url
stringlengths
57
161
headline
stringlengths
22
119
content
sequence
https://relevan.com.my/2023/05/11/populasi-malaysia-33-2-juta-kelahiran-hidup-meningkat/
Populasi Malaysia 33.2 juta, kelahiran hidup meningkat
[ "PENDUDUK Malaysia pada suku tahun pertama 2023 dianggarkan 33.2 juta, meningkat 1.6 peratus berbanding 32.6 juta pada suku tahun pertama 2022.", "Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, jumlah itu merangkumi 30.4 juta (91.7 peratus) warganegara dan 2.8 juta (8.3 peratus) bukan warganegara.", "Kata beliau, kenaikan itu disumbangkan oleh pertambahan semula jadi yang positif bagi warganegara dan juga pertambahan penduduk bukan warganegara.", "“Penduduk lelaki meningkat daripada 17.1 juta kepada 17.5 juta berbanding suku tahun pertama 2022 manakala perempuan meningkat daripada 15.5 juta kepada 15.7 juta bagi tempoh yang sama.", "Secara keseluruhan, nisbah jantina adalah 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan manakala nisbah jantina bagi penduduk warganegara ialah 104 lelaki bagi setiap 100 perempuan.", "“Tiga negeri mencatatkan jumlah penduduk tertinggi pada suku tahun pertama 2023 iaitu Selangor (21.7 peratus) diikuti Johor (12.3 peratus) dan Sabah (10.4 peratus),” katanya dalam kenyataan pada 11 Mei.", "Jelas Mohd. Uzir, penduduk berumur antara 0 hingga 14 tahun (umur muda) kekal pada 7.7 juta pada suku tahun pertama 2023 berbanding tempoh sama tahun lalu.", "Komposisi penduduk berumur 15 hingga 64 tahun (umur bekerja) meningkat daripada 22.6 juta kepada 23.1 juta. Penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) pula meningkat daripada 2.3 juta kepada 2.4 juta dalam tempoh sama.", "Sementara itu, menurut Mohd. Uzir, jumlah kelahiran hidup merekodkan peningkatan sebanyak 8.9 peratus, iaitu sebanyak 111,604 kelahiran berbanding 102,466 kelahiran pada suku tahun pertama 2022.", "Walau bagaimanapun, kata beliau, statistik menunjukkan trend tersebut menurun berbanding suku tahun sebelumnya, iaitu sebanyak 113,865 kelahiran.", "“Bayi lelaki melebihi perempuan dengan 57,654 kelahiran berbanding 53,950.", "“Selangor kekal mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi, iaitu 21,148 kelahiran (18.9 peratus) manakala jumlah kelahiran hidup terendah dicatatkan Wilayah Persekutuan Labuan dengan 361 kelahiran (0.3 peratus).", "“Kumpulan umur ibu yang tertinggi direkodkan pada umur 30 hingga 39 tahun iaitu seramai 57,491 (51.5 peratus), diikuti umur 20 hingga 29 tahun (41.6 peratus), 40 tahun dan lebih (5.3 peratus) serta kurang 20 tahun (1.6 peratus),” katanya.", "Dari segi kematian pula, sebanyak 47,767 kes direkodkan pada suku tahun pertama 2023, menurun sebanyak 11.7 peratus berbanding 54,123 kematian pada suku sama tahun sebelumnya.", "Jelas Mohd. Uzir, bilangan kematian bagi lelaki ialah 27,357 sementara kematian bagi perempuan adalah sebanyak 20,410.", "“Pada tempoh sama, Selangor mencatatkan bilangan kematian tertinggi iaitu 7,548 kematian (15.8 peratus) manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan bilangan kematian terendah dengan 66 kematian (0.1 peratus).", "“Bilangan kematian berumur 60 tahun dan lebih merekodkan bilangan tertinggi dengan 33,687 kematian (70,5 peratus), diikuti umur 41 hingga 59 (19.9 peratus), 15 hingga 40 tahun (7.1 peratus) dan 0 hingga 14 tahun (2.5 peratus),” katanya. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/09/30/7-tip-jaga-tayar-tahan-lama-jimat-duit/
7 tip penjagaan tayar tahan lama, jimat duit
[ "BARU-BARU ini akhbar Kosmo! melaporkan harga tayar kenderaan naik mendadak sebanyak tiga kali sejak awal tahun ini sehingga memaksa pengguna menggunakan tayar botak bagi menjimatkan wang.", "Keadaan itu semakin membimbangkan apabila harga tayar kenderaan dijangka naik lagi pada bulan hadapan antara lima hingga 10 peratus daripada harga terkini.", "Kenaikan tersebut dikatakan berpunca daripada kos pengangkutan dan kos bahan mentah yang semakin meningkat selain nilai ringgit yang semakin susut.", "Sehubungan itu, Relevan kongsikan tip penjagaan tayar agar tahan lama bagi menjimatkan kos penukaran tayar seperti disarankan oleh InsuranceHotline.com.", "1. Periksa tekanan tayar", "Periksa tekanan tayar anda sekurang-kurangnya sebulan sekali apabila tayar sejuk iaitu sebelum keluar memandu.", "Menurut Persatuan Tayar dan Getah Kanada, 70 peratus (%) kenderaan mempunyai sekurang-kurangnya satu tayar dengan masalah kurang angin.", "ARTIKEK BERKAITAN: 5 Tip jimat minyak semasa memandu – Relevan", "Sebanyak 23% kenderaan mempunyai sekurang-kurangnya satu tayar kurang angin lebih daripada 20% dan ini meningkatkan penggunaan bahan api kenderaan serta mengurangkan jangka hayat tayar.", "Di samping itu, 17% kenderaan mempunyai sekurang-kurangnya satu tayar mengembung lebih daripada 20%, mengakibatkan tayar menjadi haus berlebihan dan mengurangkan pengendalian kenderaan.", "2. Buat pertukaran tayar (rotate) dengan kerap", "Rotate tayar akan memanjangkan hayatnya dan meningkatkan prestasi tayar. Anda disyorkan untuk rotate tayar setiap 10,000 hingga 12,000 kilometer (km) atau enam bulan sekali.", "3. Buat penjajaran roda.", "Setiap tahun atau kira-kira 25,000km buat penjajaran roda untuk mengelakkan kehausan bunga yang tidak rata.", "Impak penggunaan harian seperti jalan berlubang dan tidak rata dari semasa ke semasa akan menyebabkan tayar kenderaan cepat rosak.", "4. Pastikan tayar anda seimbang", "Mempunyai tayar yang tidak seimbang boleh menyebabkan kehausan bunga tayar dengan cepat.", "Anda sepatutnya mempunyai tayar seimbang setiap kali anda menukar atau rotate tayar atau apabila memasang set roda baharu.", "ARTIKEL BERKAITAN: Tip untuk pelajar universiti elak kehabisan wang – Relevan", "5. Kerap periksa tayar anda.", "Apabila anda memeriksa tekanan tayar, periksa juga secara visual tayar dan perhatikan jika terdapat rekahan atau bonjolan, objek yang tersangkut di tayar, pancit serta kehausan bunga yang tidak rata.", "6. Jangan campur dan padankan tayar", "Walaupun kelihatan lebih menjimatkan kos untuk menggantikan satu atau dua tayar pada satu masa.", "Namun, hakikatnya mempunyai tayar yang tidak sepadan boleh menyebabkan kehausan bunga yang cepat dan tidak sekata atau mendatangkan masalah mekanikal.", "7. Simpan tayar ganti dengan cara yang betul.", "Pastikan tayar bersih, bebas daripada minyak petrol, gris atau sebarang bahan yang boleh merosakkan getah.", "Jika anda menyimpan tayar di dalam rumah, pastikan ia berada di lokasi yang bersih, sejuk dan jauh dari cahaya matahari (gelap) atau sumber haba.", "Sekiranya menyimpan tayar ganti di luar rumah, gunakan penutup kalis air yang berlubang untuk mengelakkan pengumpulan lembapan.-RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/04/25/makan-snek-bernutrisi-tinggi-sangat-penting-ketika-berpuasa-ini-tip-yang-dikongsikan-oleh-pakar-pemakanan/
Makan snek bernutrisi tinggi sangat penting ketika berpuasa, ini tip yang dikongsikan oleh pakar pemakanan
[ "SELAIN memilih juadah berbuka puasa yang sihat, mengamalkan snek yang berkhasiat juga sama penting untuk mengekalkan tenaga dan menjaga kesihatan sepanjang bulan Ramadan.", "Menurut Ketua Pemakanan dan Nutrisi, Mondelēz International Asia Tenggara, Lim Chain Yin, berpuasa di bulan Ramadan dapat membantu melancarkan sistem penghadaman, membuang toksin serta memulihkan tubuh badan secara semula jadi.", "“Sehubungan itu, bagi mendapat manfaat kesihatan yang sepenuhnya, kita perlu mengamalkan pemakanan sihat dan mengelakkan daripada makan berlebihan.", "“Berbuka dengan sederhana dan pengambilan snek yang bersesuaian dapat membantu tubuh badan menggantikan nutrisi yang diperlukan setelah seharian menjalani ibadah puasa,” katanya.", "Snek yang kaya nutrisi", "Tambahnya, kebanyakan orang makan berlebihan sewaktu berbuka terutamanya apabila dihidang juadah kegemaran mereka. Namun harus diingat, berbuka dengan sederhana dan seimbang sangat penting untuk mengelakkan paras gula naik mendadak serta masalah penghadaman.", "“Berbukalah dengan sebiji kurma dan air, diikuti dengan juadah yang lengkap serta seimbang. Kemudian, rehat seketika untuk membolehkan tubuh badan menghadam makanan dengan sempurna sebelum menikmati pencuci mulut atau snek pilihan.", "“Antara hidangan pencuci mulut yang digalakkan dimakan selepas berbuka ialah hidangan rendah gula seperti sup atau bubur bagi menghidratkan tubuh badan.", "Selain itu, buah-buahan dan sayur campuran seperti salad juga berkhasiat bagi menggantikan kandungan air dalam tubuh manakala kekacang dan pelbagai jenis buah beri yang kaya dengan lemak, vitamin serta mineral untuk membantu memulihkan tenaga,” tuturnya.", "Selain itu, bagi memulihkan tenaga selepas menunaikan solat tarawih, minum air secukupnya dan ambil makanan yang rendah gula, garam dan kurang minyak dalam saiz yang sederhana.", "Elakkan mengambil makanan berat seperti mi goreng, teh yang terlalu manis atau pencuci mulut yang tinggi kandungan gula ketika moreh. Sebaliknya, pilihlah snek seperti pisang, badam dan minuman seperti susu atau teh kosong yang mampu membantu anda tidur dengan lena.", "Pastikan anda tidak mengambil sebarang makanan sekurang-kurangnya dua hingga tiga jam sebelum tidur untuk mengelakkan masalah penghadaman.", "Sahur bantu kekal bertenaga dan kurangkan rasa lapar", "Mengulas mengenai sahur, Chain Yin berkata, sekiranya anda jarang bersahur, tubuh badan mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri bagi menjalani ibadah puasa.", "Ada juga di antara kita yang menghadapi cabaran kurang selera makan di awal pagi sewaktu bersahur atau lebih suka mengambil makanan berat sebelum tidur.", "Namun, adalah digalakkan untuk bersahur selewat dengan juadah berkhasiat supaya dapat menjaga kesihatan tubuh badan dan kekal bertenaga serta mengurangkan rasa lapar atau dahaga di siang hari untuk lebih lama.", "“Makanan yang kaya dengan protein dan serat misalnya ayam, telur, bijirin penuh seperti oat atau barli serta kekacang amat disarankan untuk menu sahur kerana memerlukan lebih masa untuk dihadam.", "“Selain itu, pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, yogurt, keju atau sayur-sayuran amat bersesuaian untuk kekal kenyang dan terhidrat,” sarannya.", "Di samping itu, bagi mereka yang susah bangun pagi atau kurang selera makan di waktu awal pagi, Chain Yin turut menyarankan penyediaan makanan yang mudah dimakan pada bila-bila masa.", "“Makanan lengkap seperti telur rebus, biskut gandum, bijirin dan keju adalah mudah untuk disediakan. Lengkapkan sahur dengan makanan tinggi khasiat seperti kurma atau pisang dan segelas susu yang dapat membantu anda berasa kenyang serta bertenaga,” katanya lagi.", "Ibadah puasa membolehkan anda mempertimbangkan semula tabiat pemakanan yang boleh diamalkan walaupun selepas berakhirnya bulan Ramadan. Dalam pada itu, amalan snek bijak adalah salah satu pendekatan mudah untuk membina tabiat pemakanan yang lebih baik.", "Konsep snek bijak diilhamkan untuk meningkatkan kesedaran mengenai gaya pemakanan, sebab kita makan dan bagaimana ia memberi kesan kepada tubuh badan anda.", "“Peka kepada bau, rasa, tekstur, bentuk dan warna dalam makanan anda untuk menikmati pengalaman snek yang sangat menakjubkan. Tabiat ini bukan sahaja membolehkan anda menikmati makanan malah membantu untuk mencegah pengambilan makanan secara berlebihan.", "“Menurut kajian State of Snacking Report yang dikendalikan oleh Mondelēz International, trend terkini menunjukkan kebanyakan pengguna kerap menggantikan hidangan utama dengan snek yang bertenaga tinggi dan berkhasiat untuk membantu meningkatkan kestabilan dan keseimbangan emosi seseorang.", "“Amalkan tabiat pemakanan yang betul kerana ia memberi manfaat dan kebaikan untuk kesihatan kita. Jadi, marilah kita bersama-sama merenung semula tabiat pemakanan sepanjang bulan Ramadan. Ambillah makanan secara berpada-pada dan amalkan snek bijak seperti apa yang kami kongsikan untuk mengekalkan kesihatan tubuh dan tenaga badan,” katanya. -RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/02/15/5-cara-pilih-polisi-insurans-kereta/
5 cara pilih polisi insurans kereta
[ "ADA orang kata, di Malaysia kereta itu keperluan. Mungkin ada yang setuju dan ada juga yang tidak setuju, namun itulah realitinya. Terutamanya di kawasan luar bandar yang kurang kemudahan pengangkutan awam, kereta memainkan peranan penting untuk memudahkan pergerakan seseorang, lebih-lebih lagi buat yang sudah berkeluarga.", "Memilih kereta yang sesuai untuk digunakan tidaklah sukar kerana ada banyak pilihan dalam pasaran Malaysia. Namun, proses memiliki sebuah kereta bukan sekadar bayar wang pendahuluan dan komitmen bulanan.", "Antara elemen penting dalam pembelian kereta ialah pemilihan polisi insurans yang paling sesuai. Dalam hal ini, maklumat yang menyeluruh tentang pelbagai pilihan polisi insurans dapat membantu kita membuat pilihan dengan lebih baik.", "Berikut merupakan lima cara yang dikongsikan syarikat kereta nasional, Proton berkenaan cara yang cepat dan mudah untuk memilih polisi insurans kereta.", "Mulakan dari perkara paling asas. Pastikan anda mempunyai dokumen yang betul dan terkini untuk diri sendiri, pemandu lain dan pastinya kenderaan itu sendiri. Sebagai contoh, anda boleh menyediakan salinan kad pengenalan atau pasport untuk semua pemandu yang anda ingin daftarkan pada kenderaan tersebut serta butiran pendaftaran kereta. Jika anda pemilik kereta sedia ada, pastikan anda menyediakan polisi insurans yang terdahulu. Ini berguna untuk membandingkan had perlindungan sebelum ini dan butiran lain dalam polisi baharu anda.", "Istilah yang digunakan dalam polisi insurans kadang kala mengelirukan. Contohnya, apa yang dimaksudkan dengan perlindungan nilai yang dipersetujui, penambahbaikan, elaun bantuan banjir dan sebagainya? Memandangkan polisi insurans kereta adalah wajib, mengetahui ciri yang anda inginkan merupakan kunci kepada mengenal pasti polisi yang paling sesuai untuk keperluan anda. Anda perlu tahu nilai kereta sebelum mendapatkan perlindungan. Pastikan juga kereta anda didaftarkan dengan jenama, model dan tahun pembuatan yang betul untuk penilaian yang optimum pada polisi.", "Sama ada membeli polisi insurans baharu untuk kereta baharu atau hanya memperbaharui polisi sedia ada, pembelian insurans daripada pengedar kebiasaannya pilihan terbaik. Ia mudah dan menjimatkan masa. Tambahan lagi, anda boleh mendapat tawaran hebat dengan polisi yang direka khas untuk kereta dan keperluan anda. Ejen pengedar anda tentunya mahir dalam selok-belok pilihan polisi dan sapat memberikan nasihat profesional.", "Kos premium boleh dikatakan komponen utama dalam pertimbangan memilih polisi insurans. Namun, kita juga perlu meneliti komponen lain seperti kos dan yuran tersembunyi dalam terma dan syarat. Amat penting untuk kita menyemak nilai yang diinsuranskan dan takat perlindungan serta jenis pembayaran sekiranya berlaku kerugian menyeluruh selain faedah-faedah yang ditawarkan.", "Setelah meneliti semua pilihan, masa untuk menurunkan tandatangan dan memuktamadkan pembelian polisi anda. Namun, harus diingat, urusan memperbaharui polisi insurans adalah tugas tahunan. Sentiasa ingat untuk memperbaharui insurans kereta tepat pada masanya bagi memastikan anda dilindungi sepenuhnya. Keperluan insurans juga perlu disemak setiap tahun. Jangan perbaharui secara automatik sahaja kerana keperluan kita sering berubah, maka liputan insurans juga perlu berubah. ", "Jika anda sudah membaca sehingga ke perenggan ini, pasti anda tertanya-tanya, apa polisi insurans yang baik untuk kereta anda? Ada banyak polisi yang ditawarkan di pasaran dan antaranya ialah Program Insurans Proton. Proton menawarkan enam pilihan penyedia utama insurans kepada pelanggannya, iaitu Aliianz General Insurance, AmGeneral Insurance, Liberty General Insurance, Zurich General Insurance, Etiqa General Takaful dan Zurich General Takaful.", "Tanpa sebarang kos tambahan, Program Insurans Proton menawarkan elaun bantuan sehingga RM1,000 jika kereta anda rosak akibat banjir, perlindungan sehingga RM1,000 untuk membaiki atau menggantikan kunci kereta. Malah program ini juga menawarkan penepian kos penambahbaikan sehingga 10 tahun yang bermanfaat jika anda bercadang untuk menyimpan kereta bagi jangka masa panjang.", "Segala kelebihan program ini boleh dibaca di laman web ini. –RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/07/18/trend-muflis-menurun-sejak-2016-termasuk-ketika-opr-tinggi/
Trend muflis menurun sejak 2016, termasuk ketika OPR tinggi
[ "TREND muflis dalam kalangan rakyat Malaysia menurun sejak 2016 walaupun dalam tempoh tersebut berlaku kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR), iaitu pada 2018.", "Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, jumlah golongan belia (berumur kurang 35 tahun) yang muflis juga menunjukkan trend penurunan yang sama, mencakupi 14 peratus daripada jumlah kes muflis antara Januari hingga Mei 2022. Purata dari 2017 hingga 2019 adalah pada 24.9 peratus.", "“Untuk mengisytiharkan seseorang sebagai muflis bukanlah perkara mudah. Banyak prosedur yang perlu dipatuhi oleh institusi kewangan atau pemiutang lain.", "“Tindakan kebankrapan adalah jalan terakhir oleh institusi kewangan setelah segala usaha pemulihan lain dilakukan untuk mendapatkan balik pinjaman yang telah diberi kepada peminjam,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.", "Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai respons kepada dakwaan beberapa pihak yang mengaitkan kenaikan OPR dengan trend muflis.", "Minggu lalu, Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) menjangkakan 32,000 lagi peminjam akan muflis dalam tempoh dua tahun jika OPR terus dinaikkan.", "Presidennya, Rosland Mohd. Ariff berkata, jangkaan itu merupakan pertambahan 70 peratus daripada jumlah peminjam muflis sedia ada. Menurut beliau, kini terdapat 46,000 peminjam yang diisytiharkan muflis ekoran tidak mampu membayar pinjaman disebabkan pandemik Covid-19 dan peningkatan kos sara hidup.", "Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.25 peratus pada 6 Julai lalu. Ia merupakan kenaikan 25 bps yang kedua dalam tempoh hampir dua tahun selepas kadar tersebut kekal pada 1.75 peratus sejak September 2020.", "Menurut BNM, sejak Januari hingga April tahun ini, jumlah kes kebankrapan di Malaysia adalah sebanyak 515 kes manakala sepanjang tahun lalu, jumlah kes adalah sebanyak 1,884 kes. Jumlah kes kebankrapan sejak 2018 boleh dilihat di bawah.", "Sumber: Bank Negara Malaysia", "Nor Shamsiah berkata, mengikut Prinsip Layanan Adil kepada Pengguna Kewangan dan Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab yang dikeluarkan BNM, institusi kewangan dikehendaki untuk memastikan peminjam yang menghadapi kesulitan dalam membayar balik pinjaman dilayan dengan adil serta diberi pertimbangan yang sewajarnya sebelum sebarang tindakan kebankrapan diambil.", "Jelas beliau, bagi peminjam yang menghadapi kesulitan untuk membuat bayaran balik pinjaman, mereka digalakkan supaya mengambil tindakan proaktif untuk menghubungi institusi kewangan masing-masing sebelum pinjaman tersebut menjadi pinjaman tidak berbayar. Ini bagi mengelakkan petisyen kebankrapan difailkan oleh institusi kewangan.", "“Ini membolehkan institusi kewangan untuk menawarkan pakej bayaran balik pinjaman yang sesuai kepada peminjam bagi membantu mereka ketika menghadapi kesulitan kewangan,” katanya.", "Tambah Nor Shamsiah, pihaknya juga mendapati peminjam telah beransur-ansur keluar daripada program bantuan bayaran balik pinjaman dan trend bayaran balik pinjaman sistem perbankan juga mencatatkan penambahbaikan pada suku pertama 2022.", "Menurut beliau, trend tersebut meningkat kepada purata 92 peratus daripada tahap bayaran balik pinjaman sebelum pandemik, iaitu ketika suku pertama 2021. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/05/26/kanak-kanak-bawah-12-tahun-dilarang-berada-di-tempat-awam-untuk-cegah-hfmd-cadang-pakar-kesihatan/
Kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang berada di tempat awam untuk cegah HFMD, cadang pakar kesihatan
[ "PADA 17 Mei lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan Selangor menyumbang jumlah terbesar kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dengan 8,864 kes iaitu 28 peratus daripada keseluruhan jangkitan, diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya sebanyak 4,421 kes manakala negeri-negeri lain kurang daripada 1,500 kes.", "Realitinya, HFMD bukanlah penyakit yang baharu di negara ini bahkan sejak 2018 lagi Malaysia sudah mencatatkan peningkatan kes ini yang mana bukan sahaja menjangkiti kanak-kanak, tetapi turut menjangkiti orang dewasa.", "Pakar Kesihatan Awam, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Malina Osman berkata, kerajaan boleh mengenakan peraturan larangan sementara untuk anak-anak berusia bawah 12 tahun daripada berada di tempat-tempat awam yang menjadi tumpuan ramai bagi mengurangkan kes HFMD.", "“Jangkitan HFMD ini boleh berlaku secara mendadak disebabkan pendedahan kanak-kanak dengan persekitaran berbanding tempoh ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).", "“Pencemaran silang dari bendalir tubuh seperti air liur, hingus, kahak, najis atau dari kontaminasi daripada tangan individu yang tersentuh bendalir tersebut, tetapi tidak dicuci dengan bersih sehingga memungkinkan peningkatan kes yang mendadak,” katanya.", "Malina yang juga merupakan pensyarah di Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM berkata, ibu bapa atau penjaga yang telah diberi cuti kuarantin perlu amanah dan bertanggungjawab terhadap cuti yang diberikan serta tidak menyalahgunakan cuti tersebut seperti pulang ke kampung, bercuti ke tempat peranginan, membeli belah dan sebagainya.", "“Dalam masa yang sama, saya mengesyorkan agar kerajaan mengenakan denda kepada ibu bapa yang menyalahgunakan cuti kuarantin yang telah diperoleh. Denda boleh dibuat dalam bentuk potongan elaun oleh majikan atau pembatalan rebat tertentu dalam cukai pendapatan.", "“Sekiranya kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak dirawat dengan baik, mereka berisiko mendapat komplikasi sawan dan sebahagian juga mungkin mendapat radang jantung, radang paru-paru atau komplikasi pada otak dan sistem saraf pusat,” terangnya.", "Tambah beliau, jika mereka (ibu bapa atau penjaga) tidak prihatin semasa membersihkan anak-anak selepas ke tandas atau ketika menukar lampin, besar kemungkinan penularan kes tersebut akan terus berlaku.", "Tahap kebersihan kanak-kanak juga bergantung kepada ibu bapa, penjaga dan keluarga masing masing.", "“Kebersihan tangan terutama selepas membersihkan anak-anak yang membuang air besar perlu menggunakan air dan sabun. Jangan hanya menggunakan cecair pembasmi kuman dan tisu basah semata-mata kerana ia tidak memadai untuk membersihkan ruang permukaan yang perlu dibersihkan.", "“Justeru, elakkan kanak-kanak dibawa ke lokasi yang menjadi tumpuan ramai bagi mencegah jangkitan tersebut. Selain itu, beri mereka air minuman yang cukup serta Vitamin C untuk menggalakkan sistem imun badan berfungsi secara optimum,” tuturnya.", "Sementara itu, Pakar di Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, FPSK, UPM, Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman berkata, ibu bapa, pihak taska, tadika dan pusat jagaan harian kanak-kanak perlu saling memberi kerjasama untuk mengurangkan kes jangkitan HFMD dalam kalangan kanak-kanak.", "“Pusat jagaan harian dan guru tadika perlu bertegas sekiranya kanak-kanak mempunyai simptom awal HFMD dengan meminta ibu bapa agar tidak menghantar anak mereka.", "“Ibu bapa pula perlu peka dengan memastikan anak-anak mereka berada dalam keadaan sihat dan tidak menghantar anak sekiranya mempunyai gejala awal.", "“Mereka perlu memastikan kediaman mempunyai sistem pengudaraan yang baik, kurang melakukan sentuhan fizikal dengan kanak-kanak dan membuat sanitasi barangan mainan secara harian,” ulasnya.", "Oleh itu, ibu bapa, penjaga mahupun pihak terbabit menjadi pemegang taruh terpenting dalam usaha membendung penularan jangkitan HFMD dan perlu sentiasa berwaspada.", "Kanak-kanak atau individu yang dijangkiti perlu dikuarantin supaya tidak menjangkiti individu lain. Jaga kebersihan diri demi mencegah penyakit ini. – RELEVAN " ]
