url
stringlengths
42
231
headline
stringlengths
9
119
content
sequence
https://malaysiagazette.com/2017/06/08/trump-desak-gugur-siasatan-ke-atas-flynn/
Trump desak gugur siasatan ke atas Flynn
[ "WASHINGTON – Bekas Pengarah Biro Siasatan Persekutuan mendakwa Donald Trump mendesak beliau menggugurkan siasatan terhadap bekas Penasihat Keselamatan Negara Michael Flynn.", "Kenyataan James Comey itu mewujudkan dakwaan baru bahawa Presiden Amerika Syarikat cuba menghalang keadilan.", "Dalam pendedahan yang dinanti-nantikan di Capitol Hill, Comey berkata, Trump telah menimbulkan siasatan FBI campur tangan Rusia semasa pilihan raya negara itu dalam pelbagai perbincangan, menyebabkan beliau amat tidak selesa.", "“Saya berharap anda boleh melihat jalan yang jelas untuk membiarkan isu ini selesai, membiarkan Flynn pergi. Beliau adalah seorang lelaki yang baik,” Comey memetik kenyataan Trump kepadanya pada 14 Februari ketika mereka sedang berdua di Pejabat Oval.", "Comey memberi kenyataan itu di hadapan Senat.", "“Saya memahami presiden mahu kami menggugurkan siasatan ke atas Flynn berkaitan dengan kenyataan palsu beliau mengenai perbualannya dengan Duta Rusia pada bulan Disember,” tambah Comey.", "Comey dipecat oleh Trump pada awal Mei lalu.", "Comey berkata, Trump turut menuntut ikrar kesetiaan dalam mesyuarat White House pada 27 Januari lalu, hanya beberapa hari selepas jutawan Republikan itu mengambil alih jawatan presiden.", "“Presiden berkata:” Saya perlu kesetiaan, saya mengharapkan kesetiaan,” kata Comey.", "Trump memecat Comey pada 9 Mei, menyatakan kekecewaan yang mendalam berhubung desakan siasatan berterusan terhadap ahli-ahli kempen pilihan raya beliau yang didakwa mendapat bantuan Rusia.", "Berikutan itu, Jabatan Kehakiman dinamakan sebagai pendakwa khas dan bekas Pengarah FBI, Robert Mueller untuk memimpin siasatan kerajaan.", "Pada masa yang sama, beberapa bekas pembantu utama Trump serta Jared Kushner telah diminta untuk disapina bagi menyediakan maklumat dan keterangan.", "Dalam kenyataannya, Comey menjelaskan dia tidak selesa membincangkan tentang siasatan yang sedang dijalankan dengan presiden, walaupun beliau memberi jaminan yang Trump tidak menjadi sasaran dalam siasatan.", "Comey tidak menyatakan sama ada dia berpendapat tindakan presiden itu sebagai cubaan menghalang siasatan.", "“Saya mungkin salah, tetapi saya mahu beliau memberi tumpuan kepada apa yang baru sahaja berlaku selepas ketiadaan Flynn dan kontroversi panggilan telefon beliau.” katanya.", "Pada masa yang sama, Comey teringat panggilan telefon Trump pada 30 Mac lalu.", "Trump bertanya kepada Comey bagaimana untuk “selesaikan” siasatan Rusia yang menyukarkan beliau untuk memimpin negara ini.", "Trump yang baru tiba dari Cincinnati enggan mengulas berhubung perkara itu. Jurucakap White House, Sarah Huckabee Sanders berkata, kenyataan Comey sedang dikaji. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/08/04/patuhi-sop-jangan-fokus-kepada-pembangkang-sahaja-fahmi/
Patuhi SOP jangan fokus kepada pembangkang sahaja – Fahmi
[ "KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil meminta Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dapat menasihati pihak daripada pemimpin kerajaan dan ahli Parlimen lain supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan tanpa memfokus hanya kepada pembangkang sahaja.", "“Ya. saya harap KP Kesihatan memberikan nasihat seperti mana kepada kami juga kepada yang lain di sebelah kerajaan yang Parlimen tak boleh bersidang pada 2 Ogos lalu supaya mematuhi SOP.", "“Mantan KP Kesihatan, Tan Sri Dr Abu Bakar Sulaiman menyatakan seorang KP Kesihatan mesti bersifat profesional memberi nasihat tanpa memihak kepada mana-mana pihak politik.", "“Maka saya harap Noor Hisham beri nasihat dan pandangan beliau tentang mereka yang berkumpul beramai-ramai bukan sahaja malam tadi dan juga malam-malam kebelakangan ini.", "“Jangan ada satu keadaan yang mana hanya setengah orang menerima nasihat beliau tapi yang lain tak terima langsung,” katanya ketika ditemui selepas merakam percakapan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini hari ini.", "Ditanya aspek manakah yang dilihat Kementerian Kesihatan mengamalkan ‘double standard’, Fahmi menegaskan rakyat boleh menilai sendiri perkara tersebut.", "Katanya, memang ada keperluan untuk penjawat awam bertindak neutral dalam menjalankan tugas mreka tanpa memihak kepada mana-mana pihak berunsur politik. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/06/04/10-projek-dbkl-bernilai-hampir-rm1-bilion-dihentikan-serta-merta/
10 projek DBKL bernilai hampir RM1 bilion dibatalkan serta merta
[ "KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya 10 projek di bawah kelolaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dianggarkan bernilai hampir RM1 bilion dibatalkan serta merta.", "Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz mendedahkan projek-projek itu merupakan antara yang belum melalui proses tender terbuka.", "Jelas beliau, antara yang dibatalkan atau dihentikan termasuk projek jalan, tempat letak kereta dan juga projek kelab sukan.", "“10 projek adalah antara yang belum ditawarkan dan masih dalam peringkat tender menunggu untuk kelulusan, kita akan batalkan semua projek ini yang nilainya hampir RM1 bilion.", "“Antara sebab utama mengapa kita ambil keputusan ini adalah termasuk kerana pengurusan dan pembiayaan kewangan yang tinggi. Semua peruntukan kita akan kaji balik terlebih dahulu sebelum luluskan apa-apa.", "“Pada masa yang sama, DBKL juga hadapi kesulitan mendapatkan tanah untuk setengah projek-projek ini. Kita juga mahu kurangkan bilangan projek, untuk tahun ini, rasanya sudah cukup projek,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika di temui pemberita selepas sesi taklimat bersama Majlis Penasihat Kerajaan yang diadakan di Menara Ilham di sini hari ini.", "Bagaimanapun, Mhd Amin enggan mengulas lanjut keputusan tersebut, sebaliknya akan memaklumkan status terkini dalam masa terdekat.", "“Semua keputusan ini telah dibuat oleh DBKL sendiri selepas ambil kira pelbagai aspek. Saya tidak mahu ulas apa-apa lagi setakat ini,” ujarnya.", "Beberapa hari lepas, Mhd Amin mendedahkan pihaknya akan menghentikan projek mengecat semula perumahan awam (PA) DBKL dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu negara bernilai RM180 juta.", "Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai sebelum ini mendakwa, seramai 10 kontraktor dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tanpa sebarang tender terbuka.", "Mhd Amin Nordin mengesahkan pembatalan projek berkenaan dan DBKL hanya akan membayar kepada kontraktor berdasarkan sebahagian besar kerja mengecat yang berjaya disiapkan setakat ini. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/11/11/peluang-pn-lebih-cerah-di-melaka-wan-saiful/
Peluang PN lebih cerah di Melaka – Wan Saiful
[ "AYER KEROH – Gabungan Perikatan Nasional (PN) membuat jangkaan lebih realistik untuk merampas negeri Melaka.", "Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan berkata, PN yang dianggotai partinya, Pas dan Gerakan mempunyai peluang cerah kerana rakyat sudah melihat prestasi kerajaan PN yang lebih fokus kepada rakyat.", "“Kita fokus kepada ekonomi untuk dibangunkan semula untuk kebajikan rakyat. Tengok kepada suasana itu, saya rasa peluang kita lebih cerah dari Bersatu, Pas dan Gerakan sebab rakyat sudah melihat kita dalam gabungan PN fokus pada rakyat.", "“Kita tidak bergaduh sesama sendiri dan rundingan penamaan calon dan pembahagian kerusi lebih harmoni di pihak kita,” katanya dalam sidang media di pejabat Bersatu Hang Tuah Jaya hari ini.", "Wan Saiful juga mengandaikan rakyat Melaka mahu satu gabungan yang kukuh dan holistik.", "Ditanya gerak kerja PN yang perlahan di PRN kali ini, Wan Saiful berkata, PN sudah bergerak lebih awal sebelum tarikh penamaan calon lagi.", "Malah beliau berkata, jentera PN sudah lama bergerak di seluruh pelusuk negeri Melaka.", "“Peringkat permulaan sudah bermula lama tetapi kaedah kita merancang pendekatan dengan mendekatkan diri kepada pengundi dan berkempen berjalan lancar.", "“Kempen kita bukannya perlahan tapi kita kena teliti senarai calon PRN Melaka sebelum memperkenalkan kepada pengundi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/10/30/34-graduan-it-reka-jual-perisian-aplikasi-judi-atas-talian-ditahan-polis/
34 graduan IT reka, jual perisian aplikasi judi atas talian ditahan polis
[ "PETALING JAYA – Berkelulusan dalam kepakaran perisian teknologi maklumat (IT) tetapi bertindak kurang bijak apabila  menggunakan pengetahuan yang ada untuk tujuan tidak betul.", "Seramai 34 individu termasuk sembilan perempuan ditahan polis semalam kerana disyaki terlibat dalam jenayah mereka dan menjual perisian aplikasi judi atas talian kepada syarikat perjudian di luar negara.", "Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 38 tahun itu ditahan dalam serbuan polis di sebuah premis perniagaan di Menara Syamphony, Seksyen 13, Petaling Jaya atas kesalahan menjalankan perjudian atas talian.", "Katanya, siasatan mendapati kesemua suspek mempunyai kelayakan akademik kelulusan universiti dan kolej tempatan dalam bidang berkaitan perisian komputer.", "“Premis berkenaan beroperasi tiga bulan lalu berselindung di bawah sebuah syrikat perisian komputer selain membina apliksi perjudian dalam talian dan menjual kepada syarikat perjudian yang beroperasi di luar negara.", "“Syarikat berkenaan selama ini bertanggungjawab membina dan menyelenggara kira-kira 500 aplikasi perjudian dalam talian mengikut kehendak pelanggan pelanggan mereka dan menjualnya kepada syarikat judi di luar negara.", "“Waktu operasi premis ialah dari jam 8 pagi hingga 7 malam yang mensasarkan pelanggan dari Thailand,” katanya dalam sidang media hari ini.", "Menurut Nik Ezanee, setiap pekerja syarikat itu dibayar gaji bulanan antara RM2,500 hingga RM10,000 bergantung kepada tahap kemahiran dan kepakaran IT mereka.", "Tambah beliau, kes disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan mereka ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan dalam proses mendapatkan reman di mahkamah sementara seorang lagi wanita akan ditangkap selepas selesai menjalani tempoh kuarantin Covid-19 dalam masa terdekat.", "Pada 2 Oktober lalu kumpulan sama ditangkap polis cawangan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Petaling Jaya yang mana ketika itu seramai 26 lelaki dan 11 wanita ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan judi dalam talian.", "Namun kata Nik Ezanee, hanya seorang sahaja iaitu pengurus syarikat judi itu ditangkap dan didakwa di mahkamah manakala selebihnya dibebaskan dengan jaminan polis.", "Polis kembali memperincikan siasatan sebelum mendapat izin untuk menangkap mereka kali ini di bawah POCA.", "“Maka 34 orang suspek termasuk sembilan wanita berkenaan akan disiasat dibawah POCA setelah diluluskan perintah reman oleh Majistret Petaling Jaya hari ini nanti.", "“Hasil serbuan sama, kita berjaya merampas 38 komputer riba, 33 monitor, 15 telefon bimbit, empat tablet, satu dekoder kamera litar tertutup dan empat modem yang digunakan untuk mempromosi dan menerima pertaruhan perjudian dalam talian selain membangunkan perisian dan aplikasi itu.", "“Setakat ini iaitu sepanjang tahun 2020 sejak Januari lalu, polis PJ berjaya melaksanakan tangkapan terhadap 84 individu di bawah POCA kerana terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian,” ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/08/26/daesh-kdn-terima-rayuan-rakyat-malaysia-dalam-tahanan/
Daesh: KDN terima rayuan rakyat Malaysia dalam tahanan
[ "GOMBAK – Kementerian Dalam Negeri (KDN) ada menerima permohonan daripada rakyat Malaysia yang berada dalam tahanan di luar negara kerana terlibat dalam kegiatan keganasan untuk dibawa pulang ke Malaysia.", "Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya belum membuat sebarang keputusan mengenainya dan sedang meneliti rayuan berkenaan daripada segi faktor keselamatan.", "“Memang ada rayuan dibuat oleh beberapa individu yang telah terbabit dan ditahan di sana termasuk isteri, keluarga dan sebagainya.", "“Mereka ini dijatuhkan hukuman di sana, kita di sini kena meneliti kes-kes yang terbabit di sana, itu adalah kes-kes yang agak serius yang mempunyai kesan kalau mereka ini dibawa pulang ke Malaysia.", "“Apa pun kita belum membuat apa-apa keputusan. Rayuan ada dibuat tapi kita belum putuskan lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Nilai Agama Dalam Membanteras dan Menangani Keganasan Ekstrem di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, hari ini.", "Dalam pada itu, Muhyiddin juga menjelaskan, rayuan berkenaan membabitkan hampir empat rakyat Malaysia yang sedang menjalani hukuman di luar negara.", "“Tak ramai ada satu keluarga saja, orang terbabit mungkin tiga ke empat orang, tak silap saya termasuk anak mereka,” katanya.", "Ditanya tentang sejumlah 519 pengganas yang ditahan pihak polis setakat 31 Julai lalu, Muhyiddin berkata, sebahagian daripada mereka merupakan warga tempatan.", "“Sebahagiannya rakyat Malaysia dan sebahagiannya warga asing.", "“Bila mana mereka terbabit dalam kegiatan yang dianggap sebagai pengganas, yang juga dilihat dalam konteks undang-undang kesalahan,” katanya.", "Tambahnya, kesemua 519 pengganas itu ditahan mengguna pakai undang-undang sedia ada termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA).", "“Kesannya bahaya boleh timbul kalau tidak diambil tindakan, maka mereka itulah yang kita tahan dan kita gunakan kuatkuasa undang-undang sedia ada sama ada POTA ataupun SOSMA.", "“Jadi sudah pun ada dalam kuasa pihak polis untuk ambil tindakan,” katanya.", "Katanya, kebanyakan daripada 519 pengganas berkenaan bukan sahaja ditahan bahkan sudah dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan.", "“Sebahagian mereka ditahan, ada juga dibawa kes ke mahkamah, kalau diputuskan mereka ini ditahan.", "“Saya tak dapat memperincikan tapi rekod memang ada,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/08/28/sarapan-percuma-kerajaan-ada-bajet-tun-mahathir/
Sarapan Percuma : Kerajaan ada bajet – Tun Mahathir
[ "HANOI — Kerajaan mempunyai bajet untuk pelaksanaan Program Sarapan Percuma (PSP), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.", "Program itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebelum ini,", "Dalam satu catatan laman Facebooknya berkata bermula Januari 2020, sarapan percuma akan disediakan buat semua pelajar di sekolah rendah seluruh negara.", "“Anak-anak kita memerlukan jadual pemakanan yang tepat dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan mereka terus kekal sihat dan cergas di samping dapat membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari,” katanya menerusi hantaran tersebut.", "Terbaru, beliau turut memuatnaik foto dengan input soalan lazim mengenai PSP, antaranya waktu pelaksanaan, peruntukan kewangan dan cara pengurusannnya.", "Berita selanjtnya selepas ini.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2021/07/01/kes-bunuh-diri-meningkat-pejuang-tagih-jawapan-rina-harun/
Kes bunuh diri meningkat, Pejuang tagih jawapan Rina Harun
[ "KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) menuntut penjelasan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd Harun berhubung kes bunuh diri yang semakin meningkat di negara ini.", "Menurut Ketua Penerangannya, Ulya Aqamah Husamudin, pihaknya tertanya-tanya mengenai apa tindakan yang bakal diambil oleh kementerian itu bagi menangani permasalah ini.", "“Sudahlah setiap hari ada yang mati kerana kegagalan mengurus Covid, ditambah pula yang membunuh diri akibat tertekan, Kerajaan Perikatan Nasional masih tidak proaktif menangani masalah rakyat dan hanya menggunakan solusi politik berbanding bukti-bukti data dan sains.", "“Apa tindakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat? Berapa ramai lagi nyawa yang perlu hilang sehingga Menteri bertindak?,” soal Ulya dalam satu kenyataan hari ini.", "Menurut beliau, statistik kes bunuh diri yang dikeluarkan oleh polis menunjukkan sebanyak 468 kes dilaporkan dari Januari sehingga Mei tahun ini.", "Justeru itu, Ulya berkata, kepada siapa yang harus rakyat dipersalahkan setelah angka memeranjatkan itu direkodkan hanya dalam masa lima bulan.", "“Kegagalan siapakah ini? Rakyat atau kerajaan pemerintah yang kurang peka dengan kesihatan mental rakyatnya?", "“Memang benar, Malaysia sedang menghadapi cabaran yang amat getir mengharungi pandemik Covid-19. Tetapi kebanyakan negara telah berjaya bangkit dengan pengurusan yang cekap dan jitu,” katanya.", "Sebelum ini, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa kerajaan bertindak segera usaha membantu menangani tekanan mental rakyat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelakkan kejadian bunuh diri seperti yang kerap tular di media sosial.", "Yang Dipertua PUM, Al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir berpandangan pelbagai faktor menyebabkan individu itu bertindak membunuh diri untuk keluar daripada masalah mereka.", "Malah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa agar Daftar Bunuh Diri Kebangsaan (NSRM) yang diperkenalkan pada tahun 2007 ditubuhkan semula bagi membolehkan orang ramai mengakses data berkaitan kes bunuh diri di negara ini.", "Suhakam dalam satu kenyataan berkata, sistem tersebut merangkumi maklumat umur, jantina, kumpulan etnik, negeri dan cara bunuh diri yang mana akan membantu jalan penyelesaian jangka masa panjang dalam mencegah cubaan bunuh diri dalam masyarakat. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/10/03/nelayan-terjatuh-dari-sampan-ditemui-meninggal-dunia/
Nelayan terjatuh dari sampan ditemui meninggal dunia
[ "BAYAN BARU – Seorang nelayan yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari sampan di perairan Jelutong, ditemui meninggal dunia.", "Mangsa, Mohd Shahrul Mansor, 37, ditemui terdampar di pantai Pulau Jerejak, di sini, semalam.", "Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi mengenai penemuan satu mayat lelaki pada tengah hari semalam.", "“Selepas menerima maklumat tersebut, bot ronda KILAT 26 telah diatur gerak ke lokasi dan menemukan satu mayat lengkap berpakaian terdampar di pantai Pulau Jerejak.", "“Hasil siasatan mendapati mangsa terjatuh dari sampan di perairan Jelutong ketika keluar menangkap ikan pada Sabtu lalu.", "“Mayat mangsa dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.", "Mayat mangsa dihantar ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk proses bedah siasat. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/02/14/mayat-wanita-lemas-di-sungai-dengkil-ditemukan/
Mayat wanita lemas di Sungai Dengkil ditemukan
[ "KUALA LUMPUR – Mayat seorang wanita yang lemas di Sungai Dengkil pada Ahad lalu akhirnya ditemui terapung di perangkap sampah Labohan Dagang Bukit Changgang, Banting pada petang tadi.", "Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, bilik gerakan operasi negeri telah menerima panggilan kecemasan dari awam pada jam 9.38 pagi Ahad lalu memaklumkan mangsa terperangkap dan lemas dalam Sungai Dengkil berhampiran Pasar Dengkil.", "Katanya, bertindak atas maklumat itu, sepasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Dengkil yang terdiri daripada lapan pegawai dan anggota beserta sebuah bot dan dua ekor anjing pengesan, K9, diketuai Ketua Operas,i Awang Omar bergegas ke tempat kejadian pada jam 9.53 pagi.", "“Pemerhatian di lokasi Sungai Dengkil itu mendapati kejadian melibatkan seorang wanita warga tempatan dikenalpasti identitinya sebagai Wong Fong Fah, 57, tahun dipercayai lemas di sungai tersebut.", "“Saksi yang kebetulan berada di lokasi telah melihat mangsa telah terkapai-kapai di tengah sungai itu dan terus tenggelam ke dalam sungai.", "“Kemudian pasukan penyelamat telah mengaturgerakkan kerja-kerja mencari dan menyelamatkan mangsa tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.", "Tambah beliau, berikutan pencarian gagal membawa petunjuk kepada kedudukan mangsa lemas, operasi pada Ahad terpaksa dihentikan.", "Katanya, pada jam 11.32 pagi hari kejadian, maklumat mangsa berjaya dikesan berdasarkan barangan peribadi mangsa selain pengesahan oleh waris mangsa yang bergegas ke lokasi selepas kejadian itu.", "“Pencarian pada hari kedua (Isnin) telah diteruskan secara water surface rescue dilakukan oleh anggota bomba dan penyelamat di sepanjang Sungai Dengkil itu menggunakan bot sebelum pencarian itu ditangguhkan pada 7 malam.", "“Pada Selasa sekitar jam 8 pagi, petukaran pasukan SAR telah dibuat dan pencarian mangsa lemas itu dimulakan sekitar 8.30 pagi dengan menggunakan dua buah bot fiber bersama anggota Angkatan Pertahana Awam Malaysia tetapi terpaksa dihentikan seawal 3.40 petang disebabkan cuaca buruk hujan lebat,” katanya lagi.", "Beliau berkata, memasuki hari ketiga pencarian, operasi disambung semula dengan menggunakan tiga buah bot dan dua ekor anjing pengesan bersama anggota pertahanan awam.", "Ujarnya, pencarian mangsa kali ini dilakukan melalui kaedah searching surface di kawasan hotspot sungai meliputi jarak sejauh satu kilometer tempat asal mangsa dilaporkan terjatuh.", "“Bagaimanapun, usaha gigih pencarian mangsa selama tiga hari membabitkan 29 anggota yang terdiri daripada 15 anggota bomba, polis (6) dan anggota APM (8) akhirnya berjaya membawa hasil apabila sekitar jam 5.13 petang tadi mangsa telah ditemui oleh orang awam dalam keadaan terapung di perangkap/penapis sampah Labohan Dagang Bukit Changgang, Banting.", "“Pasukan penyelamat berjaya mencapai mangsa lemas dan mengeluarkan mayat dari lokasi tersebut sebelum identitinya telah dicam dan disahkan oleh ahli keluarga si mati itu.", "“Mayat kemudian telah diserahkan kepada polis Sepang untuk dihantar ke hospital bagi menjalani proses bedah siasat mengenalpasti punca kematiannya,” ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/02/23/as-letak-malaysia-dalam-senarai-destinasi-berisiko-tinggi/
AS letak Malaysia dalam senarai destinasi berisiko tinggi
