url
stringlengths
42
231
headline
stringlengths
9
119
content
sequence
https://malaysiagazette.com/2017/05/18/koperal-direman-bantu-siasatan-kutip-wang-pusat-judi/
Koperal direman bantu siasatan kutip wang pusat judi
[ "PUTRAJAYA – Seorang anggota polis berpangkat koperal direman bagi membantu siasatan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di Melaka.", "Lelaki yang berusia 52 tahun itu direman mulai hari ini sehingga 24 Mei adalah individu ke-10 yang ditahan bagi siasatan kes tersebut.", "Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman telah mengeluarkan perintah reman itu pagi ini.", "Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan sembilan individu, termasuk dua ketua polis daerah bagi membantu siasatan.", "Mereka termasuk dua orang anggota polis berpangkat Asisten Supritendan manakala seorang berpangkat Inspektor. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/03/06/isu-dalaman-umno-bukan-untuk-perbahasan-di-dewan-rakyat/
Isu dalaman UMNO bukan untuk perbahasan di Dewan Rakyat
[ "MUAR – Isu dalaman UMNO tidak seharusnya menjadi topik perbahasan umum walaupun di Dewan Rakyat, tegas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.", "”Biarpun seseorang Ahli Parlimen itu mempunyai kekebalan untuk bercakap pelbagai isu di Dewan Rakyat tapi pada pandangan saya isu dalaman parti tidak patut dijadikan sebagai bahan perbahasan ketika memperbahaskan Titah Diraja.", "”Pentas yang paling sesuai adalah Majlis Tertinggi kerana Tajuddin adalah ahlinya,” jawab Presiden UMNO itu ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Salak baru-baru ini.", "Tajuddin membidas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang didakwa menekan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan mendesak pilihan raya umum disegerakan.", "Ahmad Zahid berkata beliau meraikan perbezaan pendapat dalam parti namun pendirian yang telah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO perlu dihormati semua ahli khususnya ahli MT.", "“Kita boleh berbeza pendapat tapi di dalam mesyuarat dan biarpun saya menghormati pandangan peribadi tetapi pendirian parti harus dihormati, parti belum buat pendirian dan tentunya pendirian ini akan dibincangkan pada waktu yang sesuai.", "“Perbahasan itu boleh dikemukakan terutamanya jutucakap-jurucakap negeri yang akan mewakili perhubungan masing-masing ketika Perhimpunan Agung UMNO,” katanya lagi.", "Dalam pada itu, Ahmad Zahid yakin BN itu akan berjaya mendapat mandat rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor biarpun berdepan serangan bertubi-tubi dilemparkan pihak lawan.", "“Kita yakin kebijaksanaan pengundi di Johor yang tidak akan terpengaruh lagi dengan tipu daya dan janji-janji manifesto dan juga fitnah yang telah dilontarkan kepada kepimpinan BN ketika ini.", "“Namun suasana di Johor ini berbeza, Datuk Hasni Mohammad tidak ada isu-isu kredibiliti, selain prestasi beliau yang terbaik dalam tempoh yang singkat,” katanya dalam sidang media selepas program ceramah umum BN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parit Keroma, hari ini.", "Jelas Ahmad Zahid lagi, sandaran itu diyakinkan lagi dengan sokongan yang ditunjukkan selama sembilan hari berkempen.", "“Faktor ini positif dan tidak over confident. Kita dengan penuh yakin dapat membentuk kerajaan jika sokongan ini berkekalan dan berterusan daripada pengundi,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/09/30/dua-adun-selangor-angkat-sumpah-sebagai-exco/
Dua ADUN Selangor angkat sumpah sebagai Exco
[ "KUALA LUMPUR – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor hari ini mengangkat sumpah kerahsiaan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru dilantik.", "Kedua-dua mereka iaitu ADN Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah dan ADUN Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni mengangkat sumpah di Bilik Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) hari ini.", "Majlis berlangsung secara maya dengan disaksikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari yang kemudian mempengerusikan mesyuarat Eco susulan menjalani proses kuarantin di rumah.", "Pada 17 September Borhan dan Mohd Zawawi mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Negeri yang baharu di Balairung Seri Istana Alam Shah.", "Dalam satu kenyataan semalam Pejabat Amiruddin memaklumkan bahawa beliau akan mempengerusikan mesyuarat utama Kerajaan Negeri secara maya sehingga 4 Oktober.", "Amirudin kini menjalani saringan Covid-19 secara berkala selepas pulang dari Sabah.", "Langkah itu bagi memastikan dirinya bebas jangkitan sebelum kembali bertugas seperti sediakala.", "Bagaimanapun, beliau dan isterinya Datin Seri Masdiana Muhamad disahkan negatif Covid-19 tetapi mengehadkan urusan dengan bertugas dari rumah.", "Amirudin berada di Sabah sejak 22 September lalu bagi membantu jentera Pakatan Harapan menghadapi pilihan raya negeri.", "Bermula 27 September hingga 10 Oktober, individu yang pulang dari Sabah wajib melakukan saringan Covid-19 dan menjalani perintah pengawasan serta pemerhatian di rumah (HSO). – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/09/23/e-undi-pkr-pulau-pinang-mahu-parti-beri-penjelasan/
e-undi: PKR Pulau Pinang mahu parti beri penjelasan
[ "BUTTERWORTH – Anggota PKR di Pulau Pinang mendesak parti itu memberi penjelasan berhubung kekeliruan dan permasalahan yang timbul terutama berhubung e-undi pada Pemilihan PKR 2018 yang berlangsung di negeri itu semalam.", "Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat Dr Afif Bahardin berkata tinjauan dan pemerhatian yang dibuat di cabang-cabang di seluruh negeri semalam mendapati anggota parti tidak berpuas hati dengan proses pengundian.", "“Proses pemilihan buat pertama kali hari ini menggunakan sistem yang baharu dan apa yang kami nampak Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR kurang bersedia untuk melaksanakan pemilihan, sebab itu timbul pelbagai masalah.", "“Jadi kami desak supaya PKR terutama JPP PKR dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas permasalahan yang timbul dan memberi penjelasan kepada seluruh anggota apa yang berlaku,” katanya pada sidang media di sini malam tadi.", "Beliau berkata apa yang berlaku hari ini terutama masalah nama calon serta senarai nama pengundi tiada dalam sistem e-undi adalah sangat mendukacitakan serta memalukan parti.", "Dr Afif, yang bertanding calon Ketua AMK pusat, berkata pihaknya akan menghantar surat bantahan rasmi kepada JPP PKR bagi meminta keputusan pemilihan PKR 2018 di Pulau Pinang dibatalkan dan dibuat semula kerana banyak pihak terutama di kalangan calon tidak berpuas hati.", "Terdahulu, berlaku kekecohan ketika barisan kepimpinan termasuk Pengerusi JPP PKR Datuk Rashid Din ingin meninggalkan dewan selepas sidang akhbar oleh Setiausaha JPP PKR Ismail Yusop di tempat yang sama.", "Sekumpulan anggota PKR Pulau Pinang yang turut hadir pada sidang akhbar JPP PKR itu cuba merempuh barisan kepimpinan JPP menyebabkan berlaku kekecohan dan pergaduhan serta adegan baling kerusi di antara mereka.", "Kekecohan berlarutan hingga ke luar dewan menyebabkan seorang penyokong PKR cedera di kepala selepas terkena kerusi yang dibaling ketika pergaduhan.", "Keadaan dapat dikawal Dr Afif dan beberapa pemimpin PKR negeri meleraikan pergaduhan itu.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2023/04/26/malaysia-melonjak-15-tangga-dalam-indeks-prestasi-logikstik-bank-dunia/
Malaysia melonjak 15 tangga dalam Indeks Prestasi Logikstik Bank Dunia
[ "KUALA LUMPUR – Malaysia melonjak 15 tangga dalam Indeks Prestasi Logistik (LPI) Bank Dunia 2023 kepada 26, negara ASEAN berprestasi kedua terbaik selepas Singapura.", "Ini merupakan peningkatan ketara daripada kedudukan 41 pada 2018 dan 32 pada 2016.", "Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata, kedudukan terbaik yang dicapai Malaysia ialah 25 dalam laporan LPI 2014 Bank Dunia.", "Laporan LPI edisi ketujuh ‘Connecting to compete’ dikeluarkan selepas tiga tahun gangguan rantaian akibat pandemik Covid-19 dan merangkumi pandangan terkini mengenai prestasi logistik perdagangan di 139 negara.", "Abdul Latif berkata, laporan LPI adalah alat penanda aras untuk membantu negara mengenal pasti tempat penambahbaikan dalam logistik perdagangan antarabangsa boleh dilakukan untuk meningkatkan daya saing.", "Sementara itu, Champion of Logistics Productivity Nexus (LPN), Datuk Seri Michael Tio berkata, “jika Malaysia terus mengekori menanda aras Singapura, negara ini akan dapat meletakkan diri dalam 10 teratas ranking LPI tidak lama lagi.", "“LPI mengukur kemudahan untuk mewujudkan sambungan rantaian bekalan yang boleh dipercayai dan tepat pada masanya serta faktor struktur yang memungkinkan, seperti kualiti perkhidmatan logistik, perdagangan dan infrastruktur berkaitan pengangkutan, serta kawalan sempadan,” katanya.", "“Edisi LPI 2023 terbaharu ini memperkenalkan satu set baharu penunjuk prestasi utama (KPI), yang diperoleh daripada pendekatan Big Data, mengukur kelajuan perdagangan di seluruh dunia.", "“Penunjuk ini berdasarkan kemajuan teknologi dalam menjejak pergerakan antarabangsa frekuensi tinggi sebenar perkapalan maritim , kontena, pengangkutan udara, dan bungkusan pos melalui lorong perdagangan dan pintu masuk,” tambahnya.", "Tio berkata, industri logistik mempunyai banyak ruang untuk penambahbaikan untuk menjadi destinasi logistik pilihan di ASEAN, dan Malaysia mempunyai infrastruktur yang komprehensif untuk industri logistik berkembang maju sambil mempunyai sambungan yang baik melalui darat, laut dan udara.", "“Ketidakpadanan institusi dan peraturan, kesesakan di sempadan, aktiviti rantaian nilai rendah, dan tenaga kerja yang tidak mencukupi dan tidak mahir masih perlu ditangani.", "“LPN, didorong oleh industri dengan sokongan kerajaan, akan terus menangani isu-isu ini secara berstruktur,” tambahnya .", "Dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, MPC mempunyai mandat untuk menubuhkan LPN untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing industri di peringkat sektor dan perusahaan. Rangka Kerja Prestasi Kelestarian Logistik (LSPF) adalah antara projek perdana awal ke arah ini. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/07/24/motac-cadang-kecilkan-skop-gelembung-perjalanan/
MOTAC cadang kecilkan skop gelembung perjalanan
[ "PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mempertimbangkan untuk mengecilkan skop gelembung perjalanan (travel bubble) bukan hanya antara negara yang berstatus zon hijau Covid-19, tetapi kepada wilayah tertentu atau destinasi khusus yang bebas daripada wabak tersebut.", "Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, cadangan tersebut diambil berikutan terdapat negara belum berstatus bebas wabak berkenaan berbanding kawasan lain yang masih mempunyai kes. ", "“Kita sedang melihat kepada perkara itu, seperti Australia, Jepun dan China. Bukan keseluruhan negara yang akan kita buka tetapi ikut zon, ikut wilayah, ikut destinasi yang berstatus hijau.", "“Ia tidak semestinya perlu keseluruhan negara itu kita benarkan rakyatnya melancong ke negara ini (dan sebaliknya),” katanya  selepas melancarkan Kempen “Meet in Malaysia” hari ini.", "Menurut Nancy, cadangan itu akan dibincangkan dengan Kementerian Luar pada Isnin ini.", "Tambah beliau, persetujuan tidak akan dicapai dalam masa terdekat memandangkan terdapat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.", "“Tidak semudah itu sebab kita akan menilai dulu yang menilai setelah kita berbincang untuk mengenal pasti mana negara yang kita rasa antara wilayah yang kita boleh buka. Begitu juga pergerakan mereka dan kita berhati-hati dalam perkara ini,” jelasnya. ", "Terdahulu ketika berucap, Nancy berkata, negara yang dalam pertimbangan untuk Malaysia melaksanakan gelembung perjalanan adalah Australia, Brunei, China termasuk Hong Kong and Taiwan), Jepun, New Zealand, Korea, Singapura, Thailand, Kemboja dan Vietnam. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/09/19/mangsa-terakhir-keracunan-karbon-monoksida-semakin-stabil/
Mangsa terakhir keracunan karbon monoksida semakin stabil
[ "BUKIT MERTAJAM – Mangsa terakhir keracunan karbon monoksida ketika empat sahabat tertidur di dalam sebuah kereta dinaiki semasa berhenti di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah, Butterworth, dekat sini Rabu lepas, semakin stabil.", "Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Shafee Abd Samad berkata, keadaan Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, ketika ini semakin stabil berbanding semalam yang masih kritikal.", "“Mangsa masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur dan doktor di sana memantau secara rapi keadaan wanita itu dari semasa ke semasa.", "“Pihak polis juga sentiasa mendapatkan maklumat keadaan mangsa dari semasa ke semasa daripada pasukan perubatan di sana, mari kita sama-sama doakan semoga dia cepat sembuh,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.", "Sementara itu, katanya, laporan bedah siasat yang diterima polis berhubung tiga sahabat yang meninggal dunia dalam kejadian itu adalah disebabkan terhidu gas karbon monoksida hingga menyebabkan kegagalan pelbagai organ berfungsi.", "“Laporan bedah siasat mendapati tiga sahabat itu maut akibat pelbagai organ mereka gagal berfungsi disebabkan terhidu karbon monoksida ketika berada di dalam kereta dinaiki mereka,” katanya.", "Dalam kejadian itu, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri dan Nor Adilah Mohd Safwan meninggal dunia, manakala Nor Aqilah kritikal, selepas keempat-empat mereka yang berumur 21 tahun ditemui tidak sedarkan diri di kawasan tempat letak kereta stesen minyak Sama Gagah, dipercayai akibat keracunan karbon monoksida apabila mereka tertidur semasa berehat di dalam kereta itu, dengan cermin tingkap tertutup.", "Nor Adilah yang merupakan kembar kepada Nor Aqilah pada awalnya terselamat namun meninggal dunia ketika dirawat di ICU Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak, pada 4.23 petang Khamis lepas.", "Semua pelajar di sebuah kolej perubatan swasta di Batu Caves, Selangor itu, dikatakan singgah berehat di stesen minyak berkenaan, kira-kira 8.30 malam selepas Nor Aqilah yang memandu kereta jenis Honda Odyssey tersebut memaklumkan dia pening dan muntah.", "Mereka ketika itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dan Gurun, Kedah selepas bercuti di Pulau Jerejak, Pulau Pinang sempena Hari Malaysia.", "Empat sahabat berkenaan ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta berkenaan dalam keadaan enjin masih terpasang oleh bapa Ayuni Shazwani kira-kira pukul 12.30 tengah malam Khamis. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2023/04/21/pemilihan-mca-20-hingga-24-september/
Pemilihan MCA 20 hingga 24 September
[ "KUALA LUMPUR – MCA akan mengadakan pemilihan parti bermula 20 April hingga 24 September.", "Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, pemilihan parti MCA dijalankan secara sah dan munasabah serta mematuhi perlembagaan dan undang-undang.", "Malah, beliau juga bersedia membantu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) merungkai segala kemusykilan mereka.", "Katanya, Ibu Pejabat MCA menerima sepucuk surat dari RoS, mempersoalkan klausa “Pemilihan parti mestilah dimulakan dalam tempoh 6 bulan selepas Pilihan Raya Umum” yang terkandung dalam Artikel 167 Perlembagaan Parti yang tidak menyatakan had tempoh pemilihan.", "Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pemilihan Parti memberitahu, hakikatnya klausa yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan MCA pada Disember 2019 itu telahpun dimajukan mengikut prosedur kepada RoS serta mendapat kelulusan pada Februari 2021, justeru surat pertanyaan RoS kali ini agak membingungkan.", "“Pemilihan MCA akan dijalankan selama lima bulan, bermula di peringkat Cawangan pada hari ini, 20 April sehingga 24 September, sejurus pemilihan peringkat Pusat selesai. Seluruh proses adalah mematuhi Perlembagaan Parti, manakala jadual waktu pemilihan juga telah diluluskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat.”", "Tegasnya, sebaik Barisan Nasional dan Pakatan Harapan membentuk Kerajaan Perpaduan, MCA memainkan pelbagai peranan secara aktif, dengan memberikan sokongan dan kerjasama tidak berbelah bahagi terhadap dasar-dasar kerajaan yang positif serta memanfaatkan rakyat, malah membantu melaksanakannya; tetapi sekiranya terdapat kepincangan dalam dasar mahupun kecacatan dari segi pelaksanaannya,", "MCA tidak akan teragak-agak menegurnya serta bersuara bagi pihak rakyat.", "“Paling penting, tidak kira berada di posisi apapun, MCA tetap mempertahankan asas pembinaan Malaysia, yakni kepelbagaian dan kesederhanaan, serta kebebasan dan demokrasi,” ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/04/10/bn-tidak-pengaruhi-spr-tetapkan-tarikh-mengundi/
BN tidak pengaruhi SPR tetapkan tarikh mengundi
[ "KUALA LUMPUR – Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan tarikh 9 April iaitu hari Rabu sebagai tarikh untuk rakyat Malaysia membuang undi tidak dipengaruhi oleh Barisan Nasional (BN).", "Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, BN tidak ada kena mengena dengan keputusan yang dibuat oleh SPR  sebaliknya ia diputuskan sendiri oleh suruhajaya tersebut.", "“Ini keputusan yang dibuat oleh SPR, Kabinet tidak ada kena-mengena dengannya.", "“Saya faham hari Rabu ini, walaupun pernah berlaku sebelum ini (tarikh mengundi) pada waktu bekerja tapi ia tidak luar biasa,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Manifesto Orang Muda, Jom BN di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi.", "SPR hari ini mengumumkan hari pembuangan undi bagi PRU-14 ditetapkan pada 9 Mei ini, manakala tarikh penamaan calon pada 28 April.", "Sejurus pengumuman dibuat Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kenyataan membidas suruhanjaya itu yang membuat ketetapan mengundi pada hari bekerja.", "Dalam pada itu Khairy turut mengingatkan para majikan agar memberi pelepasan kepada pekerja-pekerja mereka untuk mengambil cuti bagi memberi peluang agar mereka dapat menunaikan tanggungjawab memilih kerajaan.", "Mengulas lanjut, Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO menegaskan, majikan yang ingkar dengan perkara itu boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya tidak membenarkan pekerja mereka untuk membuang undi.", "“Saya ingin mengingatkan majikan bahawa mengikut undang-undang mereka mestilah memberi peluang kepada pekerja mereka dengan tidak menghalang mereka untuk membuang undi,” ujarnya.", "Terdahulu, Khairy yang mewakili kerajaan BN memperjelaskan kepada kira-kira 5,000 orang muda berkenaan manifesto BN terhadap generasi itu sekiranya parti tersebut diberi mandat untuk terus mentadbir negara selepas PRU-14.", "Sebanyak lapan perkara digariskan dalam manifresto tersebut yang kesemuanya menjurus kepada orang muda berusia di bawah 45 tahun. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/11/25/karnival-orang-asli-di-pwtc-bantu-pasarkan-hasil-hutan/
Karnival Orang Asli di PWTC bantu pasarkan hasil hutan
[ "KUALA LUMPUR – Masyarakat Orang Asli yang menyertai Karnival Orang Asli Sejahtera selama tiga hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini menyifatkan penganjuran program itu dapat membantu mereka memasarkan hasil hutan kepada masyarakat umum.", "Malah, menerusi karnival yang diisi dengan aktiviti jualan itu ia secara tidak langsung memberi ruang kepada masyarakat Orang Asli untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.", "Rata-rata mereka yang ditemui MalaysiaGazette memuji tindakan proaktif Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) kerana memainkan peranan dengan baik untuk membantu masyarakat Orang Asli.", "Seorang peserta pempamer pada karnival itu Buding Abdullah berkata, dia berasa bertuah kerana menjadi salah seorang pempamer dalam karnival itu.", "Katanya, dia tidak pernah ketinggalan dalam setiap program yang dikendalikan oleh pihak JAKOA kerana merasakan aktiviti yang dilaksana berbaloi.", "“Setakat ini saya berjaya memperoleh hasil jualan barangan herba sebanyak RM4,000.", "“Bagi saya masyarakat Orang Asli ni, pendapatan sebanyak itu dalam tempoh dua hari memang sangat lumayan.", "“Jika hendak dibandingkan kalau menjualnya sendiri di kampung, menyertai karnival seperti ini sememangnya lebih menguntungkan,” katanya yang merupakan peserta pempamer dari Gua Musang, Kelantan.", "Seorang lagi peserta pempamer, Salina Bah Daun, 50, berkata, penganjuran karnival seperti itu wajar diadakan lebih kerap lagi kerana ia dapat membantu Orang Asli menjana pendapatan lebih.", "Katanya, masyarakat Orang Asli perlu keluar daripada kepompong kemiskinan dan penyertaan mereka dalam karnival seperti itu dapat membantu menyelesaikan masalah kos sara hidup yang turut dirasai kaumnya.", "“JAKOA perlu perbanyakkan lagi aktiviti karnival seperti ini. Kalau boleh biarlah empat kali dalam setahun.", "“Buat masa ini ia hanya diadakan sekali sahaja dalam setahun. Biarlah ia dibuat lebih lagi selepas ini,” ujarnya.", "Sementara itu, Mariam Marijah, 60, berkata, karnival itu banyak membantunya apabila banyak hasil carian hutan yang dibawa habis terjual.", "Selain dapat mengisi masa lapang cucu-cucunya yang kini sedang bercuti sekolah dan datang ke karnival itu untuk membantunya, kehadirannya pada karnival itu memberi ruang kepadanya untuk menjual terus hasil jualannya kepada masyarakat bandar.", "“Saya selalu juga ikut program JAKOA ini kalau dipanggil untuk menyertainya.", "“Walaupun jauh dan terpaksa bersaing dengan rakan-rakan lain yang menjual hasil hutan yang sama tetapi menjual dengan orang di bandar tidak sama dengan pelanggan di kampung-kampung kerana biasanya mereka akan membeli dalam jumlah yang banyak,” katannya. – MalahysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/03/07/besar-harapan-untuk-bn-menang-selepas-tsunami-politik-norliza/
Besar harapan untuk BN menang selepas tsunami politik – Norliza
[ "KOTA TINGGI – Selepas tsunami politik, Barisan Nasional (BN) menaruh harapan besar diberikan mandat majoriti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.", "Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Lama, Norliza Noh berkata, itu juga menjadi harapannya dan mahu pengundi memberinya peluang.", "Walaupun wanita berusia 38 tahun mengakui gementar pada permulaan kempen namun keberaniannya semakin terserlah apabila kehadirannya menerima sambutan positif dalam kalangan pengundi tidak kira di bandar, kampung mahu pun Felda.", "Lagi pun, menurut Norliza, pimpinan BN yang turun membantunya dan menurunkan ilmu kepadanya bagi memenangi kerusi DUN Johor Lama.", "Pihaknya juga memuat naik edaran risalah digital di media sosial berkenaan kempen, selain aktiviti seperti bersantai bersama anak muda untuk dengar masalah mereka, program baca Yasin untuk merapatkan  jurang perhubungan antara dirinya sendiri dengan penduduk.", "“Fokus utamanya semestinya “Orang Muda untuk Orang Muda”, jika diberikan mandat menduduki kerusi DUN Johor Lama ini, saya akan memastikan ekonomi golongan anak-anak muda dan peniaga kecil dibangunkan semula.", "“Saya sedar dan kita pun dapat lihat majoriti mereka terjejas akibat penularan Covid-19 di mana mereka diikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).", "“Saya ingin merealisasikan impian mereka agar mereka kembali pulih dan berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi, lebih-lebih lagi peniaga kecil di daerah Kota Tinggi ini.” katanya.", "Beliau ingin bangunkan semula ekonomi masyarakat setempat selaras dengan Ikhtiar BN yang bertemakan Kestabilan Masa Depan.", "Norliza yang juga merupakan Exco Pergerakan Puteri UMNO merupakan salah seorang daripada 10 calon golongan Hawa yang diketengahkan BN dalam PRN kali ini.", "Walaupun menjadi satu-satunya calon wanita di DUN tersebut, beliau merasakan situasi itu sebagai suatu kelebihan untuknya menonjolkan kekuatan membela nasib masyarakat.", "Norliza berdepan Alias Rasman (Perikatan Nasional), Omar Mokhtar (Parti Keadilan Rakyat), Shukor Ahmad (Pejuang) di DUN Johor Lama. –MalaysiaGazette." ]
https://malaysiagazette.com/2020/11/11/maszlee-sahkan-dirinya-masih-lagi-ahli-parlimen-bebas/
Maszlee sahkan dirinya masih lagi Ahli Parlimen bebas
[ "CYBERJAYA – Dr Maszlee Malik mengesahkan beliau kini masih lagi berstatus seorang ahli Parlimen bebas.", "Katanya, beliau mempunyai misi yang perlu diperjuangkan dan ia tidak lain dan tidak bukan menjurus kepada fokus pendidikan.", "“Saya telah mempunyai formidable convincing and strong people to wanted to contribute to pendidikan. Jadi bagi saya kita nak fokus lebih kepada pendidikan kerana isu pendidikan ketika ini berada pada tahap yang getir.", "“Jikalau kita membiarkan anak-anak ini tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya ataupun kita tidak mengambil langkah-langkah untuk menyelamatkan pendidikan kita, saya risau pada masa hadapan ia akan memberi kesan kepada perkembangan negara.", "“Jadi pada saya inilah ruang yang perlu saya bagikan keutamaan ketika ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.", "Bagaimanapun, beliau menjelaskan tetap akan berada bersama dalam blok pembangkang di Parlimen.", "Malah, di kawasannya di Simpang Renggam, pusat khidmatnya bekerjasama rapat dengan Pakatan Harapan.", "Bekas menteri pendidikan itu yang memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja Penubuhan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) membuat keputusan menarik diri daripada parti tersebut.", "Beliau memberikan alasan penarikan diri itu adalah kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap usaha membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di negara ini khususnya di Simpang Renggam.", "Maszlee turut menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat berdasarkan dapatan fakta melalui kajian lapangan dan tinjauan terperinci terhadap aspirasi dan kehendak rakyat terbanyak. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/12/15/real-madrid-rindu-ronaldo-marcelo/
Real Madrid rindu Ronaldo – Marcelo
