url
stringlengths
32
112
headline
stringlengths
12
85
content
sequence
https://www.umpan.com.my/ikon-izzuddi-masta-jenggo-muda/
IKON: Izzuddi Masta Jenggo Muda
[ "Nama penuh: Muhammad Izzuddin bin Samsuri", "Nama FB: Izzuddi Isz", "Usia: 30 tahun", "UMPAN: Sejak bila anda mula memancing?", "IZZUDDI: Saya meminati hobi memancing dari sejak kecil lagi. Ayah saya mempunyai hobi yang sama dan beliau mengajar saya sehingga minat saya semakin menebal sehingga kini.", "Daripada saya tidak mempunyai peralatan mancing sehingga saya dapat mengumpul peralatan yang lengkap, jaket keselamatan, keperluan lain dan juga enjin bot.", "UMPAN: Sejak bila terlibat dengan hobi memancing udang galah?", "IZZUDDI: Pada mulanya saya menceburi hobi memancing sekadar memancing ikan seperti memancing di kolam, sungai serta laut.", "Secara tidak sengaja saya terlihat satu kumpulun pemancing udang galah yang sangat aktif telah menarik minat saya mencuba untuk mempelajari cara memancing udang galah.", "Saya mula memancing udang galah pada tahun 2014 dan saya mengenali rakan-rakan sehobi di dalam laman sosial Facebook.", "Saya cuba beranikan diri bertanya serta mempelajari selok-belok dan cara memancing udang galah sehingga saya mula akrab dengan mereka.", "Pada waktu yang sama juga, seorang rakan yang saya anggap guru udang galah iaitu sifu Amin (FB: Mohamad Amin Ma) yang tidak berhenti berkongsi pengalaman dan mengajar saya.", "UMPAN: Apa yang membuatkan anda seronok memancing udang galah berbanding ikan?", "IZZUDDI: Salah satu keseronokan yang saya dapat dalam memacing udang adalah memancing secara berkelompak yang boleh lagi mengeratkan silaturrahim.", "Juga dari segi kepuasan apabila dapat merasai tarikan udang bersepit biru (jenggo sado). Juga dapat rasa keseronokan apabila dapat membawa hasil yang banyak dan memuaskan.", "Ia juga memberi kepuasan apabila dapat membawa hasil dan dikongsi bersama ahli keluarga dengan membuat juadah udang galah yang fresh.", "UMPAN: Apa rintangan yang perlu dihadapi dan apa pula haraapan anda dalam meneruskan hobi ini?", "IZZUDDI: Rintangan yang pernah saya lalui ketika memancing udang buat kali pertama adalah dari segi peralatan mancing yang tidak seberapa lengkap.", "Rintangan ketika memancing pada waktu malam haruslah selalu berwaspada dari segi keselamatan (life jacket jangan lupa pakai).", "Pernah juga ketika sampai ke destinasi jeti memancing saya melihat keadaan fiber dan enjin yang tidak memuaskan.", "Harapan saya agar saya dapat membelajari hobi dengan lebih mendalam lagi bersama rakan-rakan seperjuangan.", "Harapan saya juga supaya hobi memacing udang terus berkembang dan jagalah sungai agar tidak tercemar dan ikatan silaturrahim bersama rakan seperjuangan semakin erat.", "UMPAN: Apa pencapaian tertinggi yang pernah anda peroleh dengan memancing udang?", "IZZUDDI: Pencapaian yang saya capai adalah pernah dilantik sebagai AJK di dalam satu event Gempak Southern Hook pada tahun 2017 di Sungai Mawai.", "Terima kasih ya cip (fb: alhad abu bakar) kerana memberi kepercayaan serta tanggungjawab kepada saya walaupun tidak seberapa.", "Saya juga pernah dapat tempat kedua udang terbanyak semasa event Gempak Southern Hook di Sungai Mawai bersama rakan sehobi (fb: saiful hisham a.k.a haji sham) yang memperoleh hadiah berbentuk pakej memancing.", "UMPAN: Pengalaman manis dan pengalaman paling pahit pernah ketika memancing udang?", "IZZUDDI: Pengalaman paling manis yang pernah saya lalui adalah buat kali peratamanya dapat menarik udang galah yang agak memuaskan hasil pendapatannya.", "Pengalaman pahit saya pula apabila tidak dapat sebarang hasil ketika memancing… kumpow berdarah! Mungkin faktor cuaca dan air pada masa tu tidak berapa elok. Dan juga ketika memancing tiba-tiba keadaan kesihatan tidak memuaskan.", "UMPAN: Nyatakan lokasi utama memancing udang galah, umpan dan setting peralatan yang anda biasa gunakan?", "IZZUDDI: Lokasi utama memancing udang galah ialah Sungai Mawai, Sungai Semaloi dan sungai di Muar. Umpan yang sering saya gunakan ialah ruat dan juga anak udang.", "Setting peralatan yang biasa saya gunakan ialah perambut pintal, size mata no. 2. Batu ladung yang selalu digunakan bergantung pada keadaan dan kelajuan air sungai. Jangan terkejut saya pernah mancing dekat Mersing batu ladung size 12!" ]
https://www.umpan.com.my/jom-buat-ikatan-hook-knot-paling-padu/
Jom Buat Ikatan Hook Knot Paling Padu!!
[ "Step 1", "Masukkan hujung tali perambut ke dalam lubang cincin dari belakang mata kail.", "Step 2", "Tarik hujung perambut sehingga menjadi satu bulatan kemudian masukkan kembali hujungnya ke dalam cincin dari arah hadapan.", "Step 3", "Tarik bahagian hujung perambut agak panjang hingga membentuk bulatan kemudian masukkan pula ke dalam bulatan pertama yang dihasilkan.", "Step 4", "Kecilkan bulatan kedua dan rapatkan ia ke teras mata kail. Bulatan pertama juga dikecilkan dan pastikan ia tidak terlepas keluar.", "Step 5", "Kemudian lilitkan hujung perambut pada lipatan bulatan kedua yang dirapatkan pada teras mata kail seperti mana di dalam gambar.", "Step 6", "Lakukan sekurang-kurangnya 5 lilitan kemudian masukkam hujung perambut ke dalam hujung bulatan.", "Step 7", "Tarik hujung perambut dan bahagian utama perambut serentak. Pastikan lilitan tidak bertindan dan jerutlah dengan kuat.", "Step 8", "Potong lebihan hujung perambut dan ikatan yang sempurna sudah disiapkan." ]
https://www.umpan.com.my/lady-angler-jdt-anjur-pertandingan-memancing-amal/
Lady Angler JDT anjur pertandingan memancing amal
[ "(Oleh: Queen’s Latiffah)", "Pada 6 April lalu, kelab Lady Angler Johor Darul Takzim (LAJDT) yang ditubuhkan pada pada tahun 2017, buat julung-julung kalinya menganjurkan pertandingan memancing amal", "dengan label LAJDT CHARITY FISHING CHALLENGE, bertempat di Pusat Perikanan P & L Kuala Masai, Johor", "Menurut Queen, tujuan event untuk menarik seberapa ramai angler wanita di seluruh Johor agar dapat berkumpul dan mengeratkan silaturahim dan mengumpul dana untuk disalurkan ke badan-badan kebajikan di sekitar Johor.", "Penyertaan bukan sahaja kepada pemancing wanita sahaja, ia terbuka juga kepada pemancing lelaki itu menyaksikan seramai 108 orang peserta mengambil bahagian di mana 30 lady anglers berjaya dikumpulkan.", "Selain pemancing tempatan, ia turut dihadiri oleh pemancing dari negara jiran, Singapura.", "Pertandingan yang ditaja oleh Daiwa Malaysia ini berlangsung dengan meriah berikutan sambutan hangat dan banyak ikan pelbagai spesies berjaya didaratkan oleh para peserta.", "Beberapa kategori dipertandingkan seperti top 5 kategori terbuka, top 5 kategori wanita, ikan terbanyak, ikan terbanyak, ikan terkecil, ikan terpantas serta peserta paling versatile." ]
https://www.umpan.com.my/diy-perambut-y-pancingan-muara-video-tutorial/
DIY Perambut Y Pancingan Muara (Video Tutorial)!!
[ "Ikuti video tutorial penuh menghasilkan perambut Y dalam masa yang amat singkat.", "Langkah 1", "Pegang kira-kira 30 cm bahagian hujung tali dan buat satu lingkaran penuh. (Ini merupakan cara menghasilkan drooper loop.", "Atau boleh lakukan cara yang anda sudah biasa buat).", "Langkah 2", "Lakukan silangan antara dua tali.", "Langkah 3", "Lakukan silangan tali sekurang-kurangnya 10 kali pintalan.", "Langkah 4", "Masukkan tali yang melengkung bulat ke bahagian tengah pintalan yang dihasilkan tadi.", "Langkah 5", "Tarik perlahan-lahan kedua-dua bahagian tali sambil membentulkan simpulan yang terbentuk dan pastikan lingkaran di tengah pintalan tidak terlucut keluar.", "Langkah 6", "Tarik dengan kuat sehingga simpulan menjadi ketat dan rapat.", "Langkah 7", "Seterusnya ikat mata kail pada bahagian tali perambut yang panjang (panjang perambut bergantung kepada anda untuk menentukannya).", "Langkah 8", "Ikat pula batu ladung pada bahagian perambut yang pendek (biasanya sepanjang 1 atau dua jengkal).", "Langkah 9", "Perambut Y atau cabang yang siap untuk digunakan.", "(Tutorial penuh video)" ]
https://www.umpan.com.my/tip-penjagaan-kamera-dslr/
Tip Penjagaan Kamera DSLR!!
[ "Sebelum anda pergi ke mana-mana trip memancing, tak kiralah sama ada laut dalam, tasik sungai pergunungan atau kolam-kolam pancing, sebaiknya pastikan kamera anda dalam keadaan bersih.", "Pastikan kamera bebas daripada kesan debu atau berdebu, lensa kotor dipenuhi habuk, cap jari dan sebagainya.", "Di sini kami ingin berkongsi sedikit tip ini dan mungkin ia dapat membantu anda dalam penjagaan kamera.", "Tip Penjagaan Kamera", "2. Jika boleh, pakai satu saja lensa dan teruskan gunakan lensa tersebut sehingga berada di tempat yang sesuai dan kering untuk menukar yang lain.", "3. Tekan OFF kamera sewaktu menukar lensa. Ini kerana ada sensor yang sensitif, menarik habuk sewaktu pertukaran lensa dan ia akan menjadikan kamera cepat rosak.", "4. Pegang kamera secara terbalik (mulut lensa di bawah).", "5. Tukar lensa secepat yang mungkin supaya risiko masuk habuk kurang.", "6. Sentiasa pastikan lensa dibersihkan menggunakan ‘lens pen’ selepas menukar lensa.", "7. Bersihkan ‘image sensor’, sama ada anda lakukannya sendiri atau minta pertolongan daripada orang yang arif mengenai perkara ini.", "Kamera anda boleh jadi rosak sekiranya", "2. Walaupun kamera tersebut anda gantung di leher, ia tetap terdedah dengan tiupan air laut yang melekit dan debu pasir yang berterbangan. Paling penting anda bawa tuala dan balut kamera anda sekiranya and tidak gunakan lagi atau simpan terus dalam beg kamera.", "3. Terjatuh atau terhentak pada dinding. Yang ni memang anda kena cepat-cepat lihat kamera tersebut supaya kos untuk membetulkannya tidak sama nilai dengan harga sebiji kamera yang baru." ]
https://www.umpan.com.my/ikan-haiwan-lautan-berbadan-transparent/
Ikan & Haiwan Lautan Berbadan Transparent
[ "Sesetengah haiwan boleh menyerupai persekitaran mereka, sesetengah yang lain pula sememangnya dicipta tidak berwarna, atau kita kategorikan sebagai lut sinar (transparent).", "Cyanogaster Fish", "Pertama kali ditemui beberapa tahun lalu, ikan berperut biru ini adalah sangat kecil, hanya beberapa milimeter panjang. Ikan spesies ini hanya hidup di Rio Negro, anak sungai terbesar di Sungai Amazon, dan hanya muncul pada waktu malam.", "Crocodile Icefish", "Hidupan laut ini adalah sejenis ikan, dan bukannya buaya. Ikan lautan Antartik ini mempunyai darah yang tidak berwarna, dan merupakan satu-satunya haiwan vertebrata yang tidak mempunyai sel darah merah dan haemoglobin (protein yang kaya dengan iron yang mengangkut oksigen merentasi sistem peredaran darah).", "Glass Catfish", "Sejenis ikan dalam keluarga catfish (ikan bermisai), class catfish adalah antara haiwan vertebrata yang paling telus (transparent) di bumi. Kebanyakan organnya terletak berhampiran dengan kepala dan dengan menggunakan kanta pembesar, degupan jantungnya dapat dilihat dengan jelas.", "Apabila cahaya menembusi badan ikan tersebut, ia berupaya menghasilkan pantulan warna pelangi. Hidupan ini hidup di kawasan air aliran perlahan di Thailand, Malaysia dan Indonesia. Apabila mati, warnanya akan bertukar menjadi putih susu.", "Barreleye Fish", "Ikan menarik ini mempunyai mata yang sangat sensitif kepada cahaya, dan sentiasa menghala ke atas bagi mengesan bayang-bayang mangsa. Mata ikan ini terletak di dalam kepalanya yang lut sinar dan berbentuk dom, membolehkannya untuk menangkap cahaya sebanyak mungkin. Organnya kelihatan seperti tumbuhan-tumbuhan di dalam pasu bunga.", "Big Skate Stingray", "Big skate adalah sejenis ikan pari yang mudah dijumpai dalam air cetek. Hidupan ini yang mempunyai wajah seolah-olah seperti manusia adalah tarikan popular di akuarium di seluruh dunia. Kulitnya yang sangat pucat hingga dapat mendedahkan organ dalamannya.", "Glass Squid", "Terdapat kira-kira 60 spesies sotong gelas di dalam keluarga Cranchiidae. Kebanyakan daripadanya adalah lut sinar, dan mempunyai organ bercahaya di bawah mata. Mereka bergerak secara menegak bagi mengurangkan penglihatan.", "Transparent Sea Cucumber", "Makhluk laut yang kelihatan seperti alien ini hidup di kedalaman 2,750 meter di lantai laut. Gamat lut sinar ini merangkak dengan menggunakan tentakelnya pada kelajuan 2 sentimeter setiap minit, sambil menyapu sedimen yang kaya dengan detritus ke dalam mulutnya.", "Ghost Shrimp", "Kebanyakan udang terutamanya ketika peringkat larva kelihatan seperti telus cahaya. Namun udang hantu ini merupakan krustasea paling lut sinar. Udang ini kerap kali dibela di dalam akuarium. Habitat asalnya adalah di dalam air payau tanah lembab.", "Glass Octopus", "Sotong kurita gelas ini boleh ditemui di dalam perairan terbuka tropika dan subtropika di seluruh dunia. Disebabkan ia sangat jarang ditangkap, sama ada secara fizikal mahupun di dalam kamera, tidak banyak yang diketahui tentang sotong ini.", "Tidak seperti sotong lain, sotong ini mempunyai mata yang memanjang yang kelihatan seperti terkeluar ke atas, mungkin bertujuan untuk memaksimakan cahaya malap daripada permukaan air.", "Sea Angel", "Sea angel, atau terjemahan bahasa Melayu, malaikat laut adalah sejenis lintah laut yang berkeliaran di kawasan perairan sejuk di Laut Artik. Dari segi fizikal, ianya kelihatan seperti kuda laut. Hidupan laut ini sebenarnya menjadi sumber inspirasi kepada watak Phione dan Manaphy di dalam Pokemon." ]
https://www.umpan.com.my/panduan-paling-asas-memancing-ikan-sepat/
Panduan Paling Asas Memancing Ikan Sepat
[ "Memancing ikan sepat tidak sama memancing ikan lain yang lebih besar. Malah, sekiranya anda memancing ikan puyu sekali pun, peluang untuk mendapatkan ikan sepat amat tipis. Perlu diketahui, ikan sepat adalah ikan yang gemar memakan lumut, rumpai air dan serangga kecil. Dan untuk memulakan sesi memancing ikan sepat, anda perlu cari habitatnya terlebih dahulu.", "Kaedah Mengesan Lubuk", "Cara mudah untuk mengesannya, selain melihat kudap ikan di permukaan ialah muncung ikan ini akan kelihatan di permukaan air tanda ia bermain udara. Ikan ini biasanya kerap muncul di ruang kiambang atau rumpai air yang terbuka.", "Jika tidak ada atau ruang amat kecil, anda perlu membuat sendiri lubang ruang berkenaan sebesar saiz bola sepak dengan cara menyelak rumpai air berkenaan. Sesetengah pemancing yang gemar mencari ikan ini, lubang ini akan dibuat sehari sebelum memancing. Ini bagi mengelakkan ikan ini culas untuk memakan umpan.", "Kaedah Pancingan", "Anda boleh gunakan sama ada pelampung kecil atau tidak untuk melihat getuan sepat mula memakan umpan. Letakkan umpan perlahan-lahan ke dalam air. Sebelum itu, anda perlulah berdiam diri tidak membuat bising semasa menghampiri spot yang telah dikenal pasti.", "Ikan sepat begitu sensitif terhadap sebarang pergerakan bayang atau bunyi bising. Kerana jika ikan takut, menyebabkan ikan ini tidak mahu timbul.", "Jatuhkan umpan juga mestilah perlahan ke dalam air dan perlu dekat dengan ikan sepat. Kemudian tunggu sehingga ikan memakan umpan.", "Pegangan joran juga haruslah kuat. Antara sebab mengapa joran jenis teleskopik amat relevan digunakan adalah kerana ia ringan, kuat dan mudah dilaras.", "Sebaik sahaja umpan dilarikan, cuba balas dengan perlahan dan jangan menyentapnya terlalu kuat.", "Jika terlalu kuat, akan menyebabkan kawanan ikan sepat lain terkejut dan culas selepas itu. Prosesnya sama seperti anda memancing udang galah.", "Jangan terlalu lama membiarkan ikan menggetu umpan tanpa sebarang tindak balas. Jika tiada getuan pula, periksa umpan anda mana tahu sebenarnya umpan telah tanggal atau habis.", "Seboleh-bolehnya ikan jangan terlepas. Jika ikan terlepas lebih dari sekali di spot yang sama, ikan yang lain akan culas untuk makan umpan.", "Jika tiada getuan akibat ikan terlepas dan culas, anda bolehlah beredar ke spot yang berhampiran terlebih dahulu. Ini kerana kawanan ikan sepat biasanya akan kembali ke lokasi yang ia bermain udara, selain ia tertarik dengan bau dedak ayam tersebut." ]
https://www.umpan.com.my/perambut-dan-umpan-terbaik-pancing-alu-alu/
Perambut Dan Umpan Terbaik Pancing Alu-Alu!!
[ "Ada dua jenis perambut dawai yang biasa terdapat di pasaran iaitu jenis jalinan dawai atau sulaman dawai bersalut plastik lembut dan jenis tunggal atau mono keluli tahan karat. Panjang 1 hingga 2 kaki untuk jalinan dawai atau sejengkal untuk jenis mono.", "Ada satu lagi jenis dawai bersalut plastik lembut yang sudah sedia diikat dengan kili (biasanya berwarna hitam) dijual di pasaran. Jenis ini juga tidak menjadi masalah. Tapi jika ingin mengendap tenggiri pada masa yang sama, jauhkan dari dawai berwarna gelap.", "Mengunakan perambut jenis jalinan dawai bersalut plastik mudah bersimpul dan cepat mengerutu selepas memperoleh ikan. Paling baik tukar atau potong bahagian menggerutu tersebut kerana ia sukar untuk dibentuk semula.", "Atas sebab ini saya labih gemar mengunakan dawai jenis mono (biasanya panjang sejengkal lebih sedikit) dan senang dibentuk semula saelepas dapat ikan. Hasilnya persembahan umpan lebih cantik membuatkan ikan pemangsa geram. Kekuatan perambut disyorkan dari 20Ib hingga 50Ib.", "Umpan tidak menjadi banyak masalah memburu alu-alu. Apa saja ikan, sotong, udang mati boleh digunakan. Atau umpan hidup pilihan saya seperti anak tongkol, kembung, anak seer (panjang 6 inci), anak ikan bersisik seperti kunyit atau gelama. Mata ikut saiz ikan dan umpan sama ada satu, dua atau tiga serangkai.", "Jika diperhatikan hasil memancing di dasar lebih kecil berbanding di permukaan. Sebab itu ramai yang memilih teknik memancing hanyut (drifting) tanpa pemberat atau mengunakan belon. Ini sesuai untuk umpan hidup yang segar dan keadaan air yang berarus." ]
https://www.umpan.com.my/sentap-ikan-tak-sambar-gewang-murah/
Sentap – Ikan Tak Sambar Gewang Murah??
[ "Sama ada gewang permukaan, gewang minnow atau crank, gewang selaman cetek atau dalam, sesudu, katak kayu atau getah, atau pelbagai jenis spinnerbait.", "Sebaliknya, apa yang menjadi topik yang ingin dibicarakan ialah… Apakah gewang mahal berstatus tahyul saja akan disambar oleh toman??", "Bagi pemancing yang baru berjinak-jinak dengan sukan memancing toman, antara dilema yang sering dihadapi adalah bajet untuk membeli gewang.", "Apatah lagi apabila harus berkomplot dengan masta-masta caster yang taksub pada gewang-gewang tahyul berharga tinggi untuk mengilat toman.", "Gewang dengan nilai RM50 dan ke atas bolehlah dilabel sebagai gewang mahal. Tidak semua pemancing mampu untuk melabur dengan bajet sekasar itu demi menjerat seekor toman yang berkemungkinan akan menjahanamkan terus riwayat gewang tersebut.", "Bagi membincang perkara ini, berikut merupakan pendapat dan buah fikiran pemancing yang sudah sekian lama berkecimpung dalam arena mengilat toman.", "Pendapat Umpanian I", "Apa yang ada pada gewang mahal juga terdapat pada gewang murah. Bezanya yang paling ketara adalah dari segi renangan serta bahan atau material yang digunakan.", "Ditambah pula dengan corak dan warna yang sangat menarik telah mempengaruhi pertimbangan para pemancing. Terdapat banyak pilihan gewang harga murah di pasaran yang perlu anda cuba keberkesanannya.", "Yang penting anda mampu menggayakan gewang itu sendiri bersesuaian dengan lokasi dan jenis gewang itu sendiri. Toman lazimnya tidak terlalu memilih jika anda menggunakan sebarang jenis gewang. Yang paling penting bagaimana anda persembahkan gewang.", "Gewang juga tidak melakukan aksi gaya renangan secara automatik. Tanpa bantuan dari pemain yang berpengalaman, gewang mahal seperti tidak bernilai.", "Jadi, pendapat yang mengatakan toman hanya boleh dipancing dengan gewang mahal adalah tidak tepat sama sekali.", "Pendapat umpanian II", "Kalau mampu pakai yang mahal, pakailah… kalau tak mampu, gewang pun jadi jugak. Tentang gewang mahal dan murah ni susah sikit nak cakap. Orang ni banyak macam.", "Kalau yang suka pakai yang jenis mahal mungkin salah satunya adalah kerana kualitinya, lain pada yang lain, nak tarik tarik perhatian orang pun ya.", "Mungkin juga minat dia mengumpul barang-barang berjenama… tapi yang murah pun tidak ada kurangnya jugak. Cuma kena la pilih-pilih sikit.", "Murah tapi ada kualiti… mengikut atas kemampuan la. Kesimpulannya, terpulanglah pada pengguna nak pilih mana yang bersesuaian.", "Tapi hakikatnya semua gewang ikan hentam. Asal ada aksi renangan yang bersesuaian dengan ikan yang diburu dan juga teknik individu.", "Purata boleh dikatakan 70% skil individu yang mendapat strike termasuk bijak melihat keadaan tempat, cuaca, air dan persekitaran yang untuk menggunakan gewang apa ketika itu.", "Pendapat Umpanian III", "Ia adalah satu fakta bukan auta kerana ikan tak kenal gewang. Penjelasannya mudah saja… ikan toman adalah pemangsa yang rakus. Ia tidak memandang jenis gewang kerana sifatnya yang kejam.", "Perbezaan yang ketara jika membandingkan aksi gewang mahal dan murah ialah pada persekitaran toman itu sendiri.", "Jika tekanan casting tinggi aksi gewang memainkan peranan penting. Jika tidak, apa yang lalu pasti dihentam oleh toman." ]
https://www.umpan.com.my/kaedah-konvensional-memancing-ikan-toman/
Kaedah Konvensional Memancing Ikan Toman
[ "Anda pernah memancing ikan toman? Kalau belum pernah dan ingin mencubanya, kami sedia membantu dengan berkongsi tip paling asas dan keperluan yang perlu untuk memancing ikan toman.", "Sekurang-kurangnya berkekuatan 10-20lb. Tidak perlu panjang panjang kerana nanti sukar untuk mengawalnya dari ruang terhad atas bot. Sebaik-baiknya gunakan joran sepanjang 6 hingga 6.5 kaki. Pastikan juga joran jenis kuat dan tahan lasak.", "Reel", "Ikut keselesaan tetapi jangan terlalu kecil. Saiz 3000 ke atas adalah disyorkan. Tak perlu kekili mahal-mahal. Yang murah pun boleh asalkan kuat dan tahan lasak.", "Mainline", "Jenis sulam (braided). Dicadangkan agar memilih berat tidak melebihi 50lb. Kalau nak guna tali tangsi, pastikan melebihi 20lb tetapi tidak perlu melebihi 40lb. Tali tangsi yang tahan lasak tidak terlalu kuat spring adalah lebih baik.", "Mata kail", "4X dan ke atas. Saiz 4/0 atau 5/0 adalah bersesuaian. Pilih jarak mata yang lebar untuk meningkatkan kebarangkalian kail mengena. Dicadangkan jenama seperti Gamakatsu, Owner, Mustad dan Daichi.", "Perambut dawai", "Boleh gunakan jenis multi strand tanpa balut kerana ia lebih lembut berbanding tali utama yang berbalut. Tanpa perambut dawai, toman boleh memutuskan tali perambut dengan mudah.", "Snap Swivel", "Snap atau snap swivel boleh digunakan. Cuma pilih yang lebih kuat. Dicadangkan kekuatannya melebihi 50lb. Rugilah kalau dah strike toman, kili pulak terkangkang sebab tak cukup kuat.", "Umpan ", "Anak keli, katak hidup antara umpan terbaik untuk toman. Sekiranya terlihat sekumpulan anak toman yang berwarna kemerah-merahan sedang muncul ke permukaan air, baling umpan ke tempat anak-anak toman itu. Pasti ibu toman yang bersifat pelindung akan marah dan seterusnya menyambar umpan tersebut." ]
https://www.umpan.com.my/penyakit-dalam-memancing/
Penyakit Dalam Memancing!!