[ "WASHINGTON – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) menyenaraikan Malaysia antara empat destinasi berisiko tinggi untuk perjalanan.", "Tiga negara lain yang disenaraikan ialah Brunei, Bhutan dan Iran.", "CDC meletakkan destinasi berkenaan pada risiko “Tahap 4: Covid-19 Sangat Tinggi” apabila lebih daripada 500 kes bagi setiap 100,000 penduduk didaftarkan dalam tempoh 28 hari yang lalu.", "Seperti beberapa destinasi lain di Asia, Malaysia telah mengambil pendekatan yang sangat berhati-hati untuk membuka semula sempadan kepada pelancong.", "Malah, warga AS masih tidak dibenarkan melawat untuk perjalanan yang tidak penting, menurut kemas kini terkini dari Kedutaan AS di Malaysia.", "Keempat-empat destinasi sebelum ini berada pada risiko “Tahap 3: Covid-19 Tinggi” minggu lepas.", "Destinasi Tahap 4, tertinggi yang ditetapkan CDC kini telah meningkat kepada lebih daripada 140 tempat, menggambarkan julat luas dan penyebaran pantas varian Omicron ke seluruh dunia tahun ini.", "Pada awal Januari, terdapat kira-kira 80 destinasi yang disenaraikan di bawah Tahap 4.", "Tahap 4 kini mempunyai lebih banyak destinasi daripada gabungan semua kategori CDC yang lain.", "CDC menasihatkan pelancong untuk mengelakkan percutian ke negara Tahap 4.", "Ketetapan CDC untuk notis kesihatan perjalanan berdasarkan pada bilangan kes Covid-19 di destinasi-destinasi terlibat.", "CDC tidak memasukkan AS dalam senarai nasihatnya, tetapi ia telah dikodkan warna pada Tahap 4 pada 22 Februari pada peta tahap risiko perjalanan.", "Minggu lalu, Korea Selatan dan Polinesia, Perancis adalah antara destinasi yang diletakkan ke Tahap 4.", "Destinasi pelancong yang berada di Tahap 4 ialah Mexico, Kanada, Perancis, Peru, Singapura dan Sepanyol. United Kingdom yang telah disenaraikan sejak Julai 2021.", "Dalam panduan perjalanannya yang lebih luas, CDC  mengesyorkan untuk mengelakkan semua perjalanan antarabangsa sehingga pengembara mengambil vaksin sepenuhnya. – CNN (https://edition.cnn.com/travel/article/cdc-very-high-risk-travel-destinations-february-22/index.html)" ]
https://malaysiagazette.com/2019/01/17/6432-proton-perdana-dipanggil-semula/
6,432 Proton Perdana dipanggil semula
[ "KUALA LUMPUR – Proton panggil semula 6,432 kereta Proton Perdana yang dikeluarkan dari tahun 2012 hingga akhir Ogos 2018.", "Ia bagi menggantikan inflator beg udara bahagian penumpang, sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan model Proton Perdana adalah berasaskan Honda Accord dan kereta yang terlibat dibina dari 2012 hingga akhir Ogos 2018.", "Pelanggan-pelanggan yang terbabit telah dimaklumkan mengenainya, kata Proton dalam satu kenyataan di sini.", "Tiada model Proton yang terkesan dengan panggil semula kerana ia membabitkan pembekal vendor beg udara yang berlainan.", "Malah, Proton Perdana yang dikeluarkan selepas 31 Ogos 2018 tidak terjejas.", "“Keselamatan pemilik kami adalah yang paling penting untuk Proton. Semua pemilik Proton Perdana akan dimaklumkan tentang perkara itu dan dinasihatkan supaya menghubungi pusat khidmat kami untuk menempah janji bagi penggantian beg udara penumpang,” kata Datuk Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton.", "Tambahnya, tempoh penggantian inflator itu membabitkan masa sejam dan akan dilakukan secara percuma. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/04/12/ecrl-beri-impak-positif-pertumbuhan-ekonomi-kelantan/
ECRL beri impak positif pertumbuhan ekonomi Kelantan
[ "KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan menyokong projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kerana ia akan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negeri ini, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.", "Beliau berkata semasa laporan mengenai projek itu dibentang dalam mesyuarat exco, kerajaan negeri memberi sokongan penuh kepada pelaksanaan projek berkenaan.", "“Kita tengok, pertama adalah kemajuan negeri, kemudian daripada segi perhubungan antara pantai timur dan pantai barat, dan selepas itu peluang pekerjaan (menerusi Projek ECRL).", "“Sebab itu, kerajaan negeri memberi sokongan penuh kepada projek ini kerana impak daripada segi pertumbuhannya memang besar,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Jasamu Dikenang dan Penyerahan Tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.", "Terdahulu, Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat menyerah jawatannya kepada Datuk Nazran Muhammad yang sebelum ini merupakan Pengarah Tanah dan Galian Kelantan.", "Mohd Faudzi akan bersara pada Sabtu ini manakala Nazran akan memulakan tugasnya secara rasmi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri pada Ahad ini.", "Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata projek berkenaan merupakan bukti kesungguhan kerajaan pusat melakukan perubahan yang besar dan ketara di Kelantan dan negeri-negeri lain di pantai timur Semenanjung.", "Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah projek ECRL peringkat Kelantan di Tunjong di sini.- BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2020/06/07/kuatkuasa-pkpd-sekiranya-kes-covid-19-dikesan-semasa-tempoh-pkpp/
Kuatkuasa PKPD sekiranya kes Covid-19 dikesan semasa tempoh PKPP
[ "PUTRAJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan menyusul serta merta sekiranya sebarang kes jangkitan Covid-19 baharu dikesan di sesuatu lokaliti atau kumpulan bersasar sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).", "Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, itu peringatan tegas pihaknya dengan kerjasama pihak berkuasa keselamatan yang akan memantau pergerakan rakyat terhadap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Kesihatan Awam yang ditetapkan bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini.", "Menurutnya, Permodelan Rnought (R0) sebelum PKP menunjukkan tahap kebolehjangkitan pada seseorang itu adalah 3.55 tetapi pelaksanaan PKP dan juga PKPB berjaya melandaikan lengkungan penularan daripada naik mendadak sehingga Rnaught diturunkan kepada 0.3 kebolehjangkitan selain kepatuhan tinggi rakyat terhadap SOP yang banyak membantu.", "“Jika kita tidak SOP sudah pasti ia meningkat kepada Rnought 1.6 peratus namun walapun sudah empat minggu selepas Hari Raya (Aidifitri) berjaya mengekalkan Rnought pada 0.3 peratus sehingga membantu kita membuka lebih banyak sektor ekonomi, sosial, perniagaan dan sebagainya.", "“Namun sepanjang PKPP bermula 10 Jun nanti kita tetap kena memantau sebab kita sedar virus tersebut berada dalam komuniti dan kita menyarankan rakyat ambil serius dan patuh sepenuhnya kepada SOP dan kalau kepatuhannya tinggi ada peluang kurangkan lagi Rnought kurang 0.3 peratus.", "“Kita menjangkakan sekarang kalau tempoh PKPB sebulan ini dapat lihat kes tak meningkat mendadak dan kekal dua angka dan satu angka melibatkan rakyat tempatan.", "“Jadi kita masih akan memantau dan mengawasi sehingga 31 Ogos nanti, kalau ada jangkitan di sesuatu lokaliti ataupun kumpulan sasar, kita akan melaksanakan samada PKPD atau PKPD separa (secara pentadbiran) S-EMCO di sesebuah kawasan jangkitan baharu termasuk saringan penghuni dan pengesanan kes positif diikuti pengasingan akan dilaksanakan,” ujar dalam sidang media hari ini.", "Tambah Noor Hisham, pemantauan dan pengawasan kepatuhan rakyat di seluruh negara akan dilaksanakan secara berterusan dan berpanjangan tanpa kompromi 31 Ogos ini.", "“Kalau kita sampai 31 Ogos nanti mendapati kes jangkitan baharu Covid-19 terus kekal pada dua angka atau satu angka seperi sekarang, maka kita boleh merancang exit strategy (jalan keluar).", "‘Exit strategy yang kami akan rancangkan berdasarkan perkembangan rekod Covid-19 nanti akan menggunapakai Akta 342 yang dikuatkuasakan ketika ini sejak PKP lagi.", "“Sekarang ini penguatkuasaan dan pemantauan seluruh negara kita menggunakan Akta 342 menerusi pasukan keselamatan polis, tentera, Rela, Maritim Malaysia dan sebagainya kerana ia penting supaya kita dapat merancang strategi pengeluaran untuk melaksanakan fasa pemulihan atau soft landing sebelum kita membuka semua sektor sepenuhnya dengan selamat,” tegasnya.-MalaysiaGazette", "ARTIKEL BERKAITAN:", "Jika kes Covid-19 naik, kerajaan tak teragak-agak laksana PKPD", "" ]
https://malaysiagazette.com/2022/07/06/rupa-rupanya-bersatu-sokong-ismail-sabri-jadi-pm-demi-jawatan-puad/
Rupa-rupanya Bersatu sokong Ismail Sabri jadi PM demi jawatan – Puad
[ "KUALA LUMPUR – Pengakuan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan bahawa perbincangan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) daripada parti itu dikecam oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi.", "Puad yang Yang di-Pertuan Dewan Negeri Johor itu berkata, pengakuan itu jelas menunjukkan Bersatu hanya mengutamakan jawatan daripada berusaha menyelesaikan masalah-masalah rakyat.", "“Di saat kejatuhannya, Muhyiddin masih bernafsu besar menuntut jawatan TPM untuk PPBM (Bersatu).", "”Maksudnya dari awal lagi keutamaan PPBM ialah jawatan. Dari awal lagi rupanya PPBM sudah mengugut Ismail Sabri kerana kejar jawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Sebagai kesimpulan, Puad berkata, UMNO lebih baik dan lebih gentleman daripada Bersatu.", "Ini kerana, semasa UMNO sokong Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri, tidak ada perjanjian bertulis, malah, tidak ada syarat jawatan TPM.", "Puad merujuk kenyataan Wan Saiful yang berkata perbincangan jawatan TPM yang dibuat antara presiden parti itu, Muhyiddin Yassin dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, bukan sesuatu yang baharu.", "Malah katanya, jawatan itu adalah perjanjian yang dibuat antara Perikatan Nasional (PN) dengan Ismail sebelum beliau dilantik menjadi Perdana Menteri.", "Dalam pada itu, Puad menambah, semasa UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan, komponen itu juga tidak meletakkan syarat pemimpin UMNO akan dilantik sebagai TPM.", "Sebaliknya, UMNO menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri berdasarkan kepada kepentingan rakyat semata-mata.", "”Masa UMNO sokong Muhyiddin jadi PM tidak ada perjanjian bertulis. Tidak ada syarat jawatan TPM.", "”UMNO sokong Muhyiddin  jadi PM demi rakyat walaupun dia bersekongkol dengan DAP untuk jatuhkan BN di PRU14. Tetapi PPBM sokong Ismail jadi PM demi jawatan TPM bukan rakyat,” ujarnya.", "Lantaran itu, kata Puad, amat wajar Ismail Sabri tidak melayan perjanjian itu kerana tidak ada faedah untuk rakyat.", "Tidak sama PH-PPBM memungkiri janji rakyat 100 hari,” katanya lagi.", "Minggu lalu, Muhyiddin berkata, beliau bertemu Ismail Sabri minggu bagi membincangkan pelantikan dalam Jemaah Menteri, termasuk jawatan TPMyang menurutnya berkait perjanjian PN dengan Perdana Menteri. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/06/12/parlimen-syed-saddiq-serang-amk-isu-lcs/
Parlimen: Syed Saddiq ‘serang’ AMK isu LCS
[ "KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen blok kerajaan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membidas Angkatan Muda Keadilan (AMK), sayap parti gabungan kerajaan berhubung skandal kapal tempur pesisir (LCS).", "Syed Saddiq yang merupakan Ahli Parlimen Muar berkata, beliau pelik dengan sikap AMK yang membatu isu berkenaan biarpun pernah lantang menyuarakan mengenai isu LCS, sebelum ini.", "“(Tetapi) yang pelik dan ajaibnya, orang sama yang tuntut perkara ini, kini ingin mengambil tindakan ke atas saya kerana membangkitkan isu LCS,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.", "Tambah Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu, AMK juga antara yang bersungguh-sungguh berkempen pada PRU lalu, dengan menuduh beberapa menteri yang kini sudah berada dalam Kerajaan Perpaduan.", "“Orang sama berkempen mengatakan bahawa LCS ini lebih teruk rasuah dan penyelewengan daripada 1MDB, orang sama yang tidak tunggu pun perbahasan siasatan dilaksanakan, untuk kata kita menang, kita tangkap dan humban pemimpin-pemimpin utama (yang terlibat dalam isu LCS) ke dalam penjara.", "“Saya tidak kata pun perkara ini (humban dalam penjara), (tetapi) yang saya mohon proses yang betul iaitu kita adakan perbahasan di Parlimen, dan isu sama yang dituntut sebelum pilihan raya.", "“Kita (pembangkang ketika itu) letakkan beberapa tuduhan ke atas beberapa menteri utama yang kini dalam kerajaan, dan ingin penjarakan mereka.", "“Tetapi bila kita ingin tahu perkara ini secara mendalam, kita lupakan dan diamkan, bisukan mulut, pekakkan telinga serta butakan mata,” katanya.", "Jelas Syed Saddiq, beliau menghormati institusi Yang di-Pertua Dewan Rakyat namun menegaskan usul tergempar LCS sangat terperinci dan perlu disegerakan.", "“Saya dah kongsikan (dalam surat) mengapa ini kepentingan orang ramai, dan mengapa ia perlu disegerakan kerana dalam tempoh satu minggu kos LCS dinaikkan tambahan sebanyak RM2.2 bilion dan jumlah kapal dikurangkan dalam tempoh satu minggu.", "“Itu mengapa ia perlu disegerakan dan mengapa ini isu kepentingan orang ramai. Saya rasa semua orang tahu dan bersetuju ini melibatkan RM11.2 bilion duit rakyat dan projek ditangguh berkali-kali serta tiada tangkapan besar (individu yang dituduh),” ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/01/23/rasman-tidak-calonkan-semula-jika-terbukti-bersalah/
Rasman tidak calonkan semula jika terbukti bersalah
[ "KULAI – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak bercadang mencalonkan semula Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sekiranya didapati bersalah dalam kes gangguan seksual.", "Ketua Penerangan PPBM Johor, Mohd Solihan Badri berkata, sebarang keputusan yang diambil berdasarkan hasil siasatan polis kerana kes masih dalam siasatan dan dia belum dibuktikan bersalah.", "“Jika dia terbukti bersalah kita akan ambil tindakan secara ‘politically’. Maka dia tidak akan kami calonkan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Musim Perayaan Tahun Baru Cina di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Senai, hari ini.", "Baru-baru ini tular dakwaan Rasman melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita ketika melakukan bantuan kepada mangsa banjir di Kuala Sedili, Kota Tinggi, Sungai Ara, Mersing dan Bukit Kepong, Muar.", "Bagaimanapun, Rasman menafikan tuduhan berkenaan dan menyerahkan kes kepada peguam yang dilantik.", "Rasman yang juga Ketua PPBM Bahagian Kota Tinggi berkata, dakwaan wanita tersebut tidak benar dan menyifatkannya sebagai satu konspirasi politik untuk mencemarkan reputasinya", "Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat sebelum ini memberitahu, pihaknya telah memanggil 11 individu bagi dirakam percakapan berhubung kes itu. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/09/07/wolves-cipta-sejarah-beli-silva-pada-harga-rm196-juta/
Wolves cipta sejarah beli Silva pada harga RM196 juta
[ "LONDON – Wolves terus menjadikan pemain Portugal sebagai sasaran pembelian baharu apabila menandatangani penyerang remaja Portugal, Fabio Silva dari Porto.", "Silva kini menjadi pemain kesepuluh dari Portugal yang beraksi untuk Wolves pada ketika ini.", "Silva kini menyamai harga dengan Vinicius Jr ketika pemain itu dibeli Real Madrid beberapa tahun lalu.", "Penyerang berusia 18 tahun itu menjaringkan tiga gol dalam 24 penampilan bersama skuad utama Porto.", "Dia juga mendapatkan gelaran Cristiano Ronaldo baharu di negaranya.", "Wolves dalam satu kenyataan  mengalu-alukan kehadiran Fabio Silva apabila gembira dapat menandatangani penyerang remaja antarabangsa Portugal itu dengan rekod perpindahan kelab.", "“Pemain berusia 18 tahun, yang juga pemain paling muda menjaringkan gol bersama Porto dan berjaya memecahkan rekod rakan sepasukan baharunya di Wolves, Ruben Neves yang mencatatkan rekod tahun lalu,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/01/13/dua-pindaan-perlembagaan-umno-selari-peruntukan-undang-undang-semasa/
Dua pindaan Perlembagaan UMNO selari peruntukan undang-undang semasa    
[ "KUALA LUMPUR – UMNO membentangkan dua pindaan perlembagaan parti hari ini bagi menterjemahkan keputusan yang diputuskan sebelum ini.", "Pindaan berkaitan fungsi Ketua Penerangan dan Akta Lompat Parti itu dibentangkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebaik selesai ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 tengah hari ini.", "Berikut dua pindaan yang dibentangkan:", "1) Ketua Penerangan sebagai perwakilan automatik mengikut perkara fasal asal cadangan pindaan Perlembagaan UMNO", "Fasal 8.4 – Perhimpunan Agung Tahunan hendaklah terdiri daripada:-", "8.4.4 – Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Wanita UMNO, Ketua Pergerakan Pemuda, Ketua Pergerakan Puteri dan Setiausaha Bahagian yang telah mengadakan Perwakilan Bahagiannya.", "Mereka di atas yang menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi berhak melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Bahagian.", "Fasal 8.4 – Perhimpunan Agung Tahunan hendaklah terdiri daripada:-", "8.4.4 – Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Wanita UMNO, Ketua Pergerakan Pemuda, Ketua Pergerakan Puteri, Setiausaha dan Ketua Penerangan yang telah mengadakan Perwakilan Bahagiannya. Mereka di atas yang menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi berhak melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Bahagian.", "2) Akta Lompat Parti perkasa fasal asal cadangan Perlembagaan UMNO.", "Fasal 20.11 – Seseorang ahli yang menang bertanding, tetapi meninggalkan parti, atau bertanding sebagai calon bebas atau parti lawan dalam pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri akan gugur keahlian dengan sendirinya.", "Fasal 20.11 – Seseorang Ahli UMNO akan tergugur keahliannya secara automatik\nsekiranya:-", "20.11.1 – Ahli UMNO itu telah dipilih sebagai Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri dan kemudiannya telah menyertai suatu pakatan politik yang tidak dianggotai oleh UMNO atau memilih untuk menjadi Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri bebas; atau", "20.11.2 – Ahli UMNO itu bertanding di dalam mana-mana pilihan raya sebagai calon bebas atau calon pakatan politik yang tidak dianggotai oleh UMNO", "Selaras dengan pindaan perlembagaan itu, maka Peraturan Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda UMNO dan Pergerakan Puteri UMNO akan turut dipinda dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang akan datang bagi membolehkan Ketua Penerangan Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian menjadi perwakilan automatik ke Perhimpunan Agung masing-masing.", "Rasional kepada pindaan itu ialah memastikan peruntukan dalam perlembagaan parti bersifat terkini dan selari dengan peruntukan undang-undang semasa negara. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/10/26/sekeluarga-gelisah-diugut-bunuh-ah-long/
Sekeluarga gelisah diugut bunuh ah long
[]
https://malaysiagazette.com/2018/10/31/bursa-dibuka-tinggi-13/
Bursa dibuka tinggi
[ "KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini, dengan minat belian dalam kaunter utama terpilih, menyusuli prestasi semalaman yang lebih baik di Wall Street.", "Pada 9.04 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 7.25 mata pada 1,693.19 daripada 1,683.73 penutup semalam.", "Indeks itu dibuka 5.45 mata lebih tinggi pada 1,691.39. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/03/11/kbs-perkenal-kod-sukan-selamat-15-mac-ini-hannah/
KBS perkenal Kod Sukan Selamat 15 Mac ini – Hannah
[ "PETALING JAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memperkenalkan Kod Sukan Selamat Rabu ini yang merangkumi aspek keselamatan gangguan seksual, buli dan keganasan.", "Menterinya Hannah Yeoh berkata kod yang sebelum ini dalam fasa penelitian, kini sudah sedia untuk dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak kementerian.", "“KBS akan buat buat pengumuman khas mengenai kod itu,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Sambutan Hari Wanita peringkat KBS, di sini hari ini.", "“Isu sukan selamat ini bukan untuk kaum wanita sahaja, bahkan juga untuk kaum lelaki, dan selain isu gangguan seksual ia (kod itu) juga membabitkan (isu) buli dan keganasan,” tambahnya.", "Kod itu yang merangkumi tatacara kelakuan bakal diguna pakai untuk mengendalikan aduan mengenai gangguan seksual dalam industri sukan sebelum digantikan dengan Akta Sukan Selamat pada masa akan datang.- BERNAMA", " " ]
https://malaysiagazette.com/2017/04/08/pasaran-getah-malaysia-naik-disebabkan-harga-minyak-naik/
Pasaran getah Malaysia naik disebabkan harga minyak naik
[ "KUALA LUMPUR- Pasaran getah Malaysia dijangka meningkat pada minggu depan berikutan unjuran peningkatan harga minyak mentah global, kata peniaga.", "Ia susulan laporan tindakan Amerika Syarikat melancarkan berpuluh-puluh peluru berpandu ke atas sebuah pangkalan udara Syria pada Jumaat yang melonjakkan harga minyak mencecah paras tertinggi dalam masa hampir sebulan pada hari sama.", "Seorang peniaga menyifatkan kenaikan harga bahan api itu akan menjadikan getah sintetik lebih mahal, sekaligus meningkatkan harga getah asli.", "Selain itu, laporan mengenai rancangan Thailand menubuhkan sebuah pusat ujian tayar dan kenderaan bertaraf antarabangsa yang pertama di negara itu pada tahun depan juga dijangka turut merangsang permintaan terhadap komoditi itu.", "“Laporan itu menyatakan pusat bernilai US$107.6 juta yang bakal beroperasi sepenuhnya pada 2019, akan dimanfaatkan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan.", "“Ini akan menjadikan negara itu sebagai hab serantau untuk produk automotif generasi baharu,” katanya kepada Bernama.", "Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran didagangkan secara bercampur-campur yang kebanyakannya dipacu oleh penyusutan harga minyak mentah serta stok simpanan getah di pelabuhan-pelabuhan Jepun.", "Ia juga seiring dengan prestasi pasaran hadapan getah di Bursa Komoditi Tokyo.", "Bagi perbandingan Jumaat ke Jumaat, harga fizikal Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 susut 31.5 sen kepada 767 sen sekilogram manakala susu getah pukal merosot 7.5 sen kepada 664 sen sekilogram.", "Pada 5 petang, harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 menokok tiga sen kepada 760 sen sekilogram manakala susu getah pukal merosot 11 sen kepada 662.5 sen sekilogram. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/10/22/tiga-insiden-dalam-sektor-pendidikan-apa-kementerian-buat/
Tiga insiden dalam sektor pendidikan, apa kementerian buat?