[ "MADRID – Pemain bek kiri Real Madrid, Marcelo mengakui kelab itu merindui aksi bekas bintang mereka, Cristiano Ronaldo.", "Goal.com melaporkan, pemain antarabangsa Brazil itu berkata, kesan pemergian Ronaldo itu sudah dijangka apabila gergasi La Liga itu terpaksa bergelut di peringkat awal kempen musim ini.", "Namun di bawah pengurus baharu, Santiago Solari, mereka kini berada lima mata di belakang Barcelona.", "Selepas sembilan musim bersama dengan Madrid, Ronaldo meninggalkan kelab tersebut pada Julai untuk menyertai juara Serie A, Juventus.", "Marcelo memberitahu, Madrid jelas merindui pemain terbaik di dunia itu tetapi percaya penyandang Juara-Juara Eropah hanya merasai kesannya untuk sementara waktu.", "“Tetapi kami masih memiliki pemain-pemain terbaik di dunia dalam setiap posisi.", "“Cuma semua kelab pasti mengidam Cristiano dalam pasukan mereka dan Madrid akan terus berdiri walaupun pemain datang dan pergi,” katanya.", "Ronaldo kini semakin memuncak prestasi baiknya di Juve dengan jaringan 11 gol dalam 20 perlawanan musim ini. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/08/27/thailand-lantik-madam-phang-jadi-pengurus-bola-kebangsaan/
Thailand lantik Madam Phang jadi pengurus bola kebangsaan
[ "KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengumumkan ahli perniagaan wanita, Nualphan Lamsam atau dikenali sebagai Madam Pang sebagai pengurus baharu skuad kebangsaan Thailand.", "FAT dalam satu kenyataan berkata, Madam Pang dipilih berdasarkan pengalamannya dalam sukan bola sepak dan pernah menjadi pengurus pasukan bola sepak wanita Thailand di Piala Dunia sebanyak dua kali.", "“Dia akan mengembalikan semula maruah pasukan bola sepak Thailand,” kata FAT dalam kenyataan itu.", "Madam Pang yang juga merupakan pemilik dan pengerusi kelab Thai League, Port FC akan terlibat dalam pemilihan jurulatih baharu skuad Thailand untuk mencari pengganti Akira Nishino yang dipecat kerana gagal mencapai sasaran ditetapkan.", "Presiden FAT, Somyot Phumohanmuang mendedahkan Madam Pang sendiri telah menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka dan mempunyai rancangan memegang jawatan tertinggi menggantikan tempatnya dalam badan induk itu.", "“Kalau Madam Pang mahu jadi Presiden, saya lebih gembira kerana saya tak mungkin akan kekal sebagai Presiden FAT sehingga mati. Kita memerlukan generasi baharu yang lebih berpengetahuan, cekap dan mempunyai cita-cita yang besar.", "“Saya telah bercakap dengan Madam Pang mengenai perkara ini dan beliau berkata belum bersedia lagi untuk jadi Presiden dan mahu bermula dengan jadi pengurus pasukan kebangsaan dahulu,” katanya dipetik dalam SMM Sports.", "Madam Pang bukanlah asing bagi peminat bola sepak di Asia Tenggara kerana sebelum ini dia pernah mencuri tumpuan dalam saingan Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur ketika menjadi pengurus pasukan bawah 23 tahun Thailand yang dikendalikan oleh Worrawoot Srimaka. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/01/30/kalau-nurul-izzah-layak-apa-salahnya-zaid/
Kalau Nurul Izzah layak apa salahnya – Zaid
[ "KUALA LUMPUR – Jawatan yang diberikan kepada bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi kepada Perdana Menteri bukan tetap.", "Sebaliknya, kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, jawatan atau tugasan itu memerlukan idea dan pemikiran untuk menambahbaik ekonomi negara yang merudum akibat kesan pandemik Covid-19.", "Katanya, beliau yakin Nurul Izzah dapat membantu Perdana Menteri yang juga bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha meletakkan ekonomi negara pada landasan yang betul menerusi nasihat dan perancangan yang membina.", "“Soal nepotisme ini tidak perlu sesiapa bimbang. Kalau Nurul Izzah boleh buat kerja dan laksanakan tanggungjawabnya, kenapa perlu kita pertikai dan persoalkan.", "“Bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew pun lantik anaknya Lee Hsien Loong sebagai menteri sehingga sekarang jadi Perdana Menteri. Tidak timbul pun soal nepotisme kerana dia boleh buat kerja.", "“Sama di sini (Malaysia), kita boleh lantik anak, cucu mahupun isteri kalau mereka ada kelebihan daripada orang lain,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.", "Semalam, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa 3 Januari lalu.", "Beliau mengesahkan pelantikan itu dalam satu temu bual bersama sebuah akhbar berbahasa Inggeris.", "Menurut Zaid, pelantikan anak beranak dalam jawatan kerajaan tidak akan Nampak nepotisme sekiranya yang dilantik itu berjaya menunjukkan hasil kerja yang memuaskan.", "“Kalau kerja baik, cemerlang, barulah tidak nampak nepotismenya atau kesan buruk nepotisme itu,” katanya.", "Beliau turut mencadangkan Nurul Izzah dibayar gaji supaya dapat merasakan bertanggungjawab terhadap tugasan yang diamanahkan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/05/21/kes-covid-19-sedunia-lepasi-angka-lima-juta/
Kes Covid-19 sedunia lepasi angka lima juta
[ "(Reuters) – Kes koronavirus dunia kini melepasi angka lima juta dengan Amerika latin mengatasi Amerika Syarikat dan Eropah untuk mencatatkan kes terbesar harian di dunia, dalam tempoh seminggu.", "Amerika Latin mencatatkan satu pertiga daripada 91,000 kes yang dilaporkan di dunia minggu ini manakala Eropah dan Amerika Syarikat, masing-masing merekodkan hanya lebih 20 peratus sahaja.", "Sejumlah besar kes baharu direkodkan di Brazil menjadikan negara tersebut negara ketiga terbesar dilanda wabak itu di belakang Amerika Syarikat dan Rusia.", "Dengan lebih lima juta kes, virus tersebut telah menjangkiti lebih ramai manusia dalam tempoh kurang enam bulan berbanding jumlah keseluruhan kes selsema teruk dalam masa setahun.", "Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan kes selsema teruk global adalah sekitar tiga juta hingga lima juta setahun.", "Pandemik ini juga telah mengorbankan 326,000 nyawa. Bagaimanapun angka sebenar dianggarkan lebih tinggi kerana ujian saringan yang terhad dan banyak negara yang tidak memasukkan kes kematian di luar hospital ke dalam statistik.", "Lebih separuh daripada jumlah kematian direkodkan di Eropah.-Agensi", " " ]
https://malaysiagazette.com/2018/07/19/kerajaan-ph-juga-tubuh-jawatankuasa-khas-kos-sara-hidup/
Kerajaan PH juga tubuh jawatankuasa khas kos sara hidup
[ "KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mencari jalan keluar dalam memastikan rungutan rakyat mengenai kos sara hidup dapat diselesaikan.", "Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution, satu jawatankuasa khas akan dibentuk dalam mencari jalan strategik ke arah menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.", "“Saya beri makluman kepada Jemaah Menteri semalam untuk penubuhan jawatankuasa di peringkat Kabinet untuk mengumpulkan beberapa kementerian khususnya bagi mengumpul beberapa strategi yang komprehensif dalam mencari jalan ke arah melegakan desakan kos sara hidup tinggi yang dialami oleh rakyat.", "“Ini kerana KPDNHEP tidak boleh bertindak sendirian kerana isu peningkatan kos sara hidup rakyat ini bukan hanya isu makanan dan minuman tetapi juga ianya berkenaan harga rumah, kos pengangkutan, kesihatan pendidikan,” katanya dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.", "Ujarnya, Jemaah Menteri telah bersetuju untuk melantik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Pengeruis Jawatankuasa Khas ini.", "Malah katanya, jawatankuasa ini akan mengumpulkan beberapa kementerian khususnya bagi mengumpul beberapa strategi yang komprehensif dalam mencari jalan ke arah melegakan desakan kos sara hidup tinggi yang dialami oleh rakyat.", "Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang memberi tempoh setahun bermula 1 September kepada kerajaan PH untuk mengurangkan kos sara hidup dan menurunkan harga barang.", "BN katanya, memberi masa sehingga setahun selepas 100 hari dari tempoh manifesto PH sama ada harga barang dan kos sara hidup rakyat dapat diturunkan seperti janji mereka sebelum PRU14.", "“Saya ucap terima kasih kepada Ketua Pembangkang, dan saya ikuti ucapan titah Yang di-Pertuan Agong.", "“Jawatankuasa di peringkat Kabinet akan berbincang dan mencari jalan dan mengumpulkan seluruh kepakaran yang ada untuk merangka jalan keluar. Soal samada satu atau dua tahun itu kita akan bincang di peringkat jawatankuasa,” katanya.", "Pada Disember 2015, kerajaan BN menubuhkan jawatankuasa sama bagi menangani kenaikan kos sara hidup.", "Jawatankuasa itu dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/04/28/fokus-ph-mahu-akta-anti-lompat-parti-diluluskan-anthony-loke/
Fokus PH mahu Akta Anti Lompat Parti diluluskan – Anthony Loke
[ "PETALING JAYA – Kelulusan Akta Anti Lompat Parti di Parlimen tetap menjadi keutamaan  Pakatan Harapan (PH) buat masa ini, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.", "Status sama ada memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Pusat dan Pakatan Harapan (PH) yang bakal berakhir 31 Julai ini pula menjadi perkara kedua.", "”Kita belum jumpa lagi beliau (Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) kerana fokus kita sekarang ialah mesti putuskan terlebih dahulu Akta Anti Lompat Parti.", "“Progres itu saya difahamkan berjalan dengan baik, jawatankuasa pilihan khas telahpun mengadakan beberapa siri mesyuarat dan kita harap selepas raya (Aidilfitri) nanti, satu tarikh untuk sidang khas dapat ditetapkan,” katanya pada media selepas Majlis Berbuka Puasa dan Sesi Sua Kenal Anthony Loke Siew Fook bersama media, hari ini.", "Tambah beliau, kelulusan Akta Anti Lompat Parti perlu diluluskan terlebih dahulu seperti yang telah disyaratkan dalam MoU antara kerajaan Persekutuan dan PH.", "Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan untuk tidak akan diteruskan lagi MoU berkenaan selepas 31 Julai ini.", "MoU itu ditandatangani pada September tahun lalu oleh Ismail Sabri bersama pemimpin-pemimpin parti dalam gabungan PH yang bersepakat bahawa Parlimen tidak akan dibubarkan sebelum 31 Julai ini.", "Pada 20 April, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar optimis Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti dapat menyediakan penyata mengandungi cadangan rang undang-undang itu dalam tempoh sebulan.", "Kemudian, Majlis Presiden PH pula pada 11 April dalam kenyataan berkata inginkan Pindaan Perlembagaan dan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti yang dipersetujui mereka dan pihak kerajaan dibentang serta diluluskan dalam satu sidang khas Parlimen sebelum penghujung Mei 2022. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/07/08/pekerja-ekonomi-gig-digalak-mencarum-perkeso/
Pekerja ekonomi gig digalak mencarum Perkeso
[ "KUALA LUMPUR – Kerajaan mahu lebih ramai pekerja dalam sektor ekonomi gig mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) agar mendapat perlindungan yang sewajarnya.", "Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, di bawah inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) Gig, beberapa sesi libat urus telah dijalankan bersama sektor pertanian, penjaja, pengangkutan penumpang, barangan dan makanan, serta lebih 38 penyedia platform perkhidmatan gig.", "Ini kerana, menurut Perkeso, kesedaran masih kurang dan sejak Januari 2020 hingga kini, hanya 7% atau 28,425 pekerja ekonomi gig berdaftar dengan pertubuhan itu berbanding sasaran 400,000 pekerja.", "Dengan bayaran sebanyak RM232.80 untuk setahun, kerajaan membayar 70% (RM163) manakala 30% (RM69.80) ditampung penyedia platform.", "”Oleh itu, kalau tuan-tuan dan puan-puan menaiki Grab atau membuat tempahan makanan dengan FoodPanda, tanyakanlah pekerja gig tersebut – “dah mencarum dengan Perkeso ke belum?”", "”Kalau dah, beri mereka rating 5-star,” kata Menteri Kewangan itu ketika memberi perkembangan terkini tentang Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Penjana.", "Menurut Tengku Zafrul, beliau berkesempatan untuk berjumpa dengan beberapa pekerja dan majikan\nyang menerima manfaat daripada program itu serta keselamatan sosial tersebut.", "”Alhamdulillah, penerimaan bantuan amat baik dan telah dapat membantu mengurangkan beban aliran tunai perniagaan, serta menyelamatkan pekerjaan,” tambahnya.", "Mengenai program MY30, yang mana Kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi penggunaan tanpa had dengan bayaran RM1 sahaja sehari selama 30 hari untuk MRT, LRT, monorel, BRT, Bas RapidKL dan Bas Pengantara MRT, setakat 30 Jun lalu 2020, sebanyak 77,790 pas telah dijual.", "Ia membabitkan subsidi kerajaan sebanyak RM13.2 juta.", "Mengulas PENJANAKerjaya iaitu program insentif pengambilan pekerja dan bantuan latihan, dengan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion, sehingga 6 Julai, 106,308 kekosongan jawatan dipaparkan dan 123,919 pencari kerja didaftarkan melalui inisiatif MYFutureJobs. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/01/30/nak-habiskan-edah-noh-sedia-jadi-penceramah-bebas/
Nak habiskan edah, Noh sedia jadi penceramah bebas
[ "SHAH ALAM – Bekas Pengerusi Badan Perhubuhgan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar tidak merancang untuk menyertai mana-mana parti politik dalam masa terdekat selepas dipecat daripada UMNO baru-baru ini.", "Sebaliknya beliau memberi bayangan untuk menjadi penceramah bebas sekiranya beliau diundang oleh mana-mana pihak untuk berbuat demikian sementara menunggu habis edah (iddah).", "“Saya ini masih dalam tempoh edah, kena rehatlah dulu, kita tengok saya tak tahu lagi (berapa lama tempoh). Belum ada apa-apa keputusan, saya nak tengok sama ada saya nak jadi penceramah bebas, mungkin boleh juga.", "“Sesiapa nak jemput saya, PKR jemput pun saya boleh datang, Amanah nak jemput, kalau sesuai saya datanglah, kalau sudi jemput saya jadi penceramah bebas buat masa ini,” katanya pada sidang media di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.", "Pada Jumaat lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penggantungan enam tahun keahlian bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu yang kemudiannya dipecat atas kehendak beliau sendiri.", "Selain Noh, bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga dipecat daripada parti.", "Manakala beberapa pimpinan UMNO lain pula digantung keahlian UMNO sehingga enam tahun.", "Antaranya Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.", "Dalam pada itu, Noh mengakui beliau tiada lagi cita-cita politik selepas hampir 26 tahun bersama UMNO meskipun ditawarkan menyertai parti lain", "“Kita pun tak ada cita-cita pun, bagi saya yang penting mana parti yang betul-betul boleh menjadi tempat rakyat berteduh, lebih-lebih lagi yang memperjuangkan hak-hak Melayu ini,” katanya.", "Ditanya tentang gesaan pihak tertentu supaya beliau terus setia dengan UMNO, Noh bagaimanapun menegaskan beliau tidak berparti buat masa ini.", "“Kenapa nak setia kepada parti (UMNO)? Saya mana ada parti. Ibarat orang sudah kahwin, kita sudah kena cerai, nak setia dengan suami macam mana lagi.", "“Kenapa kita pula kena setia dengan parti (UMNO),” katanya lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/09/26/jpj-sasar-selesai-ujian-memandu-tertangguh-sebelum-akhir-tahun/
JPJ sasar selesai ujian memandu tertangguh sebelum akhir tahun
[ "KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan semua ujian yang tertangguh di 232 institut memandu di seluruh negara melibatkan 462,124 calon akan selesai sebelum akhir tahun ini.", "Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Operasi JPJ Aedy Fadly Ramli berkata bagi mencapai sasaran itu, jabatan tersebut akan menambah bilangan penguji sehingga 20 peratus, bergantung pada keperluan setiap institut memandu.", "“Selain itu, kita juga akan menambah jumlah kuota harian calon yang akan diuji di setiap institut memandu. Jumlahnya berbeza mengikut kapasiti premis, oleh itu, jumlah penguji tambahan yang akan dihantar adalah mengikut keperluan di setiap institut tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melawat Institut Memandu Bitara dekat Padang Midin di sini hari ini", "Menurut Aedy Fadly terdapat seramai 530 pegawai penguji di seluruh negara dan institut memandu disaran untuk mengutamakan ujian calon yang telah lama tertangguh susulan Perintah Kawalan Pergerakan, berbanding calon baharu.", "Dalam pada itu, beliau berkata JPJ akan memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di semua institut memandu secara berkala.", "— BERNAMA", " ", "" ]
https://malaysiagazette.com/2018/11/10/dua-laporan-polis-dibuat-salah-guna-dana-hrdf-kula/
2 laporan polis dibuat terhadap salah guna dana HRDF
[ "KUALA LUMPUR – Dua laporan polis telah dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF), Elanjelian Venugopal berhubung salah laku termasuk kehilangan RM300 juta dana agensi itu sejak pentadbiran lalu.", "Menteri Sumber Manusia, M.Kula Segaran berkata, antara salah laku dan pelanggaran tata etika oleh sebahagian pengurusan HRDF lepas ialah menggunakan dana tanpa memaklumkan lembaga pengarah dan pecah amanah.", "“Laporan polis sudah dibuat dan maklumat lengkap mengenainya kita tidak boleh didedah kepada umum kerana ia terikat di bawah Akta Fitnah 1957 dan seumpama dengannya.", "“Tindakan undang-undang akan diambil ke atas pelaku termasuk salah guna, maka  CEO yang membuat laporan itu.", "“Kalau CEO tak buat laporan polis, ia tidak membantu kepada Town Hall HRDF hari ini. Bila tahu semua perkara ini, bagaimana tiada tindakan diambil,” katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen HGH, di sini, hari ini.", "Sebelum ini, Kula memberi jaminan kerajaan akan menyiapkan laporan penuh siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dana sebanyak RM300 juta milik tabung HRDF yang siap sepenuhnya pada hujung Oktober.", "Kula juga berkata, pihaknya menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan jika ada kes, pihak polis boleh mengambil tindakan sewajarnya.", "“Selepas kita (Pakatan Harapan) ambil alih kerajaan, tiga pengarah HRDF letak jawatan (termasuk CEO).", "“Kalau mereka buat salah laku itu (seleweng dana HRDF), kita akan ambil tindakan,” katanya.", "Kula turut mengesahkan penyelewengan dana itu juga membabitkan pembelian hartanah di negara ini tanpa mendedahkan butiran lengkap mengenai salah laku terbabit.", "“Jumlah salah guna dana HRDF tidak dapat dipastikan. Hanya beberapa juta telah digunakan.", "“Dana itu juga digunakan membeli hartanah di negara ini dan bukan di China,” katanya lagi. -MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/04/12/man-united-bangkit-benam-spurs/
Man United bangkit benam Spurs
[ "LONDON – Tottenham Hotspur tewas 3-1 kepada Manchester United walaupun mendahului permainan menerusi jaringan Son Heung-min yang turut menyebabkan jaringan Edinson Cavani dibatalkan pengadil sebelum itu.", "Namun kontroversi itu tidak mengganggu United bangkit di babak kedua menerusi jaringan Fred, Cavani dan Mason Greenwood untuk membantutkan peluang Spurs memburu tempat dalam kelompol teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).", "Jaringan Cavani di babak pertama dibatalkan selepas pengadil Chris Kavanagh melihat ulang tayang VAR serta memberikan sepakan percuma kepada Spurs apabila Scott McTominay dipersalahkan kerana mengasari Heung-min." ]
https://malaysiagazette.com/2022/09/27/terpulang-kepada-pas-untuk-terima-kenyataan-bn-musuh-pn-muhyiddin/
Terpulang kepada Pas untuk terima kenyataan BN musuh PN – Muhyiddin
[ "PUTRAJAYA – Terpulang kepada Pas untuk menerima kenyataan bahawa musuh Perikatan Nasional (PN) adalah Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.", "Jelasnya, perkara tersebut telah diputuskan oleh gabungan itu dan bukannya satu parti politik sahaja.", "“Itu kenyataan (Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan) yang dikeluarkan oleh sesiapa itu terpulang kepada mereka.", "“Kadang-kadang mungkin dia rujuk atau tidak kepada sesiapa, saya tak tahu,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kali kesembilan Malis Pemulihan Negara (MPN) di Kementerian Kewangan, di sini, hari ini.", "Muhyiddin menjawab pertanyaan media mengenai kenyataan yang dikeluarkan Takiyuddin lewat malam tadi yang berkata pihaknya tidak menerima pendirian mana-mana pihak yang melabelkan pertubuhan Melayu dan Islam sebagai musuh utama.", "Tanpa menyebut nama mana-mana parti, ia difahamkan ditujukan kepada Muhyiddin yang menegaskan BN adalah musuh utama gabungan itu dalam PRU15.", "Jelas Muhyiddin, yang penting buat PN adalah perkembangan terkini yang dicapai oleh kedua-dua semalam.", "“Tapi pertemuan semalam menggambarkan bahawa yang lebih penting adalah pertemuan terkini kita menjelaskan bagaimana hubungan kita dan kenyataan yang saya telah buat jangan disalah tafsirkan.", "“Dalam PRU, sudah tentu ada pertembungan antara parti-parti, saya sebagai pengerusi PN bergantung kepada keputusan PN dan bukannya Pas. Ia keputusan PN bahawa kita akan bertembung dengan parti-parti yang tak sehaluan dengan kita,” katany lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/02/01/padah-berkumpul-di-kolam-renang-3-lelaki-ditahan/
Padah berkumpul di kolam renang, 3 lelaki ditahan
[ "SEBERANG PERAI – Tiga lelaki termasuk seorang penuntut jurusan sains komputer diberkas susulan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan berkumpul di kolam renang sebuah kondominium di Bukit Mertajam di sini.", "Ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkungan 20 hingga 41 tahun itu ditahan pada pukul 2.30 petang tadi selepas pengawal keselamatan kondominium berkenaan membuat laporan polis.", "Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, hasil siasatan mendapati tiga kenalan itu berkumpul di kolam renang tersebut pada pukul 6.30 petang semalam sebelum pengawal keselamatan bertugas ketika kejadian menegur tindakan mereka.", "“Pengawal keselamatan itu meminta mereka beredar namun, salah seorang daripadanya enggan berbuat demikian sebelum mengarahkan perkara itu dilaporkan kepada polis.", "“Suspek turut memberi alamat rumah konon untuk mencarinya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.", "Menurut Shafee, bertindak atas laporan, pihak polis menahan tiga suspek berkenaan kerana melakukan kesalahan perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan penyakit yang berbahaya kepada nyawa dan berkumpul di tempat awam semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).", "“Selain itu, siasatan lanjut juga mendapati suspek berusia 41 tahun itu mempunyai satu rekod lampau berkaitan penipuan,” ujarnya.", "Terdahulu, tular satu rakaman video mengenai kejadian itu di aplikasi WhatsApp hari ini dipercayai dirakam oleh pengawal keselamatan berkenaan.", "Video berdurasi 45 saat itu memaparkan tiga lelaki sedang berkumpul di kolam renang sebelum didatangi pengawal keselamatan yang meminta mereka beredar susulan PKP masih dikuatkuasa. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/01/06/suami-isteri-mengaku-tidak-bersalah-salah-guna-wang-syarikat/
Suami isteri mengaku tidak bersalah salah guna wang syarikat
[ "SHAH ALAM – Pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan pecah amanah dengan membuat pengeluaran wang syarikat untuk diri sendiri di Mahkamah Sesyen 1 di sini, hari ini.", "Tertuduh, Tan Ching Peng, 60, dan isterinya, Tan Siew Moi, 57, didakwa melakukan tiga kesalahan menyalahgunakan harta milik syarikat sendiri, Rekabina Construction Sdn. Bhd (Rekabina) berjumlah RM220,000 dari tahun 2020 hingga 2021.", "Mengikut kertas pertuduhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ching Peng selaku Ketua Operasi Syarikat dan isterinya, didakwa melakukan kesalahan pertama pada 21 Disember 2020 dengan secara tidak jujur mengeluarkan wang syarikat berjumlah RM20,000.", "Diikuti kesalahan kedua, mengeluarkan wang syarikat sebanyak RM50,000 pada 18 Januari 2021 dan kali ketiga sebanyak RM150,000 pada 30 September 2021.", "Atas pertuduhan itu, kedua mereka dituduh bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan (KK) yang boleh dihukum di bawah seksyen sama dibaca Bersama Seksyen 14 KK.", "Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih dari lima tahun dan dengan sebat, dan juga denda.", "Bagi kesalahan berasingan, Siew Moi turut menghadapi enam lagi pertuduhan menyalahgunakan harta untuk diri sendiri dari 2020 hingga 2021.", "Tuduhan pertama beliau didakwa mengeluarkan wang syarikat berjumlah RM50,000 pada 3 Disember 2020, diikuti kesalahan kedua, RM50,000 (3 Disember 2020), ketiga, RM72,000 (28 Disember 2020), keempat, RM50,000 (13 Januari 2021), kelima, RM80,000 (5 Oktober 2021) dan kali keenam, RM80,000 (8 Oktober 2021).", "Siew Moi mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu yang dibaca mengikut Seksyen 304 KK yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.", "Jika sabit kesalahan, Siew Moi yang memenang jawatan Pengarah Syarikat Rekabina itu boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.", "Hakim Datuk Rozilah Salleh kemudian mengenakan ikat jamin berjumlah RM110,000 bagi semua pertuduhan yang dihadapi Siew Moi dan suaminya, Ching Peng. Mereka kemudian membayar jaminan itu.", "Hakim turut meminta kedua mereka menyerahkan passport dan melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat setiap awal bulan.", "Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muaz Ahmad Khairudin dengan Pegawai Pendakwa, Mohd Aliff Shaharuzaman, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Asmadi Hussain.", "Mahkamah kemudian menetapkan 16 Februari ini untuk sebutan kes. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2016/12/21/zahid-dukacita-pesawat-tudm-terhempas/
Zahid dukacita pesawat TUDM terhempas
[ "KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa dukacita dengan insiden pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Butterworth petang ini.", "Dalam catatan di akaun Twitternya, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, turut meminta anggota keluarga mangsa yang terlibat agar bersabar menempuhi saat-saat yang menyedihkan itu.", "“Saya amat berdukacita atas kemalangan pesawat TUDM dan kematian pilot (juruterbang) serta kecederaan. Semoga keluarga bersabar,” katanya.", "Dalam kejadian pada 5.18 petang itu, sebuah pesawat jenis Beechcraft B200T terhempas di Pangkalan TUDM Butterworth, menyebabkan juruterbangnya maut, manakala tiga yang lain cedera.", "Sehingga kini, identiti kesemua mangsa yang terlibat masih belum disahkan.", "Sumber polis berkata mayat juruterbang itu dan kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Seberang Jaya.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2023/02/01/kejohanan-bamtc-bam-sasar-mara-ke-separuh-akhir/
