url
stringlengths
25
29
headline
stringlengths
14
130
content
sequence
https://sukanz.com/202216830/
Korea Masters: Kian Meng-Wee Kiong Kejutkan Beregu Indonesia Pilihan Ketiga Kejohanan
[ "Pasangan beregu lelaki bebas (independent) negara, Tan Kian Meng dan Tan Wee Kiong mencipta kejutan menewaskan pasangan Indonesia yang diletakkan sebagai pilihan ketiga saingan Korea Masters 2022. ", "Beregu yang menghuni ranking ke-77 dunia itu mencipta kejutan dengan menumpaskan Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Rambitan yang berada di ranking ke-21 dunia di Pusingan 32, sebentar tadi.", "2022 Gwangju YONEX Korea MastersMD – Round of 32 🇲🇾Kian Meng TAN🏅21 16 22 🇲🇾Wee Kiong TAN🏅11 21 20 🇮🇩Pramudya KUSUMAWARDANA 🇮🇩Yeremia Erich Yoche Yacob RAMBITAN", "🕗 in 49 minutes https://t.co/HLo7NtVZJG", "— BWFScore (@BWFScore) April 13, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, Kian Meng-Wee Kiong terpaksa mengharungi tiga set permainan sebelum merekodkan kemenangan. Di akhir pertarungan tersebut, Kian Meng-Wee Kiong mara ke peringkat seterusnya selepas mencetak skor 21-11, 16-21 dan 22-20 dalam tempoh masa 49 minit.", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan beregu ini di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, Kian Meng-Wee Kiong yang berjaya mara ke Pusingan 16 bakal menghadapi cabaran daripada samada salah seorang beregu tuan rumah iaitu Choi Solgyu-Kim Wonho (ranking 146) atau Jin Yong-Na Sung-seung (ranking 284)." ]
https://sukanz.com/20208135/
Christian Eriksen Berpeluang Kembali ke Tottenham Hotspur
[ "Pemain tengah Denmark, Christian Eriksen berpeluang untuk bergabung kembali dengan bekas kelabnya, Tottenham Hotspur pada jendela perpindahan januari kelak.", "Menurut laporan Football Insider, Inter Milan menerusi orang tengahnya telah menawarkan khidmat Eriksen kepada Spurs dan juga kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang lain.", "Hal ini kerana Inter mahu mendapatkan wang menerusi penjualan pemain dan mengurangkan bebanan kewangan melibatkan pemain yang bergaji tinggi.", "Justeru, Eriksen yang bergaji sekitar £200,000 antara yang memasuki senarai pemain untuk dilepaskan oleh skuad Nerazzurri.", "Menyertai Inter Milan sejak awal 2020, namun persembahannya pada musim ini tidak mencapai kehendak pengurus pasukan, Antonio Conte dan pengurusan tertinggi Inter.", "Dalam tujuh penampilannya musim ini, pemain tengah berusia 28 ini gagal merekodkan sebarang gol dan bantuan gol.", "Ia jauh sama sekali berbanding prestasinya semasa bersama Spurs di mana dia memegang reputasi sebagai salah seorang pemain tengah terbaik di eropah." ]
https://sukanz.com/20219260/
Luis Garcia: La Liga Kekal ‘Gah’ Walau Tanpa Kelibat Lionel Messi
[ "Saingan liga divisyen tertinggi bola sepak Sepanyol, La Liga tidak risau kehilangan kelibat pemenang Ballon d’Or sebanyak enam kali, Lionel Messi sekiranya dia berhijrah meninggalkan FC Barcelona kelak.", "Ketika ini, pemain yang terkenal dengan julukan La Pulga itu mempunyai baki kontrak bersama kelab gergasi Sepanyol tersebut sehingga pertengahan tahun ini. Namun setakat ini, tiada sebarang tanda-tanda yang menunjukkan beliau akan menurunkan tandatangannya ke atas lanjutan kontrak bersama Barcelona dalam masa terdekat.", "Melihatkan perkembangan sedemikian, ramai peminat beranggapan sekiranya Messi berhijrah ke pasukan yang bersaing dalam kancah bola sepak negara seperti England, Perancis atau Itali, populariti saingan La Liga pastinya akan menurun mendadak.", "Bagaimanapun, Duta La Liga, Luis Garcia tidak beranggapan sebegitu dan bekas pemain Liverpool dan Atletico Madrid ini berpendapat La Liga akan terus menjadi salah satu saingan bola sepak terbaik di dunia serta menarik pemain-pemain terbaik dunia yang lain.", "“La Liga sudah menjangkau usia 90 tahun, sebelum ini tiada langsung kelibat Lionel Messi, akan tiba masanya Lionel Messi akan pergi dan La Liga akan terus berjalan, ", "“Kami akan terus berkembang kerana ianya bukan semata-mata kerana Lionel Messi yang merupakan salah seorang pemain penting, dan bagi saya merupakan pemain terbaik di dunia.” katanya ketika sesi media bersama La Liga, semalam.", "Beliau sendiri tidak mengetahui apa perancangan Messi samada berhijrah seperti yang diramalkan oleh orang ramai atau berubah fikiran untuk kekal. Namun pada saat ini, beliau dan rakan-rakan di La Liga mengambil peluang menikmati setiap detik yang ada untuk melihat kelibat pemain tersebut di Sepanyol.", "Luis turut meramalkan, segala-galanya akan diketahui pada jendela perpindahan musim panas kelak. Selain itu, walaupun penyerang kelahiran Argentina itu kekal di Sepanyol, dengan mengambil kira faktor umurnya, akan tiba masanya, Messi akan menggantung butnya jua. ", "“(Pada masa yang sama) La Liga akan terus berjalan dan terus berkembang, kami akan terus memperbaiki dan mempertingkat liga (dari semasa ke semasa) dan akan terus mencuba untuk membawa pemain-pemain terbaik dari seluruh dunia. ", "“Dan saya boleh jamin bahawa pemain-pemain terbaik dunia akan ke La Liga dan ini menunjukkan kami merupakan liga yang kompetitif di dunia.” katanya lagi.", "Untuk makluman, sekitar 10 tahun kebelakangan ini, populariti La Liga meningkat berganda-ganda apabila wujudnya perseteruan di antara dua pemain terbaik dunia iaitu Messi dan Cristiano Ronaldo masing-masing mewakili dua pasukan yang menjadi rival di Sepanyol iaitu Barcelona dan Real Madrid." ]
https://sukanz.com/202221021/
Piala Dunia: Naib Juara Edisi Lalu Singkir Brazil Di Suku Akhir
[ "Perjalanan pasukan yang menghuni ranking No.1 dunia, Brazil dalam kempen Piala Dunia 2022 Qatar nampaknya terhenti setakat peringkat suku akhir.", "Ini gara-gara naib juara Piala Dunia edisi lalu, Croatia berhasil menumpaskan mereka menerusi penentuan sepakan penalti sekaligus menempah kemaraan ke peringkat separuh akhir.", "Anak-anak buah Zlatko Dalic memenangi penentuan sepakan penalti itu dengan keputusan 4-2.", "Pengambil sepakan penalti pertama dan keempat iaitu Rodrygo dan Marquinhos menjadi punca kepada kekalahan Brazil apabila gagal menyempurnakan sepakan masing-masing.", "Croatia advance to the Semi-final! 👏@adidasfootball | #FIFAWorldCup", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 9, 2022", "Sebelum itu, kedua-dua pasukan terpaksa akur menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 1-1 selepas beraksi selama 120 minit permainan.", "Jaringan mendapat jaringan menerusi Neymar pada minit 105+1’ sebelum Croatia kembali menyamakan kedudukan melalui Bruno Petkovic pada minit 116’.", "Sepanjang permainan itu, penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic muncul antara pemain yang mencuri tumpuan ramai dengan menafikan beberapa percubaan berbahaya Brazil.", "Sementara itu, Croatia yang mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir ini akan menantikan cabaran samada daripada Belanda atau Argentina.", "Featured Image: FIFA World Cup" ]
https://sukanz.com/202111868/
Khalid Ali Saran Panggil Safee & Safiq Untuk Wakili Harimau Malaya
[ "Bekas pemain bola sepak negara, Khalid Ali tidak begitu bersetuju dengan perancangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mahu memanggil muka muda dan baharu untuk mewakili skuad kebangsaan.", "Sebaliknya, menurut laporan New Straits Times, beliau mencadangkan barisan kejurulatihan FAM untuk memanggil kembali dua pemain senior iaitu Safee Sali, 37 tahun dan Safiq Rahim, 34 tahun untuk mewakili Malaysia bagi mengharungi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023 nanti.", "Khalid berpandangan kedua-dua penyerang dan perancang tersebut masih berada dalam keadaan cergas dan mampu menambah ‘taring’ skuad Harimau Malaya pada aksi kelayakan yang akan berlangsung pada Februari, tahun hadapan.", "“Mungkin ada beberapa pemain muda yang bagus tetapi kita perlu memahami di peringkat antarabangsa, ianya bukan berkenaan tua atau muda, tetapi sejauh mana mereka mampu melaksanakan tanggungjawab,”", "“Ada beberapa pemain muda belum mencapai tahap antarabangsa (dalam permainan mereka). Ada beberapa pemain mungkin lebih berusia, tetapi jika mereka masih boleh bermain di peringkat antarabangsa, mengapa tidak memilih mereka?”", "“Kita tidak boleh menjalankan program untuk melatih pemain-pemain muda yang baharu kepada pasukan. Kita perlu memilih pemain yang mampu mewakili Malaysia kerana kita tidak mempunyai banyak masa untuk berlatih. Latihan sepatutnya dijalankan di peringkat kelab.”", "“Safee dan Safiq masih boleh menyumbang (tenaga), jadi mengapa tidak gunakan mereka? Mereka bersedia secara fizikal dan cergas untuk (beraksi) di tahap antarabangsa.” katanya seperti dipetik daripada laman sesawang akhbar berbahasa inggeris itu.", "Terdahulu, selepas gagal melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022, ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe dalam satu kenyataan kepada media memaklumkan akan memanggil muka muda dan baharu pada kem latihan pusat akan datang.", "Pemain-pemain tersebut akan diuji pada perlawanan persahabatan pada rehat antarabangsa yang berikutnya bagi melihat potensi mereka.", "Skuad Harimau Malaya juga akan beraksi dalam kejohanan Piala AFF 2020 yang dijadualkan pada 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022 sebelum mengharungi saingan kelayakan Piala Asia tersebut." ]
https://sukanz.com/202221237/
Dari Penyerang Kepada Bek Kanan – Tarik Perhatian Sabah FC Ikat Jafri Chew
[ "Perubahan posisi dari penyerang kepada pertahanan kanan ketika beraksi bersama Penang FC ternyata membawa tuah yang tersendiri kepada Muhammad Jafri Firdaus Chew.", "Pemain berusia 25 tahun ini cukup dikenali dengan peranan selaku penyerang terutamanya ketika beraksi bersama skuad kebangsaan bawah 19 serta membantu skuad bawah 23 tahun ke final Sukan SEA 2017.", "Namun begitu, persembahannya selaku bek kanan pada musim lalu telah menarik perhatian Sabah FC kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk mendapatkan khidmatnya bagi mengharungi saingan Liga Malaysia & Piala AFC musim hadapan.", "Malahan, Jafri sendiri semakin selesa dan gemar bermain di posisi terbabit. Pada masa yang sama, Sabah juga mahu menggunakan khidmatnya dengan lebih banyak di posisi itu.", "“Terus terang, saya tidak jangka cubaan pertama bermain selaku pertahanan kanan semasa bertemu JDT pada separuh akhir Piala FA mengubah karier saya.", "“Ini satu cabaran baharu pergi ke Sabah dengan akan bermain posisi lain dan peluang untuk bermain di pentas Piala AFC, menjadikan saya teruja datang ke sini.", "“Jurulatih telah berbincang tentang peranan saya di Sabah, yang mana beliau mahu banyak menggunakan saya di posisi pertahanan kanan.", "“Namun dalam masa sama, meminta saya untuk sentiasa bersedia jika diperlukan di posisi lama iaitu selaku penyerang atau sayap jika keadaan memerlukan,” katanya yang turut tidak berfikir dua kali apabila menerima tawaran daripada skuad The Rhinos ini.", "Di peringkat kelab, selepas memulakan karier yang baik bersama Pulau Pinang (2016-17) dan PKNS FC (2018-19), nasib tidak menyebelahi Jafri apabila khidmatnya tidak dimahukan oleh mana-mana kelab menjadikannya tidak beraksi selama satu musim pada tahun 2020.", "Bagaimanapun, Jafri dapat kembali semula bersama Penang FC selama dua musim dari tahun 2021 hingga 2022. Sebagai rekod, Jafri merekodkan 17 penampilan sepanjang musim ini dengan 12 daripadanya bermula selaku kesebelasan utama.", "Pada masa yang sama, kelibat Kim Swee turut menjadi faktor penyumbang kepada penghijrahannya. Jafri mengharapkan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan itu dapat menaikkan kembali kariernya sepertimana ketika di skuad Harimau Muda pada suatu masa dahulu.", "Tambahanya, persembahan dua bekas tonggak Harimau Muda, Irfan Fazail dan Gary Steven Robbat bersama Sabah musim ini menjadi bukti sentuhan Kim Swee dalam memulihkan semula karier pemain.", "“Semua orang tahu pengalaman beliau serta cara didikannya kepada pemain-pemain, jadi peluang bekerjasama dengan Kim Swee adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan.", "“Saya harap bersama beliau, tahap keyakinan serta karier saya sebagai pemain bola sepak profesional akan kembali meningkat sama seperti dahulu,” ujarnya lagi.", "Featured Image: Malaysian Football League" ]
https://sukanz.com/202112042/
Paralimpik 2020: ‘Invincible’ Liek Hou Sumbang Pingat Emas Ke-2 Untuk Malaysia
[ "Persembahan cemerlang pemain para badminton negara, Cheah Liek Hou membolehkan dia muncul atlet kedua yang menyumbangkan pingat emas Kontinjen Malaysia dalam temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.", "Liek Hou, 33 tahun, yang dilatih oleh bekas jaguh badminton negara, Rashid Sidek berhasil meraih pingat emas dalam acara badminton kategori SU5 setelah menumpaskan wakil Indonesia, Dheva Anrimusthi dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Yoyogi, hari ini.", "RASMI: PINGAT EMAS KEDUA BUAT MALAYSIA DARIPADA LIEK HOU!Badminton – Final – Perseorangan Lelaki – SU5🇲🇾 Cheah Liek Hou21-17, 21-14🇮🇩 Dheva AnrimusthiSyabas buat Liek Hou!#Badminton#Paralympics#SokongMalaysia pic.twitter.com/oqzA2SBCNo", "Dalam perlawanan tersebut, Liek Hou hanya memerlukan dua set sahaja, 21-17 dan 21-15 untuk menumpaskan Dheva yang merupakan pemain menduduki ranking No.1 dunia.", "Untuk rekod, Liek Hou mara ke perlawanan akhir setelah menumpaskan wakil Chinese Taipei, Fan Jen Yu dalam satu perlawanan yang dramatik dengan skor 15-21, 21-10 dan 21-16.", "Baca: ‘Unbeaten’ Liek Hou Tempah Tiket Separuh Akhir Badminton SU5", "Sebelum itu, Liek Hou ke saingan separuh akhir dengan cukup bergaya apabila menumpaskan ketiga-tiga pencabarnya di peringkat kumpulan sekaligus tampil selaku juara Kumpulan B.", "Baca: Bonnie Sumbang Emas Pertama Negara & Pecah Rekod Temasya", "Sebagai tambahan, pingat emas pertama Malaysia dihadiahkan oleh atlet para powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin manakalan dua pingat perak pula disumbangkan oleh Jong Yee Khie dan Chew Wei Lun.", "Featured Image: Majlis Sukan Negara" ]
https://sukanz.com/20219689/
4 Pemain Yang Ditimpa Kecederaan ACL Lebih Daripada Sekali
[ "Kecederaan di lutut, anterior cruciate ligament (ACL) sememangnya sangat mengerikan bukan sahaja buat pemain bola sepak malahan kesemua atlet sukan. Hal ini kerana kecederaan ini amat perit kesakitannya untuk ditanggung serta memerlukan masa yang panjang sebelum kembali pulih.", "Untuk makluman, lutut kita terdiri daripada empat ligamen (tisu yang menghubungkan dua tulang) utama. ACL merupakan salah satu daripada empat ligamen tersebut. Tiga lagi ligamen yang lain ialah posterior cruciate ligament (PCL), medial collateral ligament (MCL) dan lateral collateral ligament (LCL).", "Kecederaan ACL ini kebiasaannya menimpa seseorang yang sedang melakukan aktiviti sukan dan disebabkan itu kita sentiasa mendengar ianya sering menimpa para pemain dan atlet sukan.", "Ianya berpunca daripada beberapa situasi seperti mengubah arah pergerakan dengan pantas, berhenti dengan mengejut, mengurangkan kelajuan semasa berlari, mendarat (landing) yang tidak betul selepas melompat dan akhir sekali apabila dilanggar (collision).", "Kecederaan ini juga tidak asing menimpa atlet tempatan terutamanya dalam kalangan pemain-pemain bola sepak tempatan. Selalunya apabila disahkan mendapat kecederaan ini, seseorang pemain itu terpaksa menelan hakikat yang pahit terlepas peluang untuk bermain sekurang-kurangnya dalam tempoh hampir setahun.", "Lebih malang, terdapat empat pemain yang ditimpa kecederaan ACL ini lebih daripada sekali. Berikut adalah empat orang pemain tersebut:", "Pemain Malaysia kelahiran Australia, Brendan Gan sudah diketahui ramai mempunyai sejarah kecederaan melibatkan ACL sebanyak dua kali. Kecederaan yang mengerikan ini menimpa kali pertama di lutut kanan ketika beraksi dalam saingan pertama Liga Super 2015 bersama Kelantan. Kecederaan itu menyebabkan Brendan terpaksa melupakan aksi bola sepak selama setahun. ", "Malangnya, kecederaan yang sama kembali berulang ke atas Brendan pada penghujung musim 2016. Berbezanya kali ini, kecederaan itu menimpa Brendan semasa beraksi bersama skuad kebangsaan di bawah kendalian Ong Kim Swee sekaligus menyebabkan dia terpaksa melupakan aksi bola sepak sepanjang tahun 2017.", "Pernah mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air suatu masa dahulu, Wan Zack Haikal juga antara mangsa kecederaan ACL sehingga menyebabkannya gagal menyerlahkan potensi terbaiknya. Kali pertama kecederaan ACL menimpa Wan Zack ketika dia bermain bersama di Jepun bersama FC Ryukyu pada tahun 2013. Ini menyebabkannya terpaksa melupakan saingan bola sepak negara matahari terbit tersebut dan kembali ke tanah air. ", "Selepas pulih daripada kecederaan tersebut, Wan Zack kembali menemui sentuhannya dalam permainan terutamanya ketika bersama Felda United. Kecemerlangan itu juga membuatkan Selangor memancingnya. Namun disangkakan panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari, belum sempat membuat penampilan pertama bersama skuad Red Giants, pemain sayap ini terpaksa akur ditimpa kecederaan yang sama buat kali kedua ketika bermain pada aksi pramusim 2019.", "Pemain kelahiran Kulim ini sedang berada dalam prestasi terbaik dalam kariernya namun tanpa disangka-sangka Halim Saari terpaksa melupakan aksi pada musim ini setelah disahkan ditimpa kecederaan ACL. Ianya berlaku ketika aksi menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Untuk rekod, kali pertama pemain tengah berketinggian 1.78 meter ini ditimpa kecederaan ACL adalah ketika menyarung jersi Kedah semasa bermain pada saingan separuh akhir Piala FA 2017.", "Bukan sekali, bukan dua kali tetapi tiga kali. Itulah jumlah kecederaan ACL yang menimpa pemain tengah berbakat Terengganu FC, Azalinullah Alias. Musim ini sepatutnya menjadi musim buat pemain yang dikenali sebagai Azali untuk menampilkan potensi terbaiknya selepas ditimpa kecederaan ACL pada tahun 2019 dan mengharungi musim yang pendek pada tahun 2020 ekoran pandemik covid-19. ", "Namun kecederaan serius di lutut menimpa Azali ketika menentang Melaka United pada dalam saingan Liga Super. Selepas melakukan imbasan, pemain berusia 25 tahun ini disahkan ditimpa kecederaan ACL. Untuk makluman, kali pertama Azali ditimpa kecederaan ACL ketika beraksi bersama Harimau Muda C pada tahun 2015." ]