https://relevan.com.my/2022/11/16/sejarah-prinsip-asas-dan-tokoh-utama-parti-sosialis-malaysia/
Sejarah, prinsip asas, dan tokoh utama Parti Sosialis Malaysia
[ "SEBAGAI parti utama kaum Melayu, parti yang memperoleh kemerdekaan dan menguasai pemerintahan negara selama lebih 60 tahun, politik Malaysia sangat didominasi UMNO.", "Kebanyakan parti politik yang wujud hari ini, termasuk yang membangkang UMNO, merupakan pecahan atau pernah bergabung dengan parti tersebut.", "Gabungan yang menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan PRU15, Pakatan Harapan (PH) juga dibarisi oleh parti-parti yang boleh dikaitkan dengan pemerintahan UMNO sebelum ini, kecuali DAP.", "Kewujudan parti-parti politik yang langsung tidak pernah kena ‘getah’ UMNO tidak banyak dan salah satunya ialah Parti Sosialis Malaysia (PSM).", "ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah, prinsip asas dan tokoh utama parti MUDA", "PSM didaftarkan secara rasmi sebagai parti politik pada Ogos 2008. Walau bagaimanapun, penubuhan dan usaha pendaftarannya sudah bermula sejak 30 April 1998 lagi.", "Menurut portal rasminya, SOSIALIS, PSM ditubuhkan oleh aktivis-aktivis yang bergiat dalam gerakan perjuangan rakyat dari organisasi masyarakat sivil (CSO) seperti Suara Warga Pertiwi (SWP), Alaigal dan Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC).", "Aktivis-aktivis tersebut terlibat dalam perjuangan untuk menuntut hak dan membangunkan masyarakat ladang serta peneroka bandar, malah turut membina jaringan bagi menganjurkan perhimpunan Hari Pekerja Sedunia pada 1994. Ia merupakan perhimpunan pertama yang dianjurkan oleh golongan pekerja sendiri di Malaysia sejak 1 Mei diiktiraf sebagai cuti umum pada 1979.", "Pendaftaran PSM sebagai sebuah parti politik yang layak bertanding dalam pilihan raya dinafikan selama 10 tahun. Dalam tempoh itu, parti tersebut turut mencabar Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia di mahkamah atas penafian pendaftaran tersebut.", "Dalam tempoh dinafikan pendaftaran itu, PSM bertanding dalam pilihan raya menggunakan logo parti politik lain.", "ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Gabungan Parti Sarawak", "PRU10 (1999) merupakan pilihan raya pertama ditandingi PSM melalui calonnya, Dr. Michael Jeyakumar Devaraj di Parlimen Sungai Siput. Mereka menggunakan logo DAP.", "Dalam PRU11 (2004), PSM bertanding dua kerusi Parlimen (Sungai Siput, Subang) dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) (Jalong, Bukit Lanjan). Dalam keempat-empat kerusi tersebut, mereka menggunakan logo PKR.", "PRU12 menyaksikan buat pertama kali PSM berjaya menghantar wakilnya ke Parlimen apabila Dr. Jeyakumar mencipta kejutan menewaskan Tun Dr. S. Samy Vellu di Sungai Siput. Beliau menggunakan logo PKR ketika itu.", "PSM turut bertanding di tiga kerusi DUN dalam pilihan raya tersebut, iaitu Semenyih, Kota Damansara dan Jelapang. Di Kota Damansara, PSM berjaya menang melalui calonnya, Dr. Mohd. Nasir Hashim. Hanya di Jelapang mereka bertanding sebagai calon bebas, dua kerusi lagi menggunakan logo PKR.", "Dalam PRU13, Dr. Jeyakumar mengekalkan kerusi Parlimen Sungai Siput menggunakan logo PKR. PSM turut kekal menggunakan logo PKR di Kota Damansara namun memutuskan untuk menggunakan logo sendiri di Semenyih dan Jelapang.", "Pada 2018, PSM menyertai PRU14 dengan jumlah kerusi terbesar yang pernah ditandinginya, malah menggunakan logo sendiri dalam semua kerusi tersebut.", "PSM bertanding dalam empat kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN. Walau bagaimanapun, semua calon PSM tewas dan hilang deposit, termasuk Dr. Jeyakumar yang mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput.", "Dalam PRU15, PSM bertanding dalam satu kerusi Parlimen, iaitu Rembau dan satu kerusi DUN, iaitu Ayer Kuning.", "ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Gerakan Tanah Air", "Sesuai dengan namanya, PSM merupakan parti yang memperjuangkan ideologi sosialisme dengan penekanan terhadap sistem ekonomi yang memastikan pengagihan kekayaan yang adil dalam masyarakat yang demokratik dan saksama serta bebas daripada eksploitasi.", "Dalam artikel pengenalan terhadap parti itu di laman web SOSIALIS, terdapat tiga agenda yang diperjuangkan PSM, iaitu:", "Rakyat biasa dapat menyertai sepenuhnya proses menentukan hala tuju masyarakat dan masa depan kehidupan sendiri.", "Pengagihan kekayaan masyarakat yang saksama supaya segala hasil usaha rakyat dapat dinikmati bersama semua orang.", "Pembangunan masyarakat yang menjamin kesinambungan ekologi alam sekitar supaya generasi akan datang dapat terus hidup dalam persekitaran bumi yang bersih dan selamat.", "ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Gabungan Rakyat Sabah", "Dalam artikel sama, PSM turut menyenaraikan 10 perkara yang diperjuangkan parti itu, iaitu:", "ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Pakatan Harapan", "Untuk PRU15 pula, PSM menggariskan enam visi alternatif untuk Malaysia, iaitu:", "ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah, parti komponen, prinsip asas dan tokoh utama Perikatan Nasional", "PSM dipimpin oleh Pengerusi, Dr. Jeyakumar dan Timbalan Pengerusi, S. Arulchelvan. Jawatan Setiausaha Agung pula disandang A. Sivarajan.", "Antara tokoh lain yang dikenali dalam PSM termasuk:" ]
https://relevan.com.my/2022/08/18/produktiviti-buruh-malaysia-meningkat-5-5/
Produktiviti buruh Malaysia meningkat 5.5%
[ "PRODUKTIVITI buruh di Malaysia bagi suku tahun kedua 2022 meningkat sebanyak 5.5 peratus dengan nilai RM23,322 setiap pekerja, peningkatan yang lebih tinggi berbanding 2.7 peratus pada suku tahun pertama.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pertumbuhan produktiviti buruh setiap pekerja bagi suku kedua tersebut lebih tinggi berbanding pencapaian keseluruhan 2021 sebanyak 1.8 peratus.", "Kata beliau, produktiviti berdasarkan jam bekerja pula mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.3 peratus dengan nilai RM41 setiap jam bekerja.", "“Pertumbuhan produktiviti buruh ini selaras dengan peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang berkembang sebanyak 8.9 peratus berbanding lima peratus pada suku tahun pertama.", "“Pencapaian ini berikutan langkah pemansuhan semua sekatan yang dikenakan semasa pandemik dan pembukaan semula sempadan negara serta peralihan ke fasa endemik bermula 1 April 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Menurut Mustapa, peningkatan produktiviti buruh dipacu oleh produktiviti dalam sektor perkhidmatan yang meningkat sebanyak 7.5 peratus, sektor pembuatan sebanyak empat peratus dan sektor pembinaan sebanyak 2.9 peratus.", "Walau bagaimanapun, jelas beliau, produktiviti buruh bagi sektor perlombongan dan pengkuarian serta pertanian mencatatkan pertumbuhan negatif disebabkan oleh penguncupan pertumbuhan bagi kedua-dua sektor ini.", "“Bagi produktiviti buruh setiap jam bekerja pula, sektor perkhidmatan mencatatkan peningkatan sebanyak empat peratus berbanding 1.2 peratus pada suku tahun pertama. Namun, empat sektor utama iaitu pembinaan, perlombongan dan pengkuarian, pertanian serta pembuatan mencatatkan penurunan,” jelasnya.", "Kata Mustapa, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kadar pertumbuhan produktiviti disasarkan sebanyak 3.6 peratus setahun. Beliau menjangkakan bahawa dasar dan strategi yang dilaksanakan di bawah RMK-12 akan mampu meningkatkan pertumbuhan produktiviti buruh.", "Melalui RMK-12 juga, strategi seperti Nexus Produktiviti bagi merangka dan meneraju pelan tindakan di peringkat perusahaan dilaksanakan bagi meningkatkan produktiviti. Sembilan Nexus Produktiviti yang diterajui jaguh industri telah diwujudkan dan dua lagi nexus akan diwujudkan tahun ini bagi sektor pembinaan serta perkhidmatan logistik.", "“Selain itu, bagi menambah baik pelaksanaan program peningkatan produktiviti, pemantauan di peringkat sektor dan perusahaan juga dilaksanakan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).", "“Penekanan juga diberikan untuk memperkukuh ekosistem yang menyokong perniagaan dan menggalakkan penerimagunaan teknologi baharu serta pendigitalan dalam perusahaan, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).", "“Peningkatan penggunaan teknologi akan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah dan seterusnya mendorong kepada peningkatan produktiviti,” kata Mustapa. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/12/06/diisytiharkan-bankrap-berikut-merupakan-cara-untuk-mendapat-pelepasan-bankrap/
Diisytiharkan bankrap? Berikut merupakan cara untuk mendapat pelepasan bankrap
[ "BANKRAP merujuk kepada proses yang mana seorang penghutang diisytiharkan sebagai muflis melalui perintah mahkamah atas petisyen pemiutang atau petisyen penghutang sendiri.", "Segala harta kepunyaan penghutang bankrap yang tidak bercagar menjadi hak Ketua Pengarah Insolvensi (KPI).", "KPI juga bertanggungjawab untuk menghasilkan semua harta tersebut dan hasil jualan harta akan diagihkan kepada pemiutang yang telah memfailkan borang bukti hutang dan bukti hutang tersebut telah menerima perakuan KPI.", "Menurut laporan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), sebanyak 271,554 kes kebankrapan telah dilaporkan setakat tahun ini sehingga September 2022 berbanding keseluruhan 2021 dengan 289,766 kes.", "Secara keseluruhannya, jumlah kes kebankrapan yang dilaporkan bermula pada 2018 sehingga kini menunjukkan aliran penurunan jumlah kes.", "Berdasarkan statistik yang dikongsikan, antara punca-punca kebanyakan rakyat malaysia diisytiharkan bankrap dari 2018 sehingga 2022 adalah disebabkan pinjaman peribadi dengan catatan kes tertinggi iaitu sebanyak 20,190 kes.", "Seterusnya, sewa beli kenderaan dengan 6,964 kes dan pinjaman perniagaan dengan 6,646 kes. Selain itu, pinjaman perumahan juga menjadi punca kebankrapan dengan 4,566 kes dan hutang kad kredit dengan 3,908 kes.", "Bagi rakyat Malaysia yang telah menerima notis kebankrapan, terdapat beberapa cara untuk mendapatkan pelepasan daripada status bankrap.", "Individu yang diisytiharkan bankrap perlu memfailkan permohonan ini ke mahkamah setelah semua tuntutan hutang telah dibayar sepenuhnya melalui KPI.", "Setiap hutang perlu dijelaskan kepada pemiutang-pemiutang serta menampilkan bersama bukti pembayaran hutang, fi dan kos pentadbiran kes.", "Mahkamah akan membatalkan kes kebankrapan apabila mahkamah telah meneliti dan berpuas hati bahawa setiap hutang telah diselesaikan sepenuhnya.", "Individu boleh memfailkan permohonan ini kepada mahkamah pada bila-bila masa selepas perintah kebankrapan dikeluarkan.", "Mahkamah akan meneliti laporan yang diberikan oleh KPI berkaitan sikap dan kelakuan individu yang diisytiharkan bankrap sepanjang tempoh pentadbiran kebankrapan.", "Mahkamah juga akan memutuskan sama ada memberi pelepasan mutlak, pelepasan bersyarat atau menolak permohonan pelepasan yang difailkan bergantung kepada beberapa sebab tertentu.", "Individu bankrap dibenarkan memohon pelepasan bankrap melalui Sijil Pelepasan KPI sekiranya tempoh lima tahun bankrap telah tamat dari tarikh perintah kebankrapan.", "Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh KPI sebelum diberikan pelepasan. Faktor-faktor tersebut ialah alasan permohonan, peratusan dividen yang boleh dibayar, kerjasama dan sikap individu sepanjang pentadbiran kes dan kepentingan pihak pemiutang.", "Tetapi, KPI boleh melepaskan empat kategori bankrap tanpa bantahan daripada pemiutang di bawah seksyen 33A yang dibaca bersama seksyen 33B(2A). Empat kategori tersebut ialah:", "a. Bankrap atas alasan menjadi penjamin sosial", "b. Individu bankrap didaftarkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008", "c. Individu yang menerima perintah bankrap telah meninggal dunia", "d. Individu bankrap menghidap penyakit serius yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan", "Melalui pindaan Akta Insolvensi 1967 yang berkuat kuasa pada 6 Oktober 2017, individu yang menerima perintah bankrap boleh memohon untuk dilepaskan daripada kebankrapan dalam tempoh tiga tahun dari tarikh pemfailan Pernyataan Hal Ehwal (PHE) dengan syarat-syarat tertentu. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/06/08/pertanian-bandar-langkah-penting-ketika-dunia-berdepan-krisis-makanan/
Pertanian bandar langkah penting ketika dunia berdepan krisis makanan
[ "PERTUBUHAN antarabangsa seperti Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) bersetuju dunia akan menghadapi krisis kelaparan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.", "Pada tahun 2021, sebanyak 140 juta penduduk bergelut dengan isu kelaparan teruk di seluruh dunia. Lantaran itu, PBB menggariskan empat langkah bagi menghentikan kedinamikan konflik dan kelaparan yang membawa kepada kematian.", "Antaranya, memberi fokus kepada bekalan serta barangan keperluan orang awam, mengelakkan pembaziran makanan dan menggalakkan rakyat menghasilkan keperluan makanan asas melalui pertanian kendiri seperti mempraktikkan pertanian bandar.", "Keperluan membangunkan pertanian bandar", "Pertanian bandar ditafsirkan sebagai aktiviti menghasil, memproses, memasarkan makanan dan produk pertanian di dalam kawasan bandar serta pinggir bandar dengan menggunakan kaedah pengeluaran intensif, menggunakan semula sumber asli dan sisa buangan bandar untuk menghasilkan kepelbagaian tanaman.", "Menurut Ketua Laboratori Belia Dalam Kepimpinan, Politik dan Kewarganegaraan, Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman, di bandar-bandar maju dunia seperti London, 18 peratus (%) pengeluaran hasil pertaniannya adalah dari urban horticulture atau pertanian bandar oleh penduduk bandar.", "“Di bandar Tokyo pula, 70 ribu penghuninya menjalankan pertanian bandar sebagai aktiviti sampingan bagi menampung kos keperluan makanan mereka.", "“Singapura juga agak ke hadapan dengan mendasarkan vertical farming sebagai strategi untuk menambahkan pengeluaran makanan kepada 30% menjelang 2030 dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada makanan import,” katanya.", "Di Malaysia pula, amalan pertanian bandar bukanlah fenomena baharu namun, pelaksanaannya terhad di bandar-bandar besar yang dibuat secara komersial oleh syarikat kecil.", "Berdasarkan statistik Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), perbelanjaan import buah dan sayur-sayuran negara telah melebihi RM8.5 bilion setahun.", "Justeru, pergantungan sumber makanan dari pasar raya perlu dikaji semula bagi memenuhi permintaan populasi bandar di Malaysia yang dianggarkan mencapai 75% pada tahun 2021", "“Lebih membimbangkan, pada bulan ini dijangka harga barangan keperluan meningkat sehingga 60 peratus khususnya ayam, daging dan sayur-sayuran.", "“Sehubungan itu, pertanian bandar seharusnya menjadi mekanisme penting untuk diet yang pelbagai dalam kalangan warga bandar khususnya golongan B40 dan ia bukan lagi dipandang sebagai kegiatan masa lapang,” ujarnya lagi.", "Tambah beliau, pengintegrasian pertanian dalam perancangan dan pembangunan perbandaran penting untuk pembangunan mampan dari segi pelbagai aspek dan keperluan kehidupan bandar termasuk bekalan bahan makanan, penghijauan persekitaran, pengurusan air dan bahan buangan bandar, pendidikan serta riadah.", "Kerjasama bersepadu semua pihak", "Bagi menjayakan matlamat ini, pelaksanaan pertanian bandar memerlukan kerjasama bersepadu daripada pelbagai jabatan dan agensi berkaitan antaranya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Pertanian, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan penduduk.", "“Strategi lain melibatkan integrasi aktiviti pertanian dalam sistem Perancangan Bandar seperti penghijauan persekitaran, landskap bandar dan penyediaan alternatif kawasan riadah berkonsepkan pertanian.", "“Program ini melibatkan penduduk, sekolah, institusi dan usahawan pertanian bandar dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai jabatan dan agensi yang berkaitan di peringkat negeri dan persekutuan,” ujarnya.", "Jelas Haliza, program pertanian bandar juga bukan hanya terhad kepada komuniti, sebaliknya perlu dijalankan secara individu termasuk mereka yang tinggal di bangunan tinggi seperti flat dan pangsapuri.", "Bagi mereka yang tinggal di kediaman bertingkat, terdapat kit pertanian vertikal untuk membolehkan mereka menjalankan aktiviti pertanian di atas bumbung bangunan.", "“Pengalaman 15 negara telah menunjukkan bahawa aktiviti pertanian bandar membantu mencapai jaminan makanan, kepelbagaian diet dan diet bernutrisi.", "“Justeru, program ini perlu disebar luas dan diperkukuh, apatah lagi dalam keadaan dunia mengalami ancaman keselamatan makanan dan inflasi,” tuturnya.", "Haliza berkata, tanah-tanah terbiar boleh dimanfaatkan dengan menjalankan aktiviti pertanian walaupun dalam skala kecil melalui pendedahan kepada kaedah alternatif dan mesra pengguna seperti hidroponik, akuaponik, aeroponik, nutripot serta vertical farming.-RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/05/30/jadi-pendorong-kerjaya-yang-baik-memahami-dan-bertimbang-rasa-untuk-anak-ikuti-tip-ini/
Jadi pendorong kerjaya yang baik, memahami dan bertimbang rasa untuk anak, ikuti tip ini
[ "IBU bapa memainkan peranan penting sebagai pengaruh utama dalam mendidik anak untuk membuat pilihan kerjaya demi masa depan mereka. Setiap ibu bapa pasti mahu anak-anak menemui kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup. Antara faktor yang mempengaruhi kebahagiaan dan kejayaan seseorang pastilah pemilihan kerjaya yang bersesuaian.", "Ibu bapa perlu menjadi lebih daripada sekadar seorang idola kepada anak-anak. Mereka perlu menjadi kawan dan kaunselor untuk panduan anak-anak mereka selain daripada memberikan bimbingan pendidikan yang tetap.", "Ibu bapa yang mengenali anak dengan baik pasti tahu tentang apa yang mereka minat, suka dan tidak suka dan mengenali personaliti anak-anak yang boleh membantu pemilihan kerjaya yang tepat.", "Apabila pelajar mendapat sokongan dan disayangi oleh ibu bapa, mereka berkemungkinan akan lebih yakin dengan keupayaan diri sendiri untuk mencari minat dalam diri dan memilih kerjaya yang bersesuaian dengan minat.", "Keputusan yang dibuat dalam kehidupan awal seperti subjek dipilih untuk belajar, keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dan kursus yang dipilih boleh memberi kesan kepada laluan kerjaya kita.", "Jika keputusan ini banyak dipengaruhi oleh kepentingan ibu bapa sendiri, kanak-kanak itu mungkin akan mengikuti kerjaya yang tidak diminati, sekadar memenuhi hasrat orang tua. Pada masa yang sama, tanpa bimbingan dan sokongan praktikal ibu bapa, anak-anak boleh tersilap langkah.", "Relevan kongsikan beberapa panduan untuk ibu bapa membantu anak-anak memilih kerjaya masa hadapan.", "Seperti ibu bapa, tiap anak mempunyai keunikan yang tersendiri. Mereka individu yang berbeza dengan ibu bapa. Perkara yang mungkin membuatkan anda benar-benar jatuh hati tentang pekerjaan tertentu mungkin tidak akan berlaku perkara yang sama kepada anak-anak.", "Cuba sedaya upaya tahan keinginan untuk menghalang laluan tertentu hanya kerana ia sesuatu yang tidak menarik bagi anda dan jangan perlekehkan minat mereka. Anak-anak mungkin tidak berminat untuk menjejaki langkah anda dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama atau menceburi bidang kerja yang anda lakukan.", "Penyelidik dalam bidang penilaian kerjaya membuat pemerhatian bahawa ibu bapa kadang kala memindahkan cita-cita sendiri yang tidak tercapai kepada anak mereka. Ibu bapa lebih cenderung untuk berbuat demikian apabila mereka melihat anak mereka sebagai sebahagian daripada diri mereka dan bukan individu lain yang mempunyai minat serta keunikan tersendiri.", "Rujuk kepada kaunselor atau lakukan ujian aptitud. Ujian aptitud merujuk kepada ujian yang direka untuk menentukan keupayaan seseorang dalam sesuatu kemahiran atau bidang pengetahuan.", "Ujian aptitud biasanya dilakukan untuk menentukan jenis kerjaya yang sesuai dengan kemahiran dan minat mereka. Pelajar sekolah menengah juga berkemungkinan sudah didedahkan dengan ujian aptitud untuk membantu mereka melakukan pilihan jurusan pelajaran yang sesuai.", "Walaupun tidak disyorkan untuk membuat keputusan penting berdasarkan satu ujian, ia sekurang-kurangnya berfaedah dalam membantu membuat pelbagai penilaian dan mencari keputusan.", "Jika anak anda berminat dengan kerjaya yang kemungkinan tidak sesuai dengan kekuatan semula jadi mereka, itu tidak bermakna perlu segera menolak pilihan itu sebagai kerjaya. Sebaliknya, sumbang sarankan bagaimana anak-anak boleh membawa kekuatan mereka ke arah bidang itu.", "Dengan mendedahkan anak-anak kepada pelbagai jenis aktiviti, ia berkemungkinan boleh membantu mencari minat dan bakat mereka.", "Dedahkan mereka kepada alam semula jadi, seni, sains, muzium, haiwan dan pelbagai jenis aktiviti lain yang boleh dinikmati bersama. Perhatikan apa yang menarik minat mereka. Jika ada subjek yang mereka ingin tahu dengan lebih lanjut atau menunjukkan keterujaan terhadapnya, dorong mereka untuk mendalami lebih lanjut tentang topik itu.", "Kebiasaannya, anak-anak menunjukkan minat yang jelas dalam sesuatu bidang perlahan-lahan. Adalah lebih baik jika minat mereka diteliti dahulu sehingga mendapat satu kata putus sebelum melakukan keputusan kerana dikhuatiri tersilap langkah.", "Anak memerhati setiap pergerakan dan tingkah laku ibu bapa, jadi ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik dengan menceburi bidang kerja yang disukai. Apabila anak melihat anda membina kerjaya yang bertepatan dengan minat, mereka akan tahu bahawa ada kemungkinan untuk mencari dan melakukan kerja yang mereka suka.", "Tiada istilah terlalu tua untuk meluangkan lebih banyak masa melakukan perkara yang disukai. Jadi, cari perkara yang menceriakan anda, lakukan lebih banyak perkara yang disukai dan kurangkan melakukan perkara yang tidak penting serta memberi kesan negatif kepada kesihatan mental.", "Beritahu anak-anak bahawa usaha untuk bekerja di dalam bidang yang diingini kebiasaannya merupakan satu proses yang panjang untuk mengenal diri sendiri. Mereka mungkin menukar haluan ketika mengemudi laluan kerjaya mereka.", "Bersabarlah kerana mereka masih dalam proses untuk melakukan keputusan yang sukar. Beri galakan dan dorongan kepada mereka untuk terus mempelajari lebih lanjut tentang diri mereka sendiri supaya mereka boleh terus berkembang menjadi orang yang hebat, sejajar dengan cita-cita dan minat. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/11/25/8-kematian-akibat-covid-19-dilaporkan-semalam/
8 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
