url
stringlengths
42
231
headline
stringlengths
9
119
content
sequence
https://malaysiagazette.com/2021/01/26/indonesia-rekod-1-juta-kes-covid-19/
Indonesia rekod 1 juta kes Covid-19
[ "JAKARTA – Indonesia sudah melepasi sejuta kes koronavirus hari ini selepas bergelut dengan virus ini sejak Mac tahun lalu.", "Negara keempat terpadat di dunia itu mencatatkan 999,256 kes jangkitan koronavirus semalam, dengan kenaikan harian melepasi 11,000 kes lebih seminggu lalu, menurut data rasmi.", "Kematian akibat Covid-19 pula berjumlah 28,132 kes.", "Angka tersebut adalah yang tertinggi di Asia tetapi pakar kesihatan percaya penyebaran Covid-19 di Indonesia sebenarnya lebih teruk.", "Kerajaan telah memulakan program vaksinasi dan mengetatkan sekatan pergerakan sejak awal bulan ini ketika hospital mula mengalami tekanan.", "Indonesia telah dikritik kerana paling kurang menjalankan ujian saringan dan penjejakan kontrak paling rendah di dunia. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/04/24/wendy-curi-tumpuan-pada-hari-terakhir-miag/
Wendy curi tumpuan pada hari terakhir MIAG
[ "KUALA LUMPUR – Atlet terjun negara Wendy Ng Yan Yee mencuri tumpuan apabila memenangi dua acara pada hari terakhir Kejohanan Jemputan Kumpulan Umur Malaysia (MIAG) di Ipoh, Perak, hari ini.", "Dalam acara pertama, juara Sukan SEA 2019 itu bersama Ong Ker Ying mengatasi lawan tunggal mereka Dayang Nursharzyra Awang Nasaruddin-Nur Eilisha Rania Abrial Rajagopal dalam acara seirama 3 meter (m) papan anjal pada kejohanan yang berlangsung di Pusat Akuatik Tuanku Zara.", "Wendy-Ker Ying memperoleh 282.30 mata manakala Dayang Nursharzyra-Eilisha Rania mengutip 227.31 mata.", "Dalam acara kedua 3m papan anjal individu, Wendy yang berusia 28 tahun menduduki tempat pertama selepas memungut 327.50 mata menewaskan Ker Ying dengan 288 mata manakala penerjun muda Perak, Prisilia Chong Yao terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan 185 mata.", "Dalam pada itu, ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong melakar kemenangan kedua pada kejohanan itu menerusi acara 10m platform individu dengan 283.65 mata manakala Eilisha Rania memperoleh 212.40 mata untuk tempat kedua dan tempat ketiga milik Prisilia dengan 203.10 mata.", "Semalam, Pandelela bersama pasangannya Nur Dhabitah Sabri menguasai acara 10m platform seirama selepas gandingan itu mengumpul 308.76 mata manakala lawan tunggal mereka Dayang Nursharzyra-Eilisha Rania terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan 233.19 mata dalam acara yang melibatkan hanya dua penyertaan itu.", "Sementara itu, skuad kebangsaan mengungguli podium dalam acara 3m papan anjal individu dan seirama lelaki.", "Dalam acara seirama, Chew Yi Wei yang bergandingan dengan Ooi Tze Liang mengutip 420.93 mata untuk muncul juara manakala Muhammad Syafiq Puteh-Gabriel Gilbert Daim di tempat kedua dengan 361.47 mata dan Yong Rui Jie-Nurqayyum Nazmi memperoleh 299.19 mata untuk menduduki tempat ketiga.", "Bagaimanapun, Muhammad Syafiq berjaya menebus kekalahannya apabila menewaskan Yi Wei dengan mengumpul 434.45 mata untuk merangkul juara acara 3m papan anjal lelaki.", "Yi Wei mengumpul 430.40 mata manakala Gabriel menduduki tempat ketiga dengan 420.35 mata.", "Penerjun negara akan ke Vietnam dalam misi menyapu bersih semua lapan pingat emas dalam Sukan SEA di Hanoi.", "Acara terjun dijadual bermula lebih awal iaitu 8 hingga 11 Mei sebelum edisi ke-31 temasya dwitahunan bermula secara rasmi pada 12 hingga 23 Mei. – BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2020/05/31/telur-tamat-tempoh-punca-keracunan-puding-buih/
Telur tamat tempoh punca keracunan puding buih
[ "KUALA TERENGGANU – Kes keracunan makanan akibat puding buih yang melibatkan 99 pesakit di Terengganu baru-baru ini berpunca daripada penggunaan telur yang telah tamat tempoh.", "Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kesilapan peniaga tersebut kerana menggunakan telur yang sudah lebih dua minggu dari tarikh luputnya.", "“Tindakan pun telah diambil oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dengan menutup dapur premis untuk jualan puding buih tersebut mengikut Seksyen 18 (1) (d) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 selama 14 hari sehingga 7 Jun depan,” katanya kepada pemberita hari ini.", "Baru-baru ini, media melaporkan seramai 99 pesakit menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), hospital swasta dan rawatan sebagai pesakit luar di beberapa klinik kerajaan dan klinik swasta setelah cirit-birit, muntah-muntah dan demam selepas menikmati puding buih yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei lepas.", "Daripada 99 kes tersebut, yang membabitkan 20 keluarga berlainan, 77 pesakit tinggal di Kuala Terengganu manakala 22 pesakit lagi dari daerah Marang.", "Dalam pada itu, Dr Alias berkata,  kerajaan negeri akan membuat satu kajian terperinci berhubung prosedur operasi standard (SOP) untuk peniaga makanan kecil-kecilan yang beroperasi di rumah bagi mengelak kejadian keracunan itu berulang pada masa depan.", "“Kebanyakan mereka tidak mempunyai lesen berniaga, hanya memasak di rumah dan memasarkannya secara dalam talian yang kita tak tahu bagaimana pengendalian masakan dan tahap kebersihan yang diamalkan.", "“Jadi kami minta Jabatan Kesihatan sediakan satu SOP untuk peniaga makanan yang beroperasi dari rumah agar dapat bantu mereka jana ekonomi dan pada masa sama pastikan keselamatan makanan yang dijual.", "“Penyedia makanan juga perlukan suntikan khas serta mengamalkan tahap kebersihan yang sepatutnya sama seperti peniaga yang beroperasi di premis perniagaan lain,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/11/19/saarani-kekal-yakin-bn-perak-capai-sasaran-40-kerusi/
Saarani kekal yakin BN Perak capai sasaran 40 kerusi
[ "GERIK – Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad yakin parti pimpinannya di negeri itu akan mencapai sasaran menguasai 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)", "Saarani yang ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Azlan Shah di Lenggong berkata, beliau mempunyai keyakinan terhadap sasaran penguasaan DUN tersebut.", "Ini berdasarkan tinjauan dilakukannnya malam tadi yang memperlihatkan sokongan orang muda yang pulang mengundi terhadap BN.", "“Sudah tentu sangat tinggi. Saya meninjau semalam nampaknya yang balik mengundi orang muda dan bergerak banyak tempat di kawasan Parlimen Lenggong di Kenering, Gerik.", "“Memang sambutan orang muda yang balik dari luar memenuhi bilik gerakan BN.", "“Jadi saya yakinlah kalau itu ditunjukkan di Hulu Perak samalah di tempat lain,” katanya yang ditemui selepas melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat dan kerajaan yang baharu.", "Saarani tiba di SMK Sultan Azlan Shah bersama isteri Datin Seri Aezer Zubir  kira-kira pukul 8.07 pagi dan memasukkan kertas undi ke dalam peti pada pukul 8.11 pagi.", "Beliau berharap dengan cuaca yang baik pengundi dapat keluar beramai-ramai pagi ini bagi melaksanakan tugas sebagai warganegara yang bertanggung jawab.", "Menurut Saarani, cuaca mungkin akan berubah kepada hujan pada sebelah petang seperti yang dialami di negeri ini sejak beberapa hari lalu.", "Sementara itu Saarani yang mempertahankan kerusi DUN Kota Tampan berkata, Perak dalam dalam persiapan yang tinggi dalam menghadapi bencana bajir.", "Beliau yang selalu berhubung dengan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri dimaklumkan bahawa bencana tersebut akan bermula minggu hadapan.", "“Seperti biasa sama ada pilihan raya atau tidak seperti yang saya sebut jawatankuasa bencana yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri sentiasa berwaspada.", "“Saya pun sentiasa bertanya kepada beliau dan memberi jaminan semua jentera di semua lapisan berada pada kesiapsagaan yang tinggi.", "“Sudah tentu kita harap cuaca yang baik ini akan berterusan dan kalau ikut meteorologi yang berlaku banjir ini minggu hadapan,” katanya kepada pemberita.", "Saarani berhadapan persaingan tiga penjuru dan ditentang oleh Mohamad Sabri Abdul Manaf (Pakatan Harapan) dan Mohamad Jamil Yahya (Perikatan Nasional).", "DUN Kota Tampan mempunyai 14,354 pengundi dengan hanya 39 pengundi awal.", "Pada PRU14 Saarani menang di kerusi ini dengan mendapat 5,183 undi dengan majoriti 2,302 undi. Perak mempunyai 59 DUN dan 24 Parlimen.-MalaysiaGazette", " ", " " ]
https://malaysiagazette.com/2019/04/21/teringin-nak-jumpa-minta-maaf-pada-najib-bekas-eksekutif-spad/
Teringin nak jumpa, minta maaf pada Najib – bekas Eksekutif SPAD
[ "KUALA LUMPUR – Bekas eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mendakwa jadi mangsa penganiayaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) meluahkan hasrat mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak.", "Mohd. Aizat Ibrahim, 32, berkata, beliau ingin memohon maaf kepada bekas Perdana Menteri itu secara peribadi.", "Beliau yang baru menimang cahaya mata pertama mengakui kesilapan selama ini yang sering mengkriktik Najib dan kerajaan Barisan Nasional (BN) secara terbuka di laman sosial selama ini.", "“Saya tidak sangka Najib akan berkongsi status luahan saya di Facebook beliau. Bagi saya beliau berjiwa besar kerana beliau tahu saya pernah mencaci beliau dan BN, namun beliau tetap mengambil berat untuk berkongsi luahan saya itu.", "“Saya memang teringin hendak jumpa beliau kerana ingin memohon maaf dan saya anggap Najib sebagai negarawan hebat,” katanya yang berkunjung ke pejabat MalaysiaGazette di sini hari ini.", "Semalam, Najib berkongsi status Mohd. Aizat di laman Facebook yang mendakwa beliau menjadi mangsa penganiayaan kerajaan Pakatan Harapan (PH).", "Beliau ditamatkan perkhidmatan apabila kerajaan membubarkan SPAD dan mewujudkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) di bawah Kementerian Pengangkutan.", "Namun hanya 282 bekas kakitangan SPAD daripada 967 yang diserapkan ke pelbagai jawatan dan bakinya termasuk Mohd. Aizat yang ditamatkan perkhidmatan hanya diberi pampasan mengikut tempoh tahun bekerja.", "Menerusi sosial medianya itu, Mohd. Aizat mendakwa beliau beberapa kali membuat rayuan tetapi hanya pada 16 April lalu ditawarkan menjadi pembantu tadbir Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak (LPKPS) dengan menggunakan kelayakan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).", "Jika beliau menerima tawaran itu, Mohd. Aizat akan melapor diri pada 5 Mei ini.", "Buat masa ini, Mohd. Aizat yang merupakan lulusan Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Universiti Putra Malasyia masih menganggur.", "Mengulas lanjut, beliau yang memegang jawatan terakhir sebagai Eksekutif ICOP Keselamatan di SPAD berharap PH membuat perubahan besar selepas diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Mei tahun lalu.", "Mohd. Aizat bagaimanapun mengakui kecewa dengan apa yang terjadi ke atas SPAD kerana kerajaan sanggup membubarkan satu agensi dalam kementerian yang menjadi punca rezeki kepada ratusan kakitangan.", "“Saya mengaku pada PRU14 saya tidak undi Barisan Nasional (BN) kerana sebelum itu banyak sangat isu yang menimpa UMNO seperti kes pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin-pemimpn UMNO keluar parti termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.", "“Saya jadi keliru kerana hendak undi PH tetapi ada DAP. Akhirnya saya undi Pas namun tidak kisah PH menjadi kerajaan kerana yakin mereka dapat melakukan perubahan kepada negara.", "“Tapi akhirnya saya buat kesilapan dan rasa ramai lagi anak muda lain yang tertipu dengan PH,” katanya yang mengundi BN pada PRU13.", "Dalam pada itu, Mohd. Aizat turut memuji ketelusan yang diamalkan oleh BN ketika menjadi kerajaan berbanding PH ketika ini.", "“Saya dapat makluman ada kakitangan SPAD yang kritik kerajaan di laman sosial ketika ini diberi surat amaran.", "“Saya dulu masa di SPAD tidak pernah ditegur walaupun sering menggunakan Facebook mengkritik kerajaan BN.", "“Jadi di mana kebebasan suara yang dilaungkan oleh kerajaan PH?", "“Sekurang-kurangnya kerajaan BN tidak buang kakitangan dan tutup agensi,” katanya yang tidak akan memadam status di Facebook yang mengkritikan BN selama ini kerana berani dan mengaku membuat kesilapan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/06/07/harga-petrol-diesel-kekal-21/
Harga petrol, diesel kekal
[ "KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol dan diesel kekal bagi tempoh 8 Jun 2023 hingga 14 Jun 2023.", "Kementerian Kewangan berkata, harga RON97 kekal pada paras RM3.37 seliter; RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15) sepanjang tempoh itu.", "“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.", "“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/06/06/pulau-pinang-milik-kedah-pm-persoal-sanusi-timbulkan-isu-kerana-gelojoh-kuasa/
Pulau Pinang milik Kedah: PM persoal Sanusi timbulkan isu kerana gelojoh kuasa
[ "KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sikap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang cuba mengekalkan kuasa dengan mengeluarkan kenyataan mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah.", "Malah, beliau menyifatkan Sanusi sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian dan bersetuju bahawa kenyataan seperti itu dibuat kerana mahu memecah belahkan rakyat demi ‘kuasa’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan dalam masa terdekat.", "“Apakah kerana nak gelojoh kuasa (untuk memenangi) PRN, kita korbankan prinsip Perlembagaan dan timbulkan hura-hara? Ini silapnya, dan ini menyebabkan timbul permasalahan ini.", "“Kita sudah merdeka lebih enam dekad, parti-parti memerintah sama ada UMNO-Barisan Nasional (BN), Pas dan Pakatan Harapan (PH), serta Pas dan Perikatan Nasional (PN), tidak pernah dibangkitkan, melainkan seorang ketua (Sanusi) yang tidak bertanggungjawab yang sanggup melanggar prinsip undang-undang,” katanya di Dewan Rakyat hari inu.", "Beliau menjawab pertanyaan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang meminta Perdana Menteri menyatakan tindakan ke atas gesaan Menteri Besar Kedah, bahawa Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk padamkan Pulau Pinang agar boleh dikembalikan kepada Kedah, yang telah memecah-belahkan perpaduan rakyat khususnya menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk negeri Pulau Pinang serta mengancam keharmonian dan keselamatan dalam negara.", "Menjawab lanjut, Perdana Menteri menegaskan, pihaknya telah mendapat beberapa dokuman termasuk laporan polis yang mengesahkan bahawa Sanusi secara tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan termasuk menuntut supaya Perlembagaan Malaysia dipinda bagi mengembalikan Pulau Pinang kepada Kedah.", "Justeru, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun menyerahkan sepenuhnya siasatan terhadap kes tersebut kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan sesuai mengikut peruntukan undang-undang.", "“Sebagai seorang yang ada kedudukan, kenyataan tak bertanggungjawab dan pihak polis telah melakukan siasatan berdasarkan beberapa perurtnukan undang-undang sedia ada untuk mengambil tindakan yang sesuai bagi menghindari daripada penerusan kenyataan-kenyataan yang melanggar prinsip Perlembagaan dan undang-undang termasuk di bawah kanun keseksaan dan Akta Hasutan.", "“Sebahagian laporan telah dikemukakan kepada Peguam Negara dan menunggu tindakan Peguam Negara,” tegasnya.", "Sebelum ini, Sanusi menegaskan Pulau Pinang adalah di bawah hak milik Kedah, yang mana ketika ini Perak dan Perlis adalah satu-satunya negeri yang mempunyai sempadan dengan negeri itu.", "Sanusi berkata, sebaliknya Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Mutiara itu masih hak Kedah.", "Pada 31 Mei lalu, Guan Eng yang juga Pengerusi DAP, menggesa penduduk Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Muhammad Sanusi atas dakwaannya itu.", "Susulan itu pada 1 Jun lalu, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membuat laporan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan terbarunya bahawa Pulau Pinang milik Kedah.", "Laporan tersebut dibuat di balai polis Jalan Patani atas kerelaan dirinya sebagai warga Pulau Pinang serta bagi mewakili DAP. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/01/10/penjawat-awam-rugi-rm19000-ditipu-iklan-pembersihan/
Penjawat awam rugi RM19,000 ditipu iklan pembersihan
[ "KUALA LUMPUR – Seorang penjawat awam berputih mata apabila kerugian sebanyak RM19,000 daripada wang simpanannya selepas menjadi mangsa sindiket penipuan iklan di Facebook pada 2 Januari lalu.", "Mangsa yang mahu dikenali sebagai Zhang berkata, dia tertarik dengan tawaran iklan khidmat pembersihan yang menawarkan pilihan masa dan harga yang murah di media sosial terbabit pada 31 Disember 2022.", "“Saya tertarik dengan iklan khidmat pembersihan itu kerana memberikan dua pilihan masa sama ada dua jam atau empat jam kerana kebiasaannya hanya menawarkan empat jam.", "“Jadi saya ingin mencuba terlebih dahulu bagi tempoh dua jam dan harga yang ditawarkan juga jauh lebih murah iaitu RM20 bagi tempoh itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini. ", "Wanita berusia 30-an itu berkata, dia kemudiannya menghubungi perkhidmatan terbabit pada 1 Januari lalu menerusi messenger sebelum meneruskan perbualan di aplikasi Whatsapp untuk membuat transaksi.", "“Sindiket bagi satu pautan untuk mengisi butiran peribadi seperti nama pengguna, kata laluan dan nombor kad bank untuk membuat pembayaran, tetapi tidak berjaya.", "“Saya beritahu pembayaran pada pautan tersebut tidak dapat dilakukan, sindiket kemudian hantar satu aplikasi untuk dimuat turun dan ajar cara-cara untuk menggunakannya,” katanya.", "Menurut Zhang,  pembayaran melalui aplikasi tersebut juga tidak berjaya membuatkan timbul rasa tidak percaya terhadap perkhdimatan terbabit dan keluar daripada aplikasi berkenaan.", "Jelasnya, dia bertanya kepada kenalan tentang khidmat itu dan mereka berkata kemungkinan ia adalah sindiket penipuan dan diminta untuk semak akaun bank.", "“Saya semak akaun bank dan duit hilang sebanyak RM19,000 menerusi lima transaksi yang dibuat.", "“Sindiket juga ada cuba untuk membuat pembelian menggunakan kredit kad berjumlah RM10,000 tetapi tidak berjaya,” jelasnya.", "Susulan itu, Zhang membuat laporan polis di Balai Polis Kajang dan pergi ke bank untuk membekukan akaun pada 2 Januari lalu. ", "Dia berharap agar pihak bank mengambil tindakan dan memperketatkan sistem sekuriti  serta menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati agar tidak ditipu.", "Sementara itu, Ketua DAPSY Biro Aduan Awam Selangor, Lee Wen Bin berkata, pihaknya menerima lebih 50 kes berkaitan pelbagai jenis penipuan dengan kerugian mencecah jutaan ringgit pada tahun 2022.", "”Kebanyakan aduan melibatkan pinjaman wang palsu, tawaran pekerjaan palsu dan scammer yang menyamar sebagai pegawai bank.", "“Ada juga yang menjadi mangsa penipuan selepas melihat iklan di media sosial yang menawarkan tawaran menarik tidak masuk akal,” katanya.", "Beliau menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati memilih iklan atau servis di sosial media dengan membuat semakan terlebih dahulu. ", "“Sekiranya ada mana-mana individu yang menjadi mangsa penipuan, hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/02/17/umno-pulangkan-perkataan-podah-kepada-muhyiddin/
UMNO pulangkan perkataan ‘podah’ kepada Muhyiddin
[ "KUALA LUMPUR – Perkataan ‘podah’ yang dilemparkan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada UMNO mengenai kekuatan parti itu di Johor ‘dipulangkan’ semula kepada beliau.", "Pemimpin UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, rakyat Johor di Tanjung Piai terlebih dahulu mengucapkan ‘podah’ kepada Bersatu dalam pilihan raya kecil Parlimen tersebut.", "“Lepas PRU-14 hanya satu sahaja PRK di Johor kalau nak ukur kekuatan. Iaitu di Tanjung Piai.  Bersatu bertanding dan rakyat sana kata podah!” kata Ahmad Shabery.", "Muhyiddin ketika berucap di ceramah Pentas PN DUN Tenggaroh semalam mengungkapkan perkatan Tamil ‘podah’  yang bermaksud ‘boleh berambus’ mengenai dakwaan kononnya Johor merupakan kubu kuat UMNO.", "Beliau yang merupakan Pengerusi Pakatan Nasional (PN) berkata, Johor bukan lagi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN).", "Parti itu itu telah tumbang dalam pilihan raya umum (PRU) lalu termasuk hilang kuasa di Putrajaya.", "Justeru sudah tidak releven untuk menganggap Johor masih kubu kuat UMNO kerana parti itu sudah pun dikalahkan.", "Tambah Muhyiddin, UMNO dan BN hanya bangkit disebabkan bantuan parti-parti dalam PN yang menyokong wakil parti itu diangkat sebagai menteri besar Johor selepas Pakatan Harapan (PH) tumbang di Putrajaya", "“Kalau tak kerana kita bersama dia (UMNO/BN) bantu naikkan dia, dia kalah, pusat UMNO kalah juga, kalau kata Johor kubu kuat UMNO-BN… podah! Dia sudah kalah dulu.", "“Kalau dulu sudah kalah, PRN akan datang kita tentukan mereka kalah lebih teruk dari dulu,” kata Muhyiddin.", "Sementara itu, Ahmad Shabery berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Muhyiddin kedengaran amat marah.", "Beliau menasihatkan agar Muhyiddin tidak terlalu beremosi dalam gelangang pertandingan.", "Tambahnya, jika Muhyiddin mengungkit bantuan dan pertolongan yang diberikan kepada UMNO, maka UMNO juga boleh mengungkit sokongan yang diberikan kepada Muhyiddin sehingga menjadi perdana menteri.", "“Marah benar bunyi?  Nak berlawan tak boleh emosi sangat.  Kalau nak ungkit siapa tolong siapa untuk jadi MB Johor, orang lain boleh ungkit siapa tolong siapa untuk dia rasa jadi PM?” kata Ahmad Shabery di media sosial.", "Muhyiddin menjadi perdana menteri kelapan pada Februari 2020 selepas membawa keluar Bersatu dan beberapa pemimpin PKR daripada Pakatan Harapan.", "Beliau mendapat sokongan ahli parlimen Barisan Nasional dan Pas untuk menerajui Kerajaan Perikatan Nasional.", "BN dan PN akan bertembung dalam Pilihan Raya Negeri Johor yang akan berlangsung pada bulan depan.-MalaysiaGazette." ]
https://malaysiagazette.com/2020/06/16/anwar-pm-mahathir-mm/
Anwar PM, Mahathir MM?
