url
stringlengths
42
231
headline
stringlengths
9
119
content
sequence
https://malaysiagazette.com/2018/03/27/pru-14-mampukah-bn-kekal-di-kedah/
PRU-14: Mampukah BN kekal di Kedah?
[ "JIKA pilihan raya sebelum ini musuh tradisi Barisan Nasional (BN) di Kedah adalah Pas.", "Kali ini  berbeza kerana BN akan berdepan musuh baharu yang mana ketuanya dahulu pernah mentadbir kerajaan dan Presiden UMNO selama 22 tahun.", "Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga bekas Menteri Besar Kedah yang berpaling tadah bukan kecil anak impaknya kepada Negeri Jelapang Padi itu.", "Mereka menyasarkan Kedah sebagai gelanggang utama mereka dalam misi menumbangkan BN.", "Pertandingan tiga penjuru sudah pasti tidak dapat dielak, Pas bersama Gagasan Sejahtera memberi isyarat akan bertanding semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Pakatan Harapan (PH) juga dijangka meletak calon mereka di kerusi-kerusi yang secara tradisinya ditandingi Pas dan BN.", "Berbeza kali ini, mampukah BN di Kedah berdepan lawan dengan Mahathir dan geng PH dan Mukhriz sebagai bekas menteri besar yang didakwa masih berpengaruh di negeri itu.", "Kedah mempunyai 36 kerusi DUN dengan BN memegang 21 kerusi, 8 (PAS), 2 (DAP), 1 (PAN).", "Negeri itu juga mempunyai 15 kerusi Parlimen, BN berkuasa di 10, PKR (4) dan PAS (1).", "Bagaimanapun menurut Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Shahron Nizan Mohd. Zain ‘kehebatan’ dan aura individu tidak cukup kuat mempengaruhi pemilihan sesebuah kerajaan.", "Menurutnya, rakyat perlu melihat track record seseorang pemimpin dan Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dilihat mempunyai rekod yang baik sepanjang perkhidmatannya.", "Jelas Shahron, banyak program pembangunan dilaksanakan oleh Ahmad Bashah tidak meminggirkan golongan anak muda malahan beliau berjaya menyelesaikan isu-isu yang tertangguh pada zaman Mukhriz.", "“Kedah sendiri Ahmad Bashah telah melakukan pelbagai inisiatif dan kemudahan untuk orang muda antaranya Program IMANs yang melatih golongan pelajar lepasan ijazah yang dijadikan angkat kepada exco kerajaan negeri untuk mempelajari selok belok pentadbiran sesebuah negeri supaya di masa hadapan mereka akan menjadi pentadbir dan pemimpin negeri yang sudah berpengalaman.", "“Dalam bidang pendidikan usaha MB dalam menaik taraf Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kepada Universiti penuh adalah demi generasi muda kini mudah untuk mendapatkan ilmu di negeri sendiri..", "“Tidak seperti semasa Mukhriz yang menjadi MB dulu, tidak banyak yang difikirkan untuk golongan muda sebenarnya , tiada inisiatif seperti sekarang malah KUIN juga dirancang untuk dijual kerana tidak mampu membayar hutang yang dibuat oleh kerajaan PAS Kedah ssbelum itu,” kata beliau kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.", "Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Shaiful Hazizy Zainol Abidin pula melihat lawan sebenar mereka adalah Pas dan bukan PH.", "Menurutnya, kekuatan jentera yang lebih strategik dimiliki oleh Pas sejak sekian lama di Kedah.", "“Dahulu pertembungan sebenar BN di Kedah adalah Pas tak pernah (kerana) PKR dan DAP. Sebelum ini jentera Pakatan Rakyat banyak bergantung kepada Pas.", "“Jadi, pilihan raya kali ini agak menarik bagaimana PH akan bergerak tanpa jentera mereka,” beliau dipetik berkata baru-baru ini.", "Faktor kekuatan jentera tidak dinafikan akan menjadi penentu utama di Kedah, PH dilihat tempang tanpa Pas kerana kebergantungan mereka dalam dua pilihan raya umum kepada jentera ahli parti Pas.", "Apa pun, jentera akar umbi BN di Kedah perlu diperkukuhkan khususnya dalam menyampaikan maklumat dan menangkis dakwaan pembangkang secara berfakta bagi mengekang pengaruh Mukhriz dan Mahathir.", "Penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Salawati Mat Basir mencadangkan, BN perlu lebih proaktif dan agresif dalam menyalurkan maklumat mengenai jasa dan pembangunan yang dilaksanakan sepanjang pentadbiran Ahmad Bashah agar pengundi dapat membuat pertimbangan.", "“Kena lihat apa sumbangan, dapat tak Ahmad Bashah kalah rekod dengan MB terdahulu? Beliau kena buktikan keupayaannya dan perlu tonjolkan trak rekod lebih baik berbanding Mukhriz.", "“Semua ini penting jika Ahmad Bashah dan BN mahu mengekang pengaruh Mukhriz dan bapanya,” kata beliau.", "Selain itu, Salawati berkata, Ahmad Bashah juga perlu menumpukan kepada kebajikan dan pembangunan rakyat kerana isu kemiskinan dan kos sara hidup penduduk di Kedah amat genting.", "“Berbalik kepada strategi kempen, BN kena ada penambahbaikan tentang pembangunan kebajikan kebajikan rakyat… sebagai contoh isu harga getah dan isu kemiskinan yang membelenggu rakyat luar bandar di negeri tersebut,” ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/12/01/tembakan-di-sekolah-3-pelajar-maut-9-cedera/
Tembakan di sekolah: 3 pelajar maut, 9 cedera
[ "LANSING – Tiga pelajar terbunuh dan lapan lagi cedera, termasuk seorang guru, dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah menengah di negeri Michigan, Amerika Syarikat (AS).", "Pelajar yang maut termasuk seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dan dua orang gadis masing-masing berusia 14 tahun dan 17 tahun, kata polis.", "Polis berkata, suspek yang berusia 15 tahun itu melepaskan 15 hingga 20 das tembakan dengan pistol separa automatik dan dia bertindak sendirian.", "Motif serangan di bandar Oxford itu, kira-kira 40 batu (65km) dari Detroit, masih tidak jelas.", "Polis yang mengadakan sidang media di luar perkarangan Sekolah Tinggi Oxford berkata, ia menerima panggilan kecemasan pada jam 12.51 waktu tempatan (17:51GMT).", "Dalam beberapa minit, sebanyak 100 panggilan ke 911 diterima, katanya.", "Suspek, seorang pelajar lelaki tahun dua, menyerah diri lima minit selepas polis dipanggil.", "Seorang pegawai polis yang ditempatkan di sekolah itu membantu menahan suspek, katanya.", "Tiada tembakan dilepaskan semasa penahanan itu, dan remaja itu tidak cedera.", "“Dia menyerah tanpa sebarang masalah,” kata polis sambil menambah suspek telah berada di dalam kelas sebelum tembakan bermula.", "Sekolah itu telah dikepung dan polis telah melakukan pemeriksaan di seluruh sekolah bagi memastikan tiada mangsa tambahan.", "Dua daripada yang cedera sedang menjalani pembedahan, manakala enam lagi dalam keadaan stabil.", "Menurut polis, suspek setakat ini enggan bercakap dan tidak mahu memberi kerjasama.", "Tambahnya, suspek telah diberitahu oleh ibu bapanya supaya tidak bercakap dengan polis dan pemeriksaan sedang dijalankan di rumah suspek.", "Suspek tidak memakai perisai badan semasa tembakan dan polis sudah mengetahui bagaimana pistol itu dibawa masuk ke sekolah, tetapi masih belum dapat mendedahkan butiran itu.", "“Sudah tentu saya terkejut. Hati saya sungguh sedih,” kata Pengetua sekolah Tinggi Oxford, Tim Throne.", "Gabenor Michigan Gretchen Whitmer menyifatkan kes tembakan di sekolah sebagai “masalah unik Amerika yang perlu kita tangani”.", "Tembakan AS di kawasan sekolah semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menurut kumpulan kawalan pro-senjata Everytown.", "Selepas penurunan singkat tahun lalu semasa penutupan sekolah akibat koronavirus, jumlah serangan sedemikian telah meningkat semula dengan 138 insiden tembakan di kawasan sekolah setakat ini pada 2021. – BBC" ]
https://malaysiagazette.com/2020/02/25/azmin-tiba-hishamuddin-tinggalkan-perdana-putra/
Azmin tiba, Hishamuddin tinggalkan Perdana Putra
[ "PUTRAJAYA – Timbalan Presiden PKR yang dipecat, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat memasuki bangunan Perdana Putra jam 11.39 pagi.", "Ia dipercayai bagi menemui Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan senarai ahli Jemaah Menteri yang baharu.", "Sebelum itu, bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilihat meninggalkan Perdana Putra selepas 20 minit memasuki perkarangan Perdana Putra.", "Antara yang sudah ada di dalam Perdana Putra adalah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin Bersatu.", "Malah dipercayai Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sudah berada di Perdana Putra. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/08/02/bukan-islam-perlu-hormat-bacaan-al-fatihah-mais/
Bukan Islam perlu hormat bacaan al-Fatihah – MAIS
[ "KUALA LUMPUR – Bukan sahaja muslim bahkan orang bukan Islam di negara ini perlu menghormati bacaan surah al-Fatihah dan ayat-ayat suci al-Quran dalam majlis rasmi atau sebaliknya.", "Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menerusi kenyataan berkata, hal itu perlu lebih diberi penekanan terutama apabila bacaan tersebut dilaksanakan khusus kepada umat Islam yang telah meninggal dunia termasukl kematian yang diakibatkan Covid-19, kemalangan dan sebagainya.", "Apatah lagi negara ini merupakan telah menetapkan agama Islam sebagai agama Persekutuan.", "“Di negara Malaysia, amalan dan budaya masyarakat yang saling hormat menghormati dan hak kebebasan untuk beragama serta mengiktiraf Islam sebagai agama negara perlu dijadikan sebagai agenda utama dalam memastikan talian persaudaraan terus utuh dalam kalangan rakyat yang berbilang agama dan bangsa.", "“Situasi hormat menghormati ini seiring dengan Rukun Negara yang kelima iaitu ‘Kesopanan dan Kesusilaan,” katanya dalam kenyataan yang sama.", "Menurut Abdul Aziz lagi, agama Islam turut mengajar dan mengutamakan sikap hormat menghormati antara satu sama lain.", "Baru-baru ini tular video di media sosial ketika persidangan Dewan Rakyat menunjukkan segelintir ahli Parlimen yang mengganggu serta menjerit ketika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membacakan al-Fatihah kepada semua mangsa Covid-19.", "Meskipun diganggu namun Muhyiddin tetap menghabiskan bacaannya.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/10/30/empat-mati-120-cedera-akibat-gempa-bumi-kuat-di-turki/
Empat mati, 120 cedera akibat gempa bumi kuat di Turki
[ "ISTANBUL – Gempa bumi kuat berukuran 6.9 pada skala Richter melanda Kepulauan Dodecanese, Greece pada 7.51 malam tadi.", "Gempa itu berlaku kira-kira 67 kilometer Barat Daya dari Izmir, Turki, pada kedalaman 10 kilometer.", "Gempa bumi kuat melanda Laut Aegea pada Jumaat, di mana gegaran itu dirasai di Greece dan Turki.", "Beberapa bangunan di wilayah Izmir turut runtuh akibat gegaran berukuran 7.0 itu.", "Empat orang terbunuh dan 120 cedera dalam kejadian di pantai barat Turki dan beberapa bahagian di Greece hari ini, kata menteri kesihatan Turki, Fahrettin Koca.", "“Malangnya, empat warganegara kita kehilangan nyawa dalam gempa bumi yang memusnahkan bangunan di bandar peranginan pantai Izmir di Turki,” katanya.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/08/21/gilap-pemain-jadi-misi-utama-shah-alam-antlers/
Gilap pemain jadi misi utama Shah Alam Antlers
[ "Shah Alam – Ketua jurulatih Shah Alam Antlers FC, Ibrahim Madaki percaya barisan pemainnya mampu digilap untuk menjadi bintang masa depan menerusi platform Liga M4 yang dikendalikan Amateur Football League (AFL) di bawah Malaysian Football League (MFL).", "Shah Alam Antlers yang merupakan pasukan liga sosial Klang Valley League, KVL M4 kini menduduki tangga teratas liga selepas menewaskan pasukan The Jan dengan keputusan 3-0 tempoh hari.", "Misi utama jurulatih dari Nigeria ini bukan sahaja mahu meletakkan pasukannya kekal ungguli takhta liga tetapi dalam masa sama membentuk pemain bersikap lebih profesional kerana bagi Ibrahim, pemain muda lebih senang untuk digilap jika memiliki bakat dan disiplin.", "Jelasnya, beliau yang mengemudi pasukan pada tahun ini melihat barisan anak buahnya sentiasa tidak mudah menyerah dalam memastikan prestasi terbaik di atas padang walaupun hakikatnya mereka bukanlah pemain profesional.", "“Saya melihat masa depan yang cerah bagi skuad ini dan mereka akan menjadi satu pasukan yang dikenali juga satu hari nanti kerana ramai pemain muda yang berpotensi ada dalam pasukan ini.", "“Bagi mencapai sasaran itu, bukanlah satu tugas yang mudah kerana memerlukan kerja keras satu pasukan bagi membentuk serta menggilap pemain muda ini.", "“Saya mahu pemain-pemain muda dalam pasukan ini mampu menarik perhatian pasukan atau kelab yang lebih besar pada masa akan datang.", "“Platform Liga M4 ini benar-benar membantu komuniti yang berhasrat untuk membawa pasukan yang ada ke tahap yang lebih tinggi walaupun hakikatnya bukan senang untuk mengukuhkan sesuatu skuad itu tanpa peruntukan yang sepatutnya.", "“Shah Alam Antlers FC mahu bertahan sebaik mungkin, malah dengan keputusan positif yang kami raih setakat ini juga sedikit sebanyak mampu tarik beberapa penaja yang berminat untuk membantu kami”, jelasnya.", "Kapten pasukan, Azeem Azhar menyifatkan kelompok penyokong Shah Alam Antlers ini tidak pernah menghampakan dalam memberi sokongan terbaik di setiap perlawanan dan itulah antara yang menjadi nadi penting kepada skuad ini.", "Walaupun dilihat hanya beraksi dalam liga amatur, tetapi aura ditunjukkan oleh penyokong mereka ibarat seperti beraksi dalam kancah Liga Super dan suasana sebegitu sentiasa menjadi perangsang kepada setiap pemain bekerja keras dalam memastikan kejayaan sentiasa berpihak kepada mereka.", "“Kalau ada yang bertanya apa sebab utama saya bersama pasukan ini, jawapannya sudah tentulah penyokong kerana itulah salah satu sebab utama saya nak sangat beraksi dalam skuad ini.", "“Macam saya, nak beraksi dalam kelab atau pasukan lebih besar memerlukan kerja keras dan peluang yang saya dapat untuk beraksi dalam Liga M4 ini pun sudah cukup baik kerana di sini juga kami dapat rasakan aura penyokong superti di Liga Super.", "“Saya percaya pasukan ini mampu menapak dengan lebih jauh bersaing dalam liga kompetitif dan perlu berusaha lebih kuat bagi mengekalkan kedudukan di tangga liga ketika ini,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/06/05/argentina-lanjutkan-perintah-berkurung-wajib-selama-tiga-minggu/
Argentina lanjutkan perintah berkurung wajib selama tiga minggu
[ "BUENOS AIRES – Argentina melanjutkan perintah berkurung wajib di ibu negaranya, Beunos Aires serta beberapa lagi kawasan dalam negara itu sehingga 28 Jun ini selepas kes positif koronavirus melepasi angka 20,000 awal pagi ini.", "Pelanjutan selama tiga minggu itu melibatkan Beunos Aires dan beberapa bandar yang mencatatkan jumlah kes Covid-19 yang tinggi manakala kawasan-kawasan lain yang lebih selamat hanya diperintah untuk melaksanakan langkah pencegahan dan penjarakan sosial wajib.", "Perkara tersebut diumumkan oleh Presidennya Alberto Fernandez dalam satu sidang media.", "Fasa seterusnya akan merangkumi permohonan baharu termasuk senaman luar pada tempoh waktu tertentu dalam bandar Buenos Aires, kata pegawai-pegawai kanan kerajaan.", "Bandaraya berkenaan mencatatkan jumlah kes Covid-19 tertinggi.", "Argentina merekodkan 929 kes jangkitan baharu pada Khamis, salah satu angka tertinggi sejak pandemik bermula.", "Jumlah keseluruhan kes adalah 20,197 yang mana kebanyakannya direkodkan di Buenos Aires serta wilayahnya. Jumlah kematian keseluruhan 608. – Agensi", " " ]
https://malaysiagazette.com/2020/03/11/ringgit-dibuka-rendah-berbanding-dolar-as-7/
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
[ "KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan penyusutannya pada Selasa apabila dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini ketika lebih ramai pelabur beralih daripada mata wang negara sedang pesat membangun berikutan kebimbangan mengenai penularan COVID-19, kata peniaga.", "Mata wang tempatan itu susut kepada 4.2420/2460 berbanding dolar AS daripada 4.2350/2400 sewaktu dagangan ditutup semalam.", "Seorang peniaga berkata bahawa dolar AS pulih ketika pelabur berharap kalangan penggubal dasar monetari global memperkenalkan lebih banyak pakej rangsangan lanjut untuk mengehadkan impak ekonomi akibat COVID-19.", "Selain itu, berbanding kelompok mata wang utama dunia, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi.", "Ia tinggi berbanding yen Jepun kepada  4.0442/0492 daripada 4.0472/0531 namun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0492/0531 daripada 3.0481/0526 sebelum ini.", "Ringgit turut mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4743/4816 daripada 5.5305/5374 dan naik berbanding euro kepada 4.8002/8065 daripada 4.8063/8137 pada Selasa.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2020/11/18/vaksin-6-dalam1-selamat-untuk-anak/
Vaksin 6 dalam1 selamat untuk anak
[ "PENYAKIT berjangkit berpunca daripada mikroorganisma patogen penyebab penyakit seperti bakteria, virus, parasit atau kulat. Ia boleh merebak ke manusia melalui pelbagai cara termasuklah tersebar dari individu-ke-individu melalui sentuhan terus, bawaan air dan makanan, penyebaranzarah-zarah jangkitan di udara atau melalui serangga seperti nyamuk.", "Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) merupakan satu inisiatif kerajaan dalam membendung penularan penyakit berjangkit. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan NIP sejak tahun 1950-an dengan memberikan suntikan vaksin secara percuma kepada kanak-kanak di Malaysia.", "Pada masa ini, NIP melindungi kanak-kanak daripada dua-belas (12) penyakit cegahan vaksin termasuklah tuberkulosis, Hepatitis B, difteria, tetanus, batuk kokol (pertusis), polio, Haemophilus influenzae type b, campak, beguk, rubella, ensefalitis Jepun (JE), dan kanser yang disebabkan oleh virus papilloma manusia (HPV). Mereka akan menerima vaksin ini dalam tempoh 2 tahun pertama kelahiran, kecuali vaksin HPV yang diberikan kepada remaja perempuan pada umur 13 tahun. Dos penggalak bagi beberapa vaksin turut diberikan semasa umur persekolahan.", "Sejak NIP diperkenalkan, penambahbaikan dilakukan dari masa ke semasa, antaranya pengenalan vaksin Hepatitis B pada tahun 1989, vaksin Haemophilus influenzae type b (Hib) serta Campak-Beguk-Rubella (MMR) pada tahun 2002 dan vaksin kombinasi 5-dalam-1 pada tahun 2008, bagi memastikan pelaksanaannya selari dengan perkembangan saintifik dan teknologi vaksin dan mengambil saranan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ini penting dalam memastikan imunisasi dapat memberikan perlindungan yang lengkap dan optimum kepada kanak-kanak di Malaysia.", "Pada tahun ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekali lagi membuat penambahbaikan kepada NIP dengan memperkenalkan vaksin 6-dalam-1 dan mengumumkan jadual imunisasi baharu.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, telah mengeluarkan kenyataan beliau baru-baru ini berkenaan dengan pengenalan vaksin ini dan perubahan jadual imunisasi baharu bagi kanak-kanak yang mendapatkan imunisasi di klinik-klinik Kesihatan KKM.", "Beliau berkata, “Pertukaran jadual imunisasi ini dilaksanakan susulan pertukaran jenis vaksin yang digunakan iaitu vaksin kombinasi 5-dalam-1 yang ditukar kepada vaksin kombinasi 6-dalam-1 di bawah Program Imunisasi Kebangsaan bagi kanak-kanak. Pertukaran pelaksanaan dilaksanakan secara berperingkat, yang akan bermula seawal bulan November 2020 bergantung kepada ketersediaan bekalan vaksin ini di fasiliti kesihatan KKM.”", "Kebaikan Vaksin ‘6-Dalam-1’", "Dr Jamiatul Aida Md Sani, Ketua Penolong Pengarah Kanan di Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia berkata langkah pengenalan vaksin 6-dalam-1 di dalam NIP ini dibuat hasil pertimbangan secara teliti oleh Jawatankuasa Dasar dan Amalan Imunisasi Kebangsaan.", "Beliau menjelaskan bahawa penggunaan vaksin 6-dalam-1 di dalam Program Imunisasi Kebangsaan telah dilakukan oleh 49 buah negara di dunia. Sejajar dengan perkembangan di negara-negara maju yang lain, pertukaran vaksin 6-dalam-1 adalah langkah ke hadapa n yang baik.", "Beliau menjelaskan, sebelum ini, vaksin 5 serangkai (5-dalam-1) yang mencegah penyakit difteria, tetanus, pertusis, polio dan Haemophilus influenzae type b (Hib) diberikan sebanyak 4 dos kepada setiap kanak-kanak pada umur 2, 3, 5 dan 18 bulan. Manakala, vaksin Hepatitis B pula diberi secara berasingan sebanyak 3 dos kepada setiap kanak-kanak selepas lahir dan pada umur 1 dan 6 bulan. Ini bermakna 7 suntikan diperlukan untuk mencegah 6 penyakit ini.", "Beliau menambah, “Pertukaran kepada vaksin 6 serangkai (6-dalam-1) yang mencegah penyakit difteria, tetanus, pertusis, polio, Haemophilus influenzae type b (Hib) dan Hepatitis B memberi manfaat kepada kanak-kanak, di mana hanya 4 dos vaksin diperlukan bagi setiap kanak-kanak (2, 3, 5 dan 18 bulan). Manakala, vaksin Hepatitis B secara berasingan hanya perlu diberi sebanyak satu suntikan sahaja selepas lahir. Ini bermakna, bilangan suntikan berkurang kepada 5 suntikan untuk mencegah 6 penyakit.”", "Dr Rozita Binti Ab Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan di Unit Imunisasi, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia berkata terdapat beberapa kelebihan dalam penggunaan vaksin 6-dalam-1 ini. Yang paling utama, bilangan suntikan yang diperlukan serta temujanji imunisasi oleh seseorang bayi di Klinik Kesihatan dapat dikurangkan.", "“Kebaikan kedua adalah dari sudut keselesaan bayi itu sendiri. Suntikan meskipun sekejap, ia menyakitkan untuk bayi. Jika kurang suntikan, kuranglah episod kesakitan dan tangisan. Ketiganya, kakitangan kesihatan akan mempunyai lebih banyak masa semasa temu janji berkala untuk menjalankan penilaian-penilaian kesihatan dan perkembangan bayi yang lain seperti tumbesaran, perkembangan deria dan intelek mereka.”", "Vaksin 6-dalam-1 Selamat Untuk Anak", "Norleen Mohamad Ali, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Farmakovigilans di Pusat Komplians & Kawalan Kualiti, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) turut berkongsi pandangan beliau berkaitan keselamatan vaksin 6-dalam-1.", "Beliau berkata, “Vaksin 6-dalam-1 adalah selamat digunakan. Sama seperti vaksin-vaksin yang lain, vaksin ini turut melalui beberapa fasa ujian klinikal termasuk yang berskala besar sebelum ianya boleh digunakan secara komersial. Ini adalah bagi menjamin keberkesanan dan keselamatan vaksin berkenaan kepada penerimanya.", "“Di Malaysia pula, sebelum vaksin tersebut boleh dipasarkan dan digunakan, ia perlu melalui proses pendaftaran yang ketat dan teliti oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia. Setelah vaksin berkenaan didaftarkan, barulah vaksin tersebut boleh digunakan dalam Program Immunisasi Kebangsaan”.", "Norleen menambah, “Vaksin ini bukanlah baharu digunakan di Malaysia. Sehingga Oktober 2020, terdapat dua produk vaksin 6-dalam-1 yang berdaftar di Malaysia dan penggunaannya bertambah saban tahun. Kedua-dua vaksin ini masing-masing telah digunakan di fasiliti-fasiliti kesihatan swasta pada tahun 2006 dan 2013.”", "“Di Malaysia, majoriti laporan kesan advers susulan immunisasi atau lebih dikenali sebagai AEFI yang diterima bagi vaksin ini adalah ringan dan boleh sembuh dalam beberapa hari dengan atau tanpa rawatan. Pola laporan kesan advers bagi vaksin ini adalah sama seperti vaksin – vaksin lain. Namun begitu, tidak dapat dinafikan ada juga AEFI serius, akan tetapi ianya sangat jarang berlaku.", "Para ibu bapa adalah digalakkan untuk melaporkan kesan sampingan yang dialami selepas menerima suntikan vaksin walaupun ianya kesan sampingan ringan seperti demam, bengkak dan kemerahan pada tempat suntikan.", "“Seperti vaksin lain juga, pihak NPRA sentiasa menjalankan pemantauan yang teliti ke atas vaksin 6-dalam-1 ini. Semua AEFI, tidak kira ringan atau serius perlu dilaporkan”’ katanya.", "Beliau menyatakan bahawa ibu bapa boleh membuat pelaporan sama ada melalui anggota kesihatan atau boleh terus melaporkan kepada NPRA melalui pelaporan atas talian di laman sesawang NPRA, www.npra.gov.my, dengan klik pada tab “Pengguna” dan seterusnya pilih “ConSERF pelaporan atas talian”.", "Beliau meyakinkan ibu bapa bahawa vaksin 6-dalam-1 ini adalah selamat digunakan. Beliau menyimpulkan, “Kebaikan dan manfaat vaksin dalam mencegah penyakit adalah lebih tinggi berbanding dengan risiko mendapat AEFI yang lazimnya ringan dan tidak memudaratkan.”", "Pandangan Pakar Kanak-Kanak", "Pengerusi program Immunise4Life dan Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Datuk Dr Zulkifli Ismail menyambut baik perubahan yang dibuat oleh pihak KKM dalam memperkenalkan vaksin 6-dalam-1 di dalam jadual imunisasi baharu. Beliau berkata, “Keputusan KKM memberikan vaksin ini kepada bayi dan kanak-kanak di Malaysia adalah sesuatu yang baik.”", "Beliau turut berkongsi pengalaman beliau menggunakan vaksin ini di fasiliti kesihatan swasta sejak\nianya diluluskan kemasukannya di Malaysia. “Saya telah memberikan vaksin ini kepada bayi dan\nkanak-kanak di fasiliti kesihatan swasta selama bertahun-tahun.”", "Menurut beliau, sepanjang pengalamannya memberikan vaksin ini kepada bayi, tiada kesan-kesan buruk yang dialami oleh bayi yang dilaporkan oleh ibu bapa. Bayi mungkin menangis sekejap setelah menerima suntikan vaksin tetapi ianya adalah normal. Mereka akan berhenti menangis setelah dipujuk atau disusukan dan ini bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan.", "Tambahan beliau, “Kesan sampingan ringan yang lain termasuklah kerengsaan, sakit dan kemerahan pada tempat suntikan. Kebanyakan bayi tidak menunjukkan sebarang reaksi langsung.”", "Artikel ini dibawakan oleh program Immunise4Life oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Pediatrik Malaysia dan Persatuan Penyakit Berjangkit & Kemoterapi Malaysia dan disokong oleh inisiatif ‘Vaccination is Protection for Kids’. Untuk maklumat lanjut, layari www.ifl.my" ]