[ "SEBANYAK 2,877 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 3,537 kes kelmarin.", "Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,978,350 kes.", "Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 3,226 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,914,858 kes.", "Sebanyak lapan kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).", "Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,636 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,796 kes.", "Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 26,856 kes dengan 24,743 kes atau 92.1 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).", "Sebanyak 2,016 kes atau 7.5 % pesakit dirawat di hospital, 35 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 62 kes atau 0.2% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/05/24/laluan-pendidikan-untuk-kerjaya-dalam-bidang-pengurusan-hotel-dan-pelancongan/
Laluan pendidikan untuk kerjaya dalam bidang pengurusan hotel dan pelancongan
[ "PARA pelajar sekolah menengah perlu mula merancang hala tuju pendidikan menuju ke arah kerjaya yang diimpikan sejak di bangku sekolah lagi. Lebih-lebih lagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mereka perlu merancang dengan teliti laluan pendidikan seterusnya di universiti supaya cita-cita dapat dicapai dengan lancar.", "Kebanyakan pelajar sudah mempunyai cita-cita yang tersendiri namun masih belum cukup pengetahuan tentang kursus tertentu yang diperlukan bagi menuju ke arah kerjaya impian.", "Antara bidang yang boleh diteroka pelajar ialah pengurusan hotel dan pelancongan. Bidang ini menawarkan pengajaran dan pembelajaran yang khusus dalam industri perhotelan dan pelancongan dengan matlamat untuk melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dan relevan bukan sahaja di dalam negara, malah industri perhotelan dan pelancongan di luar negara.", "Industri Pengurusan Hotel dan Pelancongan mempunyai peluang pekerjaan yang luas. Antara pekerjaan yang ditawarkan di dalam bidang ini ialah penyambut tetamu (receptionist), pengarah masakan, chef, pengurus hotel, krew hotel dan pelbagai jenis kerjaya yang menarik.", "Bidang ini dikatakan menarik kerana industri pelancongan akan sentiasa ada selagi wujudnya orang yang akan melancong sama ada untuk percutian atau urusan kerja.", "Industri hotel dan pelancongan juga merupakan salah satu industri utama yang menyumbang kepada pendapatan negara. Semakin maju negara, semakin maju industri pelancongan kerana dapat menarik pelancong dari dalam dan juga luar negara. Secara tidak langsung, lebih banyak peluang pekerjaan akan disediakan untuk memenuhi keperluan industri.", "Sehubungan itu, Relevan kongsikan maklumat berkaitan kursus Pengurusan Hotel dan Pelancongan hasil temu bual bersama Dekan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Puncak Alam, Profesor Dr. Mohd Salehuddin Mohd Zahari.", "Pelajar sama ada daripada aliran sains mahupun aliran sastera boleh melanjutkan pelajaran di dalam bidang Pengurusan Hotel dan Pelancongan. Untuk melayakkan diri anda memohon kursus ini menerusi Unit Pusat Universiti (UPU) perlu memenuhi syarat am universiti iaitu memiliki SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia.", "Bagi pelajar lepasan SPM, anda perlu mendapat tiga kepujian termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris. Sejak 2013, Kementerian Pelajaran sudah mewajibkan lulus mata pelajaran Sejarah sebagai syarat untuk mendapatkan sijil SPM.", "Pelajar lepasan sijil perlu memastikan mendapat lulus sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf serta sekurang-kurangnya setahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan. Anda juga perlu lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat empat kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.", "Bagi pelajar lepasan Pra-Diploma khususnya daripada UiTM dikehendaki untuk mendapatkan Lulus Naik Taraf (LNT) program Pra-Diploma Sains (PD007/PD008) dan Pra-Diploma Perdagangan (BA002/BA003) dari UiTM.", "Bagi peringkat Diploma, kursus ini terbahagi kepada lima program iaitu:", "Menurut pensyarah program Pengurusan Hotel, Suriati Osman, jurusan ini mengajarkan subjek-subjek yang berkaitan dengan pengurusan hotel termasuk pengemasan hotel (hotel housekeeping), perkhidmatan makanan dan minuman (food and beverage services), masakan (kitchen), pejabat hadapan (front office), hospitaliti dan sebagainya.", "Ketua Pusat Pengajian program Pengurusan Pelancongan, Dr. Ahmad Fitri Amir berkongsi bahawa para pelajar mempelajari asas segala yang berkaitan dengan industri pelancongan secara teori dan praktikal. Antara subjek yang dipelajari ialah pengurusan acara, agensi pelancongan, operasi syarikat penerbangan, pemasaran, keusahawanan dan pengurusan.", "Program ini direka untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan yang komprehensif dan mempunyai pengalaman praktikal di peringkat operasi. Program ini menumpukan pada liputan luas industri perkhidmatan makanan di jabatan operasi yang merangkumi hospital, makanan dan minuman, pengemasan (housekeeping), pengurusan acara (event management), jualan dan pemasaran serta rangkaian restoran makanan segera.", "Program ini menumpukan pada reka bentuk dan pembangunan menu, kemahiran dan produk memasak asas dan lanjutan. Pelajar juga diajar untuk menginovasi produk masakan.", "Pada masa yang sama, isu dalam bidang berkaitan kulinari seperti amalan sanitasi dan keselamatan makanan, serta operasi dan penggunaan peralatan dapur mengikut piawaian industri, trend masakan dan gastronomi juga ditekankan.", "Gastronomi merujuk kepada seni dan pengetahuan yang terlibat dalam menyediakan dan makan makanan yang berkualiti tinggi. Pelajar akan didedahkan kepada asas masakan termasuk masakan melayu, barat, pastri, bakeri dan asas penyediaan makanan.", "Program ini memberi tumpuan kepada seni dan sains dalam pembuatan pastri dan kek, mentafsir masalah dalam penghasilan pastri dan bakeri serta menawarkan penyelesaian. Pelajar juga diajar untuk menghasilkan pelbagai produk pastri, berkomunikasi secara berkesan di semua peringkat dan bekerja sebagai pasukan yang efektif dalam pelbagai disiplin.", "Secara keseluruhannya, kelima-lima jurusan ini berlanjutan selama lima semester iaitu bersamaan dua tahun setengah. Sebelum tamat pelajaran, para pelajar akan dihantar untuk menjalani latihan industri selama enam bulan mengikut bidang atau program masing-masing.", "Salehuddini juga memberi nasihat kepada para pelajar yang berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang perhotelan dan pelancongan untuk pastikan diri mempunyai minat yang tinggi.", "“Selain mempunyai minat yang tinggi, pelajar juga perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik kerana industri ini banyak melibatkan kerja secara berkumpulan. Komunikasi yang baik akan memudahkan pengkhususan kerja,” kata beliau.", "Pelajar bukan sahaja perlu pandai dalam akademik tetapi perlu juga mempunyai kemahiran asas yang tinggi.", "Pelajar dinasihati untuk mempunyai daya ketahanan mental yang kuat kerana akan dikehendaki untuk membuat urusan dengan pelbagai jenis manusia dengan bermacam-macam ragam yang tidak boleh dijangka.", "Didik diri untuk bersikap profesional dan cuba untuk tidak bertindak mengikut emosi ketika berhadapan dengan situasi yang sukar.", "Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberi pendedahan kepada anak-anak. Jika anak-anak sudah mula menunjukkan minat sejak kecil, dorong mereka dengan memberi sokongan dan tunjuk ajar dengan apa yang mereka minat contohnya dalam bidang kulinari.", "“Ibu bapa tidak seharusnya paksa atau suruh anak untuk mengikut jejak ibu bapa. Sebaliknya, dorong minat dan beri panduan untuk anak-anak merealisasikan cita-cita mereka,” pesan Salehuddin lagi. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/06/29/petua-kewangan-untuk-graduan-baharu/
Petua kewangan untuk graduan baharu
[ "TAMATNYA satu tahap dalam kehidupan sebagai seorang pelajar bermakna sudah bermula perjalanan kehidupan seterusnya sebagai dewasa.", "Apabila umur menginjak dewasa, segala tanggungan kehidupan tidak lagi akan dibiaya oleh ibu bapa. Kini, saat menerima gaji pertama, anda perlu fikirkan tentang perbelanjaan sara hidup, pembayaran pinjaman ketika belajar, wang simpanan dan sebagainya.", "Bagi mereka yang baru mengorak langkah menuju alam dewasa, perancangan dan pengurusan hidup boleh menjadi sesuatu yang menggentarkan.", "Relevan kongsikan beberapa tip boleh menjadi rujukan untuk merancang dan membina kewangan yang kukuh seperti yang dikongsikan oleh Ringgit Plus.", "Terdapat pelbagai pilihan buku kewangan yang berada di pasaran. Menurut The Balance, salah satu buku kewangan yang menjadi pilihan orang ramai ialah ‘The Total Money Makeover’ hasil penulisan Dave Ramsey.", "Buku ini dikatakan boleh membantu untuk menaik taraf perancangan kewangan sekaligus menerangkan cara untuk hidup bebas daripada dibelenggu hutang. Buku ini juga menawarkan nasihat berkaitan memulakan dana kecemasan, menyimpan untuk persaraan dan sebagainya.", "Jika anda mahukan alternatif tanpa mengeluarkan wang, pembacaan artikel-artikel berkaitan kewangan dalam talian juga boleh menambah ilmu kewangan. Relevan juga telah menerbitkan beberapa artikel berkaitan kewangan yang boleh menjadi rujukan anda. Antaranya ialah:", "– Rancang kewangan sebelum capai umur 30", "– 8 nasihat kewangan buat anak muda", "– Bangkit dari pandemik, bina semula simpanan anda", "Sebelum berbelanja, kenal pasti sama ada ia keperluan atau kehendak. Sebaik-baiknya dahulukan keperluan seperti makan dan minum secara bersederhana. Tidak salah untuk berbelanja lebih tetapi pastikan ia tidak keterlaluan dan tidak terlalu kerap.", "Kunci kepada pengurusan kewangan yang berjaya ialah dengan mengawal nafsu untuk berbelanja berlebihan. Bina pelan perbelanjaan yang memperincikan di mana setiap sen pendapatan anda harus pergi dan latih diri untuk disiplinkan diri untuk patuh kepada pelan perbelanjaan.", "Untuk memudahkan urusan, muat turun aplikasi perancangan kewangan seperti Money Lover, Spendee, Expensify dan Monny. Log masuk setiap aliran keluar masuk wang dan teliti perbelanjaan harian di hujung bulan. Perhatikan sama ada perlu kurangkan perbelanjaan atau tidak.", "Kadar faedah pinjaman pelajar anda akan lebih meningkat jika semakin lama menangguhkan pembayaran semula. Sekiranya menghadapi beban atau kekangan kewangan, hubungi pemiutang dan runding supaya mendapat jadual pembayaran yang sesuai dan kurang membebankan.", "Sekiranya mampu, ada baiknya jika memulakan pemilikan insurans seawal yang mungkin. Lebih awal anda membeli insurans untuk diri sendiri, lebih murah premium anda. Premium dalam terma insurans merujuk kepada jumlah yang dibayar secara berkala kepada syarikat insurans oleh pencarum untuk melindungi risiko-risiko tertentu.", "Insurans amat penting jika anda mempunyai pinjaman pelajaran atau mahu kehidupan ibu bapa dan anak pada masa hadapan lebih terjaga serta terjamin sekiranya anda meninggal dunia. Mulakan dengan pelan insurans mampu milik untuk insurans sepanjang hayat atau kad perubatan.", "Dengan mempunyai nilai kredit yang sihat adalah penting untuk kerana institusi perbankan akan merujuk kepada sejarah pinjaman seseorang untuk memberi kelulusan pembiayaan membeli rumah, kenderaan atau peribadi dengan kadar faedah yang bermunasabah.", "Berikut merupakan tiga perkara perlu dilakukan untuk mula membina nilai kredit yang baik.", "Salah satu cara paling mudah untuk mula membina nilai kredit ialah dengan mendapatkan kad kredit. Setiap penggunaan kad kredit akan menyumbang kepada sejarah kredit.", "Dengan memohon kad kredit tanpa yuran tahunan, anda berpeluang untuk meminimumkan kos dan hanya menggunakannya untuk perbelanjaan petrol atau kegunaan kecemasan.", "Sebelum menghantar permohonan kad kredit, semak semua komitmen semasa seperti bil utiliti atau hutang supaya anda dapat mengenal pasti keadaan kewangan anda. Dengan melakukan ini, anda boleh mengurus kewangan dengan lebih baik.", "Sebaik sahaja anda mempunyai kad kredit, lakukan permohonan untuk menyemak skor kredit dan melaporkan dalam tempoh enam bulan pertama untuk memastikan semua maklumat peribadi yang diisi adalah tepat.", "Kemudian, pengguna kad kredit juga dinasihatkan untuk menjejaki laporan kredit setiap enam bulan untuk memastikan maklumat kredit dan maklumat peribadi adalah sejajar.", "Relevan juga telah menerbitkan artikel yang menerangkan kepentingan untuk mempunyai nilai kredit yang baik. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2023/05/10/5-aktiviti-menarik-untuk-mengajar-anak-ilmu-kewangan/
5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan
[ "SUDAH berulang kali pakar kewangan menekankan kepentingan ilmu kewangan untuk menjadi individu yang celik ilmu kewangan agar tidak membuat kesilapan dalam membuat keputusan berkaitan dengannya.", "Sebagai orang dewasa, kita sudah tahu di mana dan apa yang perlu dibuat untuk menimba ilmu kewangan. Menuntut ilmu boleh dilakukan dalam pelbagai cara sama ada membaca buku kewangan, menonton video nasihat kewangan atau menghadiri kelas-kelas ilmu kewangan.", "Tetapi, sebenarnya ilmu kewangan ini juga penting untuk diajarkan kepada anak-anak. Mengajar ilmu kewangan seawal usia kanak-kanak akan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menguruskan wang sejak kecil.", "Buat ibu bapa yang mahu mula mendidik anak-anak berkaitan kewangan, berikut adalah beberapa aktiviti yang mengajar mereka tentang kewangan.", "Aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih sedar bahawa untuk mendapatkan wang, mereka perlu berusaha. Anak-anak juga akan belajar menggunakannya dengan lebih berhati-hati kerana sedar akan kesusahan dan usaha yang perlu dilakukan untuk mendapatkan wang.", "Ibu bapa boleh menyediakan sistem pemberian wang poket secara mingguan atau bulanan. Sebelum itu, sediakan jadual tugasan harian untuk mereka ikuti. Berikan tugas-tugas seperti siapkan kerja sekolah, kerja harian di rumah dan sebagainya.", "Elaun atau wang poket boleh diberikan dalam bentuk tunai atau dimasukkan ke dalam akaun simpanan di bawah Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Tabung Haji bagi kegunaan mereka pada masa hadapan.", "Sekiranya mereka mahu membelanjakan untuk membeli keinginan sebagai ganjaran, tetapkan jumlah had agar tidak terlebih berbelanja.", "Bersikap terbuka dan jujur tentang kewangan keluarga mungkin tidak semua ibu bapa mahu lakukan tetapi ia cara yang baik untuk mengajar mereka mengapa pengurusan kewangan yang baik itu penting dalam kehidupan.", "Ibu bapa sering bimbang bahawa terlalu berterus terang hanya akan menimbulkan kebimbangan, terutamanya apabila mengalami kehilangan pekerjaan atau masalah keluarga yang lain.", "Tetapi, anak-anak akan lebih bersedia untuk menangani isu jika mereka tahu cara yang betul untuk bertindak balas.", "Terangkan tentang belanjawan dan bagaimana mahu berbelanja mengikut belanjawan yang disediakan. Selain itu, terangkan juga kepada mereka apa itu perbelanjaan mengikut keperluan dan kemahuan.", "Salah satu kunci kepada kestabilan kewangan dalam jangka masa panjang ialah mengetahui cara melabur dengan bijak. Selain itu, penting juga untuk mereka tahu apa itu saham, bon dan ajarkan bagaimana sistem pelaburan ini berfungsi.", "Sebagai contoh, ibu bapa sudah biasa melabur menggunakan robo-advisor. Jadi mereka membuka akaun yang baharu untuk melabur wang yang anak-anak sudah simpan. Ajarkan kepada mereka bagaimana wang mereka dilaburkan dan bertambah melalui pelaburan.", "Permainan papan (board games) seperti Monopoly dan Jutaria boleh membantu kanak-kanak mempelajari kepentingan berjimat cermat.", "Hari gaji yang tiba setiap kali satu pusingan permainan habis antara yang terbaik untuk mengajar kanak-kanak kemahiran pengurusan wang yang berharga di mana pemain perlu membuat perbelanjaan wang mereka.", "Mereka boleh membeli barangan, membuat pinjaman dan belajar membuat belanjawan sendiri. Permainan ini juga boleh memberikan pengajaran berharga dengan peserta memilih hartanah atau strategi pembelian yang menghasilkan hasil terbesar dan mengukur risiko berbanding ganjaran dengan setiap langkah yang mereka lakukan.", "Setiap ibu bapa tahu bagaimana rasanya dibanjiri dengan permintaan untuk membeli mainan atau permainan video. Kanak-kanak yang lebih muda, khususnya, tidak faham bahawa belanjawan bulanan sudah ditetapkan dan wang yang diasingkan untuk membeli barangan di luar keperluan tidak banyak.", "Tetapi, ajarkan kepada mereka jika betul-betul mahu membeli set Lego baharu atau Robux dalam permainan Roblox, mereka perlu membayar separuh daripada harga barang tersebut dengan wang mereka sendiri. Pasti mereka berasa teragak-agak untuk membeli permainan yang diinginkan.", "Cara ini juga akan mengajar mereka kepentingan wang, harga barang dan mengawal nafsu keinginan. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/07/22/inflasi-malaysia-meningkat-3-4-pada-jun-purata-harga-ayam-rm10-02-sekilogram/
Inflasi Malaysia meningkat 3.4% pada Jun, purata harga ayam RM10.02 sekilogram
[ "INFLASI Malaysia yang diukur melalui Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 3.4 peratus pada Jun lalu kepada 127.4 berbanding 123.2 pada bulan sama tahun sebelumnya.", "Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, penyumbang utama kenaikan inflasi pada bulan tersebut ialah indeks makanan yang meningkat 6.1 peratus. Semua kumpulan lain kecuali komunikasi turut merekodkan peningkatan dan mendorong kepada inflasi keseluruhan.", "Indeks pengangkutan meningkat 5.4 peratus diikuti dengan restoran dan hotel (5.0 peratus); hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (3.4 peratus); pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.2 peratus) serta perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (2.2 peratus).", "“Pada Jun, kesemua subkumpulan bagi makanan dan minuman bukan alkohol menunjukkan peningkatan antara 2.8 peratus hingga 11.9 peratus. Sementara itu, komponen makanan di rumah dan makanan di luar rumah masing-masing meningkat 6.1 peratus dan 6.6 peratus, mendorong kepada kenaikan inflasi makanan.", "“Antara makanan di luar rumah yang menunjukkan kenaikan ialah roti canai (10.5 peratus),; nasi berlauk (9.7 peratus); masakan daging (7.8 peratus) dan makanan berasaskan mee (7.0 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Mohd. Uzir menjelaskan, ayam yang mempunyai wajaran terbesar dalam subkumpulan daging (46.1 peratus) meningkat sebanyak 17.2 peratus berbanding peningkatan 13.4 peratus pada Mei.", "“Purata harga ayam mentah pada Jun adalah sebanyak RM10.02 sekilogram berbanding RM855 pada Jun 2021. Peningkatan harga ayam ini adalah selari dengan kenaikan input pengeluaran makanan dunia seperti jagung (14.8 peratus), gandum (60.9 peratus) dan kacang soya (19.9 peratus) yang merupakan komposisi terbesar penyediaan dedak ayam.", "“Selain itu, daging babi turut mencatatkan peningkatan 14.6 peratus berbanding 10.2 peratus pada bulan sebelumnya. Kenaikan harga daging babi disumbangkan oleh peningkatan harga makanan haiwan. Di samping itu, penularan penyakit demam babi Afrika telah memberi kesan kepada bekalan daging babi,” jelasnya.", "Menurut Mohd. Uzir, inflasi bagi suku tahun kedua 2022 meningkat 2.8 peratus kepada 126.6 berbanding 123.1 pada suku tahun sama tahun sebelumnya. Bagi perbandingan suku tahunan, inflasi meningkat 1.1 peratus berbanding suku tahun pertama 2022 (0.9 peratus).", "Kata beliau, inflasi bagi tempoh Januari hingga Jun 2022 meningkat 2.5 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.", "“Bagi perbandingan bulanan, inflasi meningkat 0.6 peratus berbanding Mei 2022. Peningkatan ini disumbangkan terutamanya oleh pengangkutan serta restoran dan hotel yang mana kedua-duanya meningkat kepada 1.3 peratus, diikuti makanan dan minuman bukan alkohol (1.2 peratus).", "“Daripada 552 item, sebanyak 446 item (80.8 peratus) merekodkan kenaikan harga yang mana 48 item menunjukkan peningkatan melebihi 10.0 peratus berbanding 41 item pada Mei. 54 item lain menunjukkan penurunan dan 52 item kekal tidak berubah,” katanya.", "Walau bagaimanapun, peningkatan inflasi Malaysia masih rendah berbanding beberapa negara lain. Ini termasuk Zon Euro yang mencatatkan kadar inflasi 8.6 peratus pada Jun, meningkat daripada 8.1 peratus pada Mei. Ia didorong oleh inflasi tenaga (41.9 peratus); makanan, alkohol dan tembakau (8.9 peratus); barangan perindustrian bukan tenaga (4.3 peratus) serta perkhidmatan (3.4 peratus).", "Kadar inflasi di Amerika Syarikat pula meningkat 9.1 peratus pada Jun berbanding 8.6 peratus pada Mei.", "“Perbandingan dengan negara-negara terpilih di rantau Asia Pasifik, kadar inflasi di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding China (2.5 peratus) namun lebih rendah daripada Thailand (7.7 peratus), Filipina (6.1 peratus), Republik Korea (6.0 peratus) dan Indonesia (4.4 peratus).", "“Sementara itu, antara negara yang mencatatkan peningkatan dua digit ialah Argentina (64 peratus), Sri Lanka (58.9 peratus) dan Pakistan (21.3 peratus),” katanya. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/02/11/kes-harian-melebihi-20000-kumulatif-hampir-3-juta/
Kes harian melebihi 20,000, kumulatif hampir 3 juta
[ "KES harian Covid-19 terus menunjukkan peningkatan apabila mencapai 20,939 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 negara sebanyak 2,996,361 kes.", "Walau bagaimanapun, pesakit dalam kategori 3, 4 dan 5 kekal dalam peratusan yang kecil.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 118 kes atau 0.56 peratus pesakit berada dalam kategori 3, 4 dan 5 manakala 20,821 kes lagi melibatkan pesakit dalam kategori 1 dan 2.", "Jelas beliau, peratusan terbesar ialah pesakit dalam kategori 2 sebanyak 15, 640 kes atau 74.7 peratus manakala kategori 1 melibatkan 5,181 kes atau 24.74 peratus.", "Kategori 3 pula melibatkan 95 kes atau 0.45 peratus, kategori 4 sebanyak 13 kes (0.06 peratus) dan jumlah paling sedikit adalah dalam kategori 5 iaitu 10 kes atau 0.05 peratus.", "Kategori 1 merupakan pesakit Covid-19 tanpa gejala manakala kategori 2 ialah pesakit dengan gejala ringan dan sederhana, yang tidak melibatkan jangkitan pada paru-paru.", "Kategori 3 pula merupakan pesakit Covid-19 yang mengalami radang paru-paru, kategori 4 mengalami radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen manakala kategori 5 pula bergejala kritikal yang memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU). – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2023/04/21/besar-pengaruh-besarlah-tanggungjawab/
Besar pengaruh, besarlah tanggungjawab