[ "Stress gila sebab memancing tak dapat ikan aka kumpau? Chill… ambil sedikit masa untuk menikmati anekdot memancing yang kami sediakan ini.", "Sekiranya korang merasakan diri korang pemancing tegar, terhebat dan sebagainya, simpan dulu perasaan itu sekiranya korang belum pernah melakukan perkara-perkara berikut:", "Umpan yang dilabuhkan baru digetu umpan, korang dah boleh canang satu dunia spesies ikan apa yang memakan umpan tersebut. Malah siap dengan jantina, usia ikan, berat ikan dalam titik perpuluhan, jumlah sisik dan berapa lama lagi ikan itu akan hidup.", "Segenap ikan dalam laut apatah lagi lubuk akan menggigil kepala lutut dan kecut paru-parunya bila dah tahu yang korang akan turun memancing di lokasi tersebut.", "Kesemua anak-anak yang lahir diberikan nama sempena nama ikan, iras-iras nama ikan atau nama saintifik ikan. Contohnya seperti Siti Patin, Nor Paridah, Ali Ketutu, Syed Hampala dan macam-macam lagi.", "Bila orang sembang pasal lubuk waima lubuk yang tidak pernah wujud sekali pun korang akan cakap yang korang pernah pergi ke lokasi tersebut. Malah siap dengan rekod tangkapan yang pernah didaratkan.", "Korang akan menggigil mengalahkan orang yang kena parkinson bila secara tiba-tiba ternampak lopak air. Terus tak keruan nak memancing time tu jugak walaupun lopak tersebut cuma sebesar mangkuk jamban.", "Korang tetap duduk menunggu dan teruskan memancing walaupun sudah lebih 25 jam umpan langsung tidak disentuh ikan. Langsung tidak mengendahkan apa yang berlaku di sekeliling korang.", "Korang bukan saja tak makan sepanjang masa memancing, ikan yang diperoleh dari hasil memancing pun korang tak makan. Sebaliknya umpan yang dijadikan umpan memancing itulah yang korang makan terutamanya umpan tapa." ]
https://www.umpan.com.my/tutorial-asas-buat-gewang-sesudu-sendiri/
Tutorial Asas Buat Gewang Sesudu Sendiri
[ "Sekiranya anda kreatif dan perlu tetapi gian jugak nak memancing, anda boleh try buat sendiri gewang sesudu berikut. Ikan kalau nak makan tak tunggu gewang mahal-mahal der.", "Bahan dan alatan diperlukan:", "Tin aluminium", "Gunting atau plier", "Mata kail", "Swivel", "Split ring", "Paku atau penebuk lubang", "Marker pen", "Cara menghasilkannya:", "Tutorial 1", "Guntingkan bahagian bawah tin aluminium. Pastikan gunting tajam dan kuat.", "Tutorial 2", "Gunting dan kemaskan bahagian tapak tin aluminium.", "Tutorial 3", "Lakarkan bentuk sesudu atau spoon anda.", "Tutorial 4", "Gunting tin aluminium mengikut lakaran yang dibuat.", "Tutorial 5", "Bentuk asas sesudu yang siap dipotong. Anda boleh membuat bentuk berbeza bergantung kepada kreativiti.", "Tutorial 6", "Tebuk lubang pada bahagian atas dan bawah. Untuk hasil lebih kemas, gunakan penebuk kertas.", "Tutorial 7", "Pasangkan mata kail dan swivel. Corakkan atau spray spoon anda mengikut kreativiti. Dan siap untuk digunakan!" ]
https://www.umpan.com.my/penemuan-spesies-keluarga-obor-obor-paling-berbisa/
Penemuan Spesies Keluarga Obor-Obor Paling Berbisa
[ "Pada pertengahan Februari dua tahun kita dikejutkan dengan penemuan hidupan laut yang mengejutkan. Obor-obor beracun yang dikenali sebagai portuguese man o’ war (physalia cnidaria) ditemui terdampar di Pantai Pulau Kekabu, Marang oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Marang ketika sedang menjalani Latihan Penyelamat Pantai APM.", "Pengarah Perikanan Terengganu, Zawawi Ali berkata, hidupan laut dalam spesies obor-obor yang dikategorikan dalam filum cnidaria itu mempunyai ribuan sel penyengat berbisa.", "“Physalia adalah haiwan yang dikategorikan dalam filum cnidaria bersama-sama obor-obor di mana ia tidak boleh berenang dan bergantung kepada arus.", "“Haiwan ini mempunyai ribuan sel penyengat yang boleh menyebabkan rasa sakit melampau jika terkena pada badan,” katanya.", "Beliau berkata, haiwan tersebut biasanya ditemui di Lautan Pasifik, namun sejak kebelakangan ini ia turut dikesan di perairan Thailand, Kuantan, Pulau Tioman dan Sabah.", "“Sekiranya hidupan ini ada ditemui di Marang dan Setiu, bermakna di perairan Kuala Terengganu pun berkemungkinan ada spesies haiwan yang sama,” katanya.", "Sekali pandang, objek yang kelihatan berwarna keungu-unguan ini kelihatan comel dan tidak berbahaya. Namun, sekiranya disentuh, hospital merupakan destinasi pertama anda selepas itu.", "Dikenali sebagai Portuguese Man-Of-War. Ia tergolong dalam keluarga obor-obor yang mempunyai sesungut dan mempunyai sebanyak 30 kaki.", "Sebenarnya, haiwan ini amat berbahaya sehingga boleh mengundang maut! Ia lebih berbahaya daripada obor-obor. Sudah banyak tanda-tanda amaran yang telah diletakkan di pantai untuk mengelakkan anda daripada memegang mahupun memijak haiwan ini.", "Walaupun haiwan ini cantik, bersinar dan lembut, jika anda terkena sengatan Man-Of-War ini, ia boleh menyebabkan badan anda mengeluarkan bintik-bintik merah, lumpuh dan akhir sekali menjurus kepada kematian.", "Sekiranya anda telah disengat oleh haiwan ini, jangan buang air di kawasan pantai berkenaan kerana ia akan membuat keadaan anda lebih teruk. Anda dinasihati supaya bergegas ke klinik atau dapatkan rawatan secepat mungkin sejurus terkena sengatan haiwan ini.", "Maklumkan juga pada keluarga dan rakan sekiranya mereka melihat gelembung ungu mahupun biru terapung di perairan laut semasa mereka berada di pantai kerana ia adalah haiwan yang sama." ]
https://www.umpan.com.my/kehebatan-ikan-buntal-yang-ramai-tak-tahu/
Kehebatan Ikan Buntal Yang Ramai Tak Tahu!!
[ "Menurut pakar kajian haiwan marin laut, ikan buntal mempunyai 1000 jenis spesies berikutan memiliki proses pembiakan yang cepat. Nama ikan buntal berbeza sebutannya di setiap negara antaranya ballon fish, blowfish, globerfish dan toadfish.", "Ikan buntal terbesar pertama ditemui di perairan laut Jepun dan Afrika. Spesies ikan buntal terbesar di dunia dikenali dengan sebutan ikan stella yang mampu mencapai panjang 47 inci. Jadi, sekarang korang tentu faham dari mana kekili Stella yang gah itu dapat nama.", "Ikan buntal di Sungai Congo dikenali sebagai ikan jenis air tawar. Ikan ini dikategorikan sebagai ikan buntal air tawar terbesar di dunia dengan ukuran 26 inci.", "Ikan buntal di India pula dikategorikan sebagai ikan buntal terkecil di dunia. Ukuran ikan buntal India hanya berukuran 1 inci.", "Keunikan yang dimiliki ikan buntal adalah racun yang terdapat di kulitnya, bukan di dalam tubuh. Racun ini dikenali Tetrodotoxin atau TTX.", "Tetrodotoxin adalah neurotoksin yang mampu merosakkan sistem saraf sehingga menyumbat saluran komunikasi antara tubuh dengan otak dalam waktu yang singkat.", "Sebab itulah dikatakan bahawa racun yang ada pada ikan buntal lebih berbahaya dibandingkan dengan sianida.", "Keunikan ikan buntal adalah ketika diancam pemangsa, ikan Buntal akan mengembung tubuhnya sehingga duri-duri tajam yang beracun di kulit menakutkan pemangsa. Lebar ikan buntal ketika mengembung tubuhnya melebihi 3 kali ganda dari ukuran biasa.", "Ikan buntal juga mempunyai keunikan lain iaitu kemampuan untuk mengubah warnanya mengikut keadaan sekeliling. Selain itu, ikan buntal juga dapat melarikan diri dengan cepat kerana ikan buntal mempunyai penglihatan yang jauh lebih baik.", "Dari sekian banyak spesies ikan buntal, ada sebahagian ikan yang mampu membuat tempat tinggalnya sendiri. Contohnya seperti white-spotted puffer dan masked puffer. Kedua jenis ikan ini membuat tempat persembunyian atau rumah sendiri.", "White-spotted puffer membuat sarangnya dengan menggunakan dasar pasir. Gambaran sarang yang biasanya dibuat oleh ikan tersebut berbentuk bulat dengan diameter 6 kaki atau 3 meter. Mereka lakukan ini untuk menarik perhatian ikan buntal betina untuk bertelur di dalam rumahnya.", "Ikan buntal ikan yang beracun, tetapi ramai peminat ikan memelihara ikan beracun tersebut.", "Ikan buntal yang selamat untuk dipelihara adalah seperti green potted puffer, bronze puffer dan pignose puffer. Walau bagaimanapun, ikan buntal memerlukan banyak air maka wajib bagi pemelihara ikan ini untuk selalu menggantikan airnya.", "Memandangkan gigi ikan buntal yang cepat tumbuh, maka ikan tersebut sangat memerlukan batu karang atau cengkerang siput sebagai bahan pemotong giginya. Dan ikan buntal juga agresif apabila bercampur dengan ikan lain.", "Di restoran Jepun, ikan buntal menjadi santapan yang lazat namun, memerlukan skil yang baik dalam mengolah ikan buntal sebelum menjadi makanan.", "Untuk menghidangkan ikan buntal memerlukan pakar tukang masak profesional untuk menyiang ikan tersebut agar racun ikan buntal boleh dibuang sepenuhnya sehingga selamat untuk dimakan." ]
https://www.umpan.com.my/sejarah-kewujudan-ikan-merah-sepang-di-perairan-kita/
Sejarah Kewujudan Ikan Merah Sepang Di Perairan Kita!!
[ "Ikan merah lembut isi ini amat popular di kalangan penggemar makanan laut di Hong Kong. Banyak ikan ternakan sangkar di eksport ke mari. Tiada yang mustahil bagi teknologi akuakultur jika ada kemajuan dan permintaan terhadap hasil yang diternak.", "Sama ada ia terlepas atau di lepaskan dari sangkar ternakan bukan perkara pokok. Yang penting ikan merah sepang ini boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru dan asing baginya. Satu lagi spesies ikan bermutu yang kini mendiami kawasan sekitar Pulau Ketam untuk kaki pancing dan nelayan persisir pantai mengerjakannya.", "Biografi Ringkas", "Nama Saintifik: Lutjanus guilcheri", "Keluarga: Lutjanidae (snappers)", "Nama Lain: Merah, merah pucat", "Nama Inggeris: Yellowfin red snapper", "Ciri Fizikal: Sirip asas berwarna kuning, merah cerah serata badan dan tompok hitam pada bahagian atas pangkal ekor.", "Diet: Anak ikan, udang, sotong (cumit & kurita),ketam dan pelagik (alga & plakton)", "Habitat: Kawasan muara dan pantai berkarang sesuai dengan sifat ikan marin", "Taburan: Indo Pasifik, Laut China Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Kepulauan Sulawesi Indonesia.", "Tempatan: Pelabuhan Kelang, Selat Melaka (Dipelihara sebagai ikan ternakan sangkar sebelumnya dan kini sudah merebak di kawasan umum)." ]
https://www.umpan.com.my/revolusi-pemancing-muara-bahagian-1-2/
Revolusi Pemancing Muara (Bahagian 1) #
[ "Saya percaya, hampir semua kaki pancing bermula dengan pancingan tebing, kemudian barulah berjinak-jinak ke langkah yang berikutnya. Di sini saya ingin berkongsikan apa yang saya alami dan mungkin juga anda juga turut mengalaminya.", "Menebing (landbase)", "Dahulu sewaktu mula-mula berjinak dengan pancingan muara, hampir serata jambatan sama ada yang dibenarkan ataupun larangan, jeti tinggal, kuala sungai dan pinggir hutan bakau diterjah pada setiap hujung minggu. Asalkan ada getuan dan aksi tarikan tanpa mengira apa jenis ikan sudah memadai.", "Hilang rasa gelegak keinginan memancing. Dari berseorangan memancing, lama kelamaan dapat berkenalan dengan kaki pancing yang lain maka bertambah geng yang sealiran. Lubuk dan kawasan pancing dapat diperluaskan. Sebut sahaja pesisir pantai sepanjang Selangor hampir semuanya dijelajahi.", "Ketika itu perumpun sarang menjadi umpan paling mujarab, beli hari ini boleh bertahan 4 hari jika simpan tempat yang sesuai. Kadang kala cuba juga menggunakan udang hidup yang dibeli di tepi jalan namun banyak kes ia ‘kojol’ dan kemerahan sebelum sampai di kawasan memancing.", "Dengan akal yang ada maka umpan yang berada di kawasan berhampiran seperti siput, kupang dan anak ikan yang di pancing turut boleh dijadikan umpan sekiranya kehabisan perumpun.", "Atas pengalaman itu hanya perumpun sahaja yang terbaik untuk bergerak ke serata di kawasan muara sungai menggunakan kenderaan darat. Masa itu agas atau nyamuk bukan halangan asalkan dapat menghilangkan stress tekanan kerja pada hujung minggu.", "Lama kelamaan apabila asyik gelama, gegerut, bebolos, duri dan sesirat, tetuka dan anak tetanda yang berjaya didaratkan, hati mula berteriak mencari spesimen yang lebih besar, lebih nilai, lebih gred sesuai dengan pengalaman memancing sudah mengembang.", "Namun bila setiap kali terpandang sampan pemancing mundar mandir di kawasan kita memancing, hati tertanyatanya bila pula masanya untuk merasai memancing bersampan. Dah sampai waktunya, takkan selamanya asyik nak menebing?", "Bersampan dan tekong", "Dari situ mula beranikan diri menyewa sampan kecil berserta tekong untuk memancing di sekitar Pelabuhan Klang. Barulah puas dapat melabuhkan umpan di tempat yang selama ini kena lontar sekuat tenaga. Dari atas sampan cuma hulur sahaja ke bawah. Menggunakan khidmat tekong kadang kala masa memancing terasa terlalu singkat, tekong kenalah banyak kerja lain yang dilakukannya.", "Almaklum beliau bukan tekong sepenuh masa. Mana cukup nak menyara keluarga kalau hanya bawa orang memancing dengan kadar sewa RM200. Sampan berukuran 19 kaki menggunakan enjin sangkut 30Hp dengan kapasiti muatan 3 orang pemancing dan seorang tekong. 4 orang berada dalam sampan kecil tidak banyak pergerakan yang boleh dilakukan.", "Duduk setempat seharian hingga kematu punggung. Belum masuk ke anak sungai bila tekong terpaksa menjala mencari bekalan umpan udang hidup. Keluar dari anak sungai muka merah-merah dipenuhi dengan tompokan lumpur sungai dan kesan lebam dek sang agas. Bila bersampan sesekali dapat merasa tarikan sembilang, ikan pari, tebal pipi dan senangin.", "Spesies ikan yang gemar udang hidup atas sebab itu kami tiada pilihan lain kecuali mengikut tekong menjala di anak sungai bila air dah surut. Banyak juga kes terpaksa menunggu tekong yang tidak muncul-muncul. Masa memancing terbuang begitu sahaja. Panas hati membara apabila sering kena tipu dan kansel trip pada saat akhir.", "Sendirian", "Hati pemancing jarang sekali merasa puas. Bila tak tahan penangan agas, suruh tekong pergi menjala dahulu dengan kos tambahan umpan dan minyak dipersetujui. Dapat lama lagi memancing tanpa membuang masa mencari umpan. Apabila kita ada waktu terluang, tekong pula ada hal lain. Kemudian hati mula memberontak lagi, sewa sampan bawak sendiri lagi senang.", "Lebih mudah, ada waktu terluang, beli umpan, isi minyak, bayar duit sewa sampan, start enjin terus ke lubuk. Bebas ke sana ke mari berpindah apabila hasil tidak menepati sasaran. Setiap kali air bah, setiap kali pantai berubah, pepatah yang hakiki kenyataannya.", "Mana tidaknya, kalau memancing di tebing senang nak cam kawasan, ada jalan, ada pokok dan kesan lama kita memancing, tapi kalau di tengah sungai nak cam pokok tiba-tiba dah hilang ditebang dan ada yang tumbang ke air.", "Kemudian apabila membuat penilaian dan rumusan trip keputusan hasil amat tidak berpadanan dengan kos yang dileburkan untuk memancing. Melihat orang lain membawa hasil yang lebih baik maka hati sekali lagi tersentak. Kawasan sama, argggh… Mungkin nasib mereka lebih baik. Atau mereka kena lubuk, tapi kita kena serbuk!", "Apabila sukar nak cam lubuk kerana keadaan tebing yang berubah dek pembangunan, maka tiada jalan pintas lain kecuali menggunakan alatan yang sesuai. Selepas itu dunia pancing mula mengenal GPS dan carta pasang surut.", "Mana boleh kalah sepanjang waktu. Memancing perlu ada pembaharuan, perlu ada revolusi seperti pesisir pantai dataran muara Klang, dari hanya Pelabuhan Selatan, Kemudian Pelabuhan Utara dan seterusnya Pelabuhan Barat.", "Ketika pembinaan Pelabuhan Barat, banyak lubuk dan lokasi kapal karam tempat tumpuan memancing dimusnahkan, laluan diperdalami untuk memudahkan kapal dagang masuk ke pelabuhan.", "Pesisir pantai dan hutan bakau digondol dan diganti dengan jeti dan dermaga siap sekali dengan papan tanda ‘KAWASAN LARANGAN MEMANCING’. Itu juga satu revolusi…!!!" ]
https://www.umpan.com.my/impian-terlaksana-di-laut-sabah/
Impian Terlaksana Di Laut Sabah
[ "Kami menaiki sebuah bot pancing antara yang terbesar di Kota Kinabalu yang boleh memuatkan seramai 14 kaki pancing dengan selasa. Bot besar dengan kabin berhawa dingin memudahkan kami berehat sewaktu 6 jam perjalanan menuju destinasi. Sasaran utama trip kali ini ialah ikan amberjack. Masing-masing ingin mencatat personal best untuk ikan amberjack yang terkenal di Sabah.", "Tiba di lokasi, jig segera diturunkan sehingga mencecah dasar. Lantas henjutan demi henjutan dilakukan untuk menarik minat amberjack di bawah laut sana. Pelbagai jenis, warna dan saiz jig dihenjut namun sambutan adalah suram sekali. Mungkin masih awal petang lagi kami membuat andaian.", "Di sudut lain, beberapa ekor kerapu dan merah kecil menjadi hiburan kaki dasar. Cuma Zul lebih beruntung apabila seekor kerapu dewasa menelan umpan sotong. Kagum melihat geng Sabah ini yang boleh jigging berterusan tanpa menunjukkan tanda-tanda keletihan atau kehampaan apabila tiada sambaran.", "Amberjack pertama anggaran 3 kg memulihkan kembali kekuatan yang kian pudar untuk ramai kaki jig kembali beraksi. Serangan amberjack tidak lama mungkin ia menyambar ketika laluan amberjack tepat dengan unjun jig.", "Joran Jigging Master PE3-PE6 yang dipadankan dengan Shimano Stella 10000 menerima sambaran amberjack kedua. Itupun setelah tuannya beberapa jenis dan warna jig ditukar ganti. Kegelisahan akhirnya terpadam tatkala saat matahari mula hampir terbenam apabila beberapa ekor amberjack mula tumpas di tangan kaki jigging yang rajin mengunjun jig.", "Kami berhenti memancing sambil bersembang ketika menikmati makan malam. Bertukar cerita dan merangka pelan aktiviti memancing untuk keesokan hari. Ada yang memilih untuk berehat di kabin dan sebahagian kami memilih untuk sambung aktiviti memancing.", "Letih jigging kami menukar tumpuan memancing dasar pula. Memancing dasar pada waktu yang tiada arus membuatkan pemancing lebih banyak termenung, terduduk, terperosok mencari tempat redup daripada tiupan angin, setiap getuan terjadi pada selang masa agak lama.", "Saat mata hampir terlelap terganggu apabila satu kekili menjerit. Rupanya umpan selayang yang dihanyutkan menerima sambaran. Hasilnya seekor tenggiri 5 kg tumpas. Menyedari kehadiran tenggiri kami mula tukar strategi dari memancing dasar ke pertengahan dan bawah permukaan air. Pada saat itu masing-masing semuanya merasa sambaran tenggiri.", "Menjelang awal pagi tenggiri mula menyepi, tapi geng Sabah ini pulih kembali tenaga untuk kembali jigging. Syam membuka tirai awal pagi kedua apabila menerima sambaran padu sebaik sahaja jig dihenjut dari dasar.", "Menyedari apa spesies yang membaham jig tersebut, joran jigging yang tersadai semalaman dicapai kembali. Sah amberjack dikesan berlegar di bawah bot kami pada kedalaman 120 meter.", "Tatkala Syam masih lagi melayan kerenah amberjack, Plabuk dan Zul turut mengena sasaran. Ketiga-tiga beradik kaki pancing tegar dari Ranau ini bagai enggan mahu mengalah. Saiz amberjack kali ini lebih besar daripada petang hari pertama.", "Bot berpindah spot apabila amberjack kembali sunyi sebaik sahaja matahari meninggi. Yang berjaga malam masuk beradu dan yang masuk shift siang membuat persiapan memulakan sesi hari kedua.", "Bila waktu petang tiba, masing-masing mula mengambil tempat. Joran dasar rata-ratanya sudah disimpan kerana sambutan yang diterima hanyalah anak-anak ikan sahaja. Aktiviti jigging sahaja ditumpukan berdasarkan ikan lebih berminat menyambar objek yang bergerak tatkala air kekat.", "Seperti kebiasaan tiga beradik Sabah ini terlebih dahulu strike. Kerajinan mereka menjadi titik tolak yang lain untuk turut sama berjigging. Bunyi kekili berteriak kasar memeriahkan lagi suasana untuk merasai kepuasan dengan membuat masalah dengan amberjack. Semua ini tidak berpanjangan kerana serangan amberjack hanya seketika dan sepi bila perubahan pasang surut terjadi.", "Waktu malam kami sekali lagi menyasarkan tenggiri namun hanya lewat maam gerombolan tenggiri mula menyambar umpan. Ramai ketika itu sudah dibuai mimpi. Untungnya penggunaan umpan dan jig kedua-duanya berkesan ketika itu.", "Tapi masalah timbul waktu ini kerana sewaktu semuanya strike serentak, tiada siapa yang membantu menggancu ikan. Disebabkan kedudukan bot yang tinggi, banyak tenggiri lucut dan putus sewaktu ingin dinaikkan. Ikan semakin galak dan ramai yang turut menyertai sesi pancing menjelang masuk Subuh.", "Hari ketiga masih ada yang belum menemui sentuhan turut mencuba nasib terakhir. Lazimnya Syam akan membuka tirai diikuti oleh Zul dan Labuk. Masing-masing tahu waktu amberjack bakal hentam jig.", "Akhirnya barulah peserta terakhir tersenyum apabila amberjack idamannya tewas. Bila semua merasai ikan buruan, kami memberi isyarat pada tekong untuk menamatkan misi trip Sabah kali ini." ]
https://www.umpan.com.my/kenapa-pancingan-pantai-kena-pakai-joran-panjang/
Kenapa Pancingan Pantai Kena Pakai Joran Panjang
[ "Wajib ke guna joran panjang untuk memancing di pantai? Bagi pendapat peribadi penulis sendiri ianya tidaklah wajib untuk semua pemancing pantai menggunakan rod panjang. Ia lebih kepada optional, tapi rod panjang lebih baik digunapakai terutama di pesisir pantai yang landai seperti di kebanyakan kawasan Pantai Timur.", "Mengapa pula begitu? Ini kerana, untuk kawasan yang landai, ikan bersaiz besar kebanyakan bermain jauh dari pantai. Disebabkan itu kita memerlukan joran panjang untuk membuat lontaran jauh agar ia sampai ke spot ikan bermain.", "Tapi jika memancing di kawasan yang agak dalam seperti di kawasan benteng atau pesisir pantai yang dalam, penggunaan joran pendek masih lagi efektif diguna pakai.", "Kesimpulannya di sini, ianya tidaklah menjadi masalah untuk menggunakan joran pendek atau panjang sekalipun untuk memancing di pantai. Cuma memerlukan sedikit pengetahuan tentang kawasan pancingan anda dan tahu menggayakan teknik tersebut untuk beroleh hasil yang terbaik.", "Namun, ini semua hanyalah pendapat peribadi daripada penulis. Apa pula kata kaki pancing yang lain tentang topik wacana kali ini? Jom kita lihat pendapat mereka di ruangan ‘Apa Kata Pemancing’.", "“Boleh je nak pakai joran pendek atau panjang untuk pancingan pantai. Ia bergantung pada spesies yang nak kita buru. Contoh kalau ikan bolos cukup sekadar joran udang pun boleh. Bila sebut pancing pantai 90% pemancing akan memburu pari/ebek/ gerong belang/bawal pinang/senangin dan lain-lain ikan berkualiti yang datang ke pantai bermusim.", "Kebiasaannya spesis2 ni makan umpan pada jarak 100 meter ke atas. Penggunaan joran panjang ni adalah 1 teknik untuk memancing spesies tersebut. Mangsa lebih mudah dinaikkan berbanding joran pendek.", "Contoh, pari mudah di daratkan menggunakan joran 15-16 kaki berbanding joran pendek sebab dengan joran panjang, susah untuk pari mendap. Penggunaan kekili yang sesuai dan jumlah tali yang panjang juga menjadi faktor untuk pancingan pantai.", "Mudah kata peralatan pancing digunakan bersesuaian dengan pemburuan/tempat dan teknik. Jarak balingan juga diambil kira. Jauh/lepas ombak. Penggunaan batu ladung atau sauh yang sesuai berat supaya tali tidak hanyut. Ini antara teknik asas perlu diketahui. Basic: Joran 15 kaki, Reel 8000, Batu 150-160gm, Mainline 30lbs 350-450 meter.”", "“Tak dinafikan keberkesanan rod panjang kerana ia banyak kelebihan penggunaannya. Kita perlu tahu pasang surut air serta keadaan pantai dan kawasan ikan bermain, kadangkala kawasan yang menarik jauh ke tengah dan tak boleh sampai dengan rod yang pendek.", "Rod panjang membolehkan balingan lebih jauh dan sampai ke tempat sasaran. Tambahan pula keadaan pantai yang berbeza² di kawasan pantai timur dan selat melaka. Keistimewaan rod panjang kerana ia dapat mengurangkan mata kail sangkut apabila ia ditarik.", "Lebih efektif di pantai yang pandai dan juga kawasan berbatu yang dalam, kerana panjangnya cukup untuk mengelakkan geseran yang boleh menyebabkan ia rabut atau putus. Lebih² lagi bila mendapat ikan.", "Rumusannya, memancing di kawasan pantai menggunakan rod panjang lebih menjimatkan, efektif dan amat sesuai untuk sebarang bentuk pantai kerana ia menyokong dari segi persembahan dan peratus mendapat ikan sasaran. Persembahan peralatan yang baik dan tepat lebih baik berbanding sekadar balingan yang tidak mendatangkan hasil.”" ]
https://www.umpan.com.my/panduan-buat-campsite-di-hutan/
Panduan Buat Campsite Di Hutan
[ "Hutan yang bising dengan suara dan bunyi unggas pada waktu malam adalah lebih baik daripada hutan yang sunyi sepi. Bila hutan sunyi sepi, pasti ada sesuatu yang tak kena…! Namun itu cuma salah satu panduan jika kita ingin camping atau berkhemah di dalam hutan. Banyak lagi panduan yang perlu dipelajari sebelum melakukan aktiviti ini.", "Pilih Kanopi Hutan", "Apabila sudah dapat tapak untuk mendirikan khemah, sebaiknya dongak ke atas melihat persekitaran pokok dan rimbunan daun (kanopi) yang masih hijau. Maksudnya, bukannya kanopi yang dah mati kering supaya dapat mengelakkan risiko dihempap dahan atau ranting pokok apabila angin kencang.", "Pantau Paras Air", "Pastikan jarak tapak untuk mendirikan khemah sekurang-kurangnya 5 kaki dari aras air sungai. Jangan dirikan khemah di kawasan landai tepi gigi sungai, biasanya kawasan landai akan ada banyak pokok rendah dan renek macam pokok senduduk. Itu tandanya air selalu naik kat kawasan tersebut. Dirikan di kawasan yang pokoknya besar-besar.", "Perhati Laluan Denai", "Tentukan laluan denai di dalam radius kawasan 20 meter dari khemah. Jangan dirikan khemah di dalam laluan denai kerana laluan denai bukan untuk kegunaan manusia sahaja, ia juga adalah laluan binatang lain. Gajah atau seladang tentu tak suka kalau laluannya terhalang oleh khemah korang.", "Bersihkan tapak", "Bersihkan lantai tapak perkhemahan daripada daun-daun, ranting-ranting dan pokok-pokok renek. Bersihkan dengan menggunakan alatan atau ranting-ranting pokok sehingga kelihatan lantai tanah. Ia bagi mengelakkan risiko terkena sengat serangga atau binatang berbisa seperti lipan atau kalajengking yang bersembunyi.", "Unggun api", "Ketika membuat unggun api, selitkan beberapa batang kayu panjang. Ia sebagai senjata segera. Bila ada bahaya contohnya perimeter diceroboh, capai saja kayu yang ada api ini sebagai senjata. Lazimnya binatang lebih takutkan api berbanding pisau atau parang.", "Pagar perimeter", "Jika perlu, buatkan perimeter tapak perkhemahan dengan memagarnya menggunakan tali tangsi dan loceng. Ia sebagai alarm sekiranya ada binatang yang menceroboh masuk ke dalam perimeter. Boleh juga taburkan karbaid atau belerang kuning pada perimeter ini bagi menghadang ular atau binatang berbisa yang merayap.", "Awas Kepala air", "Jika berkhemah di kawasan aliran sungai atau air terjun, jangan dirikan khemah terlalu hampir di kawasan tersebut. Lebih molek andai jauh sedikit dari kawasan tersebut dan kawasan perkhemahan agak tinggi kerana apabila hujan, kawasan yang rendah akan ditenggelami air apabila dan datangnya kepala air. Jika ada batu besar berhampiran aliran air, tandakan batu tersebut sebagai penunjuk paras air.", "Bahaya Rimbunan Buluh", "Elakkan berkhemah di bawah rimbunan pohon buluh. Rimbunan buluh dan daun yang sudah mati kebiasaannya dihuni oleh makhluk berbisa seperti ular. Andai tiada tempat, bersihkan dulu kawasan tersebut dan pastikan kawasan sekeliling ditabur dengan belerang untuk tujuan keselamatan. Pohon buluh juga amat sinonim dengan makhluk halus yang menjadikan pohon tersebut sebagai tempat tinggal.", "Air Masak", "Jika nak memasak air, jangan ambil air di bahagian tepi atau gigi sungai. Ambil kat bahagian tengah sungai atau tempat yang mengalir deras. Rasionalnya tikus, rusa, kancil, babi dan lain-lain binatang kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing.", "Sisa Makanan", "Sebaik-baiknya habiskan semua makanan tanpa meninggalkan sisa. Jika ada sisa makanan, hanyutkan atau tanamkan. Ini kerana bau sisa makanan ini akan menarik perhatian beruang, gajah, kera dan pelbagai binatang lain untuk bertandang." ]
https://www.umpan.com.my/korang-tanya-umpan-jawab-tip-nak-pancing-ikan-lais/
Korang Tanya Umpan Jawab – Tip Nak Pancing Ikan Lais??