[ "PETALING JAYA – Pakatan Harapan + (PH+) dijangka mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) mereka dalam masa terdekat.", "Sinchew Daily melaporkan, PH setakat ini menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM manakala Tun Dr. Mahathir akan dicadang sebagai Menteri Mentor yang setaraf dengan mendiang Lee Kuan Yew di Singapura.", "Walau bagaimanapun, hasil rundingan belum dimuktamadkan dan Dr. Mahathir yang mencadang diri sebagai PM difahamkan juga menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kepada Anwar bagi mengelakkan syak wasangka.", "Cadangan Dr. Mahathir itu bagaimanapun tidak dipersetujui PH.", "Sumber berkata, rundingan mengenai calon PM telah sampai ke penghujungnya dengan pemimpin tertinggi PH+ akan mengadakan mesyuarat terakhir sebelum memuktamad calonnya.", "“Hampir selesai perbincangan ini, kini memasuki peringkat terakhir. Biasalah, kami perlu berunding tentang syarat-syaratnya sebelum pelantikan dibuat", "“Esok (Selasa), kami akan serah kepada lima pemimpin PH+ untuk berbincang dan mengumumkannya.", "” Ya, PKR, DAP dan Amanah menyokong Anwar sebagai PM, tetapi PH sekadar mempunyai 91 kerusi dan kami perlu berbincang dengan parti lain untuk mencapai sasarannya,” kata sumber kepada Sinchew Daily.", "Katanya, perundingan sebelum ini tersekat kerana Dr. Mahathir mahu menjadi Perdana Menteri selama enam bulan dan beliau menerima sokongan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.", "Walaupun perbincangan akhir akan dijalankan, tetapi sumber tidak menafikan hasil rundingan mungkin di luar jangkaan malahan berakhir dengan kegagalan sekiranya masing-masing Anwar dan Dr. Mahathir enggan bertolak ansur.", "“Jika rundingan tidak berhasil, maka ia bermakna Anwar dan Dr. Mahathir masing-masing perlu bertindak secara persendirian untuk mendapat sokongan 112.", "“Keadaan politik di Sabah mula menunjukkan tanda-tanda tidak stabil. Adakah Mohd Shafie akan bertukar menyokong Anwar untuk menghadapi keadaan ini?", "“Keadaaan juga sama untuk GPS di Sarawak, bukannya tidak mungkin jika mereka beralih menyokong Anwar,” katanya.", "Mengenai calon Timbalan Perdana Menteri, sumber berkata, ia tidak disentuh dalam mesyuarat, walaupun nama seperti Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Mohd. Shafie telah disebut dalam perbincangan persendirian.", "Sumber berpendapat, sekiranya rundingan gagal, maka ia bukan perkara terburuk buat PKR kerana parti itu masih mempunyai peluang pada pilihan raya akan datang untuk membentuk kerajaan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/02/05/dilema-umno-antara-tun-m-dan-dap/
Dilema UMNO antara Tun M dan DAP
[ "KUALA LUMPUR – Jika UMNO tidak menyertai Pakatan Tun Dr. Mahathir Mohamad maka UMNO akan kekal jadi pembangkang tetapi bukan mengetuai pembangkang.", "Persoalannya, sanggupkah UMNO berketuakan DAP?", "Ini persoalan yang ahli UMNO perlu tanya pada diri masing masing, kata bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo.", "Beliau berkata demikian mengulas isu kemungkinan UMNO akan bergabung dengan Mahathir bagi membentuk kerajaan baharu bersama Pas.", "Sanggupkah UMNO bersekongkol dengan DAP? Harus di ingat Pas pernah bersekongkol dengan DAP dan akhir nya mengakui DAP bukan parti yang boleh di buat kawan perjuangan.", "“Ahli UMNO mesti berfikir secara terurus sebelum menempelak presiden sebagai pembelot dan sebagainya,” katanya dalam statusnya Facebooknya hari ini.", "Sebagai Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pasti ingin melihat UMNO terus teguh dan kukuh membela agama bangsa, dan dalam situasi seperti sekarang, apa pilihan yang ada, soal Mohamad Khir.", "“Diantara memilih Mahathir dan DAP, pasti nya pilihan yang betul adalah memilih bekerjasama dengan Tun M,” katanya lagi.", "Menurutnya, ia bukan lagi soal pilihan terbaik tetapi membuat pilihan yang betul walaupun sukar kerana ia akan menimbulkan pelbagai andaian tetapi pilihan yang betul itu mesti diputuskan untuk kelangsungan perjuangan parti.", "“UMNO perlu memilih untuk terus bermaruah atau jadi barua DAP. Tepuk dada tanya selera, jangan sampai terlalu gelojoh melayan selera hingga lupa apa rasa makanan yang ada di mulut kita,” katanya.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/06/12/agong-permaisuri-ucap-tahniah-kepada-kontinjen-apg-2023/
Agong, Permaisuri ucap tahniah kepada kontinjen APG 2023
[ "KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada kontinjen negara atas kejayaan membanggakan di temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Kemboja baru-baru ini.", "Turut menzahirkan ucapan tahniah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.", "Menerusi catatan di Facebook, Istana Negara memaklumkan, Seri Paduka berdua rasa sukacita dengan pencapaian kontinjen negara yang berjaya membawa pulang 50 pingat emas, 38 perak dan 34 gangsa.", "“Baginda berdua turut menzahirkan penghargaan kepada barisan kepimpinan Majlis Paralimpik Malaysia, jurulatih dan individu di belakang tabir atas kejayaan yang membanggakan para pemimpin dan pelbagai lapisan rakyat.", "“Ia telah membuktikan sekali lagi bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh, kita mampu bersaing dan berjaya melepasi sasaran kita,” demikian menurut catatan itu.", "Seri Paduka berdua turut menzahirkan harapan agar prestasi hebat atlet para negara bukan sahaja dapat dikekalkan, malah dipertingkatkan di kejohanan akan datang.", "Kontinjen negara yang diwakili 144 atlet menamatkan cabaran kali ini dengan cemerlang apabila meraih 50 pingat emas, 38 perak dan 28 gangsa untuk menduduki tangga keempat carta pingat.", "Sebelum ini, kontinjen negara menyasarkan 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa pada APG 2023 di Phnom Penh. – MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2018/03/28/selangor-negeri-sulung-ada-mahkamah-antipemerdagangan-orang/
Selangor negeri sulung ada mahkamah antipemerdagangan orang
[ "KLANG- Malaysia kini secara rasminya mempunyai mahkamah khas bagi kes pemerdagangan orang.", "Mahkamah Klang merupakan bandar pertama dalam negara mempunyai Mahkamah Sesyen Antipemerdagangan Orang (ATIP) yang dirasmikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif.", "Katanya, Selangor menjadi negeri pertama yang mempunyai mahkamah itu kerana merekodkan kes tertinggi bagi jenayah pemerdagangan orang.", "“Sebelum Akta Antipemerdagangan Orang 2007 berkuatkuasa Malaysia telah menggunakan pelbagai cara dan undang-undang untuk membanteras kesalahan bagi jenayah ini.", "“Dan ini salah satu caranya (mengadakan mahkamah khas),” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian.", "Sehingga akhir tahun ini lima lagi mahkamah di Johor, Melaka, Kota Kinabalu, Perak dan Melaka.", "Sementara itu, pada sidang media beliau berharap agar dengan adanya mahkamah khas untuk jenayah pemerdagangan orang, prestasi Malaysia dalam mempertingkatkan siasatan berhubung perkara tersebut dapat dipertingkatkan.", "Raus juga mahu agensi penguatkuasaan dipertingkatkan agar masalah sindiket pemerdagangan orang dalam negara boleh diselesaikan.", "“Itu yang kita usahakan ke tahap satu pula walaupun mewujudkan mahkamah bukanlah satu-satunya cara tetapi penguatkuasaan agensi juga perlu dipertingkatkan ,” ujarnya.", "Setakat ini terdapat 12 kes melibatkan pemerdagangan orang yang didaftarkan di Mahkamah Klang dan kes yang pertama didakwa pada 12 Mac lalu.", "Menerusi statistik tahun lalu terdapat 282 kes pemerdagangan orangdengan 147 sabitan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/04/28/pelajar-sains-aktuari-ucsi-cipta-sejarah/
Pelajar Sains Aktuari UCSI cipta sejarah
[ "KUALA LUMPUR – Penuntut Universiti UCSI, James Koo mencipta sejarah muncul pelajar Malaysia pertama memperoleh ‘Associate of Canadian Institute of Actuaries (ACIA)’.", "Pelajar tahun tiga Sains Aktuari itu juga menjadi pelajar pertama daripada universiti swasta terbaik itu di negara ini yang melepasi “Society of Actuaries’ Fundamentals of Actuarial Practice (FAP)”.", "Bagi memperoleh kelulusan itu, Koo berkata pelajar perlu menduduki lima peperiksaan profesional, FAP dan menghadiri bengkel profesionalisme yang dianjurkan Institut Aktuari Kanada (CIA) di Kanada.", "FAP, beliau berkata terdiri daripada modul dan penilaian dalam talian yang menguji pengetahuan teknikal dan permohohan kadar harga insurans, penentuan dan kitaran kawalan aktuari.", "“Saya gembira memperoleh kelulusan ini kerana ia ‘jarang’ bagi seseorang siswazah untuk meraih pengiktirafan ini,” kata pelajar berusia 21 tahun itu dari Johor Bahru kepada Bernama.", "Melalui ACIA, Koo berkata peluangnya mendapat ‘pekerjaan kompetitif” jauh lebih cerah, sambil menambah bahawa beliau telah dipanggil untuk menghadiri beberapa temuduga kerja.", "“Menjadi seorang yang memperoleh kelulusan ini memberi saya kesempatan menonjol berbanding orang lain. Saya telah dipanggil menghadiri temuduga pekerjaan tetap oleh beberapa syarikat perunding aktuari walaupun sebelum menamatkan pengajian peringkat ijazah saya,” katanya.", "Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Daya itu berkata usaha seterusnya adalah meningkatkan pengetahuan bahasa pengaturcaraannya, sambil menjelaskan permintaan untuk automasi dalam kebanyakan pekerjaan berikutan Industri 4.0 menjadikannya mustahak bagi graduan aktuari menjadi mahir dalam bidang ini.", "“Cita-cita saya menjadi perunding aktuari yang berkhidmat di sebuah syarikat insurans am.", "“Saya memilih untuk menjadi pakar dalam insurans am kerana penglibatan lebih tinggi terhadap konsep dan model statistik,” katanya.- BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2020/07/24/warisan-nafi-sembunyikan-adun/
Warisan nafi sembunyikan ADUN
[ "KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan dakwaan kononnya parti berkenaan cuba menyembunyikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), agar tidak meninggalkan parti.", "Ketua Menteri Sabah itu berkata, semua ADUN berkenaan bebas untuk bergerak ke mana sahaja kerana Malaysia ada negara demokrasi.", "“Apa keperluan saya untuk menyembunyikan ADUN daripada Warisan..mereka bebas untuk pergi ke mana sahaja dan meraka ada keluarga untuk dijaga.", "“Kenapa saya perlu sembunyikan mereka ..di mana mereka? ..saya baru balik dari Kuala Lumpur  semalam dan saya menghadiri persidangan Parlimen,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian watikah pelantikan Peguam Besar Negeri Sabah, di sini hari ini.", "Semalam, sebuah portal melaporkan Presiden Parti Solidariti Tanah Air Rakyat Sabah (STAR), Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan mendakwa Mohd Shafie menyembunyikan ADUN Warisan untuk mengelakkan mereka daripada meninggalkan parti berkenaan.", "Sejak beberapa hari lepas muncul banyak ura-ura mengatakan bahawa Kerajaan Sabah pimpinan Warisan bakal tumbang apabila beberapa ADUN Warisan dikatakan bertindak keluar parti.", "Mengulas mengenai terdapat laporan mengenai ada ADUN Warisan yang didatangi beberapa individu yang dipercayai cuba ‘membeli’ mereka untuk melompat ke parti tertentu, Mohd Shafie berkata, wakil rakyat berkenaan telah membuat laporan polis.", "“Oleh itu kita minta polis atau pihak berwajib untuk menjalankan siasatan kerana ini adalah salah satu gangguan,” katanya. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2019/06/11/majlis-produktiviti-negara-dihidupkan-semula/
Majlis Produktiviti Negara dihidupkan semula
[ "PUTRAJAYA- Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) bersetuju untuk menghidupkan semula Majlis Produktiviti Negara (NPC) bagi menetapkan panduan dan hala tuju strategik serta memacu agenda produktiviti secara menyeluruh.", "Menurut satu kenyataan yang EAC di sini hari ini, keanggotaan NPC akan disusun semula supaya keahliannya terdiri daripada golongan berpengalaman dan berkepakaran untuk mengenal pasti isu dan masalah produktiviti di semua peringkat.", "“Peningkatan keupayaan dan kebolehan melalui pendidikan serta latihan kemahiran akan diberi keutamaan.", "“Peningkatan pendapatan yang berasaskan peningkatan produktiviti akan memastikan rakyat akan menikmati sepenuhnya pertumbuhan lebih inklusif.", "“Oleh itu, EAC telah membincangkan pelbagai usaha untuk meningkatkan produktiviti melalui pemerkasaan, pendidikan dan penggunaan teknologi lebih canggih,” katanya.", "EAC mengadakan mesyuarat kali ketiga selepas penubuhannya pada Februari lalu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.", "Tambah kenyataan itu, jawatankuasa eksekutif (EXCO) EAC yang diketuai oleh bekas Gabenor Bank Negara yang juga ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menganalisis isu-isu semasa yang telah dikenal pasti dan akan mengemukakan cadangan untuk pertimbangan EAC.", "Exco-exco EAC akan berunding dengan semua pemegang taruh, katanya.", "Dalam pada itu, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah pun memulakan proses penyediaan pelan pembangunan negara Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi tempoh 2021-2025.", "RMK12 yang berpaksikan agenda Kemakmuran Bersama akan mengadakan sesi libat urus bersama pelbagai pihak dan akan dilaksanakan secara menyeluruh.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/10/16/malaysia-bina-field-hospital-bantu-pelarian-rohingya-di-bangladesh/
Malaysia bina ‘field hospital’ bantu pelarian Rohingya di Bangladesh
[ "DHAKA – Malaysia akan membina sebuah field hospital (unit perubatan bergerak) di Teknaf bagi menyediakan bantuan perubatan kepada 300,000 pelarian Rohingya yang meninggalkan negeri Rakhine di Myanmar untuk mendapatkan perlindungan di Bangladesh.", "Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan perkara itu pada taklmat media selepas menemui Menteri Luar, Mahmood Ali semalam.", "“Kami akan membina sebuah hospital dalam masa dua hingga tiga bulan untuk 300,000 pelarian Rohingya yang mendapat perlindungan di Bangladesh,” katanya seperi dilapor akhbar, Dhaka Tribune.", "Tambah beliau, Malaysia juga akan mendapatkan sokongan daripada negara-negara ASEAN bagi menyelesaikan krisis Rohingya yang masih berlanjutan.", "Terdahulu Mahmood membeli taklimat mengenai kesukaran yang dihadapi negaranya berikutan kemasukan lebih 500,000 pelarian Rohingya sejak akhir Ogos lalu.", "Katanya, kini Bangladesh memberi perlindungan kepada 900,000 pelarian warga Myanmar dan daripada jumlah itu kira-kira 540,000 orang mendapat perlindungan di negara tersebut selepas 25 Ogos lalu apabila pihak keselamatan Myanmar melancarkan serbuan susulan serangan militan ke atas pondok polis dan sebuah pengkalan tentera di Rakhine.", "Menteri Luar itu menyatakan tentera Myanmar dengan sokongan etnik bersenjata Rakhine melakukan keganasan secara sistematik dan terancang terhadap etnik Rohingya bagi mengurangkan bilangan dan menghalang kepulangan mereka.", "Mahmood menambah, Bangladesh memberi perlindungan kepada etnik Rohingya untuk sementara waktu atas dasar kemanusiaan dan mereka perlu pulang ke negara asal di Rakhine. – Agensi" ]
https://malaysiagazette.com/2021/11/05/mpob-tawar-loji-rintis-canggih-dan-kepakaran-rd-untuk-pengusaha-makanan/
MPOB tawar loji rintis canggih dan kepakaran R&D untuk pengusaha makanan
[ "KUALA LUMPUR – Pengilang dan pengeluar produk minyak dan lemak harus\nmemanfaatkan kemudahan loji rintis dan makmal canggih Lembaga Minyak Sawit\nMalaysia (MPOB) dan juga kepakaran penyelidikan dan pembangunannya dalam\npembuatan minyak dan lemak.", "Ketua Pengarah MPOB Dr. Ahmad Parveez Hj. Ghulam Kadir berkata, MPOB telah\nmelabur dengan banyak dalam loji-loji rintis tersebut yang kebanyakannya terletak di\nibu pejabatnya di Bangi.", "Penyelidik MPOB menawarkan kepakaran mereka dalam pembangunan produk\nmakanan berasaskan minyak sawit dari aspek formulasi, pemprosesan dan\npemeliharaan semasa penyimpanan dan pengangkutan.", "Di samping itu, kepakaran mereka termasuk memperbaiki produk berasaskan minyak sawit bagi pengeluar yang sedia ada.", "“Loji perintis dan kemudahan makmal MPOB juga disewakan kepada pengeluar\nuntuk penyediaan sampel produk makanan berasaskan minyak sawit untuk\npengembangan pasaran atau percubaan formulasi baru atau menambahbaik\nformulasi.", "”Kemudahan ini juga berguna untuk pengeluar minyak dan lemak untuk\nmemformulasikan dan pengoptimuman proses,” kata Ahmad Parveez.", "Loji rintis Perfector mampu menghasilkan marjerin berasaskan minyak sawit,\ntermasuk marjerin meja lembut, marjerin bata, marjerin kek, dan marjerin untuk\npastri; lelemak cecair dan pepejal; serta ghee sayur-sayuran.", "“Pengilang makanan dari Syria, Pakistan, India, Turki, dan Sweden telah\nmenggunakan formulasi makanan berasaskan minyak sawit yang dibangunkan oleh\npenyelidik kami. Formulasi ini terutamanya adalah produk seperti marjerin, minyak\nkelapa sawit, minyak sayur, ghee sayur (Vanaspati), pengganti lemak haiwan dan\nlemak konfeksi,” tambah beliau.", "MPOB juga mengadakan kursus praktikal pembuatan marjerin untuk peserta\ntempatan dan asing, yang memberikan mereka pengalaman langsung dalam\nmenggunakan formulasi minyak sawit untuk pelbagai produk lemak.", "Ahmad Parveez berkata, penubuhan kilang perintis dan kemudahan makmal\nakan membantu memperhebatkan usaha MPOB untuk pengkomersialan dan\nmeningkatkan mekanisma dan infrastruktur yang sedia ada yang dapat\nmeningkatkan hubungan dengan industri dan bakal pengguna di masa akan datang.", "Beliau menambah, MPOB sedang dalam proses membangunkan kemudahan dan\nperkhidmatan R&D untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan syarikat pemula\ndalam teknologi di Malaysia yang seterusnya dapat menjadi agen untuk menceburi\npasaran yang lebih besar.", "Loji rintis itu juga merupakan salah satu strategi untuk merealisasikan potensi penuh MPOB sebagai agensi pembangunan dan penyelidikan yang menjadi pelopor dalam beberapa inovasi dan mempunyai rekod prestasi yang cemerlang. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/07/29/mpob-cipta-oto-bac-tm-atasi-masalah-ulat-bungkus/
MPOB cipta Oto-BaC TM atasi masalah ulat bungkus
[ "KUALA LUMPUR – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah mencipta satu sistem pengesan automatik pertama di dunia bagi mengesan spesies ulat bungkus Metisa plana, salah satu spesies utama serangga pemakan daun pokok sawit.", "Serangan ulat bungkus sederhana boleh mengakibatkan kehilangan hasil sawit sehingga 43%.", "Berdasarkan data MPOB pada tahun 2016, kerugian ekonomi kepada penanam sawit akibat serangan ulat bungkus adalah sekitar RM24 juta.", "Adalah menjadi kesalahan sekiranya ulat bungkus tidak dikawal dan pemilik ladang boleh diambil tindakan di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.", "Teknologi ciptaan penyelidik MPOB, yang diketuai oleh Mohd Najib Ahmad, yang dikenali sebagai Alat Pengesan Automatik Ulat Bungkus atau Oto-BaC TM, menggunakan kamera dan algoritma pembelajaran mendalam yang terdiri daripada pengesan pergerakan dan analisis warna palsu untuk mengesan serta membezakan larva dan pupa ulat bungkus yang hidup dan mati.", "Oto-BaC TM juga dapat menghitung jumlah larva dan populasi pupa sepelepah, serta mengklasifikaskan mereka kepada tahap larva dan pupa.", "MPOB berkataa, pembangunan inovasi ulung dalam industri sawit dapat menyediakan pengumpulan data masa nyata yang tepat dan sistem yang mesra pengguna untuk mengesan dan mengira ulat bungkus pada daun sawit.", "Penggunaan alat ini dapat meminimakan kesilapan manusia dalam pembancian dan meningkatkan amalan pertanian yang baik.", "Dengan mengintegrasikan teknik penglihatan mesin dan algoritma pemprosesan gambar, alat ini dapat digunakan secara berkesan oleh penanam sawit untuk memantau populasi ulat bungkus di ladang.", "Oleh itu, teknologi ini dapat mengurangkan kehilangan hasil buah tandan segar.", "Penggunaan teknologi Oto-BaC TM juga dapat diperluas kepada serangga perosak lain di ladang sawit.", "Oto-BaC TM sangat penting kerana ia akan memberi banyak manfaat kepada penanam dari segi perlindungan tanaman sawit.", "Dengan menggunakan Oto-BaC TM , tindakan kawalan dapat dirancang dan tahap larva yang tepat dapat dikesan, sekaligus mengurangkan kos penggunaan racun perosak bagi ladang sawit.", "Selain itu, alat ini dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dan meminimumkan masa yang untuk bancian ulat bungkus.", "Penggiat industri dan usahawan digalakkan untuk mengkomersialkan Oto-BaC TM bagi kawalan ulat bungkus di ladang sawit. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/03/18/guna-kalimah-allah-penganut-kristian-ada-nama-tuhan-tersendiri/
Guna Kalimah Allah: Penganut Kristian ada nama tuhan tersendiri
[]
https://malaysiagazette.com/2021/10/09/padah-miliki-kelengkapan-polis-pembersih-hotel-ditahan/
Padah miliki kelengkapan polis, pembersih hotel ditahan
[ "KUALA LUMPUR – Seorang pembersih hotel ditahan kerana memiliki peralatan dan kelengkapan polis menerusi serbuan di sebuah rumah di Kampung Klang Gate Bharu pada Khamis lalu.", "Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki warga tempatan berusia 40 tahun itu ditahan sepasukan polis yang diketuai oleh Ketua Balai Polis Taman Melawati kira-kira pukul 7.26 malam.", "“Hasil pemeriksaan ke atas telefon bimbit suspek menemui dokumen yang menyerupai kad kuasa polis.", "“Manakala pemeriksaan lanjut di dalam rumah suspek telah menemui pelbagai peralatan seperti vest berwarna hijau tertera tulisan polis, sehelai baju dan seluar polis lelaki berwarna biru gelap, sebilah pedang samurai sepanjang 95 sentimeter, satu unit lencana, satu lencana kolar Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta satu pelekat PDRM,” katanya kenyataan hari ini.", "Mengulas lanjut, Mohamad Farouk berkata, semasa tangkapan dibuat suspek berada di rumah bersama dua anak lelaki berusia sembilan dan 11 tahun manakala isterinya keluar bekerja.", "Ujar beliau, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai 19 rekod jenayah lampau membabitkan samun, pecah rumah dan menyamar polis serta dadah.", "“Setakat ini polis telah dapat menyelesaikan tiga kes di daerah Gombak dan satu di daerah Ampang berkait tangkapan yang dibuat.", "“Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam sehingga Selasa bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya.", "Mohamad Farouk berkata, hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.", "Kes disiasat mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki peralatan polis dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/11/09/pemilik-twitter-edisi-siasat-diminta-tampil-kemuka-bukti-dakwaan-kpn/
Pemilik Twitter Edisi Siasat diminta tampil kemuka bukti dakwaan – KPN
