title
stringlengths
21
216
body
stringlengths
306
8.07k
HUKUM MENGGUNAKAN BARANGAN YANG MEMPUNYAI LAMBANG AGAMA LAIN SEPERTI SALIB
HUKUM MENGGUNAKAN BARANGAN YANG MEMPUNYAI LAMBANG AGAMA LAIN SEPERTI SALIB Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-3/2014, pada  27 Ogos 2014Keputusan : Hukum Menggunakan Barangan Yang Mempunyai Lambang Agama Lain Seperti Salib adalah seperti berikut :Pemakaian lambang salib dan seumpamanya atau lambang agama selain Islam atau lambang-lambang yang bercanggah dengan syarak adalah Haram
HUKUM PEMAKAIAN INAI BERCORAK MENURUT SYARAK
HUKUM PEMAKAIAN INAI BERCORAK MENURUT SYARAK Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-3/2014, pada  27 Ogos 2014Keputusan : Hukum Pemakaian Inai Bercorak Menurut Syarak adalah seperti berikut :Hukum memakai inai bercorak menurut syarak adalah harus oleh kerana bagi wanita Islam untuk memakai inai sama ada yang bercorak atau sebaliknya pada anggota tubuh badannya termasuk tangan dan kaki serta lain-lain anggotaDilarang memakai inai bercorak atau mempunyai gambar dan lambang-lambang ajaran sesat, haiwan, kumpulan jahat, agama atau idealogi bukan Islam serta yang boleh merosakan aqidahDilarang lelaki Islam memakai inai kecuali dengan qadar yang sedikit di bahagian jari tangan untuk menzahirkan perkahwinan dan bagi tujuan perubatan
HUKUM MEMAKAN DAGING DAN TELUR BELANGKAS
HUKUM MEMAKAN DAGING DAN TELUR BELANGKAS Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-3/2014, pada  27 Ogos 2014Keputusan : Hukum Memakan Daging dan Telur Belangkas adalah seperti berikut :Mesyuarat bersetuju memutuskan hukum memakan daging dan telur belangkas adalah harus kerana ia adalah haiwan hidupan air yang hidup satu alam.
ISU PERKAHWINAN KANAK-KANAK
ISU PERKAHWINAN KANAK-KANAK Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2014, pada  14 November 2014Keputusan : Isu Perkahwinan Kanak-Kanak adalah seperti berikut : Mesyuarat bersetuju memutuskan, perkahwinan kanak-kanak bukan merupakan perkara yang wajib atau sunat. Tiada hadis yang menyatakan bahawa perkahwinan kanak-kanak itu dianjurkan. Perkahwinan pada zaman Rasulullah s.a.w. yang dilakukan oleh para sahabat lebih kepada menjaga kemaslahatan kanak-kanak. Ia termasuk dalam perkara harus tetapi hukumnya tertakluk kepada ketentuan Maqasid Syariah dan Qaedah Fiqhiyyah iaitu “Menjauhi Kerosakan” (Dar’ al-Mafasid) serta “Mengambil Maslahat” (Jalb al-Masalih).Sehubungan itu, berasaskan nas-nas Syarak dan Qaedah-Qaedah Fiqhiyyah serta keterangan pakar-pakar kesihatan dan psikologi, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perkahwinan kanak-kanak hanya boleh dibenarkan dengan syarat ia dilakukan semata-mata untuk memenuhi kemaslahatan kanak-kanak tersebut secara syar’ie.Mesyuarat juga bersetuju memutuskan supaya pihak-pihak berkuasa berkaitan memperketatkan syarat-syarat perkahwinan kanak-kanak dan memastikan pelaksanaannya dijalankan  mengikut
PERCUKAIAN MENURUT PANDANGAN ISLAM
PERCUKAIAN MENURUT PANDANGAN ISLAM Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2014, pada  14 November 2014Keputusan : Percukaian Menurut Pandangan Islam adalah seperti berikut :Mesyuarat bersetuju memutuskan Hukum kerajaan mengutip cukai daripada rakyat adalah Harus dengan syarat hasil cukai tersebut digunakan bagi tujuan kepentingan dan kebajikan rakyat. Kutipan cukai ini termasuk daripada keperluan Siasah Syariyah yang dilaksanakan oleh pemerintah.Hasil cukai yang dikutip daripada rakyat hendaklah tidak digunakan bagi tujuan yang haram dan pembaziran.
ANCAMAN ALIRAN BUKAN AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH TERHADAP PERPADUAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA
ANCAMAN ALIRAN BUKAN AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH TERHADAP PERPADUAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2014, pada  14 November 2014Keputusan : Ancaman Aliran Bukan Ahli Sunnah Wal-Jamaah Terhadap Perpaduan Malaysia adalah seperti berikut :Mesyuarat bersetuju memutuskan umat Islam di Pahang hanya dibenarkan mengikuti dan beramal dengan akidah berdasarkan pegangan As-Syairiyah Wal- Maturidiyyah dan feqah berdasarkan Mazhab Syafie.Amalan dan pegangan kepada fahaman Tauhid Rububiyah dan Al-Wahiyyah serta Asmaul Husna adalah tidak sesuai diamalkan di Negeri Pahang kerana ianya bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan pegangan As-Syairah Wal- Maturidiyyah.
HUKUM PEMINDAHAN DAN PENDERMAAN RAHIM
HUKUM PEMINDAHAN DAN PENDERMAAN RAHIM Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2014, pada  14 November 2014Keputusan : Hukum Pemindahan Dan Pendermaan Rahim adalah seperti berikut :Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa pendermaan dan pemindahan rahim semasa hidup adalah tidak diharuskan kerana ia memberikan mudarat kepada penderma. Keperluan bagi pendermaan rahim di Malaysia belum lagi sampai ke tahap darhurah.Manakala pendermaan rahim bagi yang telah meninggal dunia maka hukumnya adalah harus sebagaimana hukum berkaitan dengan pendermaan organ berdasarkan kepada hukum syarak
HUKUM AMALAN TOAST DALAM MAJLIS MAKAN BERADAT ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
HUKUM AMALAN TOAST DALAM MAJLIS MAKAN BERADAT ANGKATAN TENTERA MALAYSIA Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2014, pada  14 November 2014Keputusan : Hukum Amalan Toast Dalam Majlis Makan Beradat Angkatan Tentera Malaysia  adalah seperti berikut :Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa amalan tasyabuh berkaitan akidah adalah dilarang dan haram mengamalkannya. Manakala tasyabuh budaya yang tidak bertentangan dengan syarak adalah diharuskan
HUKUM PENGGUNAAN CORDYCEPS SINENSIS DALAM PEMBUATAN UBAT TRADISIONAL
HUKUM PENGGUNAAN CORDYCEPS SINENSIS DALAM PEMBUATAN UBAT TRADISIONAL Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2014, pada  14 November 2014Keputusan : Hukum Penggunaan Cordyceps Sinensis Dalam Pembuatan Ubat Tradisional adalah seperti berikut :Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum menggunakan Cordyceps Sinensis dalam pembuatan ubat tradisional adalah harus sama ada dihasilkan secara semula jadi atau melalui pembenihan dalam makmal, ini kerana  tidak termasuk dalam hukum memakan sesuatu yang najis .
10 AJARAN ILMU MAKRIFAT ( MENGENAL ALLAH/ DIRI ) OLEH YUSOF CIK WOOK YANG DI SEBARKAN OLEH HAJI SHAARI MOHD YUSOF
10 AJARAN ILMU MAKRIFAT ( MENGENAL ALLAH/ DIRI ) OLEH YUSOF CIK WOOK YANG DI SEBARKAN OLEH HAJI SHAARI MOHD YUSOF Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2014, pada  14 November 2014Keputusan : Ajaran Ilmu Makrifat ( Mengenal Allah/ Diri ) Oleh Yusof Cik Wook Yang Di Sebarkan Oleh Haji Shaari Mohd Yusof adalah seperti berikut :Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum beramal dengan ajaran Ilmu makrifat ( mengenal Allah/ diri ) oleh Mohd Yusok Cik Wok adalah haram kerana ianya sesat dan bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
ISU UMAT ISLAM MALAYSIA YANG BERJUANG DI SYIRIA ATAS NAMA ISIS
ISU UMAT ISLAM MALAYSIA YANG BERJUANG DI SYIRIA ATAS NAMA ISIS Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2014, pada  14 November 2014Keputusan : Isu Umat Islam Malaysia Yang Berjuang Di Syiria Atas Nama Isis  adalah seperti berikut : Islamic State of Iraq and Syria(ISIS) atau Islamic State of Iraq and Leviant (ISIL) merupakan rentetan dari gerakan Salafi Jihadi di Iraq yang pada asalnya terdiri dari tiga organisasi jihad yang berbeza: iaitu Ansar al-Islam yang terdiri dari kelompok Salafi Jihadi warga Iraq yang membentuk kawasan ‘pemerintahan Islam’ mereka yang tersendiri dan mengamalkan kehidupan Islami ortodoks dan radikal, keduanya, kumpulan Mujahidin berasal dari Jordan di bumi Iraq yang mengisytiharkan diri mereka sebagai ‘Jamaah al-Tawhid wa al-Jihad’ di bawah pimpinan Abu Mus’ab al-Zarqawi yang berhijrah ke Iraq untuk melancarkan jihad memerangi pendudukan tentera Amerika Syarikat ke atas bumi Iraq, dan juga kumpulan mujahidin al-Qaeda yang berhijrah dari Afghanistan, akibat serangan Amerika Syarikat ke atas bumi Afghan selepas peristiwa 11 September.Kebanyakan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia telah mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan kumpulan ISIS atau ISIL ini kerana ideologi keganasan dan sikap mereka yang mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan mereka dan menghalalkan darah mereka. Mereka membunuh rakyat tidak berdosa dan menghalau golongan Kristian dan Yazidi dengan penuh kezaliman.Para Ulama  Ahli Sunnah di seluruh dunia melabelkan ISIS atau ISIL ini sebagai Khawarij di  zaman moden dan Jumhur Ulama Ahli Sunnah bersepakat mengenai kesesatan dan juga penyelewengan golongan ini dan memperingatkan umat Islam agar tidak terpedaya dengan segala propaganda ISIS atau ISIL ini.Sehubungan itu, berdasarkan fakta-fakta yang telah dikemukakan dan selaras dengan nas-nas syarak, Jawatankuasa berpandangan bahawa kecenderungan dan keghairahan umat Islam untuk berjihad atas nama ISIS atau ISIL di bumi Syria adalah berpunca daripada kekeliruan dalam memahami konsep jihad dan mati syahid yang sebenar menurut Hukum Syarak. Seruan jihad dan mati syahid yang dipegang oleh mereka adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada kekufuran kerana mereka menghalalkan darah sesama umat Islam.Oleh itu, Jawatankuasa menegaskan bahawa tindakan umat Islam dari Malaysia yang telah ataupun yang ingin berjuang atas nama jihad di bumi Syria bagi menyokong golongan ISIS atau ISIL adalah sia-sia kerana perjuangan mereka tidak tergolong sebagai jihad dan kematian mereka juga tidak dikategorikan sebagai syahid menurut kerangka Hukum Syarak.Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum berjuang di Syiria dan Iraq atas nama negara Islam Iraq dan Syiria ( ISIS ) adalah tidak diharuskan. Perjuangan tersebut tidak termasuk didalam konsep jihad yang diharuskan oleh Syarak. Ini kerana peperangan yang berlaku adalah diantara sesama Islam yang diharamkan untuk saling berbunuhan.
