crawl-karangan-net-komsas / karangan-net-sajak-kijang-yang-lelah.json
amzar1303's picture
added files
e572f38
[{"title": "Maksud_Sajak_Kijang_yang_Lelah", "content": "Rangkap 1 Suara nyaringnya tidak lagi gah bergemaKetika temulang kudratnya bergetar ditengah rimbaDia tidak lagi mampu menobat takhtaMengorak telapak di tanah menghijau. Maksud: Kehidupan kijang tua yang semakin hilang kekuasaan dan berasa dipinggirkan. Gah \u2013 sombong/ takburTemulang \u2013 tulang dalam tubuhKudrat \u2013 kuasa Rangkap 2 Saat ituSebak menyentap dahan kalbuDedaun resah mula berguguranPepohon batin akhirnya tumbangAkarya menguncup di perdu harap. Maksud: Pada masa itu, sang kijang berasa sangat sedih dan risau. Sang kijang yang uzur hanya tinggal harapan sahaja kerana kekuatan dalamannya semakin hilang. Batin \u2013 kekuatan yang wujud daripada daya jiwaPerdu \u2013 pangkal pokok Rangkap 3 Hari iniDia cuba bangkit dengan kekuatan kakiMenghambat waktu yang bersisaWalau dalam jera lelahSeakan dibelenggu setiap inci jiwa raga. Maksud:Namun hari ini, sang kijangcuba menguatkan dirinya untukmenghabiskan sisa-sisa hidupnya walaupunberasa lelah dan tidak berdaya setelah keinginannya terhalang. Jera \u2013 serik Rangkap 4 Bimbang tersadung akar dan jeratSang kijang lebih berhati-hati menapakMeski dalam peribadi yang keruhDiredah belantara yang mula teduhNun jauh di batas nuraninyaDia tetap menjinjing tekad dan tabahterus mengorak penuh berhemahdengan akal dan hatidia tidak lagi gundahmenyusun gerak dan langkah. Maksud: Sang kijang berjalan berhati-hati bagi mengelakkan dirinya terkena jeratmanusia dan tersandung akar. Sang kijang tetap meneruskan perjalanannya ke dalam hutantebal walaupun kudratnya lemah. Sang kijang berazam akan meneruskan perjalanan walau terpaksa menempuhi pelbagai rintangan dan cabaran. Setiap cabaran yang dihadapinya akan diselesaikan dengan akal fikiran dan kewarasannya. Gundah \u2013 bimbang", "url": "https://karangan.net/sajak-kijang-yang-lelah/"}, {"title": "Tema_Sajak_Kijang_yang_Lelah", "content": "TemaSajak Kijang yang Lelah ialah kesukaran hidup seekor kijang tua yang berazam untuk meneruskan kehidupannya. Kijang ini yang sudah tua sangat sedih dan berasakan dirinya tidak diperlukan seperti zaman mudanya. Namun kijang tua ini optimistik dan meneruskan perjalannyadalam hutan untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya.", "url": "https://karangan.net/sajak-kijang-yang-lelah/"}, {"title": "Persoalan_Sajak_Kijang_yang_Lelah", "content": "Ketabahan hidup dalam meneruskan kehidupanContoh: Kijang tua yang cuba bangkit dengan kekuatan kakinya walaupun berasa lelah. Persoalan sikap berhati-hati dalam kehidupan harian.Contoh: Kijang tua tersebut lebih berhati-hati ketika hendak menapak. Kewarasan berfikir dalam menempuhi cabaran dan rintanganContoh: Keupayaan yang lemah bukan penghalang untuk meneruskan kehidupan yang penuh cabaran. Persoalan menyedari kehidupan realitiContoh: Kijang tua yang sedar bahawa kekuasaannya akan berkurang apabila usianya meningkat. Persoalan tentang perasaan warga tua.Contoh: Warga tua sering berasa sedih, kesepian dan hilang keyakinan diri. Persoalan tentang kekuatan semangat.Contoh: Si kijang tua berada dalam keadaan yang lemah itu, hanya semangat yang mampu memberikan kekuatan.", "url": "https://karangan.net/sajak-kijang-yang-lelah/"}, {"title": "Bentuk_Sajak_Kijang_yang_Lelah", "content": "", "url": "https://karangan.net/sajak-kijang-yang-lelah/"}, {"title": "Gaya_Bahasa_Sajak_Kijang_yang_Lelah", "content": "Metafora(maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan)Contoh: Dedaun resah mula berguguran, Pepohon batin akhirnya tumbang. Personifikasi(perlambangan sifat-sifat manusia yang diberikan kepada benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak, contohnya emosi, hasrat, perasaan dan pertuturan)Contoh: Menghambat waktu yang bersisa. Responsi (perulangan perkataan di tengah baris)Contoh: Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema, Dia tidak lagi mampu menobat takhta AsonansiContoh: terus mengorak penuh berhemah. (perulangan vokal e) AliterasiContoh: Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki. (perulangan konsonan k) HiperbolaContoh: suara nyaringnya tidak lagi gah bergema. Rima akhir rangkap pertama ialah aaab,Rima akhir rangkap kedua ialah aabcd,Rima akhir rangkap ketiga ialah aabcb,Rima akhir rangkap keempat ialah abccdeefee.", "url": "https://karangan.net/sajak-kijang-yang-lelah/"}, {"title": "Nilai_Sajak_Kijang_yang_Lelah", "content": "Nilai KetabahanContoh: Seekor kijang tua yang tabah menghadapi perjalanan hidup yang semakin tua. Nilai KesungguhanContoh: Walaupun kijang