url
stringlengths
42
231
headline
stringlengths
9
119
content
sequence
https://malaysiagazette.com/2023/01/09/405-kes-covid-19-semalam/
405 kes Covid-19 semalam
[ "KUALA LUMPUR – Sebanyak 405 kes Covid-19 direkodkan semalam termasuk lapan kes import.", "Ini menjadikan kes terkumpul sebanyak 4,991,752.", "Manakala hanya satu kes kematian dilaporkan dalam tempoh sama, menurut data KKMNOW, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 36,875.", "Kes yang dikuarantin di rumah pula sebanyak 10, 763 dengan 599 kes ditempatkan di hospital.", "Seramai 32 lagi berada di unit rawatan rapi dengan 12 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.", "Kes sembuh sebanyak 441. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/10/14/jumlah-mangsa-banjir-kedah-menurun-2/
Jumlah mangsa banjir Kedah menurun
[ "ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah setakat pukul 9 pagi ini menurun kepada 86 orang berbanding 103 orang, malam tadi.", "Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) kesemua mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan di daerah Kota Setar itu, membabitkan 28 keluarga.", "Seramai 19 orang daripada lima keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Haji Abu Bakar manakala Sekolah Kebangsaan Titi Gajah menempatkan 67 orang daripada 23 keluarga.", "Jumlah mangsa banjir menurun selepas mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah air surut. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/03/13/kenapa-kru-kabin-selalu-jadi-mangsa-nufam/
Kenapa kru kabin selalu jadi mangsa? – NUFAM
[ "KUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM) mempersoalkan mengapa gaji pekerja-pekerja bawahan terutama kru kabin dan pekerja lapangan sentiasa menjadi pihak pertama yang dipotong semasa syarikat penerbangan mengalami kesulitan atau berdepan sebarang krisis syarikat.", "Menurutnya, ia merupakan satu tindakan yang tidak masuk akal dan munasabah kerana kru kru kabin sudah pun terjejas dengan banyak pembatalan jadual penerbangan sejak laporan kes Covid-19 dilaporkan di luar dan dalam negara.", "Dakwa NUFAM, penularan wabak itu telah menyebabkan pembatalan penerbangan dan jadual hingga ramai kru kabin mengalami kekurangan pendapatan dari segi elaun penerbangan bulanan.", "Ramai pekerja mendakwa pendapatan daripada elaun dan gaji bulanan terjejas sehingga 50%.", "”Dengan pengurangan itu, syarikat penerbangan telah pun menjimatkan kos. Oleh itu, ia tidak adil untuk memotong lagi pendapatan elaun atau gaji kru kabin ini.", "”Apatah lagi, ramai pekerja yang masih baru dan belum mendapat gaji tetap dan elaun penuh,” katanya dalam satu kenyataan.", "Kenyataan itu dikeluarkan selepas Malaysia Airlines Berhad dan Air Asia mengesahkan para pekerjanya telah dimaklumkan boleh mengambil cuti tanpa gaji secara sukarela untuk beberapa bulan yang akan datang.", "NUFAM juga memberitahu, kesatuan itu masih menunggu laporan selanjutnya dari pihak pekerja Malindo Air yang mungkin telah dikenakan tindakan potongan gaji 50%.", "”Ini sama sekali akan melanggar syarat dan undang undang Akta Kerja jika majikan Malindo Air meneruskan potongan 50 peratus dari gaji pekerja mereka.", "”Ini berlaku selepas syarikat penerbangan itu melaporkan kerugian akibat pembatalan penerbangan sehingga April dan selepas sekatan perjalanan oleh negara-negara destinasi berikutan wabak Covid-19.,” ujarnya", "NUFAM mengesa syarikat penerbangan di Malaysia mencari jalan terbaik untuk mengurangkan kos pembelanjaan mereka dalam menghadapi kesan ekonomi akibat Covid-19.", "Jelasnya, terdapat banyak pilihan lain yang masih terbuka kepada syarikat penerbangan untuk menjimatkan kos syarikat, salah satu adalah memotong elaun pihak pengurusan yang bergaji tinggi dan tuntutan pembelanjaan atau elaun pihak pengurusan.", "Kepada kru kabin, NUFAM menasihatkan agar semua mempertimbangkan tawaran cuti dan potongan gaji elaun dari syarikat dan menasihatkan para pekerja ini tidak menandatangani apa-apa perjanjian sehingga mereka mendapat kepastian daripada pihaknya atau Jabatan Tenaga Kerja.", "“Beberapa syarikat penerbangan mungkin tidak memberikan butir-butir yang lebih di dalam surat tawaran mereka kepada pekerja-pekerja, mungkin akan membuat pekerja dalam keadaan dilema,”.", "“Kami menggesa para pekerja untuk menghubungi NUFAM jika mereka tidak pasti dengan syarat-syarat tawaran cuti tanpa gaji,” katanya sambil menambah sebarang elaun yang dipotong ke atas pekerja akan memberi kesan besar kepada golongan gaji rendah.", "NUFAM juga menggesa kerajaan memberi elaun kritikal sebanyak RM200 yang telah disediakan dalam pakej rangsangan ekonomi kepada kru kabin.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/09/23/ydpa-minta-rakyat-bertenang-jaga-kesihatan-diri-istana-negara/
YDPA minta rakyat bertenang, jaga kesihatan diri – Istana Negara
[ "KUALA LUMPUR – Istana Negara memaklumkan majlis mengadap Presiden PKR, Daruk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong semalam, ditangguhkan.", "Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, penangguhan itu berikutan kegeringan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.", "“Ketika ini, Al-Sultan Abdullah akan terus menjalani rawatan di bawah pengawasan para pakar perubatan di Institut Jantung Negara (IJN).", "“Al-Sultan Abdullah menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Daim Zainuddin, para Jemaah Menteri Kabinet dan individu termasuk Anwar yang telah mendoakan kesejahteraan baginda,” katanya menerusi kenyataan kepada media, hari ini.", "Anwar yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) pada sidang media khas beliau di sebuah hotel di ibu negara hari ini, menyatakan mempunyai jumlah majoriti yang kukuh untuk beliau menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).", "Justeru, kata Presiden PKR itu, Muhyiddin bukan lagi perdana menteri dan beliau akan membentuk kerajaan baharu sebaik Yang di-Pertuan Agong sembuh dari kegeringan.", "Menurut Ahmad Fadil, Al-Sultan Abdullah turut mengambil kesempatan menasihati seluruh rakyat untuk bertenang dan menjaga kesihatan diri masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana negara masih menghadapi ancaman penularan wabak Covid-19.", "Sehubungan itu, katanya, baginda bertitah kepada semua pihak untuk mengutamakan kesejahteraan rakyat dan negara tercinta ini bersama semoga dikurniakan keberkatan daripada Allah.", "“Al-Sultan Abdullah turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama baginda berdoa semoga Malaysia terus dilindungi dari segala bentuk ancaman dan dikurniakan kemakmuran yang berpanjangan,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/10/07/tengku-permaisuri-selangor-kesal-cara-pbt-kasari-anjing-liar/
Tengku Permaisuri Selangor kesal cara PBT kasari anjing liar
[ "KUALA LUMPUR – Tengku Permaisuri Selangor kesal tindakan penguat kuasa terhadap seekor anjing terbiar seperti video yang tular.", "Tengku Permaisuri Norashikin berkata, sebagai Penaung Diraja kempen Stray Free Selangor (SFS) beliau kecewa dan sedih kerana kejadian kejam seumpamanya masih berlaku dalam masyarakat meskipun banyak kempen kesedaran telah dilaksanakan membabitkan haiwan-haiwan terbiar.", "“Saya amat kesal apabila diperlihatkan dengan satu klip video yang menunjukkan beberapa anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) cuba menangkap seekor anjing terbiar secara ganas,” katanya dalam status media sosialnya hari ini.", "Tengku Permaisuri Norashikin menggesa agar pihak-pihak berwajib lebih peka dan berperikemanusiaan dalam menguruskan kes-kes membabitkan haiwan-haiwan terbiar di jalanan.", "“Saya difahamkan kerajaan Negeri Selangor melalui Yang berhormat Ng Sze Han telah memohon maaf di atas tindakan kasar anggota MPSJ terbabit.", "“Justeru, selepas ini saya berharap prosedur penangkapan haiwan-haiwan jalanan yang telah ditetapkan seharusnya dipatuhi untuk memastikan kesejahteraan haiwan itu dan juga keselamatan kakitangan pihak berkuasa tempatan yang terlibat.", "“Saya juga ingin menegaskan betapa pentingnya prosedur ini dijalankan dengan sebaik mungkin tanpa menyakiti atau mencederakan haiwan-haiwan terbabit,” katanya lagi.", "Dalam masa sama, prosedur yang sama juga perlu diperkemas dan dilaksanakan sesuai dengan situasi-situasi tertentu.", "“Buat kesekian kalinya saya mohon agar semua pihak, tidak kiralah kakitangan pihak berkuasa atau masyarakat secara amnya, supaya menyemai sifat belas kasihan terhadap haiwan-haiwan terbiar yang memerlukan bantuan.", "“Harus diingat, Akta Kebajikan Haiwan 2015 telah jelas memperuntukkan bahawa hukuman denda RM20,000 hingga RM100,000 dan/atau penjara sehingga 3 tahun boleh dikenakan terhadap sesiapa yang melakukan kekejaman terhadap haiwan.", "“Sebagai Penaung Diraja kempen Stray Free Selangor The Humane and Compassionate Way bersama SPCA Selangor, saya menggesa pihak berkuasa terlibat agar bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat yang prihatin, ke arah membanteras sebarang bentuk perlakuan kejam terhadap haiwan,” ujarnya.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/11/01/marzuani-serba-salah-untuk-ganti-annuar/
Marzuani serba salah untuk ganti Annuar
[ "KOTA BHARU – Ketua Puteri UMNO Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin, yang ditawarkan untuk bertanding kerusi Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mengaku berada dalam keadaan serba salah untuk menerima tawaran tersebut.", "Ketua Puteri UMNO Ketereh itu berkata, ini kerana penyandang kerusi berkenaan Tan Sri Annuar Musa yang merupakan Ketua UMNO Ketereh adalah ketuanya di bahagian manakala Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah ketua partinya.", "“Saya rasa sedikit tekanan kerana kita sedia maklum penyandang kerusi Parlimen Ketereh iaitu Tan Sri Annuar Musa merupakan ketua saya. Saya rasa serba salah untuk terima tawaran ini daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid kerana dia juga ketua parti,” katanya.", "Marzuani Ardila ketika dihubungi Bernama hari ini berkata, beliau belum membuat keputusan untuk menghadiri majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) yang dijadualkan diadakan di Kuala Lumpur malam ini kerana masih berbincang dengan kepimpinan UMNO bahagian Ketereh.", "“Apa yang boleh saya katakan, saya masih lagi sedang memikirkan keputusan ini kerana saya setia dengan Annuar dan hormat keputusan Ahmad Zahid,” katanya.", "Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia terdahulu mengesahkan tawaran sebagai calon kerusi Parlimen Ketereh telah diberikan kepada Marzuani Ardila.", "Pada PRU14, Annuar memenangi Parlimen Ketereh dengan majoriti 4,626 undi, menewaskan pencabarnya daripada PAS dan PKR. – BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2018/07/16/negara-ini-tidak-mampu-untuk-membiayai-projek-lrt3-guan-eng/
Negara ini tidak mampu untuk membiayai projek LRT3 – Guan Eng
[ "KUALA LUMPUR- Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa beberapa projek mega termasuk projek LRT3 terpaksa dibatalkan atau dikecilkan kerana kerajaan terpaksa menggunakan wang tersebut untuk membayar hutang 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).", "“Negara ini tidak mampu untuk membiayai projek LRT3.", "“Jika ada orang pertikaikan kenapa batalkan pembinaan beberapa stesen, kenapa kecilkan projek, inilah sebabnya.", "“Kita mahu melakukan penjimatan dan Kabinet baru-baru ini memutuskan untuk meneruskan projek LRT3 dengan mengurangkan kos hampir RM15 bilion.", "“Kita kini terpaksa membayar hutang-hutang 1MDB dan berusaha sedaya upaya supaya negara tetap mampu membayar semua hutang tepat pada masanya,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Percukaian Kebangsaan 2018 di sini hari ini.", "Ketika diminta mengulas lanjut mengenai perkara tersebut pada sidang media beliau selepas itu, Guan Eng berkata, keseluruhan hutang 1MDB dan firma-firma lain yang berkaitan dengannya adalah RM50 bilion dan menjelang hujung tahun ini kerajaan perlu membayar RM1.3 bilion lagi.", "Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci mengenai syarikat atau pihak mana yang bakal menerima pembayaran tersebut.", "Difahamkan salah sebuah agensi yang bakal menerima pembayaran kerajaan itu adalah Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) yang mana pinjamannya sebanyak RM4.386 bilion kepada SRC International Sdn. Bhd. (dulunya anak syarikat 1MDB sebelum dipindahkan ke Menteri Kewangan Diperbadankan) dijamin kerajaan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/10/31/ridhuan-kecewa-bn-pilih-calon-mca/
Ridhuan kecewa BN pilih calon MCA
[ "KUALA LUMPUR- Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah ternyata kecewa dengan pemilihan calon Barisan Nasional (BN) PRK Parlimen Tanjung Piai.", "Ahli akademik itu berpendapat sampai bila UMNO mahu menjadi pengemis kepada Cina ultra kiasu.", "“Kecewa yang teramat sangat apabila mendapat berita bahawa UMNO telah memilih MCA untuk bertanding dalam PRK Parlimen Tanjung Piai, mungkin kerana telah diugut MCA, akan keluar BN sehingga membawa kepada terbubarnya BN.", "“Hina sangat UMNO jika termakan dengan ugutan ini.", "“Jika benarlah dengan keluarnya MCA akan terbubar BN, semua ahli Parlimen BN akan menjadi tidak berparti atau ahli bebas, redha dan hadapilah dengan penuh tabah. Jika tidak, sampai PRU 15 nanti, pasti politik ‘bodoh’ akan berulang dan menjadi budaya. Budaya yang membodohkan kita sebagai orang Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan malam tadi.", "Beliau merujuk kepada pemilihan wakil MCA, Datuk Seri Wee Jeck Seng sebagai calon BN dalam PRK Parlimen Tanjung Piai.", "Mohd. Ridhuan berpendapat, pemilihan itu akan merugikan parti orang Melayu seperti UMNO dan Pas.", "“Saya bukan rasis. Saya tetap Cina sampai bila-bila. Semua Cina itu saudara saya. Lebih-lebih lagi ahli keluarga saya.", "“Namun, saya masih boleh mengenali mana Cina baik, mana yang ultra kiasu,” katanya.", "Menurutnya, Cina yang baik seperti mendiang Profesor Khoo Kay Kim, Prof. Teo Kok Siong dan lain-lain lagi manakala Cina ultra kiasu adalah Cina yang berada dalam MCA, Gerakan dan DAP.", "“Jika mereka tidak ultra kiasu sudah tentu mereka akan bersama menjunjung perkara yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial yang telah menghasil perlembagaan negara.", "“Contoh-contoh yang telah biasa kita dengar seperti kedudukan Islam, bahasa Melayu, hak istimewa Melayu dan Bumiputera, Raja-Raja Melayu dan sebagainya.", "“Ini tidak, terus dipertikaikan tanpa kesudahan. Kaduk naik junjung,” kata bekas ahli MCA itu lagi.", "Menurut Ridhuan, BN sepatutnya mencari calon MCA yang muslin dan tidak ultra kiasu.", "“UMNO telah melakukan kesilapan besar dengan meletakkan calon yang telah kalah sebelum ini. Bukan tidak boleh, tetapi politik hari ini masih tidak membenarkan.", "“Saya akui, bukan semua ahli MCA itu ultra kiasu, begitu juga parti perkauman yang lain. Banyak lagi baik. Malangnya, yang baik itu tidak memimpin.", "“Rata-rata yang memimpin adala ultra kiasu. Mereka ini yang menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan. Tidak mahu patuh kepada perkara-perkara yang telah dipersetujui dalam sosial kontrak,” ujarnya.- MalaysiaGazette", "ARTIKEL BERKAITAN:", "Calon BN: Ridhuan Tee leraikan teka-teki", "", " " ]
https://malaysiagazette.com/2022/03/30/dua-anggota-polis-ditahan-dipercayai-terima-rasuah-rm300/
Dua anggota polis ditahan dipercayai terima rasuah RM300
[ "SUNGAI PETANI – Dua anggota polis ditahan kerana dipercayai menerima wang rasuah berjumlah RM300 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas seorang individu yang memandu tanpa lesen dan cukai jalan kenderaan tamat tempoh pada 20 Mac lepas.", "Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah berkata, kedua-dua mereka berpangkat koperal dan koperal sokongan berumur 45 dan 38 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM cawangan Sungai Petani pada 6.15 petang semalam.", "“Anggota polis itu dikatakan telah meminta sebanyak RM1,500 daripada seorang individu yang memandu tanpa lesen dan cukai jalan kenderaan telah tamat tempoh di tepi Jalan Persiaran Amanjaya 2 berdekatan dengan Kolej Vokasional Sungai Petani 1.", "“Individu itu dikatakan telah menyerahkan RM300 kepada anggota polis tersebut dan dia diminta untuk membayar baki selebihnya apabila dihubungi oleh anggota polis tersebut,” katanya, di sini, hari ini.", "Sementara itu, kedua-dua mereka yang merupakan anggota Unit Kereta Peronda (MPV), Kuala Muda direman selama tujuh hari bermula hari ini.", "Perintah reman dikeluarkan Majistret Sungai Petani Nadhirah Abdul Rahim.", "Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan itu dan memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2021/04/06/350-pelajar-tingkatan-1-dapat-tajaan-yayasan-selangor/
350 pelajar Tingkatan 1 dapat tajaan Yayasan Selangor
[ "KUALA LUMPUR – Seramai 350 orang pelajar Tingkatan Satu di Selangor menerima tawaran untuk ditempatkan ke sekolah-sekolah di bawah tajaan Yayasan Selangor bagi mengikuti Program Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia – Yayasan Selangor (RKPYS) untuk sesi persekolahan tahun 2021.", "Ia merupakan program yang julung-julung kali diperkenalkan oleh Yayasan Selangor menerusi pengambilan dalam talian.", "Sejumlah 1,314 permohonan telah diterima daripada murid-murid Tahun Enam yang bersekolah di Selangor untuk mengikuti Program RKPYS yang dibuka pada 1 Disember 2020.", "Program ini telah wujud sejak tahun 1971 dan mensasarkan murid berpotensi daripada kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana.", "Syarat dan terma yang diguna pakai merangkumi syarat akademik yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Dasar RKPYS yang ditetapkan oleh Yayasan Selangor.", "Murid-murid yang ditawarkan ke program itu akan mendapat keistimewaan seperti kemudahan asrama, biasiswa, kelas bimbingan, program kecemerlangan akademik dan pembangunan kendiri.", "Malah, Yayasan Selangor komited dengan melantik seorang guru penyelaras bagi memantau pencapaian murid di setiap sekolah tajaannya.", "Daripada 350 murid yang ditawarkan ke program ini, seramai 91 orang ditempatkan di asrama pusat, manakala 251 orang ditempatkan di asrama daerah dan baki lapan orang menerima tawaran di sekolah harian (tanpa asrama).", "Walaupun proses pemilihan dan penempatan telah selesai pada 12 Disember 2020, namun sesi persekolahan secara bersemuka hanya dibuat pada 5 April 2021 bagi mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berikutan keadaan semasa pandemik Covid-19.", "Bagaimanapun, pihak KPM telah mengeluarkan arahan bahawa murid telah dibenarkan untuk meneruskan pendaftaran di asrama sebelum sesi persekolahan dibuka semalam.", "Pendaftaran murid di asrama pusat Yayasan Selangor iaitu Asrama Yayasan Selangor Klang dan Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam dijalankan pada 2 dan 4 April lalu. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/09/01/zuraida-saran-pemimpn-ph-kikis-mentaliti-pembangkang-yang-telah-bersarang/
Zuraida saran pemimpn PH kikis mentaliti pembangkang yang telah bersarang
[ "KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menyarankan semua pemimpin dalam Pakatan Harapan supaya mengikis mentaliiti sebagai pembangkang yang telah bersarang.", "Beliau yang merujuk kenyaaan pemimpin DAP yang seolah-olah mempertikaikan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, semua pihak sepatutnya menumpukan tenaga dan usaha ke arah memantapkan pentadbiran kerajaan sedia ada.", "“Segala buah fikiran, idea dan cadangan yang difikirkan dapat mencapai hasrat Malaysia baru boleh disalurkan melalui koalisi Pakatan Harapan yang merupakan medium paling tepat.", "“Di sini, ingin saya sarankan kepada pemimpin dalam Pakatan Harapan khususnya supaya mentaliti sebagai pembangkang yang telah bersarang lama perlu dikikis,” kata Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR dalam kenyataan di sini.", "Zuraida juga menggesa supaya polemik seumpama itu dihentikan segera kerana Dr Mahathir sendiri berulang kali menyatakan bahawa beliau akan mengotakan janjinya untuk meletak jawatan apabila sesuai waktunya kelak.", "Katanya, sebagai anggota kerajaan, biarlah Perdana Menteri menyelesaikan misi  bersama.", "“Sebagai anggota kabinet, saya juga bertanggungjawab di atas semua keputusan Kabinet yang diambil selama ini.", "“Atas sebab itulah, marilah kita sama-sama berkongsi beban tanggungjawab ini demi menuju kesejahteraan Malaysia.", "“Semoga Allah swt memelihara tanahair ini. Merdeka!” katanya.  – MalaysiaGazette", " ", " " ]
https://malaysiagazette.com/2021/05/15/rina-lebih-gemar-jadi-model-pelakon-daripada-jaga-kebajikan-warga-emas/
Rina lebih gemar jadi model, pelakon daripada jaga kebajikan warga emas
[ "KUALA LUMPUR – Wanita Keadilan hari ini menuntut Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun memberi penjelasan berhubung pemberian vaksin Covid-19 kepada warga emas khususnya yang berada di pusat jagaan di seluruh negara.", "Pengarah Komunikasinya, Loh Ker Chean melahirkan kebimbangannya susulan tindakan Rina sejak kebelakangan ini tidak mencerminkan kesungguhannya menjaga kebajikan rakyat berbanding agenda peribadi yang semakin ketara.", "“Menteri dan Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat seharusnya membela nasib golongan rentan, adakah mereka telah membuat terbaik dalam usaha melambatkan jangkitan wabak Covid-19 dalam kalangan warga emas.", "“Yang jelas dapat dilihat peranan Rina pada waktu ini menjadi model majalah dan kini menjadi pelakon? Timbalan Menteri KPWKM pula membisu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.", "Pada 4 Mac lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan kadar kematian dalam kalangan penghuni pusat jagaan warga emas agak tinggi iaitu 1.48 peratus berbanding kadar kematian kebangsaan 0.38 peratus.", "Menurut Dr Noor Hisham, seramai 610 penghuni di pusat jagaan warga emas sudah dijangkiti wabak Covid-19.", "“Keresahan dan kemurungan yang dihadapi oleh penghuni warga emas di pusat jagaan semakin meningkat kerana berlakunya pengasingan diri dan penjarakan fizikal dalam jangka panjang akibat penularan wabak Covid-19.", "“Oleh yang demikian, penghuni warga emas kekurangan akses kepada maklumat luar dan peluang bagi berjumpa dengan ahli keluarga dan rakan.", "“Tambahan pula, isu kekurangan peralatan perlindungan peribadi (PPE) asas bagi pekerja penjagaan juga merupakan salah satu punca golongan warga emas mudah terdedah kepada jangkitan Covid-19,” katanya.", "Susulan itu, Ker Chean meminta Rina menjelaskan sejauh mana tindakan mitigasi diambil untuk memelihara kesihatan mental warga emas terutamanya penghuni di pusat jagaan orang tua sejak negara dilanda Covid-19.", "“Adakah Rina memastikan penjaga atau kakitangan di setiap pusat penjagaan warga emas di negara ini dibekalkan PPE yang mencukupi dan digunakan mengikuti panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) bertarikh 4 November 2020?” katanya.", "Dalam pada itu, sejauh mana Rina memohon Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) mengutamakan institusi penjagaan warga emas dan memberi kemudahan kepada pasukan perubatan bergerak untuk memberikan suntikan vaksin.", "“Adakah Rina telah mengaktifkan Unit Komunikasi Korporat(UKK) dalam kementerian atau memohon kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) yang menjaga komunikasi dua hala bagi menyampaikan kesedaran pendaftaran vaksin kepada warga emas secara strategik?", "“Adakah Rina telah memohon JKJAV bagi memastikan pemakluman jadual temujanji vaksin dijalankan melalui panggilan telefon memandangkan kebanyakan warga emas kurang peka penggunaan SMS dan amalan semak aplikasi MySejahtera?” soalnya.", "Beliau turut mempersoalkan sejauh mana angka-angka kes kematian warga emas akibat Covid-19 dalam kaca mata Kabinet Perikatan Nasional (PN) hanya sekadar soalan matematik tanpa nyawa.", "“Semua pihak telah memberi semua kemudahan termasuk proklamasi darurat yang dituntut oleh Kabinet PN dan mempunyai kuasa mutlak bagi memerangi Pandemik Covid -19 dan memimpin rakyat ke arah pemulihan pasca – pandemik.", "“Apa lagi Kabinet ini mahu daripada rakyat jika mereka sendiri yang gagal? Rina dan Siti, sila memohon maaf kepada ahli keluarga kepada mendiang mangsa warga emas Covid-19 dengan segera dan berundur,” katanya lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/07/10/gangguan-internet-cetus-panik-penduduk-kanada/
Gangguan internet cetus panik penduduk Kanada
[ "TORONTO – Perkhidmatan pengangkutan, perbankan dan kecemasan Kanada terjejas akibat gangguan internet dan telefon mudah alih sejak hari Jumaat.", "Gangguan itu turut menjejaskan talian kecemasan 911.", "Penduduk Kanada berpusu-pusu ke kedai kopi dan perpustakaan untuk mencari sambungan.", "Gangguan perkhidmatan bermula pada 4.30 waktu tempatan (08:30 GMT) pada hari Jumaat dan berlangsung selama lebih daripada 15 jam, tetapi kebanyakan perkhidmatan kini telah dipulihkan.", "Penyedia mudah alih dan internet terbesar Kanada, Rogers memohon maaf atas gangguan perkhidmatan di seluruh negara itu.", "Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Tony Staffieri berkata, kerja-kerja penyelenggaraan “menyebabkan beberapa operasi tidak berfungsi pada awal pagi Jumaat”.", "Gangguan itu memberi kesan yang besar pada pelbagai perkhidmatan di seluruh Kanada, sekali gus memberi amaran tentang akibat terlalu bergantung pada komunikasi moden.", "Banyak perkhidmatan 911 melaporkan kesukaran untuk menerima panggilan masuk dan hospital meminta kakitangan yang bertugas on call untuk datang bekerja sehingga isu itu diselesaikan.", "Seorang ibu, Lara Morgan, menggambarkan bagaimana dia bergelut untuk menghubungi perkhidmatan kecemasan selepas anaknya cedera dalam permainan ragbi dengan kecederaan tulang belakang.", "Bercakap kepada akhbar Globe and Mail, ibu itu berkata, dia akhirnya menemui seseorang yang mempunyai telefon bimbit yang bukan menggunakan perkhidmatan Rogers untuk menghubungi 911.", "Kesukaran itu menghubungi 911 turut mendedahkan perkhidmatan ambulans juga bergantung pada rangkaian Rogers hingga menyukarkan penghantaran paramedik.", "Gangguan itu juga menyebabkan beberapa acara dibatalkan, termasuk tarikh jelajah Toronto penyanyi Kanada The Weeknd.", "Pertunjukan itu sepatutnya berlangsung di Toronto Blue Jays, yang dimiliki oleh Rogers Communications.", "Di wilayah Quebec, Mahkamah Montreal terpaksa menangguhkan perbicaraan perbicaraan ke atas mogul fesyen Peter Nygard selepas pegawai penjara tidak dapat menghubungkan kes itu menggunakan sistem persidangan video.", "Pengkritik berkata, gangguan itu menunjukkan keperluan untuk lebih banyak persaingan dalam sektor telekomunikasi Kanada.", "Sektor itu dikuasai tiga syarikat – Rogers, BCE Inc dan Telus Corp – mengawal 90% bahagian pasaran di Kanada.", "Rogers sahaja digunakan hampir 11 juta rakyat Kanada. – BBC" ]
