url
stringlengths
42
231
headline
stringlengths
9
119
content
sequence
https://malaysiagazette.com/2023/03/14/kalau-takut-kalah-jangan-lempar-persepsi-jahat-terhadap-pas-sukri/
Kalau takut kalah, jangan lempar persepsi jahat terhadap Pas – Sukri
[ "SHAH ALAM – Dewan Pemuda Pas Selangor (DPPS) menyangkal dakwaan PKR kononnya wujud gerakan oleh parti itu untuk menukar tempat mengundi mereka yang beralamat di Terengganu dan Kelantan ke Selangor.", "Ketuanya, Mohamed Sukri Omar berkata, dakwaan yang dibuat Timbalan Pengarah Komunikasi PKR Selangor, Adzman Kamaruddin itu sebagai usaha parti berkenaan untuk mewujudkan persepsi jahat ke atas Pas.", "Tegas beliau, persepsi jahat itu sengaja dilemparkan kerana takut dengan isyarat jelas pengundi Melayu muslim telah menolak Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) baru-baru ini.", "Katanya, sudah pasti trend yang sama akan berulang kembali dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tidak lama lagi, dengan rekod buruk PH di peringkat Persekutuan dan ditambah lagi dengan formula ke laut Menteri Kewangan serta Menteri Ekonomi mereka.", "“Kedua-dua menteri ini adalah dari PKR yang tidak mampu menyelesaikan isu ekonomi negara walaupun telah memerintah Kerajaan Persekutuan.", "“Sebab itu, Adzman cuba memburukkan pengundi Melayu dari Terengganu dan Kelantan dengan lemparan negatif dalam akaun Twitternya.", "“Saya kira, ini bukti ketakutan PH Selangor sekarang yang tentu sedar pengundi Melayu sudah tidak lagi mengundi mereka, melainkan mereka mengharapkan belas ihsan dari pengundi tegar DAP yang bersekongkol dengan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Adzman yang menggunakan akaun Twitter @adzman86 membuat ciapan, gerakan menukar alamat kad pengenalan pengundi Pas yang tinggal di Selangor, tetapi alamat asal Kelantan dan Terengganu serta telah mengundi DUN pada PRU 15 sedang giat dijalankan.", "Pihak @sprgovmy perlu halang perkara ini kerana bagaimana mereka boleh tentukan keputusan PRU15 2x?.", "Jelas Mohamed Sukri, kalau benar ada gerakan sedemikian, buktikan dengan fakta dan data, bukan hanya bermain persepsi.", "Katanya, memang PKR adalah parti yang suka bermain persepsi bermula dengan presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan presiden, Rafizi Ramli dan pimpinan seterusnya.", "“Ya, gelagat ini sesuai dengan pepatah “bapa borek, anak rintik”. Jika presiden dan timbalan presiden sedemikian, maka tidak pelik pimpinan negeri juga demikian.", "“Tidak pelik juga jika PH sangat dibenci oleh pengundi Melayu sejak PRU 14 yang lalu dengan isu-isu terpalit melibatkan sensitiviti Islam dan Melayu, ditambah lagi baru-baru ini mereka merendahkan pemikiran pengundi muda dan pengguna Tik Tok serta kini menfitnah orang Melayu Terengganu dan Kelantan pula.", "“Jelas, PH Selangor tiada modal, melainkan terus memusuhi masyarakat Melayu Islam bagi terus “menambat hati” kawan mereka,” katanya.", "Beliau mahu Adzman bertanggungjawab atas cicipan yang dibuat di Twitternya kerana dikira menghina pengundi Terengganu dan Kelantan, di samping berbaur hasutan dalam memburuk-burukan pengundi Melayu amnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/03/02/wan-rosdy-ismail-sabri-antara-enam-ketua-bahagian-menang-tanpa-bertanding/
Wan Rosdy, Ismail Sabri antara enam ketua bahagian menang tanpa bertanding
[ "KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara enam ketua bahagian di negeri ini yang menang tanpa bertanding pada pemilihan parti kali ini.", "Perkara itu disahkan Wan Rosdy selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini, yang memaklumkan ia ekoran tiada pencalonan lain diterima bagi pertandingan jawatan itu apabila tempoh tutup pada 26 Februari lepas.", "Ini sekali gus menjadikan Wan Rosdy kekal menerajui Bahagian Cameron Highlands, Ismail Sabri di (Bera) manakala Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Lipis).", "Turut menang ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun (Bentong), bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Kuala Krau) dan Setiausaha UMNO Pahang, Datuk Seri Ab Hamid Mohd Nazahar (Kuantan).", "Sementara itu, mengulas mengenai pertandingan kerusi naib presiden UMNO yang mana beliau adalah seorang daripada tujuh yang menawarkan diri, Wan Rosdy berharap perwakilan akan membuat keputusan bijak untuk kebaikan parti.", "“Semua yang menawarkan diri ada kekuatan sendiri dan merasakan layak untuk bertanding serta mempunyai hala tuju masing-masing dan dalam pertandingan, pasti ada kalah menang.", "“Kita kena bersifat terbuka bila keputusan sudah dimuktamadkan dan tidak boleh salahkan sana sini kerana ini adalah demokrasi…sudah tentu perwakilan mempunyai asas dan sebab tertentu dalam menentukan siapa yang mereka mahu,” katanya.", "Wan Rosdy juga berharap semua pihak termasuk bagi pertandingan di Pahang untuk berkempen secara sihat dengan ‘memasarkan’ diri mereka sebaiknya dan bukanya ‘mengata orang’ bagi memelihara keharmonian parti.", "Selain Wan Rosdy, turut menawarkan diri untuk bertanding merebut tiga jawatan naib presiden ialah dua penyandangnya iaitu Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid.", "Mereka yang lain ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) yang juga Ahli Parlimen Pengeran,g Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2019/04/01/parti-erdogan-gagal-kuasai-ankara-istanbul/
Parti Erdogan gagal kuasai Ankara, Istanbul
[ "ANKARA – Parti AK yang dikuasai oleh Presiden Tayyip Erdogan kalah di Ankara selepas gagal mendapat sokongan rakyat di ibu negara itu untuk pertama kali.", "Malah, parti pembangkang turut menolak dakwaan bahawa parti AK telah menguasai Istanbul yang merupakan bandar terbesar Turki.", "Erdogan yang telah menguasai politik Turki selama 16 tahun lalu dengan pentadbiran yang keras, berkempen selama dua bulan menjelang pilihan raya semalam.", "Beliau menyifatkan pilihan raya kali ini sebagai ‘kelangsungan hidup’ bagi Turki.", "Namun, kempen hariannya dan sokongan liputan media besar-besaran gagal untuk membantunya menguasai ibu negara atau mendapat sokongan padu di Istanbul susulan kelembapan ekonomi yang mempengaruhi undi rakyat.", "“”Rakyat telah memilih mendukung demokrasi, mereka telah memilih demokrasi,” kata Kemal Kilicdaroglu, yang merupalan pemimpin pembangkang dari parti CHP.", "Beliau menang di Ankara, selain didakwa Reuters turut menguasai Istanbul dan kota Aegean Izmir – masing-masing bandar kedua dan ketiga terbesar di Turki.", "Kekalahan parti Erdogan, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), di Ankara merupakan satu pukulan kepada presiden.", "Kehilangan undi di Istanbul, tempat beliau memulai karier politiknya dan Datuk Bandar pada tahun 1990, menjadi kejutan besar.", "Dengan 99.8 peratus kotak undi telah dikira di Ankara, calon CHP, Mansur Yavas telah memperoleh 50.9 peratus, membolehkan dia memperoleh 3.8 mata peratusan menerajui pesaingnya dari parti AK.", "Agensi berita Anadolu berkata, parti AK boleh membuat rayuan di beberapa daerah ibu negara itu.", "Di Istanbul, TV Turki menunjukkan bekas perdana Menteri, Binali Yildirim merekodkan kemenangan tipis ke atas pesaingnya Ekrem Imanoglu dengan 4,000 undi daripada 8 juta dengan 98.8 peratus kotak undi sudah dibuka.", "Yildirim mengisytiharkan kemenangannya, namun dicabar oleh Imamoglu yang mengatakan data CHP menunjukkan undi yang diperoleh pencabarnya boleh disangkal.", "Dalam ucapankepada para penyokong di Ankara, Erdogan kelihatan menerima kekalahan parti AK di Istanbul, walaupun beliau berpendapat kebanyakan kawasan kejiranan di kota itu masih dikuasai oleh partinya.", "“Sekalipun terpaksa menyerah jawatan Datuk Bandar, (pengundi) mereka memberikan daerah kepada parti AK,” katanya.", "Tambahnya, parti itu akan merayu keputusan sekiranya perlu. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/07/08/hukuman-mati-mandatori-perlu-dikekalkan-untuk-jenayah-berat-musa/
Hukuman mati mandatori perlu dikekalkan untuk jenayah berat – Musa
[ "KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keprihatinann Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan yang mahu memansuhkan hukuman mati mandatori.", "Presidennya, Tan Sri Musa Hassan berkata, selaku bekas Ketua Polis Negara yang pernah menguatkuasakan undang-undang terhadap jenayah berat, hukuman mati mandatori perlu dikekalkan untuk jenayah berat yang membabitkan bunuh.", "Katanya, MCCC dan Organisasi Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO) berpendapat keputusan Jemaah Menteri merancang menghapuskan hukuman mati mandatori dan mengekalkan hukuman mati adalah sebagai suatu langkah yang positif.", "“Tetapi dalam pada masa yang sama kami ingin menggesa pihak kerajaan untuk membuat semakan semula secara menyeluruh berkenaan hukuman mati mandatori itu yang dicadangkan untuk dimansuhkan sepenuhnya.", "“Sekiranya hukuman mati mandatori dihapuskan sepenuhnya, dikhuatiri peratusan kes jenayah akan terus meningkat dengan lebih tinggi.", "“Sebagai contoh seorang dibunuh tanpa berperikemanusiaan dengan sangat sadis dan kejam tetapi suspek bunuh terlepas tanpa dihukum mati.", "“Kita kena ambil serius keadilan untuk mangsa yang tidak berdosa yang mati dibunuh dengan kejam oleh suspek serta ahli keluarga yang menderita secara mental dan trauma,” katanya pada sidang media di Sungai Besi, di sini, hari ini.", "Menurut Musa, MCCC boleh menerima sekiranya hukuman mati mandatori digantikan dengan hukuman alternatif lain membabitkan jenis jenayah khususnya keldai dadah.", "Tambah beliau, hukuman mati mandatori perlu dilaksanakan terhadap jenayah sindiket dadah berat iaitu kartel dadah yang membunuh ramai pemuda menerusi kegiatan pengedaran bahan terlarang itu.", "Katanya, sistem perundangan sedia ada yang bermula daripada siasatan sehingga dijatuhkan hukuman di mahkamah adalah memadai.", "“Jika seseorang suspek kes jenayah bunuh dijatuhkan hukuman mati, ia tidak dilaksanakan serta merta seperti diperintahkan oleh mahkamah kerana dia masih mempunyai ruang untuk merayu keputusan itu di mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan.", "“Maka adalah tidak adil mendakwa hukuman mati mandatori tidak memberikan keadilan sedangkan tertuduh yang disabitkan kesalahannya masih melalui proses perundangan yang adil dan saksama,” ujar beliau.", "Pada Jun lalu, jemaah Menteri telah memutuskan untuk menghapuskan hukuman mati mandatori, tetapi mengekalkan hukuman mati.", "Sementara itu, Musa Hassan memberitahu, pihaknya telah memohon untuk bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berhubung perkara tersebut.", "Dalam pada itu peguam Protect Malaysia, Christina Teng turut mendesak kerajaan agar bersikap adil dan tidak membiarkan pembunuh kejam terlepas daripada hukuman gantung.", "“Kita sebelum melaksanakan pemansuhan hukuman mati mandatori ini adalah wajar kerajaan mendidik rakyat agar mereka memahami terlebih dahulu mengenainya agar boleh mendapat maklumbalas yang adil untuk menyediakan satu proses perundangan dan keadilan yang baik dan berkesan untuk rakyat.", "“Kita percaya hukuman mati mandatori harus dikekalkan untuk pembunuhan kejam dan tidak berperikemanusiaan seperti, menyebabkan kecederaan dan kematian kepada Raja Melayu dan tindakan keganasan yang membawa kepada kematian serta penculikan bersenjata yang membawa kepada kematian.", "“Kamu kena bertanggungjawab sepenuhnya untuk jenayah berat dan kejam yang kamu lakukan, adalah tidak adil apabila kamu rogol dan bunuh dan terlepas sekadar hukuman penjara lima hingga enam tahun sahaja,” ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/01/10/klims-kembali-tahun-ini/
KLIMS kembali tahun ini
[ "KUALA LUMPUR – Persatuan Automotif Malaysia (MAA) hari ini mengumumkan kembalinya Pameran Kenderaan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) setelah kali terakhir diadakan pada 2013.", "Pameran itu bakal diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 23 November sehingga 2 Disember depan.", "Pengumuman itu dibuat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.", "“Saya harap pameran ini dapat menarik ramai lagi pempamer di peringkat ASEAN agar lebih ruang dan peluang kepada pengeluar kereta tempat untuk memasuki pasaran ASEAN.", "“Saya juga harap ia akan dapat menarik lebih ramai pelabur ke Malaysia dan menjadikan ia pusat global di peringkat antarabangsa,” katanya.", "Mustapa menyatakan demikian ketika berucap pada majlis Pemeteraian Perjanjian Penganjuran Pameran Kenderaan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS).", "", "Hadir sama Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran Kurusamy dan Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Roslan Abdulah.", "KLIMS mula diadakan pada 2000 dan kali terakhir diadakan pada 2013.", "Memasuki edisi kesembilan, KLIMS 2018 dijangka mampu melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu 350,000 pengunjung.", "Pameran yang bertemakan “Beyond Mobility”, KLIMS merupakan acara automotif paling mapan dan signifikan di Malaysia.", "Antara yang telah mengesahkan penyertaan adalah Daihatsu, Ford, Honda, Hyundai, Infiniti, Isuzu, Kawasaki, Kia, Lexus, Mitsubishi, Nissan, Peugeot, Perodua, Proton, Toyota, UD, V-Kool dan 3M. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/05/29/maaf-saya-bukan-katak-politik-syed-saddiq/
Maaf saya bukan katak politik – Syed Saddiq
[ "KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan dirinya merupakan ‘katak politik’ yang melompat dari satu parti lain ke parti lain.", "Pengerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu menegaskan, dia bukan ahli parti Bersatu yang ‘melompat’ keluar daripada parti itu untuk menyertai parti yang lain.", "Bekas Menteri Belia dan Sukan itu mendakwa tidak pernah sama sekali menggugurkan keahlian atau meletakkan jawatan daripada Bersatu.", "Sebaliknya, dia telah dipecat daripada parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin tersebut.", "“Maaf saya bukan katak. Banyak kali saya nyatakan, saya dipecat bukan keluar Bersatu. Saya masuk politik sebab nak lawan rasuah bukan nak jadi perasuah,” katanya dalam ciapan Twitter.", "Tambah Syed Saddiq, beliau tidak pernah mengkhianati mandat diberikan oleh rakyat kepadanya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu sehingga dipilih sebagai Ahli Parlimen Muar.", "Beliau menegaskan ‘katak politik’ banyak dalam parti kerajaan yang mentadbir negara ketika ini.", "“Saya tak akan khianat mandat rakyat. Yang lompat parti itu, ada dalam Kerajaan hari ini. Boleh tanya mereka,” kata Syed Saddiq.", "Beliau mengulas laporan sebuah akhbar aliran perdana yang menyenaraikan namanya bersama-sama sebilangan ahli Parlimen yang melompat parti.", "Akhbar tersebut turut meletakkan gambar muka ahli parlimen terbabit di muka hadapan dengan tajuk ‘Segara Gubal RUU Anti Lompat Parti’.", "Turut disenaraikan adalah Ahli Parlimen Simpang Rengam, Dr. Maszlee Malik, Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Mohamed Ali dan Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad.", "Pada 28 Mei 2020, media melaporkan keahlian Syed Saddiq digugurkan daripada Bersatu.", "Turut digugurkan adalah Dr. Mahathir, Datuk Seri Mukhriz, Datuk Amiruddin Hamzah dan Maszlee.", "Perkara tersebut diumumkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten Muhammad Suhaimi Yahya.", "Mereka berlima diserahkan surat berkenaan dan keputusan dibuat setelah mereka enggan duduk di blok kerajaan ketika sidang Parlimen pada 18 Mei 2020.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/07/14/pejabat-saya-tak-boleh-tolak-orang-ramai-datang-tak-sampai-hati-syed-saddiq/
Pejabat saya tak boleh tolak orang ramai datang, tak sampai hati – Syed Saddiq
[ "KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Abdul Rahman meminta pihak-pihak tertentu jangan menambah beban rakyat di Parlimen Muar yang datang beratur ke pejabatnya untuk mengambil bantuan.", "”Kompaun saya tak apa. Pejabat itu di bawah kawal selia saya. Urusan bantuan makanan ini pun urusan saya dan pejabat saya,” katanya dalam hantaran di Facebook lewat malam tadi.", "Ahli Parlimen Muar itu berkata, pejabatnya itu telah diarahkan tutup mulai hari ini selepas dua hari beliau mengagihkan bantuan makanan kepada 5,000 keluarga di Muar.", "Katanya, biasanya ada dalam lebih 150 keluarga datang setiap hari tapi sejak dua hari lepas, jumlah keluarga yang datang telah bertambah.", "”Orang sedang susah, lapar dan sakit. Mereka wajib dibantu.", "”Pejabat saya tak boleh tolak orang yang mahu datang. Nak suruh mereka pulang sebab orang ramai, tak sampai hati. Rakyat Parlimen Muar adalah tanggungjawab saya,” ujar Syed Saddiq.", " ", "Memandangkan ramai yang datang, pejabat Parlimen Muar menyediakan 100 kupon setiap hari untuk 100 keluarga mengambil bantuan makanan.", "Malah, RELA digunakan untuk mengawal situasi di luar pejabat.", "Selain itu surat memohon polis membantu orang ramai yang dihadir juga telah dibuat.", "”Saya juga sudah agihkan sejumlah bantuan makanan kepada semua ketua kampung untuk agihkan di kawasan masing-masing. Had jumlah pengunjung ke dalam pejabat juga kami buat. Yang lain, perlu beratur dengan jarak sesuai di luar pejabat.", "”Tapi hakikatnya ramai lagi yang perlukan bantuan makanan segera. Saya tidak boleh dan tak akan sesekali halang rakyat Parlimen Muar untuk datang ke pejabat.", "”Tapi hari ni, pihak polis juga datang dan arahkan Pejabat Parlimen ditutup. Orang terlalu ramai,” tambah beliau.", "Syed Saddiq yang kecewa dengan arahan penutupan pejabatnya berkata, langkah itu akan menyebabkan bantuan makanan akan lambat sampai ke tangan penerima walaupun agihan dari rumah ke rumah telah dibuat.", "”Realitinya, ramai lagi rakyat Parlimen Muar yang susah, lapar dan sakit. SOP memang dipatuhi, tetapi saya memang tidak boleh kawal jumlah penerima yang datang ke pejabat,” ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/04/05/eriksen-kembali-jalani-latihan/
Eriksen kembali jalani latihan
[ "LONDON – Pemain tengah, Christian Eriksen akan kembali menyertai sesi latihan skuad Manchester United hari ini selepas dua bulan berehat kerana kecederaan buku lali.", "Pengurus United Erik Ten Hag berkata, pemain antarabangsa Denmark itu akan dinilai perkembangannya ketika latihan sebelum dia beraksi di atas padang dalam saingan liga.", "“Bukan untuk esok tetapi dia kembali ke padang. Dia kembali ke latihan pasukan hari ini, jadi kita perlu lihat sekarang seberapa cepat dia boleh membuat kemajuan untuk kembali beraksi dalam saingan liga,” katanya kepada The Athletic.", "Eriksen telah menerima terjahan keras dari penyerang Reading, Andy Carroll ketika pusingan keempat Piala FA pada 28 Januari lalu dan telah terlepas 15 perlawanan terakhir United.", "Dua mingga lalu, dia mendedahkan telah kembali sesi latihan berasingan dan walaupun tidak akan dapat bermain menentang bekas kelab Brentford pada awal pagi ini.", "United masih lagi dibelenggu kekecewaan selepas tewas 0-2 kepada Newcastle United Ahad lalu, sekali gus menyaksikan mereka berdepan cabaran untuk mengekalkan kedudukan dalam kelompok empat teratas liga.", "Ten Hag berharap skuad The Red Devils boleh menjadikan Brentford sebagai mang­sa kebangkitan bagi memastikan mereka terus mencerahkan peluang untuk ke saingan Liga Juara-Juara musim depan. – Agensi" ]
https://malaysiagazette.com/2017/12/29/sah-doping-s-kumar-mungkin-bersara/
Sah doping, S. Kumar mungkin bersara
[ "KUALA LUMPUR – Penjaga gol hoki kebangsaan, S. Kumar sedang menimbang keputusan bersara jika keputusan doping ke atasnya kekal positif.", "Memetik twitter KamiTeamMalaysia, keputusan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) dijangka diumum pada Januari depan.", "Jika didapati sah, penjaga gol yang terkenal dengan jolokan Buffon Malaysia itu akan digantung selama dua tahun.", "Ia merupakan satu tamparan buat penjaga hoki yang sudah berusia 38 tahun itu kerana tempoh yang lama.", "Sebelum ini, Konderasi Hoki Malaysia (KHM) dikejutkan dengan berita Kumar didapati positif ujian doping sewaktu Kejohanan Hoki Piala Asia di Dhaka, Bangladesh, Oktober lalu.", "Perkara mengejutkan itu diumumkan Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal pada satu sidang media khas yang turut dihadiri Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz.", "Menurut Subahan, Kumar dikesan positif ujian doping ketika aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Asia ketika bertemu Oman pada 16 Oktober lalu.", "Kumar dikesan menggunakan bahan terlarang Sibutramine dalam ujian sampel air kencing yang dilakukan Agensi Anti-Doping Dunia.", "Oleh itu, Kumar akan digantung sementara daripada terbabit dengan sebarang aktiviti hoki selama dua tahun. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/11/08/13-calon-parlimen-dun-parti-berjasa-janji-kemenangan/
13 calon Parlimen, DUN Parti Berjasa janji kemenangan
[ "KUALA LUMPUR – Parti Berjasa, antara komponen Gerakan Tanah Air (GTA) berjanji segala projek transformasi pendidikan, pembangunan Sains dan Teknologi serta kelestarian alam sekitar akan dipacu dengan lebih efektif dan telus tanpa sebarang ketirisan sekiranya diberi peluang membentuk kerajaan baharu pada 20 November ini.", "GTA juga akan memastikan Malaysia menjadi sebuah negara unggul dan dihormati dunia dengan kepimpinan baharu yang berteraskan identiti nasional yang padu serta kemahiran mengurus negara bertaraf dunia.", "Ketua Pengarah Pilihan Raya Berjasa, Ir. Ts. Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad berkata, Malaysia memerlukan kepimpinan baharu untuk menjadi negara yang unggul dan bermaruah setelah Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) gagal sebelum ini.", "“Rakyat harus memberi peluang kepada GTA dan Berjasa serta rakan komponennya untuk membuktikan kemampuan para profesional, usahawan dan tokoh NGO untuk memimpin negara.", "“Tujuan kita bertanding pada PRU15 ini adalah hendak menjadi ‘game-changer’ yang merubah undang-undang permainan politik Malaysia yang selama ini didominasi para ‘career-politician’.", "“Kita akan menumbangkan golongan elit politik ini untuk membolehkan GTA mengembalikan segala hasil kekayaan dan kemajuan negara kepada rakyat, seterusnya meningkatkan taraf ekonomi dan sara hidup mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.", "Menurutnya, Berjasa meletakkan 13 pemimpinnya bertanding atas tiket Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada PRU15 ini.", "Mereka ialah Zamani Ibrahim di kerusi Parlimen Tampin, Negeri Sembilan; Datuk Mohd Rosli Ramli (Putrajaya), empat di Perak iaitu Auzaie Fadzlan Shahidi (Larut), Zulkifli Yahya (DUN Batu Kurau), Meor Muhammad Azim Meor Aznam (DUN Slim) dan Shaharuzzaman Bistamam (DUN Belanja).", "Parlimen di Selangor ialah Fahmi Bazlan Muda (Kota Raja), Pathan Hussin (Kapar) dan Annuar Salleh (Bangi), manakala Hamidi Abu Hassan di Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang.", "Di Melaka pula, Berjasa mempertaruhkan Muhammad Nazriq Abdul Rahman bertanding kerusi Alor Gajah dan Dr. Mohammad Nor Sundari (Indera Mahkota) serta calon tunggal wanita, Dr. Rashidah Abd. Rahman di DUN Semambu, Pahang. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/08/22/ismail-sabri-bertemu-ketua-ketua-bahagian-umno-lebih-sejam/
Ismail Sabri bertemu Ketua-ketua Bahagian UMNO lebih sejam
[ "PUTRAJAYA – Pertemuan Ketua-ketua Bahagian UMNO dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di kediaman rasmi, di sini, malam ini berlangsung lebih sejam.", "Kenderaan dinaikiI smail Sabri dilihat meninggalkan Seri Perdana pada jam 9.11 malam. ", "Terdahulu, media melaporkan beberapa kenderaan pemimpin UMNO mula memasuki Seri Perdana antaranya Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, kira-kira jam 6 petang tadi. ", "Pertemuan membabitkan 73 Ketua-ketua Bahagian UMNO itu  difahamkan bermula jam 8 malam. ", "Terdahulu kesemua mereka mengadakan mesyuarat tergempar dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur.", "Kedua-dua pertemuan itu dipercayai membincangkan mengenai soal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).  – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/07/24/who-tidak-peduli-kecaman-amerika-syarikat/
WHO tidak peduli kecaman Amerika Syarikat