sudah tua, dia masih cekal hati dalam meneruskan kehidupan. Nilai Berhati-hati/ BerwaspadaContoh: Kijang itu berhati-hati ketika berjalan agar tidak tersadung. Nilai Berhemah tinggiContoh: Kijang tua menggunakan kewarasan akal fikiran setiap tindakan yang akan dilakukannya. Nilai DedikasiContoh: Kijang tua bersungguh-sungguh untuk meneruskan kehidupan biarpun pelbagai halangan terpaksa ditempuhi. Nilai RasionalContoh: Kijang tua mampu berfikiran logik dan terbuka bahawa kudratnya semakin lemah, sesuai dengan pertambahan usianya. Nilai BerdikariContoh: Kijang tua berdikari dalam meneruskan hidupnya di hutan. Nilai KeberanianContoh: Kijang tua berani menghadapi usia tua dan cabaran yang bakal dilaluimya dalam meneruskan hidupnya di hutan.", "url": "https://karangan.net/sajak-kijang-yang-lelah/"}, {"title": "Pengajaran_Sajak_Kijang_yang_Lelah", "content": "Kita mestilah tabah dalam menghadapi dugaan hidup ketika menghadapi hari tua. Kita perlulah menggunakan kewarasan akal fikiran dalam membuat sebarang tindakan. Kita disarankan untuk mengamalkan sika berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara Kita hendaklah bersemangat tinggi untuk mengubah kehidupan yang lebih baik. Kita haruslah berusaha untuk mengubah kehidupan agar diri kita menjadi lebih baik. Kita hendaklah bertekad ketika melakukan sesuatu perkara agar perkara yang dilakukan memberikan manfaat dalam kehidupan. Kita mestilah reda terhadap ketentuan takdir dan menerimanya dengan hati yang terbuka.", "url": "https://karangan.net/sajak-kijang-yang-lelah/"}, {"title": "Soalan_Sajak_Kijang_yang_Lelah", "content": "Apakah yang dilakukan oleh kijang pada rangkap keempat? Perkara yang dilakukan oleh kijang pada rangkap keempat ialah kijang berjalan berhati-hati bagi mengelakkan dirinya terkena jerat dan tersandung akar. Sang kijang tetap meneruskan perjalanannya ke dalam hutan walaupun kudratnya lemah. Nyatakan 3 pengajaran yang terdapat dalam sajak Kijang yang Lelah. Tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak ini ialah kita hendaklah tabah menghadapi kehidupan. Selain itu kita haruslah berhati-hati apabila melakukan sesuatu perkara. Akhir sekali, kita haruslah membuat sesuatu keputusan dengan menggunakan akal yang waras dan rasional. Pembangunan yang pesat pada masa kini telah banyak memusnahkan flora dan fauna. Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan bagi mengelakkan kemusnahan flora dan flora? Langkah-langkah yang dapat mengelakkan kemusnahan flora dan fauna adalah dengan melakukan penebangan hutan terancang. Penanaman semula perlu dilakukan apabila penebangan hutan dilakukan. Selain itu, Jabatan Perhutanan dan Perhilitan Malaysia perlu mengambil tindakan tegas ke atas peneroka hutan haram. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata menghambat waktu yang bersisa? Mengejar masa yang tinggal / Mengejar masa yang lebih. Apakah yang dirasai oleh kijang setelah kekuasaannya semakin lenyap? \u2013 Kijang berasa sedih namun dia masih menaruh harapan untuk berkuasa kembali.\u2013 Mencuba untuk berkuasa semula dengan kekuatan yang ada pada dirinya sementara mempunyai kesempatan meskipun berhadapan dengan cabaran.\u2013 Lebih berhati-hati dalam tindakannya agar tidak kecundang dalam perjuangannya.\u2013 Jauh di lubuk hatinya, kijang tersebut dengan sabar berazam untuk meneruskan perjuangan dengan lebih berhati-hati berpaksikan akalnya. Nyatakan bentuk sajak \u2018Kijang yang Lelah\u2019. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap. Rima akhirnya bebas. Bilangan perkataan dalam setiap baris antara dua hingga tujuh patah perkataan. Bilangan suku kata dalam setiap baris antara empat hingga tujuh belas suku kata. \u201cSikap berhati-hati sangat penting dalam melakukan sesuatu perkara.\u201d Pada pendapat anda, apakah manfaat mengamalkan sikap berhati-hati dalam rutin harian? Sesebuah puisi dihasilkan dengan penggunaan gaya bahasa yang menarik. Berdasarkan sajak \u2018Kijang yang Lelah\u2019, berikan dua gaya bahasa yang menarik berserta dengan contoh yang sesuai. Personifikasi \u2013 dedaun resah, pepohon batinAsonansi \u2013 Bimbang tersadung akar dan jerat (pengulangan vokal a)Metafora \u2013 menjinjing tekad \u201cDunia hari ini dipenuhi dengan cabaran dan tekanan.\u201d Pada pendapat anda, bagaimanakah cara generasi muda menghadapi masa depan yang penuh cabaran? Generasi muda hendaklah berani bangkit semula daripada kegagalan.Generasi muda mestilah memiliki ilmu pengetahuan untuk menghadapi cabaran. Seterusnya, mereka perlulah tabah menghadapi cabaran dan menyusun strategi untuk menghadapi dugaan.", "url": "https://karangan.net/sajak-kijang-yang-lelah/"}]