url
stringlengths
42
231
headline
stringlengths
9
119
content
sequence
https://malaysiagazette.com/2022/11/07/sindiket-seleweng-diesel-subsidi-tumpas/
Sindiket seleweng diesel subsidi tumpas
[ "KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Selangor berjaya menumpaskan satu aktiviti penyelewengan diesel dalam satu operasi hendap di Rawang, baru-baru ini.", "Pengarah KPDNHEP Selangor Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, operasi hendap di sebuah stesen minyak dibuat selepas menerima aduan awam berhubung pergerakan ulang-alik sebuah lori tangki.", "“Tindakan serbuan hendap oleh pasukan operasi dilakukan pada jam 9 malam semasa aktiviti pengisian minyak diesel sedang dilakukan oleh pemandu lori di sebuah stesen minyak di Rawang.", "“Siasatan awal mendedahkan modus operandi aktiviti ini adalah membuat pengisian di stesen minyak secara berulang antara enam hingga 10 kali sehari untuk dihantar ke stor berhampiran.", "“Berdasarkan situasi ini, dipercayai terdapat aktiviti urus niaga jual beli di antara stesen minyak yang berdekatan dengan stor tersebut,” katanya dalam kenyataan berhubung  kejayaan tersebut hari ini.", "Tambah beliau, susulan daripada serbuan itu, pasukannya telah membuat pemeriksaan lanjut terhadap stesen minyak terbabit.", "Menurutnya, KPDNHEP telah mengeluarkan suatu Arahan Pengisytiharan Stok dan Mengemukakan Maklumat/Dokumen di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 (AKB 1961) telah dikeluarkan kepada stesen minyak berkenaan.", "“Bertindak lanjut, pasukan serbuan berjaya menahan dua orang lelaki yang dipercayai terlibat sebagai pemandu lori tangki yang membawa diesel seludup itu ke stor haram berkenaan.", "“Kesemua suspek itu telah ditahan untuk rakaman percakapan bagi keperluan siasatan dan kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis, sementara rakaman percakapan daripada pengurus stesen minyak terbabit juga telah diambil bagi keperluan siasatan lanjut.", "“Dalam serbuan sama, penguat kuasa telah membuat sitaan melibatkan dua buah lori, dokumen berkaitan dengan siasatan dan minyak diesel di dalam tangki lori yang disita (berdasarkan arahan pengistiharan stok di bawah seksyen 8, AKB 1961 oleh syarikat stesen minyak yang membuat deklarasi) adalah sejumlah 830.3 liter yang dianggarkan bernilai keseluruhannya sebanyak RM300,000,” ujar beliau.", "Siasatan akan diteruskan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 ke atas pemilik stesen minyak kerana melanggar Peraturan 12A kesalahan di bawah Peraturan 21 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974 kerana menjual diesel kepada kenderaan melebihi 250 liter seperti yang ditetapkan oleh Pengawal Bekalan.", "Jelasnya, jika disabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM1,000,000 bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali di bawah akta ini.", "“KPDNHEP Selangor ingin memberi amaran bahawa kami akan terus konsisten menggerakkan tindakan penguatkuasaan dan tidak berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang yang dikuatkuasakan di bawah KPDNHEP, khususnya melibatkan penyelewengan ke atas barangan bersubsidi yang merupakan antara salah satu kepentingan awam yang perlu diselia dan dijaga,” ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/09/24/sah-bn-tidak-bertanding-di-prk-port-dickson/
Sah BN tidak bertanding di PRK Port Dickson
[ "KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan UMNO atau mana-mana komponen Barisan Nasional tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Port Dickson yang akan berlangsung pada 13 Oktober ini.", "Ahmad Zahid mengumumkan keputusan tersebut pada sidang media di Menara Dato’ Onn sebentar tadi. – MalaysiaGazette", "— Berita lanjut menyusul", " " ]
https://malaysiagazette.com/2017/01/21/tpp-batal-ancam-keluar-nafta/
TPP batal, AS ancam keluar NAFTA
[ "WASHINGTON – Pentadbiran baharu Donald Trump akan membatalkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dalam kalangan 12 negara bagi melindungi pekerjaan di Amerika Syarikat.", "Kenyataan itu dikeluarkan sejurus majlis angkat sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat.", "Amerika Syarikat juga akan “melumpuhkan negara-negara yang melanggar perjanjian perdagangan dan membahayakan pekerja-pekerja Amerika.", "Menurut kenyataan itu, Trump komited rundingan semula satu lagi perjanjian perdagangan, Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA), yang telah ditandatangani pada tahun 1994 oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.", "“Sudah terlalu lama, rakyat Amerika telah dipaksa untuk menerima tawaran perdagangan yang meletakkan kepentingan dalaman dan elit Washington terhadap pekerja-pekerja yang bekerja keras di negara ini.", "“Hasilnya, bandar-bandar kolar biru dan bandar-bandar telah melihat kilang-kilang ditutup dan peluang pekerjaan berpindah ke luar negara, manakala rakyat Amerika menghadapi defisit perdagangan dan asas pembuatan musnah,” katanya.", "Menurut kenyataan itu, “perjanjian yang sukar dan adil” ke atas perdagangan boleh digunakan untuk mengembangkan ekonomi Amerika Syarikat dan mengembalikan berjuta-juta pekerjaan ke Amerika.", "“Strategi ini bermula dengan menarik balik dari Perkongsian Trans-Pasifik dan membuat tawaran perdagangan baru demi kepentingan pekerja Amerika.”", "Jika rakan-rakan NAFTA enggan memberi pekerja-pekerja Amerika perjanjian adil, “Presiden akan memberikan notis hasrat Amerika Syarikat untuk menarik diri daripada NAFTA,” kata kenyataan itu.", "TPP, yang Amerika Syarikat menandatangani sebelum ini belum disahkan, telah menjadi tunggak ekonomi utama pentadbiran Obama di rantau Asia Pasifik dalam menghadapi lonjakan pantas ekonomi China.", "Kenyataan itu meningkatkan kebimbangan pembatalan TPP akan mengukuhkan lagi ekonomi China di rantau ini dengan mengorbankan Amerika Syarikat.", "Trump telah mengkritik amalan perdagangan China dan mengancam untuk mengenakan tarif punitif kepada import negara itu.", "Kerajaan China pula berkata, China dan Amerika Syarikat boleh menyelesaikan apa-apa pertikaian perdagangan melalui rundingan, manakala sebuah akhbar berbahasa China memberi amaran bahawa perniagaan Amerika Syarikat boleh menjadi sasaran sebagai tindakan balas dalam mana-mana peperangan perdagangan yang dimulakan oleh Trump.", "Trump telah mencetuskan kebimbangan di Jepun dan negara lain di Asia Pasifik dengan penentangannya kepada TPP. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/01/19/sarjan-faiz-dipenjara-66-bulan-dan-disebat/
‘Sarjan Faiz’ dipenjara 66 bulan dan disebat
[ "Mohd Faizal Sinorcho, 31, atau lebih dikenali sebagai ‘Sarjan Faiz’ membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairuddin Anhar Mahmud.", "Mengikut pertuduhan pertama dan kedua tertuduh didakwa melarikan orang, Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi, 17, dengan niat mengurungnya secara sulit dan salah.", "Dia didakwa mengikut Sesyen 365 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga tujuh tahun serta denda.", "Untuk kesalahan kedua, pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 170 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.", "Untuk pertuduhan ketiga, Mohd Faizal yang tidak diwakili peguam turut didakwa memiliki sepucuk pistol tiruan berwarna hitam berjenama STI tanpa permit pada 12 tengah hari, hari yang sama berhampiran sebuah kedai motosikal di sini.", "Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960 (Akta 206) memiliki senjata api tiruan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun, atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.", "Dalam satu kes berasingan, Mohd Faizal didakwa di bawah dua pertuduhan menipu serta memperdaya seorang warga emas Fatimah Sulaiman, 64, dengan menyamar sebagai Insp Khuzairi daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Raub.", "Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah meminta mangsa menyerahkan wang sejumlah RM500 dengan memasukkannya dalam akaun V. Aravintan jika tidak mahu kertas siasatan dibuka terhadap seorang anaknya berhubung kesalahan penyalahgunaan dadah.", "Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 6.30 petang, 9 Dis 2016, di tempat yang tidak dinyatakan.", "Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 420 dan 170 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda.", "Pegawai Pendakwa Mohd Faizal Shamsir kemudian memohon kepada mahkamah agar mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh memandangkan kes itu mendapat perhatian umum.", "Majistret kemudian memerintahkan agar tertuduh dikenakan hukuman penjara selama 48 bulan untuk tiga pertuduhan bagi kes pertama, bermula tarikh tangkap pada 6 Jan lepas.", "Bagi dua pertuduhan kes kedua pula, mahkamah mengarahkan agar tertuduh dikenakan hukuman penjara selama 18 bulan selepas selesai menjalani hukuman penjara untuk kes pertama dan lima kali sebatan.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2020/01/14/peralihan-kuasa-keputusan-dibuat-dalam-mpph/
Peralihan kuasa, keputusan dibuat dalam MPPH
[ "PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad ada menyebut keputusan peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri dibuat dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).", "Oleh itu, kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, semua itu akan dibuat dalam MPPH sebagaimana Perdana Menteri ketujuh itu ada menyebutnya.", "“Perdana Menteri ada sebut. Yang paling utama ialah keputusan itu dibuat dalam MPPH dan keputusannya akan dibuat dalam pakatanlah (MPPH), seperti yang dia sebut,” katanya ringkas.", "Beliau diminta mengulas kenyataan Dr. Mahathir hari ini, yang dilaporkan berkata, tidak kisah jika diminta untuk meletakkan jawatan sekarang jika itu keputusan sebulat suara MPPH.", "“Saya rasa perkara ini (iaitu) saya perlu meletakkan jawatan atau tidak perlu diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan apabila kami duduk bersama (bermesyuarat).", "“Apa yang saya tahu, jika mereka mahu saya pergi (meletak jawatan) sekarang, saya akan pergi,” kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Integriti Nasional Bank Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.", "Sejak kebelakangan ini desakan supaya Dr. Mahathir menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin kedengaran.", "Tambahan pula, tiada sebarang tarikh ditetapkan bagi peralihan kuasa tersebut.", "Terbaharu, beberapa ahli PKR dengan lantang meminta Dr. Mahathir meletakkan jawatan di samping memberi saranan kepada Sekretariat Pakatan Harapan memastikan Mesyuarat Majlis Presiden membuat ketetapan tarikh peraliha kuasa Perdana Menteri pada Mei 2020. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2016/12/16/bahan-letupan-dikesan-pada-mangsa-pesawat-egyptair/
Bahan letupan dikesan pada mangsa pesawat EgyptAir
[ "Kesan bahan letupan telah ditemui pada mangsa-mangsa pesawat EgyptAir yang terhempas di Mediterranean pada bulan Mei lalu.", "Berikutan itu, satu siasatan jenayah akan mula ke dalam kemalangan pesawat Airbus A320, kata Kementerian Penerbangan Awam.", "Penerbangan MS804 dari Paris ke Kaherah terjunam ke dalam laut pada 19 Mei, membunuh kesemua 66 orang.", "Satu sumber yang rapat dengan penyiasatan Perancis mengatakan mereka mempunyai keraguan tentang penemuan terbaru oleh Mesir itu.", "Mereka memberitahu kepada BBC terdapat masalah untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Mesir dan kebimbangan utama mereka adalah untuk melihat mayat mangsa Perancis kembali ke negara itu.", "Ketika kemalangan itu, pesawat berkenaan membawa 40 warga Mesir termasuk 10 anak kapal dan 15 penumpang.", "Menteri Lur Perancis berkata, siasatan terhadap nahas itu diteruskan. Pendakwa Raya telah membuka siasatan pembunuhan dalam nahas itu sejak Jun lalu.", "September lalu, akhbar Le Figaro melaporkan penyiasat menemui TNT, sejenis letupan pada bangkai pesawat.", "Walaupun siasatan kedua-duanya, punca kemalangan itu masih tidak jelas.", "Pesawat malang itu didakwa tidak melakukan panggilan kecemasan terlebih dahulu tetapi perakam suara kokpit mendedahkan juruterbang telah berusaha memadamkan kebakaran.", "Mesej elektronik automatik dihantar oleh kapal terbang itu menunjukkan pengesan asap terkeluar di dalam tandas dan di kawasan avionik di bawah di kokpit, beberapa minit sebelum pesawat itu hilang.", "Bangkai pesawat menunjukkan tanda-tanda kerosakan yang disebabkan oleh suhu yang tinggi dan terdapat jelaga pada bahagian hadapan jet.", "Walaupun terdapat kebimbangan bahawa tindakan keganasan mungkin telah membawa pesawat ke bawah, tidak ada kumpulan telah mengaku bertanggungjawab. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/06/26/zahid-mengaku-tidak-bersalah-rasuah-sg4-24-juta/
Zahid mengaku tidak bersalah rasuah $SG4.24 juta
[ "KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi hari ini mengaku tidak bersalah atas tujuh tuduhan menerima rasuah.", "Ahmad Zahid didakwa menerima suapan berjumlah lebih $SG4.24 juta bagi melanjutkan kontrak Ulta Kirana sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti di China dan sistem Visa Luar Negara (VLN) dua tahun lalu.", "Mengikut kertas pertuduhan, perbuatan itu dibuat antara 28 Mac 2017 dan 2 Mac 2018 di alamat Seri Satria, Presint 16, Putrajaya", "Semua pertuduhan itu dibuat di Mahkamah Sesyen mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.", "Bagaimanapun Ahmad Zahid, 66, membuat pengakuan tidak bersalah selepas ketujuh-tujuh pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.", "Di bawah peruntukan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi.", "Kesemua pertuduhan itu didakwa dilakukan ketika Ahmad Zahid memegang jawatan Menteri Dalam Negeri.", "Mahkamah membenarkan Ahmad Zahid diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Julai depan untuk sebutan semula kes.", "Untuk rekod, Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah ke atas 47 pertuduhan dengan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/12/18/berjaga-jaga-gunung-semeru-sudah-tahap-tiga/
Berjaga-jaga, Gunung Semeru sudah tahap tiga
[ "JAKARTA – – Pihak berkuasa Indonesia meletakkan Gunung Semeru pada status berjaga-jaga tahap tiga – kedudukan kedua tertinggi kerana aktiviti gunung berapi semakin meningkat dan memuntahkan awan panas tebal serta lahar dalam tempoh 24 jam yang lalu.", "Ketua Agensi Geologi di Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia, Eko Budi Lelono berkata, Gunung Semeru aktif memuntahkan awan panas dan aliran laharnya masih tidak stabil.", "Gunung berapi itu boleh ‘menyerang’ sekurang-kurangnya sehingga radius dua kilometer dari kawahnya.", "Satu lagi letupan sangat mungkin disebabkan oleh intensiti hujan yang tinggi di sekitar gunung berapi, yang akan menyebabkan peningkatan aliran lava, kata Lelono dalam satu kenyataan bertulis.", "Status berjaga-jaga lebih tinggi Gunung Semeru bermula pada petang Khamis, beberapa jam selepas gunung berapi itu meletus semula selepas 4 Disember lalu dan memuntahkan lava beberapa kali.", "Sehingga 15 Disember, angka kematian mencecah 48 orang, menurut data Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB).", "BNPB mengesahkan aktiviti mencari dan menyelamat mangsa ditangguhkan demi keselamatan penyelamat dan sukarelawan. – Xinhua" ]
https://malaysiagazette.com/2022/10/12/jho-low-pernah-makan-bersama-pegawai-ambank-tia-saksi/
Jho Low pernah makan bersama pegawai Ambank, TIA – Saksi
[ "KUALA LUMPUR – Saksi ke-40 perbicaraan penyewelengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendedahkan ahli perniagaan yang kini dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low pernah hadir sesi makan tengahari bersama pengurusan Lembaga Pelaburan Terengganu Berhad (TIA) dan beberapa pegawai AmBank.", "Saksi tersebut, bekas Pengarah Urusan AmInvestment Bank Berhad, Kok Tuck Cheong mendakwa sesi makan tengahari itu diadakan di sebuah hotel lima bintang sekitar tahun 2009.", "Pertemuan dalam keadaan kasual dengan kehadiran lima atau tujuh pegawai Ambank dan TIA pada 2009 dibuat tanpa pengenalan terperinci sebaliknya tidak rasmi.", "Malah Jho Low lebih banyak mendengar dari bercakap pada hari itu.", "Ketika sesi itu saksi telah diperkenalkan kepada Jho Low oleh Pengarah Perhubungan Ambank ketika itu, Chan Wang Seong.", "Kemudiannya peguambela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bertanya siapakah membayar bil dan Tuck Cheong mendakwa dirinya tidak ingat siapa namun mendakwa bukan dirinya.", "“Boleh jadi pegawai bank dan sebelah pihak lagi (TIA) tetapi memang bukan saya yang bayar,” ujar saksi berkenaan.", "Muhammad Shafee juga bertanya jika dalam pertemuan itu ada perbincangan pengeluaran Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) bernilai RM5 bilion oleh TIA, saksi berkata, mereka tidak membincangkan urusan perniagaan yang serius.", "“Tidak ada perbincangan secara serius pada hari itu,” katanya pada prosiding 1MDB membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah di sini hari ini.", "Dalam pada itu, Muhammad Shafee juga bertanya jika saksi tahu Jho Low adalah Penasihat TIA namun kata Tuck Cheong, namanya pernah beberapa ditimbulkan namun ia bukan satu kenyataan.", "Prosiding akan bersambung esok.", "Untuk makluman, TIA ditubuhkan pada Februari 2009 dan dimiliki Syarikat Menteri Besar Terengganu Diperbadankan dengan Sultan Terengganu yang kemudiannya menjadi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin.", "Selepas itu TIA dipindahkan kepada kerajaan Persekutuan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) pada September tahun yang sama dan dinamakan semula sebagai 1MDB.", "Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan  berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.", "Najib berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.", "Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. ", "Ketika ini, Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah menyeweleng dana SRC International berjumlah RM42 juta dan hadir prosiding dari Penjara Kajang. -MalaysiaGazette ", " " ]
https://malaysiagazette.com/2019/05/09/soalan-bertubi-tubi-saksi-tenang-najib-tumpu-kepada-telefon-bimbit/
Soalan bertubi-tubi, saksi tenang, Najib tumpu kepada telefon bimbit
[ "KUALA LUMPUR – Saksi ke-31, Penolong Pengurus Maybank KL, Halijah Abdul Wahab tenang menjawab setiap soalan Tan Sri Muhamad Shafee Abdullah yang bertubi-tubi tentang dua syarikat berkaitan penyewelengan dana SRC RM42 juta.", "Manakala bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula kelihatan lebih banyak menumpukan perhatian beliau kepada telefon bimbitnya selain cuba berswafoto semasa  prosiding berlangsung.", "Turut muncul di bilik bicara, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bagi memberi sokongan kepada Najib.", "Prosiding tertumpu kepada Halija yang diminta oleh Muhammad Shafee supaya memberi kepastian tentang penandatangan cek-cek dua syarikat ketika melakukan pemindahan wang ke SRC International dari Maybank.", "Muhamad Shafee juga bertanyakan kepastian meminta saksi mengesahkan penandatangan Putra Perdana Construction (PPC) yang terdiri daripada Datuk Rosman Abdullah dan Jerome Lee Tak Loong.", "Halijah mengesahkan bahawa Rosman adalah penandatangan untuk PPC sejak 2012, manakala Lee menjadi penanda tangan pada 2014.", "Saksi juga mengesahkan bahawa mereka adalah penandatangan surat arahan pemindahan dana Putra Perdana Construction.", "Di samping itu, Halijah mengesahkan bahawa Rosman dan Tak Loong juga adalah Pengarah Permai Binaraya pada tahun 2014.", "Halijah juga ketika di soal Muhamad Shafee mengesahkan nama asal syarikat PPC adalah Kamunting Construction Sdn Bhd dan kini ia dikenali pula dengan nama Orangbeam Construction Sdn Bhd. –MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/03/14/kes-bunuh-bangsar-pegawai-polis-tular-di-lokasi-kejadian-tidak-bertugas/
Kes bunuh Bangsar: Pegawai polis tular di lokasi kejadian tidak bertugas
[ "KUALA LUMPUR – Seorang pegawai polis yang didakwa berada di sekitar lokasi kes bunuh di Jalan Telawi 2, Bangsar semalam selepas video kejadian gaduh di kawasan itu tular, disahkan berada di luar waktu bertugas ketika itu.", "Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Anuar Omar berkata, inspektor berusia 27 tahun yang merupakan pegawai penyiasat jenayah Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor itu mengaku berada di lokasi kejadian, namun dia tidak membawa sebarang senjata api bersamanya kerana tidak bekerja, dan dalam kelepasan tugas.", "“Hasil temu bual, pegawai itu memaklumkan dia telah pergi ke Bangsar bersama rakannya untuk makan malam dari rumahnya di Subang Jaya. Semasa kejadian, dia bersama kawannya dalam perjalanan untuk mengambil kereta yang diletakkan berhampiran kawasan itu.", "“Semasa hendak membuat laporan berhubung kejadian itu, dia mendapati kenderaan polis telah sampai di tempat kejadian, dan dia terus pulang ke rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Anuar berkata, video tular itu turut dirakam oleh rakan kepada pegawai polis berkenaan.", "Terdahulu, media melaporkan seorang individu dipercayai anggota polis yang dirakam dalam video tular itu didakwa hanya melihat tanpa melaporkan satu kejadian pergaduhan yang berlaku kira-kira pukul 1.00 pagi yang mengakibatkan seorang maut manakala seorang lagi cedera parah.", "Seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun ditahan di Selayang Batu Caves hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan dan polis masih mengesan beberapa suspek yang telah dikenal pasti. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2018/06/20/mayat-tentera-as-terlibat-perang-korea-dikembalikan/
Mayat tentera AS terlibat Perang Korea dikembalikan
[ "WASHINGTON – Korea Utara boleh memulakan proses penyerahan mayat tentera, termasuk rakyat Amerika Syarikat yang hilang semasa Perang Korea dalam beberapa hari mendatang.", "Dua sumber pegawai Amerika Syarikat berkata, Korea Utara akan menyerahkan mayat-mayat itu kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Korea Selatan dan kemudiannya akan dipindahkan ke Pangkalan Tentera Udara Hickam di Hawaii.", "Seorang pegawai berkata, “jumlah yang besar” mayat dijangka diserahkan.", "Namun beliau enggan mendedahkan jumlahnya memandangkan ketidakpastian pemimpin Korea, Utara Kim Jong Un.", "Ia boleh mengambil masa berbulan atau bahkan bertahun-tahun sebelum mayat-mayat berkenaan dikenal pasti.", "Penghantaran semula mayat-mayat tentera itu hasil pertemuan Presiden Donal Trump dan Jong-un di Singapura minggu lalu.", "“(Keluarga) mahu jenazah bapa-bapa dan ibu-ibu serta semua orang yang terlibat dalam perang yang sangat kejam itu. Dan, Kim bersetuju,” kata Trump.", "Kira-kira 7,700 anggota tentera Amerika Syarikat terlibat dalam Perang Korea 1950-1953, menurut data tentera Amerika Syarikat.", "Pentagon berkata, sejumlah 200 pasukan tentera Amerika Syarikat terlibat dalam perang itu dengan 36,500 dilaporkan maut.", "Kali terakhir mayat-mayat tentera Amerika Syarikat dikembalikan pada tahun 2007, ketika Gabenor New Mexico, Bill Richardson mengunjungi Pyongyang. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/04/21/pendaftaran-vaksinasi-covid-19-di-johor-meningkat/
Pendaftaran vaksinasi Covid-19 di Johor meningkat
[ "JOHOR BAHRU – Program pendaftaran vaksinasi Covid-19 di Johor menunjukkan peningkatan dan mencapai hampir 50 peratus." ]
https://malaysiagazette.com/2019/04/01/tok-mat-hasan-kitar-semula-barang-kempen/
Tok Mat Hasan kitar semula barang kempen
[ "PRK RANTAU – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menguasai perang poster di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.", "Masuk hari ketiga kempen, sepanjang jalan ke Pekan Rantau rata-ratanya dipenuhi dengan muka Mohamad atau lebih sinonim dengan panggilan Tok Mat.", "Dari gegantung kecil sehinggalah papan iklan semuanya dikuasai oleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan.", "Menurut Mohamad, beliau melakukan kitar semula barangan kempen yang telah diperuntukkan kepadanya pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), Mei lalu.", "“Tidak banyak belanja pun sebab barang lama masa kempen PRU14 tidak terpakai.", "“Sebenarnya saya guna balik barang kempen masa PRU14 hari tu. Sebab tak sempat guna, semua yang tersimpan jadi saya pakailah balik,” katanya dalam sidang media di Pusat Gerakan Utama (BGU) BN, hari ini.", "Pada PRU14 lalu, Mohamad menang tanpa bertanding apabila Dr Streram tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon kerana tidak memiliki pas dikeluarkan oleh SPR.", "Bagaimanapun, kempen bagi calon Pakatan Harapan (PH), Dr S. Streram dilihat hambar kerana tidak memaparkan langsung wajah pakar bius itu.", "Tinjauan MalaysiaGazette mendapati Dr Streram tidak dipaparkan di mana papan iklan dan hanya beberapa gegantung di Pekan Rantau.", "Gegantung yang memaparkan tulisan ‘Doktor Seri, Doktor Rakyat’ mula dipasang di sekitar Jalan Pekan Rantau.", "Semalam, Dr Streram berkata beliau menyedari hakikat itu dan menjelaskan jentera Pakatan Harapan (PH) yang ditugaskan sedang berusaha ke arah itu.", "“Mereka semua sedar dan sedang menguruskannya ke arah itu.", "“Saya perasaan poster wajah saya tak banyak berbanding Tok Mat.", "“Mungkin hari-hari akan datang akan ada banyak poster yang mempamerkan wajah saya nanti dan saya tak bimbang dengan perang poster sekarang.", "“Kita akan melaksanakan apa yang perlu untuk PRK kali ini,” katanya semalam. -MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/10/08/pertimbang-insentif-untuk-modal-teroka-abdul-wahid/
