url
stringlengths
32
181
headline
stringlengths
12
155
content
sequence
https://www.maskulin.com.my/7-petua-mudah-untuk-kempiskan-perut-buncit-no-5-paling-ramai-suka-buat/
7 Petua Mudah Kempiskan Perut Buncit, No. 5 Ramai Yang Suka Buat!
[ "Pasti anda rimas bila perut buncit. Nak pakai seluar atau baju pun susah sebab sendat sehingga perut buncit anda terkeluar.", "Jika anda sedang berusaha mengempiskan perut buncit dan dalam masa yang sama ingin menurunkan berat badan, cuba perhatikan cara anda.", "Adakah anda mengggunakan cara yang betul? Bagaimana pula dengan pemakanan anda? Adakah anda masih buat tabiat lama? Jika betul anda nak kempiskan perut buncit, anda kena bersedia mengamal 7 petua ini.", "Kaedah yang memang terbukti untuk kempiskan perut buncit secara semula jadi adalah dengan meminum air limau setiap kali anda bangun pagi dan juga selepas makan. Istilah ‘potong lemak’ selepas makan memang selalu dikaitkan dengan air limau. Ia bertujuan untuk menyahtoksik hati anda kerana hati yang tidak cekap akan menyebabkan lebihan lemak akan terbentuk di bahagian pinggang anda.", "Air limau tersebut boleh membantu untuk meningkatkan enzim yang menyahtoksik hati anda supaya ia boleh berfungsi dengan elok. Untuk yang tidak tahu, berpuasa ialah satu kaedah nyahtoksik dan terbukti sebagai salah satu cara kempiskan perut buncit yang sangat berkesan.", "Kebiasaannya halia diambil untuk membuang angin dari badan tetapi sebenarnya ia juga berkesan untuk membantu percernaan semulajadi badan dan merupakan ejen termogenik. Dengan meminum teh halia, ia dapat meningkatkan suhu badan dan seterusnya bertindak untuk membakar lemak dengan lebih efisien, terutamanya di bahagian perut.", "Halia juga dikatakan menyekat pengeluaran hormon kortisol yang diperlukan untuk menyelaraskan tenaga di dalam badan. Cara kempiskan perut buncit dengan minum teh halia boleh dibuat di rumah. Modal juga rendah.", "Seterusnya anda boleh mengamalkan diet yang mengandungi ikan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Ikan salmon yang kaya dengan Omega-3 dapat membantu memecahkan lemak dan terbukti dalam mengurangkan penyimpanan lemak di perut buncit anda.", "Jika anda tidak makan ikan, anda boleh menggantikannya dengan minyak ikan sebagai ganti Omega-3 tersebut. Perlu diingatkan, ikan salmon sangat mahal. Kalau rasa tidak mampu, beli sahaja ikan yang lain! Dengan kata lain, cara kempiskan perut buncit dengan makan salmon adalah untuk orang yang berkemampuan sahaja.", "Selalu kita dengar, “Mamak, teh tarik kurang manis satu!”. Nampak, semua orang tahu keburukan gula. Bukan sahaja tidak elok, ia jugak boleh sebabkan diabetes. Secara tradisinya, kita sering menambah gula di dalam minuman kita. Jika tidak, kita beli dan minum air berkarbonat yang penuh dengan gula.", "Salah satu cara kempiskan perut dengan kaedah semulajadi adalah dengan mengurangkan atau tidak mengambil langsung gula. Tujuannya adalah untuk mengekalkan tahap insulin pada tahap yang rendah pada setiap masa untuk meningkatkan penghasilan glucagon iaitu sejenis hormon yang dapat mengempiskan perut.", "Ramai orang memandang rendah betapa pentingnya tidur yang cukup iaitu 6-8 jam sehari bagi orang dewasa untuk membolehkan sistem dalaman badan kita mendapatkan rehat yang secukupnya bagi menggantikan sel-sel badan yang rosak atau lemah.", "Tidur yang cukup juga memastikan sistem saraf, pengeluaran hormon dan metabolisme anda berada di tahap optimum dan anda dapat lakukan kerja seharian dengan lebih bertenaga dan otak anda juga berfungsi dengan cerdas.", "Apa kaitan cara kempiskan perut dengan metabolisme? Bagaikan tiada kaitan? Nanti dahulu. Pernah terfikir atau tidak, “Kenapa kawan aku ni makan banyak, tapi tak gemuk gemuk?”.", "Jawapannya ialah, dia mempunyai tahap metabolisme yang sangat tinggi. Dalam tidur pun boleh bakar kalori. Seringkali orang yang mempunyai metabolisme yang tinggi adalah seorang yang aktif dan tidak boleh duduk diam.", "Kajian juga mendapati bahawa metabolisme yang tinggi secara pasifnya akan membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang mempunyai metabolisme yang rendah. Antara cara untuk meningkatkan metabolisme adalah dengan meningkatkan pengambilan protein dengan mengambil soya, kacang dan daging tanpa lemak.", "Ini cara kempiskan perut menggunakan teknologi. Mobile app ini percuma sahaja untuk pengguna iOS (iPhone & iPad). Untuk Android juga ada, tapi bukan dari syarikat yang sama. Apa yang bagus dengan aplikasi ini, ia tunjukkan cara paling berkesan untuk mengempiskan perut. Teknologi juga boleh membantu!", "Selamat mencuba!" ]
https://www.maskulin.com.my/kerap-cuci-tangan-dengan-sabun-boleh-hindar-penyakit-paru-paru/
Kerap Cuci Tangan Dengan Sabun Boleh Hindar Penyakit Paru-Paru
[ "Punca utama jangkitan penyakit pneumonia dalam kalangan masyarakat adalah disebabkan bakteria yang dikenali sebagai Klebsiella pneumonia atau Streptococcus pneumonia.", "Pesakit yang dijangkiti pneumonia peringkat sederhana akan bertambah baik dan pulih dalam tempoh tiga hingga lima hari selepas dirawat dengan antibiotik.", "Keletihan dan batuk ringan boleh berkekalan selama enam minggu tetapi pesakit boleh memulakan aktiviti harian seperti biasa dalam tempoh seminggu.", "Pesakit yang memerlukan rawatan hospital selalunya akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.", "Pneumonia boleh menjadi semakin buruk bagi pesakit yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi. Antara risiko tersebut ialah pengumpulan cecair pada paru-paru dan lapisan dalam dinding dada yang boleh dijangkiti.", "Pengumpulan nanah di kawasan paru-paru yang dijangkiti pneumonia selalunya memerlukan rawatan antibiotik berterusan manakala pembedahan membuang nanah merupakan langkah terakhir. Jangkitan paru-paru juga mampu merebak kepada organ dalaman yang lain.", "Kebanyakan pesakit akan sembuh daripada radang paru-paru. Begitupun, antara 5 hingga 10 peratus mangsa mempunyai risiko maut khususnya bagi golongan yang berusia lebih 65 tahun. Golongan ini selalunya kekurangan gizi disebabkan faktor usia atau kurang akses pada makanan.", "Selain itu, mereka yang mempunyai penyakit paru-paru seperti asma, kuat merokok, bronkitis kronik atau emfisema, sejarah diabetes dan penyakit jantung juga mempengaruhi jangkitan pneumonia.", "Kebanyakan pesakit akan pulih sepenuhnya tetapi mereka selalunya akan mengalami kepenatan serta keletihan untuk beberapa bulan.", "Jangkitan itu turut meninggalkan parut kekal dalam paru-paru yang mungkin memberi kesan jangka panjang seperti hilang keupayaan fungsi paru-paru. Antibiotik menjadi kunci rawatan pneumonia dan kebanyakan pesakit boleh dirawat dari rumah dengan antibiotik jenis tablet.", "Walaupun menghidap penyakit paru-paru berair, pesakit selalunya tidak ditegah untuk meminum air dalam jumlah yang banyak. Susah untuk mencegah jangkitan pneumonia tetapi amalan kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau pencuci tangan berasaskan alkohol boleh membantu mengurangkan serangan pneumonia .", "Sentuhan turut menyumbang jangkitan pneumonia, justeru menutup mulut dan hidung setiap kali batuk atau bersin boleh membantu mengekang penularan pneumonia. Pneumonia tidak hanya menyasarkan warga tua. Ia sebenarnya boleh menjejaskan mana-mana kumpulan umur.", "KISAH LELAKI INI YANG MENINGGAL DUNIA AKIBAT PARU-PARU BERNANAH", "Lelaki ini berusia 24 tahun dan belum berkahwin. Bekerja sebagai pekerja am di sebuah kedai serbaneka. Kita namakan dia sebagai “Ali”. Sudah tentu bukan nama sebenar. Ali seorang yang rajin bekerja. Tinggal bersama ibunya dan adik perempuan, manakala ayahnya sudah meninggal dunia ketika Ali darjah enam.", "Suatu tengahari, Ali mengangkat barang dari lori ke stor tempat dia bekerja. Bersama Ali, adalah dua orang rakan sekerjanya. Mereka bekerja di bawah terik matahari. Seusai barang dialihkan, mereka bertiga pun lepak dibawah pohon yang rendang berhampiran. Pemetik api dikongsi, tatkala masing-masing menghembuskan asap rokok berkepul-kepul.", "Pulang ke rumah petang itu, Ali berasa badannya hangat. Seperti hendak demam.“Ah, mungkin sebab tengahari tadi aku berjemur panas agaknya”, getus hati Ali.", "Pada keesokan harinya, Ali masih demam suam-suam kuku dan telah mula batuk. Tapi Ali masih bekerja seperti biasa.", "Hampir dua minggu demam Ali masih tidak kebah-kebah. Selera makannya sudah mula berkurang, beliau kelihatan letih dan tercungap-cungap. Batuknya semakin kuat dan kerap sehingga Ali kekurangan tidur di waktu malam.", "“Engkau ni Ali, dah macam pesakit asthma dah mak tengok! Jom ikut mak pergi hospital petang ini!”. Emak Ali mula bertegas setelah dua hari Ali tidak bekerja kerana keadannya itu.", "Sebaik sahaja tiba di Jabatan Kecemasan, Ali segera disorong ke ruangan asthma. Sangkaan MA bertugas, Ali mengalami serangan asthma.", "“Tapi dia tak pernah ada asthma sebelum ini!” Ujar emak Ali. Ali terlalu tercungap-cungap untuk bercakap. Doktor segera datang, dan MA mengambil tanda vital sign Ali.", "Tekanan darah Ali, rendah. 100/70. Nadinya pula laju, 120 sedangkan Ali tidaklah demam mana. Suhu badannya pula cuma 37.5. Namun berpeluh dan basah katil stretcher tempat Ali dibaringkan.", "Kandungan oksigen didalam badannya (SPO2) nya rendah cuma 75%. Ali segera dibekalkan oksigen melalui facemask. Beliau disandarkan menegak. Saluran intravena dipasangkan dan cecair normal saline (NS) disalurkan masuk.", "Juruxray berserta mesin Xray mudah alih (portable xray) dipanggil.", "Hasil keputusan xray menunjukkan paru-paru kiri Ali, dipenuhi cecair. Doktor segera membuat keputusan untuk “menebuk” paru-paru Ali. Prosedur tersebut adalah thoracocentesis, iaitu cecair di ruangan pleura yang menyelimuti paru-paru Ali, perlu dikeluarkan.", "Cecair ini sedang menekan paru-paru Ali, menyebabkan ianya tidak dapat kembang sepenuhnya. Ali kini seperti orang kelemasan. Apabila jarum ditusuk ke rongga pleura Ali, cecair berwarna keputihan kekuningan keluar. Bagaikan…teh tarik. Namun lagi pekat. Nanah, Ya, nanah.", "Doktor memutuskan untuk menukar prosedur thoracocentesis dan memasukkan chest tube. Sebuah tiub berdiameter hampir sebesar jari telunjuk, dimasukkan ke dalam rongga pleura Ali. Tiub ini akan dipasang ke sebuah bekas vakum, yang akan terus terusan menyedut nanah dari ruang pleura paru-paru Ali.", "Hampir satu liter nanah dikeluarkan. Ali semakin stabil. Bacaan oksigennya sudah meningkat ke 98% dengan bantuan wayar oksigen (nasal prong). Ali juga sudah tidak sesak nafas dan tidak lagi tercungap-cungap.", "Ali dimasukkan ke wad untuk pemantauan. Chest tube tersebut akan dikekalkan sekurang-kurangnya tiga hari, setidaknya sehingga habis nanah dikeluarkan. Ali pula, perlu berada di wad untuk diberikan antibiotik kuat, Ceftriaxone, melalui saluran intravena untuk tempoh sekurang-kurangnya dua minggu.", "Ini bermaksud, dua minggu Ali perlu berada di wad. Beliau perlu menjalani latihan physioterapi yang intensif bagi memastikan paru-paru beliau kembali kembang dan berfungsi seperti sediakala. Jika tidak, beliau bagaikan manusia yang hidup dengan sebelah paru-paru sahaja. Berjalan 100 meter, sudah tercungap kebiruan.", "Penyakit yang Ali hadapi ini, namanya Lung Empyema. Atau Empyema Thoracis. Ia berlaku kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Orang sihat, kebiasannya mampu “mengalahkan” kuman ini dengan mudah.", "Namun bagi orang tertentu, mempunyai sistem imun yang lemah, jangkitan kuman yang biasa mudah sahaja merebak pantas, akhirnya membentuk koloni kuman yang besar seperti empyema.\n\nAli tidak pernah dijangkiti Batuk Kering (TB). Beliau juga tiada penyakit kronik seperti Kencing Manis, Darah Tinggi, atau jangkitan HIV Beliau cuma seorang pemuda berusia 24 tahun yang sihat tubuh badan, bekerja buruh dan hidup bersama keluarganya. Oh ya, beliau cuma merokok sekotak tiga hari. Sejak umur 17, itu sahaja.", "Merokok, menyebabkan sistem imun badan terutamanya di kawasan paru-paru yang lemah. Kerana itulah perokok, lebih berisiko mendapat empyema berbanding orang lain.", "Tanyalah mana-mana doktor, pasti pernah menjumpai dan merawat pesakit seperti Ali. Pesakit seperti Ali, muncul sekurangnya sekali dalam dua bulan. Di hospital besar khasnya, mesti ada at least seorang pesakit empyema at all time. Ini kerana pesakit seperti Ali ini, perlu duduk lama di hospital paling tidak 2 minggu.", "Penyakit empyema, menyerang pesakit majoritinya lelaki berusia 20 hingga 40 tahun. Most productive age, kita kata. Kesian kan, muda-muda sudah kena tahan wad dua minggu ke sebulan.", "Majoriti kes empyema ini, akan berulang. Puncanya adalah kerana risk factor masih ada. Iaitu pesakit masih merokok, tak serik-serik. Recurrent empyema, akhirnya akan menjadi chronic lung disease. Umur 50 dah perlu bantuan oksigen sepenuh masa.", "Rawatan untuk empyema ini agak sukar dalam anggaran 15 ke 50 peratus pesakit empyema, gagal dirawat dan meninggal dunia atas pelbagai faktor. Ali? Tiga hari didalam wad, demam Ali masih tidak mahu kebah. Ali masih batuk- batuk kuat walaupun penatnya berkurangan.", "Pada pagi hari ketiga, Ali batuk kuat. Macam nak tersembur paru-paru dari mulutnya. Tiba-tiba, tersembur darah bercampur kahak yang banyak. Ya, secara literal, Ali mengamburkan paru-parunya dengan batuk. Ali mengalami komplikasi yang dinamakan bronchopleural fistula. Jangkitan yang ada, memamah isi paru-paru Ali sehingga ke bronkus (saluran pernafasan).", "Dalam masa beberapa minit, Ali telah pengsan dan pucat. Doktor berhempas pula cuba menyelamatkan. Masuk tiub pernafasan. Tekan dada dan melakukan CPR. Beberapa jam kemudian, Ali disahkan meninggal dunia. Pulmonary hemorrhage iaitu pendarahan dari salur darah arteri pulmonari yang cedera ketika Ali batuk kuat tersebut.", "Lagi kita nak benarkan rokok dijual dengan lebih mudah didapati?" ]
https://www.maskulin.com.my/goal-fitness-syed-saddiq-nak-setegap-chris-evans/
Goal Fitness Syed Saddiq Nak Setegap Chris Evans
[ "Masih tak habis meroyan pasal Syed Saddiq, semalam kecoh peminat SS tidak membenarkan YB SS rapat dengan kak lofa lama-lama kan? Bersesuaian dengan Maskulin, kami sempat bertanyakan kepada Syed Saddiq berkenaan dengan rutin hariannya dan cara beliau menjaga diet.", "Soalan: Bagaimana YB praktikkan diet dalam kehidupan harian?", "Saya tidak terlalu memilih. Cuma, saya pastikan saya bersarapan pagi. Dah banyak dah saya dengar bahawa sarapan pagi membantu kita kekal sihat dan memberikan tenaga berpanjangan dalam aktiviti harian saya.", "Soalan: Berapa kali YB bersenam dalam masa seminggu?", "Biasanya, saya tidak akan terlepas dengan bersenam setiap pagi apabila bangun sahaja dari tidur. Itu keutamaan, selain daripada menjaga pemakanan, saya amat meninitikberatkan senam setiap pagi dan jika diberi kesempatan, saya akan bersenam pada sebelah malamnya sebelum tidur. Menjadikan saya bersenam 2 kali setiap hari. Itu adalah kewajipan.", "Soalan: Adakah YB menjaga jadual tidur?", "Jujur saya katakan tidak. Kebelakangan ni tidur saya tidak menentu. Tambahan ketika musim pilihanraya. Jadual saya tidak menentu. Kalau dahulunya saya menjaga tidur, tapi saya terpaksa biasakan diri dengan kehidupan sekarang yang sibuk menguruskan Muar dan kepentingan rakyat.", "Soalan: Apa suplemen yang diambil?", "Bab ni saya tidak terlalu fikirkan. Mungkin kerana faktor usia saya yang masih muda. Namun ibu saya sering membekalkan saya Vitamin C walau ke mana saja saya pergi sebagai langkah berjaga-jaga walaupun daya tahan saya masih baik dan jarang sakit.", "Soalan: Tips sihat yang boleh dikongsikan kepada peminat dan mereka yang inginkan badan sihat diluar sana", "Pertama sekali saya tidak merokok kerana seperti yang kita tahu, ia tidak baik untuk kesihatan. Walaupun umur saya masih muda, namun kita seharusnya menjaga kesihatan tubuh dari muda. Selain dari itu, jika nak badan sentiasa kekal fit dan sihat, elakkan makan lewat malam. Ia tidak bagus untuk tubuh dan membolehkan berat anda naik dengan mendadak.", "Soalan: Makanan sihat yang paling YB suka", "Saya suka makan telur separuh masak!", "Biodata Syed Saddiq", "Nama: Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman", "Asal: Pulai, Johor", "Tarikh lahir: 6/12/1992", "Berat: 72kg", "Tinggi: 174cm", "Keturunan: Melayu-Arab (Malaysian)", "Hobi: Membaca & Jogging", "Pendidikan:", "Maktab Tentera Diraja (SPM)", "UIAM (Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Undang-Undang)", "Temple University Philadelphia (Ijazah Religious Pluralism and Art of Dialogue)", "Menolak tawaran biasiswa penuh Oxford University untuk politik", "Mula sertai politik: Semasa tahun ketiga UIAM", "Status Rumahtangga:  Masih Bujang", "Fitness Goal: Chris Evans" ]
https://www.maskulin.com.my/dompet-klasik-alien-workshop-kini-dijual-pada-harga-rm150-secara-online/
Dompet Klasik Alien Workshop Kini Dijual Pada Harga RM150 Secara Online!
[ "Pada era 90-an dahulu, dompet kain jenis berjenama Alien Workshop ini sangat menjadi kegilaan kaum lelaki terutamanya kanak-kanak, remaja termasuk orang dewasa.", "Paling tak boleh tahan, ketika zaman itu ada juga trend memakai rantai pada dompet ini dan disangkut pada lubang tali pinggang yang ada di seluar.", "Namun begitu, setelah zaman terus beredar dan kini hampir memasuki tahun 2020, penulis terjumpa satu posting mengenai dompet ini di pasaran atas talian.", "Di situ, penjualnya menawarkan harga dompet Alien Workshop ini pada harga RM150 seunit.", "Melihat pada rupanya, dompet ini kelihatan masih elok dan jika ada yang benar-benar mencarinya, untunglah siapa yang masih memiliki koleksi dompet yang sangat klasik ini!" ]
https://www.maskulin.com.my/pernah-tak-sakit-kepala-anda-mungkin-alami-masalah-tekanan-darah-rendah/
Pernah Tak Sakit Kepala? Anda Mungkin Alami Masalah Tekanan Darah Rendah!
[ "Pernah tak anda tiba-tiba rasa sakit kepala yang teramat sangat? Jika itu yang kerap anda alami ketahuilah anda mungkin sedang mengalami masalah tekanan darah rendah.", "Ramai pesakit menganggap perkara ini sebagai masalah biasa namun jika tidak mendapat rawatan segera, ia boleh menjadi sesuatu yang lebih berisiko.", "Selain daripada sakit kepala atau pening, ini 6 simptom lain yang perlu anda ambil perhatian :", "Adakah anda sering berasa dahaga? Ia merupakan salah satu petanda anda menghadapi masalah tekanan darah rendah. Lebih kronik lagi, anda tidak mempunyai keupayaan untuk menghilangkan dahaga.", "Jika anda mengalami kadar degupan jantung yang pantas, anda mungkin mengalami kadar pecutan jantung yang tidak normal. Ini terjadi kerana tekanan darah rendah memerlukan jantung  untuk mengepam darah lebih banyak dan secara tidak langsung menyebabkan jantung bekerja kuat.", "Terdapat banyak lagi alasan logik medikal tentang masalah fokus antaranya stress, mempunyai jadual harian yang sibuk atau tidak cukup tidur. Tahukah anda? Tekanan darah rendah yang kronik juga penyebab masalah hilang tumpuan. Hal ini kerana, sel darah tidak dapat dibawa sampai ke otak dengan kadar yang normal.", "Badan sering merasa seram sejuk kerana darah tidak berjalan dengan lancar dan boleh menyebabkan kulit bertukar warna biru. Ini juga petanda anda menghidapi tekanan darah rendah yang serius.", "Cepat letih atau penat bukanlah tanda utama tekanan darah rendah tapi ia juga berkemungkinan tergolong darinya. Orang yang merasa cepat letih ini mempunyai faktor hemoglobin rendah didalam darah. Kandungan hemoglobin dalam darah penting dalam memastikan oksigen sampai ke otak.", "Penglihatan menjadi kabur mungkin juga faktor serius tekanan darah rendah. Anda kena berwaspada kerana penglihatan anda boleh menjadi kabur buat sementara atau kekal!" ]
https://www.maskulin.com.my/tubuh-fit-dengan-5-super-food-ini/
Tubuh Fit Dengan 5 Super Food Ini
[ "Tak kiralah anda sedang berdiet ataupun anda hanya ingin menjaga kesihatan tubuh badan anda, makanan yang baik amat diperlukan setiap hari. Anda pasti tahu kandungan MSG dan minyak dalam kandungan makanan harian anda bukan? Bukan setakat anda, kami juga menghadapi masalah untuk makan secara sihat setiap hari. Namun, jika anda tahu pemakanan anda, dan sedikit sebanyak ambil makanan ini, maka sedikit sebanyak anda terhindar daripada ancaman penyakit. ", "Ramai yang beranggapan bahawa Avocado ini merupakan makanan yang mengandungi lemak, namun tahukah anda bahawa lemak yang terkandung dalam Avokado adalah lemak yang sihat. Anda pasti tahu kan, untuk mendapatkan badan yang cerdas dan terhindar dari penyakit anda perlu ambil sedikit lemak? Baru seimbang kan? Jadi ambil lemak ini. ", "Dengar saja mentega, mulalah takut, sebab mentega mempunyai lemak. Mentega kaya dengan vitamin larut lemak dan asid lemak. Ini sangat bagus untuk anda yang mengamalkan kesihatan secara terperinci. Jadi jangan tolak mentega, selagi boleh makan, makanlah!", "Siapa yang ketagih dengan kopi pasti akan suka dengan fakta ini! Adakah anda tahu bahawa pengambila kopi setiap hari mungkin boleh meningkatkan umur anda? Kopi tinggi dalam antioksidan. Nanum, jangan terlalu obses dengan kopi. Dinasihatkan supaya ambil 1 cawan 1 hari untuk mengelakkan penyakit tak diingini.", "Post sebelum ini pun kami ada menyatakan bahawa peanut butter sangat bagus untuk anda yang ingin menurunkan berat badan. Ia mempunyai protein yang bagus untuk menghindarkan anda dari terkena penyakit hati. Bergantung kepada pemilihan anda juga, jangan pula ambil yang penuh dengan gula, pilih yang bagus sikit. Mahal sedikit apa salahnya.", "Takut sangat nak makan nasi kerana percaya yang kanji akan membahayakan nyawa anda? Apa kata anda ambil roti. Ia juga merupakan karbohidrat yang boleh mengundang kegemukan jika diambil secara berlebihan. Namun, daripada mengambil roti biasa, apa kata cari high fiber. Ia membantu anda untuk tidak cepat berasa lapar. " ]
https://www.maskulin.com.my/6-kelebihan-membaca-al-mathurat-amalan-yang-menguntungkan/
6 Kelebihan Membaca Al-Ma’thurat, Amalan Yang Menguntungkan
[ "Perasan tak jika kita menyinggah mana-mana kedai buku terutamanya di seksyen bahagian agama, kita akan nampak buku bertulis Ayat Al-Ma’thurat atau amalan Al-Ma’thurat.", "Mungkin ramai yang masih tidak berapa tahu apa itu Al-Ma’thurat, ia adalah himpunan zikir dan wirid yang ma’thur dari Nabi Muhammad SAW. Ia dikumpul dan disusun oleh Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna berdasarkan dalil-dalil yang sahih serta amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Beliau mengumpulkan wirid dan zikir yang diamalkan oleh Rasulullah SAW seabagi salah satu usaha untuk istiqamah berzikir setiap hari. Ia di baca sebanyak 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan sebelah petang.", "Ia dimulai dengan bacaan Taa’wuz yang bermaksud ‘Aku memohon perlindungan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang direjam’. Sebagai hamba Allah yang lemah, kita sentiasa berharap agar Allah melindungi kita daripada gangguan syaitan.", "Bacaan Al-Fatihah di dalamnya merupakan bacaan yang agung.", "Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, “Demi Allah yang nyawaku di tangan Nya, belum ada surah yang diturunkan di dalam Taurat, Injil, Zabur atau Furqan yang menandinginya. Dialah Al-Sab’ul Mathani dan Quran yang agung yang diturunkan kepadaku.” (HR at-Tirmizi dan an-Nasai)", "Membaca surah al-Baqarah dalam zikir Ma’thurat juga memperolehi pahala yang besar.", "Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”. (HR Muslim)", "Membaca ayat Kursi juga akan menghindarkan diri dari gangguan syaitan.", "Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi ‘Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum’, sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu, dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi” (HR Bukhari)", "Dalam al-Ma’thurat itu merupakan doa dari Nabi saw yang sewajarnya kita turut amalkan dalam kehidupan kita pada hari ini. Antaranya,", "Maka Baginda saw bersabda, Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini:", "اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ", "Maksudnya, “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.” (HR Abu Daud)", "Dari Aban Bin Osman, bahawa Nabi saw bersabda: “Sesiapa membaca,", "بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ", "Maksudnya, “Dengan nama Allah, dengan nama-nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”, sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa musibah hingga malam hari, dan sesiapa membacanya di waktu malam maka tidak akan ditimpa musibah hingga pagi hari, dengan izin Allah.” (HR Ahmad)", "Untuk memudahkan kita mendapat syafaat Rasulullah SAW di akhirat kelak.", "Dari Ibn Mas’ud ra, bahawa Nabi saw bersabda, maksudnya, “Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari qiyamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (HR at-Tirmizi)" ]
https://www.maskulin.com.my/emas-jadi-sandaran/
Emas Jadi Sandaran
[ "Berdasarkan komitmen dan keyakinan tinggi, skuad ragbi tujuh sebelah negara bertekad menukar sasaran pingat perak ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN) kepada kilauan emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).", "Ketua Jurulatihnya, Mohd Saizul Hafifi Md Noor berkata, misi itu dapat dilaksanakan berdasarkan komitmen pemain dan prestasi semasa yang dipamerkan.", "“MSN mensasarkan pingat perak di pentas Sukan SEA kali ini  tapi kami bertekad melepasi jangkaan berdasarkan prestasi dipamerkan pemain sejak Januari lalu hingga kini.", "“Pemain baharu yang dimasukkan membuktikan mereka mampu menyaingi pemain senior,” katanya pada sidang akhbar Team MAS di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur, tengah hari tadi.", "Saizul Hafifi berkata, kehadiran enam muka baharu – Mohamad Khairul Abdillah Ramli (scrum half), Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi (wing), Muhamad Firdaus Tarmizi (wing), Muhammad Siddiq Amir Jalil (prop), Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain (prop) dan Muhammad Zulhisham Rasli (prop)  akan memberi nilai tambah kepada skuad sedia ada.", "“Kami hanya mengekalkan enam pemain lama ketika di Sukan SEA Singapura lalu untuk kali ini. Saya percaya gandingan pemain senior dan baharu diserapkan ini mampu memberikan impak positif di Sukan SEA,” katanya.", "Hadir sama pengurus pasukan, Amir Amri Mohamad dan dua pemain, kapten Zulkiflee Azmi dan Siddiq Amir.", "Saizul Hafifi juga memaklumkan juara bertahan, Filipina, adalah pencabar utama kali ini kerana negara berkenaan menggunakan pemain naturalisasi.", "Namun beliau optimis pemainnya akan memberikan aksi terbaik apatah lagi beraksi di hadapan penyokong sendiri di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).", "FOLLOW KAMI", "VIDEO" ]
https://www.maskulin.com.my/5-perkara-perlu-diketahui-tentang-maserati-levante-s-harga-rm788-800-seunit/
5 PERKARA PERLU DIKETAHUI TENTANG MASERATI LEVANTE S: HARGA RM788, 800 SEUNIT
[ "Naza Italia memperkenalkan pilihan tambahan bagi model Maserati Levante ke pasaran Malaysia. Pada Mac lalu, Naza Italia memperkenalkan Levante diesel. Terkini, Levante S pula menjengah pasaran tempatan.", "Berikut 5 perkara perlu anda ketahui tentang Levante S:", "1) ENJIN\nLevante S menawarkan pilihan jana kuasa petrol menerusi enjin 3.0 liter V6 turbo berkembar dengan sistem pancitan bahan api (GDI). Ia mampu menghasilkan kuasa 430hp pada 5,750rpm tork 580Nm pada 5,000rpm.", "\nPenghantaran kuasa ke roda diserahkan kepada transmisi ZF 8 kelajuan automatik. Gabungan berkenaan membolehkan Levante S memecut dari sifar sehingga 100km/j dalam tempoh 5.2 saat dengan pecutan maksimum 264km/j.", "2) DUA PILIHAN KEMASAN AKSESORI\nGranLusso\nLuaran: plat skid depan dan rel bumbung dengan semburan cat metalik, lencana GranLusso pada fender sisi dan skirting sisi dengan warna badan, brek kaliper warna hitam serta rim aloi Zefiro 19 inci.\nKabin: Gabungan sutera Ermenegildo Zegna atau uphosteri Itali premium bersama kemasan kayu Radica dan stereng balutan kulit. Tidak ketinggalan pelarasan kerusi 12 cara, sistem audio Harman Kardon, stereng dengan pelarasan elektrik, sil pintu iluminasi, sensor parking, sistem navigasi dan pintu dengan ciri vakum.", "GranSport\nLuaran: Gril depan, rel bumbung dan plat skid warna hitam piano, lencana GranSport pada fender, brek kaliper merah dan rim Nereo 20 inci.\nKabin: Stereng kemasan kulit dengan pelarasan elektrik, kerusi kulit dengan pelarasan 12 cara, pedal shifter, sistem navigasi dan sensor parkir.", "3) KABIN\nPengeluar kereta Itali itu menawarkan unit Maserati Touch Control Plus (MTC Plus), skrin sentuh 8.4 inci bersama kawalan rotary baharu sebagai standard. Tidak ketinggalan kawalan pendingin hawa dual zon, sensor kualiti udara dan keyless entry serta rangkaian radio digital.", "4) ORIENTASI SUPERCAT MASERATI\nMaserati Levante masih berorientasikan prestasi seperti jentera supercar Maserati yang lahir terlebih dahulu. Selain menggunakan material lebih ringan, agihan berat ideal 50:50 dan pusat graviti terendah dalam kelasnya menyumbang kepada pengendalian lebih lincah. Peralatan standard seperti suspensi udara, penyerap hentak Skyhook kawalan elektronik dan sistem pacuan semua roda (AWD) Q4 melengkapkan ciri teknikal SUV kategori mewah itu.", "\nSelain itu, ciri tipikal kereta sports berprestasi tinggi turut dipinjamkan bagi kecekapan aerodinamik Levante yang menyumbang kepada pekali seretan terbaik dalam kelasnya iaitu 0.31 Cd.", "5) HARGA\nLevante S dijual pada harga RM788,800 seunit dengan waranti standard 3 tahun tanpa had perbatuan bersama *Maserati Permium Servis Plus 3 Tahun/60,000km (yang mana tiba terdahulu)." ]
https://www.maskulin.com.my/petua-rawat-sakit-lutut-guna-2-bahan-hasilnya-tulang-rawan-kembali-sihat-kuat/
Petua Rawat Sakit Lutut Guna 2 Bahan, Hasilnya Tulang Rawan Kembali Sihat & Kuat!
