crawl-karangan-net-komsas / karangan-net-novel-formula-termodinamik.json
amzar1303's picture
added files
e572f38
[{"title": "Sinopsis_Novel_Formula_Termodinamik", "content": "Cerita Formula Termodinamik digambarkan dengan latar kampung yang dikelilingi sawah. Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka yang selalu bermain di sawah bersama-sama Usama, Adnin dan Zaid. Asma anak kacukan Dusun dan Brunei, berjaya melanjutkan pelajarannya di maktab perguruan manakala Amir dan Usama ke Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di Putatan. Mereka bertemu semula ketika Amir dan Usamah menghabiskan cuti semester di rumah nenek mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah Asma. Amir dan Usama telah merancang satu projek pengubahsuaian mesin rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput dan mencangkul tanah. Amir menggunakan formula Termodinamik bagi memprogramkan mesin rumput terpakai dan projek ini dibantu oleh Profesor Othman dengan Formula Dua Hukum Popular bagi memastikan kejayaan. Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa kurang senang dan ingin menyaingi mereka. Aswan bercadang untuk mencipta model yang sama, menggunakan mesin rumput yang panjang dan stor minyak petrolnya digantung di belakang dan di hujung pemotong rumput itu diwujudkan tangan robot. Namun begitu, semua nota telah hilang dan perkara tentang Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tidak diketahuinya. Amir sangat risau akan kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan tiba-tiba sahaja storan formulanya hilang. Selain itu, Amir terkejut juga apabila didapati pencerobohan berlaku pada data syarikat ayahnya. Amir cuba menerangkan perkara yang berlaku kepada Syarikat Bahagia kepunyaan ayahnya tetapi gagal kerana ayahnya terlalu sibuk. Amir telah mengatur strategi untuk menangkap penjenayah. Akhirnya Aswan telah meminta maaf kepada Amir dan Usama kerana dialah yang mencuri Formula Termodinamik tersebut. Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan Usama telah memenangi Anugerah Saintis Muda dan mereka turut mendapat biasiswa kerajaan bagi melanjutkan pelajaran di luar negara.", "url": "https://karangan.net/novel-formula-termodinamik/"}, {"title": "Tema_Novel_Formula_Termodinamik", "content": "Tema novel Formula Termodinamik ialah cabaran hidup remaja dalam usaha mengubah suai mesin terpakai yang boleh memanfaatkan penduduk kampung. Hal ini dibuktikan menerusi dua orang anak muda iaitu Amir dan Usamah yang berwawasan tinggi untuk mengubah suai mesin rumput terpakai menjadi mesin mencangkul tanah. Mereka memanfaatkan ilmu yang dipelajari dengan melakukan inovasi terhadap mesin rumput terpakai dengan bantuan Profesor Othman yang meminjamkan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik. Apabila usaha tersebut diketahui oleh Aswan, dia ingin menyaingi rakannya itu dengan mencipta model yang sama tetapi berbeza fungsinya. Aswan melakukan jalan pintas dengan mencuri Formula Dua Hukum Popular Termodinamik. Akhirnya, inovasiAmir dan Usamah iaitu mesin 2 dalam 1 yang berfungsi sebagai pemotong rumput dan boleh membajak tanah telah digunakan secara meluas oleh penduduk Kampung Warisan. Amir dan Usamah pula telah menerima Anugerah Saintis Muda.", "url": "https://karangan.net/novel-formula-termodinamik/"}, {"title": "Persoalan_Novel_Formula_Termodinamik", "content": "Persoalan tanggungjawab melakukan inovasi untuk kepentingan masyarakatContoh Peristiwa: Amir dan Usamah berusaha melakukan pengubahsuaian terhadap mesin rumput terpakai bagi memudahkan neneknya dan orang kampung membajak tanah untuk pertanian. Persoalan mengamalkan etikaContoh Peristiwa: Fikri sangat berpegang teguh kepada etika kerja yang bersih iaitu bersaing secara sihat dan tidak menganggap Amir dan Usamah sebagai musuh dalam melaksanakan