crawl-karangan-net-komsas / karangan-net-cerpen-sekeping-tanah.json
amzar1303's picture
added files
e572f38
raw
history blame contribute delete
No virus
14.9 kB
[{"title": "Sinopsis_Cerpen_Sekeping_Tanah", "content": "CerpenSekeping Tanah dimulakan dengan tindakan Hisyam yang pergi menemui abangnya, Harun untuk berbincang mengenai sebidang tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka di bandar. Menurut Hisyam, dia bercadang untuk membangunkan tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya di bandar itu kerana kakaknya, Halimah juga bersetuju dengan cadangannya. Hal ini demikian kerana Halimah sudah berasa tidak selesa menetap di rumah pusaka itu dengan keluarganya kerana bimbang akan menimbulkan masalah apabila dia meninggal dunia. Hisyam menyatakan cadangan kepada abangnya tentang hasratnya untuk menubuhkan sebuah syarikat keluarga yang boleh membangunkan tanah pusaka itu dengan membina kondo. Harun mempersoalkan cadangan adiknya itu atas faktor kewangan dan faktor tahap pendidikan yang dicapai oleh adiknya itu. Hisyam menegaskan bahawa mereka boleh membuat pinjaman bank dan urusan pinjaman wang tersebut boleh diuruskan oleh kakaknya, Halimah yang merupakan seorang pengurus bank. Selepas Hisyam gagal memujuk abangnya untuk mengekalkan tanah pusaka itu, pada malamnya, dia telah ke rumah pusaka untuk menemui kakaknya, Halimah. Hisyam memberitahu tentang kedegilan abangnya yang mendesaknya supaya menjualkan tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka itu. Selepas perbincangan diadakan, Hisyam dan Halimah bersepakat untuk membangunkan tanah yang terletak di bandar itu tetapi mereka merahsiakan hal itu daripada pengetahuan abangnya, Harun. Bagi melicinkan proses untuk membangunkan tanah pusaka itu, mereka telah menubuhkan sebuah syarikat atas nama Binajaya Sdn. Bhd. dan melantik seorang peguam untuk membeli tanah pusaka mereka yang telah dijual itu sebelum dibangunkan semula. Sebulan kemudian, Harun, Hisyam dan Halimah menurunkan tandatangan menjual tanah pusaka dengan harga RM6 625 000.00 kepada Binajaya Sdn. Bhd. di hadapan pegawai pentadbiran tanah dan seorang peguam. Harun gembira menerima cek bernilai RM 2 650 000.00. Begitu juga dengan Hisyam yang menerima jumlah yang sama dan Halimah pula menerima RM 1 325 000.00. Rumah pusaka bapa mereka telah didermakan kepada sebuah keluarga di Sungai Pencala. Pada minggu itu juga tertegak papan tanda bahawa di atas tapak tanah itu akan dibina sebuah kondo mewah setinggi 25 tingkat. Hati Harun terdetik apabila melihat nama adiknya, Hisyam bin Sulaiman tertera pada papan kenyataan tapak kondo itu sebagai pengurus Binajaya Sdn. Bhd. Namun begitu, dia tidak membuat apa-apa tindakan kerana ingin melihat dahulu perkembangannya dan berfikir mungkin nama itu bukan adiknya. Setelah tiga tahun setengah projek kondo mewah itu dibina, sebahagian besar pembeli kondo mewah itu mengambil kunci rumah masing-masing. Harun tergamam apabila melihat adiknya, Hisyam dan Halimah yang sebenarnya menguruskan projek pembinaan Kondo Jaya itu. Mereka menyerahkan kunci rumah kediaman mewah itu kepada para pembeli. Harun berasa dirinya ditipu dan dipermainkan oleh adik-adiknya. Pada malamnya, Harun telah menelefon Hisyam untuk meluahkan rasa kecewanya kerana ditipu dan dipermainkan oleh adik-adiknya. Hisyam menjelaskan perkara yang sebenar kepada abangnya, berhubung pembinaan Kondo Jaya di atas tapak tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka itu. Harun berasa terpukul dengan tindakannya tiga tahun setengah yang lalu. Hisyam menyerahkan jawatan Pengurus Syarikat Binajaya Sdn. Bhd. kepada Halimah memandangkan kakaknya berpendidikan tinggi dan telah meletakkan jawatannya di bank. Hisyam pula bercadang untuk memandu teksi kerana kerjaya itu sudah sebati dengan