Pertimbang insentif untuk modal teroka – Abdul Wahid
[ "KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Berhad (PNB) berharap kerajaan bersedia menimbangkan insentif bagi mempromosi modal teroka dalam Bajet 2018 untuk mengalakkan keusahawanan.", "Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, modal swasta dan modal teroka sentiasa mendapat permintaan khususnya untuk syarikat-syarikat baharu.", "“Berdasarkan penglibatan PNB dengan industri-industri, kami mendapati pembiayaan atau modal yang diperlukan oleh usahawan-usahawan untuk memulakan atau melebarkan sesuatu projek tidak mencukupi.", "“Contohnya, aplikasi Grab yang mendapat pembiayaan dari peringkat awal lagi terpaksa berhijrah ke Singapura kerana tidak ada firma modal teroka yang mahu membiayai sejumlah pelaburan bagi membangunkan perniagaannya,” kata Abdul Wahid.", "Lantaran itu, katanya, kerajaan perlu membina ekosistem modal teroka supaya dapat menjana pembiayaan bagi perniagaan baharu bermula dari RM10 juta hingga RM50 juta.", "Katanya, pembiayaan modal teroka biasanya dibuat secara berperingkat-peringkat, bermula apabila syarikat terbabit sudah mula menjana pendapatan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/02/02/ben-nathan-mungkin-boleh-menyanyi-di-hard-rock-cafe/
Ben Nathan mungkin boleh menyanyi di Hard Rock Cafe
[ "KUALA LUMPUR – Derita penyanyi Stanza Sepi Sekeping Hati, Ben Nathan yang mengundang rasa prihatin peminatnya selepas tersebar video mengenainya mungkin berakhir tidak lama lagi.", "Penyanyi era 1980-an itu akan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur kira-kira 12.30 tengahari tadi bagi membolehkan rawatan dilakukan dengan inisiatif rakan artisnya, Datuk DJ Dave.", "Dave yang juga Presiden Yayasan Artis 1Malaysia memberitahu, Ben akan dirawat dan dipantau selama seminggu di HKL.", "Menurutnya, pada mulanya Ben menolak kerana melihat ada anggota polis menyertainya namun akur dengan pujukannya bersama adiknya, Shanti selama setengah jam dalam satu pertemuan di Brickfields hari ini.", "“Kita bukan hendak menangkap Ben, tapi mahu mengikut produser ditetapkan (diiringi polis dan rawatan hospital),” katanya.", "Difahamkan, Ben atau namanya Islamnya Ben Adam Patmanathan Abdullah itu mengalami masalah gangguan dan lemah semangat sejak sembilan tahun lalu dan sejak itu kelihatan merayau walaupun tidak menganggu orang.", "“Kita serahkan kes Ben ini kepada JKM dan agensi berkaitan. Ben mungkin ditempatkan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur selepas menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya.", "Dave seterusnya menasihati peminat tidak menyalahkan keluarga Ben kerana mereka sentiasa memantau keadaannya tetapi Ben sering mengelak untuk pulang ke rumah.", "Dave juga merancang untuk menyediakan platform kepada Ben membuat persembahan dan memberinya peluang kembali ke dunia hiburan tanahair.", "“Saya ada berbincang dengan Tan Sri Jojo (Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir) dan beliau juga peminat lagu-lagu Ben.", "“Mungkin selepas ini, Ben boleh buat persembahan di MATIC atau di Hard Rock Cafe (milik Tan Sri Jojo),” kata Dave.", "Sementara itu, Ben juga mengakui dia masih mampu menyanyi dan mengubah lagu kepada Dave pada pertemuan yang sama.", "Malah beliau sempat mengimbas membuat persembahan bersama Dave dalam satu majlis sekitar 1980-an.-MalaysiaGazette", "Sepi sekeping hati milik Ben Nathan" ]
https://malaysiagazette.com/2021/10/14/bunuh-ibu-bapa-penganggur-diperintah-jalani-ujian-mental-sebulan/
Bunuh ibu bapa: Penganggur diperintah jalani ujian mental sebulan
[ "LIPIS – Tanpa sebarang pengakuan, seorang penganggur hanya mengangguk faham sebaik sahaja pertuduhan membunuh ibu dan bapa kandungnya dibaca di hadapan Majistret Siti Aisyah Ahmad.", "Dia yang dihadapkan di Mahkamah Majistret Lipis hari ini berhadapan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan melakukan jenayah tersebut di Kampung Kemahang 4 Oktober lalu.", "Mengikut pertuduhan pertama pada tarikh tersebut antara jam 11 malam hingga 12 malam tertuduh, Ahmad Hafizuddin Mohammad, 31, telah membunuh Mohamad Maasai, 68, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kemahang, Benta di sini.", "Bagi pertuduhan kedua pula pada tarikh yang sama antara jam 11 malam hingga 12 malam, tertuduh didakwa membunuh Zailan Zainudin, 64, di lokasi yang sama.", "Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.", "Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Muhairi Mohamad Noh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.", "Terdahulu Muhammad Muhairi meminta tertuduh dirujuk ke hospital psiakiatri bagi menjalani ujian mental dan memohon mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh.", "Siti Aisyah kemudiannya memerintahkan tertuduh dibawa menjalani pemeriksaan di Hospital Permai, Johor Bharu selama sebulan mengikut Seksyen 342 (5) Kanun Tatatacara Jenayah.", "Mahkamah kemudian menetapkan 11 November depan bagi sebutan semula kes.", "Media baru-baru ini melaporkan tertuduh menetak kedua ibu bapanya bertubi-tubi serta mengelar leher mangsa menggunakan sebilah parang di sebuah rumah di Kampung Kemahang di Benta.", "Difahamkan tertuduh yang memiliki kelulusan diploma kejuruteraan mekanikal pernah bekerja di Genting Highlands sebelum berhenti akibat penularan wabak Covid-19.", "Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, semasa kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu pasangan suami isteri berkenaan sedang berbual dengan suspek di dalam rumah mengenai ilmu ketuhanan.", "Katanya, ujian saringan terhadap suspek mendapati anak bongsu daripada dua beradik itu positif dadah jenis methamphetamine. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/08/28/pas-tak-layan-pkr/
Pas tak layan PKR
[ "TUMPAT – Pas tidak akan melayan sebarang pujukan daripada PKR untuk berunding dalam soal pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.", "Perkara tersebut ditegaskan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob yang mengulangi pendirian parti itu untuk tidak bekerjasama dengan PKR dalam pilihan raya umum akan datang.", "Beliau berkata, isu kerjasama itu muncul kembali selepas pimpinan PKR mengadakan menziarahi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.", "“Saya juga ziarah orang UMNO dan rakyat saya. Mungkin pilihan raya semakin dekat menyebabkan orang ramai mudah membuat kesimpulan.", "“Sekali saya tegaskan tidak ada kerjasama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Laman Mural Seni Budaya Tumpat di sini hari ini.", "Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah turut menyatakan pendirian sama malah menegaskan, parti itu akan meletakkan calon di seluruh negara termasuk di kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dikuasai oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail.", "Di Kelantan, polemik tersebut telah menyebabkan Ketua Angkatan Muda PKR, Dr. Mohd. Hafidz Rizal Amran dipecat selepas ahli-ahli sayap parti itu hilang kepercayaan terhadap pimpinannya.", "Mohd. Hafidz menyatakan secara terbuka dalam laman facebooknya mengenai kepentingan bekerjasama dengan Pas dan ia mendapat reaksi daripada sekutu mereka, Parti Amanah Negara (PAN).", "Beliau diserang oleh beberapa pemimpin PAN ekoran kenyataan tersebut.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/10/01/tindakan-as-terhadap-fgv-tak-berasas-puteri-umno/
Tindakan AS terhadap FGV tak berasas – Puteri UMNO
[ "KUALA LUMPUR – Tindakan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan untuk menyekat import minyak sawit dan produk berkaitan dari sebuah syarikat Malaysia tidak boleh dipandang ringan.", "Sebaliknya, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menggesa FGV Holdings Berhad anak syarikat milik penuh Felda, perlu mengambil tindakan secara preventif dan dengan kadar segera berhubung kenyataan serta tindakan AS itu.", "Exconya, Nor Hasimah Abu Hassan berkata, UMNO tidak boleh menerima laporan Agensi Perlindungan Kastam dan Sempadan AS (CBP) yang mendakwa FGV telah melakukan tenaga buruh paksa seperti penyeksaan terhadap golongan ditindas, keganasan fizikal dan seksual, melakukan ancaman dan penyimpanan pengenalan diri serta penggunaan buruh paksa kanak-kanak dalam proses pengeluaran minyak sawit syarikat tersebut.", "“Ini tidak berasas sama sekali dan AS perlu menarik balik tuduhan itu,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.", "Semalam, media melaporkan, AS pada Rabu lalu, mengumumkan mengenai sekatan segera terhadap import minyak sawit dan produk berkaitan dari sebuah syarikat Malaysia.", "Negara itu mendakwa, siasatan selama setahun CBP mendedahkan berlakunya penggunaan buruh paksa dalam proses pengeluaran berkenaan.", "Sehubungan itu, CBP dikatakan akan mengeluarkan arahan untuk menahan kemasukan produk sawit dan minyak sawit dari FGV Holding Berhad di pelabuhan mengikut undang-undang persekutuan yang melarang import barangan dihasilkan oleh buruh paksa.", "Menurut Nor Hasimah, Kementerian Sumber Manusia perlu memberikan kenyataan rasmi beserta laporan dari Jabatan Tenaga Kerja dan menjemput wakil dari AS hadir untuk memberikan penjelasan serta bukti atas tuduhan tidak berasas itu.", "Tegas beliau, sekiranya gagal, maka AS perlu menarik balik kenyataan dan larangan import tersebut.", "“Dakwaan ini bukan sahaja menjatuhkan reputasi dan saham milik syarikat, malah secara tidak langsung bakal memberikan implikasi kepada hampir 120,000 peneroka Felda di seluruh negara serta gambaran tidak tepat terhadap imej Malaysia berhubung isu tenaga buruh paksa,” ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/12/26/banjir-lelaki-dilapor-hilang-ditemukan-maut-di-kawasan-timbunan-kayu/
Banjir: Lelaki dilapor hilang ditemukan maut di kawasan timbunan kayu
[ "KUANTAN – Seorang lelaki yang dilapor hilang dalam kejadian banjir di Kampung Tanjung, Karak dekat sini Isnin lepas (20 Disember), ditemukan maut di kawasan timbunan sisa kayu hari ini, kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani.", "Beliau berkata, mayat K. Barathan, 28, ditemukan pada 10.40 pagi oleh orang awam kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi dia dilapor hilang.", "Balai Bomba dan Penyelamat Karak pada Isnin menerima panggilan kecemasan membabitkan seorang lelaki disyaki hilang semasa memindahkan barang ketika banjir, dan laporan polis dibuat oleh bapa mangsa setelah anaknya tidak dapat dihubungi.", "“Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan di Kampung Tanjung, Karak dan sekitar sungai berhampiran, sebelum orang awam berjaya menemukan mangsa hari ini. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2020/10/02/covid-19-angka-jangkitan-dunia-lebih-34-juta/
Covid-19: Angka jangkitan dunia lebih 34 juta
[ "NEW YORK – Kes Covid-19 global melepasi 34 juta, menurut Pusat Sistem Sains dan Kejuruteraan Sistem (CSSE) Johns Hopkins University.", "Jumlah kes global mencecah 34, 092.696 dengan jumlah 1,016.050 kematian di seluruh dunia pada 1:23 p.m. waktu tempatan (1723 GMT).", "Amerika Syarikat melaporkan paling banyak kes dan kematian, masing-masing berjumlah 7,252,701 dan 207,331.", "India mencatatkan 6,312,584 kes, menduduki tempat kedua dalam carta global.", "Manakala Brazil mencatatkan jumlah jangkitan ketiga terbesar di dunia sebanyak 4,810,935 dan jumlah kematian kedua terbesar sebanyak 143,952.", "Negara-negara dengan lebih dari 750,000 kes termasuk Rusia, Colombia, Peru, Sepanyol dan Argentina.", "Sementara negara-negara lain dengan lebih dari 35,000 kematian termasuk India, Mexico, Britain dan Itali, menurut pusat itu. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/06/04/src-international-masih-lagi-tidak-ada-bukti-rm42-juta-itu-dana-kwap/
SRC International: Masih lagi tidak ada bukti RM42 juta itu dana KWAP
[ "KUALA LUMPUR – Pasukan pendakwaan masih lagi tidak dapat membuktikan wang RM42 juta yang masuk ke dalam akauan peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya berasal dari pinjaman Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).", "Itu antara hujahan oleh peguam bela, Farhan Read ketika penggulungan akhir pembelaan kes SRC International Sbd Bhd melibatkan penyewelengan dana syarikat itu sebanyak RM42 juta oleh Najib ketika masih lagi menjawat jawatan Perdana Menteri.", "RM42 juta telah dipindah masuk ke dalam akaun peribadi Najib antara 24 Disember sehingga 6 Februari 2016 namun sehingga kini tidak dapat dibuktikan ‘sumbernya’.", "Kata Farhan, pendakwaan hanya sekadar mendakwa dana yang dipindah masuk ke akaun peribadi itu berasal dari pinjaman KWAP kepada SRC.", "Namun pada masa sama, ianya kelihatan bercanggah dengan keterangan saksi pendakwaan iaitu pegawai penyiasat kes berprofil tinggi ini, Rosli Hussain ketika perbicaraan ini.", "“Ada bukti yang cukup jelas dengan keterangan oleh pegawai penyiasat SPRM, Rosli Hussain bahawa RM42 juta bukan dari pinjaman KWAP.", "“Justeru itu, tidak ada sebarang kaitan dengan keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat kabinet berhubung pinjaman KWAP dengan RM42 juta itu, saksi sendiri yang beri keterangan itu sebelum ini.", "“Ingin sekali kami tegaskan di sini punca sebenar atau kemungkinan bagi transaksi RM42 juta itu tidak dibuktikan,” hujahnya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.", "Malah kata Farhan lagi, tidak ada bukti yang jelas menuduh Ahli Parlimen Pekan itu adalah ‘pengarah bayangan’ SRC International mahupun atas apa jenis kapasiti sekalipun bagi memungkinkan wang sebanyak RM42 juta masuk ke dalam akaun peribadinya.", "Jelas Farhan lagi, sememangnya Najib percaya wang yang ada dalam akaun peribadinya yang di belanjakan rata-rata untuk kerja-kerja CSR itu adalah wang derma kerajaan Arab Saudi bernilai RM2.6 bilion.", "Hari ini genap setahun dua bulan sejak kes SRC International di bicarakan dan jangkaan pasukan pendakwaan dan pembelaan akan mengakhiri hujan lisan akhir sebelum ianya di teliti oleh Mohd Nazlan selepas ini.", "Najib ynag merupakan Perdana Menteri ke-6 antara April 2009 sehingga Mei 2018 merupakan pemimpin jawatan nombor 1 negara yang dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan salah guna kuasa serta rasuah.", "Beliau ketika iniberdepan tiga tuduhan pecah amanah (CBT) dan satu tuduhan salah guna kuasa berkaitan dana SRC berjumlah RM42 juta dan dituduh melakukan kesalahan itu antara 17 Ogos 2011 dan 10 Feb 2015.", "Prosiding bersambung ketika ini dengan pasukan bela terus menyambung hujah akhir bela. –MalaysiaGazette", "Kenapa Najib perlu buat laporan polis jika tiada ada unsur penyewelengan?", "" ]
https://malaysiagazette.com/2017/08/04/toyota-bakal-bina-kilang-dengan-pesaing/
Toyota bakal bina kilang dengan pesaing
[ "WASHINGTON/DETROIT – Toyota Motor Corp. dan pesaingnya, Mazda Motor Corp.dijangka mengumumkan pelan untuk membina sebuah kilang pemasangan bernilai AS$1.6 bilion sebagai salah satu cara usahasama.", "Menurut sumber yang yang diberi taklimat berhubung perkara itu, kilang berkenaan mampu mengeluarkan 300,000 kereta setahun dengan pengeluaran dibahagikan kepada dua syarikat dan bakal menggaji 4,000 pekerja apabila dibuka pada 2021.", "Kilang tersebut pastinya menggembirakan Presiden Donald Trump yang berjanji untuk meningkatkan pengeluaran serta menambah peluang pekerjaan kepada syarikat-syarikat pengeluar kenderaan Amerika Syarikat.", "Menurut sumber berkenaan, lokasi kilang tersebut masih belum ditentukan tetapi ia dijangka digunakan untuk pembinaan kereta Toyota Corolla dan kenderaan utiliti crossover Mazda.", "Laporan Nikkei semalam menyebut, Toyota akan mengambil kira-kira lima peratus kepentingan dalam Mazda Motor Corp. untuk membangunkan teknologi kenderaan elektrik utama dan bersama-sama membina sebuah kilang di Amerika Syarikat.", "Dalam kenyataannya hari ini, Toyota berkata, kedua-dua syarikat sedang meneroka pelbagai perkara berhubung kerjasama di antara mereka di bawah perjanjian yang telah dimeterai pada Mei 2015.", "“Kami berhasrat untuk menghantar kertas cadangan kepada ahli-ahli lembaga pengarah hari ini berhubung kerjasama dengan Mazda bagaimanapun kami tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut buat masa ini,” katanya dalam satu kenyataan berhubung operasi di Amerika Syarikat.", "Manakala Mazda dalam kenyataannya pula berkata “masih tiada apa yang telah diputuskan lagi” sambil menambah “syarikat akan mengadakan mesyuarat ahli lembaga pengarah hari ini”. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/08/28/aaron-wooi-yik-juara-dunia/
Aaron, Wooi Yik juara dunia
[ "KUALA LUMPUR – Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bergelar juara dunia selepas menumpaskan wakil Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan pada aksi final Kejohanan Badminton Dunia di Jepun, sebentar tadi.", "Malaysia akhirnya memiliki juara dunia pertama dalam sukan badminton selepas 45 tahun menanti dan sembilan kali mencuba.", "Pada aksi final berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium hari ini, Aaron dan Wooi Yik menampilkan permainan hebat untuk menewaskan  bekas juara dunia tiga kali dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-14 dalam tempoh 40 minit.", "Berita menyusul lagi" ]
https://malaysiagazette.com/2022/01/01/pahang-urus-banjir-dengan-baik-pm/
Pahang urus banjir dengan baik – PM
[ "TEMERLOH – Pahang merupakan antara negeri yang menguruskan bencana banjir dengan baik berikutan persediaan awal yang dilakukan.", "Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, persediaan awal itu membolehkan negeri itu menangani banjir di 10 daerah dengan sistematik dan berkesan.", "“Tahniah kepada Menteri Besar Pahang, Setiausaha kerajaan Negeri Pahang, dan semua pegawaia daerah berjaya mengurusakan banjir dengan sempurna.", "“Tahniah juga kepada semua Ahli Parlimen yang berada bersama rakyat ketika musim banjir melanda di kawasan masing-masing katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Misi Bantuan Keluarga Malaysia di Dewan MTP, Datuk Bahaman Lanchang, Temerloh hari ini.", "Pada majlis tersebut seramai 568 mangsa banjir di kawasan Parlimen Temerloh menerima bantuan dan kelengkapan asas.", "Menurut Ismail Sabri, sebanyak RM1.4 billion telah dibelanjakan bagi menguruskan belanja melibatkan pengurusan banjir yang melanda di lapan buah negeri.", "Tambah beliau, di bawah Agensi Pengurusan Bantuan Bencana (NADMA), kerajaan persekutuan membuat penyelarasan dengan peringkat pengurusan melibatkan negeri.", "Pada majlis tersebut, Ismail Sabri yang merupakan Ahli Parlimen Bera mengumumkan peruntukan RM100 juta untuk pembinaan loji baru Mempatih di Lanchang bagi menyelesaikan masalah air di kawasan tersebut.", "Sementara itu, Perdana Menteri berkata, inisiatif bantuan wang ehsan banjir kini boleh diperoleh dalam tempoh 10 hari selepas banjir melanda berbanding enam bulan sebelum ini.", "“Tak pernah berlaku dalam sejarah, secepat dan segera kali ini, bantuan banjir diterima oleh mangsa banjir pada tahun 2021.", "“Kita nak pastikan kalau boleh mangsa banjir dapat ketika berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sebelum balik ke rumah  masing-masing,” ujarnya.", "Sebanyak RM20.65 juta yang diperuntukan Kerajaan Persekutuan telah diagihkan kepada Pahang.", "Di Pahang, sebanyak 40 peratus daripada 80,000 mangsa banjir telah menerima bantuan wang ehsan banjir dan selebihnya dijadualkan menerima esok. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/03/20/guan-eng-ahli-politik-jalanan-mahdzir/
Guan Eng ahli politik jalanan – Mahdzir
[ "PUTRAJAYA – Ketua Menteri Pulau Pinang yang menyebarkan politik kebencian dalam kalangan pelajar menerusi lagu anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) baru-baru ini disifatkan sebagai ahli politik jalanan, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.", "Katanya, tindakan Guan Eng memperdendangkn lagu anti GST kepada pelajar sekolah tidak menggambarkan dirinya sebagai Ketua Menteri.", "“Jika beliau ahli politik jalanan, tidak mengapalah. Ini beliau berjawatan ketua menteri di sebuah negeri, mana boleh (berkelakuan) begitu.", "“Perangai beliau ini sama macam ahli politik jalanan juga,” katanya kepada pemberita ketika sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 kementeriannya.", "Mahdzir berkata demikian ketika mengulas rakaman video dimuat naik di Facebook milik sebuah akhbar berbahasa Cina yang memperlihatkan Setiausaha Agung DAP itu mengajar rentak lagu mengenai GST pada malis pelancaran Tuisyen Rakyat Pulau Pinang beberapa hari lalu.", "Video berdurasi 32 saat yang tular sejak hujung minggu lalu itu memaparkan seolah-olah GST memberi kesan buruk kepada rakyat.", "“Semua perkara hendak dipolitikkan dan kemudian mengambil kesempatan pada program seperti di pusat tuisyen ini untuk membenci orang lain.", "“Dalam negara majmuk seperti Malaysia, kita mesti berpolitik yang membawa kepada perpaduan, bukan politik kebencian,” ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/07/08/ada-tiga-hari-untuk-keluarkan-mangsa-terperangkap-gua/
Ada tiga hari untuk keluarkan mangsa terperangkap gua
[ "BANGKOK – Kumpulan penyelamat mempunyai mempunyai sekurang-kurangnya tiga hari lagi untuk mengeluarkan kesemua 13 orang yang terperangkap dalam Gua Tham Luang sejak dua minggu lagi.", "Ketua pasukan penyelamat, Narongsak Osottanakorn berkata, situasi sekarang adalah terbaik.", "Bagaimanapun, pihaknya masih bimbang jika hujan monson turun akan menyukarkan lagi usaha menyelamat.", "Seramai 12 orang pelajar dan seorang jurulatih bola sepak terperangkap dalam gua berkenaan sejak 23 Jun lalu.", "Buat masa sekarang, pasukan penyelam berada di tempat kejadian untuk membekalkan makanan, oksigen dan bantuan perubatan.", "Usaha menyelamatkan 13 mangsa itu disertai oleh pasukan antarabangsa.", "“Sekarang dan dalam tempoh tiga hingga empat hari hari keadaan sangat terbaik (untuk menyelamat) mengambil kira cuaca dan kesihatan mereka yang terperangkap,” kata Gabenor Chiang Rai itu.", "Nemun, hujan lebat berlaku malam tadi dan setakat ini tidak jelas sama ada ia telah menjejaskan pelan asal. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/05/31/azmin-jelaskan-secara-live-rasional-lulus-operasi-setiap-industri-kilang-asyraf/
Azmin, jelaskan secara live rasional lulus operasi setiap industri kilang – Asyraf
[ "KUALA LUMPUR – Warga maya rata-rata mempertikaikan keputusan kerajaan membenarkan banyak kilang beroperasi semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang bermula esok selama 14 hari.", "Lantaran itu, Ketua Pemuda UMNO mencadangkan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tampil secara live dalam sidang media untuk menjelaskan rasional kelulusan setiap industri kilang yang atas nama perkhidmatan penting.", "Datuk Seri Asyraf Wajdi Dasuki berkata, antara yang beliau kurang faham kilang elektrik dan elektronik turut dibenarkan beroperasi atas nama keperluan.", "Susulan posting tersebut di Facebooknya, kira-kira 3.1 komen dibuat.", "Rata-rata warga maya setuju dengan saranan yang dibuat oleh Asyraf.", "Pemilik akaun Rudy Wan Rahman berkata, sampai bila kes nak turun jika cara lockdown dengan cara macam ini.", "”alik-alik rakyat juga disalahkan tak patuh SOP katanyee..,” ujar beliau.", "Didi pula menambah: ” Azmin Ali dan MITI ni mereka x pedulikan apa yg Dr suarakan sbb mereka pilih kuasa kroni2 mereka atas kepentingan peribadi… Klu betul mereka peduli perkara macam ni tak berlaku.,” katanya.", "Menurut Fika Afizan: “Lockdown pebenda..baik xyah lockdown..banyak lagi kilang2 buka..baik buat pkp,pkpp,pkpb pkabcdefg smpai la keseterusnya..klu mcm ni xde gaya nmpk penurunan”.", "Mickey Laymon turut bertanya: “Dato, 17sektor masih boleh dibuka. Adakah ni dipanggil “total lockdown” Tanya je”.", "”Kkami setuju dgn lockdown ni dato,tapi biar adil..mcm kami ni hanya berkerja sendiri hanya tukang kampung,,semua syarikat pembinaan yg besar dibenarkan beroperasi atas kebenaran kementerian dan cidb,,jadi yg mcm kami ni..tang mana kementerian kami nak mohon…dulu melalui Pdrm..alhamduliah..tapi sekarang tak boleh..jadi ibarat menutup periuk nasi kami dato..dan kami redho,” kata pemilik akaun Pak Chu.", "Menjawab komen-komen netizen, Asyraf berkata,\nkebimbangan rakyat ini ada asasnya kerana ramai yang berkongsi senario di kilang masing-masing, apabila ada kes Covid-19, hanya satu-satu seksyen sahaja yang ditutup bukan seluruh kilang.", "Risikonya, kebanyakan pekerja kilang tinggal dalam komuniti yang sama, di flat-flat dan penempatan dengan orang awam yang lain.", "Mereka juga membeli belah di Giant, kedai runcit yang sama.", "”Apakah jaminan infeksi virus tidak menular?\nData dan sains menunjukkan lebih 50% punca penularan virus daripada kilang-kilang..,” ujar beliau. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/02/23/dua-produk-rumusan-bayi-dari-as-dikesan-ada-bakteria/