https://sukanz.com/202323956/
Jersi Liverpool 2023-24 Inspirasi Skuad Bill Shankly Mula Dijual Di Malaysia – Harga RM515
[ "Peminat dan penyokong kelab yang beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Liverpool FC di Malaysia kini boleh mendapatkan jersi home terbaru kelab kesayangan mereka bermula saat ini.", "Jersi baharu skuad berjulukan The Reds keluaran Nike yang dilancarkan secara rasmi sekitar dua minggu lalu di United Kingdom (UK) itu sudah boleh didapati di cawangan-cawangan Al-Ikhsan Sports terpilih, Kedai Rasmi LFC di Sunway Pyramid serta secara atas talian melalui platform e-dagang rasmi www.al-ikhsan.com.", "Ianya hadir dalam dua variasi iaitu jersi stadium dan jersi perlawanan ditawarkan untuk pembelian oleh para peminat dan penyokong tempatan dengan diletakkan tanda harga RM299 dan RM515 masing-masing.", "Selain itu, kedua-dua variasi jersi itu tersedia dalam saiz dan potongan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak (junior).", "Untuk makluman semua, jersi home Liverpool bagi musim 2023-24 ini hadir dengan reka bentuk klasik dalam warna rasminya iaitu merah serta kolar dan lilitan lengan kontra berwarna putih.", "Difahamkan ianya diilhamkan daripada jersi skuad Liverpool bimbingan Bill Shankly yang menjuarai Piala FA musim 1973-74. Skuad Liverpool pada ketika itu mempunyai barisan pemain seperti Ian Callaghan, Kevin Keegan dan Ray Clemence. ", "Untuk makluman semua, musim itu juga menjadi musim ke-14 dan terakhir Shankly berperanan sebagai pengurus The Reds seterusnya bersara daripada kancah kejurulatihan bola sepak." ]
https://sukanz.com/202218551/
Terbuka Taipei: Soong Joo Ven Jadi Wakil Tunggal Perseorangan Lelaki Ke Suku Akhir
[ "Perseorangan bebas (independent) negara, Soong Joo Ven menjadi wakil tunggal yang beraksi dalam peringkat suku akhir Terbuka Taipei 2022.", "Pemain yang menghuni ranking ke-59 dunia ini mengesahkan kemaraan ke peringkat tersebut selepas menundukkan wakil Jepun, Koki Watanabe di Pusingan 16, sebentar tadi.", "Dalam pertarungan tersebut, lawannya yang berada di ranking ke-47 dunia tumpas secara “straight set” di tangan Joo Ven dengan skor 6-21 dan 23-25 dalam tempoh masa 42 minit permainan.", "YONEX Taipei Open 2022MS – Round of 1621 25 🇲🇾Joo Ven SOONG🏅 6 23 🇯🇵Koki WATANABE", "🕗 in 42 minutes https://t.co/alcB7UZYuV", "— BWFScore (@BWFScore) July 21, 2022", "Dengan kemenangan ini, Joo Ven akan bertemu pemain India, Parupalli Kashyap merangkap pilihan ketiga kejohanan yang menghuni ranking ke-40 dunia di peringkat suku akhir Jelajah Dunia Super 300 BWF ini, pada hari esok.", "Sementara itu, seorang lagi wakil negara dalam katagori ini, Leong Jun Hao terpaksa akur kandas di Pusingan 16 setelah tumpas kepada pilihan kedua kejohanan, Wang Tzu Wei.", "Jun Hao tumpas kepada pemain yang berada di ranking ke-16 dunia ini secara “straight set” dengan pungutan mata 10-21 dan 15-21 dalam tempoh masa 35 minit.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia" ]
https://sukanz.com/202216368/
Jersi Ketiga Kedah 2022 Serba Hitam Dilancarkan – Harga Bermula RM99 Sehelai
[ "Pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman FC (Kedah) melancarkan jersi ketiganya dalam satu majlis yang diadakan di Football Republic Alor Setar, pada hari ini.", "Jersi keluaran jenama pakaian sukan dari Itali, Lotto itu hadir dengan rekaan warna serba hitam sambil diserikan dengan sedikit kemasan berwarna hijau dan merah di bahagian kolar dan hujung lengan baju.", "Dibahagian hadapan, logo penaja utama Sang Kenari iaitu DXN Industries menghiasi jersi tersebut sambil logo Lotto dan Kedah diletakkan di bahagian kanan dan kiri dada masing-masing.", "Manakala di bahagian lengan kanan dan kiri jersi tersebut dilekatkan dengan logo penaja Energy Eco Berhad dan Data Sukan masing-masing.", "Sementara itu, terdapat empat logo penaja menghiasi ruangan belakang jersi iaitu BerryPay, Halo Telco, Al-Ikhsan Sports dan Cosmic Travel and Tour.", "Sumber kelab memaklumkan, jersi ini hadir dalam dua versi iaitu authentic dan replika dimana ianya akan dijual dengan harga RM139 dan RM99 masing-masing.", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC" ]
https://sukanz.com/202215110/
Billy Jadi Pemain Import Ketiga Kelahiran Perancis ‘Diikat’ Sri Pahang
[ "Nampaknya pemain-pemain kelahiran Perancis menjadi ‘penyedap rasa’ kepada ‘resipi’ Sri Pahang FC untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.", "Perkara ini dikuatkan dengan kehadiran pemain kelahiran Perancis ketiga, Billy Ketkeophomphone – pemain Laos kelahiran Perancis – menyertai skuad Tok Gajah, pada hari ini.", "Penyerang berusia 31 tahun yang juga merupakan penyerang skuad kebangsaan Laos ini menjadi pemain import keempat diperkenalkan Sri Pahang ketika jendela perpindahan kali ini.", "Another french-connection, selamat datang ke Sri Pahang FC, Billy Ketkeophomphone! Pemain skuad kebangsaan Laos berasal dari Perancis ini menjadi taruhan terbaru barisan depan skuad tok gajah. pic.twitter.com/4e5vZPPpYM", "Untuk makluman semua, Billy memulakan kariernya bola sepaknya di Perancis. Antara pasukan yang pernah disertainya ialah RC Strasbourg, FC Sion, Tours FC, Angers SCO, AJ Auxerre dan USL Dunkurque. Selain itu, dia pernah berkelana di Switzerland dengan menyertai FC Sion.", "Dijangka, ketua jurulatih yang juga kelahiran Perancis, Christophe Gamel akan meletakkan Billy bergandingan bersama penyerang Jordan, Mahmoud Zatara untuk mengisi jentera serangan Sri Pahang musim ini.", "Sebagai rekod, sebelum ini, Sri Pahang telah mengumumkan kehadiran dua pemain kelahiran Perancis iaitu penjaga gol, Mamadou Samassa dan pertahanan, Johan Martial." ]
https://sukanz.com/202324414/
Hamidin Berdialog Dengan Penyokong Dalam Sesi ‘Town Hall’ Di Terengganu Pada 15 Jun
[ "Para peminat dan penyokong bola sepak tanah air berpeluang untuk bertemu, berdialog serta bertanyakan soalan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin dalam sesi ‘town hall’ yang dianjurkan dalam Festival Harimau Malaya Terengganu 2023.", "Menurut penganjur, sesi ini akan dikendalikan oleh hos podsiar Ultras Kuaci iaitu Karami Kamel selaku moderator. Ianya dijadualkan berlangsung bermula 8.30 malam pada 15 Jun (Khamis) bertempat di Raia Hotel Terengganu. ", "Sesi ini akan diadakan secara percuma namun individu-individu yang berminat untuk menyertainya perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu. Difahamkan, sesi pendaftaran akan dibuka oleh penganjur bermula esok (7 Jun) atau lusa (8 Jun).", "Bagi yang tidak dapat menyertainya secara fizikal atas faktor keterbatasan waktu dan jarak, penganjur turut mengesahkan sesi ‘town hall’ bersama Hamidin yang merupakan Ahli Majlis FIFA ini akan disiarkan secara langsung oleh Balrz.tv menerusi platform media sosialnya.", "Untuk makluman semua, selain daripada sesi town hall melibatkan Presiden FAM bersama penyokong, Festival Harimau Malaya Terengganu 2023 ini turut dimeriahkan dengan pelbagai acara lain seperti pameran jualan, persembahan pentas, kejohanan bola sepak, cabaran penalti, night games, night fun ride, cabaran e-sport, aktiviti kanak-kanak, food truck, cabutan bertuah dan banyak lagi.", "Festival ini diadakan bersempena dengan perlawanan persahabatan antarabangsa skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon menentang Kepulauan Solomon (14 Jun) dan Papua New Guinea (20 Jun) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA), Gong Badak, Terengganu.", "Masa paling sesuai untuk perkenal jenama & tambah pendapatan! 💪🔥", "Rebutlah peluang untuk membuat tempahan sewaan booth #FestivalHarimauMalaya2023 sempena Perlawanan Antarabangsa Football Association of Malaysia! 🇲🇾👇https://t.co/2l4W7opJ6e#DemiMalaysia #FitTerengganu pic.twitter.com/rBfVDsF1Q5", "— Fit Terengganu (@FitTerengganu) June 3, 2023", "Featured Image: Football Association of Malaysia" ]
https://sukanz.com/202110161/
Hidalgo & Import Baharu Mampu Kekang Sri Pahang Terjerumus Ke Liga Premier – Baqiuddin
[ "Kehadiran empat pemain import baharu diyakini mampu membantu Sri Pahang menjauhi zon penyingkiran sekaligus menyelamatkan mereka daripada tergelincir ke saingan Liga Premier pada tahun hadapan.", "Keyakinan itu diluahkan oleh pemain sayap Sri Pahang, Muhd Baqiuddin Shamsudin selepas melihat aksi yang ditampilkan oleh Kenny Athiu, Abubakar Yakubu dan Aung Kaung Mann.", "Paling dikagumi oleh pemain berusia 27 tahun ini adalah pemain tengah menyerang kelahiran Argentina, Manuel Hidalgo yang tidak mengambil masa untuk memberikan impak kepada pasukan.", "“Saya optimis Sri Pahang akan lakar kebangkitan bagi menjauhi zon penyingkiran melalui kualiti import baharu seperti Manuel Hidalgo yang saya rasakan antara pemain terbaik pernah saya jumpa,“ katanya.", "Baqiuddin yang berasal dari Kuala Lipis menjadi taruhan utama Sri Pahang di sayap kiri musim ini sama sekali tidak menyangka masih ada ruang buatnya bermain di peringkat tertinggi Liga Malaysia iaitu Liga Super selepas menghabiskan kariernya di Liga Premier selama lima musim.", "“Siapa yang tidak hendak main untuk negeri sendiri, telah lama saya menunggu peluang ini selepas bermain dalam skuad Piala Presiden Pahang sejak tahun 2015, barulah impian saya menjadi kenyataan, “ demikian luahannya.", "Pemain bertubuh ‘kecil molek’ yang hanya berketinggian 165 sentimer ini tidak menunggu lama untuk memikat ketua jurulatih, Thomas Dooley (awal musim) mahupun Dollah Salleh. ", "Setakat 13 perlawanan yang telah berlalu, Baqiuddin menjadi watak penting dengan melakukan 12 penampilan dalam kesebelasan utama dan hanya dimasukkan sekali sahaja selaku pemain gantian. Dia turut merekodkan satu gol ketika menentang UiTM pada ke-11 Liga Super, baru-baru ini.", "“Sebaik berakhir musim lalu dengan UKM FC, saya sendiri tidak menjangka mendapat tawaran dari Sri Pahang dan pihak pengurusan pada waktu itu di bawah Datuk Mohammed Suffian Awang (Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang) ada hubungi saya.", "“Sangat terkejut pada mulanya namun bersyukur kerana akhirnya dapat juga bermain di Liga Super malah menambah lagi kegembiraan, menyarung jersi negeri kelahiran.", "“Saya tidak mahu membazirkan peluang yang diberikan dan buat masa ini, saya cukup teruja kerana sering kali mendapat peluang untuk diturunkan dan gol pertama saya ketika bertemu UiTM menjadi pembakar motivasi untuk gigih tingkatkan prestasi, ” katanya lagi.", "Satu lagi perkara menarik mengenai Baqiuddin ialah dia sebenarnya merupakan sepupu kepada pemain tengah kebangsaan dan Sri Pahang, Nor Azam Azih.", "Malah, hubungan mereka berdua sebenarnya amat rapat dari kanak-kanak apabila sering kali bermain bola bersama dan dia tidak menjangka akhirnya mereka kembali dipertemukan di dalam Sri Pahang.", "“Azam sebenarnya sepupu saya, iaitu di sebelah ayah dan dia pun sebenarnya berasal dari Kuala Lipis sebelum keluarganya berpindah ke Jengka.", "“Kami punyai agak akrab dari kecil dan memang mengenali satu sama lain, jadi apabila dia dapat tahu saya bersama Sri Pahang musim ini, dia menjadi antara orang paling gembira.” ujarnya.", "Untuk rekod, dua musim lalu, Baqiuddin bermain dengan UKM FC selain pernah menyarung jersi PDRM pada 2018 selain Kuantan FA (2017) dan Shahzan Muda (2016)." ]
https://sukanz.com/202220982/
Jelajah Dunia Akhir: Yew Sin-Ee Yi Hidupkan Peluang Ke Separuh Akhir
[ "Beregu lelaki No.2 tanah air, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi memulakan kempen dengan Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 dengan langkah kiri apabila tumpas kepada gandingan Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayshi pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan A, semalam.", "Bagaimanapun, Yew Sin-Ee Yi yang merupakan gandingan bebas (independent) berhasil menghidupkan peluang untuk mara ke peringkat separuh akhir apabila melakar kemenangan dalam perlawanan kedua, pada hari ini.", "Kemenangan itu dicipta dalam pertemuan menentang beregu Korea yang menghuni ranking ke-15 dunia, Choi Sol-gyu dan Kim Won-ho. Lebih manis, kemenangan itu dilakar secara “straight set” menerusi skor 21-17 dan 23-21 dalam tempoh masa 40 minit permainan.", "HSBC BWF World Tour Finals 2022MD – Round 2 🇲🇾Yew Sin ONG🏅21 23 🇲🇾Ee Yi TEO🏅17 21 🇰🇷Sol Gyu CHOI 🇰🇷Won Ho KIM", "🕗 in 40 minutes https://t.co/7YuEd986Zf", "— BWFScore (@BWFScore) December 8, 2022", "Dengan kemenangan ini, mereka berhasil mengutip satu mata dan kini berada di tangga kedua Kumpulan A.", "Bagaimanapun, bagi memastikan kemaraan ke separuh akhir, Yew Sin-Ee Yi tiada mempunyai sebarang pilihan melainkan mencatatkan kemenangan pada perlawanan terakhir bertemu beregu Indonesia merangkap pendahulu Kumpulan A, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto pada hari esok.", "Pastinya ianya bukan satu pertarungan yang mudah buat Yew Sin-Ee Yi. Berdasarkan lapan pertemuan lalu, Yew Sin-Ee Yi hanya meraih dua kemenangan sahaja bertemu beregu No.2 Indonesia itu.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia" ]
https://sukanz.com/202324386/
Ronaldo Kekal Di Bumi Arab Saudi, Nafi Kembali Ke Eropah
[ "Atlet berpendapatan tertinggi dunia 2023 menurut Forbes, Cristiano Ronaldo mengesahkan dirinya akan kekal bersama kelabnya yang disertai sejak Januari lalu, Al Nassr yang beraksi dalam kancah Liga Pro Saudi (SPL).", "Pengesahan itu hadir selepas bintang bola sepak dari Portugal itu bercakap dalam satu temu bual sepertimana dilaporkan pelbagai media berpangkalan di eropah.", "Terlebih dahulu, pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali ini memuji liga di negara tersebut sebagai liga yang kompetitif serta mempunyai pasukan dan pemain yang bagus. ", "Pada masa yang sama, Ronaldo menekankan bahawa ianya masih mempunyai ruang untuk dikembangkan lagi terutamanya dalam aspek infrastruktur, pengadil dan sistem video bantuan pengadil (VAR).", "“Tetapi saya gembira di sini, saya mahu terus berada di sini, saya akan terus di sini. Dan pada pendapat saya jika mereka teruskan usaha yang mereka mahu usahakan di sini, untuk lima tahun berikutnya, saya merasakan Liga Saudi akan menjadi sebuah liga dalam kelompok lima terbaik dunia,” katanya seperti dipetik daripada ESPN.", "Perkembangan ini sekaligus menafikan beberapa laporan media yang menyatakannya mahu kembali ke eropah.", "Sejak menyertai Al Nassr pada penghujung Disember lalu, pemain berusia 38 tahun ini telah tampil sebanyak 19 kali dengan mencetak 14 gol serta mencipta 2 bantuan gol (assist).", "Bagaimanapun, statistik itu tidak dapat membantu Al Nassr merangkul kejuaraan pada musim ini sebaliknya terpaksa berpuasa hati dengan gelaran naib juara SPL. Manakala untuk saingan King’s Cup pula menyaksikan Al Nassr terkandas di peringkat separuh akhir.", "Featured Image: Al Nassr FC" ]
https://sukanz.com/202325266/
Tat Meng Tentukan Program Latihan Zii Jia Selepas Terbuka Australia
[ "Pengarah kejurulatihan, Wong Tat Meng akan menilai persembahan pemain berusia 25 tahun itu dalam tiga kejohanan disertainya sebelum menentukan program latihan yang sesuai. ", "Kenyataan tersebut hadir menerusi perkongsian video sesi temubual eksklusif bersama jurulatih berusia 56 tahun itu di pelbagai platform media sosial rasmi Team LZJ, pasukan kepada jaguh perseorangan lelaki negara. ", "“Korea, Jepun dan Australia. Ini adalah tiga kejohanan yang kami akan sertai sekarang. Saya tidak pernah lihat dia (beraksi) semasa kejohanan. Jadi, saya mahu lihat persembahannya dan apa yang dipersembahkan akan menentukan program latihan saya.” ujar Tat Meng dalam video temubual tersebut. ", "To conclude the Interview, Coach Tat Meng shares his thoughts on the upcoming Korea Open draw and @TeamLZJ short term goal. pic.twitter.com/8NIJyAHrwP", "— Team LZJ (@TeamLZJ) July 4, 2023", "Bekas pemain perseorangan negara itu turut menegaskan Zii Jia perlu bersedia untuk menentang sesiapa sahaja tanpa mengira status dan rekod lampau jika mahu berjaya sebagai pemain badminton. ", "Untuk makluman, Tat Meng telah diumumkan sebagai Pengarah Kejurulatihan Team LZJ pada Mei lalu. Beliau dikenali sebagai jurulatih yang berjaya membangunkan bintang badminton seperti An Se Young dan Ng Ka Long.", "Sebagai tambahan, Zii Jia telah diundi untuk menentang bekas anak didik Tat Meng, Ng Ka Long dalam aksi Pusingan 32 Terbuka Korea dan akan bertemu pemenang pertemuan antara Mithun Manjunath dan Ng Tze Yong sekiranya mara." ]
https://sukanz.com/20208357/