[ "Mesti anda pernah mengalami sakit lutut terutamanya selepas berlari, bersenam ataupun melakukan aktiviti seperti mengangkat benda berat. Jika sakit lutut ini tidak dirawat, ia akan menyukarkan anda untuk berjalan dengan baik.", "Semoga perkongsian ini bermanfaat.", "Semasa di tangga masjid tadi saya tengok seorang lelaki yang agak berumur terkial-kial berjalan sambil menahan lututnya memanjat tangga masjid jadi saya cuba membantunya waktu memanjat anak tangga masjid kerana melihat lelaki itu menahan kesakitan di lututnya ketika ia melangkah kakinya sehinggalah sampai ke kerusi untuk ia duduk.", "Oleh kerana peristiwa tadi jadi saya ingin berkongsi petua bagai mana cara kita hendak merawat penyakit lutut ini sama ada masalah Osteoartritis sebab faktor penuaan atau bursitis tulang rawan rosak dan juga kista baker iaitu cairan sinovial di belakang sendi kita berkurangan.", "Caranya ialah petua orang tua-tua dahulu sahaja dan percayalah tak berguna kalau kita menggunakan minyak sapu yang panas yang lega bersifat sementara kerana ia hanya merosakkan lagi sendi lutut kita yang disebabkan bahan kimia yang terdapat pada minyak panas itu.", "Petuanya mudah sahaja kerana ia akan merawat rawan kita dan lendair di lutut kita.", "1. Ambil tiga biji bawang ros India jantan lalu ditumbuk hancur.", "2. Campurkan dengan sebiji putih telur (telur kuning jangan diambil) ayam kampung ke dalam cawan.", "3. Kemudian kacau hingga larut dan minum sehingga habis (berselawatlah ke atas Nabi kita waktu hendak minum).", "Lakukan dua kali sehari. In Sha Allah kalau sesiapa dapat amalkan perkara ini selama dua atau tiga bulan lntutnya akan pulih seperti biasa kerana petua tadi merawat tulang rawan dan cecair sendi kita seperti mula asal.", "Nak tahu bawang jantan macam mana? Pergi tanya orang tua2." ]
https://www.maskulin.com.my/tegangkan-semula-kulit-anda-selepas-berat-badan-susut/
Tegangkan Semula Kulit Anda Selepas Berat Badan Susut
[ "Tegangkan kulit selepas berat badan turun", "Bagi anda yang bertubuh gemuk dan telah mengalami penurunan berat badan, pasti menyebabkan kulit menggeleber. Jangan panik!. Kulit anda akan perlahan-lahan kembali pada bentuk asal menjadi lebih fit. Memandangkan ia mengambil masa yang agak lama, berikut beberapa langkah perlu anda buat untuk menganjalkan kembali kulit dengan lebih cepat.", "1-Jangan lakukan penurunan berat badan secara mendadak. Sasarkan untuk hilangkan lemak hanya 1 hingga 2 pounds seminggu. Lakukan juga weight lifting supaya otot tidak turun hilang atau turun.", "2-Kekal hidrat. Air merupakan komponen penting untuk mengekalkan keanjalan kulit. Anda perlu mengambil air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Boleh diperoleh daripada makanan mahu pun minuman.", "3-Dua kandungan penting untuk mengekalkan kulit menjadi anjal adalah kolegen dan elastin. Kedua-dua kandungan ini terdapat banyak di dalam makanan berprotein seperti keju, susu, tofu, kekacang, ikan dan apa sahaja makanan yang mengandungi komponen.", "4-Jaga kulit anda dengan menggunakan produk sesuai untuk kulit. Mandi dengan air panas bersama garam laut dan mineral akan meningkatkan ton kulit. Produk menganjalkan kulit yang mengandungi formula herba dapat kekalkan kulit hidrat dan tingkatkan formasi kolegen serta elastin dalam kulit.", "Kaitan gen dan berat badan anda", "Adakah anda pernah berfikir mengapa sesetengah orang begitu menjadi dan berkesan melakukan program diet serta senaman menurunkan berat badan. Sementara yang lain gagal walaupun melakukan program yang sama. Anda perlu ingat bahawa setiap orang mempunyai jenis tubuh unik dan bentuk tersendiri yang akan bertindak balas secara berbeza dengan program senaman atau nutrisi.", "Satu kajian melaporkan bahawa bagaimana cara gen anda berekspresi (atau juga dikenali sebagai epigenetics) akan mengandaikan sama ada diet atau rejim senaman tertentu akan berkesan pada tubuh anda atau tidak. Ia sesuatu yang menarik kerana pada masa depan, ujian air liur mungkin boleh menyatakan apa jenis program turunkan berat atau tingkatkan otot bersesuaian dengan anda.", "Adakah perlu ambil testosteron untuk kekal fit? ", "Testosteron bukan hanya sesuatu yang diambil oleh kebanyakan pemain bola sepak, ahli bina badan atau ahli sukan lain untuk meningkatkan prestasi mereka, lelaki yang rendah testosteron boleh mengalami masalah berat badan,  rendah motivasi untuk bersenam, fungsi seksual semakin merudum malah ada kaitannya dengan diabetes jenis 2 dan kawalan gula dalam darah yang lemah.", "Jadi, adakah testosteron baik untuk kekalkan tubuh sihat? Ya, ia baik untuk tubuh kekal sihat dan cergas, namun perlu mengambil dalam kadar yang betul serta testosteron yang dibenarkan. Selain meningkatkan sel otot, ia juga baik bagi membuatkan anda bertenaga dan aktif, meningkatkan libido, meningkatkan fokus mental dan juga menstabilkan emosi." ]
https://www.maskulin.com.my/8-simptom-masalah-buah-pinggang-salah-satunya-kerap-ke-tandas/
8 Simptom Masalah Buah Pinggang, Salah Satunya Kerap Ke Tandas
[ "Amerika Syarikat mempunyai lebih daripada 26 juta orang dewasa yang hidup dengan penyakit buah pinggang. Mirisnya, hampir 90 peratus daripada mereka tidak tahu tanda-tanda penyakit buah pinggang. Ini kerana orang yang mempunyai penyakit buah pinggang cenderung untuk tidak mengalami simptom sehingga peringkat yang paling teruk. Berikut adalah tanda-tanda yang membolehkan anda mempunyai penyakit buah pinggang.", "LELAH DAN SUKAR MENUMPUKAN PERHATIAN", "Penurunan yang teruk dalam fungsi buah pinggang boleh membawa kepada pembentukan toksin dan kekotoran dalam darah. Ini akan membawa kepada kelemahan sistem imun. Anda akan berasa lebih letih, lemah, dan kesukaran menumpukan perhatian. Bukan itu sahaja, penyakit buah pinggang juga boleh menyebabkan anda mengalami anemia yang boleh menyebabkan kelemahan dan keletihan.\n", "KESUKARAN TIDUR", "Apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan betul, toksin akan berterusan dalam darah. Ia boleh membuat ia sukar untuk tidur. penyakit buah pinggang mempunyai hubungan antara obesiti dan penyakit buah pinggang kronik, sleep apnea walaupun menjadi lebih biasa di kalangan orang yang mengalami penyakit ini.\nKULIT KERING DAN GATAL", "Buah pinggang yang sihat boleh bekerja menghapuskan sisa dan cecair tambahan dari tubuh anda, membantu membuat sel-sel darah merah, mengekalkan tulang yang kuat, dan bekerja untuk mengekalkan jumlah yang betul mineral dalam darah.", "Kulit kering dan gatal boleh menjadi tanda penyakit kekurangan mineral. Apabila buah pinggang tidak lagi mampu untuk mengekalkan keseimbangan yang betul mineral dan nutrien dalam darah, makan akan mengalami kulit kering anda.", "MEMBUANG AIR KECIL LEBIH KERAP", "Kerap membuang air kecil, terutama pada waktu malam boleh menjadi tanda penyakit buah pinggang. Apabila penapis buah pinggang rosak, boleh menyebabkan keinginan meningkat untuk membuang air kecil. kerap membuang air kecil juga boleh menjadi tanda jangkitan saluran kencing atau pembesaran prostat pada lelaki.", "KENCING BERDARAH", "Buah pinggang yang sihat adalah buah pinggang yang boleh menjaga sel-sel darah dalam badan semasa buangan penapis daripada darah untuk membuat air kencing. Walau bagaimanapun, apabila buah pinggang rosak, sel-sel darah boleh “kebocoran” keluar ke dalam air kencing. Selain tanda-tanda penyakit buah pinggang, air kencing berdarah juga boleh menjadi petanda tumor, batu karang, atau jangkitan.", "BENGKAK SEKELILING MATA", "Protein dalam air kencing adalah tanda awal bahawa buah pinggang telah penapis yang membolehkan kebocoran protein ke dalam air kencing yang rosak. Bengkak di sekeliling mata anda boleh disebabkan oleh beberapa protein dalam kebocoran air kencing.\n", "PERGELANGAN KAKI BENGKAK ", "Tanda tanda sakit buah pinggang juga boleh anda tengok pada pergelangan kaki dan kaki yang mengalami bengkak. Fungsi buah pinggang boleh mengurangkan menyebabkan pengekalan natrium, menyebabkan bengkak di kaki dan buku lali. Bengkak di bahagian kaki yang lebih rendah juga boleh menjadi tanda penyakit jantung, penyakit hati, dan masalah vena kaki  kronik.", "SELERA MAKAN YANG BURUK", "Ini adalah tanda sakit ginjal yang paling biasa. Tetapi toksin yang terhasil daripada fungsi buah pinggang menurun boleh menjadi salah satu sebab.", "FAHAMI TANDA-TANDA SAKIT BUAH PINGGANG", "Ketidakseimbangan elektrolit dan kekejangan boleh disebabkan oleh fungsi buah pinggang terjejas. tahap kalsium yang rendah boleh menyebabkan kekejangan otot. (sumber:adasehat.net)", "Berikut adalah tip-tip mudah yang boleh dibuat berguna untuk mengubati batu karang dan jangkitan buah pinggang", "Bagaimana untuk membuat teh halia sendiri di rumah, iaitu:", "Halia dan serbuk kunyit direbus dalam air mendidih dan kemudian campuran santan dan sedikit madu dan kacau berterusan sehingga seragam selepas 10 minit dan angkat dan biarkan sehingga menjadi suam dan tambah susu secukup rasa kemudian minum dua kali sehari atau setiap hari untuk buah pinggang yang masih merasakan kesakitan akibat jangkitan. Keberkesanan halia juga boleh membubarkan batu karang secara beransur-ansur. Jika kerap minum batu karang akan pecah dengan sendirinya.", "Halia mempunyai agen anti-virus dan anti-radang yang boleh membubarkan batu karang masih kecil dengan cepat dan dapat mengurangkan kesan kehangatan kesakitannya." ]
https://www.maskulin.com.my/6-cara-mudah-selamat-hilangkan-2-inci-lemak-pada-tubuh-dalam-sebulan/
6 Cara Mudah & Selamat Hilangkan 2 Inci Lemak Pada Tubuh Dalam Sebulan
[ "Bukan mudah untuk membuang lemak. Ramai yang hadapi kesukaran untuk bersenam disebabkan kekangan masa. Selain bersenam, sebenarnya ada lagi cara lain yang lebih mudah untuk anda hilangkan 2 inci lemak pada tubuh.", "Walaupun nampak jumlah lemak yang hilang itu sikit, tapi jika anda lakukan 6 cara mudah ini, lama-kelamaan kehilangan lemak pada tubuh anda akan bertambah. Jangan berlengah, jom mulakan hari ini.", "Ini merupakan perkara pertama yang harus anda lakukan. Bye bye kepada gula. Ia merupakan faktor utama anda akan cenderung kepada berat badan berlebihan.", "Benar, gula penting untuk badan namun melalui makanan anda pun sudah ada gulanya yang tersendiri. Sama juga dengan buah-buahan. Jadi kawal pengambilan gula agar tidak berlebihan.", "Walaupun hujung minggu, apa kata anda bangun awal. Jika anda mengimpikan bentuk badan yang mantap dan kekal segar sepanjang hari, lakukan perkara ini. Kualiti tidur yang cukup di waktu malam membantu meningkatkan kadar metabolisme anda di waktu pagi.", "Sekiranya anda keluar dari rumah lebih awal, anda akan mendapat rangsangan metabolik tambahan. Penyelidik di Northwestern University mendapati bahawa, orang yang terdedah kepada hanya satu tempoh pendek cahaya matahari pada awal pagi mempunyai BMI yang lebih rendah daripada rakan-rakan mereka yang bangun lewat.", "Sedap kan makan salad dengan sos? Namun, sos mempunyai campuran bahan-bahan yang tidak baik untuk kesihatan termasuk kandungan gula yang banyak. Daripada anda makan sos, apa kata anda makan yang raw saja. Tak sedap? Benda sihat mana ada yang sedap. Tapi itulah yang terbaik untuk badan. Kata nak kurus kan?", "Benar, kacang merupakan lemak namun ia juga lemak yang sihat bergantung kepada pengambilannya asalkan anda tidak makan sebalang kacang. Kacang yang berlemak membantu anda untuk melawan dan merangsang metabolisme ketika badan anda dahagakan benda-benda manis. Jadi, cuba makan kekacang bila anda sedang lapar. Ia juga membantu anda untuk melengahkan rasa lapar.", "Memberus gigi sepanjang hari juga dapat membantu anda mengurangkan lemak perut dengan cepat. Satu kajian yang dijalankan kepada lebih daripada 14,000 peserta mendapati, berus gigi selepas makan dikaitkan dengan berat badan yang lebih rendah.", "Rasa ubat gigi bukan sahaja bertentangan dengan semua makanan, malah memberus gigi juga boleh mencetuskan tindak balas mematikan selera anda untuk terus makan selepas itu.", "Sekurang-kurangnya badan anda kekal segar sepanjang hari. Hari yang ceria, barulah berat badan boleh turun banyak." ]
https://www.maskulin.com.my/anda-boleh-dapatkan-back-muscle-cantik-dengan-4-step-senaman-ini/
Anda Boleh Dapatkan Back Muscle Cantik Dengan 4 Step Senaman Ini
[ "Antara kawasan otot yang cukup penting untuk membina badan yang tegap dan ‘sado’ ialah otot belakang.", "Jika anda amalkan senaman yang salah, mungkin otot bahagian belakang tidak akan terbentuk dengan baik. Lebih teruk jika hanya menumpukan senaman di bahagian yang lain sahaja berkemungkinan anda boleh tercedera kerana berlakunya ketidakseimbangan dalam senaman.", "Kestabilan seluruh otot badan juga sebenarnya sedikit sebanyak bergantung kepada otot bahagian belakang badan. Jadi inilah empat jenis senaman yang anda boleh lakukan ketika berada di gym.", "LANGKAH 1 : Front Chin Up", "LANGKAH 2 : Bent Over-Row", "LANGKAH 3 : Seated Row", "LANGKAH 4 : Lat Pulldown (Front)", "Ulang tiga set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama; 12 kali ulangan bagi set kedua; 10 kali ulangan pada set ketiga." ]
https://www.maskulin.com.my/takkan-nak-menyewa-sampai-ke-tua-ini-7-tip-miliki-rumah-sendiri-walau-bergaji-kecil/
Takkan Nak Menyewa Sampai Ke Tua, Ini 7 Tip Miliki Rumah Sendiri Walau Bergaji Kecil
[ "Harga rumah yang semakin melonjak naik dengan kos sara hidup yang turut meningkat, membantutkan hasrat ramai dalam kalangan kita untuk memiliki rumah sendiri.", "Bagi golongan yang bergaji kecil, tambahan lagi baru memulakan kehidupan berdua sudah pasti menginginkan rumah sendiri yang mampu memberikan lebih privasi dan keselesaan, di samping kehidupan yang lebih terjamin.", "Memang diakui pendapatan sesetengah orang tidak cukup untuk membeli rumah. Banyak komitmen. Contohnya nak kena bayar pelbagai kos hidup, ansuran kereta, bil utiliti dan sebagainya.", "Pihak bank pula semakin berhati-hati untuk memberikan pembiayaan perumahan. Mereka hanya berikan pembiayaan kepada orang yang betul-betul mampu sahaja. Orang kerja swasta pun susah nak dapatkan pembiayaan perumahan ni.", "Jadi, antara perkara yang kau boleh buat ialah;", "1. Tingkatkan Ilmu Pengetahuan", "Ilmu merupakan punca utama untuk kau berjaya. Mulakan dengan belajar ilmu hartanah yang asas. Jika kau ada ilmu pengurusan kewangan, dengan sendiri kau pandai menguruskan kewangan dan hasilnya kau ada wang untuk memiliki sekurang-kurangnya satu aset hartanah.", "2. Tabiat Menyimpan", "Ramai yang tahu menyimpan itu penting. Tetapi tak ramai yang boleh ikut. Ya. Kalau dah gaji RM1400, nak makan pun susah, menyimpan apatah lagi kan. Itu kau kena ambil inisiatif sendiri. Takkan ada orang yang boleh bantu kau melainkan kau yang bantu diri kau sendiri.", "3. Mulakan Pelaburan", "Jika kau sudah ada tabiat menyimpan duit, kau boleh melangkah untuk instrumen pelaburan yang diyakini. Banyak pelaburan yang dijamin selamat. Kau kena tahu matlamat dan risiko serta pulangan pelaburan dengan jelas. Unit Amanah ataupun ASB Financing Islamik.", "4. Bebaskan Diri Daripada Hutang Jahat", "Kebanyakan anak muda suka berhutang apabila mula bekerja. Daripada berhutang beli telefon sampailah berhutang nak kahwin. Semua nak up-to-date. Biar mewah depan mata kawan. Padahal buka dompet pun serupa tumbuk bawang. Hutang keliling pinggang.", "5. Tambahkan Pendapatan", "Perkara paling senang nak tambah pendapatan ialah menjual barang ataupun berniaga secara online. Macam jual serunding ke, kain batik, buku dan lain-lain. Dapat untung RM5 satu pun okay dah.", "6. Beli Rumah Murah Dulu", "Jangan terus nak terkam beli rumah bertanah harga RM400K. Beli dulu rumah bawah RM150K. Apartmen contohnya. Ansuran bulanan pun murah. Harga rumah akan naik setiap tahun. Bila gaji dah naik, ada kemampuan, barulah boleh cuba cari rumah yang lagi selesa.", "7. Baiki Profil Kewangan", "Ramai yang tak dapat pembiayaan perumahan disebabkan profil kewangan yang lemah. Simpanan tiada, hutang kad kredit berlambak dan hutang piutang yang lain. CCRIS barai, CTOS koyak. Jadi, tetapkan matlamat. Ambil masa setahun dua untuk baiki balik kewangan sendiri.", "Ramai yang tersekat untuk mendapatkan deposit rumah dan susah nak dapatkan pembiayaan perumahan. Banyak cara yang kau boleh buat untuk mengatasi masalah ini. Kau perlu banyak menimba ilmu pengetahuan lagi.", "Takkan sampai ke tua tak ada aset rumah sendiri. Takkan nak menyewa sampai anak dah 5? Kau kena fikirkan pelan masa depan kau sekarang.", "Tengah duk lepak kedai kopi mahal, sambil hisap vape tu, cuba lah buat draft gambaran kasar perancangan kau. Tentu kau akan nampak.", "Ini pandangan dan panduan aku sahaja. Kau boleh rujuk mentor dan pakar dalam bab ni. Ingat, rumah pertama tak perlu besar, nanti penat nak kemas. Kah!" ]
https://www.maskulin.com.my/6-tanda-badan-tak-cukup-protein-kulit-anda-jadi-berkedut-antara-salah-satunya/
6 Tanda Badan Tak Cukup Protein, Kulit Anda Jadi Berkedut Antara Salah Satunya!
[ "Protein boleh didapati dalam daging, ikan, telur, ayam itik dan produk tenusu dan semuanya merupakan sumber protein lengkap yang membekalkan asid amino.", "Protein juga boleh didapati dalam sayur-sayuran, kekacang dan biji-bijianyang dikelaskan sebagai protein tak lengkap yang tidak mengandungi semua asid amino.", "Fungsi protein", "Protein boleh menghasilkan enzim yang penting untuk fungsi tubuh termasuklah dari proses pencernaan sehingga pembiakan.", "Protein penting dalam penghasilan neurotransmiter yang mempengaruhi otak dan tubuh anda. Protein juga salah satu bahan asas yang diperlukan oleh sistem imun.", "Namun begitu jika tubuh anda kekurangan protein, anda mungkin berdepan dengan 6 risiko ini :", "1. Otot menggeleber", "Jika tubuh tidak mempunyai bekalan protein yang mencukupi, ia tidak boleh membina dan mengekalkan tisu-tisu otot dengan betul. Di samping itu, protein disimpan dalam otot dan akan digunakan oleh tubuh jika berlaku kekurangan.", "2. Imunisasi lemah", "Protein ialah kunci kepada sistem imunisasi yang kuat. Ia asas kepada sel darah merah, sel darah putih dan antibodi, semuanya bertindak bersama-sama untuk melindungi tubuh anda daripada bakteria, virus dan patogen lain.", "3. Lambat pulih daripada kecederaan", "Jika anda cedera dan mengalami kekurangan protein, tubuh anda akan mengambil masa yang lebih panjang untuk sembuh.", "4. Keletihan dan lesu", "Rasa kurang bertenaga, tidur terlalu banyak dan secara umumnya raya tidak bermaya dan letih ialah tanda-tanda anda perlu merangsang tahap protein anda.", "5. Rambut gugur dan kuku rapuh", "Apabila anda tidak mendapat protein yang cukup, tubuh anda memasuki mod penjimatan. Antaranya, ia berhenti menggunakan protein dalam penghasilan rambut dan kuku.", "6. Kulit kendur dan berkedut", "Kulit kita memerlukan asid amino untuk menjana protein struktur yang dipanggil kolagen. Jika tidak makan protein, kita tidak boleh menghasilkan kolagen. Protein ini adalah salah satu bentuk protein yang paling penting dalam tubuh kita. Ia bertanggungjawab menjadikan kulit kita anjal dan kuat. Kolagen juga bertindak seperti ‘simen’ yang menyatukan kulit kita.", "Semoga bermanfaat!" ]
https://www.maskulin.com.my/berat-badan-anda-tidak-turun-relaks-lelaki-ini-jelaskan-mengapa/
Berat Badan Anda Tidak Turun? Relaks, Lelaki Ini Jelaskan Mengapa!