[ "GENEVA – Tindakan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo yang mempersoalkan kebebasan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah tidak benar dan pertubuhan itu akan terus bekerja membanteras koronavirus.", "Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus terus menerima mendapat kritikan, terutama daripada Presiden Donald Trump dan Pompeo, yang telah menuduhnya sebagai pro-China.", "”Dan komen itu tidak benar dan tidak dapat diterima dan tanpa asas,” kata Tedros ketika menjawab pertanyaan pada taklimat Geneva mengenai pernyataan Pompeo yang dilaporkan di London, Selasa lalu", "“Satu-satunya fokus kami dan fokus seluruh organisasi adalah menyelamatkan nyawa.", "“… Dan WHO tidak akan terganggu dengan komen-komen ini. Kami tidak mahu masyarakat antarabangsa juga terganggu,” ujarnya.", "Pasukan WHO telah berada di China selama hampir dua minggu terlibat dalam misi antarabangsa untuk menyiasat asal-usul virus tersebut.", "WHO mengetuai misi itu.", "Para saintis percaya virus itu muncul di pasar makanan di pusat bandar Wuhan akhir tahun lalu.", "“Kami sudah mulai menjangkau langkah mendapatkan pakar-pakar di peringkat antarabangsa untuk melihat siapa yang akan tersedia dan paling tepat untuk mendukung misi antarabangsa ini dalam beberapa minggu mendatang,” kata Mike Ryan, pakar darurat utama WHO,.", "Tedros mengatakan WHO melihat penularan koronavirus secara intensif di beberapa negara.", "“Dua pertiga daripada kes itu berasal dari 10 negara. Hampir separuh daripada semua kes yang dilaporkan setakat ini hanya dari tiga negara, ”katanya, merujuk kepada Amerika Syarikat, Brazil dan India.", "Di seluruh dunia lebih daripada 15 juta kes koronavirus telah dilaporkan dengan hampir 620,000 kematian, katanya.", "Jangkitan di Amerika Syarikat telah meningkat dengan cepat sejak kes Covid-19 pertama dikesan pada 21 Januari lalu.", "Jangkitan koronavirus di AS yang direkodkan melebihi 4 juta pada hari Khamis, secara purata lebih daripada 2,600 jangkitan baharu setiap jam, kadar tertinggi di dunia, menurut laporan Reuters.", "Negara ini memerlukan 98 hari untuk mencapai 1 juta kes bertambah kepada 2 juta dalam tempoh 43 hari kemudian.", "Angka terus bertambah kepada 3 juta dalam masa 27 hari selepas itu dan hanya memerlukan 16 hari untuk mencapai 4 juta pada kadar 43 kes baharu seminit. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/12/28/kwsp-sokong-tiada-lagi-pengeluaran-i-citra/
KWSP sokong tiada lagi pengeluaran i-Citra
[ "KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyokong pemberhentian sebarang pengeluaran khas di bawah skim i-Citra agar masa depan persaraan pencarum di negara ini tidak terus dikompromi.", "Jelasnya, KWSP merupakan sebuah dana persaraan yang diberi mandat bagi melindungi simpanan ahli untuk keperluan dan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.", "Sejak ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP adalah tertakluk di bawah Akta KWSP 1991, yang menetapkan bahawa Akaun 1 (70% simpanan) ditetapkan untuk persaraan, manakala Akaun 2 (30% simpanan) adalah untuk pengeluaran lain-lain yang dibenarkan bagi menjamin masa depan persaraan yang lebih cerah.", "Walau bagaimanapun, tiada peruntukan dalam akta yang membenarkan pengeluaran untuk bencana alam.", "", "Skala dan kesan pandemik Covid-19 yang tidak dijangka serta kejadian bencana alam baru-baru ini telah menolak perlindungan sosial semasa negara ke tahap maksimum dan pendekatan menggunakan simpanan KWSP untuk keperluan kecemasan pastinya akan memberikan impak yang teruk tatkala ahli sedang berhadapan dengan ketidakcukupan wang simpanan persaraan, ditambah lagi dengan ketidaktentuan lain seperti peningkatan kos penjagaan kesihatan.", "Skim pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar pada tahun 2020, diikuti oleh i-Citra pada bulan Julai 2021, adalah bersifat luar biasa kerana inisiatif ini telah diperkenalkan semata-mata untuk memenuhi keperluan aliran tunai yang mendesak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kelembapan ekonomi.", "Setakat Oktober 2021, sebanyak RM101 bilion telah dikeluarkan di bawah tiga skim pengeluaran ini, bersamaan 22% daripada RM530 bilion pakej rangsangan yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia secara keseluruhannya.", "KWSP berkata, walaupun skim pengeluaran ini telah memberikan sedikit kelegaan kewangan kepada ahli semasa pandemik dan PKP, ianya telah menyebabkan 6.1 juta ahli kini mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP mereka, yang mana 3.6 juta daripadanya mempunyai kurang daripada RM1,000, sememangnya tahap yang tidak dapat menjamin persaraan ahli.", "Majoriti mereka yang telah membuat pengeluaran kecemasan daripada KWSP adalah dalam kalangan Bumiputera.", "Akibat daripada pengeluaran itu, sebanyak 4.4 juta atau 54% ahli Bumiputera kini mempunyai kurang daripada RM10,000, dan 2.0 juta atau 25% mempunyai\nkurang daripada RM1,000 dan ini amat membimbangkan kerana bilangan ini mencerminkan peningkatan peratusan ahli yang tidak mencapai kuantum Simpanan Asas KWSP sebanyak RM240,000, iaitu jumlah minimum yang diperlukan oleh ahli apabila mencapai umur 55 tahun.", "Selain daripada penyusutan pendapatan masa depan individu, KWSP juga bimbang ketirisan selanjutnya akan menjejaskan kedudukannya sebagai sebuah organisasi simpanan persaraan dan pemegang amanah masa depan persaraan ahli.", "”Sebagai pemegang amanah, KWSP mempunyai kewajipan fidusiari dalam menjaga kepentingan yang saksama untuk semua ahlinya, lebih-lebih lagi apabila masih terdapat berjuta ahli yang tidak menyentuh simpanan mereka dengan harapan untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik demi menjamin kehidupan persaraan mereka kelak,” katanya dalam kenyataan di sini", "Sehingga kini, terdapat lebih daripada RM270 bilion simpanan KWSP yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa oleh ahli yang telah mencapai umur lebih daripada 55 dan 60 tahun, mahupun yang mempunyai simpanan lebih daripada RM1 juta dalam akaun KWSP mereka.", "KWSP bimbang kemelesetan kepercayaan terhadap organisasi akan memaksa golongan ahli ini mengeluarkan simpanan mereka dengan banyak lantas memberikan impak yang negatif terhadap pasaran domestik memandangkan KWSP merupakan tunggak utama dalam pegangan aset pelaburan pasaran modal dan kewangan dalam negara.", "Jelasnya, pengurusan keselamatan pendapatan hari tua kekal sebagai mandat utama dan panduan kepada KWSP dalam membangunkan strategi penjagaan dana warga emas yang sistemik.", "Lagipun Malaysia mempunyai sembilan tahun sahaja lagi untuk mencapai status negara menua pada tahun 2030.", "Jumlah warga emas yang memerlukan sokongan kerajaan akan meningkat secara mendadak daripada 3.5 juta pada tahun 2021 kepada 5.3 juta ataupun\n15% daripada keseluruhan penduduk pada tahun 2030 dan 7.4 juta ataupun 21% daripada keseluruhan penduduk pada tahun 2042, seterusnya memberikan cabaran dalam merangka dasar dalam aspek seperti pekerjaan, jaminan pendapatan dan penjagaan kesihatan.", "Ini menyerlahkan lagi kepentingan mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi untuk kesejahteraan masa depan selain membendung sebarang kejutan kewangan masa hadapan.", "KWSP berkata, ketika negara sedang membina semula ekonomi dan orang ramai telah kembali bekerja, tumpuan utama kini adalah untuk memulih dan membina semula simpanan KWSP.", "Fokus KWSP kini untuk terus melindungi simpanan ahli, selaras dengan mandatnya dan memastikan ahli turut memulihkan dan membina semula simpanan persaraan mereka bagi menjamin persaraan yang selesa.", "Kepelbagaian bantuan kewangan kerajaan yang ditawarkan kepada individu dan perniagaan untuk pemulihan daripada pandemik dan banjir baru-baru ini adalah dialu-alukan semasa waktu sukar ini, justeru sebarang pengeluaran khas daripada simpanan KWSP pada masa hadapan adalah tidak perlu.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/07/31/lelaki-dapatkan-bantuan-bomba-tanggalkan-gigi-gear-pada-kemaluan/
Lelaki dapatkan bantuan bomba tanggalkan gigi gear pada kemaluan
[ "KOTA BHARU – Seorang lelaki berusia 34 tahun mengalami detik cemas apabila ‘gigi gear’, yang dipercayai gear basikal, terlekat pada kemaluannya, sehingga memaksa Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Krai membawanya ke hospital, supaya besi itu dapat dipotong tanpa mencederakannya dengan bantuan doktor.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin berkata, lelaki itu datang sendiri ke Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Durian, dekat Kuala Krai, yang berhampiran dengan tempat tinggalnya pada kira-kira pukul 3.14 petang tadi bagi mendapatkan bantuan.", "Beliau berkata, petugas bomba kemudiannya membawa lelaki itu ke Hospital Kuala Krai, dan dengan bantuan pihak hospital, besi itu berjaya dipotong kira-kira 20 minit kemudian menggunakan alat pemotong khas.", "“Lelaki yang berasal dari Batu Jong, Kuala Krai itu tidak mengalami apa-apa kecederaan. Sebaik sahaja besi itu berjaya dipotong, lelaki berkenaan dibenarkan pulang,” katanya.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/02/05/dr-mahathir-teruskan-rawatan-pemulihan-di-rumah-ijn/
Dr Mahathir teruskan rawatan pemulihan di rumah – IJN
[ "KUALA LUMPUR – Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beliau telah pulih setelah menjalani rawatan, Institut Jantung Negara (IJN) berkata, bekas Perdana Menteri itu telah dibenarkan pulang ke rumah.", "Menurut kenyataan IJN, Dr. Mahathir kini menjalani rawatan pemulihan di rumah.", "“Dr Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara pada 8:40 pagi hari ini.", "“Dr Mahathir baru-baru ini dimasukkan dan menerima rawatan perubatan semasa berada di IJN. Beliau kini akan meneruskan pemulihan di rumah,” kata kenyataan itu, hari ini.", "Semalam Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) itu berkata, beliau telah pulih namum belum sepenuhnya setelah menjalani rawatan di IJN.", "Sebelum ini, pejabat bekas perdana menteri itu mengumumkan bahawa Dr. Mahathir dibenarkan pulang ke rumah sejak Rabu lalu.", "Dalam pada itu, IJN turut memaklumkan Dr. Mahathir akan menjalani pemeriksaan susulan untuk meneruskan rawatan perubatannya.", "Pada 22 Januari lalu, pejabat Dr. Mahathir mengesahkan beliau dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN.", "Pada 7 Januari lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif sebelum dibenar keluar enam hari kemudian.", "Pada 16 Disember tahun lalu, beliau dimasukkan ke institut itu untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut, sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/10/30/muda-umum-tiga-calon-lawan-penyandang-status-menteri/
MUDA umum tiga calon lawan penyandang status menteri
[ "KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengumumkan tiga calonnya yang akan bertanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).", "Kesemua calon itu akan bertanding di kerusi Parlimen di Pulau Pinang, Selangor dan Johor melawan penyandang berstatus menteri.", "Menurut Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz, beberapa lagi kerusi yang akan ditandingi parti itu bakal dimaklumkan dalam masa terdekat termasuk satu kerusi di Sabah.", "“Calon pertama adalah Danial Abdul Majeed yang bertanding di Parlimen Kepala Batas di mana penyandangnya adalah Datuk Seri Reezal Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,” katanya pada sidang media di sini malam tadi.", "Katanya, Daniel merupakan seorang jurutera berusia 26 tahun itu mampu memberikan saingan di kerusi tersebut atas statusnya sebagai anak jati Pulau Pinang.", "Calon Parlimen Tanjung Karang pula akan diwakili Siti Rahayu Baharin yang merupakan seorang guru serta ibu tunggal berusia 41 tahun selain aktif sebagai aktivis pendidikan.", "Manakala Lim Wei Jiet yang merupakan peguam berusia 31 tahun dan bergiat sebagai aktivis hak asasi manusia itu akan bertanding di kerusi Parlimen Tanjung Piai.", "Siti Rahayu bertanding di kerusi yang disandang oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar manakala Lim Wei Jiet bertanding di kerusi disandang Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Wee Jeck Seng.", "Sementara itu, Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, semua calon yang bertanding wajib mengisytiharkan harta dan aset yang dimiliki.", "“Setiap calon wajib isytiharkan aset untuk pastikan ketelusan dan tidak bersandarkan politik wang kuasa serta menjamin akauntabiliti calon,” ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/01/24/jangan-janji-bulan-dan-bintang/
Jangan janji bulan dan bintang
[ "KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong menasihatkan agar pasukan-pasukan Liga Malaysia tidak mudah menawarkan ‘bulan dan bintang’ kepada pemain bagi mengelak daripada terjebak dengan masalah kewangan.", "Beliau mengakui berasa sedih melihat sebahagian besar pasukan bola sepak Liga Malaysia masih terus dihimpit dengan isu tunggakan gaji pemain.", "“Kalau rasa ada kelab yang boleh bayar (gaji pemain) RM60,000 atau RM70,000, pergilah ke situ beramai-ramai.", "“Jangan jadi macam Perlis FA sampai ‘tutup kedai’ manakala Kelantan bagai ‘telur di hujung tanduk’ dan ini adalah satu senario yang tidak sihat kepada bola sepak negara kita.", "“Ini adalah contoh buruk kepada sukan dan bukan sahaja kepada bola sepak kecuali pemain kita telah layak ke Piala Dunia atau kelab-kelab dari luar negara berebut untuk mendapatkan pemain kita dengan membayar gaji yang mahal, maka berbaloilah (gaji yang dibayar kepada pemain).", "“Tidak perlu berbelanja tinggi mendapatkan pemain jika tidak mampu, kenapa tidak beri peluang kepada pemain muda yang pastinya gaji tidak begitu tinggi. Ada pemain yang minta gaji tinggi tapi prestasi atas padang tidak setanding pun dengan gaji,” katanya.", "Sebagai rekod, Malaysian Football League (MFL) telah memutuskan untuk memperkenalkan Economic Control Programme (ECP) secara berperingkat-peringkat bermula musim ini sebelum pelaksanaan menyeluruh dan lebih ketat pada musim 2021.", "ECP yang sebelum ini telah dipraktikkan di LaLiga, bakal menjadi satu anjakan paradigma bola sepak tempatan dalam usaha mendidik pasukan-pasukan Liga Malaysia berbelanja lebih berhemah dan bebas hutang membabitkan tunggakan gaji.", "Setiap pasukan diwajibkan untuk menghantar pelan perbelanjaan dan pendapatan sebelum dibenarkan untuk mendaftar pemain musim ini.", "Dalam perkembangan sama, Zolkples berharap kes tunggakan gaji tidak akan berlaku pada masa akan datang jika kelab Liga Malaysia menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik.", "Jelasnya, ia akan menjadi satu perbuatan tidak adil kepada MFL yang berusaha keras memperkenalkan ECP tetapi ia tidak dimanfaatkan oleh pasukan dalam usaha menangani masalah hutang.", "“Jadi bukan sahaja pemain tetapi semua yang terlibat harus mencerminkan diri atau ukur baju di badan sendiri jika kita semua masih mahu hidup lebih lama dalam industri bola sepak.", "“Jika tidak berita ini akan terus berada di belakang dada akhbar berkenaan masalah kewangan bola sepak.", "“Bukan tidak ada cerita yang baik tetapi kisah kurang enak lebih banyak mewarnai muka belakang surat khabar. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/05/21/adissadikin-presiden-aibim-yang-baharu/
Adissadikin Presiden AIBIM yang baharu
[ "KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad, Datuk Adissadikin Ali dilantik sebagai Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) yang baru.", "Beliau menggantikan Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid untuk penggal 2018 hingga 2020.", "Pelantikan beliau dibuat semasa Mesyuarat Agung AIBIM pada 16 Mei lalu.", "Dengan pelantikan itu Adissadikin juga mengetuai Majlis Tertinggi baharu AIBIM yang dianggotai oleh Affin Islamic Bank, AmBank Islamic, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat, CIMB Islamic Bank, HSBC Amanah, Maybank Islamic, MBSB Bank dan RHB Islamic Bank. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/05/10/semua-institusi-kewangan-tutup/
Semua institusi kewangan tutup
[ "KUALA LUMPUR – Semua institusi kewangan serta pasaran wang luar pesisir, bon dan tukaran asing, ditutup mulai hari ini dan beroperasi semula pada Isnin, 14 Mei, 2018, kata Bank Negara Malaysia.", "Bank pusat berkata ini susulan pengumuman oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, bahawa 10 Mei (Khamis) dan 11 Mei (Jumaat) diisytihar sebagai hari kelepasan tambahan di seluruh negara sempena Pilihan Raya Umum ke-14.", "Bagi negeri Terengganu, Kelantan, Kedah dan Johor yang menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan, Ahad (13 Mei) ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2022/06/17/rapidkl-perkenal-dua-laluan-bas-pengantara-percuma/
RapidKL perkenal dua laluan bas pengantara percuma
[ "KUALA LUMPUR – Syarikat perkhidmatan pengangkutan awam RapidKL memperkenalkan dua laluan baharu bas pengantaranya bermula hari ini.", "Menerusi kenyataan RapidKL memaklumkan, laluan-laluan tersebut adalah di Stesen MRT Pasar Seni (Pintu B) dan Stesen LRT Universiti serta Stesen LRT KLCC (Hentian bas KLCC) dan Stesen LRT Wangsa Maju.", "Katanya, langkah berkenaan diambil bagi menampung keperluan penumpang LRT Laluan Kelana Jaya dan ia beroperasi dari pukul 4.30 petang hingga 7.30 malam.", "“Perkhidmatan bas sokongan ini akan mengambil penumpang di stesen LRT/ MRT yang dinyatakan dan tidak akan berhenti di stesen-stesen lain. Kekerapan bas adalah setiap 15 minit,” katanya.", "Tambah kenyataan itu, pengenalan laluan bas ekspress itu adalah bagi membolehkan pengguna menikmati perjalanan pulang dengan masa menunggu singkat ketika waktu puncak di sebelah petang.", "Katanya, operasi laluan bas tersebut adalah dari hari Isnin hingga Jumaat dengan tambang perkhidmatan adalah percuma. – MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2021/06/03/punb-beri-diskaun-50-peratus-sewa-premis-sehingga-6-bulan/
PUNB beri diskaun 50 peratus sewa premis sehingga 6 bulan
[ "SHAH ALAM – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) melanjutkan penangguhan pembayaran balik pembiayaan ke atas prinsipal dan pemberian diskaun sebanyak 50 peratus  sewa premis perniagaan sehingga enam bulan.", "Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pemberian moratorium itu akan bermula dari 1 Julai hingga 31 Disember 2021 bagi membantu peniaga yang terkesan akibat Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.", "“Seramai 230 penyewa premis perniagaan PUNB di seluruh negara layak menerima diskaun sewa sebanyak 50 peratus bagi tempoh enam bulan bermula 1 Julai ini.", "“Inisiatif ini melibatkan anggaran kutipan sewa sebanyak RM2.89 juta,” katanya pada sidang media di bangunan Kumpulan Muara, di sini hari ini.", "Selain itu, PUNB juga memberi penangguhan pembayaran pembiayaan ke atas prinsipal membabitkan 2,330 Rakan Usahawan PUNB dan 718 penerima pembiayaan Bumiputera Relief Financing (BRF).", "“Semua Rakan Usahawan PUNB telah mendapat penangguhan pembayaran pembiayaan bagi tempoh Januari hingga Jun 2021 secara automatik layak menerima inisiatif ini.", "“Usahawan yang ingin menolak penangguhan pembiayaan perniagaan boleh memaklumkan kepada pegawai pemantau akaun mereka dan membuat pembayaran seperti biasa,” katanya.", "Dalam pada itu, Noh juga memuji sikap beberapa syarikat yang menolak inisiatif moratorium itu dan mahu membuat pembayaran balik seperti biasa.", "“Saya rasa bangga dengan usahawan-usahawan Bumiputera, walaupun kita telah berikan moratorium secara automatik kepada usahawan-usahawan PUNB.", "“Tapi ada 87 syarikat tidak ambil moratorium dan terus bayar seperti biasa,” katanya.", "Sebagai tanda penghargaan, Noh berkata PUNB akan memberikan usahawan terbabit lima bintang dalam penilaian dan laluan pantas kepada pembiayaan seterusnya.", "“Kalau dia nak buat pinjaman akan datang, kita akan berikan keutamaan dengan lebih cepat. Antara syarikat yang tidak mengambil moratorium ialah klinik, farmasi, bengkel, kedai emas dan restoran.", "“Ini kerana mereka merasakan masih boleh menjana pendapatan walaupun PKP, mereka masih boleh beroperasi seperti biasa,” katanya lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/11/26/kematian-dr-koh-meow-bukan-kerana-dos-penggalak-noor-hisham/
Kematian Dr Koh Meow bukan kerana dos penggalak – Noor Hisham
[ "PUTRAJAYA – Kematian Ketua Penolong Pengarah Kanan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Chai Koh Meow disahkan akibat penyakit jantung koronari (hemopericardium) dan myocardial infarction.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang mengesahkan perkara itu berkata, berdasarkan laporan bedah siasat menunjukkan kematian Koh Meow bukan disebabkan dos penggalak vaksin Covid-19 seperti yang didakwa sesetengah pihak.", "“Saya nak ucap terima kasih kepada keluarga mendiang, abang Dr Chai kerana membenarkan KKM memaklumkan dapatan bedah siasat forensik.", "“Hasil dapatan laporan ini menyatakan sebab kematian adalah penyakit jantung koronari…ini adalah laporan yang telah kita terima dan pihak KKM sedih dengan pemergian Dr Chai,” katanya pada sidang media bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini.", "Dalam perkembangan sama, Khairy meminta agar kematian mendiang Dr Koh Meow tidak lagi dijadikan bahan spekulasi pihak tertentu, terutama kepada mereka yang mempunyai niat menghalang penerima dos penggalak vaksin.", "“Kerajaan dan KKM percaya dengan ketelusan…maka saya minta DG (Ketua Pengarah Kesihatan) berkongsi hasil dapatan kematian mendiang dengan jelas bagi menunjukkan tiada apa-apa maklumat yang disembunyikan.", "“Apa-apa kes pun kita akan buat siasatan terperinci iaitu forensik dan post-morterm (bedah siasat) diteliti sebelum satu ketetapan dapat dibuat malah buat masa ini tidak ada kematian yang disebabkan secara langsung dari vaksin, sama ada primary atau booster,” ujarnya.", "Sebelum ini Noor Hisham memaklumkan, Dr Koh Meow telah melengkapkan dos penggalak vaksin Covid-19 pada 9 November lepas dan tidak melaporkan sebarang kesan sampingan luar biasa setelah mendapat vaksinasi tersebut.", "Beliau turut memberitahu, mendiang turut hadir bertugas dan melakukan tugasannya seperti biasa sehingga 16 November lepas. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/03/20/saya-tidak-akan-berganjak-daripada-prinsip-pembangunan-inklusif-pm/
Saya tidak akan berganjak daripada prinsip pembangunan inklusif – PM
[ "LANGKAWI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan kerajaan pimpinannya akan memastikan pembangunan yang adil dan saksama akan terus dikecapi setiap kelompok masyarakat.", "Katanya menerusi dasar ini, nikmat pembangunan negara bukan hanya dapat dirasai oleh penduduk di kawasan bandar sahaja, malah dapat meningkatkan lagi taraf hidup masyarakat luar bandar khususnya golongan kurang berkemampuan.", "“Kita amalkan dasar yang seimbang dan inklusif, dan saya tidak akan berganjak daripada prinsip ini,” katanya semasa merasmikan projek bekalan elektrik luar bandar 24 jam di Pulau Tuba di sini.", "Projek yang diluluskan sendiri oleh Najib pada 2012 dengan kos kira-kira RM45 juta itu melibatkan bekalan elektrik menerusi kabel dasar laut dari Kuala Perlis dan memanfaatkan kira-kira 5,000 orang penduduk di pulau itu.", "“Sayalah orang yang merasa sungguh gembira kerana apa yang saya lafazkan sebagai janji saya kepada masyarakat Pulau Tuba sudah dapat ditepati,” katanya. Najib berkata pelaksanaan projek bekalan elektrik menggunakan kabel dasar laut ke Pulau Tuba ini pada asalnya tidak tersenarai di dalam bajet tahunan kerajaan namun kesedarannya tentang kesulitan yang dihadapi masyarakat pulau itu menyebabkan beliau meluluskannya.", "\n\nKatanya penduduk pulau ini yang sebahagian besarnya menjadi nelayan adalah kelompok masyarakat yang akan terus dibela demi untuk memastikan mereka sama-sama menikmati pembangunan yang sudah berlaku di Langkawi.", "“Kalau kita sudah jadikan Langkawi sebagai pulau bebas cukai, kita tidak mahu yang untung pelancong sahaja tetapi rakyat tempatan ketinggalan,” katanya.", "Beliau juga enggan melayan sikap segelintir pihak yang menganggap usahanya membantu golongan berpendapatan rendah selama ini sebagai cubaan merasuah rakyat.", "“Ini dasar yang adil. Bukannya dedak, bukannya rasuah… Saya tidak mahu nelayan (terus) dihina. Kami ingin terus membela nelayan dan petani,” katanya.", "Dalam majlis itu, Perdana menteri turut mengumumkan beberapa projek pembangunan untuk manfaat penduduk Pulau Tuba, yang hanya dapat dihubungi dari Langkawi melalui perjalanan bot selama kira-kira 20 minit.", "Ini termasuk projek-projek sumbangan Tenaga Nasional Bhd untuk membina jeti penumpang bernilai RM650,000 yang dijangka siap Mei ini, pendawaian semula 32 buah rumah rakyat miskin bernilai RM60,000 dan pemasangan 38 lampu jalan.", "Beliau turut meluluskan peruntukan RM800,000 untuk membaiki rumah rakyat miskin selain memasukkan projek membina stadium mini di Tuba dalam Bajet 2018.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/04/18/kpdnhep-air-asia-promosi-produk-malaysia/
KPDNHEP, Air Asia promosi produk Malaysia
