url
stringlengths
42
231
headline
stringlengths
9
119
content
sequence
https://malaysiagazette.com/2021/08/14/dilamun-cinta-maya-lelaki-dan-wanita-rugi-rm27490/
Dilamun cinta maya, lelaki dan wanita rugi RM27,490
[ "KEPALA BATAS – Akibat dilamun cinta, seorang lelaki dan seorang wanita berputih mata apabila kerugian RM27,490 selepas mereka terpedaya dengan sindiket Love Scam dalam kejadian berasingan di Butterworth, dekat sini, baru-baru ini.", "Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, wanita berusia 48 tahun dan lelaki berumur 54 tahun itu, masing-masing terbabit dalam dua kes berbeza selepas berkenalan dengan individu kononnya dari luar negara menerusi Facebook baru-baru ini.", "Beliau berkata, mangsa lelaki yang bekerja sebagai jurukimpal mendakwa dia berkenalan dengan seorang wanita yang mendakwa dari Amerika Syarikat, manakala mangsa wanita yang merupakan seorang suri rumah berkenalan dengan seorang lelaki dari Belanda.", "“Kedua-duanya yang dilamun cinta maya itu masing-masing dimaklumkan oleh suspek bahawa hadiah, kononnya wang tunai dan barang kemas, telah dihantar kepada mangsa sebagai tanda percintaan.", "“Seterusnya mereka masing-masing dihubungi suspek yang menyamar sebagai wakil syarikat penghantaran dan mendakwa hadiah yang mengandungi wang bernilai ribuan dolar Amerika Syarikat telah tiba di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Namun, Noorzainy berkata, suspek meminta mangsa membuat bayaran yang didakwa sebagai bayaran cukai ke dalam akaun yang diberikan, sekiranya ingin menerima barangan tersebut.", "Mereka yang teruja telah membuat pemindahan wang iaitu RM13,790 oleh mangsa lelaki dan RM13,700 oleh mangsa wanita.", "“Kedua-dua mangsa mulai curiga selepas suspek masih meminta wang tambahan walaupun telah meminta sejumlah wang dan mereka yang menyedari ditipu telah membuat laporan polis semalam untuk siasatan lanjut,” katanya.", "Beliau berkata siasatan polis tidak menolak kemungkinan kedua-dua mangsa itu ditipu sindiket Love Scam yang sama kerana berdasarkan keterangan mereka, suspek didapati menggunakan modus operandi dan nombor akaun yang sama.", "Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan beliau menasihatkan orang ramai membuat semakan lanjut mengenai individu mencurigakan di pautan http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau aplikasi Check Scammers CCID di Google Playstore sebelum membuat transaksi online. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2018/11/27/hutang-isi-rumah-menurun/
Hutang isi rumah menurun
[ "KUALA LUMPUR – Jumlah hutang isi rumah sebagai nisbah kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) telah mencatat 83.2 peratus pada akhir September 2018 berbanding 83.8 peratus pada akhir 2017.", "Sejumlah besar daripada hutang isi rumah adalah untuk pengumpulan harta kekayaan seperti membeli harta kediaman (52.8%) dan bukan kediaman (6.8%), serta pelaburan dalam dana simpanan (5.7%).", "Menteri Kewangan berkata, kebanyakan peminjam individu mempunyai tahap hutang yang berhemat. Median\nnisbah khidmat hutang keseluruhan (DSR) bagi pembiayaan terkumpul ialah 32 peratus.", "Namun demikian, kata Lim Guan Eng, masih terdapat segmen peminjam yang mempunyai kedudukan kewangan yang lemah.", "Menurutnya, sebanyak 6.5 peratus daripada keseluruhan peminjam mempunyai margin kewangan2 negatif.", "“Kebanyakan daripada peminjam ini berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan dan mempunyai tahap DSR melebihi 60 peratus,” katanya yang menjawab soalan Datuk Hasan Arifin (BN-Rompin) yang bertanya tentang kedudukan hutang isi rumah dan langkah-langkah mengurangkannya.", "Berdasarkan Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016, terdapat sebanyak 2.78 juta isi rumah yang tergolong dalam kumpulan B40.", "Manakala pendapatan penengah bagi kumpulan ini pada tahun yang sama adalah RM3,000 sebulan.", "Sebagai bandingan, pendapatan penengah isi rumah rakyat Malaysia bagi tahun yang sama adalah RM5,228 sebulan.", "Menjawab mengenai langkah-langkah pula, Guan Eng berkata, sejak tahun 2010 kerajaan melaksanakan dua prinsip untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh isi rumah dengan memupuk amalan kredit yang bertanggungjawab dalam kalangan individu dan institusi kewangan serta mengelak isi rumah daripada berhutang secara berlebihan.", "Bagi mempertingkatkan kesedaran dan kemahiran pengurusan kewangan dan penyusunan semula hutang dalam kalangan masyarakat, kerajaan melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah melaksanakan program-program\nyang meliputi pelbagai lapisan umur.", "Sejak pelancarannya pada 2011 sehingga September 2018, lebih daripada 204,000 pengguna telah menyertai program\nProgram Pengurusan Wang Ringgit Anda (POWER!) dan lebih daripada 243,000 peminjam telah menyertai Program Pengurusan Hutang yang dikendalikan oleh program tersebut.", "Tambahnya, kerajaan akan terus memantau tahap hutang isi rumah dan meneruskan langkah-langkah sedia ada bagi memastikan sektor isi rumah kekal mampan dan berdaya tahan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/02/24/arab-saudi-anjur-formula-e-perlumbaan-waktu-malam/
Arab Saudi anjur Formula E, perlumbaan waktu malam
[ "RIYADH – Arab Saudi akan menjadi tuan rumah Kejuaraan Dunia Formula E, untuk tahun ketiga berturut-turut pada 26 dan 27 Februari di Litar E-Prix Diriyah.", "Perlumbaan akan diadakan pada waktu malam dengan menyalakan trek dengan lampu LED untuk pertama kalinya dalam sejarah Formula E.", "Perlumbaan dianjurkan oleh Kementerian Sukan Arab Saudi dengan kerjasama Persekutuan Automobil dan Motosikal Saudi, dengan penyertaan 24 pesaing yang mewakili banyak syarikat terkenal dalam industri kereta sukan elektrik seperti Porsche dan Mercedes-Benz.", "Sektor sukan menyaksikan sokongan hebat oleh Penjaga Dua Masjid Suci ,Raja Salman dan Putera Mahkota Muhammad  Salman dan kerajaan Arab Saudi telah mengadakan banyak acara sukan global sebelum ini, lapor SaudiGazette.", "Acara sukan yang diselenggarakan mendapat perhatian masyarakat tempatan selain menarik banyak acara sukan.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/06/22/kos-mrt2-dikurangkan/
Kos MRT2 dikurangkan
[ "KUALA LUMPUR – Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hari ini memanggil MRT Corporation Bhd. (MRT Corp.) bagi membincangkan cara untuk mengurangkan kos pembinaan projek MRT 2.", "Projek yang melibatkan jajaran Sungai Buloh- Serdang-Putrajaya itu sedang giat dijalankan dan fasa pertamanya dijangka siap pada 2021 dan siap sepenuhnya pada 2024.", "Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp., Datuk Shahril Mokhtar berkata, beliau yakin kos pembinaan MRT2 mampu dikurangkan.", "Beliau bagaimanapun tidak memberitahu sebarang mekanisme untuk mengurangkan kos berkenaan serta berapa penjimatan yang boleh diperolehi selepas itu.", "“Kami berbincang dan bertukar pandangan mengenai cara untuk mengurangkan kos bagi MRT 2.", "“Setakat ini, projek MRT 3 masih lagi dibatalkan.", "“Kami sedang berusaha ke arah itu dan mencuba yang terbaik untuk mengurangkan demi untuk menyelamatkan wang rakyat.", "“Kami yakin mampu melakukannya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan CEP di sini hari ini.", "MRT 2 yang turut dikenali sebagai Jajaran SSP melibatkan perjalanan sejauh 52.2 km dengan kos sebanyak RM32 bilion akan menghubungkan Sungai Buloh, Serdang dan Putrajaya.", "Ia bakal memiliki 26 stesen atas tanah dan 11 stesen bawah tanah.", "Setakat April lalu, projek tersebut telah siap sebanyak 24 peratus.", "Usahasama MMC-Gamuda dilantik sebagai kontraktor utama projek berkenaan.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/03/28/agihan-50-peratus-cukai-pelancongan-telah-disalurkan/
Agihan 50 peratus cukai pelancongan telah disalurkan
[ "KUALA LUMPUR- Agihan 50 peratus cukai pelancongan bagi 2018 berjumlah RM67.74 juta telah disalurkan kepada kerajaan-kerajaan negeri setakat Mac.", "Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, agihan tersebut dilaksanakan mengikut apa yang telah dijanjikan kerajaan persekutuan sebelum ini.", "“Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyoal sama ada Kementerian Kewangan akan mengagihkan hasil cukai pelancongan kepada kerajaan Sarawak sebelum akhir suku pertama 2019 seperti yang dijanjikan.", "“Kerajaan Persekutuan akan menepati janji dan tidak akan bertindak seperti Datuk Abdul Karim yang sebelum ini membuat tuduhan palsu bahawa kerajaan mengagihkan hasil cukai pelancongan kepada Sabah tetapi tidak kepada Sarawak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.", "Guan Eng berkata, kerajaan negeri yang menerima 50 peratus hasil cukai pelancongan adalah Sabah sebanyak RM12.67 juta, Pulau Pinang (RM10.98 juta), Selangor (RM10.3 juta), Johor (RM7.99 juta), Pahang (RM7.86 juta), Melaka (RM5.35 juta), Kedah (RM5.08 juta).", "Diikuti Sarawak (RM2.58 juta), Negeri Sembilan (RM2.47 juta), Perak (RM1.25 juta), Terengganu (RM1.03 juta), Kelantan (RM150,000) dan Perlis (RM20,000). -MalaysiaGazette", " ", " " ]
https://malaysiagazette.com/2021/02/19/perkhidmatan-e-filing-2020-mulai-1-mac-ini/
Perkhidmatan e-Filing 2020 mulai 1 Mac ini
[ "KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menjangka hampir 530,000 borang E Tahun Saraan 2020 diterima daripada majikan berdaftar di seluruh negara.", "Bahagian Komunikasi, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM dalam kenyataannya berkata, bagi borang BE, B, BT, M dan MT pula, dijangkakan sekitar 3.27 juta diterima daripada individu yang mempunyai rekod Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Ansuran CP500 pada tahun 2020.", "Kata kenyataan itu, pengemukaan borang Nyata Tahun Saraan 2020 dan Tahun Taksiran 2020 melalui e-Filing bagi borang E, BE, B, M, BT,MT, TF dan TP boleh dilakukan mulai 1 Mac ini.", "Pembayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing.", "“Pembayar cukai yang log masuk kali pertama ke sistem e-Filing perlu mendapatkan nombor pin terlebih dahulu dengan hadir ke kaunter cawangan LHDNM atau secara dalam talian melalui borang maklum balas di portal rasmi kami.", "“Sekiranya pembayar cukai terlupa kata laluan e-Filing, tindakan set semula kata laluan tersebut boleh dilakukan secara dalam talian iaitu melalui e-mel atau nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan LHDNM,” kata kenyataan itu, hari ini.", "Bagi pembayar cukai yang masih menghadapi masalah melakukan tindakan set semula kata laluan e-Filing, boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (dalam negara), 603-8911 1100 (luar negara) atau kunjungi kaunter perkhidmatan LHDNM yang berhampiran.", "Maklumat lanjut berkenaan program Memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2021 boleh dirujuk di portal rasmi www.hasil.gov.my atau klik pada pautan berikut untuk capaian pantas. http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2021_1.pdf.", "Pembayar cukai disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar Borang Nyata dan kenaikan lewat bayar cukai dikenakan terhadap mereka.", "Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/06/12/kerajaan-tampung-subsidi-rm8-bilion-tahun-ini/
Kerajaan tampung subsidi RM8 bilion tahun ini
[ "KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka menampung subsidi sehingga RM8 bilion pada tahun ini – RM4.22 bilion lebih tinggi daripada yang diperuntukan.", "Pertambahan peruntukan itu berikutan peningkatan harga komoditi di peringkat global, subsidi produk petroleum petrol RON95, diesel dan LPG serta minyak masak bersubsidi dengan mendadak, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.", "“Sejumlah RM3.78 bilion telah diperuntukkan bagi tahun 2021 tetapi berdasarkan harga pasaran global semasa, kerajaan dijangka bakal menampung subsidi sehingga RM8.0 bilion, iaitu RM4.22 bilion lebih tinggi,” katanya dalam kenyatan di sini.", "", "Kerajaan membelanjakan sebanyak RM2.16 bilion pada tahun lalu berbanding RM6.32 bilion pada tahun 2019.", "Tengku Zafrul berkata, kerajaan meneruskan dasar pengekalan harga bagi petrol RON95 sebanyak RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter sejak 10 Februari ekoran kenaikan harga bahan bakar itu dalam pasaran global.", "Manakala pengekalan sama pada harga gas petroleum cecair (LPG) sebanyak RM1.90 sekilogram sejak Jun 2015 dan minyak masak pek 1 kilogram pada harga RM2.50 sejak tahun 1997.", "", "”Kerajaan bersedia menanggung perbelanjaan subsidi yang lebih tinggi ini bagi memelihara kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan, terutamanya peniaga-peniaga kecil,” ujar beliau.", "Selain itu, katanya, pelbagai langkah Belanjawan dan inisiatif yang ditambahbaik melalui Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia (Permai), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi dan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa+), akan terus disalurkan sekurang-kurangnya sehingga Disember 2021.", "Sebahagian dari inisiatif-inisiatif yang dilanjutkan atau ditambahbaik melalui Pemerkasa+ yang masih berterusan adalah seperti berikut:", "– MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/02/03/sekolah-agama-tahfiz-perlu-laksana-latihan-kebakaran-tpm/
Sekolah agama, tahfiz perlu laksana latihan kebakaran – TPM
[ "Beliau berkata latihan kebakaran itu perlu dilaksanakan di bawah seliaan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bagi membantu institusi pendidikan agama meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di premis masing-masing.", "Katanya buku panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) untuk sekolah Tahfiz 2018 terbitan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) yang dilancarkan hari ini perlu dijadikan panduan sepenuhnya dalam mengadakan latihan kebakaran.", "“Saya harap buku panduan itu dapat digunakan sepenuhnya di setiap maahad tahfiz di seluruh negara,” katanya ketika berucap melancarkan buku KKP untuk Sekolah Tahfiz 2018 peringkat kebangsaan dan merasmikan Seminar Pengurusan KKP di Sekolah Menengah Agama (SMA) Irshadiah Addiniah di sini, hari ini.", "Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, Pengerusi NIOSH Tan Sri Lee Lam Thye dan Pengarah Eksekutif NIOSH Ayop Salleh.", "Seminar ‘Pengurusan KKP Untuk Sekolah Tahfiz’ itu bertujuan meningkatkan kefahaman, penghayatan serta mewujudkan budaya selamat dan sihat ketika berada di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan sekolah, keluarga dan komuniti setempat.", "Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk berkata tanggungjawab telah diberikan kepada NIOSH untuk mengadakan kempen kesedaran secara besar-besaran tentang KKP untuk sekolah tahfiz seluruh negara dengan kerjasama JBPM, pihak berkuasa tempatan dan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsan (PINTA Kebangsaan).", "Malah, katanya inisiatif diambil Kementerian Sumber Manusia untuk menjadikan SMA Irshadiah Addiniah sebagai sekolah contoh mengamalkan pengurusan KKP yang baik akan dapat memberikan idea serta gambaran sebenar bagaimana ia dapat dilaksanakan dengan berkesan.", "Ismail dalam ucapannya berkata NIOSH telah melatih sebanyak 728,739 orang melalui 31,720 program KKP untuk pelbagai industri di ibu pejabat dan cawangan NIOSH di seluruh negara bagi tempoh 2011 hingga 2016.- BERNAMA", "" ]
https://malaysiagazette.com/2019/08/29/bursa-malaysia-melantun-semula-untuk-dibuka-tinggi/
Bursa Malaysia melantun semula untuk dibuka tinggi
[ "KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia melantun semula untuk dibuka tinggi hari ini mendapat rangsangan daripada kekukuhan di Wall Street dalam dagangan semalaman.", "Pada 9.08 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 2.8 mata kepada 1,592.62 selepas dibuka 3.54 mata lebih tinggi kepada 1,593.63 berbanding paras penutup 1,589.82 pada Rabu.", "Seorang peniaga berkata pasaran saham Amerika Syarikat meningkat semula dengan Dow Jones, S&P 500 dan Nasdaq masing-masing naik satu peratus, 0.7 peratus dan 0.4 peratus apabila aktiviti membeli saham berharga rendah berlaku.", "“Kami merasakan aliran menurun dijangka mendapat sokongan pada paras 1,580-1,590 dalam tempoh terdekat tetapi dengan beberapa faktor positif, kami juga merasakan sebarang pemulihan boleh diukur dengan paras ketahanan pada 1,600 mata dan kenaikan seterusnya dijangka sukar dicapai dalam tempoh terdekat,” katanya.", "Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM8.54, Public Bank dan TNB meningkat enam sen setiap satu masing-masing kepada RM20.38 dan RM13.80 dan IHH menokok empat sen kepada RM5.79.", "Petronas Chemicals susut satu sen kepada RM6.89.", "Dalam kalangan kaunter cergas, SMTrack meningkat setengah sen kepada 23 sen dan Opcom dan KNM menokok 1.5 sen setiap satu masing-masing kepada 65 sen dan 39.5 sen.", "Berjaya dan Sumatec susut setengah sen setiap satu masing-masing kepada 25.5 sen dan 2.5 sen.", "Di papan skor, Indeks FBM Emas meningkat 7.86 mata kepada 11,221.33, Indeks FBMT 100 naik 7.92 mata kepada 11,058.27 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 3.44 mata kepada 11,771.23.", "FBM Ace meningkat 7.93 mata kepada 4,546.2 tetapi FBM 70 turun 37.98 mata kepada 13,792.93.", "Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 39.73 mata kepada 15,392.54, Indeks Perladangan naik 7.29 mata kepada 6,765.18 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.07 mata kepada 147.43.", "Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 145 berbanding 105, dengan 172 kaunter tidak berubah, 1,554 tidak diniagakan dan 64 yang lain digantung.", "Jumlah dagangan berjumlah 157.91 juta unit bernilai RM62.12 juta.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2021/07/01/nabil-sasar-bantu-pdrm-fc-ke-piala-malaysia/
Nabil sasar bantu PDRM FC ke Piala Malaysia
[ "KUALA LUMPUR – Pemain sayap PDRM FC, Nabil Ahmad Latpi mengakui semakin berpuas hati dengan minit permainan yang diperoleh selain percaya mampu dapat membantu pasukan untuk layak ke pentas Piala Malaysia musim ini.", "Pemain berusia 29 tahun ini bekerja keras untuk terus mendapat tempat dalam pasukan apabila kurang menyerlah ketika bersama Kuala Lumpur pada musim lalu apabila hanya sempat beraksi untuk 23 minit sahaja dalam satu perlawanan.", "Justeru, Nabil merasakan sudah tiba masa untuknya tidak lagi mensia-siakan peluang bagi mencapai prestasi di tahap terbaik bersama PDRM FC sambil meletakkan sasaran utama membawa pasukan ini layak bersaing di Piala Malaysia.", "Kelibat pemain kelahiran Kedah ini semakin mendapat perhatian ketika dia berentap di saingan Liga Sosial bersama Ultimate FC pada tahun 2019 sebelum mendapat tawaran beraksi dengan Terengganu FC pada pertengahan musim yang sama.", "“Saya sendiri tidak boleh nak menilai sejauh mana tahap perkembangan permainan saya tetapi, saya percaya saya mampu berusaha meningkatkan lagi kualiti permainan di padang.", "“Sasaran utama saya adalah untuk bawa pasukan ini ke Piala Malaysia terlebih dahulu dan setakat ini, secara keseluruhan saya mengakui berpuas hati dengan minit permainan yang saya dapat bersama PDRM.", "“Memang agak bergelut juga untuk bersaing merebut kesebelasan utama, tetapi kami di sini semuanya bersaing secara sihat dan doa saya adalah agar kita semua mampu mengharungi pandemik ini agar Liga Malaysia berterusan dengan lancar”, jelasnya.", "Nabil setakat ini telah berjaya menjaringkan satu gol ketika menentang Sarawak United pada aksi kesembilan Liga Premier, April lalu.", "Dalam pada itu, skuad PDRM telah selesai mengambil dos kedua vaksin pada 28 Jun (Isnin) lalu dan kini masih dalam tempoh rehat.", "Berkongsi keadaannya ketika ini, Nabil masih lagi dalam fasa untuk pulih sepenuhnya selepas mengalami demam yang agak teruk.", "“Hari pertama saya vaksin, semuanya dalam keadaan baik dan tidak ada tanda-tanda yang menyakitkan.", "“Tetapi, memasuki hari kedua, saya mengalami demam yang sangat teruk dan sekarang hanya perlukan rehat yang cukup sahaja, tetapi saya bersyukur kami semua sudah divaksin selain berharap PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kali ini, kita semua tetap akan menjaga kesihatan diri”, tambahnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/07/31/andrea-pirlo-kembali-ke-juventus-sebagai-jurulatih-pasukan-b23/
Andrea Pirlo kembali ke Juventus sebagai jurulatih pasukan B23
[ "MILAN – Legenda pasukan Juventus Andrea Pirlo kembali semula ke kelab Serie A Itali itu sebagai Jurulatih pasukan bawah 23 tahun.", "Bekas perancang tengah prolifik skuad the Old Lady itu kini berusia 41 tahun telah meninggalkan Juventus pada 2015 dan menyertai New York City FC di Major League Soccer Amerika Syarikat.", "Bagaimanapun, dua tahun kemudian dia mengumumkan persaraanya secara rasmi dari dunia bola sepak.", "Pirlo melakukan 116 penampilan untuk Itali, membantu negara menjuarai Piala Dunia pada 2006.", "Dia juga menjuarai gelaran Serie A Itali bersama Juventus sebanyak empat musim berturut-turut selepas berhijrah dari AC Milan.", "“Hari ini bermulanya pengembaraan baharu untuk Pirlo dan Juventus apabila dia kembali ke kelab sebagai Jurulatih untuk pasukan bawah 23 tahun.", "“Cabaran baharu kini menanti Pirlo, dan kemunculan semula menggembirakan penyokong Juventus..Selamat kembali Coach Pirlo,” sebut kenyataan rasmi Juventus dalam laman web kelab itu.", " " ]
https://malaysiagazette.com/2022/11/23/tular-surat-bn-setuju-anwar-pm10/
Tular surat BN setuju Anwar PM10?