[ "Pernahkah anda mengalami plateau (berat badan statik) dan tidak menurun? Masa ini lah anda akan diuji di mana walaupun anda menjaga makan dan kawal pemakanan berat badan anda tidak akan menurun drastik seperti awal-awal diet dulu, lepas tu mulalah anda give up dan makan sahaja apa yang ada bukan?", "Awal awal diet kebiasaan kita akan kehilangan banyak berat air dalam badan. Dalam masa yang sama lemak juga akan berkurang. Perlu diingat berat badan dipengaruhi oleh air, lemak, otot dan tulang.", "“Setiap orang tak sama. Lagi besar tubuh orang tu lagi potensi untuk lost lebih banyak berat masa awal-awal diet. Terutama bila minimumkan ambil sumber karbo.", "“Plateau berlaku kerana badan pun dah boleh kesan cara diet kita dan mengakibatkan tak nak turunkan lagi. Malah, ia boleh jadi bila tuan badan sendiri tak disiplin dah nak jaga makan macam awal-awal dulu. Pastu tak turun salahkan penimbang,” tulisnya di Facebook.", "Arif juga menasihati orang ramai untuk mengubah gaya hidup senaman. Adalah digalakan jika selama ini anda lebih banyak lakukan senaman kardiao, kali ini cuba fokuskan pada senaman yang melibatkan bebanan pula seperti squat, plank dan sebagainya.", "Malah, dia turut berkata orang ramai perlulah keluar dari zon selesa dengan lakukan senaman dan cabaran yang baru.", "“Nak tahu kesan berat kau dah statik adalah dengan tengok bila 4 minggu dan ke atas berat dah turun-turun. Kalau baru 2 minggu berat tak turun walaupun dah bersenam jangan mengada nak cakap Plateau,” katanya lagi menjawab berapa lama tempoh diet Plateau berlaku.", "Malah, Ariff juga memberitahu apabila seseorang itu diet seseorang idividu itu juga perlu mementingkan ukur lilit badan selain daripada berat badan.", "“Berbalik pada hal diet. Kadangan jangan taksub pada penimbang sahaja. Lihat juga pada inchloss pada bahagian badan yang lain seperti perut, dada, paha.", "“Selagi inchloss ada. Maka PL jangan risau lagi. Teruskan diet. Ingat. Berat orang tak pandang tau. Tak pernah kita jalan ke pasaraya orang tengok dan ada label di baju kita yang berat kita sekian sekian.", "“Orang mudah nampak kita kecil bila ada inchloss di perut, dada dan paha. Ia merangkumi saiz baju yang kita pakai,” katanya sebelum mengakhiri perbualan tersebut.", "Diet di musim PKP ini, jangan bersedih hati jika berat badan tidak turun. Namun jangan berputus asa dengan apa yang anda dah buat sekarang." ]
https://www.maskulin.com.my/berdepan-cuaca-panas-terik-tip-lindungi-wajah-agar-tidak-merekah-kusam/
Berdepan Cuaca Panas Terik, Tip Lindungi Wajah Agar Tidak Merekah & Kusam
[ "Keluar rumah sahaja terus terasa bahangnya. Berbeza dengan beberapa minggu lalu di mana cuaca sering hujan dan sejuk, kini cuaca panas pula menghiasi kehidupan seharian kita.", "Bagi anda yang harus bekerja di luar atau kawasan terbuka pastinya ini memberikan cabaran yang cukup geitr. Bukan sahaja pada tahap kesihatan diri malah kondisi kulit badan dan semestinya kulit wajah.", "Jika tidak dilindungi dengan baik kulit boleh berdepan dengan pelbagai masalah seperti kesan terbakar, kemerahan, kering dan menjadi kusam.", "Ada sesetengah lelaki seakan-akan tidak suka menggunakan produk yang mampu melindungi kulit. Bro, zaman sudah berubah dan sekarang sudah banyak produk khusus untuk lelaki di pasaran.", "Penjagaan kulit wajah dengan memeastikannya sentiasa berada pada tahap kelembapan baik bukanlah sukar mana.", "Antara bahan yang mampu melindungi kulit kita ialah cermaide. Ia merupakan salah satu daripada keluarga ‘waxy lipid molecules’ yang terdiri daripada sphingosine dan asid lemak. Kebiasaannya ia boleh didapati pada konsentrasi tinggi di dalam sel membrans dan sel eukariotik.", "PERLINDUNGAN & PENGHALANG", "Atau dalam bahasa mudahnya bahan semula jadi yang menjadi pelindung permukaan kulit. Bayangkan kulit kita sebagai dinding pertahanan. Pada awalnya ia sangat kuat namun lama-kelamaan ia perlu dijaga dengan baik agar sentiasa dalam kondisi begitu.", "Barisan produk Dr Jart+ Ceramidin merupakan di antara produk yang menawarkan perlindungan kulit yang baik. Menariknya ia turut diperkuarkan dengan ceramide untuk menguatkan pertahanan kulit di samping memberikan kelembapan yang baik.", "Selain itu, ia turut diperkuatkan dengan 5-Cera Complex memberikan perlindungan lebih efektif bagi menghalang kulit menjadi terlalu kering dan kusam. Seleksi Ceramidin line ini sesuai digunakan untuk pelbagai jenis kulit sama ada normal, kering dan terlalu kering.", "Di antara seleksi yang memberikan perlindungan baik ialah Ceramidin Liquid, Ceramidin Serum, Ceramidin Cream, Ceramidin Facial Barrier Mask, Ceramidin Lipair dan Ceramidin Cream Mist.", "Masing-masing mempunyai peranan tersendiri untuk kulit seperti melembab, membina pertahanan lebih kuat, menguatkan dan memperbaiki kerosakan akibat kondisi kering dan kusam.", "Jangan lupa untuk follow Instagram MASKULIN bagi update trendy gaya hidup lelaki terkini!" ]
https://www.maskulin.com.my/ini-cara-jogging-dengan-betul-ia-bantu-anda-tidak-rasa-penat-malahan-lebih-bertenaga/
Cara Joging Yang Betul Ini Boleh Bantu Anda Tak Rasa Penat, Malah Lebih Bertenaga
[ "Joging adalah satu bentuk senaman yang paling mudah dan paling murah. Ramai orang menggemarinya kerana ia mudah untuk menghakis segala lemak kerana jantung anda bergerak seiringan dengan tapak kaki ketika joging.", "Namun masalah timbul apabila berjoging kaki rasa sakit hingga melumpuhkan niat untuk kembali melakukannya di lain hari kerana tidak mahu rasa sakit." ]
https://www.maskulin.com.my/kluster-baru-ini-agak-menjengkelkan-pegawai-perubatan-rindukan-kluster-tabligh-moga-semuanya-dalam-keadaan-baik/
“Kluster Baru Ini Agak Menjengkelkan” Pegawai Perubatan Rindukan Kluster Tabligh, Moga Semuanya Dalam Keadaan Baik!
[ "Kluster baru yang menjengkelkan..", "Itulah kata-kata sesetengah pegawai perubatan ketika mengendalikan kluster baru dari luar negara. Terbaru, dari laporan Mohd Afiq, dia mengimbau kembali kenagan apabila dia mengendalikan kluster Tabligh.", "Katanya kluster tersebut sangat mudah memberikan kerjasama dan seronok melawat kluster tersebut walaupun dengan pakaian PPE. Malah terasa seperti melawat kawan-kawan kerana mesra.", "“Sentiasa dengar azan berkumandang dalam wad. Bacaan al-quran hampir setiap masa. Wad kusta lama yang penuh dengan cerita hantu pun rasanya hantu-hantu lari bertempiaran kerana pendinding semula jadi dek kerana akhlak dan zikir mereka. Hampir keseluruhannya sangat merendah diri, sentiasa memberi kerjasama yang terbaik. Tak pernah merungut..", "“Itulah Kluster Tabligh. walaupun mungkin saya tak berapa setuju mereka di cop sebagai kluster tabligh dek kerana satu dua peserta yang pentingkan diri sendiri menyebabkan yang lain menjadi mangsa.. tapi disebabkan zikir yang di sebut semua maka nak buat macam mana.” Tulisnya di Facebook.", "Namun sejak kluster Tabligh sudah pulang ke rumah, datang pula kluster baru yang dianggap sangat menjenkelkan yang dipanggil kluster TURKEY/OVERSEA semuanya agak berbeza.", "Kluster ini dikatakan agak demand dan bila nak hantar ke wad macam wad kusta ataupun institut latihan kerana panas, tidak selesa dan macam-macam lagi.", "“Bas kini datang daripada KLIA dan hotel-hotel. Diorang ni acah-acah jadi mangsa penyakit covid. Padahal masa diorang pergi melancong, diorang tanpa segan silu papar gambar diorang melancong malah ada yang siap perli kata corona tiada kat tempat sejuk dsb. Kadang-kadang terasa macam kita ni lebih kepada merawat sifat pentingkan diri mereka daripada merawat covid itu.", "“Dan mintak maaf cakap. Kluster ni lebih banyak demand. Bila nak hantar ke wad macam wad kusta ataupun institut latihan, diorang ni demand taknak pergi sebab panaslah, tidak selesa dan macam-macam lagi. Tu tak termasuk yang dok persoal kenapa nak amik darah la, kenapa tak amik swab awal la dan bila kita masuk untuk periksa diorang masing-masing sibuk dengan gajet. Kita ni macam endah tak endah je.” Tulisnya lagi.", "Namun begitu, dia memberitahu bukan semua seperti itu seperti individu yang terpaksa ke luar negara kerana belajar.", "MASKULIN ada perasan juga beberapa posting yang lebih kurang tentang kluster terbaru ini. Menurut petugas yang mengambil sample untuk Covid-19, dia memberi tahu dia tidak menyangka terpaksa berdepan dengan manusia yang sangat sombong katanya.", "“Masa kami ambik sampel jemaah tabligh, rata-ratanya mudah bagi kerjasama. Datang awal kalau diminta datang untuk pensampelan. Jarang yang buat masalah. Jarang yang nak bergaduh dengan petugas.", "“Tapi bila ada golongan yang baru turun dari kayangan ni, (yang baru pulang dari luar negara) macam-macam karenah terpaksa dihadapi. Tak nak dikuarantin. Marah-marah. Gelarkan kami dengan gelaran yang tidak manis untuk di dengar, memang sangat kurang ajar!", "“Kami tak kisah bekerja keras untuk menyekat penularan Covid-19. Dan bukan kami minta dihampar karpet merah. Tapi betapa kami dihina hanya kerana kami cuba melakukan tugas kami. Sangat menyedihkan.” Tulisnya di Facebook.", "Hinggakan ada petugas yang terpaksa berundur tak mampu bersuara. Bimbang timbul kekasaran kerana dimaki begitu.", "Walaubagaimanapun dia memberitahu mereka lakukan perkara ini hanya untuk memastikan rakyat Malaysia yang baru sampai dari luar negeri ini selamat dan tidak menyebarkan pada orang lain.", "Di page Public Heatlh Malaysia juga ada memuat naik posting rindukan kluster Tabligh, kata mereka", "“Rindu mereka.. Feedback Penjawat awam yang diberikan kepada kami. Sepanjang tempoh menjaga mereka, paling tinggi mereka demand makanan adalah budu dan belacan. Itu saja. Mereka sangat sabar dan tertib. Walaupun ramai di antara mereka adalah golongan professional termasuk doktor. Memang down to earth.", "Demand di pusat kuarantin berubah selepas seorang demi seorang meninggalkan pusat kuarantin. Semoga front liners diberikan ketabahan menjaga mereka yang baru pulang dari luar negara.", "“Bukan kehendak mereka untuk dijangkiti virus ini. Ketika mereka berada pada ujian yang tertinggi, dikeji, dihina, dan ditambah sahabat mereka yang syahid kerana covid19, MAJORITI mereka masih mempunyai sikap bertanggungjawab di dalam aktiviti kawalan COVID-19.", "“Kita berterima kasih kepada tabligh yang telah menyaring dan kuarantin di Hospital semata-mata untuk melindungi seluruh rakyat Malaysia. Kami harap anda semua terus tabah dan kuat menghadapi dugaan ini.", "“Ya Allah, tinggilah darjat mereka di sisi mu.” Tulisnya di Facebook", "Hmmmm… tak tahulah kami nak kata apa, jika benar kluster terbaru bersikap begini, jangan lah mengkiut cita rasa sangat. Ingat yang penting kita kena berhentikan rangkaian Covid-19 ini. Sama-sama kita tangani masalah ini, lupakan apa yang terjadi #kitabantukita." ]
https://www.maskulin.com.my/stretch-mark-lelaki-pun-ada-risiko-bagaimana-langkah-untuk-hilangkannya/
Stretch Mark, Lelaki Pun Ada Risiko & Ikuti Langkah Untuk Hilangkannya
[ "Bila bercakap tentang stretch mark ia sering dikaitkan dengan wanita terutamanya yang terpaksa hadapinya selepas bersalin.", "Kesan stretch mark yang paling ketara biasanya berlaku pada bahagian perut dengan kondisi kulit yang meregang dan pecah akibat perubahan bentuk badan secara mendadak.", "Anda sebagai lelaki jangan tarik nafas lega dulu ya. Stretch mark juga boleh berlaku kepada kaum lelaki. Dan apabila pekara ini berlaku ia sekaligus menjejaskan keyakinan diri anda dan juga menyebabkan rasa tak selesa pada bahagian yang alami kondisi tersebut.", "BAGAIMANA IA TERJADI", "Stretch mark di kalangan lelaki boleh berlaku kerana beberapa faktor. Antaranya ialah;", "Obesiti", "Apa bila berat badan meningkat terutamanya dalam masa singkat kulit pada bahagian perut, pinggang, punggun dan peha akan alami strech mark. Dan ia akan semakin jelas kelihatan apabila anda kembali turun berat badan.", "Pertubuhan otot", "Ada sesetengah orang melakukan work out untuk membina otot terutamanya di bahagian kaki, peha dan tangan. Namun akibat pertumbuhan otot secara mendadak lalu menyebabkan stretch mark boleh berlaku di bahagian tersebut.", "Pengambilan steroid", "Stretch mark juga boleh berlaku kepada anda yang mengambil ubat-ubatan mengandungi tinggi kandungan steroid. Ini kerana steroid boleh merosakkan kolagen kulit sekali gus menyebabkan stretch mark.", "JENIS STRECH MARK", "Terdapat beberapa jenis stretch mark yang boleh berlaku terutamanya terhadap golongam lelaki.", "Albicant lines", "Juga dikenali sebagai distension stretch mark, kondisi ini berlaku apabila anda mengalami penurunan berat badan secara drastik. Sebagai contoh dari 120 kilogram kepada 70 kilogram. Antara bahagian terjejas teruk ialah dada dan perut.", "Puberty stretch mark", "Pernah tak anda melihat garis-garis halus di kulit anda atau rakan-rakan terdekat. Ia biasanya berlaku akibat pengambilan ubat dan biasa muncul di bahagian punggung dan pinggul.", "Rapid muscle growth strech mark", "Pertumbuhan otot yang mendadak di bahagian badan terutamanya otot trisep dan otot bahu. Ia menyebabkan berlakunya regangan otot.", "CARA HILANGKAN STRECH MARK", "Terdapat beberapa cara semula jadi yang boleh membantu anda hilangkan stretch mark. Antara sumber semula jadi yang boleh membantu ialah:" ]
https://www.maskulin.com.my/benarkah-tubuh-yang-kurang-vitamin-menjadikan-anda-kemurungan/
Benarkah Tubuh Yang Kurang Vitamin Menjadikan Anda Kemurungan?
[ "Majoriti warga rakyat Malaysia memang tak pernah bersenam pun, seterusnya sampai kena kencing manis atau darah tinggi.", "Untuk tubuh kita berfungsi dengan baik, kita perlu pastikan badan menerima nutrisi secukupkan setiap hari dari makanan yang betul-betul seimbang dan sihat.", "Oh! Percayalah! Roti canai, teh tarik, nasi lemak, mee goreng mamak, milo ais ‘kaw’, roti planta, ayam KFC, burger daging ‘special’ bukanlah diet seimbang yang badan kita mahukan!", "#1 Petanda Badan Anda Kekurangan VITAMIN A", "Selepas ini jika anda terluka ketika memotong bawang, kunyah sedikit lobak, kentang, oren atau tuna dan balutkan sekali dengan luka anda. Vitamin A menggalakkan pengeluaran sel yang sihat untuk menyembuhkan luka, meningkatkan sistem imun anda dan meningkatkan penglihatan anda.", "#2 Anda Kekurangan VITAMIN C Sekiranya….", "Sebiji oren sehari akan menjauhkan doktor dari kita. Walaupun sebenarnya sebiji oren tidak cukup untuk keperluan sehari tubuh. Tetapi sekurang-kurangnya 85mg vitamin sehari sangat membantu untuk menghindarkan kita dari masalah di atas.", "Antioksidan ini melindungi kita dari penyakit yang tak diingin seperti penyakit jantung, barah, asthma dan selsema.", "Sebiji Vitamin 500mg yang boleh didapati di farmasi cukup untuk keperluan tubuh sehari atau anda perlu makan 7 biji oren sehari. Vitamin C ini bersifat ‘sustained released‘ iaitu dirembeskan secara perlahan-lahan dalam tubuh mengikut keperluan untuk setiap jam.", "#3 Hello! Anda Perlukan Lebih Vitamin D Okay!", "Tiada simptom yang jelas menunjukkan kekurangan vitamin D. Namun, semakin lama individu itu tidak mendapat nutrisi ini secukupnya, semakin berisiko untuk menghadapi masalah kesihatan tulang. Sumber vitamin D lazimnya diperolehi daripada matahari pagi atau makan kacang almond dan ikan.", "Jika anda rasa kekurangan vitamin D. Pergilah buat pemeriksaan doktor. Tubuh memerlukan 600 IU sehari vitamin D.", "#4 Kalsium Oh! Kalsium. Jangan Kau Pergi", "Dari sekolah lagi kita selalu disuruh untuk minum susu. Betul tak? Kita disarankan untuk menghabiskan sekurang-kurangnya segelas susu sehari. Itu pun sangat susah. Lebih-lebih lagi jika anak-anak yang telah bersekolah.", "Kalsium membantu memperkuat kesihatan jantung dan hindari dari salur darah tersumbat (akibat diet tidak sihat). Kalsium juga memastikan tulang dan gigi kekal sihat. Seorang dewasa memerlukan lebih kurang 1000mg sehari.", "Pengambilan supplemen semulajadi yang tinggi kalsium akan memastikan tubuh mendapat cukup kalsium. Jangan lupa ambil sumber kalsium seperti susu, yogurt, keju, almond, salmon dan lain-lain.", "#5 Protein Adalah Sahabat Baik Anda Kecuali Jika…", "Ramai yang mula bersenam di gimnasium sekarang. Di sana-sini orang sibuk bersembang tentang protein. Ini sangat cool okay!", "Tapi yang tidak cool ialah tubuh tidak berotot walau kita habiskan 5 jam sehari ‘work-out’ di gim. Apatah lagi kalau kita ini memang tak bersenam dan hanya menambah lemak!", "Seorang wanita disarankan ambil sekurang-kurangnya 46 gram protein sehari. Manakala lelaki memerlukan 56 gram protein sehari.", "Hindarilah diri dari mengambil sumber protein dari daging merah secara berlebihan. Kualiti dan kuantiti sumber protein itu akan memberi risiko kepada penyakit kardiovaskular dan diabetes.", "Cadangan pengambilan Whey Protein dan ditambah dengan pengambilan sumber protein lain akan menampung keperluan protein anda sehari dan menyelamatkan anda dari penyakit di atas.", "#6 Simptom Kekurangan Fiber Dalam Tubuh", "Jika kita selalu makan nasi lemak pada pukul 12.30 malam ini adalah petanda yang kita ini sebenarnya kekurangan fiber atau serat dalam tubuh.", "Tubuh yang cukup serat biasanya mengambil 20 ke 35 gram serat sehari dari sumber seperti oat, kekacang, brokoli dan lain-lain.", "#7 Tolonglah Tambah Zat Besi Dalam Tubuh!", "Betul. Zat besi adalah mineral yang diperlukan tubuh supaya sel tubuh kita dapat mengekalkan oksigen dan memastikan peredaran darah kita lancar. Andainya, kita tidak cukup zat besi iaitu 18 miligram sehari, kita berisiko tinggi untuk mendapat penyakit anemia.", "Apa yang anda perlu lakukan adalah makan sumber zat besi seperti bayam, ikan & kekacang untuk keperluan zat besi untuk tubuh anda.", "Kuasa Tindakan Menyelamatkan Nyawa!", "Sekiranya anda ada simptom-simptom yang disebutkan di atas, ambil tindakan segera supaya tidak menyesal di kemudian hari.", "Ramai yang salah anggap bahawa supplemen ini adalah ubat dan hanya perlu diambil bila sudah sakit. Tidak! Tidak! Tidak! Supplemen atau vitamin ini bersifat mencegah. Tidak perlu tunggu sehingga sakit baru buat keputusan untuk mengambil vitamin.", "Kata orang, mencegah itu lebih baik dari mengubati. Bertindaklah sekarang dan buktikan anda juga sama seperti orang lain yang tidak berkira untuk memastikan tubuh kekal sihat!", "sumber: lelakisihat.com" ]
https://www.maskulin.com.my/sakit-lutut-hilang-selepas-gunakan-garam-lada-hitam/
Gabungan Garam & Lada Hitam Bantu Pulihkan Sakit Lutut
[ "Ramai orang menggunakan garam dan lada hitam sebagai salah satu cara altenatif untuk mendapatkan manfaat daripada dua bahan ini.", "Walaupun garam mempunyai kandungan sodium yang tinggi, namun ia juga mempunyai banyak maanfaatnya.", "Lada hitam pula jangan ceritalah, memang miliki banyak kebaikan dan khasiat yang sering digunakan baik dalam masakan atau perubatan.", "Seorang pengguna Facebook bernama Siti Shariff berkongsi rahsia dan beberapa kebaikan hasil daripada gabungan dua bahan ini (garam dan lada hitam).", "“Dah lebih seminggu aku cuba rawatan ni, jadi sambil buat rawatan ni aku tergerak nak kongsi apa yg aku rasa sepanjang aku amal rawatan ni. Ijazah rawatan ni aku dapat dr video Ustaz Hanafi, salah seorang ‘cancer survivor’. Alhamdulilah terima kasih ustaz atas ilmunya.", "“Kakak-kakak aku dah lama buat, dah selalu cerita kebaikannya, tapi tulah… Aku punya malas nak buat… Baru ni aku buat haha..", "“Ok ringkasnya, ada beberapa kelainan yang aku dapat rasa, walaupun baru je buat secara konsisten dalam seminggu lebih ni,” jelas wanita ini di Facebooknya.", "Pertama, sepanjang sesi rawatan ni memang sendawa je. Badan memang rasa ringan, memang rasa berbeza.", "Haa ni best, aku rasa sistem pencernaan aku ada perubahan yang sangat ketara. Aku memang ada masalah kencing tak lawas, Alhamdulilah lepas buat ini dengan izin Allah memang rasa berbeza sangat. Lega dah takde rasa tak puas macam sebelumnya. Macam itu juga buang air besar dan lawas. Kalau dipikir macam tak logik je garam dan lada hitam ni ada kesan hebat macam ni. Hanya dengan izinNYA…", "Ok yang ketiga, lutut kanan aku ni sejak selepas PKP tu hari memang susah sikit nak lipat. Tak tau apa hal, memang kena paksa baru boleh lipat, tapi sakit la woi.", "Tulah aku ni pulak kerja jenis banyak berjalan dan berdiri lama, jadi lutut kanan aku dan sendi-sendi lain kaki memang bisa-bisa. Hari kedua aku buat je Alhamdulilah aku dah boleh rasa perubahan. Aku pun dah boleh lipat lutut macam biasa, tiada rasa sakit. Rasa bisa-bisa pada sendi terutama bila bangun pagi pun berkurangan sangat-sangat. Allahu, memang macam magik la.", "Awal-awal buat kemarin siap terlajak-terlajak tidur, punya la syok. Memang berbeza sebab aku memang jenis tidur lambat dan susah nak tidur sebelum ni. Kadang nak dapat tidur tu sampai sejam lebih bergolek-golek baru tertidur.", "Tapi izin Allah, lepas seminggu aku amal rawatan ni memang tidur nyenyak dan nak tidur memang mudah. Letak kepala ke bantal sedar-sedar je dah pagi. Itulah bila tidur nyenyak, kemudian tidur kita berkualiti, walaupun kadang-kadang tidur lambat tapi bangun pagi mudah dan tak rasa macam sebelum-sebelum ni. Lemah je nak bangun.", "Lagi satu rawatan ni macam urus balik masa tidur kita, aku biasa buat rawatan ni sebelah malam, lepas buat rawatan ni mata pun kelat-kelat, terus nak tidur. Jadi automatik aku tidur lebih awal, kalau tak memang lewat sahaja tidur. Orang yang susah tidur atau penghidap insomnia, aku galakkan cuba la, mudah-mudahan ada manfaat.", "Sepanjang lebih seminggu amal rawatan ni aku perasan yang aku tak mudah letih. Sebelum ni kalau kerja dia punya penat memang semacam. Tapi seminggu ni memang sedap rasa badan. Rasa ringan, tak cepat letih.", "Menurutnya lagi, rawatan menggunakan garam dan lada hitam ni juga salah satu metode perubatan Islam terutama yang berkaitan gangguan jin atau sihir.", "Mengamalkan rawatan ni Insyallah dapat mengelakkan gangguan jin. Jadi sebelum buat mulai dengan bacaan Bismilah 5, Selawat atas junjungan Baginda Rasulullah, Ayatul kursi dan niatkan moga Allah sembuhkan penyakit dan gangguan yang ada dalam diri.", "“Ok, aku plan nak buat selama 40 hari, ambil berkat kisah-kisah Nabi. Lepas tu aku nak jarak-jarak sikit la dalam beberapa kali seminggu. Aku galakkan la bagi sesiapa mahu cuba, bagi yang tak sakit pun boleh cuba.", "“Lagipun modal tak sampai RM10. Jadi tulah serba sikit perkongsian aku. Oh sebelum terlupa, bagi yang nak cuba jangan lupa minum banyak air, sekurang-kurangnya 8 gelas/2 liter sehari. Lagi satu kesan rawatan bagi setiap orang pun mungkin berbeza-beza, jadi sesiapa yang nak cuba tu nanti boleh tengok apa perubahan yang berlaku selepas amal rawatan ni.", "“Nanti jangan lupa kongsi dgn aku dan org lain ya. Ada pun garam, lada hitam ni semua hanyalah asbab, hanyalah sebahagian daripada usaha kita, kesembuhan hanya datang dengan keizinan Allah Azza Wa Jall. Insyallah,” jelasnya dengan panjang lebar." ]
https://www.maskulin.com.my/amal-detoks-sebelum-makanan-membusuk-dalam-usus-ini-10-makanan-hebat-membuang-toksin-dalam-badan/
Amal Detoks Sebelum Makanan ‘Membusuk Dalam Usus, Ini 10 Makanan Hebat Membuang Toksin Dalam Badan
[ "Menurut penulis buku Food Combining, walaupun setiap hari kita buang air besar atau kecil seimbang, ia belum tentu boleh menyelamatkan tubuh daripada ditimbuni sisa sampah yang membusuk dalam usus. Apalagi jika sistem pembuangan kita tidak efektif yakni masih tertinggal hampas makanan di dinding-dinding usus, jangan harap kita terlepas daripada masalah.", "Selama ini, kita fikir, kita gemuk kerana banyak lemak tapi rupa-rupanya sisa sampah/hampas yang tertinggal dalam usus itu antara punca tubuh kita tembam dan berisi. Jom kita mula detoks tubuh dengan cara mudah. Badan sihat, wajah jadi cantik berseri dan tubuh pun segar langsing. Dan yang penting suami pun tak pandang lain.", "Ini 10 makanan yang pantas menyah toksin dalm badan.", "1. Badam\n Kacang badam kaya dengan serat, kalsium, magnesium, dan protein yang membantu menyeimbangkan kadar gula. Selain mengandungi banyak manfaat yang berguna, badam juga merupakan makanan yang boleh menyahtoksik sistem pencernaan tubuh.\n2. Avokado\n Buah avokado sangat berguna untuk membersihkan hati dari racun yang mencemarkan tubuh kita kerana avokado penuh dengan bahan antioksidan termasuk glutation. Avokado dikatakan boleh menyekat 30 karsinogen (penyebab racun) di dalam tubuh.\n3. Bawang Putih\n Bawang putih mempunyai sifat anti bakteria, anti virus, anti kanser dan melancarkan saluran pernafasan.\n4. Buah beri biru \n Buah ini bertindak sebagai agen antibiotik pencegah jangkitan saluran kencing dan mempunyai sifat anti virus. Selain itu, ia mampu juga mengurangkan kesan kerosakan akibat keradangan.\n5. Sayur brokoli\n Brokoli kaya dengan bahan antioksida dan enzim yang membantu sistem pencernaan berjalan berkesan. Selain itu, brokoli mentah mempunyai kandungan antioksida dan enzim yang paling banyak dengan tahap nutrisi yang tinggi.\n6. Kranberi\n Buah ini mempunyai bahan antibiotik dan boleh membersihkan badan dari bakteria berbahaya dalam saluran kencing.\n 7. Sayur Kale\n Sayuran ini kaya dengan khasiat anti kanser dan antioksidan yang membersihkan tubuh dari racun. Kale juga membantu perokok aktif dan pasif untuk meneutralkan nikotin yang ada di dalam tubuh.\n 8. Kobis\n Kubis boleh mendetoksifikasi saluran kencing dan meredakan kesakitan akibat jangkitan, khususnya pada perut. Kubis kaya akan sifat anti kanser dan antioksidan.\n 9. Lemon\n Lemon yang kaya akan vitamin C ini diperlukan untuk membentuk dan mengukuhkan sistem imun sehingga dapat menangkal racun. Lemon juga mengandungi 20 zat anti kanser.\n 10. Rumpai Laut\n Rumpai laut merupakan makanan yang dapat membersihkan racun dalam tubuh dan hal ini dikemukakan dari pelbagai kajian, sehingga kini banyak dijumpai di pasaran.\n Selain mengamalkan makanan seperti di atas, anda juga perlu melakukan rutin senaman bagi memastikan tubuh badan sihat dan cergas dan juga minum air yang cukup agar tidak lesu.", "Kebaikan Detoks", "1. Badan sihat dan langsing sebab meningkatnya kadar metabolisme", "2. Kulit jadi berseri, sihat dan mulus", "3. Kulit jadi lebih bercahaya, sihat dan mulus.", "4. Meningkatkan imunisasi dan kekebalan tubuh", "5. Menghilangkan selulit", "6. Mengurangi masalah insomnia, stres atau depresi", "Tapi… bukan semua orang boleh detoks.", "Jangan lakukan detoks jika anda…", "• Sedang hamil atau menyusukan anak", "• Ada penyakit serius seperti kanser", "• Sedang menjalani rawatan untuk sesuatu penyakit", "• Atau baru sembuh darioada penyakit serius", "• Kanak-kanak di bawah umur lima tahun", "FOLLOW KAMI", "VIDEO" ]
https://www.maskulin.com.my/muka-naik-jerawat-guna-3-petua-melayu-tradisional-ini-untuk-hilangkannya/
Muka Naik Jerawat? Guna 3 Petua Melayu Tradisional Ini Untuk Hilangkannya!