[ "Ikan lais merupakan spesies yang semakin berkurangan kebelakangan ini. Tambah sukar kerana bukan semua sungai di Malaysia ada spesies ini. Salah satu sungai yang masih ada spesies ini adalah Sungai Endau, di Mersing, Johor. Sungai Endau ini bersambung dengan Sungai Sembrong di Kluang, Johor.", "Ikan lais juga spesies yang bermusim. Dalam erti kata lainnya, ia bukanlah tidak boleh dipancing sepanjang masa. Biasanya, jumlah ikan lais banyak muncul selepas musim banjir. Namun di luar musim ada juga namun bilangannya agak sedikit.", "Faktor air juga penting untuk memancing lais. Biasanya lais lebih mudah dipancing ketika air sungai jernih. Bila air sungai keruh agak sukar menjejak ikan ini. Dari segi umpan pula, cengkerik adalah umpan yang terbaik. Namun umpan lain seperti cacing atau anak udang juga boleh digunakan.", "Dari segi peralatan memancing, memadai menggunakan peralatan ringan atau ultra ringan saja. Peralatan untuk memancing udang galah juga boleh digunakan untuk memancing lais. Mata kail kecil saiz 11-13 sudah mencukupi. Perambut halus 6-10lb dah dikira ok sangat.", "Teknik perambut pula agak berbeza. Ikatan perambut stail apolo 2 mata adalah yang terbaik. Cara lais memakan umpan adalah dengan membawa lari umpan dengan laju.", "Masa tu kita perlu membuat sedikit sentapan lembut pada joran dan melayannya dengan perlahan-lahan hingga ia timbul di permukaan. Spot atau lubuk lais pula biasanya berkumpul di teluk-teluk atau suak-suak sungai yang tenang dan juga tempat yang berarus perlahan." ]
https://www.umpan.com.my/apa-rahsia-di-sebalik-gelaran-sifu-mancing/
Apa Rahsia Di Sebalik Gelaran Sifu Mancing?
[ "Secara ringkasnya, sifu merupakan seseorang yang memberi tunjuk ajar tentang sesuatu ilmu kepada seseorang atau lebih. Untuk menjadi seorang sifu maka haruslah memiliki sekurang-kurangnya seorang anak murid.", "Terkesan daripada gelaran ini maka istilah ini bukan saja diguna pakai dan dunia seni mempertahankan diri. Dunia pancing tidak terkecuali terkena tempias ini.", "Mungkin disebabkan tiada sebarang pengiktifan khusus bagi seseorang pemancing yang begitu komited dan banyak memberi tunjuk ajar dalam hobi memancing ini, maka gelaran sifu kepada mereka ini seperti boleh diterima pakai oleh majoriti pemancing.", "Apabila istilah ini mula popular, timbul pula satu situasi di mana gelaran sifu ini umpama satu darjah kebesaran yang ingin dimiliki oleh semua pemancing. Dalam situasi lain pula, gelaran sifu tidak lagi merujuk kepada sifu yang sebenarnya. Sebaliknya lebih kepada panggilan atau gelaran kosong semata-mata.", "Tambah bercelaru ia turut digunakan sebagai satu bentuk sindiran khususnya kepada seseorang yang bersifat berlagak pandai.", "“Pendapat saya… terus dipanggil sifu itu adalah hak rakan-rakan kita dan kita tidak ada hak untuk melarang atau menyuruh. Merasa diri macam sifu pun adalah hak masing-masing. Tapi bagi saya tak semua pemancing yang akan merasa bangga/ego dan takbur dengan gelaran tu. Malah kadang-kadang rasa rimas tapi akur demi menghormati sesama rakan pemancing.”", "“Sifu dalam dunia pancing adalah orang berpengalaman luas. Selain daripada jumlah strike, kena ambil kira juga kesabaran mereka hadapi kegagalan. Ilmu mereka asli, sudah terbukti benar hasil ujian lapangan mereka dan juga dari orang sebelum mereka. Attitude mereka.", "Orang kaya ilmu ni tidak lokek ilmu dan yang paling legend mereka tidak sombong mendabik dada bahawa merekalah yang tahu segalanya. Mereka kurang tertarik kepada glamour, jika mereka ingin glamour pun mereka tidak gelojoh. Siapa tidak suka glamour, namun ada caranya yang betul.", "Mereka tidak jemu bagi semangat pada newbie. Cara mereka bagi semangat adakalanya dengan meracun kawan-kawan dan juga orang di sekeliling mereka. Sifat para sifu dalam dunia mancing adalah humble, penuh tatasusila dan adab sama ada kepada rakan mereka, kepada followers, mahu pun kepada haters mereka.”", "“Sifu ini lebih sesuai digunakan untuk senior dalam arena pancing yang memiliki pengalaman luas, tak kisah kemahiran tersebut dari segi perambut, ikat mata kail atau memancing ikan itu sendiri. Sifu @master ini biasanya tidak lokek berkongsi ilmu atau pengalaman memancing.”", "“Sifu lebih pada hormat untuk yang rakan FB baru, rakan yang tak rapat. Kalau rapat tu panggil sifu @ master tu nganjing je… kekeke. Tapi yang betul-betul sifu bagi saya adalah semua rakan sehobi saya.”", "“Yang layak bergelar sifu ialah mereka yang kenal semua jenis ikan, tahu guna semua jenis pancing, tahu semua cara memancing spesis ikan, tahu sekilas ikan di air tahu jantan betinanya. Tengok je mata kail atau batu ladung dah tahu saiznya. Ni baru mancing dapat sekor ikan besar dah berlagak. Tapi bila ditanya ikan gapi tu ikan apa dah garu kepala.”", "“Sipo, masta, tok batin dalam apa bidang apa sekali pun bukan dianggap pangkat. Ianya adalah lebih kepada gelaran semata. Pemancing gemar berseloroh. Pemancing akan tau siapa gelaran ini akan diberi kepada siapa dalam kelompok tertentu mereka.”", "“Sipoo… kenapa la keluar topik ni. Biasa la tu, kita nak hormat kawan-kawan je. Nak sebut aku/ko time baru-baru kenal tu macam kasar pulak… sebab tu ler panggil sipoo/masta je.”" ]
https://www.umpan.com.my/tutorial-ikatan-direct-kreh-knot/
Tutorial Ikatan Direct Kreh Knot
[ "Kreh knot merupakan salah satu contoh ikatan bagi menghubungkan perambut dengan terminal tackle seperti gewang tanpa menggunakan klip atau kili. Ia merupakan ikatan terbaik jika anda menggunakan tali mono untuk mengilat.", "Sekiranya anda menggunakan tali sulam sebagai tali utama yang disambung dengan leader, ia agak kurang praktikal kerana akan menyebabkan leader menjadi semakin pendek apabila perlu dipotong untuk menukar gewang.", "Tutorial 1", "Buatkan satu simpulan biasa kira-kira sejengkal dari hujung tali. Bulatan simpulan ini jadikan kecil saja dan tak perlu diketatkan.", "Tutorial 2", "Masukkan hujung tali ke dalam ring gewang atau eye mata kail. Biarkan ring gewang mengenai simpulan yang hasilkan tadi.", "Tutorial 3", "Hujung tali yang memasuki ring gewang itu kemudiannya dimasukkan pula ke dalam simpulan yang dihasilkan tadi.", "Tutorial 4", "Bahagian hujung tali itu kemudiannya dililitkan pada tali utama melepasi simpulan. Buat lilitan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali. Jika tali perambut halus, sebaiknya 5 kali dan perambut kasar 3 kali sahaja.", "Tutorial 5", "Hujung tali itu kemudiannya dimasukkan kembali ke dalam gelung simpulan menuju ke arah gewang.", "Tutorial 6", "Kemudian tarik bahagian hujung tali dan pangkal tali bersama-sama. Dalam pada masa yang sama pastikan gelung yang dihasilkan di depan ring gewang tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Tujuan gelung di hadapan gewang ini adalah bagi membolehkan gewang beraksi dengan bebas.", "Tutorial 7", "Tutorial seterusnya adalah mengetatkan simpulan. Lepaskan bahagian hujung tali dan tarik bahagian pangkal tali serta badan gewang. Tarik sehingga simpulan betul-betul ketat.", "Tutorial 8", "Potong lebihan hujung tali dan ikatan kreh telah siap. Ikatan ini hampir menyamai beberapa ikatan yang seumpamanya. Ia hampir menyamai Rapala knot cuma berbeza sudut selitan hujung tali di dalam gelung. Namun kedua-dua sama-sama kuat ikatannya." ]
https://www.umpan.com.my/panduan-memancing-di-sungai-pada-musim-tengkujuh/
Panduan Memancing Di Sungai Pada Musim Tengkujuh!!
[ "Di negara kita hampir kesemua negeri memiliki sungai. Tidak kiralah sungai utama, sungai besar atau kecil.", "Bagi pemancing yang inginkan cabaran sebenar memancing di sungai, maka ketika musim tengkujuh inilah tahap cabarannya berada di puncak.", "Ini kerana pada musim ini arus sungai menjadi deras, menjadi lebih lebar dan juga lebih dalam.", "➡   Perkara pertama yang perlu dipelajari adalah mengenal sungai itu sendiri. Sekiranya kurang mengenal sungai yang bakal menjadi padang pancing, ada baiknya bertanya", "terlebih dahulu dengan pemancing atau penduduk setempat yang hidup di sekitar sungai untuk tips memancing di lokasi tersebut.", "➡    Pilihlah spot yang airnya cantik. Istilah air cantik pastinya kita biasa dengar dan pelbagai hujah diperdebatkan mengenainya.", "Namun cantik di sini memberi maksud kawasan air yang bebas pencemaran dan jauh dari kawasan penempatan dan laluan kenderaan.", "➡    Ikan sungai biasanya menyukai kawasan yang arusnya tidak terlalu deras seperti di berdekatan batu-batu besar, longgokkan sampah kayu atau buluh, dan dasar sungai. Maka pilihlah kawasan ini untuk mencuba nasib.", "➡    Jika ingin memancing ikan lampam, pilihlah kawasan air aliran agak deras dan beriak. Perhatikan juga jika di tebing sungai terdapat pokok tanaman yang batang atau", "daunnya masuk ke air, atau ada sampah yang tersekat, biasanya kumpulan lampam gemar bermain di kawasan sebegini.", "➡    Ikan patin lazimnya memilih untuk berada di lokasi sungai yang dalam, juga yang banyak tanaman akuatik untuk tempat berlindung.", "Ia juga akan mudah dijumpai di kawasan sungai yang banyak terdapat ikan kecil karena ikan ini juga ikan pemangsa.", "➡    Sekiranya anda berminat untuk memancing ikan keli, ketutu atau kaloi, pilihlah lokasi yang airnya agak tenang. Umumnya di kawasan tepian sungai yang sedikit berlumpur dan tidak berbatu.", "➡    Sementara peminat baung pula pilihlah kawasan pertembungan air yang keruh dan jernih. Ikan baung juga suka dengan aliran air yang agak deras.", "Jadi jangan terkejut sekiranya ia banyak ditemui sehingga ke tengah sungai.", "➡    Bertarung dengan ikan besar yang memakan umpan kita di sungai bukanlah satu kerja yang mudah.", "Untuk lebih mudah menanganinya, cubalah untuk menghela ikan ke bahagian sungai yang lebih cetek dan tidak deras arusnya." ]
https://www.umpan.com.my/variasi-umpan-sesiput-terbaik-untuk-menjerat-spesies-sembilang-duri/
Variasi Umpan Sesiput Terbaik Untuk Menjerat Spesies Sembilang & Duri
[ "Ikan sembilang diketahui menjadikan muara, kuala sungai dan kawasan berlumpur sebagai habitatnya mencari makanan. Sembilang mudah dijerat dengan menggunakan umpun-umpun dan udang sama ada hidup atau mati. Bahkan sembilang turut menjadikan makhluk bercengkerang atau sesiput sebagai sumber makanannya.", "Umang-umang", "Umang-umang juga terbukti sebagai umpan yang mampu menjerat sembilang. Untuk menggunakan umpan ini, umang-umang haruslah dikeluarkan daripada cengkerang dan menggunakan bahagian punggungnya sahaja untuk dicangkuk pada mata kail.", "Kerang", "Di kawasan berlumpur,kerang memang menjadi umpan yang mampu menjerat ikan terutamanya sembilang dan belukang. Hanya isi kerang sahaja yang perlu digunakan pada mata kail dan faktor hanyir pada kerang amat membantu untuk menarik perhatian spesies bersengat.", "Mentarang", "Sama seperti makhluk bercengkerang yang lain, mentarang turut boleh dijadikan umpan untuk menjerat sembilang. Di Selangor, umpan ini menjadi antara umpan yang popular dan berpotensi untuk memikat spesies ini.", "Pepahat", "Selain enak dijadikan juadah makanan, sepahat/pepahat juga boleh dijadikan umpan menjerat sembilang. Hanya gunakan isinya sahaja dan cangkokkan pada mata kail. Selain sembilang, ikan gelama, gerut-gerut dan duri turut meminati umpan ini.", "Kupang", "Kupang merupakan umpan bercengkerang yang sinonim untuk memancing sembilang. Lebih-lebih lagi jika memancing di kelong atau rumah rakit yang turut mengusahakan ternakan kupang. Ia jelas terbukti berkesan jika kawasan tersebut turut didiami sembilang." ]
https://www.umpan.com.my/mengenal-ikan-belukang-dengan-lebih-mendalam/
Mengenal Ikan Belukang Dengan Lebih Mendalam!!
[ "Ikan bertubuh sederhana, licin tak bersisik; panjang hingga 45cm. Kepala memipih datar ke arah muncung, dengan tiga pasang sesungut; sepasang yang paling panjang di antaranya berada di rahang atas, hujungnya mencapai pertengahan sirip pektoral atau lebih.", "Sisi atas kepala dengan kepingan tulang serupa perisai yang berpola kasar permukaannya, dengan lekuk fontanel yang memanjang di tengah dahi di antara dua mata. Belakang kepala belakang membundar, dan plat pangkal di muka duri sirip dorsal seperti sayap kupu-kupu.", "Gigi bentuk kerucut dan tersusun dalam barisan melintang pada empat plat yang berderet di langit-langit mulut (palatum); plat gigi yang sebelah depan (plat maksilar) melengkung sempit dari sisi ke sisi.", "Sirip dorsal dan kedua sirip pektoral masing-masing dengan duri yang bergerigi dan berbisa; sirip lembut dorsal kedua berukuran sederhana. Keseluruhan duri sirip dorsal I-7 (satu duri keras dan 7 duri lembut) sirip pektoral I-11; sirip pelvik 6; dan sirip anal 18-19.", "Bahagian atas dan sisi tubuh berwarna kelabu-gelap kecoklatan atau kebiruan, sisi bawah putih susu; biasanya dengan (10 atau lebih) garis-garis melintang putih keperakan, kebiruan, atau kehijauan. Semua siripnya berwarna kusam kehitaman, hanya bahagian filamen dari sirip dorsal yang berwarna terang.", "Menurut saintis Bleeker, dari pengamatannya belukang bersama dengan long whiskers catfish (Mystus gulio) dan engraved sea catfish (Nemapteryx caelata), merupakan jenis-jenis ikan berkumis yang paling umum didapati di pantai-pantai berlumpur serta di muara-muara sungai di Asia tenggara.", "Belukang dijual dan dikonsumsi dalam keadaan segar atau dikeringkan (ikan masin). Namun tangkapan belukang secara komersial tidak dilakukan secara besar-besaran berikutan harganya yang rendah. Dengan sifatnya memakan kotoran menyebabkan ia kurang digemari sebagai hidangan di meja makan.", "Dalam dunia pancingan pula, ikan belukang tidak tersenarai dalam spesies buruan utama dan ia lebih banyak dipancing secara tidak sengaja walaupun terdapat segelintir pemancing yang menjadikannya sebagai hiburan pancingan santai." ]
https://www.umpan.com.my/tip-pengendalian-ikan-hasil-casting/
Tip Pengendalian Ikan Hasil Casting!!
[ "➡ Mengendalikan ikan bukan bermakna tindakan selepas mendaratkan ikan, tetapi juga tatkala ikan berada di hujung tali pancing.", "Jangan terlalu gelabah atau tergopoh-gapah ketika melayan tarikan ikan. Sebaiknya amalkan konsep hulur dan tarik dengan tenang untuk mengelakkan berlakunya sebarang perkara tak diingini.", "Malah, ketika inilah sebenarnya kemuncak kenikmatan memancing.", "➡ Gunalah gancu, sauk atau lip grip untuk mendaratkan hasil tangkapan. Elakkan dari mendaratkannya dengan menggunakan kekuatan joran dan tali pancing kecuali ikan terlalu kecil.", "Dan jangan terlalu berani menaikkan ikan menggunakan tangan kerana rontaan ikan mampu membawa kecederaan kepada pemancing sama ada menerusi ikan tersebut mahupun gewang yang berada pada mulut ikan.", "➡ Pastikan anda menanggalkan mata dari mulut ikan menggunakan playar atau alatan lain yang sesuai.", "Elakkan menggunakan tangan untuk mencabut mata kail! Apatah lagi jika gewang tersebut menggunakan mata tiga. Sebaiknya peganglah ikan dengan kemas bagi mengelaknya dari meronta.", "➡ Pastikan ikan yang bersengat sudah dipotong sengatnya terlebih dahulu sebelum sama ada sebelum menanggalkan gewang atau sebelum disimpan di dalam bekas simpanan ikan.", "Sengat yang sudah dipotong haruslah ditanam atau dicampak semula ke dalam air bagi mengelakkan anda terpijak atau terduduk ke atasnya.", "➡ Sekiranya ikan yang diperoleh bukanlah ikan sasaran atau tidak bercadang untuk dibawa pulang maka lepaskanlah ikan tersebut dengan selayaknya.", "Berilah ruang kepada ikan untuk pulih dengan sebaiknya sebelum dilepaskan. Jangan sesekali dicampak seperti membuang sampah." ]
https://www.umpan.com.my/cara-buat-umpan-patin-segera/
Cara buat umpan patin segera!
[ "Umpan atau perisa produk Original dipasarkan melebihi 12 jenis perisa kesemuanya. Perisa-perisa ini pula jika dicampurkan akan menghasilkan satu gabungan bau dan aroma yang memikat.", "Selain menggunakan sos campuran perisa ini dengan roti, ia juga berkesan jika digunakan dengan palet atau dedak biji.", "Bahan-Bahan Keperluan:", "2 botol (sederhana) perisa pandan kelapa Original", "1 botol (sederhana) perisa honeydew Original", "1 Botol (sederhana) perisa nangka Original", "1 botol 500ml kosong", "Cara-Cara Penyediaan Umpan", "Sediakan satu botol kosong untuk campuran perisa. Kemudian masukkan 2 botol perisa pandan kelapa Original", "Kemudian masukkan pula satu botol perisa nangka Original ke dalam botol yang sudah dimasukkan 2 botol perisa pandan kelapa. Goncang seketika agar campuran perisa ini sebati.", "Masukkan pula 3 penutup botol perisa honeydew Original (perisa honeydew ini tidak boleh banyak dicampurkan kerana baunya yang kuat boleh mematikan bau perisa yang lain).", "Goncang sehingga campurnan perisa ini benar-benar sebati. Kemudian bolehlah digunakan sebagai umpan.", "Cara Penggunaan umpan:", "Sediakan satu plastik kosong bersaiz bersair besar. Masukkan umpan (anggaran 10 penutup botol – bergantung kepada jumlah roti yang ingin digunakan).", "Kemudian ratakan umpan agar mengenai setiap ruang di dalam plastik tersebut.", "Masukkan roti sandwic yang telah dipotong dadu. Kembungkan plastik supaya mudah untuk menggoncangnya (untuk menyebatikan umpan dengan roti dadu).", "Apabila roti dadu sudah sebati sebati dengan umpan maka ia bolehlah digunakan umpan memancing ikan terutamanya ikan patin." ]
https://www.umpan.com.my/teknik-peralatan-umpan-mancing-pari-tanjung/
Teknik, Peralatan & Umpan Mancing Pari Nyiru!!
[ "Jika dilihat saiz lazim yang ditangkap atau dipancing, kombinasi peralatan berkekuatan 20lb sesuai dan banyak digunakan. Tambahan pula tangsi halus atau tali sulam boleh membantu kita mengurangkan pemberat yang bakal digunakan. Malah peralatan yang sama seperti mana memancing ikan muara boleh digunakan tanpa sebarang masalah.", "Sesuai dengan ini peralatan sederhana cukup memberi kepuasan dan kesempurnaan etika memancing supaya getaran di otot lengan dan perlawanan menjadi lebih seimbang. Usah khuatir ikan ini tidak bijak mencari perlindungan, ia gemar bertahan dengan bantuan badannya yang leper serta pecutan di awal larian.", "Biasanya ia hanya dikesan meragut umpan sebaik sahaja kail di karau. Masa ini kita akan terasa objek berat, kemudian melayang-layang hingga permukaan. Joran kekuatan 20lb hingga 30lb memudahkan kita mengepam pari ini semasa ia cuba memekap di permukaan dasar.", "Hanya ketika ini sahaja kekuatan joran perlu digunakan den selebihnya skill pemancing. Perambut 20lb hingga 30lb menjadi pilihan saya. Mata kail jangan terlalu besar memandangkan ikan ini bukanlah spesies yang bermulut luas.", "Umpan untuk memancing pari nyiru tidaklah begitu sukar kerana sebagai pemangsa dasar ini gemarkan perumpun, udang, hirisan ‘kaki’ sotong kurita dan hirisan ikan memanjang sebesar jari kanak-kanak.", "Udang yang dimaksudkan ialah bersaiz kecil dan kalau hidup lagi cepat sambaran. Udang terlalu besar seperti saiz kolam komersial tidak sesuai kerana kesukaran untuk pari menelan mangsa sekali gus." ]
https://www.umpan.com.my/ikan-kebanggaan-warga-sarawak/
Ikan Kebanggaan Warga Sarawak
[ "Taksonomi", "Kingdom: Animalia", "Phylum: Chordata", "Class: Actinopterygii", "Order: Cypriniformes", "Family: Cyprinidae", "Genus: Tor", "Species: T. douronensis (Valenciennes, 1842)", "Nama Umum:", "Bangah (Malay)", "Belian (Malay)", "Kelah Biru (Malay)", "Pelian (Malay)", "River Carp (English)", "Semah (English)", "Semah Mahseer (English)", "Temungan (Malay)", "Ikan Semah dikenali sebagai ikan rasmi Negeri Sarawak, kerana pada asalnya perkataan ‘Semah’ adalah satu perkataan dari masyarakat Iban. Ikan ini dianggap sebagai ikan alternatif kepada ikan empurau kerana tidak ramai yang mampu membeli ataupun memakan ikan empurau kerana harganya yang mahal.", "Jadi sebagai alternatif, Ikan Semah juga enak untuk dimakan. Walaupun rasanya tidak sehebat ikan empurau, setidak-tidaknya kita boleh merasa keenakan ikan yang berpotensi tinggi untuk di komersialkan ini.", "Ikan Semah masih banyak terdapat di kawasan hulu sungai di Pedalaman Negeri Sarawak, terutamanya di kawasan hulu-hulu sungai yang deras seperti Sungai Katibas. Tor douronensis, juga dikenal sebagai Labeobarbus douronensis, adalah spesies ikan bersirip dari famili Cyprinidae dalam genus Tor.", "Ikan sungai air tawar Asia ini dapat ditemukan di Thailand selatan, timur ke Vietnam dan selatan ke Indonesia. Spesies ini dikenali dari Chao Phraya dan sungai Mekong.", "Ikan ini telah dikaitkan dengan Valenciennes, namun dalam catatan asalnya, beliau mendakwa bahawa ikan yang digambarkan “membentuk bahagian dari koleksi yang dibuat di Jawa oleh Kuhl dan Van Hesselt; mereka menamainya Dourr.”", "Dalam beberapa tahun terakhir telah disarankan bahawa Tor douronensis berkongsi identiti dengan Tor tambra, mengikuti karya Tyson R. Roberts pada tahun 1999.", "Sejak itu, pada tahun 2017, Ng Chee Kiat et al. telah menerbitkan sebuah artikel tentang keanekaragaman ikan negeri Sabah di Borneo Malaysia.", "Mereka merujuk karya Roberts dan karya yang lebih baru oleh Maurice Kottelat untuk menyimpulkan bahwa Tor tambra adalah satu-satunya spesies mahseer yang ditemui di sungai-sungai di Indonesia dan Malaysia.", "Seiring dengan banyak spesies mahseer di bahagian lain wilayah ini, wujud kekeliruan perihal perbezaan taksonomi dan genetik antara spesies.", "Tor douronensis seperti yang dijelaskan dari Jawa memiliki panjang tubuh 4-5 kali tinggi badan maksimum, kepala pendek berukuran 1/5 dari panjang tubuh dan 21 skala garis lateral.", "Di sebahagian besar tempat di mana penduduk setempat memahami ikan mereka sebagai Tor douronensis, ikan ini memiliki kepala yang lebih pendek dan tubuh yang lebih dalam daripada Tor tambra.", "Ikan-ikan ini juga tampaknya memiliki misai panjang (barbel) yang luar biasa dibandingkan dengan mahseer lain di daerah tersebut.", "Ada penelitian yang melihat genetik mahseer Indonesia (Tor tambra, Tor tambroides, dan Tor douronensis), tetapi dengan pengecualian kajian Walton tentang Tor tambra, tidak ada penelitian yang diketahui yang membuat perbandingan dengan spesimen yang dikumpulkan dari jenis tempatan.", "Oleh kerana itu, spesimen yang dipelajari tidak dapat divalidasi sebagai nama spesies. Satu-satunya cara agar validitas Tor douronensis dapat dimajukan adalah dengan kajian bersama di wilayah sungai setempat.", "Di Indonesia, ikan ini dikenali secara lokal sebagai kancra bodas atau ikan dewa. Jarang ditemukan di sungai dan kolam di Indonesia, terutama di Jawa, Sumatera dan Kalimantan.", "Kerana kesukaran untuk ditemui, orang Sunda menganggapnya sebagai ikan suci. Ini dapat ditemukan di sungai dan kolam di sekitar Gunung Cereme, Jawa Barat, seperti Cibulan, Cigugur, Pasawahan, Linggajati, dan kolam suci Darmaloka.", "Di Thailand, ikan ini dikenal sebagai pla pluang chomphu atau pla vien chomphu (pink mahseer, pink brook carp) dengan warna sisik dan sirip berwarna merah muda atau merah muda.", "Pada 1981, spesies ini dalam status terancam punah. Kerana habitatnya dihancurkan dari empanganBang Lang, empangan baru yang dibangunkan.", "Selanjutnya, spesimen dikumpulkan dari habitat liar untuk dikembang biak. Walaupun berhasil namun hasinya amat sedikit. Pada tahun 1999, Ratu Sirikit meneruskan usaha di empangan Bang Lang dan melepaskan ikan itu kembali ke alam semulajadi." ]
https://www.umpan.com.my/trip-trobek-santai-di-rakit-teluk-sengat/
Trip Trobek – Santai Di Rakit Teluk Sengat!!