PENENTUAN KADAR URUF PEMAKAIAN EMAS DIKALANGAN WANITA ISLAM DISELURUH MALAYSIA
PENENTUAN KADAR URUF PEMAKAIAN EMAS DIKALANGAN WANITA ISLAM DISELURUH MALAYSIA Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2015, pada  14 Mei 2015Keputusan : Penentuan Kadar Uruf Pemakaian Emas Dikalangan Wanita Islam Di seluruh Malaysia  adalah seperti berikut : Mesyuarat bersetuju memutuskan pada kadar 500 gram sehingga terdapat kajian semula yang dilakukan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
PENENTUAN KADAR URUF PEMAKAIAN EMAS DIKALANGAN WANITA ISLAM DISELURUH MALAYSIA
PENENTUAN KADAR URUF PEMAKAIAN EMAS DIKALANGAN WANITA ISLAM DISELURUH MALAYSIA Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2015, pada  14 Mei 2015Keputusan : Penentuan Kadar Uruf Pemakaian Emas Dikalangan Wanita Islam Di seluruh Malaysia  adalah seperti berikut : Mesyuarat bersetuju memutuskan pada kadar 500 gram sehingga terdapat kajian semula yang dilakukan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
HUKUM PELABURAN YANG DIJALANKAN OLEH SYARIKAT MECCA FUND GLOBAL
HUKUM PELABURAN YANG DIJALANKAN OLEH SYARIKAT MECCA FUND GLOBAL Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2015, pada  14 Mei 2015Keputusan : Hukum Pelaburan Yang Dijalankan Oleh Syarikat Mecca Fund  Global adalah seperti berikut : Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan yang dijalankan oleh Mecca Fund Global adalah tidak mengikut prinsip mudharabah yang sebenar dan tidak sah mengikut hukum syarak.Pelaburan yang dijalankan juga didapati melanggar undang-undang negarakerana mengambil deposit daripada pelabur tanpa kebenaran Bank Negara Malaysia (BNM). Mesyuarat jugamenasihatkan umat Islam supaya tidak terlibat dalam skim pelaburan oleh Mecca Fund Global ini.
HUKUM PENGGUNAAN VAKSIN MENACTRA
HUKUM PENGGUNAAN VAKSIN MENACTRA Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2015, pada  14 Mei 2015Keputusan : Hukum Penggunaan Vaksin Menactra adalah seperti berikut : Mesyuarat mendapati bahawa dalam proses penghasilan Vaksin Menactra ini,tiada sebarang komponen bahan mentah yang mengandungi sumber haiwan atau bahan-bahan yang diragui dari aspek syarak digunakan serta tiada perkongsian saluran pemprosesan dengan produk vaksin yang tidak halal. Sehubungan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawahukum penggunaan Vaksin Menactra adalah diharuskan.
HUKUM MINYAK IKAN YANG DIPROSES TANPA DIBUANG PERUT ATAU NAJISNYA
HUKUM MINYAK IKAN YANG DIPROSES TANPA DIBUANG PERUT ATAU NAJISNYA Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2015, pada  14 Mei 2015Keputusan : Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya  adalah seperti berikut : Mesyuarat menegaskan bahawa kandungan isi perut ikan adalah antara hukum yang tidak disebut secara jelas mengenainya sama ada dalam al-Quran ataupun Sunnah Rasulullah SAW. Imam Ibn Hajar, Ziyad, al-Ramli dan lain-lain telah bersepakat bahawa apa-apa yang ada dalam perut ikan yang kecil sama ada darah atau najis adalah suci dan boleh dimakan serta tidak dianggap najisSekiranya ia dihukum bersih, syarak menetapkan hukum memakannya bergantung pula pada pandangan pakar perubatan yang dipercayai sama ada ia boleh memudaratkan ataupun tidak. Sekiranya mudarat maka tidak boleh dimakan kerana memberi kesan pada kesihatan, begitulah sebaliknya.Sehubungan itu, berdasarkanmasyaqqah yang perlu dihadapi untuk memproses ikan dalam kuantiti yang banyak sehingga terlalu sukar untuk dibuang kandungan isi perut ikan satu persatu, dan realiti semasa industri komersil pemprosesan minyak ikan pada masa ini yang perlu mematuhi standard dan piawaian yang ketat bagi memastikan ianya bersih dan selamat digunakan, serta dengan mengambilkira kepentingan, manfaat dan kegunaan minyak ikan kepada kesihatan manusia,Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa minyak ikan yang diproses secara komersial dalam kuantiti yang  melibatkan beribu-ribu tan ikan tanpa dibuang perut atau najisnya adalah suci dan halal dimakan.
PENGURUSAN JENAZAH ORANG ISLAM YANG DISYAKI ATAU DISAHKAN DIJANGKITI VIRUS EBOLA
PENGURUSAN JENAZAH ORANG ISLAM YANG DISYAKI ATAU DISAHKAN DIJANGKITI VIRUS EBOLA Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2015, pada  14 Mei 2015Keputusan : Pengurusan Jenazah Orang Islam Yang Disyaki Atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola adalah seperti berikut :Mesyuarat bersetuju menerima garis panduan pengurusan jenazah orang Islam yang disyaki atau dijangkiti virus ebola untuk dilaksanakan di Negeri Pahang.Keperluan dan pelaksanaan kepada panduan ini adalah pada peringkat dharurah yang diharuskan oleh Syarak
HAD KEMUALLAFAN SEORANG SAUDARA BARU
HAD KEMUALLAFAN SEORANG SAUDARA BARU Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2015, pada  7 Disember 2015Keputusan : Had Kemuallafan Seorang Saudara Baru adalah seperti berikut : Mesyuarat bersetuju memutuskan Had Kemuallafan Seorang Saudara Baru adalah selama 6 tahun.
HUKUM PENJUALAN PRODUK MENGGUNAKAN AYAT RUKYAH (AYAT AL-QURAN) UNTUK TUJUAN KOMERSIL
HUKUM PENJUALAN PRODUK MENGGUNAKAN AYAT RUKYAH (AYAT AL-QURAN) UNTUK TUJUAN KOMERSIL Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2015, pada  7 Disember 2015Keputusan : Hukum Penjualan Produk Menggunakan Ayat Rukyah ( Ayat Al-Quran ) Untuk Tujuan Komersil adalah seperti berikut :Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa sesuatu produk menggunakan perkataan makanan sunnah untuk tujuan komersil adalah dilarang kerana dibimbangi berlakunya unsur penipuan terhadap produk-produk tersebut.
PENGURUSAN PENGEBUMIAN JENAZAH DALAM KALANGAN WARGA POLIS
PENGURUSAN PENGEBUMIAN JENAZAH DALAM KALANGAN WARGA POLIS Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2015, pada  7 Disember 2015Keputusan : Pengurusan Pengebumian Jenazah Dalam Kalangan Warga Polis adalah seperti berikut :Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa Pengurusan Pengebumian Jenazah Dalam Kalangan Warga Polis diterima dan diamalkan di negeri Pahang.
PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK DAN VAPE DARI PERSPEKTIF HUKUM SYARAK
PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK DAN VAPE DARI PERSPEKTIF HUKUM SYARAK Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2016, pada  4 Januari 2016Keputusan : Penggunaan Rokok Elektronik Dan Vape Dari Perspektif Hukum Syarak adalah seperti berikut :Mesyuarat bersetuju memutuskan Hukum Penggunaan Rokok Elektronik dan Vape adalah haram kerana ianya memudharatkan kesihatan dan pembaziran
KEDUDUKAN TERKINI G25
KEDUDUKAN TERKINI G25 Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2016, pada  4 Januari 2016Keputusan : Kedudukan Terkini G25 adalah seperti berikut :Pihak JAKIM telah membuat persidangan meja bulat untuk menjelaskan kepada masyarakat Islam tentang bahaya gerakan ini yang boleh membawa kesan yang buruk terhadap umat Islam
MENANGANI PERSOALAN BID’AH DALAM MASALAH IKHTILAF/ KHILAF FURU'
MENANGANI PERSOALAN BID’AH DALAM MASALAH IKHTILAF/ KHILAF FURU' Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2016, pada  4 Januari 2016Keputusan : Menangani Persoalan Bid’ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Furu’ adalah seperti berikut :Mesyuarat bersetuju untuk menguatkuasakan Enakmen Undang-undang kesalahan Jenayah Islam Pahang 2013 ( Seksyen 13 )Sebarang bentuk pertikaian terhadap 25 jenis amalan yang telah disenaraikan boleh diambil tindakanMembaca Yasin pada malam JumaatMembaca tahlil dan talqin untuk si matiMengadakan kenduri arwahMengadakan sanbutan maulidul al-RasulMembaca Yassin 3 kali di malam nisfu SyaabanBerdoa beramai-ramai selepas solat JumaatMembaca wirid dan zikir secara kuat/ nyaring dalam solat farduMembaca Basmalah secara kuat/ nyaring dalam solat fardhuMenyebut lafaz Usalli dalm niat solatMembaca Qunut dalam solat subuhBersalaman selepas solat JumaatSolat sunat sebelum solat MaghribSolat sunat sebelum JumaatFidyah solatTerbatal wuduk dengan sebab bersentuhan lelaki dengan perempuan yang harus dikahwini  Bilangan rakaat bagi solat sunat tarawih 20Menyapu muka selepas memberi salamAkikah dengan kambing sahajaKonsep pengambilan Hadis DhaifMenyebut perkataan Saiyidina dalam solatSedekah bacaan Al-Fatihah kepada si MaiZiarah kubur pada Hari RayaBacaan doa awal dan akhir tahun hijrahSolat Hajat secara berjemaahBacaan Selawat secara nyaring ketika solat Tarawikh
KERTAS KAJIAN MENGENAI AJARAN MILLAH ABRAHAM @ IBRAHIM DI NEGERI PAHANG
KERTAS KAJIAN MENGENAI AJARAN MILLAH ABRAHAM @ IBRAHIM DI NEGERI PAHANG Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2016, pada  5 April 2016Keputusan : Kertas Kajian Mengenai Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim Di Negeri Pahang  adalah seperti berikut :Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim adalah Haram kerana menyeleweng dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Akidah dan Syariah.Dilarang mana-mana orang Islam di Negeri Pahang dari berpegang dan mengamalkan sebarang ajaran dan doktrin Milah Abraham@ Ibrahim.