[ "Berbaki beberapa hari lagi, musim perayaan akan menjelang. Yang jadi tak syoknya, jerawat boleh pula tumbuh dekat dahi dan pipi.", "Kalau kecil tak apa. Ini besar dan merah. Dari jarak 500 meter pun sudah boleh nampak jerawatnya.", "Puncanya, makan tak ingat dunia semasa berbuka puasa. Semua pergi ‘bedal’ termasuk makanan yang tidak sesuai dengan diri kita.", "Apa-apa pun, jangan panik dan bimbang untuk kembali segak kerana jerawat di muka, anda boleh selesaikan dengan petua tradisional ini :", "Asid yang terkandung di dalam sebiji buah lemon sebenarnya amat banyak fungsinya. Salah satunya adalah menghilangkan jerawat di muka.", "Kandungan asid dalam lemon dapat mengurangkan radang pada kulit berjerawat serta membersihkan pori-pori wajah yang tersumbat.", "Bukan itu sahaja, malah lemon juga bertindak mencerahkan kulit dan menghilangkan bintik hitam.", "Ambil lemon dan sental pada seluruh kawasan berjerawat. Biarkan kering selama 15 minit kemudian barulah dibilas bersih.", "Selain lemon, cuka epal yang anda gunakan dalam kebanyakan membuat beberapa jenis menu ini juga bertindak pantas untuk meredakan jerawat.", "Asid yang terkandung di dalamnya bertindak menghilangkan sel kulit mati. Malah antioksidan yang juga terkandung di dalamnya berfungsi mempercepat proses penyembuhan kulit akibat jerawat.", "Apa yang perlu anda buat adalah dengan membancuh 5ml cuka bersama sedikit air dan sapu pada jerawat.", "Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air suam. Lakukan sebelum waktu tidur.", "Kunyit hidup memang sangat berkesan menyembuhkan jerawat. Ambil sedikit kunyit hidup dan kemudian tumbuk halus bersama sedikit garam kasar.", "Sapu dan letakkan di tempat jerawat dan biarkan hingga ia kering. Mungkin anda akan merasa sedikit pedih namun biarkan sahaja hingga kering.", "Hasilnya jerawat akan terus kecut.", "Selepas jerawat makin pulih, jika ada banyak masa di kampung halaman, ada baiknya anda cuba petua cerahkan kulit muka pula. Petua guna bahan dapur ini paling senang dicuba malah tak perlukan kos yang tinggi.", "Penggunaan tiga bahan ini iaitu beras pulut, garam dan gula bukan hanya buat kulit cerah bahkan juga memulihkan masalah jerawat dan melembutkan kulit wajah. Tidak salah jika kita mencubanya!", "2 sudu makan beras pulut\n1 sudu teh gula\n1 sudu teh garam", "Satukan kesemua bahan ini di dalam kuali dan sangai kering kesemua bahan ini. Apabila bertukar keperangan, angkatlah dan kisar bersama sedikit air.", "Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Apabila bancuhan telah sejuk, ratakanlah ke seluruh wajah.", "Biarkan seketika hingga kering, kemudian gosoklah lembut ke seluruh wajah. Lakukan urutan perlahan-lahan dengan teknik gosokan secara membulat.", "Teruskan menyental wajah sehingga anda berpuas hati. Sental pada bahagian hidung dan kawasan berjerawat lebih lama.", "Biarkan seketika kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Hasilnya kulit akan lebih cerah sejurus selesai, lembut dan masalah jerawat juga dapat diatasi." ]
https://www.maskulin.com.my/elak-terlebih-minum-kopi-kalau-tak-nak-hilang-macho-sebab-ketiak-melekit-basah/
Elak Terlebih Minum Kopi Kalau Tak Nak Hilang Macho Sebab Ketiak Melekit & Basah!
[ "Masalah ketiak cepat basah dan mudah melekit boleh mengundang rasa hilang keyakinan diri. Paling merimaskan apabila anda berada di tempat berbuka dan panas sehingga ketiak cepat basah dan jelas kelihatan pada celah baju.", "Sebelum mengetahui cara untuk mengatasi ketiak basah dan melekit ini, anda perlulah tahu punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku. Ini penting agar anda boleh mengawal pengeluaran peluh secara berlebihan di bahagian ini.", "Penyebab ketiak basah", "Apa hubungannya ketiak basah dengan pengambila kopi? Di dalam kopi mengandungi kafein yang dapat merangsang saraf dan berhubungan secara langsung dengan kelenjar peluh. Bila anda minum kopi secara berlebihan, peluh yang dikeluarkan oleh tubuh menjadi semakin banyak terutamanya di bahagian ketiak.", "Jenis kain sintetis seperti poliester dan akrilik dapat membuatkan tubuh mengeluarkan peuh dengan lebih banyak. Pada umumnya, jenis kain ini tidak mampu mengatasi suhu panas tubuh sehingga membuatkan tubuh berpeluh secara berlebihan.", "Rokok mengandungi nikotin yang dapat meningkatkan denyutan jantung, tekanan darah dan suhu tubuh perokok aktif sekali gus membuatkan tubuh berpeluh.", "Ketika seseorang mengambil minuman beralkohol, tubuh akan mengalami vasodilatasi di mana terjadinya pelebaran pada pembuluh darah. Ini dapat meningkatkan suhu tubuh. Otak akan mengirimkan signal ke seluruh tubuh untuk mengeluarkan peluh dengan lebih banyak bagi menyejukkan suhu tubuh.", "Saat anda mengambil makanan pedasa dan panas, tubuh akan mengeluarkan peluh dengan lebih banyak. Kedua-dua jenis makanan ini memang dapat meningkatkan suhu tubuh dan merangsang otak untuk mengirim signal agar mengaktifkan kelenjar peluh.", "Cara mengatasi ketiak basah", "Teh hijau membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan menghakis lemak dari usus. Sifat antioksidan dan nutrisi di dalamnya akan mengendalikan pengeluaran peluh. Bagi yang alami ketiak basah, anda boleh cuba minum dua hingga tiga cawan sehari.", "Buah yang satu ini memang dikenali berkhasiat untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan. Anda hanya perlu potong timun sehingga nipis. Kemudian, oleskan timun di ketiak anda. Getah yang terdapat pada timun inilah dapat membantu mengatasi masalah ketiak basah.", "Jika anda tidak biasa menggunakan deodoran, cuba cuka putih untuk mengurangkan peluah pada ketiak. Caranya, oleskan sedikit cuka putih di ketiak dan biarkan beberapa saat sebelum dibilas. Cuka dapat melambatkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan bau tidak menyenangkan pada ketiak. Memandangkan bau dari cuka putih ini agak masam dan kuat, anda disarankan untuk menggunakan cuka putih beberapa saat sebelum mandi.", "Sama seperti cuka putih, cuka epal juga sebaiknya digunakan sebelum mandi. Oleskan kapas yang sudah dibasahi dengan cuka epal ke ketiak anda. Biarkan selama 30 minit sebelum mandi. Cuka epal memiliki fungsi untuk mengurangkan peluh dan bau pada ketiak.", "Kaya dengan vitamin dan antioksidan, jus tomato dapat menstabilkan proses merembes kelenjar peluh. Minum jus tomato asli tanpa gula satu hingga dua gelas sehari untuk mencegah peluh berlebihan.", "Ketiak basah juga dapat diatasi dengan menggunakan baking soda. Caranya, anda campurkan baking soda dengan sedikit air, lalu sapukan pada ketiak. Biarkan selama 30 minit. Setelah itu, bilas dengan air bersih. Baking soda berfungsi untuk mengurangkan pengeluaran peluh berlebihan di bahagian ketiak.", "Lemon juga berkesan untuk mengurangkan kelembapan di bahagaian ketiak yang disebabkan oleh peluh. Malah lemon juga dapat mencerahkan warna ketiak yang kehitaman. Sama seperti penggunaan cuka putih dan cuka epal, lemon ini sebaiknya digunakan 30 minit sebelum mandi.", "Betulkah cara ini berkesan untuk mengurangkan peluh sekali gus mengatasi masalah ketiak basah? Kalau nak tahu, anda kenalah cuba sendiri." ]
https://www.maskulin.com.my/10-sneakers-paling-mahal-bernilai-sepanjang-2018/
10 Sneakers Paling Mahal & Bernilai Sepanjang 2018
[ "Rasanya tak sempurna jika seorang lelaki tak memiliki sekurang-kurangnya sepasang sneakers. Jika dulu ia digunakan untuk pelbagai aktiviti suka seperti bola keranjang dan berlari kini sneakers menjadi salah satu aksesori penting seorang lelaki menyerlahkan personaliti mereka.", "Setiap tahun pelbagai sneakers berbeza membanjiri pasaran dan setiap kali itu jugalah trend berubah. Bercakap tentang nilai pasaran sneakers ia kini umpama bermain saham. Sekejap naik dan sekejap turun. Tiada siapa yang boleh predict sneakers yang manakah akan jadi hype atau tidak.", "Sepanjang 2018 jenama-jenama pengeluar sneakers terutamanya the big player seperti Nike dan Adidas memperkenalkan pelbagai model istimewa termasuklah siri kolaborasi mereka dengan artis, pereka fesyen mahupun jenama lain.", "10. Air Jordan V Retro ‘Paris Saint-Germain’ (Friends & Family)", "\nNilai pasaran: USD2,188 (RM9,158)", "Projek kolaborasi jenama Jordan bersama kelab bola sepak tersohor Perancis menyaksikan lahirlah sneakers ini. Koleksi utamanya menyaksikan jersi, bola dan pelbagai merchandise lain. Namun koleksi ini paling istimewa kerana keluaran terhad dan bukan untuk dijual. Ia hanya dikeluarkan untuk friends and family sahaja.", "9. Adidas Futurecraft 4D (Friends & Family)", "Nilai pasaran: USD2,364 (RM9,894)", "Sebuah lagi inovasi teknologi kasut Adidas ternyata mendapat sambutan cukup hebat di kalangan penggemar sneakers. Seperti biasa koleski FNF pastinya sangat terhad. Dan sebab itulah harganya memang boleh buat kita rasa macam nak jual buah pinggang sendiri.", "8. Air Jordan III Retro Quai54 2018 (Friends & Family)", "Nilai pasaran: USD2,555 (RM10,694)", "Kerjasama selama 15 tahun jenama Jordan dengan Quai54 telah menyaksikan banyak sneakers istimewa telah dihasilkan. Tapi ini adlaah yang paling eksklusif dan ia pertama kali dilihat dipakai oleh Justin Timberlake.", "7. Parra x Nike Air Max 1 2018 (Friends & Family)", "Nilai pasaran: USD2,772 (RM11,602)", "Tak dapat dinafikan ini adalah antara model Air Max 1 paling cantik pernah dihasilkan. Kolaborasi Nike dengan Pet Parra, pereka berasal dari Belanda ini menyaksikan hasil yang cukup hebat! Tak hairanlah harganya sangat bernilai.", "6. Air Jordan V ‘Fresh Prince; (Friends & Family)", "Nilai pasaran: USD3,500 (RM14,649)", "Sebagai tribute kepada Will Smith dan program TV yang mempopularkan dirinya iaitu ‘Fresh Prince of Bel-Air’, Nike memperkenalkan Jordan V istimewa ini. Untuk jualan umum Nike mengeluarkan warna ungu tetapi edisi terhad ini pula berwarna kuning. Sebanyak 23 pasang sahaja dihasilkan menerusi raffle yang dijalankan Nike. Pemenang juga dapat bertemu dengan Will Smith.", "5. Air Jordan III Retro UNC PE", "Nilai pasaran: USD3,800 (RM15,905)", "Pada tahun 2017, Tat Heels turut menyertai jenama Jordan dan mula mendapat sneakers istimewa mereka. Kerjasama unik ini menjadikan ia sebagai antara yang tebaik pernah dilakukan oleh jenama Jordan.", "4. Undefeated x Nike Kobe 1 Protro ‘Flight Jaket’", "Nilai pasaran: USD4,123 (RM17,257)", "Dilaporkan hanya 10 pasang sahaja pernah dihasilkan, Jadi tidak hairanlah harganya memang sangat tinggi dan dianggap sangat bernilai terutamanya di kalangan sneakerhead. Kesemua kasutnya yang dihasilkan dijual menerusi sistem raffle dan hanya yang bertuah dapat memilikinya.", "3. Collette x Air Jordan 1 Retro High (Friends & Family)", "Nilai pasaran: USD4,539 (RM18,998)", "Dianggap sebagai jenama kasut gergasi dari Perancis, Collette telah melakukan kolaborasi yang mampu membuat sneakerhead makan tak kenyang dan mandi tak basah dengan pengenalan Collete x Air Jordan 1 Retro.", "2. Adidas Pharrell NMD Hu China Pack (Friends & Family)", "Nilai pasaran: USD4,911 (RM20,555)", "Tahun ini menyaksikan nilai pasaran Adidas NMD menjunam jatuh dengan teruk dek pengeluaran tanpa had oleh Adidas. Namun, Adidas NMD Hu yang merupakan kolabrosai bersama rapper, Pharrell Williams masih lagi popular. Sneakers menduduki tangga kedua ini yang dikeluarkan eksklusif di China dan hanya terdapat 300 pasang sahaja. Dengan populasi sangat tinggi di China ia umpama memenangi cabutan loteri untuk mendapatkannya.", "1. Undefeated x Nike Kobe 1 Proto ‘Purple’ (Friends & Family)", "Nilai pasaran: USD5,150 (RM21,556)", "Ya, bro sekalian. Inilah sneakers yang paling mahal dan mempunyai nilai paling tinggi sepanjang tahun 2018. Nike Kobe 1 Proto hasil kolaborsai bersama jenama streetwear Jepun iaitu Undefeated ini hanya boleh didapati di Hong Kong. Dan ia dilaporkan memang sangat susah untuk didapati di pasaran." ]
https://www.maskulin.com.my/ramai-tak-tahu-rupanya-10-cara-berpakaian-yang-lelaki-selalu-buat-ini-salah/
Ramai Tak Tahu, Rupanya 10 Cara Berpakaian Yang Lelaki Selalu Buat Ini Salah!
[ "Macam mana nak smart, kalau cara berpakaian anda pun salah? Tak kisahlah nak pakai baju murah atau mahal, paling penting pastikan cara berpakaian anda itu betul kerana ia melambangkan imej dan keperibadiaan diri anda.", "Rupanya ramai lelaki tak sedar yang mereka telah melakukan kesalahan ketika berpakaian. Sebelum berpakaian, pastikan anda semak dahulu perkara-perkara ini. Pastikan anda tak buat 10 kesalahan berpakaian ini.", "Bagi yang suka memakai jam tangan, pastikan anda melipat lengan baju kemeja agar mudah untuk anda melihat waktu jam. Jangan biarkan jam tangan di bawah baju kemeja kerana ia nampak tidak kemas dan menggelembung.", "Jika anda ingin menyarungkan jaket di luar, pastikan anda memilih t-shirt kosong dan tanpa corak. Sebenarnya memakai t-shirt bercorak dengan jaket di luar menampakkan penampilan anda lebih serabut.", "Cuba anda lihat cara James Dean berpakaian? Cara Dean berpakaian sentiasa kelihatan klasik dan ringkas. Malah t-shirt kosong yang disarungkan bersama jaket walaupun nampak ringkas tetap menyerlahkan imej lelaki anda. Jadi tidak hairanlah jika Lana Del Rey menyanyikan, “Jeans biru, baju putih” dalam lagu hitnya.", "Memakai t-shirt dengan lengan besar dan labuh sehingga paras siku akan memburukkan lagi penampilan. Kebiasaannya lengan besar dan labuh sehingga paras siku lebih sesuai dipakai oleh wanita. Untuk lelaki adalah lebih baik untuk memakai lengan t-shirt sehingga paras pertengahan lengan sahaja.", "Memakai lengan t-shirt yang lebih pendek akan memberi penekanan pada otot lengan anda yang sasa. Sebaliknya, jika anda memakai t-shirt berlengan labuh, anda telah menyembunyikan kesemua otot lengan anda.", "Jangan memakai tali pinggang dan suspenders dalam masa yang sama kerana ia merupakan satu kesalahan dalam berpakaian. Kedua-dua aksesori ini direka untuk fungsi yang sama iaitu memastikan seluar anda terletak di pinggang dan tidak terlucut. Jadi pilih salah satu sahaja apabila anda ingin memakainya.", "Sesungguhnya tugas seterika pakaian bukanlah pekerjaan yang menyenangkan tetapi ia adalah keutamaan, jika anda ingin kelihatan kemas.", "Pakaian berkedut kelihatan tidak kemas dan boleh merosakkan keyakinan diri anda. Sama ada anda suka atau tidak, sesetengah pakaian memang wajib untuk diseterika. Jadi jangan malas untuk seterika pakaian anda!", "Tidak seperti kemeja atau t-shirt, sut tidak boleh dibeli sembarangan di kedai pakaian. Sebaiknya jika anda hendak membeli sut, pergilah berjumpa dengan tukang jahit supaya sut yang anda tempah betul-betul sepadan dengan saiz tubuh anda.", "Jangan butang kesemua jaket atau kot anda, melainkan ia hanya mempunyai satu butang sahaja. Biarkan butang di bahagian bawah sekali dibuka dan jangan lupa buka kesemua butang apabila anda hendak duduk.", "Sesetengah lelaki masih memakai baju kemeja tanpa memasukkannya ke dalam seluar. Tidak kira apa warna baju kemeja, coraknya atau sama ada ia berlengan panjang atau pendek; jika anda bukan berusia 13 tahun ke bawah, anda harus memasukkan baju kemeja anda ke dalam seluar. Cara berpakaian ini akan membuat anda kelihatan lebih kemas dan menarik.", "Tiada ada yang lebih buruk daripada melihat pakaian yang elegan tetapi diburukkan dengan poket yang terbonjol. Sebagai peraturan, lelaki biasanya membawa kunci, telefon bimbit dan dompet dalam poket mereka.", "Sekiranya poket jaket atau kot anda tidak mempunyai tempat untuk menyimpan barang-barang ini, letakkan barang-barang keperluan anda di dalam clutch bag. Elak meletakkannya di dalam poket supaya ia tidak nampak membonjol di kiri kanan paha anda.", "Jangan pakai sut berwarna hitam setiap hari kerana ia menampakkan anda seolah-olah ingin menghadiri majlis pengebumian. Cubalah memakai sut berwarna lain selain hitam yang sesuai dengan penampilan anda. Satu lagi, elakkan daripada membeli sut yang diperbuat daripada kain berkilat kerana ia tidak sesuai untuk pemakaian harian.", "Sumber: Bright Side" ]
https://www.maskulin.com.my/5-cara-untuk-dapatkan-kaki-sado-sebelum-raya-minggu-depan/
5 Cara Untuk Dapatkan ‘Kaki Sado’ Sebelum Raya Minggu Depan
[ "Memandangkan raya bakal menjelma pada minggu depan, ramai yang sedang membuat persiapan diri untuk nampak kacak dan smart.", "Selain bakal mengenakan baju yang cantik, lelaki juga ingin dilihat semakin sado dan bahagian yang menjadi tumpuan adalah kaki.", "Sehubungan itu, method plyometric perlu dilakukan untuk mencapai misi tersebut sehingga berjaya dan terima pujian apabila berjumpa time raya nanti.", "Method plyometric adalah salah satu cara untuk mendapatkan bentuk otot kaki yang sempurna dan seimbang dalam mencipta keseluruhan fizikal yang ikonik.", "Plyometric merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam latihan untuk mengembangkan ‘exposive power’ dengan melakukan beberapa ‘super set’ yang disesuaikan dengan kemampuan diri.", "Latihan plyometric lebih memperlihatkan ‘intensity’ kekuatan penuh otot dengan respons yang sangat pantas dan beban yang dinamik serta ketegangan otot yang optimum lantaran memaksa anda untuk mengeluarkan kekuatan dan tenaga penuh agar mencapai ‘peak performance’.", "Bagi mendapatkan otot kaki yang sempurna, lakukan latihan kaki dua kali seminggu dan ‘split’ kaedah berbeza mengikut hari dengan latihan ‘heavy leg workout’ dan ‘plyo leg workout’.", "Jalani teknik ini dengan menggunakan ‘squat rack’. Letakkan barbell pada rak yang sudah diselaraskan dengan ketinggian dada anda.", "Kemudian, pegang barbell dari arah bawah dengan posisi tangan menyilang lantas angkat barbell dari rack.", "Mulakan gerakan squat dengan melipatkan lutut sekitar 90 darjah dan kembali berdiri. Ulangi langkah ini sebanyak empat set dengan ulangan lima belas kali.", "Latihan ringkas yang menggunakan otot kaki secara maksima. Berdiri di hadapan box dalam jarak sesuai.", "Kemudian lompat di atas box tersebut dengan kedua belah kaki mendarat secara bersamaan lantas lompat kembali ke posisi asal dan ulangi sebanyak dua puluh lima kali sebanyak empat set.", "Lakukan dengan berdiri tegak dan memegang dumbbell pada kedua-dua belah tangan di sisi.", "Bengkokkan salah satu bahagian kaki sehingga melutut dan menyentuh lantai serta lakukan pertukaran antara bahagian kaki mengikut kiraan masa.", "Lakukan secara berulang sebanyak lima belas kali dalam empat set.", "Berdiri di hadapan ‘bench’ sambil memegang dumbbell di sisi kedua-dua belah tangan.  Naik ke atas ‘bench’ dengan dimulai dengan kaki kanan dan diikuti dengan kaki kiri sehingga berdiri di atas ‘bench tersebut.", "Kemudian, turun semula daripada ‘bench’ dengan dimulai dengan kaki kanan kemudian kaki kiri. Ulangi semula pergerakan tersebut dengan menggunakan kaki kiri dan lakukan secara berulang sebanyak lima belas kali dalam empat set.", "Posisikan postur kaki selari dengan keluasan bahu. Silangkan kedua bahu anda di bahagian dada.", "Lakukan gerakan squat dengan membengkokkan kaki sehingga paras 90 darjah .", "Kemudian lompat sehingga kaki anda berada dalam keadaan lurus dan kedua-belah tangan kekal bersilang lantas mendarat dengan posisi squat.", "Lakukan secara berulang sehingga tiga puluh lompatan dalam sempat set." ]
https://www.maskulin.com.my/lelaki-tetak-campak-anak-dari-tingkat-4-selepas-dengar-suara-ghaib/
Lelaki Tetak & Campak Anak Dari Tingkat 4 Selepas Dengar ‘Suara Ghaib’
[ "Bagaikan perumpamaan harapkan pagar pagar makan padi itulah yang terjadi pada nasib seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut ditetak dikepala dan tangan dengan parang oleh bapa kandungnya sendiri.", "Kejadian yang berlaku di kediaman mereka di tingkat 4 Blok 11A Flat Puchong Permai, Subang Jaya, kanak-kanak itu yang sedang tidur di atas tilam di bahagian ruang tamu, ditetak suspek berusia 35 tahun sebanyak tiga kali dengan parang.", "Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kejadian itu disedari oleh seorang penduduk yang menyangka kanak-kanak itu terjatuh dari tingkat 4 dan memaklumkan perkara itu kepada polis pada jam 5.45 petang.", "“Selepas membunuh mangsa, suspek dikatakan meletakkan mayat anaknya itu di luar pintu rumah sebelum dia mengurungkan diri di dalam.", "“Polis yang menjalankan siasatan mendapati mangsa sebenarnya mangsa pembunuhan selepas menemui kesan tetakan pada kepala dan pergelangan tangan kanannya,” katanya.", "Ketika disoal siasat, suspek mengaku telah membunuh anaknya selepas mendakwa terdengar suara ghaib yang memintanya bertindak demikian.", "Menurut Sinar Harian hanya bapa mangsa yang bekerja sebagai anggota Rela berusia 35 tahun berada di rumah ketika kejadian. Beliau berkata, pihak polis pada awalnya menerima panggilan orang awam mendakwa terdapat seorang kanak-kanak terjatuh dari tingkat empat pangsapuri kos rendah berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.", "Lebih menyedihkan, si bapa pula katanya peminum air ketum tegar dan ada rekod lampau tersabit kes dadah. Ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Syabu. Suspek kemudian ditahan di tempat kejadian dan parang dipercayai digunakan dalam kejadian ini juga ditemui dalam rumah.", "Polis kini sedang menjalankan siasatan dan kes ini disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.", "Dadah membawa padah bukan saja pada diri si penagih namun pada keluarga dan negara. Jauhi dadah jika ingin hidup bahagia dan sejahtera. Semoga keluarga mangsa terutamanya si ibu tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah" ]
https://www.maskulin.com.my/trik-mudah-buat-wanita-jatuh-hati-pada-anda-salah-satunya-beri-perhatian-bila-dia-bercakap/
Trik Mudah Buat Wanita Jatuh Hati Pada Anda, Salah Satunya Beri Perhatian Bila Dia Bercakap
[ "Lelaki memang terkenal dengan sikap ego yang tinggi. Itu tidak dinafikan memang ada pada setiap manusia bernama lelaki. Namun ketahuilah bahawa ego yang tinggi melangit juga boleh membunuh perwatakan hebat seorang lelaki.", "Pernah dengar kes lelaki yang ada segala-galanya serta cukup serba-serbi namun masih lagi belum berumah tangga? Jawapannya mudah, kerana dia tidak pasti bagaimana untuk menyelami jiwa kompleks seorang wanita.", "Kali ini MASKULIN berikan sedikit tip & trik bagaimana nak buat wanita mudah jatuh hati pada anda.", "Di zaman moden kini, nak tahu sesuatu tidak sesukar dahulu, anda hanya dapatkan nama social media miliknya dan anda bebas untuk ketahui minat serta kesukaannya. Namun, harus ada titik sempadan terhadap cari dan stalker. Di instagram contohnya, bila tengah usha gambar, kawal jari agar tidak sengaja ter ‘like’ gambar lama milik wanita idaman anda.", "Bila sudah ada peluang untuk berjumpa dengannya. Pastikan anda buat dia rasa selesa dengan kehadiran anda. Waktu macam ini kawal segala tingkah laku pelik anda. Apa yang penting adalah untuk pastikan dia selesa serta mempunyai peluang untuk janji temu kali kedua.", "Pastikan ketika bersama dengannya, anda letakkan phone dalam keadaan silent mode. Hanya periksa telefon bila dia tidak bersama anda contohnya bila dia ke tandas atau sebagainya. Wanita memang dahagakan perhatian, sebab itu bila dia bercakap, pastikan anda tenung matanya dan fokus setiap butir bicaranya. Sekurang-kurangnya, dari 10 point, dapat 7 sudah memadai. Dia pun tidak rasa seperti anda tidak mempedulikannya.", "Bila anda sudah mula serius dengannya, pastikan segala apa yang tidak disukainya anda sudah peka. Ini untuk mengelakkan anda daripada tidak sengaja terbuat kerana wanita sangat particular dengan perkara sebegini. Contoh paling mudah, berkata benar walaupun pahit.", "Jika step ini anda sudah mahir, tidak lama lagi rakan anda bakal menikmati nasi minyak di kenduri perkahwinana anda. Wanita bila sudah suka dan bersedia, dia pasti akan cuba mengajak anda untuk bertemu keluarganya. Tahniah bro.", "Lelaki dinasihatkan jangan gelojoh. Semuanya mengambil masa. Sesuatu yang baik tidak datang dengan segera. Percayalah." ]