Pemain Muda Usah Takut Buat Silap, Itu Sebahagian Daripada Bola Sepak – Karsten Neitzel
[ "“Kesilapan adalah sebahagian daripada bola sepak, itu sudah pasti.” itulah kata-kata motivasi oleh ketua jurulatih baharu Selangor, Karsten Neitzel kepada pemain-pemain muda.", "Menurut Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Michael Feichtenbeiner berkata antara salah satu sebab Karsten dipilih mengisi kerusi panas tersebut kerana keberaniannya untuk menurunkan pemain-pemain muda.", "Apa yang diperkatakan oleh Michael itu ada kebenarannya! ", "Baca: Karsten Dipilih Ketua Jurulatih Selangor Kerana Berani Guna ‘Ubi’ Muda", "Belum genap seminggu perlantikan Karsten sebagai ketua jurulatih, ‘mata helangnya’ sudah mengenalpasti beberapa pemain muda berbakat dan berpotensi daripada skuad simpanan, Selangor 2.", "“Mereka mempunyai ramai pemain berpotensi sebagai contoh Aliff (Haiqal), (Ahmad) Zikri, Afro (Shahrul) seorang pertahanan yang bagus.”", "“Begitu juga Danial (Asri) sebagai penyerang. Dia seorang pemain yang bagus tetapi kita perlu lihat terlebih dahulu.” katanya dalam sesi temu bual pertama oleh kelabnya.", "How It Started ⏩ How It's GoingIt is going great for Aliff Haiqal, agree? 😎#RedGiants#KitaAdalahSatu#TrendingTuesday 📸: @asianadotmy pic.twitter.com/WKikQ4krrs", "Dijangka nama-nama yang disebut oleh Karsten di atas akan bakal mengisi kesebelasan utama pasukan Selangor dengan lebih kerap dalam mengharungi saingan musim hadapan.", "Perkara ini pastinya memberikan tanggapan pertama yang positif bukan sahaja kepada para pemain muda malahan penyokong-penyokong Selangor yang begitu dahagakan untuk melihat bakat-bakat baharu mewarnai kancah bola sepak negara.", "Dare to Zikri. 😱🔥#RedGiants#KitaAdalahSatu#SidelineMoment pic.twitter.com/XZtreDD9Ta", "Bagaimanapun, Karsten menegaskan dia akan menggunakan pendekatan yang bersesuaian untuk menggunakan pemain-pemain muda ini. ", "Apa yang penting Karsten akan memberikan mereka sokongan untuk mengembangkan bakat dan meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa.", "“Saya tidak mahu memberikan tekanan kepada pemain muda, mereka perlu menunjukkan prestasi yang baik, jangan takut melakukan kesilapan.” ", "“Tetapi saya akan memberikan sokongan kepada mereka sebagai pemain muda sama seperti pemain-pemain senior yang lain.” tambahnya lagi." ]
https://sukanz.com/202324891/
Negeri Sembilan Enggan Tambah Pemain Baharu Biarpun Kehilangan Vinicius
[ "Negeri Sembilan telah mengambil keputusan untuk tidak mendapatkan mana-mana pemain baharu pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia biarpun telah melepaskan penyerang import, Vinicius Leonel.", "Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan kelab tersebut di laman sesawang mereka dan dikongsikan melalui pelbagai media sosial pasukan. ", "Keputusan tersebut diambil selepas satu mesyuarat pengurusan yang diadakan bersama Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman selaku presiden kelab bertujuan untuk memberi peluang kepada bakat-bakat baharu skuad bawah 23 tahun (B-23) yang beraksi di Piala MFL. ", "Perkembangan terkini pasukan menjelang jendela perpindahan kedua.", "Pihak pengurusan Negeri Sembilan FC sedia maklum berkenaan prestasi terkini pasukan Liga Super Malaysia 2023 yang kini menduduki tangga ke-9. pic.twitter.com/bgXOASCi5n", "— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) June 20, 2023", "Menurut kenyataan yang sama, pihak kelab juga telah mencapai persetujuan bersama Vinicius Leonel untuk menamatkan kontrak pemain berusia 26 tahun itu lebih awal rentetan prestasi kurang memuaskan ditampilkannya. ", "Untuk makluman, pemain kelahiran Brazil itu hanya muncul sekali dalam saingan Piala MFL menentang Kelantan II yang menyaksikan penyerang itu beraksi selama 24 minit sahaja.", "Ketika ini, Negeri Sembilan berada di tangga kesembilan Liga Super selepas memungut 18 mata. Skuad berjulukan The Jangs itu nampaknya masih tercari-cari rentak cemerlang yang dipamerkan musim lalu selepas penghijrahan pemain utama seperti Syihan Hazmi dan Khuzaimi Piee.    ", "Featured Image: Negeri Sembilan FC" ]
https://sukanz.com/202113094/
Matdon Muncul Pemain Tengah Menyerang Ke-4 Paling Bernilai Liga India
[ "Perpindahan pemain naturalisasi kebangsaan, Liridon Krasniqi ke Odisha FC menyaksikan dia muncul antara pemain tengah menyerang (attacking midfielder) paling bernilai dalam saingan Liga Super India (ISL) musim ini.", "Liridon atau dikenali sebagai Matdon yang menyertai Odisha FC secara pinjaman oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) diletakkan sebagai pemain keempat termahal di posisi tersebut oleh portal informasi bola sepak antarabangsa, Transfermarkt.", "Menurut portal berkenaan, pemain berasal dari Kosovo ini dinilai pada harga ₹2.91 crore atau bersamaan dengan hampir RM1.7 juta. Sebagai rekod, harga pasaran Matdon pernah dinilai setinggi RM2.4 juta ketika bersama kelab berpangkalan di Turki, Fethiyespor pada tahun 2012.", "Mendahului senarai pemain tengah menyerang paling bernilai dalam saingan ISL ialah Adrian Luna dari Uruguay yang beraksi bersama Kerala Blasters. Nilai semasanya adalah RM4.3 juta.", "Di tempat kedua adalah pemain ATK Bohun Magan iaitu Hugo Boumos yang bernilai RM2.8 juta. Hugo merupakan pemain kelahiran Perancis dan mempunyai kerakyatan Maghribi.", "Di tempat ketiga pula adalah rakan sepasukan Matdon di Odisha FC iaitu Javi Hernandez. Pemain kelahiran Sepanyol yang bermain di India sejak tahun 2019 ini bernilai sekitar RM1.8 juta." ]
https://sukanz.com/202110526/
Rating Sukanz: Phillips Nadi Utama England Tumpaskan Croatia Di Wembley
[ "England dan Croatia bertemu pada malam ini untuk aksi pembukaan Kumpulan D bagi saingan Euro 2020 di Stadium Wembley.", "Pertemuan ini merupakan perlawanan ulangan separuh akhir Piala Dunia 2018 yang ketika itu dimenangi oleh Croatia dengan jaringan 2-1 selepas bermain selama 120 minit.", "Akan tetapi, England yang bermain di halaman sendiri kali ini berjaya membalas dendam dengan mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Croatia hasil jaringan pemain sayap lincah, Raheem Sterling.", "Berikut adalah rating pemain-pemain England ketika menentang Croatia sebentar tadi:", "Memandangkan Croatia tidak begitu berjaya memasuki kotak penalti England, Pickford tidak berdepan dengan bola yang berbahaya daripada para pemain Croatia. Mudah buatnya mendapatkan ‘clean sheet’ pada malam ini.", "Persembahan yang tidak begitu baik pada separuh masa pertama. Ada sedikit ketidaksefahaman bersama sayap kanan, Phil Foden. Begitu juga dengan pertahanan tengah, Stones. Bagaimanapun, dia menampilkan aksi yang lebih baik pada babak kedua. ", "Membentuk keserasian yang baik bersama Mings. Tidak mempunyai masalah yang besar untuk mengekang serangan-serangan daripada Croatia. ", "Menjadi ‘last man’ England. Serasi bertahan bersama John Stones. Turut menjadi titik permulaan kepada binaan permainan England daripada bawah. ", "Sebagai bek kanan yang ditugaskan untuk bermain di posisi bek kiri, persembahannya boleh dipuji dalam perlawanan ini. Tidak mudah pemain lawan melepasinya dan dia turut naik ke atas untuk membantu pasukan melakukan serangan. ", "Kelincahan dan kelajuan dimilikinya digunakan untuk menembusi barisan pertahanan Croatia. Sterling juga muncul sebagai penjaring gol tunggal dalam perlawanan ini. ", "Nadi tengah pasukan England pada malam ini. Kelibat Phillips sentiasa kelihatan tidak kiralah dalam situasi England bertahan atau melakukan serangan. Larian bijak yang dilakukannya memberikan ‘assist’ untuk gol Raheem Sterling.", "Bermain sedikit ke bawah dan kurang kelihatan kelibatnya di atas padang. Dia lebih banyak membantu England ketika bertahan.", "Sentiasa cuba untuk melepasi pertahanan Croatia menerusi bahagian kanan dan satu percubaannya pada babak pertama menggegar tiang. Bagaimanapun, dia kurang mendapat sokongan daripada Walker. Dikeluarkan pada minit ke-71.", "Mason Mount diturunkan untuk bermain di belakang penyerang, Harry Kane. Dia menampilkan persembahan yang rajin namun sukar untuknya melorongkan bola kepada bahagian serangan.", "Acap kali turun ke bawah untuk membantu serangan namun disebabkan itu, England sering hilang ‘targetman’ di dalam kotak penalti. Pada masa yang sama, Kane juga tidak mendapat suapan bola yang banyak dan baik di dalam atau berdekatan kotak penalti.", "Masuk minit ke-71 menggantikan Phil Foden. Tidak banyak yang disumbangkannya di atas padang.", "Masuk pada minit ke-82 menggantikan Harry Kane. ", "Masuk pada minit ke-90 menggantikan Raheem Sterling.", "Bagaimana pula dengan rating anda? Boleh tinggalkannya di ruang komen media sosial Sukanz.", "Featured Image: England Football Team" ]
https://sukanz.com/20206877/
VIDEO: Pukulan ‘Tak Cermat’ Ke Arah Penjaga Garisan Menyebabkan Djokovic Tersingkir 2020 Us Open
[ "Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic disingkirkan daripada saingan Terbuka Amerika Syarikat (Us Open) 2020 selepas memukul bola ke arah penjaga garisan di dalam gelanggang.", "Ianya berlaku semasa Djokovic menentang pemain Sepanyol, Pablo Careno Busta pada pusingan keempat kejohanan Grand Slam yang berlangsung di kota New York. Pada waktu itu, Djokovic sedang ketinggalan 6-5 pada set pertama di Stadium Arthur Ashe.", "Dipercayai berang dengan keputusan semasa, insiden itu berlaku selepas Djokovic menyeluk bola di dalam poketnya. Dia yang sedang memandang ke arah lain terus melakukan pukulan ke arah belakang untuk ‘membuang’ bola tersebut. ", "Tanpa dia sedari, bola pukulan itu mengenai terus ke leher penjaga garisan wanita di belakang. Penjaga garisan tersebut jatuh terduduk dan mengalami kesukaran untuk bernafas selepas daripada insiden itu. ", "Djokovic yang menyedari insiden tersebut dengan pantas berlari ke arah penjaga garisan tersebut untuk membantunya.", "Tonton insiden tersebut menerusi pautan video di bawah:", "Top-seeded Novak Djokovic was defaulted from his fourth-round match at the #USOpen after he accidentally hit a line judge with a tennis ball Sunday. pic.twitter.com/TTstxZB2Jw", "Novak Djokovic 🇷🇸 disqualified from the 2020 #USOpenUnbelievable scenes that resulted from Pablo Carreno Busta 🇪🇸 saving three set points to hold serve and then breaking Djokovic’s serve to go up a break. What a year Novak Djokovic has had… pic.twitter.com/CrOaRlww1N", "Selepas itu, Djokovic dan pengadil perlawanan, Soeren Friemel berbincang sekitar 10 minit berkenaan insiden yang berlaku. ", "Akhirnya, pengadil tersebut mengambil keputusan mengumumkan lawannya, Carreno Busta sebagai pemenang sekaligus menyebabkan Djokovic tersingkir daripada kejohanan tersebut.", "Pemain tenis Serbia itu segera meninggalkan gelanggang sejurus daripada pengumuman itu. Dia bersalaman dengan Carreno Busta tetapi tidak bersalaman dengan pengadil tersebut. ", "Menerusi laman sosialnya, Djokovic telah membuat pengakuan meminta maaf atas insiden yang tidak disengajakan itu." ]
https://sukanz.com/202216554/
Presiden FAM: Qatar Sudah Siap Sepenuhnya Anjur Piala Dunia 2022
[ "Negara semenanjung arab, Qatar dilihat bersiap sedia sepenuhnya untuk menganjurkan kejohanan Piala Dunia 2022 yang amat dinanti-nantikan oleh kesemua peminat bola sepak.", "Bahkan, kemeriahan kejohanan yang menghimpunkan 32 pasukan terbaik dunia pada setiap empat tahun sekali itu mulai terasa walaupun ianya masih berbaki 234 hari lagi.", "Perkara tersebut diungkapkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin yang mengetuai delegasi negara ke Kongres FIFA Ke-72 di Pusat Konvensyen dan Pameran Doha (DECC), semalam.", "“Sepanjang berada di Qatar, dilihat venue sudah sedia malah kemeriahan menjelang sepak mula 21 November 2022 sudah terasa.", "“Persiapan yang diadakan di benua Asia ini dan pertama di Timur Tengah disifatkan sebagai sempurna dan sudah siap setahun awal,” katanya sepertimana dipetik daripada platform media sosial FAM, hari ini.", "Untuk makluman semua, kehadiran Hamidin ke kongres berkenaan turut diiringi dua Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi serta Dato’ S. Sivasundaram.", "Turut dikongsikan di kongres berkenaan, Presiden FIFA, Gianni Infantino menyatakan hasratnya untuk bertanding semula pada 2023. ", "Selain itu, Infantino turut menekankan beberapa topik utama seperti dana pembangunan FIFA Forward ditingkatkan kepada 25 peratus bagi setiap negara gabungan, pelaburan dalam pembangunan bola sepak dan penyelesaian konflik peperangan negara anggota.", "Sebagai tambahan, pada Rabu lalu, Hamidin yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC turut menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif AFC kesembilan bagi penggal 2019-2023.", "Manakala, pada hari ini, Hamidin akan menghadiri Mesyuarat Majlis Ketujuh AFF yang turut diadakan di Doha, Qatar.", "Featured Image: Football Association of Malaysia" ]
https://sukanz.com/202114163/
Sukan SEA Vietnam Bakal Dilangsungkan Pada 12-23 Mei 2022
[ "Selepas melalui beberapa penangguhan, akhirnya, tarikh baharu bagi melangsungkan temasya Sukan SEA Vietnam 2021 Kali Ke-31 ditetapkan bermula 12 hingga 23 Mei 2022.", "Perkembangan tersebut dikongsikan oleh Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merangkap Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menerusi akaun media sosialnya, hari ini.", "The dates for the 31st SEA Games Vietnam 2021 pic.twitter.com/lXHzTj5pav", "Sebelum ini, mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SEAGAF) telah memutuskan untuk mengadakan temasya dwitahunan ini pada bulan Mei tahun hadapan. Bagaimanapun, tarikh spesifik bagi menjalankan temasya tersebut diserahkan kepada Majlis Olimpik Vietnam untuk ditetapkan.", "Untuk makluman, Sukan SEA Kali Ke-31 ini akan dilangsungkan di ibu negara Vietnam iaitu Hanoi selaku tuan rumah." ]
https://sukanz.com/202217135/
Ranking BWF: Sze Fei-Izzuddin Catat Peningkatan, Man-Tee Dekati Kelompok 30 Terbaik Dunia
[ "Tiga daripada empat wakil Malaysia yang beraksi di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 baru-baru ini merekodkan peningkatan kedudukan ranking dunia, pada minggu ini.", "Berdasarkan kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tengah hari tadi, semi finalis Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin mencatatkan peningkatan dua anak tangga menjadikan mereka menghuni tangga ke-14 dunia buat pertama kali dalam karier.", "Sementara itu, beregu muda, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun yang berhasil mara sehingga ke peringkat suku akhir pula merekodkan lonjakan paling banyak iaitu 10 anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-34 dunia.", "Beregu utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang tumpas pada perlawanan akhir kepada beregu Indonesia turut sama meraih peningkatan. Mereka kini kembali menghuni ranking ketujuh dunia – kedudukan yang dihuninya pada Mac lalu.", "Wakil terakhir, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi yang terkandas di Pusingan 16 tidak merekodkan sebarang perubahan terhadap kedudukan mereka – kekal di tangga ke-11 dunia." ]
https://sukanz.com/202216741/
Kian Meng-Pei Jing Tamatkan Penantian 5 Tahun – Rangkul Kejuaraan Terbuka Korea
[ "Lima tahun menanti, akhirnya pasangan beregu campuran negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing berjaya merangkul kejuaraan pertama dengan memenangi saingan Terbuka Korea 2022 – Jelajah Dunia Super 500 BWF.", "Beregu bebas (independent) yang menduduki ranking ke-10 dunia itu meraih kejuaraan tersebut selepas menumpaskan beregu senior tuan rumah, Ko Sung-hyun dan Eom Hye-won berumur 34 dan 30 tahun masing-masing dalam perlawanan akhir, sebentar tadi.", "Lebih manis, Kian Meng-Pei Jing menumpaskan pasangan yang menghuni ranking ke-19 dunia itu secara ‘straight set’ dengan skor 21-15 dan 21-18 dalam tempoh masa 50 minit permainan.", "Korea Open Badminton Championships 2022XD – Final 🇲🇾Kian Meng TAN🏅21 21 🇲🇾Pei Jing LAI🏅15 18 🇰🇷Sung Hyun KO 🇰🇷Hye Won EOM", "🕗 in 50 minutes https://t.co/H2ORCC5984", "— BWFScore (@BWFScore) April 10, 2022", "Untuk rekod, ini merupakan kali ketiga Kian Meng-Pei Jing bertemu Sung-hyun dan Hye-won selepas berentap dalam saingan Terbuka Denmark 2021 dan Indonesia Masters 2020. ", "Kejayaan yang direkodkan pada hari ini menjadikan Kian Meng-Pei Jing meraih tiga kemenangan secara berturut-turut ke atas Sung-hyun dan Hye-won di pentas antarabangsa.", "Sebagai tambahan, kejuaraan terakhir dirangkul oleh Kian Meng-Pei Jing adalah dalam saingan Far East Malaysia Masters pada tahun 2017 yang lalu. Kejuaraan itu terhasil selepas menewaskan beregu senegara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai dalam perlawanan akhir.", "\nSertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.\nLangkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:\n1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.\n2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.\n3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.\n", "Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.", "Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:", "1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.", "2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.", "3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak." ]
https://sukanz.com/202110356/
Terengganu Tak Sempat Daftar Pemain Import Baharu Sebelum Jendela Perpindahan Ditutup?