[ "KUALA LUMPUR – Satu surat menggunakan kepala surat Barisan Nasional (BN) kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini berlegar di media sosial.", "Isi kandungan berkisar kepada pesetujuan Dewan Tertinggi BN untuk mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan dalam pembentukan kerajaan Persekutuan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).", "Surat yang ditandatangani Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu juga menyatakan persetujuan Dewan Tertinggi BN bersama 30 ahli Parlimen untuk memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kesepuluh.", "MalaysiaGazette telah menghubungi beberapa pihak dalam BN untuk mengesahkan surat bertajuk ‘Pembentukan Kerajaan Persekutuan dan Penamaan Calon Perdana Menteri Ke-10 Pasca PRU15’ tersebut namun mereka enggan membuat ulasan.", "Bagaimapun, menurut sumber, intipati surat berkenaan adalah perkara yang sama dibincangkan dalam dua mesyuarat BN dan UMNO malam tadi.", "Dalam surat tersebut juga terkandung ayat: “Patik lampirkan di sini sesalinan 30 Akuan Bersumpah Penamaan Perdana Menteri Malaysia Ke-10 (Lampiran III). Ampun Tuanku.”", "Surat tersebut juga menyebut mana-mana Akuan Bersumpah (SD) selain yang dipersembahkan kepada baginda adalah tidak sah.", "“Patik juga ingin memaklumkan bahawa apa-apa dokumen bertulis sama ada dalam bentuk surat atau akuan oleh mana-mana 30 ahli Dewan Rakyat daripada Parti Barisan Nasional Malaysia atau daripada Parti-parti Komponennya yang menamakan seorang ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 selain daripada yang di atas adalah tidak sah dan terpakai serta tidak patut dipertimbangkan yang mana lanya tidak mewakili dan menzahirkan keputusan Parti Barisan Nasional Malaysia.”  – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/03/05/indeks-nilai-eksport-januari-negara-susut-import-naik/
Indeks nilai eksport Januari negara susut, import naik
[ "KUALA LUMPUR – Berasaskan bulan ke bulan, indeks nilai seunit eksport bagi Januari mencatatkan penurunan 0.2 peratus kepada 112.6 mata.", "Prestasi itu disumbangkan oleh minyak & lemak haiwan & sayur-sayuran (-3.6%), alat jentera & kelengkapan pengangkutan (-0.3%) dan pelbagai barang keluaran kilang (-0.1%).", "Sebaliknya, indeks volum eksport meningkat 4.7 peratus kepada 138.3 mata, menurut Jabatan Perangkaan.", "Peningkatan ini disebabkan oleh minyak & lemak haiwan & sayur-sayuran (+18.7%), alat jentera & kelengkapan pengangkutan (+11.3%) dan bahan kimia (+2.3%).", "Bagi data pelarasan musim, indeks volum eksport berkembang 11.8 peratus kepada 142.5 mata.", "Berbanding tahun sebelumnya, indeks nilai seunit eksport dan indeks volum eksport masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 0.4 peratus dan 17.4 peratus.", "Pada Januari 2018, indeks nilai seunit import meningkat 0.2 peratus kepada 115.8 mata, bulan ke bulan, yang mana penyumbang utama adalah minyak galian (+3.4%) diikuti oleh barang-barang keluaran kilang (+0.4%) dan makanan (+0.2%).", "Sementara itu, indeks volum import turut meningkat 1.2% kepada 143.6 mata. Ini disebabkan oleh barang-barang keluaran kilang (+11.5%), minyak galian (+9.5%) dan bahan kimia (+6.7%).", "Bagi data pelarasan musim, indeks volum import berkembang 5.4 peratus kepada 144.9 mata.", "Berasaskan tahun ke tahun, indeks nilai seunit import dan indeks volum import masing-masing berkembang sebanyak 0.6 peratus dan 11 peratus. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/03/09/liga-super-harimau-selatan-kenduri-gol-terkam-bujang-senang/
Liga Super: Harimau Selatan kenduri gol, terkam Bujang Senang
[ "KUALA LUMPUR – Dua ‘awang import’, Bergson Da Silva dan Fernando Martin Forestieri masing-masing menyumbat dua gol bagi membantu juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan permulaan sempurna bagi musim 2022 selepas membelasah Sarawak United, 6-0, malam ini.", "Aksi kedua liga berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri menyaksikan JDT bermula cemerlang apabila bola tolakan pemain tengah Muhammad Nazmi Faiz Mansor menemui penyerang Argentina, Forestieri yang tenang melepaskan sepakan leret dari sebelah kiri padang untuk meletakkan pasukan ‘Harimau Selatan’ itu di depan 1-0 pada minit ke-15.", "Bergson kemudian menambah jaringan untuk skuad kendalian Benjamin Mora apabila sepakan volinya menerjah masuk gawang ‘Bujang Senang’, berpunca daripada hantaran cantik pemain sayap sensasi, Arif Aiman Mohd Hanapi pada minit ke-39, sekali gus memberikan mereka kelebihan dua gol tanpa balas menuju ke bilik persalinan.", "Bersambung babak kedua, JDT yang memanfaatkan kesempatan dengan kelebihan seorang pemain  di atas padang selepas pemain pertahanan, Raja Imran Shah Raja Amin diperintah keluar padang selepas mengasari pemain gantian, Muhammad Safawi Rasid pada minit ke-60, terus berpesta gol apabila Bergson  meledak gol kedua menerusi sepakan dari jarak dekat pada minit ke-62.", "Sembilan minit kemudian, pintu gol Sarawak terus bocor menerusi tandukan pertahanan import, Carli De Murga hasil sepakan sudut Arif Aiman diikuti jaringan Muhammad Safawi yang menolak masuk gol kelima JDT pada minit ke-80 sebelum Forestieri menutup malam indah buat pasukannya selepas meledak gol kedua peribadi pada minit-84, sekali gus memastikan pasukannya gah di persada liga dengan enam mata. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2023/02/22/caj-baharu-iwk-sudah-dimaklum-awal-kepada-pengguna/
Caj baharu IWK sudah dimaklum awal kepada pengguna
[ "KAJANG – Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menjelaskan caj perkhidmatan pembetungan bulanan baharu Indah Water Konsortium (IWK) telah dimaklumkan lebih awal kepada pengguna pada tahun lalu.", "Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kadar baharu itu telah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini.", "Beliau berkata, kenaikan caj itu perlu kerana IWK iaitu syarikat pengurusan pembetungan nasional tidak menaikkan kadar caj sejak 28 tahun lalu.", "“Ini menyebabkan masalah aliran tunai bagi syarikat yang bergelut dengan peningkatan kos operasi.", "“Justeru, kerajaan akan mengekalkan kadar itu bagi menjaga kepentingan kedua pihak termasuk pengguna mendapat perkhidmatan terbaik untuk rawatan dan selia rawatan kumbahan agar tidak tercemar,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada sidang selepas merasmikan Loji Rawatan Kumbahan Berpusat Langat dan Taman Eko Langat di sini hari ini.", "Beliau diminta mengulas luahan segelintir pengguna yang meluahkan rasa kurang senang mereka selepas menyedari perlu membayar lebih 25 peratus lebih tinggi daripada biasa bagi caj perkhidmatan pembetungan bulanan masing-masing.", "Ini kerana mereka baru menyedari kini perlu membayar RM10 sebulan berbanding hanya RM8 sebelum ini.", "Pada September lalu, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) ketika itu mengumumkan tarif bagi perkhidmatan pembetungan bersambung dan mengosongkan tangki septik untuk kategori domestik akan diselaraskan masing-masing bermula 1 Oktober dan 1 Januari lalu.", "KASA memaklumkan persetujuan pelarasan tarif bagi perkhidmatan pembetungan bersambung dan mengosongkan tangki septik itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 April tahun lalu.", "“Pelarasan tarif ini akan melibatkan peningkatan antara RM5 hingga RM8 sebulan bagi perkhidmatan mengosongkan untuk premis yang memiliki tangki septik berkuat kuasa 1 Oktober 2022.", "“Bagi perkhidmatan bersambung pula akan mengalami peningkatan kecil sebanyak RM2 sebulan berkuat kuasa 1 Januari 2023,” menurut KASA.", "Bagi meringankan beban rakyat, bantuan bersasar disediakan melalui pemberian rebat kepada golongan yang berdaftar dengan program E-Kasih. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/01/05/england-pkp-semula-epl-diteruskan/
England PKP semula, EPL diteruskan
[ "LONDON – Perdana Menteri England, Boris Johnson mengumumkan negara tersebut akan menjalani perintah kawalan pergerakan semula (national lockdown) berkuat kuasa hari ini.", "Pengumuman itu dibuat Boris semalam secara langsung di televisyen setelah kenaikan mendadak kes Covid-19 di negara tersebut.", "Bagaimanapun, Boris memberitatahu sukan bola sepak profesional masih boleh diteruskan dengan kawalan ketat serta pematuhan prosedur operasi standard yang lebih tegas berbanding sebelumnya.", "Para penyokong juga tidak dibenarkan hadir di semua stadium.", "Awal Disember lalu, England membenarkan kehadiran semula penyokong dalam jumlah terhad ke dalam stadium.", "Jumlah had maksimum adalah 4,000 penonton dibenarkan atau separuh daripada kapasiti stadium bagi yang berkapasiti di bawah 8,000 orang. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/05/10/guan-eng-ulang-kenyataan-tak-pernah-batal-pengecualian-cukai-yayasan-albukhary/
Guan Eng ulang kenyataan tak pernah batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary
[ "KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sekali lagi menafikan beliau atau Kementerian tersebut bertindak membatalkan pengecualian cukai untuk  Yayasan Albukhary sekitar 2018 hingga 2020.", "Itu juga merupakan era pemerintahan 22 bulan Pakatan Harapan (PH).", "Beliau tidak perlu menjelaskan pertuduhan mengaitkannya dengan pembatalan pengecualian cukai tersebut seperti yang didakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin.", "Kata Guan Eng yang juga pernah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang itu, tidak ada sebab mengapa beliau perlu menjelaskan sesuatu yang tidak wujud.", "Ini juga merupakan antara jawapan dalam penyataan pembelaan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin dakwaan mengeluarkan tiga kenyataan fitnah berhubung pembatalan pengecualian cukai.", "Kata Guan Eng, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mendedahkan beliau (Guan Eng) tidak pernah tidak membatalkan status pengecualian cukai yang diberikan di bawah Sekayen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 kepada yayasan tersebut.", "“Pada 23 Mac lalu, Kementerian Kewangan melalui kenyataan akhbar mengesahkan dan mengulangi bahawa bekas Menteri Kewangan mahu pun pegawainya tidak membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada yayasan tersebut.", "“Ini satu percubaan terdesak untuk mengalih perhatian orang ramai daripada tuduhan jenayah dengan meletakkan kesalahan kepada saya.", "“Beliau (Muhyiddin) mempunyai lebih daripada 33 bulan selepas kejatuhan PH pada Februari 2020 untuk mendedahkan salah laku yang didakwa,” katanya.", "Kata Guan Eng lagi, kenyataan fitnah oleh Muhyiddin sebenarnya bermaksud mahu beliau menyalahgunakan kedudukan dengan memberi kuasa atau mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengenakan cukai dan penalti ke atas yayasan kebajikan apabila ia tidak patut dikenakan cukai.", "Dalam pada itu, Muhyiddin mendakwa yayasan kebajikan itu tidak perlu membuat rayuan berhubung pengecualian cukai kepadanya jika ia tidak dibatalkan oleh Kementerian Kewangan. -MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/11/13/anwar-suruh-wartawan-bayar-kompaun-jika-mahu-sidang-media/
Anwar suruh wartawan bayar kompaun jika mahu sidang media
[ "JASIN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuatkan pengamal media terpinga-pinga hari ini apabila enggan membuat sebarang sidang media biar pun diasak para wartawan.", "Alasannya, Ahli Parlimen Port Dickson itu mahu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.", "“Mana boleh sidang media, SOP (prosedur operasi standard) tak benarkan. Saya tak mahu bayar kompaun RM10,000. Kamu semua (media) mahu sidang media?", "“Kalau kena kompaun kamu bayar ya,” selorohnya selepas menjamu selera di sebuah warung berhampiran Felda Tun Ghaffar di sini hari ini.", "Selepas memberikan penjelasan itu, Anwar  meninggalkan warung berkenaan bersama-sama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan calon Ketua Menteri Melaka bagi PH, Adly Zahari.", "Tidak puas hati dengan penjelasan itu, wakil media kemudiannya menghampiri Mohamad bagi mendapatkan penjelasan beliau.", "“Tak boleh, tak boleh (bagi kenyataan) nanti RM4,000 (kena kompaun), saya tak ada duit,” katanya sebelum memasuki kereta dan menyertai rombongan Anwar ke DUN Telok Mas.", "Isu SOP PRN Melaka menjadi isu apabila pelbagai pemimpin politik yang bertanding dalam PRN kali ini mendakwa ia terlalu ketat dengan SPR melarang semua aktiviti kempen seperti berhimpun, ceramah, ziarah rumah ke rumah dan walkabout.", "Bagaimanapun, SOP membabitkan media sepanjang tempoh berkempen tidak diperincikan dan SPR menetapkan sidang media selepas mesyuarat parti dibenarkan.", "Larangan sidang media atau temubual spontan hanya dilarang pada hari mengundi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/03/30/mereka-kehabisan-wang-terputus-bekalan-makanan-wira-putra/
Mereka kehabisan wang, terputus bekalan makanan – Wira Putra
[ "KUALA LUMPUR – Masuk hari ke-13 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelbagai suara rungutan kedengaran terutama golongan kurang berkemampuan kehabisan bekalan makanan.", "Menyedari golongan itu bukan sahaja sukar keluar dari rumah untuk membeli makanan tetapi tidak mempunyai kewangan mencukupi mendorong Pergerakan Wira Putra Malaysia turun padang membantu mereka.", "Pasukan diketuai Nasrul Ali Hasan Abdul Latif itu menyantuni kira-kira 20 keluarga kurang berkemampuan di Gombak dan sekitar Wilayah Kuala Lumpur untuk menghulurkan bantuan berbentuk bekalan makanan.", "Katanya, memandangkan pergerakan yang terhad akibat PKP, pihaknya mengambil masa dua hari untuk menyantuni semua penduduk yang tersenarai itu.", "“Kita menyampaikan sumbangan bantuan makanan asas kepada 20 keluarga kurang berkemampuan sekitar Gombak dan Kuala Lumpur selama dua hari bermula semalam.", "“Kita terpanggil menghulurkan bantuan, apabila mereka mula mengeluh tidak mampu membeli barangan makanan asasi sepanjang tempoh PKP, selain sumber kewangan yang hampir habis,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.", "Menurut Nasrul Ali Hasan, kebanyakan mereka adalah yang berpendapatan gaji gaji harian atau bekerja sendiri dan terpaksa pula tinggal di rumah sepanjang PKP.", "Ujarnya, mereka juga tidak mempunyai sumber kewangan untuk berbelanja membeli barangan keperluan kerana sudah hampir dua minggu tidak bekerja.", "Justeru, atas dasar cakna dan prihatin, Wira Putra Malaysia rela turun padang membantu mereka, termasuk petugas barisan hadapan.", "Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada polis, tentera, anggota Pertahanan Awam Malaysia dan Rela yang memberi laluan kepada mereka ke destinasi menyampaikan bantuan di lokaliti masing-masing. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/11/27/siasat-penjualan-tanah-kerajaan-mukim-petaling/
Siasat penjualan tanah kerajaan Mukim Petaling
[ "KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa supaya menyiasat penjualan dua lot tanah kerajaan di Mukim Petaling di sini yang dijual di bawah harga pasaran oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).", "Gesaan itu dibuat oleh Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah yang memberitahu, akibat perbuatan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan seramai 41 peniaga yang menyewa di situ kini terjejas.", "Beliau mendakwa, peniaga tidak berpuas hati apabila DBKL menarik dan membatalkan lesen perniagaan dua lot iaitu Lot 31208 serta Lot 417 kerana telah dijual kepada sebuah syarikat.", "“Yang menyedihkan nilai tanah itu mengikut pasaran sekarang ialah RM80 juta tetapi terdapat satu transaksi pada 27 September 2017, harga jualannya hanya berjumlah RM15 juta sahaja.", "“Kononnya sebagai tapak membina rumah mampu milik tetapi tentulah harga itu adalah tidak munasabah dan berlaku keadaan tidak telus dan ini jelas salah guna kuasa oleh pelbagai pihak terutamanya kerajaan itu sendiri,” katanya.", "Mohd. Ridzuan berkata ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Petaling, Jalan Kelang Lama di sini berhubung perkara itu hari ini.", "Beliau membuat laporan berkenaan sebagai mewakili peniaga yang terjejas dengan masalah itu.", "Seramai 20 para peniaga yang menyewa di tanah itu turut mengadakan bantahan secara aman di hadapan balai polis tersebut.", "Dalam pada itu, Mohd. Ridzuan menambah, mereka akan menyampaikan memorandum bantahan mengenai pembelian tanah itu kepada pelbagai pihak terutama Kementerian Wilayah; DBKL; Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli; Kementerian Kerja Raya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.", "“Apa yang penting penjualan tanah pada harga jauh lebih rendah ini sangat merugikan kerajaan dan kerugian kepada para peniaga juga apabila mereka terpaksa keluar dari lot-lot itu.", "“Lebih-lebih lagi apabila mendapat tahu DBKL telah dibayar 10 peratus dari hasil jualan melalui satu transaksi jualan yang sangat meragukan,” tegasnya. – MalaysiaGazette", "https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1473735979425758&id=100003681101196" ]
https://malaysiagazette.com/2023/02/14/tiga-maut-kemalangan-babit-dua-kenderaan/
Tiga maut kemalangan babit dua kenderaan
[ "SEREMBAN – Tiga termasuk seorang remaja maut manakala empat cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di KM 20.8 Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) menghala ke Telok Kemang, Port Dickson, di sini, hari ini.", "Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu melibatkan kereta Toyota Camry dinaiki enam individu berusia 16 hingga 51 tahun dan kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun.", "Beliau berkata, kesemua yang maut adalah penumpang Toyota Camry iaitu R. Mogana, 35, M. Pangaja Valli, 51, dan S. Jagannatth, 16.", "“Kemalangan berlaku apabila kesemua penumpang serta pemandu Toyota Camry yang berasal dari Ampang, Selangor itu dalam perjalanan ke sebuah kuil di Batu 5, Jalan Pantai, Port Dickson manakala Toyota Hilux itu menuju ke Taman Intan Perdana untuk menyiapkan projek perumahan.", "“Sebaik tiba di lokasi, pacuan empat roda itu dipercayai melanggar belakang kereta terbabit menyebabkan tiga penumpang belakangnya tersepit dan maut di tempat kejadian dengan tiga yang lain mengalami patah tangan kiri serta tulang rusuk. Pemandu Toyota Hilux pula cedera ringan,” katanya dalam kenyataan.", "Beliau berkata, kesemua mangsa dibawa ke hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan rawatan lanjut.", "Aidi Sham berkata, berdasarkan ujian saringan, pemandu pacuan empat roda itu didapati bebas daripada alkohol dan dadah, namun beliau ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2021/07/30/batal-ordinan-darurat-kabinet-tidak-perlu-dapatkan-nasihat-jawatankuasa-khas/
Batal Ordinan Darurat: Kabinet tidak perlu dapatkan nasihat Jawatankuasa Khas
[ "KUALA LUMPUR – Kabinet tidak perlu mendapatkan nasihat daripada Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dalam membuat keputusan berhubung pembatalan Ordinan Darurat yang dilaksana berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.", "Pensyarah Kanan Hal Ehwal Dasar, Politik Ekonomi dan Pengajian Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia Dr Md Shukri Shuib berkata jawatankuasa itu hanya bersifat ad hoc dalam menasihati urusan tersebut.", "“Dalam hal ini, tugas eksekutif lebih utama daripada jawatankuasa dan ia terpulang kepada mereka yang melantik jawatankuasa itu untuk menggunakan perkhidmatan (nasihat) jawatankuasa bebas itu atau tidak.", "Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyifatkan pelantikannya dalam Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 sebagai sia-sia susulan perkembangan isu pembatalan Ordinan Darurat.", "Md Shukri berkata, isu pelantikan yang dianggap sia-sia itu tidak perlu timbul dan ia sekadar untuk mensensasi keadaan semasa.", "“Dalam hal ini, memang Perdana Menteri dan Kabinetnya telah membuat keputusan yang betul daripada segi bidang kuasa, cuma isu ini timbul kerana mereka menganggap Kabinet seharusnya mendapatkan pandangan mereka terlebih dahulu,” katanya.", "Mengenai bidang kuasa, Jamaie menjelaskan bahawa daripada segi pemerintahan, Perdana Menteri mempunyai kuasa pentadbir dan Yang di-Pertuan Agong adalah sebagai simbol kepada ketaatan rakyat terhadap undang-undang dan Perlembagaan.", "Beliau berkata justeru daripada segi pentadbiran, Yang di-Pertuan Agong seharusnya mengikut nasihat Perdana Menteri dan jemaahnya seperti amalan biasa yang dilaksanakan di negara ini.", "“Sepatutnya sebagaimana yang diamalkan di Malaysia selama ini, Yang di-Pertuan Agong perlu mengikut nasihat yang diberikan oleh Perdana Menteri.", "“Namun apabila keadaan politik yang kurang stabil ketika ini, orang beranggapan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mutlak yang mana persepsi dan pemahaman ini adalah salah sama sekali kerana pentadbiran oleh Perdana Menteri adalah lebih penting dan berkuasa,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/12/28/datuk-bandar-subang-jaya-ingkar-arahan-mb-selangor/
Datuk Bandar Subang Jaya ingkar arahan MB Selangor?
[ "PUCHONG – Persatuan Penjaja Puchong Permai hari ini melahirkan rasa kecewa terhadap Datuk Bandar Subang Jaya, Noraini Roslan yang masih enggan bersemuka dengan 43 penjaja Melayu berhubung isu perobohan gerai makan di Puchong Permai, di sini.", "Menurut Pengerusinya, Ismail Awang, lebih mengecewakan apabila Datuk Bandar itu seolah-olah mengingkari arahan Pejabat Menteri Besar Selangor agar Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengambil tindakan susulan.", "“Menteri Besar balas surat rayuan kami untuk ditangguhkan perobohan dan pada masa sama kita minta MBSJ adakah perbincangan dengan persatuan kami.", "“MB ada keluar surah minta buat susulan dengan MBSJ supaya diadakan perbincangan tapi sehingga ke hari ini tiada perbincangan, akhirnya notis tak diberi, mereka terus roboh (gerai makan), kita rasa kecewa,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette, di Puchong Permai, hari ini.", "Terdahulu lebih 100 anggota penguatkuasa termasuk MBSJ, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terlibat dalam operasi perobohan gerai-gerai makan milik 43 penjaja kecil di Puchong Permai, di sini.", "Operasi yang bermula kira-kira jam 8 pagi tadi bermula agak kecoh apabila sekumpulan penjaja terbabit terpaksa bergelut dengan penguatkuasa yang bertindak melakukan perobohan gerai makan yang diusahakan sejak 20 tahun lalu.", "Dalam pada itu, Ismail melahirkan rasa hairan terhadap sikap lepas tangan yang ditunjukkan wakil rakyat kawasan itu, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Dr Siti Mariah Mahmud.", "“Cuma kami hanya nampak Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo ada membantu banyak bagi cadangan sebagainya tapi ADUN Dr Siti Mariah tak nampak pula.", "“Seolah-olah ADUN sini enggan layan kami, tak mahu selesaikan perkara ini dengan baik,” katanya.", "Bagi seorang peniaga, Yusof Isa, 65, dia dan penjaja lain di situ tidak pernah menghalang pembangunan sebaliknya mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit menyediakan kawasan perniagaan yang lebih sesuai daripada kiosk.", "“Tempat itu tak sesuai, soalnya prasarana tidak sempurna, tiada tandas, bekalan elektrik dan air tiada, kami mohon gerai tapi mereka bagi kami kiosk, sedangkan orang dalam kiosk pun tak setuju pindah ke sana.", "“Kita tak bantah tentang perancangan (pembangunan), kita tak nak pindah sementara supaya MBSJ sediakan tempat dahulu.", "“Tapi pihak MBSJ ini tak nak dengar, dua kali taklimat, mereka hanya suruh kami isi borang akujanji dan kini digunakan ke atas kami kononnya kita setuju untuk pindah,” luah Yusof kepada MalaysiaGazette.", "Sementara itu, bagi seorang peniaga yang juga ibu tunggal, Zaliha Yunus, 61, larangan memasak di dalam kiosk MBSJ menyukarkan pihaknya menjual makanan kepada pelanggan, apatah lagi jauh dari penempatan sekarang.", "“Kami di sini ada lapan orang ibu tunggal yang berniaga di gerai makan sejak hampir 20 tahun lalu, memang mengharapkan perniagaan ini sebagai satu sara hidup kami.", "“Kami bukan orang senang, tiada kenderaan, tiada motor, kami berbelanja pun jalan kaki ataupun naik bas, kami pula tak dibenarkan bawa dapur, tak boleh tinggal perkakas, kena bawa balik.", "“Orang berniaga pisang goreng, roti canai takkan nak masak dari rumah bawa ke sana, siapa nak beli kalau makanan dah sejuk,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/01/13/sheffield-united-lakar-kemenangan-pertama/
Sheffield United lakar kemenangan pertama
[ "LONDON – Sheffield United mencatatkan kemenangan pertama musim ini selepas mengharungi 18 perlawanan dengan menundukkan Newcastle United 1-0 pada aksi awal pagi tadi.", "Gol tunggal perlawanan dijaringan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan pemain gantian, Billy Sharp pada minirt ke-73.", "Bagaimanapun Newcastle United yang beraksi dengan 10 pemain apabila Ryan Fraser dibuang padang pada minit ke-45 kerana melakukan terjahan kasar ke atas John Fleck dan David McFoldrick.", "Sheffield dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil Andy Madley selepas melihat Sistem Video Penolong Pengadil (VAR).", "Kemenangan itu juga mengakhiri rekod 20 perlawanan tanpa kemenangan pasukan itu sejak menewaskan Chelsea 3-0 pada 11 Julai tahun lalu sebelum mengakhiri musim 2019-20 dengan tiga kekalahan berturut-turut. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/05/18/kerajaan-baharu-kedah-jangan-tumpu-untuk-hapuskan-parti-lawan-isma/
Kerajaan baharu Kedah jangan tumpu untuk hapuskan parti lawan – ISMA