[ "Kunjungan kami ke rumah rakit ini terlebih dahulu disambut dengan minuman selamat datang oleh pemiliknya, Encik Azar Zainal. Menurutnya, idea untuk membuka rumah rakit dengan pakej menginap, makan dan memancing ini datangnya secara tiba-tiba.", "Perancangan asal hanya untuk fokuskan kepada memancing sahaja, tetapi bila melihat dengan hanya 1 pakej kurang menjana keuntungan, maka beliau tampil dengan idea untuk menjadikan rumah rakit ini lain daripada yang lain dengan pakej lengkap memancing, menginap dan cafe atas air.", "Selain cafe dan bilik penginapan dengan konsep terbuka yang selesa, rumah rakit ini juga lengkap dengan pelbagai kemudahan lain seperti surau, tandas, TV siaran Astro, ruang makan yang selesa dan pelbagai lagi kemudahan lain.", "Dikelilingi panorama menarik berlatarbelakangkan Sungai Johor pastinya rakit ini menjadi antara rakit pilihan yang boleh dikunjungi kaki pancing yang ingin membawa keluarga untuk bercuti sambil memancing.", "Rumah rakit ini juga amat sesuai buat mereka yang ingin merancang untuk membuat hari keluarga atau apa jua aktiviti yang melibatkan kuantiti peserta yang ramai kerana ia mampu memuatkan maksimum seramai 100 orang pada satu-satu masa.", "Ditanya tentang perancangan masa hadapan, Encik Azar Zainal merangka untuk membina sebuah lagi rumah rakit yang baru dengan konsep bilik penginapan yang berbeza dan lebih privasi untuk pengunjung.", "Selain itu beliau juga ingin menambah pelantar bagi memudahkan kaki pancing melontar joran dengan lebih selesa selain menambah baik kemudahan sedia ada untuk kepuasan pengunjung.", "Sewaktu kunjungan singkat kami tempoh hari boleh dikatakan rezeki tidaklah memihak kami. Dengan kunjungan singkat dan keadaan air yang kurang cantik hanya spesies kecil sahaja yang sudi menjamah umpan kami.", "Namun apabila melihat koleksi foto pemancing dengan tangkapan di rakit ini kami percaya ia juga menjadi persinggahan pelbagai spesies ikan gred A seperti siakap, tebal pipi, senangin, kerapu, merah, sembilang dan macam-macam lagi.", "Selain memancing di rumah rakit, Rakit Azarza Zainal turut menawarkan khidmat sewa bot untuk memancing dan menyusuri Sungai Johor bagi yang ingin menjamu mata melihat keindahan matahari terbenam." ]
https://www.umpan.com.my/merungkai-konsep-mancing-jenggo-secara-menyeluruh/
Merungkai Konsep Mancing Jenggo Secara Menyeluruh
[ "Udang galah atau jenggo merupakan hidupan air dari keluarga krustasea yang paling popular dipancing selepas ikan. Walaupun berkonsep pancingan santai namun untuk memancingnya banyak aspek yang perlu dititikberatkan.", "Peralatan", "Joran dan kekili untuk memancing udang biarlah jenis ringan. Joran halus sebaiknya dalam 4-5 kaki panjang dan kekili tidaklah perlu besar (siri 1000 dan ke bawah).", "Tali Utama seeloknya antara 10-15lb manakala perambut pula antara 6-10lb.", "Saiz batu ladung kebiasaannya antara no: 5 – 6. Saiz batu ladung yang kecil boleh digunakan ketika arus sungai bergerak perlahan.", "Beberapa jenama mata kail kecil boleh digunakan tetapi biasanya ialah antara no: 1-6 menjadi pilihan utama. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan sendiri.", "Umpan", "Udang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan pada mata kail, antaranya cacing, perumpun, udang kecil, isi ikan. Namun pilihan utama tetap cacing tanah kerana berkaitan rapat dengan bentuk badannya pada mata kail dan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut.", "Cara Memancing (bersampan)", "Untuk memancing di atas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12 – 17 kaki.", "Lima batang joran seorang adalah bertepatan dan jika ada yang baru belajar mereka bolehlah bermula dengan 2-3 batang dulu. Tidak hairan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya.", "Susunan joran di atas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.", "Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu di kekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran di tepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu.", "Jika sudah pasti udang telah menelan umpan (dengan melihat henjutan di hujung joran) lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali. Di sinilah debaran dada si pemancing udang dapat dirasai dengan henjutan udang sama ada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan.", "Makluman tambahan", "Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan. Kadangkala udang memakan umpan tanpa menunjukkan sebarang gerakan. Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan. Ada yang menarik umpan dengan keadaan separuh malu.", "Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar. Jawapan akan diketahui di separuh perjalanan udang semasa hendak dinaikkan.", "Mencari Lubuk", "Perhatikan kawasan yang mempunyai banyak makanan (buangan) serta kawasan yang senang udang bersembunyi.", "Kawasan berteluk berarus sederhana laju.", "Kawasan yang mudah tersangkut yang terdapat banyak ranting-ranting pokok serta akar-akar pokok di dalam air.", "Memandangkan jadual air berubah setiap hari, kedudukan udang juga begitu, adakalanya udang galah suka bermain di tengah sungai terutama bila air bergerak sederhana laju.", "Panduan", "Ketika memancing udang, sikap malas jangan diamalkan. Umpan perlu selalu diperiksa di mata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang.", "Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain.", "Musim tengkujuh adalah musim yang tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta cuaca/air yang sejuk.", "Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 4 -5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.", "Gangguan seperti nak-anak ikan, dan sebagainya adalah cabaran dalam menahan kesabaran.", "Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing di tengah sungai.", "Jika sungai kecil (hulu) tali boleh di rentang di dalam usaha mencari lubuk udang.", "Peringatan", "Pertuturan harus dijaga.", "Elakkan membuang makanan seperti daging di kawasan pancing udang.", "Mata dan telinga sentiasa berwaspada kerana kebiasaannya lubuk udang dikongsi bersama oleh sang bedal (buaya).", "Sering memberi kerjasama sesama rakan-rakan." ]
https://www.umpan.com.my/umpan-terbaik-ikan-merah-mata-hitam/
Umpan Terbaik Ikan Merah Mata Hitam!!
[ "Umpan untuk spesies merah mata hitam paling top ialah ikan selayang untuk siang hari, sotong hidup di malam hari. Ini sesuai dengan diet ikan dari kawasan yang sama seolah makanan asasi bagi rutin diet hariannya.", "Bagaimanapun jika jumpa kelompok ikan ini di satu lubuk, apa-apa umpan ikan janji kesegarannya terjamin boleh digunakan. Umpan boleh dicangkukkan seekor jika kecil atau dihiris memanjang. Umpan mati terbaik ialah ikan/sotong belum kena ais.", "Paling tidak ia tidak terendam di dalam ais. Potong memanjang berjuntai sedikit lebih baik dibandingkan seketul isi dipotong bersama tulang.", "Yang penting pemancing perlu pastikan agar umpan tidak berbelit dengan tali utama tidak kira teknik apollo mahupun penggunaan tanduk. Menggunakan tanduk dapat mengurangkan risiko umpan berpintal dengan tali utama.", "Teknik apollo 3 hingga 5 mata kail diikat dengan perambut 60lb dengan perambut utama 100lb paling sesuai diamalkan untuk ikan merah berkelompok ini.", "Faktor menentukan saiz mata kail biasanya dirujuk kepada saiz ikan yang dipancing, jenis sama ada bermulut besar atau ikan berbadan besar mulut kecil. Merah mata hitam adalah jenis ikan merah memiliki mulut saiz normal seperti ikan jenahak maupun siakap merah.", "Jika saiz kurang sekilogram boleh dipadankan mata kail seperti Gamakatsu nombor 1 atau 2, jika saiz menjangkau 3kg ke atas mata kail npmbor 3/0 hingga 5/0.", "Saya gemar menggunakan gabungan 2 mata kail, kecil no 1 di hadapan dan saiz 3/0 atau 4/0 di belakang. Ikatan perambut tanpa perambut dawai kecuali jika ada pemangsa bergigi tajam mencuri umpan terutama pada malam hari." ]
https://www.umpan.com.my/berpesta-di-lubuk-merah-kerapu/
Berpesta Di Lubuk Merah & Kerapu
[ "Gabungan idea dan konsep melancong sambil memancing amat menarik minat kumpulan saya berdasarkan cerita-cerita daripada rakan pemancing yang sudah berpengalaman memancing di Pulau Aur. Lokasi memancing di sini yang terkenal dengan keindahan pantai dan taman laut menguatkan semangat kami untuk mengalami pengalaman memancing sedemikian.", "Maka bot Tuna Biru menjadi pilihan kami untuk merealisasikan hajat kami ke sana. Selepas mendapatkan nombor yang perlu dihubungi, kami pun mengatur jadual dan membuat tempahan 3-4 bulan awal kerana terlalu banyak permintaan tempahan dengan jadual yang padat dari pemilik bot.", "Kami seramai 8 orang dari KL tiba pada hari yang dijanjikan. Tanpa membuang masa, kami terus berjumpa dengan tekong Sham yang kelihatan masih muda tetapi kaya dengan pengalaman. Selepas memunggah barang ke dalam bot, kami terus menuju ke Pulau Aur yang mengambil masa kira-kira 5 jam perjalanan.", "Sebelum kami mula memancing. Bot Tuna Biru singgah di unjam berhampiran untuk sesi apollo ikan umpan. Memang mudah untuk memancing appollo di sini. Apollo kami sering full house di unjam yang singgah.", "Dengan pantas ia memenuhkan stok umpan hidup kami. Selepas kami tamat sesi apollo, kami mula melakukan teknik trolling. Dengan menggunakan gewang tundaan Rapala magnum red head, kami trolling berhampiran unjam. Diketahui di kawasan unjam memang menjadi tempat menghendap bagi ikan-ikan pelagik seperti ikan tenggiri dan alu-alu.", "Selepas bot berpusing-pusing beberapa kali di kawasan unjam, kami menerima satu strike yang padu. Dengan penuh cermat kami melayan tarikan ikan, akhirnya seekor ikan tenggiri berjaya didaratkan. Kami menyambung lagi sesi trolling di kawasan tersebut dan hasilnya beberapa ekor ikan tenggiri lagi dan belitong berjaya didaratkan.", "Selepas puas melayan tarikan ikan di unjam, kami berpindah berhampiran perairan Pulau Aur untuk memancing dasar. Tekong akan mensasarkan kawasan lubang dan karang yang kaya dengan ikan.", "Selepas 45 minit perjalanan, bot berlabuh di kawasan karang. Maka bermulalah sesi memancing dasar pula. Memandangkan kedalaman air sedalam 60-70 meter, tekong mencadangkan kami menggunakan perambut dua mata berkekuatan 60 lb dan batu ladung bersaiz 14.", "Dengan berumpankan isi sotong dan ikan kembung hasil apollo sebelum ini, dengan mudah kami berpesta ikan kerapu. Saiznya juga amat memuaskan sekitar 1kg-2.5kg. Sekali sekala ada juga rakan kami yang berjaya memperoleh kerapu seberat anggaran 4-5kg. Kami memancing sepuas hati pada hari pertama trip ini berlangsung dan apabila hampir pukul 5 petang kami bergerak menuju ke Pulau Aur.", "Apa yang menarik tentang trip ini ialah, jumlah kos memancing yang telah dibayar oleh kumpulan kami merangkumi kos penginapan chalet dan makan minum. Setibanya di pulau ini, kami dibawa bersiar-siar terlebih dahulu menaiki speed boat di sekitar Pulau Aur.", "Kemudian barulah kami berlabuh di Pulau Dayang yang terletak bertentangan dengan Pulau Aur. Chalet yang disediakan amat selesa dengan kemudahan yang sangat memuaskan.", "Selepas kami check-in di chalet, kami menikmati keindahan pantai pulau tersebut. Ada juga beberapa orang rakan kami yang tidak menahan keinginan untuk bermandi manda serta bersnorkeling di tepi pantai. Memang mengujakan!.", "Ada juga lebih bersantai-santai di pantai sambil merehatkan badan dan menikmati air kelapa muda di tempat rehat yang disediakan. Selepas kami membersihkan diri, kami dijemput oleh tekong dan awak-awak untuk menikmati makan malam bersama mereka.", "Lubuk Merah dan Kerapu", "Hari kedua, seawal 6.00 pagi kami terus keluar dan menuju ke lubuk yang berikutnya. Dengan teknik perambut 2 mata seperti semalam, kami mula menurunkan umpan secara perlahan-lahan.", "Apabila umpan sampai ke dasar dengan pantas rod kami menunjukkan ada tanda getuan ikan memakan umpan yang diturunkan. Rakan-rakan yang lain juga mengalami situasi yang sama. Nampak gayanya ikan-ikan di sini amat pelahap.", "Ikan merah, ibu kerisi dan ikan kerapu berjaya didaratkan di lubuk ini. Selepas puas melayan ikan di sini, kami bergerak ke lokasi yang lain. Pelbagai ikan yang menghuni karang berjaya kami naikkan tanpa perlu menunggu lama. Kami meneruskan rutin memancing sehingga petang dan pulang ke chalet seperti semalam. Tanpa disedari kami hampir memenuhkan tong-tong kami.", "Hari ketiga kami menyambung rutin kami seperti hari-hari sebelum ini. Memandangkan ini hari terakhir kami memancing bersama Tuna Biru, kami akan memancing sambil menuju pulang ke jeti.", "Pelbagai ikan lagi berjaya kami daratkan pada hari ke terakhir. Tepat pukul 3 petang kami tiba di jeti di Bandar Mersing. Ikan kami bahagikan sama rata kepada semua ahli trip dan sempat singgah membeli keropok lekor yang terkenal di Mersing. Selepas selesai urusan kami di sini, kami bergerak pulang menuju ke Kuala Lumpur." ]
https://www.umpan.com.my/kepaduan-umpan-patin-campuran-yogurt-minuman-tenaga/
Kepaduan Umpan Patin Campuran Yogurt & Minuman Tenaga
[ "Kadang-kadang tu macam tak percaya tapi itulah kenyataannya. Dengan menggunakan bahan-bahan utama seperti yogurt dan minuman tenaga Redbull, anda boleh menghasilkan umpan yang berpotensi untuk mendaratkan ikan seperti patin dan lain-lain lagi.", "Jom tengok bagaimana cara menyediakan umpan ini.", "Bahan-bahan keperluan:", "Yogurt segar 370gm", "1 tin Redbull", "Pes strawberi Original", "1 pek NS Power strawberi", "Yis segera", "Cara penyediaan umpan:", "Tutorial 1", "Campurkan 1 pek yogurt, setengah atau 3/4 tin Redbull, 5 penutup pes strawberi, 1 pek NS power stawberi dan suku pek yis segera ke dalam bekas pengisar. Kemudian, kisar bahan-bahan tersebut sehingga larut dan sebati.", "Tutorial 2", "Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar (umpan) ke dalam bekas atau botol kedap udara separas 3/4 penuh sahaja. Umpan ini akan menapai dan menghasilkan gas. Biarkan (peram) umpan ini selama sekurang-kurangnya satu malam sebelum ia digunakan.", "Cara menggunakannya", "Umpan ini sesuai digunakan dengan roti dadu dan juga palet (dedak biji). Tuangkan umpan secukupnya sahaja ke atas roti dadu di dalam bekas bancuhan dan pastikan setiap roti dadu sebati dengan umpan.", "Sebaiknya perap seketika sebelum umpan ini dijadikan umpan untuk memancing patin atau lain-lain spesies yang ada di dalam kolam." ]
https://www.umpan.com.my/soal-jawab-mancing-bagaimana-nak-dapat-bawal-pinang-kolam-dengan-banyak/
Soal Jawab Mancing – Bagaimana Nak Dapat Bawal Pinang Kolam Dengan Banyak??
[ "Ikan bawal pinang / emas (juga dikenali sebagai bawal kolam oleh kebanyakan kaki pancing kolam air masin) atau ikan pompano adalah spesies ikan air masin yang lasak. Ia berbentuk lebar seperti bawal biasa. Bahagian hujung ekornya berwarna kekuningan. Tetapi saiznya lebih besar dan purata ikan ini boleh membesar sehingga belasan kilogram.", "Ikan bawal pinang lebih tertumpu di kawasan beting pasir dan sering bermain di permukaan dan pertengahan air. Untuk menjinakkan ikan ini, umpan paling lazim digunakan di habitat asalnya ialah udang hidup.", "Di kolam pancing juga digunakan udang hidup terutamanya jika ingin menyasarkan spesimen bersaiz besar. Begitu umpan yang lazim digunakan ialah udang pasar sahaja. Begitu pun udang pasar perlu dikopek kulitnya atau dipanggil udang kopek.", "Untuk lebih mudah lagi kerja boleh dapatkan terus udang kopek yang ada terjual di sesetengah pasar raya. Isi udang kopek perlu dipasang pada mata kail menggunakan teknik memancing apollo dengan kaedah apungan.", "Dengan kaedah menggunakan pelampung, jarak mata kail dengan pelampung lebih kurang sedepa. Kebanyakan ikan ini bermain di kawasan pertengahan air di kolam air masin.", "Kawasan tumpuan ikan ini di kolam berdekatan kincir air kerana ia menunggu makanan yang ditolak arus ke permukaan. Jadi umpan udang pemancing harus berada di kawasan sasaran ikan ini biasa berkumpul." ]
https://www.umpan.com.my/soal-jawab-memancing-bagaimana-cara-nak-pancing-ikan-kuku/
Soal Jawab Memancing – Bagaimana Cara Nak Pancing Ikan Kuku??
[ "Admin akui bagi sesetengah malah ramai juga para pemancing yang tidak mengetahui lebih mendalam tentang spesies ikan kuku. Terutamanya pemancing di sebelah pantai barat Semenanjung kerana spesies ikan kuku ini lebih mudah ditemui di pantai timur serta di Borneo.", "Sementara pemancing di pantai timur semenanjung juga pula tidak ramai yang terlibat dengan aktiviti memancing ikan yang berhabitat di kawasan berbatu atau berstruktur di pesisiran pantai dan muara. Untuk penjelasan tentang ikan kuku, anda boleh layari laman web Umpan.", "Untuk memancing ikan kuku ini kita perlulah tahu diet pemakanannya. Ikan kuku menjadikan krustasia dan sesiput antara makanan utamanya. Jika perhati barisan gigi ikan kuku maka kita akan percaya kenapa ikan ini menjadikan siput teritip sebagai makanannya.", "Waktu terbaik memancing ikan kuku ialah ketika air bergerak pasang. Oleh yang demikian, carilah lubuk berstruktur atau berbatu yang berpotensi akan menjadi kawasan ikan kuku berlegar mencari makanan apabila ditenggelami air pasang." ]
https://www.umpan.com.my/cara-mudah-buat-umpan-tapa-udang/
Cara Mudah Buat Umpan Tapa Udang!!
[ "Bahan-Bahan:", "Udang pasar", "Belacan", "Langkah 1", "Sediakan udang dan kopek isinya.", "Langkah 2", "Isi udang yang telah dikopek diisi ke dalam bekas bersama belacan.", "Langkah 3", "Hancurkan belacan dan gaul.", "Langkah 4", "Isi udang boleh dipotong kecil mengikut kehendak anda atau dikelar badannya agar bau belacan lebih meresap. Tambahkan sedikit air.", "Langkah 5", "Tutup di dalam bekas tertutup rapat dan biarkan ia lebih dari 2 hari agar sebati. Lagi lama lagi baik. Selepas tempoh berkenaan, bolehlah menggunakannya.", "Tip tambahan", "Selain udang, anda juga boleh lebih kreatif dengan mencuba hirisan daging atau isi ikan sebagai ganti untuk diperam dengan belacan.", "Ini kerana kedua-dua memiliki teksturnya lebih liat dan tidak mudah cepat habis bila dicangkuk pada mata kail. Selamat mencuba!" ]
https://www.umpan.com.my/jangan-buat-perkara-ini-jika-memancing-udang-galah-di-sungai/
Jangan Buat Perkara Ini Jika Memancing Udang Galah Di Sungai!