[ "SEPANG – Kerajaan memperhebatkan lagi usaha kempen Beli Barangan Buatan Malaysia dalam usaha mempromosikan produk tempatan merentasi sempadan ruang udara.", "Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) buat julung kali bekerjasama dengan syarikat AirAsia Berhad (AirAsia) untuk memperkenalkan produk usahawan tempatan Malaysia di peringkat antarabangsa.", "Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kolaborasi itu akan membuka ruang kepada usahawan tempatan yang dikenalpasti mengeluarkan produk yang mencapai kualiti dan standard yang ditetapkan syarikat penerbangan tambang murah itu.", "Katanya, sebagai permulaan lapan produk berasaskan makanan terpilih akan dipromosikan dalam pesawat AirAsia.", "“Produk-produk usahawan tempatan itu akan dikenalpasti kementerian dan akan diketengahkan melalui platform jenama milik AirAsia iaitu Santan dan T&C serta laman e-dagang syarikat itu, Ourshop dan Rokki.", "“Selain lapan produk makanan, sebanyak 550 jenis produk hasil usahawan tempatan terpilih dan dikenalpasti akan ditawarkan melalui menu online dua outlet dalam talian itu tanpa caj penyenaraian dalam usaha memperluaskan produk tempatan.", "“Walaupun kempen belilah barangan buatan Malaysia sudah berakhir beberapa tahun lepas, ia dihidupkan semula kali ini dengan peruntukan kerajaan berjumlah RM20 juta berbanding RM3 juta sebelum ini akan digunakan untuk inisiatif dan idea baharu mempromosikan barangan buatan Malaysia pada masa akan datang,” katanya.", "Beliau menyatakan demikian pada majlis AirAsia Menyokong Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia di ibu pejabat syairkat peberbangan itu, RedQ, di sini.", "Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandez dan Timbalannya, Ireen Omar.", "Menurut Saifuddin, kerajaan turut berperanan menasihati usahawan tentang pengeluaran dan kawalan kualiti produk selain memudahkan mereka memohon pelbagai lesen dan bijak menguruskan aduan.", "Tambah Saifuddin, kerjasama dengan AirAsia akan membolehkan syarikat penerbangan itu menawarkan platform bagi membantu produk usahawan tempatan mengakses pelanggan di serata dunia.", "“Sebelum ini usaha kementerian mempromosijan produk tempatan hanya tertmpu di daratan sahaja. Namun sekarang dengan kerjasama AirAsia kita alih perhatian ke pelanggan di udara dengan platform yang disediakan Air Asia,” ujarnya.", "Sementara itu, Tony berharap usahawan tempatan terpilih menggunakan sebaik mungkin peluang pasaran yang luas itu dan mereka tidak perlu membayar caj penyenaraian sebam=nyak RM5000", "“Saya rasa makanan santan Nasi Lemak dan Mee Hokkien Udang, antara menu pilihan utama pelanggan penerbangan kami di serata dunia termasuk di Filipina dan makanan segera buatan Malaysia akan jadi popular di luar negara.", "“Kualitinya memang setanding dengan produk terkemuka dunia lain, dan produk-produk tempatan ini akan dipromosikan menerusi penerbangan kami di serata dunia termasuk setiap destinasi penerbangan Air Asia,” ujarnya.", "Menurut beliau, produk santan yang hanya ditawarkan sebagai menu dalam pesawat diyakini mampu bertemu pelanggan di daratan seperti makanan segera terkemuka lain.", "“Kita berhasrat membawa menu Santan nasi lemak dan lain lain ke lapangan yang lebih luas dan destinasi tumpuan dunia pada masa akan datang, menteri pun pernah membincangkan perkara itu dan harap jadi kenyataan suatu hari nanti,” katanya.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/01/29/mak-nyah-tetap-lelaki-dr-asri/
Mak nyah tetap lelaki – Dr Asri
[ "KUALA LUMPUR – Mufti Perlis Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menegaskan video viral yang memaparkan aksi mak nyah memukul wanita perlu dikategorikan sebagai lelaki yang memukul wanita.", "Justeru itu, katanya masyarakat mesti menghakimi situasi berkenaan dan perlu bertindak seperti mana melihat lelaki memukul wanita.", "“Jika ada ‘maknyah’ memukul wanita, kita hendaklah menganggap lelaki memukul wanita.", "“Hanya dua jantina yang diiktiraf. Tiada yang ketiga. Agama mengharamkan jantina bid’ah yang dinamakan ‘maknyah’ atau ‘saudarai’,” katanya di Facebook beliau.", "Dr. Mohd. Asri juga berkata, jika masyarakat tidak menangani kewujudan golongan berkenaan akan banyak hak wanita, bahkan lelaki yang akan dicerobohi.", "“Maka jika melihat maknyah memukul perempuan bertindaklah seperti mana kita melihat lelaki memukul perempuan. Jangan dikelirukan oleh penampilan yang palsu,” kata Dr. Mohd. Asri.", "Semalam, tular di media sosial, video berdurasi seminit dua saat itu memaparkan seorang individu mendakwa telah diserang dan ditampar oleh beberapa orang mak nyah sehingga berlaku pergelutan pada Sabtu lalu.", "Kejadian itu dipercayai menimpa seorang perunding kecantikan di sebuah farmasi di pusat beli belah di ibu negara. -MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/10/20/polis-berkas-enam-tokan-dadah-aktif-di-kandang/
Polis berkas enam tokan dadah aktif di Kandang
[ "MELAKA – Kelicikan enam tokan yang dipercayai aktif mengedar dadah sekitar Kandang dan Malim, di sini, sejak setahun lalu berakhir apabila mereka diberkas polis, Selasa lalu.", "Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kesemua suspek berusia antara 33 hingga 50 tahun itu diberkas dalam tiga serbuan berasingan antara jam 2 sehingga 7.15 malam.", "Menurutnya, serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPK) Melaka dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah itu turut berjaya merampas dadah jenis heroin seberat 960.72 gram dan syabu 4.4 gram keseluruhannya dianggarkan bernilai RM32,299.98.", "“Dalam serbuan pertama, kita berjaya menahan seorang tokan lelaki berusia 44 tahun yang sedang menunggang motosikal di  Taman Permatang Pasir Perdana membawa bersama heroin seberat 878.86 gram dipercayai untuk diedarkan kepada pelanggannya.", "“Dalam beberapa serbuan seterusnya kita berjaya menahan lima lagi tokan lelaki dan hasil soal siasat kesemua suspek aktif mengedar bagi pasaran di sekitar kawasan Kandang dan Malim sejak setahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.", "Tambahnya, ujian saringan air kencing juga mendapati keenam-enam mereka positif dadah jenis morfin dan methamphetamine selain turut mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.", "Dalam serbuan itu, jelas beliau, pihak polis turut menyita dua buah motosikal jenis Yamaha 125Z dan Honda RS150 serta sebuah Proton Waja keseluruhannya dianggarkan bernilai RM46,000.", "“Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 24 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B/39A(2)/15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – MalaysiaGazette." ]
https://malaysiagazette.com/2019/08/11/pemulangkan-kali-kedua-kertas-siasatan-kes-rogol-exco-perak-cetus-rasa-syak/
Pemulangkan kali kedua kertas siasatan kes rogol Exco Perak cetus rasa syak
[ "KUALA LUMPUR – Polis diminta menjelaskan secara terperinci mengenai kertas siasatan kes rogol pembantu rumah Indonesia oleh seorang Exco Perak yang dipulangkan buat kali kedua.", "Ini kerana, kes itu sudah lebih daripada sebulan sejak ia mula-mula dilaporkan.", "Sudah tentu, pemulangan kali kedua kertas siasatan itu bakal membawa kepada dua kesan utama, kata Pasukan Pemantau Kerajaan (GMC) MCA.", "Ketua Penyelarasnya, Dr Wong Kok Fye berkata, masyarakat antarabangsa amat prihatin terhadap kes ini kerana ia membabitkan seorang warga asing.", "Kerajaan Indonesia serta badan-badan bukan kerajaan juga telah bertemu dengan Kementerian Luar Negeri Malaysia untuk menggesa kes ini dikendalikan secara adil dan telus.", "Kelewatan dalam proses siasatan pastinya akan menjejaskan imej Malaysia, malah cara pihak polis dan kehakiman mengendalikan kes ini sedang diperhatikan dengan teliti oleh masyarakat antarabangsa.", "“Pemulangan kertas siasatan untuk kali kedua sudah tentu membangkitkan perasaan syak wasangka dan memberi gambaran negatif kepada masyarakat antarabangsa,” katanya.", "Menurut laporan media, Ketua Polis Perak mengatakan bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu dilengkapkan sebelum kertas siasatan berkenaan dihantar semula kepada Pengarah Pendakwaan Negeri.", "Jelasnya, proses siasatan polis sangat terperinci dan rasional dan pihak terbabit (mangsa atau orang yang dituduh) sudah tentu menghadapi tekanan psikologi dan fizikal.", "Pemulangan semula kertas siasatan untuk kali kedua akan menyebabkan pihak polis terpaksa memulakan semula prosedur siasatan, ini bermakna pihak terbabit terpaksa bekerjasama dengan pihak polis sekali lagi dan ini secara langsung bakal menambahkan lagi tekanan psikologi dan fizikal terhadap mereka kerana terpaksa melalui semula pengalaman perit yang dialami.", "Berdasarkan dua perkara tersebut, diharapkan pihak polis dapat memberi penjelasan terperinci mengenai sebab kertas siasatan dipulangkan semula, tanpa menjejaskan prosedur siasatan.", "GMC MCA juga, katanya, mengharapkan polis melengkapkan siasatan mereka dengan baik dan secepat mungkin sebelum diserahkan semula kepada Pengarah Pendakwaan Negeri.", "Dua hari lalu, Ketua Polis Perak memaklumkan polis akan menyiapkan kertas siasatan berhubung kes pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa dirogol oleh exco kerajaan Perak, Paul Yong dalam masa 48 jam dan menyerahkannya semula kepada pengarah pendakwaan negeri buat kali ketiga.", "Razarudin Hussain berkata, polis telah mengemukakan kertas siasatan selepas laporan perubatan dan forensik dikeluarkan pada Isnin lalu.", "“Kertas siasatan telah dipulangkan semula kepada pihak polis untuk melengkapkan sedikit lagi keterangan yang ada sebelum dihantar kembali kepada pengarah pendakwaan negeri,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/06/20/kerugian-bersih-bousted-naik-kepada-rm73-1-juta/
Kerugian bersih Bousted naik kepada RM73.1 juta
[ "KUALA LUMPUR – Boustead Holdings Bhd. mencatat kerugian bersih bagi suku pertama berakhir 31 Mac lalu apabila meningkat kepada RM73.1 juta daripada RM22.4 juta pada suku pertama 2019.", "Menurut kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, perolehan merosot sebanyak 10 peratus kepada RM2.3 bilion daripada RM2.5 bilion sebelum ini, berikutan perolehan yang lebih rendah daripada bahagian perindustrian, hartanah, perindustrian berat, perdagangan, kewangan dan pelaburan kumpulan itu.", "Bagaimanapun, bahagian farmaseutikalnya mencatatkan perolehan lebih tinggi sebanyak RM819.9 juta pada suku pertama 2020 berbanding RM786.1 juta pada suku pertama 2019, berikutan permintaan yang lebih tinggi daripada operasi di Indonesia.", "Pengerusinya Mohamed Khaled Nordin dalam kenyataan berasingan berkata, susulan daripada pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan, aktiviti perniagaan pada dasarnya terhenti dalam banyak industri.", "“Kumpulan tidak terkecuali daripada masalah ini, berikutan kebanyakan daripada bahagian kami terjejas, memberi impak kepada pendapatan pada suku pertama,” katanya.", "Bagaimanapun, Mohamed Khaled yakin langkah transformasi Boustead Holdings yang sedang dilaksanakan akan membolehkan kumpulan menghadapi situasi mencabar pada tahun ini dan menambah kumpulan menyasarkan untuk mengukuhkan operasinya dan meningkatkan prestasinya dalam mencapai prospek yang lebih cerah untuk tempoh tiga tahun akan datang. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/05/11/dua-pelajar-sekolah-maut-kemalangan-di-baling/
Dua pelajar sekolah maut kemalangan di Baling
[ "ALOR SETAR – Dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah maut selepas motosikal yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum dilanggar sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan di Kampung Kuala Samak dekat Baling, hari ini.", "Ketua Polis Daerah Baling, Supt Shamsudin Mamat berkata, dalam kejadian pada 3.28 petang itu, pelajar berusia 16 tahun dan seorang lagi berumur 15 tahun merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Pegang, maut di tempat kejadian.", "“Sebelum kejadian, sebuah kereta jenis Nissan Almera yang dipandu seorang wanita berumur 44 tahun sedang dalam pejalanan dari arah Kuala Ketil menghala ke Ceruk Beras bersama suami dan dua anak lelakinya yang berumur 15 dan 10 tahun.", "“Sampai di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang pelajar berumur 16 tahun itu yang datang dari arah bertentangan telah hilang kawalan dan terjatuh di laluan bertentangan. Wanita yang memandu kereta berkenaan tidak sempat mengelak dan terlanggar kedua-dua mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.", "Beliau berkata, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dan jenazah telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk proses bedah siasat.", "Pemandu dan penumpang kereta tidak mengalami sebarang kecederaan sementara kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/02/05/pertemuan-bersemuka-bersama-jokowi-lebih-mesra-konstruktif-pm/
Pertemuan bersemuka bersama Jokowi lebih mesra, konstruktif – PM
[ "KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pertemuan bersama Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) yang berlangsung selama empat jam hari ini lebih mesra dan konstruktif berbanding perbincangan secara persidangan video.", "Menerusi hantaran Facebook rasminya hari ini, Muhyiddin berkata, perbincangan secara bersemuka itu memberi ruang bagi kedua-dua pemimpin mengorak langkah untuk meningkatkan hubungan sedia ada ke peringkat lebih tinggi.", "“Alhamdulilah, lawatan rasmi saya ke Indonesia berakhir dengan beberapa persetujuan bersama dicapai yang tentunya akan memacu hala tuju hubungan kerjasama kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi.", "“Lawatan ini, pada saya sangat bermakna apabila dua pemimpin utama negara dapat berbual dan berbincang secara bersemuka selama empat jam dalam satu lawatan rasmi, yang tentunya memberi banyak ruang untuk kami mengorak langkah meningkatkan hubungan sedia ada ke peringkat lebih tinggi atau lebih strategik,” menurut hantaran itu.", "Beliau turut menyatakan antara isu yang dibangkitkan dalam pertemuan empat mata itu adalah pelaburan dan perdagangan, pelaksanaan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL), diskriminasi minyak sawit dan kerjasama dalam menangani COVID-19 serta pergolakan politik semasa di Myanmar.", "Lawatan rasmi atas undangan khas Jokowi ini amat bermakna dalam mengukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia, kata beliau dalam hantaran itu. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/05/28/kes-buli-pelajar-mrsm-alor-gajah-17-suspek-disiasat/
Kes buli pelajar MRSM Alor Gajah: 17 suspek disiasat
[ "KUALA LUMPUR – Kes seorang pelajar Tingkatan 2 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah yang dibelasah oleh pelajar-pelajar senior sedang disiasat di bawah Sekyen 147 Kanun Keseksaan.", "Jurucakap IPD Alor Gajah memberitahu, setakat ini polis telah mengenal pasti 17 suspek yang berkait dengan kes tersebut.", "Mereka merupakan pelajar Tingkatan 3 dan 4 MRSM berkenaan.", "MalaysiaGazette difahamkan siasatan itu bukan sahaja membabitkan pelajar berkenaan tetapi juga seorang lagi rakannya, juga pelajar Tingkatan 2.", "Menurut laporan kes, mangsa telah dipukul oleh pelajar Tingakatan 3 dan 4 di Asrama Putera pada pukul 4.30 pagi pada 6 Mei lalu.", "Kejadian itu berlaku di bilik asrama seorang pelajar Tingkatan 3.", "Mangsa mendakwa telah ditumbuk, disepak dan dipukul menyebabkan dia mengalami kecederaan lebam di belakang badan, kedua-dua belah siku, sakit dada, perut dan kepala.", "Dalam laporan berkenaan, mangsa mendakwa tidak tahu punca dipukul tetapi mendakwa kerap dibuli.", "Kelmarin MalaysiaGazette melaporkan seorang pelajar Tingkatan 2 dibelasah oleh lebih 10 pelajar senior tanpa belas kasihan.", "Kejadian itu bermula selepas dia disuruh memasak mee Maggi dan mencari air kotak untuk diberikan seorang pelajar Tingkatan 5.", "Lanjutan kejadian itu, mangsa telah dikejutkan oleh seorang pelajar Tingkatan 3 kira-kira pukul 3 pagi dan diarahkan ke sebuah bilik lain.", "Setibanya dia di bilik itu, mangsa melihat terdapat ramai pelajar lain, sebelum beberapa orang pelajar dalam bilik tersebut bertindak memukulnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/08/12/salah-faham-punca-kesesakan-di-ppv-rumah-prihatin-grand-seasons/
Salah faham punca kesesakan di PPV Rumah Prihatin @Grand Seasons
[ "KUALA LUMPUR – Salah faham dalam kalangan bukan warganegara yang Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Rumah Prihatin @Grand Seasons menyediakan khidmat vaksinasi walk-in menjadi punca kesesakan luar jangka seperti yang tular di media sosial.", "“Akibat salah faham itu, “rush crowd” luar biasa berlaku di luar jangkaan pengurusan dan penguatkuasa,” kata Rumah Prihatin @Grand Seasons dalam kenyataan malam ini.", "Menurut kenyataan itu lagi, di peringkat awal pihak Rumah Prihatin bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berusaha menyuraikan kesesakan tersebut.", "Namun warga asing yang berbaris panjang tanpa penjarakan sosial itu enggan bersurai walaupun arahan dan amaran dikeluarkan berkali-kali.", "Rumah Prihatin juga kesal dengan peristiwa tersebut dan akan meningkatkan lagi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dengan bantuan pihak berkuasa bagi memastikan kejadian ini tidak berulang lagi.", "Kenyataan itu menambah, program vaksinasi ini diuruskan oleh Rumah Prihatin di bawah Program Vaksinasi [email protected] dan tidak melibatkan mana-mana pihak lain.", "Pihaknya menegaskan bahawa Rumah Prihatin hanya menerima pendaftaran terus untuk warganegara tempatan sahaja, dengan keutamaan kepada golongan warga emas, orang kelainan upaya, kelompok terpinggir dan golongan rentan sahaja.", "“Rumah Prihatin berharap dapat membantu dalam mengkoordinasikan penyaluran bantuan serta perkhidmatan kepada penduduk Wilayah Persekutuan dengan lebih berkesan supaya insiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam membaikpulih keadaan darurat kesihatan, ekonomi, mental dan fizikal rakyat yang begitu terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/01/22/prn-johor-pas-akan-berunding-dengan-umno-bersatu-takiyuddin/
PRN Johor: Pas akan berunding dengan UMNO, Bersatu – Takiyuddin
[ "KOTA BHARU – PAS akan berunding serta berbincang dengan UMNO, Bersatu dan rakan lain berhubung penyertaan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan.", "Beliau berkata perbincangan itu akan menentukan sama ada PAS menyertai PRN Johor secara kerjasama dengan rakan parti lain atau sebaliknya.", "“Bentuk macam mana kita nak memasuki PRN ini belum dimuktamadkan lagi. Malah sebagai sebuah parti senior di negara ini, kita tidak pernah tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya umum mahupun pilihan raya negeri.", "Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata rundingan antara PAS dengan parti lain mampu memberikan satu pilihan yang baik buat pilihan raya.", "”Bagi PAS, pilihan raya adalah proses untuk memilih kepimpinan sama ada di peringkat negara ataupun negeri.", "“Hasil pemilihan berkenaan akan mewujudkan kestabilan dalam negara dan juga dalam negeri kerana sekiranya berlaku ketidakstabilan politik, ia akan menyebabkan kesan yang buruk kepada negara, negeri dan juga rakyat,” katanya.", "Beliau berkata PAS mahu suasana politik yang stabil sekali gus akan menstabilkan ekonomi dan aspek sosial.", "Takiyuddin turut mengingatkan setiap kepimpinan di peringkat tinggi mahupun ahli agar menjaga kerahsiaan dan nama baik PAS serta tidak melakukan perkara yang merugikan kepentingan parti.", "“Jadi semua pihak perlu berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara termasuk mengeluarkan kenyataan… adakah ia memberi kebaikan kepada parti atau sebaliknya,” kata beliau.", "— BERNAMA", "" ]
https://malaysiagazette.com/2018/03/16/salleh-selar-aktivis-lobi-ke-switzerland-sebagai-khianat/
Salleh selar aktivis lobi ke Switzerland sebagai khianat
[ "KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini berkata, keadilan dan akal mengatasi kepalsuan berhubung berita palsu dan pelaporan berat sebelah berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).", "Beliau berkata, usul yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Switzerland, Carlo Sommaruga, semalam dibahaskan di Perhimpunan Kebangsaan Switzerland (Parlimen) dan pemimpin pembangkang, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan portal media dalam talian tertentu di Malaysia dan apa yang dipanggil pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bebas seperti Cynthia Gabriel dari C4, tanpa rasa malu cuba menyebarkan berita palsu dengan mengaitkan usul itu dengan 1MDB.", "“Mereka telah mengkhianati (negara) dengan menghantar surat kepada anggota Parlimen Switzerland dan wakil-wakil NGO Malaysia membuat perjalanan ke negara itu, untuk melobi anggota parlimen Switzerland supaya menyokong usul tersebut.", "“Parlimen Switzerland semalam mengundi menolak usul tersebut dengan majoriti 138 anggota Parlimen mengundi menentang usul itu, dan hanya 53 anggota parlimen menyokong,” kata beliau menerusi catatan terkini dalam blog beliau, semalam.", "Salleh berkata, kedudukan 1MDB dan Kementerian Kewangan sangat jelas dan usul itu hanya menyentuh perhatian Kerajaan Switzerland, Parlimen Switzerland dan Mahkamah Switzerland.", "“Ia tidak ada kaitan dengan 1MDB kerana wang yang disebut-sebut oleh pembangkang bukan milik 1MDB,” katanya. – BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2021/10/31/atuk-70-tahun-didakwa-cabul-2-beradik-kembar/
‘Atuk’ 70 tahun didakwa cabul 2 beradik kembar
[ "PETALING JAYA – Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun ditangkap bagi membantu berhubung dakwaan melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan kembar yang dijaga oleh isterinya.", "Suspek yang dipanggi ‘atuk’ oleh kanak-kanak kembar itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di rumahnya di Taman Medan di sini, pada 28 Oktober lalu.", "Difahamkan, warga emas tempatan itu dikatakan mencabul dua beradik kembar berusia tujuh tahun itu ketika kedua-dua mangsa itu sedang mandi di bilik air rumah pengasuh.", "Insiden yang menimpa kanak-kanak kembar itu terbongkar selepas abang mangsa yang berusia lapan tahun telah menceritakan kejadian itu kepada bapanya lantas satu laporan polis dibuat.", "Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek lelaki itu yang dipanggil sebagai ‘atuk’ itu dikatakan dilihat mengangkat dua adik kembar perempuannya dan meletakkan ke atas kemaluannya seorang demi seorang ketika kedua-dua mangsa sedang mandi dalam bilik air rumah asuhan itu.", "“Bertindak atas maklumat pengadu (kanak-kanak lelaki) dan laporan polis bapa mangsa, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah pergi ke rumah pengasuh itu sebelum menangkap suspek.", "“Suspek merupakan suami kepada pengasuh dan keterangan pengasuh (isteri suspek) berusia 61 tahun tersebut juga telah diambil oleh polis bagi membantu siasatan lanjut.", "“Wanita berkenaan mendakwa tidak mengetahui perbuatan keji yang dilakukan suaminya dan mengakui bersama-sama suaminya mengasuh kanak-kanak kembar perempuan itu,” ujarnya.", "Kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 15(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/09/24/indonesia-namakan-249-suspek-bakar-hutan/
Indonesia namakan 249 suspek bakar hutan
[ "JAKARTA – Polis Indonesia telah menamakan 249 suspek yang terlibat dalam kes kebakaran hutan.", "Ia termasuk enam syarikat yang juga dinamakan sebagai suspek yang menyebabkan jerebu.", "“Jumlah itu dijangka meningkat kerana siasatan masih diteruskan,” kata jurucakap polis, Muhammad Iqbal.", "Jambi adalah wilayah yang paling buruk dilanda jerebu menyebabkan hampir 100 anggota bomba dan pihak berkuasa lain terpaksa melakukan pemadaman di seluruh kawasan gambut yang terletak kira-kira 3 kilometer dari kawasan perkampungan penduduk.", "Malah, kualiti udara Jambi mencecah paras bahaya pada hujung minggu lalu menyebabkan semua sekolah dan universiti terpaksa ditutup.", "Forum untuk Alam Sekitar (Walhi) mendedahkan hampir 20,000 hektar tanah hutan telah terbakar pada tahun ini, dengan 60% kawasan dimiliki oleh syarikat dengan permit industri.", "Tanah-tanah yang dibakar dipercayai akan dibuka untuk perladangan.", "“Tetapi tidak ada tindakan tegas dilaksanakan ke atas syarikat-syarikat berkenaan, yang sepatutnya dibuat oleh polis dan kementerian berkaitan,” kata Pengarah Walhi, Rudiansyah.", "Agensi Bencana Nasional (BNPB) menyatakan kira-kira 11, 000 hektar tanah telah dibakar di Jambi pada bulan Ogos. Kebakaran juga terjadi di dua Riau dan Sumatra Selatan di Pulau Sumatra.", "Menurut BNPB, hampir 50,000 hektar tanah dan 11,500 hektar hutan telah dimusnahkan oleh api di Riau dan Sumatera Selatan, dalam tempoh yang sama.", "Kerajaan telah mengerahkan 23,039 anggota bersama dan menggerakkan 48 helikopter untuk mengebom air untuk memadamkan kebakaran. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/02/24/leissner-perkenal-tempat-latihan-saya-jadi-gadis-power-point-nooryana/
Leissner perkenal tempat latihan, saya jadi gadis power point – Nooryana