[ "KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mengambil alih tampuk pentandbiran negeri Kedah diingatkan supaya menumpukan kebajikan rakyat dan bukan memberi tumpuan untuk menghapuskan parti lawan semata-mata.", "Malah, kerajaan baharu negeri itu jangan sesekali mengulangi kesilapan kerajaan lalu, baik pada zaman Pakatan Harapan, Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya berkata,", "Beliau berkata, kerajaan PN Kedah harus memulakan kerja keras untuk membangunkan negeri itu dengan bersungguh-sungguh.", "“Kami Ikatan Muslimin Malaysia yang mempunyai cawangan-cawangan dan capaian-capaian yang meluas dan kuat di negeri Kedah akan sentiasa menjadi pemantau kepada perjalanan pentadbiran negeri Kedah.", "“Kami sentiasa bersedia dan berbesar hati untuk menawarkan bakti kami untuk sama-sama membangunkan negeri Kedah terutamanya dalam konteks masyarakat Islam dan Melayu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.", "Aminuddin berkata, pihaknya mengharapkan agar kerajaan negeri yang baharu itu tidak mengabaikan peranan badan bukan kerajaan (NGO) yang kebanyakannya serba kekurangan namun, tetap bekerja keras dan ikhlas berbakti di akar umbi masyarakat, malah, menjadikan NGO sebagai rakan kerjasama strategik bagi menggabungkan negeri", "Ujarnya, banyak bidang yang boleh diusahakan bersama terutama dalam membangunkan ekonomi umat Islam khususnya memperkasakan kempen Beli Produk Muslim (BMF) di peringkat negeri Kedah secara rasmi.", "“Kita mendoakan agar negeri Kedah akan dapat ditadbir dengan cemerlang yang akhirnya memberi manfaat yang melimpah kepada rakyat,” tambah beliau.", "Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah memperkenan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor sebagai menteri besar yang baharu.", "Majlis angkat sumpah pelantikan menteri besar ke-14 itu diadakan di Pejabat Sultan Kedah di Wisma Darul Aman, Kedah, semalam. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/12/22/food-bank-malaysia-mampu-tangani-isu-kenaikan-kos-sara-hidup-tun-mahathir/
Food Bank Malaysia mampu tangani isu kenaikan kos sara hidup – Tun Mahathir
[ "GEORGE TOWN – Kerajaan yakin pelancaran program Food Bank Malaysia yang akan diterajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mampu meringankan kesan kenaikan kos sara hidup dan juga mengurangkan pembaziran makanan di kalangan rakyat Malaysia.", "Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Program Food Bank Malaysia ini adalah antara usaha kerajaan untuk meringankan kesan kenaikan kos sara hidup dan juga mengurangkan pembaziran makanan di kalangan rakyat Malaysia.", "“Pelaksanaan Program Food Bank Malaysia yang akan diterajui oleh KPDNHEP ini adalah sangat bertepatan dengan fokus kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat terutama sekali golongan kurang berkemampuan atau kumpulan B40", "“Golongan ini perlu diberi perhatian sepenuhnya bagi membolehkan mereka mendapat akses bekalan makanan kerana ianya sedikit sebanyak dapat menjimatkan wang perbelanjaan mereka ke atas kos pembelian makanan dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan boleh guna golongan tersebut untuk digunakan bagi perkara-perkara penting yang lain seperti pendidikan dan kesihatan,” katanya dalam ucapan perasmian program Food Bank Malaysia peringkat Kebangsaan di Kompleks Masyarakat Penyayang sini hari ini.", "Teks ucapan beliau dibaca oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng.", "Dr Mahathir berkata, inisiatif ini merupakan satu usaha sukarela yang tidak memerlukan implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan.", "“Inisiatif ini boleh dilaksanakan melalui komitmen tanggungjawab sosial dan semangat kesukarelawanan yang tinggi daripada pihak swasta serta badan-badan bukan kerajaan bagi bersama-sama membantu kerajaan dalam menangani isu pembaziran makanan dan kos sara hidup,” katanya.", "Beliau berkata, isu lebihan makanan ini bukan perkara yang asing bagi Malaysia, rakyat Malaysia menghasilkan sebanyak 15,000 tan lebihan makanan setiap hari, daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,000 tan adalah lebihan makanan yang masih elok dan selamat dimakan.", "“Sekiranya 3,000 tan makanan tersebut dapat diagihkan dengan optimum maka kuantiti ini boleh digunakan untuk memberi manfaat kepada hampir 2 juta orang rakyat Malaysia. Makanan lebihan walaupun nampak remeh, tetapi ia mempunyai impak besar kepada golongan yang memerlukan,” katanya.", "Katanya, beliau dimaklumkan bahawa melalui Program Food Bank Malaysia ini, lebihan makanan yang diterima akan disalurkan kepada kumpulan-kumpulan sasar dan rumah kebajikan yang berdaftar.", "“Saya juga dimaklumkan, Program Food Bank Malaysia ini akan mensasarkan seramai 186,354 Ketua Isi Rumah (KIR) yang berada di bawah Paras Garis Kemiskinan di seluruh negara untuk diagihkan lebihan makanan yang dikumpul,” katanya.", "Bagi memastikan pengurusan lebihan makanan dan pelaksanaan Program Food Bank Malaysia dengan lebih sistematik dan teratur, Dr Mahathir berkata kerajaan telah bersetuju untuk melancarkan sebuah yayasan yang akan dikenali sebagai Yayasan Food Bank Malaysia.", "“Yayasan ini akan menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan untuk mengurangkan pembaziran makanan di samping menangani isu peningkatan kos sara hidup rakyat di mana ia akan diterajui oleh pemegang-pemegang amanah yang terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan komited dalam menjayakan agenda kerajaan ini,” katanya.", "Beliau juga berharap dengan lengkapnya semua mekanisme operasi pelaksanaannya, Program Food Bank Malaysia dapat digerakkan dengan jayanya bagi membantu semua golongan yang memerlukan, bukan sahaja di Semenanjung Malaysia bahkan juga di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.", "“Saya juga mengambil kesempatan untuk sekali lagi mempelawa semua pihak terutama badan-badan korporat, pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO), mahupun individu untuk bersama-sama kerajaan dalam menjayakan Program Food Bank Malaysia,” katanya. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2021/08/10/lima-beradik-terkilan-htar-lambat-maklum-kematian-ibu/
Lima beradik terkilan HTAR lambat maklum kematian ibu
[ "PELABUHAN KLANG – Lima beradik tidak pernah menyangka mereka perlu hidup berdikari pada usia muda, apatah lagi ada yang masih bersekolah dan sedang melanjutkan pengajian di menara gading selepas kehilangan ibu bapa akibat jangkitan Covid-19, baru-baru ini.", "Lebih memeritkan apabila pemergian ibu mereka, Ramlah Muktar, 43, tanpa dimaklumkan lebih awal oleh pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang yang dijemput ilahi pada jam 3.30 pagi, sedangkan mereka mendapat perkhabaran sedih itu empat jam selepas itu, jam 7.30 pagi, 31 Julai lalu.", "Anak ketiga pasangan suami isteri itu, Uzair Wazini Mohd Suhaimi,16, melahirkan rasa terkilan kerana kematian ibunya itu diketahui selepas dia dan empat adik-beradik terputus hubungan selama empat hari tanpa khabar berita.", "“Masa mak pergi HTAR itu, hari pertama dan kedua kami sempat boleh Whatsapp lagi, boleh telefon lagi, sampai 24 Julai tu dia berhenti sekejap, rasanya bateri habis ke tak tahu laa.", "“Tapi masa 26 Julai tu mak buka balik telefonnya, dia online, bluetick sekejap saja, lepas itu lepas 26 Julai mak terus tak online sampai 31 Julai pada hari kematian.", "“Lepas itu makcik dapat panggilan daripada polis, katanya mak dah tak ada, masa itu kami rasa terkilan juga laa sebab empat hari tak dapat berita daripada HTAR.", "“Hospital pun tak hubungi waris-waris sedangkan kami ada, nombor kami pun ada, tapi dia tak bagi tahu, kami rasa terkilan sikit,” katanya kepada MalaysiaGazette di kediamannya di pangsapuri Seri Perantau, hari ini.", "Uzair Wazini yang bersekolah di Maahad Tahfiz Az Zikr, Batu Belah lebih rasa terkilan apabila dia hanya sempat menemui ibunya sehari sebelum dimasukkan ke HTAR untuk mendapatkan rawatan susulan selepas disahkan positif Covid-19 pada 21 Julai lalu.", "“Saya sempat jumpa mak sehari saja, saya kena masuk Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang jadi imam kat sana.", "“Lepas 20 Julai kat sana, saya sempat balik rumah, jumpa mak sehari, masa 21 Julai mak pergi buat ujian saringan, lepas itu dia positif, esoknya 22 Julai dia pergi Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Daerah Klang di Dewan Sukan Taman Sri Andalas untuk pakai gelang.", "“Lepas itu dapat tahu mak kategori 4, lepas itu terus kena hantar ke HTAR Klang. Masa itu mak masih okay lagi, boleh gelak-gelak lagi senyum, masa kat HTAR baru mak kata lemah sikit, sesak nafas, batuk, sakit tekak, masa itu kami rasa risau juga.", "“Masa itu mak seorang saja yang pergi, adik-beradik yang lain kuarantin di rumah,” katanya.", "Dia masih tidak dapat melupakan janji ibunya empat hari sebelum terputus hubungan di mana akan balik ke pangkuan keluarga, sebaliknya lima beradik itu terkejut ibu kandungnya kembali ke rahmatullah.", "“Mak pun ada cakap dia akan balik, dia kuat, dia janji dia akan kuat untuk anak-anak, tapi masa 31 Julai kami dapat berita yang sedih, rupanya mak dah tiada.", "“Masa itu kami tak sedia apa-apa, urusan jenazah semua hospital yang buat, kami pun tak dapat tolong apa-apa sebab mak jenazah Covid-19, kami rasa macam sedih juga, tak dapat menguruskan jenazah ibu,” katanya.", "Katanya ujian lima beradik itu bertimpa-timpa apabila ayahnya juga, Mohd Suhaimi Zakaria, 55, meninggal dunia pada 7 Ogos lalu, iaitu seminggu selepas pemergian ibunya kerana jangkitan Covid-19.", "“Ayah pula pergi pada 7 Ogos, kematian ayah diberitahu pihak hospital, doktor ada bagi tahu adik, kakak, kata nak tidurkan ayah.", "“Kami pun saudara-mara, adik-beradik semua sepakat beri kebenaran tidurkan sebab oksigen ayah jatuh sampai 75 peratus, tapi ayah bertahan dua hari setengah dan ayah terus pergi, jantung terus berhenti.", "“Masa itu kami sudah bersedia, keputusan daripada Allah, Allah tentukan ajal dan maut, tapi kami dah bersedia, ayah pun setuju bila nak tidurkan dia, kami rasa lega.", "“Mak dan ayah dikebumikan di Tanah Perkuburan Selat Klang, tapi Alhamdulillah kubur mereka dekat saja, tak jauh dari rumah kami,” katanya.", "Sementara itu, bagi kakak sulung kepada Uzair Wazini, Intan Iewanina Mohd Suhaimi, 21, dia akan menunaikan amanat ibunya yang mahu dia dan empat beradik itu menghabiskan pelajaran sebelum memikirkan soal mencari pekerjaan bagi menampung kehidupan mereka.", "“Saya ada lagi dua tahun nak habis belajar, saya sekarang tengah ambil ijazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, saya ada lagi baki empat semester, lagi dua tahun lagi nak habis.", "“Saya akan fokus belajar saja sampai habis belajar ijazah, mak saya pun suruh kami semua adik-beradik habis belajar, memang amanat mak habiskan belajar dulu semua.", "“Lepas habis belajar baru saya cari kerja semua untuk tampung adik-adik, Insya-Allah,” katanya.", "Intan Iewanina tidak menafikan agak terkejut pada mula apabila kehilangan kedua ibu bapanya dan dia perlu menerima hakikat kini tanggungjawabnya lebih besar untuk menjaga dan menguruskan Batrisyia Izzah, 19; Uzair Wazini, 16; Ahmadenijad, 12, serta Nisa Ailani.", "“Mula-mula saya rasa terkejut, benda semua jadi tiba-tiba, banyak urusan kena buat sebab selama ini mak ayah yang tolong uruskan.", "“Sekarang saya pula kena buat, jadi macam agak kelam-kabut, tapi Insya-Allah ramai yang membantu adik-beradik, makcik-makcik, jiran semua tolong semua, Insya-Allah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/03/24/kemunculan-harimau-di-paka-sudah-diambil-tindakan-takiyuddin/
Kemunculan harimau di Paka sudah diambil tindakan – Takiyuddin
[ "KUALA LUMPUR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung (Perhilitan) telah mengambil tindakan sewajarnya selepas kemunculan harimau Malaya di Paka, Terengganu baru-baru ini.", "Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Perhilitan ialah menempatkan lima kakitangan Perhilitan dari Dungun dan dibantu 13 Renjer Hidupan Liar di bawah Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti yang membuat rondaan pemantauan dan siasatan di lokasi aduan.", "Menurutnya, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sentiasa mengambil serius isu konflik antara manusia dan hidupan liar khususnya harimau.", "“Memang baru-baru ini dilaporkan dan disahkan ada kemunculan harimau di Kampung Santong, Paka.", "“Perhilitan sudah mengambil tindakan sewajarnya, siasat dan usaha mengatasinya” katanya ketika menjawab soalan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Parlimen, pagi ini.", "Menurut Takiyuddin, tindakan lain yang dilakukan Perhilitan ialah memasang dua perangkap kamera di sekitar Bukit Bauk iaitu salah satu tumpuan rekreasi orang awam.", "Katanya, kakitangan dan perangkap itu bagi memantau kehadiran harimau Malaya di kawasan konflik, selain menambah 20 unit lagi perangkap kamera di kawasan sekitar sebagai langkah jangka panjang.", "“Perhilitan juga telah memasang dua unit perangkap harimau dalam kawasan ladang Lembaga Minyak Sawit Malaysia di Hulu Paka dan seterusnya langkah diambil untuk mendapatkan kerjasama dengan pihak pengrusan pekerja ladang.", "“Mereka diminta supaya melaporkan kepada Perhilitan sekiranya ternampak kelibat harimau di kawasan tersebut,” katanya.", "Beliau menjelaskan, Perhilitan turut mengambil inisiatif memberi khidmat nasihat kepada penduduk kampung dan pekerja ladang di kawasan itu supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak bertindak sendiri dalam menangani konflik harimau di kawasan berkenaan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/03/04/tanam-buluh-kenapa-peneroka-sakit-hati-teresa/
Tanam buluh, kenapa peneroka sakit hati? – Teresa
[ "KUALA LUMPUR – Teresa Kok mempersoalkan tindakan pekebun kecil yang sakit hati dengan cadangan kementeriannya agar mereka itu tidak hanya bergantung kepada tanaman kelapa sawit semata-mata.", "Mempertahankan cadangan itu, Menteri Industri Utama itu berkata, tanaman alternatif seperti buluh, nanas dan kelapa adalah seiring dengan saranan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini agar pekebun tidak hanya bergantung kepada satu jenis tanaman sahaja. ", "“Kenapa mereka rasa sakit hati kerana kenyataan yang saya buat itu bukan sahaja daripada saya kerana Perdana Menteri sendiri pernah menyatakan pandangannya terhadap kita tidak patut bergantung hanya kepada satu jenis tanaman sahaja.", "“Jadi, saya tak faham kenapa mereka kecil hati,” katanya.", "Teresa baru-baru ini berkata, kerajaan berhasrat untuk melihat pekebun mempunyai lebih daripada satu tanaman sebagai punca pendapatan bagi melawan sentimen anti kelapa sawit di Eropah.", "Justeru beliau antara lain menggesa pekebun menanam buluh bagi menambah pendapatan bagi menghadapi kesan negatif sentimen itu ke atas eksport minyak sawit negara ke pasaran dunia, selain memfokuskan kepada tanaman kelapa sawit.", "Teresa berkata, buluh, nanas dan kelapa adalah antara cadangan tanaman alternatif kepada pekebun yang hanya bergantung pada tanaman kelapa sawit sebagai sumber pendapatan sebelum ini.", "Oleh itu wujud peneroka yang memberi respon negatif terhadap cadangan Ahli Parlimen Seputeh itu dan menyifatkannya seolah-olah pemimpin DAP itu ‘mempermainkan’ peneroka dan pekebun kelapa sawit  bukan membantu mereka mengatasi masalah mereka.", "Mengulas lanjut, Teresa menganggap ia tidak sepatutnya menjadi isu dan dalam masa yang sama berkata laporan media tertentu mengenainya tidak tepat.", "“Sebenarnya, saya pun tak faham kenapa ini dijadikan satu isu kerana bila saya dalam sidang akhbar saya sebenarnya kata pekebun kecil yang tidak untung khususnya pada tahun lepas kerana harga minyak sawit amat rendah mereka amat susah payah.", "“Saya tidak faham kenapa ini jadi satu isu hanya kerana tajuk laporan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia membawa satu mesej yang kurang tepat daripada kenyataan,” katanya lagi.-MalaysiaGazette", "ARTIKEL BERKAITAN:", "Teresa perjelas isu tanam buluh", "", " " ]
https://malaysiagazette.com/2022/08/26/ismail-sabri-dipelawa-sertai-pejuang-khairuddin/
Ismail Sabri dipelawa sertai Pejuang – Khairuddin
[ "KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mempunyai platform lain untuk berpolitik sekiranya dipecat oleh parti UMNO. ", "Menurut Ketua Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijemput untuk bersama-sama Pejuang dalam Gerakan Tanah Air (GTA) sekiranya beliau dipecat.", "“GTA yang dipengerusikan oleh Tokoh Negarawan terulung Tun Dr Mahathir Mohamad di samping tokoh-tokoh pemimpin Melayu yang amat berprinsip sedang menggabungkan tenaga ‘Melayu baik’ ke arah memertabatkan semula maruah Melayu seterusnya membina negara ‘Malaysia Baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. ", "Bagaimanapun beberapa pemimpin UMNO hari ini mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa parti itu ada memberikan kata dua kepada Ismail Sabri. ", "Memetik laporan The Vibes, Ahli Parlimen Bera itu didakwa diugut untuk menuruti empat kehendak mereka atau berdepan kemungkinan dipecat pada taklimat khas parti oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi esok.", "Antaranya menyingkirkan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, memecat Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, mendapatkan pengampunan Diraja untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengadakan pilihan raya segera.", "Bagaimanapun Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menafikan dakwaan itu. ", "Sebelum ini timbul satu poster kononnya Ahmad Zahid mengarahkan Ketua UMNO bahagian mendesak cawangan supaya membuat usul meminta Perdana Menteri membubarkan Parlimen. ", "Ahmad sebelum ini berkata, penyebaran poster berkenaan adalah satu usaha untuk memecah belahkan parti itu. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/12/25/ditahan-kerana-solat-tanpa-permit-polis-di-xinjiang/
Ditahan kerana solat tanpa permit polis di Xinjiang
[ "KUALA LUMPUR- Dunia sudah maklum mengenai kekejaman kerajaan China terhadap etnik Ugyhur yang beragama Islam di Xinjiang.", "Sama ada mahu bersuara mempertahankan mereka atas dasar kemanusiaan atau sekadar berpeluk tubuh menantikan keajaiban berlaku, terpulanglah kepada pendirian masing-masing.", "Seorang pengguna Facebook Zikri Fuad berkongsi pengalaman beliau ditahan polis China hanya kerana bersolat di masjid Turpan dekat wilayah Xinjiang ketika mengetuai ekspedisi jalan darat memasuki negara tembok besar itu semasa Kembara Inspirasi Haji pada tahun 2017.", "Menurut Zikir, itu merupakan kali kedua beliau mengetuai ekspedisi memasuki China menerusi jalan darat. Kali pertama adalah pada 2014 di mana pengalamannya adalah sangat mudah dan menyeronokkan.", "Jelasnya, cabaran Kembara Inspirasi Haji 2017 bermula seawal memasuki sempadan China malah rombongannya hampir dinafikan untuk memasuki negara tersebut kerana dalam itinerari (pelan perjalanan) tertulis perkataan Xinjiang.", "Namun begitu, disebabkan mengupah ejen pelancongan daripada sebuah syarikat terkemuka dan berpengalaman luas, rombongan berkenaan dibenarkan masuk atas jaminan syarikat pelancongan tersebut.", "Ditambah pula ia merupakan ekspedisi kali kedua dan mereka mempunyai rekod lampau yang baik.", "Cuma menurut Zikri, syarikat berkenaan mewajibkan rombongan yang diketuai beliau untuk mengupah seorang anak muda warganegara China bernama Andy untuk menyertai ekspedisi berkenaan.", "“Sepanjang berada di bumi Xinjiang kami telah cuba untuk solat di masjid disepanjang perjalanan namun gagal.", "“Hanya masjid ini (gambar) berjaya dibolosi kerana tidak ada sebarang halangan dan polis yang menjaga kerana terletak di pelusuk ceruk kampung di sebuah gurun Gobi yang sentiasa gersang tanpa setitis air hujan pun", "“Mungkin rezeki kami dan doa musafir yang sangat ingin solat di masjid.", "“Gambar ini kami rakam dengan gembira sebelum solat kerana merasa amat lega berjaya memasuki masjid.", "“Kegembiraan kami rupanya disentap apabila kami ditangkap selepas selesai solat. Ribut sekali lagi datang menerpa.", "“Kelihatan tentera bersenjata dan polis menunggu kami di luar masjid.", "“Kelihatan seorang imam berusia lengkap berjubah sedang dimarahi oleh seorang pegawai yang sangat bengis.", "“Imam itu terduduk seorang menahan kemarahan dan menggayakan bahawa dia tidak bersalah akan hal ini.", "“Mungkin mereka menyangka imam itu benarkan kami solat. Walhal setibanya kami di sana tidak ada sesiapa hanya kelihatan CCTV dan pintu scanner macam kat airport tu je.", "“Andy guide kami sepanjang 17 hari di China sangat kecewa dan marah serta mempertahankan kami dari ditangkap oleh sang penguasa.", "“Namun akur akhirnya kami ditangkap dan dipaksa ke heret ke balai,” katanya.", "Selepas empat jam disoal siasat dan perbincangan bersama ketua balai, pemandu pelancong dan ketua ekspedisi, rombongan tersebut dilepaskan daripada melakukan kesalahan memasuki masjid dan bersolat tanpa permit polis.", "Tambah Zikri, jika memasuki Xinjiang sebagai pelancong, anda akan dilayan dengan baik sebagai pelancong serta dibawa ke tempat-tempat menarik di sekitar Xinjiang yang telah ditetapkan oleh kerajaan sahaja.", "Bagaimanapun, tiada interaksi bersama penduduk dibenarkan. Malah terdapat masjid yang dibenarkan untuk dikunjungi para pelancong namun dilarang untuk bersolat, ujarnya.- MalaysiaGazette", " ", " " ]
https://malaysiagazette.com/2019/11/09/tangguhkan-dulu-pemberian-bantuan-nelayan-tanjung-piai/
Tangguh dulu pemberian bantuan nelayan
[ "KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim meminta Menteri Besar Johor menangguhkan pemberian bantuan bernilai RM1,000 kepada nelayan di Tanjung Piai sehingga pilihan raya kecil (PKR) selesai.", "Selain bantuan nelayan, beliau juga mahu kerajaan menghentikan serta-merta budaya bantuan segera yang dilihat banyak berlaku sepanjang kempen PRK di Tanjung Piai.", "Menurutnya, adalah lebih baik sekiranya proses pemberian bantuan itu dibuat sehingga selesai tempoh Pilihan Raya Kecil (PRK).", "Ini kerana, kerajaan negeri Johor perlu hormati undang-undang pilihan raya.", "“Bantuan bagi nelayan-nelayan Tanjung Piai lebih elok diberikan selepas selesai PRK, tidak kisah sama ada PH menang atau kalah,” katanya dalam satu kenyataan.", "Bagaimanapun, bantuan kepada nelayan di daerah lain, boleh disalurkan terlebih dahulu.", "Menurut beliau, dulu Pakatan Harapan (PH) berjuang menganjurkan siri demonstrasi jalan raya Bersih 1, Bersih 2 Bersih 3, Bersih 4 dan Bersih 5 untuk tuntut pilihan raya yang adil, tetapi kini pula apabila menjadi kerajaan PH mengulangi perkara seperti ini.", "Hassan berkata, sekiranya kerajaan mahu terus berjuang menangani rasuah di negara ini, ia seharusnya bermula dengan pembasmian rasuah politik terlebih dahulu", "“Ingin saya nyatakan di sini adalah satu bentuk rasuah politik dan salah di bawah undang-undang kecil Akta Pilihan Raya jika kerajaan sama ada Menteri Besar, atau Menteri Pusat atau Exco memberi wang ringgit atau kebendaan masa berkempen,” tambahnya.", "“Sebagai ahli Parlimen PH saya memohon kerajaan tidak mengulangi segala perbuatan yang dibuat menteri-menteri BN satu ketika dahulu,” tegas beliau lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/04/02/najib-ucap-takziah-kepada-keluarga-mazlan-ahmad/
Najib ucap takziah kepada keluarga Mazlan Ahmad
[ "KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Dr Mazlan Ahmad yang meninggal dunia pada Sabtu.", "“Takziah kepada keluarga Tan Sri Dr Mazlan Ahmad, mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” katanya dalam catatan di laman Twitter.", "Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara, pagi tadi.", "Allahyarham, yang dilahirkan di Perlis, dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang keempat dari 17 Nov 1992 sehingga 12 Dis 1995 sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah JPA pada 13 Dis 1995 dan memegang jawatan itu sehingga bersara pada 15 Dis 1998. – BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2022/05/08/lebih-900000-kanak-kanak-lengkap-vaksinasi/
Lebih 900,000 kanak-kanak lengkap vaksinasi
[ "KUALA LUMPUR – Sejumlah 911,666 atau 25.7 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.", "Menurut laman web COVIDNOW, sebanyak 1,546,751 atau 43.6 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin tersebut.", "Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,896,706 atau 93.1 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,994,219 atau 96.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.", "Pada masa sama, sejumlah 16,041,560 atau 68.2 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,967,973 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,243,935 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.", "Sebanyak 23,115 dos vaksin COVID-19 harian diberikan semalam melibatkan 4,848 dos pertama, 17,011 dos kedua dan 1,256 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,389,427.", "Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak tiga kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan dua kes dilaporkan di Pulau Pinang dan satu kes di Terengganu. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/08/02/shahril-belajarlah-daripada-keangkuhan-dap-wan-fayhsal/
Shahril, belajarlah daripada keangkuhan DAP – Wan Fayhsal
[ "KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan Shahril tidak seharusnya melemparkan kata-kata kurang manis kepada seorang pemimpin kanan negeri berautonomi seperti Sabah, tegas Wan Ahmada Fayhsal Wan Ahmad Kamal.", "Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Shahril supaya Bersatu Sabah berunding terlebih dahulu dengan UMNO mengenai kerusi yang akan ditandingi dalam PRN sebelum membuat pengumuman.", "Shahril dilaporkan mendakwa UMNO mempunyai cita-cita berlandaskan kekuatan parti dalam menjayakan agenda rakyat Sabah, namun ia disulami kebijaksanaan dengan menghormati proses perundingan.", "Wan Ahmad Fayhsal yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, adalah sebuah parti yang menjunjung demokrasi dan sentiasa hormati hak bersuara sesiapa sahaja dan raikan perbezaan pandangan. – MalaysiaGazette", "ARTIKEL BERKAITAN:", "PRN Sabah: Bersatu jangan mimpi nak bertanding 45 kerusi – Shahril", "" ]
https://malaysiagazette.com/2019/01/16/tiada-jaminan-isu-tanah-selesai-jika-manogaran-menang/
Tiada jaminan isu tanah selesai jika Manogaran menang