projek masing-masing. Persoalan Kegigihan untuk berjayaContoh Peristiwa: Apabila Formula Dua Hukum Termodinamik hilang, Amir dan Usamah berusaha dengan gigih untuk mendapatkan formula tersebut bagi memastikan projek mereka itu dapat dihasilkan. Sikap iri hati terhadap kebolehan orang lainContoh Peristiwa: Aswan berasa tergugat apabila mendapat tahu Amir dan Usamah boleh mengubah suai mesin rumput terpakai menjadi mesin mencangkul tanah. Dia juga yakin mampu mencipta mesin yang boleh berfungsi menanam padi, lalu mencuri formula Dua Hukum Popular Termodinamik. Kemahiran menggunakan komputer dan teknologi maklumatContoh Peristiwa: Usamah yang mahir dalam komputer telah mencipta kod keselamatan untuk Syarikat Bahagia. Persoalan pengaruh rakan sebaya yang boleh merosakkan diriContoh Peristiwa: Fikri dan Majibon berakhlak mulia, tetapi sanggup bersekongkol melakukan perbuatan yang negatif hasil persahabatannya dengan Aswan. Persoalan tanggungjawab terhadap seorang sahabatContoh Peristiwa: Zaid, Amir, Usamah dan Adnin telah menyelamatkan Aswan, Fikri dan Majibon daripada mati lemas dalam kejadian banjir di kampung mereka. Persoalan mengamalkan budaya ilmuContoh Peristiwa: Amir dan Usamah telah mempraktikkan ilmu yang dipelajari di politeknik untuk menghasilkan projek mesin 2 dalam 1 bagi membajak tanah pertanian untuk kegunaan orang kampung. Mereka juga tidak lokek berkongsi ilmu dengan orang lain dan ingin membantu Aswan dalam projek mesin menanam padi. Persoalan keinsafan atas kesilapan yang dilakukanContoh Peristiwa: Aswan meminta maaf daripada Amir atas kesalahannya mencuri pemacu pena dan mencuba memindahkan asset bapa Amir ke dalam akaun bapanya. Rasa kecewa apabila orang yang dikasihi akan berkahwin dengan orang lainContoh Peristiwa: Amir berasa kecewa apabila mendapat tahu Asma akan berkahwin dengan Asman menyebabkan dia terjelopok lalu tapak tangannya terluka. Persoalan kasih sayang nenek terhadap anak cucunyaContoh Peristiwa: Nenek sentiasa menyokong usaha Amir dan Usamah dalam menjayakan Projek mesin 2 dalam 1 dan nenek juga banyak mengajar serta mendidik mereka. Walaupun baru saja menjalani pembedahan, nenek sudah teringat hendak membuat kuih bahulu kegemaran bapa Usamah. Nenek juga berjanji untuk membuat kuih jala untuk Amir.", "url": "https://karangan.net/novel-formula-termodinamik/"}, {"title": "Binaan_Plot_Novel_Formula_Termodinamik", "content": "Permulaan Pengarang memaparkan suasana sebuah kampung di Sabah. Amir, Usamah, dan Asma bertemu semula setelah meningkat remaja. Usamah menuntut di Politeknik Perak, Amir menuntut di Politeknik Putatan, dan Asma menuntut di maktab perguruan di daerah tersebut. Asmah merupakan dua pupu Amir dan Usamah. Perkembangan Amir dan Usamah menerima e-mel daripada Profesor Othman. Mereka berkomunikasi tentang projek pengubahsuaian mesin rumput yang terpakai. Profesor Othman mengucapakan syabas dan sedia menghulurkan bantuan. Amir meminta Profesor Othman untuk menitipkan Formula Dua Hukum Popular. Setelah mereka menerima sedikit penerangan dan faham akan formula tersebut Amir bertekad untuk menyiapkan mesin rumput tersebut dalam masa sehari dua. Perumitan Aswan mendapat berita mengenai Amir dan Usamah yang telah berjaya mencipta mesin baharu yang dinamakan 2 dalam 1. Aswan berasa sangat iri hati dan sangat tercabar. Aswan bertekad untuk bersaing dengan Amir dan Usamah walau dengan apa-apa cara sekalipun. Klimaks Kampung mereka ditenggelami banjir. Arus tersebut telah menghanyutkan Aswan, Majibon, dan Fikri sewaktu menghadiri Majlis Sambutan Hari Krismas di rumah Majibo. Dalam kejadian tersebut Amir dan rakan-rakannya datang menyelamatkan Aswan dan rakan-rakannya. Aswan berasa sangat malu. Dia berterus terang tentang perkara yang telah dilakukan terhadap Amir. Dia memohon maaf atas keterlanjurannya. Peleraian Amir