Kejohanan BAMTC: BAM sasar mara ke separuh akhir
[ "KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meletakkan sasaran untuk skuad negara sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir di Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 14 hingga 19 Feb ini.", "Bukan sahaja sasaran ke separuh akhir, malah Pengarah Pengarah Prestasi Tinggi BAM, Dr Tim Jones juga berharap untuk melihat skuad negara mengungguli Kumpulan B yang turut dianggotai India, Kazakhstan dan tuan rumah, UAE.", "Walaupun India mungkin dilihat sebagai ‘duri dalam daging’ di peringkat kumpulan, Jones percaya pemain negara memiliki apa yang diperlukan bagi mengatasi lawan terkuat mereka dalam kejohanan yang diadakan di Pusat Pameran Dubai itu.", "“Kita perlu membuat lebih banyak analisis terhadap pasangan India dan pemain berkenaan kami cukup kenal. Kita juga mempunyai rekod yang baik dalam menentang beberapa pemain India ini, jadi kita tetap yakin.", "“Sudah tentu kita akan cuba mengungguli di peringkat kumpulan bagi undian mudah di separuh akhir, jadi kita perlu menang dalam setiap perlawanan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.", "Antara nama besar yang akan mewakili Malaysia ke BAMTC ialah pemain profesional perseorangan lelaki, Lee Zii Jia, diikuti juara dunia beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah dan bekas pemenang pingat emas perseorangan wanita Sukan Olimpik Remaja, Goh Jin Wei.", "Sementara itu, Jones berkata mereka akan cuba membantu Zii Jia membina keyakinan semasa kem latihan pusat yang bermula minggu depan agar pemain itu dapat memberi yang terbaik dalam BAMTC, ekoran prestasi buruk yang menyaksikan beliau gagal melepasi peringkat awal dalam Terbuka Malaysia, Terbuka Indonesia dan Masters Indonesia.", "Dalam pada itu, bekas Ahli Fisiologi Kanan Institut Sukan Negara (ISN) itu percaya seorang lagi perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao akan menampilkan persembahan terbaiknya di Dubai selepas tersingkir awal di pusingan kelayakan Masters Thailand semalam, iaitu tewas 22-44, 19-21 kepada rakan senegara Yeoh Seong Zoe.", "“Keputusan semalam sesuatu yang malang buat Jun Hao tetapi saya fikir prestasi buruk itu boleh menjadi pendorong untuk beliau beraksi lebih baik selepas ini.", "“Jika anda lihat Aaron-Wooi Yik dan Pearly-Thinaah sebagai contoh, mereka tidak mendapat keputusan yang memberangsangkan dalam Terbuka Malaysia, tetapi kemudian mereka berjaya bangkit semula. Saya rasa Jun Hao boleh meningkatkan keupayaanya sehingga ke tahap terbaik,” katanya.", "Sementara itu, Jones berkata tempoh seminggu adalah memadai bagi pemain membina keserasian dalam latihan pusat kerana kesemua pemain profesional yang dipanggil untuk beraksi di BAMTC adalah sebahagian pemain BAM sebelum ini.", "Malaysia belum pernah memenangi kejohanan berkenaan setakat ini, selepas tewas di suku akhir pada edisi pertama 2017 di Hanoi, Vietnam. – BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2018/10/08/dua-maut-kereta-bertembung-treler/
Dua maut kereta bertembung treler
[ "ALOR SETAR – Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah treler di Jalan Sungai Lalang-Bukit Selambau, Sungai Petani dekat sini, hari ini.", "Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah berkata mangsa maut ialah pemandu dan penumpang hadapan kereta jenis Proton Wira berusia 30 hingga 40-an, yang masih belum dikenal pasti identiti.", "Beliau berkata kejadian berlaku pada 1.45 petang tadi apabila treler dipandu seorang lelaki berusia 30-an dari arah Sungai Lalang menghala ke Bukit Selambau, hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta mangsa.", "“Akibat rempuhan secara hadapan itu menyebabkan kereta tersebut terperosok di bawah lori dan diseret sehingga tepi jalan sebuah ladang getah berhampiran dan pemeriksaan mendapati kedua-dua mangsa maut serta merta manakala pemandu treler mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.", "Beliau berkata kejadian berlaku di kawasan selekoh dan cuaca cerah.", "Katanya mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk bedah siasat.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2019/09/28/sultan-ismail-petra-mangkat/
Sultan Ismail Petra mangkat
[ "KUALA LUMPUR – Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra mangkat pada jam 8.11 pagi tadi di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.", "Baginda berusia 70 tahun.", "Jenazah Almarhum akan dibawa ke Istana Balai Besar untuk istiadat penghormatan kali terakhir, menurut Facebook Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi.", "Istiadat pemakaman akan dilangsungkan selepas solat asar di Makam Diraja Langgar Kota Bharu.", "Almarhum menaiki takhta sebagai Sultan Kelantan pada 30 Mac 1979 sehingga 13 September 2010.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/03/09/penang-fc-sedia-cabar-jdt/
Penang FC sedia cabar JDT
[ "KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Penang FC, Tomas Trucha meletakkan kepercayaan tinggi ke atas semua pemain untuk memberi tentangan sengit kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi kedua Liga Super 2021 meskipun mengakui perlawanan yang cukup sukar akan dihadapi mereka di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.", "Selepas anak buahnya mempamerkan prestasi memberangsangkan berdepan Kuala Lumpur City FC Sabtu lalu untuk meraih tiga mata pertama, Trucha percaya mereka kini dalam momentum terbaik untuk meneruskan persembahan yang lebih garang bagi mengatasi juara Piala Sumbangsih 2021 itu.", "Gandingan yang cukup baik di benteng pertahanan menerusi pemain Ryuji Utomo dan Rafael Vitor selain penjaga gol, Samuel Somerville yang berjaya melakukan “clean sheet” pertama tempoh hari menyaksikan Penang FC dijangka mampu untuk memberi kesukaran kepada asakan JDT selain mengharapkan mereka turut mampu menembusi gawang tuan rumah lebih awal.", "Mengakui rekod yang dimiliki skuad kendalian Benjamin Mora itu meletakkan mereka sebagai pasukan yang sukar diatasi ketika ini, Trucha bagaimanapun sudah bersedia dengan perancangan terbaik dalam usaha menidakkan pergerakan lawan untuk menguasai keseluruhan perlawanan malam esok.", "“Saya berpuas hati apabila kami dapat memulakan aksi dengan baik untuk meraih tiga mata pertama, dan sememangnya sasaran kami memang untuk mulakan aksi pertama Liga Malaysia dengan langkah kanan.", "“Seterusnya adalah berdepan JDT di mana kami menghormati mereka sebagai pasukan yang kuat, dan Penang FC selaku pendatang baharu Liga Super akan cuba sehabis baik untuk mendapatkan keputusan terbaik pada malam ini.", "“Saya memang menantikan aksi menentang JDT kerana apabila kita berdepan lawan kuat, daripada situ kita boleh lihat pasukan ini berada di tahap mana dan boleh nilai balik dekat mana kelemahan ketara yang ada selepas perlawanan.", "“Apa-apa pun, kami sudah bersedia dengan segala pelan untuk memastikan pasukan mampu memberi kesukaran kepada JDT dan mengharapkan kita tidak tewas dengan mudah”, jelasnya kepada Liga Bola Sepak Malaysia di sini. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/07/29/ltte-ramasamy-bertemu-dengan-dr-maza-esok/
LTTE: Ramasamy bertemu dengan Dr Maza esok
[ "BUTTERWORTH – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof Dr P. Ramasamy akan hadir ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya petang esok untuk membincangkan mengenai isu dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).", "Ramasamy berkata pertemuan pada 3.30 petang yang diatur Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa itu akan turut dihadiri Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.", "“Mediasi akan dilakukan oleh Datuk Dr Mujahid dan ini adalah perjumpaan tertutup. Perbincangan ini adalah satu usaha yang diambil oleh Datuk Dr Mujahid. Saya memang terbuka dalam hal ini dan saya hormati usaha Datuk Dr Mujahid. Ini (perbincangan) bukan satu perkara luar biasa.", "“Kalau ada peluang untuk perbincangan kita boleh berjumpa dan mungkin diselesaikan…perjumpaan ini saya alu-alukan. Ini adalah satu isu penting dalam demokrasi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian cermin mata percuma kepada 500 warga emas dan pelajar sekolah oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow, di sini hari ini.", "Ditanya sama ada penceramah agama terkemuka Dr Zakir Naik akan turut serta dalam pertemuan itu, beliau berkata pertemuan itu tidak melibatkan Dr Zakir.", "Mengulas mengenai demonstrasi oleh beberapa kumpulan yang mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang di Komtar pada Jumaat lepas, Ramasamy berkata, itu adalah perkara biasa dalam suasana politik bebas dan beliau tidak mempunyai masalah asalkan mereka mengikut undang-undang.", "Katanya, isu itu kini dalam siasatan polis dan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat.", "“Polis sudah ambil kenyataan saya minggu lepas dan sebelum itu lagi. Setakat ini saya tidak terima apa-apa ugutan berhubung perkara ini. Kalau saya terima ugutan saya akan laporkan kepada polis,” katanya.", "Sebelum ini, Mujahid dilaporkan sedia menawarkan diri menjadi ‘orang tengah’ dalam menyelesaikan konflik pertikaian antara Dr Zakir dan Ramasamy susulan cadangan penganjuran perdebatan secara terbuka antara penceramah agama terkemuka dan Anggota Dewan Undangan Negeri Perai itu oleh Mufti Mohd Asri bagi menentukan siapa pengganas yang sebenar.", "Gambar yang memaparkan Ramasamy dan ahli politik pro-LTTE V. Gopalasamy yang dikatakan diambil dalam majlis perkahwinan baru-baru ini tular di media sosial dan menimbulkan dakwaan ahli politik DAP itu mempunyai hubungan dengan kumpulan di Sri Lanka yang dianggap sebagai pengganas oleh beberapa negara.", "Susulan itu, pelbagai pihak tampil membuat lebih 50 laporan polis terhadap Ramasamy kerana dikatakan menyokong kumpulan pengganas LTTE. — BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2021/04/21/pas-sedia-jadi-orang-tengah-selesai-pertelingkahan-umno-bersatu-dewan-ulama/
PAS sedia jadi orang tengah selesai pertelingkahan UMNO-Bersatu – Dewan Ulama
[ "PASIR PUTEH – PAS bersedia untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelingkahan antara UMNO dan Bersatu demi kelangsungan pemerintahan negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).", "Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata pihaknya boleh mengatur perjumpaan bagi mencari titik pertemuan yang boleh menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh kedua-dua pihak terbabit.", "“Tanpa mencari penyelesaian ke arah penyatuan itu kita bimbang akan menjejaskan kedudukan orang Melayu Islam di negara ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.", "Beliau diminta mengulas mengenai kebimbangan banyak pihak tentang kedudukan kuasa orang Melayu di negara ini akan terjejas pada PRU15 berikutan kemelut yang timbul dalam kalangan parti-parti Melayu yang seakan tiada penghujungnya.", "Nik Muhammad Zawawi berkata perselisihan antara UMNO dan Bersatu dapat diselesaikan jika kedua-dua pihak kembali ke meja rundingan tanpa berasaskan kepentingan parti dan kepentingan diri.", "“PAS akan terus berusaha untuk menyatupadukan umat Islam kerana ia menjadi agenda kedua agama Islam,” katanya.- BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2021/12/21/kedah-sumbang-rm200000-kepada-selangor/
Kedah sumbang RM200,000 kepada Selangor
[ "ALOR SETAR – Kedah akan menghulurkan sumbangan khas sebanyak RM200,000 kepada Kerajaan Selangor bagi membantu rakyat negeri tersebut yang ditimpa musibah banjir.", "Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri amat bersimpati dan berdukacita dengan musibah banjir besar yang melanda penduduk di Selangor dan beberapa negeri lain. ", "“Sebagai tanda kebersamaan kami rakyat Kedah dengan seluruh mangsa banjir di Selangor, kerajaan Kedah akan menghulurkan sumbangan khas kepada kerajaan Selangor sebanyak RM200,000.", "“Sumbangan ini akan diuruskan oleh Pejabat Pegawai Kewangan Negeri seberapa segera dan diharapkan bantuan kecil ini dapat membantu rakyat dan kerajaan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.", "Selain sumbangan kerajaan negeri, Muhammad Sanusi berkata, pihak Khidmat Malaysia Cawangan Kedah juga sedang menggerakkan kutipan sumbangan untuk dibawa bersama aset serta petugas bagi membantu penduduk di Selangor.", "“Semoga seluruh bantuan yang sedang diusahakan akan membantu mereka menghadapi kesukaran pasca banjir,” kata beliau. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/08/14/polis-ambil-keterangan-bekas-kp-meio-berhubung-surat-kepada-cia/
Polis ambil keterangan bekas KP MEIO berhubung surat kepada CIA
[ "KUALA LUMPUR – Polis telah mengambil keterangan bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid berhubung surat yang ditulisnya kepada Agensi Risikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.", "Tanpa mendedahkan bila keterangan Hasanah diambil, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya juga sudah memanggil beberapa lagi pegawai MEIO bagi membantu siasatan berkenaan.", "Katanya polis juga akan mengambil keterangan beberapa pegawai MEIO di Washington.", "“Kemudian kita akan hantar kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya  untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman di sini, hari ini.", "Surat Hasanah bertarikh 4 Mei itu ditujukan kepada Pengarah CIA Gina Haspel meminta Amerika Syarikat menyokong pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.", "Pada 31 Julai lepas, Hasanah meminta polis menyiasat dalang yang membocorkan isi kandungan surat itu.", "Hasanah yang membuat laporan polis berkata kandungan surat itu bukanlah perkara yang aneh berbentuk derhaka kerana mandat MEIO adalah menjaga keselamatan negara.", "Ditanya berhubung kes 17 pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) disyaki terlibat dalam penyelewengan dana PRU14, Fuzi berkata pihaknya tidak menerima laporan berhubung kehilangan wang itu.", "“Tiada laporan polis dari mana-mana parti politik diterima berhubung kehilangan dana PRU14 itu ,” katanya.", "Seramai 17 pegawai dan pengawal keselamatan termasuk seorang pegawai keselamatan gred 52 ditahan  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kes penyelewengan dana berjumlah RM3.5 juta.", "Terdahulu, Mohamad Fuzi menyampaikan anugerah pingat Jasa Pahlawan Negara kepada 51 pegawai atas jasa dan pengorbanan kepada negara.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2022/10/23/spr-dianggarkan-perlu-rm300-juta-lagi-untuk-pilihan-raya-di-enam-negeri/
SPR dianggarkan perlu RM300 juta lagi untuk pilihan raya di enam negeri
[ "PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka memerlukan RM300 juta pada tahun depan untuk mengadakan pilihan raya di enam negeri yang memilih tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara serentak dengan Dewan Rakyat.", "Bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, anggaran SPR bahawa RM1.1 bilion diperlukan untuk mengadakan pilihan raya di 222 kerusi Parlimen, 116 kerusi DUN dan pilihan raya kecil di Bugaya, Sabah menunjukkan betapa payahnya untuk mengadakan pilihan raya.", "Menurutnya, kos terbesar adalah membabitkan pembayaran elaun dan latihan untuk 370,000 petugas.", "Menurutnya, kos pengangkutan dan sewa termasuk untuk laluan udara, air dan darat juga adalah sangat tinggi.", "“Jika berlaku banjir besar, SPR juga perlu memikirkan untuk menyediakan trak bagi menghantar pengundi ke pusat mengundi.", "“SPR juga perlu menanggung kos pengangkutan dan penginapan pegawai yang bertugas di Sabah, Sarawak atau tempat lain,” katanya kepada Sinchew Daily.", "Tambahnya, selari dengan pertambahan jumlah pengundi, kos pencetakan untuk kertas undi juga meningkat.", "“Tidak kira logistik, kelengkapan, pencetakan, pentadbiran, elaun, latihan, makanan dan pengangkutan, semua kos telah meningkat,” katanya.", "Ujarnya, pilihan raya pada musim banjir juga boleh meningkatkan kos kerana SPR perlu mengambil kira faktor cuaca dalam perancangan belanjawan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/10/26/bn-buka-pintu-kerjasama-sekiranya-tak-cukup-majoriti-ismail-sabri/
BN buka pintu kerjasama sekiranya tak cukup majoriti – Ismail Sabri
[ "KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik sekiranya tidak mendapat majoriti selepas Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).", "Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu perlu bagi memastikan BN berjaya membentuk kerajaan selepas 19 November depan.", "“Kalau 85 kerusi yang dimenangi jelas kita tak mampu untuk bentuk kerajaan, jadi tentu sahaja kita akan bekerjasama dengan parti lain contohnya GPS dari Sarawak, GRS dari Sabah atau apa parti yang akan ditentukan parti selepas PRU15,” katanya menjawab pertanyaan media selepas merasmikan Media City Angkasapuri di Angkasapuri hari ini.", "MalaysiaGazette hari ini mengutarakan pendapat penganalisis politik, Dr. Azmi Hassan yang menjangka BN mampu meraih kemenangan 80 hingga 85 kerusi Parlimen di Semenanjung yang mempunyai majoriti sekurang-kurangnya 65 peratus pengundi Melayu.", "Melihat kepada angka tersebut, beliau berkata, ia masih tidak mencukupi untuk BN mendapatkan majoriti mudah 112 kerusi.", "Maka, BN memerlukan sokongan parti-parti lain khususnya di Sabah dan Sarawak untuk kembali membentuk kerajaan.", "Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, apa pun, BN akan bertindak melihat dahulu keputusan PRU15 sekiranya berpihak kepada gabungan itu atau pun tidak.", "“Apa hal pun kita tunggu dahulu keputusan pilihan raya, parti akan membuat keputusan (selepas PRU15),” kataya lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/02/07/pierre-emerick-aubameyang-pilihan-pep-guardiola-jika-aguero-tinggalkan-etihad/
Aubameyang pilihan Guardiola jika Aguero tinggalkan Etihad
[ "ENGLAND – Manchester City bersedia untuk ‘meminang’ Pierre-Emerick Aubameyang sekiranya bintang Borussia Dortmund membuat keputusan untuk meninggalkan Kelab Sergio Aguero.", "Kehadiran dan prestasi cemerlang penyerang muda Gabriel Jesus menguatkan khabar kononnya Aguero tidak lagi menjadi pilihan utama Guardiola.", "Malah tiga gol dalam dua penampilan bersama the Noisy Neighbours itu menambah desas-desus, Aguero perlu bersaing untuk beraksi dalam pasukan pertama.", "Pemain antarabangsa Argentina itu dikhabarkan melihat peluang untuk meninggalkan kelab Stadium Etihad tetapi menafikannya tetapi akan mempertimbangkan masa depannya di akhir musim ini.", "Aubameyang, 27, menjaringkan 21 gol bersama kelab Bundesliga musim ini.", "Aubameyang merupakan pilihan ketiga dalam senarai Guardiola yang kini bersedia mencuba habis-habisan untuk mendapatkan khidmat pemain itu.", "Guardiola gagal dalam usaha membawa masuk Lionel Messi dari Barcelona dan penyerang berbisa, Atletico Madrid, Antoine Griezmann yang hampir sah berhijrah ke Old Trafford untuk menyertai skuad Jose Mourinho.", "Agen Aubameyang telah dihubungi mengenai hasrat Manchester City itu tetapi Guardiola berdepan saingan sengit daripada pasukan Gergasi Sepanyol, Real Madrid yang kini dihadapan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/09/16/g3ram-kena-dapat-maklumat-dulu-sebelum-pertikai-pejuang-rafique/
G3RAM kena dapat maklumat dulu sebelum pertikai Pejuang – Rafique
[ "KUALA LUMPUR – Pertubuhan Gerakan Revolusi Anak Malaysia (G3RAM) dinasihatkan agar mendapatkan maklumat penuh yang tepat mengenai proses pendaftaran parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).", "Ini kerana parti itu dikemudi oleh Badan Penggerak Proses Pendaftaran yang diterajui oleh tujuh pengasas utama dan mereka inilah yang berurusan dengan pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS), kata Penasihat Undang-Undang Urusetia Penaja Parti Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali.", "Beliau berkata, G3RAM juga boleh mengkaji dan meneliti Borang Tunjuk Minat Pejuang kerana ia hanya sekadar borang tunjuk minat bukannya permohonan untuk keahlian.", "“Permohonan keahlian tidak boleh lagi kerana permohonan parti belum lulus. Mungkin juga G3RAM boleh melakukan laporan-laporan susulan kepada mana-mana pihak berkuasa ke atas Perikatan Nasional, Muafakat Nasional atau apa-apa lagi gabungan politik ‘mingguan’ kerajaan kerana jelas gabungan ini juga sentiasa mempromosi logo dan matlamat mereka walaupun kelulusan gabungan ini juga amat meragukan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.", "Semalam, G3RAM membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa menyiasat sebaran dan siaran logo berbentuk Parti Pejuang sedangkan ia masih belum berdaftar secara sah.", "Timbalan Presidennya, Megat Muhammad Faris Megat Ismail mendakwa, bukan sahaja logo bahkan ia cuba menarik keahlian secara dalam talian walaupun pendaftarannya belum diluluskan oleh Jabatan Perdaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).", "Mengulas mengenai laporan yang dibuat, Muhammad Rafique berkata, Megat Muhammad Faris mungkin mempunyai sedikit salah tanggapan apabila membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Putrajaya sedangkan pihak berkuasa atau pengua tkuasa undang-undang berkenaan sesuatu pertubuhan atau badan politik adalah RoS atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.", "“Sejak 7 Ogos lalu, tujuh pengasas utama Pejuang telah secara terbuka menyatakan hasrat mereka menubuhkan Pejuang malah logo dan matlamat Pejuang juga jelas terpampang dimana-mana.", "“Maka ROS harus memberi respon seberapa segera yang mungkin mengenai status permohonan Pejuang,” ujarnya. – MalaysiaGazette", "ARTIKEL BERKAITAN:", "Siasat segera logo mirip Pejuang, tarik keahlian dalam talian – G3RAM", "" ]
https://malaysiagazette.com/2021/04/27/bagaimana-peniaga-burger-mampu-bayar-kompaun-tok-mad/
Bagaimana peniaga burger mampu bayar kompaun? – Tok Mad
[ "KUALA LUMPUR – Janganlah jadikan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKKB (Bersyarat) dan pelbagai lagi bentuk prosedur operasi standard (SOP) beban dan kesusahan kepada rakyat yang benar-benar terhimpit pada waktu ini.", "Sungguhpun pelaksanaan penguatkuasaan dibuat dengan tegas tetapi ia perlu adil dan bertimbang rasa, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.", "”Keadilan di tangan kanan, ihsan di tangan kiri. Tanpa ihsan, maka tiadalah pertimbangan untuk keadilan,” katanya dalam kenyataan di sini.", "Beliau mengulas seorang peniaga di Kota Baharu telah diberikan kompaun sebanyak RM50,000 hanya kerana berniaga burger di hadapan rumahnya sendiri melebihi had masa yang ditetapkan.", "Soal Mohamad, bagaimana peniaga itu mampu melunaskan jumlah kompaun sebesar itu kerana hanya berniaga burger.", "Bagi golongan B40 seperti peniaga tersebut, tindakan tersebut pasti sangat membebankan.", "Sepatutnya, kata beliau, sikap berdikari beliau, mencari rezeki walau dari hadapan rumah hingga larut malam, tanpa melanggar penjarakan sosial adalah contoh kerja keras dan daya usaha yang wajar diambil kira dalam melaksanakan penguatkuasaan.", "Begitu juga dengan kes seorang pelajar di sebuah kolej di Perak dikompaun hanya kerana tidak menggunakan pelitup muka dengan kemas untuk membeli makanan.", "Mereka hanya pelajar, tinggal di kawasan asrama dan mereka pasti tidak mempunyai kemampuan untuk membayar denda yang besar.", "”Janganlah kita pula menambah kesusahan kepada mereka. Penguatkuasaan yang adil dan bertimbang rasa adalah sebaik-baik pengajaran dan teladan,” ujar beliau.", "Tegurnya lagi, jangan pula dikuatkuasakan secara berpilih dengan orang atasan dan yang terkenal mendapat layanan berbeza sedangkan rakyat juga sudah lebih setahun menunggu pengakhiran wabak ini. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/12/19/walaupun-kaya-tapi-negara-islam-tidak-dianggap-sebagai-negara-maju-tun-m/
Walaupun kaya tapi negara Islam tidak dianggap sebagai negara maju – Tun M
[ "KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kesal tidak berkesudahan dengan keadaan yang terpaksa dilalui oleh negara Islam pada masa kini dengan rata-rata menganggap perjuangan mereka itu bersamaan dengan pengganas serta keganasan.", "Malah Pengerusi Sidang Kemuncak Kuala Lumpur itu meluahkan rasa bimbangnya tentang bagaimana walaupun memiliki kekayaan cukup besar namun negara-negara Islam ini masih dianggap tidak maju serta lemah oleh Barat.", "“Kita sebenarnya terpaksa mengakui bahawa kita dan agama kita sudah menjadi satu subjek yang tidak lebih daripada fitnah dan menjengkelkan. Kita acapkali disamakan dengan keganasan, pengganas, kegagalan kerajaan mentadbir negara.", "“Negara Islam juga dilabel sebagai tidak rasional, tingkah laku tidak beradab bertamadun malah juga dituduh melanggar hak asasi kemanusian.", "“Malah walaupun kita mempunyai kekayaan tinggi namun tidak pula dianggap sebagai negara maju. Kita juga seringkali bergantung dengan negara bukan Islam bagi melindungi kita.", "“Kita melarikan diri dari sesama sendiri, bergantung kepada bukan Islam walaupun dalam Al-Quran sudah tercatit sepatutnya kita melindungi ummah sendiri. Kita banyak harapkan negara bukan Islam untuk pertahankan kita.", "“Dulu kita amat dihormati, ketika abad ke-15 tamadun Islam adalah antara yang teragung. Kita maju dalam pelbagai bidang khasnya sains, kejuruteraan dan banyak lagi.", "“Kita sangat dihormati dunia tetapi kini sumber pengetahuan serta kekuataan kita telah dikuasai oleh kuasa-kuasa Eropah,” katanya.", "Beliau berkata demikian di hadapan lebih 518 delegasi antarabangsa dari 57 buah negara pada majlis pelancaran persidangan itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.", "Antara pemimpin penting yang hadir termasuklah Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Presiden Iran, Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.", "Sambil memberikan contoh bagaimana kini ianya sudah berubah apatah lagi cogankata seperti ‘Islamphobia’ yang digunakan untuk terus menakutkan umum dengan agama Islam ini.", "“Islamphobia ini bukan ketakutan sebaliknya telah merendah-rendahkan agama kita di mata dunia tetapi pada masa sama adakah kita terfikir adakah ini benar atau hanya sekadar propaganda oleh para penentang kita atau kedua-duanya?", "“Kita telah melihat sendiri bagaimana negara-negara yang dimusnahkan oleh Perang Dunia Kedua bukan hanya dapat pulih dalam masa yang singkat, tetapi dapat berkembang dengan pesat untuk menjadi sebuah negara maju.", "“Ada juga beberapa negara Islam lain pula dilihat gagal ditadbir urus dengan baik, apa lagi untuk menjadi sebuah negara yang maju dan sejahtera.", "“Persoalan kita adakah kita sendiri menjadi penghalang kepada agama kita sendiri? Adakah Islam menentang kejayaan duniawi dan menjadi sebuah negara maju Atau umat Islam sendiri menghalang negara mereka daripada diuruskan dengan baik daripada menjadi sebuah negara?", "“Kita mungkin mendakwa melakukan jihad tetapi hasilnya adalah lebih banyak penindasan terhadap umat Islam di merata tempat,” ujarnya.", "Dalam pada itu, Tun Mahathir berharap persidangan ini dapat dimanfaatkan bagi perbincangan mengenai hal ehwal ummah.", "Kata Tun Mahathir atas alasan-asalan inilah sidang kemuncak ini dianjurkan, dan setidak-tidaknya para peserta mungkin akan dapat mengenal pasti di mana silapnya, menerusi perbincangan pada sesi sidang ini.", "“Islam, kaum Muslim dan negara mereka berada dalam krisis, tidak berdaya, tidak layak bagi agama agung ini yang dimaksudkan untuk menjadi yang terbaik bagi umat manusia,” katanya. –MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/01/06/ops-jalan-sempena-tahun-baru-cina-bermula-31-jan-ini/