[ "TANAH RATA – Tiada jaminan kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) M. Manogaran pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron boleh menyelesaikan isu tanah yang membelenggu pengusaha kebun saban tahun.", "Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Pahang, Mohd Farid Mohd Noor sebaliknya berkata, bidang kuasa tanah terletak di bawah Kerajaan Negeri Pahang yang kini dikuasai oleh BN.", "Beliau berkata, sekiranya Manogaran memenangi kerusi P078 pada 26 Januari ini, wakil DAP itu hanya boleh membawa permasalahan rakyat selain isu tanah di peringkat Parlimen sahaja dan bukannya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.", "“Apabila pilihan raya ini dilakukan di peringkat Parlimen, saya tak nampak bagaimana sekiranya calon dari PH dipilih dia boleh membantu menyelesaikan isu tanah.", "“Ini kerana kalau berada di Parlimen, dia tiada sentuhan kepada kuasa tanah yang sepatutnnya dibawa dalam persidangan DUN Pahang,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama MalaysiaGazette, baru-baru ini.", "Sebelum ini, pekebun-pekebun tanah pertanian di Cameron Highlands menuntut agar Kerajaan Negeri Pahang mengkaji semula pemberian Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang perlu diperbaharui setiap tahun.", "Malah sebelum ini juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin menggesa Kerajaan Negeri Pahang agar menyelesaikan masalah tanah termasuk memperkenalkan sistem pajakan tanah untuk tempoh 30 tahun.", "Mohd Farid yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lipis berkata, walaupun wakil PH di DUN Tanah Rata pernah membawa isu tanah itu ke sidang DUN Pahang sebelum ini, penyelesaian itu lebih awal dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pahang.", "“Baru-baru ini Kerajaan Negeri Pahang telah beri permit kepada 51 peneroka tanah haram dalam kawasan yang digazetkan sebagai hutan simpan tapi atas ihsan kerajaan negeri kita bagi permit itu.", "“Ketika kita bagi permit itu, kita tak tahu pun akan berlaku PRK Cameron Highlands dan saya dimaklumkan pejabat Menteri Besar Pahang bahawa ada banyak lagi permit seperti ini akan diluluskan.", "“Kerajaan Negeri tak nak menghalang mereka yang nak mengusahakan tanah tersebut dan pada masa sama kerajaan negeri tak nak kehilangan hasil.", "“Jadi permit diberikan dan sudah tentu ia bersifat sementara di mana perlu diperbaharui berdasarkan tempoh masa yang telah ditetapkan TOL,” katanya.", "Mohd Farid juga berkata, kebanyakan tanah di Cameron Highlands tidak diberi pemilikan secara tetap atau geran dan kebanyakan pengusahan tanah pertanian ini diberikan TOL.", "“Kebanyakan pekebun-pekebun ini sebelum ini meneroka tanah-tanah ini tanpa kebenaran. Sekiranya kawasan tersebut tiada dalam perancangan untuk pembangunan atau bukan kawasan tadahan air, Insya-Allah proses untuk memberi TOL itu boleh dilaksanakan.", "“Cuma mungkin memakan sedikit masa, sebab isu tanah di Cameron Highlands ini kompleks, kadang-kala atas sebidang tanah ada beberapa pihak menuntut dan mendakwa tanah itu diusahakan oleh mereka.", "“Jadi memang memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan, mengenal pasti siapa pengusaha sebenar, siapa yang datang kemudian atau cuba dakwa itu hak mereka supaya tidak menimbulkan masalah pada masa akan datang,” katanya.", "Katanya lagi, pemberian pemilikan tanah di Cameron Highlands juga perlu dikawal kerajaan negeri daripada sebarang pembangunan tidak terancang dan tanpa kawalan bagi mengelakkan kawasan tadahan air hujan terjejas.", "“Cameron Highlands ini terletak di hulu Pahang, sebahagian besarnya merupakan kawasan tadahan air.", "“Pembangunan tanpa kawalan ianya boleh menjejaskan bukan setakat Pahang bahkan negeri-negeri berhampiran seperti Kelantan dan Perak.", "“Kebanyakan sungai mengalir di Pahang ini berpunca dari Cameron Highlands, jadi kawalan di kawasan ini sangat penting,” katanya.", "Beliau turut berkata, bagi menyelesaikan masalah tanah, Pergerakan Pemuda BN Pahang berperanan sebagai jambatan untuk menghubungkan antara pekebun dan agensi yang berkaitan.", "“Dengan hubungan baik dan hubungan kerja, kita cuba selesaikan perkara ini satu demi satu kes demi kes dan itulah yang Menteri Besar Pahang selalu ingatkan saya.", "“Orang melihat Cameron Highlands ini tanah tinggi dan tanah kebun sayur semata-mata, tetapi sebenarnya di setiap tapak itu ada masalahnya yang berbeza-beza, kadang-kala tanah itu milik kerajaan.", "“Kerajaan sudah merancang untuk membuat pembangunan pada masa akan datang, ada sesetengahnya di atas tapak yang milik swasta, jadi perkara ini yang dilihat oleh kerajaan negeri,” katanya lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/05/01/abdul-hamid-bador-kpn-baharu/
Abdul Hamid Bador KPN baharu
[ "PUTRAJAYA – Nama yang dicadangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk jawatan Ketua Polis Negara telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.", "“Ya, saya fikir dia (Abdul Hamid Bador) akan jadi IGP.", "“Saya fikir Yang di-Pertuan Agong sudah tandatangan (surat pelantikan),” kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada media selepas merasmikan Sambutan Hari Pekerja 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.", "Beliau ditanya mengenai nama pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador yang disebut-sebut bakal menggantikan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang bersara wajib.", "Desas-desus pelantikan beliau itu tersebar sejak Februari lalu menerusi WhatsApp.", "Kiriman mesej yang tular itu menyatakan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN), memilih Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara; Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu menggantikan Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.", "Hamid menjadi perhatian pada 2015 apabila membuat pendedahan mengenai pihak tertentu yang menyembunyikan saksi utama dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selain mendesak siasatan terus ketika menjawat jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman.", "Beliau yang hampir 40 tahun berkhidmat dalam PDRM, pernah dianugerahkan Bintang Bhayankara Nararya, bintang kepahlawanan tertinggi daripada Kerajaan Indonesia selepas membantu kerajaan dan pihak berkuasa republik itu melumpuhkan kegiatan keganasan Jemaah Islamiah (JI) dan elemen pengganas Daesh. -MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/05/14/implikasi-pindaan-perlembagaan-umno-jika-diluluskan-egm-esok/
Implikasi pindaan perlembagaan UMNO jika diluluskan EGM esok
[ "KUALA LUMPUR – Esok, UMNO akan memahat sejarah lagi apabila  menyaksikan pindaan perlembagaan yang dijangka memberikan lebih ruang kepada pimpinan parti untuk meneruskan pentadbirannya jika mesyuarat pemilihan UMNO dalam tempoh enam bulan berakhirnya Pilihan Raya Umum (PRU).", "Mesyuarat Agung Khas (EGM) UMNO dijangka meluluskan pindaan itu sebelum diterima oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).", "Dari segi kronologinya, tempoh pemegang jawatan bagi Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi penggal 2018/2021 sudah tamat pada 30 Jun 2021.", "Setelah berlaku sedikit kesilapan teknikal, akhirnya ROS membenarkan penangguhan pemilihan UMNO untuk tempoh 18 bulan seperti mana yang diperuntukkan oleh perlembagaannya.", "Pindaan perlembagaan ini boleh disifatkan sebagai salah satu strategi pengukuhan dalaman parti yang dirancang untuk memberikan keuntungan kepada parti untuk memfokuskan kepada agenda politik negara menjelang PRU15.", "Namun begitu, cadangan pindaan perlembagaan yang dijangka diluluskan pada EGM ini mengundang beberapa implikasi dan cabaran, terutamanya dari segi tata urus dan pengurusan parti.", "UMNO sekali lagi akan berhadapan dengan cabaran menguruskan hal-hal teknikal kepimpinan parti itu apabila pindaan perlembagaan ini akan membolehkan tempoh pemilihan parti ditangguhkan sekali lagi.", "Hal ini sudah tentu akan memberikan suatu cabaran baharu kepada UMNO untuk meneruskan agenda penyatuan dan pengukuhan parti apabila keputusan seperti ini juga bakal tidak disenangi oleh beberapa pihak dalam UMNO itu sendiri.", "Bagi kumpulan ini, pindaan tersebut bukan sahaja mengundang risiko tadbir urus parti yang acap kali menangguhkan pemilihan parti, tetapi sudah pasti akan menjadi bualan parti-parti politik lain yang memerhatikan gerak geri UMNO dan mencari kelemahannya.", "Pertama, adakah pindaan perlembagaan yang akan diputuskan ini sah diperakukan dan mengikut ketetapan yang dibuat oleh ROS?", "Timbul pertanyaan sama ada pentadbir ‘caretaker’ UMNO (setelah dilanjutkan pada 30 Jun 2021) boleh membuat keputusan untuk meminda Perlembagaan UMNO atau sebaliknya.", "Kedua, akan wujudkah kemungkinan pindaan perlembagaan yang dibuat oleh UMNO ini akan dibatalkan oleh ROS ? Dan sekiranya akan berlaku hal ini maka ia akan menyulitkan lagi proses tadbir urus parti.", "Sekiranya UMNO berhadapan dengan masalah perakuan pindaan oleh ROS, imej dan reputasi tadbir urus sudah pasti akan menjadi pertikaian dan persoalan parti-parti lain yang menunggu peluang untuk mencari kelemahan pentadbiran UMNO.", "Ini pastinya akan merugikan UMNO dan melambatkan proses penambahbaikan imej dan reputasi parti ini dalam kalangan umat Melayu dan masyarakat di negara ini.", "Ketiga, pindaan perlembagaan UMNO ini akan mengundang implikasi negatif iaitu penyambungan had memegang jawatan dalam kalangan para pemimpin UMNO tidak menyuburkan semangat aspirasi demokrasi parti dan membantutkan penyuburan kelahiran bakat-bakat kepemimpinan muda yang bakal menerajui parti ini pada masa hadapan.", "Sekiranya ia tidak dikawal dalam konteks limitasi tempoh pegangan jawatan dalam parti ini, sudah pasti imej dan reputasi UMNO untuk menjadi terus relevan dalam kalangan generasi baru akan terjejas.", "Suatu hal yang membimbangkan kita ialah kemungkinan akan berlaku penyalahgunaan kuasa dalam tadbir urus parti sekiranya tempoh pegangan jawatan pentadbir parti tidak dihadkan.", "Situasi yang berlaku ini bakal menguntungkan sesetengah pihak yang ingin mengekalkan jawatan mereka selama mungkin maka walaupun keputusan ini dibuat oleh Perhimpunan Agung UMNO keselarian perubahan ini dengan prinsip demokrasi boleh dipersoalkan.", "Keempat, dalam konteks senario politik hari ini, apakah amalan pindaan perlembagaan sebegini akan dilaksanakan oleh parti-parti politik lain bagi mengelakkan perkara-perkara urus tadbir parti akan diambil tindakan oleh ROS?", "Pindaan perlembagaan ini jika dijadikan ‘precedent case’ bagi membolehkan parti-parti politik lain mengikut jejak langkah UMNO pastinya akan melambatkan lagi proses demokrasi kelangsungan kepimpinan politik negara pada masa akan datang.", "Bagaimana pula dengan ketelusan tadbir urus parti-parti politik sekiranya limitasi pegangan perjawatan dalam parti tidak dikawal dan diuruskan secara sistematik?", "Sehubungan dengan itu juga timbul persoalan adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan ROS sekiranya keputusan EGM ini didapati tidak menepati kehendak semangat Akta Pertubuhan.", "Saya yakin bahawa Ismail Sabri seperti yang telah beliau tegaskan berkali-kali menghormati prinsip pengasingan kuasa, sama ada antara tiga cabang kerajaan, iaitu eksekutif, legislative dan kehakiman, mahupun secara dalaman sesame badang eksekutif.", "Sejak Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri jelas kepada semua bahawa beliau tidak seperti sesetengah mantan Perdana Menteri lain tidak mencampuri urusan kementerian lain di mana segala keputusan dibuat secara bersama dalam Mesyuarat Kabinet.", "Di sebalik keghairahan untuk melestarikan dan menghalalkan proses perjalanan urus tadbir parti politik seperti UMNO, kita harus berpegang kepada prinsip ketelusan, membuka lebih banyak ruang kepada pimpinan politik baharu, menyantuni ahli-ahli parti serta memastikan bahawa kelestarian pimpinan muda dalam parti dapat dilaksanakan dengan cekap.", "UMNO harus berhati-hati dan bertindak bijak dalam menentukan setiap gerak geri dan mencatur masa depan lebih kukuh supaya parti itu dapat terus relevan di persada politik nasional.", "Kesedaran terhadap mengekalkan kelestarian pimpinan UMNO harus dihayati oleh setiap warga UMNO supaya tersubur kembali semangat perjuangan politik Melayu yang terbilang dan merealisasikan impian umat Melayu di negara ini. – MalaysiaGazette", "Oleh Ts. Dr. Syed Agil Alsagoff adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM)." ]
https://malaysiagazette.com/2021/03/05/sembilan-beruk-gergasi-di-zoo-san-diego-turut-divaksin/
Sembilan beruk gergasi di Zoo San Diego turut divaksin
[ "LOS ANGELES – Sembilan beruk gergasi di Zoo San Diego – empat orang utan dan lima bonobo – merekodkan sejarah veterinar apabila diberi vaksin Covid-19.", "Salah seekor yang menjadi penerima vaksin itu ialah orang utan Sumatera berusia 28 tahun, bernama Karen.", "Karen pernah menjalani pembedahan jantung terbuka pada tahun 1994.", "Kesemua haiwan itu menerima dua dos vaksin eksperimen yang pada asalnya dirancang untuk anjing dan kucing.", "Setakat ini, kesemua haiwan itu tidak menunjukkan reaksi negatif dan dalam keadaan baik, kata jurucakap zoo berkenaan, Darla Davis.", "Zoo San Diego melakukan program vaksinasi kerana bimbang dengan keselamatan haiwan-haiwan tersebut selepas lapan gorila di Taman Safari Zoo San Diego dijangkiti Covid-19 pada bulan Januari lalu.", "Kes itu menandakan penularan virus pertama ke atas beruk gergasi.", "Lapan gorila, termasuk “silverback” jantan berusia 48 tahun bernama Winston menderita radang paru-paru dan penyakit jantung, kini bertambah baik, kata Davis.", "Winston dirawat dengan berbagai-bagai jenis ubat, termasuk terapi antibodi koronavirus untuk bukan manusia.", "Gorila-gorila tersebut tidak divaksinasi kerana sudah mempunyai sistem kekebalan tubuh terhadap virus.", "Haiwan-haiwan itu dipercayai dijangkiti Covid-19 daripada seorang kakitangan yang positif tetapi tidak bergejala.", "Orang utan dan bonobo dipilih untuk imunisasi kerana aling berisiko terkena virus dan antara yang paling mudah diinokulasi.", "Kakitangan veterinar yang melakukan vaksinasi itu dengan mengalihkannya tumpuan haiwan-haiwan tersebut daripada jarum suntikan dengan makanan ringan.", "Program vaksisnasi itu dilakukan ke atas sebahagian haiwan pada bulan Januari dan Februari lalu, bersambung pada bulan ini.", "Vaksin yang dibangunkan oleh Zoetis – sebuah syarikat farmaseutikal veterinar tidak melakukan uji kaji ke atas beruk. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/12/10/cabaran-malaysia-dalam-pentas-bwf-2022-berakhir/
Cabaran Malaysia dalam pentas BWF 2022 berakhir
[ "KUALA LUMPUR – Malaysia tidak mempunyai wakil di pentas final Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022 selepas dua beregu profesional negara terkandas di saingan separuh akhir, di Bangkok, hari ini.", "Beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing ternyata bukan tandingan kepada beregu China, Zheng Si Wei-Huang Qiong apabila tewas mudah 10-21, 15-21 dalam masa 27 minit.", "Terdahulu, perlawanan petang tadi menyaksikan beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut tersingkir di separuh akhir selepas dikecewakan oleh juara dunia tiga kali dan juara edisi 2019 dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-17, 13-21, 19-21.", "Beregu veteran Indonesia itu yang mendapat jolokan ‘The Daddies’ akan menentang beregu No.11 dunia dari China, Liu Yu Chen-Ou Yuan Yi di pentas final esok.", "Beregu China itu mara ke final selepas mengalahkan beregu Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, 22-20, 11-21, 21-19, pada separuh akhir. – BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2021/10/09/syarikat-jual-produk-makanan-kesihatan-didenda-rm5-juta/
Syarikat jual produk makanan kesihatan didenda RM5 juta
[ "KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat menjual produk makanan tambahan kesihatan yang mengaku bersalah menjalankan urus niaga jualan langsung tanpa lesen sah dan penggubahan wang haram dikenakan denda lebih RM5 juta baru-baru ini.", "Denda  sebanyak RM150,000 telah dikenakan di bawah kesalahan Seksyen 4(2) AJLSAP 1993 kerana menjalankan perniagaan jualan langsung tanpa lesen dan RM5 juta lagi atas kesalahan Seksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001 menerima wang berjumlah RM450,000.00 hasil daripada aktiviti haram.", "Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, berdasarkan maklumat dan bukti yang diperolehi semasa serbuan, syarikat itu disyaki telah melakukan suatu kesalahan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) iaitu melibatkan diri, secara langsung atau tidak langsung, dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram dan memperoleh, menerima, memiliki hasil daripada aktiviti haram tersebut.", "Syarikat ini telah didakwa atas enam pertuduhan menerima wang berjumlah RM450,000.00 hasil daripada aktiviti haram daripada urusniaga jualan langsung tanpa lesen sah iaitu melibatkan tiga akaun semasa syarikat di tiga buah bank di antara 17 September 2017 sehingga 6 Disember 2017 dan 14 November 2018 sehingga 21 November 2018.", "Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Ahmad Kamar Jamaludin pada 4 Oktober 2021.", "Azman berkata, sepanjang tempoh 2016 sehingga 2021 KPDNHEP telah melaksanakan tindakan ke atas beberapa kes melibatkan jualan langsung dan skim anti piramid sehingga ke peringkat pelucuthakan dengan nilai RM55,998,196.06 dan denda sebanyak RM17 juta.", "Tegas beliau, KPDNHEP akan sentiasa memantau dan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan jualan langsung tanpa lesen yang sah serta aktiviti skim piramid yang menyalahi undang-undang ini.", "Oleh itu, pengguna diingatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan aktiviti jualan langsung tanpa lesen yang sah atau berunsurkan skim piramid ini. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/09/24/mahu-kongsi-pengalaman-di-penjara-semasa-kempen-bantu-anwar-di-pd/
Mahu kongsi pengalaman di penjara semasa kempen bantu Anwar di PD
[ "KUALA LUMPUR – Pengalaman yang dilalui hampir sebulan ketika berada di Penjara Sungai Buloh akan dijadikan modal oleh Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk membantu calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Port Dickson.", "Jamal berkata, beliau tidak peduli terhadap dakwaan pernah dikaitkan dengan Anwar sebelum ini kerana melihat Ketua Umum PKR itu sebagai seorang yang berjiwa besar dan kental serta tabah dalam rintangan yang dihadapi suatu masa dahulu.", "“Saya sempat melihat sel kurungan beliau ketika 27 hari berada di situ (Penjara Sungai Buloh).", "“Beliau (Anwar) bertahun-tahun duduk di situ dan dia cukup tabah. Jadi saya yakin orang yang sebegini mampu menjadi seorang pemimpin yang baik jika beliau bertanding,” katanya.", "Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu berkata, beliau mempunyai caranya yang tersendiri untuk membantu Anwar berkempen pada pilihan raya berkenaan.", "Katanya, beliau tidak mungkin akan berada sepentas dengan Anwar pada siri-siri ceramah yang diadakan sebaliknya, cuba menyampaikan mesej kepada pengundi di Port Dickson bahawa calon PH itu seorang yang mempunyai jiwa sangat besar.", "“Beliau telah diberikan pengampunan oleh Yang Dipertuan Agong. Kalau betul dia buat (liwat) itu antara dia dengan Allah.", "“Saya harap selepas itu bolehlah berlaku peralihan kuasa seperti yang dijanjikan daripada Tun Mahathir kepada Anwar bukan daripada Tun Mahathir kepada Mukhriz Mahathir,” ujarnya.", "Dalam pada itu, Jamal berkata sehingga kini beliau masih lagi menunggu jawapan daripada pejabat Peguam Negara berhubung rayuan terhadap pertuduhan kes-kesnya yang telah disebut di mahkamah.", "Katanya, sebagai seorang rakyat Malaysia beliau berhak memohon untuk merayu agar kes-kes yang disabitkan ke atasnya mendapat pembelaan.", "“Sebagaimana sedia maklum bukannya kes-kes itu saya ambil rasuah seperti penjawat awam dan sebagainya tetapi, ia hanya kes saya sebagai pemimpin pembangkang di negeri Selangor dan badan NGO yang melontarkan ketidakpuashatian terhadap sesuatu perkara,” ujarnya.", "Tambah beliau, selepas BN tumbang pada PRU14 lalu, beliau telah dimaklumkan bahawa terdapat 25 kes lagi yang disabitkan keatasnya sedang menanti untuk dibuka meskipun kes-kes itu telah ditutup sebelum ini.", "Katanya, beliau berharap kes-kes tersebut dapat digugurkan agar kebebasan bersuara dan berpolitik sebagaimana yang diuar-uarkan oleh kerajaan baharu ini dapat diterjemahkan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/10/05/kompleks-haji-klia-beroperasi-tahun-depan/
Kompleks Haji KLIA beroperasi tahun depan
[ "SEPANG – Semua urusan haji di Kompleks Haji Kelana Jaya berpindah ke Kompleks Haji KLIA pada tahun 2018.", "Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kompleks baharu itu dijangka siap pada akhir tahun ini.", "Menurutnya, kompleks itu akan memudahkan urusan perjalanan jemaah kerana kedudukannya 10 minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).", "“Tahun ini adalah terakhir jemaah haji berkumpul di Kelana Jaya dan selepas ini semua urusan akan dilakukan di Kompleks Tabung Haji KLIA,” katanya selepas menyambut ketibaan 268 jemaah haji terakhir di KLIA.", "Kompleks baharu ini lebih selesa, dibina atas kawasan seluas lima hektar turut dilengkapi hotel bertaraf empat bintang dan mempunyai lebih 550 petak letak kereta.", "Dalam perkembangan lain, Abdul Azeez memberitahu, surat tawaran bagi menunaikan haji pada tahun depan akan mula dikeluarkan selewat-lewatnya November ini.", "Tawaran itu akan dibuat secara berperingkat sehingga Mei 2018. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/03/01/lelaki-hina-agong-ditangkap/
Lelaki hina Agong ditangkap
[ "KUALA LUMPUR- Seorang lelaki yang menggunakan akaun Facebook Aaron Yee telah ditahan polis kerana menghina Yang di-Pertuan Agong.", "Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan hari ini.", "Siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 4(1(a) Akta Hasutan iaitu kecenderungan menghasut serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.", "“Reman ke atas suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah akan dipohon dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.", "Selain itu, seorang pemilik akaun Twitter Fadiah Nadwa Fikri atau Fadiahnadwa dikesan memuatnaik kenyataan dengan sengaja berunsur hasutan yang boleh mendatangkan suasana tidak harmoni, perpecahan, perasaan permusuhan dan boleh mengganggu gugat ketenteraman serta keselamatan awam.", "Tambah Huzir, satu lagi siasatan adalah melibatkan hantaran di Facebook yang berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dibuat seorang penama akaun  dikenali Gavin Lee.", "Siasatan dimulakan ke atas hantaran dimuat naik pemilik akaun dikenal pasti Gavin Lee yang menghina Yang di-Pertuan Agong.", "Seorang lagi dikenal pasti adalah pemilik akaun Facebook, Haizad Azhar yang dikesan memuat naik status menghina Yang di-Pertuan Agong.", "Jelas beliau, empat kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan iaitu kecenderungan menghasut serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.", "“Bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat, polis menggesa orang ramai supaya mendokong prinsip rukun negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara.", "“Kita menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang tindakan menyalahi undang-undang, mengeluarkan kenyataan atau sebarang artikel boleh mengganggu gugat ketenteraman awam,” katanya lagi.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/10/17/suri-rumah-lelaki-disamun-kumpulan-sama-selang-15-minit/
Suri rumah, lelaki disamun kumpulan sama selang 15 minit
[ "KUALA LUMPUR – Seorang wanita dan seorang lelaki masing-masing kehilangan rantai rantai emas dalam kejadian samun bersenjata parang berasingan oleh kumpulan yang sama dalam tempoh 15 minit di Kapar dan Bukit Raja, Klang, Selangor hari ini.", "Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya berjaya mengesan dua rakaman video berhubung kes tersebut yang tular pada laman media sosial berdurasi 50 saat dan 20 saat.", "Katanya, pihaknya menerima dua laporan berhubung kes samun daripada seorang wanita dan lelaki pada jam 4.19 petang 5.51 petang.", "Tambah beliau, dalam kejadian pertama yang berlaku pada jam 3.05 petang di Taman Intan, Kapar, hasil siasatan yang dijalankan polis mendapati semasa kejadian mangsa yang merupakan seorang suri rumah sedang mengemas rumahnya dalam keadaan pintu dan pagar terbuka.", "“Tiba-tiba sebuah kereta Proton Waja berwarna kelabu yang dinaiki empat lelaki warga tempatan dengan bersenjatakan parang telah keluar daripada kereta dan menyamun mangsa dengan mengacukan parang yang ketika itu sedang mengemas di bahagian dapur rumah.", "“Akibat kejadian itu, mangsa telah mengalami kerugian tiga utas rantai emas yang telah dilarikan suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.", "Menurut Vijaya Rao, satu lagi kejadian samun membabitkan kumpulan sama dilaporkan berlaku pada jam 3.20 petang di Taman Klang Utama, Bukit Raja yang mana seorang lelaki ditahan suspek yang menggunakan kereta Proton Waja.", "Katanya, suspek kemudian merentap dua utas rantai emas yang dipakai oleh mangsa yang menyebabkannya mengalami kecederaan di bahagian leher akibat bergelut dengan suspek bersenjata parang sebelum itu itu.", "“Suspek berjaya melarikan diri menaiki kereta yang sama yang menunggu,” ujarnya.", "Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dengan bersenjata.", "Katanya, pengamatan terhadap video yang tular mendapati kes tersebut membabitkan empat suspek bersenjatakan parang yang menutup muka mereka dengan topeng dan pelitup muka.", "Menurut Vijaya Rao, dua suspek yang bersenjata parang memerhatikan keadaan sekeliling selamat untuk menyamun manakala dua lagi suspek akan merentap rantai emas mangsa.", "Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Jenayah,  Inspektor Nur Saiful Hazwan Mohamad Ridzuan di talian 016-7404177 atau pergi balai polis berhampiran.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/07/01/bersih-kritik-muhyiddin-berkaitan-lantikan-politik-glc/