dan Usamah telah memenangi Anugerah Saintis Muda. Hal ini telah melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan mendapat tajaan biasiswa. Mereka bertekad untuk membawa kejayaan yang lebih gemilang untuk dibawa pulang.", "url": "https://karangan.net/novel-formula-termodinamik/"}, {"title": "Teknik_Plot_Novel_Formula_Termodinamik", "content": "Imbas kembaliContoh: Asma masih mengingati ketika dia, Amir, dan Usamah masih kecil mereka sering berlari di atas batas-batas sawah padi. Imbas mukaContoh: Amir menyatakan jika ada peluang satu hari nanti dia akan membina terowong di bawah dasar laut untuk disambungkan ke Semenanjung. Hal ini memudahkan kereta berulang-alik seperti di negara Jepun. PemerianContoh: Penulis menyatakan keadaaan di Kampung Warisan, Papar apabila ditimpa hujan yang lebat sehingga menyebabkan berlakunya banjir. MonologContoh: Aswan berkata sendirian bahawa dia juga mampu mengubah suai mesin rumput seperti yang dilakukan oleh Amir dan Usamah. KejutanContoh: Amir dan Usamah terkejut apabila nenek jatuh terjelopok ke dalam paya ketika mereka sedang bergotong-royong menanam padi. SaspensContoh: Pembaca dan pelajar-pelajar tertanya- tanya akan kehilangan data storan yang mengandungi data Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tersebut.", "url": "https://karangan.net/novel-formula-termodinamik/"}, {"title": "Watak_Perwatakan_Novel_Formula_Termodinamik", "content": "Amir (Watak Utama) Seorang yang pemaaf dan tidak berdendamContoh: Amir memaafkan Aswan walaupun banyak kesalahan yang dilakukan oleh Aswan terhadap dirinya. Seorang yang kreatif dan inovatifContoh: Amir mencipta mesin 2 dalam 1 berpandukan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan menggunakan kreativiti dan inovasi. Seorang yang bijaksanaContoh: Dia membuat rancangan untuk memberkas penjenayah yang mencuri baja subsidi penduduk kampung dengan bijaksana. Seorang yang penyayangContoh: Amir menyayangi neneknya. Seorang yang bersungguh-sungguhContoh: Amir mencipta mesin 2 dalam 1 dengan bersungguh-sungguh dan hasilnya, mesin tersebut mendapat sambutan penduduk kampung. Seorang yang berjiwa besarContoh: Dia menasihati Zahid agar tidak buruk sangka terhadap Aswan yang menghebohhebohkan mesin ciptaannya.Seorang yang rajin dan berdisiplinContoh: Amir merupakan penuntut tahun akhir jurusan Kejuruteraan Am. Usamah (Watak Sampingan) Seorang perempuan yang kreatif dan inovatifContoh: Usamah mencipta mesin 2 dalam 1 berpandukan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan menggunakan kreativiti dan inovasi. Seorang yang penyayangContoh: Usamah menyayangi neneknya. Seorang yang bersungguh-sungguhContoh: Usamah mencipta mesin 2 dalam 1 dengan bersungguh-sungguh dan hasilnya, mesin tersebut mendapat sambutan penduduk kampung. Seorang yang kurang sabarContoh: Usamah berasa sangat marah apabila seorang pengguna Internet yang menghantar e-mel kepada Amir untuk meminta maaf tidak menjawab pertanyaan mereka. Asma(Watak Sampingan)", "url": "https://karangan.net/novel-formula-termodinamik/"}, {"title": "Latar_Novel_Formula_Termodinamik", "content": "", "url": "https://karangan.net/novel-formula-termodinamik/"}, {"title": "Gaya_Bahasa_Novel_Formula_Termodinamik", "content": "PersonifikasiContoh: Angin lembut membelai anak rambut Aswan, Air membuak ganas membawa keladak dan memanjat tebing mengorek tunjang-tunjang pokok yang dirempuhnya. SimileContoh: Mengumpat sama seperti memakan daging saudara sendiri, Sinarnya bagaikan benang berselirat, kilat bagaikan cahaya laser menguak bumi, Kakinya bagaikan berat untuk melangkah, Hatinya seperti menyelongsong memintanya berpatah balik. MetaforaContoh: kotak fikirannya, sebongkah cinta. PeribahasaContoh: seperti cendawan tumbuh selepas hujan, mati akal, batang hidung, bertepuk sebelah tangan. HiperbolaContoh: Perasaan