[ "KUALA LUMPUR – Pemilik akaun Twitter Edisi Siasat diminta tampil membuat laporan dan mengemukakan bukti berhubung dakwaannya berlaku perbuatan salah laku, penyelewengan dan rasuah membabitkan beberapa menteri serta bekas menteri dan pegawai tertinggi badan penguatkuasa negara.", "Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata pengendali akaun itu perlu membuktikan dakwaan berkenaan, dan tidak hanya berkongsi di laman sosial mengenainya tanpa bukti jelas.", "Dia berkata setakat ini 13 kertas siasatan telah dibuka dan hampir kesemua individu termasuk pegawai kanan polis yang didakwa oleh twitter itu terlibat dengan salah laku, sudah diambil keterangan.", "“Kertas siasatan dibuka susulan laporan pegawai kanan yang didakwa (oleh pemilik akaun twitter berkenaan) melakukan salah laku itu, dan hampir kesemua mereka (pegawai) telah diambil keterangan, selebihnya akan dirakam percakapan untuk membantu siasatan.", "Baru-baru ini tular di media sosial mengenai pendedahan pemilik akaun Twitter berkenaan yang mendakwa segelintir pegawai kanan polis dipercayai terlibat masalah salah laku, selain mendakwa pengurusan tertinggi sebuah badan pencegahan rasuah melindungi sindiket jenayah dan terlibat dengan rasuah.", "Acryl Sani berkata dakwaan melibatkan Polis Diraja Malaysia diserahkan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, untuk disemak kebenarannya.", "Sementara itu mengulas mengenai majlis penyerahan kenderaan tempur kepada PSP, Acryl Sani berkata dua kenderaan tempur bernilai kira-kira RM2 juta itu adalah untuk kegunaan Unit 1 dan Unit 4 PSP Kuala Lumpur.", "Dia berkata kenderaan berkenaan dilengkapi dengan peralatan tempur serta mampu memuatkan 15 orang selain dapat bergerak pantas dalam satu-satu masa.", "“Sehingga kini PSP mempunyai 29 buah kenderaan command vehicle dengan 21 sahaja yang boleh beroperasi dan proses penggantian akan dilakukan secara berterusan,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/06/27/teong-kim-buat-aduan-penamatan-kontrak-tak-sah/
Teong Kim buat aduan penamatan kontrak tak sah
[ "KUALA LUMPUR – Bekas pengendali Perak FC, Datuk Lim Teong Kim hari ini mengemukakan representasi aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) mengenai pemecatan atau penamatan kontrak beliau serta-merta daripada mengendalikan pasukan itu yang didakwanya dibuat secara tidak sah.", "Beliau yang hadir ke pejabat JPP di Greentown, di Ipoh, Perak bersama peguamnya, Adam Yap Boon Han turut menuntut supaya pengurusan pasukan itu melunaskan baki bayaran gaji 16 bulan iaitu bermula dari tarikh pemecatan sehingga tarikh sepatutnya kontrak dua tahun mengendalikan pasukan itu tamat.", "Adam berkata, representasi yang dikemukakan bukanlah tindakan undang-undang sebaliknya berbentuk aduan kepada JPPM bahawa penamatan kontrak itu tidak sah sekali gus mahukan jabatan itu memainkan peranan dengan mengadakan rundingan khususnya berkaitan baki gaji 16 bulan sebelum tempoh asal kontrak tamat.", "“Representasi dibuat mengikut Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 atas alasan penamatan kontrak itu yang dibuat secara serta-merta pada 24 Mei lalu adalah penamatan secara pramatang memandangkan kontrak itu bersama Perak FC seharusnya untuk dua tahun namun hanya berlangsung selama lapan bulan.", "“Jadi kami berpendapat penamatan kontrak itu terjumlah kepada satu pembuangan kerja yang tidak sah dan tidak adil. Jadi kami di sini mempunyai hak undang-undang untuk membuat satu representasi atau aduan kepada JPP yang bertindak selaku badan pendamai.", "“Jika rundingan melalui badan pendamai ini masih tidak mencapai apa-apa pendamaian atau kata putus maka perkara ini baharu akan dirujuk kepada mahkamah perusahaan,” katanya memetik laporan Bh Online di sini hari ini.", "Bulan lalu, Perak FC mengumumkan Teong Kim selaku ketua jurulatih skuad itu tidak lagi bersama pasukan Liga Super itu berkuatkuasa serta-merta, dan pada masa sama mengumumkan ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun Perak, Yusri Che Lah mengambil alih sebagai ketua jurulatih sementara.", "Sementara itu, Teong Kim berkata beliau dimaklumkan sebab pemecatannya daripada mengendalikan Perak FC melalui surat bertarikh 24 Mei lalu adalah kerana alasan prestasi dan keputusan diperoleh pasukan Perak FC tidak memuaskan lalu pasukan tidak lagi memerlukan perkhidmatannya.", "Beliau berkata, alasan bahawa petunjuk prestasi utama (KPI) tidak dicapainya yang membawa kepada beliau dipecat sebelum tempoh kontrak dua tahun tamat, tidak seharusnya dijadikan sandaran bagi pemecatannya kerana musim liga masih sedang berlangsung dan belum berakhir.", "“Walaupun adanya terma ‘KPI’ yang dimaktubkan di dalam kontrak berkenaan untuk dicapai setakat ‘point’ atau tangga ke berapa tetapi isu ini tetap adalah pramatang kerana liga masih belum lagi di akhir musim. Jadi macam mana kita nak tahu sama ada KPI sudah dicapai atau tidak?", "“Jadi saya datang ke sini hari ini hanya untuk menuntut hak di bawah kontrak itu, termasuk berkenaan apa-apa gaji yang sepatutnya mengikut terma kontrak itu yang tidak terbayar, maka ia harus dibayar seperti mana dimaktubkan dalam kontrak. Itu sahaja,” katanya.", "Katanya, tujuan representasi dibuat tidak sesekali bermakna beliau menaruh dendam kepada Perak FC serta bersifat tindakan peribadi sebaliknya bagi menuntut hak mengikut undang-undang iaitu agar segala terma yang dipersetujui dalam kontrak dilaksanakan.", "“Saya datang ke Perak dengan hati yang baik. Jadi saya nak keluar pun dengan hati yang baik. Itu sahaja,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/05/28/media-tidak-perlu-takut-tegur-pm-kritik-kerajaan/
Media tidak perlu takut tegur PM, kritik kerajaan
[ "IPOH – Para pengamal media dinasihat untuk berani melontarkan sebarang teguran kepada kerajaan.", "Perkara itu menjadi harapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melahirkan wartawan yang berani, bukan sekadar pelapor berita.", "“Media di negara ini harus bebas sepenuhnya. Perubahan yang mahu dilakukan oleh wartawan bukan sekadar merakam tapi mencetuskan nilai. Ini juga termasuk kritikan terhadap Perdana Menteri atau pimpinan kerajaan.", "“Kita mahu terapkan nilai, bukan fahaman sempit yang boleh memecahkan rakyat. Bukan pemikiran jumud dalam fahaman agama dan bukan bermain dengan kedangkalan perkauman yang cetek,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023, di sini, hari ini.", "Dalam pada itu, Anwar berpendapat, industri persuratkhabaran negara masih relevan walaupun kini berdepan dengan peralihan digital.", "Katanya, beliau sehingga ke hari ini masih memilih untuk membaca surat khabar.", "“Setiap hari saya tengok perkembangan media sosial. Saya baca surat khabar dan itu satu perkara yang wajib saya teruskan. Pandangan saya, surat khabar masih ada peranan yang tinggi dan wajar,” ujarnya.", "Sementara itu, majlis hari ini turut diserikan dengan Anugerah Hawana 2023 yang dirangkul oleh kartunis tersohor, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk Lat.", "Karyanya diiktiraf selepas ia mampu menjadi medium komunikasi berkesan dalam memupuk perpaduan kaum serta memberi mesej sosial masyarakat yang membina. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/03/09/sijil-pengecualian-individu-tidak-boleh-terima-vaksin-dipertimbang-khairy/
Sijil pengecualian individu tidak boleh terima vaksin dipertimbang – Khairy
[ "KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan pemberian sijil pengecualian kepada individu-individu yang tidak boleh menerima vaksin Covid-19.", "Sijil versi digital tersebut adalah bagi mereka yang disahkan tidak boleh menerima suntikan vaksin kerana mempunyai alahan dan masalah imunisasi yang serius.", "Perkara itu dimaklumkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin kepada media selepas sesi lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini.", "Sementara itu, ditanya mengenai pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan individu yang ingin melakukan perjalanan antarabangsa, Khairy berkata, kerajaan masih memperhalusi cadangan untuk memberikan sijil digital.", "Menurut beliau, sijil digital akan diberikan kepada penerima suntikan vaksin tersebut melalui aplikasi MySejahtera selepas dos kedua diterima.", "“Maklumat daripada sistem itu akan diberikan kepada WHO dan negara-negara lain supaya mereka dapat mengiktiraf sistem kita.", "“Itu dapat digunapakai sebagai bukti bahawa rakyat di Malaysia telahpun menerima vaksinasi,”", "Khairy berkata demikian mengulas laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya menangguhkan pelaksanaan pasport vaksin di Malaysia.", "– MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/01/05/naikkan-margin-pengusaha-stesen-kerajaan-bakal-tanggung-kos-tambahan/
Naikkan margin pengusaha stesen, kerajaan bakal tanggung kos tambahan
[ "KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan dikhuatiri bakal menanggung kos tambahan sebanyak RM900 juta setahun jika berlaku kenaikan harga minyak pada masa depan selepas menaikkan margin keuntungan kepada pengusaha-pengusaha stesen minyak.", "Beban tambahan itu dikhuatiri terpaksa ditanggung oleh rakyat melalui harga runcit petrol yang lebih mahal atau oleh kerajaan dalam bentuk subsidi.", "Kebimbangan itu berdasarkan persetujuan kerajaan untuk menetapkan harga siling untuk RON95 pada tahap RM2.20 satu liter dan memberi subsidi jika harga minyak diapung melebihi harga siling ini.", "", "Najib RazakJika janji harga siling itu ditepati, ia bermakna kerajaan juga akan memberi subsidi kepada stesen minyak jika harga minyak melebihi RM2.20 satu liter selepas kenaikkan margin keuntungan mereka.", "Dakwa Datuk Seri Najib Razak, jumlah RM900 juta untuk setahun bagi stesen-stesen minyak itu jauh lebih tinggi berbanding jumlah yang dibayar oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk bantuan musim tengkujuh pekebun kecil (RM165 juta), bantuan awal persekolahan (RM328 juta) dan bantuan kewangan khas kepada Felda (RM77 juta) yang telah diumumkan bulan lepas.", "“Adakah kerajaan PH sedar mengenai kemungkinan ini?,” soal bekas Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan di sini.", "Beliau mengulas tindakan kerajaan menaikkan margin keuntungan pengusaha stesen minyak sebanyak 23 peratus bagi RON95 iaitu dari 12.19 sen kepada 15 sen satu liter. Manakala untuk diesel pula ditingkatkan sebanyak 43 peratus iaitu dari 7 sen kepada 10 sen seliter.", "Kenaikan itu diumumkan serentak dengan pengumuman harga baharu bahan api selepas apungan minggu dilaksanakan mulai semalam.", "Ahli Parlimen Pekan itu berkata, kerajaan Barisan Nasional tidak menaikkan margin keuntungan pengusaha stesen minyak ketika apungan semula harga minyak dilaksanakan.", "Pengapungan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional setiap minggu bukan perkara baharu kerana pernah berbuat demikian sebelum itu.", "Menurut beliau, niat untuk membantu pengusaha stesen minyak memang wajar tetapi langkah itu membebankan pengguna dan rakyat yang lebih memerlukan.", "Sudah tentu bantuan kepada rakyat akan dikurangkan apabila kerajaan memberi subsidi kepada pengusaha-pengusaha stesen minyak.", "Soal Najib,mengapa kerajaan tidak mempertimbangkan cara lain untuk membantu pengusaha stesen minyak dalam menangani kos operasi seperti memberi pinjaman mudah untuk menambah hasil jualan dengan mempelbagaikan jenis barang dan perkhidmatan yang boleh dijual di stesen minyak mereka.", "Atau pun membantu pengusaha-pengusaha stesen minyak berunding dengan syarikat minyak supaya mereka tidak akan mengalami kerugian yang besar akibat daripada perubahan harga minyak mingguan.", "“Adakah kerajaan PH akan membenarkan kenaikan margin keuntungan yang membebankan rakyat setiap kali ada golongan berkepentingan datang mengadu kepada kerajaan ataupun hanya untuk syarikat minyak?", "Secara sinis, Najib berkata, kerajaan sekarang mungkin mampu membayar ganti rugi stesen-stesen minyak yang mengadu kerugian antara RM30 juta hingg RM40 juta akibat penurunan harga petrol hari ini selepas mengutip ratusan juta daripada hasil cukai minyak tersembunyi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/12/02/sony-norde-bakal-perkuat-jentera-serangan-tfc/
Sony Norde bakal perkuat jentera serangan TFC
[ "KUALA TERENGGANU – Terengganu FC (TFC) memulakan langkah awal dengan mengikat penyerang import baharu, Sony Norde bagi memperkuat jentera skuad itu musim depan.", "Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) Ab Rasid Jusoh berkata pemain kelahiran Haiti berusia 33 tahun itu telah menandatangani kontrak selama setahun dengan pihaknya.", "Beliau berkata sebelum menyertai TFC, Norde yang juga bekas pemain kebangsaan Haiti pernah mencipta nama dengan pasukan Melaka United FC.", "“Norde yang akan menyarung jersi nombor 11 bakal beraksi di posisi serangan dan sayap, bergantung kepada kedudukan taktikal yang akan dirangka Ketua Jurulatih Tomislav Steinbruckner.", "“Beliau memiliki kualiti penyerang yang sangat baik ketika beraksi dengan Melaka United FC musim ini. Kita berharap agar kehadirannya dapat menguatkan jentera di posisi tersebut musim depan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.", "Sementara itu, Norde berkata beliau berasa amat teruja kerana berpeluang beraksi bersama skuad Penyu yang dianggap sebagai pasukan gergasi bola sepak negara masa kini.", "Katanya, antara faktor yang mendorong beliau memilih untuk bersama TFC ialah peluang beraksi di pentas Piala Konderasi Asia (AFC) dan rasa kagum terhadap sokongan peminat tegar bola sepak Terengganu terhadap pasukan kesayangan mereka.", "Norde yang berketinggian 1.78 meter memulakan karier bola sepak profesional dengan menyertai skuad pembangunan, Boca Juniors di Argentina pada 2008 hingga 2011, sebelum berhijrah ke Liga Mexico untuk bersama kelab San Luis B dan Altamira.", "Kelab lain yang pernah disertainya ialah Sheikh Russel KC dan SJD Club dalam Liga Bangladesh; kelab terkemuka India, Mohun Bagan serta Mumbai City FC; dan terakhir Zira FK iaitu kelab dalam liga utama Azerbaijan sebelum berhijrah ke Liga Malaysia melalui Melaka United FC. – BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2020/05/14/tidak-bawa-ic-umur-70-tahun-ke-atas-pesakit-kronik-dilarang-ke-masjid/
Tidak bawa IC, umur 70 tahun ke atas, pesakit kronik dilarang ke masjid
[ "KUALA LUMPUR- Pihak berkuasa agama di negeri-negeri yang telah membenarkan solat Jumaat dan berjemaahdi kawasan masing-masing perlu mengambil serius beberapa perkara penting bagi memastikan penularan wabak Covid-19 tidak berlaku selepas masjid dan surau dibuka.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri berkata, antara perkara tersebut adalah bertegas untuk tidak menerima jemaah yang tidak membawa kad pengenalan.", "Jemaah yang mempunyai sakit kronik, berusia 70 tahun ke atas serta kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah juga dilarang untuk memasuki masjid.", "“Walaupun sudah ada sedikit kelonggaran, saya ingin merayu kepada Pok De, Mok De dan saudara-saudari semua, patuhilah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.", "“Elak tempat yang sesak, pakai hand sanitizer atau basuh tangan, pakai pelitup muka, amalkan penjarakan sosial dan keluar rumah jika perlu sahaja,” katanya semasa sidang media khas hari ini.", "Berikut adalah perkara yang perlu dipatuhi oleh pihak berkuasa agama bagi negeri-negeri yang telah membenarkan masjid dan surau dibuka:-", "1) Mengadakan kaunter di pintu masuk yang dihadkan bilangannya bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran Jemaah;", "2) Melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wudhu’ sebelum dan selepas solat;", "3) Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa;", "4) Ahli jemaah wajib membawa kad pengenalan diri. Jika gagal, ahli jemaah harus diarah pulang;", "5) Kehadiran direkodkan di dalam buku kehadiran;", "6)  Pintu masjid dibuka hanya sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selepas selesai doa dibacakan;", "7)Melaksanakan penjarakan sosial (social distancing) di dalam dan luar masjid;", "8) Jarak antara ahli jemaah adalah sejauh 1 meter antara satu sama lain dan jemaah wajib memakai pelitup muka;", "9) Cara masuk dan keluar masjid mesti mengikut giliran dengan beratur serta menjaga penjarakan yang terkawal;", "10) Jemaah yang mengidap penyakit kronik, warga emas yang berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun tidak dibenarkan hadir berjemaah di masjid;", "11) Semua ahli Jemaah yang hadir hendaklah mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah masing- masing sebelum hadir ke masjid;", "12) Jemaah dipastikan terus bersurai dalam keadaan tenang;", "13) Tiada perkumpulan dibenarkan selesai solat Jumaat samada di dalam atau di luar masjid.", "– MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2022/03/07/calon-pejuang-bukit-kepong-tak-gentar-berdepan-dua-bekas-adun/
Calon Pejuang Bukit Kepong tak gentar berdepan dua bekas ADUN
[ "PAGOH – Calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) N07 Bukit Kepong, Md Taib Md Suhut sama sekali tidak berasa tergugat untuk berdepan dengan dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.", "Calon berusia 60 tahun itu juga kekal optimis dengan peluang yang dimiliki olehnya bagi merebut kerusi DUN Bukit Kepong pada 12 Mac ini.", "Menurut Md Taib, Pejuang meletakkannya sebagai calon supaya beliau dapat menjalankan tanggungjawab sebaiknya serta terus berjuang demi parti.", "“Saya sudah berumur 60 tahun, rasa gentar itu memang tidak ada kerana saya hanya jalankan tanggungjawab apabila Pejuang meletakkan saya sebagai calon di Bukit Kepong.", "“Oleh sebab itu saya akan terus berjuang dan cuba menyelesaikan apa sahaja masalah yang ada selain mengelak daripada menuduh mana-mana parti tidak menjalankan kerja sebelum ini,” katanya kepada MalaysiaGazette.", "Terdahulu, Md Taib meluangkan masa lebih sejam bagi menyantuni masyarakat orang asli dari suku jakun di Kampung Orang Asli Bukit Panjang, Bukit Kepong di sini hari ini.", "Mengulas lanjut, Md Taib berkata, sekiranya diangkat sebagai ADUN di kawasan berkenaan, beliau mahu menyelesaikan isu berbangkit dan masalah tergendala yang dihadapi oleh semua lapisan masyarakat tanpa ada yang tercicir.", "“Saya akan cuba menyelesaikan isu-isu berbangkit yang kerajaan dahulu tidak berjaya selesaikan selain menyentuh berkaitan pendidikan dan kemudahan di sekolah selain bagaimana cara untuk menjana ekonomi bagi suri rumah,” ujarnya.", "Tambah Md Taib lagi, beliau juga mahu memberi perhatian terhadap masyarakat orang asli yang disifatkan sebagai sering terpinggir dari arus kemajuan dan kemodenan.", "“Apa yang dinikmati oleh semua orang harus sama diterima oleh masyarakat orang asli di semua kawasan,” katanya.", "Pada PRN Johor, DUN Bukit Kepong menyaksikan pertembungan antara Md Taib dengan dua bekas ADUN iaitu bekas Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal (Perikatan Nasional) dan bekas ADUN Bukit Serampang, Ismail Mohamed (Barisan Nasional) serta seorang calon wanita dari Parti Ikatan Demokratik Malaysia, Afiqah Zulkifli. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/01/14/tun-salleh-abas-positif-covid-19/
Tun Salleh Abas positif COVID-19
[ "KUALA TERENGGANU – Bekas Ketua Hakim Negara Tun Dr Mohamed Salleh Abas disahkan positif COVID-19.", "Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif as-Salihin Trustee Berhad Abdul Aziz Peru Mohamed berkata Mohamed Salleh yang juga Pengerusi syarikat amanah tersebut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dan berada dalam keadaan stabil.", "“Bagaimanapun, pihak hospital mengambil langkah berjaga-jaga atas faktor umur Tun. Marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan yang terbaik buat Pengerusi kita yang disayangi.", "“Semoga Allah memberikan kesembuhan dan mempermudahkan segala urusan beliau,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus mengesahkan bahawa Mohamed Salleh sedang dirawat di HSNZ.", "Beliau bagaimanapun tidak memperincikan butiran lanjut mengenainya.", "— BERNAMA", " " ]
https://malaysiagazette.com/2018/12/18/ijn-telah-beri-rawatan-terbaik-untuk-adib/
IJN telah beri rawatan terbaik untuk Adib
[ "KUALA LUMPUR- Institut Jantung Negara (IJN) telah memberikan bantuan dan rawatan yang terbaik kepada Muhammad Adib Mohd. Kassim, bagaimanapun kecederaan yang dialami Allahyarham sangat teruk menyebabkan anggota bomba berusia 24 tahun itu tidak dapat diselamatkan.", "Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, keadaan Muhammad Adib adalah kritikal dengan paras oksigen sangat rendah ketika dia dibawa ke hospital pada 26 November lalu.", "“Tanpa bantuan awal yang diberikan oleh pasukan perubatan, saya rasa dia tidak mampu bertahan dengan keadaan kecederaan yang sangat teruk itu.", "“Paras oksigennya sangat rendah ketika dibawa ke hospital dan saya rasa doktor-doktor di IJN telah memberikan rawatan yang terbaik kepadanya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia: Merealisasikan Potensi Manusia oleh Bank Dunia hari ini.", "Sambil menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Muhammad Adib, Dr. Boon Chye menyerahkan perkara tersebut untuk disiasat polis.", "Muhammad Adib meninggal dunia pada jam 9.41 malam tadi di IJN.- MalaysiaGazette", " ", " " ]
https://malaysiagazette.com/2021/12/23/hulu-langat-bagai-dilanggar-garuda/
Hulu Langat bagai dilanggar garuda
[ "HULU LANGAT – Bagai dilanggar garuda!", "Itu yang boleh digambarkan jika melihat keadaan di sepanjang jalan Hulu Langat menuju ke Sungai Lui di sini ekoran banjir yang melanda kawasan ini pada Sabtu lalu. ", "Puluhan kenderaan milik mangsa-mangsa banjir dilihat tersadai dan mengalami kerosakan teruk dibiarkan begitu sahaja di tepi-tepi jalan.", "Malah ada antaranya kereta yang baru dibeli. ", "Salah satu yang ditemui, sebuah kereta buatan nasional dalam keadaan cermin belakang yang pecah, but yang kemek menunjukkan betapa derasnya arus air banjir yang melanda sehingga kereta berkenaan mengalami kerosakan teruk.", "Keadaan lebih kurang sama dengan kenderaan buatan antarabangsa bersebelahan kereta itu. ", "Sisinya yang kemek teruk dan cermin hadapan yang pecah sepenuhnya cukup menggambarkan situasi sebenar banjir yang melanda kawasan itu yang dikatakan lebih teruk daripada banjir yang berlaku di Kelantan beberapa tahun lepas.", "Banjir turut mengakibatkan jalan utama ke Sungai Lui rosak teruk. ", "Ia mengakibatkan jalan utama ditutup dan kenderaan berat tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan berkenaan dan hanya petugas keselamatan dan kenderaan bermotosikal sahaja dibenarkan masuk. ", "Malah ada penduduk tempatan sendiri mengambil keputusan untuk membuat sekatan jalan raya di kawasan ini untuk tujuan itu. ", "Menurut laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang dikeluarkan semalam, seramai 2,165 mangsa telah dibawa keluar anggota-anggota penyelamat sejak Sabtu lalu. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/10/25/fobia-dengan-kemunculan-najib/
Fobia dengan kemunculan Najib?
