url
stringlengths
42
231
headline
stringlengths
9
119
content
sequence
https://malaysiagazette.com/2021/06/08/lebih-1300-penduduk-denmark-kena-covid-19-selepas-terima-vaksin-penuh/
Lebih 1,300 penduduk Denmark kena Covid-19 selepas terima vaksin penuh
[ "COPENHAGEN – Seramai 1,334 penduduk Denmark yang sudah menerima vaksin penuh dijangkiti Covid-19.", "Angka itu dikesan antara 27 Disember 2020 hingga 1 Jun 2021, kata sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Statens Serum Institut (SSI).", "Secara keseluruhan, 1,369,059 orang Denmark atau 23.4 peratus daripada populasi telah divaksinasi sepenuhnya.", "Manakala 2,391,327, atau 40.9 peratus penduduk lainnya telah menerima sekurang-kurangnya satu dos, menurut SSI.", "“Ini sama dengan 0.1 peratus yang dijangkiti walaupun ada vaksinasi, yang mana jumlahnya sangat rendah,” kata Camilla Foged, Profesor Vaksin di Jabatan Farmasi di Universiti Copenhagen kepada agensi berita Denmark, Ritzau.", "”Saya rasa ini kerana kita melaksanakan sekatan yang agak ketat, jadi kadar jangkitan agak rendah. Vaksin juga menurunkan angka jangkitan,” katanya.", "Sebanyak 5,801 orang telah disahkan dijangkiti Covid-19 setelah menerima suntikan vaksin pertama dan 3,838 daripada mereka atau 66 peratus, dijangkiti virus itu dalam dua minggu pertama, menurut kajian SSI.", "Angka tersebut menunjukkan bahawa orang ramai masih perlu berhati-hati walaupun selepas suntikan vaksin pertama, kata Foged.", "Denmark telah menggunakan vaksin Covid-19 dari Pfizer / BioNTech dan Moderna. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/07/26/648-guru-melaka-hadapi-masalah-kemurungan-exco/
648 guru Melaka hadapi masalah kemurungan – Exco
[ "MELAKA – Seramai 648 daripada 13,976 guru di Melaka dikenal pasti menghadapi tekanan dan kemurungan sehingga mendorong majoriti mereka bersara lebih awal.", "Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata, dapatan itu diperoleh selepas mereka menjawab saringan Skala Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan (DASS) yang diambil secara sukarela melalui Sistem Pengurusan Perkhidmatan Kaunseling (e2PK) Kementerian Pendidikan.", "Menurutnya, saringan yang dikendalikan Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan negeri itu adalah untuk mengukur tahap tekanan dan kemurungan dalam kalangan guru di negeri ini.", "Katanya, daripada jumlah disaring, 23 atau 3.54  peratus guru berada pada tahap stres dan 28 (4.32%) lagi di tahap kemurungan.", "“Susulan itu, beberapa tindakan diambil untuk memulihkan keadaan itu seperti kaunseling, melaksanakan Program Meningkatkan Kesedaran Kesejahteraan Psikologi Guru #3A (sedar dan peka tindak) kepada semua warga Jabatan Pendidikan negeri.", "“Turut dilaksanakan adalah Program Pemulihan, Pencegahan, Pembangunan dan Intervensi (3PI), antaranya Program Literasi Kewangan, Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Program Pementoran, Program Mutiara (prestasi sederhana dan rendah) dan Intervensi Guru Positif COVID-19,” katanya.", "Dr Muhamad Akmal (BN-Merlimau) berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer (BN-Ayer Limau) pada Persidangan Ketiga, Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Ke-15 di Seri Negeri, di sini, hari ini yang bertanyakan apakah punca kebanyakan guru mengambil tindakan bersara awal di Melaka.", "Terdahulu, ketika menjawab soalan lisan Seah Shoo Chin (DAP-Kesidang) mengenai peruntukan untuk menaik taraf dan pembaikan sekolah, Dr Muhamad Akmal berkata, pembinaan sekolah baharu akan dibina sekiranya sekolah sedia ada sudah mencapai bilangan bilik darjah fizikal berjumlah 36 bagi sekolah rendah dan 42 untuk sekolah menengah.", "“Mengikut rekod, permohonan projek baharu yang akan diangkat dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) adalah Pusat Tingkatan Enam di Bachang, Serkam dan Ayer Limau, diikuti menaik taraf bangunan daif di Sekolah Kebangsaan (SK) Sebatu di Sungai Rambai serta menaik taraf bangunan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) On Lok, Jasin.", "“Turut diberi tumpuan, bangunan tambahan enam bilik darjah dan lain-lain kemudahan di SK Kampung Tengah, pembinaan bangunan baharu 24 bilik darjah dan kemudahan lain di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Berendam, pembinaan bangunan tambahan 12 bilik darjah di SK Telok Berembang, pembinaan padang permainan SK Air Baruk, SK Batu Berendam dan SK Ayer Molek,” katanya. – MalaysiaGazette." ]
