crawl-karangan-net-komsas / karangan-net-cinta-ahmad-mutawakkil.json
amzar1303's picture
added files
e572f38
raw
history blame contribute delete
No virus
13.3 kB
[{"title": "Tema_Cerpen_Cinta_Ahmad_Mutawakkil", "content": "Cerpen \u201cCinta Ahmad Mutawakkil\u201d bertemakan kegigihan seorang pemuda yang menghadapi pelbagai cabaran serta tentangan dalam perjuanganmenentang penjajah dan menuntut kemerdekaan. Ahmad Mutawakkil yang merupakan watak utama dalam cerpen ini telah menzahirkan cintanya terhadap bangsa dan negara melalui perjuangan menentang penjajah Inggeris, Jepun dan Komunis. Ahmad Mutawakkil merupakan seorang pemuda yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi sehinggakan tidak sanggup menerima sebarang pujian selagi Tanah Melayu belum merdeka. Dia sanggup menggadaikan nyawanya untuk menentang komunis dan akhirnya dia terbunuh sebelum mengecap kemerdekaan Tanah Melayu. Perjuangan dan pengorbanannya terus diingati oleh masyarakat kampungnya sama seperti mereka mengingati kata-kata anak muda itu \u201cTanah Melayu pasti merdeka!\u201d.", "url": "https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/"}, {"title": "Persoalan_Cinta_Ahmad_Mutawakkil", "content": "Persoalan perubahan sosioekonomi masyarakat kampungContoh : Kedatangan Tuan Booth dan keluarga telah merubah sosioekonomi masyarakat kampung apabila beliau telah mengupah beratus-ratus buruh termasuk penduduk kampung sendiri untuk meneroka belukar bagi meluaskan penanaman getah Persoalan kepentingan sikap berdikari dalam kehidupan Contoh: Ahmad Mutawakkil belajar berdikari setelah kematian bapanya, Wan Sadir dengan cara bekerja dengan orang putih Persoalan kesan kedatangan penjajahContoh: Kedatangan penjajah yang membawa kepada serangan telah menyebabkan seluruh ketenangan hidup masyarakat kampung hilang Persoalan tanggungjawab seorang pemimpin Contoh : Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau selepas solat isyak untuk mencari Ahmad Mutawakkil yang kehilangan tempat menumpang nasib setelah pemergian Tuan Booth sekeluarga akibat kedatangan Jepun dan mengambil Ahmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya Persoalan kepentingan menguasi ilmu dalam kehidupanContoh : Ahmad Mutawakkil menjadi tempat penduduk kampung mendapatkan maklumat tentang hal ehwal semasa kerana dia boleh menulis dan bercakap dalam bahasa Inggeris Persoalan semangat patriotisme dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaanContoh : Ahmad Mutawakkil menyeru ahli masyarakat agar mengikis tabiat buruk, berjuang mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa Melayu untuk merdeka", "url": "https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/"}, {"title": "PLOT_Cinta_Ahmad_Mutawakkil", "content": "", "url": "https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/"}, {"title": "Watak_Perwatakan_Cinta_Ahmad_Mutawakkil", "content": "Watak Utama : Ahmad Mutawakkil Watak Sampingan: Tuan Booth Watak Sampingan: Imam Ngah Deraman Watak Sampingan Sandra", "url": "https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/"}, {"title": "Latar_Cerpen_Cinta_Ahmad_Mutawakkil", "content": "", "url": "https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/"}, {"title": "Gaya_Bahasa_Cinta_Ahmad_Mutawakkil", "content": "", "url": "https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/"}, {"title": "Nilai_Cinta_Ahmad_Mutawakkil", "content": "Nilai patriotismeContoh : Ahmad Mutawakkil seorang remaja yang