url
stringlengths
37
215
headline
stringlengths
20
161
content
sequence
https://www.mingguanwanita.my/anak-istimewa-jangan-pinggirkan-dia-daripada-al-quran/
Anak Istimewa, Jangan Pinggirkan Dia Daripada Al-Quran!
[ "Anak istimewa tetap anugerah terindah daripada Allah SWT. Namun, kehadirannya tentu memberikan cabaran tersendiri bagi ibu bapa, menuntut segunung kesabaran yang kadangkala tergoncang jua.", "Namun, Allah SWT sudah janjikan pahala yang melimpah ruah buat mereka yang diuji dengan anak-anak syurga ini. Malah, mereka inilah ladang pahala untuk ibu bapa yang melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sedaya mungkin.", "Namun, ada ibu bapa yang tidak mencuba dengan sedaya upaya melaksanakan amanah yang Allah berikan itu. Kasihan si anak!", "Selain Aqeel, dua lagi cahaya mata mereka ialah Ahmad Abqari, 11 dan Aisyah Azzahra, 4. Ketiga-tiga anak mereka itu sejak awal lagi telah didedahkan dengan al-Quran termasuk Aqeel.", "“ Untuk Aqeel, sebenarnya kami mendidik Aqeel mencintai al-Quran bermula dari dalam kandungan. Semasa saya mengandung, suami dan saya akan membaca surah-surah pilihan ataupun mendengar bacaan al-Quran melalui mp3. Kami meneruskan pembacaan dan memperdengarkan al-Quran kepada Aqeel secara konsisten sehingga sekarang.” Ujar Nur Izzah memulakan bicara.", "Tambah Faiz pula, Aqeel telah diperdengarkan bacaan al-Quran setelah lahir sehinggalah ke  saat ini. Walau pun tak dapat melihat, pada usia 3 tahun Aqeel mampu menghafal beberapa surah dan mereka meneruskan hafalannya sehingga sekarang.", "“ Kini Aqeel telah pun berjaya menghafal juz amma, Al-Mulk, As-Sajdah, Al-Insan, Al-Jumu’ah, Al-Munafiqun, Al-Waqiah, Ar-Rahman, Al-Hujurat, Yasin, Luqman, Al-Kahfi dan sebahagian daripada surah yang Panjang seperti Surah Al-Baqarah, Ali-Imran, An-Nisa’.” Jelasnya.", "Bagi pasangan ini, anak istimewa tidak sepatutnya menjadi halangan kepada ibu bapa untuk mengajar al-Quran kepada mereka kerana ibu bapa perlu menunaikan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak dengan al-Quran.", "“Jika anak sukar diajar atau tidak dapat memberi perhatian yang baik, kita perlu mengajar mengikut tahap kemampuan mereka. Jangan tidak diajar langsung kerana itu adalah tanggungjawab ibu bapa dan cuba tunaikan tanggungjawab tersebut sedaya upaya kita yang termampu.” Tambah Nur Izzah pula.", "Sejak belajar al-Quran, Aqeel lebih tenang dan bersemangat untuk menghafal surah-surah baru dan sangat suka mendengar alunan ayat al-Quran. Sebutan bacaannya lebih jelas berbanding sebelumnya.", "“ Malah kami jadikan al-Quran sebagai terapi untuk Aqeel bagi menenangkannya. Al-Quran menjadikan Aqeel lebih fokus apabila dia cuba menghafal dan mendengar al-Quran. Selain itu, Abangnya Ahmad Abqari bertanggungjawab menyemak bacaan hafalan Aqeel manakala si bongsu juga telah menunjukkan minat yang sama tetapi dia masih di peringkat iqra’.” Terang Faiz lagi.", "Soal didikan agama perlu dititikberatkan jika ingin mencapai matlamat ‘masuk syurga sama-sama’.", "“Bagi kami semuanya bermula dari rumah dan didikan ibu bapa. Jika ibu bapa gagal mendidik anak dengan didikan agama, maka anak-anak akan lebih mudah terpengaruh dengan anasir luar. Tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak dengan agama tidak boleh diserah bulat-bulat kepada cikgu, ustaz atau orang lain kerana itu amanah ibu bapa untuk mendidik anak-anak.” Jelas Nur Izzah.", "“ Kami jadikan bacaan al-Quran sebagai rutin harian selepas solat berjemaah. Biasanya kami akan bertadarus selepas solat lima waktu terutama di musim PKP ini secara bergilir antara saya, isteri, abang Aqeel dan Aqeel. Ttetapi kebanyakannya dibaca oleh Aqeel dan kami hanya menyemak bacaannya. Kami juga mengambil peluang membaca maksud al-Quran kepada Aqeel.", "Ayuh sama-sama mengaji serentak secara maya sempena World Quran Hour pada 13hb Mei 2020, jam 12 tengah hari hingga 1 tengah hari. Gemakan alunan ayat suci al-Quran ke seluruh dunia!  " ]
https://www.mingguanwanita.my/rupanya-makan-pisang-badan-lebih-cepat-kurus-1/
Rupanya Makan Pisang, Badan Lebih Cepat Kurus!
[ "Patutlah diet makan pisang ini menjadi begitu popular selepas Hitoshi Watanabe kongsi menerusi dalam bukunya “The Morning Banana Diet”.", "Pada waktu pagi anda perlu makan pisang sahaja dan minum air pada suhu bilik. Anda boleh makan apa-apa sepanjang hari. Begitu mudah, bukan?", "Selepas sejumlah besar percubaan yang tidak berjaya menurunkan berat badan, Watanabe memutuskan untuk menulis pengalaman diet yang dia telah cuba sebelum ini.", "Orang gemuk biasanya dinasihatkan supaya senaman untuk membakar lebih banyak kalori, tetapi Watanabe membantu mereka mengelakkan penyeksaan pagi dengan mencadangkan penyelesaian yang sangat mudah: makan pisang segar dan minum segelas air pada waktu pagi. Anda juga tidak boleh makan apa-apa sehingga makan tengah hari anda.", "Pisang sarat dengan kanji tahan yang aktif merangsang proses penurunan berat badan.", "1. Tidak ada peraturan ketat yang perlu anda ikuti, hanya makan pisang cukup yang mana akan membuat anda rasa kenyang dan perut tidak masuk angin.", "2. Sentiasa minum segelas air suam pada waktu pagi untuk merangsang metabolisme anda. Tunggu selama satu jam dan makan pisang. Jika anda masih lapar selepas 20 minit, makan pisang lain. Tetapi pastikan anda makan pisang mentah bukan pisang goreng atau yang dimasak cara lain.", "3. Tak perlu ambil susu sepanjang diet dan pemakanan yang terakhir hendaklah sekurang-8 malam. Pergi tidur pada tengah malam, kerana ahli-ahli sains percaya bahawa akan lewat ke tempat tidur dikaitkan dengan obesiti.", "4. Anda boleh makan apa-apa untuk makan tengah hari dan makan malam, dan jika anda berasa lapar di antara waktu makan anda, makan beberapa buah-buahan.", "Pisang kaya dengan serat, kalium dan meningkatkan tenaga.\nPisang buah yang murah, jadi anda tidak perlu menghabiskan wang untuk membeli pelbagai produk mahal.\nSarapan pagi yang kerap meningkatkan metabolisme dan mengelakkan anda daripada makan berlebihan pada waktu siang.\nJika anda tidak minum kopi pada waktu pagi kamu akan mudah mengawal glukosa darah dan selera anda.\nSegelas air pada suhu bilik meningkatkan metabolisme.\nElakkan makan selepas jam 8:00 malam dan musnahkan keinginan makan lewat malam.\nMengurangkan pengambilan alkohol." ]
https://www.mingguanwanita.my/tak-sangka-berjaya-turunkan-sebanyak-13kg-berkat-disiplin-suri-rumah-anak-3-dedah-cara-diet-berkesan/
“Tak Sangka Berjaya Turunkan Sebanyak 13kg Berkat Disiplin..” Suri Rumah Anak 3 Dedah Cara Diet Berkesan
[ "Haaa… ini baru betul caranya. Kalau ada mak-mak di luar sana nak sangat kurus, bolehlah ikut caranya. Yang penting kena disiplin kawal makan dan rajin buat senaman.", "Jom tengok apa lagi cara yang ibu ini amalkan sampai dia dapat hilangkan berat sebanyak 13kg dalam masa 9 bulan.", "Benda paling ditakuti kaum wanita selepas bersalin adalah berat badan naik tak turun-turun! Begitulah juga yang dilalui suri rumah ini dan ada suatu ketika dia yang pernah mencapai berat 73kg, terpaksa ambil ubat kurus tetapi hasilnya kurang memuaskan.", "Saya nak berkongsi pengalaman saya dalam proses menurunkan berat badan. Berat badan saya selepas melahirkan anak ke-3 meningkat kepada 73kg dengan ketinggian 158cm memang tidak sesuai. Setahun saya mengalami berat badan sebegitu.", "“Memang stress dengan berat badan yang melampau.”", "Saya juga pernah cuba ubat kurus tapi tidak berjaya, turun tidak banyak pun tapi bila berhenti makan berat naik semula.", "Saya bermula pada bulan oktober tahun lepas, saya nekad nak turunkan berat badan secara sihat dan semulajadi tanpa ambik sebarang ubat kurus. Saya buat slow-slow diet kalori dan mengamalkan makan suku suku separuh seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia. Memang ternyata berat badan turun walaupun lambat.", "Jadi dia memilih untuk mula mengubah cara pemakanan yang diambil. Kongsi ibu muda ini, biasanya sebelum sarapan dia makan buah dulu tetapi kalau nak cepat dia buat jus. Selepas setengah jam baru sarapan.", "Menurut perkongsian ibu ini lagi, kadang dia akan sarapan makan sekeping roti wholemeal bakar bersalut telur dengan sedikit homemade peanut butter dan secawan green tea. Tak payah beli peanut mahal-mahal di kedai, mak-mak boleh buat stok sendiri simpan dalam peti.", "Sekeping roti wholemeal dengan sapuan serikaya dan peanut butter.", "Bahan-bahan:\nKacang tanah tanpa kulit", "Cara-cara:\n1. Sangai kacang tanah sehingga masak\n2. Lepas tu blend dgn blender kering sehingga lembik n nmpk keluar minyaknya. Bila dah siap boleh bubuh dalam bekas atau balang kaca.", "Senang bukan? No add sugar hanya kacang tanah sahaja. Boleh buat sapuan diroti untuk sarapan pagi.", "Nak sedap tambahkan hirisan pisang selepas sapu peanut butter diroti. Lepas ni tak payah beli peanut butter jenama mahal tu.", "Ok ini pula salah satu contoh makanan yang ibu ini ambil setiap hari, mungkin mak-mak di luar sana boleh bersedia untuk mencuba menu ini.", "Ikan bakar\nTempe bakar\nNasi basmathi\nBayam goreng", "Selain itu juga dia mula berjinak-jinak dengan senaman zumba. Dalam seminggu 3x saya berzumba. Malah di rumah juga dia melakukan senaman selama 30minit bagi badan sentiasa cergas.", "Setelah hampir 9 bulan dia menjaga pemakanan dan melakukan senaman, akhirnya dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 13kg, sekarang beratnya cuma 60kg.", "Haaa… dia sendiri pun tak sangka dapat berjaya turunkan sebanyak itu berkat disiplin, cuma dengan konsisten sampai berjaya. Apa yang best, wanita ini telah melepasi berat ideal (58-62kg).", "Pesanan kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan ialah pertama jaga pemakanan seharian seperti kurangkan gula, garam dan minyak.", "Kedua buatlah senaman. Dengan bersenam dapat membakar kalori apa yang kita makan, badan menjadi ringan dah cergas dan bagi yang selalu bersenam dia akan merasa gembira.", "Ok, ini salah 1 workout yang ibu ini buat di rumah selain berzumba 3x seminggu. Apa lagi, silalah download aplikasi ini secepat mungkin!", "Selain senaman dan kawal pemakanan yang diambil, dia juga berkongsi macam mana nak elak buncit di perut.", "“Lagi tip untuk elak perut buncit, minum air selepas setengah jam makan.”", "Jadi untuk mengelakkan pelbagai penyakit singgah, sila mula dari sekarang menjaga pemakanan. Kata mudah…", "APA YANG KITA MAKAN SEKARANG KITA AKAN TUAI HASILNYA.", "ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN", "Pesan wanita ini lagi, “slow-slow tak apa janji konsisten!” dan dia mendoakan anda yang nak kurus di luar sana semoga berjaya mendapat hasil yang luar biasa!" ]
https://www.mingguanwanita.my/isteri-ada-rutin-uruskan-kerja-rumah-jangan-memandai-ubah-melainkan-menolong/
Isteri Ada Rutin Uruskan Kerja Rumah, Jangan Memandai Ubah Melainkan Menolong
[ "Setiap hari isteri mempunyai rutin yang tertentu untuk uruskan rumahtangga dan perlu disiapkan sepanjang hari. Jadi sebagai suami janganlah anda memandai mengubah jadual kerja isteri.", "Kerja-kerja di rumah tidak pernah habis, hanya isteri yang tahu mengatur masa dengan baik agar rumah berada dalam keadaan kemas dan teratur. Sesekali bagi meringankan bebanan kerja isteri di rumah, suami hulurkanlah bantuan.", "Paling tidak belikan makanan untuk makan malam, kuranglah sedikit beban isteri dan dia boleh selesaikan perkara lain sebelum tidur.", "“Sudah-sudahlah itu, sambung esok pulak…”", "Mungkin ramai suami yang berpesan sebegini bila melihat isteri masih melakukan kerja-kerja rumah walaupun sudah lewat malam…", "Masih mengutip mainan anak, masih melipat pakaian, masih mengemas dapur dan sebagainya…", "Dari perspektif seorang suami, kita menganggap kerja-kerja itu boleh dilakukan esok hari, boleh disambung esok, tetapi sebenarnya, ada isteri yang tidak boleh tidur andai kata masih ada kerja-kerja rumah yang belum disiapkan…", "Walaupun esok boleh sambung, tetapi kerja-kerja rumah yang ditinggalkan untuk disambung itu akan menyebabkan bebanannya bertambah keesokan harinya…", "Isteri ada rutinnya dalam menguruskan rumah tangga…", "Jadualnya mungkin perlu diubah andai dia menangguhkan atau menghimpunkan kerja-kerja rumah tersebut…", "Jika isteri kita seperti yang dinyatakan, maka adalah penting untuk kita sebagai suami mencuba dan berusaha untuk mengurangkan atau meringankan kerja-kerja rumah yang perlu diselesaikan isteri…", "Jadikan ianya sebagai tabiat, sampai rumah sahaja, ambil sampah, buang… Selesai solat, kutip mainan anak atau kemas rumah… Selepas makan, sambil-sambil tengok TV itu, lipat pakaian bersama-sama isteri… Ada hari, bagi isteri “cuti” daripada memasak, bawa makan luar atau bungkus makanan bawa balik rumah…", "Bantuan seperti ini yang banyak membantu isteri, mengurangkan beban yang ditanggung isteri… Hulurkan bantuan, ringankan beban andai kita tak nak isteri kita terbeban…", "Itu pun kalau sayang isteri lah kan…😊", "Sumber: Firdaus Shakirin", "MW: Sebagai suami, jadilah suami yang ringan tulang dan membantu isteri melakukan kerja rumah. Percayalah suami yang ringan tulang amat membahagiakan hati seorang isteri. Jika tidak mahu membantu sekali pun, janganlah meminta isteri menangguh-nangguhkan kerjanya.  " ]
https://www.mingguanwanita.my/popia-bergedil-rangup-celup-dalam-telur-digoreng-rasanya-lebih-sedap/
Popia Bergedil RANGUP, Celup Dalam Telur & Digoreng Rasanya Lebih SEDAP!
[ "Jika selalu mak-mak buat bergedil biasa, cuba balutkan dengan kulit popia dan celup dalam bancuhan telur. Rasanya memang lebih sedap dan rangup. Sesuai sangat buat untuk minum petang atau menu sarapan pagi untuk anak-anak. Makan satu pun dah kenyang.", "Ubi kentang digoreng dan dilenyek sampai lembut\nDaun Sup/bawang dihiris halus\nIsi ayam digoreng+garam sikit dan digunting halus (Nak ganti udang pun boleh)\nBawang goreng\nBawang putih digoreng dan ditumbuk\nLada cili / merah ikut citarasa", "1. Masukkan bahan-bahan semua tadi + lada sulah sikit dan gaulkan sampai sebati sehingga sekata.", "2. Amik kulit popiah kecil lipat sikit bahagian atas dan letak inti dan gulungla bergedil bersama kulit popia tadi. (Kalau tak lekat letak air di mane bahagian yang tak lekat tu).", "3. Panaskan api seperti biasa sebelum digoreng.", "4. Pukul 3 biji telur dalam mangkuk lain, ambil bergedil popia tadi, celupkan bergedil tadi dan terus masuk kuali untuk digoreng.", "5. Nampak kekuningan terus angkat dan bolehlah hidang dan taburlah sikit daun sup.", "Selamat Mencuba semua", "MW: Mudah je nak buat popia bergedil ni. Seperti buat bergedil biasa cuma balutkan dengan kulit popia dan salutkan dengan telur. Rasanya pasti lebih sedap dan rangup." ]
https://www.mingguanwanita.my/enggan-hadiri-majlis-perkahwinan-anak-ibu-dedah-jatuh-cinta-dengan-bakal-menantu/
“Enggan Hadiri Majlis Perkahwinan Anak.” Ibu Dedah Jatuh Cinta Dengan Bakal Menantu
[ "Seorang ibu enggan hadiri majlis perkahwinan anak perempuannya. Ibu dedah telah jatuh cinta dengan bakal menantu. Sepatutnya lelaki ini menjadi menantunya, namun akhirnya dia mengakui telah jatuh cinta pada bakal menantunya.", "Malah ibu ini juga nekad untuk menghadiri majlis perkahwinan anaknya kerana dia menyimpan perasaan pada bakal menantunya itu. Kasihan sungguh anaknya yang sudah tentu terluka dengan keterlanjuran sikap ibunya.", "Seorang wanita di Washington, terkejut apabila ibunya mengaku enggan menghadiri majlis perkahwinannya kerana ‘amat mencintai’ bakal menantu sendiri, lapor laman berita Mail Online kelmarin.", "Wanita tersebut yang berkongsi dilemanya menerusi laman sosial, WeddingBee mengaku dunianya seakan gelap apabila ibu yang amat disegani itu menaruh perasaan terhadap bakal suaminya.", "Malah, si ibu juga mengaku akan bertindak mengikut keinginannya jika berpeluang dan enggan menghadiri majlis perkahwinan pasangan tersebut.", "Menurut wanita itu, tunangnya amat rapat dengan ahli keluarganya yang lain dan mereka kerap melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama seperti mendaki gunung dan berkhemah.", "“Namun, ibu saya tidak bahagia dengan perkahwinannya bersama bapa dan tunang saya membuatkan ibu saya memiliki perasaan sayang yang tidak pernah dirasai sepanjang dia bersama dengan bapa saya,” luah wanita itu.", "Netizen yang membaca luahan itu kemudiannya berkongsi pendapat dan memberikan sokongan kepada wanita tersebut.", "“Perasaan ibu anda itu adalah sesuatu yang tidak wajar dan dia tidak seharusnya berkongsi perkara itu dengan anda,” komen seorang wanita.", "“Ibu anda perlu menjalani terapi,” komen seorang wanita lain. – AGENSI", "Baca Juga Di Sini :", "Mingguan Wanita : Biarpun kisah ini berlaku di luar negara, namun tidak mustahil situasi ini turut berlaku di keliling kita. Semoga ini berfikir secara waras serta memikirkan kesan tindakannya kepada keluarga terutamanya anak perempuannya. ", "SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:", "Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:", "Untuk pertanyaan hubungi : 0196328758", "Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :", "#bangkitwanita\n#langkahyakinlakarkejayaan\n#bisnesdarirumah\n#mingguanwanita" ]
https://www.mingguanwanita.my/resipi-ikan-masam-lagi-sedap-perap-2-3-hari-baru-goreng-ada-penggemarnya/
Resipi Ikan Masam, Lagi Sedap Perap 2-3 Hari Baru Goreng, Ada Penggemarnya!
[ "Jangan tertukar ikan masam dengan ikan pekasam. Nampak lebih kurang saja tapi sebenarnya tidak. Masing-masing ada kesedapan dan ada peminat tersendiri.", "Ikan masam ssepetti ikan kering masin cuma ia tidak begitu masin. Bila goreng, mahunya boleh bau satu rumah dan membangkitkan selera. Katanya, lagi lama diperap lagi sedap.", "Malah, kalau mak-mak nak buat untuk sekilo ikan terus pun boleh. Nak makan bila-bila masa, goreng saja dan lebihannya bolehlah di simpan dalam peti ais.", "Cara untuk membuat ikan masam seperti yang dikongsikan oleh Ida Shahida ini.", "Siapa yang suka makan ikan masin atau ikan tenggiri masam, mesti akan suka rasanya. Cubalah buat sekali.", "Bahan-bahan:\n1kg ikan\n1 sudu kecil garam kasar\n20 keping asam keping\n1 sudu besar asam jawa\nGula secukup rasa\n2 sudu besar air", "Cara Membuatnya:\n1. Kembangkan asam keping dan asam jawa saja\n2. Air tak perlu banyak sebab nanti semasa perap ikan tu akan mengeluarkan airnya juga.\n3. Diperap selama 24 jam (dah boleh dimakan) tapi kalau nak sedap lagi perap 2-3 hari baru digoreng.\n4. Jika agak kekeringan sebab sudah banyak hari, boleh masukkan 2-3 sudu air untuk mengembangkan ikan tu semula.\n5. Ikan ni boleh disimpan dan dimakan selagi tidak habis. Maksudnya boleh bertahan lama asalkan dimasukkan ke dalam peti ais\n6. Nak goreng – boleh basuh dulu sikit sekadar nak bersihkan badan ikan tu atau pun tak perlu cuci pun boleh…terus digoreng.", "Info:", "Boleh simpan selama mana yang anda suka asalkan tetap di dalam peti ais.", "1. Sedap sangat\n2. Tidak masin seperti ikan masin\n3. Hari ke 3 dah dapat makan\n4. Bila goreng tidak berbau satu rumah/satu taman\n5. Tak perlu dijemur atau dikukus\n6. Bila nak digoreng tak perlu dicuci dengan air", "Mingguan Wanita : Tak perlu lauk lain. Ini pun dah cukup sedap. Makan dengan nasi panas. Terangkat.", "Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF", "Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.", "Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.", "Projek 1: Denim Tote Bag", "Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.", "Projek 2: Shopping Bag", "Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.", "Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.", "#kelasjahitankreatif", "#sewingworldgallery", "#bangkitwanita\n#langkahyakinlakarkejayaan\n#bisnesdarirumah\n#mingguanwanita" ]
https://www.mingguanwanita.my/pengorbanan-isteri-suami-buat-tak-nampak-kekurangan-isteri-bukan-main-dicanang/
Pengorbanan Isteri, SUAMI Buat TAK Nampak, Kekurangan Isteri BUKAN Main Dicanang
[]
https://www.mingguanwanita.my/selepas-kahwin-hidup-wanita-jadi-lebih-sukar-dan-tertekan/
Selepas Kahwin, Hidup Wanita Jadi Lebih Sukar Dan Tertekan?