https://malaysiagazette.com/2017/07/19/polis-arab-saudi-tahan-wanita-pakai-mini-skirt/
Polis Arab Saudi tahan wanita pakai mini skirt
[ "RIYADH – Polis Arab Saudi menahan seorang wanita yang muncul dalam video dengan memakai mini skirt dan baju-t singkat.", "Video wanita yang dikenal pasti secara dalam talian hanya sebagai Khulood, menyebabkan berlaku perdebatan di media sosial tidak lama selepas ia dimuat naik di Snapchat pada hujung minggu lalu.", "Rakaman video itu kemudian menjadi tular, mendorong siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.", "Polis telah menyerahkannya kertas siasatan kes itu kepada pejabat pendakwa raya, laporan media Alekhbariya yang dikendalikan kerajaan negeri itu.", "Video klip pendek wanita itu menunjukkan seorang wanita sedang berjalan melalui runtuhan kubu purba di Ushaiager, sebuah bandar di wilayah Najd.", "Undang-undang Arab Saudi mengenakan peraturan ketat berhubung penampilan dan tingkah laku wanita.", "Wanita Arab Saudi dikehendaki memakai pakaian hitam, dipanggil abaya, yang meliputi segalanya kecuali muka, kaki dan tangan. Mereka juga wajib menutup kepala.", "Seorang jurucakap polis Riyadh yang dipetik oleh laman berita Sabq berkata, wanita itu memberitahu polis bahawa dia melawat Ushaiager dengan penjaganya yang sah dan video itu telah diletakkan dalam talian tanpa pengetahuannya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/08/15/gempa-bumi-7-2-magnitud-melanda-haiti/
Gempa bumi 7.2 magnitud melanda Haiti
[ "PORT-AU-PRINCE – Gempa bumi kuat melanda Haiti, mengorbankan 304 orang penduduk manakala lebih 1,800 orang lagi cedera.", "Bencana dengan 7.2 magnitud itu berlaku di barat kepulauan itu memusnahkan bangunan termasuk hotel dan gereja.", "Perdana menteri berkata, gempa itu mengakibatkan kerosakan besar dan mengumumkan darurat selama sebulan.", "Haiti masih dalam proses pemulihan akibat gempa bumi yang dahsyat pada tahun 2010.", "Pusat gempa terletak kira-kira 12 kilometer (7.5 batu) dari bandar Saint-Louis du Sud, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).", "Gegaran itu dirasakan di ibu kota Port-au-Prince yang berpenduduk padat, sekitar 125km jauhnya dan di negara-negara jiran.", "USGS sebelumnya memberi amaran gempa boleh mengakibatkan ribuan kematian dan cedera.", "Ia juga mengatakan sekurang-kurangnya enam gempa susulan telah dirasakan di wilayah ini termasuk satu yang berukuran 5.1 skala Richter.", "Frantz Duval, Ketua Editor akhbar Haiti Le Nouvelliste menerusi Twitter berkata, dua hotel adalah antara bangunan yang musnah di bandar Les Cayes.", "Hospital pula menerima kemasukan pesakit yang banyak.", "“Ia berlaku perlahan, kuat dan ia mengambil beberapa saat untuk mengoncangkan bumi Haiti, kira-kira pukul 8.30 pagi pada 14 Ogos,” tulis Duval. – BBC" ]
https://malaysiagazette.com/2017/05/31/ketua-bahagian-siasatan-jenayah-alor-gajah-bebas-tahanan-reman/
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Alor Gajah bebas tahanan reman
[ "PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini membebaskan pegawai polis berpangkat ASP selepas direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di Melaka.", "Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan ketua jabatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, Melaka itu dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM50,000.", "Sejak 16 Mei, seramai 13 individu termasuk sembilan pegawai dan anggota polis ditahan dalam operasi SPRM bagi menyiasat kes rasuah berkaitan kegiatan mengutip wang dari pengusaha pusat judi dan rumah urut haram di Melaka.", "Pembebasan pegawai polis berumur 51 tahun itu hari ini menjadikan kesemua sembilan pegawai dan anggota polis yang ditahan bagi membantu siasatan SPRM dibebaskan.", "Sebelum ini, tujuh pegawai dan anggota polis termasuk dua ketua polis daerah dibebaskan minggu lepas dan seorang polis berpangkat DSP dibebaskan pada Isnin.", "Dari empat orang awam yang ditahan berkaitan kes tersebut, seorang pemandu van dibebaskan semalam.", "Sementara itu, tempoh reman tiga orang awam yang turut dikaitkan dengan kes berkenaan disambung dua hari lagi mulai esok selepas ditahan reman sejak Ahad lepas.", "Mereka disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2022/07/09/colombia-hadapi-gelombang-kelima-pandemik-covid-19/
Colombia hadapi gelombang kelima pandemik COVID-19
[ "BOGOTA – Menteri Kesihatan dan Perlindungan Sosial Colombia Fernando Ruiz pada Jumaat mengingatkan rakyat untuk mempertingkat langkah penjagaan diri dan mendapatkan vaksin COVID-19 kerana negara itu sedang menghadapi gelombang kelima pandemik.", "“Ternyata kita berada di puncak kelima. Ia merebak di bandar yang berbeza, terutama di kawasan bandar…sejak semalam (Khamis) angka kematian secara relatifnya stabil berbanding minggu sebelumnya,” lapor Xinhua memetik Ruiz.", "Menteri itu menegaskan berdasarkan angka kematian minggu lalu, penduduk berusia lebih 70 tahun adalah golongan paling terjejas manakala kemasukan ke hospital meningkat dalam kalangan golongan muda yang tidak divaksin.", "“Kedua-dua kumpulan ini sangat sensitif. Golongan muda terdedah kerana merupakan kumpulan besar yang belum divaksin, manakala dalam kalangan warga emas, isu suntikan penggalak menjadi sangat penting,” jelasnya.", "Ruiz juga menekankan keperluan untuk mempercepat ujian bagi mengenal pasti kes baharu, meskipun varian Omicron masih menjadi virus dominan di negara itu dan kurang membawa maut berbanding jenis lain, ia masih boleh menyebabkan komplikasi.", "“Kami menjangkakan dua atau tiga minggu jangkitan yang tinggi, diikuti dengan pengurangan… inilah masanya untuk mendapatkan vaksin dan berwaspada terhadap risiko yang lebih besar,” menteri itu memberi amaran.", "Negara Amerika Selatan itu mencatatkan 23,667 jangkitan COVID-19 dan 132 kematian dalam satu minggu, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 6,198,848 kes dan 140,202 kematian, menurut data terkini Kementerian Kesihatan.- BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2017/04/05/pmsp-tawar-diri-jadi-penganjur-debat-kit-siang-tunku-aziz/
PMSP tawar diri jadi penganjur debat Kit Siang- Tunku Aziz
[ "KUALA LUMPUR – Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini menawarkan diri untuk menjadi penganjur wacana debat terbuka antara Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.", "Presiden PMSP, Ramesh Rao berkata, badan badan bukan kerajaan (NGO) itu bersedia menyediakan apa yang perlu dalam memastikan program wacana yang bakal menjadi tumpuan rakyat dan media itu berjaya dan berjalan dengan lancar.", "“Kita bersedia menyediakan tempat dan segala kemudahan untuk debat itu berlangsung kerana kita mahu memberi peluang kepada dua ikon pemimpin ini berdebat di atas pentas terbuka mengemukakan fakta kepada rakyat dan para pemerhati,” katanya menerusi kenyataan hari ini.", "Semalam, bekas pemimpin DAP, Tunku Abdul Aziz mencabar Kit Siang berdebat mengenai dasar dan pemerintahan diktator yang menjadi asas perjuangan parti yang banyak didominasi kaum Cina itu.", "Dalam satu sidang media, beliau yang juga bekas Naib Pengerusi DAP, mengemukakan cabaran itu berhubung keputusan Kit Siang melantik orang Melayu untuk menduduki kerusi Pengerusi Pakatan Harapan (PH).", "Dalam perkembangan sama Ramesh berkata, berkenaan format debat itu, ia boleh dibincangkan bersama Tunku Abdul Aziz dan Kit Siang jika mereka berdua bersetuju.", "Mengulas lanjut, beliau bersimpati dengan Kit Siang apabila pemimpin DAP itu tidak ada platform untuk mengemukakan fakta berkaitan dasar dan cara gerak kerja parti dalam DAP kepada orang ramai.", "“Jadi, kita sedia jadi penganjur dan sediakan pentas untuk Kit Siang cerita berkenaan parti DAP dalam bentuk fakta dan bukti.", "“Saya tahu Kit Siang yang kononnya memperjuangkan demokrasi cuma sentiasa mencari jalan untuk menafikan hakikat bahawa dia adalah seorang diktator dan hipokrit,” katanya yang juga bekas ahli DAP. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/03/19/kurang-pelanggan-pemandu-teksi-mahu-duduk-rumah-main-dengan-cucu/
Kurang pelanggan, pemandu teksi mahu duduk rumah main dengan cucu
[ "KUALA LUMPUR – Sejak menjadi pemandu teksi sejak tahun 1985, ini merupakan pertama kali Hasanudin Jamaludin, 57, berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan untuk membendung wabak Covid-19.", "Hari kedua perintah itu berkuatkuasa, menurut beliau, orang awam di KL Sentral yang sebelum ini menjadi tumpuan sebagai pusat laluan pelbagai pengangkutan awam, semakin berkurangan dan keadaan jadi lengang.", "Keadaan yang disifatkannya ini di luar kelaziman itu turut menjejaskan 90 peratus pendapatan Hasanudin sebagai pemandu teksi.", "Namun beliau sedar,  tindakan ini diambil kerajaan demi kebaikan dan nyawa rakyat keseluruhannya agar terhindar daripada Covid-19.", "“Hari kedua keadaan di sini makin lengang, orang makin kurang, 90 peratus merosot pendapatan saya, biasanya dari pagi sampai pukul 11 dapat tiga kali trip, sampai sekarang dari pagi tadi kami di sini belum dapat satu trip.", "“Tapi kalau tidak disekat pergerakan orang tambah merebak (Covid-19) jadi kalau disekat begini Insya Allah akan berkurangan.", "“Bagus juga kerajaan buat begini. Buat sementara selepas itu kita boleh bergerak seperti biasa,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui hari ini.", "Beliau turut merancang untuk tidak membawa teksi buat sementara waktu sekiranya tidak menerima pelanggan memberangsangkan sebaliknya mahu mengambil kesempatan pada waktu begini untuk meluangkan masa dengan anak dan cucu di rumah.", "“Kalau seminggu berterusan begini saya tidak akan bawa teksi buat sementara, diam di rumah pasal keluar buang masa lebih baik di rumah bermain dengan anak cucu, di sini pun kita terdedah.", "“Kalau disekat semua orang ikut perintah mudahan habislah wabak ini. Sebab wabak ini bukan di sini sahaja, di negara lain pun ada,” tambahnya.", "Sementara itu, pegawai bank, Wan Ahmad Izat Wan Ahmad Sanadi, 28, pula berkata perintah kerajaan perlu dipatuhi kerana ia melibatkan kepentingan nyawa.", "Katanya, rakyat perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya kepada keselamatan diri sendiri namun tidak menyalahgunakan kesempatan ini untuk pulang ke kampung sebaliknya mengisolasikan diri di rumah sendiri.", "“Saya amat setuju untuk kita duduk di rumah tidak keluar, kerana sebenarnya untuk mengelakkan penularan bermula daripada diri kita sendir.", "“Perkara melibatkan nyawa, apa juga berkaitan kita nak berkumpul, buat perjumpaan kita kena utamakan nyawa dulu. Rancanglah aktiviti terbaik yang boleh dibuat di rumah dengan keluarga,” katanya.", "Wan Ahmad Izat dalam pada itu memaklumkan syarikatnya menguatkuasakan sistem bekerja dari rumah hari ini meskipun di sektor perbankan yang dibolehkan untuk meneruskan operasi.", "Namun ujarnya majikannya sedar perkembangan semasa yang melihat keperluan untuk memberikan kelonggaran kepada pekerja mengurangkan pergerakan.", "“Hari ini syarikat saya bekerja mulakan bekerja dari rumah, jadi pergi ke pejabat ambil keperluan. Sepatutnya masih bekerja tetapi selepas perutusan Perdana Menteri semalam majikan kami mengambil kesempatan untuk bekerja dari rumah,”tambahnya.", "Dalam pada itu, Izati Rosli, 28, menyokong seruan dan rayuan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam untuk rakyat tidak ke mana-mana buat sementara waktu ini termasuklah pulang ke kampung.", "Beliau bekerja sebagai kerani namun diberikan cuti oleh majikannya selama dua minggu memaklumkan kedatangannya bersama dua lagi rakan ke KL Sentral untuk membuat refund dari ETS selepas membatalkan perjalanan ke Hatyai hujung bulan ini.", "Meskipun disekat ke luar negara, namun kata beliau, kerajaan tidak berlaku zalim sebaliknya syarikat pengangkutan yang berkaitan memberikan kelonggaran kepada pelanggan untuk mendapatkan semula wang mereka.", "Meskipun terpaksa membatalkan hasrat melancong buat masa ini dalam masa yang sama tidak dapat balik ke kampung, namun Izati tidak kecewa sebaliknya bersedia bekerjasama dengan kerajaan dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berakhir pada 31 Mac akan datang.", "“Kami datang ambil refund ETS sepatutnya kami ke Hatyai hujung bulan ini tapi sebab tempoh kawalan jadi dibatalkan. Kami memang tidak akan ke mana-mana kami tidak akan balik kampung sebab akan berjaga-jaga,” katanya.", "Tinjauan MalaysiaGazette ke Stesen MRT Muzium Negara turut mendapati orang awam sangat kurang menggunakan pengangkutan awam itu.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/02/07/mpmmk-gesa-kerajaan-wujud-akta-buli-siber/
MPMMK gesa kerajaan wujud akta buli siber
[ "KUALA LUMPUR – Majlis Pemikir Melayu Muda Kebangsaan (MPMMK) menggesa kerajaan mewujudkan akta jenayah dan buli siber bagi mengekang atau sekurang-kurangnya mengelak pembuli bermaharajalela di media sosial.", "Gesaan itu dibuat Presidennya, Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant selepas terkesan dengan kes seorang remaja menyamar sebagai pegawai polis, tetapi telah dimaki hamun dan dijatuhkan hukuman oleh ‘hakim’ di media sosial.", "Beliau berkata, remaja terbabit yang gambarnya memakai pakaian pegawai polis berpangkat Inspektor telah dikongsi ribuan netizen yang kemudian viralkan di medium sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.", "“Remaja itu yang menyamar sebagai “Inspektor Ramdan” telah dibuli habis-habisan oleh netizen tanpa kita ketahui sebab sebenar dia berbuat demikian.", "“Belum pun dihadapkan ke mahkamah lagi, remaja itu telah dijatuhi hukuman oleh ‘hakim’ di media sosial dan gambarnya bertebaran di media sosial.", "“Jadi, sudah sampai masanya kerajaan memperkenalkan akta jenayah dan buli siber bagi mengenakan hukuman yang ketat dan berat kepada golongan pembuli siber,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.", "Kata Syed Mohammad Faiz, beliau sedih dan kecewa dengan sikap sesetengah warganet yang menyerang remaja itu dengan kata-kata kurang sopan menerusi laman Facebook dan Instagram.", "Tegas beliau, siapa kita untuk menjatuhkan hukuman kepada remaja berkenaan.", "Menurutnya, berdasarkan portal Kementerian Kesihatan, buli siber yang teruk atau kronik boleh menyebabkan mangsa menjadi resah, murung serta penyakit lain yang berkaitan dengan tekanan.", "Portal kementerian itu juga turut memaklumkan, dalam kes tertentu, buli siber boleh menyebabkan mangsanya membunuh diri.", "Melihat peningkatan kes buli siber yang semakin mendadak di negara ini, kerajaan tidak boleh berlengah lagi dan perlu segera mewujudkan akta jenayah dan buli siber. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/11/19/ismail-sabri-mendahului-pesaingnya-di-bera/
Ismail Sabri mendahului pesaingnya di Bera
[ "KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului para pesaingnya di Parlimen Bera.", "Keputusan tidak rasmi sehingga pukul 9 malam menyaksikan Naib Presiden UMNO itu mendahului 2,584 undi berbanding lawannya, Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).", "Bagi DUN Guai pula, calon BN, Datuk Sabariah Saidan mendahului dengan 202 undi dalam empat daripada 48 peti undi yang telah diterima di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera.", "DUN Triang pula menyaksikan calon PH mendahului dengan 48 undi setakat ini.", "Bagi DUN Kemayan, calon BN, Khairulnizam Mohamad Zuldin mendahului 1,564 undi berbanding calon PN dengan hanya 687 undi setakat ini.- MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2023/01/12/mpv-terbakar-pemandu-selamat/
MPV terbakar, pemandu selamat
[ "KAJANG – Sebuah kenderaan musnah sepenuhnya selepas terbakar secara tiba-tiba di hadapan Petronas Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (Silk) sebelum Universiti Tenaga Nasional (Uniten), di sini, hari ini.", "Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 8.03 pagi dan menggerakkan seramai sembilan anggota dan dua jentera.", "“Laporan di lokasi mendapati sebuah MPV Naza Ria telah terbakar sepenuhnya.", "“Kejadian tersebut  berlaku ketika kenderaan itu sedang bergerak dan mangsa berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/04/21/pembangkang-tiada-isu-adham-dijadikan-kambing-hitam/
Pembangkang tiada isu, Adham dijadikan ‘kambing hitam’
[ "KUALA LUMPUR – Tindakan-tanduk pemimpin-pemimpin pembangkang berterusan ‘membaham’ Menteri Kesihatan, Datuk Dr Adham Baba yang tersasul menyebut 500 buah negara adalah memual dan menyedihkan.", "Lebih-lebih lagi apabila ahli politik pembangang senior juga turut terlibat, seolah-olah mereka tidak pernah melakukan kesilapan dan tersasul tutur kata sepanjang hidup.", "Seorang pensyarah, Dr Anuar Ahmad berkata, kesilapan Adham itu telah dijadikan kesempatan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang kerana sudah tiada isu lain yang boleh digunakan untuk mengkritik kerajaan.", "Justeru itu, benda-benda yang remeh pun dijadikan isu.", "Selain itu, katanya, wujud dendam kesumat yang terlalu mendalam dalam kalangan pembangkang menyebabkan mereka  tidak boleh membezakan antara kepembangkangan politik yang konstruktif dengan kebencian peribadi.", "”…sudah tiada isu lain yang boleh digunakan oleh pembangkang untuk mengkritik kerajaan. Jadi “tiada rotan, akar pun berguna”. Sampai benda remeh dan tersasul pun boleh dijadikan isu,” katanya.", "Selain itu, katanya, barisan pembangkang sendiri tidak ada idea atau cadangan yang boleh mereka bentangkan pada rakyat.", "”Apabila tiada sesuatu yang bernas untuk diberikan pada rakyat, carilah ‘kambing hitam’ untuk dijadikan umpan politik. Rakyat yang tidak berfikir panjang akan ‘termakan’ dan ikut sekali.", "”Nampaknya semakin hari budaya kepembangkangan di negara ini semakin memualkan. Rasa dah macam hidup di Zimbabwe pula,” ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/05/30/bot-dan-kapal-bertembung-7-penumpang-disahkan-maut/
Bot dan kapal bertembung, 7 penumpang disahkan maut
[ "BUDAPEST – Tujuh pelancong Korea Selatan maut dan 21 orang lagi hilang selepas bot yang dinaiki tenggelam di Sungai Danube di ibu negara Hungary.", "Ketika kejadian seramai 30 pelancong Korea Selatan dan tiga pemandu pelancong, serta dua kru warga Hungary, berada di dalam bot pelancongan yang bertembung dengan sebuah kapal.", "Insiden itu berlaku selepas jam 21:00 waktu tempatan (19:00 GMT) pada hari Rabu.", "Tujuh mangsa sudah diselamatkan dan operasi besar-besaran yang dilancarkan dalam hujan lebat.", "Hujan telah membawa kepada arus kuat di Sungai Danube.", "Pasukan penyelamat mengatakan ada sedikit harapan untuk mencari mangsa yang selamat.", "Siasatan kejadian itu sedang dijalankan.", "Bot yang tenggelam berhampiran bangunan Parlimen di pusat Budapest telah dikenal pasti sebagai Hableany, atau Mermaid.", "Rakaman CCTV menunjukkan dua kapal (mengelilingi) hanya beberapa minit sebelum perlanggaran.", "Hableany mempunyai dua dek dan berkapasiti 45 orang digunakan untuk lawatan bersiar-siar.", "Rakaman CCTV menunjukkan Hableany dan kapal yang lebih besar berlanggar berhampiran Jambatan Margit (Margaret).", "Sesetengah laporan mencadangkan bahawa Hableany dilanggar dari belakang. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/08/29/pendekatan-saya-tak-berubah-rakyat-dan-negara-diutamakan-zahid/
Pendekatan saya tak berubah, rakyat dan negara diutamakan – Zahid
[ "KUALA LUMPUR – Isu berkaitan kepentingan rakyat dan negara tetap menjadi keutamaan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi walau dalam apa juga keadaan.", "Beliau berkata, tiada apa yang akan berubah dan berkurangan walaupun kerajaan telah bertukar kepimpinan.", "“Ramai tertanya-tanya apakah sikap dan pendekatan saya selepas kerajaan bertukar? Jawapannya, tiada apa yang akan berubah. Tiada apa yang akan berkurangan.", "“Kepentingan rakyat dan negara tetap jadi keutamaan saya walau dalam apa jua keadaan,” katanya menerusi hantara Facebooknya, hari ini.", "Ahmad Zahid kan terus memantau, memberi pandangan dan nasihat, idea, cadangan serta teguran yang sewajarnya kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri yang baharu.", "Tujuannya, kata beliau, adalah dengan hasrat untuk membantu kerajaan baharu membendung penularan wabak Covid-19.", "“Serta memacu kembali ekonomi negara yang terkesan teruk sejak beberapa tahun lalu dan mengenai kebajikan rakyat yang wajib diberi perhatian serius.", "“Lagi pun, ini selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong agar semua pihak bekerjasama memulihkan negara,” katanya.", "Kata beliau, Majlis Tertinggi UMNO juga telah menetapkan panduan untuk kerajaan baharu dengan menaruh kepercayaan tinggi kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bersikap terbuka.", "“Insya-Allah, UMNO dan presidennya tetap bersama rakyat demi raja, demi negara. Semoga semua sihat walafiat dan dalam perlindungan Yang Maha Esa,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/11/26/umno-tidak-menjadi-lebih-baik-ketika-saya-bercuti-dulu/
“UMNO tidak menjadi ‘lebih baik’ ketika saya bercuti dulu”
[ "KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengatakan beliau pernah cuba memberikan tanggungjawab sebagai Presiden UMNO kepada orang lain tetapi parti itu tidak menjadi ‘lebih baik’ ketika itu.", "Katanya, suatu ketika beliau pernah mengambil ‘cuti’ selama enam bulan dan 12 hari dari jawatan berkenaan.", "Akhirnya, menurut Ahmad Zahid, setelah melakukan solat Istikharah dan berbincang dengan rakan-rakan dalam parti, beliau mengambil keputusan untuk terus menerajui UMNO walaupun dalam keadaan serba kepayahan.", "“Ketika itu saya merasakan seolah-olah bernafas dalam lumpur,” katanya.", "Beliau berkata demikian dalam wawancara khas program Owh!MG terbitan Malaysia Gazette semalam.", "Menurut Ahmad Zahid, beliau mengambil tanggungjawab sebagai Presiden UMNO ketika parti itu berada dibawah dan ia bukanlah satu perkara yang mudah.", "Mengenai kes mahkamah yang dihadapinya, Ahmad Zahid sekali lagi menegaskan yang ia adalah pertuduhan bermotifkan politik dan beliau nekad untuk membersihkan namanya melalui perbicaraan.", "Ahmad Zahid juga menyatakan beliau bukanlah seorang pemimpin yang suka ‘mencantas’ biarpun jika ada mereka di dalam parti yang mahu ‘mencabar’ kerusi Presiden yang disandangnya.", "“Tidak semua yang tidak bersetuju (dengan saya) boleh dianggap sebagai liabiliti, apapun jangan sampai parti kita diharamkan, jangan sampai kita ‘menendang’ semua orang yang tak bersetuju dengan kita sehingga nak tubuhkan parti baru.", "“Dalam menghadapi cabaran dan tekanan, saya percaya pada qada dan qadar, kita mesti reda dengan apa yang datang kepada kita…Allah tidak akan datangkan ujian kepada hambanya jika hambanya tidak tahan dengan ujian itu.", "“Masalah di dalam rumah, jangan dibawa ke pejabat…masalah di PWTC, jangan dibawa ke Country Height,” katanya yang merujuk di kawasan perumahannya di Kajang, Selangor sambil tersenyum. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/10/27/anak-mohamad-sabu-bebas-kes-salah-guna-dadah/
Anak Mohamad Sabu bebas kes salah guna dadah
[ "KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini telah membenarkan permohonan oleh anak bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu iaitu Ahmad Saiful Islam untuk mengetikan sabitan dan hukuman terhadap tuduhan penyalahgunaan dadah dua tahun lepas. ", "Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat ketetapan untuk mengetepikan hukuman penjara lapan bulan atas sabitan salah penyalagunaan dadah oleh Ahmad Saiful di sebuah hotel terkemuka sebelum ini. ", "Peguam yang mewakili pemohon, Nasar Khan mengesahkan hakim telah membenarkan keputusan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret sebelum ini ketika prosiding pagi ini. ", "Sebelum ini pada Jun 2020, Mahkamah Majistret telah menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap Ahmad Saiful selepad didapati bersalah terhadap tuduhan tersebut. ", "Majistret, Mohamad Aizat Abdul Rahim ketika itu telah menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Saiful, 32, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.", "Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan diletakkan di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis selama dua tahun sebaik selesai menjalani hukuman penjara.", "Mahkamah turut memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan.", "", "Pada 13 Jun lalu, Ahmad Saiful Islam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dakwaan menggunakan dadah THC, di sebuah hotel di sini, pada jam 2.05 pagi 5 Januari 2019.", "Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.", "Sepanjang prosiding perbicaraan yang bermula 15 Oktober 2019, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatin Mohamad Farid memanggil seramai enam saksi bagi memberi keterangan.", "Menurut laporan media, pada 6 Januari 2019, Ahmad Saiful dan seorang lagi rakannya ditahan selepas didapati positif dadah di sebuah pusat hiburan di tingkat 12 sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur.", "Anak ketiga Mohamad itu ditahan dalam Ops Pusat Hiburan Bersepadu oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada 12.30 tengah malam.", "Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.", "Ahmad Saiful kemudian membuat rayuan pada Julai 2020 terhadap keputusan Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim pada 24 Jun tahun sama yang mensabitkannya atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan menghukumnya dengan penjara lapan bulan. -MalaysiaGazette", "Mahkamah tetapkan 27 Oktober bagi rayuan batal kes dadah anak Mohamad Sabu", "" ]
https://malaysiagazette.com/2020/03/02/covid-19-pegawai-istana-negara-jalani-saringan-kesihatan/
Covid-19: Pegawai Istana Negara jalani saringan kesihatan
[ "KUALA LUMPUR – Semua pegawai dan kakitangan Istana Negara diwajibkan membuat saringan Covid-19 hari ini.", "Tindakan itu menyusul berikutan berita yang memaklumkan kemungkinan ada dalam kalangan ahli parlimen yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.", "Mesej pegawai Istana Negara menjalani saringan telah dimuat naik oleh salah seorang pegawainya, Sophian Ab Rahman dalam akaun twitter peribadinya hari ini.", "Mesej Sophian Ab [email protected] berbunyi bahawa: Berikutan berita yang memaklumkan berkemungkinan adanya dalam kalangan ahli parlimen yang mempunyai close contact dengan pesakit Covid-19, semua pegawai dan staf Istana diwajibkan membuat saringan.", "“Semoga Allah peliharakanlah Raja kita dan diri kita semua daripada wabak penyakit ini. Amin,” katanya.", "Beliau turut memuat naik gambar beliau yang bersut lengkap dan bersongkok sedang menjalani saringan kesihatan di sebuah hospital tidak didedahkan namanya.", "Dalam gambar berkenaan kelihatan Sophian duduk di dalam bilik dan diperiksa jururawat yang mengenakan pakaian perlindungan khas menggunakan pengimbas suhu badan untuk menentukan kemungkinan pegawai berkenaan terdedah risiko Covid-19 atau sebagainya.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/08/07/coutinho-hampiri-camp-nou/