[ "KUALA LUMPUR – Nooryana Najwa Najib mengakui dia pernah bertemu dengan Roger Ng dan Tim Leissner sekadar untuk mengetahui tentang peluang program analisis di Goldman Sachs.", "Katanya, dia memang mahu mencuba nasib untuk bekerja dengan Goldman Sachs.", "Anak Datuk Seri Najib Razak itu berkata, sebagaimana impian rakan-rakan sebayanya, dia juga meletakkan impian untuk bekerja di institusi kewangan utama kerana di situ mereka akan terdedah dengan perundingan, perbankan pelaburan dan ekuiti persendirian.", "”Mana-mana penuntut senior kolej akan membuktikan bahawa kita perlu melakukan kerja asas dan rangkaian dengan profesional industri untuk mendapatkan pekerjaan yang kompetitif yang sepadan dengan minat kita,” katanya dalam hantaran di Facebook.", "Nooryana adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Politik Sains Antarabangsa dan Polisi Luar Negara dari Universiti Georgetown di Washington.", "Oleh itu, beliau mahu mencari kerja yang berkaitan dengan kewangan dan polisi kerajaan.", "Namun dia dimaklumkan bahawa impiannya itu boleh menjadi konflik kepentingan kerana Goldman Sachs menjalankan perniagaan dengan Kerajaan Malaysia.", "Leissner kemudian memperkenalkannya dengan Kumpulan TPG, sebuah firma ekuiti persendirian.", "Firma ini, kata Nooryana, mengumpul dana pelaburan daripada pelabur institusi strategik (terutamanya dana pencen dan dana kekayaan negara).", "Katanya, ini bermakna latar belakang pendidikannya bersesuaian dengan firma ini.", "”Saya ditemuduga untuk jawatan pelatih penganalisis di pejabat TPG di London. Ya, seorang pelatih. Ini bermakna saya perlu bersedia untuk menerima apa sahaja arahan.", "”Selain skop kerja teras, saya juga bertanggungjawab menyiapkan kerja yang diperlukan. Saya adalah gadis PowerPoint, gadis fotostat, gadis kopi dan gadis penghantar, sekadar menamakan beberapa tugas yang dilakukan.", "“Ini kerana TPG mematuhi proses pematuhan yang ketat,” jelasnya.", "Kata Nooryana, TPG mempunyai ketetapan dalaman yang ketat memandangkan bapanya berada dalam kerajaan, lantaran itu beliau tidak akan dibenarkan untuk mengambil bahagian dan/atau bekerja pada mana-mana yang membabitkan akaun pelabur Malaysia.", "Selepas kira-kira 11 bulan sebagai pelatih, beliau dinaikkan pangkat kepada penganalisis sepenuh masa berikutan semakan prestasi dalaman dan dipindahkan ke pejabat TPG Hong Kong.", "Di Hong Kong, Nooryana menghabiskan satu setengah tahun bekerja dalam pengumpulan dana TPG Asia.", "”Saya kemudiannya meninggalkan TPG pada Jun 2015 untuk menumpukan pada perniagaan saya dan memohon melanjutkan pendidikan,” ujarnya.", "Leissner ketika memberi keterangan di mahkamah kelmarin memberitahu, satu pertemuan antara Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs, Lloyd Blankfein, diadakan pada 2009 yang membawa kepada satu agenda.", "Beliau mendakwa, sebagai balasan kepada perniagaan lumayan, peluang kerja diberikan untuk anak Najib di bank pelaburan multinasional AS berkenaan.", "Leissner adalah saksi penting dalam perbicaraan jenayah membabitkan bekas eksekutif Goldman Sachs, Roger Ng yang berlangsung di Mahkamah Persekutuan di Brooklyn, New York. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/03/23/nilai-ringgit-terus-meningkat-berbanding-dolar-as/
Nilai ringgit terus meningkat berbanding dolar AS
[ "KUALA LUMPUR – Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan Khamis selepas kebimbangan yang kian ketara terhadap prospek ekonomi global mengalihkan perhatian pelabur ke arah mata wang sedang pesat membangun termasuk ringgit, kata seorang peniaga.", "Pada 9.20 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.4370/4405 daripada dolar AS berbanding kadar penutup semalam pada paras 4.4530/4580.", "Menurut peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz, kebanyakan pakar percaya Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) tidak akan menaikkan kadar faedahnya pada hari Rabu, memandangkan keadaan semasa sektor perbankan yang goyah.", "“Bagaimanapun, Rizab Persekutuan memutus menaikkan kadar faedah daripada 4.75 kepada 5.0 peratus. Ini adalah kenaikan kedua iaitu hanya 0.25 peratus yang diguna pakai oleh Rizab Persekutuan, sekali gus menandakan penurunan sistematik dalam kenaikan kadar faedah,” katanya kepada Bernama.", "Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.", "Mata wang tempatan menokok nilai berbanding pound Britain kepada 5.4531/4574 daripada 5.4696/4758 pada penutup semalam, tetapi susut berbanding euro menjadi 4.8292/8330 daripada 4.8026/8080 dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.3899/3928 daripada 3.3592/3633 sebelumnya.", "Pada masa yang sama, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.", "Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding baht Thailand kepada 12.9931/13.0105 daripada 12.9297/9506 pada Rabu dan turun berbanding dolar Singapura menjadi 3.3406/3435 daripada 3.3363/3406.", "Bagaimanapun, nilai ringgit  meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 289.10/289.50 daripada 290.10/290.60 semalam dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.13/8.14 daripada 8.16/8.18 sebelum ini. – BERNAMA", " " ]
https://malaysiagazette.com/2022/05/12/warga-kkm-tidak-boleh-buat-kenyataan-memalukan/
Warga KKM tidak boleh buat kenyataan memalukan
[ "KUALA LUMPUR – Warga Kementerian Kesihatan Malaysia dilarang untuk membuat sebarang penyataan awam sama ada dalam bentuk lisan, bertulis atau apa-apa cara lain.", "Peringatan itu terkandung dalam Polis Larangan KKM yang dipaparkan menerusi laman sesawang kementerian itu.", "Polisi itu tidak boleh membuat apa-apa penyataan yang boleh memudaratkan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan kerajaan tentang apa-apa isu.", "Selain itu mereka juga dilarang membuat apa-apa penyataan awam yang boleh memalukan atau memburukkan nama kerajaan, mengulas tentang kelemahan apa-apa dasar atau keputusan kerajaan atau mengedarkan apa-apa penyataan atau ulasan sama ada dibuat olehnya atau mana-mana orang lain.", "Larangan itu berkandung dalam Peraturan 19 (1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.", "Artikel berkaitan: 88.5% doktor pelatih di P.Pinang tertekan – CAP", "Kematian doktor pelatih HPP: Polis rakam keterangan ahli keluarga petang ini", "Budaya buli doktor pelatih perlu ditangani secara total – MSOSH", "KKM tubuh ‘task force’ siasat kematian doktor pelatih HPP", "Menurutnya, di bawah Peraturan 19 (2), warga KKM juga tidak boleh membuat apa-apa ulasan kelebihan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan kerajaan, memberikan apa-apa maklumat berdasarkan fakta berhubung perjalanan fungsi kerajaan, memberikan apa-apa penjelasan berkenaan peristiwa atau laporan melibatkan kerajaan.", "Kakitangan KKM juga tidak boleh memyebabkan apa-apa ulasan, maklumat atau penjelasan sedemikian sama ada yang dibuat olehnya atau mana-mana orang lain.", "Arahan itu dipercayai dikeluarkan selepas isu kematian doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang menjadi isu awam di media sosial.", "Kematian doktor pelatih itu dikaitkan dengan budaya buli dalam perkhidmatan kesihatan negara ini turut didedahkan oleh ‘warga KKM’ tanpa memetik nama mereka. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/08/11/tulang-anna-jenkins-ditemui/
Tulang pinggul milik Anna Jenkins ditemui
[ "GEORGE TOWN – Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas tulang pinggul yang ditemukan di sebuah kawasan hutan berhampiran Jalan Batu Gantung, di sini pada 24 Jun lepas sepadan dengan DNA Anna Jenkins, warga Australia yang dilapor hilang di negeri ini, tiga tahun lepas.", "Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Kimia berhubung ujian itu semalam dan mendapati sampel DNA diberikan anak lelaki wanita tersebut yang datang ke Pulau Pinang, Julai lepas didapati sama dengan DNA tulang pinggul berkenaan.", "“Berikutan keputusan DNA itu, polis meneruskan siasatan lanjut berhubung kes tersebut termasuk mengenal pasti punca wanita berkenaan mati dan pelbagai (aspek) lagi. Saya difahamkan anak lelaki mangsa masih berada di Pulau Pinang bagi mengikuti perkembangan (siasatan).", "“Pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman juga akan ke lokasi penemuan tulang pinggul dan beberapa barangan milik mangsa untuk membina semula siasatan (berdasarkan bukti yang diperoleh) esok bagi menjalankan pemeriksaan lebih terperinci serta mengesan barang kes yang mungkin masih ada di situ yang boleh membantu siasatan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.", "Penemuan tulang pinggul, longgokan pakaian dan barangan peribadi yang dipercayai milik mangsa ditemukan seorang lelaki yang melakukan kerja-kerja landskap menanam pokok di kawasan hutan berhampiran pada 4 petang, 24 Jun lepas.", "Ia ditemukan berselerak kira-kira tiga kilometer dari lokasi terakhir wanita itu dilaporkan kelihatan di Jalan Scotland.", "Mengulas lanjut, Sahabudin berkata, polis juga tidak menolak kemungkinan memohon inkues kes itu jika pihaknya tidak dapat mengenal pasti punca sebenar kematian wanita tersebut.", "Katanya, pemeriksaan lanjut polis di lokasi penemuan tulang pinggul itu pada 7 Ogos lalu, telah menemui seketul objek seperti tulang dan ia telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya untuk dianalisa.", "“Analisa bertujuan mengetahui sama ada ia juga tulang wanita tersebut. Kami masih menunggu keputusannya,” katanya.", "Pada 13 Dis 2017, Jenkins, 65, dikatakan keluar dari bilik hotelnya untuk ke klinik gigi di Pulau Tikus dan meminta pekerja hotel memesan perkhidmatan e-hailing untuk ke sebuah rumah kebajikan di Batu Lancang selepas selesai rawatan.", "Wanita itu meminta pemandu menurunkannya berdekatan lampu isyarat di Jalan Scotland dan demi keselamatan, pemandu menurunkan mangsa berhampiran sebuah sekolah.", "Sejak itu dia dilaporkan hilang dan laporan polis dibuat oleh suaminya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/11/17/jangan-terlalu-banyak-cakap-tentang-najib-dan-rosmah-perwakilan/
Jangan asyik cakap isu Najib, Rosmah sahaja
[ "SHAH ALAM – PKR tidak boleh berterusan bermimpi, syok sendiri bercakap tentang  bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.", "Sebaliknya, kata Perwakilan PKR Selangor, Nurainie Haziqah Shafii parti itu perlu memainkan peranan untuk berusaha memastikan manifesto pada pilihan raya yang lalu dapat ditunaikan.", "“Dulu, sebelum kita pegang Malaysia pegang Selangor kita boleh sebut perubahan apa yang kita nak buat sekarang rakyat nak lihat perubahan yang kita momokan itu.", "“Adakah ia sudah berlaku sudah dalam perancangan kita atau adakah kita syok sendiri masih bermimpi enam bulan ini mendedahkan kebobrokan Najib dan Rosmah serta kepimpinannya tanpa berusaha memenuhi manifesto Pakatan Harapan,” katanya ketika sesi perbahasan dan menyokong ucapan dasar Presiden PKR di Pusat Konvensyen Ideal hari ini.", "Jelas Nurainie Haziqah, rakyat tidak pekak dan buta untuk hanya menerima laungan mahu melakukan perubahan daripada pelbagai aspek malah sedang menilai kemampuan PKR untuk melaksanakan amanah.", "“Kita tidak lagi boleh memomokan rakyat dengan politik sebab rakyat Malaysia hari ini mahukan perubahan ingin lihat perubahan. Rakyat tidak buta dan pekak,” katanya lagi. -MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/06/14/polis-tumpaskan-10-sindiket-ah-long-tawar-pinjaman-rm1-juta/
Polis tumpaskan 10 sindiket ah long, tawar pinjaman RM1 juta
[ "SHAH ALAM – Kegiatan haram 10 sindiket ah long yang mengenakan kadar faedah pinjaman wang yang tinggi kepada mangsa terperangkap dalam jerat polis.", "Seramai 38 suspek disyaki ahli sindiket berkenaan berusia dalam lingkungan 21 hingga 61 tahun diberkas dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar Selangor.", "Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kesemua suspek dicekup antara 3 hingga 8 Jun lalu menerusi Operasi Vulture di Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Serdang, Klang, Hulu Selangor dan Sungai Buloh.", "Seramai 34 daripadanya warga tempatan termasuk dua wanita dan empat warga asing.", "Salah seorang daripada warga asing itu adalah seorang wanita yang berstatus pemastautin tetap, katanya.", "“Hasil serbuan, polis berjaya merampas pelbagai barang antaranya tujuh kenderaan, wang tunai RM51,170, 72, unit telefon bimbit, sembilan buah komputer dan pelbagai barangan berharga termasuk sejumlah jam tangan mewah dan berjenama selain 61 keping kad debit pelbagai bank yang dipercayai milik peminjam, cek pelbagai bank serta salinan rekod peribadi peminjam mereka.", "“Siasatan polis mendapati kesemua suspek menganggotai 10 sindiket berlainan dan bergiat aktif di negeri ini antara dua minggu hingga setahun yang lalu.", "“Suspek menggunakan pelbagai medium bagi menarik mangsa termasuk poster, kain banting yang digantung di kawasan tumpuan awam selain menampal dan mengedarkan risalah dalam peti surat setiap rumah atau kenderaan,” katanya dalam sidang media secara maya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.", "Arjunaidi menambah, sindiket terbabit mengesan dan memperdaya mangsa dengan memberikan pinjaman wang dengan tawaran kadar faedah agak tinggi iaitu antara 10 hingga 15 peratus sebulan kepada peminjam terdesak.", "Beliau juga mendedahkan bahawa, ada dalam kalangan sindiket yang ditangkap itu berkemampuan memberi pinjaman wang kepada pelanggan sehingga mencecah sehingga RM1 juta.", "“Siasatan lanjut kami juga mendedahkan ada antara sindiket ini terlibat dalam kes penipuan pinjaman tidak wujud dengan menawarkan pinjaman di media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan Instagram.", "“Rekod polis menunjukkan sindiket berkenaan terlibat dalam enam kes pinjaman tidak wujud di negeri lain yang mana mereka menggunakan modus operandi memperdaya mangsa membayar sejumlah wang untuk membuat pinjaman yang kemudiannya tidak menerima pinjaman wang yang dijanjikan sindiket itu.", "“Semakan lanjut ke atas mereka juga mendapati 17 daripadanya mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau membabitkan penipuan dan juga kesalahan di bawah pinjaman wang,” ujar beliau.", "Kesemua suspek telah direman untuk membantu siasatan polis di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951, Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport dan Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.", "Tegas Arjunaidi, berikutan rampasan wang tunai daripada sindiket ini, mereka turut disiasat oleh pasukan polis Akta Penggubahan Wang Haram.", "Katanya, polis akan terus berusaha menyekat aktiviti yang mengganggu gugat orang awam yang terdesak memerlukan pinjaman wang dan akan cuba sedaya upaya untuk menyekat terus sindiket seumpama aktif di negeri tersebut.", "“Siasatan polis mereka tiada rekod terlibat dalam secret society kecuali pernah diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan sebagainya.", "“Malahan, sindiket berkenaan juga berperanan menjalankan aktiviti meminjam wang kepada mangsa tanpa lesen atau menyalahgunakan lesen yang diperoleh misalnya tidak mengikut peraturan dan syarat perlesenan pinjaman wang itu,” ujarnya.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/09/27/kematian-adib-kini-sudah-jadi-kes-jenayah-zuraida-serah-polis-ambil-tindakan/
Kematian Adib kini sudah jadi kes jenayah, Zuraida serah polis ambil tindakan
[ "SHAH ALAM – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mendakwa kementerian telah menggunakan segala saluran untuk mendapatkan keadilan bagi pihak Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.", "Beliau berkata, selepas Koroner Ropiah Mohamad membaca keputusan dan rumusannya, pihaknya bersyukur dan berpuas hati dengan perjalanan inkues yang bermula sejak Januari lalu.", "“Kita telah mendengar ulasan Koroner dan juga rumusannya. Saya bagi pihak KPKT dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengucapkan syukur kerana kes Muhammad Adib telah dapat keputusan.", "“Saya puas hati kerana kami telah menggunakan segala saluran yang boleh kita gunakan termasuk meminta agar inkues diadakan untuk menyiasat punca kematian Muhammad Adib.", "“Selama 41 hari kes ini berjalan, dan hari ini kita dapat keputusannya,” katanya dalam sidang media di luar Kompleks Mahkamah Shah Alah di sini, hari ini.", "Sebelum itu, sidang media tidak dapat dimulakan akibat gangguan sekumpulan aktivis NGO yang melaungkan “undur Zuraida”, “Tommy letak jawatan”, dan “undur Mahathir”.", "Walaupun pihak media meminta kumpulan terbabit tidak mengganggu sesi sidang media itu, namun mereka tetap melaung dan menjerit ke arah Zuraida.", "Mahkamah Koroner hari ini memutuskan punca kematian Muhammad Adib akibat dipukul dan diserang oleh pihak ketiga.", "Keputusan itu diumumkan oleh Koroner Rofiah Mohamad selepas 41 hari prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Allahyarham Muhammad Adib berlangsung.", "Ketika membacakan keputusan tersebut, Koroner Rofiah juga berkata, mahkamah memutuskan bahawa kecederaan Allahyarham Muhammad Adib bukan perbuatan sendiri, sebaliknya disebabkan perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu.", "Menurut Zuraida, beliau selepas ini menyerahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya kerana ia sudah menjadi kes jenayah.", "“Saya ucapkan terima kasih semoga keluarga Muhammad Adib rasa terbela kerana kes ini disiasat dengan sebaik mungkin untuk mendapatkan keputusan yang baik,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/07/20/brek-tak-makan-2-cedera-lori-simen-rempuh-4-kenderaan/
Brek tak ‘makan’, 2 cedera lori simen rempuh 4 kenderaan
[ "MELAKA – Dua pemandu cedera dalam nahas melibatkan lima buah kenderaan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) berhampiran simpang ke tapak pelupusan sampah Sungai Udang, di sini, hari ini.", "Kejadian kira-kira jam 10.40 pagi itu dipercayai berpunca daripada sebuah lori simen yang datang dari arah Cheng menghala Sungai Udang mengalami masalah brek sebelum merempuh belakang sebuah lori ketika berhenti di lampu isyarat di simpang berkenaan.", "Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, rempuhan kuat itu mengakibatkan lori tersebut turut terlanggar tiga buah lagi kenderaan di hadapannya.", "“Akibatnya, pemandu lori berusia 37 tahun itu luka di kaki, tangan dan muka manakala seorang lagi pemandu wanita kereta di hadapannya berumur 31 tahun bengkak di lutut dan mata.", "“Siasatan turut mendapati pemandu lori simen berkenaan dipercayai gagal mengawal kenderaannya kerana mengalami masalah pada sistem brek sehingga mengakibatkan nahas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, malam ini.", "Tambahnya, ketika kejadian tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan setakat ini tiada saksi kejadian tampil memberi keterangan.", "Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette." ]
https://malaysiagazette.com/2021/06/20/pelan-pemulihan-negara-tidak-menggembirakan-rakyat-zahid/
Pelan Pemulihan Negara tidak menggembirakan rakyat – Zahid
[ "KUALA LUMPUR – Perutusan Pelan Pemulihan Negara yang disampaikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) minggu lalu tidak ada yang menggembirakan rakyat, malah semakin menambahkan kebimbangan mereka.", "Ini kerana, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tidak ada bantuan yang benar-benar konkrit untuk membantu mereka, selain pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 fasa demi fasa.", "“Hanya mereka, terutama peniaga kecil yang terputus rezeki atau berkurangan pendapatan sepanjang pandemik Covid-19 tahu betapa perit hidup perlu dilalui.", "“Yang tidak dibenarkan berniaga mahupun dibenarkan berniaga hampir serupa nasib mereka.", "“Pemberian moratorium pula masih bersyarat itu dan ini oleh pihak bank. Desakan i-Sinar 2.0 tiada respon sehingga kini. Bagaimana peniaga kecil ini hendak meneruskan kehidupan mereka selepas ini,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.", "Ahmad Zahid berkata, mereka memerlukan bantuan itu untuk menampung segala kos tanggungan bulanan serta perbelanjaan seisi rumah.", "Menurutnya, Raja-Raja Melayu juga cakna dan telah bertitah mengambil maklum dengan kesusahan dihadapi rakyat yang kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.", "Katanya, lontaran slogan “Bangsa Malaysia Bangsa Kental” sahaja tidak akan mengisi kekosongan dapur rumah dan membayar komitmen mereka.", "“Mungkin sebab itu saya terbaca ada peniaga kecil menyifatkan Pelan Pemulihan Negara sebagai pelan yang menyusahkan,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/05/16/kerajaan-kaji-dasar-dasar-lama-tidak-pinggir-penggiat-seni/
Kerajaan kaji dasar lama, tidak pinggir penggiat seni
[ "KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengkaji dasar-dasar yang digunapakai pada masa ini sebagai usaha untuk mengenalpasti sama ada ia berjaya atau sebaliknya.", "Ahli Parlimen Pantai Dalam, Fahmi Fadzil berkata, keputusan untuk membuat dasar-dasar baharu tanpa meneliti secara terperinci dasar-dasar lama dibimbangi akan menyebabkan kerajaan terperangkap.", "Menurutnya, kajian itu meliputi faedah yang akan melibatkan golongan penggiat seni di negara ini agar mereka tidak dipinggirkan.", "“Kita akan gubal beberapa dasar, bukan sahaja untuk anak-anak seni tetapi industri agar dapat dipacu dengan lebih baik.", "“Waktu ini kita belum melantik menteri yang bertanggungjawab dalam bidang ini tapi janji saya kepada anak seni, sebagai seorang penggiat teater saya faham selok belok yang berlaku,” katanya ketika ditemui pada majlis bersama media hiburan dan penggiat seni di sini hari ini.", "Fahmi berkata, kerajaan akan melihat secara keseluruhan bagaimana industri seni di Malaysia terutama mereka yang terlibat akan terus terbela dan pada masa sama mereka bebas untuk melakukan aktiviti seni.", "Katanya, beliau yakin penggiat seni tanahair akan dibela oleh kerajaan pada masa ini menerusi dasar-dasar yang akan melibatkan mereka nanti.", "Menerusi perjumpaan dengan golongan artis veteran pada majlis itu Fahmi berkata, ramai yang ditemui mengeluh dan mahu agar penantian selama 20 tahun yang mereka lalui dapat diterjemahkan melalui kerajaan yang mendapat mandat rakyat hari ini.", "“Saya percaya amalan-amalan sebelum ini untuk menekan, untuk menzalimi sesetengah orang, saya tahu, mungkin ada yang kena senarai hitam dan sebagainya, saya yakin amalan seperti itu tidak akan berlaku lagi selepas ini,” ujarnya.", "Sementara itu, Fahmi ketika diminta mengulas mengenai dakwaan yang tular di media sosial mengenai penjawat awam lantikan politik yang mendapat notis pemberhentian kerja selepas kerajaan Persekutuan bertukar kepada Pakatan Harapan berkata, beliau sememangnya bersimpati dengan nasib mereka.", "Bagaimanapun, keutamaan perlulah diberikan kepada penjawat awam kontrak terlebih dahulu untuk menjadi penjawat awam tetap seperti guru-guru di sekolah-sekolah.", "“Kita memang simpati dengan nasib mereka lebih-lebih lagi nak menjelang Ramadan dan nak raya.", "“Dalam masa sama saya percaya pasaran kerja yang luas boleh memberi ruang kepada mereka.", "“Bagi saya lebih penting kita iktiraf guru-guru kontrak sebagai pekerja tetap berbanding mereka yang mendapat lantikan politik dan sebagainya,” ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/12/13/tidak-perlu-prk-di-parlimen-jelebu/
Tidak perlu PRK di Parlimen Jelebu
[ "“Memandangkan tempoh mandat Dewan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 telah melebihi tempoh tiga tahun dan tiada pemberitahuan oleh Speaker mengenai keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka itu, maka SPR meluluskan bahawa tiada PRK bagi kerusi Jelebu akan dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini.", "Mohd Hashim berkata, beliau telah menerima surat rasmi mengenai kekosongan kerusi tersebut daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada 12 Disember lalu." ]
https://malaysiagazette.com/2020/04/06/nadia-harimau-betina-pertama-dijangkiti-covid-19/
Nadia, harimau betina pertama dijangkiti Covid-19
[ "NEW YORK – Seekor harimau Malaya betina berusia empat tahun di Zoo Bronx disahkan positif koronavirus.", "Zoo yang terletak di sini berkata, keputusan ujian saringan itu disahkan oleh Makmal Veterinar Kebangsaan di Iowa.", "Harimau berkenaan, Nadia dan ‘kakaknya’ Azul dan dua lagi harimau serta tiga ekor singa didapati mengalami simptom batuk.", "Kesemua haiwan itu sudah pulih sepenuhnya.", "Haiwan-haiwan berkenaan dipercayai dijangkiti menerusi penjaganya.", "‘Haiwan-haiwan ini didapati tidak berselera makan tetapi kini semuanya sudah baik di bawah penjaga haiwan dan mereka diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, dan interaktif dengan penjaga mereka,” kata zoo berkenaan melalui kenyataan di sini.", "Setakat ini, zoo tersebut tidak tahu bagaimana virus berkenaan berjangkit dengan haiwan-haiwan lain memandangkan spesis itu memberi tindakan balas berbeza kepada jangkitan.", "Tetapi keadaan haiwan-haiwan berkenaan dipantau secara terperinci. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/05/19/pesawat-terhempas-lima-pelancong-maut/
Pesawat terhempas, lima pelancong maut
[ "TEGUCIGALPA – Lima warga asing termasuk juruterbang itu meninggal dunia apabila pesawat persendirian yang mereka naiki terhempas ke laut sejurus selepas berlepas dari Pulau Roatán, sebuah destinasi pelancongan di pantai Atlantik Honduras, kata pihak berkuasa tempatan.", "Setakat ini, kerakyatan mangsa-mangsa terlibat masih meragukan kerana setiap sumber memberi kenyataan berbeza-beza.", "Jurucakap angkatan tentera, Jose Domingo Meza berkata, empat daripada mangsa adalah dari Amerika Syarikat dan kerakyatan mangsa kelima belum diketahui.", "Perkhidmatan kecemasan setempat pula mengatakan empat mangsa adalah warga Kanada.", "Punca kemalangan masih belum dipastikan.", "Difahamkan pesawat jenis Piper PA-32-260 menuju ke bandar pelabuhan Trujillo, kira-kira 80 kilometers (49.71 batu) dari Roatan, yang menjadi tumpuan pelancong Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/03/26/stormy-dedah-hubungan-dengan-trump/
Stormy dedah hubungan dengan Trump