marah membuak-buak. Bahasa ArabContoh: Assalamualaikum, Waalaikumussalam, syafaat, alhamdulillah, Insya-Allah. SinkopeContoh: tak, saja.", "url": "https://karangan.net/novel-formula-termodinamik/"}, {"title": "Nilai_Novel_Formula_Termodinamik", "content": "Nilai KerjasamaContoh: Penduduk Kampung Warisan, Papar bergotong-royong mengusahakan padi untuk memastikan kerja-kerja pertanian dapat dilakukan dengan lebih cepat. Nilai Kasih sayangContoh: Intan berasa risau dan amat bimbang akan keselamatan Amir apabila anaknya itu meninggalkan rumah tanpa memberi sebarang pesan. Nilai KejujuranContoh: Fikri menentang hasrat Aswan memindahkan wang Syarikat Bahagia sebayak RM1.3 juta kerana menganggap perbuatan itu tidak bermoral. Nilai KeberanianContoh: Amir berani menyerbu masuk ke dalam pondok untuk menangkap penjenayah yang mencuri harta benda penduduk Kampung Warisan. Nilai KebijaksanaanContoh: Amir dan Usamah merupakan golongan remaja yang bijak menggunakan satu data storan yang dikenal sebagai Formula Dua Hukum Popular Termodinamik. Nilai Kreatif dan InovatifContoh: Amir dan Usamah merupakan remaja yang kreatif dan inovatif kerana mampu mengubah suai mesin rumput terpakai menjadi mesin 2 dalam 1. Nilai BertanggungjawabContoh: Ibu Amir terlalu risau apabila Amir dan Usamah tidak pulang ke rumah tanpa meninggalkan sebarang pesanan. Nilai KeinsafanContoh: Aswan berasa insaf bahawa dirinya telah banyak melakukan kesalahan terutamanya, kepada Amir. Nilai PemaafContoh:Amir memaafkan segala kesalahan Aswan yang telah mengkhianatinya. Nilai SimpatiContoh: Adnin simpati terhadap ibu Aswan yang bimbang kerana kehilangan Aswan. Nilai Baik hatiContoh: Amir dan rakan-rakannya membantu anggota penyelamat mencari Aswan, Fikri, dan Majibon yang hilang ketika kampung mereka dilanda banjir.", "url": "https://karangan.net/novel-formula-termodinamik/"}, {"title": "Pengajaran_Novel_Formula_Termodinamik", "content": "Kita hendaklah mengamalkan sikap bekerjasamaContoh: Penduduk Kampung Warisan, Papar bergotong-royong mengusahakan padi untuk memastikan kerja-kerja pertanian dapat dilakukan dengan lebih cepat. Kita hendaklah memiliki sikap kasih sayangContoh: Amir Usamah dan Asma sangat menyayangi nenek mereka, sikap kasih sayang mereka jelas dibuktikan semasa nenek mereka sedang sakit dan ditahan di wad hospital. Kita sewajarnya memiliki sikap jujurContoh: Fikri menentang hasrat Aswan memindahkan wang Syarikat Bahagia sebayak RM1.3 juta kerana menganggap perbuatan itu tidak bermoral. Kita hendaklah memiliki sikap beraniContoh: Amir berani menyerbu masuk ke dalam pondok untuk menangkap penjenayah yang mencuri harta benda penduduk Kampung Warisan.", "url": "https://karangan.net/novel-formula-termodinamik/"}, {"title": "Latihan_Novel_Formula_Termodinamik", "content": "Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji nyatakan tiga persoalan berserta contoh peristiwa yang dikemukakan dalam novel tersebut. Berdasarkan novel yang saya kaji ketika tingkatan satu ialahFormula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman. Terdapat beberapa persoalan dalam novel ini. Antaranya ialah persoalan bekerjasama untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Sebagai contoh, Usamah bekerjasama dengan Amir mengubah suai mesin rumput terpakai untuk dijadikan mesin 2 dalam 1 bagi membantu petani-petani di kampung mereka. Selain itu, persoalan ini juga boleh dibuktikan semasa golongan remaja bekerjasama untuk menangkap pencuri yang menimbulkan masalah kepada penduduk kampung. Persoalan taat kepada ajaran agama juga terdapat dalam novel Formula Termodinamik. Fikri menentang keras hasrat Aswan yang ingin memindahkan wang RM 1.3 juta milik syarikat yang telah diceroboh ke dalam akaunnya. Dia mengingatkan Aswan bahawa agama melarang kita mengambil hak orang lain, perbuatan yang