[ "KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan digesa supaya lebih tegas berhadapan dengan ‘serangan’ bertali arus pihak tertentu kebelakangan ini.", "Gesaan itu yang disuarakan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2020 di Parlimen semalam berikutan berlaku insiden besar terhadap sektor pendidikan negara.", "Kata beliau, sekurang-kurangnya tiga insiden berlaku iaitu kes debat Piala Tun Razak, graduan biadab dalam majlis konvokesyen sebuah universiti awam dan penyebaran komik ‘Inisiatif dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ yang mempunyai unsur propaganda melampau.", "“Insiden ini yang berlaku dalam tempoh bulan ini menunjukkan beberapa kelompongan, betapa longgarnya pemantauan terhadap sektor pendidikan negara.", "“Apa membimbangkan keterlibatan ahli politik DAP yang jelas menyokong insiden berkenaan khususnya terhadap graduan yang telah melakukan provokasi di atas pentas konvokesyen.", "“Tidak kurang juga tindakan 43 pimpinan akar umbi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP membantah larangan penyebaran komik berkenaan di sekolah,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.", "Semua itu, jelas beliau, bertentangan dengan falsafah pendidikan negara dan lebih malang lagi ia menyentuh perkara sensitif negara.", "“Apalah guna sebuah kebebasan jika tiadanya nilai kesopanan dan kesusilaan yang menjadi rukun kepada negara,” ujarnya.", "Nik Mohamad Abduh sedih apabila tangan politik kotor yang membelakangi keluhuran budi pekerti kelihatan secara nyata mempromosikan kebebasan tanpa batas, sekali gus mencemarkan proses pembinaan sahsiah anak bangsa.", "Inilah katanya, akibat kegagalan pihak kerajaan mendefinisikan maksud hak kebebasan bersuara dengan sempurna. Ia menjadi tiket kepada perlanggaran terhadap nilai murni dan tinggi yang telah sekian lama kita junjung.", "Justeru, beliau menyarankan kementerian itu lebih berwaspada dan bersikap tegas terhadap anasir yang boleh meruntuhkan keutuhan sosial dalam negara melalui penyerapan racun ke dalam sektor pendidikan.", "“Ini bagi memastikan sektor pendidikan negara sentiasa menjadi medan utama penyatuan rakyat pelbagai agama, bangsa dan budaya,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/05/30/kenyataan-hina-ydpa-iswardy-ditahan-polis/
Kenyataan hina YDPA, Iswardy ditahan polis
[ "KUALA LUMPUR – Pengerusi Pro PKR Sarawak, Iswardy Morni dilaporkan telah ditahan polis berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.", "Perkara itu didedahkan seorang pengguna Twitter, Zack Rockstar.", "“Aku dah kena tahan, esok (hari ini) direman,” demikian menurut tangkap layar perbualan beliau dengan Zack di aplikasi WhatsApp.", "Zack mendapat pesanan itu yang memaklumkan bahawa Iswardy telah ditahan dan akan direman hari ini.", "“Semoga dia diberikan keadilan dan dipermudahkan segala urusan,” katanya lagi.", "Iswardy semalam diburu polis setelah membuat kenyataan berbaur fitnah di dalam video secara langsung di laman YouTube rasmi miliknya semalam.", "Sebelum itu, dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tiga kertas siasatan dibuka berikutan laporan dibuat berhubung video berkenaan.", "Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Sekyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.", "Dalam video bertajuk Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun itu, Iswardy dikatakan melontar beberapa tuduhan secara sinis dengan cara tak beradab terhadap Al-Sultan Abdullah berhubung wabak Covid-19. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/04/12/lp-masih-belum-jawab-kenapa-tak-guna-set-soalan-baharu-pensyarah/
LP masih belum jawab kenapa tak guna set soalan baharu – Pensyarah
[ "KUALA LUMPUR – Lembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) didakwa masih belum menjawab persoalan paling asas berhubung penggunaan bahan audio dan kertas soalan ujian mendengar Sijil Pelajaran Malaysia 2021 sesi pertama untuk calon sesi kedua.", "Soalannya ialah mengapa LP tidak menggunakan set soalan baru yang setara indeks kesukaran kepada kumpulan sesi dua.", "“Bukankah sudah menjadi amalan standard yang diterima umum termasuklah di peringkat antarabangsa bagi mana-mana peperiksaan utama (lebih lebih lagi peperiksaan peringkat kebangsaan seperti SPM), apabila berlaku peperiksaan gantian atau penjadualan semula tarikh peperiksaan, maka set soalan baharu akan digunakan?, soal Dr Anuar Ahmad, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.", "Tegas beliau, alasan set soalan adalah ‘soalan tertutup’ tidak boleh digunakan untuk menjustifikasikan soalan yang telah ditadbirkan dalam sesi satu digunakan semula untuk sesi dua.", "Ini kerana soalan yang tertutup tidak bermaksud maklumat/soalan itu terjamin tidak akan terdedah kepada pengetahuan umum. Malah dalam kes ini, maklumat tersebut tersebar secara meluas di media sosial.", "Sebenarnya, keengganan pihak LP menggunakan set soalan baharu sebagaimana amalan biasa telah menjadi punca utama kepada isu ini berlaku, dakwa beliau.", "Anuar berkata, LP sendiri mengakui dan tidak menolak dakwaan umum bahawa telah berlaku penyebaran maklumat peperiksaan tersebut sekurang kurangnya dalam bentuk ‘ringkasan wacana’.", "Ini membawa maksud calon SPM sesi kedua berada di dalam keadaan mempunyai kelebihan berbanding calon kumpulan sesi pertama yang langsung tidak mempunyai apa-apa maklumat walaupun dalam bentuk ‘ringkasan wacana’, sekali gus mewujudkan ketidakadilan kepada calon SPM sesi satu.", "Jelas beliau, situasi ini sesuatu yang tidak boleh diterima jika LP menjunjung tinggi amalan integriti peperiksaan awam dan keadilan untuk semua murid dalam pendidikan.", "”SPM adalah peperiksaan yang besar, penting dan melibatkan jumlah murid yang ramai. Sifat persijilan SPM juga penting untuk masa depan murid. Perbezaan markah walaupun kecil boleh membawa implikasi yang besar pada masa depan calon.", "”Ketidakadilan akibat kelemahan sistem peperiksaan tidak wajar berlaku dan ia telah menimbulkan keraguan masyarakat kepada tahap kebolehpercayaan (realiability) dan kualiti kesahan (validity) sijil SPM yang dikendalikan oleh LP,” tambah beliau lagi.", "Anuar berkata, peristiwa ini sangat dikesali dan telahpun berlaku, bahkan menjadi sejarah hitam kepada sistem peperiksaan awam negara.", "Tetapi, ujar beliau, tidak ada apa yang boleh dilakukan untuk memperbaikinya dan semua pihak terpaksa menerima akibatnya walaupun kecewa dengan cara sistem pendidikan negara yang diuruskan.", "”Kita cuma mengharapkan pada masa depan KPM dan LP dapat melakukan penambahbaikan kepada sistem pentadbiran peperiksaan yang ada, menyegarkan kembali kepercayaan masyarakat khususnya ibubapa terhadap kualiti sistem pendidikan negara khususnya kualiti sistem peperiksaan awam negara,” katanya.", "Mengulas mengenai penjelasan LP berhubung isu tersebut, Anuar berkata, sebenarnya isu ini tidaklah terlalu rumit sehingga LP terpaksa mengambil masa begitu lama untuk mengeluarkan kenyataan rasmi.", "Katanya, sepatutnya, sebagai institusi yang mempunyai kawalan integriti yang tinggi, kenyataan ini boleh dikeluarkan selewatnya 48 jam selepas peperiksaan sesi dua selesai. – MalaysiaGazette", "Guna bahan audio ujian mendengar SPM atas pertimbangan – Lembaga Peperiksaan", "", " " ]
https://malaysiagazette.com/2022/04/23/pga-rampas-rokok-seludup-bernilai-rm305348/
PGA rampas rokok seludup bernilai RM305,348
[ "KUALA LUMPUR – Pasukan Gerakan Am (PGA) melakukan rampasan sebanyak 3,350 karton rokok seludup pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM305,348.", "Rampasan itu dilakukan menerusi dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Seri Kembangan dan Kajang, Selangor semalam.", "Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, rampasan itu berjaya menumpaskan sindiket yang disyaki aktif mengedar rokok seludup berkenaan untuk pasaran di sekitar Lembah Klang.", "“Dalam serbuan pertama pada jam 10.30 pagi itu, pasukan PGA telah menahan dua lelaki tempatan berusia 22 dan 24 tahun serta seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun.", "“Enam buah kenderaan yang di parkir di Pangsapuri Putra Impian, Seri Kembangan turut dirampas.", "“Hasil pemeriksaan menemui sejumlah rokok tidak bercukai pelbagai jenama yang disembunyikan di dalam kenderaan berkenaan dan merampas 3,030 karton rokok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Tambah beliau, rampasan itu itu bernilai RM268,764 manakala nilai cukai berjumlah RM409,570.", "Nilai keseluruhan rampasan barang kes dianggarkan RM943,054.", "Rizal menambah, dalam serbuan kedua pula, pihaknya berjaya menahan seorang lagi ahli sindiket yang merupakan lelaki tempatan berusia 30 tahun di sebuah rumah di Taman Berlian, Sungai Jelok, di Kajang sekitar jam 6 petang.", "“Polis menemui 247 karton rokok tidak bercukai yang disembunyikan di dalam rumah terbabit serta 73 karton lagi disembunyikan di dalam kenderaan,” katanya.", "Kenderaan lelaki terbabit bersama telefon bimbit pelbagai jenama juga dirampas.", "Nilai rampasan barang-barang sebanyak RM36,584 manakala anggaran nilai cukai rokok pula berjumlah RM42,836.", "Tambahnya, nilai cukai kesemua 3,359 karton rokok yang dirampas berjumlah RM452,496 manakala jumlah keseluruhan rampasan barang kes dianggarkan bernilai RM943,054 termasuk tujuh kenderaan dan lima telefon bimbit.", "Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang dan IPD Kajang untuk membantu siasatan di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/06/18/noh-omar-sahkan-tidak-bertanding-di-prn-selangor/
Noh Omar sahkan tidak bertanding di PRN Selangor
[ "BANGI – Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar mengesahkan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak. ", "Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berkata, misi beliau adalah bagi membantu Perikatan Nasional yang merupakan wadah politik baharunya merampas Selangor daripada Pakatan Harapan (PH).", "“Dalam PRN ini saya tidak bertanding kerana saya ingat cukuplah saya bertanding, bagi calon muka baharu.", "“Di Selangor ini pun ramai tokoh muda tapi saya akan turun berkempen kerana saya nak meneruskan perjuangan saya sejak 2008 BN kalah dengan PH, perjuangan saya sehingga sekarang untuk kalahkan PH di Selangor,” katanya kepada MalaysiaGazette.", "Beliau berkata demikian pada siri jelajah Selangor Baharu Parlimen Bangi, semalam yang turut hadir adalah Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. ", "Noh sebelum ini pernah menafikan bahawa beliau akan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) malah berkata isu berkaitan calon hanya akan diputuskan kepimpinan parti dalam gabungan itu.", "Januari lalu, bekas Menteri Barisan Nasional (BN) itu disingkirkan daripada UMNO selepas memohon dipecat berbanding hukuman asalnya iaitu digantung selama enam tahun.", "Media sebelum ini melaporkan anak Noh, Nurul Shazwani akan bertanding merekrut salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Tangjong Karang atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/04/21/bangunan-parkir-kereta-3-tingkat-untuk-penduduk-kuarter-kerajaan/
Bangunan parkir kereta 3 tingkat untuk penduduk kuarter kerajaan
[ "PUTRAJAYA – Sebuah bangunan tempat letak kereta tiga tingkat akan dibangunkan di Kuarter kerajaan Fasa 4B, Presint 8, Putrajaya, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.", "Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Putrajaya berkata, projek berkenaan bertujuan untuk menangani masalah kekurangan tempat letak kereta yang dihadapi penduduk di sejak berhijrah ke kawasan perumahan kerajaan berkenaan.", "Katanya, ia adalah bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) mendengar permintaan penduduk Putrajaya.", "“Projek berkenaan akan disiapkan dalam tempoh dua tahun lagi dengan dilengkapi 122 tempat letak kereta setinggi tiga tingkat.", "“Kita juga akan menyediakan tempat letak kereta yang khas untuk Orang Kelainan Upaya,” katanya selepas majlis pecah tanah projek itu yang dihadiri lebih 300 orang penduduk setempat kuaters kerajaan itu di sini hari ini.", "Turut bersama, Ketua setiausaha kementeriannya, Datuk Seri Datuk Seri Adnan Md. Ikshan.", "Dalam perkembangan berkaitan, Tengku Adnan berkata, projek itu diluluskan kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dengan memperuntukkan berjumlah RM2 juta.", "Malah beliau meminta keizinan dan kerjasama penduduk setempat untuk mempercepatkan kerja-kerja pembinaan tempat letak kereta itu.", "“Kalau dibenarkan kerja di waktu malam Sabtu dan Ahad termasuk lebih masa pada hari biasa kita boleh menyegerakan persiapan bangunan ini.", "“Kita akan meminimunkan bunyi daripada kerja pembinaan seperti memasang konkrit dan sebagainya di mana pelantikan kontraktor binaan serta kerja pembangunan akan dimulakan Julai ini.", "“Penyediaan parking berkenaan adalah tambahan kepada 110 lot parkir yang sudah sedia ada. Kita akan membincangkan dengan Datuk Bandar Perbadanan Putrajaya bagaimana untuk memudahkan parkir kereta sementara sepanjang proses pembangunan.", "“Kita sedar akan situasi yang mana kekurangan parkir ketika ini memaksa penduduk terpaksa meletakkan kenderaan di bahu jalan utama berhampiran kuarters ini.", "“Kita akan mencari kaedah sesuai bersifat sementara untuk menangani isu berkenaan supaya tidak mengugat keselamatan penduduk di waktu kecemasan bomba, ambulans dan sebagainya,” ujar beliau.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/01/15/mida-lain-kali-semak-fakta-dulu-kata-najib/
MIDA lain kali semak fakta dulu, kata Najib
[ "KUALA LUMPUR – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA dipersoalkan mengenai kenyataan bahawa Volkswagen Group telah menubuhkan satu pusat pengedaran komponen alat ganti serantau baharu seluas 50,000 meter persegi di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.", "Susulan daripada berita itu, pujian mencurah oleh penyokong Kerajaan Perikatan Nasional.", "Lantaran itu, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta MIDA menyemak fakta dulu.", "Ini kerana, dakwa beliau, pembukaan pusat itu telah diumumkan pada bulan Mac 2018 lagi.", "”Lain kali semak fakta dulu boleh?,” kata Najib menerusi hantarannya di Facebook sambil menyertakan dua keratan akhbar.", "Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, pengumuman pelaburan ini telah dibuat pada tahun 2016 dan pembinaan bermula sejak 2017.", "”Bab claim kredit ni saya dah biasa sejak PH (Pakatan Harapan) ambil alih tahun 2018. Tak sangka sekarang sama juga,” ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/05/20/buat-pusingan-u-melulu-remaja-lelaki-maut/
Buat pusingan u melulu, remaja lelaki maut
[ "PEKAN – Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta yang membuat pusingan U secara melulu di Kilometer 4 Jalan Pekan- Kuantan semalam.", "Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mangsa Muhammad Hafiz Imran Juraimi @ Syukri, 19, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.", "Kemalangan itu berpunca dari kecuaian pemandu kereta yang memandu secara melulu dan berbahaya dengan membuat pusingan U di kawasan yang tidak dibenarkan.", "“Kejadian kemalangan berlaku pada 8.35 malam melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza dan motosikal jenis Yamaha 135LC.", "“Siasatan awal mendapati pemandu kereta dalam perjalanan dari arah Kuantan hendak menghala semula ke arah Kuantan dengan membuat pusingan U di laluan keluar dari Istana Mahligai Mahkota Pekan.", "“Setelah membuat pusingan U, tiba-tiba kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun dilanggar oleh motosikal yang datang dari arah Pekan menghala ke Kuantan,” katanya menerusi kenyataan.", "Susulan itu, pemandu kereta telah ditahan bagi siasatan lanjut manakala hasil pemeriksaan nombor plat kenderaan mendapati pemilik ada rekod satu saman pandu laju.", "Mohd Zaidi berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital pekan dan proses bedah siasat dilakukan sejurus keputan ujian calitan Covid-19 diperolehi.", "Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/05/31/pengecualian-cukai-jualan-kereta-duti-setem-hoc-dilanjutkan/
Pengecualian cukai jualan kereta, duti setem HOC dilanjutkan
[ "KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melanjutkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang pemasangan tempatan (CKD) dan import (CBU).", "Pengecualian itu pernah diumumkan di bawah inisiatif Penjana mulai 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021.", "Selain itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju melanjutkan pengecualian duti setem Kempen Pemilikan Rumah (HOC) sehingga 31 Disember ini.", "Tan Sri Muhyiddin Yassin menambah, kerajaan turut bersetuju memberi potongan khas kepada pemilik bangunan dan ruang perniagaan yang menawarkan pengurangan sewa premis kepada PKS dan bukan PKS untuk tempoh enam bulan lagi sehingga akhir tahun ini.", "Pengurangan sewa itu sekurang-kurangnya 30% daripada kadar sewa semasa.", "“Selain itu, pengecualian cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan ke atas penginapan yang disediakan oleh pengendali hotel yang diumumkan sebelum ini dilanjutkan sehingga 31 Disember ini masih berterusan,” katanya mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa+).", "Muhyiddin menambah, kerajaan akan melanjutkan pemberian diskaun bil elektrik kepada sektor yang terjejas.", "Sehubungan itu, pengendali hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, premis dan kompleks beli-belah, pusat-pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan layak menerima diskaun bil sebanyak 10%.", "Diskaun itu selama tiga bulan tambahan antara bulan Julai hingga September 2021.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/12/30/petronas-ambil-alih-10-kepentingan-dalam-medan-minyak-al-khazzan-oman/
Petronas ambil alih 10% kepentingan dalam medan minyak Al Khazzan Oman
[ "KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melalui anak syarikatnya PC Oman Ventures Ltd, (PCOVL) telah menyelesaikan transaksi pengambilalihan kepentingan 10 peratus dalam Blok 61 medan gas Al Khazzan Oman daripada Makarim Gas Development LLC (MGD).", "Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas berkata, MGD adalah subsidiari syarikat minyak penerokaan dan pengeluaran LCC Oman (OOCEP).", "Katanya, penyelesaian transaksi itu dirasmikan pada majlis yang diadakan di Muscat, Oman selepas syarat-syarat untuk transaksi telah dipenuhi", "“Berikutan pengambilalihan tersebut, PCOVL dan MGD memegang kepentingan masing-masing 10 peratus dan 30 peratus manakala BP Exploration Ltd sebagai pengendali 60 peratus kepentingan.", "“Pengambilalihan tersebut menandakan langkah penting dalam merealisasikan strategi pertumbuhan Petronas dalam sektor huluan di rantau ini dan di peringkat global ketika ia menyelaras aktivitinya bagi memastikan bekalan tenaga yang mampan,” tambahnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/08/06/miti-sambut-baik-tiada-langkah-pencukaian-baharu/
MITI sambut baik tiada langkah pencukaian baharu
[ "SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyambut baik kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam mengenai tiada langkah pencukaian baharu dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan.", "Menterinya, Datuk Darell Leiking menyifatkan perkara itu sebagai berita baik untuk kalangan industri yang sebaliknya boleh memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan prestasi masing-masing.", "“Bagaimanapun biarlah kita tunggu butiran lanjut yang dimaksudkan oleh Lim dan kita berharap lebih banyak berita baik diumumkan apabila belanjawan itu dibentangkan kelak,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Menteri MITI di SIRIM Bhd di sini, hari ini.", "Mengulas kenyataan Lim mengenai langkah luar jangka jika pertikaian perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China kian meruncing, Darell berkata ini akan membabitkan Kementerian Kewangan dan MITI akan dimaklumkan mengenai cara pengurangan dari segi perdagangan dan pelaburan.", "Menurutnya, ini berikutan AS dan China merupakan rakan dagang utama dengan Malaysia.", "“Mereka membeli daripada kita dan begitulah sebaliknya. Apabila mereka menyebut mengenai keperluan mencari jalan penyelesaian, ini harus dilakukan secepat mungkin kerana ia soal tanggung jawab mereka kepada kita. Saya melihatnya sebagai satu tanggung jawab global.", "“Bagi saya, jika mereka ada masalah maka mereka juga bertanggungjawab mencari jalan penyelesaian. Bukan sahaja untuk mereka tetapi demi (kepentingan) dunia kerana kita adalah sebahagian daripada rantaian nilai dan bekalan mereka,” katanya.", "Selain itu, menyentuh penganjuran Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2020 yang dihoskan Malaysia, Darell menegaskan usaha itu memerlukan kerjasama kementerian dan 11 agensi di bawahnya bagi menjayakan acara itu.", "“Prestasi dan kejayaan itu akan dinilai dan dalam perkara ini, ia mencerminkan bagaimana MITI dan agensinya saling bekerjasama demi negara,” katanya.", "Mengulas kemajuan APEC setakat ini, beliau berkata MITI akan memulakan usaha itu pada November ini dengan mesyuarat terakhir di Santiago, Chile yang turut menyaksikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih kerusi sebagai Pengerusi APEC dari Presiden Chile.", "Malaysia akan mengadakan mesyuarat pertama APEC sekitar Disember, termasuk mengumumkan logo acara serta perincian program terbabit. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/12/12/isu-telur-beri-ruang-kementerian-cari-penyelesaian-jangka-panjang/
Isu telur: Beri ruang kementerian cari penyelesaian jangka panjang
[ "PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin meminta diberi sedikit ruang dan masa kepada kementerian ini untuk mencari langkah penyelesaian jangka panjang dalam menangani masalah kekurangan telur ayam di pasaran negara ini.", "Foong Hin berkata, adalah sukar untuk pihaknya untuk mencari penyelesaian segera atau serta-merta dalam perkara tersebut.", "“Dalam isu ini berikan kami sedikit masa dan ruang.. saya yakin dengan kebolehan dan kepakaran dimiliki pasukan di kementerian pertanian untuk menyelesaikan masalah ini dalam jangka masa panjang.", "“No such thing immediate solution (tiada penyelesaian segera).. saya harap kami diberi ruang secukupnya dalam isu ini untuk mencari langkah penyelesaian tetap jangka panjang,” katanya selepas hadir mengimbas kad perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas Timbalan Menteri jam 2.05 petang tadi.", "Dalam pada itu beliau juga menyifatkan jawatan yang diberikan itu amanat sangat mencabar dan besar yang akan dipikul dengan penuh bertanggungjawab demi kesejahteraan rakyat.", "Beliau juga berpendapat kebijaksanaan dan kebolehan menterinya, Mohamad Sabu yang berpandangan luas dalam bidang pertanian diyakini mampu mencari titik penyelesaian dalam soal kemajuan dan keterjaminan makanan di negara ini.", "Tambahnya lagi, keterjaminan makanan merupakan satu isu bersifat global dan Malaysia tidak terkecuali perlu mencari kaedah untuk memastikan bekalan makanan mencukupi pada masa akan datang.", "“Keterjaminan makanan adalah satu isu global di semua negara dan kita juga menghadapi masalah ini dan ia menjadi asas untuk memajukan negara ke hadapan agar rakyat sentiasa hidup sejahtera.", "“Saya rasa pegawai dan kakitangan di kementerian saya cukup baik dan berpengalaman, begitu juga menteri pertanian yang berfikiran luas dan jauh dan yakin isu panas dalam pertanian dapat ditangani dengan segera dan holistik.", "“Cuma permintaan saya adalah beri kami ruang yang cukup dan lagipun saya baru clock in, perlukan lebih masa untuk menerima input dan pandangan kakitangan kementerian dalam bidang pertanian ini.", "“Dalam pada itu, saya juga melihat Sabah dan Sarawak yang luas dengan tanah dan penuh kehijauan berpotensi untuk memperluaskan serta memajukan sektor pertanian.", "“Misi saya adalah nak jadikan Sabah dan Sarawak maju dalam pertanian sebab dua wilayah berkenaan adalah bumi luas dan banyak jenis tanaman pertanian boleh diusahakan di kedua dua negeri itu ke arah keterjaminan makanan,” tegasnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/12/13/farhash-timbang-tindakan-undang-undang-terhadap-yusoff-rawther/
Farhash timbang tindakan undang-undang terhadap Yusoff Rawther