Coutinho hampiri Camp Nou
[ "Barca mahu memuktamadkan rundingan secepat mungkin untuk mendapatkan penyerang baharu selepas kehilangan Nyemar yang berhijrah ke PSG dengan rekod perpindahan dunia bernilai 198 juta pound sterling.", "Mundo Deportivo melaporkan, selepas bidaan pertama ditolak, Coutinho akan berpindah ke Camp Nou jika segalanya berjalan dengan lancar dalam tempoh 24 jam.", "Coutinho menjadi buruan Barca dan pada masa sama Liverpool enggan kehilangan pemain kelahiran Brazil itu.", "Namun Liverpool dilaporkan bakal memperoleh tawaran tambahan bernilai 18 juta pound daripada kelab gergasi Sepanyol itu sekali gus menjadikan Coutinho sebagai pemain Liga Perdana Inggeris paling mahal setakat ini.", "Pemain berusia 25 tahun itu turut dilaporkan bersetuju dengan kontrak lima tahun bersama Barca dan hanya menunggu masa untuk berlepas ke Sepanyol bagi menjalani pemeriksaan kesihatan jika Liverpool memberi lampu hijau kepadanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/11/06/rafizi-perjelas-miliki-aset-hampir-rm19-juta-esok/
Rafizi perjelas miliki aset hampir RM19 juta esok
[ "KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli akan memperjelaskan aset bersih bernilai hampir RM19 juta yang dimilikinya dalam satu sidang media esok.", "Penjelasan tersebut dibuat berikutan terdapat beberapa pihak yang mempertikaikan jumlah harta yang dimiliki calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Pandan itu.", "“Kecoh geng-geng Barisan Nasional dan Perikatan Nasional bising pasal pengisytiharan harta.", "“Ada pulak geng-geng bajet tak partisan (tapi terang-terang penyokong parti-parti sakau) yang sembang macam pakar menilai syarikat,” katanya.", "Menurut Rafizi, segala serangan terhadap beliau berkaitan jumlah aset yang dimilikinya menonjolkan dua perkara.", "Menurutnya, pihak tersebut memperlihatkan sikap hipokrasi kerana tidak langsung tidak bersuara mengenai kegagalan calon-calon BN dan PN mengisytiharkan harta.", "Beliau berkata, pertikaian mengenai asetnya itu juga menunjukkan rakyat Malaysia sangat tidak memahami mengenai ekonomi digital dan potensi menghasilkan peluang pekerjaan yang membayar gaji tinggi kepada anak-anak muda", "“Insya Allah saya akan huraikan satu persatu esok dalam sidang media harian jam 1130 pagi. Ikuti di laman Facebook saya.", "“Saya juga sudah sediakan satu video Tiktok mengenai isu ini.\nSampai kiamat pun kita tidak akan dapat melihat pengisytiharan harta dari BN/PN,” kata Rafizi.", "Calon Parlimen Pandan itu menjadi ahli politik pertama mengisytiharkan harta dengan nilai aset bersih sebanyak RM18.85 juta sempena Pilihan Raya Umum ke-15.", "Timbalan Presiden PKR itu berkata, pengisytiharan harta dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 susulan syarat PKR supaya calon yang bertanding pada pilihan raya umum ke-15 untuk berbuat demikian.", "Kebanyakan asetnya diperoleh daripada pelaburan saham dalam Invoke Sdn Bhd, syarikat tinjauan awam yang diasaskannya.", "Jumlah ini, termasuk pelaburan dalam Boustead Holdings Berhad milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan polisi insurans di Prudential.", "Beberapa pihak mempertikaikan keupayaan syarikat Invoke Solution yang meraih keuntungan semasa Rafizi menjadi ahli politik menimbulkan tanda tanya.", "Pemerhati politik, Lim Sian See berkata, ini kerana, Invoke mengalami kerugian RM1 juta pada tahun 2020 dan aset bersihnya ketika itu negatif ​​RM3.4 juta.", "Tahun lepas pada akhir Disember 2021, Invoke mengalami kerugian yang lebih besar sebanyak RM1.1 juta dan aset bersihnya terus merosot kepada ​​-RM4.7 juta.", "Menurut Sian See, tiba-tiba dalam tempoh 10 bulan, lnvoke daripada aset bersih negatif ​​RM4.7 juta kepada positif RM17 juta.", "Ia merupakan perbezaan RM21.3 juta dalam masa 10 bulan sahaja. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/07/15/sprm-kesal-pulau-pinang-enggan-tandatangani-ibr/
SPRM kesal Pulau Pinang enggan tandatangani IBR
[ "PELABUHAN KLANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kesal dengan keengganan Pulau Pinang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang merupakan komitmen sesebuah institusi untuk memerangi musuh nombor satu negara itu.", "Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, kerajaan negeri pembangkang itu sepatutnya menunjukkan kepada rakyat bahawa ia memandang serius isu-isu rasuah dan salah guna kuasa.", "“Jangan hanya bercakap berdegar-degar mengenai isu rasuah dan salah guna kuasa, minta SPRM ambil tindakan dan pelbagai lagi, tetapi mereka sendiri tidak mahu nyatakan ikrar bahawa mereka sendiri ada komitmen serta keberanian untuk menyatakan mereka tolak dan benci rasuah.", "“Jadi saya rasa peliklah kalau negeri-negeri lain boleh (tandatangan IBR), Kelantan dan Selangor juga telah menyatakan kesediaan untuk melaksanakan IBR tinggal satu negeri sahaja (yang enggan menandatangani IBR). Terpulanglah pada rakyat untuk menilai tentang isu ini,” katanya kepada pemberita.", "Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri SPRM bersama masyarakat Cina Pulau Ketam di sini malam tadi.", "Rabu lepas, kerajaan Pulau Pinang menyifatkan prinsip Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang dilaksanakan di negeri itu sejak 2008 lebih berkesan dalam usaha membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa berbanding menandatangani IBR.", "Kenyataan itu susulan kenyataan Dzulkifli pada Isnin lepas bahawa tiga kerajaan negeri di bawah pimpinan pembangkang iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan masih belum memberikan komitmen untuk menandatangani IBR.", "Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata, terpulang kepada kerajaan Pulau Pinang sama ada masih mahu ‘berdegil’ untuk tidak menandatangani IBR atau sebaliknya memandangkan ia bukan satu perkara yang wajib.", "“Kita tidak boleh memaksa…jadi kita tunggu dan lihatlah. Jika kita lihat pada senario sekarang banyak juga laporan rasuah yang dilaporkan (di Pulau Pinang),” katanya.", "Sementara itu, mengulas mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pulau Ketam, Dzulkifli berkata, ia julung-julung kali dianjurkan agensi itu bagi membolehkan SPRM mendekati masyarakat Cina dengan lebih rapat.", "Katanya, program itu juga bertujuan menyampaikan mesej bahawa SPRM sentiasa bersedia untuk membela nasib rakyat Malaysia termasuk kaum Cina memandangkan isu rasuah memberi kesan kepada semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.", "“Sejak saya mula terajui SPRM saya tekankan SPRM kena mesra rakyat dan digeruni oleh perasuah. Melalui program-program seperti ini, kita nak masyarakat lihat SPRM mesra dengan mereka dan sedia membela nasib mereka dalam isu rasuah dan salah guna kuasa,” katanya. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2019/12/17/ancelotti-calon-utama-jawatan-pengurus-everton/
Ancelotti calon utama jawatan pengurus Everton
[ "LONDON – Carlo Ancelotti menjadi calon pilihan utama Everton yang sedang dalam proses melantik pengurus pertama mereka ketika ini.", "the Toffees kini dalam proses akhir untuk memuktamadkan kontrak untuk pengurus warga Itali itu.", "Bagaimanapun, media Itali mendakwa bekas pengurus Napoli berusia 60 tahun itu telah berada di Everton pada Isnin untuk mengadakan rundingan bagi mengisi jawatan kosong itu.", "Ancelotti telah dipecat sebagai pengurus oleh Napoli selepas berjaya membawa pasukan itu ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu.", "Kenyataan Everton mengesahkan rundingan telah diadakan bersama beberapa calon yang disenarai pendek.", "“Kami boleh mengesahkan setakat ini tiada sebarang tawaran dibuat dan tidak ada mana-mana calon yang menarik diri daripada proses itu.", "“Sementara kelab berusaha untuk mengesahkan pengurus tetap yang baharu secepat mungkin, tugas utama kami ialah melantik individu yang paling tepat untuk jawatan penting itu.", "“Sementara proses mengenalpasti dan melantik calon tetap pengurus Everton diteruskan, Duncan ferguson akan kekal sebagai pengurus sementara the Toffees dan akan bertanggungjawab terhadap aksi menjelang aksi Suku Akhir Piala Liga Carabao menentang Leicester City,” kata kenyataan rasmi Everton.", "Pemilik Everton, Farhad Moshiri berpendapat juara tiga kali Liga Juara-Juara Eropah Ancelotti adalah nama besar yang mampu melaksanakan impian bersama di Goodison Park." ]
https://malaysiagazette.com/2021/04/27/warga-emas-langgar-lampu-merah-dituduh-membunuh/
Warga emas langgar lampu merah dituduh membunuh
[ "Ketua Polis Daerah Muar Zaharudin Rasip, berkata Toyota Hilux yang dipandu Gui Chui, dari arah Parit Jawa menghala ke pusat bandar Muar tidak berhenti ketika lampu isyarat merah, lalu melanggar kereta Perodua Myvi.", "Dalam kejadian 7.46 pagi itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada anggota badan manakala anaknya, Nur Nabila Alisha Mohd Zalisham, 19, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan parah.", "Siasatan awal mendapati Toyota Hilux yang dipandu Chui, dari arah Parit Jawa menghala ke pusat bandar Muar memandu dengan kelajuan yang tinggi.", "Suspek juga tidak berhenti ketika lampu isyarat merah sebelum melanggar kereta Perodua Myvi yang baru bergerak selepas lampu hijau. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/06/14/surat-kebenaran-beroperai-ketsa-masih-diterima-pakai/
Surat kebenaran beroperai KeTSA masih diterima pakai
[ "KUALA LUMPUR – Surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) kepada beberapa jabatan masih boleh diterima pakai sehingga 28 Jun 2021, kata menterinya, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.", "Jabatan-jabatan terbabit ialah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA).", "Ia susulan pengumuman oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dua minggu lagi bermula esok hingga 28 Jun ini. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/10/05/covid-19-100-kakitangan-kompleks-seri-negeri-jalani-ujian/
COVID-19: 100 kakitangan Kompleks Seri Negeri jalani ujian
[ "MELAKA – Kira-kira 100 kakitangan kompleks Seri Negeri di sini, menjalani ujian calitan saringan COVID-19 selepas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) disahkan positif jangkitan itu, Rabu lepas.", "Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Seri Hasim Hasan berkata saringan itu diadakan di Klinik Seri Negeri di sini oleh Hospital Pakar Putra Melaka, Jumaat lepas.", "“Individu yang menjalani ujian calitan itu termasuk Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali, diri saya, semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka dan keputusan ujian calitan bagi kesemuanya adalah negatif,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.", "Sementara itu, Tinjauan Bernama di kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh mendapati pintu masuk utama ke bangunan berkenaan dikawal seperti biasa oleh pengawal keselamatan dan mereka melakukan pemeriksaan suhu badan terhadap kakitangan serta orang awam.", "Khamis lepas, media melaporkan Kompleks Seri Negeri dan kediaman rasmi ketua menteri ditutup sementara bagi memberi laluan kepada proses sanitasi dan pencegahan awal COVID-19 di kawasan berkenaan, susulan seorang ADUN disahkan positif COVID-19.", "Untuk rekod, ADUN terlibat mendakwa ujian saringan COVID-19 yang dijalankan ke atasnya di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah sejurus pulang dari Sabah pada 26 Sept lepas adalah negatif namun empat hari kemudian iaitu pada 30 Sept, pihak PKD Alor Gajah menghubunginya dan memaklumkan beliau positif COVID-19.", "Sehingga kini, menurut rekod Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, negeri ini merekodkan lima kes aktif COVID-19.", "— BERNAMA", " " ]
https://malaysiagazette.com/2018/03/15/banyak-perkara-pelik-fitnah-akan-berlaku-sebelum-pru/
Banyak perkara pelik, fitnah akan berlaku sebelum PRU
[ "KUALA LUMPUR – Banyak lagi perkara pelik yang akan terjadi dan berita palsu yang akan disebarkan menjelang pilihan raya umum yang akan datang, nasihat Perdana Menteri.", "Justeru Datuk Seri Najib Razak menyeru warga Pemodalan Nasional Berhad (PNB) supaya tidak terpedaya dengan berita palsu mengenai keadaan ekonomi negara yang kini gawat.", "Menurutnya, parti pembangkang akan menggunakan peluang menjelang pilihan raya umum ini untuk menyebarkan fitnah terhadap kerajaan yang memerintah demi untuk ‘menakut-nakutkan’ rakyat.", "“Kebelakangan ini, kita selalu dengar berita bahawa kononnya negara kita ini bankrap. Ini salah satu daripada banyak lagi berita palsu dan fitnah tentang Kerajaan yang sering disebarkan oleh puak-puak di sebelah sana untuk menakut-nakutkan rakyat", "“Dan kita janganlah percaya apa yang disebut berita palsu hari ini terutama ini ‘silly season’ benda yang pelik-pelik timbul sebulan dua sampailah hari raya yang ditunggu nanti cerita yang pelik termasuk Malaysia bankrap,” ujarnya ketika berucap di hadapan lebih kurang 1,500 warga PNB sempena Hari Ulang Tahun Ke-40 agensi itu petang ini.", "Najib dalam masa berkata, hakikat sebenar keadaan ekonomi negara tidak seperti yang gembar-gemburkan dan ia terbukti menerusi perkembangan ekonomi negara.", "Katanya lagi, kejayaan PNB dalam mengumpul aset sebanyak RM279 sejak ditubuhkan juga bukti dakwaan negara akan muflis sama sekali tidak benar.", "“Ekonomi Malaysia pada tahun lalu sahaja telah berkembang sebanyak 5.9 peratus, antara perkembangan yang tertinggi di dunia. Kalau negara kita ini bankrap, takkan lah agensi penarafan antarabangsa berterusan memberi kita rating A.", "“Kalau ekonomi kita ini bankrap, mana mungkin PNB boleh berkembang dan mengagihkan pendapatan kompetitif secara berterusan.", "“Mana mungkin rakyat dapat melabur dalam unit-unit amanah PNB jika pendapatan mereka tidak meningkat. Syarikat-syarikat pelaburan PNB juga tidak mungkin mendapat keuntungan besar sekiranya ekonomi negara terbantut,” ujarnya. -MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/10/30/pegawai-pendakwa-14-anggota-polis-terengganu-ditahan-terlibat-dadah/
Pegawai pendakwa, 14 anggota polis Terengganu ditahan terlibat dadah
[ "KUALA TERENGGANU – Seorang pegawai pendakwa dan 14 anggota polis berpangkat rendah adalah antara 8,706 pesalah dadah yang ditahan sejak 1 Jan hingga 28 Okt tahun ini.", "Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, pegawai serta anggota polis yang ditahan itu berusia antara 30 dan 40 tahun, dipercayai terlibat dengan gejala dadah disebabkan beberapa faktor, termasuk masalah keluarga, perasaan ingin tahu serta pergaulan dengan pesalah dadah yang lain.", "“Kes melibatkan anggota polis ini ada yang sudah dalam proses pertuduhan di mahkamah dan ada yang dalam peringkat siasatan.", "“Kesemua mereka yang positif dadah telah digantung tugas dan pihak polis masih meneruskan ‘Op Blue Devil’ bagi mengesan sekiranya masih terdapat dalam kalangan kami (polis) yang terlibat dengan gejala tidak sihat ini,” katanya kepada pemberita selepas program Perasmian Pelupusan Barang Kes Narkotik Kontinjen Terengganu di sini, hari ini.", "Katanya, daripada 8,706 tangkapan yang dibuat, 3,584 daripadanya membabitkan kesalahan memiliki dan mengedar dadah manakala selebihnya melibatkan penagihan dadah.", "Aidi berkata, jumlah tangkapan pada tahun ini mencatatkan sedikit peningkatan berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 8,101 tangkapan.", "“Nilai sitaan melibatkan harta seperti motokar, barang kemas, wang tunai dan barang elektrik meningkat daripada RM1.1 juta tahun lepas kepada RM3.6 juta tahun ini,” katanya.", "Dadah jenis Yaba atau lebih dikenali sebagai pil kuda adalah paling popular di negeri ini disebabkan harganya yang murah dan mudah diseludup dari negara jiran menggunakan jalan darat.", "Pada program pelupusan hari ini, pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM800,000 yang melibatkan 971 kertas siasatan bermula 2007 hingga 2017 akan dihantar ke Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan untuk dilupuskan esok. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2020/10/21/85-peratus-kawasan-telah-terima-bekalan-air-air-selangor/
85 peratus kawasan telah terima bekalan air – Air Selangor
[ "KUALA LUMPUR – Sejumlah 1,097 daripada 1,292 kawasan atau 85 peratus kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual telah menerima bekalan air sepenuhnya sehingga pukul 9 pagi ini.", "Menurut kenyataan Air Selangor, sebanyak 195 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan.", "Bekalan air di Wilayah Hulu Selangor telah pulih sepenuhnya manakala pemulihan kawasan di Kuala Selangor dan Petaling hampir pulih sepenuhnya dengan kadar pemulihan masing-masing sebanyak 99.7 peratus dan 97 peratus.", "Pemulihan bekalan air di Wilayah Kuala Lumpur ialah 89 peratus diikuti Gombak (73 peratus), Klang (54 peratus) dan Kuala Langat (50 peratus).", "Gangguan air di kawasan tersebut berlaku selepas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 dan LRA Rantau Panjang dihenti tugas selepas pencemaran air mentah dikesan di Sungai Selangor. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/12/16/bangunan-hiroshima-yang-tegar-bom-atom-akan-diruntuhkan/
Bangunan Hiroshima yang tegar bom atom akan diruntuhkan
[ "TOKYO – Bandar raya Hiroshima merancang untuk merobohkan dua bangunan yang terselamat daripada dimusnahkan oleh bom atom pada tahun1945.", "Tetapi sesetengah penduduk tempatan mahu kerajaan Jepun memelihara bangunan berkenaan.", "Dua blok – yang dibina pada tahun 1913 – mula-mula digunakan sebagai kilang pakaian tentera, dan kemudian dijadikan penginapan pelajar universiti.", "Ia juga digunakan sebagai hospital sementara selepas tragedi dibom.", "“Bangunan ini masih boleh digunakan sebagai kemudahan untuk mempromosikan penghapusan senjata nuklear,” kata salah seorang mangsa yang selamat.", "Sekitar 80,000 orang terbunuh akibat dibom dan 35,000 lagi cedera.", "Serangan memusnahkan bandar raya itu dan pada tahun lepas hanya 85 bangunan yang dibina sebelum bom kekal dalam jarak lima kilometer dari lokasi serangan bom atom.", "Blok terselamat, sekurang-kurangnya sebahagiannya kerana ia diperbuat daripada konkrit bertetulang (dengan permukaan bata merah).", "Beberapa kerosakan bom pada tingkap dan pintu logam masih kelihatan.", "Pada tahun 2017, pihak berkuasa mendapati struktur – kini milik awam – berkemungkinan besar runtuh dalam gempa bumi yang kuat.", "Bangunan-bangunan ini tidak digunakan, tidak dibuka kepada orang awam dan kerajaan tempatan memutuskan ia sepatutnya dimusnahkan pada tahun 2022.", "Bangunan ketiga di tapak itu akan dipelihara dengan dinding dan bumbungnya akan diperbaiki dan diperkukuhkan untuk melindunginya daripada gempa bumi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/11/05/eksport-bulan-september-naik-6-7/
Eksport bulan September naik 6.7%
[ "KUALA LUMPUR – Eksport Malaysia berkembang 6.7 peratus kepada RM83 bilion dipacu oleh produk elektrik dan elektri (E&E) dan keluaran petroleum.", "Pertumbuhan itu disumbangkan dengan peningkatan eksport ke Hong Kong, Taiwan, Singapura Australia dan Korea Selatan.", "Jabatan Perangkaan berkata, eksport E&E meningkat RM2.0 bilion (+6.5%) kepada RM32.9 bilion manakala keluaran petroleum bertapis menyumbang 6.8 peratus daripada jumlah eksport, naik RM961.9 juta atau 20.5 peratus kepada RM5.7 bilion.", "Petroleum mentah, yang menyumbang 3.2 peratus kepada jumlah eksport meningkat RM950.5 juta kepada RM2.7 bilion disebabkan oleh peningkatan dalam kedua-dua nilai purata seunit (+38.1%) dan volum eksport(+11.9%) dan gas asli cecair, yang menyumbang 3.8 peratus daripada jumlah eksport naik RM54.8 bilion kepada RM3.1 bilion.", "Minyak kelapa sawit dan hasil keluaran berasaskan minyak kelapa sawit (6.7 peratus daripada jumlah eksport), menyusut RM720.4 juta (-11.5%) kepada RM5.6 bilion.", "Eksport minyak kelapa sawit, komoditi utama dalam kumpulan produk ini jatuh RM563.1 juta atau 14.3 peratus berikutan penurunan dalam nilai purata seunit (-15.5%) walaupun volum eksport meningkat 1.4 peratus.", "Kayu dan hasil keluaran kayu,yang menyumbang 2.1 peratus kepada jumlah eksport, merekodkan penurunan marginal berjumlah RM6.7 juta kepada RM1.8 bilion dan getah asli menurun RM6.1 juta atau 1.9 peratus kepada RM306.5 juta disebabkan oleh 15.5 peratus kejatuhan dalam nilai purata seunit walaupun volum eksport meningkat 16.0 peratus.", "Menurut jabatan itu, berasaskan tahun ke tahun, import merosot RM1.9 bilion kepada RM67.8 bilion kerana semua kategori utama import mengikut klasifikasi pengguna akhir.", "Barangan pengantara yang merangkumi 52.8 peratus daripada jumlah import merosot RM3.7 bilion (-9.3%) kepada RM35.8 bilion.", "Bagaimanapun, bekalan industri, diproses mencatatkan peningkatan sebanyak RM1.1 bilion.", "Import barangan modal, yang mencakupi 10.7 peratus daripada jumlah import, menyusut RM2.5 bilion kepada RM7.3 bilion disebabkan oleh penyusutan dalam kedua-dua kelengkapan pengangkutan, perindustrian (-RM1.3 bilion) dan barangan modal (kecuali alat kelengkapan pengangkutan) (-RM1.1 bilion).", "Katanya, import barangan penggunaan yang menyumbang 7.6% daripada jumlah import merekodkan penurunan sebanyak RM573.8juta (-10.0%) kepada RM5.2 bilion.", "Berasaskan bulan ke bulan, import menurun RM12.4 bilion atau 15.5 peratus daripada RM80.2 bilion. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/11/12/kerajaan-komited-bantu-tingkat-ekonomi-golongan-muda-pm/
Kerajaan komited bantu tingkat ekonomi golongan muda – PM
[ "BERA – Kerajaan komited dalam manifestasi untuk membela golongan muda dan belia di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.", "Menurutnya, dalam Bajet 2023, kerajaan menyediakan banyak inisiatif kepada mereka melalui program berfokus untuk meningkatkan pendapatan dan ekonomi orang muda.", "“Sebanyak RM305 juta disediakan pinjaman khas untuk belia melalui SME Bank, TEKUN, MARA dan Agro Bank.", "“Melalui Skim Penjaja Muda Keluarga Malaysia, kita sedia dana RM50 juta, tawar pinjaman sehingga RM50, 000 untuk 10, 000 anak muda berniaga termasuk bidang mereka minat iaitu food truck yang disediakan kerajaan,” katanya.", "Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Keluarga Malaysia Anak Muda Gegor Bera di sini hari ini.", "Terdahulu, dalam ucapannya, Ismail Sabri berkata, kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia sentiasa mengambil langkah memastikan kebajikan pekerja dan majikan termasuk mereka yang terlibat dalam ekonomi baharu seperti gig.", "Menurutnya, ekonomi gig kini menjadi alternatif untuk Keluarga Malaysia menjana pendapatan.", "“Jika pada tahun 2020, hanya segelintir gig riders dilindungi, kini lebih 260,000 mendapat perlindungan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO setelah kerajaan turut menyumbang kepada carumannya.", "“RMK-12 turut memberi tumpuan khas kepada pengembangan ekonomi gig sebagai salah satu dimensi ekonomi baharu yang perlu diberi perhatian,” katanya.", "Selain itu, menurut Perdana Menteri, program kemahiran semula dan penjanaan pendapatan juga diperkenalkan untuk mereka yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan apabila syarikat- syarikat yang menjadi tempat mereka bekerja terpaksa\nmengurangkan operasi atau ditutup.", "“Di bawah sistem Insurans Pekerjaan ditawarkan PERKESO, seramai 188,526 Keluarga Malaysia telah menerima manfaat faedah kewangan berjumlah RM1 bilion bagi membantu mereka yang terkesan meneruskan kehidupan harian.", "“Ini belum mengambil kira pampasan, bantuan perkhidmatan pekerjaan juga turut diberikan,” katanya.", "Sementara itu, Program PENJANA HRD Corp pula telah berjaya memberikan latihan semula kepada hampir 100,000 Keluarga Malaysia daripada pelbagai latar belakang dengan peruntukan RM500 juta sepanjang tahun 2020 hingga 2021.", "Impak positif daripada program JaminKerja-Insentif Penggajian yang dilaksanakan oleh PERKESO telah diteruskan dalam Bajet 2023.", "Berdasarkan statistik PERKESO, sehingga 28 Oktober 2022 jumlah permohonan yang diterima adalah sebanyak 65,774 orang pekerja dengan penglibatan 8,513 majikan.", "Menurutnya, Kajian Tahap Penerimaan Rakyat Terhadap Kerajaan dan Dasar Keluarga Malaysia yang dilaksanakan oleh Ilham\nCentre baru-baru ini mendapati 82.5 peratus rakyat mahu.", "HRD Corp turut memperkenalkan HRD Corp Placement Centre (HPC), pada April tahun lalu dan ia merupakan portal sehenti pemadanan latihan kemahiran serta kaunseling dan bimbingan kerjaya yang telah menyediakan hampir 60,000 penempatan pekerjaan.", "“Selain itu, rakyat Malaysia yang celik teknologi maklumat kini lebih mudah mendapat pekerjaan dengan Portal MYFutureJobs yang diiktiraf sebagai Portal Pekerjaan Negara kendalian PERKESO.", "“Sehingga 28 Oktober 2022, portal ini telah berjaya membantu 682,681 individu dari pelbagai kategori mendapat pekerjaan di seluruh negara.", "Selaras dengan transformasi digital negara, HRD Corp juga memperkenalkan aplikasi super MyHRDCORP yang menawarkan semua perkhidmatan, maklumat dan inisiatif dalam satu platform dan kini mempunyai lebih 12,000 pengguna.- MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2020/12/22/covid-19-lapan-kluster-baharu-dikesan-lima-di-lembah-klang/
Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, lima di Lembah Klang