[ "KUALA LUMPUR – Ribut melanda media sosial berikutan kemunculan Datuk Seri Najib Tun Razak di televisyen tempatan yang disifatkan sebagai fobia terhadap bekas perdana menteri itu.", "Menurut pentadbir Facebook Najib, pelbagai fitnah telah dilemparkan kepada Najib hanya kerana beliau muncul di kaca televisyen selama dua minit semalam.", "“Najib keluar TV dua minit saja, terus orang PH gelabah. Macam-macam fitnah terkeluar. Fobia betul mereka dengan Najib.", "“Siaran semalam ialah dari episod 57 program “Kembara keluarga Malaysia” berkenaan Pekan yang disiarkan pada pukul 4 petang di RTM1.", "“Kebetulan masa wajah Najib keluar, RTM1 juga menyiarkan ringkasan berita terkini di bahagian bawah,” katanya.", "Kemunculan Najib dalam rancangan tersebut menjadi trending di Twitter dengan pelbagai andaian termasuk bekas perdana menteri itu telah diberikan keistimewaan ditemubual di dalam penjara.", "Juga ada yang mendakwa penyiaran wawancara itu sebagai tidak menghormati sistem kehakiman.", "“RTM tidak hormat sistem kehakiman. Kerajaan menggunakan kempen keliru Rakyat.", "“Penjenayah diangkat sebagai bahan kempen. Tolak UMNO tolak salahguna kuasa tolak politik wang,” kata Muhammad Rafique Rashid Ali yang merupakan peguam kepada parti Pejuang.", "Jabatan Penjara telah menjawab isu tersebut hari ini dengan menegaskan bahawa tiada sebarang rakaman video Najib dibuat di dalam premis penjara oleh mana-mana agensi media.", "Dalam kenyataan, Jabatan Penjara berkata, hasil semakannya, rakaman video itu dibuat lebih awal oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), sebelum Najib menjalani hukumannya.", "Tambahnya, rakaman terbabit dibuat sempena Kembara Keluarga Malaysia Episod 57 dan video yang ditayangkan di TV1 semalam menceritakan tentang sejarah, latar belakang Pekan, Pahang, bukan berkaitan politik.", "“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan maklumat tanpa semakan lanjut. Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas individu yang tidak bertanggungjawab (menyebarkannya).”", "Program Kembara Keluarga Malaysia yang memaparkan temubual itu merupakan episod ke-56 yang menyiarkan laporan mengenai Pekan, Pahang dan disiarkan oleh RTM semalam.", "Najib merupakan Ahli Parlimen Pekan ketika program tersebut dirakam.", "Terdahulu, tangkap layar klip video Najib yang disiarkan di sebuah saluran televisyen menjadi tular di media sosial, dan beberapa pengguna media sosial mempersoalkan bagaimana seorang banduan boleh bersiaran di televisyen.", "Bekas Ahli Parlimen Pekan itu sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas disabitkan kesalahan dalam dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/12/10/proses-perbandaran-pesat-perlu-satu-anjakan-paradigma/
Proses perbandaran pesat perlu satu anjakan paradigma
[ "KUALA LUMPUR – Proses perbandaran yang pesat memerlukan satu anjakan paradigma dalam pengurusan bandar negara untuk menjadikannya tempat yang lebih baik didiami, berdaya huni, selamat dan sejahtera.", "Ia menjadi cabaran utama mendepani bandar abad ke-21, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Persekitaran Mampan) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kamaruzaman Umar.", "Justeru, katanya, KPKT memainkan peranan utama dalam membuat keputusan dasar seperti perancangan bandar, komuniti sejahtera, pelupusan sisa pepejal, bangunan cekap tenaga dan sebagainya. ", "“Dasar-dasar, inisiatif dan program menangani isu perbandaran perlu dirangka terlebih dahulu dan diselaraskan kepada sebuah Indeks Berdaya Huni supaya memberi impak terhadap kelestarian bandar dan kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya ketika merasmikan Urban Cafe Special Session  bertajuk Better Cities, Better Life ke Arah Malaysia Yang Berdaya Huni. ", "Urban Cafe Special Session diadakan bersempena Hari Terbuka Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).", "Urban Cafe salah satu platform mendapatkan pandangan daripada pelbagai lapisan masyarakat, bagi membincangkan langkah dan usaha menjadikan negara lebih mampan. ", "Tambah Kamaruzaman, KPKT memandang serius usaha membentuk platform Malaysia Berdaya Huni menerusi perkhidmatan dan persekitaran perbandaran yang selaras dengan kehendak dan harapan rakyat.", "Katanya lagi, demi mewujudkan tadbir urus  baik dan persekitaran kondusif, strategi pembangunan mampan yang berdaya huni perlu disusun secara terperinci. ", "“Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) berfungsi untuk menangani cabaran global yang dihadapi dunia iaitu kemiskinan, ketidaksamaan, perubahan iklim, kemusnahan alam sekitar, kemakmuran dan keadilan,” katanya.", "Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang penduduk bandar, pentadbir bandar, ahli akademik, pelajar, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang berkepentingan yang hadir pada sesi perbincangan Urban Cafe hari ini. ", "Tiga topik yang dibincangkan adalah Landskap, Ruang Awam dan Sosial Bandar (People Spaces, Landscape &  Sociability); Fungsi Bandar dan Akses Untuk Semua (City Function &  Access For All) dan  Bandar Sihat & Selesa (City Comfort & Health).-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/06/05/salahuddin-nafi-sertai-bersatu/
Salahuddin nafi sertai Bersatu
[ "KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa beliau bersama dua lagi pemimpin parti itu akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).", "Beliau menyifatkan laporan yang tular di media sosial itu dilakukan pihak cytro Perikatan Nasional (PN) yang semakin tertekan dengan perkembangan terkini politik tanah air sehingga terdesak menyebarkan berita palsu kononnya beliau akan menyertai Bersatu dalam masa terdekat.", "“Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan laporan palsu itu.", "“Fitnah murahan ini tidak sedikitpun menjejaskan usaha dan komitmen Pakatan Harapan (PH) untuk mengembalikan mandat rakyat dan menyelamatkan negara dari bencana politik PN,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.", "Beliau mengulas laporan sebuah portal hari ini, yang antara lain memetik beliau bersama tiga Ahli Parlimen Amanah dijangka menyertai Bersatu bagi mengukuhkan lagi kerajaan PN yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.", "Menurut portal berkenaan, berdasarkan sumber dalaman, tiga Ahli Parlimen itu ialah Salahuddin yang merupakan Ahli Parlimen Pulai, Hasanuddin Mohd Yunus (Hulu Langat) dan Dr. Hasan Baharom (Tampin).", "Menurut Salahuddin, beliau tetap kekal bersama parti Amanah dan turut mengajak rakyat bersama PH mendukung dan meneruskan cita-cita membentuk Malaysia Baharu yang bebas rasuah dan penyelewengan serta menegakkan amalan politik yang telus, benar dan tidak berteraskan fitnah serta kepalsuan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/10/10/450-individu-49-pati-ditahan-ingkar-pkpp-ismail-sabri/
450 individu, 49 PATI ditahan ingkar PKPP – Ismail Sabri
[]
https://malaysiagazette.com/2019/01/12/team-hollywood-juara-racing-regatta-2019/
Team Hollywood juara Racing Regatta 2019
[ "LANGKAWI – Team Hollywood dari Australia dinobatkan sebagai juara keseluruhan kelas Racing pada Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) ke-17 yang berakhir hari ini.", "Ketua pasukannya, Ray Roberts berkata, permulaan yang baik sejak Selasa lalu dan semangat pasukan yang berada pada tahap tinggi membuatkan mereka merangkul kejuaraan itu buat kali pertama.", "“Minggu ini adalah yang terbaik dalam perlumbaan yang kami sertai, angin amat konsisten sehinggakan ada kapal yang patah layarnya, namun pasukan kami dapat mengharungi segala kesulitan dan dapat perlumbaan yang baik semasa di perlumbaan akhir.", "“Kami ada pesaing yang kuat, antaranya daripada pasukan Thailand, THA52 dan dua pasukan Angkatan Tentera Laut. Setiap kali kami di hadapan, mereka tetap beri persaingan yang kuat,” katanya kepada MalaysiaGazette.", "Untuk rekod, ini adalah kemenangan ketujuh buat Ray Robert sejak 2006 dengan pasukan Evolution Racing, Quantum Racing, dan Ulumulu Quantum Racing.", "Pasukan itu merampas gelaran juara daripada THA72 dari Thailand dengan kutipan sembilan mata keseluruhan.", "THA72 yang dikemudi Kevin Whitcraft terpaksa akur berada di tempat kedua dengan ketinggalan 8 mata.", "Kapal TP52 series itu turut disertai dua pelayar adik-beradik berpengalaman negara, Khairulnizam Mohd Afendy dan Khairunhanna.", "“Kami gembira untuk dapat juara keseluruhan.", "“Pasukan kami terdiri daripada seluruh negara terutamanya dua anak tempatan. Kami pastinya akan kembali tahun depan lagi,” katanya lagi. -MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/06/18/prn-umno-johor-hantar-jentera-berpengalaman-bantu-kempen-di-negeri-sembilan/
PRN: UMNO Johor hantar jentera berpengalaman bantu kempen di Negeri Sembilan
[ "JOHOR BAHRU – UMNO Johor akan menghantar jentera yang berpengalaman dan komited bagi membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan nanti, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan.", "“Johor ditugaskan untuk membantu Negeri Sembilan, jadi saya berharap agar kesemua 26 bahagian di negeri ini menghantar mereka yang berpengalaman (dalam pilihan raya) dan komited apabila diberi tugasan bagi membantu rakan-rakan.", "“Saya juga ingin syor kepada Ketua Bahagian supaya hadir awal di bahagian angkat yang telah ditugaskan, jangan tunggu bubar atau sudah penamaan calon baharu hendak tunjuk muka,” katanya pada sidang media selepas melawat Wisma Bank Simpanan Nasional (BSN) Johor, di sini, hari ini.", "Ahli Parlimen Pontian yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai negeri yang akan dibantu Johor semasa PRN di enam negeri nanti.", "Menurut Ahmad, jentera pilihan raya dari Johor perlu bersungguh-sungguh membantu Negeri Sembilan pada kempen PRN nanti seperti yang dilakukan Kedah ketika membantu memenangkan BN pada PRN Johor sebelum ini.", "Enam negeri yang akan berhadapan dengan PRN ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2019/12/02/jika-tidak-hargai-penjawat-awam-sekali-pun-janganlah-keji-hanya-bersandarkan-persepsi/
Jika tidak hargai penjawat awam sekali pun, janganlah keji hanya bersandarkan persepsi
[ "Oleh NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED ", "ARTIKEL ini sama sekali tidak bertujuan untuk membela atau mempertahankan mana-mana penjawat awam yang bermasalah dan terbukti terlibat dengan pelbagai penyelewengan serta salah guna kuasa. Sebaliknya nukilan ini hanya bermatlamatkan harapan dan permintaan penulis kepada semua pihak agar menzahirkan sedikit rasa ihsan, timbang rasa serta berlaku adil kepada penjawat awam dalam semua keadaan. Janganlah layan kami umpama habis madu sepah dibuang.", "Ironinya apa jua isu berkaitan penjawat awam akan sentiasa menarik perhatian khalayak. Anggota masyarakat dari kedai kopi hingga ke media sosial cukup berminat untuk berbincang, berdebat dan memberi maklum balas termasuklah mengkritik dan juga memuji tentang isu yang didedahkan oleh pihak media.", "Kita boleh memahami tahap signifikan dan kepentingan perkara ini kerana Penjawat Awam adalah nadi pentadbiran kerajaan dan kelompok individu yang berperanan penting dalam menyampaikan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dengan adil, betul dan efisien. Maka tidak hairanlah segala gerak geri baik individu mahupun jabatan kerajaan sentiasa diperhati, dipantau dan dinilai oleh pelbagai pihak.", "Lazimnya perkara yang akan menarik perhatian dan minat anggota masyarakat ialah laporan atau pendedahan berbentuk negatif iaitu tentang sebarang salah laku Penjawat Awam seperti penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah berbanding pelbagai sumbangan bermakna penjawat awam kepada rakyat dan negara.", "Isu sensitif seperti ini cukup mudah mendapat reaksi dari masyarakat terutamanya dalam kalangan netizen. Misalnya baru-baru ini kecoh seluruh negara apabila ada pihak yang mendakwa seorang Ketua Setiauasaha (KSU) sebuah kementerian mensabotaj menteri atau bosnya sendiri. Tanpa siasatan yang menyeluruh termasuk individu berkenaan diberi ruang untuk pembelaan yang sewajarnya, masyarakat terutamanya netizen dengan mudah menjatuhkan hukuman bersalah sehingga dikeji dan dihina dalam media sosial. Adilkah sikap dan penilaian seperti ini?", "Sebagai penjawat awam terminologi sabotaj yang digunakan itu cukup memberi kesan kepada penulis. Hal ini kerana antara lain sabotaj membawa maksud, perbuatan menggagalkan sesuatu usaha atau perbuatan khianat. Jadi dakwaan mensabotaj ini cukup besar impaknya. Dan lebih ironi lagi dakwaan yang dilemparkan ini adalah ke atas individu berjawatan besar dan tinggi iaitu orang nombor satu atau ketua perkhidmatan awam dalam kementerian tersebut.", "Secara umumnya apa yang sangat dikesali ialah anggota masyarakat dengan begitu mudah menjatuhkan hukuman sebelum proses keadilan mengambil tempat. Sebagai sebuah negara yang demokrasi dan berpegang kukuh kepada undang-undang termasuklah prinsip rule of law  yang dibawa oleh kerajaan, kita sepatutnya tidak boleh terus menjatuhkan hukuman sebelum disiasat dan dibuktikan bersalah. Dakwaan semata-mata tanpa sebarang bukti serta sebelum melalui proses siasatan dan pendakwaan yang telus dan terperinci boleh dikategorikan memfitnah. Lebih parah lagi imej dan nama baik perkhidmatan awam dan seluruh penjawat awam akan turut terjejas.", "Kita akui penjawat awam juga bukanlah maksum atau bebas dari salah laku, buktinya sudah ada banyak tangkapan dan kes yang dibawa ke mahkamah serta dijatuhkan pelbagai hukuman mengikut kesalahan masing-masing. Justeru apa yang diharapkan sangat ialah jangan terlalu cepat menjatuhkan hukuman. Biarkan proses siasatan mengambil tempat dahulu. Penulis cukup kecewa apabila anggota masyarakat terutamanya netizen dengan begitu mudah mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat, fitnah dan tuduhan kepada individu-individu penjawat awam yang baru disyaki melakukan sesuatu kesalahan. Perbuatan seperti ini tidak sepatutnya berlaku.", "Sekarang sudah timbul pula cakap-cakap akan ada proses pertukaran beberapa orang pegawai kanan kerajaan. Secara prinsipnya pertukaran adalah perkara biasa terutamanya bila melibatkan eksais kenaikan pangkat ataupun seseorang itu ditukarkan atas keperluan kepakaran di tempat lain.", "Namun pertukaran yang dilakukan atas sebab sesorang itu disyaki atau didakwa terlibat sebarang salah laku bukan saja sentiasa menarik perhatian khalayak, malah boleh mengaibkan individu serta menjejaskan perkhidmatan dan kerjayanya. Jadi pertukaran seperti ini perlu dilaksanakan dengan adil, penuh berhemat, berhati-hati dan bijak. Kita tidak mahu ada yang menjadi mangsa keadaan terutamanya pegawai senior yang telah menabur khidmat bakti dengan penuh dedikasi sekian lama.", "Kalau betul ada pegawai yang terlibat dalam unsur sabotaj atau apa jua salah laku sila ambil tindakan undang-undang dan tatatertib yang sewajarnya, kerana kita juga tidak mahu nila setitik merosakkan susu sebelanga, tetapi pada masa yang sama jika sebaliknya didapati tiada sebarang unsur sabotaj kita harap semua yang menuduh memohon maaf secara terbuka dan membersihkan nama individu-individu yang terlibat secara khususnya dan perkhidmatan awam secara umumnya.", "Sekali lagi ditegaskan penjawat awam adalah nadi pentadbiran kerajaan. Semua penjawat awam memegang kepada prinsip memberikan perkhidmatan yang terbaik dan efisien kepada rakyat dan juga kerajaan semasa. Dalam konteks ini kita sentiasa menyokong penuh usaha semua pihak untuk membersihkan perkhidmatan awam dari belenggu rasuah dan masalah integriti.", "Namun janganlah begitu mudah menjatuhkan hukuman sebelum disiasat perkara sebenar. Kita perlu berlaku adil dan menjunjung prinsip sesorang itu tidak bersalah selagi dibuktikan bersalah. Juga jangan memandang negatif kepada perkhidmatan awam atau penjawat awam secara keseluruhannya hanya kerana tindak tanduk seorang dua penjawat awam yang terlibat dalam sebarang salah laku.", "Akhirnya apa yang diharapkan ialah, kalau tidak memuji atau menghargai sekalipun segala sumbangan dan jasa semua penjawat awam, janganlah kutuk dan keji dengan begitu mudah hanya bersandarkan kepada andaian dan persepsi semata-mata.", "", "— PENULIS ialah Timbalan Pengarah Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM)", " ", " " ]
https://malaysiagazette.com/2022/10/23/perbincangan-dengan-ph-hampir-selesai-muda-minta-15-kerusi/
Perbincangan dengan PH hampir selesai, MUDA minta 15 kerusi
[ "PETALING JAYA – Perbincangan antara Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Pakatan Harapan (PH) mengenai pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tela selesai 70 peratus.", "Timbalan Presiden Parti MUDA, Amira Aisya Abd Aziz berkata, masih terdapat beberapa perkara lagi yang perlu dirungkai dan perbincangan mengenai perkara itu akan diadakan lagi pada perjumpaan akan datang.", "Beliau berkata, MUDA meminta supaya diberikan 15 kerusi untuk ditandingi namun, ianya bukanlah kerusi boleh menang dan ada juga kerusi yang PH mahukan.", "“Setakat ini saya hanya boleh maklumkan Syed Saddiqlah (salah seorang calon MUDA yang akan bertanding mewakili PH), selebihnya saya akan maklumkan nanti,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat MUDA dan PH di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.", "Amira yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa berkata, pihaknya mahu memastikan pakatan dalam pilihan raya itu dapat diselesaikan sebaik mungkin.", "Sebelum ini MUDA meminta supaya pengagihan kerusi dengan PH bagi PRU15 dilakukan secara adil.", "Presidennya, Syed Sadiq Syed Abdul Rahman menegaskan, parti pimpinannya itu terbuka mengadakan perbincangan secara rasmi dengan Majlis Presiden PH berhubung hal itu dan cadangan menyertai PH juga sebenarnya sudah bermula sejak berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.", "Katanya, MUDA juga menyasarkan untuk bertanding di 15 kerusi Parlimen pada PRU akan datang termasuk di Parlimen Muar, yang kini diwakilinya.", "Sementara itu, Setiausaha Agung MUDA, Amir Abd Hadi memberitahu, pihaknya telah menerima senarai nama daripada ahli-ahli untuk pencalonan yang akan bertanding.", "Ujarnya, ketika ini kesemua nama-nama itu sedang disenarai pendek menerusi rundingan yang dilakukan oleh MUDA. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/10/09/kaunter-walk-in-apad-bagi-negeri-fasa-3-4/
Kaunter walk-in APAD bagi negeri Fasa 3, 4
[ "KUALA LUMPUR – Mulai 11 Oktober ini, pelanggan di negeri-negeri Fasa 3 dan Fasa 4 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) boleh berurusan terus ke kaunter Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)  tanpa perlu melalui temujanji.", "Manakala bagi kaunter APAD di negeri-negeri Fasa 2 PPN, urusan masih melalui sistem temujanji.", "Sehubungan itu, pelanggan yang ingin berurusan di APAD disarankan untuk sentiasa mengamalkan prosedur pencegahan penularan wabak Covid-19. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/05/18/tor-pastikan-hubungan-tentera-darat-msia-thailand-lebih-erat-panglima-tentera/
ToR pastikan hubungan tentera darat M’sia-Thailand lebih erat – Panglima Tentera
[ "BANGKOK – Tentera Darat Malaysia dan Tentera Darat Diraja Thailand akan mengembangkan lagi hubungan dan kerjasama yang sedia terjalin erat ketika ini menerusi pemeteraian Terma Rujukan (ToR).", "Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata ToR akan memastikan hubungan kedua-dua pasukan tentera darat diperluas meliputi perkara yang berada di luar Jawatankuasa Am Sempadan (GBC).", "“Terma Rujukan itu akan membuka lebih banyak ruang kepada kedua-dua tentera darat untuk mengembangkan lagi hubungan dan kerjasama yang telah pun terjalin erat ketika ini,” katanya kepada Bernama dalam temuramah di sini hari ini.", "Beliau berkata antara perkara yang boleh dilakukan oleh kedua-dua pihak di bawah ToR untuk mengembangkan lagi hubungan dan kerjasama itu termasuk pertukaran anggota, aktiviti sosial dan kemasyarakatan serta latihan bersama.", "“Hubungan yang lebih erat antara tentera darat Malaysia dan Thailand akan memberi faedah kepada rakyat di kedua-dua negara,” katanya.", "Kedua-dua pihak menurut Zulkiple, juga bercadang untuk menganjurkan program perbincangan antara tentera darat ‘Army to Army Talk’ di bawah ToR yang bertujuan merapat dan membina jaringan hubungan antara pegawai kedua-dua negara terutama di peringkat pertengahan.", "Hubungan erat dan jaringan yang kukuh antara pegawai pertengahan tentera darat Malaysia dan Thailand yang dipupuk menerusi inisiatif itu, katanya diharap akan berkekalan serta diperkembangkan lagi apabila mereka menjadi pegawai atasan.", "“Apabila mereka (pegawai tentera darat Malaysia dan Thailand) menjadi pegawai atasan, hubungan dan jaringan sesama mereka itu menjadi semakin erat kerana mereka merupakan ‘kawan-kawan lama’,” katanya.", "Memorandum mengenai ToR dimeterai beliau ketika melakukan kunjungan pengenalan terhadap rakan sejawatannya dari Thailand, Jen Chalermchai Sittisart di Ibu Pejabat Tentera Darat Diraja Thailand semalam.", "Zulkiple mula memegang jawatan Panglima Tentera Darat pada 16 Dis tahun lepas.", "Ibu Pejabat Tentera Darat Diraja Thailand dalam kenyataan semalam berkata Panglima Tentera Darat Thailand dan Malaysia berikrar untuk meningkatkan pertukaran maklumat ketenteraan antara kedua-dua negara serta mengadakan kerjasama dalam rondaan dan pemeriksaan bersama di sepanjang kawasan sempadan bersama.", "Kerjasama antara kedua-dua tentera di sempadan akan menghalang dan memerangi ancaman keganasan, penyeberangan masuk sempadan secara haram, penyeludupan kontraband, pengedaran dadah dan lain-lain, menurut kenyataan itu.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2021/07/10/bekalan-oksigen-hospital-selayang-mencukupi/
Bekalan oksigen Hospital Selayang mencukupi
[ "KUALA LUMPUR – Hospital Selayang mempunyai bekalan oksigen yang mencukupi pada masa ini iaitu sebanyak 1,325 port.", "Malah, pengurusan Hospital Selayang atau kakitangan hospital juga tidak meminta mana-mana pihak untuk mengumpulkan dana untuk membeli keperluan bekalan oksigen.", "Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman menegaskan, inisiatif kutipan dana itu tidak dilakukan oleh mana-mana pihak Hospital Selayang.", "Beliau merujuk isu yang tular pada 7 Julai lalu yang mendakwa berlaku kekurangan bekalan oksigen di Hospital Selayang. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/02/11/jangan-dimalukan-seseorang-secara-berulang-khairuddin/
Jangan dimalukan seseorang secara berulang – Khairuddin
[ "KUALA LUMPUR – Semalam Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ada membuat kenyataan di media sosialnya namun tidak jelas mesej itu ditujukan kepada siapa.", "Dalam kenyataan itu, beliau berkata; “Jangan dimalukan seseorang secara berulang. Sekali mungkin dia berdiam dan bersabar. Tapi tidak selamanya dia akan berdiam diri bila maruah dicemar dan diceroboh secara berulang. Setiap perkara itu ada batasannya. Jangan melampaui batas kerana akibatnya sangat buruk.", "“Setiap pemberitaan mesti diselidik. Jangan melulu membuat kesimpulan daripada perkhabaran. Akibatnya kamu menzalimi seseorang pada maruahnya. Perlakuan itu dosa besar jangan dianggap kecil.", "“Setiap tuduhan perlukan pembuktian. Jangan jadi zalim menuduh tanpa bukti lalu disebarkan bagi merosakkan maruah dan reputasi. Kaedah Islam jelas; bukti didatangkan oleh orang yang mendakwa. Seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya,” tulisnya lagi.", "Dalam hantaran itu, beliau tidak menyatakan secara jelas kepada siapa ia ditujukan namun selepas ia digugurkan dari jawatan Majlis Syura barulah ramai menganggap ia ditujukan kepada pucuk pimpinan partinya.", "", " ", "Hari ini ketika diminta mengulas mengenainya, bekas menteri itu masih enggan memberikan sebarang respon mengenai penggugurannya selaku Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas.", "Dalam kenyataan balas kepada MalaysiaGazette, beliau hanya berkata; “Nanti saya respon,” ringkas dengan emoji senyuman.", "Sebelum itu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan Khairuddin digugurkan daripada jawatan Setiausaha Majlis Syura Pas berkuatkuasa semalam.", "Alasannya, jawtaan Khairuddin terbatal kerana Jawatankuasa Pusat Pas membatalkan pelantikannya sebagai anggota Majlis Syura.", "“Dan nak jadi setiausaha Majlis Syura kena jadi ahli Majlis Syura. Maka gugurlah (keanggotannya) daripada Majlis Syura dan (jawatan sebagai) setiausaha Majlis Syura,” kata Hadi hari ini.", "Jelas Abdul Hadi, pengguguran itu dibuat Jawatankuasa Pas Pusat.", "Januari lalu, Khairuddin dipecat sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat tidak sampai dua bulan selepas dilantik.", "Bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu antara tiga pemimpin tertinggi Pas yang dilantik semula sebagai AJK bagi sesi 2021-2023 selepas tewas dalam pemilihan parti di samping Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz. – MalaysiaGazette", "ARTIKEL BERKAITAN:", "Khairuddin digugurkan jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas – Hadi", "" ]
https://malaysiagazette.com/2022/12/30/harga-sekilogram-ayam-bermula-rm6-86-margin-keuntungan-rm1-30-mohd-uzir/
Harga sekilogram ayam bermula RM6.86, margin keuntungan RM1.30 – Mohd Uzir
[ "KUALA LUMPUR – Secara purata, kos pengeluaran ayam dalam negara adalah RM6.53 sekilogram (kg) pada bulan September lalu.", "Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, itu harga harga sekilogram ayam di ladang dengan mengambil kira lima peratus, 10 peratus dan 20 peratus keuntungan daripada kos pengeluaran yang direkodkan berada di antara julat RM6.86 hingga RM7.84.", "Manakala margin keuntungannya pada peringkat borong merekodkan RM1.30.", "Katanya, di peringkat runcit pula, margin keuntungan sekilogram ayam mencatatkan RM1.25.", "“Bagi telur ayam, purata kos pengeluaran sebiji telur mencatatkan RM0.48. Sekiranya mengambil kira lima peratus, 10 peratus dan 20 peratus keuntungan daripada kos pengeluaran, harganya di ladang direkodkan antara julat RM0.50 hingga RM0.58 sebiji.", "“Margin keuntungan sebiji telur ayam peringkat borong dan runcit pula masing-masing mencatatkan RM0.04 dan RM0.02,” katanya menerusi kenyataan hari ini.", "", "Menurut Mohd Uzir, data berkenaan hasil daripada Laporan Kajian Khas Kos Pengeluaran Ayam dan Telur 2022 yang dikeluarkan hari ini.", "Berdasarkan laporan yang sama, katanya, makanan ternakan ayam merupakan komponen terbesar dalam komponen pengeluaran kerana meliputi 65.1 peratus.", "Sebanyak 96.9 peratus daripada pengeluaran telur ayam merangkumi kos langsung selebihnya merupakan kos tidak langsung.", "“Di mana 76.2 peratus daripadanya melibatkan kos makanan ternakan ayam dan 15.8 peratus adalah kos utiliti, gaji dan upah. Kos pembelian day-old chick meliputi 2.2 peratus daripada jumlah kos pengeluaran telur,” jelasnya.", "Tambah Mohd Uzir, kos makanan ternakan ayam juga berbeza mengikut jenis.", "Purata kos makanan ternakan ayam pedaging bagi jenis Starter ialah RM132.04 per 50 kilogram manakala purata kos makanan ternakan ayam pedaging bagi jenis Grower dan Finisher masing-masing mencatatkan RM129.71 per 50 kg dan RM126.96 per 50 kg.", "“Makanan ternakan ayam jenis Starter lazimnya lebih mahal disebabkan oleh kandungan nutrien yang lebih tinggi dan kesesusaiannya untuk tumbesaran anak ayam,” ujarnya.", "Sementara itu, beliau berkata, purata kos makanan ternakan ayam penelur jenis Starter RM131.57 per 50 kg.", "“Purata kos makanan ternakan bagi jenis Grower dan Layer masing-masing adalah RM117.08 per 50 kg dan RM115.10 per 50 kg,” katanya.", "Semasa kajian harga belian bagi seekor day-old chick (pedaging) di Malaysia secara purata merekodkan RM2.12 dan RM3.32 bagi seekor day-old chick (penelur).", "Bagaimanapun, Mohd Uzir menjelaskan, harga anak ayam  kebiasaannya berubah bergantung kepada pasaran semasa.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/02/08/saya-tiada-maklumat-berkaitan-dana-rm90-juta-nik-mohamad-abduh/
Saya tiada maklumat berkaitan dana RM90 juta’ – Nik Mohamad Abduh
[ "KOTA BHARU – Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung dakwaan beberapa anggota parti itu termasuk dirinya telah menerima dana sebanyak RM90 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).", "Beliau turut mendakwa beberapa individu yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini telah ‘tersalah orang’.", "“Saya dipanggil (SPRM Kelantan) kerana ada beberapa laporan (kepada SPRM) pasal dana RM90 juta tu lah. Saya fikir mereka yang buat laporan terhadap saya tu salah orang kot. Saya tak ada maklumat pasal dana RM90 juta.", "“Saya juga ada sentuh sedikit mengenai rakaman audio (didakwa membabitkan dirinya) dan saya jawab pendek, tak ada kaitan dengan saya, dan sebelum ini, saya dah jawab benda itu adalah karut dan fitnah,” katanya selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Kelantan di Jalan Lundang di sini.", "Terdahulu, Nik Mohamad Abduh yang juga anggota Parlimen Bachok tiba di Ibu Pejabat SPRM Kelantan seorang diri tanpa ditemani peguam pada pukul 10.20 pagi dan keluar kira-kira pukul 12.30 tengah hari.", "Semasa ditanya adakah beliau akan memberikan kerjasama kepada SPRM jika dipanggil memberi keterangan selepas ini, beliau berkata: “mana-manalah… SPRM tu kawan saya, kawan kepada PAS,” katanya.", "Portal berita semalam melaporkan tiga ahli politik dijangka hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima RM90 juta disyaki daripada 1MDB yang dikatakan dimasukkan ke akaun beberapa pemimpin PAS.", "Difahamkan, ketiga-tiga ahli politik itu dari pelbagai parti politik termasuk PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah).", "Dua daripada mereka akan memberi keterangan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya manakala seorang lagi di Pejabat SPRM Kelantan.", "Kesemua ahli politik tersebut dipercayai pernah berkhidmat di sebuah negeri di pantai timur.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2017/12/24/tukang-rumah-dituduh-seludup-empat-migran/
