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRN Johor ke-15 ini adalah Daftar Pemilih Induk 2021 yang dikemas kini sehingga 21 Jan 2022.", "“Daftar pemilih tersebut mengandungi seramai 2,597,742 pengundi yang terdiri daripada 2,574,835 orang pengundi biasa; 10,955 orang anggota tentera dan pasangan; 11,576 anggota polis dan pasangan Polis Pasukan Gerakan Am serta 376 orang Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara,” kata beliau.", "Sementara itu, dalam satu kenyataan, Abdul Ghani berkata PRN bagi mengisi kekosongan 56 kerusi Dewan Negeri itu dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM96 juta.", "Beliau berkata seramai 56 orang pegawai pengurus pilihan raya dilantik yang dibantu oleh 186 orang penolong pegawai pengurus manakala 49,290 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses Pilihan raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor ke-15.", "“Manakala, sebanyak 1,021 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 4,638 tempat mengundi atau saluran dan 63 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 82  tempat mengundi atau saluran awal akan digunakan,” katanya.", "Abdul Ghani berkata sebanyak 962 buah pusat mengundi biasa akan dibuka pada hari mengundi dari 8 pagi sehingga 6 petang manakala baki 59 pusat mengundi akan dibuka mengikut waktu yang telah diwartakan.", "“Manakala bagi pusat mengundi awal, sebanyak 29 buah pusat mengundi akan dibuka dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari; lapan buah pusat mengundi dibuka pada pukul 8 pagi sehingga 2 petang manakala 26 buah pusat mengundi akan dibuka pada pukul 8 hingga 5 petang,” katanya.", "Bagi urusan permohonan undi pos luar negara dan dalam negara, Abdul Ghani berkata permohonan undi pos untuk pengundi kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan kategori 1C (sembilan agensi dalam sektor keselamatan dan kesihatan) dibuka mulai hari ini sehingga 18 Feb.", "“Permohonan undi pos untuk kategori 1B dan 1C boleh dilaksanakan secara dalam talian. Manakala bagi kategori Borang 1A (petugas pilihan raya, ahli/pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera dan petugas media) mula dibuka bermula hari ini sehingga 24 Feb,” katanya." ]
https://www.melakahariini.my/spr-akan-adakan-mesyuarat-khas-bagi-tentukan-tarikh-penting-pru-15/
SPR akan adakan mesyuarat khas bagi tentukan tarikh penting PRU-15
[ "PUTRAJAYA, 10 Oktober – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan menentukan tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan pembubaran Parlimen Penggal ke-14, oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.", "Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, dalam kenyataan hari ini, berkata mesyuarat khas itu yang turut mengambil kira pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N66 Bugaya, Sabah, akan diadakan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.", "Mengambil maklum pengisytiharan pembubaran Parlimen ke-14, Ikmalrudin berkata permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi PRU15 dibuka serta-merta namun tarikh tutup berkenaan akan dimaklumkan kelak selepas mesyuarat bagi menentukan tarikh pilihan raya kelak.", "Ismail Sabri dalam perutusan khas mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 berkuat kuasa hari ini. Pembubaran itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.", "Dalam pada itu, Ikmalrudin  berkata permohonan undi pos bagi Kategori 1A iaitu petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera dan petugas media, perlu memohon secara manual menggunakan Borang 1A.", "“Borang 1A boleh dimuat turun daripada portal rasmi SPR di https://www.spr.gov.my. dan dihantar ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya berkenaan. Alamat dan maklumat Pejabat Pegawai Pengurus boleh dirujuk di portal rasmi SPR, katanya.", "Bagi Kategori 1B iaitu warganegara Malaysia yang berada di luar negara dan kategori 1C yang terdiri daripada agensi atau organisasi, permohonan perlu dikemukakan secara dalam talian melalui portal https://myspr.spr.gov.my/login, katanya." ]
https://www.melakahariini.my/lelaki-serang-petugas-pelajar-pusat-tahfiz-positif-dadah/
Lelaki serang petugas, pelajar pusat tahfiz positif dadah
[ "KUANTAN, 13 Ogos – Dua daripada lima lelaki yang disyaki terlibat dalam kes menyerang petugas dan pelajar sebuah pusat tahfiz di Lipis yang tular di media sosial telah ditahan di sekitar Damak Jerantut, semalam.", "Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata dua suspek berusia 30-an itu turut mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan jenayah dan dadah selain ujian saringan air kencing mereka juga didapati positif methamphetamine.", "Beliau berkata kedua-dua mereka telah direman selama empat hari bermula hari ini manakala polis telah mengenal pasti identiti tiga lagi suspek yang masih bebas dan usaha mengesan mereka masih giat dilakukan.", "“Siasatan awal mendapati, lima suspek berkenaan telah ke pusat tahfiz itu sekitar 5.10 petang semalam dan tiga daripada mereka dipercayai bertindak menyerang seorang petugas tahfiz serta seorang pelajar di situ.", "Akibat serangan itu, petugas tahfiz berkenaan yang juga merupakan seorang ustaz telah cedera di sebelah mata kanan dan menerima empat jahitan selain lebam di badan manakala pelajar tersebut telah mengalami sakit badan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Menurut beliau, hasil siasatan awal juga mendapati kejadian dipercayai berpunca akibat perasaan tidak puas hati bayaran makanan yang dikenakan di pusat tahfiz itu.", "Sementara itu, Azli merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang membantu untuk mengesan suspek selain menasihatkan masyarakat supaya tidak menularkan video berkenaan dan membuat spekulasi berhubung kes itu. – BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/gangguan-web-aplikasi-maybank2u/
Gangguan web, aplikasi Maybank2u
[ "KUALA LUMPUR 25 April – Perkhidmatan Maybank menerusi kaedah pembayaran atas talian atau FPX, penggunaan debit dan aplikasi MAE tidak dapat digunakan buat sementara waktu." ]
https://www.melakahariini.my/sabah-fc-harap-bawa-pulang-mata-malam-ini/