sayang akan negaranya. Nilai KeberanianContoh : Ahmad Mutawakkil berani untuk menghadapi pelbagai cabaran untuk kemerdekaan negara. Nilai Tanggungjawab Contoh: Imam Ngah Deraman bertanggungjawab mencari dan membawa Ahmad Mutawakkil pulang ke rumahnya selepas Tuan Booth sekeluarga meninggalkan banglonya seminggu sebelum Jepun menyerang Tanah Melayu. Nilai KebijaksanaanContoh: Ahmad Mutawakkil seorang pemuda yang bijaksana. Nilai Kasih sayangContoh: Tuan Booth amat menyayangi isteri dan anak perempuannya, Sandra apabila dia bertindak membawa mereka meninggalkan banglo di estetnya seminggu sebelum Jepun menyerang Tanah Melayu. Nilai Mengenang jasaContoh: Penduduk kampung menganjurkan majlis doa kesyukuran dan bacaan tahlil bagi mengenang segala pengorbanan Ahmad Mutawakkil sebagai nasionalis muda yang telah banyak berjasa kepada penduduk kampung. Nilai kerjasamaContoh: Tiga kumpulan pencari bekerjasama mencari jejak Ahmad Mutawakkil yang hilang. Nilai ketabahanContoh: Ahmad Mutawakkil tabah berdepan dengan pelbagai cabaran dalam perjuangannya menuntut kemerdekaan negara. Nilai hormat-menghormatiContoh: Tuan Booth sekeluarga amat menghormati masyarakat kampung penulis yang berbangsa Melayu.", "url": "https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/"}, {"title": "Pengajaran_Cinta_Ahmad_Mutawakkil", "content": "Kita hendaklah bertanggungjawab melaksanakan tugas kita dengan sebaik-baiknya. Contoh: Ahmad Mutawakkil bertanggungjawab semasa melaksanakan tugasnya sebagai seorang wartawan dalam menulis surat khabar kepada rakyat untuk kemerdekaan tanah air. Kita hendaklah bekerjasama untuk melakukan sesuatu aktiviti.Contoh: Penduduk kampung telah bekerjasama dalam membentuk tiga kumpulan pencari untuk mencari Ahmad Mutawakkil yang hilang. Kita hendaklah berkorban untuk kemerdekaan tanah air kitaContoh: Ahmad Mutawakkil telah berkorban untuk mempertahankan tanah air daripada ancaman Parti Komunis Malaya Kita mestilah memupuk cinta akan negara untuk memerdekaan tanah air daripada penjajah Contoh: Ahmad Mutawakkil menggesa rakyat menentang penjajah Inggeris Kita hendaklah bijak mengambil peluang untuk menambahkan ilmu pengetahuanContoh: Ahmad Mutawakkil belajar membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris daripada Sandra ketika menumpang selama tiga tahun di bangle Tuan Booth", "url": "https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/"}, {"title": "Sinopsis_Cinta_Ahmad_Mutawakkil", "content": "Ahmad Mutawakkil muncul secara tiba-tiba dalam keadaan cedera parah. Pakaiannya dipenuhi darah serta lumpur di pintu surau kampungnya sebaik sahaja para makmum selesai menunaikan solat maghrib. Situasi yang mencemaskan itu menimbulkan kejutan dan tanda tanya kepada Imam Ngah Deraman, Penghulu Ibrahim Sigap, dan seluruh makmum di surau kampung mengenai punca kejadian itu berlaku. Ahmad mutawakkil yang cedera parah telah dibaringkan oleh Penghulu Ibrahim Sigap. Dalam keadaan nafasnya tercungap-cungap, dia rebah lalu pengsan. Melalui teknik imbas kembali, penulis menceritakan kisah penerokaan kampungnya sejak tiga generasi yang lalu. Mereka telah meneroka tanah kebun dan sawah padi. Selepas itu, bermula pertengahan tahun 30-an, Tuan Booth sekeluarga telah datang ke kampung itu untuk meneroka belukar. Tuan Booth mengupah beratus-ratus orang buruh termasuklah penduduk kampung penulis untuk menanam pokok-pokok getah. Kemudian, Tuan Booth telah membawa masuk 15 buah keluarga buruh