[ "Apabila tiba musim udang galah, ramai kaki penangkap udang sepit biru ini akan turun ke lubuk. Setiap kali ke lubuk udang galah, kebanyakan kaki penangkap udang ini sedia maklum mereka tidak keseorangan sebaliknya ditemani buaya. Maka, sikap waspada perlu ada.", "Hal ini kerana udang galah biasanya menempel pada badan buaya untuk memakan lumut atau alga pada tubuh badan buaya. Pendek kata, ramai yang bersetuju dengan pendapat di mana ada udang galah, di situ ada buaya.", "Oleh kerana itu pemancing udang galah tidak digalakkan membuang makanan berdarah seperti daging atau ayam di kawasan pancing udang. Dipercayai, ia seperti mengundang buaya datang ke tempat anda.", "Jika anda berada di sungai yang dipercayai ada buaya, elak gunakan umpan tepung yang digaul dengan serbuk kunyit. Dipercayai buaya tidak suka bau kunyit dan buaya boleh mengamuk serta mendatangkan bahaya kepada pemancing.", "Jangan sesekali menyebut nama buaya sepanjang anda berada di atas sampan atau di kawasan sungai. Ia sama seperti berada di dalam hutan dan menyebut nama harimau. Gantikan saja dengan sebutan lain seperti sang bedal atau sebagainya." ]
https://www.umpan.com.my/syurga-bottom-andaman/
Syurga Bottom Andaman
[ "Kap kun kap… Alhamdulillah, setelah setahun merancang trip untuk menduga perairan Andaman akhirnya ia terlaksana jua. Trip kali ini disertai oleh 13 pemancing iaitu Kusmin, Aregone, Abg Mat, Pak Aziz, Wawa , Awin, Bro Stailo, Tok Rahman, Abg Zul, Tuan Rio, Abg Malek, Adeq dan penulis.", "Untuk ke Kantang Thailand, perjalanan memakan masa lebih kurang 10-12 jam. Kami bertolak dari Shah Alam pada jam 12 tengah malam dan seterusnya tiba di sempadan Bukit Kayu Hitam pada jam 6 pagi sebelum singgah untuk membeli insuran kereta dan menukar mata wang asing di Changlun.", "Disebabkan ini sudah kali ke 3 penulis masuk ke Kantang, Thailand, jadi kami tidak berdepan masalah besar untuk masuk ke Negara jiran ini. Boleh dikatakan trip kali ini dianggap sebagai trip pemantauan memandangkan trip-trip sebelum ini berdepan hasil yang kurang memberangsangkan.", "Berbalik kepada perjalanan kami, kami terlebih dahulu singgah di Danok untuk mendapatkan sedikit bekalan makanan dan bahan keperluan asas. Selesai mengisi perut di sana, kami meneruskan lagi 4 jam perjalanan ke Kantang.", "Setibanya di Kantang kami terus check in di kantang Park Hotel untuk mendapatkan rehat yang mencukupi sebelum bertarung di lautan Andaman esok hari.", "Pertarungan Bermula", "Usai bersarapan, kami terus menuju ke jeti untuk menaiki bot. Kami memilih perkhidmatan bot Pak Dee Danaiwit untuk menduga perairan di sini memandangkan servis yang ditawarkan memang menjadi bualan kaki pancing.", "Untuk menduga perairan Andaman ini antara set yang kami bawa termasuklah shimano beast master 6000, zb 9000, forcemaster 9000, daiwa megatwin 750, tanacom 750 dan miya epoch cx5. Untuk mainline kebanyakan kami menggunakan 80lb keatas dan bab batu ladung pula size yang perlu ada ialah 2.5kg & 3 kg. Jangan tak percaya, kedalaman akan kami tempuh ialah 100m hingga 350m!", "Lubuk Rahsia Andaman", "Perjalananan kami pun bermula bila bot membelah ombak menuju ke lubuk terbaru Pak Dee. Sebelum menuju ke tengah laut, kami sempat membakar mercun cina 12 kaki sebagai simbolik perjalanan dan untuk amik ONG konon-kononnya.", "Di sini, target kami semua ialah luntan @ kertang, memandangkan Andaman sememangnya syurga untuk spesis kertang gergasi ini. Perjalanan ke lubuk rahsia yang memakan masa 16 jam memang cukup membosankan. Apa nak buat, rehat je lah kami di kabin yang berhawa dingin.", "Memang superb beb!", "Akhirnya, kami tiba juga di lubuk pertama. Masing-masing dari kami terus tak sabar untuk merendam batu ladung masing-masing setelah mengharungi perjalanan yang panjang. Memang lubuk rahsia ini betul-betul menjadi! Belum apa-apa Pak Ajis membuka tirai dengan menaikkan kertang seberat 19kg.", "Kemudian giliran Abg Rahman pula menaikkan kertang. Di sini saja 27 ekor kertang berjaya kami naikkan dengan anggaran size 15kg ke atas dan ada juga yang berjaya memutuskan main line 100lb kami.", "Bot lain yang berada di sebelah juga tak kurang hebatnya. Kelebihan mereka tiba di lubuk ini 2 jam lebih awal menyaksikan lebih 100 ekor kertang berjaya dinaikkan mereka. Memang dasyat!", "Lubuk 2", "Setelah puas bergasak di lubuk rahsia Pak Dee, kini kami beralih ke lubuk kertang ke-2. Di sini, Kusmin menjadi orang pertama yang berjaya memecah kebuntuan dengan menaikkan kertang seberat 18kg.", "Kemudian, sekali lagi kami berpesta ikan apabila semua joran yang kami gunakan terpaksa bekerja keras menarik isi perut Andaman. Pak aziz pula berjaya mendapat jackport di sini apabila pancing beliau mengena seekor kertangterberat setakat ini iaitu seberat 30kg.", "Setelah lebih 50 ekor kertang kami pulun di sini, ribut pun mula menampakkan bayang menandakan sudah sampai masa untuk kami stop sementara aktiviti memancing. Iyelah, apa-apapun, keselamatan harus diutamakan.", "Slow Pitch Jigging di Hari terakhir", "Pada hari terakhir Pak Dee mengajak kami bermain slow pitch jigging untuk menjerat spesis kerapu bunga, cupak dan GT. Lubuk kali ini lebih berhampiran dengan Koh Adang dengan kedalaman sekitar 40 meter sahaja. Size jig yang saya cadangkan ialah sekitar 120-200 gram.", "Untuk teknik ini, kebanyakan yang terpedaya dengan jig ialah dari spesis kerapu bunga. lebih sebakul kerapu bunga berjaya kami punggah di sini.", "Setelah tepat jam 12 tengah malam, kami pun menghentikan trip dan bergerak pulang menuju ke jeti. Kesimpulannya, trip kali ini boleh dikira amat sukses bagi kami apabila pelbagai jenis ikan termasuk hampir 100 ekor kertang berjaya kami perolehi.", "Benarlah, kata orang, perairan Andaman memang syurga bagi kaki “bottom”. Insyaallah, pada tahun hadapan kami akan kembali lagi ke sini.", "(oleh: Imran Butet)" ]
https://www.umpan.com.my/jenis-jenis-umpan-paling-banyak-diguna-kaki-pancing/
Jenis-Jenis Umpan Paling Banyak Diguna Kaki Pancing
[ "Banyak lagi sebenarnya umpan yang digunakan kaki pancing namun cukuplah kami senaraikan 10 umpan yang dianggap paling banyak digunakan.", "Cacing", "Umpan paling laris untuk menangkap ikan air tawar. Ia boleh digunakan pada bila-bila masa dan mudah didapati. Antara spesies yang menggemari umpan ini adalah seperti keli, lampam, terbul, susur batang, haruan, puyu, dan banyak lagi.", "Buah Kelapa Sawit", "Banyak digunakan untuk memancing kelah bersaiz besar. Cari sawit yang betul-betul masak dan berminyak atau rendam biji sawit selama beberapa hari sehingga ia mengeluarkan bau tengik. Bukan mudah untuk menjatuhkan ego sang kelah. Biji sawit dicangkukkan pada mata kail dan digunakan ketika pemancingan di sungai, hulu sungai atau tasik yang bersambung dengan sungai.", "Ruat", "Ruat atau umpun-umpun merupakan umpan yang paling banyak digunakan untuk pancingan muara. Digunakan untuk memancing spesies yang tinggal di habitat berlumpur atau kawasan muara. Ia dapat menundukkan spesies seperti sembilang, gelama, dan udang galah.", "Udang", "Salah satu daripada umpan kegemaran ikan. Udang sungai gantung lebih sesuai untuk memancing ikan yang mendiami kawasan sungai pergunungan atau tasik. Udang perlu dicangkuk dengan betul kerana ia mudah mati dan hancur apabila digetu oleh spesies pengacau seperti ketam atau buntal. Banyak digunakan untuk menangkap siakap, jenahak, ikan merah, kerapu, baung, dan banyak lagi.", "Sotong", "Sesuai dengan habitatnya di laut, sotong hidup atau hirisan sotong merupakan umpan wajib jika memancing di laut lepas. Tidak kira apa jenis sotong, semuanya amat laku jikan dijadikan umpan.", "Telur Kerengga", "Umpan terbaik untuk menjinakkan ikan puyu, sepat atau haruan. Biasanya telur kerengga yang berwarna putih akan dibakar atau direbus. Mungkin pemancing generasi baru saja yang kurang pendedahan menggunakan umpan ini.", "Katak", "Umpan terbaik untuk menangkap spesies ikan snakehead. Ikan yang sukakan umpan ini adalah haruan, bujuk, toman dan toman bunga. Selepas memasang katak pada mata kail, cara permainannya adalah sama. Sama ada dibaling tarik atau mengunjunnya pada celahan pokok.", "Belalang", "Banyak digunakan untuk memancing ikan air tawar atau ikan sawah. Lokasi terbaik untuk mencari belalang adalah di kawasan pokok keladi atau rumput di tepi parit dan padang. Biasanya kedua belah kaki belalalng dibuang dan dicangkukkan pada mata kail.", "Cengkerik", "Mempunyai fungsi yang sama seperti belalang dan lebih mudah didapati. Hanya perlu dibeli di kedai-kedai akuarium sahaja. Banyak spesies juga yang menggemari umpan ini termasuklah ikan pemangsa seperti sebarau dan pacu.", "Gewang", "Umpan tiruan dan terbahagi kepada dua jenis, hard lure dan soft lure. Jika pemancingan di laut, kaki pancing menggunakan gewang jenis jig. Berbentuk seperti kebanyakan spesies hidupan laut yang dijadikan umpan. Sesuai untuk menangkap pelbagai jenis ikan pemangsa mengikut rupa bentuk, warna, fungsi, dan masa yang sesuai." ]
https://www.umpan.com.my/trip-retro-team-umpan-berjenggo-di-sungai-dulang/
Trip Retro – Team Umpan Berjenggo di Sungai Dulang
[ "Sejak Majalah Umpan ditransformasi ke era digital, amat jarang sekali kami bekas warga kerja Majalah Umpan dapat komplot bersama.", "Disebabkan dah terlalu rindu nak memancing bersama seperti dahulu, satu trip mengejut pun direncanakan.", "Trip yang bertemakan reunion team Umpan ini bukanlah untuk mencari spesies-spesies mega di lautan mahupun pemangsa ganas air tawar, sebaliknya hanyalah trip santai untuk mencari si sepit biru atau lebih mesra dipanggil jenggo.", "Sesudah mendapat pelepasan daripada ketua masing-masing, akhirnya saya, Paez, Amang dan Pet Fitry memilih tarikh yang sesuai untuk komplot kami.", "Lokasi yang dipilih ialah Sungai Dulang di Bagan Datoh, Perak yang merupakan lubuk baharu bagi saya, Paez dan Pet, manakala untuk Amang, lubuk ini pernah menjadi padang permainannya suatu ketika dahulu.", "Malang untuk kami, tarikh yang dipilih itu agak kurang sesuai dek faktor cuaca yang sering hujan pada siang hari.", "Atas faktor itu, paras air sungai menjadi semakin tinggi dan ia turut membawa sampah-sarap yang boleh memberi kesan kepada trip kali ini.", "Setibanya di Sungai Dulang pada pagi Sabtu, cuaca dilihat agak baik dan tiada tanda-tanda menunjukkan hari mahu hujan. Ini mungkin petanda baik untuk kami. Tapi nampaknya, kami silap.", "Masalah lain pula menyambut kami di sini. Bot yang sepatutnya kami naiki pada jam 8 pagi terpaksa dianjak lebih sejam dek masalah komunikasi dengan pemilik bot.", "Sudahlah lewat, tekong yang sepatutnya membawa sebuah bot yang kami tempah tidak dapat turun dan tempatnya terpaksa diganti dengan tekong lain.", "Hampir jam 10.00 pagi barulah dua bot kami dapat memulakan perjalanan ke lubuk udang galah.", "Saya yang menaiki bot bersama Paez menjadi pembuka tirai trip kali ini. Seekor udang bersaiz sederhana cukup untuk membakar semangat kami.", "Namun, disebabkan keadaan air yang masih tinggi di sebelah pagi, udang agak pasif memakan umpan yang kami hidangkan.", "Sebaliknya, spesies ikan seperti duri dan lundu paling galak menyambar umpan.", "Malang untuk Paez apabila joran yang diletakkan di belakang bot tidak semena-mena terjun ke dalam air dipercayai disambar ikan.", "Cubaan kami untuk menyelamatkan joran itu gagal setelah beberapa kali mencuba.", "Walaupun kecewa rod udang bertuahnya menjadi tukun di dasar sungai, tapi nasib Paez berubah selepas itu apabila joran lainnya disambar jenggo pertama trip ini.", "Saiz yang agak baik untuk kami dan dapat dilihat senyuman  kembali terukir di wajah Paez.", "Selepas itu, kami bergilir-gilir menaikkan udang pelbagai saiz. Pet Fitry dan Amang di bot satu lagi turut memperoleh hasil yang diinginkan.", "Menjelang tengah hari, hasil semakin kurang dan kami mengambil keputusan untuk berehat seketika. Apabila cuaca mulai redup pada sebelah petang, kami kembali meneruskan sesi pancingan.", "Tapi hasil di sesi petang ini tidaklah semeriah seperti pagi tadi. Jenggo tidak menunjukkan kelibatnya sebaliknya ‘udang maggi’ (udang bersaiz kecil) yang galak memakan umpan.", "Hampir menjejak senja, kami mengambil keputusan untuk pulang ke jeti. Melihat kepada hasil yang diperoleh boleh dikatakan ianya agak kurang memberangsangkan. Faktor cuaca dan pelbagai masalah kecil lain menjadikan trip ini agak sendu.", "Walaupun begitu, ini bukanlah satu kegagalan untuk kami. Sebaliknya, bagi saya ini satu kejayaan kerana bukan mudah untuk mengumpul kembali team Umpan (walaupun masih belum cukup kuorum).", "Diharapkan, komplot ini tidak terhenti di sini. Saya menjangkakan akan ada lebih banyak trip dapat kami rangka bersama selepas ini kerana kebanyakan daripada kami sudah agak lama membiarkan rod bersawang di rumah masing-masing.", "(penulis: Mohamad Fazrul Abdul Majid)" ]
https://www.umpan.com.my/panduan-penting-sebelum-ketika-trip-memancing/
Panduan Penting Sebelum & Ketika Trip Memancing!!
[ "Biasanya dalam sesuatu trip memancing, kita jarang terlupa dalam penyediaan perkara utama. Ada kalanya kita bersedia cukup lama hal ini. Tetapi terlupa dengan perkara kecil yang sebenarnya mampu memberi manfaat besar kepada pemancing antara persediaan kecil yang sebenarnya perlu diberi perhatian adalah penyediaan ubat-ubatan. Ramai yang lupa akan hal ini dan kerap kali hanya teringat apabila sudah tiba di lokasi.", "Paling kerap berlaku di kalangan kaki pancing adalah pening kepala akibat perubahan cuaca, panas terik dan sejuk, luka kecil akibat gigitan serangga, terkena tusukan mata kail. Kerap mood memancing hilang gara-gara pening atau sakit kepala, sedangkan ketika itu mungkin ikan sedang galak memakan umpan.", "Oleh itu, sediakanlah ubat-ubatan yang difikirkan perlu seperti minyak angin, ubat paracetamol, ubat luka, plaster luka, balm atau semburan penghalau nyamuk dan sebagainya.", "Setidak-tidaknya dengan persediaan sebegini, ia akan membantu anda ketika dalam kesusahan dan sekurang-kurangnya mood memancing anda akan terus ’membara’ sehingga selesai trip. Sila simpan semua ubat ini dalam bekas kedap udara dan air.", "Banyak Minum Air", "Banyakkan minum air kosong, terutama cuaca panas. Begitu juga pada waktu musim jerebu sekarang ni. Pastikan bawa bekalan air minum secukupnya.", "Baju Hujan", "Jika memancing pada musim hujan, ada baiknya anda mengenakan baju hujan dan juga jaket keselamatan sebagai perlindungan keselamatan.", "Rehat & Rawat", "Jika anda berasa pening, ada baiknya selepas anda memakan ubat, berehatlah di tempat yang teduh dan lelapkan mata seketika.", "Jus Minuman", "Bawa makanan ringan seperti asam atau air berunsur masam seperti jus oren, air asam jawa ketika pergi memancing. Jus oren mampu meneutralkan kandungan PH badan, jika anda berasa mual, air liur terasa pahit.", "Merokok", "Kaki pancing kebanyakannya merokok. Sila kurangkan atau elak dari merokok secara berterusan, jika ada tanda-tanda sakit tekak, kerana ia akan memudaratkan kesihatan anda.", "Bahang", "Jangan terlalu lama terdedah di kawasan terbuka, terutama jika casting. Sebaiknya, pilih lokasi yang agak redup bagi mengelakkan kepanasan melampau.", "Embun", "Elakkan dari terkena embun terlalu lama jika memancing hingga larut malam. Kenakan pakaian yang sesuai dan tebal bagi menghindari udara sejuk. Minum minuman panas amatlah digalakkan.", "Playar", "Gunakan alat bantuan seperti playar untuk membuka mata kail dari mulut ikan. Jangan sesekali menggunakan tangan, terutama jika berjaya menaikkan ikan yang memiliki sengat dan duri seperti keli, sembilang, duri, kerapu.", "Senjata", "Jika berkhemah di dalam hutan, pastikan anda membawa parang sebagai langkah berjaga-jaga dari serangan binatang buas.", "Berteman", "Sebaiknya memancing lokasi atau lubuk yang jauh perlulah berteman. Sentiasa berhati-hati ketika melangkah dan jaga perilaku dan adab semasa memancing." ]
https://www.umpan.com.my/10-pilihan-kekili-idaman-sepanjang-zaman/
10 Pilihan Kekili Idaman Sepanjang Zaman!!
[ "Penulis bukan di kalangan pemancing layang. Namun, penulis tidak menafikan yang penulis begitu tertarik dengan kekili daripada Tibor. Tibor mempunyai rekaan kekili yang sangat cantik dan unik. Bukan sahaja dari segi rekaan luaran, malah ramai pemancing percaya dengan binaan dan kualiti Tibor. Memang mempunyai tarikan seni tersendiri.", "Evotec CLWC diperbuat daripada bahan komposit yang lut sinar. Selain rekaan kekili fly yang unik, anda dapat melihat tali yang keluar dan masuk ke kekili Evotec ini. Kekili ini bukan antara yang termahal, namun begitu unik sekali. Loop mempunyai barisan kekili yang cantik dan Evotec layak untuk berada dalam senarai ini.", "Abel menawarkan rekaan kekili yang jarang dilihat. Rekaan kekili Abel dibuat dengan tangan dan rekaan badan melalui proses artistic metallurgical istimewa. Apakah maksudnya? Ini bermaksud anda akan mendapatkan sebuah kekili yang sangat unik di mana sebuah kekili yang mempunyai rekaan paten seperti konsep ikan kegemaran anda.", "Rekaan unik, futuristik daripada Ari’s Hart sangat mengagumkan. Hart merupakan satu-satunya pembuat kekili yang ditawarkan tempat untuk mempamerkan kekilinya dalam Architecture and Design Collection di Museum of Modern Art, New York. Kekili ini didatangkan dengan direktori pemasangan namun Exclusive Reels menyarankan pemasangan dilakukan oleh pemasang bertauliah.", "Dengan paten ‘maintenance-free drag system’ dan rekaan yang menonjol, kekili ini mempunyai tarikan tersendiri. Kekili ini dihasilkan daripada material aluminium 6061-T6511, stainless steel dan titanium, bayangkan betapa kuatnya senjata ini. Kombinasi warna badannya juga membuatkan kekili ini kelihatan bergaya dan mewah.", "Kekili Ito mula dikeluarkan pada 2003 dengan jumlah yang terhad. Kekili ini direka oleh Mr. Yuki Ito, pengasas dan ketua pereka bagi Megabass. Rekaan yang teliti dan kualiti kekili ini memang mengagumkan cukup popular di kalangan kebanyakan pemancing tempatan dan seluruh dunia.", "Kekili Accurate direka oleh kumpulan yang pakar dalam kejuruteraan berteknologi tinggi yang asalnya mereka turbin enjin jet. Jadi apakah hasilnya jika mereka mereka sebuah kekili? Ya, kekuatan! Kekili ini mempunyai sistem revolusi ‘twin-drag system’ dan merupakan senjata terbaik anda untuk bertarung dengan spesies ‘monster’.", "Revolusi daripada Shimano ialah sistem teknologi Digital Braking. Malah sistem DC mampu meningkatkan jarak balingan anda sehingga 40%. Dengan rekaan luaran yang menonjol dan teknologi DC, anda tidak pernah salah untuk memilih kekili ini.", "Kekili daripada Quantum mempunyai rekaan luaran yang semakin unik kebelakangan ini. Rekaan kekili Quantum kelihatan elegan dan penilaian untuk prestasi kekili spinning daripada Quantum cukup membanggakan. Kelebihan bagi kekili ini ialah pada kekuatan badannya dan juga drag.", "Kekili Zane Ti ibarat sebuah Bugatti Veyron. Kekili ini merupakan antara kekili termahal oleh kerana rekaan, kualiti prestasinya melawan spesies monster dan juga materialnya iaitu titanium. Apa yang melonjakkan nilainya lagi ialah kekili ini dihasilkan dalam jumlah yang terhad iaitu 100 buah sahaja." ]
https://www.umpan.com.my/trip-retro-sehari-di-temenggor-selatan/
Trip Retro – Sehari Di Temenggor Selatan!!
[ "Sebenarnya di Banding terdapat banyak juga spot-spot yang boleh dicuba. Antaranya Sungai Kedah, Pulau Tujuh, Sungai Rokam, Air Kuda, Air Dok dan juga beberapa buah tempat lain lagi.", "Namun, memandangkan waktu yang singkat kami hanya mencuba beberapa spot yang dirasakan sesuai kerana tidak mahu membuang masa.", "Trip kali ini kami lebih menumpukan kepada pemburuan sebarau memandangkan musim monsun adalah musim terbaik untuk menjerat spesies ini.", "Trip kali ini disertai seramai 12 orang dengan menggunakan 4 buah bot. Kami yang dari pagi telah berpecah ke suak-suak kegemaran guide masing-masing sentiasa mengharapkan agar setiap bot memperolehi hasil yang memuaskan.", "Bot yang dipandu oleh tekong Zack, selaku guide bot penulis terlebih dahulu mencuba di kawasan sekitar suak berhampiran dengan Jeti Awam Banding sahaja malah boleh", "dikatakan agak dekat sahaja dengan jambatan kerana tidak mahu membuang masa pada awal pagi.", "Dari kejauhan setiap suak yang dimasuki agak sunyi dan tidak kelihatan langsung riak ikan bermain air.", "Namun, tanpa disangka, lontaran pertama Syawal ke arah tunggul yang agak terbuka telah disambut sebaik sahaja sesudu beliau menyentuh air.", "Kami agak terkejut kerana suak yang berdekatan dengan kawasan bot lalu lalang sahaja sudah boleh memberikan hasil. Ini membuatkan kami bertambah semangat untuk mula mencuba nasib.", "Teknik Korek", "Semasa menghampiri penghujung suak, terdapat sebatang pokok tumbang yang kelihatan berpotensi.", "Faizal tanpa membuang masa telah menjatuhkan mikro jignya merapati reba yang menjulur ke dalam tasik. Baru dua atau tiga kali ‘jerk’ sahaja jig beliau telah disambar oleh sebarau berskala 800-900 gram. Memang lumayan!", "Tekong yang berdayung perlahan menyarankan kami tunggu untuk casting seketika sehingga dia betul-betul memakir botnya selari dengan reba tumbang yang tenggelam.", "Setelah memakir bot betul-betul di atas reba tumbang tersebut, dia menyarankan kami untuk mencuba teknik ‘korek’.", "Beliau menyarankan agar kami membaling spoon ke tengah tasik dan menarik spoon ke tepi.", "Kami yang selalunya melontar gewang ke tebing dan menarik semula gewang ke tengah merasa agak pelik dengan teknik yang disarankan oleh tekong.", "Tetapi bila kami mencuba teknik ini kami bukan sahaja terkejut dengan hasil yang diperolehi tapi boleh dikatakan teknik ini agak sukses.", "Dengan cara ini sahaja kami telah berjaya ‘mengorek’ sebarau direba tersebut dengan agak banyak.", "Boiling ", "Selalunya pada awal pagi dan petang adalah waktu yang paling sesuai untuk memburu sebarau. Dan pada waktu pagi jugalah selalunya ‘boiling’ sebarau senang dijumpai.", "Tetapi kali ini kami langsung tidak menjumpai ‘boiling’ sebarau. Kebanyakan sebarau yang kami perolehi adalah dengan teknik melontar gewang atau spoon serapat mungkin di ranting-ranting dan tunggul kayu yang terdapat di tepi tebing.", "Jika tunggul tersebut berpenghuni dengan sekali karauan sahaja gewang kami akan disergap sebarau. Saya yang dari pagi asyik menggunakan spoon telah cuba menukar kepada gewang Rapala Fat Rap 5cm.", "Gewang telah di lontar dicelah dua batang reba dan mengarau secara perlahan hasilnya saya mendapat strike pertama setelah merasa agak panjang juga sebelah tangan.", "Boleh dikatakan pada trip kali ini toman sangat jarang timbul. Suak demi suak yang kami masuk langsung tidak nampak toman timbul untuk mengambil udara.", "Mungkin disebabkan cuaca yang mendung dan berada pada musim monsun menyebabkan toman sedikit pasif.", "Sehinggakan kami menjumpai beberapa kelompok anak toman yang masih ‘berpenjaga’ tapi langsung tidak mengendahkan gewang yang kami lontarkan.", "Syawal yang menyediakan dua set mengilat, satu set untuk sebarau dan satu set untuk toman dengan pantas melemparkan gewang Megabass Deep X ke arah toman bujang yang timbul di satu suak.", "Walaupun lontaran sedikit tersasar tetapi kayuhan perlahan gewang tersebut telah diragut oleh penghuni tasik. Nyata toman bujang memang lebih agresif.", "Bot yang dinaiki Wan, rakan penulis yang berada tidak jauh dari bot penulis turut mencatatkan keputusan yang menggembirakan.", "Sang toman yang mereka daratkan kebanyakan menghentam gewang ketika ‘blind cast’ sahaja.", "Dalam trip ini juga Chidan telah berjaya mendaratkan seekor sebarau anggaran saiz lebih 2 kg menggunakan set up yang agak ringan dengan menggunakan tali berkekuatan 6lb.\nKeputusan Bot Lain", "Alhamdulillah, dalam kunjungan ini, nasib sangat menyebelahi kami. Alhamdulillah, setiap bot mendapat hasil yang boleh tahan lumayan. Nampaknya trip ke Banding kali ini masih memberikan hasil yang agak lumayan kepada setiap bot.", "Ternyata Tasik Banding menjanjikan hasil yang masih boleh dibanggakan jika kena pada waktunya.", "Cuma trip kali ini kami semua tidak dapat meneroka keseluruhan tasik kerana waktu memancing yang singkat. Dengan izin Allah, kami pasti akan kembali lagi ke sini bila tiba musimnya nanti.", "Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!" ]
https://www.umpan.com.my/candat-sotong-di-selat-melaka/
Candat sotong di Selat Melaka
[ "Setiap kali turun memancing laut dalam menggunakan bot memancing di Laut China Selatan, terutamanya di perairan Rompin, saya tidak akan melepaskan peluang untuk memancing atau lebih tepat lagi diistilah sebagai mencandat sotong  mengabang. Kawasan unjam bahkan juga bekas tapak unjam lazimnya akan menjadi kediaman atau ‘kandang’ sotong mengabang serta sotong lainnya dalam jumlah besar berikutan ia turut menjadi kediaman ikan-ikan kecil yang merupakan sumber makanannya. Namun di Selat Melaka, terutamanya perairan Pelabuhan Kelang, saya tidak berpeluang untuk mengamalkan salah satu teknik memancing yang menjadi kegemaran saya ini. Selain ketiadaan unjam, sotong mengabang dikatakan sukar untuk ditemui, mencandat sotong itu sendiri umpama sesuatu yang ganjil jika dilakukan di Selat Melaka.", "Sehinggalah apabila mendapat perkhabaran dari tekong-tekong bot memancing kurangnya hasil jigging berikutan kehadiran sotong jarum yang agak banyak. Secara tidak langsung ia merangsang saya untuk lakukan sesuatu dari situasi tersebut. Justeru apabila ada trip jigging bersama rakan dalam tempoh tersebut, saya tidak tertangguh lagi mencubanya walaupun pada awalnya ia menjadi bahan gelak rakan-rakan. Untuk mencandat di Selat Melaka, saya ubah sedikit tekniknya. Saya tidak mencandat sotong secara langsung dengan kaedah lazim candat dan pemberat. Sebaliknya saya gantikan pemberat dengan jig lengkap mata kail.", "Dalam erti kata lain ia lebih kepada konsep 2 dalam 1. Candat udang untuk memancing sotong dan jig untuk memancing ikan. Konsep ini sebenarnya agak besar belanjanya kerana apabila ia tersangkut pada karang atau sesuatu di dasar laut sehingga mengakibatkan tali utama putus, maka bertambahlah kos kerugiannya. Setelah dua kali tersangkut dan putus, saya hampir-hampir berputus asa sehinggalah apa yang saya dambakan menjadi kenyataan. Setelah menemui kandangnya, seekor demi seekor sotong jarum saiz yang agak kasar berjaya saya naikkan. Selain sotong jarum, sotong kurita dan sotong mengabang yang dikatakan agak sukar diperolehi turut sama didaratkan.", "Setelah percubaan pertama berjaya, saya luaskan teknik ini ke mana saja saya turun memancing di Selat Melaka. Untuk menggayakan teknik 2 dalam 1 ini lebih kurang sama sahaja dengan teknik jigging perlahan. Namun untuk mengesan sama ada sotong sudah mengena agak sukar sedikit apatah lagi dalam keadaan berarus dan jig melebihi 200 gram digunakan. Yang pasti teknik 2 dalam 1 ini sudah terbukti bukan sekadar berkesan untuk mencandat sotong malah sudah berjaya mendaratkan spesies ikan juga." ]
https://www.umpan.com.my/cara-nak-buat-sendiri-gewang-popper-mini/
Cara Nak Buat Sendiri Gewang Popper Mini
[ "Gewang jenis permukaan terutamanya popper memang amat mengujakan jika ikan menyambarnya. Ia bunyi ‘pop’ yang dihasilkan bila ia dimainkan di permukaan air akan mendatangkan amarah kepada ikan yang sedang bersembunyi di bawah permukaan.", "Bagi peminat teknik pancing layang, popper fly adalah jenis umpan yang perlu ada di dalam setiap kotak umpan mereka. Variasi popper fly pula ada bermacam-macam-macam jenis dan digunakan untuk memikat semua ikan yang gemar makan menyambar, sama ada toman, sebarau, GT, talang dan banyak lagi.", "Berikut step membuat popper fly secara ringkas yang boleh dilakukan sendiri.", "Bahan:", "Silly legs", "Popper head soft foam", "Saddle hackle (bulu ayam)", "Palmer chenille", "Thread (tali benang fly)", "Vise", "Bobbin", "Bead head", "Flash", "Gam @ epoxy", "Gunting", "Fish eye", "Permanent marker", "Step 1", "Pasangkan mata kail (mengikut saiz yang sesuai) pada popper head dan titiskan gam. Tunggu sehingga betul-betul kering.", "Step 2", "Mulakan ikatan thread (tali benang fly) pada permukaan batang mata kail dan pasangkan silly legs.", "Step 3", "Ambil sedikit flash, letakkan dan ikat.", "Step 4", "Pilih saddle hackle (bulu ayam), potong mengikut saiz popper fly dan ikat.", "Step 5", "Ambil Palmer chenille dan ikat seperti gambar di atas.", "Step 6", "Setelah dipasang, popper fly akan kelihatan seperti ini.", "Step 7", "Gunakan permanent marker berwarna merah jika anda mahukan popper fly untuk read head. Anda juga boleh gunakan permanent marker warna lain untuk kelainan.", "Step 8", "Lukis menggunakan permanent marker seperti gambar di bawah.", "Step 9", "Selepas siap warnakan, boleh gunakan epoxy pada popper head soft foam untuk kemasan dan tahan lebih lama." ]
https://www.umpan.com.my/resepi-pemancing-begahak-masak-tempoyak-pahang/
Resepi pemancing: Begahak Masak Tempoyak Pahang
[ "Bila bercakap masak tempoyak ala Pahang pastinya kita akan terbayangkan ikan patin. Patin masak tempoyak sememangnya sinonim dengan negeri Pahang.", "Namun ada sejenis lagi ikan ikonik Sungai Pahang yang lebih nikmat jika dibuat masak tempoyak iaitu ikan begahak.", "Bahan-Bahan:", "1 ekor ikan begahak saiz sederhana", "1 senduk atau lebih tempoyak", "1 ikat daun kesum", "1 batang bunga kantan", "5-10 biji cili api (jika tak suka pedas tak perlulah letak)", "I inci kunyit hidup", "Cara penyediaan:", "➡ Kisarkan cili api, kunyit hidup dan tempoyak bersama sedikit air (jika tiada blender, hanya tumbuk cili api dan kunyit hidup).", "➡ Setelah dikisar, masukkan bahan tersebut ke dalam periuk dan nyalakan api. Masukkan sekali daun kesum dan bunga kantan.", "➡ Setelah mendidih, barulah masukkan ikan dan juga garam gula dan perisakan.", "➡ Renihkan sehingga ikan masak dan bolehlah dihidangkan ketika masih panas-panas." ]
https://www.umpan.com.my/gelembung-ikan-tirusan-rm60k-sekilogram/
Gelembung Ikan Tirusan RM60K Sekilogram!!