[ "SENGAJA saya duga Eizuwan Eizuddin, meminta pandangannya tentang sesetengah pempengaruh yang menggunakan kontroversi untuk popular.", "Bukan seorang dua. Ramai yang gunakan bahasa kesat, kandungan lucah malah penipuan untuk mencipta nama dalam media sosial.", "Labanya juga besar. Berbondong-bondong pengikut datang. Namanya disebut ke sana ke sini.", "“Disebabkan kita ada pengaruh, kita kena bertanggungjawab. Tingkah laku masyarakat kita bergantung kepada apa yang mereka lihat dan dengar, terutamanya kanak-kanak. Kalau tonton video yang penuh maki-maki, mereka akan terikut.", "“Kita buat kandungan yang bodoh dan negatif memang boleh naik, duit pun dapat banyak tapi kena fikir juga apa kesan jangka masa panjang kandungan itu,” kata Eizuwan.", "Prinsip Eizuwan mudah dan dia senada dengan Ben Parker: “With great power comes great responsibility”. Untuk menampung besarnya kuasa pengaruh media sosial pada zaman ini, para pempengaruh perlu ada rasa tanggungjawab dan etika.", "“Kita perlu bertanggungjawab terhadap audiens kita. Kita ada kuasa untuk mempengaruh, apa yang kita buat akan beri kesan kepada ramai orang.", "“Saya pun dulu ada buat ulasan barang-barang tiruan tapi sekarang dah tak buat lagi. Sebab ini berkaitan dengan etika kami sebagai pencipta kandungan.", "“Yang buat kandungan dengan cara maki-maki selalunya susah nak bertahan. Mereka akan popular tapi untuk terus bertahan dan mendapat tajaan jenama-jenama agak susah, sebab jenama sendiri pun mahu jaga imej mereka,” terangnya.", "Menurut Eizuwan, imej yang bersih dari sebarang kontroversi membantu perkembangannya sebagai pencipta kandungan dan pempengaruh. Itu juga antara faktor dia dipelawa masuk dalam komuniti #TikTokGuru.", "“TikTok Malaysia mahu promosikan TikTok sebagai platform untuk pendidikan. Kita boleh belajar banyak benda dari video-video yang ada jadi mereka wujudkan komuniti #TikTokGuru ini.", "“Dalam komuniti ini ada banyak kategori, seperti kandungan makan, kembara, gaming dan lain-lain,” kata Eizuwan.", "Melalui #TikTokGuru, pencipta kandungan seperti Eizuwan akan dilibatkan dalam pelbagai kempen kesedaran, termasuk baru-baru ini berkenaan autisme.", "Dengan #TikTokGuru juga, Eizuwan dapat membina jaringan yang lebih besar dalam dunia penciptaan kandungan. Beberapa kali juga dia dijemput menghadiri majlis eksklusif melibatkan pencipta kandungan ternama.", "Macam pisau, boleh diguna untuk siang ikan atau bunuh orang, begitu juga TikTok. Anda boleh buang masa tonton kandungan mengarut berjam-jam atau anda boleh belajar banyak perkara melalui video-video yang bermanfaat.", "Kini, TikTok sudah menjadi platform pendidikan dan pencipta kandungan seperti Eizuwan semakin mendapat perhatian. Tinggal anda saja nak memilih, mahu tonton kandungan yang bagaimana? – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2023/04/26/tidur-dengan-kanta-lekap-berisiko-ulser-kornea/
Tidur dengan kanta lekap berisiko ulser kornea
[ "KIRA-KIRA satu pertiga daripada pemakai kanta lekap mengakui mereka tidur tanpa membuka kanta lekap. Kecuaian tersebut sebenarnya mengundang masalah kesihatan yang serius sehingga pakar memberi amaran.", "Kanta lekap yang terletak pada kornea iaitu lapisan luar mata. Kornea tidak mempunyai sebarang saluran darah di dalamnya, jadi ia memerlukan akses kepada oksigen di udara.", "Menurut Pengajar Klinikal di Universiti Washington, Jabatan Sains Penglihatan St. Louis, Jordan Jones, kanta lekap boleh menyukarkan oksigen yang mencukupi untuk sampai ke kornea.", "“Keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan pada sel permukaan kornea yang dipanggil sel epitelium.", "“Apabila sel-sel epitelium itu mengalami kecederaan seperti kekurangan oksigen, maka sel-sel tersebut mula merosot dan boleh mati,” katanya.", "ARTIKEL BERKAITAN: Mata tegang sebab komputer? – Relevan", "Tambah beliau, dalam kebanyakan kes, sel-sel ini akan pulih sendiri, tetapi jika sel-sel kekurangan oksigen terlalu lama apabila seseorang tidur dengan memakai kanta lekap semalaman berulang kali akan menyebabkan komplikasi lebih teruk.", "Sementara itu, Pengarah Perkhidmatan Kornea di Jabatan Oftalmologi di Sekolah Perubatan Northwestern University, Dr. Robert Feder menjelaskan, jika air mata itu tidak sampai ke kornea dengan mudah dan tidak mendapat oksigen ke kornea, maka kornea boleh cenderung untuk rosak.", "“Kemudian, kornea tersebut akan terdedah kepada bakteria yang terkandung dalam kanta lekap itu.", "“Jika kanta tidak dibersihkan dengan kerap, pemakai berisiko mendapat jangkitan. Risikonya lebih tinggi jika mereka tidur tanpa mengeluarkannya.", "“Bakteria menyukainya apabila ia panas dan gelap. Ini yang berlaku apabila anda sedang tidur, anda mencipta keadaan yang hangat dan gelap,” ujarnya yang juga merupakan Profesor Oftalmologi.", "Terang Feder, sel kornea yang terdedah kepada bakteria itu boleh menyebabkan ulser kornea (bakteria keratitis) iaitu kesakitan pada permukaan kornea yang sering disebabkan oleh jangkitan bakteria ini.", "Bakteria keratitis boleh dirawat dengan antibiotik yang agresif, tetapi sama ada ia boleh menyebabkan masalah penglihatan jangka panjang atau tidak, itu bergantung kepada keadaan jangkitan tersebut.", "ARTIKEL BERKAITAN: Adakah bebenang kelabu pada penglihatan petanda masalah mata? – Relevan", "Walaupun memakai kanta lekap meningkatkan risiko masalah mata seseorang, ia tidak semestinya menyebabkan panik jika anda mengamalkan kebersihan yang baik dan selamat.", "Berikut amalan kebersihan yang perlu diberi perhatian untuk mengelakkan risiko jangkitan bakteria pada mata:" ]
https://relevan.com.my/2022/04/15/dua-minggu-memasuki-fasa-peralihan-kes-covid-19-negara-semakin-stabil/
Dua minggu memasuki fasa peralihan, kes Covid-19 negara semakin stabil
[ "DUA minggu selepas negara memasuki fasa peralihan ke endemik, keadaan jangkitan Covid-19 semakin stabil dengan kadar kematian serta kes aktif yang semakin menurun dan kadar kebolehjangkitan yang rendah.", "Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, penggunaan katil dan kemudahan kesihatan juga semakin menurun dalam tempoh dua hingga tiga minggu ini.", "Kata beliau, ia selari dengan unjuran Kementerian Kesihatan yang menjangkakan kemuncak jangkitan gelombang Omicron adalah pada penghujung Mac.", "“Kita lihat, paling penting, trend kematian juga menurun mengikut unjuran kita. Kita lihat juga jumlah kes pemantauan di rumah dan peratusan yang dirujuk kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).", "“Ini menunjukkan kemerosotan gejala juga menurun. Mereka yang mengasingkan diri di rumah tidak perlu lagi dihantar ke PKRC atau hsopital. Semakin ramai yang boleh pulih di rumah melalui pemantauan Kementerian Kesihatan menerusi Peralatan Penilaian di Rumah (HAT) dan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) secara maya dalam aplikasi MySejahtera untuk memantau keadaan pesakit,” katanya dalam sidang akhbar semalam.", "Sehingga semalam, Malaysia telah mencatatkan kumulatif 4,363,024 kes jangkitan Covid-19 dan 4,209,858 kes sembuh.", "Pada Februari hingga Mac, kes harian pernah mencecah lebih 30,000 kes sehari sebelum kembali stabil baru-baru ini dengan jumlah jangkitan harian pada sekitar 10,000 kes.", "Setakat semalam, kes aktif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 117,785 kes.", "Menurut laman web CovidNow, kemasukan pesakit Covid-19 di hospital juga semakin menurun iaitu kira-kira sebanyak dua peratus daripada keseluruhan jangkitan.", "Jelas Khairy, kapasiti sistem kesihatan awam juga berada dalam keadaan selesa kerana pesakit berisiko tinggi dan individu berumur 60 tahun ke atas dengan komorbiditi dapat dihantar ke PKRC sebagai langkah awalan.", "“Prestasi jangkitan Covid-19 menunjukkan perubahan yang positif dan merupakan petanda yang baik. Dalam masa terdekat kita mungkin boleh buat beberapa kelonggaran yang lain,” ujarnya lagi. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2023/02/07/175-kes-baharu-covid-19-dilaporkan-semalam/
175 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam
[ "SEBANYAK 175 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 211 kes kelmarin.", "Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,038,170 kes.", "196 kes sembuh dicatatkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,991,173 kes.", "Sebanyak satu kematian dilaporkan semalam dan ia merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).", "Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,944 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,871 kes.", "Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 10,053 kes dengan 9,659 kes atau 96.1 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).", "Sebanyak 388 kes atau 3.9% pesakit dirawat di hospital, 1 kes atau 0% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 5 kes atau 0% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2023/07/06/awas-4-makanan-ini-punca-pening-kepala/
Awas! 4 makanan ini punca pening kepala
[ "PENING kepala pernah dialami hampir semua orang, tetapi penyebabnya masih misteri kerana tiba-tiba sahaja kita berasa kepala menjadi pening. Tidak dinafikan keadaan itu sering terjadi ketika kita stres dan tertekan.", "Ada juga yang mengalami pening disebabkan makanan tertentu, cuaca yang terlalu panas atau sejuk dan juga faktor-faktor lain kerana penyebabnya berbeza bagi setiap orang.", "Sudah pasti kepala yang pening akan menyebabkan kita sukar menguruskan kehidupan harian sehingga terpaksa makan ubat atau tidur bagi meredakan kesakitan itu.", "Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, pening adalah keadaan yang mana kita berasa dunia sedang bergerak mengelilingi kita.", "“Ramai pakar perubatan berpendapat bahawa ia disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair dalam alat pengimbangan badan yang berada dalam telinga dan juga jangkitan kuman sehingga berlaku keradangan dalam telinga serta serangan migrain.", "“Selain itu, dalam kes-kes yang jarang berlaku, pening kepala adalah tanda awal bagi pendarahan otak, penyakit multiple sclerosis atau serangan strok.", "“Kandungan gula dalam darah yang rendah (hypoglycaemia) turut menyebabkan pening. Malah, makanan tertentu juga boleh mencetuskan rasa pening bagi segelintir individu,” kongsi beliau menerusi hantaran di Facebook miliknya.", "ARTIKEL BERKAITAN: Apa itu ‘panic attack’ dan perbezaannya dengan anxiety", "Dr. Zubaidi menyeraikan empat makanan yang boleh menyebabkan pening kepala seperti berikut:", "Garam yang banyak dalam makanan seperti dimasukkan ke dalam hidangan sup sayur-sayuran, makanan beku, kentang goreng, keropok, sos tomato, daging sejuk, sosej dan keju boleh mengganggu keseimbangan cecair dalam sistem pengimbangan badan.", "Sebenarnya gula berlebihan di dalam makanan dan minuman yang dijual secara komersial sangat tidak baik untuk kesihatan kita kerana ia juga boleh menyebabkan rasa pening bagi sesetengah individu.", "Periksa kandungan gula sebelum diambil, buat keputusan bijak untuk kesihatan tubuh badan kita.", "Bagi individu yang sedia mengalami migrain, mereka sangat sensitif terhadap makanan tertentu. Makanan yang menyebabkan migrain juga boleh membuatkan mereka berasa pening.", "ARTIKEL BERKAITAN: Sendawa berlebihan petanda masalah kesihatan, ini 5 jenis penyakit dan rawatan", "Oleh itu, mereka yang sering mengalami migrain dinasihatkan agar mencatatkan jenis makanan yang mencetuskan sakit kepala dan pening kerana setiap individu tidak sama.", "Walaupun kafein dapat dinikmati oleh ramai orang, sebahagian individu yang sensitif terhadap kafen akan berasa sakit kepala dan pening.", "Umum mengetahui kafein boleh menyebabkan kita kehilangan banyak air, secara tidak langsung akan mengubah keseimbangan cecair dalam organ pengimbang dalam telinga. Minuman beralkohol pula secara langsung memberikan kesan negatif dan menyebabkan pening.- RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/05/23/monopoli-syarikat-gergasi-bahayakan-jaminan-bekalan-makanan-tiba-masa-sokong-petani-tempatan/
Monopoli syarikat gergasi bahayakan jaminan bekalan makanan, tiba masa sokong petani tempatan
[ "DI Amerika Syarikat (AS), monopoli syarikat gergasi menyebabkan harga makanan meningkat dan lebih sukar diakses, terutamanya oleh golongan berpendapatan rendah. Ini sudah berlaku sejak sebelum pandemik Covid-19 dan krisis makanan yang kita hadapi sekarang.", "Ahli akademik, Philip H. Howard dan Mary Hendrickson menghurai perkara ini dalam sebuah artikel pendapat yang panjang di portal Civil Eats. Pandangan mereka, amalan penggabungan korporat dalam industri pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran makanan menyebabkan makanan menjadi lebih sukar diperolehi dan dimiliki oleh rakyat AS.", "Bagaimana ia berlaku? Penggabungan syarikat-syarikat yang membentuk korporat besar memberikan mereka pengaruh terhadap ahli politik yang membuat polisi serta media-media dan membolehkan mereka memberi arahan secara terus berkenaan penyelidikan makanan serta industri.", "Korporat gergasi ini juga ada kuasa untuk membuat keputusan tentang apa makanan yang dikeluarkan, bagaimana caranya, di mana ia berlaku dan siapa pengeluarnya. Sehingga ke tahap, mereka boleh menentukan siapa yang akan makan makanan itu.", "Hubungan sesama mereka pula membolehkan harga dinaikkan secara sepakat, memberikan pengguna tiada pilihan selain menyerap kesan kenaikan harga itu.", "Antara korporat-korporat besar ini termasuk Walmart, Nestle dan Bayer.Bayer merupakan syarikat benih dan kimia yang mengambil alih syarikat Monsanto pada 2018. Sejak 1996 hingga 2013, Monsanto telah mengambil alih lebih 70 syarikat benih.", "Dengan segala amalan pemilikan dan pengambilalihan ini, syarikat pasar raya gergasi boleh membuka banyak cawangan di kawasan-kawasan luar bandar AS dan ia melumpuhkan pasar raya serta kedai-kedai kecil yang ada.", "Ini menyebabkan komuniti setempat mempunyai pilihan makanan yang terhad dan berharga tinggi, terutamanya di kawasan dengan isi rumah berpendapatan rendah.", "Itu yang berlaku di AS. Situasinya pastilah tidak sama 100 peratus dengan Malaysia. Namun, masalah sama boleh jadi sudah berlaku atau akan berlaku di negara ini.", "Menurut Pengarah Third World Network, Chee Yoke Ling, polisi pertanian Malaysia sejak kemerdekaan mengikut model perindustrian kimia. Maksud beliau, kita bertukar daripada kaedah biodiversiti dan bekerja rapat dengan alam kepada kaedah pertanian yang menggunakan benih monokultur (amalan menanam satu jenis tanaman dalam satu ladang) dan input kimia yang banyak, termasuk baja, racun rumput dan racun serangga.", "Jelas beliau, jika dahulu benih datang dari petani, kini ia dihasilkan di makmal untuk mendapatkan ciri ‘keberhasilan tinggi’. Benih itu perlu dibeli oleh petani untuk ditanam pada setiap musim. Pengeluaran benih itu pula dikawal oleh syarikat swasta, seperti yang berlaku dalam industri padi negara.", "“Beberapa syarikat mengawal bekalan benih tanaman komersial. Selepas beberapa musim menanam, benih dan tumbuhan ini terdedah kepada serangga perosak dan penyakit kerana kawasan yang luas hanya ditanam dengan satu tanaman sahaja.", "“Ia kemudiannya tidak lagi dapat memberikan hasil yang banyak. Kita dapat lihat ini dalam industri padi, betik dan pisang.", "“Kesannya juga, petani kita sepenuhnya bergantung kepada benih tersebut dan input kimia, sedangkan dahulu mereka ada benih sendiri yang kebiasaannya dihasilkan, disimpan dan digunakan semula atau dikongsi dengan komuniti mereka,” katanya kepada Relevan.", "Menurut Yoke Ling, kebergantungan negara kepada produk makanan import melemahkan pengeluaran makanan tempatan. Ini kerana kebanyakan produk pertanian import disubsidi kerajaan negara tersebut dengan banyak, contohnya produk soya dan jagung.Ini menjadikan produk tersebut boleh dijual dengan lebih murah berbanding produk tempatan.", "Namun, usaha untuk berubah dan mengutamakan produk tempatan tidak pernah terlambat. Yoke Ling berkata, terdapat banyak petani yang kecil tetapi berjaya dan anak muda yang menunjukkan minat dalam pertanian menggunakan kaedah ekologi.", "“Kita dapat lihat kebangkitan dan perkongsian tentang kepelbagaian tanaman makanan tempatan selain gabungan ilmu baharu dan tradisional yang boleh menghasilkan tanaman dengan banyak serta bernutrisi.", "“Ada juga yang menggunakan bahan-bahan tani sebagai baja dan serangga serta rumput kawalan dalam cara yang maju,” katanya.", "Jelas Yoke Ling, usaha mengurangkan kebergantungan negara kepada import boleh dilakukan dengan menubuhkan koperasi serta menghubungkan petani dan pengguna dengan cara yang interaktif dan dinamik.", "Kata beliau, sudah tiba masanya untuk pengguna tahu dari mana makanan mereka datang, menyokong petani tempatan dan merobohkan sistem pertanian yang tidak mampan.", "“Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) contohnya melakukan banyak mempromosikan pertanian urban, pertanian isi rumah dan mengajar pelajar tentang perkara-perkara tersebut.", "“Segala usaha di seluruh negara seperti yang dilakukan oleh Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) juga boleh menjadi asas kepada polisi pertanian baharu negara,” katanya.", "Mencari polisi yang kalis krisis", "Selalu kita dengar, krisis ekonomi akan berlaku setiap 10 tahun. Pada 1997/1998, berlaku krisis mata wang Asia. 10 tahun kemudian, pasaran hartanah AS runtuh sehingga mencetuskan krisis di seluruh dunia. Pada 2018, perang dagang antara China dan AS pula memberi impak kepada seluruh dunia.", "Cuma, belum pun selesai perang dagang itu, kita berhadapan pandemik Covid-19 pula. Mungkin ini petanda yang dunia semakin rapuh dan kita akan lebih kerap berhadapan krisis selepas ini.", "Tidak banyak yang dapat kita lakukan dalam krisis jika polisi yang digubal menyebabkan kebergantungan kepada perkara yang di luar kawalan kita semakin tinggi. Dalam isu makanan, kebergantungan kepada import dan syarikat gergasi itu yang bahaya.", "Jika sesebuah negara menghalang eksportnya dalam krisis, kita tidak mampu buat apa-apa. India menghalang eksport gandum contohnhya, apa kita boleh buat? Nasib baik India bukan pengimport utama gandum negara. Begitu juga syarikat gergasi. Jika mereka jual benih dengan harga tinggi, apa kuasa yang kita ada?", "Maka, polisi yang kalis krisis ialah polisi yang mengutamakan pengeluaran tempatan. Memang tidak semua makanan boleh dihasilkan dengan cukup dalam negara, namun mana yang boleh, kita usahakan. Lebih-lebih lagi makanan ruji seperti beras.", "Jaminan bekalan makanan (food security) bukan isu remeh. Kesannya boleh menjejaskan keselamatan negara apabila bekalan makanan tidak mencukupi dan rakyat terdedah dengan manipulasi negara atau syarikat pengeksport.", "Kita ubah sekarang. Sokong dan perjuangkan nasib petani tempatan supaya mereka boleh terus membekalkan makanan buat negara dengan tenang, selesa dan produktif. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/09/29/pengesanan-kanser-paru-paru-percuma-dengan-teknologi-ai/
Pengesanan kanser paru-paru percuma dengan teknologi AI
[ "BAGI menyediakan pemeriksaan kanser paru-paru secara percuma kepada rakyat Malaysia, Lung Cancer Network Malaysia (LCNM), AstraZeneca dan Qualitas Medical Group telah bekerjasama dengan tiga buah pusat rawatan kanser swasta iaitu Hospital Beacon, Pusat Perubatan Subang Jaya dan Pusat Perubatan Sunway.", "Kerjasama ini akan meluaskan lagi akses untuk orang ramai menerima teknologi saringan Kecerdasan Buatan (AI) yang canggih (Qure.ai) di klinik penjagaan utama dan jika perlu siasatan lanjut akan dibuat dengan imbasan tomografi terkira dos rendah (LDCT) di ketiga-tiga hospital penjagaan tertier itu.", "Menurut Malaysia Cancer Registry Report 2012-2016, kanser paru-paru adalah kanser kedua paling biasa dan penyebab utama kematian berkaitan kanser dalam kalangan kaum lelaki rakyat di negara ini.", "Kebanyakan kes kanser paru-paru dikesan lewat dan ini menyebabkan penurunan kadar kelangsungan hidup pesakit kanser jenis ini berbanding jenis kanser utama yang lain di negara kita.", "ARTIKEL BERKAITAN: Sistem imun kanak-kanak lemah selepas pandemik? Ini penjelasan pakar – Relevan", "Sehubungan itu, menerusi program ini, rakyat Malaysia terutamanya mereka yang berkemungkinan berada dalam kategori berisiko tinggi seperti bekas perokok tegar dan individu yang masih lagi aktif merokok akan dapat mengesan kehadiran awal kanser melalui penggunaan teknologi canggih yang disediakan.", "Pakar Bedah Kardiotoraks dan Presiden LCNM, Dr. Anand Sachithanandan berkata, pengesanan penyakit kanser paru-paru peringkat awal adalah penting kerana hasil rawatan dan prognosis sangat bergantung kepada peringkat penyakit.", "“Prognosis yang tidak baik dalam kalangan pesakit kanser paru-paru selalunya disebabkan kebanyakan mereka tidak akan mengalami apa-apa tanda atau gejala pada peringkat awal penyakit ini dan hanya sedar apabila ia sudah di fasa lewat.", "“Dengan pendekatan terapi pelbagai disiplin dan mod, kanser paru-paru yang dikesan pada peringkat awal dapat membawa prognosis yang sangat baik kerana rawatan kuratif akan lebih berkesan serta efektif apabila kanser mula dirawat pada peringkat ini.", "“Sejarah keluarga dan pencemaran udara merupakan faktor risiko yang utama kepada peningkatan trend kanser paru-paru dalam kalangan bukan perokok.", "“Kerjasama yang menggunakan teknologi AI untuk saringan kanser ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dan ia akan membantu memenuhi keperluan pengesanan kanser paru-paru dalam kalangan bukan perokok,” katanya.", "Tambah beliau, dengan akses yang dipertingkatkan, alat tafsiran X-ray AI yang menggunakan algoritma pembelajaran mendalam untuk mengesan keabnormalan pada radiografi dada boleh meningkatkan kepekaan untuk pengesanan nodul paru-paru yang selalunya merupakan tanda pertama kanser paru-paru.", "Kes yang disyaki kemudiannya akan disiasat selanjutnya dengan imbasan LDCT bukan kontras yang merupakan kaedah saringan yang terbukti baik untuk mengurangkan kematian berkaitan kanser paru-paru bagi individu berisiko tinggi.", "Anand memberitahu, X-ray dada AI akan meningkatkan ketepatan diagnostik dan mempercepatkan rujukan kes kepada pakar paru-paru yang berkaitan.", "Dengan penyiasatan dan rawatan yang lebih pantas, kadar kelangsungan hidup yang lebih baik boleh dijangkakan.", "“Kemajuan perubatan yang inovatif seperti mesin algoritma AI pembelajaran mendalam ini merupakan satu langkah besar untuk industri dan berpotensi mengubah status industri perubatan semasa.", "“Kami berharap untuk mewujudkan peralihan peringkat penyakit secara berkesan sambil mengesan lebih banyak kanser paru-paru di peringkat awal dalam komuniti,” jelasnya lagi.", "ARTIKEL BERKAITAN: Jangan mandi ketika kilat, pakar syorkan panduan elak panahan petir – Relevan", "Sementara itu, Presiden Negara, AstraZeneca Malaysia, Dr. Sanjeev Panchal berkata, melalui kerjasama buat kali kedua dengan LCNM, Kumpulan Perubatan Qualitas dan barisan hospital tertier, diharapkan dapat meluaskan lagi akses untuk pesakit mendapatkan diagnosis awal kanser paru-paru.", "Sekali gus, dapat mengurangkan kadar kematian disebabkan oleh penyakit kanser paru-paru di Malaysia.", "“Penyepaduan teknologi inovatif seperti AI untuk saringan kanser paru-paru yang bermula diperingkat penjagaan utama adalah bukti bagaimana pemeriksaan awal boleh meningkatkan kadar rujukan yang tepat bagi individu berisiko tinggi untuk mendapatkan diagnosis lanjut dari hospital tertier yang menggunakan teknik pengimejan LDCT.", "“Kami bercita-cita untuk menjangkaui pil dan mencipta ekosistem kesihatan yang teguh sambil menggalakkan diagnosis awal untuk mengurangkan bebanan penyakit dan meningkatkan kebolehcapaian perkhidmatan pemeriksaan serta rawatan.", "“Inisiatif tersebut juga diharap dapat membuka jalan kepada pengusaha industri lain untuk menyertai gabungan ini bagi membantu meluaskan lagi akses supaya pesakit yang diagnosis dengan kanser paru-paru membayar pada harga berpatutan,” ujarnya.", "Untuk maklumat lanjut tentang kempen saringan percuma ini, sila kunjungi https://www.lungcancer.net.my/free-ldct-lung-screening-programme-2/– RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/10/04/apa-yang-perlu-diperhatikan-dalam-pembentangan-bajet-2023/
Apa yang perlu diperhatikan dalam pembentangan Bajet 2023?
