crawl-karangan-net-komsas / karangan-net-sajak-bintang.json
amzar1303's picture
added files
e572f38
[{"title": "Maksud_Sajak_Bintang", "content": "Rangkap 1 Suatu malam aku dudukdi halaman rumahkulihat cantiknya bintang-bintangmenghias langit yang terbentangaku ingin terbang ke sanamembawa pulang bintang-bintangtentu ibu gembiratentu ayah bahagiamelihat rumah inipenuh dengan cahaya. Maksud: Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman rumahnya sambil memerhatikankecantikan bintang-bintang yang menghiasi langit. Penyajak ingin terbang ke langit untuk membawa pulang bintang-bintang itu dan memberikan bintang-bintang itu kepada ayah dan ibunya. Penyajak merasakan perbuatannya itu akan membuatkan ibunya gembira dan ayahnya bahagia apabila melihat rumah mereka diterangi oleh cahaya bintang tersebut. Rangkap 2 Tetapi kata ibuitu tidak perluayah sudah ada bintangbegitu juga iburumah sudah bercahayabegitu juga jiwa merekabintang itu adalah akubintang hati ayah dan ibu. Maksud: Namun begitu, ibu penyajak mengatakan bahawa penyajak tidak perlu berbuat demikian kerana ayah dan ibu penyajak sudah memiliki bintang yang bercahaya di rumah dan dalam jiwa mereka. Hal ini demikian kerana penyajak ialah bintang hati ayah dan ibunya.", "url": "https://karangan.net/sajak-bintang/"}, {"title": "Tema_Sajak_Bintang", "content": "Tema Sajak Bintang ialah kasih sayang yang utuh antara anak dengan ibu bapanya. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak yang dipuja sebagai bintang hati mereka dan tidak dapat dibandingkan dengan apa-apa pun.", "url": "https://karangan.net/sajak-bintang/"}, {"title": "Persoalan_Sajak_Bintang", "content": "Kasih sayang yang mendalam sesama ahli keluarga.Huraian: Penyajak amat menyayangi kedua-dua ibu bapanya. Pengorbanan dan jasa ibu bapa yang tiada nilainya kerana anak mereka melebihi segala-galanya.Huraian: Penyajak sangat menyayangi ibu bapanya dan ingin membahagiakan mereka Tanggungjawab seorang anak untuk membahagiakan ibu bapanya.Huraian: Penyajak ingin menghadiahkan bintang di langit kepada ayah dan ibunya agar mereka berasa gembira dan bahagia. Pengorbanan dan jasa ibu bapa yang tiada nilainyaHuraian: Penyajak ingin memetik bintang di langit untuk dihadiahkan kepada ayah dan ibunya sebagai membalas jasa mereka membesarkan penyajak selama ini. Kebahagiaan ibu bapa terhadap anak yang taat dan bertanggungjawab.Huraian: Ayah dan ibu akan berasa bahagia dan gembira jika dikurniakan anak-anak yang taat, bertanggungjawab, dan mengenang jasa mereka.", "url": "https://karangan.net/sajak-bintang/"}, {"title": "Bentuk_Sajak_Bintang", "content": "Sajak ini bernada romantik kerana penyajak melahirkan rasa kasih sayang dan tanggungjawabuntuk membahagiakan ibu dan ayahnya.", "url": "https://karangan.net/sajak-bintang/"}, {"title": "Gaya_Bahasa_Sajak_Bintang", "content": "Anafora (perulangan perkataan pada awal baris)Contoh: bintang itu adalah aku, bintang hati ayah dan ibu.Contoh: tentu ibu gembira, tentu ayah bahagia Epifora (perulangan perkataan pada akhir baris)Contoh: Tetapi kata ibu, begitu juga ibu Responsi (perulangan perkataan di tengah baris)Contoh: tentu ayah bahagia, bintang hati ayah dan ibu. MetaforaContoh: bintang hati. PersonifikasiContoh: menghias langit yang terbentang. Kata gandaContoh: bintang-bintang. InversiContoh: tentu ibu gembira (Sepatutnya: Ibu tentu gembira)Contoh: tentu ayah bahagia (Sepatutnya: ayah tentu bahagia) AsonansiContoh: begitu juga ibu (perulangan vokal u). AliterasiContoh: begitu juga jiwa mereka (perulangan konsonan j). SinkopeContoh: kulihat cantiknya bintang-bintang Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abccdcddedRima akhir bagi rangkap kedua ialah aabaccaa", "url": "https://karangan.net/sajak-bintang/"}, {"title": "Nilai_Sajak_Bintang", "content": "Kasih sayangIbu dan ayah penyajak sayang akan penyajak. Nilai BertanggungjawabPenyajak bertanggungjawab membahagiakan ibu dan ayahnya. Nilai RasionalIbu dan ayah penyajak menyatakan bahawa mereka tidak memerlukan bintang yang lain kerana penyajak merupakan bintang hati mereka.", "url": "https://karangan.net/sajak-bintang/"}, {"title": "Pengajaran_Sajak_Bintang", "content": "Kita mestilah mengamalkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga. Kita hendaklah mengenang jasa ibu dan bapa yang banyak berbudi kepada kita. Kita perlulah taat akan ajaran dan perintah kedua-dua ibu bapa yang membesarkan kita sejak kecil. Kita hendaklah bertanggungjawab untuk membahagiakan dan menggembirakan hati ibu bapa pada setiap masa. Kita seharusnya jujur dalam berkata-kata untuk menyatakan kebenaran. Kita mestilah mengagumi kehebatan kuasa Allah dalam mencipta alam semesta. Kita mestilah rasional dalam mengemukakan sesuatu pendapat.", "url": "https://karangan.net/sajak-bintang/"}, {"title": "Latihan_Sajak_Bintang", "content": "", "url": "https://karangan.net/sajak-bintang/"}]