Tukang rumah dituduh seludup empat migran
[ "PASIR MAS – Seorang tukang rumah dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyeludup empat migran pada awal bulan ini.", "Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Radzi Halim, 37, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Pasir Mas, Rashid Mustafa.", "Tertuduh yang berasal dari Kok Lanas, Kota Bharu didakwa melakukan kesalahan itu di Pos Sekatan Jalan Raya Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Simpang Empat Salam, Rantau Panjang di sini, pada 7.30 malam, 12 Disember lepas.", "Dia dituduh menyeludup tiga migran yang tidak mempunyai pasport dikenali sebagai Naing Naing Aung, Myo Elwin dan Soe Hwin dan seorang warganegara Myanmar, Myo Min Lwin mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.", "Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wong Siew Ming manakala tertuduh tidak diwakili peguam.", "Mahkamah menetapkan 26 Disember untuk sebutan semula kes. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2020/08/23/penyerang-masjid-tiba-di-christchurch-keputusan-mahkamah-esok/
Penyerang masjid tiba di Christchurch, keputusan mahkamah esok
[ "SYDNEY – Suspek pembunuhan 51 umat Islam pada tahun lalu tiba di Christchurch hari ini bagi berhadapan keputusan mahkamah esok.", "Siaran televisyen menunjukkan Brenton Tarrant keluar dari pesawat tentera udara New Zealand di Lapangan Terbang Christchurch petang ini dengan memakai jaket dan topi keselamatan dan diringi anggota tentera sebelum diarahkan menaiki sebuah van berwarna putih.", "Dia mengaku bersalah terhadap 51 pertuduhan membunuh, 40 pertuduhan cubaan membunuh dan satu pertuduhan melakukan tindakan keganasan.", "Tarrant dipindahkan ke Christchurch, bandar di mana insiden tembakan berlaku, dari Penjara Auckland di Paremoremo, lapor New Zealand Herald.", "Sebuah mahkamah di Christchurch akan memulakan pendengaran keputusan esok, di mana mereka yang terselamat dalam serangan itu serta ahli keluarga akan membuat kenyataan mengenai kesan terhadap mangsa, lapor Reuters.", "Tarranr, warga Australia, akan dijatuhkan hukuman selepas dibenarkan membuat kenyataan.", "Pesalah membunuh akan menjalani hukuman mandatori penjara seumur hidup.", "Hakim boleh menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkinan dibebaskan, hukuman yang tidak pernah dijatuhkan di New Zealand.", "Seorang jurucakap polis enggan mengulas mengenai pergerakan Tarrant, merujuk Reuters kepada Jabatan Pemulihan daerah.", "Seorang jurucakap di situ enggan mengulas kerana ‘kepentingan keselamtan awam dan keselamtan operasi’. – Agensi" ]
https://malaysiagazette.com/2018/10/08/hujan-renyai-saksi-penyatuan-dua-jiwa/
Hujan renyai saksi penyatuan dua jiwa
[ "PORT DICKSON – Suasana sekitar Port Dickson yang ditimpa hujan renyai menyaksikan pertemuan dua jiwa antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Kedua-dua pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) itu kali terakhir sepentas di khalayak ramai adalah pada 20 tahun lalu sebelum Anwar dipenjara.", "Dr Mahathir yang memakai kemeja merah Pakatan Harapan tiba jam 10.00 malam dan terus dibawa ke pentas utama.", "Laungan ‘Hidup Tun’ turut kedengaran sebaik Dr Mahathir memasuki pentas utama semasa Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu sedang membuat ucapan.", "Terdahulu Anwar yang juga calon PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson hadir jam 9.20 malam di pentas bilik gerakan utama gabungan itu dan sambut dengan tepukan gemuruh penonton dan laungan ‘Reformasi’.", "Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan isteri Anwar tiba 20 minit kemudian.", "Dianggarkan lebih 2,000 orang hadir menyaksikan ceramah kedua-dua individu tersebut.", "Turut kelihatan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.", "Antara lain, calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dan barisan Kabinet iaitu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook", "Anwar dan Dr Mahathir pernah bergandingan semasa berkhidmat sebagai menteri kewangan dan timbalan perdana menteri sebelum Presiden PKR itu dipecat pada 1998.", "Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, pada 12 September lepas, bagi membolehkan Anwar bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.", "Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, 68, memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada Pas.", "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 13 Oktober ini, manakala pengundian awal adalah pada esok hari.", "Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus). – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/04/08/penjawat-awam-selangor-terima-satu-bulan-gaji-bantuan-khas-kewangan-hari-raya/
Penjawat awam Selangor terima satu bulan gaji bantuan khas kewangan Hari Raya
[ "SHAH ALAM – Anggota perkhidmatan kerajaan negeri Selangor akan menerima bantuan khas kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000, umum Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.", "Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata, bantuan khas tersebut adalah bagi menghargai usaha serta komitmen para penjawat awam yang tidak kenal erti penat lelah bersama-sama memakmurkan negeri.", "Beliau berkata bantuan tersebut turut merangkumi pemberian kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Tuan Speaker, Timbalan Speaker, Ahli Dewan Negeri, pengurusan tertinggi dan anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.", "Katanya, ini akan membabitkan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM39.15 juta yang akan dibayar pada 27 April nanti.", "Amirudin berkata kerajaan negeri juga bersetuju agar bayaran khas kewangan yang dinamakan Insentif Rahmah Ramadan Selangor berjumlah RM1,000, dipanjangkan kepada pemimpin masyarakat iaitu Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pegawai Perhubungan Kampung Baru/Bagan/Tersusun, Ketua Komuniti India, Setiausaha MPKK dan Penyelia Wanita Berdaya Selangor.", "“Bagi Penggerak Belia Selangor (PeBs), sebanyak RM500 juga diperuntukkan kepada mereka iaitu insentif ini akan dibiayai oleh kerajaan negeri.", "“Kerajaan negeri juga bersetuju agar Insentif Rahmah Ramadan Selangor sejumlah RM500 diberikan kepada penggerak masjid (nazir, imam, siak dan bilal) atas dedikasi pengimarahan institusi masjid sepanjang Ramadan ini, yang akan disalurkan melalui inisiatif khidmat sosial korporat anak syarikat kerajaan negeri,” katanya. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2019/05/08/dua-pelajar-lepaskan-tembakan-dalam-sekolah-8-cedera/
Dua pelajar lepaskan tembakan dalam sekolah, 8 cedera
[ "HIGHLANDS RANCH- Dua pelajar melepaskan tembakan di sekolah sains dan teknologi berhampiran Denver mengakibatkan lapan pelajar lain tercedera pada Selasa.", "Kedua-duanya telah ditahan pihak berkuasa.", "Menurut Syerif Douglas, Tony Spurlock, beberapa mangsa berada dalam keadaan kritikan dan sedang menjalani pembedahan di hospital-hospital tempatan.", "Tambahnya, motif kejadian masih disiasat,", "Spurlock berkata, pejabat syerif Douglas mendengar beberapa das tembakan dari Sekolah Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Highlands Ranch yang terletak kira-kira 40 kilometer selatan Denver ketika mereka tiba untuk menyiasat aduan mengenai kejadian tembakan di situ.", "Insiden itu berlaku kurang sebulan selepas ulangtahun ke-20 pembunuhan beramai-ramai di Columbine High School berhampiran Littleton yang terletak kira-kira 8km daripada sekolah STEM itu.", "Pada 1999, dua pelajar Columbine menembak mati 13 orang sebelum membunuh diri. Kejadian tersebut masih kekal sebagai salah satu kes tembakan paling mengerikan dalam sejarah Amerika.- Agensi." ]
https://malaysiagazette.com/2023/06/18/man-united-naikkan-harga-bidaan-mount-rm295-juta/
Man United naikkan harga bidaan Mount RM295 juta
[ "LONDON – Manchester United dijangka membuat tawaran baharu £50 juta (RM295 juta) dalam usaha mendapatkan khidmat Mason Mount minggu ini.", "Ia selepas tawaran asal mereka £40 juta (RM236 juta) terhadap pemain berusia 24 tahun itu, yang mana kontraknya di Chelsea berakhir pada musim panas 2024, ditolak pada Rabu lalu.", "Mount sebelum dilaporkan sudah pun bersetuju dengan syarat peribadi untuk menyertai United musim depan.", "Ini kerana dia mahu meninggalkan Stamford Bridge selepas enggan menyambung kontraknya yang akan tamat tahun depan.", "Pemain berusia 24 tahun itu bertekad untuk meninggalkan Chelsea dan kelab itu tidak akan menghalangnya.", "Malah, Chelsea akan mencuba dan menarik bayaran setinggi mungkin bagi mengelak kehilangannya secara percuma pada 2024.", "Mount juga telah menarik minat Arsenal dan juga Liverpool tetapi nampaknya United memenangi perang bidaan itu.", "Pemergian pemain tengah serba boleh serta penyerang itu menandakan permulaan rombakan besar di bawah pengurus baharu Chelsea, Mauricio Pochettino. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/01/18/pm-mahu-menteri-ambil-serius-teguran-ketua-audit-negara/
PM mahu menteri ambil serius teguran Ketua Audit Negara
[ "KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mahu semua menteri mengambil serius teguran yang dibuat dalam Laporan Ketua Audit Negara.", "Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mengambil masa yang panjang meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2021.", "Menurut beliau, kesalahan yang sama dikesan masih berlaku dalam laporan yang disediakan.", "Anwar mahu semua menteri memastikan kesalahan yang disenaraikan dalam laporan tersebut tidak berulang. Harus ada pengajaran dan saya minta menteri dalam mesyuarat post Kabinet untuk meneliti semula teguran dibuat.", "“Soal perbelanjaan yang dibuat. Soal ketirisan. Soal tidak menepati syarat-syarat dan peraturan. Ini semua perlu diteliti.", "“Saya percaya mereka akan umumkan pada waktu yang sesuai dan akan dibentangkan dalam sidang Parlimen yang akan datang,” katanya dalam sidang media sejurus mesyuarat selesai hari ini.", "Anwar berkata, Laporan Ketua Audit Negara seringkali membuat syor bagi memastikan kesalahan yang dibuat tidak berulang.", "Bagaimanapun kesilapan dan keterlanjuran yang sama diteruskan tahun demi tahun.", "“Laporan ini penting kerana dikesan kesilapan yang sama kurang pengawasan. Biarkan ketirisan. Menyerahkan kepada syarikat yang tidak mengikut peraturan.", "“Kita tidak pilih untuk umum kerana kita beri ruang kepada badan itu menjawab. Adakah jawapan itu munasabah,” katanya.", "Sementara itu, menurut Anwar, mesyuarat hari ini turut membincangkan cadangan jawatan penambahan jawatan hakim untuk Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.", "Kabinet akan memberikan keutamaan penambahan jawatan tersebut berikutan meningkatnya kes-kes di Sabah dan Sarawak, katanya.", "“Jadi proses pelantikan hakim untuk Sabah dan Sarawak mengikut Fasal Perlembahaan memang dirujuk kepada Yang Dipertua Sabah dan Sarawak sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong,” kata Anwar.", "Kabinet juga membincangkan isu bangunan mahkamah di Sabah dan Sarawak yang dikesan agak daif. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/08/18/keputusan-piala-malaysia-4/
Keputusan Piala Malaysia
[ "KUALA LUMPUR – Berikut keputusan perlawanan bola sepak Piala Malaysia 2019 yang berlangsung malam tadi.", "KUMPULAN A", "Terengganu FC  3  Negeri Sembilan   1", "Sabah   1     Pahang   2", "Perak   1    Pulau Pinang   1", "KUMPULAN D", "Felda United    1   Melaka United   3", "– MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/07/31/turun-kain-rentang-lokman-kesal-penafian-spr/
Turun kain rentang, Lokman kesal penafian SPR
[ "SHAH ALAM – Calon Barisan Nasional (BN), Datul Lokman Noor Adam kesal dengan kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menafikan dakwaan pihaknya mengarahkan bahan kempen, iaitu kain rentang BN diturunkan.", "Katanya, beliau mempunyai bukti arahan itu dihantar melalui aplikasi Whatsapp kepada pembantunya, Mohd Rauf yang meminta supaya menurunkan kain rentang berkenaan.", "“Dalam kenyataan balas saya semalam, saya tidak pernah menyebut SPR telah menurunkan (kain rentang). Saya cuma sebut, SPR mengarahkan kita supaya menurunkan kain rentang itu.", "“Jadi, saya memberitahu mereka, kita tidak akan turunkan. Kita akan lawan, dan jawapan ini sudah tular di media sosial. Dengan itu, pada sebelah petangnya (semalam), SPR beritahu kepada kita, tidak apa, boleh pasang. Tetapi mereka minta, kita supaya jangan panjangkan isu ini,” katanya.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media pertamanya di pejabat UMNO Bahagian Kota Raja dekat sini, hari ini.", "Semalam, Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood dalam kenyataan penafian berkata, pihaknya tidak pernah berbuat demikian terhadap calon BN.", "Tegasnya, tiada sebarang tindakan penurunan bahan kempen tersebut dibuat oleh Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) seperti didakwa.", "Mengulas lanjut, Lokman memberitahu, setelah menerima pesanan kali kedua dari pegawai SPR supaya tidak memanjangkan isu itu, beliau akur dengan arahan itu.", "“Tetapi, apabila Othman mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan saya kononnya saya cakap SPR yang turunkan banner calon BN. Ini satu fitnah bagi saya.", "“Saya nampak kenyataan beliau ini hendak menunjukkan seolah saya berbohong. Sebab itu saya bertanya, SPR ini bekerja untuk memenangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) atau pun dia bertindak sebagai sebuah agensi yang adil.", "“Saya tidak pernah kata mereka turunkan. Memang ada kain rentang kita yang dicantas atau dipancung oleh pihak yang kita tidak tahu siapa. Tetapi kita tidak pernah sebut SPR telah menurunkan (kain rentang) itu,” ujarnya.", "Beliau memberitahu, ada beberapa kain rentang yang dipasang di Jalan Kebun, dalam kawasan pilihan raya kecil itu telah dicantas, tetapi tidak diketahui oleh pihak mana.", "Antara kain rentang yang dicantas itu, yang bertulus “Dah mansuh GST?” dan “Muncul cukai 6 peratus”. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/10/03/covid-19-jangkitan-kluster-tembok-disyaki-dari-pengiring-banduan/
Covid-19: Jangkitan Kluster Tembok disyaki dari pengiring banduan
[ "PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 di Sabah bermula daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) iaitu 50 peratus dari Kluster Benteng Lahad Datu yang mana kebanyakannya dikurung dalam penjara atau Ibu Pejabat Polis Daerah di negeri tersebut.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, walaupun kesemuanya sedang dibendung dengan tindakan dalam komuniti di seluruh negeri itu menerusi larangan rentas daerah seperti yang pernah dilaksanakan di Sarawak.", "Katanya, walaupun pihaknya berjaya membendung kluster-kluster seperti Tawar, Kurau, Sungai dan superspreader Sivagangga namun hanya Kluster Tembok yang kini ‘mencabar’ pasukan petugasnya.", "“Hanya tinggal satu kluster iaitu Tembok jangkitannya kita syaki bermula daripada pengiring banduan di penjara atau pusat tahanan PATI yang membawa banduan juga dan apabila banduan kembali maka berlaku jangkitan.", "“Ia sama dengan di Sabah apabila banduan dari Penjara Tawau dibawa bermalam di lokap Lahad Datu sebelum jangkitan berlaku di situ setelah banduan kembali ke penjara Tawau.", "“Jadi, kita kena lihat kawalan Prosedur Operasi Standard untuk digunapakai di penjara dan apa yang pasti jangkitan di Kedah terkawal iaitu dalam penjara.", "“Saringan sedang dilaksanakan secara giat terhadap semua banduan dan juga warden supaya dapat dikawal segera,”katanya dalam sidang media hari ini.", "Beliau turut menyatakan keyakinannya dalam tempoh seminggu dua lagi penularan itu dapat dibendung dan saringan dipergiatkan terhadap mereka yang pulang dari negeri Sabah iaitu di pintu masuk antarabangsa dan domestik.", "Tambah Noor Hisham, setakat ini, pihaknya menjalankan saringan terhadap 14,747 individu daripada 27 September lalu hingga hari ini dan 176 orang daripadanya dikesan positif setakat ini bersamaan 1.19 peratus.", "“Jadi, ia masih dalam kawalan kita dan yang penting kerjasama padu berpasukan pelbagai pihak melaksanakan aktiviti khususnya kawalan ketat di sempadan oleh PDRM dan Angkatan Tentera akan membantu mencegah pencerobohan PATI dalam negara.", "“Kita akan terus menggunakan kaedah kesihatan awam untuk menjejaki juga mengesan kes positif dan kes yang disyaki disamping menasihati rakyat di Sabah supaya mematuhi penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan untuk memutuakan rantaian virus maut itu.", "“Walaupun vaksin tetapkan hanya 50 peratus pemulihan Covid-19, kaedah kesihatan awam adalah lebih baik daripada vaksin yang disyorkan dan penting sekali elakkan perhimpunan tanpa penjarakan sosial,” tegasnya.", "Justeru katanya, para petugas kesihatan juga disarankan mengelak jangkitan kerana mereka lebih berisiko terkena jangkitan apabila berehat di ruang makan dalam keadaan sempit.", "Ujar beliau, amalan kesihatan boleh melandaikan lekongan dan kerjasama padu penting tanpa menyalahkan atau stigmakan satu sama lain,” katanya.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/06/27/suami-isteri-antara-empat-maut-dalam-nahas-dengan-treler/
Suami, isteri antara empat maut dalam nahas dengan treler
[ "ALOR SETAR – Pasangan suami isteri dan seorang bayi berusia lingkungan lapan bulan, antara empat individu maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Kulim Baling, Padang Meha, di Kulim, hari ini.", "Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Bomba Abdul Rahim Che Omar berkata pihak bomba, menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.06 petang tadi.", "Beliau berkata, suami berusia 32 tahun dan isterinya berumur lingkungan 30 tahun bersama bayi perempuan dan seorang wanita berusia 59 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian.", "“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza dengan sebuah lori treler dan mendapati terdapat enam mangsa tersepit dalam kereta itu.", "“Dua lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki umur lingkungan enam tahun dan kanak-kanak perempuan berumur lingkungan dua tahun, cedera parah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Abdul Rahim berkata pihak bomba berjaya mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dan mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala dua kanak-kanak yang cedera parah itu dibawa ke Hospital Kulim. – BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2023/04/22/empat-pendaki-bukit-wawasan-diselamatkan-bomba/
Empat pendaki Bukit Wawasan diselamatkan bomba
[ "KUALA LUMPUR – Empat orang pendaki di Bukit Wawasan Puchong yang tersesat diselamatkan bomba, hari ini.", "Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan yang memaklumkan tentang insiden itu kira-kira jam 4.42 petang tadi.", "“Sepasukan anggota bomba dari Puchong bergegas ke tempat kejadian tadi dan mendapati empat individu terdiri daripada dua remaja dan dua dewasa termasuk dua perempuan sesat semasa mendaki bukit itu.", "“Kesemua mereka anggaran berumur antara 12 tahun dan 40 tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.", "Tambah beliau, pihak bomba berjaya menemui kesemua mangsa tersebut.", "“Mereka membawa mangsa turun ke base camp Gerbang Wawasan Hill dan kesemua mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/10/14/sudah-agak-pas-bersama-pn-pm/
Sudah agak Pas bersama PN – PM
[ "JASIN – Perdana Menteri sudah menjangkakan keputusan Pas untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).", "Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO berkata, parti itu menghormati keputusan itu walaupun di peringkat awal Pas sudah bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN).", "Menurutnya,  ketika itu orang Melayu dan Islam begitu teruja dengan apa yang telah dilakukan (mewujudkan MN) namun perkara itu tidak kesampaian kerana Pas telah membuat pilihan.", "“UMNO dari awal sudah pun menjangkakan melalui kenyataan-kenyataan yang dibuat kepimpinan Pas, kita sudah agak perkara ini akan berlaku.", "“Walau bagaimanapun, demi perpaduan ummah kita sentiasa terbuka ketika itu untuk berbincang dengan kepimpinan Pas,” katanya", "Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Loji Rawatan Air Kompak Chin Chin 3, Jasin hari ini. Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.", "Semalam, Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat membuat keputusan memperkukuhkan kerjasama dalam PN untuk menghadapi PRU-15, atas prinsip penyatuan ummah.", "Keputusan Pas itu sekali gus melanggar syarat yang ditetapkan oleh UMNO, iaitu parti tersebut perlu meninggalkan Ber­satu jika mereka mahu kekal bekerjasama dalam MN.", "Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) juga sudah beberapa kali menyatakan kesediaan untuk bergerak solo pada PRU-15.", "“Kita dah jangka yes or no dari awal, kalau yes ada tindakan kita dan kalau no seperti semalam kita pun dah bersedia dengan plan (rancangan) kita untuk pastikan kemenangan BN,” katanya. – MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2022/05/18/lelaki-gagal-larikan-wang-dalam-mesin-atm-di-tanah-merah/
Lelaki gagal larikan wang dalam mesin ATM di Tanah Merah
[ "TANAH MERAH – Seorang lelaki gagal melarikan wang dalam sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dengan menggunakan mesin pencanai (grinding machine) dalam satu kejadian di sebuah bank, di sini awal pagi tadi.", "Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Supt Wan Zulfikri Wan Othman berkata kejadian itu dilaporkan pihak bank terbabit pada 7.16 pagi selepas menyedari salah sebuah ATM di premis itu rosak serta terdapat kesan dicanai di bahagian bawah.", "Beliau berkata, semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di luar premis itu menunjukkan seorang lelaki dilihat berjalan kaki dengan membawa sebuah kerusi plastik memasuki ruang menempatkan mesin ATM pada pukul 1.59 pagi.", "“Suspek turut bertindak menutup CCTV dengan menggunakan pita pelekat selain kertas minyak pada pintu utama ruang berkenaan bagi mengelak perbuatannya dilihat.", "“Suspek didapati berusaha hampir dua jam untuk cuba melarikan wang tunai di mesin ATM terbabit sebelum keluar semula pada 3.15 pagi dengan menggalas beg,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.", "Wan Zulfikri berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 380/511 Kanun Keseksaan. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2017/02/01/malindo-air-dapat-sijil-dari-iata/
Malindo Air dapat sijil dari IATA
[ "KUALA LUMPUR- Malindo Air menerima pensijilan Audit Keselamatan Operasi (IOSA) daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).", "Dengan penerimaan sijil tersebut, syarikat penerbangan hibrid berkenaan layak untuk mendapat akreditasi standard audit keselamatan badan dunia itu.", "Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy berkata, pensijilan berkenaan bakal menaikkan lagi nama Malindo Air serta membolehkannya dipasarkan bersama-sama dengan adanya standard keselamatan yang tinggi.", "Jelasnya, ia juga menjadi bukti bahawa Malindo Air amat mengutamakan keselamatan.", "“Ini memberi penekanan lebih kepada meningkatkan pengurusan keselamatan, dan menjajarkan kami dengan amalan terbaik global, menggalakkan pengalaman perjalanan yang mudah dan selamat untuk pelanggan.", "“Ia amat penting kerana dapat membantu memastikan kelestarian dan pembangunan berterusan mengikut piawaian IATA,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.", "Tambah beliau, pengiktirafan ini menjadikan syarikat penerbangan itu setanding dengan industri penerbangan antarabangsa yang lain.- MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2019/11/24/mp-umno-yang-lompat-parti-dipandang-seperti-najis-mughallazah-ahmad-zahid/
MP UMNO yang lompat parti dipandang seperti ‘najis mughallazah’
[ "SHAH ALAM – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa beberapa pemimpin UMNO yang meninggal parti itu dianggap oleh masyarakat setempat sebagai ‘najis mughallazah’ yang tidak wajar disentuh.", "Dalam islam mughallazah merupakan najis paling berat yang wajib disamak atau sertu jika terkena.", "Selain itu, mereka itu juga mendakwa  tidak dipedulikan dalam Pakatan Harapan (PH) selepas lompat parti hingga menyebabkan ada dalam kalangan pemimpin-pemimpin tersebut menyesali tindakan sendiri.", "“Ada dalam kalangan mereka balik ke kawasan, negeri, solat Jumaat, tidak ada orang pedulikannya.", "“Selepas solat Jumaat, tiada orang mahu bersalam, seolah-olah ada najis mughallazah,” katanya ketika berucap di Pelancaran Muafakat Nasional Selangor di Dewan KKC D’Laman Cinta Jalan Kebun.", "Mengimbas kembali kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lalu, Presiden UMNO itu berkata, tindakan pemimpin UMNO yang meninggalkan parti tersebut pada akhirnya mendatangkan kebaikan kerana ia membersihkan parti itu.", "“Reptilia diwujudkan dalam kalangan Ahli Parlimen, katak yang paling jauh lompatannya sambil melompat, kencing, adalah katak pisang. Itu pun kita maafkan.", "“UMNO rasa mereka yang melompat di sana ada hikmahnya. kekotoran terkeluar dan terbersih cara sendirinya apabila mereka berada di sana.", "“Saya tahu mereka menyesal, Tan Sri Noh Omar tahu, kawan-kawan kita itu juga berjumpa, mereka mahu masuk kembali.", "“Tetapi saya kata di dalam Islam, dari segi munakahat hukum pernikahan talak ada 3, talak satu, talak dua boleh rujuk.", "“Talak ketiga, tak boleh rujuk ada prosesnya,” katanya.", "BN yang memenangi 79 kerusi semasa PRU-14, kini hanya tinggal 41 kerusi selepas beberapa wakil rakyatnya meninggalkan UMNO menyertai Pakatan Harapan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/02/20/petronas-sasar-as1b-jual-projek-gas/
Petronas sasar AS$1b jual projek gas
[ "SINGAPURA – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mensasar untuk menjual kepentingan minoriti yang besar dalam projek huluan gas tempatan sehingga AS$1 bilion untuk meraih tunai dan mengurangkan kos pembangunan.", "Reuters yang memetik dua sumber sebagai berkata, Petronas sedang merancang untuk menjual kepentingan sebanyak 49 peratus dalam blok gas luar pesisir SK316 di Sarawak.", "Ia merupakan satu langkah jualan besar-besaran yang pertama di tengah-tengah kemelut kejatuhan harga minyak sebanyak separuh berbanding dua setengah tahun lalu.", "Petronas sedang bekerjasama dengan bank pelaburan dalam jualan tersebut dan prosesnya dimulakan pada bukan ini.", "Gas dari medan NC3 di blok SK316 untuk projek eksport gas asli cecair (LNG) Malaysia, yang dikenali sebagai LNG 9, usaha sama Petronas dengan JX Nippon Oil & Energy Corp yang memulakan pengeluaran komersial pada bulan Januari.", "Menurut sumber itu, pegangan dijangka termasuk gabungan medan penghasilan gas NC3, pembangunan potensi medan Kasawari dalam blok yang sama dan keluasan penerokaan lain dalam blok.", "Dana yang diperoleh boleh menyumbang kepada pembangunan masa depan bidang Kasawari, salah satu medan gas tidak bersekutu terbesar di Malaysia, yang mempunyai anggaran sumber hidrokarbon diperolehi semula kira-kira tiga trilion standard kaki padu.", "Pegangan itu boleh menarik minat firma-firma seperti Pertamina (Indonesia), PTT Exploration (Thailand) dan Production Pcl dan beberapa syarikat Jepun, kata sumber.", "Memandangkan pengeluaran besar datang dalam talian di Australia dan Amerika Syarikat, pasaran LNG kini terlebih penawaran, menyebabkan kemerosotan hampir 70 peratus harga LNG di Asia sejak 2014 kepada AS$6.40 setiap juta unit termal British sekarang.", "Walaupun begitu, aset-aset LNG Malaysia dilihat menarik kepada kos pengeluaran yang agak rendah dan kedudukannya yang berhampiran dengan hab penggunaan besar di Jepun, China, dan Korea Selatan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/02/07/um-melonjak-ke-tangga-ke-46/
UM melonjak ke tangga ke-46
[ "KUALA LUMPUR – Kedudukan Universiti Malaya (UM) dalam Asia University Rankings yang dikeluarkan Times Higher Education (THE) melonjak ke tangga ke-46 tahun ini berbanding ke-59 tahun lalu.", "Naib Canselornya, Datuk Ir (Dr) Abdul Rahim Hashim, berkata sistem penarafan itu adalah penanda aras UM berbanding institusi pengajian tinggi lain dari segi mengukur kedudukan dan status semasa universiti.", "“Ia juga amat penting bagi UM untuk terus menambah baik dalam bidang kebolehgajian graduan, jaringan dan kerjasama dengan industri serta perkongsian strategik antarabangsa.", "“Peningkatan UM dalam ranking juga adalah bukti pelaburan dan inisiatif yang diambil sejak beberapa tahun lalu untuk menambah baik prestasi universiti berada di landasannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.", "Ini adalah tahun kedua UM menyertai THE University Rankings, dan menurut laman sesawang majalah itu, universiti terbaik Asia ialah Nanyang Technological University di Singapura. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/05/12/trump-pernah-cuba-rasuah-comey/
Trump pernah cuba rasuah Comey?
