crawl-karangan-net-komsas / karangan-net-sajak-gelanggang.json
amzar1303's picture
added files
e572f38
[{"title": "Maksud_Sajak_Gelanggang", "content": "Rangkap 1 Ini gelanggang kitayang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih lima dekad yang lalusatu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu di kemudian hari. Penyajak menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang ditubuhkan olehpara pemimpin generasi terdahulu kira-kira 50 tahun yang lalu. Malaysia terbentuk hasildaripada perpaduan danpersepakatan setiap kaum demi masa depan generasi seterusnya. Rangkap 2 Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat dan air matadengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat berpadukita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagaiketurunan. Rakyat atau generasi merdeka hari ini merupakan pewaris negara yang lahir daripada perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu. Dengan tertubuhnya Malaysia, kemakmuran tanah air dapat dinikmati bersama-sama. Kita perlu menjaga keharmonian dan kedaulatan negara ini daripada sebarang bentuk ancaman luaryang cuba memusnahkan. Hal ini dikatakan demikian kerana telah terbukti bahawa cara ini mampu mewujudkan perpaduan pelbagai kaum di negara kita. Rangkap 3 Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh hati nuranikita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah gelanggangjangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri. Penyajak berpendapat bahawa pemimpin kini harus berani melawan tuduhan meluludan propaganda pihak luar untuk mempertahankan kedaulatan negara. Pendapat yang dikemukakan oleh hasutan yang cuba menjatuhkan Malaysia harus kita tentang tanpa tolak ansur supaya tidak menggugat kedaulatan negara. Pihak tersebut tidak harus melakukan tindakan untuk mencabar Malaysia kerana perbuatan mereka akan menyusahkan diri mereka. Rangkap 4 Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah elakkan pertelingkahan sesama sendiri. Penyajak menyeruagarwarganegara yangtaat setia dan cinta akan negara ini saling mengukuhkan tali persaudaraan agar pertelingkahan sesama rakyat dapat dihindari. Rangkap 5 Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah iniagar kecemerlangan tercerna di persada arenaterus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati kita junjung dan taat ke akhir hayat. Penyajak menyatakan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab memikul amanahbagi memastikannegara kita kekal cemerlang pada peringkat dunia. Hal ini demikian kerana kejayaan yang diperoleh rakyat Malaysia melambangkan maruah Malaysia dan jati diri mereka. Kita bertanggungjawab dalam meneruskan kesinambungan Malaysia sebagai negara yang harmoni. Kita mestilah menghargai dan menanamkan kesetiaan serta perasaan cinta akan negara Malaysia untuk selama-lamanya.", "url": "https://karangan.net/sajak-gelanggang/"}, {"title": "Tema_Sajak_Gelanggang", "content": "Sajak ini bertemakan kepentingan mempertahankan keharmonian dan kedaulatan tanah air. Usaha dan perjuangan nenek moyang yang berusaha memerdekakan dan mendaulatkan tanah air wajar dikenang. Semua rakyatperlulah memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.", "url": "https://karangan.net/sajak-gelanggang/"}, {"title": "Persoalan_Sajak_Gelanggang", "content": "Perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan Contoh : Generasi dahulu berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara dengan keringat dan air mata. Kepentingan perpaduan dalam kehidupan masyarakat yang berbilang kaumContoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar. Tanggungjawab rakyat dalam mendaulatkan negaraContoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.", "url": "https://karangan.net/sajak-gelanggang/"}, {"title": "Bentuk_dan_Ciri-ciri_Sajak", "content": "", "url": "https://karangan.net/sajak-gelanggang/"}, {"title": "Gaya_Bahasa_dan_Keindahan_Bunyi", "content": "Unsur kata atau diksinya indah (puitis)Contohnya, agar kecemerlangan tercerna di persada arena. AnaforaContohnya, kita pelihara, kita mempertahankan (rangkap 2 baris 5 dan 6). Perlambangan atau imejanContohnya, pewaris gelanggang. (imej pewaris merujuk generasi muda, manakala, imej gelanggang merujuk kepada negara) Perulangan kataContohnya, kata gelanggang disebut sebanyak enam kali dalam sajak ini. Asonansi. (perulangan bunyi vokal a)Contohnya, kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah. Aliterasi. (perulangan bunyi konsonan s)Contohnya, elakkan pertelingkahan sesama sendiri. Metafora Contoh: Gelanggang keramat RepetisiContoh: kata gelanggang diulang sebanyak enam kali dalam sajak ini. Sajak ini bernada patriotik.", "url": "https://karangan.net/sajak-gelanggang/"}, {"title": "Nilai_Sajak_Gelanggang", "content": "TanggungjawabContoh: Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab \u00a0daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara. Nilai keberanianContoh: Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara kita harus berani\u00a0 berjuang untuk menangkis tohmahan pihak luar. Nilai perpaduanContoh: Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar. Nilai KerjasamaContoh: Setiap kaum menjalinkan kerjasama yang erat untuk mencapai kemerdekaan. NilaiBersatu paduContoh: Rakyat yang bersatu padu dapat memajukan negara dan mengekalkan kedaulatan dan kemakmuran negara. Nilai PengorbananContoh: Pendekar sanggup berkorban demi negara tercinta.", "url": "https://karangan.net/sajak-gelanggang/"}, {"title": "Pengajaran_Sajak_Gelanggang", "content": "Kita hendaklah bertanggungjawab untuk menjaga kedaulatan negara daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara. Kita mestilah berani menangkis segala bentuk propaganda dan tuduhan melulu daripada pihak luar yang cuba mengganggu-gugat kedaulatan negara. Kita perlulah menghargai pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh generasi dan para pemimpin terdahulu yang berusaha untuk memerdekakan tanah air yang tercinta. Sebagai rakyat yang berbilang kaum, kita hendaklah bersatu padu untuk menjamin keharmonian negara yang tercinta ini. Kita haruslah bekerjasama membangunkan negara agar mencapai kemajuan yang diimpikan. Kita haruslah bersyukur kerana dapat tinggal di negara yang aman, sejahtera, dan harmoni. Kita mestilah bersama-sama memajukan negara dalam pelbagai bidang agar maruah negara terjamin pada peringkat antarabangsa. Kita tidak seharusnya bersengketa sesama sendiri demi keamanan dan keharmonian negara.", "url": "https://karangan.net/sajak-gelanggang/"}, {"title": "Soalan_Sajak_Gelanggang", "content": "Apakah pesanan penyajak dalam rangkap keempat? Pesanan penyajak dalam rangkap yang keempat ialah rakyat yang cinta akan negara perlu mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan pertelingkahan sesama sendiri. Pada pendapat anda, mengapakah rakyat mesti bersatu dalam sebuah negara yang merdeka? Pada pendapat saya, rakyat mesti bersatu dalam sebuah negara yang merdeka bagi mengelakkan pergaduhan sesama sendiri dan berprasangka buruk antara kaum. Selain itu, rakyat mesti bersatu untuk mengelakkan campur tangan orang luar dalam politik negara. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas? Persoalan yang terdapat dalam sajak di atas ialah kepentingan perpaduan dalam sesebuah negara. Sebagai contoh rakyat mesti bersatu padu untuk mempertahankan negara daripada sebarang bentuk ancaman. Selain itu, terdapat persoalan perjuangan generasi terdahulu dalam menuntut kemerdekaan. Sebagai contoh generasi dahulu berjuang menuntut kemerdekaan dengan keringat dan air mata.", "url": "https://karangan.net/sajak-gelanggang/"}]