https://malaysiagazette.com/2023/06/12/polis-cari-sivakumar-bagi-jadi-saksi-pendakwaan-kes-penyeludupan-imigran/
Polis cari Sivakumar bagi jadi saksi pendakwaan kes penyeludupan imigran
[ "KAJANG – Polis menagih kerjasama seorang individu bernama Sivakumar Thiarajah sebagai saksi penting dalam kes perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.", "Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, individu itu sedang dikesan dan diminta tampil segera ke mahkamah bagi membantu perbicaraan kes pemerdagangan manusia dan penyeludupan imigran.", "Ia berikutan pada 16 Mei 2020, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah menerima satu laporan berkaitan kes berkenaan.", "“Dalam kes berkenaan mangsa seorang lelaki warga India telah diselamatkan polis di Kajang. Justeru polis turut telah berjaya menangkap suspek yang terlibat di dalam kejadian ini dan telah dituduh di bawah Seksyen 12 Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Sehubungan itu, mohd Zaid berkata, pihaknya memerlukan orang ramai membantu mengesan Sivakumar untuk hadir perbicaraan kes sebagai saksi pendakwaan dalam kes berkenaan.", "Kes perbicaraan ini akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Jenayah 7, Shah Alam yang akan bersidang pada 15, 22 Jun dan 13 Julai 2023.", "Alamat terakhir saksi yang dikehendaki itu di 223, Jalan Tempua 6, Puchong Jaya.", "Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan penama ini diseru untuk menyalurkan maklumat kepada polis atau penama sendiri boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Asisten Superitendan Redzuan Mat Salleh di talian 013-7854100. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/08/19/empat-rumah-berusia-lebih-50-tahun-hangus/
Empat rumah berusia lebih 50 tahun hangus
[ "MELAKA – Empat buah rumah berusia lebih 50 tahun musnah dalam kebakaran di sebuah penempatan tanah wakaf berhadapan Pangsapuri Bukit Piatu di sini malam tadi.", "Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, semua enam penghuni rumah separa kayu itu berusia antara 30-an hingga 60-an bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan serius.", "Pegawai Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran sebuah rumah di kawasan itu pada jam 10.34 malam.", "Menurutnya, tiga jentera dan sebuah EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dan BBP Melaka Tengah dengan kekuatan 34 anggota dan pegawai dikerahkan ke lokasi.", "“Sebaik tiba, didapati api dari rumah pertama di deretan rumah berkembar separa kekal itu sudah marak ke rumah kedua, tiga dan empat.", "“Bagaimanapun kita berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah lain dan semua enam penghuni rumah berkenaan terselamat sebelum api berjaya dikawal 11 minit kemudian,” katanya ketika ditemui di lokasi.", "Tambahnya, pihaknya berdepan cabaran untuk memadam kebakaran kerana jarak rumah berkembar yang rapat antara satu sama lain memudahkan api merebak dengan cepat.", "“Struktur binaan kayu menyebabkan api merebak dengan cepat di bahagian atas rumah namun kepantasan bomba berjaya mengelakkan ia merebak ke rumah lain,” katanya sambil menambah punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.", "Sementara itu, mangsa kejadian, Cheah Wei Liang, 43, ketika kejadian kakak dan emaknya sedang berada di dalam rumah kelahirannya itu manakala dia berada sebuah lagi rumahnya yang terletak berhampiran.", "“Waktu itu sekitar jam 10.30 ketika sedang berehat, jiran memaklumkan ruma jiran terbakar dan merebak ke rumah lama keluarga saya dan ketika itu emak dan kakak berada di dalam rumah.", "“Tanpa berfikir panjang, saya cuba memadamkan api namun ia begitu marak menyebabkan dada dan bahu saya melecur namun bersyukur kerana ibu dan kakak berjaya menyelamatkan diri walaupun tinggal sehelai sepinggang,” katanya.", "Tambahnya, sebelum kejadian itu, penempatan tersebut bekalan elektrik terputus selama 30 minit namun kembali pulih tidak lama selepas itu.", "“Sebaik sahaja bekalan elektrik pulih, berlaku pula kebakaran yang memusnahkan empat rumah di penempatan berusia lebih 50 tahun ini,” katanya. – MalaysiaGazette.", " " ]
https://malaysiagazette.com/2021/08/01/jururawat-cedera-ambulans-kemalangan-kanak-kanak-terperangkap-dalam-kereta/
Jururawat cedera ambulans kemalangan, kanak-kanak terperangkap dalam kereta
[ "IPOH – Seorang jururawat cedera apabila ambulans yang dinaikinya terbabas ke bahu jalan di Kilometer 285 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini, petang tadi.", "Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai digegaskan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada 5.40 petang.", "“Kemalangan itu membabitkan sebuah ambulans milik syarikat swasta yang terbabas ke bahu jalan selepas menghantar pesakit.", "“Seorang jururawat wanita telah tersepit namun hanya mengalami kecederaan di bahagian badan dan kaki manakala pemandu ambulans itu selamat dan telah keluar dengan sendiri dari kenderaan terbabit,” menurutnya dalam satu kenyataan.", "Beliau berkata, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk rawatan dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira setengah jam kemudian.", "Jurucakap itu juga berkata, dalam insiden berasingan, bomba berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang terperangkap di dalam kenderaan pacuan empat roda di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Daeng Sedili, Kuala Kangsar.", "Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden yang menimpa Haziq Zafran Arif Izwan itu pada 6.37 petang.", "“Mangsa terperangkap di dalam kenderaan jenis Toyota Hilux dalam keadaan enjin dihidupkan selama kira-kira setengah jam apabila ibu mangsa keluar membeli barangan di kedai serbaneka tersebut,” katanya.", "Jurucakap itu berkata, pasukan bomba membuka pintu kenderaan tersebut menggunakan peralatan khas dan mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan berjaya dikeluarkan dalam operasi yang hanya mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2018/11/12/siapa-yang-mampu-bayar-deposit-rumah-20-najib/
Siapa yang mampu bayar deposit rumah 20% – Najib
[ "KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan siapa yang mampu membayar deposit sebanyak 20 peratus untuk membeli kediaman melalui Skim FundMyHome.", "Ini kerana melalui skim berkenaan, pembeli perlu bayar deposit atau wang pendahuluan 20 peratus.", "“Saya belek laman web FundMyHome tadi, harga deposit yang perlu dikeluarkan berada dalam lingkungan RM65,000 dan ke atas. Ada yang lebih.", "“Cuba lihat gambar dari portal berkenaan. Jika ada sesiapa yang berminat, perlu membayar deposit sekurang-kurangnya RM100,000 dan unit ini hanya dijangka siap pada tahun 2020,” katanya.", "Bekas Perdana Menteri itu berkata, nampaknya Menteri Kewangan tidak memahami keperluan dan kemampuan pembeli rumah pertama yang kebanyakannya merupakan anak muda.", "Najib bimbang disebabkan skim itu, akan ada yang menggunakan jalan pintas dan berhutang untuk melunaskan pembayaran deposit ini, sekaligus menambah lagi beban kewangan mereka tanpa kepastian pun selepas lima tahun mereka mampu untuk memiliki rumah tersebut.", "Jelasnya, skim itu ternyata berbeza semasa Kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah, yang mana pembeli yang sukar membayar deposit diberi bantuan sebanyak 10 peratus.", "Malah, kerajaan dahulu menawarkan Skim Perumahan Belia, yang mana pembeli dapat pinjaman 100 peratus kerajaan bantu bayar ansuran bulanan RM200 sebulan untuk tempoh 2 tahun.", "Melalui Skim MyDeposit pula kerajaan membayarkan deposit 10 peratus untuk pembeli rumah pertama dengan jumlah maksimum RM30,000 dan Rumah Transit Belia pula belia boleh menyewa untuk 5 tahun, dengan kadar sewa 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.", "Malah, sebahagian sewa dipulangkan semula selepas 5 tahun, supaya ia boleh dijadikan wang deposit", "Kerajaan BN juga mengusahakan perumahan mampu milik di seluruh negara dan memastikan harga jualan lebih rendah daripada pasaran, sebanyak yang kita boleh usahakan.", "“Inisiatif-inisiatif yang saya sebut di atas ini, Kerajaan BN laksanakan dahulu dengan memikirkan bagaimana cara terbaik untuk membolehkan rakyat memiliki kediaman. Dasar-dasar kita membantu pemilikan rumah dan kita mengambil pendekatan pro-rakyat,” ujar beliau.", "Sambil menyifatkan pendekatan hari ini sudah berbeza, Najib berkata, Kerajaan PH sepatutnya memikirkan dengan lebih terperinci mengenai segala inisiatif yang diumumkan termasuk kesan jangka panjang kepada rakyat.", "“Jangan sekadar melepas batuk di tangga.", "“Mungkin kerana gaji bulanan Menteri hari ini, sebulan sahaja dah mencukupi untuk bayar deposit rumah ikut pengumuman baru ini. Jadi mereka tidak memahami isu dan keperluan rakyat,” sindirnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/11/12/covid-19-kes-positif-atasi-kes-sembuh-sembilan-kluster-dikesan/
Covid-19: Kes positif atasi kes sembuh, sembilan kluster dikesan
[ "PUTRAJAYA – Sebanyak 6,026 kes sembuh Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif berjumlah 2,441,485 kes atau 96.3 peratus..", "Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 6,517 kes baharu positif yang dilaporkan hari ini, 16 kes adalah kes import membabitkan 10 warga tempatan dan enam warga aisng.", "“Justeru, daripada 6,501 kes tempatan yang dilaporkan hari ini, 6,214 daripadanya adalah warga tempatan manakala 287 adalah warga asing.", "“Manakala jumlah kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 544 kes manakala sebanyak 269 kes memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.", "Menurut Noor Hisham, daripada 6,517 kes harian  sebanyak 125 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 6,392 kes (98.1 peratus) adalah kategori 1 dan 2.", "Sementara itu, Noor Hisham berkata, sebanyak sembilan kluster baharu telah dikenalpasti Kementerian Kesihatan (KKM) berbanding empat kluster yang dikesan semalam.", "Tambah beliau, setakat ini sebanyak 5,551 kluster telah ditamatkan manakala 286 kluster lagi masih aktif. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/03/28/gagal-patuhi-sop-ketika-beriadah-di-persiaran-karpal-singh/
Gagal patuhi SOP ketika beriadah di Persiaran Karpal Singh
[ "GEORGE TOWN – Walaupun jumlah kes positif Covid-19 di Pulau Pinang mencatatkan tiga angka namun masih ramai rakyat di negeri ini dilihat gagal mematuhi arahan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.", "Tinjauan MalaysiaGazette di Persiaran Karpal Singh di sini mendapati kesedaran masyarakat memakai pelitup muka di kawasan awam masih rendah walaupun menyedari risiko penularan Covid-19 masih ada.", "Rata-rata individu bukan saja dilihat tidak memakai pelitup muka malah berkumpul tanpa memastikan jarak sesama sendiri.", "Bagaimanapun, masih ada segelintir individu yang terus setia memakai pelitup muka di kawasan tersebut dan hanya menanggalkannya ketika mahu minum atau makan.", "Peniaga aiskrim yang ingin dikenali sebagai Azam, 49, berkata, kebanyakan ibu bapa yang membawa anak mereka bersiar di sini gagal memastikan kanak-kanak itu mematuhi SOP.", "“Adakalanya bila kanak-kanak itu datang membeli aiskrim saya tegur, baru mereka (ibu bapa) nak pakaikan pelitup muka namun ada juga yang marah dan beredar tanpa membeli akibat ditegur.", "“Bagi saya semua orang kena patuh baru kita boleh hidup bebas macam dulu, saya tidak mahu berdepan semula PKP kerana impaknya sangat besar terutamanya bagi peniaga kecil macam saya,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.", "Sementara itu, penuntut universiti swasta, Balqis Saiful, 19, berkata, adakalanya dia terlupa untuk menjaga jarak satu meter ketika berada di tempat awam.", "“Sudah biasa duduk berkumpulan jadi bila keluar ramai-ramai saya leka untuk mematuhi SOP berkenaan.", "“Bila dengar kompaun naik tu memang rasa nak kena patuh sentiasa tapi bila lihat orang ramai kumpul macam biasa jadi saya pun leka dan terikut,” ujarnya.", "Pada 24 Februari lalu, MalaysiaGazette melaporkan kerajaan negeri Pulau Pinang mungkin akan melaksanakan langkah secara bersasar terhadap kilang bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dengan ketat dan dapat meratakan keluk Covid-19.", "Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Keusahawanan negeri, Datuk Abdul Halim Hussain berkata, walaupun sektor industri itu menyumbangkan 50 peratus kes Covid-19 di negeri ini, ia tidak mencerminkan keseluruhan industri tersebut memandangkan kes berkisar membabitkan kilang yang bergelut untuk membendung pandemik itu.", "Pihak pengurusan kilang berkenaan perlu mengambil tindakan segera bagi memastikan pematuhan ketat SOP untuk menghentikan penularannya. ", "Jika keadaan di kilang ini tidak bertambah baik, Kerajaan Negeri mungkin akan meneroka langkah-langkah secara bersasar untuk memastikan kerjasama mereka,” katanya dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/03/10/10-geng-edar-ganja-dicekup/
10 geng edar ganja dicekup
[ "PETALING JAYA – Seramai 10 individu ditahan Isnin lalu dalam tiga serbuan berasingan di Kampung Sungai Kayu Ara dan Bandar Utama, di sini, kerana disyaki terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah.", "Serbuan pertama yang dilakukan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Petaling Jaya membabitkan penahanan seorang peniaga kedai runcit berusia 25 tahun di kedainya di Kampung Sungai Kayu Ara Damansara pada jam 9 malam.", "Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, hasil pemeriksaan polis di dalam kedai itu menemukan polis dengan ketulan mampat ganja seberat 505 gram yang disimpan di dalam peti sejuk.", "“Hasil soal siasat suspek seterusnya membawa polis ke sebuah rumah yang terletak sebelah kedai runcitnya dan berjaya menemui 80 gram ganja dalam plastik lutsinar yang turut disimpan di dalam peti ais.", "“Keseluruhan dadah itu dianggarkan bernilai RM5,500,” katanya pada sidang media di sini hari ini.", "Menurut Nik Ezanee, sejam selepas suspek ditahan, polis menyerbu sebuah rumah di Kampung Sungai Ara dan menahan tujuh suspek lelaki berusia antara 19 hingga 25 tahun.", "Polis turut menemui ketulan mampat ganja seberat 1,875 gram di dalam sebuah beg galas yang dianggarkan bernilai RM5,360.", "Tambah beliau, siasatan polis mendapati kesemua suspek menerima bekalan ganja itu dari negara jiran untuk kegunaan di sekitar Lembah Klang.", "Menurutu Nik Ezanee, sindiket itu bergiat aktif dalam pengedaran ganja sejak September tahun lalu.", "Katanya, lima daripada suspek tu memiliki rekod jenayah lampau bersabit jenayah dan dadah di bawah Seksyen 379(a) dan 380 Kanun Keseksaan namun kesemuanya negatif dalam ujian saringan air kencing.", "Mereka direman tujuh hari bermula semalam hingga 15 Mac ini untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.", "Nik Ezanee berkata, dalam serbuan yang sama, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur turut menahan dua lelaki berusia 29 dan 30 tahun di sebuah rumah di Bandar Utama yang disyaki mempunyai kaitan dengan tangkapan di Kampung Sungai Kayu Ara.", "“Pemeriksaan lanjut di rumah dua suspek itu, polis menemui 1,780 gram dadah disyaki ganja dianggarkan bernilai RM9,000, wang tunai RM35,000 dan sebuah kereta jenis Honda Civic disita kemudian,” kata beliau.", "Kedua-dua suspek itu tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau tetapi diuji positif dadah menerusi ujian air kencing dan turut direman tujuh hari sehingga 15 Mac ini, ujarnya.", "“Kita kini sedang menyiasat kaitan dan rangkaian antara kedua-dua sindiket ini dengan aktiviti pengedaran dadah,” kata Nik Ezanee. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/01/12/siapa-pun-kemudi-umno-kalau-tak-ikhlas-karam-semua-shahril/
Siapa pun kemudi UMNO, kalau tak ikhlas karam semua -Shahril
[ "KUALA LUMPUR – Parti tunjang kaum Melayu, UMNO perlu segera memulihkan imejnya yang kalah teruk dalam dua Pilihan Raya Umum (PRU) untuk kembali diterima rakyat.", "Menurut Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan, langkah itu perlu digerakkan segera demi meneruskan proses ‘survival’ parti.", "Malah Shahril berkata, pemulihan UMNO mesti dinaungi sendiri oleh orang UMNO dan bukannya bergantung kepada kekuatan parti lain.", "“Kebangkitan UMNO bukan melalui PN (Perikatan Nasional) atau PH (Pakatan Harapan), tetapi mesti melalui UMNO sendiri.", "“Kalau kita mimpi jalan kebangkitan (dengan) kita tak payah reform (berubah), tak payah buat apa-apa, menang guna kekuatan orang lain, maka kita tidak ubah dengan mentaliti jalan singkat untuk merawat sakit kita.", "“Kuasa atau kerusi yang dimenangi atas ihsan parti lain tanpa reform (berubah) imej tidak akan perkuatkan parti kita. Ia hanya menambah kebergantungan parti kita kepada parti lain, lantas reform (berubah) kita menempah kepada kekecewaan,” katanya dalam sesi ucapan penggulungan Perhimpunan Agung bagi sayap Pergerakan Pemuda UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.", "Shahril juga berkata, sayap Pemuda itu perlu melihat kembali matlamat dan tujuan utama mereka terjun ke arena politik.", "“Esok, siapa pun kemudi parti ini, kalau tak ikhlas memperbetulkan keadaan, esok kalau karam, karam semua terus. Tiada lagi ‘team’ (pasukan) apa-apa pun. Jadi hal menentukan ‘survival’ parti mesti mengatasi segalanya.", "“Keputusan yang kita buat hari ini, kenalah betul untuk lima, 10, 15 tahun akan datang. Kerana pemuda, kalau jiwanya benar-benar pemuda, akan fikir apa yang terbaik untuk parti aku dalam jangka masa panjang,” tambah Shahril lagi.", "Malah sayap Pemuda juga harus mengelak daripada terjerus ke dalam politik langganan seperti aplikasi ‘Netflix’ yang boleh ditukar-tukar prinsipnya mengikut keadaan dan kehendak mana-mana pihak.", "“Kalau untung kita teruskan langganan, kalau tak kita berhenti dan tukar yang lain. Berhentilah politik Netflix ini, terus bawa politik perjuangan, politik prinsip dan hentikan politik langganan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/07/06/pusat-hab-halal-beroperasi-di-batu-pahat-tahun-depan-azizah/
Pusat hab halal beroperasi di Batu Pahat tahun depan – Azizah
[ "JOHOR BAHRU – Sebuah pusat hab halal di Parit Sulong, Batu Pahat dengan kos RM12 juta akan dibangunkan Majlis Amanah Rakyat (MARA).", "Ia dijangka akan memulakan pengoperasiannya pada awal tahun depan, kata Pengerusi MARA, Datuk Seri Azizah Mohd Dun.", "Menurutnya, dengan adanya fasiliti ini, kapasiti produk usahawan dapat dipertingkatkan dan sekaligus memberikan limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.", "MARA Negeri Johor juga telah menerima peruntukan sebanyak RM30 juta pada tahun ini dengan penerima manfaat seramai 2,000 orang usahawan, katanya.", "“MARA turut menjangkakan lebih ramai usahawan yang akan memohon kemudahan yang ditawarkan dalam fasa pemulihan ekonomi selepas berlakunya pandemik.", "“Selain itu, MARA juga menyediakan kemudahan Skim Pembiayaan Perniagaan dan penyewaan premis perniagaan, termasuk khidmat nasihat kepada usahawan yang memerlukan panduan untuk memulakan perniagaan,” katanya.", "Beliau memberitahu perkara itu selepas melawat premis usahawan MARA iaitu AKG Autoworks di Kawasan Industri Ekoperniagaan, Kota Masai, Pasir Gudang dekat sini hari ini.", "AKG Autoworks merupakan usahawan bimbingan MARA yang  turut diterajui oleh usahawan wanita dan merupakan pemegang saham terbesar dalam syarikat berkenaan.", "Selain itu, Azizah juga berkesempatan menghadiri sesi libat urus bersama 50 orang usahawan MARA yang terlibat dalam pelbagai kluster perniagaan seperti Perkhidmatan Berteknologi Tinggi, Automotif, Pembinaan, Lifestyle & Wellness dan Food & Beverages. ", "Dalam sesi yang sama, beliau menyampaikan kemudahan program Gate to Global (bagi produk usahawan yang berpotensi untuk menembusi pasaran luar negara) iaitu syarikat We1 Manufacturing (M) Sdn. Bhd., Hsrich Global Sdn. Bhd. Irma Ariandi Global Sdn. Bhd. dan Jalen Sdn. Bhd. ", "Manakala bagi penyampaian Skim Pembiayaan Perniagaan MARA, seramai empat orang usahawan menerima kemudahan berjumlah RM785,000.", "Hadir sama dalam delegasi lawatan kerja ialah adalah Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Datuk Zulfikri Osman dan Pengarah MARA Negeri Johor, Nor Uyon Shoib.", "Tambah beliau, pembukaan sempadan negara sejak April lalu memberikan nafas baharu kepada usahawan di Johor khususnya di bawah bimbingan MARA.", "Ini merupakan satu lembaran baharu kepada usahawan MARA Johor selepas pendapatan perniagaan mereka terkesan dan terpaksa berhadapan situasi genting akibat penutupan sempadan sejak awal tahun 2020.", "“Melalui kemudahan Skim Pembiayaan Perniagaan DanaNITA yang disalurkan pada tahun ini, seramai 78 orang usahawan wanita di Johor telah menerima manfaat kemudahan tersebut dan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.7 juta.", "“Bagi terus melestarikan program pemerkasaan wanita, MARA maju setapak lagi dengan penubuhan Centre for Women Advancement and Leadership (CWAL) Universiti Kuala Lumpur (UniKL)", "“CWAL UniKL bermatlamat sebagai pusat yang mempromosi idea komprehensif dan inovatif serta melaksanakan inisiatif berimpak tinggi di samping mewujudkan jaringan kerjasama peringkat antarabangsa.", "“MARA Negeri Johor juga optimis lebih ramai usahawan dapat dilatih dan menerima manfaat melalui peruntukan Program Keusahawanan Tahun 2022 iaitu Program Latihan Keusahawanan, Program Pensijilan seperti Halal, GMP, HACCP dan Program Pendigitalan,” katanya.- MalaysiaGazette " ]
https://malaysiagazette.com/2022/12/28/kempen-skim-didik-zakat-simpan-sspn-prime-dzas-galak-ibu-bapa-bayar-zakat-untuk-anak-dan-menabung/
Kempen Skim Didik Zakat & Simpan SSPN Prime (DZAS) galak ibu bapa bayar zakat untuk anak dan menabung
[ "KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) tidak pernah jemu dalam menyebarkan dakwah dan kesedaran terhadap masyarakat Islam tentang tanggungjawab menunaikan zakat dalam pelbagai bentuk.", "Bukan sekadar turun padang menyampaikan pengetahuan tentang kewajipan membayar zakat malah PPZ-MAIWP komited menggembeleng pelbagai program mendekati masyarakat dalam menjayakan kempen tersebut.", "Terbaru, Kempen Skim Didik Zakat & Simpan SSPN Prime (DZAS) yang berlangsung mulai 1 September 2022 hingga 31 Ogos 2023 antara program baharu yang diterokai PPZ-MAIWP. Ia merupakan satu program dakwah yang berbeza berbanding program-program sebelum ini.", "Menurut Pengurus Besar Operasi Dalam PPZ MAIWP, Azlan Shaari, Kempen Skim DZAS yang dijalankan dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat pertama kalinya untuk menggalakkan ibu bapa membayar zakat untuk anak-anak mereka apabila cukup syarat berzakat.", "Jelas beliau, ini kerana pihaknya menyedari tidak ramai ibu bapa yang maklum tentang kewajipan mengeluarkan zakat untuk simpanan anak-anak mereka.", "“Kadang-kadang ibu bapa rasa hanya mereka yang bertanggungjawab membayar zakat, dalam konteks Islam tidak disebut sesudah akil baligh baru boleh bayar zakat, tidak. Hanya disebut orang Islam yang merdeka, sempurna milik, cukup nisab dan haul.”", "“Dalam hal ini kita kena maklumkan kepada masyarakat anak yang berumur 1 tahun pun kena bayar zakat kalau anak ada simpanan yang sudah cukup haul dan nisab.”", "“Anak yang ada aset seperti saham yang cukup syarat kena bayar zakat juga. Tidak terikat dengan simpanan sahaja. Emas pun kena bayar zakat. Ibu bapa perlu bayarkan zakat atas anak-anaknya.” katanya kepada MalaysiaGazette.", "Mengulas lanjut beliau berkata, dalam masa yang sama kempen berkenaan menggalakkan ibu bapa untuk menabung demi masa depan anak-anak mereka.", "Katanya, peserta Skim DZAS berpeluang menikmati insentif istimewa dimana PPZ akan memberi Sumbangan Pendidikan sebanyak RM100 setiap tiga tahun sekali yang akan didepositkan ke Akaun Simpanan SSPN Prime peserta sehingga berumur 18 tahun apabila peserta memenuhi syarat-syarat Skim DZAS yang ditetapkan.", "Dalam masa yang sama beliau berkata, pembukaan Akaun Simpanan SSPN Prime untuk anak yang membayar zakat akan ditanggung oleh PPZ dan PTPTN selain sumbangan khairat kematian sehingga RM3,000.", "“Kempen ini ditawarkan kepada 5,000 peserta (anak). Daripada jumlah itu, 3,000 peserta terawal yang belum membuka akaun dengan PTPTN dan ingin membuka akaun ketika kempen ini berlangsung kita akan menaja pembukaannya. Untuk buka akaun kena depositkan RM20 dimana PPZ akan taja RM10 dan selebihnya ditaja oleh PTPTN.”", "“Akhir sekali pembayar (ibu bapa) juga boleh mendapat rebat cukai pendapatan,” katanya lagi.", "Tidak cukup dengan insentif berkenaan, ibu bapa dan anak-anak yang membayar zakat dalam bulan Disember juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menerusi Kempen YEZ 2022 yang sedang berlangsung.", "“Sepanjang bulan Disember ini pembayar berpeluang memenangi lebih 500 hadiah cabutan bertuah antaranya Pakej Umrah, Thermomix TM6, pengering baju dan sebagainya. ” katanya lagi.", "Tidak menyukarkan ibu bapa untuk membuat pembayaran. Mereka yang ingin membayar zakat untuk anak-anak boleh melakukannya dengan mudah secara dalam talian. Layari www.zakat.com.my.", "Untuk maklumat lanjut mengenai Skim ini, layari https://dzas.zakat.com.my/", "“Penyertaan terbuka kepada ibu bapa dan anak-anak berumur 15 tahun dan ke bawah. Anak yang berusia sebulan pun masih boleh mendaftar. Penjaga pun boleh mendaftar bagi anak angkat mereka dengan menyertakan dokumen pengesahan yang lengkap,” kata Azlan lagi.", "Azlan berharap Kempen Skim DZAS ini juga akan dapat memberi kesedaran dan pengetahuan bukan hanya kepada ibu bapa, sekaligus memberi pengetahuan kepada anak-anak mereka tentang kepentingan berzakat dalam usaha membantu masyarakat Islam yang menghadapi kesusahan.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/06/17/indonesia-dilanda-gempa-bumi/