[ "Ingat seepas kahwin, bolehlah buat kerja rumah sama-sama dan kukuhkan ekonomi rumah tangga bersama. Rupanya tidak!", "Kerja atau tidak, semua isteri yang buat. Belum lagi cerita lagi pasal kewangan yang tak berapa nak stabil. Asyik-asyik, bini yang topup. Allah… manalah isteri tak rasa tertekan!", "Jika ini sculpture yang dibuat, maka benarlah begini hidup wanita seluruh dunia digambarkan selepas berkahwin.", "Kerana itu, disebutkan dalam pelbagai riwayat tentang mulianya akhlak Nabi sehingga Nabi uruskan dirinya sendiri, jahit baju,jahit kasutnya, siapkan makan keluarganya, Nabi buat kerja-kerja rumah, Nabi belai isteri-isteri baginda, Nabi bersihkan bekas haid isterinya, Nabi potong kuku isterinya, Nabi bantu ketika isteri Nabi naik unta sehingga Nabi letakkan pahanya ke tanah untuk dipijak isteri, Nabi paling banyak tersenyum, Nabi didik isteri dengan akhlak yang terbaik dengan perintah-perintah Allah, Nabi berlemah lembut pada isteri baginda, Nabi tak pernah tinggi suara pada isterinya bahkan Nabi tak pernah menjerit-jerit atau memaki hamun. Isteri Nabi juga diberikan pembantu untuk memudahkan segala urusan.", "Bahkan Nabi orang yang paling banyak ibadah kepada Allah, paling sempurna imannya, paling rajin bekerja dan sangat jujur tidak pernah mengambil harta isterinya untuk tujuan peribadi. Allahu Akbar!", "Jika sebegini high class akhlak Nabi dan layanan suami kepada isteri, selayaknya disebutkan Nabi, “Jika dibolehkan manusia sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan isteri sujud kepada suami”‘.", "Dengan kata lain, selayaknya suami sebegini mendapat penghormatan dari isteri bukan sekadar kerana suami itu menafkahi isterinya,dan bukan sekadar kedudukan suami lebih tinggi dari isteri, tetapi disebabkan suami itu sendiri memuliakan isterinya.", "Namun hadis ini disalah guna pakai untuk mengatakan kedudukan lelaki sebagai suami terlalu tinggi sehingga isteri perlu taat tanpa sempadan dan korban sehingga mati!\nSatu kezaliman yang membunuh sifat kemanusiaan dalam rumahtangga itu sendiri.", "Dan kesannya emosi wanita bercelaru dan sakit. Sehingga tekanan-tekanan itu membawa kegilaan dan anak tidak berdosa menjadi mangsa dibunuh, dicampak luar flat, ditikam, dikelar. Nauzubillahi minzalik.", "Belum lagi beban emosi wanita itu dihenyak lagi dengan suami yang mengambil duit isteri, mencuri harta isteri, menyuruh isteri berhutang, berjanji akan bayar balik, bila diminta dikata mengungkit, tak bersyukur, tak boleh sabar, menetapkan pula itu ini isteri kena bayar dengan alasan isteri bekerja kenalah bersusah bantu suami, kaki lepak, keluar masuk rumah ikut suka, curang disebabkan isteri ak pandai melayan dan macam-macam rencah karenah kerana suami tidak diberi tanggungjawab sebagai lelaki yang perlu bersusah payah bukan sekadar mencari nafkah untuk isteri tetapi juga mengurus tadbir keperluan keluarganya dengan baik dan sabar.", "Jika benar, seorang lelaki faham agama, pasti dan pasti akhlaknya seperti Nabi dan tiada seorang wanita akan terkoyak emosinya sebegini teruk. Dan tekanan-tekanan dari keluarga mertua, ipar duai sepupu sepapat, saudara mara, kawan-kawan, jiran tetangga dengan pelbagai rencah hentaman, pandai cakap, tukang mengajar, kecaman, suruhan, perintah, teguran kononnya mana boleh lelaki buat kerja rumah, mana boleh jaga anak, semua benda suami yang buat, habis isteri buat apa? Soalan yang tidak masuk akal, suami takut bini, suami kena guna-guna, isteri macam ni tak layak jadi ibu sebab tengok suami yang uruskan anak-anak. Allah… terbeban sangat tengok suami tu. Derita sungguh suami perkasa kena buat semua kerja rumah, isteri tak tahu tanggungjawab. Isteri tak bersusah payah dengan suami dan desakan-desakan ini juga yang menambah sakit mental wanita.", "Belum cerita tentang isteri ceaser belah perut yang kadang-kadang terkoyak balik jahitan dan bernanah dalamnya akibat gerakan yang banyak dan angkat benda berat, bahkan bertahun pun tak hilang lagi sakit ceaser tu. Punya bertarung nyawa untuk suami. Belum lagi cerita perut berparut seribu dan perut lembik macam kain buruk akibat mengandungkan zuriat-zuriat suami, longgar sana longgar sini dan suami hanya pandai komplen.", "Belum juga kisah terkuburnya cita-cita selepas kahwin dgn ‘hukum buatan manusia’, lepas kahwin, isteri kena ikut suami. Tanpa kompromi, tanpa berbincang, ikut sahaja.", "Seharusnya sebelum kahwin sudah jelas perancangan ke depan dan kesedian kedua-dua pihak supaya tiada sesiapa ditekan emosi. Jelas dan jujur. Jika tak sedia, jangan teruskan perkahwinan.", "Nak sambung belajar, mak mertua kata tak perlu sebab perempuan lebih baik duduk rumah, mengasuh anak. Terkubur satu lagi hasrat dan cita-cita yang ditanam dengan semangat membara dari kecil hasil didikan ibu ayahnya. Anak perempuan siapa yang diperlakukan sebegini? Kezaliman apa sehingga dinafikan hak wanita untuk memperoleh apa yang dihajati dari kecilnya? Dunia apa yang dicorak untuk para isteri ini? Tekanan!", "Mulia sungguh menjadi suri rumah, tetapi pastikan suri rumah yang merasa nikmat bahagia, bukan derita stres tekanan sehingga sakit mental dibuatnya! Allah…", "Lalu dia diajar untuk redha, sabar, taat sedangkan tak cukup duit, ibu ayah perempuan pula yang kena tanggung bagi duit sebab suami tak cukup duit.", "Isteri yang tiada pemilikan apa-apa, terkulat-kulat lihat apa orang lain ada sedangkan dia juga punya angan-angan dan impian. Nak bagi duit pada mak ayah yang membelanya dari kecil juga tak mampu.", "Pemilikan isteri yang membunuh emosinya! Semua harap suami sedang suami tidak pula tak mampu memberi secukupnya bahkan berkira-kira pula! Ya Allah!", "Ditambah suara-suara yang mengatakan isteri habiskan duit suami. Bahaya betul perkataan-perkataan jahat ini.", "Sewajarnya selepas kahwin, lebih mudah hidupnya kerana lelaki meminangnya dengan janji untuk menjaganya, mengangkat martabatnya, melindunginya, meneruskan semangatnya untuk memperoleh cita-citanya dan perjuangannya.", "Sama-sama bina cita-cita, sama-sama membangunkan antara satu sama lain, sama-sama bina keluarga, sama-sama didik anak. MashaAllah.", "Sekalipun suami itu sangat baik, dibelanjakan hartanya untuk keluarganya, disiapkan tempat tinggal, makan pakai, dicebok anak-anak, dimandikan anak-anak, disuap makan, dibasuh baju anak isterinya, dia juga yang memasak, belum lagi dia dapat membalas jasa isterinya bertarung nyawa ketika melahirkan zuriat-zuriat untuknya bahkan zuriat-zuriat itu pula dengan rahmat Allah akan menjadi penolongnya ke syurga .", "Suami juga tak pernah sekali pun gadaikan nyawa untuk melahirkan, antara hidup dan mati(mungkin ada suami yang kerjanya berisiko tinggi, itu tidak dinafikan), suami tak pernah hilang kecantikannya akibat tidur yang tak cukup, bentuk badan yang dah tak sama, lelah yang tak habis menyusu dan fikirkan sakit anak dan pelbagai ragam anak siang malam yang tak pernah habis.", "Bagaimana selepas selesai bersalin, isteri juga yang dukung anak bahkan isteri juga basuh baju anak dan suami. Ya Tuhan…", "Bila isteri dah sihat sikit, berjalan bersama, isteri juga yang dukung anak… alasan anak nak pada ibunya. Ke sana ke mari isteri gendong anak, suami jalan pegang hp di tangan. Ya Allah, berat bawa perut pun tak pernah habis rasanya. Suami hanya bawa diri. Relax je suami. Sakit pinggang membawa perut mengandung pun tak pernah habis lagi!", "Inilah realiti, apabila kita tidak menyediakan anak-anak lelaki kita sebagai hero dan penyelamat, sebagai pelindung dan sanggup bersusah payah bekorban untuk anak isterinya tapi kita cerita pada anak lelaki kita, lepas kahwin ada org jaga dia, lepas kahwin lebih terurus hidupnya.", "Berapa ramai yang bercerita lepas kahwin, kena jaga isteri dengan sempurna, isteri ini amanah, bantu isteri, buat kerja-kerja rumah, uruskan anak, jangan harap duit isteri, usaha sungguh-sungguh, jaga mak ayahnya, jadi laki-laki bermaruah, jaga solat di masjid/ surau / tempat azan dilaungkan, jaga Al-Quran setiap hari, jaga rumah tangga dan jangan khianat. Tidak ramai bukan?", "Berapa ramai ambil tahu tentang impian isteri dan sama-sama usaha mendapatkannya atau setidaknya memberikan dia jalan lebih selesa untuk kehidupan rumah tangganya?", "Malangnya, lelaki diajar menjadi Raja ,dan wanita diajar bekorban tanpa jemu. ", "Sehingga semua pakaian suami perlu dicuci, digosok, disediakan sehingga di mana letaknya stoking pun, kalau tak jumpa,isteri juga kena marah.Lelaki diajar makanan tersedia untuk dijamah, pinggan tak perlu cuci, rumah tak payah sapu, mop lagilah tidak, cadar katil tak payah tukar, masak tak payah, semuanya kerja orang perempuan.", "Akhirnya isteri tarik muka, penat letih, tiada lembut lembut, hanya jerit pekik, marah tak tentu pasal, lalu dikatakan… “Oh isteri tak macam dulu, isteri derhaka, isteri tak memahami, isteri tak layak jadi ibu.", "Takutlah pada Allah. Berlebih-lebihlah suami dalam membuat tugasan-tugasan rumah. Berilah kerehatan dan belaian kepada isteri,cpenghargaan dan kasih sayang, urutan dan sentuhan, doa dan semangat, kerja keraslah untuk isteri anak-anak, bukan banyak komplen banyak marah, banyak tegur.", "Takutlah kerana para suami akan menghadap Allah. Ikhlaslah dalam setiap khidmat pada keluarga. Nescaya, isteri akan jadi ibu yang penyayang, isteri penyejuk mata, manis wajahnya dan lunak kata-katanya serta pasti dia menghormati suaminya. Anak-anak penuh kasih sayang dan ceria, tidak murung dan memberontak.", "Ajarilah isteri dengan didikan agama untuk memperbaiki Al-Quran dan solatnya.", "Begitulah jika agama dipelajari, difahami, diamalkan. Tidaklah kita memandai-madai menzalimi wanita.", "Jadilah wanita yang bersyukur. Sayangi suamimu dan berlemah lembutlah, rendahkan suaramu dan janganlah dikeluarkan kata-kata yang tajam. Tetaplah dalam kesabaran, doa, solat dan peliharalah auratmu, labuhkan tudungmu, longgarkan pakaianmu dan pakailah baju berlengan panjang. Nikmat mana lagi yang mahu engkau dustakan wahai wanita?", "Berdoalah supaya bahagia sampai syurga paling tinggi dan bertaubatlah bagi yang menyakiti tanpa sedar. Berbincang & berubahlah.", "Buat para isteri, tetaplah membantu suamimu untuk apa juga urusan kerja rumah dengan ikhlas dan bersyukurlah atas pemberiannya. Jangan jadikan suamimu tempat untuk ditengking jerkah, disuruh itu ini tetapi mohonlah pertolongannya dengan kata yang lunak dan baik. Bertolak ansur lah dalam urusan-urusan rumah tangga dan maafkan kekhilafan suamimu. Bertolak ansur dan belas kasihan adalah kunci untuk tidak mencari salah pasangan. Tetapi sama-sama sepakat, sama-sama membantu segala urusan rumahtangga.", "Pastikan tulisan ini dibaca dengan ilmu bahawa kisah ini berkaitan wanita dan tekanan. Janganlah dengan post ini, menghilangkan hormat isteri kepada suami tetapi bawalah berbincang. Tidak ada suami yang mahu isteri yang dinikahi tertekan. Cuma mungkin si suami terlepas pandang.", "Tahniah untuk isteri yang ikhlas membuat kerja-kerja rumah kerana mencari redho Allah.", "Tahniah buat suami-suami yang telah menjaga para isteri tuan-tuan dengan sempurna. Allah berkati hidup Tuan-tuan." ]
https://www.mingguanwanita.my/laksa-ekspress-jamu-tetamu-datang-rumah-mengejut-senang-5-minit-siap/
Laksa Ekspress Jamu Tetamu Datang Rumah Mengejut, Senang 5 Minit Siap!
[ "Adakalanya tekak memang teringin sangat nak makan laksa. Tapi part yang paling rasa malas betul waktu nak kena siang ikan, nak carik-carik isi ikan tu, memang renyah dan leceh. Makan masa pula tu nak buatnya.", "“Kalau tetamu datang mengejut, ni lah yang saya jamu kat tetamu.Untuk 3 atau 4 orang makan ye.”", "1 Tin besar ikan sardin (saya guna mackerel)\nAsam keping\n3 sudu Cili boh (ikutlah nak pedas mana)\nDaun Kesum\nBelacan(kalau suka)\nSos ikan sikit bagi naikkan rasa\nGaram secukup rasa\nLaksa basah\nBawang untuk hiris\nTelur Rebus", "1.Lenyekkan ikan sardin tu dengan sos dia.( Guna blender pun boleh).", "2.Tumis cili boh + asam keping. Minyak 1 sudu untuk tumis cili boh tu.Kalau nak rasa sardin kekal letak 3 sudu dah cukup dah.Kalau nak extra pedas nanti hiris lah cili padi banyak-banyak.", "3.Masukkan ikan sardin yang dah lenyek + daun kesom.\n4.Sukat air ikut tin dia tu.Saya letak 3 atau 4 tin sebab nak kuah pekat.\n5.Masak 20-25 minit api slow, sebab nak bagi keluar rasa asam keping tu.. Kalau api sederhana/kuat 5 minit je siap.", "Senang kan.Dah siap. Letak atas dia limau kasturi.\nRasa kuah ni macam “asam laksa” setelah diperah limau kasturi.", "Dah boleh hidang..cara buat kuah ni macam buat kuah spegetti.. Mudah je.", "MW: Semoga perkongsianini bermanfaat. Jadi mak-mak pastikan tin sardin sentiasa tersedia dalam simpanan di dapur. Bila tekak teringin nak makan laksa atau ada tetamu yang datang rumah ‘mengejut’, bolehlah buat laksa ekspress ikut resipi yang dikongsikan ini.\nSelamat mencuba!" ]
https://www.mingguanwanita.my/emosi-orang-perempuan-gembira-atau-sedih-bergantung-pada-pasangannya/
EMOSI Orang Perempuan Gembira Atau Sedih Bergantung Pada Pasangannya
[ "Emosi Orang Perempuan Gembira Atau Sedih Bergantung Pada Pasangannya. Memang ada benarnya sebarang perubahan tingkah laku, personaliti mahupun emosi isteri selalunya bergantung pada pasangannya. Bagaimana layanan yang diterima daripada suami, samaada baik atau sebaliknya. Suami atau pasangan memainkan peranan penting menjadi punca, apa yang isteri rasa.", "Tingkah laku dan perbuatan pasangan tu akan mempengaruhi emosi dan fikiran pasangan seorang lagi. Jika pasangan seorang yang mempunyai keperibadian yang baik, tak mudah marah, tenang, senang dibawa berbincang, maka secara automatik pasangannya tiada rasa susah hati, tiada rasa terasa hati, tiada rasa makan hati dengan pasangan sendiri.", "Lain pula jika berpasangan dengan seorang yang baran, yang senang mengeluarkan kata-kata kesat, maki hamun, susah dibawa berbincang apatah lagi ditegur, maka automatik pasangannya sentiasa hidup dalam keadaan tertekan, fikiran serabut, hati tak tenang, selalu terasa hati, makan hati dengan pasangan sendiri. Sebab tu bila berkawin, ramai yang berubah dari sikap asalnya sebelum berkawin.", "Keadaan memaksa dia melakukan perubahan untuk menyesuaikan diri dengan siapa dia berpasangan. Mungkin dari seorang yang periang, ceria, gembira, petah berkata-kata jadi pendiam, jarang bercakap, nampak macam ada masalah.", "Pengaruh tingkah laku dan perbuatan pasangan tu akan memberi impak dalam kehidupan seorang lagi dari sudut personalitinya. Tengok pasangan yang bahagia, tengoklah personaliti mereka. Pasangan yang baik, yang memahami, yang mudah dibawa berbincang, yang tak ego, yang boleh ditegur akan membentuk personaliti positif pasangan yang satu lagi.", "Kita decide kita nak isteri kita tu gembira ataupun sedih.Emosi orang perempuan ni adakalanya bergantung pada pasangannya. Dia boleh jadi tenang, tak tenang, gembira, tak gembira, ketawa, sedih, tertekan semua bergantung pada pasangannya.", "Kita nak dia sembunyikan apa yang dia rasa, dia boleh buat. Dia tahu bila dia perlu untuk stop luah dan pendam. Pasangan dia buat tak tahu, tak nak faham dia, buat tak dengar pada luahan dia, maka dia akan simpan sorang-sorang apa yang dia rasa.", "Lama-lama dia akan tawar hati.", "Kita nak dia ketawa dan gembira sepanjang masa pun dia boleh buat. Tapi kalau tiba-tiba dia menangis malam-malam, kita jangan hairan pulak sebab dia penat berlakon sepanjang masa untuk nak kelihatan seperti yang diminta.", "Lama-lama dia akan murung.", "Apa yang saya belajar dari isteri, masa dia marah, saya diam, saya dengar. Masa angin dia tak baik, saya tak usik, tapi pujuk. Masa dia berleter, saya biar dia habis cakap tanpa membangkang.", "Saya bagi tumpuan pada apa yang keluar dari mulut dia sebab setiap perkataan tu datangnya dari hati.", "Ingatlah, sebagai suami, kita boleh jadi punca kepada apa yang isteri kita rasa.", "Semoga Bermanfaat.", "Mingguan Wanita: Ada benarnya, emosi dan personaliti isteri baik gembira mahupun sedih bergantung pada pasangannya. Elok layanan yang diterima,maka eloklah emosi isteri." ]
https://www.mingguanwanita.my/nak-jadi-mak-ayah-yang-terbaik-kena-sayang-pada-diri-sendiri-dulu/
Nak Jadi MAK AYAH Yang Terbaik, Kena SAYANG Pada Diri Sendiri Dulu
[ "Setiap pasangan yang berkahwin, tentunya mengimpikan rumah tangga bahagia dan menjadi mak ayah yang terbaik untuk anak-anak. Itulah impian dan ikrar yang dibuat di awal-awal perkahwinan.", "Namun, selepas mempunyai anak dengan karenah anak-anak yang menguji kesabaran mak ayah.membuatkan kita terlupa seketika dengan ikrar yang dibuat awal dahulu. Memang tidak salah menghukum anak tapi kenalah berpada-pada. Tegur cara yang betul.", "Begitu juga dalam mendidik anak. Tegur anak tak boleh buat itu, tak boleh buat ini. Hakikatnya, mak ayah yang buat. Macam mana tu? Ingat mak ayah adalah cerminan anak-anak.", "Perkongsian daripada Wawa Shauqi boleh membuka mata agar menjadi mak ayah yang terbaik untuk anak-anak. Ingat, sayang diri sendiri dulu.", "Sebelum tidur semalam, suami saya katakan sesuatu kepada saya. Katanya,\n“Kalau kita nak jadi parents yang baik, kita perlu buat baik kat diri kita sendiri dulu.”", "Langsung otak saya ‘flashback’ memori satu masa ni.", "Memori waktu saya awal-awal tak bekerja dan menjaga anak. Saya benci dengan diri sendiri. Bila tengok kawan-kawan di IG, lagilah saya jadi sedih.", "Masing-masing nampak hebat dengan kerjaya yang mereka bina.", "Saya pernah rasa diri sangat tak berguna. Tak ada pencapaian walaupun asalnya saya seorang scorer di universiti.", "Berbulan-bulan saya tak pandang cermin. Saya dah tak fikir tentang rupa diri. Walaupun hakikatnya saya dulu mekap tebal macam Rozita Che Wawa. I mean, Rozita Che Wan.", "Berat badan saya turun dari 50kg ke 36kg. Berat paling ringan pernah dicatat sepanjang dewasa.", "Bila berjumpa orang, saya dah tak mampu ramah macam dulu. Awkward sangat. Apatah lagi bila berjumpa kawan lama. Seboleh-bolehnya nak jauhkan diri dari mereka.", "Saya pernah menangis dalam perjalanan ke kenduri. Hanya kerana suami saya bercerita salah seorang kawan kami akan berkahwin dengan seorang doktor.", "“Wow. Doktor. You kawin dengan loser je babe.” kata saya.", "Waktu tu, saya menangis macam kucing hilang anak. Tudung habis basah. Sampai kat kenduri, jenuh nak hilangkan mata bengkak dan sedu-sedan yang berbaki.", "Satu-satunya benda yang buat saya rasa bertuah waktu tu, adalah anak dan suami.", "Tapi rasa bertuah tu tak cukup. Ia tak membantu saya untuk bertahan bila anak buat kerenah. Ia tak membantu bila saya penat tak cukup tidur.", "Saya mudah ‘annoy’. Sikit-sikit hal boleh mencetus marah. Rasa sangat loser dan tertekan.\nSemuanya jadi bila saya lupa nak SAYANG DIRI SENDIRI.", "Simple je kan! Tapi kesan dia besar kalau kita terlupa. Ya. Sayang diri sendiri adalah satu perasaan yang sangat ‘powerful’.", "Bila saya mula berdamai dengan diri sendiri, saya mula berdamai dengan persekitaran saya.", "Saya memaafkan diri sendiri, saya mula mampu memaafkan orang-orang yang menjatuhkan saya.", "Bila saya berterima kasih kat diri sendiri, barulah saya mampu lihat betapa mahal benda-benda kecil yang saya miliki.", "Saya mula menyayangi diri sendiri, barulah saya mampu buang rasa mudah ‘annoy’ kat orang lain.", "Selama ni kita selalu terbeban dengan rasa diri-tak-cukup-baik. Dan kita bawa ‘luggage’ itu ke mana-mana kita pergi. Tanpa kita sedar, ‘luggage’ itulah yang melambatkan langkah kita untuk pergi jauh ke depan.", "Lepaskan ‘luggage’ tu dan mulalah berjalan.\nIngat ni.", "Kita takkan dapat tuang air oren kat anak kita, kalau gelas kita sendiri kosong.", "Kita takkan dapat beri kasih sayang pada orang lain kalau kita tak mula menyayangi diri sendiri.", "Jadi, mulalah peluk badan. Belai diri dan cakap terima kasih, sebab dah banyak berpenat lelah ikut kehendak hati.", "MW: Mak ayah adalah cerminan anak-anak. Berterima kasih dan sayangilah diri sendiri." ]
https://www.mingguanwanita.my/manfaat-terapi-mandi-ais-hilangkan-bisa-dalam-badan-lenguh-sendi-gangguan-makhluk-halus-1/
Manfaat Terapi Mandi Ais, Hilangkan Bisa Dalam Badan, Lenguh Sendi & Gangguan Makhluk Halus
[ "Rupanya banyak kelebihannya bila amalkan terapi mandi ais ni. Lebih-lebih lagi untuk kesihatan diri dan dalaman. Jika mak-mak rasa badan cukup lesu,bisa-bisa, lenguh sendi, susah tidur, sakit belakang dan sebagainya boleh cuba amalkan terapi mandian ais ini. Ia salah satu ikhtiar untuk memulihkan kesihatan diri malah dikatakan mampu menghindarkan daripada gangguan.", "Bila badan penuh angin, badan penuh bisa-bisa, beginilah cara saya menghilangkan bisa dalam badan, lenguh sendi, sakit belakang, sakit kepala, susah tidur malam dan banyak lagi khasiatnya antaranya menghindarkan gangguan makhluk halus.", "Buka peti Ais tengok ada limau nipis, kebetulan dah beberapa hari tak Mandi Ais.Badan pun dah bisa.Sebelum ni pun saya ada share cara mandi ais.Setiap kali badan rasa tak selesa saya pasti akan mandi ais.", "5 biji@lebih limau nipis\nBaldi\nAir Kolah masjid (jika ada)\nKetulan Ais", "1.Ambil limau nipis dan dipotong dua.\n2.Kemudian perahkan limau nipis tersebut di dalam baldi.\n3.Masukkan sedikit air kolah masjid di dalam baldi.\n4.Letakkan ais, pastikan air itu menjadi sejuk.", "Al-Fatihah 7 kali\nBismillah5 7 kali\nAl-Ikhlas 7 kali\nSelawat 3 kali", "Jika mandi di bilik air ,sebaiknya angkat baldi itu baca di luar terlebih dahulu. Selesai baca mandi air tersebut.Jika tak tahan sejuk mulakan dari kaki ke atas kepala. Namun jika tahan sejuk mandi sahaja dari kepala,lebih kan siram Mandi belakang tengkuk belakang.", "Cara begini jika diamalkan, jika angin banyak dalam badan Insha Allah akan keluar,jika ada gangguan makhluk halus InshaaAllah akan berkurangan.Sifat Jin memang tidak tahan dengan Sejuk.Jin dijadikan dari API.", "Sekiranya lepas mandi ada rasa seperti angin keluar dari belakang tengkuk,rasa loya,pening,nak muntah,sendawa, itu maknanya di dalam tubuh ada gangguan.Saya nasihatkan segera dapatkan rawatan Islam berhampiran.Jika dalam badan ada gangguan yang lama selepas mandi badan akan jadi penat dan tak bermaya.", "Mandian ini hanya alternatif dalam merawat pesakit buang angin bisa dalam badan. Disarankan mandi sebaiknya selepas subuh atau sebelum maghrib.Sekiranya amalkan buat mandian ini 3 hari sekali Insha Allah izin Allah badan akan rasa lebih segar.Badan dan kepala juga akan menjadi ringan.", "Jika kerap sakit belakang, sakit kepala, sakit sendi bisa dalam badan sesuai amalkan mandi ais ini.Siapa yang pernah terima rawatan dengan saya, saya akan suruh mandi air ini sekurangnya 3 hari.", "Semua itu atas keyakinan diri sendiri.Izin Allah InshaaAllah sembuh.Kita hanya ikhtiar, kesembuhan semua atas izin Allah.", "1.Sakit belakang berat tengkuk.\n2.Sakit kepala kerap magrain.\n3.Sakit seluruh sendi badan.\n4.Sakit Dada dan kerap sesak nafas.\n5.Dahi rasa berat cepat megantuk siang hari.\n6.Kerap kembung perut,sedawa angin.\n7.Berdebar-debar tanpa sebab bila tiba waktu maghrib.\n8.Badan jadi panas demam bila masuk waktu maghrib.\n9.Kitaran haid tidak menentu bagi wanita.\n10.Perut sakit seolah di hiris-hiris.\n11.Cepat panas baran.\n12.Suka bersendiri.\n13.Cepat naik angin terutama orang paling rapat dgn kita suami isteri.\n14.Sukar tidur malam gelisah dan kerap tersentak ketika tidur.\n15.Kerap ditindih ketika tidur.\n16.Kerap terdengar bisikan makhluk halus.\n17.Di atas bumbung rumah kerap dibaling pasir dan bunyi guli.\n18.Kerap terbau busuk,kemenyan,Cook.\n19.Kerap ternampak kelibat bayangan hitam.\n20.Kerap bermimpi bermain budak kecil dan menyusu budak.\n21.Kerap bermimpi jatuh dari tempat tinggi.\n22.Kerap bermimpi tempat Kotor busuk.\n23.Kerap bermimpi sesat dlm hutan.\n24.Kerap bermimpi binatang berbisa,ular jengking lipan.\n25.kerap mimpi orang mati.", "Di atas adalah tanda-tanda yang kerap berlaku bagi orang terkena gangguan sihir dan saka.Sekiranya banyak tanda-tanda tersebut berlaku pada diri, saya nasihatkan dapatkan rawatan Islam berhampiran.Moga dapat jadi panduan pada kita semua.", "Semoga perkongsian ini bermanfaat." ]
https://www.mingguanwanita.my/nak-kurangkan-kolesterol-turunkan-berat-badan-makan-buah-limau-gedang/
Nak Kurangkan Kolesterol, Turunkan Berat Badan Makan Buah Limau Gedang!
[ "Limau gedang atau grapefruit adalah buah sitrus yang paling banyak mengandungi air. Terdapat lebih kurang 92 peratus air jika dibandingkan dengan sebarang buah-buahan lain. Limau gedang telah dihasilkan pada kurun pertama hasil gabungan buah limau bali dan buah oren.", "Rasa buah limau ini berbeza. Ada yang rasa sedikit masam dan pahit. Ada juga yang rasa manis bergula. Limau gedang mengandungi vitamin C yang terkenal sebagai pelindung terhadap demam selesema dan selesema. Bukan juga hanya satu zat yang mampu membantu mencegah penyakit tertentu, tetapi gabungan beberapa bahan-bahan di dalamnya.", "Buah yang berjus ini mengandungi asid sitrik, gula semula jadi, minyak perlu seperti limonene, pinene dan citral. Ia turut mengandungi sejumlah tinggi vitamin C dan sejumlah kecil vitamin A, B kompleks, vitamin E dan vitamin K. Malah, turut mengandungi sejumlah besar kalsium, asid folik, fosforus dan potassium.", "Dikatakan apabila makan buah limau gedang, kupas kulit tetapi pastikan tinggalkan sedikit kulitnya kerana ia mengandungi jumlah bioflavonoid yang tinggi dan agen-agen anti kanser lain. Walaupun limau gedang mengandungi rasa masam, sebenarnya jusnya ini mengandungi tindakbalas beralkali selepas pencernaan. Kesan ini amat baik terutamanya dalam merawat keasidan dalam sistem pencernaan yang menyebabkan masalah kesihatan lain.", "Pektin yang terdapat dalam limau gedang ini dikatakan berkesan dalam mengurangkan pengumpulan kemasukan penyakit arteri dan vitamin C mampu membantu menguatkan dan mengekalkan keanjalan arteri.", "Dalam satu kajian, bioflavonoid yang ditemui dalam limau gedang dikatakan mampu menangguhkan sel-sel kanser daripada merebak dalam pesakit kanser melalui cara membuang estrogen berlebihan daripada tubuh.", "Pengambilan jus limau gedang dengan  kerap semasa anda mengalami tekanan dikatakan mampu merangsang sistem imun bagi mencegah tubuh anda daripada keletihan.", "Bahan tertentu yang terdapat di dalam buah limau gedang dikatakan mampu mengurangkan penghasilan kolesterol berlebihan daripada hati.", "Pengambilan buah ini dikatakan mampu mengurangkan kanji dan gula dalam sistem tubuh. Jika anda memiliki kecenderungan mendapat diabetes, makanlah lebih banyak limau gedang bagi mencegahnya.", "Jus buah limau gedang dikatakan mampu merangsang pencernaan melalui cara meningkatkan pengaliran cecair gastrik dalam perut. Makanlah buah limau gedang yang memiliki sedikit tisu kulit luar berwarna putih kerana serat tambahan ini mampu membantu dalam pergerakan usus.", "Dikatakan dengan meminum jus limau gedang sebelum waktu tidur mampu membantu anda untuk tidur dan melegakan insomnia.", "Berita baik untuk wanita hamil. Dikatakan bioflavonoid dan vitamin C dalam buah limau gedang mampu membantu mengurangkan air yang tertahan dalam tubuh dan kaki membengkak sepanjang kehamilan.", "Dikatakan meminum jus limau gedang mampu melegakan sakit tekak dan melegakan batuk-batuk.", "Buah limau gedang dikatakan mempunyai enzim pembakaran lemak yang dikatakan boleh membantu menyerap dan mengurangkan kanji dan gula dalam tubuh. Ia telah digunakan secara meluas oleh mereka yang mahu mengurangkan berat badan." ]
https://www.mingguanwanita.my/resipi-daging-masak-hitam-ala-kenduri-kena-perap-1-jam-barulah-sedap-kick/
Resipi Daging Masak Hitam Ala Kenduri, Kena Perap 1 Jam, Barulah Sedap, ‘Kick’
[ "Daging masak hitam, seakan sama dengan daging masak kicap. Menariknya, ia menjadi pilihan hidangan semasa majlis kenduri kahwin. Tak perlu lauk lain pun sudah cukup penambah selera.", "Tambahan pula, kalau pergi kenduri kahwin, daging masak hitam inilah menu yang wajib ada selain, ayam masak merah. Malah, bila tiba hari raya aidiladha, mesti ada hidangan ini selain digoreng, dibuat sup dan sebagainya.", "Kalau sudah tidak tahu nak masak apa dan bosan dengan hidangan yang biasa, bioleh cuba daging masak hitam ala kenduri ini. Paling penting, nak bagi rempah ratusnya serap ke dalam daging, kenalah perap selama satu jam sebelum memasaknya. Memang sedapnya tak boleh bawa bincang.", "Ikuti perkongsian resipi daging masak hitam oleh ibucantik, Ameera ini. Selamat mencuba.", "1. Gunakan 1 kg daging. Ibu guna bahagian betis. Nak guna bahagian patang pinang pun sedap juga.", "2. Ambil 20 tangkai cili kering. Rebus dan blender.", "3. Masukkan semuanya ke dalam mangkuk. Salutkan bersama daging.", "4. Tuang kicap manis, tak kisah jenama apa. Tuang sehingga ia bertukar warna menjadi gelap.", "5. Tambahkan juga kicap pekat. Bagi cantik lagi warna gelap tu.", "6. Masukkan 1 senduk makan cuka. Masukkan ke dalam daging tadi dan gaul rata. Perap selama 1 jam. Biarkan.", "7. Ini bahan utama. Guna buah keras dan kisar semuanya.", "8. Panaskan minyak dan masukkan rempah 3 serangkai.", "9. Masukkan bahan blend tadi. Masak sehingga pecah minyak.", "10. Bila sudah pecah minyak, masukkan daging yang diperap 1 jam tadi.", "11. Masak sehingga empuk. Jangan ditambah air ye. Air blenderkan bawang segala tadi dah cukup. Gunakan api sederhana supaya daging masak dengan baik. Lembut dan boleh dimakan begitu saja.", "12. Apabila nampak kering sedikit, masukkan 1 sudu sos tiram. Gaul sebati sehingga betul-betul kering. Gunakan api perlahan.", "13. Jangan lupa masukkan 1 sudu makan gula. Nak bagi ‘kick’ dan gaul rata.", "14. Sudah siap.", "15. Minyak ini untuk penambah selera. Boleh hidang untuk keluarga.", "16. Ini bekalkan untuk mak abah. Rezeki dapat menjaga kedua orang tua ibu. Rumah berdekatan saja.", "#ibucantik", "Mingguan Wanita : Kalau dah tak tahu nak masak apa, boleh cuba resipi ini. Tak perlu lauk lain pun tak apa, lauk ini saja dah jadi penambah selera.", "Bangkit Wanita Mingguan Wanita", "Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan", "#bangkitwanita\n#langkahyakinlakarkejayaan\n#bisnesdarirumah\n#mingguanwanita" ]
https://www.mingguanwanita.my/buatlah-minuman-talbinah-makanan-sunnah-waktu-demam-banyak-khasiatnya/
Buatlah Minuman TALBINAH, Makanan Sunnah Waktu Demam, Banyak Khasiatnya!