Dua produk rumusan bayi dari AS dikesan ada bakteria
[ "KUALA LUMPUR – Dua produk rumusan bayi keluaran Abbott Nutrition’s Sturgis dari Amerika Syarikat (AS) dikesan mengandungi bakteria Cronobacter Sakazakii dan Salmonella Newport.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum laporan oleh pihak Berkuasa Dadah dan Makanan, AS (USFDA) mengenai isu penemuan bakteria berkenaan dalam rumusan bayi keluaran syarikat itu.", "Menurut beliau, hasil siasatan KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mendapati hanya dua produk rumusan bayi yang terlibat iaitu Alimentum (400 gram) dan Human Milk Fortifier (0.9gx50 sachets).", "Katanya, produk itu dikesan dengan nombor batch yang dimulai dengan digit 22 hingga 37 pada kod bar di bekas bernombor K8, SH atau Z2 serta mempunyai tarikh luput 1 April 2022 dan seterusnya.", "“KKM juga telah mengenakan tindakan penolakan (auto-rejection) di semua pintu masuk negara ke atas produk terlibat.", "“Selain itu, KKM juga telah menghubungi pihak syarikat Abbott Laboratories (M) Sdn. Bhd. dan mengesahkan bahawa pihak syarikat telah membuat penarikan balik (recall) produk terlibat yang berada di pasaran tempatan secara sukarela serta mengambil tindakan proaktif dengan menghubungi peruncit, pengedar dan insitusi yang membeli produk berkenaan agar menghentikan penjualan produk itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Justeru, Dr. Noor Hisham meminta semua peniaga termasuk peniaga atas talian yang masih mempunyai stok produk berkenaan hendaklah menghentikan serta-merta penjualan dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.", "Tambahnya,ibu bapa dan penjaga pula dinasihatkan untuk mengenal pasti batch kod rumusan bayi berkenaan serta berhenti menggunakan produk yang terlibat dan memantau kesihatan bayi serta segera mendapatkan rawatan sekiranya bayi mempunyai gejala selepas meminum rumusan susu bayi tersebut.", "Jelasnya lagi, bakteria Cronobacter Sakazakii terdapat secara meluas di persekitaran dan boleh hidup pada keadaan kering seperti di dalam rumusan bayi.", "“Jangkitan Cronobacter boleh menyebabkan meningitis atau sepsis, bagaimanapun ia jarang berlaku dan gejala yang ditunjukkan oleh bayi adalah seperti demam, tiada selera makan atau kelesuan,” ujarnya.", "Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham berkata, KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.", "Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/07/27/kerjasama-bank-muamalat-lppsa-untuk-pinjaman-penjawat-awam-beli-rumah/
Kerjasama Bank Muamalat, LPPSA untuk pinjaman penjawat awam beli rumah
[ "PUTRAJAYA – Bank Muamalat Malaysia Berbad (BMMB) menyasarkan nilai pembiayaan sehingga RM300 juta menerusi kerjasama yang dijalinkan bersama Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) hari ini. ", "Presiden dan ketua pegawai eksekutif bank berkenaan, Khairul Kamarudin berkata, melalui kerjasama tersebut pihaknya turut menawarkan margin pembiayaan istimewa sehingga 90 peratus kepada bakal pembeli rumah dalam kalangan penjawat awam. ", "“Di samping itu kos berkaitan seperti Takaful Gadaijanji (MRTT), yuran guaman dan Takaful Pemilik Rumah Jangka Panjang (LIHT) boleh dibiayaai melalui pembiayaan perumahan Bank Muamalat.", "“Inisiatif in penting kerana masih ramai penjawat awam yang belum memiliki kediaman sendiri,” katanya ketika menyampaikan ucapan ketika majlis pemeteraian  Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Bank Muamalat dengan LPPSA. ", "Turut hadir Ketua Pegawai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), Mohd Farid Nawawi.", "Jelas beliau, kerjasama yang menjadikan kedua-dua pihak tersebut sebagai pemegang Gadaian Kedua,  selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan setiap kakitangan sektor awam dapat memiliki  kediaman sendiri.", "“Melalui pembiayaan perumahan Gadaian Kedua ini, pihak bank akan menyediakan pembiayaan perumahan tambahan untuk pembelian rumah idaman bagi melengkapkan pembiayaan perumahan yang telah diluluskan oleh LPPSA,” katanya lagi. ", "Beliau berkata, antara yang layak untuk membuat permohonan pinjaman ini adalah kakitangan awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun dan telah disahkan dalam jawatan.", "“Kini, penjawat awam berkelayakan bersama pasangan atau anak mereka yang bukan penjawat awam boleh memiliki rumah idaman yang lebih bear dan selesa dengan mudah melalui pembiayaan perumahan “Gadaian Kedua” Bank Muamalat,” tambah beliau.", "Justeru, Khairul berharap agar kerjasama kedua-dua pihak ini akan memudahkan  urusan pembelian hartanah golongan kakitangan awam. ", "Sementara itu, Mohd Farid berkata, MoU yang dimeterai pada hari ini akan memastikan hasrat kerajaan agar penjawat awam memiliki rumah masing-masing dapat tercapai. ", "Terdahulu, MoU berkenaan ditandatangani oleh Ketua Pegawai Operasi LPPSA, Zuwardi Zubir dan Pengarah Perbankan Runcit Bank Muamalat, Zury Rahumee Zainal Abiden dan disaksikan oleh Khairul dan Mohd Farid.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/06/27/apabila-pmx-bergurau-minta-nombor-telefon/
Apabila PMX bergurau minta nombor telefon
[ "BILA Bawah Kolong (BK) secara bergurau menyindir kesungguhan ‘musuh-musuh’ Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendesak PMX ini mohon maaf kerana ‘minta’ nombor telefon seorang budak perempuan, ramai yang marah.", "Dalam sindiran itu, BK nyatakan ada seorang pemimpin, suatu ketika dulu pernah juga minta (bukan bergurau ya) nombor telefon budak perempuan tapi tak dijadikan isu pun.", "Dalam marah-marah itu, mereka tanya kepada BK, siapakah gerangan orang yang dimaksudkan itu? BK kata, orang itu miliki sebutan nama yang sama dengan PMX, cuma ejaannya sedikit berbeza.", "Orang itu, kata BK, di zaman dewasa dan kegemilangannya, bukan setakat minta nombor telefon budak perempuan malah teman wanita kawan dia, isteri orang pun dia nak tackle apatah lagi janda. Memang mainan dialah perempuan-perempuan ni.", "Apa pun, itu cerita zaman dulu, zaman nakal-nakal dia. Tiap orang yang berada di alam dewasa semuanya akan laluan ujian itu. Cuma, mujurnya pemimpin ini tidak bawa perangai nakal tu apabila dah masuk alam warga emas.", "Okey, berbalik kepada tindakan PMX minta nombor telefon budak perempuan yang juga pelajar pada program dihadirinya di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai baru-baru ini.", "Pada BK, itu hanya sekadar gurauan seorang bapa dengan anak dan gurauan seorang tua kepada seorang anak muda. Cara gurauan itu pun bukan hadir dengan nafsu terhadap budak belasan tahun.", "PMX pun sedar diri dia siapa nak mengorat budak-budak hingusan dan dia bergurau pun di depan khalayak, depan barisan pengurusan USIM, depan pimpinan parti dan NGO serta depan ribuan pelajar lain.", "Bukan dia minta nombor telefon tu secara berbisik atau secara pertemuan sulit pun. Dia hanya berjenaka untuk ceriakan suasana ketika tu. Itu pun nak dijadikan isu?", "Tapi tak mustahil benda kecil jadi besar sebab dalam kes ini, yang lantang menegur PMX ialah musuh politiknya.", "Biasalah, musuh politik. Benda sebesar busut boleh direka jadi sebesar gunung Kilimanjaro. Mereka hari-hari intai, perhati dan mahu dengar yang buruk-buruk sahaja pasal PMX.", "Macam harimau nak terkam mangsa, duduk menyorok di balik semak atau pokok, bila keadaan mengizinkan terus terkam.", "Begitulah sifat musuh. Yang buruk itulah yang dicari dan ditunggu-tunggu sebab boleh dicanang jadi besar dan hangat di pasaran. Ini memang kerja musuh yang profesional.", "Lebih lagi dalam kekeringan modal untuk kempen pilihan raya negeri, gurauan seperti ini yang dinanti-nantikan.", "Adanya modal ini, boleh dibawa naik ke pentas untuk berbohong di khalayak, di depan orang-orang yang dahagakan fitnah.", "Sungguh pun begitu, BK nak juga nasihatkan kepada PMX, bila sudah pegang jawatan tinggi dalam kerajaan dan negara amnya, kelakuan nakal-nakal tu kenalah hentikan.", "Kena berhati-hatilah dalam mengeluarkan tutur kata atau ucapan, lebih lagi gurauan.", "Kalau masa pembangkang dulu bolehlah nak buat joke atau jenaka, sebab tak ada siapa kisah. Kalau ada tersalah kata pun, ia habis di situ sahaja, tidak dipanjang-panjangkan.", "Sekarang dia sudah jadi PM. Setiap tingkah lakunya boleh dijadikan isu oleh musuh politiknya.", "Dan satu lagi, setiap PM ada sekumpulan penasihat atau pegawai lantikan yang diberi gaji lumayan, takkan tak seorang dari puluhan mereka tak boleh beri nasihat.", "Imej dan maruah seorang PM kena jaga sepanjang masa, baik di dalam mahu pun di luar supaya dihormati kawan dan lawan.", "Benarlah kata seorang sahabat BK, “Lagi tinggi jawatan memang kelakuan kena lebih berhati-hati. Kalau tidak, apa perlunya dilantik pegawai-pegawai yang ramai dan bergaji lebat kalau bukan untuk memastikan boss mereka sentiasa dalam keadaan terkawal dan tidak melakukan joke bodoh”.", "BK kata ini sebab BK dulu pun pernah jadi pegawai kepada seorang timbalan menteri. Bos BK seorang wanita yang dikenali imej ustazah.", "Bila bos BK lantik seorang penasihat imej, tiba-tiba imejnya dari seorang ustazaz bertukar kepada imej seorang wanita sosial.", "Ini menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati BK. Lalu BK masuk jumpa bos BK senyap-senyap dan lontarkan beberapa nasihat.", "Walaupun pahit dan pedih, walaupun kena marah seketika akhirnya bos BK dengar sebab nasihat itu demi untuk imej dan maruahnya.", "Alhamdulillah, dia kembali kepada imej asalnya yang azali. Cuma sempatlah dia merasai perubahan itu untuk seketika.", "Tak apalah BK maafkan, sebab setiap manusia walau alim dan warak mana sekali pun,tak terlepas dari godaan syaitan.", "Tengok saja pak-pak lebai dalam sebuah parti yang mendakwa membangun bersama Islam, imej mereka ialah berjubah dan berserban.", "Sebagai manusia, mereka ada kelemahan juga. Dalam berpakaian sunnah, mereka nak juga merasakan bersosial dengan memakai kemeja, kot, berseluar dan bertali leher.", "Tapi tak ada isu pun nak dibangkitkan oleh mereka yang lantang menegur gurauan PMX. Sebab, yang menegur pun bukan seorang yang maksum. Mereka juga tidak terlepas dari kejahilan dunia. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/04/28/burqa-diharamkan-di-jerman/
Burqa diharamkan di Jerman
[ "BERLIN – Penggubal undang-undang Jerman meluluskan larangan memakai burqa yang menutup keseluruhan wajah sebagai langkah-langkah keselamatan mencegah serangan pelampau.", "Peraturan baharu diguna pakai kepada penjawat awam termasuk kakitangan pilihan raya dan kehakiman serta tentera.", "“Negara ini mempunyai tanggungjawab memastikan ideologi dan keagamaan adalah neutral,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Dewan Rakyat.", "Sejak tahun 2015, Jerman mempunyai lebih daripada sejuta pendatang asing dan pelarian daripada kebanyakan negara Islam.", "Undang-undang baharu itu dicetuskan oleh beberapa kejadian serangan militan, termasuk rempuhan trak di pasar Krismas di Berlin yang meragut 12 nyawa dan langkah-langkah pencegahan menjelang pilihan raya September nanti.", "Menteri Dalam Negeri, Thomas de Maiziere berkata, peraturan tersebut menjelas dan menyampaikan nilai-nilai dan had toleransi Jerman kepada budaya lain dalam mencapai integrasi sosial dalam kalangan pendatang.", "Bagaimanapun, pengharaman menutup muka penuh dibenarkan – sebagai contoh, untuk pekerja kesihatan yang melindungi diri mereka daripada jangkitan atau pegawai polis menyembunyikan identiti mereka.", "Orang juga boleh dikehendaki mendedahkan wajah untuk memastikan padanan muka dengan kertas identiti mereka.", "Langkah-langkah keselamatan baharu juga dimasukkan termasuk penggunaan gelang pergelangan kaki elektronik, jika diluluskan oleh hakim, bagi orang-orang dianggap sebagai mengancam keselamatan, dalam kes-kes polis persekutuan – seperti radikal Islam dianggap berpotensi ganas oleh perkhidmatan keselamatan.", "Undang-undang lain yang membuka jalan bagi pasukan polis negara dan negeri untuk mengumpulkan data mereka dalam sistem IT bersepadu yang baharu.", "Di bawah langkah baru lain, Jerman akan melaksanakan peraturan Kesatuan Eropah untuk pertukaran data penumpang penerbangan dalam usaha menentang keganasan dan jenayah yang serius.", "Dan mereka yang melakukan serangan fizikal ke atas polis, perkhidmatan kecemasan dan anggota tentera yang bertugas pada masa akan datang – boleh dihukum penjara sehingga lima tahun. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/12/04/pekerja-bangladesh-maut-dihempap-tiang-cerucuk/
Pekerja Bangladesh maut dihempap tiang cerucuk
[ "NIBONG TEBAL – Seorang pekerja warga Bangladesh maut, manakala seorang pekerja Indonesia cedera selepas mereka dihempap tiang cerucuk dalam kejadian di tapak pembinaan kilang di kawasan Perindustrian Valdor, Simpang Ampat, di sini hari ini.", "Dalam kejadian pada 10.25 pagi itu, Md Shriful Islam, 33, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan, manakala Mustofa Salam, 50, mengalami cedera ringan.", "Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Najib Hashim berkata, mereka menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 10.30 pagi dan sepasukan bomba bersama sebuah jentera digegaskan ke lokasi.", "“Sebaik tiba, pihak kami dapati dua lelaki tersepit di bawah tiang konkrit yang tumbang, namun seorang berjaya dikeluarkan oleh orang awam.", "“Lelaki warga Bangladesh yang terhempap separuh badan itu dapat dikeluarkan oleh pasukan kami kira-kira setengah jam kemudian, namun dia disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik,” katanya ketika dihubungi Bernama.", "Menurut Mohamad Najib, pihaknya difahamkan kejadian berlaku ketika sekumpulan pekerja sedang menanam tiang cerucuk tersebut sebelum tiang konkrit berkenaan tumbang dan menghempap dua daripada mereka. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2017/06/16/kerajaan-bincang-naikkan-pangkat-allahyarham-yazmi-mohd-hasri/
Kerajaan bincang naikkan pangkat Allahyarham Yazmi, Mohd Hasri
[ "KUALA LUMPUR – Kerajaan akan berbincang untuk menaikkan pangkat kedua-dua juruterbang yang terkorban sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti yang telah dicurah selama ini.", "Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Johari Baharom berkata, pihaknya juga akan memberi bantuan bagi menaja pelajaran anak-anak kedua-dua Allahyarham sehingga selesai tempoh pelajaran mereka.", "Menurutnya, bagi tujuan itu kementerian akan menggunakan dana yang akan ditentukan kelak.", "“Kita amat sedih dengan apa yang berlaku. Kita akan bantu anak-anak mereka semua,” katanya ketika ditemui pada upcara pengkebumian Mejar Mohd. Yazmi Mohamed Yusof, 39, ditanah perkuburan Islam di Taman Tasik Titiwangsa di sini, hari ini.", "Mengulas mengenai insiden itu Johari berkata, siasatan nahas tersebut akan disegerakan bagi mencari puncanya.", "Sementara itu, Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata, kawasan hutan dan berpaya antara cabaran sukar ditempuh pasukan mencari bangkai pesawat pejuang Hawk 108, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).", "Katanya, pasukan mencari yang terdiri daripada TUDM, tentera darat dan Polis Diraja Malaysia masih lagi mencari bangkai pesawat tersebut di lokasi penemuan kedua-dua mayat juruterbang itu.", "“Kawasan hutan dan berpaya itu memang cabaran buat pasukan penyelamat. Malah, pemantauan menggunakan helikopter juga sukar mengesan sebarang petanda termasuk kepulan asap atau bekas terbakar,” ujarnya.", "Afendi berkata, siasatan oleh Jawatankuasa Khas mengenai insiden malang itu akan mengambil masa lama jika bukti seperti bangkai pesawat lambat atau sukar dijumpai pasukan mencari.", "Yazmi dan seorang lagi juruterbang, Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, terkorban apabila pesawat Hawk 108 yang diterbangkan mereka dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai semalam.", "Jasad mereka ditemui pada pukul 2.30 petang semalam, dalam jarak antara 20 meter antara satu sama lain, dengan payung terjun masing-masing yang menunjukkan mereka telah melepaskan diri dengan menggunakan kerusi lenting pesawat.", "Pesawat Hawk 108 itu berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan pada pukul 11 pagi semalam, sebelum dilaporkan terputus hubungan kira-kira setengah jam kemudian. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/09/24/opec-tingkatkan-bekalan-jika-perlu/
OPEC tingkatkan bekalan jika perlu
[ "ALGERIA – OPEC dan sekutunya Rusia akan hanya meningkatkan pengeluaran minyak jika terdapat permintaan.", "Keputusan itu dengan kata lain bermaksud OPEC akan meningkatkan pengeluaran minyak jika perli.", "Bagaimanapun, fundamental pasaran minyak tidak menunjukkan ia adalah keperluan sekarang.", "“Alasan mengapa Arab Saudi tidak meningkatkan bekalan kerana semua pelanggan menerima bekalan seperti yang mereka mahukan.", "“Arab Saudi akan mengepam lebih banyak minyak pada bulan September dan meningkatkan lagi pada bulan Oktober,” katanya selepas mengadakan mesyuarat OPEC.", "Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutu-sekutunya kini sedang meningkatkan juta tong tambahan sehari untuk mengisi jurang bekalan dari Venezuela dan Iran.", "Al-Falih, yang menyuarakan keprihatinan terhadap peningkatan permintaan dan stok minyak berkata, OPEC mungkin mencapai sasaran itu dalam masa dua hingga tiga bulan lagi.", "OPEC yang tidak memberi tindakan balas positif terhadap permintaan Trump yang mahu menurunkan harga yang kini hampir AS$80 setong.", "Tindakan ini memperlihatkan matlamat Trump untuk melumpuhkan ekonomi Iran melalui sekatan tanpa menaikkan harga secara signifikan adalah sukar. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2016/12/29/dua-lelaki-dihukum-mati/
Dua lelaki dihukum mati
[ "Pesuruhjaya Kehakiman Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan mempunyai bukti kukuh terhadap kesalahan dilakukan Mohd Hafizuddin Zainal Abidin, 29, dan Cheah Cheong Tatt, 27.", "Kedua-dua tertuduh yang masing-masing memakai kemeja T berwarna merah dan putih kelihatan tenang semasa mendengar hukuman itu.", "Mereka didapati bersalah melakukan kesalahan itu di hadapan pasaraya Giant, Jalan Tekkah, Aulong, di antara 2 petang hingga 3.25 petang pada 18 Sept 2012.", "Mohd Hafizuddin yang semasa kejadian bertugas sebagai pengawal keselamatan syarikat Safeguards G4S Sdn Bhd didapati melakukan kesalahan berjadual iaitu merompak wang tunai berjumlah RM1.2 juta milik majikannya dan melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian rakan setugas Hasnul Hafis Saad, 28.", "Kejadian berlaku ketika Mohd Hafizuddin dan mangsa dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar ini.", "Sementara Cheah didapati bersalah bertindak sebagai rakan sejenayah kepada Mohd Hafizuddin.", "Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3A Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.", "Mangsa ditemukan mati di tempat duduk pemandu dengan empat kesan tembakan di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri dalam kejadian berkenaan.", "Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azrul Faidz Abd Razak, manakala kedua-dua tertuduh diwakili Peguam Ang Chun Pun.", "— BERNAMA", " " ]
https://malaysiagazette.com/2022/11/07/rakyat-bera-penentu-saya-jadi-pm-ismail-sabri/
Rakyat Bera penentu saya jadi PM – Ismail Sabri
[ "BERA – Penyandang kerusi Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merayu masyarakat di sini untuk memberi undi kepada beliau pada Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) 19 November ini.", "Jika tidak, katanya beliau tidak akan boleh dilantik menjadi Perdana Menteri (PM) lagi dan seterusnya tidak dapat terus memberikan khidmat kepada rakyat khususnya di Bera.", "“Untuk saya terus menjadi PM, kuasa besar adalah pengundi di Bera. Kalau tak menang, usah mimpilah saya boleh jadi PM.", "“Walaupun parti dah umum saya calon PM, tapi kalau saya kalah di Bera, tetap tak boleh,”ujar beliau.", "Ismail Sabri bercakap kepada penduduk yang hadir di kenduri rakyat yang diadakan di Felda Sebertak, Kemayan di sini hari ini.", "Tambah Ismail Sabri, pengundi Melayu dan warga Felda di Bera merupakan penyumbang terbesar kemenangan beliau ketika pilihan raya umum lalu, termasuk di Felda Sebertak.", "“Sebertak ni sentiasa berikan undi paling besar dalam pilihan raya kepada saya, jadi saya percaya, Sebertak akan terus menjadi kubu kuat UMNO dan BN,” katanya.", "Jelas Naib Presiden UMNO itu lagi, banyak inisiatif yang telah disalurkan kepada warga Felda secara keseluruhan berbanding ketika zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dahulu.", "Antaranya, sebanyak RM140 juta dana peruntukkan untuk menyelesaikan masalah air di Bera telah pun diluluskan selain isu infrastruktur yang akan diteliti semula di kawasan Felda.", "“Dan kita boleh bandingkan ketika PH memerintah sebelum ini. Kita jauh lebih baik drpd PH,” ucapnya.", "Justeru, beliau menyeru warga Felda di sini bukan sahaja memberi undi kepadanya, malah kepada calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan, Khaizulnizam Mohd Zuldin yang turut hadir di sini hari ini.-mMalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/04/21/kerah-pesawat-kesan-zarah-nuklear-di-korea-utara/
AS kerah pesawat kesan zarah nuklear di Korea Utara
[ "OKINAWA – Amerika Syarikat (AS) telah mengerahkan sebuah ‘pesawat penghidu’ untuk mengesan zarah nuklear di ruang udara Korea Utara.", "Pesawat khas tentera AS, WC-135 Constant Phoenix, muncul di ruang udara Laut Jepun semalam.", "Pesawat tersebut tiba di Pangkalan Udara Kadena di Okinawa, Jepun dua minggu lalu ketika hubungan tegang dengan Korea Utara berhubung kemungkinan negara itu melakukan ujian nuklear keenam.", "Pesawat penghidu nuklear itu digunakan untuk mengenalpasti sisa radioaktif selepas ujian senjata nuklear dilakukan, lapor The Sun.", "Sama ada penerbangan terbaharu itu merupakan latihan siap siaga operasi ataupun percubaan untuk menentukan sama ada regim terpencil tersebut sedang menguji senjata nuklearnya masih tidak jelas.", "Tapak ujian nuklear Punggye-ri dilaporkan sudah ‘bersedia’ untuk melakukan ujian nuklear sekali lagi.", "Sumber kerajaan memberitahu agensi berita Korea Selatan bahawa Constant Phoenix melakukan ‘serangan kecemasan’ di Laut Timur dengan misi mengesan sampel nuklear bagi mengenalpasti letupan nuklear yang telah berlaku.", "The plane had previously been deployed to Europe in February where it landed at a UK air base in Surrey before travelling over Norway.", "Pada Februari lalu, pesawat tersebut ditempatkan di Eropah iaitu di pangkalan udara di Surrey, United Kingdom sebelum terbang ke Norway. – Agensi" ]
https://malaysiagazette.com/2022/12/19/tnb-tutup-94-pencawang-elektrik/
TNB tutup 94 pencawang elektrik
[ "KOTA BHARU – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup sementara bekalan elektrik di 94 pencawang membabitkan jajahan Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Mas dan Pasir Puteh berikutan hujan lebat dan banjir.", "Menurut kenyataan dalam laman Facebook TNB Careline hari ini, usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.", "“Kota Bharu membabitkan lima pencawang, Tanah Merah (8), Pasir Mas (59) dan Pasir Puteh (22),” menurut kenyataan itu.", "TNB juga mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir serta menjauhi pepasangan elektrik yang terendam banjir.", "Menurut TNB penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang berkaitan jika banjir bertambah buruk, berisiko serta membahayakan keadaan bagi memastikan keselamatan pengguna setempat. – BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2017/06/23/perintah-berkurung-di-esszone-dilanjutkan-2/