[ "KUALA LUMPUR – Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak hari ini menimbang  tindakan undang-undang terhadap Muhammad Yusoff Rawther yang merupakan bekas penyelidik Presiden PKR.", "Dalam satu kenyataan, Farhash berkata, Yusoff telah melakukan fitnah ke atas dirinya semasa satu sidang media pada 4 Disember lalu.", "“Saya meneliti transkrip sidang media oleh Yusoff baru-baru ini, apa yang dikatakannya adalah subjudis dan berbaur fitnah.", "“Oleh itu saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan apa yang disebut olehnya sewaktu sidang media yang disiarkan di laman facebook “Solidariti Buat Muhammad Yusoff Rawther” pada 4 Disember 2019,” katanya, hari ini.", "Bekas penyelidik Anwar, Yusoff dalam akuan bersumpahnya (SD) bertarikh 19 November mendakwa menjadi mangsa cabul, perbuatan tidak senonoh dan cadangan lucah.", "BACA: ‘Pendedahan’ Muhammad Yusuff bertujuan cemar imej PKR – Farhash", "Menurut Yusoff, kejadian yang didakwa dilakukan oleh Anwar pada 2 Oktober 2018 di pejabatnya di Petaling Jaya.", "Kejadian dipercayai berlaku pada hari kelima kempen PRK Port Dickson.", "Anwar semalam selesai merakamkan keterangan di Bukit Aman berhubung berhubung dakwaan salah laku seksual terhadapnya.", "Presiden PKR itu tiba di sana kira-kira pada pukul 3.40 petang dan beredar kira-kira pada pukul enam petang. -MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/07/29/sidang-khas-dewan-rakyat-ditangguh-isnin-depan/
Sidang Khas Dewan Rakyat ditangguh Isnin depan
[ "KUALA LUMPUR – Sidang Khas Dewan Rakyat yang sepatutnya bersambung pukul 5.15 petang tadi berakhir dengan pengumuman penangguhannya pada Isnin depan.", "Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon membuat pengumuman itu selepas menerima keputusan terdapat dua kes positif baharu Covid-19 yang dikesan selepas kesemua yang berada di bangunan Parlimen menjalani ujian calitan RTK-Ag sebentar tadi.", "“Hasil daripada ujian saringan RTK yang masih dan sedang dijalankan di Parlimen didapati dua lagi kes positif yang baharu telah dikesan…tindakan seterusnya adalah penilaian risiko oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya ketika mengumumkan perkara itu.", "Justeru, beliau menggesa ahli dewan yang hadir sejak persidangan bermula Isnin lalu dan tidak menjalani ujian calitan hari ini kerana tidak hadir pada sesi hari ini diminta pergi membuat saringan tersebut di mana-mana klinik berdekatan dengan kadar segera.", "Menerusi keputusan hasil daripada ujian saringan berkenaan katanya, ia bermakna seramai empat orang telah dijangkiti Covid-19 di bangunan Parlimen.", "Mohd Rashid kemudiannya menggunakan Peraturan Mesyuarat 12 (2) untuk menangguhkan sidang dewan pada Isnin depan.", "Terdahulu sebelum itu, sidang dewan yang sepatutnya mendengar penerangan berhubung soal kebajikan, sosial ekonomi dan bantuan kewangan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz terganggu sebanyak dua kali.", "Ia bermula pada sesi sebelah pagi apabila pembangkang tetap mahu membahaskan keputusan berhubung pembatalan Ordinan Darurat.", "Bagaimanapun, selepas hampir sejam sesi sidang dewan berlangsung, ahli-ahli Parlimen dikejutkan dengan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita berhubung pembatalan Ordinan Darurat sebagaimana dimaklumkan di Dewan Rakyat Isnin lalu kerana belum mendapat perkenan baginda.", "Sidang Khas Parlimen kemudiannya ditangguhkan buat kali ketiga yang mana puncanya tidak dapat dipastikan ekoran kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara itu.", "Dalam pada itu, bangunan Parlimen hari ini ditutup untuk aktiviti keluar masuk ekoran kenyataan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa terdapat dua kakitangan Parlimen didapati positif Covid-19. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/06/28/dun-negeri-sembilan-bubar-1-julai-mb/
DUN Negeri Sembilan bubar 1 Julai – MB
[ "SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang ke-14 akan dibubarkan pada 1 Julai ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN).", "Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pembubaran itu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, ketika beliau menghadap baginda di Istana Hinggap di sini, hari ini.", "Menurut beliau, ia adalah selaras dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah Ceraian (2) Fasal 56, bahagian Yang Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.", "“Saya mohon pihak pejabat Yang Berhormat Speaker DUN Negeri Sembilan dapat menyegerakan pemakluman rasmi tarikh pembubaran DUN ke-14 ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memberi ruang PRN diadakan serentak dengan lima negeri lain.", "“Sementara itu, pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan akan berfungsi sebagai kerajaan interim atau caretaker di mana segala fungsi kerajaan negeri akan terus beroperasi seperti biasa bagi memastikan sistem perkhidmatan kerajaan kekal efisien,” katanya dalam sidang media di Wisma Negeri di sini, hari ini.", "Sementara itu, mengimbau kembali pencapaian sepanjang sepenggal pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan di bawah Pakatan Harapan (PH), Aminuddin memberitahu, secara keseluruhan, kira-kira 97 peratus daripada janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) telah ditunaikan.", "Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat itu menambah, baki tiga peratus iaitu tambahan cuti bersalin belum dapat dilaksanakan kerana ia melibatkan keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam dan kerajaan Persekutuan.", "“Tempoh lima tahun itu kita telah gunakan untuk pembangunan negeri dan membantu masyarakat dilaksanakan secara bersungguh-sungguh untuk memastikan apa yang kita katakan dapat dikotakan,” jelasnya.", "Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, hasil negeri terus meningkat di mana pada 2019 mencatatkan rekod RM556 juta dan RM521 juta pada 2022.", "“Ini menunjukkan bahawa kita mampu melakukan yang terbaik dalam tempoh lima tahun lalu,” katanya.", "Dalam pada itu, Aminuddin memaklumkan, kerajaan Negeri Sembilan tidak memberi cuti tambahan sempena Hari Raya Aidiladha pada Jumaat ini.", "“Kita teruskan kerana ia adalah hari terakhir sebelum DUN dibubarkan,” jelasnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/07/26/syarikat-malaysia-my-second-home-terima-bantuan-pemerkasa-motac/
Syarikat Malaysia My Second Home terima bantuan Pemerkasa – MOTAC
[ "KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju memperluaskan bantuan kewangan kepada Syarikat Malaysia My Second Home (MM2H) yang mempunyai lesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).", "MOTAC menerusi kenyataan berkata, bantuan ini merupakan inisiatif Program Strategik Memperksa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).", "Menerusi program tersebut bantuan kewangan sebanyak RM3,000.00 yang diberikan secara One-Off kepada Syarikat Pengendali Pelancongan yang layak.", "Sehubungan itu, MOTAC menyeru syarikat MM2H yang berlesen di bawah MOTAC untuk mengambil peluang ini untuk mengemukakan permohonan.", "Kementerian itu berkata, tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Ogos 2021 dan sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.", "Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan Pemerkasa 2021 bagi syarikat MM2H yang berlesen boleh diketahui menerusi laman sesawang rasmi MOTAC.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/09/09/113000-pelajar-sekolah-pahang-bakal-terima-vaksin/
113,000 pelajar sekolah Pahang bakal terima vaksin
[ "KUANTAN – Seramai 113,000 pelajar sekolah yang layak divaksin bakal menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan pada pertengahan September ini oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP).", "Pengarah JKNP Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, keutamaan proses vaksinansi akan diberikan kepada pelajar tingkatan empat, lima dan enam yang mengambil kelas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).", "Pemberian suntikan akan dilaksanakan secara berperingkat membabitkan pelajar berusia 12 hingga 18 tahun.", "“Suntikan dos pertama mereka akan diberikan sebaik sahaja penyelarasan dibuat dan dapat kata putus di antara pengurusan Kerajaan Pahang dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.", "“Kalau boleh mereka pelajar tingkatan empat, lima dan enam yang mengambil peperiksaan perlu melengkapkan dua dos sebelum sesi persekolahan bermula pada Oktober ini.", "“Manakala bagi pelajar berusia 12 hingga 15 tahun pula akan mengutamakan mereka yang menghidapi penyakit dan berisiko,” katanya.", "Beliau berkata demikian menerusi temu bual bicara Pahang secara maya yang disiarkan di laman sosial Facebook milik Kerajaan Negeri Pahang.", "Dalam pada itu , Sarawak dan Labuan akan memulakan suntikan kepada pelajar dalam masa terdekat setelah jawatankuasa petugas khas imunisasi Covid-19 (CIFT) telah membenarkan pemberian suntikan vaksin itu kepada pelajar sekolah.", "Dr. Nor Azimi juga pihaknya sedang giat melaksanakan Program Outreach Vaksinasi (POV) di seluruh Pahang terutama di kawasan luar bandar bagi mengesan dan membantu golongan tercicir untuk mendapatkan vaksin.", "Selain itu, JKNP juga telah memulakan proses pemberian vaksin secara terus (walk-in) kepada penerima di beberapa buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/01/03/jadikan-perbezaan-kaum-agama-teras-kekuatan-malaysia/
Jadikan perbezaan kaum, agama teras kekuatan Malaysia
[]
https://malaysiagazette.com/2023/04/26/empat-mat-rempit-dicekup-polis/
Empat mat rempit dicekup polis
[ "KUALA LUMPUR – Seramai empat mat rempit ditahan polis dalam Op Selamat yang dilakukan secara berasingan bermula jam 1.30 pagi semalam.", "Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, mereka yang berusia antara 16 hingga 21 tahun itu melakukan aksi berbahaya seperti ‘superman’, bersaing sesama sendiri dan zig zag.", "“Motosikal kesemua remaja itu yang digunakan untuk merempit telah disita iaitu dua motosikal Honda EX5 dan dua lagi jenis Yamaha LC,” katanya, hari ini.", "Tambah beliau, kesemua tangkapan diambil tindakan di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987.", "“Polis juga menasihatkan ibu bapa agar memantau kegiatan anak-anak mereka terutama pada sebelah malam bagi mengelakkan mereka terjerumus dengan kegiatan tidak sihat seperti merempit,” ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/01/19/bila-pemimpin-amanah-berjanji-mahu-lari-dalam-guni/
Bila pemimpin Amanah berjanji mahu lari dalam guni…
[ "KUALA LUMPUR – Baru-baru ini seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) peringkat negeri telah berjanji akan berlari dalam guni sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kimanis.", "Muhamad [email protected] dari PAN Perlis menerusi akaun Facebooknya pada Jumaat lalu memuatnaik status berbunyi, “PRK Kimanis. Malam esok, kalau BN menang, Pak Aji akan lari dalam guni dari Rawang ke KLCC. Sapa nk ambik gambaq, tunggu dpn KLCC”.", "Beliau yang membahasakan dirinya sebagai Pak Aji dalam media sosial itu bagaimanapun tidak berbuat demikian sebaik keputusan PRK Kimanis yang diumumkan malam tadi memihak kepada calon BN, Datuk Mohamad Alamin.", "Berikutan itu, netizen yang mengunjungi Facebook beliau mendesaknya menunaikan janji itu, sambil ada yang mengecam dan mengutuknya kerana membuat janji yang tidak logik sebagai seorang pemimpin di peringkat negeri.", "Namun, dalam status terbaharunya kira-kira jam 11 pagi ini, Muhammad Saad memuatnaik status kononnya beliau sudah sampai di KLCC.", "“Fuhhhhh…penat juga lari dari Rawang ke KLCC… Bertolak dari Rawang pkl 10 malam… pukul 3 pagi baru smpai KLCC…Lambat sikit, sebab lari dalam guni..Sampai KLCC… orang pun dah tak dak..Pak Aji mintak guard tolong ambik gambaq,” tulis beliau dipercayai untuk ‘menenangkan’ netizen.", "Bagaimanapun, netizen tahu status terbaharu Muhamad Saad itu adalah satu pembohongan yang terpaksa dilakukan pemimpin Amanah itu untuk mengelak dari dikecam.", "Netizen bernama Abi Muhammad meninggalkan komen, “Aku sumpah kamu mati dalam guni”manakala netizen Edin Edin menyatakan, malang sungguh nasib PH kerana masih ternak spesies barua bodoh macam Pak Aji itu.", "", "Muhamad Saad yang pernah dilantik sebagai perwakilan Amanah Perlis ketika membahaskan pidato presiden di Konvensyen Amanah Nasional 2018 di Ipoh turut menindihkan gambarnya bersama isteri berlatarkan bangunan berkembar KLCC kononnya selepas selesai berlari dalam guni.", "Dalam keputusan PRK semalam, Mohamad Alamin yang mendapat 12,706 undi menang dengan majoriti 2,029 menewaskan calon Warisan, Datuk Karim Bujang yang memperoleh 10,677.", "Keputusan itu menjadikan BN memperoleh kemenangan kelima selepas PRK Cameron Highlands, Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai.", "Jumlah majoriti itu meningkat berbanding 156 dimenangi Datuk Seri Anifah Aman pada PRU14 yang ketika itu bertanding atas tiket BN. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/02/22/pengurus-isteri-direman/
Pengurus, isteri direman
[ "CHUKAI – Seorang pengurus pembangunan perniagaan sebuah anak syarikat kerajaan negeri dan isterinya direman tiga hari bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa dan rasuah melibatkan kira-kira RM5.4 juta.", "Hakim Mahkamah Sesyen Badrul Munir Mohd Hamdy membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.", "Semalam SPRM menahan suspek berumur 59 tahun itu bersama isteri, 52, dua anak mereka masing-masing berumur 31 dan 34, menantu, 34, dan dua proksi di Kemaman dan ibu negara bagi membantu siasatan kes tersebut.", "Menurut sumber SPRM, suspek disyaki telah menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan kedudukannya memberi projek dan kontrak kepada beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan kepada diri dan keluarganya antara 2010 hingga 2017.", "Kes disiasat mengikut Seksyen 18 dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/06/14/ron97-turun-22-sen/
RON97 turun 22 sen
[ "KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 22 sen kepada RM2.41 seliter berbanding RM2.63 bagi tempoh 15 Jun hingga 21 Jun ini.", "Manakala harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter dan diesel RM2.18 seliter.", "Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, penurunan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia yang telah menunjukkan trend penurunan susulan penurunan purata harga minyak mentah Brent berbanding minggu sebelumnya.", "Pada masa yang sama, perkembangan semasa berikutan ketegangan di rantau Teluk seperti yang berlaku semalam juga berkemungkinan memberi kesan kepada kenaikan harga minyak dunia.", "Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.11 seliter dan RM2.19 seliter masing-masing.", "Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/03/17/azalina-positif-covid-19/
Azalina positif Covid-19
[ "KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said disahkan positif Covid-19.", "Menurutnya beliau disahkan dijangkiti virus tersebut selepas melakukan ujian PCR yang diterimanya sebentar tadi.", "“Saya memohon maaf atas kesulitan yang timbul susulan perkembangan ini dan memohon agar sesiapa yang berurusan dengan saya dalam tempoh 48 jam terdahulu dapat menjalani saringan Covid-19 yang sewajarnya.” katanya dalam kenyataan ringkas di media sosial.", "Azalina berada di dalam Dewan Rakyat pagi tadi dan telah membuat pertanyaan berkaitan kematian dalam tahanan imigresen dalam tempog lima tahun yang lalu.", "Soalan beliau dijawab oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/03/03/pkpb-jumlah-jemaah-masjid-surau-di-selangor-ditambah/
PKPB, jumlah jemaah masjid, surau di Selangor ditambah
[ "KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat ketetapan khas pertambahan bilangan jemaah bagi solat Jumaat dan solat fardu lima waktu sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai Jumaat ini.", "Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, terdapat lima kategori masjid dan surau yang diutamakan iaitu Masjid Pengurusan, Masjid Institusi, Masjid Kariah, Surau Kebenaran Jumaat dan Surau Kariah.", "Jelas beliau, bagi Masjid Pengurusan, jumlah jemaah dibenarkan solat Jumaat mulai 5 Mac ini ialah 350 orang, manakala untuk solat fardu lima waktu yang bermula Maghrib hari ini, 100 orang.", "Ini diikuti solat Jumaat di Masjid Institusi seramai 350 jemaah dan fardu 200 orang; Masjid Kariah Jumaat (300), fardu (100); Surau Kebenaran Jumaat (100), fardu (50); manakala Surau Kariah kelonggaran hanya untuk solat fardu sahaja 50 jemaah.", "“Jumlah itu termasuk pentadbir masjid dan surau, manakala ahli kariah pula diberikan keutamaan kepada mereka yang bermastautin. Bagi jemaah bukan warganegara dilarang sama sekali hadir.", "“Kehadiran jemaah hendaklah dibuat melalui kaedah kehadiran aplikasi yang bersesuaian dengan masjid dan surau,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.", "Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mulai Jumaat ini, tiada lagi negeri yang tertakluk di bawah pelaksanaan PKP termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang apabila dilonggarkan kepada PKPB.", "Menurut Mohd Shahzihan, kelonggaran itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor seperti pelaksanaan PKPB, penurunan kes, kepatuhan pentadbir masjid dan surau terhadap SOP dan tahap kawalan kendiri individu, suntikan vaksin dan penguatkuasaan oleh agensi pemantau yang ketat.", "“Dengan ini, JAIS mendapati wajar institusi masjid dan surau di Selangor dapat dibuka kembali secara berperingkat dengan ketetapan khas dan SOP memakai penutup mulut dan hidung, bersih tangan dengan sanitizer, membawa sejadah sendiri, berwuduk di rumah.", "“Segala aktiviti mengimarahkan masjid dan surau masih dilarang,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/10/16/kerajaan-jangka-kadar-pengangguran-4-5-peratus-menjelang-disember-ini/
Kerajaan jangka kadar pengangguran 4.5 peratus menjelang Disember ini
[ "BUKIT MERTAJAM – Kerajaan menyasarkan kadar pengangguran di Malaysia akan menurun kepada 4.5 peratus menjelang Disember ini susulan pelaksanaan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).", "Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata, kadar pengangguran di Malaysia pada bulan Mei lepas mencatatkan 5.3 peratus.", "“Akan tetapi, kadar pengangguran telah menurun kepada 4.7 peratus pada bulan September (2020) walaupun negara kini berhadapan krisis ekonomi dan musibah COVID-19.", "Terdahulu, beliau merasmikan majlis berkenaan yang dilakukan secara virtual di ibu negara memandangkan Kuala Lumpur ketika ini berhadapan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).", "Dalam pada itu, Saravanan berkata dalam memastikan nasib pekerja yang berdepan masalah pengangguran ekoran pandemik COVID-19 itu terbela, pihak kementerian telah memperkenalkan program baharu iaitu Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) yang berperanan menyalurkan sumbangan kepada pekerja yang menerima cuti tanpa gaji.", "“Dengan bantuan program seperti ini, ia akan membantu pekerja kekal relevan terhadap syarikat masing-masing melalui kemahiran yang mereka peroleh melalui program anjuran kementerian,” katanya.", "Penjana HRDF yang dilancarkan sejak 22 Jun lalu, dilaksanakan bagi membantu menangani isu pengangguran akibat pandemik COVID-19.", "Melalui inisiatif Penjana HRDF, sebanyak lima skim telah diperkenalkan antaranya Latihan dan Penempatan, Pembangunan B40, Pembangunan SME, Revolusi Industri 4.0 dan Gerak Insan Gemilang (GIG).", "Di Pulau Pinang, seramai 150 pelatih telah menyertai program itu yang berlangsung selama lima hari bermula dari 12 Okt hingga 16 Okt dengan memberi penekanan kepada latihan kemahiran dalam melahirkan modal insan yang kompetitif. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/11/09/prospek-cerah-ekonomi-global-pacu-kenaikan-harga-minyak/
Prospek cerah ekonomi global pacu kenaikan harga minyak
[ "TOKYO – Harga minyak dunia naik pada sesi ketiga pada hari Selasa susulan kelulusan Rang Undang-Undang Infrastruktur Amerika Syarikat, eksport China dan pemulihan pasca-pandemi global meningkatkan prospek permintaan bahan api.", "Minyak mentah Brent naik AS$0.08 sen kepada AS$83.51 setong menjelang 0220 GMT, selepas menokok 0.8% pada hari Isnin.", "Manakala minyak Amerika Syarikat (AS) menokok AS$0.10 kepada AS$82.03 juga selepas kenaikan 0.8% pada hari sebelumnya.", "Rang Undang-Undang Infrastruktur bernilai AS$1 trilion itu telah lama tertangguh – yang diluluskan oleh Kongres pada hujung minggu – dan eksport China yang lebih baik daripada jangkaan membantu memberi gambaran ekonomi global yang lebih meluas.", "“Lebih banyak pertumbuhan penggunaan menanti apabila pengembaraan bermula semula dan permintaan bahan api pesawat meningkat,” kata Penganalisis Komoditi JPMorgan Chase dalam nota penyelidikannya.", "Bank AS juga berkata, permintaan global untuk minyak pada November sudah hampir kembali ke paras pra-pandemi iaitu 100 juta tong sehari.", "Tetapi apabila pengeluar utama mengekalkan disiplin bekalan yang ketat pada bulan Oktober, harga minyak meningkat kepada paras tertinggi tujuh tahun, dengan nilai bahan api juga meningkat. – Reuters" ]
https://malaysiagazette.com/2021/09/03/lelaki-bawa-syabu-ditahan/
Lelaki bawa syabu ditahan
[ "KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki tempatan dalam sekatan jalan raya menghala ke Shah Alam di Lebuhraya Persekutuan awal pagi tadi dan menemui dadah disyaki syabu seberat 12.80 gram di tempat duduk hadapan.", "Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dadah itu diletakkan di dalam bungkusan plastik warna kelabu.", "Menurutnya, suspek, 39 tahun, telah ditahan selama tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi lima tahun serta sebaran tidak kurang daripada tiga sebatan dan tidak melebihi sembilan sebatan.", "Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.", "Namun ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/06/10/lebih-100-juta-penduduk-india-hidap-diabetes-kajian/
Lebih 100 juta penduduk India hidap diabetes – Kajian
[ "NEW DELHI – Dianggarkan 101 juta atau 11.4 peratus penduduk India menghidap diabetes, menurut kajian baharu yang diterbitkan dalam Lancet.", "Manakala 136 juta atau 15.3 peratus penduduk lagi di kategori sebagai pradiabetes.", "Diabetes jenis 2 adalah bentuk penyakit yang paling biasa.", "Pesakit diabetes adalah individu yang mempunyai kandungan gula dalam darah yang tinggi kerana mereka tidak dapat menghasilkan insulin, hormon, atau bertindak balas terhadapnya dengan betul.", "Kajian terbaharu yang diterbitkan dalam The Lancet Diabetes and Endocrinology, dianggap sebagai yang pertama merangkumi secara komprehensif setiap negeri untuk menilai beban penyakit tidak berjangkit di negara.", "Penyelidik berkata, mereka mendapati bahawa kelaziman diabetes dalam populasi India adalah lebih tinggi daripada yang dianggarkan sebelum ini.", "Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menganggarkan 77 juta orang menghidap diabetes, dan hampir 25 juta adalah pra-diabetes, berisiko lebih tinggi untuk menghidap diabetes dalam masa terdekat.", "“Ia adalah bom jangka yang berdetik.", "“Jika anda mempunyai pra-diabetes, penukaran kepada diabetes adalah sangat, sangat cepat dalam populasi kita; lebih daripada 60% orang yang mempunyai pra-diabetes akhirnya bertukar kepada diabetes dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.", "Kajian selama sedekad itu dijalankan oleh Yayasan Penyelidikan Diabetes Madras bersama Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR) dan melibatkan 113,000 peserta berusia lebih 20 tahun dari setiap negeri di India.", "Data yang dikumpul pada tahun 2008 telah diekstrapolasi untuk tahun 2021 menggunakan demografi dalam Tinjauan Kesihatan Keluarga Kebangsaan terkini, tinjauan isi rumah paling komprehensif mengenai petunjuk kesihatan dan sosial oleh kerajaan.", "Kelaziman tertinggi diabetes diperhatikan di Goa (26.4%), Puducherry (26.3%) dan Kerala (25.5%).", "Kajian itu memberi amaran tentang peningkatan mendadak dalam diabetes di negeri seperti Uttar Pradesh, Madhya Pradesh, Bihar dan Arunachal Pradesh yang mana kelaziman lebih rendah. – Agensi" ]
https://malaysiagazette.com/2023/03/06/kelantan-tetap-tuntut-bayaran-tunai-petroleum/
Kelantan tetap tuntut bayaran tunai petroleum