BERSIH kritik Muhyiddin berkaitan lantikan politik GLC
[ "KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin dikritik berhubung janji lantikan politik ke syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sekiranya PN menang enam Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak. ", "Menurut Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dalam satu kenyataan hari ini, janji Pengerusi PN itu adalah satu bentuk salah guna kuasa yang bertentangan amalan tadbir urus baik. ", "Kata gabungan itu, objektif GLC ialah untuk memelihara dan mengembangkan syarikat awam dan tidak sepatutnya dianggap seperti mesin juruwang automatik (ATM) parti politik dengan melantik penyokong masing-masing dalam senarai gaji negeri. ", "“Kami tertanya-tanya, adakah kenyataan ini satu bentuk pembelian undi untuk mendapatkan sokongan kumpulan tertentu dan ianya dilakukan dalam pengisytiharan terbuka. ", "“Ketika ini naungan politik itu malangnya sudah menjadi sebahagian daripada budaya politik dan setiap kerajaan berturut-turut, termasuk Kerajaan Perpaduan semasa juga bersalah kerana melantik ahli politik sama ada wakil rakyat atau bukan wakil rakyat ke lembaga pengarah GLC,” katanya. ", "Menurut BERSIH, pihaknya konsisten sebagai pemerhati dan kumpulan pendesak di semua pentadbiran yang berbeza sepanjang tahun bahawa ahli politik yang juga wakil rakyat tidak harus dilantik ke GLC. ", "“Pengundi perlu bijak mengundi dalam PRN akan datang bagi memastikan parti atau calon yang komited dengan reformasi institusi untuk menghapuskan rasuah dipilih supaya negara dapat dibebaskan daripada belenggu naungan politik dan rasuah,” tegasnya. -MalaysiaGazette " ]
https://malaysiagazette.com/2021/12/14/ekonomi-malaysia-disemak-5-9-tahun-depan-adb/
Ekonomi Malaysia disemak 5.9% tahun depan – ADB
[ "MANILA – Bank Pembangunan Asia (ADB) telah mengurangkan anggaran pertumbuhan bagi Malaysia dan Vietnam tahun ini selepas penguncupan suku ketiga, sambil mengurangkan unjurannya untuk negara-negara membangun di Asia pada 2022 kerana kemunculan varian Omicron Covid-19.", "Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rantau ini bersedia untuk berkembang 7.0% tahun ini dan 5.3% pada tahun depan, lebih rendah daripada ramalan yang dibuat pada bulan September masing-masing sebanyak 7.1% dan 5.4%, kata ADB kepada Tinjauan Pembangunan Asia.", "Bank itu berkata, jangkitan Covid-19 di rantau ini sudah menyusut dan kadar vaksinasi telah meningkat secara mendadak, tetapi peningkatan kes global mengancam pembukaan semula ekonomi.", "“Kemunculan varian Omicron yang sangat bermutasi membawa ketidakpastian tambahan. Memandangkan ia kelihatan jauh lebih mudah dijangkiti daripada varian terdahulu, impak ekonominya mungkin besar.", "Ekonomi Asia Tenggara dijangka berkembang 3.0% tahun ini, turun daripada 3.1% dan diunjur berkembang 5.1%, lebih cepat daripada 5.0% yang diunjurkan sebelum ini.", "Menurutnya, ekonomi Malaysia dan Vietnam menguncup pada suku ketiga berikutan penularan varian Delta dan menghadapi penurunan besar dalam unjuran pertumbuhan.", "Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 3.8% tahun ini dan 5.9% pada tahun depan, lebih perlahan daripada anggaran sebelumnya masing-masing sebanyak 4.7% dan 6.1%.", "Pertumbuhan KDNK Vietnam pula dijangka jatuh kepada 2.0% tahun ini daripada ramalan sebelumnya sebanyak 3.8%, sebelum berkembang 6.5% tahun depan.", "Manakala ekonomi Filipina dijangka berkembang 5.1% tahun ini, meningkat daripada 4.5%.", "Namun, ekonomi negara ini diramalkan berkembang 6.0% tahun depan, apabila mengadakan pilihan raya umum, lebih cepat daripada 5.5% sebelumnya.", "Singapura bersedia untuk mengakhiri tahun ini dengan ekonomi berkembang 6.9%, lebih baik daripada ramalan awal sebanyak 6.5%.", "Ramalan pertumbuhan 4.1% untuk tahun depan tidak berubah.", "Dalam pada itu, ADB mengekalkan unjuran pertumbuhan 3.5% Indonesia untuk tahun ini, tetapi meningkatkan prospek ekonomi terbesar Asia Tenggara itu kepada 5.0% tahun depan daripada 4.8%.", "China berada pada landasan untuk berkembang sebanyak 8.0% tahun ini dan 5.3% pada 2022, masing-masing menurun daripada 8.1% dan 5.5%.", "Mengenai China, ADB berkata: “Pada 2022, pertumbuhan dalam industri sepatutnya sederhana memandangkan pertumbuhan eksport lebih rendah dikira daripada asas yang tinggi.", "Tinjauan untuk India juga telah berubah dalam keadaan pertumbuhan yang lebih perlahan daripada jangkaan dalam sektor pembuatan.", "Ekonomi kedua terbesar di rantau itu kini diunjurkan berkembang 9.7%, bukannya ramalan 10% sebelumnya dan unjuran pertumbuhan pada tahun 2022 masih 7.5%.", "“Faktor rantaian bekalan seperti kekurangan cip dan kenaikan harga semikonduktor akan terus menyekat pertumbuhan ekonomi India),” kata ADB. – Nikkei" ]
https://malaysiagazette.com/2020/11/06/lra-sg-labu-salak-tinggi-mungkin-dihenti-tugas/
LRA Sg Labu, Salak Tinggi mungkin dihenti tugas
[ "KUALA LUMPUR – Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memberi bayangan Loji Rawatan Air (LRA) Sg Labu dan LRA Salak Tinggi di Sepang mungkin terpaksa dihenti tugas selepas pihaknya mengesan tumpahan minyak sawit.", "Menurut LUAS, ia susulan kejadian kemalangan melibatkan sebuah lori muatan minyak sawit pada pukul 7.40 pagi tadi di KM276.1 arah utara di Sepang, Selangor.", "“Maklumat awal yang diperoleh menunjukkan bahan cemar akan memasuki Sungai Jerangkang seterusnya ke Sungai Batang Labu. Jarak dari punca pencemaran ke LRA Sungai Labu dalam anggaran 10.7km dan LRA Salak Tinggi 15.68km.", "“LUAS dan agensi-agensi berkaitan sedang menjalankan siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera,” ciap LUAS dalam Twitter rasminya, hari ini. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2016/12/22/petra-kvitova-kembali-beraksi-pertengahan-tahun-depan/
Petra Kvitova kembali beraksi pertengahan tahun depan
[ "Juara Wimbledon dua kali, Petra Kvitova mungkin kembali beraksi dalam tempoh enam bulan selepas diserang dengan pisau.", "Pemain warga Czech berusia 26 tahun itu menjalani pembedahan tangan kiri selepas dikerat pencuri yang memecah masuk kediamannya pada Selasa lalu.", "Dia bakal beraksi menjelang Jun 2017.", "Pakar bedah, Radek Kebrle berkata, pembedahan pada tangan Petra lancar dan dia mampu pulih pantas dan kembali beraksi atas gelanggang selepas enam bulan lagi.", "Petra yang menjuarai Wimbledon pada 2011 dan 2014 kini menduduki ranking ke-11 dunia.", "Bintang tenis terkemuka dunia iaitu Rafael Nadal dalam akaun twitternya, turut berkongsi mesej supaya ratu wanita itu pulih dengan cepat.- the Sun.uk" ]
https://malaysiagazette.com/2020/07/14/jumlah-deposit-sspn-kini-rm6-4-bilion-jumlah-akaun-4-5-juta/
Jumlah deposit SSPN kini RM6.4 bilion, jumlah akaun 4.5 juta
[ "KUALA LUMPUR – Jumlah deposit terkumpul Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) telah mencecah kepada RM6.4 bilion dengan jumlah 4.5 juta akaun sejak dilancarkan pada tahun 2004 sehingga Mei lalu.", "Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan berkata, deposit SSPN untuk tempoh Januari hingga Mei lalu adalah sebanyak RM564.20 juta yang meningkat RM380.18 juta bagi tempoh sama tahun lalu.", "Jelas beliau, jumlah itu menyaksikan peningkatan sebanyak RM184.02 juta atau 48.4 peratus walaupun negara berdepan dengan pandemik virus Covid-19.", "“Saya yakin antara faktor peningkatan penabungan di dalam SSPN ini adalah kerana keyakinan masyarakat terhadap SSPN dan manfaat yang diperoleh simpanan di dalam SSPN.", "“Ini menjadikan skim ini sebagai pilihan terbaik walaupun kita berada dalam situasi pandemik akibat penularan Covid-19 selain kesedaran masyarakat menyediakan simpanan untuk masa depan.", "“Saya melihat usaha untuk merealisasikan PTPTN sebagai tabung pendidikan masyarakat Malaysia saban tahun semakin terbukti dengan jumlah simpanan di SSPN terus meningkat,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2020 di Menara PTPTN di sini hari ini.", "Mengulas lanjut, Wan Saiful memberitahu, PTPTN menyasarkan 400,000 akaun baharu SSPN dengan jumlah deposit RM1.5 bilion sepanjang tahun ini.", "Beliau berkata ini susulan kejayaan yang diraih agensi itu pada tahun lalu yang merekodkan sejarah dengan jumlah deposit terkumpul sebanyak RM1.3 bilion. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/12/02/laluan-ecrl-dalam-selangor-sepanjang-90-27-kilometer-exco/
Laluan ECRL dalam Selangor sepanjang 90.27 kilometer – Exco
[ "SHAH ALAM – Kerajaan Selangor memutamadkan pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang ditetapkan oleh kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang tumbang pada 2020.", "Bagaimanapun, laluan baharu itu melibatkan bahagian utara Selangor, bukan seperti yang dicadangkan kerajaan PH untuk pembinaan ECRL di bahagian selatan negeri tersebut sebelum ini.", "Menurut Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri, Ng Sze Han, cadangan pembinaan projek ECRL di bahagian selatan Selangor yang dibatalkan itu dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan untuk cadangan laluan rel yang lain, sekiranya mendapat pertimbangan kerajaan pusat.", "Beliau berkata, projek ECRL yang kini dalam pembinaan melibatkan dua jajaran iaitu C1B bagi daerah Gombak dan C2 melibatkan daerah Gombak, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Klang.", "Katanya, keluasan keseluruhan tanah bagi projek sepanjang 90.27 kilometer (km) di Selangor itu ialah 758.47 hektar.", "Jelas beliau, keluasan tanah bagi jajaran C1B di Gombak adalah 180.4 hektar manakala C2 untuk Gombak (158.3 hektar), Klang (131.8 hektar), Kuala Selangor (118.7 hektar) dan Hulu Selangor (169 hektar).", "“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKN) telah meluluskan secara dasar pengesahan jajaran ECRL bagi Seksyen C1B dan C2 di Selangor.", "“MKN juga bersetuju bahawa cadangan awal jajaran dan stesen Seksyen C1B dan C2 diteruskan dengan permohonan rundingan di bawah 20A Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 Akta 172.", "“Selepas pewartaaan bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960, permohonan awal jajaran ECRL Seksyen C1B dan C2 boleh dirunding bawah Jawatankuasa Perancang Negeri mengikut Seksyen 20A Akta 172,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.", "Menurut Sze Han, bagi pengambilan tanah bawah tanah, kerajaan negeri belum mempunyai sebarang kaedah.", "Justeru, katanya, untuk masa ini, kaedah itu boleh dilakukan secara pengambilan biasa. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/07/12/sanusi-dipilih-presiden-kfa-baharu-radhi-jadi-naib-presiden/
Sanusi dipilih Presiden KFA baharu, Radhi jadi naib presiden
[ "ALOR SETAR – Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor sah dipilih sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang baharu selepas menang tanpa bertanding pada kongres luar biasa badan induk berkenaan di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.", "Bagi jawatan naib presiden, turut menang tanpa bertanding pada pemilihan itu adalah legenda skuad Hijau Kuning era 1980an dan 1990an, Radhi Mat Din.", "Mereka dipilih oleh 36 ahli gabungan KFA yang menghadiri kongres berkenaan.", "Satu lagi jawatan yang kosong iaitu setiausaha kehormat susulan peletakan jawatan penyandangnya, Asmirul Anuar Aris bagaimanapun belum diisi.", "Sanusi dijangka mengumumkan penyandang baharu dalam tempoh terdekat. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/02/13/baqiuddin-sedia-berjuang-dalam-sri-pahang/
Baqiuddin sedia berjuang dalam Sri Pahang
[ "KUALA LUMPUR – Kehadiran ramai pemain baharu memperkuatkan Sri Pahang FC pada musim 2022 tidak menggentarkan Muhd. Baqiuddin Shamsudin yang sedia berjuang mengekalkan tempatnya dalam kesebelasan utama seperti mana musim lalu.", "Menurut Baqiuddin, setelah lalui musim yang agak cemerlang di Sri Pahang pada 2021 dengan tampil dalam 27 perlawanan serta menjaringkan dua gol, dia mahu momentum itu dapat diteruskan.", "Berada di bawah kendalian jurulatih baharu, Christophe Gamel, Baqiuddin akui situasi itu juga menjadi satu cabaran berbeza dalam memikat hati pengendali dari Perancis berkenaan.", "“Sukar untuk saya perkatakan peluang bermain pada musim ini kerana ramai pemain baharu diambil Sri Pahang termasuk pemain import selain tiga ke empat pemain kacukan.", "“Boleh dikatakan skuad Sri Pahang kali ini sangat berbeza dari musim lalu kerana hampir semua posisi, kami ada ramai pemain berkualiti.", "“Biarpun di posisi saya iaitu sayap kiri terdiri ramai pemain tempatan, mereka juga pasti mahu merebut tempat dalam kesebelasan utama.", "“Sudah pasti jurulatih baharu akan menilai kemampuan semua pemain dalam pasukan dalam tempoh pra musim dan saya perlu bersungguh-sungguh jika mahu menambat hati beliau,” katanya.", "Selain pemain import baharu seperti Mamadou Samassa, Mahmoud Za’tara, Billy Ketkeophomphone dan Johan Martial, antara pemain tempatan yang bersama Sri Pahang ialah Fandi Othman, Faizal Arif, David Rowley dan Azwan Aripin selain turut dalam usaha dinaturalisasikan adalah Lee Tuck serta Sergio Aguero.", "Bakal menginjak usia 28 tahun, karier Baqiuddin berada di puncak pada 2021 selepas banyak menghabiskan kariernya di Liga Premier bersama Kuantan FA, PDRM dan UKM FC.", "Biarpun bertubuh kecil, Baqiuddin memikat ramai peminat Sri Pahang FC dengan kepantasan serta kelincahannya yang sentiasa menyukarkan pihak lawan.", "Sementara itu, Baqiuddin berkata bekerja dengan Gamel banyak memberikan pengalaman baharu selain melihat kehadirannya di Pahang sejak musim lalu melatih skuad Piala Presiden, memberikan kelebihan buat beliau memahami bola sepak tempatan.", "“Dia memang seorang yang begitu tegas dengan pemain tetapi mudah didekati, mungkin pengalaman setahun selama di sini memudahkannya faham budaya bola sepak Malaysia.", "“Saya rasa beliau mampu membawa Sri Pahang ke tahap lebih baik pada musim ini selepas menamatkan kedudukan di tempat ke-10 Liga Super dan peringkat kumpulan Piala Malaysia.", "“Harapan utama saya ialah mahu mendapatkan satu piala musim ini dengan Sri Pahang, tidak kisah sama ada Liga Super, Piala FA atau Piala Malaysia, mungkin musim ini ad peluang, ” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/03/30/sarawak-bakal-umum-keputusan-baharu-hubungan-dengan-kerajaan-persekutuan/
Sarawak bakal umum keputusan baharu hubungan dengan kerajaan Persekutuan
[ "LUBOK ANTU – Kerajaan negeri Sarawak akan membuat keputusan mengenai hubungan negeri itu dengan kerajaan Persekutuan tidak lama lagi, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini.", "Tanpa menjelaskan secara terperinci tentang keputusan itu, beliau memberikan bayangan ia berkaitan dengan tuntutan negeri ini bagi mendapatkan kembali haknya di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).", "“(Usaha mendapatkan kembali hak Sarawak di bawah) MA63 masih kita laksanakan dan diperjuangkan dan saya yakin bahawa tidak lama lagi kita akan membuat keputusan (mengenai) perhubungan negeri kita dalam Persekutuan Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis bersama rakyat di Kompleks Sukan Lubok Antu di sini.", "Menurutnya, Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dipimpinnya dan dianggotai empat parti tempatan yang membentuk kerajaan negeri masih kekal sebagai rakan kepada Perikatan Nasional (PN) bagi membantu membentuk kerajaan Persekutuan, tetapi tidak sebagai ahli PN.", "“GPS hanya sebagai rakanan bukan ahli PN. Dasar kita (GPS) lebih berautonomi, bebas dalam kita membangunkan negeri kita kerana ia sesuai dengan kehendak (rakyat) negeri kita,” katanya yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), salah sebuah parti dalam GPS.", "Bagaimanapun, pada sidang media selepas majlis itu, Abang Johari enggan mengulas lanjut berhubung kenyataannya berkenaan keputusan hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan.", "Terdahulu, Abang Johari tiba di sini kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki sebuah helikopter dari bandar raya Kuching, kira-kira 260km dari sini, bagi mendengar taklimat daripada pelbagai agensi penguatkuasaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini.", "Lubok Antu merupakan sebuah daerah yang bersempadanan dengan wilayah Kalimantan, Indonesia." ]
https://malaysiagazette.com/2021/06/24/2-lagi-atlet-uganda-positif-covid-19-di-tokyo/
2 lagi atlet Uganda positif Covid-19 di Tokyo
[ "TOKYO – Jawatankuasa Olimpik Uganda (UOC) mengesahkan dua atletnya positif Covid-19 di Jepun.", "Hujung minggu lalu ketika kumpulan pertama dari sembilan atlet yang ke Jepun untuk menjalani latihan menjelang temasya Sukan Olimpik, seorang jurulatih diuji positif Covid-19 dan diasingkan di Tokyo.", "Pasukan yang lain dibenarkan pergi ke kem latihan di kota Izumisano, tetapi menjalani kuarantin ketat.", "“Hari ini (Rabu) kami telah mengetahui anggota kedua pasukan Uganda telah positif Covid-19. Anggota itu tidak bergejala dan dijaga oleh pihak kesihatan di bandar Izumisano,” kata kenyataan yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung UOC, Beatrice Ayikoru.", "Ayikoru berkata, anggota pasukan yang lain dalam keadaan baik dan menyesuaikan diri di Izumisano.", "”Kami tetap komited dan fokus untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan pasukan kami dan bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan,” tambah Ayikoru, juga Chef de Mission untuk pasukan Uganda.", "Juara dunia bagi 10,000m dan 5,000m, Joshua Cheptegei akan memimpin pasukan 26 atlet Uganda di Olimpik Tokyo yang dijadual berlangsung antara 23 Julai dan 8 Ogos.", "Stephen Kiprotich adalah atlet Uganda terakhir yang memenangi pingat Olimpik di Sukan Olimpik London pada tahun 2012.", "Kirpotich memenangi pingat emas itu untuk acara maraton. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/03/25/turki-akan-bawa-isu-bukit-golan-ke-pbb/
Turki akan bawa isu Bukit Golan ke PBB
[ "ANKARA – Turki akan membawa isu pengiktirafan Bukit Golan sebagai wilayah Israel ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kata Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berikutan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenai perkara itu yang disifatkan melanggar undang-undang antarabangsa.", "Pada Khamis lalu, Trump berkata, sudah tiba masanya AS mengiktiraf sepenuhnya kedaulatan Israel terhadap Bukit Golan.", "Semalam, Pemangku Menteri Luar Israel, Yisrael Katz dalam akaun twitternya menyatakan Trump akan menandatangani arahan yang mengiktiraf kedaulatan Israel terhadap Bukit Golan apabila beliau bertemu Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu di Washington hari ini.", "Pengumuman Trump itu mendapat kutukan dan kritikan seluruh dunuia termasuk Majlis Hak Asasi PBB dan Kesatuan Eropah.", "Sebaik sahaja pengumuman itu dilakukan , Menteri Luar Turki, Mevlut Çavuşoglu pentingnya penekanan diberikan kepada asas integriti wilayah di bawah undang-undang antarabangsa.", "“Cubaan AS untuk mengesahkan tindakan israel terhadap undang-undang antarabangsa hanya akan menjurus kepada lebih banyak keganasan dan kesakitan di wilayah ini,” tulis Çavuşoglu pada akaun twitternya.", "“Turki menyokong integriti wilayah Syria,” tambah beliau.", "Israel merampas Bukit Golan daripadsa Syria pada 1967 semasa Perang Enam Hari.", "Israel menceroboh kira-dua dua pertiga kewasan Bukit Golan dalam konflik itu.", "Negara itu cuba untuk menjadikan wilayah yang dicerobhhnya itu secara sahkan pada 1981 namun tindakan tersebut ditolak sebulat suara oleh Majlis Keselamatan PBB. – Agensi" ]
https://malaysiagazette.com/2022/05/25/pendakwaan-mohon-semak-keputusan-lepas-tanpa-bebas-long-tiger/
Pendakwaan mohon semak keputusan lepas tanpa bebas Long Tiger
[ "MUAR – Pihak pendakwaan hari ini memohon untuk menyemak keputusan Mahkamah Majistret Tangkak yang melepas tanpa membebaskan Long Tiger atau nama sebenarnya, Abdul Hamim Ab Hamid atas pertuduhan melakukan pemerasan.", "Permohonan itu dikemukakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Muar Datuk Abu Bakar Katar yang kemudiannya menetapkan 1 Jun untuk keputusan.", "Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dalam hujahannya berkata pada 17 Mei lepas, peguam Datuk Shaharudin Ali yang mewakili Abdul Hamim, 33, memohon supaya anak guamnya dilepas tanpa dibebaskan atas alasan pengadu atau saksi pertama pendakwaan sudah meninggal dunia.", "Beliau berkata berdasarkan undang-undang, meskipun pengadu telah meninggal dunia atau masih hidup, prosiding tetap berjalan melainkan pertuduhan tidak lengkap, tidak jelas maksudnya atau tertuduh tidak tahu dia dituduh atas kesalahan tertentu.", "Shaharudin pula berhujah sekiranya pengadu telah meninggal dunia, bagaimana untuk membuktikan kes berkenaan.", "Pada 6 Mei 2020, Abdul Hamim didakwa melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap Luqman Hakeem Othman, 20, dengan cara akan membuat laporan polis bahawa pengadu (Luqman Hakeem) telah melakukan hubungan seks bersama perempuan di bawah umur dan memaksa isteri pengadu menggugurkan laporan polis berhubung satu kes terhadapnya.", "Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Bukit Gambir, Tangkak, antara 7 malam hingga 9 malam, Oktober 2019 mengikut Seksyen 388 kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.", "Bagaimanapun, Luqman Hakeem yang merupakan bekas pekerja Abdul Hamim terlibat dengan kemalangan jalan raya di Tangkak dan meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini pada 23 Mac lepas.", "Pada 17 Mei lepas, media melaporkan Mahkamah Majistret Tangkak melepas tanpa membebaskan Abdul Hamim daripada pertuduhan pemerasan berikutan permohonan peguam susulan Luqman Hakeem meninggal dunia semasa perbicaraan kes itu sedang berlangsung.", "Terdahulu, Mahkamah Majistret Tangkak menolak permohonan Shaharudin supaya anak guamnya dilepas tanpa dibebaskan atas pertuduhan mengugut Luqman Hakeem mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan mengurung mengikut Seksyen 342 atas alasan pengadu telah meninggal dunia.", "Selain tiga pertuduhan itu, pada 8 Ogos tahun lepas, Abdul Hamim yang juga lelaki etnik Rohingya turut didakwa merogol seorang wanita pada 26 Sept 2019 mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.", "Sebelum ini, Abdul Hamim yang melarikan diri ketika menunggu proses perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak pada Disember tahun lepas, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh mahkamah sama, selepas mengaku bersalah dengan sengaja melarikan diri daripada jagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).- BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2018/10/09/nestle-labur-rm100-juta-untuk-kilang-milo-terbesar-dunia-di-chembong/
Nestle labur RM100 juta untuk kilang MILO terbesar dunia di Chembong
[ "KUALA LUMPUR – Nestlé (Malaysia) Bhd akan melabur lebih RM100 juta untuk mengembangkan kilang MILOnya di Chembong, Negeri Sembilan, seterusnya menjadikan kilang itu sebagai pusat kecemerlangan pembuatan MILO terbesar di dunia.", "Dalam satu kenyataan, Nestlé Malaysia berkata itu, ia akan memindahkan semua operasi perkilangan MILO sedia ada dari kilang di Petaling Jaya bagi menyatukan dan mengembangkan pengeluaran MILO di kilang Chembong.", "Ketua Pegawai Eksekutifnya Alois Hofbauer berkata kilang MILO di Chembong merupakan bahagian penting dalam perniagaan syarikat, membekalkan MILO dalam negeri dan dieksport ke lebih 20 negara.", "“Menerusi pertumpuan operasi MILO kami dan pelaburan melebihi RM100 juta ke kilang Chembong, kami akan dapat meningkatkan lagi kemudahan pengeluaran, meningkatkan kecekapan operasi dan meningkatkan kapasiti kilang.", "“Ini akan membantu kami untuk memenuhi permintaan tempatan dan eksport yang semakin meningkat,” katanya.", "Lactalis, peneraju global dalam perniagaan tenusu dengan operasi di lebih 100 negara, akan memperoleh dan mengambil alih operasi kilang PJ serta perniagaan Dairy Chilled terkemuka di pasaran Nestlé pada harga RM155.3 juta.", "Hofbauer berkata syarikat itu tetap positif terhadap pasaran Malaysia dan berharap dapat membuka lebih banyak peluang pertumbuhan pada masa depan.", "“Kami menyaksikan potensi besar bahawa pelaburan ini akan membolehkan kami mengukuhkan fokus terhadap perniagaan teras yang strategik yang dapat memberikan pertumbuhan jangka panjang yang baik dan sejajar dengan keperluan pengguna yang berkembang.", "“Pada masa yang sama, inisiatif ini akan membuka jalan bagi perniagaan Dairy Chilled dan kilang PJ untuk berkembang di bawah kepimpinan baharu Lactalis,” katanya.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2019/05/13/fgv-tamatkan-mou-buka-kilang-kertas-pulpa/
FGV tamatkan MoU buka kilang kertas pulpa
[ "KUALA LUMPUR- FGV Holdings Bhd. (FGV) menamatkan memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat senaraian awam Hong Kong, China Machinery Engineering Corp. (CMEC) bagi meneroka potensi untuk membuka sebuah kilang pengeluaran kertas pulpa.", "Dalam kenyataannya di Bursa Malaysia hari ini, FGV memberitahu, penamatan MoU berkenaan tidak akan memberikan sebarang kesan kewangan terhadap syarikat tersebut atau pun anak-anak syarikatnya.", "Bagaimanapun, sebab penamatan tidak dinyatakan.", "FGV dan CMEC menandatangani MoU tersebut pada 18 Disember lalu bagi meneroka usaha sama dalam membangunkan kilang pengeluaran kertas pulpa serta pengedaran dan pengkomersilan perniagaan produk berkenaan ke pasaran antarabangsa.", "CMEC bekerjasama dengan institusi penyelidikan di Hangzhou dan Guangxi untuk menggunakan teknologi mengubah tandan buah kosong (EFB) kepada kertas pulpa untuk dikomersilkan.", "Menurut Presiden FGV, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, ini merupakan salah satu inisiatif syarikat tersebut untuk memberi tumpuan kepada aktiviti hiliran memandangkan harga minyak sawit mentah mengalami naik-turun di samping dapat mengoptimumkan penggunaan produk sampingan daripada operasi sedia ada.- MalaysiaGazette", " ", " ", " " ]