Perintah berkurung di ESSZONE dilanjutkan
[ "KOTA KINABALU – Perintah berkurung di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir hari ini telah dilanjutkan dua minggu lagi mulai esok bagi fasa ke-68.", "Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, tempoh perintah berkurung itu dikuatkuasakan mulai pukul 6 petang hingga 6 pagi sehingga 9 Julai ini melibatkan perairan bermula tiga batu nautika dari pantai di tujuh daerah.", " ", "Daerah-daerah itu ialah Tawau, Kunak, Lahad Datu, Semporna, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.", "Jelas beliau, perintah itu diteruskan bagi memastikan tidak ada berlaku pencerobihan pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa dan pelancongan di pulau-pulau peranginan daripada menjadi mangsa penculikan dari selatan Filipina.", "Ini kerana, masih terdapat kumpulan yang bagi mendapatkan wang tebusan dan Kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh,” katanya dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/10/27/gambar-air-bertakung-tidak-benar-final-piala-malaysia-seperti-biasa/
Gambar air bertakung tidak benar, final Piala Malaysia seperti biasa
[ "SHAH ALAM – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menafikan gambar air bertakung di gelanggang perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam, melibatkan pertemuan antara Terengganu FC (TFC) dan Perak, malam ini.", "Menurut jurucakap MFL, gambar yang tular di laman media sosial menunjukkan Stadium Shah Alam dalam keadaan dipenuhi takungan air adalah tidak benar.", "“Hujan sudah berhenti. Gambar yang tular itu tidak benar. Perlawanan akhir akan berlangsung seperti dijadual malam ini,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.", "Pertembungan TFC dan Perak dalam pentas akhir itu mengimbau kembali kenangan pertemuan klasik kedua-dua pasukan berkenaan pada aksi final 1998 dan 2001.", "Untuk rekod, Perak muncul juara Piala Malaysia 1998 selepas mencatat kemenangan menerusi sepakan penalti 5-3 selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 sehingga tamat masa sebenar perlawanan.", "Sementara, TFC (dikenali sebagai Terengganu pada 2001) pula dinobat juara Piala Malaysia 2001 selepas menumpaskan Perak 2-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/11/28/letupan-bom-di-landasan-kereta-api-di-narathiwat/
Letupan bom di landasan kereta api di Narathiwat
[ "NARATHIWAT – Sebutir bom meletup di landasan kereta api di Daerah Sungai Padi, Narathiwat namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pada awal pagi hari ini.", "Dalam kejadian kira-kira 5.50 pagi waktu tempatan (6.50 pagi waktu Malaysia), letupan itu menyebabkan kerosakan kira-kira satu meter pada landasan kereta api antara stesen Sungai Padi dan To Deng.", "Letupan itu telah menyebabkan perkhidmatan kereta api ke selatan Thailand terjejas.", "Ketua Polis Daerah Sungai Padi, Kol Pol Apakorn Virupak-arak berkata bom buatan sendiri seberat 25 kilogram dipercayai dipasang pada tong gas dan diaktifkan dengan menggunakan wayar.", "“Letupan itu turut menyebabkan 14 perkhidmatan keretapi tergendala,” katanya.", "Beliau berkata siasatan awal polis mendapati seramai dua atau tiga individu terlibat dalam pemasangan bom tersebut.", "Berikutan letupan itu, kereta api dari Bangkok ke Sungai Kolok, Narathiwat terpaksa berhenti di stesen Tanyong Mat di Daerah Rangae dan perkhidmatan bas disediakan untuk menghantar para penumpang ke destinasi seterusnya.", "Menurut State Railway Thailand, kerja-kerja pemulihan sedang giat dijalankan dan perkhidmatan kereta api dijangka pulih pada tengah hari esok.", "Sementara itu, Ketua Polis Thailand Pol Jen Chakthip Chaijinda telah mengarahkan polis di selatan Thailand mempertingkatkan kawalan keselamatan di lokasi-lokasi seperti balai polis, bangunan kerajaan dan juga destinasi pelancongan.- BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2018/12/08/suhakam-akur-tangguhkan-sambut-hari-hak-asasi-manusia/
Suhakam akur tangguhkan sambut Hari Hak Asasi Manusia
[ "KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Hak Asasi Manusia yang dianjurkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) ditangguhkan atas sebab-sebab keselamatan.", "Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, ini kerana sambutan hari tersebut serentak dengan Himpunan Ummah bagi menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).", "Disebabkan itu, polis mencadang dan menasihatkan penganjur tidak mengadakan sambutan itu pada hari ini.", "“Suhakam menerima nasihat kami atas sebab-sebab keselamatan,” katanya pada sidang akhbar di sini selepas Majlis Berkhatan Perdana PDRM 2018, di Masjid Bukit Aman di sini, hari ini.", "Semalam, Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail berkata, pihaknya akan menangguhkan sambuatan acara itu pada hari Ahad.", "Sebelum itu, beliau memberitahu, tarikh sambutan itu dipilih pada hari ini selepas ditetapkan oleh Pejabat Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan merasmikannya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/06/28/pdrm-minta-interpol-bantu-kesan-musa-aman/
PDRM minta Interpol bantu kesan Musa Aman
[ "KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menahan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang kini dikatakan berada di United Kingdom.", "Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, pihaknya sudah berhubung dengan Interpol berhubung dengan perkara ini dan notis ‘merah’ telah dikeluarkan oleh pihak di sana.", "“Kita dah minta notis merah kepada Interpol. Segala tindakan penuh, kita akan ambil sekiranya beliau pulang kembali ke tanahair.", "“Saya juga sedia maklum Musa Aman sendiri telah mengeluarkan kenyataan tentang dirinya baru-baru ini.", "“Apapun, semuanya akan mengikut lunas undang-undang. Tindakan sewajarnya akan diambil selepas beliau pulang,” katanya kepada pemberita hari ini.", "Dalam kenyataan media oleh Musa kelmarin, beliau memaklumkan berada di United Kingdom bagi mendapatkan rawatan perubatan, selain alasan peribadi.", "Musa berkata, beliau telah meninggalkan Malaysia secara sah.", "Malah, bekas Ketua Menteri Sabah itu secara terbuka menyatakan sedia membantu siasatan polis dan mendakwa telah menjelaskan perkara itu kepada Pesuruhjaya Polis Sabah.", "Mohamad Fuzi turut memaklumkan polis masih memburu Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.", "Jamal dikatakan telah ditahan beberapa hari lalu.", "“Ada beberapa dakwaan yang mengatakan Jamal kini berada di Batam dan Riau, saya sendiri telah bercakap dengan pihak berkuasa di sana, mereka akan bekerjasama dengan kita dalam perkara ini.", "“Setakat ini, melalui maklumat yang saya terima, Jamal tidak ada di lokasi berkenaan tetapi pihak berkuasa Indonesia akan terus memantau dan memaklumkan pada kita,” ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2016/12/26/annuar-mahu-pihak-berkemampuan-pimpin-kafa/
Annuar mahu pihak berkemampuan pimpin KAFA
[ "KOTA BHARU – Tan Sri Annuar Musa mahu individu yang berkemampuan menggalas jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang dikosongkannya bagi membolehkan The Red Warriors terus bersaing dalam Liga Malaysia musim depan.", "Beliau berkata usaha itu perlu digerakkan secepat mungkin agar KAFA tidak terumbang-ambing mencari penaja yang mungkin membantutkan usaha Kelantan terus kekal bersaing pada tahun depan.", "“Jika keadaan KAFA terus begini, ia akan menghampakan peminat sejak The Red Warriors mula mengukir nama hampir 10 tahun lepas.", "“Pada masa sama, saya berharap pihak lain turut sama mencari penaja atau peruntukan bagi membolehkan Kelantan terus bermain,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan kelab penyokong The Red Warriors di Kubang Kerian di sini, hari ini.", "Beliau beranggapan ura-ura KAFA mahu menarik diri dalam saingan musim depan bukan kerana pasukan itu tidak mempunyai pemain berbakat tetapi kekurangan dana untuk terus beraksi dalam arena bola sepak negara.", "“Perbelanjaan KAFA adalah sebanyak RM15 juta semusim dan KAFA tidak mendapat bantuan daripada kerajaan negeri serta bergantung sepenuhnya kepada penajaan semata-mata.", "“Namun kos berkenaan dikira masih rendah berbanding pasukan lain yang melabur dengan jumlah yang lebih tinggi,” katanya.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2020/08/22/13-daripada-15-negara-tolak-sekatan-semula-as-ke-atas-tehran/
13 daripada 15 negara tolak sekatan semula AS ke atas Tehran
[ "NEW YORK – Amerika Syarikat (AS) semakin diasingkan selepas usahanya untuk melaksanakan semula sekatan antarabangsa ke atas Iran ditentang oleh 13 daripada 15 buah negara ahli-ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.", "Mereka memberi alasan bahawa tindakan Washington tidak sah memandangkan ia menggunakan proses yang dipersetujui di bawah perjanjian nuklear yang dimeterainya dua tahun lalu.", "Dalam 24 jam sejak Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo menyatakan pelaksanaan sekatan itu akan dibuat dalam 30 hari lagi termasuk sekatan senjata, sekutu lama Britain, Perancis, Jerman dan Belgia serta China, Rusia , Vietnam, Niger, Saint Vincent dan Grenadines, Afrika Selatan, Indonesia, Estonia dan Tunisia telah menulis surat tentangan, menurut Reuters.", "Amerika Syarikat menuduh Iran melanggar perjanjian 2015 dengan kekuatan dunia yang bertujuan untuk menghentikan Teheran membangunkan senjata nuklear sebagai balasan bagi pelepasan sekatan.", "Tetapi Presiden Donald Trump menyifatkannya sebagai “perjanjian terburuk yang pernah berlaku” dan berhenti pada 2018.", "Diplomat mengatakan bahawa Rusia, China dan banyak negara lain tidak mungkin mengenakan sekatan ke atas Iran.", "Namun, Pompeo sekali lagi memberi amaran kepada Rusia dan China untuk menentangnya pada hari Jumaat, mengancam tindakan AS jika mereka enggan melaksanakan sekatan semula terhadap Iran.", "Amerika Syarikat bertindak pada hari Khamis setelah Majlis Keselamatan dengan tegas menolak tawarannya minggu lalu untuk melanjutkan sekatan senjata ke atas Iran yang akan berakhir pada bulan Oktober.", "Hanya Republik Dominican yang bergabung dengan Washington untuk mengundi bersetuju. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/04/02/enam-maut-kemalangan-berdekatan-tanjung-malim/
Enam maut treler hempap MPV dekat Tanjung Malim
[ "KUALA LUMPUR – Enam maut dalam kemalangan membabitkan lori treler dan kenderaan pebagai guna di KM 402.2 Lebuhraya PLUS, dekat Tanjung Malim pukul 7. 30 pagi tadi.", "Menurut laporan, treler tersebut dipercayai telah terbabas dan merempuh kenderaan pelbagai guna Ssangyong menyebabkan kesemua mangsa tersepit.", "Mangsa yang maut Low Wai Loon, Lim Choy @ Lam Leong Choy, Lam Jie Yang, Wong Check Lee, Lam Jie Hing, Kam Wai Keat.", "Pemandu treler Muhamad Syahrul Nizam Anuar bagaimanapun dilaporkan selamat dan mengalami kecederaan ringan.", "Bomba mengambil masa 1 jam 15 minit untuk mengeluarkan mangsa. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/02/16/kdn-dalam-proses-keluarkan-kanak-kanak-dari-depoh-tahanan-imigresen/
KDN dalam proses keluarkan kanak-kanak dari depoh tahanan imigresen
[ "PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri dalam proses untuk mengeluarkan kanak-kanak yang berada di dalam Depoh Tahanan Imigresen di seluruh negara.", "Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau sedang berbincang beberapa badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai pengkhususan dan kepakaran dalam penjagaan kanak-kanak,", "“Saya dalam proses sedikit masa terdekat ini untuk mengeluarkan kanak-kanak itu daripada depoh tahanan tersebut,” katanya pada Program Sesi Libat Urus Bersama Pengamal Media di sini malam ini.", "Tambah beliau, pihaknya serius menguruskan perkara itu selepas isu berkenaan mendapat perhatian aktivis hak asasi manusia dan badan antarabangsa.", "Sementara itu, Saifuddin memberitahu, seorang kanak-kanak daripada Bangladesh yang ditemui dalam kontena kapal akan dihantar ke negara asal.", "Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Klang dan diberikan rawatan sebelum pihaknya menghubungi Kedutaan Bangladesh bagi proses penghantan pulang.", "“Pada minggu depan kita akan menguruskan tiket penerbangan pulang untuk kanak-kanak itu dan menghantar dia balik ke negara asal selain itu perkara ini juga telah selesai dimaklumkan kepada Menteri Dalam Negeri Bangladesh semasa lawatan kerja saya ke negara tersebut,” ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/01/10/doktor-klinik-swasta-disyaki-keluar-1900-sijil-palsu-vaksin/
Doktor klinik swasta disyaki keluar 1,900 sijil palsu vaksin
[ "KUALA LUMPUR – Aktiviti seorang doktordi sebuah klinik swasta di sini yang disyaki mengeluarkan 1,900 sijil pemberian suntikan vaksin Covid-19 palsu akhirnya terbongkar.", "Suspek berusia 51 tahun itu berjaya ditahan oleh Polis Kontinjen Terengganu dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dalam serbuan di Marang, Sabtu lalu.", "Ketua Polis Terengganu, Deputi Komisioner Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, klinik suspek diserbu selepas menerima aduan orang awam tentang kegiatan klinik tersebut.", "Siasatan awal polis mendapati seramai 1,900 individu telah berurusan dengan suspek bagi tujuan mendapatkan vaksinasi dan  polis masih  melakukan siaasatan mendalam untuk menentukan jumlah sebenar individu yang hanya mendapat sijil vaksinasi palsu tanpa mengambil suntikan dua dos vaksin.", "“Dalam siasatan itu, polis difahamkan setiap individu yang ingin mendapatkan sijil vaksinasi Covid-19 palsu ini dikehendaki membayar wang antara RM400 hingga RM600 berbanding harga sebenar suntikan RM300 sahaja.", "“Polis juga percaya terdapat juga individu yang datang dari luar negeri (Terengganu) ini  untuk mendapatkan sijil palsu,” kata beliau dalam sidang media hari ini.", "Tambah beliau, siasatan polis juga dapat mendadahkan kebanyakan pelanggannya berurusan secara dalam talian dengan suspek untuk mendapatkan sijil palsu itu.", "Malah, kesemua sijil palsu yang diuruskan menerusi dalam talian itu akan diposkan oleh suspek kepada pelanggan.", "“Polis juga difahamkan ada individu yang mendapat maklumat doktor itu menyediakan khidmat mengeluarkan sijil tanpa memberi suntikan vaksin, mereka sanggup datang jauh dari utara iaitu Kedah dan juga Kuala Lumpur,” ujarnya.", "Rentetan itu, Rohaimi berkata, pasukannya sedang cuba mengakses emel dan segala data peribadi suspek yang disimpan dalam komputer ribanya yang dirampas dari klinik berkenaan untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai pelanggan dan sijil palsu yang dijual secara dalam talian itu.", "Katanya, doktor itu dipercayai  giat menjual sijil palsu itu secara bersendirian di dalam bilik rawatannya tanpa bantuan kakitangan lain.", "Suspek juga disyaki menggunakan khidmat ejen sebagai orang tengah dengan membayar komisen sebanyak RM50 untuk mempromosikan khidmat penyediaan sijil vaksinasi palsu Covid-19 yang disediakan di kliniknya.", "Suspek sedang disiasat lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.", "Rohaimi menegaskan, perbuatan doktor perubatan yang bertauliah itu bukan sahaja merupakan satu jenayah serius, tetapi juga boleh membawa kemudaratan, musibah dan bencana terhadap kesihatan masyarakat sejagat.", "Dalam sidang media yang sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong menyatakan klinik swasta itu telah dibenarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu untuk memberikan suntikan vaksinasi Covid-19 secara berbayar kepada awam bermula September tahun lalu.", "Bagaimanapun, katanya, hasil semakan pihak kesihatan negeri mendapati suspek telah membuat permohonan untuk menjadikan klinik yang diuruskannya itu sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) Covid-19, tetapi belum mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.", "“Kita juga mendapati ada klinik yang masih belum dilantik sebagai PPV tetapi dibenarkan untuk memberikan suntikan vaksin Covid-19 secara berbayar membabitkan vaksin keluaran Sinovac sahaja.", "“Namun itu hanya dilaksanakan dulu (bayar untuk suntikan vaksin) tetapi sekarang kita sudah tidak mempunyai vaksin yang mencukupi untuk diberikan secara percuma kepada masyarakat setakat ini di PPV yang dilantik.", "“Kita (jabatan ksihatan) akan menunggu hasil siasatan polis untuk membolehkan tindakan lanjut yang tegas diambil terhadap doktor dan klinik swasta ini,” ujar beliau.", "Jika suspek didapati bersalah berdasarkan siasatan polis, dia boleh digantung atau dibatalkan pendaftaran sebagai pegawai perubatan dan klinik di bawah pemilikannya yang didaftarkan di bawah Akta Kemudahan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 Akta 5-8-6 turut berisiko dibatalkan dan diarah tutup selama-lamanya.", "Selain itu, di bawah Akta Pencegahan dan Pegawaian Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), mana-mana individu yang memiliki sijil vaksinasi Covid-19 tanpa suntikan sebenar boleh dikenakan tindakan kompaun sekiranya terbukti terlibat dalam penipuan ini.", "“Jabatan Kesihatan juga mempergiatkan usaha bersama polis untuk mengenal pasti ‘pelanggan’ sindiket pemalsuan sijil vaksin ini dan akan diberi nasihat serta kaunseling supaya mereka tampil segera menerima suntikan vaksin,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/11/03/aguero-penjaring-sepanjang-masa-man-city/
Aguero penjaring sepanjang masa Man City
[ "ItALI – Sergio Aguero mencipta rekod sebagai penjaring sepanjang masa untuk Manchester City di Naples.", "Aguero menjaringkan gol ketiga dalam aksi menang ke atas Napoli di Stadio San Paolo untuk memadamkan rekod Eric Brook dengan 178 gol.", "Jaringan itu sekaligus melayakkan skuadnya ke pusingan kalah mata Liga Juara-Juara Eropah musim ini.", "Aguero berjanji hendak menghadiahkan jersi yang dipakai pada aksi pagi tadi itu kepada anaknya, Benjamin yang berusia lapan tahun.", "Bercakap kepada BT Sport selepas perlawanan, Aguero berkata; “Saya sangat gembira ketika ini kerana sokongan pasukan memastikan saya mencipta rekod kelab kali ini.”", "Manakala pengurusnya, Pep Guardiola pula memberi penghargaan kepada Aguero yang melakukan rekod penampilan kali ke 264 untuk kelab.", "Aguero menyertai City dengan yuran perpindahan sebanyak £38 juta dari Atletico Madrid pada tahun 2011. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/11/20/pendedahan-sprm-mustahil-zeti-dr-mahathir-tak-tahu/
Pendedahan SPRM: Mustahil Zeti, Dr Mahathir tak tahu
[ "KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Zeti Akhtar Aziz, suaminya, Datuk Tawfiq Ayman dan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu disiasat susulan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).", "Tegas Datuk Mohd Puad Zakarshi, mustahil Zeti dan Dr Mahathir tidak tahu mengenai wang berjumlah RM65 juta disimpan dalam akaun syarikat milik Tawfik, yang juga merupakan suami kepada Zeti.", "Oleh itu, beliau mahu kes ini dibongkar secara total kerana percaya wujud konspirasi di peringkat tertinggi.", "”Tawfik Ayman adalah suami Zeti yang kononnya adalah Gabenor Bank Negara paling tersohor. Mustahil dia dan Tun M tidak tahu.", "”Kenapa diam. Kenapa disembunyikan fakta ini.Tetapi yang mereka ratib dan siasat sampai kelubang cacing ialah Najib, Najib, Najib.", "”Singapura juga mendedahkan surat akuan berkanun (SD) Tawfiq dan anaknya yang mengaku menerima dana daripada Jho Low,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.", "Dalam kenyataan semalam, SPRM berkata, pada 12 November 2021, Commercial Affairs Department (CAD) Singapura telah membuat pemulangan wang milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC International Sdn. Bhd., Nik Faisal Ariff Kamil kepada Kerajaan Malaysia menerusi Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset milik Kementerian Kewangan Malaysia berjumlah AS$ 864,813.27.", "Sebelum ini, Kerajaan Singapura juga telah membantu dalam pemulangan aset sebanyak AS$15.4 juta kepada Malaysia melibatkan akaun Cutting Edge Industries Ltd. milik Tawfiq dan Samuel Goh.", "Sehingga kini, SPRM dengan kerjasama dan bantuan agensi-agensi penguat kuasa antarabangsa telah berjaya memulangkan sejumlah RM20,530,433,626.97 kepada kerajaan Malaysia. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/12/08/mahb-lanjutkan-bantuan-kepada-peruncit-bermula-januari-2021/
MAHB lanjutkan bantuan kepada peruncit bermula Januari 2021
[ "KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melanjutkan pakej bantuan khusus kepada semua peruncitnya dengan rebat sewaan sehingga 30 peratus bermula Januari 2021.", "Dalam kenyataan hari ini, MAHB berkata pakej bantuan itu ditawarkan kepada peruncit sedia ada yang telah berdaftar di bawah program penetapan semula komersial dengan rebat sewa 100 peratus bermula Julai hingga Disember 2020.", "Selain itu, ia berkata ,rakan syarikat penerbangan akan turut menikmati rebat sehingga 30 peratus bagi caj penerbangan seperti pendaratan, ruang letak pesawat, jambatan udara dan caj kaunter daftar masuk, namun bukan Caj Perkhidmatan Penumpang.", "“Model sewaan baharu itu terpakai untuk mereka yang menyertai program penetapan semula komersial, yang membolehkan penyewa runcit yang layak untuk menikmati pengurangan 30 peratus daripada kadar semasa, dengan manfaat tambahan untuk mengimbangi jurang trafik yang rendah daripada 70 peratus berserta lanjutan tempoh kontrak,” katanya.", "Ketua Pegawai Eksekutif MAHB Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, pakej bantuan itu diperkenalkan sebagai maklum balas daripada permintaan penyewa yang mengalami masalah aliran tunai, terutamanya akibat pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kebanyakan negeri.", "“Apa yang kami lakukan untuk para peruncit kami adalah melebihi sebarang pakej bantuan yang ditawarkan oleh mana-mana kawasan membeli-belah bandar raya dan kami yakin ini merupakan pakej baik kepada semua pihak dalam keadaan ini.", "“Dengan prinsip panduan ini, kami melaksanakan langkah tersebut untuk menawarkan rebat tambahan meskipun kami sendiri dalam keadaan sukar sejak tiga suku yang lepas, dan ini akan mengurangkan lagi rizab tunai kami,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/08/09/bapa-bersyukur-bayi-alami-masalah-hati-kronik-berjaya-diselamatkan/
Bapa bersyukur bayi alami masalah hati kronik berjaya diselamatkan
[ "KUALA LUMPUR – Seorang bapa tidak menyangka anak lelaki tunggalnya yang mengalami masalah hati tidak berfungsi berjaya diselamatkan dalam satu pembedahan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).", "Mohd Idzzuan Sharani, 30, yang merupakan seorang jurutera bersyukur meskipun pada awalnya pembedahan dilakukan oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL) menemui kegagalan.", "Bagaimanapun beliau berkata, pihak HKL mencadangkan kepadanya agar membawa anak lelakinya itu ke PPUM bagi mendapatkan rawatan di sana ekoran pusat perubatan itu ada melakukan kerjasama dengan sebuah hospital pakar di China untuk rawatan berkenaan.", "Menceritakan pengalamannya, Mohd Idzzuan berkata, anak lelakinya dilahirkan secara pramatang iaitu dalam tempoh kandungan 36 minggu.", "Pada mulanya beliau berkata, doktor mengesan ada sesuatu yang tidak kena terhadap bayi yang dikandung isterinya ekoran berat mengikut timbangan tidak bertambah.", "Katanya, isterinya kemudian dibawa berjumpa dengan doktor pakar bagi tujuan pengesahan.", "Hasil daripada pemeriksaan doktor tersebut mendapati isterinya perlu melahirkan anak yang dikandungnya dengan kadar segera bagi mengelak perkara yang tidak diingini.", "Selepas kelahiran, Mohd Izzuddin berkata, doktor mengesan anaknya menghidapi ‘jaundis’ (sakit kuning) dan kemudian membawa bayi itu berjumpa doktor pakar di Hospital Selayang untuk dibuat pemeriksaan darah.", "Hasil daripada rawatan tersebut doktor di hospital itu pula mendapati bayinya mengalami masalah Bilary Atresia (penyakit hati kronik) yang dirujuk HKL untuk rawatan lanjut.", "Pihak hospital kemudiannya memberi cadangan agar dia membawa anakya ke PPUM untuk mendapatkan rawatan dan pembedahan.", "“Kini selepas pembedahan setiap bulan dia akan ambil ubat dan ia akan berterusan sepanjang hidupnya. Dia juga tidak boleh terdedah kepada orang awam.", "“Saya dan isteri dah cuba yang terbaik untuknya dan kini kami hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah,” katanya.", "Tambahnya, meskipun dia dan isterinya kini terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi untuk menjaga anaknya itu namun, rintangan itu terpaksa dihadapi dengan redha.", "Sementara itu, Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dr Kamila Ghazali berkata, penyelidikan bersama dengan Shanghai Jiao Tung University School of Medicine (SJTUSM) dalam bidang pembedahan pemindahan hati ini sangat penting dan ia akan diteruskan.", "Ujarnya, SJTUSM merupakan universiti perubatan terbaik di China buat masa ini dan Hospital Renji merupakan hospital pengajaran mereka.", "Katanya, hubungan antara SJTUSM dengan Hospital Renji adalah sama seperti perhubungan di antara Fakulti Perubatan UM dan PPUM.", "Tambah beliau, menerusi memorandum persefahaman yang ditandatandangi hari ini PPUM akan menjalinkan kerjasama eerat dalam bidang berkenaan untuk masa masa selama tahun.", "Beliau yakin kerjasama erat yang dijalinkan itu akan berkekalan dalam tempoh yang lebih panjang kerana ia membawa manfaat yang besar dalam bidang perbuatan hati. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/07/23/kerajaan-terus-fokus-atasi-kemiskinan-di-kelantan-gerakkan-ekonomi-sepenuhnya-pm/