[ "BAJET 2023 akan dibentangkan pada 7 Oktober ini oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, belanjawan tahunan negara itu dibentangkan tiga minggu lebih awal berbanding tarikh sebenar.", "Setiap tahun, rakyat akan menantikan pembentangan belanjawan bagi mengetahui perbelanjaan kerajaan sepanjang tahun, lebih-lebih lagi berkenaan bantuan kewangan dan subsidi yang disediakan kerajaan.", "Untuk 2023, perkara tersebut lebih ditunggu-tunggu kerana dunia dijangka berdepan kemelesetan pada tahun hadapan.", "Strategi kerajaan untuk menangani kemelesetan ekonomi, termasuk membantu rakyat menjalani kehidupan dalam fasa mencabar tersebut akan diperhati rakyat, terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dijangka berlangsung tahun ini.", "Hampir pasti belanjawan terbesar", "Hampir setiap tahun, belanjawan yang dibentangkan merupakan belanjawan terbesar dalam sejarah. Ia normal kerana nilai wang akan susut disebabkan inflasi, menyebabkan jumlah wang yang dibelanja secara nominal akan bertambah.", "Dalam Belanjawan 2020, jumlah peruntukan yang disediakan kerajaan adalah sebanyak RM297 bilion. Jumlah ini meningkat kepada RM322.5 bilion dalam Belanjawan 2021 dan terus meningkat kepada RM332.1 bilion dalam Bajet 2022.", "Untuk Bajet 2023, jumlahnya dijangka terus meningkat. Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff menjangkakan jumlah mencecah sehingga RM350 bilion.", "Bajet 2023 dijangka akan terus menjadi belanjawan defisit memandangkan negara masih dalam usaha pemulihan akibat pandemik Covid-19 dan persekitaran ekonomi yang mencabar.", "Belanjawan defisit bermaksud perbelanjaan kerajaan akan melebihi pendapatan. Baki perbelanjaan yang melebihi pendapatan akan ditampung melalui hutang.", "Defisit belanjawan negara meningkat dengan ketara pada 2020 disebabkan pandemik Covid-19. Daripada 3.4 peratus pada 2019, ia meningkat kepada 6.2 peratus pada 2020.", "Ia terus meningkat kepada 6.5 peratus pada 2021 sebelum kembali menurun pada 2022 pada 6.0 peratus. Defisit dalam Bajet 2023 dijangka kurang daripada 6.0 peratus berdasarkan pertumbuhan ekonomi yang dikecap negara pada tahun ini.", "Dalam Bajet 2022, dua kementerian yang menerima peruntukan tertinggi ialah Kementerian Pendidikan dengan RM52.6 bilion (tidak termasuk RM14.5 bilion untuk Kementerian Pengajian Tinggi) dan Kementerian Kesihatan dengan RM32.4 bilion.", "Kedua-dua kementerian ini dianggap sebagai kementerian terpenting yang memerlukan perbelanjaan mengurus dan pembangunan yang besar setiap tahun.", "Untuk Bajet 2023, dijangka peruntukan untuk Kementerian Kesihatan akan meningkat dengan signifikan memandangkan permintaan untuk meningkatkan peruntukan kepada kementerian itu sudah beberapa kali disuarakan menterinya, Khairy Jamaluddin.", "Antara sebab perlunya peruntukan yang lebih untuk Kementerian Kesihatan adalah sebagai persediaan untuk menghadapi fenomena negara tua menjelang 2024.", "ARTIKEL BERKAITAN: Peningkatan populasi tua, penyakit tak berjangkit antara cabaran kesihatan di Malaysia", "Walau bagaimanapun, peruntukan untuk pengurusan dan pembangunan pendidikan juga kekal penting. Lebih-lebih lagi selepas kerajaan melaksanakan pengambilan guru seramai 18,702 orang secara sekali ambil (one-off) bermula tahun lalu. Malah, pengambilan sekali ambil itu dijangka akan diteruskan pada tahun hadapan.", "Seperti yang berlaku setiap tahun, bantuan langsung atau tidak langsung kepada rakyat akan mendapat perhatian ramai. Ini termasuk bantuan tunai seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan subsidi-subsidi berkaitan.", "Dalam Bajet 2022, sebanyak RM8.2 bilion diperuntukkan untuk BKM yang memanfaatkan 9.6 juta penerima. Disebabkan jangkaan kemelesetan ekonomi tahun hadapan, jumlah itu mungkin meningkat dan memanfaatkan lebih ramai orang dalam Bajet 2023.", "Kerajaan juga dijangka akan berbelanja lebih untuk subsidi bagi mengimbangkan kesan inflasi. Pada Ogos lalu, kadar inflasi Malaysia adalah pada 4.7 peratus.", "Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, kerajaan membelanjakan kira-kira RM80 bilion setakat tahun ini untuk pemberian subsidi, bantuan dan insentif.", "Kata beliau, tanpa subsidi, kadar inflasi Malaysia pada Ogos dianggarkan pada 10.6 peratus. Walaupun pertumbuhan inflasi dijangka berkurang pada tahun hadapan, sejumlah besar peruntukan tetap diperlukan untuk mengawalnya.", "Apa-apapun, kita nantikan pembentangan Bajet 2023 yang dijadualkan pada Jumaat, 7 Oktober ini. Relevan akan terus membawakan perkembangan terkini pembentangan Bajet 2023 untuk anda. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/04/14/tiga-skim-bantu-orang-muda-b40-m40-miliki-rumah-sendiri/
Tiga skim bantu orang muda B40, M40 miliki rumah sendiri
[ "GOLONGAN B40, M40 dan pekerja sektor tidak formal kini mampu memiliki rumah sendiri menerusi Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) yang diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini.", "Inisiatif i-Biaya merupakan program di bawah Home Ownership Programme (HOPE) sebagai usaha untuk meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia dan merealisasikan matlamat satu keluarga satu rumah.", "Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan sering mendengar keluhan golongan B40 dan M40 yang masih menghadapi cabaran untuk memiliki kediaman sendiri.", "“Sehubungan itu, menerusi i-Biaya ini, mereka bakal memperoleh manfaat di bawah tiga skim pembiayaan iaitu Skim Jaminan Kredit Perumahan, Skim Rumah Pertamaku (SRP) dan Skim Rent-to-Own oleh PR1MA.", "“SRP ditujukan kepada golongan muda yang mempunyai pendapatan kasar isi rumah bulanan tidak lebih RM10,000 dengan harga rumah sehingga 500k bagi pasaran utama dan sekunder,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran i-Biaya hari ini.", "Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, i-Biaya akan menyediakan pembiayaan bagi yang berhadapan dengan masalah akses kepada pembiayaan perumahan dan memberi jaminan kepada pembeli rumah pertama serta menyediakan khidmat nasihat.", "“Kerajaan ingin membantu mereka yang tidak mampu menyediakan wang deposit rumah, kekangan gaji, latar pekerjaan yang menyukarkan untuk mendapatkan pinjaman bank dan sebagainya agar dapat merealisasikan impian rakyat untuk memiliki rumah sendiri.", "“Kerajaan ingin memberi penyelesaian kepada permasalahan pemilikan rumah yang sering menjadi keluhan rakyat dengan memperkenalkan inisiatif i-Biaya ini,” tuturnya yang turut sama dalam Majlis Pelancaran i-Biaya tersebut.", "Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai i-Biaya dengan melayari laman web rasmi KPKT di sini.- RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2023/05/23/mengingati-gelora-1967-api-dan-air-mata-pejuang-kedaulatan-bahasa-melayu/
Mengingati gelora 1967: Api dan air mata pejuang kedaulatan bahasa Melayu
[ "ADA perbincangan hangat tentang kedudukan bahasa Melayu dalam media sosial. Ia sedikit sebanyak menyerlahkan realiti bahawa di mata sesetengah rakyat Malaysia, bahasa Melayu sekadar sebuah bahasa.", "Tidak ada kebanggaan nasional atau rasa kasih patriotik terhadap bahasa itu. Malah kepentingannya dipandang enteng: siapa mahu guna, dia guna; siapa tak mahu, itu hak dia.", "Seperti lazimnya perbincangan orang awam dalam ruang internet, ia bercelaru, penuh falasi dan berpandukan emosi. Jarang kita nak dapat penyelesaian tuntas melalui perbincangan media sosial.", "Dalam artikel ini, Relevanmahu mengajak anda menilik sejarah tentang bahasa Melayu. Ini kisah yang berlaku 56 tahun lalu. Kisah ini kekal menjadi peristiwa terpenting dalam sejarah pemartabatan bahasa Melayu.", "Sejarah bahasa Melayu itu panjang, begitu juga sejarah perjuangannya. Usaha untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai identiti kebangsaan telah berlangsung lebih 100 tahun.", "ARTIKEL BERKAITAN: Perjuangan melebihi satu abad, sejarah usaha memartabatkan bahasa Melayu (Bahagian 1)", "Hari ini, kuasa politik bahasa Melayu dipelihara dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.", "Walaupun Akta Bahasa Kebangsaan meletakkan bahasa Melayu pada takhtanya sebagai bahasa kebangsaan tunggal negara, proses perbahasannya penuh gelora. Mungkin ramai yang tak tahu, rang undang-undang akta itu dibantah ramai tokoh bahasa.", "Ini kerana akta tersebut tidak cukup tegas, malah melemahkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi seperti yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan.", "Tokoh sejarah, bahasa dan antara pengasas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Allahyarham Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid pernah menulis, Rang Undang-Undang (RUU) Bahasa Kebangsaan itu akan membawa akibat buruk kepada Malaysia dan bangsa Melayu.", "Dua alasan diberikan. Pertama, RUU itu tidak mengikut sepenuhnya kehendak dan semangat Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Kedua, RUU itu tidak memenuhi janji yang telah dibuat pemimpin UMNO tentang pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tunggal negara.", "10 tahun selepas merdeka sepatutnya menjadi tempoh peralihan bahasa rasmi negara daripada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu sahaja.", "Malangnya, RUU Bahasa Kebangsaan yang dibentangkan pada 3 Mac 1967 masih memberi ruang kepada bahasa Inggeris untuk digunakan, terutamanya dalam bidang kehakiman dan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah.", "Ke tanah perkuburannya Parlimen", "RUU Bahasa Kebangsaan dibahaskan di Dewan Rakyat pada 3 Mac 1967. Gelora penentangannya mengganas kerana kerajaan ketika itu bukan sahaja tidak mendengar saranan-saranan tokoh dari pelbagai latar belakang, malah cuba menutup mulut mereka yang membantah.", "Dalam perbahasannya di Parlimen, Timbalan Yang Dipertua Agung PAS ketika itu, Allahyarham Datuk Mohd Asri Muda membangkitkan peristiwa di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada malam sebelumnya.", "ARTIKEL BERKAITAN: Perjuangan melebihi satu abad, sejarah usaha memartabatkan bahasa Melayu (Bahagian 2)", "Gabungan tokoh dan masyarakat dari pelbagai latar belakang yang menggelarkan diri mereka Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan merancang sebuah forum bagi membincangkan RUU tersebut. Kebenaran Pengarah DBP telah diperoleh.", "Namun, ketika forum hendak bermula, sampai surat arahan yang tidak membenarkan forum itu berlangsung.", "Ia mendorong lebih ramai yang datang berhimpun di Balai Budaya pada keesokan harinya. Kira-kira 120 pertubuhan terlibat dalam perhimpunan selepas solat Jumaat pada 3 Mac 1967 itu.", "Ketika menyampaikan ucapannya, Pengarah DBP ketika itu, Allahyarham Tun Syed Nasir juga memberi bayangan yang tubuhnya terbelenggu dalam isu RUU itu, kerana DBP merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan.", "Dalam lautan hampir 2,000 manusia di Balai Budaya, suara Syed Nasir tersekat dan air matanya mengalir. Dalam tangis, dia berkata:", "“…saya menangis, bukan kerana takut, tetapi air mata ini lahir daripada keharuan hati sanubari saya mengenangkan nasib bangsa saya. Saya tidak boleh buat dan bercakap apa-apa sekarang ini. Saya terikat. Bila suatu hari nanti, saya tidak terikat lagi, saya akan hamburkan kepada rakyat. Sekarang ada usaha yang hendak menghancurkan saya, menghina saya…”", "Air mata yang menyalakan api", "Ucapan Syed Nasir dan beberapa tokoh lain membakar semangat peserta perhimpunan pada hari itu, terutamanya dalam kalangan anak muda. Perhimpunan itu berpanjangan sehingga ke petang dan menjelang senja, orang ramai sudah mula berteriak mahu berarak ke Parlimen.", "Dalam masa sama, mesyuarat bagi melantik Jawatankuasa Darurat untuk Bertindak sedang berlangsung di tempat sama. Jawatankuasa ini akan berperanan menjalankan keputusan-keputusan bagi menentang RUU Bahasa Kebangsaan.", "Jawatankuasa yang telah dilantik kemudiannya melarang peserta perhimpunan daripada berarak ke Parlimen. Ini kerana kereta-kereta polis sudah mula tiba di jalan-jalan berhampiran bangunan DBP.", "ARTIKEL BERKAITAN: Mana satu yang tepat, bahasa Melayu atau bahasa Malaysia?", "Pemuda-pemuda yang kecewa meneruskan kemarahan dengan menyalakan api, cuba untuk membakar gambar Perdana Menteri ketika itu, Almarhum Tunku Abdul Rahman tetapi dihalang oleh ahli jawatankuasa.", "Mereka kemudiannya melempar bergulung-gulung akhbar Utusan Melayu (jawi) ke dalam api sambil berteriak “pengampu” dan “pembodek” kerana tidak berpuas hati dengan pendirian akhbar itu menyokong kerajaan dalam isu RUU Bahasa Kebangsaan.", "Turut dilaporkan dalam akhbar Utusan Melayu pada 4 Mac 1967, jurugambar akhbar itu, Hussein Noor ditarik dan hampir dilempar ke dalam api oleh pemprotes namun sempat dihalang oleh wartawan, Taib Ahmad.", "Tiga mac enam tujuh", "Di Balai Budaya, api marah para pemuda berjaya diredam tokoh-tokoh dan ahli jawatankuasa yang dilantik. Mereka akur dan bersurai menjelang malam.", "Pada detik yang sama, dalam dewan Parlimen, RUU Bahasa Kebangsaan diluluskan dengan 95 undi menyokong dan 11 undi menentang.", "Undang-undang yang gagal mendaulatkan bahasa Melayu sejajar dengan kedudukannya dalam Perlembagaan Persekutuan itu diluluskan. Mujur, selepas berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, kerajaan mula memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan.", "ARTIKEL BERKAITAN: Fahami sistem ejaan bahasa Melayu", "Namun, ia tidak menyelesaikan semua hal. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah sendiri terus diuji dengan pelaksanaan dasar-dasar seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Dual Language Programme (DLP) dan sebagainya.", "Bahasa Inggeris juga sering digunakan dalam bidang kehakiman dan perbincangan mengenai isu-isu besar dunia seperti ekonomi, sains, teknologi dan falsafah juga sering mengabaikan bahasa Melayu.", "Peristiwa “tiga mac enam tujuh” perlu selalu dikenang sebagai manifestasi nyala rasa rakyat Malaysia terhadap pemartabatan bahasa Melayu.", "Apa yang berlaku pada tarikh itu juga menjadi punca kita perlu berjuang memartabatkan bahasa Melayu sehingga hari ini, 66 tahun selepas negara merdeka, walaupun kedudukannya dijamin dalam Perlembagaan.", "Ini kerana kesan pelaksanaan undang-undang berpuluh tahun dahulu masih kekal sehingga ke hari ini. Mungkin petikan ucapan dalam perhimpunan bersejarah itu yang paling relevan untuk dipetik sekarang adalah dari seorang wakil pelajar yang tidak dicatat namanya. Katanya:", "“Orang-orang yang ada sekarang akan mati. Tunku akan mati. Pemimpin akan mati. Maka, beban dan tindakan serta keputusan undang-undang yang dibuat sekarang akan tinggal, maka kamilah, kamilah pelajar-pelajar yang akan memikul bebannya, yang akan menderita dengan undang-undang yang telah dikanunkan ini…”. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/07/22/4587-kes-baharu-covid-19-semalam/
4,587 kes baharu Covid-19 semalam
[ "ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 4,587 kes semalam berbanding 5,685 kes kelmarin.", "Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,640,235 kes.", "Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 2,652 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,556,938 kes.", "Sebanyak 10 kes kematian dilaporkan semalam dan lima daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).", "Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,888 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,619 kes.", "Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 47,409 kes dengan 45,856 kes atau 96.7 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 39 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).", "Sebanyak 1,451 kes atau 3.1 peratus pesakit dirawat di hospital, 31 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 32 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/02/09/kes-harian-terus-meningkat-hari-ini-17134-kes/
Kes harian terus meningkat, hari ini 17,134 kes
[ "PETALING JAYA: Sebanyak 17,134 kes baharu dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kes terkumpul Covid-19 negara meningkat kepada 2,956,332 kes.", "Ini merupakan kali keempat berturut-turut kes harian mencecah lima angka selepas mencatatkan 10,089 kes pada Ahad lalu.", "Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, hanya 86 kes atau 0.5 peratus daripada keseluruhan kes tersebut melibatkan pesakit dalam kategori 3,4 dan 5.", "Kata beliau, baki 17,048 kes atau 99.5 peratus lagi merupakan pesakit dalam kategori 1 dan 2.", "Pesakit dalam kategori 1 dan 2 merupakan kes positif Covid-19 yang tidak bergejala atau bergejala ringan tanpa melibatkan jangkitan pada paru-paru.", "Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terbaharu berkaitan Covid-19 di laman web covidnow.moh.gov.my yang akan dikemas kini sekali gus selepas tengah malam. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/10/25/adakah-membeli-barangan-dengan-harga-diskaun-betul-betul-menjimatkan-wang/
Adakah membeli barangan dengan harga diskaun betul-betul menjimatkan wang?
[ "SETIAP daripada kita pasti berasa teruja apabila terlihat perkataan diskaun, lebih-lebih lagi apabila terdapat potongan harga pada barang yang sudah lama kita ingin beli.", "Apabila dapat membeli barang keperluan dengan harga yang jauh lebih murah, pasti kita rasa senang hati kerana di samping dapat membeli barangan keperluan, kita juga dapat menjimatkan kos.", "Tetapi, perhatikan betul-betul. Sekiranya berbelanja barangan keperluan dengan harga promosi, anda telah melakukan keputusan yang bijak. Namun, jika membeli barang kehendak, anda sebenarnya membelanjakan wang yang sepatutnya boleh dibelanjakan sama ada untuk barang keperluan atau untuk simpanan.", "Oleh itu, walaupun barang kehendak dibeli dengan harga promosi, ia masih bukan keputusan pembelian yang bijak.", "Angkat tangan anda jika anda pernah membeli sesuatu hanya kerana ia dijual dengan harga promosi dan bukan kerana memerlukannya. Tidak semua barang yang dibeli dengan harga diskaun berbaloi, bukan? Malah pasti ada beberapa item yang dibeli akhirnya tidak digunakan dan disimpan di dalam stor sahaja.", "Menurut perkongsian di Real Simple, terdapat beberapa langkah untuk mengenal pasti sama ada promosi yang ditawarkan betul-betul menjimatkan wang atau sekadar pancingan sahaja supaya dapat menarik pembeli.", "Pertama sekali, fikirkan sama ada anda mampu membayar item ini dengan harga sebenar tanpa diskaun. Kemudian, fikirkan pula, adakah anda mampu bayar harga promosi setelah ditolak diskaun?", "Jika masih mampu, fikir pula, adakah pembelian tersebut akan buatkan anda berhutang? Jika mempunyai hasrat untuk menggunakan kad kredit bagi membeli barang tersebut, lebih baik lupakan hasrat untuk meneruskan pembelian.", "Sekiranya mahu membeli sesuatu yang diingini dan bukan keperluan tetapi perlu menggunakan khidmat beli sekarang bayar kemudian (buy now pay later – BNPL) untuk membelinya, pada dasarnya anda mengambil pinjaman untuk membeli sesuatu. Keadaan ini juga menandakan bahawa anda kurang berkemampuan.", "Promosi atau tidak, jika item tersebut akan membuat anda membayar sejumlah wang yang banyak dalam yuran faedah kad kredit pada masa hadapan, maka ia tidak berbaloi.", "Adakah item tersebut akan digunakan dengan kerap?", "Jika item yang anda sering gunakan dan barangan kehendak mempunyai promosi, ia mungkin akan menjimatkan wang. Contohnya, membeli dan menyimpan stok produk penjagaan kulit yang dijual dengan harga promosi. Kaedah ini hanya sesuai digunakan untuk membeli barangan yang tahan lama dan tidak mudah rosak.", "Tawaran seperti beli satu percuma satu adalah bagus apabila anda tahu kegunaan produk itu dan akan menggunakannya. Tetapi jika ia adalah item yang tidak pernah digunakan sebelum ini atau tidak merancang untuk menggunakannya dengan kerap, lebih baik jika tidak meneruskan pembelian kerana ia tidak berkepentingan.", "Sudahkah anda membuat perbandingan dengan kedai yang lain?", "Bagi mendapatkan tawaran yang betul-betul terbaik dan berbaloi, pastikan anda membuat perbandingan harga di kedai atau penjual berlainan. Perbandingan boleh dilakukan secara dalam talian sekiranya pasar raya atau penjual mempunyai perniagaan dalam talian.", "Dengan melakukan perbandingan sebelum membeli-belah, ia boleh membantu mencari tawaran yang lebih baik supaya anda boleh buat keputusan sama ada berbaloi untuk meneruskan pembelian atau lebih baik jika menunggu.", "Adakah ia menghalang matlamat kewangan anda?", "Tentukan sama ada item yang dijual sejajar dengan keutamaan dan matlamat kewangan anda. Jika ia berada dalam lingkungan belanjawan anda untuk bulan itu, tidak kira sama ada keperluan atau kehendak, maka ia merupakan tawaran yang menguntungkan.", "Tetapi jika hidup anda boleh diteruskan tanpa produk tersebut atau harga selepas promosinya melebihi bajet, lebih baik sekiranya tidak meneruskan pembelian.", "Tanyakan kepada diri sendiri sama ada pembelian itu akan membantu mencapai matlamat kewangan atau menghalangnya. Jika anda menabung untuk pembelian barang yang memerlukan kos besar seperti kereta, rumah atau percutian, fikir sejenak untuk memutuskan sama ada wang itu lebih baik disimpan atau digunakan.", "Harga promosi dan tawaran diskaun pasti dapat menjimatkan wang anda. Tetapi jika anda sedang mencari tawaran yang bagus, pastikan ia adalah sesuatu yang anda akan selalu digunakan, berkemampuan dan termasuk dalam rancangan perbelanjaan anda.", "Urus wang dengan bijak, jangan lakukan pembelian yang akan menimbulkan penyesalan kelak. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/03/18/27004-kes-jangkitan-baharu-86-kematian/
27,004 kes jangkitan baharu, 86 kematian
[ "SEBANYAK 27,004 kes jangkitan baharu Covid-19 dicatatkan semalam berbanding berbanding 28,298 kes kelmarin", "Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 3,927,437 kes.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kategori 1 mencatatkan sebanyak 11,163 kes atau 41.34 peratus manakala sebanyak 15,642 kes atau 57.92 peratus didiagnosis dalam kategori 2.", "Jelas beliau, kategori 3 pula mencatatkan sebanyak 63 kes (0.23 peratus), 72 kes (0.27 peratus) dalam kategori 4 dan 64 kes (0.24 peratus) bagi kategori 5.", "Semalam juga mencatatkan sebanyak 29,450 kes sembuh, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah sebanyak 3,596,453 kes.", "Dalam pada itu, menurut data laman web CovidNow, semalam juga mencatatkan 86 kematian dengan 35 daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).", "Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 34,185 kematian manakala jumlah terkumpul BID sebanyak 7,163 kes.", "Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 296,799 dengan 286,599 atau 96.6 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 1,971 kes atau 0.7 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).", "Sebanyak 7,856 atau 2.6 peratus pesakit dirawat di hospital, 148 atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 225 atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/12/23/858-kes-baharu-covid-19-6-kematian-dilaporkan-semalam/
858 kes baharu Covid-19, 6 kematian dilaporkan semalam
[ "SEBANYAK 858 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 984 kes kelmarin.", "Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,021,242 kes.", "Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,119 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,969,828 kes.", "Sebanyak tiga kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan tiada kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).", "Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,824 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,846 kes.", "Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 14,590 kes dengan 13,685 kes atau 93.8 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).", "Sebanyak 859 kes atau 5.9% pesakit dirawat di hospital, 23 kes atau 0.2% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 23 kes atau 0.2% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/11/21/1633-kes-jangkitan-baharu-covid-19-dicatatkan-semalam/
1,633 kes jangkitan baharu Covid-19 dicatatkan semalam
[ "SEBANYAK 1,633 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 1,633 kes kelmarin.", "Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,967,299 kes.", "Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,989 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,903,906 kes.", "Sebanyak dua kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan tiada kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).", "Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,595 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,783 kes.", "Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 26,798 kes dengan 24,847 kes atau 92.7 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).", "Sebanyak 1,857 kes atau 6.9% pesakit dirawat di hospital, 39 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 55 kes atau 0.2% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/06/11/2166-kes-jangkitan-baharu-covid-19-semalam/