https://malaysiagazette.com/2020/01/22/737-max-belum-boleh-terbang-pada-bulan-depan/
737 Max belum boleh terbang pada bulan depan
[ "CHICAGO – Boeing Co tidak menjangkakan pesawat 737 Max akan mendapat kelulusan untuk beroperasi semula sehingga pertengahan tahun ini disebabkan proses pensijilan dan peraturan ketat dalam sistem kawalan pesawat berkenaan.", "Firma pembuat kapal terbang itu berkata, ia telah memaklumkan unjuran baharu kepada syarikat-syarikat penerbangan dan para pembekalnya.", "Dengan itu, tarikh operasi semula 737 Max dijangka lebih panjang daripada yang diramalkan kerana mengambil kira keperluan latihan semula juruterbang.", "Sebelum ini, Boeing menjangkakan pesawat berkenaan boleh diterbangkan semula pada bulan Februari atau Mac tahun ini selepas ia digantung susulan dua nahas membabitkan Lion Air dan Ethipion Airlines.", "Berdasarkan kelulusan peraturan pada suku pertama, tiga syarikat penerbangan Amerika Syarikat yang mengendalikan 737 MAX – American Airlines Group Inc (AAL.O), United Airlines Holdings Inc (UAL.O) dan Southwest Airlines Co (LUV.N) – Max dijangka beroperasi pada awal bulan Jun ini.", "Mereka kini mungkin perlu memanjangkan tempoh masa lagi, sekurang-kurangnya 30 hari untuk meneruskan penerbangan berikutan persetujuan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan kerana memerlukan masa untuk kesediaan pesawat dan melatih juruterbang.", "Boeing telah mengemaskini sistem kawalan dan perisian kawalan 737 Max untuk menangani isu-isu yang dipercayai memainkan dalam dua kemalangan di Indonesia dan Ethiopia yang membunuh 346 orang dalam tempoh lima bulan.", "Saham Boeing ditutup 3.3% lebih rendah kepada AS$ 313.37 selepas jatuh sebanyak 5.7% semasa sesi tersebut.", "Mengembalikan Max dengan selamat adalah keutamaan dan kami yakin ia akan berlaku,” kata Boeing dalam satu kenyataan.", "Tambah Boeing: “Kami mengakui dan menyesali kesulitan yang berterusan sehingga terpaksa menggantung operasi 737 Max”.", "Boeing berkata, ia akan memberikan maklumat tambahan semasa keputusan prestasi suku tahun pada minggu depan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/02/11/amy-klobuchar-umum-bertanding-presiden-as/
Amy Klobuchar umum bertanding Presiden AS
[ "SAINT PAUL – Senator Demokratik Minnesota, Amy Klobuchar mengumumkan akan sedang bertanding untuk menjadi dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2020.", "Klobuchar, bekas pendakwa raya telah mendapat pujian selepas bertikam lidah ketika menyoal siasat Hakim Mahkamah Agung, Brett Kavanaugh dan calon Peguam Negara, William Barr semasa pendengaran pengesahan baru-baru ini.", "Pengesahan Klobucher, 58 tahun, itu telah meningkatkan calon yang bakal bersaing untuk mencabar Donald Trump.", "Beliau menyeru orang untuk menyertai kempennya, sambil berkata, “Saya tidak mempunyai jentera politik, saya tidak bertanding untuk wang tetapi apa yang saya ada adalah ini: Saya mempunyai kecekalan”", "Selain beliau, beberapa nama lain turut bersama-sama mencabar Trump. Mereka ialah Elizabeth Warren, Kamala Harris dan Tulsi Gabbard.", "Persaingan merebut jawatan Presiden Amerika Syarikat pada tahun depan mencatatkan sejarah apabila lebih daripada seorang wanita telah mengesahkan pencalonan.", "Setakat ini, lima orang wanita telah mengesahkan persaingan tersebut. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/02/23/pengusaha-kolam-ikan-mengaku-tidak-bersalah-cemar-sungai-selangor/
Pengusaha kolam ikan mengaku tidak bersalah cemar Sungai Selangor
[ "HULU SELANGOR – Seorang pengusaha kolam ikan keli mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan khianat melepaskan bahan buangan ke Sungai Selangor pada Disember tahun lalu.", "Tertuduh Tan Kim Hong, 61, membuat pengakuan itu dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.", "Mengikut kertas pertuduhan, Kim Hong telah didakwa telah melakukan khianat dengan menyebabkan bahan buangan dari sebuah premis ternakan ikan keli dilupuskan dalam alur air yang mana akan mengalir ke dalam Sungai Selangor dengan mengetahui bahawa ia mungkin akan menyebabkan susut bekalan air bagi maksud minuman manusia.", "Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Mukim Serendah, Hulu Selangor pada 7 Disember 2020.", "Dia dituduh di bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.", "Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Asnawi Abu Hanipah.", "Mohd. Asnawi tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh memandangkan kesalahan yang dilakukan tertuduh sangat serius dan tidak boleh dijamin.", "Namun setelah mendengar hujah peguam tertuduh, Kim Hong dibenarkan diikat jamin dengan RM400,000 dengan seorang penjamin dengan syarat pasport antarabangsa perlu diserahkan di mahkamah sehingga kes selesai dan menandatangani di balai polis berhampiran sebulan sekali.", "Hakim Nurul Mardhiah juga menetapkan 24 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.", "Kim Hong telah ditahan bersama empat orang pekerjanya oleh polis pada Disember lalu selepas disyaki terlibat dalam kes pencemaran air Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1, 2 dan 3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang dalam kejadian pada 7 Disember 2020 sehingga menjejaskan bekalan air di 1,274 kawasan di Lembah Klang.", "Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan bersama pekerja kolam ikannya yang berusia antara 28 hingga 47 tahun sekitar jam 9.30 malam di Bukit Sentosa, Hulu Selangor.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/03/10/all-england-aaron-wooi-yik-ke-final/
All England: Aaron-Wooi Yik ke final
[ "LONDON – Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mencipta sejarah dalam karier mereka apabila mara ke final kejohanan badminton All England 2019 di Arena Birmingham di sini, awal pagi tadi.", "Bertarung selama 59 minit, gandingan Aaron-Wooi Yik menjadikan pasangan Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto mangsa pada separuh akhir biarpun pertama kali menyertai kejohanan tersebut.", "Gandingan Aaron-Wooi Yik mengetepikan beregu Indonesia yang berada di ranking kesembilan dunia dengan 12-21, 22-20, 21-19.", "Aaron-Wooi Yik yang tewas pada set pertama bagaimanapun bangkit di set kedua hingga mengikat kedudukan 20-20.", "Di set ketiga, Aaron-Wooi Yik meningkatkan serangan demi serangan untuk memenangi set ketiga dengan 21-19 sekali gus menempah slot akhir All England pada penampilan sulung mereka.", "“Sudah tentu kami sangat gembira hari ini, kami tidak sangka dapat pergi sejauh ini sehingga ke peringkat akhir.", "“Saya bagitahu dia (Wooi Yik) untuk tidak fikirkan kemenangan tetapi fikirkan bagaimana untuk mendapatkan mata (perlawanan),” kata Aaron dalam rakaman temu bual di akaun twitter @YonexAllEngland.", "Menanti Aaron-Wooi Yik di final, pasangan mantap dari Indonesia Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan yang menduduki ranking ketujuh dunia. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/12/14/prestasi-terburuk-sektor-hartanah-malaysia-sudah-berakhir-maybank-ib/
Prestasi terburuk sektor hartanah Malaysia sudah berakhir – Maybank IB
[ "KUALA LUMPUR – Prestasi terburuk yang dialami sektor hartanah Malaysia sudah berakhir dengan rosot nilai utama ke atas inventori yang tidak terjual telah hampir selesai sejak sembilan bulan lepas.", "Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengunjurkan sektor itu untuk pemulihan seterusnya adalah selaras dengan tinjauan ekonomi yang lebih baik pada 2021.", "“Pada pandangan kami, penilaian sektor tanpa permintaan pada 0.4xPBV / 0.3x PRNAV seharusnya melebihi daripada harga negatif." ]
https://malaysiagazette.com/2017/10/14/himpunan-sayangi-malaysia-hapuskan-kleptokrasi-hambar/
Himpunan ‘Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’ hambar
[ "PETALING JAYA – Biarpun berlangsung di kawasan yang terbuka, Himpunan ‘Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’ boleh dianggap hambar.", "Bermula jam 4 petang tadi, dianggarkan hanya 8,000 orang peserta hadir di perkarangan Padang Timur, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).", "Bagaimanapun orang ramai semakin ramai apabila waktu malam ketika pimpinan tertinggi Pakatan Harapan mula berceramah.", "Himpunan dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad.", "Kemudian ia diikuti ucapan, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di pentas utama.", "Antara kepimpinan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat hadir adalah Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.", "Himpunan itu yang dijangka berkahir jam 11 malam ini akan menampilkan ucapan Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. -MalaysiaGazette." ]
https://malaysiagazette.com/2018/02/02/bahan-asing-dalam-kopi-pracampuran-polis/
Bahan asing dalam kopi pracampuran – Polis
[ "GEORGE TOWN – Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan kopi pracampuran yang diminum dua lelaki Nepal sehingga menyebabkan mereka mengalami gejala letih yang teruk dipercayai mengandungi bahan asing disyaki sejenis dadah.", "Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata berdasarkan ujian analisis sampel kopi yang dijalankan pegawai teknologi makanan, makmal keselamatan dan kualiti makanan Pulau Pinang mendapati terdapat kandungan dadah namun belum dapat dipastikan jenis apa.", "“Hasil analisis sampel paket kopi yang diberikan seorang wanita tidak dikenali kepada dua pengawal keselamatan itu juga menunjukkan bahawa paket itu telah dibuka dan dilekatkan semula kerana bahagian bawah paket itu menunjukkan kesan koyakan.", "“Berat paket yang dilekatkan semula itu juga menunjukkan penambahan lebih 10 gram(g) daripada berat asal iaitu 40g kepada 50g dan dalam serbuk kopi itu mengandungi bendasing berwarna hijau berbeza dengan paket asal,” katanya di sini hari ini.", "Beliau berkata sampel kopi itu juga dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi mengenal pasti jenis sebenar dadah yang dicampur dalam paket tersebut.- BERNAMA", "Kepala pusing laju selepas minum kopi campuran", " " ]
https://malaysiagazette.com/2018/01/03/tiada-petanda-negara-akan-bankrup-najib/
Tiada petanda negara akan bankrap – Najib
[ "KUALA LUMPUR – Tiada sebarang petanda yang menunjukkan Malaysia bakal mengalami kebankrapan meskipun terdapat dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan hutang yang ditanggung negara ketika ini terlalu besar dan tidak terurus.", "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, pertumbuhan ekonomi dan kedudukan kewangan setiap negara termasuk Malaysia sentiasa dipantau secara berkala oleh badan-badan penarafan antarabangsa oleh antaranya Moody’s, Fitch Ratings, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.", "Jelasnya, setakat ini penarafan yang diberikan kepada Malaysia masih lagi A- dan tinjauan yang stabil.\n“Ini bererti kita berada dalam kelompok negara A. Ada banyak lagi negara yang berada dalam kelompok B dan C yang mana keadaan mereka jauh lebih dahsyat daripada kita.", "“Kalau hendak kata kita bankrap, tentulah kelompok B dan C akan bankrap lebih awal daripada A, betul tak?\n“Jadi tidak ada tanda-tanda yang kita nak bankrap dan rizab kita jauh lebih besar daripada rizab semasa krisis kewangan Asia pada tahun 1997 dahulu.", "“Pada ketika itu, kita punya rizab lebih kurang AS$20 bilion. Sekarang sudah lebih AS$100 bilion, maknanya lima kali ganda daripada keadaan rizab ketika itu.", "“Kenapa ketika itu tidak timbul cerita rakyat Malaysia nak bankrap?\n“Patutnya pada masa itulah, (ketika itu) nilai mata wang kita merudum, banyak syarikat bankrap, kenapa tidak timbul?” soalnya ketika dalam temubual eksklusif theRakyat menerusi program Bicara Empat Mata di sini.", "Tambah Najib yang juga Menteri Kewangan, dakwaan-dakwaan yang mengatakan Malaysia akan mengalami kebankrapan hanyalah mainan politik dan bukannya menggambarkan kedudukan kewangan negara yang sebenar.", "Perkara tersebut pula timbul disebabkan oleh sabotaj oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab bagi menjatuhkan kerajaan dan menghilangkan keyakinan rakyat serta menimbulkan kebencian kepada kerajaan.", "Apa yang lebih menyedihkan menurut beliau, sabotaj itu dilakukan oleh rakyat Malaysia sendiri.", "Menyentuh mengenai nilai ringgit, Najib menjelaskan, kerajaan tidak melaksanakan tambatan ringgit seperti yang pernah dilakukan semasa krisis kewangan Asia 1997-1998 kerana tidak mahu para pelabur serta pasaran dunia hilang keyakinan kepada Malaysia.", "Malaysia sebaliknya mengambil langkah mengukuhkan fundamental ekonomi yang mana kesannya akan nampak ketara pada jangka masa panjang.", "“Ya memang tambatan ringgit berjaya pada waktu itu (semasa krisis kewangan Asia) tetapi kosnya sangat tinggi.", "“Jadi, itu pun timbul persoalan sama ada langkah tersebut adalah wajar atau tidak dan boleh kita debat sama ada baik atau sebaliknya tetapi kita tidak boleh mengulangi perkara tersebut.", "“Alhamdulillah, sebulan dua ini, kita sudah dapat melihat dasar kita memang ringgit semakin kukuh. Banyak yang kata ia akan terus meningkat lagi,” tambahnya.", "Menurut Najib, di era media sosial ini, pendapat seseorang itu tidak semestinya sesuatu yang tepat dan perlu dilayan hanya sebagai pendapat individu.", "Rakyat perlu memperhalusi setiap pendapat tersebut sama ada ianya jujur atau bermotifkan politik sebelum menerimanya.- theRakyat" ]
https://malaysiagazette.com/2021/09/20/covid-19-kes-sembuh-atasi-kes-positif/
Covid-19: Kes sembuh atasi kes positif
[ "PUTRAJAYA – Kes sembuh harian Covid-19 setakat 12 tengahari ini masih tinggi iaitu 16,814 kes berbanding kes positif harian 14,345 kes har ini menjadikan bilangan kumulatif sembuh 1,880,736 kes di dalam negara.", "KUALA LUMPUR – Sebanyak 16,814 kes sembuh Covid-19 direkodkan pada hari ini berbanding 14,345 kes positif.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes baharu itu sebanyak 13,072 kes adalah warga tempatan manakala selebihnya warga asing.", "Katanya, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 1,167 kes manakala 636 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.", "“Daripada 14,345 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 212 kes atau 1.5 peratus daripadanya adalah dalam kategori pesakit Covid-19 kategori 3, 4, dan 5 manakala dan 14,133 kes atau 98.5 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Sarawak mencatatkan kes positif tertinggi hari ini dengan 3,611 kes.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/11/15/kenyataan-takiyuddin-hanya-pilihan-sedia-ada-tuan-ibrahim/
Kenyataan Takiyuddin hanya pilihan sedia ada – Tuan Ibrahim
[ "KUALA LUMPUR – Tidak timbul soal gabungan politik dengan mana-mana pihak selepas Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).", "Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan kenyataan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan hanyalah pilihan sedia ada dan telah banyak kali diulas pelbagai pihak.", "Katanya, rakyat dan penjawat awam telah serik dengan pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan dan tidak mungkin mengulangi kesilapan lalu.", "Manakala Barisan Nasional pula masih dibelenggu dengan isu-isu membabitkan beberapa pemimpinnya termasuk melibatkan kes mahkamah.", "“Bagi PN, kami akan terus meningkatkan usaha supaya boleh membentuk kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Tuan Ibrahim berkata demikian mengulas mengenai laporan mengatakan Takiyuddin mendedahkan Pas sedia berunding dengan BN untuk membentuk kerajaan sekiranya tiada parti yang mendapat bilangan kerusi yang cukup bagi membentuk kerajaan.", "Bagaimanapun, Takiyuddin dalam satu kenyataan ringkas hari ini mengatakan, kenyataan beliau mengenai kerjasama BN-Pas pasca PRU15 telah disalah tafsir.", "Pemimpin-pemimpin Pas juga mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu hanya mengeluarkan pendapat peribadi berhubung perkara terbabit.", "Tuan Ibrahim turut berkata Pas percaya PN akan berjaya membentuk kerajaan selepas 19 November ini.", "Ia bersandarkan kepada sokongan kepada PN yang semakin meningkat dan mood perubahan yang ditunjukkan rakyat sehingga kini. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/11/14/kerajaaan-persekutuan-peruntuk-rm4-6-juta-kepada-johor/
Kerajaaan Persekutuan peruntuk RM4.6 juta kepada Johor
[ "“Sebanyak RM4.6 bilion yang kebanyakannya adalah untuk projek sambungan sedia ada membabitkan Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, Projek Rapid Transit Sistem Link (RTS Link), pembinaan sekolah baharu 36 bilik darjah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Putra 2 di Kulai.", "“Selain itu, peruntukan untuk Johor itu juga bagi pembinaan Program Perumahan Rakyat Ulu Tiram dan pembinaan Hospital Pasir Gudang,” katanya selepas menghadiri Roadshow Pasca RMK-12, di sini, hari ini.", "Mengulas lanjut, Mustapha berkata, dalam sesi libat urus berkenaan beliau turut memberi penjelasan terhadap isu dibangkitkan kerajaan Johor berikutan kekurangan peruntukan projek baharu di negeri itu.", "Beliau menjelaskan, isu kekangan kewangan disebabkan Covid-19 telah banyak menjejaskan hasil negara. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/04/18/kuota-2200-untuk-program-matrikulasi-penuntut-india-masih-kekal-ke/
Kuota 2,200 untuk program matrikulasi penuntut India masih kekal?
[ "KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan diminta menjelaskan sama ada masih mengekalkan kuota 2,200 yang diperuntukan kepada penuntut India untuk memasuki program matrikulasi bagi sesi 2019/20.", "Peruntukan itu telah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada pelajar India selepas menambah 700 tempat baharu berbanding 1,500 sebelum ini bagi memastikan kaum India tidak tercicir dalam pembangunan akademik negara.", "Kementerian itu juga diminta mendedahkan jumlah pelajar India yang sudah memohon masuk ke program matrikulasi bagi sesi itu.", "Permintaan itu dibuat oleh empat pembaca MalaysiaGazette susulan laporan seorang pelajar India lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan 10A tetapi tidak dapat diterima masuk ke program matrikulasi.", "Shatesh Kumar Sangar, Seshagri Somasegaran, Sharvin Rao Tharma Raja dan S. Sharmin Kutty kesal kerana isu itu sehingga hari ini tidak mendapat perhatian daripada empat menteri berbangsa India.", "“Sehingga hari ini, seluruh rakyat Malaysia menjadi saksi bahawa tiada tindakan yang dilakukan ataupun diambil oleh keempat- empat Menteri yang berbangsa India dalam Kabinet terhadap isu kemasukan matrikulasi ini,” kata mereka.", "Sedangkan pada muka surat 167 Buku Harapan PRU-14, ia telah menyatakan bahawa sebagai rakyat yang mempunyai hak yang sama dengan semua warga negara lain, sudah tiba masanya untuk semua bentuk diskriminasi yang menzalimi kaum India dihapuskan.", "Menurut mereka, stastistik 2013-2017 menunjukkan bahawa pendaftaran pelajar India bagi program matrikulasi meningkat, menunjukkan penyertaan dan minat pelajar India bertambah bagi setiap tahun.", "Sedangkan kursus asasi yang dibenarkan untuk pelajar bukan Bumiputera adalah terhad.", "“Adakah pelajar India yang cemerlang tidak layak untuk mengikuti pengajian matrikulasi dan asasi?” soal mereka.", "Sehubungan itu, kata mereka, kerajaan perlu menaikkan kuota pelajar India daripada 2,200 kepada 3,000, selari dengan hasrat kerajaan untuk membantu masyarakat India.", "Dakwa mereka, stastistik 2013-2017 menunjukkan tidak semua pelajar India yang ditawarkan program matrikulasi mendaftarkan diri, justeru terdapat kekosongan tempat bagi kuota yang sedia ada.", "Bagi memastikan perkara ini tidak berlaku, kerajaan boleh mengambil langkah proaktif dengan meningkatkan jumlah tawaran bagi pengambilan kedua atau membuat tawaran khas pengambilan ketiga.", "Kementerian Pendidikan juga diminta membuat penelitian semula berkaitan sistem matrikulasi dan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) agar tidak berlaku pertindihan supaya ramai lagi pelajar berpeluang melanjutkan pendidikan di institusi pendidikan awam.", "Artikel berkaitan:Apa nasib pelajar cemerlang India tak dapat matrikulasi?", "Jangan tindas dan berlaku zalim kepada pelajar cemerlang masuk matrikulasi – DAP", "Mereka juga mahu kementerian meneliti semula pengajian asasi yang ditawarkan serta membuka lebih banyak pengajian asasi kepada pelajar cemerlang bukan bumiputera.", "“Misalnya, pengajian Asasi Sains Hayat di UM memberi peluang kepada pelajar bukan bumiputera tetapi tidak di UIAM, USIM dan UITM.", "“Cadangan ini dapat mewujudkan persaingan sihat di samping memantapkan integrasi nasional dan perpaduan kaum,” kata mereka. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2016/12/23/tuduhan-majalah-myanmar-terhadap-najib-bermotif-politik/
Tuduhan majalah Myanmar terhadap Najib bermotif politik
[ "SEGAMAT – Tindakan pihak berkepentingan di Myanmar, yang mempersoal keikhlasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri himpunan membantah keganasan ke atas masyarakat Rohingya di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini, adalah bermotifkan politik.", "Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata majalah negara itu sengaja berbuat demikian setelah Najib mendesak kerajaan Myanmar mengambil tindakan positif bagi membantu masyarakat Rohingya yang dizalimi.", "“Malaysia sebagai anggota ASEAN wajar mengeluarkan pandangan sedemikian bagi mendesak kerajaan Myanmar mengambil tindakan positif…kita telah berjaya memberi tekanan kepada mereka bagi menyelesaikan konflik tersebut.", "“Sebelum ini, mereka (kerajaan Myanmar) tidak membenarkan negara luar membantu rakyat mereka namun, desakan yang dibuat telah membawa perubahan apabila mereka mula bertindak positif,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.", "Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah portal berhubung majalah di Myanmar yang mempersoal keikhlasan Najib membantah keganasan terhadap masyarakat Rohingya.", "Dr Subramaniam yang juga Presiden MIC berkata ada kumpulan politik di Myanmar yang cuba merosakkan usaha itu dengan menjadikannya isu politik.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2023/06/08/isu-sempadan-maritim-laut-sulawesi-selat-melaka-selesai-selepas-tertangguh-18-tahun/
Isu sempadan maritim Laut Sulawesi-Selat Melaka selesai selepas tertangguh 18 tahun
[ "PUTRAJAYA- Malaysia dan Indonesia berjaya menyelesaikan isu persempadanan maritim antara wilayah melibatkan Laut Sulawesi dan Selat Melaka yang tertangguh selama 18 tahun menerusi hubungan akrab serta kesepakatan pemimpin kedua-dua negara.", "Presiden Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi yang dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Malaysia mulai Rabu, turut berharap proses rundingan bagi isu perbatasan (persempadanan) lain dapat diselesaikan segera.", "“Di Malaysia, harap perdana menteri Anwar (Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan di Indonesia presiden masih Jokowi.", "“Yang pasti sudah banyak disampaikan Anwar, yang pertama saya menyambut baik penyelesaian rundingan sempadan laut di Laut Sulawesi dan bahagian selatan Selat Melaka setelah 18 tahun proses rundingan.", "“Selepas 18 tahun berjaya diselesaikan Alhamdulillah, Anwar dibantu para menteri,” katanya dalam sidang akhbar bersama Anwar di Kompleks Seri Perdana di sini pada Khamis.", "Rundingan sempadan di Laut Sulawesi dan bahagian paling selatan Selat Melaka telah dilakukan sejak 2005.", "Dalam pada itu, Anwar pula turut menzahirkan penghargaan atas komitmen Jokowi memberi kerjasama untuk memudahkan proses penyelesaian isu persempadanan itu.", "“Ini hubungan sangat akrab serta memudahkan dan saya berbangga dengan pimpinan dua-dua negara hari ini, kita dapat selesaikan satu isu yang telah kita runding selama berpuluh tahun,” katanya.", "Mengenai perlindungan yang diberikan kepada pekerja migran Indonesia, Jokowi menghargai komitmen Anwar dalam memperkukuh aspek perlindungan terhadap rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia.", "“Saya dan Anwar sepakat untuk membentuk mekanisme khusus bilateral untuk menyelesaikan masalah berkaitan pekerja migran Indonesia,” katanya.", "Jokowi turut menyuarakan tekad untuk melawan diskriminasi terhadap komoditi kelapa sawit dan komoditi lain yang dihasilkan kedua-dua negara yang merupakan negara pengimport terbesar kelapa sawit.", "“Kolaborasi semacam ini harus diperkuat jangan sampai komoditas (komoditi) yang dihasilkan oleh Malaysia dan Indonesia didiskriminasi di negara lain,” katanya.", "— BERNAMA", " " ]
https://malaysiagazette.com/2020/06/26/liverpool-juara-zulkifli-tayang-jersi/
Liverpool juara, Zulkifli tayang jersi
[ "KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi kegembiraan apabila Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) buat pertama kali sejak 30 tahun dengan menunjukkan baju kelab itu.", "Menerusi Instagram miliknya, bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang terkenal sebagai penyokong setia The Reds turut membuat status dengan tulisan Liverpool dalam bahasa Jawi.", "Tindakan Zulkifli itu menyebabkan ada penyokong kelab lain yang mengusik beliau dengan komen-komen gurauan.", "Awal pagi tadi, Liverpool disahkan juara EPL musim 2019/2020 walaupun berbaki tujuh perlawanan lagi pada musim ini.", "Ini kerana, skuad kendalian Jurgen Klop yang hanya memerlukan dua mata untuk mengesahkan kejuaraan dibantu kemenangan Chelsea ke atas Manchester City.", "Ia merupakan kejuaraan yang ke-19 buat Liverpool dan yang pertama sejak penjenamaan semula Liga Perdana Inggeris pada 1992.", "Sejak musim 1990-91 Liverpool telah beraksi dalam 1,149 perlawanan melibatkan 103,410 minit (tidak termasuk waktu tambahan) sebelum bergelar juara piala ke-19.", "Sepanjang 30 tahun ini, the Kops merekodkan 595 kemenangan dengan 1,968 gol dan 2075 mata. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/01/26/pembangunan-canal-city-mampu-pacu-ekonomi-di-batu-gajah-mb/