https://malaysiagazette.com/2017/12/09/isu-baitulmaqdis-erdogan-hubungi-najib-minta-hadir-mesyuarat-khas/
Isu Baitulmaqdis, Erdogan hubungi Najib minta hadir mesyuarat khas
[ "KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menerima panggilan telefon daripada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menjemput beliau ke mesyuarat khas bagi membincangkan isu pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel kerana kehadiran Malaysia disifatkan sebagai amat penting.", "Sehubungan itu, perdana menteri mengambil keputusan membatalkan pertemuan yang sepatutnya diadakan dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada tarikh sama.", "“Saya akan hadir persidangan khas di Istanbul pada 13 hari bulan ini, tiga hari lalu Presiden Erdogan telefon saya, dia minta saya hadir kerana suara Malaysia penting", "“Kebetulan pada 13 dan 14 ini saya ada annual consultation dengan Perdana Menteri Singapura, saya telefon Perdana Menteri Singapura, saya kata perlu faham ini isu yang memberi kesan kepada kepercayaan saya sebagai muslim dan dan juga semua muslim,” kata beliau semasa berucap di penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC hari ini.", "Para perwakilan kemudian bangkit dari tempat duduk masing-masing dan memberi tepukan pujian kepada Najib dsmbil melaungkan Allahuakbar sebagai tanda sokongan kepada beliau.", "Najib menegaskan, beliau tidak sanggup untuk melihat umat Islam ditekan dan berjanji akan menentang habis-habisan dalam isu melibatkan Baitulmaqdis.", "“Saya tidak redha nasib umat Islam tertekan dalam apa jua apa keadaan takkan lah tanah suci yang ketiga martabatnya dalam Islam tergadai, terhina oleh orang lain.", "“Saya nak beritahu kepada mereka, UMNO dan umat Islam Malaysia akan tentang habis-habisan, sampai bila-bila kita tak akan terima,” katanya lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/02/28/tulisan-suami-ketua-hakim-deklarasi-kebencian-terhadap-najib-shafee/
Tulisan suami Ketua Hakim ‘deklarasi kebencian’ terhadap Najib – Shafee
[ "PUTRAJAYA – Peguam mewakili Datuk Seri Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sekali lagi menegaskan tindakan suami kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang menulis di laman sosialnya sebagai satu ‘deklarasi kebencian’ terhadap bekas perdana menteri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 dahulu.", "Malah ianya bukan seperti didakwa pihak pendakwa yang kononnya kenyataan itu hanyalah pandangan seorang rakyat biasa terhadap kekalahan Najib sebaliknya rasa benci terhadap anak guamnya, tegas Muhammad Shafee. ", "Hujah Muhammad Shafee, suami kepada Tengku Maimun, Zamani Ibrahim yang menulis hantaran itu di Facebook (FB) sebenarnya membuktikan kebencian terbuka lelaki itu terhadap Najib. ", "“Ini adalah public hatred. Beliau juga adalah suami kepada Ketua Hakim Negara. Tulisan beliau telah menyebabkan rasa benci. Anda tidak boleh cakap ianya adalah tulisan empat tahun lepas dan tidak ada kena mengena dengan pendakwaan yang sedang dilakukan ketika ini. ", "“Sepatutnya sebagai Ketua Hakim, beliau sepatutnya tahu tentang hantaran FB dan bertanya kepada peguam anak guam saya adakah beliau harus menarik diri daripada mendengar rayuan akhir Najib tahun lalu.", "“Hantaran FB sudah diketahui oleh umum sejak 2018 sehinggalah tahun 2022,” katanya di hadapan lima panel hakim yang dipengerusikan oleh oleh Datuk Abdul Rahman Sebli.", "Turut bersidang ialah tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan serta Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais.", "Untuk makluman, ketika ini, Muhammad Shafee berhujah menggulung pada prosiding semakan membatalkan keputusan bersalah dan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya dalam kes rasuah membabitkan dana RM42 juta SRC International memasuki hari ke-6 di Mahkamah Persekutuan hari ini. ", "Kata Muhammad Shafee lagi, Tengku Maimun mempunyai konflik kepentingan susulan suaminya membuat hantaran mempunyai sentimen negatif terhadap bekas Presiden UMNO itu di laman sosial beliau empat tahun lepas. ", "Sebelum ini ketika pendakwaan. Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V. Sithambaram berhujah menegaskan, hantaran itu tidak menunjukkan Zamani mempunyai permusuhan peribadi terhadap Najib.", "“Ia adalah komen umum ‘rakyat’ di FB, permohonan supaya Tengku Maimun menarik diri ketika rayuan akhir tahun lalu berikutan dakwaan konflik kepentingan adalah percubaan terdesak di saat akhir untuk mengganggu prosiding rayuan,” dakwa Sithambaram. ", "Dalam prosiding rayuan akhir tahun lalu itu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib supaya Tengku Maimun yang mempengerusikan panel lima hakim menarik diri daripada mendengar rayuan berkenaan.", "Keputusan itu dicapai sebulat suara panel selepas mendapati permohonan terbabit gagal menunjukkan terdapat bahaya yang nyata bahawa ia akan menyebabkan berat sebelah.", "Prosiding bersambung dengan Muhammad Shafee akan menamatkan hujahnya petang ini. – MalaysiaGazette " ]
https://malaysiagazette.com/2020/03/30/upm-tangguh-semua-aktiviti-akademik-kuliah-maya/
UPM tangguh semua aktiviti akademik, kuliah maya
[ "KUALA LUMPUR – Universiti Putra Malaysia (UPM) memutuskan untuk menangguhkan semua aktiviti akademik termasuk kuliah maya sepanjang tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).", "Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. M. Iqbal Saripan berkata, penangguhan itu berkuatkuasa sehingga tamat tempoh PKP 14 April ini.", "“Susulan PKP yang dikuatkuasakan oleh kerajaan dilanjutkan sehingga 14 April ini, semua warga UPM diminta mematuhi peraturan bagi memastikan rantaian penularan wabak Covid-19 di negeri ini dapat diberikan.", "“Sebagaimana dinyatakan dalam surat saya bertarikh 17 Mac 2020, UPM mengambil keputusan untuk menangguhkan semua aktiviti akademik termasuk kuliah maya sepanjang tempoh pkp tersebut,” katanya menerusi ciapan Twitternya hari ini.", "Serentak itu, katanya, Mesyuarat Khas Senat UPM akan diadakan pada 2 April ini bagi membincangkan penangguhan aktiviti akademik. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/04/11/lebih-132000-kanak-kanak-di-malaysia-lengkap-vaksinasi-covid-19/
Lebih 132,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi Covid-19
[ "KUALA LUMPUR – Sejumlah 132,390 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan dos suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.", "Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, seramai 1,365,915 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 38.4 peratus daripada populasi itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.", "Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,860,287 individu atau 91.9 peratus telah lengkap divaksinasi manakala 2,961,642 individu atau 95.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.", "Dalam pada itu, seramai 15,922,033 individu dewasa atau 67.7 peratus telah menerima suntikan dos penggalak, 22,957,184 individu atau 97.6 peratus daripada populasi itu pula lengkap vaksinasi manakala 23,234,427 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.", "Sebanyak 38,820 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,079 dos pertama, 28,469 dos kedua dan 6,272 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,221,371.", "Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak 12 kematian akibat Covid-19 dilaporkan di negara ini semalam dengan Sarawak merekodkan jumlah tertinggi sebanyak lima kes, diikuti Perak dengan dua kes manakala Johor, Kedah, Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan satu kes. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/12/15/belanjawan-2021-lulus-dengan-majoriti-tipis/