Indonesia dilanda gempa bumi
[ "JAKARTA – Gempa bumi dengan 6.2 magnitud melanda timur Indodnesia, menurut agensi pemantauan Eropah.", "Setakat ini, tiada laporan kerosakan atau kemalangan jiwa.", "Pusat gempa itu adalah 133 kilometer (83 batu) di barat laut Kupang di Pulau Timor, kata Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/02/04/perkembangan-teknologi-dan-perundangan-kunci-penerokaan-arkeologi-maritim/
Perkembangan teknologi dan perundangan kunci penerokaan arkeologi maritim
[ "ARKEOLOGI maritim merupakan kajian sistematik ke atas sebarang bentuk tinggalan budaya dan persekitaran semulajadi di bawah air iaitu untuk merekonstruksi masa lampau dengan salah satu fokus utamanya adalah kapal karam. Secara amnya, tidak wujud perbezaan ketara antara fokus kajian arkeologi darat dan bawah air kecuali perbezaan daripada segi penggunaan peralatan dan persekitaran. Sehingga kini, Malaysia juga telah mengambil langkah untuk melindungi, memelihara dan mengurus bangkai kapal bersejarah dalam perairan wilayah negara.", "Namun, tanpa rejim undang-undang yang komprehensif di perairan antarabangsa, peninggalan sejarah tersebut tidak dapat dilindungi. Malaysia telah meratifikasikan Akta Warisan Kebangsaan 2005 bagi melindungi warisan kebudayaan di bawah air. Setiap jumpaan ditempatkan di muzium dan institut pengajian tinggi yang terpilih.", "Sebagai contoh, Pada 16 Ogos 1606, telah berlaku satu pertempuran iaitu pertempuran Cape Rachado atau yang kini dikenali sebagai Tanjung Tuan. Pertempuran antara pihak Portugis dan Belanda menyebabkan kapal Nassau karam di perairan Port Dickson. Kapal Nassau\ndibina pada tahun 1602 dan merupakan milik Syarikat Hindia Timur Belanda.", "Antara objek bersejarah yang dijumpai dari kapal Nassau ialah 15 buah meriam, peluru batu meriam, senapang besi dan gangsa, dua sauh besi, peluru plumbum, seramik dari Eropah Utara, tong kayu dari tulang haiwan, wang syiling, tembikar-tembikar dagangan buatan China serta antara menarik ialah botol kaca minuman yang tertulis perkataan ‘Van Hovoken and Co Rotterdam’. Objek bersejarah ini telah ditempatkan dan dipamerkan di Muzium Lukut di Port Dickson, Negeri Sembilan.", "Seterusnya, jumpaan dari kapal karam di perairan Bidong atau lebih dikenali sebagai The Bidong Wreck pula di tempatkan di Universiti Malaysia Terengganu. Rangka kapal tersebut telah karam di perairan Pulau Bidong yang berkoordinat U 5°37.546´T 103°2.514´. Ia masih lagi dalam kajian pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama dari Jabatan Warisan Negara (JWN).", "Isu dan cabaran yang perlu dihadapi dalam bidang arkeologi maritim ini adalah penggalian saintifik yang meluas memakan masa dan kos yang tinggi. Akibatnya, usaha arkeologi penyelamat biasanya terhad kepada pemulihan harta karun, selebihnya diabaikan atau dimusnahkan.", "Di peringkat antarabangsa, telah banyak pembaharuan yang dilakukan dalam bidang arkeologi maritim. Arus permodenan teknologi akhirnya telah menyediakan alat untuk membuka kunci sempadan bidang arkeologi maritim. Alat berteknologi baharu telah terbukti membantu pakar arkeologi maritim untuk meneroka bahan tinggalan di laut dalam.", "Dari segi teknologi, perundangan dan tenaga pakar yang jika dilihat di Malaysia, masih lagi diperingkat sederhana atau dalam proses pembelajaran. Antara cadangan yang boleh dilaksanakan adalah menghantar tenaga pakar tempatan untuk mendalami ilmu arkeologi maritim bersama tenaga pakar professional dari negara luar serta memperbaharui jaringan diplomatik dalam menerapkan teknologi baru ke dalam kajian arkeologi maritim di Malaysia.", "Selain itu, Malaysia juga mesti mengambil langkah untuk menjadi negara anggota dalam pelbagai konvensyen antarabangsa yang berkaitan dengan pemeliharaan warisan maritim bagi menambahbaik perundangan yang sedia ada.", "Oleh: Dr. Nik Nurhalida Nik Hariry\nPensyarah d\nFakulti Pengajian Maritim\nUniversiti Malaysia Terengganu" ]
https://malaysiagazette.com/2017/05/18/langkah-bersepadu-tangani-miskin-bandar/
Langkah bersepadu tangani miskin bandar
[ "KUALA LUMPUR – Kerajaan menggariskan tujuh langkah bagi menangani kemiskinan bandar berikutan kenaikan kos sara hidup yang akan dilaksanakan secara bersepadu dengan pelbagai kementerian.", "Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kos sara hidup yang tinggi di bandar menyebabkan golongan miskin bandar lebih tertekan berbanding kelompok miskin luar bandar.", "Langkah-langkah itu akan dilakukan dalam tempoh jangka pendek, sederhana dan panjang.", "Antara pelaksanaan yang bakal dilakukan ialah meningkatkan pengeluaran dalam negara secara optimum dan pengedaran bekalan yang cekap dan berkesan bagi menangani kenaikan harga barang.", "Sehubungan itu satu Jawatankuasa Bersama antara kementerian akan ditubuhkan bagi mengkaji kos pengeluaran dan kos di sepanjang rantaian pengedaran bagi mengelakkan manipulasi harga oleh orang tengah.", "Kerajaan juga mengkaji cadangan pelaksanaan program bantuan makanan kepada golongan miskin bandar yang melibatkan pelbagai kementerian dengan menggunakan Strategi Lautan Biru (NBOS).", "Kerjasama ini akan melibatkan pasar-pasar raya besar dalam menyediakan bekalan makanan sejuk beku kepada golongan miskin tegar di bandar.", "“Sekiranya program ini berjaya dilaksanakan, pendekatan ini boleh dikembangkan ke institusi pengajian tinggai awam dan swasta (IPTA/IPTS ) melalui program makanan bermasak yang dijual pada harga berpatutan khususnya di bandar-bandar besar.", "“Pelaksanaan program ini akan menggunakan bekas pelajar sebagai operator atau petugas,” katanya dalam satu kenyataan di sini.", "Kenyataan itu dikeluarkan selepas Ahmad Zahid mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tinggi Bagi Menangani Kemiskinan Bandar yang diadakan pada hari ini.", "Kerajaan juga akan melaksanakan beberapa program termasuk Program Pembangunan Usahawan, meningkatkan kebolehcapaian pengangkutan awam pada kadar yang munasabah, bantuan pengurusan kewangan, latihan kemahiran dan program mentor.", "Mewujudkan pusat sehenti di kawasan komuniti miskin yang akan menjadi pusat rujukan kepada pelbagai agensi bagi membantu golongan berkenaan.", "Selain itu, melaksanakan kajian pengumpulan maklumat mengenai keperluan bekalan rumah melalui data-data bilangan pemilikan dan penyewaan rumah dilaksanakan bagi memudahkan kerajaan mengenal pasti keperluan rumah dan trend harga rumah yang sesuai berdasarkan lokasi tertentu.", "Kerajaan turut mempertimbangkan cadangan pemberian insentif kepada pemaju yang membina rumah mampu milik menggunakan teknologi terkini seperti IBS bagi mengurangkan kos pembinaan rumah, katanya.", "Ahmad Zahid menambah, bagi menangani kemiskinan bandar secara komprehensif dan berkesan, elemen-elemen yang menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup di bandar seperti kenaikan harga barangan terutama barang makanan, perumahan dan pengangkutan perlu dikaji terlebih dahulu. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/10/08/akhbar-the-star-digesa-mohon-maaf-secara-terbuka/
Akhbar The Star digesa mohon maaf secara terbuka
[ "KUALA LUMPUR – Akhbar berbahasa Inggeris, The Star digesa memohon maaf secara terbuka kerana menulis laporan yang salah sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.", "Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam tadi, Siti Zulaikha Zulkifli, Setiausaha Akhbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, berkata permohonan maaf itu perlu disiarkan dalam akhbar dan portal mereka.", "Katanya jika perkara berkenaan tidak dibuat dalam tempoh 24 jam tindakan lebih tegas akan diambil.", "Semalam (6 Okt), akhbar tersebut menyiarkan laporan bertajuk ‘No More Moral Policing’ serta versi online ‘No more night khalwat raids or intrusion into Muslims private lives, says Mujahid’. (‘Tiada lagi kepolisan moral’ dan ‘Tiada lagi serbuan khalwat waktu malam atau merejah kehidupan peribadi orang Islam, kata Mujahid’)", "Siti Zulaikha turut menegaskan bahawa tiada langsung dalam temu bual bersama media berkenaan Mujahid mengeluarkan kenyataan seperti tajuk yang ditulis akhbar berbahasa Inggeris berkenaan.", "Katanya selepas penelitian dibuat, beliau mendapati Mujahid langsung tidak menyebut perkataan seperti yang ditulis dalam berita berkenaan pada perenggan pertama iaitu ‘No more knocks on the door in the middle of the night and no more breaking down of doors by the religious authorities investigating reports of khalwat or other alleged wrongdoings.", "(Tiada lagi ketukan di pintu pada waktu tengah malam dan tiada lagi perbuatan pecahkan pintu oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan mengenai khalwat atau dakwaan kesalahan-kesalahan lain)", "“Ekoran tajuk yang disensasikan serta perenggan pertama yang ditulis berdasarkan interpretasi wartawan media tersebut, berita ini menjadi viral sehingga menyebabkan salah faham terutamanya terhadap umat Islam di negara ini.", "“Saya amat menghormati kebebasan media, namun ini tidak bermakna pihak media boleh menulis berita di luar konteks sehingga tercetusnya perdebatan awam dan memberi impak negatif kepada beliau (Mujahid),” katanya.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2018/05/22/raja-raja-melayu-beri-perhatian-berat-berhubung-isu-1mdb/
Raja-Raja Melayu beri perhatian berat berhubung isu 1MDB
[ "KUALA LUMPUR – Raja-raja Melayu telah memberikan perhatian yang berat berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.", "Merujuk kepada kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull pada satu sidang media khas hari ini, Syed Danial berkata susulan itu, Raja-raja telah menitahkan satu kenyataan pada 6 Oktober 2015 berhubung isu itu.", "“Sebenarnya, atas titah Duli Yang Maha Mulia Raja-raja, saya telah mengundang Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Timbalan serta pegawai kanan beliau menghadap baginda sekalian bagi menyembahkan taklimat yang berkaitan.", "“Dalam ruang lingkup peranan dan kuasa Raja-raja berlandaskan Perlembagaan, Raja-raja telah menitahkan untuk satu kenyataan, yang menunjukkan bahawa Duli-duli Yang Maha Mulia memberikan perhatian yang berat, dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja (pada 6 Okt 2015),” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Syed Danial turut melampirkan kenyataan tersebut yang antara lain menyatakan Raja-raja Melayu maklum bahawa kerajaan sedang melakukan siasatan dan menegaskan perlunya pihak kerajaan menyelesaikan secepat mungkin penyiasatan yang sedang berjalan itu.- BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2017/08/30/pelantikan-azmin-pengerusi-ph-selangor-beri-tekanan-kepada-pas/
Pelantikan Azmin Pengerusi PH Selangor, Pas tertekan
[ "KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini dilantik menjadi Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor.", "Pelantikan Menteri Besar Selangor itu sudah pasti memberi tekanan untuk PKR yang sehingga kini masih mengekalkan kerjasama dengan Pas dalam kerajaan negeri.", "Pas Selangor pula pasti semakin terhimpit kerana pelantikan itu secara tidak langsung mengiktiraf Parti Amanah Negara di negeri itu.", "Hari ini dalam satu kenyataan akhbar, Majlis Presiden PH melantik Pengerusi-Pengerusi PH bagi seluruh negara.", "Selain Mohamed Azmin, Lim Guan Eng dilantik Pengerusi PH Pulau Pinang, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PH Johor dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi PH Kedah.", "Bagi Pahang, pengerusinya, Datuk Fauzi Rahman, Perlis (Ameir Hassan), Wilayah Persekutuan (Tan Kok Wai), Kelantan (Datuk Husam Musa) dan Terengganu (Datuk Raja Kamarul Bahrin).", "Bagi Negeri Sembilan pula ialah Aminuddin Harun , Ahmad Faizal Datuk Azumu (Perak), Adli Zahari (Melaka), Christina Liew (Sabah) dan Chong Chien Jien (Sarawak).- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/11/26/gelembung-perjalanan-domestik-zon-hijau-berkesan/
Gelembung perjalanan domestik zon hijau berkesan
[ "KUALA LUMPUR – Gelembung perjalanan domestik zon hijau yang bermula pada Ahad (22 November) berjaya merancakkan aktiviti lawatan di zon bebas COVID-19 dengan kelompok pelawat dikesan di beberapa destinasi yang lengang sebelum ini.", "Walaupun ia tidak dapat dibandingkan dengan kemeriahan sebelum COVID-19, tetapi kemunculan pelawat tertentu membolehkan peniaga dan penjaja menarik nafas lega.", "Walau bagaimanapun, sesetengah destinasi pelancongan di zon hijau masih lengang pada hari pertama pelaksanaan.", "Sinchew Daily melaporkan, Bentong di Pahang merupakan antara pekan yang menerima pelancong pada Ahad dengan kawasan pasar dan kedai kopi menunjukkan kunjungan orang ramai.", "Penjaja di Pasar Bentong berkata, ramai “orang asing” telah kelihatan di pekan itu dan kebanyakannya merupakan pelawat yang membawa kereta sendiri untuk melawat Bentong, membeli produk seperti halia Bentong serta menikmati juadah tempatan.", "Menurut penjaja, berbanding Ahad minggu lalu, perniagaan mereka pada Ahad ini adalah jauh lebih baik.", "Dalam pada itu, jalan-jalan bersejarah dan pusat membeli-belah di Melaka juga menunjukkan kehadiran pelancong.", "Pasar kutu dan kawasan sekitar Jalan Hang Jebat juga menampakan kelibat pelancong.", "Walau bagaimanapun, Johor yang banyak bergantung kepada pelawat Singapura tidak pula menampakkan kunjungan orang di destinasi pelancongan.", "Walapun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mersing sudah ditamatkan, tetapi kelibat pelancong tidak kelihatan.", "Sinchew Daily melaporkan, keadaaan itu berlaku kerana bukan musim durian, beberapa kemudahan pelancongan yang belum dibuka dan permulaan musim hujan yang menyebabkan orang ramai lebih gemar duduk di rumah.", "Selain itu, destinasi hujung minggu di Kuantan, Pahang seperti Pantai Teluk Chempedak dan Zoo Mini Teruntum juga tidak menampakkan pelawat yang ramai. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/10/08/14-ahli-sindiket-judi-online-diberkas-polis/
14 ahli sindiket judi online diberkas polis
[ "KUALA LUMPUR – Polis menahan 14 individu, termasuk enam wanita warga China, yang dipercayai terbabit dengan kegiatan judi dalam talian dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Bangsar, di sini, semalam.", "Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, siasatan awal polis mendapati sindiket berkenaan beroperasi di kediaman itu sebagai pusat panggilan sejak dua minggu lalu.", "“Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, mendapati mereka leka terlibat dalam judi haram dalam talian sebelum lapan lelaki tempatan serta enam wanita warga China berusia antara 25 hingga 32 tahun dicekup,” katanya  ketika ditemui di lokasi serbuan di sini, semalam.", "Tambah beliau, sindiket berkenaan disyaki menyasarkan mangsa dari China dengan mempromosikan kegiatan berkenaan melalui aplikasi We Chat.", "Menurut Anuar, sindiket yang menyewa pangsapuri RM1,800 sebulan itu menjalankan operasi antara  jam 10 pagi hingga 8 malam setiap hari dan pekerjanya ditawarkan gaji antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan.", "“Selain itu, sindiket ini juga akan berpindah-randah operasi mereka secara kaedah nomad dari satu tempat ke tempat lain bagi mengelak kegiatan terlarang itu dikesan pihak berkuasa,” ujarnya.", "Anuar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4B Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 dan pihaknya masih mengesan saki baki ahli sindiket yang masih bebas. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/07/13/anwar-diumum-sebagai-ketua-pembangkang/
Anwar diumum sebagai Ketua Pembangkang
[ "KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengumumkan Anwar Ibrahim (PH – Port Dickson) sebagai Ketua Pembangkang Parlimen.", "”Saya suka memaklumkan mengikut maklum balas yang saya terima, saya berpuas hati bahawa Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson telah mendapat sokongan ahli-ahli pembangkang di parlimen untuk dilantik sebagai ketua pembangkang.", "”Syabas YB Port Dickson,” katanya kepada Anwar. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/07/22/kematian-beng-hock-sprm-tidak-boleh-siasat-tapi-sedia-bekerjasama-latheefa-koya/
Kematian Beng Hock: SPRM tidak boleh siasat, tapi sedia bekerjasama – Latheefa Koya
[ "KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa yang menyiasat kes kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock.", "Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata, beliau tidak boleh mengulas lanjut mengenai kes tersebut kerana SPRM merupakan entiti yang disiasat polis dalam kes kematian Beng Hock.", "“Seperti saya jelaskan, sama ada ia siasatan dalaman atau luaran saya tak boleh komen.", "“Ini kerana kami adalah party yang sedang disiasat dalam kes ini, maka kami hanya boleh mengesahkan dan menyatakan kerjasama dengan pihak penyiasat kes berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Mempromosi Ketelusan Pemunya Benifisari di Asia Tenggara pagi tadi.", "Turut hadi Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasinya Datuk Seri Azam Baki.", "Latheefa ditanya tentang desakan Setiausaha Agung parti Gerakan, Mak Kah Keong  supaya SPRM mengendalikan penyiasatan dalaman mengikut undang-undang entiti itu sendiri untuk mencari punca kematian sebenar Beng Hock dalam kejadian pada 2009.", "Pada 2011, Suruhanjaya Siasatan Diraja menyimpulkan bahawa Beng Hock ditolak untuk membunuh diri ekoran kaedah siasatan agresif yang dilaksanakan SPRM.", "Kah Keong berpendapat kesimpulan itu menghalang polis daripada menyiasat kematiannya.", "Beng Hock ditemui mati pada 2009 selepas ditahan untuk siasatan oleh SPRM Selangor.", "Pada 2014 pula , Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan mahkamah koroner dalam kes Beng Hock dan memutuskan wujud salah laku pegawai SPRM dalam kematian mangsa dan sejak itu tiada seorang pegawai badan berkuasa itu dituduh dalam kes tersebut.", "Pada 22 Julai lalu, Peguam Negara Tommy Thomas pula berkata, siasatan baharu kematian Beng Hock diklasifikasikan di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana Salah Tahan/Sekatan dan daripada Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai atau membunuh tanpa niat sebelum ini oleh polis.- MalaysiaGazette", "Artikel berkaitan", "SPRM tidak siasat kes kematian Teoh Beng Hock", "", "Tiada arahan AG untuk buka semula kes Teoh Beng Hock", "", " " ]
https://malaysiagazette.com/2019/12/14/rakyat-sabah-kini-anggap-warisan-jadi-alat-ph/
Rakyat Sabah kini anggap Warisan jadi alat PH
[ "KUALA LUMPUR – Rakyat Sabah kini mula melihat parti Warisan kini sudah menjadi alat kepada Pakatan Harapan (PH).", "Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa beranggapan rakyat di negeri itu mulai marah kerana nasib mereka semakin tidak terbela.", "“Janji 20 peratus royalti minyak untuk Sabah yang dibuat oleh PH ternyata menipu. Orang Sabah marah dengan pemotongan bantuan rakyat, berkurangnya projek Sabah.", "“Sijil sementara pendatang, suku kaum tertentu terabai… ini semua menyebabkan rakyat Sabah marah, ” ujar beliau menerusi ciapan twitternya hari ini.", "Menurut Annuar, sejak PH memegang tampuk pimpinan kerajaan setelah menang dalam PRU-14, perubahan positif yang diharapkan oleh rakyat ternyata tidak menjadi realiti.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/05/09/13-pingat-emas-boleh-kata-saya-seorang-legenda-tze-liang/
13 pingat emas: Boleh kata saya seorang legenda – Tze Liang
[ "HANOI – Atlet terjun kebangsaan, Ooi Tze Liang tidak dapat menyembunyikan kegembiraan selepas merangkul pingat emas Sukan SEA yang ke-13 peribadinya di Pusat Akuatik My Dinh di sini, hari ini.", "Kejayaan dilakar beliau hadir selepas beliau mendominasi saingan final acara 1 meter (m) papan anjal lelaki Sukan SEA ke-31 yang berlangsung hari ini sekali gus membutirkan emas ketiga kontinjen negara pada temasya sukan dwitahunan itu.", "Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di sini, Tze Liang berkata dengan kejayaan membawa pulang emas ke-13 itu, beliau telah menyempurnakan misinya di Sukan SEA.", "“Saya rasakan misi saya telah tercapai. Saya juga rasa saya penerjun pertama yang dapat semua pingat, daripada acara platform ke papan anjal, papan anjal individu ke seirama.", "“Jadi dah boleh kata legenda lah kot,” katanya sambil tertawa.", "Pada aksi final hari ini, penerjun berusia 28 tahun itu menampilkan persembahan terpuji dengan mengumpul 377.70 mata dalam keseluruhan enam terjunan untuk menewaskan enam penerjun lain.", "Pingat perak acara itu dimenangi atlet Singapura Avvir Tham Pac Lun yang mengutip 286.40 mata sementara seorang lagi wakil negara Betrand Rhodict Anak Lises berjaya membawa pulang pingat sulungnya di pentas Sukan SEA selepas meraih gangsa apabila mengutip 284.90 mata.", "Sementara itu, Tze Liang mengakui berpuas hati hati dengan persembahan yang dipamerkan walaupun berdepan cabaran dalam persiapannya ke Hanoi ekoran pandemik COVID-19.", "“Kami sudah lama tidak menyertai pertandingan dan ia menjadi antara cabaran terbesar tetapi saya gembira dengan prestasi saya hari ini. Selama saya menyertai Sukan SEA, ini adalah pingat emas 1m pertama saya dan pingat emas ke-13 (keseluruhan),” katanya.", "Pingat emas diraih Tze Liang hari ini adalah emas kedua peribadinya selepas turut menjuarai acara 3m papan anjal seirama lelaki bersama gandingan Chew Yi Wei, semalam.- BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2020/03/31/kampung-baru-dicuci-dengan-cecair-nyah-kuman/
Kampung Baru ‘dicuci’ dengan cecair nyah kuman
[ "KUALA LUMPUR – Kawasan di sekitar ibu negara terus dibersihkan menerusi proses disinfeksi bagi membendung penularan wabak Covid-19. ", "Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Alam Fora yang membabitkan SWCorp hari ini  bekerjasama melakukan semburan nyah kuman di Kampung Baru. ", "Operasi yang bermula pada 9 pagi melibatkan melibatkan kira-kira 150 petugas turut disertai Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa. ", "Dron turut digunakan untuk menyembur cecair nyah kuman.", "Operasi disinfeksi ini telah bermula sejak Sabtu yang lalu dengan memfokuskan tempat tumpuan awam di Kuala Lumpur. -MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/06/04/kadar-pemberian-vaksin-covid-19-catat-rekod-tertinggi-semalam/
Kadar pemberian vaksin Covid-19 catat rekod tertinggi semalam
[ "KUALA LUMPUR – Kadar pemberian vaksin harian Covid-19 mencatat rekod tertinggi semalam dengan 117,563 dos diberi kepada penerima.", "Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi Facebook, selepas 100 hari pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) jumlah pemberian dos vaksin) akan terus meningkat.", "Dalam pada itu, menerusi hantaran berbeza, JKJAV berkata, seramai 3,330,436 individu sudah menerima suntikan vaksin di bawah PICK sejak bermulanya program itu hingga semalam.", "JKJAV berkata, jumlah itu membabitkan 2,208,016 penerima dos pertama dan 1,112, 420 penerima yang sudah melengkap dua dos.", "Berdasarkan infografik yang diberikan jawatankuasa itu, Kuala Lumpur merupakan negeri tertinggi yang menerima suntikan dos pertama sebanyak 372,242 dan 101,249 bagi dos kedua diikuti Selangor (320,429 dos pertama dan 145, 636 dos kedua) serta Johor (203,667 dos pertama dan 97, 983 dos kedua).", "Selain itu, Sarawak mencatatkan 146,322 dos pertama dan 116,399 dos kedua disusuli Perak (176, 747 dos pertama dan 105,302 dos kedua), Sabah (152,900 dos pertama dan 89,821 dos kedua), Kedah (146, 579 dos pertama dan 70,389 dos kedua).", "Kelantan pula merekodkan 114,615 dos pertama dan 55,505 dos kedua, Pahang (114,470 dos pertama dan 79,907 dos kedua), Pulau Pinang (103,627 dos pertama dan 73,607 dos kedua), Terengganu (84,677 dos pertama dan 50,052 dos kedua), Negeri Sembilan (83,458 dos pertama dan 56,202 dos kedua).", "Melaka (56,428 dos pertama dan 36,441 dos kedua), Perlis (36,226 dos pertama dan 19,100 dos kedua), Putrajaya (25,379 dos pertama dan 12,410 dos kedua) serta Labuan (14,785 dos pertama dan 12,417 dos kedua).", "Program imunisasi kebangsaan bermula pada 24 Februari lalu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menerima vaksin Covid-19, empat hari selepas bekalan vaksin pertama negara keluaran Pfizer-BioNTech tiba. – MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2017/06/30/aliran-trafik-lebuh-raya-utama-lancar-pagi-ini/
Aliran trafik lebuh raya utama lancar pagi ini