https://www.maskulin.com.my/melakukan-aktiviti-berbasikal-cara-selamat-beradab-barulah-tak-dikecam-masyarakat/
Melakukan Aktiviti Berbasikal Cara Selamat & Beradab, Barulah Tak Dikecam Masyarakat
[ "Tidak dapat dinafikan sejak beberapa tahu ini aktiviti berbasikal menjadi semakin popular. Jika anda lihat sebelum pandemik COVID-19 bermula, jumlah jumlah penunggang basikal yang semakin ramai dapat dilihat di atas jalan raya.", "Antara menjadi faktor populariti ini ialah penglibatan artis dan selebriti laman media sosial yang turut sama aktif berbasikal.", "Namun sudah kerap kita dengar orang tidak selesa dan merasakan jengkel dengan sikap beberapa kerat penunggang basikal yang kadang-kadang tidak mematuhi jalan raya. Ia sekali gus memberikan imej buruk kepada aktiviti yang cukup menyihatkan ini.", "Jadi untuk elak perkara tersebut MASKULIN ingin kongsi beberapa tip berbasikal dengan selamat demi keselamatan anda dan juga pengguna jalan raya.", "SENTIASA PATUHI PERATURAN JALAN RAYA", "Tidak semestinya kenderaan anda tidak berenjin maka tidak perlu patuh undang-undang jalan raya. Sepanjang berbasikal di atas jalan raya ingatlah untuk sentiasa patuhi peraturan jalan raya. Patuhi undang-undang agar aktiviti anda lebih selamat dan menyeronokkan.", "ELAK GUNA FON TELINGA", "Menggunakan fon telinga kini bagaikan sudah menjadi trend wajib bagi penggiat aktviti senaman. Ini termasuklah di lalangan penunggang basikal. Namun sedarkah anda bahawa menggunakan fon telinga boleh menyebabkan anda kurang peka dengan keadaan sekeliling?", "Penggunaan fon telinga mengganggu keselamatan pelumba secara individu. Alunan muzik tersebut boleh mengganggu pendengaran, fokus dan konsentrasi ketikan mengayuh basikal di atas jalan raya.", "USAH MEMOTONG DARI BAHAGIAN KIRI", "Demi keselematan anda, elakkan memotong kenderaan bermotor atau tidak bermotor dengan menggunakan bahagian kiri dari tepi jalan. Selain boleh membahayakan diri anda kerana boleh terjadinya kemalangan, anda juga boleh mendatangkan kecederaan kepada orang lain.", "BERSEDIA UNTUK BREK", "Malang tidak berbau, namun sekurang-kurangnya kita boleh sentiasa bersedia berdepan dengan apa jua senario. Pertama sekali pastikan basikal mempunyai brek di bahagian hadapan dan belakang. Paling penting pastikan ia berfungsi dengan baik. Ketika berbasikal di atas jalan raya, pastikan tangan anda sentiasa bersedia pada brek agar anda boleh hadapai keadaan brek mengejut.", "PAKAI PAKAIAN SESUAI", "Faktor pakaian juga amat penting bagi memastikan keselamatan dan juga kelancaran anda semasa mengayuh. Usah risau dengan harga kerana terdapat banyak pilihan yang berpatutan di pasaran. Baju yang sesuai memastikan kayuhan lebih relaks dan selamat. Pilih juga pakaian yang berwarna cerah akan anda mudah kelihatan di kalangan pengguna jalan raya yang lain.", "LAMPU BASIKAL", "Menunggang di waktu malam juga sangat popular sekarang. Namun ramai tidak sedar menunggang di waktu malam risikonya lebih tinggi. Oleh itu lengkapkanlah basikal anda dengan lampu yang sesuai. Selai lampu hadapan untuk visual lebih terang pastikan lampu di bahagian belakang juga turut tersedia.", "Semoga tip berbasikal yang kami kongsi boleh memberikan pengalaman yang lebih selamat buat anda. Ikuti Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini!", "https://www.youtube.com/watch?v=jMpH_pD6bAk&t=12s" ]
https://www.maskulin.com.my/ingin-bina-body-tegap-persoalannya-perlu-makan-ayam-atau-ikan/
Ingin Bina Body Tegap, Persoalannya Perlu Makan Ayam Atau Ikan Lebih Baik
[ "Ayam atau ikan?", "Itulah dilema yang mungkin menghantui fikiran setiap kali anda ingin memilih menu makanan. Anda mungkin fikir yang mana satu lebih sihat dan berkhasiat?", "Mari kita merungkai persoalan tersebut.", "Ayam", "Ayam mungkin merupakan pilihan utama berbanding ikan secara umum dalam kalangan masyarakat. Ia mungkin disebabkan rasanya yang lebih sedap (sangat subjektif) atau lebih penting adalah harganya yang lebih murah berbanding ikan.", "Jika anda ingin fokus kepada menambah jisim otot tanpa kalori yang tinggi, ayam adalah pilihan yang baik sebagai sumber protein. Namun, sebaiknya adalah membeli ayam tanpa kulit untuk pilihan yang lebih sihat. Selain itu, ayam juga kaya dengan vitamin B.", "Salah satu daripada isu yang timbul adalah banyak ayam yang diternak secara komersial diberikan antibiotik dan hormon pembesaran. Ayam yang dijual mungkin tidak 100% semula jadi. Oleh itu, sila berhati-hati dalam memilih jenis ayam.", "Ikan", "Ikan sememangnya sumber protein yang tinggi. Selain itu, ia mempunyai kandungan yang sangat penting iaitu omega 3 yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Antara manfaat omega 3 adalah meningkatkan memori, mengurangkan keradangan dan memberikan jantung yang lebih sihat.", "Sesetengah ikan mungkin mempunyai lebih vitamin B. Contohnya, kandungan vitamin B-12 di dalam ikan salmon adalah lebih tinggi berbanding ikan lain dan juga ayam. Ikan ini juga kaya dengan vitamin D yang penting untuk kesihatan tulang.", "Antara kebimbangan yang ada pada ikan adalah kandungan merkuri yang terdapat di dalamnya. Beberapa jenis ikan mengandungi kadar merkuri yang tinggi termasuk makarel raja, ikan yu, tilefish dan ikan todak. Ibu mengandung terutamanya harus elakkan pengambilan ikan dengan kandungan merkuri yang tinggi.", "Apakah pilihan terbaik?", "Realitinya, tiada satu pun makanan yang boleh membekalkan semua jenis nutrien kepada badan kita. Oleh sebab itu, kita perlu mengambil pelbagai jenis makanan bagi memastikan semua jenis nutrien dapat diperoleh. Sama juga seperti ayam dan ikan. Jika ingin dibandingkan, kedua-duanya tidak jauh berbeza. Kemungkinan ikan mendahului ayam dari sudut omega 3.", "Walau bagaimanapun, mengambil kedua-duanya secara bergilir adalah cara yang terbaik agar khasiat daripada keuda-duanya dapat dimanfaatkan. Tapi jangan sampai berlebihan!" ]
https://www.maskulin.com.my/bicara-tentang-kerjaya-cabaran-pandemik-hubungan-romantis-bersama-pelakon-kacak-miller-khan/
Bicara Tentang Kerjaya, Cabaran Pandemik & Hubungan Romantis Bersama Pelakon Kacak, Miller Khan
[ "Segak, tampan, bergaya dan memiliki fizikal menarik. Itu semua kombinasi yang cukup membuatkan seorang lelaki menjadi tumpuan ramai. Namun apa yang menjadikan seorang lelaki itu lebih tampil MASKULIN ialah personaliti, kredibiliti serta kemampuannya untuk mencipta karier serta persona tersendiri.", "Bagi Miller Khan atau nama sebenarnya, Mohammad Suhaemi bin Ali Dad Khan, kelebihan itu merupakan satu bonus untuk dirinya. Kejayaannya mencipta nama di negara seberang, Indonesia membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimankah dia mampu melakukannya. Tidak mudah untuk menembusi pasaran dunia hibiran di sana namun dengan kesungguhan serta azam yang kuat, ia bukanlah satu perkara mustahil buat Miller Khan.", "Namun berdepan pandemik yang kini melanda dunia, industri hiburan berdepan dengan satu fasa yang tidak menentu. Malah, ia turut sedikit sebanyak memberikan kesan kepada Miller Khan sendiri. Ikuti temu bual MASKULIN bersama aktor kacak, Miller Khan yang bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.", "Boleh kongsi apakah projek terkini anda dalam dunia seni?", "Hai, MASKULIN! Jadi untuk tahun ini filem lakonan saya berjudul ‘Eyang’ akan ditayangkan pada 8 Oktober 2021. Selain itu saya juga ada berlakon di dalam drama mini siri superhero bertajuk. Confined’. Namun untuk drama superhero tersebut masih belum ada tarikh rasmi untuk tayangannya. Dan saya juga ada terlibat dengan drama webseries VIU berjudul ‘Assalamualaikum Calon Imam’ musim ke-2 yang dijadualkan akan ditayangkan akhir tahun ini.", "Adakah Miller teringin untuk kembali dan mencipta nama di tanah air sendiri suatu hari nanti? Bila agaknya masa itu akan tiba?", "Ya! Memang itulah apa yang saya harapkan. Teringin sekali. Buat sementara waktu saya memang berukang alik dari Indonesia ke Malaysia. Kali terakhir saya melakukan penggambaran di Malaysia ialah ‘The Bridge 2’, produksi dari Double Vision untuk VIU dan HBO Asia.", "Jika ada kesempatan dan tawaran yang sesuai saya akan ambil. Apatah lagi jika penggambaran dekat dengan keluarga saya. Bolehlah melepaskan rindu dengan makanan Malaysia juga. Saya sentiasa terbuka untuk menerima tawaran darimana-mana produser.", "Cabaran berdepan pandemik COVID-19, sejauh mana ia menjejaskan karier serta kehidupan peribadi?", "Secara peribadinya saya tidak menganggap ia sebagai suatu hal yang menjejaskan untuk karier. Bagi saya mungkin inilah masa untuk saya disuruh berehat dulu, bercermin diri dan bermunasabah. Setiap perkara yang berlaku pati ada hikmahnya. Dan tengok umur sekarang memang waktunya sesuai untuk saya kahwin.", "Selepas menempa nama di Indonesia, apakah kesukaran yang anda hadapi untuk kembali tembusi industri hiburan di Malaysia?", "Seperti yang sudah diketahui mungkin belum banyak yang boleh menerima saya dengan apa adanya. Ini teritamanya dari segi penampilan luaran saya. Tapi setakat ini, not bad-lah ada saja shooting di Malaysia. Kalau ada karakter gangster memang ‘ngam’ la tu. (Ketawa)", "Industri hiburan merupakan antara yang paling teruk terjejas dengan Covid-19, pada pendapat anda bagaimana artis/selebriti dapat bangkit semula untuk bina kehidupan pasca pandemik?", "Apa yang paling penting ialah kita harus selalu bersyukur kerana masih diberikan kesihatan, masih diberi umur yang panjang dan jangan putus asa. Badai ini pasti akan berlalu. Kita juga harus lebih pandai mencari kesempatan memanfaatkan situasi sekarang untuk memperkembangkan skil-skil baru. Sentiasa berkomunikasi dengan rakan-rakan seniman dan ikutipelbagaiplatform pembahasan tentang situasi sekarang yang sesuai dengan bidang kita.", "Mempunyai tubuh badan yang tegap dan segak merupakan satu komitmen yang tinggi. Bagaimana anda kekalkan bentuk tubuh yang baik?", "Saya jadikan ia sebagai satu gaya hidup. Melakukan senaman juga memiliki beragam variasi dan cabang. Contohnya melakukan aktviti angkat beban. Untuk lebih menarik cari aktiviti yang disukai dan pelajarinya kemudian join komuniti yang memiliki minat sama. Ia bagi membantu kita lebih bermotivasi dan positif. Sentiasa enjoy perkembangan dari semasa ke semasa. Enjoy the progress!", "Apakah senaman kegemaran yang jadi pilihan dan adakah anda turut aktif dengan seni bela diri?", "Saya suka melakukan latihan body weight atau calisthenics. Ini kerana ia tidak membosankan disamping membentuk tubuh kita jg belajar skil-skil unik. Komunitinya juga cukup ramai di Malaysia. Manakala seni bela diri pula saya masih freestyle dan basic. Menerusi drama mini siri lakonan terbaru, saya melakukan sendiri aksi gasak. Jadi jangan lupa menontonnya ya!", "Boleh kongsi berapa kerap anda bersenam dalam seminggu serta boleh kongsikan jenis senaman setiap kali melakukan rutin senaman?", "Saya bersenam setiap hari paling cepat 20 minit dan paling lama 2 jam. Kebiasaannya saya bersenam di mini gym peribadi di depan halaman rumah. Paling basic saya lakukan streching dulu, kemudian diikuti dengan jumping jacks 20×3. Disusuli body weight squats 15×3,high knee running 20 saat x 3 untuk naikkan adrenalin. Dan akhir sekali barulah lakukan angakatan beban.", "Boleh kongsi pula tentang diet pemakanan anda dalam usaha untuk menjaga bentuk badan yang baik?", "Kalau saya jarang diet, cuma saya kawala jumlah pengambilan makanan. Contohnya nasi goreng satu pinggan saya makan setengah sahja. Dan saya juga amalkan minum air yang banyak dan makan buah. Apa yang penting sering bersenam, tidur yang cukup. Dan jika ada projek atau penggambaran saya akan lakukan diet high protein moderate carbs low fat atau amalkan intermittent diet.", "Pesanan kepada pembaca MASKULIN yang ingin memiliki bentuk badan menarik seperti anda.", "Jangan makan atau ambil ‘racun-racun’ kimia olahraga seperti steroid dan segala macam lagi. Ia boleh memudaratkan kesihatan dan percayalah, it;s not worth it . Work it out naturally and enjoy every step of it!", "Anda bakal melangsungkan perkahwinan tidak lagi. Bagaimana persiapan setakat ini?", "Alhamdulillah berjalan lancar, persiapan sudah siap kira-kira. Sama-sama doakan ia berjalan lancar ya.", "Kongsikan sedikit mengenai tema majlis anda nanti?", "Tema majlis kami adalah rustic atau fairytale ala-ala Disney dan Lord of the Ring.", "Momen paling romantis anda lakukan pada pasangan, Farina Rebcecca?", "Percaya atau tidak, saya melamar dia pada ketinggian 10,000 kaki di udara di dalam helicopter. Itulah bagi saya yangpaling romantis.", "Apa yang membuatkan anda jatuh hati pada bakal isteri, apakah yang membuatkan anda anda terpikat.", "Dia seorang yang lemah lembut, memiliki hati yang tulus, menerima saya dengan apa adanya, seorang yang manis bak kapas putih yg tak berdosa (ketawa). Dialah umpana Puteri Disney yang bila saya pandang sejuk dan tenang saja rasa hati ini." ]
https://www.maskulin.com.my/rasa-cepat-marah-selalu-haus-itu-salah-satu-petanda-penyakit-kencing-manis/
Rasa Cepat Marah & Selalu Haus, Itu Salah Satu Petanda Penyakit Kencing Manis!
[ "Kencing manis atau diabetes merupakan penyakit yang memberikan komplikasi yang cukup buruk kepada penghidapnya. Ia merupakan penyakit yang serius berlaku disebabkan paras gula dalam badan yang tinggi.", "Dan diabetes juga menjadi salah satu faktor utama terjadinya sakit jantung dan juga angin ahmar. Ramai yang beranggapan hanya orang yang berbadan besar sahaja mempunyai risiko diabetes. Namun anda silap kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Jika anda terutama tidak menjaga makan dan banyak mengambil makanan bergula maka risiko anda lebih tinggi.", "Ramai juga lelaki terutamanya di peringkat usia muda seakan-akan tidak percaya bahawa mereka juga terdedah dengan diabetes. Jika anda mempunyai petanda-petanda di bawah, silalah segera mendapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut dengan doktor.", "Turun Berat Badan Tiba-Tiba", "Perkara ini berlaku apabila anda kehilangan kalori dalam air kencing dan anda tidak menyerap semua kalori daripada gula dalam darah. Hal boleh berlaku kerana badan mempunyai paras gula (glukosa) yang tinggi. Hal ini juga boleh apabila terjadi kekurangan hormon Insulin atau keberkesanan fungsi Insulin yang menurun dengan mendadak.", "Selalu Rasa Letih", "Salah satu petanda yang paling ketara bagi seseorang yang menghidap kencing manis ialah akan berasa cepat letih. Perkara yang berlaku seperti ini merupakan satu hal yang serius kerana ia mungkin disebabkan makanan yang anda makan tak dipecahkan dan digunakan oleh sel-sel di dalam badan secara menyeluruh.", "Sering Rasa Haus", "Penghidap kencing manis juga sering berdepan masalah ini. Apabila membuang air kecil dengan banyak ia akan menyebabkan badan anda kehilangan air dan akan menyebabkan rasa dahaga. Menurut statistik, kebanyakan penghidap penyakit diabetes juga kerap cuba menghilangkan rasa meminum air manis. Dan ini akan memburukkan lagi keadaan.", "Mudah Marah", "Kalau anda sendiri perasan diri sering marah-marah maka perlulah ambil perhatian. Penghidap kencing manis pada tahap awal akam sering berasa tidak senang duduk dan ada gejala kemurungan. Anda berasa letih dan tak mahu berbuat apa-apa malah rasa malas nak keluar daripada rumah dan nak tidur saja.", "Luka Susah Sembuh", "Jika anda mengalami apa-apa kecederaan dan medapati ia sukar sembuh maka ada something wrong. Sistem imun di dalam badan anda dan juga proses merawat luka pada badan tidak berjalan dengan baik apabila anda memiliki paras gula yang tinggI. Pesakit diabetes mempunyai parut luka yang jelas kerana proses penyembuhan yang perlahan.", "Penglihatan Terjejas", "Semasa peringkat awal diabetes, kanta mata anda tak dapat memberi fokus dengan baik kerana glukosa terkumpul di bahagian mata. Lalu ia menyebabkan bentuk asal kanta mata berubah untuk sementara waktu. Selepas enam ke lapan minggu mata anda akan pulih seperti biasa. Tapi anda jangan risau kerana diabetes tak akan menyebabkan anda buta." ]
https://www.maskulin.com.my/maksud-red-dot-yellow-dot-pada-tayar-baru-rupanya-ada-fungsi-tersendiri/
Maksud ‘Red Dot’ & ‘Yellow Dot’ Pada Tayar Baru, Rupanya Ada Fungsi Tersendiri
[ "Jika anda memiliki kereta pastinya salah satu tanggungjawab yang tidak akan dapat lari ialah penjagaan servis dan komponen kereta yang perlu dipastikan baik.", "Salah satu komponen kereta yang sangat penting bagi memastikan pemanduan lebih lancar dan selamat ialah tayar. Kebiasaannya setiap dua atau tiga tahun kita perlu menukar taya baharu – bergantung kepada jarak perjalanan dan corak pemanduan.", "Ketika anda menukar tayar kereta yang baharu pernah tak anda perasan terdapat dua titik yang berwarna kuning dan merah di bahagian sisi tayar?", "MASKULIN yakin ramai di antara anda pasti perasan akan kewujudan dua ‘dot’ berwarna merah dan kuning ini tapi tidak tahu apa maksudnya.", "FAKTOR KESEIMBANGAN", "Kebanyakan tayar yang dihasilkan di kilang dan dipasarkan didapati mempunyai dua titik besar atau ‘dot’ yang berwarna merah dan kuning. Ketika tayar dihasilkan kebanyakannya tidak mempunyai faktor keseimbangan atau balance yang baik.", "Oleh sebab itu kebanyakan pengeluar tayar meletakkan ‘yellow dot’ dan ‘red dot’ dengan menggunakan cat pada bahagian sisi tayar. Jika tanda ini selari dengan poin tertentu pada tayar atau rim ia mampu mengurangkan yang diperlukan untuk imbangkan kereta.", "Dalam erti kata lain ia berfungsi bagi membantu mendapatkan balancing yang sempurna. Secara tidak langsung membantu mekanik atau juru teknik tayar untuk melakukan proses balancing dengan mudah dan baik.", "YELLOW DOT", "Apabila tayar dihasilkan di kilang hampir semua tidak mempunyai keseimbangan yang baik. Oleh sebab itu kebanyakan pengeluar akan meletakkan titik kuning pada bahagian tayar yang mempunyai berat paling sedikit.", "Apabila memasang tayar kita harus pastikan untuk menyusun titik kuning ini dengan batang injap kerana ini adalah titik paling berat roda. Dengan menjajarkan tempat paling ringan pada tayar dengan titik paling berat pada roda, imbangan tayar atau roda adalah hampir optimum.", "Jadi, anda tidak akan menggunakan seberapa banyak pemberat di sekeliling roda untuk mengimbangi tayar dan roda. Berat yang lebih sedikit menjadikan roda lebih seimbang, yang kemudiannya bermakna perjalanan yang lebih senyap, lebih selesa dan tayar yang tahan lebih lama.", "RED DOT", "Dengan cara yang sama bahawa tayar tidak pernah seimbang dengan sempurna dari pengeluar, tayar juga tidak pernah bulat sempurna walaupun ia adalah tayar baharu. Tayar mempunyai titik tinggi dan rendah yang berlaku di mana tali pinggang bercantum dan titik ini boleh menyebabkan getaran apabila tayar bergolek.", "Titik merah ini menunjukkan titik tinggi tayar. Selalunya roda juga akan mempunyai titik—sama ada titik gerudi atau pelekat untuk menunjukkan titik rendahnya; jika anda mempunyai tanda ini, anda harus menyelaraskan titik merah dengan tanda pada roda dan mengabaikan titik kuning. Dengan melakukan ini anda meminimumkan getaran yang disebabkan oleh titik tinggi tayar.", "RED OVER YELLOW", "Jika kedua-dua titik merah dan kuning kelihatan pada tayar anda dan anda tidak mempunyai sebarang titik atau tanda pada roda anda, merah diutamakan daripada kuning dan anda harus menyelaraskan titik merah dengan batang injap. Membatalkan titik tinggi lebih diutamakan daripada titik paling ringan tayar yang boleh ditangani dengan berat roda.", "Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak mampu memberikan pencerahan kepada anda. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN!" ]
https://www.maskulin.com.my/bumi-selamat-ke-black-widow-lelaki-separa-sedar-akibat-bius-buat-warganet-terhibur/
“Bumi Selamat Ke Black Widow?”, Lelaki Separa Sedar Akibat Bius Buat Warganet Terhibur
[ "Tak dapat dinafikan empayar filem Marvel Studio telah banyak mencorakkan serta merevolusikan industri perfileman global. Bermula dengan filem ‘Iron Man’ pada tahun 2008 tidak banyak harapan yang diberikan kepada karakter dianggap tidaklah begitu popular.", "Namun dengan formula jalan cerita yang baik, pemilihan pelakon berkualiti serta menghasilakn filem superhero yang sangat menghormati sumber asalnya Marvel Studio kini menjadi penanda aras filem francais terhebat.", "Jadi tak hairanlah filem-filem mereka terutamanya ‘Avengers’ menjadi pujaan ramai peminat di seluruh dunia. Terbaru filem ‘Avengers: Endgame’ menjadi filem kedua paling laris dalam sejarah perfileman dunia.", "“Avengers assemble!”", "Video rakaman yang dimuat naik oleh Fikri Syafiq sendiri memaparkan dia yang berada dalam keadaan separa sedar dan terlantar di katil hospital kerana kesan sampingan ubat bius yang diberikan kepadanya.", "Telatah Fikri yang dalam separa sedar itu turut mencuit hati selepas memanggil doktor wanita dengan gelaran Black Widow.", "“Black Widow nak buat apa ni? Kenapa Balck Widow hidup balik? Black Widow, help me!”", "Itu antara ucapan separa sedar yang diungkapkannya kepada doktor tersebut. Memang brader Fikri ini seorang peminat sejati Avengers nampaknya. Sampai dalam keadaan separa sedar pun masih ingat akan jalan cerita dan karakter Avengers!", "MASKULIN juga tertarik dengan doktor yang digelar Black Widow tersebut dengan meyakinkan Fikri bahawa bumi selamat dari serangan makhluk asing.", "Ketika dihubungi Harian Metro, Fikri Syafiq berkata dia memang seorang peminat tegar filem-filem Marvel Studio terutamanya Avengers. Dua rakaman video tersebut dilakukan selepas dia menjalani pembedahan akibat jangkitan kuman pada Jumaat lalu.", "Kami di team MASKULIN mendoakan agar Fikri cepat sembuh dan terus menjadi peminat Avengers yang awesome. Diharap pihak Disney Malaysia yang menjadi pengedar filem-filem Marvel Studio boleh membawa Fikri ke tayangan premier filem mereka pada masa akan datang.", "Kredit: Fikri Syafiq (@fikrisyafiq92) & Harian Metro" ]
https://www.maskulin.com.my/mohon-terasa-mereka-yang-mempunyai-masalah-kaki-berbau-baca-ini/
Mohon Terasa Mereka Yang Mempunyai Masalah Kaki Berbau, Baca Ini!
