url
stringlengths
42
231
headline
stringlengths
9
119
content
sequence
https://malaysiagazette.com/2018/06/04/peguam-negara-perlu-faham-isu-syariah-bekas-peguam/
Peguam Negara perlu faham isu syariah
[ "KUALA LUMPUR – Seorang Peguam Negara yang dilantik harus memahami selok belok isu syariah yang kompleks, menurut seorang bekas peguam Persekutuan, Mohd. Jamizal Zainol.", "Menurutnya, individu yang dilantik oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) harus bekerjasama dengan 600 peguam Persekutuan dan bukan sahaja perlu bijak memahami bidang birokrasi semata-mata.", "“Peguam Negara bukan hanya perlu bijak tetapi juga memahami selok belok birokrasi. Peguam Negara sekurang kurangnya memahami sistem kerana beliau bukan sahaja sebagai Peguam Negara tetapi juga mentadbir sebuah Jabatan dan biasa dengan arahan arahan pentadbiran, kewangan dan pekeliling kerajaan,” katanya dalam Facebook rasmi beliau hari ini.", "Isu pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dibidas ramai pihak termasuk parti politik.", "Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali mendakwa Tommy bersifat sekular dan tidak layak untuk menjawat jawatan Peguam Negara.", "Oleh itu, Pas meragui keperibadian Tommy yang dilihat akan membantutkan usaha memartabatkan agenda Islam yang menjadi teras kedaulatan negara ini.", "Pelantikan Tommy dihambat kontroversi apabila Istana Negara menolak pelantikan Tommy, malah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sedang berusaha untuk menyelesaikan isu pelantikan tersebut.", "Justeru itu, Mohd. Jamizal berkata, ramai lagi individu dalam arena undang-undang yang boleh diketengahkan sebagai Peguam Negara.", "“Ramai lagi bekas hakim beragama Islam yang layak, bebas dan mampu mereformasikan Jabatan ini. Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hishamudin Mohd Yunus antara calon yang layak.", "“Calon -calon tersebut sedikit sebanyak telah terlibat dalam sistem dan memahami selok belok pentadbiran dan isu isu syariah yang kompleks.", "“Mereka juga dikenali sebagai tokoh yang bebas dan membuat keputusan berdasarkan fakta dan hukum undang undang tanpa dipengaruhi oleh tekanan politik dan persepsi masyarakat,” katanya lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/04/08/manifesto-pertama-dalam-sejarah-beri-penghormatan-wanita-shahrizat/
Manifesto pertama dalam sejarah beri penghormatan wanita – Shahrizat
[ "Beliau berkata, penghormatan yang ditunjukkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Manifesto BN untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) itu merupakan satu sejarah bukan sahaja kepada Wanita BN bahkan kepada seluruh rakyat Malaysia.", "“Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Pengerusi BN kerana di bawah kepimpinan beliau meletakkan wanita di satu tempat yang amat mulia.", "“Hari ini Datuk Seri Najib dan Kerajaan BN meletakkan ibu, wanita dan isteri di satu tempat yang amat mulia. Kesejahteraan wanita, kebahagian wanita, kejayaan wanita menjadi akujanji utama Manifesto BN,” katanya yang ditemui pemberita selepas Pelancaran Manifesto BN di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam ini.", "Shahrizat berkata, bagi memperincikan inisiatif kepada golongan wanitu itu, pihaknya juga akan melancarkan Manifesto Wanita BN dalam masa terdekat.", "“Kami Wanita bersama Datuk Seri Najib kita akan lancarkan Manifesto Wanita yang akan memperincikan penghormatan yang diberikan oleh Preside BN kita,” katanya.", "Manifesto BN untuk PRU14 kali ini menggunakan tema ‘Bersama BN, Hebatkan Negaraku’ yang mengandungi 14 teras utama dengan lebih 200 insentif dalam 364 muka surat.", "‘Ibu dan Wanita, Dikaulah Ratu Hati Negaraku’ merupakan insentif untuk golongan wanita, ibu dan isteri serta menjadi pembuka kepada Manifesto BN kali ini. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/01/30/dipercayai-dera-anak-sampai-mati-suami-isteri-direman-tujuh-hari/
Dipercayai dera anak sampai mati, suami isteri direman tujuh hari
[ "MELAKA – Sepasang suami isteri, masing-masing berusia 32 dan 38 tahun direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes dera sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.", "Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka ACP Mohd Sukri Kaman berkata perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Mohd Anuar Ostadi di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.", "Semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut, dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya dalam kejadian di Taman Krubong Jaya di sini.", "Kanak-kanak malang tersebut didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu namun siasatan siasatan awal polis mendapati terdapat kecederaan fizikal pada badan mangsa.", "Mayat kanak-kanak tersebut dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2022/08/20/tiga-kawasan-johor-bahru-kulai-dilanda-banjir-kilat/
Tiga kawasan Johor Bahru, Kulai dilanda banjir kilat
[ "JOHOR BAHRU – Hujan lebat tanpa henti sejak petang tadi di menyebabkan beberapa kawasan di Johor Bahru dan Kulai dinaiki air.", "Kawasan terlibat ialah Kampung Maju Jaya (Johor Bahru) dan Taman Aman dan Kampung Sepakat Jaya (Kulai).", "Menurut kenyataan Pusat Kawalan Operasi Daerah Johor Bahru, setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.", "Katanya, banjir kilat yang berlaku pukul 3.12 minit petang berlarutan selama dua jam itu disebabkan saliran air longkang yang tersumbat.", "Tambahnya, bagi daerah Kulai, banjir kilat difahamkan berlaku pada jam 4.30 petang berpunca daripada hujan berterusan dengan hujan turun melebihi 100 milimeter (mm) menyebabkan paras air sungai naik. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/03/24/plus-tunda-pelaksanaan-rfid/
PLUS tunda pelaksanaan RFID
[ "KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) terpaksa menunda tarikh pelaksanaan sistem kutipan tol menggunakan RFID di semua plaza tol sistem tertutup di Lebuhraya PLUS dan LPT2 yang dijadualkan bermula pada 1 April ini.", "Ketika penularan wabak Covid-19 ini, keselamatan dan kesihatan kakitangan PLUS termasuk pelanggan lebuh raya adalah menjadi keutamaan, oleh itu, semua ujian dan kerja progresif berkaitan sistem tersebut dihentikan sementara berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)", "PLUS berkata, semua persiapan untuk memastikan persediaan RFID di semua lebuh raya kendalian PLUS akan bersambung sejurus selepas tempoh PKP berakhir.", "”Apabila siap kelak, semua 83 plaza tol sistem tertutup di lebuh raya PLUS dan 10 plaza tol di LPT2 (Lebuhraya Pantai Timur 2) akan dilengkapi dengan kemudahan pembayaran tol menggunakan RFID,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/11/21/mati-dalam-beriman-lebih-penting-sindir-annuar-musa/
‘Mati’ dalam beriman lebih penting, sindir Annuar Musa
[ "KUALA LUMPUR – Jurucakap Bersatu dan sudah ‘mati’ dalam UMNO adalah antara tohmahan yang dilemparkan terhadap Tan Sri Annuar Musa kerana dilihat lantang mempertahankan Tan Sri Muhyiddin Yassin berbanding partinya sendiri.", "Namun Menteri Wilayah Persekutuan itu tidak melatah biarpun dilabel dengan bermacam gelaran, namun beliau tenang sambil menyindir ‘mati dalam keadaan beriman lebih penting daripada segala-galanya’.", "“Ya Alhamdulillah, kalau saya mati dalam UMNO dan selain saya mati dalam Islam dan memang saya nak mati dalam UMNO.", "“Sesetengah kawan saya lama-lama duduk dalam UMNO…mati dalam parti lain….sebab mati ini ketentuan ilahi", "“Kalau dia kata saya mati dalam UMNO, kira okay laa, tiada masalah, Alhamdulillah, yang penting mati dalam beriman,” katanya pada sidang media di Menara DBKL 3, hari ini.", "Beliau mengulas laporan portal FreeMalaysiaToday hari ini bahawa Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan Annuar sebagai figura yang sudah mati dalam perjuangan UMNO.", "Menurut Nur Jazlan, walaupun Annuar sudah mati dalam UMNO, namun Ahli Parlimen Ketereh itu masih enggan melompat ke Perikatan Nasional (PN).", "Terdahulu Annuar menegaskan UMNO perlu sedar diri dan tidak berhak mempersoalkan layanan diterima parti itu dalam Kabinet Muhyiddin.", "Dalam satu wawancara bersama Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan anjuran Umno Online kelmarin, Annuar juga mendakwa segelintir ahli dalam parti itu sudah lupa, UMNO adalah parti yang kalah dan sudah jatuh. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/01/19/bekas-pelajar-warga-asing-kembali-ke-malaysia-edar-ganja-dicekup-polis/
Bekas pelajar warga asing kembali ke Malaysia edar ganja dicekup polis  
[ "SEPANG – Seorang lelaki berbangsa Arab yang disyaki mengedar dadah di sekitar Lembah Klang ditahandalam serbuan di sebuah kondominium di Bandar Sierra, Puchong pada Ahad lalu,", "Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dalam serbuan itu polis menemui tiga paket plastik mengandungi leraian daun kering disyaki ganja, empat paket ketulan mampat disyaki ganja dan dua ketulan mampat daun kering dibaluti foil aluminium disyaki ganja seberat 2.1 kilogram.", "Katanya, soal siasat ke atas suspek berusia 23 tahun itu membawa pemenuan 213 ketulan mampat dedaun kering berbalut disyaki ganja seberat 219.16 kilogram dalam sebuah kereta yang diletakkan di kawasan parkir kondominium tersebut.", "” Jumlah keseluruhan rampasan dadah adalah seberat 221.26 kilogram bernilai RM663,798,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.", "Menurut Wan Kamarul Azran, siasatan mendapati dadah yang diperoleh daripada negeri di utara Semenanjung itu adalah untuk untuk diedarkan di sekitar Lembah Klang.", "Tambah beliau, suspek yang dilibatkan dalam ujian saringan air kencing didapati positif Methaphetamine dan Amphethamine serta THC.", "“Siasatan lanjut polis mendapati suspek seorang bekas pelajar kolej swasta di negara ini pada tahun 2018 hingga 2020 sebelum pulang ke negara asal dan suspek kembali ke negara ini menggunakan visa pelancong yang telah tamat 17 Januari 2023.", "“Suspek juga merupakan dalang serta pengedar dalam kegiatan dadah ini dan dia hanya mensasarkan pelanggannya menerusi rangkaian yang diwujudkan dan terdiri daripada rakan senegara untuk berurus niaga dadah dan baru empat bulan dia aktif melakukan kegiatan ini,” ujarnya.", "Wan Kamarul Azran berkata, polis sedang memburu seorang lagi suspek warga asing yang disyaki bersubahat dalam kegiatan pengedaran dadah itu.", "Katanya, suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 22 Januari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta 15 kali sebatan jika disabitkan kesalahan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/08/15/lindelof-perlukan-masa-mourinho/
Lindelof perlukan masa – Mourinho
[ "MANCHESTER – Jose Mourinho berpendapat bek tengah baharunya, Victor Lindelof memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).", "Pengendali Portugal itu berkata, dia yakin pemain antarabangsa Sweden itu akan mampu menyinar tidak lama lagi selepas mendapat rentak permainan.", "“Henrikh Mkhitaryan bukanlah seorang pemain pertahanan, namun pada musim lalu, dia turut memerlukan masa. Kita perlu bergerak dari masa ke semasa kerana Victor adalah seorang pemain yang fantastik.", "“Saya fikir perlawanan menentang Real Madrid (di UEFA Super Cup) adalah terlalu awal buat dirinya bermain kerana Jones dan Bailly keduanya digantung perlawanan,” katanya kepada MUTV.", "Mourinho menjelaskan, dia pernah memiliki pemain yang datang dari liga yang berlainan ke EPL dan kebiasaannya bukanlah satu perkara yang mudah. ", "“Ianya berlainan buat Lukaku dan Matic kerana mereka telah lama di Liga Perdana Inggeris.\n", "“Saya membawa Ricardo Carvalho ke Chelsea pada 2004 dan dia adalah seorang pemain yang cukup menakjubkan.", "“Dia salah seorang pemain pertahanan tengah yang cukup hebat di EPL namun juga melalui cabaran yang sukar. Ianya adalah sukar buat dirinya untuk datang dan menyesuaikan diri pada mulanya,” katanya.", " " ]
https://malaysiagazette.com/2022/10/28/perak-lancar-program-mahasiswa-sejahtera/
Perak lancar program ‘Mahasiswa Sejahtera’
[ "KUALA KANGSAR – Kerajaan negeri Perak hari ini melancarkan program ‘Mahasiswa Sejahtera’ dalam usaha memastikan mahasiswa dan mahasiswi dalam golongan B40 di negeri itu tidak berlapar.", "Ia merupakan kesinambungan daripada program Tuisyen Cikgu Saarani yang bertujuan membantu golongan itu berjaya dalam kehidupan dengan menggelakkan kemiskinan dijadikan alasan sebagai penghalang untuk berjaya.", "Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, program Mahasiswa Sejahtera disusun dan dirancang bagi membela kebajikan anak Perak.", "Katanya, program tersebut akan menyalurkan RM150 dalam bentuk e-walet kepada mahasiswa dan mahasiswi dari kumpulan asnaf dan keluarga miskin untuk digunakan membeli makanan dan barangan keperluan pelajar di kiosk yang dikendalikan oleh graduan atau usahawan di universiti dikenal pasti.", "“Kebetulan, saya menjadi Menteri Besar ketika gelombang kedua Covid-19 sedang memuncak, antara perkara pertama yang lakukan pada waktu itu ialah mewujudkan program Tuisyen Cikgu Saarani.", "“Bukan itu sahaja sebaliknya juga sediakan makanan percuma kepada calon-calon peperiksaan, kita berikan telefon bimbit percuma kepada anak-anak keluarga susah. Kita wujudkan studio-studio untuk memudahkan guru membuat kelas secara online.", "“Alhamdulillah, dengan komitmen jitu guru, pihak sekolah dan ibu bapa, inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani telah membuahkan hasil dengan prestasi Gred Purata Nasional (GPN) peperiksaan SPM di Perak pada tahun 2020 menunjukkan peningkatan iaitu pada aras 4.88 berbanding 4.91 yang direkodkan pada tahun 2019. Ia merupakan catatan GPN yang terbaik dalam tempoh lima tahun,” katanya.", "Beliau menyatakan demikian pada majlis Pelancaran Mahasiswa Sejahtera di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini, hari ini.", "Menurut Saarani, walaupun negara telah memasuki fasa pemulihan namun impak Covid-19 masih dirasai khususnya golongan B40.", "“Saya tahu, ada siswa kita yang tidak cukup makan kerana dibelenggu kemiskinan malah ada berdepan kesusahan walaupun untuk membeli tuala wanita.", "“Atas kesedaran itu, saya bersetuju supaya diwujudkan program Mahasiswa Sejahtera ini sebagai lanjutan kepada program Tuisyen Cikgu Saarani yang kita laksanakan di sekolah-sekolah,” ujarnya.", "Kata Shaarani, program Mahasiswa Sejahtera mengetengahkan yang antara lain membantu mahasiswa dari golongan B40 dan asnaf di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Perak mendapatkan makanan yang berkhasiat dan mampu milik.", "Katanya, program tersebut juga mampu melahirkan usahawan yang berdaya tahan daripada golongan belia dan graduan selain menjana peluang pekerjaan di sepanjang rantaian bekalan makanan dan minuman berlandaskan platform digital.", "“Ini sekaligus juga akan menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi, modal insan dan  jaminan sekuriti makanan di Perak.", "“Program ini juga melibatkan kolaborasi secara menyeluruh antara Kerajaan Negeri dengan pelbagai pihak termasuk, universiti, agensi zakat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri, penyedia aplikasi usahawan digital dan sektor korporat,” jelasnya.", "Sementara itu, Shaarani memberitahu, satu tabung amanah akan diwujudkan bagi mengumpul dana daripada kerajaan negeri dan  universiti selain menerima sumbangan pelbagai pihak.", "“Melalui program ini juga kita akan menyediakan tapak dan kiosk perniagaan serta latihan keusahawanan kepada mahasiswa. Para pelajar kita boleh gunakan e-walet mereka untuk beli makanan serta keperluan.", "“Buat permulaan, program Mahasiswa Sejahtera ini akan dilaksanakan projek perintis di USAS dan insya-Allah dengan kerjasama daripada pelbagai pihak, kita perluaskan di universiti-universiti lain di Perak,” jelasnya." ]
https://malaysiagazette.com/2022/03/11/plus-nafi-beri-diskaun-50-untuk-pulang-mengundi/
PLUS nafi beri diskaun 50% untuk pulang mengundi
[ "KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menafikan telah mengeluarkan kenyataan media tentang pemberian diskaun tol 50 peratus untuk orang ramai yang pulang untuk mengundi sepertimana yang tular pada ketika ini.", "Pada masa yang sama, PLUS amat memandang serius perbuatan menggunakan logo syarikat untuk mengelirukan orang ramai dan bekerjasama dengan pihak berwajib untuk mengambil tindakan terhadap individu serta pihak yang terbabit.", "Selain daripada agensi media yang sah, semua kenyataan media PLUS juga disiarkan menerusi saluran komunikasi rasmi syarikat ini termasuklah media sosial. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/01/16/harga-barang-naik-hanya-propaganda-yusuf-azmi/
Harga barang naik hanya propaganda – Yusuf Azmi
[ "KUALA LUMPUR – Kenaikan harga barang yang sering disebut berlaku pada musim perayaan hanyalah propaganda.", "Aktivis Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia, Muhammad Yusuf Azmi berkata, alasan yang sering diberikan adalah disebabkan kenaikan harga petrol.", "“Ini penipuan yang sangat besar. Saya bercakap ni selepas pasukan kami turun padang.", "“Rata-rata pembekal dan kartel bermain harga barang setiap tahun,” katanya dalam program SKOP MG malam tadi.", "Beliau berkata, pembekal dan kartel adalah pihak yang menentukan harga di pasaran.", "“Mereka kata, harga petrol menjadi punca sedangkan kenaikan petrol tidak begitu membebankan.", "“Mereka mengawal kerana mereka ada lesen.", "“Bayangkan harga petrol naik, tapi mereka menekan kepada harga setiap barang, memang tak masuk akal,” katanya.", "Jelasnya, sepatutnya pihak kerajaan tidak mengganggu peniaga runcit dan kecil.", "“Pihak kerajaan tidak patut minta peniaga kecil atau peruncit turun harga sedangkan pembekal inilah yang menjadi punca semuanya.", "“Pemborong pun dapat harga mahal daripada pembekal, inilah masalah dan perlu diselesaikan segera,” katanya.", "Mengambil contoh harga telur ayam yang semakin naik, Muhammad Yusuf Azmi berkata, inilah yang berlaku jika tidak ada penguatkuasaan yang telus untuk menanganinya.", "“Saya tidak nampak ada usaha untuk membanteras perkara ini, selalu dicari salah adalah peniaga kecil.", "“Saya sangat berharap kerajaan benar-benar mengkaji perkara ini kerana kami sudah berikan solusi atau apa yang perlu dibuat, tapi kalau tak ada tindakan, tak tahulah nak cakap apa lagi,” katanya.", "Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar kerajaan segera menubuhkan jawatankuasa khas memerangi orang tengah.", "“Dengan adanya jawatankuasa ini, saya yakin akan ada perubahan dan isu kenaikan harga barang tak akan terjadi lagi.", "“Jangan lagi marah peruncit atau pengguna yang tak tahu berjimat, sebaliknya orang tengah yang meletakkan harga tidak masuk akal,” katanya. -MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/09/28/jkr-siap-siaga-hadapi-musim-peralihan-monsun/
JKR siap siaga hadapi musim peralihan monsun
[ "NIBONG TEBAL – Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarahkan memantau kawasan cerun dan jalan raya yang berisiko berlaku tanah runtuh sebagai persediaan menghadapi musim peralihan monsun tidak lama lagi . ", "Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihaknya bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan dengan menempatkan pasukan JKR serta syarikat konsensi di lapangan bagi kerja pemantauan keadaan cerun dan laluan jalan raya.", "“Bila berlaku perubahan monsun akan terjadi ribut petir dan hujan yang lebat, jadi dalam mesyuarat minggu lalu kita telah arahkan pasukan JKR membuat pemantauan terutama di kawasan berisiko berlaku tanah runtuh supaya langkah pencegahan awal dapat diambil.", "“Sekiranya dapat dikesan kita kena lihat dari segi keselamatan supaya dapat memberi amaran awal kepada pengguna dan memasang segala peralatan yang perlu termasuk membuat lencongan atau menutup jalan sekiranya perlu,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Laluan Persekutuan FT001 dari Persimpangan Permatang Keling ke Jambatan di Atas Sungai Junjung, Simpang Ampat, di sini, hari ini.", "Pada majlis sama, Fadillah merasmikan projek naik taraf jambatan merentasi persimpangan Jalan Persekutuan ke Jalan Transkrian. ", "Mengulas mengenai projek naik taraf laluan Persekutuan dalam daerah Seberang Perai Selatan, Fadilah berkata, projek yang dilaksanakan pada 5 Disember 2017 itu siap dibina daripada tempoh ditetapkan iaitu pada 24 Februari lalu.", "Jelas beliau, projek terbabit juga disiapkan dengan penjimatan sebanyak RM7.24 juta daripada kos asal sebanyak RM116.6 juta", "“Penjimatan ini satu petanda yang baik dalam usaha kerajaan mengamalkan penjimatan dalam perlaksanaan projek-projek infrastruktur negara.", "“Bagi projek menaiktaraf jambatan FT 001/724/5 yang merentasi Sungai Kerian dan membina jejambat merentasi persimpangan Jalan Persekutuan ke Jalan Transkrian FT001/FT283 pula, ia dijangka siap pada 7 Julai 2024 dengan kos RM209 juta,” kata beliau. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/05/15/seorang-suspek-rompak-dan-rogol-di-kinrara-ditahan/
Seorang suspek rompak dan rogol di Kinrara ditahan
[ "SERDANG – Salah seorang daripada dua suspek kes rogol dan rompak di sebuah pusat judi di Bandar Kinrara telah ditahan polis.", "Suspek berusia 26 tahun itu ditahan di Kuala Selangor pada kira-kira jam 5.30 petang Ahad.", "“Kami masih mencari seorang lagi suspek,” kata Ketua Polis Serdang, ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias semasa sidang media di sini hari ini.", "Kes tersebut menjadi hangat selepas sebuah klip video menunjukkan dua orang lelaki memasuki sebuah pusat judi dan kemudiannya merogol seorang pekerja wanita viral di media-media sosial.", "Pemilik kedai tersebut membuat laporan polis di balai polis Bandar Kinrara pada Sabtu yang mana kejadiaan tersebut berlaku pada Khamis.", "Menurut ACP Megat, dua lelaki yang dilihat di dalam gambar-gambar yang menjadi viral itu bukan suspek kejadian", "“Itu kes lain,” katanya.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/07/12/muhyiddin-tentu-rasa-goyah-puad/
Muhyiddin tentu rasa goyah – Puad
[ "KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin tentu goyah apabila membaca komenTun Daim Zainuddin bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) akan ‘bungkus’ pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.", "Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi berkata, logik paling ketara ialah Bersatu tidak ada akar umbi yang kuat, lantaran itu parti ini rapuh.", "Majoriti ahli Parlimennya pula adalah ‘katak’, bila-bila masa boleh lari, tambahnya.", "Lagipun, Muhyiddin bukan perdana menteri lagi dan Bersatu tiada tempat penggantungan kukuh.", "“Dia (Muhyiddin) yang dianggap gagal dan tidak ada daya tarikan.", "“Dia (Muhyiddin) bergantung pada akar umbi Pas tetapi Pas mungkin guna logo sendiri.", "Daim dalam wawancara dengan sebuah portal meramalkan Pas bakal memperoleh lebih banyak kerusi pada PRU15 susulan perpecahan dalam Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).", "Bukan sahaja itu, beliau turut menjangkakan parti dalam PH bakal kehilangan sebilangan kerusi yang dimenanginya pada 2018 yang lalu.", "Menurut Daim, pembangkang tidak akan dapat majoriti kerana DAP akan kehilangan sebilangan kerusi sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan kalah lebih lagi.", "“Bagi Pejuang (Parti Pejuang Tanah Air), saya rasa sudah habis dan begitu juga Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia),” ujar beliau. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/10/03/ahli-kwsp-kini-15-juta-sumbangan-meningkat-kepada-rm16-52-bilion/
Ahli KWSP kini 15 juta, sumbangan meningkat kepada RM16.52 bilion
[ "KUALA LUMPUR – Bilangan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat 1.41 peratus kepada 15 juta manakala jumlah sumbangan meningkat 7.27 peratus kepada RM16.52 bilion pada suku kedua 2017, menjadikan jumlah sumbangan terkumpul ahlinya kepada RM712 .04 bilion.", "Pada suku kedua 2016, jumlah ahlinya seramai 14.80 juta.", "Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP Datuk Mohd Naim Daruwish berkata daripada 15 juta ahli, 6.97 juta atau 46.47 peratus merupakan penyumbang aktif.", "Beliau bagaimanapun berkata jumlah majikan baharu yang berdaftar, merosot 2.14 peratus kepada 14,952 berbanding 15,279 majikan yang didaftarkan pada suku kedua yang sama 2016, katanya dalam satu kenyataan.", "Pengeluaran Sekali Gus bagi Umur 60 menyaksikan 13,957 permohonan diluluskan berjumlah RM358.67 juta, manakala Pengeluaran Umur 60 Flexi menyaksikan sebanyak 27,476 permohonan yang diluluskan berjumlah RM624.28 juta.", "Sementara itu, beliau berkata permohonan bagi Pengeluaran Fleksibel Umur 55 yang diluluskan pada suku kedua 2017 menurun 50.96 peratus kepada 44,679 berbanding 91,111 permohonan yang diluluskan pada suku yang sama pada 2016.", "Jumlah yang dikeluarkan menerusi skim tersebut sebanyak RM1.73 bilion berbanding RM2.70 bilion pada 2016. Pada suku pertama 2017 sebanyak 55,925 permohonan diluluskan bernilai RM2.21 bilion.", "Permohonan yang diluluskan untuk Pengeluaran sekali gus Umur 55 pada suku semasa, juga menurun 25.32 peratus kepada 41,031 (RM2.45 bilion) berbanding 54,946 permohonan yang diluluskan (RM2.69 bilion) pada tempoh yang sama tahun lepas.", "Pada suku pertama 2017 terdapat 49,371 permohonan yang diluluskan berjumlah RM3.30 bilion.", "Kadar majikan ingkar pada suku tahun itu stabil kepada 1.11 peratus, yang menunjukkan kecekapan KWSP dalam tindakan pemulihan selain meningkatkan kesedaran dalam kalangan majikan terhadap kesejahteraan persaraan pekerja masing-masing, katanya.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2018/06/04/harga-minyak-merosot-2/
Harga minyak merosot