[ "Sekarang ini musim waktu demam, risau pula kalau anak-anak yang alaminya. Mahunya mak ayah tak tidur malam untuk kawal suhu badan mereka. Lagi risau kalau dah berjangkit-jangkit pula dengan adik beradik yang lain.", "Mungkin ramai yang tak tahu tentang minuman sunnah, talbinah. Minuman yang digalakkan ambil waktu demam. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati.", "Selain ambil ubat-ubatan, boleh juga ikhtiarkan untuk minum air talbinah waktu demam. Inilah yang dikongsikan oleh Habibah Badar Bajrai tentang minuman ini.", "Sekarang ni tengah musim anak anak demam. Ada yang macam marathon. Lepas sorang sorang demam. Yang rasa nak pengsan, mak.", "Bila anak demam, pernah tak buat TALBINAH?", "Talbinah ni, makanan sunnah tau. Nabi galakkan sapa sapa yang demam, makan talbinah.", "Talbinah ni dibuat dari tepung barli. Cuma guna 3 bahan saja. Tepung barli, susu dengan madu. Kalau tak ada tepung barli, boleh guna barli. Dah masak, blend.", "Kalau nak beli tepung barli tu kan, cari yang asli. Tepung barli kat kedai tu, ada yang bercampur tepung sebab pekedai nak untung. Sebab tu harga dia murah sikit.", "Selain bagus untuk redakan demam, talbinah ni ada banyak lagi khasiat lain.", "Antara khasiat talbinah;\n1. Boleh hilangkan stress\n2. Merawat sistem penghadaman\n3. Bantu hilangkan kesedihan\n4. Mengelakkan darah tinggi\n5. Mengawal kanser\n6. Melambatkan penuaan\n7. Bantu kurangkan kolesterol\n8. Merawat insomnia\n9. Turunkan gula dalam darah\n10. Kuatkan imunisasi", "Banyak khasiat talbinah ni. Kalau suka, boleh juga campur dengan kurma.", "Kalau anak demam, boleh bagi talbinah ok! Tak demam pun boleh. Khasiatnya banyak sesangat.", "RESEPI TALBINAH\nTepung barli\nSusu\nMadu asli", "Masak tepung barli dengan susu. Biar sampai pekat sikit. Agak agak. Kalau pekat sangat, boleh tambah air atau susu lagi. Bila dah masak, tunggu suam, baru campur madu. Jangan campur madu semasa tengah panas sangat. Nanti khasiat madu tu boleh hilang.", "Boleh minum talbinah ni bila bila masa untuk anak kecil atau orang tua pun boleh.", "“Talbinah itu dapat menyegarkan hati orang yang sakit dan dapat menghilangkan sebahagian dari kesedihan.”\n(Riwayat Bukhari dan Muslim)", "Mingguan Wanita : Sekadar berusaha dan tak salah pun amalkan untuk kesihatan juga.", "#bangkitwanita\n#langkahyakinlakarkejayaan\n#bisnesdarirumah\n#mingguanwanita" ]
https://www.mingguanwanita.my/sanggup-guna-kuali-hitam-kononnya-legend-sebenarnya-ia-bahayakan-kesihatan/
Sanggup Guna KUALI HITAM, Kononnya Legend. Sebenarnya Ia Bahayakan Kesihatan
[ "Boleh dikatakan mak-mak mempunyai peralatan dapur kesayangan, lebih-lebih kuali atau periuk. Sanggup memasak guna periuk yang sudah tidak ada ‘telinga’ mahupun yang sudah hitam legam. Kononnya, best guna periuk atau kuali ini.", "Sedangkan di dapur pelbagai jenis periuk atau kuali dengan macam-macam jenama tersimpan cantik di dalam almari. Langsung tidak digunakan, yang guna hanyalah kuali hitam. Katanya legend.", "Memang itu kesayanga dan legend tetapi sebenarnya ia boleh membahayakan kesihatan. Bukan kesihatan diri sendiri tapi keluarga juga.", "Ini adalah penerangan dan perkongsian daripada Dr. Fatimah Salim, ahli kimia tentang kuali hitam ini.", "Ramai yang mungkin tidak kisah dengan keadaan kuali atau periuk yang hitam legam. Legend katanya.", "Tahukah anda peralatan memasak sebegini berbahaya?", "YA. Lapisan hitam ini sebenarnya terbentuk daripada mendakan bahan masakan dan minyak yang terhangus dan dibiarkan lama sebati tanpa disental atau dikikis.", "Lapisan ini berpotensi menyebabkan kanser kerana ianya mengandungi bahan kimia seperti polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs), heterocyclic amines (HCAs) acrylamide dan furans.\nBahan-bahan kimia ini akan bercampur dalam masakan kita setiap hari yang kita hidangkan kepada anak-anak.", "Maka, usah berfikir panjang lagi. Segera bersihkannya bagi mengelakkan masalah kesihatan di masa hadapan. Benar, bahan-bahan kimia ini memang sentiasa ada dalam makanan yang dipanggang atau dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga hangus, namun usahlah sengaja menambah punca.", "Tip untuk membersihkan lapisan karbon ini adalah:", "Pemanasan membantu menanggalkan kesan hangusan dengan lebih mudah kerana bertambahnya tenaga kinetik molekul-molekul dalam ikatan metalik peralatan memasak dan lapisan hangusan itu juga.", "Nota:\n1) Dalam keadaan yang pekat, bahan-bahan kimia ini bersifat menghakis, maka boleh membantu dalam proses pembersihan. Cuma berhati-hati dengan air panas dan sifat yang boleh merengsa.\n2) Peralatan yang telah berkilat tadi perlu dibentuk lapisan oksida untuk mengurangkan risiko bocoran logam. Maka, boleh lah merebus air beberapa kali sehingga lapisan kelihatan pada permukaan, sebelum digunakan seperti biasa.\nSemoga bermanfaat!", "MW: Lepas ini, mak-mak boleh saja pakai kuali hitam itu, tapi kenalah bersih sampai jadi putih yer…" ]
https://www.mingguanwanita.my/sejam-tahan-kesakitan-budak-lelaki-3-tahun-terperangkap-dalam-tempat-pengering-mesin-basuh/
Sejam Tahan Kesakitan, Budak Lelaki 3 Tahun Terperangkap Dalam Tempat Pengering Mesin Basuh!
[ "Malang tidak berbau walaupun di rumah sendiri.Mohon mak ayah memantau pergerakan anak-anak kecil dimana sahaja mereka berada.Jangan sesekali biarkan mereka bersendirian, pasti ada ‘kerja’ yang dibuatnya.", "Seorang kanak-kanak di Sandakan terperangkap di dalam sebuah mesin basuh selepas dia memanjat mesin tersebut pagi tadi.", "Kanak-kanak berusia tiga tahun yang dikenali sebagai Mohd Azam Razlan terpaksa menahan kesakitan hampir sejam selepas terperangkap dalam bahagian pengering mesin basuh di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Manila, Batu 12 di Sandakan.", "Mohd Azam dikatakan bermain seorang diri dalam insiden pukul 10.30 pagi di rumahnya dan difahamkan mula menangis apabila salah satu kakinya terperangkap di dalam bahagian pengering.", "Ibu mangsa yang terdengar tangisan anaknya itu bergegas membantu mengeluarkan kakinya tetapi gagal.", "Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Khatizah Rahaban berkata, mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.43 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.", "“Anggota bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan mangsa dengan memotong bahagian pengering menggunakan peralatan khas” katanya.", "Khatizah berkata kanak-kanak itu dihantar ke hospital untuk menerima rawatan dan hanya mengalami lebam di kakinya.Operasi mengeluarkan kanak-kanak itu selesai kira-kira pukul 11 pagi.", "Alhamdulillah semuanya selamat. Buat mak ayah semoga lebih berhati-hati, mohon pantau keadaan anak-anak selalu dan jangan dibiarkan mereka bermain sendirian." ]
https://www.mingguanwanita.my/resepi-sup-sayur-herba-boreh-bilis-berkesan-lancarkan-darah-waktu-haid-dan-nifas/
Resepi Sup Sayur Herba Boreh Bilis Berkesan Lancarkan Darah Waktu Haid Dan Nifas
[ "Semasa haid dan nifas, rahim kita menjadi sejuk kerana proses peluruhan (menstrual phase) berlaku. Rahim yang sihat adalah rahim yang panas. Sebab itu, herba dimasukkan dalam sup sayur agar menaikkan suhu rahim.", "“Fungsi sayur di bawah ini adalah sangat bagus untuk membantu mengeluarkan lebihan angin (gas) di dalam badan, membantu meningkatkan metabolisma dan membantu pelawasan. Maka, ianya sangat sesuai buat anda yang perutnya buncit!", "“Selain itu, ianya juga bagus untuk menambahkan hemoglobin di dalam darah disebabkan darah yang banyak keluar ketika haid.", "2 pohon brokoli **\nSetengah batang lobak merah **\n7 helai daun zaitun\n3 inci halia bara (halia merah)\n1 biji tomato **\n2 asam keping**\n1 labu bawang holland **\n1 sudu herba boreh bilis dengan 15 jenis rempah (untuk kesan yang lagi power rangers ya!)\n1 liter air bertapis", "Rebus 1 Liter air bersama daun zaitun, halia bara dan herba boreh bilis dengan api perlahan selama 15 minit dengan api perlahan hingga mendidih.\nKemudian, sambil mendidih tu, hidulah bau rempah itu, bagus juga nak banteras hama resdung tu. Cuma jangan bersin pula, nanti jadi Sup Sayur Resdung! Haha.\nSetelah mendidih, masukkan semua bahan yang bertanda **. Rebus lagi 5-10 minit.\nTaraaaa! Dah boleh makan…", "Dah boleh ratah sup sayur sebagai makan malam pengganti nasi dan ayam goreng kfc! Sekali-sekalakan… Apa kata ubah diet kita. Kata nak sihat. Express cara sihat ialah menggunakan herba boreh 1 sudu, bukan tok aji naik moto 1 senduk ya!", "Anda akan sendawa, haid pun lancar, merah ‘fresh’, tak de dah coklat hitam sahaja?", "InsyaAllah senggugut dan keletihan ketika keluarnya darah haid akan berkurangan.", "Pesanan Kak Bidan Sempoi juga, tak perlulah tambah sayur lain banyak sangat. Nanti jadi makanan hospital pula!", "Silakan #share terutama buat mereka yang setiap kali haid senggugut, darah coklat sahaja atau darah hitam sahaja dan juga untuk masalah darah berlarutan selama sebulan." ]
https://www.mingguanwanita.my/bila-isteri-mengadu-sakit-suami-usahakan-beri-minum-air-bacaan-al-fatihah-selawat-penyembuh-berharga/
Bila Isteri Mengadu Sakit, Suami Usahakan Beri Minum Air Bacaan Al-Fatihah, Selawat, Penyembuh Berharga
[ "Bila isteri mengadu sakit, ada suami yang terus mengelabah, tak tahu apa nak dibuat dan dibantu. Ada setengah suami terus bagi isteri berehat. Tapi ada juga suami yang buat-buat ‘dono’ saja.", "Sebenarnya, bila isteri mengadu sakit atau tidak sihat, itu tandanya isteri ingin perhatian suami. Cukuplah dengan membantu untuk belai atau urut. Itu pun dah cukup buat dia lega.", "Mungkin ada suami yang buat tak tahu sebab, bila isteri mengadu sakit, dia tetap buat kerja-kerja rumah. Sampaikan suami pun dah ‘confius’ betul-betul sakit atau tidak.", "Janganlah begitu dan ambil mudah. Bantulah apa yang patut. Tak cukup dengan urut, ada petua yang disarankan oleh Abu Hurairah Roslan ini. Moga ia boleh dijadikan panduan buat suami di luar sana.", "Isteri mengadu sakit kepala. Saya pula sedang kepenatan.", "Saya buka beg, hulur panadol.", "“Nah, makanlah. Nanti baik”", "Selang beberapa jam, isteri bagitahu kepalanya masih sakit. Aduh, saya blur. Takkan dah telan panadol masih tak sembuh?", "“Nah, kena makan ubat lagi kot. Nantilah saya cari lain” balas saya.", "Di hari lain, isteri bagitahu badannya sakit-sakit.", "Sebab uruskan taska. Angkat itu ini.", "Terus saya cari tukang urut. Telefon dan minta tukang urut datang rumah. Urutkan isteri.", "“Abang dah cari tukang urut. Malam ni dia urut awak. Saya bayar nanti kat dia”", "Tapi, isteri masih sakit badan. Katanya paling sakit dekat bahagian pinggang. Saya “down”. Rasa macam mengada je. Orang lain pun sakit pinggang juga, tapi lepas urut biasanya ok je.", "“Nantilah saya cari tukang urut lain”", "Dan,", "Hampir berbulan isteri masih begitu.Itu belum sakit yang lain.", "Sakit dan terus sakit. Saya buntu nak selesaikan macamana. Semuanya tak kena saja. Duit dah keluar beli ubat. Upah orang urut. Tak cukup dengan tu, cari kaedah rawatan lain lagi.", "Satu malam, tiba-tiba saya teringat ketika isteri sakit dulu. Semasa awal-awal kami berkahwin. Masa tu jangankan panadol, nak beli minyak angin cap kapak pun tiada duit.", "Isteri terbaring sakit kepala sangat. Saya buntu nak buat apa. Isteri menangis saja.", "Saya teringat pesan guru,", "“Kalau isteri sakit, tak sihat. Ambil air, bacakan al fatihah dan selawat, sebut nama isteri, ambil air tu bagi isteri minum. Selebihnya ambil sedikit sapu di kepala. Atau mana tempat yang isteri rasa sakit”", "Terus saya buat begitu sebagai usaha, selebihnya tawakal kepada Allah yang Maha Berkuasa. Yang menyembuhkan. Yang memberi sakit itu.", "Dengan izin Allah, isteri hilang sakit kepala masa tu. Allahuakbar. Rasa lega sangat sebab isteri kalau sakit, rasa seperti ada kekurangan dalam hidup ni.", "Tiba-tiba isteri panggil.", "“Abang, boleh tolong urutkan kepala saya?”", "Terus saya ambil minyak angin dan urutkan. Saya urut pula badannya yang sakit. Sampailah dia terlena.", "Esok pagi isteri segar betul. Wajahnya ceria. Bersiap awal ke taska. Senyum saja.\n“Awak dah ok?”", "“Alhamdulilah. Macam hilang semua beban. Terima kasih sangat”\nYa.", "Jika suami pening, tangan isteri yang memicit banyak mendatangkan rasa lega dan jika isteri yang sakit, belaian seorang suami adalah penyembuh paling berharga.", "Begitulah hikmah dalam rumahtangga.", "Tempat dua manusia memberi, bukan hanya meminta.", "#sweeterapi", "Mingguan Wanita : Ada juga isteri penat dan mengadu sakit bukan apa, kadang-kadang dia perlukan perhatian dan kasih sayang suami.", "#bangkitwanita\n#langkahyakinlakarkejayaan\n#bisnesdarirumah\n#mingguanwanita" ]
https://www.mingguanwanita.my/resipi-ketam-sweet-sour-chinese-style-air-tangan-terakhir-siti-sarah/
RESIPI ‘Ketam Sweet & Sour Chinese Style’, Air Tangan Terakhir Siti Sarah
[ "Hari ini ramai yang turut bersedih dengan pemergian penyanyi Siti Sarah Raisudin yang telah menemui Penciptanya pada 5.13pagi akibat jangkitan Covid-19.. Meskipun ramai yang mengenalinya sebagai seorang selebriti, namun kehilangannya terasa begitu dekat di hati semua.", "Selain perkongsian mengenai kerjaya dan keluarga, arwah Siti Sarah juga sering berkongsi resipi-resipi masakan buat para peminatnya di Instagram. Perkongsian masakan dengan penuh ceria dalam loghat Terengganu dengan cara yang tersendiri, pastinya akan dirindui nanti.", "Resipi ‘Ketam Sweet & Sour Chinese Style’ merupakan air tangan terakhir Siti Sarah, yang sempat dikongsikan oleh arwah sehari sebelum dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke ICU.", "Ketam Bunga/Ketam Nipah", "Bawang putih\nHalia\nCili Boh/ Cili Kisar\nSos Cili\nSemangkuk Air\nCuka\nKicap Cair\nSos Tomato\nAir Tepung Jagung\n1 sudu black vinegar\nPutih Telur", "1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau.", "2. Kemudian masukkan cili boh, tumis dan kacau sehingga garing.", "3. Masukkan pula sedikit gula dan sos cili.", "4. Selepas itu masukkan sedikit sos tiram dan kicap cair.", "5. Masukkan semangkuk air, black vinegar dan sos tomato.", "6. Masukkan garam dan ketam yang telah dibersihkan tadi.", "7. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan biarkan pekat sedikit dan masukkan putih telur.Kacau perlahan-lahan.", "8. Masukkan kulit ketam, tutup kuali, biarkan seketika dan boleh dihidangkan.", "Disamping itu, seperti kebiasaan di dalam perkongsian resipi-resipi masakan beliau sebelum ini, Siti Sarah juga sempat menitipkan doa ketika memasak iaitu;", "“Bismillahirahmanirrahim, Ya Allah Ya tuhanku siapa sahaja yang makan makanan ini Ya Allah, tenangkanlah hati mereka, murahkanlah rezeki mereka, Jadikanlah mereka hambamu yang taat, Ya Allah”", "Mingguan Wanita : Alfatihah buat arwahyarham Siti Sarah. Semoga perkongsian resipi ini juga, menjadi salah satu ‘saham akhirat’ buat beliau dan menjadi asbab ke syurga. Amin. Selamat Mencuba!", "Mingguan Wanita juga boleh diikuti di" ]
https://www.mingguanwanita.my/best-resepi-kek-pisang-ni-berulang-kali-buat-tambah-perahan-lemon-dalam-adunan/
Best Resepi Kek Pisang Ni Berulang Kali Buat, Tambah Perahan Lemon Dalam Adunan!
[ "Kek Pisang boleh dikatakan kek klasik yang menjadi kesukaan ramai. Sesuai dihidangkan untuk minum petang atau sewaktu kenduri kendara. Walaupun pun dibuat, namun payah nak cari resipi kek pisang yang betul-betul sedap, lembap, lembut dan manis secukup rasa.", "“Alhamdulillah,best resepi kek pisang ni,berulang kali buat”", "3 biji pisang berangan @ 1 cawan pisang yang dah dilecek\n3/4 cawan gula kastor (saya guna gula pasir yang dah diblend)\n4 biji telur gred A\n1 cawan minyak jagung (saya guna minyak masak)\n1 sudu besar perahan lemon (kalau tak de boleh bubuh limau kasturi,limau nipis)\nSecubit garam", "1 1/2 cawan tepung gandum\n1 sudu teh baking soda\n1 sudu teh double action baking powder(boleh juga guna baking powder biasa)", "Hirisan pisang potong nipis (kalau tebal pisang tu lemas)", "1. Satukan minyak,telur,gula,garam masukkan dalam balang blender dan kisar 5-6minit.", "2. Masukkan pisang blend sekejap (tak sampai seminit pun).", "3. Satukan bahan ayak dalam bekas, tuang bahan kisar dalam bekas bahan ayak dan kacau sebati.", "4. Panaskan oven 10 minit suhu 170*api atas dan bawah. Leser mentega pada loyang.Lapik baking paper, tuang adunan dalam loyang,letak hirisan pisang. Bakar selama 50 minit atau hingga masak.", "MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika mak-mak nak buat Kek Pisang,boleh cuba resipi yang dikongsikan ini." ]
https://www.mingguanwanita.my/anak-pintar-satu-subjek-mak-ayah-jangan-beria-hantar-sekolah-khas-belajarlah-secara-normal/
Anak Pintar SATU SUBJEK, Mak Ayah Jangan Beria Hantar Sekolah Khas, Belajarlah Secara Normal
[ "Bila anak pintar satu subjek, sedangkan mata pelajaran lain tidak seperti yang diharapkan. Rasanya, mak ayah mesti akan keliru bila keadaan anak seperti ini. Bukan apa, kepintaran hanya menjurus kepada satu matapelajaran tapi yang lainnya tidak.", "Nak tak nak mesti mak ayah akan fikirkan pembelajaran khas untuknya bagi memahirkan lagi apa yang anak itu miliki. Hantar sekolah yang khusus dengan kemahirannya atau biarkan saja bergaul dengan kawan-kawan dan ikuti pembelajaran normal?", "Antara perkongsian dan ulasan daripada Zamir Mohyedin buat mak ayah yang diberi rezeki anak pintar satu subjek, jangan terburu-buru hantar ke sekolah khas untuk suburkan bakatnya tapi bersabarlah, beri peluang untuk anak bergaul dan belajar dengan kawan-kawan sealiran dengannya.", "Saya terbaca baru-baru ini ada ibu bapa yang rungsing tidak tahu nak hantar anak ke mana bila dapat tahu anaknya berumur 9 tahun mempunyai kepintaran dalam algebra. 9 tahun, darjah 3 biasanya baru nak kenal operasi bahagi dan darab. Tingkatan 2 seingat saya baru diperkenalkan algebra.", "Kalau kita ada anak yang mempunyai bakat ataupun kepintaran tertentu, saya berpandangan, biarkan saja anak kita melalui pembelajaran normal seperti kanak-kanak lain. Sekurang-kurangnya sehingga SPM. Mungkin boleh tempatkannya di sekolah yang cemerlang seperti MRSM ataupun SBP apabila sudah sampai ke sekolah menengah.", "Dah sampai ke peringkat pengajian tinggi, barulah kita boleh bentuk hala tuju anak kita dengan kepintaran itu. Kalau cemerlang fizik, mungkin boleh hantar ke Amerika Syarikat ataupun United Kingdom. Kalau berbakat dalam seni, mungkin boleh hantar ke Jerman dan sebagainya. Hantar ke tempat-tempat yang boleh suburkan bakat dan kepintarannya.", "Masa kecil dan remaja ini, biarlah di membesar seperti biasa. Kalau anak kita dah pandai kalkulus seawal umur darjah 1, kita kena sedar anak kita bukan membesar dengan kalkulus semata-mata. Dia perlu membesar mempunyai kawan-kawan seusianya, dia perlu bermain, dia perlu ada zaman kanak-kanaknya sendiri. Dia perlu bersosial dengan golongan seusianya.", "Kita pun kena tahu juga, pintar satu subjek sahaja pun tidak membawa anak itu ke mana-mana. Biarkan dia belajar dengan kawan-kawan dia untuk semua subjek.", "Bila kita tengok balik tokoh-tokoh fizik dulu, ramai melalui laluan pendidikan secara normal. Albert Einstein dulu darjah 6 dah pandai kalkulus, tapi umur 17 tahun baru ambil program diploma. Marie Curie, orang pertama dapat dua Hadiah Nobel pun umur 24 baru buat ijazah. Erwin Schrodinger ambil ijazah masa umur 19 tahun.", "Niels Bohr ambil ijazah masa umur 18 tahun. Stephen Hawking ambil ijazah masa umur 17 tahun. Terence Tao umur 9 tahun dah boleh buat matematik taraf universiti, tapi umur 17 baru dia ambil ijazah.", "Kalau baca kisah-kisah orang Hebat ini, ramai yang lalui pendidikan formal. Tak ada yang darjah 1 terus nak lompat ambil ijazah kedoktoran.", "Saya bukan apa, kalau tengok iklim di Malaysia ini, takut budak-budak ini makin tercicir apabila melangkau kawan-kawan sebaya.", "Tambah lagi, gaya macam ini tidak normal untuk kanak-kanak membesar. Bayangkan budak berumur 9 tahun nak kena bergaul dengan budak berumur 15-16 tahun. Cara fikir dan renungan pun dah tak sama sebab pengalaman membesar tak sama.", "Dia mungkin pintar ataupun berbakat suatu perkara, tetapi banyak perkara lain yang dia normal seperti kanak-kanak lain.", "Nasihat saya, jangan takut untuk biarkan anak lalui pendidikan formal. Tunggu dia dah remaja, habis SPM nanti bolehlah nak hantar ke mana-mana yang sesuai. Dah sampai sini, tak apalah nak melangkau.", "Bagi saya, ada kepintaran tertentu ini memang bonus. Memudahkan untuk budak itu belajar. Yelah, dia boleh fokus pandaikan diri dalam subjek lain, subjek yang dia pintar itu boleh rileks. Budak itu dah mudah, kita jangan pula susahkan dia untuk membesar dengan baik.", "Mingguan Wanita : Betul sangat. Biarlah anak-anak belajar seperti biasa. Risau juga masa sekolah rendah hebat tapi bila sekolah menengah tak boleh nak ‘bawa’ lak.", "#bangkitwanita\n#langkahyakinlakarkejayaan\n#bisnesdarirumah\n#mingguanwanita" ]
https://www.mingguanwanita.my/isteri-pandu-ford-mustang-masuk-parit-suami-mampu-senyum-yang-penting-selamat-duit-boleh-dicari/
Isteri Pandu FORD MUSTANG Masuk Parit, Suami Mampu Senyum, “Yang Penting Selamat, Duit Boleh Dicari”
[ "Duit boleh dicari. Tapi kalau hilang isteri boleh saja dapat pengganti tapi belum tentu sama dengan yang kita ada sebelum ini. Sebab itu, suami janganlah nak berkira sangat dengan isteri. Rezeki pasti bertambah-tambah.", "Srtiap orang pasti ada barang kesayangan. B9asanya kalau lelaki lebih kepada kereta yang dimodified, pancing, kasut dan sebagainya. Bayangkan kalau barang kesayangan itu rosak atau hilang. Mahunya tak ada mood, bergaduh mulut dengna isteri atau paling tidak tarik muka, tak bercakap.", "Bukan setakat isteri anak-anak pun mesti gerun nak pegang atau sentuh barang kesayangan suami atau ayahnya. Namun, boleh dikatakan tidak semua suami seperti itu. Apalah sangat sangat kalau nak dibandingkan dengan isteri dan keluarga. Duit boleh dicari.", "Masih ingat lagi tak tentang kisah viral Ford Mustang 5000cc warna merah yang dipandu seorang wanita, kemalangan masuk parit dua tahun lepas?", "Kereta tu milik brother Syukor Majid, isterinya Nur Aini yang pandu, terbabas, tapi biasalah perempuan mana pernah salah, parit tu yang salah.", "Ingat lagi, bila sampai tempat kejadian, dia berlari cari puan isteri, dia peluk, tenangkan dulu puan isteri, check okay ke tak, mujur bini dia tak bercalar sikit pun, kalau tidak, mau dia saman parit tu. Lepas tu baru tengok mustang dia.", "Sampai part kereta, abang ini tergelak sorang-sorang tengok kereta kesayangan dia jahanam teruk. Gelak tu yang mahal, orang lain mau meratap meraung, dan satu yang aku respect sikit pun tak marah bini dia.", "“Benda dah jadi cikgu, yang penting isteri saya selamat. Duit boleh dicari, isteri pun boleh dicari, tapi tak sama macam ni.” Tenang sungguh dia jawab.", "Kita ni kereta calar sikit bini langgar tiang pagar mengamuk sampai tak bercakap dengan isteri seminggu. Punya ungkit selalu sampai merajuk kawan tu. Memang la dia salah, tapi amarah tu tak sepadan kot, duit boleh cari, hati puan isteri tu jagalah baik-baik.", "Hari berganti hari, rezeki abang ni melimpah ruah, dulu isteri dia jahanamkan kereta RM500K, hari ni dia hadiahkan kereta harga RM1 juta bagi pada puan isteri.\nAlhamdulillah, tumpang bangga, bahagia tengok kejayaannya.", "Aku yakin, rezeki abang ni melimpah ruah sebab selalu utamakan keluarga. Dia sayang sangat mak ayah dia, isteri dia. Kita pakat contohi dia.", "Kalau isteri buat calar kereta, kita senyum. Kalau isteri mintak duit nak pergi Korea, kita bagi. Kalau isteri nak beli barang shopee, kita bagi. Yakinlah, nescaya Allah akan balas berlipat kali ganda bila kita bahagiakan ahli keluarga.", "Mingguan Wanita : Jadi, para suami sentiasalah bahagiakan isteri. Rezeki makin berlipat ganda lagi. Insya Allah.", "#bangkitwanita\n#langkahyakinlakarkejayaan\n#bisnesdarirumah\n#mingguanwanita" ]
https://www.mingguanwanita.my/anak-anak-nak-bercerita-mak-ayah-tolonglah-dengar-jangan-sampai-menyesal/
Anak-Anak Nak Bercerita, Mak Ayah Tolonglah Dengar. Jangan Sampai menyesal
[ "Anak-anak anugerah terindah untuk setiap pasangan yang berkahwin. Cuma yang membezakan, ada yang memiliki anak ramai dan ada yang sekadar seorang. Apa pun setiap seorang daripada mereka adalah amanah daripada Allah SWT untuk dijaga dengan sebaik mungkin.", "Ada pasangan yang sudah bertahun berkahwin namun belum dikurniakan zuriat. Hati meronta-ronta ingin bergelar mak ayah namun belum tiba rezeki. Apa pun terukan berdoa dan berusaha. Doa tanpa usaha juga tak boleh.", "Masa yang bergerak kini dirasakan amat pantas berjalan. Hari demi hari berlalu, bulan ke bulan dan tahun berganti tahun. Si kecil yang dikandung kini semakin membesar. Perjalanan waktu yang pantas ini hakikatnya mempengaruhi rutin kehidupan kita sehari-harian.\nSegalanya jika tidak dirancangkan dengan baik pasti berlalu begitu sahaja tanpa boleh diulang kembali.", "Rakan penjaga yang saya hormati, mari sama-sama kita cermati, apakah yang telah kita lakukan untuk anak-anak kita bagi menjamin kelestarian kehidupannya sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya? Adakah benar-benar kita telah menjalankan tanggung jawab kita yang hakiki dalam mendidiknya dengn baik sebagainya yang dituntut?", "Atau pun kita hanya mengulangi rutin yang pernah kita lalui dahulu sewaktu kita seusia dengan dirinya? Allahu Rabbi, hakikatnya, perkara ini benar-benar harus kita tekuni dan renungi sejenak agar, tanggungjawab yang Allah pundakkan kepada kita benar-benar telah kita laksanakan dalam kesempatan waktu yang ada.", "Baca artikel lain di sini:", "Rencamnya waktu dan dunia yang mereka diami kini amat memerlukan kefahaman dan sentuhan didikan yang lebih kukuh dalam institusi kekeluargaan. Di mana-mana sahaja kedengaran gejala-gejala yang membimbangkan dan merunsingkan berlaku dalam kalangan generasi muda kita dewasa ini.", "Malah tidak kurang juga berlaku di peringkat yang lebih rendah iaitu dalam kalangan usia anak-anak yang masih terlalu muda. Mengapa hal ini terjadi perlu dibincangkan namun yang lebih penting untuk diutamakan adalah bagaimana cara penyelesaian dan penghindarannya harus dilakukan.", "Di peringkat kita selaku ibu bapa, perhatian harus diberikan kepada anak-anak. Pada fasa pertama kehidupan mereka iaitu sewaktu mereka masih banyak masa berada di rumah, perhatian ini arus didapatkan sebesar-besar yang mungkin. Ini adalah untuk mengukuhkan kepercayaan anak terhadap kita kedua ibu bapanya.", "Salah satu cara yang boleh diterapkan adalah dengan mendengar.Ya, anak-anak kita mahu didengari. Banyak perkara yang mengelirukan dan tidak kurang juga yang mengujakan sedang mereka hadapi sekarang. Justeru, mereka tidak boleh menghadapinya sendiri. Mereka amat memerlukan kita untuk mendengar dan memberikan pandangan.", "Saya pasti, setiap daripada kita menghadapi situasi anak-anak yang gemar bercerita. Banyak sungguh plot-plot cerita yang ingin disampaikan. Tidak dinafikan ada masanya kita tidak mampu lagi untuk mendengarnya.", "Walau bagaimana pun, kawal perasaan itu. Ini kerana salah satu keperluan emosi mereka adalah untuk didengari. Cuba berikan perhatian dan jika tidak mampu, ajaklah anak untuk berehat sebentar tetapi jangan terus berlalu dan menutup siri ceritanya dengan nada yang kasar.", "Anak-anak kita yang masih kecil hanya memahami sesuatu perkara dengan mudah berdasarkan ekspresi kita. Iaitu samA ada suka atau tidak, samA ada marah atau sayang dan sebagainya. Jadi, jika kita memilih untuk menggunakan kekerasan atau nada yang tinggi untuk memotong ceritanya tadi, dia akan faham bahawa kita tak suka dan apa yang dilakukan salah.", "Padahal, bercerita bukan sesuatu yang salah. Bercerita akan mengajarkan anak menyatakan atau mengekspresikan emosinya. Yang salahnya di sini adalah kita yang kurang sabar untuk menantikan penamatnya.", "Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama cuba untuk menjadi pendengar yang setia untuk anak-anak. Apabila ruang itu sentiasa terbuka untuk dirinya, kelak sewaktu umurnya semakin meningkat dewasa, dia juga akan mencari kita sebagai tempat meluahkan kekeliruan dan kegembiraannya.", "Ini kerana, kepercayaan sudah wujud dalam perhubungan kita. Bayangkan sahaja, apabila anak-anak kita meningkat dewasa sudah pasti lebih banyak konflik yang bakal ditempuhi, jika pada ketika itu tempat dia merujuk adalah kita ibu bapanya, insya-Allah kita akan cuba untuk memberikan panduan yang terbaik buat dirinya.", "Namun, jika pada ketika itu, dia tidak yakin boleh berkongsi apa yang sedang dihadapi dengan kedua ibu bapa dan mencari orang lain sebagai tempat meluahkan perasaan maka kita tidak dapat memantau keadaan anak-anak kita sendiri. Malah yang lebih mendebarkan, kita tidak tahu pandangan bagaimana yang menjadi rujukan anak-anak kita.", "Justeru, gunakanlah masa yang kita ada sekarang untuk menjadi pendengar yang setia bagi anak-anak kita. Usah banyak bercakap sahaja, anak-anak kita juga perlu diberikan peluang untuk menyatakan perasaannya dan berkongsi pendapatnya. Insya-Allah perhubungan kekeluargaan kita akan menjadi lebih erat dengan izin-Nya. Allahuallam.", "Sumber: Dr. Nurul Asiah Fasehah Binti Muhamad (USIM)" ]
https://www.mingguanwanita.my/masker-hilangkan-jeragat-pakai-seminggu-4-kali-tapi-jangan-lebih-dari-15-minit/
Masker Hilangkan Jeragat, Pakai Seminggu 4 Kali Tapi Jangan Lebih Dari 15 Minit!