[ "Menurut seorang peniaga, King Chiew Ming, gelembung ikan berkenaan dijadikan sebagai bahan campuran dan popular dalam kalangan pengamal perubatan alternatif.", "Gelembung ikan itu didakwa mampu menjadi bahan awet muda selain penawar penyakit kronik seperti buah pinggang, jantung dan lemah tenaga batin.", "Menurutnya lagi, harga gelembung ikan ini berbeza mengikut jenis dan kualiti. Pada kebiasaannya spesies ikan jantan lebih mahal berbanding betina kerana dikatakan mempunyai khasiat yang lebih baik.", "Gelembung ikan jantan boleh dijual sehingga RM60,000 sekilogram manakala betina pula kira-kira RM3,300 hingga RM5,000 untuk sekilogram.", "Sebelum gelembung ikan ini dapat dijual, beberapa proses perlu dilakukan seperti dikeringkan terlebih dahulu dan disimpan di tempat yang sesuai bagi mengekalkan kualitinya.", "Tambah beliau, kebanyakan gelembung ikan yang dijualnya diperoleh daripada nelayan selain pemancing tempatan dan hanya dipasarkan di pasaran tempatan berikutan permintaannya yang tinggi tanpa mengira waktu.", "Walaupun harganya mahal, permintaan pelanggan untuk gelembung ikan ini sentiasa ada.", "Menurut seorang nelayan, Firdaus Jemain, ikan tirusan boleh diperoleh di sepanjang Sungai Batang Rajang terutama di kawasan muara sungai.", "Namun, untuk menangkap ikan berkenaan tidak semudah disangka kerana hanya mereka yang mempunyai kepakaran dan pengalaman mampu menaikkan ikan yang dianggap liar dan sensitif itu.", "Menurut Firdaus, pendapatan lumayan membuatkan pemancing sanggup bersabar dan bersengkang mata kerana lebih banyak ikan ditangkap, semakin tinggi pulangan dapat diraih.", "Rezeki menaikkan ikan tirusan dianggap tuah kerana ia mampu memberi pulangan yang tidak mengecewakan selain permintaan yang sentiasa tinggi sepanjang masa.", "(Sumber: bharian.com.my)", "Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!" ]
https://www.umpan.com.my/10-rahsia-jadi-pemancing-berjaya/
10 Rahsia Jadi Pemancing Berjaya!!
[ " 💡 SENTIASA MEMERIKSA SAMBUNGAN TALI DAN LEADER", "Penting untuk memastikan ikatan sambungan tali dan leader kuat bagi mengelakkan kes-kes berputih mata.", " 💡 PERIKSA DRAG REEL ANDA", "Drag memainkan peranan penting sewaktu pertarungan dengan ikan. Sentiasalah memeriksa drag anda agar tidak terlalu longgar, mahupun terlalu ketat kerana ini boleh memberi peluang kepada ikan meloloskan diri.", " 💡 PERIKSA KONDISI TALI PADA REEL", "Tidak kiralah sama ada anda mengguna braided atau mono. Pemeriksaan tali memang sangat penting.", "Banyak berlaku kes-kes rabut akibat daripada tali yang sudah lama atau reput. Seelok-eloknya tukar tali anda dengan agak kerap mengikut kesesuaian.", " 💡 BAWA UMPAN DALAM KUANTITI YANG MENCUKUPI", "Faktor umpan tak mencukupi memang selalu berlaku ketika keluar memancing. Bayangkan, tengah syok layan ikan, tiba-tiba umpan tak cukup, mesti potong stim kan?", "Jadi, sentiasalah bawa umpan yang mencukupi. Berlebihan sikit pun tak apa, asalkan anda takkan putus umpan.", " 💡 JANGAN BIARKAN ROD TANPA PENGAWASAN", "Kes joran terbang ke laut atau sungai, tali habis dan macam-macam lagi memang selalu terjadi bila tiada pengawasan daripada anda.", "Jadi, kalau nak jadi pemancing berjaya, sentiasalah mengawasi rod anda, bagi mengelakkan rod anda lebur menjadi tukun di dasar laut, sungai ataupun tasik.", " 💡 PASTIKAN TUKANG GANCU ATAU SAUK SANGAT BERPENGALAMAN ", "Ini juga penting kerana, kebiasaannya ikan akan gemar melakukan kejutan di saat-saat akhir.", "Bayangkan kalau tukang tangguk atau gancu anda terkial-kial hendak menaikkan ikan dan ikan memecut di saat akhir. Pastinya ia akan membawa kegagalan buat anda.", " 💡 PASTIKAN KONDISI SET PANCING ANDA DALAM KEADAAN BAIK", "Rod, reel, mata kail dan sebagainya harus sentiasa diambil berat kondisinya. Pastikan set pancing anda disimpan di tempat yang selamat lepas digunakan. Ini bagi mengelakkan ia rosak di kemudian hari.", " 💡 RANCANG TRIP MEMANCING MENGIKUT KESESUAIAN WAKTU", "Untuk menjadi pemancing berjaya adalah penting untuk anda sentiasa merancang trip memancing anda mengikut kesesuaian musim.", "Ambil tahu keadaan tempat memancing, jenis ikan dan teknik terbaik sebelum anda keluar memancing.", "Lubuk yang terbaik memang sering menjadi perhatian kaki pancing yang lain. Jadi untuk mengelakkan bersesak-sesak memancing di satu lubuk, adalah baik untuk kita mempunyai ‘back-up plan’ lubuk memancing kita sendiri bila situasi seperti ini terjadi.", " 💡 PELBAGAIKAN TEKNIK UNTUK HASIL YANG TERBAIK", "Kita tidak akan pernah tahu teknik apa yang akan menjadi pilihan ikan pada hari kita memancing.", "Jadi, adalah wajib bagi setiap kaki pancing cuba mempelbagaikan teknik yang anda tahu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.", " 💡 PERIKSA KEADAAN CUACA ", "Ini adalah penting untuk keselamatan anda. Jika keadaan benar-benar tidak mengizinkan adalah lebih baik untuk anda membatalkan hasrat keluar memancing.", "Jangan sekali-sekali cuba untuk menggadai nyawa anda keluar memancing sewaktu cuaca tidak mengizinkan." ]
https://www.umpan.com.my/ikon-kenali-jeremy-wade-master-sifu/
Ikon : Kenali Jeremy Wade Master Sifu
[ "Siri dokumenteri River Monster terbitan Animal Planet, bukan saja mendapat perhatian para pemancing seluruh dunia, bahkan turut sama menorbatkan pengacaranya, Jeremy Wade sebagai ikon dunia pancing masa kini.", "Jeremy Wade merupakan seorang ahli biologi, pemancing ekstrem dan hos bagi rancangan yang tidak asing lagi iaitu River Monsters.", "Selama 25 tahun, Jeremy telah menghabiskan masanya menjelajah ke sungai-sungai paling terpencil di seluruh dunia.", "Sepanjang perjalanan kariernya, dia telah berhadapan dengan pelbagai kejadian yang pelik ketika memancing selain risiko yang boleh mengundang maut.", "Kesemua risiko terpaksa dilalui oleh Jeremy dalam mendokumentasikan beratus-ratus kisah ikan dan budaya setempat setiap lokasi kunjungannya.", "Pada tahun 1992, Jeremy menjadi penulis bersama dalam penghasilan buku yang dianggap penulisan klasik untuk pemancing iaitu Somewhere Down the Crazy River.", "Dia juga mendokumentasikan sejarah semula jadi dalam pengembaraannya dalam buku terbarunya bertajuk River Monsters: True Stories of the One That Didn’t Get Away yang dihasilkan pada tahun 2011.", "KUNJUNGAN KE MALAYSIA", "Dalam jelajah mempromosikan siri River Monsters musim ke-6 lalu, Jeremy sempat singgah di Kuala Lumpur pada 24 Mei 2014 yang lepas.", "Bertempat di Sunway Hotel, beliau sempat meluangkan masa bertemu peminatnya. Jeremy juga berkongsi cerita pengembaraan terbaru berkaitan River Monsters musim ke-6,", "pertarungannya dengan gergasi air tawar Asia serta tip dalam menjinakkan spesies gergasi.", "Figura yang dibesarkan di Suffolk Stour, England ini menjelaskan keghairahannya terhadap gergasi air tawar bermula sejak tahun 1982 ketika tripnya di India.", "Sejak itu, dia terus menghabiskan masanya menjejaki ikan gergasi yang mempunyai maklumat yang minimum di seluruh dunia terutama di Congo dan hutan hujan Amazon.", "Menurut Jeremy, dia tidak melihat dirinya sebagai pemancing yang handal, tetapi dia mempunyai peluang untuk menjejak lokasi-lokasi terpencil yang sangat jarang dikunjungi.", "“Mengumpul maklumat daripada penduduk setempat tentang tip dan teknik sangat penting dalam untuk mendaratkan ikan gergasi dan melalui cara ini anda dapat melihat dan mempelajari diversiti budaya setempat,” tambah Jeremy lagi.", "PENGALAMAN SEPANJANG RIVER MONSTERS", "Musim terbaru, Jeremy lebih tertumpu kepada lokasi Sungai Amazon dengan lokasi yang lebih terpencil selain beberapa lokasi lain di seluruh dunia.", "Jeremy menjelaskan, selama berdekad dia memancing, Sungai Amazon merupakan lokasi yang tidak pernah puas dikunjunginya.", "Selain itu, sepanjang pengembaraan dalam menyiapkan siri River Monsters, pelbagai pengalaman telah dilaluinya.", "Antaranya termasuklah dijangkiti malaria, disyaki sebagai agen penyamaran, hampir lemas serta mengalami pengalaman pesawat terhempas.", "Pada musim terakhir, River Monster S09E06 : Malaysian Lake Monster, Jeremy mengakhiri `sumpahan tapah’ apabila berjaya menjinakkan spesies yang dipercayai menjadi punca kematian misteri di tasik negara kita.", "Tapah yang beliau jinakkan di Taman Negara Pahang itu sekaligus menebus kekecewaan beliau setelah gagal mendaratkan spesies yang ketika di India.", "BIOGRAFI RINGKAS", "Nama : Jeremy John Wade", "Tarikh Lahir : 23 Mac 1956", "Asal : Suffolk Stour, England", "Kelayakan : Ijazah Zoology dari Bristol University", "– Sijil kelayakan mengajar bidang Sains Biology dari University of Kent", "– Hos rancangan Jungle Hooks dan River Monsters", "Terkini : Tinggal di Somerset, England." ]
https://www.umpan.com.my/memujuk-bujuk-paloh-hinai/
Memujuk Bujuk Paloh Hinai!!
[ "Paloh Hinai merupakan sebuah bandar kecil di Pekan, Pahang yang terletak di tepi sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia, sungai Pahang. Sebagaimana sungai Pahang yang kaya dengan pelbagai jenis ikan bernilai tinggi, begitu juga dengan kawasan daratan di Paloh Hinai. Antara spesies `ikan darat’ bernilai yang masih boleh dipancing dan peratusan untuk memperoleh adalah tinggi ialah ikan bujuk.", "Paloh hinai yang berlatar-belakangkan ladang kelapa sawit dan pinggir hutan menjadikan parit-parit serta paya yang tidak tercemar dengan sisa industri sebagai habitat yang sempurna untuk keluarga ikan berkepala ular khususnya haruan dan bujuk.", "Dan ketika sungai Pahang kurang menghiburkan bagi anak-anak muda Paloh Hinai yang menggemari aktiviti memancing dengan kaedah mengilat atau casting, maka sungai kecil, tasik, parit atau kolam di pinggir hutan akan menjadi padang pancing mereka pula.", "Malah tidak kurang juga pemancing dari luar termasuk dari Lembah Kelang turut bertandang ke Paloh Hinai demi merasai sambaran si bujuk yang bersifat pemalu ini. Semuanya gara-gara terkena getah atau karan snakehead Paloh Hinai.", "Berbekalkan umpan tiruan seperti jump frog, soft frog atau soft plactic lure, anak-anak muda Paloh Hinai yang menggemari teknik pancingan gaya moden ini akan meronda dengan motosikal bagi mencari lokasi berpotensi untuk memancing bujuk. Memandangkan mereka lebih gemar menggunakan umpan tiruan maka padang pancing yang lebih terbuka (tidak banyak dilitupi tumbuhan akuatik atau samai) menjadi pilihan.", "Menurut Haekal Nasaruddin, anak jati Paloh Hinai yang menggemari teknik casting walaupun penggunaan katak hidup sebagai umpan lebih berkesan memancing bujuk namun beliau lebih berpuas hati jika memperoleh hasil dengan menggunakan gewang atau umpan tiruan.", "Seperkara lain, beliau ada cerita tersendiri yang menyebabkan beliau fobia untuk memegang katak. Yang pasti, penggunaan umpan tiruan lebih mudah dan lebih digemari khususnya kepada anak-anak muda berbanding menggunakan katak hidup. Tambah pula Haekal dan rakan-rakannya memancing bujuk sekadar untuk mengisi masa ruang dan kebanyakan hasil yang diperoleh dilepaskan kembali ke habitat asalnya." ]
https://www.umpan.com.my/cara-menyambung-perambut-tebal-dengan-tali-utama/
Cara Menyambung Perambut Tebal Dengan Tali Utama
[ "Ikatan yang mirip Albright knot ini sangat kuat menghubungkan dua jenis tali yang berbeza. Namun ia lebih berkesan jika menggunakan perambut berdiameter tinggi atau tebal. Sekiranya anda perlu menyambung perambut yang tebal maka buatlah ikatan ini.", "Panduan: Tali berwarna oren mewakili leader atau perambut dalam foto ini.", "Step 1", "Bentukkan satu loop atau simpulan dengan perambut dan kemudian masukkan hujung tali sulam ke dalam simpulan tersebut.", "Step 2", "Buatkan 7 lilitan dengan hujung tali sulam ke atas lipatan simpulan perambut.", "Step 3", "Seterusnya buat lilitan ke arah bertentangan (mengundur) sebanyak 7 kali.", "Step 4", "Masukkan hujung tali sulam ke dalam simpulan dengan arah yang sama ketika masuk tadi.", "Step 5", "Pegang semua 4 bahagian tali dan tarik sehingga ketat. Ketika tarik itu cuba tolak simpulan tali sulam dengan menggunakan jari sehingga rapat.", "Step 6", "Pegang kedua-dua bahagian utama tali dan tarik sehingga betul-betul ketat. Akhir sekali potong bahagian hujung tali dengan kemas. Ikatan telah pun siap." ]
https://www.umpan.com.my/khasiat-ikan-jelawat/
KHASIAT IKAN JELAWAT!!
[ "Tubuh manusia memerlukan pengambilan nutrisi berterusan agak kekal sihat. Ikan jerawat juga mengandungi vitamin B1 yang berguna dalam mengekalkan kekuatan dan dapat meningkatkan ketahanan dalam melawan stres. Vitamin B1 juga memainkan peranan untuk melegakan pening dan keletihan akibat kegagalan kerja.", "Stamina adalah tenaga tubuh yang perlu kekal bersemangat bagi menjalankan aktiviti harian. Dengan mengamalkan memakan ikan jelawat, korang tidak perlu mengambil suplemen lain.", "Iodin sangat penting untuk mencegah beguk atau benguk. Kekurangan iodin yang dialami oleh ibu sejak kehamilan bakal mengakibatkan bayi lahir kronik, dan juga boleh mengalami IQ yang lemah atau rendah.", "Kanak-kanak yang cukup fluorida dalam diet mereka akan memiliki gigi yang lebih sihat. Ikan jelawat dikatakan memiliki fluofrida yang baik untuk menguatkan gigi.", "Bagi orang yang sangat prihatin terhadap penampilan dan sentiasa mahu kelihatan sempurna, maka korang perlu makan ikan Jelawat. Ini kerana kandungan lemaknya rendah dan mudah dicerna. Dalam erti kata lainnya ia dapat mengawal berat badan anda agar tidak menjadi obesiti.", "Kandungan fosforus yang terkandung dalam ikan Jelawat berfungsi meningkatkan prestasi proses pencernaan makanan dan membantu mengawal proses pembuangan sisa metabolik dan bahan yang diperlukan oleh tubuh manusia. Fosforus juga berfungsi untuk memperkuat tulang dan gigi supaya tidak mudah rapuh." ]
https://www.umpan.com.my/wacana-kemusnahan-sumber-padang-pancing/
Wacana : Kemusnahan Sumber & Padang Pancing!!
[ "Dalam lapangan pancing di Malaysia, harus diakui sumber perikanan kita terutama air tawar semakin hari semakin tenat.", "Biasanya, lubuk-lubuk yang ada sering kali akan mati dalam hayat yang pendek jika lokasinya menjadi umum.", "Kemudiannya, timbul pula isu simpan lubuk yang akhirnya menimbulkan cakap-cakap belakang.", "Mari kita cuba lihat sejenak dan fikirkan, aktiviti memancing secara logik tidak akan mengundang bala kepada sumber perikanan.", "Yang ketara dan penyumbang utama ialah aktiviti penangkapan ikan yang tidak beretika seperti yang menjaring, mengebom, penggunaan racun atau tuba.", "Maka golongan ini wajib dibendung dengan apa cara sekalipun.", "Jujurnya, sukar untuk mengharapkana pihak berwajib sahaja. Jadi di sinilah peranan kita sebagai pemancing beretika, berilmu dan sayangkan sumber perikanan kita.", "Lantas menjadi tugas kita, menghalang aktiviti tak beretika iniasekurang-kurangnya dalam kalangana rakan-rakan kita sendiri.", "Jika tidak mampu menghalang secara fizikal, sekurang-kurangnya kita menasihati mereka dan menyedarkan mereka tentang kepentingan sumber ini dan apa akibat buruk daripada perbuatan mereka.", "Selain itu, dalam melihat kesilapan orang lain, kita sendiri kadangkala lupa untuk melihat diri sendiri.", "Kadangkala kita masuk ke hutan untuk trekking, camping dan memancing. Apabila mahu pulang banyak sampah seperti plastik atau tin yang ditinggalkan di campsite oleh grup kita.", "Secara tidak langsung, kita turut menyumbang kepada berlakunya kerosakan sumber ini. Inilah perkara yang perlu kita elakkan, nampak remeh namun kesannya cukup dalam.", "Sebagai pemancing, pastilah isu ini terasa dekat dengan kita. Pemancing dan sumber ikan seperti sungai ibarat simbiosis dan saling memerlukan.", "Jadi, tanpa menuding jari kepada sesiapa, sama-samalah kita mengambil langkah sewajarnya dalam meneruskan kelestarian alam sekitar seterusnya dapat memberikan kepuasan dalam hobi kesayangan kita ini." ]
https://www.umpan.com.my/pro-kontra-guna-umpan-ikan-potong/
Pro & Kontra Guna Umpan Ikan Potong
[ "Selain anak-anak ikan terbul, kawan atau lampam yang biasa dijadikan umpan hidup, ikan-ikan kecil atau ikan yang tidak diperlukan untuk hidangan juga boleh dijadikan umpan. Jangan fikir anak-anak ikan sebegini tiada nilai dan dicampak begitu saja.", "Caranya buangkan sisik dan kemudiannya hiris badan ikan berkenaan untuk ambil isinya. Kemudian potong kecil mengikut saiz mata kail anda. Kemudian lontarkan sahaja ke lubuk. Bagi ikan predator seperti baung, sebarau atau lain-lain pasti akan tergoda juga untuk melahap umpan ini walaupun kecil.", "Berbeza dengan pancingan air tawar yang majoritinya boleh menggunakan apa sahaja jenis isi ikan (terbaik gunakan ikan terbul), di laut, umpan isi ikan yang paling sesuai digunakan adalah ikan belanak, tongkol, kembong.", "Kerana ia cukup liat dan tidak mudah di getu ikan kecil berbanding isi udang pasar yang bukan sahaja cepat habis, tetapi juga mahal harganya. Caranya sama sahaja, buang sisik, hiris, potong dan cangkuk pada mata kail.", "Kelebihan umpan isi ikan", "Lebih tahan lama di dalam air kerana isi ikan biasanya liat dan tidak mudah dihabiskan oleh ikan-ikan pengacau umpan.", "Jimat dan tidak perlukan kos.", "Boleh digunakan berulang kali pada tangkapan berikutnya.", "Kelemahan umpan isi ikan", "Agak lambat mendapat strike, terutama jika dilontarkan bukan di kawasan lubuk atau air yang mengalir deras, kerana ia tidak berbau kuat." ]
https://www.umpan.com.my/ketahui-profil-ikan-senangin/
Ketahui Profil Ikan Senangin!!
[ "Eleutheronema tetradactylum, juga dikenal sebagai fourfinger threadfin, Indian salmon, blue threadfin, atau Rawas, adalah ikan threadfin dari keluarga Polynemidae. Ia adalah spesies yang bernilai komersial, diketahui banyak digunakan dalam akuakultur.", "Ia boleh ditemui di atas dasar berlumpur yang cetek di persisir pantai, sering hadir dalam kawanan yang kecil. Spesies dewasa dari spesies ini memasuki muara sungai ketika musim hujan. Spesies dewasa memakan udang, ikan, dan kadang-kadang polychaetes.", "Sementara spesies juvenil memakan udang, udang, dan mysids. Spesies ini semakin berkurang populasinya berikutan penangkapan ikan berlebihan.", "Taburan senangin agak meluas dari Teluk Parsi di sebelah barat, ke timur menyusuri Lautan Hindi hingga ke perairan Taiwan, China, Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina, pantai-pantai Australia di sebelah utara serta bahagian selatan Jepun.", "Secara umumnya senangin boleh dijumpai di perairan tropika dan subtropika semua lautan. Biasanya senangin hadir di perairan pantai berdekatan muara sungai.", "Ada kalanya ia turut memasuki ke sistem sungai berair payau hingga ke sempadan air tawar. Sementara perairan dengan dasar berpasir atau berlumpur merupakan habitat lazim senangin.", "Senangin atau threadfin yang bernaung dalam keluarga Polynemidae ini mudah dikenali berikutan penampilan yang hampir sama pada penampilan keseluruhan badan, saiz mata dan filamen pada sirip pektoral. Sirip pektoral senangin terbahagi kepada dua seksyen.", "Sirip bahagian atas lengkap dengan filamen, manakala di bahagian bawah terdapat 3 hingga 16 sirip tunggal tanpa filamen. Sirip ini berfungsi sebagai agen deria untuk mengesan makanan di dalam perairan yang berlumpur.", "Kebanyakan spesies senangin mendiami perairan pantai dan muara sungai, walaupun sesetengah hidup sepenuhnya dalam sungai air tawar.", "Senangin lazimnya berhabitat di perairan yang bahagian dasarnya berpasir dan berlumpur di kedalaman kurang daripada 150 meter. Mereka menjadikan ikan kecil dan krustasea sebagai diet utama.", "Beberapa spesies kecil memakan plankton. Terdapat 8 genera dan kira-kira 42 spesies di seluruh dunia. Sementara di Malaysia terdapat 5 genus dan kira-kira 12 spesies senangin atau threadfin.", "Antara lain pengenalan diri senangin ialah memiliki bentuk tubuh sederhana memanjang dan dimampatkan. Senangin tidak memiliki bibir kecuali bibir yang lebih rendah berhampiran dengan sudut mulut.", "Semua spesies senangin mempunyai mata yang besar (nisbah diameter mata empat hingga enam kali lebih panjang dari kepala).", "Paling ketara bagi spesies senangin yang mendapat jolokan fourfinger threadfin berikutan memiliki 4 sirip tanpa filamen seperti jari di bahagian sirip pektoral di bawah badan.", "Senangin lazimnya berwarna hijau keperakan di bahagian atas, punggung dan sirip ekor berwarna kelabu dan agak kehitaman di bahagian tepi, sirip pelvik dan sirip anal berwarna oren dan filamen dada berwarna putih comot. Dan senangin berkemampuan untuk besar memanjang sehingga 200 cm.", "Taksonomi", "Kingdom: Animalia", "Phylum: Chordata", "Class: Actinopterygii", "Order: Perciformes", "Family: Polynemidae", "Genus: Eleutheronema", "Species: E. tetradactylum", "Binomial name: Eleutheronema tetradactylum (Shaw, 1804)", "Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!" ]
https://www.umpan.com.my/umpan-pelbagai-spesies-minyak-serai/
Umpan Pelbagai Spesies Minyak Serai
[ "Berasaskan minyak sawit dan adunan serai, aroma unik minyak serai ini menjadikan ia penarik baru bagi menjinakkan ikan air tawar kolam komersial khususnya patin dan tongsan sisik halus. Untuk membuktikan kepaduan gabungan ini, kami sediakan cara penyediaan dan menggunakannya.", "Bahan Keperluan:", "Minyak serai", "Tepung gandum", "Pes pandan/strawberi", "Keropok jagung", "TUTORIAL 1", "Masukkan kira-kira ½ kg tepung gandum (setting untuk ½ kg) ke dalam bekas adunan atau tong umpan.", "TUTORIAL 2", "Masukkan sedikit demi sedikit minyak serai dan gaul adunan.", "TUTORIAL 3", "Sebaiknya dapatkan adunan yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik dan ia sudah boleh digunakan.", "TUTORIAL 4", "Masukkan 2-3 penutup pes pandan ke adunan dan gaul hingga sekata.", "TUTORIAL 5", "Apabila memasukkan pes, adunan akan menjadi kental atau keras. Masukkan lagi minyak dan gaul bagi mendapatkan adunan yang tepat.", "TUTORIAL 6", "Cucuk mata kail (perambut Y) dengan keropok jagung atau jajan memenuhi mata kail.", "TUTORIAL 7", "Ambil sedikit adunan sebesar ibu jari dan kepalkan mata kail. Kepal dengan kemas agar ia betul-betul melekat.", "TUTORIAL 8", "Umpan yang sedia untuk dibaling ke lubuk. Sebaiknya gunakan teknik tanam batu mati bila menggunakan umpan tepung ini." ]
https://www.umpan.com.my/6-perkara-yang-boleh-menyebabkan-trip-kumpau/
6 Perkara Yang Boleh Menyebabkan Trip Kumpau! @
[ "Setelah trekking berkilometer jauhnya, memikul beg berat muatan berjam-jam lamanya, panjat bukit redah denai randuk sungai sampai berjelir lidah dibuatnya, tetapi bila sampai di lubuk memancing… jangan sia-siakan masa dan tenaga korang dengan melakukan perkara-perkara berikut…!", "Celebrate Awal", "Sesampai saja kat lubuk memancing korang terus celebrate kejayaan trekking dengan terjun, mandi-manda dan bergembira di kawasan lubuk. Dah puas celebrate barulah bersedia untuk memancing. Memang cerahlah masa depan untuk kumpau sehingga balik. Ikan-ikan liar ni kalau terkejut dan takut memang makan masa berhari-hari lamanya untuk kembali semula ke lubuk asal.", "Berebut Spot", "Perkara yang tak sepatutnya berlaku ini akan berlaku kalau kaki casting dan kaki bottom join bersama dalam satu trip. Kaki bottom biasanya akan menyamar dan menyorok sehabis mungkin untuk mengendap kelah. Tau-tau datang kaki casting dengan bersahaja baling gewang ke spot yang sama. Silap-silap bukan saja akan kumpau bahkan akan berlaku insiden yang lebih buruk.", "Bajet Umpan", "Biasanya bermula dari rumah lagi, malas nak pikul sawit banyak-banyak. Bawak sawit bajet ngam-ngam untuk kegunaan sendiri saja. Kemudian bila nak trekking ke lubuk dari campsite pun bajet lagi. Sudahnya masa masa umpan habis dibuat rasuah dan umpan tapi ikan belum buka mulut.", "Tertinggal Alatan", "Adakalanya kekili dan joran memang dah sempurna tetapi aksesori lain seperti mata kail, perambut dan batu ladung tertinggal, atau silap bawa yang tak bersesuaian. Untung-untung nasib dapatlah pinjam daripada rakan-rakan yang lain. Tetapi kalau rakan-rakan lain pun bawa alatan yang cukup untuk kegunaan sendiri saja, maka sendiri mau ingatlah apa akan jadi.", "Patah Semangat", "Biasanya dalam kepala pemancing dah terbayang suana lubuk, ikan-ikan dan kejayaan yang akan dicapai sebelum hari trip lagi. Sebaliknya apabila tiba hari kejadian dan melihat lubuk tidak sebagaimana yang dibayangkan, semangat terus down. Belum start pancing pun dah patah semangat memang berkemungkinan besarlah akan pulang dalam kekumpauan.", "Tidur", "Dua lokasi yang cukup seronok untuk tidur ialah di laut dan hutan. Susah nak komen bab tidur ni sebab memang ada pemancing yang tak boleh nak ubat tabiat suka tidur bila dah tiba di lokasi memancing. Kalau korang bersedia untuk kumpau atau langsung tak kisah kalau kumpau bolehlah membuta sepanjang waktu." ]
https://www.umpan.com.my/mistik-perangkap-penunggu-muara-jelita/
Mistik – Perangkap Penunggu Muara Jelita!!