Belanjawan 2021 lulus dengan majoriti tipis
[ "KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 akhirnya diluluskan di Dewan Rakyat, hari ini.", "Menurut Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, hanya seorang sahaja Ahli Parlimen yang tidak hadir dan tidak mengundi.", "“Keputusan undian belah bahagian bagi RUU Perbekalan 2021 adalah bersetuju sebanyak 111, tidak bersetuju 108 dan tidak hadir satu,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.", "RUU Belanjawan 2021 diluluskan dengan majoriti tipis tiga Ahli Parlimen setelah perbentangan bacaan kali ketiga.", "RUU ini sudah diluluskan di peringkat dasar pada 26 November lalu menerusi undian suara majoriti, namun melalui laluan sukar di peringkat jawatankuasa walaupun semua 27 kementerian telah diluluskan.", "Daripada 27 kementerian itu, 18 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa dengan undian suara majoriti manakala sembilan kementerian melalui undian belah bahagian.", "Pada 6 November lalu, kerajaan PN memperuntukan sebanyak RM322.5 bilion dalam Belanjawan 2021.", "Daripada jumlah ini, sebanyak RM236.5 bilion akan disalurkan untuk perbelanjaan mengurus (OE) dan RM69 bilion untuk perbelanjaan pembangunan (DE).", "Baki RM17 bilion untuk Kumpulan Wang Covid-19. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/02/04/pemuda-umno-hantar-notis-tuntut-syed-saddiq-mohon-maaf/
Pemuda UMNO hantar notis tuntut Syed Saddiq mohon maaf
[ "KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO memulakan prosedur saman ke atas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung tuduhan terhadap sayap parti itu mencetuskan huru hara dalam satu programnya di Ulu Tiram, Johor Sabtu malam.", "Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, peguamnya Nik Saiful Adli telah menghantar notis tuntutan permohonan maaf atas kenyataan fitnah Ketua Armada PPBM itu, semalam.", "Kata beliau, jika Syed Saddiq gagal menjawab notis itu dalam tempoh tiga hari, maka notis saman pula akan menyusul.", "“Seperti yang dijanjikan, petang tadi Pemuda UMNO Malaysia melalui peguam kami, Nik Saiful Adli  yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia telahpun memulakan prosedur saman ke atas Syed Saddiq.", "“Proses itu dimulakan dengan menghantar notis tuntutan permohonan maaf atas kenyataan fitnah beliau di laman Facebook yang mengaitkan UMNO dengan insiden lari lompat pagar meninggalkan ibu dan penyokongnya di Johor baru-baru ini.", "“Kegagalan kamu wahai Syed Saddiq menjawab notis ini dalam tempoh tiga hari, maka notis saman pula akan menyusul. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya,” katanya dalam kenyataan semalam.", "Berikutan tuduhan menteri itu, Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah telah membuat laporan polis dan meminta disiasat mengikut Selsyen 500 dan 504 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana salahguna kemudahan komuniksai untuk sebaran maklumat jelik.", "Artikel berkaitan: UMNO tidak teragak-agak untuk saman Syed Saddiq", "Menurut Dr. Asyraf, Ketua Armada itu sesuka hati memetik nama UMNO konon menyebabkannya lari lompat pagar, meninggalkan ahli keluarga dan pengikutnya akibat huru hara yang dicetuskan sekumpulan anak muda. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/05/26/guan-eng-gagal-bawa-masuk-pelabur-di-trx/
Guan Eng gagal bawa masuk pelabur di TRX