[ "Tinjauan kami di alam maya pada petang semalam melihatkan majoriti penyokong pasukan Terengganu FC mula gelisah apabila tiada pengumuman rasmi mengenai kehadiran pemain import baharu ke skuad tersebut.", "Sebelum ini, pasukan Terengganu memaklumkan akan mengikat dua pemain import baharu ketika jendela perpindahan kedua bagi menggantikan pemain-pemain importnya yang ditimpa kecederaan iaitu Petrus Shitembi dan Chris Herd.", "Namun demikian, hanya kelibat bekas kapten, Lee Tuck sahaja diumumkan secara rasmi kembali menyertai Terengganu dan menjalani sesi latihan bersama skuad Hitam Putih mengikut kaedah ‘Camp Based Training’.", "Perkara ini mengundang ‘cakap-cakap’ dalam kalangan penyokong bahawa pemain tersebut, dipercayai bernama Habib Haroon, berusia 20 tahun, tidak sempat didaftarkan oleh skuad kendalian Nafuzi Zain itu.", "Pengurus Terengganu, Zulfadli Rozi menjelaskan peminat tidak perlu gelisah kerana urusan perpindahan pemain tersebut telah selesai dan didaftarkan kepada Malaysian Football League (MFL) seminggu awal daripada tarikh tutup jendela perpindahan kedua, semalam. ", "“Memang kita ambil dua orang (pemain baharu), seorang lagi akan diumumkan secara rasmi menerusi media sosial Terengganu FC kelak, dia (pemain tersebut) sudah sampai (di ibu negara) dan sedang menjalani kuarantin,”", "“Pendaftaran (pemain tersebut) kita telah selesaikan seminggu sebelum jendela perpindahan ditutup bersama-sama dengan pendaftaran Lee Tuck (baru-baru ini),” katanya ketika dihubungi oleh Sukanz, hari ini.", "Tambahnya lagi, pemain tersebut dijangka akan diumumkan secara rasmi selepas tamatnya kuarantin wajib selama 14 hari. Dia dijangka akan menyertai latihan bersama pasukan pada pertengahan jun kelak.", "Featured Image: Instagram Habib Haroon" ]
https://sukanz.com/202325238/
Penyerang Sayap Portugal, Jota Sertai Benzema & Kante Di Al-Ittihad
[ "Penyerang kelahiran Portugal, Jota bakal menjadi pemain seterusnya menyertai juara Liga Professional Saudi, Al Ittihad sekaligus menjadi pemain import ketiga kelab tersebut.", "Bagaimanapun, penyokong Liverpool tidak perlu risau kerana bukan Diogo Jota yang bakal bersama skuad bimbingan Nuno Espirito di Arab Saudi terbabit. Sebaliknya, Jota atau nama sebenarnya Joao Pedro dari Celtic yang akan menyarung jersi skuad berjulukan Al-Numoor. ", "Pemain berusia 24 tahun itu diperkenalkan menerusi video bertempoh hampir dua minit yang menampilkan pengendali mereka dalam bentuk animasi. Ianya disiarkan menerusi pelbagai media sosial milik kelab tersebut. ", "The right choice for the right place 🃏#JotaIsYellow pic.twitter.com/FMduUvLXD4", "— Ittihad Club (@ittihad_en) July 3, 2023", "Untuk makluman, Jota memulakan kariernya bersama Benfica dan pernah dipinjamkan kepada kelab Sepanyol, Real Valladolid dan Celtic sebelum menyertai kelab Scotland terbabit secara kekal pada awal musim 2022-23. ", "Bagi musim 2022-23, Jota yang bermain sebagai penyerang sayap kiri telah beraksi sebanyak 43 perlawanan yang menyaksikan dirinya menjaringkan 15 gol serta mencatatkan 12 bantuan (assists) buat skuad The Celts.", "Anak jati Lisbon itu pernah membantu Benfica memenangi Primeira Liga semusim sebelum meraih kejuaraan treble dalam saingan domestik bersama Celtic pada musim 2022-23. ", "Sebelum ini, Al Ittihad turut mengumumkan kehadiran dua bintang Perancis, Karim Benzema dan N’Golo Kante yang sememangnya dikenali sebagai figura bola sepak yang terkemuka dengan pelbagai pencapaian peringkat kelab mahpun negara. " ]
https://sukanz.com/202215366/
Eriksen Kembali Beraksi Setelah 8 Bulan & Catat ‘Assist’ Ketika Menentang Southend United
[ "Pemain tengah Denmark, Christian Eriksen kembali beraksi di atas padang buat pertama kalinya selepas mendapat serangan jantung sekitar lapan bulan yang lalu.", "Pemain berusia 30 tahun ini membuat penampilan bersama pasukan baharu yang disertainya hujung Januari lalu, Brentford dalam satu perlawanan persahabatan tertutup menentang Southend United, semalam.", "📽 The return of @ChrisEriksen8 #BrentfordFC pic.twitter.com/AG7crEJrQR", "Dalam perlawanan tersebut, Eriksen dilaporkan beraksi sekitar 60 minit serta berjaya mencatatkan ‘assist’ kepada Josh Dasilva sekaligus membantu Brentford meraih kemenangan 3-2.", "Lebih menarik, Eriksen hampir-hampir meletakkan namanya selaku penjaring dalam perlawanan tersebut namun dua percubaan berhasil diselamatkan oleh penjaga gol pasukan lawan.", "Untuk makluman semua, Eriksen mendapat serangan jantung ketika beraksi bersama Denmark menentang Finland dalam saingan pertama Kumpulan B di kejohanan Euro 2020.", "Insiden itu berlaku pada minit ke-42 ketika dia mahu menerima bola lontaran daripada rakan sepasukannya di garisan tepi padang. Bagaimanapun, ketika berlari-lari anak untuk mendapatkan bola tersebut, secara tiba-tiba, Eriksen jatuh dan pengsan." ]
https://sukanz.com/202215920/
Ranking BWF: Xin Yuan-Tien Ci Raih Peningkatan 30 Anak Tangga Selepas Menjuarai Terbuka Slovakia
[ "Pasangan beregu lelaki bebas (independent), Boon Xin Yuan dan Wong Tien Ci terus mencatatkan peningkatan dalam kedudukan ranking dunia selepas merangkul kejuaraan di Terbuka Slovakia, minggu lalu.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini, beregu yang berusia 23 dan 24 tahun ini mencatatkan peningkatan sebanyak 30 anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-182.", "Xin Yuan-Tien Ci muncul juara di kejohanan terbabit selepas berjaya menundukkan beregu Hong Kong, Law Cheuk Him dan Reginald Lee Chun Hei pada perlawanan akhir yang berkesudahan dengan keputusan 21-18, 14-21 dan 21-19.", "Untuk makluman semua, ini merupakan minggu kedua berturut-turut Xin Yuan-Tien Ci mencatatkan peningkatan yang mendadak dalam kedudukan dunia. Pada kemaskini ranking minggu lalu, mereka meraih peningkatan sebanyak 152 anak tangga selepas menjuarai saingan badminton Cabaran Antarabangsa Uganda. ", "Sebagai tambahan, Xin Yuan dan Tien Ci mula membentuk gandingan bersama sejak November 2021. Untuk kejohanan seterusnya, Xin Yuan-Tien Ci dijadualkan beraksi dalam saingan Kejuaraan Antarabangsa Portugal yang akan bermula Khamis nanti.", "Featured Image: Instagram Boon Xin Yuan" ]
https://sukanz.com/202221217/
Penang Ikat Gomes & Adriano – Bekas Penyerang Import Melaka United
[ "Skuad berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Penang FC menambahkan sengat di bahagian serangan mereka dengan mengikat dua bekas pemain import dari Brazil yang pernah beraksi dengan Melaka United FC.", "Dua pemain yang dimaksudkan itu ialah Giovane Gomes dan Adriano Narcizo yang berusia 27 dan 28 tahun masing-masing. Kehadiran dua pemain ini disahkan menerusi makluman di pelbagai platform media sosial milik skuad berjulukan Harimau Kumbang, baru-baru ini.", "Bagaimanapun, tiada sebarang tempoh kontrak melibatkan kedua-dua pemain ini bersama Penang FC dikongsikan kepada umum.", "Untuk makluman semua, kehadiran kedua-dua pemain ini ke dalam kancah bola sepak Malaysia bersama Melaka United bermula pada jendela perpindahan pertengahan musim 2021 atau lebih spesifiknya, penghujung Mei 2021.", "Pada ketika itu, Adriano dan Gomes hadir bagi menggantikan Alex Goncalves dan Stefan Nikolic yang menampilkan persembahan kurang memuaskan pada mata pihak pengurusan.", "Sebagai rekod, Gomes hanya sempat beraksi separuh musim sahaja bersama Melaka United sebelum diumumkan dilepaskan oleh pihak pengurusan pada awal Januari 2022.", "Ekoran dilepaskan oleh Melaka United, Gomes kembali beraksi di negara kelahirannya.", "Berbeza pula dengan Adriano, selepas tamat musim 2021, khidmatnya masih didambakan oleh Melaka United dan dia sempat beraksi bersama skuad berjulukan Hang Tuah itu sehingga ke penghujung musim 2022.", "Featured Image: Melaka United FC" ]
https://sukanz.com/202111452/
Olimpik 2020: Kim Woo-jin Gagal Ulangi ‘Perfect 10’ Disingkirkan Pemanah Taiwan di Peringkat Suku Akhir
[ "Pemanah Republik Korea, Kim Woo-jin yang menyingkirkan atlet negara, Khairul Anuar Mohamad dengan markah ‘Perfect 10’ pada pusingan 16 gagal meneruskan kecemerlangannya.", "Kim yang berusia 29 tahun tersebut tumpas di tangan pemanah Taiwan, Tan Chih-chun dengan keputusan 6-4 pada saingan suku akhir, yang berlangsung di Yumenoshima Archery Park, tengah hari tadi.", "Olimpik 2020: Panahan ‘Perfect 10’ Korea Singkirkan Khairul Anuar https://t.co/UHLY7dfXgb pic.twitter.com/HP9KHo4q65", "Jikalau diimbau prestasi Kim ketika menentang pemanah Malaysia, atlet yang menghuni ranking ke-5 dunia itu mudah menyingkirkan Khairul dengan meraih 10 mata daripada setiap panahan dalam ketiga-tiga set. ", "Bagaimanapun, ketika turun menentang pemanah Taiwan, Kim hanya meraih skor 10 sebanyak 5 kali sahaja daripada 5 set yang dilaluinya.", "Untuk makluman semua, Tan Chih-chun adalah pemanah yang baru sahaja berusia 20 tahun dan menghuni ranking ke-64 dunia." ]
https://sukanz.com/202216936/
Piala FA: Derbi Lembah Klang Hiasi Keputusan Undian Pusingan Kedua
[ "Majlis undian untuk pusingan kedua bagi saingan Piala FA 2022 yang berlangsung pada hari ini menyaksikan beberapa pertembungan menarik.", "Paling mencuri tumpuan adalah melibatkan derbi Lembah Klang yang menemukan Selangor FC menentang skuad bimbingan Bojan Hodak, Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).", "Untuk makluman, kedua-dua pasukan ini telah pun bertemu dalam perlawanan pertama Liga Super yang berkesudahan dengan keputusan seri 3-3.", "Sementera itu pemenang perlawanan antara Terengganu FC atau Negeri Sembilan FC pada 29 April kelak akan melayan kunjungan juara bertahan kendalian Aidil Sharin Sahak, Kedah Darul Aman FC.", "Juara Liga Super 2021, Johor Darul Ta’zim (JDT) pula diundi menentang skuad bimbingan jurulatih berpengalaman B. Satianathan, Sarawak United di Stadium Sultan Ibrahim.", "Satu lagi pertembungan melibatkan dua pasukan daripada saingan Liga Super adalah Melaka United menentang pasukan yang semakin mencuri tumpuan dengan ‘DNA’ tanpa pemain import, Petaling Jaya City FC (PJ City). Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Hang Jebat.", "Skuad kendalian bekas ketua jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee iaitu Sabah diundi menentang pasukan Liga Premier, Kelantan United di Stadium Likas, Kota Kinabalu.", "Sementara itu finalis Piala FA 2019, Perak FC akan menerima kunjungan pasukan Liga Super iaitu Penang FC di halamannya sendiri. Manakala pasukan Liga M3, Perlis United pula akan menerima saingan daripada Kuching City.", "Akhir sekali, pasukan berpangkalan di pantai timur semenanjung tanah air, Sri Pahang bakal berhadapan dengan Skuad Projek FAM-MSN.", "Featured Image: Kuala Lumpur City" ]
https://sukanz.com/202323592/
Michelle, Dr. Timothy Tidak Lagi Bersama ABM
[ "Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Akademi Badminton Malaysia (ABM), Michelle Chai dan Pengarah Berprestasi Tinggi ABM, Dr. Timothy John Jones menjadi dua individu terbaharu yang meninggalkan pusat badminton berprestasi tinggi kebangsaan.", "Perkembangan itu diumumkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan disiarkan menerusi pelbagai media sosial rasminya, semalam.", "Menurut kenyataan yang dikelurkan BAM itu juga, kedua-dua individu tersebut mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan kurang memberangsangkan melibatkan pemain badminton Malaysia baru-baru ini.", "Oleh itu, Michelle telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatannya manakala Dr. Timothy pula telah dilepaskan daripada tugasnya secara serta-merta.", "📄 Review & Accountability of Performance#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/RhvZnFOcmI", "— BAM (@BA_Malaysia) May 9, 2023", "Terdahulu, Michelle menerusi ciapan Twitternya, berkata akan mengambil tanggungjawab penuh terhadap kekalahan skuad badminton wanita negara di tangan Filipina dan akan meneliti permasalahan yang membelenggu mereka. ", "Michelle tidak mahu pihaknya terus berselindung di sebalik alasan pemain muda dan kurang pengalaman susulan terkandas awal dalam acara badminton berpasukan wanita di Sukan SEA 2023. ", "Tegas Michelle, kekalahan kepada Filipina tidak boleh diterima jika alasan tersebut digunakan memandangkan skuad Sukan SEA negara telah menerima sokongan secukupnya berbanding negara jiran itu. ", "Kekalahan 3-0 kepada pasukan badminton wanita Filipina tempohari bermakna skuad badminton wanita kebangsaan tersingkir awal dan mengulangi episod duka yang sama ketika di temasya Sukan SEA 2021 Vietnam. ", "Featured Image: Badminton Association Malaysia" ]
https://sukanz.com/20207418/
Eky Lebih ‘Bernafsu’ Buru Slot Piala AFC Berbanding Kasut Emas
[ "Meskipun memimpin carta penjaring terbanyak CIMB Liga Super 2020, penyerang Perak, Shahrel Fikri tidak mahu memikirkan lagi soal merangkul anugerah kasut emas.", "Tumpuan utama Shahrel atau dikenali sebagai Eky buat masa ini adalah membantu Perak melayakkan diri ke pentas antarabangsa iaitu saingan Piala AFC 2021. ", "Untuk memastikan slot tersebut, Perak perlu merebut tempat selaku naib juara liga atau memenangi saingan Piala Malaysia, musim ini.", "17' | GOL SHAHREL FIKRI! @peraktbgmy kini mendahului @feldaunitedfc menerusi sepakan percuma Shahrel Fikri. #CIMBLigaSuper2020#PRKFEL#MFLLive pic.twitter.com/Vz6C1plvQO", "“Sememangnya ini adalah pencapaian membanggakan untuk saya kerana sebelum ini kalau kita tengok, selalunya pemain import yang mendominasi penjaring terbanyak, tetapi sekarang saya berjaya buktikan pemain tempatan juga mampu untuk berada di tahap ini.", "“Kalau boleh memang saya nak tambah lagi gol untuk dua lagi perlawanan, tetapi macam-macam boleh jadi dan saya tidak mahu tamak untuk mengejar gol sebaliknya misi utama adalah untuk pastikan Perak menang.", "⚽ PENJARING TERBANYAK CIMB LIGA SUPERPenyerang Perak 🟡⚫️, Shahrel Fikri Fauzi kini menerajui carta penjaring terbanyak selepas empat gol dijaringkan olehnya pada hari Jumaat! 🔥#ForwardFootball#BangkitSemangatBola#CIMBLigaSuper2020 pic.twitter.com/KAhWjEPEZn", "“Dengan 9 gol sekarang, tidak jauh beza dengan penjaring lain seperti Tchetche Kipre (Kedah) dan lain-lain yang kini mengumpul 7 dan 6 gol, dan mereka juga pasti akan turut sama melakukan yang terbaik untuk prestasi masing-masing.", "“Apa-apa pun, slot ke Piala AFC tetap diutamakan dan mahu atau tidak, kami kena menang dalam baki dua perlawanan ini,” katanya.", "Ketika ini Perak sedang berada di kedudukan kedua dengan 17 mata dan diikuti rapat oleh Kedah dengan 16 mata.", "Untuk memastikan tempat selaku naib juara CIMB Liga Super musim ini, Perak perlu memastikan menang dalam baki dua perlawanan menentang Pahang dan Kedah pada minggu ini dan minggu hadapan.", "“Yang penting, kami tidak boleh leka dan perlu ingat, Pahang dan Kedah juga mesti tidak akan memberi laluan mudah kepada Perak kerana mereka juga enggan ketinggalan untuk menamatkan liga di kedudukan terbaik terutamanya Kedah.", "“Saya percaya kami semua akan dapat kekalkan momentum yang ada ini selepas berdepan pelbagai cabaran daripada awal musim sehingga kini,” tambahnya.", "Untuk rekod, Eky muncul satu-satunya pemain tempatan yang berada dalam carta penjaring terbanyak liga diikuti Tchetche Kipre (Kedah), Dominique Da Sylva (Terengganu FC) dan Ifedayo Omosuyi (Selangor) dengan tujuh gol manakala Gonzalo Cabrera (Johor Darul Ta’zim) telah mengumpul enam gol.", "Featured Image: Malaysia Football League" ]
https://sukanz.com/202218791/
Sukan Komanwel: Pearly-Thinaah Kecewakan India, Pasukan Malaysia Rampas Emas Acara Badminton Berpasukan Campuran
[ "Kilauan pingat emas bagi acara badminton berpasukan campuran di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 menjadi milik mutlak pasukan Malaysia manakala India merangkul pingat perak.", "Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan memastikan Malaysia membawa pulang pingat itu dengan merekodkan kemenangan ke atas beregu India pada pertarungan keempat dalam perlawanan akhir acara terbabit, sebentar tadi.", "Dalam pertarungan tersebut, gandingan Pearly-Thinaah yang berada di ranking kesebelas dunia menumpaskan Treesa Jolly dan Gayatri Gopichand Pullela secara “straight set” dengan skor 21-18 dan 21-17.", "RESULTS: #Birmingham2022 FINAL#MAS🇲🇾 3-1 #IND🇮🇳 ", "Pearly Tan-Thinaah M def. Treesa Jolly-Gayatri Pullela 21-18 21-17", "G O L D!In their 5th straight mixed team final, Malaysia dethrone defending champions, India to reclaim the title. Tahniah!🥇#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/ip33n14Lnf", "— BAM (@BA_Malaysia) August 2, 2022", "Keputusan ini menjadikan pasukan Malaysia meraih kemenangan 3-1 ke atas India sekaligus sudah memadai untuk bergelar juara.", "Sebelum itu, Malaysia berhasil mendahului 2-1 ke atas India hasil kemenangan yang disumbangkan oleh gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan perseorangan lelaki, Ng Tze Yong pada pertarungan pertama dan ketiga.", "Untuk makluman semua, kejayaan pasukan Malaysia muncul juara acara ini menjadikan kontinjen negara mengumpul tiga pingat emas secara keseluruhan dalam temasya ini.", "Dua pingat emas sebelum ini disumbangkan menerusi acara angkat berat lelaki kategori 55kg dan 61kg oleh Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin masing-masing.  ", "Sebagai tambahan, kejayaan merangkul pingat emas ini pada temasya kali ini juga membolehkan Malaysia melunaskan dendam terhadap kekalahan di Sukan Komanwel Gold Coast 2018.", "Di temasya tersebut, Malaysia tumpas dengan keputusan 3-1 di tangan India sekaligus sekadar berpuas hati membawa pulang pingat perak.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand" ]
https://sukanz.com/20219906/
Ini Senarai Pemain Import Yang Digosipkan Menyertai Sri Pahang
[ "Pasukan Sri Pahang menjadi bualan hangat para peminat bola sepak tempatan menjelang pembukaan jendela perpindahan kedua Liga Malaysia 2021 bermula 3 Mei kelak.", "Beberapa pemain asing telah memaklumkan sendiri sedang berada di ibu negara bagi menjalani arahan kuarantin sementara menunggu untuk menyertai pasukan di Kuantan kelak. Tidak kurang timbul gosip penghijrahan pemain asing ke Sri Pahang ini dikongsikan sendiri oleh pengamal media luar negara menerusi media sosial masing-masing.", "Berdasarkan prestasi semasa Sri Pahang, ramai tidak menolak kemungkinan pasukan itu merombak barisan pemain importnya. Hal ini kerana kesemuanya tidak memberikan impak yang memberangsangkan sekaligus menyebabkan Sri Pahang berada di kedudukan kedua terakhir dalam carta Liga Super selepas 10 perlawanan.", "Untuk rekod, bagi mengharungi saingan Liga Super musim ini, Sri Pahang mengikat enam pemain import. Mereka terdiri daripada Herold Goulon, Lee Tuck, Mamadou Wague, Pedro Henrique, Yevhen Bokhashvili dan Sergio Aguero.", "Berikut adalah empat pemain yang digosipkan untuk menyertai Sri Pahang pada jendela perpindahan kedua kelak:", "Baru-baru ini pemain berusia 23 tahun ini telah memaklumkan menerusi Instagram Story sedang berada di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk menjalani tempoh kuarantin. Pada masa yang sama, di ruangan komennya, dia sendiri telah mengesahkan bakal menyertai pasukan Sri Pahang kelak.", "Sebelum ini, pemain kelahiran Myanmar ini beraksi bersama pasukan Liga Thai 2, Khon Kaen United. Aung telah membantu pasukannya menamatkan kempen musim lalu di tangga keempat sekaligus membolehkan pasukannya beraksi dalam play-off ke saingan Liga Thai 1. ", "Selain bermain sebagai penyerang, Aung yang menjadi watak penting dalam membawa Myanmar U-22 memenangi pingat gangsa dalam temasya Sukan SEA 2019 lalu turut berkebolehan bermain sebagai pemain tengah menyerang (attacking midfielder).", "Pemain kedua yang telah berada di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur pada ketika ini ialah Manuel Hidalgo. Keberadaan pemain muda berusia 21 tahun ini di ibu negara turut dikongsikan sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.", "Untuk makluman, pemain tengah kelahiran Argentina ini pernah beraksi bersama skuad bawah umur Benfica. Pasukan terakhir yang diwakilinya berpangkalan di England iaitu Sheffield Wednesday U23. Antara aset yang dimilikinya adalah kelincahan dan berkemampuan melakukan ‘killer pass’.", "Pernah beraksi dalam saingan A-League bersama Melbourne Victory antara tahun 2017 hingga 2020. Penyerang yang memiliki ketinggian 2.01 meter ini dimaklumkan oleh pengulas liga Australia, Josh Parish telah tiba di Malaysia untuk menyertai Sri Pahang.", "Mendapat gelaran King Kenny dalam kalangan peminat bola sepak Australia, penyerang yang bakal menginjak usia Striker CF 28 tahun bakal 29 tahun ini turut berkemampuan beraksi di posisi penyerang kiri dan kanan. Pasukan terakhirnya adalah Heidelberg United yang beraksi dalam saingan NPL Victoria.", "Nama yang terakhir dikaitkan dengan pasukan Sri Pahang buat masa ini adalah penyerang skuad kebangsaan Thailand, Adisak Kraisorn. Berusia 30 tahun, musim lalu Adisak beraksi bersama Port FC secara pinjaman daripada Muanthong United.", "Kehadiran Adisak bersama Port FC pada musim lalu telah membantuk kelab tersebut menduduki tangga ke-3 Liga Thai 1 serta meraih slot ke saingan Liga Juara-Juara AFC 2021. Difahamkan Sri Pahang telah berunding bersama Muangthong namun ia belum mendapat ‘lampu hijau’ daripada Port FC. Perkara ini dikongsikan oleh sumber yang dekat dengan pengurusan Sri Pahang, baru-baru ini." ]