[ "Tiupan angin senja agak dingin hingga terasa ke tulang hitam. Di dada langit mega yang tadinya berwarna kekuningan sudah bertukar kehitaman.", "Air di muara juga sudah berkocak menandakan angin laut sudah mula bertiup kencang. Kelam-kabut saya mengemas kerana pada jangkaan saya, hujan akan turun bila-bila masa sahaja.", "Tiba-tiba terasa titisan air hujan turun renyai-renyai. Saya sudah mula melangkah laju menuju ke motosikal yang saya letakkan betul-betul di bawah pokok ketapang, kira-kira 50 meter sahaja daripada bongkah batu tempat saya duduk tadi.", "Pada kiraan saya, mungkin ketika itu baru pukul 7.30 malam tetapi entah mengapa suasana ketika itu sungguh hening dan sunyi sepi.", "Apatah lagi, hujan sudah turun agak kasar dan ini sedikit menyukarkan pandangan saya yang sedang berjalan ke menuju ke tempat motosikal saya diletakkan.", "Hanya berjarak sepuluh meter sahaja untuk sampai ke motosikal, telinga saya menangkap suara budak menangis.", "Pada mulanya agak sayup namun apabila saya picingkan telinga untuk mendengar, suara itu sebenarnya sangat hampir dengan saya.", "Dalam kesamaran senja dan degup jantung yang kencang akibat berjalan laju, saya tercari-cari arah datangnya suara itu.", "Rupa-rupanya suara itu datangnya dari balik pokok ketapang berhampiran motosikal saya diletakkan.", "Seorang kanak-kanak perempuan, berusia  dalam lingkungan enam tahun sedang menangis teresak-esak sambil menutup mukanya.", "Dia duduk mencangkung sambil badannya menghadap laut. Baju gaunnya yang dipakai berwarna merah kelihatan kotor dengan selut lumpur.", "Anak siapakah ini, hati saya mula tertanya-tanya. Saya  memberanikan diri menghampiri budak itu. Rasa belas dan simpati bercampur baur di dalam hati. Budak perempuan ini sebaya dengan anak sulung saya.", "Saya menanggalkan jaket yang saya pakai untuk melindungi budak itu daripada kuyup ditimpa hujan.", "Ketika itulah, budak perempuan itu berhenti menangis dan mendongak memandang saya. Allah, comotnya budak ni. Mukanya kotor kerana terkena lumpur.", "Rambutnya agak kusut masai dan matanya itu…ya mata bundar itu merenung saya dengan agak tajam.", "Tiba-tiba saya terasa bulu tengkuk saya meremang dan badan saya seperti menggigil kesejukan.", "“Pakcik, boleh tolong saya?” suara budak itu lirih pada pendengaran saya.", "“Mana ayah dan ibu kamu?” Entah bagaimana, saya tidak menjawab pertanyaanya tetapi menyoalnya dengan soalan yang sedang bermain di fikiran saya.", "Budak itu menangis. Jari telunjuknya dihalakan ke muara yang kelihatan berbalam-balam kegelapan.", "Sesekali kilat memancar di langit dan guruh kedengaran . Sungguh membingitkan telinga.", "“Daddy jatuh dalam laut. Mummy pergi cari” jawabnya sambil menangis.", "“Pakcik, tolong cari daddy dan mummy saya…” budak itu merayu.", "Tangannya dihulurkan pada saya. Dia mengajak saya pergi mencari mummy dan daddynya yang dikatakan terjatuh dalam laut.", "Saya memegang tangan budak itu. Sejuk seperti baru keluar dari peti ais. Tangannya juga licin seperti ikan toman yang pernah saya tangkap di Tasik Royal Belum dahulu.", "Kami berdua berjalan menuju ke muara. Hujan semakin menggila. Tapi semuanya tidak saya endahkan.", "Ketika mahu memanjat bongkah batu besar yang ada di situ, saya ternampak silauan lampu picit bersimpang siur dari bawah.", "Namun otak saya hanya terfokus mahu membantu budak itu mencari mummy dan daddynya.", "Sampai sahaja di atas batu besar itu, budak itu memberi isyarat supaya saya terjun. Tidak jauh dari bongkah itu, saya ternampak sepasang tangan sedang mengapai-gapai ditolak arus laut.", "Seorang perempuan muda dalam lingkungan 30-an sedang cuba berenang ke arah tangan yang sedang mengapai itu.", "Ketika mahu terjun membantu itulah, saya terasa badan saya dipeluk dengan kuat dari arah belakang.", "Saya meronta-ronta minta dilepaskan namun suara riuh-rendah meminta saya agar bertenang dan mengucap dua kalimah syahadah.", "Hanya apabila muka saya disapu dengan air bacaan Yasin, barulah saya seperti orang yang baru tersedar daripada tidur.", "Terkejut saya apabila mendapati saudara mara sebelah isteri bersama Tok Imam dan Tok Sidang kampung ada di Kata mereka, isteri saya yang kerisauan menunggu saya hampir jam sebelas malam.", "Setelah diberitahu pada ayah mertua, mereka semua sepakat mencari saya di muara sungai ini.", "Apabila saya bertanya akan budak perempuan itu, kata Tok Sidang, itulah penunggu muara yang suka mengganggu pemancing yang lewat pulang pada waktu senja.", "Penunggu ini akan menjelma dengan pelbagai bayangan untuk menarik pemancing itu agar terjun ke dalam laut.", "Saya dikira sangat bernasib baik kerana sempat diselamatkan. Setakat ini sudah hampir tiga orang pemancing yang menemui ajal kerana dikatakan terjatuh dari bongkah batu besar itu dengan tiba-tiba.", "Walaupun begitu, saya tidak pernah serik untuk memancing di situ. Saya percaya, selagi niat dan nawaitu kita betul, Insyallah kita akan terselamat daripada godaan dan tipu helah syaitan laknat ini.", "Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!" ]
https://www.umpan.com.my/cara-mengesan-lubuk-memancing-di-sungai/
Cara Mengesan Lubuk Memancing Di Sungai!!
[ "Muka Kuala ", "Arus air memainkan peranan menghanyutkan umpan atau makanan ikan. Jika bertemu spot pertemuan dua arus, memancinglah di situ kerana makanan yang dihanyutkan ke spot itu dua kali lebih banyak berbanding spot lain.", "Spot redup", "Dahan pokok yang berjuntai ke sungai menjadikan kawasan di bawahnya teduh dan ia merupakan kawasan yang sesuai untuk ikan-ikan kecil berlindung dari serangan ikan predator dan pemangsa lain. Sekaligus merupakan spot yang bagus untuk memancing.", "Kawasan Air Berpusar", "Ketika arus air memasuki selekoh pinggir sungai air atau melanggar hadangan (pulau atau batuan besar), maka akan membentuk arus balik yang lebih perlahan serta membentuk pusaran air. Ikan-ikan akan menunggu dan bermain di sekitar kawasan tersebut.", "Alun kecil", "Bentuk sungai yang lurus akan menghasilkan arus yang tenang dan teluk kecil di pinggir sungai akan menghasilkan ombak-ombak kecil tempat ikan bermain. Cubalah lontar umpan di kawasan tersebut.", "Selekoh sungai", "Bentuk sungai yang berbelok, maka arus paling deras yang membawa makanan bergerak di sisi paling luar dan ikan biasanya menunggu makanan di kawasan belokan tersebut.", "Lubang pinggir sungai", "Biasanya spot ini boleh ditemui di bawah pokok besar di tepi sungai atau lapisan batuan besar yang terhakis. Ia merupakan spot yang sangat sesuai untuk ikan berlindung.", "Lopak (lubang dasar)", "Kawasan lopak yang dalam di dasar sungai merupakan tempat kegemaran bagi ikan-ikan besar, jika mengetahui kewujudan spot ini jangan sesekali diabaikan untuk meletakkan umpan.", "Belakang batu", "Ketika arus melanggar batuan besar, maka arus akan terpecah dan menghasilkan arus yang tenang di sebalik batuan. Tempat ini merupakan kawasan strategik ikan menyerang hendap dan berehat.", "Air jatuh", "Air yang jatuh dari ketinggian yang berbeza akan menghasilkan lekukan atau lopak di dasar sungai yang lebih dalam dari bahagian dasar lain. Ia juga merupakan tempat yang sangat sesuai untuk ikan mencari makan." ]
https://www.umpan.com.my/kenali-sepupu-tenggiri-gagah-berlari/
Kenali Sepupu Tenggiri Gagah Berlari
[ "Taksonomi", "Kingdom: Animalia", "Phylum: Chordata", "Class: Actinopterygii", "Order: Scombriformes", "Family: Scombridae", "Tribe: Scomberomorini", "Genus: Acanthocybium (Gill, 1862)", "Species: A. solandri", "Binomial name: Acanthocybium solandri (Cuvier in Cuvier and Valenciennes, 1832)", "Pelari pecut samudera yang tersohor ini dikenali sebagai Ono di Hawaii, manakala Peto di Amerika Utara. Memang sekali pandang, wahoo (Acanthocybium solandri) tak ubah seperti tenggiri batang (Scomberomorus commerson).", "Yang membezakannya ialah muncung wahoo lebih runcing, potongan badan lebih bersilinder, cabang ekor yang lebih mencapah dan siri dorsal pertama yang lebih panjang serta seragam ketinggiannya (pada tenggiri, sirip dorsal ini meninggi di depan dan menganjur rendah ke belakang).", "Lazimnya wahoo berwarna biru kehitaman dan semasa hidup, ia mempamerkan jalur menegak yang berombak seperti corak harimau. Paling menggerunkan ialah barisan gigi setajam pisau belit di dalam muncungnya yang tirus itu.", "Kebanyakan wahoo yang ditangkap pemancing ialah antara 7 hingg 25kg. Hairannya, spesimen kurang 6kg jarang ditemui.", "Wahoo gergasi melebihi 40kg sering ditangkap di perairan Australia dan ia lebih banyak berkeliaran di sekitar kepulauan Fiji, di mana spesimen sehebat 65kg pernah direkodkan.", "Wahoo boleh ditemui di kawasan lautan tropika, subtropika dan bersuhu sederhana di seluruh dunia. Di Malaysia, spesies ini bersepah di kepulauan Spratly di luar pantai Sabah dan Sarawak.", "Wahoo merupakan ikan pelagik lautan terbuka yang menyukai air lautan yang bersih dan biru dengan suhu 21 darjah ke 30 darjah Celcius.", "Ia jarang dijumpai berdekatan persisiran. Wahoo gemarkan lokasi bertentang jurang karang yang dalam, gunung lautan dan puncak terumbu. Spesimen besar pula lebih suka terasing jauh sehingga melepasi penghujung pelantar benua.", "Spesies ini disifatkan ganas perangai. Ia berstrategi dengan hanyut perlahan di bawah bayangan dan biasan cahaya gelombang lautan yang hampir di permukaan air.", "Apabila sampai di jarak yang bersesuaian, ia akan membesit sepantas kilat untuk menangkis mangsanya, dan mengerat ke beberapa bahagian dalam sekelip mata saja.", "Mangsanya terdiri dari ikan tongkol, anak belitung, todak dan sotong. Walaupun kerap bersendirian, wahoo juga akan memburu dalam pasukan sejumlah dua hingga berbelas ekor, terutama di kawasan tropika.", "Biasanya wahoo diperangkap dengan gewang berenang laju seperti skirt dan replika ikan selaman dalam, perambut dawai adalah perlu jika wahoo yang dicari.", "Namun ramai pemancing agak bernasib baik biarpun berperambut tangsi, kerana taktik ikan ini yang suka membantai mangsanya dari ekor.", "Wahoo jarang disasarkan pemancing, sebaliknya ia terkena semasa memburu ikan tuna, mersuji, layaran, tenggiri, aji-aji dan sebagainya. Sebab itulah ia acapkali digelar ikan pengacau.", "Tetapi wahoo tetap juga dialu-alukan kerana rupa bentuknya begitu menarik, tambahan pula kederasan larian dan keenakan isinya. Parasit besar berbentuk seperti cacing sering dijumpai dalam perut wahoo, tetapi ini tidak mempengaruhi isinya." ]
https://www.umpan.com.my/jenis-jenis-candat-sotong/
Jenis-Jenis Candat Sotong
[ "Candat atau squid jig merupakan alat yang direka khusus untuk memancing sotong. Justeru apabila menyebut candat maka secara automatik ia akan dikaitkan dengan sotong. Terdapat pelbagai jenis candat yang terdapat di pasaran kita dan masing-masing mempunyai satu persamaan iaitu untuk menjerat sotong pada dawai tajamnya.", "CANDAT TWIST", "Candat twist lazimnya berfungsi sebagai pemberat. Ia diperbuat daripada timah (ada juga yang mengubahsuai batu ladung), dan badannya dibalut dengan kain atau tali sulam yang berkilat terang atau mampu memantulkan cahaya. Ia turut dilengkapkan dengan mata kail candat yang berfungsi sebagai penyangkut sotong. Selain berfungsi sebagai pemberat, ia turut sama berupaya untuk memerangkap sotong dan tersangkut pada mata kailnya.", "CANDAT MAYAT", "Candat mayat lebih merujuk kepada bentuk seumpama bentuk mayat yang dikafankan. Ia lazimnya diperbuat daripada plastik atau getah yang mampu menyerap dan memantulkan cahaya. Badannya dibalut dengan fabrik nipis berkilau dengan pelbagai warna. Ia turut dilengkapi satu atau dua sisir mata kail. Tanpa kehadiran pemberat, ia perlu digunakan bersama pemberat. Candat twist lazimnya digunakan sebagai pengganti pemberat.", " CANDAT UMPAN", "Candat umpan lebih merupakan alat yang diperbuat daripada besi atau dawai keras sebesar lidi kira-kira sejengkal dan bersisir dengan mata kail dibawahnya. Sepadan dengan nama candat umpan, ia perlu dicucuk dengan ikan sebagai umpan untuk menarik perhatian sotong. Dan penggunaan pemberat diperlukan bagi mempercepatkan proses ia tenggelam ke dasar laut.", "CANDAT UDANG", "Candat udang atau squid jig sebenarnya adalah gewang tiruan berbentuk udang yang dilengkapi mata kail bersisir, yang lazimnya digunakan untuk mencandat sotong mengabang. Dalam masa yang sama ia turut berkesan untuk mencandat sotong torak atau sotong jarum. Namun ia tidak sesuai digunakan secara berangkai (teknik apollo dua atau tiga candat) seperti mana candat mayat berikutan kehadiran pemberat akan menyebabkan ia mudah berpintal dengan perambut.", "CANDAT IKAN", "Candat ikan atau turut dikenali sebagai candat buntal lebih merupakan candat yang direkabentuk seperti ikan. Ia mempunyai ciri-ciri ringan dan tiada pemberat. Badannya pula agak gemuk dan gempal. Berikutan keberkesanannya bergantung kepada kualiti penghasilannya, ia kurang popular dan tidak banyak digunakan. Namun candat mayat yang berkualiti mampu mengatasi keberkesanan candat-candat lain." ]
https://www.umpan.com.my/asas-ikatan-wolrd-fumpan-knots-ikatan-worlds-fairair-knot/
Umpan Knots – Ikatan Worlds Fair!!
[ "Ikatan yang kuat , pasti tidak akan membuat kaki pancing berputih mata . World Fair Knot antara ikatan yang mudah, simple tetapi kuat. Ikatan ini juga sesuai untuk mengikat mata kail menggunakan perambut fluorocarbon dan mata kail bercincin.", "Langkah 1", "Mula-mula lingkarkan tali utama kira-kira sejengkal.", "Langkah 2", "Masukkan bahagian tali yang dilingkarkan ke dalam cincin swivel.", "Langkah 3", "Tindankan lingkaran tali yang dimasukkan melalui swivel ke atas tali utama.", "Langkah 4", "Pegang dan naikkan dua tali yang berada di bawah lingkaran untuk memudahkan langkah berikutnya.", "Langkah 5", "Ambil hujung tali dan masukkan melalui ruang yang di bawah dua tali yang dinaikkan itu.", "Langkah 6", "Masukkan pula hujung tali ke dalam lingkaran baru yang terhasil tadi.", "Langkah 7", "Masukkan pula hujung tali ke dalam lingkaran baru yang terhasil tadi.", "Langkah 8 ", "Seterusnya tarik tali utama sehingga simpulan terikat kemas pada cincin swivel. Kemudian Potong hujung lebih tali dan ikatan telah berjaya dihasilkan.", "Langkah 9", "Potong hujung lebih tali dan ikatan telah berjaya dihasilkan.", "video tutorial ikatan", "Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!" ]
https://www.umpan.com.my/siri-spesies-predator-lautan-wahoo-si-zebra/
Siri Spesies Predator Lautan – Wahoo Si Zebra!!
[ "Pelari pecut samudera yang tersohor ini dikenali sebagai Ono di Hawaii, manakala Peto di Amerika Utara. Memang sekali pandang, wahoo (Acanthocybium solandri) tak ubah seperti tenggiri batang (Scomberomorus commerson).", "Yang membezakannya ialah muncung wahoo lebih runcing, potongan badan lebih bersilinder, cabang ekor yang lebih melebar dan sirip dorsal pertama yang lebih panjang serta seragam ketinggiannya (pada tenggiri, sirip dorsal ini meninggi di depan dan menganjur rendah ke belakang)", "Lazimnya wahoo berwarna biru kehitaman dan semasa hidup, ia mempamerkan jalur menegak yang berombak seperti corak harimau. Paling menggerunkan ialah barisan gigi setajam pisau belit di dalam muncungnya yang tirus itu.", "Kebanyakan wahoo yang ditangkap pemancing ialah antara 7 hingga 25kg. Hairannya, spesimen kurang 6kg jarang ditemui.", "Wahoo gergasi melebihi 40 kg sering ditangkap di perairan Australia dan ia lebih banyak berkeliaran di sekitar kepulauan Fiji, di mana spesimen sehebat 65kg pernah direkodkan.", "Wahoo boleh ditemui di kawasan lautan tropika, subtropika dan bersuhu sederhana di seluruh dunia. Di Malaysia, spesies ini bersepah di kepulauan Spratly di luar pantai Sabah dan Sarawak.", "Wahoo merupakan ikan pelagik lautan terbuka yang menyukai air lautan yang bersih dan biru dengan suhu 21 darjah ke 30 darjah Celcius.", "Ia jarang dijumpai berdekatan persisiran. Wahoo gemarkan lokasi bertentang jurang karang yang dalam, gunung lautan dan puncak terumbu. Spesimen besar pula lebih suka terasing jauh sehingga melepasi penghujung pelantar benua.", "Spesies ini disifatkan ganas perangai. Ia berstrategi dengan hanyut perlahan di bawah bayangan dan biasan cahaya gelombang lautan yang hampir di permukaan air.", "Apabila sampai di jarak yang bersesuaian, ia akan memecut sepantas kilat untuk menyambar mangsanya, dan mengerat ke beberapa bahagian dalam sekelip mata saja.", "Mangsanya terdiri dari ikan tongkol, anak belitung, todak dan sotong. Walaupun kerap bersendirian, wahoo juga akan memburu dalam pasukan sejumlah dua hingga berbelas ekor, terutama di kawasan tropika.", "Biasanya wahoo diperangkap dengan gewang berenang laju seperti skirt dan replika ikan selaman dalam, perambut dawai adalah perlu jika wahoo yang dicari.", "Namun ramai pemancing agak bernasib baik biarpun berperambut tangsi, kerana taktik ikan ini yang suka membantai mangsanya dari ekor.", "Wahoo jarang disasarkan pemancing, sebaliknya ia terkena semasa memburu ikan tuna, mersuji, layaran, tenggiri, aji-aji dan sebagainya. Sebab itulah ia acapkali digelar ikan pengacau.", "Tetapi wahoo tetap juga dialu-alukan kerana rupa bentuknya begitu menarik, tambahan pula kederasan larian dan keenakan isinya. Parasit besar berbentuk seperti cacing sering dijumpai dalam perut wahoo, tetapi ini tidak mempengaruhi isinya." ]
https://www.umpan.com.my/catatan-rekod-tangkapan-yang-belum-dipecahkan/
Catatan Rekod Tangkapan Yang Belum Dipecahkan
[ "Atlantic Bluefin Tuna (680 Kilogram)", "Bluefin tuna adalah salah satu ikan yang paling sukar dipancing berdasarkan pengalaman para pemancing. Dilihat dari bentuk tubuhnya yang mirip torpedo, jelas ikan ini mampu meluru bagai roket ketika di air. Makin besar ukurannya, tentu makin sukar memancingnya karena ototnya yang tentu lebih kuat.", "Atlantic bluefin tuna terbesar pernah didaratkan oleh Ken Frazer, di perairan Nova Scotia, Kanada seberat 1,496 atau 690 kg. Fraser berhasil menaikkan sang monster tuna ini setelah bertarung selama 45 minit. Keterujaan membuatkan Fraser hampir menghasilkan buku yang menceritakan aksi tangkapannya ini.", "Atlantic Blue Marlin (635 Kilogram)", "Ada satu jenis ikan yang dianggap primadona. Mendaratkannya akan menerbitkan rasa bangga yang luar biasa, apalagi jika ukurannya sangat besar. Ikan yang dimaksud adalah marlin atau mersuji. Tengok saja bentuk tubuhnya yang sangat anggun. Memanjang dengan mulut runcingnya yang khusus.", "Belum lagi padanan warna tubuhnya yang membuat ikan ini makin sempurna. Rekod tangkapan ikan mersuji terbesar ini ialah 1,402 lb atau sekitar 635 kilogram.", "Pemancingnya adalah Paulo Amorim yang berhasil menaikkan ikan ini hampir selama 80 minit! Ikan yang ditangkap di perairan Brazil tersebut berhasil mengalahkan rekod sebelumnya dengan perbezaan 120 lb.", "Swordfish (536 Kilogram)", "Dilihat dari fiziknya, swordfish punya kesamaan dengan mersuji. Hanya saja seperti namanya, ikan ini punya paruh yang mirip dengan pedang. Bentuk tubuh swordfish direka seperti Lamborghini lautan. Anda boleh bayangkan sendiri pertarungan dengan ikan seperti ini pasti sangat sukar.", "Swordfish terbesar pernah ditangkap oleh Lou Marron, berasal dari Chile. Tangkapannya pada tahun 1953 dengan berat mencapai 1,182 lb atau 536 kilogram. Hingga kini ini belum pernah ada yang memecahkan rekor swordfish terbesar terutama yang dipancing menggunakan joran dan kekili.", "Uniknya, spesimen swordfish ini sekarang diawet untuk tatapan di Game Fish Association Fishing Hall of Fame di Miami.", "Giant Mekong Catfish ( 293 Kilogram)", "Sebesar mana rekod tangkapan ikan patin Mekong yang pernah korang daratkan? Walau sebesar mana sekalipun rasanya tidak mungkin dapat mengatasi rekod ini. Rekod patin Mekong terbesar yang berhasil dipancing ialah 646 lb atau sekitar 293 kilogram.", "Ikan ini berhasil didaratkan pada 1 Mei 2005 lalu oleh seorang nelayan Thailand di perairan setempat. Ikan patin Mekong ini memang terkenal dengan ukurannya yang besar walaupun kini populasinya terancam punah.", "Kini pemancing dunia pun juga tak ketinggalan untuk menikmati sensasi tarikan sang ikan raksasa ini untuk pancingan tangkap dan lepas.", "Alligator Gar (104 Kilogram)", "Sebagaimana namanya, fizikal ikan ini memanjang seperti buaya dan bahkan punya bentuk mulut serta deretan gigi tajam yang sama. Ikan ini berhabitat di Amerika Utara hingga Amerika Tengah. Pertarungan yang dihasilkannya ketika dipancing hampir seagresif ketika memancing buaya!", "Rekod tangkapan alligator gar terbesar menjadi milik John Paul Morris yang menangkap ikan ini di sebuah perairan di Texas. Beratnya mencapai 230 lb atau 104 kilogram. Setakat ini belum pernah ada rekod lain yang mengalahkan milik Morris walaupun ramai pemancing di dunia yang sudah berjaya mendaratkan spesies bersaudara dengan buaya ini." ]
https://www.umpan.com.my/tazkirah-umpan-kenali-10-jenis-rezeki/
Tazkirah Umpan: Kenali 10 jenis rezeki
[ "Rezeki bukanlah hanya hanya dalam bentuk wang ringgit semata-mata dan sesungguhnya konsep rezeki itu meluas.", "Rezeki yang telah dijamin", "“Tidak ada satu makhluk melata yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya.” – (Q.S.11:6)", "Rezeki kerana usaha", "“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.” – (Q.S.53:39)", "Rezeki kerana bersyukur", "“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.” – (Q.S.14:7)", "Rezeki yang tak disangka-sangka", "“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya” – (QS. At Thalaq:2)", "Rezeki Kerana Istighfar", "“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.” – (QS. 71: 10-11)", "Rezeki kerana menikah", "“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya.”", "– (QS. an-Nur: 32)", "Rezeki kerana anak", "“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” – (QS. al-Isra 31)", "Rezeki kerana sedekah", "“Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.” – (QS. Al Baqarah 245)", "Rezeki kerana keberkatan berpagi-pagian", "Rasulullah SAW bersabda: “Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi)", "Rezeki kerana menjalinkan silaturrahim", "Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturahim.” – (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).”" ]
https://www.umpan.com.my/soal-jawab-masalah-lazim-baitcasting-reel/
Soal Jawab Masalah Lazim Baitcasting Reel!!