KERTAS KAJIAN MENGENAI AJARAN SYEIKH DR. ISMAIL BIN KASSIM
KERTAS KAJIAN MENGENAI AJARAN SYEIKH DR. ISMAIL BIN KASSIM Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2016, pada  5 April 2016Keputusan : Kertas Kajian Mengenai Ajaran Syeikh Dr. Ismail Bin Kassim adalah seperti berikut:Ajaran Syeikh Dr. Ismail bin Kassim, Pengasas Pertubuhan Rahmatan Lilalamin ( Perahmat ) telah disebarkan di Negeri PahangSyeikh Dr. Ismail bin Kassim dilarang daripada berceramah dan menyampaikan apa-apa pengajaran di Negeri PahangDicadangkan supaya kajian dan penentuan Hukum berhubung Ajaran Syeikh Dr.Ismail bin Kassim dikemukakan kepada Muzakarah Fatwa Kebangsaan
HUKUM PERMAINAN POKEMON GO
HUKUM PERMAINAN POKEMON GO Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-3/2016, pada  25 Ogos 2016Keputusan : Hukum Permainan Pokemon Go adalah seperti berikut:Mesyuarat bersetuju memutuskan Hukum Permainan Pokemon Go adalah haramMemberikan bahaya kepada kepada akal kanak-kanak kerana ia dibina atas khayalan yang tidak dibina atas dasar akal danPokemon mengandungi bahaya dalam membentuk peribadi tingkah laku kanak-kanak dan hubungan dengan sekeliling kerana ia bersifat perlawanan dan promosi bahawa hanya yang kuat sahaja yang akan kekal.Ia membawa kepada pertembungan dan sifat yang keras serta kasar seperti peperangan sentiasa berlangsung.Boleh membawa kepada perjudian jika ada unsurnya.Begitu juga terdapat beberapa gambar rajah dan simbol seperti bintang enam yang mempunyai hubungan dengan Freemason dan Zionis
PERTUBUHAN RAHMATAN LIL ALAMIN (PERAHMAT)
PERTUBUHAN RAHMATAN LIL ALAMIN (PERAHMAT) Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2016, pada  19 Disember 2016Keputusan : Ajaran/Kepercayaan Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin  ( Perahmat )  adalah seperti berikut:Mendakwa syahadah dan Islam seseorang terbatal apabila tidak mempelajari ilmu syahadah ( Penyaksian roh yang sedang bersyahadah )Mendakwa wajib mempelajari zikir nafas untuk mencari AllahMendakwa amalan zikir nafas adalah amalan sejak nabi Adam AS dan 124000 para Rasul dan Wali AllahMendakwa seseorang wajib mencari penyaksi yang akan menjadi saksi di alam arwah dan sekiranya ia tidak dijumpai maka Allah akan mengutuskan saksi apabila beramal dengan zikir nafasMendakwa zikir nafas sabit melalui Al-Quran dan Al-Hadis dan sesiapa yang mengingkarinya dianggap menaruh syak terhadap Al-Quran dan Al-HadisMendakwa makhluk diciptakan Allah SWT akan terus hidup dengan dengan kalimah Hu. Ini bertentangan dengan Nas Syarak dan menyerupai amalan ajaran hinduMendakwa hari kiamat akan berlaku apabila makhluk tidak lagi berzikir dengan kalimat Allah iaitu semua makhluk seperti haiwan, tumbuhan dan manusia tidak bernafas dengan zikir kalimat AllahMentakwil ayat-ayat Al-Quran dengan bathilMenyeleweng daripada kaedah penafsiran Al-QuranBerpegang kepada hadis palsuSehubungan dengan itu, mana-mana orang Islam dilarang mempelajari, berpegang, beramal dan menyebarkan ajaran Dr Ismail Kassim di Negeri Pahang dan mereka yang beramal dengannya hendaklah bertaubat
HUKUM PENGGUGURAN KANDUNGAN IBU HAMIL DIJANGKITI VIRUS ZIKA
HUKUM PENGGUGURAN KANDUNGAN IBU HAMIL DIJANGKITI VIRUS ZIKA Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2016, pada  19 Disember 2016Keputusan : Hukum Pengguguran Kandungan Ibu Hamil Dijangkiti Virus Zika adalah seperti berikut:Mesyuarat bersetuju memutuskan Hukum Pengguguran Kandungan Ibu Hamil di Jangkiti Virus Zika adalah tidak diharuskan kerana tidak mencapai ke tahap dharurat yang mengancam nyawa.Walaubagaimanapun sekiranya ia diperakui oleh pakar perubatan Islam bahawa jangkitan tersebut akan mengancam nyawa ibu dan anaknya maka ia diharuskan mengikut syarat yang ditetapkan syarak
HUKUM MENGANJURKAN PROGRAM "MEN SEKS MEN" DI NEGERI PAHANG
HUKUM MENGANJURKAN PROGRAM "MEN SEKS MEN" DI NEGERI PAHANG Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2016, pada  19 Disember 2016Keputusan : Hukum Menganjurkan Program “Men Seks Men” Di Negeri Pahang adalah seperti berikut:Mesyuarat bersetuju memutuskan mana-mana orang yang menganjurkan dan terlibat dengan Program ( Men Seks Men) adalah dilarang dan diharamkan kerana ia bercanggah dan menyalahi hukum syarak
HUKUM MENCUKUR BULU MUKA (MISAI, JAMBANG DAN JANGGUT) BAGI TUJUAN KESELAMATAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG MEMAKAI ALAT PERNAFASAN DI KILANG B.A.S.F PETRONAS KIMIKAL GEBENG KUANTAN
HUKUM MENCUKUR BULU MUKA (MISAI, JAMBANG DAN JANGGUT) BAGI TUJUAN KESELAMATAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG MEMAKAI ALAT PERNAFASAN DI KILANG B.A.S.F PETRONAS KIMIKAL GEBENG KUANTAN Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2016, pada  19 Disember 2016Keputusan : Hukum Mencukur Bulu Muka (Misai, Jambang Dan Janggut) Bagi Tujuan Keselamatan Pegawai Dan Kakitangan Yang Memakai Alat Pernafasan Di Kilang B.A.S.F Petronas Kimikal Gebeng Kuantan adalah seperti berikut : Mesyuarat bersetuju memutuskan Hukum Mencukur bulu muka, (Janggut, jambang dan misai) bagi tujuan keselamatan pegawai dan kakitangan yang memakai alat perlindungan pernafasan di kilang B.A.S.F Petronas Kimikal adalah diharuskan berdasarkan kaedah Fiqhiyyah ialah La Dharar Wala Dhirar dan Siddu Zaraik iaitu menutup segala pintu keburukan dan kemudaratan.Hukum memelihara janggut adalah perbuatan sunat dan tidak wajib mengikut Mazhab Syafii serta harus mencukurnya
HUKUM PENGGUNAAN ASID TARTARIK DALAM INDUSTRI MAKANAN HALAL
HUKUM PENGGUNAAN ASID TARTARIK DALAM INDUSTRI MAKANAN HALAL Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2017, pada  27 April 2017Keputusan : Hukum Penggunaan Asid Tartarik Dalam Industri Makanan Halal adalah seperti berikut:Hampir 60% produk makanan di Malaysia mengandungi Asid Tartarik. Kebanyakkan pengusaha industri makanan halal di Malaysia mendapat pensijilan halal daripada Jakim dan sijil halal luar negara yang beriktiraf oleh JakimAsid Tartarik dihasilkan melalui 2 kaedah iaitu secara semulajadi dan saintifik.Mesyuarat menagguhkan keputusan hukum pengguanaan asid tartarik dalam industri makanan halal sehingga pihak JAKIM membuat kajian semula terhadap kandungan Asid Tartarik dan kaedah penghasilannya dan Muzakarah Fatwa Kebangsaan membuat keputusan.
HUKUM PELUPUSAN ANGGOTA, TISU, DAN JANIN ORANG ISLAM
HUKUM PELUPUSAN ANGGOTA, TISU, DAN JANIN ORANG ISLAM Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2017, pada  27 April 2017Keputusan : Hukum Pelupusan Anggota, Tisu, Dan Janin Orang Islam adalah seperti berikut:Mesyuarat bersetuju memutuskan Hukum Pelupusan Anggota, Tisu dan Janin orang Islam hendaklah diuruskan berdasarkan kepada syarak.Sekiranya anggota tersebut terpotong daripada jasad semasa hidup maka ia hendak ditanam tanpa dibasuh dan disolatkan.Sekiranya ia adalah anggota yang dijumpai selepas daripada mati maka ianya hendaklah dimandi, dikafan, disembahyang dan dikebumikanJanin yang gugur ( tidak cukup bulan ) dan mempunyai tanda hidup tetapi bersifat maka ia hendaklah dimandi, dikafan, dan dikebumikanJanin yang gugur berupa ketulan daging yang tidak bersifat maka disunatkan dibungkus dan ditanam tanpa dimandi dan disembahyangkanHukum melupuskan anggota, janin dan tisu orang Islam secara pembakaran adalah haram kecuali darurat
AKTIVITI DAN KEDUDUKAN RAJA BOMOH SEDUNIA IBRAHIM MAT ZIN
AKTIVITI DAN KEDUDUKAN RAJA BOMOH SEDUNIA IBRAHIM MAT ZIN Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2017, pada  27 April 2017Keputusan : Aktiviti Dan Kedudukan Raja Bomoh Sedunia Ibrahim Mat Zin adalah seperti berikut:Aktiviti dan amalan perbomohan raja bomoh sedunia Ibrahim bin Mat Zin mempunyai unsur yang bertentangan dengan syarak.Hukum amalan Raja Bomoh sedunia Ibrahim bin Mat Zin adalah haram dan membawa kepada syirik
HUKUM MEMAKAI KANTA LEKAP BERCORAK
HUKUM MEMAKAI KANTA LEKAP BERCORAK Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2018, pada  8 Mac 2018Keputusan : Hukum Memakai Kanta Lekap Yang Bercorak adalah seperti berikut:Hukum memakai kanta lekap bercorak adalah harus dengan syarat ianya mendapat nasihat daripada pakar perubatan. Namun apabila ia mendatangkan mudharat maka hukumnya adalah haram.Harus memakai kanta lekap bercorak bagi tujuan perhiasan kepada suami dan haram tabaruj ( berhias ) yang melampau kepada bukan muhrim.