[ "WASHINGTON – Pelakon filem, Stormy Daniels mengakui pernah mempunyai hubungan dengan Presiden Donald Trump.", "Pendedahan itu dibuat oleh wanita yang nama sebenarnya Stephanie Clifford menerusi CBS TV.", "Bagaimanapun Trump yang mengahwini Melania Trump pada tahun 2005 menafikan dakwaan pelakon tersebut.", "Disebabkan pengakuan itu, peguam Trump menuntut ganti rugi sebanyak AS$20 juta daripada Stormy kerana telah membocorkan perjanjian yang telah ditandatangani sebelum pilihan raya presiden pada tahun 2016.", "Namun, Stormy mendakwa tuntutan itu tidak sah.", "Washington Post melaporkan, Trump yang berada di Mar-a-Lago Florida pada hujung minggu kembali ke White House menjelang wawancara 60 Minutes yang disiarkan pada tengah hari Ahad.", "Sebaliknya, Melania masih berada di Florida.", "Stormy merupakan antara tiga wanita yang mengambil tindakan undang-undang dakwaan seksual membabitkan Trump.", "Wanita itu juga memberitahu dia dibayar sebanyak AS$13,000 oleh peguam peribadi Trump, Michael Cohen untuk menutup mulutnya menjelang pilihan raya 2016.", "Malah, Cohen mengesahkan pada Februari lalu telah membuat bayaran kepada Stormy tanpa menjelaskan tujuan bayaran itu dibuat. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/03/02/saya-beritahu-lembaga-disiplin-umno-saya-tak-bersalah-tun-faisal/
Saya beritahu Lembaga Disiplin UMNO saya tak bersalah – Tun Faisal
[ "KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz selesai memberi keterangan kira-kira dua jam kepada Tribunal Lembaga Disiplin UMNO semalam.", "Menurut Tun Faisal, beliau hadir ke tribunal berkenaan pada pukul 2.45 petang dan sesi itu tamat sekitar pukul 4.15 petang.", "“Saya dipanggil atas sebab dituduh melanggar peraturan parti, bila masuk ke tribunal itu saya diterangkan tentang prosiding dan pada mulanya berlaku perbezaan pendapat sedikit antara saya dan anggota tribunal.", "“Selepas itu semuanya berjalan lancar dan saya diberikan ruang seluas-luasnya untuk menyampaikan hujah balas terhadap tuduhan yang dibuat,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette hari ini.", "Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata, keputusan berkaitan tribunal berkenaan akan dibuat dalam masa terdekat namun beliau tidak dimaklumkan tarikh sebenar.", "Tambahnya,  sekiranya keputusan yang dibuat adalah tidak wajar, beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat rayuan semula mengenai perkara tersebut.", "“Cuma nanti keputusan kita tengok lah, jika keputusan itu saya anggap wajar dan adil, insyaAllah saya boleh terima.", "“Saya tidak boleh dedahkan secara terperinci mengenai apa yang berlaku semalam, cuma saya boleh beritahu saya tidak mengaku bersalah atas tuduhan yang dibuat dan kesemua hujah saya adalah berasaskan fakta terhadap aduan yang dibuat,” katanya.", "Sebelum ini, pegawai kepada Menteri Wilayah Persekutuan itu diminta mengemukakan surat tunjuk sebab serta diarahkan hadir ke Tribunal Lembaga Disiplin UMNO kerana dilaporkan membuat kenyataan yang Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah hilang kredibiliti dan mengkhianati parti selepas percubaan untuk membawa parti menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal beberapa kali. – MalaysiaGazette." ]
https://malaysiagazette.com/2023/03/14/keputusan-pasm-2022-keluar-21-mac-ini/
Keputusan PASM 2022 keluar 21 Mac ini
[ "KUALA LUMPUR – Keputusan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2022 bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) akan dikeluarkan pada 21 Mac 2023.", "Kementerian Pendidikan berkata, seramai 3,667 MBPK dari 730 buah sekolah di seluruh negara telah menamatkan persekolahan bagi sesi akademik 2022/2023 dan layak\ndianugerahi Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM).", "SASM tahun 2022 boleh diperoleh dari sekolah masing-masing pada 21 Mac 2023 mulai jam 10 pagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/10/27/tudm-terbangkan-61-petugas-tim-mobilisasi-kkm-ke-sabah/
TUDM terbangkan 61 petugas Tim Mobilisasi KKM ke Sabah
[]
https://malaysiagazette.com/2020/06/07/kena-cekup-selepas-berparti-arak-di-kondo-mewah/
Kena cekup selepas berparti arak di kondo mewah
[ "KUALA LUMPUR – Tindakan sekumpulan 10 warga tempatan yang berparti di sebuah kondominium di Jalan Ampang ditahan polis dalam serbuan awal pagi tadi.", "Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, serbuan dibuat oleh pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju sekitar jam 1.30 pagi.", "“Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh orang awam, polis IPD Wangsa Maju telah menyerbu sebuah kondominium berkenaan dan hasilnya berjaya menahan lima lelaki dan lima perempuan berusia dalam lingkungan 19 hingga 31 tahun.", "“Turut dirampas sejumlah botol dan tin minuman keras (arak) serta peralatan muzik elektronik dan hasil siasatan awal mendapati peserta private party yang hadir adalah terdiri dari rakan rakan rapat dan dijemput melalui aplikasi WhatsApp dan tiada sebarang bayaran dikenakan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.", "Tambah Rajab Ahad, hasil soal siasat lanjut ke atas kesemua individu itu mendapati unit kondominium tersebut telah disewa oleh salah seorang saspek yang ditahan dengan kadar RM250 sehari.", "Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua saspek negatif dadah dan dibawa balik ke IPD untuk siasatan lanjut kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 (PKPB) dengan berhimpun bagi tujuan sosial (aktiviti hiburan).", "Menurut beliau, kesemua saspek disiasat di bawah Peraturan 15 Peraturan – peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LangkahLangkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh membawa hukuman denda RM1000.00 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.", "", "10 individu yermasuk 5 perempuan berusia antara 19 hingga 30-an ditahan private party dengan arak di Kondominium mewah di Jalan Ampang awal pagi tadi.Foto Ihsan: IPD Wangsa Maju”Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti jenayah kerana tindakan tegas berdasarkan undang undang akan diambil kepada yang ingkar.", "“Polis Wangsa Maju juga menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan berhubung PKPB atau pun punyai sebarang maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis berhampiran,” tegas beliau.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/03/15/pegawai-polis-anggota-imigresen-ditahan-disyaki-lepaskan-suspek-macau-scam/
Pegawai polis, anggota imigresen ditahan disyaki lepaskan suspek Macau Scam
[ "GEORGE TOWN – Lapan individu termasuk lima penjawat awam ditahan kerana disyaki bersekongkol melepaskan suspek Macau Scam warga China di Pulau Pinang.", "MalaysiaGazette difahamkan, mereka yang ditahan terdiri daripada empat pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut berpangkat Asisten Superintendan dan inspektor.", "Selain mereka, seorang anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Seberang Jaya turut ditahan bagi membantu siasatan kes terbabit.", "Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, pihaknya kini sedang menganalisa data siasatan membabitkan empat pegawainya yang terlibat dalam kes melepaskan suspek Macau Scam.", "Katanya, pegawai polis yang terlibat terdiri daripada dua berpangkat ASP dan dua inspektor.", "“Setakat ini, hanya lapan orang termasuk orang awam ditahan membabitkan kes dan siasatan lanjut masih dijalankan.", "“Sebelum ini kita sudah serahkan kertas siasatan kepada Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) namun diserahkan kembali untuk pihak kami melengkapkan lagi siasatan termasuk mendapatkan pengesahan dari segi teknikal,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang hari ini.", "Dalam perkembangan sama, Sahabudin turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan pegawai polis yang sepatutnya amanah menjalankan tugas dalam pasukan beruniform.", "“Saya memang kesal dengan tindakan mereka dan saya juga sudah mencadangkan agar pegawai yang terlibat itu ditukarkan ke jabatan lain.", "“Kami masih tunggu jawapan pertukaran daripada pihak Bukit Aman dan mereka ini tidak akan ditempatkan dalam bahagian siasatan operasi,” ujar Sahabudin.", "Pada Jumaat lalu, MalaysiaGazette melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan pegawainya terlibat dalam kes melepaskan suspek Macau Scam warga China di Pulau Pinang.", "Abdul Hamid memberitahu siasatan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman mendapati wujud kesalahan dalam kes tersebut. – MalaysiaGazette", "ARTIKEL BERKAITAN:", "Inspektor bersekongkol lepaskan suspek-suspek Macau Scam", "" ]
https://malaysiagazette.com/2021/10/09/lelaki-kutip-sewa-rumah-terbunuh-dalam-pergaduhan-di-kangar/
Lelaki kutip sewa rumah terbunuh dalam pergaduhan di Kangar
[ "KANGAR – Seorang lelaki meninggal dunia dengan keadaan tangan terikat selepas terlibat dalam satu pergaduhan dipercayai berkaitan duit sewa rumah di Kampung Guar Sabun, Batu Pahat dekat sini, pada malam semalam (8 Okt).", "Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Wari Kiew berkata, dalam kejadian pada 8.30 malam itu, pihaknya yang tiba di lokasi menemukan mayat Kamarul Izahar Mat Nanyan, 49, terlentang berhampiran pagar sebuah rumah dengan kesan kecederaan kecil di dahi.", "Katanya, susulan kejadian itu, empat lelaki berusia lingkungan 39 hingga 55 tahun ditahan bagi membantu siasatan.", "“Mangsa dipercayai datang ke sebuah rumah untuk mengutip sewa daripada seorang lelaki tetapi tidak dipedulikan sehingga tercetus pertengkaran di antara mereka membabitkan penggunaan parang.", "“Mangsa yang berang bertindak menetak cermin sebuah kereta dan turut mencederakan lelaki berkenaan sebelum pergaduhan dileraikan oleh beberapa penduduk yang kemudian bertindak mengikat tangan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.", "Menurut Wari, mangsa kemudiannya didapati sudah tidak bergerak dan disahkan telah meninggal dunia, manakala lelaki yang cedera akibat ditetak kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).", "“Mayat Kamarul Izahar telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar bagi tujuan bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2023/03/23/hukuman-mati-mandatori-penjara-sepanjang-hayat-dihapus/
Hukuman mati mandatori, penjara sepanjang hayat dihapus
[ "KUALA LUMPUR – Hukuman penjara sepanjang hayat sebagai alternatif kepada hukuman mati mandatori akan digantikan dengan hukuman alternatif baharu.", "Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, hukuman penjara sepanjang hayat dimansuhkan sepenuhnya dalam semua undang-undang.", "Pesalah terbabit sebaliknya akan dikenakan hukuman alternatif baharu iaitu penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali.", "Azalina berkata, dasar baharu itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Mac lalu.", "Hukuman mati dimansuhkan bagi kesalahan-kesalahan yang tidak menyebabkan kematian melainkan tiga kesalahan iaitu Seksyen 121 dan 121A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952; dan", "Turut dipersetujui Rang Undang-Undang (RUU) baharu bagi membolehkan hukuman mati atau hukuman penjara sepanjang hayat yang telah dikenakan disemak semula oleh Mahkamah Persekutuan.", "RUU itu akan melibatkan 957 orang banduan hukuman mati dan banduan sepanjang hayat yang telah menghabiskan proses rayuan di mahkamah sebelum ini.", "“Dalam hal ini, Kerajaan akan membuat bacaan kali yang pertama bagi RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dan RUU Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 pada hari Isnin, 27 Mac nanti.", "“RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dijangka akan memberi kesan kepada 476 orang banduan hukuman mati yang belum menghabiskan proses rayuan, sama ada di Mahkamah Rayuan ataupun Mahkamah Persekutuan.", "“Hal ini disebabkan, hukuman alternatif kepada hukuman mati mandatori akan bersifat ke belakang,” kata Azalina di Dewan Negara.", "Beliau menjawab soalan Datuk Wira Koh Nai Kwong yang meminta Perdana Menteri menyatakan apakah status terkini inisiatif Kerajaan untuk mengkaji semula cadangan untuk melaksanakan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori bagi pelbagai kesalahan.", "Azalina berkata, pindaan perundangan yang melibatkan polisi penghukuman dan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori merupakan perubahan positif kepada sistem keadilan jenayah di Malaysia supaya lebih holistik dan inklusif.", "Ini demi manfaat bersama selain tidak menafikan hak asasi individu untuk mendapat keadilan sewajarnya.-MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2019/05/22/3-syarikat-penerbangan-china-tuntut-boeing-bayar-pampasan/
3 syarikat penerbangan China tuntut Boeing bayar pampasan
[ "BEIJING – Tiga syarikat penerbangan China akan menuntut pampasan kepada Boeing kerana kerugian akibat terpaksa menggantung operasi dan penangguhan pesawat 737 MAX.", "Jurucakap Air China Ltd dan China Southern Airlines Co Ltd memberitahu, pihaknya telah mengemukakan tuntutan itu, sebagai tambahan kepada permintaan sama yang dibuat oleh China Eastern Airlines Corp Ltd sebelum ini.", "Tuntutan berkenaan telah dilaporkan oleh stesen televisyen China.", "China adalah negara pertama yang menggantung operasi 737 Max selepas Ethiopian Airlines terhempas dan mengorbankan 157 orang pada Mac lalu.", "Nahas itu merupakan insiden kali kedua bagi model pesawat terbaharu Boeing selepas Lion Air, lima bulan sebelumnya.", "“China telah menggantung 96 pesawatnya, kira-kira 4 peratus daripada pesawatnya. Langkah itu menyebabkan kerugian besar bagi syarikat penerbangan China,” kata pakar penerbangan China, Li Xiaojin.", "Kerugian sehari dianggarkan sekurang-kurangnya 100,000 yuan (AS$14,4469.90) bagi setiap pesawat bagi setiap syarikat.", "“Potensi kos juga besar. Pertumbuhan perlahan dalam jumlah penumpang di seluruh lapangan terbang utama China pada bulan Mac dan April sebahagian besarnya disebabkan oleh penggantungan pesawat 737 MAX jet, menurut pengiraan saya,” kata Li.", "Syarikat penerbangan di luar China juga meminta Boeing pampasan, termasuk Turkish Airlines, United Airlines, Ryanair dan Flydubai. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/02/06/mana-wakil-wanita-dalam-aim/
Mana wakil wanita dalam AIM?
[ "KUALA LUMPUR – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ditegur kerana tidak mempunyai wakil wanita dalam lembaga amanah organisasi itu kecuali seorang dalam panel syariah.", "Penasihat Pembangunan Keusahawan Iktisas Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, tidak lengkap sesebuah organisasi yang banyak terlibat dalam urus niaga dengan wanita tetapi tidak mempunyai wakil daripada kaum hawa.", "Lantaran itu, beliau akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta supaya ada wakil wanita diletakkan dalam Lembaga AIM.", "“Saya selaku Ketua Pergerakan Wanita UMNO akan mencadangkan dua wakil wanita dalam AIM.", "“Wanita di AIM bukan berada dibelakang kaum lelaki tetapi sepatutnya bersama-sama ‘disebelah’ lelaki,” katanya pada Himpunan Usahawan Sahabat Amanah Ikhtiar di sini hari ini. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/01/27/kes-kematian-covid-19-di-britain-melepasi-100000-orang/
Kes kematian Covid-19 di Britain melepasi 100,000 orang
[ "LONDON – Angka kematian akibat Covid-19 di Britain melepasi 100,000 orang ketika kerajaan sedang bergelut untuk menyegerakan program vaksinasi dan mengekang penularan varian baharu.", "Semakin banyak kematian direkodkan sebelum program vaksin dimulakan, kata ketua perubatan di England/", "Britain adalah negara kelima tertinggi merekodkan kes jangkitan Covid-19.", "Setakat hari Selasa sebanyak 1,631 kes kematian direkodkan dan 20,089 kes jangkitan.", "Jumlah kematian yang direkodkan dalam Covid-19 melepasi jumlah orang awam yang maut dalam Perang Dunia Kedua, malah dua kali ganda yang terbunuh dalam pengeboman Blitz pada tahun 1940/41.", "“Sukar untuk membendung kesedihan dalam statistik yang mengerikan itu, tahun yang menyaksikan kehilangan nyawa, perjumpaan keluarga tidak dihadiri dan banyak keluarga kehilangan peluang, bahkan untuk mengucapkan selamat tinggal,” kata Perdana Menteri Boris Johnson.", "England, setakat ini merupakan negara terpadat dari empat negara di Britain, melaksanakan semula sekatan pergerakan pada 5 Januari lalu dengan penutupan pub, restoran, kedai yang bukan keperluan dan sekolah.", "Malah, peraturan baharu pengembaraan turut diperkenalkan.", "Pada bulan Disember, Britain menjadi negara pertama di dunia yang meluluskan vaksin Pfizer Covid-19 dengan menetapkan vaksinasi kepada semua orang berusia 70 tahun ke atas, mereka yang rentan secara klinikal, pekerja kesihatan dan sosial garis depan dan golongan tua di rumah jagaan pada pertengahan Februari.", "Hingga Isnin, sejumlah 6,853, 327 orang telah menerima dos pertama dan 472, 446 dos kedua. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/04/14/iran-rancang-tingkat-pengayaan-uranium-sebanyak-60-peratus/
Iran rancang tingkat pengayaan uranium sebanyak 60 peratus
[ "TEHRAN – Iran mengumumkan akan memperkaya pengayaan uraniumnya hingga 60 peratus.", "Pengumuman itu dilakukan dua hari selepas insiden letupan di kemudahan nuklear utama Iran di Natanz yang didakwa angkara tentera Israel.", "Menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA), Iran telah mengirim surat rasmi kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengenai keputusan untuk memulakan perkaya pengayaan uraniumnya  sehingga 60 peratus.", "Walaupun tidak ada penjelasan terperinci tentang pengayaan itu dimulai, keputusan tersebut telah mencetuskan kebimbangan dari negara lain terutama yang terlibat dalam perjanjian nuklear Iran.", "Selain itu, pengumuman itu juga dilihat turut mengeruhkan keadaan ketika rundingan sedang dilakukan di Vienna dalam usaha menyelamatkan perjanjian nuklear 2015 antara Iran dengan kuasa dunia selepas ia dipinggirkan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tiga tahun lalu.", "Berdasarkan perjanjian yang ditandatangani, Iran hanya dapat memperkaya uranium hingga 3.67 peratus, namun angka itu sudah menjangkau 20 peratus pada Januari lalu.", "Langkah itu bakal menyaksikan Iran semakin menghampiri nilai ambang ketulenan uranium untuk kegunaan tentera, iaitu sebanyak 90 peratus. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/03/03/individu-potong-barisan-suntik-vaksin-boleh-didenda-rm50000-penjara-enam-bulan/
Individu potong barisan suntik vaksin boleh didenda RM50,000, penjara enam bulan
[ "PUTRAJAYA – Individu yang “memotong barisan” untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.", "Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, tindakan itu boleh diambil mengikut Seksyen 31 yang merupakan peruntukan baharu di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit) (Pindaan) 2021 yang akan berkuat kuasa 11 Mac ini.", "Katanya, Seksyen 31 itu menjadi punca kuasa untuk mengenakan penalti di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988  (Akta 342) bagi mana-mana kesalahan yang tidak dinyatakan di dalamnya.", "“Peraturan yang dibuat di bawah subseksyen baharu ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh dikenakan penalti denda tidak melebihi RM50,000, atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali,” katanya.", "Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini, hari ini.", "Dr Adham berkata, buat masa ini, tiada laporan diterima oleh KKM berhubung isu potong barisan dalam penerimaan suntikan vaksin COVID-19.", "Isnin lepas, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan mewujudkan Garis Panduan Penetapan Senarai Barisan Petugas Hadapan bagi mengelakkan isu “potong barisan” untuk program vaksinasi COVID-19.", "Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, keputusan itu dibuat pada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dan dokumen garis panduan berkenaan  memperincikan  mengenai petugas barisan hadapan." ]
https://malaysiagazette.com/2019/04/14/mb-johor-ke-17-angkat-sumpah-hari-ini/
MB Johor ke-17 angkat sumpah hari ini
[ "JOHOR BAHRU – Teka-teki mengenai siapa yang bakal menerajui kepimpinan kerajaan negeri Johor selepas berita peletakan jawatan Datuk Osman Sapian dilaporkan Selasa lepas, bakal terjawab hari ini.", "Istiadat penyerahan surat tauliah dan pengisytiharan pelantikan Menteri Besar Johor ke-17 akan berlangsung di Istana Serene di sini pagi ini, selepas Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan melantik menteri besar baharu setelah menerima surat peletakan jawatan Osman semalam.", "Istiadat pelantikan dijadualkan pada 9.30 pagi.", "Desas-desus mengenai Johor bakal menerima menteri besar baharu bertiup kencang pada hujung minggu menjelang Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura yang berlangsung pada Isnin dan Selasa lepas namun dinafikan oleh pembantu Osman.", "Bagaimanapun pada 9 April, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Osman, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai hala tuju kerajaan negeri pimpinan PH itu selepas ini.", "Yang nyata, kepimpinan PH di negeri ini dijangka masih diteruskan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sekali gus menunjukkan kesepakatan kepimpinan PH seperti yang telah dipersetujui ketika Pilihanraya Umum ke-14.", "Menurut Osman pada satu sidang media semalam, ketika pertemuannya dengan Sultan Johor, baginda bertitah akan menetapkan beberapa syarat terhadap menteri besar baharu.", "Syarat-syarat itu dijangka perubahan besar dalam pembentukan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebagaimana yang dititahkan oleh Sultan Ibrahim.", "Antara nama yang disebut-sebut bakal mengisi kekosongan jawatan peneraju kerajaan negeri Johor ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Kepong Dr Sahruddin Jamal yang ketika ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri.", "Siapapun yang bakal dilantik, rakyat Johor khususnya mengharapkan menteri besar baharu itu akan membawa perubahan yang lebih baik kepada mereka dan negeri amnya. –  Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2021/07/24/indikator-nilai-ambang-kes-baharu-dalam-ppn-akan-ditukar-tengku-zafrul/
Indikator Nilai Ambang kes baharu dalam PPN akan ditukar – Tengku Zafrul
[ "KUALA LUMPUR – Indikator nilai ambang kes baharu COVID-19 yang ditetapkan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) mungkin akan ditukar dengan nilai ambang yang lebih sesuai mengikut perkembangan dan situasi semasa negara.", "Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pihaknya telah membentangkan cadangan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya nilai ambang kes baharu itu ditukar kepada nilai keseriusan kes mengikut kategori ataupun kes kematian.", "“PPN ini dinamik, sekiranya kes telah menurun dan hanya kes bergejala ringan, jumlah kes baharu ini bukan lagi nilai ambang yang sesuai, kita akan lihat kapasiti kes di ICU (Unit Rawatan Rapi) dan kadar kematian.", "“Perkara ini sedang dibincangkan dengan KKM (Kementerian Kesihatan) bagi menukar kepada nilai ambang lebih sesuai terutamanya di fasa ketiga apabila kita berjaya memberikan vaksin kepada 40 peratus penduduk dewasa negara,” katanya dalam rancangan Agenda Awani di sini malam ini.", "Tengku Zafrul yang juga Menteri Kewangan berkata cadangan perubahan itu dibuat berdasarkan contoh di negara lain seperti di United Kingdom yang merekodkan penurunan secara mendadak kes COVID-19 bergejala dan kemasukan ke hospital selepas lebih 40 peratus penduduknya lengkap divaksinasi.", "“Oleh itu, apabila 40 peratus rakyat kita mendapat vaksinasi penuh, kita akan minta Majlis Pemulihan Negara (MPN) pertimbangkan perkara ini.", "“Bagaimanapun pertimbangannya adalah tertakluk kepada pakar-pakar yang berkaitan,” katanya.", "Terdahulu, Tengku Zafrul dalam kenyataannya hari ini, berkata MPN bersetuju untuk menjemput parti pembangkang iaitu Pakatan Harapan, Warisan Sabah dan Pejuang Tanah Air serta wakil dari kerajaan negeri Sabah dan Sarawak sebagai ahli anggotanya.", "Selain itu katanya MPN menjemput pakar-pakar daripada pelbagai latar belakang termasuk ahli perniagaan Tony Fernandes, penasihat Star Media Group Wong Chun Wai dan pakar penyakit berjangkit Dr Adeeba Kamarulzaman.", "Sementara itu, Tengku Zafrul berkata penyertaan ahli daripada pelbagai latar belakang tersebut akan membantu MPN membuat keputusan paling tepat dan akan memberi impak positif dari segi perbincangan serta idea.", "Katanya ia juga akan bagi menjamin ketelusan serta memastikan proses semak dan imbang dapat dilakukan sepanjang masa.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2021/08/07/jangan-guna-ros-untuk-bunuh-seteru-politik-asyraf/
Jangan guna ROS untuk bunuh seteru politik – Asyraf