2,166 kes jangkitan baharu Covid-19 semalam
[ "ANGKA jangkitan Covid-19 terus mencatatkan peningkatan dan semalam dilaporkan sebanyak 2,166 kes baharu berbanding 1,877 kes kelmarin.", "Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,523,018 kes.", "Sebanyak 1,488 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah4,464,558kes.", "Semalam turut mencatatkan satu kematian dan ia merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).", "Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak35,709kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,573 kes.", "Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 22,751 dengan 21,764 atau 95.7 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 27 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).", "Sebanyak 936 atau 4.1 peratus pesakit dirawat di hospital, 11 atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 13 atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/12/22/7-kematian-covid-19-dilaporkan-semalam/
7 kematian Covid-19 dilaporkan semalam
[ "KES jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 984 kes semalam berbanding 816 kes kelmarin.", "Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,020,834 kes.", "Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,534 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,968,709 kes.", "Tujuh kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).", "Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,821 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,846 kes.", "Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 14,854 kes dengan 13,975 kes atau 94.1 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).", "Sebanyak 842 kes atau 5.7% pesakit dirawat di hospital, 15 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 22 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2023/02/25/belanjawan-2023-kerajaan-mahu-noktahkan-kemiskinan-tegar/
Belanjawan 2023: Kerajaan mahu noktahkan kemiskinan tegar
[ "KERAJAAN tidak pernah meminggirkan golongan rentan berpendapatan rendah dalam setiap pembentangan belanjawan.", "Namun, Belanjawan 2023 turut menggariskan beberapa inisiatif bagi membantu golongan berpendapatan sederhana.", "Berikut Relevansenaraikan inisiatif dalam Belanjawan 2023 yang bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi cabaran ekonomi pada tahun ini.", "Beberapa pembaharuan dibuat untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR), termasuk melayakkan isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.", "Kerajaan juga akan memberikan sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih. Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan baucar makanan asas bernilai RM600.", "Secara keseluruhannya, STR akan membantu meringankan beban sara hidup hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.", "Walaupun STR dikaitkan sebagai bantuan kepada golongan B40, mengambil kira bilangan penerima, STR telah memanfaatkan lebih 60 peratus rakyat dewasa negara.", "Kerajaan akan meneruskan penyaluran pelbagai subsidi dan insentif seperti harga padi, baja padi dan padi huma kepada pesawah padi dengan peruntukan RM1.6 bilion.", "Sumbangan tunai turut diberikan kepada pesawah padi sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim, melibatkan 240,000 pesawah dengan peruntukan RM228 juta.", "Selain sumbangan RM60 juta, Padiberas Nasional Berhad (Bernas) turut bersetuju membuat perkongsian keuntungan daripada import beras dengan menyumbang 30 peratus keuntungan bersih kepada pesawah padi.", "Bagi meningkatkan pendapatan minimum penoreh getah, kerajaan bersetuju menaikkan Paras Harga Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram dengan peruntukan RM350 juta.", "Kerajaan juta bersetuju menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan. Ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung 320,000 pekebun kecil dengan peruntukan RM256 juta.", "Bagi meningkatkan permintaan getah sekali gus menambah pendapatan pekebun kecil, kerajaan akan menyediakan RM50 juta untuk menggunakan Cuplumb Modified Bitumin (CMB) bagi penyelenggaraan jalan.", "Bermula 2023, kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak dua peratus melibatkan setiap banjaran pendapatan lebih RM35,000 hingga RM100,000. Pengurangan itu dijangka dapat memberikan kira-kira 2.4 juta pembayar cukai dengan lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300.", "Bermula 2019, kerajaan telah memperkenalkan Skim Peduli Kesihatan (PEKA B40) bagi menyediakan pemeriksaan atau saringan awal khas untuk golongan B40. Kerajaan menyediakan RM80 juta bagi memperkasa skim ini dengan turut merangkumi saringan penyakit kencing manis.", "Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan disediakan peruntukan RM50 juta bagi memastikan keadaan yang selamat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan keutamaan mengganti lif-lif yang telah usang.", "Bagi mempercepat proses perolehan, had sebut harga perolehan kerja penyelenggaraan dan pembaikan lif ditingkatkan kepada MR1.2 juta berbanidng RM500,000.", "Kerajaan juga akan menyediakan capaian internet percuma di 56 PPR terpilih untuk manfaat komuniti setempat.", "RM15 juta disediakan untuk menyokong usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan kelas pemulihan untuk anak-anak yang masih tercicir dalam pembelajaran manakala RM30 juta disediakan bagi mempergiat aktiviti ekonomi rakyat seperti perusahaan makanan menggunakan platform Cloud Kitchen di bawah seliaan Yayasan Hasanah.", "Beberapa projek PPR baharu juga sedang dilaksanakan melibatkan peruntukan RM367 juta untuk manfaat 12,400 bakal penghuni baharu. Selain itu, program Rumah Mesra Rakyat di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang melibatkan pembinaan 4,250 unit rumah dengan peruntukan RM358 juta.", "Kerajaan bersetuju menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Akaun 1 sebanyak RM500 untuk ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang RM10,000.", "Program itu akan memberi manfaat kepada hampir dua juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir RM1 bilion.", "Kerajaan akan menyediakan subsidi yuran taska sebanyak RM180 sebulan untuk penjawat awam dan menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah yang layak daripada RM5,000 kepada RM7,000.", "Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan memberikan sumbangan sosial korporat sehingga RM250 juta bagi menumpukan usaha membantu golongan rakyat termiskin termasuk komuniti miskin bandar bagi emningkatkan mutu kehidupan.", "Kerajaan akan melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan menumpukan pengupayaan golongan miskin supaya dapat meningkatkan potensi pendapatan mereka. Sejumlah RM750 juta peruntukan disediakan untuk 2023 kepada Kementerian Ekonomi bagi menjayakan inisiatif ini.", "Beberapa pendekatan baharu akan dilaksana untuk mengatasi kelemahan pelaksanaan bagi meningkatkan keupayaan isi rumah miskin tegar meraih pendapatan.", "Ini termasuk menghentikan pemberian bantuan dan kemudahan secara sekali gus kepada peserta, sebaliknya melaksanakan pemberian secara bulanan dan dipantau, sama ada dalam bentuk sewa beli kelengkapan atau subsidi penggajian untuk majikan yang mengambil peserta miskin tegar bekerja.", "Aktiviti ekonomi yang disertai hendaklah yang memenuhi keperluan komuniti setempat terutamanya sektor agropertanian dan makanan bagi memastikan permintaan berterusan.", "Program ini menyasarkan peserta meraih pendapatan antara RM2,000 hingga RM2,500 dalam tempoh pemantauan 24 bulan dan selepas itu dapat menjana pendapatan sendiri melalui hasil yang diperolehi.", "Kerajaan membayar bantuan kebajikan bernilai RM2.5 bilion kepada lebih 400,000 penerima. Bagi menyegerakan kemas kini data dan memastikan tiada lagi yang tercicir daripada menerima bantuan, kerajaan akan melaksanakan pemutihan senarai penerima bantuan bulanan kerajaan antara Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dengan Jabatakan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah satu pangkalan data.", "Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah telah bersetuju untuk menggunakan sebahagian bayaran hasil petroleum ke Sarawak dan Sabah bagi program pembasmian kemiskinan tegar.", "Kementerian Kewangan juga akan memperuntukkan sebahagian daripada Wang Ehsan Kelantan dan Terengganu untuk disalurkan secara langsung, khususnya untuk membantu golongan miskin.", "Kerajaan menyediakan sehingga RM64 bilion dalam bentuk subsidi, bantuan serta insentif. Sejumlah besar dana itu adalah untuk meminimumkan kos sara hidup melalui kawalan harga barang, bantuan kewangan dan memberi perkhidmatan kepada rakyat terbanyak.", "Kerajaan melaksanakan Jualan Rahmah yang menawarkan barangan asas dengan harga sehingga 30 peratus lebih murah berbanding pasaran. Kerajaan menyediakan RM100 juta untuk menjayakan program itu di setiap kawasan Parlimen.", "Kerajaan akan meningkatkan peruntukan daripada RM200 juta kepada RM225 juta bagi memperluas program pengedaran barangan keperluan asas ke 25 kawasan baharu antaranya di Paloh dan Passin, Sarawak; Pasir Raja, Terengganu dan Kuala Krai, Kelantan. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2023/03/09/tentang-imaginur-dan-kata-kata-healing/
Tentang Imaginur dan kata-kata ‘healing’
[ "SAYA seronok melihat sambutan orang ramai terhadap filem Imaginur. Selain melihat filem tempatan disanjung, seronok itu juga kerana saya memang peminat hasil kerja Nik Amir Mustapha dan Redza Minhat.", "Saya sendiri sudah tonton filem itu. Sepanjang tayangan saya berfikir dan berfikir. Banyaknya hal untuk difikir itu juga membantu saya mengetepikan emosi supaya air mata tidak mengalir di sebelah adik saya dan isterinya. Malu.", "Kerja seni seperti Imaginur bagus kerana ia mengajak penonton berfikir, bukan sekadar hanyut dalam lautan emosi yang dipaksa-paksa.", "Kita berfikir tentang demensia, Alzheimer, kasih anak kepada bapa, sayang suami kepada isteri dan setia adik kepada abang. Kita berkhayal tentang luasnya memori dan akal manusia.", "ARTIKEL BERKAITAN: FTD jenis demensia jarang berlaku, tiada penawar", "Melalui Imaginur, rentang padang luas yang menjadi happy place Zuhal telah disuntik makna baharu yang lebih mendalam; lebih signifikan berbanding makna lamanya yang sering diratib anak muda sekarang iaitu ‘tempat healing’.", "Ah, healing. Perkataan ini diguna pakai terlalu kerap sehingga maknanya menipis kepada sekadar trend. Diulang-ulang dalam kapsyen dan tanda pagar TikTok sehingga menjadi tepu dan jengkel: bagai lemak lembu yang tersangkut pada lelangit.", "Anekdot ini ditulis selepas saya membaca karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil tentang trend ‘buku healing’.", "Buku healing dengan ‘puisi’ pendek yang menyentak dan mengacau emosi semakin popular sekarang. Malah, lagu-lagu yang liriknya bersifat begitu juga mendapat sambutan, terutamanya dari Indonesia.", "Kata-kata pendek yang menyentak itu bernama aforisme. Puisi A. Samad Said bertajuk Nikmat yang berbunyi: “segala yang dihasrat tapi tak didapat adalah nikmat yang paling padat” ialah contoh aforisme yang baik. Kita baca dan mula berfikir dalam untuk mencari maknanya yang berlapis-lapis.", "Tapi sedalam mana yang boleh kita fikir? Itu beza aforisme dengan bromide dan platitude yang dibangkitkan Ustaz Hasrizal.", "ARTIKEL BERKAITAN: “Ramai yang membaca tapi tak bertanya” – Rosli Ibrahim", "Kebimbangan beliau, anak muda sekarang terlalu mudah terkesan dengan kata ‘healing’ ringkas sehingga celaru mencari makna dan menjadi lebih rapuh.", "Kata-kata cetek dianggap dalam. Seperti orang yang tidak pandai berenang dengan yang pandai berenang. Yang tidak pandai berenang fikir air paras dada itu sudah dalam tetapi bagi yang pandai berenang, itu biasa sahaja. Kita mahu jadi orang yang pandai berenang atau tidak pandai berenang?", "Bukanlah mahu menghentam mereka yang membeli buku-buku healing di pasaran. Ia mungkin langkah awal untuk seseorang lebih mengenal diri, alam dan persekitarannya.", "Namun, bahaya kesedaran palsu yang ditawarkan kata-kata pendek tetapi cetek itu perlu diawasi. Kita tidak mahu jadi manusia yang sering terperangkap dalam emosi dan keliru antara produk emosi dengan akal.", "Emosi ibarat ranting pokok. Ia perlu untuk menampung wujud daun serta buah yang kedua-duanya bermanfaat. Tetapi ia tidak boleh jadi tempat berpaut ketika kita jatuh. Ia terlalu rapuh.", "Rasa tenang selepas membaca kata-kata healing itu bagus tetapi ia pelega sementara. Untuk memperkuat diri, lebih penting untuk kita memperkasa akal. Cari ilmu sepanjang masa, jangan jadikan kata-kata motivasi sebagai tempat berpaut.", "Zuhal pulih selepas mengembangkan batas akalnya untuk meneroka memori. Zuhal tidak pulih semata-mata kerana emosi cintanya kepada Nur.", "Teriaklah ketika perlu. Selepas selesai, pulang kepada kuasa akal. Ini ‘healing’ yang sebenar. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/04/20/otak-mengecut-keupayaan-mental-merosot-akibat-covid-19/
Otak mengecut, keupayaan mental merosot akibat Covid-19
[ "RISIKO Long Covid yang menyerang bekas pesakit Covid-19 sudah diketahui ramai. Antara gejala yang sering dikaitkan dengan sindrom Long Covid ialah kabut otak (brain fog).", "Daripada kira-kira 80 juta rakyat Amerika Syarikat (AS) yang pernah dijangkiti Covid-19, kira-kira satu perempat mengalami kabut otak. Gejala ini lebih berisiko menyerang bekas pesakit Covid-19 yang mengalami gejala berat. Kajian mendapati, bekas pesakit yang menerima rawatan di hospital adalah tiga kali lebih berkemungkinan mengalami gejala kecacatan fikiran seperti kabut otak.", "Namun, imbasan otak terhadap bekas pesakit Covid-19 kini mendapati, pesakit dengan gejala sederhana juga boleh mengalami perubahan fizikal pada otaknya akibat Long Covid. Gejala tersebut mengakibatkan bahagian tertentu pada otak mengecut, menyebabkan perubahan fizikal yang bersamaan dengan penuaan selama 10 tahun.", "“Terdapat bukti kecederaan neurologik (selepas Covid-19) yang berterusan,” kata ahli neurologi Sekolah Perubatan Universiti Feinberg Barat Laut, Ayush Batra. “Kami melihat bukti biologi dan biokimianya, kami melihat bukti radiografiknya dan yang paling penting, pesakit mengadu tentang simptom mereka.", "“Ia mempengaruhi kualiti hidup dan fungsi harian mereka,” katanya.", "Kesan Covid-19 kepada otak", "Antara bukti terkukuh bahawa Covid-19 boleh menyebabkan kerosakan neurologi datang dari kajian beberapa penyelidik daru United Kingdom (UK) yang memerhati perubahan pada otak pesakit sebelum dan selepas mereka dijangkiti Covid-19.", "Kajian tersebut mengumpulkan 785 peserta berumur antara 51 sehingga 81 tahun yang telah membuat imbasan otak sebelum pandemik bermula lagi. Ia meruapakan sebahagian daripada projek BioBank UK.", "Ujian dan rekod kesihatan menunjukkan 401 daripada peserta tersebut telah dijangkiti Covid-19. Kebanyakannya mempunyai gejala sederhana dengan hanya 15 daripada 401 peserta tersebut dirawat di hospital.", "Hasil kajian mendapati selepas empat setengah bulan dijangkiti Covid-19 dengan gejala sederhana, pesakit telah kehilangan, secara purata, antara 0.2 hingga dua peratus isipadu otak mereka dan mempunyai jirim kelabu (gray matter) yang lebih nipis berbanding individu sihat lain.", "Sebagai perbandingan, orang dewasa yang lebih tua kehilangan 0.2 hingga 0.3 peratus setiap tahun dalam hipokampus mereka – bahagian otak yang berkaitan dengan ingatan.", "Pada bahagian berkaitan bau, pesakit Covid-19 mempunyai 0.7 peratus lebih kerosakan tisu berbanding individu sihat lain.", "Prestasi peserta yang dijangkiti wabak itu dalam ujian kognitif juga merosot dengan lebih cepat berbanding sebelum dijangkiti. Mereka mengambil lapan hingga 12 peratus lebih masa dalam dua ujian yang mengukur perhatian, kemampuan pemeriksaan visual dan kepantasan memproses.", "Ahli neurologi dari Universiti Oxford yang mengetuai kajian tersebut, Gwenaelle Douaud berkata, pengurangan kemampuan mental itu boleh dikaitkan dengan kehilangan jirim kelabu pada bahagian tertentu otak pesakit.", "Secara keseluruhannya, kajian secara konsisten menunjukkan pesakit Covid-19 mendapat markah yang rendah dalam ujian perhatian, ingatan dan fungsi eksekutif berbanding individu sihat.", "Ahli neurologi Hospital Universiti Paris Lariboisiere, Jacques Hugon berkata, tidak dapat dipastikan sama ada otak pesakit akan pulih dengan sendiri atau pesakit akan pulih walaupun dengan rehabilitasi kognitif.", "“Kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam otak pesakit,” katanya. Mengulas kemungkinan kerosakan akibat Covid-19 akan membawa kepada kecelaruan neurodegeneratif yang pelbagai, Hugon tidak dapat memberi kepastian.", "“Namun, ada risiko dan kita perlu memerhatikan (pesakit) dengan sangat berhati-hati dalam beberapa tahun ini,” katanya. – RELEVAN", "*Artikel ini disunting dari artikel “Even mild COVID-19 can cause your brain to shrink” oleh Luca Locatelli yang disiarkan di nationalgeographic.com pada 15 April 2022." ]
https://relevan.com.my/2022/08/29/inflasi-julai-naik-4-4-tahun-ke-tahun-masih-antara-terendah-di-dunia/
Inflasi Julai naik 4.4% tahun ke tahun, masih antara terendah di dunia
[ "INFLASI negara pada Julai meningkat 4.4 peratus berbanding bulan sama tahun lalu, seiring dengan fenomena global yang dialami banyak negara.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, fenomena tersebut disebabkan kenaikan input pengeluaran dan harga bahan api.", "Walau bagaimanapun, kata beliau, kadar inflasi di Malaysia masih antara yang terendah di dunia.", "“Kadar pada Julai adalah lebih rendah berbanding United Kingdom (10.1 peratus), Zon Euro (8.9 peratus), Amerika Syarikat (8.5 peratus), Thailand (7.6 peratus), Singapura (7.0 peratus), Filipina (6.4 peratus), Republik Korea (6.3 peratus) dan Indonesia (4.9 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Menurut Mustapa, kadar inflasi Julai pada 4.4 peratus didorong oleh peningkatan harga kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol; Restoran dan Hotel serta Pengangkutan.", "Kata beliau, kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol mencatatkan peningkatan kepada 6.9 peratus. Komponennya, iaitu Makanan di Luar Rumah meningkat sebanyak 7.8 peratus manakala Makanan di Rumah naik 6.4 peratus.", "“Kumpulan Restoran dan Hotel mencatat kenaikan 5.8 peratus pada Julai disebabkan peningkatan perbelanjaan di Restoran dan Kafe yang meningkat kepada 6.0 peratus.", "“Ini adalah selari dengan peningkatan permintaan berikutan pertambahan bilangan ketibaan pelancong dan kadar purata penginapan hotel yang lebih tinggi.", "“Kumpulan Pengangkutan mencatat peningkatan sebanyak 5.6 peratus pada Julai disebabkan oleh kenaikan harga purata petrol RON97 kepada RM4.73 seliter. Peningkatan ini adalah selari dengan kenaikan harga minyak mentah Brent sebanyak 46.4 peratus berbanding Julai 2021,” katanya.", "Bagi perbandingan bulan ke bulan, menurut Mustapa, kenaikan inflasi pada Julai mula menyederhana kepada 0.4 peratus berbanding 0.6 peratus pada Jun.", "Jelas beliau, ia antara lain disebabkan penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi oleh Perdana Menteri yang telah berjaya membendung kenaikan harga barang.", "Sementara itu, bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, inflasi Malaysia meningkat 2.8 peratus dan ia selari dengan sasaran Bank Negara Malaysia (BNM), iaitu antara 2.2 peratus hingga 3.2 peratus bagi 2022.", "Kata Mustapa, peningkatan itu didorong terutamanya oleh kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol sebanyak 4.8 peratus; Pengangkutan (4.4 peratus) serta Restoran dan Hotel (3.6 peratus).", "“Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membendung inflasi dan membantu rakyat mendepani isu kos sara hidup. Inflasi di Malaysia adalah lebih rendah berikutan langkah kerajaan terus menyediakan peruntukan subsidi yang lebih besar, iaitu sebanyak RM77.7 bilion bagi 2022, berbanding dengan bajet asal sebanyak RM31 bilion.", "“Kerajaan juga akan menanggung subsidi elektrik sebanyak RM5.8 bilion bagi mengekalkan tarif elektrik bagi semua pengguna untuk separuh tahun kedua 2022.", "“Menurut Jabatan Perangkaan, kadar inflasi Malaysia mungkin melonjak melebihi 12 peratus sekiranya kerajaan tidak menyediakan pelbagai subsidi kepada rakyat,” katanya. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/02/22/malaysia-mencatatkan-25099-kes-baharu-43-kematian/
Malaysia mencatatkan 25,099 kes baharu, 43 kematian
[ "SEBANYAK 25,099 kes jangkitan Covid-19 telah dicatatkan semalam yang mana menunjukkan penurunan berbanding kelmarin iaitu 26,832. Sekali gus, pertambahan kes baharu itu menjadikan menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 3,246, 779 kes.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes harian itu, 100 kes atau 0.40 peratus adalah kategori 3,4 dan 5 manakala 24,999 kes atau 99.60 peratus adalah merupakan kategori 1 dan 2.", "“Kes kategori 2 terus mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 17,236 atau 68.67 peratus diikuti kes kategori 1 sebanyak 7,763 kes atau 30.93 peratus dan kategori 3 sebanyak 56 kes atau 0.23 peratus.", "“Bagi kes kategori 4 pula mencatatkan sebanyak 23 kes atau 0.09 peratus dan 21 kes atau 0.08 peratus untuk kategori 5,” katanya.", "Semalam juga merekodkan sebanyak 17,749 kes sembuh, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah sebanyak 2,955,404 kes.", "Sementara itu, menurut data laman web CovidNow, semalam juga mencatatkan 43 kematian dengan 13 daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).", "Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 32,390 kematian manakala jumlah terkumpul BID sebanyak 6,586 kes.", "Jumlah kes aktif di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 258,985 dengan 245,875 atau 94.9 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 5,055 kes atau 2.0 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).", "Sebanyak 7,783 atau 3.0 peratus pesakit dirawat di hospital, 108 atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 164 atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/09/03/2618-kes-sembuh-covid-19-semalam/
2,618 kes sembuh Covid-19 semalam
[ "JANGKITAN harian Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,328 kes semalam berbanding 2,356 kes kelmarin.", "Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,787,308 kes.", "Bagi kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,618 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,719,910 kes.", "Sebanyak sembilan kes kematian dilaporkan semalam dan tiga daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).", "Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,234 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,702 kes.", "Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 31,164 kes dengan 29,761 kes atau 95.5 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 19 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).", "Sebanyak 1,305 kes atau 4.2 peratus pesakit dirawat di hospital, 35 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 44 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/08/17/3658-kes-sembuh-covid-19-dicatatkan-semalam/
3,658 kes sembuh Covid-19 semalam
[ "JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 3,429 kes semalam berbanding 2,437 kes kelmarin kelmarin.", "Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,741,412 kes.", "Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 4,882 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,664,570 kes.", "Sebanyak sembilan kes kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).", "Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,102 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,672 kes.", "Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 40,741 kes dengan 39,062 kes atau 95.9 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 32 kes atau 0.1 peratus di Pusat dan Rawatan Covid-19 (PKRC).", "Sebanyak 1,563 kes atau 3.8 peratus pesakit dirawat di hospital, 26 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 58 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2023/03/22/bagaimana-proses-melihat-anak-bulan/
Bagaimana proses melihat anak bulan?