kehidupannya.", "url": "https://karangan.net/cerpen-sekeping-tanah/"}, {"title": "Tema_Cerpen_Sekeping_Tanah", "content": "Tema cerpenSekeping Tanah ialah Konflik adik-beradik dalam mempertahankan harta pusaka warisan keluarga. Contoh: Hisyam dan Halimah bersetuju untuk membangunkan tanah pusaka ayah mere ka tetapi abang mereka iaitu Harun tidak bersetuju dengan rancangan mereka. Oleh itu, hanya Hisyam dan kakaknya Halimah yang dilibatkan dalam projek tersebut.", "url": "https://karangan.net/cerpen-sekeping-tanah/"}, {"title": "Persoalan_Cerpen_Sekeping_Tanah", "content": "Kebijaksanaan merancang masa depan demi kesenangan hidup dan keluargaHisyam mengemukakan cadangannya kepada Harun dan Halmah berhubunga dengan hasratnya untuk membangunkan tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka di Bandar kerana memikirkan potensi tanah pusak itu pada masa depan. Keberanian mengambil risiko demi kesejahteraan masa depanHisyam berani mengambil risiko dengan membuat pinjaman bank untuk membeli sekeping tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya semula yang dijual,seterusnya menbangunkan tanah pusaka itu dengan pembinaan kondo mewah. Kepentingan berfikir sebelum mengambil sesuatu keputusanHisyam bersepakat dengan Halimah untuk memajukan tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka disebabkan harga tanah yang melambung tinggi di bandar itu. Kerjasama dan kolaboratif untuk menjayakan projek usahasama Kepentingan pendidikan untuk mengubah kehidupan seseorang. Keutuhan integriti dalam memikul tanggungjawab. Timbang rasa antara adik-beradik ", "url": "https://karangan.net/cerpen-sekeping-tanah/"}, {"title": "Binaan_Plot_Cerpen_Sekeping_Tanah", "content": "PermulaanCerpenSekeping Tanah dimulakan dengan hasrat Hisyam yang ingin membangunkan sebidang tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya di bandar kerana memikirkan potensi tanah pusaka itu. PerkembanganPenulis memerihalkan kisah Hisyam yang berbincang dengan abangnya, Harun dan kakaknya, Halimah berhubung cadangannya untuk membangunkan tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka di bandar. PerumitanHarun tidak bersetuju dengan cadangan Hisyam yang dianggap menyusahkan dan rumit. Harun bertegas meminta Hisyam menjual tanah pusaka tersebut kerana dia memerlukan wang hasil jualan tanah pusaka tersebut, Sementara itu, Hisyam dan Halimah Bersepakat untuk menjual tanah pusaka itu tetapi kemudian membelinya semula untuk dibangunkan. KlimaksHarun tergamam melihat adiknya, Hisyam dan Halimah yang sebenarnya menguruskan projek pembinaan Kondo Jaya itu. Mereka menyerahkan kunci rumah kediaman kepada para pembeli. Harun berasa dirinya ditipu dan dipermainkan oleh adik-adiknya. PeleraianHisyam menjelaskan perkara yang sebenar kepada abangnya, Harun berhubung pembinaan Kondo Jaya di atas tapak tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka itu. Harun berasa terpukul dengan tindakannya tiga tahun yang lalu. Halimah dan Hisyam juga dikejutkan dengan berita penangkapan anak saudara mereka, Musa yg terlibat dalam kes bunuh. Hisyam melantik Halimah sebagai pengurus Syarikat Binajaya Sdn. Bhd. yang baharu. Halimah bersetuju untuk menerima jawatan tersebut. Hisyam pula bercadang untuk memandu teksi kerana kerjaya itu sudah sebati dengan kehidupannya.", "url": "https://karangan.net/cerpen-sekeping-tanah/"}, {"title": "Teknik_Plot_Cerpen_Sekeping_Tanah", "content": "DialogContoh: \u201cKenapa dengan abang Harun?\u201d , \u201cDia mati-mati nak jual tanah tu.\u201d , \u201cNanti marah pula dia kalau dia tahu, Syam.\u201d Imbas kembaliContoh: Lalu di mata batinnya muncul wajah dua orang anak lelakinya, Saleh & Musa. Dua orang anak lelakinya ini membawa masalah dalam keluarganya. KejutanContoh: \u201cBaru kakak tahu kenapa abang Harun mati-mati nak jualkan tanah itu. Nak cepat pula itu. Inilah puncanya. Nak bayar kos guaman.