HUKUM ZAKAT KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA ( DIWARTAKAN )
HUKUM ZAKAT KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA ( DIWARTAKAN ) Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-3/2018, pada  13 Ogos 2018Keputusan : Hukum Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah seperti berikut:Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP ) adalah wajib ke atas umat Islam apabila mencukupi nasab walaupun tertangguh dari segi pemilikanZakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja hendaklah dibayar selepas penerima secara serta merta tanpa menunggu haul satu tahun setelah ditolak bahagian wasiat dan hutang Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi pihak si mati tidak wajib dikeluarkan zakat kerana ia menjadi harta pusaka
KAJIAN MENGENAI PERSILATAN TAPA DIRI 65 ATAU BHA THA MIM
KAJIAN MENGENAI PERSILATAN TAPA DIRI 65 ATAU BHA THA MIM Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2019, pada  3 Mei 2019Keputusan : Kajian Mengenai Persilatan Tapa Diri 65 atau Bha Tha Mim  adalah seperti berikut:Persilatan Tapa diri atau Bha Tha Mim mempunyai perkara yang meragukan dari segi akidah dan syariah dalam amalan dan ilmu kebatinan kerana mempunyai unsur Khawarij Al-Addah ( terkeluar dari kebiasaan  ). Ia dibimbangi mempunyai unsur penglibatan jin dalam amalan.Guru yang mengajar agama tidak mempunyai tauliah dan kelayakkan ilmu keagamaan.Menjauhi amalan yang meragukan adalah termasuk dalam perkara Sadd Al Zara’i  Sehubungan dengan itu, disebabkan banyak perkara yang meragukan, maka sesiapa sahaja yang menyertai pertubuhan ini adalah dilarang.
KERTAS CADANGAN TAKLIK BARU 03/2019
KERTAS CADANGAN TAKLIK BARU 03/2019 Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang kali ke 3/2019 , pada 27 Jun 2019Keputusan :Mesyuarat bersetuju menangguhkan perbincangan berhubung cadangan lafaz taklik baru dan meminta Jabatan Kehakiman Syariah mengemukakan semula kertas cadangan lafaz taklik baru beserta justifikasi pindaan lafaz taklik .
KERTAS CADANGAN GARIS PANDUAN PENGGUNAAN WANG MASJID DAN SURAU 04/2019
KERTAS CADANGAN GARIS PANDUAN PENGGUNAAN WANG MASJID DAN SURAU 04/2019 Oleh: Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-3/2019, pada  27 Jun 2019Keputusan :Mesyuarat bersetuju dengan cadangan Garis Panduan Penggunaan Wang Masjid dan Surau yang dibentangkan dengan pindaan iaitu :Memasukkan perkataan hendaklah dengan kebenaran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang pada bahagian berkaitan kutipan wakaf dan derma di dalam garis panduanTidak dibenarkan menerbitkan apa-apa wakaf tunai melainkan mendapat kebenaran Majlis UgamaMesyuarat mencadangkan supaya masjid berhati-hati di dalam pelaburan selain daripada simpanan tetap kerana ia terdedah kepada kerugianMemasukkan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia  Sultan Pahang berhubung galakan supaya masjid terlibat dengan aktiviti ekonomiMesyuarat berharap pengurusan masjid akan dapat diuruskan secara profesional
DRAF UNDANG-UNDANG PENENTUAN STATUS ISLAM 2019 DAN KAEDAH PENENTUAN STATUS AGAMA SESEORANG
DRAF UNDANG-UNDANG PENENTUAN STATUS ISLAM 2019 DAN KAEDAH PENENTUAN STATUS AGAMA SESEORANG Oleh:Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang kali ke-3/2019 , pada 27 Jun 2019Keputusan :Mesyuarat bersetuju supaya dikaji semula penggunaan nama pendaftar murtad dalam Rang Undang-Undang Penentuan Status Islam 2019 dan Kaedah Penentuan Status Agama Seseorang 2019 bagi mengelak salah faham masyarakat .
KERTAS TAKLIMAT SYARIKAT GLOBAL IKHWAN SENDIRIAN BERHAD
KERTAS TAKLIMAT SYARIKAT GLOBAL IKHWAN SENDIRIAN BERHAD Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang kali ke-3/2019 , pada 27 Jun 2019Keputusan :Mesyuarat mengambil makluman pembentangan daripada Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad seperti  berikut ;Ahli Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad telah meninggalkan Aurad Muhammadiah dan tidak lagi beramal dengannyaGlobal Ikhwan Holdings Sendirian Berhad adalah syarikat perniagaan yang tiada kaitan dengan Al-Arqam yang telah diharamkanBersetuju mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama dari segi pendidikan dan pernikahanMesyuarat mengambil makluman pembentangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia seperti berikut ;Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad adalah syarikat perniagaan yang ditubuhkan hasil daripada penjenamaan semula syarikat Rufaqa‘ dan Al-ArqamAhli Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad masih mengamalkan Auradh Muhammadiah dan ajaran-ajaran Al-Arqam yang diharamkanPusat Pendidikan Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad tidak berdaftar dengan Jabatan Agama dan tidak mengikuy Kurikulum arus perdana .Ahli Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad masih mengamalkan pernikahan dan poligami tidak berdaftar dan tidak mengikut peraturan dan undang-undang Islam yang ditetapkan .Mesyuarat mengambil makluman pembentangan daripada Polis Di Raja Malaysia seperti berikut ; Terdapat maklumat bahawa Ahli Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad masih mengamalkan Auradh Muhammadiah dan ajaran-ajaran Al-Arqam yang diharamkan seperti mengambil berkat daripada Mursyid dan menghidupkan fahaman ‘‘ air berkat ‘‘ iaitu mengambil berkat daripada pemimpin atasan Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad .Dimaklumkan pihak Polis Diraja Malaysia masih menjalankan siasatan berhubung aduan penyelewengan oleh bekas pengikut Al-Arqam dan masih mengumpulkan bukti .Setelah dibincangkan mesyuarat mengambil keputusan berikut :Memisahkan isu Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad kepada dua iaitu isu perniagaan dan akidah . Bersetuju hanya perkara akidah dan penyelewengannya sahaja yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak .Menasihatkan supaya Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad mematuhi peraturan dan undang-undang Islam Pahang dari segi pendaftaran sekolah dan urusan pernikahan dan poligami .Menangguhkan keputusan isu penyelewengan akidah bekas pengikut Al-Arqam @ Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad sehingga mendapat maklumat lengkap siasatan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Polis Diraja Malaysia ( Cawangan Khas ) .
PANDANGAN HUKUM BERKAITAN SEMULA ALTITUD MATAHARI DI BAWAH UFUK BAGI PENENTUAN AWAL SUBUH
PANDANGAN HUKUM BERKAITAN SEMULA ALTITUD MATAHARI DI BAWAH UFUK BAGI PENENTUAN AWAL SUBUH Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang kali ke-5/2019 , pada 02 Disember 2019Keputusan :Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa ditambah 8 minit pada waktu asal disebabkan matahari berada dibawah ufuk pada kedudukan 18 darjah ketika berlakunya  fajar sadiq .
PEMBENTANGAN SITUASI WABAK COVID-19 TERKINI DI NEGERI PAHANG 1/2020
PEMBENTANGAN SITUASI WABAK COVID-19 TERKINI DI NEGERI PAHANG 1/2020 Oleh : Mesyuarat Khas 1 Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang kali pertama / 2020 pada 17 Mac 2020Keputusan :Mesyuarat telah mengambil makluman bahawa : Corona Virus adalah sejenis virus yang baru yang belum mempunyai vaksin untuk tujuan penyembuhanCorona Virus mengambil masa inkubasi selama 14 hari . Oleh itu , di dalam tempoh tersebut beberapa gejala seperti demam , batuk dan sukar bernafas akan dirasa oleh pesakit Covid-19.Covid-19 boleh berjangkit daripada manusia kepada manusia lain yang disebut ‘‘ kontek rapat ‘‘ .Pertubuhan kesihatan sedunia ( WHO ) telah mengisyhtiharkan ia sebagai pandemik . Sebanyak 135 buah negara telah dijangkiti . Ia berasal dari Wuhan , China .Setakat ini , China , Itali , Arab Saudia dan Singapura telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP )Perkembangan terkini seramai 432 orang telah dijangkiti di Malaysia . Manakala 42 orang telah sembuh . Sebahagian besar adalah berkaitan dengan kes kluster tabligh yang berhimpun di Sri PetalingTaburan kes di Pahang ; Kuantan 7 , Pekan 7 , Jerantut 4 , Bentong 4 dan Temerloh 1 .  Jabatan Kesihatan Negeri Pahang berusaha untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada pemimpin dan orang ramai bahawa Covid-19 adalah wabak penyakit yang dijangka akan berlarutan dan bertambah serta akan memakan korban yang ramai .Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah dan akan menyaring pesakit-pesakit yang disyaki dijangkiti Covid-19 dan kontek-kontek rapat mereka , membuat kawalan infeksi atau nyahkuman di tempat – tempat tertentu dan memantau kesihatan anggota-anggota yang menguruskan kes-kes Covid-19 .
HUKUM BERKENAAN COVID-19 , SOLAT JUMAAT , FARDHU DAN PENGURUSAN JENAZAH 02/2020
HUKUM BERKENAAN COVID-19 , SOLAT JUMAAT , FARDHU DAN PENGURUSAN JENAZAH 02/2020 Oleh : Mesyuarat Khas 1 Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang kali pertama / 2020 pada 17 Mac 2020Keputusan :Mesyuarat bersetuju menangguhkan Solat Jumaat dan Solat Fardhu secara berjemaah di masjid dan surau serta aktiviti-aktiviti agama lain yang melibatkan jumlah yang ramai . Walau bagaimanapun , azan hendaklah dikumandangkan pada setiap waktu solat .Mesyuarat juga bersetuju pengurusan jenazah orang Islam yang mati akibat wabak Covid-19 tidak menggunakan tatacara pengurusan jenazah bagi pesakit Ebola 100 peratus . Ini kerana Covid-19 dan Ebola adalah berbeza . Maka dengan itu , mesyuarat memutuskan agar menggunakan beg plastik khas bagi mayat dan hanya tayamum sahaja dibuat jika keadaan terlalu bahaya bagi mengelakkan jangkitan kuman daripada mayat .
PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH SECARA TERTANGGUH SEWAKTU PENULARAN WABAK COVID-19
PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH SECARA TERTANGGUH SEWAKTU PENULARAN WABAK COVID-19 Oleh : Mesyuarat Khas Bilangan 2 Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang , pada 19 April 2020Keputusan :Mesyuarat bersetuju memutuskan untuk menerima kaedah bayaran zakat fitrah secara tertangguh melalui sistem MYSMS 15888 berdasarkan hukum syarak.Walaubagaimanapun , kaedah MYSMS 15888 ini hendaklah hanya sebagai salah satu pilihan sahaja disamping kemudahan kaedah-kaedah pembayaran secara tunai melalui internet yang turut ditawarkan oleh MUIP kepada pembayar zakat seperti Maybank2U , CIMB Click dan lain-lain .
PENYAMBUNGAN TEMPOH PENANGGUHAN SOLAT JUMAAT DAN SOLAT JEMAAH DI MASJID DAN SURAU BAGI NEGERI PAHANG SERTA AKTIVITI-AKTIVITI KEAGAMAAN YANG MELIBATKAN BILANGAN YANG RAMAI BAGI MENCEGAH PENULARAN WABAK COVID-19 4/2020
PENYAMBUNGAN TEMPOH PENANGGUHAN SOLAT JUMAAT DAN SOLAT JEMAAH DI MASJID DAN SURAU BAGI NEGERI PAHANG SERTA AKTIVITI-AKTIVITI KEAGAMAAN YANG MELIBATKAN BILANGAN YANG RAMAI BAGI MENCEGAH PENULARAN WABAK COVID-19 4/2020 Oleh : Mesyuarat Khas Bilangan 2 Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang , pada 19 April 2020Keputusan :Mesyuarat bersetuju menyambung tempoh penangguhan solat Jumaat , solat Jemaah serta aktiviti-aktiviti keagamaan lain yang melibatkan jumlah yang ramai di Negeri Pahang . Ini kerana aktiviti harian yang melibatkan perhimpunan yang ramai akan mengakibatkan Covid-19 akan cepat merebak . Penangguhan ini akan berkuatkuasa sehinggalah wabak ini berakhir yang tempohnya akan diumumkan oleh pihak kerajaan .Walaubagaimanapun , pegawai-pegawai masjid yang bertugas seperti imam , bilal dan siyak dibenarkan untuk solat berjemaah di masjid dengan mengikut SOP yang telah disediakan oleh KKM . Iaitu dengan penjarakkan sosial , memakai mask , dan menggunakan hand sanitizer . Mesyuarat bersetuju untuk tidak membenarkan sebarang pusat tahanan ( penjara dan pusat serenti ) serta masjid terpencil Pulau Tioman dan lain-lain zon hijau untuk diberi pengecualian daripada penangguhan yang telah diputuskan. Ini kerana jika berlaku jangkitan di tempat-tempat tersebut akan menyukarkan keadaan para petugas seperti warden , polis , KKM, dan sebagainya untuk mengawasi para tahanan tersebut di hospital .
SOLAT JUMAAT DI SELURUH NEGARA DI DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT ( PKPB) 5/2020
SOLAT JUMAAT DI SELURUH NEGARA DI DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT ( PKPB) 5/2020 Oleh : Mesyuarat Khas Bilangan 3 Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang , pada 12 Mei 2020Keputusan :Mesyuarat bersetuju memutuskan hanya masjid negeri , Masjid KUIPSAS , dan Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ) cawangan Kuantan yang terpilih bagi melaksanakan solat Jumaat pada permulaan.Di samping syarat-syarat KKM iaitu penjarakan sosial , memakai topeng muka , penggunaan hand sanitizer dan pengimbasan suhu badan , para jemaah akan berhadapan dengan tapisan yang ketat untuk menunaikan solat Jumaat .
GARIS PANDUAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DI DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT 6/2020
GARIS PANDUAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DI DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT 6/2020 Oleh : Mesyuarat Khas Bilangan 3 Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang , pada 12 Mei 2020Keputusan :Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa ;Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri dilaksanakan di rumah masing-masing . Keputusan ini dibuat kerana solat Hari Raya Aidilfitri adalah hukumnya sunat muakkad menurut mazhab Syafie . Justeru , tidak perlu kepada perhimpunan yang besar di dalam situasi wabak Covid-19 yang masih mengancam nyawa.Mesyuarat menolak cadangan solat hari raya dilaksanakan di padang-padang awam . Ini kerana dibimbangi jumlah kehadiran terlalu ramai dan sukar dikawal disamping faktor cuaca yang tidak menentu dan kerap hujan di Negeri Pahang.Mesyuarat bersetuju takbir raya di masjid-masjid hanya dikumandangkan oleh pegawai-pegawai masjid yang bertugas mengikut jadual masing-masing dan menggalakkan orang ramai bertakbir hari raya di rumah masing-masing dan tidak menggalakkan orang ramai ziarah- menziarahi bagi tujuan takbir beramai-ramai di rumah-rumah tertentu . Begitu juga dengan tahlil arwah .
CADANGAN AKTIVITI DI MASJID DAN SURAU DALAM TEMPOH PKPP 7/2020
CADANGAN AKTIVITI DI MASJID DAN SURAU DALAM TEMPOH PKPP 7/2020 Oleh : Mesyuarat Khas Bilangan 4Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang , pada 11 Jun 2020Keputusan :Mesyuarat bersetuju memutuskan untuk membenarkan agar surau dan masjid beroperasi kembali dan dibuka kepada orang ramai di Negeri Pahang yang berstatus warganegara .Pembukaan kembali masjid dan surau ini melibatkan aktiviti-aktiviti seperti solat Jumaat , jemaah , solat hari raya korban , kulliyah maghrib( terbatas masanya sehingga masuk waktu waktu solat isyak sahaja) dan kulliyah subuh secara ringan ( sekitar 20 hingga 30 minit ) . Namun untuk menganjurkan ceramah agama secara besar-besaran masih dilarang . Masjid dan surau tidak dibenarkan mengadakan sebarang jamuan makan selepas kuliyah-kuliyah tersebut .Selain solat dan kuliyah agama , akad nikah dan pelaksanaan ibadah korban juga dibenarkan dilakukan di masjid dan surau .
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN ( PKPP) 8/2020
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN ( PKPP) 8/2020 Oleh : Mesyuarat Khas Bilangan 4 Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang , pada 11 Jun 2020Keputusan :Ibadah korban semasa PKPP COVID-19 boleh dilaksanakan di negeri ini di lokasi-lokasi penyembelihan berikut ;Rumah sembelihan ( Abbattoir ) Jabatan Perkhidmatan Veterinar ( DVS)Kompleks Abbatoir KuantanKompleks Abbatoir TemerlohKompleks Abbatoir Kuala LipisKompleks Abbatoir BentongKompleks Abbatoir RaubRumah penyembelihan“ Ruminan“ swasta yang dilesenkan oleh DVSPermatang Pauh , PekanKampung Langgar , PekanD Ladang Trading , JengkaMasjid atau surau yang mempunyai kelengkapan dan kemudahan penyembelihanPelaksanaan ibadah korban hendaklah mematuhi SOP yang telah ditetapkan sebagaimana berikut ;Semua masjid dan surau boleh melaksanakan Ibadah Korban kecuali kawasan yang telah disyaratkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan ( PKPD) .Semua masjid dan surau yang hendak melaksanakan ibadah korban hendaklah menghantar permohonan bertulis kepada pihak berkuasa agama bagi kelulusan .Garis panduan dan tatacara pelaksanaan akan disediakan oleh Jabatan Agama Islam Pahang dengan dibantu Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang serta Jabatan Mufti Negeri Pahang atau jabatan dan pihak-pihak berkepentingan .
AJARAN YANG DIBAWA OLEH SUHAINI BINTI MOHAMMAD
AJARAN YANG DIBAWA OLEH SUHAINI BINTI MOHAMMAD 52AJARAN YANG DIBAWA OLEH SUHAINI BINTI MOHAMMADOleh :Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 02/2021 yang bersidang pada 15 Jun 2021 melalui sidang video .Keputusan :Fahaman dan ajaran yang dibawa oleh Suhaini bin Mohammad hendaklah segera disekat keseluruhannya daripada disebarkan kepada umat Islam di negara ini kerana menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah wal-Jamaah;Mana-mana orang Islam adalah dilarang untuk berpegang, beramal atau terlibat degan fahaman dan ajaran ini. Mereka yang telah mengamalkan fahaman dan ajaran ini hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah swt.Penyebaran ajaran ini hendaklah diambil tindakan sewajarnya berdasarkan peruntukan enakmen sedia ada kerana ajaran ini terbukti menyeleweng seperti berikut;Ketuhanan : berpegang dengan fahaman bahawa Nabi Muhammad itu adalah Tuhan;Kenabian : berpegang dengan fahaman bahawa Nabi Muhammad saw tidak berjantina dan tiada alat kelamin;Menyelewengkan tafsir al-Quran : menghuraikan makna ayat Al- Quran tanpa merujuk tafsir muktabarPenyelewengan sumber : meriwayat dan mereka hadith palsu untuk menyokong fahaman yang dibawa;danPenipuan mengenai khasiat air dan botol Sihulk dengan mengeksploitasikan ayat-ayat Al-Quran
HUKUM PEMBINAAN MANASIK AL-HAJ KEKAL UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN , PAMERAN ATAU APA-APA TUJUAN