[ "SINGAPURA – Niaga hadapan minyak mentah Brent merosot untuk sesi kedua dalam dagangan jari ini dengan harga di bawah tekanan daripada pengeluaran Amerika Syarikat dan jangkaan bekalan OPEC yang lebih tinggi.", "Penanda aras global Brent turun 0.16% kepada AS$76.67 setong.", "“Minyak mentah kekal di bawah tekanan kerana pasaran terus memberi tumpuan kepada perbincangan antara ahli OPEC mengenai sama ada mereka perlu meningkatkan pengeluaran pada akhir tahun ini.", "“Di Amerika Syarikat, data juga menunjukkan gambaran suram, pengeluaran minyak mentah naik ke rekod lain, sementara aktiviti penggerudian meningkat lagi,” kata ANZ dalam nota penyelidikannya.", "Tetapi US West Texas Intermediate (WTI) niaga hadapan mentah naik AS$0.06 sen, atau 0.09 peratus kepada AS$65.87 setong.", "Minggu lalu, pasaran kehilangan kira-kira 3 peratus, menambah penurunan hampir 5.0 peratus berbanding minggu sebelumnya.", "“Kita akan berada dalam musim panas, musim permintaan yang tinggi dan kita akan melihat kejatuhan dalam inventori minyak mentah Amerika Syarikat tetapi output minyak syal sedang berkembang,” kata Tony Nunan, pengurus risiko minyak di Mitsubishi Corp di Tokyo.", "Arab Saudi telah berbincang dengan Rusia untuk meningkatkan pengeluaran bagi mengimbangi kerugian bekalan dari Venezuela dan menangani kebimbangan mengenai kesan sekatan Amerika Syarikat ke atas Iran.", "Rosneft pengeluar minyak Rusia yang terbesar akan dapat mengembalikan 70,000 tong sehari dalam masa dua hari jika had pengeluaran global ditarik semula, kata Renaissance Capital dalam nota penyelidikannya.", "Pengeluaran minyak mentah Amerika Syarikat meningkat pada bulan Mac kepada 10.47 juta tong sehari, mengikut rekod bulanan, kata Pentadbiran Maklumat Tenaga. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/11/19/jin-wei-raih-kejuaraan-remaja-dunia-kali-kedua-di-kanada/
Jin Wei raih kejuaraan remaja dunia kali kedua di Kanada
[ "KUALA LUMPUR –  Pemain muda wanita negara, Goh Jin Wei mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila meraih Kejuaraan Badminton Remaja Dunia BWF di Markham, Kanada pada Ahad (Isnin di Malaysia).", "Pemain pilihan ketiga itu menampilkan aksi bertenaga dengan menewaskan pilihan ke-13, Line Christophersen dari Denmark menerusi kemenangan 21-13 dan 21-11 pada aksi final di Markham Pan Am Centre, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfbadminton.com.", "Kejuaraan tersebut adalah yang kedua diraih anak jati Pulau Pinang itu yang pernah menjuarai kejohanan sama pada 2015 setelah menewaskan rakan senegara, Lee Ying Ying pada aksi final.", "Jin Wei sebelum ini turut mengharumkan nama negara apabila mencipta sejarah menjadi atlet pertama Malaysia memenangi pingat emas pada edisi ketiga Sukan Olimpik Remaja di Buenos Aires, Argentina, bulan lepas.", "Dalam pada itu, pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan Koong Le-Toh Ee Wei yang merupakan pilihan ketiga, gagal mengulangi kecemerlangan dilakar Jin Wei setelah kalah 16-21 dan 16-21 kepada pilihan utama, Liu Xuanxuan-Xia Yuting dari China.", "Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria yang dihubungi Bernama, mengakui badan induk itu amat berbangga dengan kejayaan cemerlang Jin Wei dan juga pasangan muda negara itu yang tidak diletakkan sebarang harapan.", "Beliau menjelaskan, satu ganjaran khas bakal menanti kedua-dua pemain berkenaan yang akan dibincangkan pada mesyuarat pengurusan BAM pada minggu ini.", "“Kejayaan ini merupakan satu petanda baik kerana di peringkat BAM, kita lihat mereka inilah yang akan menjadi pelapis kepada pemain sedia ada,” jelas Mohamad Norza.", "Mengulas lanjut, beliau menegaskan, kejayaan cemerlang dilakar barisan pemain muda negara pada kejohanan ini adalah hasil daripada pendekatan berterusan badan induk itu yang memberi tumpuan dalam melahirkan pemain berusia bawah 21 tahun termasuk pasangan muda negara, Aaron Chia Teng Fong-Soh Wooi Yik selain pemain muda lelaki negara seperti Leong Jun Hao dan Lee Zii Jia.", "“Rangka kerja kita adalah untuk terus membina ramai pemain pelapis kerana selama ini kita terlalu bergantung kepada pemain senior kita dan sudah tiba masanya kita membuat pelaburan yang lebih giat lagi kepada pemain muda kita,” tegas Mohamad Norza. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/12/06/khairu-azrin-pilih-kedah-sebab-aidil/
Khairu Azrin pilih Kedah sebab Aidil
[ "KUALA LUMPUR – Minat mendalam ditunjukkan ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Aidil Sharin Sahak serta reputasi besar pasukan di Liga Malaysia membuatkan Khairu Azrin Khazali akui sukar menolak tawaran untuk menyertai skuad Hijau Kuning pada musim 2022.", "Pemain tengah berpengalaman itu berkata, kedua-dua faktor itu membuatkan dia yakin keputusan bersama Kedah tepat dan berharap kariernya akan terus bersinar selepas berjaya melalui dua musim yang penuh cemerlang di Penang FC.", "Biar pun sedar dia perlu bersaing dengan ramai pemain lain untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama, pemain berusia 31 tahun menganggap itu adalah lumrah dalam mana-mana karier pemain bola sepak profesional.", "“Sebenarnya Kedah sudah lama menyatakan hasrat untuk mendapatkan saya melalui kesungguhan serta minat yang ditunjukkan jurulatih mereka, Aidil.", "“Melihatkan caranya yang begitu serius mahukan saya bersama Kedah nyata membuatkan saya terbuka hati dan pada masa sama, saya amat hormati Kedah yang merupakan sebuah pasukan punyai nama besar serta reputasi tersendiri dalam Liga Malaysia.", "“Setelah fikirkan masak-masak, barulah saya buat keputusan untuk bersama Kedah dan harap saya akan memperoleh banyak pengalaman baharu di sana.", "“Saya sedar perlu bersaing dengan ramai pemain lain seperti Fadzrul Danel dan Asnan Ahmad tetapi itu adalah adat dalam dunia bola sepak profesional, ” katanya.", "Selain Khairu Azrin, Kedah juga menyambar tiga lagi pemain lain Penang iaitu Amer Azahar, Al Hafiz Harun dan Azmeer Aris bagi saingan musim 2022.", "Khairu sebelum ini banyak mencipta nama di PKNS FC dari 2011 hingga 2015 sebelum melalui pasang surut dalam kariernya apabila menyertai Melaka United, Felda United, Terengganu dan Penang FC.", "Beraksi selaku pemain tengah di posisi enam selama dua musim, Khairu Azrin sememangnya menjadi nadi utama yang membantu kestabilan bahagian pertahanan Penang FC.", "Setelah membantu Penang FC muncul juara Liga Premier pada musim 2020, Penang FC berjaya menamatkan cabaran di tangga ketiga Liga Super namun prestasi di saingan TM Piala Malaysia 2021 sedikit mengecewakan apabila tersingkir di peringkat kumpulan.", "Dalam pada itu, Khairu memberikan penghargaan kepada pengurusan Penang FC yang telah memberikannya ruang membina semula karier selepas lalui detik yang suram semasa di Terengganu FC.", "“Segala jasa Penang FC tidak akan dilupakan kerana di sinilah saya rasa karier ini kembali naik dan ramai mula dapat melihat semula kemampuan saya.", "“Dua musim yang istimewa di Penang FC yang saya tidak lupakan selain penyokong-penyokongnya yang sentiasa berdiri teguh di belakang pasukan, ” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/07/01/tahniah-zahid-tetapi-kami-tidak-mahu-bekerjasama-dengan-anda-tun-m/
‘Tahniah Zahid tetapi kami tidak mahu bekerjasama dengan anda’ – Tun M
[ "LANGKAWI – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana dipilih sebagai Presiden UMNO yang baharu.", "Namun begitu beliau menegaskan, kerajaan Pakatan Harapan tidak akan sama sekali bekerjasama dengan UMNO disebabkan pelbagai kisah lampau.", "“Ini menunjukkan beliau disayangi ahli UMNO, tahniahlah tetapi kami tidak akan bekerjasama dengan mereka.", "“Mereka mengenakan pelbagai halangan kepada kami termasuklah tidak membenarkan kami mengutip sumbangan malah ‘memaksa’ kawan-kawan baik saya lari dan meninggalkan saya seorang,” katanya selepas melawat pusat khidmat baharunya di sini hari ini.", "Semalam, Zahid mengalahkan dua pencabarnya Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk dipilih sebagai Presiden UMNO yang baharu menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak.", "Manakala bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan pula dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO dan dua bekas menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid dipilih sebagai Naib Presiden yang baharu. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/07/05/wabak-politiking-di-negara-ini-menggila-hadi/
Wabak politiking di negara ini menggila – Hadi
[ "KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Februari 2020 disebabkan tindakan sebahagian daripada Ahli Parlimen dalam kerajaan itu kembali ke pangkal jalan untuk menyelamatkan negara.", "Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PH menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) April 2018 hasil dari janji dan manifesto yang sebahagian besarnya bohong serta menipu.", "“Kemuncaknya, ketika dalam kerajaan mereka berani mencabar kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan dan kedudukan Raja-Raja juga dicabar.", "“Komunis yang ganas dan lebih ganas daripada penjajah pula disanjung. Begitu juga kalangan puak LGBT dan seumpamanya mula bebas menuntut hak dan ada pula kelompok dalam kerajaan PH yang mendukungnya.", "“Akhirnya, mereka tumbang secara demokrasi apabila adanya keinsafan dalam kalangan sebahagian Ahli Parlimen yang kembali ke pangkal jalan bagi menyelamatkan negara,” katanya menerusi tulisan Minda Presiden, hari ini.", "Menurut Abdul Hadi, di negara ini pula, wabak politiking yang dialami agak berbeza, tetapi virusnya merebak dengan sangat meluas.", "Mereka, katanya, mendapat dukungan media sosial upahan tanpa sempadan menyebarkan pelbagai penipuan, berita palsu dan sebagainya sehingga berjaya menubuhkan kerajaan yang membawa pendekatan liberal yang tidak sesuai dengan masyarakat negara ini.", "Namun, kata beliau, pandemik politiking gila untuk berkuasa semula masih menjalar wabaknya sehingga tidak mempedulikan wabak Covid-19 yang mengancam nyawa rakyat.", "“Setelah gagal melalui pendekatan meniru langkah Perikatan Nasional (PN) mengambil akuan sumpah (SD) Ahli Parlimen, mereka mengemukakan undi percaya dan undi tidak percaya, tetapi juga gagal.", "“Mereka juga berusaha menubuhkan jajaran baharu sehingga terkini mengheret semua pihak berpolitiking.", "“Raja-Raja Melayu sepatutnya tidak diheret berpolitiking kerana baginda masih banyak tugas lebih penting daripada melayan kehendak mereka yang berpenyakit politiking itu,” ujarnya.", "Abdul Hadi dengan nada sindir berkata, ada pula dalam kalangan pemimpin PH masih tidak sedar diri sudah menjadi pembangkang, bukan lagi kerajaan, tetapi berlagak membuat kenyataan seolah-olah masih berada di atas takhta.", "“Kedua-dua pandemik tersebut (politiking dan Covid-19) menyusahkan rakyat. Sepatutnya pandemik Covid-19 ditangani dengan penuh penumpuan oleh semua pihak bagi menjaga nyawa rakyat yang tidak boleh ditangguhkan lagi.", "“Bahkan, wajib bertolong menolong kerana wabak ini tidak mengenal siapa, tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan fahaman politik.", "“Adapun peranan politik boleh ditunggu sehingga PRU-15 diadakan, rakyat pula jangan mudah lupa sehingga ditipu berulang kali,” katanya yang juga Ahli Parlimen Marang. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/07/17/ambil-iktibar-jangan-ulangi-kesilapan-musim-perayaan-lalu-dr-noor-hisham/
Ambil iktibar, jangan ulangi kesilapan musim perayaan lalu – Dr Noor Hisham
[ "KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyeru masyarakat agar mengambil iktibar daripada kesilapan mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) khususnya ketika sambutan perayaan lalu sehingga mencetuskan jangkitan COVID-19.", "Beliau berkata kesilapan itu tidak seharusnya berulang semasa sambutan Aidiladha yang akan diraikan pada 20 Julai ini.", "“Masyarakat diingatkan bahawa larangan rentas daerah dan negeri masih lagi berkuat kuasa. Begitu juga larangan kunjung-mengunjung bagi menyambut perayaan.", "“Jangan pula dalam keseronokan menyambut Hari Raya Korban menyebabkan kita sama-sama ‘terkorban’ dek kerana COVID-19,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.", "Sambil mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua penduduk Malaysia yang telah bersungguh-sungguh dalam mematuhi SOP yang digariskan dan terus kekal duduk di rumah, beliau mengakui masih ada segelintir individu tidak mematuhi SOP ditetapkan.", "“Bagaimanapun, terdapat juga segelintir individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab serta mementingkan diri yang cuai dalam mematuhi SOP serta menyebabkan penularan kes atau kejadian kluster dalam komuniti. Bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” katanya.", "Dr Noor Hisham berkata sejak bermulanya pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi pada 1 Jun lepas hingga semalam, sebanyak 267 kluster komuniti dilaporkan tercetus susulan sambutan perayaan lalu iaitu Aidilfitri dan Hari Gawai.", "Beliau berkata kluster terbabit tercetus berikutan aktiviti kunjung-mengunjung di kawasan kejiranan atau kampung, perjumpaan antara ahli keluarga dari rumah berlainan ketika perayaan serta majlis pengebumian.", "“Daripada 267 kluster komuniti ini, sejumlah 17,106 kes positif telah dilaporkan Kementerian Kesihatan. Kes-Kes tersebut dikesan daripada 72,755 individu yang disaring (kadar positiviti 23.5 peratus) melalui Pengesana Kes Aktif yang dijalankan di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah secara berterusan,” katanya.", "Dr Noor Hisham berkata beberapa kluster komuniti yang dilaporkan itu turut melibatkan aktiviti rentas negeri.", "Katanya negeri yang melaporkan jumlah kluster rentas negeri tertinggi sejak 1 Jun ialah Perak dengan lapan kluster (38.1 peratus) diikuti Terengganu (lima atau 23.8 peratus) serta Kelantan (tiga atau14.3 peratus).", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2022/05/12/ekonomi-pulih-pengaruhi-pekerja-tukar-majikan-baharu-randstad/
Ekonomi pulih pengaruhi pekerja tukar majikan baharu – Randstad
[ " ", "KUALA LUMPUR – Tiga daripada 10 responden di Malaysia merancang untuk menukar majikan sebelum Jun tahun ini, menandakan peningkatan tujuh mata berbanding 2021.", "Mereka yang tidak takut kehilangan pekerjaan, satu daripada lima (20 peratus) merancang untuk menukar pekerjaan, peningkatan lima peratus daripada tahun sebelumnya (15 peratus).", "Dapatan itu hasil penyelidikan Jenama Majikan tahunannya di Malaysia yang dijalankan oleh Randstad – agensi penyelesaian sumber manusia terkemuka di dunia.", "Penyelidikan ini meneroka faktor cadangan nilai pekerja (EVP) yang mempengaruhi pekerja dan pencari kerja untuk mencari majikan baharu yang ideal.", "Ketua Operasi di Randstad Malaysia, Fahad Naeem berkata, apabila pasaran buruh pulih daripada wabak dan syarikat mengupah lebih ramai pekerja untuk menguruskan permintaan perniagaan yang semakin meningkat, ramai pekerja teruja dan bermotivasi untuk mencari peluang kerja baharu dan lebih baik.", "”Ramai pekerja telah berpeluang untuk mengasah kemahiran mereka sejak dua tahun lepas di tengah-tengah iklim perniagaan yang tidak menentu dan mereka sudah bersedia untuk mencari pekerjaan yang lebih mencabar dengan majikan yang bukan sahaja mengambil berat tentang pembangunan profesional mereka tetapi juga kesejahteraan mereka,” katanya.", "Antara tempoh enam bulan dari Julai hingga Disember 2021, sebanyak14 peratus responden telah bertukar majikan.", "Tiga pemacu utama yang mendorong mereka untuk bertukar majikan ialah gaji dan faedah yang menarik (66 peratus), keseimbangan kehidupan kerja (62 peratus) dan pengurusan yang kukuh (62 peratus).", "Naeem berkata, gaji ramai pekerja Malaysia mungkin kekal sama sejak dua tahun lalu kerana syarikat cuba mengurangkan perbelanjaan operasi untuk mengatasi kerugian perniagaan yang disebabkan oleh wabak Covid-19.", "Walau bagaimanapun, jika majikan tidak memberi ganjaran yang adil kepada sumbangan pekerja, kakitangan berpendapat tidak ada sebab untuk kekal dengan majikan lama memandangkan ekonomi telah pulih dengan kukuh, terutama apabila terdapat begitu banyak peluang pekerjaan baharu dalam pasaran.", "Dalam pada itu, lebih dua daripada lima responden (43 peratus) takut kehilangan pekerjaan dan berhasrat menukar pekerjaan mereka menjelang Jun 2022, menandakan peningkatan 17 mata daripada 2021 (26 peratus).", "“Kira-kira 37,000 usahawan serta perniagaan kecil dan sederhana menutup perniagaan mereka akibat penutupan di seluruh negara, yang mungkin menyebabkan tenaga kerja sangat tertekan.", "”Walaupun dengan pemulihan ekonomi, ramai pekerja bimbang kesihatan kewangan majikan mereka masih belum pulih.", "“Namun, pemimpin perniagaan yang ingin mengekalkan kakitangan mereka harus sentiasa menyampaikan prestasi kewangan dan strategi pembangunan bakat mereka kepada pekerja, supaya mereka dapat menyemai rasa yakin dan mewujudkan rasa kebersamaan dalam diri mereka,” tambah Naeem. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/06/13/muflis-pasca-raya/
Muflis pasca raya
[ "WALAUPUN keadaan ekonomi negara kelihatan agak suram, namun penulis yakin, kemeriahan sambutan hari raya Aidilfitri sepanjang Syawal tempoh hari tidak pudar bahkan tetap meriah terutamanya bagi mereka yang bijak menguruskan hal ehwal kewangan dan perbelanjaan. Perbelanjaan perayaan ini sifatnya tidak tentu atau subjektif. Kadang kala hukumnya boleh jadi ‘wajib’ atau keperluan, tapi ada keadaannya ia jadi ‘harus’ atau sekadar memenuhi kehendak sahaja.", "Baju raya, juadah seperti ketupat, lemang, rendang dan kuih raya, perabot dan perhiasan rumah, serta sedikit peruntukan untuk duit raya adalah antara perkara yang biasa difikirkan dan disediakan perbelanjaannya. Itu tidak termasuk sesetengah suami yang memenuhi permintaan setahun sekali isteri untuk memiliki gelang emas sampai ke lengan. Begitu juga trend terkini sewaan kereta mewah untuk dipandu pulang ke kampung, menunjuk-nunjuk kepada saudara-mara akan ‘kemewahan palsu’ kita. Kalau teratur dan terkawal perbelanjaannya, maka kita akan tersenyum sampai ke telinga. Tapi sebaliknya, andai perbelanjaan melebihi batasannya, maka bersedialah menanggung hutang semata-mata hendak nampak bergaya dan lebih daripada orang lain.", "Tahniah diucapkan kepada anda yang tahu kewajaran berbelanja sebelum, semasa dan selepas musim perayaan ini. Anda pasti antara orang yang telah membuat perancangan berbulan-bulan lamanya demi memastikan wang ringgit yang dibelanjakan sentiasa berhemah, terkawal dan tidak dibelanjakan secara semberono. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak membuat perancangan rapi perbelanjaan terutamanya bagi fasa pasca perayaan ini? Cubalah congak baki wang simpanan sama ada cukup atau tidak untuk berbelanja selepas raya ini.", "Cubalah muhasabah kembali perbelanjaan yang dibuat untuk persediaan sambutan hari raya tempoh hari. Apakah anda mengikut keperluan atau kehendak semata-mata? Adakah anda masih perlu mengikat perut seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang untuk meneruskan kehidupan sementara menunggu gaji bulanan seterusnya masuk ke dalam akaun bank? Mungkin ada antara kita yang tidak sanggup melihat baki wang simpanan dalam akaun bank. Kenyataan yang perlu dihadapi ini mungkin tidak akan menyenangkan hati. Jangan pula ada di antara kita yang ‘mengendeng-ngendeng’ duit raya anak-anak pula, tak malukah kita?", "Sudah terhantuk, baru hendak terngadah. Bagi yang kelihatan ‘muflis’ selepas sambutan hari raya, ini mungkin satu bentuk ‘petunjuk’ daripada Allah SWT supaya di masa hadapan anda lebih berhemah dan bersedia dalam berbelanja. Sepatutnya kita maklum bahawa sambutan hari raya ini adalah lebih kepada kegembiraan kerana kita telah berjaya menyempurnakan rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadan dan menikmati kelazatan beribadah di bulan tersebut yang dibawa menjadi kelaziman dalam sebelas bulan yang mendatang.", "Namun, kerana kita membudayakan sambutan hari raya adalah hari ‘pembebasan diri daripada Ramadan’, maka apa yang merasuk kita adalah nafsu serakah untuk berseronok-seronok tanpa had dan batasnya terutama dalam hal berbelanja. Persoalannya, adakah kita semua berhemat dalam pengurusan kewangan sebelum dan selepas berhari raya? Bagi mereka yang pernah melaluinya pasti masih terasa bebannya. Ini berikutan, mereka mungkin masih membayar hutang akibat keterlaluan berbelanja pada musim perayaan ini. Untuk itu, dicadangkan bahawa kita mengikut apa yang telah dianjurkan oleh Islam berkenaan pengurusan kewangan supaya kita tidak berterusan berada dalam kesengsaraan bila berbicara bab pengurusan kewangan.", "Islam sangat teliti dalam memberikan panduan mengenai perbelanjaan dan pengurusan kewangan dan harta secara berhemah. Pengurusan kewangan adalah salah satu daripada lima aspek Maqasid Shariah iaitu dalam kategori pemeliharaan harta (Hifz al-Mal). Memiliki dan memelihara harta merupakan salah satu keperluan asasi manusia. Pada masa yang sama, Allah SWT mengurniakan hamba-hamba-Nya harta dengan kadar yang berbeza-beza. Ada manusia yang kaya, sederhana dan miskin di dunia ini. Namun demikian, kaya raya bukanlah ukuran untuk menandakan bahawa seseorang lebih dikasihi Allah SWT dan tidaklah bermakna mereka yang miskin itu dihina oleh Allah SWT. Ini diterangkan di dalam al-Quran yang bermaksud: “Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: “Tuhanku telah memuliakanku.” Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: “Tuhanku menghinakanku”.Sekali-kali tidak (demikian). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang berkemahuan lebih salah lagi kerana) kamu tidak muliakan anak yatim, (kamu menahan apa yang ia berhak menerimanya” (Surah Al-Fajr, ayat 15-17).", "Dalam Islam, melalui perancangan kewangan yang sistematik sahajala, maka kita akan dapat mengatasi sebarang masalah yang berkaitan secara proaktif dan bijak. Ia selaras dengan penegasan Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud: “Dia (Yusuf) berkata: “Agar kamu bercucuk tanam tujuh tahun (berturut-turut) sebagaimana biasa; kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian setelah itu akan datang tujuh (tahun) yang sangat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari apa (bibit gandum) yang kamu simpan” (Surah Yusuf, ayat 47-48).", "Malah, melalui harta yang dikurniakan kepada manusia, akan menjadi medan ujian kepada mereka sama ada terus merasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan ataupun berada di dalam kufur serta bongkak dengan kemewahan dunia yang sementara. Harta jugalah yang akan menjadi wasilah atau jambatan kepada kelestarian taqwa manusia kepada Allah SWT. Berpandukan kepada kewajipan yang diamanahkan oleh Allah SWT seperti zakat, nafkah, sedekah dan sebagainya, manusia dapat menjadikan harta itu pemangkin kepada jawapan syurga yang didambakan di akhirat kelak.", "Berdasarkan saranan Ustaz Ahmad Fikri Mohd Paudzi dalam penulisannya bertajuk ‘Pengurusan kewangan menurut perspektif Islam, terdapat lima resolusi dalam pengurusan kewangan yang teratur. Pertama, menetapkan matlamat di dalam kewangan. Penetapan matlamat kewangan akan mewujudkan aliran kewangan yang teratur dan tersusun tanpa sebarang gangguan terhadap sumber kewangan sedia ada. Hal ini akan mengelakkan daripada berlakunya pembaziran seterusnya mengawal selia perbelanjaan agar tidak berlebihan dan berbelanja untuk perkara yang tidak perlu. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya pembaziran itu adalah saudara kepada syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya” (Surah Al-Isra’, ayat 27).", "Kedua, meningkatkan pengetahuan pengurusan kewangan. Melalui agensi pengurusan kewangan kerajaan dan swasta, terdapat pelbagai bentuk informasi yang boleh diperolehi. Malah, agensi tersebut juga menyediakan seminar dan kursus pengurusan kewangan dan hutang dalam usaha memberikan pendidikan kepada seluruh masyarakat. Di antara agensi yang terlibat seperti Unit Khidmat Nasihat Bank Negara Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Jabatan Insolvensi Malaysia. Ketiga, pengurusan hutang dengan bijaksana. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa yang mengambil harta manusia, dengan niat ingin menghancurkannya, maka Allah SWT juga, akan menghancurkan dirinya.” (Riwayat al-Bukhari). Setiap individu tidak akan terlepas daripada hutang-piutang seperti pembiayaan perumahan, kenderaan dan sebagainya. Oleh itu, berazamlah untuk melunaskan segala hutang- piutang kerana ianya bukan sahaja menjadi beban di dunia malah di akhirat.", "Keempat, menguruskan pelan pelaburan. Adalah tidak patut bagi mereka yang berharta untuk terus menyimpan sahaja tanpa ada usaha untuk mengembangkan harta tersebut. Harta perlu dikembangkan melalui beberapa kaedah yang disediakan seperti pelaburan dan sebagainya. Kelima, melibatkan ahli keluarga dalam pengurusan kewangan. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya Malaikat-Malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At-Tahrim, ayat 6). Keterlibatan ahli keluarga terdekat adalah perlu untuk memastikan perancangan dan penyusunan kewangan menjadi teratur serta mencapai matlamat yang ditetapkan. Didiklah anak-anak untuk menyimpan daripada lebihan wang saku dan berbelanja untuk perkara yang perlu sahaja. Pada masa yang sama, bawa kepada pengetahuan keluarga tentang komposisi hutang-piutang yang ada, sempurnakan wasiat agar dengannya semua proses pembahagian harta selepas peninggalan kita dapat dijalankan dengan sempurna.", "Kesimpulannya, menurut ruang lingkup Islam, harta dan kewangan merupakan alat untuk menjamin keselesaan dan kelangsungan hidup di dunia. Kehidupan dunia perlu dijalani dengan penuh berhemah untuk mencapai matlamat akhirat. Oleh itu, pengurusan yang baik, dapat menjamin kelangsungan hidup manusia dalam berkeluarga, bermasyarakat dan seterusnya memperolehi keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT dalam kehidupan.", "Prof. Madya Dr Khairunneezam Mohd Noor, \nKetua Program, Program Pengurusan dengan Pelancongan, \nFakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia" ]
https://malaysiagazette.com/2023/01/19/kutipan-cukai-2022-melebihi-sasaran-ahmad/
Kutipan cukai 2022 melebihi sasaran – Ahmad