[ "PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan lapan kluster baharu yang mana lima daripadanya dilaporkan di Lembah Klang.", "Tiga kluster itu dikesan di Kuala Lumpur dan dua di Selangor manakala tiga lagi masing-masing satu di Johor, Sabah dan Perak.", "Selain itu, tiga kluster ditamatkan pada hari ini iaitu Kluster iaitu Kluster Summer, Kluster Kota Kecil, dan Kluster Tenaga.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu ialah Kluster Pasar Baru, Kluster Bukit Naga, Kluster Tapak Bina Residen, Kluster Tapak Bina Kasih, Kluster Tapak Bina Sinar View, Kluster Paginatan, Kluster Tampoi Jaya dan Kluster Rapat.", "Katanya, kluster Pasar Baru dikesan di daerah Klang dan Kuala Langat di Selangor yang mana kes indeks bagi kluster berkenaan iaitu kes ke-85580 telah dilaporkan positif Covid-19 pada 15 Disember lalu melalui saringan individu bergejala dan sehingga kini seramai 2,001 individu telah disaring untuk kluster ini dan 309 kes daripadanya positif.", "“Kluster kedua Bukit Naga juga dikesan di Selangor iaitu di daerah Klang dan kes-kes berkenaan disahkan positif bermula 13 Disember lalu melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan manakala seramai 190 individu telah disaring untuk kluster ini dan 58 kes daripadanya positif.", "“Kluster ketiga Tapak Bina Residen dikesan di Lembah Pantai yang mana kes-kes kluster ini positif Covid-19 bermula pada 22 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan manakala setakat ini sejumlah 640 individu telah disaring, yang mana 294 kes adalah positif,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Menurut Dr Noor Hisham, kluster keempat iaitu Tapak Bina Kasih juga dikesan di Kuala Lumpur iaitu daerah Kepong yang mana kes positif dikesan bermula hari ini melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan dan setakat ini sejumlah 392 individu telah disaring dan 43 kes daripadanya positif Covid-19.", "Tambah beliau, kluster kelima adalah Tapak Bina Sinar View juga dikesan di daerah Kepong yang mana kes positif dikesan bermula pada 22 Disember lalumelalui saringan bersasar di tempat kerja.", "Menurut beliau, sehingga hari ini seramai 510 individu telah disaring yang mana 32 kes daripadanya telah dikesan positif Covid-19.", "Dr. Noor Hisham turut memaklumkan bahawa kluster keenam Paginatan dikesan di daerah Ranau, Papar, dan Kota Belud di Sabah yang mana kes pertama iaitu kes ke-85057 telah dilaporkan positif Covid-19 pada 15 Disember lalu melalui saringan individu bergejala.", "Jelas beliau, sehingga kini seramai 232 individu telah disaring manakala 47 kes daripadanya telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster itu.", "“Kluster ketujuh iaitu Tampoi Jaya melibatkan daerah Johor Bahru iaitu kes indeks bagi kluster berkenaan iaitu kes ke-88947 telah dilaporkan positif Covid-19 pada 17 Disember lalu melalui saringan individu bergejala.", "“Setakat ini, sejumlah 231 individu telah dilibatkan dalam ujian saringan dan 32 kes dripadanya telah dikesan positif Covid-19,” ujarnya.", "Dr Noor Hisham berkata, kluster kelapan Kluster Rapat telah dikesan di tempat kerja melibatkan daerah Kinta dan Perak Tengah di Perak.", "Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-87874 telah dilaporkan positif Covid-19 pada 16 Disember lalu melalui saringan individu bergejala dan sehingga hari ini sejumlah 146 individu telah disaring tetapi tujuh daripadanya disahkan positif, ujar beliau.", "Beliau menjelaskan, setakat hari ini terdapat sebanyak 459 kluster telah dilaporkan termasuk lapan kluster baharu pada hari ini manakala jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 253 kluster termasuk tiga kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Summer, Kluster Kota Kecil, dan Kluster Tenaga.", "“Ia menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 206 kluster dan daripada angka itu, sebanyak 52 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.", "“Tiga kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi iaitu Kluster Tapak Bina Residen (294 kes), Kluster Pasar Baru (270 kes), dan Kluster Seruling (221 kes),” katanya. -MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/05/31/galak-guna-teknologi-kewangan-dalam-bidang-pertanian-sc/
Galak guna teknologi kewangan dalam bidang pertanian – SC
[ "KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menggalakkan penggunaan teknologi kewangan (fintech) yang lebih meluas dalam bidang pertanian untuk membantu mencapai agenda keterjaminan makanan negara.", "Pengerusi SC, Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin berkata, akses kepada kewangan adalah penting untuk masa depan pertanian  bagi pekebun kecil dan usahawan pertanian yang ingin memodenkan industri serta mengukuhkan penyelidikan dan pembangunan, katanya.", "Menyedari cabaran yang dihadapi oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS0 dalam sektor pertanian, beliau berkata, memanfaatkan penyelesaian fintech akan membantu\nmeningkatkan akses kepada pembiayaan dan meningkatkan kecekapan dalam sektor itu.", "“Untuk mencapai matlamat ini, SC telah bekerjasama rapat dengan pemain ekosistem untuk membangunkan penyelesaian inovatif yang memenuhi keperluan pembiayaan unik petani dan perniagaan tani.", "“Ini selari dengan agenda negara untuk menyokong peralihan sektor pertanian kepada sektor yang dinamik dan progresif di mana pasaran modal boleh menjadi pemboleh dan pemecut untuk membantu Malaysia mencapai agenda keterjaminan makanannya.", "“Kaedah pembiayaan alternatif seperti pendanaan ekuiti ramai (ECF) dan pembiayaan antara rakan setara (pembiayaan P2P) membolehkan pelabur yang mempunyai minat terhadap risiko yang tinggi untuk menggerakkan modal secara langsung untuk\nusahawan tani.", "“Ini menyediakan lebih banyak pilihan untuk syarikat baru serta syarikat pertumbuhan tinggi untuk mengakses modal yang berkaitan dengan profil risiko perniagaan mereka,” tambahnya.", "Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmiannya di Persidangan SCxSC Grow Fintech yang menandakan persidangan SCxSC ke-10 telah diadakan secara bersemuka selepas pasca Covid-19 di sini hari ini.", "SCxSC GROW ialah sebuah program kerjasama baharu, di bawah inisiatif utama fintech SC ‘Synergistic Collaboration by the SC’ (SCxSC).", "Ia merangkumi usaha kerjasama dengan rakan kongsi dalam ekosistem fintech untuk memanfaatkan potensi platform digital pembiayaan alternatif bagi memenuhi keperluan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) dalam sektor strategik.", "Awang Adek menambah, lebih 7,000 PKS telah mendapat manfaat daripada pendanaan ECF dan pembiayaan P2P yang berdaftar dengan SC sejak di perkenalkan pada 2015.", "Jelas beliau, ia telah mengumpul lebih RM4.4 bilion dengan hanya 600 PKS berkaitan pertanian di seluruh rantaian nilai yang mengumpul hampir RM300 juta yang memberikan peluang besar untuk pertumbuhan dan pelaburan pertanian.", "“Malaysia juga merupakan negara pertama di rantau ini yang menggunakan model pelaburan bersama, khususnya MyCIF untuk platform kewangan alternatif.", "“MyCIF memainkan peranan penting dalam menyediakan pembiayaan kepada PKS semasa pandemik Covid-19 dan melaksanakan nisbah peruntukan khas 1:2 untuk sektor pertanian pada 2022 yang lebih menarik daripada nisbah biasa 1:4.", "“Kami telah melihat peningkatan minat kerana empat kali lebih banyak perniagaan tani telah mengumpul dana melalui ECF dan platform pembiayaan P2P,” tambahnya.", "Sementara itu, Persidangan SCxSC GROW Fintech bertemakan Fostering Innovative Finance in Agricultire bertujuan untuk menjadi pengubah permainan bagi industri pertanian.", "Dengan dunia yang menghadapi cabaran yang semakin kompleks, persidangan itu menghimpunkan pemain pertanian dan teknologi kewangan untuk meneroka penyelesaian inovatif kepada keselamatan makanan, kemampanan dan daya tahan rantaian bekalan.", "Penyelesaian paling maju yang terbaharu telah dipamerkan pada persidangan itu, di mana ia menonjolkan kemajuan terkini dalam bidang ini.", "Persidangan itu turut menampilkan pemain fintech tempatan dalam sektor pertanian di mana penyelesaian fintech ini berpotensi untuk merevolusikan cara petani mengakses\npembiayaan dan mengurus operasi membolehkan mereka menggunakan sumber dengan lebih baik dan meningkatkan hasil. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/02/25/china-komited-perkasa-kerjasama-dengan-rusia-wang-yi/
China komited perkasa kerjasama dengan Rusia – Wang Yi
[ "MOSCOW – China komited memperkasa kerjasama dengan Rusia, kata anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Wang Yi dalam pertemuannya dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, pada Rabu.", "Beliau merangkap Ketua Pejabat Jawatankuasa Hal Ehwal Luar PKC berkata perkongsian strategik komprehensif China-Rusia pada era baharu tidak pernah menyasarkan pihak ketiga dan tidak akan terganggu atau dipaksa oleh pihak ketiga.", "“Ini kerana hubungan China-Rusia mempunyai asas yang kukuh dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan, selain kedua-duanya bersikap tenang dan tidak berasa gentar selepas merumuskan pengalaman sejarah.", "“Yang lebih penting lagi, usaha kedua-dua negara dalam menggalakkan pelbagai polarisasi di dunia dan demokrasi dalam hubungan antarabangsa sejajar dengan trend perkembangan zaman dan aspirasi kebanyakan negara.", "“China bersedia bersama dengan Rusia mengukuhkan rasa saling percaya dalam bidang politik, memperkasa solidariti strategi dan kerjasama substantif bagi memelihara kepentingan yang wajar kedua-dua negara selain menyumbang kepada kedamaian serta pembangunan dunia,” kata Wang.", "Sementara itu Putin dalam ucapannya berkata Kongres Kebangsaan ke-20 PKC memberikan prospek baharu untuk pembangunan China.", "“Pada masa ini, hubungan Rusia-China sedang bergerak ke arah matlamat yang ditetapkan.", "“Kerjasama bilateral dalam pelbagai bidang dan penyelarasan dalam pertubuhan pelbagai hala seperti Pertubuhan Kerjasama Shanghai dan BRICS telah membuahkan hasil yang menggalakkan.", "“Mengukuhkan perpaduan dan penyelarasan dalam hal ehwal antarabangsa amat penting bagi menggalakkan demokrasi dalam hubungan antarabangsa serta keseimbangan dan kestabilan dalam landskap antarabangsa,” kata Putin.", "Dalam perkembangan lain, kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pandangan tentang isu Ukraine.", "Wang berkata pihaknya menghargai penegasan pihak Rusia yang menyelesaikan isu terbabit melalui dialog dan rundingan.", "“China menegakkan kedudukan objektif dan adil serta berpendirian konsisten dalam memainkan peranan membina bagi penyelesaian krisis itu melalui saluran politik,” tambah beliau.- BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2017/04/21/kor-ming-tidak-punya-integriti-kerana-sering-berbohong-zambry/
Kor Ming tidak punya integriti kerana sering berbohong – Zambry
[ "TELUK INTAN – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Pengerusi DAP negeri itu, Nga Kor Ming adalah pemimpin yang tidak berintegriti kerana sering melakukan pelbagai penipuan mengenai tadbir urus kerajaan negeri terutama berhubung prestasi Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) Perak.", "Menurutnya tuduhan dan tohmahan yang sering dilemparkan Nga serta pemimpin parti itu terhadap kerajaan negeri hanya bertujuan untuk mengelirukan rakyat negeri ini.", "“Saya rasa tidak perlu saya layan dia lagi kerana dia telah berbohong dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengenai pelbagai isu termasuk MB Inc dan bertindak sedemikian kononnya dialah manusia paling berintegriti,” katanya.", "Zambry bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Mahabbah Bersama Institusi Agama Islam Negeri Perak Daerah Hilir Perak sempena program Pemukiman Menteri Besar di Hilir Perak di Masjid Simpang Empat, Chenderong Balai di sini hari ini.", "Beliau diminta mengulas kenyataan Nga yang mencabarnya supaya mendedahkan secara terperinci butiran mengenai prestasi MB Inc Perak meliputi aset, jumlah hutang, status projek dan tender dalam tempoh 24 jam.", "Nga mendakwa tindakan itu perlu dilakukan berikutan kesemua persoalan yang dibangkitkan beliau dalam persidangan DUN Perak baru-baru ini gagal dijawab kerajaan negeri kerana telah dihalang atas perintah yang dikeluarkan Speaker DUN, S Thangesvari.", "Dalam perkembangan lain, Zambry berkata acara berunsurkan keagamaan yang dianjurkan di setiap program pemukiman bertujan untuk menggalakkan penyertaan golongan belia menyertai majlis kerohanian dan kesihatan.", "Beliau berkata sebagai contoh, program Fit Masjid yang dianjurkan memberi perspektif kepada golongan belia bahawa untuk cergas, ia tidak tertumpu kepada aspek penjagaan kesihatan semata-mata tetapi lebih tertumpu kepada aspek kerohanian.", "“Kita wujudkan program sebegini supaya ia dapat mengelakkan anak muda terjebak dengan gejala negatif serta fahaman ektremis yang boleh menjuruskan mereka dengan perkara tidak baik dan tidak memberi manfaat,” katanya.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/04/03/kedai-mamak-jadi-tumpuan-bersahur/
Kedai mamak jadi tumpuan bersahur
[ "PETALING JAYA – Sambutan bulan Ramadan tahun ini ternyata berbeza daripada dua tahun sebelumnya setelah kerajaan mengumumkan fasa peralihan ke Endemik pada 1 April,.", "Operasi perniagaan yang dahulunya dihadkan hingga pukul 12 pagi, kini beroperasi seperti sedia kala.", "Pada Ramadan kali ini rakyat Malaysia dapat meluangkan masa bersama sahabat handai dan keluarga sehingga lewat malam dan bersahur di kedai makan, khususnya golongan bujang yang kesuntukan masa untuk menyediakan juadah sahur.", "Tinjauan MalaysiaGazette di sekitar Petaling Jaya mendapati rata-rata umat Islam memilih restoran mamak sebagai kedai pilihan untuk bersahur, lebih-lebih lagi hanya kedai mamak sahaja yang dibuka pada awal pagi.", "Seorang kakitangan perhubungan awam, Adam Daniel, 25, memilih untuk bersahur di restoran mamak bersama rakan-rakan untuk menghadapi hari pertama berpuasa.", "Katanya, walaupun dia pandai memasak namun harga juadah di restoran mamak seringkali menjadi pilihannya kerana adalah lebih jimat daripada segi kos dan masa jika makan kedai berbanding masak sendiri.", "Sebagai seorang golongan belia, Adam berasa gembira dan berpuas hati dengan keputusan fasa peralihan ke endemik, kerana akhirnya dapat melepaskan rindu untuk melepak di kedai makan hingga lewat malam seperti dahulu.", "“Saya reti je masak.. tapi malas. Kalau mamak ni, cost sangat efficient”", "“Saya pun memang happy lah waktu operasi kedai dah macam dulu-dulu, sebab dah hampir dua tahun lebih tak dapat feeling macam ni, lepak selepas jam 12”", "“It brings back the memories.., Nature is really healing,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di Restoran Pelita Nasi Kandar di Kuala Lumpur.", "Bagi pegawai bank, Haidah Lasir memilih restoran mamak bersama pasangannya untuk bersahur kerana tiada kedai lain yang dibuka di sekitar kediamannya.", "Pada mulanya, dia ke Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk mencari makanan Minang namun restoran tersebut tutup dan hanya mamak yang terlintas di fikiran.", "Dia berpendapat bahawa keputusan fasa peralihan ke endemik adalah sesuatu yang positif bagi peniaga-peniaga yang terjejas sebelum ini kerana dapat merangsang semula ekonomi mereka dan memberikan peluang untuk kembali berdiri.", "“Rasanya it brings good changes lah.. At least boleh bantu ekonomi untuk encourage people to stand again and stabilize economy and make it better,” ujarnya.", "Wan Danial Syafiq, 23, seorang pelajar universiti awam turut bersahur di kedai mamak selepas selesai bermain bola bersama rakan-rakannya.", "Demi meluangkan masa bersama pasukannya yang masing-masing duduk berjauhan, mereka sebulat suara untuk berkumpul di Restoran Pelita Nasi Kandar untuk bersahur.", "Katanya, dia dan rakan-rakan berbuat demikian kerana hanya restoran mamak sahaja yang sudah pastinya dibuka sehingga lewat malam.", "“Setahu saya, mamak sahaja lah yang buka 24 jam, memang pilihan yang baik untuk makan di sini,”", "“Best.. dapat berkumpul ramai-ramai semula, tapi pada masa yang sama kami tak lupa SOP yang disediakan”", "“Alhamdulillah selaras fasa peralihan ke endemik ni pun, Ramadhn yang ditunggu-tunggu kali ini pun kita dah boleh rapatkan saf solat, turut rapatkan lagi silaturahim” katanya lagi.", "Mimie Shuhadah, 25, seorang penasihat kecantikan turut bersahur di kedai mamak bersama rakan-rakan sebagai sambutan hari pertama berpuasa.", "Katanya, dia sangat menggemari roti bom di kedai mamak.", "“Saya dengan kawan-kawan datang sini sebab kedai masakan Melayu banyak yang tak buka, kami dah ronda-ronda, sudahnya sampai ke tempat favourite ni.", "“Dapat la makan roti bom, siapa yang belum cuba boleh cuba lah, memang sedap” dia mengesyorkan roti boom yang katanya sangat enak,” ujarnya.", "Mukrim, 33, seorang kakitangan teknologi maklumat berkata, dia dan pasangannya sudah mengeluarkan barang-barang basah untuk dimasak namun dek terleka dengan kerja yang harus disiapkan, mereka kesuntukan masa.", "Dia bersama pasangannya dan dua orang anak terdahulu singgah di Shah Alam untuk mencari kedai masakan Melayu namun tiada yang beroperasi dan akhirnya berpatah balik ke Petaling Jaya untuk bersahur di restoran mamak.", "“Lagi pun dah memang port kami di sini, tempat biasa kami sekeluarga”", "“Saya senang hati bila dapat tahu waktu operasi kedai makan dah macam dulu.. senang orang nak sahur”", "“Kami pun memang tertunggu untuk kedai-kedai makan buka sampai lewat malam sebab kadang-kadang kami keluar lewat nak beli makan. Sekarang ni kalau lapar pukul 2, 3 pagi pun dah senang nak cari makan, Alhamdulillah” jelasnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/02/20/henti-salahkan-orang-lain-raja-zarith-sofiah/
Henti salahkan orang lain – Raja Zarith Sofiah
[ "KUALA LUMPUR – Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah meminta semua pihak berhenti menyalahkan orang lain berhubung nahas penunggang basikal yang mengakibatkan lapan orang remaja terbunuh.", "Sebaliknya, Raja Zarith Sofiah mahu orang ramai bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mencari jalan penyelesaian.", "“Kata-kata yang melukakan perasaan atau penuh kemarahan tidak akan menghidupkan dan membawa mereka kembali,” kata Raja Zarith Sofiah melalui laman Facebook beliau.", "Nahas itu berlaku pada awal pagi Sabtu lalu apabila sebuah kereta merempuh sekumpulan remaja yang sedang berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru.", "Dalam tragedi itu enam dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dua lagi ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah.", "Pemandu kereta berkenaan yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/12/08/isu-perak-jangan-ghairah-tuding-jari-pada-umno-nik-saiful/
Isu Perak, jangan ghairah tuding jari pada UMNO – Nik Saiful
[ "KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO memulang paku buah keras kepada Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan yang menuduh UMNO sanggup tidur sebantal dengan DAP.", "Exconya, Nik Saiful Adli Burhan berkata, persoalan itu sepatutnya diajukan kepada kepimpinan Bersatu, yang pernah tidur sebantal dengan DAP sebelum ini.", "“Jangan samakan UMNO dengan parti lain yang pernah bergabung dengan DAP, sama ada melalui Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat mahupun Pakatan Harapan.", "“Sejarah membuktikan UMNO tidak pernah membentuk kerjasama dengan DAP, tetapi semua orang tahu kemenangan besar Bersatu dalam PRU 14 sehingga menjadikan mereka Perdana Menteri ditunjangi oleh DAP sebagai antara parti komponen terbesar.", "“Mungkin beginilah cara parti politik tidur sebantal?,” soal beliau menjawab kenyataan Ketua Pemuda Bersatu Kelantan, Datuk Muhammad Amiin Ridhuwan.", "Dalam kenyataan itu, Muhammad Amiin dilaporkan berkata, perkataan ‘ABATA’ (agama, bangsa dan tanah air) yang sinonim dengan perjuangan UMNO sudah tidak boleh diguna pakai lagi.", "Beliau berkata, semuanya dianggap palsu setelah UMNO menjatuhkan kerajaan majoriti Melayu dan Islam di Perak dengan bersekongkol bersama pembangkang daripada DAP.", "Menurut Nik Saiful Adli yang juga Pengerusi Sekretariat Peguam Muda, krisis pemilihan Menteri Besar Perak itu, biarlah diselesaikan melalui kaedah perundangan yang betul dan mengambil kira pandangan serta sokongan ADUN.", "Katanya, usahlah bercakap dicampur hasad dengki, kepentingan peribadi dan ketaksuban berparti dalam mengulas mengenai isu itu.", "“Presiden dan pemimpin UMNO yang lain sentiasa konsisten dengan prinsip No DAP. Tiada siapa boleh mengatasi prinsip ini, tidak perlu cuba memulakan fitnah jahat terhadap UMNO berumpankan kebencian bangsa Melayu terhadap DAP.", "“Saya minta Ketua Pemuda Bersatu Kelantan tumpukan perhatian membantu rakyat negeri itu yang kini sedang berdukacita menghadapi musim tengkujuh, bukan berpolitik menghasut ke arah perpecahan.", "“Itupun jika benar fikirkan mengenai rakyat sebagaimana beliau suarakan keprihatinannya terhadap rakyat di Perak,” katanya.", "Beliau juga menasihatkan Muhammad Amiin untuk serahkan keputusan di Perak kepada pucuk pimpinan parti, bukan mendahului dengan tohmahan yang akhirnya akan membawa perpecahan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/07/18/kdn-beri-peluang-pati-pulang-ke-negara-asal/
KDN beri peluang PATI pulang ke negara asal
[ "PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melaksanakan Program Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Pulang ke Negara Asal bagi memberi peluang kepada mereka yang melakukan kesalahan bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) untuk pulang ke negara asal.", "Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk menguruskannya mengikut syarat ditetapkan.", "Kata beliau, kesalahan PATI di bawah Akta 155 itu meliputi Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa dan Seksyen 6(1)(c) tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.", "“Program ini mendapat kelulusan dari Pejabat Peguam Negara dan akan bermula dari 1 Ogos hingga 31 Disember ini.", "“Bayaran kompaun sebanyak RM700 akan dikenakan bagi setiap warga asing yang menyertai program ini. Mereka hendaklah membawa dokumen perjalanan yang sah seperti pasport dan sijil perjalanan kecemasan serta tiket pulang ke negara asal dalam tempoh tujuh hari,” katanya pada sidang media di Pejabat Imigresen Malaysia di sini hari ini.", "Menurut Muhyiddin, program itu akan dilaksanakan sepenuhnya oleh JIM di seluruh negara tanpa penglibatan pihak ketiga.", "Katanya, JIM telah menyediakan lebih 80 kaunter di Pejabat Imigresen seluruh negara bagi menjayakan program itu.", "“JIM telah mengadakan sesi libat urus bersama pihak Kedutaan Asing di Malaysia pada 12 Julai lalu dan satu taklimat mengenai program itu telah diadakan.", "“Pihak Kedutaan Asing di Malaysia diharap memberi kerjasama sepenuhnya dalam pengeluaran dokumen perjalanan kepada rakyat masing-masing yang menyertai program ini,” katanya.", "Beliau berkata, Jabatan Imigresen telah mengadakan sesi libat urus bersama polis pada 10 Julai lalu dan penyelarasan tindakan dibuat bagi memberi peluang kepada Pati yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah hadir ke JIM untuk program itu.", "Muhyiddin menyeru semua warga asing mengambil kesempatan itu untuk balik ke negara asal atau berhadapan dengan tindakan undang-undang jika masih berdegil.", "“Operasi penguatkuasaan akan terus dijalankan secara agresif bagi memburu Pati dan mana-mana individu yang bersengkokol dengan mereka.", "“Manakala majikan yang cuba melindungi pekerja Pati mereka yang tidak mempunyai dokumen akan dikenakan tindakan undang-undang seperti penjara, denda dan sebat,” katanya.", "Ditanya berapa ramai jumlah PATI yang berada di negara ini, Muhyiddin memberitahu, beliau tidak mempunyai stastik tepat tetapi menganggarkannya terlalu ramai. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/07/16/kadar-kes-rogol-semakin-meningkat-di-india/
Kadar kes rogol semakin meningkat di India
[ "MUMBAI- Pihak polis India semalam mencari lima lelaki yang didakwa merogol dan membakar seorang wanita berusia 35 tahun pada hari Sabtu lalu.", "Menerusi Ketua Polis Daerah Rajpura, Varun Kumar yang mengambil kes tersebut berkata, kejadian tersebut berlaku di rumah mangsa kira- kira pukul 2.30 pagi di Uttar Pradesh.", "Mangsa dikatakan dibakar serta dicampak ke kuil berdekatan rumah mangsa selepas dirogol sekumpulan lelaki, kata Varun Kumar dalam satu kenyataan.", "Lebih daripada 100 kes rogol difailkan setiap hari di balai polis India.", "Sebelum itu, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dirogol oleh seorang penjaga pantai di sebuah sekolah di Noida, New Delhi, Jumaat lepas.", "Menurut statistik, jenayah menunjukkan bilangan kes rogol dilaporkan di India telah meningkat sebanyak 60 peratus sejak tahun 2012 di mana 40,000 kes dilaporkan pada tahun 2016 sahaja.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/01/17/akta-baharu-bakal-diperkenal-bangun-semula-perumahan-lama/
Akta baharu bakal diperkenal bangun semula perumahan lama
[ "Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, menerusi akta baharu itu, satu perbadanan bakal diwujudkan bagi menguruskan pembangunan semula perumahan awam di negara ini.", "“Mungkin sudah sampai masa kita perkenalkan akta baharu untuk membangunkan semula perumahan dalam bandar yang berusia lebih 20 tahun dan tidak sesuai.", "“Kabinet telah meluluskan dan kita dalam proses untuk membuat satu akta 3P iaitu Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam dan akan dibawa ke Parlimen.", "“Bila akta ini ada, satu perbadanan diwujudkan untuk menguruskan rumah-rumah awam, rumah kos rendah, rumah PPR yang ada di negara kita,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Konvensyen Perbandaran Negara 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.", "Noh berkata, polisi itu telah dilaksanakan di Singapura dalam membangunkan semula perumahan berusia lebih 20 tahun yang kini tidak sesuai didiami akibat kepadatan penduduk di bandar.", "Katanya, projek pembangunan semula Kampung Kerinchi adalah contoh terbaik yang mana setiap pemilik asal kawasan terbabit mendapat unit rumah baharu apabila apartmen Kerinchi Residency siap dibina.", "“Kalau saya tak silap rumah PKNS dua bilik dibeli bawah RM20,000 tapi hari ini bila ia dibangunkan balik, rumah itu nilainya dekat RM500,000 dengan tiga bilik, kolam renang dan keadaan lebih baik,” jelasnya.", "Katanya, ketika ia hendak dibangunkan, banyak halangan wujud termasuk campur tangan daripada pemimpin pembangkang yang menghasut penduduk untuk mengambil tindakan mahkamah.", "“Pembangkang mestilah ambil kesempatan sebab dia tak nampak apa kita nak buat. Kalau tak silap saya ada 30 orang pergi ke mahkamah sebab dapat khidmat peguam percuma.", "“Akhirnya pemaju menang, projek itu diteruskan dan hari ini projek itu telahpun siap. 30 orang yang membantah itu menyesal sekarang. Penduduk asal dapat rumah tersebut,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/03/20/umno-melaka-buat-penstrukturan-semula-perkukuh-parti-ab-rauf/
UMNO Melaka buat penstrukturan semula perkukuh parti – Ab Rauf