[ "KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng didakwa gagal membawa sebarang pelaburan di Tun Razak Exchange (TRX) sepanjang 22 bulan pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan.", "Datuk Seri Najib Razak berkata, tiada pelaburan yang masuk di TRX walaupun bekas Menteri Kewangan banyak kali merasmikan bangunan-bangunan dan ibu pejabat korporat baharu yang telah siap dan mewujudkan peluang pekerjaan.", "Dalam hantaran di Facebooknya, Najib menyenaraikan pelaburan ke dalam TRX sebelum Pilihan Raya Ke-14.", "Antaranya, Lend Lease (Australia), HSBC (United Kingdom/HK), CCCG (China), Veolia (Itali), Prudential Group (United Kingdom), Exchange 106 (Indonesia. Kerajaan Malaysia milik 50%), Affin Bank (Malaysia), Tabung Haji (Malaysia), WCT (Malaysia) dan IJM Group (Malaysia).", "Secara ironinya, kata beliau, pelabur mana yang hendak melabur dalam sebuah negara yang kononnya sudah bankrap dengan hutang RM1 trilion walaupun projek TRX ini diiktirafkan pakar sebagai antara projek paling signifikan sejak 10 tahun yang lalu kerana ia merupakan langkah penting untuk mewujudkan pusat kewangan pertama Malaysia.", "”Saya harap visi pusat kewangan antarabangsa di negara kita ini akan menjadi realiti pada masa hadapan,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/04/10/bintang-muda-thailand-hampir-sertai-leicester-city/
Bintang muda Thailand hampir sertai Leicester City
[ "KUALA LUMPUR – Bintang muda skuad kebangsaan Thailand, Suphanat Mueanta dikhabarkan semakin hampir untuk beraksi di saingan Liga Belgium untuk menyertai OH Leuven.", "Menurut laporan Main Stand International, malah penyerang Buriram United itu menerima tawaran kontrak dari kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Leicester City dan bakal terbang ke Belgium untuk mendapatkan permit kerja sekaligus beraksi bersama OH terlebih dahulu yang dimiliki oleh pemilik sama iaitu King Power.", "Salah seorang sumber memberitahu Pengerusi Buriram, Newin Chidchob membenarkan skuad kebangsaan untuk memanggil mana-mana pemainnya bagi beraksi dalam temasya Sukan SEA 2023 kecuali Suphanat yang sedang mempersiapkan diri untuk menandatangani kontrak bersama Leicester.", "“Buriram United tidak berdepan masalah untuk melepaskan semua pemain mereka untuk beraksi dalam temasya Sukan SEA 2023 akan datang yang bakal berlangsung di Kemboja kecuali Suphanat,” kata sumber tersebut.", "Sekiranya Suphanat berjaya mendapatkan permit kerja di OH Leuven, dia dapat beraksi dalam saingan liga di Eropah sebelum memenuhi syarat lain jika mahu beraksi dalam saingan EPL.", "Sebelum ini, penjaga gol Thailand, Kawin Thamsatchanan pernah beraksi bersama OH Leuven selama empat musim dan membuat 20 penampilan bersama kelab tersebut.", "Saingan Jupiler Pro League terus menjadi destinasi pemain muda meningkat naik dari rantau Asia Tenggara di mana terdapat beberapa pemain muda ASEAN yang beraksi di liga itu ketika ini.", "Luqman Hakim terlebih dahulu membuka langkah apabila beliau beraksi bersama KV Kortrijk namun kini berkelana ke Liga Iceland bersama Njardvík.", "Anak kepada legenda Singapura, Fandi Ahmad iaitu Ilhan Fandi kemudiannya menyusul dengan menyertai K.M.S.K. Deinze yang mana turut menandatangani pemain muda Indonesia, Marselino Ferdinan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/11/16/rsn-rayer-dilarang-masuk-sarawak/
RSN Rayer dilarang masuk Sarawak
[ "KUALA LUMPUR- Calon Pakatan Harapan (PH) Jelutong, RSN Rayer dilarang memasuki Sarawak.", "Beliau yang terbang menggunakan penerbangan Firefly dari Pulau Pinang tiba di Kuching kira-kira 5 petang tadi bagi menghadiri ceramah di Batu Kawa, malam ini.", "Bagaimanapun ahli DAP itu dihalang keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.", "PH dalam kenyataan ringkas memberitahu, Rayer hanya dimaklumkan bahawa larangan tersebut telah dikeluarkan kerajaan Negeri Sarawak sejak 2016.", "Namun tiada sebab dinyatakan sebalik larangan tersebut, katanya.", "Untuk rekod, Sarawak mempunyai kuasa autonomi dari segi imigresen.", "Sebelum ini, Sarawak telah melarang beberapa ahli politik daripada memasuki negeri berkenaan.", "Rayer dijangka terbang semula ke Kuala Lumpur jam 9 malam ini.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/02/06/gimik-habuan-dan-lakonan-bukan-cara-umno-khaled/