Kerajaan terus fokus atasi kemiskinan di Kelantan, gerakkan ekonomi sepenuhnya – PM
[ "KOTA BHARU – Kerajaan akan terus memberi perhatian kepada usaha mengatasi kadar kemiskinan di Kelantan melalui pelbagai inisiatif, termasuk menyediakan peruntukan RM124 juta khusus kepada 590,000 penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.", "Beliau berkata, selain itu kaedah menangani miskin tegar dengan kaedah baharu secara holistik melibatkan semua kementerian, agensi, swasta, universiti, badan bukan kerajaan dan pemimpin tempatan sedang dilaksanakan kerajaan.", "Katanya di Kelantan, bagi memastikan ekonomi negeri digerakkan sepenuhnya, Tok Bali disasarkan menjadi pusat pertumbuhan baharu dalam menyumbang ke arah mencapai sasaran pelaburan sebanyak RM2.3 bilion, dan dijangka menjana 4,200 peluang pekerjaan baharu di samping 270 peluang keusahawanan.", "“Tok Bali disasarkan menjadi pusat pertumbuhan baharu menerusi insentif cukai khas serta projek berimpak tinggi yang dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) iaitu Taman Industri Tok Bali (TBIP), Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali (TBIFP) dan infrastruktur luaran bagi pelabuhan Tok Bali,” katanya.", "Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan, di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.", "Ismail Sabri berkata, kerajaan juga akan membina sebuah kompleks digital pelbagai guna berkonsepkan hiburan sukan, melibatkan kos RM6 juta, di kawasan seluas 23 hektar di Ketereh. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2023/02/17/pm-sertai-2000-jemaah-tunai-solat-jumaat-di-masjid-putra-perdana/
PM sertai 2,000 jemaah tunai solat Jumaat di Masjid Putra Perdana
[ "SEPANG – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menikmati sajian makan tengah hari bersama pengunjung  medan selera Taman Putra Perdana di sini.", "Perdana Menteri yang tiba kira-kira pukul 12.30 tengah hari meluangkan masa 30 minit menjamu selera sebelum bergerak ke Masjid Putra Perdana di sini untuk menunaikan solat Jumaat.", "Turut menemani beliau, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.", "Sejurus itu, Anwar bersama lebih 2,000 jemaah mendengar khutbah bertajuk Israk Mikraj: Amanah dan Tanggungjawab Solat yang disampaikan imam masjid tersebut, Muhammad Syazwan Hilmi.", "Selepas solat, Anwar beramah mesra dengan orang ramai yang ingin bersalaman dan mengambil gambar kenangan.", "Sejak mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu, Anwar menjadikan Jumaat sebagai  hari menikmati makan tengahari di kedai dan warung bagi mendengar keluh kesah rakyat.", "Sementara itu, Masjid Putra Perdana merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Sepang.", "Ia menjadi pusat ibadat bagi masyarakat setempat sekitar Taman Putra Perdana, Taman Mas Sepang, Taman Putra Prima, Taman Meranti Jaya, Taman Meranti Permai, Taman Desiran Bayu dan Taman Tasik Puchong. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/10/24/sarawak-akan-bincang-dengan-maswings-isu-kenaikan-harga-tiket-ke-bario/
Sarawak akan bincang dengan MASwings isu kenaikan harga tiket ke Bario
[ "KUCHING – Kerajaan Negeri Sarawak akan terus mengadakan perbincangan dengan pihak MASwings mengenai kenaikan harga tambang penerbangan syarikat itu ke atas warga asing untuk ke tanah tinggi Bario dan kawasan peranginan Mulu mulai 1 November depan.", "Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah meminta syarikat penerbangan itu tidak terburu-buru menaikkan tambang sehingga tiga kali ganda tanpa mengira kesannya kepada industri pelancongan di dua kawasan pelancongan luar bandar Sarawak itu.", "“Ini akan menjejaskan industri pelancongan, ini akan menjejaskan industri inap desa dan memberikan kesan kepada semua usaha yang telah kami lakukan. Lagipun tahun hadapan adalah Tahun Melawat Malaysia (2020),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Informasi Pelawat di bawah Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) yang siap dilaksanakan pengubahsuaian di Old Court House, di sini, hari ini.", "Beliau mengulas kenyataan Presiden Persatuan Rurum Kelabit, Dr Philip Raja seperti dilapor media tempatan bahawa komuniti di Bario terutama pengusaha inap desa tidak gembira dengan pengumuman kenaikan tambang itu.", "Menurut laporan akhbar berkenaan, ketika ini harga tiket dikenakan kepada warga asing bagi penerbangan sehala MASwings Miri-Bario hanya RM118 seorang dan harga tiket penerbangan pergi balik Miri-Bario yang baharu akan mencecah RM1,037.", "Manakala harga tiket penerbangan baharu itu bagi Miri-Marudi ( RM738), Miri-Lawas (RM922) dan Miri-Labuan (RM908) serta Kuching-Mulu (RM1,386). – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/08/25/kkm-nafi-caj-ubat-pesakit-kanser-rm400/
KKM nafi caj ubat pesakit kanser RM400
[ "KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan caj ubat sebanyak RM400 dikenakan terhadap pesakit kanser di hospital kerajaan.", "Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min berkata, RM400 bukan caj untuk sekotak ubat Tamoxifen atau ubat Letrozole sebagaimana yang disangkakan.", "“Sebaliknya, ia adalah caj keseluruhan rawatan mengikut kitaran. Rawatan kepada pesakit tersebut merupakan rawatan berterusan yang mana caj yang dikenakan adalah bagi setiap empat minggu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.", "Caj rawatan itu  berdasarkan Garis Panduan Pengenaan Caj bagi Rawatan Anti-Neoplastik  Berdasarkan bahagian 4, rawatan radioterapi dan Onkologi, Perintah Fi (perubatan) (pindaan) 2017 yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan KKM bertarikh 26 Januari 2017.", "Dr Chen berkata, bayaran yang telah dikenakan terhadap Zieyla adalah Rawatan Radioterapi dan Onkologi di dalam Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 iaitu kadar caj pesakit luar (rujukan kerajaan) bagi rawatan radioterapi dan onkologi serta perubatan nuklear di mana ia adalah berdasarkan caj pesakit luar iaitu sebanyak RM50 bagi setiap kali rawatan.", "Dr Chen berkata bayaran keseluruhan yang dikenakan (termasuk perudingan, ubat dan kos tidak langsung) yang dikenakan kepada pesakit kanser di semua hospital kerajaan termasuk Institut Kanser Negara (IKN) adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan kos rawatan yang seumpamanya di hospital-hospital swasta.", "“Di samping itu, KKM ingin menyatakan hasil yang dikutip pada tahun 2017 daripada pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan adalah sebanyak 2.64 peratus daripada kos yang ditanggung oleh kerajaan.", "Justeru, persepsi sesetengah pihak bahawa hospital kerajaan mengaut keuntungan dari pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan adalah tidak benar dan tidak berasas,” katanya.", "KKM menjelas secara terperinci bahawa caj bagi rawatan kanser atau onkologi yang terkandung dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982 telah dikaji semula dan pengemaskinian seperti dalam Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 telah dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan KKM pada bulan Februari 2017. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/10/13/kebakaran-di-loji-200-kawasan-di-johor-alami-gangguan-air/
Kebakaran di loji, 200 kawasan di Johor alami gangguan air
[ "JOHOR BAHRU – Kira-kira 200 kawasan di bandar raya ini, Kulai dan Iskandar Puteri mengalami gangguan bekalan air luar jangka berikutan dua unit transformers di Loji Air Semangar, Jalan Kulai-Kota Tinggi di Kota Tinggi terbakar, semalam.", "Ranhill SAJ Sdn Bhd menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan antara kawasan terjejas melibatkan Senai, Skudai, Pulai, Austin, Sedenak, Seelong, Kempas, Kulai, Gelang Patah dan Nusajaya.", "“Kebakaran itu mengakibatkan loji dihenti tugas. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya memadamkan kebakaran dan tiada korban nyawa dilaporkan. Pihak kami sedang berusaha bersama pihak berkaitan menyelesaikan masalah ini bagi memastikan kawasan terjejas menerima bekalan air bersih secara berperingkat.", "Syarikat pembekalan air bersepadu di negeri itu memaklumkan selain kawasan perindustrian dan taman perumahan, kawasan terjejas termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Laut Marin, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Taman Tema Legoland dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS).", "Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi Penolong Kanan Penguasa Azman Jantan menerusi kenyataan berasingan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran berkenaan pada 2.57 petang.", "“Kebakaran mengakibatkan kesan jelaga pada bilik tersebut. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan pada 4.45 petang, semalam.", "— BERNAMA", " ", "" ]
https://malaysiagazette.com/2019/03/12/jangan-nilai-prestasi-ekonomi-berdasarkan-tempoh-tertentu/
Jangan nilai prestasi ekonomi berdasarkan tempoh tertentu
[ "KUALA LUMPUR – Prestasi pasaran modal negara perlu dinilai berdasarkan keseluruhan tahun dan bukannya dalam tempoh-tempoh tertentu.", "Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, keseluruhan tahun lalu Malaysia merekodkan prestasi baik.", "“Sebab itu kita tidak boleh menilai (prestasi pasaran) pada tempoh singkat, kena lihat prestasi penuh,” katanya di lobi Parlimen hari ini.", "Beliau menjawab laporan Bloomberg bahawa bursa tempatan merupakan satu-satunya pasaran Asia yang merosot di rantau ini setakat hari ini.", "Menurut laporan itu, penanda aras Bursa Malaysia telah susut lebih daripada satu peratus.", "Singapura naik 5.0 peratus dan Indonesia 3.0 peratus.", "Media itu melaporkan trend bursa tidak berubah kerana para pelabur masih menantikan inisiatif-inisiatif kerajaan untuk mengurangkan defisit bajet, memacu kuasa beli dan menurunkan rasuah.", "Menurut laporan itu, ahli-ahli ekonomi meramalkan pertumbuhan negara kepada 4.5 peratus pada tahun ini berbanding 4.9 peratus sasaran awal kerajaan.", "Unjuran itu mengambil kira tindakan kerajaan baharu yang melakukan ‘pembersihan’ – membatal dan menyemak semula projek berbilion dolar, selain menggantikan peneraju-peneraju syarikat milik kerajaan.", "Tindakan-tindakan itu mempengaruhi pertumbuhan ekonomi pada tahun lalu kepada 4.7 peratus. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/11/29/australia-sahkan-dua-kes-varian-omicron/
Australia sahkan dua kes varian Omicron
[ "MELBOURNE – Australia mengesahkan dua orang yang tiba dari Afrika Selatan hujung minggu lalu telah diuji positif untuk varian Omicron.", "Pegawai kesihatan di New South Wales (NSW) berkata, kedua-dua penumpang itu tiba di Sydney pada petang Sabtu dan disahkan positif Covid-19 sebelum disahkan varian Omicron pada Ahad.", "Australia kini menyertai Britain, Jerman dan Itali dalam mengesan kes Omicron pada hujung minggu apabila lebih banyak negara mengenakan sekatan ke atas perjalanan dari Afrika.", "Bagaimanapun, kedua-dua penumpang di Australia itu tidak menunjukkan gejala, menerima vaksin lengkap dan dikuarantin, kata NSW Health.", "Seramai 12 lagi penumpang dari Afrika Selatan juga juga dikuarantin selama 14 hari kuarantin di hotel.", "Manakala kira-kira 260 penumpang dan anak kapal lain telah diasingkan bagi tujuan yang sama.", "“Kontak rapat akan dihubungi secara berkala dan pemeriksaan akan dilakukan,” kata jabatan kesihatan dalam satu kenyataan.", "Memetik laporan dari Reuters, Australia mengenakan sekatan baharu pada hari Sabtu ke atas mereka yang pernah ke sembilan negara Afrika Selatan kerana varian yang sangat menular itu menimbulkan kebimbangan berlakunya mengenai gelombang wabak yang lain.", "Negara-negara tersebut ialah Afrika Selatan, Namibia, Zimbabwe, Botswana, Lesotho, Eswatini, Seychelles, Malawi dan Mozambique.", "Australia awal bulan ini melonggarkan sekatan sempadan antarabangsanya buat kali pertama semasa wabak, membolehkan penduduk yang diberi vaksin sepenuhnya pulang ke negara itu tanpa kuarantin selepas tahap vaksinasi yang lebih tinggi.- Reuters" ]
https://malaysiagazette.com/2017/05/24/next-neymar-pilih-real-madrid/
‘The Next Neymar’ pilih Real Madrid
[ "MADRID – Real Madrid sanggup berbelanja besar sebanyak €45 juta untuk mendapatkan Vinicius Junior dari kelab Brazil, Flamengo.", "Real telah mengesahkan perjanjian itu ke atas pemain yang baharu berusia 16 tahun.", "Los Blancos mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah bersetuju untuk memperoleh hak-haknya dari Julai 2018 apabila pemain itu berusia 18 tahun dan Junior kekal bersama Flamengo sehingga Julai 2019.", "Junior diberi gelaran ‘The Next Neymar’ kerana dikatakan memiliki gaya permainan yang serupa dengan bintang negaranya, Neymar.", "Pemain muda berbakat itu mula terkenal pada Mac 2017 ketika membantu Brazil memenangi Kejohanan Amerika Selatan B-17.", "Ketika itu, dia menjaringkan tujuh gol dan dinamakan sebagai pemain terbaik kejohanan.", "Awal bulan ini, dia membuat penampilan pertama untuk pasukan senior Flamingo sebelum menandatangani kontrak baharu ini.", "Bagaimanapun, jika kedua-dua pihak bersetuju, dia boleh berpindah ke Real antara dua tarikh itu secara pinjaman. – MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2023/01/28/musa-ragui-keyakinan-rafizi-kerajaan-kini-stabil/
Musa ragui keyakinan Rafizi kerajaan kini stabil
[ "KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam menempelak Rafizi Ramli ekoran keyakinan Menteri Ekonomi itu yang Kerajaan Perpaduan cukup stabil untuk menjamin pemulihan ekonomi dalam masa dua hingga tiga tahun.", "Beliau secara terbuka meragui jaminan Ahli Parlimen Pandan itu itu berdasarkan pengalamannya yang luas dalam dunia politik di negara ini.", "“Jaminan yang sangat melegakan oleh Rafizi, yang berkata bahawa situasi politik adalah stabil… tidaklah, tidak begitu.", "“Ada kumpulan yang bersama anda dan ada yang masih belum bersama anda. Ada individu-individu yang menjanjikan satu perkara atau sebaliknya.", "“Dalam sejarah politik Malaysia, saya boleh beritahu anda, kita tidak pernah pasti apa yang akan berlaku seterusnya,” katanya.", "Musa berkata demikian ketika menjadi ahli panel pada forum bertajuk Resetting The Malaysian Economy anjuran Parlimen Malaysia semalam.", "Dua lagi ahli panel ialah Rafizi dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim.", "Sebelum itu, ketika membicarakan cabaran yang dihadapi kementeriannya untuk memulihkan ekonomi, Rafizi berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini merupakan ‘yang paling stabil setakat ini’ dan mampu melakukan perubahan.", "Musa menambah, beliau memahami usaha memulihkan negara bukan sesuatu yang mudah dan akan mengambil masa.", "“Tetapi, saya boleh beri jaminan kepada anda bahawa paling lama pun, rakyat akan memberi masa antara tiga hingga enam bulan. Selepas itu, mereka tidak akan bersikap sopan dengan anda,” jelasnya.", "Beliau juga memahami agak sukar bagi seorang pemimpin yang dahulunya berada di blok pembangkang untuk menyesuaikan diri setelah menjadi sebahagian daripada kerajaan.", "Sehubungan itu, Musa menasihatkan Rafizi dan Kerajaan Perpaduan menumpukan terhadap reformasi politik dan kerajaan terlebih dahulu supaya proses pemulihan ekonomi dan sosial dapat dilakukan dengan lebih lancar. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/12/23/baju-kemeja-sekolah-rm5-sehelai/
Baju kemeja sekolah RM5 sehelai
[ "KANGAR – Dalam usaha membantu penduduk tempatan menjelang pembukaan sesi persekolahan, sebuah kedai di sekitar sini sanggup melupakan kesempatan mengaut untung banyak, dan sebaliknya menawarkan pakaian seragam sekolah pada harga cukup rendah, antara RM5 dan RM29.90.", "Pemilik kedai berkenaan, Nga Soon Yom, atau lebih mesra dengan panggilan “Alex” berkata, kebanyakan pelanggannya terdiri daripada orang kampung berpendapatan rendah yang mempunyai ramai anak, dan setiap hujung tahun mereka biasanya akan datang membeli kelengkapan sekolah di kedainya NK Ceria Enterprise itu.", "“Buat apa ambil untung berlipat kali ganda, kita peniaga perlu juga fikir pasal pelanggan kerana bukan semua orang ada duit ketika kos sara hidup rakyat semakin meningkat,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kedainya di Lorong Medan, dekat sini hari ini.", "Alex, 50, berkata, beliau mengunakan pendekatan tidak mengambil untung berlipat kali ganda kerana menginsafi keadaan beliau sendiri yang pernah hidup susah menjadi perkerja am di kedai berkenaan, yang baharu dibelinya tahun lepas.", "“Saya pernah jadi ‘kuli’ di kedai ini selama 20 tahun dan tuan kedai asal menjual barang serta kedai ini kepada saya dengan harga rendah, jadi buat apa saya ambil untung lebih hingga membebankan orang lain,” katanya.", "Tinjauan Bernama di beberapa kedai di sekitar bandar Kangar mendapati sehelai baju kemeja sekolah dijual pada harga antara RM15 dan RM31 bergantung kepada jenis kain, saiz dan jenama.", "Seorang pelanggan yang ditemui, Hairaiti Osman, 37, dari Kuala Perlis berkata beliau menjadi pelanggan tetap kedai itu kerana harga yang ditawarkan adalah rendah dan berkualiti berbanding kedai lain.", "“Saya beli dua pasang baju untuk anak tunggal saya yang akan memasuki tahun dua nanti,” katanya suri rumah itu sambil melihat anaknya mencuba baju sekolah.", "“Suami saya hanya berkerja sebagai nelayan dan saya pula tidak mempunyai pendapatan tetap… nasib baik ada kedai yang menawarkan harga yang rendah , sedikit sebanyak dapat meringgankan beban kami sekeluarga” katanya. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2019/01/14/pengeluaran-getah-november-naik/
Pengeluaran getah November naik
[ "KUALA LUMPUR – Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat sebanyak 1.9 peratus pada November kepada 52,174 tan metrik berbanding 51,209 tan metrik pada Oktober.", "Bagaimanapun, perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran menurun 11.1 peratus.", "Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, harga purata lateks pekat yang direkodkan ialah 380.63 sen sekilogram manakala harga purata Getah Mutu Malaysia 20 (GMM. 20) ialah 509.35 sen sekilogram, masing-masing jatuh sebanyak 5.2 peratus dan 6.2 peratus berbanding dengan harga purata pada Oktober 2018.", "Eksport getah asli Malaysia berjumlah 52,943 tan metrik, pengurangan 2.3 peratus berbanding Oktober 2018.", "Katanya, eksport utama getah Malaysia ialah ke China, 56.9 peratus daripada jumlah eksport pada November.", "Ini diikuti Jerman (11.9 peratus), Finland (4.6 peratus), Iran (3.0 peratus) dan Korea (3.0 peratus).", "Penggunaan domestik getah asli pada November 2018 ialah 42,834 tan metrik berbanding 44,771 tan metrik pada Oktober 2018, pengurangan sebanyak 4.3 peratus.", "Industri sarung tangan getah sebagai pengguna utama menggunakan sebanyak 76.4 peratus (32,744 tan metrik) daripada jumlah keseluruhan penggunaan domestik getah asli.", "Stok getah asli berjumlah 169,920 tan metrik, naik sebanyak 2.6 peratus berbanding 165,550 tan metrik pada akhir Oktober 2018. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/02/02/saya-bukan-nak-ganyang-mujahid-cuma-nak-dialog-asyraf/
Saya bukan nak ganyang Mujahid, cuma nak dialog – Asyraf
[ "KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata beliau hanya ingin berdialog dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa.", "Beliau berkata, ia bukan sesi debat dalam menentukan siapa yang menang namun lebih kepada sesi mencari kebenaran.", "“Kita nak cari kebenaran sebab TH milik semua rakyat. Mereka berhak tahu kebenaran, jadi segala tuduhan jahat Pakatan Harapan dan Mujahid elok kita penontonkan kepada rakyat.", "“Saya bentangkan hujah kepada rakyat apa yang berlalu dahulu (masa BN) dan dia bentangkan (masa PH) biar rakyat menilai. Dia tidak mahu berdialog dengan saya sebab dia kata saya setakat Ketua Pemuda sahaja,” katanya dalam siri ceramah Muafaakt Nasional peringkat Wilayah Persekutuan malam tadi.", "Asyraf sebelum ini mencabar Mujahid untuk sesi berdebat mengenai isu Tabung Haji pada Jumaat lalu.", "Mujahid bagaimanapun menolak cabaran itu dengan berkata beliau bersedia untuk menyusun pertemuan dengan golongan profesional yang bertanggungjawab menguruskan anak syarikat TH, Tabung Haji Plantation.", "Asyraf yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata ada pihak yang mahu beliau ganyang Menteri Hal Ehwal Agama itu secukupnya.", "Ia kerana banyak tuduhan-tuduhan Mujahid kepada Barisan Nasional (BN) yang dianggap tidak benar semasa kerajaan itu memegang pentadbiran Tabung Haji.", "“Ada orang pesan kepada saya suruh ganyang Mujahid cukup-cukup (mengenai isu Tabung Haji), saya bukan nak ganyang dia.", "“Saya kecil hati sebab dia tuduh macam-macam, timbalan menteri yang lepas, dan kerajaan BN yang lepas punca tabung Haji jatuh dan rugi.", "“Kita nak tanya balik kepada dia, sebelum kerajaan PH naik betul ke TH rugi, rakyat tidak pernah terima dividen kurang daripada 6.25 peratus hibah campur bonus secara purata,” katanya lagi.", "Baru-baru ini, Asyraf pada sidang medianya mencabar Mujahid berdebat dengan mengenai Tabung Haji yang dikatakan menghadapi defisit dan berlaku penyelewengan ketika zaman kerajaan Barisan Nasional (BN).", "Beliau juga turut mendesak Mujahid menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sekiranya betul berlaku penyalahgunaan kuasa ketika beliau memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini. – MalaysiaGazette", "ARTIKEL BERKAITAN:", "Asyraf boleh dialog tapi bukan dengan saya – Mujahid", "" ]
https://malaysiagazette.com/2021/01/13/nahas-sriwijaya-air-as-hantar-pasukan-penyiasat-ke-indonesia/
Nahas Sriwijaya Air : AS hantar pasukan penyiasat ke Indonesia
[ "WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) akan menghantar pasukan penyiasat ke Indonesia bagi membantu siasatan terhadap nahas pesawat Sriwijaya Air.", "Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) akan menghantar wakil yang diiktiraf AS dan tiga penyiasat lain ke ibu Jakarta bagi membantu siasatan.", "NTSB mempunyai kepakaran dalam operasi, serta struktur dan sistem kapal terbang.", "Wakil NTSB berkata, turut serta kakitangan dari anggota Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS, General Electric dan Boeing.", "Sementara itu, Panglima Tentera Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto berkata, operasi pencarian diteruskan bagi mengesan Rakaman Suara Kokpit (CVR), serpihan pesawat dan mangsa korban.", "Pesawat Boeing 737-500 milik Sriwijaya Air dari Jakarta ke Pontianak, membawa 62 penumpang termasuk 12 anak kapal, terputus hubungan selepas berlepas pada pukul 2.36 petang pada Sabtu lepas.", "Pesawat tersebut terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/07/20/2-warga-perancis-disiasat-berhubung-penjualan-kapal-selam-kepada-malaysia/
2 warga Perancis disiasat berhubung penjualan kapal selam kepada Malaysia
[ "PARIS – Dua bekas eksekutif industri pertahanan warga Perancis diletakkan di bawah siasatan awal sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002, kata seorang pegawai perundangan negara itu.", "Sumber berkata, Philippe Japiot dan Jean-Paul Perrier, bekas eksekutif Thales dan DCNS, disiasat sebagai sebahagian daripada siasatan jangka panjang berhubung dakwaan sogokan daripada urusniaga kapal selam pada 2002, lapor Reuters.", "Japiot dan Perrier menafikan sebarang salah laku lapor media Perancis. Reuters tidak dapat menghubungi individu terbabit.", "Menjadi sasaran siasatan awal atau siasatan formal di Perancis tidak semestinya akan dibiacarakan.", "Penjualan antara Malaysia dan pembina kapal perang Perancis milik kerajaan Perancis, DCN International (DCNI) berlaku pada 2002.", "Syarikat tersebut kemudian menjadi entiti baharu dikenali DCNS, dengan dijenama semula sebagai Naval Group pada tahun ini. Syarikat pertahanan Perancis, Thales memiliki kira-kira sepertiga kepentingan dalam Naval Group.", "Jurucakap Thales enggan membuat ulasan berhubung perkara itu.", "Jurucakap Navel Group juga enggan membuat sebarang ulasan namun menambah: “Kami meneliti semua perundangan negara dan antarabangsa berkaitan,”. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/07/28/pembangkang-kemuka-usul-bawa-takiyuddin-ke-jawatankuasa-hak-dan-kebebasan/