[ "Bukan senang nak hilangkan jeragat! Inilah salah satu masalah kulit yang kaum wanita risau sangat. Ada banyak punya yang menyebabkan jeragat, keturunan atau mungkin salah pakai produk.", "Sebab ramai ada masalah jeragat, jadi Aisyah share kat wall Aisyah jugak la. Mudah mudahan ramai serasi dengan masker magic ni tuk hilangkan jeragat.", "Kalau korang nak tau, masker magic ni guna bahan dapur je tau. Tapi cam biasa la, paling best sebab kos dia murah banget.", "Masa memula jumpa resepi ni Aisyah macam tak percaya sangat. Sekali tengok ramai bagi feedback positive. Perghh, jeragat diorang sebelum ni yang setebal awan mendung tetiba boleh nipis. Ada tu jeragat terus hilang lepas konsisten pakai masker ni.", "Tapi macam biasa la, ni rawatan alami. Bukan guna bahan kimia. Jadi kesan dia slow. Slow slow dia, tapi selamat tuk kulit kita. Pastu yang bestnya masker ni boleh cerahkan kulit muka kita jugak tau.", "Ehhh, kalau ada masalah jerawat pun boleh pakai masker ni sebab semua bahan bahan masker ni bagus tuk halau jerawat. Dah la, penat type, jom kita tengok resepi;", "1 biji kentang rebus\n1 biji limau nipis atau setengah biji jus lemon\n1/2 sdk kunyit serbuk\nAir rose secukupnya, pakai air tapis atau mineral pun boleh.", "Cara-caranya:", "1. Korang blend jek semua bebahan ni sampai dia jadi paste cam custard, betu betul halus. Make sure paste ni tak terlalu pekat, tak terlalu cair tau.", "2. Korang urut muka korang dengan masker ni selama 2 minit. Pastu biarkan dia kering jap dalam 15 minit. Jangan lebih tau. 15 min je cukup. Sebab takut muka kering sangat nanti.", "3. Balance masker ni korang masuk mangkuk bersih bertutup. Pastu simpan dalam esbok. Boleh tahan tuk 5-6 hari gitu.", "Tadaaa, senang jek kan. Barang-barang dia pun murah. Siapa yang ada masalah jeragat teruk, korang boleh pakai masker ni hari hari. Bila dah ok, korang pakai seminggu 4 kali jek.", "Tapiiii… ingat betul betul. Jangan pakai lebih dari 15 minit, nanti kulit korang boleh kering. Pastu korang boleh pakai waktu malam jek.", "Tips penting, korang jangan lupe pakai sunblock waktu siang tau. Baru la jeragat baru tak boleh datang sebab sunblock tu dah protect kulit kita.", "Jangan lupe #share petua ni dan follow Aisyah Badar Bajrai untuk petua cara bajet yang lain.", "Selamat mencuba." ]
https://www.mingguanwanita.my/cara-mudah-tukar-duit-syiling-di-kiosk-wang-dikreditkan-terus-ke-akaun-bank/
Cara Mudah Tukar DUIT SYILING Di Kiosk, Wang Dikreditkan Terus Ke Akaun Bank!
[ "Ada cara mudah sebenarnya nak tukar duit syiling di kiosk dan wang dikreditkan terus ke akaun bank. Jika di rumah banyak kumpul duit syiling boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Tak perlu susah payah beratur di bank untuk urusan tukar duit syiling ni. Memang lebih mudah.", "Baru tahu sebenarnya kita boleh tukar wang syiling di kiosk MyPay, sudah tak perlu ke bank. Kiosk ini dibuka setiap hari dari 10am ke 7pm. Caranya pun sangat mudah, 5 minit selesai. Wang akan dikreditkan terus ke akaun bank. Apa-apa bank pun boleh.", "Selesai satu masalah .", "Setakat ini ada 3 kiosk MyPay. Anda boleh pilih yang berdekatan dengan rumah anda. Semuanya dibuka setiap hari termasuk Ahad, jam 10am hingga 7pm kecuali di Berjaya Times Square sampai 8pm. Dulu kalau nak tukar wang syiling, kena pergi bank. Waktu urusan pula ikut waktu pejabat.", "Cara nak guna servis MyPay ini amat mudah. Mula-mula cuma install apps MyPay. Masukkan nombor akaun bank. Apa-apa bank pun boleh. Wang syiling akan dikira menggunakan mesin dan akan dikreditkan ke akaun anda. Selesai!", "Semoga Bermanfaat!", "Baru tahu sebenarnya kita boleh tukar wang syiling di kiosk MyPay, sudah tak perlu ke bank. Kiosk ini dibuka setiap hari dari 10am ke 7pm. Caranya pun sangat mudah, 5 minit selesai. Wang akan dikreditkan terus ke akaun bank. Apa-apa bank pun boleh.", "Mingguan Wanita: Menarik perkongsian ini. Jadi jika banyak duit syling dekat rumah tu boleh tukar di kiosk MyPay, wang akan dikreditkan terus ke akaun bank. Memang mudah!" ]
https://www.mingguanwanita.my/apam-tapai-nasi-gebu-peram-bancuhan-5-jam-nak-kukus-masukkan-eno/
APAM TAPAI NASI Gebu, Peram Bancuhan 5 Jam Nak Kukus Masukkan ENO!
[ "Kalau dekat rumah ada nasi yang tak habis jangan dibuang, boleh dibuat Apam Tapai Nasi ni. Cantik sungguh kejadiannya elok kembang gebu dan lembut. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak, dan cukup mudah dihasilkan.", "Seperti yang dijanjikan semalam hari ni mak cik buat lagi Apam Tapai Nasi. Ini resepi yang selalu mak cik gunakan.", "1 cawan tapai nasi\n(buat awal 1 hari, campurkan 2 cawan nasi sejuk dan 1/2 ragi)\n1 cawan Gula\n3 cawan tepung beras cap gajah 3\n2 cawan Air", "1.Mak cik masukkan bahan di atas dan blender semua.\n2.Masukkan dalam bekas dan tutup rapat-rapat, perap dan simpan. Mak cik peram dalam 5 jam.", "\n3.Masa nak kukus masukkan ENO biru 1 peket kacau rata.", "Campurkan 2 cawan Nasi sejuk dan separuh Ragi.\n(Ragi tu hancurkan atas Nasi tadi. Saya guna penapis teh)\nPerap 24 jam dalam bekas bertutup, bila dah lembik dan berair manis sedap macam pulut tapai tu.", "2 cawan nasi ni untuk dapatkan 1 cawan tapai nasi.\n", "Selamat Mencuba!", "Baca Lagi Di Sini:", "MW: Gebunya apam tapai nasi ni. Kalau ada nasi tak habis dekat rumah tu boleh buat apam ni. Tak membazir. Senang nak buat dan boleh cuba untuk minum petang dengan anak-anak. Nak buat jual pun boleh sangat." ]
https://www.mingguanwanita.my/wanita-ini-kongsi-resipi-kuah-kacang-arwah-mak-yang-kawan-puji-sedap-siap-pujuk-jual-1/
Wanita Ini Kongsi Resipi Kuah Kacang Arwah Mak, Yang Kawan Puji Sedap Siap Pujuk Jual!
[ "“Kawan kata kuah kacang saya sedap, siap pujuk saya jual kuah kacang, ni resepi kuah kacang saya.”", "1 kg kacang tanah (goreng dan kisar dengan air)\n800 gm gula\n2 setengah sudu garam\n3 biji bawang besar (dikisar)\n4 ulas bawang putih (dikisar)\nSegenggam asam jawa (bancuh pekat)\n4 batang serai(diketuk)\nSeinci lengkuas\nMinyak masak\nAir\nUdang kering ditumbuk kasar(ikut selera)\nRm3 cili kering ( kalau rasa nak lebih pedas boleh tambah cili)", "1.Tumis bawang putih dan bawang merah yang dikisar sehingga naik bau.", "\n2.Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain, kacang tanah, serai, lengkuas, cili kisar, udang kering dan air asam jawa.Kemudian tambah sedikit air.", "3.Biarkan mendidih sehingga agak-agak pekat (sambil tu kacau selalu untuk elak hangus bahagian bawah).\n4.Kecilkan api, renihkan kuah sehingga naik minyak sambil kacau sesekali.", "Kacang yang dah digoreng, dikisar dengan air. Ia bagi memudahkan sewaktu memasak kuah kacang dan hanya perlu tambah hanya sedikit air sahaja nanti.", "Siap!", "# saya izinkan sesiapa yang nak kongsi resepi ni. Tak perlu minta izin\n# resepi arwah mak saya doakan untuk mak saya ye." ]
https://www.mingguanwanita.my/saya-rasa-ibu-tunggal-di-luar-sana-pun-merasa-benda-yang-sama-rita-rudaini/
“Saya Rasa Ibu Tunggal Di Luar Sana Pun Merasa Benda Yang Sama..,” Rita Rudaini
[ "Sempena Hari Bapa Seluruh Dunia yang disambut pada 16 Jun, semalam, ramai yang meluahkan penghargaan buat ayah mahupun suami masing-masing. Ia sebagai tanda menghargai pengorbanan insan yang berkerja keras dalam memastikan keperluan keluarga serba sempurna.", "Namun demikian, bagi wanita yang bergelar ibu tunggal, tanggunggjawab menjaga anak-anaknya sepenuhnya tergalas di bahu mereka. Dia lah ibu dan dialah ayah. Lebih malang, jika nasib dikurniakan bekas suami yang tak ambil kisah tentang nafkah dan abaikan urusan anak-anaknya selepas berlakunya perceraian.", "Semalam, pelakon Rita Rudaini,43 ada memuat naik posting di instagram meluahkan perasaan bergelar ibu dan ayah dan membesarkan anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin,9 dan Airit Qaqa Arjuna,8.", "Menurut Rita, dirinya ‘bertuah’ terpilih memikul tanggungjawab membesarkan anak-anaknya sendirian tanpa bantuan sesiapa. Dirinya sanggup bersusah payah, asalkan anak-anaknya bahagia dan gembira.", "“Rasa bertuah dipilih untuk besarkan anak-anak sorang-sorang tanpa bantuan sesiapa…ada yang bercerai tapi anak-anak masih di biaya bapa, duit sekolah, perayaan, tempat perlindungan dan segala perbelanjaan sehingga dewasa, beruntungnya mereka alhamdulillah…tapi saya sebaliknya…tanggungan penuh atas bahu saya dari mereka kecil sampai sekarang”", "“Saya bersyukur sebab DI PILIH jadi begini…ini bahagian saya. Ini anak-anak kandung darah daging saya. Mana mungkin saya berkira kira. Susah senang yang saya tanggung saya percaya akan ada kejayaan dan manis menunggu di depan”", "“Biar lah kami tak mewah tapi hati kami bahagia…saya tak rasa susah mencari rezeki sorang-sorang ..penat? Ye itu biasa…tapi bila dapat menyuap rezeki yang saya cari ke mulut anak-anak, saya bahagia, hilang penat lelah..”", "“Saya rasa ibu tunggal di luar sana pun merasa benda yang sama macam saya.. ada rezeki besar ada rezeki kecik tapi itu tak menjadi masalah asalkan anak-anak besar dengan gembira “", "“Saya seorang ibu yang sanggup ikat perut demi anak-anak saya. Ketepikan baju raya, keperluan saya. Jodoh? Jauh sekali untuk saya fikir..semuanya demi anak-anak kerana bahagian saya dah lepas…masa depan untuk diri saya dah lepas dan masa depan saya cuma mereka,RYAN dan ARJUNA…SELAMAT HARI BAPA UNTUK IBU-IBU TUNGGAL.", "MW: Bukan mudah bergelar ibu tunggal, membesarkan anak-anaknya sendirian. Wanita yang bergelar ibu tunggal, sememangnya insan yang hebat, sanggup mengenepikan kebahagiaan sendiri demi kegembiraan anak-anak." ]
https://www.mingguanwanita.my/berhenti-bandingkan-keputusan-masih-ramai-yang-cemerlang-spm-tapi-akhlaknya-gagal/
Berhenti Bandingkan Keputusan. “Masih Ramai Yang Cemerlang SPM, Tapi Akhlaknya Gagal
[ "Berhenti bandingkan keputusan. “Masih ramai yang cemerlang spm tapi akhlaknya gagal. Tak salah raikan anak-anak yang berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi berpada-padalah.", "SPM bukanlah pengakhiran hidup sebaliknya ianya permulaan kepada anak-anak untuk menempuh masa depan. Sekalipun mereka gagal, insyallah masih ada banyak peluang untuk mereka tebus kegagalan hari ini.", "Ikuti perkongsian Dr Arisman MD ini dan hadam baik-baik apa yang disampaikan:", "“Berapa A anak akak dapat? 10A? 9A?”", "“Anak akak dapat 10A SPM. Nak jadi doktor katanya… anak ko siti dapat berapa A? Sama-sama pergi tuisyen kan?”", "“Oklah dapat 5A anak bongsu aku tu… kakak-kakak dia semua dapat 6A. Ada anak orang lain yang tak dapat A langsung. Bersyukurlah kan Kiah..”", "Antara ayat yang kita akan dengar apabila hari keputusan SPM diumumkan.", "Baca Di Sini:", "Kadang-kadang ibu bapa yang berkata atau bertanya sedemikian tidak mempunyai niat untuk memperkecilkan atau membandingkan.", "Tetapi lumrah seorang ibu atau bapa mahu melihat bagaimana pencapaian anak mereka tersebut dengan anak-anak SPM yang lain.", "Nak tahu sama ada tahun SPM anak dia tu susah atau senang. Iyalah, kalau ramai yang dapat A, so dia akan cakap SPM tahun itu senang. Lebih kurang begitulah…", "Tapi sebaiknya janganlah keluarkan lagi pertanyaan sebegitu. Jika nak beritahu keputusan anak kerana bangga dengan pencapaian dan didikan kita, sampaikanlah dengan mesej bersederhana.", "Kemudian pada akhir ucapan atau perkataan, doakan kepada anak-anak lain yang kurang cemerlang untuk jangan berputus asa. Berikan selingan nasihat dan pujian sama rata.", "Dalam rumah, nak puji nak bangga diri silakan. Itu dalam rumah dan hak anda. Tiada siapa akan berkecil hati melainkan adik beradik sendiri hehe..", "Mesej terakhir, berhentilah untuk membandingkan keputusan. Insyallah itu akan membuatkan kita sebagai ibu bapa menjadi lebih positif dan terus bersyukur dengan takdir Allah. Begitu juga si anak.", "Mingguan Wanita : Mak ayah jika anak-anak gagal hari ini, beri nasihat dan kata-kata semangat. Mereka juga sudah pasti kecewa, cubalah fahami mereka.", "Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah." ]
https://www.mingguanwanita.my/jangan-rasa-isteri-itu-beban-buatlah-dia-gembira-pasti-rezeki-datang-tak-diduga/
Jangan Rasa Isteri Itu BEBAN. Buatlah Dia Gembira, Pasti Rezeki Datang Tak Diduga
[ "Bila berkahwin, termaktublah tanggungjawab di bahu suami dan isteri. Masing-masing ada tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul apabila bergelar suami isteri. Jangan fikir suami atau isteri sebagai beban dalam kehidupan yang dibina itu.", "Beban kerana fikirkan perlu bertanggungjawab dalam memberi nafkah untuk isteri dan keluarga. Ini belum lagi mempunyai anak-anak yang harus dibesarkan bersama. Sehinggakan mula ada yang fikir, duit tidak cukup kerana menampung keluarga.", "Usah fikir tentang beban sebab bila kita rasa terbeban secara tka langsung, rezeki akan jadi makin sempit. Sebaliknya, ada isteri dan anak-anaklah membuatkan rezeki keluarga semakin bertambah.", "Jangan anggap isteri ini beban atau anak-anak beban. Merekalah yang mendoakan kita dan mungkin rezeki akan bertambah-tambah dengan kehadiran mereka. Seperti apa yang dikongsikan oleh MyRa Nadzri ini.", "“Kalau kau rasa isteri itu beban, maka ia akan jadi beban dalam hidup. Tapi kalau kau anggap isteri sumber asbab rezeki, ia akan jadi ‘magnet rezeki’.”", "Nak rezeki sentiasa datang, dahulukan isteri lebih dari orang lain. Sebab bidadari kita tak pernah berhenti mendoakan dan dia adalah punca rezeki dalam rumah tangga.", "Jantung sebuah rumah adalah seorang isteri. Jika hatinya tak bahagia, maka seisi rumah akan kena tempias nampak tak bermaya. Maka para suami, sayangi isterimu agar di sentiasa gembira dan berdoa untuk kita.", "Buat isteri gembira, rezeki datang. Buatkan isteri rasa dihargai, rezeki melimpah. Sentiasa buat isteri seronok, rezeki datang tak disangka.", "Kawan-kawan,", "Jika terasa rezeki sempit, usah risau. Perbaiki hubungan dengan isteri dulu. Check mana yang terkurang. Gembirakan hatinya. Insha Allah, awak akan lihat rezeki datang dalam bermacam bentuk rupa.", "“A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.”", "Begitulah.", "MW: Moga ia memberi manfaat buat suami isteri di luar sana." ]
https://www.mingguanwanita.my/hidupkan-sunnah-nabi-dalam-keluarga-rahsia-bahagia-ibu-5-anak-lelaki-makan-1-talam-antara-tipnya-1/
Hidupkan Sunnah Nabi Dalam Keluarga Rahsia Bahagia Ibu 5 Anak Lelaki, Makan 1 Talam Antara Tipnya
[ "Siti Maisarah juga seperti kebanyakan ibu yang lain. Melalui susah senang mendidik 5 hero dengan tangannya sendiri. “Anak pertama kedua, memang jadi harimau singa. Masuk no. 5 dah jadi Naga berapi uminya.” Tulisnya dalam perkongsian facebooknya tak lama dulu.", "Mingguan Wanita mendekati ibu muda ini mencari lebih detail tip dirinya dan suami, Mohamad Russaini Che Ngah, 39 mendidik 5 pahlawan mudanya,Muhammad Habib Tajuddin, 8, Muhammad Hanif Muslim, 6, Muhammad Naasiruddin Hafiz, 5, Muhammad Fiqhuddin AlHasyri, 3 dan Muhammad Rafi’e Hakim, 5 bulan agar menjadi anak-anak yang hebat.", "“Rutin mereka sama seperti anak-anak yang lain. Selalunya setiap pagi, saya bahagi tugas dengan suami. Bukanlah kami tetapkan bahagian masing-masing. Tapi saling membantu berdasarkan situasi pada pagi tersebut.", "“Adakalanya saya mengejutkan anak-anak, siapkan pakaian mereka ke sekolah. Waktu ini suami ambil alih tugas menyediakan sarapan. Suamilah orang yang paling faham bagaimana situasi waktu pagi.", "“Sebagaimana kerenah mereka juga berlainan setiap pagi. Ada masa umi uruskan. Ada masa nak ayah yang mandikan. Dalam masa sama, yang kecil juga meragam waktu pagi. Suami akan hantar anak ke sekolah waktu pagi dan saya akan mula menyiapkan tugasan rumah sebelum menantikan staff datang.”", "Siti Maisarah bukan sekadar seorang IBU, dalam masa yang sama menjalankan bisnes produk sendiri iaitu Jus Kurma Homemade dan Susu Kurma Homemad dan 100% aktif berniaga di rumah.", "“Kadang kala saya ambil tempahan untuk Doorgift makanan sunnah seperti goodies dan hamper.” Boleh bayangkan bagaimana sibuknya ibu 5 hero ini?", "Petang harinya anak akan pulang dari sekolah, Siti Maisarah siapkan dahulu makanan mereka. Dan bersiap untuk solat mahgrib berjemaah bersama di rumah.", "“Waktu ini juga, saya dan suami ambil peluang untuk tasmik atau mengulang surah yang anak-anak saya hafal.”", "“Waktu malam, saya bergilir dengan sumi untuk tidurkan anak-anak. Sama ada 2 orang dengan saya atau 3 orang dengan suami di bilik berasingan. Bila dah tidur semua, barulah letak dalam satu bilik. Ada juga yang ketikanya tidurkan mereka berlima sekaligus. Tapi selalunya mereka gaduh sebab berebut nak tempat tidur sebelah umi atau ayah.”", "Sekitar jam 11 malam, anak-anak dah masuk tidur, Siti Maisarah settlekan apa yang patut. Kemas rumah atau siapkan untuk persiapan esok hari.", "ANAK SULUNG lebih manja berbanding yang lain, makan minum adakala cerewet tapi punya sifat caring dengan adik-adik, dia juga suka membantu saya dan suami.", "ANAK KEDUA lebih berdikari, suka bercerita dan suka bertanya.", "ANAK KETIGA lebih banyak follow abang-abangnya, ringan tulang dan manja dengan suami", "ANAK KEEMPAT sangat disayangi abang-abang dan mudah meminta tolong", "Usia anak-anak ini sangat rapat antara satu sama lain. Itu yang membuatkan Siti Maisarah dan suami perlu bijak mainkan peranan.", "“Diaorang mudah bergaduh tapi cepat berbaik. Dan sifat saya dari dulu, kalau belikan apa-apa untuk mereka mesti semua sama. Baik buku ataupun baju.” Bila dah besar, diaorang suka berkongsi sebab semua yang ada diaorang share.", "“Dulu situasi kritikal, diaorang cepat bergaduh bila tiba waktu makan dan solat jumaat. Awal-awal dulu pinggan pun diaorang berebut, lauk dan kuah. Pening juga nak handle 4 orang sekali gus duduk makan.", "“Saya belikan pinggan yang besar seperti TALAM. Dan campurkan semua dalam satu. Alhamdulillah! Diaorang pandai sharing makan, tak berebut dan bonding time lebih lama. Bila talam besar, makan pun suka hati.” Kadang seronok tengok diaorang makan, kami pun join sekaki.", "“Anak-anak lagi suka sebab main suap-suap, siapa cepat habis dia menang. Yang sulung saya ajarkan buat air, kerja rumah yang ringan. Alhamdulillah, diaorang rajin membantu.", "“Kalau bab SOLAT JEMAAH di rumah sangatlah mencabar. Masing-masing BEREBUT NAK JADI IMAM. Kena buat giliran, even nak susun sejadah dan nak kemas balik.", "Siti Maisarah, akui dirinya garang dengan anak-anak. Jaga mereka yang lasak, sangat-sangat mencabar emosinya.", "“Dulu sering saya marah-marah, sebab penat. Malu nak ke rumah orang, modah moody dan susah handle emosi. Suamilah orang yang paling banyak menyaksikan keadaan saya.", "“Balik dari kerja, dia bantu buat kerja rumah. Kadang tengah malam pun dia bawa saya dan anak-anak keluar, biarpun sekadar ambil angin luar. Sebab siang hari dia sibuk di tempat kerja.", "“Bila sampai satu tahap STRESS, dia jadi PENDENGAR SETIA. Sampailah dapat anak ke-3, saya bersalin ceaserean, tak banyak boleh buat kerja. DIA UPAH CLEANER HARIAN UNTUK SAYA. katanya supaya saya lebih banyak masa dengan anak dan tak stress.", "“Kami banyak masa bersama, buat rutin bersama. kata orang nak kawal emosi diri, buat sesuatu yang lain dari yang lain. Barulah kita rasa happy”", "BEG ITULAH SUAMI.. “Kadang lepas anak tidur, kami kemas halaman rumah, tanam pokok. Walaupun masa itu dah 11 malam. Sebab siang dah sibuk dengan anak-anak. Waktu inilah ME TIME kami berdua.”", "Bila buat sesuatu yang luar biasa, barulah emosi Siti Maisarah terkawal.", "“Suami juga faham saya suka rumah kemas. Suka alih perabot, pusing sana sini. Saya anggap ia terapi minda buat saya dengan berdeko atau hias/kemas rumah. MASA MENGEMAS TULAH SEMUA STRESS DILEPASKAN. ”", "Katanya, anak-anak pun akan join sama tolong menukar cadar dan hias bilik sendiri.", "BILA SUAMI FAHAM SITUASI PENATNYA, dialah yang akan memasak dan uruskan anak belajar dan sebagainya.", "“Kadang kami ajak mereka memasak bersama. Belek buku resipi, cari resipi nak makan. Dan mula!", "“Bila anak tenang dan tak meragam. Bagi reward kat mereka. Even lepaskan diaorang mandu hujan pun dah cukup besar reward tu.", "“Anak sepah, anak meragam itu biasa. Kami lebih banyak bermain dengan mood anak-anak. Ada tempat perlu tegas, ada masa kita pun jadi kanak-kanak juga.”", "Selalunya bila ada tanggungjawab, mereka lebih peka tugas masing-masing. Contoh, Hanif bahagian buang sampah. So dia akan pastikan sampah tak ada dalam tong sampah. Waktu ni dia takkan saling berebut atau tuduh menuduh dengan adik-beradik yang lain.", "Setiap seorang saya pastikan ada tugas.", "Selalunya saya tak menjanjikan permainan atau tempat yang menarik untuk anak-anak sebagai reward. Sebolehnya saya cari reward yang boleh dikongsi bersama 4 beradik. Seperti contoh, semua behave hari ini. So saya masakkan atau belikan makanan mereka yang boleh dikongsi. Sekali pun buah, atau minuman.", "Dan siapa yang rajin bantu, buat apa yang umi ayah suruh, saya bagi reward satu bintang yang suami sediakan di whiteboard.", "So bila buat satu kerja, dapat bintang. Dengan sendiri diorang berlumba untuk dapat lebih banyak bintang.", "Anak lelaki tak dapat lari dari bersepah, suka explore benda baru.Begitu juga anak-anak saya. Awal dulu saya kerap stress, buku merata, mainan merata. Akhirnya saya buat satu sudut mainan khas untuk diorang. Sudut membaca dan sudut sepah. Sudut tula yang akan diorg buat macam-macam aktiviti, main-mainan dan lain-lain.", "Dan sapa yang sepahkan selalunya saya beri hukuman. Contoh, cancel keluar jalan-jalan ke, dan lain-lain.", "Sudut tu juga memberi impak positif untuk diorang. Sebab bila ada anak-anak kawan datang bermain, diorang hanya bermain di sudut itu sahaja.", "Tak semestinya besar. Cukup hanya diorg peka itu sudut untuk apa.", "Anak-anak ini semua kena share dan mesti sama. Even warna baju, kasut, seluar. Bila diaorang belajar berkongsi, kuranglah bergaduh.", "Mulakan dengan berterima kasih dan memohon maaf. Hati anak-anak ini suci. Kalau salah tegur, dia memberontak. Tapi bila tegur dengan lembut, diorang lebih mudah mendengar. Mertua saya pernah berpesan, pukul anak hanya untuk mengajar. Tapi jangan sesekali usik telinga anak. Baik mencubit, tarik telinga atau jentik. Sebab di situ tempat pertama dia mendengar kata ibu bapanya.", "Kalau nak ke pasar raya, saya pesan siap-siap dalam kereta. Tak nak berlari, kena pimpin tangan adik, dengar cakap umi ayah.", "Mainan tak boleh beli tapi buku dan makanan boleh. Selalunya diaorang tanya kenapa tak boleh beli mainan?", "Saya akan beritahu, sebab dah ada buku. Dan nanti kita cari buku yang boleh bermain sama-sama. Kalau buku tak ada, saya beli makanan apa yang anak-anak Suka. Selalunya roti kegemaran.", "Sebelum tidur juga saya akan banyak bagi nasihat.Do dan donts. Kadang bercerita.", "Suami kadang bila letih sangat, tak dapat ganti saya bercerita, dia pasangkan Quran. Jadi, anak-anak tidur dengan sendirinya.", "Selepas solat, saya pastikan doa sepenuh hati, minta Allah kurniakan saya anak soleh Solehah. Mohon ditunjukkan jalan yang lurus dan benar. Banyakkan membaca al-Quran, ajak anak-anak baca bersama, aminkan doa bersama.", "Saya juga ajar anak spesifikkan doa.", "Apa-apa yang nak, minta DOA dengan Allah.", "Kadang diorang main game pun, diaorang sebut kuat-kuat, “Ya Allah, bagilah menang!”", "Begitu juga DOA IBU BAPA..", "Suami juga akan pastikan pemakanan yang sihat untuk ank-anak. Kurma, madu, buah dan sebagainya.", "Anak walaupun manja dengan ayahnya, tetapi ada juga tegasnya. Kalau kena marah dengan ayah, sayalah tempat anak mengadu sedih.", "Masa ni juga suami selalu pesan, peranan saya sebagai pemujuk. Bukan menambah api yang membara.", "Dari situ diaorang belajar memohon maaf dengan ayah dan janji tak buat lagi.", "Awal-awal dulu mungkin suami tak faham tentang tugas isteri di rumah. Tapi sejak anak dah bertambah ramai, dia sendiri yang menjaga anak ketika saya berpantang, lama-lama dia faham tugas seorang IBU di rumah.", "Even nak beli apa-apa, atau anak nak minta sesuatu, dia akan suruh anak minta izin dengan umi dahulu. Kalau rasa OK, baru dia menyokong keputusan saya." ]