https://sukanz.com/20207794/
Video: Penyerang Muda, Luqman Buat Penampilan Pertama Dalam Saingan Liga Belgium
[ "Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin berjaya membuat penampilan pertamanya dalam saingan Liga Belgium bertemu RSC Anderlecht, awal pagi tadi.", "Penyerang berusia 18 tahun itu dimasukkan oleh pengurusnya, Yves Vanderhaeghe pada minit ke-74 menggantikan pertahanan, Petar Golubovic.", "74' IT'S HAPPENING 🇲🇾First minutes for Luqman! 😱0-3 | #KVKAND #COYR pic.twitter.com/9dF9DwImsg", "Ketika itu, pasukan diwakili oleh Luqman iaitu KV Kortrijk sedang ketinggalan 0-3 kepada pasukan yang dipimpin oleh bekas kapten Manchestere City, Vincet Kompany.", "Jelas sekali Yves melakukan pertukaran tersebut bagi memburu gol. ", "74' WISSEL KVK:➡️ Luqman 🇲🇾🇲🇾🇲🇾(debut)⬅️ Golubovic0-3 | #KVKAND #COYR", "Melalui satu gerakan, Luqman berhasil menyumbang sepakan penalti melalui satu tolakan bola kepada rakan sepasukannya di dalam kotak pada minit-minit terakhir permainan.", "Rakan sepasukannya, Ilombe Mboyo mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk memastikan KV Kortrijk tidak pulang dengan tangan kosong dalam perlawanan ini.", "87' GOOOOAAAAAALLLL! Mboyo scoort vanop de stip!1-3 | #KVKAND #COYR pic.twitter.com/Hju0QCcDtT", "Keputusan akhir berkesudahan dengan KV Kortrijk 1-3 RSC Anderlecht. ", "Anda boleh tonton debut Luqman dalam saingan Liga Belgium pada pautan video di bawah:" ]
https://sukanz.com/202322130/
Messi Tempah 35 iPhone Emas Untuk Pemain & Staf Skuad Kebangsaan Argentina
[ "Pemenang Anugerah Bola Emas merangkap pemain terbaik Piala Dunia 2022, Lionel Messi bertindak menempah sebanyak 35 buah iPhone 14 emas untuk rakan sepasukan serta barisan staf skuad kebangsaan Argentina.", "Ianya sebagai hadiah daripada pemain berusia 35 tahun atas kejayaan skuad berjulukan La Albiceleste menjulang trofi Piala Dunia setelah menumpaskan Perancis dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada Disember lalu. ", "Perkara itu didedahkan oleh iDesign Gold – sebuah firma yang memperibadikan telefon pintar dengan bahan perhiasan mewah – menerusi laman sosialnya.", "Berdasarkan foto yang dikongsikan, kesemua iPhone 14 yang berkilauan itu diukir dengan logo Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA), WORLD CUP CHAMPIONS 2022, nombor dan nama khusus bagi setiap pemain sepertimana di belakang jersi masing-masing.", "Beberapa foto yang dikongsikan menampilkan iPhone yang bakal menjadi milik Angel di Maria, Alvarez, Mac Allister, De Paul dan Martinez. ", "Menyoroti di bahagian bawahnya, turut tersemat ukiran PATRICK GROUP serta IDESIGN GOLD.", "Kesemua 35 buah iPhone itu dihantar sendiri oleh pengasas iDesign Gold, Benjamin Lyons ke pangsapuri Messi di Paris, Perancis.", "Menurut laporan media eropah, tempahan kesemua 35 buah iPhone 14 itu bernilai £175,000 atau bersamaan hampir RM950,000. Ini bermakna setiap satunya bernilai £5,000 atau sekitar RM27,000." ]
https://sukanz.com/202216870/
Korea Masters: Soon Huat-Shevon Lai Tempah Tiket Ke Separuh Akhir
[ "Beregu campuran bebas (independent), Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai berhasil menempah tiket ke peringkat separuh akhir Korea Masters 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF, hari ini.", "Pasangan yang menghuni ranking ke-13 dunia merangkap pilihan keempat kejohanan mengesahkan kemaraan tersebut selepas menumpaskan beregu Singapura di peringkat suku akhir, sebentar tadi.", "Dalam pertarungan tersebut, Soon Huat-Shevon Lai menumpaskan gandingan Terry Hee Yong Kai dan Tan Wei Han yang berada di ranking ke-60 dunia itu secara ‘straight set’.", "2022 Gwangju YONEX Korea MastersXD – Quarter final 🇲🇾Soon Huat GOH🏅21 21 🇲🇾Shevon Jemie LAI🏅16 11 🇸🇬Yong Kai Terry HEE 🇸🇬Wei Han TAN", "🕗 in 33 minutes https://t.co/TeYRjiwBhj", "— BWFScore (@BWFScore) April 15, 2022", "Perlawanan itu berakhir dengan skor 21-16 dan 21-11 dalam tempoh masa sekitar setengah jam sahaja.", "Kemenangan ini juga menjadikan Soon Huat-Shevon Lai melebarkan rekod kemenangan kepada dua kali berturut-turut selepas menumpaskan lawan yang sama dalam saingan Far East Malaysia Masters 2017. ", "Sementara itu, Soon Huat-Shevon Lai selaku pemenang bakal berhadapan samada beregu China, Ou Xuanyi-Huang Yaqiong (ranking ke-162) atau beregu Korea, Kang Min-hyuk dan Baek Ha-na (ranking ke-410) di peringkat separuh akhir yang dijadualkan esok.", "Featured Image: Instagram Shevon Jemie Lai" ]
https://sukanz.com/202216565/
Undian Piala Uber 2022: Malaysia Diundi Bersama Tuan Rumah, Denmark & Mesir
[ "Majlis undian bagi kejohanan badminton berpasukan wanita, Piala Uber 2022 yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand selesai dijalankan sebentar tadi. Kejohanan ini akan berlangsung bermula 8 hingga 15 Mei kelak.", "Hasil undian yang dijalankan, skuad wanita Malaysia bakal mengharungi kejohanan dwitahunan ini dengan menentang Thailand selaku pasukan tuan rumah, Denmark dan Mesir dalam Kumpulan C. ", "Sementara itu, Kumpulan A pula diisi oleh naib juara 2020 iaitu Jepun bersama-sama Indonesia, Perancis dan Jerman. ", "Manakala, Kumpulan B pula akan disaingi oleh juara bertahan, China bersama-sama Chinese Taipei, Sepanyol dan Australia.", "Untuk kumpulan terakhir yakni Kumpulan D, ianya diisi oleh semi finalis edisi lalu, Korea bersama-sama India, Kanada dan Amerika Syarikat.", "Untuk makluman semua, saingan edisi terdahulu yang berlangsung di Denmark menyaksikan pasukan wanita Malaysia menamatkan saingan Piala Uber di kedudukan tercorot dalam Kumpulan D setelah tumpas dalam ketiga-tiganya perlawanan." ]
https://sukanz.com/202220103/
Lee Chong Wei Atlet Negara Pertama Mempunyai Figura Lilin Di Madame Tussauds
[ "Legenda badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei menjadi atlet pertama negara mempunyai figura lilin ditempatkan di muzium lilin yang cukup terkenal, Madame Tussauds di Singapura.", "Figura bekas pemain perseorangan lelaki No.1 dunia selama 348 minggu itu menjadi penambahan terbaru di dewan kemasyhuran muzim berkenaan disamping atlet terkenal lain seperti Muhammad Ali, Cristiano Ronaldo, David Beckham, Serena Williams dan lain-lain lagi. ", "A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial)", "Majlis pelancaran yang berlangsung pada hari ini memperlihatkan figura Chong Wei yang cukup sempurna mengenakan jersi pada tahun 2016 – turut disarungnya ketika beraksi di Sukan Olimpik Rio – sambil memegang raket di tangan kanannya.", "Bagi para peminat yang mahu menyaksikan figura lilin Chong Wei ini boleh berbuat demikian dalam masa yang terdekat dengan menempah tiket di laman sesawang milik muzium berkenaan. ", "Ini kerana figura tersebut tidak akan berada lama di Madame Tussauds Singapura. Pada suku pertama 2023, ianya akan diterbangkan dan ditempatkan di Madame Tussauds Hong Kong secara kekal.", "Untuk makluman, Madame Tussauds Hong Kong telah mengumumkan untuk mengabadikan Chong Wei dalam bentuk figura lilin di muzium berkenaan pada tahun 2020. Satu pasukan Madame Tussauds telah ditugaskan untuk mengambil 200 ukuran keseluruhan badan Chong Wei dengan teliti pada tahun 2019.  ", "Featured Image: Madame Tussauds Singapore" ]
https://sukanz.com/202215575/
Ranking BWF: Myisha, Mei Xing-Anna Rekod Peningkatan Ketara Selepas Raih Pingat Gangsa BATC 2022
[ "Pemain perseorangan remaja dan beregu wanita meraih peningkatan yang ketara dalam ranking dunia selepas berhasil membantu pasukan wanita Malaysia meraih pingat gangsa di Kejohanan Badminton Bepasukan Asia (BATC) 2022.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam, pemain berusia 19 tahun, Myisha Mohd Khairul yang beraksi sebanyak satu kali meraih peningkatan sebanyak 50 anak tangga sekaligus menghuni tangga ke-322 dunia, pada minggu ini.", "Sementara itu, gandingan Teoh Mei Xing dan Anna Cheong yang tampil sebanyak dua kali di kejohanan itu pula merekodkan peningkatan 13 anak tangga menjadikan mereka menghuni ranking ke-79 dunia.", "Manakala seorang lagi pemain remaja, Siti Nurshuhaini Azman yang berusia 17 tahun turut merekodkan peningkatan pada kedudukan rankingnya. Dia kini menduduki tangga ke-309 dunia hasil peningkatan dua anak tangga pada minggu ini.", "Akhir sekali, kedudukan Kisona Silvaduray dan Eoon Qi Xuan pula kekal di tangga ke-64 dan ke-126 dunia masing-masing." ]
https://sukanz.com/202114367/
Nidzam Tolak Jawatan ‘Head Coach’ Liga Premier Untuk Sertai Selangor
[ "Jurulatih muda berbakat, Nidzam Jamil mengakui menerima beberapa tawaran sebagai ketua jurulatih pasukan yang beraksi di saingan divisyen dua iaitu Liga Premier.", "Bagaimanapun, tawaran tersebut ditolak oleh jurulatih berusia 41 tahun ini dengan alasan ini adalah waktu yang sesuai untuk kembali bersama Selangor – pasukan yang mengangkatnya sebagai pemain – walaupun sebagai penolong ketua jurulatih.", "Antara alasan lain Nidzam memilih untuk menyertai Selangor kerana tertarik dengan projek pembangunan pemain-pemain muda yang sedang diusahakan dengan serius oleh skuad Red Giants ini.", "“Sejujurnya saya ada terima beberapa tawaran lain selaku ketua jurulatih dari pasukan Liga Premier tetapi saya tidak memilih ke sana kerana merasakan ini waktu terbaik untuk balik ke Selangor.", "“Ini bukan pilihan yang susah buat saya untuk katakan tidak kepada Selangor kerana semua orang tahu Selangor adalah antara pasukan yang baik di Liga Malaysia.", "“Malah saya tertarik dengan projek yang sedang dilakukan Selangor dengan memberikan penumpuan serius terhadap pembangunan pemain-pemain muda dari Selangor 2 dan 3 serta graduan dari AMD (Akademi Mokhtar Dahari) yang turut berada di sini.", "“Ini bukan soal hendak menjadi nombor satu atau dua tetapi kerana saya pernah berada di kedua-dua tempat tersebut sebelum namun apa paling penting, apa yang saya boleh tawarkan kepada Selangor pada musim depan,” katanya.", "Untuk makluman semua, Nidzam turut memulakan kariernya sebagai pemain bola sepak bersama pasukan ini dengan bermula dari pengutip bola, menyertai akademi dan beraksi di pelbagai kejohanan peringkat umur. ", "Ketika diserap menyertai skuad senior, Nidzam yang beraksi sebagai pertahanan sempat menyarung jersi Merah Kuning selama lima musim iaitu dari tahun 1999 hingga 2004 sebelum berhijrah ke PKNS FC, Negeri Sembilan dan Proton FC." ]
https://sukanz.com/202219816/
China Hadiahkan Panda Kepada Qatar Menjelang Piala Dunia 2022 – Bernama Suhail & Soraya
[ "China mengumumkan akan menghadiahkan dua ekor beruang panda kepada hos Piala Dunia 2022, Qatar sebagai “tanda persahabatan” antara kedua-dua negara, lapor South China Morning Post.", "Hasrat China untuk menghadiahkan dua ekor mamalia tersebut dimaklumkan sendiri oleh Duta China ke Qatar, Zhou Jian. Dua ekor panda tersebut diberi nama “Suhail” dan “Soraya” dan akan tiba di Qatar pada Oktober nanti.", "“Hadiah ini dipersembahkan oleh 1.4 bilion rakyat China kepada Piala Dunia Qatar, dan sudah semestinya menjadi simbol persahabatan China-Qatar,” katanya seperti dipetik daripada portal berita berkenaan.", "Walaupun China tidak melayakkan diri ke saingan bola sepak yang diadakan setiap empat tahun sekali ini, tetapi pelbagai syarikat China terlibat dalam projek pembinaan mega seperti stadium-stadium Piala Dunia 2022.", "Sebagai rekod, skuad bola sepak kebangsaan China hanya tampil sebanyak satu kali sahaja dalam saingan Piala Dunia setakat ini. Penampilan itu hadir ketika edisi 2002 yang berlangsung di Korea dan Jepun.", "Untuk pengetahuan semua, nama bagi kedua-dua ekor panda itu diinspirasikan daripada nama bintang. Suhail merupakan nama bintang yang paling terang kelihatan di rantau negara teluk. Sementara itu, Soraya pula nama dalam bahasa Arab bagi gugusan bintang Pleiades." ]
https://sukanz.com/202219726/
Jelajah Trofi Piala AFF Singgah Di Kuala Lumpur Pada 22 Oktober
[ "Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) akan menganjurkan Jelajah Trofi Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 di lima buah negara sepanjang tiga bulan berikutnya bagi membina kehangatan sebelum sepak mula kejohanan pada penghujung tahun ini.", "Menerusi kenyataan media AFF, jelajah ini akan bermula di Bangkok, Thailand pada 24 September diikuti dengan Singapura (15 Oktober), Kuala Lumpur, Malaysia (22 Oktober), Jakarta, Indonesia (26 November) dan akhir sekali, Ho Chi Minh, Vietnam (3 Disember).", "The #AFFMitsubishiElectricCup2022 Trophy Tour kicks off in Bangkok, Thailand! 🇹🇭", "🗓️ 24th September 2022, Saturday⏰ 11AM-5PM, Main event starts at 2pm📍 Zpell", "More info here ➡️ https://t.co/lhqipuuwch pic.twitter.com/Nv00v1XyNR", "— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) September 21, 2022", "Acara ini boleh dihadiri oleh penyokong secara percuma. Di setiap lokasi jelajah ini, ianya akan dimeriahkan dengan kehadiran istimewa legenda bola sepak tempatan masing-masing.", "Selain berpeluang untuk bergambar dengan trofi Piala AFF dan legenda istimewa yang hadir, pengunjung akan turut disajikan dengan beberapa permainan dan cabaran berserta hadiah untuk dimenangi.", "Sebagai tambahan, AFF dan Mitsubishi Electric mengumumkan akan melancarkan sebuah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) baharu dengan menganjurkan Klinik Bola Sepak yang memfokuskan kepada kanak-kanak kurang berkemampuan di lima buah negara ini.", "Lokasi dan waktu acara yang akan berlangsung di Kuala Lumpur akan diumumkan oleh AFF menerusi laman sesawang rasminya kelak." ]
https://sukanz.com/202219344/
Pemain Tengah Usia 34 Tahun Kini Menjadi Warganegara Malaysia
[ "Pemain tengah kelahiran Halifax, England yang berusia 34 tahun, Lee Tuck kini menjadi warganegara Malaysia.", "Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh tuan badan menerusi satu hantaran di laman sosial Instagram miliknya, semalam.", "“Hari ini, akhirnya dan secara rasminya saya menjadi warganegara Malaysia.” katanya.", "A post shared by LEE TUCK (@lee__tuck)", "Untuk makluman semua, Lee Tuck yang kini bersama Sri Pahang FC telah beraksi dalam kancah bola sepak Malaysia bermula tahun 2017.", "Kelab pertama yang disertainya adalah Negeri Sembilan sebelum berhijrah ke Terengganu pada tahun berikutnya.", "Bersama pasukan berpangkalan di pantai timur itulah namanya mula menarik perhatian dalam kalangan peminat bola sepak sehingga pernah dicanangkan untuk dinaturalisasikan bagi membolehkannya beraksi berasama skuad kebangsaan." ]
https://sukanz.com/202217302/
Piala Thomas: Juara Bertahan, Indonesia & Pasukan ‘Underdog’ India Tempah Tiket Final
[ "Kejohanan badminton berpasukan lelaki, Piala Thomas 2022 menyaksikan juara bertahan merangkap skuad negara jiran tetangga, Indonesia dan pasukan yang menumpaskan Malaysia di peringkat suku akhir, India berjaya melayakkan diri ke pentas final.", "Kedua-dua pasukan mara selepas menundukkan lawan masing-masing iaitu Jepun dan Denmark di peringkat separuh akhir yang berkesudahan awal pagi tadi.", "VITO BAWA INDONESIA KE LAGA PUNCAK DAN SELANGKAH LAGI UNTUK PERTAHANKAN GELAR!", "FOKUS, SEMANGAT, SOLID! BISA! 🇮🇩🇮🇩🇮🇩#BadmintonIndonesia #ThomasUberCup2022 #TUC2022 #ThomasCup2022 pic.twitter.com/T9hFqXkYVz", "— BADMINTON INDONESIA (@INABadminton) May 13, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, Indonesia mara selepas menumpaskan Jepun dengan keputusan 3-2 hasil sumbangan mata oleh pemain perseorangan 1 (MS1), Anthony Sinisuka Ginting, beregu 1 (MD1), Kevin Sanjaya-Mohammad Ahsan serta perseorangan 3 (MS3), Shesar Hiren Rhustavito.", "Ketiga-tiga wakil ini meraih mata dengan menumpaskan Kento Momota, gandingan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi serta Kodai Naraoka masing-masing.", "Manakala pasukan India yang boleh dilabel sebagai “underdog” pula mara dengan skor keputusan yang sama seperti Indonesia hasil sumbangan tiga kemenangan yang diraih oleh MD1, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, MS2, Srikanth Kidambi dan MS3, Prannoy Haseena Sunil Kumar.", "Pemain-pemain ini merekodkan kemenangan ke atas beregu Kim Astrup-Mathias Christiansen, perseorangan, Anders Antonsen dan Rasmus Gemke.", "Dream of a billion plus just came true. Absolute champion stuff from our boys as they became the first ever 🇮🇳team to advance into the 𝙁𝙄𝙉𝘼𝙇S of #ThomasCup ", "Kudos to entire coaching team & support staffs. Take a bow👏@himantabiswa#ThomasCup2022#IndiaontheRise pic.twitter.com/cGdeFJIZD7", "— BAI Media (@BAI_Media) May 13, 2022", "Untuk makluman semua, semalam, skuad India telah mencipta sejarah mara ke peringkat separuh akhir buat pertama kali sejak 43 tahun yang lalu selepas menumpaskan Malaysia di peringkat suku akhir.", "Sementara itu, kejayaan India mengesahkan tempat ke pentas final pula merupakan yang pertama dalam sejarah pembabitan mereka dalam saingan Piala Thomas.", "Sebagai tambahan, perlawanan akhir Piala Thomas 2022 yang menemukan Indonesia dan India ini dijadualkan berlangsung pada Ahad kelak.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand" ]
https://sukanz.com/20207789/
Indonesia Tubuh Mandalika Racing Team, Bakal Jadi ‘Rival’ Malaysia Dalam Saingan MotoGP
[ "Negara jiran tetangga, Indonesia secara rasminya telah mengumumkan menubuhkan Mandalika Racing Team (MRT) untuk bersaing dalam kancah Kejuaraan Motosikal Dunia Moto2 bermula musim 2021.", "Sepertimana sukan lain, kewujudan pasukan berpangkalan di Indonesia ini pastinya akan mencipta persaingan atau ‘rival’ panas dengan pasukan Malaysia iaitu Petronas Sepang Racing Team (SRT).", "Menurut makluman mereka, Mandalika Racing Team ini ditubuhkan untuk mengangkat pelumba dan mekanik warga Indonesia sekaligus mengharumkan nama negaranya di peringkat global.", "Nama Mandalika diambil bersempena dengan nama Litar Mandalika berjarak 4.32 kilometer. Ianya terletak di Lombok, Nusa Tenggara Barat dan sedang disiapkan untuk menjadi salah satu venue perlumbaan MotoGP 2021. ", "Selain itu, pihak mereka turut mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pemuda dan Olahraga (Kemenpora) dan Ikatan Motor Indonesia (IMI) untuk membangunkan pelumba-pelumba muda sebelum diberi peluang untuk beraksi di kejuaraan dunia.", "Ketika ini, pihaknya sedang rancak mengadakan perbincangan bersama beberapa pihak untuk mendapatkan penajaan. Salah satu daripadanya adalah syarikat penerbangan, Garuda Indonesia.", "Barisan pelumba yang akan mewakili pasukan ini belum diumumkan secara rasmi lagi. ", "Bagaimanapun, gosip daripada media seberang mengatakan salah satu slot itu akan diisi dengan pelumba kelahiran Indonesia Dimas Ekky Pratama. Satu lagi slot berkemungkinan akan diiisi oleh pelumba asing.", "Difahamkan segala-galanya akan diumumkan secara rasmi pada 28 oktober kelak.", "Featured Image: Mandalika Racing Team" ]
https://sukanz.com/202322987/
Justin Terlepas Peluang Ke Sukan SEA 2023 Kemboja?