[ "Pertama sekali, anda perlulah menjaga kebersihan kaki anda. Antara perkara yang anda boleh lakukan adalah:", "Bunyi macam mudah, tetapi sekadar memberus dengan air sabun semasa mandi masih tidak memadai. Tujuan utama adalah untuk menghilangkan bakteria dan sel kulit mati pada kulit.", "Jadi, apabila anda membasuh kaki anda, exfoliate sekali dengan tuala, berus dan lain-lain. Jangan lupa untuk berus celah jari kaki ya.", "Apabila sudah selesai membersihkan kaki, maka sebaiknya anda mengeringkannya dengan sempurna. Kelembapan, tidak kiralah ia peluh atau air, ia boleh menjadi tempat pembiakan bakteria.", "Oleh itu, ambil sedikit masa untuk mengeringkan kaki anda dengan sempurna dan jangan lupa, celah jari kaki!", "Bunyi macam pelik, tetapi percayalah bahawa sanitizer tangan yang baik boleh membunuh kuman yang terdapat pada kaki dan mencegah pembiakan/pertumbuhan bakteria.", "Jenis antiperspirant yang anda letak di bawah ketiak itu juga boleh digunakan pada kaki. Cuma pastikan anda menyediakan yang khusus untuk ketiak dan khusus untuk kaki.", "Sapukannya pada kaki yang kering dan bersih pada waktu malam. Ia boleh membantu kaki anda untuk kekal kering dan segar sepanjang hari.", "Anda juga boleh menggunakan beberapa serbuk di bawah untuk menghilangkan bau kaki. Antaranya adalah:", "i. Bedak – ia boleh mengeringkan kaki anda, pada masa yang sama mempunyai wangi-wangian.\nii. Baking soda – memberikan sifat alkali yang tidak sesuai untuk bakteria.\niii. Corn starch (kanji jagung) – membantu menyerap peluh.", "Selain daripada penjagaan kebersihan kaki, anda juga perlu titikberatkan kebersihan kasut dan selipar anda. Berikut adalah beberapa cadangan:", "Memakai sandal atau selipar membenarkan peredaran udara sekitar kaki anda, menjadikannya sejuk dan mencegah daripada mengeluarkan peluh yang banyak. Apabila anda berpeluh, ia akan cepat kering kerana persekitaran membantu.", "Stoking menyerap peluh apabila anda memakainya, dan ia akan kering apabila anda membukanya. Apabila anda memakai kembali stoking yang sudah digunakan semalam, ia akan mengeluarkan bau peluh.", "Oleh itu, tukar stoking setiap hari, terutama apabila kaki anda berpeluh dengan banyak.", "Semasa anda membasuh stoking pula, pastikan anda terbalikkannya, agar sel kulit mati boleh dikeluarkan dengan sempurna.", "Pada masa yang sama, cuba dapatkan stoking yang diperbuat daripada benang atau bulu. Jenis kain yang tidak menyerap, seperti nilon boleh memerangkap kelembapan pada kaki anda.", "Baking soda boleh menyerap kelembapan dan bau pada stoking. Setelah anda gunakan stoking, anda boleh letakkan baking soda padanya.", "Anda dinasihatkan agar bertukar-tukar kasut agar boleh memberikan masa untuknya kering.", "Basuh dengan sabun dan rendamnya semalaman. Kemudian, pastikanya betul-betul kering sebelum anda menyarungnya.", "Apabila ada peluang, buka kasut anda. Ini boleh membantu kaki dan kasut anda kekal kering.", "Mahukan cara alternatif untuk menghilangkan bau kaki? Berikut adalah beberapa cara yang boleh diguna pakai.", "Masukkan 2 sudu teh peluntur ke dalam satu gelen air suam. Celupkan kaki anda ke dalam air tersebut selama 5-10 minit setiap hari selama seminggu.", "Gunakan peluntur semasa mencuci stoking anda. Rendamkannya selama 30 minit, kemudian bilas. Keringkan dengan sempurna sebelum memakainya semula.", "Rendamkan kaki anda ke dalam teh selama 30 minit setiap hari selama seminggu. Tannic acid yang terkandung di dalam teh boleh mengeringkan kulit anda.", "Masukkan satu sudu besar untuk setiap 1 liter air. Kemudian, rendamkan kaki anda selama 30 minit.", "Selepas rendaman, biarkannya kering tanpa sebarang bilasan.", "Masukkan satu sudu teh serbuk baking soda untuk setiap 1 liter air. Kemudian rendamkan kaki anda.", "Ia boleh memberikan kulit anda lebih beralkali, yang mana boleh mencegah pembiakan bakteria.", "Kali ini, ia akan menyebabkan kulit lebih berasid. Apabila kulit terlalu berasid, ia tidak sesuai untuk pembiakan bakteria. Tiada bakteria, tiada bau.", "Masukkan 1/2 sudu cuka untuk setiap 1 liter air. Kemudian, celupkan kaki anda.", "Masukkan bedak bayi atau baking soda ke dalam kasut dan stoking anda boleh mempercepatkan proses pengeringan.", "Tips Tambahan Atasi Kaki Berbau", "1. Sekiranya anda dalam keadaan terdesak, boleh gunakan tisu swipe untuk membersihkan kaki.", "2. Pastikan anda mendapat nutrisi zink yang mencukupi, kerana kekurangannya boleh menyebabkan kepada bau kaki.", "3. Gunakan deodorant yang bersifat pepejal, bukannya cecair.", "5. Basuh kaki sekurang-kurangnya sekali sehari.", "6. Kerapkan bertukar stoking.", "7. Jangan sesekali pakai kasut tanpa stoking.", "8. Sentiasa bawa stoking lebihan.", "Amaran", "1. Bau kaki boleh juga disebabkan oleh jangkitan atau ringworm, sila dapatkan pemeriksaan daripada doktor.", "2. Semasa mencuci kaki semasa mandi, berhati-hati kerana ia lebih licin dengan sabun di kaki.", "SUMBER : PETUA SAYA" ]
https://www.maskulin.com.my/volvo-selekt-tawar-kereta-terpakai-dengan-jaminan-kualiti-hebat/
Volvo SELEKT Tawar Kereta Terpakai Dengan Jaminan Kualiti Hebat
[ "Memiliki kereta terpakai merupakan salah satu pilihan ramai orang terutamanya yang ingin merasa menggunakan kereta kelas premium. ", "Namun sejauh mana tahap kualiti kereta terpakai yang dijual pastinya menjadi perkara cukup dirisaukan pengguna. ", "Bagi Ingress Swede Automobile, mereka menawarkan solusi tersebut. Tawaran terbaharu menerusi program Volvo SELEKT beroperasi di Mutiara Damansara.", "Ia menyaksikan pelbagai seleksi kereta mewah terpakai Volvo ditawarkan. Program ini menampilkan pelbagai kenderaan Volvo terpakai berkualiti tinggi yang melalui ujian dan pemeriksaan menyeluruh. ", "Volvo SELEKT menetapkan standard kecemerlangan dan keselamatan dalam pasaran kereta mewah terpakai di Malaysia. ", "Mereka turut menjanjikan  perkhidmatan yang profesional dan ketenangan dalam setiap pembelian.", "Menurut Pengarah Urusan Ingress Swede Automobile, Rabian Ab Rahman, “Sebagai pengedar sah untuk Volvo Car Malaysia, kami sentiasa berusaha meneroka peluang baharu agar terus berkembang dan berinovasi dalam industri automotif di Malaysia. ", "“Kami percaya bahawa kejayaan yang dicapai adalah bergantung pada keupayaan kami untuk berada selangkah ke hadapan dan memahami keperluan pelanggan, dan kerana itulah kami amat berbesar hati melancarkan program kenderaan pra- milik Volvo SELEKT,” jelasnya lagi.", "Setiap kenderaan Volvo terpakai di bawah program SELEKT menjalani proses ujian dan pemeriksaan menyeluruh 125 mata untuk memastikan ia memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan tertinggi. ", "Ia juga hadir dengan jaminan minimum selama 12 bulan, perkhidmatan bantuan tepi jalan 24 jam, hanya kenderaan bebas kemalangan dan banjir yang diluluskan dengan jaminan kurang dari 5 tahun atau 100,000 km jarak perbatuan, serta pelbagai pilihan pembiayaan yang sesuai dengan keperluan dan bajet yang berbeza.", "Berikut adalah kelebihan istimewa yang ditawarkan oleh program Volvo SELEKT Ingress Swede Automobile:”", "▪ Pemulihan dengan teliti: Semua kenderaan di bawah program Volvo SELEKT diubahsuai dengan teliti menggunakan hanya bahagian dan aksesori tulen Volvo semasa proses pemulihan dengan peningkatan perisian terkini, memastikan mereka berada dalam keadaan sempurna dan sedia untuk dinikmati oleh pemilik baru.", "▪ Rekod jarak perjalanan dan sejarah penyelenggaraan: Semua kenderaan di bawah program SELEKT akan menjalani pengesahan rekod jarak perjalanan dan sejarah penyelenggaraan untuk memastikan kualiti terbaik kenderaan yang ditawarkan kepada pelanggan.", "▪ Pakej perkhidmatan: Pakej Perkhidmatan Penyelenggaraan Volvo (VSA)-5 atau 3 ditawarkan untuk mengurangkan kos pemilikan jangka panjang bagi pemilik baru. Kenderaan Volvo SELEKT juga dilengkapi dengan pakej penyelenggaraan percuma selama sekurang-kurangnya 1 tahun.", "▪ Pakar yang sah dan terlatih: Warga kerja di pusat servis Volvo SELEKTS yang terlatih dan berkemahiran tinggi untuk menjelaskan semua ciri dan fungsi kenderaan secara terperinci, demi memastikan pelanggan mempunyai pemahaman yang menyeluruh tentang kenderaan mereka.", "▪ Lokasi strategik: Terletak di Lembah Klang, menjadikannya mudah diakses oleh pelanggan." ]
https://www.maskulin.com.my/tak-perlu-kumur-dengan-banyak-air-doktor-gigi-kongsi-cara-sebenar-gosok-gigi/
‘Tak perlu kumur dengan banyak air’, Doktor Gigi Kongsi Cara Sebenar Gosok Gigi
[ "Pernah dengar, berus gigi tetapi masih lagi ada kesan mulut berbau. Ini kerana mungkin terdapat kesilapan ketika memberus gigi. Selain itu, ada juga orang yang memberus gigi tidak berus sepenuhnya kerana selalu tertinggal untuk memberus bahagian yang sukar seperti bahagian belakang gigi geraham.", "Terdapat juga mitos yang tidak benar bahawa tertelan flourida yang ada dalam ubat gigi boleh buat anda sakit perut. Disebabkan itu, seorang Doktor Gigi iaitu Dr. Ibrahim Syah berkongsi melalui twitter thread miliknya cara betul menjaga kesihatan gigi.", "Ikuti perkongsiannya melalui thread ini:" ]
https://www.maskulin.com.my/jejaka-berambut-panjang-ikuti-6-cara-terbaik-untuk-menjaga-rambut-kesayangan-anda/
Jejaka Berambut Panjang, Ikuti 6 Cara Terbaik Untuk Menjaga Rambut Kesayangan Anda
[ "Bila bercakap tentang penjagaan rambut panjang mungkin ramai di antara anda memikirkan tentang produk-produk kecantikan wanita.", "Tapi sebenarnya bukan wanita sahaja yang begitu teliti dalam penjagaan rambut. Begitu juga dengan lelaki. Kalau suatu ketika dahulu imej berambut panjang terlekat dengan stigma negatif, tetapi sekarang sudah banyak berubah.", "Malah sudah banyak lelaki yang menceburkan diri dalam profesion profesional bergaya dengan rambut panjang. Tapi adakah penjagaan rambut panjang untuk golongan lelaki berbeza dengan wanita?", "Sejujurnya ia tidaklah jauh berbeza tetapi disebabkan lelaki lebih mudah berpeluh dan terdedah dengan pelbagai aktiviti harian yang lasak mungkin cara penjagaan itu sedikit lain.", "Anda yang berambut panjang atau berkira-kira nak simpan rambut boleh amalkan 6 tip di bawah!", "Produk Sesuai", "Kalau nak berambut panjang pastinya anda harus bijak memilih produk penjagaan rambut yang sesuai. Seloknya guna produk yang bebas daripada bahan kimia merbahaya. Pilihlah produk yang berasaskan sumber semulajadi.", "Cuci Cara Betul", "Selama ini adakah anda guna teknik yang betul ketika mencuci rambut? Cara yang betul ialah pertama mencuci rambut dengan membilas keseluruhan rambut dengan air sedikit suam. Ini dapat membuka liang-liang pori yang tersumbat dan membebaskan segala jenis kotoran pada kulit kepala. Ketika guna syampu, lakukan urutan lembut menggunakan jari kepada kulit kepala. Akhir sekali, bilas dengan air sejuk supaya pori kembali tertutup.", "Guna Sikat Yang Betul", "Menggunakan sikat yang betul juga memainkan peranan sangat penting untuk pastikan rambut sentiasa terurus dan kekal sihat. Gunakan sikat jenis wide-tooth combs untuk rambut yang panjang. Mula menyisir pada bahagian hujung rambut dahulu bagi mengurangkan masalah kerosakan pada rambut. Elakkan menyisir rambut ketika ianya masih basah kerana rambut yang basah lebih rapuh dan sukar diurus.", "Kurangkan Guna Curling Iron & Dryer", "Kalau boleh elakkan guna sebarang peralatan yang mengeluarkan haba panas ketika mendandan rambut. Haba boleh menyebabkan rambut anda menjadi kering dan mudah putus. Jika anda nak guna dryer pastikan ia berada di paras paling rendah.", "Minyak Kelapa", "Perlu akui tak ramai orang Melayu menggunakan minyak kelapa untuk rambut terutamanya lelaki. Namun minyak kelapa mampu membantu meningkatkan mengekalkan protein dalam rambut malahan, berperanan sebagai pelindung daripada sinaran UV merbahaya. Ia juga kaya dengan vitamin dan asid lemak bagi menyihatkan kulit kepala dan menghilangkan sebum pada folikel rambut.", "Diet Seimbang & Minum Air Cukup", "Anda adalah apa yang anda makan dan minum. Ingat, segala apa yang anda makan boleh memberikan kesan kepada badan termasuklah rambut. Pastikan juga anda selalu minum air dan tidak terhidrat. Kekal hidrasi sepanjang hari mampu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat." ]
https://www.maskulin.com.my/7-makanan-enak-ubat-darah-tinggi/
7 Makanan Enak Ubat Darah Tinggi
[ "Apakah kesan hypertensi/tekanan darah tinggi?", "Diantara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:", "• Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada\nkeluarga anda dan kerja anda.\n• Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi", "Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?", "90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala\n10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.", "• Sebab yang tidak diketahui (90%)", "• Sebab sekunder (10%)\n1. Penyakit buah pinggang\n2. Penyakit sistem endokrin\n3. Penyakit pembuluh darah", "Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?", "Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan\nanak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah\nseorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.", "1) Daun Saderi\n", "Daun saderi adalah sumber semula jadi natrium tetapi ia juga salah satu makanan yang terbaik untuk menurunkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah.", "Semua makanan semula jadi mengandungi unsur-unsur natrium; natrium adalah mineral yang terdapat di dalam tanah dan dengan itu, makanan tersebut lebih sihat.", "Saderi juga tinggi dengan kalium seperti mana makanan yang berasaskan tumbuhan keseluruhannya. Kalium berfungsi terhadap sodium dan memperbaiki aliran darah dan juga mengurangkan pengekalan air yang disebabkan oleh sodium dalam badan anda.", "Selain itu, saderi juga mempunyai kandungan air yang tinggi, iaitu alkali yang mengimbangi tahap pH darah, dan ia juga meningkatkan fungsi sistem saraf. Yang paling menarik, daun saderi boleh dinikmati sebagai snek atau penambahan rasa kepada sup, salad, dan ia boleh dijadikan jus sayur-sayuran yang sihat.", "2) Sayur Berdaun", "Buatkan untuk diri anda salad, sup, atau smoothie hijau; hanya pastikan anda makan sayur-sayuran berdaun anda setiap hari!", "Sayur-sayuran berdaun seperti bayam, kangkung, sawi – dan juga banyak salad mudah – semua penuh dengan kalium dan sebatian yang menurunkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah.", "Sesetengah sayur-sayuran juga tinggi magnesium dan Vitamin C yang meningkatkan kesihatan sistem saraf dan tekanan darah.", "Target untuk makan 3 cawan sayur-sayuran setiap hari, tidak kira bagaimana anda menikmatinya. Hanya elakkan memasak makanan anda dengan minyak dan lemak yang tidak sihat seperti mentega yang mana semua ini boleh mengakibatkan penyakit hati dan membawa kepada masalah jantung lebih serius.", "3) Pisang", "Pisang terkenal dengan kandungan kalium yang tinggi tetapi ia juga mengandungi banyak nutrien lain yang memberi manfaat kepada jantung anda.", "Pisang adalah sumber magnesium, Vitamin B6 dan asid amino yang juga sangat baik untuk kesihatan sistem saraf. Selain itu, ia membantu mengurangkan kebimbangan yang boleh membawa kepada tekanan darah tinggi.", "Kandungan kalium yang tinggi dalam pisang menjadikannya dapat membantu untuk mengimbangi sodium dalam badan dan ia juga boleh memperbaiki kontraksi otot berdasarkan cara ia meningkatkan aliran darah.", "4) Kentang", "Jika anda tidak suka kentang kerana ia sumber semulajadi karbohidrat kompleks, anda sudah terlepas salah satu makanan yang paling sihat di planet ini. Kentang adalah sumber kalium yang baik dan kandungan dalam kentang adalah tiga kali lebih banyak berbanding pisang!", "Ia juga mengandungi lebih tinggi Vitamin B6 dan zat besi berbanding kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran, dan ia merupakan satu pakej dengan magnesium, copper, dan zinc sebagai bonus. Semua kentang adalah sumber nutrien yang baik, termasuk jenis kentang putih yang ramai orang mengelak untuk makan.", "Jika anda mempunyai paras gula darah yang sensitif, utamakan untuk makan kentang merah, kentang ungu, atau sweet potato yang mempunyai lebih banyak serat dan kurang gula untuk setiap hidangan.", "Selagi anda tidak makan kentang dengan mentega, sour cream dan keju, pengambilan kentang tidak akan menambah berat badan. Gunakan topping seperti herba segar, rempah, dan memerah sedikit limau yang mana cara ini mampu menipu deria rasa anda dengan berfikiran anda hanya makan garam (rasa masam dan garam bersama di atas lidah).", "Pilihan lain adalah untuk memanggang kentang anda atas kuali dengan herba segar dan rempah tanpa garam di mana makanan ini akan memberi satu rasa yang enak.", "5) Epal", "Kandungan epal sangat tinggi kalium dan Vitamin C, dua nutrien hebat untuk meningkatkan kesihatan jantung. Epal juga sumber besar serat dan air yang membantu untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan kolesterol dari badan.", "Adalah yang terbaik untuk memilih epal organik memandangkan epal konvensional adalah salah satu sumber racun perosak yang paling teruk. Makan satu epal sehari adalah cara yang baik untuk melindungi hati dan ia boleh membantu anda menurunkan berat badan juga!", "6) Buah Beri", "Buah beri juga merupakan sumber kalium, Vitamin C, dan banyak mineral lain. Kandungan serat yang tinggi menjadikannya bermanfaat untuk mengurangkan dan mencegah kolesterol tinggi, diabetes, dan penyakit jantung apabila dimakan mengikut diet yang sihat.", "Ia juga merupakan sumber antioksidan yang hebat yang membantu badan berehat dan meningkatkan aliran darah. Hasilnya, ia boleh membantu membuang toksin berbahaya dari badan yang boleh menyebabkan arteri tersumbat (seperti terlalu banyak lemak atau kolesterol) dan meningkatkan kesihatan jantung secara keseluruhan.", "Khasiat lain adalah ia hebat untuk menguruskan berat badan anda dan membantu supaya gula dalam darah anda tidak akan naik mendadak. Nikmati raspberi, beri biru, beri hitam, cranberry, dan strawberi yang segar atau beku bila-bila masa; sekurang-kurangnya 1 cawan ke dalam makanan harian anda atau jadikan makanan ringan untuk manfaat optimum.", "7) Brokoli", "Sayuran yang ramai orang tidak suka ini merupakan salah satu yang terbaik untuk jantung. Brokoli penuh dengan nutrien yang meningkatkan aliran darah seperti potassium, Vitamin C, Vitamin B6, dan ia juga adalah satu sumber serat.", "Secawan brokoli yang sudah dimasak mengandungi 6% kalsium, 8% magnesium dan 14% potassium.", "Untuk mendapatkan manfaat yang paling bagus dari brokoli, anda perlu makan mentah atau kukus. Brokoli akan didih keluar nutrien yang terkandung di dalamnya ke dalam air.", "Jika anda memasak brokoli pada suhu yang tinggi, seperti memasak sup di mana anda mengambil air rebusannya untuk dimakan, anda boleh bebas memasak seperti yang anda mahu.", "Sumber : diarikurus" ]
https://www.maskulin.com.my/manipulasi-semula-scammer-jangan-sampai-anda-yang-tertipu-rugi/
Manipulasi Semula Scammer, Jangan Sampai Anda Yang Tertipu & Rugi!
[ "Saban hari, kisah orang kita ditipu scammer bagaikan tiada kesudahan. Dalam sebulan, mesti ada sekali-sekali kita terbaca, guru/ warga emas/ penjawat awam & swasta/ mahu pun penganggur mengalami kerugian yang cukup besar nilainya.", "Bagi yang belum pernah terkena atau menerima panggilan daripada scammer, ini antara perkara yang perlu tuan-tuan dan puan-puan tahu :", "1. Guna spoofing", "Scammer biasanya akan menggunakan sejenis alat yang dipanggil ‘spoofing’. Dengan menggunakan ‘spoofing’ ini, jika sang scammer menghubungi telefon bimbit anda, nombor yang tertera adalah nombor sah misalnya milik bank negara atau balai polis namun realitinya, panggilan itu akan disambungkan kepada sang scammer.", "Oleh sebab itu jika selepas mereka memutuskan talian telefon dan kita menghubunginya semula nombor terbabit, pihak yang lain akan menjawab dan pastinya mereka juga akan terpinga-pinga tidak tahu apa yang sedang berlaku.", "2. Buat panggilan rawak", "Scammer ini juga sejenis makhluk yang akan membuat panggilan secara rawak dan popularnya, talian itu akan disambungkan ke telefon rumah atau pejabat yang sukar mengenal pasti apakah nombor yang sedang masuk.", "Yang merisaukan, jika talian ini sampai ke rumah ibu bapa, saudara-mara, atuk dan nenek atau orang-orang tua yang langsung tidak mengetahui tentang bahaya serta modus operandi scammer ini. Sudah tentu mereka antara yang mudah terdedah kepada risiko untuk menjadi mangsa.", "3. Dengar suara operator", "Kebiasaannya, apabila panggilan yang diterima itu kita angkat, kita akan mendengar suara mesin operator yang akan bercakap terlebih dahulu. Misalnya, panggilan dibuat daripada Mahkamah Tinggi Klang, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.", "Tujuan nama-nama besar ini dipetik sudah tentu kerana mahu menakutkan orang awam dan mereka yang tidak bersalah pun, mungkin akan menjadi panik secara tiba-tiba kerana itu adalah lumrah manusia biasa. Perasaan takut menyelubungi diri secara tiba-tiba. Andai kata selepas ini tuan-tuan dan puan-puan ada menerima panggilan sedemikian, terus tetapkan dalam kepala, itu adalah scammer.", "Putuskan sahaja panggilan", "Di akhir pesanan suara itu, penerima panggilan biasanya akan terdengar ‘perempuan itu’ berkata, sila tekan ‘0’ untuk bercakap dengan pegawai kami dan jika itu yang berlaku, putuskan sahaja panggilan dan teruskan rutin harian tuan-tuan dan puan-puan. Kita ada banyak lagi kerja yang hendak dibuat.", "Jadi sebagai anggota masyarakat yang prihatin dan tidak mahu perangai busuk mereka terus menular atau lebih ramai lagi yang akan menjadi mangsa, apa yang perlu atau boleh kita buat? Secara peribadi, cadangan penulis cukup mudah iaitu :", "1. Hebahkan modus operandi ini", "Kongsikan tentang hal ini. Banyakkan bersembang dengan mereka yang tidak terdedah kepada media sosial, akhbar mahu pun saluran TV terutamanya warga emas yang bersendirian. Dalam erti kata lain, kalau ada terjumpalah, alang-alang bertegur sapa.. apa salah buka topik ini untuk pengetahuan mereka.", "2. Buang sikap cepat takut", "Kenali diri kita secukup-cukupnya dan sebaik-baik mungkin. Buang sikap ‘cepat takut’ dan ‘gabra’ kecuali hanya untuk Allah S.W.T. Hal ini kerana dengan adanya sikap sedemikianlah, scammer lagi seronok memperdayakan mangsanya.", "Jika tahu diri itu bersih, tidak bersalah dan tiada membuat sebarang tindakan yang melanggar undang-undang, kenapa perlu takut tak pasal-pasal semata-mata mendengar perkataan POLIS, SPRM, MAHKAMAH dan sebagainya? Mereka itu rakan kita bagi orang yang baik.", "3. Bertindak bijak", "Jadi bijak. Jangan dedahkan sebarang maklumat diri seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun serta ‘CVV’nya atau apa-apa sahaja. Tanyakan semula kepada scammer itu, “Awak yang hubungi saya.. tentu awak ada maklumat tentang saya..” Mereka pasti gagal menjawab dan akan terkantoi di situ.", "4. Sedar ruang dan masa", "Lihat hari dan waktu. Jika di luar waktu bekerja atau pun pada hujung minggu, nama-nama itu yang disebut, pasti ada sesuatu yang aneh dan tidak kena. Seperti apa yang pernah saya katakan sebelum ini, letak sahaja telefon dan sambunglah kerja atau urusan anda yang lebih penting dan bermakna.", "Semoga dengan tip yang dikongsikan ini mampu memberikan manfaat kepada ramai pihak dan marilah kita hapuskan scammer yang bermahajaralela di negara ini. Yang penting, jangan biar diri tertipu.", "Anda ada kisah tentang scammer jahat ini? Apa yang anda lakukan? Ceritakan di ruangan komen!!" ]
https://www.maskulin.com.my/amal-7-tip-diet-ini-7-hari-sudah-nampak-kesannya/
Amal 7 Tip Diet Ini, 7 Hari Sudah Nampak Kesannya!