HUKUM PEMBINAAN MANASIK AL-HAJ KEKAL UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN , PAMERAN ATAU APA-APA TUJUAN 56HUKUM PEMBINAAN MANASIK AL-HAJ KEKAL UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN , PAMERAN ATAU APA-APA TUJUAN Oleh :Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 03/2021 yang bersidang pada 12 Ogos 2021 melalui sidang video .Keputusan :Pembinaan Manasik al-Haj secara binaan kekal (tidak alih ) adalah dilarang, untuk mengelakkan kekeliruan kepada masyarakat dan mencemarkan kesucian tempat ibadah serta boleh mengundang perbuatan khurafat .Mengadakan replika manasik al-haj secara tidak kekal mudah-alih adalah dibenarkandengan syarat ia mestilah dipelihara dari sebarang penyalahgunaan , disimpan di tempat yang tertutup dan terkawal , hanya digunakan bagi tujuan pembelajaran dan disimpan di tempat yang khusus setelah selesai digunakan .Mana-mana pembinaan dan pelupusan Manasik al-Haj atau apa-apa binaan tempat suci umat Islam yang ingin dibina atau telah dibina dan hendak dilupuskan sama ada tidak alih, mudah alih, lukisan atau mural hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada Pihak Berkuasa Agama bagi mendapatkan pandangan dan nasihat agar pembinaan dan pelupusan tersebut dibuat dengan cara yang baik supaya tidak mendatangkan fitnah kepada Agama Islam
HUKUM PENAMBAHAN PERATUS ASNAF AMIL DALAM ASNAF ZAKAT
HUKUM PENAMBAHAN PERATUS ASNAF AMIL DALAM ASNAF ZAKAT 55HUKUM PENAMBAHAN PERATUS ASNAF AMIL DALAM ASNAF ZAKAT Oleh :Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 03/2021 yang bersidang pada 12 Ogos 2021 melalui sidang video .Keputusan :Pelaksanaan pengagihan kadar zakat amil mengikut kadar keperluan semasa agihan adalah diharuskan dengan mengambil kira maslahah semasa berdasarkan pandangan berikut ;Imam al-Syafie dalam kitabnya Al-Umm menyatakan bahawa amil boleh mengambil upah daripada zakat sekadar keperluan mereka ;ويأخذ العاملون عليها بقدر أجورهم ښي مثل كفايتهم وقيامهم وامانتهم والمؤنة عليهم Maksudnya: ” Para amil itu mengambil kadar upah mereka bersesuaian dengan keperluan, tugas, amanah-amanah dan perbelanjaan yang dikeluarkan”Pandangan Imam Nawawi mensyarahkan pandangan Imam Syirazi dengan menyebut kadar upah bagi amil adalah kerja yang dilakukannya bukan atas bahagian 1/8 tersebut.ويستحق العامل قدر أجرة عمله قل أم كثر ، وهذا متفق عليهMaksudnya:” Amil berhak untuk mendapat kadar upah tertentu kerana kerja yang dilakukannya sama ada banyak atau sedikit, bahkan perkara ini disepakati” Imam Khatib Al-Syarbini menyatakan bahawa pembahagian asnaf adalah sama rata kecuali amil kerana bahagian amil adalah berdasarkan kerjanya.وتجب التسوية بين الأصناف غير العاملMaksudnya: “Wajib menyamakan agihan zakat antara asnaf-asnaf selain amil”
HUKUM PENDENGARAN PROSIDING KES MAL MAHKAMAH SYARIAH MELALUI TEKNOLOGI KOMUNIKASI JARAK JAUH
HUKUM PENDENGARAN PROSIDING KES MAL MAHKAMAH SYARIAH MELALUI TEKNOLOGI KOMUNIKASI JARAK JAUH 54HUKUM PENDENGARAN PROSIDING KES MAL MAHKAMAH SYARIAH MELALUI TEKNOLOGI KOMUNIKASI JARAK JAUH Oleh :Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 03/2021 yang bersidang pada 12 Ogos 2021 melalui sidang video .Keputusan :Pendengaran prosiding kes mal Mahkamah Syariah melalui teknologi komunikasi jarak jauh adalah diharuskanberdasarkan prinsip siyasah syar’iyyahDisebut di dalam kitab Maqasid al-Qada’ Fi al-Islam al-Tanzim al-Qadha’ie oleh Dr.Hatim ibn Muhammad yang menerangkan mengenai kehakiman syariah yang bersandarkan kepada prinsip maslahah dan maqasid syariah iaitu ;والقضاء عامة من أهم وظائف الدولة ، وهوښي الاسلام من أهم الولايات التي تنهض عليها الأمة ښي سياسة الدنيا وحراسة الدين ، ولعل شدة تعلقه بالحياة العملية ، جعله متشاء اهتمام الفقهاء ومحط أنظارهمMaksudnya: “Kehakiman merupakan salah satu fungsi yang paling penting dalam sebuah negara. Dalam Islam ia juga adalah salah satu fungsi yang paling penting dalam pembangunan ummah bagi mengurus tadbir urusan dunia serta memelihara kesucian agama. Betapa pentingnya kehakiman itu dalam kehidupan sehingga ia menjadi fokus, perhatian dan penelitian para fuqaha’.Berdasarkan kaedah fiqh ;إذا ضاق الامر إتسعMaksudnya : “ Apabila sempit sesuatu perkara itu , maka hendaklah diluaskan “Abdul Karim Zaydan dalam Nizam al-Qadha’ fi al-Syariah al-Islamiah menyebutkan bahawa :Maksudnya : “ Seseorang hakim memerlukan tempat yang tertentu dan tempat tersebut mudah diketahui umum bagi menjalankan tugas kehakiman dan perbicaraan . Tempat ini hendaklah memberikan keselesaan kepada hakim dan juga pihak-pihak yang bertikai , begitu juga dapat memberikan segala kemudahan kepada orang ramai untuk menghadirinya …”Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang hendaklah mengeluarkan garis panduan pelaksanaan dengan pematuhan kepada hukum syarak dan mengambil kira keselamatan kepada prosedur serta kerahsiaan perbicaraan yang dijalankan .
HUKUM PLASMA DARAH DALAM MAKANAN
HUKUM PLASMA DARAH DALAM MAKANAN 53HUKUM PLASMA DARAH DALAM MAKANAN Oleh :Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 03/2021 yang bersidang pada 12 Ogos 2021 melalui sidang videoKeputusan :Penggunaan darah mengalir dalam segala jenis makanan atau minuman adalah haram secara ijmak .Penggunaan  plasma darah dalam produk makanan atau minuman semasa adalah haram (tidak halal) berdasarkan hujahan berikut ;Tidak berlaku sebarang proses Istihalah Tammahdalam penggunaan plasma darah .Produk makanan yang mengandungi plasma darah tidak menepati konsep istihalahkerana walaupun telah melalui proses perubahan tetapi ia tidak berlaku secara sempurna . Ini kerana plasma darah masih boleh dikesan pada produk akhir walaupun melalui proses perubahan kimia .Penggunaan plasma darah dalam makanan atau minuman tidak sampai ke tahap mendesak atau darurat .Kaedah fiqh yang terkait dengan keadaan darurat ialah :الضرورة تبيح المحظوراتMaksudnya : Darurat mengharuskan perkara yang dilarangBerdasarkan kaedah fiqh yang dibincangkan , jelas bahawa makanan yang mengandungi plasma darah hanya boleh dimakan atau dimanfaatkan ketika berada dalam keadaan benar-benar darurat sahaja namun tidak boleh sewenangnya diamalkan. Penggunaan plasma darah dalam produk makanan pada masa kini tidak mencapai tahap yang boleh dianggap sebagai darurat .
MENYEMAK SEMULA KAEDAH MEMANDIKAN JENAZAH PESAKIT COVID-19 DI NEGERI PAHANG
MENYEMAK SEMULA KAEDAH MEMANDIKAN JENAZAH PESAKIT COVID-19 DI NEGERI PAHANG 51MENYEMAK SEMULA KAEDAH MEMANDIKAN JENAZAH PESAKIT COVID-19 DI NEGERI PAHANG Oleh :Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 02/2021 bersidang pada 15 Jun 2021 melalui sidang videoKeputusan :Hukum asal pengurusan jenazah Muslim hendaklah diurus dengan sempurna mengikut kaedah pengurusan jenazah yang dimandi, dikafan, disembahyangkan dan dikebumikan. Namun bagi jenazah yang dijangkiti penyakit berbahaya yang dibimbangi menjangkiti kepada pengurus jenazah semasa diuruskan, maka diputuskan dengan cara;Jika diyakini selamat dan tidak memudharatkan kepada pihak pengurusan, maka jenazah diuruskan dengan sempurnadari urusan memandi, mengkapan, menyembahyangkan hingga pengkebumianJika pihak pengurus jenazah bimbang kepada keselamatan semasa menguruskan jenazah khususnya semasa pemandian, bolehlah dilalukan air atau dijiruskan airke seluruh tubuh mayat. Kemudian dikapankan, disembahyangkan dan dikebumikanJika pihak pengurus jenazah bimbang dijangkiti dengan penggunaan air semasa urusan pemandian khususnya, maka jenazah berkenaan bolehla ditayamumkan sahaja tanpa dimandikan. Kemudian jenazah dikapan dan seterusnya dikebumikan .
PENAMBAHBAIKAN SIGHAH ZAKAT KWSP
PENAMBAHBAIKAN SIGHAH ZAKAT KWSP 48PENAMBAHBAIKAN SIGHAH ZAKAT KWSP Oleh :Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang 2021  bilangan 1 , pada 25 Februari 2021 .Keputusan :Mesyuarat bersetuju agar penambahbaikan sighah zakat KWSP dilakukan seperti berikut ;Zakat KWSP adalah wajib ke atas umat Islam apabila simpanan yang boleh dikeluarkan mencukupi nisab , milik sempurna (al- milk al-tam) dan bukan pengeluaran berkaitan hajah asliahZakat KWSP hendaklah dibayar selepas penerimaan secara serta -merta tanpa menunggu haul satu tahun berdasarkan kaedah zakat al-mustafadPengeluaran wang KWSP disebabkan kematian tidak wajib dikeluarkan zakat kerana ia menjadi harta pusakaAhli beragama Islam tidak mengeluarkan sepenuhnya simpanan yang boleh dikeluarkan , baki simpanan berdasarkan syarat-syarat zakat tersebut .