Ops Jalan sempena Tahun Baru Cina bermula 31 Jan ini
[ "KUALA LUMPUR – Kira-kira 1,400 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan bertugas sepanjang pelaksanaan Ops Jalan sempena Tahun Baru Cina ini.", "Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Ops Jalan itu akan bermula pada 31 Januari ini hingga 2 Februari depan.", "“Metodologi pelaksanaan akan melibatkan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang membabitan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kerja Raya dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.", "“Rondaan penguatkuasaan akan diadakan di lebuhraya dan jalan utama negeri di seluruh negara apabila kenderaan akan diperiksa secara rawak.", "“JPJ juga akan menjalankan pemeriksaan bas di terminal bas utama di seluruh negara selain penyamaran sebagai penumpang bas ekspres.", "“Pada masa sama, JPJ akan menguatkuasakan penyamaran bergambar di lokasi yang sering berlaku pelanggaran undang-undang serta penguatkuasaan ke atas motosikal di laluan utama,” katanya.", "Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Kempen Keselamatan Kawasaki di Plaza Tol Sungai Besi Arah Selatan di sini hari ini.", "Turut hadir, Pengarah Kawasaki Motors Malaysia, Ahmad Faez Tan Sri Yahaya dan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Siron. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/11/17/diplomat-selamatkan-pelajar-hampir-lemas/
Diplomat selamatkan pelajar hampir lemas
[ "BEIJING – Seorang diplomat Britain bertindak terjun ke dalam sungai di barat daya China untuk menyelamatkan seorang pelajar yang hampir lemas pada hujung minggu lalu, kata Kedutaan Britain di Beijing.", "Stephen Ellison, Konsul Jeneral Britain di Chongqing, melompat ke dalam sungai tersebut apabila melihat seorang gadis hampir lemas selepas terjatuh dari tebing sungai, lapor agensi berita rasmi China, Xinhua.", "Rakaman sebuah video menunjukkan kejadian itu dikongsikan di akaun Twitter Kedutaan Britain.", "Dalam rakaman itu, kelihatan seorang budak perempuan terbenam di dalam air, menyebabkan beberapa orang menjerit panik.", "Diplomat yang berusia 61 tahun itu bergegas menanggalkan kasut lalu terjun untuk membantu mangsa.", "Sejurus Ellison menarik pelajar itu, pelampung dijatuhkan bagi membantu mangsa dibawa naik dengan selamat.", "“Terima kasih kepada penyelamat, pelajar itu sudah boleh bernafas dan kembali sedar,” menurut laporan Xinhua yang memetik pihak berkuasa. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/01/09/najib-nafi-hadiah-untuk-isteri-pm-qatar-sengaja-diada-adakan/
Najib nafi hadiah untuk isteri PM Qatar sengaja diada-adakan
[ "KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perbicaraan SRC International Sdn Bhd yang melibatkan penyewelengan dana RM42 juta mengakui pernah menggunakan kad kredit Ambank miliknya untuk kegunaan peribadi.", "Antaranya pembelian barang kemas di butik De Grisogono di Itali yang bernilai RM3.3 juta sebagai pemberian hadiah kepada isteri Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Jassim Jaber Al Thani pada masa itu.", "Ini merupakan kali pertama mahkamah diperdengarkan di mana isterinya, Datin Seri Rosmah Mansormelihat dan membeli sendiri barang-barang kemas itu.", "Perkara itu ditimbulkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V. Sithambaran ketika soal balas dan beliau sempat bertanya berapakah jenis barang kemas telah di beli dari butik itu.", "Najib memberitahu satu sahaja barang kemas telah dibeli namun kemudian Sithambaram meminta beliau menyemak kembali penyata kad kredit yang menunjukan ada 10 jenis barangan kemas pada masa sama.", "Ahli Parlimen Pekan itu kemudian mendedahkan dirinya tidak begitu pasti dan perlu bertanya dengan lebih lanjut kepada isterinya.", "Sithambaram: Saya faham. Perkara seperti ini wanita sahaja yang jauh lebih arif.", "Najib: Saya perlu semak dengan isteri saya kerana beliau yang lakukan pembelian ini. Nampaknya seperti satu set.", "Bagaimanapun Sithambaram kemudian terus mengasak Najib sambil mendakwa bahawa hadiah untuk isteri Perdana Qatar itu sengaja diada-adakan sahaja.", "Malah surat ucapan terima kasih itu juga telah disediakan selepas pembelian bagi memberi penjelasan tentang barangan kemas tersebut.", "Sithambaram: Saya katakan kepada anda hari ini, tidak ada sebenarnya hadiah barangan kemas untuk isteri PM Qatar. Setuju atau tidak setuju?", "Najib: Tidak setuju. Tidak.", "Sithambaram: Saya katakan kepada anda surat terima kasih telah diwujudkan selepas pembelian barangan kemas untuk memberi penjelasan kepada perkara tersebut. Setuju?", "Najib:Tidak. Saya tidak bersetuju.", "Dalam pada itu, ketika Sithambaram menyenaraikan pembelian-pembelian lain menggunakan kad kredit itu, kata Najib semua tidak tidak begitu relevan dan tidak besar jumlahnya.", "Namun dakwa Sithambaram pembelian barangan peribadi itu menggunakan dana SRC International.", "Najib bagaimanapun berkali-kali bertegas pembelian-pembelian itu tidak relevan dengan jumlah sedikit.", "Najib: Saya memang setuju bahawa itu adalah pembelian peribadi tapi pada masa yang sama, jumlahnya sedikit dan tidak begitu signifikan.", "Sithambaram: Adakah anda membuat perbandingan dengan derma yang telah diberikan oleh Arab? Ini sebenarnya jumlah besar bagi orang lain.", "Najib: Ya, benar.", "Perbicaraan akan bersambung pada 20 Januari hadapan. –MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/02/06/ukraine-mahu-jalin-kerjasama-penyelidikan-antartika-dengan-malaysia/
Ukraine mahu jalin kerjasama penyelidikan antartika dengan Malaysia
[ "KUALA LUMPUR – Ukraine dan Malaysia mempunyai potensi besar untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan Antartika, kata Duta Ukraine ke Malaysia, Olexander Nechytaylo.", "Katanya, tahun ini, Ukraine menyambut ulang tahun ke-25 stesen penyelidikan Antartikanya.", "“Ukraine antara 30 negara yang memiliki stesen penyelidikan antartika yang beroperasi sepanjang tahun dan bersedia untuk bekerjasama dengan negara lain, terutama negara yang tidak mempunyai pangkalan atau kemudahan sendiri di benua itu,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Bernama, baru-baru ini.", "Meskipun saintis Ukraine memainkan peranan penting dalam usaha penyelidikan Soviet, Ukraine tidak memiliki satu daripada 12 stesen Antartika Soviet berikutan perpecahan USSR.", "Katanya, United Kingdom menyerahkan pusat penyelidikan terbaiknya, Faraday sebagai mengiktiraf potensi dan kemampuan saintis Ukraine.", "“Ukraine kemudian mengambil alih operasi pusat itu pada 6 Februari 1996 menyaksikan bendera Ukraine berkibar di stesen itu dan dikenali stesen penyelidikan Vernadsky.", "“Diharapkan tahun ini kita akan dapat menandatangani Memorandum Persefahaman untuk bekerjasama dengan Malaysia (dalam bidang penyelidikan Antartika),” katanya.", "Mengulas lanjut, Nechytaylo berkata, Malaysia telah melancarkan pusat penyelidikan Antartika melalui penubuhan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) di bawah naungan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.", "Beliau berkata, tahun lalu, wakil YPASM dijadualkan mengunjungi Ukraine tetapi ditangguhkan disebabkan wabak COVID-19.", "Menurut Nechytaylo, kerjasama bukan sekadar mampu merintis lebih banyak usaha penyelidikan di Antartika itu sendiri tetapi juga memberi peluang saintis untuk meneroka isu dan cabaran global.", "Vernadsky dipilih bersempena nama Presiden pertama Akademi Sains Ukraine, Dr Volodymyr Vernadsky, terletak di Pulau Galindez stesen itu dikendalikan 12 pegawai. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2019/05/25/bapa-ainul-mardhiah-harap-anak-kembali-normal/
Bapa Ainul Mardhiah harap anak kembali normal
[ "SEPANG – “Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang doakan Ainul Mardhiah supaya kembali normal seperti bayi lain.”", "Itulah luahan hati bapa bayi perempuan itu, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24 sebelum berlepas bersama anaknya ke United Kingdom malam ini untuk rawatan anaknya yang menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’.", "“Harapan saya doa dari rakyat Malaysia mudah-mudahan Ainul kembali ke sini dalam keadaan normal dan sihat,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini.", "Turut mengiringi adalah ibu bayi, Nurul Erwani Zaidi, 24, di mana kesemua mereka dijadualkan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MH002) ke London pada jam 11.30 malam ini.", "Ainul Mardhiah kelihatan tenang dan nyenyak tidur dalam kereta sorong bayi yang ditolak bapanya.", "Terdahulu, lebih 50 anggota keluarga mengucapkan selamat jalan kepada pasangan itu di KLIA di sini.", "Media sebelum ini melaporkan Dr Nur Amalina Che Bakri, doktor pakar pelatih surgikal warga Malaysia yang bertugas di hospital United Kingdom, bersama sekumpulan pakar pelbagai bidang, bersedia membuat pembedahan terhadap bayi berusia sembilan bulan itu.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2022/07/25/14-serbuan-op-kontraban-di-seluruh-johor-dalam-enam-hari/
14 serbuan Op Kontraban di seluruh Johor dalam enam hari
[ "JOHOR BAHRU- Sebanyak 14 serbuan Op Kontraban dilaksanakan polis Johor bermula jam 7.15 petang 20 Julai hingga dua pagi 25 Julai.", "Serbuan dibuat di daerah Mersing, Seri Alam, Muar, Tangkak, Iskandar Puteri, Kota Tinggi, Segamat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.", "Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, 16 lelaki tempatan dan sembilan lelaki warga asing berusia 20 hingga 53 tahun ditahan dalam operasi tersebut.", "Antara yang dirampas 158,380 liter minyak diesel bernilai RM396,050, 215 karton rokok, 50 botol arak, 15 lori dan 10 gelen petrol dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM1.97 juta.", "“Kita bergabung dengan agensi-agensi berkaitan dan menggembleng tenaga untuk memastikan tiada lagi penyelewengan berlaku di Johor.", "“Saya beri amaran kepada mereka yang terlibat dalam mana-mana sindiket untuk menghentikan perbuatan ini kerana pasukan kami menjalankan operasi di seluruh negeri,” katanya ketika ditemui pada sidang media, di sini hari ini.", "Tambahnya, terdapat suspek warga negara asing juga didapati menyalah guna dokumen perjalanan masing-masing.", "Ujar beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imegresen serta Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. -MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/05/31/menteri-yakin-kerajaan-kedah-mampu-selesaikan-tuntutan-ganti-rugi-konsesi-balak/
Menteri yakin kerajaan Kedah mampu selesaikan tuntutan ganti rugi konsesi balak
[ "KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan menyerahkan isu tuntutan ganti rugi pembatalan kelulusan konsesi balak di Kedah kepada kerajaan negeri itu untuk menyelesaikannya.", "Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yakin kerajaan negeri itu akan dapat menyelesaikannya.", "“Prinsip kita bersetuju untuk memelihara alam sekitar dan bekalan air, kedua-duanya menjadi keutamaan kerajaan negeri dan Persekutuan.", "“Sebab isu ini dibawa oleh kerajaan lama yang disambung, jadi saya fikir kerajaan negeri akan ada kaedah penyelesaian terbaik,” katanya dipetik sebagai berkata ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkaitan bekalan air dan alam sekitar bersama kerajaan negeri di Wisma Darul Aman hari ini.", "Turut hadir ketika mesyuarat adalah Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor.", "Baru-baru ini Muhammad Sanusi berkata, tuntutan pembatalan kelulusan konsesi akan menyaksikan tuntutan pampasan mencecah RM1.5 bilion.", "Untuk rekod, kerajaan negeri Kedah membuat keputusan membekukan dan menghentikan pembalakan dalam kawasan tadahan air itu dibuat dalam satu mesyuarat pada 30 Ogos 2018. -MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/11/28/ingkar-penjarakan-fizikal-kesalahan-tertinggi-pkp/
Ingkar penjarakan fizikal kesalahan tertinggi PKP
[ "KUALA LUMPUR – Seramai 577 individu ditahan semalam kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).", "Daripada jumlah itu 577 telah dikompaun manakala selebihnya direman.", "Antara kesalahan ingkar PKP yang tinggi adalah gagal mematuhi penjarakan fizikal iaitu 215 individu dan 116 terlibat dengan aktiviti pusat.", "“Tidak memakai pelitup muka (113) selain gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (71) rentas negeri/ daerah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tanpa kebenaran (53) dan lain-lain (9),” kata Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan di sini.", "Turut diperiksa 3,426 pasar raya, 4,949 restoran serta 1,866 penjaja dan 1,336 kilang.", "“Pasukan pematuhan juga memeriksa sebanyak 3,435 bank dan 552 pejabat kerajaan, selain 941 terminal pengangkutan darat, 231 terminal pengangkutan air dan 83 pengangkutan udara,” tambahnya.", "Dalam pada itu, beliau memaklumkan Ops Benteng telah berjaya menahan 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua penyeludup, selain merampas empat buah kenderaan.", "“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan-kawalan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” ujarnya.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/05/21/suasana-tenang-di-kediaman-najib/
Suasana tenang di kediaman Najib
[ "KUALA LUMPUR – Suasana kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta di sini tenang tanpa kelibat pemimpin Barisan Nasional yang hadir melawat beliau.", "Pergerakan polis yang keluar masuk juga tidak kelihatan dan hanya sebuah kereta peronda yang masuk ke dalam kawasan laluan ke kediaman bekas Perdana Menteri itu yang ditutup kepada orang ramai.", "Namun kehadiran pihak media masih ramai dalam usaha membuat liputan terkini dan memantau perkembangan suasana yang berlaku.", "Sementara itu, Najib dikatakan masih berada di Pekan selepas merasmikan mesyuarat UMNO cawangan itu semalam.", "Ahli Parlimen Pekan itu meninggalkan kediamannya bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Duta pagi semalam menaiki kenderaan dengan diiring tiga buah kereta dan dua buah motosikal polis pengiring.", "Najib yang juga Ketua Bahagian UMNO Pekan turun ke Pekan untuk menghadiri beberapa program di kawasan itu termasuk meninjau Program Kacau Bubur Lambuk anjuran Pertubuhan Perkumpulan Wanita (WI) dan ibu tunggal daerah Pekan di pekarangan Seri Kenangan.", "Beliau turut membuat kemunculan pertama berucap selepas Pilihan Raya Umum ke-14 ketika merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Amphitheater, Bangunan UMNO Pekan.", "Najib juga hadir pada majlis berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isyak, solat sunat tarawih di di Seri Kenangan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/08/25/orang-awam-penyelamat-nyawa/
Orang awam penyelamat nyawa
[ "MELAKA – “Mujurlah ada orang awam ketuk pintu rumah beritahu nampak api, kalau tidak, tak tahulah apa nasib saya,” kata Hamiah Abdul Karim, 45.", "Pembantu klinik swasta itu menceritakan kejadian kebakaran yang memusnahkan 100 peratus rumah sepupunya dan hampir menyebabkan rumahnya terbakar di Jalan Mata Kucing, Kampung Mata Kucing, Pengkalan Rama, di sini pagi tadi.", "Menurutnya, ketika kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, dia sedang menyediakan sarapan sebelum ke tempat kerjanya di Klebang manakala suaminya sudah keluar menghantar dua anak mereka ke sekolah.", "“Kira-kira jam 6.45 pagi, saya ada terhidu bau hangit seperti suis terbakar dan segera memeriksa bilik anak namun tiada apa-apa yang berlaku.", "“Selepas 15 minit, tiba-tiba ada ada orang awam menjerit ketuk pintu rumah memaklumkan rumah sepupu saya yang terletak bersebelahan yang jaraknya kurang satu meter dengan rumah saya sedang terbakar,” katanya ketika ditemui di lokasi di sini hari ini.", "Tambahnya, dalam keadaan panik itu, dia hanya sempat meminta tolong daripada anak saudaranya untuk menghubungi bomba dan cuba memadam api namun gagal kerana ia sudah marak.", "“Api marak begitu cepat dalam kira-kira tujuh minit sahaja, tetapi mujurlah sepupu saya, Abdul Latif Abu, 56, yang tinggal sendirian tiada di rumah ketika kejadian kerana keluar bekerja di Bukit Rambai.", "“Kalau sepupu saya ada, tak tahulah apa nasibnya apabila melihat rumah pusaka keluarga yang didiaminya sejak 40 tahun lalu sudah menjadi abu,” katanya.", "Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana, Datuk Abidillah Salleh berkata, pihaknya dan beberapa agensi berkaitan termasuk Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menghulurkan bantuan one-off kepada mangsa.", "“Selain itu, di bawah Pejabat Daerah Melaka Tengah, kita ada Tabung Bencana Alam yang mana mangsa layak mendapat bantuan RM3,000 kerana rumah musnah 100 peratus.", "“Jika tiada isu pemilikan tanah, kita juga akan cuba membina rumah baharu di tapak itu di bawah Program Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB),” katanya. – MalaysiaGazette." ]
https://malaysiagazette.com/2018/12/26/seronok-baca-komen-surat-kekanda-adinda-mujahid/
Seronok baca komen surat kekanda adinda – Mujahid
[ "KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa meluahkan rasa seronok membaca komen-komen yang dilontarkan netizen terhadap penulisan ‘Warkah dari Cordoba untk Nurul Izzah’.", "Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, lenggok bahasa kekanda adinda yang digunakan sengaja dipilih untuk menyampai mesejnya kali ini.", "Menurutnya, jelas sekali istilah tersebut berjaya menarik perhatian masyarakat.", "“Seronok saya membaca komen-komen berkisar warkah saya kepada YB Nurul Izzah. Saya sengaja memilih lenggok bahasa begitu untuk menyampaikan mesej saya kali ini. Ternyata istilah kekanda adinda lebih menarik perhatian semua.", "“Terima kasih atas teguran semua. Namun saya mohon dibaca serta dihayati isi kandungannya. Mungkin berguna buat generasi muda yang melalui liku-liku politik dalaman sama seperti yang saya pernah lalui,” kata Dr. Mujahid dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.", "‘Warkah dari Cordova untuk Nurul Izzah’ yang ditulis Dr. Mujahid di Facebook beliau menerima 11 ribu komen dan hampir 7,000 perkongsian tidak sampai 24 jam status itu dimuatnaik.", "Rata-rata komen berpendapat warkah yang menggunakan bahasa kekanda dan adinda itu tidak sesuai selain menjadi bahan jenaka buat Mujahid. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/09/05/anwar-tak-mahu-pengalaman-penjara-dirasai-orang-lain/
Anwar tak mahu pengalaman penjara dirasai orang lain
[ "BANGI – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu pengalamannya dipenjara selama 10 tahun dirasai oleh mana-mana rakyat Malaysia.", "Beliau berkata, menjadi penghuni tirai besi sememangnya memeritkan kerana terpisah dengan segala yang ada di dunia luar.", "Malah, beliau yang mendakwa dizalimi oleh kerajaan terdahulu berkata, perkara paling perit dalam hidupnya ialah apabila beliau tidak dapat bertemu dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ahli keluarganya yang lain.", "“Apa yang saya lalui ini saya harap jangan dilalui oleh sesiapa pun. You salah cakap you lawan, you bantah itu hak. Tidak siapa boleh menghukum jika ada perbedaan pendapat.", "“Tapi kalau you merompak, you merogol atau rasuah itu memang salah. Itu pandangan saya,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada sesi Dialog Digital Native Agenda 23 (DNA23) sempena Minggu Mesra Siswa – Siswi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Sesi 2019/2020 hari ini.", "Anwar ditanya salah seorang daripada mahasiswa baharu UKM mengenai pengalamannya ketika dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh serta perjalanan kehidupannya selepas itu.", "Anwar  kini mahu menuntut kebebasan dan beriltizam membantu rakyat yang miskin dan golongan yang memerlukan.", "Katanya, beliau tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang cuba menyekat hasrat murninya itu dalam menyelesaikan masalah rakyat terbanyak.", "“Kalau ditakdirkan saya menjadi perdana menteri sebagaimana dijanjikan, saya mahu menjadi seorang yang prihatin terhadap masalah rakyat. Yang angkat semua rakyat sebagai anak-anaknya,” ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/03/22/pengubahan-wang-haram-pegawai-kanan-polis-dipenjara-10-tahun-denda-rm42-juta/
Pengubahan wang haram : Pegawai kanan polis dipenjara 10 tahun, denda RM42 juta
[ "PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM42 juta ke atas seorang pegawai kanan polis atas lapan kesalahan pengubahan wang haram berjumlah RM3.35 juta.", "Tiga hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Has Zanah Mehat, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hashim Hamzah yang bersidang hari ini, membenarkan rayuan pihak pendakwaan bagi meningkatkan lagi hukuman penjara yang sebelum ini telah dijatuhkan terhadap DSP Mohd Ismail Syed Merah.", "Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 2020, menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada Mohd Ismail, 59.", "Mahkamah juga membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengenakan denda berjumlah RM42 juta ke atas Mohd Ismail dan jika gagal dibayar, dipenjara 48 bulan.", "Sementara itu mahkamah juga menolak rayuan Mohd Ismail untuk menggugurkan pensabitan kesalahan dan hukuman penjara yang telah dikenakan ke atasnya.", "Dalam keputusan sebulat suara itu, Hakim Nordin berkata, mahkamah mengenakan hukuman tambahan terhadap Mohd Ismail itu bagi mencerminkan betapa seriusnya kesalahan beliau itu.", "Beliau berkata, Hakim Mahkamah Tinggi adalah betul dalam mendapati bahawa wang yang dirampas daripada rumah Mohd Ismail, diperoleh daripada aktiviti haram.", "Tambah beliau, Mohd Ismail sebagai seorang pegawai polis yang diamanahkan untuk menegakkan undang-undang telah mengkhianati amanah itu dan melindungi operator judi haram.", "Hakim Nordin berkata, adalah munasabah untuk membuat kesimpulan bahawa wang RM1.2 juta dan 8,178,000 rupiah yang ditemui dalam beberapa kotak di rumah Mohd Ismail adalah wang, antara lain daripada dua operator aktiviti perniagaan judi haram untuk beliau (Mohd Ismail) tidak mengambil sebarang tindakan ke atas aktiviti judi haram itu.", "“Gajinya sebagai seorang pegawai polis hanyalah RM6,000 sebulan dan dibayar ke dalam akaunnya dan bagaimana beliau boleh menyimpan sejumlah wang yang banyak itu,” katanya.", "Mohd Ismail didakwa dengan lima pertuduhan pertama iaitu menggunakan wang hasil aktiviti haram, masing-masing melibatkan RM10,143.37; RM40,000; RM6,283.09; RM993,716.91 dan RM500,000, untuk membeli dan menambah pelaburan dalam Pelan Perlindungan Insurans Takaful Life dan Pelan TakafulLink yang didaftarkan di atas namanya serta anak kandung, Nur Aqillah Mohd Ismail.", "Dua pertuduhan lain pula berkaitan melakukan pengubahan wang haram RM499,620 dan RM29,950 menggunakan akaun pihak ketiga milik Tan Kim Tee.", "Mohd Ismail didakwa melakukan kesalahan itu antara 4 September 2014 hingga 28 Disember 2015 di tiga lokasi berlainan iaitu di bangunan MAA Takaful, Jalan Tun Razak di sini serta dua bank, masing-masing RHB dan CIMB di Jalan Rahmat dekat Batu Pahat.", "Beliau dituduh dengan lapan pertuduhan memiliki RM1.27 juta dan 8,178,000 rupiah di rumahnya yang diperolehi menerusi aktiviti haram.", "Pada 2019, Mahkamah Sesyen Johor Bahru melepas dan membebaskan Ismail daripada semua pertuduhan berkenaan. Bagaimanapun pada 2020 Mahkamah Tinggi mendapati beliau bersalah atas semua kesalahan dan menjatuhkan hukuman penjara empat tahun untuk setiap kesalahan dan dikenakan secara serentak.", "Ismail akan memulakan hukuman penjara dua tahunnya untuk pertuduhan ketiga dan keempat selepas beliau melengkapkan hukuman penjara selama setahun, untuk pertuduhan pertama dan keduanya.", "Bagi pertuduhan kelimanya Mohd Ismail dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan dua tahun lagi untuk pertuduhan keenam. Beliau dikenakan hukuman penjara setahun untuk pertuduhan ketujuh dan dua tahun unuk pertuduhan kelapan.", "Kesemua hukuman untuk pertuduhan itu dikenakan secara berturut-turut dan bermula selepas Mohd Ismail melengkapkan hukuman penjara untuk pertuduhan ketiga dan keempat.", "Mahkamah mengenakan Mohd Ismail denda RM5 juta atau penjara enam bulan untuk setiap satu daripada tujuh pertuduhan dan denda RM7 juta atau penjara enam bulan untuk pertuduhan kelapan.", "Mohd Ismail diwakili pasukan peguam diketuai Datuk Wan Azmir Wan Majid, manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dan Mohd Fairuz Johari. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2021/05/08/tentera-anak-lelaki-maut-dalam-kemalangan-di-lpt/
Tentera, anak lelaki maut dalam kemalangan di LPT