[ "WANGSHINTON- Donald Trump pernah bertanyakan Pengarah FBI yang kini dipecat, James Comey di tiga acara berbeza sama ada beliau merupakan sasaran dalam penyiasatan badan tersebut berhubung campur tangan Rusia semasa kempen pilihanraya presiden yang lalu.", "Presiden Amerika Syarikat itu sedar bahawa isu Rusia bermain-main difikirannya semasa mengambil keputusan memecat Comey yang ketika itu mengetuai siasatan terhadap pengaruh Rusia semasa pilihanraya 2016 yang lalu.", "“Apabila membuat keputusan tersebut saya berbicara dengan sendiri, saya tahu anda tahu mengenai hal Rusia ini dengan Rusia adalah sebuah cerita rekaan,” katanya semasa tembubual dengan NBC.", "Menurut Trump, beliau telah bertanyakan Comey sama ada beliau merupakan subjek kepada siasatan agensi perisikan tersebut- dua kali perbualan berkenaan dilakukan menerusi panggilan telefon dan sekali semasa makan malam di White House.", "“Saya sebenarnya ada bertanyakan beliau sama ada saya mungkin sedang disiasat?", "“Jawabnya, “Tidak, anda bukan berada dalam siasatan,” jelas Trump.", "“Apa yang saya boleh katakan, saya bukan di bawah siasatan. Saya secara peribadi tidak bercakap mengenai kempen, saya tidak bercakap tentang perkara lain. Saya tidak termasuk di dalam siasatan,” tegasnya.", "Presiden-presiden Amerika biasanya sukar untuk mengelak dakwaan campur tangan mahu pun memberi komen terhadap siasatan yang sedang dijalankan kerana FBI biasanya tidak pernah mengesahkan kewujudan mereka.", "Pakar undang-undang terkenal, Laurance Tribe memberitahu AFP sekiranya Comey menjawab soalan Trump, beliau telah melanggar peraturan Jabatan Keadilan dan “mungkin tidak bertanggung jawab, tidak beretika dan tidak profesional semasa mengendalikan situasi tersebut.”", "Trump semasa makan malam tersebut turut berbincang dengan Comey sama ada pegawai polis tertinggi itu boleh kekal di dalam jawatannya dan meneruskan tempoh perkhidmatan selama 10 tahun lagi.", "Menurut Tribe, bertanyakan soalan tersebut sebenarnya adalah “menghampiri rasuah atau setidak-tidaknya telah menghalang keadilan” yang mana Comey merupakan orang yang bodoh sekiranya menerima tawaran tersebut.", "White House bagaimanapun tidak menganggap tawaran tersebut adalah salah.", "“Saya tidak melihat ia sebagai konflik kepentingan,” kata jurucakap White House, Sarah Huckabee Sander.-MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2019/08/18/final-aff-malaysia-jumpa-lagi-australia/
Final AFF: Malaysia jumpa lagi Australia
[ "KUALA LUMPUR – Malaysia dan Australia akan membuat perhitungan buat kali kedua dalam tempoh kurang seminggu selepas kedua-dua pasukan akan bertemu lagi untuk menentukan juara Kejohanan AFF Bawah 18 tahun (B-18).", "Kemenangan itu hadir tidak lama selepas Malaysia lebih awal mengesahkan tiket final buat kali kedua berturut-turut dengan menumpaskan juara 2013, Indonesia 4-3 di venue sama.", "Seperti aksi Malaysia-Indonesia, perlawanan di antara dua bekas juara, Australia menentang Myanmar juga berlangsung sengit.", "Myanmar juara 2003 dan 2005 mengejutkan Australia apabila membuka jaringan seawal minit ke-18 menerusi La Min Htwe.", "Australia yang menjadi juara pada 2006, 2008, 2010 dan 2016 bagaimanapun berjaya mendapatkan dua gol pada separuh masa kedua menerusi Lachlan Brook (minit ke-56) dan Clifton Trewin di minit ke-77.", "Malaysia yang turun selaku juara bertahan memiliki kelebihan psikologi selepas mengalahkan pasukan itu 3-0 dalam aksi Kumpulan B, pada Selasa lalu.", "Bagaimanapun, perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Thong Nhat, Ho Chi Minh pada esok pasti menampilkan aksi berbeza. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/04/04/pematuhan-pkp-cecah-99-peratus-ketua-polis-negara/
Pematuhan PKP cecah 99 peratus – Ketua Polis Negara
[ "KUALA LUMPUR – Pematuhan orang ramai terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksana bagi menangani wabak COVID-19 kini meningkat kepada 99 peratus, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.", "Beliau berkata orang ramai mula memahami tujuan utama kerajaan melaksana PKP iaitu untuk memutuskan rantaian COVID-19 di negara ini.", "“Alhamdulillah, saya amat berterima kasih kepada orang ramai… majoritinya saya boleh kata kini 99 peratus mematuhi dan memahami pentingnya mereka patuh PKP.", "“Mereka memahami bahaya sekiranya PKP ini diabaikan.. (baki) satu peratus ini yang degil dan memeningkan kita (polis) kerana mereka tidak ambil kisah tentang wabak COVID-19,” katanya ketika ditemui Bernama di Bukit Aman, hari ini.", "Abdul Hamid berkata memasuki fasa kedua PKP kini, pihaknya melaksanakan tindakan lebih tegas dengan menahan mereka yang ingkar perintah serta mengadakan lebih banyak sekatan jalan raya.", "“Sebelum ini, polis laksanakan PKP dengan berhemah dan beri nasihat tetapi ada yang degil seolah-olah mereka tidak akan dijangkiti (COVID-19).", "“Sekarang polis masuk ke tahap lebih keras dengan tangkap mereka yang tidak bertanggungjawab… mereka yang keluar tanpa tujuan dibenarkan akan terus ditangkap,” katanya.", "Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan bahawa ramai individu bawah umur ditahan kerana ingkar arahan PKP.", "“Ada (individu bawah umur) yang menunggang motosikal berdua yang secara terang-terang melanggar PKP… ini yang menyedihkan dan saya harap ibu bapa dapat kawal mereka ini,” katanya.", "Abdul Hamid berkata pelaksanaan PKP itu juga secara tidak langsung membuatkan kadar jenayah di negara ini turun antara 65 dan 75 peratus.", "“Kadar kemalangan jalan raya juga dilihat turun dan polis akan terus menguatkuasakan PKP bagi memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan,” katanya.", "— BERNAMA", " " ]
https://malaysiagazette.com/2019/04/04/kenapa-hishamuddin-jadi-macam-tu-tanya-mat-sabu/
Kenapa Hishamuddin jadi macam tu? tanya Mat Sabu
[ "KUALA LUMPUR – Selepas Naib Presiden PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, membidas bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein kini tiba giliran Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu berbuat demikian.", "Mohamad Sabu secara berseloroh berkata, beliau terkejut dengan sikap Ahli Parlimen Sembrong itu yang mengeluarkan kenyataan merendahkan prestasinya sebagai Menteri Pertahanan dengan mengaitkan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA ’19).", "“Saya hairanlah dia (Hishammuddin) ini, kenapa jadi macam itu? Beliau seorang bekas Menteri Pertahanan.", "“Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) yang buat LIMA yang pertama sendiri mengumumkan dalam ucapannya bahawa tahun ini yang terbaik,” katanyayang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu kepada pemberita di lobi Parlimen.", "Selasa lalu, Hishammuddin mendakwa tiada sebarang perkara baharu diumumkan Kementerian Pertahanan pada LIMA’19 baru-baru ini.", "Katanya, apa yang dihebohkan hanyalah kereta terbang dan kapal milik ahli perniagaan, Low Taek Jho. – Malaysiagazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/12/31/kehadiran-bersemuka-murid-sekolah-menengah-jika-kadar-vaksinasi-capai-90-peratus/
Kehadiran bersemuka murid sekolah menengah jika kadar vaksinasi capai 90 peratus
[ "PUTRAJAYA – Pengoperasian sekolah menengah bagi penggal 3, 2021/2022 melibatkan murid kelas peralihan, Tingkatan 4 hingga 6, prauniversiti, International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) dan kelas peperiksaan antarabangsa yang setara, perlu hadir secara bersemuka tanpa penggiliran sekiranya kadar vaksinasi lengkap mencapai 90 peratus atau lebih.", "Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini mengenai pengoperasian institusi pendidikan di bawah KPM bagi Penggal 3, 2021/2022 berkata pengoperasian institusi pendidikan yang belum mencapai kadar vaksinasi lengkap 90 peratus atau lebih, adalah kekal secara penggiliran.", "“Senarai institusi yang belum mencapai kadar vaksinasi lengkap 90 peratus akan dikeluarkan pada setiap Rabu.", "“Mana-mana institusi yang telah mencapai kadar vaksinasi lengkap 90 peratus akan dikeluarkan daripada senarai tersebut dan boleh mula beroperasi pada Ahad atau Isnin minggu berikutnya tanpa penggiliran,” katanya.", "Bagi murid Tingkatan 1 hingga 3 pula, kehadiran mereka adalah secara penggiliran, manakala murid berkeperluan khas (MBK) di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK), Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) perlu hadir secara bersemuka tanpa penggiliran, katanya.", "Pada 24 Dis lepas, KPM mengumumkan tarikh persekolahan penggal 3 bermula 9 Jan bagi kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu dan 10 Jan bagi kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.", "Menurut KPM, bagi pengoperasian sekolah berasrama sepenuhnya melibatkan murid Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 6, prauniversiti, IBDP dan kelas peperiksaan antarabangsa yang setara, kehadiran adalah secara bersemuka tanpa penggiliran.", "Murid Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 pula perlu mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), katanya.", "Bagi pengoperasian sekolah rendah melibatkan MBK di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), prasekolah, Tahun 1, Tahun 2, Tahun 6 serta semua murid bawah program Rancangan Makanan Tambahan (RMT), mereka perlu hadir secara bersemuka tanpa penggiliran.", "“Murid Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 pula hadir secara penggiliran,” katanya.", "KPM berkata sekolah harian dan sekolah swasta termasuk sekolah ekspatriat yang mempunyai enrolmen kurang daripada 300 murid beroperasi sepenuhnya dengan kehadiran secara bersemuka tanpa penggiliran.", "“Namun, bagi sekolah ekspatriat yang enrolmen melebihi 300 murid, permohonan boleh dikemukakan kepada KPM untuk beroperasi sepenuhnya. KPM akan membuat penilaian sebelum kelulusan diberikan,” katanya.", "Pengoperasian kolej vokasional bagi murid Sijil Vokasional Malaysia, Sijil Kemahiran Malaysia, Sistem Latihan Dual Nasional dan Diploma Vokasional Malaysia adalah secara bersemuka tanpa penggiliran mulai 9 Jan 2022.", "“Bagi pengoperasian Kolej Matrikulasi (KM), pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka bermula pada 9 Jani 2022 untuk Program Matrikulasi Sistem Dua Semester dan Program Matrikulasi Sistem Empat Semester,” katanya.", "Bagi Institut Pendidikan Guru (IPG) pula, KPM berkata semua program pengajian akan memulakan kuliah secara bersemuka mulai 6 Feb 2022 mengikut kalendar akademik yang sedang berkuat kuasa.", "“Murid KM dan IPG yang telah menerima vaksin lengkap sahaja dibenarkan kembali ke kolej atau kampus, selaras dengan Garis Panduan Pengoperasian Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi 3.0,” katanya.", "KPM berkata murid dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan jika pakaian seragam yang ada tidak lagi sesuai dipakai.", "Sekiranya ibu bapa atau penjaga memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah, ketidakhadiran tersebut tidak dianggap sebagai satu kesalahan disiplin, namun ibu bapa atau penjaga perlu memaklumkan ketidakhadiran murid kepada pihak sekolah bagi tujuan rekod.", "KPM dalam pada itu berkata kesediaan institusi pendidikan yang terlibat dengan banjir atau pusat pemindahan sementara (PPS) untuk beroperasi akan dimaklumkan pada 3 Jan depan.- BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2020/12/23/jangan-panik-hingga-semua-jualan-daging-dihentikan-alexander/
Jangan panik hingga semua jualan daging dihentikan – Alexander
[ "PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memahami kegusaran orang ramai namun pada masa sama memberi jaminan bekalan daging di pasaran negara ini disahkan halal oleh pihak berwajib.", "Malah pengguna dinasihati untuk tidak panik ‘berlebihan’ dengan semua bekalan daging yang dijual. ", "Ini kerana, kerajaan khuatir akan membawa masalah lain iaitu kemungkinan negara berdepan pula dengan masalah kekurangan bekalan daging walaupun yang dijual itu adalah halal. ", "Menurut Menteri KPDHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, seandainya masalah ini terus berlarutan sehingga kemungkinan daging yang halal di pasaran terpaksa dihentikan, pastinya ia akan menimbulkan masalah kepada golongan memerlukan bekalan makanan ini. ", "“Biarlah kerajaan selesaikan isu ini, ianya masih dalam siasatan lagi. ", "“Buat masa ini saya merayu kepada umum di luar sana supaya janganlah kita tergesa-gesa hendak melakukan sesuatu yang drastik kerana jika hentikan semua penjualan daging serta merta lain pula jadinya. ", "“Mungkin daging halal juga terpaksa dihentikan penjualannya kerana isu ini. Ini akan menimbulkan masalah kepada yang memerlukan bekalan daging ini. ", "“Kepada yang was was adakah daging itu halal atau sebaliknya, anda boleh tidak membelinya terlebih dahulu serta buat aduan kepada pihak berwajib. ", "“Beli kepada yang anda yakin, daging di negara ini sebenarnya tidak bermasalah,” katanya. ", "Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Jualan Kembali ke Sekolah di perkarangan KPDHEP di sini sebentar tadi. ", "Alexander mengulas pembongkaran taktik kartel disyaki menyeludup daging sejuk beku dari luar negara sebelum membungkus semula dengan label serta cap palsu dan menjualnya dalam pasaran negara ini, hasil serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai, Johor.", "Kata Alexander lagi, ketika ini pihaknya juga tidak boleh mendedahkan lebih banyak perkara memandangkan perkara itu masih di bawah siasatan banyak.", "“Untuk KPDHEP pula, kita tumpu pada penyalahgunaan cap, logo kerana akta di bawah kita yang tertakluk kepada salah guna logo perniagaan atau cap dagangan. ", "“Yang lain-lain, ianya di bawah Jabatan Veterinar, Jakim, Kastam dan lain-lain. Saya dimaklumkan ketika ini isu ini masih dalam siasatan dan belum ada pengumuman lagi. ", "“Saya tidak boleh boleh jawab bagi pihak lain, jika boleh kita hendak percepatkan isu ini,” tegasnya. -MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/02/20/tol-batu-tiga-akan-diroboh-bulan-depan/
Tol Batu Tiga akan diroboh bulan depan
[ "PARIT BUNTAR – Kerja meroboh struktur binaan Plaza Tol Batu Tiga, Shah Alam, Selangor, akan selesai selewat-lewatnya pada 28 Mac ini.", "Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara itu dimaklumkan oleh PLUS Malaysia Berhad kepada kementerian.", "Ketika ini, katanya, proses pengalihan aset yang antara lain membabitkan peralatan tol dan papan tanda giat dijalankan sebelum perobohan struktur fizikal bermula.", "“Sekarang ini, pihak PLUS sedang dalam proses mengalihkan aset mereka dari kawasan itu dan apabila telah sempurna, barulah kerja meroboh struktur bangunan akan dapat dibuat.", "“Kita turut dimaklumkan bahawa program pengurusan trafik akan dijalankan bagi memastikan aliran trafik tidak terganggu ketika kerja perobohandilaksanakan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Hospital Parit Buntar, di sini, hari ini.", "Sebelum ini, banyak pihak terutama pengguna lebuh raya mendesak plaza tol itu dirobohkan selepas berlaku beberapa kemalangan yang meragut nyawa.", "Beliau berkata, pihaknya juga berharap pengguna lebuh raya itu lebih berwaspada dan tidak memandu dalam keadaan berbahaya, sekali gus mengelak daripada berlaku kesesakan dan kemalangan yang boleh meragut nyawa.", "“Saya menyeru pengguna jalan raya supaya berhati-hati sebab akhirnya yang menentukan kita selamat atau tidak di jalan raya adalah diri kita sendiri.", "“Kita kena pandu secara berhemah dan pastikan berjaga-jaga untuk elakkan sebarang kemalangan tidak diingini daripada berlaku,” katanya. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2020/05/12/tnb-beri-rm58-3j-diskaun-kepada-isi-rumah/
TNB beri RM58.3j diskaun kepada isi rumah
[ "KUALA LUMPUR – Setakat 30 April lalu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memberi diskaun sebanyak RM58.3 juta telah diberikan, yang mana lebih 84% daripada subsidi elektrik untuk pengguna isi rumah.", "Diskaun itu termasuk dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 27 Mac lalu.", "Diskaun yang bakal memberi manfaat kepada hampir tujuh juta rakyat Malaysia berpendapatan rendah ini diberikan secara automatik kepada semua pelanggan domestik berdaftar TNB dan boleh dinikmati bermula April sehingga September depan mengikut jumlah penggunaan bulanan:-", "Tiga juta pengguna domestik dengan penggunaan bulanan bawah 200kWh akan menerima diskaun 50 peratus.\n1.5 juta pengguna dengan penggunaan bulanan antara 201 kWh hingga 300kWh akan menerima diskaun 25 peratus.\n2.2 juta pengguna dengan penggunaan bulanan antara 301kWh hingga 600kWh akan menerima diskaun 15 peratus.", "Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meluluskan lebih 3.5 juta permohonan berjumlah RM1.66 bilion.", "Pada minggu ini, sehingga 10 Mei, 3.7 juta permohonan diluluskan dengan anggaran jumlah terlibat\nRM1.76 bilion.", "Selain itu, bagi langkah pengurangan caruman EPF oleh pekerja daripada 11% kepada 7%, jumlah pengurangan caruman yang dianggarkan akan diterima ahli KWSP untuk bulan Mei adalah RM954.7 juta. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/02/18/dua-lelaki-disyaki-ahli-sindiket-edar-dadah-ditahan-polis/
Dua lelaki disyaki ahli sindiket edar dadah ditahan polis
[ "KUALA LUMPUR – Polis menahan dua lelaki yang disyaki ahli sindiket pengedaran dadah dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Maarof, di sini, semalam", "Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukor berkata, pemeriksaan yang dijalankan di premis tersebut membawa kepada rampasan dadah jenis ganja seberat berat 3,369 gram bernilai RM25,950", "“Ujian saringan awal urin mendapati dua suspek positif dadah jenis Cannabis (THC),” katanya dalam kenyataan, hari ini.", "Menurut Amihizam, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 6,738 pengguna dadah.", "Jelasnya, suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama tujuh hari sehingga 24 Februari ini.", "Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah\nBerbahaya 1952.", "Amihizam berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields masih lagi menjalankan\nrisikan serta siasatan bagi mengenalpasti ahli-ahli sindiket yang terlibat dan sumber bekalan yang diperolehi.", "Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan rampasan dadah itu diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi 03-22979222 sambungan 553 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette", " ", " " ]
https://malaysiagazette.com/2022/01/31/van-de-beek-dipinjamkan-ke-everton/
Van de Beek dipinjamkan ke Everton
[ "LONDON – Pemain tengah Manchester United yang ‘terpinggir’, Donny van de Beek akhirnya mengambil keputusan menyertai Everton secara pinjaman, lapor The Athletic.", "Sebelum memperolehi tawaran daripada Everton, Van de Beek juga menerima tawaran untuk menyertai Crystal Palace.", "Van de Beek sebelum ini bergelut untuk mendapatkan minit permainan sejak tiba di Old Trafford pada musim panas 2020.", "Sehingga kini, dia hanya beraksi selama 579 minit pada saingan Premier League sejak dua musim terakhir ini yang bersamaan dengan tujuh perlawanan.", "Everton pula  mahu mendapatkan seorang pemain tengah sebagai fokus utama pada jendela perpindahan Januari.", "Ini selepas dua pemain utama, Abdoulaye Doucoure dan Fabian Delph terpaksa dipinggirkan selama sebulan akibat kecederaan. – MalaysiaGazette", "https://theathletic.com/news/manchester-uniteds-donny-van-de-beek-decides-to-join-everton-on-loan/DYzeZkafXoIs/" ]
https://malaysiagazette.com/2019/03/19/mahasiswa-perlu-berani-masuk-lokap-asyraf-mustaqim/
Mahasiswa perlu berani masuk lokap – Ashraf Mustaqim
[ "KUALA LUMPUR – Golongan mahasiswa perlu berani bersuara dan mengkritik kelemahan pentadbiran kerajaan meskipun terpaksa berdepan dengan risiko dimasukkan ke dalam lokap demi memperjuangan hak mereka.", "Presiden Angkatan Gerak Minda Malaysia (AGRA), Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir menegaskan, sudah tiba masanya mahasiswa  bangkit mendesak kerajaan berbuat sesuatu untuk mengatasi kemelut kesempitan hidup sehingga ada sebilangan mereka terpaksa ikat perut akibat kekangan kewangan.", "“Saya masih menantikan sampai sekarang mahasiswa yang akan benar-benar melawan kerajaan, mahasiswa yang berani mempertikaikan kerajaannya, sebab mahasiswa sifatnya harus begitu.", "“Mahasiswa perlu berdiri di atas landasan intelektual, berani bercakap benar bukan atas pengaruh atau sentimen politik kepartian.", "“Mereka boleh cenderung kepada parti tapi dia seharusnya juga berani untuk mempertikaikan parti apatah lagi kerajaan.", "“Harus berani melawan dan menentang, kena berani masuk lokap, kalau perlu, masuk lokap, benda baik disuarakan, biarlah. Mana ada lagi mahasiswa masuk lokap, zaman itu sudah lama,” katanya ketika rundingan meja bulat bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) serta pemimpin persatuan pelajar di Universiti Malaya, di sini, hari ini.", "Hadir sama, Pengerusi GPMS Wilayah Persekutuan, Khairul Rizam Dato’ Abu Samah; timbalannya, Mohd Faizan Alias dan Exco Mahasiswa, Muhd Nazirul Rohaizam.", "Pada Ahad lalu, sebuah media tempatan melaporkan sebilangan pelajar di UM terpaksa mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari, kerap berpuasa dan bergantung kepada sebuku roti untuk menahan lapar akibat kekangan kewangan.", "Pelajar terbabit dipercayai datang daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) terpaksa berjimat cermat demi meneruskan pengajian mereka di universiti awam itu.", "Mohd. Ashraf Mustaqim juga berkata, segelintir mahasiswa hari ini didakwa ‘dipegang’ oleh parti politik tertentu dan pihak berkepentingan menyebabkan mereka takut untuk menyuarakan haknya meskipun dibelenggu kos sara hidup tinggi di UM.", "“Mahasiswa itu adalah gagasan intelektual, pergi mana-mana, masuk kampung, orang tak percaya parti politik, orang tak percaya janji orang politik. Bila mahasiswa bercakap, orang akan percaya bila mahasiswa bicara.", "“Jadinya penting untuk mahasiswa kekalkan identiti dan keluar serta berani. Kita mahu mahasiswa tuntut, tanyakan kepada kerajaan termasuk sesiapa pun, bantu diri sendiri untuk bantu pergerakan,” katanya.", "Katanya lagi, mahasiswa perlu mencontohi dan mengikut jejak langkah aktivis pelajar, Adam Adli Abd Halim dan Mohd Fahmi Zainul yang lantang memperjuangkan hak golongan itu tanpa mempedulikan akibatnya.", "“Saya rasa kita perlukan seorang lagi Adam Adli dan Fahmi Zainul tapi bukan orang-orang mahasiswa sedia ada yang saya nampak dalam beberapa gerakan sekarang yang cenderung ke arah kepartian.", "“Dia bercakap atas naratif ataupun hujah-hujah parti, tak kira dia pembangkang atau pro kerajaan sekarang.", "“Biar lunak bercakap sebagai seorang mahasiswa, tiada kena mengena dengan mana-mana parti, dia berani bercakap macam itu, pendirian sangat jelas dan lantang.", "“Saya rasa mahasiswa macam itu saya nantikan sampai sekarang. Jadi keluar sekarang bangkit sebagai satu gerakan, lantanglah bersuara, apa nak jadi, jadilah dan inilah masa mahasiswa ambil peranan ini untuk jadi lebih lantang,” katanya lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/10/26/pbb-lantik-ahli-sosiologi-singapura-sebagai-perwakilan-khas-myanmar-baharu/
PBB lantik ahli sosiologi Singapura sebagai perwakilan khas Myanmar baharu
[ "NEW YORK – Ahli sosiologi Singapura, Noeleen Heyzer dilantik sebagai perwakilan khas baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar.", "Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres yang mengumumkan perkara itu berkata, Noeleen akan menggantikan Christine Schraner Burgener dari Switzerland.", "Heyzer, 73, telah memegang beberapa jawatan kanan PBB, antaranya sebagai ketua suruhanjaya ekonomi dan sosial untuk Asia dan Pasifik pada 2007 hingga 2014.", "Beliau berkhidmat sebagai penasihat khas untuk Timor Timur antara 2013 dan 2015", "Semasa bertugas di Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial, Heyzer bekerjasama rapat dengan negarav anggota Asean serta pihak berkuasa Myanmar dalam pembangunan dan pembasmian kemiskinan.", "Sejak rampasan kuasa Myanmar pada 1 Februari lalu yang menamatkan tempoh demokrasi selama sepuluh tahun, PBB dan Asean tidak berjaya menggesa junta tentera untuk melancarkan semula dialog politik dan membebaskan pegawai awam yang ditangkap ketika pergolakan. – Agensi" ]