Sabah FC harap bawa pulang mata malam ini
[ "KOTA KINABALU 6 Mac. – Kelab Bola Sepak Sabah (Sabah FC) berharap membawa pulang sebarang mata dalam perlawanan pertama Liga Super 2021 malam ini menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka.", "Ketua Jurulatih Sabah FC Kurniawan Dwi Yulianto berkata, perlawanan menentang Melaka United malam ini bukanlah sesuatu yang mudah terutama ketika pemain import pasukan itu masih belum pasti dapat diturunkan atau tidak.", "“Bukan itu sahaja, pemain import belum pasti dapat diturunkan kerana terdapat banyak regulasi yang perlu dijalankan untuk ke Malaysia,” katanya dalam temu bual yang dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi Sabah FC, hari ini.", "Empat pemain import Sabah FC ialah Saddil Ramdani (Indonesia), Sam Johnson (Liberia), Risto Mitrevski (Macedonia) dan Levy Madinda (Gabon), bagaimanapun media sebelum ini melaporkan Sabah FC masih menunggu kebenaran Kementerian Kesihatan untuk pemain itu beraksi kerana masih dikuarantin.", "Kurniawan berharap agar pemain tempatan Sabah tidak mudah berputus asa dan terus bermain seperti yang telah dirancang mereka pada malam ini.", "Katanya, beliau percaya pemain tempatan yang sedia ada dapat melakukan sesuatu, malah ketiadaan pemain import mampu memotivasikan mereka untuk bermain dengan lebih baik." ]
https://www.melakahariini.my/mangsa-banjir-di-johor-terus-meningkat/
Mangsa banjir di Johor terus meningkat
[ "JOHOR BAHRU, 25 Jan – Keadaan banjir di Johor semakin membimbangkan dengan jumlah mangsa terus meningkat kepada 3,967 orang setakat 12 tengah hari ini, berbanding 3,612 pagi tadi.", "Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan sebanyak enam pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka menjadikan keseluruhan 41 PPS di lima daerah terjejas banjir setakat ini.", "JPBN memaklumkan di Kota Tinggi seramai 568 mangsa daripada 138 keluarga berlindung di enam PPS manakala di daerah Mersing, terdapat empat PPS yang menempatkan 640 penduduk daripada 194 keluarga.", "Batu Pahat pula mencatatkan seramai 151 mangsa daripada 32 keluarga yang dipindahkan ke dua PPS sementara dua PPS dibuka di Muar sebagai persediaan kemungkinan daerah berkenaan dilanda banjir, menurut jawatankuasa itu.", "Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala di daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian dijangka menerima hujan lebat berterusan tahap buruk, hari ini.", "Sementara itu, tiga sungai di Johor melepasi paras bahaya dengan trend menaik iaitu Sungai Muar (muara Sungai Gemas) berada pada paras 19.13 meter (m), Sungai Segamat (Segamat Kecil) 37.55m dan Sungai Kahang (Kampung Contoh) 15.7m." ]
https://www.melakahariini.my/sprm-tahan-pengerusi-koperasi-disyaki-terima-rasuah-bernilai-rm16-juta/
SPRM tahan pengerusi koperasi disyaki terima rasuah bernilai RM16 juta
[ "GEORGE TOWN 11 Julai – Seorang pengerusi lembaga pengarah sebuah syarikat koperasi hartanah yang bergelar Datuk, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki terbabit menerima rasuah berjumlah lebih RM16 juta.", "Sumber SPRM memberitahu, suspek didakwa menerima sogokan tersebut daripada seorang pengarah syarikat pemaju bergelar Tan Sri, melalui syarikatnya sebagai balasan melantik syarikat pemaju tersebut untuk projek usahasama yang dijalankan di tanah-tanah milik koperasi bagi tujuan pembangunan.", "Katanya, suspek berdepan dengan lebih 160 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA 2001).", "Katanya, suspek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok atas kesalahan menerima rasuah berupa wang dan barangan berharga dianggarkan berjumlah lebih RM16 juta." ]
https://www.melakahariini.my/pemansuhan-syarat-i-sinar-permudahkan-proses-pengeluaran-daripada-akaun-1/
Pemansuhan syarat i-Sinar permudahkan proses pengeluaran daripada akaun 1
[ "KUALA LUMPUR 11 Feb. – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar untuk menambah baik inisiatif tersebut selepas mengambil kira maklum balas awam, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.", "“Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran daripada simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki sedia ada.", "“Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "“Bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000,” katanya.", "Beliau berkata berikutan perubahan yang perlu dilakukan kepada sistem dan proses dalaman i-Sinar Online, KWSP memerlukan masa yang mencukupi untuk melaksanakan pembaharuan ini.", "“Pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat oleh KWSP dan kerajaan amat menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli sementara perubahan sistem ini dilaksanakan,” katanya.", "Beliau turut menasihati ahli untuk merujuk maklumat sahih daripada KWSP melalui saluran komunikasi rasminya dan sentiasa berwaspada dengan maklumat yang tidak sahih dan bertujuan untuk menipu atau mengelirukan ahli." ]
https://www.melakahariini.my/carum-perkeso-keluarga-penghantar-makanan-maut-kemalangan-terima-faedah-sepanjang-hayat/
Carum Perkeso: Keluarga penghantar makanan maut kemalangan terima faedah sepanjang hayat
[ "AYER LIMAU 20 September – Keluarga penghantar makanan, Allahyarham Muhammad Alif Bakar, 29, maut dalam kemalangan jalan raya menerima tiga faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).", "Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem berkata, keluarga Muhammad Alif menerima dua faedah sepanjang hayat berjumlah RM1,426.54 setiap bulan hasil caruman bersama Perkeso.", "Jelasnya, ketika bekerja sebagai penghantar makanan Muhammad Alif mendapat perlindungan dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta789) bermula 25 Ogos 2022.", "“Walaupun baharu seminggu mencarum dibawah Akta 789 manfaat itu akan terus diberikan kepada waris iaitu ibu dan bapa Muhammad Alif yang layak menerima faedah dua faedah itu sepanjang hayat.", "“Perkeso akan memberikan Faedah Penakat mengikut Akta 4 dan Faedah Orang Tanggungan bagi Akta 789 disamping turut menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 dibayar secara ‘one-off’,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan penyerahan cek di kediaman keluarga Allahyarham Muhammad Alif di Felcra Ramuan China, di sini, hari ini.", "Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mhyteen Kunju Basheer dan Pengarah Perkeso Negeri Melaka, Abdul Razak Omar.", "Dalam kunjungan itu, bapa Allahyarham, Bakar Kata, 67 dan ibunya, Fauziah Ahmad, 63, menerima tiga replika cek masing-masing berjumlah RM868.54 bagi Faedah Pencen Penakat, RM558 bagi cek Faedah Orang Tanggungan dan RM2,000 bagi Faedah Pengurusan Jenazah." ]