[ "CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya mengutip hasil cukai melebihi sasaran pada tahun lalu, kata Datuk Seri Ahmad Maslan.", "Timbalan Menteri Kewangan itu memberitahu, jumlah tersebut akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada waktu yang sesuai.", "Susulan kejayaan itu, beliau turut menyifatkan 2022 merupakan tahun cemerlang buat LHDN.", "“Ia melebihi sasaran dan angka itu biarlah menteri yang umumkan. Ia satu angka yang terbaik setakat ini dan menteri akan umum pada masa yang sesuai.", "“Jadi saya ingin mengatakan 2022 merupakan tahun paling cemerlang setakat ini buat LHDN,” katanya selepas membuat lawatan ke Menara LHDN di sini hari ini.", "Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Mohd Nizom Sairi.", "Pada tahun lalu, LHDN menetapkan sasaran RM139 bilion hasil cukai.", "Ditanya sama ada langkah untuk mengurangkan hutang negara yang kini mencecah hampir RM1.5 trilion dengan menambah pendapatan negeri menerusi pengenalan cukai baharu dan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Ahmad menafikan perkara itu.", "Beliau berkata, tidak semestinya dengan cukai sahaja kerajaan akan dapat menambah pendapatan negara.", "“Tiada sebarang keputusan cukai baharu termasuk GST dan perbincangan mengenainya sejak Kerajaan Perpaduan ditubuhkan.  Jadi saya ingin ulang balik.", "“Apa yang saya ingin apa boleh kita lakukan mencari idea yang lebih kreatif dan dengan penambahan itu akan dapat banyak lagi membantu rakyat. Tidak semestinya dengan cukai sahaja kita akan tambah pendapatan negara,” katanya.", "Semalam, Ahmad mengemukakan tujuh langkah untuk mengurangkan hutang negara yang kini mencecah hampir RM1.5 trilion.", "Beliau berkata, antara langkah itu adalah dengan menambah pendapatan kerajaan.", "Sebelum itu, Anwar mendedahkan hutang negara termasuk liabiliti kini sudah mencecah hampir RM1.5 trilion dan usaha menanganinya wajar disegerakan.", "Kedudukan hutang negara terkini, menurut Perdana Menteri sudah mencecah melebihi 80 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).", "Ia turut memberi kesan apabila bajet defisit akan lebih melebar daripada jangkaan awal, iaitu 5.8 peratus daripada KDNK untuk 2022.", "“Masalah hutang negara kini sudah mencecah RM1.2 trilion dan jika ia termasuk liabiliti, ia menjadi RM1.5 trilion,” kata Anwar. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/10/21/tommy-serang-najib-sebelum-jadi-ag-lagi-yudistra/
Tommy serang Najib sebelum jadi AG lagi – Yudistra
[ "KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak sudah mula menjadi mangsa serangan oleh Tan Sri Tommy Thomas sebelum beliau menjadi Peguam Negara lagi.", "Tommy sudah menyerang bekas Perdana Menteri dengan pelbagai tohmahan serta kenyataan bermula tahun 2012, kata peguambela mewakili Najib, Yudistra Darma Dorai.", "Beliau berkata demikian ketika berhujah dengan mendakwa Tommy mula mengeluarkan kenyataan berkaitan bekas perdana menteri itu ketika masih menjadi orang awam sehingga menjadi Peguam Negara  dan selepas memegang jawatan itu.", "“Buktinya juga ada dengan penerbitan buku dikeluarkan oleh Tommy. Banyak komen dibuat olehnya ketika Najib masih sedang berdepan dengan kes di mahkamah. Anda juga boleh lihat komen beliau dalam pelbagai kenyataan kepada media selama ini,” katanya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache di sini hari ini. ", "Hari ini merupakan pendengaran kes saman anak guamnya terhadap Tommy berhubung dakwaan salah laku dalam jawatan awam kerana mengemukakan pertuduhan terhadap Najib yang turut dihadiri oleh peguam Tommy, Alan Gomez.", "Najib juga dibenarkan hadir ke prosiding hari ini dari Penjara Kajang setelah disabitkan kesalahan penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng dana SRC International RM42 juta sejak Julai lepas. ", "Ketika ini juga, Najib sedang di bicarakan dengan pertuduhan penyelewengan dana 1MDB sebanyak RM2.3 bilion di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah. ", "Dalam pada itu, Yudistra juga mendakwa Tommy telah membuat serangan kononnya Najib tidak layak menjadi perdana menteri sekitar tahun 2016 selain dakwaan telah membuat pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad serta memanggil Najib penipu pada 2015. ", "Selain itu, ketika Tommy menjadi Peguam Negara, banyak yang telah dilakukan oleh beliau.", "“Tommy ada kuasa paling besar di negara ini. Beliau mempunyai kuasa terhadap rakyat, boleh kemuka pertuduhan, gugur atau reman mereka. Saman ini tidak boleh dibatalkan sebaliknya Tommy perlu bertanggungjawab menjawabnya,” hujahnya. ", "Hakim kemudian menetapkan 25 November ini untuk keputusan kes saman berkenaan.", "Untuk makluman, sepatutnya hari ini, peguam Datuk Firoz Ahmad Jamaluddin juga perlu berhujah namun tidak dapat hadir kerana positif Covid-19.", "Tahun lalu, Najib memfailkan saman mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada perbuatan dirancang lebih awal oleh Tommy dan selaras rancangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu.", "Najib mendakwa dituduh secara salah di mahkamah dalam kes 1MDB, IPIC, salah guna kuasa mengikut Akta SPRM 2009 dan pengubahan wang haram mengikut Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).", "Bekas Presiden UMNO itu telah memohon pengisytiharan Tommy melakukan penyelewengan dalam jawatan awam dan ganti rugi RM1.9 juta termasuk yuran rundingan untuk pasukan audit menyemak dokumentasi bagi penyediaan fakta bagi menangani pendakwaan terhadapnya. – MalaysiaGazette " ]
https://malaysiagazette.com/2021/12/14/suami-isteri-terperangkap-dalam-bilik-terkunci-semasa-mahu-buang-air/
Suami isteri terperangkap dalam bilik terkunci semasa mahu buang air
[ "KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri melalui detik cemas apabila terperangkap dalam bilik rumah mereka selepas pintu terkunci ketika hendak membuang air kecil.", "Pasangan berusia lingkungan 30-an itu terperangkap dalam bilik di rumah mereka di Taman Bayu Melawati, Kuala Selangor.", "Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.05 pagi yang meminta bantuan untuk pasangan suami isteri itu.", "“Pintu rumah bilik itu terkunci dan hanya disedari oleh salah seorang pasangan tersebut semasa pergi ke tandas untuk membuang air kecil sebelum terperangkap di dalam selama 15 minit.", "“Bomba yang bergegas ke lokasi kejadian menghulurkan bantuan selepas mendapat panggilan daripada bapa kepada pasangan suami itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.", "Sementara itu, Norazam berkata, bomba turut menerima panggilan kecemasan pada jam 4.39 petang semalam memaklumkan seorang kanak-kanak terperangkap di dalam kereta selepas pintu kenderaan itu terkunci secara automatik.", "Kanak-kanak lelaki yang itu berusia 3 tahun itu terperangkap dalam kereta Perodua Axia selama 10 minit di Taman Bendahara, Kuala Selangor.", "“Semasa kejadian ibu bapa mangsa tiada di rumah dan sudah keluar untuk urusan keluarga.", "“Pasukan bomba yang dikejarkan ke lokasi kejadian menggunakan alat khas membuka pintu kereta itu dan mengeluarkan kanak-kanak yang selamat itu sebelum diserahkan kepada keluarganya,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/04/12/najib-ucap-tahniah-kepada-pandelela/
Najib ucap tahniah kepada Pandelela
[ "KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada jaguh terjun Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong yang menghadiahkan pingat emas ketiga buat kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018.", "“Tahniah @cheongjunhoong & @Pandelela_R ! Emas ketiga negara di #GC2018 ! #TeamMAS #NegarakuKebanggaanku,” katanya menerusi akaun Twitter beliau di sini hari ini.", "Gandingan penerjun elit kebangsaan itu mengumpul 328.08 mata berjaya merangkul pingat emas manakala pasangan Leong Mun Yee-Nur Dhabitah Sabri meraih gangsa dengan mengutip 308.16 mata.", "Pingat perak disandang gandingan Kanada, Meaghan Benfeito-Caeli McKay dengan 312.12 mata.- BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2021/04/26/anak-kapal-kri-nanggala-402-dinaikkan-pangkat/
Anak kapal KRI Nanggala 402 dinaikkan pangkat
[ "JAKARTA – Kerajaan Indonesia menaikkan pangkat kesemua 53 anak kapal KRI Nanggala-402 yang diisytiharkan meninggal dunia ketika bertugas.", "Selain itu, penghargaan Bintang Jasa Jalasena juga diberikan atas dedikasi mereka dalam menjaga ketahanan negara.", "“Negara akan memberikan penghargaan kenaikan pangkat satu tingkat lebih tinggi serta Bintang Jasa Jalasena atas dedikasi pengabdian serta pengorbanan para perajurit terbaik itu.", "”Pengabdian saudara-saudara akan terpatri di sanubari seluruh masyarakat Indonesia. Semoga arwah perajurit-perajurit mendapat tempat terbaik di sisi Tuhan serta keluarga yang ditinggalkan diberikan keikhlasan, kesabaran dan ketabahan,” kata ,” Presiden Joko Jokowi yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa.", "Selain itu, Jokowi turut memberitahu, kerajaan akan menanggung pembelajaran anak-anak perajurit itu sehingga pendidikan lebih tinggi.", "Semalam, Indonesia mengumumkan kapal selam yang hilang sejak Rabu lalu ditemui pecah sekurang-kurangnya tiga bahagian di dasar Laut Bali", "Para penyelamat menemui objek baharu, termasuk jaket keselamatan, yang dipercayai milik kru KRI Naggala-402 yang berusia 44 tahun yang hilang perhubungan pada Rabu lalu ketika ia sedang bersiap sedia untuk melakukan latihan tembakan topedo.", "“Berdasarkan bukti, boleh dinyatakan KRI Nanggala telah tenggelam dan semua krunya telah meninggal dunia,” kata Ketua Tentera, Hadi Tjahjanto kepada Reuters.", "“Kami berdukacita, saya mengisytiharkan kesemua 53 anggota telah meninggal dunia. Mereka merupakan tentera yang terbaik dan semoga Tuhan merahmati mereka terhadap kebaikan dan dedikasi mereka,” katanya.", "Ketua Staf Tentera Laut, Yudo Margono berkata, kru tidak sepatutnya dipersalahkan dalam insiden tersebut.", "“KRI Nanggala pecah kepada tiga bahagian, badan kapal, buritan dan bahagian utama semuanya terpisah dengan bahagian utama ditemui retak,” katanya seperti dipetik agensi berita. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/10/18/polis-dedahkan-butiran-siasatan-addy-kana-dan-macau-scam-rabu-ini/
Polis dedahkan butiran siasatan Addy Kana dan Macau Scam Rabu ini
[ "KUALA LUMPUR – Satu sidang media khas berhubung sindiket Macau Scam yang didakwa melibatkan seorang Datuk yang dikenali sebagai Datuk Addy Kana dan isteri Datin Alyaa Syuhaila akan diadakan Rabu ini.", "Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Huzir Mohamed berkata, pihaknya akan berkongsi butiran perkembangan hasil siasatan polis berkaitan skandal cuci duit yang telah berjaya dibongkar baru-baru ini.", "“Saya akan membuat sidang media khas mengenai scam dan tangkapan Addy Kana pada Rabu nanti untuk menjelaskan maklumat lebih terperinci mengeni penglibatannya,” katanya kepada wartawan di Cheras malam tadi.", "Addy Kana dan isterinya yang sering mampamerkan gaya hidup mewah menjadi tumpuan sejak kedua-duanya ditahan kerana disyaki terlibat dalam Macau Scam.", "Baru-baru ini beliau dan beberapa orang lain telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membantu siasatan sindiket Macau Scam. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/12/14/pembida-barangan-sajat-menghilangkan-diri/
Pembida barangan Sajat menghilangkan diri
[ "PETALING JAYA – Seorang lelaki yang berjaya membida barangan milik usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali Nur Sajat pada harga RM132,000 di kediamannya di Jalan Polo, Damansara, di sini, hari ini dipercayai menghilangkan diri.", "Peguam Hafidzah Hassan dari NHA Advocates & Solicitors yang mewakili OWA Resources Sdn. Bhd. mengesahkan perkara itu menerusi Instagram miliknya.", "Sebelum ini, peguam Zeti Zulkifli yang juga dari firma guaman sama memberitahu wartawan bahawa seorang pembida yang dikenali sebagai Che Muhammad Syazwan telah diberi masa untuk ke bank bagi menyelesaikan pembayaran secara tunai.", "Namun, tinjauan Malaysia Gazette sehingga jam 4.30 petang mendapati lelaki itu masih tidak berjaya dikesan.", "Justeru, Hafidzah berkata, lelongan akan dijadualkan semula pada minggu depan.", "“Lelongan reschedule next week. Prepare (sediakan) RM5,000 untuk sertai bidaan dan datang on time (tepat pada masanya),” katanya dalam hantaran media sosial.", "Sementara itu, wang deposit pembida itu sebanyak RM5,000 yang diletakkan sebagai pendaftaran sebelum dibenarkan masuk untuk memeriksa barangan di dalam rumah juga dianggap ‘hangus’.", "Terdahulu, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan harta Muhammad Sajjad disita dan mengeluarkan perisytiharan jualan lelongan awam bagi menuntut pampasan berjumlah RM200,000 yang perlu dibayar kepada bekas stokis utamanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/03/31/pemuda-umno-umum-senarai-ketua-naib-ketua-negeri/
Pemuda UMNO umum senarai Ketua, Naib Ketua negeri
[ "KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini, mengumumkan senarai pelantikan Ketua-ketua Pemuda di setiap negeri.", "Ketuanya, Dr. Akmal Saleh turut mengumumkan senarai Naib Ketua Pemuda negeri bagi membantu ketua masing-masing di peringkat negeri.", "Beliau mengumumkan senarai itu selepas mengambil kira pelbagai cadangan dan pandangan kepemimpinan semua peringkat.", "“Sukacita saya umumkan barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO di peringkat negeri yang baharu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.", "Dr. Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, senarai itu melengkapkan carta organisasi Pemuda bagi sesi 2023-2026.", "Sebelum ini, beliau mengumumkan pelantikan Mohd Hafiz Ariffin sebagai Setiausaha Pemuda; Mohd. Naim Kurniawan Moktar (Bendahari); Mohammad Sollehin Mohamad Tajie (Ketua Penerangan).", "“Harapan saya, semoga pelantikan ini akan mengukuhkan institusi Pemuda di setiap negeri, sekali gus dapat menarik lebih lebih ramai golongan muda bersama UMNO.", "“Selamat menjalankan tugas, selamat berkhidmat,” katanya.", "Senarai itu ialah Ketua Pemuda UMNO Perlis, Saiful Fariddil Jasmi dan Naib Ketua, Abdul Razak Abdul Rahim; Ketua Pemuda Kedah, Mohd Raqib Abu Hassan dan Naib Ketuanya, Muhamad Jasnizam Muhamad Husni.", "Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Mohd Hilmi Elias, manakala Naib Ketuanya, Muhammad Yusuf Abdul Ghani; diikuti Perak diketuai, Nazirul Jamaluddin dan Naib Ketuanya, Fahmi Ahmad Jakhisi.", "Bagi Kelantan, Ketuanya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan Naib Ketua, Mohd Sharizal Semsuddin; Ketua Pemuda Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera dan Naib Ketua, Mohd Rozaini Mohd Rasli.", "Pemuda UMNO Pahang diketuai, Mohd Kamil Ibrahim dan Naib Ketuanya, Wan Mohamad A’zam Wan Rosdy; Selangor pula Ketuanya, Mohd Imran Tamrin dan Naib Ketua, Mohd Shaffie Omar.", "Wilayah Persekutuan diketuai, Datuk Aliff Firdaus Abd. Hadi dengan Naib Ketuanya, Mohd Zamri Mahamud; begitu juga Ketua Pemuda Negeri Sembilan, Mohamad Fadil Md. Zin dan Naib Ketua, Norazizan Ramly.", "Ketua Pemuda UMNO Melaka, Abdul Hakim Abdul Wahid dan Naib Ketuanya, Muhammad Farouq Mustafa, manakala Ketua Pemuda Johor, Noor Azleen Ambros dan Naib Ketua, Dr. Mohammad Aswad Ithnain. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/10/06/eksekutif-syarikat-multinasional-rugi-rm1-3-juta-dijerat-pegawai-lhdn/
Eksekutif syarikat multinasional rugi RM1.3 juta dijerat ‘pegawai LHDN’
[ "KUALA LUMPUR – Gara-gara percaya kata-kata ‘pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)’ kononnya mempunyai tunggakan cukai pendapatan yang perlu dijelaskan, seorang eksekutif syarikat multinasional terperangkap dalam jerat sindiket penipuan Macau Scam.", "Akibatnya, wang simpanannya berjumlah RM1.3 juta telah dilesapkan pegawai LHDN palsu itu sejurus selepas menyerahkan maklumat akaun peribadinya.", "Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata, pada 5 Oktober lalu,  pihaknya telah menerima satu aduan daripada seorang eksekutif sebuah syarikat multinasional.", "“Dalam kes tersebut, pada 3 September lalu, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun telah dihubungi oleh seorang “pegawai LHDN” yang mendakwa kononnya sebuah syarikat didaftarkan atas nama mangsa mempunyai tunggakan cukai tidak berbayar berjumlah RM17,600.76.", "“Mangsa kemudian telah diminta oleh suspek untuk mendedahkan maklumat akaun peribadi dan menyerahkan One Time Password (OTP) supaya wang tersebut dipindahkan ke akaun “Bank Negara”.", "“Selepas tindakan itu, mangsa mula mengesyaki sesuatu tidak kena sebelum menyedari bahawa terdapat transaksi pindahan wang daripada beberapa akaun miliknya membabitkan jumlah RM1.3 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Tambah Mohd Mahidisham, mangsa yang terkejut dengan kehilangan wang miliknya dari akaun kemudian membuat semakan di LHDN.", "Ujarnya, ketika itulah mangsa menyedari sebenarnya tiada sebarang siasatan dijalankan ke atas dirinya seperti didakwa ‘pegawai LHDN” terbabit.", "“Mangsa yang kesal dirinya tertipu dan kehilangan wang simpanannya segera membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.", "“Kes ini melibatkan kerugian berjumlah RM1.3 juta dan sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu bagi tindakan siasatan selanjutnya.", "“Siasatan mendapati penipuan ‘Macau Scam’ sebenarnya menyasarkan mangsa-mangsa mereka dengan cara menakut-nakutkan dengan tindakan siasatan oleh pihak berkuasa dan memaksa mangsa untuk mendedahkan maklumat akaun peribadi mereka sebelum melesapkan wang simpanan mereka yang agak lumayan,” ujarnya.", "Bagi tempoh 1 Januari sehingga 30 September tahun ini, katanya, JSJK Kuala Lumpur telah membuka sebanyak 442 kertas siasatan membabitkan jumlah kerugian sebanyak RM 20.5 juta.", "Mohd Mahidisham menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menerima panggilan seumpama menerusi telefon.", "“Bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan ‘Macau Scam’, polis menasihatkan orang ramai supaya segera mendapatkan butir-butir terperinci pihak berkuasa yang berhubung sebarang siasatan seperti nama dan pangkat pemanggil, serta tempat bertugas mereka.", "“Kemudian sila membuat panggilan semula kepada agensi berkenaan melalui talian rasmi dan jangan mendedahkan maklumat akaun dan OTP atau TAC kepada mana-mana pihak ketiga melalui panggilan telefon,” katanya.", "Sebarang jenayah atau pun aktiviti yang mencurigakan, hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/ 0585 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/09/05/india-naikkan-cukai-minyak-kelapa-sawit-ditapis-dari-malaysia/
India naikkan cukai minyak kelapa sawit ditapis dari Malaysia
[ "NEW DELHI – India telah menaikkan cukai ke atas minyak kelapa sawit yang ditapis dari Malaysia kepada 50% daripada 45% selama enam bulan untuk membendung import dan meningkatkan penapisan tempatan.", "Pengimport minyak masak yang paling banyak di dunia itu kini mengenakan cukai import sebanyak 40% ke atas minyak sawit mentah dan 50% pada minyak kelapa sawit.", "Tetapi sejak Januari, penghantaran minyak kelapa sawit dari Malaysia telah dikenakan cukai sebanyak 45%, di bawah perjanjian dengan Malaysia.", "Ini mengurangkan perbezaan antara minyak sawit mentah dan minyak kelapa sawit ditapis dari Malaysia untuk penapisan di India kepada 5.5% daripada 11%, menjadikan pembelian sawit ditapis dari luar negara lebih menguntungkan.", "Ini menyebabkan lonjakan 727% dalam eksport sawit Malaysia ke India pada separuh pertama 2019 kepada 1.57 juta tan berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, menurut data yang dikumpulkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia.", "Badan perdagangan yang berpangkalan di Mumbai, Solvent Extractors’ Association berkata, peningkatan penghantaran minyak sawit ditapis menjejaskan penapis-penapis tempatan dan mereka telah memfailkan permohonan kepada Direktorat Jenderal Perundangan Perdagangan untuk siasatan.", "Disebabkan itu, badan pengawas mencadangkan supaya cukai import dinaikkan bagi produk-produk tapis.", "India berkata, duti 50% bagi minyak sawit bertapis terpakai sehingga 2 Mac, 2020.", "Kenaikan minyak kelapa sawit akan mendorong pembeli India beralih kepada minyak sawit mentah, kata Sandeep Bajoria, ketua eksekutif Sunvin Group, pengimport minyak sayuran di Mumbai.", "“Mengimport minyak sawit ditapis tidak lagi menarik. Dari bulan Oktober import minyak sawit mentah naik dan sawit ditapis akan menurun,” katanya.", "India mengimport minyak sawit terutamanya dari Indonesia dan Malaysia.", "Indonesia secara tradisional mendakwa dua pertiga import minyak sawit India, tetapi pada separuh pertama tahun 2019 Malaysia mengatasi Indonesia sebagai pembekal terbesar ke India disebabkan faedah duti.", "Namun, “Indonesia kemungkinan akan mendapat kembali bahagian pasaran dalam beberapa bulan mendatang kerana ia menawarkan minyak sawit mentah lebih kompetitif dari Malaysia”, kata seorang peniaga yang berpangkalan di Mumbai.", "Minyak sawit menyumbang dua pertiga daripada import minyak sayur India.", "New Delhi juga mengimport minyak soya dari Argentina dan Brazil dan minyak bunga matahari dari Ukraine dan Rusia. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/02/17/papuh-lancar-platform-dagangan-untuk-survival-ahli-ahli/
PAPUH lancar platform dagangan untuk survival ahli-ahli
[ "KUALA LUMPUR – Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh) melancarkan satu Platform Dagang PAPUH for Business melalui dalam talian di Google Meet bagi membantu ahli-ahli menjual barangan selain pakej pelancongan demi kelangsungan hidup akibat pandemik Covid-19 melanda negara.", "Sudah hampir setahun industri pelancongan dan umrah runtuh akibat pandemik Covid-19 dan ramai antara ahli-ahli Papuh sudah beralih ke perniagaan lain sementara menanti keputusan kerajaan untuk membuka semula industri pelancongan, kata Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd Sham.", "Oleh itu, PAPUH mengajak orang ramai untuk bersama-sama ahli-ahli dengan melayari laman Google Meet di https://meet.google.com/hmb-npkj-xia pada setiap hari Rabu jam 10 pagi hingga 1 petang.", "Di sini, katanya, pelbagai barangan yang dijual oleh ahli-ahli kami seperti, kurma, nasi arab, ikan solmon, nasi arab, lot tanah, minyak wangi dan lain-lain lagi.", "”Orang ramai boleh membeli terus dengan ahli-ahli kami serta dapat membantu mereka meneruskan kehidupan dimasa yang mencabar ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/07/20/adun-rahang-umum-tarik-semula-keputusan-keluar-dap/
ADUN Rahang umum tarik semula keputusan keluar DAP
[ "SEREMBAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang, Mary Josephine Prittam Singh hari ini mengumumkan menarik semula keputusan awal beliau untuk keluar daripada parti DAP.", "Mary berkata, keputusan yang dibuatnya pada 10 Julai lepas untuk meninggalkan parti itu adalah ‘menyakitkan’ namun lebih ‘menyakitkan’ apabila terpaksa melalui 10 hari tanpa parti yang telah diperjuangkan sejak lebih 40 tahun lepas.", "“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya, mereka yang mengundi saya, dan semua pemimpin parti, terhadap sokongan, pesanan dan gesaan mereka. Sepuluh hari berlalu sejak saya umum peletakan jawatan, dan saya perlu akui ia amat “menyakitkan” bagi saya meninggalkan parti,” katanya.", "Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di sini hari ini, yang turut dihadiri oleh Pengerusi DAP Negeri Sembilan Anthony Loke Siew Fook dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.", "“Saya akan mematuhi semua keputusan yang dibuat parti dan saya tidak mengharapkan mereka membuat apa-apa perubahan terhadap sebarang keputusan mereka. Saya tidak harapkan parti membuat keputusan “pusingan-U” hanya semata-mata kerana saya,” katanya dan menambah beliau juga tidak mengenakan apa-apa syarat untuk kembali semula ke dalam parti.", "Sementara itu, Loke berkata keputusan Mary untuk menarik semula keputusannya itu memberi mesej yang kuat bahawa Pakatan Harapan di Negeri Sembilan kekal stabil untuk terus mentadbir hingga akhir tempoh penggal ini.", "“Walaupun dia umum perletakan jawatan dari DAP, tetapi saya yakin 100 peratus pada beliau, bahawa beliau tidak akan sokong pihak lawan iaitu Barisan Nasional (BN) kerana kita tahu ada ura-ura pihak BN mahu tarik ADUN Rahang untuk sokong mereka.", "“Bagi saya beliau tidak pernah tinggalkan DAP kerana saya amat kenali beliau dan dalam beberapa hari ini memang beliau ada nyatakan bahawa amat susah untuk dirinya hidup gembira tanpa DAP,” katanya.", "Berdasarkan perkembangan terbaharu ini, Dewan Undangan Negeri Sembilan kembali kepada posisi asal iaitu PH mempunyai 20 kerusi manakala BN mempunyai 16.  – MAlaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/04/06/sumareh-pilih-jaringan-menentang-thailand/
Sumareh pilih jaringan menentang Thailand
[ "KUALA LUMPUR – Pemain sayap kebangsaan, Mohamadou Sumareh mendedahkan gol ketika menentang Thailand adalah jaringan kegemarannya bersama Malaysia.", "Sumareh yang juga pemain Pahang berkata demikian dalam sesi soal jawab bersama peminatnya di Instagram miliknya.", "“Sangat mudah mengapa gol tersebut menjadi pilihannya. Ini kerana, ia dijaringkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, di hadapan ribuan penyokong Harimau Malaya dan ia berhasil memberikan tiga mata penting selepas dua kekalahan berturut-turut,” kata pemain naturalisasi dari Gambia itu.", "Gol Sumareh merupakan ledakan padu pada minit ke-56 itu sudah cukup buat skuad negara memenangi aksi keempat kumpulan, sebelum menang 2-0 ke atas Indonesia dalam aksi kelima untuk melonjak Malaysia ke kedudukan kedua kumpulan di belakang Vietnam.", "Gol tersebut merupakan jaringan terkini daripada enam gol bersama Harimau Malaya menerusi 19 penampilan.", "Malaysia menang 2-1 ke atas Thailand dalam aksi Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.", "Selain itu, dalam sesi soal jawab, Sumareh turut ditanya mengenai pertahanan paling sukar yang pernah dihadapinya di Liga Malaysia dan dia memilih dua orang rakan di skuad kebangsaan, Shahrul Saad dan Corbin Ong.", "Di samping itu, pemain berusia 25 tahun itu juga tampil menyatakan yang beliau sudah tidak sabar untuk berganding bahu bersama pemain naturalisasi terbaharu skuad negara, Liridon Krasniqi yang baginya adalah seorang pemain yang bagus.", "Selepas berjaya mendapatkan khidmat Sumareh sebagai pemain naturalisasi pertama dan tampil untuk kap pertama pada Oktober 2018, kini tiba giliran pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu pula membuat kemunculannya.", "Bercakap mengenai pemain yang memiliki teknik sepakan percuma yang lebih baik, pemain utama Pahang itu memilih rakan sepasukannya di skuad kebangsaan ketika ini, Safawi Rasid, berbanding bekas kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/04/20/116681/
Zambry tinggalkan DUN Pangkor bertanding Parlimen Lumut?