[ "KUALA LUMPUR – ”Macam mana tiba-tiba boleh keluar dua surat berbeza daripada ROS tidak sampai sebulan?", "”Apakah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sebagai agensi kerajaan di bawah Menteri Dalam Negeri juga terperangkap dalam ‘Scheme of Thing’ orang politik?, soal Ketua Pemuda UMNO.", "Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, ROS tidak wajar dijadikan alat terbaru Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk membunuh seteru politiknya.", "Beliau yang mengulas penolakan ROS terhadap permohonan UMNO untuk tangguh pemilihan parti melibatkan lebih 66 ribu cawangan dan 3.2 juta Ahli termasuk sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri seluruh Malaysia berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk menangguhkan pemilihan dibuat setelah merujuk surat balas Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertarikh 10 Mei 2021 dan ditandatangani oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.", "Jelasnya, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan sendiri yang mengesyorkan agar Mesyuarat Perwakilan UMNO bagi tahun 2021 ditangguhkan demi kepentingan perlindungan kesihatan awam sehingga ke satu keadaan pandemik Covid-19 yang lebih terkawal dan selepas lebih 70% penduduk Malaysia telah diliputi dengan vaksin Covid-19.", "Malah, surat balas Majlis Keselamatan Negara bertarikh 11 Jun 2021 yang mengesyorkan: “Mesyuarat Perwakilan UMNO bagi tahun 2021 dipohon supaya ditangguhkan demi perlindungan kesihatan awam dengan mengambil kira pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia.", "Tegas beliau, permohonan UMNO untuk menangguhkan Mesyuarat Perwakilan UMNO kepada ROS bertarikh 24 JUN 2021 telah dibalas melalui surat bertarikh 19 Julai 2021 dengan menyebut “Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) TIADA HALANGAN terhadap keputusan MKT UMNO bagi menangguhkan pemilihan MKT, Bahagian dan Cawangan dalam tempoh 18 BULAN bermula 30 Jun 2021 dan mendapati ia adalah mematuhi Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO”.", "”Insya- Allah Peguam UMNO telahpun menjelaskan segala keputusan penangguhan dan permohonan kepada ROS yang dibuat masih mengikut prosedur.", "Malah, Setiausaha Agung UMNO juga telah mengutuskan jawapan balas kepada ROA bagi menjernihkan kekeliruan.", "Justeru, katanya, Ahli-Ahli UMNO jangan bimbang kerana usaha mengharamkan UMNO tahun lepas juga gagal setelah keputusan Mahkamah Persekutuan berpihak kepada parti ini.", "“Kali ini insya-Allah, Peguam-Peguam UMNO punya hujah lebih kuat untuk mencabar ROS kerana keputusan penangguhan dibuat setelah merujuk kepada MKN, KKM dan ROS sendiri dan semua rekod didokumentasikan dengan sempurna, bahkan semua keputusan adalah mengikut prosedur dan Perlembagaan UMNO,” katanya sambil berdoa semoga dibukakan hati pemimpin-pemimpin UMNO agar tidak bersekongkol dengan Kerajaan PN yang bukan sahaja gagal menguruskan hal kebajikan rakyat di kala Pandemik tapi sanggup derhaka kepada Raja bahkan menyalah-gunakan agensi-agensi kerajaan demi mengekalkan kuasa. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/04/03/kkkl-mesra-alam-sekitar-pesakit/
KKKL mesra alam sekitar, pesakit
[ "KUALA LUMPUR – Klinik kerajaan terbesar negara, Klinik Kesihatan Kuala Lumpur (KKKL) serba canggih yang menawarkan rawatan pesakit luar mendapat reaksi positif orang ramai.", "Selain daripada mesra alam sekitar, Klinik berstatus ‘Super Type 1 Clinic’ yang menggantikan Jabatan Pesakit Luar Hospital Kuala Lumpur yang bebas daripada penggunaan kertas itu juga dilihat mesra pesakit.", "Tinjauan MalaysiaGazette mendapati keluasan bangunan yang agak besar itu dilengkapi tempat menunggu yang selesa dan besar selain tempat letak kereta yang mencukupi.", "“Cantik bangunan baharu ini yang luas, selesa dengan tempat duduk yang banyak selain tempat letak kereta.", "“Kalau di bangunan lama Jabatan Pesakit Luar Hospital Kuala Lumpur nak cari parkir susah sangat sehingga pusing beberapa kali sampai berjam lama sehingga tidak dapat menemani mereka.", "“Selepas ini orang ramai berurusan dengan  klinik ini tidak akan panik kerana tempat letak kereta telahpun disediakan untuk semua, tiada masalah kesesakan selepas ini,” kata kakitangan awam, Razee Rosli, 36, kepada MalaysiaGazette di sini.", "Menurut Razee yang menyambut baik pelaksanaan sistem pendaftaran pesakit secara berkomputer bebas kertas, ‘Teleprimary Care’, di klinik itu berkata kemudahan itu akan memudahkan pesakit kerana mereka tidak lagi  perlu mengisi borang.", "“Bagaimanapun, saya lihat pagi ini ramai beratur panjang sebab lambat walaupun terdapat sekitar 12 kaunter urusan.", "“Saya faham keberkesanan sistem berkomputer itu pada permulaan agak susah sehingga memaksa orang tunggu tadi, itu tidak dapat dielakkan di mana-mana juga tapi tidak bermakna sudah gagal. Saya percaya ia akan menunjukkan keberkesanannya selepas ini dengan lebih baik,” katanya.", "Selain itu, kebanyakan pesakit di KKKL memuji inisiatif kerajaan yang menyediakan 26 bilik konsultansi.", "Kerani Kementerian Pertahanan (Mindef), Nur Illy Ruzanna, 32, berkata, sistem ‘Teleprimary Care’ lebih efisyen dan memudahkan pesakit berurusan.", "Katanya, sistem baharu yang diperkenalkan itu sangat menarik selain dapat menjimatkan masa pesakit yang perlu mengisi borang sebelum ini.", "“Selepas mengambil nombor giliran, terus dipanggil ke kaunter dan pegawai bertugas mengambil segala butiran peribadi dan masalah penyakit secara terperinci.", "“Ia seterusnya direkodkan pula dalam bentuk penyimpanan data dalam komputer. Wah! sangat menarik. Senang untuk pesakit seperti saya tidak perlu susah susah cari pegawai doktor jika melawat ke klinik lain.", "“Tekan sahaja butang komputer, rekod kesihatan kita yang tepat sudah ada dalam data klinik seluruh negara, dan tidak ada alasan untuk mereka kononnya fail maklumat pesakit hilang dan sebagainya selepas ini,” ujarnya.", "Dalam pada itu, juruteknik Shahrul Aidil Mohd Radzi, 31, berkata, keseluruhan kemudahan yang disediakan di bangunan baharu klinik kesihatan itu sangat menarik dan memberi keadaan yang menyenangkan kepada pesakit.", "“Tidak kira kanak-kanak, dewasa atau warga emas, bangunan baharu klinik ini sangat menarik dan mesra, kemudahan tidak sesak seperti bangunan lama di Hospital Kuala Lumpur.", "“Malah saya dapat lihat kaum ibu dan anak juga disediakan khidmat khas di tingkat satu yang memudahkan lagi kaum ibu yang sakit atau mengandung.", "“Malah kemudahan lain di klinik ini juga sangat bagus, bayangkan lebih 26 bilik konsultansi serta 56 orang pegawai perubatan bertugas di sini, lagilah kami gembira sebab tak perlu tunggu lama jumpa doktor dan terima ubat,” tambah beliau. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/12/21/nurul-izzah-muak-sikap-sesetengah-pemimpin-anwar/
Nurul Izzah muak sikap sesetengah pemimpin – Anwar
[ "UALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Nurul Izzah menyatakan rasa muak dan mual dengan sikap pemimpin yang sibuk dengan politik kepartian daripada bekerja untuk rakyat.", "“Saya telah berbincang bersama Nurul Izzah dengan panjang lebar tentang niat beliau untuk melepaskan kesemua jawatan yang disandang. Bukanlah hak saya untuk memperincikan butir-butir perbincangan tetapi yang jelas adalah ‘kerancakan perkembangan politik yang terus menerus sejak sembilan bulan yang lalu’ membuatkan beliau mual dan muak dengan perangai dan telatah golongan yang lebih sibuk dengan politik kepartian daripada bekerja untuk rakyat.", "“Sebagai contoh, beliau menyatakan kekecewaan dengan aksi Ahli-Ahli Parlimen yang melompat menyelamatkan nyawa politik tetapi apa yang lebih parah adalah mereka dimanfaatkan untuk rencana yang jelek,” kata Presiden PKR itu dalam satu kenyataan hari ini.", "Itu reaksi pertama Anwar selepas anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh yang menyatakan hasrat meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang baru-baru ini.", "Menurut Anwar, meski dilantik sebagai Naib Presiden PKR dengan dukungan yang cukup meyakinkan dan turut mendapat sokongan majoriti ketua-ketua cabang negeri untuk jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pulau Pinang, Nurul Izzah memilih untuk melepaskan jawatan.", "“Dengan secara tidak langsung, Nurul Izzah mengkritik kerat pimpinan parti yang lebih tamakkan kepentingan peribadi daripada kesatuan parti.", "Sejak 20 tahun lampau, semangat reformasi di dalam diri Nurul Izzah tidak pernah luntur.", "“Beliau bersama reformis-reformis yang lain tidak pernah berganjak mempertahankan prinsip meski ditujah dengan pelbagai cabaran. Peristiwa 9 Mei sesungguhnya adalah suatu anjakan besar buat negara yang membawa pelbagai maksud tetapi kejayaan kita dalam usaha perluasan dan pemekaran ruang demokratik tidak akan ada sebarang makna sekiranya agenda reformasi disabotaj.", "“Tidak dinafikan bahawa keputusannya untuk melepaskan jawatan adalah suatu kehilangan besar, bukan sahaja buat KEADILAN, tetapi untuk negara seluruhnya,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi.", "Justeru, Anwar menggesa anggota-anggota parti dan seluruh rakyat Malaysia untuk menghormati keputusan Nurul Izzah dan memberinya ruang secukupnya untuk beliau renungi dan mencatur kembali langkah beliau yang seterusnya.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/03/13/mp-kepong-sedia-bantu-rayu-kurangkan-saman-rm10000/
MP Kepong sedia bantu rayu kurangkan saman RM10,000
[ "KUALA LUMPUR – Parlimen Kepong bersedia membantu orang ramai yang dikenakan saman RM10,000 atas kesalahan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).", "Ahli Parlimennya, Lim Lip Eng berkata, beliau akan membantu untuk membuat rayuan bagi mengurangkan saman yang dikenakan.", "Katanya, keutamaan diberikan kepada mereka yang disaman kali pertama dan juga dari golongan B40.", "“Saya nak beritahu, kalau anda kena denda RM10,000 sebab langgar SOP PKP tapi sebab tidak logik, biar Pusat Khidmat Parlimen Kepong bantu anda.", "“Berkuatkuasa semalam, denda yang dikenakan terhadap individu ingkar SOP telah dinaikkan dari RM1,000 kepada RM10,000. Sudahlah begitu, kadang-kala alasan dan sebab mereka didenda juga tidak munasabah dan yang sering menjadi mangsa denda adalah mereka dari golongan kurang berkemampuan.", "“Kami akan membantu untuk membuat rayuan bagi mengurangkan saman yang diberikan. Keutamaan kami adalah kepada mereka yang yang disaman buat kali pertama dan juga mereka yang dari golongan B40,” katanya dalam ciapan Twitternya semalam.", "Mulai Khamis lalu, individu yang dikompaun kerana melanggar SOP PKP akan dikenakan kompaun RM10,000.", "Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, ia susulan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan mulai jam 12.01 tengah malam itu.", "Namun, ujarnya, denda itu boleh diturunkan sehingga RM50, mengikut budi bicara Pegawai Kesihatan Daerah.", "Lip Eng juga mengingatkan rakyat yang dikenakan denda, tetapi ada pihak cuba menyelesaikan isu itu melalui pemberian duit kopi, supaya jangan akur, sebaliknya terima sahaja saman berkenaan kerana beliau akan menolongnya.", "“Pada masa sama, rakyat juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP dan berhati-hati.", "“Bagi mereka yang tinggal di luar kawasan Kepong, hubungi dahulu ADUN dan Ahli Parlimen kawasan anda.", "“Cuba minta bantuan mereka. Jikalau mereka tak dapat bantu atau tidak menyediakan khidmat berkenaan, hubungi kami,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/08/09/kwsp-jangka-aset-di-bawah-pengurusan-cecah-rm1-trilion/
KWSP jangka aset di bawah pengurusan cecah RM1 trilion
[ "KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjangka aset di bawah pengurusannya (AUM) mencecah RM1 trilion dalam tempoh dua hingga lima tahun lagi, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya (Strategi) Tunku Alizakri Alias.", "Setakat 31 Mac, 2018, aset di bawah pengurusan KWSP berjumlah RM814.38 bilion.", "Tunku Alizakri berkata keyakinan itu adalah berdasarkan kepada prestasi pasaran dan pertumbuhan caruman sepanjang tempoh tersebut, serta pengenalan beberapa skim baharu bagi pencarum sedia ada.", "Beliau juga berkata dana persaraan itu menggalakkan golongan yang bekerja sendiri untuk mula menyumbang kepada persaraan mereka.", "“Dalam tempoh empat tahun lepas, lebih banyak penekanan diberikan kepada keselamatan sosial…ia sedang diperkatakan oleh orang ramai. Ia kini adalah keutamaan kerajaan. Banyak sumber dan fokus kini ditumpukan kepadanya.", "“Bagi saya, ini adalah hala tuju yang betul. Anda perlu memastikan rakyat Malaysia dijaga dengan baik,” katanya kepada pemberita di luar acara Persidangan Keselamatan Sosial 2018, yang diadakan di sini, hari ini.", "Beliau berkata KWSP akan menjadi lebih proaktif dalam operasinya dengan pengenalan pendigitalan yang merupakan sebahagian daripada rancangan berjangka lima tahunnya.", "“Ia suatu yang menerujakan ahli-ahli kami kerana majoriti daripada mereka adalah golongan muda yang sentiasa berhubung secara digital. Dalam erti kata itu kami akan mula menimbangkan keperluan individu ahli-ahli kami,” kata Tunku Alizakri.", "Persidangan dua hari bertajuk “A Better Tomorrow Here Today” yang dianjurkan oleh KWSP itu berakhir hari ini. – BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2021/05/28/eksport-april-2021-naik-63-kepada-rm105-6-bilion/
Eksport April 2021 naik 63% kepada RM105.6 bilion
[ "KUALA LUMPUR – Eksport Malaysia kekal memberangsangkan apabila melonjak 63 peratus tahun ke tahun kepada RM105.6 bilion pada April 2021 berbanding kenaikan 31.1 peratus pada Mac 2021.", "Manakala import pada April 2021 bernilai RM85.1 bilion, meningkat 24.4 peratus tahun ke tahun.", "Dengan itu, lebihan dagangan dicatatkan sebanyak RM20.5 bilion, meneruskan trend pemulihan daripada kesan wabak Covid-19.", "Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, Peningkatan ini disumbangkan oleh eksport domestik dan eksport semula.", "Eksport domestik berjumlah RM85.0 bilion yang menyumbang 80.5 peratus kepada jumlah eksport, meningkat ketara 84.0 peratus. Sementara itu, eksport semula bernilai RM20.6 bilion, meningkat 11.0 peratus.", "Jumlah dagangan Malaysia pada April 2021 melonjak 43.2 peratus, mencecah RM190.8 bilion berbanding April 2020.", "Selaras dengan pertumbuhan perdagangan, 222 daripada 255 kumpulan barangan untuk eksport menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.", "Bagi import, 209 daripada 259 kumpulan merekodkan pertumbuhan positif.", "Peningkatan eksport disumbangkan terutamanya oleh eksport yang lebih tinggi ke Amerika Syarikat (+RM6.8 bilion), Singapura (+RM5.5 bilion), Kesatuan Eropah (+RM4.1 bilion), China (+RM3.4 bilion) dan India (+RM2.7 bilion).", "Sementara itu, import yang lebih tinggi direkodkan terutamanya dari China (+RM6.0 bilion), Singapura (+RM4.0 bilion), Jepun (+RM2.3 bilion), Indonesia (+ RM1.8 bilion) dan Thailand (+ RM1.6 bilion).", "Pertumbuhan eksport juga didorong oleh barangan elektrik dan elektronik (+RM11.2 bilion); keluaran getah(+RM5.1 bilion); keluaran petroleum (+RM4.6 bilion); barangan perkilangan logam (+RM3.0 bilion); jentera, kelengkapan dan peralatan (+RM2.8 bilion); minyak kelapa sawit dan keluaran pertanian berasakan minyak kelapa sawit (+RM2.5 bilion) dan barangan optik dan saintifik (+1.9 bilion).", "Kenaikan import dicatatkan bagi barangan elektrik dan elektronik (+RM5.8 bilion); keluaran petroleum (+RM4.3 bilion); kimia dan bahan kimia (+RM2.0 bilion); petroleum mentah (+RM1.4 bilion); barangan perkilangan logam (+RM1.3 bilion) dan barangan besi dan keluli (+RM1.0 bilion). – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/05/21/hampir-120000-desak-maszlee-ditukar/
Hampir 120,000 desak Maszlee ditukar
[ "KUALA LUMPUR – Hampir 120,000 individu mendesak agar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggantikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik kepada menteri yang baharu.", "Perkara itu dinyatakan menerusi satu petisyen yang dilancarkan tiga minggu lalu di change.org oleh individu yang menamakan dirinya ‘Stephen Ng’.", "Menurut Stephen, perlantikan Dr Maszlee hanya menjejaskan sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH).", "Dalam petisyen itu, jelas menyatakan bahawa populariti Dr Mahathir terjejas kerana kegagalan Maszlee mendengar rungutan rakyat mengenai beberapa dasar yang kabur.", "“Selama 11 bulan yang lalu, ramai rakyat Malaysia telah mengemukakan aduan mengenai Dr Maszlee Malik atas dasar tidak masuk akal seperti kasut hitam dan stokin kaki, ideanya memperkenalkan pembayaran tanpa tunai di sekolah, menubuhkan stesen minyak di tanah universiti, dan sebagainya.", "“Malah, cadangan untuk memperkenalkan sukan renang sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah membimbangkan ibu bapa. Baru-baru ini seorang pelajar sekolah meninggal dunia di Sabah semasa kelas renangnya.", "“Maszlee gagal memahami bahawa sekolah tidak mempunyai cukup guru untuk mengawasi anak-anak ketika mereka berada di kolam renang,” kata petisyen itu.", "Ketika laporan ini disiarkan, sudah seramai 119,117 orang telah menandatangani petisyen tersebut. -MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/07/11/pengusaha-padang-komersial-lega-dibenarkan-beroperasi-semula/
Pengusaha padang komersial lega dibenarkan beroperasi semula
[ "KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan membenarkan pengusaha-pengusaha padang komersial, operator gelanggang futsal, kemudahan sukan dan akademi kembali beroperasi semula bermula Rabu depan dilihat sebagai peluang terbaik untuk merancakkan semula kepesatan aktiviti bola sepak amatur tempatan.", "Beberapa pengusaha padang komersial melihat keputusan kerajaan itu membantu mereka menjana kembali pendapatan yang terjejas teruk susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas bagi membendung penularan pandemik COVID-19.", "Ketua Pegawai Eksekutif Enervive Sdn Bhd, Khairulnizam Bakeri mengakui, keputusan terbaharu kerajaan itu jelas memberi kelegaan kepada pihaknya yang terpaksa menutup dua kemudahan sejak Februari lalu, iaitu satu padang di Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Bharu serta tiga padang di Rhino KV Arena, Shah Alam, sekali gus menanggung kerugian kasar mencecah RM1.2 juta.", "Beliau pada masa sama turut mendedahkan pihaknya telah menyediakan prosedur operasi standard (SOP) sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan juga Majlis Keselamatan Negara termasuk penjarakan sosial dan tiada perhimpunan secara besar-besar.", "“Kita sudah menyediakan SOP ini sejak dua bulan lepas, dan kita akan sebarkan ke semua platform media sosial kami dan e-mel, dan semua pemain serta pegawai pasukan yang telah membuat tempahan diwajibkan mematuhi SOP berkenaan yang dibuat berdasarkan saranan daripada pihak berkuasa.", "“Kita tidak berdepan masalah untuk membuat pemantauan pematuhan SOP memandangkan nama mereka yang membuat tempahan sudah didaftarkan dalam sistem rekod kami. Setakat ini, kita hanya membenarkan pemain dan pegawai terlibat sahaja untuk menggunakan kemudahan kami, manakala penyokong masih tidak dibenarkan masuk,” katanya kepada Bernama, hari ini.", "Pandangan sama turut disuarakan Pengarah Arena Legacy Sdn Bhd, Nadzry Abu Bakar yang melihat keputusan terbaharu kerajaan itu umpama memberi ‘nafas baharu’ kepada syarikat berkenaan yang terpaksa menanggung kerugian kasar mencecah RM2 juta susulan pematuhan kepada PKP.", "Beliau mengakui sambutan yang diterima daripada orang ramai amat menggalakkan sebaik sahaja kerajaan memberi lampu hijau kepada pengusaha padang komersial untuk beroperasi seperti biasa.", "“Bagi saya, ia keputusan terbaik walaupun sebenarnya kita mengharapkan kerajaan dapat meluluskan permohonan kita lebih cepat daripada 15 Julai, namun kita tetap bersyukur dengan keputusan itu.", "“Walaupun sudah mendapat permintaan luar biasa daripada pemain bola sepak amatur, kita sedang memperkemaskan SOP sedia ada sebelum kemudahan kita dijangka beroperasi semula pada pertengahan Ogos,” jelas Nadzry.", "Arena Legacy Sdn Bhd mempunyai lima padang komersial, masing-masing dua padang di Arena 26, Shah Alam dan Radia Arena, Bukit Jelutong, selain satu padang di Gardens Arena, Sungai Buloh, dan kebanyakan kemudahan berkenaan digunakan untuk saingan Liga Sosial, Liga Komuniti serta Liga Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).", "Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media, mengumumkan bahawa kerajaan membenarkan pengusaha-pengusaha padang komersial, operator gelanggang futsal, kemudahan sukan dan akademi kembali beroperasi semula bermula 15 Julai ini. – BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2020/06/30/rakyat-malaysia-di-singapura-tidak-perlu-mohon-permit-mypass-lagi/
Rakyat Malaysia di Singapura tidak perlu mohon permit MyPass lagi
[ "KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang berada di Singapura tidak perlu lagi memohon permit MyPass dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia untuk pulang ke negara ini.", "Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP telah bersetuju untuk membenarkan mereka pulang.", "Sebelum ini katanya, sepanjang tempoh pelaksanaan PKP Bersyarat (PKPB) dan Pemulihan (PKPP), kerajaan menetapkan setiap mereka perlu memohon permit MyPass dengan beberapa syarat tertentu untuk membenarkan mereka pulang.", "“Begitu juga dengan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Padang Besar, Perlis serta Durian Burung di Kedah, telah dibenarkan beroperasi.", "“Tetapi, urusan hanya untuk kenderaan perdagangan komersial dan kargo sahaja,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.", "Beliau menjelaskan, agensi yang terlibat dengan operasi itu telah dimaklumkan mengenai keputusan kerajaan untuk tindakan seterusnya.", "Mengenai kawalan sempadan negara, Ismail Sabri berkata, sebanyak 67 sekatan jalan raya Operasi Benteng diadakan di seluruh negara, dengan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan kerana kesalahan imigresen.", "Katanya, operasi itu diadakan berikutan langkah kerajaan mengetatkan kawalan sempadan Malaysia daripada dibolosi PATI yang cuba memasuki negara ini menerusi lorong tikus.", "“Operasi Benteng ini melibatkan polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM).", "“Kawalan diadakan secara bersepadu bagi mengekang jenayah rentas sempadan oleh Pati, selain menyekat penularan wabak Covid-19,” katanya.", "Beliau berkata, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan terutama di lorong tikus.", "Berhubung kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang PKPP, kata beliau, seramai 39 individu ditahan, dengan tiga darinya direman dan 36 lagi dikenakan kompaun.", "“Antara kesalahan direkodkan ialah aktiviti pub atau kelab malam lima orang, aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (14 individu) dan aktiviti yang melanggar SOP (20 individu).", "“Pasukan Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai polis juga telah membuat 67,047 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/07/02/jangan-terhegeh-hegeh-buka-jalan-kepada-campur-tangan/
Jangan terhegeh-hegeh buka jalan kepada AS campur tangan
[ "KUALA LUMPUR – Setelah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak ‘campur tangan asing’ berhubung skandal 1MDB kini Nasrudin Hassan pula menyatakan perkara yang sama berhubung isu berkenaan.", "Ketua Penerangan Pas itu memberi amaran kepada mana-mana individu agar tidak membuka jalan kepada Amerika Syarikat  (AS) untuk campur tangan dalam membabitkan urusan negara.", "Nasrudin dalam satu kenyataannya hari ini berkata, apa yang berlaku di AS jangan dicampur aduk dengan Malaysia tanpa sebarang bukti yang kukuh.", "“Soal mereka nak siasat apa yang berlaku berkait dengan hal ehwal negara mereka, biarkan mereka. Tidak perlu dari pihak negara kita ada pihak yang terhegeh-hegeh membuka jalan masuk kepada Amerika kerana Amerika juga bukan pihak yang boleh dipercayai dengan lagak mereka sebagai Polis Dunia itu.", "“Pada masa yang sama, Datuk Seri Abdul Hadi (Awang) telah kemukakan peringatan tegas agar tidak usahlah kita mengundang atau membuka jalan kepada pihak asing khasnya Amerika untuk campurtangan,” katanya.", "Nasrudin mengulas mengenai tindakan Abdul Hadi yang menolak campur tangan asing dalam isu 1MDB yang dikaitkan dengan kerajaan BN tetapi digunakan oleh pembangkang lain sebagai kenyataan mempertahankan kerajaan yang ada.", "Malah tindakan Abdul Hadi itu dipuji akhbar pro kerajaan, Mingguan Malaysia hari ini menerusi satu ruangan Analisis Mingguan yang setuju dengan tindakan Ahli Parlimen Marang untuk tidak terus merima bulat-bulat dakwaan DoJ itu.", "Bagaimanapun, Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, Pas tetap bertegas agar kerajaan menubuhkan Siasatan Diraja bagi kes 1MDB bagi membolehkan siasatan terperinci yang lebih menyeluruh dilakukan berdasarkan lunas-lunas perundangan dan dilindungi mengikut Akta 119.", "Katanya, kerajaan tidak boleh berlengah dalam menangani isu ini dan tindakan segera perlu diambil bagi menyelesaikan siasatan rapi.", "“Lengah membawa padah. Rakyat hilang kepercayaan kepada wibawa kerajaan. Tiada siapa yang boleh dilindungi, yang salah tetap salah maka ia mesti diseret ke muka pengadilan walau siapa mereka.", "“Lantaran itu, siasatan yang telus dan tindakan yang serius mesti dilakukan. Negara mesti bersih dari dakwaan skandal kewangan terbesar ini.", "“Berapa kali maruah negara dibiarkan tercalar? Skandal BMF, PERWAJA, KWSP, FOREX, PKFZ dan kini 1MDB. Kita tidak mahu negara ini ditanda sebagai NEGARA KORUPSI,” tegas Nasrudin lagi.", "Isu berhubung 1MDB kembali hangat apabila DoJ memfailkan saman sivil ketiga yang mendakwa antara lain wang yang didakwa diselewengkan dari dana itu telah digunakan untuk membeli 28 set barangan kemas, termasuk rantai berlian AS$27.3 juta untuk isteri MO1. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/12/20/tong-khemah-selimut-jadi-petunjuk-baharu-kesan-mangsa-batang-kali-bomba/
Tong, khemah, selimut jadi petunjuk baharu kesan mangsa Batang Kali – Bomba