Pembangunan ‘Canal City’ mampu pacu ekonomi di Batu Gajah – MB
[ "BATU GAJAH – Projek pembangunan ‘Canal City’ bernilai RM1.5 bilion di Batu Gajah bakal mengubah landskap serta memacu pertumbuhan ekonomi masyarakat setempat dalam tempoh beberapa tahun akan datang.", "Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata projek pembangunan oleh kumpulan pemaju hartanah, Team Keris Berhad ( TKB) dan Silverland Capacity Sdn Bhd itu akan dilaksanakan di kawasan seluas 202 hektar bermula suku kedua 2023 dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun akan datang.", "Beliau berkata pembagunan ‘Canal City’ itu antara lain melibatkan pembinaan projek perumahan, Spanish Gardens by the Water dan pusat beli-belah, Silverlakes Village Outlet yang akan mewujudkan lebih banyak tarikan ekonomi melalui ketersediaan infrastrukur yang lengkap bagi kemudahan rakyat, pelabur serta komuniti perniagaan.", "Saarani berkata pembangunan di Spanish Gardens by the Water di kawasan seluas 52 hektar yang bernilai RM500 juta terletak berhadapan Silverlakes Village Outlet kini kembali rancak apabila Perak sudah memasuki fasa empat Pelan Pemulihan Negara yang menyaksikan pembukaan semula kegiatan ekonomi termasuk sektor pembangunan hartanah.", "Jelasnya, sejak pelancaran pada suku pertama 2021, projek Spanish Gardens telah merekodkan prestasi jualan yang baik hasil sokongan dari para pembeli, institusi kewangan serta hartanah sekali gus menggambarkan potensi pembangunan lebih pesat di kawasan Batu Gajah.", "Pembinaan fasa pertama gedung beli-belah, Silverlakes Village Outlet pula telah bermula sejak April 2017 di kawasan seluas 13.2 hektar dan dijangka akan beroperasi tahun ini.", "Fasa pertama ini akan merangkumi pembinaan hotel bertaraf empat bintang dengan 220 bilik dan pusat konvensyen yang boleh menampung 1,200 tetamu.", "Gedung beli-belah yang bakal menampilkan 150 rangkaian jenama tempatan dan antarabangsa itu juga akan mewujudkan 800 hingga 1,000 peluang pekerjaaan, khususnya kepada rakyat negeri ini.", "— BERNAMA", " " ]
https://malaysiagazette.com/2019/08/26/perodua-bezza-sedan-terlaris-di-sri-lanka/
Perodua Bezza, sedan terlaris di Sri Lanka
[ "KUALA LUMPUR – Dalam tempoh dua tahun dijual di Sri Lanka, Perodua Bezza muncul menjadi sedan bawah-1.0 liter baharu yang terlaris di negara tersebut.", "Malah, setakat tujuh bulan pertama 2019, Perodua Bezza menduduki tempat teratas dalam kategori bawah-1.0 liter di Sri Lanka daripada segi jualan kenderaan baharu, baik sedan mahupun hatchback.", "Dilancarkan di Sri Lanka pada Jun 2017 pada harga Rs 3.69 juta (RM86,200), Perodua Bezza telah menemui kira-kira 1,500 pemilik setakat ini, menjadikannya antara model Perodua yang mencatat jualan terpantas di negara tersebut, bersama dengan Perodua Axia, yang telah mencapai jualan 3,000 unit sejak 2015.", "Sri Lanka merupakan pasaran eksport terbesar untuk jenama Perodua.", "Pengedar Sri Lanka, Unimo Enterprises, telah menjual lebih 15,600 kenderaan Perodua sejak 1997.", "Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua akan terus memberi sokongan kepada para pengedarnya di luar Malaysia, selari dengan hasratnya untuk berkembang di rantau Asia-Pasifik.", "Varian Bezza tunggal yang dijual di Sri Lanka dikuasai enjin 998 cc VVT-i blok aluminium yang disambungkan kepada transmisi automatik kawalan elektronik empat-kelajuan, dengan kecekapan bahan api yang dinilai melebihi 21 km/l.", "Unimo Enterprises yang mengedar Perodua di Sri Lanka berkata, pelanggannya menggemari Perodua Bezza dan Axia kerana kenderaan tersebut kompak, praktikal, berkualiti tinggi, boleh dipercayai, lasak serta cekap bahan api. Kedua-duanya juga mempunyai ruang dalaman yang cukup luas.", "“Pelanggan kami menggemari reka bentuknya, keselesaannya dan ruang bagasinya yang berisipadu 508 liter. Perodua Bezza boleh menempatkan lima orang dengan selesa dan juga membawa bagasi mereka, menjadikannya sangat sesuai untuk perjalanan seisi keluarga,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Unimo Enterprises Mahesh Gunathilake.", "Perodua mensasarkan eksport sebanyak 3,270 pada tahun ini – 50 peratus lebih daripada 2,184 unit yang dieksport tahun lepas.", "Setakat ini, lebih 80,000 kenderaan Perodua telah dijual di luar Malaysia. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/07/06/covid-19-103-kematian-lebih-900-di-icu/
Covid-19: 103 kematian, lebih 900 di ICU
[ "KUALA LUMPUR – Angka korban akibat Covid-19 masih kekal tiga angka dengan hari ini sebanyak 103 kes dilaporkan.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia akibat wabak tersebut mencecah 5,677 kes.", "Jumlah pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) masih melepasi 900 dengan hari ini 943 kes manakala 450 memerlukan bantuan alat pernafasan, katanya.", "“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula mencatatkan bilangan 72,201 kes,” katanya menerusi kenyataan hari ini.", "Bagaimanapun katanya, sebanyak 4,797 kes sembuh baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih daripada Covid-19 di negara ini sebanyak 714,815.", "Terdahulu Dr. Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 7,654 kes positif baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.", "Daripada junlah itu katanya, 7,643 kes merupakan penularan tempatan manakala 11 lagi kes import. – MalaysiaGazette", "ARTIKEL BERKAITAN:", "Covid-19: Kes baharu lepasi 7,000, Selangor masih tertinggi", "" ]
https://malaysiagazette.com/2017/06/20/bbcc-projek-keberhasilan-etp-najib/
BBCC projek keberhasilan ETP – Najib
[ "KUALA LUMPUR – Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan tujuh tahun lalu bakal mewujudkan peluang ekonomi bernilai kira-kira RM1.3 trilion, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai negara berstatus berpendapatan tinggi menjelang 2020.", "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini juga akan mewujudkan peluang pekerjaan tambahan kepada 3.3 juta orang dengan menarik pelaburan bernilai AS$444 bilion.", "Malah, katanya, Bank Dunia turut meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini kepada 4.9 peratus iaitu angka yang menjadi nadi kepada kemajuan ekonomi.", "“Kita juga melihat jauh ke hadapan dengan melancarkan Transformasi National 2050 (TN50) untuk merancang masa depan negara.", "“Menerusi pelan tindakan ini, kita mahu meletakkan Malaysia antara 20 negara teratas di dunia dalam pembangunan ekonomi.", "“Pada masa sama, projek Bukit Bintang City Centre (BBCC) bersama Mitsui Mall yang bakal dibangunkan ini adalah antara keberhasilan pelaksanaan ETP dari segi menarik pelaburan asing,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah BBCC dan Mitsui Mall di Jalan Hang Tuah di sini, hari ini.", "Hadir sama, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Pengerusi UDA Holding Bhd., Datuk Seri Dr. Mohd Shafei Abdullah; Pengerusi Eco World Development Group Berhad, Tan Sri Liew Kee Sin; dan Ketua Pegawai Eksekutif Mitsui Fudosan Co. Limited, Akihiko Funaoka.", "Dalam ucapan itu, Najib merakamkan ucapan terima kasih kepada BBCC Development Sdn. Bhd dan MFBBCC Retail Mall Sdn. Bhd. kerana berupaya membangunkan pusat membeli belah Lalaport Kuala Lumpur yang terbesar di negara.", "BBCC adalah suatu projek penting dan contoh kepada satu kejayaan dari segi kerjasama awam dengan swasta yang menyatukan sebuah syarikat berkaitan kerajaan iaitu Pihak Berkuasa Pembangunan Bandaraya (UDA) yang merupakan pemilik tanah dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan EcoWorld Group.", "Kata Najib, walaupun ibu kota kekurangan tanah, tetapi dengan pengurusan yang bijak dan teliti, ia dapat memberi peluang kepada pihak yang terlibat ini membangunkan sebuah pusat beli belah yang bakal menjadi mercu tanda negara. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/11/21/pengerusi-dap-melaka-letak-jawatan/
Pengerusi DAP Melaka letak jawatan
[ "MELAKA – Pengerusi DAP Melaka, Tey Kok Kiew hari ini membuat kejutan apabila meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta selepas kalah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam. ", "DAP yang bertanding lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya menang empat manakala empat lagi kalah dalam PRN kali ini. ", "Kata Kok Kiew,keputusan ini merupakan keputusan peribadi selepas kegagalan DAP menang kesemua kerusi tersebut. ", "Sebelum ini, lapan kerusi yang dipertandingan telah dimenangi oleh DAP pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 lepas. ", "“Saya ingin memohon maaf kepada semua. Saya ambil tanggungjawab atas apa yang terjadi. Saya mohon maaf pada semua ahli DAP, rakan sekutu PH dan juga semua penyokong kita. ", "“Kita bukan sahaja gagal membentuk kerajaan negeri yang baru malah lapan kerusi yang kita menangi pada pilihan raya umum 2018 telah berkurangan kepada empat.", "“Sebagai ketua negeri, saya mesti bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keputusan pilihan raya negeri. Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya meletakkan jawatan sebagai ketua negeri, berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam sidang hari ini. ", "bagaimanapun Kok View kekal sebagai ahli DAP. ", "DAP semalam hanya berjaya mempertahankan empat kerusi  iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana, DUN Kesidang, DUN Bandar Hilir dan DUN Ayer Keroh malah Kok View yang juga calon kerusi DUN Bemban juga tewas dengan pertandingan lima penjuru. ", "Sebelum ini, Kok View pernah bertanding dan menang kerusi Bandar Hilir sejak PRU 2008 sebelum memilih kerusi DUN Bemban. – MalaysiaGazette " ]
https://malaysiagazette.com/2020/09/18/pekerja-jangan-lupa-mengimbas/
Pekerja jangan lupa mengimbas
[ "SEBERANG PERAI – Pekerja atau petugas yang tidak melakukan pengimbasan aplikasi MySejahtera atau merekodkan maklumat peribadi semasa memasuki premis pejabat juga  boleh dikompaun.", "Ketua Unit Penguatkuasaan Kesihatan Pulau Pinang, Ong Ang Guan berkata, pihak jabatan kesihatan boleh mengenakan tindakan ke atas pekerja yang tidak memuat turut MySejahtera atau tidak melakukan pengimbasan semasa memasuki pejabat.", "“Semua pemilik premis komersial harus menyediakan kod QR untuk MySejahtera dan pekerja yang memasuki tempat berkenaan juga harus melakukan pengimbasan setiap hari.", "“Untuk mereka yang tidak melakukan pengimbasan dan tidak mengisi maklumat  peribadi pula, mereka akan dikenakan tindakan,” katanya kepada China Press.", "Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Noorzainy Mohd. Noor memberitahu, pihaknya mengambil tindakan ke atas pemilik premis komersial yang gagal menyediakan kemudahan MySejahtera dan bukannya menyasarkan pekerja.", "Polis sebelum ini telah bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Seberang Perai untuk memeriksa enam pusat hiburan.", "Dua premis perniagaan telah diarahkan tutup selama tujuh hari dalam operasi yang dijalankan manakala 10 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang berjaya dikesan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/01/17/epl-leicester-pintas-liverpool/
EPL: Leicester pintas Liverpool
[ "LONDON – Leicester semakin menghampiri pendahulu Liga Perdana Inggeris Manchester United dengan jurang hanya satu mata selepas kemenangan 2-0 ke atas Southampton.", "Jaringan James Maddison pada minit ke-37 meletakkan skuad kendalian Brendan Rodgers di depan yang mana pemain tengah itu meraikannya mengikut protokol ditetapkan.", "Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi:", "Fulham 0 Chelsea 1", "Leeds 0 Brighton 1", "West Ham 1 Burnley 0", "Leicester 2 Southampton 0", "– MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/11/14/ku-nan-ditahan-di-lokap-sprm/
Ku Nan ditahan di lokap SPRM
[ "PUTRAJAYA – Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pukul 3.15 petang tadi.", "Sumber SPRM memberitahu, beliau hadir dengan menaiki Toyota Camry warna putih.", "Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Putrajaya itu terus masuk ke ruang tempat letak kereta di bahagian bawah bangunan agensi penguatkuasa itu tanpa disedari wartawan dan jurugambar.", "Difahamkan, kehadiran Ku Nan adalah untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan terhadap 97 kes transaksi meragukan membabitkan penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seluas lebih 273 hektar bernilai RM5.63 bilion semasa beliau menjadi menteri Wilayah Persekutuan.", "Menurut sumber itu lagi, Tengku Adnan akan ditahan di lokap SPRM dan akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok untuk pertuduhan.", "Bagaimanapun, difahamkan SPRM akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat.", "Terdahulu, isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor disahkan sekali lagi akan dihadap ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di Jalan Duta pukul 3 petang esok.", "Rosmah berdepan dengan tuduhan membabitkan projek hibrid solar RM1.25 bilion di kawasan pedalaman di Sarawak.", "Perkara tersebut didedahkan oleh laman web Sarawak Report yang mendakwa kemungkinan wujud penyelewengan dalam pemberian kontrak projek hibrid solar berkenaan melalui penganugerahan kontrak secara terus di bawah arahan seorang bekas pemimpin tertinggi negara.", "Pemimpin berkenaan turut didakwa mengarahkan Kementerian Pendidikan pada Januari tahun lepas agar melantik sebuah syarikat perniagaan kereta sewa di Bintulu bagi projek hibrid solar untuk 369 sekolah pedalaman di Sarawak. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/10/07/covid-1794-kes-baharu-empat-kematian-semalam/
Covid: 1,794 kes baharu, empat kematian semalam
[ "KUALA LUMPUR – Negara merekodkan 1,794 kes jangkitan baharu Covid-19 setakat semalam dengan empat kematian.", "Kes baharu itu termasuk lima kes import.", "Pertambahan itu menjadikan kes terkumpul jangkitan baharu dan kematian masing-masing 4,811,871 dan 36,391.", "Statistik KKMNOW menunjukkan sebanyak 23,601 kes aktif dalam tempoh sama termasuk 948 dirawat di hospital termasuk 36 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 24 kes memerlukan bantuan pernafasan.", "Manakala seramai 1,227 pesakit dilaporkan sudah sembuh dalam tempoh sama. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/05/23/tun-m-pengerusikan-mesyuarat-kabinet-kali-pertama/
Tun M pengerusikan mesyuarat Kabinet kali pertama
[ "PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempengerusikan kali pertama mesyuarat Kabinet yang diadakan hari ini.", "Antara yang sudah memasuki bangunan Perdana Putra adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun.", "Isnin lalu, Mahathir membentuk Kabinet dengan melantik 13 Menteri Kabinet yang mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Agong, di Istana Negara.", "Antara yang dilantik adalah Wan Azizah Wan Ismail yang memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dan Mohamad Sabu selaku Menteri Pertahanan.", "Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, Rina Harun (Menteri Pembangunan Luar Bandar) dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Hal Ehwal Ekonomi).", "Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Anthony Loke Siew Fook (Menteri Pengangkutan) dan Gobind Singh Deo (Menteri Komunikasi dan Multimedia).", "Salahuddin Ayub (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani), Kulasegaran V.Murugeson (Menteri Tenaga Manusia) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan). – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/12/14/umno-kini-lalui-saat-saat-getir/
UMNO kini lalui saat-saat getir
[ "KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengakui UMNO kini melalui saat-saat getir.", "Sehubungan itu, beliau menasihatkan pemimpin-pemimpin UMNO supaya mengutamakan parti itu dalam membuat setiap keputusan dan tindakan.", "Bekas Naib Presiden UMNO itu sekali lagi mengulangi pendirian agar semua ahli-ahli parti tersebut di setiap peringkat merapatkan barisan dan mengekalkan kesatuan sesama sendiri.", "Hishammuddin dipercayai membuat kenyataan tersebut susulan tindakan enam Ahli Parlimen UMNO yang bertindak keluar parti hari ini, selepas tindakan sama oleh kepimpinan UMNO Sabah pada 11 Disember lalu.", "Mereka ialah Datuk Dr Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor) dan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam).", "Dua lagi ialah Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).", "Dalam pada itu, Hamzah juga mengakui seramai 33 Ahli Parlimen UMNO daripada 36 Ahli Parlimen Barisan Nasional sudah menandatangani surat akuan sebagai tanda sokongan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/06/29/kenaikan-kes-varian-delta-pacu-kejatuhan-harga-minyak/
Kenaikan kes varian Delta pacu kejatuhan harga minyak
[ "MELBOURNE – Harga minyak merosot untuk hari kedua pada hari Selasa kerana kebimbangan pertumbuhan permintaan bahan bakar yang lebih perlahan apabila wabak varian Delta Covid-19 semakin menular mencetuskan sekatan mobiliti baharu di seluruh dunia.", "Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat (AS) jatuh AS$0.14 atau 0.2 peratus kepada AS$72.77 setong pada 0045 GMT, menambah kerugian 1.5 peratus pada hari Isnin.", "Niaga hadapan minyak mentah Brent pula merosot AS$0.10 atau 0.1 peratus kepada AS$ 74.58 setong, selepas merosot 2 sen pada Isnin.", "Lonjakan kes varian Delta muncul ketika Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC), Rusia dan sekutunya, yang dikenali sebagai OPEC +, akan bertemu pada 1 Julai ini untuk membincangkan kelonggaran pengurangan pengeluaran mereka.", "OPEC meramalkan permintaan bekalan minyak global pada suku keempat akan kekurangan sebanyak 2.2 juta tong sehari, memberi ruang kepada para pengeluar untuk setuju penambahan pengeluaran.", "“Harga minyak jatuh kerana kebimbangan OPEC + akan memutuskan untuk meningkatkan pengeluaran secara signifikan pada akhir minggu ini sama seperti lonjakan penularan varian Delta koronavirus, ” kata penganalisis komoditi Commonwealth Bank Vivek Dhar dalam nota penyelidikannya.", "Sepanyol dan Portugal, destinasi percutian musim panas yang digemari oleh orang Eropah, mengenakan sekatan baharu kepada warga Britain yang belum divaksinasi.", "Sementara itu, 80 peratus penduduk Australia berdepan dengan sekatan pergerakan ekoran serangan virus itu di seluruh negara.", "Penganalisis menjangkakan OPEC + akan meningkatkan bekalan sekitar 500,000 setong sehari pada bulan Ogos kerana pasaran telah mengawal ketat pertumbuhan permintaan bahan bakar yang kukuh di Amerika Syarikat dan China, dua pengguna minyak terbesar di dunia. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/02/20/bahagia-tanpa-dadah/
Bahagia tanpa dadah
[ "SAMBUTAN hari anti dadah yang disambut pada 19 Februari setiap tahun merupakan satu peringatan dan tanggungjawab rakyat Malaysia untuk bersama-sama berganding bahu bagi membanteras gejala penagihan dadah. Sejak azali, dadah dikenali sebagai musuh nombor satu negara yang membawa kehancuran kepada generasi manusia. Bahkan kempen dan usaha yang dijalankan termasuklah wujudnya pelbagai agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan yang bekerja keras menjalankan usaha dan fungsi besar meredakan polemik dadah ini. Acapkali slogan ‘Lebih Baik Cegah’ berkumandang tetapi selagi mana setiap individu tiada rasa bertanggungjawab untuk bersama-sama memastikan gejala dadah ini dibanteras, maka selagi itulah dadah akan terus kekal menetap, menyelinap dan merebak masuk ke dalam ruang sisi kehidupan masyarakat.\nHari ini anda dan keluarga barangkali terselamat kerana tidak terjebak dengan kancah najis dadah, namun adakah ia menjadi jaminan anak generasi pada masa hadapan bebas dari dadah?", "Jika ditelusuri, dadah ini adalah bahan yang disalahguna oleh individu bagi mencari keseronokan sementara meskipun berakhir dengan penderitaan yang tidak terduga. Bahan yang asalnya digunakan dalam perubatan untuk memberi manfaat, tetapi berhujung mudarat sekiranya dimanipulasi untuk kepentingan diri. Dadah mengikut takrif Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) adalah bahan psikoaktif yang digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya dilarang. Bahan ini juga boleh menyebabkan pergantungan secara fizikal dan psikologikal serta toleran yang meningkat kepada penggunanya.", "Ini menunjukkan penggunaan dadah secara konsisten bukan sahaja menyebabkan pergantungan, malah menyebabkan pengguna ketagih dos yang lebih tinggi dari masa ke semasa untuk mendapatkan kesan yang sama. Implikasi pengambilan dadah bukan sahaja memberi kesan kepada sistem biologikal diri seseorang seperti kerosakan saraf, hilang kewarasan dan mengundang pelbagai penyakit bahaya, malahan berlaku perubahan tingkah laku seperti menipu, mencuri, kelangsangan sehingga sanggup membunuh untuk mendapatkan wang membeli bahan berkenaan. Dalam konteks yang lebih besar, dadah juga terbukti meruntuhkan institusi keluarga, mengundang perceraian, dan membawa masalah dalam masyarakat seperti jenayah, pemulauan dan sengketa disebabkan kemerosotan ekonomi keluarga dan ketirisan wang asbab kebergantungan terhadap dadah.", "Boleh dikatakan individu yang menjadi penagih, pengedar, penjual, pembekal sehinggalah kepada pengeluar dadah ini bersifat ‘mementingkan diri’ tanpa mengira natijah daripada bahan haram yang disalahguna ini kepada individu, masyarakat dan negara. Bahkan dalam agama Islam juga, banyak tegahan mahupun larangan terhadap arak, sesuatu yang memabukkan dan memudaratkan diri. Istilah al-Mukhaddarat dalam Bahasa Arab juga menjelaskan sesuatu yang membawa kepada ketidakwarasan akal dan hilangnya pertimbangan bersabit dengan hukum larangan terhadap dadah dan alkohol.", "Hakikatnya, manusia adalah ‘Zoon Politicon’ atau makhluk sosial mengikut pandangan dari Aristotle, seorang ahli falsafah Yunani. Istilah ‘Zoon Politicon’ bermaksud manusia itu sebagai mahkluk yang pada dasarnya selalu ingin bergaul dan berkumpul dengan manusia lain serta suka hidup bermasyarakat. Oleh yang demikian, manusia dilihat bertanggungjawab terhadap komuniti yang didiami. Dalam konteks yang lebih asas, masyarakat terdiri dari kumpulan institusi keluarga. Justeru, tema “Pencegahan Dadah Bermula dari Rumah” memperlihatkan peranan dan fungsi keluarga adalah signifikan dan amat penting dalam memastikan pendedahan, larangan menjauhi serta keburukan dadah diserap diperingkat akar umbi seawal kanak-kanak lagi.", "Ibu dan bapa merupakan sistem sokongan terbesar bagi anak-anak dan mereka perlu mendidik dan mengasuh anak-anak mereka dengan ilmu, amal dan praktis yang sihat serta selamat. Terdapat banyak aktiviti pencegahan yang telah dijalankan di pelbagai peringkat oleh badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan. Antara badan kerajaan yang giat menjalankan aktiviti pencegahan dadah adalah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Penubuhan Skuad Antidadah yang berperanan untuk menggerakkan aktiviti pendidikan pencegahan dan kesedaran awam mengenai bahaya dadah merupakan salah satu inisiatif bijak dalam membanteras musuh negara ini. Tambahan itu, program-program seperti Program Sukses, Matang, Aktif, Rasional, Tanggungjawab (SMART), Sambutan Peringatan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan (HADK) dan Sambutan Peringatan Hari Antidadah Antarabangsa (HADA) juga menjadi wadah berkesan dalam meningkatkan kesedaran rakyat terhadap bahaya dadah.", "Malah, apa yang membanggakan apabila sejumlah 70 peratus daripada 44,754 penagih dadah yang menyertai Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah berjaya dipulihkan daripada kembali terlibat dengan penyalahgunaan bahan terlarang itu. Rentetan itu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di dalam sidang media Agensi Antidadah Kebangsaan pada Januari yang lepas berkata, kadar kepulihan penagih dadah telah meningkat berbanding hanya 65 peratus yang dicapai pada tahun\nsebelumnya.", "Malah, Jabatan Penjara Malaysia juga turut mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Program Terapi Gantian Metadone yang mana ia merupakan salah satu kaedah program ‘Harm Reduction’ untuk pengguna opiate yang mengalami masalah ketagihan. Misi program ini dijalankan adalah antara lain untuk mengurangkan kesan-kesan negatif kesihatan yang berpunca daripada perlakuan berisiko tinggi penagihan antaranya berkongsi jarum yang boleh membawa kepada penularan penyakit berjangkit seperti HIV dan hepatitis C. Tidak kurang juga, inisiatif dan usaha Kementerian Pengajian Tinggi melalui dasar penubuhan Pusat Penyelidikan Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) di universiti tempatan iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).", "Tuntasnya, masyarakat Malaysia haruslah sentiasa berganding bahu dan bekerjasama dalam membanteras gejala dadah ini. Hal ini kerana, ia boleh merosakkan keamanan, keharmonian dan kemajuan negara dan sekiranya ia tidak dikekang sejak awal lagi, negara akan kehilangan golongan muda yang bakal menjadi pewaris dalam menerajui tampuk pemerintahan negara masa hadapan. Adakah kita mahu anak bangsa kita menjadi seperti bangkai bernyawa? Jangan biarkan dadah menjajah kehidupan kita kerana ianya boleh menjejaskan kesejahteraan kehidupan dan kebahagiaan keluarga.", "Oleh: Dr. Abdul Rashid Abdul Aziz\nPensyarah Kanan,\nProgram Kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, \nUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM).", "Prof Madya Dr Amin Al Haadi Shafie\nPenyelaras,\nPusat Penyelidikan dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA)" ]
https://malaysiagazette.com/2017/01/28/larang-kemasukan-pelarian-syria/
AS larang kemasukan pelarian Syria