[ "KUALA LUMPUR  – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dikhabarkan akan meninggalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor.", "Menurut sumber, Menteri Besar Perak itu dikatakan akan meninggalkan Pangkor untuk bertanding di Parlimen Lumut tanpa sebarang kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN).", "Sehingga kini, senarai nama calon untuk Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) masih belum dimuktamadkan di Perak.", "Menurut Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, senarai nama calon parti itu akan diumumkan oleh Pengerusi BN di negeri-negeri.", "Ia setelah mendapat persetujuan daripada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.", "Sekiranya Zambry bertanding di kerusi Parlimen, maka Perak akan mendapat seorang Menteri Besar yang baharu jika BN mengekalkan kekuasaannya namun ia masih menjadi teka-teki.", "PRU-14 di Perak juga bakal menyaksikan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Husni Hanadzlah yang meletakkan jawatan sebagai menteri terpilih sekali lagi.", "Beliau dilaporkan akan terus kekal sebagai calon BN di Parlimen Tambun bagi mengekalkan penguasaan BN di kawasan berkenaan.- MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2019/08/10/menjejak-kaki-di-burundi/
Menjejak kaki di Burundi
[ "Salam Aidil Adha. Saya kini berada jauh dari tanah air, lebih tepat di Republik Burundi, Afrika.", "Burundi adalah negara ‘tanpa laut’ yang terletak di kawasan tasik-tasik besar di timur Afrika.", "Negara ini terletak bersempadan dengan Rwanda di bahagian utara, Tanzania (selatan dan timur) serta Republik Demokratik Congo (barat). Negara ini juga dianggap sebahagian daripada Afrika Tengah.", "Sempadan barat daya negara ini adalah bersebelahan dengan Tasik Tanganyika, di mana terletaknya ibu negara mereka iaitu Bujumbura.", "", "Mengapa saya berada di sini?", "Ini kerana saya dijemput oleh syarikat EZ Qurban Sdn Bhd untuk bersama-sama mereka melakukan ibadah korban di negara terpilih dan Burundi antara salah sebuah daripadanya.", "Sejak ditubuhkan pada April 2007, EZ Qurban sudah menerjah ke 34 negara di dunia membabitkan negara bergolak, minoriti Islam dan menempatkan pelarian dalam melaksanakan amanah dipertanggungjawabkan rakyat Malaysia kepada mereka.", "Untuk rekod, negara pelaksanaan ibadah korban termasuk Kemboja, Bangladesh, Vietnam, Indonesia, Laos, Thailand, India, Myanmar, Chad, Ivory Coast, Kenya, Malawi, Mali, Morocco, Palestin, Filipina, Arab Saudi, Somalia, Sri Lanka, Tanzania, Uzbekistan, Congo, Burkina Faso, Rwanda, Burundi, Nigeria, Ethiopia, Pakistan, Somaliland, Sudan, Yaman, Kyrgyzstan, Nepal dan Ghana.", "Setiap tahun syarikat akan memastikan setiap amanah diberikan rakyat Malaysia disampaikan secara langsung kepada penerima di mana petugas EZ Qurban akan diterbangkan ke negara terpilih untuk menyaksikan sendiri proses penyembelihan dan agihan dilakukan.", "Biarpun ada wakil EZ Qurban di setiap negara terpilih itu, petugas dari Malaysia juga dihantar bagi memantau pelaksanaan berkenaan.", "Sejak 2007 hingga tahun lalu, sebanyak 33, 862 lembu dan 8,423 kambing diagihkan di negara terpilih berkenaan.", "Bagi program korban pada tahun ini, rekod kita sehingga Julai mendapati sebanyak 12,388 peserta sudah berdaftar membabitkan 3,000 lembu dan 700 kambing akan diagihkan ke negara terpilih.", "Berbalik kepada Burundi, saya memulakan perjalanan dari KLIA dan terus terbang menggunakan perkhidmatan Ethiopian Airlines ke Addis Ababa. Perjalanan mengambil masa kira-kira sembilan jam.", "Sesampainya saya di sana, saya bertukar pula penerbangan ke ibu negara Burundi, Bujumbura. Malang sekali penerbangan selama dua jam itu tergendala hampir lapan jam disebabkan masalah teknikal pesawat.", "Akhirnya selepas hampir 20 jam lamanya, baru saya dapat menjejakkan kaki ke Burundi. Penat dan letih dah tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kini saya hanya nampak bantal dan kelambu (hotel saya lengkap dengan kelambu ye hehehe).", "Jumpa esok! – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/08/29/penyanyi-disyaki-pukul-pekerja-warga-bangladesh-ditahan/
Penyanyi disyaki pukul pekerja warga Bangladesh ditahan
[ "KUALA LUMPUR – Seorang penyanyi ditahan selepas disyaki memukul seorang pekerja warga Bangladesh di sebuah stesen minyak di Ampang, di sini, semalam.", "Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3 petang semalam, penyanyi berusia 21 tahun itu dipercayai menumbuk dada lelaki berusia 28 tahun yang sedang menyusun barang di kaunter stesen minyak itu.", "Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Noor Azmi Yusoff berkata, penyanyi terbabit tiba-tiba menumbuk dada pekerja itu, selain menarik baju dan memaki hamun mangsa dengan perkataan tidak senonoh.", "“Polis tiba di tempat kejadian dan memperkenalkan diri serta meminta kad pengenalan suspek bersama seorang lagi individu yang berada dalam sebuah kereta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Bagaimanapun, suspek enggan memberikan kerjasama dan dengan nada marah mempertikaikan tindakan polis memeriksa dirinya serta meminta kad pengenalan.", "Noor Azmi berkata, suspek ditahan reman empat hari sehingga Ahad ini dan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2020/03/30/penjara-tiga-bulan-kerana-curi-harumanis-dan-langgar-pkp/
Penjara tiga bulan kerana curi harumanis dan langgar PKP
[ "LANGGAR – Tindakan seorang pesawah dan seorang penganggur  mencuri  buah mangga harumanis dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membawa padah apabila mereka dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.", "Majistret Kamaliza Md Zain menjatuhkan hukuman itu ke atas Saiful Hizam Abdul Latif, 47, dan Noor Shabuddin Saidin, 24, selepas mereka mengaku bersalah terhadap  pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.", "Kamaliza menjatuhkan hukuman penjara sebulan bagi pertuduhan mencuri manakala penjara dua bulan bagi kesalahan mengingkari PKP dan memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak mulai tarikh  mereka  ditangkap  pada 26 Mac lepas.", "Bagaimanapun mereka berdua perlu menjalani hukuman penjara selama dua bulan sahaja kerana mahkamah memerintahkan hukuman ke atas mereka berjalan serentak.", "Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa secara bersama-sama mencuri 18 biji buah mangga harumanis di kawasan kebun harumanis di Jalan Guar Nangka, Kampung Cikgu Ali, Mata Ayer  di sini pada 9.30 pagi, 25 Mac lepas.", "Pertuduhan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang  memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.", "Mengikut fakta kes semasa pengadu (pemilik kebun) meronda kawasan kebunnya pada 25 Mac, beliau melihat kedua-dua lelaki itu sedang mencuri buah mangga harumanis dan menyedari kehadirannya, mereka berdua terus melarikan diri dengan sebuah kereta.", "Kedua-dua lelaki itu berjaya ditangkap polis keesokan harinya, dan mereka mengaku mencuri buah itu dan telah menjualnya di sebuah gerai buah di sini.", "Bagi pertuduhan kedua Saiful Hizam dan Noor Shabuddin didakwa gagal mematuhi tempoh PKP dengan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, dalam mana-mana tempat jangkitan di negeri ini, pada 9.30 pagi 25 Mac lepas.", "Mereka didakwa  mengikut Seksyen 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawalan Tempatan Jangkitan) 2020 yang memperuntukkan denda RM1,000 dan penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-keduanya.", "Timbalan Pendakwa Raya Nurshuhada Mohd Yatim memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh  kerana kerajaan melaksanakan PKP bagi memutuskan rangkaian penularan COVID-19 dan supaya hukuman  dapat memberi pengajaran kepada orang ramai agar patuh kepada arahan kerajaan dalam membendung wabak itu.", "Peguam Zuhair Ahmad Zakuan yang mewakili kedua-dua tertuduh  merayu hukuman minimum  kerana  Saiful Hizam menanggung isteri dan seorang anak manakala Noor Shabuddin tidak bekerja.", "— BERNAMA", " " ]
https://malaysiagazette.com/2023/06/02/muhyiddin-sambut-baik-kesediaan-tun-m-kerjasama-semula/
Muhyiddin sedia bekerjasama dengan Tun M
[ "KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia bekerjasama dengan semua tokoh Melayu dan Islam termasuk Tun Dr Mahathir.", "Katanya, kerjasama berkenaan dilihat penting demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara. ", "“Saya menyambut baik kenyataan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersedia bekerjasama dengan saya demi matlamat untuk memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam. ", "“Saya sedar perkembangan politik mutakhir ini perkembangan politik kini meletakkan umat Melayu dan Islam di negara ini di suatu persimpangan yang getir,” katanya menerusi kenyataan. ", "Semalam, Dr Mahathir berkata, beliau sedia kembali bekerjasama semula dengan Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.", "Kenyataan terbaharu itu membayangkan kedua-dua bekas Perdana Menteri berkenaan berkemungkinan boleh kembali duduk semeja selepas bermusuhan selama lebih tiga tahun.", "Muhyiddin merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) manakala Dr M pula adalah bekas Pengerusi parti berkenaan. ", "Tun Mahathir dipecat daripada Bersatu selepas berlaku perubahan kerajaan menerusi ‘Langkah Sheraton’ yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan tumbang dan digantikan dengan kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Muhyiddin. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/06/28/kejohanan-dunia-pandelela-rangkul-gangsa-di-budapest/
Kejohanan Dunia: Pandelela rangkul gangsa di Budapest
[ "KUALA LUMPUR – Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg terus mengharumkan nama Malaysia di pentas tertinggi selepas meraih pingat gangsa 10 meter (m) platform wanita Kejohanan Dunia 2022 di Budapest, Hungary, pagi ini.", "Kejayaan itu menyaksikan Pandelela menyamai pencapaiannya pada Kejohanan Dunia 2015 di Kazan, Rusia dan memperbaiki kedudukan kelima yang diraih pada edisi 2019 di Gwangju, Korea Selatan.", "Pada aksi final yang berlangsung di Arena Duna, penerjun berusia 29 tahun itu mengumpul 338.85 mata dalam keseluruhan lima terjunan untuk memastikan kedudukan podium dalam genggamannya.", "Juara dunia 2019 dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 berusia 16 tahun Chen Yuxi, dari China merangkul emas selepas mengumpul 417.25 mata sementara rakan senegara berusia 15 tahun yang juga pemenang emas Olimpik Tokyo Quan Hongchan membawa pulang perak dengan kutipan 416.95 mata.", "Pandelela yang memenangi pingat emas kejohanan terjun Piala Dunia 2021 di Tokyo, merupakan atlet paling senior dalam acara 10m platform wanita di Budapest.", "Beliau akan turun beraksi dalam acara 10m platform seirama wanita bersama gandingannya Nur Dhabitah Sabri Khamis ini, dalam usaha mempertahankan pingat perak yang dimenangi bersama pasangan terdahulu, Datuk Leong Mun Yee pada 2019.", "Dalam pada itu, cabaran Malaysia dalam acara 3m papan anjal lelaki berakhir di pusingan kelayakan selepas Muhammad Syafiq Puteh dan Chew Yiwei masing-masing menamatkan saingan di kedudukan ke-35 dan ke-51 daripada keseluruhan 55 penerjun. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2017/04/10/pas-kecam-serangan-terhadap-gereja-di-mesir/
Pas kecam serangan terhadap gereja di Mesir
[ "KUALA LUMPUR – Pas hari ini mengutuk serangan di dua buah gereja Koptik di Bandar Tanta dan Iskandariah, Mesir yang mengorbankan lebih 30 nyawa dan mencederakan ratusan yang lain.", "Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, serangan tidak bertamadun itu perlu dihentikan segera bagi mengelakkan ketegangan antara Islam dan Kristian di negara itu.", "“Pas mengecam tragedi letupan bom ini yang mensasarkan rumah ibadah agama Kristian dan orang awam yang tidak berdosa sebagai sasaran serangan.  ", "“Pas melihat tindakan ini sebagai gerakan terancang untuk mewujudkan ketegangan agama antara Islam dan Kristian di Mesir yang telah hidup bersama secara aman damai selama ribuan tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Parti itu turut berharap pihak yang bertanggungjawab merancang dan menyebabkan tragedi tersebut tampil dan dikenakan tindakan sewajarnya.", "Sehubungan itu, seluruh jemaah parti Pas turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi yang terlibat.", "“Pas menggesa pihak yang bertanggungjawab mestilah dibawa ke muka pengadilan untuk dikenakan tindakan seadilnya.", "“Pas juga menggesa semua pihak untuk tidak menuding jari kepada mana-mana pihak terutama sekali yang ada kaitan dengan Islam sebagai dalang tragedi ini sebelum bukti kukuh diperoleh,” tambah beliau.", "Semalam, dunia dikejutkan dengan serangan yang dibuat terhadap pusat ibadah penganut Kristian di Koptik, di Bandar Tanta dan Iskandariah, Mesir yang mengorbankan puluhan nyawa penganut Kristian. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/11/14/isu-bin-abdullah-mahkamah-persekutuan-tangguh-keputusan-tahun-depan/
Isu bin Abdullah: Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan tahun depan
[ "PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan kes rayuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terhadap keputusan membenarkan anak tidak sah taraf beragama Islam boleh dibin atau dibintikan kepada bapanya ke tahun hadapan.", "Hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim yang mengetuai 7 panel Hakim Mahkamah Persekutuan itu menangguh keputusan kes berkenaan selepas ia didengar semula sejak jam 9.30 pagi hingga jam 2 petang, hari ini.", "Terdahulu, peguam Datuk Sulaiman Abdullah yang mewakili Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) membantah permohonan satu pasangan untuk menukarkan ‘bin Abdullah’ kepada ‘bin Muhammad Eddy’ di dalam sijil kelahiran anak tidak sah taraf mereka.", "Menurut Sulaiman, permohonan pasangan itu bertentangan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 10 Jun 2003 mengenai Anak Tak Sah Taraf.", "Malah keputusan jawatankuasa itu telah digazetkan oleh Jabatan Mufti Johor berkenaan anak tidak sah taraf tidak boleh dibin atau dibintikan kepada bapanya jika anak terbabit lahir kurang 6 bulan mengikut Takwim Qamariah dari tarikh setubuh.", "Selain itu, Peguam Kanan Persekutuan, Mazlifah Ayob yang mewakili JPN, Ketua Pengarah JPN dan kerajaan Malaysia pula menegaskan bahawa orang Melayu dan Islam tidak meletakkan “surname” atau nama keluarga dalam sijil kelahiran.", "Sebaliknya Mazlifah menjelaskan, orang Melayu dan Islam di negara ini hanya meletakkan nama anak dengan dibin atau dibintikan kepada bapa kandungnya.", "Sementara iti, peguam K. Shanmuga dan Nizam Bashir yang mewakili bapa kanak-kanak berkenaan dalam hujahnya menegaskan kerajaan perlu menggugurkan perkataan Seksyen 13 yang dicetak di bahagian bawah sijil kelahiran anak tidak sah taraf.", "Shamnuga berkata, memandangkan orang Melayu dan Islam tidak menggunakan “surname” di dalam pendaftaran sijil kelahiran, tidak wajar Seksyen 13 dicetak bersama kerana tidak mahu mengaibkan anak tidak sah taraf terbabit.", "Dalam pada itu, Hakim Datuk Abang Iskandar mengarahkan peguam yang mewakili bapa kanak-kanak, JPN, MAIJ dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengemukakan dokumen bagi menyokong hujan masing-masing berkenaan “surname”.", "Pendengaran semula kes anak tidak sah taraf dibenarkan dibin dan dibintikan bapa kandungnya di hadapan 7 panel hakim, antaranya Datuk Rohana Yusof, Datuk Mohd Zawawi Salleh, Tan Sri Idris Harun, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Ong Lam Kiat Vernon dan Datuk Abdul Rahman Sebli.", "Pada 25 Mei 2017, Mahkamah Rayuan membuat keputusan memihak kepada satu pasangan dan anak mereka yang memfailkan semakan penghakiman untuk mendesak Ketua Pengarah JPN menggantikan nama “Abdullah” pada kanak-kanak itu dengan nama bapa kandungnya dalam sijil kelahiran.", "Mahkamah Rayuan dalam penghakiman bertulis 25 Julai 2017 memutuskan nama anak orang Islam yang dilahirkan luar nikah boleh “dibin atau dibinti” nama bapanya, bukannya “Abdullah”.", "Pada 7 Februari 2018, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif yang mengetuai panel lima hakim terdahulu, telah mendengar rayuan itu tetapi menangguhkan keputusannya.", "Bagaimanapun, Raus telah meletakkan jawatan berkuat kuasa 31 Julai lalu.", "Anggota lain dalam panel tersebut iaitu hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Hasan Lah, hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Balia Yusof Wahi dan hakim Datuk Aziah Ali telah bersara kecuali Ahmad.", "Di bawah Seksyen 78 (2) Akta Mahkamah Kehakiman 1964, minimum dua hakim diperlukan untuk menyampaikan penghakiman Mahkamah Persekutuan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/09/09/mahkamah-tinggi-arah-anwar-fail-pembelaan-serangan-seksual-hujung-bulan-ini/
Mahkamah Tinggi arah Anwar fail pembelaan serangan seksual hujung bulan ini
[ "KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 28 September bagi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukan pembelaan berhubung saman serangan seksual oleh Muhammed Yusoff Rawther. ", "Media melaporkan peguam mewakili bekas penyelidik Anwar, Mahajoth Singh berkata, mahkamah juga telah menetapkan 29 Oktober bagi pengurusan kes. ", "Dalam pada itu, peguam bela Anwar,  Ranjit Singh yang mengesahkan perkara itu berkata, mahkamah turut mengarahkan kedua-dua pihak agar memfailkan sebarang permohonan interlokutari sebelum 29 Oktober ini.", "Dalam pernyataan tuntutannya, Muhammed Yusoff mendakwa serangan seksual itu berlaku pada 2 Oktober 2018 di kediaman Anwar di Segambut. ", "Dakwa Muhammed Yusoff, beliau diminta oleh setiausaha sulit Anwar iaitu Shukri Saad untuk menyerahkan sendiri teks ucapan sempena sambutan ulang tahun tokoh Mahatma Gandhi yang ke-150, anjuran kedutaan India, kepada defendan.", "Plaintif mendakwa, sebaik tiba di kediaman itu, defendan mengarahkannya untuk masuk ke dalam rumah bagi berbincang secara lanjut mengenai teks ucapan berkenaan.", "“Ketika berada di dalam bilik perpustakaan, Muhammed Yusoff cuba menyerahkan teks ucapan namun beliau tidak mengambilnya, sebaliknya, defendan menghampiri plaintif dan melakukan tindakan serangan seksual dan pencerobohan ke atas dirinya.", "“Plaintif kemudian menolak perbuatan defendan serta memintanya berhenti melakukan perbuatan berkenaan,” katanya.", "Plaintif mendakwa sejak serangan seksual itu, tiada sebarang komunikasi antara beliau dan defendan serta masih bekerja dengan Anwar sebelum dipindahkan ke Yayasan Aman.", "Beliau turut mendakwa diserang oleh Setiausaha Politik Defendan, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak pada jam 10 pagi 16 Mei 2019 yang menyebabkan beliau menerima rawatan perubatan.", "“Selepas kejadian itu, plaintif meletakkan jawatan di Yayasan Aman pada 24 Jun 2019. Plaintif kemudian membuat satu laporan polis terhadap defendan pada 7 Disember 2019,” katanya.", "Akibat tindakan itu, plaintif mendakwa beliau mengalami penderitaan antaranya gangguan fizikal, trauma serius, pencabulan kehormatan dan kehilangan reputasi.", "Sehubungan itu, plaintif menuntut deklarasi bahawa defendan melakukan perlakuan serangan seksual dan plaintif berhak mendapatkan perlindungan.", "Plaintif turut menuntut ganti rugi khas sebanyak RM180 bagi setiap sesi terapi, teladan dan teruk serta sebarang relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah. -MalaysiaGazette " ]
https://malaysiagazette.com/2021/03/23/malaysia-singapura-akan-bicang-iktiraf-sijil-vaksinasi-covid-19/
Malaysia, Singapura akan bincang iktiraf sijil vaksinasi Covid-19
[ "KUALA LUMPUR – Malaysia dan Singapura dijangka memulakan perbincangan mengiktiraf sijil vaksinasi Covid-19 yang dikeluarkan untuk rakyat masing-masing dalam masa terdekat. ", "Pengiktirafan itu bagi mempermudahkan perjalanan merentasi sempadan antara dua-dua buah negara.", "Menurut satu kenyataan, perbincangan berkaitan program vaksinasi antara Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatnya dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan di Putrajaya hari ini menunjukkan hasil yang positif.", "Katanya, kedua-dua negara bersetuju untuk mempercepatkan program vaksinasi jangka panjang yang membabitkan rakyat Malaysia yang menetap di negara jiran itu, dan rakyat Singapura yang menetap di negaar ini.", "Kedua-dua negara juga bersetuju memulakan pergerakan antara sempadan secara berperingkat seperti Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA), ujarnya.", "“Semua perincian pelaksanaan mengenai pengiktirafan timbal balik sijil vaksinasi antara Malaysia dan Singapura akan diperhalusi dan dimuktamadkan kedua-dua pihak.", "“Kedua-dua Menteri mengesahkan kembali hubungan yang baik dan lama antara Malaysia dan Singapura, serta peri pentingnya usaha mengukuhkan kerjasama yang saling menguntungkan dalam mengatasi cabaran bersama akibat pandemik COVID-19,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette " ]
https://malaysiagazette.com/2017/09/18/enam-suspek-kes-tahfiz-dibuang-sekolah-kerana-ponteng-mahdzir/
Enam suspek kes tahfiz dibuang sekolah kerana ponteng – Mahdzir
[ "Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, mereka didapati tidak hadir ke sekolah sejak 2012 hingga tahun lalu.", "“Ada suspek tidak pernah ke sekolah dalam tempoh lama, bermula pada tahun 2012 sehingga 2016.", "“Ada suspek yang berumur 16 tahun, pernah belajar di Tingkatan Satu pada 2012, tetapi tidak lagi ke sekolah selepas itu.", "“Suspek berumur 18 tahun menghabiskan sesi persekolahannya dan kemudian sambung belajar di GiatMARA,” katanya", "“Dan, selepas itu mereka tidak lagi hadir ke sekolah,” katanya.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Program ‘Sayangi Diri, Jauhi Dadah’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Saujana, hari ini.", "Beliau berkata, pihak sekolah telah mengambil pelbagai tindakan seperti mengeluarkan surat amaran serta berjumpa ibu bapa mereka bagi membincangkan masalah anak masing-masing sebelum tindakan buang sekolah diambil.", "“Namun remaja yang berumur 18 tahun sempat menghabiskan sesi persekolahannya dan menyambung pelajaran di sebuah institut latihan kemahiran,” katanya.", "Kebakaran asrama pusat tahfiz itu pada Khamis lepas menyebabkan 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden terkorban. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/03/02/gembira-jika-harga-lantai-getah-sekerap-dinaikkan-zahid/
Gembira jika harga lantai getah sekerap dinaikkan – Zahid
[ "KUALA LUMPUR – Cadangan menaikkan harga lantai getah sekerap kepada RM3 sekilogram akan diperhalusi oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) adalah  pengumuman yang sangat baik.", "Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, langkah itu berketepatan dengan konsep Malaysia Madani yang meliputi semua masyarakat di negara ini", "“Jika harga itu akan dinaikan, kami amat bersukacita.", "“Kalau pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri selaku menteri kewangan, kami yakin itu lebih baik untuk pekebun-pekebun kecil getah keseluruhannya,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di RISDA, hari ini.", "Hadir sama Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang dan Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Seri Ramlan Harun.", "Sebelum ini, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan dengan mengambil kira kemampuan kewangan semasa negara.", "Beliau berkata, kerajaan ketika ini sedang berusaha melaksanakan paras Harga Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram dengan peruntukan RM350 juta seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2023.", "Kenaikan paras Harga Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah 20 sen iaitu 8 peratus daripada RM2.50 kepada RM2.70 bertujuan memberi bantuan serta-merta kepada pekebun kecil. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/05/24/belanjawan-2022-tumpu-soal-bantu-rakyat-pm-muhyiddin/
Belanjawan 2022 tumpu soal bantu rakyat – PM Muhyiddin
[ "KUALA LUMPUR, 23 Mei — Usaha membantu rakyat khususnya dalam menangani kesan pandemik COVID-19 akan menjadi tumpuan Belanjawan 2022, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.", "“Kalau ada duit kita akan gunakan berapa ratus bilion pun untuk bantu rakyat dan itu akan datang, Insya-Allah,” katanya dalam Bicara Khas Cabaran Pandemik COVID-19 eksklusif bersama Perdana Menteri yang disiarkan di RTM dan Bernama TV malam ini.", "Muhyiddin berkata, kerajaan ketika ini telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu semua kumpulan rentan yang terkesan berikutan COVID-19.", "“Sebagai Perdana Menteri saya berasa sedih dan sebab itu kita tolong seberapa yang boleh dan termampu,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/03/16/remaja-pandu-lawan-arus-miliki-kad-oku/
Remaja pandu lawan arus miliki kad OKU