[ "KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Pas tetap menuntut bayaran tunai petroleum.", "Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, beliau kesal dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman berhubung perkara tersebut pada 23 Februari lalu.", "Melalui Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat, Azalina menyatakan bahawa hak mendapatkan bayaran tunai petroleum mesti berada dalam perairan 3 batu nautika dan penyaluran adalah di atas nama wang ehsan.", "Ahmad menegaskan, Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 5 November 2015 telah menolak Akta Laut Wilayah 2012.", "Penolakan tersebut berasakan kerana Kerajaan Persekutuan mengambil peluang dengan menghadkan sempadan setiap perairan kepada 3 batu nautika sekali gus menafikan hak Kelantan menerima bayaran wang tunai petrroleum.", "Tambah beliau, Perjanjian Kerajaan Kelantan dan Petronas pada 9 Mei 1975 dalam fasal 1(1) jelas menyatakan Petronas perlu membayar wang tunai kepada kerajaan negeri secara bayaran tahunan.", "Nilai bayaran berkenaan setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Kelantan.", "Ahmad juga berkata, minit mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang bersidang pada 7 Jun 2018 menyatakan bahawa ‘Memansuhkan program wang ehsan dan bayaran tunai petroleum akan disalurkan secara telus kepada Kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu tanpa mengambil kira status negeri tersebut yang dikuasai oleh pembangkang’.", "“Dalam masa yang sama, kerajaan negeri telah mengambil pelbagai langkah dan usaha dalam menuntut bayaran tunai petroleum melalui enam siri rundingan yang telah diadakan antara Menteri Besar Kelantan dan Perdana Menteri bermula tahun 2013 hingga tahun 2021.", "“Dan satu pertemuan turut diadakan bersama Pengerusi dan Pengurusan Tertinggi Petronas pada 10 Julai 2020.", "“Oleh itu kerajaan negeri dengan ini menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menjelaskan tuntutan bayaran tunai petroleum secara terus kepada kerajaan negeri demi kepentingan rakyat,” kata Ahmad dalam kenyataan hari ini.-MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2019/08/02/polis-nafi-kes-culik-di-bertam-perdana/
Polis nafi kes culik di Bertam Perdana
[ "KEPALA BATAS – Polis hari ini menafikan satu rakaman suara yang tular melalui aplikasi WhatsApp sejak semalam yang mendakwa berlaku kes penculikan kanak-kanak di Bertam Perdana di sini.", "“Polis telah menahan dua wanita yang menggunakan kereta Nissan Sunny seperti mana yang ditularkan itu namun soal siasat mendapati mereka tiada kaitan dengan kes penculikan,” katanya di sini.", "Menerusi rakaman suara wanita yang tular itu, wanita berkenaan mendakwa sebuah kereta Nissan Sunny berwarna putih dipandu seorang lelaki dilihat berlegar-legar di kawasan rumahnya ketika dia pulang sebelum dia pergi ke balai polis bagi membuat laporan.", "Dalam rakaman suara selama satu minit 38 saat itu, wanita berkenaan turut mendakwa telah diberitahu pihak polis bahawa satu kes penculikan kanak-kanak telah berlaku di kawasan perumahannya di Bertam Putra minggu lepas.", "Sementara itu, Noorzainy berkata, dakwaan itu adalah tidak benar dan tiada sebarang insiden penculikan pada tarikh dan masa seperti yang ditularkan.", "Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan pihak yang merakam dan menyebarkan rakaman suara berkenaan kerana ia menimbulkan kegusaran di kalangan orang ramai.", "“Saya minta orang awam agar jangan mudah terpengaruh dengan isu-isu tular yang masih belum pasti kesahihannya. Hubungi terus Ibu Pejabat Polis Daerah SPU di talian 04-5762222 untuk mendapatkan pengesahan,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/07/22/contohi-tun-m-makan-segenggam-nasi/
Contohi Tun M makan segenggam nasi
[ "KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani akan terus meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat agar budaya pembaziran makanan dapat dihentikan.", "Timbalan menterinya, Sim Tze Tzin berkata, rakyatnya sepatutnya menghargai makanan dengan mengambil kuantitinya dalam keadaan yang perlu sahaja.", "Jelas beliau, pengambilan makanan yang mengikut keperluan telah lama diamalkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.", "“Perdana Menteri contoh individu yang tidak membazir makanan apabila hanya mengambil segenggam nasi sahaja.", "“Amalan itu adalah rahsia beliau masih sihat dan umur panjang sehingga sekarang.", "“Selain itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga seorang yang mementingkan kesihatan apabila sentiasa menegur mana-mana pemimpin yang semakin berisi dengan menasihati agar mengawal gaya pemakanan,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konsert Don’t Waste Food 2018 di sini hari ini.", "Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaafar.", "Konsert yang pertama kali dianjurkan itu dikelolakan oleh Mardi, Zahid Ahmad Production, Kelab Sahabat Yang Mulia Tengku Muhamad dan Awal Kurnia Resources.", "Tze Tzin menambah, kempen program pendidikan yang berkesan harus giat dijalankan supaya masyarakat mengambil serius masalah yang semakin membimbangkan ini.", "“Perubahan perlu bermula dari dalam diri terlebih dahulu, masyarakat harus sedar bahawa makan secara berlebihan itu membahayakan kesihatan dan budaya membazir ini mesti dihentikan.", "“Contoh masyarakat Cina yang makan lapan menu untuk jamuan makan malam tapi bila sampai menu ke lima sudah kenyang.", "“Jadi, baki menu tidak dihabiskan. Jadi mereka boleh meraikan jamuan makan malam tapi kurang kuantiti menu kepada lima sahaja,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/10/05/azhar-pertahan-azalina-jadi-pengerusi-sementara-sidang-parlimen/
Azhar pertahan Azalina jadi pengerusi sementara sidang Parlimen
[ "KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan menyatakan dirinya tidak ada masalah dengan pelantikan Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Timbalan Speaker Sementara.", "Beliau berkata, pelantikan Ahli Parlimen Pengerang sebagai Penasihat Undang-Undang kepada Perdana Menteri bukan bertaraf menteri itu tidak mempunyai konflik kepentingan.", "Sehubungan itu, Azhar Azizan meminta semua Ahli Dewan Rakyat agar tidak terlalu memikirkan mengenai keberadaan Azalina di kerusi speaker untuk mempengerusikan persidangan.", "“Saya telah dimaklumkan oleh Pengerang (Azalina) bahawa pelantikan beliau bukanlah berstatus menteri, jadi beliau bukanlah menjadi sebahagian daripada pihak pentadbitan atau eksekutif.", "“Beliau hanyalah seorang penasihat yang akan menasihati Perdana Menteri bukan kerajaan Malaysia mengikut pendapat, pengetahuan dan kebijaksanaannya.", "“Oleh kerana Pengerang bukan seorang ahli eksekutif, saya tidak nampak apa-apa masalah dalam permintaan saya untuk beliau mempengerusikan apa-apa persidangan,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat Parlimen petang ini.", "Beliau memberi penjelasan itu apabila Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai (PH) bangun membaca peraturan mesyuarat Perkara 7(3) berhubung pelantikan Azalina untuk mempengerusikan sesi penggulungan Menteri pagi tadi.", "Hon Wai berkata, pada pukul 2.30 petang tadi, beliau bersama Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah membangkitkan isu mengenai Pengerang duduk di kerusi Speaker untuk mempengerusikan mesyuarat.", "Katanya, Perkara 7(3) menyatakan Speaker boleh meminta seseorang ahli mempengerusi mesyuarat, tetapi Speaker tidak boleh meminta seorang menteri untuk mempengerusikan mesyuarat atau seorang pengerusi GLC.", "Menurut Azhar, walaupun seseorang itu bukan merupakan ahli pentadbiran sepertinya tetapi apabila bercakap mengenai konflik kepentingan, dinamiknya adalah berterusan.", "“Jadi, sepanjang mempengerusikan apa-apa persidangan sekiranya beliau (Azalina) tidak perlu membuat apa-apa ketetapan mengenai perkara yang dinasihatinya, beliau tidak mempunyai apa-apa konflik kepentingan.", "“Ini sama seperti saya. Ramai kata saya ada konflik kepentingan Peguam Negara iaitu abang saya, sekiranya perkara itu dibincangkan, saya boleh mempengerusikannya tetapi kalau saya nak buat ketetapan, saya akan mengecualikan diri saya.", "“Sama juga dengan Pengerang, sekiranya ada apa-apa ketetapan yang hendak dibuat oleh beliau maka sudah pasti beliau akan mengecualikan dirinya,” katanya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/05/06/statut-rom-kerajaan-beri-penerangan-kepada-semua/
Statut Rom: Kerajaan beri penerangan kepada semua
[ "PUTRAJAYA – Kerajaan akan memberi penerangan kepada semua pihak untuk menjelaskan dan memberi keyakinan bahawa tindakan meratifikasi Statut Rom bagi Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) tidak perlu digeruni.", "Menurut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, ada rakyat yang tidak memahami Statut Rom dan terpedaya dengan pihak-pihak yang cuba mengelirukan fakta yang sebenar.", "Ini menyebabkan kerajaan terpaksa menarik semula ratifikasi Statut Rom selepas menerima tekanan daripada banyak pihak.", "“Ada orang yang tidak faham langsung mengenai Statut Rom", "“Tetapi tidak mengapa kerajaan akan beri penerangan mengapa Statut Rom tidak akan menjejaskan sesiapa yang tidak melakukan jenayah,” katanya semasa temubual khas sempena pentadbiran Pakatan Harapan di sini hari ini.", "Menurut Dr. Mahathir, tidak kira sama ada negara ini melaksanakan Statut Rom atau tidak, dunia tetap akan menentang Malaysia sekiranya hanya berdiam diri jika berlaku pembunuhan beramai-ramai di negara ini.", "Dengan menjadikan penghapusan etnik Rohingya di Myanmar sebagai contoh, Dr. Mahathir berkata, dunia tetap mengutuk perbuatan tersebut meskipun kerajaan Myanmar sendiri berdiam diri.", "Tambah Dr. Mahathir, kerajaan bukan bersifat pasif tetapi menantikan waktu yang sesuai untuk menangani isu-isu sensitif seperti ratifikasi Statut Rom.", "“Kerajaan perlu membuat persediaan penuh dan berhati-hati di dalam mengambil tindakan dengan mengkaji kesannya,” katanya ketika ditanya mengapa kerajaan bertindak pasif apabila menarik semula Statut Rome disebabkan bantahan banyak pihak. -MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/01/31/tak-faham-pengurusan-krisis-media-sosial-jadi-mahkamah/
Tak faham pengurusan krisis, media sosial jadi mahkamah
[ "JELAS sekali ancaman dan penularan wabak koronavirus (2019-nCOV) yang berasal dari Wuhan, China mula mencetuskan krisis kemanusiaan di seluruh dunia.", "Rata-rata masyarakat antarabangsa terutamanya yang menerima kemasukan warga China mula panik dan bimbang.", "Akhirnya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah mengisytiharkan wabak koronavirus ini sebagai kecemasan kesihatan global.", "Ironinya, negara kita juga tidak terkecuali apabila sudah ada beberapa kes positif yang sedang dirawat.", "Tatkala isu besar seperti ini melanda sesebuah negara, aspek pengurusan krisis akan menarik perhatian semua pihak.", "Anggota masyarakat sudah tentunya mahukan pihak kerajaan menangani ancaman ini sebaik mungkin melalui kaedah dan prosedur pelan pengurusan krisis yang efisien dan berkesan.", "Pengurusan krisis atau isu boleh ditafsirkan sebagai satu proses menyeluruh yang membabitkan aspek menjangka sesuatu kejadian/isu, menangani serta mengurus isu/krisis tersebut ketika sedang berlaku serta mempunyai pelan untuk mencegah daripada terus berlaku pada masa akan datang.", "Tuntasnya ianya merupakan satu bentuk pelan pengurusan yang komprehensif dan membabitkan pelbagai pihak terutamanya pengurusan tertinggi kerana melibatkan proses membuat keputusan yang penting dan kritikal.", "Jadi sejak tercetus wabak dari Wuhan ini anggota masyarakat meletakkan harapan yang besar kepada kerajaan agar segera mengaktifkan pelan pengurusan krisis supaya dapat mengurus, menangani dan mengawal penularan wabak yang dilaporkan belum mempunyai vaksin untuk menyembuhkannya.", "Hal ini dilihat sangat signifikan kerana dalam masa yang begitu singkat situasi berubah menjadi sangat panik dan membimbangkan sehinggakan penutup hidung dan mulut (face mask) dan hand sanitizer laris umpama pisang goreng panas. Ironinya kekalutan dan panik dalam kalangan anggota masyarakat sememangnya boleh difahami dan mempunyai asas yang kukuh.", "Namun kelemahan ketara kita ialah masih ramai yang gagal untuk memahami proses pengurusan krisis yang sebenarnya.", "Akibatnya pelbagai tohmahan dilemparkan kepada pihak kerajaan kerana dikatakan gagal bertindak dengan segera termasuklah desakan untuk menghalang kemasukan warga China ke negara kita.", "Media sosial seperti facebook dan twiter terus dijadikan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman terhadap kerajaan dan juga pihak berkuasa yang terlibat hanya kerana tidak menuruti desakan netizen untuk menutup pintu masuk kepada rakyat China.", "Ironinya kita lupa bahawa kerajaan sudahpun mengaktifkan pelan pengurusan krisis melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri.", "Malah lebih signifikan lagi dalam kes ancaman wabak kesihatan seperti ini jangan juga lupa betapa Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan kita adalah pegawai perubatan.", "Jadi tidak mungkin mereka tidak tahu keseriusan sesuatu ancaman wabak apatah lagi boleh bertindak lambat. Kita juga perlu tahu sudah ada pelbagai prosedur operasi standard (SOP) yang telah dibangunkan untuk berhadapan dengan ancaman penyakit seperti ini.", "Hal ini kerana jangan juga lupa betapa kita sudah ada pengalaman sebelum ini berhadapan dengan begitu banyak ancaman wabak penyakit dan virus seperti, H1N1, SARS, MERS, JE dan yang lain-lain.", "Oleh itu adalah agak keterlaluan jika netizen begitu mudah jatuhkan hukuman dan lemparkan tuduhan bahawa kerajaan berdiam diri, lambat bertindak, bermain politik atau takut kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM 2020) akan terjejas.", "Langsung tidak ada kelogikan dalam hal ini kerana mana mungkin sebuah kerajaan akan begitu mudah dan senang mengabaikan kesihatan dan keselamatan rakyatnya. Juga mana mungkin kerajaan tidak mendengar keluh kesah dan pelbagai desakan yang dibuat oleh rakyat.", "Jelas sesekali yang menjadi perbezaan yang ketara di sini ialah aspek pengurusan emosi dalam kalangan anggota masyarakat kita.", "Masyarakat terlalu mudah beremosi, hilang pertimbangan lantas panik dan marah.", "Walaupun berkali-kali pihak kerajaan menegaskan keadaan masih terkawal, tiada keperluan untuk panik serta para petugas sedang menangani wabak ini, namun kita masih tidak dapat menerima penjelasan pihak kerajaan.", "Justeru adalah sangat penting untuk kita memahami aspek pengurusan krisis supaya boleh memahami bentuk tindakan dan langkah yang akan dan sedang diambil oleh pihak kerajaan.", "Sedarlah bukan mudah untuk menguruskan sesuatu krisis apatah lagi bila sampai ke detik kita perlu membuat keputusan. Sebelum membuat keputusan kita perlu menilai dan meneliti segala data dan maklumat yang ada di samping segala pilihan keputusan yang boleh dilakukan.", "Hal ini perlu hadir dengan penuh tanggungjawab terutamanya mengambilkira kesan dan impak setelah sesuatu keputusan itu dibuat.", "Jadi bagi penulis walaupun kemarahan boleh difahami, namun apa yang lebih penting dari itu ialah keperluan untuk kita memahami proses pengurusan krisis serta kebijaksanaan para pemimpin negara dalam membuat sesuatu keputusan tanpa dipengaruhi emosi serta desakan netizen semata-mata.", "Apa yang pasti setelah menilai dan meneliti segala perkembangan terkini, akhirnya pihak kerajaan telah menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat negara China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei.", "Oleh itu sebagai warga negara yang bertanggungjawab, elaklah untuk sebarkan sebarang bentuk berita palsu, jangan terlalu cepat menjatuhkan hukuman serta berilah ruang secukupnya kepada pihak kerajaan yang dibantu oleh pakar dari pelbagai bidang untuk mengurus dan menangani krisis ini sebaik mungkin.", "Penulis sangat yakin pihak kerajaan akan sentiasa mengutamakan keselamatan dan kepentingan rakyat dalam membuat sesuatu keputusan.", "Ingat, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.", "Noor Mohamad Shakil Hameed.", "Timbalan Pengarah,", "Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi, UPM.", " " ]
https://malaysiagazette.com/2023/04/13/rts-pemangkin-transformasi-johor-bahru/
RTS: Pemangkin transformasi Johor Bahru
[ "BANDAR raya Johor Bahru (JB) terletak lebih kurang satu kilometer dari Woodlands, Singapura. Kepesatan pembangunan JB dan kedudukan Singapura sebagai kuasa ekonomi serantau telah menjadikan Tambak Johor salah satu pelintasan sempadan tersibuk di dunia. Dalam meningkatkan kapasiti pelintasan antarabangsa ini, kerajaan Malaysia dan Singapura telah membuat keputusan untuk membangunkan projek Sistem Transit Pantas atau Rapid-Transit System (RTS).", "Laluan ini adalah sepanjang 4 kilometer (km) dan boleh mengangkut 10,000 penumpang per jam dalam kedua-dua arah apabila ianya bakal tersedia pada tahun 2027. Singapura telah membangunkan MRT laluan Thomson-East Coast yang menghubungkan stesen Woodlands North MRT (stesen terminal RTS) yang terletak di hujung utara Singapura sehingga ke pusat bandaraya di Gardens by the Bay. Sistem jaringan MRT yang bertebaran memudahkan pergerakan menerusi negarakota ini.", "Sebagai contoh, pengembara yang menaiki feri dari Batam, Indonesia yang memilih untuk berlabuh di Pelabuhan Harbourfront, Singapura berpeluang menggunakan kemudahan pengangkutan yang terhubung langsung dengan sistem MRT. Dari Harbourfront, perjalanan ke Stesen MRT Woodlands North hanya mengambil waktu kira-kira kurang satu jam. Walaubagaimanapun, memandangkan RTS belum lagi beroperasi, perjalanan lancar hampir 60 minit merentasi Pulau Singapura berakhir di stesen MRT Woodlands North tanpa sambungan langsung ke bandaraya JB. Bayangkan betapa mudahnya perjalanan dari Singapura ke JB apabila perkhidmatan RTS telah tersedia.", "Singapura telah mempersiapkan negaranya dengan melancarkan perkhidmatan laluan MRT Thomson-East Coast bertahun sebelum RTS siap untuk digunakan. Malaysia juga, perlu bersiap-siap dalam menggarap keuntungan ekonomi yang bakal diwujudkan menerusi RTS. Memandangkan RTS akan memudahkan pergerakan penumpang di antara kedua-dua negara menjelang tahun 2027, kerajaan Johor khususnya dan kerajaan Malaysia amnya juga perlu mengambil kesempatan dalam menjadikannya sebuah kota transit bertaraf dunia bagi menampung lebihan pelancong dari Singapura, sebuah bandaraya yang paling banyak dikunjungi di dunia.", "Harga penginapan hotel-hotel di sekitar Singapura adalah tiga kali ganda berbanding pilihan penginapan yang terdapat di JB. Ini adalah satu kelemahan Singapura yang Malaysia harus ambil kesempatan ke atasnya. Ini bukanlah satu senario yang pelik. Sebagai contoh, terdapat pengembara yang menghadiri persidangan di Geneva, Switzerland tapi memilih untuk menginap di Ferney-Voltaire,", "Perancis. Bandar Ferney-Voltaire terletak tidak jauh di seberang sempadan yang menawarkan penginapan yang berpatutan dan tidak terlalu mahal berbanding Geneva. Walaupun perlu berulang-alik dari Ferney-Voltaire ke Geneva, tetapi penjimatan yang dapat dilakukan adalah ketara. Akan tetapi, perlu diingat bahawa pengembara tidak perlu melewati kawalan imigresen dan kastam apabila menyeberang dari Perancis ke Switzerland, tidak seperti yang perlu dilakukan apabila merentasi sempadan Malaysia dan Singapura di JB. Singapura dan Malaysia kini telahpun memperkenalkan pintu automatik imigresen (international automated gates) yang boleh memberikan perkhidmatan imigresen yang lancar tanpa halangan.", "Menyedari kepesatan pembangunan dan limpahan ekonomi yang bakal dibawa oleh projek RTS ini, kerajaan Malaysia perlu proaktif sepertimana Singapura dengan membekalkan bandaraya JB dengan sistem pengangkutan mantap dan kemudahan awam bertaraf dunia bagi menarik pelancong asing untuk ‘berkunjung ke Singapura, menginap di JB’. Mungkin tidak banyak pelancong asing yang akan menginap di JB sekarang kerana kepayahan dan kesulitan untuk menyeberang sempadan antarabangsa di antara Woodlands dan JB. Sudahlah kompleks imigresen Woodlands tidak terhubung dengan rangkaian MRT\nSingapura, perlu pula menaiki bas yang sesak hanya semata-mata untuk menyeberang Tambak Johor ke JB.", "Dengan adanya RTS, situasi ini pastinya akan berubah. Para pelancong dan pengguna RTS dapat menyeberang dan menuju ke JB ataupun ke Woodlands dengan lebih mudah. Oleh itu, JB perlu dipersiapkan dengan kemudahan selayaknya sebuah kota pelancongan bagi memaksimumkan keupayaannya sebagai kota gerbang selatan Malaysia yang mampu menyaingi Singapura setelah RTS mula beroperasi. Sememangnya RTS adalah pemangkin dalam mentransformasikan JB sebagai metropolis bertaraf antarabangsa di selatan Malaysia.", "Oleh: Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli\nProfesor Madya di Fakulti Syariah dan Undang-\nundang, Universiti Sains Islam Malaysia and Felo Penyelidik di Asian Institute of\nInternational Affairs and Diplomacy (AIIAD), Universiti Utara Malaysia" ]
https://malaysiagazette.com/2018/10/11/mayat-lelaki-di-dalam-kanvas-biru-ditemui-terapung/
Mayat lelaki di dalam kanvas biru ditemui terapung
[ "LUMUT – Mayat lelaki ditemukan terapung dalam keadaan berbungkus dengan kanvas berwarna biru manakala kepala serta kaki diikat dawai besi di sebuah lombong di Jalan Kuari Tanjung Batu, Pantai Remis di sini, petang semalam.", "Dalam kejadian pukul 2.45 petang itu, lelaki yang dipercayai dibunuh itu, ditemui penduduk yang datang ke kawasan itu untuk menjerat burung sebelum melaporkan kepada pihak polis.", "Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Muhammad Hanif Othman berkata anggotanya yang tiba di lokasi sejurus menerima maklumat mendapati mayat mangsa sudah dibawa ke tepi lombong dengan bantuan pasukan bomba.", "“Pemeriksaan lanjut mendapati mayat berkenaan dibungkus dengan kanvas selain pada bahagian kaki mangsa (di dalam kanvas) terdapat ketulan batu bata.", "“Umur mangsa dianggarkan dalam lingkungan 40 hingga 50-an, namun identiti mangsa masih belum dapat dipastikan kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai pada mangsa dan kawasan sekitar,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pagi ini.", "Muhammad Hanif berkata, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia sejak dua hingga tiga hari lepas berdasarkan keadaan badan yang mula membengkak.", "Polis juga menggunakan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) di lokasi kejadian bagi membantu mengesan suspek dan selain mencari bahan bukti.", "“Lokasi kejadian adalah kawasan lombong tinggal dan laluan ke situ adalah jalan batu tidak berturap serta dikelilingi hutan simpan manakala jarak perjalanan dari jalan besar kira-kira tiga hingga empat kilometer,” katanya.", "Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.", "“Polis memohon orang awam yang kehilangan ahli keluarga atau tidak dapat dihubungi supaya tampil ke balai polis bagi membantu siasatan,” katanya.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2019/08/03/tiga-pekerja-resort-pulau-tenggol-ditemui-selamat/
Tiga pekerja Resort Pulau Tenggol ditemui selamat
[ "DUNGUN – Tiga pekerja sebuah resort yang hilang dalam perjalanan menghantar bekalan makanan dari Jeti Aking ke Pulau Tenggol, Rabu lepas, ditemui selamat oleh nelayan Thailand.", "Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun, DSP Mohamad Zohan Seman berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 1 pagi tadi daripada Pelantar Bunga Orkid Petronas yang memaklumkan perkara berkenaan.", "Beliau berkata, menurut maklumat, bot yang dinaiki tiga pekerja tersebut telah mengalami kerosakan menyebabkan mereka hanyut mengikut arus.", "“Ketika ditemui, ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan baik dan memaklumkan kepada nelayan Thailand bahawa mereka adalah pekerja resort di Pulau Tenggol.", "“Nelayan itu kemudiannya membawa mangsa ke pelantar berkenaan dan telah diberi rawatan lanjut oleh kakitangan di situ,” katanya ketika dihubungi.", "Mohamad Zohan berkata, bagaimanapun lokasi tepat di mana pekerja resort tersebut ditemui tidak dapat dipastikan disebabkan masalah komunikasi antara nelayan Thailand dan pekerja pelantar.", "Katanya urusan membawa pulang tiga mangsa dari pelantar yang terletak di kedudukan 112 batu nautika dari Dungun itu sedang dijalankan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pahang kira-kira pukul 9 pagi tadi. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2022/05/08/orang-ramai-teruja-bersalaman-dengan-agong/
Orang ramai teruja bersalaman dengan Agong