[ "KUALA LUMPUR – Aliran trafik keluar dan masuk ke ibu negara di kesemua lebuh raya utama di Semenanjung Malaysia dilapor bergerak lancar setakat 9 pagi ini.", "Ketika dihubungi Bernama, jurucakap PLUS Malaysia Berhad memaklumkan tiada kawasan yang dilapor bergerak perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan bagi laluan di utara Semenanjung Malaysia.", "Keadaan sama dilapor di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 bagi laluan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, menurut catatan Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia.", "Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta lwww.twitter.com/llminfotrafik. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/12/29/penjajah-sengaja-rosakkan-bahasa-melayu-berhuruf-al-quran-abdul-hadi/
Penjajah sengaja rosakkan Bahasa Melayu berhuruf Al-Quran – Abdul Hadi
[ "KUALA LUMPUR – Tulisan Bahasa Melayu berhuruf Al-Quran adalah warisan asal Bahasa Melayu yang sengaja dirosakkan oleh penjajah dahulu dalam agendanya khusus terhadap umat Islam dan agamanya.", "Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Bahasa Melayu yang berhuruf Jawi dinisbahkan daripada perkataan Jawa, salah satu rumpun Melayu yang terbesar di Nusantara.", "Katanya, ia telah digunakan dalam bahasa etnik lain di alam Melayu dengan menggunakan tulisan berhuruf yang sama seperti Bahasa Champa, Tagalog, Acheh, Minang, Banjar dan lain-lain.", "Jelas beliau, selain itu, Bahasa Turki di Asia Tengah, Bahasa Urdu di India, Bahasa Parsi di Iran, Bahasa Swahili di Afrika dan lain-lain juga menggunakan tulisan sama apabila bangsanya menganut Islam.", "“Namun, penjajah tidak mengacau Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan bahasa lain daripada kaum yang menganut agama bukan Islam,” katanya dalam akaun Twitter.", "Maka Abdul Hadi berkata, adalah menjadi kewajipan kepada kaum Melayu berusaha untuk kembali kepada tulisan asalnya yang telah dirosakkan oleh penjajah Barat.", "Bahkan, jelas beliau kaum lain yang datang ke Tanah Melayu dan telah diberi hak berbahasa mereka sendiri juga berkewajipan mempelajari bahasa alam Melayu ini.", "“Jangan bersikap fanatik dengan bahasa kaum mereka di negeri asal usul dan berputar melawan arus di Alam Melayu ini.", "Ingat bahawa rumpun Melayu yang beragama Islam tidak fanatik, tetapi menjadi hak mereka memperkasakan Bahasa Melayu di Alam Melayu sehingga telah pun berjaya menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan pelbagai kaum, di samping menjadi Bahasa Kebangsaan atau bahasa rasmi negara,” ujar beliau.", "Menurut Abdul Hadi, agenda menolak pemerkasaan Bahasa Melayu adalah agenda penjajah dahulu yang ditolak oleh rakyat di sini bersama agenda mengeluarkan penjajah daripada tanah air, bukan sahaja jasadnya termasuk juga segala perancangan yang merosakkan jati diri, khususnya terhadap Islam dan penganutnya.", "Tambah beliau, akan tiba masanya pihaknya boleh mengisytiharkan bahawa mereka yang menimbulkan kebencian terhadap bahasa asal Melayu yang membawa kesan pengaruh Islam di rantau ini adalah saki baki penerusan agenda penjajah baharu, musuh yang wajib diisytiharkan jihad terhadapnya.", "Katanya, mereka yang mengambil langkah benci terhadap Bahasa Melayu berhuruf Jawi adalah terlampau ekstrem dan diibaratkan seperti menjolok sarang tebuan yang sangat besar bencana dan padahnya.", "Abdul Hadi berkata, mereka yang menunjukkan penentangan terhadap Bahasa Melayu tulisan Jawi kerana pengaruh Islamofobia terhadap umat Islam.", "Menurutnya, mereka ditaja oleh musuh Islam di seluruh dunia walaupun umat Islam sudah lama memperkenalkan konsep tiada paksaan dalam dakwah Islam dan boleh hidup bersama dalam masyarakat majmuk.", "“Kami menggalakkan penganut Islam mempelajari pelbagai bahasa dunia termasuk Bahasa Cina dan Tamil, serta tidak memaksa penganut bukan Islam menukar bahasanya setelah masuk Islam.", "“Maka adalah sangat tidak saksama jika mereka menghalang kaumnya mempelajari bahasa kami, lebih malang kalau tidak sedar dirinya berada di Alam Melayu,” ujarnya.", "Abdul Hadi berkata, tujuan bahasa adalah untuk menjalinkan hubungan lebih erat dengan masyarakat di alam Melayu ini.", "Menurutnya, adalah lebih mudah menerangkan Islam dengan bahasa ibunda masing-masing bagi menarik bukan Islam kepada Islam daripada menggunakan tulisan Jawi.", "Oleh itu, tambah beliau janganlah jadikan satu-satunya sebab masuk Islam kerana tulisan Jawi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/06/26/senarai-baki-anggota-kabinet-tersebar/
Senarai baki anggota Kabinet tersebar
[ "KUALA LUMPUR – Satu senarai penuh menteri dan timbalan menteri Kabinet tersebar di media sosial sejak semalam.", "Beberapa nama pemimpin daripada empat parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) tertera pada senarai yang tular itu yang melibatkan sebanyak 16 kementerian.", "Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada senarai jawatan tersebut sahih ataupun tidak.", "Memetik laporan Harian Metro Online, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata, beliau tidak menerima sebarang surat jemputan untuk pelantikan ahli Kabinet dan hanya mengetahui perkara itu menerusi akhbar.", "Katanya, dia tidak boleh memberi sebarang kenyataan memandangkan belum ada pengumuman rasmi dilakukan oleh kerajaan.", "Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman yang dikatakan dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan juga enggan mengulas mengenai senarai menteri tambahan itu.", "Syed Saddiq berkata, beliau tidak layak untuk memberi sebarang kenyataan memandangkan perdana menteri belum membuat pengumuman rasmi.", "Dalam satu sidang media yang diadakan semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan baki senarai nama Kabinet kerajaan sudah dimuktamadkan dan hanya menunggu masa untuk diumumkan pada upacara mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong.", "Sebelum ini, Dr Mahathir juga dilaporkan berkata, pentadbirannya tidak akan memiliki lebih daripada 30 kementerian.", "Dalam pada itu, Istana Negara dalam kenyataannya hari ini memaklumkan bahawa istiadat mengangkat sumpah baki barisan anggota Kabinet akan berlangsung di Istana Negara pada 2 Julai ini.", "Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sudah menerima senarai nama Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet pada 20 Jun lalu. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/11/23/mayat-lelaki-bertatu-ditemui-tempat-pelupusan-sampah-dbkl/
Mayat lelaki bertatu ditemui tempat pelupusan sampah DBKL
[ "KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki tidak dikenali ditemui di kawasan pelupusan sampah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) Batu Caves dekat sini baru-baru ini.", "Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, mayat lelaki itu dianggarkan berusia 50-an dan ditemui pada 19 November lalu selepas menerima panggilan daripada orang awam.", "“Hasil siasatan di lokasi mendapati mangsa dipercayai telah hanyut di sungai itu sebelum tersangkut di tebing sungai.", "“Semasa dijumpai dan siasatan di tempat kejadian polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada badan si mati,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Tambah Eng Lai, si mati memakai pakaian kemeja T-berkolar bulat berwarna kemerahan yang telah lusuh, berseluar jeans panjang dan tidak memakai kasut.", "Menurutnya, mayat kemudian telah dikeluarkan dari lokasi dan segera dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dilakukan bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.", "“Hasil bedah siasat mendapati pada tubuh badan si mati tiada kesan kecederaan yang boleh dikaitkan dengan unsur-unsur jenayah dan di bahu kanan si mati terdapat corak tatu manakala suntikan vaksin BCG pada bahagian bahu kiri tidak dapat dikesan\nkerana mayat telah reput.", "“Sehingga kini masih belum ada ahli keluarga atau mana-mana pihak yang tampil untuk menuntut mayat tersebut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya lagi.", "Polis Sentul menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini untuk menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-4048 2206, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Kamilan di talian 03-62572222/ 018-3913856.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/05/10/tempoh-rayuan-bpn-dilanjut-hingga-30-mei-pm/
Tempoh rayuan BPN dilanjut hingga 30 Mei – PM
[ "KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil maklum mengenai rungutan daripada orang ramai yang gagal menerima Bantuan Prihatin Nasional (PN) atas pelbagai sebab.", "Jelas beliau, antara isu itu kerana maklumat yang diisi pemohon tidak lengkap selain ada juga yang permohonannya ditolak kerana dalam rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan tetapi mereka sebenarnya telah hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan.", "Menurutnya, ada juga antara yang memohon adalah pelajar yang telah menerima bantuan BPN bagi kategori pelajari dan permohonan mereka untuk mendapatkan bayaran itu bagi kategori bujang ditolak.", "“Ini antara sebab-sebab permohonan ditolak. Mengambil kira semua perkara ini, YB Menteri Kewangan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei ini.", "“Selain menghantar emel, para pemohon yang mana permohonan mereka tidak diluluskan boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN untuk membuat rayuan bermula esok.", "“Bagi negeri-negeri yang bercuti esok, bolehlah pergi ke kaunter LHDN pada hari Selasa ini. Saya tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan. Tetapi mana-mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, Insya-Allah boleh diluluskan,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen dan media sosial di sini hari ini.", "Muhyiddin turut memaklumkan, kerajaan telah meluluskan 2.3 juta permohonan BPN, termasuk permohonan baharu dan rayuan, yang melibatkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM1.7 billion semalam.", "Jelas beliua, dengan kelulusan tersebut, jumlah penerima BPN setakat ini ialah 10.6 juta orang yang melibatkan bayaran berjumlah RM11 billion.", "Semalam, ada dalam kalangan warganet meluahkan rasa kecewa kerana rayuan BPN ditolak atas alasan yang tidak munasabah bagi mereka.", "Ramai pemohon meluahkan perasaan tidak puas hati Facebook kerana mendapati antara alasan rayuan ditolak adalah kerana pasangan pemohon turut mendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sedangkan perniagaan dijalankan adalah kecil-kecilan dan tidak aktif.", "Artikel berkaitan: Netizen kecewa rayuan BPN ditolak gara-gara SSM", "Tetapi ada juga pasangan yang ada SSM tetapi dapat BPN.", "Bagi rakyat status bujang, ada yang sepatutnya dapat RM800 tetapi dapat RM500 sahaja.\nAda juga yang lulus dan sudahh dapat ketika peringkat pertama, tetapi tidak lulus untuk pusingan kedua kerana ada SSM. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/05/18/penolong-jurutera-jkr-direman-kes-rasuah/
Penolong Jurutera JKR direman kes rasuah
[ "SHAH ALAM – Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Langat direman empat hari bermula hari ini kerana dipercayai meminta wang rasuah berjumlah RM80,000.", "Lelaki 35 tahun berkenaan dipercayai meminta rasuah sebagai balasan untuk mengesahkan kerja pembaikan, baikpulih dan lain- lain kerja berkaitan di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana.", "Terdahulu, permohonan reman dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Selangor di hadapan Majistret,  Fatina Amyra Abdul Jalil di Mahkamah Majistret Shah Alam. ", "Sebagai rekod, suspek ditangkap menerima wang sejumlah RM10,000 semalam.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/09/24/azmin-yakin-pn-bn-bentuk-kerajaan-sabah-sabtu-ini/
Azmin yakin PN, BN bentuk kerajaan Sabah Sabtu ini
[ "TAWAU – Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohammed Azmin Ali yakin gabungan Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah (PBS) dapat membentuk kerajaan negeri baharu selepas tamatnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu ini.", "Ia digambarkan melalui sokongan dalam siri kempen yang dibuat dirinya di seluruh negeri Sabah sebelum ini.", "“Saya percaya dengan sokongan daripada jentera dan rakyat Perikatan Nasional, BN dan PBS dijangka dapat membentuk kerajaan baharu pada hujung minggu ini,” katanya kepada media selepas Program Majlis Sentuhan Mesra Warga DUN Merotai di Bilik Gerakan Utama (BGU) Perikatan Nasional hari ini.", "Malah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu turut gembira dengan sambutan pengundi dengan calon PN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai, Jailani Chachu.", "“Alhamdulillah, saya telah menjelajah ke banyak daerah dan mukim dan saya gembira melihat sambutan daripada rakyat Sabah untuk membawa perubahan yang cukup meyakinkan.", "“Seperti di Merotai, kita ada calon yang cukup baik yang telah memberikan khidmat sebagai tokoh pendidik dan beliau juga amat dihormati dan dikenali oleh masyarakat tempatan.", "“Saya percaya dengan sokongan daripada jentera dan rakyat Perikatan Nasional, BN dan PBS dijangka dapat membentuk kerajaan baharu pada hujung minggu ini,” katanya lagi.", "Berbaki kurang 48 jam, sebanyak 1.12 juta pengundi di Sabah bakal memilih kerajaan samada daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) mahupun Perikatan Nasional. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/05/19/perancis-panggil-karim-benzema/
Perancis panggil Karim Benzema
[ "PARIS – Karim Benzema kembali ke dalam skuad Perancis bagi saingan Euro 2020 oleh Didier Deschamps selepas hampir dipinggirkan kerana dakwaan peras ugut.", "Penyerang Real Madrid itu tidak bermain buat Perancis sejak Oktober 2015 namun kini bersedia dibariskan bersama pemenang Piala Dunia, Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann bagi Kejohanan Eropah.", "“Saya berasa bangga dengan kepulangan ke pasukan Perancis dan kepercayaan diberikan terhadap saya.", "Benzema yang meledak 27 gol buat Perancis dalam 81 penampilan dipilih selaku pemain terbaik Perancis yang bermain di luar negara oleh persatuan pemain negara berkenaan semalam.", "Dia menjaringkan 29 gol buat Real Madrid musim ini, melepasi 20 gol liga dalam semua tiga musim sejak Cristiano Ronaldo meninggalkan Santiago Bernabeu ke Juventus pada 2018. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/05/02/pendedahan-abdul-hamid-robek-keyakinan-terhadap-pdrm-anwar/
Pendedahan Abdul Hamid robek keyakinan terhadap PDRM – Anwar
[ "KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaaan melakukan siasatan menyeluruh dan lengkap berhubung pendedahan campur tangan Menteri Dalam Negeri dalam pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Tan Sri Abdul Hamid Bador.", "Katanya, pendedahan tersebut amat mendukacitakan serta telah mencemarkan nama baik PDRM.", "”Sebagai sebuah badan utama negara dalam mengangkat kedaulatan undang-undang, PDRM seharusnya bersifat bebas daripada campur tangan politik,” kata Anwar dalam kenyataannya.", "Menurut beliau, campur tangan yang berlaku ini secara tidak langsung membuktikan pemerintah yang tiada keabsahan ini menggunakan pelbagai cara dan helah untuk berpaut pada kuasa.", "Tindakan itu juga merobek keyakinan rakyat sehingga boleh menimbulkan kesangsian terhadap kredibiliti PDRM. – MalaysiaGazette", "ARTIKEL BERKAITAN:", "KPN kurang senang campur tangan Hamzah dalam PDRM", "", " " ]
https://malaysiagazette.com/2021/04/11/rakaman-audio-tular-tidak-jejaskan-hubungan-parti-dalam-kerajaan-takiyuddin/
Rakaman audio tular tidak jejaskan hubungan parti dalam kerajaan – Takiyuddin
[ "SIK – Isu rakaman audio perbualan yang didakwa mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular menerusi media sosial tidak menjejaskan hubungan PAS dan UMNO serta parti lain dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.", "Beliau berkata, isu itu lebih kepada hubungan antara individu dengan individu.", "“Dalam parti, ada parti dan pemimpin parti, kadang-kadang hubungan individu dengan indvidu tidak menjejaskan hubungan antara organisasi itu, kadang-kadang antara pemimpin dia, tetapi parti itu masih lagi berjalan dengan baik, itulah keadaan sekarang ini,” katanya kepada pemberita selepas Program Malaysia Prihatin di sini hari ini.", "Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sama ada isu rakaman audio itu akan menjejaskan hubungan PAS dan UMNO.", "Rakaman audio berdurasi 4 minit 17 saat  itu antara lain memperdengarkan suara mirip Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO menerusi panggilan telefon.", "Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkata, isu audio itu wajar diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut, termasuk disiasat sekiranya ada keperluan berbuat demikian.", "Dalam perkembangan lain, Takiyuddin berkata, kerajaan tidak menghalang mana-mana pihak untuk mempersembahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memohon agar Parlimen dibenarkan bersidang semula.", "“Malaysia ialah negara demokrasi, selagi tidak menyalahi undang-undang, sesiapa sahaja bebas untuk berbuat demikian jika merasakan ia penting kepada mereka,” katanya.", "Semalam, Pakatan Harapan dilapor akan menyerahkan satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi meminta perkenan baginda agar Parlimen dibenarkan bersidang semula.", "Negara kini masih di bawah darurat COVID-19 yang turut menyaksikan penggantungan persidangan Parlimen dan pilihan raya. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2019/10/14/peruntukan-kementah-meningkat-12-peratus-mat-sabu/
Peruntukan Kementah meningkat 12 peratus – Mat Sabu
[ "KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (Kementah) merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) apabila kementerian itu menjadi penerima kelima terbesar dengan jumlah peruntukan RM15.6 bilion dalam pembentangan Belanjawan 2020.", "Menterinya, Mohamad Sabu berkata, perutukan untuk Kementah kali ini menyaksikan kenaikan sebanyak 12 peratus berjumlah RM1.67 bilion berbanding RM13.9 bilion pada tahun lalu.", "“Terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan PH kerana dalam pembentangan Belanjawan 2020 pada Jumaat lepas, Kementah merupakan penerima ke-5 terbesar.", "“Belanjawan 2020 membuktikan Kerajaan PH prihatin terhadap semua golongan di Malaysia termasuk anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah banyak berjasa kepada negara,” katanya berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementah di sini, hari ini.", "Mohamad berkata, Kerajaan PH juga mencatatkan sejarah apabila memberikan saguhati sebanyak RM500 secara “one-off” kepada pemegang Pingat Jasa Malaysia (PJM).", "“Buat pertama kali dalam sejarah apabila saguhati ini diberikan kepada 70,000 pemegang PJM bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka kepada negara,” katanya.", "Selain itu katanya, golongan veteran ATM berpencen dan tidak berpencen juga tidak terkecuali daripada menerima saguhati itu berjumlah RM250.", "“Seramai 160,000 golongan itu menerima saguhati ini dengan peruntukan berjumlah RM250 secara “one-off” bagi menghargai sumbangan dan bakti mereka,” katanya.", "Selain saguhati, Kerajaan PH tidak lupa menyediakan peruntukan besar kepada Kementah bagi program kesiapsiagaan dan operasi dalam memastikan kedaulatan negara terus dipertahankan.", "“Sebanyak RM5.7 bilion diperuntukkan bagi Tentera Darat Malaysia (TDM), RM2 bilion pula untuk Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), RM2.5 bilion bagi Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan RM1.4 bilion untuk Angkatan Bersama,” katanya lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/04/29/buli-membawa-kepada-budaya-samseng-tun-m/
Tun M sedih baca berita buli di sekolah
[ "KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap agar 13 pelajar yang terlibat dengan kes buli di sebuah sekolah menengah semalam sedar tentang kesilapan yang telah dilakukan.", "Dalam masa yang sama, bekas Perdana Menteri itu berkata, buli berisiko membawa kepada budaya samseng yang tidak wajar dibanggakan.", "“Saya sedih membaca berita kes buli di sebuah sekolah di Langkawi. Buli membawa kepada budaya samseng. Kini ianya menjadi kes polis.", "“Saya harap semua pelajar yang terlibat sedar dan ambil peringatan yang buli bukanlah sesuatu yang harus kita banggakan,” katanya menerusi akaun Twitter, hari ini.", "Semalam tular video di media sosial menunjukkan seorang pelajar lelaki dipukul dan dipijak oleh sekumpulan pelajar.", "Mangsa kemudian membuat laporan polis yang membawa kepada tangkapan 13 pelajar tingkatan 4 dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.", "Siasatan awal polis mendapati insiden terbabit tercetus berikutan rasa tidak puas hati akibat ejek mengejek. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/08/31/harga-ron97-kekal-4/
Harga RON97 kekal
[ "KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM4.30 seliter tempoh 1 September 2022 hingga 7 September 2022.", "Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel masih lagi kekal pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.", "Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/12/18/kedah-perlu-tuntut-pampasan-dari-kerajaan-persekutuan-bukan-p-pinang-pbapp/
Kedah perlu tuntut pampasan dari Kerajaan Persekutuan, bukan P.Pinang – PBAPP
[ "GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berpendapat Kedah harus mendapatkan pampasan yang adil dari Kerajaan Persekutuan dan bukannya Pulau Pinang, kerana menjadikan Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air di utara Semenanjung.", "Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk Jaseni Maidinsa berkata air mentah dari Ulu Muda bukan hanya memberi faedah kepada 1.77 juta penduduk di Pulau Pinang tetapi, juga dinikmati oleh keseluruhan 4.2 juta penduduk di tiga negeri wilayah utara, termasuk Perlis dan Kedah.", "Beliau berkata wawasan Kerajaan Persekutuan melalui projek Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) berasaskan kepada gabungan kekuatan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak untuk menjadi pusat ekonomi dan hab teknologi bertaraf dunia tidak akan dapat dicapai tanpa jaminan bekalan air untuk semua negeri berkenaan.", "Beliau juga berkata kerajaan Pulau Pinang dan PBAPP telah secara terbuka menyatakan sokongan kepada Kedah untuk mendapatkan pampasan kerajaan Persekutuan bagi pemeliharaan Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air NCER sekiranya terma dan syarat tertentu bagi pemuliharaan dipenuhi.", "Menurut  Jaseni, antara syaratnya adalah mewartakan 163,000 hektar kawasan hutan hujan di Kompleks Hutan Simpan Ulu Muda sebagai hutan simpan kekal di bawah Akta Perhutanan Negara 1984, dan mengenakan larangan sepenuhnya kepada semua aktiviti pembalakan dan perlombongan, termasuk perlombongan mineral elemen nadir bumi (REE).", "Jaseni mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor Rabu lalu yang menuntut kerajaan Pulau Pinang membayar RM50 juta setahun untuk pengambilan air mentah dari Sungai Muda.", "— BERNAMA", " " ]
https://malaysiagazette.com/2021/08/09/pengusaha-restoran-nasi-kandar-hotel-sedia-terima-pelanggan/
Pengusaha restoran nasi kandar, hotel sedia terima pelanggan
[ "GEORGE TOWN – Rata-rata pengusaha restoran dan hotel sekitar Pulau Pinang bersedia menerima pelanggan susulan pengumuman kerajaan membenarkan pelanggan yang lengkap dua dos vaksin Covid-19 makan dalam premis (dine-in).", "Tinjauan MalaysiaGazette mendapati, pekerja restoran nasi kandar, kedai makan serta hotel mula melakukan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi untuk menerima pelanggan mulai esok.", "Pengarah Restoran Hameediyah Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim, 30, berkata, persiapan untuk menerima pelanggan dilakukan sebaik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelonggaran Prosedur Operasi Standart (SOP) dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).", "Jelasnya, sistem penggiliran nombor mengikut warna tertentu turut disediakan bagi membezakan pelanggan dine-in serta membeli secara bawa pulang bagi mengelakkan berlaku kesesakan dalam premis.", "Kata Muhammad Riyaaz, pihak pengurusan restoran itu turut menempatkan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bagi memeriksa dan membenarkan pelanggan yang sudah menerima dua dos vaksin untuk dine-in.", "“Kita memang sudah bersedia menerima pelanggan bermula esok dan semua persiapan ke arah itu termasuk sanitasi premis dilakukan secara terperinci.", "“Bagaimanapun, kami tetap menggalakkan orang ramai untuk membeli secara bawa pulang atau menerusi khidmat penghantaran ke rumah memandangkan kes jangkitan Covid-19 dalam negara belum menunjukkan penurunan ditambah pula dengan kewujudan varian baru.", "“Memang diakui pelanggan lebih suka makan di restoran kerana rasa nasi kandar lebih sedap dimakan ketika panas tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, kami lebih menggalakkan pelanggan bungkus dan makan di rumah,” katanya ketika ditemui di restoran itu di Lebuh Campbell, di sini, hari ini.", "Untuk rekod restoran tersebut boleh memuatkan 190 orang dalam satu masa, namun kini hanya separuh saja dibenarkan susulan penjarakan fizikal yang ditetapkan kerajaan.", "Sementara itu, tinjauan di Hotel Royal Penang, Jalan Larut, di sini, mendapati kakitangannya giat melakukan sanitasi di bahagian restoran serta membersihkan semula bilik hotel.", "Pengurus Besarnya, Amran Taib berkata, pihaknya mengalu-alukan kelonggaran bagi sektor pelancongan itu dan diharap dapat memberi nafas baru buat industri perhotelan yang kian lama menanggung kerugian tinggi akibat pandemik Covid-19.", "“Kita sudah lakukan pembersihan dan sedia menerima pelanggan, namun masih menunggu perincian penuh SOP daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).", "“Bagi sektor hotel, kita menjangkakan aktiviti dine-in menjadi tumpuan berbanding penginapan memandangkan kelonggaran untuk rentas daerah saja dibenarkan setakat ini,” katanya.", "Tambah Amran, semua kakitangan hotel itu sudah melengkapkan pengambil vaksin dos pertama.", "“Alhamdulillah, semua dah lengkap dos pertama dan sebahagian daripada mereka juga telah lengkap dos kedua. Ini sekali gus menunjukkan kami sudah siap siagakan diri untuk berdepan dengan pelanggan,” kata beliau.", "Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  mengumumkan kelonggaran bagi negeri yang berada pada fasa dua dan seterusnya Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan membenarkan aktiviti rentas daerah dan negeri, solat berjemaah di masjid dan surau serta dine-in di restoran bermula Selasa ini. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/10/07/bekalan-air-di-46-kawasan-pulih-sepenuhnya-air-selangor/