[ "KUALA LUMPUR – Remaja perempuan yang memandu melawan arus hingga menyebabkan kematian seorang juruteknik, dilaporkan memiliki kad Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).", "Kad OKU milik remaja berusia 19 tahun itu tersebar di laman sosial, dikategorikan sebagai mengalami ‘masalah pembelajaran’.", "Pegawai dari JKM Pulau Pinang mengesahkan bahawa kad OKU yang dimiliki remaja itu adalah sah dan dikeluarkan pada tahun 2011, lapor sebuah laman portal.", "“Doktor mencadangkan dia menjalani program pendidikan khas apabila berada di tingkatan satu,” kata pegawai berkenaan.", "China Press turut melaporkan perkara sama dan ia disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Ab. Hamid.", "Dilaporkan, seorang mangsa yang cedera dalam insiden itu turut mendakwa ibu remaja berkenaan memaklumkan anaknya mempunyai kad OKU ketika membuat laporan polis pada hari kejadian.", "Dalam kejadian kira jam 7.50 pagi kelamrin, seorang juruteknik kilang maut apabila kereta jenis Proton Gen2 dipandu melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth dan melanggar bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu mangsa.", "Kereta dipandu remaja itu turut merempuh lima kenderaan lain, termasuk sebuah van kilang dan motosikal.", "Ujian air kencing mendapati suspek berada dalam pengaruh alkohol dan dadah sehingga dia bertindak luar jangka. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/04/11/selangor-tutor-untuk-pelajar-sepanjang-pkp/
Selangor Tutor untuk pelajar sepanjang PKP
[ "KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan portal E-Learning percuma, Selangor Tutor yang boleh diakses melalui laman sesawang selangortutor.com sejak 3 April lalu, sebagai salah satu inisiatif dalam Pakej Rangsangan Selangor Prihatin sempena tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).", "Ia akan dibuka sehingga 31 Mei ini, kata Yayasan Selangor.", "Portal Selangor Tutor ini yang mengandungi pembelajaran secara dalam talian bagi mata pelajaran murid Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 pada mulanya dibuka kepada sekolah milik kerajaan, namun atas permintaan ramai, kini ianya dibuka kepada semua murid di Selangor termasuk yang belajar di sekolah milik swasta.", "Sekiranya ada murid atau sekolah yang mempunyai apa-apa masalah semasa pendaftaran atau penggunaan portal ini, boleh merujuk kepada pegawai Yayasan Selangor iaitu Haziq (013-4016055) dan Fauzani (019-2219321).", "Sejak dilancarkan dan sehingga 10 April 2020, hampir 40,000 murid telah mendaftar dan menggunakan portal ini.", "Justeru, diseru kepada semua murid Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 serta para ibu bapa di seluruh pelosok negeri Selangor agar cepat-cepat mendaftar dan menggunakan Selangor Tutor sebagai medium pembelajaran khususnya dalam tempoh PKP ini. SelangorTutor yang lengkap dengan lebih daripada 130,000 soalan latihan seharusnya menjadi alat pembelajaran cara alaf baharu.", "Kemudahan ini membolehkan murid belajar pada bila-bila masa di mana jua selagi mempunyai peranti yang boleh mengakses Internet. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/12/17/sidang-kemuncak-kl-bukan-pengganti-oic/
Sidang Kemuncak KL bukan pengganti OIC
[ "KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjelaskan penganjuran Sidang Kemuncak KL bukan satu platform yang menggantikan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan bukan juga untuk mewujudkan satu blok baru.", "Perdana Menteri berkata, Sidang Kemuncak KL kali ke-5 yang berlangsung esok adalah inisiatif pertubuhan bukan kerajaan yang disokong oleh kerajaan Malaysia.", "Sidang Kemuncak itu bukan satu platform untuk membincangkan tentang agama atau urusan agama tetapi khusus untuk menangani keadaan umat Islam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.", "Mahathir berkata demikian bagi memperbetulkan beberapa maklumat salah seperti yang dilaporkan oleh Pakistan Today yang mendakwa Sidang Kemuncak KL bertujuan untuk menjadi platform menggantikan OIC.", "Terdahulu, kenyataan itu memaklumkan bahawa Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan tidak dapat hadir ke Sidang Kemuncak itu yang berlangsung sehingga 21 Disember.", "Imran turut melahirkan rasa kecewa kerana tidak hadir.", "“Mahathir menghargai panggilan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Imran Khan untuk memaklumkan ketidakupayaannya menghadiri sidang kemuncak.", "“Imran itu dijadual berucap dan berkongsi pemikirannya mengenai keadaan dunia Islam,” kata kenyataan tersebut.", "Hari ini, umat Islam berdepan dengan penindasan, penahanan berjuta-juta, ditempatkan di kem tahanan, perang sivil yang mengakibatkan kemusnahan kota-kota dan negara-negara yang membawa kepada penghijrahan besar-besaran umat Islam yang dipindahkan ke negara bukan Islam, kebangkitan Islamophobia dan amalan rasional yang bertentangan dengan ajaran Islam namun telah diisytiharkan atas nama Islam.", "Mahathir berkata, perkara itu menjadi kebimbangan yang mendorong kewujudan Sidang Kemuncak KL.", "Tahun ini, katanya, bakal menyaksikan perdebatan dan perbincangan melangkaui intelektual selain meneruskan langkah-langkah tertentu, tonggak atau objektif yang dianggap dapat dicapai dan dilaksanakan.", "Sidang Kemuncak yang sama menyedari untuk meneruskan tonggak dan objektifnya dengan kumpulan yang terlalu besar akan menjadikannya ia sukar dan mungkin gagal walaupun sebelum ia bermula.", "Lantaran itu, pemilihan negara-negara utama adalah untuk tujuan khusus, tetapi senarai itu tidak menyeluruh apabila inisiatif-inisiatif ini telah diambil.", "Sidang Kemuncak itu cuba mencetuskan pendekatan baru dalam kolaborasi ummah dan jika ia mampu mencapai sesuatu, maka ia akan dapat dikemukakan kepada kumpulan Islam dan negara-negara Muslim yang lebih besar untuk menilai sama ada inisiatif-inisiatif ini perlu dijalankan dengan lebih besar.", "Kali ini hanya beberapa pemimpin negara diminta untuk mengambil bahagian.", "Tetapi Malaysia ingin mengulangi bahawa semua 56 negara dunia Islam telah dijemput dan semua 56 diwakili di pelbagai peringkat.", "“Sebagai negara kecil, Malaysia sedar akan batasan dan keupayaannya. Kami hanya cuba menyumbang apa yang termampu untuk memperbaiki kebaikan ummah. Kami berdoa agar inisiatif kami akan menerima berkat-berkat Allah SWT,” ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/12/23/jkm-melaka-cari-individu-tular-didakwa-guna-kanak-kanak-raih-simpati-ramai/
JKM Melaka cari individu tular didakwa guna kanak-kanak raih simpati ramai
[ "MELAKA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka mencari dua individu yang didakwa menggunakan kanak-kanak untuk meraih sumbangan pengguna jalan raya di beberapa lokasi negeri ini seperti ditularkan di media sosial sejak semalam.", "Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka, Burhanuddin Bachik berkata beberapa pegawai pelindung, kaunselor dan penguat kuasa Pejabat Kebajikan Melaka Daerah (PKMD) Jasin telah ke lokasi berkenaan bagi mencari wanita dan lelaki terbabit untuk membantu siasatan.", "Pencarian itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan seperti ditularkan di media sosial mengenai tindakan pasangan yang didakwa merupakan ibu bapa yang menggunakan anak-anak mereka untuk mendapat simpati ramai.", "“Tengah hari tadi, beberapa pegawai PKMD Jasin telah melakukan siasatan di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ) berhampiran Batu Gajah untuk mencari pasangan berkenaan seperti yang ditularkan.", "“Bagaimanapun, hasil tinjauan dan rondaan bermula dari Merlimau sehingga ke Sungai Rambai Umbai gagal mengesan pasangan berkenaan untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.", "Tambahnya, pihaknya akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan ibu bapa tidak menggunakan anak-anak bagi mendapatkan simpati orang ramai yang menyalahi undang-undang di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.", "Jelas beliau, akta itu jelas menyebut pihak JKM boleh menyelamatkan kanak-kanak sepertimana peruntukan di bawah Seksyen 17(1)(c ) Akta Kanak-Kanak 2001 pindaan 2016.", "“Ia boleh dikenakan terhadap mana-mana ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak yang tidak layak atau telah mengabaikan atau tidak berupaya untuk menjalankan atau telah bertindak secara cuai dalam menjalankan pengawasan dan pengawalan yang sepatutnya ke atas kanak-kanak itu.", "“Sabit kesalahan mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1)(a) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.", "Tambahnya, kecuaian dan pengabaian bukan satu kesalahan yang remeh di sisi undang-undang malah adalah satu kesalahan besar yang memberi kesan yang sangat buruk terhadap masa depan anak-anak.", "“Walaupun ia kelihatan kecil dari sudut luaran, ia sebenarnya serius apabila kes tersebut melibatkan nyawa, keselamatan dan kebajikan kanak-kanak tersebut.", "“Justeru, semua pihak terutama ibu-bapa harus menyedari dan memainkan peranan bagi memastikan kanak-kanak sentiasa dipelihara dan dilindungi daripada sebarang bentuk pengabaian, penderaan, diskriminasi dan eksploitasi yang akan menjejaskan proses pembesaran mereka,” katanya.", "Semalam, tular di media sosial mengenai pasangan yang didakwa suami isteri sedang menolak kereta bersama dua orang kanak-kanak yang diletakkan di atas bumbung kereta.", "Tindakan pasangan itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi netizan yang mempertikai tindakan individu berkenaan kerana sering dilihat mengulangi perbuatan sama.", "Perbuatan itu turut dikaitkan dengan usaha mudah pasangan berkenaan meraih sumbangan pengguna jalan raya yang simpati terhadap nasib mereka. – MalaysiaGazette." ]
https://malaysiagazette.com/2018/10/09/ronaldo-dinasihat-pulang-ke-portugal/
Ronaldo dinasihat pulang ke Portugal
[ "MILAN – Pemain terkenal Real Madrid, Cristiano Ronaldo dinasihatkan supaya pulang ke negara asalnya di Portugal berikutan kes rogol yang dihadapinya.", "Seorang pakar perundangan berkata, ia merupakan satu langkah bagi menghindari pemain tersebut daripada berdepan tindakan mahkamah Amerika Syarikat.", "Ini kerana kata Profesor Emilio Cortes, seorang peguam terkemuka di Sepanyol, waran tersebut tidak boleh digunakan untuk suspek yang tinggal di negara mereka sendiri.", "“Peraturan di Eropah dan AS adalah berbeza, dan pihak berkuasa Amerika mempunyai kemungkinan untuk memohon ekstradisi Ronaldo melainkan dia berada di Portugal,” katanya seperti dilapor Mirror Online.", "Pada minggu lalu, polis Las Vegas membuka kembali siasatan terhadap dakwaan yang dibuat oleh Kathryn Mayorga, 34, bahawa dia dirogol oleh Ronaldo pada Jun 2009.", "Nasihat peguam itu memberi kesan kepada penyerang berkenaan, yang menyertai kelab bola sepak Itali, Juventus menerusi kontrak selama empat tahun, sejak Julai lalu.", "Ronaldo bagaimanapun boleh meneruskan kerjayanya di Portugal.", "Pemain berusia 33 tahun itu sebelum ini memberitahu kepada lebih 75 juta pengikut media sosialnya bahawa beliau menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/10/28/mafi-agrobank-peruntuk-rm110-juta-untuk-dana-agromakanan-keluarga-malaysia/
MAFI, Agrobank peruntuk RM110 juta untuk Dana Agromakanan Keluarga Malaysia
[ "KUALA LUMPUR – Agrobank menerusi kerjasama strategiknya bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan telah memperuntukkan RM110 juta bagi kempen pembiayaannya yang dinamakan ‘Dana Agromakanan Keluarga Malaysia’ bersesuaian dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’.", "Sepanjang tempoh kempen, Agrobank akan menawarkan pengecualian fi jaminan untuk kedua-dua dana Agromakanan (PENJANA) dan Dana Pembiayaan Agromakanan (DPA).", "Kempen ini adalah sah sehingga keseluruhan dana berjumlah RM110 juta tersebut digunakan sepenuhnya atau sehingga 31 Disember 2021.", "Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, Dana Agromakanan Keluarga Malaysia akan disalurkan melalui dua program pembiayaan Agrobank iaitu Agromakanan (PENJANA), sebuah program pembiayaan usahawan khusus untuk perusahaan mikro dan kumpulan B40 dengan peruntukkan dana sebanyak RM50 juta.", "Ia juga menawarkan pembiayaan maksimum sehingga RM50,000 dan kadar keuntungan serendah 3.5% setahun.", "Katanya, DPA pula menawarkan pembiayaan khusus untuk usahawan tani dalam industri makanan bagi meningkatkan pengeluaran tempatan dan mengurangkan import dengan peruntukan dana sebanyak RM60 juta.", "Menurutnya, DPA menawarkan pembiayaan sehingga RM10 juta dengan kadar keuntungan serendah 3.5% setahun bagi pembiayaan RM10,000 – RM5 juta dan 4.75% setahun bagi pembiayaan RM5 juta – RM10 juta. – MalaysiaGazette", "“" ]
https://malaysiagazette.com/2021/09/03/oku-kena-berani-cuba-sesuatu-yang-baharu-wei-lun/
OKU kena berani cuba sesuatu yang baharu – Wei Lun
[ "SEPANG – Atlet boccia negara, Chew Wei Lun yang melakar kejutan pada Sukan Paralimpik Tokyo dengan meraih pingat perak menasihati golongan senasib dengannya untuk mencuba sesuatu yang baharu.", "Dia berkata, tiada yang mustahil dalam hidup ini untuk mencapai kejayaan.", "Mengambil contoh dirinya, beliau daripada awal hanya mahu mempromosikan sukan baharu kepada orang ramai pada temasya itu.", "“Dari awal tak sangka dapat pingat, niat kita pergi nak promosi sukan ini kepada rakyat Malaysia. Itu sahaja.", "“Harap mereka dapat berani untuk cuba mana tahu satu hari mereka akan berjaya dan dapat pingat juga, siapa tahu,” katanya pada sidang media sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini dari Jepun, petang tadi.", "Kepulangan Wei Lun bukan hanya disambut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan timbalannya, Datuk Seri Ti Lian Ker, malah dua bekas menteri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut memberi penghormatan kepada atlet para negara lain yang pulang dari Tokyo itu." ]
https://malaysiagazette.com/2018/01/16/mahfuz-sindir-hadi-mahu-jadikan-pas-sekadar-parti-aksesori/
Mahfuz sindir Hadi mahu jadikan Pas sekadar parti ‘aksesori’
[ "KUALA LUMPUR – Baharu sahaja keluar daripada Pas, Datuk Mahfuz Omar mula mengkritik dengan lebih hebat presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menyifatkan parti Islam itu sudah menjadi parti ‘aksesori’.", "Mana tidaknya, Mahfuz berkata, kenyataan Hadi yang mengatakan Pas sekadar mensasarkan untuk menang 40 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang sebagai sesuatu yang memalukan dan tidak layak digelar sebagai kuasa alternatif lagi kepada rakyat.", "“Pertamanya, Pas kini sudah mengakui secara terbuka bahawa mereka bertanding pada PRU 14 bersama dengan gabungan yang disebut ‘Gagasan Sejahtera’ bukanlah atas hasrat untuk menang dan membentuk kerajaan yang pemerintahannya berteraskan Islam sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh ‘penyokong-penyokong taksub Pas selama ini di media sosial mahupun di kedai kopi.", "“Pas rupa-rupanya hanya sekadar berhasrat untuk menjadi ‘oportunis politik’, maka Pas dan Gagasan Sejahtera tidaklah layak dipanggil alternatif atau ‘third force’ untuk rakyat,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena dalam satu kenyataan hari ini.", "Mahfuz turut membidas Hadi sudah menjatuhkan martabat Pas dengan kenyataan sedemikian kerana ia menunjukkan mereka hanya sekadar mahu menjadi sebuah parti ‘aksesori’.", "“Secara peribadi saya agak sedih melihat parti yang lebih 34 tahun saya berjuang di dalamnya selama ini merupakan antara parti politik utama di negara ini dan alternatif kepada BN (Barisan Nasional) akhirnya menurunkan mertabat dirinya sendiri kepada hanya sebuah parti pelengkap dan ‘aksesori’ sahaja yang tidak mempunyai sikap yang jelas dalam mendepani halatuju pemerintahan negara demi rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/08/21/sultan-nazrin-prihatin-isu-perubahan-cuaca/
Sultan Nazrin prihatin isu perubahan cuaca
[ "KUALA LUMPUR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan rasa prihatin mengenai isu global yang disifatkan dekat dengan hati baginda iaitu perubahan iklim.", "Baginda bertitah, dunia ketika ini berdepan dengan darurat iklim yang telah diisytiharkan di negara-negara seperti Kanada dan United Kingdom.", "Titah baginda, suhu global telah meningkat pada kadar yang belum pernah berlaku sebelum ini apabila pelepasan gas rumah hijau yang dihasilkan terutama oleh pembakaran bahan api fosil.", "“Ini pula bermaksud penutupan ais dan peningkatan paras laut dengan para saintis iklim meramalkan kebanyakan glasier di tengah dan timur di Himalaya akan hilang sepenuhnya pada tahun 2035.", "“Perubahan iklim bersama dengan aktiviti manusia seperti penebangan hutan juga mempunyai kesan buruk terhadap kepelbagaian biologi dan Dana Sedunia Alam Semulajadi (WWF) menjangkakan kadar kepupusan spesies adalah sekurang-kurangnya 1,000 kali lebih tinggi daripada kadar kepupusan semulajadi iaitu kadar tanpa kerosakan akibat manusia akibat planet ini.", "“Bulan Julai lalu pula mencatat rekod apabila disahkan sebagai bulan paling panas pada dengan beberapa saintis iklim terkemuka meramalkan masyarakat dunia mempunyai masa 18 bulan untuk mengambil tindakan sebelum kerosakan menjadi tidak dapat diperbaiki,” titah baginda.", "Sultan Nazrin bertitah demikian pada Dialog Peradaban Belia Malaysia-China sempena ulangtahun hubungan diplomatik Malaysia-China ke-45 di Palace Of The Golden Horses di sini hari ini.", "Baginda bertitah, asas etika bagi kelestarian alam sekitar terkandung dalam ajaran Islam dan Konfusianisme.", "Titah baginda, seringkali terdapat pertindihan antara ajaran Islam dan Matlamat Pembangunan Lestari atau SDGs.", "“Sebagai contoh di mana al-Quran menekankan kepentingan air ke kehidupan menyatakan bahawa ‘kami membuat setiap benda hidup dari air’ manakala SDGs pada agenda keenam dan 14 turut bimbang dengan akses kepada air bersih dan melindungi lautan dan lautan di planet.", "“Kita tidak perlu mencari crossover antara SDGs dan Konfusianisme. Sebagai contohnya, agenda 12 SDGs yang menekankan kepentingan tanggungjawab penggunaan dan pengeluaran.", "“Bukankah ini juga yang ditekankan dalam frasa yang berkaitan dengan Konfusius dari Kitab Ritus iaitu ‘untuk jatuh satu pokok atau membunuh satu binatang bukan pada waktu yang sesuai adalah bertentangan dengan ketakwaan keluarga’?", "“Planet kita memerlukan pendekatan etika yang mendesak Islam dan Konfusianisme melaksanakan pendekatan yang mengingatkan kita tentang tanggungjawab manusia dan ketergantungan kepada bumi.", "“Saya melihat ini sebagai sumbangan penting yang dibuat oleh dua tradisi rohani yang hebat kepada etika global pada abad ke-21,” katanya.", "Sultan Nazrin turut bertitah, dalam dunia yang semakin berpecah dan berdepan konflik, Islam dan Konfusianisme mengiktiraf kesamaan antara sama lain dan menghormati sebarang perbezaan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/02/22/peralihan-kuasa-ronnie-liu-luahkan-perasaan/
Peralihan kuasa: Ronnie Liu luahkan perasaan
[ "KUALA LUMPUR – Pemimpin tertinggi Jawatankuasa Pusat DAP (CEC), Ronnie Liu melahirkan rasa kecewa dengan keputusan ‘peralihan kuasa’ lewat malam tadi.", "Dalam hantaran di laman Facebook, Ronnie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek itu tidak memetikmana-mana nama seperti Tun Dr Mahathir Mohamad mahupun Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Namun umum yang mengetahui perjalanan politik Ronnie sudah dapat bayangan kepada siapa ianya di tujukan.", "Antara yang mendapat perhatian termasuk luahan rasa Ronnie yang meletakan video ‘live’ sidang media selepas dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan oleh Tun Mahathir.", "“Itu sahaja, kamu semua sedang buang masa tunggu di sini. Tidak ada tarikh, tidak ada masa.", "“Hanya, terpulang kepada ‘saya’ untuk buat keputusan. Selepas APEC. Orait. Terima Kasih.", "“Terpulang kepada saya.", "“Saya sudah tidak mahu dengar lagi. Tolong masuk tidur sahaja. Terima kasih semua,” tulis Ronnie beberapa jam lepas memetik kata-kata Dr Mahathir dalam sidang media itu.", "Sejurus beberapa jam, Ronnie menulis lagi.", "“Mengapa? Rakyat kecewa. Mungkir janji.", "“Tidak puas hati. Jangan buat tidak tahu,” katanya yang juga mendapat respon daripada netizen.", "Rata-rata juga bersetuju, ada juga memberi komen negatif kepada pemimpin itu.", "Semalam, Majlis Presiden PH sebulat suara bersetuju peralihan kuasa Perdana Menteri ditentukan sepenuhnya oleh Tun Mahathir.", "Tun Mahathir juga mendedahkan tidak ada sebarang perbincangan berhubung melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8 dalam mesyaurat tiga jam itu. –MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/12/16/i-sinar-umno-beri-sedikit-masa-lagi-kepada-kerajaan-tunaikan-janji/
i-Sinar: UMNO beri sedikit masa lagi kepada kerajaan tunaikan janji
[ "KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO tidak sesekali akan berhenti bersuara berhubung isu pengeluaran i-Sinar dan lanjutan moratorium selagi apa yang dituntut rakyat tidak ditunai oleh kerajaan.", "Ini terutamanya membabitkan pemansuhan Kategori 2 penerima i-Sinar bagi memberi manfaat kepada lebih ramai pencarum yang susah ketika ini.", "Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, pihaknya memberi ruang sedikit masa kepada kerajaan untuk mengotakan janji-janjinya.", "”Sebagaimana yang dijanjikan YB Menteri Kewangan bahawa isu KWSP dan moratorium masih boleh ditambah-baik biarpun bajet sudah diluluskan, kami Pemuda akan beri ruang sedikit masa untuk pihak kerajaan kotakan janji,” tegas beliau.", "Namun, jika masih tiada apa-apa, Pemuda UMNO masih mempunyai kuasa politik untuk digunakan bagi pihak rakyat.", "”InsyaAllah tunggu dan lihat!,” ujarnya yang menolak apa juga tanggapan, andaian dan tuduhan yang dilemparkan kepada UMNO.", "Menurutnya, Pemuda akan terus memperjuangkan isu kelangsungan hidup dan kepayahan rakyat ketika ini kerana ia sejajar dengan prinsip UMNO.", "Asyraf berkata, biarpun tiada mempunyai kuasa untuk membuat sebarang keputusan, Pemuda terus berusaha menjadi jurubicara rakyat dengan menyampaikan memorandum suara rakyat dalam isu KWSP dan moratorium.", "Ini termasuk melakukan perjumpaan secara bersemuka dengan Menteri Kewangan, berhubung terus dengan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, mendesak melalui pelbagai saluran media termasuk melalui Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional di Dewan Rakyat.", "”Alhamdulillah, berkat desakan bersepadu semua termasuk Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi BN, kerajaan telah menambah baik dari semasa ke semasa (daripada peringkat awal menolak terus idea pengeluaran Akaun 1 KWSP, kepada 600,000 pencarum dibenarkan keluar, kemudian ditambah baik lagi kepada 2 juta sehinggalah diperluaskan lagi kepada 8 juta pencarum),” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/08/30/apmm-kaji-dakwa-nelayan-tempatan-yang-kongsi-hasil-dengan-nelayan-asing/
APMM kaji dakwa nelayan tempatan yang kongsi hasil dengan nelayan asing
[ "PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mengkaji aspek perundangan bagi membolehkan pendakwaan dibuat terhadap nelayan tempatan yang mengejar keuntungan apabila sanggup berkongsi hasil tangkapan laut dengan nelayan asing di tengah laut.", "Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Madya Datuk Mohd Taha Ibrahim berkata, pihaknya telah beberapa kali menangkap nelayan tempatan yang menjalankan aktiviti itu namun sukar membuat pendakwaan kerana berlaku di luar perairan Malaysia.", "“Isu akan ditangani (secepat mungkin) dan kita akan lihat sudut perundangan untuk menuduh mereka yang terlibat,” katanya kepada pemberita pada Program Pelupusan Vesel Lucut Hak Secara Bakar di Pejabat Daerah Maritim 10 Tok Bali di sini hari ini.", "Hadir sama Pengarah APMM Kelantan Kapten Nurul Hizam dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan Hamzah Mohamad.", "Mohd Taha mengulas laporan akhbar berhubung berlakunya aktiviti perniagaan antara nelayan tempatan dan asing di luar perairan Malaysia.", "Berhubung program itu, Mohd Taha berkata, APMM melupuskan dua bot nelayan asing dengan cara membakarnya di kedudukan 7.9 batu nautika dari muara Tok Bali di sini.", "Beliau berkata, ia julung kali diadakan bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa kerajaan serius menangani isu pencerobohan nelayan asing di perairan negara.", "“Pelupusan secara bakar ini diambil sebagai kaedah alternatif bagi membuktikan kerajaan amat peka dan serius menangani isu pencerobohan memandangkan sebelum ini terdapat viral menyatakan APMM tidak mengambil tindakan wajar terhadap isu itu,” katanya.", "Menurutnya, APMM telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk membakar bot berkenaan yang tidak memberi kesan kepada pencemaran laut. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2020/12/24/beri-peluang-parti-muda-warnai-politik-negara/
Beri peluang Parti Muda warnai politik negara