[ "ALOR GAJAH – UMNO Melaka akan melakukan penstrukturan semula parti bagi memastikan calon bahagian yang menang pada pemilihan Sabtu lalu disokong jentera di peringkat akar umbi demi menjamin kemenangannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.", "Pengerusi Perhubungannya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, beliau bagaimanapun masih menunggu keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengeluarkan senarai baharu itu.", "“Sudah pasti akan ada struktur baharu untuk menjamin jentera parti bersedia berhadapan PRU agar ianya berjalan lancar dengan kemasukan tokoh-tokoh baru yang memegang jawatan dalam keputusan pertandingan Sabtu lepas.", "“Saya secara terbuka menunggu keputusan Presiden (Ahmad Zahid) mengenai susun atur kedudukan jentera UMNO negeri untuk diperhalusi dan diperbaiki bagi menghadapi PRU akan datang,” katanya ketika ditemui media di sini hari ini.", "Ditanya adakah beliau sudah mengemukakan beberapa nama menggantikan jawatan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad yang gagal mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu pada pemilihan Sabtu lalu, Ab Rauf berkata, ia terpulang kepada presiden parti.", "“Itu (jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri) terserah pada presiden untuk kenal pasti di antara tokoh-tokoh yang baik dalam kalangan yang terbaik.", "“Kepada yang tewas, sokonglah pemimpin baharu kerana kalah dalam keluarga perjuangan kita yang sebenarnya adalah untuk mengukuhkan parti dalam menghadapi pilihan raya,” katanya.", "Pengundian Sabtu lalu menyaksikan semua tiga penyandang di tiga bahagian yang dipertandingkan gagal mempertahankan jawatan mereka yang dirampas calon lebih muda.", "Mereka yang tewas adalah Mohamad Ali apabila dimenangi pencabarnya, Datuk Rais Yasin manakala Datuk Hasan Abd Rahman (Bahagian Jasin) digantikan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.", "Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam,Datuk Zaidi Attan turut tewas di Bahagian Jasin yang menyaksikan saingan empat penjuru.", "Turut gagal dalam saingan Ketua Bahagian adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Rospandi Leman apabila jawatan itu dimenangi Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Fairul Nizam Roslan yang tidak memegang jawatan dalam Exco negeri.", "Tiga Ketua UMNO bahagian di negeri ini masing-masing mengekalkan jawatan adalah Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (Masjid Tanah)Datuk Abd Razak Abd Rahman (Kota Melaka) dan Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali (Hang Tuah Jaya) apabila tiada pencabar pada pemilihan kali ini. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/02/13/mahkamah-persekutuan-kekalkan-denda-rm10000-terhadap-adun-sungkai/
Mahkamah Persekutuan kekalkan denda RM10,000 terhadap ADUN Sungkai
[ "PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan semula denda sebanyak RM10,000 yang dikenakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri merangkap Exco kerajaan negeri Perak, A Sivanesan kerana salah laku profesional yang dilakukan 13 tahun lalu. ", "Sivanesan yang juga bekas peguam melakukan beberapa pelanggaran terhadap Akta Profesion Undang-undang 1976 dan peraturan etiketnya yang antara lain melibatkan memperdaya Mahkamah Perusahaan untuk mempercayai bahawa beliau bertindak bagi pihak plaintif, K Pathmanathan.", "Denda itu akan menyebabkan Sivanesan bakal berdepan dengan kehilangan jawatan ADUN yang sedang dipegang ketika ini.", "Hari ini, tiga panel hakim iaitu Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal membuat keputusan itu setelah membenarkan rayuan oleh Majlis Peguam Malaysia dan Pathmanathan.", "Sebelum ini, Majlis Peguam Malaysia dan Pathmanathan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 15 Disember tahun lalu yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi selepas ia mengekalkan keputusan lembaga tatatertib itu.", "Kata Nalini dalam penghakiman, nota prosiding Mahkamah Perusahaan mengesahkan asas bagi penemuan fakta jawatankuasa tatatertib.", "Jelasnya, bagi Mahkamah Rayuan untuk membatalkan penemuan fakta jawatankuasa tatatertib berhubung perkara yang berlaku pada 6 April 2010 semata-mata atas keterangan saksi lain.", "“Mahkamah Rayuan gagal melihat Sivanesan bertindak untuk Pathmanathan malah memberi aku janji untuk memfailkan borang yang diperlukan untuk pelantikannya walaupun tidak mempunyai arahan untuk berbuat demikian,” katanya. ", "Pathmanathan telah memfailkan aduan terhadap Sivanesan selepas Mahkamah Perusahaan membatalkan tuntutannya untuk pemecatan tidak adil kerana ketidakhadirannya di mahkamah pada pada 13 Jun 2016. – MalaysiaGazette " ]
https://malaysiagazette.com/2021/04/12/6-negeri-kekal-pkpb-10-negeri-pkpp-ismail-sabri/
6 negeri kekal PKPB, 10 negeri PKPP – Ismail Sabri
[ "KUALA LUMPUR – Enam negeri kekal dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPP) selama dua minggu mulai 15 hingga 28 April ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.", "Katanya, negeri itu melibatkan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak.", "Dalam pada itu, kata beliau, 10 negeri lagi kekal dengan pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP), juga untuk tempoh yang sama dengan enam negeri PKPB, yang berakhir 28 April 2021.", "“Negeri diletakkan bawah PKPP ialah Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.", "“Pengekalan negeri PKPB dan PKPP ini berkuatkuasa 15 hingga 28 April ini, kecuali Sarawak berkuatkuasa mula esok hingga 26 April 2021,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.", "Bagaimanapun, kata beliau, rentas negeri masih tidak dibenarkan, kecuali bagi aktiviti pelancongan dari negeri PKPP ke PKPP dengan menggunakan syarikat atau agensi pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan.", "Jelas Ismail Sabri, rentas daerah dibenarkan, kecuali Sabah dan Sarawak tidak dibenarkan atas keputusan kerajaan negeri masing-masing.", "Beliau berkata, kerajaan memutuskan pengekalan dua status itu berikutan kes positif harian Covid-19 menunjukkan trend turun naik dan rakyat belum selamat daripada dijangkiti.", "Katanya, kes positif masih menunjukkan empat angka, iaitu lebih 1,000 kes sehari, menyebabkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terpaksa membuat keputusan untuk kekalkan status PKPB di enam negeri dan PKPP di 10 negeri. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/12/18/sekeping-coklat-undang-air-mata-petugas-shell/
Sekeping coklat undang air mata petugas Shell
[ "PUTRAJAYA – Ketika wartawan bertanya Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Shairan Huzani tentang program komuniti anjuran entiti perniagaan gergasi itu, beliau kelihatan agak lambat memberikan respons seperti ada sesuatu yang difikirkan. ", "Ahli korporat bertubuh kecil itu kemudian berkongsi mengenai inisiatif Shell iaitu Community Food Box dan Sudut Barangan Komuniti itu yang menurut beliau bukanlah sesuatu untuk suka-suka atau sekadar program CSR semata-mata. ", "Sebaliknya kata Shairan, beliau sendiri cukup terkesan dengan keadaan rakyat yang semakin terhimpit dengan kesengsaraan hidup terutamanya ketika pandemik Covid-19. ", "Katanya, beliau pernah bertemu dengan seorang wanita yang datang untuk mengambil barangan makanan asas secara percuma di salah sebuah stesen minyak Shell baru-baru ini. ", "“Wanita ini mengambil tepung, telur kemudian satu coklat yang kemudian diingatkan oleh salah seorang pekerja Shell bahawa beliau hanya boleh mengambil keperluan asas dengan had dua barangan sahaja. ", "“Namun apa yang diucap oleh wanita itu kemudian membuatkan kami yang ada di situ menangis. Kata wanita itu anaknya di rumah tidak pernah dibelikan coklat langsung dan dia ingin memberikan makanan itu kepada mereka. ", "“Ketika itu kita terfikir, coklat kecil yang harganya tidak seberapa itu yang kita sering ambil mudah rupanya mempunyai maksud mendalam kepada segelintir lain yang hidup dalam kalangan kita. ", "“Untuk kita apalah sangat. Untuk mereka itulah yang mampu memberikan kegembiraan dan kelegaan, sememangnya saya tersentuh dan pilu. Ini bukan sekadar cerita sebaliknya realiti dihadapi oleh ramai di luar sana. ", "“Di Shell, kita harap dengan program komuniti yang kita lakukan ini sedikit sebanyak dapat memberikan senyuman serta sedikit kelegaan. Itu juga adalah sebab mengapa kami aktif dalam program seumpama ini,” katanya ketika ditemui di Shell Presint 18 di sini hari ini.", "Shell Malaysia tampil dengan program komuniti seperti Community Food Box dan Sudut Barangan Komuniti di 48 Shell terpilih seluruh negara setakat ini. ", "Community Food Box ini ialah  ruang yang disediakan untuk meletakkan barangan keringan seperti keperluan asas antaranya telur, gandum, tepung, sardin, bihun, mi segera dan lain-lain didermakan oleh pelanggan Shell. ", "Golongan memerlukan pula boleh tampil sendiri ke Shell yang menyediakan perkhidmatan dan mengambil keperluan ini secara percuma setiap minggu. ", "Manakala Sudut Barangan Komuniti pula penjualan barangan asas dengan harga yang paling rendah untuk meringankan bebanan segelintir.", "Kata Shairan lagi, pihaknya berharap sekurang-kurangnya 100 buah Shell terpilih akan terlibat dengan program komuniti di penghujung tahun ini sendiri. ", "“Kita juga harap ramai tampil menyumbang untuk golongan memerlukan ini, anda tidak perlu membelinya dari Shell sebaliknya apa sahaja yang anda mampu boleh diletakkan di sini. Kita semua bantu antara satu sama lain,” ujarnya. ", "Rangkaian stesen minyak Shell turut mengambil inisiatif untuk menjual roti Gardenia dengan tawaran rendah iaitu RM1 pada setiap hari Rabu menerusi kempen ‘Wow Wednesday’ sehingga 17 Februari 2021 tertakluk pada terma dan syarat. -MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/10/15/mustahil-tiada-kenaikan-tol-oleh-pembida-plus-kata-pensyarah/
Mustahil tiada kenaikan tol oleh pembida PLUS, kata pensyarah
[ "KUALA LUMPUR – Pensyarah kanan ekonomi sebuah univerisiti menyifatkan sebagai ‘mustahil’ tawaran tiada kenaikan tol selama 20 tahun oleh sebuah syarikat yang menawarkan diri untuk mengambil alih Plus Malaysia Bhd.", "Dr Ahmad Rizal Mazlan dari Sekolah Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia berkata tawaran itu ‘melampaui realiti ekonomi dan kewangan’ memandangkan penjagaan Lebuhraya Utara-Selatan kelolaan PLUS sepanjang 772 km, terus meningkat disebabkan oleh kadar inflasi, kos bahan dan penyelenggaraan.", "“Secara peribadi, saya melihatnya sebagai mustahil untuk tidak menaikkan kadar tol, terutama bagi tempoh masa yang panjang sehingga 20 tahun. Buat masa ini, kos operasi yang melibatkan pembolehubah tersebut kira-kira setengah bilion ringgit setahun, dan meningkat dan akan terus meningkat pada masa akan datang,” katanya kepada Bernama.", "Kementerian Kerja Raya juga mengatakan secara puratanya, pemilik konsesi dikehendaki membelanjakan 45 hingga 50 peratus daripada pendapatan mereka untuk bayaran balik pinjaman, kos umum (overhed) dan operasi, selain baik pulih dan menaik taraf.", "Dr Ahmad Rizal membuat ulasan itu berikutan tawaran RM36 bilion oleh Maju Holdings Sdn Bhd untuk mengambil alih konsesi tol lebuh raya terbesar negara itu daripada UEM Group Bhd yang menguasai 51 peratus kepentingan dalam PLUS, manakala baki 49 peratus lagi dipegang oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).", "Selain Lebuhraya Utara-Selatan yang merupakan tulang belakang sistem jalan raya di Semenanjung Malaysia, PLUS juga mengendalikan tujuh lebuh raya lain, manakala Maju Holdings hanya mengendalikan Maju Expressway (MEX) yang menghubungkan Putrajaya, Cyberjaya, KLIA dan KLIA2 dengan Kuala Lumpur.", "UEM dan KWSP masing-masing menyatakan mereka tidak berniat untuk menjual kepentingan masing-masing dalam urus niaga yang diibaratkan sebagai ?David dan Goliath’ itu.", "Dr Ahmad Rizal juga berkata KWSP khususnya, tidak sewajarnya menjual pelaburan jangka panjang seperti PLUS kerana ini bertentangan dengan kepentingan 14.5 juta ahlinya.", "“Bagi PLUS, konsesi itu sudah menjalankan tanggungjawab yang baik dalam mengurus lebuh raya, dan menerusi pengalaman yang mereka miliki, ia merupakan entiti terbaik untuk (terus) menguruskannya.”", "“Tidak ada sebab bagi KWSP dan UEM untuk melupuskan PLUS berdasarkan keuntungan dan sumbangan yang masuk, selain jumlah dan aliran tunai kukuh yang diterima. KWSP juga perlu mengekalkan terus aset ini memandangkan kesukaran untuk mencari pengganti berdasarkan profail aset sedemikian,” katanya.", "Walaupun kos operasi dan penyelenggaraan yang tinggi, peningkatan kadar tol PLUS sebanyak 5 peratus setiap tiga tahun, juga merupakan antara yang paling rendah dalam kalangan semua pemegang konsesi tol berdasarkan pemiliknya merupakan entiti berkaitan kerajaan, dengan rakyat diutamakan kerajaan, katanya.", "Dr Ahmad Rizal berkata PLUS sebelum ini dimiliki secara persendirian. namun ia kini di tangan kerajaan dan menjadi aset strategik, dan tidak berdaya maju untuk menyerahkannya semula kepada syarikat persendirian.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2017/05/16/ransomware-wannacry-satu-laporan-diterima-banyak-lagi-kes-tak-dilaporkan/
Ransomware Wannacry: Satu laporan diterima, banyak lagi kes tak dilaporkan
[ "Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Datuk Amirudin Abdul Wahab menggesa semua organisasi untuk berwaspada dan meneruskan tindakan yang perlu untuk melindungi dan menjamin infrastruktur rangkaian mereka daripada terjejas.", "Agensi pakar keselamatan siber nasional di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi itu juga menasihatkan pentadbir sistem di setiap organisasi agar ‘patch’ sistem komputer mereka dan mengingatkan pengguna agar sentiasa berwaspada dengan serangan Ransomware ini bagi menghalang mereka daripada klik e-mel mencurigakan.", "Amirudin berkata serangan Ransomware bukanlah satu ancaman siber baharu kerana agensi itu sebelum ini telah menerima laporan berkaitan dengan Cryptolocker, Cryptowall, CBT Locker, Teslacrypt Locky dan beberapa jenis Ransomware.", "“Ia disasarkan kepada pengguna individu dan perniagaan,” katanya.", "“Perisian berniat jahat ini menjangkiti komputer, mengunci dan ‘encrypt’ fail di dalam komputer serta menghalang akses pengguna kepada sistem komputer sehinggalah wang tebusan dibayar kepada penghantar serangan untuk membuka kunci perisian itu.", "“Antara kesannya ialah kehilangan data berharga, gangguan operasi organisasi dan reputasi serta kos tinggi yang ditanggung untuk proses pemulihan,” katanya.", "Beliau turut mencadangkan agar orang awam mendapatkan maklumat tepat daripada sumber rasmi dan mengesahkan maklumat itu sebelum berkongsi melalui media sosial kerana terdapat banyak mesej palsu berkaitan Ransomware WannaCry yang telah tular.", "Amirudin memberi jaminan bahawa CyberSecurity secara proaktif akan terus memantau keadaan semasa dan akan mengambil tindakan yang perlu dengan menyediakan bantuan teknikal kepada organisasi dan pengguna individu yang terjejas bagi pemulihan dan pencegahan melalui perkhidmatan Cyber999.", "Orang ramai boleh melaporkan sebarang serangan Ransomware dengan menghubungi pusat bantuan Cyber999 menerusi talian bebas tol 1-300-88-2999 atau telefon bimbit 0192665850, SMS aduan ke 15888 atau e-mel [email protected] atau [email protected].", "— BERNAMA", "" ]
https://malaysiagazette.com/2022/11/08/kadar-pengangguran-di-malaysia-terus-turun/
Kadar pengangguran di Malaysia terus turun
[ "KUALA LUMPUR- Kadar pengangguran di Malaysia terus menunjukkan trend penurunan kepada 3.6 peratus pada Sept 2022, menurun 0.1 peratus berbanding 3.7 peratus pada Ogos 2022.", "Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bilangan penganggur turut mengekalkan trend menurun selama 14 bulan berturut-turut kepada 605,000 orang pada September berbanding 612,000 orang pada bulan sebelumnya.", "Bagi suku ketiga 2022, kadar pengangguran menurun kepada 3.7 peratus, mencatatkan 611,800 orang, kadar terendah sejak pandemik COVID-19 pada suku kedua 2020.", "Bilangan penganggur aktif mencatatkan penurunan 2.1 peratus bulan ke bulan kepada 496,600 orang pada September (Ogos – 507,300 orang), manakala penganggur tidak aktif meningkat 3.5 peratus kepada 108,400 orang berbanding 104,700 orang.", "Menurut DOSM, jumlah tenaga buruh dalam negara meningkat 0.2 peratus kepada 16.66 juta orang pada September berbanding 16.63 juta orang pada Ogos dengan kadar penyertaan buruh kekal pada 69.7 peratus.", "Sementara itu, bilangan penduduk bekerja di negara ini terus meningkat sebanyak 0.2 peratus kepada 16.05 juta orang pada September berbanding 16.02 juta orang pada bulan sebelumnya.", "Komposisi penduduk terbesar bekerja adalah dalam kategori pekerja dengan peratus sumbangan sebanyak 75.9 peratus, bekerja sendiri (17.6 peratus), majikan (3.4 peratus) dan pekerja keluarga tanpa gaji (3.1 peratus).", "Bilangan luar tenaga buruh, mencatatkan penurunan sedikit sebanyak 0.04 peratus kepada 7.24 juta orang dengan 42.9 peratus daripada jumlah itu terdiri daripada kategori kerja rumah atau tanggungjawab keluarga manakala 40.5 peratus dalam kategori sekolah atau latihan.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2017/04/03/tidak-bentang-ruu355-mainan-politik-bn-mat-sabu/
Tidak bentang RUU355 mainan politik BN – Mat Sabu
[ "KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) berpendirian keengganan Barisan Nasional (BN) mengambil alih perbentangan pindaan Akta 355 daripada Pas hanya bersifat permainan politik parti itu.", "Menurut Presidennya, Mohamad Sabu, keengganan BN untuk berbuat demikian setelah dua kali ditangguhkan sudah lama dihidu oleh parti serpihan Pas itu.", "“Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan membentangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965 (RUU 355) di Parlimen ekoran keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional tidak mengejutkan kami dari Parti Amanah Negara.", "“Hari ini terbukti bahawa segala-galanya hanyalah permainan politik UMNO dan Barisan Nasional.", "“Sejak awal lagi kami mengambil pendirian jika benar-benar kerajaan ikhlas dan yakin bahawa isu RUU 355 sebagai keperluan penting perundangan dan isu substantif, pastinya kerajaan sendiri akan mengambil inisiatif memindanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "PAN dalam pada itu menuduh BN sebagai agen perpecahan antara Pas dan Pakatan Harapan (PH) yang membuatkan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu enggan menyertai PH.", "“Oleh kerana motif sebenarnya ialah kepentingan politik maka RUU 355 telah digunakan sebagai umpan untuk menarik Pas keluar dari muafakat Pakatan Rakyat. Lalu berlakulah apa yang berlaku sehingga kemudiannya Pas berpecah selepas berlakunya pembersihan golongan progresif dan pro-PR,” katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.", "Minggu lalu, BN menerusi Pengerusinya Najib mengumumkan bahawa parti itu memutuskan tidak ada wakil kerajaan akan membentangkan RUU355.", "Keputusan itu dibuat berdasarkan konsensus dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN.", "Sebelum itu, beberapa pimpinan UMNO ada menyatakan kemungkinan RUU355 akan dibentangkan wakil kerajaan pada Dewan Rakyat.", "Justeru Mat Sabu berkata, sudah pastinya BN akan mementingkan perhitungan politiknya sebelum mendokong pindaan RUU355 yang dibawa oleh Pas.", "“(Datuk Seri) Najib dan pimpinan UMNO telah ‘melayani’ kehendak Pas seolah-olah menyokong RUU355 ini. Sekarang seluruh rakyat jelas kedudukan perkara ini bahawa perhitungan kepentingan politik UMNO-BN menentukan dan mengatasi segala-galanya,” katanya.", "Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu berkata, pengundian terhadap RUU 355 dijangka tidak akan dibuat pada sidang Dewan Rakyat.", "Penentuan mengenai RUU itu bagaimanapun katanya, tertakluk kepada bidang kuasa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.", "“RUU 355 ini akan dibentangkan anggota Parlimen Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Kita serahkan kepada budi bicara Speaker sama ada huraian pindaan ini\nakan diberikan secukupnya dan perbahasan akan dibuat atau sebaliknya.", "“Tetapi, saya yakin pengundian (RUU 355) tidak akan dilakukan,” katanya. -MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/06/15/cadangan-wan-saiful-tutup-pendaftaran-vaksin-tak-masuk-akal-zaliha/
Cadangan Wan Saiful tutup pendaftaran vaksin tak masuk akal -Zaliha
[ "KUALA LUMPUR – Cadangan Ketua Penerangan Parti Pribumi Beratu Malaysia (Bersatu) Datuk Wan Saiful Wan Jan yang menggesa kerajaan menetapkan tarikh tutup  pendaftaran vaksin dengan alasan supaya rakyat tidak memandang mudah usaha untuk mendapatkannya tidak wajar.", "Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Dr. Zaliha Mustafa berkata, cadangan yang diutarakan Wan Saiful itu adalah sesuatu yang tidak selari dengan hasrat kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok.", "“Ini jelas suatu cadangan yang tidak berasas dan tidak masuk akal. Sedangkan mereka yang telah lama berdaftar dalam sistem MySejahtera pun masih ramai lagi yang belum menerima\nvaksin, ini kan pula untuk menguatkuasakan tarikh tutup pendaftaran.", "“Jika kerajaan mahu terus menggunakan sistem pendaftaran vaksin untuk memastikan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) atau NIP (National Imminisation Program) ini mudah untuk dipantau, maka seharusnya kita menggalakkan lebih ramai lagi rakyat berdaftar, perluas dan pemudahkan urusan pendaftaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Zaliha mengulas mengenai kenyataan Wan Saiful yang meminta kerajaan menetapkan tarikh tutup pendaftaran program vaksinasi Covid-19.", "Ini katanya bagi mengelakkan orang ramai mengambil sikap sambil lewa dan segera mendaftar untuk mendapatkan vaksin.", "Mengulas mengenai itu, Zaliha berkata, ramai dalam kalangan sukarelawan yang juga ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah melaksanakan tugas itu di kawasan masing-masing.", "Malah katanya agensi-agensi kerajaan yang wujud di kawasan-kawasan pendalaman yang tiada capaian internet boleh turut dikerah bagi membantu penduduk yang mungkin ada masalah dalam mendaftarkan diri mereka.", "Justeru itu, beliau berkata, apa yang harus kerajaan lalukan sekarang adalah mempercepatkan kemasukan vaksin ke negara ini maka ia akan memudahkan pemberian vaksin kepada seluruh rakyat negara ini.", "“Banyak negara termasuk Singapura, Indonesia bahkan Amerika Syarikat sendiri memberi suntikan vaksin kepada rakyat mereka tanpa birokrasi pendaftaran dan telah pun mencapai kadar vaksinasi yang tinggi.", "“Negara jiran Indonesia melaporkan capaian vaksin yang melebihi 300,000 suntikan sehari. Mereka memperkenalkan kaunter bergerak, kaunter terbuka (open counter) dan kaunter pandu lalu (walk in counter) seperti apa yang dilaksanakan di Arizona, Texas dan Detroit, Amerika Syarikat serta membenarkan sesiapa sahaja menerima vaksin, mempermudahkan capaian vaksin kepada kumpulan-kumpulan sasar seperti warga emas dan pelajar demi memastikan rangkaian jangkitan Covid 19 ini diberhentikan secepat mungkin,” katanya lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/03/09/dr-quaza-tamat-perkhidmatan-selepas-36-tahun/
Dr Quaza tamat perkhidmatan selepas 36 tahun
[ "PUTRAJAYA – Selepas 36 tahun berkhidmat, akhirnya Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam menamatkan tugasnya sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar hari ini.", "Dalam majlis sempena penamatan perkhidmatan beliaudi sini, Dr Quaza berkata pelbagai cabaran yang dihadapinya selama menjalankan amanah dan tanggungjawab, namun komitmen semua kakitangan memudakan tugasannya. ", "“Lebih 35 tahun bertugas ramai kenalan banyak yang telah kita sumbangkan.", "“Semua telah membantu saya untuk jabatan mencapat target,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Dewan Serbaguna Wisma Tani sebentar tadi. ", "Mengaku sedih bakal meninggalkan Jabatan Veterinar, namun Quaza berkata beliau perlu tabah kerana percaya sumbangannya selama ini akan dapat membantu kakitangannya meneruskan tugas mengikut konsep dan tatacara. ", "“Saya tidak boleh menangis, saya kena tabahkan diri walaupun rasa sedih,” ujarnya. ", "Dalam majlis yang sama turut dilancarkan  enam buah buku terbitan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.", "Enam buku itu adalah Malaysian Veterinary Services Strategic Plan 2021 – 2025; Pelan Strategik & Tindakan Pembangunan Industri Pedaging Negara; Pelan Strategik Pembangunan Industri Tenusu Negara; 125 Tahun Jabatan Perkhidmatan Veterinar; National Veterinary Antimicrobials Guidelines (NVAG) dan Manual On Parasitology.", "Penerbitan buku-buku ini merupakan satu mercu penting bagi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani amnya dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar khususnya, dalam merealisasikan visi dalam mencapai sasaran dan halatuju yang ditetapkan. -MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/05/14/pesawat-bukan-ke-medan-tapi-korea/
Pesawat bukan ke Medan tapi Korea
[ "GEORGETOWN – Leorang lelaki 39 tahun warga Indonesia yang mahu pulang ke kampung halamannya di Medan nekad bersembunyi di dalam ruang tayar sebuah pesawat kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang semalam tanpa mengetahui destinasi pesawat berkenaan seterusnya.", "Sumber memberitahu Bernama hari ini bahawa pesawat kargo jenis Boeing 767 milik sebuah syarikat kurier dirancang untuk terbang ke Korea Selatan selepas selesainya kerja-kerja penyelenggaraan di lapangan terbang berkenaan.", "“Lelaki itu dipercayai bersembunyi dalam beberapa buah pesawat lain yang ada di situ sebelum dia dikesan oleh petugas penyelenggaraan di ruang tayar pesawat kargo berkenaan. Ketika ditahan, dia hanya memiliki wang tunai sebanyak RM6 sebelum dia diserahkan kepada polis,” kata sumber itu.", "Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Jafri Md Zain ketika dihubungi Bernama berkata maklumat awal daripada lelaki yang sedang direman untuk siasatan lanjut itu mendapati dia memiliki pasport namun tiada permit kerja.", "Jafri berkata polis juga sedang mengesan seorang lelaki yang menjadi pemilik kedai memproses ayam di Balik Pulau yang menjadi tempat warga Indonesia itu bekerja sejak sembilan bulan lepas tetapi tidak dibayar gaji sejak dua bulan lepas. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/01/30/britain-dapat-kelulusan-keluar-eu/
Britain dapat kelulusan keluar EU
[ "BRUSSELS – Parlimen Eropah memberi kelulusan kepada Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU), sekali gus membuka jalan bagi negara itu untuk keluar daripada blok tersebut pada hari Jumaat.", "Selepas perdebatan penuh emosi emosi, yang mana beberapa perwakilan menangis, akhirnya penggubal undang-undang EU mengundi 621 untuk menyokong manakala 49 menentang perjanjian Brexit yang dimeteraikan antara Britain dan 27 negara anggota lain pada Oktober lalu.", "Kelulusan ini diberikan selepas lebih daripada tiga tahun sejak rakyat Britain mengundi untuk keluar EU.", "Terdahulu, duta besar Britain ke EU menyerahkan dokumen yang merumuskan Brexit kepada pegawai kanan EU.", "Berlatarbelakangkan bendera British dan EU di ibu pejabat Brussels, Tim Barrow, tersenyum, menyerahkan fail kulit berwarna biru gelap dengan lambang United Kingdom.", "Britain akan meninggalkan blok yang disertainya pada tahun 1973 pada tengah malam pada waktu Brussels (2300 GMT) hari Jumaat, yang mana bendera Britain akan dikeluarkan daripada pejabat-pejabat EU dan bendera EU akan diturunkan di sana United Kingdom.", "Dengan tempoh peralihan status quo yang berjalan hanya sehingga akhir tahun, perbincangan baru – yang meliputi segala-galanya dari perdagangan kepada keselamatan – akan bermula tidak lama lagi untuk hubungan baru.", "“Kami sedang menimbangkan perjanjian perdagangan bebas sifar, sifar kuota. Tetapi prasyaratnya ialah perniagaan EU dan Britain terus bersaing. Kami pastinya tidak akan mendedahkan syarikat kami kepada persaingan yang tidak adil, “kata ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen.", "Ketua perunding EU, Michel Barnier memberitahu kepada 27 perwakilan bahawa perjanjian persekutuan yang longgar seperti EU dengan Ukraine harus menjadi asas bagi hubungan baru, kata sumber diplomatik.", "“Kami tidak mahu rugi dalam isu-isu yang penting kepada kami,” kata Barnier, menurut sumber yang hadir dalam taklimat tertutup. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/11/15/pengusaha-premis-perjudian-di-kedah-boleh-cari-alternatif-perniagaan-lain-muhammad-sanusi/