berketurunan India untuk bekerja di estet getahnya. Seterusnya, kisah riwayat hidup Ahmad Mutawakkil yang menjadi yatim piatu selepas kematian bapanya, Wak Sadir. Ahmad Mutawakkil terpaksa menumpang hidup dengan Tuan Booth selama tiga tahun. Pendaratan askar Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941 ternyata mengubah suasana damai di kampung penulis. Penulis mengimbas kembali kisah Tuan Booth sekeluarga yang terpaksa meninggalkan banglo di estetnya seminggu sebelum kemaraan askar Jepun dan kisah kesulitan seluruh penduduk kampung pada zaman pendudukan Jepun itu. Ketiadaan Tuan Booth sekeluarga telah menyebabkan Ahmad Mutawakkil hidup terbiar. Atas dasar prihatin dan tanggungjawab, Imam Ngah Deraman telah menjadikan Ahmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya. Sejak itu, Imam Ngah Deraman selalu menceritakan perihal Ahmad Mutawakkil kepada penduduk kampung termasuklah kepandaiannya membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris. Pada tahun 1943, Ahmad Mutawakkil telah bekerja di bandar. Pada tahun 1945, Ahmad Mutawakkil memberitahu Imam Ngah Deraman bahawa bandar Hiroshima dan Nagasaki di Jepun telah dibom dan askar Jepun terpaksa menyerah kalah dalam perang dunia kedua. Ketika Ahmad Mutawakkil berusia 17 tahun, ketokohan dan kehebatan Ahmad Mutawakkil sebagai pejuang nasionalis Melayu muda terserlah apabila setiap tutur kata dan tindak-tanduknya sangat berpengaruh dan disegani sama ada di kampung atau di seluruh daerah. Tuan Booth kembali banglo di estetnya semula ke selepas Jepun menyerah kalah. Sikap peramah dan baik hati Tuan Booth sekeluarga terhadap penduduk kampung telah mengeratkan hubungan antara mereka. Ketokohan Ahmad Mutawakkil sebagai pejuang nasionalis Melayu amat ketara apabila beliau secara lantang menolak perjuangan komunis dan menentang penjajahan Inggeris melalui sesi pidato dan penulisannya dalam surat khabar. Pembabitan Ahmad Mutawakkil sebagai wartawan telah berjaya meluaskan pengaruhnya sehingga terpilih sebagai pemimpin nombor dua dalam parti peringkat daerah pada tahun 1952 yang dianggotainya. Pada masa yang sama, Sandra, iaitu anak gadis Tuan Booth menyimpan perasaan kasihnya terhadap Ahmad Mutawakkil. Hubungan mereka telah mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan masyarakat kampung. Pada tahun 1948, Parti Komunis Malaya mula menggila di Perak. Ahmad Mutawakkil pula semakin rancak berkempen untuk menggesa rakyat menolak ideologi komunis yang songsang itu. Keadaan itu telah menyebabkan lima orang pengganas komunis menyerbu banglo Tuan Booth. Beliau diminta menyampaikan amaran mereka kepada Ahmad Mutawakkil agar tidak menghasut rakyat membenci ideologi komunis. Sungguhpun begitu, Ahmad Mutawakkil tidak mengendahkan nasihat Tuan Booth dan Penghulu Ibrahim Sigap, malah dia semakin berani bersuara dengan lantang. Pada malam Jumaat selepas dia selesai menyampaikan ceramahnya, Ahmad Mutawakkil telah didatangi oleh seorang budak lelaki di surau kampungnya. Ahmad Mutawakkil minta diri untuk mengikut budak lelaki itu. Keesokan harinya, kehilangan Ahmad Mutawakkil menimbulkan tanda tanya dan kegelisahan dalam kalangan penduduk kampung apabila seharian dia tidak muncul di surau kampung itu. Tiga kumpulan termasuk Tuan Booth telah dibentuk untuk mencari Ahmad Mutawakkil di seluruh pelosok kampung, namun usaha mereka menemukan kegagalan. Sesudah solat maghrib, segala kerunsingan dan keresahan penduduk kampung terjawab apabila