[ "SEMUA pihak perlu memberi ruang dan peluang secukupnya\nkepada parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang\nditubuhkan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk\nmewarnai arena politik negara kita. Parti Muda berkenaan\ntelah pun didaftar pada 17 September yang lalu dan kini\nsedang menunggu proses kelulusan daripada pihak Jabatan\nPendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).", "Kewujudan sebuah parti politik baru dalam negara kita patut dialu -alukan dan diterima dengan hati dan minda yang terbuka\noleh semua pihak.", "Dengan wujudnya sebuah parti politik baharu, maka rakyat Malaysia akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk memilih mana – mana ahli politik bagi mewakili mereka untuk menjalankan proses pentadbiran negara sekaligus mewarnai pentas politik dalam negara.", "Sudah sampai masanya Malaysia memiliki sebuah ahli politik yang\nbenar – benar baru dan boleh memahami segala hasrat dan\nharapan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai\nkaum dan agama ini khususnya dari kalangan generasi\nmuda.", "Malaysia perlukan sebuah pasukan pimpinan politik\nbaru yang benar – benar dapat memahami keadaan\npersekitaran semasa pada masa kini yang amat berlainan\ndengan pada masa dulu.", "Namun, ia tidak bermakna kita harus meminggirkan segala\nsumbangan yang telah dilakukan oleh veteran politik dalam negara kita.", "Segala sumbangan yang dilakukan oleh veteran\npolitik dalam negara kita adalah amat dihargai dan akan\nterus dikenangi sepanjang zaman selagi ada bulan dan\nmatahari.", "Veteran politik yang ada dalam negara masih\nboleh memainkan peranan mereka serta memberi\nsumbangan terhadap pembangunan negara dengan\nberkongsi pengalaman yang mereka ada kepada generasi\nbaru.", "Malaysia kini memerlukan sebuah pasukan ahli politik\nbaru yang boleh memimpin negara ini ke arah yang lebih\ngemilang serta dapat mengharungi segala dugaan dan\ncabaran yang mendatang sesuai dengan keadaan semasa\npada masa kini dan masa akan datang yang penuh pancaroba.", "Kewujudan pasukan ahli politik baru ini dijangka dapat\nlebih memahami hati dan harapan generasi muda yang ingin\nmelihat perubahan dalam perjuangan politik tanah air kerana\nmereka tergolong dalam satu kumpulan generasi yang sama\ndan hampir sama.", "Penghargaan harus diberikan kepada Syed Saddiq Syed\nAbdul Rahman serta rakan – rakannya dalam usaha\nmenubuhkan sebuah parti politik ini.", "Tidak mudah untuk menubuhkan sebuah parti politik baru dalam Malaysia kerana mereka perlu melalui pelbagai cabaran bagi\nmenubuhkan sebuah parti politik mengikut peruntukan\nundang-undang sedia ada dalam negara serta\nmendaftarkan parti politik baru mereka dengan pihak-pihak\nyang berkaitan untuk menjadi sebuah parti politik yang sah.", "Penubuhan sebuah parti politik baru juga akan melibatkan\npengunaan sumber kewangan yang agak banyak bagi\nmembantu penubuhan parti serta bagi menjalankan segala\naktiviti dan program anjuran parti berkenaan pada masa\nakan datang.", "Cabaran yang paling utama yang bakal diterima oleh parti politik baru ini adalah bagi menarik orang ramai bagi menyertainya. Agak sukar untuk menyakinkan orang ramai bagi menyertai mana – mana parti politik baru.", "Namun, bak kata pepatah dimana ada kemahuan, disitu ada\njalan, segala kesusahan dan kesukaran ini dapat dilalui\nsekiranya orang yang menubuhkan parti baru serta serta\npasukannya bekerja keras serta dengan penuh ikhlas bagi\nmenjayakan penubuhan parti politik baru mereka.", "Untuk kekal berjaya dalam dunia politik ini, sesebuah parti politik\nperlu ada matlamat penubuhan yang jelas serta berlainan\ndengan parti-parti politik sedia ada dalam Malaysia.", "Pemimpin dan pasukan yang bakal menerajui parti politik\nbaru ini juga perlu dipilih melalui proses demokrasi dan\nundian bukannya melalui proses lantikan secara sesuka hati\ndari pihak atasan.", "Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan agama\njuga, penyertaan ahli dari kalangan pelbagai kaum dan\nagama juga perlu diberi penekanan supaya parti politik baru\nberkenaan dapat kekal relevan dalam suasana masyarakat\nMalaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.", "Parti politik baru ini perlu membuktikan kepada seluruh\nmasyarakat Malaysia bahawa mereka benar-benar\nmewakili suara baru yang ingin membawa perubahan\nkepada ke arah kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia\ndan bukanya ingin membawa manfaat kepada diri mereka\nsendiri.", "Pasukan yang bakal dipilih bagi memimpin parti politik baru ini juga perlu terdiri daripada mereka yang benar– benar bersih dan tidak memiliki rekod buruk ataupun jenayah.", "Proses pengisytiharan harta setiap pemimpin dan ahli politik perlu dilakukan pada setiap masa kepada pihak yang berkaitan dalam negara kita supaya orang ramai dapat melihat ketelusan perjuangan parti politik baru ini serta berasa yakin untuk menyertainya.", "Apa yang paling penting, setiap individu yang ingin berjuang dalam dunia politik perlu benar-benar ikhlas berjuangan demi rakyat dan negara serta sanggup mengambil sebarang langkah tidak popular demi kebaikan semua lapisan masyarakat.", "Sebarang janji politik yang dibuat kepada rakyat perlu dipenuhi sepenuhnya tanpa sebarang alasan. Rakyat Malaysia sudah muak\nmendengar segala janji-janji manis politik yang sering\ndilemparkan kepada mereka selama ini yang tidak dipenuhi.", "Semoga kewujudan sebuah parti politik baru ini dapat\nmemberi manfaat kepada negara dan rakyat Malaysia.- MalaysiaGazette", " ", "Pensyarah Kanan Fakulti Syariah & Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia." ]
https://malaysiagazette.com/2021/05/13/covid-19-enam-orang-meninggal-dunia-setiap-sejam-di-haryana-india/
Covid-19: Enam orang meninggal dunia setiap sejam di Haryana, India
[ "CHANDHIGARH , India – Keadaan pandemik Covid-19 di Haryana, India semakin meruncing dengan statistik terbaru menunjukkan sekurang-kurangnya enam orang maut setiap sejam. ", "Menurut portal berita Indian Express, negeri ini terus mencatatkan jumlah kes harian Covid-19 tertinggi antara 1 hingga 11 Mei dengan sekurang-kurangnya 12,000 kes.", "Malah satu pertiga daripada jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 yang dicatatkan dari tempoh tersebut iaitu seramai 1,694 orang. ", "Menteri Kesihatan Haryana, Anil Viji berkata, rata-rata pesakit yang dijangkiti Covid-19 berasal dari bandar iaitu sebanyak 62 peratus. ", "Setakat 30 April lalu, sebanyak 4,216 kes kematian dilaporkan namun ia naik mendadak pada bulan ini. ", "Dilaporkan angka kematian meningkat kepada 5,910 kes pada 11 Mei lalu dengan 152,274 kes baharu dicatatkan di negeri itu pada 1 hingga 11 Mei lalu. – MalaysiaGazette " ]
https://malaysiagazette.com/2020/07/17/sc-batal-lesen-etalage/
SC batal lesen Etalage
[ "KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membatalkan Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal Etalage Sdn Bhd (Etalage) pada 25 Jun lalu.", "Tindakan itu adalah selaras dengan Seksyen 72(2)(a)(ii) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 kerana syarikat tersebut telah gagal atau telah menghentikan aktiviti berlesen mereka selama masa tiga bulan berturut-turut.", "Etalage dilesenkan pada 12 Januari 2016 untuk menjalankan aktiviti yang dikawal selia termasuk perancangan kewangan, urus niaga sekuriti, urus niaga sekuriti terhad kepada unit amanah dan urus niaga Skim Persaraan Swasta. – MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2021/12/28/angka-korban-banjir-di-brazil-meningkat/
Angka korban banjir di Brazil meningkat
[ "ITABUNA, Brazil – Angka kematian akibat banjir yang melanda timur laut Brazil meningkat kepada 20 orang pada hari Isnin, ketika gabenor negeri Bahia mengisytiharkan ia bencana paling teruk dalam sejarah negeri itu.", "Pasukan penyelamat pula sudah bersiap sedia ketika hujan berterusan dalam beberapa hari akan datang.", "Sebahagian besar Bahia, yang menempatkan kira-kira 15 juta orang penduduk telah mengalami banjir sekejap-sekejap selama berminggu-minggu, selepas kemarau panjang.", "Banjir di beberapa kawasan bertambah teruk pada lewat malam Krismas dan awal Hari Krismas selepas sepasang empangan pecah menyebabkan penduduk berebut-rebut menyelamatkan diri ke tempat yang lebih tinggi.", "Pasukan penyelamat berkawal dengan perahu kecil di sekitar bandar Itabuna, di selatan Bahia, mengeluarkan penduduk dari rumah mereka, termasuk beberapa yang melarikan diri melalui tingkap di tingkat dua.", "Gabenor Bahia Rui Costa dalam ciapannya berkata, sebanyak 72 majlis perbandaran berada dalam keadaan kecemasan.", "“Malangnya, kita sedang melalui bencana terburuk yang pernah berlaku dalam sejarah Bahia,” tulisnya. – APA" ]
https://malaysiagazette.com/2020/08/01/prn-sabah-umno-sabah-tentukan-kerusi-ditandingi-esok-bung-moktar/
PRN Sabah: UMNO Sabah tentukan kerusi ditandingi esok – Bung Moktar
[ "KOTA KINABALU – UMNO Sabah akan menentukan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dalam mesyuarat parti esok, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin.", "Beliau berkata, mesyuarat itu juga akan menentukan hala tuju UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah dalam usaha memenangi kesemua kerusi yang ditandingi pada pilihan raya tersebut.", "“Pada saya, bukan soal untuk bertanding semua kerusi (DUN) tetapi soalnya berapa yang boleh kita (UMNO Sabah) menang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.", "Bagaimanapun, Bung Moktar berkata, pihaknya sudah mempunyai senarai nama calon namun belum menentukan kerusi mana yang bakal diwakili mereka pada PRN itu.", "Katanya, UMNO Sabah akan mengumumkan nama calon yang terpilih bertanding pada pilihan raya itu lebih awal selepas diputuskan dan dimuktamadkan.", "Mengulas autonomi yang diberikan kepada UMNO Sabah dalam membuat persiapan dan menentukan calon bagi PRN, Bung Moktar berkata, ia adalah pendekatan terbaik untuk rakyat Sabah kerana parti itu diterajui pemimpin tempatan sekali gus menolak dakwaan UMNO hanyalah sebuah parti dari Semenanjung.", "Beliau berkata, autonomi itu juga memberi peluang kepada pemimpin UMNO Sabah menentukan hala tuju parti di negeri itu, bukan hanya dalam soal menentukan calon dan kerusi yang ditandingi malah dalam mengemukakan tawaran baharu untuk rakyat di Sabah.", "Menyentuh isu pertambahan kerusi DUN Sabah daripada 60 kepada 73, Ahli Parlimen Kinabatangan itu berpendapat sudah tiba masanya ia dilaksanakan memandangkan geografi negeri tersebut yang besar dan luas selain sebagai usaha memberi perkhidmatan seimbang kepada rakyat.", "Bung Moktar turut mengesahkan beliau akan bertanding di Lamag iaitu antara DUN baharu yang diwujudkan di Parlimen Kinabatangan.", "Pada masa ini, Kinabatangan mempunyai dua DUN iaitu Sukau dan Kuamut.", "Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sebanyak 60 kerusi DUN Sabah dipertandingkan namun pada Julai tahun lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul tambahan 13 kerusi DUN, menjadikan kedudukan semasa 73 kerusi.", "Tiga belas DUN itu ialah N02 Bengkoka; N06 Bandau; N08 Pintasan; N13 Pantai Dalit; N17 Darau; N24 Tanjung Keramat; N27 Limbahau; N44 Tulid; N47 Telupid; N51 Sungai Manila; N58 Lamag; N61 Segama dan N70 Kukusan.", "Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Sabah, Rohiman Rahia ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan sebanyak 73 kerusi DUN Sabah akan dipertandingkan pada PRN yang bakal berlangsung tidak lama lagi.", "Pada Khamis lalu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN Sabah beberapa jam selepas bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman mendakwa blok pembangkang telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.", "Ketika ini, UMNO Sabah memiliki satu daripada 17 kerusi DUN yang dimenangi pada PRU14 selepas 16 Ahli Dewan Undangan Negerinya meninggalkan parti itu dan menyertai parti gabungan kerajaan Warisan dan Bersatu. Kerusi DUN tunggal Umno disandang Tan Sri Musa Aman yang mewakili DUN Sungai Sibuga. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2023/02/17/industri-logistik-merana-pulse-mohon-campur-tangan-kerajaan/
Industri logistik merana, PULSE mohon campur tangan kerajaan
[ "KUALA LUMPUR – Industri logistik mahu kerajaan campur tangan membantu sektor berkenaan yang menerima tempias ekoran pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu.", "Presiden Persatuan Usahawan Logistik Semenanjung Malaysia (PULSE), S. Puvanesvary memberitahu, peningkatan kos bekalan seperti alat ganti automotif kira-kira 20 hingga 30 peratus yang memberi kesan langsung kepada kos penghantaran.", "Ia mengakibatkan industri penghantaran barang itu ‘merana’ sampai sekarang.", "Berikutan itu, beliau berkata, ramai antara pengusaha dan pengendali perniagaan logistik kecil dan sederhana memilih untuk meninggalkan perusahaan itu atas sebab tidak mampu atau terjerat dengan masalah kewangan.", "“Seperti industri-industri lain, industri logistik juga adalah tulang belakang bagi ekosistem rantaian bekalan Malaysia.", "“Justeru, kami berharap kerajaan dapat campur tangan dalam kenaikan kos logistik untuk melihat bagaimana mereka (kerajaan) dapat membantu syarikat-syarikat logistik untuk terus kekal bersaing dalam pasaran ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Dalam pada itu, Puvanesvary memberitahu, dalam usaha menarik minat orang ramai untuk menyertai industri itu, PULSE berhasrat menganjurkan latihan dalam pelbagai bidang termasuk operasi, kewangan, pengurusan dan sebagainya yang menepati kehendak industri logistik.", "“PULSE juga mahu memperkasa kerjaya pemandu lori sebagai satu profesion yang mempunyai prospek untuk berkembang. Kami mahu pemandu diberi peluang pembangunan kerjaya agar mereka boleh dinaikkan pangkat seperti penyelia dan pengurus atau diserap ke bahagian lain seperti mekanik, juruteknik dan sebagainya,” jelasnya.", "Dalam perkembangan berkaitan, Puvanesvary memberitahu, PULSE menganjurkan satu sesi dialog bersama wakil agensi-agensi kerajaan seperti Kementerian Pengangkutan, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), Puspakom, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Malaysian Investment Development Authority (MIDA), Malaysia Industrial Development Fund (MIDF), SME CORP, Jabatan Kastam Diraja dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Midlands Convention Centre, Shah Alam esok.", "Sesi dialog itu, katanya, akan membincangkan hal-ehwal berkaitan isu dan cabaran pemain industri logistik khususnya dari peengusaha kecil dan sederhana pada fasa pasca pandemik.", "Sebagai negara perdagangan ke-24 terbesar di dunia pada 2021, sektor logistik berperanan penting untuk membolehkan pertumbuhan rantaian bekalan Malaysia dan dengan kebangkitan e-dagang, syarikat memanfaatkan trend yang semakin pesat berkembang ini.", "Kementerian Pengangkutan menyusun Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030 untuk menambah baik kesalinghubungan logistik bagi menampung ledakan e-dagang, rancangan naik taraf dan peluasan pelabuhan secara berterusan serta peningkatan produktiviti dan daya saing. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/09/17/ahli-pkr-jangan-khianati-semangat-perjuangan-reformasi-anwar/
Ahli PKR jangan khianati semangat perjuangan reformasi – Anwar
[ "KOTA KINABALU – Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli parti itu supaya tidak mengkhianati semangat perjuangan reformasi selain terus komited merealisasikan janji untuk membawa budaya politik baharu iaitu matlamat tidak menghalalkan cara dan kaedah yang salah.", "Berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Serentak Keadilan Sabah, Anwar berkata, setiap ahli PKR boleh berbeza pendapat, dan dalam masa sama, memberi pandangan kepada pemimpin, namun, ahli parti tidak boleh sama sekali mengkhianati semangat perjuangan menuntut reformasi yang sememangnya sudah menjadi landasan dan tunggak parti itu sejak awal penubuhannya.", "Anwar juga mahu ahli PKR sentiasa bermuhasabah dan mengintropeksi diri bagi memastikan bibit-bibit yang ada dalam budaya politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) seperti salah guna kuasa, rasuah, gila kuasa dan memperkayakan diri tidak wujud dalam kalangan ahli parti itu.", "“Dulu jangan lupa, kita serang UMNO dan BN habis-habisan. Sebab apa sebab gila kuasa, gondol kekayaan, memperkayakan diri dan memiskinkan rakyat. Sekarang, orang akan tanya apakah bibit-bibit yang ada dalam budaya UMNO itu juga terhimpit dan tersangkut dalam kalangan kita. Kalau ada, kita harus bertindak dan nyahkan daripada pengaruh ini.", "“Ini dikatakan intropeksi, muhasabah, kritik diri kita sendiri. Jangan sibuk serang orang sahaja kerana kita sekarang ada kuasa. Atas sebab itu, kita harus buat penilian tentang dasar kita. Kita lihat umpamanya, pengumuman usaha-usaha dilakukan oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri (Sabah), kita harus akui menyokong langkah-langkah baik yang dilakukan.", "“Ada orang kata tiada perubahan sama sekali, saya tidak setuju, perjalanan Parlimen berubah, badan Kehakiman berubah, media berubah. Ada perubahan. Tetapi kita juga tidak sabar, kita tidak mahu tunggu 50 tahun lagi berubah, maka sebab itu, tuntutan, gesaan, asakan itu kian kuat meminta perubahan itu dengan kadar yang lebih pantas dan cepat,” katanya.", "Mengulas lanjut, Anwar juga mahu, pemimpin dan ahli PKR termasuk daripada parti komponen lain dalam Pakatan Harapan (PH) supaya tidak mudah melenting apabila dikritik mahupun ditegur oleh pihak lain atau media sebaliknya perlu lebih rasional dengan menilai serta menjawab perkara dibangkitkan secara sopan.", "“Kita kena ingat suasana berubah. Sejak PH memerintah, antara langkah awal diambil oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah membebaskan media. Bila media bebas, yang kena serang itu kita. Tetapi, itu yang kita janji. Apa yang kamu minta itu yang kamu dapat. Kita minta media harus bebas.", "“Sekali dah bebas, kritik kita tak boleh. Jika (menteri) faham reformasi, dia akan dengar, nilai, dan jawab dengan baik dan sopan. Itu budaya politik baharu yang kita bicarakan,” katanya.", "Anwar turut menasihatkan pemimpin dan ahli PKR untuk sentiasa mengingati naratif baharu parti iaitu menjadi wakil kepada kepentingan majoriti rakyat pelbagai kaum yang memerlukan pembelaan selain memastikan pembangunan yang dibawa seiring dengan penerapan nilai-nilai pembangunan insan.", "PKR mahu melahirkan pemimpin yang menjadi juara, pejuang dan pembela nasib rakyat di peringkat akar umbi dan bukannya mempertahankan golongan korporat atau ahli perniagaan kerana PKR ditubuhkan oleh rakyat bawahan di jalanan yang menuntut perubahan, katanya.", "Sementara itu, Pengerusi PKR Sabah Datuk Christina Liew ketika berucap berkata PKR negeri itu mahu semua ahli memainkan peranan masing-masing di pelbagai peringkat untuk membantu kerajaan negeri merealisasikan perubahan yang diperjuangkan parti selama 20 tahun di Sabah.", "Pada majlis itu, Anwar diiringi Liew menerima sebanyak 11,362 borang keahlian baharu PKR Sabah yang didaftarkan secara dalam talian.- BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2020/07/17/sprm-cari-shamsul-shahrul-2/
SPRM cari Shamsul Shahrul
[ "KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah sedang mengesan seorang lelaki yang juga merupakan bekas anggota polis berpangkat Koperal bagi membantu siasatan kes.", "Lelaki tersebut, Shamsul Shahrul Shamsudin, bernombor kad pengenalan 820710-07-5415 mempunyai alamat terakhir di No. A210 Taman Derga Jaya, Jalan Dato Kumbar, 05300 Alor Setar, Kedah.", "Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Shamsul Shahrul diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Ahmad Nazri Yub di talian 019-373 7725 / 04-700 1880 atau e-mel ke alamat [email protected]. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/04/17/hadi-lebih-baik-jadi-ustaz-ajar-agama-sahaja-tun-m/
Hadi lebih baik jadi ustaz ajar agama sahaja – Tun M
[ "PETALING JAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad menyindir Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menasihatkannya agar tidak lagi menceburi bidang politik.", "Menurutnya, Abdul Hadi hanya layak menjadi ustaz yang mengajar agama di kampung.", "Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, Abdul Hadi perlu kembali ke sekolah untuk belajar agama dan bukan ‘mengkafirkan’ orang tanpa merujuk kepada ajaran al-Quran.", "“Tapi dalam bidang politik dia tak tahu apa-apa pun. Jauh sekali dalam bidang pentadbiran, bila dia dapat Terengganu, dia tadbir, apa jadi dengan Terengganu?", "“Sebab itu saya nasihat Hadi, tolonglah, awak balik ke sekolah-sekolah, ajar agama, agama yang betullah, jangan agama mangkafir, itu tak betul,", "“Kalau dia tak tahu cukup tentang hal agama Islam, saya boleh bagi rujuk kepada al-Quran, kalau dia tak tahulah, pasal mengkafirkan orang Islam adalah satu perkara yang dilarang,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di sini hari ini.", "Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang menasihatkan Mahathir lebih sesuai berkhidmat di Kilinik 1Malaysia berbanding menyertai PRU-14.", "Abdul Hadi turut bersimpati dengan bekas Perdana Menteri itu kerana masih terbabit dalam politik ketika usianya mencecah 93 tahun.", "Dalam pada itu, Mahathir terus menyindir Abdul Hadi supaya mendalami ilmu agamanya dan menawarkan jawatan pensyarah jika Abdul Hadi benar-benar layak.", "“Jadi saya fikir dia patut juga pergi belajar lagi supaya fahaman Islam dia lebih mendalam dan balik sini.", "“Kalau dia pandai-pandai betul kita bagi dia jadi pensyarah di universiti Islam,” katanya lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/01/02/kerjasama-rapat-mca-gerakan-rampas-p-pinang/
Kerjasama rapat MCA-Gerakan ‘rampas’ P. Pinang
[ "KUALA LUMPUR – Dua parti berteraskan kaum Cina dalam Barisan Nasional (BN), MCA dan Gerakan hari ini berikrar bekerjasama rapat dalam menghadapi PRU-14 kelak.", "Menurut Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng, kerjasama itu termasuk memastikan Pulau Pinang kembali ke tangan BN.", "“Gerakan ada 13 DUN di Pulau Pinang dan empat kerusi Parlimen di Pulau Pinang. Di Semenanjung, Pulau Pinang adalah misi utama kita, jadi kita mahu bekerjasama dengan MCA yang mana merupakan parti Cina terbesar.", "“Kami ingin beritahu rakyat bahawa di Sarawak, rakyat sudah bangkit dan tidak di Semenanjung. Himpunan ini akan sampaikan apa yang telah dicapai oleh kedua-dua parti selama ini,” katanya dalam sidang media bersama di ibu pejabat MCA hari ini.", "Bagi Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan, kerjasama rapat itu bagi memastikan jentera parti digerakkan sepenuhnya pada PRU-14 kelak dalam mengetengahkan calon daripada kedua-dua parti bagi menghadapi pembangkang khususnya DAP.", "“Gerakan ada kerusi dan boleh dimobilisasikan oleh MCA untuk kekalkan kerusi berkenaan dan bantu calon Gerakan supaya jentera akan digerakan di akar umbi dan MCA pun akan buat begitu.", "“Saya rasa kerjasama ini patut diteruskan dan bukan setakat ini sahaja kerana kedua-dua parti adalah parti komponen dalam BN. Saya harap dengan adanya kerjasama ini akan terus rapat dan situasi menang-menang kepada kedua-dua parti,” jelas Ka Chuan dalam sidang media sama.", "Dalam pada itu, Ka Chuan turut berkata, perhimpunan itu bukan sahaja dilihat strategi untuk BN menang secara keseluruhannya tetapi adalah untuk masa depan dan kepentingan masyarakat Cina.", "“Matlamat kami bukan hanya untuk menyatukan orang Cina tetapi untuk menyatukan rakyat.", "“Sebagai titik permulaan, MCA dan Gerakan bersedia sebagai contoh kerjasama MCA Gerakan Teguh Bersama. Bersama kita kerjasama terhadap pembangunan dan pembangunan negara, dan untuk menahan emosi negatif yang melampau dan ekstremisme,” katanya.", "Permulaan kearah itu, satu perhimpunan antara kedua-dua parti yang diberi nama ‘Perhimpunan MCA GERAKAN Teguh Bersama’ bakal diadakan di ibu pejabat MCA.", "Ia bagi merencanakan langkah dan peluang untuk menunjukkan dan mempertahankan kepelbagaian negara serta menegakkan pentadbiran kerajaan dan amalan kesederhanaan dalam politik.", "Himpunan pada Sabtu ini akan dihadiri kedua-dua presiden parti iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai bagi MCA dan Datuk Seri Mah Siew Keong bagi Gerakan.", "Dianggarkan lebih 2,000 ahli daripada kedua-dua parti akan hadir dalam himpunan itu. -MalaysiaGazette." ]
https://malaysiagazette.com/2021/11/24/3-4-juta-penduduk-dewasa-hidap-dua-penyakit-tidak-berjangkit/
3.4 juta penduduk dewasa hidap dua penyakit tidak berjangkit
[ "KUALA LUMPUR – Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada 2019 menganggarkan kira-kira 3.4 juta penduduk dewasa menghidap dua penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes dan hipertensi.", "Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, ini menunjukkan kesan NCD dalam kalangan masyarakat adalah sangat membimbangkan.", "“Dasar, pelan dan perkhidmatan mengikut ‘Life Course Approach’ ini mengambil kira keperluan kesihatan serta sosial pada semua peringkat kehidupan bermula dengan kesihatan dan pemakanan ibu,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat di sini hari ini.", "Beliau menjawab soalan Dr Azman Ismail (PH-Kuala Kedah) yang meminta KKM menyatakan strategi menangani NCD di Malaysia.", "Khairy menambah, pendekatan ‘Life Course Approach’ turut meneruskan amalan pemakanan bayi termasuk promosi penyusuan susu ibu dan amalan gaya hidup sihat serta menjalankan program pemerkasaan khusus untuk pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT).", "“Selain itu, Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang diluluskan Jemaah Menteri pada 7 Ogos tahun lalu, menjadi tawaran baharu kerajaan bertujuan menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat.", "“KKM turut menubuhkan Jawatankuasa Kabinet ANMS yang dipengerusikan Perdana Menteri dan bertindak sebagai platform peringkat tertinggi bagi membincangkan serta mengenal pasti dasar dan tindakan susulan untuk menangani NCD yang memerlukan pembabitan aktif pelbagai kementerian serta agensi,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/04/21/bimbang-lonjakan-jangkitan-covid-19-di-india-harga-minyak-jatuh/