[ "KUANTAN – Seorang anggota tentera dan anak lelakinya maut selepas kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux di KM137.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala Kuantan di sini semalam.", "Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata Mohamad Kausa Mustafa, 36, dan anaknya Muhammad Ridwan yang berusia lima tahun meninggal dunia di lokasi, dalam kejadian sekitar pukul 1.50 tengah hari itu.", "Beliau berkata isteri Mohamad Kausa, Ainul Yaqin Mokhtar, 31, dan dua lagi anak mereka, Nursyuhada, 8, serta Nur Sakinah berusia enam hari yang turut berada dalam kenderaan jenis Perodua Viva itu mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Temerloh.", "Menurutnya siasatan awal mendapati kenderaan yang dinaiki Mohamad Kausa sekeluarga dikatakan telah membrek secara mengejut dan menyebabkan pemandu Toyota Hilux tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang kereta di hadapan.", "“Pelangaran itu menyebabkan kenderaan Mohamad Kausa terbabas ke sebelah kiri jalan dan kereta itu mengalami kerosakan teruk di bahagian belakang,” katanya dalam kenyataan malam tadi.", "Kamarulzaman berkata pemandu Toyota Hilux berusia 21 tahun serta penumpangnya berusia 46 tahun selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan. – BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2021/05/27/jawatan-lantikan-politik-tidak-kekal-lama-ahmad-maslan/
Jawatan lantikan politik tidak kekal lama – Ahmad Maslan
[ "KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan mempunyai hak dan kuasa untuk menamatkan kontrak penjawat di bawah agensi dan anak syarikatnya sekiranya didapati perlu ditamatkan.", "Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jawatan lantikan sama ada pengerusi eksekutif atau bukan eksekutif bukan bersifat kekal.", "Justeru, beliau menasihatkan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang ditamatkan jawatannya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) berkuatkuasa semalam, agar tabah dan mendoakan yang terbaik.", "“Jawatan yang dipegang seseorang atas lantikan politik hanyalah bersifat sementara dan mana-mana menteri berhak menamatkan kontraknya.", "“Dalam kes Tajuddin, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berhak melakukan tindakan sedemikian,” katanya yang dipetik mengulas mengenai perkara itu menerusi Facebooknya, semalam.", "Semalam, Tajuddin menerima surat daripada Menteri Kewangan yang menamatkan perkhidmatannya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana berkuatkuasa serta-merta.", "Perkara itu disahkan jurucakap media Kementerian Kewangan susulan tersebarnya sepucuk surat penamatan kontrak Ahli Parlimen Pasir Salak itu, petang semalam.", "Dalam surat bertarikh 26 Mei 2021 yang ditandatangani Tengku Zafrul, tiada dinyatakan alasan penamatan kontrak Tajuddin.", "“Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan (Diperbadankan) telah bersetuju agar perkhidmatan YB. Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana ditamatkan berkuatkuasa serta-merta,” kata surat itu.", "Bagaimanapun umum mengetahui, Tajuddin dikritik hebat selepas dilihat tidak serius dan berjenaka semasa mengendalikan sidang media berhubung kemalangan tren LRT Kelana Jaya di Stesen KLCC, semalam.", "Menurut Ahmad, setiap jawatan dalam politik hanya sementara, tetapi apa juga jawatan yangn dilantik, paling lama mungkin 22 tahun dan boleh jadi 22 bulan.", "Beliau berharap, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu bersabar dalam menghadapi dugaan serta mendoakan yang terbaik bagi kedua-dua pihak.", "Untuk rekod, Tajuddin dilantik Pengerusi Prasarana pada 11 Mei 2020 menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim yang meletak jawatan pada 7 Mei 2020. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/01/17/survey-ilham-centre-dibuat-dengan-niat-politik-najib/
Survey Ilham Centre dibuat dengan niat politik – Najib
[ "KIMANIS – Hasil kaji selidik yang dijalankan Ilham Centre didakwa dilakukan dengan niat politik dan bukan atas kejujuran sebagai seorang penganalisa politik yang profesional.", "Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, lazimnya mana-mana kaji selidik sebegitu lebih cenderung memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH) dan Parti Warisan Nasional (Warisan).", "“Ini propaganda dia, masa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tg Piai, ada pihak IDE (Institut Darul Ehsan) keluarkan analisa mereka kononnya PH akan menang di Tg Piai.", "“Tapi Tg Piai kita menang dengan majoriti yang begitu besar sekali, lebih 15,000 majoriti undi.", "“Jadi kita tak pakai survey-survey ini sebab ia dibuat dengan niat politik, nawaitu politik, bukan atas kejujuran sebagai penganalisa yang tulen,” katanya kepada pemberita ketika menyantuni pengundi-pengundi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dindong, di Kg Bambangan, di sini, hari ini.", "Beliau mengulas kajian Ilham Centre yang meramalkan calon Warisan, Datuk Karim Bujang menang selesa dalam PRK Parlimen Kimanis sekaligus meranapkan kubu kuat BN.", "Hasil kajian itu mendapati Karim selaku bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan mempunyai 57 peratus kelebihan berbanding calon BN, Datuk Mohamad Alamin.", "Menurut Ketua Penyelidiknya, Dr Muhd Yusri Ibrahim, hasil dapatan itu berdasarkan kajian yang dibuat membabitkan 491 responden terdiri daripada pengundi berdaftar di Parlimen Kimanis.", "Dalam pada itu, Najib juga mengingatkan jentera dan penyokong BN agar terus bekerja sampai ke saat akhir bagi memastikan pengundi-pengundi Kimanis berpihak kepada BN, esok.", "“Kita akan terus menggerakkan jentera kita sepenuhnya, kita tak boleh memikirkan bahawa kerja sudah selesai", "“Sampai setiap bakal penyokong kita keluar mengundi, kita mesti teruskan kerja kita,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/07/03/opec-setuju-lanjutkan-pengurangan-bekalan-minyak/
OPEC+ setuju lanjutkan pengurangan bekalan minyak
[ "VIENNA – OPEC dan sekutu-sekutunya bersetuju untuk melanjutkan pengurangan pengeluaran minyak dunia hingga Mac tahun depan dalam usaha meningkatkan harga bahan bakar itu ketika ekonomi dunia lemah dan lonjakan dalam pengeluaran oleh Amerika Syarikat.", "Kelulusan perjanjian lanjutan pada hari Selasa itu adalah susulan keputusan OPEC pada hari sebelumnya.", "Pada awal tahun ini, OPEC dan sekutu-sekutunya telah bersetuju untuk mengurangkan 1.2 juta tong sehari sehingga Jun lalu.", "Sekutu-sekutu OPEC yang dikenali sebagai OPEC + telah mengurangkan bekalan minyak sejak tahun 2017 untuk menghalang penyusutan harga meskipun mengalami persaingan dari Amerika Syarikat.", "Amerika Syarikat kini sudah mengatasi Rusia dan Arab Saudi sebagai pengeluar minyak tertinggi dunia.", "Menteri Minyak Arab Saudi, Khalid al-Falih mengesahkan perjanjian tersebut sudah dicapai.", "Penanda aras Brent telah melonjak lebih daripada 25 peratus pada tahun ini selepas Washington mengetatkan sekatan ke atas ahli-ahli OPEC iaitu Venezuela dan Iran hingga eksport minyak negara-negara terbabit jatuh.", "Kebimbangan terhadap permintaan global yang lemah akibat pertikaian perdagangan Amerika Syarikat -China telah menambah cabaran yang dihadapi oleh kartel minyak 14 negara itu. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/02/24/kerajaan-komited-kurangkan-hutang-negara/
Kerajaan komited kurangkan hutang negara
[ "KUALA LUMPUR – Kerajaan terus komited untuk mengurangkan hutang dengan mengunjurkan defisit fiskal berada pada paras lima peratus bagi 2023.", "Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, unjuran itu adalah lebih baik berbanding unjuran rasmi 5.5 peratus yang diumumkan pada Oktober tahun lepas.", "Katanya, kerajaan bertekad untuk mencapai tahap defisit fiskal yang mampan dalam jangka masa sederhana.", "Beliau yang juga Menteri Kewangan memberitahu, kerajaan menyasarkan untuk mencapai defisit fiskal 3.2 peratus menjelang 2025.", "Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, cukai keuntungan modal akan mula dilaksanakan mulai tahun depan membabitkan pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat.", "Ujarnya, kerajaan akan mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkaitan untuk meneliti perincian pelaksanaannya untuk 2024.", "“Selaras dengan amalan terbaik antarabangsa, kerajaan akan mengkaji untuk memperkenalkan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai 2024.", "“Ini juga menyentuh kepentingan golongan kaya dalam kategori saham yang tidak disenaraikan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/12/02/permulaan-cemerlang-kontinjen-malaysia-hari-pertama-sukan-sea/
Permulaan cemerlang kontinjen Malaysia hari pertama Sukan SEA
[ "MANILA – Kontinjen Malaysia mempamerkan aksi cemerlang pada hari pertama Sukan SEA ke-30 di Filipina selepas meraih empat emas, dua perak dan dua gangsa.", "Atlet wushu negara, Loh Choon How memulakan tuaian emas untuk kontinjen Malaysia setelah mengungguli acara Taijiquan lelaki dengan kutipan 9.680 mata pada aksi di World Trade Center, Manila.", "Paling mencuri tumpuan adalah penari muda berusia 24 tahun, Lego Sam Lee Jek yang meraih emas kedua dalam acara Break Dance Lelaki dalam sukan tarian yang berlangsung di Ballroom Royce Hotel and Casino di Clark.", "Kejayaan itu menyaksikan Malaysia berjaya menamatkan penantian selama 12 tahun untuk meraih emas sulung pada temasya sukan berkenaan selepas gandingan Yong Kwok Leong dan Gooi Yee Zhen sekadar meraih pingat gangsa dalam acara Latin Amerika (Rumba) pada edisi 2007 di Korat, Thailand.", "Pasukan polo pula mengekalkan status mereka sebagai pasukan terbaik ASEAN apabila mengekalkan pingat emas sukan polo buat kali ketiga berturut-turut selepas mengatasi pasukan tuan rumah, Filipina menerusi keputusan tujuh berbalas 5.5 pada aksi final di Padang Polo L. Miguel Romero di Batangas, dekat sini.", "Sebagai rekod, Malaysia muncul juara acara polo pada edisi 2007 di Korat, Thailand, sebelum mempertahankan emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.", "Atlet luncur ais negara, Julian Yee Zhi Yi menjadi atlet terakhir menyumbang emas untuk kontinjen Malaysia setelah mengungguli acara luncur bebas dengan kutipan 202.64 mata keseluruhan pada aksi di SM Megamall.", "Dua perak diperolehi menerusi seorang lagi atlet wushu negara, Wong Weng Son dalam acara Changquan Lelaki, serta Fakrul Adam Fauzi Cruz dalam acara Kurash bawah 90kg lelaki, manakala dua gangsa pula masing-masing disumbangkan oleh skuad floorball lelaki dan wanita negara yang menewaskan Filipina pada aksi penentuan pingat gangsa.", "Tuan rumah, Filipina mempamerkan belang mereka setelah mendahului kutipan pingat pada hari pertama dengan jumlah keseluruhan 22 emas, 12 perak dan sembilan gangsa, disusuli Vietnam (10-13-9), manakala Thailand berada di tempat ketiga dengan kutipan lima emas, empat perak dan 10 gangsa.", "Kontinjen Malaysia akan meneruskan pemburuan emas pada hari kedua, esok dalam beberapa acara, antaranya adalah wushu, menembak, pencak silat dan gimnastik artistik.", "Sementara itu, atlet wushu negara, Loh Choon How unggul menghadiahkan pingat emas kelima Malaysia, pada hari kedua wushu dipertandingkan di World Trade Center di sini, hari ini.", "Gerakan tangkas dipamer atlet berusia 26 tahun itu nyata memukau barisan juri untuk beliau mengesahkan pingat emas dengan mengumpul 9.68 mata dalam acara taijijian lelaki.", "Emas kelima disumbangkan itu sekali gus adalah pingat emas kedua peribadinya, yang sebelum ini menyumbang emas sulung negara dalam acara taijiquan lelaki, semalam.", "Pingat perak menjadi milik atlet tuan rumah, Jones Llabres Inso yang mengumpul 9.65 mata.", "Sementara wakil Brunei, Hosea Wong Zheng Yu terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas mengutip 9.60 mata." ]
https://malaysiagazette.com/2023/07/03/kepala-air-identiti-lapan-individu-termasuk-tujuh-sekeluarga-dikenal-pasti/
Kepala air: Identiti lapan individu termasuk tujuh sekeluarga dikenal pasti
[ "CHUKAI – Identiti lapan individu termasuk tujuh sekeluarga yang masih hilang dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih dekat sini pada Ahad, dikenal pasti.", "Ketua Polis Daerah Kemanan Supt Hanyan Ramlan berkata tujuh sekeluarga itu ialah Karim Abdullah, 39; Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.", "Seorang lagi individu yang hilang merupakan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24, yang berasal dari Batu Pahat, Johor.", "“Identiti dua beranak itu dikenal pasti selepas pengecaman dilakukan ahli keluarga di Bilik Forensik Hospital Kemaman, malam ini.", "“Keluarga berkenaan berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang telah datang ke jeram berkenaan sejak 2 petang semalam (Sabtu) untuk berkelah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini, malam ini.", "Mayat Azizah ditemukan terapung oleh orang ramai, dihanyutkan arus kira-kira 24 kilometer (km) dari tempat kejadian, manakala Muhammad Zulqarnain Haikal tersangkut pada dahan pokok kira-kira 2 km dari tempat kejadian.", "Beliau berkata pihaknya percaya Karim yang bekerja sebagai pemandu jengkaut di Hutan Air Putih di sini, mahir dengan laluan di lokasi sehingga mampu untuk masuk ke kawasan itu menggunakan kenderaan yang kurang sesuai.", "“Bagaimanapun, mereka mungkin tidak menyedari keadaan kepala air yang datang dengan deras secara tiba-tiba. Kalau tengok keadaan di lokasi tadi, paras air dipercayai meningkat sebanyak lima hingga 10 meter sekali gus, tidak sempat untuk melarikan diri ketika sedang mandi di situ,” katanya.", "Hanyan berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan kekuatan 50 anggota daripada pasukan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam telah dihentikan pada 6 petang tadi atas faktor cuaca dan akan disambung semula pada 8 pagi.", "“Setakat pukul 10 malam ini, tiada sebarang penemuan baharu di lokasi kejadian. Radius kawasan pencarian kita pula seluas 24 km mengambil kira lokasi penemuan mayat pertama.", "“Kita akan mula pencarian di tebing kiri dan kanan jeram sejauh 8 km. Polis percaya kemungkinan lokasi mangsa boleh berada jauh dari titik awal kejadian kerana dibawa arus kepala air yang deras,” katanya.", "Beliau berkata pihaknya akan menggunakan khidmat anjing pengesan K9 milik polis dan JBPM, selain akan membuat permohonan menambah kekuatan anggota operasi SAR termasuk bantuan daripada orang luar.", "“Malah kalau ada orang awam yang nak bantu pencarian pun kita amat galakkan, bagaimanapun perlu lapor diri terlebih dahulu di Balai Polis Air Putih. Diingatkan agar tidak membuat kerja pencarian tanpa pengetahuan polis,” katanya.", "Beliau berkata operasi SAR esok akan melibatkan tiga fasa kawasan pencarian mengikut kekuatan dan bantuan sedia ada operasi pasukan pencarian.", "Beliau bagaimanapun berkata maklumat berhubung proses pencarian akan dimaklumkan esok dan operasi SAR itu bergantung sepenuhnya kepada faktor cuaca.", "Dalam pada itu, katanya mayat Azizah dan Muhammad Zulqarnain Haikal akan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu esok untuk bedah siasat.", "— BERNAMA", " " ]
https://malaysiagazette.com/2017/05/12/lagi-tanah-milik-rakyat-di-p-pinang-terlepas-kepada-pemaju/
Lagi tanah milik rakyat di P.Pinang terlepas kepada pemaju?
[ "PULAU PINANG – Nasib tanah milik rakyat di Lebuh Raya Peel, Georgetown di sini menjadi tanda tanya selepas didakwa dijual kerajaan DAP Pulau Pinang kepada pemaju bagi pembangunan projek komersial.", "Bagaimanapun sehingga kini, tiada pengumuman dibuat Kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung perjanjian jual beli tanah seluas tujuh ekar (kira-kira tiga ekar) itu.", "Sehubungan itu, Ketua Biro Publisiti Gerakan negeri, Ooi Zhi Yi hari ini mendesak kerajaan DAP Pulau Pinang tampil menjelaskan mengenai status tanah tersebut sekali gus merungkai kebimbangan dalam kalangan penduduk dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini.", "Menurut beliau, antara persoalan yang perlu dijawab sekiranya tanah itu benar-benar sudah dijual adalah siapakah pemaju yang berjaya memiliki tanah milik rakyat tersebut.", "Katanya, persoalan lain adakah urusan itu dibuat menerusi tender terbuka dan apa pula bentuk pembangunan yang dirancang di atas tanah tersebut.", "“Apakah penduduk miskin dan golongan rendah serta sederhana bakal mendapat manfaat daripada pembangunan tanah ini kelak memandangkan ini adalah tanah rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.", "Nasib tanah itu sebelum ini dibangkitkan sebuah NGO, Penang Citizens Awareness Chant Group (Chant) yang melahirkan rasa bimbang selepas mendakwa pihaknya menerima maklumat tanah itu akan dibangunkan dengan projek mewah.", "Sehubungan itu, Penasihat Chant, Yan Lee berkata, rakyat negeri ini berhak mengetahui mengenai status sebenar projek di atas tanah tersebut selaras dengan dasar Kerajaan DAP Pulau Pinang yang kononnya telus berhubung projek berkepentingan awam.", "Dalam pada itu, Zhi Yi turut membidas dasar Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) Kerajaan DAP Pulau Pinang yang disifatkan telah mati sekiranya tanah tersebut benar-benar sudah beralih tangan kepada pemaju.", "Ini kerana, kata beliau, sehingga kini tiada langsung pengumuman dibuat kerajaan negeri berhubung status tanah tersebut sedangkan perkara berkenaan merupakan kepentingan awam. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/10/14/rosmah-kemuka-127-alasan-ketepikan-sabitan-hukuman-kes-rasuah-projek-hibrid-solar/
Rosmah kemuka 127 alasan ketepikan sabitan, hukuman kes rasuah projek hibrid solar
[ "KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor mendakwa keseluruhan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta ke atasnya adalah berat sebelah dan tidak berlandaskan pertimbangan yang betul.", "Berdasarkan 127 alasan dalam petisyen rayuan yang dikemukakan Rosmah selaku perayu, beliau antaranya mendakwa keputusan Hakim Mohamed Zaini Mazlan juga tidak berturutan dengan prinsip undang-undang yang telah diputuskan di dalam kes-kes seperti itu sebelum ini.", "Rosmah, 70, memfailkan petisyen rayuan bagi mengetepikan sabitan dah hukuman yang dijatuhkan  terhadapnya menerusi Tetuan Akberdin & Co di Mahkamah Rayuan semalam.", "Mahkamah juga memerintahkannya dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu.", "Dalam dokumen petisyen setebal 93 muka surat itu, Rosmah mendakwa keseluruhan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi juga adalah berpandukan kepada kesimpulan yang tidak tepat dan bercanggah dengan keterangan-keterangan yang nyata.", "Menurut Rosmah, adalah mustahil untuk Hakim Mahkamah Tinggi merumuskan bahawa pembelaannya adalah penafian kosong, sedangkan pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap beliau berkenaan wang RM1.5 juta yang kononnya diletakkan di dalam dua beg galas berjalur oren, telah diserahkan kepadanya atau sebaliknya.", "“Apatah lagi, butler yang kononnya mengangkat dua beg galas berjalur oren tersebut tidak dipanggil memberi keterangan di mahkamah dan hal ini juga telah menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan ke atas saya,” katanya.", "Rosmah mendakwa hakim itu juga tidak mengambil pertimbangan terhadap faktor-faktor yang membangkitkan keraguan munasabah ke atas keterangan saksi pendakwaan ke-21 (SP21) Datuk Rizal Mansor bahawa wujud keraguan munasabah sama ada wang RM5 juta dalam dua beg bagasi dimasukkan ke dalam kenderaan Velfire atau Alphard.", "Katanya, wujud keraguan munasabah apabila buku log yang mencatatkan kehadiran tetamu di Seri Perdana tidak dijadikan keterangan di mahkamah dan juga wujud keraguan apabila polis Unit Tindakan Khas (UTK) yang berada di dalam kenderaan tersebut telah gagal dipanggil sebagai saksi pendakwaan.", "Selain itu, Rosmah mendakwa hakim itu  telah terkhilaf dan tersalah arah daripada segi undang-undang dan fakta serta gagal membuat rumusan yang betul di akhir kes pendakwaan sehingga membuat keputusan yang salah dan memerintahkannya untuk membela diri bagi ketiga-tiga pertuduhan itu.", "Rosmah berkata hakim itu gagal membuat rumusan yang betul apabila menyatakan dalam penghakimannya bahawa pembelaan beliau membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh diterima sebagai bukti kerana bekas perdana menteri itu tidak dipanggil memberikan keterangan.", "Dalam pembelaan sebelum ini, Rosmah mendakwa beliau takut akan kemarahan Najib dan tidak sekali-kali cuba mempengaruhinya, apatah lagi memaksa atau menasihatinya berhubung perkara berkaitan hal ehwal kerajaan.", "Dakwa Rosmah, hakikatnya Najib berada dalam senarai saksi pendakwaan yang mana pembelaan  tidak mempunyai beban di bawah undang-undang untuk memanggil beliau (Najib) sebagai saksi.", "Mahkamah Rayuan menetapkan 14 Nov untuk pengurusan kes rayuan itu.", "— BERNAMA", " " ]
https://malaysiagazette.com/2023/07/04/peruntuk-rm43-juta-kepada-fama-buka-kawasan-baharu-jualan-langsung/
Peruntuk RM43 juta kepada FAMA buka kawasan baharu jualan langsung
[ "PUTRAJAYA – Sebanyak RM43 juta disalurkan kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi membuka 2,500 lagi kawasan baharu untuk jualan secara langsung.", "Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembukaan kawasan baharu itu adalah bagi tempoh enam bulan akan datang dan peruntukan tambahan itu telah diluluskan Kabinet minggu lepas.", "Beliau berkata, ia selaras dengan usaha bagi membantu rakyat mendapatkan bahan keperluan asas pada harga lebih murah berbanding pasaran.", "“Peruntukan tambahan RM43 juta adalah bagi enam bulan terakhir tahun ini, yang mana 5,000 lokasi akan dikenal pasti dan mungkin sasaran 2,500 untuk kawasan baharu untuk jualan langsung.", "“Sehingga kini, FAMA sudah melakukan jualan di 523 lokasi kawasan berkepadatan tinggi,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) di sini hari ini.", "Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memberitahu, FAMA bertanggungjawab untuk melaksanakan jualan langsung di 10,000 lokasi kawasan berkepadatan tinggi di seluruh negara.", "Lokasi penganjuran jualan langsung FAMA di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) itu dijangka dapat dicapai pada suku ketiga tahun depan.", "Jelas Ahmad Zahid, inisiatif Jualan Rahmah di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan diadakan di 11 lagi kawasan Parlimen dalam masa terdekat bagi melengkapkan jumlah keseluruhan 222 Parlimen.", "Menurutnya lagi, sehingga 30 Jun lalu, beliau berkata, Program Jualan Agro MADANI dilaksanakan di seluruh negara membabitkan 52 lokasi di kompleks kerajaan.", "“Saya difahamkan ia membabitkan 720 orang usahawan tempatan dengan nilai penjimatan kepada pelanggan mencecah RM320,000.", "“Berdasarkan kajian, kita dapati ada sedikit permasalahan mengenai beras dan gula tetapi itu sangat terpencil kerana kedua-duanya adalah barangan kawalan.", "“KPDN dan KPKM diarah berbincang untuk membentuk penyelarasan bagi menambah baik jualan murah lebih komprehensif,” tambahnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/04/17/agong-tinjau-pelaksanaan-pkp-waktu-malam/
Agong tinjau pelaksanaan PKP waktu malam
[ "KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mencemar duli meninjau sendiri keadaan lalu lintas pada sebelah malam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga di sekitar Kuala Lumpur.", "Istana Negara, menerusi laman Instagram, memaklumkan Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa berpuas hati apabila rakyat memberi kerjasama yang baik mematuhi PKP fasa tiga yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19.", "Turut dimuat naik bersama hantaran itu, video berdurasi 18 saat, yang memaparkan Seri Paduka Baginda menunjukkan isyarat bagus sebagai tanda puas hati dengan sikap pematuhan yang ditunjukkan oleh rakyat.", "Selain itu, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan sokongan atas usaha kerajaan meneruskan PKP fasa tiga ini dan berharap rakyat dapat terus memberi keutamaan kepada penjagaan kesihatan diri dan terus berada di rumah.", "Al-Sultan Abdullah turut berdoa semoga penularan wabak ini berjaya ditangani dan diakhiri dengan segera.", "Sebelum ini, Seri Paduka Baginda pernah mencemar duli meninjau keadaan di ibu kota pada hari ketiga pelaksanaan PKP fasa satu dengan memandu sendiri kenderaan selain turut berkenan meninjau beberapa lokasi tugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat sekatan jalan raya.", "Fasa pertama PKP bermula 18 hingga 31 Mac diikuti fasa kedua dari 1 hingga 14 April dan fasa ketiga dari 15 hingga 28 April ini.", "— BERNAMA", " " ]
https://malaysiagazette.com/2021/02/10/sesi-lawat-penghuni-penjara-pada-tahun-baru-china-diganti-dengan-khidmat-telefon-pra-bayar/
Sesi lawat penghuni penjara pada Tahun Baru China diganti dengan khidmat telefon pra bayar
[ "KUALA LUMPUR – Sesi perjumpaan serta lawatan antara keluarga dan penghuni penjara di seluruh negara tidak akan dilaksanakan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina kali ini.", "Menurut kenyataan Jabatan Penjara Malaysia, sesi perjumpaan secara fizikal masih belum dapat dilaksanakan dan ia digantikan dengan perkhidmatan telefon pra bayar yang disediakan di seluruh institusi penjara.", "“Pertimbangan ini dibuat dan dilakasanakan oleh jabatan ini sebagai salah satu langkah bagi mencegah penularan Covid-19.", "“Kami memohon kerjasama semua pihak khususnya keluarga penghuni penjara atas segala kesulitan berhubung dengan perkara ini,” kata kenyataan itu.", "Katanya, orang ramai yang mempunyai pertanyaan berhubung perkara tersebut boleh merujuk kepada institusi penjara terbabit. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/03/22/shmmp-kawal-harga-barangan-sepanjang-musim-perayaan/
SHMMP kawal harga barangan sepanjang musim perayaan
[ "KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan rundingan dengan pembekal, pengguna dan penjual untuk menetapkan mekanisme harga untuk musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.", "Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, rundingan juga diadakan dengan pembekal ayam dan daging agar harga barangan keperluan itu tidak membebankan orang ramai terutama membuat persiapan juadah berbuka puasa.", "Mengenai harga ayam dan telur, kata beliau, kementeriannya telah meletakkan harga jangka panjang bermula 5 Januari hingga 4 Jun ini sebagai mana diumumkan kerajaan sebelum ini.", "“Kementerian mengadakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sebagai mekanisme yang diambil bagi menetapkan harga maksimum untuk barangan tertentu pada tempoh tertentu.", "“SHMMP ini satu skim yang dilaksanakan dengan objektif untuk menyekat kenaikan harga yang tidak berpatutan dan mencegah amalan mencatut atau mengambil untung secara berlebihan di kalangan peniaga semasa musim perayaan,” katanya di Parlimen, hari ini.", "Menurut Alexander, sepanjang musim perayaan ini juga kementerian akan menambah barangan lain, selain menetapkan harga ayam dan telur untuk keperluan orang ramai.", "Oleh itu, tegasnya, peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal itu tidak melebihi harga maksimum yang akan ditentukan nanti. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/12/04/abk2021-darren-pilih-arif-aiman-faisal/