[ "Tip 1", "Perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut, kisar dan tapis untuk dapatkan airnya. Selepas itu, CAMPURKAN PERAHAN DENGAN SEBIJI LIMAU NIPIS DAN BANCUH SEHINGGA SEBATI. ANDA BOLEH MINUM SEBANYAK DUA KALI SEHARI SEHINGGA MENCAPAI BERAT BADAN YANG DIIMPIKAN.", "Alasannya? – Lobak dan limau nipis mengandungi banyak antioksida di dalamnya. Antioksida ini dapat meneutralkan radikal bebas dan seterusnya menjadikan sistem hormon badan anda menjadi seimbang. Jadi lemak-lemak bebas dapat disingkirkan dengan mudah.", "Tip 2", "JANGAN TINGGALKAN SARAPAN. ANDA MUNGKIN INGIN KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN KERANA BERDIET. LALU ANDA ABAIKAN SARAPAN. TETAPI, TINDAKAN ITU ADALAH KURANG BIJAK.", "Alasanya? – Ini kerana, apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan. Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah dan mengakibatkan masalah fisiologi seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu lunch, anda mungkin mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.", "Tip 3", "KURMA SEBAGAI MAKANAN PAGI. Dengan pengambilan beberapa biji kurma sebagai sarapan, ianya mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah, anda mungkin masih berasa kenyang sehingga tengah hari. Dengan itu, anda tidak perlu makan dengan banyak di waktu tengah hari. Anda bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.", "Alasannya? – Kurma mengandungi jumlah glukosa yang sangat tinggi. Glukosa ini dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada badan untuk melakukan tugas harian. Berbanding makanan pagi yang berjenis kuih muih atau nasi, ia sebenarnya mengandungi tinggi kolesterol berserta karbohidrat.", "Tip 4", "AMBIL MAKANAN KAYA SERAT DENGAN BANYAK PADA WAKTU MAKAN. Contoh makanan kaya serat adalah; buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin, mineral, dan bijirin penuh.", "Alasannya? – Makanan seperti itu mempunyai kuantiti kalori yang rendah tetapi kaya dengan diet serat yang diperlukan oleh tubuh setiap hari.", "Tip 5", "SEDIAKAN BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN BERWARNA HIJAU, OREN DAN KUNING PADA WAKTU MAKAN. CONTOHNYA; BROKOLI, LOBAK, DAN BUAH-BUAHAN SITRUS SEPERTI LEMON ATAU LIMAU. Makanan seperti itu mempunyai sifat antioksida yang tinggi dan boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan pada setiap hari.", "Tip 6", "Pastikan kadar pengambilan kolesterol di bawah 300 mg pada setiap hari. Bagaimana? KURANGKAN LEMAK HAIWAN DI WAKTU MAKAN YANG BOLEH MENINGKATKAN KADAR KOLESTEROL DALAM DARAH. Anda boleh realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan produk tenusu rendah lemak.", "Alasannya? – Lemak adalah jenis tenaga yang terakhir sekali digunakan oleh badan. Jadi kebanyakan lemak yang diambil tidak digunakan dan ia disimpan di bawah tisu. Lemak inilah yang membentuk badan anda menjadikannya ia tidak menarik.", "Tip 7", "PASTIKAN SUMBER PROTEIN DALAM DIET HARIAN. Pertama, anda perlu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian, ambil sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur. Semasa lunch pula, makan makanan seperti sup sayur atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal. Apakah hasilnya? Tubuh akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga kesokkan hari." ]
https://www.maskulin.com.my/makan-telur-ayam-kampung-dengan-minyak-zaitun-ini-cara-betul-yang-lelaki-patut-amalkan/
Makan Telur Ayam Kampung Dengan Minyak Zaitun, Ini Cara Betul Yang Lelaki Patut Amalkan
[ "Telur ayam kampung memang sinonim dengan lelaki sebagai penambah tenaga batin. Namun manfaatnya bukan hanya itu, telur ayam kampung juga sebenarnya memiliki banyak khasiat lain untuk kesihatan tubuh badan.", "Apabila sebut telur ayam kampung, kebiasaannya orang akan makan bersama madu asli. Selain inginkan khasiat daripada madu tersebut, ia juga boleh dijadikan sebagai penghilang rasa hanyir apabila anda mengambil telur ayam kampung mentah.", "Namun menurut kajian yang dilakukan oleh Saintis, Dr Suri Roowi, madu sebaiknya tidak dimakan bersama makanan yang bersumberkan protein seperti telur. Kenapa?", "Semoga dengan cara betul makan telur ayam kampung ini akan memberi anda lebih manfaat untuk kesihatan tubuh badan.", "“Saya nak tanya, kalau madu kita makan waktu pagi, campur dengan telur ayam kampung, bagus ke?”", "Ohh, jika ikut apa yang Dr Suri Roowi dah kaji, madu sebaiknya TAK diambil bersama protein. Telur adalah sumber protein.", "Kenapa pulak?", "Sebab, protein struktur kimianya agak besar. Ia akan halang khasiat dalam madu dari diserap ke dalam darah.", "Habis tu, ada efek apa apa tak puan?", "Tak efek apa apa.", "Cuma, RUGI la makan madu tu dengan telur tu. Sebab TAK DAPAT KHASIAT MADU. Dapat khasiat telur je la.", "Tapi, camana nak telan telur ayam kampung tuu? Hanyir sangat!", "Ya betul hanyir.", "Meh akak share:", "Caranya ialah, pecahkan telur tu dalam cawan, jangan kacau. Pastu masukkan 1-2 sudu minyak zaitun. Pastu terus telan. Gulp.", "Licin dan lancar jer lalu kat kerongkong. Tak sempat nak singgah pun bau hanyir tu. Bau minyak zaitun jer la.", "Tak pernah tau pun.", "Dr Suri kata, dalam telur juga ada antioksidan yang namanya Lutein. Lutein ni ada dalam kuning telur.", "Lutein tu jenis antioksidan larut minyak. Jadi sesuai lah ia diambil dengan minyak zaitun.", "Minyak zaitun pulak bagus untuk kawal kolesterol, sebab ia asid lemak monotaktepu.", "Ramai yang dah tau kot. Akak tak nak citer la bab yang tu, tu kat sini.", "Tapi untuk orang perempuan yang bacaan hemoglobin (Hb) selalu naauu rendah. Asik asik rendah jerr.", "Cubalah makan telur ayam kampung ni. Telan mentah mentah bersama minyak zaitun ni. Cuba makan sebiji setiap malam selama 30 hari.", "InsyaaAllah.", "Dengan izinNYA, akan naik Hb korang. Jangan caya. Buat jer.", "Abis tu, bila nak minum madu pulak?", "Pagi. Kan boleh kann?" ]
https://www.maskulin.com.my/5-jenis-buah-sayur-yang-boleh-bantu-singkir-perut-boroi/
5 Jenis Buah & Sayur Yang Boleh Bantu Singkir Perut Boroi
[ "Perut bori bukanlah satu perkara asing kepada seorang lelaki apatah lagi bila sudah meningkat dewasa. Bila usia mula mencecah ‘3 series’ metabodilisme pun akan menjadi semakin perlahan.", "Dan perlahan-lahan perut itu semakin maju ke depan.", "Lemak di bahagian perut juga merupakan sejenis lemak yang boleh datangkan mudarat kepada tubuh dan agak sukar untuk dihilangkan tanpa usaha keras senamam dan amalan pemakanan yang sihat serta seimbang.", "Terdapat beberapa jenis sayuran dan buah-buahan yang dipercayai mampu sedikit sebanyak membantu untuk korang menghilangkan lemak di bahagian perut. Ia juga sangat mudah untuk didapati. Nak tahu apa dia? Jom sama-sama kita tengok.", "Tembikai", "Buah tembikai dianggap antara buah yang sangat basic terutama buat kita rakyat Malaysia. Malah, di kenduri kahwin pun ia sering dihidangkan sebagai salah satu juadah pencuci mulut. Terdiri daripada 91% air, tembikai hanya ada 30 kalori dalam 100 gram buahnya. Oleh itu, ia menjadi buah yang sangat ideal untuk mengurangkan lemak di bahagian perut. Ia juga kaya dengan vitamin B1, B6 dan C, selain kandungan kalim dan magnesium.", "Avokado", "Ini antara buah yang sangat popular di kalangan pengamal makanan sihat di negara-negara barat terutama di kalangan selebriti Hollywood. Avokado mengandungi asid amino yang dapat membantu untuk mengawal berat badan. Ia juga padat dengan nutrisi dan boleh membakar lemak dengan mudah. Ia juga memiliki sifat anti penuaan dan antibakteria semulajadi.", "Tomato", "Tomato juga dianggap salah satu sayuran pelengkap di dalam pelbagai jenis juada. Sangat kaya dengan vitamin A dan C ia juga sarat dengan sumber zat besi dan potassium. Selain itu, ia juga kaya dengan lycopene yang baik untuk kulit. Kandungan-kandungan ini juga dipercayai boleh membantu untuk mengurangkan lemak di bahagian perut!", "Timun", "Juga mengandungi kandungan air yang tinggi, timun boleh membantu kita untuk tetap terhidrasi dan membersihkan tubuh daripada toksin. Timun biasanya menjadi makanan pelengkap di dalam pelbagai jenis juadah ini kaya dengan vitamin, mineral dan hanya memiliki 45 kalori. Tambahan lagi, ia juga kaya dengan vitamin B & C!", "Epal", "Buah yang selalu diperkatakan untuk fungsinya sebagai antioksida. Kaya dengan vitamin C, ia juga sarat dengan serat makanan yang boleh membantu mengawal berat badan dan lemak perut. Jika dimakan ia boleh membuatkan kita berasa kenyang dengan lebih cepat berbanding makanan lain." ]
https://www.maskulin.com.my/workout-tapi-takde-hasil-mungkin-anda-perlu-tahu-cara-bersenam-ikut-jenis-bentuk-badan-2/
Bersenam Tapi Berat Tak Turun? Ikuti Cara Senaman & Diet Efisien Ikut Jenis Bentuk Badan
[ "Ya, MASKULIN tak salahkan anda jika rasa fed up bila senaman yang dilakukan tidak membuahkan hasil.", "Setiap hari bersekang mata dan tenaga melakukan senaman bagai nak rak di gim tapi berat kalau turun pun tak terlalu obvious.", "Tapi pernahkah anda consider bahawa jenis senaman yang anda lakukan sebenarnya tak sesuai dengan jenis bentuk badan anda?", "Saintis dan juga pakar senaman telah sama-sama bersetuju bahawa manusia terdapat tiga jenis bentuk badan berbeza terutamanya bagi lelaki.", "Setiap bentuk badan pula memerlukan jenis latihan dan diet berbeza bagi mendapatkan hasil maksima. Jadi, adakah anda tahu jenis bentuk badan anda?", "Jom kita lihat di bawah.", "ECTOMORPH", "Adakah anda seorang yang memiliki fizikal kurus dan walau banyak mana pun makan tapi badan masih boleh maintain berat sama. Jenis bentuk badan anda adalah ectomorph. Anda memiliki kadar metabolism tinggi dan badan memproses makanan dengan cepat.", "SENAMAN", "MESOMORPH", "Bagi orang yang dalam kategori jenis badan ini anda bolehlah dikira sangat beruntung. Ini kerana anda secara semula jadi memiliki badan tegap dan fit. Dalam ketiga-tiga kategori jenis bentuk badan anda yang paling senang untuk membina otot dan badan. Anda juga sangat mudah untuk turun dan naikkan berat badan.", "SENAMAN", "ENDOMORPH", "Kalau dilihat secara fizikal, anda yang berada dalam bentuk ini biasanya mempunyai fizikal bersaiz agak besar. Badan anda juga mempunyai kadar jumlah lemak dan otot yang tidak sekata. Berat badan yang berlebihan biasanya berkumpul di bahagian bawah perut. Anda juga terpaksa melakukan usaha yang lebih tinggi untuk dapatkan smeula bentuk ideal.", "SENAMAN", "AKTIVITI LARIAN", "Ketiga-tiga jenis bentuk badan ini juga boleh melakukan aktiviti larian mengikut kesesuaian kondisi fizikal.", "Jika tak mampu untuk berlari jauh seperti 5 kilometer, bermulalah dengan jarak sederhana. Untuk permulaan mungkin boleh berlari 1 hingga 3 kilometer. Apabila sudah selesa anda boleh tambah jarak secara berperingkat." ]
https://www.maskulin.com.my/lelaki-ini-kongsi-10-rahsia-senaman-berbasikal-berjaya-buat-dia-dapat-berat-ideal/
Lelaki Ini Kongsi 10 Rahsia Senaman Berbasikal Berjaya Buat Dia Dapat Berat Ideal!
[ "Ramai yang suka buat senaman berbasikal. Tak kira sama ada untuk mengeluarkan peluh ataupun untuk menurunkan berat badan dan mendapatkan berat badan ideal.", "Berkat menjadi pemakanan dan melakukan senaman berbasikal, berat badan super size yang dimilikinya turun kepada berat badan ideal.", "Nak tahu teknik yang diamalkannya? Jom ikuti perkongsiannya.", "Dengan ikhlas dan hati terbuka hati mudahan info ini berguna base on pengalaman. Untuk mereka yang ingin turunkan berat badan khas buat super obesiti 100kg ke atas. Antara LARI dan BERBASIKAL mana lebih baik? Baca dan hadamkan, tak baca bukan saya yang rugi.", "1. Berlari dan berbasikal saya katakan lebih baik anda berbasikal. ", "Jangan menyeksakan lutut anda. Dalam lutut ada ligament yang bertangungjawab melindungi kepala lutut. Bila kita berlari impak sangat-sangat kuat, lagi orang gemuk. Kalau berbasikal beban bukan pada lutut tapi kekuatan betis dan paha. Saya dah lalui, bukan cerita nak dapat banyak like.", "2) Bila anda gemuk lebih baik berbasikal dari berlari sebab berbasikal akan lindungi tapak kaki dari kecederaan.", "Kalau berlari impak dia lagi tinggi, lagi-lagi kalau tiada knowledge cari membeli kasut lari. Main beli je tanpa melihat structure kaki, lari macam mana, gaya larian. Boleh menyebabkan risiko slip disc, ACL, bileteral knee off dan sakit tumit terlalu tinggi.", "3) Berlari dan berbasikal yang paling banyak membakar lemak adalah berbasikal kalau level 100kg ke atas sebab kita boleh konsisten jenis latihan lebih lama.", "Bergantung pada fitness seseorang. Cuba kalau berlari tak sampai 5 minit first lutut akan terasa sakit, tumit, pergelangan kaki dan macam-macam lagi. Last-last give up. Berbasikal just kayuh, berat boleh tukar gear, nak burn more boleh tukar cara kayuhan sambil lindungi aset-aset kaki kita.", "4) Nak mudah faham berbasikal dengan berlari mana satu yang baik untuk orang big size.", "Kita ada guni 25kg, satu kita angkat dan pikul tengok sejauh mana kita mampu bawa. Pastu satu lagi kita angkat guni tue berat 25kg juga, tolak dengan troli. Dua-dua memenatkan tapi kita bandingkan dari segi jarak kita mampu bawa guni tue dan kesakitan badan kita mana, lagi satu pilihan hati. Kalau saya, pilih pakai troli.", "5) Berbasikal sebenarnya dapat memberikan impak besar lagi proses penurunan berat berbanding kita berlari.", "Ini kerana berbasikal lebih banyak otot-otot berfungsi tapi selamat untuk mereka yang berisiko tinggi. Nak berlari boleh tunggu berat kita ringan sikit.", "6) Bila kita berbasikal kita lebih tenang penat pun mampu berborak tapi bila kita berlari dah penat tak mampu berkata-kata sbb fokus kita lebih tinggi.", "Untuk orang size super nie jangan teruskan dengan berlari sebab daya fokus anda tak tinggi. Inilah punca-punca utama lari sehari tue je la 5km, pastu hangat-hangat tahi ayam sebab salah percaturan. Buat apa ikut orang kalau ilmu tak cukup di dada.", "7) Satu lagi ramai confuse berlari dengan berjalan.", "Ramai kondem saya, katanya saya tak support mereka event lari, tak berikan semangat untuk mereka uji diri mampukah habis 10km. Baca baik-baik sini. Ada apa dengan medal finisher kalau seksakan badan? Kita turunkan berat ke tahap sepatutnya kita mampu. Berlari kita aim target time, buat apa masuk event lari kalau banyak berjalan daripada berlari. Balik tuam ais sana sini tue baru fun run. Apa yang awak buat saya dah lalui. Ibarat nak mendaki Everest kena cukup ilmu di dada dan cukup semuanya. Berbasikal lain, bila funride kita enjoy. Distance pun banyak jalan pelbagai berbukit dan sure kita nak kayuh lagi. Yang penting konsisten.", "8) Banyak dan kesian saya tengok buat mereka berbadan besar nie, berlari kadang-kadang dekat Tasik Shah Alam.", "Cara penafasan salah, kasut salah, gaya larian salah. Yang paling kesian, bila dia tak mampu berlari give up. Mulalah lari tak sampai 5km pun, air macam minum coca cola la, 100 plus la, sia-sia je lari. Bukan lari, jalan lagi banyak. Kalau berbasikal sure dalam botol air tue air sejuk. Penat angkat botol minum pastu kayuh balik. Pendek kata, berbasikal ini melatih mental kita.", "9) Dengan berbasikal, pelaburan anda ke tahap kesihatan untuk jangka panjang berbaloi lagi mereka yang bersaiz besar ke saiz kecil.", "Dan berbasikal adalah platform untuk anda sampai ke tahap seorang pelari. Doktor pun tak galakkan yang big size berlari impak tinggi. Memang tak nampak hari nie. Tunggu lagi beberapa tahun. Masalah sendi pasti!", "10) Berbasikal, kita lebih mengeratkan silaturahim sambil bersenam kita boleh mengayuh bersama keluarga.", "Dan ini merupakan suntikan moral anda untuk menurunkan berat badan dan mendidik keluarga kita gaya hidup sihat.", "Apa saya tulis adalah berdasarkan pengalaman saya menurunkan berat dari 183kg hingga 73kg. Hari ini saya mampu berlari dan berbasikal dalam masa sama. Terima kasih kerana membaca. Mudah-mudahan perkongsian kecil ini memberikan kebaikan buat komuniti." ]
https://www.maskulin.com.my/tip-pikat-hati-bakal-mertua-buat-kali-pertama-confirm-disayangi/
Tip Pikat Hati Bakal Mertua Buat Kali Pertama, Baru Disayangi!
[ "Pertemuan dengan bakal mertua memang akan mengerunkan orang ramai, bermacam-macam yang ada difikiran. Suka atau tidak, adakah dapat restu dan sebagainya. Tapi relaxlah, ini dia cara-cara untuk pikat hati mereka.", "1) Cuba Elakkan Berjumpa Di Rumah Terbuka & Majlis Kahwin", "Mungkin ia nampak mudah dan ringgan, namun jangan sesekali mengabaikan ia. Elakkan diri dari pertemuan secara tidak sengaja seperti datang ke majlis kahwin saudara mara mahupun rumah terbuka.", "Sebaiknya, sesi hi-tea adalah waktu terbaik untuk berjumpa dan adalah lebih baik jika pasangan yang aturkan pertemuan tersebut.", "Bagi perempuan adalah lebih manis jika anda berpakaian agak longgar dan sopan seperti baju kurung. Manakala untuk lelaki lupa, inilah masa yang sesuai untuk anda potong rambut dan kemaskan misai dan janggut. Malah pemilihan baju juga sangat penting mengikut keadaan tempat.", "Mungkin ada sesetengah keluarga menganggap ia tidak penting, namun cukuplah membawa sedikit buah tangan seperti buah-buahan, kuih-muih ataupun kek agar mereka rasa dihargai.", "Di sinilah kesilapan utama yang sering dilakukan. Anda harus tunjukan sedikit sifat masra yang anda miliki. Lakukan aktiviti bersama keluarganya. Cuba elakkan diri daripad tersenyum sahaja, sebaiknya pilih topik perbualan yang bersesuaian dan cuba elakkan dari berbual mengenai politik!", "Sewaktu dimeja makan, jangan lupa selitkanlah sedikit pujian buat bakal ibu mertuamu. Sekurang-kurangnya akan membuatkan bakal ibu mertuamu sejuk dan gembira. Cuba elakkan dari menolak apa-apa yang dipelawa oleh bakal ibu mertuamu, sekirannya tidak pandai makan, belajarlah makan makanan tersebut.", "Ingat, sebelum makan bacalah doa makan dahulu atau imamkan solat fardhu. Bukan apa, ini membuktikan anda ada pengentahuan ilmu agama. Sekurang-kurangnya bakal ibu atau bapa mertua anda terbuka mata sedikit yang anda serious untuk menjadi imam dan membimbing anaknya.", "Akhir sekali, jangan sesekali membuat muka atau bermasam muka dengan adik beradiknya. Ingat, anda bukan bakal berkahwin dengan pasangan anda sahaja, malah seluruh ahli keluarganya juga!" ]
https://www.maskulin.com.my/agak-agak-boleh-ke-hidup-sampai-100-tahun-boleh-ada-cara-cara-yang-anda-kena-ikut/
Agak-Agak Boleh Ke Hidup Sampai 100 Tahun? Boleh, Ada Cara-Cara Yang Anda Kena Ikut
[ "Teringin nak hidup sampai usia mencecah 100 tahun? Jawapannya mestilah boleh asalkan anda pandai dan peka dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Walaupun hakikatnya agak sukar untuk hidup sampai 100 tahun, tapi tidak salah mencuba.", "Misalnya, Jabatan Epidemiologi, Pusat Perubatan Universiti Maastricht di Belanda telah membuktikan mereka yang melakukan aktiviti tubuh selama 60 minit mampu hidup lama.", "Berbanding mereka yang cuma beriadah dalam tempoh 30 minit sehari, usia mereka kebanyakannya adalah di bawah 90 tahun.", "Nisbah lelaki 39 peratus & wanita pula 21 peratus", "Keputusan kajian juga mendapati, 39 peratus lelaki yang melakukan aktiviti fizikal selama 90 minit sehari pula mampu mencapai usia 90 tahun berbanding mereka yang melakukan senaman kurang daripada setengah jam.", "Manakala sebanyak 21 peratus wanita yang melakukan aktiviti fizikal antara 30 hingga 60 minit sehari berupaya mencapai usia 90 tahun berbanding mereka yang melakukan dalam tempoh 30 minit atau kurang.", "Apa aktiviti yang boleh dibuat?", "Kesan yang diterima individu?", "Setelah melakukan aktiviti fizikal, tubuh anda akan menerima banyak manfaat antaranya :", "Semoga bermanfaat!" ]
https://www.maskulin.com.my/do-dont-jika-kamu-ada-resdung-8-tip-perkongsian-dari-doktor-ini-patut-dipraktikkan/
‘Do & Don’t’ Jika Kamu Ada Resdung, 8 Tip Perkongsian Dari Doktor Ini Patut Dipraktikkan
[ "Resdung memang sinonim kalau anda sering mengalami bersin, selesema, muka gatal, mata gatal, hidung gatal dan tersumbat secara melarat, kemungkinan anda sedang mengalami masalah resdung.Resdung terjadi apabila sekeliling rongga hidung anda dijangkiti bakteria. Kebiasaan bagi mereka yang menghadapi masalah ini sangat sensitif terhadap debu, kotoran, bulu-bulu haiwan terutama kucing dan juga alahan pada sesetengah makanan.", "Nak tahu macam mana untuk kurangkan masalah resdung di rumah?", "1. Persekitaran baik", "Create suasana nyaman dan kondusif di dalam rumah. Jika cuaca tidak elok di luar rumah, berdebu contohnya, berada di dalam rumah adalah langkah paling baik. Merokok tak boleh!", "2. ‘Warm compression’", "Anda boleh buat sendiri di rumah. Basahkan kain bersih, perah dan letak di dahi dan kawasan muka anda. Ia akan mengurangkan kesakitan pada muka dan membuka rongga-rongga bukaan sinus ke hidung.", "3. Cuci hidung ‘nasal douching’", "Teknik ni biasanya akan diajar oleh doktor ENT apabila anda mendapat follow up bersama kami. Pastikan anda menggunakan air yang bersih atau air yang telah dimasak. Masukkan air ke hidung, biar ia keluar melalui mulut.", "4. Air yang cukup", "‘Stay hydrated’. Air yang cukup di dalam tubuh penting untuk sistem tubuh kita. Minum air panas dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan pada hidung. Boleh cuba di rumah!", "5. Don’t fly!", "Sekiranya anda sedang mengalami jangkitan sinusitis, seeloknya cuba elakkan penerbangan. Kalau boleh. Kalau memang tugas tak mengapa. Kenapa? Jangkitan sinusitis akan menyebabkan anda mengalami sakit telinga ketika kapal terbang sedang berlepas. Jika terpaksa apa perlu buat? Sediakan apa-apa makanan untuk dikunyah atau dimakan, minuman pun boleh. Ini akan membantu anda di dalam kapal terbang.", "6. Ubat semestinya", "Apabila anda jumpa doktor, setelah menerima nasihat daripada doktor, anda akan diberi ubat. Ini sudah semestinya akan membantu anda mengurangkan simptom yang dialami seperti sakit pada muka, dan juga masalah lain pada hidung.", "7. Jangan tergesa-gesa ke kolam", "Bagi anda yang gemar aktiviti air. Berenang dan berkelah contohnya. Cuba seboleh-bolehnya pastikan jangkitan sinusitis anda benar-benar sembuh baru lakukan aktiviti tersebut. Ini bagi mengelakkan jangkitan sinus lewat sembuh, bahkan menjadi bertambah teruk.", "8. Senaman riadah dan aktiviti luar", "Perkara terakhir ini khusus untuk anda yang kerap melakukan aktiviti luar. Anda perlu berhati-hati juga kerana serangan sinusitis selalunya akan menyebabkan gejala sakit muka dan kepala. Elakkan aktiviti yang berat. Cukuplah sekadar berjalan, bersiar-siar dan aktiviti ringan.", "9. Kurangkan debu dalam rumah", "Dalam rumah sendiri, kalau boleh elakkan penggunaan karpet yang berbulu. Haiwan peliharaan seperti kucing juga menyebabkan alahan hidung bertambah teruk.", "Nak tip lagi? Jumpa doktor ya, lakukan pemeriksaan. Kami akan cerita satu persatu lebih detail setelah pemeriksaan dilakukan.", "Siapa ada pengalaman alami resdung atau sinusitis kat sini?" ]
https://www.maskulin.com.my/amal-madu-lebah-dan-air-suam-setiap-kali-bangun-tidur_badli-syah/
Amal Madu Lebah Dan Air Suam Setiap Kali Bangun Tidur_Badli Syah
[ "Keterampilan seseorang lelaki itu mencerminkan daya maskulin yang terpancar dari dalam diri. Lebih berani dan berkeyakinan tatkala berhadapan dengan umum, lelaki harus kelihatan tampan agar dilihat dengan lebih positif. Semua ini harus dicapai supaya setiap lelaki dapat menginjak ke aras yang lebih tinggi dalam pencapaian kehidupan dan perlu melalui beberapa elemen yang mendorong seperti kesihatan, kecergasan, cara berkomunikasi dan penggayaan stail. Semuanya harus diterjemahkan dari dalam diri dan percaya dengan kemampuan diri.", "MASKULIN : BAGAIMANA ANDA MULA MENDEKATKAN DIRI DENGAN DUNIA KECERGASAN? ", "Sedari kecil saya sememangnya telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti lasak. Banyak menyertai aktiviti di sekolah sehingga saya mula minat akan elemen kecergasan dalam kehidupan seharian ini. Bermula sebagai hobi pada tahun 2010 sebelum menjadikannya sebagai fokus dan profesional pada tahun 2012 sehingga kini. Setiap minggu melihat perubahan diri ke arah yang lebih baik menjadikan saya terus bermotivasi untuk mengekalkan kecergasan dan bentuk badan agar lebih ideal dan menarik. Bukan semata-mata secara fizikal malah secara dalaman harus dilihat sebagai penting untuk dijaga dan dihargai. Meskipun saya mempunyai pekerjaan tetap dan perniagaan sendiri, saya menjadikan bidang kecergasan ini sebagai kerja separuh masa untuk membantu mereka yang mempunyai impian dan cita-cita. Saya belajar dan membuat beberapa kajian tentang kecergasan dan latihan agar dapat melatih dengan lebih baik.", "MASKULIN : SIAPAKAH INSPIRASI ANDA?", "Mencipta inspirasi melalui diri sendiri dengan melihat dan menilai kemampuan diri sendiri. Mengenali kemampuan diri adalah sumber inspirasi dan motivasi yang terbaik untuk menginjak keupayaan dan mencipta kejayaan dalam mengejar impian.  Jika melihat dari sisi individu yang berjaya,  saya meletakkan Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai ‘The Rock’ sebagai idola kerana kejayaannya. Dia melengkapi ciri-ciri lelaki maskulin apabila seimbang di antara kerjaya, populariti dan kecergasan dalam mengekalkan bentuk badan yang sempurna sehingga kini.", "MASKULIN  : APA YANG PERLU DITITIKBERATKAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENDEKATKAN DIRI DALAM DUNIA KECERGASAN?", "Di dalam konteks sekarang, setiap individu perlu menanamkan kepercayaan bahawa kita makan adalah untuk sihat. Sedar bahawa apa yang dimakan adalah untuk memenuhi keperluan badan dan bukannya apa yang disukai sahaja. Oleh sebab itu, kecergasan itu bermula daripada dalam dan bagaimana kita menyusun diet serta plan pemakanan setiap hari. Sebenarnya, setiap individu pasti punya masa dalam keadaan tidak bermotivasi untuk melakukan senaman dan diet. Hal ini adalah disebabkan oleh faktor sekeliling yang mendorong untuk merasakan sebegitu. Oleh sebab itu, kita perlu mengetahui keupayaan dan kekuatan kita untuk kembali bermotivasi setiap hari. Kepercayaan terhadap diri sendiri sahajalah jalan untuk mengubah sesuatu.", "MASKULIN  : DIET ANDA? ", "Pengamalan diet dan nutrisi seimbang harus diamalkan setiap hari meski terdapat sehari dalam seminggu yang dikategorikan sebagai ‘cheat day’. Mengikuti amalan saya, saya akan bangun tidur setiap pagi dan memastikan saya mengambil satu gelas air kosong untuk mengekalkan transisi dalam badan. Selepas itu, saya akan mengambil madu lebah dan propolis untuk meningkatkan kadar metabolisme dalam badan dan juga bertindak sebagai anti-virus.  Pada jam 11 pagi, saya akan memakan dua biji buah epal sama ada hijau atau merah. Ketika makan tengah hari pada jam 1 petang, saya akan mengambil protein seperti dada ayam atau ikan yang direbus bersama air kosong. Saya sentiasa memastikan air yang saya minum adalah air mineral kerana kebaikan mineral semula jadi yang terkandung di dalam air tersebut. Pada jam 4 petang, saya akan mengambil lagi dua biji buah epal bersama dengan teh hijau tanpa gula.", "MASKULIN  : HARAPAN? ", "Saya ingin memberi motivasi kepada semua individu yang ingin berubah dan memberi kesedaran tentang kepentingan kecergasan ini. Memenuhi impian setiap individu lain adalah impian saya pada masa akan datang untuk terus kekal di dalam bidang kecergasan ini. Selain itu juga, saya berhasrat untuk mempunyai sebuah gimnasium atau akademi kecergasan sendiri dan melatih mereka sehingga berjaya. Di situ nanti mungkin saya boleh lakukan lebih banyak kajian tentang kesihatan dan teknik serta skil kecergasan yang baru.", "GAMBAR : BADLISYAH_BS" ]
https://www.maskulin.com.my/rahsia-nak-turunkan-berat-badan-caranya-minum-air-kelapa-muda-ketika-berbuka/
Rahsia Nak Turunkan Berat Badan, Caranya Minum Air Kelapa Muda Ketika Berbuka!