Bimbang lonjakan jangkitan Covid-19 di India, harga minyak jatuh
[ "NEW YORK – Niaga hadapan minyak mentah berakhir rendah, turun dari paras tertinggi dalam satu bulan kerana kebimbangan terhadap India yang mungkin mengenakan sekatan pergerakan susulan lonjakan kes jangkitan dan kematian akibat koronavirus.", "India adalah pengimport minyak ketiga terbesar di dunia.", "Harga minyak telah meningkat dengan stabil pada tahun ini dengan jangkaan permintaan akan pulih, tetapi ketika Amerika Syarikat dan China meningkat semula, banyak negara lain pula berada dalam keadaan sebaliknya.", "India, negara terpadat kedua di dunia pada saat ini paling teruk dilanda Covid-19, melaporkan jumlah kematian terburuk setiap hari.", "Harga minyak mentah Brent turun AS$0.48 atau 0.7 peratus kepada AS$66.57 setong.", "Semasa sesi itu, ia telah mencapai tahap tertinggi sejak 18 Mac kepada AS$ 68.08.", "Manakala harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat susut sebanyak AS$0.94 atau 1.5 peratus kepada AS$62.44", "Harga minyak mentah naik pada awal sesi setelah Libya mengisytiharkan force majeure (keadaan luar jangka) bagi eksport dari pelabuhan Hariga dan mengatakan ia akan meluaskan langkah itu pada kemudahan lain dengan alasan pertikaian anggaran.", "Hariga dijadualkan menghasilkan sekitar 180,000 tong sehari pada bulan April.", "Pengeluaran Libya terjejas tahun lalu setelah pasukan tentera berpusat di timur terlibat dalam perang saudara dan menyekat terminal minyak.", "Secara keseluruhan, harga minyak telah pulih daripada paras terendah tahun lalu yang didorong oleh timbulnya wabak koronavirus dan dibantu oleh pemulihan permintaan dan pengurangan pengeluaran yang besar oleh Organisasi Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya, yang dikenali sebagai OPEC+. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/08/18/mca-parti-yang-memencilkan-diri-guan-eng/
MCA parti yang memencilkan diri – Guan Eng
[ "BANGI – MCA disifatkan sebagai parti serpihan yang cuba memencilkan diri kerana menggunakan logo sendiri dalam perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.", "Malah, parti berkenaan seolah-olah mahu memecah-belahkan perpaduan kaum berbanding Pakatan Harapan (PH) yang memayungi semua kaum secara adil dan saksama, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.", "Beliau mendakwa, berdasarkan perkembangan semasa blok pembangkang dilihat lebih gemar memencilkan diri serta sering mengutamakan suatu kaum sahaja.", "“Tidak seperti PH yang mewakil rakyat Malaysia dan terdiri daripada pelbagai kaum serta kami melaksanakan amanah yang diberikan untuk kesejahteraan semua.", "“Terserahlah kepada rakyat sama ada ingin memilih parti yang mewakili seluruh rakyat Malaysia atau sebaliknya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, sebentar tadi.", "Beliau mengiringi Naib Ketua Wanita DAP Bahagian Serdang, Wong Siew Ki yang bertanding sebagai calon PH bagi Pilihan Raya Kecil DUN berkenaan yang akan berlangsung pada 8 September ini.", "Dalam pada itu, Guan Eng menegaskan penggunaan logo PH buat pertama kalinya dalam pilihan raya membuktikan kerjasama antara parti gabungan amat kukuh.", "“Saya buat kenyataan bukan mewakili DAP, tetapi mewakili semua parti yang bernaung di bawah PH.", "“Kita akan berusaha untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan rakyat.", "“Kita tidak boleh yakin sangat kita akan menang, sebaliknya seluruh jentera perlu berusaha bersungguh-sungguh sehingga kemenangan berpihak kepada PH,” ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/03/24/peruntukan-belanjawan-11-kementerian-diluluskan/
Peruntukan belanjawan 11 kementerian diluluskan
[ "KUALA LUMPUR – Peruntukan belanjawan bagi 11 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa pada minggu keenam mesyuarat Dewan Rakyat.", "Ia melibatkan Kementerian Dalam Negeri; Kementerian Kerja Raya; Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Kesihatan.", "Selain itu ialah, Kementerian Sumber Manusia; Kementerian Pengangkutan; Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Kementerian Komunikasi dan Digital serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.", "Dewan Rakyat turut meluluskan usul penubuhan 10 Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Parlimen ke-15 baharu yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.", "Ia melibatkan Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi; Kesihatan; Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian; Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi serta Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia.", "Selain itu, Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat; Alam Sekitar, Sains dan Perladangan; Keselamatan; Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa serta Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi.", "Kesemua jawatankuasa pilihan khas itu berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang dalam pentadbiran kementerian.", "Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul memaklumkan sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen ke-15 diawalkan kepada 22 Mei hingga 15 Jun ini, berbanding jadual asal pada 12-27 Jun.", "Menurutnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Majlis telah bersetuju dengan pindaan itu selaras dengan Peraturan 11(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.", "Johari berkata ia susulan permintaan beliau kepada Perdana Menteri berikutan ramai Ahli Dewan Rakyat akan menunaikan ibadah haji ke Makkah pada tahun ini yang memerlukan persiapan sewajarnya. – BERNAMA", " " ]
https://malaysiagazette.com/2017/10/28/pemansuhan-tol-batu-tiga-sungai-rasau-20-tahun-lebih-awal/
Pemansuhan tol Batu Tiga, Sungai Rasau 20 tahun lebih awal
[ "KUALA LUMPUR – Pemansuhan kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau mulai 1 Januria yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2018 adalah 20 tahun lebih awal daripada jadual konsesi.", "PLUS Malaysia Berhad berkata, berdasarkan Perjanjian Konsesi yang disemak semula pada tahun 2011, kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor dijadual berakhir pada 31 Disember 2038.", "Perjanjian Konsesi 2011 telah disusun semula berikutan penswastaan ​​PLUS pada tahun yang sama, menyaksikan kutipan tol diselaraskan di semua plaza tol yang berada di bawah kawasan PLUS termasuk Batu Tiga dan Sungai Rasau.", "Di samping itu, tiada kenaikan tol dilaksanakan oleh Kerajaan dan/ atau PLUS di semua lebuh raya sejak tahun 2005.", "Pemegang konsesi lebuh raya itu berkata, terdapat beberapa pertanyaan mengenai pampasan bagi PLUS dengan pemansuhan kutipan tol di 3 lokasi iaitu Batu Tiga dan Sungai Rasau serta Bukit Kayu Hitam di Kedah.", "“Memandangkan perbincangan berterusan, kami akan membuat pengumuman yang diperlukan apabila menerima maklumat lanjut daripada kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/05/25/ramos-tawar-hati/
Ramos tawar hati
[ "MADRID – Masa hadapan Sergio Ramos bersama Real Madrid kini samar selepas kapten Los Blancos itu dikatakan serius mempertimbangkan kedudukanya di Santiago Bernabeu.", "Dua laporan dari Sepanyol mengesahkan pemain itu kini sedang melihat kepada pilihan yang ada untuk perpindahan ke kelab Eropah lain.", "Manchester United dikaitkan dengan pemain pertahanan tengah ini jika gagal untuk mendapatkan pemain pertahanan Ajax, Matthijs de Ligt.", "Paris Saint-Germain juga dikatakan memantau situasi semasa Ramos.", "Kekalahan kepada Ajax di pertandingan UEFA Champions League (UCL) yang menimbulkan ketegangan di bilik persalinan Real dikatakan antara yang menjadi punca mengapa Ramos tawar hati untuk terus kekal di Santiago Bernabeu." ]
https://malaysiagazette.com/2022/01/06/covid-19-kes-meningkat-dua-hari-berturut-turut/
Covid-19: Kes meningkat dua hari berturut-turut
[ "KUALA LUMPUR – Kes positif Covid-19 merekodkan peningkatan dalam tempoh dua hari berturut-turut.", "Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kes baharu yang direkodkan sehingga jam 12 tengah hari ini ialah 3,543 kes, naik 273 kes berbanding 3,270 kes semalam.", "Katanya, daripada jumlah itu, 364 adalah kes import iaitu 322 warganegara dan 42 bukan warganegara.", "Beliau memaklumkan status terkini kes Covid-19 di Malaysia sehingga tengah hari ini ialah kes sembuh 3,484 kes (2,705,292 kes kumulatif, 97.4 peratus); kes baharu 3,543 kes (2,776,699 kes kumulatif); kes import 364 kes (322 warganegara; 42 bukan warganegara).", "Kes tempatan pula sebanyak 3,179 kes (3,047 warganegara atau 95.8 peratus dan 132 bukan warganegara atau 4.2 peratus; kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) 253 kes (203 kes disahkan Covid-19, 50 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.", "“Kes memerlukan bantuan pernafasan ialah 130 kes iaitu 86 kes disahkan Covid-19, 44 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan).", "“Jumlah kluster pula ialah 6,150 kluster iaitu tujuh kluster baharu, 5,960 kluster yang telah tamat dan 190 kluster aktif,” katanya dalam kenyataan kepada media, petang ini.", "Mengenai situasi semasa bencana banjir, Dr. Noor Hisham berkata, sehingga jam 3 petang ini, jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi adalah 98 PPS iaitu Johor (66), Pahang (16), Sabah (sembilan), Melaka (empat) dan Negeri Sembilan (tiga).", "Jelas beliau, jumlah negeri yang dilanda banjir ialah lima iaitu Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah.", "“Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir sehingga kini seramai 5,886 orang dan tiada kes baharu positif Covid-19 dan kluster direkodkan di PPS,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/05/19/turki-telah-selesai-pembelian-s-400/
Turki telah selesai pembelian S-400
[ "ANKARA – Presiden Turki, Tayyip Erdogan memaklumkan pembelian sistem pertahanan S-400 dari Rusia sudah dimuktamadkan.", "Selepas ini, Turki akan bersama-sama menghasilkan sistem pertahanan S-500 dengan Moscow.", "Pegawai Amerika Syarikat menyifatkan rancangan pembelian sisten pertahanan roket S-400 yang “sangat bermasalah,” dengan mengatakan ia akan memberi risiko dalam kerjasama progran F-35 kerana ia akan berkompromi dengan jet yang dihasilkan oleh Lockheed Martin Corp.", "Bagaimanapun, Erdogan memberitahu sesi soal jawab yang disiarkan televisyen dengan pelajar universiti di Istanbul bahawa Turki telah melakukan kerja-kerja teknikal dan mendapati masalah itu tidak wujud.", "“Mereka (Amerika Syarikat) ‘melepaskan bola di tengah padang’ bagi menunjukkan rasa tidak puas hati.Tetapi lambat laun, kita akan menerima F-35. (Amerika Syarikat ) yang tidak mempunyainya, bukan satu pilihan,” kata Erdogan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/08/31/hutang-statutori-kerajaan-56-8/
Hutang statutori kerajaan 56.8%
[ "KUALA LUMPUR – Sehingga akhir Jun 2021, paras hutang Kerajaan Persekutuan meningkat kepada 61.2% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan hutang statutori mencatat 56.8%, iaitu masih di bawah had statutori 60%.", "Walau bagaimanapun, dengan semakan semula prospek pertumbuhan dan sasaran fiskal selaras dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN), kerajaan perlu memastikan ruang fiskal yang mencukupi dalam mendepani krisis pandemik, menurut Kenyataan Pra-Bajet 2022.", "Oleh itu, katanya, terdapat keperluan untuk meningkatkan had statutori hutang bagi menyediakan ruang fiskal tambahan dalam mengukuhkan ekonomi domestik dan memastikan pemulihan yang mampan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/06/15/hampir-3-7-juta-orang-daftar-mysejahtera/
Hampir 3.7 juta orang daftar MySejahtera
[ "PUTRAJAYA – Hampir 3.7 juta orang telah mendaftar serta menggunakan aplikasi MySejahtera sepanjang lapan minggu ini selepas dilancarkan pada 20 April lalu.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, antara fungsi atau ciri yang paling banyak digunakan penggunanya adalah, penjejak kawasan panas (Hotspot Tracker), penilaian kendiri dan statistik terkini bagi Covid-19 di Malaysia dan negara-negara ASEAN dan juga seluruh dunia.", "Manakala katanya, MySejahtera Check-In adalah satu lagi fungsi terbaharu yang diperkenalkan secara rintis pada 1 Jun lalu dan telah digunakan secara meluas mulai 6 Jun lalu.", "“Fungsi ini telah mendapat sambutan hangat, yang mana dalam masa hanya 13 hari sebanyak 119,837 premis perniagaan telah mendaftar untuk QR code dan sebanyak 10,006,857 check-in (daftar masuk) dicatatkan dari seluruh negara.", "“Fungsi MySejahtera Check-In adalah berkonsepkan Simple, Safe and Secure. Senang digunakan iaitu tiada lagi borang manual yang perlu diisi dan pengguna aplikasi ini hanya perlu mengimbas Kod Maklumbalas Pantas (QR Code) melalui aplikasi dan terus masuk ke premis tersebut.", "“Ia dijamin selamat yang mana ia dapat mengurangkan risiko jangkitan melalui sentuhan permukaan kerana tidak perlu\nberkongsi alat tulis dan mengurangkan tempoh menunggu memasuki premis,” katanya dalam sidang media hari ini.", "Justeru kata Noor Hisham, segala butiran peribadi pelanggan dalam aplikasi itu sangat selamat yang mana maklumat dan informasi daripada pengguna dilindungi di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), dan hanya akan digunakan untuk pengesanan kontak jika diperlukan.", "Menurutnya, ciri aplikasi MySejahtera yang paling popular di kalangan pengguna ketika ini adalah hotspot tracker yang telah digunakan sebanyak 13.3 juta kali sejak aplikasi itu dilancarkan.", "Katanya, bagi mereka yang belum memuat turun aplikasi MySejahtera, KKM mengalukan orang ramai berbuat demikian untuk menggunakan fungsi-fungsi penting aplikasi yang sama.", "“Misalnya hotspot tracker boleh digunakan untuk merancang pergerakan yang boleh membantu pengguna mengelakkan kawasan Zon Merah;Penilaian risiko kesihatan untuk tanggungan (misalnya ibu bapa dan anak) boleh dilaksanakan dengan mudah.", "“Pengguna aplikasi berkenaan juga boleh menjalankan penilaian kendiri dari semasa ke semasa dan lain-lain lagi sementara ia telah menjadi satu pencapaian yang boleh dibanggakan demi merealisasikan proses digitalisasi kesihatan di Malaysia,’ tegasnya.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/11/19/bomba-guna-helikopter-bawa-keluar-petugas-kkm-terkandas-di-gua-musang/
Bomba guna helikopter bawa keluar petugas KKM terkandas di Gua Musang
[ "KUALA LUMPUR – Seramai 21 petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang  terkandas di Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan hampir 24 jam akhirnya berjaya dikeluarkan dari kawasan tersebut.", "Pengarah Bahagian Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Nazili Mahmood berkata, mereka terkandas di Pos Tohoi berikutan laluan darat di lokasi terbabit terputus hubungan selepas jambatan di kawasan itu runtuh akibat hujan lebat.", "Pihaknya telah menerima permohonan bantuan itu daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) semalam.", "“JAKOA menghantar permohonan kepada kami untuk membawa mereka keluar melalui udara dengan menggunakan pesawat memandangkan perjalanan menggunakan jalan darat mengambil masa lima hari untuk sampai ke Kuala Lumpur,” katanya hari ini.", "Nazili berkata, operasi penyelamatan itu sepatutnya dilaksanakan semalam tetapi ia terpaksa ditangguhkan akibat keadaan cuaca yang sangat buruk dan dilaksanakan hari ini.", "“Operasi itu dijalankan dengan penerbangan pesawat dari Pulau Langkawi, Kedah, pada jam 9.20 pagi dan pesawat tiba di Pos Tohoi jam 11.10 pagi.", "“Kesemua petugas KKM telah selamat tiba di Subang, Selangor jam 12.20 tengah hari tadi,” ujar beliau. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/10/17/jho-low-bapanya-dihukum-penjara-hina-mahkamah/
Jho Low, bapanya dihukum penjara hina mahkamah
[ "KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara kepada ahli perniagaan yang kini dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dan bapanya, Larry Low kerana kesalahan menghina mahkamah.", "Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Hayatul Akmal Abdul Aziz selepas mengeluarkan waran komital serta memerintahkan mereka membayar kos RM5,000 akibat tidak mematuhi dua perintah injunksi yang dikeluarkan baru-baru ini.", "Untuk makluman, sebelum ini melalui saman yang dikemukakan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MBD) dan anak syarikatnya terhadap mereka serta empat yang lain telah memohon injuksi mendedahkan lokasi keberadaan serta aset kepada mahkamah. ", "Mahkamah Tinggi membenarkan 1MDB dan anak syarikatnya, Global Diversified Investment Company Ltd yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited, memulakan prosiding penghinaan mahkamah membabitkan Jho Low serta bapanya pada 12 Ogos lepas.", "1MDB dan sebuah anak syarikatnya memperoleh perintah injuksi daripada Mahkamah Tinggi untuk menghalang Jho Low melupus atau mengurangkan nilai mana-mana asetnya di Malaysia berjumlah AS$1.03 bilion (RM4.32 bilion).", "Bapa Jho Low turut dihalang daripada mengalihkan, melupus atau mengurangkan nilai mana-mana asetnya di Malaysia berjumlah AS$401.5 juta (RM1.7 bilion).", "1MDB dan empat anak syarikatnya, iaitu Global Diversified, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) Limited, memfailkan saman AS$3.7837 bilion (RM15.9 bilion) terhadap Jho Low dan Larry Low.", "Begitu juga kepada ibu Jho Low, Puan Sri Goh Gaik Ewe; kakak, May Lin; adik lelaki, Taek Szen serta rakan sekutunya, Eric Tan Kim Loong pada 7 Mei lepas. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/11/11/banjir-semua-agensi-diarah-bantu-keluarga-malaysia-ismail-sabri/
Banjir: Semua agensi diarah bantu Keluarga Malaysia – Ismail Sabri
[ "KUALA LUMPUR – Semua agensi termasuk Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat diarah supaya memberi perhatian sepenuhnya kepada usaha membantu Keluarga Malaysia yang ditimpa musibah banjir.", "Arahan itu dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.", "Ismail Sabri dalam hantaran di laman Facebook berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera dan Angkatan Pertahanan Awam turut diarah ke lokasi terjejas banjir bagi memindahkan mangsa.", "“Saya menerima laporan beberapa kawasan di Selangor dinaiki air sejak semalam… Pastikan operasi menyelamat mangsa berjalan dengan lancar, stok makanan dan pengangkutan telah bersedia sepenuhnya,” kata beliau.", "“Sama-sama kita berdoa agar bencana alam ini segera pulih dan mangsa dapat pulang ke kediaman masing-masing dengan selamat,” katanya.", "Setakat 9 malam ini, tiga pusat pemindahan sementara dibuka di Selangor termasuk di Sekolah Kebangsaan Johan Setia, Klang yang menempatkan 147 mangsa. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/05/26/umat-islam-boleh-semak-arah-kiblat-petang-jumaat-ini/
Umat Islam boleh semak arah kiblat petang Jumaat ini
[ "KUALA LUMPUR – Berita baik buat umat Islam apabila berpeluang untuk menyemak arah kiblat ketika fenomena Istiwa A’dzam yang bakal berlaku pada 28 Mei ini.", "Menurut penjelasan Jabatan Mufti Negeri Perak di laman Facebook miliknya, fenomena itu berlaku ketika matahari berada tepat di atas Kaabah di Mekah.", "Menurut jabatan itu, cara untuk menentukan arah yang tepat apabila orang ramai boleh merujuk kepada arah bayang matahari, di mana arah kiblat bertentangan dengan arah bayang.", "Umat Islam sebenarnya boleh menandakan arah bayang dua hari sebelum atau selepas tarikh tersebut dan dalam tempoh 10 minit sebelum dan selepas waktu yang dinyatakan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/08/17/bank-rakyat-tawar-pembiayaan-kepada-usahawan-industri-sukan/
Bank Rakyat tawar pembiayaan kepada usahawan industri sukan
[ "KUALA LUMPUR – Bank Rakyat memperkenalkan kemudahan pembiayaan baharu khusus bagi menyokong usahawan industri sukan negara menerusi Skim Pembiayaan Industri Sukan (SPIS) yang dilancarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) baru-baru ini.", "Kemudahan SPIS diperkenalkan bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS)\nmendapatkan pembiayaan menerusi dana sebanyak RM10 juta yang disalurkan oleh\nMEDAC.", "Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata, pelaksanaan PKP di seluruh negara menyebabkan kesemua acara dan pertandingan sukan tidak dapat dianjurkan dan menyebabkan kebanyakan usahawan dalam industri ini mengalami penurunan jualan, malah ada yang terpaksa menutup operasi perniagaan mereka.", "“Justeru sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan, Bank Rakyat sentiasa\nmengambil langkah proaktif dan menyeluruh bagi menyediakan kemudahan kewangan\nkepada komuniti usahawan mikro dan PKS daripada pelbagai sektor ekonomi,” tambah\nbeliau.", "Setakat ini, Bank Rakyat telah meluluskan jumlah pembiayaan melebihi RM1.72 juta da-\nlam sektor sukan. Kemudahan SPIS ini dijangka dapat meningkatkan pemfokusan Bank berkenaan dalam sektor sukan termasuk bidang perkhidmatan dan peruncitan.", "Inisiatif ini juga merupakan salah satu daripada bantuan Bank Rakyat untuk pengusaha PKS selain daripada Bantuan Pembayaran Pembiayaan Bersasar dan pengumuman moratorium Perdana Menteri menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan pada 28 Jun 2021.", "Menerusi program ini, nilai pembiayaan yang akan disalurkan adalah daripada RM20,000\nsehingga RM500,000 bagi setiap usahawan mengikut kelayakan serta terma dan syarat,\nmanakala tempoh bayaran balik pembiayaan adalah sehingga 7 tahun, termasuk tempoh\nmoratorium sehingga 9 bulan.", "Usahawan industri sukan yang boleh membuat permohonan termasuk pusat kecergasan,\nruncit, pengendali pusat sukan, penjagaan kesihatan (psikologi, fisioterapi), aktiviti\nperniagaan (pereka, penyelidik, wartawan, ejen atlet, penganjur acara, perunding tajaan,\npakar perlesenan dan perdagangan).", "Selain itu, perniagaan tersebut mestilah berdaftar serta menjalankan aktiviti perniagaan\nyang patuh Syariah. pada masa yang sama, Bank Rakyat menawarkan Pembiayaan Mikro-i, BR Flexi-i, BR SJPP (Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan), Pembiayaan Harta-i, dan Pembiayaan Modal Kerja-i kepada usahawan mikro, PKS dan koperasi yang memerlukan dana dan pembiayaan untuk mengembangkan dan meningkatkan lagi perniagaan mereka. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/05/22/nasib-cptpp-dan-rcep-masih-kabur/
Nasib CPTPP dan RCEP masih kabur
[ "KUALA LUMPUR- Nasib perjanjian-perjanjian seperti Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Kerjasama Trans- Pasifik (CPTPP) yang telah disertai Malaysia masih belum diketahui sehinggalah Menteri Perdagangan dan Industri yang baharu dinamakan.", "Menurut Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri J. Jayasiri, kerajaan baharu yang akan membuat keputusan sama ada mahu meneruskan pakatan tersebut mahu pun tidak.", "“Ketika ini kita masih belum mempunyai menteri lagi dan perkara ini sepatutnya disemak oleh menteri kerana untuk proses ratifikasi ia memerlukan sedikit pindaan undang-undang,”katanya kepada pemberita di sini hari ini.", "Malaysia telah menandatangani CPTPP namun proses ratifikasi masih belum dilakukan dan sekurang-kurangnya enam negara perlu melakukan ratifikasi bagi memastikan pakatan perdagangan tersebut boleh dilaksanakan sepenuhnya.", "Bagi RCEP pula, Jayasiri berpendapat, kerajaan baharu menyokong rundingan RCEP.", "“Berdasarkan pembacaan saya terhadap manifesto kerajaan Pakatan Harapan, saya yakin kerajaan baharu menyokong rundingan RCEP,” katanya sambil menambah rundingan masih lagi berjalan.", "RCEP adalah perjanjian perdagangan bebas di antara 10 negara Asean dengan Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/07/02/lelaki-warga-asing-maut-dalam-pergaduhan/
Lelaki warga asing maut dalam pergaduhan
[ "AMPANG – Seorang lelaki warga asing maut disyaki dibunuh selepas terlibat dalam pergaduhan yang berlaku di hadapan sebuah rumah yang terletak di Jalan AU2A/14 Taman Keramat Hulu Kelang di sini malam tadi.", "Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis yang bergegas di tempat kejadian menemui seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui mati terbaring dibawah dalam keadaan berlumuran darah.", "“Mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi.", "Tambah beliau, butiran lengkap mengenai mangsa masih dalam siasatan polis.", "Menurutnya, siasatan masih diteruskan di tempat kejadian dan motif pergaduhan dan kematian masih belum dikenalpasti.", "“Orang ramai yang mengetahui atau mempunyai maklumat terperinci mengenai kejadian ini diminta tampil memberi kerjasama menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan kes ini,” tegas beliau.", "Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/01/31/wanita-dilarang-berurusan-di-ipd-kajang-kerana-pakaian-tidak-bersesuaian/
Wanita dilarang berurusan di IPD Kajang kerana pakaian tidak bersesuaian