ABK2021: Darren pilih Arif Aiman, Faisal
[ "KUALA LUMPUR – Persaingan bagi kategori Penyerang Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 (ABK21) tidak kurang rancak apabila tiga pemain iaitu Faisal Abdul Halim, Darren Lok dan Arif Aiman Hanapi tersenarai dalam tiga calon terakhir.", "Ketiga-tiga pemain dilihat mempunyai peluang seimbang untuk menggondol anugerah ini berdasarkan prestasi serta sumbangan bersama pasukan masing-masing.", "Salah seorang calon iaitu Darren, tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk dinobatkan selaku penyerang terbaik sebaliknya sudah berasa gembira apabila mengetahui dirinya berada dalam senarai pencalonan akhir.", "“Sudah tentu satu perasaan yang sangat bermakna apabila diberi pengiktirafan tersenarai antara calon penyerang terbaik selepas dengan apa yang saya lakukan sepanjang musim ini.", "“Namun di sebalik pencalonan ini, saya mahu ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PJ City kerana telah memberikan peluang saya untuk beraksi sepanjang musim 2021.", "“Satu musim yang sangat cemerlang buat pasukan dengan kejayaan menamatkan cabaran di tempat ketujuh Liga Super dan saya tidak mungkin berada dalam senarai pencalonan tanpa bantuan rakan-rakan sepasukan.", "“Jurulatih, P. Maniam telah meletakkan harapan yang tinggi kepada saya dan itu sangat penting kepada saya sebagai pemain bola sepak.", "“Diharapkan saya dan pemain-pemain lain di PJ City mampu meneruskan musim yang lebih gemilang bagi musim akan datang,” katanya.", "Darren, Faisal dan Arif Aiman adalah tiga calon terakhir di antara 10 calon bagi kategori Anugerah Penyerang Terbaik yang disaring oleh Ahli Jawatankuasa Saringan ABK21 serta hasil undian daripada 23 Ketua Jurulatih, 23 Kapten pasukan Liga Malaysia 2021 dan 23 wakil media yang ditutup pada 21 November 2021.", "Musim lalu, anugerah penyerang terbaik diraih Shahrel Fikri Fauzi yang bermain untuk Perak dengan Norshahrul Idlan Talaha masih memegang pemain yang paling banyak memenanginya iaitu sebanyak tiga kali (2010, 2011, 2012).", "Sementara itu, Darren merasakan peluang dua penyerang muda, Faisal dan Arif dilihat lebih cerah untuk memenangi gelaran Penyerang Terbaik pada ABK 2021.", "Tambahnya, mereka berdua telah membuktikan prestasi yang cukup cemerlang sepanjang musim ini dan lebih layak untuk menang berbanding dirinya.", "“Saya rasa lebih ramai layak untuk menang jika dilihat pada senarai pencalonan awal tetapi mereka berdua antara yang terbaik.", "“Mereka berdua telah menunjukkan prestasi yang sangat hebat dan tanpa sebarang keraguan, sama ada Faisal atau Arif, salah seorang dari mereka dijangka akan memenanginya,” katanya.", "Majlis ABK21 akan disiarkan secara langsung menerusi unifiTV hari ini pukul 9 malam. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/02/25/bantuan-mobiliti-menerusi-karnival-penjanakerjaya-kebangsaan-2021/
Bantuan mobiliti menerusi Karnival PenjanaKerjaya Kebangsaan 2021
[ "KUALA LUMPUR – Sebanyak RM1,000 bantuan mobiliti akan diberikan kepada sesiapa yang berjaya mendapatkan kerja di kawasan yang terletak sekitar 100 kilometer daripada kediaman mereka menerusi Karnival PenjanaKerjaya Kebangsaan 2021.", "Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, bagi yang mendapatkan pekerjaan dengan jarak kurang daripada 100 kilometer pula layak menerima RM500.", "Menurutnya, KSM dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) terus komited untuk membantu rakyat bagi mencari kerja meskipun berhadapan dengan cabaran norma baharu akibat penularan Covid-19.", "Ini kerana kebajikan dan kesejahteraan rakyat tidak boleh dipinggirkan dalam usaha memulihkan ekonomi negara, kata Saravanan.", "“Sementara itu, cabaran norma baharu dan pandemik ini tidak akan memudarkan komitmen ataupun mematahkan semangat kami di KSM dan juga Perkeso untuk membantu pencari kerja dan juga majikan.", "“Dalam usaha menstabilkan pasaran buruh negara dan menyokong pemulihan ekonomi negara, kebajikan dan kesejahteraan golongan pekerja tetap diberi keutamaan,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Karnival PenjanaKerjaya Kebangsaan 2021 dan Pelancaran Portal Perkhidmatan Pekerjaan Negara, MYFutureJobs menerusi atas talian hari ini.", "Saravanan berkata, sebanyak 78 buah syarikat termasuk syarikat multinasional dengan lebih 10,800 jawatan kosong ditawarkan menerusi sesi temu duga secara maya bermula sejak 24 sehingga 26 Febuari lalu.", "Beliau berharap rakyat yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19 tidak berputus asa sebaliknya memanfaatkan karnival itu untuk merebut peluang baharu.", "“Saya yakin para majikan dapat menilai anda sebaiknya sebagai calon untuk menyertai organisasi mereka, walaupun temu duga diadakan secara dalam talian,” tambahnya.", "Saravanan dalam masa sama mengucapkan tahniah kepada Perkeso atas penganjuran program yang disifatkan amat bermakna dan memberi manfaat kepada rakyat khususnya mereka yang telah kehilangan pekerjaan, para siswazah, belia lepasan sekolah, golongan rentas dan semua pencari kerja di negara ini.", "Perkeso menganjurkan Karnival PenjanaKerjaya Kebangsaan 2021 Kementerian Sumber Manusia sehingga 26 Februari ini bagi merangsang pasaran buruh dan membantu individu yang terkesan akibat kehilangan pekerjaan sejak pandemik menular.", "Sempena karnival yang sama, pelbagai pengisian program telah dirangka antaranya, sesi webinar yang berlangsung pada 23 Februari lalu.", "Dalam usaha membangunkan modal insan serta menyediakan belia yang memenuhi kehendak industri dan pasaran buruh semasa, Perkeso turut mengatur kerjasama dengan pelbagai pihak.", "Ia termasuk Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd, Junior Achievement Malaysia Bhd dan B-A-C Education Group. Memorandum Persefahaman (MoU) antara semua pihak telah dimeterai awal minggu ini.", "Turut hadir ketika majlis perasmian atas talian adalah Pengerusi Lembaga Perkeso Tan Sri Profesor Dr Mohamed Haniffa Abdullah dan Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Mohamed Azman Aziz Mohammed.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/11/23/calon-prk-rantau-anwar-ingatkan-ahli-bantah-ikut-saluran/
Calon PRK Rantau: Anwar ingatkan ahli bantah ikut saluran
[ "KUALA LUMPUR – Presiden PKR mengingatkan semua ahli-ahli parti untuk membuat bantahan mahu pun cadangan menerusi saluran yang betul dalam isu pemilihan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Rantau.", "Beliau berkata, parti mempunyai peringkat dan saluran yang tertentu untuk mendengar semua pandangan ahli-ahli terutama di Rantau dan Negeri Sembilan.", "“Cabang ada bagi cadangan, ikut saluranlah saya dah bagi peringatan supaya ikut saluran cabangan boleh bagi pandangan, negeri boleh, biro politik boleh bagi pandangan dan kita putuskanlah (nanti),” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis Syarahan Za’ba Penajian Melayu 2018 hari ini.", "Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu terdahulu diminta mengulas mengenai gesaan yang dibuat oleh Cabang PKR Rembau agar kepimpinan tidak meletakkan S. Streram sekali lagi bertanding PRK DUN Rantau.", "Terdahulu, Streram menyatakan hasratnya untuk diletakkan sekali lagi bertanding melawan Timbalan UMNO, Datuk Mohamad Hasan bertanding di kerusi itu setelah kemenangannya pada pilihan raya yang lalu dibatalkan oleh mahkamah.", "Namun Anwar pada Kongres Nasional PKR baru-baru ini memaklumkan bahawa nama Rafizi Ramli ada dibangkitkan bagi dijadikan calon namun keputusan belum dimuktamadkan.", "Dalam pada itu, Anwar menerima secara terbuka penjelasan yang dibuat oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian yang juga Pengerusi PKR Sarawak kerana gagal menghadiri kongres parti itu pada 17 hingga 19 November yang lalu.", "Beliau dalam masa yang sama menasihatkan Baru agar tidak mengulangi lagi kesilapannya itu pada masa akan datang.", "“Saya terima dan sudah tentu saya nasihatkan untuk masa akan datang pastikan utamakan yang perlu, kita move on. Dia (Baru) sudah perjelaskan dengan teliti,” ujarnya. -MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/07/04/1401-pelacur-warga-asing-ditahan-sepanjang-jan-jun/
1,401 pelacur warga asing ditahan sepanjang Jan-Jun
[ "KUALA LUMPUR –  Polis telah menahan 1,401 warganegara asing sepanjang tempoh Januari hingga Jun 2019, kerana terlibat dengan kegiatan pelacuran dalam serbuan dibuat di sekitar Kuala Lumpur.", "Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, daripada jumlah itu, 1,167, perempuan dan 234 (lelaki).", "“Warganegara Vietnam merupakan pecahan terbesar yang ditangkap, iaitu seramai 317 orang merangkumi 309 perempuan dan lapan lelaki, diikuti Thailand seramai 275 orang, merangkumi 266 perempuan dan sembilan lelaki, sementara China seramai 227 orang merangkumi 213 perempuan dan 14 lelaki.", "“Polis Kuala Lumpur turut membuat sebanyak 569 tangkapan ke atas warga tempatan yang terdiri daripada 242 orang perempuan, yang terlibat dengan kegiatan pelacuran dan 327 lelaki yang merupakan penjaga premis yang menjalankan kegiatan pelacuran, sepanjang Januari hingga Jun 2019,” katanya menerusi satu kenyataan.", "Mazlan berkata, tindakan saman untuk premis yang tidak mempunyai lesen dan melanggar syarat pusat hiburan di bawah Seksyen 4(1) (b) Akta Hiburan turut dikeluarkan iaitu sebanyak 136 saman.", "Untuk tempoh sama, pihak polis juga turut giat memerangi kegiatan perjudian dalam talian (JOL) dan berjaya menangkap seramai 794 orang, kerana terlibat dengan kegiatan itu.", "Sebanyak 89 serbuan telah diadakan dan pihak polis berjaya merampas wang tunai RM98,357 dan 111 buah tablet, 1,100 buah telefon, dua buah Ipad, 333 buah komputer riba, 522 buah komputer, 101 modem, 55 router serta tiga simulator.", "Sementara itu, sebanyak 388 tangkapan dalam tempoh sama melibatkan kegiatan lain-lain jenis perjudian dengan nilai barang rampasan berjumlah RM97,393 telah diperolehi dalam serbuan-serbuan tersebut.", "Mazlan berkata, pihaknya akan mengenal pasti dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas di bawah Undang-Undang Pencegahan Jenayah sedia ada, terhadap tauke judi dan orang tengah (runner) dalam usaha memerangi aktiviti JOL selaras dengan kehendak pucuk pimpinan PDRM.", "Polis Kuala Lumpur turut menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dengan kegiatan perjudian dalam talian dan kegiatan pelacuran, dan mereka yang mempunyai sebarang maklumat bolehlah menyalurkannya ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 9999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/12/18/kematian-muhammad-adib-rakyat-mahukan-keadilan/
Kematian Muhammad Adib, rakyat mahukan keadilan
[ "KUALA LUMPUR – Malapetaka yang menimpa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dan keluarganya tidak boleh dipandang remeh, tegas Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kedah, Syed Osman Mansor.", "Beliau berkata, sebarang kelemahan dan kelembapan dalam usaha mencari kebenaran serta penyelesaian berhubung insiden itu akan dilihat sebagai kegagalan pihak berwajib.", "“Seluruh negara turut bersedih dengan kematian anggota Bomba dan Penyelamat itu. Rakyat mahukan keadilan dan Perkasa Kedah tetap akan mengikuti perkembangan kes ini secara berterusan dengan penuh minat,” katanya dalam kenyataan kepada MalaysiaGazette hari ini.", "Menurut Syed Osman, pertubuhan itu dukacita dengan cara kematian Allahyarham Muhammad Adib, selepas menerima rawatan rapi di Institut Jantung Negara (IJN) akibat parah dipukul.", "Katanya, kematian Muhammad Adib amat menyayat hati kerana beliau terkorban ketika sedang menjalankan tugas menyelamat di tempat kejadian di Kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November lalu.", "Sehubungan itu, ujar beliau, Perkasa Kedah mendesak kerajaan menjalankan siasatan rapi dan teliti supaya yang bertanggungjawab dengan kejadian itu dapat dibawa ke muka pengadilan.", "“Bagi kita, kebenaran kepada episod malang ini perlu dibuktikan,” katanya.", "Beliau turut mengulangi desakan Perkasa pusat supaya kerajaan menubuhkan prosiding siasatan diraja (RCI) bagi mendapatkan kebenaran mutlak.", "“Perkasa Kedah tetap berpegang kepada “the rule of law”, mereka yang jika terbukti bersalah mesti menerima hukuman setimpal dengan jenayah yang dilakukan.", "“Kita juga bersedih dengan anggota Bomba dan Penyelamat yang hilang seorang rakan seperkhidmatan dengan cara sungguh mengejutkan. Kita harap mereka terus bersemangat dalam menjalankan tugas,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/06/05/cemburu-mungkin-motif-wanita-hamil-ditembak/
Cemburu mungkin motif wanita hamil ditembak
[ "MACHANG – Polis mengesyaki cemburu antara motif seorang wanita hamil ditemukan mati dengan kesan tembakan pada perut di dalam sebuah kereta di tepi jalan Kampung Repek, Pasir Mas, dekat sini petang semalam.", "Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata bagaimanapun polis akan melakukan siasatan menyeluruh dalam kes tersebut bagi menentukan motif sebenar.", "Muhamad Zaki berkata mangsa kemungkinan ditembak menggunakan pistol separa automatik .38 berikutan penemuan kelongsong peluru.", "“Selain itu polis juga akan mendapatkan keterangan daripada saksi-saksi agar apa yang kita jangkakan itu adalah tepat. Pada masa sama polis juga meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga selesai siasatan,” katanya.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Machang di IPD Machang di sini, hari ini yang menyaksikan Ketua Polis Daerah Machang Supt Mohd Rosli Mat menyerahkan jawatan kepada pemangkunya DSP Mohd Zahir Abdullah.", "Semalam, Emirah Mazlan, 26, ibu kepada tiga orang anak berusia antara tiga hingga 10 tahun ditemukan mati dengan kesan tembakan di bahagian perut dan akibat tembakan tersebut, bayi di dalam kandungan mangsa yang berusia tujuh bulan turut meninggal dunia.", "Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata polis juga sedang menyiasat kemungkinan mangsa ditembak di lokasi lain sebelum memandu kereta ke lokasi mayatnya ditemukan kerana jarak rumahnya adalah sejauh 15 kilometer.", "Beliau berkata susulan kejadian itu seorang lelaki berusia 40 tahun yang mempunyai hubungan dengan mangsa ditahan reman sehingga 9 Jun bagi membantu siasatan.", "– BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2017/08/21/tiada-berlaku-tumpahan-minyak/
Tiada berlaku tumpahan minyak
[ "SINGAPURA – Kapal tangki minyak yang terlibat dalam perlanggaran dengan kapal perang Amerika Syarikat di timur Singapura awal pagi ini membawa hampir 12,000 tan minyak bahan api.", "Bagaimanapun, tiada tumpahan minyak berlaku, menurut seorang anggota krew kepada Reuters.", "“Kami membawa 11,987 tan minyak bahan api, tidak ada tumpahan minyak. Kami membawa bahan api dari Taiwan ke Singapura.", "“Kami meneruskan perjalanan ke Raffles Reserved Anchorage, yang mana pemilik akan menyiasat tentang kejadian itu. Ada berlaku kerosakan pada injap,” kata krew yang enggan dikenal pasti.", "Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) menempatkan Raffles Reserved Anchorage di selatan Pulau Bukom untuk dikhaskan untuk “kapal yang memerlukan pembaikan kecemasan dan kapal yang rosak atau seperti yang diarahkan oleh Pelabuhan.” – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/05/17/ruang-udara-langkawi-ditutup-sepanjang-lima-2023/
Ruang udara Langkawi ditutup sepanjang LIMA 2023
[ "KUALA LUMPUR – Ruang udara Langkawi akan ditutup bermula 18 hingga 27 Mei ini sempena program Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2023 (LIMA ’23).", "Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, Kapten Norazman Mahmud mengingatkan orang ramai bahawa pengoperasian dron di Langkawi adalah dilarang sepanjang tempoh itu.", "Ia bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini terutamanya membabitkan aspek keselamatan dan sekuriti orang ramai serta pesawat yang sedang beroperasi di ruang udara Langkawi.", "Penggunaan dron tanpa kelulusan dikhuatiri akan mengganggu latihan dan pertunjukan udara sepanjang penganjuran LIMA ’23.", "“Sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 [Akta 3], Peraturan 98 dan Peraturan 140-144 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan Civil Aviation Directives (CADs),” tegasnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/05/23/david-teo-mat-sudah-duduk-sekali/
David Teo, Mat Over sudah duduk sekali
[ "SHAH ALAM – Sebagai bukti insiden tampar antara Mat Over dengan David Teo benar-benar selesai malam ini kedua-dua mereka duduk bersebelahan dalam Majlis Pelancaran Laporan Transformasi Negara 2016 di UiTM Shah Alam.", "Malah moderator semasa kejadian pada Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Perdana Menteri – Segmen Penggiat Seni di Seri Perdana Putrajaya, Datuk Rosyam Nor turut duduk berhampiran.", "Mereka sempat menunjukkan tanda bagus dan bersalaman apabila gambar mereka dirakam jurugambar yang bertugas pada majlis yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.", "", "Kehadiran turut mendapat perhatian Perdana Menteri yang ketika itu baru memulakan ucapannya.", "Najib spontan menyebut nama Mat Over dan David yang kemudiaannya bangun berdiri dan melambai tangan kepada tetamu yang hadir dan memberi tepukan gemuruh.", "Perdana Menteri ketika itu dalam ucapannya menasihati seluruh rakyat tidak kira agama dan kaum agar jangan bergaduh, berbaik-baik, tolong-menolong antara satu sama lain agar negara aman dan makmur.", "Baru-baru ini, kecoh apabila pelakon, Mat Over melempang penerbit, David Teo di hadapan Perdana Menteri.", "Kejadian itu berlaku secara tiba-tiba apabila Mat Over meluru dari tempat duduk dan berjalan ke arah David dengan memberi amaran jangan bersikap kurang ajar di depan perdana menteri.", "Sebelum itu, David mempertikai gaya moderator, Rosyam yang dikatakan tidak adil kerana hanya memberi peluang kepada peserta di bahagian tertentu sahaja untuk bertanyakan soalan.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/12/25/kit-siang-kecam-naratif-palsu-bersifat-rasis-melampau/
Kit Siang kecam naratif palsu bersifat rasis, melampau
[ "KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang mengecam seorang pemimpin parti politik kerana mengeluarkan naratif palsu bersifat rasis dan melampau yang mengatakan kononnya terdapat kadar keluar mengundi yang buruk dalam kalangan pengundi Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).", "Beliau menyifatkan perkara itu amat malang sekali kerana kenyataan tersebut dibuat selepas Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin bertitah mengenai sifar toleransi terhadap hasutan perasaan syak wasangka dan kebencian yang bersifat perkauman dan keagamaan di negara ini.", "“Pemimpin ini telah mendakwa kononnya orang bukan Islam keluar mengundi secara beramai-ramai dari dekat dan jauh untuk ‘menyokong DAP’, dengan kadar keluar mengundi dalam kalangan orang bukan Islam pada 98 peratus berbanding dengan hanya 60 peratus dalam kalangan orang Islam,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.", "Walaupun Kit Siang tidak menyebut nama pemimpin parti politik terbabit, beliau dipercayai merujuk kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.", "Rabu lalu, Abdul Hadi dalam satu kenyataan berkata, kira-kira 98 peratus orang bukan Islam dari seluruh negara dan pelosok dunia yang jauh dikerah untuk mara mengundi bagi mendapatkan kuasa dalam negara ini dengan menyokong DAP dan kumpulannya yang menjadi wadah perjuangannya, walaupun mereka mengeluarkan belanja sendiri.", "Kit Siang memberitahu, sebelum ini, pemimpin politik yang sama telah membantah pilihan raya kerajaan tempatan atas alasan yang kononnya demokrasi tempatan hanya akan memberikan manfaat kepada komuniti Cina dan kononnya itulah sebab DAP menyokong pilihan raya kerajaan tempatan diadakan semula.", "Beliau menambah, tuduhannya yang mengatakan DAP hanya mengambil kira pengundi Cina dan mengabaikan kepentingan kaum dan pihak-pihak lain yang merupakan denyut dan nadi bandar-bandar majmuk pelbagai kaum dan agama bukan sahaja salah dan tidak berasas, malah telah dinafikan oleh Bancian Populasi dan Perumahan Malaysia pada 2020 dan 2010.", "“Menurut Bancian Populasi dan Perumahan 2020, tiga per empat dari rakyat Malaysia kini tinggal di kawasan bandar, dengan kebanyakan penduduk bandar dari kalangan golongan bumiputera.", "“Kira-kira 14.1 juta atau 62.2 peratus penduduk bandar adalah golongan bumiputera, diikuti etnik Cina pada 6.4 juta atau 28.6 peratus, etnik India (1.8 juta atau 8.1 peratus), dan lain-lain etnik (0.2 juta atau 0.7 peratus),” jelasnya.", "Kit Siang berkata, kadar peratusan bumiputera juga telah bertambah berbanding dengan bancian sebelum ini pada 2010, di mana 58.9 peratus penduduk bandar adalah dari etnik bumiputera.", "“Perkara ini mencerminkan demografi negara, dan jauh berbeza dengan demografi kawasan bandar pada tahun 1970-an di mana hanya kira-kira satu pertiga populasi Malaysia tinggal di bandar,” katanya.", "Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak bertoleransi terhadap hasutan syak wasangka dan sifat kebencian antara kaum dan agama dalam masyarakat majmuk kerana perkara itu boleh memusnahkan negara. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/06/11/pst-seluruh-negara-akan-terus-beroperasi-sepanjang-pkp-3-0-mafi/
PST seluruh negara akan terus beroperasi sepanjang PKP 3.0 – MAFI
[ "SEREMBAN – Pasar Segar Terkawal (PST) di seluruh negara akan terus beroperasi sepanjang pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II (MAFI) Datuk Che Abdullah Mat Nawi.", "Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan kelangsungan rantaian bekalan makanan kepada masyarakat sekali gus turut menawarkan barangan keperluan kepada pengguna pada harga yang lebih murah dan berpatutan.", "Katanya, pelaksanaan PST di beberapa lokasi terpilih yang beroperasi mengikut prosedur operasi standard itu juga dibuat bagi mengatasi masalah lambakan barangan yang dialami peniaga.", "“Secara keseluruhannya, sebanyak 42 PST beroperasi setakat ini di seluruh negara dengan setiap PST mempunyai lapan komoditi teras iaitu sayur, buah, ikan, ayam, daging, produk Industri Kecil dan Sederhana, barangan runcit serta makanan (bungkus bawa pulang).", "“MAFI sentiasa mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan kelancaran rantaian bekalan makanan antaranya pengeluaran, pengedaran dan peruncitan produk pertanian serta industri makanan, “ menurutnya dalam kenyataan sempena lawatan kerja ke PST di sini hari ini.", "Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan PKP 3.0 yang dijadualkan sehingga Isnin ini, disambung dua minggu lagi hingga 28 Jun berikutan jumlah kes harian COVID-19 yang masih tinggi.", "Mengenai lawatan itu, Che Abdullah berkata, melalui PST di Agrobazaar Sendayan, pengguna digalakkan membeli secara dalam talian melalui Shopee atas nama pekedai Agrobazaar Sendayan bagi menikmati diskaun yang ditawarkan.", "Beliau berkata, selain Agrobazaar Sendayan, terdapat tiga lokasi PST di Negeri Sembilan iaitu di Pasar Tani Kekal Paroi, Pasar Tani Kekal Bandar Seri Jempol dan Pusat Operasi FAMA Seremban.", "Katanya, MAFI dengan kerjasama semua pihak bertanggungjawab akan terus memastikan keadaan sentiasa terkawal dan bekalan makanan mencukupi serta stabil kerana sektor pertanian dan industri makanan diletakkan sebagai perkhidmatan perlu.", "Che Abdullah juga berkata, bagi memastikan kelancaran aktiviti pemasaran hasil pertanian semasa tempoh pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh, pihaknya mewujudkan Bilik Gerakan yang beroperasi dari 8 pagi hingga 7 malam.", "“Ini bagi membantu para petani yang menghadapi masalah memasarkan hasil pertanian mereka dengan melayari portal FAMA Feedback System (http://ffs.fama.gov.my/aduan/index.php) atau menghubungi talian hotline FAMA di 019-7476 754/013-3777 100/010-7632 684,” katanya. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2017/08/18/hutang-luar-malaysia-merosot/
Hutang luar Malaysia merosot
[ "KUALA LUMPUR – Hutang luar Malaysia merosot kepada RM877.5 bilion pada akhir Mac sehingga akhir Jun 2017 apabila ringgit mengukuh berbanding matawang-matawang utama lain di samping pembayaran semula bersih pinjaman antara bank dalam suku kedua.", "Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), hutang luar sebanyak RM877.5 bilion adalah bersamaan dengan AS$202.3 bilion atau 66.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir Jun 2017.", "Ini merupakan peningkatan daripada akhir Mac 2017 iaitu sebanyak RM897 bilion atau AS$200.8 bilion.", "“Hutang luar yang rendah menunjukkan kesan penilaian disebabkan oleh pengukuhan ringgit berbanding matawang-matawang utama dan serantau terpilih dan pembayaran balik bersih pinjaman antara bank.", "“Terdapat juga pembayaran semula bersih pinjaman antara syarikat dan penebusan bon-bon matang serta nota oleh sektor swasta,” katanya.", "Menurut BNM, hutang luar Malaysia kekal boleh diurus disokong oleh faktor matawang dan bon matang di samping terdapat aset luaran yang besar.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/07/04/pasar-payang-2-lebih-bersih-kemas-dan-menarik/
Pasar payang 2 lebih bersih, kemas dan menarik