[ "BATANG KALI – Tong, khemah dan selimut, antara peralatan perkhemahan yang menjadi petunjuk baharu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, di sini, hari ini.", "Timbalan Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, ketiga-ketiga peralatan perkhemahan yang dipercayai milik mangsa itu ditemui semasa operasi SAR pada sebelah tengah hari tadi.", "“Pada tengah hari tadi kita ada jumpa petanda-petanda memberi kita semangat untuk mencari mangsa.", "“Kita jumpa tong, bekas khemah di sektor C, jadi kita buat penggalian di kawasan itu.", "“Namun negatif, tak jumpa apa-apa (mangsa),” katanya pada sidang media di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di sini, hari ini.", "Terdahulu, Komander Operasi SAR, Superintendan Suffian Abdullah mengesahkan operasi SAR yang masuk hari kelima hari ini gagal mengesan mana-mana sembilan mangsa yang masih hilang dalam tragedi tanah runtuh itu.", "Dalam pada itu, pihaknya akan melakukan kerja-kerja mengesan di semua zon berkali-kali dan hanya akan memutuskan untuk menghentikan pencarian itu jika pihaknya berpuas hati.", "“Kita akan ulang pencarian (di semua sektor) sampai kita berpuas hati,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/03/13/kejayaan-bn-di-parit-yaani-bukti-penduduk-mahu-pembangunan/
Kejayaan BN di Parit Yaani bukti penduduk mahu pembangunan
[ "BATU PAHAT – Kejayaan Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan penduduk mahu pembangunan selepas ketinggalan selama dua penggal lalu.", "Wakil rakyatnya yang baharu, Datuk Najib Samuri berkata, kemenangan itu juga merupakan hadiah kepada penduduk yang bijak membuat keputusan.", "“Syukur, akhirnya BN dapat merampas kembali Parit Yaani selepas dua penggal dikuasai Pakatan Harapan (PH).", "“Ini merupakan hadiah atau penghargaan kepada seluruh penduduk selepas dua penggal tanpa pembangunan yang agak ketinggalan berbanding dengan DUN Parit Raja di dalam Parlimen Sri Gading,” katanya ketika ditemui hari ini.", "Najib berkata, persaingan begitu sengit tetapi daripada awal BN tetap optimis untuk menang walaupun dengan majoriti yang tipis.", "“Peringkat awal ini kita akan terus membangunkan pangkalan data untuk merekodkan segala maklumat dan rujukan bagi menyalurkan bantuan yang sepatutnya secepat mungkin kepada masyarakat Parit Yaani,” ujarnya.", "Semalam, Najib menewaskan Aminolhuda Hassan yNG JUG Pengerusi PH Johor dengan majoriti tipis iaitu 294 undi.", "Najib memperoleh 9,070 undi manakala, Aminolhuda mendapat 8776 undi.", "Sementara itu, Aminolhuda melahirkan rasa puas hati atas khidmat sebagai bekas wakil rakyat selama dua penggal di DUN Parit Yaani.", "“Kepimpinan atau pemimpin adalah suatu amanah yang dipertanggungjawabkan di dunia dan di akhirat. Seumpama seorang ayah atau ibu yang dipertanggungjawabkan atasnya segala keperluan anak dan keluarganya.", "“Alhamdulillah saya terlepas dari tanggungjawab dan amanah besar ini dan saya bersyukur kerana dalam tempoh hampir 10 tahun sebagai ADUN Parit Yaani, saya sangat berpuas hati dengan apa yang telah saya lakukan kepada rakyat dalam kawasan saya.", "“Semoga ianya menjadi saksi di hadapan Allah sebahagian dari amal ibadah saya dan rakan-rakan yang membantu saya dan menyumbang dalam pelbagai bentuk sama ada tenaga, masa dan harta,”katanya dalam hantaran di Facebook Parti Amanah Negara yang disiarkan hari ini. – MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2019/09/27/penyerang-adib-mesti-dikenakan-hukuman-setimpal/
Penyerang Adib mesti dikenakan hukuman setimpal
[ "KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, keputusan mahkamah koroner yang memutuskan punca kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akibat dipukul dan diserang oleh pihak ketiga, pastinya melegakan ramai pihak khususnya keluarga mangsa.", "Susulan itu, Presiden MCA itu mahu pelaku-pelaku yang menyebabkan tragedi itu diheret ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal.", "Keputusan itu diumumkan oleh Koroner Rofiah Mohamad selepas 41 hari prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Allahyarham Muhammad Adib berlangsung.", "Koroner berkata, mahkamah juga memutuskan kecederaan Allahyarham Muhammad Adib bukan perbuatan sendiri, sebaliknya disebabkan perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu.", "Mahkamah Koroner menyerah kepada Peguam Negara dan polis untuk melakukan pendakwaaan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/12/16/liga-malaysia-musim-2021-detik-manis-buat-pj-city/
Liga Malaysia: Musim 2021 detik manis buat PJ City
[ "KUALA LUMPUR – Musim 2021 akan dikenang  saat paling manis PJ City apabila meraih kedudukan terbaik sepanjang tiga musim di Liga Super.", "Pasukan itu menamatkan cabaran di tempat ketujuh serta menggunakan 100 peratus pemain tempatan.", "Biar pun tetap dirundung kecewa gagal melayakkan diri ke peringkat suku akhir TM Piala Malaysia buat kali pertama, ketua jurulatihnya, P. Maniam tetap berbangga dengan komitmen semua pemain.", "Dalam masa sama, beliau turut berkongsi apa yang dilalui bukan sesuatu yang mudah pada awal musim untuk menukar mentaliti barisan kejurulatihan serta para pemain supaya mereka mampu bersaing di pentas Liga Malaysia tanpa sebarang pemain import.", "“Sebelum ini pencapaian terbaik pasukan di Liga Super pada 2019 dan 2020 adalah di tempat kelapan, di mana pada masa itu kami ada menggunakan pemain import.", "“Musim ini kami menggunakan semua pemain tempatan dan meraih tempat lebih baik iaitu tangga ketujuh, satu impak yang bagus kepada pasukan.", "“Bukan senang sebenarnya untuk mengubah mentaliti dalam pasukan apabila diberitahu oleh pihak pengurusan di awal musim yang mereka mahu gunakan pemain tempatan sahaja.", "“Apa yang saya lakukan pada mulanya adalah menukar dahulu mentaliti barisan kejurulatihan sebelum mereka pula yang berikan keyakinan kepada semua pemain yang kita boleh lakukan sesuatu yang tampak mustahil di pandangan pihak lain.", "“Di atas kertas ramai rasa mustahil namun apabila kami bermain sebagai pasukan serta percayai keupayaan rakan, segalanya berkemungkinan dan mereka menunjukkan prestasi yang begitu mengagumkan sepanjang musim dengan berikan komitmen lebih 100 peratus dalam latihan serta perlawanan.", "“Musim depan kami sasarkan mahu perbaiki lagi pencapaian dengan cuba mendapatkan kedudukan lebih baik di Liga Super serta mahu melangkah lebih jauh di Piala Malaysia,” katanya.", "Dibantu beberapa pemain senior seperti Mahalli Jasuli, K.Gurusamy, Khyril Muhymeen dan K. Prabakaran, PJ City juga turut membuka ruang kepada bakat-bakat muda yang terdiri V. Ruventhiran, Sunil Chandran dan Syahmi Zamri menyerlahkan potensi di Liga Super.", "Biarpun di awal musim, ramai menjangka mereka akan bergelut untuk kekal di Liga Super tetapi anak buah Maniam menunjukkan sebaliknya apabila berjaya menjauhi zon penyingkiran dengan kelebihan lapan mata ke atas Perak FC.", "Selain itu, Maniam turut mendedahkan pendekatan taktikal 3-4-3 dan 3-5-2 menjadi sebahagian formula kekuatan pasukan dengan pemain berjaya cukup selesa bekerja di bawah sistem ini dan akan terus menjadi sebahagian daripada identiti PJ City untuk musim 2022.", "Taktikal ini belum banyak digunakan oleh kebanyakan pasukan di saingan Liga Malaysia kecuali Sabah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada penghujung saingan Liga Malaysia.", "“Saya tidak boleh nafikan taktikal 3-5-2 dan 3-4-3 menjadi sebahagian di sebalik kejayaan kami beraksi dengan konsisten kerana berikan banyak ruang kepada pemain sama ada dalam situasi menyerang atau bertahan.", "“Jika kami mahu bermain secara bertahan sepenuhnya, kami akan gunakan taktikal 5-4-1 sambil melakukan serangan balas namun boleh dikatakan kami banyak bermain dengan tiga pemain pertahanan dalam kebanyakan perlawanan.", "“Pemain-pemain juga tampak begitu positif dan selesa dengan sistem malah mereka telah memberitahu saya yang tidak mahu menukar lagi kepada corak taktikal lain,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/05/11/musa-aman-angkat-sumpah-ketua-menteri-sabah/
Musa Aman angkat sumpah Ketua Menteri Sabah
[ "KOTA KINABALU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman malam ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri sekali gus menubuhkan kerajaan negeri campuran baharu dengan Parti Solidariti Tanah Airku (Star).", "Musa, yang juga Ketua Perhubungan UMNO Sabah, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri itu di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini pukul 11.08 malam ini.", "Beliau turut menandatangani surat watikah pelantikan disaksikan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum.", "Sepuluh lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah sebagai anggota jemaah menteri Sabah, termasuk Presiden Star Datuk Dr Jeffrey Kitingan, yang juga ADUN Tambunan dan anggota Parlimen Keningau, sebagai timbalan ketua menteri.", "Turut mengangkat sumpah ialah ADUN Karanaan Datuk Masidi Manjun dan ADUN Sulaman Datuk Hajiji Mohd Noor yang masing-masing dikekalkan sebagai menteri penuh, manakala ADUN Tamparuli Datuk Jahid Jahim, yang sebelum ini Pembantu Menteri Belia dan Sukan sebelum tewas mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13), dilantik sebagai menteri penuh.", "Manakala, enam lagi yang sebelum ini menjadi pembantu menteri turut dilantik sebagai menteri penuh iaitu Datuk Ellron Alfred Angin, Datuk Bolkiah Ismail, Datuk Bobbey Suan, Datuk Masiung Banah, Datuk Musbah Jamli dan seorang menteri wanita dalam kabinet Datuk Anita Baranting.", "Mereka mengangkat sumpah selepas BN dan parti Star bekerjasama untuk mencapai majoriti mudah iaitu 31 kerusi yang membolehkan pembentukan sebuah kerajaan.", "Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semalam, BN memperoleh 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) namun tidak dapat menubuhkan kerajaan kerana kerusi DUN yang diperoleh tidak mencapai majoriti mudah.", "Bagaimanapun, dengan gabungan 29 kerusi BN dan dua kerusi daripada Parti Star, BN layak menubuhkan kerajaan.", "Pada PRU14 kali ini, BN memperoleh 29 kerusi DUN, Warisan (21 kerusi), DAP (enam) dan PKR (dua).", "Pada PRU13 lalu, BN memenangi 48 kerusi DUN dan 22 kerusi Parlimen namun pada PRU-14, BN cuma memperoleh 29 kerusi DUN dan 10 kerusi Parlimen.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2021/05/13/cbp-as-rampas-penghantaran-top-glove-bernilai-rm2-85-juta/
CBP AS rampas penghantaran Top Glove bernilai RM2.85 juta
[ "KUALA LUMPUR – Pegawai Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) di Pelabuhan Kansas City, Missouri merampas 4.68 juta sarung tangan getah yang dibuat oleh anak syarikat Top Glove Corporation Bhd.", "CBP berkata, anggaran nilai penghantaran itu sebanyak AS$690,000 (RM2.85 juta).", "“Pegawai CBP merampas penghantaran itu berikutan maklumat menunjukkan bahawa sarung tangan tersebut telah dibuat oleh buruh paksa,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.", "Pengarah Pelabuhan Kansas City Steven Ellis berkata, berdasarkan rampasan itu dibuat di kawasan tengah Amerika, ia menunjukkan import yang didakwa dihasilkan oleh buruh paksa memberi kesan kepada semua orang di seluruh negara.", "“CBP tidak akan bertolak ansur dengan buruh paksa dalam rantaian bekalan AS,” katanya.", "Pada 29 Mac lepas, CBP berkata, pihaknya telah mengarahkan kakitangan di semua pelabuhan masuk di AS untuk mula merampas sarung tangan pakai buang yang dihasilkan di Malaysia oleh Top Glove.", "“Penghantaran di Kansas City dirampas selepas pemeriksaan oleh pegawai CBP menunjukkan sarung tangan itu telah dihasilkan di Malaysia oleh sebuah anak syarikat Top Glove,” katanya.", "Pada 29 Mac lepas, CBP telah mengeluarkan dapatan mengenai buruh paksa berdasarkan bukti yang didakwa mempunyai banyak petunjuk buruh paksa dalam proses pengeluaran Top Glove, termasuk ikatan hutang, kerja lebih masa yang melampau, melanggar syarat persekitaran tempat kerja dan tempat tinggal serta penahanan dokumen pengenalan diri. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2018/01/28/jess-lingard-ibarat-andres-iniesta/
Jess Lingard ibarat Andres Iniesta
[ "MANCHESTER – Manchester United kini memiliki ‘Andres Iniesta Inggeris’ merujuk gelaran kepada Jesse Lingard yang diberikan oleh bekas jurulatih kelab, Rene Meulensteen.", "Dia berpendapat, pemain berusia 25 tahun itu berada dalam prestasi terbaik untuk beberapa minggu kebelakangan ini dengan menjaringkan sembilan gol dalam 11 penampilan.", "Lingard kini telah menjadikan dirinya sebagai pemain pilihan utama untuk Jose Mourinho.", "Dia sebelum ini bergelut untuk menembusi skuad utama sejak membuat penampilan pertamanya pada 2014/15.", "Namun persembahan dan jaringan gol yang hebat setakat musim ini menyaksikan dirinya menjadi pemain tetap untuk skuad utama United.", "Meulensteen yang melatih Lingard semasa masih remaja percaya pemain itu berada dalam posisi begitu baik dan dapat menyesuaikan diri di Barcelona dengan bermain bersama pemain-pemain seperti Lionel Messi dan Neymar.", "“Saya nampak begitu banyak persamaan dalam permainan mereka dan saya sentiasa percaya Jesse adalah Andres Iniesta Inggeris,” kata Meulensteen kepada Bleacher Report.", "“Seperti Iniesta, dia mendapati peluang dalam setiap ruang dan dia sentiasa bergerak serta mempunyai kaki yang sangat baik. Satu-satunya perkara yang hilang sehingga kini adalah jaringan gol tetapi kini Jesse menjaringkan gol penting juga.", "“Pada pendapat saya, anda boleh menerbangkan Jesse ke Barcelona, membiarkan dia bermain dalam posisi Iniesta dan dia pasti akan berasa selesa untuk melakukannya dan menyesuaikan diri. Dan dia melakukannya dalam Liga Perdana, yang mana lebih sukar daripada La Liga, jadi ianya kredit kepada Jesse.”", "Meulensteen mengakui bukan hanya dia sahaja mengagumi Lingard apabila beliau melatihnya.", "Bekas penyerang United, Ruud van Nistelrooy dan Diego Forlan juga menyaksikan potensi besar dalam diri Lingard. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/08/30/pengarah-syarikat-didakwa-salah-guna-kuasa/
Pengarah syarikat didakwa salah guna kuasa
[ "KUALA LUMPUR – Seorang pengarah mengaku tidak bersalah atas tuduhan salah guna kuasa dalam pelantikan syarikat milik saudaranya bagi projek perisian bernilai lebih RM1.7 juta, dua tahun lalu.", "Tertuduh, Mazlan Mahadi, 51, membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.", "Mazlan sebagai Pengarah Pembangunan Perniagaan SSDU telah menggunakan jawatannya untuk mencadangkan lantikan terus dibuat kepada syarikat milik saudara wanitanya, MMSC Ventures Sdn. Bhd.", "Lantikan itu bagi kontrak Perkhidmatan Design, Develop, Deploy And Maintain The AWS Landing Zone dengan nilai kontrak RM 1.8 Juta dan kesalahan itu dilakukan tertuduh di pejabatnya pada 25 Mac 2020.", "Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.", "Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.", "Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Irna Julieza Maaras menawarkan jaminan RM100,000 dengan penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah.", "Bapa kepada dua anak itu turut diminta melaporkan diri pada minggu pertama setiap bulan di pejabat SPRM berdekatan.", "Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM80,000 bersama penjamin dan membenarkan syarat tambahan pihak pendakwaan.", "Tarikh sebutan semula kes pada 30 September depan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/10/05/kkm-rampas-vaksin-tablet-pengguguran-dari-india/
KKM rampas vaksin, tablet pengguguran dari India
[ "KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan telah merampas lebih 350 botol kecil vaksin dan 1,400 biji tablet Misoprostol tidak berdaftar dari negara India yang dijual dalam pasaran gelap kepada klinik-klinik perubatan swasta.", "Rampasan itu masing-masing membabitkan RM28,000 dan RM63,000.", "Produk yang dirampas ialah Bio Typh Typhoid Polysaccharide Vaccine, Tetanus Vaccine dan Cytolog Misoprostol Tablet.", "Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tablet Misoprostol itu disyaki digunakan untuk tujuan pengguguran haram.", "Menurutnya, penjualan produk- produk yang tidak berdaftar adalah melanggar Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan satu kesalahan di bawah Peraturan 30(1) peraturan yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.\nProduk vaksin dan ubat-ubatan yang mengandungi racun berjadual hanya boleh dibekalkan untuk tujuan rawatan pesakit oleh pengamal perubatan berdaftar atau ahli farmasi berlesen dengan preskripsi yang sah.", "Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.", "Bagi syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.", "Orang ramai dinasihatkan supaya memastikan produk-produk kesihatan yang dibeli di pasaran mematuhi keperluan undang-undang yang berkuatkuasa.", "Produk berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL dan label Hologram Meditag pada pembungkusannya. Pengguna boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk dengan melayari http://www.npra.moh.gov.my / ATAU dengan menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/06/28/apa-sudah-jadi-dengan-kes-kematian-beng-hock/
Apa sudah jadi dengan kes kematian Beng Hock?
[ "KUALA LUMPUR – Sejak dua tiga hari ini, isu berkaitan misteri kematian Teoh Beng Hock kembali ‘panas’ apabila ahli keluarga mendiang membidas bagaimana kerajaan menyiasat kes itu.", "Malah adik Beng Hock, Teoh Lee Lan memuat naik beberapa status dalam laman Facebook menyatakan kekecewaannya terhadap kerajaan yang telah mengklasifikasi siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kepada  Seksyen 342 Kanun Keseksaan.", "Ironiya, siasatan kes itu sebelum ini dibuat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai atau membunuh tanpa niat.", "Namun kini ianya melalui Pejabat Peguam Negara, kes tersebut di siasat semula mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan iaitu menahan/mengurung secara salah yang telah disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor.", "Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula memberitahu, pihaknya sendiri tidak pasti mengapakah kes tersebut diklasifikasikan sedemikian rupa oleh Pejabat Peguam Negara.", "Hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bangkit mendesak penjelasan daripada Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung arahan kepada polis untuk mengklasifikasikan semula siasatan mengikut Seksyen 342.", "Beliau juga melahirkan rasa terkejut dengan arahan seumpama itu dan mahu penjelasan kerana ia bukan hanya sekadar kes kematian yang boleh dipandang ringan sebaliknya melibatkan kepentingan awam secara keseluruhan.", "Lee Lan dalam salah status Facebook menulis dirinya cukup merindui mendiang Karpal Singh yang amat lantang dalam memperjuangkan kematian abangnya pada masa itu.", "Malah Lee Lan juga menyoal bagaimana ketika ini bukan sahaja kes tersebut telah diklasifikasikan dengan seksyen berlainan sebaliknya juga sikap ‘berdiam diri’ segelintir pemimpin yang dahulunya lantang ketika masih bergelar pembangkang dalam isu Beng Hock.", "Semalam, kecoh sekejap apabila Muhyiddin membuat kenyataan yang memberi gambaran permintaan oleh keluarga mendiang seolah-olah tidak berpuas hati tentang siasatan kematian Beng Hock walaupun telah menerima pampasan.", "Namun kenyataan itu kemudian disanggah peguam keluarga Beng Hock merangkap Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh yang mengingatkan Muhyiddin keluarga mendiang hanya menuntut keadilan serta hak mereka selama ini.", "“Keluarga Teoh tidak menuntut apa yang bukan hak mereka. Mereka sebenarnya menuntut keadilan dan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dalam memberikan keadilan dengan sebetulnya serta cekap dalam menyiasat kematian Teoh,” katanya dalam Facebook beliau.", "Pagi ini pula, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang dulunya merupakan peguam keluarga kepada Beng Hock berkata, kenyataan Muhyiddin semalam tidak lebih daripada pandangan peribadinya sahaja.", "Pengerusi Teoh Beng Hock Trust For Democracy, Ng Geok Chee memaklumkan klasifikasi semula itu bercanggah dengan penghakiman Mahkamah Rayuan pada 2014 yang memutuskan bahawa seorang atau lebih individu, termasuk pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyebabkan kematian Beng Hock.", "Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan sama.", "Mendiang ialah Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ean Yong Hian Wah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan ketika itu.", "Muhyiddin juga semalam menegaskan, kerajaan telah melakukan sebaik mungkin dalam menyiasat kes kematian Beng Hock termasuk semua proses perundangan telah dipatuhi juga telah menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja selain pembayaran pampasan kepada keluarganya.", "Apa sebenarnya yang sedang berlaku sehingga Jabatan Peguam Negara membuat keputusan sedemikian yang pastinya menimbulkan rasa tidak senang dengan pihak yang memperjuangkan kematian Beng Hock.", "Apa yang pasti DAP tidak akan sesekali berdiam diri tentang isu ini. –MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/03/20/adam-reed-tinggalkan-uitm-fc/
Adam Reed tinggalkan UiTM FC
[ "KUALA LUMPUR – Pemain tengah kelahiran Filipina, Adam Michael Reed meninggalkan UiTM FC apabila dia disahkan telah menandatangani kontrak dengan kelab dari negaranya, United City FC.", "Adam, 29, hanya sempat beraksi dalam dua perlawanan Liga Super menentang Terengganu dan Penang.", "Difahamkan penamatan kontraknya pada musim ini adalah atas persetujuan bersama dengan pihak UiTM yang kini hanya memiliki empat pemain import.", "Kehadiran Adam dalam pasukan United City adalah untuk membantu pasukan itu memperkuatkan jentera tengah bagi menghadapi saingan AFC Champions League pada musim ini.", "Kelab itu berada dalam kumpulan I bersama kelab Jepun, Kawasaki Frontale, dan kelab China, Beijing Guon manakala satu lagi kelab akan ditentukan kemudian sama ada Daegu FC atau Chiangrai United.", "Selain Adam, kelab tersebut turut menandatangani bekas pemain Penang dan PJ City, Mark Hartmann dan bekas pemain import Kedah, Amin Nazari.", "Mereka turut agresif menghimpun beberapa bintang Filipina yang beraksi di luar negara.", "Sebelum pulang ke negaranya, pemain itu sempat menjadi kecaman warga maya kerana dia dilihat sengaja menghulurkan ‘penerajang’ sehingga menyebabkan pertahanan Pulau Pinang itu jatuh dan dia sepatutnya menerima kad merah. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/11/20/gerakan-baju-merah-desak-zahid-berundur/
Gerakan Baju Merah desak Zahid berundur
[ "KUALA LUMPUR – Gerakan Baju Merah hari ini mahu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar berundur daripada jawatan Presiden UMNO dalam kadar segera.", "Ketua Penerangannya, Ariffin Abu Bakar berkata, Ahmad Zahid perlu bertanggungjawab atas kegagalan Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam.", "“Hari ini keputusan amat mengejutkan amat sedih sekali apabila kita hanya tinggal 30 kerusi Parlimen sahaja,” katanya di lobi ibu pejabat UMNO, di Menara Dato Onn hari ini.", "Tambah Ariffin, desakan agar Ahamd Zahid berunsur susulan tindakannya seolah-olah mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.", "“Nah ambil sekarang apa telah berlaku enggan sikap egonya yang tidak mahu dengan parti-parti lain kononnya No DAP, No Anwar.", "“Ini mungkin untuk melepaskan kluster mahkamah presiden sendiri bebas daripada kes-kes beliau. Jalan terbaik agar Ahmad Zahid mencontohi presiden sebelum ini lepaskan jawatan, undur secara terhormat.", "“PRU15 jelas menampakkan anak-anak muda dan pengundi 18 tahun menolak terang-terang dan tidak mahu lagi kluster mahkamah dan rasuah,” katanya.", "Menurutnya, walaupun akar umbi mahukan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi namun bukan demi kepentingan individu.", "“Kita menolak kestabilan politik untuk individu, untuk melepaskan tengkuk sendiri hingga menjahanamkan parti keramat UMNO,” katanya.", "Gerakan Baju Merah juga melahirkan rasa kesal dengan tibdakan Ahmad Zahid didakwa cuba ‘membunuh’ panglima-panglima utama UMNO termasuk Tan Sri Annuar Musa dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.", "“Malangnya apa yang berlaku seolah-olah macam membunuh semua panglima UMNO. Yang paling kami kesal pemimpin masa depan iaitu Khairy Jamaluddin telah diletakkan di sarang dan lubuk PH.", "“Kami minta Khairy jangan undur diri, kami di bawah akan bersama dan pastikan selepas ini Zahid Hamidi letak jawatan, undur,” katanya.", "Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan menggerakkan desakan agar Ahmad Zahid berunsur sama seperti mereka menentang gerakan Bersih 2.0 sebelum ini.", "“Kami tetap menghormati pemimpin bersih macam Timbalan Presiden dan Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang bersih.", "“Kami harap Timbalan Presiden juga jangan terlalu lemah, tolong jelaskan dirinya zahirkan kemampuan dan keberaniannya untuk mentadbir UMNO,” katanya lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/08/09/dr-noor-hisham-ucap-takziah-pemergian-siti-sarah/
Dr Noor Hisham ucap takziah pemergian Siti Sarah
[ "KUALA LUMPUR – Berita kematian penyanyi Siti Sarah Raissuddin akibat Covid-19 turut menyentuh perasaan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.", "Menerusi ciapan di laman Twitter, Dr Noor Hisham mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir jam 5.13 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.", "“Takziah kepada keluarga Siti Sarah Raissuddin & kepada semua ahli keluarga rakyat Malaysia yang telah terkorban oleh Covid19,” kata Dr Noor Hisham.", "Siti Sarah meninggal dunia", "Berita sedih itu turut dikongsi warganet.", "Penyanyi berusia 36 tahun itu meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.", "Ayash Affan nama anak Siti Sarah", "Jumaat lalu, Allahyarham yang mengandung tujuh bulan melahirkan bayi lelaki menerusi kaedah pembedahan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/08/15/6500-kakitangan-projek-ecrl-akan-disuntik-di-tiga-ppvin/