Pembangkang kemuka usul bawa Takiyuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan
[ "KUALA LUMPUR – Dua ahli Parlimen pembangkang hari ini menyerahkan usul kepada Dewan Rakyat untuk membawa Menteri Undang-Undang, Datuk Takiyuddin Hassan Ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan susulan isu pembatan Ordinan Darurat.", "Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo (DAP) dan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin (Amanah) menggesa agar satu keputusan dibuat oleh Dewan Rakyat berhubung perkara itu atau membenarkan supaya perkara itu dibahaskan.", "“Merujuk kepada Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan untuk dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menurut Peraturan Mesyuarat 36 (12).", "“Alasan-alasan diberikan disitu adalah susulan apa yang berlaku di dewan dua hari lalu. Saya minta supaya satu keputusan dibuat berkenaan usul ini sama ada atau tidak kita dibenarkan membahaskan usul ini,” katanya.", "Perkara itu kemudiannya dijawab oleh Timbalan Yang diPertua Dewan Rakyat bahawa usul berkenaan belum lagi diterima setakat ini.", "Gobind kemudiannya bangkit dari tempat duduknya dan memberitahu, beliau mempunyai bukti yang menunjukkan Dewan Rakyat telahpun menerima usul tersebut dan beliau sendiri ada berjumpa dengan Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan perkara itu sebelum ini.", "Sementara itu, Hanipa telah memfailkan usul tersebut semalam ekoran dakwaannya Takiyuddin telah mengumumkan perkara yang mengelirukan dewan.", "Ujarnya, pada kebiasaannya jika sesuatu usul difailkan ia akan ditentukan oleh Speaker untuk dibahas.", "Bagaimanapun, jika timbul ketidakpuashatian ia boleh dirayu dalam tempoh 48 hari", "“Persoalannya, semasa perbahasan pagi ini, tuan speaker terlibat juga dengan perbahasan itu. Sebagai contoh tuan speaker telah actively involve (terlibat secara aktif) untuk usul ini dibincangkan pada hari Isnin sedangkan isu ini perlu disegerakan.", "“Sekarang ini saya nak minta fatwa, adakah wajar, tuan Speaker yang akan mendengar usul saya ini dan saya memohon supaya ada penggantungan pada Aturan 90, agar dewan ini yang menentukan. Buat satu pengundian kita bahas sama ada usul saya diterima atau tidak,” tegasnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/04/04/kerajaan-jimat-rm4-3-bilion-penstrukturan-semula-4-syarikat-konsesi/
Kerajaan jimat RM4.3 bilion penstrukturan semula 4 syarikat konsesi
[ "KUALA LUMPUR – Kerajaan akan dapat menjimatkan pembayaran pampasan dari 1 Januari 2022 sehingga tamat tempoh konsesi dengan pelaksanaan penstrukturan semula melibatkan empat syarikat konsesi lebuh raya di sekitar Lembah Klang.", "Berikutan itu tiada lagi kenaikan kadar tol di Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP).", "Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, penjimatan bersih bagi pembayaran pampasan subsidi tol untuk keempat-empat lebuh raya tersebut\ndianggarkan berjumlah RM4.3 bilion.", "Menurut beliau, penjimatan itu boleh dimanfaatkan bagi tujuan kesejahteraan rakyat yang perlu diutamakan, antaranya kemudahan infrastruktur negara serta kemudahan lain kepada penduduk negara ini.", "“Amanat dan prinsip penstrukturan Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) adalah selaras dengan prinsip Keluarga Malaysia yang sentiasa mendahulukan keperluan dan kepentingan rakyat.", "“Usaha ALR untuk memuktamadkan pembelian syarikat-syarikat konsesi lebuh raya ini adalah merupakan suatu inisiatif cadangan penstrukturan daripada pihak swasta yang\nmemberikan situasi menang-menang serta menguntungkan kerajaan dan rakyat,” katanya pada sidang media di kementeriannya di sini hari ini.", "Hari ini, ALR yang dipengerusikan Tan Sri Azlan Mohd Zainol, yang mana kesemua pemegang sahamnya tidak berasaskan keuntungan, menawarkan untuk membeli 100 peratus kepentingan dalam empat syarikat konsesi lebuh raya.", "Ia melibatkan Kesas Sdn. Bhd. yang menguruskan KESAS; Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd yang mengendalikan SMART; Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd yang menguruskan SPRINT dan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd yang mengendalikan LDP.", "Melalui kaedah penstrukturan semula itu, tiada lagi pemegang saham yang berorientasikan keuntungan yang akan melibatkan pulangan kepada pemegang saham dalam apa jua bentuk seperti dividen.", "Pemegang-pemegang saham sedia ada yang antaranya terdiri daripada\nKumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Amanah Pekerja, Permodalan Nasional Berhad Malaysia (PNBM) dan Lembaga Tabung Haji akan mendapat pulangan daripada pelaburannya lebih awal daripada sepatutnya.", "Mengulas lanjut, Fadillah berkata, kerajaan pada masa sama tidak boleh mengabaikan obligasinya di dalam Perjanjian Konsesi sedia ada kerana ia bakal memberi imej negatif kepada para pelabur yang akan menyebabkan kekurangan minat mereka untuk melabur di Malaysia.", "Jelas beliau, jika ini berlaku maka pelaburan di dalam negara akan berkurang dan akan menyebabkan rakyat menghadapi kesukaran.", "Ujarnya, pwnstrukturan semula syarikat tersebut masih lagi selaras dengan Dasar Penswastaan yang mana syarikat swasta masih lagi bertanggungjawab mengendalikan operasi dan menyenggara lebuh raya berkenaan.", "“Kerajaan juga telah memastikan bahawa ALR perlu menyerap kesemua kakitangan sedia ada yang sedang berkhidmat di bawah keempat-empat syarikat konsesi berkaitan.", "“Dengan itu, tiada isu pembuangan pekerja berhubung cadangan penstrukturan\nini. Justeru, status bagi kesemua pekerja di bawah syarikat-syarikat konsesi ini adalah\nterjamin,” katanya.", "Fadillah memberitahu, jika dibandingkan dengan cadangan sebelum ini, ia melibatkan Jaminan Kerajaan, pengambilalihan syarikat serta keseluruhan entiti lebuh raya (nationalisation) serta kemungkinan lanjutan tempoh konsesi.", "Kata beliau, kaedah itu adalah bercanggah dengan Dasar Penswastaan yang mana ia akan memberi implikasi negatif kepada para pelabur.", "“Dengan cadangan penstrukturan semula ini, tiada lagi kenaikan kadar tol sehingga tamat\ntempoh konsesi bagi keempat-empat lebuh raya terlibat dibandingkan dengan\nperuntukan perjanjian konsesi asal yang memperuntukkan kenaikan tol bagi lebuh raya -lebuh raya berkenaan secara berkala antara lima hingga tujuh tahun mengikut perjanjian konsesi masing-masing.", "“Kerajaan tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan bagi transaksi ini dan kerajaan juga tidak memberikan sebarang jaminan untuk pembiayaan ALR bagi cadangan penstrukturan semula ini.", "“Kerajaan juga tidak perlu menanggung sebarang kos penyenggaraan dan operasi dengan penstrukturan semula ini. Syor pihak ALR untuk mengekalkan kadar tol melalui Perjanjian Konsesi Tambahan adalah melibatkan semua kelas kenderaan bagi keempat-empat syarikat konsesi tersebut,” katanya.", "Bagi membantu ALR mencapai objektif penubuhannya, jelas Fadillah, kerajaan telah bersetuju untuk memberi pelanjutan tempoh konsesi kepada KESAS, LDP, SPRINT dan SMART sebagai balasan tidak menaikkan kadar tol.", "“Namun, lanjutan tempoh konsesi ini bukanlah hak eksklusif syarikat konsesi dan tertakluk kepada bilangan trafik serta analisa oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa,” katanya. – MalaysiaGazette", "Video Berkaitan", "" ]
https://malaysiagazette.com/2020/09/08/tren-ets-komuter-bergesel-mot-tunggu-apad-serah-laporan-siasatan/
Tren ETS, komuter bergesel: MOT tunggu APAD serah laporan siasatan
[ "PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang menunggu laporan daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) berhubung siasatan kemalangan keretapi elektrik (ETS) dan komuter tiga gerabak yang bergesel berhampiran Stesen Kuang, Selangor pada Jumaat lalu.", "Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, laporan penuh yang disiapkan oleh APAD itu bagi mencari punca insiden tersebut, sama ada ia disebabkan oleh masalah sistem pengoperasian pengangkutan awam terbabit ataupun kecuaian manusia.", "“Saya sudah dapat laporan pada hari itu juga (hari kejadian), pada keesokan malam telah dibuat kerja-kerja pembaikan dan siasatan telah dibuat oleh pihak APAD.", "“Dan saya difahamkan pada kesekokan pagi ia sudah beroperasi kembali. Yang penting APAD sudah turun. Siasatan dan laporan lengkap akan dikemukakan kepada saya,” katanya pada sidang media di selepas Majlis Penganugerahan Penggreddan Institut Memandu di kementeriannya di sini, hari ini.", "Jumaat lepas, seorang penumpang mengalami kecederaan apabila ETS yang dinaiki bergesel dengan komuter tiga gerabak berhampiran Stesen Kuang.", "Seramai 29 lagi penumpang yang turut berada di dalam komuter dan 93 penumpang tren ETS terselamat dalam insiden itu.", "Ketika nahas, tren komuter itu perjalanan dari Stesen Tanjung Malim menuju ke Stesen Sungai Buloh sebelum bergesel dengan ETS dari Stesen Padang Besar ke Stesen KL Sentral sekitar pukul 6.37 petang.", "Sementara itu ketika ditanya mengenai tempoh masa yang akan diambil oleh pihak APAD untuk menyiasat, Ka Siong berkata, ia memerlukan sedikit masa untuk disiapkan.", "Bagaimanapun, beliau percaya laporan lengkap mengenai insiden tersebut akan diperoleh dalam masa terdekat.", "Terdahulu, pada majlis tersebut Ka Siong menyampaikan sijil penarafan penggredan lima bintang kepada 79 buah institut memandu di seluruh negara.", "Sistem penggredan merupakan salah satu kaedah untuk menambahbaik sistem penyampaian dari semua aspek terutama kompetensi pemandu yang dihasilkan di semua institut memandu.", "Penggredan ini secara tidak langsung akan memotivasikan institut memandu untuk lebih berdaya saing dan secara langsungnya akan memberi kesan kepada penyampaian Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang sempurna serta mencapai objektif yang telah ditentukan.", "Matlamat penggredan adalah untuk menaik taraf kualiti dalam latihan pemanduan supaya dapat melahirkan pemandu yang berhemah sekaligus dapat mengurangkan kemalangan di\njalan raya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/01/06/geran-pembangunan-pasaran-diwujudkan-semula/
Geran pembangunan Pasaran diwujudkan semula
[ "KUALA LUMPUR –  Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mewujudkan semula Geran Pembangunan Pasaran (MDG) mulai 1 Januari 2018 selepas digantung tahun lalu.", "MDG merupakan geran yang boleh dikembalikan sehingga RM200,000 bagi penyertaan aktiviti promosi eksport.", "Ia termasuk pameran perdagangan antarabangsa, misi perdagangan dan pelaburan, misi pemecut eksport, persidangan antarabangsa selain yuran penyenaraian barangan buatan tempatan di pasar raya, pasar raya besar dan pusat runcit di luar negara.", "Langkah itu dibuat supaya lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengeksport produk yang dikeluarkan, selain seiring dengan pengumuman Bajet 2018 pada Oktober lalu.", "Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros berkata, sejak pelaksanaan geran itu pada 2002, ia telah  memberi manfaat kepada 7,682 syarikat tempatan yang menembusi pasaran utama eksport Malaysia.", "Antaranya di ASEAN, China dan Emiriah Arab Bersatu.", "Dengan adanya semula geran itu, satu garis panduan baru akan diperkenalkan, termasuk syarikat perlu mendaftar dan mengemas kini maklumat masing-masing dengan Matrade menerusi Pendaftar Eksport Malaysia.", "Selain itu, PKS mesti memiliki entiit perniagaan yang aktif, katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/09/16/perkhidmatan-saj-ranhill-diteruskan-jika-tarif-rendah/
Perkhidmatan SAJ Ranhill diteruskan jika tarif rendah
[ "KULAI – Kerajaan Negeri Johor bersedia meneruskan kerjasama dengan SAJ Ranhill, sekiranya syarikat itu masih berkemampuan membekalkan bekalan air bersih dan stabil pada kadar tarif yang rendah kepada rakyat di negeri ini.", "Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse dalam pada itu tidak menafikan bahawa sudah terdapat syarikat tempatan telah menawarkan diri untuk menjadi pembekal bekalan air bersih baharu di negeri ini bagi menggantikan SAJ Ranhill.", "Katanya, ia susulan cadangan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian pada bulan lepas yang mahu menubuhkan sebuah syarikat air Johor sendiri dalam memastikan pihaknya dapat mengawal tarif air di negeri ini.", "“Cadangan penubuhan syarikat baharu ini masih lagi di peringkat perbincangan yang sangat awal sebab sekiranya SAJ Ranhill mampu melaksanakan tugas mereka dengan baik, maka, kerajaan negeri akan meneruskan perkhidmatan mereka.", "“Tetapi, jika mereka (SAJ Ranhill) tidak dapat buat kerja yang bagus dan selalu wujud masalah atau aduan daripada rakyat berkaitan gangguan air atau aduan kenaikkan tarif air, maka, kita kena tengok dan pandang dari sudut lain pula iaitu sama ada keperluan untuk menubuhkan syarikat baharui itu perlu atau pun tidak,” katanya.", "Beliau berkata demikian sebagai menggulas perkembangan penubuhan syarikat air baharu itu dalam satu sidang media selepas menyaksikan Pertandingan Futsal di Taman Manis, di sini, hari ini.", "Menurutnya, selagi Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan di negeri ini, pihaknya tidak akan membenarkan SAJ Ranhill menaikkan kadar tarif air sesuka hati, selain pada masa sama akan berusaha mencari kaedah terbaik untuk menurunkan tarif bagi membantu rakyat.", "Bagaimanapun, kaedah berkenaan tidak bermaksud kerajaan negeri harus mengambil alih SAJ Ranhill kerana ia bukanlah satu pilihan yang mudah dan murah memandangkan syarikat berkenaan adalah sebuah syarikat persendirian yang tidak boleh dipaksa jual, katanya.", "“Memang itu merupakan salah satu pilihan untuk menurunkan kadar tarif air tetapi kalau kita ada pilihan lain yang lebih murah dan lebih senang dilaksanakan, mengapa perlu ambil jalan yang susah.", "“Saya juga telah banyak kali menjelaskan bahawa tidak pernah dalam manifesto kami (PH) mahu membeli SAJ Ranhill. Itu dalam manifesto Barisan Nasional (BN), bukan PH. Sebaliknya, sasaran kita adalah untuk menurunkan kadar tarif air,” katanya.", "Jimmy berkata pihaknya kini sedang berbincang dengan SAJ Ranhill untuk menentukan kadar tarif air yang baharu bagi tahun 2019-2022 , bagi menggantikan tarif air pada 2015-2018.", "Selain itu, SAJ Ranhil juga katanya sedang dalam proses menukarkan 7,000 km paip secara berperingkat dalam tempoh masa lima tahun ini.", "“Penukaran paip yang uzur dan sudah lama itu adalah bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan SAJ Ranhill. Ia bermula di Kelapa Sawit, Kulai melibatkan Kampung Baru Cina.", "Berikutan itu, kawasan berkenaan yang melibatkan 5,000 akaun telah mengalami gangguan air sejak minggu lalu dan dijangka ia berlarutan hingga akhir bulan ini.", "“Kemudiannya, penukaran paip kepada jenis PVC yang lebih mudah diselenggara itu akan dilakukan di kawasan-kawasan kampung dan Felda serta sebagainya,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/07/14/kuskop-sasar-18000-pekerjaan-baharu-dalam-bidang-francais/
KUSKOP sasar 18,000 pekerjaan baharu dalam bidang francais
[ "KUALA LUMPUR –  Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasar untuk mewujudkan sebanyak 18,000 peluang  pekerjaan  baharu dalam industri runcit dan francais menjelang 2025.", "Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, peluang menerusi agensinya, Perbadanan Nasional Bhd. (Pernas) itu selaras dengan komitmen kerajaan dalam membangunkan  lebih ramai usahawan khususnya di dalam bidang francais.", "Sehubungan itu, menurut beliau, kerjasama yang terjalin di antara agensi-agensi  kerajaan seperti Pernas dan penggiat industri termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan usahawan seharusnya diteruskan bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi.", "“Kerajaan benar-benar memahami bahawa sebahagian daripada perniagaan dan tenaga  kerja yang terlibat dalam industri runcit terjejas teruk oleh situasi pandemik.", "“Oleh itu, atas semangat Keluarga Malaysia, KUSKOP menerusi 11 agensi telah menyediakan peruntukan lebih daripada RM7 bilion kepada usahawan dan golongan terkesan akibat pandemik Covid-19 pada tahun lepas.", "“Antara kumpulan yang mendapat manfaat daripada peruntukan itu adalah golongan  terkesan kerana pandemik termasuk kumpulan informal serta perusahaan kecil  sederhana (PKS) termasuklah usahawan-usahawan runcit dan francais.", "“Kementerian melalui Pernas juga bertanggungjawab dalam mewujudkan ekosistem francais yang lebih berkesan dengan rantaian nilai yang menyeluruh disokong oleh   teknologi digital di samping memperkasakan pembangunan sosio-ekonomi melalui bidang keusahawanan,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Pameran Runcit dan Francais Antarabangsa Malaysia (MIRF) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.", "Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP Datuk Zamri Salleh.", "Noh menambah, kerajaan mengiktiraf kepentingan industri runcit dan francais kepada  ekonomi negara serta telah meletakkan sasaran industri francais untuk menyumbang  9.4 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2022.", "Oleh yang demikian kata beliau, adalah penting bagi kerajaan untuk membangunkan dasar yang lebih luas merangkumi semua segmen industri runcit dan francais dalam negara ini.", "Sementara itu, MIRF anjuran Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) yang berlangsung tiga hari bermula hari ini akan memberi fokus kepada tema Mulakan Semula: Peruncitan & Francais.", "Ia melibat penyertaan lebih 400 gerai pameran daripada industri runcit dan francais antaranya termasuk Marrybrown, Bask Bear Coffee, Ah Cheng Laksa, Vanilla Crepe, Laundrybar dan banyak lagi.", "Ekspo ini juga menampilkan syarikat asing dari lebih 10 negara, termasuk Korea Selatan, Singapura, Taiwan, India, Pakistan, Jepun, Cyprus dan Filipina serta menyediakan satu bahagian khusus bagi mempromosikan produk Halal dalam usaha menyediakan platform untuk pemadanan perniagaan yang berkualiti.", "MIRF 2019 yang berjaya menarik 350 gerai dan menjalankan transaksi urus niaga bernilai lebih RM80 juta dalam hasil perniagaan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/05/02/premis-mahkamah-masih-tutup-berikutan-pelanjutan-pkp/
Premis mahkamah masih tutup berikutan pelanjutan PKP
[ "PUTRAJAYA – Premis Mahkamah masih lagi ditutup dan tidak beroperasi sehingga mendapat arahan kerajaan, berikutan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).", "Mengikut kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) hari ini, panduan pengendalian kes adalah sama seperti yang diumumkan pada 17 Mac lepas, 26 Mac, 2 April dan 24 April.", "Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh pada 17 Mac lepas telah memaklumkan mahkamah di seluruh negara ditutup dan perbicaraan pendengaran kes sivil serta jenayah juga ditangguhkan, dan tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian.", "Beliau bagaimanapun berkata, permohonan untuk tahanan reman dan pendaftaran kes baru dan urusan jamin dijalankan seperti biasa.", "Menurut Ahmad Terrirudin, pengurusan kes sivil secara ‘e-Review’ akan terus dijalankan seperti biasa, secara dalam talian manakala pengurusan kes sivil secara manual akan ditangguhkan dan akan diberikan tarikh yang baharu.", "Menurut kenyataan PKPMP pada 26 March lalu, bagi memastikan akses kepada keadilan semasa tempoh lanjutan pelaksanaan PKP, pihak dalam kes sivil boleh memohon kepada mahkamah untuk pendengaran kes sivil secara dalam talian.", "Pada April 23, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh PKP dilanjutkan selama dua minggu sehingga 12 Mei untuk membendung penularan wabak Covid-19.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2021/10/01/rmk-12-pembangunan-bakat-by-design-pelan-asas-jangka-panjang-negara/
RMK-12: Pembangunan bakat ‘by design’ pelan asas jangka panjang negara
[ "SEBAGAI sebuah badan yang mengiktiraf profesionalisme teknologis dan juruteknik di negara ini, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) berpandangan bidang fokus yang diberikan oleh Kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) adalah strategik dan bertepatan. RMKe-12 telah menggariskan strategi yang progresif dan menyeluruh dalam menangani cabaran\npasca pandemik khususnya melalui pembangunan bakat.", "Dalam Pemangkin Dasar 1 RMKe-12 “Membangunkan Bakat Masa Hadapan”, tumpuan diberikan kepada penjajaran semula pasaran buruh, pendidikan dan latihan.", "Ia menunjukkan Kerajaan menyedari bahawa pembangunan bakat adalah asas dalam dasar jangka panjang negara ini. Keberhasilan dalam aspek ini akan tercapai dengan\npeningkatan tenaga buruh yang berkemahiran tinggi dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan taraf hidup rakyat.", "MBOT yang juga sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyambut baik penekanan yang diberikan oleh Kerajaan terhadap sains, teknologi, pengkomersialan dan pendigitalan. Ini kerana aspek-aspek ini dapat memberikan kesan berganda kepada perkembangan bakat, industri dan sosioekonomi.", "Fokus Kerajaan terhadap pertumbuhan industri strategik dan berimpak tinggi melalui pembangunan bakat dan keupayaan akan memacu pertumbuhan tenaga kerja berkemahiran tinggi.", "Melalui strategi ini, diharapkan jumlah pekerja mahir akan dipertingkatkan memandangkan pada masa ini, hanya 24.7 peratus pekerja berkemahiran tinggi dalam industri.", "Ini juga akan membantu Malaysia untuk mempunyai sekurang-kurangnya 35% pekerja mahir dalam tenaga buruh menjelang\ntahun 2030 seperti yang disasarkan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.", "Untuk bersaing dengan negara-negara maju, Malaysia perlu mempunyai sekurang-kurangnya 45% bakat berkemahiran tinggi.", "Untuk memastikan tenaga kerja yang kalis masa hadapan (future proof), bidang-bidang teknologi baru muncul dan teknologi distruptif khususnya yang berkaitan Revolusi Perindustrian Ke-4 (4IR) seperti Kecerdasan Buatan (AI), pendigitalan, robotik, internet mudah alih berkelajuan tinggi, Analitik Data Raya\n(BDA) dan Internet Benda (Internet of Things), perlu diperkukuhkan melalui pendidikan dan latihan. Ini kerana bidang-bidang ini akan menjadi asas utama dalam pelbagai sektor industri,  sekali gus memberikan kesan berganda kepada produktiviti dan pertumbuhan ekonomi.", "MBOT berpendapat  pembangunan bakat secara strategik mampu menyokong sasaran yang ditetapkan Bagi membangunkan bakat tersedia masa hadapan, Kerajaan juga memberi penekanan terhadap ekosistem TVET melalui penambahbaikan akreditasi,\npengiktirafan dan pensijilan. MBOT berpandangan bahawa inisiatif ini perlu dijalankan secara berterusan, menyeluruh dan melibatkan pihak industri.", "Ini supaya institusi TVET dapat merangka kurikulum yang selaras dengan keperluan industri. Secara keseluruhan, MBOT yang telah mendaftarkan lebih 46,000 Teknologis dan Juruteknik melihat RMKe-12 mengiktiraf kepentingan bakat yang berkemahiran tinggi untuk menaiktaraf sosio ekonomi rakyat dan seterusnya keluar daripada kemelesetan ekonomi akibat pandemik Covid-19.", "Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir\nPresiden\nLembaga Teknologis Malaysia" ]
https://malaysiagazette.com/2019/02/13/kpn-ditaja-ke-turki-sumber-dana-totalisatori-syarikat-nombor-ramalan/
KPN ditaja ke Turki: Sumber dana Totalisator dari syarikat nombor ramalan
[ "PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan tidak tahu menahu tentang lawatan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang ketika ini berada di Turki.", "Menterinya, Lim Guan Eng menjelaskan ini kerana lawatan itu bukan diluluskan oleh kementeriannya sebaliknya Lembaga Pengarah Totalisator Malaysia.", "Totalisator Malaysia merupakan syarikat di bawah Kementerian Kewangan.", "Mengulas lanjut, Guan Eng turut memberitahu, kementerian tidak pernah memberi bantuan kewangan pun kepada Totalisator Malaysia sebaliknya syarikat itu mendapat dana dari syarikat nombor ramalan.", "Beliau berkata, pihaknya akan menilai semula tentang keperluan untuk meluluskan lawatan seumpama itu pada masa hadapan.", "“Prosedur sekarang adalah selagi ada kelulusan lembaga pengarah, mereka tidak perlu rujuk kepada kementerian.", "”Selepas ini kita hendak tengok semula sama ada perlu Totalisator Malaysia mendapat kelulusan untuk lawatan seperti itu,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan cek peruntukan bernilai RM50 juta kepada sekolah tahfiz berdaftar yang disampaikan kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof di kementeriannya di sini hari ini.", "Guan Eng diminta mengulas tentang isu lawatan delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai oleh Mohamad Fuzi dalam salah satu usaha untuk menangani masalah perjudian online.", "Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya telah meluluskan lawatan berkenaan yang ditaja oleh Lembaga Totalisator Malaysia iaitu agensi di bawah Kementerian Kewangan.", "Muhyiddin berkata demikian bagi menafikan dakwaan portal Sarawak Report bahawa lawatan tersebut adalah tanda terima kasih terhadap jasa-jasa pegawai tinggi polis yang menyertainya.", "Portal Sarawak Report pada dua hari lalu melaporkan bahawa beberapa pegawai tinggi PDRM termasuk Ketua Polis Negara pergi ke Turki atas tujuan peribadi.  – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/07/31/bayi-cedera-diterkam-harimau/