[ "Perseorangan lelaki remaja negara, Justin Hoh berkemungkinan besar terlepas peluang untuk beraksi di Sukan SEA 2023 di Kemboja pada bulan hadapan.", "Ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memaklumkan satu berita mengejutkan bahawa pemain berusia 19 tahun terbabit ditimpa kecederaan dalam sesi latihan, dua hari lalu.", "Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan, pemain itu disahkan mengalami kecederaan ‘achilles tendon’ kiri.", "UPDATE: Badminton Association of Malaysia (BAM) today confirmed that singles player, Justin Hoh suffered an achilles tendon rupture in training yesterday. pic.twitter.com/pwA0KKNSkh", "— BAM (@BA_Malaysia) April 11, 2023", "Sehubungan itu, juara Cabaran Antarabangsa Uganda ini akan menjalani pembedahan pada hari ini.", "Untuk makluman semua, pada bulan lalu, Justin antara yang disenaraikan oleh BAM bagi beraksi dalam acara berpasukan lelaki bersama-sama Leong Jun Hao, Ong Ken Yon dan Lee Shun Yang (simpanan).", "Sebagai tambahan, temasya dwitahunan bagi edisi kali ini akan berlangsung dari 5 hingga 17 Mei.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia" ]
https://sukanz.com/20207532/
Nike Taja Pemain Red Star Belgrade, Omar Raiyan
[ "Nike Malaysia membuat kejutan dengan menghantar dua karton barangan kelengkapan sukan jenama tersebut kepada pemain remaja Red Star Belgrade, Omar Raiyan pada ulang tahun kelahirannya.", "Omar Raiyan merupakan pemain muda berketurunan Malaysia yang kini menetap bersama keluarganya di Serbia. Dia merupakan produk Manchester City Football School Abu Dhabi dimana dia kerap dipilih untuk ulang alik ke Manchester City Academy di Manchester. ", "Selain itu, Omar juga ke Sepanyol berada di bawah naungan program terpilih Du Laliga HPC (High Performance Center) untuk berlatih dan bermain perlawanan persahabatan dengan kelab Liga Perdana Sepanyol seperti Celto Vigo, Malaga, Cadiz dan Granada.", "Menerusi perkongsian oleh ejennya, Razeen Khalid dari ACTIV8 Sports Agency, antara barangan kelengkapan sukan yang diberikan oleh Nike Malaysia adalah but Phantom GT (3 pasang), kasut larian Infinity, kasut Zoom Metcon, kasut Air Max 270 React, t-shirt, seluar pendek, stokin, beg galas dan beg Vapor Duffel.", "Kesemua barangan itu dihantar terus ke kedutaan Malaysia di Serbia yang terletak di Belgrade. Ianya tiba tepat kepada Omar pada 3 Oktober 2020 iaitu ulang tahun kelahirannya yang ke-16.", "Ketika ini, Omar beraksi bersama skuad Red Star Belgrade Bawah 17 Tahun (B-17) dan sudah beberapa kali dijemput berlatih bersama skuad Bawah 19 Tahun (B-19). Pemain berkaki kiri ini mampu bermain di beberapa posisi seperti pemain tengah, penyerang kanan dan pertahanan kiri." ]
https://sukanz.com/202114426/
Tinjauan FIFA: Lebih 60% Mahu Kejohanan Piala Dunia Diadakan Lebih Kerap – 2 Tahun Sekali
[ "Idea untuk mengadakan kejohanan Piala Dunia FIFA Lelaki dan Wanita dengan lebih kerap sebagai contoh secara dwitahunan telah menimbulkan perdebatan yang hangat dalam kalangan peminat bola sepak seluruh dunia.", "Oleh demikian, badan induk bola sepak dunia, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah melakukan tinjauan dengan menanyakan sekitar 77,000 responsen berkenaan hal ini.", "🌐 Global survey reveals majority of fans favour more frequent @FIFAWorldCup and @FIFAWWC tournaments 🏆📺 Watch the webinar & learn more 👉 https://t.co/Mr6Ubb98e4 pic.twitter.com/xum0JMzyLT", "Hasil tinjauan yang diperolehi dan disiarkan oleh FIFA di laman sesawangnya pada hari ini adalah seperti berikut:", "Sementara itu, tinjauan ini turut menunjukkan lebih 50% responden lelaki daripada benua asia, afrika, amerika utara, tengah & carribean, amerika selatan dan oceania menyatakan sokongan penganjuran Piala Dunia FIFA secara dwitahunan.", "Hanya responden lelaki daripada benua eropah sahaja yang menyuarakan sokongan kurang daripada 50% untuk kekerapan penganjuran Piala Dunia FIFA sebegini.", "Sebagai tambahan, responden dari Turki, India dan Afrika Selatan adalah yang paling kuat menyokong penganjuran Piala Dunia FIFA Lelaki secara dengan lebih kerap.", "Sementara itu, bantahan paling kuat untuk penganjuran Piala Dunia Lelaki secara dwitahunan pula disuarakan oleh responden dari England, Jerman dan Perancis." ]
https://sukanz.com/202216173/
All England 2022: Juara Terbuka Jerman, Sze Fei-Izzuddin Tersingkir Di Pusingan 32
[ "Hasrat peminat yang ingin melihat beregu lelaki yang menjuarai Terbuka Jerman mara lebih jauh di Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022 hangus sama sekali.", "Ini disebabkan beregu tersebut, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin tumpas kepada beregu China, He Ji Ting dan Tan Qiang di Pusingan 32 yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham, pada pagi tadi.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2022MD – Round of 32 🇨🇳Ji Ting HE🏅21 19 21 🇨🇳Qiang TAN🏅15 21 11 🇲🇾Sze Fei GOH 🇲🇾Nur IZZUDDIN🕗 in 52 minutes https://t.co/cWaUQftp5e", "Sze Fei-Izzuddin yang menduduki ranking ke-17 dunia tewas dengan keputusan 15-21, 21-19 dan 11-21 dalam tempoh permainan yang menghampiri satu jam kepada beregu di ranking ke-19 itu.", "Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan pertama yang melibatkan kedua-dua beregu Malaysia dan China ini di pentas kejohanan antarabangsa.", "Sementara itu, Ji Ting-Tan Qiang yang berjaya meneruskan kemaraan ke Pusingan 16 akan berhadapan dengan beregu No.1 Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia" ]
https://sukanz.com/202321631/
Kogileswaran Sarung Jersi No.70 Bersama Chungbuk Cheongju
[ "Teka-teki mengenai nombor yang akan digunakan oleh pemain sayap skuad kebangsaan, Kogileswaran Raj bersama kelab baharunya, Chungbuk Cheongju akhirnya terjawab.", "Pemain berusia 24 tahun tersebut akan tampil dalam saingan bola sepak Korea dengan jersi bernombor 70.", "A post shared by 충북청주FC (@chfc_2023)", "Perkara berkenaan disahkan menerusi satu muat naik oleh laman sosial rasmi kelab berkenaan, pada hari ini.", "Untuk makluman semua, Kogi menjadi pemain Malaysia pertama yang beraksi dalam kancah bola sepak Korea dengan menandatangani kontrak selama setahun bersama Chungbuk Chrongju pada awal Januari lalu." ]
https://sukanz.com/20208491/
Legenda Dunia, Diego Maradona Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun
[ "Legenda bola sepak Argentina dan dunia, Diego Armando Maradona disahkan telah meninggal dunia. ", "Hasta siempre, Diego. Serás #Eterno en cada corazón del planeta fútbol. pic.twitter.com/jcsGP3GlNI", "Menurut laporan dari Argentina, beliau dilaporkan meninggal dunia ekoran serangan jantung di rumahnya.", "Dua minggu lalu, bekas pemain pemain Barcelona dan Napoli ini baru sahaja keluar dari hospital setelah selamat menjalani pembedahan otak ekoran darah beku.", "Maradona cukup diingati oleh seluruh peminat bola sepak dunia apabila berjaya membawa skuad kebangsaan Argentina memenangi Piala Dunia 1986.", "Bersama Napoli pula, penyerang serba lincah itu telah membantu pasukan tersebut menjurai Serie A sebanyak dua kali iaitu pada musim 1986/87 dan 1989/90.", "Selain beraksi sebagai pemain, Maradona turut mengemudi skuad kebangsaan Argentina sebagai pengurus pasukan semasa kejohanan Piala Dunia 2010.", "Peranannya yang terakhir dalam kancah bola sepak adalah menjadi pengurus pasukan berpangkalan di tanah airnya, Gimnasia de la Plata pada 2019 hingga 2020.", "Featured Image: FIFA World Cup" ]
https://sukanz.com/202218349/
Kejuaraan B-19 AFF: Malaysia Terikat Tanpa Jaringan Menentang Singapura
[ "Skuad bola sepak kebangsaan bawah 19 tahun (B-19) tidak dapat meneruskan rentetan kemenangan namun masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Kejuaraan B-19 AFF.", "Ketika turun menentang Singapura yang melibatkan aksi kedua bagi peringkat Kumpulan A, skuad negara kendalian Hassan Sazali Waras meraih keputusan seri tanpa sebarang jaringan.", "Kejuaraan B-19 AFF 2022 | Khamis, 7 Julai 2022", "MALAYSIA 🇲🇾 0-0 🇸🇬 SINGAPURA#FAM #HarimauMalaya #AFFU19 pic.twitter.com/Mje2W6YerH", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 7, 2022", "Keputusan ini menjadikan skuad negara dan Singapura berkongsi satu mata masing-masing daripada perlawanan ini. Dengan ini, Malaysia telah mengumpul empat mata daripada dua perlawanan.", "Untuk perlawanan berikutnya, Malaysia akan turun menentang Timor Leste pada 9 Julai (Sabtu)." ]
https://sukanz.com/202218444/
“Perkara itu tidak sahih pun” – Tan Cheng Hoe Tepis Dakwaan Dikaitkan Kelab Liga Super
[ "Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan dirinya akan melatih mana-mana pasukan terutamanya dalam kancah Liga Super dalam masa terdekat.", "Ini termasuk dengan dirinya dikaitkan untuk melatih pasukan berpangkalan di Lembah Klang seperti Selangor FC bagi menggantikan jurulatih sedia ada, Michael Feichtenbeiner.", "“Perkara itu tidak sahih pun. Rumour sahaja. Sekarang ini saya hanya berehat dan meluangkan masa dengan keluarga,” katanya seperti dipetik daripada Majoriti.", "Malahan jurulatih berusia 54 tahun kelahiran Alor Setar, Kedah turut menyatakan tidak memikirkan untuk kembali melatih mana-mana pasukan secara serius buat masa ini.", "“Dalam masa terdekat pun saya tiada perancangan apa-apa. Kalau ada yang betul-betul serius saya akan fikirkan untuk latih tapi setakat ini tiada lagi,” jelasnya.", "Selain itu, Cheng Hoe turut menjelaskan mengenai kelibatnya bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru ini.", "Penglibatannya bermain bola sepak di atas padang bersama-sama Sanusi merangkap Menteri Besar Kedah telah mencipta spekulasi bahawa dirinya akan kembali melatih Kedah Darul Aman FC.", "Bagaimanapun, Cheng Hoe memaklumkan penglibatannya itu sekadar menunaikan ajakan rakan-rakannya untuk turun bermain bola.", "Untuk makluman semua, Cheng Hoe bergelar “free agent” sejak awal Januari tahun ini setelah meletak jawatan sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.", "Featured Image: Football Association of Malaysia" ]
https://sukanz.com/202111147/
Gary Steven Robbat Buru Minit Permainan Bersama Melaka United
[ "Pemain tengah, Gary Steven Robbat tidak menolak minit permainan menjadi pendorongnya untuk menyertai Melaka United secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada jendela pertengahan musim lalu.", "Bagaimanapun, pemain berusia 29 tahun ini mahu menumpukan usaha untuk mendapatkan kepercayaan barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Zainal Abidin Hassan terlebih dahulu.", "Dan perlawanan menentang Pahang selepas saingan Liga Super bersambung kelak menjadi medan buat Gary menunjukkan impak yang mampu diberikannya untuk membantu Melaka United. ", "“Pertama sekali, saya kena pastikan saya dapat kepercayaan yang tinggi daripada jurulatih bahawa saya mampu untuk memberikan sesuatu kepada pasukan.", "“Memang minit permainan yang saya cari, tetapi saya nak bina dahulu tahap keyakinan bersama pasukan di sini untuk saya beri komitmen yang tinggi.", "“Sasaran awal saya adalah untuk perlawanan pertama menentang Pahang nanti di mana daripada situlah akan dapat menentukan bahawa saya mampu membantu pasukan atau tidak.", "“Dekat perlawanan itu nantilah saya akan dapat tunjukkan sejauh mana komitmen saya kepada Melaka,” jelasnya.", "Pada masa yang sama, Gary turut meletakkan sasaran penyertaannya bersama pasukan ini untuk membantu Melaka United keluar daripada zon penyingkiran.", "Ketika ini, Melaka United menduduki tangga ke-11 selepas 13 perlawanan yang telah dilalui dalam saingan Liga Super.", "Featured Image: Melaka United Football Club" ]
https://sukanz.com/202216731/
Terbuka Korea: Yew Sin-Ee Yi Disingkirkan Juara Swiss Fajar-Ardianto
[ "Kelibat beregu lelaki No.2 negara, Ong Yew Sin Dan Teo We Yi tidak akan kelihatan di pentas separuh akhir Terbuka Korea 2022.", "Ini gara-gara Yew Sin-Ee Yi telah disingkirkan oleh beregu Indonesia merangkap Juara Terbuka Swiss 2022,  Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto di peringkat suku akhir, petang tadi.", "Yew Sin-Ee Yi yang menduduki ranking ke-11 dunia tumpas kepada beregu negara jiran tetangga itu secara ‘straight set’ dengan skor 19-21 dan 20-22 dalam tempoh masa 49 minit permainan.", "Korea Open Badminton Championships 2022MD – Quarter final 🇮🇩Fajar ALFIAN🏅21 22 🇮🇩Muhammad Rian ARDIANTO🏅19 20 🇲🇾Yew Sin ONG 🇲🇾Ee Yi TEO", "🕗 in 49 minutes https://t.co/axzNT9WyWF", "— BWFScore (@BWFScore) April 8, 2022", "Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan keenam melibatkan kedua-dua gandingan di pentas antarabangsa. ", "Lima pertemuan sebelum ini berkesudahan dengan Fajar-Ardianto memenangi tiga daripadanya termasuk Yang terakhir di pentas saingan Terbuka Swiss.", "Sementara itu, Fajar-Adianto yang mara ke peringkat separuh akhir bakal ditentang oleh beregu senegaranya merangkap Juara All England, Shohibul Fikri-Bagas Maulana atau beregu Korea, Yong Jin-Na Sung Seung.", "Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.", "Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:", "1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.", "2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.", "3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia" ]
https://sukanz.com/202218837/
Sukan Komanwel: Russel Taib Mara Ke Separuh Akhir 200m – Catat Masa 21.13s
[ "Pelari kacukan kelahiran Kuala Lumpur, Russel Taib berhasil melayakkan dirinya ke peringkat separuh akhir acara 200 meter (m) lelaki di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.", "Atlet berusia 24 tahun ini mengesahkan kemaraan tersebut dengan menamatkan larian peringkat saringan (heat 7) di tempat kedua – di belakang Dan Kiviasi Asamba.", "Pelumba kelahiran kelahiran Kenya itu menamatkan larian dalam tempoh masa 20.86 saat (s) manakala Russel pula merekodkan catatan masa 21.13s.", "Sebagai perbandingan, catatan masa ini merupakan yang ke-13 terbaik daripada 24 pelari yang layak ke peringkat separuh akhir.", "Selain itu, tempoh larian yang direkodkan oleh Russel itu jauh daripada catatan masa peribadi terbaiknya yang merupakan rekod kebangsaan dalam acara ini iaitu 20.77s.", "Sementara itu, Russel yang berhasil melayakkan diri akan turun beraksi di peringkat separuh akhir pada hari esok (Jumaat), bermula 7.09 malam.", "Featured Image: Instagram Russel Taib" ]
https://sukanz.com/202325225/
Ranking BWF: Wong Ling Ching Kini ‘Top 100’ Dunia
[ "Pemain wanita muda negara, Wong Ling Ching yang mara ke separuh akhir Cabaran Antarabangsa Mongolia pada Sabtu akhirnya berada dalam kelompok 100 perseorangan wanita terbaik dunia.", "Kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini menyaksikan pemain berusia 20 tahun itu mencatatkan lonjakan 24 anak tangga berbanding kedudukannya pada minggu lalu.", "Peningkatan itu tercetus hasil mengumpul 15,434 mata sekaligus meletakkan dirinya di tangga ke-88 dalam Ranking Dunia buat pertama kali sejak menyertai pasukan kebangsaan pada Oktober tahun lalu.", "Untuk makluman, kejayaannya untuk mara ke peringkat separuh akhir kejohanan Gred 3 Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebelum tewas kepada pilihan utama kejohanan dari Amerika Syarikat, Lauren Lim telah memberikannya 2,800 mata.", "Kemaraan ke separuh akhir di Mongolia itu juga merupakan kali kedua di peringkat tersebut bagi tahun 2023 selepas kali pertama melakukannya di Siri Antarabangsa Estonia, Januari lalu. ", "Sementara itu, Goh Jin Wei dan K. Letshanaa turut mencatatkan kenaikan sebanyak satu anak tangga masing-masing menjadikan mereka mengghuni kedudukan ke-33 dan ke-68 dunia. Manakala S. Kisona pula turun ke ranking 61 dunia, berbeza satu anak tangga berbanding minggu lalu.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia" ]
https://sukanz.com/202217943/
FIFA Umum 16 Bandar Yang Menjadi Hos Piala Dunia 2026
[ "Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah mengumumkan 16 bandar terpilih bagi mengadakan perlawanan-perlawanan bola sepak saingan Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.", "Saingan yang julung kalinya bakal menampilkan 48 pasukan ini akan dimainkan di 11 lokasi di Amerika Syarikat iaitu Atlanta, Boston, Dallas, Houston, Kansas City, Los Angeles, Miami, New York / New Jersey, Philadelphia, San Francisco Bay Area dan Seattle.", "Your #FIFAWorldCup 2026 Host Cities:", "🇺🇸Atlanta🇺🇸Boston🇺🇸Dallas🇲🇽Guadalajara🇺🇸Houston🇺🇸Kansas City🇺🇸Los Angeles🇲🇽Mexico City🇺🇸Miami🇲🇽Monterrey🇺🇸New York / New Jersey🇺🇸Philadelphia🇺🇸San Francisco Bay Area🇺🇸Seattle🇨🇦Toronto🇨🇦Vancouver", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) June 16, 2022", "Sementara itu, tiga lokasi akan dilangsungkan di Mexico iaitu Guadalajara, Mexico City dan Monterrey dan baki dua lokasi lagi diadakan di Kanada iaitu Toronto dan Vancouver.", "Untuk makluman semua, kemasukan 48 pasukan di dalam saingan Piala Dunia 2026 ini merupakan pertambahan sebanyak 16 pasukan berbanding kejohanan Piala Dunia 2022 di Qatar pada penghujung tahun ini.", "Selain itu, penganjuran bersama antara tiga buah negara ini juga merupakan yang pertama kali dalam sejarah kejohanan Piala Dunia sejak ia dipertandingkan buat julung kalinya pada tahun 1930. " ]
https://sukanz.com/202220221/
MFL Mansuh Peraturan ‘Away Goal’ Dalam Saingan Liga Malaysia
[ "Tiada lagi kelebihan jaringan di tempat lawan bermula saat ini dalam saingan kalah mati tempatan seperti Piala FA dan Piala Malaysia.", "Perkembangan tersebut hadir selepas pengelola saingan bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan pemansuhan tersebut menerusi satu makluman pada hari ini.", "Jelasnya, pemansuhan tersebut hadir selaras dengan perubahan terkini oleh badan induk benua asia dan eropah, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).", "Untuk makluman semua UEFA membuat keputusan memansuhkan peraturan ini bermula musim 2021/22. Manakala AFC pula memaklumkan perkara yang sama pada 1 Ogos lalu untuk memansuhkannya pada musim hadapan.", "MFL mengumumkan bahawa pengelola Liga Malaysia itu telah memansuhkan kelebihan jaringan di tempat lawan (Away Goal) dalam kejohanan kalah mati berkuatkuasa pada hari ini selaras dengan perubahan terkini AFC dan UEFA.", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) October 19, 2022", "Perubahan ini bakal menyaksikan perlawanan yang terikat secara agregat selepas 180 minit permainan timbal balik akan dilanjutkan terus ke masa tambahan (extra time) selama 30 minit.", "Sebagai tambahan, sekiranya masih terikat selepas daripada itu, pemenang akan ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.", "Selaras dengan pengumuman ini, pemansuhan ‘away goal’ ini terpakai bermula saingan Piala Malaysia 2022 yang akan membuka tirainya pada 26 dan 27 Oktober kelak." ]