[ "WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengharamkan kemasukan pelarian Syria di negara itu, antara langkah-langkah yang diambil bagi menangani pengganas radikal Islam.", "Pengharaman itu terkandung dalam perintah eksekutif yang ditandatangani beliau selepas majlis bersumpah dalam Gen James Mattis sebagai setiausaha pertahanan.", "Trump juga mengehadkan sebanyak 50,000 pelarian memasuki Amerika Syarikat pada tahun 2017 – kurang daripada separuh had sebelumnya.", "Bagaimanapun, keutamaan tetap diberikan kepada penganut Kristian Syria yang memohon status pelarian pada masa akan datang.", "“Saya melaksanakan langkah-langkah ini untuk memastikan pengganas radikal Islam keluar dari Amerika Syarikat. Kami hanya mahukan mereka yang akan menyokong negara ini dan sayangkan rakyat kami,” katanya.", "Kenyataan perintah yang dikeluarkan beberapa jam selepas ia ditandatangani turut memaklumkan tindakan-tindakan berikut:", "◾ Penggantungan Program Kemasukan Pelarian untuk 120 hari\n◾ Larangan pelarian dari Syria sehingga “perubahan besar” dibuat\n◾ Penggantungan 90 hari ketibaan pelancong dari Iraq, Syria dan negara-negara yang diletakkan dalam kategori ‘membimbangkan’.\n◾Mengutamakan aplikasi pelarian masa depan atas dasar penganiayaan berasaskan agama – tetapi hanya jika orang itu adalah sebahagian daripada agama minoriti di negara asal mereka\n◾Menetapkan sejumlah 50,000 pelarian pada tahun 2017 – kurang daripada separuh daripada had semasa pemerintahan Obama. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/06/26/liridon-kena-kecam-gara-gara-sepakan-penalti/
Liridon kena kecam gara-gara sepakan penalti
[ "KUALA LUMPUR – Penyokong Terengganu FC (TFC) meluahkan rasa kecewa dengan pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi yang gagal menyempurnakan sepakan menyebabkan pasukan itu tersingkir pada pusingan separuh akhir Piala FA malam tadi.", "Langkah skuad Penyu terhenti pada separuh akhir apabila tewas 4-2 kepada Kuala Lumpur (KL) City menerusi penentuan penalti selepas aksi berkenaan berkesudahan tanpa jaringan.", "Berdasarkan tinjauan di laman Facebook rasmi kelab, ramai pengguna media sosial dipercayai penyokong skuad Penyu mengkritik dan tidak kurang juga menyindir persembahan yang dipamerkan Krasniqi dalam perlawanan itu.", "Krasniqi atau lebih dikenali sebagai Mat Don diturunkan dalam kesebelasan utama dan gagal menyudahkan sepakan penalti keempat TFC sebelum pemain KL City, Giancarlo Gallifuoco menyempurnakan sepakan terakhir untuk membawa City Boys ke final.", "Antara komen yang ditinggalkan netizen termasuk sepakan yang lemah seperti tidak ‘makang’ (makan) setahun. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/04/03/dun-selangor-mencela-tindakan-mat-nadzari/
DUN Selangor mencela tindakan Mat Nadzari
[ "SHAH ALAM – Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini dengan rasminya mencela tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.", "Pernyataan itu dibaca Timbalan Speaker DUN, Mohd. Shafie Ngah pada akhir sesi persidangan dengan meminta Mat Nadzari berdiri untuk dewan membaca hukuman pertuduhan ke atasnya.", "Dalam pernyataan dua muka surat itu, Mohd. Shafie memberitahu, Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan telah memutuskan ADUN Batang Kali cuba menaruh prasangka buruk di dewan melalui petikan ucapannya pada persidangan DUN 1 November 2016.", "Menurutnya, dalam pernyataan jawatankuasa itu, dewan diingatkan mengenai tuntutan berfikir dan mengkaji sebelum memberi ucapan dan ADUN Batang Kali juga turut diingatkan agar jangan bersangka buruk apatah lagi apabila ianya melibatkan institusi beraja.", "“Pejabat speaker juga telah menyediakan unit penyelidik yang boleh membantu semua ADUN untuk membuat kajian berkenaan hal ehwal perbahasan sidang Dewan Negeri.", "“Amat aneh dan mengecewakan apabila Batang Kali memilih untuk tidak membuat kajian komprenhensif mahu pun menggunakan kemudahan yang telah disediakan ini.", "“YB telah dipilih oleh rakyat di kawasan YB untuk menjadi pejuang kepada isu-isu rakyat yang mendasar ke dalam dewan bukan yang memprejudiskan dan prasangka buruk tanpa asas dalam dewan,” katanya ketika membaca pernyataan itu.", "Sambung Mohd. Shafie lagi, ADUN Batang Kali sendiri harus sedar bahawa speaker dan timbalannya selalu bertindak adil serta memberi ruang kepada pembangkang iaitu Barisan Nasional (BN).", "Katanya, beliau seharusnya menggunakan hak itu dengan jalan yang baik, bukan dengan cara sebegini rupa.", "Beliau berkata, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan juga telah menjalankan tugas dalam menguruskan isu ADUN Batang Kali mengikut peraturan dewan dan bidang kuasa yang telah menaungi jawatankuasa.", "Jelas Mohd. Shafie, ia bukan isu politik partisan atau ada apa-apa niat oleh jawatankuasa untuk membuat satu penindasan terhadap Mat Nadzari.", "“Satu lagi, apa yang telah YB lakukan iaitu membawa perkara ini ke mahkamah amatlah mengecewakan. YB betul-betul faham akan konsep asas negara dan negeri demokrasi yang memikul pemisahan kuasa cadang pentadbiran.", "“Hari ini bermakna apa-apa yang berlaku dalam dewan yang mulia termasuk Jawatankuasa Pilihan Dewan tidak patut dicabar dalam mahkamah seperti yang YB telah lakukan,” katanya.", "Oleh itu, tegas beliau, Mat Nadzari perlu diingatkan bahawa pentafsiran peraturan tetap itu tertakluk dan diputuskan oleh speaker atau timbalan speaker bukan mahkamah.", "“Saya harap langkah tersebut janganlah diulangi lagi atau oleh mana-mana ahli Yang Berhormat di dewan ini.", "“Dengan ini dewan dengan rasminya mencela tindakan YB Batang Kali terhadap dewan yang mulia dan saya mahu pencelaan ini direkodkan dalam hansard,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/05/05/dap-tunggu-masa-sesuai-jumpa-maza/
DAP tunggu masa sesuai jumpa Maza
[ "SHAH ALAM – DAP mengambil pendirian untuk menunggu masa yang sesuai bagi membuat pertemuan dengan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung kenyataan bahawa parti itu kononnya menentang Islam.", "Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP berkata satu pertemuan dengan Dr Asri harus dibuat agar keadaan tidak menjadi keruh di masa akan datang.", "“Kita kena hormat masanya kerana beliau sibuk dan saya yakin bila beliau boleh luangkan masa, kita akan dapat berjumpa.", "“Saya rasa itu perkara baik dan beliau pun sebut itu bukan seperti dinyatakan. Tapi itulah, mari kita bincang, itu tak jadi masalah,” katanya dalam sidang media selepas Persidangan DAP ke 50 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), hari ini.", "Guan Eng diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong yang mengajak Dr Asri untuk sesi pertemuan untuk membincangkan isu berkenaan dan keraguan yang timbul.", "Justeru itu, Guan Eng berkata jalan terbaik adalah kedua-dua mereka mengadakan pertemuan dan membincangkan perkara itu dengan lebih mendalam.", "“Saya rasa tiada masalah untuk kita bincang atau bermusyawarah. Jadi saya rasa, bincang atau dialog adalah satu perkara yang baik,” katanya.", "Sim berkata DAP sentiasa menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan sedia untuk menerima teguran.", "Terdahulu Dr Asri dikatakan membuat kenyataan wujudnya persepsi kerajaan PH gagal mempertahankan Islam disebabkan pemimpin DAP gagal mengawal diri daripada membuat kenyataan yang menimbulkan tanggapan sebegitu.", "Dalam perkembangan lain, Guan Eng berkata apa-apa tindakan terhadap penceramah bebas, Dr Zakir Naik susulan pertuduhan pengubahan wang haram, beliau berkata kerajaan harus menunggu laporan pertuduhan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.", "“Saya rasa kita perlu dapatkan laporan daripada agensi berkaitan terlebih dahulu.", "“Apabila bercakap tentang pertuduhan ini, elok kita tengok dulu laporan-laporan yang ada. Saya tidak boleh komen kerana bukan di bawah kementerian saya,” katanya lagi.", "Guan Eng diminta mengulas samada parti itu akan menekan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mengekstradisi Zakir kembali ke India tidak lam lagi.", "Jumaat lalu, Dr Mahathir berkata kerajaan akan mengkaji tuduhan terhadap Zakir mengikut undang-undang sedia ada.", "Malah PH turut akan mengkaji keperluan untuk menghantar pendakwah itu.", "Zakir yang juga warganegara India terlibat dengan tuduhan pengubahan wang haram bernilai Rs1.9 bilion (RM114.5 juta). -MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/01/06/tolong-bawa-anak-saya-balik-hasniza/
Tolong bawa anak saya balik – Hasniza
[ "KUANTAN – Ibu mana boleh tidur nyenyak apabila mengetahui anaknya kini menjadi mangsa mangsa pemerdagangan manusia di Myanmar?", "Haniza, 52, mengakui tidak senang duduk dan runsing memikirkan nasib serta keselamatan anaknya yang terjebak dengan tawaran kerja paslu sejak tiga bulan lalu.", "Ibu yang buntu itu mengharapkan bantuan Kerajaan Malaysia membantu dan menyelamatkan serta membawa anaknya yang berusia 26 tahun pulang ke Malaysia.", "“Kami sekeluarga sudah tidak tentu arah selepas mendapat tahu perkara ini.", "“Jadi, saya merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kementerian Luar dan  polis agar membantu membawa pulang anak saya dan lima individu lain yang menjadi mangsa sindiket di Myanmar.", "“Tolong bantu anak saya dan mangsa lain,” kata Hazniza sayu.", "Menurut Haniza, kali terakhir beliau berhubung dengan anaknya pada 30 Oktober lalu untuk bertanya khabar tetapi anaknya tidak memaklumkan di mana dia berada.", "Tetapi, sebelum itu, mangsa pernah memberitahu kakaknya  bahawa  dia sedang menguruskan urusan pasport untuk memohon pekerjaan  di Singapura pada 7 September 2022.", "Haniza menganggap semua berjalan lancar sehinggalah beliau dihubungi Ahli Dewan Undangan Negeri Teruntum, Sim Chon Siang yang memaklumkan keadaan sebenarnya anaknya yang kini berada di Myamar.", "Wanita yang menetap dari Setiu, Terengganu telah bertemu dengan Sim dan ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan polis bagi siasatan lanjut..", "Sementara itu, Sim memaklumkan mangsa sendiri menghubunginya beberapa hari yang lalu memaklumkan situasi dan beliau berusaha menghubungi waris mangsa supaya tindakan susulan dapat dilakukan segera.", "Sim yang juga Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang berkata, dia menemui ibu mangsa untuk memaklumkan situasi anaknya yang menjadi mangsa sindiket pekerjaan.", "“Laporan polis perlu dibuat oleh keluarga mangsa bagi membolehkan misi menyelamat dilakukan menerusi kerjasama daripada pihak berkuasa luar negara,” kata Sim.", "Sim juga mendakwa telah dihubungi hampir 40 lagi mangsa dalam kes berasingan yang memohon untuk diselamatkan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/01/03/hak-rakyat-untuk-dapatkan-harga-ron95-murah-dinafikan/
Hak rakyat untuk dapatkan harga RON95 murah dinafikan
[ "KUALA LUMPUR – Datuk Ahmad Maslan mendakwa rakyat di negara ini telah dinafikan hak untuk mendapatkan mendapatkan harga minyak yang murah.", "Berdasarkan kedudukan harga minyak dunia sekarang, kata Ahli Parlimen Pontian itu,  RON95 sepatutnya dijual pada harga RM1.70 seliter berbanding RM1.90 sebelum ini.", "“Mengikut Prof Madya Dr Ahmed Razman dari #UPM, minyak (RON95) kini boleh dijual pada harga RM1.70 seliter. Kiraan sblm ini RM1.90,” kata Ahmad di laman Twitter.", "Kerajaan yang menetapkan subsidi harga RON95 sebanyak RM2.20 selepas memansuhkan mekanisme apungan mingguan yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional.", "Penetapan itu bagi menunaikan janji-janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-14.", "Bagaimanpun, pengekalan harga RON95 itu disifatkan sebagai cukai kepada rakyat Malaysia memandangkan harga minyak mentah dunia menjunam sehingga 30 peratus sejak tiga bulan lalu.", "Penurunan itu disebabkan lebihan pengeluaran daripada Amerika Syarikat serta unjuran kelembapan ekonomi dunia pada tahun ini.", "Pada Disember lalu, Menteri Kewangan mengumumkan untuk melaksanakan semula sistem apungan mingguan tetapi ditangguhkan sehingga akhir bulan ini.", "Penangguhan itu bagi membolehkan Perdana Menteri dan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia berbincang.", "Setakat hari ini, belum ada kenyataan dibuat berhubung pertemuan yang diadakan semalam.  – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/05/26/127052/
Anak kedua pasangan panda dipertonton di Zoo Negara
[ "KUALA LUMPUR – Anak kedua pasangan panda gergasi, Xing King dan Liang Liang dipertontonkan buat pertama kalinya di Pusat Konservasi Giant Panda Zoo Negara, hari ini.", "Bayi panda gergasi betina yang berusia empat bulan, dilahirkan pada jam 7.50 pagi pada 14 Januari lalu dengan berat 150 gram.", "Bayi panda gergasi yang belum dinamakan itu kini mencatat berat sebanyak 9 kilogram.", "Liang Liang sebelum ini dilaporkan bunting selama 89 hari sebelum melahirkan anaknya.", "Anak panda gergasi itu dilahirkan secara semulajadi, selepas kelahiran anak pertama, Nuan Nuan pada 18 Ogos 2015.", "Nuan Nuan dihantar pulang ke China pada 14 November tahun lalu sebagai memenuhi syarat perjanjian kedua-dua negara.", "Pada 21 Mei 2014, Malaysia menerima pasangan Xing Xing dan Liang Liang daripada kerajaan China sebagai meraikan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik kedua-dua negara. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/06/06/tidak-ada-masalah-pas-kerjasama-dengan-mahathir-kata-takiyuddin/
Tidak ada masalah Pas kerjasama dengan Mahathir, kata Takiyuddin
[ "DAMANSARA – Pas berpandangan pihaknya tidak ada masalah untuk mengadakan kerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tub Dr Mahathir Mohamad. ", "Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai matlamat sama. ", "“Kita bersedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang mempunyai matlamat yang sama dengan kita. ", "“Termasuk Tun Dr Mahathir di mana beliau adalah seorang negarawan, tidak ada masalah,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), malam tadi. ", "Takiyuddin berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Mahathir yang sedia untuk bekerjasama semula dengan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. ", "Jumaat lalu, Mahathir mengakui beliau kini bersedia bekerjasama dengan Muhyiddin. ", "Kenyataan terbaharu beliau itu sekali gus membayangkan kedua-dua bekas Perdana Menteri berkenaan berkemungkinan boleh kembali duduk semeja selepas bermusuhan selama lebih tiga tahun.", "Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, Pas tidak akan mengambil tindakan disiplin terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengenai kenyataan berhubung isu Pulau Pinang milik Kedah. ", "Takiyuddin berkata parti itu menerima kenyataan Sanusi dan berpendapat perkara itu tidak melanggar mana-mana perundangan di negara ini. ", "“Kenapa nak ambil tindakan disiplin. Bukan menjadi satu kesalahan, malah yang memutarbelitkan kenyataan Sanusi kita anggap sebagai satu yang tidak sewajarnya.", "“Pas menyokong apa yang disebut oleh MB Kedah untuk dibuat kajian dan penyelesaian untuk menoktahkan perkara ini,” katanya lagi. ", "Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh sebelum ini berkata bahawa Pulau Pinang adalah kepunyaan Kedah disifatkan tidak berasas.", "Ramkarpal beralasan berdasarkan The Federation of Malaya Agreement 1957, ia amat jelas menyatakan Pulau Pinang sudah dijadikan sebahagian daripada Persekutuan Malaya sebagai sebuah negeri yang berasingan daripada Kedah.", "Takiyuddin juga berkata PN akan mempertahankan kenyataan Sanusi di Dewan Rakyat esok. ", "Jelasnya, kenyataan Sanusi bukan perkara yang baharu. ", "“Esok kita akan bangkitkan dalam Parlimen. ", "“Benda ini bukan benda baharu. Tengok rekod pada tahun 2017 dulu seorang Exco Negeri Kedah pernah mengeluarkan kenyataan di bawah kerajaan BN. ", "“Beliau berkata mengikut rekod sejarah dan dokumen perundangan Pulau Pinang itu adalah milik Kedah. Ada asasnya kena semak,” katanya lagi. ", "Menurut kertas Pertanyaan-pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) esok, isu kenyataan Sanusi bahawa Pulau Pinang milik Kedah akan diutarakan Lim Guan Eng (PH-Bagan). ", "Dalan soalan pertama PMQT, Guan Eng bertanyakan apakah tindakan kerajaan ke atas Sanusi bahawa Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk padamkan Pulau Pinang agar boleh dikembalikan kepada Kedah.", "Guan Eng dalam soalan itu berkata kenyataan tersebut telah memecah-belahkan perpaduan rakyat khususnya menimbulkan keresahan di kalangan penduduk negeri Pulau Pinang serta mengancam keharmonian dan keselamatan dalam negara. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/01/23/jadikan-pss-pengajaran-kerajaan-jangan-ego/
Jadikan PSS pengajaran, kerajaan jangan ego
[ "KUALA LUMPUR – Isu PSS perlu menjadi pengajaran paling berguna kepada kerajaan hari ini dan Pakatan Harapan (PH) supaya jangan jadi ego.", "Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, PSS atau Pas Sementara Sabah itu kini dibatalkan selepas menerima signal rakyat pada PRK Kimanis.", "“Sekarang, bila rakyat dah suarakan ketidakpuasan hati mereka ke dalam peti undi, baru gelabah nak ‘U-turn’ (pusingan-U)?", "“Tahniah rakyat Sabah serta Kimanis kerana mengajar PH-Warisan apa itu nilai dan makna kuasa rakyat,” tegas Hishammuddin dalam satu catatan di Facebooknya hari ini.", "Hishammuddin yang juga bekas Menteri Pertahanan memberitahu, kebimbangan rakyat negeri itu berkaitan pelaksanaan PSS mempunyai asas yang sangat kukuh tetapi Warisan menuduh BN mempolitikkan perkara tersebut.", "“Masa berkempen di Kimanis minggu lepas, saya jumpa ramai pengundi, mereka sendiri luah kepada saya kebimbangan terhadap perancangan PH-Warisan untuk laksana PSS..", "“Tetapi PH-Warisan tetap taksub pertahan PSS. Sampai sanggup tuduh BN jadikan PSS modal politik dan fitnah BN laksana PSS terlebih dahulu. Langsung tak peduli rintihan rakyat,” katanya.", "Semalam kerajaan Sabah membatalkan PSS selepas ketua menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu ia dikaji semula selepas mendapat bantahan rakyat pada PRK Kimanis.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/06/27/dakwa-langgar-sop-kerana-singgah-kafe-tok-pa-akur-siasatan-polis/
Dakwa langgar SOP kerana singgah kafe, Tok Pa akur siasatan polis
[ "KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mustapa Mohamed menyerahkan kepada polis ekoran dakwaannya melangar SOP kerana singgah ke sebuah kafe di Jeli semalam.", "Menurut kenyataan Pejabat Menteri Jabatan Perdana Menteri, Mustapa telah dihubungi Ketua Polis Daerah Jeli hari ini memaklumkan kertas siasatan mengenainya sudah dibuka.", "Pada pukul 5.30 semalam, Mustapa telah singgah di sebuah kafe di Kampung Kalai, Jeli untuk melihat bagaimana seorang pemiliknya berjaya meneruskan perniagaannya walaupun berdepan dengan PKP 3.0.", "“Anak muda berusia 26 tahun ini menggunakan sepenuhnya sosial media untuk memasarkan menu yang berasaskan makanan Barat.", "“Datuk Seri Mustapa mengaku berada dan dihidangkan makanan di Alfath Café, Kampung Kalai dan ekoran tersebarnya gambar mengenai kehadiran beliau di kafe tersebut,” kata kenyataan yang sama.", "Justeru Mustapa yang juga Menteri Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) itu memohon maaf atas pelanggaran SOP.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/08/17/jangan-bimbang-saya-tak-ajak-penyokong-bn-sokong-pas-ahmad-fadhli/
Jangan bimbang, saya tak ajak penyokong BN sokong Pas – Ahmad Fadhli
[ "KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) sepatutnya berterima kasih kepada Pas kerana mengajak pengundi Pakatan Harapan (PH) untuk memilih parti itu di Pahang.", "Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, dengan ajakan itu sokongan dan undi terhadap PH akan berkurangan pada pilihan raya nanti, sekali gus menambah undi kepada BN.", "Ahmad Fadhli juga berkata, BN tidak perlu bimbang kerana beliau masih belum meminta pengundi-pengundi BN untuk memilih Pas.", "Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pasir Mas itu tidak menolak kemungkinan akan mempelawa pengundi BN untuk bersama-sama Pas di Pahang pada pilihan raya nanti.", "“Sepatutnya kena terima kasih kepada saya kerana yang diajak ubah sokongan ialah pengundi PH, dengan sendirinya undi PH akan berkurangan jika ia disahut.", "“Saya belum mengajak pengundi UMNO/BN ubah sokongan lagi, jadi tak perlulah bimbang.", "“Tidak ditolak kemungkinan bahawa selepas ni sudah pasti kita ajak pengundi BN pula,” kata Ahmad Fadhli.", "Beliau mengulas kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang menyelarnya kerana meminta pengundi PH untuk bersama-sama menumbangkan BN di Pahang.", "Ahmad Fadhli berkata, beliau tidak nampak sebarang masalah dengan pelawaan yang dilakukan.", "Ini kerana, dia hanya meminta pengundi PH untuk memilih Pas dan bukannya dia mengajak parti itu untuk melakukan kerjasama.", "Tambahan pula, UMNO dan PH di Kelantan sudah berceramah ‘sepentas’ untuk menyerang kerajaan negeri pimpinan Pas.", "Menurut Ahmad Fadhli lagi, tindakannya sama seperti yang dilakukan oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang mahu merampas Kelantan dan Terengganu daripada Pas.", "“Lagi satu, kenyataan saya itu sama sahaja nadanya dengan kenyataan Timbalan Presiden UMNO yang menyebut bahawa BN tekad ambil balik Kelantan dan BN yakin Terengganu dalam genggaman.", "“Ada posternya. Cuma ayat ‘lilitan serban besar tapi cakap tak betul’ itu sahaja tiada posternya, tapi ada videonya,” kata beliau yang menyertakan pautan video dan poster berkenaan di Facebooknya.", "Asyraf Wajdi sebelum ini berkata, tidak mustahil untuk parti Pas kembali kepangkuan PKR dan DAP kerana ketiga-tiga parti itu pernah melakukan kerjasama dalam Pakatan Rakyat untuk mengalahkan UMNO.", "Beliau berkata, berdasarkan rekod bagaimana parti itu meninggalkan UMNO untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) maka adalah tidak mustahil untuk Pas kembali bersama dengan DAP dan PKR.", "Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Asyraf Wajdi selepas Ahmad Fadhil meminta supaya penyokong PKR dan DAP mengundi parti itu di Pahang pada pilihan raya akan datang.-MalaysiaGazette", "Tidak mustahil Pas bersatu dengan PKR, DAP – Asyraf Wajdi", "", " " ]
https://malaysiagazette.com/2018/05/23/perkasa-beri-amaran-individu-organisasi-ganggu-islam/
Perkasa beri amaran individu, organisasi ganggu Islam
[ "KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mencabuli perpaduan nasional yang sedia terjalin, walaupun negara diperintah oleh kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH).", "Timbalan Presidennya, Datuk Sirajudin Salleh berkata, sungguh pun kerajaan bertukar kepimpinan, tetapi Malaysia adalah negara sama yang masih kekal dengan perlembagaannya.", "“Demi perpaduan nasional dan kelangsungan negara yang aman damai, Perkasa ingin  mengingatkan pemimpin bukan bumiputera ini supaya sedar Malaysia adalah negara yang sama, cuma kerajaannya sahaja yang baharu,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.", "Beliau turut memberi amaran kepada Ahli Parlimen Miri, Dr. Michael Teo Yu Keng dari parti PKR yang bercadang hendak mengemukakan usul pemansuhan agama iaitu Islam dari kad pengenalan.", "“Kenapa nak ganggu orang Islam? Label Islam di kad pengenalan hanya untuk mengenali orang Islam.", "“Kita beri amaran kepada individu atau organisasi bukan Islam supaya jangan mengganggu status Islam bagi orang Islam di kad pengenalan,” tegas beliau.", "Beliau turut menyindir golongan yang menyokong kumpulan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender ( LGBT) kerana nampak begitu seronok dan gembira dengan kemenangan kerajaan baharu selepas PRU14 baru-baru ini, seolah ada individu dalam kerajaan yang bersimpati dan menyokong mereka.", "Bagaimanapun, kata Sirajudin, adalah sangat malang dan memalukan jika kerajaan baharu mengiktiraf kewujudan kumpulan itu seterusnya menyokong aktiviti berkenaan tanpa menyekatnya.", "“Perkara dengan tegas tidak akan merestui kumpulan ini kerana sudah LGBT adalah kumpulan manusia songsang yang akan memporakperandakan hidup berkeluarga dan bermasyarakat,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/07/30/tidak-perlu-tukar-kerajaan-angkat-ismail-sabri-sebagai-perdana-menteri/
Tidak perlu tukar kerajaan, angkat Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri
[ "KUALA LUMPUR – Tidak masuk akal untuk menukar kerajaan yang ada ketika ini kepada pentadbiran atau pemerintahan baharu, kata Exco Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Faiz Hashim.", "Kata beliau, jika berlaku pertukaran kerajaan, bermakna UMNO tidak ada pilihan, melainkan terpaksa bekerjasama dengan DAP.", "“Lagilah tak masuk akal. UMNO sesekali tidak akan bekerjasama dengan DAP kerana agenda perjuangan parti masing-masing sudah cukup ketara berbeza.", "“Kerajaan ini perlu dikekalkan, kerana belum sampai masanya lagi untuk diadakan PRU atas faktor pandemik Covid-19.", "“Namun, yang terbaik ketika ini adalah Perdana Menteri berundur secara terhormat dan memberi laluan kepada Timbalannya, Datuk Seri Ismail Sabri untuk mengemudi negara ke arah yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.", "Beliau yakin, Timbalan Perdana Menteri itu mampu membawa negara dan kerajaan ke arah yang lebih baik, di samping dapat menyelesaikan masalah Covid-19, ekonomi negara dan kelangsungan hidup rakyat.", "Katanya, pengalamannya dalam Kabinet sejak 2008 dengan memegang pelbagai jawatan menteri meletakkan dirinya seorang pemimpin yang kreativiti dan ada kesungguhan itu.", "Ini boleh dilihat menerusi kecemerlangan rekod kepimpinannya ketika mengemudikan beberapa kementerian penting seperti Belia dan Sukan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Pertanian dan Industri Asas Tani, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Pertahanan.", "Kata Muhammad Faiz, apabila kerajaan sudah mempunyai pengganti, kenapa perlu ditukar pentadbiran, lebih lagi majoriti rakyat belum bersedia keluar mengundi memandangkan apa yang utama pada mereka ketika ini ialah kelangsungan hidup.", "“Dengan kes Covid-19 dan kematian yang meningkat, ekonomi negara semakin teruk, rakyat pula hidup tertekan dan sangat hati, tidak sesuai diadakan PRU,” katanya yang juga Pengerusi Sekretariat NGO Pemuda UMNO Malaysia. – MalaysiaGazette" ]