https://www.melakahariini.my/smart-sbb-kurangkan-kebergantungan-pesawah-terhadap-orang-tengah/
SMART SBB kurangkan kebergantungan pesawah terhadap orang tengah
[ "ALOR SETAR, 13 Feb – Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang mula dilaksanakan tahun lepas dilihat dapat membantu pesawah untuk mengurangkan tahap kebergantungan mereka terhadap orang tengah dalam industri padi beras.", "Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata program yang dikendalikan kementeriannya itu juga akan mengelakkan pesawah dibebani hutang dengan pihak lain untuk mengusahakan tananam mereka.", "“Dalam industri padi memang ada orang tengah dan ini adalah bagi memudahkan pesawah kerana mereka (orang tengah) akan membantu dan membiayai kos-kos yang perlu ditanggung oleh pesawah. Tetapi, bukan industri padi sahaja, industri-industri lain juga ada elemen orang tengah ini.", "“Melalui SMART SBB ini, kita temukan pesawah terus dengan syarikat peneraju, jadi pesawah tidak perlu berhutang dengan mana-mana pihak untuk usahakan tanaman padi mereka. Program ini tidak akan mengakibatkan pesawah berhutang kerana semua kos pengurusan akan ditanggung oleh syarikat peneraju,” katanya selepas merasmikan Program SMART SBB di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) C-IV Kangkong, di sini hari ini.", "Pada majlis itu, beliau turut menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK); MADA dengan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dan MADA dengan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).", "Mengulas mengenai pelaksanaan program itu di negeri ini, Ronald berkata sebagai permulaan ia melibatkan kawasan seluas 100 hektar bertempat di Kampung Tok Jering di bawah pengendalian PPK A-IV Batas Paip yang melibatkan 32 pesawah dan Kampung Permatang Ibus di bawah PPK C-IV Kangkong yang melibatkan 11 pesawah.", "“Kesemua pesawah yang menyertai program ini adalah secara sukarela. Mereka hendak sertai SMART SBB ini atau tidak itu pilihan mereka, cuma bezanya sebelum ini pengurusan sawah, kos tanggungan atas pesawah sendiri tetapi melalui program ini syarikat peneraju yang akan tanggung semua.", "“Hasil keuntungan padi semua milik pesawah jadi mereka tidak perlu bimbang dan memang tidak timbul isu pesawah akan kehilangan sawah mereka. Jadi, saya harap selepas ini lebih ramai pesawah di bawah MADA akan sertai program yang dapat beri keuntungan kepada mereka ini,” katanya.", "Dalam pada itu, beliau berkata sejak September 2020 sehingga kini sebanyak 19 syarikat peneraju telah menandatangani memorandum persefahaman dengan kerajaan untuk menyertai SMART SBB dengan menyasarkan pembangunan kawasan penanaman padi seluas 300,000 hektar.", "“Seramai 3,811 pesawah telah mendapat manfaat daripada program SMART SBB ini yang melibatkan kawasan penanaman padi seluas 950 hektar di beberapa tempat termasuk Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor dan IADA Seberang Perak,” katanya.- BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/kampung-indah-hidup-harmoni/
DUN Telok Mas: ‘Kampung indah, hidup harmoni’
[ "Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas Datuk Abdul Razak Abdul Rahman mengambil inisiatif turun padang bagi menyertai masyarakat melakukan gotong-royong di kampung-kampung.", "“Ini adalah satu contoh yang baik untuk diikuti kampung-kampung lain. “Kampung Indah, Hidup Harmoni,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini." ]
https://www.melakahariini.my/mot-kaji-teliti-punca-kemalangan-dua-tren-lrt/
MOT kaji, teliti punca kemalangan dua tren LRT
[ "KUALA LUMPUR 26 Mei – Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang meneliti secara terperinci berhubung persepsi yang semakin meluas bahawa ‘kecuaian manusia’ punca berlakunya kemalangan membabitkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya, kelmarin.", "Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan ‘faktor manusia’ hanya satu daripada aspek dalam siasatan kerana banyak lagi faktor keseluruhan teknikal dan operasi turut diteliti.", "Menurutnya, Jawatankuasa Siasatan yang terdiri daripada sembilan kakitangan diketuai Ketua Setiausaha MOT, Datuk Isham Ishak sudah memulakan siasatan dari pelbagai aspek, termasuk berkaitan kecuaian manusia.", "“Kami juga menegaskan bahawa seorang kakitangan (hostler) yang terlibat dalam kejadian itu telah disahkan negatif dadah oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 25 Mei (semalam).", "“Oleh itu, saya dan Jawatankuasa Siasatan menggesa orang ramai agar bersabar dan tidak mensensasikan sesuatu berita tidak tepat serta memberikan ruang kepada Jawatankuasa Siasatan melakukan siasatan mengikut tertib,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Terdahulu beliau melawat mangsa tragedi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa semalam untuk mendapatkan taklimat oleh Ketua Pengarah HKL, Datuk Dr Heric Corray mengenai keadaan mangsa di bawah jagaan mereka.", "“Seramai 67 mangsa dirawat di HKL yang mana 61 orang telah discaj. Pada masa ini, enam mangsa masih dalam rawatan dengan tiga mangsa di bawah zon kritikal." ]
https://www.melakahariini.my/fahmi-mula-tugas-secara-rasmi-sebagai-menteri-komunikasi-digital/
Fahmi mula tugas secara rasmi sebagai Menteri Komunikasi Digital