https://malaysiagazette.com/2018/04/25/rm10-juta-jika-lompat-parti/
Wakil rakyat PKR kena bayar ganti rugi RM10 juta jika lompat parti
[ "KUALA LUMPUR – PKR telah meminta calon pilihan raya untuk menandatangani perjanjian yang antaranya mengkehendaki mereka membayar ganti rugi RM10 juta kepada parti jika berundur sebelum penamaan calon atau melompat parti selepas menang.", "Parti itu pada Pilihan Raya 2013 juga pernah melaksanakan pendekatan sama, tetapi ‘kadar kompaun’ pada masa itu hanyalah RM5 juta.", "China Press melaporkan, PKR pada Selasa telah mengumpulkan sebahagian calonnya untuk menghadiri satu taklimat yang diadakan di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor.", "Menariknya, taklimat itu dilaporkan dikendalikan oleh kumpulan pro-Rafizi Ramli dalam PKR sedangkan penyokong Datuk Seri Mohamed  Azmin Ali tidak mengetahuinya.", "Dalam taklimat itu, calon PKR diminta menandatangani beberapa dokumen termasuk yang melarang mereka melompat parti selepas menang dalam pilihan raya.", "Selain itu, calon berkenaan juga menyatakan persetujuan menyumbangkan sebahagian gaji sebagai wakil rakyat kepada parti.", "Dokumen yang ditandatangani telah dikumpul balik oleh penganjur taklimat dan penanda tangan tidak menerima apa-apa salinan.", "Walau bagaimanapun, beberapa calon yang dihubungi China Press memberitahu bahawa mereka tidak tahu apa-apa tentang taklimat itu.", "Malahan ada yang hadir taklimat itu berasa kabur dan tidak tahu sama ada ia\nadalah program nasional atau hanya terhad kepada calon Selangor.", "Sumber memberitahu, PKR menyediakan dokumen untuk ditandatangani malahan menambahkan ‘kadar kompaun’ kerana kadar yang ditetapkan pada 2013 tidak dapat menghalang wakil rakyat parti itu melompat parti selepas menang." ]
https://malaysiagazette.com/2021/10/08/pga-rampas-163200-kotak-rokok/
PGA rampas 163,200 kotak rokok
[ "TANGKAK- Cawangan Risik Briged Tengah Polis Gerakan Am (PGA) Cheras dan Batalion 6 PGA Muar mematahkan cubaan menyeludup rokok apabila merampas 163,200 kotak rokok yang disyaki tidak bercukai di sebuah banglo, semalam", "Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 6, Deputi Superintendan Salehin Suleiman berkata, aktiviti itu disyaki telah dijalankan sejak tiga bulan lalu.", "“Kejadian pukul 3.30 petang membabitkan sekumpulan pegawai dan anggota PGA melakukan serbuan di sebuah rumah di kawasan kebun yang terletak di Kampung Teratai, Bukit Serampang", "“Melalui serbuan itu, kami berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun yang berada dalam kediaman berkenaan selain menemui 13,600 karton rokok dan sebuah lori tiga tan serta dua buah van,”katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak, di sini, hari.", "Keseluruhan nilai rampasan ini dianggarkan berjumlah RM3.4juta.", "Katanya, hasil soal siasat suspek yang berperanan sebagai orang tengah dan penghantar barang mengakui baru sahaja berpindah ke banglo itu yang dijadikan pusat simpanan sementara bagi rokok seludup.", "“Hasil siasatan kami, suspek telah aktif sebagai orang tengah sekitar dua ke tiga bulan lalu mengakui menjadikan lokasi dalam kebun untuk menyimpan bekalan rokok seludup kemudian akan mencari lokasi kebun yang berbeza,” tambahnya.", "Suspek yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah kini direman 14 hari bermula Selasa lalu di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.", "Saki baki suspek termasuk pemilik banglo juga kini giat dikesan bagi membantu siasatan terutama usaha menjejaki dalang sindiket itu. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/03/28/jurujual-dipenjara-2-tahun-denda-rm50000-sebabkan-lima-ekor-kucing-mati-kebuluran/
Jurujual dipenjara 2 tahun, denda RM50,000 sebabkan lima ekor kucing mati kebuluran
[ "KUALA LUMPUR – Seorang jurujual dihukum penjara dua tahun dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan mengabaikan lima ekor kucing peliharaannya sehingga mati kebuluran dalam sangkar selepas pulang ke kampungnya di Sarawak, tahun lalu.", "Hakim Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman itu terhadap Lim Chia Lin, 31, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara setahun jika gagal membayar denda.", "Lelaki itu didakwa sebagai penjaga lima ekor kucing di dalam kurungan didapati melakukan perbuatan itu  sehingga menyebabkan kematian haiwan tersebut yang bangkainya ditemukan di sebuah unit kondominium yang disewanya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, antara 14 Jun dan 3 Julai tahun lalu.", "Dia didakwa mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM25,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.", "Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan dengan alasan dia masih bujang dan berpendapatan RM1,500 sebulan.", "Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar, memohon hukuman berbentuk pemenjaraan kerana perbuatan tertuduh tidak menyediakan makanan dan minuman menyebabkan kucing-kucing itu mati kebuluran.", "“Tertuduh pulang ke Sarawak pada Jun tahun lepas dan selama sebulan, kucing-kucing itu tidak diberikan makanan dan minuman sehingga menyebabkan mati kebuluran. Dia sepatutnya menyediakan makanan yang mencukupi sebelum pergi ke Sarawak.", "“Tertuduh juga tidak mengambil langkah proaktif untuk menanam bangkai-bangkai kucing itu malah membiarkan bangkai itu di rumah berkenaan sehingga menyebabkan masalah bau yang busuk. Kes ini telah mendapat perhatian masyarakat terutamanya pencinta kucing,” katanya.", "Mengikut fakta kes, pada 11 Mac lepas, pengadu iaitu pemilik rumah yang didiami tertuduh telah menerima aduan daripada penduduk bahawa rumahnya yang disewakan kepada tertuduh berbau busuk seperti bau bangkai haiwan.", "Susulan aduan itu, pemilik rumah berkenaan telah pergi ke rumahnya dan mendapati ada beberapa bangkai kucing dalam sangkar yang diletakkan di luar pintu rumah berkenaan.", "Pengadu menasihati tertuduh untuk membuang sangkar itu supaya tidak ada lagi aduan daripada penghuni kondominium itu.", "Dua hari kemudian, pengadu pergi ke rumah berkenaan untuk meminta wang sewa yang tertunggak selama sebulan, namun pintu rumah tidak berkunci dan  tertuduh sedang tidur di dalam biliknya.", "Pengadu bersama pengawal keselamatan kemudian memeriksa rumah sebelum mendapati ada bangkai dipercayai kucing dan bau busuk di bahagian dapur berpunca daripada daging kisar dalam baldi. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2018/03/29/anggota-tentera-tipu-elaun-dipenjara-30-bulan-sebatan/
Anggota tentera tipu elaun dipenjara 30 bulan, sebatan
[ "KUALA LUMPUR – Seorang anggota tentera berpangkat Koperal yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihukum penjara 30 bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh bagi setiap 79 pertuduhan menyalahgunakan wang keseluruhan berjumlah RM50,238.10 berhubung pembayaran elaun anggota tentera di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kem Sungai Udang, Melaka, hari ini.", "Hakim Datuk Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu terhadap Musa Md. Dawi, 28, setelah dia mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan itu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.", "Hukuman itu dilaksanakan serentak mulai hari ini.", "Mengikut pertuduhan, pada April hingga Julai 2016, tertuduh yang bertugas sebagai kerani gaji di Bahagian Sel Belanjawan PULPAK dengan curangnya telah menyalahgunakan harta bukan miliknya iaitu elaun perjalanan dan elaun cuti tahun PULPAK dengan nilai keseluruhannya RM50,238.10 apabila tertuduh mencipta 43 baucar bayaran bagi 79 penama yang kononnya anggota yang bertugas di PULPAK.", "Bagaimanapun, hasil semakan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen, Markas Angkatan Tentera Malaysia terhadap 79 penama di dalam 43 baucar bayaran yang dicipta oleh tertuduh, didapati bahawa 58 penama adalah tidak wujud, tiga penama berpencen dan 18 penama yang wujud telah menafikan membuat tuntutan elaun tersebut.", "Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Irwan Shah Abdul Samat. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/05/22/600-bakal-jemaah-haji-johor-terima-vaksin-dos-pertama/
600 bakal jemaah haji Johor terima vaksin dos pertama
[ "JOHOR BAHRU- Kira – kira 600 bakal jemaah haji di negeri ini menerima vaksin dos pertama di Dewan Muafakat Bandar Dato Onn, Johor Bahru, sejak awal pagi tadi.", "Kesemua mereka menerima vaksin Pfizer-BioTech selaras dengan pengiktirafan ditetapkan kerajaan Arab Saudi terhadap jemaah–jemaah haji.", "Tinjauan MalaysiaGazette mendapati Dewan Muafakat Bandar Dato Onn mula dipenuhi bakal jemaah haji yang telah menunggu seawal pukul 7 pagi bagi mendapatkan vaksin berkenaan.", "Pengambilan vaksin dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan, selain mendapati had kemasukan di dalam dewan antara 200 hingga 300 penerima dalam satu-satu masa.", "Sementara itu, salah seorang menerima vaksin, Mohamad Ardani Senawi berkata, beliau bersama isteri Rokiah Tokimon, masing-masing berusia 58 tahun, hadir ke dewan berkenaan kira-kira jam 7 pagi lagi bagi mendapatkan giliran awal.", "Jelasnya, walaupun kediaman mereka hanya mengambil masa kurang daripada 20 minit, kedua-dua pasangan berkenaan mengambil pendekatan datang awal untuk mengelakkan kesesakan.", "“Saya bersama orang rumah awal pagi sudah keluar rumah, sebab kami rasa lebih mudah datang awal tak perlu terlalu lama menunggu.", "“Alhamdulilallah, dalam pukul 7 kami beratur, dalam pukul 9 macam itu semua sudah selesai,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.", "Ardani menyifatkan pemberian vaksin kepada bakal jemaahhHaji memudahkan mereka untuk membuat persediaan awal.", "Selain itu ia memberi keyakinan kepada bakal jemaah untuk melakukan ibadah dengan rasa selamat dan yakin, ujarnya.", "“Syukur hari ini dapat dos pertama kerana jika diikutkan dalam 14 hari kita akan dapat vaksin kedua.", "“Jadi ini semua mudahkan kami dan apa yang penting semua jemaah termasuk saya dapat melakukan ibadah dengan selamat ,pergi dan pulang juga selamat. Insyallah,” katanya.", "Dalam pada itu, isterinya, Rokiah Tukimon yang melahirkan perasaan gembira kerana berpeluang menunaikan ibadah haji tahun ini berpendapat, orang ramai tidak perlu takut dengan suntikan vaksin Covid-19 memandangkan ia antara inisiatif kerajaan dalam mengurangkan penularan wabak berkenaan.", "“Alhamdulillah walaupun makcik sudah berusia tetapi makcik nasihatkan semua orang jangan ada perasaan curiga terhadap suntikan ini.", "“Perasaan takut memang ada, sakit pun sedikit tetapi untuk kebaikan kenapa tidak, Alhamdulillah berjalan lancar,” katanya.", "Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberitahu, jemaah Malaysia yang dipilih mengerjakan ibadah haji tahun ini akan diberikan vaksin Pfizer-BioTech dan AstraZaneca seperti yang diiktiraf kerajaan Arab Saudi.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/06/28/tiga-beranak-tanam-ganja-dalam-banglo-dicekup-polis/
Tiga beranak tanam ganja dalam banglo dicekup polis
[ "KAJANG – Tiga beranak warganegara Singapura yang berselindung di sebalik perniagaan minyak wangi dicekup polis selepas didapati menanam pokok ganja di dalam sebuah banglo di Semenyih dan mengedarkannya. ", "Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, bertindak atas maklumat yang diterima, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah menyerbu kediaman tersebut kira-kira pukul 10 malam pada Jumaat lalu. ", "Dalam serbuan itu, polis berjaya merampas lapan batang pokok ganja yang ditanam di dalam beg, 23 botol kaca lutsinar mengandungi daun kering disyaki ganja dianggarkan seberat 398 gram bernilai RM19,900, empat alat pengawal suhu, empat lampu haba, dua lampu ultra ungu, empat buah kipas, dua penapis udara, dua tabung oksigen serta dua ‘aircooler’. ", "“Hasil siasatan yang dijalankan, suspek didapati membeli biji benih ganja dari sebuah laman web yang beroperasi di Amerika Syarikat dengan membuat bayaran secara atas talian menggunakan kad kredit. ", "“Kita percaya sindiket ini telah beroperasi kira-kira empat bulan sejak Februari lalu dan dadah yang dirampas ini adalah untuk pasaran antarabangsa terutamanya negara-negara Asia,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.", "", "Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan menunjukkan pokok ganja yang dirampas pada sidang media kejayaan menumpaskan sindiket menanam pokok ganja dan pengedaran dadah ganja di IPD Kajang. Foto HAFIZ SOHAIMI, 28 JUN 2021.", "Jelas Mohd Zaid, bagi pasaran antarabangsa, jumlah keseluruhan rampasan dadah tersebut dianggarkan bernilai kira-kira RM54,000. ", "Tambah beliau, suspek yang merupakan bapa dan dua anak lelaki berusia lingkungan 25 hingga 58 tahun itu kini ditahan reman selama lima hari sehingga 30 Jun. ", "Mohd Zaid berkata, siasatan lanjut mendapati banglo yang dijadikan tempat mengusahakan tanaman jenis ganja itu disewa pada harga RM2,000 sebulan. ", "“Mereka ini bekerja sebagai peniaga minyak wangi dan kesemuanya mempunyai dokumen perjalanan namun kita sedang periksa ketulenan dokumen itu dengan Jabatan Imigresen Malaysia. ", "“Semakan mendapati ketiga-tiga individu terbabit tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau,” ujarnya.", "Katanya, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan hanya seorang suspek didapati positif dadah Tetrahydrocannabinol (THC). ", "Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata, pihaknya turut menyita sebuah kenderaan jenis Ford Ranger yang dianggarkan bernilai RM30,000. ", "Kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952. – MalaysiaGazette " ]
https://malaysiagazette.com/2020/03/03/kerajaan-perikatan-nasional-kerajaan-interim/
Kerajaan Perikatan Nasional kerajaan interim?
[ "ANTARA sebab Kerajaan Pakatan Harapan tumbang adalah kerana Perdana Menteri tidak ada kuasa menentukan anggota Kabinet, mesti ikut pilihan parti-parti yang membentuk Pakatan Harapan.", "Jika pendekatan yang sama juga menjadi amalan ‘Perikatan Nasional’, maka boleh diramalkan kerajaan baharu ini akan jadi kerajaan yang lebih pendek tempohnya daripada Pakatan Harapan.", "Semalam dalam perutusan pertama kepada negara, Perdana Menteri ada menyebut, “Saya juga sedar bahawa apa yang rakyat mahu ialah sebuah kerajaan yang bersih, berintegriti dan bebas rasuah. Buat permulaan ini, saya berjanji akan melantik anggota jemaah menteri dari kalangan individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber.”", "Pernyataan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ini diterima baik oleh majoriti rakyat, tetapi tidak oleh sebahagian ahli dan pemimpin parti-parti yang memberi sokongan kepada Muhyiddin sehingga boleh menjadi Perdana Menteri. Mereka berharap akan dapat kedudukan dan jawatan walaupun tidak menepati ciri-ciri yang disebut oleh Muhyiddin semalam.", "Ini adalah satu petanda yang tidak bagus bagi Perikatan Nasional.", "Kerajaan Perikatan Nasional tidak akan mampu bertahan lama jika masih ada pemimpin yang menaruh harapan tinggi untuk dipilih sebagai anggota pentadbiran kerajaan (Menteri Kabinet) kerana merasakan mereka adalah ‘hero-hero’ yang membawa kepada berlakunya perubahan kerajaan.", "Perikatan Nasional tidak ada banyak masa untuk memulihkan kepercayaan dan sokongan rakyat. Maksimum tiga tahun saja, itu pun jika Perikatan Nasional tidak terburai sebelum itu.", "Apakah pemimpin-pemimpin parti politik yang terlibat dalam pembentukan kerajaan baharu Perikatan Nasional menganggap kerajaan baharu ini hanya satu Kerajaan Interim sebelum PRU ke 15?", "Perikatan Nasional bukan satu perikatan politik jangka panjang hingga melepasi Pilihanraya Umum ke-15?", "Jika itu pendirian mereka, kenapa bersusah payah tubuh kerajaan baharu ini?", "— AZIZI Safar, pemerhati politik" ]
https://malaysiagazette.com/2022/06/19/garaj-dijadikan-bengkel-tujuh-kenderaan-terbakar/
Garaj dijadikan bengkel, tujuh kenderaan terbakar
[ "MELAKA – Empat buah kenderaan musnah manakala tiga lagi rosak dalam kebakaran di sebuah garaj yang dijadikan bengkel kenderaan di Pulau Gadong, di sini, tengah hari tadi.", "Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan II Ismail Harun berkata, kejadian kira-kira jam 12.20 tengah hari itu mengakibatkan tiga buah kereta, sebuah motosikal dan tiga basikal kanak-kanak hangus manakala tiga kereta rosak akibat terkena bahang api yang marak.", "Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 12.25 tengah hari sebelum empat buah jentera dari BBP Melaka Tengah, BBP Cheng dan BBP Tangga Batu dikejarkan ke lokasi dengan kekuatan 21 anggota.", "“Sebaik tiba di Blok A, Rumah Awam Jalan Pulau Gadong, didapati kebakaran kereta di dalam garaj terbuka berkeluasan 40×40 kaki persegi yang dijadikan tempat membaiki kenderaan.", "“Akibatnya, tiga buah kereta jenis Proton Wira, Toyota Estima dan Perodua Myvi serta sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda dan tiga buah basikal kanak-kanak musnah 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.", "Tambahnya, tiga buah kenderaan lain yang diletakkan berhampiran garaj iaitu sebuah Proton Wira, Proton Persona dan Honda Civic turut mengalami kerosakan lima peratus akibat terkena bahang api.", "“Semua pemilik kenderaan terlibat telah dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pemilik bengkel dan operasi memadam kebakaran tamat pada jam 2.45 petang.", "“Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2023/04/05/dividen-sspn-3-05-peratus-beri-manfaat-5-73-juta-pendeposit/
Dividen Simpan SSPN 3.05 peratus, beri manfaat 5.73 juta pendeposit
[ "PUTRAJAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan agihan dividen sebanyak 3.05 peratus bagi tahun berakhir 2022 kepada pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).", "Ia akan memberi manfaat kepada 5.73 juta pendeposit akaun Simpan SSPN melibatkan anggaran peruntukan berjumlah RM266.17 juta.", "Pengumuman dibuat Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di kementeriannya di sini hari ini.", "Dalam ucapannya, Mohamed Khaled berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan agihan dividen adalah RM1.33 bilion sejak Simpan SSPN diperkenalkan pada tahun 2004.", "“Pemberian dividen 3.05 peratus ini bukan sahaja lebih tinggi berbanding agihan dividen sebanyak 3.00 peratus pada tahun 2021.", "“Malah, ia merupakan kadar dividen yang kompetitif kerana lebih tinggi berbanding kadar keuntungan simpanan di akaun semasa dan simpanan tetap di sesetengah bank yang menawarkan kadar faedah keuntungan antara hanya 2.05 peratus sehingga 2.75 peratus.", "“Sambutan menggalakkan masyarakat ke atas Simpan SSPN bukanlah sesuatu yang mengejutkan…ini kerana, simpanan ini disokong dengan pelbagai keistimewaan dan manfaat,” katanya.", "Menurut Mohamed Khaled lagi, PTPTN sentiasa mencari langkah dan strategi terbaik untuk para pendeposit.", "Ujarnya, sebagai hadiah istimewa kepada para pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat penabungan dalam jangka masa panjang, PTPTN akan memberikan insentif khas sebagai ganjaran tambahan selain dividen tahunan.", "Katanya, ganjaran kesetiaan sebanyak satu peratus akan diteruskan pada tahun ini dan ia akan dinikmati oleh pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan minimum RM500 dalam tempoh promosi bermula 5 April hingga 31 Julai ini.", "“Insentif ini layak disertai oleh pendeposit yang membuka akaun Simpan SSPN Prime pada tahun 2004 sehingga 31 Disember 2019.", "“Dengan pemberian 3.05 peratus dividen dan satu peratus ganjaran kesetiaan, saya harap kedua-dua insentif ini akan terus memberi galakan dan meningkatkan keyakinan pendeposit Simpan SSPN,” tambahnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/08/23/shafee-tak-perlu-datang-esok-jika-hujah-boleh-selesai-hari-ini-tun-maimun/
Shafee tak perlu datang esok jika hujah boleh selesai hari ini – Tun Maimun
[ "PUTRAJAYA – Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan prosiding rayuan akhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berterusan menegaskan tidak akan ada penangguhan kes hari ini. ", "Ia ekoran permohonan oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang kembali untuk menjadi sebahagian daripada pasukan pembelaan Najib pagi ini. ", "Kata Muhammad Shafee, beliau agak sibuk hari ini dengan urusan berkaitan sebuah simposium dan akan hadir esok untuk berhujah untuk anak guamnya bagi membuat permohonan menggugurkan Tun Maimun daripada terus mendengar rayuan akhir itu.", "Bagaimanapun dengan nada tegas, Tun Maimun membuat ketetapan hujahan bermula hari ini dan tidak akan ada apa-apa penangguhan. ", "“Jika hujah telah selesai hari ini, mengapa pula anda datang esok pagi?” soalnya selepas Muhammad Shafee berkata, beliau datang hari ini untuk memberitahu mahkamah yang dirinya bersedia  untuk membuat hujahan esok.", "“Jadi anda hanya hadir untuk minta penangguhan? Tidak perlu tangguh apa-apa. Saya minta Haji Hisyam untuk terus berhujah, tiada penangguhan,” tegasnya.", "Tidak berputus asa, Muhammad Shafee bertanya sama ada beliau boleh datang esok untuk menyambung hujah membela Najib dan Tengku Maimun berkata; “Itu terpulang kepada kamu tetapi semua akan selesai hari ini. Tidak ada sebab untuk Muhammad Shafee hadir esok malah sudah tidak ada keperluan untuk sesiapapun hadir prosiding esok.” ", "Prosiding bersambung ketika ini. ", "Terdahulu mahkamah ditangguhkan selepas Najib membuat permohonan supaya Tun Maimun menarik diri daripada terus mendengar kes rayuannya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/08/31/negara-belum-merdeka-selagi-covid-19-masih-menular-amirudin/
Negara belum ‘merdeka’ selagi Covid-19 masih menular – Amirudin
[ "KUALA LUMPUR – Penularan Covid-19 yang mendesak memerlukan semua orang mengadaptasi sepenuhnya cara dan gerak kehidupan masing-masing.", "Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, negara tidak boleh melaungkan kata-kata ‘Merdeka!’ selagi terdapat kes jangkitan yang masih menular di negara ini mahupun negara lain.", "Bagaimanapun beliau berkata, perbezaan sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 berbanding tahun lepas adalah sejumlah besar penduduk negara ini telah menerima vaksin.", "“Ulang tahun kemerdekaan kali ini seakan-akan ‘dejavu’ tahun lalu, apabila kita mengharungi dan menghadapi cabaran virus yang meragut lebih 14,000 nyawa dan menjangkiti sekurang-kurangnya 1,593,602 individu.", "“Perbezaannya kali ini, sejumlah besar penduduk negara telah menerima vaksin termasuk sekurang-kurangnya 3,312,825 ataupun 69.75 peratus daripada populasi dewasa yang mendaftar untuk menerima vaksin,” katanya dalam perutusan khas sempena Hari Kemerdekaan ke-64.", "Beliau berkata, rakyat menyambut Hari Kebangsaan tahun ini dalam suasana krisis kesihatan dan politik berpanjangan yang belum pernah dialami sebelum ini.", "“Pengalaman lampau ketika melalui liku-liku cabaran penjajahan hinggalah proses pengisian kemerdekaan seharusnya mengajar kita untuk terus cekal dan berfikiran positif.", "“Selepas berlakunya sejarah hitam 13 Mei 1969, Tun Abdul Razak pada waktu itu mempengerusikan Majlis Perundingan Negara mengetengahkan idea dan prinsip Rukun Negara sebagai usaha mengemudi negara ke arah identiti kebangsaan,” ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/02/18/semua-mayat-rempuhan-kereta-di-johor-bahru-sudah-dituntut/
Semua mayat rempuhan kereta di Johor Bahru sudah dituntut