Bekalan air di 46 kawasan pulih sepenuhnya – Air Selangor
[ "KUALA LUMPUR – Sejumlah 46 dari 274 kawasan telah menerima bekalan air sepenuhnya dengan peratusan pemulihan pada tahap 17 peratus sehingga 6 pagi ini.", "Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elena Basri berkata baki 228 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan.", "“Wilayah Kuala Langat mencatat pemulihan sebanyak 55 peratus manakala Petaling dengan 37 peratus namun Hulu Langat dan Sepang/Putrajaya masih belum dapat dipulihkan.", "Beliau berkata Air Selangor sedang giat berusaha menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan yang terjejas.", "Sejumlah 309,687 akaun pengguna di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang/Putrajaya mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak Ahad lepas apabila Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas akibat pencemaran sumber air mentah.", "Pengguna di kawasan yang terjejas disaran merujuk saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com, untuk mendapatkan maklumat lanjut.", "— BERNAMA", " " ]
https://malaysiagazette.com/2020/02/22/kumpulan-abu-sayyaf-rancang-tuntut-wang-tebusan-daripada-majikan-mangsa-culik-mnfl/
Kumpulan Abu Sayyaf rancang tuntut wang tebusan daripada majikan mangsa culik – MNFL
[ "ZAMBOANGA CITY – Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro, Yusop Jikiri mendedahkan kumpulan pemberontak Abu Sayyaf akan menuntut wang tebusan daripada majikan lima warga Indonesia yang diculik di Malaysia.", "“Tuntutan wang tebusan adalah mengarut dan tidak praktik. Bagi saya, saya tidak akan menunaikan permintaan mereka dan lebih gemar operasi menyelamat dilakukan daripada membayar wang tebusan,” katanya seperti dipetik Manila Bulletin.", "Kelima-lima warga Indonesia itu diculik di Pulau Tambisan, Malaysia yang merupakan sebuah pulau di Laut Sulu pada 16 Januari lalu.", "Pihak berkuasa mengenalpasti mangsa culik sebagai Arsyad Dahlan, 41 Arizal Kastamiran, 29, La Baa, 32, Riswanto Hayano, 27, dan Edi Lawalopo, 53.", "Jikiri berkata, kumpulan Abu Sayyaf menahan lima nelayan warga Indoesia itu di kawasan hutan di bandar Patikul dan indanan di wilayah Sulu.", "Komander Angkatan Tentera Filipina (Mindanao Barat), Leftenan Jeneral Cirilito Sobejana berkata, pihaknya telah mengerahkan anggota tambahan di Patikul dan sebahagian Indanan bagi melakukan operasi menyelamat.", "Jikiri berkata, pasukan kerja anti penculikan dan anti keganasan MNLF memantau aktiviti kumpulan itu dalam usaha tentera melancarkan operasi menyelamat untuk membebaskan lima warga Indonesia tersebut.", "“Kami mendapati daripada operasi risikan kami di lapangan bahawa kumpulan Abu Sayyaf merancang menuntut wang tebusan daripada majikan lima nelayan di Malaysia tetapi permintaan itu tidak diumumkan lagi,” kata Jikiri.", "“Lima tebusan itu dikawal ketat oleh penculik mereka dan kami memantau pergerakan mereka bagi membolehkan tentera melakukan operasi menyelamat dengan berjaya,” katanya. – Agensi", " " ]
https://malaysiagazette.com/2019/09/29/salah-guna-cop-halal-jakim-kpdnhep-akan-dakwa-di-mahkamah/
Salah guna cop halal: Jakim, KPDNHEP akan dakwa di mahkamah
[ "PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan cop halal di atas produk mereka tanpa sijil pengiktirafan yang sah.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menegaskan, tindakan boleh diambil di bawah Akta Perihal Dagangan secara bersama di antara Jakim dan KPDNHEP.", "“Akta Perihal Dagangan tidak duduk bawah kita, akta ini duduk di bawah KPDNHEP.", "“Contoh kononnya dekat tin makanan berasaskan babi itu ditulis halal, itu satu kesalahan kerana dia menggunakan logo kita pada tempat yang salah kerana dia tiada kelayakan untuk memakainya.", "“Itu di bawah Akta Perihal Dagangan dan kita akan kuat kuasa, kita boleh ambil tindakan segara dan dakwa dia di mahkamah,” katanya pada sidang media di Karnival Rahmah 2019 di sini, hari ini.", "Beliau mengulas cubaan pihak tertentu yang menularkan semula cop halal pada tin makanan berasaskan babi di media sosial, sedangkan ia berlaku pada 2014.", "Dalam pada itu, antara usaha pihaknya untuk menangani perkara itu termasuk menyediakan aplikasi telefon pintar ‘Verify Halal’ bagi memudahkan pengguna menyemak status halal sesuatu produk dengan mengimbas kod produk.", "“Kami ada satu aplikasi, iaitu Verify Halal supaya ada mana-mana pihak dia kata dia halal, pengguna nak periksa betul ker dia halal.", "“Dia boleh pergi kepada aplikasi kita dan kenal pasti halal dan akan keluar semua produk yang telah kita sahkan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/06/22/malaysia-kekal-tahap-2-dalam-laporan-pemerdagangan-orang/
Malaysia kekal Tahap 2 dalam Laporan Pemerdagangan Orang
[ "KUALA LUMPUR – Malaysia diletakkan pada Tahap 2 Pemerhatian kes pemerdagangan orang, menurut laporan terbaharu Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai Pemerdagangan Orang (TIP).", "Laporan itu menyebut, kerajaan tidak memenuhi piawaian minimum bagi penghapusan pemerdagangan manusia seperti yang ditetapkan seperti sebelum ini.", "Bagaimanapun, Malaysia sedang giat berusaha ke arah pelaksaannya.", "Negara-negara di Tahap 2 adalah dalam kalangan yang tidak memenuhi piawaian minimum Akta Perlindungan Mangsa Perdagangan, pada masa sama membuat usaha penting untuk memenuhi piawaian tersebut.", "Laporan tersebut menyatakan usaha yang dibuat oleh Malaysia termasuk lebih ramai pesalah didakwa, mengeluarkan pas lebih banyak dengan bebas kepada mangsa di tempat perlindungan, malah menubuhkan perlindungan tambahan untuk mangsa wanita.", "Malaysia juga berterusan mengemas kini sistem pengurusan pekerja asingnya.", "Namun demikian, kerajaan juga menyiasat serta mengenalpasti isu-isu pemerdagangan dengan jumlah sedikit pada tahun ini, selain daripada usaha melindungi mangsa tidak mencukupi.", "Beberapa pusat rawatan pemulihan serta perubatan tidak dilaksanakan secara konsisten dan perlahan tidak seperti dulu.", "Sebelum ini Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah berkata, kerajaan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) akan berusaha membanteras jenayah pemerdagangan orang termasuk mengeratkan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak industri serta mempergiatkan tindakan bersepadu antara agensi penguat kuasa.", "Bagi bawah Tahap 1, kerajaan bagi sesebuah negara itu memenuhi piawaian minimum Akta Perlindungan Mangsa Perdagangan (TVPA).", "Negara yang berada di bawah Tahap 3 pula langsung tidak melakukan sebarang usaha untuk memperbaiki rekod atau piawaian mereka.", "Laporan juga menyebut aktiviti rasuah masih lagi berleluasa dalam proses pengambilan pekerja asing di Malaysia. –MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/10/18/mardi-hentikan-jualan-benih-padi-mr-219/
MARDI hentikan jualan benih padi MR 219
[ "KUALA LUMPUR – Institut Pertanian dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menamatkan penjualan benih asas varieti padi MR 219 mulai 1 November ini.", "Penamatan ini susulan daripada prestasi semasa varieti padi MR 219 yang rentan kepada serangan penyakit karah daun dan karah tangkai.", "Kerentanan ini menyebabkan kehilangan hasil tuaian padi melebihi 50% yang mendorong kepada penurunan pendapatan pesawah.", "Varieti MR 219 yang telah diisytihar pada tahun 2001 di Felcra Seberang Perak adalah varieti pemula berhasil tinggi (8 tan per hektar) dan telah digunakan oleh pesawah selama 10 tahun.", "Namun, pada tahun 2011, varieti ini mula menunjukkan kerentanan kepada penyakit dan perosak utama serta mudah rebah dan telah tidak ditanam selepas 2011.", "Walau bagaimanapun, pada tahun 2019, varieti MR 219 telah ditanam semula kerana masih ramai petani yang meminati varieti ini sehingga menyebabkan penularan penyakit karah daun dan karah tangkai.", "Dengan penamatan benih asas varieti MR 219, MARDI mengesyorkan para pengeluar benih dan pesawah menggunakan varieti padi MARDI yang telah diisytihar dan terdapat di pasaran.", "Antaranya ialah Seri Waja (MR 315), MARDI Sempadan 303, MARDI Sebernas 307 dan MARDI Siraj 297. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/02/08/ratusan-orang-hadir-pengebumian-rayan/
Ratusan orang hadir pengebumian Rayan
[ "TAMOROT – Beratus-ratus orang berkumpul untuk memberikan penghormatan terakhir  kepada Rayan, budak lelaki yang meninggal dunia selepas terperangkap dalam perigi.", "Rayan Awram yang berusia lima tahun jatuh ke dalam perigi di kampung Ighran pada hari Selasa lalu tetapi hanya berjaya ditarik keluar lewat pada hari Sabtu selepas penyelamat menggali sebahagian besar lereng bukit dan terowong ke bahagian bawah telaga.", "Kisah Rayan yang terperangkap mendapat perhatian masyarakat seluruh dunia.", "Beratus-ratus orang mendaki jalan berbukit dan tidak berturap menuju ke tanah perkuburan di Ighran, berhampiran Chefchaouen di utara Maghribi.", "Mereka sanggup menunggu berjam-jam sehingga proses pengebumian Rayan selesai.", "“Saya berusia lebih 50 tahun dan tidak pernah melihat seramai ini orang hadir dalam majlis pengebumian. Rayan adalah anak kepada kami semua,” kata seorang penduduk kampung.", "Begitu ramai orang yang hadir sehingga mereka tidak dapat masuk ke tanah perkuburan kampung tersebut.", "“Kematian Rayan membuktikan solidariti boleh wujud meskipun manusia saling berbeza bahasa dan negara,” kata seorang lagi penduduk kampung.", "Keluarga Rayan turut menerima ucapan takziah daripada Raja Mohammed VI, Pope Francis, Presiden Perancis Emmanuel Macron, pemerintah Dubai Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum dan individu-individu terkenal yang lain.", "Pemain bola sepak Mesir dan Senegal berdiam diri seminit pada hari Ahad sebelum perlawanan akhir bola sepak Piala Negara-Negara Afrika bermula.", "Pasukan penyelamat telah bekerja tanpa henti dengan risiko tanah runtuh dalam usaha mereka untuk menarik keluar kanak-kanak itu hidup-hidup.", "“Saya sangat sedih. Kami tidak dapat menyelamatkan kanak-kanak itu.", "“Kami menggali sepanjang masa dalam masa lima hari,” kata seorang penggali sukarelawan, Ali Sahraoui, kepada pemberita semasa majlis pengebumian itu. – Reuters (https://www.reuters.com/world/africa/moroccans-say-farewell-boy-who-died-well-son-us-all-2022-02-07/)" ]
https://malaysiagazette.com/2019/01/14/duit-petrol-henti-buang-masa-buat-laporan-polis-manogaran/
Duit petrol: Henti buang masa buat laporan polis – Manogaran
[ "LIPIS – Pemberian wang sebagai duit minyak kepada para sukarelawan orang Asli oleh Pakatan Harapan (PH) bukan isu besar ketika ini sebaliknya lebih baik fokus untuk menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.", "Begitu jawapan balas oleh calon PH, M. Manogaran yang menyifatkan isu itu sengaja diperbesarkan bagi membuang masa berkempen dalam tempoh masa kritikal dan pendek itu.", "“Ini bukan satu masalah besar, pemberian wang kepada sukarelawan sebenarnya tidak salah langsung di sisi undang-undang. Kita akan masukan pemberian wang ini sebahagian daripada perbelanjaan pilihan raya dalam penyata kelak. Mana salah?", "“Pemberian wang bagi membeli undi ketika berkempen itu adalah salah, isu ini sangat jelas dan nyata.", "“Kepada pembangkang, henti buang masa buat laporan polis. Masa tinggal sedikit, lebih baik tumpukan perhatian kepada kempen pilihan raya anda dan berkempen secara bersih,” katanya selepas sesi walkabout di Felda Sg Koyan 3 hari ini.", "Manogaran mengulas isu penyebaran gambar dalam media sosial yang menunjukkan Orang Asli di bayar wang dalam sebuah majlis tertutup turut dihadiri oleh Manogaran dan pimpinan utama DAP lain seperti Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh.", "ARTIKEL BERKAITAN: Tukar duit kecil nak beli strawberi..", "ARTIKEL BERKAITAN: PH ‘beri’ duit kepada Orang Asli boleh pula?", "Tambah Manogaran, selagi perbelanjaan untuk pilihan raya kawasan parlimen sesebuah parti masih dalam jumlah yang dibenarkan dalam lingkungan nilai RM200,000, tidak ada sebarang masalah.", "“Seramai 60 sukarelawan datang ke Cameron Highlands menaiki motorsikal, kita hanya bayar wang petrol mereka. Itu sebagai penghargaan bukan beli undi,” ujarnya.", "Semalam, Penolong Ketua Pusat Operasi PH Jelai, Arvind Bharet mendedahkan pihaknya hanya memberikan bayaran balik kos petrol kepada sukarelawan yang menggunakan kenderaan sendiri pada hari penamaan calon Sabtu lepas. –MalaysiaGazette", "ARTIKEL BERKAITAN: Itu hanya duit ‘bayaran balik’ petrol – PH" ]
https://malaysiagazette.com/2020/07/03/azmin-jumpa-pemain-industri-di-johor-esok/
Azmin jumpa pemain industri di Johor esok
[ "KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Ekonomi yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali akan turun padang untuk mengadakan pertemuan dengan pemain-pemain industri di Johor bagi mendengar sendiri permasalahan dan cabaran yang dihadapi semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).", "MITI dalam satu kenyataan berkata, lawatan dua hari bermula esok itu membolehkan pihak industri memberikan pandangan serta cadangan mereka kepada kerajaan terutamanya berhubung pembukaan semula perniagaan masing-masing.", "Inisiatif ini juga memberi peluang kepada MITI serta agensi-agensi di bawahnya untuk mendapatkan maklumat tepat berhubung isu-isu yang dihadapi syarikat dan transformasi yang dilakukan susulan krisis Covid-19.", "“Ini akan membantu MITI mereka strategi dan dasar yang lebih baik untuk menyokong pertumbuhan industri pada masa depan,” katanya.", "Azmin dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Johor Datuk Ir. Hasni Mahammad disusuli sesi meja bulat bersama wakil-wkil industri.", "Satu dialog tertutup turut diadakan bagi membolehkan para pemain industri berhubung secara langsung dengan Menteri Besar dan Menteri MITI bagi membincangkan isu-isu perniagaan yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan Persekutuan dan negeri.- MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2018/04/12/bank-dunia-naikkan-unjuran-ekonomi-asia-2018/
Bank Dunia naikkan unjuran ekonomi Asia 2018
[ "JAKARTA- Bank Dunia hari ini meningkatkan unjuran pertumbuhan bagi Asia Timur dan Pasifik pada tahun ini bagaimanapun katanya, negara-negara di rantau berkenaan perlu melaksanakan dasar monetari yang lebih ketat dan meletakkan penampan fiskal yang lebih besar bagi melindungi risiko jangka pendek.", "Tambahnya, Bank Dunia menjangkakan pertumbuhan negara-negara sedang membangun di rantau Asia Timur dan Pasifik termasuk China adalah 6.3 peratus pada 2018.", "Ia naik sedikit berbanding unjuran sebelum ini iaitu 6.2 peratus.", "Meskipun dengan prospek yang lebih cerah, Bank Dunia tetap menggesa kerajaan supaya mengenal pasti dan menangani risiko-risiko jangka pendek yang dikaitkan dengan peningkatan kadar faedah lebih daripada jangkaan yang dilakukan oleh negara-negara maju di samping ketegangan perdagangan yang semakin buruk.", "“Bagi menangani risiko makroekonomi yang boleh menjejaskan kestabilan, negara-negara perlu mempertimbangkan untuk mengetatkan dasar monetari dan mengukuhkan lagi regulasi makro berhemah,” katanya sambil menambah ianya amat penting kepada negara-negara yang mempunyai kadar hutang yang tinggi atau pertumbuhan kredit yang cepat.", "“Rantau Asia Timur dan Pasifik perlu menangani prospek pertumbuhan yang sederhana dalam jangka sederhana termasuk mengukuhkan integrasi perdagangan meskipun ancaman terhadap sektor itu sentiasa berterusan di peringkat global.", "Ia mencadangkan supaya Komuniti Ekonomi Asean, Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Kerjasama Trans-Pasifik dan Insiatif Belt & Road China untuk menghadapi cabaran yang semakin meluas seperti teknologi penjimataan buruh dan automasi serta garisan kelabu di antara pengilangan dan perkhidmatan.", "“Meningkatkan daya saing menjadi sangat penting kepada negara-negara di rantau berkenaan kerana mereka perlu menyesuaikan diri dengan perubahan dalam landskap sedia ada dengan evolusi teknologi,” katanya lagi.- MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2019/02/27/unjuran-kedatangan-pelancong-2018-tak-tercapai/
Unjuran kedatangan pelancong 2018 tak tercapai
[ "KUALA LUMPUR – Ketibaan pelancong ke Malaysia pada tahun lalu berjumlah 25.83 juta dan ia tersasar daripada unjuran sebanyak 26.4 juta.", "Ia merupakan penurunan sebanyak 0.4 peratus daripada 25.95 juta pelancong yang tiba di negara ini pada tahun 2017.", "Malah, perbelanjaan pelancong pada tahun 2018 juga jatuh RM84.1 bilion berbanding unjuran RM84.9 bilion.", "Tetapi ia meningkat dari tahun ke tahun berbanding RM82.2 bilion.", "Tourism Malaysia berkata, bagi perbelanjaan per kapita, Malaysia menunjukkan kenaikan 2.9 peratus tahun ke tahun kepada RM3,257 daripada RM3,166.", "Manakala purata tempoh menginap meningkat kepada 6.5 malam daripada 5.7 malam tahun sebelumnya.", "Pelancong tertinggi yang tiba di Malaysia adalah Singapura dengan jumlah 10.62 juta, Indonesia 3.28 juta dan China 2.94 juta.", "Negara lain ialah Thailand (1.91 juta), Brunei (1.38 juta), South Korea (616,783), India (600,311), Filipina (396,062), Jepun (394,540) dan Taiwan (383,922).", "Menurutnya, pelancong dari ASEAN menyaksikan kemasukan terbesar dengan 70.1 peratus. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/09/16/kartun-spongebob-ada-unsur-keganasan/
Kartun Spongebob ada unsur keganasan
[ "JAKARTA – Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI) menghantar surat amaran kepada stesen televisyen GTV pada 5 September lalu kerana menyiarkan filem The Spongebob Squarepants.", "Dalam satu kenyataan yang di laman webnya, KPI berkata, penyiaran filem berkenaan dianggap melanggar peraturan penyiaran (P3) dan standard program (SPS).", "Jelasnya, filem yang disiarkan pada 6 Ogos jam 11.14 pagi menerusi program Big Movie Family di GTV itu mengandungi perlakuan ganas seperti memukul muka menggunakan papan, menghentak kepala menggunakan bola boling, membaling tukul ke muka dan melempar pasu bunga kaktus dengan menggunakan raket.", "Filem yang disiarkan sekali lagi pada 22 Ogos jam 3.02 petang di saluran yang sama dilaporkan mengandungi perlakuan ganas seperti memukul muka menggunakan kayu dan melempar sebiji kek ke muka.", "KPI percaya filem tersebut telah melanggar Artikel 14 Peraturan KPI yang menyatakan unit penyiaran mestilah mematuhi kepentingan kanak-kanak dari segenap aspek produksi penyiaran.", "Surat itu turut memasukkan Artikel 37 program standard KPI yang menyatakan sesebuah program penyiaran yang diklasifikasikan sebagai R dilarang untuk menunjukkan kandungan yang mungkin menggalakkan kanak-kanak dan remaja belajar mengenai sikap tidak baik.- Agensi", " " ]
https://malaysiagazette.com/2017/07/12/yang-dipertua-dpmm-perak-didakwa-menipu/
Yang Dipertua DPMM Perak didakwa menipu
[ "IPOH – Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan bergelar Datuk sebanyak RM150,000 melibatkan projek tanah dan pasir di Perak, tiga tahun lalu.", "Sabri Ahmad Tah, 47, didakwa memperdaya Datuk Alan Chuah Chin Lai, untuk mempercayai kononnya Chuah akan mendapatkan projek tanah seluas 108.4 hektar di Kampar, Perak dan projek kawasan pasir untuk dibekalkan kepada pembangunan bangunan kerajaan di bawah NAZA TTDI kepada DPMM Perak dan Semarak Sinergi Sdn Bhd.", "Dia didakwa dengan curangnya mendorong Chuah menyerahkan wang tunai berjumlah RM150,000 melalui tiga cek yang ditunaikan Baharudin Ahmad kepada tertuduh.", "Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Berhad Cawangan Teluk Intan, 43-45, Medan Mahkota, Jalan Ah Cheong, Teluk Intan, antara jam 10 pagi hingga 2 petang, 25 Julai 2014.", "Pertuduhan ke atas Sabri dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan, jika sabit kesalahan.", "Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), , Nurul Wahida Jalaluddin manakala Sabri diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu dan Olinda Nicholas.", "Terdahulu, Nurul Wahida meminta mahkamah mengenakan wang jaminan sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.", "Bagaimanapun, Ranjit memohon mahkamah untuk syarat tambahan menyerahkan pasport tidak dikenakan memandangkan tertuduh merupakan seorang ahli perniagaan dan Yang Dipertua DPMM Perak.", "“Saya juga memohon mahkamah mengenakan wang jaminan dalam linkungan RM20,000 jika diizinkan,” katanya.", "Hakim S. Indra Nehru membenarkan ikat jamin sebanyak RM50,000 dengan dua orang penjamin serta syarat tambahan untuk melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat dengan kediamannya sebulan sekali dan sekiranya gagal ikat jamin akan dibatalkan serta merta.", "Mahkamah juga menetapkan 8 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2019/09/30/persatuan-teksi-mohon-bantuan-majlis-senator-perjuangkan-isu-teksi/
Persatuan Teksi mohon bantuan Majlis Senator perjuangkan isu teksi
[ "PUTRAJAYA – Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang SeMalaysia (GTSM) berpaling ke saluran Majlis Senator Malaysia untuk membawa isu yang melanda industri teksi negara ke Dewan Negara.", "GTSM melalui Yang Dipertuanya, Kamarudin Mohd Hussain hari ini menyerahkan memorandum yang mengandungi tujuh tuntutan dengan matlamat memartabatkan kembali industri teksi negara kepada Presiden Majlis Senator Malaysia, Datuk Seri Khairudin Abd Samad pada satu majlis di sini.", "Pada majlis itu, Kamarudin turut menyerahkan surat pelantikan kepada Khairuddin sebagai Penaung GTSM.", "Kamarudin berkata, GTSM mengharapkan usaha yang berkesan dapat dilakukan Majlis Senator Malaysia untuk pihaknya mendapat hak sama rata seperti yang dinikmati perkhidmatan e-hailing, seperti tidak perlu menjalani pemeriksaan Puspakom seawal tahun pertama.", "Khairudin berkata, Majlis Senator Malaysia prihatin dengan isu yang diperjuangkan GTSM itu dan sedia membawanya untuk perhatian kerajaan.", "“Saya juga akan bawa dan bahaskan isu ini di Dewan Negara pada masa akan datang supaya isu yang membelenggu pemandu dan industri teksi diambil maklum oleh kerajaan,” katanya pada majlis penyerahan memorandum itu. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2021/08/12/bencana-perubahan-iklim-melebihi-jangkaan/
Bencana perubahan iklim melebihi jangkaan