[ "Sepanjang bulan puasa, pergilah mana-mana bazar mesti ada gerai yang menjual air kelapa muda. Bahkan air kelapa muda juga menjadi antara minuman terlaris dijual di kebanyakan bazar.", "Selain menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa, air kelapa muda juga boleh menyegarkan tubuh badan dan membantu menjaga kesihatan tubuh. Ini kerana pada saat kita berpuasa, tubuh badan akan kehilangan vitamin dan ion.", "Malah air kelapa muda menjadi antara pilihan yang terbaik untuk kita minum ketika berbuka kerana ia mampu menggantikan jumlah air yang hilang setelah berjam-jam kita berpuasa.", "Menurut Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman, ketika musim panas di bulan Ramadan, memanfaatkan minum air kelapa muda ketika berbuka puasa dapat mengembalikan suhu badan ke paras normal.", "Ini antara kelebihan minum air kelapa muda saat berbuka puasa.", "Air kelapa muda mempunyai kandungan relatif rendah kalori berbanding minuman lain. Ia juga membuatkan perut kenyang lebih lama sebelum anda mengambil makanan berat lain saat berbuka puasa dan menyekat selera makan secara berlebihan. Bukan itu sahaja, air kepala muda juga boleh merangsang metabolisme menjadi lebih baik. Kalau anda nak turunkan berat badan, kenalah amalkan minum air kepala muda ini setiap hari sepanjang berbuka puasa.", "Air kelapa muda merupakan minuman yang sangat baik untuk meneutralkan kembung perut ketika perut kosong. Disebabkan itulah air kelapa muda menjadi antara minuman yang paling tepat diambil sewaktu berbuka bagi memberi kelegaan pada perut.", "Air kelapa muda juga memiliki kandungan elektrolit yang tinggi dan dan glukosa semula jadi yang mampu membekalkan tenaga kepada tubuh. Ini secara tidak langsung membantu memudahkan penggantian cairan tubuh yang hilang kerana dehidrasi sepanjang berpuasa.", "Air kelapa muda adalah antara minuman yang bagus untuk pesakit diabetes yang berpuasa. Ini kerana kandungan gulanya yang semula jadi namun tidak membuatkan insulin menjadi tinggi. Kajian dari jurnal PubMed Central mengatakan bahawa air kelapa muda mampu menurunkan kadar gula darah dan meningkatkan kesihatan tubuh seara umum.", "Sakit kepala merupakan antara penyakit yang paling banyak dialami ketika berpuasa. Banyak faktor berlakunya skait kepala antaranya disebabkan terlalu lapar, dehidrasi ataupun anemia. Komposisi pada otak manusia didominasi oleh cairan sehingga ketika kita kekurangan cairan maka akan menurunkan sistem kerja otak yang tentunya dapat menimbulkan sakit kepala. Jadi dengan minum air kelapa muda yang mengandungi elektrolit dan magnesium mampu mengurangkan sakit kepala yang ada ketikanya mengganggu aktiviti harian kita di bulan puasa.", "Air kepala muda tinggi dengan kandungan serat. Ia juga membantu dalam pencegahan masalah pencernaan dan mengurangkan berlakunya refluks asid dalam perut.", "Air kelapa muda mempunyai kandungan potasium dan kalium telah terbukti mampu mengawal tekanan darah tinggi. Oleh sebab itulah, anda disarankan untuk mengamalkan minum air kepala muda untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dalam jangka panjang.", "Beberapa kajian kecil pernah dilakukan ke atas tikus. Kajian tersebut menunjukkan bahawa tikus yang diberi air kelapa minum dapat menurunkan paras kolesterol. Kajian juga menyebut, kesannya juga sama dengan manusia. Bagi orang yang sudah memasuki usia senja sangat penting untuk minum air kelapa muda kerana khasiatnya dapat mengurangkan tahap kolesterol sekali gsu mempengaruhi kesihatan jantung.", "Air kelapa muda juga mempunyai limpahan nutrisi yang sangat baik untuk metabolisme tubuh yang sedang berpuasa. Air kelapa muda mengandungi karbohidrat yang meliputi glukosa, sorbitol, sukrosa, fruktosa dan unsur-unsur mineral seperti kalsium, potasium, magnesium, sulfur, fosfor, cuprum, natrium serta banyak lagi.", "Minum air kelapa muda saat berbuka puasa juga mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Kandungan vitamin dan mineral seperti vitamin B, thiamin, vitamin C, riboflavin, asam folat dan niasin yang sangat baik dalam air kelapa muda membantu untuk proses metabolisme dan berperanan penting dalam melawan bakteria serta virus yang menyerang sistem kekebalan tubuh." ]
https://www.maskulin.com.my/langkah-jadi-kaya-menjelang-usia-40-an/
Langkah Jadi Kaya Menjelang Usia 40-an
[ "Mengapa saya masih belum kaya?", "Sebagai permulaan, kita perlu memahami apa yang menghalang daripada mengecap kekayaan yang diingini? Sebagaimana doktor yang ingin merawat pesakit perlu mengetahui punca penyakit, kita juga perlu mengetahui punca kegagalan. Jadi, ambil sehelai kertas dan cuba senaraikan sebab-sebab “mengapa saya masih belum kaya?”.", "Kemudian, lihat sebab atau alasan yang disenaraikan tersebut. Adakah ia berada di bawah kawalan kita atau disebabkan faktor luaran yang berada di luar kawalan?.  Orang yang berjaya biasanya akan bertanggungjawab sepenuhnya atas harta kekayaan mereka, manakala orang yang gagal akan sentiasa memberi alasan, menyalahkan orang lain dan merungut. Oleh itu, mulakan langkah menjadi jutawan dengan mempunyai minda positif dan bertanggungjawab sepenuhnya atas kejayaan diri sendiri.", "Kuasai ilmu pengurusan kewangan", "1-Tetapkan Matlamat Kewangan – Matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang perlu ditetapkan dengan jelas mengikut konsep SMART (specific, measurable, achievable, realistic, time-bound)", "2-Bina Pelan Kewangan yang berkesan – Pelan kewangan holistik perlu merangkumi aspek aliran tunai, nilai aset bersih, pengurusan risiko, perancangan cukai, zakat, persaraan dan wasiat.", "3-Tambahkan pendapatan dan kurangkan perbelanjaan – Perkara paling asas dalam pengurusan kewangan adalah menambahkan pendapatan atau mengurangkan perbelanjaan supaya anda mempunyai lebih wang untuk simpanan atau pelaburan", "4-Simpan dan tambahkan wang berlipat ganda – Biasakan simpan dahulu wang gaji anda sebelum berbelanja. Apabila simpanan anda telah mencapai 6 bulan perbelanjaan bulanan, mulakan pelaburan yang berisiko rendah atau sederhana, kemudian yang berisiko tinggi apabila anda telah mendalami ilmu pelaburan serta sudah bersedia.", "5-Strategi Pertahanan – Malang tidak berbau. Aspek perancangan risiko penting untuk elakkan wang simpanan anda dihabiskan untuk kos kecemasan yang sepatutnya boleh ditanggung oleh syarikat insurans atau takaful dengan sumbangan bulanan yang sedikit. Jadi, sediakan payung sebelum hujan.", "Bina “Multiple Stream of Income”", "Bergantung pada hanya satu sumber pendapatan adalah berisiko tinggi dan merbahaya. Bagaimana anda ingin meneruskan kehidupan sekiranya mengalami kemalangan, lumpuh dan dibuang kerja? Daripada mana anda boleh menjana pendapatan selain pekerjaan aktif anda tersebut?", "Antara sumber pendapatan tambahan atau pasif yang anda boleh ceburi secara “online” atau “offline” :", "-Servis atau konsultan", "-Jual produk fizikal", "-Jual produk digital", "-Program dropship", "-Program Affiliate", "-Menulis buku" ]
https://www.maskulin.com.my/silap-langkah-cedera-teruk-menanti-ini-4-kesalahan-biasa-bila-melakukan-push-up/
Silap Langkah Cedera Teruk Menanti, Ini 4 Kesalahan Biasa Bila Melakukan Push Up!
[ "Di antara perkara yang paling kita takuti bila melakukan aktviti senaman ialah berlakunya kecederaan serius pada mana-mana anggota badan.", "Contohnya senaman yang dilakukan di gimnasium. Ramai orang ingat melakukan senamanm ini umpana aktviti yang biasa dan sukar mendapat kecederaan. Walhal senaman yang tak melibatkan penggunaan alatan berat juga boleh menyebabkan kecederaa.", "Sejak dari dulu sampai sekarang, push up merupakan antara teknik senaman yang sangat popular. Ia dilakukan oleh semua pengamal senaman tidak kiralah sama ada untuk membina tubuh, atlet, ahli beruniform atau kegiatan jasmani pelajar sekolah.", "Namun sehingga kini masih ramai yang tidak menggunakan teknik yang betul semasa melakukan push up.", "Melakukan push up dengan teknik yang salah akan membuatkan aktiviti senaman anda tidak mendapat hasil yang baik dan efektif. Malah ia boleh mengakibatkan kecederaan serius seperti kecederaan oto, ligamen dan patah tulang.", "Jadi apakah kesalahan yang sering dilakukan oleh ramai orang ketika melakukan push up?", "Jarak tangan terlalu lebar", "Ini antara teknik yang salah! Banyak sumber mengatakan jarak kedudukan tangan semasa melakukan push up boleh mempengaruhi kesannya. Jarak tangan yang sempit (narrow grip push up/diamond push up) akan lebih menekankan kontraksi otot tricep dan jarak tangan yang lebar pula lebih menekankan kontraksi otot dada.", "Akan tetapi jika jarak tangan yang terlalu lebar ia akan membahayakan anda karena terasa sangat berat lalu boleh sebabkan kecederaan.", "Siku dibuka terlalu lebar", "Semasa melakukan push up anda tak perlu membuka siku terlalu lebar. Senaman push up yang baik boleh diamati dari atas maka dan badan anda akan terlihat seperti anak panah. Dengan kata lain siku akan membentuk sudut 30 darjah terhadap tubuh.", "Tidak melakukan secara penuh", "Corak gerakan push up yang sebetulnya ialah dilakukan secara penuh atau one full repetition. One full repetition bermula dari bawah pada saat siku menekuk dan dada hampir menyentuh tanah.", "Seterusnya angkat badan anda ke siku lurus. Ramai yang lakukan dengan hanya mengangkat tubuh sehingga siku tidak sampai lurus. Dan bila menurunkan tubuh pun banyak yang tak sampai ke bawah.", "Bentuk badan salah", "Ketika melakukan push up tubuh anda harus lurus dan tidak boleh menekuk. Kebanyakan orang melakukan push up dengan badan mereka tidak ikut turun mengikuti kepala mereka sehingga yang terlihat naik turun hanya kepala saja dan terlihat seperti push up lumba-lumba." ]
https://www.maskulin.com.my/5-perkara-ringkas-tentang-rolls-royce-phantom-harga-bermula-rm2-2-juta/
5 INFO RINGKAS TENTANG ROLLS-ROYCE PHANTOM- HARGA BERMULA RM2.2 JUTA
[ "Ketika Sir Henry Royce memperkenalkan model Rolls Royce Phantom pada 1925, kereta golongan atasan itu diiktiraf sebagai Kereta Terbaik Dunia. Sejak 92 tahun lalu model Phantom menjadi pilihan pengangkutan golongan berpengaruh dan berkuasa di dunia.", "Kini model tersebut sudah tiba generasi kelapan. Model baharu berkenaan menetapkan tanda aras baharu. Tidak hanya menterjemahkan bahasa rekaan kontemporari, Phantom mengalami revolusinya tersendiri. Model berkenaan kini rasmi tiba ke pasaran tempatan dibawakan oleh Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur sebagai pengedar kenderaan Rolls-Royce di Malaysia.", "Berikut lima perkara perlu anda ketahui tentang Rolls-Royce Phantom:", "1) DUA PILIHAN VARIAN\n-Standard Wheelbase: Harga bermula RM2.2 juta. \n-Extended Wheelbase: Harga bermula RM2.5 juta.", "2) KERANGKA ALUMINIUM (ARCHITECTURE OF LUXURY)\n–Phantom generasi kelapan merupakan model pertama Rolls-Royce yang menggunakan seni bina Architecture of Luxury.\n-Kerangka Phantom menggunakan aluminium sepenuhnya yang mana 30 peratus lebih kukuh berbanding generasi terdahulu. Malah, ia juga lebih ringan dan menawarkan pengendalian yang mantap.\n-Kerangka itu akan digunakan pada semua model baharu Rolls-Royce di masa depan.", "3) ENJIN V12\n–Phantom dikuasakan oleh enjin pengecas berkembar V12 bersesaran 6.75 liter serba baharu. Enjin itu mampu menghasilkan kuasa 563hp pada 5,000rpm dan tork 900Nm yang boleh dicapai seawal 1,700rpm.\n-Penghantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi 8-kelajuan automatik dengan bantuan satelit.\n-Prestasi itu membolehkan Phantom memecut dari sifar hingga 100km/j dalam masa cuma 5.4 saat.", "4) NVH LEBIH BAIK\n-Rolls-Royce mendakwa Phantom merupakan kereta paling senyap di dunia. \n-Kedapan kabin lebih baik dicapai menerusi dua lapisan kaca setebal 6mm yang mengelilingi seluruh kereta dengan penebat bunyi lebih daripada 130kg. \n-Manakala bunyi bising jalan ditapis menerusi dua lapisan aloi di kawasan antara lantai dan dinding sekatan (bulkhead) pada ruang kerangka. \n-Rolls-royce juga bekerjasama dengan pembekal tayar untuk menghasilkan tayar ‘Silent-Seal’– ia dibina dengan lapisan busa spesifik yang melapisi bahagian dalam tayar bagi menghilangkan bunyi bising tayar dengan pengurangan sebanyak 9db.", "5) CIRI-CIRI LAIN\n-Jentera ultra mewah ini dilengkapi sistem stereo kamera ‘Flagbearer’ yang dipasang pada cermin depan. Ia berfungsi memantau laluan di depan dan mengubah suai suspensi secara proaktif.\n-Lampu utamanya menggunakan teknologi lazer termaju yang berupaya memberi suluhan cahaya sehingga 600 meter pada waktu malam. Menurut Rolls Royce lampu LED dan mentol sudah menjadi sejarah.\n-Penumpang diberi beberapa pilihan format tempat duduk belakang, sama ada berbentuk lounge atau individual. \n-Kemewahan Phantom terserlah apabila masuk ke kabin. Seperti yang boleh dijangka, Rolls-Royce menggunakan material kulit dan kayu paling premium. Keempat-empat buah pintu boleh ditutup secara elektrik menerusi satu sentuhan lembut pada hendal pintunya." ]
https://www.maskulin.com.my/kalau-ikut-aturan-diet-telur-rebus-boleh-hilangkan-10kg-dalam-2-minggu/
Kalau Ikut Aturan, Diet Telur Rebus Boleh Hilangkan 10kg Dalam 2 Minggu!
[ "Pernah tak anda dengar amalan diet telur rebus? Diet telur rebus merupakan salah satu diet yang boleh diamalkan jika anda ingin menurunkan berat badan sehingga 10kg dalam masa dua minggu sahaja.", "Pakar diet, Jill Corlene menjelaskan telur adalah pilihan makanan terbaik dan sihat untuk dimakan ketika sarapan kerana ia boleh membantu dalam proses menurunkan berat badan.", "Malah diet telur rebus ini juga boleh meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar lemak dengan lebih cepat.  ", "Paling penting, jika anda mengamalkan diet sihat lain selepas berhenti melakukan diet telur rebus, berat badan anda tidak akan meningkat secara mendadak.", "Jadi apa tunggu lagi?", "Ini cadangan menu diet telur rebus sepanjang tempoh dua minggu:", "Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)\nTengah hari: 2 potong sweet potato dan 2 biji epal\nMalam: 1 pinggan salad dan ayam panggang", "Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)\nTengah hari: Sayuran hijau dan salad ayam\nMalam: Sepinggan salad, sebiji oren dan 2 biji telur rebus", "Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)\nTengah hari: 2 keping keju rendah lemak, 1 tomato dan 1 sweet potato\nMalam: Salad dan ayam panggang", "Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)\nTengah hari: Semangkuk buah-buahan potong (pisang, tembikai, kiwi, oren)\nMalam: Salad dan ayam stim", "Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)\nTengah hari: Sayur rebus dan 2 biji telur rebus\nMalam: Salad dan ikan panggang", "Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)\nTengah hari: Buah-buahan\nMalam: Sayur dan ayam stim", "Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)\nTengah hari: Salad tomato, sayur stim dan ayam panggang\nMalam: Sayur stim", "Namun begitu, sebelum anda ingin mengamalkan diet telur rebus ini ada beberapa perkara penting dan pantang-larang yang anda harus titikberatkan:", "1. Pastikan anda minum air kosong 8 hingga 10 gelas setiap hari.\n2. Wajib lakukan senaman setengah jam setiap pagi.\n3. Tidak mengambil makanan segera.\n4. Kurangkan pengambilan garam dan gula dalam makanan / minuman.\n5. Jika takut kolesterol tinggi, buang telur kuning dan makan hanya telur putih." ]
https://www.maskulin.com.my/10-kelebihan-timun-untuk-lelaki-termasuklah-untuk-kesihatan-kulit/
10 Kelebihan Timun Untuk Lelaki, Termasuklah Untuk Kesihatan Kulit
[ "Mungkin anda tertanya-tanya, apakah khasiatnya timun kepada seorang lelaki. Dan mungkin anda ingin tahu adakah ia sangat baik untuk kesihatan ?", "Ya, pertama sekali lupakan dahulu segala jajan dan snek makanan ringan kerana anda boleh amalkan makan timun di masa lapang. Ingin ‘Netflix and chill’, mungkin anda gantikan popcorn dengan timun!", "Nak tahu apakah kelebihan timun untuk lelaki? Mungkin 10 sebab di bawah boleh membantu anda!", "Membunuh bakteria di dalam mulut", "Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi.\nUntuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit selama 30 saat. Phytochemcials di dalam timun akan membunuh bakteria dalam. Ia merupakan bakteria yang bertanggungjawab menyebabkan mulut berbau!", "Merawat masalah kulit", "Timun memiliki sifat diuretik, efek pendingin, dan pembersih yang bermanfaat bagi kulit. Kandungan air yang tinggi vitamin A, B, dan C serta mineral, seperti magnesium, kalium, mangan dan silika membuat timun menjadi bahan penting untuk merawat kulit. Masker wajah yang mengandung sari timun digunakan untuk menegangkan kulit.", "Fungsi pencernaan", "Masalah pencernaan seperti maag, gastric dapat dikurangkan dengan jus timun segar setiap hari. Kandungan serat makanan dalam timun dapat mengusir racun dari sistem pencernaan sehingga meningkatkan proses pencernaan. Oleh itu, dengan penggunaan timun setiap hari ia dapat dijadikan sebagai ubat sembelit.", "Membekalkan keperluan vitamin ", "Timun mengandungi tiga vitamin utama yang diperlukan oleh badan setiap hari iaitu vitamin A,B,C. Ketiga-tiganya membantu memperkuatkan sistem imun yang melindungi badan. Untuk mendapatkan hasil yang maksima timun boleh dijadikan jus bersama bayam dan wortel. Sebaiknya, timun tidak dikupas kerana bahagian itulah yang terkandung 12% vitamin C, yang cukup untuk keperluan harian anda.", "Bantu elak kencing manis, kurangkan kolestrol & kawal tekanan darah", "Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis. Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol. Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.", "Pulihkan mata", "Meletakkan kepingan sejuk timun adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.", "Bantu turun berat badan & penghadaman", "Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt", "Melawan kanser", "Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser ovari payudara, prostat dan kanser rahim.", "Menyihatkan kuku dan rambut", "Keajaiban silika, mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat. Sulfur dan silika dalam timun juga membantu merangsang pertumbuhan rambut anda.", "Mineral mesra Kulit", "Timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun." ]
https://www.maskulin.com.my/sesiapa-ubah-suai-guna-strobe-light-boleh-didenda-rm2000-atau-dihukum-penjara/
Sesiapa Ubah Suai & Guna ‘Strobe Light’ Boleh Didenda RM2,000 Atau Dihukum Penjara 
[ "Baru-baru ini warganet rancak membicarakan tentang penggunaan dan ubah suai ‘strobe light’ yang digunakan oleh sesetengah individu walhal mereka bukanlah pihak berkuasa atau mempunyai kebenaran untuk menggunakannya.", "Lebih teruk lagi sesetengah individu ini berlagak seolah-olah mereka mempunyai kuasa untuk menjadikan jalan raya itu seolah-olah mereka yang punya. Lagak mereka yang mahu diberikan laluan seperti pihak berkuasa telah menjadi rungutan orang ramai.", "Jadi adakah penggunaan seperti itu dibenarkan oleh undang-undang?", "Pada hari ini satu pencerahan cukup penting telah dikongsikan oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM menerusi satu hantara di Facebook mereka.", "Menurut JSPT, pihaknya sentiasa memantau sebarang penggunaan lampu mata ‘strobe light’ pada kenderaan persendirian yang kerap kali menjadi rungutan pengguna jalan raya. Sikap tidak bertanggunagjawab mereka ini yang suka mengambil kesempatan dan berlagak seperti pegawai penguatkuasa.", "“Terdapat beberapa buah video telah tular di laman media sosial mengenai penggunaan ‘strobe light’ ini dan pihak kami sedang mengambil tindakan sewajarnya kerana no.pendaftaran kenderaan terlibat telah dikenalpasti,” jelas JSPT.", "SATU KESALAHAN & BOLEH KENAKAN TINDAKAN", "Mereka juga turut menegaskan mana-mana pemilik kenderaan yang mengubah suai dan menggunakan lampu mata arah ‘strobe light’ pada kenderaan persendirian adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan.", "Mana-mana pemandu yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan 138, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 170/59 iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).", "Jika didapati bersalah mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan. Menurut Kaedah 9, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 hanya kenderaan dalam tugas kecemasan seperti kenderaan Polis, Bomba, Ambulans dan JPJ sahaja dibenarkan mendapat hak laluan mengatasi kenderaan lain dengan cara membunyikan siren tertentu, loceng atau hon dua nada.", "Jika terdapat kenderaan persendirian yang melakukan kesalahan ini dan ingin berlagak meminta jalan usahlah pedulikan mereka. Laporkan kepada pihak berkuasa agar tindakan sewajarnya boleh diambil.", "Buat anda yang berkira-kira nak pasang ‘strobe light’, padamkanlah sahaja niat anda ya. Nanti tak tentu pasal pula kena saman dan boleh berdepan hukuman penjara. Jadilah pemandu yang berhemah dan mematuhi setiap undang-undang jalan raya seperti orang lain." ]

No dataset card yet

New: Create and edit this dataset card directly on the website!

Contribute a Dataset Card
Downloads last month
0
Add dataset card