Gimik, habuan dan lakonan bukan cara UMNO – Khaled
[ "JOHOR BAHRU – Gimik, habuan dan lakonan parti bukan cara UMNO.", "Itu tegas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ekoran dakwaan kononnya semakin ramai ahli daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar parti sejak kebelakangan ini kerana desakan daripada Barisan Nasional (BN).", "Sebaliknya beliau menjelaskan, keputusan yang dilakukan mereka berlandaskan keikhlasan dan kemahuan mereka sendiri tanpa paksaan.", "Menurutnya, tindakan keluar parti dilihat kerana individu terlibat telah membuat perbandingan antara kedua-dua parti.", "“Sangat masak dengan kedua-dua parti kenal dan tahu Bersatu luar dan dalam. Kenal tahu UMNO luar dan dalam dan boleh buat perbandingan.", "“Saya percaya keputusan yang dibuat hari ini tidak lain tidak bukan kerana semua tahu parti yang boleh membawa kestabilan tidak lain tidak bukan hanya UMNO dan BN.", "“Itu asas, sebab jika stabil ada masa depan tidak stabil tiada masa depan. Jika tidak stabil cari ketua kampung dia tidak jumpa. Atas sebab itu ia menjadi asas dan ini pun yang BN janjikan kepada rakyat kestabilan masa depan,” katanya.", "Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas majlis pembubaran Bersatu Cawangan Molek Harmoni di sini malam tadi.", "Dalam majlis itu, seramai 50 ahli Bersatu termasuk ketua cawangan dan ahli jawatankuasa di kawasan itu keluar parti dan menyokong UMNO.", "Khaled percaya mereka yang keluar daripada Bersatu dan kembali menyokong UMNO telah sedar UMNO banyak membantu rakyat tanpa meminggirkan mana-mana kaum di Johor.", "Sebelum itu, pada 27 Januari lalu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Mazlan Bujang yang juga merupakan Ketua Bersatu Bahagian Tebrau mengumumkan keluar parti bersama 23 individu lain dan akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.", "Beberapa hari kemudian, bekas ADUN Larkin, Datuk Mohd. Izhar Ahmad turut membuat pengumuman keluar daripada Bersatu serta merta dan menyokong BN.", "Khaled juga mengakui apabila ramai pihak keluar daripada Bersatu dan menyokong BN pasti wujud tohmahan yang akan dilemparkan.", "Katanya, ramai yang telah mula sedar kepincangan kepimpinan yang dibawa Bersatu dan mereka yang menyokong parti lain selain BN disebabkan terpengaruh dengan emosi dan persepsi.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/08/25/gagal-sekat-khat-pemimpin-dap-boleh-keluar-kabinet/
Gagal sekat khat, pemimpin DAP boleh keluar kabinet
[ "KUALA LUMPUR – Pemimpin DAP disaran supaya keluar dari kabinet kerana gagal mempertahankan permintaan kaum Cina untuk menghalang pembelajaran tulisan khat dan jawi dalam subjek Bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah rendah yang akan diperkenal tahun depan.", "Presiden MIC, Tan Sri S. Vigneswaran berkata, apa yang berlaku terhadap parti itu apabila tunduk dengan keputusan Kementerian Pendidikan untuk tetap meneruskan mata pelajaran berkenaan benar-benar memalukan mereka.", "“Isu khat ini memang benar-benar memalukan DAP. Saya pun malu dalam hal ini.", "“Kalau perkara ini pun mereka tak boleh buat saya sangat gembira. Kita (MIC) tak pernah jual maruah sebab nak menang kerusi. Ini tiada pilihan raya pun mereka takut,” katanya pada sidang media selepas perasmian Perhimpunan Agung MIC di PWTC di sini hari ini.", "Menurut Vigneswaran, DAP boleh mendesak agar perkara itu tidak dilaksanakan terus kerana ia bukanlah satu usul yang perlu dibawa ke parlimen untuk digubal.", "Katanya, ia hanyalah satu perkara yang boleh diselesaikan peringkat kementerian dan mereka (DAP) boleh menyuarakannya dengan tegas.", "“Dulu mereka ini macam hero tapi kali ini mereka takut, kenapa?,” soalnya.", "Kementerian Pendidikan akan meneruskan pelaksanaan pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 pada tahun depan.", "Kementerian berkenaan berkata, pelaksanaan itu akan mengambil kira pendekatan penyampaian yang lebih mudah difahami dan tidak membebankan murid dan guru.", "Perancangan untuk memperkenalkan tulisan Jawi dalam kurikulum sekolah sudah pun dimulakan sejak tahun 2014 lagi.", "Usaha itu adalah bertujuan untuk menerapkan nilai warisan bahasa Melayu dan identiti negara.", "Perhimpunan MIC kali ke-73 itu dirasmikan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.", "Hadir sama pada perhimpunan berkenaan, Naib Presiden Pas, Zawawi Salleh dan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/12/31/firma-jangka-harga-pengeluar-meningkat-semula-kepada-inflasi-2-9/