[ "LAPORAN  yang dikeluarkan para saintis Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)\nmenegaskan bahawa kesan berbahaya manusia terhadap perubahan iklim adalah fakta\nyang tidak dapat dipertikaikan serta akan menyebabkan kenaikan suhu dan permukaan laut. Menurut PBB, pelepasan gas rumah hijau yang berterusan juga dapat menyaksikan\nperubahan dalam had suhu utama dalam waktu lebih dari satu dekad, dan laporan tersebut menunjukkan bahawa permukaan laut meningkat hampir dua meter menjelang akhir abad ini, tidak dapat dihindarkan.", "Berikutan itu, PBB menjangkakan pemanasan global mencapai 1.5 darjah Celsius berbanding era praindustri sekitar 2030, sepuluh tahun lebih awal daripada anggaran\nterakhir yang dibuat pada tiga tahun lalu. Pemanasan ini amat mempengaruhi banyak keadaan cuaca dan iklim di setiap wilayah di seluruh dunia, sama seperti gelombang panas yang baru-baru ini dialami di Greece dan Amerika Utara, atau banjir seperti di Jerman dan China. Ia disebabkan oleh faktor suhu sebagaimana satu dekad yang lalu.", "“Kenaikan suhu dijangka akan terus melebihi situasi ini, salah satu peruntukan utama dalam Perjanjian Paris menjelang 2050, bahkan jika dunia berjaya mengurangkan pelepasan gas rumah hijau secara signifikan,” menurut laporan Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC). Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, sekiranya semua pihak bersatu tenaga, bencana iklim akan dapat ditangani tetapi sebagaimana laporan yang dijelaskan hari ini, tidak ada masa untuk penundaan dan tidak ada ruang untuk alasan. "Laporan Kumpulan Kerja 1 IPCC adalah sebagai kod merah untuk umat manusia," kata  beliau.", "Setiausaha Agung Organisasi Meteorologi Dunia, Petteri Taalas berkata, tragedi ini\nmenggambarkan suasana yang terjadi ini lebih ekstrem daripada keadaan yang lalu.", "Iklim yang tidak disangka", "Sebelumnya pada Julai lalu, banjir besar melanda Eropah telah memusnahkan perkampungan serta mengorbankan banyak nyawa dan kebanyakannya melanda di barat Jerman.  Penduduk yang terjejas dilaporkan langsung tidak menjangka bencana alam seteruk itu yang dipanggil sebagai ‘banjir kematian’ sebagaimana yang dilaporkan akhbar Jerman, Bild. “Jumlah kerosakan akibat banjir kali ini dijangka mencecah kos berbilion Euro,” kata Ketua Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan dan Bandar Jerman, Gerd Landsberg.", "Dalam pada itu, di Ankara, kebakaran hutan di Turki menjadi semakin buruk sejak Rabu lalu, menyaksikan semakin banyak kawasan terjejas dan ribuan penduduk perlu dipindahkan. “88 daripada 98 kebakaran hutan yang dilaporkan sudah berjaya dikawal,” kata Menteri Agrikultur dan Perhutanan Turki, Bekir Pakdemirli.", "Gelombang haba ini adalah yang paling buruk dalam tempoh 30 tahun, yang berlarutan\nselama seminggu, telah mencetuskan kebakaran di beberapa tempat. Belum diketahui berapa jumlah sebenar kediaman yang musnah dan haiwan yang terkorban akibat daripada kebakaran tersebut.", "Api yang mula menjadi ancaman besar sejak awal bulan ini telah memusnahkan sekitar\nkawasan rentasan sebuah lebuh raya yang menghubungkan Athens dengan lokasi lain di\nutara Greece, hingga memaksa anggota penyelamat menggunakan pesawat untuk\nmemadamkan api. Sejak Jumaat lalu, bencana yang terjadi itu menjejaskan kehidupan manusia dan habitat haiwan liar bagaikan tiada kesudahan setelah masuk hari ke-10.", "Puluhan ribu hektar hutan musnah di wilayah-wilayah Mediterranean dan Aegean dalam\nbencana yang disifatkan Presiden Tayyip Erdogan sebagai yang terburuk dalam sejarah\nTurki. Di California pula, pasukan bomba dan penyelamat berusaha sehabis tenaga untuk\nmemadamkan api yang memusnahkan hutan berharga di kawasan itu. Ini terjadi berikutan gelombang haba yang melampau dalam musim panas hingga membuatkan banyak kawasan di zon terbabit berdepan bencana kebakaran yang sukar untuk ditangani.", "Atriza Umar" ]
https://malaysiagazette.com/2017/04/01/sindiket-jual-50-hidupan-liar-dilindungi-tumpas/
Sindiket jual 50 hidupan liar dilindungi tumpas
[ "KUALA LUMPUR – Cubaan menjual 50 hidupan liar dilindungi pelbagai spesies secara dalam talian dan di pasaran tempatan berjaya ditumpaskan Jabatan Perhilitan dengan tertangkapnya 11 orang suspek.", "Kesemua suspek berusia antara 21 hingga 51 itu dicekup dalam empat serbuan Ops Taring Ke-5 Perlindungan Hidpan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) secara berasingan pada 27 Mac dan 29 Mac lalu.", "Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam sidang media bersama Ketua Pengarah Abdul Kadir Abu Hashim mendedahkan kejayaan itu di Ibu Pejabat, Jalan Cheras.", "Kata beliau, Dalam serbuan pertama di Sentul, seorang penunggang motosikal lelaki warga Pakistan berusia 46 tahun ditahan ketika membawa dua buah kotak yang mengandungi tiga ekor anak lotong sebelum direman tiga hari.", "“Dalam serbuan kedua pula di Ampang pula Perhilitan berjaya menangkap seorang lagi saspek wanita tempatan berusia 36 tahun direman kerana menyimpan tiga ekor musang, tujuh lotong dan enam ekor kucing batu (Asiatic Leopard Cat).", "“Serbuan ketiga sekitar 9.30 malam pada 27 Mac penguatkuasa kami dari Negeri Sembilan telah menangkap dua kenderaan yang dinaiki lima suspek berumur lingkungan 21 hingga 25 tahun di sebuah tempat letak kereta stesen minyak berhampiran Tol Senawang.", "“Hasil pemeriksaan sebanyak 28 ekor Indian Star Tortoise dan dua ekor burung Tiong Mas berjaya dirampas dan kesemua tujuh saspek merupakan pembekal utama hidupan liar yang aktif berurusniaga jualan hidupan liar secara haram di dalam talian,” katanya kepada pemberita di sini.", "Kesemua hidupan liar yang dirampas daripada sindiket adalah bernilai RM75,000.", "Tambahnya, perhilitan telah lama memantau kegiatan sindiket itu dan percaya telah menumpaskan sindiket utama penjualan haram hidupan liar menggunakan media sosial di Semenanjung Malaysia.", "“Amaran keras kepada mana-mana individu yang menjual, menyimpan atau memiliki hidupan liar tanpa kebenaran Perhilitan akan berdepan tindakan berat jika tidak menghentikan kegiatan mereka.", "“Orang awam juga yang berminat untuk memelihara hidupan liar agar mematuhi perundangan yang berkuatkuasa dan sekiranya ada yang terbeli secara haram supaya memulangkan kepada kami segera mengelak tindakan keras.", "“Perhilitan akan melepaskan spesies hidupan liar berkenaan dalam hutan dan akan berhubung dengan pihak berkuasa negara luar untuk penghantaran pulang spesies liar yang diseludup masuk ke sini,”tegasnya lagi.", "Beliau berkata, kementerian menyiasat sama ada pemandu sebuah bas yang dirampas semasa operasi Perhilitan, bersubahat dalam kegiatan ini.", "“Kami sedang mengkaji undang-undang sedia secara menyeluruh termasuk melibatkan Jabatan Perhilitan antaranya penguatkuasaan dan hukuman berat seperti merampas, menyita dan sebagainya supaya diberatkan lagi terhadap pesalah,”jelasnya.", "Sementara itu, Abdul Kadir menjelaskan dalam satu lagi operasi berasingan sekitar 2.30 pagi pada 29 Mac pula,Perlihatan telah menahan sebuah kereta pacuan empat roda di Gerik, Perk dan menahan empat lelaki berusia 35 tahun hingga 51 tahun.", "“Mereka ditahan setelah penguatkuasa Perhilitan menemui seekor kijang disyaki ditembak mati dalam kotak Polisterin dan selaras senapang patah dan dua bilah pisau.", "Ujarnya, modes operandi sindiket menggunakan bas untuk membawa haiwan dilindungi untuk jualan dalam talian media sosial dipasaran tempatan sejak empat tahun lalu.", "Katanya lagi, sebanyak 10 kes operasi penyeludupan dan jualan menggunakan pengangkutan bas ini dikesan berlaku sejak empat tahun lalu dan pembeli terdiri daripada pelajar kolej dan anak orang kaya sebagai hobi memelihara binatang liar.", "“Modus operandi mereka jual dalam talian dan mereka disyaki mempunyai rangkaian penyeludupan dalam talian dan darat menggunakan bas dan sebagainya kian lama,” ujarnya lagi.", "Katanya suspek warg Pakistan dan wanita tempatan telah dituduh di mahkamah, dijamin dengan RM30,000 dan akan dibicarakan di mahkamah pada 21 April ini.", "Manakala tujuh lagi masih direman untuk disiasat dibawah Seksyen 60, Seksyen 68 dan Seksyen 78 atas kesalahan menyimpan tanpa lesen dan memburu hidupan liar secara haram yang memperuntukkan denda maksimum sehingga RM100,000 dan penjara. – Malaysiagazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/07/26/selangor-sasar-tanah-2000-ekar-setahun-untuk-projek-jagung-bijirin/
Selangor sasar tanah 2,000 ekar setahun untuk projek jagung bijirin
[ "SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mendapat kebenaran daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) mengenal pasti tanah tanah sesuai untuk tujuan pertanian.", "Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri menerusi syarikat berkaitan kerajaan iaitu Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Yayasan Selangor (YS) telah mengemukakan senarai tanah kepada Unit Pemodenan Pertanian Seksyen Makro dan Penswastaan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.", "Beliau berkata, PKPS telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan projek pertanian bersepadu di Sungai Rasal, Ulu Selangor sejak 1992 lagi.", "“MBI dan PKPS bersetuju untuk berkolaborasi bagi melaksanakan projek pertanian bioteknologi tinggi di bawah pemantauan Exco Infrastruktur dan Pertanian, Ir. Izham Hashim.", "“Kolaborasi ini telah dimuktamadkan iaitu melibatkan sebidang tanah seluas 781.47 ekar di Batu 29, Batu Arang, Gombak.", "“Ini yang setakat ini telah dikenal pasti, namun dari semasa ke semasa, kita telah beri tanggungjawab untuk mengumpulkan tanah kerajaan negeri dan tanah anak syarikat untuk mencapai sasaran iaitu 2,000 ekar setahun dan sasaran itu masih lagi kita cari,” katanya pada sidang DUN Selangor  hari ini.", "Menurut Amirudin, bagi menjayakan dasar pertanian iaitu Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA), kerajaan negeri telah bekerjasama dengan kerajaan Negeri Sembilan untuk projek tanaman jagung bijirin.", "Katanya, tanaman itu merupakan antara sumber makanan ternakan dalam negeri dan PeTA akan melaksanakan dasarnya sebaik mungkin iaitu memajukan sektor pertanian dengan lebih teratur dan tersusun dengan memberikan penekanan kepada pertanian yang menghasilkan pulangan tinggi menerusi kaedah moden.", "Beliau percaya dengan kaedah itu akan dapat mengurangkan kesan kenaikan serta penggantungan terhadap bahan makanan daripada sumber import yang telah menyebabkan harga makanan tinggi ketika ini.", "“Sudah pasti kerajaan negeri tidak akan laksanakan sendiri, memang kita ada agensi yang akan mengetuai projek ini iaitu PKPS.", "“Kerana setelah bertahun-tahun, saya boleh katakan PKPS mendapat sumber dan hasil yang besar dari sektor perladangan.", "“Jadi, kita hendak memperkasakan sektor pertanian yang merupakan antara cita-cita dan tujuan awal penubuhan PKPS dan sebagaimana telah kita cadangkan di Sabak Bernam dan beberapa kawasan lain, kita akan buka kepada syarikat berkaitan untuk projek penanaman ini,” katanya.", "Katanya, jagung bijirin contohnya, kerajaan negeri telah bekerjasama dengan sebuah syarikat yang telah membuktikan berkemampuan menanam tanaman itu di Selangor dan di tanah yang dikelola oleh PKPS. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/08/26/presiden-majlis-keselamatan-pbb-tolak-pelaksanaan-sekatan-ke-atas-iran/
Presiden Majlis Keselamatan PBB tolak pelaksanaan sekatan ke atas Iran
[ "NEW YORK – Presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, badan itu “tidak berada dalam posisi untuk mengambil tindakan lebih lanjut” berhubung cadangan Amerika Syarikat (AS) melaksanakan semua sekatan ke atas Iran kerana tidak ada konsensus daripada 15 ahlinya.", "Ini kerana seramai 13 anggota itu menyatakan penentangan mereka pada hari Jumaat dengan alasan tindakan Washington adalah tidak sah.", "Alasannya, Iran dan AS telah bersepakat melakukan perjanjian nuklear 2015 tetapi kuasa dunia itu yang menariknya semula dua tahun lalu.", "Wakil Indonesia di PBB, Dian Triansyah Djani yang menjadi presiden majlis itu untuk bulan Ogos membuat kenyataan itu bagi menjawab pertanyaan dari Rusia dan China mengenai isu itu dalam pertemuan di Timur Tengah.", "Namun, Duta Besar AS, Kelly Craft menempelak kenyataan Djani.", "“Izinkan saya menerangkan dengan lebihjelas: pentadbiran Trump tidak takut untuk berdiri dalam sokongan terhad dalam isu ini. Saya hanya menyesal kerana anggota dewan ini telah tersesat dan kini mendapati diri mereka berada dalam kumpulan pengganas.”", "Setiausaha Negara A.S. Mike Pompeo mengatakan beliau mencetuskan proses 30 hari untuk melaksanakan semula semua sekatan antarabangsa ke atas Iran dengan mengajukan aduan kepada majlis itu dengan menuduh Iran telah melanggar perjanjian nuklear 2015.", "Duta Besar PBB Rusia,Vassily Nebenzia berharap AS akan menghentikan usahanya untuk melaksanakan semua sekatan ke atas Iran yang didakwanya ”bukan sahaja menyalahi undang-undang, tetapi tidak akan membawa kepada pencapaian hasil yang dibayangkan oleh Amerika Syarikat.”", "Di Twitter, Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif mengatakan “undang-undang membuli oleh Pompeo menyebabkan AS terasing lagi”. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/05/07/cukuplah-kerajaan-ph-berpolitik-tumpu-bela-rakyat-pula/
Cukuplah kerajaan PH berpolitik, tumpu bela rakyat pula
[ "KUALA LUMPUR – Mana janji Pakatan Harapan (PH) hendak berkhidmat dan membela nasib rakyat sekiranya parti itu diberi mandat mentadbir kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).", "Apa yang berlaku ketika tempoh pemerintahannya hampir mencecah satu tahun pada Khamis ini, kerajaan PH masih terus bermain politik, tanpa melaksanakan tanggungjawab sebagai kerajaan.", "Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, banyak kerosakan dan penyelenggaraan yang sepatutnya diselesaikan untuk keselesaan rakyat di negeri itu, gagal dilaksanakan oleh kepimpinan PH.", "“Dulu cakap berdegar-degar nak bela nasib rakyat, bila dah ada kuasa tak buat kerja pula,” katanya yang dipetik MediaUMNO, hari ini.", "Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang menegaskan, cukuplah bagi kerajaan PH terus berpolitik dan tidak menjadikan rakyat sebagai mangsa.", "Katanya, sebelum ini PH selalu menyelar pentadbiran kerajaan lalu, Barisan Nasional (BN), namun sekarang ternyata mereka lebih teruk.", "“Antaranya kerosakan jalan raya, paip bocor, rumput panjang, selain kelembapan pelantikan kontraktor untuk kerja penyelenggaraan di setiap DUN.", "“Itu menyeksa rakyat namanya… dari atas sampai ke bawah semua tak boleh harap,” tegas beliau.", "Pada masa sama, Idris turut membidas PH yang dikatakan akan menaikkan kadar tarif air di negeri itu.", "“Sudahlah kerja tak buat, tarif air pula nak naik… nama saja Pakatan Harapan tapi haprak,” bidasnya lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/05/27/malaysia-ucap-terima-kasih-pada-kerajaan-nepal/
Malaysia ucap terima kasih pada Kerajaan Nepal
[ "KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Negeri mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Nepal, pihak berkuasa tempatan Nepal, penyumbang dana dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan bantuan dalam urusan membawa pulang jenazah Allahyarham Leftenan Kolonel Ag Askandar Ampuan Yaacub, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Kedah sehingga ke tempat persemadian terakhir di Sabah.", "Menurutnya, jenazah Allahyarham telah berlepas ke Kota Kinabalu (KKIA) melalui penerbangan Malaysia Airlines (MH 2646) pada pukul 11.32 pagi, 27 Mei 2023 (Sabtu) dan tiba di KKIA pada pukul 2.05 petang.", "Sebelum itu, jenazah telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Kathmandu, Nepal pada pukul 7.15 pagi menggunakan penerbangan Malaysia Airlines (MH115).", "Ketibaan jenazah di KKIA akan disambut oleh Datuk Mohamad bin Alamin, Timbalan Menteri Luar Negeri bersama pegawai dari Pejabat Wilayah Sabah dan Bahagian\nKonsular, Kementerian Luar Negeri.", "Solat jenazah dilaksanakan di Masjid Jamek As-Salam, Kg. Benoni, Papar dan jenazah kemudiannya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Kg. Benoni.", "”Kementerian ini ingin menyampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Leftenan Kolonel Ag Askandar Ampuan Yaacub dan berdoa agar roh Allahyarham\nditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/05/28/purata-pendapatan-kasar-perusahaan-mikro-bawah-rm4360/
Purata pendapatan kasar perusahaan mikro bawah RM4,360
[ "KUALA LUMPUR – Banci Perdagangan Borong dan Runcit 2019 mendapati lebih 70% pertubuhan tidak mempunyai premis sendiri dan perlu membayar sewa kepada pemilik premis perniagaan.", "Daripada jumlah tersebut, 68% adalah pertubuhan berstatus mikro, diikuti 18% bersaiz kecil, 12% bersaiz sederhana dan 2.0% bersaiz besar.", "Dapatan banci juga mendapati pendapatan kasar pertubuhan mikro sebulan adalah di bawah RM4,360, terutamanya\npeniaga yang menjual di industri runcit permaidani, tekstil, baju dan kasut; alat permainan dan barang mainan; makanan, minuman dan produk tembakau; rekod muzik dan video; produk makanan lain dan sayur-sayuran dan buah-buahan segar.", "Kesemua industri ini adalah merujuk kepada jualan di gerai atau pasar, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.", "Banci itu juga menunjukkan perkembangan dan penguncupan industri borong & runcit di Malaysia didorong oleh perubahan gaya hidup penduduk serta perubahan teknologi.", "Menurutnya, banci yang dilaksanakan ini meliputi 615 industri dalam sektor perkhidmatan dan sejumlah 179 industri diliputi dalam Banci Perdagangan Borong & Runcit 2019.", "Perdagangan borong merangkumi 83 industri diikuti dengan perdagangan runcit sebanyak 80 industri dan kenderaan bermotor 16 industri.", "Kata jabatan itu, bilangan pertubuhan yang beroperasi dalam sektor perdagangan borong & runcit adalah 469,024 dengan pertumbuhan 4.8 peratus.", "Selangor mencatatkan bilangan pertubuhan tertinggi iaitu 94,857, diikuti oleh Kuala Lumpur, 71,433 pertubuhan.", "Sementara itu, secara purata margin bagi perdagangan runcit adalah yang tertinggi iaitu 32.6 peratus, diikuti kenderaan bermotor (28.4%) dan perdagangan borong (24.2%).", "Pendapatan melalui e-dagang pada tahun 2018 adalah sebanyak RM92.0 bilion dengan pertumbuhan tahunan 13.8 peratus berbanding 2015.", "Manakala pendapatan melalui e-dagang bagi subsektor perdagangan runcit pula adalah RM26.1 bilion dengan sumbangan 5.5 peratus kepada keseluruhan jualan runcit.", "Industri dalam kumpulan jualan runcit bukan di kedai, gerai atau pasar menjadi pilihan pengguna dalam membuat\npembelian melalui platform e-dagang berbanding industri lain dalam subsektor ini.", "Industri yang mencatatkan pendapatan tertinggi direkodkan oleh Jualan runcit sebarang jenis produk melalui internet, 97.7 peratus.", "Jabatan Perangkaan menambah, bapatan Banci Perdagangan Borong & Runcit menunjukkan sumbangan\nnilai ditambah bagi Perdagangan runcit telah mengatasi perdagangan borong pada tahun 2018 dengan sumbangan 44.9% berbanding perdagangan borong, 44.1 peratus.", "Ini menunjukkan berlaku perubahan struktur dalam landskap borong & runcit di Malaysia yang telah menyamai\nciri-ciri negara maju.", "Bagi negeri-negeri di Malaysia, 11 negeri lebih berorentasi kepada runcit seperti Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Pahang.", "Justeru, negeri-negeri ini berpotensi untuk dikategorikan sebagai negeri maju.", "Untuk memperkasakan lagi sektor perdagangan borong & runcit, pemborong dan peruncit boleh mengambil pendekatan seperti making retail more people centric, meneroka potensi e-dagang, mengoptimumkan penggunaan teknologi terkini bagi memacu produktiviti, mempelopori konsep retailtainment dan membuat pelaburan berkaitan teknologi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/10/12/gangguan-akses-fb-instagram/
Gangguan akses FB, Instagram
[ "NEW YORK – Pengguna Facebook dan Instagram di beberapa kawasan di Amerika Syarikat, Eropah dan Kanada tidak dapat mengakses akaun kerana rangkaian lama sosial itu mengalami masalah teknikal.", "Jurucakap Facebook berkata, pihaknya sedang berusaha menangani masalah itu secepat mungkin.", "Terdahulu, DownDetector.com, yang memantau gangguan tersebut mendapati lebih 12,000 laporan diterima pengguna berhubung gangguan itu.", "Sebanyak 50 peratus pengguna melaporkan masalah untuk masuk manakala 40 peratus mengadu halangan dan bakinya mengalami masalah dengan gambar, kata Downdetector. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/01/13/ontario-sahkan-pelajar-akan-kembali-ke-sekolah-pada-hari-isnin/
Ontario sahkan pelajar akan kembali ke sekolah pada hari Isnin
[ "TORONTO – Pelajar di wilayah terbesar Kanada akan kembali ke sekolah pada Isnin ini dengan guru serta kakitangan dibekalkan topeng muka N95.", "Kerajaan wilayah itu berkata, pada awal bulan ini pembelajaran dalam talian akan berjalan sehingga sekurang-kurangnya 17 Januari kerana lonjakan jangkitan varian omicron coronavirus.", "Pelajar Ontario telah menghabiskan lebih banyak masa belajar dalam talian semasa wabak berbanding rakan sebaya mereka di tempat lain di Kanada dan Amerika Syarikat (A.S).", "Menurut laporan ABC News, Menteri Pendidikan Ontario, Stephen Lecce mengesahkan pelajar akan kembali ke bilik darjah pada Isnin ini selepas laporan muncul awal minggu ini.", "Pelajar dan kakitangan di sekolah Ontario masing-masing perlu menjalani dua ujian pantas sekiranya mereka mengalami gejala Covid-19.", "Pegawai itu berkata, ibu bapa tidak akan dimaklumkan tentang wabak di sekolah anak mereka sehingga terdapat 30% kadar ketidakhadiran dalam kalangan kakitangan dan pelajar.", "Kerajaan kemudian menjelaskan bahawa mulai 24 Januari, kiraan kes harian di sekolah akan tersedia dalam talian dan ibu bapa akan dimaklumkan melalui e-mel hanya jika sekolah melebihi 30% ketidakhadiran. – ABC News" ]
https://malaysiagazette.com/2023/03/24/wan-fayhsal-buat-laporan-polis-terhadap-pm-guan-eng/
Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap PM, Guan Eng
[ "KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan pelepasan cukai Yayasan Albukhary.", "Laporan tersebut dilakukan berikutan penafian Guan Eng yang merupakan Menteri Kewangan ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) yang didakwa bertanggungjawab membatalkan status pengecualian cukai keatas yayasan tersebut.", "Beliau berkata, penjelasan Anwar bahawa Menteri Kewangan tidak mempunyai kuasa campur tangan dengan keputusan Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengikut Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967 mengelirukan Dewan Rakyat.", "“Perdana Menteri berbohong apabila menyatakan Menteri Kewangan tiada kuasa dan kuasa pengecualian cukai adalah kuasa mutlak Ketua Pengarah LHDN dibawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967. ", "“Penyataan Perdana Menteri itu bohong kerana di bawah Seksyen 44 (6b) Akta Cukai 1967 keputusan Ketua Pengarah LHDN boleh dirayukan kepada Menteri Kewangan dan menteri boleh buat apa-apa keputusan berpatutan.", "“Anwar tidak berterus terang bahawa pengecualian cukai Yayasan Albukhary telah diberikan semasa pemerintahan Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak bagi tahun 2016 hingga 2018,” katanya.", "Beliau berkata demikian selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini. hari ini.", "Turut hadir Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas dan beberapa Exco Armada Nasional.", "Menurut Wan Ahmad Fayhsal, Guan Eng mengetahui dan beliau seharusnya juga mengetahui bahawa jawapan Perdana Menteri dibuat semata-mata untuk menyelamatkannya daripada dipertanggungjawabkan di atas penolakan pengecualian cukai Yayasan Albukhary. ", "“Itulah sebabnya yayasan itu membuat rayuan selepas Guan Eng tidak lagi menjadi Menteri Kewangan. Beliau cuba mengelak dengan menyalahkan LHDN seperti membaling batu sembunyi tangan,” ujarnya.", "Isu pembatalan pengecualian cukai Yayasan Albukhary timbul selepas bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin mendakwa Guan Eng telah membatalkan pengecualian yang telah diluluskan selepas PH ditubuhkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).", "Bagaimanapun pada 10 Mac lalu, Guan Eng yang juga Pengerusi DAP menafikan tuduhan tersebut dan membuat laporan polis terhadap Muhyiddin pada pada 22 Mac. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/10/10/3-pengsan-selepas-terhidu-bahan-kimia-di-restoran-makanan-segera/
3 pengsan selepas terhidu bahan kimia di restoran makanan segera
[ "KUALA LUMPUR – Tiga individu pengsan selepas terhidu bahan kimia yang bocor dalam sebuah restoran makanan segera di Jalan Pandan 2/1, Pandan Jaya, Ampang, di sini, pagi tadi.", "Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 9.55 pagi.", "Katanya, anggota bomba dan pasukan dari Unit Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) telah dikejarkan ke lokasi kejadian kejadian sejurus panggilan dibuat orang awam.", "“Setibanya di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati terdapat dua wanita pekerja restoran terbabit telah pengsan termasuk seorang lelaki yang merupakan Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang masuk ke dalam restoran bagi membantu mangsa.", "“Ketiga-tiga mangsa kemudian dikejarkan ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.", "Norazam berkata, pihaknya sedang mengawal keadaan dengan tidak membenarkan orang ramai memasuki restoran berkenaan.", "Siasatan kebocoran gas kimia itu sedang dikenal pasti bagi tindakan lanjut dan kesemua identiti mangsa masih belum diketahui. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/06/05/bombola-sasar-jualan-20000-unit/
Bombola sasar jualan 20,000 unit