[ "PUTRAJAYA – Orang ramai begitu teruja apabila menyaksikan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022, di Seri Perdana di sini.", "Kehadiran baginda disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.", "Orang ramai yang sedia ada di Laman Sari, Kompleks Seri tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar baginda.", "Malah, baginda juga mengambil masa sekurang-kurangnya 15 minit berjalan menghampiri setiap meja menyantuni orang ramai.", "Walaupun kawalan ketat, orang ramai termasuk warga emas dan kanak-kanak tetap mengambil kesempatan bersalaman dengan baginda.", "Setakat jam 12.30 tengah hari tadi, orang ramai masih lagi ramai yang hadir sambil menikmati lebih 40 juadah yang disediakan." ]
https://malaysiagazette.com/2022/05/25/mendapan-tanah-projek-lama-salah-satu-punca-kl-banjir-anwar/
Mendapan tanah projek lama salah satu punca KL banjir – Anwar
[ "", "KUALA LUMPUR – Banjir kilat yang sekali lagi melanda Kuala Lumpur hari ini berjaya ditangani oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan pantas susulan ramalan Jabatan Meteorologi mengenai berlaku hujan lebat.", "Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Anwar Mohd Zain berkata, pihaknya dapat mengenal pasti tiga punca utama yang menyebabkan sesetengah kawasan di ibu kota dinaiki air.", "Menurut beliau, akibat hujan lebat yang mula turun sejak pukul 10 pagi selama satu jam  menyebabkan sejumlah enam kawasan terlibat dengan kenaikan paras air.", "Anwar menyatakan salah satu puncanya adalah akibat mendapan tanah di dalam longkang di tepi jalan yang menyebabkan aliran air menjadi perlahan dan tersekat di Jalan Dutamas 2 dan Lebuhraya Sultan Iskandar susur ke Jalan Kuching.", "Mendapan tanah di Jalan Dutamas 2 itu berpunca daripada projek pembangunan lama milik syarikat swasta.", "“Kelodak hasil daripada projek itu masuk ke dalam longkang dan menjadi mendapan, oleh kerana tempat itu seperti yang kita kata bukan hotspot, jadi kita tak beri tumpuan.", "“Sebelum ini di Jalan Dutamas itu tidak pernah terlibat dengan kenaikan air, ini baru pertama kali berlaku,” katanya.", "Menurut Anwar, DBKL juga telah mengarahkan petugasnya dan dibantu pekerja Alam Flora untuk membersihkan kawasan itu terlebih dahulu.", "Untuk mengelak punca air melimpah berlaku, Anwar meminta orang ramai untuk tidak membuang sampah merata-rata termasuk ke dalam longkang.", "Sebelum ini DBKL di laman Facebooknya turut memuatnaik rakaman video berdurasi lapan saat yang memaparkan petugas pembersihan Dewan itu mengeluarkan patung beruang yang tersekat di longkang di Bulatan Merdeka.", "Dalam pada masa sama, Anwar memberitahu, para pemaju perlu sentiasa menjaga longkang-longkang berhampiran perimeter tapak projek masing-masing  kerana hasil pemantauan pihaknya mendapati terdapat batuan sedimen daripada projek pembangunan yang masuk ke longkang dan menutup saliran air.", "Tambahnya, lokasi lebih rendah daripada paras air juga menjadi salah satu punca banjir seperti Jalan Rahmat yang berada di Sungai Gombak dan Jalan Ampang berhampiran Sungai Klang.", "Namun DBKL telah mula meletakkan beg pasir di beberapa kawasan seperti di Sungai Bras-Bras, Jalan Parlimen, Jalan Rahmat dan Lebuh Ampang sebagai langkah interim tebatan banjir di kawasan paras rendah.", "Katanya lagi, taburan hujan yang melebihi pada jangka masa sama juga menjadi salah satu punca enam kawasan di Jalan Rahmat, Jalan Ipoh Batu 3, Jalan Segambut, Jalan Dutamas 2, Lebuhraya Sultan Iskandar susur ke Jalan Kuching dan Jalan Ampang (di hadapan Air Terjun Bukit Nanas) dinaiki air.", "Anwar berkata, air yang bertakung tersebut surut dalam tempoh 30 hingga 35 minit dan tiada kerosakan besar dan kemalangan jiwa dilaporkan. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/01/21/op-limau-120-ditahan-terlibat-judi-haram/
Op Limau: 120 ditahan terlibat judi haram
[ "KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 120 individu disyaki terlibat kegiatan perjudian haram dan merampas wang tunai dianggarkan bernilai RM92,481 dalam Op Limau sempena Tahun Baharu Cina.", "Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, mereka terdiri daripada 115 lelaki dan lima wanita tempatan ditahan dalam operasi yang bermula pada Ahad hingga Khamis lepas.", "Beliau berkata, dalam tempoh yang sama sebanyak 20 serbuan mengekang kegiatan itu telah berjaya dilaksanakan.", "“Fokus utama operasi ini adalah untuk membanteras kegiatan perjudian (haram) yang ditumpukan kepada judi dalam bangunan serta judi tempat terbuka yang tertakluk di dalam jadual pertama dan kedua di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.", "“Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (judi dalam bangunan) dan Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (judi luar bangunan),” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Noorsiah berkata, PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menganjur dan menjalankan pertaruhan berlandaskan undang-undang sedia ada dalam usaha menangani kegiatan itu.", "Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti perjudian haram diminta menghubungi Hotline WhatsApp Op Limau di talian 016-5773477. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2019/12/15/tiada-aset-tetapi-tidak-miskin/
Tiada aset, tetapi tidak miskin
[ "BENTONG – Walaupun Ahli Parlimen Bentong Wong Tack mengisytiharkan dirinya tidak mempunyai sebarang aset termasuk simpanan tetap, rumah dan kereta, tetapi beliau juga menyatakan dirinya tidak miskin.", "Kereta yang digunakan adalah dipinjam daripada kawan, rumah yang diduduki adalah milik keluarga besar manakala pendidikan anak-anaknya juga ditanggung syarikat milik keluarga besar.", "“Saya bersyukur kerana ada abang, kakak dan adik yang mengasihi saya.", "“Oleh itu, saya tidak perlu membeli rumah atau memiliki aset lain,” katanya kepada Sinchew Daily.", "Tambah Wong Tack, isterinya dan tiga anak, termasuk dua orang yang belajar di universiti, juga tidak mempunyai aset.", "“Anak perempuan yang sulung sudah tamat pengajian dan kini bekerja sambil menjadi sukarelawan di Sabah,”", "“Kos pendidikan dua anak lain yang masih berada di universiti pula ditanggung oleh syarikat milik keluarga besar kami,” katanya.", "Wong Tack berkata, pengalaman akibat kegagalan dalam perniagaan satu ketika dahulu meninggalkan kesan yang mendalam, sekali gus menyebabkan wakil rakyat itu sanggup melepaskan semua aset yang ada.", "“Kereta yang saya gunakan iaitu sebuah kenderaan pelbagai guna tujuh tempat duduk dan sebuah kenderaan pacuan empat roda adalah dipinjamkan kepada saya oleh kawan.", "“Kenderaan pacuan empat roda itu bagaimanapun telah dicuri beberapa bulan lalu,” katanya.", "Tambah Wong Tack, beliau kini hidup serba mencukupi dengan elaun bulanan lebih RM20,000 sebagai Ahli Parlimen. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/03/25/bergu-yew-sin-ee-yi-tempah-tiket-separuh-akhir-terbuka-switzerland/
Bergu Yew Sin, Ee Yi tempah tiket separuh akhir terbuka Switzerland
[ "KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terus membawa harapan Malaysia pada Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland 2023 di Basel selepas dua lagi wakil negara tersingkir dalam aksi suku akhir awal pagi tadi.", "Yew Sin-Ee Yii mara ke separuh akhir acara beregu lelaki, setelah tewas set pertama 16-21 sebelum bangkit mencatat kemenangan 21-12, 21-19 ke atas gandingan Indonesia Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana pada pertembungan di St Jakobshalle itu.", "Yew Sin-Ee Yii selaku pilihan ketiga kejohanan, akan bertemu pilihan kedua kejohanan dari India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty di separuh akhir yang akan berlangsung malam ini.", "Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie menepati ramalan mengiringi kemaraan itu bagi acara beregu campuran selepas menundukkan wakil Thailand Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran 21-18, 21-18 dalam pertembungan selama 36 minit.", "Menanti Soon Huat-Shevon di separuh akhir, beregu Belanda Robin Tabeling-Selena Piek yang menewaskan satu lagi beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei 21-19, 19-21, 21-19.", "Nasib turut tidak menyebelahi perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong apabila terpaksa menarik diri di set kedua perlawanan berikutan kecederaan, selepas tewas set pertama 11-21 di tangan pilihan ketiga kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.", "Semalam, pemain profesional perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia turut mengesahkan slot separuh akhir selepas menewaskan Lee Chia Hao dari Taiwan. – BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2021/05/25/cap-gesa-siasat-projek-ternakan-udang-di-juru/
CAP gesa siasat projek ternakan udang di Juru
[ "GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Perikanan negeri dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyiasat projek ternakan udang yang menyebabkan pencemaran alam sekitar di Juru, Seberang Perai Tengah di sini. ", "Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, tindakan itu perlu diambil bagi memastikan pengusaha ternakan udang itu mematuhi peraturan yang ditetapkan ketika beroperasi.", "Jelas beliau, tinjauan pihaknya mendapati sumber pendapatan kira-kira 200 nelayan pantai di Sungai Belanak dan Sungai Haji Din di sini terjejas berikutan kawasan tangkapan mereka disyaki tercemar dengan sisa buangan dari kolam ternakan udang berhampiran.", "“Kesannya, udang serta ketam yang menjadi sumber tangkapan utama nelayan di sini, terancam dan semakin berkurangan.", "“Jika dibiarkan berterusan, ia bukan sahaja menjejaskan mata pencarian nelayan tetapi juga sumber perikanan dan hutan paya bakau pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Tambah Mohideen, siasatan perlu dilakukan pihak berwajib ke atas sistem pembuangan sisa kolam yang dikhuatiri mengandungi bahan kimia.", "“CAP berharap supaya agensi berkenaan membuat kajian khusus mengenai kesan projek berkenaan dan mendedahkan hasil yang diperoleh kepada orang ramai terutama golongan nelayan yang terkesan dengan aktiviti itu,” ujarnya. -MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/01/01/ringgit-dijangka-alami-pembetulan-teknikal/
Ringgit dijangka alami pembetulan teknikal
[ "KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka mengalami pembetulan teknikal pada hari-hari akan datang, diunjur diniagakan dalam jajaran 4.1650 hingga 4.1750 berbanding dolar AS, kata seorang penganalisis.", "Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd chief Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, sejajar dengan peningkatan ketika ini, terdapat kemungkinan ringgit mengalami beberapa pembetulan teknikal dalam aktiviti pengambilan untung.", "Bagi minggu-minggu yang akan datang, para pelabur dijangka menumpukan kepada beberapa data ekonomi dari Amerika Syarikat (AS) seperti angka Indeks Pengurusan Pembelian (PMI), kadar pengangguran AS dan angka Senarai Gaji Bukan Ladang bagi Disember untuk mencari petunjuk hala tuju pasaran.", "“Bagaimanapun, kami tetap positif terhadap ringgit berbanding dolar AS dengan sasaran akhir tahun bagi 2022 pada RM4.09. Kemungkinan Kadar Dasar Semalaman tinggi serta harga komoditi mungkin membantu menambah baik nilai ringgit pada masa depan,” katanya kepada Bernama.", "Bagi minggu yang baru berakhir ini, ringgit diniagakan tinggi kecuali pada Rabu apabila ia mencatatkan pengambilan untung, dipengaruhi terutamanya oleh aktiviti memperelokkan akaun menghala ke hujung tahun selain pendekatan berhati-hati terhadap perkembangan penularan varian baharu COVID-9, Omicron.", "Unit tempatan ditutup tinggi minggu ini berbanding dolar AS kepada 4.1650/1680 pada Jumaat berbanding 4.1935/1980 pada minggu sebelumnya.", "Bagi asas tahun ke tahun, Mohd Afzanizam berkata, ringgit turun 3.59 peratus pada sesi penutup Jumaat, hari terakhir dagangan bagi tahun 2021 berbanding 4.0203/0250 yang dicatatkan pada 31 Dis, 2020.", "Beliau berkata, ringgit bergerak tidak menentu berbanding dolar AS sepanjang tahun ini daripada paras serendah 4.005 pada permulaan tahun kepada setinggi 4.24 semasa separuh kedua.", "Sementara itu, unit tempatan juga diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain pada Jumaat.", "Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0872/0899 daripada 3.0887/0954 pada Jumaat minggu sebelumnya, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6186/6212 daripada 3.6660/6702 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7194/7228  daripada 4.7567/7618.", "Bagaimanapun, ringgit turun berbanding pound Britain kepada 5.6277/6318 berbanding 5.6226/6287pada Jumaat minggu sebelumnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/05/27/bn-dijangka-menang-besar-di-prk-dun-chini/
BN dijangka menang besar di PRK DUN Chini
[ "KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) dijangka menang besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada 4 Julai ini.", "Ini kerana DUN berkenaan bukan sahaja kubu kuat BN tetapi dengan pengisytiharan Pas untuk tidak bertanding juga memberi banyak kelebihan kepada BN mengekalkannya.", "Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, pihaknya akan membuat persiapan membantu BN berkempen kelak atas dasar Muafakat Nasional.", "“Setakat ini, Pas membuat persiapan dari sudut menyediakan atau menyusun organisasi jentera pilihan raya untuk membantu calon BN,” katanya kepada sebuah portal semalam.", "Selain itu, DUN Chini yang terletak di bawah Parlimen Pekan yang diwakil oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sudah tentu memberi banyak kelebihan kepada BN kelak.", "Penamaan calon bagi PRK Chini di Pahang akan diadakan 20 Jun ini dan hari mengundi pada 4 Julai nanti.", "PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Abu Bakar Harun, 60, akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas pada 7 Mei lalu.", "Beliau yang mewakili BN pada Pilihan Raya Umum 2018, berjaya mempertahankan kerusi disandangnya itu dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 4,622 undi mengalahkan calon Pas yang mendapat 5,405 undi dan calon PKR mewakili Pakatan Harapan pula hanya meraih 1,065 undi.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/06/27/pengambilan-tanah-tetap-diteruskan-di-kg-sungai-baru/
Pengambilan tanah tetap diteruskan di Kg Sungai Baru
[ "KUALA LUMPUR – Pengambilan tanah tetap dilaksanakan ke atas pemilik tanah di Kampung Sungai Baru di sini yang tidak menandatangani usaha sama dengan pemaju.", "Setakat ini, pengambilan tanah telah sempurna dilaksanakan terhadap 72 petak rumah pangsa bagi tujuan pembangunan\nsemula.", "“Hanya berbaki 37 unit rumah teres sahaja lagi yang masih belum dilaksanakan siasatan.", "“Urusan pengambilan tanah adalah berlandaskan peruntukan undang-undang yang jelas, maka pampasan yang mencukupi telah digunapakai berdasarkan nilai yang diberikan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH),” kata Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Datuk Muhammad Yasir Yahya.", "Namun begitu, menurutnya, pihak yang terkilan terhadap nilai pampasan ini masih boleh merayu kepada mahkamah, dan mahkamah akan menilai semula pampasan yang bersesuaian kepada perayu.", "“Pejabat ini bersetuju pengambilan tanah diteruskan kerana proses tersebut telah pun dilaksanakan dengan sempurna dan majoriti penduduk bersetuju di atas pembangunan semula Kampung Sungai Baru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Dalam pada itu, menurut Muhammad Yasir, satu pertemuan di antara penduduk yang terlibat akan diadakan denganMenteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim bagi memberi penerangan dan juga penjelasan untuk membolehkan semua pihak yang terlibat dalam situasi menang-menang.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/08/21/empat-lelaki-ditahan-miliki-senapang-buatan-sendiri-di-rembau/
Empat lelaki ditahan miliki senapang buatan sendiri di Rembau
[ "REMBAU – Polis menahan empat lelaki selepas disyaki memiliki senapang angin buatan sendiri dalam serbuan di Kampung Batang Nyamor dan Kampung Padang Lebar, Kendong, di sini dua hari lepas.", "Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad berkata kesemua mereka yang berusia 31 hingga 45 tahun itu ditahan antara 10.45 malam dan 12 tengah malam menerusi Op Laras oleh Bahagian Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah serta Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau.", "“Serbuan pertama pada 10.45 malam di Kampung Batang Nyamor menahan seorang lelaki berusia 42 tahun dan merampas selaras senapang angin buatan sendiri berwarna hitam, satu bekas mengandungi bebola besi serta seunit mesin pemotong besi,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau berkata serbuan kedua pada 11.10 malam di kampung sama menahan seorang lelaki berusia 34 tahun dan menemukan selaras senapang angin buatan sendiri berhulu kayu.", "Katanya serbuan seterusnya kira-kira 20 minit kemudian di kampung sama turut menahan seorang lelaki berusia 31 tahun dan merampas selaras senapang angin buatan sendiri berhulu kayu, satu beg kecil berwarna merah jambu mengandungi 44 bebola besi serta sehelai seluar berwarna hijau.", "Hazri berkata dalam serbuan pada 12 tengah malam di Kampung Padang Lebar pula pihaknya menahan seorang lelaki berusia 45 tahun dan merampas selaras senapang angin buatan sendiri, pelbagai jenis peluru antaranya sekotak peluru berwarna putih, 23 butir peluru berwarna putih jenis Lg 67 mm serta sekotak peluru warna kelabu jenis Winchester Super X.", "Beliau berkata kesemua lelaki itu kini direman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960. – BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2023/03/05/saya-tak-nampak-umno-akan-menang-jika-dipimpin-oleh-jamal-khir/
Saya tak nampak UMNO akan menang jika dipimpin oleh Jamal – Khir
[ "KUALA LUMPUR – Prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) khususnya di Parlimen Sungai Besar antara faktor penyebab Dr Mohamad Khir Toyo mahu kembali ke gelanggang politik dalam pemilihan parti kali ini.", "Dr Khir melihat ketidakupayaan penyandangnya, Datuk Seri Jamal Md Yunos merampas Parlimen Sungai Besar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sejak dua penggal lalu perlu dihukum dalam Pemilihan UMNO 2023 kali ini.", "Peningkatan kekalahan BN Sungai Besar dari 714 undi pada PRU14 kepada 5,843 undi (PRU15) dilihat sesuai yang serius dan Dr Khir sedia menawarkan diri untuk memulihkan parti dari akar umbi hingga ke pimpinan tertinggi.", "“Saya sebenarnya di Sungai Besar, saya nak balik bertanding ini selepas saya lihat kekalahan yang amat teruk pada PRU15 baru-baru ini.", "“Saya menangis malam itu, saya terfikir sejak menjadi ketua bahagian 10 tahun yang lepas, prestasi (BN) sangat buruk.", "“Saya perlu kembali untuk memperbaiki UMNO, memastikan UMNO menang balik di Sungai Panjang dan menjaga maruah UMNO.", "“Kembalinya saya dalam parti di Sungai Besar ini untuk membela dan membetulkan UMNO supaya dipandang mulia seperti mana dulu,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.", "Sebelum ini, Dr Khir selaku bekas Menteri Besar Selangor menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada pemilihan parti kali ini.", "Selepas tarikh menghantar borang pencalonan ditutup pada 26 Februari lalu, perebutan jawatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar sah menyaksikan pertandingan dua penjuru antara penyandangnya, Jamal dan Dr Khir.", "Ketika mengimbas kembali kekalahan BN di Parlimen Sungai Besar sejak 2018, Dr Khir mendedahkan antara puncanya termasuk pertelagahan antara calon BN dan pengarah pilihan raya sendiri.", "“Pada PRU14, dia (Jamal) jadi pengarah pilihan raya, Datuk Dr Budiman Moh Zohdi jadi calon, ada pertelagahan antara calon dan pengarah pilihan raya, beliau (Jamal) buat poster besar-besar, sedangkan ahli tidak dijaga.", "“Akhirnya Budiman kalah 714 undi ketika itu (PRU14) dengan Muslimin Yahaya, orang yang sama (PRU15).", "“Tetapi baru-baru ini Datuk Jamal, dia sendiri pengarah pilihan raya, dia juga calon pilihan raya, dia kalah dengan Muslimin hampir 6,000 undi,” katanya.", "Tambahnya, pemulihan parti perlu dilakukan segera sebelum BN menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada Jun tahun ini", "“Jadi masalahnya, prestasi makin menurun dan kita akan menghadapi PRN di Sungai Panjang yang kita tahu kubu kuat UMNO.", "“Bayangkanlah kalau kita kalah di Sungai Panjang, tapi DAP menang di Sekinchan dalam satu parti (Kerajaan Perpaduan) apa pandangan orang kepada UMNO.", "“Kalau kita biarkan, saya tak nampak UMNO akan menang dalam PRN dengan diketuai Datuk Jamal kerana kita lihat 10 tahun yang lepas, hasilnya UMNO hari ini, UMNO kalah teruk,” katanya lagi. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/10/01/terima-kasih-kerana-bawa-pulang-ronaldo-usain-bolt/
Terima kasih kerana bawa pulang Ronaldo – Usain Bolt
[ "LONDON – Legenda atlit pecut Olimpik, Usain Bolt merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas pengurus lagenda United, Sir Alex Ferguson selepas menyaksikan bersama perlawanan United menentang Villarreal di Old Trafford.", "Bolt berkata, bintang dunia itu telah membantu menaikkan semula nama kelab dan ia  adalah memoari yang indah.", "“Sejak dia kembali, kita dapat lihat semangat dan sokongan padu daripada peminat di Old Trafford. Saya sangat gembira dia telah kembali.", "“Saya nampak Sir Alex Ferguson di sudut satu tempat, saya terus dapat bertemu dengannya dan berterima kasih kerana membawa pulang legenda CR7 kita,” kata kepada memetik laporan BT Sport.", "Sementara itu, Bolt yang juga bintang pecut Jamaica sempat juga bertemu dengan rakan senegara Ronaldi iaitu Bruno Fernandes selepas perlawanan.", "Bruno kelihatan gembira dengan pertemuan tersebut dan mengakui Bolt merupakan seorang lagenda dan peminat setia United.", "Sebelum ini, Bolt yang merangkul lapan pingat emas Olimpik merupakan salah seorang peminat tegar United.", "Bolt juga telah memberitahu sebelum perlawanan  United akan menang 3-1 di mana dua gol dihasilkan Ronaldi dan satu gol menerusi Jadon Sancho namun tekaan Bolt tidak tepat.", "Jaringan minit terakhir Ronaldo membolehkan United kembali bernafas dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah selepas tewas dalam perlawanan pertama kepada Young Boys. – MalaysiaGazette", " " ]
https://malaysiagazette.com/2023/03/01/wanita-maut-myvi-terbabas-rempuh-konkrit-perparitan/
Wanita maut Myvi terbabas rempuh konkrit perparitan
[ "KUANTAN – Seorang wanita maut apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas dalam di Jengka 19, Bandar Pusat Jengka, pagi tadi.", "Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 6.44 pagi.", "Beliau berkata, wanita berusia 34 tahun itu terbabas dan merempuh konkrit ‘culvert’ perparitan yang mengakibatkan kenderaannya terbalik.", "“Pasukan bomba membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” kata Zulfadli.", "Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/11/05/pas-perjalanan-tanpa-had-rapid-jimat-rm180/
Pas perjalanan tanpa had Rapid jimat RM180
[ "PUTRAJAYA- Pengguna pas perjalanan tanpa had 30 hari untuk perkhidmatan RapidRail dan RapidBus yang berharga RM100 mampu menjimatkan sekurang-kurangnya RM180 berbanding jumlah yang perlu dibayar ketika ini.", "Kerajaan semasa pembentangan Belanjawan 2019 Jumaat lalu mengumumkan pengenalan pas perjalanan tanpa had selama 30 hari dengan harga RM100 untuk pengguna semua pengangkutan awam rel di Lembah Kelang (kecuali KTM komuter) dan bas RapidKL manakala pas perjalanan untuk bas sahaja pula dijual pada harga RM50.", "Pas perjalanan tanpa had itu akan dilancarkan pada 1 Disember ini dan boleh mula digunakan pada 1 Januari tahun depan.", "Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kerajaan menperuntukkan kira-kira RM240 juta setahun untuk memperkenalkan pas perjalanan tersebut.", "Kementerian katanya mensasarkan pemilikan pas perjalanan tersebut sebanyak 200,000 orang bagi mengurangkan beban subsidi.", "“Bagi setiap 10,000 pas RapidRail dan RapidBus, kerajaan perlu menanggung RM1 juta manakala untuk pas perjalanan RapidBus sahaja yang bernilai RM50 sebulan, kerajaan perlu menampung subsidi RM500,000.", "“Sekiranya pelanggan pas perjalanan RapidRail dan RapidBus melebihi 120,000 ,kerajaan dapat mengurangkan beban subsidi RM1juta bagi setiap pertambahan 10,000 pengguna disebabkan oleh skala ekonomi yang makin besar.", "“Kami memang mahu menggelakkan warga Lembah Kelang menggunakan pengangkutan awam, jika boleh biar semua orang tinggalkan kereta di rumah dan untuk golongan muda pula, mereka tidak perlu beli kereta,” katanya semasa sidang media di kemeteriannya di sini hari ini.", "Menurut Anthony, pengguna hanya dapat melanggan pas tersebut melalui Mykad atau MyTentera menerusi fungsi Touch ‘nGo pada kad pengenalan masing-masing.", "Langganan boleh dibuat didapati di semua stesen LRT dan MRT serta empat hab bas iaitu Shah Alam, Greenwood, Gombak, Sri Nilam, Ampang dan Terminal Kajang.", "Untuk menambah nilai bagi tempoh 30 hari seterusnya, pengguna boleh berbuat demikian di mana-mana lokasi tambah nilai Touch ‘nGo sedia ada, stesen minyak dan mesin ATM.", "Pemegang MyKid iaitu kanak-kanak berusia di antara tujuh hingga 12 tahun juga layak mendapatkan pas perjalanan tersebut.", "Pelaksanaan pas perjalanan tanpa had itu dijangka memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 45 peratus pengguna perkhidmatan RapidRail dan hampir 100 peratus pengguna bas RapidKL termasuk bas perantara MRT.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2022/04/07/kes-baharu-covid-19-naik-dua-hari-berturut-turut/