Firma jangka harga pengeluar meningkat semula kepada inflasi 2.9%
[ "KUALA LUMPUR – MIDF Research mengunjurkan harga pengeluar akan meningkat semula kepada inflasi 2.9% pada 2020 terutamanya disebabkan oleh langkah menghapuskan had harga bahan api domestik.", "Firma penyelidikan itu dalam laporan kajian semula ekonominya berkata peningkatan kos itu daripada komponen makanan dan utiliti, dan akan menyumbang kepada tekanan inflasi secara keseluruhan pada masa depan.", "Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP), yang dijadualkan bermula Januari 2020, tidak diteruskan sehingga ke satu masa yang akan diumumkan kemudian.", "“Tekanan inflasi (dijangka) meningkat. Memandangkan petunjuk utama perubahan harga 3-6 bulan di peringkat pengguna, indeks harga pengeluar (IHPR) yang terkini mengunjur inflasi dijangka meningkat secara berperingkat mulai 2020.", "“Di sebalik penyusutan keseluruhan IHPR bagi pembuatan, IHPR bagi pembuatan produk makanan mencatat pertumbuhan negatif 0.5% bagi tahun ke tahun. Ia meningkat sejak Disember 2018,” menurut MIDF Research.", "MIDF Research menjangka ia disebabkan oleh gabungan 2 faktor iaitu penyusutan ringgit dan kedudukan Malaysia sebagai pengimport bersih makanan.", "“Memandangkan barangan makanan penyumbang utama kepada kelompok Indeks Harga Pengguna Malaysia, kami menjangka ia akan mempunyai impak signifikan kepada keseluruhan inflasi,” katanya.- BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2023/06/23/pemandu-myvi-keluar-melulu-penunggang-ducati-maut/
Pemandu Myvi keluar melulu, penunggang Ducati maut
[ "KUANTAN – Gara-gara seorang pemandu Myvi keluar simpang secara melulu, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut kerana gagal mengelak dalam insiden di Jalan Tanjung Lumpur semalam.", "Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, penunggang Ducati Ducati Panigale V4 S itu merempuh bahagian pintu kereta itu sebelum tercampak dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.", "Mangsa, Khairul Azhan Mohd Naim, 31, maut di lokasi kejadian dalam nahas 9 malam itu beralamat di Pekan manakala pemandu Myvi berusia 27 tahun mengalami kecederaan di rusuk kanan.", "Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal  dalam perjalanan dari arah bandar Kuantan menghala ke Pekan.", "“Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa gagal mengelak kereta dipandu pengurus restoran makanan segera  yang dipercayai keluar simpang secara mengejut,” katanya.", "Pemeriksaan mendapati permukaan jalan rata dan kering selain tahap pencahayaan waktu malam yang baik di lokasi kejadian.", "Wan Zahari berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/01/29/anwar-pertahan-lantikan-nurul-izzah/
Anwar pertahan lantikan Nurul Izzah
[ "KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pelantikan anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.", "Katanya, Nurul Izzah bukan sahaja memiliki ijazah pertama bidang kejuruteraan tetapi ijazah kedua dalam dasar awam merangkumi ekonomi, politik dan sosial dari Johns  Hopkins School of Advanced International Studies,  sebuah universiti di Amerika Syarikat.", "“Saya minta, pelawa dia bantu saya di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan tetapi saya tidak bayar apa-apa elaun kepada dia,” kata Anwar ketika ditanya mengenai pelantikan Nurul Izzah yang tidak ada pengalaman dalam ekonomi.", "Mengulas perkara itu, Perdana Menteri berkata, sebagai Menteri Kewangan, beliau juga tiada kelayakan formal.", "Malah, tempelaknya, ramai pemimpin Perikatan Nasional yang memegang jawatan menteri tidak memiliki kelulusan dalam bidang masing-masing.", "Jadi, kalau hendak bangkitkan isu tersebut, mestilah konsisten.", "”Adakah seorang menteri kesihatan mesti seorang doktor, menteri air sebagai jurutera? Tidak pernah berlaku macam tu,” katanya ketika sidang media di Tambun hari ini. – MalaysiaGazette", "Nurul Izzah jadi Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM", "", " " ]