[ "KUALA LUMPUR – Bombola Global Sdn Bhd, syarikat pengeluar semburan muka (face mist) jenama Bombola menyasarkan jualan produknya mampu mencecah 20,000 unit menjelang akhir tahun ini.", "Pengasas Bombola, Nordiyana Mat Noh berkata, keyakinan itu berdasarkan fokus syarikat ke atas jualan atas talian selain merancang menambah jumlah stokis, ejen dan dropship dalam masa terdekat ini.", "Beliau menambah, tarikan utama Bombola juga adalah keunikannya sebagai produk semburan muka yang pertama di pasaran negara ini yang dapat membantu membunuh kuman di bawah jenama tempatan.", "Jelas beliau ketika ini, produk yang sama hanya dimonopoli oleh jenama dari luar negara di mana pembeli tiada pilihan untuk mendapatkannya.", "“Kami amat mementingkan kualiti dan bukannya kuantiti dengan menawarkan harga mampu milik, mudah dibawa dan selamat digunakan.", "“Namun kami perlu akui berdepan cabaran sebagai jenama baharu di mana masih ramai  masyarakat tidak mengenali Bombola.", "“Sebagai pemain baharu dalam industri, saya telah mengambil inisiatif menghadiri banyak menghadiri kelas-kelas yang dikelolakan mentor usahawan berjaya untuk membina jenama sesebuah produk.", "“Justeru mengambil kira suasana pandemik dan masyarakat yang duduk di rumah, kami akan memberi fokus kepada jualan online dan saya perlu percaya dengan rezeki jika kita rajin berusaha,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.", "Bombola mula berada di pasaran pada Mac lalu dengan harga RM28 sebotol. Ketika ini, syarikat memiliki 15 ejen dengan pakej stokis ditawarkan serendah RM1,800.", "Produk ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif, kulit kering, kulit berjerawat dan kulit berminyak hasil keberkesanan ramai testimonial sebelum ini.", "Nordiyana menambah, dalam usaha mencari kelainan produk baharu dalam pasaran, Bombola perlu tampil dengan pelbagai manfaat yang ditawarkan kepada pengguna.", "Jelas beliau, selain melembapkan dan menyegarkan kulit muka, produknya turut dapat membantu menenangkan kulit daripada kegatalan dan kerengsaan serta penyakit enzema.", "Apa yang penting katanya, Bombola dapat melawan dan membunuh kuman 99.9 peratus kuman yang sesuai ketika masyarakat berdepan virus Covid-19 selain antioxidan dan mengawal Ph kulit.", "“Dengan kelebihan yang ada, syarikat merancang untuk menembusi pasaran antarabangsa pada masa akan datang.", "“Kami mahu membuktikan jenama tempatan mampu menjadi pilihan masyarakat luar negara sebagai produk penjagaan diri untuk dalaman dan juga luaran.", "“Apa yang penting, Bombola Facial Mist perlu dimiliki di setiap rumah sebab ia sangat sesuai digunakan pelbagai lapisan individu kecuali bayi,” katanya.", "Sementara itu, orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut Bombola boleh melayari laman sosial Facebook: Bombola.official dan Instagram: @bombola.co. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/11/08/bn-komited-perkasa-kaum-wanita-mohana/
BN komited perkasa kaum wanita – Mohana
[ "KUALA LUMPUR – Lima calon wanita Barisan Nasional (BN) yang diketengahkan pada Pilihan raya Negeri (PRN) Melaka mempunyai kekuataan tersendiri.", "Ketua Wanita MIC, Datuk Mohana Muniandy berkata, BN komited memperkasakan wanita walaupun menerima kritikan yang mana calon terbabit akan menyumbang kepada kemenangan parti.", "“Calon-calon diketengahkan kali ini ialah calon yang setia kepada parti. BN mengetengahkan 49 peratus calon berusia 50 tahun ke bawah untuk memperlihatkan calon-calon muda boleh menawarkan perkhidmatan terbaik. ", "“Mereka juga mampu bekerja siang malam untuk rakyat selari dengan slogan BN iaitu Kestabilan Demi Kemakmuran,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini. ", "PRN Melaka diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 pada 4 Oktober lalu selepas bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali hilang majoriti sokongan selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) bertindak menarik balik sokongan kepada kepimpinan beliau.", "UMNO meletakkan seramai 20 calon untuk bertanding pada PRN itu berbanding 18 calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 manakala MCA meletakkan tujuh calon – kurang satu berbanding pada PRU 2018 sementara MIC meletakkan seorang calon.", "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal pada 16 November.", "Kata Mohana lagi, ramai pemimpin wanita BN akan mendekati pengfundi menerusi jentera Jalinan Rakyat (JR) dan JR Plus. – MalaysiaGazette " ]
https://malaysiagazette.com/2019/01/03/perumahan-berkualiti-kondusif-jadi-keutamaan-kerajaan-ph/
Perumahan berkualiti, kondusif jadi keutamaan kerajaan PH
[ "Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata PH menyasarkan pencapaian pemilikan 500,000 unit kediaman bagi golongan tersebut dalam tempoh lima tahun ini.", "“Kajian impak sosial akan dijalankan sebelum sesuatu projek perumahan dilaksanakan bagi memastikan kualiti suasana kawasan perumahan terjamin dari segi keselamatan dan persekitaran kondusif.", "“Pendekatan sebegini memerlukan perancangan rapi bagi memastikan kebajikan rakyat didahulukan. Sistem perolehan tanah dengan harga berpatutan dan tawaran pembinaan rumah secara tender terbuka akan diamalkan bagi memastikan harga rumah terkawal,” katanya dalam perutusan Tahun Baharu beliau hari ini.", "Katanya zaman pemberian rumah yang dibuat secara pilih kasih akan digantikan dengan sistem pemberian saksama mengikut keperluan sebenar melalui data maklumat rakyat serta keluarga yang belum memiliki apa-apa kediaman.", "“Diharap tahun 2019 memberi harapan sinaran yang lebih gemilang untuk kita merintis jalan ke arah negara yang lebih sejahtera di era Malaysia Baharu dan semoga ia membawa pencapaian yang kita hajatkan. Insya-Allah. Selamat menyambut Tahun Baharu 2019,” katanya.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2021/03/02/ya-baru-nak-diberi-taklimat-darurat-ahmad-maslan/
Ya, baru nak diberi taklimat darurat – Ahmad Maslan
[ "KUALA LUMPUR – Sejak Proklamasi Darurat bermula 11 Januari lalu baru hari ini ahli Parlimen diberi taklimat mengenainya di Putrajaya.", "Ia merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung UMNO merangkap Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam ciapan Twitternya pagi ini.", "“Untuk hadir taklimat darurat bersama MP. Ya baru nak diberi taklimat,” tulisnya sambil memuatnaik gambarnya bersarapan di dalam kereta.", "Sebelum itu, beberapa ahli Parlimen pembangkang dan sesetengah dari kerajaan sering mengutarakan perlu ada taklimat mengenai arahan darurat.", "Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang melibatkan keahliaan termasuk ahli Parlimen pembangkang baru-baru ini.", "Jawatankuasa yang sama diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/02/18/lawatan-ke-kawasan-gempa-bumi-bertukar-tragedi-14-terbunuh/
Lawatan ke kawasan gempa bumi bertukar tragedi, 14 terbunuh
[ "MEXICO CITY – Lawatan rasmi oleh Menteri Dalam Negeri dan Gabenor Oaxaca ke kawasan yang dilanda gempa bumi di Oaxaca bertukar tragedi apabila sebuah helikopter tentera terhempas mengakibatkan 14 orang terbunuh.", "Helikopter Balck Hawk yang membawa Menteri Dalam Negeri, Alfonso Navarrete Prida dan Gabenor Oaxaca, Alejandro Murat yang hampir mendarat tiba-tiba hilang kawalan dan terhempas di Santiago Jamiltepec, lapor Mexico News Daily.", "Helikopter itu terhempas pada sekumpulan mangsa gempa bumi yang berkhemah di atas padang selepas rumah mereka mengalami kerosakan berikutan gegaran berskala 7.2 Richter yang melanda wilayah tersebut pada pukul 5.39 petang semalam.", "Seramai 13 orang dewasa dan seorang bayi berusia enam bulan terkorban manakala 13 orang lagi mengalami kecederaan.", "Neither Navarrete dan Murat tidak cedera dalam insiden tersebut.", "Kedua-dua pegawai tersebut pergi ke wilayah pantai Oaxaca untuk melihat kerosakan akibat gempa bumi itu. – Agensi" ]
https://malaysiagazette.com/2019/12/15/status-permohonan-mrsm-boleh-disemak-hari-ini/
Status permohonan MRSM boleh disemak hari ini
[ "KUALA LUMPUR – Keputusan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 1 tahun 2020 telah dibuka", "Pemohon boleh membuat semakan melalui >> https://mrsm.mara.gov.my/semakantawaranmrsmf1", "‘Tahniah,” menurut Majlis Amanah Rakyat (Mara) menerusi akaun Facebook.", "Sementara itu,  Bernama melaporkan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata,  iklan kemasukan pengambilan baharu pelajar tingkatan satu bagi tahun 2020 menerima permohonan daripada 80,319 orang sedangkan kuota pengambilan yang ditetapkan ialah 7,628 orang.", "Ia melibatkan 3,595 pelajar bagi MRSM Premier, MRSM Ulul Albab (870 pelajar), MRSM Program International General Certificate of Secondary Education (2,485 pelajar), MRSM Teknikal (180 pelajar) dan MRSM Program International Baccalaureate Middle Years Programme (489 pelajar).", "Rina berkata, mereka yang tidak berjaya pada semakan itu masih berpeluang mengemukakan rayuan untuk mengisi kekosongan pelajar yang menolak tawaran kemasukan tersebut, yang akan diketahui selepas selesai proses pendaftaran.", "Bagi sesi pengambilan pelajar MRSM 2020, sebanyak 60 peratus daripada kuota itu diisi oleh pelajar daripada keluarga B40, sebagai inisiatif membantu mereka belajar di persekitaran kondusif dengan harapan akan dapat mengubah nasib keluarga pada masa depan.", "“Mereka yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan tidak perlu bimbang mengenai persiapan ke MRSM kerana MARA menyediakan skim bantuan iaitu Bantuan bagi Pendidikan (BUDI) yang mendapat sokongan daripada banyak syarikat korporat,”  katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Back To School 2020 @ KPLB Yayasan Pelajaran MARA di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) di sini, hari ini.", "Bagi kemasukan ke tingkatan 4 tahun di MRSM tahun depan, Rina berkata jumlah permohonan yang diterima adalah 26,160 orang dengan kuota pengambilan sebanyak 1,812 orang melibatkan MRSM Premier (710 orang) dan MRSM Program Khas Pendidikan (1,102 orang). – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/04/18/kdn-perlu-tingkat-usaha-kekang-jenayah-rentas-sempadan-malaysia-thailand/
KDN perlu tingkat usaha kekang jenayah rentas sempadan Malaysia – Thailand
[ "KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta meningkatkan usaha mengawal aktiviti jenayah rentas sempadan terutamanya aktiviti penyeludupan manusia, narkotik dan terrorisme di sempadan Malaysia-Thailand.", "Senator Datin Rahimah Mahamad berkata, susulan peningkatan kes-kes jenayah rentas sempadan, kerajaan Thailand telahpun mengambil langkah memasang 800 kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang Sungai Golok, Kelantan bagi membendung aktiviti berkenaan.", "“Justeru, saya memohon agar KDN menguatkuasakan dengan lebih ketat pergerakan warganegara dan pelancong asing yang melalui sempadan Malaysia-Thailand di negeri Kelantan,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Persidangan Dewan Negara hari ini.", "Rahimah juga meminta agar liputan internet berkelajuan tinggi di Kelantan dipertingkatkan bagi memberi peluang negeri itu turut aktif terlibat dengan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ).", "“Kekangan utama rakyat Kelantan untuk proaktif dan intensif melibatkan diri dalam perniagaan di pasaran digital adalah liputan internet yang kritikal kelajuan aksesnya.", "“Oleh itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia perlu melihat perkembangan terkini mengenai liputan internet di negeri Kelantan secara menyeluruh untuk memastikan kejayaan DFTZ,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/04/10/2-lagi-syarikat-tidak-daftar-bnm/
2 lagi syarikat tidak daftar BNM
[ "KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia mengemukakan dua lagi syarikat yang beroperasi tanpa kelulusan di bawah undang-undangnya.", "Syarikat itu ialah Financial.org Malaysia dan Time Travel & Explorer Sdn Bhd.", "Dua syarikat itu merupakan antara 416 syarikat yang terdapat dalam senarai laman web dan operasi yang tidak mematuhi peratuan BNM, katanya dalam notis Bank Pusat itu. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/09/02/dua-warga-asing-cuba-rasuah-anggota-polis-tentera-dicekup/
Dua warga asing cuba rasuah anggota polis, tentera dicekup
[ "PETALING JAYA – Dua warga asing yang cuba memberi rasuah kepada tiga anggota polis dan seorang anggota tentera semasa menjalankan rondaan mencegah jenayah Kota Damansara memakan diri sendiri.", "Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, anggota polis terbabit menahan kedua-dua suspek yang berusia 29 dan 46 tahun itu atas kesalahan merasuah RM500 selain gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah.", "“Semasa rondaan tersebut, pasukan ternampak sebuah kereta dinaiki dua lelaki warga asing dalam keadaan mencurigakan.", "“Apabila hendak menahan kereta tersebut, kereta itu terus memecut laju sehingga berjaya ditahan di hujung Lorong Teknologi C Kota Damansara,” katanya dalam kenyataan media petang tadi.", "Tambah beliau, hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua suspek gagal mengemukakan lesen memandu dan dokumen perjalanan yang sah.", "“Dalam masa yang sama salah seorang suspek cuba menawarkan wang tunai RM500 kepada anggota polis dan jika tidak cukup boleh menambahnya lagi kepada polis sebagai tindakan melepaskan diri daripada ditangkap.", "“Kedua-dua suspek berjaya ditahan atas perbuatan terkutuk itu kepada anggota polis berkenaan dan direman tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009,” tambahnya.", "Jelas beliau, mereka turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.", "Jika disabitkan kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman tidak melebihi 20 tahun penjara dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.", "“Polis turut merampas sebuah kereta Proton Wira warna biru yang dinaiki oleh kedua-dua suspek untuk siasatan lanjut,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/03/29/nurshamil-makin-selesa-dengan-kelantan-fc/
Nurshamil makin selesa dengan Kelantan FC
[ "KUALA LUMPUR – Setelah beberapa saban musim gagal mendapatkan peluang yang banyak untuk beraksi, karier Nurshamil Abd Ghani seperti mendapat nafas baharu dengan penyertaan bersama Kelantan FC, pada musim ini.", "Biarpun masuk sebagai tiga kali pemain gantian dan beraksi dalam kesebelasan utama dalam satu perlawanan, Nurshamil merupakan pemain penyerang yang sudah berjaya meledak dua jaringan setakat ini bagi membantu Kelantan meraih tujuh mata selepas empat perlawanan.", "Situasi itu memberikan banyak perkara positif buat Nurshamil selain turut meletakkan azam mahu membuktikan penyerang tempatan juga boleh bersaing dengan penyerang import.", "“Ini satu permulaan yang cukup baik bersama Kelantan dan lega rasanya masih punyai rentak untuk menjaringkan gol dan harap keadaan ini mampu berterusan sebagai detik kebangkitan kepada karier saya.", "“Dua musim sebelum ini saya sukar mendapatkan minit yang banyak untuk bermain dan di Kelantan, saya gembira kerana Marco (Ragini) memberikan peluang saya beraksi lebih kerap.", "“Walaupun banyak masuk pemain gantian setakat ini, Marco ada berkata kepada saya, dia bersedia untuk menggunakan saya dalam kesebelasan utama jika tahap kecergasan sudah berada di tahap terbaik.", "“Saya mahu tunjukkan penyerang tempatan juga boleh bersaing dengan penyerang import walaupun ada yang berkata mustahil untuk bersaing dengan mereka bagi merebut tempat,” katanya kepada Liga Bola Sepak Malaysia di sini.", "Nurshamil pernah dinobatkan penjaring terbanyak Piala FAM pada 2015 ketika membantu Melaka naik ke Liga Premier dan beraksi cemerlang pada saingan Liga Premier pada musim berikutnya.", "Dipinjamkan ke Selangor pada 2017, karier Nurshamil dilihat mulai sedikit terumbang-ambing apabila tewas kepada pemain import bagi meraih tempat dalam kesebelasan utama selain penyerang tempatan berpengalaman.", "Musim lalu, dia bersama Pulau Pinang namun gagal beraksi dalam sebarang perlawanan berikutan pasukan sudah mempunyai Casagrande dan Bobby Gonzales yang boleh diturunkan di posisi penyerang.", "Sementara itu, Nurshamil akui Marco banyak memahami cara permainannya serta lebih gemar menggunakan taktikal meletakkan dua penyerang dan situasi itu juga sedikit sebanyak membantu terhadap prestasinya bersama Kelantan, buat masa ini.", "Tambahnya, sikap terbuka Marco menjadikan dia sentiasa mahu berikan yang terbaik di atas padang dan berasakan pilihannya untuk bersama Kelantan pada musim ini adalah tepat.", "“Selepas kontrak saya ditamatkan dengan Pulau Pinang, pihak Kelantan terus menghubungi saya dan saya menjalani latihan percubaan selama dua hari dan Marco terus berminat untuk mengambil saya.", "“Buat masa ini, saya selesa bekerja dengan Marco serta memahami cara bola sepak yang mahu diterapkan, malah dia selalu berbincang dengan saya mengenai soal taktikal.", "“Biarpun masa ini menggunakan formasi 4-1-4-1 kerana pasukan mempunyai ramai pemain muda, namun apabila dia menggunakan taktikal dua penyerang, Marco akan memasukkan saya untuk bergandingan dengan Jack Hindle.", "“Taktikal meletakkan dua penyerang nyata memberikan ruang saya untuk bermain dan saya harap apabila liga kembali bersambung nanti, saya akan berada di tahap prestasi yang lebih baik,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/02/13/tiga-kanak-kanak-lemas-ketika-mandi-di-sebuah-kolam/
Tiga kanak-kanak lemas ketika mandi di sebuah kolam
[ "JOHOR BAHRU – Tiga kanak-kanak lelaki meninggal dunia akibat lemas semasa bermandi-manda di sebuah kolam berhampiran pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Sri Amar, Majidee, di sini, malam ini.", "Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Shahurinain Jais berkata yang meninggal dunia dalam kejadian itu dikenali sebagai Muhammad Rozie Iskandar Shah Abdullah, 11, Faris Farhan Mohd Sani, 14 dan Muhammad Haziq Nor Kamal, 10, manakala seorang kanak-kanak yang terselamat dalam insiden itu dikenali sebagai Muhammad Faiz Haiqal Abdullah, 13.", "“Polis menerima maklumat kejadian daripada Muhammad Faiz Haiqal yang datang ke Balai Polis Majidee pada pukul 7.23 malam. Hasil temu bual, Muhammad Faiz Haiqal memberitahu bahawa dia bersama tiga rakannya itu pergi memancing ikan di kolam berkenaan pada kira-kira pukul 2.00 petang tadi sebelum mereka bermandi manda,” katanya menerusi kenyataan malam ini.", "Beliau berkata, ketiga-tiga rakan Muhammad Faiz Haiqal tiba-tiba lemas pada kira-kira pukul 7.00 malam kerana mandi di bahagian tengah kolam itu, dan dia cuba membaling tali bagi membantu, namun, tidak sampai ke arah ketiga-tiga rakannya itu.", "Menurutnya, pasukan bomba yang melancarkan operasi mencari di kolam itu menemui mayat Muhammad Rozie Iskandar pada pukul 7.47 malam, disusuli Faris Farhan pada pukul 7.49 malam dan Mohd Haziq pada pukul 8.16 malam.", "Shahurinain berkata, jarak ketiga-tiga mereka ditemui kira-kira lima meter dari tepi kolam, dan menurutnya pihak bomba memberitahu bahawa bahagian dasar kolam sedalam tiga meter itu mempunyai lumpur sedalam kira-kira satu meter.", "“Semua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, di sini, untuk dibedah siasat,” katanya.", "Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau Penolong Kanan Penguasa Bomba, Saiful Bahri Safar berkata, 11 anggota bomba bersama dua jentera bergegas ke tempat kejadian selepas Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Johor menerima panggilan menerusi talian MERS 999 pada pukul 7.22 malam.", "Beliau berkata, bomba kemudian bertindak membuat operasi pencarian di permukaan kolam itu dan kemudian menemukan ketiga-tiga mereka. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2020/01/18/bung-mohamad-alamin-galas-tanggungjawab-tolak-pss-di-parlimen/
Bung, Mohamad Alamin galas tanggungjawab tolak PSS di Parlimen
[ "BEAUFORT – UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan meletakkan tanggungjawab memperjuangkan rakyat Sabah kepada Datuk Bung Moktar Radin dan Datuk Mohamad Alamin sebagai wakil Sabah di Dewan Rakyat.", "Menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tugas pertama bakal digalas kedua-dua wakil rakyat ini ialah untuk memastikan Pas Sementara Sabah (PSS) ditolak di Parlimen nanti.", "“Datuk Mohamad Alamin dan Datuk Bung Moktar Radin merupakan dua orang wakil daripada UMNO dan BN yang akan duduk di Dewan Rakyat.", "“Insya-Allah kedua-duanya akan memperjuangkan nasib rakyat terutamanya dalam menolak PSS,” katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir, di sini, malam ini.", "Terdahulu, Pengurus Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jupery Etok mengumumkan bahawa PRK P176 Kimanis dimenangi oleh Mohamad dengan majoriti 1,913 undi.", "Mohamad memperoleh 12,414 undi menewaskan calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang yang mendapat 10,501 undi.", "Kejayaan BN mempertahankan kubu kuatnya itu akan menambah seorang lagi wakil rakyat daripada pembangkang bagi mewakili rakyat Sabah di Parlimen.", "Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga berkata, kemenangan BN itu akan memudahkan parti itu melaksanakan agenda untuk rakyat Sabah yang masih gagal ditunaikan Kerajaan PH dan Warisan.", "“Kita akan melaksanakan Perjanjian Malaysia (MA63) jika BN jadi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat di Putrajaya, Insya-Allah.", "“Kita akan menawarkan manifesto nanti bila sampai masanya untuk dihidangkan oleh BN Sabah sebagai akujanji baharu kepada rakyat Sabah khususnya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/09/21/wan-azizah-tidak-pernah-sokong-perkahwinan-kanak-kanak/
Wan Azizah tidak pernah sokong perkahwinan kanak-kanak
[ "KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan beliau tidak pernah menyokong perkahwinan bawah umur dan kepentingan kanak-kanak mestilah menjadi keutamaan setiap masa.", "Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, perkahwinan tidak seharusnya digunakan sebagai jalan keluar dari kepompong kemiskinan.", "Oleh sebab itu, katanya, kementerian itu akan menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun.", "Dr Wan Azizah membuat kenyataan itu bagi menjelaskan isu perkahwinan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang berkahwinan dengan duda, 45 tahun.", "Sebelum ini, beliau dilaporkan media sebagai berkata, perkahwinan remaja itu telah mendapat kebenaran Mahkamah Rendah Syariah dan sah mengikut undang-undang yang ada.", "Jelas Dr Wan Azizah, mesyuarat yang diadakan oleh kementeriannya pada 13 September lalu telah bersetuju agar Jabatan Kemajuan Islam dan kementerian tersebut menyediakan kertas kerja bagi menaikkan had umur perkahwinan orang Islam yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk mendapatkan sokongan.", "Negeri-negeri lain, kata beliau, sewajarnya mencontohi Kerajaan Selangor yang telah menaikkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun.", "Satu kertas Kabinet akan disediakan untuk menaikkan had umur minimum perkahwinan bagi bukan Islam juga kepada 18 tahun.", "Malah, ketua-ketua adat akan diberikan maklumat berkaitan kesan-kesan negatif perkahwinan bawah umur terhadap kesihatan dan keselamatan kanak-kanak dan pendedahan mengapa had umur itu dititikberatkan.", "“Proses pindaan undang-undang mengambil masa, justeri kementerian dan Jabatan Kehakiman Syariah akan bekerjasama menggubal garis panduan yang ketat dan menyeluruh bagi proses meluluskan perkahwinan kanak-kanak oleh Mahkamah Syariah.", "“Faktor risiko kehamilan dan kelahiran pada usia muda mesti diambil kira dalam hal ini,” katanya sambil memberitahu sudah berbincang untuk menyemak kelompongan dan ketidakseragaman di antara undang-undang Syariah dan sivil berkaitan perkahwinan kanak-kanak.", "Tegas Dr Wan Azizah, pindaan undang-undang hanyalah sebahagian daripada usaha-usaha yang akan dilaksanakan.", "Tetapi pendekatan menyeluruh harus diambil merangkumi isu pendidikan, jaringan sosial, pembasmian kemiskinan dan sistem sokongan bagi kanak-kanak.", "“Perlindungan dan hak kanak-kanak adalah kepentingan utama bagi saya dan tidak akan sesekali berkompromi berkaitan hal ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/02/07/mrt-laluan-putrajaya-sasar-200000-penumpang-dalam-masa-2-tahun/
MRT laluan Putrajaya sasar 200,000 penumpang dalam masa 2 tahun
[ "PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan mengunjurkan peningkatan purata penumpang harian kira-kira 200,000 dalam masa tempoh dua tahun bagi perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya yang akan mula beroperasi sepenuhnya pertengahan Mac ini.", "Menterinya, Anthony Loke berkata, status MRT laluan Putrajaya Fasa Dua kini sudah siap 99.9 peratus dan berharap ia dapat menarik lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam itu kelak.", "“Kita jangka dalam tempoh satu hingga dua tahun, ia mampu mencecah 200,00 penumpang harian, itu memang harapan kami.", "“Kita juga tahu seperti mana -mana perkhidmatan MRT atau LRT (Transit Aliran Ringan), ia akan mebgambil masa untuk mencapai sasaran itu.", "“Seperti MRT Satu (MRT Laluan Kajang), kita bermula dengan jumlah yang rendah tetapi kemudian ia telah mencecah kira-kira 200,000 sekarang dengan mengambil masa kira-kira dua tahun untuk capai jumlah itu,” katanya pada sidang media di Depoh MRT Sungai Buloh hari ini.", "Terdahulu, Anthony bersama timbalannya, Datuk Hasbi Habibollah mengadakan lawatan kerja ke MRT Laluan Putrajaya bermula daripada stesen Putrajaya Sentral ke stesen Titiwangsa sebelum menuju ke stesen Kwasa Damansara.", "Tambah Anthony, projek MRT laluan Putrajaya telah menelan belanja sebanyak RM30.53 bilion meliputi kos pembinaan dan kos sistem malah ia melibatkan 36 stesen serta 49 set kereta api.", "Katanya, apabila perkhidmatan itu mula beroperasi Mac nanti, ia akan dimulakan dengan frekuensi lima minit untuk setiap tren.", "Susulan pembukaan MRT Fasa Dua kelak, beliau ingin mengintergrasikan pas perjalanan tanpa had untuk penggunaan perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana di Lembah Klang dengan MRT.", "“Kita berharap dengan pembukaan MRT2 ini akan dapat memberikan kemudahan kepada warga di Lembah Klang dan kita juga mengharapkan ia dapat menggalakan penggunaan pengangkutan awam.", "“Selain itu, kita juga akan menyediakan sebanyak 170 buah bas perantara di semua stesen sepanjang laluan MRT2 sebagai kemudahan untuk pengguna,” ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/08/01/kkm-cadang-semua-sesi-mesyuarat-parlimen-ditangguh-14-hari-dr-noor-hisham/