\u201d", "url": "https://karangan.net/cerpen-sekeping-tanah/"}, {"title": "Latar_Cerpen_Sekeping_Tanah", "content": "", "url": "https://karangan.net/cerpen-sekeping-tanah/"}, {"title": "Watak_Perwatakan_Cerpen_Sekeping_Tanah", "content": "Watak Utama: Hisyam Bin Sulaiman Seorang yang patuh akan arahan dan pesanan abang sulungnya supaya menjualkan tanah pusaka peningglanarwah ayah mereka di bandar. Seorang yang bersikap rasional dan berpandangan jauh dalam membuat keputusan apabila bersetuju menubuhkan Syarikat Binajaya Sdn.Bhd. bagi membangunkan tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya. Seorang yang bersikap amanah dan jujur ketika dia menguruskan Syarikat Binajaya Sdn. Bhd. Watak Utama: Harun Seorang yang bijak berhujah apabila dia mempertikaikan tindakan adiknya, Hisyam yang bercadang untuk menubuhkan syarikat untuk membangunkan tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka. Seorang yang bersifat sensitif apabila dia berasa tersindir dengan kata-kata Hisyam yang mengatakan tentang kesukaran untuk menguruskan anak-anak pada masa ini. Watak Utama: Halimah Seorang yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan kewangan disebabkan pengalaman bertugas di bank. Seorang yang patuh akan arahan abangnya agar tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka di bandar dijual. Seorang yang amanah dalam memikul tanggungjawab untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Binajaya Sdn. Bhd. daripada adiknya, Hisyam.", "url": "https://karangan.net/cerpen-sekeping-tanah/"}, {"title": "Gaya_Bahasa_Cerpen_Sekeping_Tanah", "content": "Bahasa ArabContoh: Astaghfirullah. Kata gandaContoh: dalam-dalam; mati-mati; bulat- bulat; dan angan-angan. MetaforaContoh: mata batinnya. Sinkope Contoh: Tak boleh. Kamu saja, Syam. RepetisiContoh: Dia cabar saya. Dia hina saya. PeribahasaContoh: tukar tangan; perah otak. PerlambanganContoh: Pisau di tangan abang. PersonifikasiContoh: Hatinya teringin sangat untuk membuat panggilan telefon kepada adiknya itu tetapi otaknya melarang. SimilieContoh: \u201cSaya percayakan kakak macam saya percayakan mak.\u201d", "url": "https://karangan.net/cerpen-sekeping-tanah/"}, {"title": "Nilai_Cerpen_Sekeping_Tanah", "content": "Nilai KegigihanContoh Peristiwa: Hisyam gigih menyara kehidupan keluarganya dengan bekerja sebagai pemandu teksi. Nilai Hormat-menghormatContoh Peristiwa: Hisyam dam Halimah begitu menghormati Harun sebagai abang sulung mereka. Nilai AmanahContoh Peristiwa: Hisyam menguruskan projek pembinaan Kondo Jaya di bawah Syarikat Binajaya Sdn. Bhd. dengan penuh amanah walaupun dia tidak memiliki kelulusan yang tinggi. Nilai Keberanian / Berani mengambil risikoContoh Peristiwa: Hisyam berani mengambil risiko dan membuat pinjaman wang untuk membeli tanah pusaka ayahnya bagi membuat projek pembinaan kondo. Nilai RasionalContoh Peristiwa: Hisyam bekerjasama dengan kakaknya, Halimah untuk memajukan projeknya kerana Halimah berpengalaman tinggi dan harga tanah di bandar itu yang terlalu tinggi. Nilai Bertimbang rasaContoh Peristiwa: Hisyam tidak memaksa abangnya, Harun untuk menyertai projek pembinaan kondonya kerana Harun tidak mahu dan dia tiada kewangan yang cukup.", "url": "https://karangan.net/cerpen-sekeping-tanah/"}, {"title": "Pengajaran_Cerpen_Sekeping_Tanah", "content": "Kita hendaklah bijak merancang masa depan demi kesenangan hidup dan keluarga. Kita mestilah mengamalkan sikap amanah dan jujur dalam menjalankan tugas. Kita perlulah menjaga hak keluarga dengan sebaik-baiknya. Kita janganlah mudah terpengaruh dengan gejala negatif yang boleh merosakkan maruah dan diri. Kita perlulah menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dengan sepenuh hati. Kita hendaklah berani mengambil risiko demi kesejahteraan kehidupan masa depan. Kita mestilah bersatu hati dalam menjayakan satu-satu projek usahasama. Kita hendaklah rajin menuntut ilmu supaya menjadi masyarakat yang berpendidikan tinggi. Kita hendaklah gigih mencari rezeki untuk menyara keluarga.", "url": "https://karangan.net/cerpen-sekeping-tanah/"}, {"title": "Soalan_dan_Jawapan_Cerpen_Sekeping_Tanah", "content": "Berdasarkan cerpen di atas, apakah kejayaan yang dicapai oleh anak-anak Hisyam? Nyatakan dua perkara yang dapat dijadikan teladan daripada petikan cerpen di atas? Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang sesuai dilakukan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar berjaya dalam kehidupan? Mengapakah Hisyam mengambil keputusan untuk menemui kakaknya, iaitu Halimah? \u2013 Hisyam ingin mengadu tentang sikap abangnya kepada Halimah.\u2013 Halimah orang lebih dewasa untuk Hisyam mendapatkan pandangannya bagi menubuhkan syarikat.\u2013 Halimah mempercayai keupayaan Hisyam. Berdasarkan cerpen, nyatakan tiga persoalan dan peristiwa yang berkaitan dengan persoalan tersebut. Persoalan kepentingan berwawasan jauhPeristiwa: Hisyam mempunyai wawasan dengan menubuhkan syarikat keluarga untuk merealisasikan impiannya membina rumah kediaman mewah di atas tanah pusaka keluarganya. Permuafakatan menghasilkan kejayaanPeristiwa: Hisyam bermuafakat dengan kakaknya, Halimah bagi menubuhkan syarikat keluarga. Sikap suka memandang rendah kepada orang lainPeristiwa: Harun memandang rendah terhadap Hisyam untuk menubuhkan syarikat kerana tidak berkelulusan tinggi. \u201cKeluarga merupakan struktur asas yang penting bagi keseluruhan sistem sosial.\u201dPada pandangan anda, apakah cara efektif yang harus dilakukan untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga? \u2013 Makan bersama-sama ahli keluarga.\u2013 Percutian keluarga.\u2013 Ibu bapa bersikap terbuka dengan anak-anak.\u2013 Menonton bersama-sama ahli keluarga. Mengapakah urusan tandatangan penjualan tanah pusaka dilakukan di hadapan pegawai pentadbiran tanah dan peguam? \u2013 Urusan penjualan tanah pusaka yang sah.\u2013 Untuk mengelakkan pergaduhan dalam kalangan ahli keluarga.\u2013 Untuk urusan pembahagian tanah pusaka mengikut syariat Islam. Berdasarkan petikan cerpen, nyatakan dua latar tempat dan peristiwa yang berlaku. Di pejabat pentadbiran tanahPeristiwa: Hisyam dengan abang dan kakaknya menandatangani dokumen penjualan tanah pusaka mereka di pejabat pentadbiran tanah. Di seberang jalanPeristiwa: Harun melihat papan tanda di seberang jalan yang tercatat nama adiknya, Hisyam sebagai pengurus. \u201cPembahagian harta pusaka sering menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan ahli keluarga.\u201dPada pandangan anda, apakah cara terbaik agar pembahagian harta pusaka dilakukan tanpa menjejaskan hubungan dalam kalangan ahli keluarga? \u2013 Membuat wasiat lebih awal.\u2013 Melantik pemegang amanah untuk pembahagian harta.\u2013 Untuk masyarakat Islam boleh membahagikan harta mengikut sistem faraid.\u2013 Membuat wasiat secara bertulis dengan bantuan peguam.", "url": "https://karangan.net/cerpen-sekeping-tanah/"}, {"title": "Latar_Tempat_Cerpen_Sekeping_Tanah", "content": "", "url": "https://karangan.net/cerpen-sekeping-tanah/"}, {"title": "Latar_Masa_Cerpen_Sekeping_Tana", "content": "", "url": "https://karangan.net/cerpen-sekeping-tanah/"}, {"title": "Latar_Masyarakat_Cerpen_Sekeping_Tanah", "content": "Masyarakat yang bijak merancang masa depan. Masyarakat penyayang terhadap ahli keluarganya. Masyarakat yang berani mengambil risiko untuk kesejahteraan masa depan. Masyarakat yang bersatu hati dalam menjayakan projek usahasama. Masyarakat yang berpendidikan tinggi. Masyarakat kota yang gigih mencari rezeki. Masyarakat yang menghormati orang yang lebih tua. Masyarakat yang terlibat dalam gejala negatif.", "url": "https://karangan.net/cerpen-sekeping-tanah/"}]