[ "KUALA TERENGGANU – Keadaan Pasar Payang 2 yang bakal beroperasi Julai ini, terletak bersebelahan Sungai Terengganu, mampu memberi kenangan menarik kepada pengunjung kerana ia bersih, teratur dan selesa.", "Lokasi pasar baharu itu juga tidak jauh dari Pasar Besar Kedai Payang (Pasar Payang), namun berbanding pasar sebelum ini, Pasar Payang 2 menyediakan ruang niaga yang lebih luas dengan 762 lot kedai dan kemudahan lain seperti tandas serta surau.", "Peniaga diarahkan berpindah sementara ke lokasi tersebut berikutan keputusan kerajaan negeri untuk melakukan beberapa penambahbaikan terhadap Pasar Payang yang telah dibina sekitar tahun 1960-an itu.", "Tinjauan Bernama di Pasar Payang 2 baru-baru ini mendapati kerja-kerja mengubahsuai dan menambah baik lot kedai oleh para peniaga sedang giat dilakukan bagi membolehkan mereka berpindah dengan segera.", "Seorang peniaga kain batik dan sutera, Syed Ahmad Shahrom Syed Othman, 40, berkata walaupun bangunan tersebut telah siap, peniaga masih perlu membuat beberapa penambahbaikan atas faktor keselamatan.", "Beliau yang berniaga bersama ibunya, Rubiah Abdul Rahman, 62, berkata jaring besi yang dipasang sebagai atap perlu diganti dengan siling kayu bagi mengelak kedai dipecah masuk dengan mudah.", "“Kontraktor hanya pasang jaring besi sebagai atap memandangkan lot kedai ini terletak dalam bangunan dan memanglah tidak terkena hujan.", "“Tetapi aspek yang mereka terlepas pandang ialah isu keselamatan kerana jaring besi seperti ini pencuri boleh panjat dan mudah sangat untuk mereka pecah masuk,” katanya ketika ditemui Bernama di Pasar Payang 2.", "Selain itu, Syed Ahmad Shahrom berkata pemasangan siling itu juga amat perlu bagi mengelak barang jualan rosak sekiranya terkena tempias hujan memandangkan kedudukan kedainya di bahagian paling tepi dan berhampiran sungai.", "Seorang lagi peniaga pakaian, Yusman Mohamad, 45, berkata dia memperuntukkan wang kira-kira RM2,000 untuk mengupah tukang memasang siling dan membina beberapa rak kecil di kedainya.", "Beliau berkata ruang kedai yang agak sempit di Pasar Payang 2 memerlukan peniaga melakukan susun atur dengan teliti dan bijak bagi memuatkan barangan jualan yang banyak.", "“Keluasan sebelum ini ialah sekitar 14×14 kaki (4.27 x 4.27 meter) berbanding di Pasar Payang 2 yang hanya 10×10 kaki (3.05 x 3.05 meter). Jadi saya rancang untuk bina rak kecil secara bertingkat-tingkat untuk memuatkan lebih banyak pakaian di dalam kedai.", "“Jaring juga perlu diganti kerana mana tahu terkena najis burung yang tersesat terbang masuk ke dalam kerana ia berkonsep bangunan terbuka,” katanya yang sudah berniaga lebih 10 tahun.", "Namun begitu Yusman berkata beliau tidak begitu gusar kerana keadaan itu hanya bersifat sementara dan apabila pembinaan Pasar Payang baharu siap dalam tempoh dua tahun lagi, perniagaannya dapat beroperasi dalam keadaan jauh lebih baik.", "Sementara itu, seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd berkata beliau serta rakan-rakan lain berharap supaya Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengenakan bayaran sewa yang lebih rendah berbanding Pasar Besar Kedai Payang kerana ruangnya lebih sempit dan sambutan daripada pembeli juga belum diketahui.", "“Saya jangka dapat pindah masuk ke Pasar Payang 2 pada pertengahan Julai ini dan pelanggan tetap juga sudah dimaklumkan.", "“Setakat ini kadar sewa belum dimaklumkan lagi tetapi saya minta jasa baik MBKT untuk tetapkan harga berpatutan kerana kita belum tahu lagi bagaimana sambutan pengunjung di tempat baharu,” katanya yang berniaga barang-barang runcit.", "Walaupun terpaksa melakukan penambahbaikan, tinjauan mendapati rata-rata peniaga teruja untuk memulakan perniagaan di tempat baharu kerana tidak perlu lagi bersesak-sesak dan berdepan dengan masalah seperti atap bocor.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2019/02/19/nani-pilih-orlando-city/
Nani pilih Orlando City
[ "MIAMI – Pemain sayap Portugal, Nani telah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS) , Orlando City.", "Timbalan Presiden Eksekutif Orlando City, Luiz Muzzi menyifatkan kehadiran Nani akan membuat kelab dan peminat teruja kerana bekas pemain Manchester United itu pasti membawa pengalamannya yang cukup menakjubkan.", "“Dia seorang pemain sayap yang luar biasa dan memiliki kualiti membuat hantaran serta sentiasa memberi impak besar kepada permainan,” katanya memetik laporan Orlando Weekly.", "Nani pernah memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak empat kali dan menjuarai Liga Juara-Juara pada 2008 ketika bersama United.", "Nani menjaringkan sembilan gol dalam 58 penampilan bersama Sporting, dia berpindah ke Old Trafford pada 2007 sehingga 2014 dan berjaya meledak 41 gol daripada 230 penampilan bersama Red Devils dalam semua kejohanan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/07/07/beli-banglo-pada-harga-diskaun-kerana-pemilik-mahu-wang-segera-ahmad-zahid/
Beli banglo pada harga diskaun kerana pemilik mahu wang segera – Ahmad Zahid
[ "KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dua unit banglo di Country Heights, Kajang dibeli pada harga diskaun iaitu RM5.9 juta kerana pemiliknya, taikun pemaju perumahan Tan Sri Lee Kim Yew memerlukan wang segera.", "Ahmad Zahid, 69, berkata Lee yang merupakan Pengasas dan Pengerusi Country Heights Holdings Berhad menawarkan penjualan banglo berkenaan di bawah harga pasaran kerana menghadapi masalah untuk membayar cukai pendapatannya.", "“Tawaran ini (harga) daripada Tan Sri Lee Kim Yew iaitu pemilik Country Heights. Dia sangat memerlukan wang, sebab itu dia menjualnya di bawah harga pasaran.", "“Dia menghadapi masalah untuk membayar cukai pendapatan, sebab itu masa yang diberikan kepada kami sangat singkat dan harga diskaun diberikan kepada Yayasan Akalbudi (YAB),” katanya.", "Bekas timbalan perdana menteri itu berkata demikian semasa dirujuk Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong berhubung buku lejar pemegang amanah YAB iaitu Tetuan Lewis & Co yang merekodkan firma guaman itu memasukkan RM2 juta ke dalam akaun simpanan tetap pada 30 November 2016 dan RM5 juta pada 9 Disember tahun sama.", "Menurut Ahmad Zahid, Lewis & Co tidak menunggu akaun simpanan tetap itu mencapai tempoh matang sama ada enam bulan atau setahun sebelum mengeluarkan wang RM5.9 juta kerana Lee memberi tempoh masa yang singkat untuk membuat keputusan dalam pembelian banglo berkenaan.", "Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tidak bersetuju dengan cadangan Harris Ong bahawa pembelian banglo berkenaan bukan atas dasar kebajikan tetapi untuk menolong pemiliknya semata-mata.", "Sebelum ini, Lee yang merupakan saksi pendakwaan ke-57 memberitahu mahkamah bahawa adik Ahmad Zahid, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi membeli dua banglo berkenaan menerusi cek Lewis & Co.", "Menurut Lee, cek tersebut untuk pembayaran penyelesaian jualan bagi dua buah banglo setingkat milik syarikatnya itu yang dijual kepada Yayasan Al-Falah yang Mohamad Nasaee adalah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah yayasan tersebut.", "Sementara itu, peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Ahmad Zahid memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju untuk melawat dua banglo berkenaan seperti yang dipersetujui oleh Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah semalam, pada 1 Ogos ini.", "“Saya juga menjemput Yang Arif ke Bagan Datuk untuk melawat Masjid Tuminah Hamidi bagi memberikan gambaran yang jelas keadaan masjid berkenaan,” kata Hisyam.", "Hakim Sequerah kemudian berkata, keadaan masjid berkenaan boleh ditunjukkan di mahkamah menerusi gambar atau video kerana perjalanan ke Bagan Datuk mengambil masa.", "Semalam, Hakim Sequerah bersetuju dengan permintaan pihak pembelaan untuk melawat banglo berkenaan demi keadilan dalam perbicaraan kes itu.", "Pada 24 Januari lepas, mahkamah memerintahkan bekas Ahmad Zahid membela diri atas 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik YAB.", "Perbicaraan di hadapan Hakim Sequerah bersambung 5 Ogos ini. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2022/10/13/adun-sungai-tiang-umum-letak-jawatan-sebagai-exco-kerajaan-negeri-kedah/
ADUN Sungai Tiang umum letak jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah
[ "SUNGAI PETANI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga Kedah, berkuat kuasa serta-merta.", "Dalam kenyataan hari ini, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah atas perkenan baginda melantiknya memegang jawatan itu.", "“Antara pengalaman berharga saya pada penggal ini adalah membantu menyediakan sumber air tambahan buat rakyat negeri Kedah, melibatkan dua buah Takungan Air Pinggiran Sungai TAPS (ORS 7 dan 9) bagi dibangunkan untuk kegunaan menakung air lebihan yang melimpah ruah ketika musim tengkujuh untuk kegunaan ketika musim kemarau.", "“Paling mencabar, sudah tentu saya dan rakan-rakan bertungkus lumus menghadapi cabaran bencana banjir kepala air di daerah Yan dan Baling, tragedi ban pecah di Sungai Santap dan krisis air pada kemarau 2021,” kata Ketua UMNO Bahagian Pendang itu.", "Suraya berkata, beliau telah memberikan sepenuh komitmen dan bekerja keras sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah dan berterima kasih kepada barisan kepimpinan negeri, semua jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, individu dan seluruh rakyat yang telah bekerjasama erat dengannya.", "Beliau menyandang kerusi DUN Sungai Tiang di bawah Parlimen Pendang itu selama empat penggal sejak 2004. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2017/12/22/pertahan-baitulmaqdis-walaupun-libat-kuasa-besar-dunia/
Pertahan Baitulmaqdis walaupun libat kuasa besar
[ "KUALA LUMPUR – Umat  Islam di negara ini diseru supaya tidak sesekali berkompromi dengan sebarang tindakan penindasan agama termasuk apa yang berlaku di Baitulmaqdis walaupun melibatkan kuasa besar dunia.", "Sebaliknya, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Tan Sri Shahrizat Jalil berkata, keseluruhan umat Islam perlu bangkit dan bersatu padu menentangnya.", "Jelasnya, pencerobohan yang dilakukan terhadap Baitulmaqdis memerlukan bantahan khususnya umat Islam.", "“Kita jangan sesekali berkompromi dengan sebarang bentuk penindasan, saya rasa sangat lega dan bersyukur kita masih mampu bangkit mempertahankan hak kita.", "“Apa yang sedang dilakukan oleh umat Islam seluruh dunia sebenarnya memberi tekanan kepada pihak di luar sana dalam isu Baitulmaqdis. Semua ini kerana kita bersatu padu dan bersama-sama menegakkan kebenaran.", "“Ini juga adalah satu mesej bahawa umat Islam tidak akan berdiam diri dengan sebarang bentuk penindasan seperti ini, ayuh kita sama-sama bersatu padu tentang pencerobohan ini,” katanya.", "Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan serta hadiah Krismas kepada warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan kanak-kanak yatim di Rumah Kebajikan House of Joy di Puchong hari ini.", "Dalam pada itu, ketika berucap, Shahrizat sekali lagi memberi penekanan kepada kepentingan hidup bersatu pada di bawah ‘satu bumbung’ di negara ini.", "“Kita tidak seharusnya memberi sebarang peluang kepada mana-mana pihak untuk membuat sebarang ganggu gugat yang boleh menjejaskan perpaduan yang telah lama terjalin antara satu sama lain.", "“Jangan sesekali beri ruang atau kompromi. Malaysia adalah sebuah negara yang unik dengan pelbagai bangsa dan kaum yang sebenarnya hidup dalam aman dan damai.", "“Dunia luar sendiri kagum dengan kestabilan yang telah dikecapi oleh kita selama ini, kerana itu juga pelabur luar berubut-rebut untuk melabur. Kita bukan sahaja dapat hidup aman damai malah kestabilan politik juga menarik dunia untuk datang ke sini,” tegasnya.", "Terdahulu, seramai 130 penghuni rumah kebajikan terdiri daripada 50 kanak-kanak dan remaja, OKU dan 60 warga emas menerima sumbangan sempena perayaan Krismas.", "Ini merupakan antara sebahagian daripada aktiviti YKN bagi membantu dan menunjukkan rasa prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik, antara yang disampaikan termasuk  sumbangan wang tunai, pakaian sekolah dan barangan penjagaan diri.", "House of Joy merupakan sebuah organisasi swasta yang menempatkan anak-anak yatim, kanak-kanak kurang bernasib baik dan orang-orang tua yang tidak berkemampuan.", "Antara program yang dijalankan di rumah tersebut termasuk latihan kraf tangan, membantu kanak-kanak untuk meneruskan persekolahan dan latihan pekerjaan bagi menjamin masa depan mereka.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/04/03/najib-hantar-representasi-baharu-gugurkan-dakwaan-pecah-ipic-rm6-6-bilion/
Najib hantar representasi baharu gugurkan dakwaan pecah IPIC RM6.6 bilion
[ "KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Razak melalui pasukan peguamnya akan menghantar bagi memohon pengguguran kes pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion membabitkan dirinya dan bekas Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah. ", "Hari ini Mahkamah Tinggi di sini dimaklumkan Mohd Irwan telah menghantar representasinya kepada Jabatan Peguam Negara dan pihaknya telah memohon untuk penangguhan perbicaraan sementara meneliti permohonan tersebut sebelum diputuskan gugur atau sebaliknya. ", "Peguam utama yang mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kemudian pihaknya juga akan menghantar representasi baharu bagi memohon pertuduhan-pertuduhan terhadap Najib digugurkan memandangkan terdapat perkembangan terbaharu.", "Menurut beliau, terdapat perbincangan antara kerajaan Malaysia dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) membabitkan dana yang menjadi subjek utama pertuduhan.", "“Ada perkembangan susulan baharu dalam kes ini yang menyaksikan kerajaan baru-baru ini menyelesaikan pertikaian undang-undangnya dengan IPIC ini. ", "“Jumlah penyelesaian itu juga berkaitan dengan kes yang sedang dihadapi oleh anak guam kami, oleh itu, kami telah minta mahkamah untuk lapangkan tarikh untuk bulan ini dan bulan depan,” katanya. ", "Terdahulu, Mahkamah Tinggi menangguhkan perbicaraan membabitkan Najib dan Mohd Irwan selepas Peguam Negara tampil memohon penangguhan tersebut sejurus selepas adanya satu ‘perkembangan baharu’ yang tidak diperincikan ketika ini dalam mahkamah. ", "Bagaimanapun difahamkan ketika ini, Peguam Negara sedang meneliti surat representasi yang telah dikemukakan oleh Mohd Irwan yang merupakan bekas bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan ketika era Najib menjadi Perdana Menteri. ", "Dalam prosiding pagi ini, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi memohon supaya perbicaraan ini dapat ditangguh ke tarikh lain. ", "Ini merupakan kes pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada IPIC sepatutnya mula dibicarakan hari ini di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin.", "Najib dan Mohd Irwan didakwa pada 24 Oktober 2018 dan masing-masing mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah pecah amanah tersebut.", "Sebelum ini juga, kedua-dua tertuduh pernah memohon memohon perintah melepas tanpa membebaskan (DNAA) daripada mahkamah atas alasan perbicaraan tidak pernah dimulakan.", "Namun Muhammad Jamil menolak permohonan itu dengan berkata pihak pendakwaan bersedia untuk perbicaraan. -MalaysiaGazette " ]
https://malaysiagazette.com/2022/01/25/perlu-lahirkan-modal-insan-terbaik-untuk-jadi-negara-berpendapatan-tinggi/
Perlu lahirkan modal insan terbaik untuk jadi negara berpendapatan tinggi
[ "PUTRAJAYA – Antara penekanan utama Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) adalah untuk memastikan Malaysia menjadi negara yang berdaya saing dan berpendapatan tinggi.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, untuk mencapai matlamat itu, negara memerlukan modal insan yang berkualiti dan terbaik.", "Menurut beliau, peranan penting itu perlu dimainkan pihak universiti sambil berharap institusi pengajian tinggi di negara ini menjadi lebih agresif membangunkan modal insan bertaraf global.", "“Untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, negara memerlukan lebih pelaburan berpendapatan tinggi dan kita perlukan modal insan yang lebih tinggi kemahirannya.", "“Kita perlukan suasana politik yang lebih matang dan perlu pastikan kualiti hidup seperti pendidikan dan kesihatan yang lebih baik. Dan banyak lagi yang sedang dirangka kerajaan untuk menjadi Malaysia sebagai negara berdaya maju dan berpendapatan tinggi dan sudah pasti universiti memainkan peranan penting,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran logo baharu dan buku-buku oleh Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-GSB) di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside Hotel di sini hari ini.", "Turut hadir, Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman.", "Sementara itu, Mustapa juga menyifatkan penghasilan buku-buku ilmiah bukan sahaja membuktikan kewibawaan penulisnya.", "Sebaliknya ia juga boleh dijadikan sumber rujukan kepada para ahli akademik dan kumpulan profesional dan pentadbiran.", "“Syabas saya ucapkan kepada barisan penulis-penulis buku dan semoga terus berjaya dalam menghasilkan buku-buku yang menjadi sumber rujukan kepada semua.", "“Pada masa sama, UKM-GSB telah ditubuhkan pada 1 Oktober 2007 iaitu 15 tahun yang lalu dan dengan pelancaran logo baharu ini , saya berkeyakinan akan ada perubahan baru yang dilakukan bukan sahaja pada logo tetapi juga dari segi menyuntik semangat warga UKM-GSB untuk mencapai visi, misi dan matlamat usaha memacu pusat ini ke arah yang lebih cemerlang.", "“Pada masa ini, UKM-GSB mempunyai jumlah pelajar pascasiswazah pengajian perniagaan tertinggi di Malaysia pada tahun 2021.", "“Malah UKM juga telah berjaya meningkatkan pencapaian ranking kedudukan universiti terbaik dunia dari semasa ke semasa dan saya difahamkan bahawa ranking UKM pada tahun 2022 berada di tangga 144,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/05/11/umno-pj-sahkan-tidak-terima-surat-letak-jawatan-ketua-13-ajk-puteri/
UMNO PJ sahkan tidak terima surat letak jawatan Ketua, 13 AJK Puteri
[ "PETALING JAYA – UMNO Bahagian Petaling Jaya mengesahkan tidak menerima sebarang notis mahupun surat peletakan jawatan daripada Noor Hasliza Abu Taib sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO serta 13 Ahli jawatankuasa kawasan itu.", "Ketuanya, Datuk Mutalif Abdul Rahim berkata, malah Pergerakan Puteri UMNO Selangor juga tidak dimaklumkan mengenai keputusan yang dibuat Noor Hasliza secara mengejut itu.", "“Tiada sebarang dokumen atau surat peletakan jawatan yang diterima setakat ini, baik di peringkat Bahagian mahupun di peringkat Puteri UMNO Negeri Selangor dan juga peringkat Puteri UMNO Malaysia.", "“Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya yang telah bermesyuarat pada malam ini juga telah menafikan kenyataan tersebut,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Taman Medan, di sini, malam tadi.", "Semalam, MalaysiaGazette melaporkan dakwaan kononnya sayap UMNO Bahagian Petaling Jaya lumpuh apabila 13 Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO kawasan itu meletakkan jawatan secara beramai-ramai.", "Tindakan itu diambil susulan tindakan peletakan jawatan Noor Hasliza sebagai ketua sayap parti bahagian itu yang berkuatkuasa 3 Mei lalu.", "Hasrat mereka meletakkan jawatan dibuat menerusi seorang wakilnya dalam satu rakaman klip video berdurasi 42 saat yang tular sejak Selasa lalu.", "Klip video itu memaparkan seorang wanita mengaku sebagai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya bertindak meletakkan jawatan berkuatkuasa pada 8 Mei.", "Dalam pada itu, Mutalif melahirkan rasa terkilan dengan tindakan Noor Hasliza yang hanya menghantar notis peletakan jawatannya kepada Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Malaysia pada 5 Mei lalu.", "“Berdasarkan kandungan surat tersebut tidak dinyatakan sebarang sebab atau punca peletakkan jawatan mantan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya.", "“Justeru, UMNO Bahagian Petaling Jaya menghormati keputusan yang lelah dibuat dan mendoakan semoga beliau akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi,” katanya.", "Susulan perkembangan itu, Mutalif juga mengesahkan Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya, Nurulfarahshah Jamil dilantik untuk memangku jawatan yang kosong itu.", "“Nurulfarahshah Jamil telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya berkuatkuasa serta-merta.", "“Malam ini juga beliau telah mengadakan Mesyuarat Khas bersama Jawatankuasa Pergerakan Puteri Bahagian bagi memaklumkan situasi terkini dan juga telah melantik Pegawai Pegawai dan Jawatankuasa Lantikan yang baharu berdasarkan peruntukkan Perlembagaan sedia ada,” jelasnya.", "Mutalif yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor menafikan pihaknya memberi tekanan kepada Noor Hasliza dan beberapa pemimpin sayap itu.", "UMNO Bahagian Petaling Jaya sentiasa memberi peluang dan ruang serta tidak pernah memberi tekanan kepada mana-mana individu termasuk Ketua- Ketua di peringkat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.", "“UMNO Bahagian Petaling Jaya berharap dengan penjelasan ini ianya dapat menjawab segala spekulasi yang ditimbulkan dan perkara sebegini pertu dihentikan dengan segera.", "“UMNO Bahagian Petaling Jaya akan terus bergerak ke hadapan dan komited serta berdiri teguh bersama kepimpinan Negeri dan pusat khususnya dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (Selangor) pada tahun ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2020/09/24/liga-super-pj-city-akui-terdesak/
Liga Super: PJ City akui terdesak
[ "KUALA LUMPUR – PJ City FC masih bermotivasi tinggi bagi menghadapi pendahulu CIMB Liga Super, Johor Darul Ta’zim (Johor DT) biarpun masih tercari-cari sentuhan kemenangan sejak enam perlawanan lalu.", "Ketua jurulatih PJ City, K. Devan, tidak menafikan yang mereka berada dalam keadaan terdesak mencari kemenangan ekoran kedudukan pasukan yang kini berada di tangga ke-10, di samping hanya satu mata memisahkan ‘The Citizens’ daripada Sabah yang berada dalam zon penyingkiran.", "Motivasi tunggal buat Devan dalam meniupkan semangat kepada anak buahnya ialah kemenangan yang pernah dilakar pada musim lalu ke atas juara enam kali CIMB Liga Super itu di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin.", "Biarpun rekod pertemuan memihak kepada JDT dengan tiga kemenangan berbalas satu (termasuk dua aksi peringkat kumpulan Piala Malaysia), Devan mengharapkan pemainnya percaya pada diri sendiri yang mereka mampu melakarkan kejutan.", "“Sudah tentu jika rekod pertemuan lalu dijadikan ukuran, pemain saya pasti bermotivasi untuk hadapi perlawanan ini biarpun saya tidak nafikan kelebihan adalah kepada JDT.", "“Kami tiada pilihan lain perlu dapatkan tiga mata dalam perlawanan ini untuk jauhkan diri daripada zon penyingkiran dan kami tidak akan turun bermain secara bertahan sahaja walaupun tahu lawan adalah pasukan terbaik dalam liga jika disentuh aspek serangan.", "“Jika kami memilih untuk bertahan, cara ini tidak akan membantu pasukan sebaliknya kami perlu kurangkan kesilapan ketika lakukan serangan dan semua pemain perlu tanamkan minda untuk bermain secara menyerang, ” katanya kepada Liga Bola Sepak Kebangsaan (MFL) di sini hari ini.", "Satu-satunya perkara yang menggusarkan Devan ialah sentuhan penyudah yang semakin kurang sehingga membantutkan peluang mereka melakar beberapa kemenangan dalam perlawanan sebelum ini.", "Berdasarkan statistik, PJ City hanya mampu meledak tujuh jaringan sepanjang saingan liga dengan tiga daripadanya pada lima aksi terakhir pasukan itu sejak 22 Ogos lalu.", "“Kami banyak mencipta peluang dalam perlawanan sebelum ini tetapi pada aspek penyudah, pemain-pemain saya agak kurang menjadi dan perkara ini yang saya sedang perbaiki.", "“Selain itu, kami juga ketiadaan (Demba) Camara kerana dia masih di Guinea bagi selesaikan isu peribadinya dan kami berada dalam keadaan kurang berkelebihan kerana hanya dapat menurunkan empat pemain import.", "“Saya tetap optimis yang kami masih boleh perbaiki pencapaian di tangga kelapan pada musim lalu dengan cuba dapatkan tujuh atau sembilan mata apabila berdepan JDT, UiTM dan PDRM, “ katanya.", "Perlawanan lain yang menarik untuk disaksikan pada minggu ini ialah Pahang yang akan menerima kunjungan pasukan di tangga kedua, Kedah di Stadium Darul Makmur pada Sabtu selain Selangor bertemu UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam.", "Terengganu yang telah tewas kali ketiga berturut-turut, sudah pasti mahu mencari sinar kemenangan apabila berdepan pasukan di tangga tercorot, PDRM di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, pada Jumaat selain aksi Perak dan Felda United di Stadium Perak juga dijangka berlangsung penuh sengit.", "Satu-satunya aksi yang berlangsung pada Ahad ialah pertemuan Sabah dengan Melaka di Stadium Likas yang akan berlangsung pukul 8.15 malam. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/11/28/majlis-presiden-ketua-parti-kerajaan-pn-perlu-ditubuh-segera-muhyiddin/
Majlis Presiden ketua parti kerajaan PN perlu ditubuh segera – Muhyiddin
[ "KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan pertemuan lebih kerap ketua-ketua parti diadakan bagi mencapai kata sepakat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15).", "Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menyarankan untuk menubuhkan Majlis Presiden yang dianggotai ketua-ketua parti dalam Perikatan Nasional (PN), iaitu Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).", "“Saya begitu komited agar PRU 15 nanti tidak akan berlaku pertembungan tiga penjuru antara parti kerajaan PN dalam menentang parti lawan.", "“Untuk itu, program bersama akan diatur di peringkat pusat, negeri dan akar umbi bagi mewujudkan hubungan kerjasama yang lebih erat antara parti dalam kerajaan PN.", "“Mungkin sudah sampai masanya sebuah Majlis Presiden yang dianggotai oleh ketua-Ketua parti dalam PN diwujudkan,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Bersatu, yang diadakan secara maya, hari ini.", "Menurut Muhyiddin, mungkin mesyuarat secara berkala boleh diadakan untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan dasar ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain.", "Ini penting kerana tidak semua ketua parti berada dalam Kabinet, dan menerusi mesyuarat ini, setiap mereka boleh menyampaikan pandangan parti masing-masing mengenai dasar utama kerajaan untuk diambil perhatian oleh Kabinet dalam membuat sesuatu keputusan.", "Muhyiddin menjelaskan, hala tuju parti Bersatu di masa hadapan ialah untuk memperkukuhkan hubungan antara parti dalam PN, BN, GPS dan GRS.", "“Inilah masa depan kita. Inilah jalan yang kita pilih. Jalan ini mungkin berliku. Ada onak dan duri di sana sini. Ianya mungkin sukar dan mencabar kesabaran kita,” katanya.", "Sementara itu, katanya, Bersatu telah membuat keputusan untuk menggunakan logo PN pada PRU 15 akan datang.", "Beliau yang juga Perdana Menteri berkata, ini kerana penerimaan rakyat terhadap PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini adalah tinggi.", "“Saya percaya, dalam PRU yang akan datang PN akan diterima baik oleh rakyat Malaysia.", "“Kajian pula menunjukkan penerimaan rakyat terhadap PN adalah tinggi. Oleh itu, Bersatu telah membuat keputusan untuk menggunakan logo PN,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/12/03/kerajaan-perluas-penggunaan-cmb-bina-selenggara-jalan-raya/