PENGGUNAAN DANA MASJID BAGI TUJUAN PELABURAN
PENGGUNAAN DANA MASJID BAGI TUJUAN PELABURAN 49PENGGUNAAN DANA MASJID BAGI TUJUAN PELABURAN Oleh :Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang 2021 bilangan 1 , pada 25 Februari 2021 .Keputusan :Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa dana masjid harus digunakan bagi tujuan perniagaan dan pelaburan dengan syarat :Tabung masjid hendaklah di seragamkan dengan nama tabung Imarah dan Pembangunan MasjidWang tabung tersebut boleh digunakan untuk semua aktiviti pembangunan ekonomi masjidWang tersebut juga boleh dijadikan sebagai wang wakaf, jika dipersetujui oleh pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang
STATUS HALAL VAKSIN ASTRAZENECA DAN SINOVAC
STATUS HALAL VAKSIN ASTRAZENECA DAN SINOVAC 50STATUS HALAL VAKSIN ASTRAZENECA DAN SINOVACOleh :Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 02/2021 yang bersidang pada 15 Jun 2021 melalui sidang videoKeputusan :Penggunaan vaksin Astra Zeneca dan Vaksin Sinovec selain Pfizer dalam program vaksinasi di negeri ini hukumnya adalah Harus untuk digunakan. Keharusan ini berdasarkan penerangan oleh Pakar Vasksin daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mengenai cara penyediaan dan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudharat kepada penerima vaksin. Ini bersesuaian dengan dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis serta Kaedah FiqhFirman Allah swt dalam surah Al Nahl ayat 43;فَاسْـَٔلُوْٓا اَهْلَ الذِّكْرِ اِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُوْنَۙMaksudnya: Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahuiHadis daripada Ubadah bin al-Somit r.a berkataإن  من قضاء رسول الله صلى الله عليه وسلم – أنه قضى أن لا ضرر ولا ضرارMaksudnya: Antara yang diputuskan oleh Rasulullah ialah tidak ada sebarang mudarat dan tidak ada perbuatan membalas kemudaratan Sesungguhnya apa jua keputusan dan hukum yang dikeluarkan selagi mana berdasarkan kepada sumber hukum yang sahih adalah benar berdasarkan kaedahالإجتهاد لا ينقض بالإجتهاد) ) bermaksud: sesuatu ijtihad tidak terbatal dengan ijtihad yang lain. Begitu juga  dengan hadis Rasulullah S.A.W , iaitu :إِذَا حَكَمَ الحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ ثم أَصابَ فله أَجْرَان، وإِذا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ ثم أَخْطَأَ فله أَجْرٌMaksudnya : Apabila seorang hakim berhukum lalu ia berijtihad kemudian hukum tersebut adalah betul maka ia mendapat dua pahala , jika ia berhukum kemudian ia berijtihad tetapi ijtihadnya tidak betul ia tetap mendapat satu pahala . Kaedah Fiqhما ابيح للضرورة يقدر بقدرها  Maksudnya : Kemudaratan yang diharuskan dengan kadar yang bersesuaian dengan kemudaratannya
WAKAF TUNAI BANK MUAMALAT
WAKAF TUNAI BANK MUAMALAT 47WAKAF TUNAI BANK MUAMALAT  Oleh :Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang 2021  bilangan 1 , pada 25 Februari 2021 .Keputusan :Mesyuarat bersetuju memutuskan agar  memberikan hak pelantikan kepada Bank Mualamat Malaysia Berhad (BMMB) sebagai ejen kutipan wakaf tunai dan bersama-sama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) untuk mengurus projek wakaf terpilih melalui Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB) antara Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Bank Mualamat Malaysia Berhad (BMMB).Di dalam cadangan kerjasama ini , pihak Majlis dimohon ;Melantik BMMB sebagai ejen untuk mengutip sumbangan wakaf daripada masyarakat untuk dimasukkan ke akaun wakaf induk Majlis di cawangan BMMB yang dipersetujui kemudianMemberi kerjasama penuh dan bantuan segera kepada BMMB termasuk bagi tujuan promosi dan penerangan dalam melaksanakan Wakaf Pahang MuamalatMemberi maklumat dan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh BMMB melaksanakan Wakaf Pahang MuamalatMemastikan setiap tuntutan pengeluaran dana wakaf yang telah diluluskan Jawatankuasa Pengurusan Bersama dibayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tuntutan dibuat .Majlis perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk pelepasan cukai atas sumbangan wakafBagi sumbangan dana kepada Wakaf Pahang Muamalat , Majlis mesti memastikan rekod dan maklumat pengeluaran resit bagi pelepasan cukai kepada pewakaf dikemaskini dan dikeluarkan secara tahunan. Salinan rekod pengeluaran resit-resit hendaklah diberikan kepada BMMB bagi tujuan rekod dan rujukan .Memastikan dana wakaf dimasukkan dalam akaun induk Wakaf Pahang Muamalat yang dimiliki oleh MUIP. Justeru bagi keperluan cadangan kerjasama BMMB ini pihak Majlis dikehendaki membuka Akaun Semasa Dana Wakaf Pahang di BMMB Cawangan Kuantan . Dana wakaf ini akan dikenali sebagai Wakaf Pahang Muamalat .Tandatangan bagi akaun semasa di BMMB ini cadangan untuk ditandatangani oleh Yang Amat Mulia Tengku Timbalan Yang Dipertua Majlis dan Ketua Pegawai Eksekutif MajlisUsaha ini dibentuk dengan hasrat untuk menjadikan institusi Perbankan Islam sebagai kutipan dana wakaf MUIPHasil dari kerjasama ini kutipan dana wakaf Pahang dijangka akan meningkat . Kutipan ini seterusnya dapat disalurkan kepada perlaksanaan aktiviti dan projek wakaf di bawah seliaan Jawatankuasa Pengurusan Bersama yang dianggotai oleh wakil MUIP dan BMMB untuk manfaat kepada masyarakat sebagaimana yang sedang dilaksanakan di Kelantan , Negeri Sembilan dan Selangor .Dengan rangkaian 65 cawangan BMMB di seluruh negara serta ledakan teknologi kewangan , saluran kutipan dapat dipelbagaikan bagi menjana lebih banyak kutipan dana wakaf . BMMB juga dapat menawarkan kepakarannya dalam pelaburan , pemasaran , dan pengurusan risiko dalam kerjasama ini supaya prestasi dana terus mampan dan berdaya saing .Mesyuarat bersetuju menyerahkan isu dan permohonan kerjasama ini kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kerana mesyuarat menganggapkan bahawa kerjasama ini diperhalusi di bawah Jawatankuasa Wakaf Pahang yang dipengerusikan oleh YAM Tengku Panglima Raja ( Timbalan Yang Dipertua MUIP ) dan jika terdapat isu hukum sewaktu melaksanakannya barulah ianya dirujuk kepada Jawatankuasa Perundingan Syarak Negeri Pahang .
GARIS PANDUAN SAUDARA BARU
GARIS PANDUAN SAUDARA BARU GARIS PANDUAN SAUDARA BARU KMJPHS 22/2022Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 03/2022 yang bersidang pada 3 & 4 Ogos  2022 telah membuat keputusan seperti berikut :Keputusan :Mesyuarat bersetuju menerima pakai Garis Panduan Saudara Baru untuk digunapakai di Negeri Pahang
HUKUM PEKERJAAN MENGHANTAR MAKANAN TIDAK HALAL
HUKUM PEKERJAAN MENGHANTAR MAKANAN TIDAK HALAL HUKUM PEKERJAAN MENGHANTAR MAKANAN TIDAK HALAL  KMJPHS 24/2022Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 03/2022 yang bersidang pada 3 & 4 Ogos  2022 telah membuat keputusan seperti berikut :-Keputusan :Mesyuarat bersetuju menangguhkan keputusan ini sehingga satu garis panduan berkaitan perkara ini dikeluarkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal  Ugama Islam (MKI)
KERTAS CADANGAN MENGENAI HUKUM DAN KAEDAH TAKSIRAN QADA ZAKAT FITRAH
KERTAS CADANGAN MENGENAI HUKUM DAN KAEDAH TAKSIRAN QADA ZAKAT FITRAH KERTAS CADANGAN MENGENAI HUKUM DAN KAEDAH TAKSIRAN QADA ZAKAT FITRAH KMJPHS 21/2022Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 03/2022 yang bersidang pada 3 & 4 Ogos  2022 telah membuat keputusan seperti berikut :-Keputusan :Mesyuarat bersetuju mana-mana individu yang terlepas, terlupa atau kurang jelas berkenaan hukum kewajipan membayar zakat maka dibolehkan membayar atau mengqada’kan zakat fitrah tersebut.
KERTAS CADANGAN PENENTUAN KADAR KAFFARAH
KERTAS CADANGAN PENENTUAN KADAR KAFFARAH KERTAS CADANGAN PENENTUAN KADAR KAFFARAH KMJPHS 20/2022Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 03/2022 yang bersidang pada 3 & 4 Ogos  2022 telah membuat keputusan seperti berikut :-Keputusan :Mesyuarat bersetuju kadar nilai kaffarah bagi satu cupak beras adalah RM1.75 dengan upah perkhidmatan sebanyak 15% tambahan daripada nilai kaffarah yang dikenakan.
PANDANGAN HUKUM BERKENAAN AL-MUKHANATH MENURUT FIQH DAN PERUBATAN SERTA KAITANNYA DENGAN TRANSGENDER
PANDANGAN HUKUM BERKENAAN AL-MUKHANATH MENURUT FIQH DAN PERUBATAN SERTA KAITANNYA DENGAN TRANSGENDER PANDANGAN HUKUM BERKENAAN AL-MUKHANATH MENURUT FIQH DAN PERUBATAN SERTA KAITANNYA DENGAN TRANSGENDER KMJPHS 23/2022Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 03/2022 yang bersidang pada 3 & 4 Ogos  2022 telah membuat keputusan seperti berikut :-Keputusan :Mesyuarat berpandangan seperti berikut:Dari Sudut Fiqh:Mukhannathadalah lelaki yang berperwatakan lembut dan berkelakuan seperti wanita, sama ada dalam pertuturan, pergerakan, tingkah laku atau berpakaian.Mukhannath terbahagi kepada dua golongan. Golongan yang pertama adalah mukhannath khalqiiaitu yang semulajadi lembut. Manakala golongan kedua ialah mukhannath ghair khalqi iaitu bukan semulajadi. Dalam erti kata lain, kelembutan dan penyerupaan kepada wanita itu dibuat-buat dan diada-adakan.Ulama fiqh telah mengklasifikasikan khunsa kepada dua kategori, iaitu khunsa wadih(jelas status jantinanya). Ini bermakna, dapat difahami berdasarkan penjelasan ulama’ bahawa khunsa bermaksud seseorang yang tidak jelas kedudukan jantinanya sebagai lelaki atau wanita kerana alat kelamin yang tidak normal.Dari Sudut Perubatan pula:Lelaki effeminateadalah mukhannath khalqi yang mempunyai ciri-ciri kewanitaan secara semulajadi.Lelaki yang menyerupai wanita (transgender) adalah mukhannath ghair khalqiyang merasakan identiti gender mereka adalah bertentangan dengan jantina sewaktu dilahirkan, mereka merubah diri kepada jantina yang bertentangan sama ada dengan cara berpakaian, tingkah laku, pengambilan hormon atau pembedahan menukar jantina (sex reassignment surgery).Khunsa adalah mereka yang mempunyai keabnormalan perkembangan jantina (disorder of sex development) sama ada di peringkat