https://sukanz.com/202215809/
Jersi ‘Away’ Penang 2022 Serba Kuning Diperkenalkan – Harga Jualan RM179.90
[ "Skuad berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Penang FC tampil memperkenalkan jersi ‘away’ baharu untuk digunakan dalam saingan Liga Malaysia 2022.", "Diperkenalkan secara atas talian menerusi pelbagai platform media sosialnya pada hari ini, jersi keluaran Puma itu hadir dalam warna serba kuning sambil diserikan dengan logo ‘Penang 2030’ di bahagian hadapan.", "AWAY JERSEY PENANG FCMenyambung legasi dan tradisi..! Kuning sebagai lambang optimis dan semangat kental, keyakinan dan memiliki kekuatan untuk mengambil langkah mengatasi lawan..!📸 : @Penang_FC pic.twitter.com/nDxg033Vq4", "Di bahagian belakang pula, terdapat sebuah logo penaja, BKT serta logo ‘Sports For All’. Sementara itu, di lengan kanannya, terdapat logo penaja, The Ship Campus.", "Seperti dimaklumkan oleh pihak kelab, harga jualan bagi jersi ini adalah RM179.90 sehelai. Bagaimanapun, buat pembeli yang ke Stadium Sultan Ibrahim bagi menonton perlawanan pertama Liga Super 2022 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Penang, esok, akan diberikan potongan harga kepada RM155 sehelai.", "Syaratnya, pembeli perlu mengemukakan bukti pembelian tiket perlawanan atau tiket perjalanan bas untuk mendapatkan harga istimewa ini." ]
https://sukanz.com/202219240/
Kejohanan Dunia BWF: Chen Yu Fei Rekod Enam Kemenangan Berturut-Turut Ke Atas Soniia
[ "Pemain No.4 dunia dari China, Chen Yu Fei kini merekodkan enam kemenangan berturut-turut ke atas perseorangan wanita bebas (independent) negara, Soniia Cheah di pentas antarabangsa.", "Kemenangan terbaru Yu Fei hadir ketika menentang Soniia pada Pusingan 32 di Kejohanan Dunia BWF 2022, sebentar tadi.", "Yu Fei yang merupakan pemenang emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 meraih kemenangan dalam perlawanan itu secara “straight set” dengan skor 21-17 dan 21-15 dalam tempoh masa 40 minit.", "Kemenangan Yu Fei ini sekaligus telah mematikan langkah Soniia di pentas Kejohanan Dunia BWF edisi kali ini setelah bermula dengan kemenangan di Pusingan 64, semalam.", "Kemenangan itu pula merupakan yang pertama selepas Soniia berehat panjang melebihi satu tahun daripada menyertai sebarang kejohanan antarabangsa ekoran kecederaan.", "Sebagai rekod, baki lima pertembungan antara Yu Fei dan Soniia sebelum ini adalah sekitar tahun 2019 dan 2018.", "Ianya berlangsung di Terbuka Thailand 2019, Terbuka Jepun 2019, Piala Sudirman 2019, Piala Uber 2018 dan Terbuka Jerman 2018." ]
https://sukanz.com/202325197/
Formula 1: Verstappen, Red Bull Racing Teruskan Dominasi Selepas 9 Perlumbaan
[ "Pelumba Red Bull Racing Honda RPBT, Max Verstappen berada dalam kelas yang tersendiri setelah memenangi tujuh daripada sembilan perlumbaan bagi saingan Formula One (F1) pada musim ini. ", "Terbaharu, pelumba kelahiran Belgium itu menjuarai GP Austria selepas menamatkan perlumbaan 71 pusingan selama 1 jam 25 minit dan 33.6 saat yang menyaksikan dirinya mengumpul 26 mata kejuaraan.", "Secara keseluruhan, Verstappen mengumpul 34 mata di Austria termasuk lapan mata yang dipungut dalam perlumbaan pecut sekaligus menambah koleksi mata keseluruhan buat juara bertahan itu menjadi 229 mata. ", "Leclerc moves past Russell 📈", "Verstappen extends his championship lead 👏#AustrianGP #F1 pic.twitter.com/GfwFVzpvRB", "— Formula 1 (@F1) July 2, 2023", "Rakan sepasukan, Sergio Perez kini di tempat kedua dengan 148 mata hasil dua kejuaraan mengatasi Verstappen di Arab Saudi dan Azerbaijan dan diikuti sorang lagi pelumba Sepanyol, Fernando Alonso di tempat ketiga dengan 131 mata. ", "Sebelum ini, Verstappen telah berjaya menyamai rekod 41 kejuaraan mendiang Ayrton Senna di GP Kanada yang meletakkan dirinya dalam kelompok lima pelumba terbaik dengan kemenangan GP terbanyak.", "Dominasi Verstappen serta Perez turut menyaksikan pasukan Red Bull Racing Honda RPBT mendahului carta pengeluar F1 dengan kutipan 377 mata kejohanan. ", "Bagaimanapun, saingan musim ini masih berbaki sebanyak 13 perlumbaan dan ianya tempoh yang masih panjang perlu diharungi oleh Verstappen samada dapat mempertahankan kejuaraannya atau dirampas oleh Perez mahupun Alonso pada penghujung musim nanti." ]
https://sukanz.com/202112309/
Undian Piala Malaysia: Ulangan Final 2018 Terengganu & Perak Hiasi Kumpulan B
[ "Majlis undian TM Piala Malaysia 2021 menyaksikan beberapa pertembungan menarik bakal disajikan pada peringkat kumpulan yang berlangsung bermula 23 September kelak. ", "Paling mencuri tumpuan adalah melibatkan saingan di Kumpulan B yang melibatkan ulangan pertembungan final Piala Malaysia 2018 antara Terengganu menentang Perak.", "Melengkapkan kumpulan tersebut adalah juara 33 kali, Selangor serta pasukan ketiga daripada saingan Liga Premier yang masih direbut oleh PDRM, Kuching City, Kelantan dan Kelantan United.", "Juara edisi 2019 yang juga merupakan juara Liga Super 2021, Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapat undian yang agak mudah di dalam Kumpulan D bersama-sama PJ City, Sabah dan pasukan keempat dari saingan Liga Premier.", "Sementara itu, finalis atau naib juara edisi 2019 iaitu Kedah Darul Aman diundi di dalam Kumpulan C bersama-sama Melaka United serta juara Liga Premier 2021 dan pasukan kelima daripada saingan yang sama.", "Akhir sekali, Kumpulan A pula diisi oleh pasukan di tangga ketiga Liga Super musim ini, Penang sambil ditemani oleh Kuala Lumpur City, Sri Pahang dan naib juara Liga Premier 2021.", "Siapakah yang akan mara ke peringkat suku akhir? Tinggalkan ramalan anda di ruangan komen di Facebook dan Twitter Sukanz." ]
https://sukanz.com/202216873/
Korea Masters: Joo Ven Singkir Pemain Israel, Mara Ke Separuh Akhir Super 300 Buat Pertama Kali
[ "Perseorangan bebas (independent) negara, Soong Joo Ven mencipta rekod mara ke pentas separuh akhir kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 300 BWF buat pertama kali dalam kariernya. ", "Joo Ven yang menghuni ranking ke-68 dunia mara selepas menyingkirkan pemain Israel, Misha Zilberman di peringkat suku akhir, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, pemain negara berusia 26 tahun ini berhasil menumpaskan pemain di ranking ke-49 dunia itu secara ‘straight set’ dengan skor 23-21 dan 21-18 dalam tempoh masa 47 minit.", "2022 Gwangju YONEX Korea MastersMS – Quarter final23 21 🇲🇾Joo Ven SOONG🏅21 18 🇮🇱Misha ZILBERMAN", "🕗 in 47 minutes https://t.co/tqnYpZzCcJ", "— BWFScore (@BWFScore) April 15, 2022", "Untuk rekod, ini merupakan pertarungan sulung menemukan kedua-dua pemain di pentas kejohanan antarabangsa.", "Sementara itu, Joo Ven selaku pemenang akan turun menentang pemain Jepun, Kodai Naraoka (ranking ke-47) di peringkat separuh akhir, esok.  ", "Pemain muda Jepun berusia 20 tahun ini mara selepas menumpaskan pemain Perancis, Lucas Claerbout (ranking ke-63) di pusingan suku akhir, sebentar tadi.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia" ]
https://sukanz.com/202325434/
Pencabar Harimau Malaya Ambil Jurulatih Yang Membawa Chile Menjuarai Copa America
[ "Salah satu pencabar kepada skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya di pentas Piala Asia kelak mengumumkan menggunakan khidmat jurulatih yang pernah menjulang Copa America Centenario.", "Pasukan yang dimaksudkan tersebut ialah Bahrain yang baru sahaja mengumumkan perlantikan Juan Antonio Pizzi, 55 tahun, sebagai ketua jurulatih baharunya menerusi platform media sosialnya, baru-baru ini.", "Untuk makluman, Juan yang memulakan karier kejurulatihan sekitar tahun 2005 mendapat perhatian dunia apabila membawa skuad La Roja yang dibarisi beberapa pemain bintang eropah seperti Alexis Sanchez, Arturo Vidal dan Claudio Bravo menumpaskan Argentina dalam perlawanan akhir pada tahun 2016. ", "Kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti itu sekaligus membolehkan Chile menjuarai kejohanan yang bersempena dengan 100 tahun penubuhan CONMEBOL dan penganjuran Copa America terbabit.", "A post shared by Bahrain Football Association (@bahrainfa)", "Selain itu, Juan turut mempunyai pengalaman membimbing pasukan di kejohanan bola sepak terulung dunia iaitu Piala Dunia FIFA. Ianya hasil daripada Juan menerima tugasan untuk melatih skuad kebangsaan Arab Saudi sekitar November 2017 dan membawa pasukan itu beraksi di pentas Piala Dunia 2018 Rusia.", "Ini bermakna, Bahrain menjadi pasukan kedua dikemudi oleh jurulatih mempunyai pengalaman di pentas Piala Dunia perlu dihadapi oleh Harimau Malaya peringkat Kumpulan E di Piala Asia pada Januari hadapan selain Republik Korea bimbingan Jurgen Klinsmann.", "Untuk makluman, karier kejurulatihan Juan bermula bersama Colon Santa Fe – sebuah kelab berpangkalan di negara kelahirannya. Kemudiannya, Juan berhijrah ke beberapa buah kelab di pelbagai negara rantau amerika selatan sebelum menguruskan Valencia dalam kancah La Liga pada tahun 2013.", "Kelab terakhir yang dikemudinya sebelum menerima tugas sebagai ketua jurulatih Bahrain ialah Al Wasl yang beraksi dalam kancah bola sepak Emiriah Arab Bersatu (UEA).", "Sebagai tambahan, Malaysia yang julung kalinya layak ke pentas Piala Asia secara merit selepas 43 tahun telah diundi dalam Kumpulan E bersama-sama Republik Korea, Bahrain dan Jordan." ]
https://sukanz.com/202217525/
Regu Campuran 1 Lelaki 2 Wanita Diperkenalkan Dalam Sepak Takraw
[ "Satu acara baharu diperkenalkan oleh badan induk sepak takraw dunia, Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) iaitu regu campuran yang terdiri daripada seorang pemain lelaki serta dua pemain wanita.", "Perkembangan tersebut dimaklumkan sendiri oleh Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader sepertimana dilaporkan Bernama. Para peminat boleh menyaksikan kemunculan sulung acara baharu itu di Kejohanan Dunia Piala Raja Thai Ke-35 di Bangkok dari 23 hingga 31 Julai hadapan.", "Menjelaskan mengenai acara baharu ini, pemain lelaki mahupun pemain wanita bebas untuk beraksi di mana-mana posisi samada tekong, apit kanan atau apit kiri. Selain itu, jantina untuk dua pemain simpanan pula bebas ditetapkan berdasarkan strategi jurulatih masing-masing.  ", "Pada masa yang sama, ISTAF turut melakukan sedikit pindaan peraturan permainan terutamanya melibatkan peralatan-peralatan yang digunakan.", "Antaranya, bola yang digunakan adalah bola jenis bagi kategori wanita iaitu 160 gram. Manakala paras ketinggian jaring yang direntang adalah mengikut kategori lelaki, 1.55 meter di tiang dan 1.52 di tengah.", "Sebagai tambahan, ISTAF turut memperkenalkan acara baharu campuran kuadran (berempat) yang terdiri daripada 2 pemain lelaki, 2 pemain wanita di dalam gelanggang serta dua pemain simpanan daripada kedua-dua jantina di kejohanan yang sama kelak.", "Featured Image: Majlis Sukan Negara Malaysia" ]
https://sukanz.com/202220696/
Jualan Jersi Sabah FC Meningkat 3 Kali Ganda Berbanding Tahun Lalu
[ "Pasukan berpangkalan di kepulauan Borneo, Sabah FC merekodkan peningkatan jualan jersi yang amat ketara pada tahun ini berbanding tahun lalu.", "Berdasarkan perkongsian daripada pihak kelab itu sendiri, Sabah yang menamatkan kempen Liga Super tahun ini di tangga ketiga memaklumkan menjual sebanyak 15,131 helai jersi setakat 3 November lalu.", "Sebagai perbandingan, skuad berjulukan The Rhinos ini hanya menjual sebanyak 5,000 helai jersi sahaja sepanjang tahun 2021 lalu.", "Bagi tahun 2022, Sabah yang mendapat tajaan kelengkapan pakaian daripada Lotto telah mengeluarkan tiga jenis jersi yang diberi nama Skin (home), Dua Belas (away) dan Crash (jersi ketiga).", "Untuk makluman semua, bagi setiap jersi itu, terdapat dua variasi harga yang diletakkan iaitu RM99 (fans issue) dan RM139 (player issue) masing-masing.", "Secara kasarnya, dengan mengambil nilai minimum iaitu RM99 dan didarabkan dengan jumlah 15,131 helai jersi yang telah terjual itu, Lotto sekurang-kurangnya telah mencatatkan jualan sekitar RM1,497,969 pada tahun ini.", "Sebagai rekod, Sabah mendapat tajaan daripada Lotto bernilai RM2.2 juta untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2022." ]
https://sukanz.com/202110933/
Liga Hoki Remaja Platform Untuk Pilih Pemain Sertai Piala Dunia 2023
[ "Badan induk hoki negara, Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mengesahkan akan menganjurkan kejohanan untuk pemain remaja, TNB Malaysian Junior Hockey League atau TNB Liga Hoki Remaja bermula Disember ini.", "Menurut Presiden MHC, Dato’ Sri Subahan Kamal berkata kejohanan ini merupakan platform untuk mengasah bakat pemain-pemain muda menerusi perlawanan yang kompetitif untuk mempersiapkan mereka sebelum menghadapi Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023.", "Bagaimanapun, belum ada sebarang tarikh penganjuran saingan setakat ini dan ianya diumumkan secara rasmi oleh MHC dalam masa yang terdekat.", "“Ini adalah permulaan dimana kita hendak mengadakan satu liga yang mantap dan akan disaingi oleh semua pemain-pemain remaja hoki di tanah air, ", "“Perkara ini cukup penting untuk kami memilih dan mengasah bakat untuk kami ada satu pasukan hoki negara yang kuat mampu bersaing dengan gergasi-gergasi dunia pada tahun 2023,” kata Subahan menerusi satu video yang dimuat naik oleh laman sosial Malaysian Hockey League, baru-baru ini.", "Artikel Berkaitan: Malaysia Tuan Rumah Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023", "Pada masa yang, beliau mengharapkan pasukan-pasukan yang akan mengambil bahagian dapat menyiapkan pasukan yang mantap untuk mengharungi kejohanan Liga Hoki Remaja ini.", "Beliau turut memaklumkan, barisan kejurulatihan skuad kebangsaan akan memerhatikan saingan ini bagi untuk menilai pemain yang berbakat untuk disenaraikan dalam skuad kebangsaan.", "“Ini adalah cukup penting kerana dalam kejohanan ini semua jurulatih-jurulatih kebangsaan negara yang khususnya terlibat dengan pasukan remaja negara akan menggunakan kejohanan ini sebagai satu medan dimana mereka akan memilih bakat-bakat yang dilihat untuk diserapkan dalam pasukan kebangsaan,” ", "“Pada tahun 2023, Malaysia pastinya perlu menyiapkan satu pasukan yang gagah dan kuat untuk dapat membuat satu kejutan yang besar kepada peminat hoki dunia dimana kita pastinya mencapai satu keputusan yang akan membanggakan seluruh rakyat Malaysia,” tambahnya.", "Untuk makluman, Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) telah mengumumkan Malaysia terpilih sebagai tuan rumah bagi Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2023, pada jumaat lalu.", "Featured Image: Malaysian Hockey Confederation" ]
https://sukanz.com/20207093/
Basikal Perlu Lesen & Plat? – Ini Komen Pelumba Negara, Azizulhasni Awang
[ "Tular di laman sosial bahawa Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia (MIROS) sedang mengkaji keperluan untuk mendaftar, melesen dan diletakkan nombor plat pendaftaran untuk penunggang basikal dan basikal di negara ini.", "Ianya bertujuan untuk menjaga keselamatan penunggang basikal yang kian bertambah akhir-akhir ini daripada terdedah kemalangan jalan raya.", "Perkara tersebut mendapat reaksi yang pelbagai daripada orang ramai. Jika ditinjau di laman sosial, terdapat segelintir yang menyokong cadangan itu namun majoritinya menolak atas pelbagai sebab.", "Dan cadangan kajian daripada MIROS tersebut turut mendapat maklum balas daripada pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang atau lebih dikenali dengan julukan The Pocket Rocketman.", "“Ramai yang minta saya komen pasal cadangan basikal perlu lesen dan plat ini.”", "“Saya cuba ringkaskan sebaik mungkin kerana kalau nak cerita dengan lebih terperinci mungkin agak panjang huraian dan penjelasannya.”", "“Pertamanya, idea/cadangan ini bagus tetapi bagi saya ianya adalah pilihan yang terakhir kerana ada banyak lagi idea dan cadangan lain yang bagi saya perlu/boleh di aplikasi terlebih dahulu.” tulis Azizulhasni membuka bicara menerusi laman sosialnya.", "Azizul yang merupakan juara acara keirin Kejohanan Trek Dunia 2017 mencadangkan tiga solusi bernas bagi melindungi kedua-dua penunggang basikal dan pengguna jalan raya yang lain. ", "Berikut adalah tiga cadangan yang diberikannya:", "Pihak berkuatkuasa perlu duduk berbincang dengan pelbagai pihak untuk hadir dengan satu polisi atau peraturan baru bagi kaki basikal ini. ", "Peraturan yang saya maksudkan disini adalah peraturan ketika berkayuh di lebuh raya, peraturan berkayuh di jalan-jalan kampung, peraturan berkayuh di off-road dan peraturan-peraturan yang bersangkut-paut dengannya. Juga perlu ada sebuah polisi keselamatan integrasi di jalan raya. ", "Perlu ada kempen dan awareness program/projek tentang kayuhan dengan selamat dan betul. Saya pun tak suka bila tengok rakan-rakan cyclist lain yang kayuh macam atuk nenek mereka punya jalan kerana ini membahayakan keselamatan dan boleh menimbulkan kemarahan pengguna jalanraya yang lain. ", "Tapi saya percaya juga kebanyakan dari mereka ini tidak mempunyai pengetahuan asas cara-cara serta peraturan ketika di jalan raya. Maka kita perlulah beri perhatian bab ini. Cadangan ini adalah lebih cost effective berbanding cadangan seterusnya.", "Berkayuh di jalan raya bahayakan? Maka boleh difikirkan untuk membina litar basikal di mana hanya peminat sukan berbasikal boleh berkayuh di sini tanpa gangguan kenderaan lain.", "Tak payah pergi jauh, negeri jiran kita, Thailand pun dah lama ada litar basikal ini. Boleh google ‘Skylane Bangkok’, terletak berdekatan Suvarnabhumi Airport. Trek berbasikal ini amat popular di Bangkok dan mempunyai jarak 23.5 kilometer satu pusingan. Kayuh la sampai lebam kat dalam tu. ", "Korea pun dah lama ada trek khas basikal ini