Pengusaha premis perjudian di Kedah boleh cari alternatif perniagaan lain – Muhammad Sanusi
[ "ALOR SETAR – Pengusaha premis perjudian sedia ada di Kedah boleh mencari alternatif perniagaan lain yang bersesuaian untuk kelangsungan pendapatan mereka selepas kerajaan negeri memutuskan tidak lagi meluluskan lesen perjudian kepada mana-mana premis berkenaan di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.", "Beliau berkata, pengusaha itu perlu menjadi kreatif dalam meneroka peluang perniagaan baharu yang dapat menjana pendapatan sendiri dan bukan hanya mengharapkan aktiviti perjudian itu.", "“Ada banyak syarikat lain terjejas dengan COVID-19 telah meneroka bidang perniagaan baru di premis perniagaan masing-masing, seperti kedai perabot tukar jadi kedai makan, ada kedai gunting rambut jadi kedai salon kecantikan, macam-macam boleh buat,” katanya pada sidang media di penghujung hari kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.", "Terdahulu pada sesi perbahasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) (DAP-Derga) Tan Kok Yew meminta kerajaan negeri menarik balik keputusan itu kerana beliau berpendapat ia boleh menyebabkan kekurangan dana bagi membantu sektor pendidikan, sukan dan kebajikan di negeri ini.", "Selain itu Tan juga memaklumkan bahawa keputusan berkenaan juga akan menyebabkan pengusaha premis perjudian terpaksa menanggung kos serta berlaku pengangguran.", "Muhammad Sanusi berkata, beliau yakin yang pengusaha, termasuk pekerja premis itu di negeri ini tidak begitu ramai terjejas berbanding kerosakan yang berlaku daripada premis berkenaan.", "Semalam media melaporkan keputusan kerajaan negeri untuk tidak lagi meluluskan lesen perjudian kepada mana-mana premis perjudian di negeri ini bagi memastikan Kedah bebas daripada aktiviti berkenaan pada masa akan datang. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2020/03/20/pkp-kbs-umum-tujuh-inisiatif-ringankan-beban-belia/
PKP: KBS umum tujuh inisiatif ringankan beban belia
[ "KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengumumkan pelaksanaan tujuh inisiatif bagi meringankan beban golongan belia yang terkesan akibat penularan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula Rabu hingga 31 Mac ini.", "Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata menerusi inisiatif tersebut pembayaran elaun kepada 10,000 pelajar di 22 Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) akan dipercepatkan kepada selewat-lewatnya Rabu depan.", "Katanya, pihaknya juga akan menyediakan insentif data internet secara sekali bayar berjumlah RM50 kepada pelajar ILKBS bagi menyokong pembelajaran secara digital ‘Google Classroom’ yang diusahakan sepanjang PKP.", "“Peruntukan sebanyak RM100,000 disalurkan kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam membantu Orang Kurang Upaya (OKU) , gelandangan belia yang terkesan dan memerlukan di bawah program Relawan MBM,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Yayasan Kebajikan Atlet Malaysia bagi menyokong dan membantu bekas atlet yang memerlukan dalam tempoh kawalan pergerakan tersebut.", "Reezal Merican berkata KBS juga akan memberi pengecualian bayaran sewa premis di bawah seliaan Jabatan Belia dan Sukan Negara di seluruh negara selama enam bulan.", "Tambahnya, semua pekerja sambilan harian di kementerian itu akan diberi pembayaran penuh sepanjang tempoh PKP dan pelajar praktikal yang menjalani latihan industri akan menikmati pembayaran penuh elaun praktikal bagi bulan Mac.", "Katanya, KBS menyediakan kemudahan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) di Cheras, di sini, untuk menempatkan 41 peserta program MyCorps yang baru tiba dari Bangladesh hari ini dan Nepal pada esok bagi tujuan kuarantin, sehingga dibenarkan pulang oleh pihak berkuasa", "KBS juga menawarkan kemudahan atau fasiliti di bawah seliaan KBS untuk digunakan oleh pihak Kementerian Kesihatan atau mana-mana agensi yang berkaitan bagi tujuan menangani penularan wabak COVID-19, katanya.", "Katanya, kementerian itu juga sentiasa membuka ruang kepada semua pihak untuk mengemukakan sebarang cadangan agar agenda pemerkasaan belia dapat dilaksanakan secara bersepadu.- BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2023/02/02/dr-agus-dilantik-ketua-pengarah-jkom-di-jpm/
Dr Agus dilantik Ketua Pengarah JKOM di JPM
[ "KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff memulakan tugas secara rasmi hari ini.", "Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.", "Beliau berkata, tanggungjawab besar itu diterima atas hasrat untuk bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan bagi membangunkan negara termasuk dari aspek siasah dan masyarakat.", "“Dari segi siasah, adalah untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat dengan maklumat yang betul dan tepat bagi memastikan rakyat memahami serta mendukung misi kerajaan dalam merealisasikan Malaysia Madani.", "“Dari segi masyarakat, adalah untuk mendidik dan menyedarkan rakyat akan keperluan untuk saling menghormati dan bersatu supaya tidak ada lagi sikap ekstremisme agama dan kaum. Ya, perbezaan akan terus berlaku, namun yang penting kita mampu meraikan dan menerimanya dengan jiwa terbuka,” katanya.", "Mohammad Agus berkata, tiga teras utama J-KOM iaitu membudayakan ilmu, membudayakan masyarakat berkemahiran digital dan mengukuhkan semangat patriotik rakyat akan dilaksanakan mengikut acuan Malaysia Madani, seterusnya merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia negara yang maju, harmoni, dan sejahtera.", "“Saya lihat episod PRU15 telah memisahkan masyarakat kita. Pengaruh media sosial telah membawa banyak kesan negatif kepada hubungan antara kaum.", "“Bagi memulihkan kembali keadaan ini, kami di J-KOM akan berusaha untuk mendidik masyarakat dengan ilmu pengetahuan dan tataetika yang betul supaya semangat patriotisme serta hubungan baik dan toleransi sesama rakyat akan kembali kuat dan subur,” katanya.", "Beliau berkata J-KOM akan bekerjasama dengan seluruh agensi kerajaan, swasta, NGO, belia dan pemimpin masyarakat bagi tujuan tersebut. – BERNAMA", " " ]
https://malaysiagazette.com/2023/06/16/hantar-rakaman-cctv-ke-makmal-forensik-penunggang-cuai-masih-diburu/
Hantar rakaman CCTV ke makmal forensik, penunggang cuai masih diburu
[ "KUALA LUMPUR – Polis telah menghantar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh di lokasi nahas jalan raya yang menyebabkan penunggang motosikal berkuasa tinggi maut akibat tercampak dari jejambat di Lebuhraya Sungai Besi-Hulu Klang (SUKE) kepada makmal forensik untuk kajian dan analisa lanjut.", "Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya masih giat memburu penunggang motosikal yang cuai melawan arus sehingga mengakibatkan kematian seorang lelaki berusia 60 tahun akibat patah kaki selepas terjatuh dari ketinggian 30 meter.", "“Setakat ini kami masih meneruskan siasatan dalam kes ini, tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini dan polis masih giat memburu penunggang motosikal lawan arus itu.", "“Manakala, rakaman CCTV kejadian di Lebuhraya SUKE telah diteliti dan telah dihantar ke Makmal Forensik PDRM untuk kajian lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Tambah Mohd Azam, proses bedah siasat telah selesai dijalankan ke atas mayat mangsa di Hospital Ampang pada semalam.", "“Hasil bedah siasat mendedahkan bahawa sebab kematian mangsa adalah multiple injuries due to road traffic crash manakala jenazah telah diserahkan kepada waris pada hari yang sama selesai proses bedah siasat selesai.", "“Pada masa yang sama, polis mahu orang ramai yang mengetahui kejadian dan saksi untuk tampil untuk salurkan maklumat bagi membantu siasatan,” tegasnya.", "Terdahulu, dalam kejadian yang berlaku pukul 1.05 tengah hari kelmarin, sebuah motosikal dikesan melawan arus dari arah Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Ulu Kelang, naik ke Lebuhraya SUKE dalam keadaan melawan arus.", "Ketika melalui satu laluan berselekoh, motosikal mangsa jenis Ducati yang datang dari arah Ampang menuju ke arah Ulu Kelang itu dilaporkan cuba mengelak motosikal yang melawan arus sebelum hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan sebelum tercampak dari jejambat setinggi 30 meter itu.", "Mangsa telah mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian itu. – MalaysiaGazette", "ARTIKEL BERKAITAN:", "Rakaman CCTV penunggang motosikal lawan arus diserah kepada polis", "" ]
https://malaysiagazette.com/2019/09/18/pekerja-majikan-dinasihat-patuhi-garis-panduan-jerebu/
Pekerja, majikan dinasihat patuhi garis panduan jerebu
[ "PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia menasihatkan agar pekerja-pekerja di negara ini tidak mengira sektor dan bidang agar mematuhi garis panduan mengenai jerebu.", "Jelas Timbalan Menterinya, Datuk Mahfuz Omar, pihak majikan turut dinasihat agar sentiasa berjaga-jaga dengan faktor keselamatan pekerja masing-masing.", "“Ini merupakan perkara yang akan diberi perhatian oleh pihak kerajaan dan dalam mesyuarat Kabinet pun telah diberi perhatian yang serius.", "“Nasihat kementerian, pekerja dan majikan harus mengikut apa saja arahan dan garis pnduan yang telah kementerian keluarkan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (KKP) 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.", "Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, majikan juga diingatkan agar mengambil pendekatan tertentu dalam penaksiran risiko kepada pekerja dalam pendedahan jerebu kepada pekerja masing-masing.", "“Garis panduan yang memberikan penjelasan tindakan yang perlu diambil majikan dalam buat penaksiran risiko pendedahan pekerja kepada jerebu bergantung kepada indeks IPU terutama pekerja yang terlibat dalam pembinaan di luar,” katanya.", "Mahfuz ditanya mengenai langkah kementerian dalam menangani isu jerebu apabila portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) menunjukkan daerah Sri Aman di Sarawak merekodkan IPU yang semakin meningkat dengan bacaan menghampiri tahap bahaya, bacaan 400, setakat jam 6 petang semalam, malah bacaan terkini kawasan itu adalah 389, melepasi 300 sejak jam 2 petang tadi.", "Malah Kuching masih berada pada tahap IPU sangat tidak sihat dengan bacaan 213 diikuti Johan Setia Klang, Selangor iaitu 231.", "Di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994, majikan mempunyai tanggungjawab untuk melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja mereka di tempat kerja.", "Adalah menjadi tanggungjawab majikan memastikan pekerjanya dalam keadaan berwaspada dengan sentiasa berpandukan Garis Panduan ‘Hazard Identification Risk Assessment and Risk Control’ yang dikeluarkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP).", "Malah majikan perlu menyediakan topeng muka serta memastikan ia diguna semasa bertugas di luar. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/04/22/kerajaan-berusaha-dapatkan-vaksin-covid-19/
Kerajaan berusaha dapatkan vaksin Covid-19
[ "PUTRAJAYA – Kerajaan akan berusaha memastikan Malaysia diberi keutamaan bagi mendapatkan vaksin Covid-19 sekiranya ia ditemui kelak.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perbincangan mengenai perkara itu kini sedang dilakukan bersama beberapa negara yang dikenalpasti mempunyai keupayaan mengeluarkan vaksin berkenaan.", "Bagaimanapun katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu perlu membuat penyelidikan terhadap vaksin tersebut untuk mengkaji kesan sampingannya.", "“Malaysia, dipilih untuk dijadikan tempat bagi membuat kajian sebagaimana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaksanakan rawatan.", "“Contohnya ada empat kumpulan ubat, Malaysia dikenalpasti sebagai sebuah negara yang boleh menjalankan kajian (ubat) itu.", "“Begitu juga jika boleh berbincang dengan negara yang mengeluarkan vaksin, kita bersedia menerima vaksin itu untuk menjalankan kajian, kita boleh pantau sama ada vaksin itu berkesan atau tidak,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di KKM hari ini.", "Noor Hisham mengulas pertanyaan wartawan mengenai cadangan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) dalam memastikan negara ini terlibat pada peringkat ujian terhadap manusia bagi mendapatkan vaksin secepat mungkin apabila ia sedia untuk digunakan.", "Semalam, Menteri Sains, Taknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya mengenal pasti beberapa negara untuk menjalinkan kerjasama selain turut menerima cadangan bagi membantu negara terbabit dalam ujian klinikal.", "Antara negara itu ialah China, United Kingdom (UK), Koraa Selatan, India dan Bosnia.", "Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, sekiranya Malaysia memperolehi vaksin berkenaan, tumpuan boleh diberikan untuk menghasilkan vaksin kerana setakat ini Malaysia masih tidak mempunyai keupayaan itu.", "“Mungkin formula sudah ada, kita boleh mengeluarkannya di negara kita. Kerjasama secara bersepadu dengan negara lain, data kita contohnnya boleh menyumbang kepada kajian penyelidikan vaksin bersama.", "“Ini walaupun kita tak ada keupayaan asas untuk mengenalpasti vaksin. Tetapi dalam proses pembuataan kita boleh menyumbang. Apabila ada vaksin yang boleh menyembuh, kita nak pastikan Malaysia diberi keutamaan dapatkan vaksin itu untuk negara kita,” ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/01/16/bekas-ahli-parlimen-wanita-afghanistan-ditembak-mati/
Bekas ahli Parlimen wanita Afghanistan ditembak mati
[ "TEHRAN – Bekas Ahli Parlimen Afghanistan dan pengawal peribadinya ditembak mati di rumahnya di ibu negara Kabul.", "Mursal Nabizada, 32, adalah salah seorang daripada beberapa ahli Parlimen yang tidak meninggalkan Kabul selepas Taliban merampas kuasa pada Ogos 2021.", "Malah, beliau menolak peluang untuk meninggalkan Afghanistan walaupun menerima ancaman.", "Abangnya dan seorang pengawal keselamatan kedua pula cedera dalam serangan tersebut.", "Jurucakap polis Kabul, Khalid Zadran berkata, pasukan keselamatan telah memulakan siasatan serius terhadap kejadian tersebut.", "Sementara itu, bekas ahli Parlimen Afghanistan, Mariam Solaimankhil berkata, Nbizada adalah “seorang pelopor sejati – wanita yang kuat dan lantang mempertahankan apa yang dia percayai, walaupun dalam menghadapi bahaya”.", "“Walaupun ditawarkan peluang untuk meninggalkan Afghanistan, dia memilih untuk tinggal dan berjuang untuk rakyatnya,” tulisnya di Twitter.", "Nabizada, dari wilayah timur Nangarhar, dipilih sebagai ahli Parlimen Kabul pada 2018 dan kekal berkuasa sehingga pengambilalihan Taliban.", "Beliau juga adalah Ahli Suruhanjaya Pertahanan Parlimen dan bekerja di Institut Pembangunan Sumber Manusia dan Penyelidikan.", "Ramai wanita yang mempunyai pekerjaan profesional terkemuka di Afghanistan selepas pencerobohan diketuai Amerika Syarikat dua dekad lalu meninggalkan negara itu selepas Taliban kembali berkuasa. – Agensi" ]
https://malaysiagazette.com/2022/01/26/kertas-siasatan-kes-gangguan-seksual-adun-telah-lengkap/
Kertas siasatan kes gangguan seksual ADUN telah lengkap
[ "JOHOR BAHRU – Kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual membabitkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini terhadap seorang wanita, yang juga ahli sebuah parti politik, telah dilengkapkan.", "Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kertas siasatan itu diserahkan kepada Bahagian Perundangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada minggu lepas untuk tindakan lanjut.", "“Kertas siasatan telah dimajukan kepada Bahagian Perundangan untuk mereka meneliti dan kaji hasil siasatan kita,” kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen Johor, di sini hari ini.", "Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata 11 individu telah memberikan keterangan membabitkan kes itu termasuk ADUN dan wanita tersebut.", "Pada 17 Jan lepas, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata pihaknya menerima laporan polis daripada wanita berusia 26 tahun itu di Balai Polis Kota Tinggi.", "Laporan polis mengenai kes itu turut tular di media sosial dan wanita berkenaan mendakwa telah beberapa kali diganggu secara seksual oleh ADUN terbabit.", "Bagaimanapun, ADUN terbabit menerusi kenyataan baru-baru ini menafikan dakwaan itu dan menyatakan ia adalah satu fitnah, konspirasi politik serta cubaan untuk menjatuhkan maruah beliau sebagai ahli politik.", "— BERNAMA", " ", "" ]
https://malaysiagazette.com/2020/03/29/malaysia-catat-7-lagi-kematian-keseluruhan-34-korban-akibat-covid-19/
Malaysia catat 7 lagi kematian, keseluruhan 34 korban akibat Covid-19
[ "PUTRAJAYA – Pandemik Covid-19 hari ini meragut tujuh lagi nyawa rakyat Malaysia.", "Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media hari ini.", "Mangsa paling tua adalah berusia 91 tahun.", "Menurut Noor Hisham, lima daripada mereka meninggal dunia mempunyai latar belakang penyakit, seorang mempunyai sejarah melawat negara luar dan seorang lagi daripada kluster Masjid Jamek Sri Petaling.", "“Kes kematian ke ke-28 (kes ke-2,321) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 91 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.", "“Kes kematian ke ke-29 (kes ke-2,123) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 64 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.", "“Kes kematian ke ke-30 (kes ke-2,322) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang,” katanya dalam sidang media hari ini.", "Tambah Noor Hisham, kes kematian ke-31 (kes ke-2,323) merupakan lelaki\nwarganegara Malaysia berumur 27 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.", "Beliau dirawat PPUM pada 27 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 7.44 malam.", "“Kes kematian ke ke-32 (kes ke-1239) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 50 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.", "“Beliau merupakan peserta perhimpunan Seri Petaling. Beliau dirawat Hospital Enche’ Besar Hjh Kalsom, Johor pada 22 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 7.44 malam,” jelas Noor Hisham.", "Dua lagi kematian direkodkan pada kes ke-1,249 yang merupakan lelaki\nwarganegara Malaysia berumur 37 tahun.", "Mangsa direkodkan mempunyai sejarah perjalanan ke negara India.", "Beliau dirawat di Hospital Permai, Johor pada 21 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia pada 28 Mac lalu.", "Kes kematian ke ke-34 dari kes ke-787 pula merupakan warganegara Malaysia berumur 77 tahun dab mangsa mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.", "Dalam pada itu, kes positif Covid-19 turut meningkat sebanyak 150 kes positif, hari ini.", "“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,470 kes. Sehingga kini, seramai 73 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).", "“Daripada jumlah tersebut, 52 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya lagi. -MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/10/27/ekonomi-malaysia-berkembang-5-2-5-7-tahun-ini/
Ekonomi Malaysia berkembang 5.2-5.7% tahun ini
[ "KUALA LUMPUR – Kerajaan mengunjurkan pertumbuhan ekonomi antara 5.2-5.7 peratus pada tahun ini.", "Ia lebih tinggi berbanding 4.3 – 4.8 peratus yang diunjurkan pada bulan Mac lalu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2018 hari ini.", "Katanya, Bank Dunia juga yakin terhadap prestasi ekonomi Malaysia turut menaikkan unjuran KDNK drpd 4.9 peratus kepada 5.2 peratus pada 2017.", "Katanya, defisit fiskal daripada KDNK, dianggar terus berkurang kepada 3.0 peratus pada tahun ini dan 2.8 peratus pada tahun 2018.", "Malah, tiga agensi penarafan kredit antarabangsa mengekalkan kredit Malaysia pada penarafan ‘A-’ dgn prospek yang stabil.  – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/02/23/warga-emas-maut-tersepit-bawah-lori-sampah/
Warga emas maut tersepit bawah lori sampah
[ "GEORGE TOWN – Seorang penunggang motosikal maut selepas tersepit di bawah tayar hadapan sebuah lori sampah dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu di sini hari ini.", "Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa, Lee Chee Seng, 61, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada anggota badan.", "Difahamkan, motosikal jenis Yamaha Lagenda yang ditunggang mangsa bertembung dengan kenderaan milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ketika melalui lebuhraya tersebut.", "Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Nor Azman Abdullah Dani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada jam 8.01 pagi dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.", "“Kita menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit pada bahagian tayar hadapan lori sampah itu.", "“Mangsa yang selamat dikeluarkan pada jam 9.11 pagi itu disahkan meninggal dunia oleh pihak pegawai kesihatan di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.", "Tambah beliau, operasi tamat jam 9.15 pagi dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjut. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/11/29/taktik-baru-edar-dadah-dalam-paket-minuman-segera-tumpas/
Taktik baru edar dadah dalam paket minuman segera tumpas
[ "PULAU PINANG – Kelicikan sindiket dadah di negeri ini membungkus dadah dalam paket minuman segera gagal mengaburi pihak berkuasa selepas lima individu termasuk dua wanita ditahan dalam serbuan di sebuah apartmen di Jalan Harbour Place, Sea View Tower, Butterwoth di sini Isnin lalu.", "Kesemua mereka yang mengedar dadah  jenis itu di pusat-pusat hiburan seluruh negeri ini ditahan dalam serbuan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri kira-kira pukul 6.45 pagi.", "Dalam serbuan itu, polis berjaya memberkas suspek berkenaan yang berusia antara 23 hingga 32 tahun selain polis turut merampas kira-kira 3.5 kilogram dadah jenis ekstasi dan 50.7 gram ketamin bernilai RM350,000.", "Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Roslee Chik berkata, sindiket berkenaan mencampurkan dadah itu di dalam bungkusan minuma segera Milo; jus limau dan Detox Hi Fiber Mango sebelum dijual di pusat hiburan pada harga RM100 sepaket.", "Ujarnya, setiap paket minuman segera itu dibuka di bahagian belakang sebelum kira-kira 0.4 gram dadah jenis ekstasi dicampur dan paket itu ditampal semula menggunakan mesin bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.", "Menurut beliau, kegiatan itu pula dibantu  orang dalam pusat-pusat hiburan dengan  keuntungan mencecah RM50,000 sebulan dan polis kini sedang menjejak sumber dadah yang diperoleh sindiket berkenaan.", "“Kita pertama kali mengesan modus operandi seperti ini dalam kegiatan mengedar dadah di negeri ini dan percaya dalang utama sindiket ini masih bebas.", "“Daripada siasatan, setiap paket minuman segera itu jika dibancuh boleh menghasilkan satu jag minuman dan dinikmati sekurang-kurangnya empat hingga lima orang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.", "Menurut Roslee, dalam serbuan sama, pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah RM6,500 dan menyita beberapa jenis kereta antaranya Honda Jazz; Mercedez; BMW serta Toyota Vios dan Altis", "Turut dirampas, katanya, barangan kemas iaitu empat rantai leher, gelang tangan dan 10 bentuk cincin yang dianggarkan bernilai lebih RM475,000.", "“Siasatan terhadap suspek juga mendapati salah seorang mereka mempunyai dua rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan dadah.", "“Mereka kini ditahan reman hingga Ahad ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/03/20/polis-nafi-lelaki-tertiarap-di-stesen-minyak-di-batu-caves-dijangkiti-covid-19/
Polis nafi lelaki tertiarap di stesen minyak dijangkiti COVID-19
[ "KUALA LUMPUR – Polis menafikan dakwaan kononnya seorang lelaki yang ditemukan dalam keadaan tertiarap di sebuah stesen minyak di Batu Caves dekat sini, hari ini, dijangkiti COVID-19.", "Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata siasatan awal mendapati, lelaki berkenaan terjatuh daripada motosikalnya dan berada dalam keadaan tertiarap kerana mabuk.", "“Ada bau arak pada badan lelaki itu dan beliau mengalami kecederaan di bahagian lutut kerana terjatuh. Lelaki berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.", "Beliau berkata pihaknya sedang mengesan individu yang menyebarkan rakaman video berdurasi 15 saat di media sosial dan mendakwa lelaki itu berada dalam keadaan tertiarap kerana COVID-19.", "“Orang ramai diingatkan untuk tidak menyebarkan berita yang tidak dipastikan kesahihannya,” katanya.", "Semalam, Majlis Keselamatan Negara dalam kenyataan meminta orang ramai agar tidak berkongsi atau menyebarkan maklumat palsu berkenaan.", "“Harus diingat mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” menurut kenyataan itu.- BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2018/03/17/guan-eng-jelaskan-hubungan-kamu-dengan-suspek-sprm/
Guan Eng, jelaskan hubungan kamu dengan suspek SPRM
[ "KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng diminta supaya menjelaskan gambar beliau bersama ahli perniagaan bergelar Datuk Seri, G. Gnanaraja di kediamannya yang tular di media sosial sejak awal Mac ini.", "Bendahari Agung MIC, Datuk Seri S. Vell Paari berkata, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang perlu tampil ke hadapan menjelaskan bila dan kenapa gambarnya bersama individu berusia 37 tahun itu itu diambil.", "Seperti diketahui umum, suspek telah ditahan dan direman pada 27 Februari lalu oleh SPRM kerana disyaki menerima rasuah RM19 juta kononnya bagi mempengaruhi penutupan kes siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang sebelum dibenarkan jamin RM150,000.", "“Dia (Nganaraja) juga pernah terlibat penipuan skim pelaburan mata wang asing melibatkan mangsa ratusan orang dalam kalangan masyarakat India.", "“Ramai individu yang mengenali suspek memberitahu saya bahawa foto Ketua Menteri Pulau Pinang itu diambil bersama suspek di rumah peribadi suspek itu.", "“Parti DAP dan Guan Eng bertanggungjawab menjelaskan kepada komuniti India mengenai hubungan DAP dan dia dengan suspek yang mengkhianati komuniti India,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Dalam isu berkaitan, Vell Paari mahu Ahli Parlimen Bagan itu bersikap telus dan menceritakan perkara sebenar kenapa dan bila beliau melawat ke rumah suspek.", "“Saya dan hampir seluruh komuniti India terkilan dan meragui Guan Eng sambil tercetus persoalan apa urusan yang wujud antara dia dan suspek rasuah SPRM yang dijamin dengan RM150,000 buat masa ini.", "“Kalau foto itu bukan daripada rumah suspek berkenaan seperti yang saya dan komuniti India ragui, Guan Eng dan DAP dialu-alukan untuk saman saya tanpa membuang masa,” tegasnya.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/08/18/penemuan-mayat-di-tayar-pesawat-tentera-as-dari-kabul-sedang-disiasat/