[ "PUTRAJAYA, 5 Dis – Menteri Komunikasi Digital Fahmi Fadzil memulakan tugas secara rasmi di Kementerian Komunikasi Digital di sini hari ini.", "Beliau tiba di kementerian tersebut pada 12.15 tengah hari dan disambut Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Digital Datuk Seri Mohammad Mentek, selepas menghadiri mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Fahmi, 41, melakukan imbasan di mesin kedatangan sebagai tanda memulakan tugas di kementerian itu secara rasmi dan kemudiannya menghadiri sesi penyerahan nota serah tugas daripada Mohammad.", "Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) Ma. Sivanesan, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin, Ketua Pengarah Penerangan Datuk Mohd Sukari Ab Hamid dan Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Che Roslan Che Daud.", "Fahmi juga menghadiri sesi taklimat mengenai Kementerian Komuniasi Digital yang dikendalikan oleh Mohammad dan dihadiri pihak pengurusan tertinggi kementerian serta ketua-ketua jabatan.", "Fahmi sebelum ini dilaporkan akan memberi tumpuan utama kepada isu akses Internet termasuk roll-out 5G dan capaian di luar bandar serta keselamatan data peribadi bagi menangani penipuan dalam talian (scam).", "Sebelum berkecimpung dalam arena politik, lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dari Purdue University, Indiana, Amerika Syarikat itu bergiat aktif dalam seni kreatif dan persembahan sebagai penulis serta pelakon teater." ]
https://www.melakahariini.my/tentera-darat-kerjaya-pilihan-graduan-politeknik/
Tentera darat kerjaya pilihan graduan politeknik
[ "MERLIMAU 27 Julai – Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia berkongsi ilmu pengetahuan menjadi anggota Tentera Darat kepada pelajar Politeknik Merlimau (PMM) untuk memilih ia sebagai kerjaya di masa hadapan.", "Pengarah PMM, Norizam Sekak berkata, ia sekali gus memberi ruang kepada Markas Tentera Darat bersama politeknik bagi merangka strategi pengambilan anggota tetap tentera darat jika terdapat kekosongan dengan gred bersesuaian para graduan.", "“Saya percaya sekiranya perbincangan dan laluan khas ini direalisasikan, sudah pasti kadar kebolehpasaran graduan politeknik akan meningkat sekali gus membantu negara dalam mengisi kekosongan Perjawatan Tentera Darat,” katanya selepas program di PMM, baru-baru ini.", "Pada bengkel itu Pengarah Dasar & Pembangunan Markas Tentera Darat, Kolonel Mohamad Fazli Md Idris turut memberi penerangan terhadap kerjaya yang boleh diceburi graduan PMM.", "Turut sama berkongsi maklumat ialah Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PMM, Zan Aizuwan Zainal Abidin dan pegawai Corporate, Industrial Services & Employability Centre (CISEC PMM), Gwee Chiou Chin bagi menerangkan mengenai perkembangan graduan PMM.", "Pada sebelah petang, Pegawai Staf 1, Jabatan Arah & Infrantri Markas Tentera Darat Lt. Kol Kaharuddin Katan berkongsi mengenai pengetahuan umum tentang Kertas Putih Pertahanan dan Konsep Pertahanan Menyeluruh (Hanruh) sebagai pengetahuan umum kepada warga kerja PMM." ]
https://www.melakahariini.my/tunai-janji-atasi-masalah-banjir-taman-paya-rumput-indah/
Tunai janji atasi masalah banjir Taman Paya Rumput Indah
[ "PAYA RUMPUT 23 Julai – Kira-kira 100 perumahan penduduk di Taman Paya Rumput Indah yang sebelum ini dibelenggu masalah banjir mungkin dapat menarik nafas lega tidak lama lagi.", "Setiausaha JAPERUN Paya Rumput Mohd Khawari Fazmi Zulkefli berkata, projek itu direalisasikan hasil usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Datuk Rais Yasin yang meminta agar projek berkenaan disegerakan.", "Katanya, projek itu juga merupakan antara janji yang tertakluk pada manifesto Rais yang mahu menyelesaikan masalah banjir yang kerap berlaku di DUN Paya Rumput.", "“Sebelum ini, kira-kira 100 buah rumah di Taman Paya Rumput Indah kerap dibelenggu masalah banjir terutama bila berlaku hujan lebat berpanjangan.", "“Justeru, bagi membantu penduduk terjejas, Datuk Rais telah membuat permohonan dan meminta kerja-kerja ini disegerakan memandangkan penyelesaian isu banjir merupakan antara manifesto yang ditetapkannya,” katanya kepada Melaka Hari Ini.", "Sebelum ini, Taman Paya Rumput Indah menjadi antara kawasan yang sering dibelenggu masalah banjir kilat di DUN Paya Rumput, selain Kampung Tanjung Minyak, Kampung Lanjut Manis, Kampung Tampoi, Taman Rambai Jaya, Taman Rambai Utama dan Kampung Tanjung Minyak." ]
https://www.melakahariini.my/kpdnhep-gesa-90-parlimen-segerakan-lantikan-pkp/
KPDNHEP gesa 90 Parlimen segerakan lantikan PKP
[ "KUALA TERENGGANU, 27 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menggesa 90 pejabat Ahli Parlimen yang masih belum melantik Penyelaras Kepenggunaan Parlimen (PKP) agar segera berbuat demikian.", "Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata pelantikan itu perlu dipercepatkan agar dasar dan usaha kerajaan dalam membela hak pengguna dapat disampaikan kepada rakyat dengan lebih berkesan tambahan pula rakyat semakin terhimpit dengan kenaikan harga barangan ketika ini.", "“Sejak diperkenalkan pada 2019, individu yang dilantik sebagai PKP ini menjadi orang tengah antara kerajaan dengan rakyat dalam isu-isu penting seperti kos sara hidup, kestabilan bekalan, harga barang keperluan dan aktiviti kepenggunaan.", "“Selain memberi penjelasan kepada masyarakat berhubung isu-isu tersebut, PKP juga bertanggungjawab melaporkan kepada KPDNHEP berkaitan isu kepenggunaan yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Parlimen masing-masing,” katanya.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pemukiman Hala Tuju PKP Semenanjung Malaysia 2022, yang turut dihadiri Pengarah KPDNHEP Terengganu Saharuddin Mohd Kia di sini malam tadi.", "Cadangan nama calon PKP diberi oleh pejabat Ahli Parlimen sebelum ditauliahkan oleh KPDNHEP dan setiap tahun, individu berlainan akan dilantik untuk menggalas tanggungjawab tersebut.", "Terdahulu, dalam ucapannya, Rosol berkata kerajaan sentiasa komited dalam memastikan hak pengguna dilindungi antaranya menerusi langkah intervensi yang telah dilaksanakan selama ini seperti program Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP), kawalan dan penetapan harga maksimum ayam dan telur, Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) dan Program Jualan Malaysia (PJM).", "“Ia adalah bukti serius kerajaan membantu meringankan kos belanja dan sara hidup rakyat di negara ini. Bagi memastikan keberadaan dan bekalan barang mencukupi, pemantauan bekalan telah dilakukan oleh lebih 2,000 penguat kuasa dan pemantau harga melibatkan premis peruncit, premis pemborong dan pengilang di kawasan terpilih.", "“Sebanyak 25 barang keperluan asas yang telah dipantau antaranya gula, minyak masak, tepung gandum, beras, roti putih, susu tepung, ayam, sayur-sayuran, telur, bawang, gas memasak, kit ujian COVID-19 dan pelitup muka,” katanya.- BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/kesilapan-teknikal-jejaskan-aksi-sulung-nur-syaiful-di-paralimpik-tokyo/