[ "SETIAP tahun, kita pasti menunggu ucapan daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja setiap Ramadan, Aidilfitri dan Aidiladha dengan penuh debaran. Tetapi, bagaimana tarikh mula berpuasa dan raya ditentukan?", "Nabi Muhammad S.A.W mengajar kita melihat anak bulan untuk menentukan bila kita mula berpuasa. Dalam sebuah hadis oleh Nafi’ dari Ibnu Umar, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda tentang bulan Ramadan.", "“Jangan kamu berpuasa kecuali kamu melihat hilal iaitu (Ramadan). Dan janganlah kamu berbuka sebelum kamu melihat hilal (Syawal). Apabila penglihatan kamu dilindungi oleh awan, maka hendaklah kamu takdirkannya.” (Sahih Bukhari 2:1787)", "Hilal atau anak bulan merupakan fasa bulan yang paling nipis dan kurang bercahaya. Anak bulan akan muncul selepas bulan mengalami fasa ijtimak atau fasa bulan gelap atau new moon.", "​​Berdasarkan hadis di atas, puasa dan hari raya ditetapkan dengan penampakan anak bulan. Dari hadis ini juga kita dapat memahami bahawa sama ada anak bulan kelihatan atau tidak, orang yang pergi melihat anak bulan tetap berpahala kerana ia merupakan amalan di bawah fardu kifayah.", "Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan terdapat 29 lokasi di seluruh negara yang diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan pada petang ini iaitu bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijrah.", "Menurut Jabatan Mufti Negeri Perak, pada majlis melihat anak bulan, ia akan didahulukan dengan majlis zikir dan ceramah khas yang biasa disampaikan oleh para pendakwah.", "Majlis zikir ini sebenarnya penting kerana melihat anak bulan bukanlah satu ibadah yang boleh dilakukan setiap hari. Justeru itu, majlis zikir ini berfungsi agar semua yang mahu melihat anak bulan mempunyai hati yang bersih dan jauh dari maksiat.", "Terdapat dua cara untuk melihat anak bulan iaitu melalui pandangan mata kasar atau menggunakan teodolite dan teleskop.", "Melalui mata kasar, pandangan akan lebih luas. Tetapi dengan bantuan peralatan seperti teodolite dan teleskop, penglihatan akan menjadi lebih fokus dan jelas.", "Bagi memudahkan untuk melihat anak bulan, kita memerlukan data daripada matahari dan bulan. Data ini perlu disediakan berdasarkan koordinat lokasi dengan kekerapan setiap satu minit.", "Berpandukan data yang dikumpul, seseorang itu akan menumpukan kepada satu arah yang dikenal pasti. Melihat anak bulan adalah kerja yang memerlukan ketelitian. Bagi seorang ahli falak, tumpuan sepenuhnya perlu diberikan ketika waktu matahari telah terbenam.", "Setelah matahari terbenam, ketika inilah potensi anak bulan kelihatan lebih besar dan jelas. Pada waktu ini, setiap peralatan perlu siap diletakkan dengan stabil.", "Setelah keputusan sama ada hilal telah dilihat atau tidak, ia perlu dilaporkan kepada Penyimpan Mohor Besar dan pejabat Sultan negeri. Maka disinilah peranan Penyimpan Mohor Besar untuk mendapatkan perkenan Duli-duli Tuanku.", "Setelah itu, barulah Penyimpan Mohor Besar akan mengumumkannya melalui siaran media yang ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam di Malaysia.", "Secara ringkasnya, begitulah amalan melihat anak bulan di Malaysia. Amalan ini bukan dilakukan tanpa sebab yang kukuh, sebaliknya ia perlu dilakukan dengan teliti dan penuh hikmah.", "Penentuan awal puasa dan hari raya juga dapat ditetapkan pada tarikh yang tepat seperti disarankan oleh Nabi Muhammad S.A.W. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/11/16/sering-digigit-nyamuk-ini-sebabnya-anda-menjadi-sasaran/
Sering digigit nyamuk? ini sebabnya anda ‘magnet’ nyamuk
[ "ADA diantara kita yang sangat disukai nyamuk sehingga sering menjadi mangsa gigitannya sedangkan orang yang berada berdekatan individu tersebut tidak pula menarik minat penghisap darah itu.", "Menurut Sciencedaily, nyamuk akan memburu manusia dengan menjejaki hembusan pernafasan, haba badan dan bau badan, tetapi sesetengah daripada kita adalah ‘magnet’ nyamuk.", "Antara teori popular yang menjadi sebab seseorang itu menjadi kesukaan nyamuk ialah jenis darah, paras gula dalam darah, makan bawang putih atau pisang, wanita dan kanak-kanak.", "Sehubungan itu, perkara tersebut telah menarik minat Leslie Vosshall dan dan Maria Elena De Obaldia untuk meneroka teori terkemuka yang menjadi punca tarikan nyamuk iaitu variasi bau individu yang berkaitan dengan mikrobiota kulit.", "ARTIKEL BERKAITAN: Makanan yang perlu diambil dan dielakkan ketika dijangkiti Covid-19 – Relevan", "“Kajian ini juga mendapati bahawa asid lemak pada kulit boleh menghasilkan minyak wangi yang memabukkan dan boleh menentang nyamuk.", "“Terdapat perkaitan yang sangat kuat antara mempunyai kuantiti asid lemak yang banyak pada kulit dan menjadi magnet nyamuk,” kata Vosshall yang merupakan Profesor di Universiti Rockefeller dan Ketua Pegawai Saintifik Institut Perubatan Howard Hughes.", "Dalam kajian tiga tahun itu, lapan peserta diminta memakai stoking nilon di lengan dan dimasukkan ke dalam satu ruang dengan setiap kawasan itu dihubungkan kepada dua tiub yang mana di situ tersimpan nyamuk.", "Mereka meletakkan nyamuk Aedes Aegypti, spesies vektor utama untuk zika, denggi, demam kuning dan chikungunya.", "“Kami mendapati nyamuk-nyamuk tersebut berkerumun ke arah subjek 33, sesuatu yang luar biasa sedang berlaku.", "“Perkara ini membuatkan saya berasa sangat teruja sebagai seorang saintis,” ujar Vosshall.", "Penyelidik menyusun peserta bermula dengan yang mempunyai tinggi daya penarik kepada paling rendah dan kemudian mengenal pasti apa yang membezakan mereka.", "Mereka menggunakan teknik analisis kimia untuk mengenal pasti 50 sebatian molekul yang ditambah ke dalam sebum (penghalang pelembab pada kulit).", "Dari situ, mereka mendapati bahawa peserta yang ‘magnet’ nyamuk menghasilkan asid karboksilik pada tahap yang lebih tinggi.", "Bahan-bahan ini berada dalam sebum dan digunakan oleh bakteria pada kulit kita untuk menghasilkan bau badan manusia yang unik.", "Lazimnya, manusia mempunyai dua kelas bau utama yang dikesan nyamuk dengan dua set penerima bau yang berbeza iaitu Orco dan reseptor IR.", "ARTIKEL BERKAITAN: Awas batu karang hempedu, ini punca dan rawatan – Relevan", "Untuk melihat sama ada mereka boleh merekayasa nyamuk yang tidak dapat mengesan manusia, para penyelidik mencipta mutan yang kehilangan satu atau kedua-dua reseptor.", "Mutan Orco kekal tertarik kepada manusia dan dapat membezakan antara magnet nyamuk dan penarik rendah manakala mutan IR kehilangan daya tarikannya kepada manusia pada tahap yang berbeza-beza, tetapi masih mengekalkan keupayaan untuk mencari kita.", "“Salah satu cara yang berpotensi untuk mematikan penjejak nyamuk adalah dengan mengoles sebum dan bakteria daripada kulit orang yang kurang menarik serangga itu.", "“Kami berharap kajian ini akan memberi inspirasi kepada penyelidik untuk menguji spesies nyamuk lain, termasuk dalam genus Anopheles yang menyebarkan malaria,” tuturnya lagi.- RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/09/12/26339-kes-aktif-covid-19-di-malaysia/
26,339 kes aktif Covid-19 di Malaysia
[ "KES jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,483 kes berbanding 1,971 kes kelmarin.", "Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,807,097 kes.", "Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,090 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,742,488 kes.", "Sebanyak tiga kes kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).", "Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,280 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,710 kes.", "Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 26,339 kes dengan 25,021 kes atau 95.0 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sembilan kes atau 0.0 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).", "Sebanyak 1,241 kes atau 4.7 peratus pesakit dirawat di hospital, 20 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 48 kes atau 0.2 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/12/13/809-kes-baharu-covid-19-dicatatkan-semalam/
809 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam
[ "JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 809 kes semalam berbanding 867 kes kelmarin.", "Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,011,443 kes.", "Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,552 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,956,702 kes.", "Enam kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).", "Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,769 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,833 kes.", "Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 17,972 kes dengan 16,772 kes atau 93.3 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).", "Sebanyak 1,128 kes atau 6.3% pesakit dirawat di hospital, 23 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 49 kes atau 0.3% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/12/02/baik-buruk-bekerja-di-sektor-ekonomi-gig/
Baik buruk bekerja di sektor ekonomi gig
[ "MENURUT kamus Cambridge, ekonomi gig merujuk kepada pekerjaan yang dilakukan secara bebas iaitu tanpa bergantung kepada mana-mana majikan atau syarikat.", "Kebiasaannya, pekerjaan di bawah ekonomi gig ini dilakukan hanya sebagai pekerjaan sementara, sampingan, kontrak atau bebas.", "Contoh pekerjaan di bawah ekonomi gig termasuk pekerja bebas (freelancer), kontraktor bebas, pemandu e-hailing atau p-hailing dan pekerja sambilan.", "Ekonomi gig mempunyai banyak faedah untuk kedua-dua pekerja dan majikan. Majikan mempunyai akses kepada pelbagai jenis bakat dan khidmat yang mereka boleh dapatkan.", "Sekiranya pekerja yang diambil kurang memuaskan, tidak ada kontrak untuk mengekalkan pekerja atau isu untuk melepaskan mereka.", "Di samping itu, pada ketika syarikat kekurangan pekerja sepenuh masa, majikan boleh mengupah pekerja ekonomi gig. Pengambilan pekerja gig juga boleh meringankan kos perbelanjaan syarikat kerana tidak perlu membayar insurans kesihatan atau faedah-faedah pekerja lain.", "Bagi pekerja, faedah ekonomi gig termasuk mempunyai pilihan untuk melakukan pelbagai kerja, bebas bekerja di mana-mana sahaja bergantung kepada pekerjaan tertentu.", "Selain itu, waktu kerja bagi pekerja jenis ini juga bebas dan fleksibel. Justeru, anda bebas mengatur jadual harian kerja masing-masing.", "Walaupun terdapat pelbagai faedah bekerja dalam industri ini, terdapat beberapa kelemahan bekerja dalam dunia ekonomi gig.", "Meskipun tidak semua majikan cenderung untuk mengambil pekerja kontrak, trend ekonomi gig boleh menyukarkan pekerja sepenuh masa untuk berkembang dalam kerjaya mereka kerana bayaran pekerja sementara selalunya lebih murah dan lebih fleksibel.", "Bagi sesetengah pekerja, fleksibiliti bekerja secara bebas sebenarnya boleh mengganggu keseimbangan kehidupan dan kerja (work-life balance), corak tidur dan aktiviti kehidupan seharian.", "Fleksibiliti dalam ekonomi gig selalunya bermakna pekerja perlu sentiasa berada dalam keadaan bersedia tanpa mengira masa atau keperluan lain dan perlu memburu kerja seterusnya untuk terus kekal relevan dalam industri.", "Walau bagaimanapun, oleh kerana pekerjaan gig ekonomi bukan pekerjaan tetap, pendapatan yang diperoleh pada setiap bulan juga tidak menentu.", "Selain itu, pekerjaan gig ekonomi tidak menyediakan faedah pekerja. Sebagai contoh, faedah kesihatan dan insurans.", "Proses pengurusan cukai juga agak rumit kerana anda perlu menguruskan semuanya sendiri, tidak seperti pekerjaan tetap yang kebiasaannya syarikat akan menguruskan semuanya untuk anda.", "Jika anda mempunyai pertimbangan untuk menceburi pekerjaan dalam ekonomi gig, terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian sebelum membuat keputusan.", "Perhatikan gaji dan upah yang ditawarkan", "Kadar upah dan pembayaran boleh berubah-ubah mengikut lokasi, khidmat dan beban kerja yang dilakukan.", "Anda mempunyai kebebasan untuk memilih jenis khidmat dan upah yang anda kehendaki. Jadi, buat pilihan yang wajar dan berbaloi. Tetapi, jangan teralu memilih kerana khuatir akhirnya tidak ada wang yang cukup untuk menampung kehidupan.", "Berhati-hati dengan kos tersembunyi", "Biarpun bekerja dalam ekonomi gig merupakan salah satu cara mudah untuk mendapatkan wang, tetapi jangan terlepas pandang kos-kos tersembunyi seperti minyak, tol, makan dan minum.", "Sesetengah syarikat memberikan insentif elaun untuk minyak kereta, insurans dan faedah kesihatan yang lain. Oleh kerana anda bekerja bebas dan tidak terikat dengan mana-mana syarikat, semua kos-kos tersebut perlu ditangguh sepenuhnya sendiri.", "Secara tradisinya, majikan akan menguruskan perihal cukai pekerja.", "Namun, keadaan berbeza untuk pekerja gig ekonomi karena kebanyakan mereka perlu menyelesaikannya sendiri.", "Bina cukai bekerja anda sendiri ke dalam belanjawan anda supaya tidak menghadapi bil mengejut apabila tiba masa untuk memfailkannya.", "Berhati-hati dengan tawaran pekerjaan palsu. Sekiranya anda mendaftar pekerjaan gig di bawah ejen atau mana-mana aplikasi dan laman web yang meminta anda untuk memberikan wang pendahuluan, jangan terpedaya.", "Dalam situasi lain, sekiranya mereka menawarkan bayaran upah terlalu tinggi daripada kemahiran dan pengalaman anda, itu juga mungkin menjadi salah satu bentuk penipuan.", "Ingat, jika ia kelihatan terlalu indah untuk menjadi kenyataan, jangan terus terpedaya. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/05/23/khairy-dilantik-sebagai-naib-presiden-perhimpunan-kesihatan-dunia-2022/
Khairy dilantik sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia 2022
[ "MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia (WHA) 2022 yang sedang berlangsung di Geneva, Switzerland bermula semalam hingga Sabtu ini.", "Khairy yang mewakili Malaysia dilantik bersama wakil dari empat negara lain iaitu Bulgaria, Indonesia, Togo dan Amerika Syarikat untuk jawatan tersebut.", "“Beliau akan mewakili rantau Pasifik Barat. Rantau ini meliputi 37 buah negara dan mewakili lebih satu perempat daripada populasi dunia,” kata Penasihat Menteri Kesihatan, Dimishtra Sittampalam seperti dipetik Bernama.", "WHA tahun ini merupakan edisi ke-75 perhimpunan tersebut dan ia merupakan kali pertama ia diadakan secara bersemuka sejak bermulanya pandemik Covid-19. Tema untuk perhimpunan tersebut merupakan “Kesihatan untuk keamanan, keamanan untuk kesihatan”.", "Perhimpunan tersebut dijangka akan memberi tumpuan kepada isu-isu utama kesihatan dunia seperti pandemik Covid-19 dan Inisiatif Kesihatan untuk Keamanan Global.", "Sementara itu, Menteri Kesihatan Djibouti, Dr. Ahmed Robleh Abdillah dilantik sebagai Presiden WHA 2022 manakala Dr. Hiroki Nakatani dari Jepun dan Rajesh Bhushan dari India masing-masing dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa A dan Jawatankuasa B. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/06/02/upm-rangkul-sembilan-pingat-emas-dan-tiga-pingat-perak-di-itex/
UPM rangkul sembilan pingat emas dan tiga pingat perak di ITEX
[ "UNIVERSITI Putra Malaysia (UPM) merangkul sembilan pingat emas dan tiga pingat perak di The International Invention, Innovation & Technology Exhibition 2022 (ITEX) yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 26 hingga 27 Mei lalu", "ITEX yang dianjurkan oleh Malaysian Invention and Design Society (MINDS) dan C.I.S merupakan pameran reka cipta dan inovasi berprestij antarabangsa yang diadakan secara tahunan.", "Pameran tersebut turut menyediakan platform dan pasaran untuk mempersembahkan idea serta inovasi terkini di peringkat global.", "Presiden MINDS, Prof. Emeritus Tan Sri Augustine Ong Soon Hock berkata, ITEX 2022 merupakan anjuran kali ke-33 tahun yang mengetengahkan lebih 80 peratus inovasi untuk dipertandingkan dan telah bersedia untuk dikomersilkan kepada pihak industri.", "“ITEX 2022 menerima lebih 500 penyertaan daripada sektor korporat, antarabangsa, universiti, institusi penyelidikan dan sebagainya yang melibatkan lebih 15 negara seperti Arab Saudi, Singapura dan Thailand,” katanya dalam satu kenyataan.", "UPM menarik perhatian pereka cipta dari dalam dan luar negara dengan mempamerkan inovasi dan teknologi terkini dalam pelbagai bidang profesional meliputi pertanian, kejuruteraan, sains sosial dan bioteknologi.", "Sembilan pingat emas yang diraih merupakan hasil komitmen dan dedikasi yang tinggi oleh barisan penyelidik dalam membangunkan inovasi terbaik iaitu Prof. ChM Dr. Mohd. Basyaruddin Abdul Rahman dari Fakulti Sains, Prof. Ts. Dr. Hidayah Ariffin dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Prof. Ts. Dr. Rosnah Shamsudin dari Fakulti Kejuruteraan, Prof. Madya Dr. Shahrul Ainliah Alang Ahmad dari Fakulti Sains, Prof. Madya Dr. Yuzine Esa dari Fakulti Pertanian, Ts. Dr. Norhayu Asib dari Fakulti Pertanian, Ts. Dr. Mohd. Salahuddin Mohd. Basri dari Fakulti Kejuruteraan, Dr. Ilyana Jalaluddin dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi serta Md. Rozaidi Md Yusof dari Pusat Pertanian Putra.", "Timbalan Pengarah Bahagian Promosi dan Pengkomersialan Inovasi Putra Science Park (PSP), UPM, Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman berkata, UPM sekali lagi meneruskan tradisi kecemerlangannya dengan memenangi pingat bagi kesemua 12 inovasi yang dipertandingkan.", "“UPM sangat komited dalam menghasilkan dan mengkomersialkan inovasi yang dapat memberi kebaikan kepada masyarakat serta negara.", "“Kami juga mengalu-alukan kolaborasi daripada rakan industri bagi membawa hasil penyelidikan ke pasaran supaya manfaatnya dapat dikongsi dengan semua pihak yang disasarkan,” ujarnya.", "Tambah beliau, PSP UPM selaku pengurus inovasi UPM akan terus memastikan inovasi UPM diketengahkan kepada umum dan seterusnya menyasarkan kolaborasi dengan pihak industri bagi mengkomersialkan hasil penyelidikan terbaik UPM.", "ITEX 2022 menyediakan platform untuk pencipta, penyelidik, pereka dan usahawan bagi mempamerkan ciptaan, idea serta prototaip terkini mereka sekali gus, menghubungkannya dengan industri di seluruh dunia.", "Di pameran itu juga menampilkan anugerah khas, ITEX Awards, Asian Invention Excellence Awards, IFIA Award, Malaysia Innovative Product Award, Sponsor Awards dan International Awards bagi meraikan inovasi serta teknologi terbaik sekali gus, menggalakkan pertumbuhan perniagaan baharu untuk muncul dan memacu sektor ekonomi negara.- RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/12/05/kumulatif-kes-covid-19-di-malaysia-mencecah-5-juta/
Kumulatif kes Covid-19 di Malaysia mencecah 5 juta
[ "ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,502 kes semalam berbanding 1,866 kes kelmarin.", "Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,000,332 kes.", "Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,093 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,941,114 kes.", "Sebanyak tiga kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).", "Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,713 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,816 kes.", "Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 22,505 kes dengan 20,889 kes atau 92.8 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).", "Sebanyak 1,512 kes atau 6.7% pesakit dirawat di hospital, 34 kes atau 0.2% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 70 kes atau 0.3% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/06/16/buat-lepasan-spm-ikuti-langkah-ini-sebelum-buat-permohonan-upu/
Buat lepasan SPM, ikuti langkah ini sebelum buat permohonan UPU
[ "KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan Kementerian Pendidikan hari ini menunjukkan perkembangan positif apabila seramai 9,696 calon mencatatkan keputusan semua A walaupun Gred Purata Nasional (GPN) menurun kepada 4.86.", "Pastinya, para lepasan SPM sudah mula mengatur langkah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Ada banyak pilihan yang boleh dipertimbang lepasan SPM, baik melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, asasi, matrikulasi, Tingkatan 6 atau sijil kemahiran. Semuanya ada kelebihan tersendiri.", "Buat mereka yang mahu membuat permohonan melalui Unit Pusat Universiti (UPU), ada beberapa langkah yang boleh diambil bagi memastikan peluang yang lebih baik untuk diterima dalam program pilihan.", "Relevan senaraikan langkah-langkah yang perlu diambil lepasan SPM sebelum membuat permohonan UPU seperti yang dikongsikan Pensyarah Kanan Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Muhamad Ridzuan Hashim.", "Memilih program yang cocok dengan minat sendiri adalah penting kerana anda bukan sahaja perlu mempelajari subjek-subjek berkaitan dalam tempoh dua hingga enam tahun, malah anda berkemungkinan besar akan mendapatkan kerjaya seumur hidup dalam bidang sama.", "Dapatkan nasihat rakan-rakan, guru dan kaunselor serta keluarga tentang pilihan anda. Lakukan juga sedikit kajian untuk mengetahui subjek-subjek yang akan dipelajari dalam program tersebut, kos peralatan yang diperlukan dan peluang kerjaya yang ada.", "Relevan ada berkongsi laluan pendidikan untuk beberapa bidang pengajian seperti pengurusan hotel, komunikasi dan mediaserta undang-undang.", "Walau bagaimanapun, jika anda belum dapat menetapkan minat sebenar, pilih program yang paling menarik di mata anda. Ini kerana, anda masih boleh mengubah bidang pengajian pada peringkat ijazah kelak. Pasaran pekerjaan juga lebih fleksibel sekarang, yang penting anda berusaha menajamkan kemahiran insaniah sepanjang pengajian.", "Setiap program pengajian menetapkan syarat am dan syarat khas kelayakan. Untuk syarat am, ia berbeza mengikut peringkat pengajian yang ingin dimohon. Sebagai contoh, untuk melanjutkan pengajian ke peringkat asasi dan matrikulasi, calon perlu memperolehi lima kepujian termasuk subjek Bahasa Melayu dan lulus untuk subjek Sejarah. Peringkat diploma pula perlu mendapat tiga kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah. Syarat am untuk peringkat lain juga boleh dilihat dalam infografik di bawah:", "Syarat khas pula akan berbeza mengikut program dan institut pengajian tinggi (IPT) yang dipilih. Calon digalakkan untuk melayari laman web IPT pilihan untuk melihat sendiri syarat khas yang ditetapkan. Aplikasi UPU Poket juga menyediakan e-Panduan yang menyenaraikan secara lengkap setiap program dan syarat khasnya.", "Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) menyediakan kalkulator merit di laman web dan aplikasi UPU Poket. Anda hanya perlu masukkan keputusan anda mengikut subjek dan markah merit akan dikira secara automatik.", "Markah merit anda dipecahkan kepada tiga komponen Akademik (90 peratus) dan merit kokurikulum (10 peratus). Tiga komponen akademik tersebut ialah mata pelajaran universal (MPU) iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah yang merangkumi 40 peratus markah, mata pelajaran pakej (30 peratus) dan mata pelajaran terbaik.", "Markah merit anda akan memberi gambaran kelayakan anda untuk memohon satu-satu program. Dalam e-Panduan, setiap program disertakan dengan purata markah merit. Pastikan markah merit anda melebihi purata program untuk peluang yang lebih besar.", "Bagaimana jika markah merit anda lebih rendah berbanding purata program yang diminati? Muhamad Ridzuan mengesyorkan supaya program tersebut diletakkan dalam pilihan bawah antara 12 pilihan program dalam permohonan UPU.", "“Seboleh-bolehnya pilihan yang teratas mestilah melebihi purata markah merit,” katanya.", "Anda akan diberikan 12 pilihan program dalam permohonan ke UPU. Muhamad Ridzuan menasihati supaya kesemua 12 program tersebut ialah program yang diminati pelajar.", "“Penyusunan program adalah mengikut minat pelajar kerana jika ditawarkan dan pelajar berubah fikiran, pelajar tidak akan berpeluang membuat rayuan. Rayuan hanya terbuka kepada pelajar yang tidak mendapat mana-mana tawaran dari 12 pilihan program yang dipilih.", "“Pelajar tidak akan ditawarkan program selain dari pilihan yang diisi,” katanya.", "Ini bermakna, jika calon mengisi pilihan ke-10, 11 dan 12 dengan program yang tidak diminati, dan mereka ditawarkan program tersebut, calon tidak lagi boleh membuat rayuan untuk program dalam pilihan 1 hingga 9.", "Pastikan pilihan program dibuat dengan teliti supaya calon tidak ditawarkan program yang tidak diminati, seterusnya membuatkan mereka tidak bersemangat untuk melanjutkan pelajaran. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2023/01/12/cuti-bersalin-itu-hak-bukan-ganjaran/
Cuti bersalin itu hak, bukan ganjaran