https://www.mingguanwanita.my/tak-perlu-pun-basuh-asing-baju-suami-dan-anak-kecuali-bernajis/
Tak Perlu Pun Basuh Asing Baju Suami Dan Anak, Kecuali Bernajis
[ "Ada saranan agar isteri asingkan siap-siap baju suami dan anak yang nak dibasuh. Itu sebagai satu adab untuk memuliakan suami. Perlukan sampai begitu sekali, untuk seorang isteri memuliakan suaminya?", "Ustaz Farid Rashidi menjelaskan banyak cara untuk isteri memuliakan suaminya. Basuh baju pun salah satunya. Cuma tak perlulah nak asingkan satu-satu kalau tiada najis pada pakaian-pakaian itu.", "Hadamkan penjelasan selanjutnya ya. Moga tiada mak-ayah yang keliru lagi.", "Viral pasal basuh baju suami pula. Semuanya gara-gara tulisan ringkas yang memberikan bermacam tafsiran pada nitizen.", "Apapun, dalam memuliakan suami itu banyak caranya. Basuh baju pun dah dikira memuliakan suami. Bermakna tak perlu pun asingkan baju suami dan anak kecuali memang bernajis.", "Walaupun sekarang ni ada mesin basuh, tapi tetaplah letih nak membasuhnya apalagi baju pula bertimbun. Mana nak jemur lagi, lepas itu lipat, ada pula yang nak kena iron. Fuhh memang penat. Moga Allah SWT berikan ganjaran pahala buat semua wanita muslim bergelar isteri.", "Dalam sedar tak sedar, isteri dah pun memuliakan suami bila bantu urus rumah tangga, memasak, kemas rumah, mengandung, melahirkan, menyusu, jaga anak siang dan malam, sabar mendidik anak, melayani suami, bekerja pula tambah pendapatan dan lain-lain lagi.", "Suami perlu bersyukur dan berterima kasih pada isteri. Ucapkanlah padanya dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang.", "Ingat, isteri kita bukan hamba atau kuli suruhan. Isteri kalau dia dah sayangkan suami, tak perlu suruh pun dia dah buat tau. Hargailah dia sepenuh hati.", "Tentang viral itu, dalam berdakwah ada seninya. Bila nak sampaikan sesuatu, kita kena duduk setaraf dengan masyarakat. Ia lebih dekat di hati. Sampaikan dengan bahasa yang baik dan jelas. Orang lain pun macam kita juga, punya hati, perasaan dan sejuta masalah dalam kehidupan. Dan kita perlu sedar, di MEDSOS ini ada bermacam ragam manusia. Bahkan berbeza pula takat kefahamannya.", "Maka, sampaikanlah ilmu dengan hikmah dan baik. Moga-moga Allah SWT berikan taufik dan hidayah buat kita selalu.\nآمين يارب العالمين\n#UFR" ]
https://www.mingguanwanita.my/nyamannya-rasa-menikmati-minuman-sejuk-ini/
Nyamannya Rasa Menikmati Minuman Sejuk Ini
[ "Nyamannya dapat membasahkan tekak di saat cuaca panas membahang sekarang ni. Tak perlu ke kafe untuk menikmati minuman yang sedap dan nyaman ini.", "Kali ini dikongsikan tiga jenis minuman iaitu Jus Limau Asam Boi, Peppermint Lemonade dan Soda Serai Bermadu. Ia bukan saja sedap, bahkan berkhasiat. Rasa masam manisnya boleh melegakan rasa muak menikmati hidangan berlemak dan bersantan.", "Ha..sekarang anda boleh buat sendiri saja di rumah minuman bak di kafe ini. Yang penting, bahannya ringkas saja! Cuba tau!", "2 sudu besar gula", "3 biji asam boi", "3 biji limau kasturi", "Air secukupnya", "Ais secukupnya", "1.Masak air dan gula dalam periuk kecil. Ketepikan.", "2.Rebus asam boi dalam sedikit air. Ketepikan.", "3.Belah dua limau kasturi. Kisar bersama secawan air dengan kulitnya. Tapis.", "4.Masukkan air yang telah ditapis dalam cawan.", "5.Masukkan air gula tadi dan biji asam boi. Jangan masukkan air rebusan asam boi, ditakuti terlalu masam.", "4 sudu makan gula", "Secubit garam", "3 tangkai daun pudina", "500 ml air", "2 biji lemon – perah jus dan tapis", "Ais secukupnya", "1.Masukkan gula, garam dan pudina ke dalam bekas. Isikan air. Kacau sehingga gula larut dan daun pudina agak hancur.", "2.Masukkan jus lemon.", "3.Tambahkan ais. Siap untuk diminum.", "2 sudu makan madu", "1 cawan soda", "1 batang serai – diketuk", "1.Letakkan madu di keliling dinding gelas.", "2.Masukkan soda.", "3.Masukkan serai. Biarkan seketika.", "4.Letakkan ais (jika suka). Sedia untuk diminum.", "Kredit: Majalah RASA." ]
https://www.mingguanwanita.my/empowering-women-fashion-show-dekati-pengguna-hargai-wanita/
Empowering Women Fashion Show Dekati Pengguna & Hargai Wanita
[ "Bertempat di Bukit Kiara Equestrian and Country Resort pada 20 Disember 2018, sebuah pertunjukan fesyen bertemakan ‘Empowering Woman’ telah dianjurkan oleh Y.S.P Industries (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat farmaseutikal yang telah 30 tahun beroperasi di Malaysia.", "Objektif utama majlis ini dianjurkan untuk mendekati pengguna serta menghargai wanita. Di samping itu, majlis ini juga telah mendapat usahasama bersama jenama hijab dan pakaian terkenal, Neng Geulis. Peragaan fesyen diketuai selebriti tanah air antaranya Anita Baharom dan Yaya Maembong. Malahan para hadirin turut dihiburkan dengan dendangan merdu dari Nas Adila.", "Uniknya pertunjukan fesyen ini bukan hanya pada koleksi pakaian serta lenggok modelnya, tetapi pada masa yang sama mereka turut berjalan sambil membawa produk terkenal syarikat tersebut iaitu Shine Women’s Health seperti Evening Primrose Oil, Femwell dan Gynecare.", "Menurut Cik Miow Shiow Pyng, Ketua Jabatan Pemasaran Y.S.P Industries (M) Sdn Bhd, ini adalah salah satu cara untuk memberi kesedaran kepada para wanita untuk menjaga kesihatan diri bermula dari usia yang muda dan dari dalaman.", "Oleh hal yang demikian, majlis ini mengambil kesempatan dengan melancarkan dua produk terbaru dari jenama Pro.Care iaitu Lavender Sanitary Pad, tuala wanita dengan teknologi far infrared dan ion negative, serta Rahsia Puteri, pencuci bahagian intim wanita dengan lima ekstrak herba terpilih iaitu Lobata, Manjakani, Kacip Fatimah, Daun Sirih, dan Bawang Putih.", "Dalam masa yang sama, majlis tersebut telah membuka peluang perniagaan kepada semua hadirin dengan program Puteripreneur, iaitu singkatan kepada Puteri Enterpreneur untuk menjadi pengedar ekslusif produk Rahsia Puteri.", "Y.S.P Industries (M) Sdn Bhd menjangkakan akan merekrut lebih 300 agen di seluruh negara dengan pelbagai bantuan perniagaan disediakan termasuk latihan berkaitan informasi produk, teknik pemasaran di samping tawaran yang lumayan." ]
https://www.mingguanwanita.my/cara-buat-puding-karamel-agar-jadi-licin-lembut-sedap-pasti-jadi-1/
Cara Buat Puding Karamel Agar Jadi Licin, Lembut & Sedap, Pasti Jadi!
[ "Hidangan Puding Karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Gandingan ideal pudingnya yang berlemak, teksturnya yang lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, malah cukup enak dinikmati ketika sejuk. Bahan-bahannya pun tak lah banyak mana dan cara-caranya membuatnya pun cukup mudah.Bila buat sendiri, lebih puas hati.", "Ikut resipi ini.", "5 biji telur size B (jika size A, 4 biji)\n1 tin susu cair (400ml)\n150ml air biasa\n4 sudu besar gula\n1 sudu kecil esen vanilla", "(Karamel)", "5 sudu besargula\n2 sudu besar air", "1.Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.", "2.Satukan semua bahan-bahan puding didalam mangkuk.", "3.Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati.", "4.Kemudian tapiskan adunan tersebut dan tuang ke dalam loyang karamel.", "5.Kukus selama 45min atau sehingga masak.", "6.Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.", "1.Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie. Caranya,letak air di dalam loyang dan tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45-50min dgn suhu 180.", "2.Boleh juga dihiaskan dengan buah-buahan seperti hirisan kiwi, anggur,pic atau strawberi sebagai hiasan." ]
https://www.mingguanwanita.my/golek-di-atas-beras-dan-kukus-wanita-ini-dedah-resepi-bebola-nasi-ayam/
Golek Di Atas Beras Dan Kukus, Wanita Ini Dedah Resepi Bebola Nasi Ayam
[ "Agak-agak macam mana lah dia jadikan nasi itu melekat elok pada isi daging ayam kat dalam tu ya. Jom kita godek macam mana ‘kejadian’ bebola nasi ayam ini.", "Comel tak rupanya? Ini kali pertama cuba buat dan alhamdulillah menjadi. Bukan anak je suka, mak pun suka juga. Simple menu boleh buat lagi lepas ni.", "Daging ayam kisar\nBawang besar*\nBawang putih*\nLobak merah*\nHalia -diparut\nLada hitam -ditumbuk\nGaram\nBeras", "1. Bahan yang bertanda * dipotong dadu, kemudian campurkan daging ayam kisar, halia, lada hitam, garam/perasa. Gaul sebati.\n2. Bulatkan bahan-bahan yang telah digaul tadi menjadi bebola kecil.\n3. Kemudian golekkan di atas beras yang telah dicuci bersih.", "4. Kukus bebola dalam 15 – 20minit. Siap untuk dihidang.", "Selamat mencuba!" ]
https://www.mingguanwanita.my/bila-mak-masak-jangan-komplen-prihatin-sikit-penat-lelah-masa-dia/
Bila MAK Masak JANGAN Komplen, Prihatin SIKIT Penat Lelah, MASA Dia
[ "Memang menjadi tanggungjawab isteri atau mak-mak memasak dan menghidangkan menu berbuka untuk seisi keluarga. Setiap hari fikir menu dan kemudian ambil masa untuk masak dari satu hidangan ke satu hidangan memang penat. ", "Jadi bila mak-mak masak, kemudian rasa kurang sedap atau menu tak kena tekak, janganlah komplen itu dan ini. Prihatin sikit dengan penat lelah mak habiskan masa di dapur untuk kenyangkan setiap perut dalam satu rumah.", "Dulu zaman bujang bila tiba bulan puasa, tak kisah nak berbuka dan bersahur makan apa sebab isi perut kita seorang saja. Dah tu tak kisah makan kat mana-mana pun janji dapat berbuka dan bersahur. Kerana bila kita seorang, tidak ada masalah dan makan apapun tak kisah janji kenyang.", "Tetapi bila dah berkeluarga ni, bila bulan puasa masa nak berbuka dan bersahur ni mulalah pening kepala fikir nak masak dan makan apa? kerana bukan perut kita seorang je tapi ada lagi 2, 3 perut yang lain nak makan juga. ", "Selepas itu menu pula ikut tekak dan selera masing-masing. Lagilah pening kepala mak ni ooi.. Sebab hendak memenuhi kehendak selera orang lain. Jadi terpaksa berfikir supaya ianya menepati kehendak mereka.", "Kadang-kadang rasa nak menangis bila memikirkan menu untuk di masak hari-hari. Malah ada yang sampai bergaduh kerana menu yang di masak tidak kena dengan selera. Adoii… memang haru laa. ", "Ada yang jenis orang masak, dia makan saja tanpa komplen dan cerewet asalkan kenyang dan bersyukur sebab ada orang yang sudah masakkan dan sediakan makanan untuk mereka. Tetapi ada juga yang cerewet nak mati, asyik perlekehkan masakan orang saja, konon dia chef no.1 dekat dunia ini.", "Lain Orang Lain Ragamnya", "Macam-macam ragam orang. Apapun sepatutnya setiap kita perlu ada peri kemanusiaan. Hargailah orang yang memasak untuk mereka itu. Kalau boleh bagilah kerjasama kalau apa yang tekak anda hendak makan ‘request’lah atau anda boleh masak sendiri. ", "Jangan bila orang sudah masak, lepas itu komplen dan marah-marah. Prihatin sikit pada yang tukang masak tu. Penat lelah dan masa dia. Dia dah masak pun kita sepatutnya bersyukur dan ucap terima kasih. ", "Macam aku, kalau orang masak dan sediakan semuanya aku suka sangat dan bersyukur atas rezeki untuk hari ini. Buat apa nak komplen, Allah dah tetapkan itu rezeki kita hari ini maka makanlah dengan berselera dan ucap Alhamdulillah.", "Cuba fikirkan diluar sana ramai saudara kita yang kebuluran dan kelaparan. Malah ada yang sanggup mengutip sisa-sisa makanan orang yang telah dibuang dan juga memunggah tong sampah untuk sesuap makanan bagi mengisi perut mereka yang kosong. ", "Langsung tidak fikir makanan tersebut bersih atau elok lagi. Bahkan apa yang kita tahu semestinya makanan tersebut sudah basi dan ada yang sudah berbau busuk. ", "Tidak bersyukur lagikah kita? Dalam dunia ini jangan kita hina makanan kita, jika kita menghina ibarat kita hina rezeki yang Allah bagi. Jangan menyesal jika suatu hari nanti Allah tarik rezeki kita dan nikmat selera kita. Fikirlah sedalam-dalamnya dan renungkanlah sebaiknya.", "Maaf jika coretan aku ini ada yang terasa. Kita hidup didunia ini, kena banyak bersyukur. Apa yang berlaku dalam kehidupan kita seharian sama ada apa yang kita makan atau apa yang kita buat sebenarnya tanpa kita sedari ianya telahpun di tentukan oleh Allah. ", "Jadi jangan sesekali kita menyalahkan rezeki dan apa juga yang berlaku. Banyak-banyakkanlah muhasabah diri dan bersyukur dengan apa yang kita makan dan terjadi. semua itu adalah rezeki.", "Jadi bila kita dah berkeluarga, bila bulan puasa atau tidak. Makan dan minumlah apa yang disediakan asalkan ianya boleh mengenyangkan kita. Jangan dikomplen dengan rezeki kita kerana kita kena hargai orang yang sudah masak tu. ", "Jadi sama-samalah bertolak ansur. Dulu zaman bujang lain, duit makan untuk kita seorang saja tetapi bila dah berkeluarga duit makan kena berkongsi.", "Dulu bujang boleh makan dekat restoran mahal sebab bayar untuk kita seorang saja. Tetapi sekarang kalau hendak makan kat restoran mahal-mahal, banyak yang kita kena fikir dan jika mampu tidak kisah sekali sekala untuk melepaskan keinginan kita dan bawa keluarga bersama. ", "Makan ini kita tak boleh pentingkan diri dan perut kita saja bila sudah berkeluarga, ingat sama keluarga kita adakah mereka juga nak makan macam kita atau sebaliknya. Sedikit boleh dikongsi banyak boleh di rasa semua. Betul tak?", "Terima kasih sudi membaca. Coretan hanya suka-suka kebetulan baru siap masak ni. Tengah-tengah duduk idea datang menjengah. So, Apalagi jari jemari ni pun rancak nak menaip dan otakpun seiring dengan idea yang datang. ", "MW: Hargailah setiap makanan yang dihidangkan, ucapkan terima kasih. Rasa hilang penat memasak bila ahli keluarga berterima kasih dan suka dengan makanan yang dimasak. Belajarlah bersyukur dengan setiap rezeki yang telah Allah tetapkan. " ]
https://www.mingguanwanita.my/3-benda-ini-lelaki-ini-tak-akan-buat-depan-anak/
3 Benda Ini, Lelaki Ini Tak Akan Buat Depan Anak
[ "Lupa atau mungkin dah terbiasa buat, tetapi sepatutnya mak ayah jangan buat depan anak benda negatif yang boleh rosakkan minda anak-anak.", "Contoh mudah marah-marah depan anak atau buat sesuatu yang langsung tidak mendatangkan faedah dalam kehidupan harian. Yang tak best nanti anak ikut, sebab dia dah terbiasa tengok dalam rumah.", "1. Cakap makanan tak sedap", "Walaupun nasi goreng tu rasa macam pasir sekalipun jangan merungut depan anak. Diam-diam je, kalau tak boleh habis tinggalkan. Jangan makan nanti sakit perut pula.", "Nak ajar anak sentiasa bersyukur masa makan la kena ajar. Kalau kita ajar mengutuk makanan, sampai ke tua nanti dia tak geti nak bersyukur.", "2. Marah Isteri", "Yang ni memang haram! Anak memang tak boleh tengok. Sebabnya sekali kita dah marah isteri depan anak sampai besar mereka tak mahu hormat pada ibunya. Tinggi suara pun tak boleh.", "Nak berbincang atau bertekak pun pilih tempat yang jauh dari anak.", "3. Marah anak orang", "Marah anak orang pun tak boleh. Walaupun anak orang tu gaduh dengan anak kita. Jangan marah! Tegur baik-baik.", "Sekali kita tunjuk guna ’emosi’ marah pada sesiapa pun, sampai bila-bila anak akan ikut cara kita. Ni punca anak tak boleh bergaul dengan orang, asyik nak marah je bila kehendak dia tak di ikuti.", "Kenakalan dan kebukuran anak-anak tu bukan di warisi. Anak kita bukan lahir lahir je pandai tengking orang, pandai marah-marah orang.", "Tapi mereka belajar daripada ‘icon’ mereka iaitu mak ayah.", "Mula memberi contoh paling baik sejak anak kecil, biar anak dah besar nanti kita tak merungut.", "“Bapa borek, Anak rintik.”" ]
https://www.mingguanwanita.my/memang-ayah-kurang-pekalalai-tapi-bukan-bermakna-tak-sayangkan-anak/
Memang Ayah Kurang Peka&Lalai, Tapi Bukan Bermakna Tak Sayangkan Anak
[ "Dianugerahkan cahaya mata, sudah tentu mak dan ayah teruja, gembira. Mak-mak lazimnya akan teruja menyediakan pelbagai keperluan anak dan dalam masa yang sama sanggup bersekang mata menjaga anak.", "Berbeza dengan ayah, mereka kerap kali menjadi mangsa bebelan isteri gara-gara kurang cekap menguruskan anak. Lebih buruk apabila kaum ayah terlalai atau terleka ketika menjaga anak, pastu bebelan sang isteri panjang berjela. ", "Asyik back up kaum bini saja, hari ni mai sembang pasal kaum suami. Semalam masa saya tengok cerita Marriage Story kat Netflix ada satu part menarik ayatnya “Fathers are expected to be silent & absent & unreliable & selfish but we have to accept them”. \nTerbahak-bahak bini gelak. Tapi lega sungguh hati saya dengar ayat ni, kiranya satu dunia tahu baseline seorang suami/ ayah yakni dungu tak tahu apa-apa pasal anak (silent), bini macam kematian suami (absent), tak boleh dipercayai menjaga anak (unreliable) & sibuk dengan dunia sendiri (selfish)", "Tapi meh saya backup kaum saya. Ada sebab kenapa kami macam ni. Mungkin ya kami tak tau bila anak itu patut disuap susu atau kami tak dapat bau yang anak tu berak atau kami tak dapat menjangkakan bahaya yang bakal mendatang sekiranya kami biarkan anak tu bebas berlegar di ruang rumah TAPI kami tahu yang anak itu perlukan elektrik supaya anak itu dapat tidur dalam keadaan berhawa dingin yang selesa, kami tahu yang kami perlu lakukan sesuatu supaya susu dan pampers anak sentiasa ada, kami tahu sekiranya si isteri penat kami ada di sebelah untuk mengambil alih tugasnya biarlah untuk 5 minit sekalipun.", "Tak dinafikan kami lalai, cuai, leka, kurang peka tapi semua ini doesnt make kami kurang atau tidak sayang pada anak itu berbanding si isteri. WELL BEING & FUTURE bukan sahaja anak itu, malah bini dan juga ibu bapa are constantly running dalam otak kami. Sebab tu kami tak banyak bercakap kerana jika kami diberi peluang, terduduk si isteri mendengar segala yang tersirat di hati & juga pemikiran kami.", "Kesimpulannya, cara lelaki menunjukkan kasih sayang sangat berbeza berbanding wanita. Boleh kira berapa kali ja ayah saya peluk dan cium pipi saya lagi-lagi bila dah besar ni, akan tetapi tak putus ayah saya menasihati saya tentang apa jua perkara yang saya ingin lakukan. Jadi sayangilah kami seadanya. ", "Tak banyak pun kami minta selain daripada pengurangan tahap pembebelan, alangkah indahnya dapat sebiji kereta atau sepasang sneakers even better sekaki payung emas. Dah, pergi sayang suami korang dan bisik manja di telinganya “nanti ayang belikan abang sekaki payung emas k?”. Nescaya sujud syukur suami itu. Sekian.", "MW: Kasih sayang mak dan ayah sangat berbeza, lelaki ini cara menunjukkan kasih sayang kepada anak cukup berlainan. Tetapi ia tidak bererti mereka tidak ambil berat tentang anak, cuma caranya berbeza dengan wanita. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ayah-ayah yang berusaha bersungguh menjaga anak." ]
https://www.mingguanwanita.my/suami-meninggal-tanpa-pewaris-isteri-boleh-tuntut-harta-walaupun-semuanya-anak-perempuan/
Suami Meninggal Tanpa Pewaris, Isteri Boleh Tuntut Harta Walaupun Semuanya Anak Perempuan