6,500 kakitangan projek ECRL akan disuntik di tiga PPVIN
[ " ", "KUALA LUMPUR – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menggunakan tiga buah kem induk ECRL di negeri-negeri Pantai Timur sebagai Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) untuk memberi suntikan vaksin secara eksklusif kepada lebih kurang 6,500 kakitangan dan pekerja tapak binaan dalam usaha mempercepatkan proses vaksinasi Covid-19 dalam sektor pembinaan dan pengangkutan.", "Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia, Datuk Isham Ishak yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) berkata, kem-kem induk ECRL di Dungun dan Chukai, Terengganu serta Maran, Pahang akan beroperasi sebagai PPVIN selaras dengan strategi Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam memastikan sektor ekonomi kembali pulih menjelang hujung tahun ini.", "Menurut beliau, MRL bersama-sama dengan kontraktor utama projek ECRL, China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) akan menanggung semua kos proses vaksinasi bagi pekerja-pekerja ECRL termasuk caj penyediaan PPVIN dan yuran pentadbiran kepada pengamal am perubatan swasta dan pegawai-pegawai perubatan terlibat.", "Proses vaksinasi dijadualkan akan dilaksanakan di Kem Induk ECRL Dungun pada 16 hingg 18 Ogos 2021 dan di Kem Induk ECRL Chukai pada 16 hingg 17 Ogos 2021.", "Sementara itu, proses vaksinasi untuk pekerja-pekerja ECRL di Kem Induk ECRL Maran akan dilaksanakan dalam masa terdekat.", "”MRL dan CCC-ECRL sedar akan pentingnya bagi semua kakitangan projek ECRL mendapat imunisasi secepat mungkin kerana ianya akan memberi impak yang positif terhadap kerja-kerja pembinaan yang kini bertumpu di 164 lokasi utama termasuk pengorekan 10 buah terowong.", "”Bilangan lokasi utama ini dijangka meningkat kepada 338 lokasi termasuk pengorekan 27 buah terowong apabila pembinaan ECRL mencapai kemuncak pada tahun 2022,” katanya.", "Projek ECRL akan menjadikan vaksinasi Covid-19 sebagai perkara wajib untuk seluruh tenaga kerjanya dan sebagai pra-syarat bagi pekerja baru yang bekerja dibawah projek ini pada masa akan datang.", "Usaha ini adalah selari dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang mensasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara ini untuk mendapat vaksinasi lengkap menjelang akhir bulan Oktober 2021. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/11/12/kubur-besar-ditemui-di-bandar-purba-peru/
Kubur besar ditemui di bandar purba Peru
[ "PERU – Ahli arkeologi menemui rangka 25 manusia di bandar purba Chan Chan yang pernah menjadi ibu kota empayar Chimú.", "Rangka itu ditemui di ruang kecil berukuran 10 meter persegi.", "Empayar Chimu mencapai kemuncaknya pada abad ke-15 sebelum kekalahan mereka oleh Inca dan Chan Chan dan menjadi kubur besar ditemui adalah kubur terbesar pada zaman pra-Columbus.", "Pakar berpendapat, kubur besar itu mungkin merupakan tempat pengebumian di mana ahli elit Chimú dikebumikan.", "Ahli arkeologi, Sinthya Cueva memberitahu agensi berita Reuters kebanyakan rangka adalah milik wanita muda.", "“Tiada seorang pun daripada mereka yang berumur lebih dari 30 tahun,” katanya.", "Walaupun diketahui Chimú menjadi lokasi korban manusia termasuk kanak-kanak, ahli arkeologi Jorge Meneses Bartra pula berkata, tidak ada bukti mereka yang berada di kubur yang  ditemui.", "Bagaimanapun, para saintis akan menjalankan ujian untuk cuba menentukan punca kematian mereka.", "Meneses Bartra berkata, kedudukan salah satu rangka menunjukkan ia telah dikebumikan sejurus selepas kematian manakala tulang lain menunjukkan ia telah dipindahkan ke tapak kubur daripada lokasi berlainan.", "Mayat ditemui berbalut dan dalam keadaan duduk dengan beberapa lapisan kain diperbuat dari kapas dan bahan sayuran.", "Hampir 50 keping seramik turut ditemui di dalam kubur itu, lapor media tempatan.- Reuters" ]
https://malaysiagazette.com/2019/08/14/pencemaran-sungai-masalah-30-tahun-dan-semakin-memburuk/
Pencemaran sungai masalah 30 tahun dan semakin memburuk
[ "PETALING JAYA – Isu pencemaran air telah menjadi perbincangan masyarakat sejak 30 tahun yang lalu.", "Ia tidak berhadapan dengan perubahan positif bahkan menurut Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Charles Santiago semakin memburuk sehingga kini.", "“Minggu lalu saya telah diundang United Nation mewakili Malaysia untuk bincang beberapa isu termasuk macam mana nak jaga sungai-sungai kita.", "“Semasa saya bincang isu itu ada rakan di sana yang kerja di Bangkok sekarang rakyat Malaysia mengatakan kepada saya isu yang saya bangkit telah dibincang 30 tahun yang lalu.", "“Perbincangan yang kita adakan sekarang berusia 30 tahun, masalah itu sama malah lebih teruk dari dulu. Jadi perkara ini kita perlu tangani dengan serius tidak boleh main-main dan bawa perubahan,” katanya.", "Menurut beliau, masalah pencemaran air yang tidak berkesudahan dalam negara berisiko meningkatkan tarif air akibat perbelanjaan yang tinggi untuk merawat sungai.", "Pada akhirnya kelak kata Charles Santiago yang juga Ahli Parlimen Klang, rakyat akan terbeban akibat sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang menjadi dalang pencemaran sungai.", "“Walaupun puluhan juta telah dibelanjakan untuk memelihara sungai-sungai kita hakikatnya kesedaran umum masih amat rendah dan semakin banyak pula sungai dicemari.", "“Saya jangka majoriti dari anda di sini maklum bahawa 98 peratus dari sumber air mentah yang diproses di loji rawatan air datangnya daripada air sungai.", "“Sekiranya isu pencemaran sungai dibiarkan berleluasa, kos rawatan air sungai akan terus meningkat dan tarif air juga akan perlu dinaikkan dan hal ini memunyai implikasi langsung terhadap orang awam iaitu peningkatan kos berbelanja,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan seminar Pencemaran Sungai dan Impak Terhadap Bekalan Air di Semenanjung Malaysia.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/07/14/kena-buat-saringan-3-hari-sebelum-balik-malaysia-ismail-sabri/
Kena buat saringan 3 hari sebelum balik Malaysia – Ismail Sabri
[ "KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang mahu pulang dari luar negara kini perlu menjalani ujian saringan Covid-19 selama tiga hari sebelum tarikh berlepas pulang.", "Langkah itu dibuat selepas banyak syarikat penerbangan memerlukan bukti penumpang mereka adalah negatif Covid-19, kata Menteri Kanan Kluster Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.", "”Untuk tidak mahu berlaku kesulitan di lapangan terbang dan bagi mengelakkan mereka tidak dibenarkan menaiki pesawat mereka diminta membuat ujian saringan seperti yang ditetapkan,” katanya dalam taklimat media di sini hari ini.", "Beliau juga memaklumkan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan juga memutuskan ekspatriat yang dibenarkan masuk ke Malaysia untuk bekerja atau menguruskan syarikat tidak dibenarkan ke luar dari negara ini untuk bercuti.", "Ini bagi memberi keadilan kepada rakyat Malaysia yang masih tidak dibenarkan ke luar negara untuk bercuti.", "“Jika mereka didapati melanggar peraturan ini, mereka tidak akan dibenarkan pulang ke Malaysia sehingga satu tarikh yang dibenarkan,” ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/05/11/polis-pantau-unsur-berkaitan-muhammad-wanddy/
Polis pantau unsur berkaitan Muhammad Wanddy
[ "MELAKA – Polis kontinjen Melaka akan terus melakukan pemantauan terhadap semua aktiviti dan perkara-perkara yang disyaki ada kaitan dengan Ketua Militan Daish Asia Tenggara Muhammad Wanndy Mohamed Jedi atau kumpulan lain.", "Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, sehingga kini, pihak polis mendapati tiada lagi unsur-unsur yang berkaitan dengan Muhammad Wanndy mahupun militan Daish di negeri ini.", "“Kita juga melakukan pemantauan secara berterusan di kampung kelahiran Ketua Militan Daish Asia Tenggara itu di Masjid Tanah dan mendapati bahawa tiada aktiviti mencurigakan yang mempunyai kaitan dengannya atau kumpulan militan Daish,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan Polis Kontinjen Melaka di sini hari ini.", "Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini mengesahkan bahawa Muhammad Wanndy terbunuh dalam satu serangan di Raqqa, Syria pada 29 April lepas.", "Abdul Jalil berkata, Polis Kontinjen Melaka yakin bahawa sehingga kini Melaka bebas daripada kegiatan militan Daish.", "“Di Melaka, kegiatan yang berkaitan dengan militan Daesh adalah kurang dan boleh dikatakan tiada baik di Masjid Tanah mahupun di daerah-daerah lain kerana pihak polis sentiasa membuat pemantauan ketat berhubung perkara tersebut.", "“Pihak polis juga mendapat kerjasama erat daripada masyarakat yang sentiasa menyalurkan maklumat bagi membolehkan polis menyelesaikan perkara tersebut dari peringkat awal,” katanya.", "Dalam perkembangan lain, Abdul Jalil berkata dalam pelan pembangunan Pulau Besar, kerajaan negeri Melaka akan menyediakan kemudahan sebuah balai polis di pulau tersebut bersama dengan pembinaan masjid.", "“Kita akan menempatkan sejumlah pegawai dan anggota polis secara tetap di Pulau Besar dan meminta agar pihak kerajaan negeri turut membina kediaman untuk kemudahan anggota yang bertugas,” katanya.", "Beliau berkata, dengan adanya Balai Polis Pulau Besar nanti, pihak penguat kuasa dapat mempertingkatkan kawalan keselamatan bagi menyokong usaha kerajaan negeri membawa pembangunan di pulau tersebut.", "Bernama sebelum ini melaporkan penduduk dan peniaga di Pulau Besar meminta agar polis menempatkan sekurang-kurangnya pondok polis bagi menjamin keselamatan mereka dan pelancong yang datang ke Pulau Besar. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/12/02/azhar-kosongkan-jawatan-speaker-dewan-rakyat/
Azhar kosongkan jawatan Speaker Dewan Rakyat
[ "KUALA LUMPUR – Tan Sri Azhar Azizan Harun mengesahkan akan mengosongkan jawatan Speaker Dewan Rakyat sebelum Parlimen bersidang 19 Disember ini.", "Menurutnya, Parlimen yang bakal bersidang akan dikendalikan oleh Setiausaha Dewan Rakyat sebelum speaker baharu dilantik.", "“Mengikut Perlembagaan Persekutuan, saya perlu mengosongkan kerusi pada tengah malam 18 Disember. Jadi tiada speaker sebelum dewan bersidang jam 10 pagi keesokan harinya,” katanya memetik laporan The Star.", "Jelas Azhar Azizan, Setiausaha Dewan Rakyat akan terlebih dahulu memanggil ahli Parlimen untuk bersidang sebelum proses pemilihan Speaker baharu dibuat.", "“Jika ada satu nama yang dicadangkan, setiausaha akan umumkan speaker dan jika ada lebih daripada seorang calon, undian akan dibuat,” katanya.", "Menurut beliau, nama calon Speaker perlu dikemukakan kepada Dewan Rakyat selewat-lewatnya Isnin ini selaras dengan keperluan notis 14 hari.", "Sebaik sahaja dipilih, semua ahli Parlimen akan mengangkat sumpah di hadapan Speaker baharu sebelum mempengerusikan pelantikan timbalan speaker.", "“Undian juga akan diadakan sekiranya lebih daripada satu nama dicadangkan untuk jawatan timbalan Speaker,” katanya.", "Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Parlimen akan bersidang pada 19 Disember depan.", "Azhar yang dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat pada Julai 2020.- MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2022/08/23/kenyataan-zamani-ibrahim-dalam-facebook-adalah-pandangan-peribadi-polis/
Kenyataan Zamani Ibrahim dalam Facebook adalah pandangan peribadi – Polis
[ "KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan tiada kesalahan berhubung status Facebook individu bernama Zamani Ibrahim yang juga suami kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat. ", "Status yang telah dibuat pada 2018 itu dikaitkan dengan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak.", "Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, semakan mendapati, kenyataan yang dimuat naik oleh Zamani itu adalah hantaran pada 11 Mei 2018 dan merupakan kenyataan peribadi. ", "Jelasnya, kenyataan yang dimuat naik oleh pemilik akaun itu berunsurkan pandangan politik semasa dan tidak berlaku sebarang kesalahan jenayah.", "“Kenyataan lama ditularkan kembali menerusi media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan tindakan ini telah mengundang pelbagai reaksi netizen.", "“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan gambar, video serta kenyataan lama bagi mengelak kekeliruan dan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya. ", "Sebelum ini satu laporan polis dibuat Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman di Balai Polis Presint 7, Putrajaya yang mana ia dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk tindakan lanjut.", "Hamidah yang berkongsi salinan laporan polis dalam hantaran di Facebook memaklumkan ia dibuat berikutan satu hantaran tular berbaur politik dan prejudis terhadap bekas Perdana Menteri oleh pemilik akaun bernama Zamani Ibrahim.", "Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat itu berkata, hantaran dibuat individu terbabit berbaur politik dan dikatakan gembira dengan kejatuhan Najib yang tular di media sosial. – MalaysiaGazette " ]
https://malaysiagazette.com/2020/07/05/covid-19-singapura-catat-136-kes-baharu-18-kes-dalam-komuniti/
Covid-19: Singapura catat 136 kes baharu, 18 kes dalam komuniti
[ "SINGAPURA – Singapura hari ini melaporkan 136 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kes di republik itu sebanyak 44,800 kes.", "Mengikut data ringkas setakat tengah hari ini yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (MOH), terdapat 18 kes dalam komuniti dengan enam ialah rakyat tempatan atau penduduk tetap dan 12 merupakan pemegang pas kerja.", "“Daripada siasatan awal kami, daripada kes berkenaan, lima adalah kontak rapat kepada kes sebelum ini, dan diarahkan menjalani kuarantin. Siasatan daripada aspek epidemiologi sedang dijalankan untuk kes-kes lain,” katanya.", "Menurut kementerian itu, majoriti daripada kes hari ini masih membabitkan pekerja asing yang tinggal di asrama.", "Dalam data penuh yang dikeluarkan lewat semalam, Singapura mengklasifikasikan 591 daripada kes itu sebagai kes import, 1,920 kes dalam komuniti dan 42,153 kes membabitkan penghuni asrama.", "Sehingga tengah hari Sabtu, 40,117 atau kira-kira 90 peratus pesakit telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan keluar daripada hospital atau kemudahan penjagaan komuniti.", "Terdapat 204 kes disahkan masih dirawat di hospital sehingga semalam, dengan dua kes dirawat di unit rawatan rapi, menurut kementerian itu.", "Menurut kenyataan itu, 4,317 pesakit mengalami gejala ringan atau sihat dari segi klinikal tetapi diuji positif COVID-19 telah diasingkan dan ditempatkan di kemudahan komuniti.", "Sehingga kini, 26 individu meninggal dunia di republik ini akibat komplikasi COVID-19 dengan dua kematian pertama dilaporkan pada 21 Mac.", "Tiada kluster baharu dikenal pasti semalam.- BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2019/09/24/yapeim-perkenal-3-produk-baharu-ar-rahnu/
YaPEIM perkenal 3 produk baharu Ar-Rahnu
[ "KUALA LUMPUR – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memperkenalkan tiga produk baharu bawah Program Ar-Rahnu bagi membantu masyarakat menyimpan dan menggadai barang kemas berasaskan emas.", "Produk yang berasaskan kepada program mikro kredit itu skim Ar-Rahnu Bisnes, skim Ar-Rahnu Emas dan skim Ar-Rahnu Didik YaPEIM.", "Menurut Pemangku Ketua Pengarahnya, Parihah Hasan, walaupun YaPEIM terlibat dalam program mikro kredit Ar-Rahnu sejak tahun 1993 dengan kerjasama Bank Rakyat  tetapi ia penting diperluaskan memandangkan itu adalah keperluan utama masyarakat.", "“Untuk membantu masyarakat kawasan luar bandar mendapatkan kemudahan mikro kredit, YaPEIM pada tahun 2000 melalui Koperasi YaPEIM Berhad telah memperkenalkan konsep Ar-Rahnu di seluruh negara.", "“Kawasan liputan kita ialah bandar-bandar yang lebih kecil, di mana mengikut kajian yang kita lakukan, masyarakat di sini lebih memerlukan kemudahan tunai.", "“Tahun itu juga kita memulakan langkah untuk meneroka Ar-Rahnu ini dan kita menawarkan perkhidmatan ini ke seluruh negara,” katanya pada sidang media khas di pejabatnya di sini, hari ini.", "Beliau menjelaskan, sehingga kini YaPEIM mempunyai 212 cawangan Ar-Rahnu iaitu sebanyak 203 cawangan statik dan Sembilan kaunter bergerak di seluruh negara.", "Katanya, YaPEIM memperkenalkan produk baru itu kerana berdasarkan kajian mendapati sebanyak 21 peratus penggadai menggunakan khidmat itu untuk mendapatkan tunai bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.", "“Justeru, kita perkenalkan tiga produk ar-rahnu ini untuk membantu mereka,” katanya yang turut memaklumkan terdapat kira-kira 135,000 usahawan menggunakan khidmat ar-rahnu bagi tujuan perniagaan.", "“Manakala Ar-Rahnu Didik pula produk ini bertujuan untuk memberi peluang kepada ibu bapa yang mempunyai barang kemas atau emas, bila anak hendak melanjutkan pengajian ke universiti, mereka tidak ada tunai.", "“Jadi, YaPEIM sediakan produk Ar-Rahnu Didik untuk mereka mendapatkan tunai dan membiayai pengajian anak-anak,” katanya yang mengikut data diperolehi, 23 peratus masyarakat menggadai melalui Ar-Rahnu bagi tujuan pendidikan.", "Parihah menambah, produk ketiga yang turut diketengahkan ialah Ar-Rahnu Emas iaitu YaPEIM mengeluarkan produk emas sendiri di bawah jenama YaPEIM Gold.", "Menerusi produk itu, pihaknya menggalakkan masyarakat menyimpan emas dan jika memerlukan tunai, boleh menggadaikan di situ. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/11/06/nuno-dapat-pampasan-rm50-juta/
Nuno dapat pampasan RM50 juta
[ "Tottenham menjadi pasukan yang sering menamatkan kedudukan dalam kelompok empat teratas di bawah kendalian Mauricio Pochettino – mara ke final Liga Juara Juara 2019 namun gagal memenangi sebarang trofi sejak 2008. – FTBL" ]
https://malaysiagazette.com/2018/06/25/kj-mahu-pemilihan-umno-setiap-tiga-tahun-sekali/
KJ mahu pemilihan UMNO setiap tiga tahun sekali
[ "KUALA LUMPUR – Dalam usaha pemulihan semula UMNO, calon Presiden, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan memastikan pemilihan parti itu akan diadakan setiap tiga tahun sekali, tanpa ada arahan penangguhan sebagaimana dilakukan kepimpinan sebelum ini.", "Selain itu, UMNO juga akan memastikan setiap jawatan dari presiden dan timbalan presiden dibuka untuk dipertandingkan secara sihat tanpa ada mana-mana pihak tertentu dalam parti cuba untuk melindungi sesiapa daripada pertandingan itu.", "Menurut Khairy yang lebih dikenali dengan panggilan KJ, dua perkara utama itu antara cadangan dan usul yang akan beliau laksanakan sekiranya mendapat mandat sebagai Presiden UMNO pada pemilihan parti 30 Jun ini.", "“Ini antara manifesto saya untuk membangunkan semula parti keramat UMNO.", "“Apabila kita membuat usul supaya tidak dipertandingkan jawatan (presiden dan timbalan presiden) setiap tiga tahun, kita tidak tahu sama ada pemimpin itu masih lagi boleh diterima ataupun tidak oleh rakyat dan juga akar umbi,” katanya.", "Beliau berkata demikian membentangkan bahagian kedua manifestonya sebagai calon Presiden UMNO yang ditayang secara langsung melalui akaun Facebooknya hari ini.", "Menurut Khairy, antara usul penting yang dicadangkannya ialah memastikan tidak ada lagi usul menghalang jawatan tertinggi seperti presiden dan timbalan presiden dipertandingkan sebagaimana sebelum ini.", "“Saya juga telah usulkan akar umbi boleh menegur dan membuat kritikan terhadap pucuk pimpinan tanpa rasa risau dipecat ataupun dikenakan tindakan disiplin.", "“Saya turut mengusulkan untuk menubuhkan majlis yang dianggotai orang luar parti iaitu golongan profesional , aktivis, ulamak dan sebagainya yang mungkin sebelum ini susah menyertai UMNO kerana disekat di bahagian cawangan dan sebagainya,” katanya.", "Beliau juga mencadangkan untuk menambahkan satu lagi jawatan naib presiden bagi golongan wanita, yang tugasannya menyeluruh, tidak bertindih dengan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia", "“Ketua Wanita UMNO Malaysia sudah ada dan akan kekal jawatan itu yang bertaraf presiden, tapi kita tambah lagi satu jawatan Naib Presiden untuk wanita sahaja, yang mana kerjanya adalah untuk mengetuai di peringkat nasional.", "“Mereka ini nanti mungkin boleh diketengahkan sebagai bakal Timbalan Presiden atau Presiden UMNO.", "“Seterusnya satu lagi jawatan Naib Presiden yang dikhaskan untuk pemimpin UMNO dari Sabah. Kita kena akui Sabah ini negeri yang unik, di mana semangat penubuhan Malaysia antara semenanjung, Sabah dan Sarawak itu menuntut kita supaya memberi kuasa lebih kepada UMNO Sabah untuk membawa agenda kepada rakyatnya,” ujar beliau.", "Tambah Khairy lagi, selain beberapa perkara yang dinyatakan itu, beliau juga mengusulkan untuk menubuhkan satu kabinet bayangan yang akan mula bertugas dalam sesi Parlimen pada Julai ini.", "Ujarnya, kabinet bayangan itu ditugaskan untuk membayangi menteri dari pihak kerajaan Pakatan Harapan (PH). – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/01/22/plus-cadang-pasang-kamera-had-laju-di-jambatan-pulau-pinang/
PLUS cadang pasang kamera had laju di Jambatan Pulau Pinang
[ "SEREMBAN – Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan mencadangkan kepada pihak kerajaan bagi pemasangan kamera had laju di Jambatan Pulau Pinang selain menambah kamera itu di kesemua lebuh raya kendalian PLUS.", "Pengarah Urusannya Datuk Azman Ismail berkata pemasangan dan penambahan kamera had laju itu bagi mengurangkan kadar kemalangan di lebuh raya.", "“Buat masa ini, Jambatan Pulau Pinang hanya mempunyai kamera litar tertutup (CCTV). Justeru dalam proposal (cadangan) yang telah kita buat sebelum ini untuk tambah pemasangan kamera had laju di lebuh raya kita, kita masukkan juga Jambatan Pulau Pinang sebagai tambahan untuk pemasangan kamera had laju,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Op Selamat 14 Tahun Baharu Cina di R&R Seremban arah utara, Seremban di sini, hari ini.", "Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.", "Mengulas lanjut, Azman berkata pemasangan kamera had laju itu bergantung kepada kebenaran daripada pihak berkuasa.", "Dalam pada itu, Azman berkata pihaknya juga akan melihat semula keperluan untuk mengurangkan kadar had laju dan ketinggian tembok di Jambatan Pulau Pinang bergantung kepada siasatan penuh kemalangan di Kilometer 4.0 di jambatan itu baru-baru ini.", "“Semuanya bergantung kepada hasil siasatan penuh kemalangan di lokasi. Pada masa ini had kelajuan di jambatan tersebut ialah 80 kilometer sejam manakala tembok kita mengikut piawaian antarabangsa British Standard 5400 (BS 5400).", "“Sama ada perlu dikurangkan had laju dan menambah ketinggian tembok bergantung kepada laporan penuh hasil siasatan kemalangan itu nanti,” katanya.", "Azman berkata kadar kemalangan maut di Jambatan Pulau Pinang merekodkan penurunan sebanyak 54 peratus pada tahun 2018 berbanding 2017.", "“Pada 2017 sebanyak 13 kes kemalangan maut direkodkan berbanding enam kes pada tahun lepas. Bagi kemalangan pula sebanyak empat peratus kadar penurunan iaitu daripada 345 kes kepada 332 kes,” katanya.", "Ahad lepas, sebuah kenderaan utiliti sukan Mazda CX-5 dipercayai terhumban ke laut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta Toyota Vios di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, Georgetown, Pulau Pinang.", "Kejadian kenderaan terhumban ke laut dari Jambatan Pulau Pinang Ahad lalu itu, merupakan insiden kelima berlaku di jambatan berkenaan dalam tempoh 2010 sehingga kini.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2021/01/13/lrt-mrt-monorel-bas-rapid-beroperasi-seperti-biasa-prasarana/
LRT, MRT, monorel, bas Rapid beroperasi seperti biasa- Prasarana
[ "KUALA LUMPUR – Perkhidmatan rel urban dan bas henti-henti kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) tetap beroperasi daripada pukul 6 pagi setiap hari hingga tengah malam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bermula hari ini.", "Ia membabitkan perkhidmatan rel dan bas Rapid KL di Kuala Lumpur dan Selangor; Rapid Penang di Pulau Pinang dan Seberang Prai, Rapid Kamunting di bandar Taiping, Perak dan Rapid Kuantan di Pahang.", "Menurut kenyataan Prasarana, perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel akan beroperasi seperti yang dijadualkan dengan masa menunggu antara 2.8 dan 7 minit, bergantung pada waktu puncaknya.", "Penumpang diingatkan agar sentiasa patuh pada arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengamalkan norma baharu ketika menggunakan pengangkutan awam, ujarnya.", "“Prasarana dalam pada itu menggalakkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini daripada media sosial kendalian Prasarana,” katanya.", "Para pengguna Rapid KL turut disarankan menggunakan aplikasi PULSE untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai perkhidmatan rel dan bas.", "Aplikasi itu boleh dimuat-turun di Google Play dan Apple Store.-MalaysiaGazette" ]