Kesilapan teknikal jejaskan aksi sulung Nur Syaiful di Paralimpik Tokyo
[ "TOKYO 25 Ogos – Perenang para kebangsaan Muhammad Nur Syaiful Zulkafli terlepas peluang untuk mara ke peringkat akhir renang 200 meter (m) lelaki gaya bebas S5 (kecacatan fizikal) pada Sukan Paralimpik Tokyo, di sini.", "Lebih menyedihkan, Pengarah Bahagian Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN) Mohd Sofian Hamzah mengesahkan bahawa atlet Sarawak yang membuat kemunculan pertama di temasya berprestij itu telah dibatalkan penyertaannya susulan kesilapan teknikal dalam saringan pertama itu.", "Perenang Sepanyol Antoni Ponce Betran mengungguli saingan di tempat pertama dengan catatan 2 minit 33.73 saat (s), diikuti perenang Brazil Daniel de Faria Dias di tempat kedua dengan 2:45.16s dan Dmitrii Cherniaev dari Jawatankuasa Olimpik Rusia yang merekodkan masa 2:48.18s untuk mengakhiri saingan di tempat ketiga.", "Lapan perenang terbaik daripada dua saringan dipertandingkan akan layak ke peringkat akhir, yang dijadual berlangsung kira-kira 7.52 petang ini (6.52 petang waktu Malaysia).", "Sementara itu, perenang berusia 26 tahun yang mengalami kecacatan kedua-dua kakinya selepas terlibat dalam kemalangan pada usia 17 tahun itu berpeluang untuk menebus kekecewaannya apabila masih mempunyai tiga lagi baki saingan selepas ini.", "Nur Syaiful akan turun bersaing dalam acara 50m gaya bebas S5, 100m gaya bebas S5 dan 100m kuak dada bagi kategori SB4 (kecacatan fizikal).", "Selain Nur Syaiful, Malaysia turut diwakili dua lagi perenang iaitu Jamery Siga bagi kategori S5 serta Brenda Anellia Larry yang bersaing untuk kategori S4 (kecacatan fizikal)." ]
https://www.melakahariini.my/julai-tempoh-yang-genting-buat-pick-kj/
Julai tempoh yang genting buat PICK – KJ
[ "KUALA LUMPUR 3 Julai – Tempoh tiga bulan akan datang menjadi waktu yang kritikal bagi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)", "Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana pada waktu tersebut, Malaysia akan mula menerima bekalan dos vaksin dalam jumlah yang sangat besar.", "“Sudah pasti bulan Julai akan menjadi tempoh yang genting buat PICK apabila kapasiti pemberian vaksin ditingkatkan di seluruh negara,” katanya kepada media menerusi rakaman video berdurasi tujuh minit 46 saat hari ini.", "Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, sebelum ini beliau telah menyuarakan tentang ketidak adilan pengagihan vaksin yang telah berlaku di peringkat dunia.", "“Kita telah menerima sumbangan satu juta dos vaksin AstraZeneca daripada Jepun dan dalam tempoh terdekat, kita juga akan menerima sumbangan vaksin daripada negara Amerika Syarikat dan China,” katanya." ]
https://www.melakahariini.my/tujuh-negeri-sambung-pkp/
Tujuh negeri sambung PKP
[ "KUALA LUMPUR 21 Jan . – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh negeri yang sebelum ini dijadualkan tamat pada Selasa depan dilanjutkan hingga 4 Februari ini.", "Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas kesemua negeri berkenaan masih menunjukkan trend peningkatan kes positif harian COVID-19.", "Susulan pelanjutan tempoh berkenaan, tarikh tamat kesemua negeri yang dikenakan PKP kini adalah sama, kata Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan pada sidang media mengenai perkembangan PKP di sini, hari ini.", "Beliau berkata sehingga semalam, Selangor mencatat kes kumulatif COVID-19 sebanyak 50,636 kes, Sabah (45,008 kes), Kuala Lumpur (19,411 kes), Johor (14,539 kes) dan Pulau Pinang (6,540 kes).", "Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Asrama Pekerja Westlite, Taman Perindustrian Tampoi Jaya, Johor ditamatkan mengikut jadual esok.", "Beliau berkata sepanjang tempoh PKPD di tempat berkenaan sejak 26 Disember lalu, sebanyak 1,585 penghuni disaring dan daripada jumlah itu 682 penghuni dikenal pasti positif COVID-19.", "“Penilaian dilakukan Kementerian Kesihatan dalam tempoh berkenaan juga mendapati trend menunjukkan penurunan dan kes akhir dikesan adalah pada 15 Januari lepas dan tiada lagi sampel yang menunggu keputusan setakat ini,” katanya.", "Ismail Sabri juga berkata Jabatan Peguam Negara akan mengkaji dan meneliti perundangan yang boleh dilaksana sepanjang tempoh darurat, contohnya menaikkan kompaun kepada majikan atau individu yang ingkar SOP.", "“Saya harap ia akan dipercepatkan supaya kita boleh laksana segera kerana saya lihat banyak syarikat yang ambil mudah, kompaun RM1,000 terlalu rendah bagi mereka,” katanya.", "Selain itu, beliau berkata mana-mana majikan yang menyembunyikan status kes positif COVID-19 pekerja masing-masing akan diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).", "Mengenai operasi pematuhan, Ismail Sabri berkata polis menahan 577 individu semalam atas kesalahan ingkar SOP dengan 545 dikompaun dan 32 individu direman.", "“Melalui Op Benteng, 12 pendatang tanpa izin ditahan dan lima kenderaan darat dirampas. Op Benteng turut mengesan 115 bot dan kapal menerusi satu aktiviti penglihatan berdekatan perairan negara,” katanya." ]
https://www.melakahariini.my/ziyad-tetap-hero-di-hati-kami/
‘Ziyad tetap hero di hati kami’