https://malaysiagazette.com/2019/08/14/bekas-pegawai-tinggi-tentera-dedah-koon-yew-pernah-melawat-ketua-komunis/
Bekas pegawai tinggi tentera dedah Koon Yew pernah melawat ketua komunis
[ "KUALA LUMPUR – Bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak hairan dengan kenyataan jutawan Koon Yew Yin yang mengguris perasaan pasukan keselamatan.", "Ini kerana, dakwa Mejar Jeneral (B) Datuk Mohd Yunus Long, ahli perniagaan itu adalah antara orang ternama Malaysia yang menziarahi Ching Peng ketika ketua komunis itu berada di Thailand.", "Ini secara tidak langsung dakwa Mohd Yunus, Koon Yew mengiktiraf Parti Komunis Malaya (PKM) dan pemimpinnya.", "“Saya tidak hiran keceluparan Koon Yew kerana beliau adalah antara orang ‘ternama’ Malaysia yang menziarahi ketua pengganas komunis Malaya, Chin Peng ketika ketua komunis itu berada di Thailand.", "“Selama berkhidmat dalam ATM, saya tidak pernah lihat atau tahu yang Koon Yew pernah menziarahi balu anggota keselamatan yang kehilangan suami dalam pertempuran dengan pengganas komunis atau bekas anggota keselamatan yang cedera dan cacat akibat pertistiwa berdarah.", "“Yang saya tahu, Koon Yew hanya berminat melawat ketua pengganas komunis,” katanya yang juga Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).", "Kata Mohd Yunus, NGO Melayu itu tidak mempersoalkan jutawan berkenaan berpihak pada mana-mana parti politik kerana itu hak dia, tetapi Perkasa memandang serius keceluparan Koon Yew yang menyifatkan anggota tentera sebagai tidak berguna langsung dalam sebuah negara membangun seperti Malaysia.", "Keceluparan jutawan itu, tegasnya mengguris perasaan pasukan keselamatan yang selama ini telah berkorban jiwa dan raga menjaga keamanan negara supaya orang seperti Koon Yew boleh membuat kekayaan dengan selesa.", "“Soalnya inikah balasan yang wajar terhadap pengorbanan anggota tentera? Memanglah tidak dinafikan negara tidak lagi diancam oleh mereka yang anti negara seperti PKM, kerana mereka ini telah dimusnahkan habis-habisan oleh pasukan keselamatan dalam darurat pertama dan kedua.", "“Kekalahan PKM ini telah berakhir dengan Perjanjian Damai Hadyai pada 2 Disember 1989, dan sejak itu negara telah aman dan kerajaan tidak lagi diganggu gugat oleh anasir komunis serta telah dapat memajukan negara dengan begitu pesat sekali.", "“Apabila negara sudah aman, tidak sepatutnya anggota tentera dilabelkan sebagai makan tidur sahaja,” katanya.", "Beliau meminta ATM membawa jutawan yang berpendirian sama seperti Koon Yew melihat sendiri apa yang berlaku dalam kem tentera.", "Sebenarnya kata beliau, mengurus keamanan lebih sukar dari mengurus peperangan.", "“Sebagai rakyat Malaysia, beliau sepatutnya lebih taat kepada negara dan menunjukkan semangat patriotik serta tidak mengiktiraf pengganas komunis.", "“Perkasa juga ambil maklum tidak ramai bukan Melayu menyertai pasukan tentera kerana perbidalan Cina ada menyatakan ‘hanya besi yang buruk dijadikan paku’.", "“Dengan itu, Perkasa meminta Koon Yew memohon maaf dari semua anggota keselamatan khusus anggota ATM bahawa mereka tidak makan tidur sahaja seperti yang didakwanya,” ujar beliau.", "Kata Mohd Yunus, kenyataan jutawan itu berbau rasis kerana lebih 90 peratus anggota ATM dari bangsa Melayu dan Bumiputera.", "Kenyataan itu, tegas beliau, tidak sesuai dengan hasrat kerajaan untuk memupuk perpaduan antara kaum di negara ini. – MalaysiaGazette" ]