Penemuan mayat di tayar pesawat tentera AS dari Kabul sedang disiasat
[ "WASHINGTON – Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat penemuan mayat manusia yang ditemui gear pendaratan salah satu tayar pesawat C-17 yang terbang keluar dari Kabul ketika berlaku kekacauan selepas Taliban menguasai Afghanistan.", "Gambar yang tular di media sosial awal minggu ini menunjukkan warga Afghanistan terdesak untuk meninggalkan Kabul dan bergegas menuju pesawat C-17 sambil berpaut di sisinya.", "Video berasingan pula menunjukkan dua orang jatuh dari pesawat tentera ketika pesawat berkenaan terbang keluar dari Kabul.", "Dalam satu kenyataan, tentera udara AS berkata, orang awam telah bertindak mengerumun sebuah pesawat C-17 yang mendarat di lapangan terbang Kabul pada hari Isnin.", "“Berdepan dengan situasi keselamatan yang semakin merosot sekitar pesawat, kru C1-7 memutuskan untuk meninggalkan medan udara secepat mungkin,” katanya.", "Ia menambah, Pejabat Penyiasatan Khas Angkatan Udara sedang menyiasat maklumat mengenai pesawat dan “kehilangan nyawa orang awam – dengan memasukkan dokumentasi video dan sumber catatan media sosial”.", "Video yang menunjukkan seorang individu yang jatuh dari pesawat, dirakam oleh media berita Afghanistan telah tersebar di seluruh dunia.", "“Kita melibatkan kos manusia dalam perkembangan ini. Gambar-gambar di lapangan terbang sungguh memilukan,” kata Jake Sullivan, penasihat keselamatan nasional. – Reuters" ]
https://malaysiagazette.com/2022/12/10/ringgit-dijangka-diniaga-dalam-jajaran-kecil/
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
[ "KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil pada minggu hadapan berikutan langkah pelabur yang agak berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.", "Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes percaya pelabur agak skeptik tentang prospek ekonomi global dan pembukaan semula China mungkin tidak mengimbangi kebimbangan kemelesetan global.", "“Pada pandangan saya, berita baiknya ialah jangkaan inflasi AS akan berkurangan selain Indeks Harga Pengguna (IHP) pada minggu akan datang diramal menyokong pandangan itu jika ia diumumkan lebih lemah, yang boleh mempercepatkan penjualan dolar US secara besar-besaran,” katanya kepada Bernama.", "Bagaimanapun, beliau memberitahu susulan yang lebih positif mungkin dapat dilihat selepas pengeluaran data CPI AS dan apabila Rizab Persekutuan turun kepada 50 mata asas pada minggu hadapan.", "“Ini mungkin akan menyokong ringgit untuk diniagakan antara paras 4.3850 dan 4.4150,” katanya.", "Bagi minggu yang baru berakhir, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya lebih rendah sepanjang minggu berikutan kebimbangan yang semakin bertambah mengenai peningkatan kes Omicron di China, kerisauan mengenai prospek ekonomi global serta sentimen berwaspada menjelang mesyuarat FOMC pada minggu hadapan.", "Dari minggu ke minggu, ringgit melemah berbanding dolar US kepada 4.4010/4080 daripada 4.3835/3925 yang disaksikan semasa Jumaat sebelumnya.", "Mata wang tempatan itu diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.", "Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2545/2601 daripada 3.2463/2535, rendah berbanding euro pada 4.6466/6540 daripada 4.6136/6231 dan agak tidak bermaya berbanding pound Britain pada 5.3908/3994 daripada 5.3781/3892.", "Bagaimanapun, ia lebih kukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2315/2369 daripada 3.2698/2768 yang dicatatkan seminggu sebelum ini. – BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2018/06/03/perang-mulut-annuar-musa-dan-ka-siong-perlu-dihentikan-demi-jalinan-wadah/
Perang mulut Annuar, Ka Siong perlu dihentikan – Ahmad Zahid
[ "KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu perang mulut di antara Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Wee Ka Siong dihentikan segera sebelum parah.", "Ahmad Zahid berkata, tindakan pantas itu perlu kerana kedua-dua parti yang masih bersahabat dalam komponen BN itu memerlukan jalinan dalam wadah yang sama.", "“‘Perang mulut’ antara Annuar Musa dan Wee Ka Siong harus dihentikan.", "“Kedua-duanya hanya melontarkan pendapat peribadi dan bukan pendirian rasmi UMNO atau MCA,” katanya yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden dalam satu kenyataan hari ini.", "Teguran Ahli Parlimen Bagan Datuk itu hadir setelah tercetus pertikaman lidah diantara Ketua Penerangan UMNO dan Timbalan Presiden MCA itu.", "Wee Ka Siong dilaporkan berkata era MCA menanggung kesalahan UMNO sudah berakhir.", "Kenyataan itu mengundang kemarahan Ahli Parlimen Ketereh yang membidas kenyataan itu dengan menyatakan MCA diberi tempat yang empuk dalam kerajaan dengan harapan mereka pulih dan bangkit semula.", "Namun katanya, MCA tidak menunjukkan kebangkitan sebaliknya sudah hilang keupayaan.", "Annuar Musa juga menjelaskan MCA bukan sahaja gagal dalam menawan hati rakyat malah gagal menawan hati ahli parti itu sendiri dan hanya minta dipapah dan dikendong.", "Annuar juga menyifatkan UMNO tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang kegagalan rakan parti komponen kerana menghormatinya.", "Dakwanya kenyataan Ka Siong adalah umpama memijik kawan apabila terjatuh.", "Ujar Ahmad Zahid, kegagalan UMNO dan MCA dalam memenangi kebanyakan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada Pilihan raya Umum Ke-14 lalu merupakan suatu realiti yang harus diterima semua.", "“Ia (kekalahan) adalah satu realiti yang perlu diterima sebagai hakikat politik kebencian yang ditanam oleh pihak pesaing dalam kalangan rakyat dan tidak perlu menuding jari antara pemimpin.", "“Kedua-dua tokoh berkenaan hendaklah bersatu fikiran untuk menggembleng tenaga dalam barisan pembangkang selepas ini,” katanya sebagai mengharapkan kebangkitan BN. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/12/03/src-international-pertama-kali-dalam-sejarah-negara-bekas-pm-bela-diri/
SRC International: Pertama kali dalam sejarah negara, bekas PM bela diri
[ "KUALA LUMPUR – Kurang daripada sejam dari sekarang, bekas Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membela diri dalam kes perbicaraan SRC International Sdn Bhd membabitkan penyewelengan dana berjumlah RM42 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.", "Ini sekaligus merupakan sejarah buat kali pertama di negara ini bagi seorang bekas Perdana Menteri yang didakwa terlibat dengan jenayah rasuah serta salah guna kuasa membela diri dengan pertuduhan tersebut.", "MalaysiaGazette difahamkan Najib akan dipanggil sebagai saksi pertama prosiding pembelaan oleh barisan peguam bela terlebih dahulu sebelum di soal kemudian oleh pihak pendakwaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.", "Sebelum ini, Mohd Nazlan ketika membacakan keputusan pada 11 November lepas telah memutuskan supaya Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan supaya membela diri bagi tiga pertuduhan pecah amanah atau CBT, tiga lagi pertuduhan penggubahan wang haram dan satu tuduhan salah guna kuasa.", "Mohd Nazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pasukan pendakwaan berjaya membuktikan wujudnya kes ‘prima facie’ terhadap Najib.", "Justeru itu, Najib sedang berhadapan 7 pertuduhan membabitkan SRC International itu dan akan membela diri untuk tuduhan-tuduhan tersebut hari ini.", "Ketika membacakan keputusan kes, Mohd Nazlan memutuskan Najib sebenarnya telah menggunakan kedudukan beliau untuk mendapatkan ganjaran wang sebanyak itu sebelum menggunakan wang SRC International bagi kepentingan peribadi.", "Selain itu, Najib juga didapati telah menggunakan kuasanya dalam mempengaruhi keputusan syarikat itu selain unsur pecah amanah.", "Mohd Nazlan juga telah memutuskan bahawa RM42 juta dalam akaun Najib adalah hasil satu perbuatan menyalahi undang-undang, sebagaimana yang dibuktikan dalam pertuduhan CBT.", "Najib juga telah diberikan tiga pilihan untuk membela diri dan beliau telah memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dari tempat duduk saksi yang juga memberikan peluang kepada pendakwa melakukan soal balas kelak.", "Mahkamah menetapkan pembelaannya bermula pada 3 Dis hingga 4 Dis, 9 Dis hingga 12 Dis, dan 16 Dis sehingga 19 Dis.", "Pendakwaan diketuai Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas manakala, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan.", "Pada 22 dan 23 Oktober lalu, mahkamah mendengar hujah daripada pasukan pendakwaan dan pembelaan. Pendakwaan mengakhiri kesnya pada 27 Ogos, selepas 58 hari perbicaraan dengan 57 saksi dipanggil memberi keterangan.", "Semasa perbicaraan itu, pendakwaan mengemukakan lebih 750 ekshibit, termasuk dokumen bank yang berkait dengan akaun Najib, urus niaga tunai, minit mesyuarat dan perbualan Blackberry Messenger mengenai transaksi akaun Najib.", "Najib telah menjawat jawatan Perdana Menteri ke-6 antara April 2009 sehingga Mei 2018 sebelum kerajaan Barisan Nasional jatuh ke tangan Pakatan Harapan melalui Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.", "Ini bukan sahaja kes berprofil tinggi yang mendapat tumpuan dunia sebaliknya Najib pemimpin pertama dengan jawatan Perdana Menteri yang didakwa dengan pertuduhan salah guna kuasa, rasuah serta penggubahan wang haram di mahkamah.", "Jika didapati bersalah, Najib berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda daripada nilai suapan.", "Mahkamah juga sudah mula sedikit sesak daripada kebiasaan dengan kehadiran pengamal media, pemerhati dalam dan luar negara selain penyokong Najib seawal 7 pagi lagi. –MalaysiaGazette", "SRC International: Najib pilih beri keterangan bersumpah bela diri", "" ]
https://malaysiagazette.com/2020/03/11/komunikasi-penentu-kejayaan-perikatan-nasional/
Komunikasi penentu kejayaan Perikatan Nasional
[ "Oleh AZRAN FITRI RAHIM", "Ahad lalu saya menulis di laman Facebook, mengenai kesukaran untuk melantik Timbalan Perdana Menteri. Kelmarin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tiada Timbalan Perdana Menteri. Apa yang ada hanya Menteri Kanan yang dilihat mewakili empat kelompok iaitu, Bersatu, UMNO, GPS dan Bebas – bekas PKR.", "Perdana Menteri telah mengambil satu langkah satu yang bijak.", "Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mewakili UMNO; Dr. Radzi Jidin (Bersatu); Datuk Seri Fadilah Yusof (GPS) dan Datuk Seri Azmin Ali (Bebas – bekas PKR). Biarpun semua menteri kanan adalah sama pangkat tetapi Azmin dilihat mempunyai sedikit kelebihan apabila diberikan amanah untuk mempengerusikan Kabinet ketika Muhyiddin tiada.", "Pada pendapat saya barisan Kabinet adalah seimbang dan baik. Bunyi-bunyi pahat di satu dua tempat, itu biasa. Dan pahat harus berbunyi sebagai tanda ingatan jika tidak Perikatan Nasional akan menjadi kerajaan paling singkat dalam sejarah. Tiga bulan akan tumbang.", "Di sini kebijaksanaan Perdana Menteri akan teruji bagaimana untuk terus mendamaikan parti-parti yang bersatu menjadi Perikatan Nasional (PN) dan menyerap serangan bertali arus daripada Pakatan Harapan (PH).", "Mahu atau tidak kestabilan dalaman parti pemerintah yang paling utama. Benar, kita memerlukan kerajaan yang bersih tetapi bersih bukan hanya bermaksud rasuah atau penyelewengan. Bersih yang harus juga bersinonim dengan ras budaya dan agama.", "Ini kerana cabaran di hadapan lebih tinggi daripada Everest. Bermacam-macam masalah yang harus diselesaikan. Paling utama ialah ekonomi yang merudum teruk ditambah dengan wabak Covid-19.", "Bagi UMNO, Pas dan GPS mereka akan diuji lebih dahsyat kerana sebelum ini kuat mengkritik rejim PH. Rakyat memerhati bagaimana mereka cuba untuk mendapatkan kembali harta-harta yang telah dilelong. Jika gagal mereka pasti dihukum. Rakyat sudah tidak takut lagi untuk menukar kerajaan.", "Lihat sahaja sepanjang dua minggu krisis berlaku. Rakyat seolah-olah tidak ambil pusing langsung. Mereka senyap tetapi kesimpulan sudah dibuat.", "Dalam fasa ini, komunikasi amat penting. Menteri dan pemimpin parti harus pandai menjaga lidah serta jari. Lidah jangan terlajak cakap. Jari jangan terlebih tekan. Terlampau mengungkit kesilapan yang dibuat oleh rejim PH akan membuatkan rakyat bosan.", "Lihat bagaimana dinding-dinding facebook pemimpin PH diserang bertubi-tubi. Beribu dan kadang kala berpuluh ribu komen, ejekan, cercaan dan kata-kata sinis ditulis oleh tentera bawang. Golongan ini bukan diupah tetapi tumbuh secara semulajadi hasil menifestasi diri.", "Menteri dan pemimpin parti tidak boleh ‘bijak sendiri’ dalam hal komunikasi. Rakyat sudah bijak. Mr. Google ada semua jawapan. Jika perlu rujuk kepada pakar dan gunakan khidmat pengamal komunikasi dan media yang benar-benar berpengetahuan dan berpengalaman.", "Dalam masa yang sama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifudin Abdullah harus berperanan dengan baik. Menyampaikan perkara yang benar dan menangkis maklumat yang salah dengan pantas. Jentera kerajaan harus lebih cekap menguasai media sosial. Kenali segmen-segmen media sosial supaya mudah mesej diserap. Tentera bawang adalah fenomena yang sukar untuk disekat.", "Kerajaan juga harus berhati-hati dengan penghasut seperti Red Bean Army (RBA). Banteras mereka sehingga ke akar umbi. Jika perlu gunakan akta untuk dibawa ke pengadilan namun harus berhati-hati dan jangan sampai pendakwaan terpilih.", "Media-media arus perdana atau tradisional perlu diperkasakan bukan dipaksa untuk menyokong pemerintah secara semberono. Laporkan dengan bebas. Benar kata benar. Salah kata salah walaupun kebenaran untuk menyakitkan. Tidak perlu disembunyikan di bawah permaidani. Laporan berat sebelah yang keterlaluan akan menyebabkan rakyat bertambah meluat dengan kerajaan.", "Menurut kajian, rakyat di negara ini menggunakan media tradisional dan media baru untuk mendapatkan liputan berita secara komprehensif sebelum membuat kesimpulan kepada keadaan semasa. Justeru, liputan media tradisional amat penting kerana kredibiliti dan etika kewartawanan yang dipegang cuma kecondongan yang melampau membuatkan rakyat berfikir tiga empat kali.", "Dunia hari ini masih berpegang kepada teknik propaganda Hitler dan orang kanannya, Joseph Goebbels yang mengubah sedikit ‘kebenaran’. Namun cepat atau lambat siapa sahaja yang mencapai kuasa dengan cara ini tidak akan lama bertahan.", "Kata seorang ahli falsafah, Marshall McLuhan; “Politik berjaya kerana propaganda. Ia bukan semata-mata mesej atau ideologi namun kesan ke atas teknologi yang merentas zaman.”", "— Penulis ialah bekas Presiden Kelab Wartawan Kelantan (KEMUDI) dan bekas Ketua Biro Utusan Malaysia Kelantan.", " ", " ", " " ]
https://malaysiagazette.com/2020/10/15/pkpb-labuan-mulai-sabtu-ismail-sabri/
PKPB Labuan mulai Sabtu – Ismail Sabri
[ "KUALA LUMPUR – Sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bersetuju untuk melaksanakan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan, Labuan.", "Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penguatkuasaan PKPB selama 14 hari bagi kawasan itu bermula jam 12.01 tengah malam 17 Oktober ini hingga 30 Oktober 2020.", "Kata beliau, pelaksanaan PKPB itu berikutan peningkatan kes positif Covid-19 dikesan di Labuan.", "“Bagi PKPB di daerah ini, semua sektor aktiviti berkaitan ekonomi termasuk industri dan perkilangan dibenarkan, tetapi dengan prosedur standard operasi (SOP) yang ketat dari kerajaan.", "“SOPnya sama seperti PKPB di daerah dan negeri lain, iaitu hanya dua orang dari satu rumah boleh keluar untuk mendptkan barangan keperluan, manakala individu berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan warga emas tidak digalakkan keluar.", "“Kenderaan yang membawa pekerja pula dibenarkan beroperasi berdasarkan SOP ditetapkan, tetapi untuk rentas negeri tidak dibenarkan, kecuali untuk kes kecemasan sahaja. Itupun mereka perlu kemukakan surat kepada polis,” katanya pada sidang media khas mengenai Covid-19 yang diadakan secara atas talian hari ini.", "Menurut Ismail Sabri lagi, memandangkan Labuan sebuah pulau dan tidak mempunyai daerah, maka tentu sahaja menyaksikan aktiviti pergerakan air yang banyak dan aktif.", "Oleh itu, katanya, mesyuarat khas MKN bersetujua bahawa perkhidmatan pengangkutan air seperti feri dan bot laju dibenarkan beroperasi sehingga jam 6 petang sahaja.", "Bagaimanapun, ujar beliau, aktiviti kapal kecil dari negara luar ke Labuan untuk perdagangan barter tidak dibenarkan.", "“Namun, lapangan terbang Antarabangsa Labuan dibuka seperti biasa dan pekerja berulang alik ke tempat kerja tidak perlukan pass kerana Labuan adalah sebuah pulau, yang tidak ada daerah.", "“Bagi pengangkutan teksi air dan penambang juga dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 6 petang, manakala industri perkapalan besar di Labuan boleh berurusan seperti biasa, tetapi mengikut SOP dikeluarkan kerajaan,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/12/07/kit-siang-enggan-jelaskan-kenyataannya-berhubung-icerd-dengan-13-mei/
Kit Siang enggan jelaskan kenyataannya berhubung ICERD dengan 13 Mei
[ "KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang enggan menerangkan secara jelas kepada media berhubung kenyataannya semalam tentang Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dengan rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei.", "Ketika ditemui media selepas program bual bicara ‘Malaysia Baharu, Politik Lama’ dan pelancaran buku bertajuk ‘509: The People Have Spoken’, satu kompilasi artikel mengenai pilihan raya umum 9 Mei lalu di Universiti Malaya hari ini, veteran DAP itu mengelak-ngelak untuk menjawab soalan yang dikemukakan wartawan.", "Beliau sebaliknya meminta media merujuk apa yang diperkatakan berhubung isu berkenaan dengan kenyataan yang dikeluarkannya tanpa perlu bertanya lebih lanjut tentang hal tersebut.", "“Saya rasa kamu perlu rujuk kenyataan yang saya beri semalam sahaja,” katanya ringkas.", "Semalam, dalam satu kenyataan Kit Siang berkata, tiada rakyat Malaysia yang mahu meratifikasi ICERD jika harganya ialah satu lagi rusuhan kaum seperti 13 Mei.", "Beliau berpendapat isu ICERD adalah amaran untuk seluruh rakyat Malaysia bahawa wawasan Malaysia Baharu masih boleh dikalahkan sekiranya oportunis politik dan para ‘desperado’ dibiarkan mengeksploitasi politik kebohongan, kebencian kaum dan agama.", "Malah katanya, rakyat Malaysia menjadi mangsa begitu banyak mitos dan salah faham berkenaan ICERD dan cadangan meratifikasikannya tidak berpunca daripada agenda rahsia untuk melemahkan Perlembagaan Persekutuan atau menyerang kedudukan orang Melayu, agama Islam dan Raja-Raja Melayu. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/03/24/sapura-energy-antara-rakyat-dan-politik/
Sapura Energy: Antara rakyat dan politik
[ "PADA tahun 2019, ketika Pakatan Harapan masih memegang tampuk pemerintahan negara dan Menteri Kewangan ketika itu, YB Lim Guan Eng, memberikan berita “gembira” bahawa pelaburan langsung asing (FDI) negara meningkat.", "Sapura Upstream bertukar menjadi Sapura-OMV.", "Ketika itu, FDI yang dikatakan meningkat sebenarnya hasil penjualan 50% kepentingan Sapura Upstream kepada negara Austria, sebanyak RM 3.7 billion.", "Rakyat perlu sedar, pelaburan asing yang diwarwarkan oleh Lim Guang Eng ketika itu adalah penjualan aset negara.", "Hutang Sapura bermula ketika kos membeli aset Seadrill Ltd (RM8.78 Billion) dan Newfield Exploration Co (RM2.83 billion). Hutang ni merupakan hutang jangka panjang dan tidak perlu dibayar secara terus.", "Isunya terjadi apabila aliran tunai Sapura makin tenat ketika pengurusan terdahulu dan kerajaan Pakatan Harapan menyuntik\nRM4 billion melalui Permodalan Nasional Berhad untuk mengurangkan hutang. Akibatnya, kepentingan PNB meningkat dari 12% kepada 40%.", "Duit PNB adalah pelaburan rakyat", "Setelah pertukaran pengurusan pada tahun 2020, prestasi kewangan Sapura bertambah baik, daripada kerugian RM 252 juta (tahun 2020), kepada pendapatan RM 810 juta (tahun 2021) berdasarkan margin EBITDA.", "Kini Sapura diterajui oleh Pengerusinya, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas yang merupakan bekas CEO Petronas dan pengurusan pula diterajui oleh Datuk Anuar Taib, juga merupakan bekas pengurusan tertinggi Petronas dan Shell.", "Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menyarankan kerajaan hari ini Nasional untuk menyelamatkan dana PNB yang dilaburkan ketika Pakatan Harapan agar pelaburan rakyat tidak hangus begitu sahaja dek kerana mainan dan sentimen politik.", "Namun begitu, DPIM menegaskan agar PNB melalui Sapura untuk mengehadkan pengagihan pendapatan kepada individu-individu yang berkepentingan di dalam Sapura.", "Berdasarkan Laporan Kewangan 2021, sebanyak RM 10.5 juta diagihkan kepada 18 orang ahli-ahli lembaga pengarah dan pengarah eksekutif.", "Ini tidak masuk akal di kala PNB terpaksa menyuntik dana rakyat untuk menyelamatkan syarikat negara.", "Shahir Adnan\nKetua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM)\nParti IKATAN Bangsa Malaysia merangkap\nPengerusi IKATAN Negeri Kelantan" ]
https://malaysiagazette.com/2018/03/08/spurs-tak-mampu-dijinakkan-juventus/
Spurs tak mampu dijinakkan Juventus
[ "ENGLAND- Juventus menyifatkan kelab Inggeris Tottenham Hotspurs sebagai pasukan lemah dan rapuh dari segi pertahanan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.", "Juventus yang ketinggalan 1-0 di awal permainan bangkit menang 2-1 dan 4-3 secara agregat dalam saingan timbal balik di Wembley awal pagi tadi.", "Bintang Juventus Giorgio Chiellini mendakwa Spurs lemah dan rapu dari segi pertahanan.", "Spurs yang beraksi dengan keputusan terikat 2-2 dalam aksi pertama di Itali membuka jaringan di babak pertama menerusi Heung-Min Son.", "Bagaimanapun, Juventus bangkit dengan dua gol dalam masa dua setengah minit sekaligus mengesahkan tiket ke suku akhir.", "Selepas perlawanan itu, Chiellini berkata pihaknya tahu Spurs lemah dari segi pertahanan dan rapuh dari segi kekuatan mental.", "“Itulah sejarah Spurs. mereka sentiasa mencipta peluang banyak untuk menjaringkan gol. tetapi pada akhir minit mereka akan terlepas sesuatu penting.", "“Kami percaya pada sejarah dan sudah menyaksikannya semalam antara Paris Saint -Germain dan Real Madrid.", "Malam ini kami datang ke sini dan menggunakan kemahiran yang dimiliki serta menang. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/09/08/hakim-tarik-diri-dengar-rayuan-azeez/
Hakim tarik diri dengar rayuan Azeez
[ "PUTRAJAYA – Seorang hakim yang mendengar rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung saman terhadap Lim Guan Eng menarik diri hari ini. ", "Hakim berkenaan, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera mengetuai panel tiga hakim bersidang hari ini menarik diri daripada mendengar rayuan itu kerana mempunyai kaitan dengan pihak-pihak dalam saman berkenaan ketika menjadi peguam sebelum ini. ", "Sambil memohon maaf, Vazeer Alam berkata, beliau hanya sedar tentang perkara itu ketika sedang membaca dokumen rayuan semalam. ", "Ini juga menyebabkan Vazeer Alam menangguhkan prosiding hari ini kepada tarikh yang akan dimaklumkan setelah menetapkan hakim lain untuk mengetuai panel berkenaan selepas ini.", "Dalam kes berkenaan, Abdul Azeez menyaman bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam kes rasuah projek terowong dasar laut Pulau Pinang.", "Sepatutnya mahkamah Rayuan hari ini mendengar rayuan Abdul Azeez terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 10 Disember 2020 yang menolak saman fitnah beliau terhadap Pengerusi DAP itu tentang skandal terowong dasar laut berbilion itu.", "Keputusan itu yang diadakan dalam kamar turut memerintahkan Abdul Azeez itu membayar kos RM50,000 kepada Guan Eng.", "Media dimaklumkan saman tersebut ditolak atas alasan Abdul Azeez gagal mengemukakan bukti dalam tuntutan samannya.", "Selaku plaintif, Abdul Azeez mendakwa Guan Eng mengaitkan beliau dengan bayaran berjumlah RM3 juta sebagai bayaran perundingan kepada pemaju bagi projek itu yang juga menyebabkan dirinya melalui penghinaan umum. ", "Abdul Azeez memohon ganti rugi am termasuk ganti rugi pampasan, teladan, ganti rugi tambahan, kos tindakan dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah selain memohon perintah untuk menghalang penerbitan semula kenyataan berhubung isu terowong dasar laut itu selain permintaan maaf awam dalam media. – MalaysiaGazette " ]
https://malaysiagazette.com/2022/05/13/kek-jangan-makan-seorang-elit-politik-makan-banyak-anwar/
Kek jangan makan seorang, elit politik makan banyak – Anwar
[ "KUALA LUMPUR -“Sebab itu kalau ada kek, jangan kek itu kita makan seorang. Kek kalau kita besarkan, siapa nak tentukan pembahagian itu adil?", "“Orang tengok kek itu, elit politik makan banyak. Macam filem Musang Berjanggut – satu untuk kamu, satu untuk aku. Untuk aku banyak, untuk kamu sikit,” kata Datuk Seri Anwar secara sinikal ketika menjawab kenyataan Najib.", "Kedua-dua mereka berkongsi pentas buat pertama kali dalam Debat Perdana di Auditorium MATIC di sini malam tadi.", "Presiden PKR itu berkata, jika negara ingin membesarkan kek ekonomi, maka kerajaan harus memastikannya tidak hanya memberi manfaat kepada sesetengah pihak sahaja.", "“Saya katakan bermula dengan masalah pengurusan kerajaan, integriti, pertanggungjawaban, pembentangan dan perbahasan terbuka.", "“Dibangkitkan soal GST, saya pernah sebut dan ini pernah diulang oleh Datuk Seri Najib, bahawa ia satu sistem yang efisien. Tapi rakyat yang sekarang ini menganggur, pendapatan rendah, janganlah kutip dari dia,” katanya lagi.", "Anwar berkata demikian menjawab kenyataan Najib yang membangkitkan bahawa soal ekonomi perlu mempunyai dua cabang – ekonomi kapital dan ekonomi rakyat.", "Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menegaskan dirinya tiada masalah untuk membawa perbahasan baharu mengenai pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Parlimen.", "Namun tegasnya, masalah rakyat tidak akan selesai semata-mata dengan pengenalan program seperti itu yang beliau disifatkan sebagai penyelesaian mudah.", "“Sekarang ada masalah keyakinan dan mesti dipulihkan semula supaya rakyat bersama dengan kita. Rakyat yang gaji rendah, dapat pembelaan. Sebab itu saya cakap soal pekerjaan, pertanian, soal nasib pekerja.", "“Ini masalah pekerja, sekarang ini tak terkendali. Apa disebut kelemahan Pakatan Harapan itu, sebenarnya jauh berjaya dalam atasi masalah kos sara hidup. Oleh demikian, kadang-kadang berita baik itu tidak enak didengar tapi harus dihadam dan dilihat, seperti harga ayam pada 2019 berbanding harga ayam sekarang,” katanya lagi.", "Debat Perdana antara Najib dan Anwar berakhir pukul 10.30 malam tadi dengan kedua-dua mengetengahkan idea dan hujah masing-masing mengenai isu menyelamatkan syarikat Sapura Energy Berhad.", "Sapura Energy mengalami peningkatan kerugian bersih untuk tahun kewangan berakhir 31 Januari lalu kepada RM8.9 bilion berbanding RM160.87 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun sebelum ini.", "Perolehannya merosot kepada RM4.13 bilion daripada RM5.35 bilion disebabkan peratusan siap yang lebih rendah yang diiktiraf pada tahun semasa, berikutan pengiktirafan kerugian yang boleh dijangka termasuk lonjakan kos projek dalam segmen perniagaan kejuruteraan dan pembinaan. – MalaysiaGazette", "ARTIKEL BERKAITAN:", "Ekonomi ibarat kek, kembang dan agih kepada rakyat – Najib", "" ]