[ "AYER KEROH 1 September – Luahan hati jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, 31, yang terlepas pingat emas kedua negara di sukan Paralimpik Tokyo mendapat pelbagai reaksi rakyat Malaysia.", "Terdahulu, atlet kelahiran Selangor itu membuat permohonan maaf terbuka pada rakyat Malaysia menerusi akaun Instagramnya hari ini selain berterima kasih atas sokongan padu diberikan kepadanya di sebalik berita sedih itu.", "Hantaran tersebut menerima lebih 100,000 tanda suka dan hampir 12,000 komen daripada pengguna Instagram setakat jam 1.50 tengah hari tadi termasuk Menteri Kesihatan yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.", "Barisan rakan atlet termasuk legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei serta penerjun Nur Dhabitah Sabri, Leong Mun Yee dan Pandelela Rinong turut memberi kata-kata motivasi kepada Muhammad Ziyad.", "Pandelela pula berkata: “Tak apa Ziyad, nanti tuhan pasti bagi lagi banyak rezeki kat u. 3 tahun lagi, kita fight back!.”", "Chong Wei pula berkata: “It’s OK (tidak mengapa) Ziyad. Semua tahu yang rekod dunia baru engkau punya. Nanti di Paris cipta lagi rekod yang lagi baru! Tiga tahun lagi sahaja. You already our hero (awak adalah hero kami).”", "Terdahulu media melaporkan pingat emas Muhammad Ziyad dalam acara lontar peluru F20 ‘dirompak’ oleh protes yang dilakukan oleh kem Ukraine pada pentas final di Tokyo.", "Difahamkan, kem Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.", "Protes itu membolehkan Ukraine merangkul pingat emas dan perak masing-masing menerusi Maksym Koval dengan dengan catatan 17.34m dan Oleksandr Yarovyi 17.30m." ]
https://www.melakahariini.my/pengamal-perubatan-swasta-dijangka-dapat-beri-145000-suntikan-bulan-depan/
Pengamal perubatan swasta dijangka dapat beri 145,000 suntikan bulan depan
[ "PUTRAJAYA 14 Jun – Pengamal perubatan swasta yang terlibat dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, dijangka dapat memberi 145,000 suntikan vaksin COVID-19 sehari bermula bulan depan (Julai), kata Menteri Penyelaras program Khairy Jamaluddin.", "Menurutnya, lebih 430,000 dos vaksin COVID-19 diberikan kepada pengamal perubatan swasta yang berdaftar di bawah ProtectHealth Corp Sdn Bhd, untuk digunakan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, setakat Jumaat lalu.", "“Pengamal Perubatan Swasta akan menyumbangkan 60,000 dos sehari minggu ini dan akan meningkat ke 78,000 sehari pada 23 Jun. Jangkaan kami pengamal perubatan swasta akan dapat menguruskan 145,000 dos sehari bulan depan (Julai),” katanya.", "Bercakap dalam sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di sini hari ini bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, Khairy berkata bayaran RM14 diberikan kepada pengamal perubatan swasta dan RM1 dibayar kepada ProtechHealth iaitu syarikat di bawah Kementerian Kesihatan (KKM), untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan itu.", "“Pembayaran kepada ProtectHealth adalah untuk melaksakan program antara lainnya seperti latihan, pembangunan sistem proprietari, mendaftarkan pengamal perubatan swasta dan memantau aktiviti vaksinasi,” katanya.", "Khairy dalam pada itu berkata sebanyak enam pusat pemberian vaksin (PPV) bersaiz mega telah dibuka di seluruh negara dan seramai 30,000 orang dapat divaksinasi setiap hari di enam PPV mega itu.", "Dalam pada itu Dr Adham dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penyertaan pengamal perubatan swasta masih dibuka khususnya untuk berkhidmat di pusat saringan COVID-19 dan PPV mengikuti lokaliti berhampiran di seluruh negara.", "“Penyertaan ini selaras dengan pendekatan ‘whole of government, whole of society’ dan diharapkan akan mempercepatkan lagi usaha kerajaan untuk memastikan pencapaian status imuniti kelompok dan seterusnya berjaya melandaikan keluk penularan pandemik COVID-19 di negara ini,” katanya.", "Pendaftaran boleh dibuat dengan melayari portal KKM di http://www.moh.gov.my – Iklan Pembelian Perkhidmatan Doktor Pakar Swasta dan Doktor Swasta Secara Kontrak Dalam Tempoh Penularan Wabak COVID-19." ]
https://www.melakahariini.my/hotel-mitc-sedia-lebih-100-juadah-tawar-baucar-potongan-20-peratus-berbuka-puasa/
Hotel MITC sedia lebih 100 juadah, tawar baucar potongan 20 peratus berbuka puasa
[ "AYER KEROH 24 Mac – Bagi memberikan kepuasan kepada pelanggan berbuka puasa Hotel MITC menawarkan tiga pakej istimewa termasuk diskaun baucar sebanyak 20 peratus pada Ramadan ini.", "Eksekutif Pemasaran Hotel MITC Nabila Mahat berkata, setakat ini sebanyak 30,000 baucar diedarkan dan setakat ini pihaknya juga sudah menerima tempahan awal untuk berbuka puasa di hotel berkenaan.", "“Kali ini kita buat kelainan tampilkan tiga set menu iaitu Set A adalah RM128+ untuk dua orang makan, Set B (RM158+) dan Set C (RM178+), apa yang membezakan ketiga-tiga set ini adalah kuantiti makanan yang disediakan.", "“Kita juga memberikan baucar potongan 20 peratus pada pelanggan, setiap set pembelian boleh dinikmati dua orang, jika mereka bawa kanak-kanak harga dikenakan hanya RM28, begitu juga dengan dewasa dan mereka boleh menikmati bufet yang kami sediakan.", "“Ada lebih 100 jenis juadah kami sediakan kali ini, cuma pelanggan dinasihatkan untuk membuat tempahan awal atau sehari sebelum datang berbuka,” katanya.", "Nabila berkata, jamuan berbuka diadakan di ‘Ballroom Gadek’ berbanding dibawah khemah sebelum ini bagi mengelakkan kesesakan ketika beratur mengambil juadah berbuka.", "“Namun kita hadkan hanya 250 ‘pax’ saja pada satu-satu masa untuk mengelakkan pelanggan daripada beratur panjang selain menjaga prosedur operasi standard (SOP).", "“Tapi untuk mereka yang inginkan suasana ‘outdoor’ boleh berbuka di Asahan Cafe, kita ada sediakan juga cuma lebih kepada ‘indoor’ sahaja kali ini,” katanya.", "Bagi pelanggan yang ingin membuat tempahan berbuka puasa boleh menghubungi talian 06-2331551 dan mereka akan diberikan tawaran serta harga yang menarik." ]
https://www.melakahariini.my/penyandang-kerusi-dun-mulu-taruhan-gps-dalam-prn-sarawak/
Penyandang kerusi DUN Mulu taruhan GPS dalam PRN Sarawak