[ "Bila suami meninggal, permulaan kehidupan baru seorang balu bersama anak-anak yang ditinggalkan. Paling menyedihkan bila suami meninggal tanpa pewaris, sampaikan ada ahli keluarga mula berebut harta peninggalan, siapa yang layak dan berhak.", "Perkara yang selalu diungkitkan tentang harta adalah pewaris yang layak. Sudah tentulah bila ada anak lelaki, pewaris harta dah cukup kuat untuk diperolehi. Tapi bagaimana pula dengan isteri dan anak yang ditinggalkan itu semuanya adalah anak perempuan.", "Mungkin isteri/balu merasakan ia tidak layak untuk mendapatkan harta dan pelu dibahagikan mengikut faraid. Jangan terus putus asa. Berusahalah untuk mendapatkan hak, walaupun anak yang ditinggalkan itu semuanya perempuan.", "Ikuti perkongsian daripada peguam syarie, Khairul Fahmi Ramli tentang perkara ini.", "Tinggalkan isteri dan anak-anak kecil di usia muda, ibu tunggal bangkit menjaga dan tuntut hak anak selepas kematian suami.", "Sekarang ini ramai yang mula sedar tentang perancangan harta. Tambahan pula pasangan yang baru bernikah di usia muda. Siapa boleh jangka, yang dia akan hidup hingga ke hari tua? Pasti, tak ada seorang pun yang baca artikel ini akan berani mengakui yang dia boleh hidup pada esok harinya.", "Kes-kes kematian yang melibatkan kepada pasangan muda tak asing lagi di Mahkamah Syariah. Ada suami yang mati dalam keadaan meninggalkan anak-anak kecil tanpa sebarang harta. Sebaliknya, hutang sahaja yang ditinggalkan.", "Ada orang bertanya kepada saya, “kalau suami mati tinggalkan hutang jer, kena faraid juga ke hutang tu?’", "Tidak! Jawapannya tidak. Faraid hanya untuk bahagi harta sahaja. Kalau arwah ada tinggalkan hutang, atas ahli warislah kalau nak bantu selesaikannya dan mudahkan urusannya di alam barzakh.", "Sepanjang karier saya dalam bidang guaman syarie ini, banyak kisah-kisah kematian pasangan muda telah saya kendalikan. Yang paling saya kagum, apabila berlaku kematian, keluarga simati tak terlalu tergojoh nak ambil harta.", "Sebaliknya, adik beradik simati berlumba-lumba nak bantu anak saudara mereka dalam soal nafkah. Malahan, ada yang tak mahu pun bahagian Faraid walaupun layak dari sudut Hukum Syarak.", "Hebat kan? Ini baru betul ciri-ciri Muslim yang berperikemanusiaan.", "Tapi, kita hanya mampu berharap. Yang banyaknya, ramai yang berebut harta tinggalan simati, walaupun simati ini masih ada anak-anak kecil.", "Seperti suatu ketika dahulu, ada kes seorang ibu tunggal dengan beberapa anak kecil yang masih belum bersekolah rendah pun, kematian suami. Si suami ada membeli sebuah rumah dan ada menyimpan sedikit wang simpanan di dalam Amanah Saham Bumiputera.", "Mentang-mentang anak-anak tersebut semuanya perempuan, tak sempat habis pun tahlil arwah bak kata orang Melayu, adik beradik lelaki si mati dah cuba usik, “Rumah ni ada bahagian saya yer Kak Long”.", "Tak cepat melatah, si ibu ini dengan tenang mendapatkan nasihat perundangan, apa yang dia harus lakukan dan apa yang dia belum jelas.", "1. Jangan tergesa-gesa Faraid", "Selepas berlaku kematian pasangan, perkara pertama perlu diselesaikan dalam Islam adalah langsaikan hutang. Termasuklah hutang dengan pasangan semasa hidup.", "Jadi, sebelum membuat permohonan Faraid di Mahkamah Syariah, perlu untuk pasangan selesaikan dahulu tuntutan Harta Sepencarian. Ini kerana harta sepencarian juga dikira hutang simati dengan pasangan.", "2. Sahkan hibah dahulu, sebelum Faraid", "Jika arwah suami pernah membuat hibah harta kepada pasangan semasa hayatnya, boleh sahkan hibah tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah.", "Sekarang ini, metode hibah adalah alternatif yang sering digunakan untuk pengurusan harta.", "Jika ada rumah atau apa-apa harta, ramai yang akan cuba untuk buat hibah agar tidak timbul isu perebutan harta sesama ahli keluarga.", "Alhamdulillah, selepas diterangkan segala penerangan kepada wanita tersebut, dia bangkit.", "Dan terus mempertahankan haknya serta anak-anaknya. Meskipun tidak ada hibah dibuat arwah suaminya, namun dia masih ada bahagian yang besar terhadap harta yang ditinggalkan simati.", "Namun, alangkah bagusnya, jika setiap daripada kita telah membuat persiapan yang lebih awal agar kita tidak tinggalkan waris kita dalam keadaan yang terkontang kanting selepas kematian kita bukan?", "Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.", "Mingguan Wanita : Isteri.balu jangan risau. Ada anak lelaki atau anak perempuan sekalipun, pertahankan hak dan harta yang dtinggalkan oleh arwah suami.", "#bangkitwanita\n#langkahyakinlakarkejayaan\n#bisnesdarirumah\n#mingguanwanita" ]
https://www.mingguanwanita.my/tegur-untuk-kebaikan-bersama-bukan-niat-isteri-jatuhkan-air-muka-suami/
Tegur Untuk Kebaikan Bersama, Bukan NIAT Isteri Jatuhkan Air Muka SUAMI
[ "Lumrah hidup berumahtangga, ada kala berselisih faham. Kadang-kadang isteri banyak menegur terus isteri dilabelkan ingin menjatuhkan air muka. Pada hal isteri menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang teman hidup, menegur suami yang bakal membawa dia ke syurga.", "Percayalah teguran isteri adalah untuk kebaikan bersama, untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Terbukalah setiap kali berdepan dengan teguran isteri dan isteri pula jangan pula berlebihan dalam menegur suami, maklumlah suami ini tinggi egonya.", "Jangan anggap isteri hendak mencalarkan ego kau abang… Jangan anggap dia hendak menjatuhkan air muka kau abang… Jangan anggap isteri sudah besar kepala abang… Jangan anggap dia sudah jadi ustazah abang…", "Jangan anggap isteri sudah tak hormat kau abang…", "Selagi namanya manusia ini, selagi itulah kita tak lari dari buat silap, buat salah…", "Maka selagi itulah kita memerlukan seseorang untuk memperbaiki dan memperbetulkan keperibadian kita… Kita yang buat silap, yang buat salah, kita tak akan nampak atau perasan apa yang kita sudah buat… Kalau perasan pun, agak-agak kita mahu tak mengaku yang kita ini salah?", "Tobat lahom… Mengaku salah itu hanya segelintir yang boleh buat dan untuk minta maaf selepas mengaku tu, 0.0001% saja yang buat…", "Ingat, isteri ada tanggungjawab sesama manusia yang dia perlu buat… Awak itu pasangan hidup dia, teman hidup dia, orang yang akan bawa dia masuk syurga… Maka atas dasar untuk kebaikan bersama, untuk manfaat bersama, dia perlu untuk mengajak awak ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran…", "Artikel Berkaitan:", "Nanti Allah SWT tanya isteri kita, tak tegur suami ke bila suami tak solat… Tak nasihat suami ke bila suami buat maksiat… Redha ke atas dosa yang suami lakukan itu adalah satu maksiat…", "Jadi, tolong bagi ruang dan peluang untuk isteri buat tanggungjawab dia supaya kelak dia ada jawapan bila ditanya…", "“Saya dah tegur, saya dah nasihat, saya dah mengajak ke arah kebaikan, tapi dia tak nak dengar…” 👈", "DONE…!!! ✅✅✅", "Seterusnya, Allah SWT akan tanya kita pula,", "“Kenapa kita tak nak dengar teguran dan nasihat isteri…❓❓❓” 😅", "MW: Setiap isteri mahu yang terbaik untuk dirinya dan pasangan. Jadi bersifat terbuka dalam menerima teguran isteri. Saling tegur-menegur dalam berkasih sayang dalam rumahtangga. Barulah bahagia di dunia dan akhirat. Insyallah. " ]
https://www.mingguanwanita.my/nak-anak-soleh-berjaya-tapi-hari-hari-hadap-gajet-teguran-padu-buat-mak-ayah-yang-masih-leka-tentang-tanggung-jawab/
Nak Anak Soleh & Berjaya Tapi Hari-hari Hadap Gajet! Teguran Padu Buat Mak Ayah Yang Masih Leka Tentang Tanggung Jawab
[ "Realiti kehidupan mak ayah hari ini, nak sangat anak soleh dan berjaya tetapi hidupnya cukup sibuk dengan gajet. Lagi teruk, demi diamkan anak rela sumbat gajet walau hakikatnya itu akan mendatangkan kesan negatif pada anak.", "Kau mengharapkan anak-anak besar esok jadi anak soleh, huffaz quran, orang berjaya, taat mak bapak., pemimpin negara… Tapi hari-hari dalam hidup kau mengadap handphone lebih lama daripada masa kau mengadap anak-anak. Kau senyum depan gajet lebih banyak daripada kau senyum depan anak.", "Pergi kedai makan sama-sama dengan anak, tapi kau mengadap Telegram sepanjang waktu. Anak yang duduk berhadapan dengan kau terpinga-pinga tak tau nak buat apa sementara tunggu makanan yang dipesan sampai. Kalau dia meragam sikit, kau jerkah dia depan orang ramai.", "Anak kau demam, kau bawa pergi klinik. Sementara tunggu no.giliran naik, kau layan Insta sampai terabai anak yang sedang menahan sakit. Terkapai-kapai anak tu takda kawan nak bersembang. Paling kuat pun kau bagi dia tengok Youtube atau main game dalam handphone. Janji kau tak terganggu.", "Hari sukan sekolah, anak kau semangat berlari, melompat, bersaing dengan kawan-kawan. Dapat pingat dan piala nak tunjuk kat mak ayah dia. Tapi anak tengah berpanas, berentap di padang, kau berteduh bawah khemah layan Whatsapp sambil tersenyum sorang-sorang.", "Bawa anak pergi taman permainan, anak-anak kau lepaskan main sendirian. Main papan gelongsor, jongkang-jongket, buaian… Kau di mana? Duduk atas bangku sambil kemas kini status Facebook, “Petang ni seronok bawa anak-anak bermain di taman mainan” dan tunggu komen rakan-rakan. Anak-anak menunggu kau turut serta, tapi sayangnya hajat mereka tak kesampaian.", "Kau letakkan harapan pada masa depan anak kau setinggi gunung, nak dia jadi anak soleh, insan berjaya dunia akhirat, tapi nilai gajet kau letak jauh lebih tinggi. Komunikasi dengan anakpun melalui “perantaraan” Youtube dan Ipad. Kalau takda gajet, kau pun buntu macam mana nak melayan karenah anak dan berkomunikasi.", "Hakikat yang pahit, tapi senario harian yang boleh diperhatikan di sekeliling kita. Sekarang anak masih kecil mungkin kau tak nampak kesannya. Tapi setelah 20 tahun akan datang baru kau nak sedar, setelah kau nampak kesannya depan mata, ketika itu nak patah balik pun dah tak dapat. Jadi sementara masih punya masa dan kesempatan, gunakan peluang sebaiknya.", "كُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَاْلأَمِيْرُ رَاعٍ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ، وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ، فَكُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ.\nKamu sekalian adalah pemimpin, dan kamu sekalian bertanggung jawab atas orang yang dipimpinnya. Seorang Amir (raja) adalah pemimpin, seorang suami pun pemimpin atas keluarganya, dan isteri juga pemimpin bagi rumah suaminya dan anak-anaknya. Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu sekalian akan diminta pertanggungjawabannya atas kepemimpinannya. (HR al-Bukhari dan Muslim. Ini adalah lafaz al-Bukhari)", "إِنَّ اللهَ سَائِلٌ كُلَّ رَاعٍ عَمَّا اسْتَرْعَاهُ أَحَفِظَ ذَلِكَ أَمْ ضَيَّعَ؟ حَتَّى يَسْأَلَ الرَّجُلَ عَنْ أَهْلِ بَيْتِهِ.\nSesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap pemimpin tentang apa-apa yang dipimpinnya. Adakah ia pelihara atau ia sia-siakan, hingga seseorang ditanya tentang keluarganya. (HR an-Nasaa’ie dan Ibn Hibban, daripada Anas bin Malik. Ibnu Hajar mensahihkannya)" ]
https://www.mingguanwanita.my/amanat-mak-barang-kemas-beri-anak-perempuan-lelaki-boleh-tuntut-faraid-tidak-dianggap-derhaka/
Amanat Mak, Barang Kemas Beri Anak Perempuan, Lelaki BOLEH Tuntut FARAID, Tidak Dianggap Derhaka
[ "Wasiat, pesanan atau amanat mak atau ayah semasa hidup untuk harta peninggalannya sering menjadi isu. Kononnya, ia valid dan boleh diterima pakai. Kena ikut dan terima.", "Bagaimana kalau tidak mendapat persetujuan daripada anak lelaki atau adik beradik lain. Inilah yang boleh menmbulkan perbalahan dan adik beradik bermasam muka dek kerana wasiat mak ayah semasa hidup.", "Jika harta peninggalan yang melibatkan tanah pusaka, duit atau barang kemas, kenalah ikut pembahagian faraid. Tapi, kalau amanat mak dah pesan awal-awal tentang barang kemas diberikan kepada anak perempuan. Macam mana pula hak anak lelaki.", "Lainlah kalau anak lelaki dengan ikhlas hati bersetuju dengan amanat mak itu dan melepaskan hak untuk adik beradik lain. Hebatnya ikatan kasih sayang.", "Kupasan lanjut oleh USTAZ MOHD KHUSAIRI SALEH tentang amanat mak semasa hidup untuk anak perempuan dan bagaimana pula hak untuk anak lelaki. Buatlah keputusan sebaiknya tanpa perlu pergaduhan dan persengketaan adik beradik.", "“Mak mati nanti, semua barang kemas mak ni, mak bagi ke anak-anak perempuan sahaja. Anak lelaki mak tak payahlah (dalam hati mak bimbang anak lelaki bagi ke menantu)”", "Wasiat/pesanan/amanat ini adalah kepada waris. Dalam mazhab Syafie hukumnya adalah harus. Walaupun harus, tidak bermakna ia valid terus sebaik sahaja mak mati. Ada hukum dan proses yang perlu dilalui oleh semua waris mak.", "Bagaimana?", "Bila mak mati, apa yang perlu anak-anak lakukan adalah:", "1. Kumpul semua barang kemas mak yang ada dan bentang dih adapan semua waris. Jangan anak-anak perempuan pandai-pandai bincang sama-sama depa je dan buat agihan terus.", "2. Nilaikan barang kemas tu. Pergilah ke kedai emas ke, atau mana-mana tempat yang tahu nilaian semasa.", "3. Bentang kadar faraidh semua waris atas nilai barang kemas tersebut. Rujuklah kepada individu yang mahir dan mampu bertindak sebagai penasihat bukan punohsihat apatah lagi punohsakit.", "4. Selepas semua waris yang berhak (anak lelaki dan perempuan) tahu kadar faraidh masing-masing, maka mereka bermesyuarat untuk buat keputusan.", "5. Jika semua anak lelaki bersetuju melepaskan hak mereka, ertinya menerima wasiat mak, barulah anak-anak perempuan sah menerima barang kemas tadi sesama mereka secara agihan sama rata.", "6. Jika dalam ramai-ramai anak lelaki, ada seorang contohnya nakkan hak faraidh dia, maka anak-anak perempuan yang bakal menerima itu wajib bersama mengeluar satu nilai iaitu hak anak lelaki tadi dan serahkan nilai kepada dia. Tak perlulah anak lelaki tu tuntut barang kemas tu, susah nak buat kira-kira nanti.", "7. Apakah anak lelaki yang menuntut tadi dianggal derhaka kerana melanggar wasiat mak? Dia tidak derhaka pun. Kerana wasiat mak tadi tidak boleh melangkaui hukum Faraidh.", "8. SEBENARNYA, jika tiada wasiat daripada mak sekalipun, tapi semua anak-anak lelaki atas dasar SILATURRAHIM DAN KASIH SAYANG, sudi melepaskan hak mereka, itu adalah lebih HEBAT", "Mingguan Wanita : Jangan main-main dengan harta pusaka, inilah boleh jadi putus saudara. Tapi kalau adik beradik berbincang cara baik, semuanya akan jadi mudah.", "Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF", "Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.", "Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.", "Projek 1: Denim Tote Bag", "Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.", "Projek 2: Shopping Bag", "Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.", "Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.", "#kelasjahitankreatif", "#sewingworldgallery", "#bangkitwanita\n#langkahyakinlakarkejayaan\n#bisnesdarirumah\n#mingguanwanita" ]
https://www.mingguanwanita.my/strawberry-cheesecake-rolls-sedap-guna-kulit-popia-cuma-5-bahan-je-1/
Strawberry Cheesecake Rolls Sedap Guna Kulit Popia, Cuma 5 Bahan Je!
[ "Senangnya nak buat Strawberry Cheesecake Rolls ini, guna 5 bahan je.Rangup di luar, manis dan lemak berkeju di dalam. Tak perlu renyah nak buat macam-macam langkah untuk hasilkan ‘dessert’yang sedap. Bagi penggemar cheese, resipi ini wajib dicuba.Cuti sekolah dah nak mula hujung minggu ni, bolehlah buat dengan anak-anak.", "“Omaigadd! Hmm good bak kata anak ain.Sedap kot. Main taram je tu, tersedap pulak. Guna bahan ape ade je, bayangkan cuma 5 bahan je. Ain bagi nama strawberry cheesecake roll. hihi suka ati je. Jom tengok apa bahan-bahannya”.", "Strawberry Cheescake Rolls", "10 keping kulit popia\n250g cream cheese\n6 biji strawberry (potong kecil)\n2 sudu besar gula aising\n4 titik esen vanilla\n*Tambahan gula aising untuk ditabur", "1. Pukul cream cheese dengan gula sehingga kembang.", "2. Sudukan cream cheese di atas kulit popia.", "3. Letakkan buah strawberry di tengah cream cheese.", "4. Kemudian, tutup dengan lapisan cream cheese lagi.", "5. Lipat popia macam biasa.", "6. Goreng sehingga kekuningan.", "7. Tabur dengan gula aising dan sedia untuk dihidang.", "Siap!", "MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Mak-mak bolehlah cuba resipi simple dan sedap ini dengan anak-anak di rumah." ]
https://www.mingguanwanita.my/bekerja-seorang-tanggung-isteri-empat-anak-bila-utamakan-keluarga-insyallah-cukup-semua/
‘Bekerja Seorang Tanggung Isteri, Empat Anak.’ Bila Utamakan Keluarga, Insyallah Cukup Semua
[ "‘Bekerja seorang tanggung isteri, empat anak.’ Bila utamakan keluarga, insyallah cukup semua. Paling penting dahulukan yang mana lebih utama.", "Seorang suami jika dia mengutamakan isteri dan anak-anak daripada kepentingan sendiri insyallah berkat dan murah rezekinya. Ikuti perkongsian Puan Siti Suryani Yaakob ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:", "Di tempat kerja saya ini ada seorang ‘abang’. Abang tak abang juga pasal lagi berapa tahun nak pencen sudah dia.", "Abang ini seorang saja yang bekerja. Isteri dia suri rumah. Ada anak 4 orang. Dari dulu sampai sekarang memang dia seorang saja yang bekerja cari rezeki untuk keluarga.", "Kadang saya teruja nak belajar dari orang-orang macam ni. Macam mana dengan bekerja seorang diri dapat tanggung keluarga. Dan cukup semua. Siap ada dua buah rumah pula lagi. Kisah begini lebih dekat dengan realiti. Kisah kebanyakan kita sehari-hari.", "Saya perhatikan abang ni.", "Isteri dan keluarganya adalah paling atas buat dia lebih dari semuanya.", "Di office, dia makan biasa-biasa. Kadang beli nasi dengan kuah kari saja. Ada masa nak sedap sikit letak ayam satu. Banyak masa dia makan apa yang ada. Janji perut kenyang dia kata.", "Tapi setiap hari Isnin dia akan bercerita. Semalam makan udang celup tepung di Kuala Selangor. Ada masa pagi-pagi datang kerja dia bagitahu ada kedai Western yang sedap. Semalam dia ke sana dengan anak isteri. Sebab isteri ajak pergi.", "Rupanya dia tak makan sedap di office sebab dia nak makan sedap dengan keluarga dia. Untuk dia tak apalah yang biasa-biasa. Supaya dia boleh bagi untuk keluarga yang extravaganza.", "Kalau buat makan-makan di luar yang tak mampu dia bawa semua, dia rela tak pergi. Dia kata tak sampai hati nak makan sedap tanpa ada anak isteri. Lepak-lepak lepas kerja tu memang tidak ada. Nak balik cepat. Nak tengok di rumah ada apa kena buat.", "Kalau isteri sakit dia cuti. Biar demam biasa pun. Katanya macam mana nak tinggal. Nanti siapa yang nak masak. Tak akan isteri yang sakit itu pula nak masak. Takkan dibiar dia seorang hendak urus anak.", "Saya ceritakan kisah ini supaya kita perhati. Dalam saat ramai berkisahkan suami kena sediakan emas. Suami kena sediakan duit sebanyaknya. Suami kena bagi harta benda.", "Di TikTok dan media sosial merata-rata orang tunjuk hadiah dan mewah yang suami bagi pada isteri. Lalu kadang mengusik kentalnya hati kita yang rasa sudah cukup serba-serbi.", "Kadang suami kita usaha bekerja bagi rezeki buat semua. Buat kita. Dan ada juga keluarga dia. Kadang sudah buat berbagai cara. Tapi rezeki dia cukup seperti itu sahaja. Secukup rasa. Tak mewah tapi ada semua.", "Tapi dia ada banyak nilai baik. Yang kecil-kecil. Yang kadang masa dia tiada baru kita terasa betapa besarnya nilai kecil yang dia buat pada kita. Benda yang kadang tak nampak. Sebab dia bukan bentuk material.", "Dan dia atas semuanya…", "Yang mencari rezeki adalah kita. Tapi yang memberi kecukupan adalah Dia. Yang beri bahagia itu bukanlah pada banyaknya. Tapi yang beri bahagia itu adalah pada berkatnya. Berkat pada dua-dua hati yang saling berusaha bahagia membahagia.", "Mingguan Wanita : Benarlah rezeki datang pelbagai bentuk, bersyukurlah dengan setiap rezeki yang Allah kurniakan. ", "Follow kami di :" ]
https://www.mingguanwanita.my/kematian-isteri-kehilangan-paling-perit-buat-suami-bukan-mudah-padamkan-memori-hidup-bersama/
Kematian Isteri KEHILANGAN Paling Perit Buat Suami, Bukan Mudah Padamkan MEMORI Hidup Bersama
[ "Ternyata, kematian isteri adalah kehilangan paling perit buat suami kerana bukan mudah padamkan memori hidup bersama semenjak diijabkabulkan.", "Perkataan redha mungkin mudah diungkap namun amat payah untuk melaluinya. Tentu saja ia mengambil masa agak lama, apatah lagi arwah pergi dengan meninggalkan pelbagai kenangan bersama.", "Kehilangan pasangan hidup sudah tentu tidak akan sama dengan kehilangan orang lain. Isteri adalah nyawa, “the other half” dan sentiasa memahami luar, dalam suaminya.", "Ikuti perkongsian Nazri Ahmad dan fahami yang dia cuba sampaikan:", "Terbaca awal pagi tadi yang Siti Sarah meninggal dunia.", "Bagi para suami, kematian isteri adalah satu kehilangan paling perit. Setakat sekarang, itu satu pengalaman hidup paling memberi kesan pada emosi saya dan sangat menyedihkan bagi saya sebagai suami.", "Bagaimana baik pun tahap keharmonian rumah tangga anda bersama isteri, akan datang silih berganti penyesalan demi penyesalan of not doing good enough as a husband semasa hayat si isteri.", "Ini bukan kehilangan ibu atau bapa. Ini kehilangan pasangan hidup kita. Kehilangan seseorang yang kenal kita sebagai suami isteri luar dalam, yang tersurat dan tersirat, kenal perilaku kita suami yang tidak dipamerkan ke umum, kenal kita suami semasa ups and downs.", "Shuib akan lalui satu ketidaktentuan emosi lepas ni. Bukan mudah nak padamkan memori semasa mereka masih hidup. Hidup bersama memori-memori itulah yang killing us inside.", "Baca Juga Di Sini:", "Pesan saya ke saudara dan kawan-kawan, even sampai sekarang. Hargailah isteri anda. Jaga dan lindungi isteri. Kita suami ini lah pelindung isteri. Sayangi isteri sepenuh hati.", "Mereka ini tinggalkan ibu bapa, keluarga yang berpuluh tahun hidup bersama. Hanya untuk bersama kita dan lalui hidup berumahtangga bersama kita. Zalimlah diri suami andai gagal lindungi dan bahagiakan isteri.", "Salam takziah Shuib. Semoga diterima segala amal ibadah dan diampuni segala dosa Siti Sarah.", "Nazri Ahmad", "Mingguan Wanita : Benarlah hanya yang pernah melalui sebuah kehilangan yang memahami apa yang dirasai Shuib buat masa ini, Bukan mudah hilang isteri tercinta, di saat dia baru saja menghadiahkan anak. Allahuakbar ampunkanlah dosa-dosa Siti Sarah. Al-Fatihah.", "Mingguan Wanita juga boleh diikuti di" ]
https://www.mingguanwanita.my/mak-selalu-cakap-nanti-dah-kahwin-jangan-nak-manjakan-suami-tu/
Mak Selalu Cakap, “Nanti Dah Kahwin Jangan Nak ‘Manjakan’ Suami Tu..”