kromosom, gonad, hormon, genitalia dalaman atau genitalia luaran yang dapat disahkan oleh ujian perubatan.Kedua-dua mukhannath khalqidan mukhannath ghair khalqi adalah mereka yang tidak mempunyai keabnormalan perkembangan jantina (disorder of sex development) sama ada di peringkat kromosom, gonad, hormon, genitalia dalaman atau genitalia luaran yang dapat disahkan oleh ujian perubatan.Sehubungan itu, transgender atau dalam masyarakat Malaysia dikenali sebagai ‘mak nyah’dikategorikan dalam golongan mukhannath ghair khalqi atau bukan khunsa kerana mereka bukan semulajadi dan tiada masalah dari segi fisiologi serta perkembangan jantina.Seseorang yang dilahirkan lembut semulajadi (mukhannath khalqi) sekalipun, sekiranya dia melampaui batas dengan melakukan perbuatan (al-tashabbuh bi an-nisa’)iaitu penyerupaan kepada wanita, maka ia juga termasuk dalam perbuatan yang diharamkan.Hukum Fiqh yang berkaitan bagi golongan transgender adalah seperti berikut:Isu Dan PersoalanCadangan Penentuan Hukuma) Hukum BersalamanDengan TransgenderHukum seorang lelaki bersalaman dengan mukhannath dilihat pada situasi. Sekiranya menimbulkan fitnah dan beserta syahwat, maka haram hukumnya bersalaman dengan golongan ini. Sekiranya selamat dari fitnah dan tidak timbul syahwat pada detik awal ketika memandang maka harus untuk bersalaman. Walaubagaimanapun, sekiranya mukhannath tersebut merupakan golongan yang gemar mempamerkan kemaksiatan mereka (mujaharah bi al-su’), tidak dicadangkan untuk bersalam-salaman apatah lagi berpelukan dengan mereka.b) Hukum TransgenderYang MelakukanJika seorang transgender melakukan hubungan seksual tanpa  nikah, maka hukumannya disesuaikan dengan melihat kepada  pasangannya dalam hubungan tersebut. Persetubuhan Luar NikahIni kerana mukhannath adalah lelaki pada asal penciptaannya dan dikenakan hukuman sebagai seorang lelaki jika melakukan jenayah. Jika pasangannya lelaki, maka dijatuhkan hukuman homoseksual (gay) kerana ia adalah hubungan sesama jenis. Manakala jika pasangannya wanita, ia dijatuhkan hukuman zina.c) Hukum Berkhalwat Atau Tinggal Serumah Dengan TransgenderHaram tinggal serumah dengan golongan ini jika hanya berdua-duaan dalam satu rumah dan juga haram berdua-duaan atau  bersunyi-sunyian  di mana sahaja kerana terdapat unsur fitnah dan syahwat. Semua perkara yang mendorong kepada zina dan liwat adalah haram.d) Hukum TransgenderMemelihara Anak AngkatIsu  yang  penting  berkenaan  dengan  pengambilan anak  angkat  ini adalah  berkenaan  dengan batasan aurat dan pergaulan sebaik sahaja anak ini sebaik sahaja mencecah usia baligh. Dari sudut hubungan anak angkat  perempuan  dengan  bapa  angkat  dan juga anak angkat lelaki dengan ibu angkat. Secara asasnya, anak angkat yang telah sampai usia baligh yang berlainan jantina dengan ibu bapa mereka merupakan ajnabi (orang asing) kepada mereka. Ini kerana pada umumnya anak ini tidak mempunyai hubungan nasab (keturunan) dengan ibu bapa angkat mereka mengambil anak angkat lebih-lebih lagi yang bertentangan jantina dengannya.    e) Hukum TransgenderMenyertai Solat Jemaah Seorang transgender yang mengerjakan solat sebagai seorang lelaki, sah solatnya berjemaah dalam saf bersama jemaah lelaki. – Hukum Transgender Menjadi Imam Solat        – Hukum Transgender Mengerjakan lbadah Haji dan Umrah Transgender dianggap golongan yang fasik dan berdosa. Maka, bagi mazhab Hanafi dan Syafie serta satu pandangan dalam Mazhab Maliki, makruh imam yang fasik. Bagi Mazhab Maliki dan Hanbali pula, batal dan tidak sah orang yang fasik menjadi imam.Hukum ibadat haji transgender adalah hukum ibadat haji lelaki dalam semua perkara. Begitu juga ibadah umrah. Hendaklah ibadah tersebut dilakukan mengikut hukum asal kejadian dirinya iaitu lelaki. Seorang transgender sewajibnya bertaubat dahulu daripada perlakuannya yang terkutuk dan kembali kepada fitrah asal lelaki untuk menunaikan ibadah haji dan umrah. Sekiranya ia tetap menunaikan ibadah haji atau umrah dalam keadaan jantina yang bertentangan dengan jantina asalnya, ibadah haji dan umrahnya sah jika mematuhi rukun haji dan  umrah, namun perbuatannya tetap haram dan  berdosa. Malah, dia dikenakan dam kerana melanggar wajib haji dan umrah. f) Hukum PengurusanJenazah TransgenderDalam pengurusan jenazah, orang yang paling afdal atau utama menguruskannya adalah dari kalangan keluarga atau ahli waris yang terdekat. Oleh kerana itu, pengurusan jenazah transgender dicadangkan mengikut tertib berikut:Ahli keluarga atau ahli waris.Rakan transgender.Pengurus jenazah lelaki.g) Hukum PewarisanHarta Bagi TransgenderHukum pewarisan transgender tidak sama dengan golongan khunsa kerana transgender telah mengubah sifat dan fizikalnya serta telah mengubah ciptaan Allah yang asal dengan sengaja. Sedangkan khunsa itu seseorang yang dilahirkan dalam keadaan semulajadi yang memiliki dua alat kelamin atau memiliki alat kelamin yang tidak dapat dipastikan (ambiguous genitalia). Dalam pembahagian harta pusaka, transgender mengikut hukum jantina asal iaitu hukum pewarisan bagi seorang lelaki. Ini bermakna jika seorang transgender itu pada asalnya dilahirkan sebagai seorang lelaki, maka harta yang layak diterima adalah bahagian lelaki, walaupun dari sudut zahirnya dia kelihatan seperti seorang perempuan.Justeru, hukum pewarisan harta pusaka bagi seorang transgender (transwoman lmak nyah) adalah mengikut jantina asal iaitu lelaki kerana ia dilahirkan sebagai seorang lelaki.  h) Hukum PerwalianTransgenderMengikut pendapat Mazhab Syafi’e dan Hambali, wali fasiq tidak boleh atau tidak sah menjadi wali nikah. Wali yang fasiq, iaitu tidak adil dan tidak boleh mengahwinkan perempuan yang beriman, bahkan hak perwalian berpindah kepada wali adil yang seterusnya mengikut urutan. (aI-Fiqh al- Manhaji, 2/558).Justeru, dalam kes seorang transgender yang menjadi wali, kefasikannya telah terserlah secara zahir dan ia dikenali sebagai seorang yang telah melanggar perintah Allah kerana menyerupai wanita. Kerana itu, tidak sah bagi seorang transgender menjadi wali dalam pernikahan. Oleh itu, golongan transgender tidak boleh menjadi wali kerana tidak memenuhi salah satu syarat dan kelayakan untuk menjadi wali iaitu adil.  i) Oleh yang demikian, segala hukum hakam fiqh berkaitan transgender adalah mengikut jantina asal iaitu lelaki.
PANDANGAN HUKUM BERKENAAN TEKNOLOGI DALAM PENGISBATAN ANAK BULAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH DAN ASTRONOMI
PANDANGAN HUKUM BERKENAAN TEKNOLOGI DALAM PENGISBATAN ANAK BULAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH DAN ASTRONOMI PANDANGAN HUKUM BERKENAAN TEKNOLOGI DALAM PENGISBATAN ANAK BULAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH DAN ASTRONOMI  KMJPHS 27/2022Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 03/2022 yang bersidang pada 3 & 4 Ogos  2022 telah membuat keputusan seperti berikut :-Keputusan :Mesyuarat bersetuju memutuskan hukum melihat anak bulan melalui mata kasar dengan bantuan peralatan optik adalah;Menggunakan teknik pengimejan diharuskan dengan parameter yang ditetapkan oleh JAKIM melalui garis Panduan atau Tatacara Pensabitan Kenampakan Anak Bulan Menerusi Teknik Pengimejan;Memenuhi kriteria Imkanur Rukyah yang telah ditetapkan.Seorang saksi yang adil untuk anak bulan Ramadan dan dua orang saksi selain Ramadan.Bagi teknik pengimejan pula hendaklah disaksikan oleh dua saksi Muslim yang adil dan kesaksian wanita diterima dalam kenampakan anak bulan.
PENENTUAN TAHAP SYARIAH TANGGUNGJAWAB SYARIAH MUSLIM AUTISME
PENENTUAN TAHAP SYARIAH TANGGUNGJAWAB SYARIAH MUSLIM AUTISME PENENTUAN TAHAP SYARIAH TANGGUNGJAWAB SYARIAH MUSLIM AUTISME  KMJPHS 25/2022Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 03/2022 yang bersidang pada 3 & 4 Ogos  2022 telah membuat keputusan seperti berikut :-Keputusan :Mesyuarat bersetuju menangguhkan keputusan ini sehingga satu keputusan daripada Panel Syariah dikeluarkan bagi tujuan perincian
PENGGUNAAN E-WALLET MENGIKUT PERSPEKTIF SYARAK
PENGGUNAAN E-WALLET MENGIKUT PERSPEKTIF SYARAK PENGGUNAAN E-WALLET MENGIKUT PERSPEKTIF SYARAK KMJPHS 28/2022Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 03/2022 yang bersidang pada 3 & 4 Ogos  2022 telah membuat keputusan seperti berikut :-Keputusan :Mesyuarat bersetuju memutuskan agar Penggunaan e-wallet adalah diharuskan dengan syarat menepati parameter yang ditetapkan seperti berikut :Urus niaga melibatkan transaksi digital hendaklah dilakukan melalui operator e-wallet yang diluluskan dan dikawal selia oleh pihak berautoriti dan patuh syariah sahajaPengguna dan operator hendaklah mempunyai pengetahuan berkenaan e-wallet, memahami hak tanggungjawab mereka selaku pihak yang berakadiii. Dalam pematuhan transaksi ini, operator dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat syariah daripada Penasihat Syariah yang bertauliah:Hendaklah tiada unsur paksaanOperator hendaklah menyatakan dengan jelas kontrak yang digunapakai dan implikasi kepada penggunaOperator hendaklah memastikan terdapat mekanisme pemulangan wang (refund) apabila pengguna menutup akaun atau apabila berlaku kematian kerana wang tersebut milik pelanggan atau waris pelanggan; dan Pengguna adalah digalakkan untuk menggunapakai e-wallet patuh syariah.
TAKBIR RAYA EIDUL ADHA BERMULA SUBUH 09 ZULHIJJAH
TAKBIR RAYA EIDUL ADHA BERMULA SUBUH 09 ZULHIJJAH TAKBIR RAYA EIDUL ADHA BERMULA SUBUH 09 ZULHIJJAH  KMJPHS 26/2022Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 03/2022 yang bersidang pada 3 & 4 Ogos  2022 telah membuat keputusan seperti berikut :- Keputusan :Mesyuarat bersetuju memutuskan Waktu Takbir Muqayyad boleh bermula pada selepas subuh 9 Zulhijjah dan waktu Takbir Mutlak atau Mursal bermula malam Eidul Adha sehingga terbenam matahari hari Tasyrik (10 -13 Zulhijjah).

Details

Downloads last month
0
Edit dataset card