[ "MULU (Sarawak) 25 Nov – Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberikan kepercayaan kepada penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu Datuk Gerawat Gala untuk mempertahankan kerusi DUN itu pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12.", "Pengerusinya yang juga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata GPS mempunyai perancangan untuk meningkatkan aktiviti sosioekonomi di Mulu yang merupakan kawasan DUN di bawah Parlimen Baram dan Gerawat telah menjalin kerjasama yang baik dengan Ahli Parlimen kawasan itu, Anyi Ngau.", "“Dengan adanya kerjasama antara Datuk Gerawat dengan Tuan Anyi, saya yakin kawasan Baram menerusi Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) akan kita bangunkan dengan tersusun termasuklah kawasan Mulu yang sudah dinaik taraf sebagai daerah kecil,” katanya berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Pusat Khidmat Mulu di sini hari ini.", "Abang Johari berkata jika terus diberikan kepercayaan menerajui pentadbiran Sarawak, GPS merancang untuk membina jalan raya bagi menghubungkan beberapa penempatan di Mulu dengan bandaraya Miri dalam tempoh lima tahun.", "Beliau berkata berdasarkan perancangan Jabatan Kerja Raya (JKR), jalan raya itu membolehkan perjalanan darat antara bandaraya Miri dan penempatan berdekatan Mulu mengambil masa satu jam 40 minit.", "Menurutnya pada masa ini faktor cuaca banyak mempengaruhi tempoh perjalanan antara Miri dan Mulu yang ketika ini paling cepat hanya dapat dihubungi menggunakan pengangkutan udara.", "“Kita akan bukakan kawasan Baram ini dari Miri ke Marudi dan dari Marudi ke Long Terawan. Dari Long Terawan nanti kita akan (buat jalan raya) ke Long Iman. Anda bayangkan dapat memandu kereta dari bandaraya Miri ke Long Terawan,” katanya. – BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/rm19-90-seunit-harga-runcit-maksimum-kit-ujian-covid-19/
RM19.90 seunit, harga runcit maksimum kit ujian COVID-19
[ "PUTRAJAYA 2 Sept – Harga runcit maksimum bagi kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian sendiri) ditetapkan RM19.90 seunit berkuat kuasa Ahad ini.", "Perkara itu diputuskan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi kenyataan media bersama hari ini.", "“Penetapan harga maksimum ini dibuat atas dasar keprihatinan kerajaan dalam usaha menangani kos sara hidup yang meningkat pada masa kini dan sebagai tanda sokongan kementerian bagi menangani COVID-19,” katanya.", "Menurut kenyataan itu, kerajaan sedar bahawa situasi COVID-19 di negara ini dan seluruh dunia belum pulih, malah lebih mencabar dan permintaan terhadap kit ujian dijangka meningkat pada masa depan susulan kesedaran orang ramai mahu membuat ujian sendiri.", "Justeru, katanya, penentuan harga maksimum borong dan runcit kit ujian pantas itu dibuat bagi memastikan harga yang berpatutan dan keberadaan bekalan di pasaran bagi manfaat pengguna dan peniaga.", "Jelasnya lagi, penentuan harga maksimun juga dibuat selepas melakukan pemantauan harga di semua premis dan farmasi di seluruh negara, maklum balas daripada agensi kerajaan dan hasil perbincangan dengan rantaian bekalan serta syarikat farmasi.", "“KPDNHEP akan membuat kawalan harga borong dan runcit maksimum bagi kit ujian pantas antigen COVID-19 ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan penetapan harga.", "“Bagi kesalahan menjual melebihi harga maksimum, individu yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.", "“Jika ada peniaga tidak mematuhi peraturan skim ini, pengguna boleh menyalurkan aduan seperti di portal [email protected], pusat panggilan 1800 886 800, aplikasi telefon pintar Ez ADU, ECC 03-8882 6245/6088 atau WhatsApp ke 0192794317,” katanya." ]
https://www.melakahariini.my/eksesais-mantis-disambung-hingga-2024/
Eksesais MANTIS disambung hingga 2024
[ "SUNGAI UDANG 25 Mac.- Eksesais bilateral antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Angkatan Tentera Kanada (ATK) yang berakhir tahun ini akan disambung untuk tiga tahun lagi sehingga 2024.", "Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan ketika mengumumkan berita gembira itu berkata, perkara itu mendapat persetujuan kerajaan Kanada.", "Katanya Eksesais MANTIS yang memasuki tahun ketujuh penganjurannya sejak 2015 memberi manfaat besar kepada kedua-dua negara khususnya TDM dalam mempersiapkan pasukan untuk menghadapi ancaman keselamatan berkaitan Kimia, Biologi, Radiasi, Nuklear dan Letupan (CBRNe).", "“Pada kali ini, seramai dua pegawai dan lapan anggota ATK menyertai latihan bersama ini bersama 16 pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat dari ATM.", "“Penyertaan terhad disebabkan pandemik COVID-19 dan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard dan norma baru. Apapun kita bersyukur masih dapat meneruskan inisiatif latihan ini,” katanya.", "Hadir sama Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Kanada di Malaysia, Esther Van Nes; Komander Jurutera Medan Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Brigedier Jeneral Ir Abdul Hamid Mohd Isa dan Leftenan Kolonel Kevin Barker.", "Unit-unit yang terlibat termasuk 12 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (CBRNe) sebagai Tim CBRN, gabungan 11 Rejimen Gerak Khas (RGK) dan Rejimen 21 Komando sebagai Tim Penggempur, 21 Skuadron Medik Gerup Gerak Khas (GGK) sebagai Tim Perubatan CBRN dan 91 Rejimen Bantuan RAJD sebagai Tim Improvised Explosive Device Disposal (IEDD).", "Mengulas lanjut, Muhammad Hafizuddeain berkata, Eksesais MANTIS bermula pada 18 Januari lalu hingga hari ini dan latihan sambungan akan diadakan di Kanada.", "“Di Malaysia latihan operasi CBRN dengan Pasukan Operasi Khas Kanada (CANSOFCOM) melatih anggota 12 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja berkenaan proses nyahcemar, mengenal pasti bahan kimia melalui pengambilan sampel dan cara pelaksanaan tinjauan selama enam minggu dan diakhiri latihan dalam keadaan sebenar selama dua minggu.", "Dalam pada itu Muhammad Hafizuddeain berkata, masih banyak ruang penambahbaikan bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam latihan itu antaranya dalam konteks kepakaran anggota, teknologi digunakan, pengendalian operasi dan peralatan khas elektronik yang terbabit.", "“Kita amat berterima kasih dengan kerajaan Kanada kerana sepanjang tujuh tahun mereka amat membantu dari segi pembekalan peralatan untuk melaksanakan latihan yang hampir keseluruhannya bersifat pakai habis.", "“Mereka sangat bermurah hati dalam menyediakan peralatan untuk latihan ini. Bagaimanapun, kita juga ada kenderaan perisai Gempita diguna dalam eksesais ini yang berupaya mengesan, memantau dan membantu pasukan melaksanakan operasi serta mengenal pasti apa jenis bahan kimia di kawasan tercemar,” katanya." ]