Kes baharu Covid-19 naik dua hari berturut-turut
[ "KUALA LUMPUR – Selepas mencatatkan penurunan kes jangkitan positif Covid-19 tiga hari lalu, kes baharu meningkat dua hari berturut-turut.", "Daripada lebih 10,000 kes pada Isnin, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan berlaku kenaikan kes pada Selasa dan semalam.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 12,105 kes direkodkan semalam 12,017 pada Selasa dan 10,002 kes untuk Isnin lalu.", "Bagaimanapun, tambah beliau, kes sembuh menunjukkan peningkatan dengan 21,029 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif sembuh meningkat kepada 4,083,183 kes.", "Menurut beliau, daripada jumlah kes baharu itu, kes import adalah sebanyak 43 kes dan bukan warganegara hanya dua kes.", "“Kes tempatan pula merekodkan 12,062 kes iaitu 11,555 warganegara dan 507 bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.", "Kata Dr. Noor Hisham, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 221 kes iaitu 106 kes disahkan Covid-19, manakala 115 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.", "Bagi kes memerlukan bantuan pernafasan pula sebanyak 122 kes iaitu 53 kes disahkan Covid-19 dengan 69 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan, ujarnya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/04/26/keputusan-permohonan-najib-batalkan-pertuduhan-src-isnin/
Keputusan permohonan Najib batalkan pertuduhan SRC Isnin
[ "KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetahui pada Isnin mengenai permohonannya untuk membatalkan tujuh pertuduhan yang dihadapinya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.", "Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah daripada peguam yang mewakili Najib iaitu Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin dan pendakwa raya ad hoc Datuk V. Sithambaram.", "Mohd Yusof, bekas Peguamcara Negara II, berhujah bahawa pihak pendakwaan mestilah jelas dan spesifik apabila mengenakan pertuduhan untuk membolehkan tertuduh mengetahui dengan lebih tepat menbgenai pertuduhan yang dihadapinya.", "“Jika tidak, dia tidak dapat menyediakan pembelaan yang efektif. Pertuduhan pecah amanah terhadap Najib tidak memperincikan bagaimana kesalahan itu dilakukan, sambil berkata ada lima elemen yang berkaitan mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan termasuk menyalahgunakan secara curang, menukarkan untuk kegunaan sendiri atau menggunakan harta secara tidak jujur,” kata beliau.", "Mohd Yusof menarik perhatian bahawa pertuduhan pecah amanah tidak khusus sambil menyatakan Najib mesti tahu sama ada dia dituduh melakukan kesalahan itu sebagai ejen atas kedudukannya sebagai perdana menteri, menteri kewangan dan penasihat emetritus SRC International atau berdasarkan setiap kedudukan secara berasingan.", "Beliau berhujah bahawa pendakwaan tidak boleh menuduh Najib dengan dua kesalahan pecah amanah yang berbeza dan menyalahgunakan kedudukannya untuk menerima suapan berhubung jumlah RM42 juta pada masa yang sama.", "“Jika anda mengenakan pertuduhan pecah amanah jenayah, anda perlu membuktikan dia diamanahkan dengan wang itu dan dia menggelapkan atau wang tersebut tidak pernah diamanahkan kepadanya tetapi dia menyalahgunakan kedudukannya dan telah menerima suapan seperti dinyatakan dalam pertuduhan,” katanya.", "Beliau juga berhujah bahawa Najib tidak boleh dibicarakan atas pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram dan pada masa yang sama menghadapi pertuduhan pecah amanah atau menyalahgunakan kedudukannya, kerana dia tidak dapat membela dirinya.", "Sementara itu, Kamarul Hisham berhujah tuduhan rasuah tidak boleh dibicarakan secara serentak dengan pertuduhan pecah amanah.", "“Parlimen menggubal undang-undang khusus yang berbeza untuk jenayah yang berlainan, supaya adil untuk mengenakan pertuduhan di bawah setiap undang-undang. Anak guam kami mempunyai hak untuk mendapatkan perincian pertuduhan daripada pihak pendakwaan supaya dia boleh menyiapkan pembelaannya pada masa yang sesuai seawal mungkin,” kata beliau.", "Sithambaram berhujah balas bahawa pertuduhan itu tidak samar-samar, kerana ia perlu dibaca bersama dokumen-dokumen tambahan yang disediakan oleh pihak pendakwaan mengikut Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah.", "“Pendakwaan telah membekalkan dokumen mengandungi 7,000 muka surat untuk digunakan dalam perbicaraan. Setakat ini, 21 saksi telah memberi kekerangan dan diperiksa balas oleh pihak pembelaan, tanpa adanya aduan mengenai apa-apa yang kurang jelas mengenai pertuduhan. Tetapi sekarang mereka mengadu.", "“Saya tidak fikir pihak pendakwaan telah mengelirukan tertuduh sehingga berlaku salah laksana keadilan. Malah, peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini bersetuju untuk mencantumkan pertuduhan di bawah Kanun Keseksaan, pengubahan wang haram dan pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).", "“Apabila pihak pendakwaan membuat permohonan untuk ketiga-tiga fail disatukan dan dibicarakan secara bersama, Muhammad Shafee berkata permohonan pihak pendakwa untuk percantuman pertuduhan itu adalah perlu.", "“Muhammad Shafee berkata beliau mengesahkan bahawa pertuduhan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) sebenarnya adalah pertuduhan dalam transaksi yang sama dan oleh itu boleh dibicarakan bersama,” kata beliau sambil menambah bahawa pihak pembela hanya mengadu mengenai pertuduhan itu sekarang.", "Najib, 66, menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan tiga pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.", "Pada 3 April lepas, Hakim Mohd Nazlan menolak permohonan notis usul yang difailkan oleh Najib untuk mengisytiharkan tujuh pertuduhan ke atasnya sebagai cacat didengar dahulu sebelum perbicaraan bermula.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2020/09/27/kkm-kenalpasti-3-kluster-baharu-covid-19-di-sabah-dan-kl/
KKM kenalpasti 3 kluster baharu Covid-19 di Sabah dan KL
[ "KUALA LUMPUR- Perkembangan kes jangkitan Covid-19 di dalam negara menyaksikan pertambahan tiga kluster baharu iaitu dua di Sabah dan satu di Kuala Lumpur hari ini berbanding enam kluster sedia ada.", "Ketua Pengarah Kesihatannya, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ketiga-tiga kluster baharu ialah Kluster Buang Sayang, Kluster Kampung Sakong dan Kluster Setapak.", "Menurut beliau, Kluster Buang Sayang dikenalpasti di Sipitang, Sabah dan kes indeks kluster itu merupakan kes ke-10,265 yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sipitang, Sabah dari 7 September sehingga 20 September lalu.", "“Kes mula mengalami gejala demam, selesema dan sakit tekak pada 19 September lalu dan kemudiannya dimasukkan ke sebuah pusat perubatan sebelum keputusan ujian saringan didapati positif Covid-19 pada 20 September 2020 dan kemudian segera dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah.", "“Susulan itu, pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat telah dijalankan.", "“Sehingga 27 September jam 12 tengah hari ini, seramai 10 individu telah disaring dan empat daripadanya dikesan positif Covid-19 sementara enam lagi individu masih menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.", "Tambah Noor Hisham, Kluster Kampung Sakong dikenal pasti di Semporna, Sabah dan kes indeks kluster itu merupakan kes ke-10,154.", "Ujar Noor Hisham, kes berkenaan dikesan positif Covid-19 pada 18 September lalu melalui saringan komuniti.", "Menurutnya, kes berkenaan tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan dan susulan itu pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat telah dijalankan.", "Hasilnya, sehingga jam 12 tengah hari tadi, seramai 66 individu telah disaring dan sembilan daripadanya dikesan positif dan 57 individu masih menunggu keputusan ujian saringan.", "“Kluster ketiga iaitu Kluster Setapak telah dikenal pasti di Setapak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu kes indeks kluster ini merupakan kes ke-10,689.", "“Kes kluster Setapak ini mempunyai sejarah perjalanan ke Tawau dan Semporna, Sabah dari 17 September hingga sehingga 20 September lalu sebelum kes mula mengalami gejala demam, batuk, sakit tekak, sakit otot dan cirit-birit sejak 21 September lalu,” tegasnya.", "Menurut beliau, kes kemudian dimasukkan ke sebuah pusat perubatan pada 25 September lalu dan ujian saringan mengesahkan positif pada hari yang sama.", "“Kes seterusnya dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor dan dua lagi kes positif yang dikesan adalah rakan serumah (iaitu kes ke-10,770) dan rakan (iaitu kes ke-10,771) kepada kes indeks yang mana mereka juga dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.", "“Susulan itu, pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat telah dijalankan dan sehingga jam 12 tengah hari ini, seramai 20 individu telah disaring, tiga positif dan 16 individu dikesan negatif sementara seorang lagi individu masih menunggu keputusan.", "“Langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan seperti proses nyah kuman dan pembersihan sedang dijalankan di semua lokasi yang telah dikenal pasti bagi semua kluster,” tegas beliau.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/12/31/kertas-siasatan-kes-buli-pelajar-mrsm-muar-diserah-ke-bukit-aman/
Kertas siasatan kes buli pelajar MRSM Muar diserah ke Bukit Aman
[ "JOHOR BAHRU – Kertas siasatan kes buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar baru-baru ini telah diserahkan kepada Bahagian Pendakwaan dan Undang-​Undang (D5) Bukit Aman.", "Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, pihaknya kini menunggu arahan lanjut dari Bukit Aman.", "“Setakat ini masih tiada sebarang tindakan pertuduhan dikenakan terhadap mereka selepas tamat tempoh reman,” katanya selepas majlis pelancaran Santai Cycle Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Johor 2021 di IPK Johor di sini hari ini.", "Turut hadir Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan isterinya yang juga Pengerusi Perkep Johor, Datin Zalena Mohd Ariffin.", "Pada 16 Disember lalu, media melaporkan lima pelajar maktab tersebut direman bagi membantu siasatan kejadian buli terhadap seorang mangsa berusia 14 tahun yang mengalami bengkak di rusuk kiri.", "Kelima-lima mereka sebelum itu ditahan di sekitar Kuala Sungai Baru, Melaka; Kajang, Selangor; Kuala Lumpur dan Johor Bahru.", "Bagaimanapun jelas Zaharudin, siasatan hanya dijalankan terhadap lima pelajar berkenaan dan tidak melibatkan individu atau pelajar lain.", "“Lima pelajar tersebut merupakan wakil pelajar yang dilantik pihak sekolah dan kejadian dipercayai berpunca akibat ketidakpuasan hati antara suspek dan mangsa” ujarnya.", "Sementara itu, Zaharudin berkata, beliau tidak dapat mengesahkan tindakan yang diambil MRSM berikutan cuti. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/12/09/59-premis-judi-berlesen-dibenarkan-di-pahang/
59 premis judi berlesen dibenarkan di Pahang
[ "KUANTAN – Sebanyak 59 premis judi yang berlesen di bawah Kementerian Kewangan dibenarkan beroperasi di Pahang pada tahun ini.", "Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Datuk Abd. Rahim Muda berkata, sehingga kini tiada tindakan penguatkuasaan PBT diambil terhadap premis perjudian itu kerana tiada pelanggaran syarat sepanjang tempoh tersebut.", "“Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menguatkuasakan kesalahan Seksyen 26 Enakmen 11 tahun 2013 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 ialah mana-mana orang (Islam) yang didapati berada di rumah perjudian melakukan satu kesalahan.", "“Dan boleh, apabila disabitkan, denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.", "Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Rosli Jabar (Pas-Tanjung Lumpur) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.", "Menurut Abd. Rahim, sebanyak 185 tangkapan orang Islam dilakukan pada 2019 yang mana 32 kes tangkapan telah dibuat di bawah Seksyen 26 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 dan tiada tangkapan dibuat pada tahun ini. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/07/17/kerajaan-ph-tak-lama-kalau-gagal-pelihara-integriti/
Kerajaan PH tak lama kalau gagal pelihara integriti
[ "KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mengalami kegagalan sekiranya tidak memelihara integriti dalam sistem pemerintahan negara.", "Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, sikap integriti yang dititahkan oleh yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam ucapan pembukaan Persidangan Parlimen Ke-14 hari ini perlu dijunjung dan dipraktikkan.", "“Saya rasa titah baginda sangat bersesuaian dengan politik baharu yang diaspirasikan oleh PH, titah yang pendek dan padat dengan mesej jelas.", "“Harap kerajaan baharu PH memastikan integriti disebut baginda benar-benar dapat diperjuangkan dan dibuktikan,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.", "Dalam perkara sama kata Salahuddin berkata, kerajaan kepimpinan PH tidak akan kekal lama dan berisiko tumbang sekiranya integriti yang ditekankan oleh baginda gagal dipraktikkan dan dilaksanakan.", "“Kerajaan ini tidak akan kekal lama.. kami tidak akan bertahan kalau gagal memelihara integriti.", "“Rakyat mahu integriti dikembalikan dalam pentadbiran dan kesejahteraan negara. Sistem kehakiman, pentadbiran negara mesti disanjung tinggi.", "“Saya yakin untuk terus bertanggungjawab dan berperanan dalam Jemaah Menteri sepanjang menjawat jawatan ini,” tegas beliau. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/07/29/forum-malayan-emergency-panas/
Forum ‘Malayan Emergency’ panas
[ "KUALA LUMPUR – Forum yang mahu mengiktirafkan komunis, bertajuk ‘Malayan Emergency’ yang diadakan Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur Selangor hari ini kecoh apabila beberapa hadirin melahirkan rasa tidak puas hati dengan isi kandungan perbincangan tersebut.", "Ahli panelis iaitu Fadiah Nadwa dan Fahmi Reza di soal bertubi-tubi tentang tajuk ‘Should We Rewrite Our History Textbooks’ yang dikendalikan oleh moderator, Imran Rasid.", "Rata-rata mereka berasa berang mengapa seolah-olah perjuangan komunis dijulang walaupun sehingga kini kumpulan itu dianggap sebagai pengganas. -Malaysia Gazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/08/15/projek-kereta-nasional-ketiga-tidak-pernah-wujud-semasa-pentadbiran-bn/
Projek Kereta nasional ketiga tidak pernah wujud semasa pentadbiran BN
[ "KUALA LUMPUR – Tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking untuk menyalahkan Datuk Seri Najib Razak berhubung pemilihan DreamEDGE bagi projek kereta nasional ketiga disifatkan cubaan paling gagal daripada menteri-menteri kerajaan sekarang.", "Bekas perdana menteri itu berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mahu melaksanakan projek kereta nasional ketiga yang digelar PROTIGA.", "Malah, bukan BN yang pilih syarikat itu untuk projek tersebut tetapi dilakukan oleh PH.", "“Ketiga, siapa panggil PH pilih syarikat ini untuk projek tersebut jika sudah tahu bahawa syarikat ini milik kerajaan dan setelah berjanji tak akan guna dana awam?", "“Korang yang nak projek PROTIGA. Korang dah awal-awal tahu syarikat itu milik kerajaan. Korang yang janji tak akan guna dana awam untuk projek ini.", "“Korang yang pilih syarikat untuk projek PROTIGA. Lepas itu, salah Najib?", "“Minta maaf. Tapi alasan Menteri ini untuk salahkan Najib adalah terlalu FAIL,” kata Najib yang mendakwa kerajaan PH terkantoi apabila syarikat yang mereka pilih didapati adalah milik kerajaan dengan saham biasa 10 peratus.", "Belum masuk lagi sejumlah saham dalam bentuk Saham Keutamaan Boleh Ubah Boleh Tebus (RCPS) yang boleh ditukar menjadi saham biasa dan akan meningkatkan kepentingan kerajaan sehingga tahap 53 peratus.", "“Apabila kantoi, Menteri ini cuba salahkan Najib. Adoi. Gagalnya,” ujar beliau. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/05/18/jadikan-basuh-tangan-sebagai-satu-budaya/
Jadikan basuh tangan sebagai satu budaya
[ "KEBERSIHAN tangan merupakan perkara yang bersifat kritikal bagi mencegah penyakit penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bacteria, virus mahu pun fungus.", "Penyelidikan University of Pittsburgh, Amerika Syarikat mendapati kuman yang biasanya terdapat pada najis telah ‘mencemarkan’ 10 peratus kad kredit, 14 peratus wang kertas dan 16 peratus telefon bimbit seseorang.", "Jururawat Kawalan Jangkitan Hospital Pakar KPJ Perlis, Zamzila Mahat berkata, amalan mencuci tangan yang betul adalah perkara yang paling mudah dapat dilakukan bagi mengurangkan risiko jangkitan penyakit dalam kalangan semua peringkat umur.", "“Hakikatnya, tangan kita mungkin kelihatan bersih tetapi tidak bermakna ia bebas dari mikrooganisme yang berbahaya. Membasuh tangan dengan sabun dan air adalah merupakan cara yang paling terbaik bagi menyingkirkan kotoran, bakteria atau virus daripada permukaan kulit.", "“Malah tangan yang bersih dapat mengelakkan penyebaran mikro organisma individu kepada individu yang lain. Sebaiknya, budaya membasuh tangan hendaklah dipraktikkan dari awal lagi terutamanya dikalangan kanak-kanak.", "Dalam pada itu, Zamzila berkata, kanak-kanak sebenarnya lebih mudah terdedah penyakit berjangkit kerana kurang berhati-hati ketika menggosok mata atau mengesat hidung selepas menyentuh benda atau individu lain.", "“Mereka perlu dididik mengenai kepentingan membasuh tangan yang betul terutama sebelum makan dan selepas penggunaan tandas.", "“Amalan ini amat penting di setiap tempat terutamanya di pusat jagaan kanak-kanak kerana kanak-kanak mudah terdedah kepada penyakit berjangkit yang mana merebak semasa bergaul sesama mereka,” ujarnya.", "Zamzila berkata, walaupun seseorang itu sihat mereka perlu terus mengamalkan amalan membasuh tangan dengan cara yang betul bagi mengelakkan sebarang jangkitan penyakit kerana kuman sentiasa berada dimana-mana.", "Info", "Enam langkah membasuh tangan dengan cara yang betul menggunakan sabun dan air.", "– Gosok tapak tangan", "– Gosok setiap jari dan celah-celah jari", "– Gosok kuku di tapak tangan", "– Gosok belakang tangan", "– Bilas dengan air bersih yang mencukupi dengan sempurna", "– Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang kering dan bersih", "Waktu perlu mencuci tangan?", "– Sebelum, semasa dan selepas menyediakan makanan", "– Sebelum makan", "– Sebelum dan selepas merawat seseorang di rumah yang sakit dengan muntah atau cirit-birit", "– Sebelum dan selepas merawat luka", "– Selepas menggunakan tandas", "– Selepas menukar lampin atau membersihkan anak menggunakan tandas", "– Selepas menyentuh haiwan, makanan haiwan atau sisa haiwan\n– Selepas mengendalikan makanan haiwan atau makanan haiwan peliharaan", "– Selepas menyentuh sampah", "– Sekiranya tangan anda kelihatan kotor atau berminyak", "– Selepas menghembus hingus, batuk atau bersin", "– Selepas mengendalikan bahan yang beracun dan berbahaya. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/05/24/mangsa-serangan-agen-saraf-berharap-kembali-ke-rusia/
Mangsa serangan agen saraf berharap kembali ke Rusia
[ "LONDON – Anak perempuan bekas pengintip bekas Rusia yang diserang dengan agen saraf di Salisbury bersyukur kerana masih hidup selepas serangan itu.", "Yulia Skripal dan bapanya, Sergei, diserang dengan agen saraf Novichok di bandar itu pada 4 Mac lalu.", "Beliau yang muncul buat kali pertama dalam rakaman video selepas diserang berkata, kehidupannya tunggang-langgang selepas kejadian itu namun berharap dapat kembali ke Rusia pada masa depan.", "Bapanya, Sergei Skripal telah keluar hospital pada awal bulan ini.", "Yulis dirawat selama enam minggu di Hospital Daerah Salisbury dan dibenarkan keluar hospital selepas keadaannya semakin baik tetapi masih dalam rawatan.", "“Selepas 20 hari koma, saya bangun dengan dimaklumkan kami mungkin telah diracun. Saya masih sukar untuk menerima hakikat diserang dengan sedemikian rupa,” katanya dalam rakaman video itu.", "Yulia berterima kasih dengan tawaran bantuan oleh kedutaan Rusia tetapi beliau dan bapanya masih belum bersedia untuk menerimanya.", "Dia juga mengucapkan terima kasih kepada kakitangan hospital yang merawatnya dengan baik..", "“Kami sangat bernasib baik kerana kedua-duanya terselamat daripada cubaan pembunuhan ini.", "“Saya tidak mahu menerangkan butiran, tetapi rawatan klinikal adalah menyakitkan dan memberi tekanan,” tambah Yulis. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/02/13/polis-tunggu-arahan-tpr-kes-hadi-awang-menghasut/
Polis tunggu arahan TPR kes Hadi Awang menghasut
[ "KUALA LUMPUR – Polis Masih menunggu arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung siasatan membabitkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) di Pahang pada tahun lalu.", "Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya telah melengkapkan siasatan dan kertas siasatan telah diserahkan untuk tindakan lanjut TPR pada tahun lepas.", "“Kita sudah kemukakan kertas siasatan kes berkenaan kepada TPR pada tahun lepas dan masih menunggu arahan lanjut daripada TPR dalam perkara ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.", "Pada 5 Disember lalu, Abdul Hadi hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul susulan laporan polis yang dibuat ke atas beliau oleh Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng pada 10 November 2022.", "Dalam laporan itu, Abdul Hadi didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah mengaitkan fahaman komunis dengan PH semasa berceramah di Temerloh, Pahang.", "Dalam pada itu, ditanya tentang siasatan mengenai bantahan aman di hadapan kedutaan Belanda dan Sweden 27 Januari lalu berikutan tindakan membakar al-Quran di luar negara, Azmi berkata, kertas siasatan akan dikemukakan kepada TPR pada Rabu ini.", "“Kita sedang dalam proses untuk melengkapkan kertas siasatan itu dan setakat ini seramai 14 individu telah dipanggil dan selesai diambil percakapan bagi membantu siasatan,” katanya.", "Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, polis mengesan dua perhimpunan membantah pembakaran Al-Quran telah diadakan oleh beberapa gabungan badan bukan kerajaan (NGO) di hadapan Kedutaan Belanda dan Sweden selepas solat Jumaat.", "Pemerhatian polis mendapati kira-kira 80 orang telah menyertai perhimpunan itu yang diadakan di hadapan Kedutaan Belanda dan hampir 400 orang menyertai perhimpunan di hadapan Kedutaan Sweden sebagai bantahan terhadap tindakan biadap ahli politik negara berkenaan yang membakar al-Quran.", "Pemimpin kumpulan sayap kanan Belanda, Patriotik Eropah Menentang Islamisasi Barat (PEGIDA), Edwin Wagensveld dilaporkan telah memusnahkan naskhah al-Quran sebelum membakarnya bulan lepas beberapa hari selepas kejadian sama di Sweden oleh pemimpin parti politik sayap kanan, Denmark Hard Lineketika Rasmus Paludan, ketika bantahan terhadap Turki pada 21 Januari lalu.", "Paludan bersama kira-kira 100 orang yang berhimpun berbuat demikian selepas Turkiye dilaporkan membantah keanggotaan penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/01/08/jadual-perlawanan-piala-fa/
Jadual perlawanan Piala FA
[ "Keputusan undian Piala FA:-", "Swansea lawan Gillingham", "AFC Wimbledon lawan West Ham", "Shrewsbury atau Stoke lawan Wolves", "Millwall lawan Everton", "Brighton lawan West Brom", "Bristol City lawan Bolton", "Accrington lawan Derby atau Southampton", "Doncaster lawan Oldham", "Chelsea lawan Sheffield Wednesday atau Luton", "Newcastle atau Blackburn lawan Watford", "Middlesbrough lawan Newport", "Manchester City lawan Burnley", "Barnet lawan Brentford", "Portsmouth lawan QPR", "Arsenal lawan Manchester United", "Crystal Palace lawan Tottenham" ]
https://malaysiagazette.com/2023/02/13/selamatkah-penggunaan-ai-dalam-akademik/
Selamatkah penggunaan AI dalam akademik?