tidak bermoral. Persoalan yang terakhir ialah kasih sayang cucu kepada neneknya. Amir, Usamah dan Asma sayang akan nenek mereka. Apabila nenek lemas, Amir memberikan rawatan kecemasan kepada nenek. Usamah pula menjaga nenek semasa sakit dan Asma bertegas supaya nenek dihantar ke hospital. Nyatakan tiga perwatakan watak utama berserta contoh peristiwa yang dikemukakan dalam novel tersebut. Novel yang saya kaji semasa tingkatan satu ialahFormula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman. Watak utama novel ini ialahAmir, seorang pelajar Diploma Kejuruteraan Am. Amir merupakan seorangremaja yang kreatif dan inovatif. Dia bersama-sama dengan Usamah merancang untuk mengubah suai fungsi mesin rumput yang terpakai bagi membantu petani melakukan kerja-kerja menanam padi. Seterusnya, Amir juga seorang yang mahir dalam teknologi komputer. Dia dapat mengesan bahawa ada orang berusaha untuk memindahkan storan data Syarikat Bahagia. Selain itu, Amir seorang yang gigih berusaha. Dia mencipta model ciptaannya berdasarkan data Formula Termodinamik yang sudah bertahun-tahun dikumpulnya dengan bantuan Prof.Othman.", "url": "https://karangan.net/novel-formula-termodinamik/"}, {"title": "Latar_Masa_Novel_Formula_Termodinamik", "content": "Malam sambutan Hari KrismasBerlakunya kejadian air bah yang sangat dahsyat sehingga hampir meragut nyawa Aswan, Majibon, dan Fikri. Selepas waktu isyakAmir dan rakan-rakannya bersiap- siap untuk memulakan misi memerangkap dan menangkap pejenayah siber. Pada pukul 12.00 tengah malamAmir dan Usamah tiba di rumah dan terus ke pejabat persendirian Damit. Mereka meneliti komputer ayah Amir dan mendapati ada orang yang berusaha untuk memindahkan storan data Syarikat Bahagia. Pada suatu pagiHujan lebat mencurah-curah, air naik sehingga satu meter, dan semua penduduk kampung dipindahkan ke balai raya.", "url": "https://karangan.net/novel-formula-termodinamik/"}, {"title": "Latar_Tempat_Novel_Formula_Termodinamik", "content": "Kampung WarisanTempat kelahiran Amir dan Usaniah dan di kampung itulah proses mengubah suai mesin dilakukan berdasarkan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik, sehingga terhasilnya mesin 2 dalanm 1 untuk dimanfaatkan oleh para petani. Tapak semaian, di Kampung WarisanTempat mesin 2 dalam 1 digunakan untuk menggantikan cangkul. Lapangan terbangTempat Amir dan Usamah dihantar oleh ahli keluarga mereka sebelum berlepas ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran. Kampung PimpingTempat rombongan bapa Aswan untuk membincangkan persiapan majlis perkahwinan Asma dan Asman. Bilik pembedahanTempat nenek Amir menjalani pembedahan kecil di buku lalinya. Pejabat Persendirian Damit, Syarikat Bahagia, PutatanTempat Amir menyiasat penjenayah siber yang cuba membocorkan maklumat Syarikat Bahagia. Di atas tangga, rumah AmirTempat Amir termenung dan memikirkan kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik", "url": "https://karangan.net/novel-formula-termodinamik/"}, {"title": "Latar_Masyarakat_Novel_Formula_Termodinamik", "content": "Masyarakat yang berpendidikan tinggiContoh: Asma menuntut maktab perguruan, manakala Amir dan Usamah pula merupakan penuntut politeknik serta bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. Masyarakat yang masih mengamalkan sikap bergotong-royongContoh: Orang kampung bergotong-royong untuk menyiapkan sawah milik nenek Amir. Masyarakat golongan muda yang mengamalkan semangat kerjasamaContoh: Adnin yang sedang menunggu keputusan SPM mengajak Amir dan Usamah untuk membantu mangsa banjir yang telah pindah di kampung mereka. Masyarakat yang suka mengambil kesempatan dan mementingkan diri sendiriContoh: Aswan telah mencuri pendrive milik Amir yang mengandungi Formula Termodinamik demi kepentingan.", "url": "https://karangan.net/novel-formula-termodinamik/"}]