https://www.melakahariini.my/gomez-adriano-sedia-sengat-tok-gajah/
Gomez, Adriano sedia ‘sengat’ Tok Gajah
[ "DUA tonggak penyerang import baharu Kelab Bola Sepak Melaka United (MUFC), Giovane Gomes da Silva dan Adriano Aparecido Narcizo diyakini mampu menjadi senjata ampuh untuk membenam Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, 25 Julai ini.", "Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan berkata, walaupun baru dua bulan menyertai skuad Hang Tuah, kedua-dua pemain menunjukkan kualiti diperlukan di barisan serangan.", "Jelasnya, persefahaman mereka dengan pemain lain juga positif, sekali gus diyakini mampu memantapkan MUFC bagi mengharungi baki saingan Liga Super musim 2021.", "“Bagi saya, Adriano dan Gomez sememangnya telah memberi sengat kepada MUFC dan saya yakin mereka menambah kekuatan pasukan bagi menghadapi perlawanan akan datang.", "“Saya berharap apa yang mereka tunjukkan dalam sesi latihan dapat diterjemahkan dalam aksi di atas padang nanti,” katanya kepada Melaka Hari Ini.", "Mengulas kem latihan berpusat 2.0 ketika ini, Zainal memaklumkan, masa yang ada akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperbaiki segala kelemahan yang dikenal pasti.", "Selain itu, katanya, tempoh lebih seminggu itu juga akan digunakan untuk membentuk keserasian antara pemain bagi membolehkan MUFC mendapatkan keputusan lebih baik dalam baki perlawanan musim ini." ]
https://www.melakahariini.my/adibah-noor-meninggal-dunia/
Adibah Noor meninggal dunia
[ "Allahyarhamah berusia 52 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat, kira-kira jam 6.30 petang tadi.", "Antara yang memaklumkan berita sedih itu ialah pelakon, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal menerusi laman Facebook." ]
https://www.melakahariini.my/inisiatif-payung-rahmah-diperkenal-bantu-kurangkan-kos-sara-hidup-b40-miskin-tegar/
Inisiatif Payung Rahmah diperkenal bantu kurangkan kos sara hidup B40, miskin tegar
[ "JOHOR BAHRU, 8 Jan -Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperkenalkan inisiatif Payung Rahmah bagi mengurangkan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin tegar.", "Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata inisiatif yang bakal diumumkan pada Selasa ini adalah hasil kerjasama dengan beberapa kementerian termasuk Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.", "“Perinciannya akan diumumkan juga pada Selasa dan konsep Payung Rahmah ini merupakan fokus KPDN serta strategi jangka pendek bagi enam bulan pertama.", "“Ia akan melibatkan golongan B40 dan miskin tegar yang mungkin kalau kita tidak tangani dengan teliti dan berfokus, saya bimbang keadaan ekonomi global yang dijangka berlaku serius tahun ini akan menyebabkan mereka lebih terkesan,” katanya kepada pemberita selepas Jamuan Kenduri Rakyat Petugas Parlimen Pulai di sini malam tadi.", "Ahli Parlimen Pulai itu berkata inisiatif tersebut antaranya merangkumi pemberian bakul makanan, Jualan Murah Rahmah Kasih Sayang dan Cafe Rahmah untuk pelajar universiti.", "“Kita akan beri bantuan bakul makanan dan mengadakan Jualan Murah Rahmah Kasih Sayang yang akan ada pakej 10 barangan, manakala pelajar universiti dibantu menerusi Cafe Rahmah,” katanya.", "Mengenai sama ada pelitup muka akan dijadikan barangan terkawal berikutan pembukaan sempadan China, beliau berkata:“belum ada keputusan rasmi…itu bergantung keperluan pada ketika dan masa yang mungkin waktu itu kita perlu buat keputusan”." ]
https://www.melakahariini.my/kastam-lepaskan-tembakan-kejar-lori-bawa-minuman-keras-seludup/
Kastam lepaskan tembakan, kejar lori bawa minuman keras seludup
[ "JOHOR BAHRU, 22 April – Penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Johor terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ketika cuba menghentikan sebuah lori yang dipercayai membawa minuman keras seludup.", "Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata lori yang dipandu lelaki berusia 40 tahun itu bukan sahaja cuba melarikan diri, malah cuba melanggar kenderaan penguat kuasa dalam satu kejadian di bandar raya ini semalam.", "Beliau berkata pihak kastam yang meminta bantuan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, mengejar lori tersebut sejauh 20 kilometer (km), iaitu kira-kira sejam dari Jalan Danga Bay hingga ke susur Tol Lima Kedai.", "Katanya dalam kejadian pada 1.12 tengah hari itu, sebuah kereta peronda polis (MPV) turut dilanggar lori terbabit sehingga menyebabkan kerosakan pada bahagian belakang kenderaan itu, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.", "Beliau berkata hasil semakan mendapati pemandu lori itu mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah dan dia direman selama 10 hari bermula hari ini.", "Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (E) Akta Kastam 1967, Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 39D Akta Senjata 1960 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.", "Terdahulu, sebuah video tular di media sosial yang memaparkan sebuah pacuan empat roda sedang mengejar sebuah lori dan turut melepaskan beberapa das tembakan apabila lori terbabit tetap meneruskan perjalanan, selain cuba melanggar pacuan empat roda itu. – BERNAMA" ]
https://www.melakahariini.my/polis-nafi-kejadian-culik-kanak-kanak-lelaki-di-pusat-tuisyen/
Polis nafi kejadian culik kanak-kanak lelaki di pusat tuisyen
[ "JOHOR BAHRU, 10 September – Polis menafikan berlaku kejadian penculikan membabitkan seorang kanak-kanak lelaki di sebuah pusat tuisyen seperti yang tular menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.", "Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata hasil semakan mendapati pesanan mesej yang mendakwa kejadian tersebut berlaku di daerah ini adalah palsu dan tiada sebarang laporan dibuat mengenai insiden itu.", "“Perbuatan menyebar dan membuat spekulasi palsu adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan." ]

About

Dataset Format

{"url": "...", "headline": "...", "content": [...,...]}
Downloads last month
0
Edit dataset card