[ " ", "ALTERNATIF kepada masalah praktikal manusia hari ini adalah dengan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan atau yang lebih canggih disebut sebagai artificial intelligence (AI). Secara umumnya, kecerdasan buatan adalah kemampuan untuk menilai, mensintesis dan membuat kesimpulan pintar sebagaimana tahap kepintaran manusia. Perkembangan semasa dan inovasi terkini telah menjadikan dunia hari ini seolah-olah berlari dengan sangat\npantas.", "Dijangkakan teknologi baharu berasaskan kecerdasan buatan akan mewarnai dunia pad masa hadapan. Jelas, permintaan ini dipacu oleh kecenderungan manusia pada hari ini untuk mencari solusi yang lebih pantas dan efisien bagi setiap aktiviti harian. Justeru, tidak dapat dinafikan bahawa teknologi kecerdasan buatan ini juga sangat popular dan memberikan pengaruh yang sangat signifikan dalam dunia akademik hari ini.", "Pelbagai tugasan dan kerja-kerja akademik pelajar dan tenaga pengajar akan menjadi lebih mudah dan lebih menarik dengan bantuan kecerdasan buatan ini.\nSebagai contoh, hari ini terdapat lambakan aplikasi kecerdasan buatan yang memberikan fokus kepada pembangunan aplikasi penjanaan teks. Keghairahan serta keterujaan terhadap penggunaan aplikasi kecerdasan buatan ini telah menimbulkan pelbagai polemik dalam kalangan ahli akademik.", "Terdapat kritikan yang menyeru agar pembangun aplikasi kecerdasan buatan ini mengambil langkah-langkah yang bersesuaian sebagai usaha mengurangkan kesan negatifnya kepada dunia akademik. Di Amerika, terdapat institusi pendidikan yang telah mengharamkan aplikasi kecerdasan buatan seperti ChatGPT dalam rangkaian dan peranti dalaman mereka. Ini disebabkan oleh kebimbangan terhadap kesan buruknya kepada sistem pembelajaran pelajar.", "Tambahan pula, ia juga akan memberikan kesan yang sangat kritikal berkaitan dengan ketepatan kandungan yang dihasilkan oleh aplikasi berkenaan. Selain itu, terdapat juga universiti tempatan dalam negara yang telah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mengekang kesan negatif yang bakal diterima. Alasan utamanya adalah kerana aplikasi kecerdasan buatan ini akan menjadikan seseorang itu amat mudah untuk menjalankan perbincangan atau perkongsian dengan jawapan berpandukan kepada jawapan yang meragukan dan kurang tepat.", "Antara manfaat aplikasi kecerdasan buatan ini kepada ahli akademik adalah, aplikasi ini secara umumnya tersedia pada bila-bila masa tanpa had untuk melaksanakan tugasan. Ini kerana aplikasi ini boleh berfungsi sepanjang masa tanpa gangguan dan memerlukan masa yang khusus untuk berehat.", "Selain itu, ralat dalam operasi manual juga akan dapat dikurangkan dan ditambah baik. Ciri-ciri kecerdasan buatan mampu membuat keputusan berdasarkan kepada analisa maklumat yang telah dikumpul dalam proses sebelumnya dengan menggunakan set algoritma tertentu.", "Dunia akademik juga tidak terkecuali dalam berhadapan aktiviti dan tugasan seharian yang berlaku secara berulang-ulang. Contohnya, segala persoalan pelajar yang berulang-ulang akan dapat dijawab dengan pantas. Selain itu, ia juga sangat membantu dalam membuat keputusan dan menghasilkan tindakan dengan lebih cepat seperti yang telah diprogramkan khusus untuk aktiviti melibatkan akademik.", "Sudah pasti, evolusi aplikasi kecerdasan buatan ini akan terus berkembang maju dan tentunya akan menghasilkan lebih banyak inovasi-inovasi baharu yang akan dapat dimanfaatkan oleh akademia. Lambakan aplikasi kecerdasan buatan ini memerlukan para akademia menjadi lebih kreatif dalam menyiapkan tugasan dengan pantas berdasarkan kepada maklumat yang tepat dan sahih. Jelas, kecerdasan buatan ini juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri.", "Antaranya adalah para akademia menjadi semakin malas dalam tugasan dan aktiviti harian mereka akibat ketagihan dan kebergantungan kepada kecerdasan buatan. Sudah pasti universiti akan menghasilkan generasi akademik yang berbeza berbanding sebelumnya. Sudah tentu ia akan mendatangkan masalah baharu kepada generasi ini. Kebergantungan kepada kecerdasan buatan yang berlebihan akan merencatkan kemahiran penyelesaian masalah di luar kotak. Ini kerana aplikasi kecerdasan buatan hanya bertindak berdasarkan kepada tugas-tugas yang telah diprogramkan.", "Jelas, kecekapan buatan merupakan sistem yang sangat kompleks dan memerlukan kos yang sangat besar. Kebanyakan aplikasi kecerdasan buatan yang tersedia secara percuma sangat mudah diperolehi ketika ini. Situasi ini mungkin akan berubah pada masa hadapan di mana pihak pelabur akan cuba untuk mendapatkan semula kos yang telah dikeluarkan dalam membangukan aplikasi kecerdasan buatan berkenaan.", "Rumusannya, aplikasi kecerdasan buatan telah banyak memberikan bermanfaat yang besar kepada kehidupan manusia hari ini khusus dalam dunia akademik. Sudah pasti dunia akademik akan berubah secara drastik dan tidak seperti dahulu lagi. Kebergantungan terhadap aplikasi kecerdasan buatan dalam dunia akademik memerlukan suatu mekanisma yang khusus dalam mengawal atau menyelia penggunaannya. Manfaatkanlah aplikasi kecerdasan buatan yang tersedia dengan bijak dan penuh hikmah.", "Waspada agar jangan sampai empati hilang dalam melaksanakan tugasan dan aktiviti akademik. Semoga teknologi kecerdasan buatan yang ada hari ini tidak menjadi penyebab utama kepada kemusnahan tamadun manusia dan bermulanya era penghambaan tamadun di masa hadapan.", "Sr Dr. Irwan Mohammad Ali\nKoordinator Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni,\nPejabat Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak" ]
https://malaysiagazette.com/2021/04/05/jadi-mangsa-ragut-dalam-kedai-runcit/
Jadi mangsa ragut dalam kedai runcit
[ "KAJANG – Malang tak berbau bagi seorang suri rumah yang singgah di sebuah kedai runcit untuk membeli barang keperluan apabila menjadi mangsa ragut di Kampung Rinching Hilir, dekat sini, hari ini.", "Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian jam 2 petang itu, seorang suspek lelaki yang menghampiri mangsa, 22, dan bergelutnya sebelum rantai tangannya direntap.", "Katanya, suspek berjaya melarikan diri dengan motosikal yang diletakkan di tepi kedai tersebut.", "“Mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan ekoran bergelut dengan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Menurut Mohd Zaid, kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Keksyen 392 Kanun Keseksaan.", "Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun, dikenakan denda atau sebat, ujarnya.", "Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohd Radzee Jamudi, di talian 019-6655811.", "Terdahulu rakaman video berdurasi 40 saat berkaitan insiden itu tular dalam media sosial dan WhatsApp.", "Rakaman itu memaparkan suspek bertopi keledar merah meragut mangsa yang sedang membeli barang di dalam kedai runcit tersebut. – MalaysiaGazette", "Video Berkaitan" ]
https://malaysiagazette.com/2022/02/28/penuntut-universiti-didenda-rm4000-buat-hantaran-jelik-hina-agong-pdrm/
Penuntut universiti didenda RM4,000 buat hantaran jelik hina agong, PDRM
[ "KUALA LUMPUR – Seorang penuntut jurusan sains komputer di sebuah universiti didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membuat dan menghantar komunikasi jelik berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di laman Twitter, tahun lepas.", "Hakim M. M. Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Nur Azira Azman, 22, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.", "Mahkamah turut memerintahkan OKS menjalani hukuman penjara enam bulan, sekiranya dia gagal membayar denda itu. Dia membayar denda itu.", "Nur Azira didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi itu menggunakan aplikasi Twitter @nuraziraazmann dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, pada 2.59 pagi, 20 April 2021.", "Hantaran itu kemudian telah dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada 1.30 petang, pada hari yang sama.", "Pertuduhan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.", "Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada OKS.", "Bagaimanapun, peguam Mahajoth Singh yang mewakili Nur Azira memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana anak guamnya telah memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan selain menyesal atas perbuatannya itu. – Bernama" ]
https://malaysiagazette.com/2017/04/29/akhirnya-panggung-wayang-dibuka-di-arab-saudi/
Akhirnya panggung wayang dibuka di Arab Saudi
[ "RIYADH – Kerajaan Arab Saudi berhasrat untuk membuka panggung wayang dan sebuah pusat teater bertaraf dunia yang dikatakan 99 peratus setaraf di New York dan London dalam usaha untuk “menyelamatkan” suku daripada AS$20 bilion yang dibelanjakan rakyatnya di luar negara untuk menonton pertunjukan dan melawat taman tema di Dubai atau negara-negara lain.", "Dalam temubual dengan Reuters, Pengerusi Lembaga Hiburan Awamnya, Ahmed Al-Khatib berkata, pihak konservatif pastinya akan mengkritik reformasi tersebut namun mereka perlu belajar daripada rakyat Arab Saudi yang kebanyakannya berusia di bawah 30 tahun yang mahukan perubahan.", "“Selepas beberapa dekad menjalani budaya konservatif, perubahan seperti pastinya tidak mudah dan pantas,” katanya.", "Arab Saudi pernah memiliki panggung wayang pada sekitar 1970an tetapi pihak berkuasa menasihatkan supaya ianya ditutup sekali gus mencerminkan peningkatan kesedaran agama di seluruh tanah Arab pada waktu tersebut.", "Setakat ini, konsert-konsert telah mula diadakan tahun ini namun panggung wayang masih diharamkan.", "Timbalan Putera Mahkota, Muhammed Salman pernah berkata, beliau mensasarkan untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan mengubah gaya hidup di bawah tempurung masyarakat Arab kepada gaya hidup yang lebih terbuka.", "“Kami yakin akan memenangi hujah ini. Ada rakyat Arab yang liberal ada yang konservatif tetapi majoriti adalah sederhana.", "“Mereka pergi melancong, menonton konsert dan saya mengambil kira segmen pertengahan yang merangkumi 80 peratus populasi,” katanya sambil menambah golongan konservatif yang tidak mahu terlibat boleh duduk di rumah sahaja.", "Pelan hiburan secara amnya didokong oleh ekonomi. ", "Dengan harga minyak yang rendah, pihak berkuasa memulakan program reformasi untuk mempelbagaikan ekonomi mereka selain membuka sektor-sektor baharu untuk menggaji golongan muda.", "Pihak kerajaan telah melantik Boston Consulting Group untuk mengenal pasti lokasi-lokasi untuk dibangunkan taman dan pusat teater dalam projek yang dibiayai swasta dan kerajaan.", "Menurut Khateeb, aktiviti hiburan telah membuka 20,000 pekerjaan setakat ini walaupun hanya dimulakan sejak tujuh bulan lalu dan dijangka boleh melebihi sasaran yang ditetapkan pada akhir tahun lepas di dalam Wawasan 2030.", "Beliau menjangkakan Arab Saudi akan membelanjakan tiga kali ganda dalam hiburan kepada lapan atau sembilan peratus pada 2030.-MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2023/03/15/bernas-setuju-laksana-obligasi-sosial-tanpa-terima-geran-kerajaan-foong-hin/
BERNAS setuju laksana obligasi sosial tanpa terima geran kerajaan – Foong Hin
[ "KUALA LUMPUR – Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) sebagai pengimport utama beras negara perlu melaksanakan 10 obligasi sosial tanpa menerima sebarang geran daripada kerajaan.", "Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, kerajaan tidak boleh membatalkan sebarang kontrak pengimportan beras ke negara ini secara unilateral kerana perlu mengambil kira obligasi sosial yang dipersetujui dengan BERNAS.", "Obligasi itu antaranya ialah mengurus stok penimbal beras negara, mengekalkan peranan sebagai pembeli padi terakhir pada harga minima dan mengurus pembayaran subsidi harga padi serta skim pengilang, pemborong bumiputera dan koperasi petani.", "Selain itu, BERNAS juga harus memperuntukkan dana bagi pembekalan jentera dan mekanisasi padi, membangunkan sawah berskala besar dan menyediakan peruntukan bagi beberapa program termasuk pembangunan stok penimbal benih padi, bantuan tabung bencana tanaman padi dan sistem maklumat padi dan beras.", "“Kos yang perlu ditanggung BERNAS untuk menyambung pelaksanaan obligasi ini secara langsung atau tidak langsung ialah sebanyak RM3.22 bilion dan daripada jumlah itu, RM1.85 bilion membabitkan petani, manakala RM1.37 bilion kepada industri dan pengguna.", "Sebelum ini, beberapa pihak mempertikaikan perlanjutan tempoh konsesi BERNAS sebagai pengimport tunggal beras di negara ini namun kerajaan menegaskan, ia suatu yang tepat bagi memastikan bekalan bahan makanan berkenaan dalam keadaan stabil dan terkawal.", "Sementara itu, peruntukan berjumlah RM3.7 bilion bagi kementerian itu dalam Belanjawan 2023 lulus di peringkat jawatankuasa melalui undian suara majoriti selepas dibahas 21 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/09/24/majikan-bayar-20-levi-pekerja-asing-berkemahiran/
Majikan bayar 20% levi pekerja asing berkemahiran
[ "KUALA LUMPUR – Majikan Malaysia hanya perlu membayar 20 peratus daripada RM10,000 levi tahunan pekerja asing yang telah lebih 10 tahun bekerja.", "Bagaimanapun, polisi itu bagi pekerja asing berkemahiran sahaja dan memohon untuk permit tambahan sehingga tiga tahun lagi.", "Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibuat selepas banyak aduan.", "“Jadi kami memutuskan untuk mengenakan perkongsian 80-20, yang mana 20 peratus oleh majikan dan 80 peratus pekerja,” katanya ketika berucap di Persidangan Tahunan Pemaju Hartanah di sini.", "Dengan itu, pemaju diharap dapat mengambil pekerja mahir dan melaksanakan latihan bagi meningkatkan kemahiran pekerja-pekerja supaya dapat mengurangkan kos pemaju.", "Pada masa ini, majikan membayar levi sebanyak RM10,000 setahun bagi setiap pekerja asing. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2018/01/05/luiz-batshuayi-boleh-pergi-conte/
Luiz, Batshuayi boleh pergi – Conte
[ "LONDON – Antonie Conte sedia menjual David Luiz dan Michy Batshuayi pada bulan ini jika Chelsea boleh mendapatkan pengganti yang sesuai.", "Menurut The Times, Conte telah memaklumkan pengarah Blues, Marina Granovskaia bahawa dia tiada masalah melepaskan Luiz dan Batshuayi dengan hati terbuka.", "Namun pengendali dari Itali itu telah menyerahkan senarai sasaran untuk jendela perpindahan kali ini.", "Sebelum ini, Conte secara terbuka menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap urusan perpindahan Chelsea pada musim panas lepas kerana kelab itu gagal mendapatkan beberapa sasaran utamanya termasuk Romelu Lukaku, Alex Sandro dan Ross Barkley.", "Bekas pengurus Itali itu mahukan pemain tengah, bek kiri dan penyerang baharu di Stamford Bridge bulan ini, dengan pasukan itu sekarang bergelut untuk mengejar pendahulu liga, Manchester City.", "Dalam pada itu, pemain pertahanan Brazil, Luiz pernah bertengkar dengan Conte selepas kekalahan Liga Juara-Juara ke atas Roma pada Oktober lalu dan dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal dan Real Madrid beberapa minggu lalu.", "Batshuayi pula menyertai Chelsea pada nilai £33 juta musim panas 2016 tetapi Conte tidak meletakkan kepercayaan terhadap pemain Belgium itu dengan menyenaraikan dirinya dalam senarai utama skuad Liga Perdana Inggeris hanya dua kali. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2021/06/27/nicolas-kini-dalam-radar-manchester-united/
Nicolas kini dalam radar Manchester United
[ "LONDON- Bintang tengah River Plate, Nicolas De La Cruz kini berada dalam radar Manchester United untuk potensi perpindahan ke Old Trafford dalam jendela perpindahan semasa.", "Nicolas berjaya menempatkan diri sebagai bintang utama dalam skuad kebangsaan Uruguay bersama penyerang Red Devils, Edinson Cavani.", "Laporan di Uruguay mendakwa pemain muda berusia 24 tahun itu telah menyinar untuk kelab Argentina dan telah beraksi dalam kesemua aksi antarabangsa bersama Uruguay termasuk kemenangan 2-0 ke ats Bolivia dalam kejohanan Piala Copa America.", "Persembahan Nicolas telah menarik tumpuan beberapa kelab elit Eropah dan Man United antara lima kelab gergasi yang bersedia mengemukakan tawaran lumayan untuk merembat khidmat pemain prolifik Amerika Selatan itu.", "Dia mempunyai klausa yuran bernilai antara £13.7 juta dan £17.2 juta dan akan menjadi jualan terbesar dalam sejarah kelab itu.", "Walaupun pengurus kelab itu Marcelo Gallardo tidak sanggup kehilangan pemain itu namun terpaksa akur dengan situasi semasa dan bersedia menerima tawaran dari kelab yang berminat untuk khidmat pemain itu.", "Kelab Serie A Itali, Fiorentina yang sudah memiliki sejumlah besar pemain Amerika Selatan juga memantau rapat perkembangan pemain tersebut.- MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2019/02/17/wan-azizah-akan-temui-mujahid-bincang-isu-subsidi-jemaah-haji/
Wan Azizah akan temui Mujahid bincang isu subsidi jemaah haji
[ "KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau akan mendapatkan perincian daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof bagi membincangkan isu subsidi jemaah rayuan dan jemaah pengiring mahram haji.", "Timbalan Perdana Menteri berkata perkara itu akan diteliti setelah beliau mendapat penjelasan daripada menteri berkenaan.", "“Itulah, saya nak teliti, sebab saya belum lagi dapat perincian. Saya nak dapatkan (perincian) dahulu daripada menteri agama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir pada Majlis Rumah Terbuka sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Wangsa Maju di sini hari ini.", "Sebelum ini, tular satu kenyataan yang mendakwa bahawa individu yang merayu atau pengiring mahram ke Tanah Suci tidak layak mendapat subsidi haji seperti sebelum ini sebagaimana satu jawapan di Facebook Lembaga Tabung Haji (TH).", "Semalam, Mujahid berkata kerajaan tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung penghapusan subsidi kos mengerjakan haji bagi bakal jemaah yang pergi atas tiket rayuan atau sebagai pengiring mahram.", "Sebaliknya, kata beliau, perkara itu adalah atas budi bicara TH yang akan membuat pertimbangan berdasarkan kemampuan individu terbabit.", "Sebelum itu, semasa berucap pada majlis tersebut, Dr Wan Azizah berkata kadar inflasi yang dicatatkan 1.0 peratus membuktikan kerajaan Pakatan Harapan dapat menjana semula ekonomi negara.", "“Kadar inflasi pada tahun lepas hanya 1.0 peratus dan ini merupakan kadar yang paling rendah sejak tahun 2009. Ini jauh lebih rendah daripada 3.7 peratus yang dicatat pada 2017.", "“Ini adalah satu usaha yang berterusan tetapi langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam sembilan bulan ini telah mula menunjukkan hasil,” katanya.", "Dr Wan Azizah berkata kerajaan turut menghadapi banyak kekangan ketika mengambil alih negara berikutan masalah hutang negara.", "“Kita mahukan negara kita maju, kaya dan kita nak rakyat hidup selesa dengan kualiti hidup yang lebih baik,” katanya.", "— BERNAMA", "Artikel berkaitan:", "Subsidi haji rayuan pertama dan pengiring ikut budi bicara – Mujahid", "Keputusan rayuan pemohon haji belum dimuktamadkan, harap bersabar", "Buanglah minda subsidi, kalau naik haji maknanya mampu" ]
https://malaysiagazette.com/2019/12/17/imran-ada-sebab-sendiri-tidak-dapat-hadir-sidang-kemuncak-kl-dr-mahathir/
Imran ada sebab sendiri tidak dapat hadir Sidang Kemuncak KL – Dr Mahathir
[ "KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini percaya rakan sejawatnya dari Pakistan, Imran Khan mempunyai sebab tersendiri kenapa beliau tidak dapat menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) 2019.", "“Itu pilihan dia. Kita tidak boleh paksa. Tiada paksaan dalam Islam. Dia tidak boleh datang, mungkin ada masalah lain,” katanya kepada wartawan selepas membuat tinjauan persiapan Sidang Kemuncak KL yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.", "Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini mengesahkan Imran tidak dapat menghadiri Sidang Kemuncak KL 2019 yang akan berlangsung di sini mulai esok sehingga Sabtu.", "— BERNAMA" ]
https://malaysiagazette.com/2023/07/02/remaja-hilang-di-golden-ears-park-sudah-ditemui/
Remaja hilang di Golden Ears Park sudah ditemui
[ "OTTAWA – Seorang remaja Kanada telah ditemui selepas dia hilang lebih 50 jam di hutan belantara Golden Ears Park.", "Esther Wang, 16, hilang selepas dia terpisah daripada kumpulan pendaki di kawasan seluas  555 kilometer persegi (214 batu persegi) di British Columbia.", "Pihak berkuasa melancarkan pencarian besar-besaran 54 jam termasuk menggunakan sebuah helikopter, dron dan 16 pasukan pencari.", "Tetapi remaja itu muncul tanpa cedera dari jejaknya sendiri pada hari Jumaat.", "Polis berkata, Wang kini sudah bersama keluarganya.", "“Dia sihat, dia gembira, dia bersama keluarga,” kata Polis Diraja Kanada dalam satu kenyataan.", "Supritendan Wendy Mehat berkata, keluarga Wang telah melahirkan ucapan terima kasih kepada pasukan pencari dan penyelamat.", "Wang muncul dari kawasan belukar East Canyon, lokasi dia mula disedari hilang sekitar jam 7.30 waktu tempatan pada hari Jumaat.", "Setakat ini pihak polis tidak mengetahui bagaimana dia boleh terpisah dengan kumpulannya.", "Media tempatan melaporkan kumpulan itu meninggalkan tempat peninjauan sekitar 2.45 petang pada hari Selasa, dan menyedari Wang tidak bersama mereka sekitar 15 minit kemudian.", "Ketua kumpulan kembali ke tempat peninjau tetapi tidak menjumpainya, lantas menghubungi pasukan keselamatan.", "Pencarian dilancarkan tidak lama kemudian.", "Wang yang ditemui tidak mengalami keecederaan kecuali ada kesan gigitan nyamuk. – Agensi" ]
https://malaysiagazette.com/2022/07/21/14-syarikat-terima-anugerah-hqc-global-brand-awards/
14 syarikat terima Anugerah HQC Global Brand Awards
[ "KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 buah syarikat  dinobatkan sebagai penerima Anugerah HQC Global Brand Awards 2022/2023 di sini baru-baru ini.", "Anugerah diadakan sempena Pameran Runcit dan Francais Antarabangsa Malaysia 2022 (MIRF 2022) terbesar di negara ini dan menampilkan 400 pempamer tempatan serta luar negara dengan jualan berfokus industri peruncitan dan francais bermula dari 14 hingga 16 Julai 2022.", "Pengerusi Panel Jawatankuasa Penganjur, HQC Global Brand Awards (HGBA), Datuk Khairul Shahril Hamzah berkata, pengiktirafan tersebut bertujuan membantu meningkatkan kredibiliti syarikat dan jenama terus berkembang selepas hampir dua tahun berhadapan pandemik Covid-19.", "“Sejak tiga bulan lalu negara sudah memasuki fasa peralihan ke endemik dan peluang menyertai pameran ini sebaiknya digunakan para usahawan untuk terus mengembangkan perniagaan masing-masing ke peringkat global.", "“Pengiktirafan disampaikan pada hari ini sebagai tanda menyokong pembangunan syarikat khususnya terlibat di dalam industri peruncitan dan francais dengan menjadikan pameran MIRF 2022 sebagai satu platform untuk terus berdaya maju kerana mereka telah mempunyai rekod prestasi yang cemerlang.", "“Sokongan penyertaan 10 buah negara luar termasuk Korea Selatan, Singapura, Taiwan, India, Pakistan, Jepun, Cyprus dan Filipina adalah bukti sempadan perdagangan kini sudah terbuka. Pameran MIRF 2022 mensasarkan transaksi jualan sebanyak RM90 juta yang melibatkan kehadiran pengunjung seramai 15,000 orang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Pada majlis itu, Pengerusi Biro Korporat Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin telah menyampaikan ucaptama dan menyampaikan anugerah kepada para penerima anugerah.", "Turut hadir menyampaikan anugerah tersebut ialah Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya yang merupakan bekas Timbalan Menteri Kesihatan.", "Antara penerima anugerah ialah HL Restaurant and Café, JV Food Culture (Haruka Bakery), Mama Global International Sdn Bhd dan Madam Grace Kitchen.", "Sementara itu, Khairul menambah, HQC Global Brand Awards merupakan anugerah khas untuk menghargai pencapaian syarikat-syarikat pelanggan HQC Commerce Sdn. Bhd. (HQC).", "Beliau berkata, HQC merupakan rakan strategik kepada akademi halal antarabangsa Malaysia yang bernaung di bawah Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM).", "Jelasnya, lebih 1, 000 buah syarikat telah dibantu dalam perkhidmatan rundingan dan latihan pembangunan berkaitan pensijilan halal.", "“Selain itu HQC turut memberikan khidmat runding cara berkaitan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Good Manufacturing Practise (GMP) dan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP).", "“Sebanyak lapan jenis anugerah pengiktirafan telah disampaikan kepada syarikat antaranya Halal Excellence Brand, Halal Emerging Brand, Halal Quality Health Brands, Halal Honesty and Trusted Enterprises.", "“Antara kriteria utama  bagi penerima pencalonan anugerah ini merupakan pemegang sijil halal yang sah dan diiktiraf oleh JAKIM, mempunyai rekod perniagaan yang baik tanpa sebarang isu berkaitan halal dan mempunyai tadbir urus perniagaan yang baik,” katanya.", "Pada pameran kali ini, buat julung kalinya HQC turut menyediakan HQC Halfex Pavillion untuk memberi peluang penerima anugerah mempamer produk jualan masing-masing. HQC Halflex Pavilion ini merupakan pengenalan kepada penganjuran Halal Food Exhibition (HALFEX) yang akan diadakan pada tahun hadapan.", "Khairul memaklumkan HQC bekerjasama dengan Alliance Islamic Bank yang membolehkan para penerima anugerah menyertai program #sapotlokal yang menyediakan hebahan secara percuma produk dan perkhidmatan kepada dua juta pelanggan bank terbabit.", "Pada majlis sama turut berlangsung dua majlis pemeteraian memorandum persefahaman antara Dewan Perdagangan Islam Malaysia dan World Integrated Supply Ecosystem Sdn Bhd khusus untuk usahawan menerokai pasaran eksport dan import produk-produk halal manakala persefahaman yang kedua dimeterai antara HQC dengan e-commerce YOLO yang merupakan platforrm jualan dalam talian. – MalaysiaGazette" ]
https://malaysiagazette.com/2020/06/06/as-benarkan-syarikat-penerbangan-china-terbang-2-kali-seminggu/
AS benarkan syarikat penerbangan China terbang 2 kali seminggu
[ "WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) akan membenarkan syarikat penerbangan penumpang China melakukan penerbangan sebanyak dua kali seminggu selepas Beijing berkata ia akan melonggarkan sekatan berkaitan koronavirus dengan membenarkan lebih banyak syarikat penerbangan beroperasi, kata Jabatan Pengangkutan AS.", "Pada Rabu lalu, Presiden Donald Trump berkata, beliau merancang untuk menghalang semua syarikat penerbangan penumpang China daripada terbang ke AS bermula 16 Jun ini kerana Beijing menghalang syarikat penerbangan AS ketika penularan wabak Covid-19.", "Kajian semula arahan Jabatan Pengangkutan menyaksikan ia mengurangkan separuh daripada empat penerbangan pergi-balik seminggu yang diberikan kepada syarikat penerbangan China ke AS berkuatkuasa serta merta.", "Jabatan itu berkata, jika China mengambil langkah seterusnya ke atas syarikat penerbangan AS, ia telah ‘bersedia sepenuhnya terhadap tindakan tersebut’, lapor Reuters.", "Notis tersebut menambah, jabatan itu ‘bimbang dengan penetapan unilateral berterusan China mengenai terma pasaran pengangkutan udara penumpang berjadual China tanpa menghormati hak syarikat penerbangan AS’.", "Pengumuman China sepatutnya membenarkan syarikat penerbangan AS menyambung penerbangan sekali seminggu ke sebuah bandar pilihan mereka bermula Isnin, pecahan yang dibenarkani dalam perjanjian penerbangan AS-China.", "Had bilangan penerbangan yang dikuatkuasakan AS memberi kesan ke atas penerbangan pergi balik yang dikendalikan  Air China, China Eastern Airlines Corp, China Southern Airlines Co dan Xiamen Airlines Co..", "Tidak diketahui syarikat penerbangan mana yang akan dibenarkan terus beroperasi.", "Kini terdapat 152 penerbangan berjadual dari China ke AS pada Jun, termasuk 92 penerbangan United Airlines dan bakinya dikendalikan syarikat penerbangan China dan 2,118 penerbangan pada Julai ini, menurut data penerbangan yang disediakan Cirium.", "Pada Mei lalu, terdapat 84 penerbangan dari China ke AS, penurunan sebanyak 95 peratus berbanding bulan yang smaa 2019.", "Adalah tidak jelas jika syarikat penerbangan AS bersetuju untuk terbang hanya sekali seminggu ke China apabila mereka  mendapat kelulusan untuk melakukan dua atau tiga penerbangan sehari. – Agensi" ]
https://malaysiagazette.com/2021/06/09/muhyiddin-hadir-perjumpaan-khas-agong-pagi-ini/
Muhyiddin hadir perjumpaan khas Agong pagi ini
[ "KUALA LUMPUR – Beberapa pemimpin utama parti politik dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.", "Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara pemimpin utama parti politik mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang terawal tiba di Istana Negara, kira-kira jam 7.49 pagi ini.", "Sebelum ini, media melaporkan selepas Bersatu, YDPA dijangka bertemu pemimpin DAP dan PKR pada hari Khamis, dan seterusnya pemimpin Parti Pejuang Tanah Air dan UMNO pada Jumaat.", "Spekulasi dalam arena politik sedang bertiup kencang setelah Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, membuat satu hantaran di Twitternya yang membayangkan YDPA memberi perkenan menerima menghadap barisan pemimpin utama parti-parti politik.", "Namun menjadi kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap YDPA pada setiap Rabu untuk menghadiri mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara.", "Perjumpaan Perdana Menteri pada awal hari ini dipercayai ada kaitan dengan keadaan semasa negara, terutama isu penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan.", "Pada 11 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung pandemik Covid-19.", "Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat itu hingga 1 Ogos depan atau suatu tarikh lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.", "Susulan itu, Pejabat Perdana Menteri pada 9 Februari lalu, mengumumkan pelantikan 19 ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.", "Jawatankuasa yang ditubuhkan bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 itu berperanan menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya. – MalaysiaGazette" ]