[ "SUDAH lebih satu abad sejak konsep perlindungan materniti untuk wanita di tempat kerja diperkenalkan, namun kita masih terus berdebat tentangnya.", "Pada 1919, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menganjurkan Konvensyen Perlindungan Materniti. Hasil konvensyen ini, diskriminasi terhadap wanita bersalin dalam pasaran pekerjaan perlahan-lahan dapat dihapuskan.", "Keadaannya bertambah baik. Banyak negara mula meratifikasi konvensyen tersebut demi dua objektif utama: untuk memelihara kesihatan ibu bersalin bersama anak yang baru dilahirkan dan untuk menyediakan perlindungan kerja serta pendapatan.", "Di Malaysia juga bertambah baik. Melalui pindaan Akta Kerja 1955 yang berkuat kuasa tahun ini, cuti bersalin dipanjangkan kepada 98 hari manakala cuti paterniti diberikan kepada bapa selama tujuh hari.", "Namun, pastilah ada suara-suara yang membantah. Pindaan tersebut akan memberi tekanan kewangan kepada majikan, khususnya majikan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).", "ARTIKEL BERKAITAN: 5 tip kembalikan semangat bekerja selepas bercuti", "Ada juga hujah yang disadur kebimbangan terhadap kedudukan wanita dalam pasaran pekerjaan. Pindaan tersebut dijangka akan mengurangkan pengambilan pekerja wanita kerana majikan tak mahu tanggung risiko kewangan sekiranya pekerja tersebut memilih untuk melahirkan anak.", "Hujah-hujah ini ada meritnya. Cuma ada satu hujah yang canggung. Ada pihak yang fikir cuti bersalin selama 98 hari ini akan menjadi ganjaran kepada pekerja yang berprestasi rendah.", "Hujah canggung ini datang dari satu punca: kita fikir cuti bersalin itu ganjaran kepada pekerja wanita.", "Tidak pernah dalam mana-mana konvensyen berkaitan perlindungan materniti meletakkan cuti bersalin sebagai ganjaran. Ia tidak masuk akal. Cuti bersalin ialah hak, bukan ganjaran.", "Mengapa ia merupakan hak? Pertama, mempunyai anak itu kehendak alami manusia. Sudah tercetak dalam naluri manusia kehendak untuk mempunyai zuriat.", "Kedua, menarik apa-apa manfaat terhadap pekerja wanita semata-mata kerana mereka memilih untuk mempunyai anak ialah satu diskriminasi yang tidak berperikemanusiaan.", "Ketiga, memelihara kesihatan ibu dan anaknya selepas bersalin adalah tanggungjawab sosial yang penting. Tidak ada perniagaan boleh terus buat untung tanpa masyarakat yang stabil dan makmur sebagai pelanggan.", "ARTIKEL BERKAITAN: Wajarkah ‘cuti patah hati’ diberikan kepada mereka yang putus cinta?", "Sebab itu, cuti bersalin yang diberikan kepada pekerja wanita perlu dilihat sebagai hak, bukan ganjaran. Selagi kita memandang isu ini melalui sudut pandang yang salah, selagi itulah kita akan mencari seribu alasan untuk menolak perkembangan sihat dalam pasaran pekerjaan seperti ini.", "Berkenaan tekanan kewangan kepada majikan PMKS pula, ada langkah yang boleh diambil bagi menjamin situasi menang-menang kepada majikan dan pekerja. Ada negara yang menggunakan sistem insurans sosial untuk mendanai manfaat kewangan untuk pekerja, ada yang sepenuhnya diserahkan kepada majikan.", "Begitu juga dengan kebimbangan kekurangan peluang kepada pekerja wanita dalam pasaran pekerjaan. Jika difikirkan, majikanlah yang rugi jika menolak untuk mengambil pekerja wanita semata-mata kerana takut menanggung beban kewangan apabila mereka bersalin.", "Setiap pekerja dinilai pada kemampuannya. Ada ramai pekerja wanita yang hebat, berdisiplin dan berprestasi tinggi. Menggantikan mereka dengan pekerja yang mempunyai kemampuan lebih rendah semata-mata mahu mengelak memberikan cuti berbayar selama 98 hari jika mereka bersalin adalah kerugian yang nyata.", "Selepas 104 tahun, kita sepatutnya berbangga dengan kemajuan negara dalam mengiktiraf hak wanita dalam pasaran pekerjaan. Beri hak ini bukan kerja susah, kecuali kalau kita memang gemarkan diskriminasi. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/02/10/jangkitan-covid-19-terus-meningkat-dengan-catatan-19090-kes/
Jangkitan Covid-19 terus meningkat dengan catatan 19,090 kes
[ "PETALING JAYA: Kes Covid-19 terus meningkat apabila hari ini mencatatkan 19,090 jangkitan dan menjadikan jumlah kes terkumpul di Malaysia sebanyak 2,975,422 kes.", "Ini sekali gus menjadikan hari ini kali kelima berturut-turut kes harian mencecah lima angka selepas mencatatkan 10,089 kes pada Ahad lalu.", "Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah kes tersebut, 113 atau 0.59 peratus melibatkan pesakit dalam kategori 3,4 dan 5.", "Pesakit dalam kategori 1 dan 2 pula adalah sebanyak 18,977 kes atau 99.1 peratus.", "Pesakit dalam kategori 1 dan 2 merupakan kes positif Covid-19 yang tidak bergejala atau bergejala ringan tanpa melibatkan jangkitan pada paru-paru.", "Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 di laman web covidnow.moh.gov.my yang akan dikemas kini sekali gus selepas tengah malam. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2023/03/28/kos-sara-hidup-meningkat-78-selepas-berkahwin-perlu-rm4630-sebulan-untuk-hidup-di-lembah-kelang/
Kos sara hidup meningkat 78% selepas berkahwin, perlu RM4,630 sebulan untuk hidup di Lembah Kelang
[ "BERAPA pendapatan yang mencukupi untuk seseorang individu atau satu isi rumah hidup dengan selesa di Lembah Kelang?", "Pastilah keadaannya berbeza untuk setiap individu dan isi rumah namun anggaran yang selamat tetap boleh dibuat.", "Itu yang dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya (UM). Melalui kajian Belanjawanku yang didanai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), SWRC membuat anggaran pendapatan yang selesa untuk beberapa kategori individu bujang dan isi rumah.Penyelidikan tersebut bukan sahaja tertakluk di Lembah Kelang, malah 11 bandar lain di seluruh negara.", "Berikut Relevansenaraikan untuk anda 7 statistik penting yang diperoleh daripada kajian tersebut. Ini termasuk asas metodologi dan latar belakang kajian itu bagi memastikan anda faham konteks sebenarnya.", "Untuk mengira kos sara hidup seseorang, SWRC meletakkan andaian-andaian tertentu sebagai asas pengiraan. Sebagai contoh, pengiraan kos tempat tinggal untuk individu bujang adalah berdasarkan nilai sewaan satu bilik. Untuk pasangan pula, kos tempat tinggal dikira berdasarkan pembayaran gadai janji atau nilai sewa sebuah rumah (mana yang lebih rendah).", "Untuk pengangkutan, satu pasangan diandaikan memiliki sebuah kereta dan sebuah motosikal manakala purata jarak perjalanan ke tempat kerja adalah dalam radius 30 kilometer dari pejabat ke rumah.", "Kajian ini juga mengandaikan semua orang mempunyai akses terhadap penjagaan kesihatan dan pendidikan awam serta mempunyai tahap kesihatan yang baik. Semua orang juga diandaikan mempunyai pemikiran rasional dan boleh membuat keputusan yang baik.", "Terdapat sembilan kategori isi rumah dalam kajian ini, iaitu individu bujang (pengguna pengangkutan awam); individu bujang (pemilik kereta); pasangan berkahwin (tanpa anak); pasangan berkahwin (satu anak); pasangan berkahwin (dua anak); ibu/bapa tunggal (satu anak); ibu/bapa tunggal (dua anak); pasangan warga emas dan individu warga emas.", "Terdapat 11 kategori perbelanjaan yang diambil kira untuk setiap isi rumah. Kategori tersebut disebut sebagai bakul dan berikut merupakan item untuk setiap bakul perbelanjaan:", "Kategori lain – sewaan atau bayaran gadai janji sebuah rumah, mana-mana yang lebih rendah", "Kenderaan peribadi – kos bulanan untuk bayaran ansuran kenderaan, petrol, tol dan caj parkir", "Anak besar (7-13 tahun) – kos bulanan untuk upah jaga anak, duit poket, tuisyen, kelas agama dan aktiviti kokurikulum", "Kajian Belanjawanku meliputi 12 bandar di seluruh Malaysia. Dapatan kajian itu mendapati kos sara hidup tertinggi adalah di Lembah Kelang.", "Kategori isi rumah dengan kos terendah, iaitu individu bujang (pengguna pengangkutan awam) di Lembah Kelang memerlukan RM1,930 sebulan untuk hidup manakala kategori tertinggi, pasangan berkahwin (dua anak) memerlukan RM6,890 sebulan.", "Bandar dengan kos terendah pula merupakan Alor Setar, Kedah. Individu bujang (pengguna pengangkutan awam) memerlukan RM1,530 sebulan manakala pasangan berkahwin (dua anak) memerlukan RM5,430.", "Individu bujang yang menggunakan pengangkutan awam memerlukan kira-kira RM1,930 sebulan untuk hidup di Lembah Kelang. Individu bujang yang memiliki kereta pula memerlukan RM2,600.", "Bagi pasangan berkahwin tanpa anak, pendapatan isi rumah yang wajar di Lembah Kelang ialah RM4,630 sebulan. Pasangan berkahwin dengan seorang anak pula perlu RM5,980 manakala pasangan berkahwin dengan dua anak memerlukan RM6,890.", "Untuk ibu/bapa tunggal dengan seorang anak, mereka memerlukan RM4,740 sebulan untuk menampung kehidupan di Lembah Kelang. Ibu/bapa tunggal dengan dua anak pula memerlukan RM5,650.", "Individu warga emas memerlukan RM2,520 sebulan manakala pasangan warga emas memerlukan RM3,210.", "Berdasarkan data kos sara hidup di Lembah Kelang itu, Belanjawanku turut menjelaskan peningkatan kos sara hidup yang perlu ditanggung apabila seseorang individu atau isi rumah bertukar kategori.", "Contohnya, individu bujang yang menggunakan pengangkutan awam (RM1,930) akan mengalami peningkatan 35 peratus kos sara hidup jika memilih untuk memiliki kereta (RM2,600). Peningkatan ini disebabkan terutamanya oleh kos pengangkutan dan ad-hoc.", "Malah, jika anda bertukar status daripada individu bujang kepada pasangan berkahwin, peningkatan kos sara hidup adalah sebanyak 78 peratus. Penyumbang utama peningkatan tersebut ialah kos makanan, perumahan dan pengangkutan.", "Peningkatan jumlah anak untuk pasangan berkahwin juga meningkatkan kos sara hidup, walaupun tidak begitu besar. Pasangan berkahwin tanpa anak akan mengalami peningkatan kos sara hidup sebanyak 29 peratus apabila memiliki seorang anak. Pertambahan kepada dua anak pula melibatkan peningkatan 15 peratus.", "Peningkatan tersebut disebabkan kos penjagaan anak dan makanan terutamanya.", "Menurut SWRC, terdapat empat penyumbang utama kepada bakul perbelanjaan dalam Belanjawanku, iaitu makanan, perumahan, pengangkutan dan utiliti.", "Kajian Belanjawanku juga menunjukkan kesan kepada perbelanjaan apabila seseorang bergerak dari satu kategori isi rumah ke kategori isi rumah yang lain. Maklumat ini penting untuk orang ramai membandingkan situasi mereka sebelum membuat apa-apa keputusan kewangan yang besar. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/11/03/ketahui-penipuan-cod-dan-cara-mencegahnya/
Ketahui penipuan COD dan cara mencegahnya
[ "PENGHUJUNG tahun semakin hampir, pastinya antara momen yang ditunggu-tunggu pada waktu ini adalah jualan akhir tahun dan perayaan seperti jualan Krismas serta tahun baharu.", "Oleh itu, banyak jenama dan platfrom dalam talian mengadakan tawaran besar-besaran untuk dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Malaysia.", "Apatah lagi, ia disokong dengan trend membeli-belah dalam talian yang semakin rancak, terutamanya diskaun eksklusif dan platform e-dagang yang menarik lebih ramai pembeli.", "Menerusi tinjauan terbaharu Ninja Van Group dan DPDGroup, mereka mendapati, di samping kemudahan membeli-belah dalam talian, pengguna di Malaysia juga mengambil berat tentang kualiti, rangkaian dan ketersediaan produk, kelebihan harga serta jaminan melalui ulasan pelanggan ketika membeli-belah dalam talian.", "ARTIKEL BERKAITAN: Adakah membeli barangan dengan harga diskaun betul-betul menjimatkan wang? – Relevan", "Selain itu, tawaran eksklusif, penghantaran percuma dan tawaran terhad oleh platform dalam talian juga memainkan peranan besar untuk menarik pembeli.", "Pada tahun 2021, Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan pertumbuhan 23.1 peratus (%) dari tahun ke tahun dalam sektor e-dagang.", "Menurut Panduan Negara Malaysia, Pentadbiran Perdagangan Antarabangsa 2021, pasaran dijangka mencecah AS$12.6 bilion menjelang 2024, meningkat pada Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (CAGR) sebanyak 14.3% antara 2020 dan 2024.", "Walau bagaimanapun, pengguna harus berhati-hati semasa membeli-belah dalam talian bagi mengelakkan daripada terjerumus dalam jenayah siber yang berleluasa.", "Antaranya, kecurian identiti dan isu yang berkaitan dengan penghantaran seperti pesanan yang salah, penghantaran tertunda serta penipuan Cash-On-Delivery (COD).", "Justeru, usaha tambahan diperlukan untuk memastikan bahawa pengalaman membeli-belah dalam talian anda lebih baik.", "Sehubungan itu, Ninja Van Malaysia kongsikan empat tip untuk memastikan anda membeli-belah dalam talian dengan lebih baik dan selamat.", "1. Beli dengan bijak, buat beberapa ‘kerja rumah’", "Sebelum membuat pembelian, lakukan penyelidikan tentang barang yang anda ingin beli dan juga dari platform yang anda ingin beli terutamanya jika mahu membeli sesuatu yang sangat mahal.", "Lakukan perbandingan harga, baca ulasan pelanggan tentang produk dan dasar penghantaran platform untuk menyemak sama ada platform atau penjual itu sah sebelum meneruskan.", "Tip yang baik ialah sentiasa membeli dari kedai rasmi atau sah.", "Bagi melihat sama ada laman web itu selamat untuk dilawati, anda boleh menyemak maklumat keselamatannya.", "Sesetengah pelayar web akan memaklumkan jika anda tidak boleh melawati tapak dengan selamat atau secara peribadi.", "ARTIKEL BERKAITAN: Ingin membeli rumah pertama? Berikut tip dan panduan untuk anda – Relevan", "Berikut contoh cara menyemak keselamatan jika anda menggunakan Chrome:", "ℹ️Simbol Maklumat: Tidak selamat", "⚠️ Tanda Amaran: Tidak selamat atau Berbahaya", "Untuk melihat butiran dan kebenaran tapak, pilih ikon. Anda akan melihat ringkasan tentang cara Chrome mengesyaki sambungan itu.", "3. Rancang terlebih dahulu", "Semasa musim perayaan, anda mungkin menghadapi beberapa penghantaran yang lewat.", "Berikut ialah beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan kelewatan dalam menerima pembelian anda:", "Penipuan penghantaran bukan perkara asing di Malaysia. Dengan peningkatan jumlah penghantaran, kadangkala ia boleh menjadi tugas yang sangat mencabar untuk diuruskan dengan sewajarnya.", "Penipuan COD adalah salah satu masalah terkini dan paling biasa dihadapi dalam penjualan online.", "Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 71,833 penipuan direkodkan dengan kerugian lebih RM5.2 bilion telah dilaporkan dalam tempoh dua tahun lepas.", "Daripada jumlah keseluruhan penipuan, 48,850 (68%) adalah penipuan dalam talian.", "Di antara penipuan dalam talian ini, Ninja Van Malaysia telah menemui trend yang semakin meningkat dalam penipuan COD.", "Antara taktik itu ialah penipu memikat pelanggan membayar secara tunai untuk bungkusan yang mereka tidak beli atau tidak sepadan dengan pembelian yang diharapkan.", "Keadaan itu semakin meningkat dengan lonjakan e-dagang membuatkan penipuan ini berleluasa.", "Anda boleh mengelakkan penipuan sedemikian dengan mengikuti langkah-langkah berikut:", "Bagi penjual, ia kekal sebagai pilihan untuk menjangkau jenama mereka kepada kumpulan pelanggan yang tidak mempunyai akses kepada kad kredit dan memilih untuk membayar apabila bungkusan mereka tiba di depan pintu.", "Ketahui lebih lanjut tentang penipuan COD dan cara anda boleh melindungi diri anda dan orang tersayang di sini.", "4. Lebih berhati-hati tentang cara anda membuang bungkusan anda", "Pembungkusan barang anda mengandungi maklumat peribadi seperti nama, alamat dan nombor telefon.", "Ini semua adalah maklumat peribadi yang tidak sepatutnya jatuh ke tangan yang salah.", "Setelah anda membuka bungkusan, buangkan pembalut bungkusan dengan selamat dan keluarkan sebarang maklumat peribadi yang boleh dilihat.", "Jika anda seorang penjual, kami mengesyorkan menggunakan pilihan penghantaran selamat seperti Ninja Packs.", "Semua pesanan dan maklumat penting dikunci dalam talian, tidak membenarkan penipu untuk memperoleh data pelanggan anda untuk keuntungan mereka.", "Melalui kod QR yang dijana pada pek, perkhidmatan penghantaran boleh mengakses maklumat yang diperlukan.-RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/10/28/bilangan-kematian-meningkat-34-5-pada-2021-ini-10-sebab-utamanya/
10 sebab utama kematian di Malaysia pada 2021
[ "BILANGAN kematian di Malaysia meningkat 34.5 peratus kepada 224,569 pada 2021 berbanding 166,970 kematian pada 2020.", "Menurut Jabatan Perangkaan, peningkatan tersebut disebabkan lebihan kematian semasa pandemik Covid-19 pada 2021.", "Menurutnya, kematian yang disahkan secara perubatan meningkat kepada 70 peratus, iaitu sebanyak 157,251 kematian manakala baki 30 peratus (67,318) ialah kematian yang tidak disahkan secara perubatan.", "“Jangkitan (disebabkan) Covid-19 merupakan sebab kematian utama di Malaysia pada 2021, iaitu 31,063 kematian atau 19.8 peratus daripada 157,251 sebab kematian yang disahkan secara perubatan.", "ARTIKEL BERKAITAN: 9 daripada 10 orang tidak cukup tidur, berisiko strok dan sakit jantung", "“Penyakit jantung iskemia merupakan sebab kematian kedua tertinggi di negara ini dengan 13.7 peratus diikuti pneumonia (11.1 peratus), penyakit serebrovaskular (6.5 peratus) dan kemalangan pengangkutan (1.9 peratus),” katanya dalam kenyataan.", "Lima lagi sebab kematian utama ialah diabetes melitus (1.8 peratus); neoplasma malignan trakea, bronkus dan paru-paru (1.7 peratus); penyakit hipertensi (1.7 peratus); penyakit pernafasan rendah kronik (1.5 peratus) dan neoplasma malignan kolon, rektum dan anus (1.4 peratus).", "Jangkitan (disebabkan) Covid-19 merupakan sebab kematian utama bagi kedua-dua jantina dan semua etnik utama.", "Seramai 17,708 kematian berlaku akibat jangkitan (disebabkan) Covid-19 untuk lelaki manakala 13,355 kematian lagi untuk perempuan.", "Jangkitan (disebabkan) Covid-19 juga mengakibatkan 17.9 peratus kematian dalam kalangan etnik Melayu, 18.5 peratus kematian untuk bumiputera lain, 16.3 peratus etnik Cina dan 19.5 peratus etnik India.", "ARTIKEL BERKAITAN: Pulmonari hipertensi bakal menyebabkan kegagalan jantung", "“Semua kumpulan umur merekodkan jangkitan (disebabkan) Covid-19 sebagai sebab kematian utama kecuali kumpulan umur 0-14 tahun yang merekodkan kemalangan pengangkutan sebagai sebab kematian utama.", "“Sembilan negeri di Malaysia merekodkan jangkitan (disebabkan) Covid-19 sebagai sebab kematian utama pada 2021 kecuali Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis dan Terengganu.", "“Negeri-negeri ini merekodkan penyakit jantung iskemia sebagai sebab kematian utama manakala hanya Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan pneumonia sebagai sebab kematian utama dengan 12.4 peratus,” jelas Jabatan Perangkaan. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/04/06/12017-kes-baharu-33-kematian-dicatatkan-semalam/
12,017 kes baharu, 33 kematian dicatatkan semalam
[ "JANGKITAN Covid-19 mencatatkan sebanyak 12,017 kes baharu semalam berbanding 10,002 kes kelmarin.", "Peningkatan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 4,268,486 kes.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kategori 1 mencatatkan sebanyak 6,646 kes atau 55.30 peratus manakala sebanyak 5,303 kes atau 44.13 peratus direkodkan dalam kategori 2.", "Jelasnya, kategori 3 pula mencatatkan sebanyak 28 kes (0.23 peratus), 15 kes (0.13 peratus) dalam kategori 4 manakala 25 kes (0.21 peratus) bagi kategori 5.", "Semalam juga mencatatkan sebanyak 20,431 kes sembuh, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah sebanyak 4,062,154 kes.", "Dalam pada itu, menurut data laman web CovidNow, semalam juga mencatatkan 33 kematian dengan 10 daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).", "Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,160 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,425 kes.", "Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 171,172 dengan 167,130 atau 97.6 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 385 kes atau 0.2 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).", "Sebanyak 3,423 atau 2.0 peratus pesakit dirawat di hospital, 103 atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 131 atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN" ]
https://relevan.com.my/2022/12/06/jendela-johari-maksud-dan-penggunaannya-dalam-organisasi-kerja/
Jendela Johari: Maksud dan penggunaannya dalam organisasi kerja
[ "MENGENAL pasti kelebihan, kekurangan dan personaliti pekerja adalah penting untuk sebuah organisasi. Ia dapat membantu pengurus dan ketua memanfaatkan sepenuhnya kelebihan seseorang pekerja, seterusnya memajukan prestasi syarikat.", "Terdapat banyak teori psikologi yang boleh diguna pakai untuk mencapai tujuan ini dan salah satu daripadanya ialah Jendela Johari atau Johari Window.", "Kedengaran seperti idea yang berasal dari Malaysia, bukan? Sebenarnya tidak. Walaupun ramai rakyat Malaysia bernama Johari, perkataan tersebut sebenarnya merujuk kepada dua nama pengasas teori itu yang digabungkan.", "Teori atau model Jendela Johari itu dibangunkan oleh dua pakar psikologi dari Universiti California, Amerika Syarikat, iaitu Joseph Luft dan Harrington Ingham pada 1955.", "Model tersebut digunakan untuk memahami personaliti, kelebihan dan kekurangan seseorang dan hubungan individu tersebut dengan orang lain. Model itu juga berguna untuk membentuk kepemimpinan yang baik dalam sebuah organisasi.", "Model Jendela Johari berfungsi melalui rajah yang mengandungi empat panel yang masing-masing mewakili kawasan tertentu.", "Paksi menegak merujuk kepada ciri-ciri yang diketahui oleh orang lain. Paksi melintang pula ciri-ciri yang diketahui diri sendiri.", "Keempat-empat panel tersebut membawa maksud berikut:", "Kawasan ini merujuk kepada ciri-ciri yang diketahui oleh individu tersebut dan rakan sepasukannya yang lain. Kawasan ini juga dikenali sebagai kawasan bebas.", "Dalam kawasan ini, komunikasi antara rakan sekerja lebih terbuka dan bebas dengan konflik yang paling sedikit. Pasukan yang baik mempunyai kawasan terbuka yang lebih besar.", "Ciri-ciri yang terkandung dalam kawasan ini tidak semestinya positif. Sebagai contoh, seorang pekerja mempunyai sikap banyak cakap. Dirinya sendiri sedar tentang perkara tersebut dan rakan-rakan lain juga tahu.", "Walaupun sikap tersebut negatif, pengurusan sikap tersebut mudah dan terbuka kerana semua orang sedar tentang hal tersebut.", "Kawasan ini merujuk kepada ciri-ciri yang diketahui orang lain tetapi tidak disedari oleh individu itu sendiri. Seperti kawasan terbuka, ia juga boleh jadi ciri yang positif atau negatif.", "Komunikasi yang baik dan keterbukaan dalam kalangan rakan sepasukan dapat memindahkan ciri-ciri dari kawasan titik buta ke kawasan terbuka. Jika cirinya negatif, anda memerlukan teguran rakan sepasukan untuk menyedarinya. Begitu juga jika cirinya positif.", "Ciri-ciri dalam kawasan tersembunyi diketahui individu tersebut tetapi tidak diketahui oleh rakan sepasukannya. Boleh jadi ia disorokkan dengan sengaja atau ciri tersebut tidak relevan dengan pasukan tersebut.", "Satu kelebihan atau kemahiran disorokkan seseorang yang tidak selesa dengan pasukannya. Ada yang risau, apabila kemahiran itu didedahkan, rakan sepasukan lain akan mengambil kesempatan.", "Boleh jadi juga, kemahiran yang dimiliki individu tersebut tidak relevan dengan pasukan. Contohnya, pasukan pereka grafik di sebuah syarikat tidak perlu tahu jika ada ahli pasukannya hebat bermain bola sepak. Ia tidak relevan.", "Walau bagaimanapun, persekitaran dengan kurang rahsia adalah lebih baik. Tidak kiralah hal tersebut relevan dengan pasukan atau tidak, ia dapat membantu mengeratkan hubungan sesama ahli pasukan.", "Untuk mewujudkan persekitaran yang kurang rahsia, semua ahli pasukan perlu bersikap terbuka dan tidak prejudis. Persekitaran yang selamat akan menggalakkan lebih banyak perkongsian.", "Ciri-ciri kawasan ini wujud tetapi tidak disedari oleh individu itu sendiri atau rakan sepasukan mereka. Ia mungkin ciri atau sikap kecil yang terbina daripada pengalaman waktu kecil atau pengaruh-pengaruh lain.", "Pengurus boleh berusaha mengenal pasti ciri-ciri tersebut melalui latihan dan temu bual. Kadang kala, ada kelebihan atau keburukan yang kita tidak sedar kewujudannya. Jika pengurus boleh bertindak secara berkesan, ia mungkin disedari akhirnya.", "Dalam sebuah pasukan, model Jendela Johari boleh dimanfaatkan untuk menambah baik komunikasi, kerjasama dan keserasian pasukan.", "Galakan utama yang diperlukan untuk memastikan manfaat model ini dapat diperoleh dengan maksimum ialah persekitaran kerja yang terbuka dan sihat.", "Sebagai contoh, apabila seorang pekerja baharu masuk, melalui model Jendela Johari, kita akan dapati panel bawah dalam rajah Jendela Johari mempunyai ruang yang lebih besar. Contohnya seperti di bawah:", "Ini kerana, dia masih belum dikenali rakan sepasukannya. Kawasan tidak diketahuinya juga mungkin lebih besar berbanding kawasan tersembunyi kerana dia sendiri belum meneroka bakat dan kemahirannya.", "Objektif pengurus dan seluruh pasukannya adalah untuk memindahkan ciri-ciri dalam kawasan tidak diketahui kepada kawasan tersembunyi atau kawasan titik buta. Seterusnya, latihan dan komunikasi sesama rakan sepasukan diteruskan untuk mengembangkan lagi kawasan terbuka.", "Organisasi dengan kawasan terbuka terbesar mempunyai komunikasi, interaksi, keserasian dan amalan berpasukan yang terbaik.", "Jika anda mahukan persekitaran tempat kerja yang sihat, cuba gunakan model Jendela Johari untuk baiki hubungan serta kerjasama antara rakan sepasukan. – RELEVAN" ]

No dataset card yet

New: Create and edit this dataset card directly on the website!

Contribute a Dataset Card
Downloads last month
0
Add dataset card