Ahmad Mutawakkil muncul di surau kampungnya dalam keadaan cedera parah. Dia meninggal dunia di atas riba Imam Ngah Deraman sambil menggenggam tangan Penghulu Ibrahim Sigap akibat tembakan tiga butir peluru yang menembusi belakang bahunya. Kematian Ahmad Mutawakkil amat dirasai oleh penduduk kampung termasuklah penulis. Pada malam 31 Ogos 1957, penduduk kampung telah mengadakan majlis doa kesyukuran sebagai tanda meraikan kemerdekaan tanah air. Majlis bacaan tahlil turut diadakan untuk mengenang jasa dan pengorbanan arwah Ahmad Mutawakkil itu. Tuan Booth sekeluarga telah pulang ke England seminggu selepas kemerdekaan negara. Setahun kemudian, Sandra kembali ke banglo peninggalan bapanya di estet getah itu. Lantaran kenangannya yang tidak pernah lenyap atau demi kecintaannya terhadap Ahmad Mutawakkil, dia telah mengajar anak-anak penduduk kampung membaca dan menulis.", "url": "https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/"}, {"title": "PermulaanEksposisi", "content": "Pada hari Jumaat bulan Ogos tahun 1953, Ahmad Mutawakkil muncul di kampung dengan mempunyai luka yang parah dan bajunya dipenuhi dengan darah. Oleh sebab mempunyai luka yang besar di bahunya, Ahmad Mutawakkil telah terkulai lalu pengsan.", "url": "https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/"}, {"title": "Perkembangan", "content": "Pada pertengahan tahun 30-an, muncul satu keluarga orang putih, iaitu Tuan Booth. Tuan Booth telah mengupah beratus-ratus orang kampung di estet getahnya. Pada tahun 1941, tentera Jepun telah berjaya masuk ke Tanah Melayu. Tuan Booth sekeluarga telah berpindah sebelum tentera Jepun datang. Pada tahun 1945, bandar Hiroshima dan Nagasaki telah dibom dan Jepun telah menyerah kalah. Selepas itu, keluarga Tuan Booth telah kembali ke kampung selepas Jepun menyerah kalah. Pada masa yang sama, Ahmad Mutawakkil telah dilantik sebagai pejuang nasionalis Melayu yang paling muda. Ahmad Mutawakkil telah berusaha mengadakan ceramah kepada penduduk kampung dan menulis di surat khabar untuk menentang penjajahan Inggeris dan Parti Komunis Malaya", "url": "https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/"}, {"title": "Klimaks", "content": "Pada malam Jumaat, seorang budak lelaki telah mendekati dan berbisik dengan Ahmad Mutawakkil. Selepas itu, Ahmad Mutawakkil berdiri dan mengikuti budak lelaki itu. Hari keesokannya, Ahmad Mutawakkil telah hilang dan amat mrmbimbangkan penduduk kampung. Oleh itu, mereka mencari Ahmad Mutawakkil. Akhirnya, Ahmad Mutawakkil telah meninggal dunia kerana ditembak oleh Komunis.", "url": "https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/"}, {"title": "Peleraian", "content": "Pada malam 31 Ogos 1957, penduduk kampung telah mengadakan majlis kesyukuran untuk Ahmad Mukawakkil yang telah terkorban. Selepas merdeka, keluarga Tuan Booth telah kembali ke England. Selepas setahun, Sandra telah kembali ke banglo ayahnya. Sandra juga mengajar anak-anak kampung di situ supaya mereka mengingati seorang pejuang nasionalis Melayu yang telah berkorban untuk tanah air.", "url": "https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/"}, {"title": "Latar_Masa", "content": "", "url": "https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/"}, {"title": "Latar_Tempat", "content": "", "url": "https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/"}, {"title": "Latar_Masyarakat", "content": "", "url": "https://karangan.net/cinta-ahmad-mutawakkil/"}]