[ "Ada sebab bila dah berkahwin, wanita yang bergelar isteri dipesan agar tidak terlalu ‘memanjakan’ suami.Terutama ketika diawal perkahwinan lagi. ‘Manja’ dalam erti kata, semua kerja-kerja rumah dan menguruskan anak-anak, isteri lakukan secara sendirian tanpa mengharapkan bantuan suami.", "Jangan nak manjakan suami tu..", "Kakput ingat lagi, awal perkahwinan mak selalu cakap “Nanti dah kahwin jangan manjakan suami tu,”. Mula mula kakput tak faham. Takkan lah nak manjakan suami sendiri pun tak boleh.", "Tapi kakput follow je apa mak cakap, lagi pun both of us kan bekerja. So, kakput sesiap dah buat jadual untuk buat kerja rumah. Nampak macam kelakar kan? But its really help masa awal perkahwinan.", "Dari hari pertama kahwin sampai sekarang, (sekarang dah tak ada jadual, sebab kami dah auto function) kami akan bekerjasama dalam semua hal termasuk kerja rumah dan urus anak.", "Ramai juga yang tanya, macam mana seketul hakim tu pandai jaga anak dan uruskan anak bila kakput pergi kelas.", "Hmmm jangan tak tahu, Hakim lagi bijak uruskan anak. Dia ada sense yang anak dia tak sihat dan tak okay. Itu kelebihan dia. Masa kakput dalam pantang pun dia ambil cuti untuk urus kakput dan baby.", "Kakput pula bab bab urus rumah, masak semua. Tapi kami tetap lakukan semua bersama.", "1. Kakput masak, dia akan kemas dapur dan cuci semua alat masak.", "2. Kakput cuci kain dan jemur, dia akan lipat.", "3. Kakput cuci toilet rumah, dia akan mop 1 rumah.", "4. Kakput kemas bilik, dia akan cari kerja contohnya dia akan kemas rumah tamu.", "5. Kakput malas masak, dia akan pergi beli makanan.", "So dalam rumah tangga ni, masing masing kena mainkan peranan. Tak ada istilah one man show. Tak ada istilah semua ni tanggungjawab isteri. kalau ikut islam, yang perlu sediakan makan dan minum tu suami. Isteri ni bidadari tauuu. Tapi masyarakt kita da terbiasa isteri tu kena buat semua.", "Memang sweet kalau awal perkahwinan tu, kita tak bagi suami basuh sebiji mangkuk pun. Tapi bila anak dah berderet. Suami dok main hp kat depan sambil berdekah tengok Maharaja Lawak sedangkan awak tengah berjuang dengan kerja rumah dan anak anak.", "Isteri dah jadi selekeh sebab tak sempat nak bersiap sibuk dengan kejar anak anak. Suami pulak pandang sebelah mata je hal macam ni. Jangannnn… macam mana penampilan isteri itu mempengaruhi macam mana awak layan dia. Sebab tu ada isteri makin cantik lepas kahwin, ada yang tidak.", "Naluri seorang isteri akan mula rasa semua ni tak adil. Akan mula marah marah dan memberontak. Yang suami pula dah terbiasa dimanjakan.", "Yang suami pun kena faham, lagi lagi isteri yang sama sama cari nafkah. Kami perlukan rehat juga. Perlukan me time untuk longgarkan tulang tulang kami. Alah me time tu cukuplah sekadar dapat rest sejam dua dalam bilik sambil scroll apa nak beli tanpa gangguan anak-anak.", "Dan banyak penceraian berlaku sebab hal sebegini. Mula mula rasa sweet memanjakan, lama-lama naik muak sebab suami da mula naik kepala tak nak tolong apa-apa. Masih belum terlambat untuk ajar suami bab bab ni. Mulakan dengan yang kecil. Minta tolong mandikan anak dulu. Minta tolong vacum rumah dulu. Pelan pelan kayuh. Supaya nanti tak jadi kebiasaan. Bertoleransi dalam rumah tangga. Itu kan tanggungjawab bersama.", "Arwah abah lelaki yang sangat hebat, tu yang meninggal pun dalam keadaan husnul khotimah. Senyumm je. Abah suami dan abah yang sangat bertoleransi. Rajin tolong mak, dan baik dengan anak anak. I miss him ~", "Leff,\nKakput", "MW: Memang ada benarnya.Dari awal perkahwinan isteri kena ‘ajar’ suami, minta tolong buat kerja rumah dan uruskan anak-anak bersama-sama. Jangan biasakan diri buat semua perkara seorang diri, nanti diri sendiri yang rasa letih dan terbeban. Paling penting, suami dan ayah kena jadi contoh yang baik, rajin bantu isteri kerana anak-anak memerhati dan mereka jadikan ikutan serta inspirasi." ]
https://www.mingguanwanita.my/bibir-anak-bertukar-biru-sebab-tersedak-air-liur-nasib-baik-suaminya-cepat-bertindak-macam-ini/
Bibir Anak Bertukar Biru Sebab Tersedak Air Liur, Nasib Baik Suaminya Cepat Bertindak Macam Ini!
[ "Mak ayah patut ambil tahu dan hafal langkah untuk keselamatan anak-anak…", "Allahuakbar…", "Detiknya berlaku perkara yang mendebarkan. Anakku Afifah Nurzahirah tiba-tiba menangis, lepas tu jatuh dan lembik badannya. Muka pucat dan biru bibirnya. Semuanya berlaku sekelip mata. Aku?? Aku panik sepanik-paniknya. Menangis semahu-mahunya lihat keadaan anak aku. Menjerit-jerit panggil suami. Waktu tu suami di dapur. Alhamdulillah Amir Mahmud tak panik. Mujur sangat-sangat. Aku cek keadaan sekeliling tempat anak aku duduk tadi. Tak ada apa-apa. Apa yang menyebabkan berlaku macam tu? Aku pun tak tahu. Suami aku lakukan beberapa teknik kecemasan bagi bayi yang tersedak. Dia cuba korek-korek tengkuk anak supaya muntah jika tercekik dan bagi laluan penafasan terbuka. Suami tepuk-tepuk belakang anak 5 kali, pastu suami letakkan anak atas katil, bagi tekanan pada bawah puting dada anak sebanyak 5 kali dan 5 kali tepukan kat dada untuk jika anak tercekik apa-apa. Suami cek pulak denyutan jantung anak, SLOW!", "Bila suami bagitau denyutan jantung anak slow, kaki aku ni rasa macam dah tak melekat dah. Nyawa aku ilang tah ke mana. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar. Itu yang mampu aku lafazkan. Bila suami cuba buat yang termampu untuk anak. Aku tengok anak, diam je.. Tak aktif mahupun menangis. Yang pasti bibir dia biru. Suami ulang-ulang balik teknik kecemasan. Akhirnya anak menangis. Takutnya aku waktu tu.", "Aku dan suami bergegas ke kecemasan. Tapi alhamdulillah.. Anak dah beransur-ansur pulih. Aktif dan bergelak tawa dengan kakaknya. Tapi apa yang doc bagitau anak mungkin tersedak air liurnya sendiri. Ya Allah.. Aku dengan suami memang tak tau anak akan tersedak air liur sendiri sebab berdasarkan pemahaman dan apa yang aku ketahui hanya tersedak susu atau air masak sahaj. Doc kata kalau lambat suami buat teknik kecemasan tadi, tak tahu la apa akan jadi dengan afifah. Allah… Doc mintak kami suami isteri pantau anak selama 5-6 jam jika berlaku lagi terus bawa ke hospital. Tindakan pantas suami yang menyelamatkan anak kami.", "Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah.. Anak bergelak tawa.. Aktif bermain… syukur ya allahh. Semoga afifah baik-baik saja. Berlaku sekelip mata je tanpa kita sedari.", "Mohon kepada ibu bapa walaupun ada menyatakan hanya bayi yg bawah 6 bulan berlaku tersedak tp terjadi jugak pada pada atas 6 bulan seperti anak saya. Boleh baca artikel mengenai tersedak dan cara mengatasinya dengan lebih lanjut sbb supaya lebih faham @ rujuk pada doktor untuk lebih pemahaman kerana saya pun masih membaca mengenai baby yang tersedak air liur kerana arini baru saya tahu.", "Tindakan yg perlu dilakukan jika anak tersedak iaitu:", "1. Posisikan bayi menghadap ke bawah di lengan Anda, dengan posisi kepala bayi lebih rendah dari dadanya.", "2. Pegang kepala bayi dengan telapak tangan. Jangan menutupi bayi atau menekan lehernya.", "3. Gunakan tumit dari salah satu tangan Anda untuk menepuk punggung bayi tepat diantara tulang belikat bayi. Lakukanlah sebanyak 5 kali tepukan.", "4. Jika benda yang membuatnya tersedak tidak keluar, pegang kepala bayi dan ubah posisinya menjadi telentang di atas paha Anda.", "5. Berikan 5 kali tekanan dengan cepat pada tulang dada di bawah puting bayi dengan menggunakan 2 – 3 jari Anda.", "6. Terus berikan 5 tepukan dan 5 tekanan pada dada hingga benda tersebut keluar dari mulutnya.", "7. Jika bayi pengsan, segera bawa ke hospital terdekat.", "Saya sertakan beberapa gambar untuk faham lagi tindakan yang perlu dilakukan jika bayi tersedak." ]
https://www.mingguanwanita.my/suami-tak-selalu-ada-kekal-positif-uruskan-anak-seorang-diri/
Suami Tak Selalu Ada, Kekal Positif Uruskan Anak Seorang Diri
[ "Memang tak mudah nak uruskan anak-anak seorang diri, bila suami tak selalu ada. Ada pasangan yang rezeki tinggal sebumbung dan ada yang terpaksa berjauhan demi tuntutan kerja. Dalam keadaan ini, ada masa tertentu memang membuatkan diri rasa letih dan amat penat, baik fizikal mahupun emosi. Segalanya perlu dilakukan secara bersendirian, menguruskan karenah dan ragam anak tanpa suami disisi.", "Harini masa sedang memandu hantar anak-anak pergi sekolah, teringat balik zaman lana luqman kecil dulu. Rutin sama saja setiap hari. Setiap pagi berperang nak siapkan anak ke sekolah. Sudahlah Lana tu istimewa, memang menangis setiap hari sebab penat handle seorang diri. Waktu tu daddy mereka di luar negara (Alhamdulillah semalam akhirnyaaaa balik Malaysia for good dah) balik setiap 3 bulan dan hanya 2 minggu.Hidup aku memang pada mulanya kelam kabut sebab menguruskan anak seorang diri.", "Kisah hidup kita tak sama. Ada yang memang direzekikan suami untuk hidup bersama. Ada yang berpisah hidup.Ada yang kematian suami atau isteri.Ada yang berkongsi suami. Ada yang bersuami tetapi kaki PUBG.", "Kadang-kadang baca di KRT ke page yang kisah rumahtangga tu memang la kalau korang duduk situ membawang tak jadi kerja. Tapi kalau korang tengok betul-betul, ramai sangat orang kat Malaysia ni berpotensi sakit mental kerana pelbagai tekanan.", "Ada yang isteri di latih untuk menjadi ibu tunggal sejak mengandung lagi sampai kesudah penat menguruskan keluarga. Suami? Ada la siapkan diri sendiri. Lepak-lepak main PUBG. Macam nak gila si isteri setiap hari.", "Apa yang Allah takdirkan kat kita ni ada yang kita tak mampu ubah pun.Kadang pergilah ceramah Dr Fazilah Kamsah bersama suami ke, Ustaz Ebit lew ke kalau tak berubah..tak berubah jugak lah. Communication perbaiki la macamana pun sama saja. Doa sajalah yang kita masih mampu buat sebab hanya Allah saja yang pegang hati manusia kan?", "Tapi kita mampu ubah diri kita untuk sesuaikan diri dengan situasi. Macam aku, sampai sekarang tak selalu pun suami ada sekali atas komitmen kerja dan lain-lain. Jadi selama mereka kecil sampai ke harini aku perlu jadi independent.", "Teringat cerita kakak yang hampir langgar kami sefamily waktu pagi tu. Dia penat mental fizikal 4 bulan menguruskan 3 orang anak seorang diri sebab suami tak selalu ada. Tengok dia tu teringat diri sendiri sebenarnya. Sebab tu aku faham sangat apa dia rasa. Aku tahu bukan senang pun nak buat semua tu.", "Tapi aku nak kongsikan dengan semua yang sekasut dengan aku ni, tak kira la perempuan atau lelaki. Kalau bab ni kita struggle, memang tak mustahil rumahtangga kita akan kucar kacir kalau emosi kita tak stabil. Silap-silap kita tempik dan belasah anak hari-hari.", "Satu yang kita kena faham, anak-anak pun ada emosi mereka. Rindukan ayah atau ibu, kurang kasih sayang, rasa insecure tak disayangi. Sebab tu emosi mereka pun tak ketahuan setiap pagi sebab mereka pun manusia kan?", "Orang kata aku sejenis overthinking.Sejenis detaillllll semua benda. Sejenis yang kena PLAN betul-betul. Rilek rilek sudah la? Cuba ikut flow?", "Aku memang dilatih untuk menjadi seorang yang detail sejak Lana umur 3 tahun. Sekarang dia 11 tahun. Aku MESTI plan hidup aku dengan baik walaupun memang Allah is the best planner tapi aku perlu atur masa aku supaya everything smooth InsyaAllah.", "Kalau tak, aku menanggung kesedihan dan kepenatan seorang diri. Tak semua orang direzekikan ada support system yang baik. Kau mungkin ada mak ayah duduk dekat.kau mungkin ada pembantu rumah. Kau mungkin ada jiran baik hati bantu hantar anak sekolah. Betul?", "So, untuk kekalkan hidup kau sentiasa positif dari pagi sampai ke malam hari, pertama sekali kau kena", "Aku tak suka benda last minute. Semua ada dalam kalendar hp aku ni. Apa nak buat untuk seminggu aku dah rancang. Rancang bila kau nak kemas rumah, kemas rumah pun kau bahagikan mana yang harian mana mingguan. Kemudian bila kau nak buat laundry, bila kau nak siapkan baju sekolah anak-anak.", "Contohnya baju sekolah iron seminggu siap. Setiap malam make sure anak check beg sekolah diaorang. Siapkan bekal anak botol air biskut semua siap-siap. Yang baby pulak baju diaper pun semua siap-siap.", "*Sebab tu aku tak suka kalau orang datang mengejut. Nak datang cakap awal-awal sebab banyak benda nanti berubah tak seperti yang dirancang.", "Bab makan contohnya. Kalau kau larat dan ada rezeki lebih nak makan luar, makan la jika lalu. Macam aku, bila aku terlalu penat aku memang makan kedai. Tapi ada masa aku memang masak je kat rumah. Siapkan pes frozen hujung minggu untuk mudahkan kau. Blend siap bawang cili kering. Ikan sayur pun kau dah asingkan ikut portion sekali masak. Selalunya weekend la kau kena buat semua ni.", "Kalau nak keluar sabtu, malam jumaat tu kau dah siap buat laundry baju sekolah anak. Sabtu merambu, ahad iron baju.", "Ajar dieorang ni dari kecil buat kerja rumah.dari baby besar cinonet mayraa pun kau dah ajar kemas mainan. Lepas makan kutip nasi tumpah. Lepas tu ajar angkat buang sisa dalam tong sampah, ajar basuh pinggan. Baju kotor letak mana, sidai towel lepas mandi.Tempat tidur kemas. Nak ajar ni memang berbuih mulut tapi ajar je setiap hari.Remind je setiap hari. Macam budak-budak ni kalau bilik semak aku memang tanya je “Nak kawan dan tidur dengan tikus ke?” Terus kelam kabut kemas bilik.", "Jadikan mereka seorang manusia bertanggungjawabbbb. Apa yang aku buat selalunya,dieorang ni ada kumpul point. Kalau berjaya follow semua rules aku, aku akan bagi reward time weekend. Bawak pegi kedai eco RM2.10 ambil 1 mainan pun dieorang dah happyyyyy terukkk.", "Kalau dieorang tak follow rules aku takyah ngamuk. Aku tanya je “Mama rasa macam kena deduct je point lana luqman ni sebab tak sidai towel”.", "Didik anak supaya dia belajar dari kesusahan. Jangan manjakan anak sentiasa. Biar mereka tahu yang hidup ni Allah akan sentiasa beri ujian. Kalau nak apa-apa minta dari Allah. Kalau sedih nangis istighfar kat Allah. Jangan semua benda anak nak kau bagi. Semua benda kau buatkan untuk dia. Biar dia nangis biar dia rasa dia tak boleh bergantung kat manusia kalau dia nak apa-apa. Actually kalau aku menangis dieoranglah ingatkan aku suruh istighfar sambil tenangkan aku, kau bukan kuat sentiasa kan?", "Emosi kita ni kena cantik. Aku ada share sebelum ni macamana nak kekal positif kan. Emosi kita cantik emosi anak akan cantik. Bila kau stress emosi anak kau huru hara sangat tau? Meragam melekat merengek.", "Setiap malam kau peluk anak-anak, cium mereka. Beritahu kau sayang sangat mereka. Beritahu esok semua kena happy dan behave. Baca doa bersama. Kemudian make sure mereka tidur awal jam 9.30 malam supaya tidur mereka cukup. Beritahu mereka esok mereka kena bangun awal solat subuh dan bersiap ke sekolah.", "Beritahu mereka siapa siap awal boleh tengok tv kejap 10 minutes tapi sebelum tengok beyblade ke apa ke kau kena dengar surah hafazan berulang kali dulu. Kemudian beritahu tepat jam sekian-sekian kita semua akan turun untuk pergi sekolah. Kau tanam siap-siap dalam kepala mereka.", "Kemudian kau tanam pulak dalam kepala kau.", "Lepas kau dah maafkan semua orang, kau dah buat list buang semua masalah kau( rujuk post aku yang sebelum ni) kemudian kau imagine diri kau bangun pukul berapa kau nak. Imagine siap-siap kau mood happy, ceria, kau bersiap..anak-anak semua happy. Sekarang ni kau tengah cuba beritahu otak kau begitu sebab InsyaAllah otak kau akan menggerakkan badan kau untuk buat seperti apa yang kau fikir. Sebab tu kena fikir bebaik je. Jangan kau fikir ” yaAllahhh esok pagiii confirmm anak aku ngamukkk”. Ngamuk la jadinya", "And imagine jugaklah kau sabar kalau anak kau meragam. Macam aku..Mayraa tu ada hari berangin taknak pakai kasut lah, taknak stroller lah. Contohnya harini, aku kena dukung dia turun bawah sambil bawa banyak barang tapi takpelah sebab mood aku stabil aku berjaya control kemarahan tu. Alhamdulillah.", "Aku tak tahulah maybe ramai yang tak setuju. tapi gadget ni memang buat jiwa anak aku kacau bilau. Serius cakap, bebudak ni tak main wey hp. Mayraa tu ada kalanya masa driving aku bagi kejap 10 minutes sb dia dah nangis nak menyusu. Sementara aku nak stop ketepi aku bagi.tapi lagi 2 ketul aku memang tak bagi.", "Sebab? Dieorang tak fokus masa belajar. Dieorang mula bebai bebai bila aku suruh buat kerja. Kepala tu asyik ingat hp je kan? Asyik fikir game jer. So aku memang jaga bab ni sebab kalau dieorang mood tak baik memang habislah kehidupan aku seharian tu sebab marah-marah anak.", "Orang kata bagilah sebagai reward, aku rasa banyak lagi benda yang boleh dijadikan reward. Dan untuk diri sendiriii..kalau tengah stress penat kau jangan la asyik mengadap hp. Tu lagi mengundang emosi tak stabilllll.", "Kalau ada bapak diaorang memang kami ke masjid bersama-sama.Kalau takde aku akan bawa je mereka ke surau rumah ni. Tak hari-hari pun tak apa. Kemudian, aku solat bergilir dengan Lana. Bila aku solat dia jaga Mayraa.", "Kat rumah luqman akan jadi imam untuk lana dan mayraa. Aku monitor je mereka solat bersama. Kemudian buat hafazan bersama mereka. Cari satu waktu yang paling sesuai. Kadang-kadang sambil aku iron baju kami buat hafazan bersama.", "Sesekali kau buat kejutan kat mereka. Beli la apa yang murah-murah tu. Masuk kereta je bagi kejutan kat mereka.Kau akan ingat selalu muka happy mereka tu tau. Kadang-kadang bagilah masa nak tidur. Tak payah mahal -mahal pun tak apa. Mereka sudahlah kurang kasih sayang, buat la mereka selalu rasa disayangi. Alaa..kadang-kadang petik je bunga lalang tu.anak aku punya seronok tak kira dapat bunga.", "Dari pagi lagi kau bagi salam masa kejut mereka. Pagi pastikan mereka solat subuh dulu sebelum ke sekolah. Pagi pastikan mereka baca doa naik kenderaan bersama. Pagi pastikan kau cakap kat mereka..kalau mereka behave dan follow semua cakap cikgu dan mama, Allah, Rasulallah, mama sayang sangat mereka. Buat baik masuk syurga. Kau kena banyak bercakap dengan mereka 2 kali ganda banyakkk sebab mereka hanya bercakap dengan kau saja di rumah.", "Mereka ni bila ada masa aku videocall la supaya mereka cakap dengan daddy mereka.zaman lana luqman kecik dulu kena pakai webcam lagi. Kalau bapak dieorang busy, time zone dah tak sama sepasal, anak tidur bapaknya baru petang.. kau pujuk la mereka untuk sembang dengan daddy esok pulak. Beritahu harini ada hal tak dapat elakkan. Mintalah bapak dieorang hantar gambar ke voice msg ke.", "Tapi untuk pasangan yang dah meninggal..Allah.. kau peluklah mereka selalu. Aku selalu kuat bila aku fikir yang satu ni. Bila aku nak rebah aku fikir apa la anak-anak aku rasa kalau tak jumpa bapak mereka sampai bila-bila. Yang lalui situasi begini aku nak cakap korang memang sangat hebat.Allah sayang sangat korang. Allah uji sebab korang memang hebat dan sangat kuat.", "Kau makan la supplement untuk antibodi. Madu ke habatussauda ke terpulang. Ada masa kau pergilah lepak masjid dengar kuliah. Kemudian kau carilah masa untuk kau minum sorang, makan sorang. Kau belilah apa-apa untuk reward diri kau. Kau beli la scrub and lotion. Cari masa untuk diri kau sendiri. Serius la wey nak sapu lotion pun tak sempat tau kalau dah semua sendiri. Ada masa kau nak tonyoh daki pun tak sempat, mandilah lama-lama sikit sejukkan diri.", "Kau bukak la ceramah kat youtube tu.cuba kau dengar apa-apa yang boleh menaikkan motivasi diri. Carilah ilmu bagaimana nak kawal emosi. Kau kena rajin membaca.", "Sesekali kalau boleh kau berjalan la keluarkan peluh.aku tak tahulah bila masa kau nak bersenam.tapi kalau dengan berjalan tu buatkan kau mengeluarkan peluh, kau jalan lah.", "Aku harap membantulah apa yang aku share ni. Semua orang buat benda yang sama pun rasanya. Tapi kalau kau rasa kau dah cukup susah, fikirlah insan yang jauh lebihhh susah.", "Kalau kau rasa penat diuji ada anak special sorang..kau fikirlah orang lain yang diuji ramai anak istimewa dan ibu tunggal pulak tu?", "Kalau kau rasa suami kau sibuk, fikirlah kau masih ada suami banding orang lain.", "Apa-apa pun kita saja boleh ubah diri kita.Cara kita berfikir. Sesekali confirmmmm kau terjatuh dan penat terduduk. Sebab kau bukan robot. Tapi bangkitlah demi anak-anak. Seiring dengan motto kehidupan kita, “Kat dunia ni lah tempat kau berpenat lelah. Kat Syurga nanti kau rehatlah sepuasnya.”", "MW: Perkongsian tips yang sangat bermanfaat untuk diamalkan. Semoga menjadi panduan buat isteri dan mak-mak yang ketika ini perlu menjaga anak-anak seorang diri, kerana berjauhan dengan suami." ]
https://www.mingguanwanita.my/jangan-paksa-anak-belajar-terlalu-awal-usianya-elak-bosan-ke-sekolah-ikutlah-kemampuan/
Jangan Paksa Anak Belajar Terlalu Awal Usianya, Elak Bosan Ke Sekolah, Ikutlah Kemampuan
[ "Jangan paksa anak belajar. Ada mak ayah dah tak sabar untuk hantar anak ke sekolah. Dengan harapan, anak dapat belajar dengan cepat dan skill pengetahuan setanding dengan anak-anak lain.", "Namun, tak semua anak boleh terima dan pada usianya yang masih kecil dalam lingkungan 3 tahun, 4 tahun dan 5 tahun yang masih lagi dalam proses bermain-main.", "Tak salah pun nak hantar anak ke sekolah tapi jangan paksa anak belajar. Biarlah dia belajar sambil bermain supaya tidaklah dia stres. Paling takut, dia cepat bosan bila sudah tiba masa untuk dia betul-betul belajar pada usianya.", "Dalam perkongsian Normaliza Mahadi ada betulnya. Tak perlulah mak ayah risau anak tak pandai atau tak tahu, nanti esok-esok pandailah dia.", "Pendapat peribadi saya sebagai mak", "Umur 5 tahun mungkin terlalu awal nak dihantar ke sekolah. Terutamanya untuk anak-anak yang tidak pernah disediakan untuk berpisah dari ibunya. Anak yang tidak pernah dilatih berjauhan dan berdikari. Anak yang memang sepanjang masa berkepit sama ada dengan ibu atau bapa.", "Sebenarnya umur 6 tahun pun hantar sekolah main-main aje. Apa halnya budak 6 tahun kena buat homework?", "Jika tujuan hantar anak ke sekolah untuk belajar berkawan dan bersosial maka ini banyak jalan lain lagi. Ibubapa kena luangkan masa bawa anak ke taman permainan atau ke tempat lain untuk anak belajar", "1. Tegur kawan\n2. Berkongsi\n3. Bertolak ansur\n4. Mendengar arahan\n5. Terima kekecewaan (bila kawan tak nak share mainan mereka atau sebagainya)\n6. Menghargai kawan seperti ucap selamat tinggal dan beritahu kawan jumpa lagi nanti", "Takut anak tak tahu membaca?", "Saya tak layan anak ikut umur. Saya layan anak ikut kemampuan. Jika umur 7 tahun masih tak tahu baca. Tak tahulah. Jika pandai baca, Alhamdullilah.", "Sebab saya melihat bagaimana anak-anak ini akan mengejar kawannya yang lain nanti. Dan tiba masanya mereka akan sama sahaja sama ada pandai membaca lebih awal atau lewat.", "Fokus UTAMA anak umur 5 dan 6 tahun (jika anak adalah seperti kanak-kanak yang standard) adalah mentauhidkan Allah dan solat.", "Supaya umur 7 tahun solatnya tip top. Dan umur 10 tahun solatnya sudah menjadi darah daging dan automatik tahu bila masuk waktu.", "Jangan dera perasaan anak yang belum sedia ditinggalkan di sekolah. Jangan siksa perasaan mereka. Elakkan anak mempunyai trauma tentang sekolah. Kerana anak akan berada di sekolah selama 11 tahun. Bagilah mereka memandang sekolah sebagai satu institusi menimba ilmu bukan tempat yang menyedihkan.", "Anak yang tidak dihantar lagi ke sekolah boleh dikendong sambil tanamkan aqidah sunah. Terangkan mengenai Allah itu satu. Tadabur AlQuran dengan anak. Bagitahu anak hidup ini semuanya bergantung kepada Allah.", "Yang penting Allah. Dan Allahlah segalanya.", "Mingguan Wanita : Betul sangat. Biarlah anak lalui zaman kanak-kanaknya dengan bahagia dan gembira. Insya Allah, nanti pandailah dia.", "#bangkitwanita\n#langkahyakinlakarkejayaan\n#bisnesdarirumah\n#mingguanwanita" ]
https://www.mingguanwanita.my/saya-maafkan-semua-biarlah-saya-tanggung-peritnya-hilang-seorang-anak/
“Saya Maafkan Semua, Biarlah Saya Tanggung Peritnya Hilang Seorang Anak!”