Kerajaan perluas penggunaan CMB bina, selenggara jalan raya
[ "KUALA LUMPUR – Kabinet bersetuju dengan cadangan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) untuk memperluaskan penggunaan bitumen terubah suai getah bekuan (CMB) bagi pembinaan dan penyenggaraan jalan raya di seluruh negeri yang didaftarkan dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).", "Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, perluasan penggunaan teknologi CMB adalah antara usaha untuk mengurangkan impak kejatuhan harga terhadap pendapatan 500,000 pekebun kecil di negara ini khususnya, berikutan pandemik Covid-19 melalui peningkatan permintaan terhadap bekalan getah domestik.", "Menurut beliau, menjadi harapan kementerian dengan penggunaan CMB ini dapat mencapai matlamat berkenaan, di samping menggalakkan golongan penoreh getah untuk terus menoreh bagi menjamin pengeluaran bekalan getah secara berterusan.", "Katanya, penggunaan CMB dalam adunan untuk menghasilkan asfalt terubah suai getah bekuan atau Cuplump Modified Asphalt (CMA) dapat menambahkan kualiti dan prestasi keseluruhan bitumen melalui ciri-ciri kelikatan serta keanjalannya.", "Penambahbaikan ini meningkatkan daya tahan terhadap proses peredaran masa dan rintangan haba, sekali gus memberikan penjimatan terhadap keperluan menyenggara jalan akibat kerosakan seperti aluran, rekahan dan lubang dalam jangka masa panjang.", "Tambah beliau, perluasan penggunaan CMB di jalan raya MARRIS seperti yang disyorkan KPPK, dapat mengukuhkan sumber rujukan domestik kejayaan aplikasi teknologi CMB sebelum ia dapat diperluas di peringkat antarabangsa.", "Anggaran penjimatan menyeluruh daripada aspek penyenggaraan bagi 1,000 kilometer adalah sebanyak RM167 juta atau 40 peratus lebih rendah berbanding penggunaan bitumen konvensional, sekiranya jangka hayat jalan CMB menjangkau 10 tahun.", "Ujarnya, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM7.2 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-11 bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan berkaitan CMB.", "Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk memperbanyakkan turapan jalan raya mengunakan teknologi CMB, yang siap sepenuhnya pada Mei 2020 merangkumi jalan raya sepanjang 202.68 kilometer di 106 lokasi seluruh negara. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/07/01/ringgit-diramal-naik-minggu-depan-2/
Ringgit diramal naik minggu depan
[ "KUALA LUMPUR – Ringgit berkemungkinan meneruskan aliran peningkatannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan dipacu oleh sentimen keyakinan terhadap perkembangan landskap makroekonomi Malaysia.", "Penganalisis Penyelidikan di firma FXTM, Lukman Otunuga berkata, sejajar dengan penyusutan dolar Amerika yang mencecah paras terendahnya setakat tahun ini ketika komen-komen keras yang dilontarkan oleh bank-bank pusat di luar AS yang menjejaskan dolar, sebaliknya hanya mendorong peningkatan ringgit.", "“Faktor yang berkemungkinan berperanan penting dalam menentukan pergerakan ringgit pada minggu depan adalah reaksi pasaran terhadap minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Terbuka Persekutuan AS dan laporan data penggajian bukan ladang yang boleh memberi kesan.", "“Biar pun aktiviti pengambilan untung akan menyusuli peningkatan ringgit, namun kenaikan harga minyak mungkin terus menyokong unit tempatan itu dan mengekangnya daripada susut,” katanya.", "Sementara itu, Peniaga Kanan di OANDA, Stephen Innes, berkata unjuran dolar AS yang lebih lemah sebaliknya akan menjadi pemangkin terhadap kekukuhan ringgit pada minggu depan.", "Pasaran tukaran asing Malaysia ditutup pada 26-27 Jun bersempena cuti Aidilfitri. Bagi minggu singkat yang baru berakhir ini, ringgit bergerak dalam lingkungan antara 4.2840 dan 4.2920 berbanding dolar AS, sebahagian besarnya dipengaruhi oleh prestasi harga minyak mentah, tekanan jualan dolar AS dan peningkatan persekitaran makroekonomi di negara ini.", "Bagi perbandingan asas Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan lebih rendah pada paras 4.2920/2950 berbanding dolar AS daripada 4.2865/2895 pada Jumaat minggu lepas.", "Ringgit juga diniagakan rendah berbanding kelompok mata wang utama kecuali yen Jepun. Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1181/1220 daripada 3.0912/0944 minggu lepas, merosot berbanding pound Britain kepada 5.5757/5801 daripada 5.4537/4584 serta lemah berbanding euro kepada 4.8963/8015 daripada 4.7880/7918 pada Jumaat minggu lepas.", "Ringgit bagaimanapun meningkat berbanding yen kepada 3.8328/8365 daripada paras 3.8541/8578 sebelum ini. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/01/08/china-buka-semula-sempadan-selepas-3-tahun/
China buka semula sempadan selepas 3 tahun
[ "ANKARA – China membuka semula sempadannya pada Ahad selepas tiga tahun sekatan yang dilaksanakan berikutan pandemik COVID-19.", "Pada 26 Dis Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China mengumumkan tahap COVID-19 diturunkan daripada Kelas A kepada Kelas B.", "COVID-19 telah ditukar daripada “pneumonia novel coronavirus” kepada “novel coronavirus infection,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan suruhanjaya kesihatan itu.", "Selain itu, China tidak akan mengenakan kuarantin ke atas mereka yang memasuki negara itu dan pesakit COVID-19 selain menarik balik dasar ketat “sifar-COVID-19”.", "Bagaimanapun, negara itu menghadapi peningkatan kes COVID-19 sejak beberapa minggu lalu.", "Beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali, Sepanyol, Perancis, Maghribi, Qatar, Kanada, Greece, Malaysia, Finland dan Belanda telah mengumumkan mengenai keperluan keputusan ujian negatif COVID-19 kepada mereka yang tiba dari China.", "Sementara itu, Jerman pada Sabtu menasihatkan rakyatnya tidak melakukan perjalanan yang tidak penting ke China dan mengklasifikasikan negara itu sebagai “kawasan ancaman varian virus” disebabkan gelombang COVID-19 yang sedang melanda di China.", "China pada Jumaat menyatakan bahawa situasi COVID-19 di negara itu terkawal dan banyak negara anggota EU mengalu-alukan pelancong China.", "Mengulas mengenai pertauran yang dikenakan sesetengah negara terhadap pelancong yang datang dari China, jurucakap Kementerian Luar Mao Ning berkata semua langkah tindak balas terhadap COVID-19 harus berdasarkan sains dan fakta serta setara.", "“Seharusnya tidak ada percubaan untuk mempolitikkan isu itu atau mengamalkan amalan diskriminasi yang boleh menjejaskan hubungan antara rakyat,” kata Mao kepada pemberita.", "Beliau berkata pakar China turut menghadiri taklimat dalam talian Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk memberikan maklumat terkini mengenai pandemik itu.- BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2020/07/20/menyantuni-pelajar-mengangkat-wibawa-pendidik/
Menyantuni pelajar mengangkat wibawa pendidik
[ "TEMPOH Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 banyak mengajar ramai insan menjadi lebih berempati dengan nasib yang dilalui insan-insan lain. Ada yang kehilangan pekerjaan, kemurungan kerana terlalu lama berkurung dalam rumah, dan tidak selesa menyendiri dalam dunia sendiri.", "Dalam konteks pendidikan pula, para pensyarah dan guru sebagai pendidik berhadapan dengan cabaran besar untuk mengajar dalam platform digital. Ada pelajar yang tidak mendapat akses internet yang berkualiti, ada yang tidak mahir menggunakan platform pembelajaran digital, dan ada juga yang tidak mendapat sokongan yang sebaiknya akibat tidak bertemu secara berdepan. Saat-saat PKP telah membentuk satu titik penting buat para pendidik untuk menjadi lebih cakna dengan nasib para pelajar.", "Bersangkutan saat-saat berlakunya PKP tersebut, pendidik telah didorong untuk membentuk satu kebolehan yang penting iaitu kemampuan menyantuni para pelajar. Pada saat PKP, pelajar sebenarnya mendambakan para pendidik untuk mendekati mereka kerana tidak mudah untuk para pelajar belajar dalam platform digital. Di sinilah pendidik dituntut untuk memiliki upaya menyantuni.", "Apabila pelajar berasa bahawa pendidik dapat menyantuni mereka, timbul perasaan dalam diri pelajar bahawa pendidik peka dengan keadaan dan keperluan mereka. Ini menimbulkan rasa sayang para pelajar kepada para pendidik mereka. Di sini penulis akan mengemukakan tiga perkara yang membolehkan para pendidik menyantuni pelajar dengan lebih berkesan.", "Mudah Didekati", "Pendidik yang mempunyai ciri mudah didekati (approachable) adalah satu ciri penting pendidik yang berwibawa. Ini termasuklah pendidik bercitra seseorang yang berwajah ceria. Senyuman mempunyai tarikan tersendiri dalam menampilkan keceriaan wajah. Dalam agama Islam, senyum dianggap satu sedekah. Melemparkan senyuman kepada para pelajar, dengan selingan sedikit unsur jenaka yang sesuai, dapat mengeratkan hubungan pendidik dengan pelajar.", "Sesuai dengan fitrah manusiawi, insan yang kelihatan ceria dan suka tersenyum akan lebih mudah didekati berbanding dengan yang bermuka masam. Ini juga terpakai dalam konteks pendidikan, termasuk pembelajaran dalam talian, misalnya. Pendidik dapat melakukan hal ini tatkala memasang butang “on” untuk video persidangan atau merekod video pengajaran yang berserta dengan wajah ceria dan bersemangat.", "Selain itu, ciri mudah didekati juga bermaksud pendidik melayan pertanyaan dan panggilan yang dibuat oleh para pelajar. Membalas mesej pelajar, membuat semula panggilan ketika tidak dapat menjawab panggilan sebelumnya dan bertanyakan khabar antara usaha membina sifat mudah didekati. Ini juga menonjolkan sifat profesionalisme yang tinggi dalam kalangan para pendidik.", "Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik", "Aspek kedua ialah keupayaan menjadi seorang pendengar yang baik. Ini termasuklah memahami cabaran yang dihadapi para pelajar untuk mendapat pembelajaran berkualiti dalam medium internet kerana rata-rata pelajar tidak biasa dengan pendekatan pembelajaran dalam talian dan secara tradisi belajar secara bersemuka.", "Pendidik mampu menjadi pendengar yang baik andai dalam diri bersedia meluang masa seketika mendengar pandangan para pelajar dan mengambil kira keluhan dan rintihan pelajar. Menjadi pendengar yang baik adalah langkah permulaan kepada menjadi seorang pendidik yang mudah menyantuni pelajar. Ini bersangkutan dengan aspek pertama yang telah dikupas tadi.", "Simbol paling cantik yang diciptakan Tuhan ialah dua telinga, kanan dan kiri, yang membawa makna mendalam terhadap keperluan mendengar sekurang-kurangnya dua sisi. Simbolik penciptaan agung oleh Tuhan wajar direnungi dengan sebaik-baiknya oleh para insan, khususnya para pendidik.", "Memberi Maklumbalas Secara Positif", "Maklumbalas yang diberi oleh pendidik kepada pelajar memainkan peranan penting dalam membina hubungan yang lebih bermakna antara kedua-dua pihak. Memberi maklumbalas\nakan membolehkan pelajar mengetahui kekuatan dan kelemahan hasil kerja mereka.", "Dalam soal memberi maklumbalas tentang kelemahan pelajar, pendidik amat perlu peka terhadap unsur emosi. Tidak semua pelajar dapat menerima serta-merta maklumbalas yang menyentuh kelemahan diri mereka.", "Namun, dengan pendekatan yang lebih positif dalam memberi maklumbalas, pendidik boleh menukar nada maklumbalas kepada yang lebih berorientasikan nilai-nilai pengembangan potensi pelajar secara berterusan. Maksudnya ialah maklumbalas tentang kelemahan pelajar disampaikan dalam nada yang lebih optimistik, dengan mengemukakan cadangan-cadangan bernas untuk meningkatkan kualiti kerja pelajar.", "Penulis percaya bahawa misi menjadi pendidik berwibawa adalah satu matlamat jangka panjang kerana banyak cabaran untuk menjadi pendidik sebegini. Tentu saja kesabaran pendidik akan teruji dengan tindak-tanduk para pelajar.", "Namun, dengan cabaran sebeginilah pendidik akan menjadi lebih matang untuk bijaksana menangani sifat dan sikap pelajar yang kompleks dan pelbagai. Akhirnya, dengan kesabaran dan kebijaksanaan para pendidik, mereka akan kekal diingati dengan akhlak terpuji dan bahkan diingati setelah para pendidik meninggalkan dunia ini.", "", " ", "Dr Muhammad Abd Hadi Bunyamin ialah Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)." ]
https://malaysiagazette.com/2020/01/10/isu-pdm-bandau-tutup-katak-melompat-berudu-tak-lompat-sama/
Isu PDM Bandau tutup: Katak melompat, berudu tak lompat sama
[ "KIMANIS – Tindakan 57 ahli Barisan Nasional (BN) di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandau yang mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) semalam sebenarnya hanya satu penipuan dan fitnah.", "Ketua PDM Bandau, Nurliza Abdullah menegaskan, sebenarnya yang keluar parti itu hanya melibatkan lima individu iaitu Razali Daud bersama ahli keluarganya.", "“Sebenarnya itu adalah fitnah, beliau keluar bersama isteri dan anak-anak saja, lebih kurang lima orang sahaja.", "“Yang keluar 57 orang itu sebenarnya tidak benar, jentera-jentera kami masih ada di belakang.", "“Itu adalah fitnah semata-mata untuk melemahkan kami di PDM Bandau,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di PDM Bandau, Membakut, di sini, hari ini.", "Semalam, Razali yang mendakwa dirinya sebagai ketua PDM Bandau bersama 57 ahli BN kawasan itu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Warisan kerana telah hilang keyakinan kepada BN.", "Menurut Razali, keputusan itu dibuat susulan ketidakpercayaan terhadap BN selain tidak berpuas hati dengan pimpinan BN kerana sering meminggirkan mereka sejak berada bersama BN.", "Dalam pada itu, Nurliza juga menafikan sekeras-kerasnya bahawa PDM Bandau yang sekarang tular ditutup sambil menegaskan berita itu sebenarnya itu adalah fitnah.", "“Kami di PDM Bandau masih lagi beroperasi dengan bantuan UMNO Bahagian Batu Sapi, Tenom dan Majlis Tertinggi UMNO dari Kuala Lumpur,", "“Kami kukuh. Sebenarnya yang tutup itu sub markas saja dan ia sebenarnya tidak diiktiraf kerana belakang Razali adalah orang Warisan, iaitu abangnya sendiri.", "“Kami sudah jangka adalah satu permainan Warisan,” katanya.", "Nurliza turut tidak menolak kemungkinan isu PDM Bandau ditutup sudah dirancang dari awal untuk memburukkan BN.", "“Memang kami sudah jangka beliau sudah buat perancangan ini dari awal sebab di belakang Razali Daud ialah abang dia sendiri, iaitu orang kuat Warisan", "“Tidak dinafikan ini adalah perancangan calon Warisan, Datuk Karim Bujang,” katanya.", "Katanya lagi, beliau hairan apabila banyak mengambil kesempatan ketika musim pilihan raya termasuk menggunakan politik wang untuk meraih sokongan.", "“Tidak dinafikan sekarang ini ramai yang mencari (peluang), ramai orang menjala ikan dan memasang pukat.", "“Saya tak menafikan bahawa beliau sedang mencari kesempatan di situ. Janganlah kerana nyamuk seekor kelambu kamu bakar.", "“Katak melompat, berudu tak akan melompat sama,” katanya lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/10/17/prestasi-ltat-amat-teruk-semasa-zaman-ph/
Prestasi LTAT amat teruk semasa zaman PH
[ "KUALA LUMPUR – Prestasi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) merudum sebaik sahaja Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).", "Pentadbir laman Facebook Najib Razak berkata, dividen LTAT jatuh dua peratus pada 2018 dan 2.5 peratus pada 2019.", "Sebagai perbandingan, sejak ia ditubuhkan dan sepanjang tempoh kerajaan Barisan Nasional (BN), LTAT memberi dividen dan bonus melebihi kadar 10 peratus setiap tahun.", "“Purata dividen dan bonus sepanjang tempoh 44 tahun sehingga tahun 2017 sebelum PRU14 ialah 11.3 peratus. Pada tahun 2017, dividen LTAT adalah 12 peratus,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.", "Pentadbir laman Facebook Najib Razak memberitahu, ekonomi negara dan bursa saham yang menjunam amat teruk sepanjang tempoh pemerintahan PH merupakan antara faktor yang menyebabkan prestasi LTAT merudum.", "Katanya, faktor lain adalah tindakan kerajaan PH melewatkan dan membekukan projek kapal tempur pesisir milik LTAT.", "“Selain itu, projek sistem penguatkuasaan automatik (AES) milik LTAT terpaksa diserah kembali kepada kerajaan PH.", "“Setelah diambil alih, kerajaan PH tambah jumlah kamera AES dan mansuhkan kompaun dan diskaun saman untuk tingkatkan pendapatan dari AES – biar pun janji mereka sebelum PRU adalah untuk batalkan AES,” jelasnya.", "Beliau menambah, projek Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang (KVDT2) yang sebahagiannya dimiliki LTAT dibatalkan dan diberi semula setelah dipotong harga 15 peratus.", "Pentadbir laman Facebook Najib Razak berkata, selepas kerajaan PH tumbang, dividen LTAT mula memulih secara perlahan ke 3.5 peratus pada 2020 dan 4.1 peratus pada 2021.", "“Biarpun apa tohmahan, tuduhan atau video propaganda yang dikeluarkan PH untuk mengelirukan dan menipu rakyat, siapa yang jaga kepentingan dan kebajikan veteran dan siapa yang hancurkan adalah amat jelas.", "“Biar fakta dan rekod prestasi berbicara,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/08/08/pogba-bukan-untuk-dijual-kata-mourinho/
Pogba bukan untuk dijual, kata Mourinho
[ "LONDON – Manchester United memberitahu Barcelona yang pihaknya tidak berhasrat untuk menjual Paul Pogba kali ini.", "The Red Devils telah membelanjakan 89 juta pound untuk pemain skuad Perancis menjuarai Piala Dunia 2018 itu untuk membawa kejayaan dalam skuad itu.", "Kelab yang dimiliki adik beradik Glazer dari Amerika Syarikat itu tidak melayan spekulasi yang mengatakan pemain antarabangsa Perancis berkenaan bersedia meninggalkan kelab itu.", "Kenyataan itu menyusul setelah agen pemain itu Mino Raiola sedang brusaha untuk memeterai perjanjian selepas Barcelona meluahkan minat untuk mendapatkan pemain itu.", "Barcelona membuat bidaan ditambah tawaran dua pemainnya.", "Pogba kembali menjalani latihan bersama kelab di Carrington minggu ini dan masih belum disahkan sama ada akan beraksi dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang Leicester City di Old Trafford pada malam Jumaat ini.", "United kini diambang krisis dalam merekrut pemain baharu ke kelab ketika ini.", "Dengan jendela permindahan musim panas bakal membuka tirai dalam masa 24 jam lagi, Man United masih belum berjaya membawa pemain yang disasarkan.", "Jose Mourinho juga kecewa dengan komited yang ditunjukkan Ed Woodward yang masih gagal merekrut nama pemain yang senarai pendek.", "Walaupun beberapa akhbar tabloid berpengkalan di London mendakwa kononya Pogba sudah bersetuju terma kontrak bersama the Catalans, segala maklumat itu masih belum terbukti benar.", "Mourinho juga tidak bersedia untuk melepaskan Pogba selagi tidak memiliki pengganti sesuai.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/02/16/suspek-kes-samun-keluar-bank-ditembak-mati/
Suspek kes samun keluar bank ditembak mati
[ "JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga asing, dipercayai suspek kes samun keluar bank, mati ditembak polis di Jalan Dato Onn Utama, Bandar Dato Onn, dekat sini, malam tadi.", "Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, dalam kejadian 10.50 malam tadi, sepasukan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman dan Unit Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor telah mengekori sebuah kenderaan yang mencurigakan.", "“Apabila sampai di Bandar Dato Onn, mereka telah mengarahkan suspek untuk berhenti.", "“Bagaimanapun, suspek bertindak agresif dan melanggar kenderaan polis serta melepaskan beberapa das tembakan dalam usaha untuk melepaskan diri,” kata beliau kepada pemberita di lokasi kejadian, tengah malam tadi.", "Pihak polis kemudiannya melepaskan tembakan sebelum suspek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.", "Hasil pemeriksaan di lokasi, turut menjumpai sepucuk revolver .38 dalam kereta suspek.", "“Suspek dipercayai terlibat dalam kes samun keluar bank dengan bersenjata dan kami akan terus siasat sama ada suspek turut terlibat dalam kes-kes lain serta rakan-rakan suspek yang sama terlibat dalam kes samun keluar bank,” kata Mohd Kamarudin.", "Suspek berusia 40-an itu dipercayai terlibat dalam kumpulan samun keluar bank yang turut disertai warga tempatan dan turut terlibat dengan lebih empat kes seumpama itu di Johor, Melaka dan beberapa negeri lain, sejak tahun lepas.", "Kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/06/02/ketepikan-sentimen-kenegerian-pilih-naib-canselor-ums/
Ketepikan sentimen kenegerian pilih Naib Canselor UMS
[ "KUALA LUMPUR – Pemilihan calon bagi jawatan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) tidak seharusnya dijadikan polemik dengan memasukkan sentimen kenegerian.", "Ia bagi mengelak terjejasnya keberkesanan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dalam kalangan rakyat di negara ini, kata Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd. Isa.", "Menurutnya, dalam soal pendidikan baik di peringkat rendah, menengah atau universiti, sentimen kenegerian harus diketepikan.", "Menurutnya, universiti awam (UA) dan mana-mana pusat pendidikan harus menjadi sebuah institusi yang dapat memacu pemikiran rakyat ke arah pemikiran sebagai sebuah negara bangsa yang berjaya.", "“Sekiranya sentimen kenegerian mempengaruhi kepimpinan sesebuah universiti, maka usaha-usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang geografi dan budaya sudah pasti tidak dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya menerusi kenyataan hari ini.", "Zambri mengulas mengenai kekhuatiran kerajaan negeri Sabah yang diwakili ketua menterinya, Datuk Seri Musa Aman berhubung isu bukan anak Sabah bakal mengambil alih jawatan Naib Canselor UMS.", "Dalam pada itu Zambri berkata, soal calon berkenaan adalah dari negeri Sabah atau bukan, ia harus dilihat dari perspektif kelangsungan UMS sendiri untuk jangka panjang sama ada individu berkenaan benar-benar memenuhi kriteria yang telah digariskan sebagai seorang ketua eksekutif universiti.", "Justeru kata beliau, kerajaan negeri Sabah perlu bersikap terbuka sekiranya ada calon bukan berasal dari tersebut yang benar-benar berkaliber dipilih menerajui UMS. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/01/23/pohon-ydpa-campur-tangan-halang-kegilaan-rebut-jawatan-pm/
Pohon YDPA campur tangan, halang ‘kegilaan’ rebut jawatan PM
[ "KUALA LUMPUR – Yang Dipertuan Agong (YDPA) dimohon campur tangan dalam pentadbiran negara yang kini sedang bergelut dengan kegilaan pemimpin tertentu yang berebut jawatan Perdana Menteri.", "Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii menegaskan, sekiranya perebutan jawatan itu tidak dibendung ia kelak akan menjejaskan kestabilan negara.", "“Sekiranya keadaan ini berterusan, Malaysia tidak akan dapat ditadbir dengan baik, rakyat sudah merasai kegawatan ekonomi, perut mereka lapar.", "“Peranan DYMM Agong untuk campur tangan di dalam menentukan negara ini lebih terjamin kerana kerajaan yang ada hari ini tidak membawa kebaikan kepada rakyat.", "“Patik dan rakyat jelata memohon campur tangan DYMM Seri Paduka Baginda untuk menghentikan kegilaan ini bagi menjamin kestabilan dan keharmonian Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.", "Menurut Razlan, kegilaan kumpulan tertentu dalam PKR dan DAP untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri memberi persepsi buruk menyebabkan pelabur asing takut untuk melabur di dalam negara.", "“Dari awal pemerintahan sehingga hari ini, tekanan demi tekanan di antara kepimpinan menyebabkan rakyat diheret dengan dasar-dasar ciptaan sebahagian pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang tidak berperlembagaan.", "“Bukan hanya ekonomi tidak terurus, kepentingan Melayu dan Bumiputera juga menjadi polimik yang membawa kepada huru-hara di antara hubungan kaum,” katanya.", "Dakwanya, bukti jelas dapat dilihat apabila kerajaan India tidak mahu berunding di Davos, malah ia pertama kali dalam sejarah sebuah negara menolak pelawaan Malaysia untuk berbincang.", "“Jepun melalui berita Nikkie melaporkan Malaysia tidak mempunyai hala tuju yang jelas dalam ekonomi, malah Jepun sanggup melabur di Indonesia bagi pulangan yang lebih terjamin.", "“Sekiranya keadaan ini terus berlaku, negara kita hancur kerana kegagalan menteri-menteri PH serta dasar luar tidak diplomatik dan sering mencari gaduh dengan negara yang mempunyai kepentingan ekonomi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/07/21/agong-zahir-takziah-kepada-keluarga-kebakaran/
Agong zahir takziah kepada keluarga kebakaran
[ "KUANTAN – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga tiga mangsa yang maut dalam kebakaran di Kampung Sungai Isap 2 di sini, pagi tadi.", "“Takziah buat keluarga mangsa. Al-Fatihah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang solihin dan muttaqin,” titah baginda menerusi pesanan WhatsApp menerusi pegawai baginda.", "Sultan Abdullah juga menitahkan supaya pihak berkuasa yang terlibat, untuk segera memberi bantuan termasuk membina semula tiga buah rumah yang musnah dalam kebakaran itu.", "Pada kejadian 7.45 pagi tadi, mereka yang maut selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran itu ialah Sharifah Azlina Syed Kassim, 37, dan dua anaknya iaitu Muhammad Haikal Hakimi Hairol, 11, serta Muhammad Adam Daniel, 7.", "Mayat Sharifah Azlina dijumpai rentung dalam bilik belakang rumah itu manakala Muhamad Haikal dan Muhamad Adam Daniel ditemukan di sebuah lagi bilik belakang rumah yang dihuni lapan individu itu.", "Kejadian juga menyebabkan suami Sharifah Azlina, Hairol Khalid, 38, adik Sharifah Azlina, Syed Azman, 25, dan isterinya Norazilah Abdullah, 23, parah.", "Adik Norazilah, Nor Syawalina Abdullah, 19, pula cedera ringan, manakala anak Syed Azman, Muhammad Alif Asyraf, 6, tidak mengalami kecederaan.", "Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Sani Harul berkata siasatan awal mempercayai kebakaran bermula di bahagian tengah rumah itu, sebelum merebak ke rumah berhampiran.", "Katanya, bomba dengan kekuatan dua jentera bersama 17 pegawai dan anggota mengambil masa hampir 20 minit untuk mengawal kebakaran dan semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, hari ini.", "Selain rumah mangsa, sebuah rumah yang terlibat difahamkan adalah rumah ayah bekas pemain bola sepak Pahang, Zulhamuzan Zakaria, yang pernah membantu Pahang menjulang beberapa kemenangan sekitar awal 1990-an.", "— BERNAMA" ]