https://malaysiagazette.com/2021/04/30/cadangan-rumah-mampu-milik-bagi-kumpulan-b40-telah-diserah-kepada-kerajaan-vincent-tan/
Cadangan rumah mampu milik bagi kumpulan B40 telah diserah kepada kerajaan – Vincent Tan
[ "KUALA LUMPUR – Better Malaysia Foundation (BMF) telah mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan awal bulan ini berhubung rumah mampu milik khusus bagi kumpulan rakyat Malaysia berpendapatan rendah, yakni isi rumah B40.", "Pengasas BMF, Tan Sri Vincent Tan memberitahu sidang media di sini hari ini bahawa kerajaan sedang mengkaji cadangan-cadangan itu.", "“(Cadangan) telah dihantar kepada kerajaan, jadi saya serahkan kepada kerajaan,” katanya, dan enggan memberitahu kepada siapa cadangan itu diserahkan, atau kementerian mana yang dimaksudkannya.", "Tan juga berkata, beliau yakin kerajaan akan menerima cadangan-cadangan BMF, dan dia sedar bahawa ada banyak perkara teknikal yang harus diperincikan berhubung cadangan itu.", "Katanya, cadangan itu antara lain merangkumi usul agar kerajaan menjamin pinjaman (bagi B40 memiliki rumah), pembiayaan 100 peratus serta jangka masa kewangan yang lebih panjang hingga 60 tahun untuk pinjaman rumah.", "Beliau berkata, sekiranya bank bersetuju untuk memberikan pinjaman kepada B40, banyak pemaju rumah akan membina rumah mampu milik dan keadaan itu adalah baik untuk negara.", "Terdahulu sebelum sidang media, wakil media dibawa mengunjungi unit pameran rumah berkeluasan 900 kaki persegi dengan lima bilik tidur, dan empat bilik mandi bagi kumpulan keluarga B40 yang direka oleh BMF.", "BMF baru-baru ini melancarkan program sosial baharu untuk membantu kerajaan dalam menangani aspirasi pemilikan rumah rakyat Malaysia berpendapatan rendah atau isi rumah B40.", "Ia bertujuan memudahkan pembinaan hartanah dengan kos pemilikan bulanan yang rendah, dirancang dengan teliti agar keluarga terlibat dapat hidup makmur dan berkembang dengan baik. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2019/11/18/jabatan-imigresen-gempur-2-pusat-hiburan-81-pati-ditahan/
Jabatan Imigresen gempur 2 pusat hiburan, 81 PATI ditahan
[ "KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menggempur dua  buah pusat hiburan yang dikawal ketat tonto dalam satu operasi khas oleh Pasukan Taktikal Khas (Pastak) JIM di sekitar Bandaraya Melaka semalam.", "Operasi yang bermula jam 12.30 tengah malam dan tamat pada jam 2.30 pagi ini disertai seramai 24 orang pegawai Pastak.", "Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pasukan Pastak berjaya melepasi kawalan tonto tanpa dan membuat serbuan ke atas premis-premis terbabit.", "“Seramai 150 orang telah diperiksa di kedua-dua premis dan hasilnya seramai 81 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah ditahan.", "“Daripada jumlah ini 79 orang merupakan wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai Pelayan Pelanggan (GRO) yang terdiri daripada 30 wanita warga China dan 49 wanita warga Vietnam.", "“Dua orang lagi PATI ialah  lelaki warga Myanmar yang merupakan pekerja di premis tersebut,” katanya dalam kenyataan.", "Selain itu, kata Khairul, seramai sembilan warga tempatan yang terdiri daripada enam lelaki dan tiga wanita turut ditahan. Ujarnya, kesemua mereka disyaki bekerja sebagai penjaga premis dan ‘mummy’ (pengurus) kepada semua wanita GRO warga asing ini.", "Tambah beliau, semasa serbuan dilakukan terdapat cubaan melarikan diri melalui pintu belakang premis dan laluan rahsia.", "Bagaimanapun, jelas beliau, cubaan tersebut digagalkan oleh pegawai Pastak yang telah membuat kepungan awal sebelum serbuan dilakukan.", "“Selain itu, berlaku kekecohan dan provokasi dari tonto-tonto di luar premis semasa proses tahanan dibawa naik ke kenderaan Imigresen,” katanya sambil menambah situasi ini berjaya dikawal dan operasi berakhir tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.", "Menurutnya, antara kesalahan yang telah dikenalpasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tidak memiliki pas yang sah, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.", "Khairul berkata, kesemua tahanan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/04/17/wanita-muda-maut-terjatuh-apartmen-tingkat-15/
Wanita muda maut terjatuh apartmen tingkat 15
[ "GOMBAK – Seorang wanita telah ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari unit rumahnya di sebuah kediaman apartmen di sini semalam.", "Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, kejadian berlaku di Apartmen Kristal Heights Fasa 9, Taman Sri Gombak.", "Katanya, semalam, lebih kurang pukul 3.05 petang,  pihaknya telah menerima makluman tentang seorang wanita warga tempatan telah mati selepas disyaki terjatuh dari tingkat 15 apartmen tersebut.", "“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati si mati berumur dalam lingkungan 20-an,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Tambah Zainal, wanita itu telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Selayang dani telah dihantar ke Jabatan Pengurusan Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. ", "“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan polis,” katanya.", "Menurut beliau, buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil memberi kerjasama kepada polis membantu siasatan kes tersebut.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/04/08/rayuan-src-hakim-tegur-peguam-najib/
Rayuan SRC: Hakim tegur peguam Najib
[ "PUTRAJAYA – Peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak diminta untuk tidak mengulangi hujah sama yang disebut berkali-kali dalam prosiding rayuan penyewelengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd masuk hari ini. ", "Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil menegur Harvinderjit Singh untuk lebih fokus hujahannya dalam memperincikan bagaimana Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam sabitan terhadap bekas perdana menteri itu. ", "“Boleh anda ringkaskan sahaja hujah-hujah inikKerana kebanyakan berulang. Banyak juga yang telah disentuh oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini. ", "“Tolong kaitkan apa yang anda hujahkan ini dengan sabitan pecah amanah terhadap Najib. ", "“Tunjukkan kepada kita mana salahnya hakim menyabitkan anak guam anda dengan kesalahan penyewelengan atau pecah amanah (CBT) di bawah Seksyen 403, 405 dan 409. Ingat, ini adalah Mahkamah Rayuan,” tegurnya. ", "Harvinderjit kemudian berkata, apa yang sedang dihujah olehnya masih penting namun Abdul Karim menyatakan semua itu pengulangan dan meminta peguam itu berhujah yang lain.", "Semalam dan hari ini peguam bela itu sedang fokus dengan sabitan kesalahan serta jatuh hukum terhadap kesalahan CBT. ", "Dalam pada itu, ketika berhujah, Harvinderjit berkata, pihak pendakwaan telah menonjolkan sikap ‘selektif’ ketika mendakwa Najib untuk kesalahan CBT. ", "Jelas Harvinderjit, ini kerana dakwaan itu hanya dikenakan ke atas Najib, walhal pada masa sama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyiasat individu lain untuk kesalahan tersebut. ", "Malah SPRM turut meminta bantuan Interpol telah mengeluarkan notis merah menangkap tiga individu lain iaitu bekas pengarah SRC, Datuk Suboh Md Yassin dan Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil dan seorang individu lain.", "Ketiga-tiga individu itu telah bertindak meninggalkan negara sejurus selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) menang besar pada Pilihan Raya Umum (PRU-14) 2018. ", "Hujah Harvinderjit, Md Suboh dan Nik Faisal  sebenarnya adalah  individu yang boleh menurunkan tandatangan untuk SRC dan Gandingan Mentari Sdn Bhd (syarikat dikaitkan dalam pemindahan dana SRC).", "“Kemudian Ketua Pegawai Eksekutif Ihsan Perdana, Datuk Shamsul Anwar Sulaiman yang diamanahkan untuk menjalankan program tanggungjawab korporat dan sosial (CSR) untuk SRC yang kemudiannya memindahkan wang itu ke akaun Najib.", "“Najib tidak lakukan CBT itu tetapi orang lain kerana sebanyak RM50 juta telah dipindahkan,” ujarnya. ", "Namun kata hakim, pendakwa mempunyai sebab mengapa pendakwaan dilakukan ke atas individu tertentu menggunakan budi bicara mereka. ", "Prosiding rayuan berlangsung di hadapan dua lagi anggota panel ialah Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Has Zanah Mehat.", "Pada 28 Julai tahun lepas, Najib didapati bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan berhubung dana RM42 juta dari SRC oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali", "Prosiding bersambung dengan Harvinderjit mengemukakan hujah lain bagi mengelakkan pengulangan. -MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/08/28/amanah-ucap-bon-voyage-kepada-mca/
Amanah ucap ‘Bon Voyage’ kepada MCA
[ "BANGI – Parti Amanah Negara (Amanah) mengucapkan selamat jalan, atau Bon Voyage’ dalam bahasa Perancis, kepada MCA dalam menempuhi perjalanan politik yang lebih sukar.", "Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, MCA kini tidak lagi berperanan sebagai parti satu bumbung dengan BN dalam memperjuangkan rakyat.", "Sebaliknya kata beliau, lawannya itu agak unik kerana keluar berkempen atas lambang parti sendiri dan bukannya lambang bersama (Barisan Nasional) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Balakong.", "“Wong Siew Ki (calon PH) kita ini bertuah kerana calon pertama bertanding atas lambang bersama iaitu Pakatan Harapan, saya antara terlibat penubuhan PH pun belum berpeluang bertanding atas bendera PH.", "“Ini jelas menunjukkan kita sedang menuju ke arah pembaharuan bahawa penyatuan bukan untuk disitegrate memecahbelahkan.", "“Sokongan dalam PRK ini kepada calon muda berdinamik dan progresif seperti Siew Ki penting untuk kita teruskan segala agenda rakyat yang dirangka mendiang ADUN Eddie NG Tian Chee sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas kempen walkabout bersama calon PH di Bandar Tun Hussein Onn pagi tadi.", "Timbalan Menteri Kerja Raya itu juga menasihati 62,219 pengundi di Balakong tidak terpedaya dengan kempen semak dan imbang yang digempar-gemburkan calon MCA, Tan Chee Teong sejak hari penamaan calon pada 18 Ogos lalu.", "Tegas Mohd Anuar ragu-ragu dengan semak imbang yang dijanjikan MCA kali ini sambil mempersoalkan apa sebenarnya dilakukan parti itu ketika BN memerintah negara selama 60 tahun lalu.", "Katanya, walaupun baru tiga bulan mengambil pentadbiran negara, beliau dan pemimpin lain PH sedang bekerja tujuh hari seminggu tanpa rehat demi menguotakan janji kepada rakyat.", "Ujar beliau, penyakit yang mereka tinggalkan selama 60 tahun sudah hendak diubati dan terpaksa mengambil masa membedah dan merawatnya maka tidak semua dapat dipulihkan dalam masa tiga bulan.", "Namun beliau berharap rakyat percaya bahawa ia adalah proses berterusan dan rakyat akan mendapat ruang baharu.", "“Janganlah terpengaruh dengan semak imbang yang disebarkan MCA dalam kempen PRK kali ini kerana kita sudah beri peluang 60 tahun, lepas kalah baru nak cakap pasal semak dan imbang.", "“Bukannya saya kata semak imbang tidak diperlukan tetapi mengundi parti yang sudah berpecah (BN) untuk menggantikan kami di Balakong yang diberi kepercayaan besar dalam PRU lepas..jangan mengambil risiko wahai pengundi.", "“Inilajh takdir dan tiada siapa pun boleh mengelak takdir, BN ingat boleh bertahan 100 tahun tapi takdir menentukan sebaliknya menerusi revolusi besar rakyat. Jadi kita nak beri isyarat benar untuk kekalkan suara rakyat di Balakong,” ujarnya.", "Beliau juga menjelaskan, kalau wujud percubaan semak dan imbang dengan menggantikan PH dengan MCA, pihaknya mewakili suara rakyat di bawah satu ideologi Harapan.", "“Kita bertanding dengan semangat Harapan lambang bersama tanpa mengira DAP, PKR, PPBM atau Amanah, tapi MCA bertanding atas satu parti iaitu Persatuan Cina Semalaya.", "“Dari situ rakyat boleh menilai kami yang ikhlas dalam memajukan Selangor dalam semua aspek selain fizikal maka jangan memberi isyarat salah sebaliknya beri kepercayaan penuh kepada calon PH,” tegas beliau – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/01/24/indeks-jenayah-nasional-turun-11-9-peratus/
Indeks Jenayah Nasional turun 11.9 peratus
[]
https://malaysiagazette.com/2018/06/29/lelaki-kurang-siuman-buang-sampah-bukan-pemandu/
Lelaki kurang siuman buang sampah, bukan pemandu
[ "KUALA LUMPUR – Seorang lelaki kurang siuman didakwa merupakan individu yang bertanggungjawab membuang sampah keluar dari sebuah bas yang sedang bergerak di Kuala Terengganu.", "Dalam satu kenyataan hari ini, Mara Liner Sdn. Bhd. yang merupakan operator perkhidmatan myBass Kuala Terengganu yang dikaitkan dalam insiden itu berkata, lelaki kurang siuman itu bertindak demikian setelah mendakwa ada bom di dalam tong sampah yang terdapat di dalam bas yang dinaikinya.", "“Pihak pengurusan telah membuat siasatan ke atas perkara tersebut dan mendapati individu lelaki kurang siuman telah menaiki myBass yang dipandu oleh pemandu myBass.", "“Secara spontan individu terbabit telah menolak pintu penumpang dan terus membuang sampah tersebut di tengah jalan berdekatan lampu isyarat sekitar Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, Kuala Terengganu.", "“Selepas membuang sampah tersebut, individu itu telah menarik semula pintu bas untuk ditutup,” kata kenyataan berkenaan.", "Menurut kenyataan itu lagi, perkara yan tidak dijangka itu telah menyebabkan pemandu terpinga-pinga dan kemudian meneruskan pemanduannya seperti biasa.", "Bagaimanapun katanya, pemandu ada menegur dan memberi peringatan kepada individu terbabit untuk tidak mengulangi perkara yang mencemar imej syarikat.", "“Namun individu terbabit hanya ketawa dan tidak mengendahkan peringatan tersebut sebelum lelaki itu turun daripada bas kurang 500 meter dari tempat dia membuang sampah itu.", "“Sebagai operator myBass Terengganu, Mara Liner Sdn. Bhd. merasa kesal dengan kejadian ini dan memastikan perkara yang mencemar imej syarikat tidak akan berulang lagi,” ujar kenyataan itu lagi.", "Tular di laman sosial apabila seorang pengguna jalan raya merakam insiden tersebut menerusi kamera yang dipasang di bahagian belakang kenderaannya.", "Rakaman itu kemudiannya dimuat naik ke laman sosial dan dikecam netizen.", "Ramai yang berpendapat sikap yang ditunjukkan oleh individu yang membuang sampah keluar dari bas itu sebagai tidak mempunyai sivik. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/03/24/pengajar-sekolah-memandu-akan-didakwa-cabul-pelajar-pagi-ini/
Pengajar sekolah memandu akan didakwa cabul pelajar pagi ini
[ "KUANTAN – Seorang pengajar sekolah memandu akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Raub pagi ini atas dakwaan mencabul.", "Suspek berusia 70 tahun, berasal dari Kampung Perting, Bentong telah direman baru-baru ini dua remaja membuat laporan polis.", "Insiden itu berlaku kepada gadis berusia 17 tahun itu semasa mangsa menjalani latihan memandu kereta di atas jalan pada 7 Mac lalu.", "Sumber memberitahu MalaysiaGazette, mangsa membuat laporan polis pada 14 Mac lalu sekitar jam 6.15 petang.", "Katanya, kejadian berlaku di atas jalan raya sekitar Chamang, Bentong ketika remaja berkenaan sedang belajar memandu.", "Mangsa merupakan seorang penuntut sekolah menengah Katholik di Bentong dan berasal dari Felda Lurah Bilut.", "Suspek dikatakan memegang bahu sebelah kiri mangsa menyebabkan pelajar berkenaan cuba mengelak daripada disentuh.", "Mangsa telah mendaftarkan diri untuk mengambil lesen memandu kenderaan pada 3 Januari lalu.", "Menurut sumber, pada awalnya suspek mengajar mangsa memandu seperti biasa namun pada hari kejadian suspek telah sengaja meletakkan tangan kanannya di atas bahu kiri mangsa sambil menggerakkan jarinya.", "Tambah sumber lagi, ketika mangsa cuba mengelak daripada disentuh, suspek hanya turunkan tangannya sekejap sahaja sebelum meletakkan semula tangan di atas bahunya dan perlakuan suspek itu berlarutan selama 30 minit bermula dari awal hingga tamat sesi pembelajaran itu.", "“Selepas kejadian tersebut pengadu tidak maklumkan kepada sesiapa dan menganggap hal kecil sahaja. Tetapi suspek didakwa mengulangi perbuatan tidak senonoh itu ke atas mangsa pada 14 Mac lalu sekitar 9 pagi.", "“Semasa berehat sekitar jam 1 tengahari selepas insiden itu, mangsa disoal rakannya sama ada suspek ada meletakkan tangan di atas bahu semasa belajar memandu dan mangsa mengaku insiden itu berulang lagi,” katanya.", "Mangsa mendakwa rakannya juga mengaku suspek melakukan perbuatan sama terhadapnya.", "Susulan itu, mangsa membuat laporan polis bersama rakannya  kerana mereka trauma dan tidak selesa dengan perlakuan suspek.", "Kes telah disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. -MalaysiaGazette", " ", " ", " ", " ", " ", " ", " ", " ", " ", " ", " ", " ", " ", "“Oleh kerana panik dan takut perkara tidak diingini boleh berlaku di hari lain, mangsa tampil membuat laporan atas faktor keselamatannya,” kata sumber itu ketika dihubungi malam ini.", " ", "Menurut sumber, pada awalnya suspek mengajar mangsa memandu seperti biasa namun pada hari kejadian suspek telah sengaja meletakkan tangan kanannya di atas bahu kiri mangsa sambil menggerakkan jarinya.", "Katanya, mangsa cuba mengelak tetapi suspek hanya turunkan tangannya sekejap sahaja sebelum meletakkan semula tangan di atas bahunya dan perlakuan suspek itu berlarutan selama 30 minit bermula dari awal hingga tamat sesi pembelajaran itu.", "“Selepas kejadian tersebut pengadu tidak maklumkan kepada sesiapa dan menganggap hal kecil sahaja. Tetapi suspek didakwa mengulangi perbuatan tidak senonoh itu ke atas mangsa pada 14 Mac lalu sekitar 9 pagi.", "“Semasa rehat sekitar jam 1 tengahari selepas insiden itu, mangsa disoal rakannya samada suspek ada meletakkan tangan di atas bahu semasa belajar memandu dan mangsa mengaku insiden itu berulang lagi. sebelum rakannya juga mengaku suspek melakukan perbuatan sama terhadapnya.", "“Setelah berbincang,mangsa membuat laporan polis tentang hal tersebut bersama kawannya untuk tindakan lanjut kerana mangsa mengalami trauma dan berasa tidak selesa dengan perlakuan suspek semasa mengajar memandu,” kata sumber lagi.", "Bertindak atas laporan polis itu, suspek berusia 70 tahun dan beradal dari Kampung Perting, Bentong telah berjaya ditangkap polis dan direman untuk membantu siasatan polis .", "Kes telah disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.", "“Mangsa berdepan tuduhan cabul pada pagi ini di Mahkamah Majistret Raub,” kata sumber itu.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/07/08/azmeer-yusof-tamatkan-kontrak-dengan-kfa/
Azmeer Yusof tamatkan kontrak dengan KFA
[ "KUALA LUMPUR – Pemain pertahanan, Azmeer Yusof mengambil keputusan menamatkan kontrak lebih awal dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi memberi tumpuan kepada perniagaan yang diusahakannya di Kedah dan Kuala Lumpur.", "Pemain berusia 30 tahun itu memaklumkan beliau mahu memberi fokus terhadap perniagaan seluar sukan dan syarikat pembersihan sampah di Kuala Lumpur, selain kedai gunting rambut yang diberi nama AY Barber Shop di Alor Setar yang dimulakan sejak awal tahun ini.", "Beliau turut memaklumkan kesibukan menguruskan pembinaan Pusat Pengajian Islam Azmeer Yusof di Alor Setar, turut menjadi faktor utama beliau menamatkan kontrak lebih awal dengan KFA yang sepatutnya berakhir pada penghujung tahun ini.", "“Proses pembinaan pusat pengajian berkenaan termasuk pengambilalihan tanah memerlukan saya kerap turun ke tempat tersebut, dan itu antara punca utama saya mengambil keputusan menamatkan kontrak lebih awal dengan KFA. Tiada masalah bayaran gaji dan sebagainya (dengan KFA),” katanya kepada Bernama, hari ini.", "KFA menerusi hantaran terbaharu dalam laman Facebooknya hari ini, memaklumkan kedua-dua pihak mencapai kata putus untuk penamatan kontrak lebih awal selepas mendapat permintaan daripada pemain itu sendiri.", "Dalam pada itu, Azmeer tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan cadangan kembali ke saingan bola sepak tempatan sekiranya ketiga-tiga perniagaan berkenaan, diuruskan dengan baik oleh ahli keluarga serta pekerjanya.", "“Sekiranya kesemua perniagaan berkenaan memerlukan saya untuk selalu turun padang, mungkin saya akan bersara terus daripada arena bola sepak. Sekiranya ada tawaran untuk pengurusan pasukan, mungkin saya akan pertimbangkan namun bukan sebagai pemain atau jurulatih,” jelas Azmeer.", "Ditanya mengenai pencapaian cemerlang sejak bergelar pemain profesional pada 2009, Azmeer berkata, kejayaan menjulang Piala Malaysia pada 2016 dan trofi Piala FA pada musim lepas bersama Kedah merupakan antara detik manis yang tidak akan dilupakannya.", "“Saya berterima kasih kepada jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah yang berjaya mengesan bakat saya sebelum beliau mengambil keputusan meminjamkan khidmat saya daripada pasukan Pos Malaysia FC ke Negeri Sembilan pada 2012, sekali gus berjaya menaikkan nama saya dalam arena bola sepak tempatan,” jelasnya.", "Azmeer memulakan karier profesional bersama Proton FC pada 2009 sebelum berhijrah ke beberapa pasukan termasuk Perak, Angkatan Tentera Malaysia, Kedah dan Kuala Lumpur. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2019/08/05/agong-sekali-lagi-bantu-mangsa-kemalangan/
Agong sekali lagi bantu mangsa kemalangan
[ "KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi telah menunjukkan keprihatinanya apabila baginda mencemar duli turun daripada kenderaan rasmi untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya.", "Dalam satu hantaran di laman Instagram, Istana Negara memaklumkan, insiden berlaku di jalan susur dari pintu Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim.", "Semasa kejadian baginda sedang dalam perjalanan untuk ke Muzium Diraja bagi merasmikan Pameran Raja Kita.", "“Dalam perjalanan ke Program Pameran Raja Kita di Muzium Diraja, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menuruni kenderaan rasmi baginda untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan di jalan susur dari pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim.", "“Baginda kemudian meneruskan perjalanan ke Muzium Diraja untuk merasmikan Pameran Raja Kita. Daulat Tuanku,” demikian menurut hantaran itu.", "Sebelum ini, Al-Sultan Abdullah melakukan perkara sama apabila bertindak turun dari kenderaannya untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya.", "Kejadian itu berlaku di satu lokasi di Putrajaya melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Alza. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/07/22/jas-gantung-lesen-kilang-cemar-sg-kundor/
JAS gantung lesen kilang cemar Sg Kundor
[ "KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menggantung lesen premis sebuah kilang yang mengakibatkan pencemaran di Sungai Kundor, Rembau.", "Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kilang tersebut juga diarahkan untuk membersihkan sungai tersebut.", "“JAS menggantung lesen premis, mengenakan penahanan operasi kelengkapan dan pihak kilang di arah untuk membersihkan Sungai Kundor tersebut,” katanya menerusi ciapan di Twitter.", "Katanya, pihak JAS menerima aduan pencemaran sungai yang dilaporkan turut mengeluarkan bau busuk.", "Jelas Tuan Ibrahim, hasil siasatan mendapati kilang tersebut sedang menjalankan aktiviti pembaikan aerotor sejak minggu lalu yang mengakibatkan sisa efluen kelapa sawit (POME) yang tidak patuhi piawaian dilepaskan.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/04/26/malaysia-semak-semula-undang-undang-kes-kedaulatan-batu-puteh-wan-junaidi/
Malaysia semak semula undang-undang kes kedaulatan Batu Puteh – Wan Junaidi
[ "KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan dan Pasukan Petugas Khas (PPK) memutuskan untuk menyemak semula undang-undang berhubung kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mempengerusikan mesyuarat itu hari ini berkata, mereka turut mengesyorkan opsyen terbaik mengenai hala tuju kerajaan berhubung kes berkenaan dalam tempoh enam bulan.", "Katanya, kerajaan komited dengan keputusan itu untuk memastikan kedaulatan negara sentiasa terjamin dan menjadi keutamaan.", "“Jawatankuasa ini dan PPK telah menyediakan laporan interim yang dikemukakan dan dibentangkan kepada Menteri semalam,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.", "Beliau berkata, PPK dipengerusikan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, manakala keahlian adalah Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin (peguam), Datuk Ahmad Nazri Yusof (mantan Duta Besar Malaysia ke The Hague), Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu (peguam); dan Datuk Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek (peguam).", "Turut dilantik ialah Datuk Tengku Ahmad Fuad Tengku Ahmad Burhanuddin (peguam), Datuk Mohammed Ridha Abd. Kadir (wakil kerajaan Johor), Datuk Umar Saifuddin Jaafar (wakil Jabatan Peguam Negara), Sr. Hamdan Ab. Aziz (wakil JUPEM), dan Shaharudin Onn (wakil Kementerian Luar Negeri).", "Menurut Dr. Wan Junaidi, sehingga kini PPK telah mengadakan 12 mesyuarat melibatkan beberapa siri mesyuarat dan jawatankuasa kecil yang ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Kecil Legal Aspects, Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance dan Jawatankuasa Kecil Hubungan Malaysia-Singapura.", "“Pasukan Petugas Khas ini merupakan sebuah pasukan dengan kepelbagaian pengalaman, kepakaran dan pengetahuan yang menjadi kekuatan untuk menghasilkan dapatan dan opsyen yang terbaik bagi Malaysia.", "“Secara umumnya, mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan ini telah mengambil maklum laporan interim yang dibentangkan oleh PPK dan turut memberikan input penambahbaikan untuk perhatian pasukan itu.", "“Laporan akhir akan disedia dan dibentangkan dalam masa terdekat untuk pertimbangan Jemaah Menteri bagi menentukan tindakan selanjutnya,” katanya. – MalaysiaGazette" ]