[ "Ternyata kehilangan anak bagi seorang ibu bukanlah ujian yang ringan. Mengandung, melahirkan dan belum puas mengecap bahagia anaknya pergi dahulu buat selamanya. ", "Sudah tentu kejadian ini memberi tamparan hebat pada ibu, berat mata memandang, berat lagi bahu si ibu yang memikul. ", "Oleh itu, janganlah dikecam jika anda di luar sana tidak mengetahui keadaan sebenar, hentikanlah perkara-perkara yang mampu menggguris perasaan keluarga bayi ini terutamanya ibunya.", "Namun ternyata ibu ini cukup kuat, “Saya maafkan semua, biarlah saya seorang saja yang tanggung peritnya hilang seorang anak!”. Dia telah memaafkan warganet yang membuat tuduhan melulu padanya tanpa usul periksa.", "“Dua hari sebelum (kejadian), saya ada bawa bayi ke klinik dan setelah diperiksa, doktor memberitahu bahawa bayi saya okay sahaja, tak ada yang merisaukan,” kata Sofiarti Oktarina Yulizar, 28, menerusi status Facebook mengenai bayinya berusia empat bulan yang sebelum ini dilaporkan meninggal dunia di rumah pengasuh di Presint 9, Putrajaya, kelmarin.", "Sofiarti berkata, anak lelakinya, Muhammad Rauf Iman Ahmad Rabbani masih sihat dan aktif serta hanya selsema biasa ketika dibawa bertemu doktor itu, dua hari sebelum dihantar ke rumah pengasuh.", "“Dalam laporan polis pun tiada kenyataan daripada pengasuh yang menyatakan bayi saya demam atau selsema. Bahkan pengasuh melaporkan bayi dihantar dalam keadaan sihat walafiat sahaja.", "“Hal sekecil seperti ini boleh berlakunya salah faham antara saya dan pengasuh, apa lagi bila anda (warganet) melemparkan kata-kata yang tak sepatutnya pun diucapkan kepada kami insan yang sedang ditimpa musibah.", "“Yang seharusnya kami dapat hanya doa dan kekuatan dari anda semua,” katanya dalam hantaran itu.", "Menurut Sofiarti Oktarina, selepas kejadian berkenaan, dia dan pengasuh tiada dendam dan yakin individu terbabit menyayangi seperti anaknya sendiri.", "Malah beliau juga memaafkan warganet yang memberi pendapat serta kecaman di dalam sosial media.", "“Saya maafkan anda semua dengan hati yang lapang. Andai diizinkan biarlah saya seorang sahaja yang menanggung peritnya kehilangan seorang anak yang sangat dicintai.", "“Kerana peritnya tu tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Semoga anda semua tak akan lalui apa yang saya lalui sekarang,” katanya.", "Baca Juga Di sini:", "Sebelum ini media melaporkan seorang bayi empat bulan meninggal di rumah pengasuhnya yang baru dihantar untuk penjagaan kira-kira dua minggu lalu.", "Pengasuh berkenaan sedar bayi itu sudah meninggal dunia selepas cuba mengejutkan bayi itu bangun dari tidur namun tiada sebarang tindak balas.", "Berikutan itu, pengasuh berkenaan terus menghubungi ibu bayi berkenaan dan pihak hospital untuk tindakan lanjut.", "MW: Semoga ibu muda ini dikurniakan kekuatan untuk meneruskan hari-hari yang mendatang. Memang tak mudah seorang ibu menerima kehilangan seorang anak, namun apa dayanya untuk menolak Ketentuan takdir Allah SWT. " ]
https://www.mingguanwanita.my/amanah-ini-akan-dipikul-sebaik-mungkin-lelaki-redha-jaga-isteri-lumpuh-empat-anak-oku/
“Amanah Ini Akan DiPikul Sebaik Mungkin.” Lelaki Redha Jaga Isteri Lumpuh, Empat Anak OKU
[ "“Amanah ini akan dipikul sebaik mungkin.” Lelaki redha jaga isteri lumpuh, empat anak OKU.", "Sesungguhnya berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul. Namun itulah takdir yang perlu diterima lelaki ini apabila isteri yang disayangi lumpuh dan kini hanya bergantung harap padanya seorang.", "“Saya reda dan amanah ini akan dipikul dengan sebaik mungkin,” kata seorang lelaki yang tetap tabah menjaga isteri dan empat anak lelaki orang kurang upaya (OKU).", "Jumahir Masun, 52, berkata empat daripada lima anaknya berusia 16 hingga 25 tahun tidak boleh berjalan sejak berusia satu tahun.", "“Anak-anak saya tidak membesar seperti kanak-kanak lain, dulu saya dapat berkongsi tugas mencabar ini dengan isteri, Rohayati Abdullah, 50.", "“Namun, kini tugas itu digalas sendirian selepas isteri tiba-tiba tidak dapat berjalan dan disahkan lumpuh sejak empat tahun lalu,” katanya di Felda Kertih 6, Dungun, Terengganu.", "Menurutnya, anak sulungnya, Ahmad Arif Aiman, 25, hanya terlantar di atas katil sepanjang masa.", "Katanya, sementara Ahmad Ariffin, 23, Ahmad Zainuddin, 17, dan Ahmad Budiman, 16, pula mengalami masalah sendi tangan serta kaki menyebabkan mereka tidak boleh duduk dengan betul.", "“Sebelum ini, saya ada membawa anak-anak ke hospital untuk rawatan dan terapi tetapi atas sebab masalah pengangkutan kerana tiada kereta menyebabkan mereka tidak dibawa lagi ke hospital.", "“Keempat-empat anak dan isteri terpaksa memakai lampin pakai buang dan itu membuatkan saya terpaksa berbelanja lebih untuk menanggung kos berkenaan,” katanya.", "Katanya, sebelum ini dia bekerja mengambil upah mengait kelapa sawit dan kini terpaksa berhenti kerja sejak isterinya lumpuh.", "“Isteri dan anak-anak memang memerlukan penjagaan dan perhatian sepenuhnya termasuk menguruskan diri mereka.", "“Keadaan itu menyebabkan saya tidak dapat bekerja dan dalam hati ini saya menangis memikirkan keadaan saya dan mereka,” katanya.", "Artikel Berkaitan:", "Jumahir berkata, dia tetap bersyukur apabila setiap anaknya diberi bantuan bulanan sebanyak RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).", "“Bantuan itu saya perlu berjimat-cermat untuk perbelanjaan lampin pakai buang mereka dan makan minum kami sekeluarga.", "“Duit bantuan itu juga digunakan untuk anak ketiga, Nor Hanisa, 20, yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diperolehinya perlu digunakan untuk membayar yuran pengajian dan membeli buku-buku pelajaran,” katanya.", "Katanya, dia juga bersyukur kerana jiran-jiran yang bersimpati dengan nasib mereka sekeluarga dengan menghulurkan makanan.", "“Saya sering menangis sendirian memikirkan nasib dan tidak tahu apa akan berlaku kepada mereka sekiranya umur saya tidak panjang, “katanya.", "Mingguan Wanita : Bagi mak ayah yang ingin menghulurkan bantuan buat keluarga ini, boleh menghubungi Jumahir di talian 0145401915. Semoga keluarga ini terus tabah dan kuat menharungi dugaan yang berat ini.", "Mingguan Wanita boleh diikuti di :" ]
https://www.mingguanwanita.my/punca-anak-kerap-sakit-dan-lambat-sembuh-berhenti-beri-makanan-ini-untuk-tingkatkan-sistem-imunnya/
Punca Anak Kerap Sakit Dan Lambat Sembuh, Berhenti Beri Makanan Ini Untuk Tingkatkan Sistem Imunnya
[ "Bukan sekali dua, tapi anak kerap sakit yang berulang. Walaupun ubat sudah diberikan, sakitnya tak juga berkurang. Sistem imun anak yang lemah, buatkan mereka lambat sembuh. Inilah yang pernah dialami oleh ibu bernama, Ainini Zainal.", "Sampailah akhirnya beliau kembali berpegang pada pesanan Rasulullah SAW agar menjaga apa yang masuk ke dalam perut. Sebab itulah, makanan jejari untuk anak pun ibu ini hasilkan sendiri. Perubahan-perubahan ketara telah berlaku pada anaknya.", "Anak kerap sakit, lambat sembuh, baru sembuh anak kembali sakit. Biasa berlakukan? Ia juga berlaku 4 – 5 tahun lepas kepada Afi yang kini usianya sudah 7 tahun.", "Alhamdulillah, bila mengamalkan pemakanan sihat dan membuang semua yang tidak sepatutnya ada dalam senarai diet seharian, banyak benda baru saya belajar.", "Paling ketara, sistem imun badan jadi semakin baik.", "Apa kaitan sistem imun badan dengan pemakanan? Banyak kaitannya.", "Sebenarnya, jika kita sudah faham semua ini, kita akan teringat kepada pesan Rasulullah untuk menjaga apa yang masuk ke perut.", "Pesanan baginda Rasulullah s.a.w bahawa majoriti punca penyakit adalah berpunca daripada perut.", "Bila sebut perut, apa yang sepatutnya terlintas dalam fikiran kita adalah BAGAIMANA PEMAKANAN SEHARIAN KITA? Bagaimana pemakanan anak kita?", "Jika kita ‘google’ menggunakan keyword ‘Kids’ Food’, maka berderetlah foto:", "+ gula-gula\n+ coklat\n+ jajan\n+ sosej, nugget\n+ kek, manisan, aiskrim\n+ fast food\n+ burger\n+ lolipop, bijirin sarapan yang kononnya sihat (sangat)", "Betapa semua itu SINONIM dengan kanak-kanak.", "Saya salah seorang yang tidak menjaga pemakanan anak satu ketika dulu. Setelah genap 2 tahun menyusu badan (saya masih teruskan hingga usianya 3 tahun 9 bulan), sistem imun badannya jatuh merudum setelah pengambilan sesuatu dalam dietnya.", "Apa dia?", "Ketika genap 2 tahun, saya berikannya susu coklat kotak tinggi pengawet, gula, aditif, pewarna/perasa tiruan atas dasar ingin berikannya kalsium.", "Sedangkan realitinya, kanak-kanak 2 tahun ke atas sudah tidak perlukan susu lagi sebagai sumber kalsium kerana semua itu boleh didapati dalam MAKANAN HARIAN YANG BERKHASIAT. Nasi, sayuran hijau (kaya kalsium), ayam, daging, ikan, telur, buah-buahan.", "Hasilnya, selang 2 minggu dia demam. Batuk selesema berminggu baru sembuh. Bila demam, suhu tinggi bukan main.", "Sangat kerap sakit.", "Jadi ketika usianya 3 tahun, melalui pembacaan, baru saya sedar yang betapa banyak makanan yang menjadi punca sistem imun yang merudum.", "Banyak yang menjadi punca sudah rawat itu ini tapi masih tiada perubahan.", "Saya HENTIKAN pemberian susu kotak yang ‘berhantu’ itu. Hentikan pemberian gula putih. Buang segala processed food – nugget, sosej semua daripada hidup kami. Akhirnya semuanya saya SEDIAKAN SENDIRI.", "Pada anak memasuki usia 4 tahun, perubahan ketara berlaku. Dia jarang sakit. Jika ada, 7-8 bulan sekali. Kadangkala demam hari ini, esok sudah ok.", "Pernah hampir 11 bulan tidak demam, selesema, batuk atau apa-apa penyakit (dengan izin Allah), dan akhirnya demam. Tak sampai 2 hari, Allah izinkan sembuh. Hingga kini, tahap kesihatannya sangat memuaskan, Alhamdulillah.", "Bagi saya ini semua bukan kebetulan. Besar hikmah Allah tunjukkan yang pesananNya melalui Rasulullah itu BENAR.", "TIADA YANG SALAH JIKA IA DARIPADA ALLAH.", "Sejujurnya, saya sangat sedih melihat bagaimana pemakanan majoriti kanak-kanak hari ini. Sebab sebenar saya masih TEGAR bercakap tentang pemakanan sihat sejak 2013 adalah kerana SAYA JUGA BERMULA DENGAN TIDAK MENJAGA PEMAKANAN.", "Berubah dan melihat sendiri di depan mata hikmahnya.", "Sistem imun badan yang baik adalah KUNCI kepada kesihatan kita. Semua manusia akan sakit. Tapi konsistennya proses penyembuhan itu bergantung kepada bagaimana diet harian kita.", "Ia bukannya hari ini sakit, baru pemakanan dijaga. IA ADALAH PROSES BERTERUSAN. BUKAN ‘TOUCH AND GO.’", "Makanlah sejuta jenis ubat sekalipun, jika pemakanan tidak dijaga, semuanya sia-sia.", "Junkfood, minuman bergas, makanan terproses, air kotak berwarna warni penuh perisa, berderet di rak-rak pasaraya PENUH LOGO HALAL. Tapi itulah punca tahap kesihatan kita semua pada hari ini yang sangat mendukacitakan.", "Saya sendiri, yang sudah masuk 4 tahun mengubah pemakanan MASIH LAGI STRUGGLE untuk menurunkan berat badan dengan konsisten.", "Hasil 30 tahun lebih bergelumang dengan makanan tidak sihat [susu formula tinggi gula sejak kecil, junkfood ketika remaja, penggunaan bahan masakan yang sebenarnya tinggi MSG, pengawet dan sebagainya ketika sudah dewasa], hingga kini masih terasa kesan buruknya.", "Tapi apa yang membezakan, masuk 4 tahun berubah secara konsisten, dapat rasakan perubahannya daripada dulu. Jika tidak, dulu saya kerap:", "+ migrain\n+ sakit tekak\n+ berkahak\n+ sentiasa ada masalah kesihatan", "Ramai tidak perasan, kan bahawa sebenarnya bahan-bahan semulajadi yang terdapat di dapur kita adalah antara ‘hadiah’ kurniaan Allah untuk kesihatan kita.", "Tak kira ketika sakit atau untuk ‘supplement’ setiap hari bagi menguatkan sistem imun badan, yang semulajadilah yang sebenarnya lebih ‘power’ di samping konsisten menjaga pemakanan,.Inilah cara terbaik rawat anak kerap sakit.", "Mengapa bersusah payah menelan vitamin-vitamin yang khasiatnya banyak campuran bahan sintetik? Mengapa dikatakan begitu?", "Walau dikata sumber natural sekalipun vitamin tersebut, sesetengahnya memang sudah hilang khasiat ketika proses penyediaan vitamin itu sendiri.", "Proses pemanasan, pemampatan dan sebagai menghilangkan khasiatnya, jadi, khasiat sintetik (tiruan) dicampurkan dan keluarlah label 200x kali ganda tinggi khasiat daripada bayam, 1000x kali ganda lebih baik daripada buah dan pelbagai lagi.", "Perasan tak kita yang kita memang boleh berikan anak ‘immune boosting’ food tanpa segala vitamin komersial? MELALUI MAKANAN SEMULAJADI. Makanan semulajadi ciptaan Allah adalah penguat sistem imun badan.", "+ Bawang, halia, kunyit, cuka epal bukan sahaja ‘sunnah food’ tetapi sangat kaya bahan anti bakteria, anti virus, anti jangkitan. Hari-hari kita masak menggunakan bahan-bahan ini. Murah pula tu.", "+ Sayur-sayuran, jika anak sukar dan belum suka untuk makan sayur dengan rela hati, masukkan saja ke dalam sup seperti ini kerana sayur memang immune booster. Mereka tak mahu makan begitu saja, pujuk mereka minum sup seperti ini.", "Bagi mereka yang alah terhadap MSG (walaupun natural MSG), reneh sup ini selama 1-2 jam sahaja. Tidak perlu sehingga 4 jam kerana lebih lama direneh, lebih banyak MSG semulajadinya keluar. Jadi, kenali badan anak/anda agar anak kerap sakit ini dapat ditingkatkan sistem imunnya.", "Sumber/Foto : Facebook Ainini Zainal" ]
https://www.mingguanwanita.my/rupanya-tanam-bawang-merah-kena-potong-bahagian-atas-tunas-cepat-tumbuh/
Rupanya Tanam BAWANG MERAH Kena Potong Bahagian Atas, TUNAS Cepat Tumbuh!
[ "Bawang Merah antara keperluan dalam masakan yang boleh dikatakan wajib dibeli setiap kali membeli barangan keperluan dapur. Namun harganya boleh tahan juga mahalnya. Jika mak-mak yang suka berkebun tu, ada baiknya cuba tanam sendiri bawang merah di rumah. Lebih jimat, organik dan bebas racun serangga.", "Ada pelbagai teknik dan cara nak tanam bawang merah.Tapi pastikan sebelum tanam kena potong bahagian atas Bawang Merah dulu barulah tunasnya cepat tumbuh!", "Tujuan bahagian atas dipotong adalah supaya tunas cepat tumbuh. Bawang yang tidak dipotong akan lambat perkembangan.", "Boleh dicampurkan 1 bahagian tanah hitam, 1 bahagian cocopeat dan 1 bahagian tanah organik. Asalkan tanah poros dan tidak menyimpan air dan lembab.", "3. Sediakan tapak tanaman atau boleh di tanam dalam polybag.", "4. Tanam bawang dalam tanah tadi dalam keadaan separuh tenggelam. POKOK BAWANG MEMERLUKAN CAHAYA MATAHARI MAKSIMA UNTUK MENGHASILKAN BAWANG. Jangan tanam tempat yang bernaung.", "Siraman perlu juga dilakukan 2 kali sehari tapi pastikan tiada air bertakung. Ini merosakan kualiti bawang.", "5. Daun-daun bawang akan mula tumbuh dan bercambah dalam masa 10-12 hari.Pada masa ini bawang harus ditimbus sepenuhnya. Biar hanya daun yang kelihatan. Dalam masa 20-30 hari akan tumbuh sehelai daun yang agak keras dari daun-daun yang lain dan atasnya ada sedikit bonjol. Ini adalah kuntum bunga bawang. Potong kuntum bunga ini kerana bunga akan menghisap nutrient yang banyak, pembesaran bawang akan jadi terbantut.", "6. Bawang akan terhasil selepas 35-45 hari penanaman. Apabila daun bawang semua telah bertukar kuning dan layu, bawang telah sedia untuk dituai.", "NOTA\n1. Kaedah penanaman bawang putih adalah berbeza.\n2. Pokok bawang dan pokok daun bawang ada lah dua pokok yang berbeza.\n3. Elakkan mengambil daun bawang untuk kegunaan. Kualiti bawang akan terjejas. Penghasilan bawang akan berkurang.", "Moga bermanfaat.", "MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang suka berkebun nak cuba tanam bawang merah sendiri di rumah boleh ikut tip dan cara yang dikongsikan ini. Pastikan potong dulu bahagian atas bawang merah sebelum tanam barulah ia cepat bertunas." ]
https://www.mingguanwanita.my/perlu-ke-anak-buang-tonsil-tapi-doktor-akan-buat-pembedahan-kalau-ada-tanda-tanda-ini/
Perlu Ke Anak Buang Tonsil? Tapi Doktor Akan Buat Pembedahan Kalau Ada Tanda-tanda Ini
[ "Kalau ikutkan, kita yang dah tua pun ngeri nak buang tonsil! Tetapi andai anak asyik demam dan sakit, apa pilihan yang ada?", "Sebenarnya tonsil bagus untuk badan, itulah barisan pertahanan pertama untuk melindungi badan kita dari jangkitan. Tapi kadang-kadang dia sendiri boleh dijangkiti dan menyebabkan kita sakit.", "Lagi sedih bila anak demam, mak ayah kena hadap keadaan macam mana si kecil susah nak bernafas, siap berdengkur malah tidur pun kena bukak mulut.", "Ramai antara kita yang tertanya-tanya apa keperluan untuk membuang tonsil? Perlu ke anak kita dibuang tonsil? Sakit tekak yang kerap ini sebab tonsil ke? Kalau dah dibuang, ada apa-apa risiko?", "Semua persoalan-persoalan ini mesti ramai antara anda yang nak tahu jawapannya. Sebab anak-anak kita, kalau penyakit atau masalah diri sendiri biasanya kita tak kisah sangat. Segala yang melibatkan anak-anak ini yang selalu lebih membimbangkan ayah dan ibu. Betul?", "Doktor akan melakukan pembedahan membuang tonsil atau dipanggil sebagai ‘tonsillectomy’ dengan beberapa sebab.", "1. Serangan sakit tekak akibat jangkitan tonsil melebihi enam kali dalam setahun.", "2. Terlalu kerap mengalami masalah tonsil sehingga mengakibatkan serangan sawan.", "3. Saiz tonsil yang terlalu besar sehingga mengganggu pernafasan yang kritikal.", "4. Masalah tonsil sehingga mengakibatkan pengumpulan nanah di sekitarnya, dipanggil juga ‘peritonsillar abscess’.", "5. Dan beberapa sebab yang lain.", "Apa komplikasi pembedahan yang akan dilakukan ini?", "1. Pendarahan. Ini saya letak dalam poin nombor satu sebab risiko pendarahan adalah antara yang biasa boleh berlaku dalam pembedahan ini. Ia boleh berlaku semasa atau selepas pembedahan dilakukan.", "2. Jangkitan kuman juga boleh berlaku beberapa hari selepas pembedahan. Sekiranya ia berlaku, pendarahan daripada kawasan pembedahan juga boleh berlaku.", "3. Sakit. Ini bukanlah salah satu komplikasi yang nak saya sampaikan. Risiko sakit adalah perkara biasa sebenarnya yang boleh berlaku apabila kita menjalani apa-apa pembedahan. Istimewanya, pesakit yang menjalani pembedahan ‘tonsillectomy’ perlu mengunyah selepas pembedahan dilakukan bagi mengurangkan risiko pendarahan. Oleh itu sekiranya sakit dialami terlalu kuat, perlu beritahu doktor untuk ubat bagi mengurangkan sakit. Ramai yang datang semula berjumpa saya akibat pendarahan disebabkan pesakit tidak mulai makan atau mengunyah selepas pembedahan.", "Jika anda ada sebarang masalah, boleh dapatkan nasihat dan pemeriksaan bersama doktor." ]
https://www.mingguanwanita.my/pengasuh-kata-anak-saya-tak-boleh-bernafas-tiba-tiba-rupanya-naufal-pernah-jatuh-dari-buai-dua-kali/
“Pengasuh Kata Anak Saya Tak Boleh Bernafas Tiba-tiba…” Rupanya Naufal Pernah Jatuh Dari Buai Dua Kali
[ "Menerusi status facebook di akaun miliknya, Eyka atau nama sebenar Noraziqah Rohmat mengesahkan tempurung kepala anak tunggalnya, Naufal Amsyar Nabil Fikri retak, tisunya bengkak dan pendarahan termasuk di selaput mata.", "Dia yang masih bersedih dengan apa yang berlaku memohon jasa baik orang ramai mendoakan yang baik-baik buat anaknya yang masih di hopsital.", "Assalamuaalaikum minta jasa baik rakan rakan doakan anak saya dia sekarang dalam keadaan kritikal moga diberikan keajaiban dan diberikan kesihatan seperti sedia kala. Jasa dan doa kalian hanya ALLAH saja dapat membalasnya. Ummi rinduu naufal sayang, Naufal kuat ummi kuat. Naufal nyawa ummi.", "Pihak hospital yang melakukan pemeriksaan terhadap bayi berusia 10 bulan itu telah mengklasifikasikan kecederaan yang dialami Naufal ketika dalam jagaan pengasuh, sebagai ‘kecederaan bukan kemalangan’ atau ‘non-accidental injuries’.", "Semalam ibunya juga meluah emosinya di laman media sosial dengan memuat naikkan gambar keadaan anaknya sekarang.", "“ALLAH sesungguhnya kami insan yang terpilih, Kau redha kan aku terima segala ketentuan Mu.”", "Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Dr Muhammad Yusof Sibert berkata, pemeriksaan imbasan juga mendapati terdapat beberapa keretakan di bahagian kepala yang serius.", "Pemeriksaan pakar juga mendapat otak bayi berkenaan membengkak, namun pemeriksaan lanjut sedang dijalankan. Pihaknya mengesyaki ia bukan disebabkan kemalangan, tetapi telah menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.", "“Apabila kami lakukan pemeriksaan imbasan ke atas adik Naufal ini, kami mendapati terdapat retakan pada bahagian kepala. Otak bayi berkenaan juga didapat membengkak atau celebral edema.” ", "Tambah Dr Muhammad Yusof, pihaknya juga telah merujuk dengan bahagian neurologi Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru untuk rawatan susulan.", "Namun bayi itu hanya akan dirujuk ke HSA selepas keadaan selain tekanan darahnya stabil.", "Sementara itu ibu bapa bayi tersebut menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.", "Selasa lalu, Naufal dilaporkan kritikal selepas dipercayai terjatuh dari buaian di rumah pengasuh.", "Naufal mengalami pendarahan mata, retak tempurung kepala serta lebam di dahi kiri.", "“Saya terima panggilan daripada pengasuh ketika saya sedang bekerja dan dia beritahu Naufal kini berada di unit kecemasan di hospital.", "“Pengasuh itu berkata anak saya tidak boleh bernafas dengan tiba-tiba ketika dia sedang beri makan. Dia kata dia cuba tepuk anak saya tetapi mata anak saya naik ke atas sahaja.", "Cerita ibu mangsa, apabila dia sampai di hospital, Naufal sudah kritikal. Masa itu dia tanya pengasuh itu untuk beritahu kepadanya adakah Naufal pernah jatuh?", "“Mula-mula dia diam sahaja dan selepas itu baru dia beritahu saya bahawa Naufal pernah jatuh dari buai sebanyak dua kali,” Luah ibu kepada bayi tersebut, Noraziqah Rohmat.", "Sehingga kini, Naufal masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan.", "Dalam pada itu, bapa kepada bayi itu, Nabil Fikri Anwar berkata dia faham bukan senang untuk menjaga anak kecil namun dia kecewa kerana pengasuh itu tidak jujur.", "“Pengasuh kata mata Nawfal terbeliak dan tiada tindak balas. Pada mulanya, dia mengesyaki Nawfal tercekik ketika makan. Tapi kami hanya tahu Nawfal jatuh dua kali dari buaian selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).”", "“Saya tak mahu menuduh sesiapa dan saya faham bukan senang menjaga anak orang tetapi saya mahu dia jujur. Saya cuma nak tahu pada hari kejadian, apa sebenarnya berlaku kepada anak saya.” ", "Terdahulu, polis menahan reman pengasuh wanita berusia 35 tahun itu susulan bayi lelaki berusia 10 bulan disahkan lebam dahi kiri, pendarahan mata dan retak tempurung kepala selepas dirujuk ke Hospital Tangkak di sini Selasa lalu.", "Wanita itu ditahan 12.15 tengah malam tadi selama empat hari mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001.", "Info: Harian Metro & Facebook Ibu mangsa. " ]
https://www.mingguanwanita.my/kuatnya-doa-isteri-selepas-2-tahun-ini-yang-saharul-ridzwan-alami/
Kuatnya Doa Isteri, Selepas 2 Tahun Ini Yang Saharul Ridzwan Alami
[ "Bila baca perkongsian pelakon Jangan Benci Cintaku, Saharul Ridzwan ini tentang kuatnya kuasa doa isteri, terus terbayangkan kisah arwah isteri Datuk Jalaluddin Hassan. Yang mana allahyarham memohon keampunan Allah untuk suaminya.", "Itulah kekuatan doa seorang isteri yang sentiasa meminta yang baik-baik untuk suami. Dan Allah akan makbulkan walaupun ianya mengambil masa yang lama. Walau bertahun-tahun lamanya.", "Begitu jugalah dengan doa isteri Prof Muhd Kamil yang mendoakan agar suaminya itu mendekati Al Quran. Dan selepas bertahun juga, akhirnya Allah makbulkan.", "Maksudnya di sini apa? Interpretasinya, seorang isteri yang baik itu sebenarnya tidak boleh putus berdoa untuk suaminya. Walau bukan sekarang tertunainya, suatu hari nanti apabila sampai masanya yang tepat akan Allah makbulkan juga.", "Dan ini yang jadi dekat Saharul Ridzwan atau nama sebenarnya Mohd. Saharul Ridzwan Hashim apabila Allah makbulkan doa isterinya, Qaabila Deena Emir selepas hampir 2 tahun.", "“Awal-awal kahwin dulu, wife saya pernah cakap dekat saya, ‘Sayang, teringin nak pergi masjid dan dengar ceramah sama-sama’.”", "Dan pada 13 Ogos ini, Saharul akhirnya dapat tunaikan hasrat hati isterinya itu.", "“Hari ni sepatutnya saya shooting, tapi cancel last minit, kemudian ada tahlil arwah kawan baik wife saya di Masjid, katanya lepas Maghrib, tapi Imam buat lepas Isyak. Sementara itu, kami dengarlah ceramah sama-sama.”", "Kata Saharul, “Selepas hampir nak 2 tahun doa itu, maka Allah makbulkan pada hari ini iaitu 1 Zulhijjah 1439 walaupun dengan ‘asbab’ yang lain. Jadi doa saya hari ni pulak, saya dan isteri dapat dijemput Allah untuk tunaikan HAJI sebelum umur kami 40 kalau dipanjangkan umur. Amin, InShaaAllah.”", "“Sesungguhnya Allah itu Maha Perancang dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.”", "“Allaahu akbar. Allaahu akbar. Allaahu akbar. Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan pengorbanan arwah sebagai Ibu diangkat Allah SWT. Amin Ya Rabb.”", "Mingguan Wanita mendoakan agar titipan doa yang dibuat oleh suami prihatin lagi bertanggungjawab ini akan dipermudahkanNya dan dimakbulkanNya." ]

No dataset card yet

New: Create and edit this dataset card directly on the website!

Contribute a Dataset Card
Downloads last month
0
Add dataset card