[ "KUALA LUMPUR – Seorang wanita bertindak membuat provakasi terhadap anggota bertugas selepas tidak dibenarkan masuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, semalam dengan mengenakan pakaian yang tidak bersesuaian.", "Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, wanita berusia 30-an itu didapati hadir ke IPD Kajang pada jam 10.30 pagi untuk membuat laporan polis berkaitan kes kemalangan jalan raya.", "“Anggota sentri bertugas telah memaklumkan supaya meletakkan kereta wanita itu di sebelah belakang IPD disebabkan tempat letak kereta yang tidak mencukupi di dalam kawasan terbabit.", "“Kemudian, anggota sentri mendapati wanita terbabit memakai seluar pendek paras peha (di atas paras lutut) dan telah menasihatinya supaya menukar seluar yang lebih sesuai jika ingin berurusan di premis kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.", "Tambah Mohd Zaid, wanita itu dilihat tidak berpuas hati dan enggan mengikut arahan pada awalnya selain melakukan provokasi terhadap anggota bertugas.", "Bagaimanapun, anggota yang bertugas sekali lagi menasihatinya secara berhemah dan meminta wanita itu menukar seluar yang bersesuaian jika ingin berurusan di balai polis.", "“Wanita itu kemudian dilihat memandu keluar dari IPD sebelum datang semula kira-kira 15 hingga 20 minit kemudian bersama dua rakannya dengan memakai seluar panjang.", "“Pemakaian seluar panjang sebagaimana di dalam gambar yang tular di portal Free Malaysia Today adalah setelah wanita itu menukar seluar (lain) selepas dinasihatkan oleh anggota bertugas,” ujarnya.", "Beliau berkata demikian susulan dakwaan wanita itu dilarang masuk ke dalam kawasan IPD Kajang walaupun sudah memakai seluar bersesuaian hingga tular menerusi laporan dikeluarkan sebuah portal berita.", "“Untuk makluman IPD Kajang berurusan dengan orang ramai dalam anggaran 300 orang dalam sehari. Setakat ini tiada apa-apa masalah yang timbul mengenai isu pakaian.", "“Selain itu, gambar etika pakaian pelawat ketika berurusan dalam premis kerajaan juga dilekatkan pada Pos Kawalan sebagai rujukan,” jelasnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/05/29/covid-19-projek-pembesaran-ltapp-mungkin-ditangguh-chow/
COVID-19: Projek pembesaran LTAPP mungkin ditangguh – Chow
[ "GEORGE TOWN – Projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang dijadual bermula pada Jun ini berkemungkinan ditangguh susulan penularan pandemik COVID-19.", "Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pihak pengurusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang menunggu arahan selanjutnya daripada pihak berkaitan berkenaan status projek itu.", "“Walaupun projek menaik taraf LTAPP telah mendapat kebenaran merancang dan kelulusan pelan bangunan daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), tetapi kini bukan masa yang sesuai untuk memulakan projek ini memandangkan keadaan tidak menentu lagi. Kalau penularan COVID-19 masih berlarutan, lapangan terbang ini masih tidak akan dapat digunakan dengan sebaiknya.", "“Justeru, pihak pengurusan perlu membuat pertimbangan sama ada pembesaran LTAPP akan membawa manfaat atau sebaliknya. Kerajaan negeri dimaklumkan bahawa keputusan jelas mengenai perkara berkaitan mungkin ditentukan dalam tempoh antara enam bulan hingga setahun dari sekarang,” katanya menerusi hantaran di Facebook peribadinya, di sini, malam tadi.", "Terdahulu, Chow mengetuai rombongan kerajaan negeri mengadakan lawatan ke LTAPP di Bayan Lepas, dekat sini bagi meninjau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berhubung COVID-19 di lapangan terbang itu.", "Chow berkata, penularan COVID-19 juga telah ‘membelakangkan’ pencapaian terutamanya melibatkan sasaran jumlah penumpang di LTAPP yang sepatutnya menyaksikan kira-kira 8.5 juta penumpang pada tahun ini.", "“Jadi, amat ketara penerbangan dan pelancongan adalah sektor yang amat terkesan dengan COVID-19. Kegiatan pelancongan, peruncitan dan sebagainya turut terjejas oleh kerana penerbangan dihentikan dan sekatan penerbangan yang dikenakan bukan sahaja di Malaysia malah hampir di seluruh dunia.", "“Saya berharap semua pihak termasuk kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pemain industri dapat menghadapi cabaran ini bersama-sama. Walau apa pun, kita perlu bertahan sehingga keadaan pulih dengan sepenuhnya,” tambah beliau.", "Projek pembesaran LTAPP yang dianggar bernilai RM800 juta itu telah diluluskan MBPP semasa mesyuarat akhir Unit Pusat Setempat (OSC) pada 3 Dis tahun lepas dan sepatutnya dilaksanakan secara berperingkat melibatkan empat fasa yang terdiri daripada lima pakej pembinaan.", "Projek itu membolehkan LTAPP menampung sehingga 12 juta penumpang berbanding kapasiti semasa iaitu 6.5 juta penumpang ketika ini. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2018/07/13/memalukan-kata-kj/
“Memalukan”, kata KJ
[ "KUALA LUMPUR – “Memalukan”, itulah reaksi mantan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengulas kejadian penyokong Indonesia membaling botol ke arah pemain Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi.", "Katanya, rakyat Malaysia masih bersabar dengan kejadian itu dan berharap pihak berkenaan mengambil tindakan tegas.", "“Harap tiada provokasi semasa Sukan Asia nanti,” katanya menerusi laman Twitternya hari ini.", "Kejayaan skuad bawah 19 tahun negara (B-19) melangkah ke final Kejohanan AFF 2018 dicemari dengan insiden keganasan penyokong Indonesia yang tidak berpuas hati dengan kekalahan pasukan tuan rumah pada pertemuan separuh akhir di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, semalam.", "Lebih 26,000 penyokong Indonesia membanjiri stadium untuk menyaksikan pertembungan dua pasukan musuh ketat itu, namun ternyata kekalahan skuad Garuda Muda di tangan Malaysia menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 selepas terikat 1-1 pada aksi sebenar sukar diterima.", "Jurulatih negara, Bojan Hodak mendakwa, pemain dan pegawai pasukan berdepan detik mencemaskan apabila mereka dibaling dengan botol minuman dan batu selepas tamat perlawanan sehingga memaksa mereka berlari masuk ke bilik persalinan untuk menyelamatkan diri. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/05/05/kes-positif-covid-19-rendah-83-kes-pulih-satu-kematian-hari-ini/
Kes positif Covid-19 rendah, 83 kes pulih, satu kematian hari ini
[ "PUTRAJAYA – Jumlah kes sembuh mengatasi kes baharu Covid-19 pada hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.", "Beliau berkata, sejumlah 83 kes sembuh dan telah discaj daripada hospital.", "Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih\nsepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,567 kes, tambah beliau.", "“Terdapat 30 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,383 kes.", "“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,710 kes. Daripada 30 kes baharu yang dilaporkan hari ini, tiada kes import dilaporkan,” katanya dalam sidang media harian di KKM, hari ini.", "Daripada jumlah itu, sebanyak 21 kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).", "Menurut Noor Hisham, seramai 24 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 8 kes memerlukan bantuan pernafasan.", "Bagaimanapun, hari terdapat satu kes kematian melibatkan lelaki berusia 47 tahun.", "“Beliau telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta mulai 15 Mac 2020 dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh pada 16 Mac 2020 setelah disahkan positif Covid-19. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5 Mei 2020 jam 2.10 pagi,” jelas Noor Hisham.", "Untuk rekod, jumlah kes baharu semalam adalah 55 kes, dan tiada kes kematian dilaporkan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/12/21/ringgit-dibuka-tidak-berubah-3/
Ringgit dibuka tidak berubah
[ "KUALA LUMPUR) – Ringgit memulakan urus niaga pagi ini hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan pelabur kekal tidak memasuki pasaran untuk menantikan petunjuk baharu bagi menggerakkan pasaran.", "Pada 9.07 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.4340/4385 berbanding dolar AS daripada 4.4315/4350 sewaktu ditutup pada Selasa.", "Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, selepas terkesan dengan hasil global lebih tinggi dan risiko jualan besar-besaran di seluruh Asia semalam akibat langkah mengejut Bank of Japan (BoJ) memperketat kedudukan kewangannya, justeru, berdasarkan pergerakan meluas dolar AS terutamanya kepada yen Jepun, ringgit dijangka pulih berikutan sentimen risiko global dilihat semakin meningkat ke atas hasil global.", "“Unit tempatan dijangka diniagakan di antara paras 4.42 dengan 4.43 hari ini,” katanya kepada Bernama.", "Dalam satu keputusan yang mengejutkan, BoJ berkata ia akan menaikkan julat sasaran pulangan hasil yang memberi ruang pulangan bon 10 tahun kerajaan bergerak naik turun dalam jajaran 50 mata asas (bps) sekitar sasaran sifar peratus — lebih tinggi daripada jajaran 25 mata asas sebelum ini.", "Di dalam negara, data inflasi terkini akan turut dikeluarkan pada minggu ini.", "Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.", "Unit tempatan lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.2801/2841 daripada 3.2816/2847 sewaktu ditutup pada Selasa dan meningkat berbanding euro kepada 4.7080/7128 daripada 4.7133/7171.", "Bagaimanapun, ia merosot berbanding yen Jepun kepada 3.3642/3679 daripada 3.3531/3565 dan susut berbanding pound Britain kepada 5.4002/4056 daripada 5.3834/3876 semalam. – BERNAMA", " ", " " ]
https://malaysiagazette.com/2018/04/03/zambry-serampang-dua-mata-umno/
Zambry serampang dua mata UMNO
[ "SITIAWAN – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan menjadi senjata dua mata UMNO di Perak dengan bertanding masing-masing di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).", "Sinchew Daily melaporkan, UMNO berniat meletakkan Zambry untuk merampas kerusi Lumut daripada pembangkang selepas calon MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha tewas di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13.", "Lumut merupakan kerusi tradisi MCA, tetapi perubahan struktur pengundi termasuk pengurangan pengundi Cina selepas persempadanan semula di situ menyebabkan UMNO mahu calonnya diletakkan.", "Memandangkan Zambry mempunyai hasrat tinggi untuk kekal sebagai menteri besar, jalan penyelesaian UMNO mungkin ialah meletakkan beliau untuk bertanding masing-masing di Lumut dan kerusi DUN Pangkor yang terletak dalam Lumut.", "Pangkor mempunyai 26,166 pengundi dengan majoritinya adalah daripada pangkalan tentera laut di Lumut. Calon yang memenangi hati tentera laut justeru akan memenangi Pangkor.", "Dalam perkembangan berkaitan di Ipoh, Zambry yang menerima wawancara akhbar Cina yakin tsunami Melayu yang diuar-uarkan oleh pembangkang tidak akan mengambil tempat di Perak.", "Hujah Zambry itu dikuatkan lagi dengan pertumbuhan ekonomi yang baik di Perak, kesungguhan BN Perak untuk berkhidmat dan kehilangan sokongan Pas kepada Pakatan Harapan.", "Zambry justeru percaya BN akan mengekalkan pemerintahan di Perak, malahan mencatat kejayaan lebih besar dalam pilihan raya akan datang.", "Kata Zambry lagi, beliau juga tidak pernah berputus asa untuk mendapat undi orang Cina dan percaya pengundi kaum itu akan memberi penilaian sewajarnya kepada kerajaan negeri. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/10/12/covid-19-1291-kes-baharu-tiga-kematian-semalam/
Covid-19: 1,291 kes baharu, tiga kematian semalam
[ "KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,291 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan kes kumulatif kepada 4,819,251.", "Kes kematian pula bertambah kepada 36,406 dengan tiga lagi pada tempoh sama.", "KKMNOW melaporkan kes aktif sebanyak 21,863 termasuk 920 kes dirawat di hospital.", "Kes yang ditempatkan di unit rawatan rapi pula sebanyak 46 termasuk 22 memerlukan alat bantuan pernafasan.", "Jumlah pesakit yang dikurantin di rumah pula sebanyak 20,897.", "Kes sembuh yang direkodkan semalam sebanyak 1,592. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/10/18/tekong-warga-myanmar-sembunyi-dalam-kebun-getah-diberkas/
Tekong, warga Myanmar sembunyi dalam kebun getah diberkas
[ "KUALA LUMPUR – Seramai 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang bersembunyi di dalam semak kebun getah berhampiran sempadan Thailand diberkas tentera.", "Kesemua PATI itu ditahan dalam operasi benteng di dua lokasi berbeza iaitu di Bukit Kayu Hitam dan Tanah Merah Kelantan oleh pasukan tentera Briged Keenam (KTJ 6 Briged) dan Kelapan (KTJ 8 Briged) Infantri Malaysia.", "Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menerusi satu kenyataan hari ini berkata, kesemua PATI warga Myanmar itu cuba untuk menceroboh masuk ke dalam negara secara haram menerusi laluan yang tidak sah di sempadan Malaysia-Thailand pada hari ini.", "“Dalam kejadian di KTJ 6 Briged, pada 17 Oktober lalu pukul 3.15 petang, pasukan operasi yang melaksanakan rondaan telah mengesan dan menahan seramai sembilan orang yang bersembunyi di kawasan semak dalam kebun getah berhampiran laluan paip gas.", "“Kemudiannya pada pukul 6.45 petang hari yang sama, pasukan operasi sekali lagi telah mengesan dan menahan sekumpulan individu yang terdiri daripada seramai empat orang dipercayai daripada kumpulan yang sama.", "“Hasil pemeriksaan mendapati kesemuanya iaitu seramai 13 orang adalah PATI warga Myanmar yang tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah dan memasuki negara ini melalui laluan haram,” kata kenyataan yang sama.", "Tambahnya, kesemua suspek adalah berusia lingkungan antara 18 hingga 40 tahun terdiri daripada 10 orang lelaki dan tiga wanita.", "Dalam kejadian kedua, pada Isnin pukul 6.30 petang, pasukan operasi telah berjaya mengesan dan menahan sekumpulan individu di sempadan negara di Tanah Merah, Kelantan.", "“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati seramai enam orang adalah PATI warga Myanmar yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan seorang adalah warga Malaysia yang disyaki sebagai tekong darat yang membawa masuk PATI berkenaan.", "“Kesemua suspek yang ditahan itu adalah berumur antara 18 hingga 64 tahun terdiri daripada 7 lelaki dan pemeriksaan lanjut turut berjaya membawa kepada rampasan sebuah kenderaan, 11 buah telefon bimbit dan wang tunai dalam matawang Malaysia, Myanmar dan Thailand dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan RM 36,407.67.", "“Kesemua PATI diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam dan Balai Polis Nibong untuk tindakan lanjut berlunaskan undang-undang negara serta Jabatan Imigresen.", "Pasukan beroperasi sentiasa mengawal sempadan negara daripada dicerobohi dan tidak akan berkompromi dengan sebarang cubaan aktiviti jenayah rentas sempadan.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/01/24/serang-papagomo-tiada-kaitan-dengan-kami-mpam/
Serang Papagomo tiada kaitan dengan kami – MPAM
[ "KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Ayahanda Malaysia (MPAM) menafikan terlibat dengan tindakan sekumpulan lelaki yang cuba menyerang pemimpin UMNO di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabah, Ahad lalu.", "Menurut Ketua Sekretariat MPAM, Yahya Long Ali, NGO itu tidak terlibat sama sekali dalam serangan itu walaupun banyak pihak mendakwa kumpulan insiden itu didalangi oleh seorang ayahanda.", "“Itu tak ada, tiada kena mengena dengan kita, kita tak terlibat dengan benda-benda macam itu.", "“Kita tak boleh menyentuh mana-mana pertubuhan tapi kami jelaskan di sini ayahanda adalah pemimpin dan ketua-ketua NGO yang berdaftar,” katanya pada sidang media hari ini.", "Pada Ahad lalu, Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo cuba diserang sekumpulan lelaki di KKIA, Kota Kinabalu, hingga tular di media sosial.", "Kejadian jam 7.30 malam itu dirakam pengunjung yang berada di KKIA sebelum dimuat naik ke Facebook dan dikongsi di dalam aplikasi WhatsApp.", "Difahamkan, Papagomo dikatakan sedang mendaftar di kaunter di KKIA lalu berlaku pertengkaran antara sekumpulan lelaki sebelum berlanjutan sehingga tolak-menolak.", "Bagaimanapun beberapa anggota polis yang berada di lokasi berjaya menenangkan keadaan.", "Sementara itu, Sekretariat MJAM, Datuk Mahmud Abdullah berkata, sekiranya ada segelintir pemimpin mereka terlibat dengan aktiviti tidak sihat, ia hanyalah bersifat peribadi.", "“Itu bersifat peribadi dan kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menangani isu tersebut. Kalau ada pun melibatkan peribadi, tidak melibatkan pertubuhan.", "“Itu kes-kes terpinggir seperti di Sabah itu, kita tiada sangkut-paut dengan isu-isu ektremisme,” katanya lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/11/13/surau-di-rr-dibuka-kepada-pengguna-kecuali-di-ns/
Surau di R&R dibuka kepada pengguna, kecuali di NS
[ "KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah membuka semula surau di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan plaza tol di lebuh raya kendaliannya bermula hari ini selari dengan keputusan Jabatan Agama Islam di kawasan dan negeri Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).", "Pelanggan lebuh raya kini dibenarkan untuk menunaikan solat di surau-surau yang terletak di R&R, hentian sebelah dan plaza tol di negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Johor.", "Begitu juga di Terengganu, surau-surau yang terletak di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) seperti di R&R Perasing, Paka dan Ajil serta di hentian sebelah dan plaza tol lebuh raya tersebut turut dibuka semula.", "Walau bagaimanapun, surau-surau yang terletak di R&R, hentian sebelah dan plaza tol di Negeri Sembilan masih lagi ditutup kepada orang ramai sehingga diberitahu kelak.", "”Sehubungan itu, PLUS menasihatkan pelanggan lebuh raya yang berhenti untuk menunaikan solat di kawasan-kawasan tersebut agar terus patuh kepada SOP keselamatan seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan keselamatan semua pihak,” jelas Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi.", "Bergantung pada luas dan ukuran setiap surau, poster pemberitahuan mengenai had jumlah pengguna surau turut diletakkan untuk rujukan pengguna.", "Pendaftaran diri juga diperlukan menggunakan Aplikasi MySejahtera atau secara manual untuk tujuan pengesanan kontak sebelum menggunakan kemudahan tersebut.", "”Pelanggan juga dinasihatkan supaya membawa kelengkapan untuk bersolat seperti telekung dan sejadah sendiri untuk memastikan kebersihan diri terjaga ketika bersolat kerana kelengkapan tersebut tidak disediakan buat waktu ini.", "”Penanda penjarakan fizikal turut disediakan di setiap ruangan solat di surau serta di kawasan mengambil wuduk untuk memastikan jarak fizikal 1 meter,” tambahnya.", "Dalam masa yang sama, PLUS juga turut menasihatkan agar orang ramai segera meninggalkan surau setelah menunaikan solat untuk mengurangkan kontak fizikal di lokasi.", "Pihak PLUS turut memberi penekanan terhadap kebersihan di semua premis lebuh raya seperti di seluruh kawasan R&R, hentian sebelah dan kemudahan awam yang lain.", "Semua surau dan kemudahan awam lain sentiasa disanitasi secara berjadual.", "Oleh itu, orang ramai diminta untuk turut mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan diri sendiri, selari dengan slogan Kerajaan, #Kita Jaga Kita,” ujar Zakaria lagi.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/06/08/bursa-dalam-aliran-meningkat-minggu-depan/
Bursa dalam aliran meningkat minggu depan
[ "KUALA LUMPUR –  Momentum meningkat di Bursa Malaysia ketika ini dijangka berterusan pada minggu depan berikutan sentimen dalam pasaran kekal positif disokong oleh perkembangan luaran yang menggalakkan, kata seorang peniaga.", "Beliau berkata, bursa tempatan dijangka terus menyaksikan sokongan daripada pelabur asing yang merupakan pembeli bersih yang berjumlah sehingga RM253.53 juta pada minggu sebelumnya dan RM231.49 juta pada Isnin minggu ini.\n“Pemain pasaran masih memantau dengan rapat perkembangan kadar faedah Amerika Syarikar (AS) kerana data senarai gaji bukan ladang baru-baru ini, yang hanya berkembang sebanyak 27,000 pekerjaan pada Mei, yang paling rendah dalam tempoh sembilan tahun, menunjukkan bahawa ekonomi negara itu sebenarnya sedang goyah.", "“Orang ramai meramalkan akan ada pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS dan ini akan memberi rangsangan kepada ekuiti,” katanya kepada Bernama, sambil menambah perkembangan yang melibatkan ancaman tarif ke atas Mexico oleh Presiden AS Donald Trump juga dijangka memberi kesan kepada sentimen pada minggu depan.", "Sementara itu, Ketua Penyelidik JF Apex Securities Lee Chung Cheng berkata paras sokongan dan ketahanan bagi minggu depan dijangka berada masing-masing pada paras 1,625 dan 1,660.", "Semasa minggu dagangan singkat yang baru berakhir ini, Bursa Malaysia bermula dengan agak perlahan berikutan sentimen lemah susulan ancaman Trump ke atas Mexico dan India, ditambah dengan data ekonomi lemah dari China.", "Trump berkata beliau akan mengenakan tarif lima peratus ke atas barangan diimport dari Mexico bermula 10 Jun, cukai yang akan ‘beransur-ansur meningkat’ sehingga aliran kemasukan pendatang tanpa dokumen melintasi sempadan berhenti.", "Minat terhadap aset berisiko berkurangan pada Selasa dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut daripada peningkatan enam hari berturut-turutnya di tengah-tengah sokongan lemah daripada pelabur tempatan kerana kebanyakan daripada mereka bercuti sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.", "Selepas ditutup dua hari pada 5 dan 6 Jun, indeks utama itu melantun semula pada Jumaat susulan harapan penurunan kadar oleh AS, kebimbangan ancaman tarif ke atas Mexico yang mereda serta peningkatan harga minyak dunia.", "Bagi asas Jumaat ke Jumaat, petunjuk pasaran FBM KLCI susut 1.43 mata kepada 1,649.33.", "Indeks FBM Emas turun 7.72 mata kepada 11,580.42, Indeks FBMT 100 berkurangan 10.14 mata kepada 11,440.42 dan Indeks FBM Emas Shariah jatuh 5.33 mata kepada 11,790.44.", "Indeks FBM Ace susut 35.28 mata kepada 4,264.14 dan FBM 70 turun 13.21 mata kepada 14,227.32.", "Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 19.18 mata kepada 16,828.86, Indeks Perladangan susut 49.39 mata kepada 6,873.47 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.49 mata kepada 160.54.", "Jumlah dagangan mingguan menyusut kepada 4.15 bilion unit bernilai RM4.08 bilion daripada 10.64 bilion unit bernilai RM12.87 bilion pada minggu sebelumnya.", "Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 2.77 bilion saham bernilai RM3.83 bilion daripada 7.29 bilion saham bernilai RM12.19 bilion.", "Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 798.82 juta unit bernilai RM173.33 juta daripada 2.08 bilion unit bernilai RM463.1 juta.", "Jumlah dagangan Pasaran ACE jatuh kepada 583.22 juta saham bernilai RM70.19 juta daripada 1.27 bilion saham bernilai RM211.99 juta sebelumnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2017/04/17/harry-alami-tekanan-teruk-selepas-kematian-diana/
Harry alami tekanan teruk selepas kematian Diana
[ "LONDON – Putera Harry mengalami tekanan yang teruk sehingga terpaksa mendapatkan rawatan selepas kematian ibunya, Puteri Diana.", "Dalam wawancara bersama The Telegraph, putera raja yang berusia 32 tahun itu berkata, beliau menghabiskan masa bertahun untuk cuba tidak melayan emosinya selepas kematian Puteri Diana pada tahun 1997. Ketika itu usianya 12 tahun.", "“Saya pernah memasukkan kepala di dalam pasir supaya tidak lagi berfikir tentang ibu. Tetapi ia hanya menyebabkan rasa sedih. Ibu saya tidak akan hidup semula,” kata Putera Harry.", "Sehingga berusia 28 tahun Putera Harry meminta bantuan daripada profesional kesihatan mental selepas mendapat sokongan termasuk daripada abangnya Putera William.", "“Selama 20 tahun tidak memikirkan mengenainya (Diana) dan kemudian dua tahun keadaan huru-hara … saya tidak tahu apa yang tidak kena dengan saya,” katanya.", "Putera Harry yang sentiasa menyokong badan-badan amal kesihatan mental, amat sensitif tentang perhatian medi tetapi jarang mahu bercakap secara terbuka mengenai peribadinya.", "Puteri Diana dan teman lelakinya, Dodi Fayed terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Paris pada 31 Ogos 1997. Turut terkorban pemandu kereta, Henri Paul semasa sedang melarikan diri daripada paparazi.", "Sepanjang sedekad dalam tentera British, Putera Harry telah dua kali berkhidmat di Afghanistan dan bertemu dengan askar-askar dalam unit pemulihan, satu pengalaman yang memberi kesan kepada kesihatan mental.", "“Kita perlu menangani isu sendiri kerana kita yang menghadapinya,” kata anak bongsu Puteri Diana dan Putera Charles itu.", "Menyifatkan dirinya sebagai ‘bermasalah’, Putera Harry berkata, beliau mendapatkan rawatan dengan melakukan aktiviti boxing.", "“Semua orang kata tinju adalah baik dan ia benar-benar baik untuk melepaskan tekanan. Ia benar-benar berguna saya kerana saya berada di ambang untuk menumbuk seseorang. Dapat menumbuk seseorang dengan pad memang lebih mudah,” katanya.", "Prince William dan isterinya Kate Middleton sedang berkempen bersama-sama Harry untuk menamatkan stigma kesihatan mental, menyokong badan amal melalui inisiatif Heads Together.", "Putera Harry berkata, sejak beliau mula bercakap tentang bagaimana dia pulih, ia semakin reda dan meminta insan lain yang mengalami situasi sepertinya turut melakukan perkara sama.", "“Apa yang kita cuba lakukan adalah dengan perbualan di mana-mana, dengan sesiapa sahaja yang kita boleh duduk dan minum kopi bersama.", "“Katakan sahaja “Anda tahu saya mempunyai masalah. Bolehkah saya berkongsi dengan anda perkara ini? ‘ “katanya – MalaysiaGazette" ]