Bayi cedera diterkam harimau
[ "NEW DELHI – Bayi empat bulan cedera selepas seekor harimau bintang berjaya meragutnya.", "Kejadian itu berlaku semasa bayi berkenaan dalam dukungan ibunya yang membonceng motosikal di laluan yang dikelilingi hutan.", "Penduduk perkampungan sekitar yang mendengar deritan bapa bayi malang itu keluar dan mula membuat bising menyebabkan haiwan itu melepaskan bayi tersebut.", "Pegawal-pengawal hutan tersebut yang mengetahui kejadian itu telah memanggil ambulans.", "Bayi dan ibunya kini dalam keadaan stabil dan semakin pulih.", "Aktivis alam sekitar, Mahesh Pandya berkata, insiden itu berlaku kerana manusia telah menganggu ruang yang menjadi habitat haiwan sejak sekian lama.", "Akibatnya, berlaku konflik antara manusia dan haiwan, yang mana gajah dan harimau mula memasuki kawasan penempatan manusia.", "Terdapat kira-kira 12,000 hingga 14,000 harimau bintang di India dan secara puratanya seekor terbunuh setiap hari.", "Tahun lalu, pihak berkuasa hidupan liar mengambil masa 36 jam untuk menangkap seekor harimau bintang yang memasuki kilang kereta.", "Pada 2016 pula, seekor harimau bintang memasuki kawasan sekolah di Bangalore dan mencederakan enam orang. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/02/28/pkpd-di-asrama-pekerja-imperial-garments-flat-anjung-tawas-damai-perak-bermula-esok/
PKPD di Asrama Pekerja Imperial Garments Flat Anjung Tawas Damai, Perak bermula esok
[ "KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Asrama Pekerja Imperial Garments Flat Anjung Tawas Damai, Perak bermula esok sehingga 14 Mac ini.", "Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan itu adalah untuk memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan saringan secara bersasar ke atas semua penghuni asrama serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti.", "Jelas beliau, KKM hari ini turut melaporkan situasi kes Covid-19 di lokasi itu dan sehingga kini ia  telah melaksanakan sebanyak 524 ujian saringan.", "“Daripada jumlah itu, sebanyak 213 orang dilaporkan positif Covid-19 dan KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.", "Ismail menambah, kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II, Gerik Perak yang dijadualkan tamat esok.", "Jelas belaiu, dalam tempoh PKPD, KKM telah melaksanakan 582 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 16 kes telah direkodkan.", "“KKM mengesahkan tiada kes aktif di lokaliti ini, keadaan adalah terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.", "“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II, Gerik, Perak pada 1 Mac 2021 seperti yang dijadualkan,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/12/29/valencia-kekal-kapten-solskjaer/
Valencia kekal kapten – Solskjaer
[ "LONDON – Antonio Valencia akan kekal sebagai ketua pasukan kelab itu, kata pengurus sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer.", "Jelas Solskjaer, lilitan kapten akan kembali kepada pemain berusia 33 tahun itu apabila dia kembali cergas untuk beraksi di padang.", "“Valencia adalah pemain pertahanan kanan yang terbaik untuk membantu bahagian serangan,” kata Solskjaer kepada Goal.com", "Sementara itu, Solskjaer turut mengulas mengenai kebangkitan semula pasukan itu di bawah kendaliannya adalah atas usaha pemain-pemain sendiri.", "Jelasnya, kini giliran Alexis Sanchez dan Romelu Lukaku untuk membuktikan kemampuan sebenar mereka di atas padang.", "Sanchez tidak beraksi bersama United sejak November tahun ini selepas mengalami kecederaan pada otot hamstring manakala Lukaku hanya kembali berlatih bersama skuad selepas tidak beraksi dalam dua perlawanan yang dikendalikan Solskjaer.", "Sejak Solskjaer kembali ke United sebagai pengurus, United mencatat dua kemenangan berturut-turut selepas melakar kemenangan 5-1 ke atas Cardiff City dan 3-1 ke atas Huddersfield.", "Solskjaer merupakan bekas penyerang United yang berjaya memenangi satu gelaran Liga Juara-Juara Eropah, enam gelaran Liga Perdana Inggeris dan dua Piala FA bersama kelab itu. – MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2021/10/03/covid-19-109-kematian-semalam/
Covid-19: 109 kematian semalam
[ "KUALA LUMPUR – Sebanyak 109 kematian yang akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan sehingga jam 11.59 malam tadi.", "Berdasarkan data yang dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman sesawang COVIDNOW, dengan jumlah itu, kes kumulatif angka korban akibat wabak tersebut kini mencecah 26,565 kes.", "Daripada jumlah terkini yang direkodkan setakat 2 Oktober itu, 33 daripadanya adalah kematian di luar hospital (BID).", "Pulau Pinang merupakan negeri tertinggi menrekodkan angka kematian harian iaitu 18, diikuti dengan Lembah Klang 17 kes, Johor 11, Sabah 13 dan Perak 10.", "Sarawak dan Terenggau pula masing-masing sembilan kes, Kedah (8), Kelantan (5), Pahang (4).", "Melaka dan Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan satu kes kematian.", "Manakala Wilayah Persekutuan Laguan dan Putrajaya masing-masing tiada kes kematian.", "Dalam pada itu laman sesawang tersebut turut melaporkan pengurangan sebanyak 4,590 kes aktif menjadikan jumlah terkini sebanyak 155,823. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/10/28/felda-bakal-terbit-sukuk-tamatkan-lla/
Felda bakal terbit sukuk, tamatkan LLA
[ "KUALA LUMPUR- Kabinet meluluskan cadangan penerbitan sukuk dengan jaminan kerajaan bernilai RM9.9 bilion oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi melaksanakan pelan pemulihan agensi berkenaan.", "Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Kabinet juga telah bersetuju untuk menamatkan Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) bagi meningkatkan pendapatan teras daripada tanah ladang Felda.", "“Kedudukan kewangan Felda dijangka mencatatkan aliran positif bermula tahun 2023 dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif tersebut.", "“Felda akan kembali ke landasannya sebagai sebuah badan yang dihormati dan berdaya maju,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu Felda yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Wahid Omar dan turut disertai oleh Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh itu telah membuat pembentangan di hadapan Kabinet pada 14 Oktober lalu.", "Antara cadangan lain yang telah diterima Kabinet adalah penstrukturan semula hutang Felda dengan institusi kewangan serta meningkatkan daya berdikari peneroka.", "Menurut Mustapa, pasukan petugas khas yang ditubuhkan kesinambungan daripada Kertas Putih ‘Ke Arah Kelestarian FELDA’ yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 April 2019 itu telah mengenal pasti masalah-masalah utama yang dihadapi agensi berkenaan dan ianya perlu ditangani segera.", "Antaranya masalah utama adalah struktur modal yang tidak mampan dan bebanan hutang yang tinggi berjumlah RM10.6 bilion.", "Keadaan itu jelas beliau, berpunca daripada sumber pendapatan yang berkurangan terutamanya penerimaan bayaran pajakan bagi 351,000 hektar tanah ladang dan perkongsian keuntungan yang rendah berbanding jangkaan di bawah Perjanjian Pajakan Tanah (LLA).", "Kelemahan tadbir urus dan pengurusan kewangan turut menyumbang kepada masalah yang dihadapi oleh Felda.", "“Penyelesaian isu-isu yang dihadapi oleh Felda tidak akan lengkap tanpa pengukuhan tadbir urus serta kecekapan dalam menguruskan ladang.", "“Sehubungan itu, Lembaga Pengarah serta pengurusan FELDA hendaklah komited meningkatkan kecekapan pengurusan dan menambahbaik tadbir urus.", "Tegasnya, pelaksanaan cadangan-cadangan tersebut akan dipantau secara terperinci oleh sebuah jawatankuasa pemantauan yang akan melapor kepada Perdana Menteri.- MalaysiaGazette", " ", " " ]
https://malaysiagazette.com/2021/03/25/p-pinang-beri-amaran-kepada-kedah-berhubung-projek-taps/
P.Pinang beri amaran kepada Kedah berhubung projek TAPS
[ "GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya Kedah melaksanakan projek mengancam bekalan air di negeri itu.", "Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya juga akan mengemukakan bantahan kepada kerajaan Persekutuan serta usulkan bantahan di Parlimen bagi menghentikan projek terbabit.", "Jelas beliau, Pulau Pinang secara sah mengabstrak air mentah dari Sungai Muda tanpa membayar Kedah sejak tahun 1973 dan tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian atau kontrak bagi tujuan tersebut.", "“Sekiranya Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berpendapat bahawa beliau sewenang-wenangnya dapat melaksanakan projek di Kedah yang secara langsung mengancam bekalan air di Pulau Pinang, beliau silap.", "“Jika projek tersebut menimbulkan penderitaan bagi penduduk dan menyebabkan kerugian kepada perniagaan yang beroperasi di Pulau Pinang, kerajaan negeri akan saman Muhammad Sanusi untuk kos dan kerosakan.", "“Sekiranya kerajaan Kedah mahu meneruskan tindakan mereka kita akan mendapatkan injunksi mahkamah untuk menghentikan projek itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Tambah Kon Yeow, Kedah tidak boleh menjalankan projek melibatkan Ulu Muda yang tidak sah atau tidak dipersetujui oleh kerajaan Persekutuan.", "“Mengikut undang-undang negeri dan Persekutuan, sebarang projek ‘baharu’ Sungai Muda di Kedah di hulu muka sauk Lahar Tiang Pulau Pinang mesti mematuhi semua undang-undang yang berkaitan.", "“Kedah boleh mencadangkan tetapi kerajaan Persekutuan atau undang-undang negara boleh melupuskannya.", "“Semua skim berkaitan air yang dicadangkan Muhammad Sanusi juga tertakluk kepada kelulusan oleh kerajaan Persekutuan,” ujar beliau.", "Terdahulu, Kedah mengumumkan Projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) yang menakung lebihan air di Sungai Muda dan mula dibangunkan tahun ini.", "Projek yang mendapat peruntukan daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air itu bertujuan meningkatkan bekalan air di Kedah dan menstabilkan paras air di sungai tersebut ketika musim kemarau. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/11/24/penutupan-lynas-tidak-terkandung-dalam-manifesto/
Penutupan Lynas tidak terkandung dalam manifesto
[ "KUALA TERENGGANU,- Penutupan operasi kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) tidak terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) seperti yang sering dibangkitkan, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.", "Justeru beliau berkata, semua ahli parlimen kerajaan perlu menghormati keputusan kerajaan untuk meneruskan projek terbabit serta mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan penduduk di kawasan terlibat.", "“Tidak pernah ada dalam manifesto PH untuk tutup Lynas pada Pilihan Raya Umum ke-14. Semua orang boleh tengok dan semak kalau ada.", "“Saya minta rakan-rakan dalam PH janganlah bangkitkan perkara ini sehingga timbulkan rasa tidak selesa kepada penduduk kerana pakar sudah sahkan kilang ni selamat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Usahawan Terengganu di sini, hari ini.", "Seramai 200 usahawan dari seluruh negeri menyertai program tersebut yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu (DPMMT).", "Dalam perkembangan lain, Mohd Redzuan berkata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) perlu mengkaji semula undang-undang yang memerlukan operator dron mendapatkan kelulusan untuk penerbangan walaupun untuk tujuan percubaan.", "Menurut beliau CAAM sepatutnya memberi kelonggaran dalam sesetengah keadaan bagi menggalakkan perkembangan industri aeroangkasa, sekali gus menggalakkan lebih ramai usahawan menceburkan diri dalam bidang berkaitan.", "Sehubungan itu beliau mencadangkan supaya diwujudkan persekitaran atau undang-undang yang menyokong perkembangan industri aeroangkasa kerana Malaysia sudah agak jauh ketinggalan. Dalam pada itu, Mohd Redzuan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah berkata beliau tidak mempunyai masalah sekiranya digugurkan daripada jawatan menteri Kabinet yang disandangnya pada masa ini.", "Beliau berkata, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohd mempunyai kuasa penuh untuk melantik atau menggugurkan mana-mana menteri berdasarkan penilaian ke atas prestasi masing-masing.", "“Saya cuma menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan untuk berkhidmat kepada rakyat sejak 2 Julai tahun lalu,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/07/26/uk-larang-guna-kereta-petrol-diesel-tahun-2040/
UK larang guna kereta petrol, diesel tahun 2040
[ "LONDON – United Kingdom akan mengharamkan penggunaan diesel dan petrol bagi kereta dan van pada tahun 2040 dalam usaha menangani pencemaran udara.", "Kerajaan negara itu turut mengumumkan dana berjumlah 255 juta pound untuk membantu majlis-majlis memperkenalkan langkah untuk menangani pencemaran daripada kenderaan diesel.", "Ia adalah sebahagian daripada perbelanjaan bernilai 3 bilion pound untuk projek kualiti udara.", "Langkah yang diambil itu susulan pengumuman yang sama dibuat oleh Kerajaan Perancis pada awal bulan ini.", "Kerajaaan akan menerbitkan mandat mahkamah berhubung strategi pembersihan udara untuk menangani paras nitrogen dioksida sebelum dibawa kepada Mahkamah Tinggi.", "Menteri-menteri telah ditetapkan strategi rancangan udara bersih pada bulan Mei lalu dengan langkah-langkah terakhir yang perlu dilakukan pada 31 Julai ini.", "Mengikut rancangan yang dijangka diumumkan hari ini, pihak berkuasa tempatan boleh mengenakan levi kepada pemandu kenderaan diesel mulai 2020, jika kualiti udara tidak bertambah baik. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/05/31/merokok-kurangkan-purata-jangka-hayat-sebanyak-1-6-tahun/
Merokok kurangkan purata jangka hayat sebanyak 1.6 tahun
[ "RIYADH — Aktiviti merokok akan mengurangkan purata jangka hayat rakyat Arab Saudi sebanyak 1.6 tahun, kata Menteri Kesihatan Fahad Al-Jalajel.", "Katanya, perkara itu bertentangan dengan Wawasan 2030 negara berkenaan yang mahukan purata jangka hayat rakyatnya yang lebih tinggi berbanding sekarang.", "“Kesihatan kita perlu dijaga sedangkan merokok boleh membahayakan kesihatan,” katanya.", "Beliau turut berkongsi beberapa langkah yang boleh membantu perokok berhenti daripada amalan buruk itu.", "Menurut Fahad, apa yang paling penting dalam usaha untuk berhenti merokok adalah mengelakkan tempat-tempat yang boleh merangsang keinginan untuk merokok dan dalam masa sama menyemak semula gaya pemakanan.", "Perokok juga katanya boleh menggunakan pengganti nikotin serta meningkatkan komunikasi sosial dengan melakukan aktiviti fizikal.", "Selain itu, beliau turut menggalakan perokok untuk membuat temujanji di 937 klinik anti-merokok di seluruh negara atau membuat permohonan di Sehhaty.", "Minggu lepas, Dana Pelaburan Awam (PIF) melancarkan sebuah syarikat baharu bagi mengurangkan jumlah perokok di Arab Saudi.", "Syarikat yang diberi nama Badeel itu menawarkan penghantaran produk tembakau bebas nikotin ke seluruh Arab Saudi menjelang akhir 2023.", "Ia juga mensasarkan peluasan pasaran di peringkat serantau dan antarabangsa.", "Produk syarikat itu dijangka mampu membantu hampir satu juta orang atau kira-kira 25 peratus perokok di Arab Saudi untuk berhenti merokok.-Agensi", " " ]
https://malaysiagazette.com/2023/03/14/bukan-sahaja-gereja-impact-malaysia-juga-anjur-jom-ziarah-masjid/
Bukan sahaja gereja, Impact Malaysia juga anjur Jom Ziarah Masjid
[ "KUALA LUMPUR – Program Jom Ziarah di bawah Projek Artikel 11 anjuran Impact Malaysia bukan sahaja membawa belia mengunjungi gereja malah turut menziarahi rumah-rumah ibadat lain seperti masjid, kuil dan gurdwara.", "Menurut Impact Malaysia, Projek Artikel 11 di bawah inisiatif Malaysia Inklusif merupakan kempen kempen berintegrasi ke arah objektif meningkatkan persefahaman belia dari segi budaya pelbagai kaum dan agama dalam masyarakat majmuk yang wujud di negara ini.", "Jelasnya, Program Jom Ziarah pula bertujuan untuk mendedahkan golongan belia tempatan tentang budaya dan kepercayaan pelbagai bangsa untuk meningkatkan sifat inklusif melalui aktiviti lawatan dan kesukarelawanan di Lembah Klang.", "“Projek Artikel 11 mempunyai dua gerak kerja. Pertama, lawatan menerusi program ‘Jom Ziarah’ di mana belia akan dapat menziarahi rumah ibadat yang berlainan daripada agama sendiri untuk tujuan melihat persamaan nilai dan perbezaan agama.", "“Kedua, belia mengikuti aktiviti kesukarelawanan untuk membantu golongan rentan yang dianjurkan oleh pertubuhan kebajikan berasaskan agama, supaya belia dapat memahami bahawa semua agama mempunyai persamaan dari segi nilai murni dan menganjurkan inisiatif bersifat kebajikan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi melalui Facebook malam tadi.", "Impact Malaysia yang merupakan agensi di bawah kawal selia Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengulas kenyataan Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin semalam yang mendakwa Projek Artikel 11 sebagai aktiviti evangelist atau dakwah ke arah agama Kristian.", "Sebelum ini, tular poster Impact Malaysia yang mengajak belia bukan Kristian untuk menyertai program ‘Jom Ziarah’ ke sebuah gereja di Klang, Selangor pada Sabtu ini.", "Dalam poster itu diterangkan Projek Artikel 11 mendedahkan belia kepada agama yang berbeza dengan aktiviti lawatan dan sukarelawan untuk menjadikan Malaysia lebih inklusif.", "Program tersebut mencetuskan bantahan daripada umat Islam yang bimbang tentang kesannya terhadap akidah belia Islam.", "Impact Malaysia memberitahu, program Jom Ziarah Gereja dan Jom Ziarah Kuil Hindu akan dijalankan pada 18 dan 19 Mac ini.", "Agensi itu berkata, program Jom Ziarah Gereja merupakan lawatan ketiga dan lawatan sebelum ini adalah menerusi program Jom Ziarah Masjid di Masjid Wilayah Persekutuan pada 4 Mac lalu yang melibatkan lapan peserta dari kaum Cina dan India.", "“Program Jom Ziarah Gurdwara di Gurdwara Sahib Shah Alam pada 11 Mac lalu telah melibatkan tiga peserta berbangsa Cina,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/01/24/hsr-tidak-akan-dilaksanakan-jika-pembangkang-menang-dr-mahathir/
Batal HSR jika pembangkang menang – Dr. Mahathir
[ "SINGAPURA – Projek Keretapi Laju (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura tidak akan dilaksanakan jika parti-parti pembangkang memerintah Malaysia, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.", "Dalam temu bual eksklusif dengan The Sunday Times, bekas perdana menteri Malaysia itu berkata: “Kita perlu melakukan kajian sama ada ia (HSR) boleh dilaksanakan atau tidak kerana kita tidak mempunyai wang dan kita perlu meminjam wang.", "“Dan ia (pinjaman) bukan sesuatu yang kerajaan Malaysia boleh tanggung pada masa ini. Kita perlu tahu sama ada kita benar-benar memerlukan HSR ini atau tidak,” kata Dr. Mahathir.", "Bulan lalu, Malaysia dan Singapura menandatangani perjanjian yang mengikat secara undang-undang untuk membina projek HSR sejauh 350 kilometer antara Kuala Lumpur dan Singapura yang dianggarkan menelan kos antara RM50 bilion (S$16 bilion).", "Dr. Mahathir berkata, walaupun keraguan tentang projek HSR itu, Singapura tidak perlu bimbang tentang hubungannya dengan Malaysia.", "“Terdapat perbezaan antara Malaysia dan Singapura semasa saya (jadi Perdana Menteri) tetapi kami tidak pergi berperang. Kami cuba untuk mencari jalan untuk menyelesaikan perkara-perkara dengan cara yang aman, “katanya.", "Sebaliknya, Dr Mahathir memberi amaran bahawa hubungan tegang antara Singapura dan China berpotensi memaksa Malaysia untuk menjauhi daripada negara itu.", "“Jika Malaysia mempunyai banyak pelaburan China, mereka mahu menjamin pelaburan mereka dan mempengaruhi kerajaan Malaysia untuk membantu mereka dalam apa jua cara yang boleh.", "“Mereka akan memastikan Malaysia tidak memihak kepada Singapura dalam apa-apa pertikaian dengan China,” katanya dalam temu bual itu.", "Hubungan Singapura-China ‘bergelora’ sejak tahun lalu disebabkan pertikaian perairan Laut China Selatan.", "September lalu, akhbar milik China, Global Times terbabit dalam perang mulut dengan Duta Singapura ke China, Stanley Loh yang mengkritik diplomat Singapura kerana membangkitkan isu Laut China Selatan pada sidang kemuncak antarabangsa.", "Bagaimanapun, Loh menafikan pertuduhan itu.", "Editornya, Hu Xijin mendakwa Singapura “telah pergi terlalu jauh” secara terang-terangan menyebelahi Amerika Syarikat dan Jepun ke atas pertikaian wilayah, walaupun Singapura bukan antara pihak-pihak menuntut.", "Semasa Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik di Peru November lalu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah dilaporkan berkata, “tidak ada negara yang menjadi kerajaan di tengah-tengah” apabila ditanya mengenai masa depan inisiatif  “Belt and Road” (Laluan Sutera) China.", "Pada hari yang sama, sembilan kereta perisai Singapura di atas sebuah kapal kontena yang dalam transit di Hong Kong ditahan, memburukkan hubungan antara Singapura dan China. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/11/29/sc-kemas-kini-sekuriti-patuh-syariah/
SC kemas kini sekuriti patuh Syariah
[ "KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan senarai kemas kini sekuriti patuh Syariah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS).", "Senarai kemas kini yang berkuat kuasa mulai 30 November 2018, mengandungi 689 sekuriti patuh Syariah. Sekuriti-sekuriti ini mewakili 76 peratus daripada 902 sekuriti tersenarai di Bursa Malaysia.", "SC berkata, senarai tersebut termasuk 33 sekuriti yang baru diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah manakala 34 sekuriti telah dikeluarkan daripada senarai terdahulu yang diterbitkan pada Mei 2018.", "Senarai penuh yang dikemas kini dua kali setahun berdasarkan penyata kewangan tahunan terkini syarikat yang telah diaudit, boleh didapati di laman sesawang SC iaitu www.sc.com.my.", "Senarai kemas kini seterusnya akan diterbitkan pada Mei 2019, berdasarkan penyata kewangan yang telah diaudit yang dikeluarkan sehingga 31 Mac 2019. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/10/15/chelsea-tewas-lagi/
Chelsea tewas lagi
[ "LONDON – Crystal Palace mencipta kejutan apabila menewaskan penyandang Liga Perdana Inggeris 2 -1 biarpun sebelum ini kalah tujuh perlawanan berturut-turut.", "Malah lebih menakjubkan, dua gol itu merupakan gol pertama kelab di bawah pimpinan Roy Hodgson pada musim ini.", "Crystal Palace memperoleh satu gol menerusi aksi pemain Chelsea, Cesar Azpilicueta ke gawang sendiri pada minit ke-11.", "Satu lagi gol diraih menerusi aksi mengejut daripada Wilfried Zaha pada minit ke-45.", "Gol tunggal Chelsea diraih pemain Tiemoue Bakayoko pada minit ke-18.", "The Blues mengalami kekalahan ketiga Liga Perdana Inggeris musim ini di bawah Antonio Conte.", "Chelsea kini berada sembilan mata di belakang pendahulu Manchester City selepas lapan perlawanan.", "“Perlawanan hari ini adalah sukar bagi kami. Permulaan kami begitu buruk,” kata Conte. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/07/16/sprm-dapat-perintah-interim-larangan-urusan-akaun-rm1-452-bilion-dalam-akaun-escrow/
SPRM dapat perintah interim larangan urusan akaun RM1.452 bilion dalam akaun escrow