[ "Memang tak dinafikan secara umumnya kriteria tersebut memainkan peranan dalam menyumbang kepada aspek ketahanan sesebuah reel namun kebanyakan kita terlupa bahawa ciri-ciri lain seperti penjagaan dan pengendaliannya juga memainkan peranan yang sama penting.", "Apa yang menjadi persoalannya, adakah jangka hayat sesuatu reel yang mahal itu akan bertahan lama kalau ia dibiarkan tanpa penjagaan yang sewajarnya?", "Beberapa faktor telah dikenal pasti dalam mempengaruhi ketahanan sesebuah reel atau BC dan langkah-langkah yang sewajarnya haruslah diambil untuk memungkinkan masalah ini dapat diatasi.", "MASALAH:", "Air masin merupakan elemen utama penyumbang karat berbanding air tawar kerana ruang udara dan airnya mempunyai kandungan garam yang tinggi.", "SOLUSI:", "Basuh reel menggunakan air tawar dengan cara menjirus atau lalukan pada air paip mengalir setiap kali selesai menggunakannya.", "Jangan sesekali merendam reel kerana dikhuatiri air akan masuk melalui ruang atau rongga kecil yang terdapat pada badan reel dan ini akan menyebabkan air terkumpul di celah-celah bahagian mekanikal dalam reel tersebut.", "MASALAH:", "Pasir dan habuk terutamanya yang bersifat halus kerana ia mudah melekat pada bahagian bingkai dan dalam reel.", "SOLUSI:", "Letakkan reel di tempat yang boleh mengelakkan dari bersentuhan dengan tanah air atau pasir dan gunakan kain pembalut khas atau reel casing untuk mengelakkan habuk-habuk halus yang dibawa oleh angin dari melekat.", "Lap bingkai badan reel dengan kain lembut dan gunakan berus halus untuk membuang habuk-habuk yang melekat terutamanya pada bahagian di antara batang shaft dan star drag yang mempunyai banyak washer.", "Sembur dengan minyak anti karat terutama pada celah-celah bahagian yang berskru dan gunakan minyak khas (reel lube) untuk disapukan pada gear, bearing dan shaft (elakkan dari guna berlebihan kerana ia juga mempengaruhi kelancaran reel).", "MASALAH: ", "Sistem tegangan drag yang terlalu ketat ketika reel berada dalam keadaan rehat.", "SOLUSI:", "Hendaklah sentiasa memastikan drag berada dalam keadaan longgar (free gear) supaya tiada bebanan atau tekanan yang berlaku ke atas pelapik-pelapik drag. Ini membolehkan permukaan pelapik berkenaan sentiasa berkeadaan elok dan dapat digunakan untuk jangka masa yang lebih lama.", "MASALAH:", "Perubahan cuaca dan suhu.", "SOLUSI:", "Ketika menjirus reel dengan air pastikan drag diketatkan. Ini adalah untuk mengelakkan air dari masuk ke celah-celah pelapik drag yang boleh mengakibatkan ia melekat di antara satu sama lain (elakkan juga air terkena minyak gris).", "Walaupun peratusan sinaran matahari merosakkan reel adalah kecil tetapi pendedahan yang terlalu lama kepada perubahan cuaca dan suhu yang melampau, dikhuatiri dalaman reel terutamanya pelapik drag dan bahagian bermagnetik." ]
https://www.umpan.com.my/jelajah-sungai-pedalaman-sarawak/
Jelajah Sungai Pedalaman Sarawak
[ "Tidak lama dulu, sempena cuti hujung tahun, saya berkesempatan melawat sebuah rumah panjang di pedalaman Sarawak. Memandangkan saya peminat pancingan sungai pegunungan, peluang tersebut tidak disia-siakan dengan membawa set memancing ringkas untuk menduga penghuni sistem sungai di Ulu Baram, salah satu sungai terbesar di Sarawak selepas Sungai Rejang.", "Namun, kerana kekurangan informasi mengenai keadaan di sana, saya dibuli teruk kerana set tidak sepadan dan kekurangan peralatan. Dari itu, saya telah merancang rapi satu trip ‘balas dendam’ setahun berikutnya dan berjaya merasai sendiri pengalaman hebat bergasak dengan ikan yang digelar raja sungai pegunungan dengan kaedah casting atau mengilat.", "Setibanya di Miri, di mana saya bersama isteri dan adik yang juga kaki mengilat telah dijemput oleh Henry Agang selaku guide kami dan bermulalah perjalanan Ke hulu Sungai Baram melalui jalan balak selama 8 jam.", "Kami tiba di sebuah perkampungan etnik Kenyah kira-kira jam 7.00 petang. Tidak banyak info yang boleh dilakukan malam itu kecuali menyiapkan diri serta peralatan untuk keesokan harinya.", "Tempat penginapan kami boleh dikatakan mewah dengan keadaan rumah panjang yang cantik dan bersih, bekalan air pegunungan yang tiada had serta generator untuk bekalan elektrik.", "Pagi berikutnya, walaupun saya bangun awal kerana tidak sabar untuk melontar gewang, namun perjalanan belum dapat diteruskan kerana masalah bot dan enjin sangkut. Menjelang tengah hari barulah masalah tersebut dapat diselesaikan.", "Long Buang, salah sebuah anak sungai yang bersambung dengan Sungai Baram menjadi sasaran kami, hanya terletak kira-kira 30 minit menghulu dari perkampungan tersebut namun perjalanan terasa amat lama kerana keadaan sungai yang cetek dan deras dengan bongkah-bongkah batu besar di tengah-tengah sungai membuatkan enjin 15hp bagaikan hanya berkuasa 2hp lajunya.", "Setibanya di Long Buang, kami terpaksa meninggalkan bot di muara kerana air sungai terlalu cetek. Rancangan asal adalah untuk terus berjalan kaki ke hulu di mana terdapat banyak lubuk besar dan dalam namun memandangkan kami hanya mempunyai masa setengah hari untuk memancing maka rancangan diubah untuk hanya menduga lubuk-lubuk kecil berdekatan muara.", "Saya menggunakan set padanan Abu Garcia Revo MGX dengan rod custom 4-7lb, satu set ringan kerana berpendapat kawasan dekat muara ini tiada saiz ‘monster’ berikutan lubuknya yang kurang dalam. Namun lontaran pertama sesudu Abu Island II Gold 12 gram terus sahaja bersambut.", "Saya dapat menjangkakan bahawa ini perbuatan sebarau kerana sambaran diterima ketika sesudu baru tenggelam dan larian pertamanya yang padu namun agak singkat. Setelah dihela ke tebing seekor sebarau dua belang dalam anggaran berat 500 gram berjaya dinaikkan.", "Saya difahamkan, di lubuk ini hanya sebarau dua belang sahaja yang menghuni. Dan berdasarkan pengalaman memancing spesies ini di kebanyakan lokasi di Sarawak, daya juang sebarau dua belang jauh lebih hebat daripada saudaranya satu belang.", "Dari segi penampilan fizikalnya juga memang berbeza dengan kepala yang lebih besar dan nampak garang, badan yang lebih ‘ streamline’ dan panjang serta dua belang hitam melintang di tengah badan dan pangkal ekor menampakkan lagi kelainan ‘sebarau Borneo’ ini.", "Memandangkan hari semakin lewat tengah hari, kami memutuskan untuk casting secara ‘rapid’ dalam usaha mendapatkan lauk untuk makan tengah hari kerana kami hanya membawa nasi sahaja sebagai bekalan makanan.", "Lagipun menurut guide kami, adalah senang untuk mendapat lauk-pauk di dalam perjalanan sebab banyak paku-pakis dan tumbuhan hutan lain yang boleh dimakan bersama ikan yang dipancing nanti.", "Sebarau dan anak tengas rata-rata dalam lingkungan berat 500-900 gram berjaya kami naikkan. Dalam masa lebih kurang setengah jam casting hasil keseluruhan 3 orang ‘caster’ untuk dijadikan lauk kami adalah lebih kurang 15 ekor.", "Agak menyedihkan, kerana terpaksa mengambil juvenil untuk dijadikan hidangan. Nak buat macam mana, survival.", "TRIP PETANG", "Setelah makan, kami berkemas untuk meneruskan agenda sebenar trip. Jam menunjukkan pukul 3 petang. Kami berpecah kepada dua kumpulan untuk meminimumkan bunyi bising dan setiap kumpulan diberi lubuk masing-masing untuk digempur.", "Di satu lubuk yang dalam, lontaran pertama saya terus bersambut. Sesudu Abu Island II 12 gram disergap pemangsa jauh di dalam lubuk ketika dibiarkan tenggelam.", "Drag kekili Abu Garcia Mgx disetkan tinggi namun tali mencurah-curah keluar. Saya terpaksa menambah tegangan dengan ibu jari menahan spool yang ligat berpusing. Ikan berjaya dihalang daripada masuk ke kubunya dan dilayan sehingga letih.", "Kira-kira 2 minit kemudian ternampak kelibat ikan di dalam air yang sejernih kristal. Agak kecewa kerana apa yang menonjol adalah dua garisan melintang di tengah badan ikan.", "Badong rupanya… ingatkan kelah sebab tarikannya memang syok habis. Yelah kan, penulis belum ada pengalaman bertarung dengan kelah, masih kurang arif dengan lariannya. Bacaan pada ‘lip grip’ menunjukkan angka 5 lb. Lebih kurang 2 kilo lebih. Memang puas hati.", "Berita daripada kumpulan lain agak kurang memuaskan. Hanya sebarau juvenil yang banyak dinaikkan untuk hari pertama. Memandangkan hari semakin lewat kami bergerak balik pada pukul 5.00 petang.", "Dalam perjalanan pulang, kami merancang untuk memancing dasar pada malam harinya, namun selepas sahaja berehat, semuanya terus hanyut tertidur dek keletihan. Keesokan harinya, kami bertolak agak lambat kerana porter dari suku kaum Penan yang diupah untuk mengangkat enjin sangkut ke perahu datang lambat.", "Jam 10 pagi barulah kami dapat bergerak ke Long Buang. Hari ini, kami merancang untuk pergi lebih jauh ke hulu demi mendapatkan lubuk-lubuk besar yang dalam. Sepanjang ‘trekking’ menghulu tersebut, saya sempat melempar sesudu di kawasan-kawasan yang difikirkan berpotensi.", "Sebarau amatlah banyak, sehingga ‘blind cast’ pun bersambut. Sekali-sekala anak-anak tengas juga turut terjerat. Strategi hari ini juga seperti hari sebelumnya.", "Kami berpecah kepada 2 kumpulan untuk meneroka lubuk-lubuk. Jam 2 petang kami berkumpul semula untuk rehat makan. Sementara menunggu api hidup dan memasak, saya mencuba di sebuah lubuk berdekatan lokasi kami berehat.", "Beberapa ekor sebarau berjaya didaratkan walaupun dalam keadaan bising dengan semua anggota trip berkumpul dan memasak. Saya masih lagi mencuba beberapa balingan.", "Dalam satu balingan yang ‘miss q’, tali dalam spool menjadi kusut. Sesudu terus tenggelam ke dasar sementara saya membetulkan tali.", "Pada karauan pertama, sebaik sesudu terangkat dari dasar,terasa satu terjahan padu menghentam dan menarik tali mencurah-curah dari kekili. Setelah dilayan seketika, menyerahlah seekor kelah dalam anggaran 600gram.", "Selain sesudu, saya turut mencuba gewang selaman dalam berwarna terang yang menyerupai buah-buah hutan. Rapala Fat Rap 5cm berwarna Golden F1 Red (GFR) amat laku di sini. Dua kali tali utama 30 lb saya putus.", "Mungkin kesilapan saya sendiri kerana menggunakan tali yang terlampau halus. Tali Gtech walaupun kuat, ia mungkin tidak dapat menahan geseran dengan batu-batu di dasar sungai lalu terputus.", "Menjelang petang, kami bertolak balik dengan azam untuk ‘repeat’ keesokan harinya. Namun keesokannya, niat kami terbantut apabila hujan lebat turun sepanjang hari menyebabkan sungai menjadi keruh.", "Kami memutuskan memancing dasar berumpankan cacing di Sungai Baram. Keputusannya beberapa ekor baung berjaya kami perolehi. Highlight hari ketiga ini adalah pertarungan isteri saya, Lydia dengan ikan misteri yang berjaya melepaskan diri walaupun dilayan dengan menaiki bot.", "Menurut guide, mungkin angkara ikan ‘Keramu’ (bahasa Kenyah) iaitu spesies baung besar berwarna kelabu.", "HARI TERAKHIR", "Keesokannya harinya, cuaca begitu baik dan kami mengambil keputusan kembali ke Long Buang yang telah kembali jernih. Saya bergerak seorang diri menghulu sungai, mendahului ahli-ahli yang lain.", "Keadaan lebih sunyi dan ikan kurang menyedari kehadiran pemancing menyebabkan penulis ‘lost count’ sambaran sebarau dan anak kelah yang dinaikkan tapi sayang tiada orang untuk merakamkan detik pertarungan.", "Bergambar pun jadi malas sebab tiada sebarau dan kelah ‘monster’ sudi menjadi model. Namun, purata berat ikan-ikan yang dinaikkan tidaklah mengecewakan, memang ada ‘fight’! Kira-kira jam 4.00 petang kami bergerak balik menyusuri sungai. Sedih meninggalkan syurga sebarau ini. Namun kami akur dengan keadaan masa yang mencemburui kami.", "Dalam perjalanan pulang ke rumah panjang, saya meminta agar bot berhanyut kerana mahu melontar gewang di sepanjang Sungai Baram sehingga ke kawasan kampung. Beberapa minit kemudian, lontaran Rapala Fatrap 5cm GFR ke satu sudut lubuk disergap sesuatu ketika gewang menyelam maksimum. Berdasarkan kedalaman strike zone itu, saya dapat membuat tekaan angkara siapa.", "Sentapan balas dibuat dan larian tiada henti pun berlaku. Berdesit-desit tali keluar dari kekili. Penulis hanya mampu berharap tali utama, perambut, ikatan FG knot, swivel, split ring dan segala macam peralatan dapat bertahan.", "Mujur perahu yang digunakan berada jauh dari tebing maka ikan dapat dihalang daripada masuk ke mana-mana reba yang sememangnya banyak di kawasan tebing sungai.", "Apabila dirasakan ikan menyerah kalah, tali dikarau dengan cepat dan berhati-hati, manalah tahu pecutan tiba-tiba berlaku. Putih mata dibuatnya kalau putus lagi.", "Kira-kira 10 minit kemudian,ikan berjaya dihela ke permukaan dan satu kilauan perak yang besar kelihatan. Gembira bukan kepalang apabila melihat ikan kelah atau lebih dikenali sebagai ‘jembala’ oleh penduduk tempatan menyerah kalah di tepi bot.", "Namun kegembiraan itu tidak lama, digantikan dengan ‘sense of urgency’ untuk menaikkan ikan tersebut ke dalam bot kerana cangkukan mata treble VMC 4X di mulut ikan kurang kemas.", "Sejurus terlantar di lantai bot, gewang terlepas dari mulut ikan. Mujur sempat dinaikkan. Gambar diambil sambil membelek kagum kecantikan ikan tersebut.", "Dengan kejayaan menaikkan kelah tersebut, maka berakhirlah trip idaman bagi penulis, namun kejayaan ini telah menanamkan tekad untuk kembali lagi suatu masa nanti.", "(Oleh: Pellax Patros)" ]
https://www.umpan.com.my/trip-mencandat-sotong-bila-dan-bagaimana/
Trip Mencandat Sotong – Bila Dan Bagaimana??
[ "Paling penting dan juga untuk keselesaan, dapatkan satu kumpulan kecil (10-12 orang) untuk tempahan satu bot. Perhatikan waktu bilakan sesuai untuk mencandat. Paling sesuai adalah ketika bulan terang kerana sotong lebih aktif dan tertarik kepada cahaya. Menurut tekong, ketika bulan gelap sotong kurang sedikit tetapi saiz yang di candat lebih kasar dan isinya lebih tebal.", "Amat penting menyediakan candat ketika masih di atas daratan, ia mengelakkan mabuk laut jika membuatnya di atas bot. Candat apollo atau candat mayat sebanyak 2-3 biji diikat ke tali perambut seperti ikatan mata kail apollo atau paternoster. Jarak di antara candat lebih kurang 1 hingga 1.5 kaki supaya sotong yang bersaiz panjang tidak tersangkut ekornya dengan candat yang lain.", "Batu ladung atau candat twist diturunkan terlebih dahulu secara perlahan-lahan agar candat tidak berbelit. Candat yang telah mencecah dasar dikarau naik sedikit lantas dihenjut berulang kali bagi menarik minat sotong yang berlegar-legar di bahagian dasar. Sambil menghenjut, kekili dikarau sedikit demi sedikit kerana ada kalanya kawanan sotong lebih berminat kepada candat yang di unjun di pertengahan air.", "Jika menggunakan kekili, larasan drag kekili yang sesuai adalah sesuatu yang perlu di ambil perhatian. Jika terlalu ketat dibimbangi sesunggut sotong terkoyak/terlucut ketika ia menghenjut ke belakang dalam usaha melepaskan diri.", "Sebaiknya gunalah kekili bersaiz besar (4000-5000) supaya kerja mengarau sotong dapat dilakukan dengan pantas. Dengan kehadiran sotong yang banyak sudah tentu masa tidak perlu dibazirkan.", "Joran sederhana keras lebih sesuai digunakan. Bayangkan 4-5 ekor sotong torak yang panjang-panjang berjaya di candat, sudah pasti ‘letih’ anda melayan dengan joran yang lembut. Disarankan agar menggunakan tali utama berkekuatan 25lb – 30lb. Boleh juga menggunakan tali sulam sekitar 40lb-50lb. Manakala tangsi 20lb-25lb sudah memadai sebagai perambut.", "Penggunaan perambut yang lebih halus sememangnya lebih sensitif tetapi cepat kerinting dan mudah putus seandainya ada ikan yang menyambar sotong yang tersangkut di hujung candat. Ketika jumlah sotong berkurangan ikatan perambut ‘Y’ lebih efektif berbanding ikatan mata apollo.", "Pada trip mencandat saya dan rakan-rakan kali ini, kehadiran sotong lebih banyak ketika menjelang maghrib dan pada awal malam. Turut serta, beberapa orang rakan termasuklah geng ‘abang-abang veteran’ yang turut ingin merasai pengalaman mencandat. Bagi saya, lebih gemar mencandat menggunakan set pancing (reel & rod) berbanding cara koyan seperti cara tekong kerana ia lebih", "Bila sahaja sotong banyak diperolehi, bot nelayan pasti berkumpul berhampiran bot. Tidak ketinggalan bot-bot kecil turut sama ‘menyelit’ untuk berpesta menaikkan sotong.", "Apabila sotong mulai sepi, tekong biasanya akan berhubung antara satu sama lain di mana spot sotong yang banyak selain akan pergi ke lokasi yang kerap dia kunjungi. Sejak kebelakangan ini kumpulan pemancing wanita turut menempah botnya untuk merasai keseronokan ‘menarik’ sotong. Anda bila lagi?" ]
https://www.umpan.com.my/trip-retro-beraya-dengan-lemang-rendang-belut/
Trip Retro – Beraya dengan lemang rendang belut!!
[ "Disebabkan ayam dan daging sudah terlalu mainstream untuk dijadikan rendang pada musim perayaan ini, teringin pula mengubah cita rasa merasai rendang belut untuk dimakan bersama-sama lemang panas.", "Oleh sebab itu, satu komplot memancing belut dibuat selepas mendapat perkhabaran ada port baik untuk mencari belut di sekitar Bukit Rambai, Melaka.", "Sejujurnya, saya sendiri tidak pernah tahu kewujudan tempat memancing belut di kawasan perumahan yang didiami keluarga saya sekarang.", "Semuanya hasil cerita daripada adik saya yang sering memancing belut bersama rakan-rakannya pada bulan puasa lalu.", "Tiba hari yang dijanjikan  bersama adik saya dan dua lagi rakannya terus menuju ke lubuk pertama memancing belut di sebuah kawasan sawah.", "Sebelum tiba ke lokasi yang ditetapkan, kami terlebih dahulu menangguk ikan seluang di kawasan tali air untuk dijadikan umpan belut. Selepas itu, pemburuan dari lubang ke lubang pun bermula.", "Tidak banyak perkakas yang perlu untuk memancing belut di kawasan ini. Penggunaan tali pintal dipadankan bersama mata kail bersaiz kecil sudah cukup untuk menipu makhluk lubang ini.", "Tapi cabarannya sudah tentulah untuk memujuk sang belut untuk buka mulut. Harus tahu, tidak semestinya setiap lubang yang kita singgah akan berpotensi mendapatkan hasil.", "Jadi, kerajinan dan kesungguhan sangat penting untuk memperoleh hasil yang lumayan. Jika puas memujuk tanpa sambaran, segeralah berpindah ke lubang lain.", "Perkara yang paling menyeronokkan sepanjang pertama kali memancing belut ialah ketika mendapat sambaran ‘goal-keeper’.", "Apa yang dimaksudkan ialah pada saat umpan ikan seluang baru sahaja masuk ke lubang, belut terus menangkap kemas umpan itu dan melarikannya jauh ke dalam lubang.", "Saat ini membuatkan adrenalina mengalir deras dan membuatkan peluh di dahi menitik untuk menahan lariannya daripada terus melarikan diri jauh ke dalam lubang.", "Satu lagi perkara menarik yang saya pelajari ialah belut sentiasa lapar! Ada ketikanya sewaktu cuba menaikkan belut, ia boleh lucut di pertengahan jalan.", "Tapi jangan risau, belut tidak akan serik untuk memakan umpan. Cepat-cepatlah jatuhkan kembali umpan ke lubang yang sama dan dalam beberapa ketika ia sudah pasti akan menjamah kembali umpan tersebut.", "Dalam tempoh sejam memancing hingga menghampiri senja, kami sudah berjaya mendapatkan hasil yang dikira agak mewah.", "Hasil 10 ekor belut yang dipancing ini sudah cukup untuk dikorbankan ke dalam kuali dan dimasak rendang cili api.", "Apa yang boleh saya katakan, rasanya memang betul-betul terangkat!" ]
https://www.umpan.com.my/hidupan-laut-berbadan-lutsinar/
Hidupan Laut Berbadan Lutsinar!!
[ "Crocodile Icefish", "Hidupan laut ini adalah sejenis ikan, dan bukannya buaya. Ikan lautan Antartik ini mempunyai darah yang tidak berwarna, dan merupakan satu-satunya haiwan vertebrata", "yang tidak mempunyai sel darah merah dan haemoglobin (protein yang kaya dengan iron yang mengangkut oksigen merentasi sistem peredaran darah).", "Glass Catfish", "Sejenis ikan dalam keluarga catfish (ikan bermisai), class catfish adalah antara haiwan vertebrata yang paling telus (transparent) di bumi.", "Kebanyakan organnya terletak berhampiran dengan kepala dan dengan menggunakan kanta pembesar, degupan jantungnya dapat dilihat dengan jelas.", "Apabila cahaya menembusi badan ikan tersebut, ia berupaya menghasilkan pantulan warna pelangi.", "Hidupan ini hidup di kawasan air aliran perlahan di Thailand, Malaysia dan Indonesia. Apabila mati, warnanya akan bertukar menjadi putih susu.", "Barreleye Fish", "Ikan menarik ini mempunyai mata yang sangat sensitif kepada cahaya, dan sentiasa menghala ke atas bagi mengesan bayang-bayang mangsa.", "Mata ikan ini terletak di dalam kepalanya yang lut sinar dan berbentuk dom, membolehkannya untuk menangkap cahaya sebanyak mungkin.", "Organnya kelihatan seperti tumbuhan-tumbuhan di dalam pasu bunga.", "Pari big skate", "Big skate adalah sejenis ikan pari yang mudah dijumpai dalam air cetek. Hidupan ini yang mempunyai wajah seolah-olah seperti manusia adalah tarikan popular di akuarium di seluruh dunia. Kulitnya yang sangat pucat hingga dapat mendedahkan organ dalamannya.", "Glass Squid", "Terdapat kira-kira 60 spesies sotong gelas di dalam keluarga Cranchiidae. Kebanyakan daripadanya adalah lut sinar, dan mempunyai organ bercahaya di bawah mata. Mereka bergerak secara menegak bagi mengurangkan penglihatan.", "Transparent Sea Cucumber", "Makhluk laut yang kelihatan seperti alien ini hidup di kedalaman 2,750 meter di lantai laut. Gamat lut sinar ini merangkak dengan menggunakan tentakelnya pada kelajuan 2", "sentimeter setiap minit, sambil menyapu sedimen yang kaya dengan detritus ke dalam mulutnya.", "Ghost Shrimp", "Kebanyakan udang terutamanya ketika peringkat larva kelihatan seperti telus cahaya. Namun udang hantu ini merupakan krustasea paling lut sinar.", "Udang ini kerap kali dibela di dalam akuarium. Habitat asalnya adalah di dalam air payau tanah lembap.", "Glass Octopus", "Sotong kurita gelas ini boleh ditemui di dalam perairan terbuka tropika dan subtropika di seluruh dunia. Disebabkan ia sangat jarang ditangkap, sama ada secara fizikal mahupun di dalam kamera, tidak banyak yang diketahui tentang sotong ini.", "Tidak seperti sotong lain, sotong ini mempunyai mata yang memanjang yang kelihatan seperti terkeluar ke atas, mungkin bertujuan untuk memaksimakan cahaya malap daripada permukaan air.", "Sea Angel", "Sea angel, atau terjemahan bahasa Melayu, malaikat laut adalah sejenis lintah laut yang berkeliaran di kawasan perairan sejuk di Laut Artik.", "Dari segi fizikal, ianya kelihatan seperti kuda laut. Hidupan laut ini sebenarnya menjadi sumber inspirasi kepada watak Phione dan Manaphy di dalam Pokemon." ]
https://www.umpan.com.my/tip-info-memancing-di-sri-ganda/
Tip & info Memancing Di Sri Ganda
[ "Sekiranya bercadang untuk menguji lapangan Sri Ganda di Delta Kinabatangan yang terletak di Lahad Datu, Sabah… di sini kami sediakan serba sedikit setting peralatan yang sesuai untuk digunakan.", "Joran", "Memadai menggunakan joran dengan kekuatan maksimum 10-20lb dengan panjang maksima 6 kaki. Dua set joran perlu dibawa dengan kekuatan yang sama atau berbeza.", "Kekili", "Boleh menggunakan kedua-dua jenis kekili spinning atau baitcaster. Saiz yang sepadan dengan set joran dan kekuatan tali pancing. Sebaiknya juga bawa 2 set kekili yang kalis air masin.", "Tali & Perambut", "Tali sulam sekurang-kurangnya 30lb dan leader 40lb. Tali dan leader yang lasak amat penting untuk membolehkan gewang dilontar di celah-celah daun nipah ke lubuk di bawahnya.", "Gewang", "Hampir semua spesies BB & MJ yang kami daratkan menggunakan gewang selaman dalam tanpa mengira warna gewang.", "Mata 3", "Sama ada nak guna single hook atau treble hook pastinya ia kuat. Sebaiknya guna mata dengan kekuatan 3X ke atas.", "Jaket Keselamatan", "Digalakkan menggunakan jaket keselamatan berikutan terjatuh dari sampan.", "Tambahan:", "Tidak digalakkan terlalu kerap mencuci tangan kerana dikhuatiri akan menarik perhatian buaya yang turut mendiami Delta Kinabatangan ini.", "Sri Ganda sudah mula mengamalkan konsep tagal untuk spesies BB atau tembaring namun spesies lain masih boleh ditapau." ]

No dataset card yet

New: Create and edit this dataset card directly on the website!

Contribute a Dataset Card
Downloads last month
0
Add dataset card