[ "JOHOR BAHRU – Kesemua lapan mangsa yang terkorban dalam nahas rempuhan kereta di negeri itu sudah dituntut oleh waris masing-masing.", "Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata, semua proses mengenai tuntutan jenazah selesai jam 3.50 petang tadi.", "“Dua orang mangsa yang kritikal berada di ICU iaitu Mohamed Shamizal Iqmal Abdullah, 16 tahun dan Muhd Nazri Mahmudi 13 tahun kini sedang dirawat dan dipantau oleh pakar HSAJB,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Kesemua mangsa yang meninggal dunia ialah Mohd Azhar Amir 16 tahun, Muhammad Firdaus Danish Mohd Azahar 16 tahun, Haizad Kasrin 16 tahun, Muhammad Shahrul Nizam Maruddin 14 tahun, Mohamad Azrie Danish Zulkefli 14 tahun, Muhamad Shahrul Izzuwan Azzuraimee 14 tahun, dan Muhammad Harith Iskandar Abdullah, Fauzan Halmijah masing-masing 13 tahun.", "Dalam kejadian malang itu, lapan maut manakala empat parah apabila basikal dinaiki mereka dirempuh kereta di Jalan Lingkaran Dalam arah Dataran Bandaraya, awal pagi tadi.", "Difahamkan, kejadian itu berlaku ke atas sekumpulan 16 penunggang basikal pada 3.30 pagi.", "Berdasarkan maklumat sumber, dua yang parah dan masih dirawat dikenal pasti sebagai Muhammad Fitri Muhammad Fatoni, 17 dan Muhammad Nazri Mahmudi, 14, manakala seorang lagi belum dikenalpasti identitinya.", "Tiga lagi mangsa mengalami kecederaan patah kaki dan kepala ialah Muhamad Farhan Che Mat, 16; Mohd Abdul Samad Abdul Kadir, 16 dan Muhammad Arif Salman, 15. -MalaysiaGazette." ]
https://malaysiagazette.com/2018/11/09/kalau-nak-ambil-tindakan-saya-tidak-kisah-latheefa-koya-2/
“Saya tidak akan minta maaf dan siapa Shatiri ni” – Latheefa Koya
[ "KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, Latheefa Koya tidak akan membuat permohonan maaf terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Shatiri Mansor.", "Beliau yang dihubungi MalaysiaGazette dalam masa yang sama menegaskan kesediaan  menghadapi mana-mana individu jika mereka mahu mengambil tindakan mahkamah terhadapnya.", "“Pada saya, saya punya Facebook jelas apa yang saya sebut. Pada posting itu jelas, siapa nak buat andaian terpulang, kalau nak ambil tindakan saya tidak kisah,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut.", "Beliau selain itu berkata tidak mengenali Shatiri.", "“Siapa dia ini? Saya tidak kenal dia ni Shatiri yang mana,” katanya.", "Shatiri hari ini dalam sidang medianya menuntut Latheefa membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam atau berhadapan dengan tindakan saman atas postingnya di Facebook pada 16 Oktober yang lalu berhubung kupon makanan yang diedarkan semasa program sembang santai.", "Latheefa ketika melampirkan gambar kupon yang tertera ‘Team Rafizi / Shatiri menggunakan ayat :”kalau nak dapatkan kupon – kena undi aku dulu #akusucidalamdebu”.", "Shatiri berkata, kupon tersebut tidak digunakan untuk meraih undi, sebaliknya diedarkan kepada jentera dan urusetia program pada waktu itu.", "Selain permohonan maaf, Latheefa yang dianggap memfitnahnya dalam masa yang sama dituntut untuk memadam postingnya dan memberi jaminan tidak akan membuat ulasan berkenaan perkara itu kelak. -MalaysiaGazette", "Latheefa Koya digesa minta maaf atau berhadapan saman" ]
https://malaysiagazette.com/2020/03/08/enam-tahun-berlalu-kehilangan-mh370-kekal-misteri/
Enam tahun berlalu, kehilangan MH370 kekal misteri
[ "KUALA LUMPUR – Hari ini, 8 Mac, genap enam tahun pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China. Walaupun lama telah berlalu, dunia masih buntu tentang apa yang sebenarnya berlaku terhadap pesawat itu.", "Keluarga 239 penumpang dan anak kapal pesawat Boeing 777 itu masih menanti pengakhiran episod tragis itu.", "Malah penemuan beberapa serpihan daripada sayap dan fiuselaj pesawat di Lautan Hindi, berhampiran perairan pantai barat daya Afrika, menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai bagaimana pesawat berkenaan boleh menyimpang jauh dari laluan asalnya.", "Bagi mereka yang kehilangan orang tersayang yang berada di dalam pesawat itu, enam tahun merupakan tempoh penantian yang menyeksakan bagi mendapatkan jawapan dan setiap kali ulang tahun kehilangan pesawat itu, keluarga dan sahabat akan mengenang nasib mereka yang hilang itu.", "Pencarian secara meluas oleh pelbagai negara dijalankan sejurus selepas pesawat hilang dan pencarian khusus kemudiannya menggunakan peralatan laut dalam yang canggih selama berbulan-bulan juga gagal untuk menemui bukti yang mencukupi untuk merungkai teka-teki.", "Bagaimanapun, terdapat ura-ura pada awal tahun ini, usaha pencarian yang dihentikan itu akan disambung semula beberapa bulan lagi.", "Mengulas mengenai perkembangan terkini itu, pakar penerbangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata sebarang penyambungan semula pencarian perlu berdasarkan kepada petunjuk baharu yang boleh dipercayai, yang kini belum wujud.", "“Kita perlu merancang pencarian bukannya memperkatakan (mengenai sentimen) dan terlibat dalam kerja sia-sia. Kita tidak boleh memberi harapan palsu yang boleh mendatangkan lebih banyak rasa tidak puas hati kepada waris,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.", "Setiap tahun, ada sahaja teori baharu muncul mengenai MH370 dan akan dipatahkan oleh pihak berkuasa, sama ada daripada Malaysia, China atau Australia, pihak yang terlibat dalam usaha mencari pesawat yang hilang itu.", "Sehingga kini, Kementerian Pengangkutan Malaysia juga belum membuat sebarang keputusan untuk memulakan kembali pencarian memandangkan tiada petunjuk baharu. Kementerian juga perlu berunding dengan China dan Australia sekiranya keputusan dibuat untuk melancarkan semula pencarian.", "Penyiasat penerbangan, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata, Kementerian Pengangkutan tepat dalam keputusan tidak menjalankan pencarian tanpa bukti baharu.", "Abdul Rahmat Omar, bekas pegawai penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia, mencadangkan dalam keadaan semasa, mungkin Kementerian Luar boleh bekerjasama dengan rakan-rakannya di Madagascar, La Reunion dan negara-negara barat daya Afrika.", "“Kerajaan negara-negara yang terlibat boleh diminta untuk mengeluarkan notis memberitahu pihak berkuasa tempatan masing-masing di kawasan pantai sekiranya mereka menjumpai sebarang benda yang mungkin dikaitkan dengan pesawat malang itu.", "“Ini mungkin membantu mengecilkan kawasan lokasi terakhir pesawat,” katanya.", "Sementara itu, Geostrategis Azmi Hassan berkata, sebarang usaha pencarian akan melibatkan kos tinggi dan dengan itu perlu ada bukti baharu yang cukup kuat untuk membolehkan pencarian semula dilakukan.", "“Bukti baharu yang diuar-uarkan baru-baru ini sebenarnya banyak berlandaskan model arus laut berbeza yang juga digunakan sebelum ini,” katanya.", "Ringkasnya, tanpa sebarang bukti baharu, misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia ini akan kekal tidak terungkai. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/06/20/kadar-sewa-naik-sehingga-rm900-bebankan-peniaga-astaka/
Kadar sewa naik sehingga RM900 bebankan peniaga astaka
[ "GEORGE TOWN – Kira-kira 33 peniaga Astaka Mutiara Selera di Tanjung Bungah di sini mendesak campur tangan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berhubung kadar sewa baharu yang didakwa naik sehingga 2,500 peratus.", "Rata-rata mereka menyifatkan kadar sewa baharu berjumlah RM900 sebulan bukan sahaja membebankan malah bakal mengakibatkan mereka gulung tikar.", "Menurut peniaga makanan laut dan ikan bakar, Daniel Chow, 42, kadar sewaan baharu itu tidak masuk akal bagi mereka yang berniaga secara kecil-kecilan.", "“Hampir 23 tahun saya berniaga di astaka itu dengan kadar sewa RM36 sebulan dan kita faham mungkin kadar itu agak rendah tapi kami tak sangka kenaikan ia sampai RM900.", "“Rata-rata peniaga ingat kadar sewa antara RM300 hingga RM350 sebulan selepas syarikat yang dilantik Chief Minister Incoperated (CMI) mengambilalih astaka daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang susulan kebakaran pada 2020,” katanya ketika ditemui di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar)  hari ini.", "Terdahulu, kira-kira 33 peniaga astaka terbabit berkumpul di Komtar bagi mengemukakan bantahan kenaikan kadar sewa baharu itu.", "Memorandum tersebut diserah kepada Pegawai Penyelaras Khas Kepada Ketua Menteri Zahar Zainol.", "Memorandum terbabit mengandungi gesaan supaya CMI menarik balik kenyataan kenaikan sewa yang tidak masuk akal selain mendesak supaya astaka berkenaan diambil alih semula oleh MBPP.", "Menurut peniaga capati, S. Sundra, 43, sudah hampir tiga tahun dia hilang pendapatan disebabkan astaka itu dalam pembinaan semula akibat kebakaran.", "Jelasnya, dia dan isteri yang mengharapkan pendapatan daripada hasil niaga itu tidak sangka penantian mereka dirumitkan lagi dengan kadar sewa lebih tinggi.", "“Saya perlu bayar sewa RM900, kos bahan untuk menyediakan capati jadi berapa saya nak jual kepada pelanggan? Kalau jual mahal pelanggan tak akan beli dan lama-lama saya kena gulung tikar,” katanya.", "Sementara itu, Maryani Mat Yunus, 61, berkata, pada perbincangan baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Zairil Khir Johari berjanji bayaran sewaan baharu yang dikenakan adalah pada kadar rendah iaitu tidak melebihi RM350 sebulan.", "“Kami difahamkan, jika kami bersetuju dengan kadar sewaan baharu itu, peniaga boleh berpindah masuk dan mula berniaga pada 1 Julai depan. ", "“Pada masa ini, kami berada dalam keadaan buntu dan berharap ada jalan penyelesaian segera,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/08/29/ketua-amk-pandan-juga-bantai-rafizi-sebagai-tidak-berdisiplin/
Ketua AMK Pandan juga bantai Rafizi sebagai tidak berdisiplin
[ "KUALA LUMPUR – Serangan terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak terhenti, terbaharu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pandan, Mizan Adli Mohd Noor juga mendedahkan Ahli Parlimen Pandan itu sebagai tidak berdisiplin kerana tindakannya yang dilihat memecah belahkan parti tersebut.", "Mizan Adli yang juga Ketua Penerangan AMK Selangor menyifatkan tindakan Rafizi yang mengusulkan cadangan supaya satu Kongres Khas diadakan baru-baru ini sebagai tidak bertanggungjawab dan bertujuan menghancurkan parti pembangkang itu.", "“Kegagalan Rafizi hadir dalam mesyuarat-mesyuarat penting parti seperti Biro Politik adalah amat tidak bertanggungjawab, tidak berdisiplin dan memperlihatkan kerendahan wibawa Rafizi sebagai kepimpinan tertinggi parti,” katanya dalam satu kenyataan media.", "Beliau berkata, ini bukan kali pertama Rafizi membuat tindakan memecah belah parti, malah sebelum ini parti juga berdepan kemelut akibat rancangannya yang separuh masak seperti yang berlaku dalam Langkah Kajang dan menubuhkan NGO sendiri sehingga menyebabkan perpaduan parti itu tergugat.", "“Sebelum ini, beberapa tindak tanduk beliau seperti mengusulkan Langkah Kajang yang separuh masak dan menubuhkan INVOKE telah terbukti merosakkan dan memecah belahkan perpaduan anggota parti.", "“Sebagai bekas Setiausaha Agong PKR, Rafizi perlu sedar bahawa struktur dan organisasi parti wajib dipelihara dan dipertahankan. Tindakan beliau sama sekali bertentangan dengan disiplin dan etika organisasi parti,” ujarnya lagi.", "Tegasnya, kenyataan Rafizi yang mahukan Kongres Khas diadakan itu boleh dianggap sebagai satu lagi langkah untuk mensabotaj parti sendiri.", "“Justeru, kenyataan beliau semalam tanpa dibawa dalam perbincangan rasmi parti sama ada Mesyuarat MPP atau Mesyuarat Biro Politik boleh diumpamakan seperti agen perosak yang bertujuan untuk mensabotaj parti, sekali gus menjejaskan persediaan parti menjelang PRU-14,” ujarnya.", "Terdahulu, Rafizi mendakwa ketika ini wujud dua kumpulan saling bertentangan dalam parti itu dan masing-masing membawa pendapat berbeza mengenai cara bagaimana Pas perlu ditangani.", "Katanya, kewujudan dua kumpulan berbeza pendapat itu mengelirukan akar umbi kerana ada antara mereka turut memegang jawatan kanan Pakatan Harapan.", "Keadaan itu, kata Rafizi, sudah berlaku sejak pertengahan tahun 2015 dan dikhuatiri akan memberi kesan kepada persedian gabungan berkenaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/05/03/472-kawasan-lembah-kelang-alami-gangguan-air-3-petang-ini/
472 kawasan Lembah Kelang alami gangguan air 3 petang ini
[ "KUALA LUMPUR – Sebanyak 472 kawasan di Lembah Kelang akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula pukul 3 petang hari ini.", "Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan berkata, gangguan tersebut berlaku disebabkan insiden pencemaran yang telah dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.", "Katanya, pencemaran itu menyebabkan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihentikan sementara pada pukul 6.15 pagi dan LRA Bukit Tampoi pada pukul 11.30 pagi.", "Wilayah yang mengalami gangguan adalah Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (196 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (27 kawasan).", "“Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal.", "“Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.", "“Para pengguna dikawasan terjejas dinasihatkan untuk menyimpan air secukupnya sehingga bekalan air dapat disalurkan,” katanya.", "Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.", "Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter.", "Mereka juga boleh menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.", "Air Selangor menggalakkan para pengguna untuk mengajukan sebarang pertanyaan atau aduan menerusi saluran komunikasi tanpa suara di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.-MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2020/07/17/39-kawasan-masih-belum-dapat-bekalan-air/
39 kawasan masih belum dapat bekalan air
[ "KUALA LIMPUR – Sebanyak 251 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air susulan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Selangor telah pulih sepenuhnya setakat jam 10 malam tadi.", "Hanya 39 kawasan yang dalam proses pemulihan membabitkan kawasan Klang dan Shah Alam.", "Air Selangor berkata, secara keseluruhan 87% daripada kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air yang berjadual ini telah pulih sepenuhnya.", "”Usaha menstabilkan sistem agihan bekalan air sedang giat dilaksanakan untuk mempercepatkan proses pemulihan bekalan air ke kawasan yang masih terjejas.", "”Oleh itu, Air Selangor memohon kerjasama para pelanggan yang telah menerima bekalan agar menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/12/01/artikel-memfitnah-mat-sabu-saman-harakah/
Artikel memfitnah: Mat Sabu saman Harakah
[ "KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu memfailkan saman terhadap seorang kolumnis dan ketua pengarang Harakah serta satu pihak lagi berhubung dakwaan menerbitkan artikel berunsur fitnah di laman sesawang Harakahdaily, September lepas.", "Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Amin Amirul & Partners pada 28 Okt lepas di Mahkamah Tinggi di sini, dengan menamakan kolumnis Roslan Shahir Mohd Shahir, Ketua Pengarang Wan Nordin Wan Yaacob dan penerbit laman sesawang itu yang juga akhbar cetak Harakah, Galeri Media Serbanika Sdn Bhd sebagai defendan pertama hingga ketiga.", "Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Idamasliza Maarof pada 7 Jan depan.", "Dalam penyataan tuntutannya, Mohamad, yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa pada 14 Sept lepas, kesemua defendan telah bersama dan berasingan menjatuhkan maruah, mengaibkan atau memfitnahnya dengan menulis serta menerbitkan kata-kata fitnah terhadapnya di laman sesawang Harakahdaily menerusi artikel bertajuk “Husam: PAN Parti Diktator”.", "Ahli Parlimen Kota Raja itu mendakwa kata-kata fitnah tersebut antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang diktator, menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya sebagai seorang presiden parti selain mendakwa plaintif seorang presiden yang hanya mengikut arahan dan telunjuk parti DAP.", "Plaintif mendakwa kata-kata fitnah yang ditulis oleh defendan pertama (Roslan Shahir) menjadi sumber kepada defendan kedua (Wan Nordin) untuk melaporkan dan membenarkan artikel berkenaan diterbitkan di laman sesawang Harakahdaily.", "Mohamad mendakwa kata-kata fitnah itu hanya tuduhan melulu yang berniat jahat (eng: mala fide) terhadapnya bertujuan untuk menjatuhkan dan merendahkan maruah serta kredibiliti plaintif yang mempunyai imej, reputasi dan integriti yang baik.", "“Laman sesawang Harakahdaily adalah laman potral media yang cenderung kepada parti PAS iaitu parti yang menjadi salah satu tunjang utama kepada pemerintahan di negara ini. Oleh itu, defendan-defendan mempunyai potensi untuk mendatangkan keuntungan politik kepada PAS sekaligus membawa orang ramai membenci plaintif sebagai seorang pemimpin parti Amanah,” katanya di dalam penyataan tuntutan.", "Plaintif berkata pada 24 Sept lepas, satu notis telah dihantar kepada kesemua defendan supaya menarik balik tuduhan fitnah dan seterusnya meminta maaf kepadanya, namun kesemua defendan gagal berbuat demikian.", "Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan, faedah, satu perintah mengarahkan defendan-defendan memohon maaf dan menarik balik tuduhan fitnah berkenaan serta satu injunksi untuk menahan kesemua defendan atau ejen-ejennya daripada menerbitkan semula kata-kata fitnah serupa atau seakan sama terhadap plaintif secara lisan atau di media cetak.- BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2022/05/28/maloney-umumkan-skuad-akhir-b-23-piala-asia-hari-ini/
Maloney umumkan skuad akhir B-23 Piala Asia hari ini
[ "SHAH ALAM – Senarai akhir 23 pemain skuad Bawah-23 (B-23) Kejohanan Piala Asia di Tashke, Uzbekistan akan diumumkan selepas latihan terakhir mereka, hari ini.", "Jurulatih B-23 Kebangsaan Brad Maloney berkata, walaupun mungkin tidak akan membuat sebarang perubahan kepada senarai akhir, 50 pemain yang kini berada dalam senarai asal masih berpeluang untuk mendapatkan tempat meeka, sebelum pasukan itu berlepas Ahad ini.", "“Saya tidak pernah kata saya tidak akan membuat sebarang perubahan, tetapi pintu sentiasa terbuka untuk pemain yang bagus, jika mereka ada sebelum kami berlepas.", "“Kami mempunyai 50 pemain berdaftar, jadi asasnya mana-mana pemain dalam pendaftaran itu masih di bawah pertimbangan dan kami akan membuat keputusan akhir atas pemain yang ada, selepas sesi latihan esok (hari ini),” katanya pada sesi latihan di pusat Latihan Sime Darby, di sini, semalam.", "Skuad Harimau Muda berhadapan cabaran besar apabila mereka diundi bersama juara bertahan Korea Selatan dalam Kumpulan C.", "Selain Korea Selatan, Malaysia juga berhadapan dengan kuasa rantau ini, Thailand dan naib juara 2018, Vietnam. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2019/12/18/tiga-akaun-bank-peribadi-saya-diuruskan-orang-lain-najib/
Tiga akaun bank peribadi saya diuruskan orang lain – Najib
[ "KUALA LUMPUR – Meskipun memiliki tiga akaun peribadi di Ambank namun Datuk Seri Najib Razak berkata, ia diuruskan oleh orang lain. ", "Justeru, bekas perdana menteri itu berkata, apa juga yang berlaku termasuk transaksi keluar masuk wang daripada mana-mana akaun bank itu bukan di bawah tanggungjawabnya. ", "Beliau berkata demikian semasa ditanya sama ada beliau bertanggungjawab secara peribadi terhadap apa yang berlaku di dalam akaun AmBank berakhir nombor 898, 906 dan 880.", "“Saya telah mewakilkannya kepada orang lain untuk menguruskan akaun itu. Saya tidak boleh dipertanggungjawabkan jika ada masalah,” katanya menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, V. Sithambaram pada perbicaraan hari ini.", "Ketiga-tiga akaun berkenaan memainkan peranan penting dalam kes pendakwaan RM42 juta SRC International terhadap Najib.", "Kesemua akaun ini dipercayai berkait rapat dengan dana SRC International Sdn. Bhd. ", "Mengulas lanjut, Najib berkata, individu yang bertanggungjawab menguruskan semua akaunnya akan menerima isyarat sekiranya wujud transaksi keluar atau masuk wang yang mencurigakan. ", "Pemeriksaan balas kenyataan Najib hari ini dilihat tertumpu kepada peranan  Najib terhadap ketiga-tiga akaun yang dirujuk meskipun ia tidak diuruskan secara langsung oleh bekas Perdana Menteri itu sebaliknya dipertanggungjawabnan kepada bekas CEO SRC, Nik Faisal Ariff Kamil.", "Pada awal perbicaraan Timbalan Pendakwa Raya itu dilihat tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Najib berhubung tandatanhannya pada dokumen berkaitan dengan SRC. ", "Sithambaram berkata, Najib tidak menjawab secara spesifik terhadap soalannya. ", "Najib dalam masa yang sama menepis cadangan Sithambaram bahawa derma daripada keluarga diraja Saudi rekaan semata-mata.", "“Saya menganggap bahawa ada wang dari derma. Saya tidak dimaklumkan sebaliknya. Saya tidak setuju (cadangan bahawa derma itu untuk tutup cerita sebenar),” tambahnya.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/04/04/seronok-bertugas-akan-kekal-lama-di-tempat-kerja/
Seronok bertugas akan kekal lama di tempat kerja
[ "KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir menasihati golongan pekerja di negara ini agar berasa seronok dengan kerja yang mereka buat.", "Perdana Menteri berkata, budaya tersebut akan membolehkan seseorang pekerja itu akan bertahan lama di tempat kerja mereka.", "Pada masa sama jelas beliau, perasaan seronok melakukan kerja juga membuatkan tidak timbul rasa penat dalam diri.", "“Amal sikap rajin dan sayangi kerja kita untuk hasilkan keputusan yang baik.", "“Hari ini ramai pekerja asing yang datang ke negara ini untuk buat kerja yang orang tempatan tidak minat buat.", "“Akhirnya nanti negara kita akan bergantung kepada pekerja asing pada masa akan datang,” katanya.", "Beliau ketika demikian pada sesi soal jawab selepas menyampaikan utama pada Perdana Leadership Foundation CEO Forum 2019 di Berjaya Times Square Hotel di sini hari ini.", "Dr Mahathir menambah, budaya menentukan kejayaan seorang pekerja di sebuah negara.", "Jelas beliau, sesetengah negara budaya kerja yang membawa kejayaan tidak dianugerahkan ganjaran wang.", "Sebaliknya, kata beliau, ganjaran yang diperolehi adalah kepuasan pekerja dapat menyiapkan kerja mereka dengan baik. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/09/26/kanak-kanak-perempuan-dikhuatiri-lemas-terjatuh-dalam-longkang-dibawa-arus-bomba/
Kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas terjatuh dalam longkang dibawa arus – Bomba
[ "SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, di sini  hari ini.", "Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis dalam kenyataan berkata pihaknya menerima maklumat   berhubung kejadian itu daripada pihak polis sekitar 6.18 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian kira-kira 12 minit kemudian.", "“Pencarian sedang giat dijalankan oleh pihak bomba. Kita khuatiri kanak-kanak itu hanyut dibawa arus deras dipercayai menuju ke arah Sri Muda akibat terjatuh ke dalam longkang 4×5 kaki itu (1.2 meter x 1.5 meter) ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Namun katanya tiada individu yang dilaporkan terlibat ataupun tercedera dengan dalam banjir kilat itu dan hujan juga sudah mulai reda.", "“Keadaan air di kawasan itu juga kini juga sudah mulai surut dan terkawal,” katanya.", "— BERNAMA", " ", " " ]
https://malaysiagazette.com/2020/07/28/rombongan-umno-pahang-antara-terawal-tiba-di-mahkamah/
Rombongan UMNO Pahang antara terawal tiba di mahkamah
[ "KUALA LUMPUR – Menjelang keputusan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd hari ini, penyokong mula membanjiri Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur seawal jam 7 pagi tadi.", "Walaupun para penyokong ahli Parlimen Pekan itu hanya dibenarkan berada di luar pagar pekarangan bangunan mahkamah itu, namun pihak polis kelihatan mengambil langkah berjaga-jaga termasuk membuat sekatan jalan di sini.", "Tinjauan MalaysiaGazette seawal jam 6.50 pagi tadi mendapati kehadiran para penyokong Bossku itu boleh dilihat dengan kehadiran lebih 10 buah bas persiaran yang diletakkan di bahu jalan berdekatan Masjid Wilayah Persekutuan tidak jauh dari mahkamah itu.", "Bagaimanapun para penyokong yang memakai baju berwarna merah yang tertera perkataan Bossku hanya berjalan masuk memenuhi kawasan mahkamah itu kira-kira jam 8 pagi tadi.", "Meskipun kedengaran laungan hidup bossku oleh sekumpulan penyokong yang hadir lebih awal, namun keadaan di sini masih terkawal dan tiada insiden tidak diingini berlaku setakat ini.", "Petugas media antara yang terawal hadir di kawasan ini dan MalaysiaGazette dimaklumkan ada yang sudah berada di mahkamah ini kira-kira jam 5 pagi tadi.", "Ketika ini, para penyokong dan petugas media masih lagi menunggu di luar pagar mahkamah susulan pihak keselamatan mengawal ketat pintu masuk utama. – MalaysiaGazette" ]