[ "KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan pelaksanaan perintah interim yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melarang urusan dengan harta di luar negara dengan anggaran bernilai AS$340,258,246.87 (RM1.452 bilion) yang disimpan di dalam akaun escrow sebuah firma undang-undang antarabangsa, Clyde & Co. LLP di London.", "Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan suruhanjaya itu yang dibuat mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).", "Perintah interim tersebut berkuatkuasa bermula 16 Julai 2020 sehingga pelupusan permohonan yang dijadualkan pada 28 Ogos 2020.", "Sehubungan itu, SPRM akan melanjutkan perintah interim itu kepada pihak berkuasa di United Kingdom melalui “Mutual Legal Assistance” (MLA) untuk harta tersebut dibekukan sementara menunggu pelupusan permohonan tersebut, kata SPRM dalam satu kenyataan di sini.", "Hasil siasatan, SPRM mempercayai bahawa wang tersebut mempunyai kaitan dengan konspirasi penipuan yang antaranya melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PetroSaudi, Tarek Obaid, ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low serta individu-individu berkaitan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak-anak syarikatnya.", "SPRM sebagai peneraju inisiatif ini telah menjalankan usahasama dengan Jabatan Peguam Negara (AGC), Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Bank Negara Malaysia, dibantu oleh Agensi Penguatkuasa Undang-undang Antarabangsa melibatkan National Crime Agency (NCA), International Anti-Corruption Coordination Centre (IACCC) dari United Kingdom, Federal Bureau of Investigation (FBI), Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat serta Agensi Penguatkuasaan undang-undang Switzerland. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/10/06/tiada-lagi-operasi-khalwat-mujahid/
Tiada lagi operasi khalwat – Mujahid
[ "KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, tiada lagi ketukan atau pintu dipecahkan di tengah malam oleh penguatkuasa agama jika adanya laporan khalwat atau aktiviti menyalahi ajaran Islam.", "Mujahid menegaskan, sebarang aktiviti yang dilakukan orang Islam di sebalik pintu yang tertutup bukan lagi urusan kerajaan.", "“Katakanlah kamu melakukan sesuatu secara peribadi, dalam kawasan persendirian, saya tidak akan masuk campur.", "“Contohnya, Islam melarang minum arak tetapi jika kamu melakukannya di dalam kawasan kamu sendiri, maka sebagai kerajaan, saya tidak akan masuk campur.", "“Kebimbangan saya adalah apa yang berlaku di khalayak umum yang mencemarkan sensitiviti, sahsiah atau jenayah, hanya itu kerajaan terlibat.", "“Kita tidak mahu menjadi ‘polis moral’ tetapi kita mahu menjamin kesejahteraan awam,” katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama The Star.", "Mujahid turut membidas tindakan penguatkuasa agama sebelum ini yang memecahkan pintu untuk menahan pesalah khalwat dan beliau memberi jaminan ia tidak akan berulang.", "“Isu penguatkuasaan khalwat ini telah disalahguna dan dieksplotasi untuk sesetengah kes. Adalah sangat penting mereka (pegawai penguat kuasa) tidak terlibat dalam lingkungan persendirian,” katanya.", "Beliau turut mengakui berdepan dengan pelbagai cabaran untuk mengubah imej portfolio agamanya khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).", "Sebelum ini, Mujahid dikecam teruk oleh netizen dan pelbagai pihak susulan kenyataannya disalah faham berhubung pemberian bantuan keusahawan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).", "Mujahid juga turut berdepan dengan isu perkahwinan bawah umur serta penipuan awam di mahkamah syariah dan gangguan seksual di sekolah tahfiz. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/02/23/ambil-tindakan-tegas-terhadap-syarikat-penerbangan-gagal-bayar-caruman-nufam/
Ambil tindakan tegas terhadap syarikat penerbangan gagal bayar caruman – NUFAM
[ "KUALA LUMPUR – Kesatuan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM) mengesa pihak Jabatan Buruh, Perkeso dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengambil tindakan tegas terhadap syarikat-syarikat penerbangan yang gagal membuat caruman kepada para pekerja mereka.", "Pekerja pekerja terlibat adalah pekerja-pekerja Rayani Air, Eaglexpress Charter Sdn. Bhd dan juga syarikat penerbangan sewa kecil, yang juga telah dihentikan operasi.", "NUFAM mendakwa para pekerja syarikat-syarikat penerbangan terbabit tidak menerima dividen bagi caruman KWSP bagi tahun kewangan yang diumumkan baru baru ini.", "Untuk tahun kewangan 2016 KWSP mengumumkan agihan dividen sebanyak 5.7 peratus.", "Kesatuan itu telah mengemukakan bukti-bukti yang mana syarikat penerbangan terbabit tidak membuat sebarang bayaran ke akaun pekerja walhal caruman telah ditolak daripada gaji pekerja-pekerja terbabit sekian lama.", "NUFAM menerusi satu kenyataan berkata, lebih 500 pekerja syarikat penerbangan terlibat dalam masalah itu tetapi agensi-agensi terlibat masih gagal mengambil tindakan tegas walaupun aduan telah dibuat oleh pekerja.", "Akibatnya sehingga kini para pekerja berkenaan tidak dapat menikmati dividen KWSP.", "NUFAM mendakwa anggaran caruman tersebut telah mencecah lebih RM1 juta.", "Kesatuan itu juga mahukan kepastian daripada agensi-agensi tersebut bahawa tindakan segera diambil sjika syarikat-syarikat penerbangan terbabit masih gagal membuat caruman.", "Ini kerana, kata NUFAM, agensi-agensi penguatkuasa boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak pengurusan yang tidak bertanggung jawab. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/05/30/jangan-ambil-keuntungan-politik-atas-pemberian-zakat/
Jangan ambil keuntungan politik atas pemberian zakat
[ "KUALA LUMPUR – Apabila pemberian wang zakat atau apa sahaja berkaitannya cuba diambil keuntungan politik oleh pemimpin bukan Islam, ia adalah sesuatu yang serius dan perlu diambil perhatian.", "Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM), Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, ini kerana dalam isu zakat, proses wajib yang lazimnya adalah ia diambil dari orang Islam, untuk orang Islam dan diuruskan oleh orang Islam.", "Namun, katanya, apabila tular di media sosial mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit mengedarkan kit bantuan zakat kepada penerima zakat, pihaknya merasakan ia sangat tidak wajar dilakukan.", "“Malah, belum pernah berlaku sebelum ini dalam negara kerana isu zakat cukup sensitif di kalangan orang Islam dan sangat wajar orang Islam yang menguruskannya.", "“Saya difahamkan juga perkara sama turut dilakukan oleh beberapa lagi wakil rakyat bukan Islam di Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.", "Muhammad Khalil menegaskan, perkara itu tidak seharusnya berlaku dan wajib ditegur, malah dipantau agar tidak menimbulkan prasangka buruk oleh orang Islam dan tidak berlaku lagi.", "Malah, ia juga boleh mendatangkan fitnah yang boleh meresahkan umat Islam dalam negara.", "“Adalah lebih baik jika wakil rakyat yang bukan Islam menyerahkan perkara berkaitan zakat kepada pegawai mereka beragama Islam.", "“Ini akan jadi lebih mudah dan tidak menimbulkan syak wasangka serta fitnah. Perkara sebegini harus dipantau oleh pihak berwajib agar ia tidak berulang lagi.", "“Saya menyeru kepada umat Islam dalam negara agar sama-sama menghayati Ramadan dan menjaga agama Islam agar tiada yang mengambil kesempatan ke atasnya di bulan yang mulia ini,” katanya.", "Beliau berkata, Islam wajar dipelihara kesuciannya agar tidak diperkotak-katikkan dan diambil kesempatan ke atasnya.", "“Jika kita sebagai umat Islam tidak menjaga dan memelihara kesuciannya, siapa lagi yang kita mahu harapkan,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/07/25/dewan-rakyat-putuskan-kenyataan-lucah-tajuddin-esok/
Dewan Rakyat putuskan kenyataan ‘lucah’ Tajuddin esok
[ "KUALA LUMPUR – Drama kekecohan Ahli-ahli parlimen pembangkang mengenai dakwaan kenyataan ‘lucah’ daripada Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN- Pasir Salak) tercetus selepas selesai sesi soalan lisan di Dewan Rakyat.", "Bingkas bangun Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) mempertikaikan tindakan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon yang dilihat tidak serius mengambil tahu mengenai dakwaan mereka.", "“Saya menghantar surat memohon Speaker memanggil Ahli Parlimen Pasir Salak agar memohon maaf dan menarik balik penggunaan kata-kata lucah dalam Dewan Rakyat.", "“Kita terperanjat dengan kelakuan yang amat tidak senonoh dan tidak boleh diterima oleh mana-mana Ahli Parlimen.", "“Speaker hanya melepaskan Pasir Salak dengan begitu sahaja sekadar dengan amaran sahaja, saya rasa kecewa dengan keputusan yang telah dibuat dan dengan sembilan Ahli Parlimen yang telah jadi saksi apabila Pasir Salak mengeluarkan kata-kata lucah semasa mikrofon dia ditutup jadi bukti samada dengan mikrofon itu buka atau tidak maka ia telah berlaku,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.", "Jelas Kasthuriraani, sekiranya perkara itu tidak diambil berat, ia akan mencerminkan Dewan Rakyat mengabaikan apa yang dibawa oleh pembangkang.", "“Perkara ini bukan sekali sahaja berlaku tapi berulang, sekiranya Speaker tidak menggunakan jawatan tersebut untuk mengambil tindakan tegas terhadap Pasir Salak, maka ia akan menjadi teladan yang amat buruk dalam sejarah,” katanya.", "Dalam pada itu, pembangkang mendesak agar Dewan Rakyat memanggil Tajuddin bagi memberikan penjelasan berhubung kenyataan lucah yang dikeluarkan pada sidang Dewan Rakyat, Rabu lalu.", "Rashid kemudian memberi penjelasan bahawa surat yang dikemukakan Kasthuriraani itu sudah diterima Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.", "“Surat itu sudah dihantar dan saya pun menerima surat itu dan Speaker meminta untuk saya mengendalikan, jadi saya baru terima surat tersebut dan sedang dalam proses.", "“Sebahagian daripada saksi pun telah saya panggil dan saya akan buat rumusan dan berikan jawapan dalam minggu ini atau selewatnya esok,” katanya memberikan penjelasan.", "Khamis lalu, Azhar Azizan berkata, Dewan Rakyat akan meneliti lebih lanjut sebelum membuat sebarang ketetapan terhadap Tajuddin yang dikatakan mengeluarkan kata kesat dan lucah dalam sidang Dewan Rakyat, Rabu lalu.", "Ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual, Tajuddin menggelar beberapa Ahli Parlimen wanita DAP mempunyai perangai tidak senonoh sebelum Dewan Rakyat kecoh seketika.", "Tindakan Tajuddin itu dibuat ketika beliau cuba membidas dakwaan daripada Teo Nie Ching (PH-Kulai) bahawa beliau sering membuat kenyataan berbaur seksi kepada Ahli Parlimen wanita. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/05/30/iklankan-jawatan-pengerusi-prasarana-secara-terbuka-rakyat-boleh-memohon-ismail/
Iklankan jawatan Pengerusi Prasarana secara terbuka, rakyat boleh memohon – Ismail
[ "KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa mengiklankan secara terbuka jawatan kosong Pengerusi Prasarana supaya orang ramai boleh memohon untuk mengisi jawatan tersebut setelah perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ditamatkan serta-merta.", "Bekas Presiden Muafakat, Ismail Mina Ahmad berkata, sudah tiba masa kerajaan menggunakan pendekatan yang berbeza bagi mengisi kekosongan jawatan itu walaupun ia melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).", "“Jika kerajaan mengiklankan kekosongan jawatan Pengerusi Prasarana secara terbuka untuk diisi orang ramai, saya yakin ramai yang akan memohon.", "“Pendekatan ini lebih terbuka, malah dilihat adil serta telus,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.", "Menurut Ismail Mina, ia memang tidak pernah dilakukan sebelum ini kerana ia melibatkan jawatan tertinggi dalam GLC namun berpendapat tidak salah jika kerajaan menggunakan pendekatan yang berbeza bagi membolehkan jawatan tersebut diisi.", "Menurutnya, jika jawatan itu diiklankan secara terbuka untuk pengambilan, diyakini ramai golongan profesional dan terpelajar akan memohon.", "“Saya yakin antara yang akan memohon ialah para graduan yang mempunyai kelulusan serta pengetahuan dalam pelbagai bidang termasuk pengangkutan dan sebagainya dari universiti-universiti tempatan.", "“Kita pun tahu ada pusat pengajian tinggi seperti UiTM yang menawarkan bidang pengangkutan dan selama ini ke mana graduan-graduan berkenaan pergi,” katanya.", "Ismail Mina berkata, dari iklan jawatan kosong itu, pihak Prasarana boleh mewujudkan panel temu duga yang boleh menilai kesesuaian calon bagi mengisi jawaan Pengerusi Prasarana.", "“Ketika itulah peranan panel temu duga itu amat penting kerana calon yang dipilih akan menentukan hala tuju, pencapaian serta masa depan Prasarana,” katanya.", "Beliau seterusnya berharap, bakal calon Pengerusi Prasarana itu haruslah terdiri daripada orang profesional selain benar-benar tahu serta faham mengenai agama Islam.", "“Calon itu harus merupakan seorang intelektual agar dia dapat meletakkan Prasarana ke tahap dan pencapaian yang lebih tinggi,” katanya.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/11/11/f1-gp-vietnam-dikeluarkan-dari-kalander-2021/
F1: GP Vietnam dikeluarkan dari kalander 2021
[ "HANOI- Grand Prix Formula Satu Vietnam telah dikeluarkan dari kalender F1 bagi musim 2021.", "Perlumbaan yang dijadualkan di atas litar jalanan sepatutnya berlangsung April lalu bagaimanapun ditangguhkan berikutan penularan pandemik Covid-19.", "Dalam pada itu, tarikh 25 April 2021 dalam kalender F1 musim depan kosong tanpa diisi nama penganjur.", "Senarai lengkap GP F1 musim depan dikeluarkan pada Selasa.", "Ketiadaan nama dalam senarai penganjur F1 musim 2021 menghancurkan impian negara Asia Tenggara itu untuk menjadi tuan rumah temasya itu buat julung kali.", "F1 musim 2021 dijadualkan membuka tirai di Australia pada 21 Mac 2021 dan akan menutup tirai pada 5 Disember 2021 dengan GP F1 Abu Dhabi.", "GP British di litar Silverstone akan berlangsung 18 Julai depan manakala GP Arab Saudi akan diadakan 28 November 2021.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/10/22/covid-19-exco-nafi-seremban-dalam-zon-merah/
COVID-19: Exco nafi Seremban dalam zon merah
[ "SEREMBAN – Daerah Seremban tidak berada dalam kategori Zon Merah COVID-19,  kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan.", "Menurut beliau, sebanyak 15 kes direkodkan di daerah itu sejak 8 Okt hingga semalam dan Seremban diletakkan dalam Zon Kuning, sekali gus menafikan laporan berita yang tular di media sosial hari ini mengatakan ia dalam Zon Merah.", "“Laporan berita itu sudah diterbitkan pada 30 Mac lepas, namun ditularkan semula oleh pihak tidak bertanggungjawab. Isu berkenaan adalah palsu dan tidak tepat.", "“Selain menimbulkan kegelisahan dan panik kepada orang awam, ia juga boleh menjejaskan ekonomi setempat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.", "Laporan kononnya Seremban dalam kategori Zon Merah ditular oleh pihak tidak bertanggungjawab susulan berlaku peningkatan kes baharu positif COVID-19 di Negeri Sembilan.", "Dalam pada itu, Veerapan meminta orang ramai agar berwaspada dengan maklumat yang diterima serta berkongsi dengan orang lain kerana mereka boleh dikenakan tindakan tegas jika didapati menyebarkan maklumat palsu.", "Sehingga semalam, Negeri Sembilan merekodkan sembilan kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,119 kes.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2018/03/14/saya-tak-risau-pkr-mahu-rampas-padang-rengas-mohamed-nazri/
‘Saya tak risau PKR mahu rampas Padang Rengas’ – Mohamed Nazri
[ "KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tidak getar dengan hasrat PKR yang mahu merampas Parlimen Padang Rengas yang disandangnya.", "Malah Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, usaha beliau mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak akan tergugat dengan rancangan PKR itu.", "“Saya lihat sejak 2004 PKR bercakap begini (yakin rampas Padang Rengas).", "“Dia lawan saya sejak 1999 lagi, dan tak salah dia yakin kerana itu semangat dia untuk bertanding dan mahu rampas kerusi saya.", "“Kalau kamu hendak turun ke gelanggang tinju perlu yakin, jika tidak mana boleh menang. Begitulah situasi PKR yang nak berdepan saya di Padang Rengas,” katanya ketika ditanya pemberita hari ini.", "Ditanya beliau akan berdepan masalah mengembalikan keyakinan pengundi bukan Melayu pada PRU14, Menteri Pelancongan itu berkata, beliau sudah berkhidmat dengan rakyat berbilang kaum sejak sekian lama.", "“Saya tak takut dan tak tahu apa akan berlaku pada masa depan. Saya melakukan terbaik kepada rakyat tanpa mengira kaum di Padang Rengas dan mereka kenal saya dan akan membuat keputusan terbaik ,” katanya.", "Beliau yang turut diminta mengulas kenyataan Tan Sri Rais Yatim dan Tan Sri Rafidah Aziz mengkritik kerajaan berkata, kerajaan semasa merupakan kerajaan yang pernah dianggotai mereka di dalam Kabinet.", "“Piliha raya sudah mahu tiba, bila-bila masa dan mereka sudah kecewa kerana 10 tahun tak bertanding dan tak diberikan kerusi oleh kepimpinan.", "“Maka mereka terbawa dendam-dendam yang disimpan itu terhadap kerajaan semasa,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/12/26/kilang-baharu-top5-siap-2020/
Kilang baharu Top5 siap 2020
[ "SHAH ALAM – Pengeluar produk pencuci, SR Asia Resources Sdn. Bhd. (SR Asia) berjenama Top5 menyasarkan kilang baharunya siap sepenuhnya pada tahun 2020.", "Pengarahnya, Mohd. Syukri Ibhrim berkata, ketika ini projek pembinaan hanya baru bermula 15 peratus yang melibatkan kerja-kerja meratakan tanah.", "Beliau berkata, kilang bernilai RM25 juta itu terletak di Ijok, Selangor memandangkan lokasi yang strategik kerana berdekatan dengan jalan utama.", "“Selepas siap kilang ini, syarikat mampu meningkat pengeluaran sehingga 70 peratus berbanding jumlah kapasiti sekarang sebanyak 50,000 unit produk sebulan.", "“Ini kerana kilang baharu akan memiliki mesin automatik dan manual berbanding kilang sekarang yang menggunakan mesin manual,” kata kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.", "Beliau ditemui pada Majlis Ulang Tahun TOP5 Detergent keempat dan penyampaian sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu Ampang serta Madrasah Tahfiz Ar-Ruqaiyyah.", "Setakat ini, jumlah jualan Top5 adalah antara 40,000 hingga 50,000 unit sebulan", "Mohd. Syukri turut memberitahu, SR Asia menyasarkan pertambahan seramai 50 stokis pada tahun depan berbanding 35 stokis ketika ini.", "Beliau berkata, sasaran itu mampu dicapai menerusi kerjasama dengan Agrobank menerusi program stokis dalam usaha memberi peluang kepada orang ramai menjadi usahawan.", "Beliau berkata, orang ramai boleh merebut peluang itu dengan mendapatkan pinjaman bermula serendah RM1,000 hingga RM50,000 untuk menjadi stokis Top5.", "Sementara itu, Top5 dikeluarkan oleh syarikat Bumiputera itu sejak empat tahun lalu dan produk itu mendapat sambutan menggalakan kerana menggunakan bahan-bahan yang diimport dari Itali, Korea, Perancis, Taiwan dan Singapura.", "Kelebihan produk Top5 kerana ia merupakan produk ‘3 in 1’ yang berfungsi sebagai pencuci, pelembut dan pewangi.", "Setakat ini, jumlah jualan Top5 adalah anatara 40,000 hingga 50,000 unit sebulan dan kebanyakan pembeli terdiri daripada orang perseorangan, pengusaha kedai dobi, pemain industri pembersihan produk dan penjagaan kereta.", "Dalam pada ini, Top5 yang telah menembusi pasaran Asia Tenggara memiliki haruman yang mendapat permintaan tinggi seperti Pink Amira, Ultra White, Aplle Mystery, Lemon Blossom yang bersaiz 4 kilogram (kg) berharga RM23, 10 kg berharga RM30 dan 25 kg berharga RM55. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/10/09/kena-fikir-panjang-sebelum-adakan-pilihan-raya/
Kena fikir panjang sebelum adakan pilihan raya
[ "SEMUA pihak perlu berfikir seribu kali sebelum ingin mengadakan proses pilihan raya pada ketika ini dalam negara kita sama ada di peringkat persekutuan ataupun di peringkat negeri. Keutamaan harus diberikan kepada aspek keselamatan, kesihatan dan nyawa rakyat dikala negara kita sedang bergelut dengan masalah pendamik Covid-19. Fokus seharusnya diberikan bagi mengawal penularan Covid-19 dan membantu rakyat yang terkesan dengan penularan Covid-19.", "Sebarang panggilan untuk melakukan proses pilihan raya awal dalam negara kita sama ada pilihan raya di peringkat persekutuan ataupun peringkat negeri perlu dilakukan sebagai langkah terakhir sekiranya tiada pilihan lain lagi untuk dilakukan demi kestabilan politik dan sistem pentadbiran negara kita. Panggilan pilihan raya boleh dilakukan sekiranya negara secara keseluruhannya ataupun sesebuah negeri yang ada dalam negara kita tidak memiliki sebuah kerajaan yang benar-benar stabil sehingga menjejaskan proses pentadbiran negara kita dengan serius.", "Terdapat banyak cadangan telah dikemukakan oleh pelbagai pihak bagi menghentikan kemelut politik yang sedang berlaku dalam negara sama ada di peringkat persekutuan ataupun di peringkat negeri, antara cadangan yang telah dikemukakan ialah dengan membentuk sebuah kerajaan minoriti, membentuk sebuah kerajaan perpaduan, serta membubarkan terus Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi jalan kepada proses pilihan raya umum awal untuk dilakukan.", "Di Malaysia, proses pembubaran Parlimen hanya melibatkan Dewan Rakyat dan tidak bagi Dewan Negara. Dewan Rakyat ini dibubarkan setelah mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong dan selalunya dibuat atas nasihat Perdana Menteri. Tempoh maksimum bagi sebuah penggal Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia serta Dewan Undangan Negeri (DUN) ialah lima tahun. Ini membawa maksud bahawa genap lima tahun tarikh pertama persidangan diadakan selepas pilihan raya umum yang lepas, Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar dengan sendirinya.", "Namun pilihan raya awal boleh dipanggil sebelum tamatnya tempoh lima tahun berkenaan. Ini jelas termaktub dibawah Perkara 55 (2), (3), dan (4) Perlembagaan Persekutuan. Proses yang sama juga untuk peringkat negeri-negeri yang mana semuanya bergantung pada budi bicara serta perkenan daripada ketua kerajaan negeri masing-masing iaitu sultan, raja, ataupun Yang di-Pertua Negeri seperti yang telah ditetapkan oleh perlembagaan negeri masing- masing.", "Persoalannya kini, apa kebaikan dan keburukan sekiranya kita mengembalikan mandat kepada rakyat serta melaksanakan proses pilihan raya awal sama ada di peringkat persekutuan ataupun di peringkat negeri-negeri. Untuk rekod, kita baru selesai menjalani proses pilihan raya umum pada bulan Mei 2018 yang lalu. Kecuali bagi negeri Sabah yang baru sahaja selesai melakukan proses pilihan raya negeri pada tahun 2020, mengikut Perlembagaan Persekutuan kita masih memiliki tempoh kurang dua tahun lagi sebelum tarikh pilihan raya umum baru diadakan.", "Sama ada dengan adakan proses pilihan raya ini membawa kebaikan ataupun keburukan kepada kita semuanya bergantung pada keadaan semasa yang berlaku dalam negara kita. Sekiranya kemelut politik yang sedang berlaku dalam negara kita ini sama ada di peringkat persekutuan ataupun diperingkat negeri masih berpanjangan berlaku sehingga menjejaskan proses pentadbiran dengan serius maka kita tidak memiliki pilihan lain selain daripada mengadakan proses pilihan raya awal bagi memberi ruang dan peluang kepada rakyat untuk menentukan kerajaan baru bagi mentadbir negara ataupun mana-mana negeri yang terlibat. Sekiranya proses pentadbiran negara kita masih berjalan seperti biasa tanpa gangguan serius, maka tidak perlulah kita mengadakan proses pilihan raya.", "Perlu diingati, proses pilihan raya ini adalah satu perkara yang serius bukan satu perkara main-main kerana ia melibatkan banyak perkara. Pilihan raya bukan hanya sekadar membuang undi ke dalam kotak undi seperti yang dilakukan oleh para pengundi. Peruntukan wang yang besar perlu dibelanjakan bagi menjalani proses pilihan raya. Proses pilihan raya ini juga menuntut setiap rakyat yang layak untuk mengundi untuk meluangkan masa dan tenaga mereka untuk pergi mengundi.", "Keputusan yang diperolehi setelah selesai pengiraan mengundi juga boleh terdedah kepada risiko ketidakpuasan hati oleh mana-mana pihak terutamanya oleh pihak yang kalah sehingga boleh diheret ke dalam mahkamah selama bertahun-tahun. Proses panggilan pilihan raya awal ini juga boleh menghantar satu isyarat yang salah kepada ramai pihak khususnya pihak luar negara yang negara kita kini berada dalam keadaan tidak stabil, sekali gus menjejaskan kemasukan pelaburan ke dalam negara kita dan mengugat keadaan ekonomi kita.", "Pada masa yang sama juga, proses pilihan raya yang dibuat ini boleh menjejaskan fokus kita semua untuk membendung penularan penyakit berjangkit berbahaya Covid-19 yang sedang dialami pada ketika ini serta membantutkan usaha kita bagi memperbaiki keadaan ekonomi negara kita. Kita juga tidak seharusnya lupa kesan daripada mengadakan proses pilihan raya di Sabah pada tahun yang lalu yang telah menyebabkan lonjakan kes jangkitan Covid-19 berlaku dalam negara kita sehingga kini. Adakah ini yang kita mahukan? Oleh yang demikian, semua pihak yang terlibat harus memikirkan dengan mendalam segala kesan akibat daripada panggilan pilihan raya awal ini khususnya terhadap rakyat, ekonomi dan negara kita.", "Dr. Muzaffar Syah Mallow,\nProfesor Madya,\nFakulti Syariah & Undang-Undang (FSU),\nUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM)" ]