KKM cadang semua sesi mesyuarat Parlimen ditangguh 14 hari – Dr Noor Hisham
[ "KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan semua sesi mesyuarat dalam persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan sementara waktu untuk tempoh dua minggu, bermula 29 Julai hingga 11 Ogos ini.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan Pilihan Khas Parlimen serta pembentangan dirancang di Parlimen atau melibatkan individu yang berada di Parlimen pada 26 Julai sehingga 29 Julai 2021.", "“Walaupun jumlah kes positif Covid-19 dikesan semasa sidang Parlimen adalah 0.8 peratus, namun hasil penilaian risiko mengambil kira faktor epidemiologi dan persekitaran, didapati persidangan Parlimen satu perhimpunan berisiko tinggi berlaku penularan jangkitan Covid-19.", "“Penilaian risiko kejadian jangkitan Covid-19 di Parlimen akan dinilai semula dari semasa ke semasa.", "“Semua individu yang berada di Parlimen pada 26 Julai sehingga 29 Julai 2021 dinasihatkan memantau status kesihatan secara kendiri menggunakan aplikasi MySejahtera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.", "Pada 29 Julai lalu kira-kira jam 12.30 tengah hari, KKM telah dimaklumkan mengenai dua kes positif Covid-19 yang telah hadir ke Parlimen.", "Kes pertama merupakan seorang petugas yang telah hadir ke Parlimen sejak 26 Julai 2021 dan dikesan positif melalui ujian pengesahan RT PCR di sebuah fasiliti kesihatan kerana bergejala batuk.", "Bagi kes kedua pula dikesan semasa saringan di Parlimen pada pagi 29 Julai 2021 jam 12:30 tengah hari menggunakan ujian kendiri RTK antigen (Ag) saliva kerana gejala batuk dan loya.", "Pada 30 Julai 2021, saringan pra-persidangan Dewan Negara telah dijalankan ke atas 100 individu menggunakan ujian RT PCR dan mendapati sembilan kes positif Covid-19 dan pemakluman kes telah dilaporkan kepada KKM pada 1 Ogos 2021.", "Menurut Dr Noor Hisham, cadangan itu dibuat susulan persekitaran Parlimen yang bertutup meningkatkan risiko penularan jangkitan memandangkan virus SARS-CoV-2 tersebar atau menular melalui udara dan boleh kekal dalam persekitaran selama beberapa jam.", "“Tempoh berada dalam Dewan dan sekitar Parlimen yang panjang memberi risiko pendedahan berulang. Perkongsian kemudahan asas seperti tandas, surau, kafe dan sebagainya oleh ramai individu termasuk kes.", "“Penjarakan fizikal dalam Dewan kurang dari satu meter antara satu sama lain walaupun terdapat penghadang meja.", "“Perkumpulan kecil kerap berlaku di dalam dan di luar dewan. Mengambil kira hasil penilaian risiko semasa dan bagi mencegah penularan jangkitan Covid-19 dari berlaku di Parlimen,” katanya.", "Selain itu, katanya KKM turut mengambil kira faktor epidemiologi di mana terdapat enam kes dengan kadar kebolehjangkitan tinggi dan bergejala yang memberi risiko berlaku penularan jangkitan dan berpotensi menjadi superspreader.", "“Kebolehjangkitan adalah tinggi dua hari sebelum gejala dan berterusan sehingga hari ke tujuh. Pergerakan kes di sekitar kawasan Parlimen berkemungkinan boleh menyebabkan pendedahan kepada individu lain.", "“Ramai yang hadir ke Sidang Mesyuarat Khas Parlimen ini dalam kategori warga emas dan kemungkinan mempunyai faktor komorbid yang meningkatkan risiko jangkitan dan tidak semua individu yang hadir di Parlimen telah mendapat vaksinasi Covid-19 yang lengkap,” katanya.", "Pada 26 Julai 2021 jam 8 pagi, Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) mewakili KKM telah membuat pembentangan kepada Mesyuarat Penyelarasan Bagi Urusan Berkaitan Mesyuarat Khas Bagi Dewan Rakyat berikutan Penularan Wabak Covid-19 di Parlimen sebelum persidangan.", "Mesyuarat telah dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Menteri Menteri Kanan Luar Negeri yang mengetuai Kluster Keselamatan, Menteri Parlimen dan Undang-Undang, Speaker dan Timbalan-Timbalan Speaker Dewan Rakyat, serta ketua atau wakil kanan parti-parti politik dari pihak Kerajaan dan Pembangkang. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/03/22/pkp-tindakan-tegas-mungkin-diambil/
PKP: Tindakan tegas mungkin diambil
[ "KUALA LUMPUR – Tidak mustahil tindakan lebih tegas akan diambil sekiranya orang ramai masih gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah pun masuk hari kelima.", "Bagaimanapun, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, sebarang tangkapan akan dibuat oleh pihak polis dan bukannya tentera seperti mana khabar angin yang disebarkan di media-media sosial.", "Namun setakat ini, kerajaan masih menggunakan nasihat melalui hebahan maklumat supaya orang ramai memahami dan mematuhi PKP.", "“Terlalu banyak khabar angin yang bertebaran contohnya kereta kebal diletakkan di setiap sekatan jalan raya. Kedengaran lucu tetapi inilah yang disebarkan.", "“Saya ingin tegaskan, anggota tentera hanya untuk membantu polis dalam sama-sama memberi nasihat kepada orang awam,", "“PKP dilaksanakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit yang di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan, bukannya akta darurat atau undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN). Jadi operasi ini diketuai oleh polis.", "“Memang ada peruntukan undang-undang untuk mengenakan hukuman di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit tetapi sebarang tangkapan akan dibuat oleh polis, bukan tentera. Jangan takut,” katanya semasa sidang media di sini hari ini.", "Jelas Ismail Sabri, penglibatan Angkatan Tentera Malaysia sejak jam 12 tengahari tadi adalah untuk memastikan semua rakyat memahami dan mematuhi perintah yang telah dikeluarkan sebelum ini.", "Ia bagi memastikan lebih banyak nyawa boleh diselamatkan, katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/07/21/padah-songlap-wang-syarikat-ketua-akaun-dihukum-penjara-lebih-5-tahun-denda/
Padah songlap wang syarikat, Ketua Akaun dihukum penjara lebih 5 tahun, denda
[ "KUALA LUMPUR – Seorang bekas Ketua Akaun menerima padah apabila dihukum penjara serta denda selepas didapati bersalah atas 81 pertuduhan pecah amanah berjumlah RM5,502,414.", "Tertuduh, Teo Chee Peng, 53, yang telah berkhidmat dengan sebuah syarikat pengangkutan swasta selama lebih 27 tahun didapati meniru tandatangan majikan sejak 2012 hingga tahun ini.", "Pada awalnya, tertuduh menghadapi 123 pertuduhan namun mahkamah juga mengambil kira tindakan tertuduh yang memulangkan sebahagian daripada jumlah pecah amanah tersebut.", "Chee Peng membayar balik majikannya, Yap Choon Lai dengan memberikan dua aset miliknya berupa dua buah rumah di Cheras dan Jalan Ampang, di sini yang bernilai lebih RM2 juta selain sebuah kereta Audi dianggarkan bernilai RM400,000.", "Selain itu, Chee Peng yang sudah berkahwin itu juga menawarkan aset ketiga miliknya berupa sebuah rumah di Gombak bernilai RM500,000 kepada majikannya.", "Chee Peng membuat pengakuan pada kali pertama dan ketika semua pertuduhan itu dibacakan kepadanya dengan mengaku bersalah dan mahu hukuman dijatuhkan terhadapnya.", "Hakim Mahkamah Seksyen, Hakim Hasbullah Adam kemudian memutuskan hukuman penjara lima tahun enam bulan berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap selain denda sebanyak RM283,000 iaitu RM3,500 bagi setiap pertuduhan.", "Seandainya tertuduh gagal membayar denda berkenaan, hukuman penjara akan disambung selama 567 hari penjara.", "“Saya telah mengambil kira juga tertuduh telah memulangkan kembali sebahagian wang kepada majikannya dengan memberikan asetnya sendiri selain daripada kerjasama yang telah diberikan sepenuhnya oleh tertuduh.", "“Saya jatuhkan hukum lima tahun enam bulan penjara berjalan serentak selain denda RM3,500 bagi setiap pertuduhan,” katanya.", "Chee Peng yang kelihatan tenang namun lesu itu hanya mengangguk tanda setuju.", "Malah ketika jurubahasa menunjukkan Chee Peng kertas pertuduhan satu persatu-satu, tertuduh seperti tidak kisah dan hanya mahu mengaku salah sahaja.", "Berdasarkan kesemua pertuduhan, Chee Peng sebagai Ketua Akaun syarikat ketika itu didakwa melakukan pecah amanah dengan mengeluarkan 123 cek berjumlah RM5,502,414 kepada syarikat Revolusi Angkasa Sdn Bhd dengan meniru tandatangan pemilik yang juga pengarah syarikat, Choon Lai.", "Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pejabat di Jalan 1/46A Off Jalan Selinsing 7, Taman Niaga Waris di sini antara 12 Mei 2012 sehingga 17 Mac ini mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan dengan sebat dan denda. –MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/05/18/khairy-bebas-serta-mana-mana-parti-politik-zahid/
Khairy bebas serta mana-mana parti politik – Zahid
[ "KUALA LUMPUR – Bekas Ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bebas untuk menyertai mana-mana parti politik.", "Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana Khairy bukan lagi ahli parti itu.", "“Itu hak dia (Khairy) nak kemana-mana pun. Dia bukan lagi ahli UMNO,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Bilangan 3 tahun 2023, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.", "Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada bekas Ketua Pemuda UMNO itu.", "“Saya dan dia (Khairy) sudah berbincang hal ini agak lama, sejak dia dipecat. Ketika itu dia ajak saya berjumpa dan berbincang secara terbuka mengenai hala tuju dan ketokohan beliau sebagai ahli politik muda yang berkaliber,” kata Muhyiddin.", "Menurut Ahmad Zahid, beliau tidak terkejut dengan pelawaan yang diterima oleh Khairy itu/", "Sementara itu, ketika ditanya sama ada UMNO berhasrat untuk melakukan rundingan bersyarat dengan Khairy, Ahmad zahid memberitahu, beliau tidak akan mendedahkan sebarang strategi. – MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2017/02/06/kdnk-indonesia-tumbuh-perlahan/
KDNK Indonesia tumbuh perlahan
[ "JAKARTA – Pertumbuhan ekonomi Indonesia bagi suku keempat jatuh di bawah lima peratus serta merekodkan perkembangan lebih lemah berbanding jangkaan, demikian menurut biro statistik negara itu.", "Reuters melaporkan, ekonomi terbesar Asia Tenggara itu berkembang 4.94 peratus pada suku terakhir 2016 berbanding 5.01 peratus pada suku ketiga.", "Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang sebanyak 5.02 peratus bagi keseluruhan 2016.", "Meskipun meningkat berbanding angka semakan semula 4.88 peratus pada 2015, kadar pertumbuhan ekonomi Indonesia tidak mencapai sasaran asal yang ditetapkan kerajaan iaitu 5.3 peratus.", "Hanya pada penghujung tahun lalu, pegawai-pegawai kanan kerajaan menjangkakan pertumbuhan adalah sekitar lima peratus sahaja. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/03/16/320000-pelajar-b40-layak-nikmati-menu-siswa-rahmah-rm3-50/
320,000 pelajar B40 layak nikmati Menu Siswa Rahmah RM3.50
[ "BANGI – Kira-kira  320,000 pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh negara dalam kategori golongan B40 layak menikmati Menu Siswa Rahmah dengan harga RM3.50. ", "Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebanyak 20 IPTA dan politeknik seluruh negara menyertai inisiatif berkenaan. ", "Jelasnya, menu ini lebih murah daripada Menu Rahmah yang sebelum ini diumumkan kerajaan bagi membantu mahasiswa di IPTA berjimat.", "“Sebanyak 236 gerai di 20 IPTA menawarkan harga Menu Siswa Rahmah RM3.50. ", "“Kita tahu Menu Rahmah harganya RM5 tetapi di universiti harganya RM3.50 kerana pihak universiti tidak mengenakan kos penyewaan kepada peniaga.", "“Jadi univerisiti menyerap kos itu untuk sediakan inisiatif ini,” katanya selepas meninjau pelaksanaan Menu Siswa Rahmah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.", "Untuk rekod, Menu Siswa Rahmah dimulakan pada 2 Januari yang lalu. ", "Mengulas lanjut Khaled berkata, pelajar B40 akan diberikan token sebagai bukti mereka layak membeli Menu Siswa Rahmah di kafeteria yang menyediakan ya. ", "Sementara itu menurut beliau, sebanyak 11,000 pelajar B40 di UKM dikenal pasti layak untuk menikmati Menu Siswa Rahmah di 27 kafeteria di universiti berkenaan.", "Inisiatif Rahmah mula diperkenalkan di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan sebagai usaha membantu golongan B40 dalam negara. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/10/10/tiada-kertas-siasatan-dibuka-terhadap-ahmad-zahid/
Tiada kertas siasatan dibuka terhadap Ahmad Zahid
[ "KUALA LUMPUR – Polis tidak ada membuka kertas siasatan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.", "Malah, polis juga tidak ada menyiasat Presiden UMNO itu, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Noor Rashid Ibrahim.", "“Setakat ini PDRM tiada. Tiada siasatan dijalankan ke atas Datuk Seri Zahid,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkara tersebut pada sidang media selepas menutup Forum Perdana Undang-Undang Pencegahan Keselamatan Negara dan Hak Asasi, di Maktab Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.", "Ahmad Zahid hari ini dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk diambil keterangan buat kali ketiga dipercayai berhubung dakwaan penyalahgunaan wang dana Yayasan Akalbudi.", "Kali pertama Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dipanggil ke agensi penguatkuasa undang-undang tersebut ialah pada Julai lalu berhubung perkara sama dan kali kedua beliau dipanggil adalah mengenai dana sebanyak RM2.6 bilion.", "Noor Rashid juga memaklumkan polis tidak membuka sebarang kertas siasatan berhubung tuduhan sesetengah pihak yang mengaitkan penggunaan dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh UMNO kepada Pas.", "Katanya, perkara tersebut akan diteliti sekiranya terdapat laporan yang dibuat.", "“Setakat ini tiada siasatan dibuat. Saya tak pasti mungkin ada laporan polis dibuat, kalau ada laporan kita akan lihat sama ada ia berunsur rasuah atau jenayah biasa..", "“Kalau ada unsur rasuah kita akan rujuk ke SPRM tapi jika ada unsur jenayah komersial kita akan rujuk ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial,” ujarnya.", "Seramai 550 pegawai yang mengikuti diploma kepolisan serta pasukan beruniform lain hadir pada forum perdana yang berlangsung hampir tiga jam.", "Forum tersebut disertai dua panelis iaitu Profesor Emiratus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi dan Prof Madya Dr Azmi Sharom yang kedua-duanya merupakan Pensyarah Undang-Undang dari Universiti Malaya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/01/31/dayana-2-terjual-dalam-25-minit/
Dayana 2 terjual dalam 25 minit
[ "KUALA LUMPUR – Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) berjaya menjual 93 unit projek Dayana 2 dalam tempoh 25 minit selepas ia diperkenalkan akhir bulan lalu.", "Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM41.7 juta, projek fasa pertama Dayana 2 ini terletak di Nilai Impian, Negeri Sembilan.", "Pengarah Urusan Sime Darby Property, Datuk Azmir Merican berkata, pembangunan Dayana 2 membabitkan satu kajian yang terperinci bagi mensasarkan pelanggan dan permintaan masa depan.", "Dayana 2 adalah kediaman berangkai dua tingkat direka dengan konsep terbuka.", "Dengan bukaan keluasan 1,764 kaki persegi hingga 1,846 kaki persegi, Dayana 2 yang mempunyai empat bilik tidur dan tiga bilik mandi ditawarkan pada harga bermula RM517,888. – MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2018/06/13/lemar-sudah-dilamar-atletico-madrid/
Lemar sudah dilamar Atletico Madrid
[ "RUSIA – Atletico Madrid telah mencapai perjanjian asas dengan bintang sayap Monaco CF, Thomas Lemar hari ini.", "Lemar ketika ini bersama skuad kebangsaan Perancis untuk menghadapi kejohanan bola sepak Piala Dunia Rusia 2018 yang akan membuka tirai pada esok secara rasmi.", "Pemain berusia 22 tahun itu telah menghabiskan kariernya selama tiga musim bersama kelab Perancis itu di Ligue 1.", "Sebelum ini, kelab England Arsenal telah cuba sedaya upaya untuk melamar pemain berbisa itu tetapi gagal mengikat khidmatnya ke Emirates.", "Malah musuh tradisi Manchester United, Liverpool juga antara kelab yang menunjukkan minat ke atas pemain itu sejak tahun lalu apabila bersedia menawarkan £60 juta (RM320 juta).", "“Untuk beberapa hari akan datang, kedua-dua kelab akan bekerja rapat untuk memuktamadkan pembelian pemain itu,” kata kelab itu dalam satu kenyataan rasmi semalam.", "Lemar menjaringkan 22 gol dalam 123 penampilan bersama Monaco selain membantu menjulang kejuaraan Ligue 1 dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah pada 2016-17.", "Lemar telah menjaringkan 3 gol dalam 12 perlawanan antarabangsa bersama Perancis.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/11/27/kabinet-saya-bukan-ganjaran-untuk-tuan-politik-pm/
Kabinet saya bukan ganjaran untuk ‘tuan politik’ – PM
[ "PUTRAJAYA – Anggota Kabinet yang bakal dilantik dalam pentadbiran Perdana Menteri ke-10 bukan untuk menyediakan ganjaran kepada ‘tuan politik’.", "Perkara itu ditegaskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menekankan sokongan terhadap beliau oleh pemimpin-pemimpin politik seharusnya bersandarkan polisi yang ingin dibawanya.", "Anwar sekali lagi menegaskan, jumlah anggota Kabinet yang akan dilantik adalah kecil.", "“Dan isu lain sudah tentu ialah keputusan saya untuk mengurangkan saiz Kabinet. Kerana saya tidak mahu meneruskan cara boros melantik menteri sebagai ganjaran. Jadi anda mempunyai 70 menteri ditambah dengan utusan khas dan penasihat.", "“Sudah tentu kita boleh pertimbangkan satu atau dua itu sangat perlu. Itu tidak sepatutnya dilihat sebagai tuan politik yang memberi ganjaran bukan kerana mereka menyokong saya.", "“Saya mahu mereka menyokong saya berdasarkan dasar saya dan komitmen saya terhadap tadbir urus yang baik. Komitmen saya terhadap anti rasuah dan untuk memulihkan ekonomi. Ia sebenarnya itu,” kata Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR itu.", "Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengarusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 di sini hari ini.", "Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus antara yang hadir.", "Turut terlibat pegawai-pegawai daripada Jabatan Perangkaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.", "Sementara itu Anwar akan mengumumkan anggota Kabinet dalam tempoh terdekat.", "“Sudah tentu ia mengambil masa. Saya perlu berbincang rakan-rakan gabungan dan tiga parti utama PH.", "“Dengan GPS, saya lakukan perjumpaan dengan Tan Sri Abang Johari Tun Openg semalam, bercakap dan berbincang wakil BN melalui jawatankuasa yang ditubuhkan.", "“Petang ini, saya jumpa Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor di sini kemudian berbincang dengan Warisan,” kata Anwar.", "Presiden PKR itu mahu melihat negara berfungsi dan adalahkan penting untuk beliau menubuhkan ‘pasukan’ untuk membolehkan mereka mula bekerja. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/01/12/rakyat-perlu-ambil-iktibar-ditadbir-pas-1999-2004-mb-terengganu/
Rakyat perlu ambil iktibar ditadbir PAS 1999-2004 – MB Terengganu
[ "Beliau berkata kesilapan itu perlu dihindari dengan memastikan ia tidak berulang lagi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.", "Antara kezaliman dilakukan PAS ketika itu ialah menghalau kanak-kanak tadika Kemas, bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada rakyat yang dikenal pasti penyokong UMNO dipotong dan penggunaan wang zakat untuk pembiayaan pengajian anak-anak Exco PAS.", "“Terengganu kini berada di landasan yang betul, tiada sebab untuk tukar (kerajaan negeri ditadbir Barisan Nasional) kerana ada banyak lagi agenda pembangunan untuk membantu rakyat yang perlu diteruskan.", "“Beri peluang kepada kerajaan sedia ada meneruskan perjuangan kerana tiada lagi kerajaan yang sebaik Barisan Nasional (BN) berbanding parti-parti yang lain (untuk memerintah),” kata Ahmad Razif.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini yang yakin PAS dapat merampas semula Terengganu pada PRU14.", "Ditanya berhubung langkah Parti Amanah Negara akan bertanding di tiga kerusi Parlimen di Terengganu, Ahmad Razif berkata BN Terengganu tidak gentar untuk berdepan mana-mana lawan pada PRU14.", "“Bagi kita (BN) tak ada masalah, satu lawan satu atau 10 lawan satu, tiada masalah…jentera kita Insya-Allah sudah siap sedia dan paling penting kita nak tunaikan semua janji-janji kita kepada rakyat,” katanya.", "Terdahulu, Ahmad Razif merasmikan Karnival Jom Sihat anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu dengan kerjasama Kelab Lions Kuala Terengganu di sini, hari ini.- BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2020/05/03/bayer-leverkusen-yakin-bundesliga-disambung-pertengahan-mei/
Bayer Leverkusen yakin Bundesliga disambung pertengahan Mei
[ "BERLIN – Bayer Leverkusen yakin liga Bundesliga yang digantung akhir Mac lalu akan disambung semula pada bulan ini.", "Pengarah Sukan kelab itu, Simion Rolfes berkata, beliau berharap kerajaan membuat keputusan positif dengan mengambil kira keadaan liga tersebut.", "Menurutnya, Kerajaan negara itu akan bermesyuarat pada 6 Mei ini dan pihaknya telah menerima maklumbalas yang baik daripada ahli politik.", "“Kerajaan seolah mengalu-alukan dan menerima baik konsep pelan penyusunan semula meneruskan saingan liga yang ditangguh selama ini tanpa kehadiran penonton di stadium,” katanya.", "Menurut Rolfes, beliau tidak dapat meramalkan keputusan yang bakal diambil kerajaan namun mengharapkan dapat perlawanan dapat diadakan pada bulan ini.", "Bundesliga terdesak untuk menamatkan baki saingan musim ini berikutan persetujuan telah dicapai dengan penaja rasmi liga bahawa Bundesliga akan disambung dan ditamatkan pada Jun ini.", "Dengan berbaki sembilan perlawanan Bayern Munich menerajui liga dengan kelebihan empat mata berbanding Borussia Dortmund yang menduduki tempat kedua.", "Bayer Leverkusen yang menduduki tangga kelima masih  mengejar slot empat teratas liga untuk layak beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/07/18/ahli-parlimen-dap-ugut-bermusuh-dengan-psm/
Ahli Parlimen DAP ugut bermusuh dengan PSM
[ "KUALA LUMPUR – Pengumuman Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang berhasrat untuk bertanding di beberapa kerusi Parlimen dan DUN pada PRU ke-14 tidak disenangi oleh pemimpin DAP.", "Melalui satu tulisan di Facebook milik  S. Arutchelvan, beliau memberi penerangan tentang tujuan partinya meletakkan lebih ramai calon pada PRU kali ini.", "“PSM hanya tanding 2.5 peratus kerusi Parlimen dan DUN di seluruh negara di kawasan yang kami buat kerja. Calon kami semua aktivis dan pemimpim akar umbi macam petani dan orang asli.", "“Kesemua calon kami akan isytiharkan harta dan tak main politik perkauman. Kami berdiri atas empat perkara – Bersih, Berani, Berprinsip dan Berjiwa Rakyat,” tulis AJK Pusat PSM itu.", "Bagaimanapun, Ahli Parlimen DAP dari Tanjong, Ng Wei Aik tidak berpuas hati terhadap kenyataan tersebut di ruangan komen pada status yang dimuat naik S. Arutchelvan.", "Beliau seterusnya ‘mengugut’ mahu bermusuhan dengan PSM sekiranya parti itu bertanding di mana-mana kerusi yang dimenangi oleh pembangkang pada PRU ke-13.", "“Kalau kamu bertanding di kerusi yang dimenangi oleh parti-parti Pakatan Harapan, kamu akan menjadi musuh saya”, kata Ng Wei Aik.", "Akibat daripada ‘ugutan’ itu, Ng Wei Aik dibidas oleh beberapa orang ahli PSM dan penyokong Pakatan Harapan yang tidak senang dengan Ahli Parlimen DAP itu.", "“Saya ingatkan DAP kesamaan dan keterbukaan. Tapi melihat seorang Ahli Parlimen (DAP) yang mendakwa kononnya berjuang untuk rakyat, tetapi bersikap sombong sebegini, benar-benar membuka mata.", "“Sebagai warganegara dan pengundi Malaysia, siapakah anda (Ng Wei Aik) yang mahu jadi penentu untuk orang lain bertanding atau tidak?” bidas salah seorang pengguna Facebook. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/03/08/keganasan-rumah-tangga-tak-selesai-dengan-kelas-karate-wan-azizah/
Keganasan rumah tangga tak selesai dengan kelas karate – Wan Azizah
[ "PETALING JAYA – Masalah keganasan rumah tangga  tidak akan selesai hanya dengan menganjurkan kursus karate dalam kalangan kaum wanita. ", "Sebaliknya menurut bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, masalah berkenaan boleh ditangani dengan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang. ", "“Itu (kelas karate) bukan penyelesaian, tidak akanlah kita berlawan pula dalam rumah tangga. Cadangan itu tidak sesuai,” katanya yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR ketika sidang media selepas Sambutan Hari Wanita Sedunia di Ibu Pejabat PKR hari ini.", "Baru-baru ini, Ketua Wanita MCA, Heng Seai Kie semasa menyampaikan ucapan pada perhimpunan agung parti itu mahu sayap parti itu mengadakan kelas karate secara maya bagi meningkatkan keupayaan mempertahankan diri wanita seterusnya mengelak menjadi mangsa keganasan rumah tangga.", "Sehubungan itu, Wanita MCA akan bekerjasama dengan Persekutuan Karate Malaysia dan pelbagai pertubuhan Cina, untuk mengadakan kelas latihan karate secara percuma secara maya bermula 12 hingga 20 Mac ini.- MalaysiaGazette" ]