dan diorang lagi hebat, trek yang jaraknya nearly 1000 kilometer dan menghubungkan dari negeri ke negeri lain. ", "Peminat sukan basikal boleh berkayuh stage by stage ala-ala Le Tour de Langkawi (touring) dan mereka yang complete total 1000 kilometer tu akan dapat certificate.", "Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu turut menambah, “Katakan kita pilih jalan terakhir iaitu aplikasikan lesen dan nombor plat, ini bermaksud penunggang basikal juga akan mempunyai hak yang sama di atas jalan raya. ", "“Maka perlu di bina infrastruktur khas kepada penunggang basikal ini seperti laluan khas basikal serta tempat parking basikal di kebanyakan tempat.” ", "“Ini kita boleh lihat di beberapa negara Eropah. Seperti negara Belanda, basikal merupakan antara pengangkutan harian untuk ke tempat kerja, di sana ada laluan khas dan tempat parking basikal khas di merata-rata.”", "“Di Melbourne, Australia pula mempunyai bike paths/trails yang khas. Anda boleh google Melbourne Bike Grid Map dan tengok sendiri betapa sistematik dan bagaimana ianya bersambung antara satu sama lain dan sangat efektif untuk digunakan.”", "“Malah ramai yang memilih untuk berkayuh ke tempat kerja kerana lebih cepat dan meningkatkan tahap kesihatan. Ianya juga menjadi produk pelancongan di mana kita boleh berkayuh sambil menikmati sejarah serta keindahan kota Melbourne.”", "“Saya tak pasti negara mana masih mengenakan plat ini tetapi di Eropah rata-rata sudah tidak digunapakai. ", "“Di Poland dikenakan lesen plat selepas World War 2 sehingga lah akhir 1960-an.” ", "“Di Switzerland pula pernah diguna pakai lesen plate yang dipanggil ‘Velovignette’ tetapi sudah diberhentikan pada tahun 2011.”", "“Di Jerman juga mereka sudah berhenti lesen plat ini lama dahulu kerana ingin menggalakkan rakyat mereka ‘mengayuhkan kebasikalan’ itu.”", "“Di Toronto, Canada ada di bincangkan idea ini pada tahun 1984, 1992 dan terkini 1996 tetapi tidak diterima ramai kerana ianya tidak efektif.”", "“Antara beberapa faktor utama ianya ditolak adalah mengenakan lesen dan plat ini tidak mengubah ‘behaviour’ atau perlakuan pengayuh basikal itu. ", "“Keduanya menimbulkan kepayahan kepada kanak-kanak yang juga berkayuh ke sekolah (dan sebagainya) dan boleh menghalang minat ke arah aktiviti yang lebih sihat.”", "“Mengenakan lesen dan plat hanyalah akan mengurangkan pengguna basikal.”", "“Sekarang ni kita nak galakkan rakyat Malaysia berbasikal sebab boleh melahirkan rakyat yang sihat walafiat,” ", "“kalau di tackle dengan betul mungkin boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas (kurang pengguna kenderaan), basikal ni pun negara maju lain considered as clean, quiet and green.”", "“Lepas tu tak ke berkembang juga ekonomi dari sektor basikal ini? Jual beli barangan basikal dan yang berkaitan, sektor sains sukan, sektor kejurulatihan dan lain-lain.”", "“Andai kata ingin juga aplikasikan lesen dan plat, perlulah ada juga ujian untuk mendapatkan lesen ini, mane boleh bagi lesen suka-suka hati je kan.” ", "“Jadi perlu di fikirkan pula untuk ada satu sistem seperti pengguna kenderaan yang lain yang perlu menduduki ujian untuk mendapatkan lesen mereka.” ", "“Dah kalau ada yang tak lepas lesen tu macam mana pulak kan. Banyak yang saya nak huraikan tetapi rasanya cukuplah ringkasan ini sahaja dulu buat masa ini.” ", "“Kesimpulannya bagi saya adalah jika nak bina bike lane atau laluan khas seperti negara-negara maju lain itu mungkin agak complicated sedikit infact kita sudah cuba dulu dan gagal.” ", "“Nak bina sebuah infrastruktur khas ini adalah a different level of funding dan memerlukan dana yang besar (kurang sesuai dengan keadaan sekarang – ekonomi kurang stabil).”", "“Oleh sebab itu bagi saya mungkin buat masa ini kita cuba aplikasikan dahulu point saya 1 dan 2 dahulu (kalau boleh 3 lagi bagus),", "“Mungkin ada banyak lagi idea-idea bernas dari rakyat Malaysia yang lain sebelum idea lesen dan plat diguna pakai.”", "“Atau mungkin juga sudah sampai masanya untuk diberikan pengiktirafan undang-undang (Recognition of Law) kepada pengayuh basikal seperti pengguna-pengguna jalan raya yang lain?” ujar Azizul menutup bicara.", "Featured Image: Kuala Lumpur 2017" ]
https://sukanz.com/202322236/
AL Sports x Iktikaf Alif Bawakan Baju Melayu Berharga RM169 Sepasang
[ "Jenama barangan sukan milik Al-Ikhsan iaitu AL Sports tampil bekerjasama dengan Iktikaf Alif bagi membawakan baju melayu bagi lelaki dewasa dan kanak-kanak serta kurta menjelang Raya Aidilfitri.", "Bagi baju melayu dewasa, ianya didatangkan dengan dua variasi rekaan iaitu regular fit dan slim fit. Antara pilihan warna yang ditawarkan adalah hitam, biru, navy, merah jambu, maroon, kuning, beige, hijau dan ungu. Sepasang baju melayu ini diletakkan tanda harga RM169 sepasang.", "Manakala bagi baju melayu kanak-kanak pula, ianya hadir dalam versi rekaan regular fit sahaja dengan harga RM129 sepasang.", "Selain daripada baju melayu, AL Sports x Iktikaf Alif turut mengeluarkan kurta dengan pilihan satu butang atau tiga butang. Kurta ini hadir dengan pilihan warna merah, perang, hitam, hijau dan biru dengan tanda harga RM99 sehelai.", "Baju melayu serta kurta yang dilengkapi dengan teknologi Pesak Ventech ini boleh mula dibeli di laman sesawang www.al-ikhsan.com bermula hari ini. Manakala untuk pembelian secara fizikal pula boleh didapati di cawangan berikut bermula Isnin (13 Mac) hadapan:" ]
https://sukanz.com/202110819/
Olimpik 2020: Sepanyol Bariskan Cabellos, Asensio, Merino Serta 6 Pemain Skuad Senior
[ "Skuad Olimpik Sepanyol yang dibimbing oleh Luis de la Fuente telah mengumumkan senarai 22 pemain yang akan beraksi dalam saingan bola sepak lelaki pada temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo bermula 22 Julai kelak.", "Saingan temasya yang diadakan setiap empat tahun sekali ini turut membenarkan pasukan-pasukan yang bertanding menyenaraikan tiga pemain yang berusia 23 tahun ke atas. Bagi tiga pemain tersebut, Sepanyol mempertaruhkan Dani Cabellos (24 tahun), Marco Asensio dan Mikel Merino (25 tahun).", "Daripada senarai 22 pemain tersebut, Fuente turut menyenaraikan enam pemain daripada skuad senior yang sedang beraksi di pentas eropah, Euro 2020 pada saat ini. Mereka ialah Unai Simon, Eric Garcia, Pau Torres, Pedri, Mikel Oyarzabal dan Dani Olmo.", "Menurut makluman, kesemua pemain ini kecuali yang sedang beraksi bersama skuad senior akan mula berkumpul pada hari ini bagi mengikuti kem latihan pusat sebagai persediaan sebelum berlepas ke Tokyo.", "Senarai penuh 22 pemain Skuad Olimpik Sepanyol:", "Penjaga Gol: Alvaro Fernandez (Huesca), Unai Simon (Athletic Club), Alex Domínguez (Las Palmas).", "Pertahanan: Oscar Mingueza (Barcelona), Jesus Vallejo (Granada), Eric Garcia (Barcelona), Pau Torres (Villarreal), Oscar Gil (Espanyol), Juan Miranda (Real Betis).", "Pemain Tengah: Marc Cucurella (Getafe), Jon Moncayola (Osasuna), Martin Zubimendi (Real Sociedad), Dani Ceballos (Real Madrid), Mikel Merino (Real Sociedad), Carlos Soler (Valencia), Pedri (Barcelona).", "Penyerang: Bryan Gil (Sevilla), Marco Asensio (Real Madrid), Dani Olmo (RB Leipzig), Mikel Oyarzabal (Real Sociedad), Rafa Mir (Wolves), Javi Puado (Espanyol)." ]
https://sukanz.com/202324370/
Pemenang Piala Dunia Tinggalkan PSG Hujung Musim 2022-23
[ "Paris Saint-Germain (PSG) mengesahkan bakal kehilangan khidmat pemenang Piala Dunia FIFA 2022, Lionel Messi apabila kontraknya tamat pada penghujung saingan Ligue 1.", "Pengesahan ini hadir menerusi ketua jurulatih skuad berjulukan Les Parisiens, Christopher Galtier ketika berucap dalam sidang media praperlawanan menentang Clermont Foot – perlawanan terakhir Ligue 1 musim ini.", "“Esok merupakan perlawanan terakhirnya di Parc des Princes. Saya harap dia diberikan sambutan yang paling hangat.” ujar pengendali kelahiran Perancis berusia 56 tahun terbabit.", "Sepanjang musim ini, Messi yang merupakan pemenang Ballon d’Or sebanyak tujuh kali memainkan peranan yang cukup penting dalam membantu PSG meraih kejuaraan Ligue 1 dengan baki lima perlawanan.", "Berdasarkan rekod, musim kedua penyerang berusia 35 tahun ini bersama PSG menyaksikannya berhasil meledak 21 gol serta mecipta 20 bantuan gol (assist) dalam kesemua kejohanan musim ini.", "Sebagai tambahan, Messi menyertai kelab gergasi Perancis ini tanpa sebarang yuran perpindahan sekitar Ogos 2021 selepas lebih dua dekad beraksi bersama kelab yang baraksi dalam saingan La Liga iaitu FC Barcelona. " ]
https://sukanz.com/202215356/
MU Atur 3 Perlawanan Persahabatan Menentang Terengganu, Selangor & JDT
[ "Skuad Melaka United (MU) bimbingan jurulatih baharu, Risto Vidakovic akan beraksi dalam tiga perlawanan persahabatan sebelum memulakan saingan Liga Super, bulan hadapan.", "Menurut laporan akhbar tempatan, Harian Metro, pengurus pasukan MU, Muhammad Akram Abdullah memaklumkan skuad Hang Tuah itu akan bertemu Terengganu, Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Perlawanan ini diatur supaya dapat memantapkan persembahan setiap posisi disamping menyesuaikan pemain-pemain dengan corak permainan seperti yang dimahukan oleh jurulatih Bosnia & Herzegovina itu.", "Sementara itu, turut dimaklumkan, empat daripada lima pemain importnya telah menyertai latihan bersama pasukan. Empat permain tersebut ialah Sony Norde, Adriano, Emmanuel Oti dan Justin Baas.", "Bagaimanapun, kelibat seorang lagi pemain import merangkap penjaring terbanyak saingan Liga Super 2021 dengan rekod 26 gol masih lagi belum kelihatan bersama skuad MU.", "Untuk makluman semua, MU akan membuka saingan Liga Super musim ini dengan menentang Petaling Jaya City FC (PJ City) pada 5 Mac hadapan.", "Featured Image: Melaka United FC" ]
https://sukanz.com/202220656/
Ranking BWF: Pearly-Thinaah Duduki Tangga Kelapan Dunia Buat Julung Kali
[ "Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan menghuni kelompok lapan beregu wanita terbaik dunia buat kali pertama dalam karier mereka, pada minggu ini.", "Pemain yang berusia 22 dan 24 tahun masing-masing ini berada dalam kelompok tersebut selepas kemaskini ranking dunia oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini.", "Kedudukan itu diduduki oleh Pearly-Thinaah selepas mengumpul 68,305 mata sekaligus membolehkan mereka melonjak satu anak tangga berbanding yang didudukinya pada minggu lalu.", "Lonjakan satu anak tangga ini turut disumbangkan menerusi kejayaan Pearly-Thinaah menjuarai saingan Terbuka Perancis baru-baru ini selain penolakan pungutan mata beberapa kejohanan-kejohanan pada tahun 2019 yang menjejaskan kedudukan penghuni ranking kelapan sebelum ini, Yuki Fukushima dan Sayaka Hirota.", "Sementara itu, kemaskini pada minggu ke-46 ini turut memperlihatkan beregu wanita negara yang lain melonjak satu anak tangga masing-masing seperti Vivian Hoo-Lim Chiew Sien (ke-25), Anna Cheong-Teoh Mei Xing (ke-26) dan Low Yeen Yuan-Valeree Siow (ke-44).", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia" ]
https://sukanz.com/202113109/
Hoki Piala Dunia Remaja 2021: Malaysia Berhadapan Belgium, Afrika Selatan & Chile Pada Peringkat Kumpulan
[ "Skuad hoki lelaki remaja Malaysia bakal menghadapi cabaran daripada Belgium, Afrika Selatan dan Chile dalam saingan peringkat Kumpulan A pada kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2021 kelak.", "Perkembangan mengenai hasil undian peringkat kumpulan itu disampaikan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) menerusi satu makluman oleh badan induk sukan terbabit semalam.", "Selain itu, FIH turut mengeluarkan jadual kejohanan yang akan berlangsung bermula 24 November bertempat di Bhubaneswar, India. Kejohanan akan bermula dengan perlawanan pembukaan membabitkan Belgium menentang Afrika Selatan di Stadium Kalinga.", "Sementara itu, skuad remaja Malaysia pula telah melakukan persiapan awal untuk mengharungi kejohanan ini dengan mengadakan Siri Jelajah United Kingdom 2021.", "Jelajah tersebut telah memberikan ruang kepada pemain-pemain remaja Malaysia untuk menguji kekuatan berhadapan dengan beberapa pasukan seperti Repton HC, Hampstead & Westminster HC, Wales B-23, England B-21 dan Scotland B-23.  " ]
https://sukanz.com/202215060/
Ranking BWF: Juara Syed Modi, Wei Chong-Kai Wun Kini ‘Top 45’ Dunia
[ "Kejuaraan yang diraih saingan Antarabangsa Syed Modi 2022, Ahad lalu, menjadikan Man Wei Chong dan Tee Kai Wun sebagai 45 beregu lelaki terbaik dunia, pada minggu ini.", "Wei Chong dan Kai Wun memasuki kelompok berkenaan selepas kemaskini terbaru ranking dunia oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), semalam. ", "Pemain yang berusia 22 dan 21 tahun masing-masing ini muncul juara di kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300 itu selepas menumpaskan beregu tuan rumah, Krishna Garaga dan Vishnuvardhan Panjala secara ‘straight set’ di pentas akhir.", "Pada masa yang sama, satu lagi pasangan beregu pelapis negara iaitu Wan Muhammad Arif Wan Junaidi dan Muhammad Haikal Nazri yang berusia 19 tahun masing-masing ini turut meraih peningkatan yang memberangsangkan.", "Walaupun sekadar beraksi di Pusingan 32 dalam kejohanan yang sama, beregu yang terkenal dengan julukan ‘Patatimo Boys’ ini berhasil meraih peningkatan 5 anak tangga sekaligus meletakkan mereka dalam kelompok 99 beregu terbaik dunia, buat pertama kali dalam karier mereka.", "Sementara itu, tiada perubahan ranking melibatkan tiga beregu terbaik negara pada minggu ini. Gandingan Aaron-Wooi Yik, Yew Sin-Ee Yi dan Sze Fei-Izzuddin kekal di tangga ke-7, ke-11 dan ke-17 masing-masing." ]
https://sukanz.com/202322276/
Kontinjen Malaysia Hantar 677 Atlet Ke Sukan SEA Kemboja 2023
[ "Seramai 677 atlet secara keseluruhan terpilih bagi membentuk Kontinjen Malaysia untuk mengambil bahagian dalam temasya sukan dwitahunan rantau asia tenggara, Sukan SEA Kemboja 2023.", "Pemilihan 677 atlet dalam temasya yang akan berlangsung mulai 5hb hingga 17hb Mac itu diumumkan secara rasmi oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam satu majlis yang turut menyerahkan Watikah Pemilihan oleh presidennya, Tan Sri Dr. Norza Zakaria kepada wakil untuk 914 orang anggota Kontinjen Malaysia, semalam.", "Difahamkan, para atlet yang dipilih ini telah melalui proses saringan dalam Jawatankuasa Pemilihan MOM yang bersidang pada 14hb Februari dan 3hb Mac. Kriteria pemilihan adalah berpandukan kepada syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:", "Sementara itu, senarai 34 jenis sukan yang akan ditandingi oleh atlet-atlet Malaysia adalah seperti berikut:", "Untuk makluman semua, selain 677 orang atlet, Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA kali ke-32 ini turut diiringi seramai 237 orang pegawai.", "Featured Image: Majlis Olimpik Malaysia" ]
https://sukanz.com/202321849/
Harga Pas Bermusim Mampu Milik Selangor FC Diumumkan – RM199 Bagi Kategori Terbuka
[ " Harga pas bermusim Selangor FC yang mampu milik dengan tawaran akses asas kemasukan ke stadium sepertimana bayangan dikongsikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr. Johan Kamal Hamidon diumumkan secara rasmi pada hari ini.", "Menerusi makluman di pelbagai platform media sosial milik skuad berjulukan Red Giants terbabit, harga Pas Bermusim bagi kategori Terbuka (dewasa) adalah RM199.", "Pembeli pas bermusim ini akan dapat menikmati akses masuk ke stadium untuk semua perlawanan ‘home’ di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia (tidak termasuk perlawanan akhir).", "Manakala Pas Bermusim ‘KIDS’ (kanak-kanak berusia 12 tahun & ke bawah sahaja) pula dijual pada harga RM49.", "Bagaimana untuk mendapatkan Pas Bermusim Selangor FC 2023? 🔴🟡", "Ikuti 5 langkah mudah seperti yang tertera di infografik yang disediakan. #MKLK#KitaSelangor", "— Selangor FC (@selangorfc) February 13, 2023", "Dua kelebihan diberikan kepada pemegang pas bermusim ini iaitu kemasukan ke dalam stadium melalui pintu khas sekaligus mengelakkan daripada beratur panjang serta keutamaan untuk membeli tiket perlawanan akhir.", "Satu lagi tawaran oleh Selangor adalah Pas Bermusim Grandstand yang diletakkan tanda harga RM299 untuk dewasa dan juga kanak-kanan.", "Pas ini memberikan para pemegangnya akses untuk menonton semua perlawanan ‘home’ bagi perlawanan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia dari kawasan tempat duduk grandstand disamping mendapat snek atau minuman percuma. Keutamaan untuk membeli tiket perlawanan akhir turut diberikan.", "Untuk makluman, Dr. Johan ketika ditemui pada penghujung bulan lalu menyatakan pas bermusim dengan tawaran asas yang memfokuskan kemasukan ke stadium sahaja adalah satu strategi yang baik daripada pihaknya untuk menawarkan harga mampu milik kepada para penyokong.", "Sebagai tambahan, pas bermusim ini dikhususkan untuk pemegang Red Giants Team Card (RGTC) sahaja dan pendaftaran bagi pas bermusim ini dibuka bermula hari ini sehingga 6 Mac 2023." ]
https://sukanz.com/202220432/
Faiz Nasir Kekal Bersama Terengganu Sehingga 2024 Biarpun Status Nafuzi Masih Menjadi Tanda Tanya
[ "Pemain lincah bertubuh kecil, Faiz Nasir akan kekal menyarung jersi kelab berpangkalan di pantai timur semenanjung tanah air, Terengganu FC sekurang-kurangnya dua tahun lagi.", "Ini selepas Terengganu mengesahkan pemain berusia 30 tahun itu telah menandatangani kontrak lanjutan yang mengekalkannya bersama skuad Hitam Putih sehingga penghujung 2024.", "Perkembangan itu diumumkan oleh Terengganu menerusi pelbagai platform media sosialnya, semalam. Pada masa yang sama, pengumuman ini sekaligus menolak segala desas-desus yang mengaitkannya dengan penghijrahan ke kelab lain, musim hadapan.", "🏴🏳️FAIZ NASIR TANDATANGANI KONTRAK LANJUTAN SEHINGGA 2024 : “TERENGGANU FC ADALAH SEGALANYA BUAT SAYA” 🏴🏳️", "Baca selanjutnya di ⬇️⬇️⬇️https://t.co/C9Oblm2OMK#TerengganuFC#WeBleedBlackandWhite pic.twitter.com/QhHi2f1q5Q", "— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) October 31, 2022", "Menariknya, Faiz yang turut mendapat julukan “Messi” ini bersetuju dengan lanjutan tersebut tatkala status ketua jurulatih Terengganu pada musim hadapan masih menjadi tanda tanya.", "Untuk makluman semua, ketua jurulatih sedia ada, Nafuzi Zain telah ditawarkan kontrak lanjutan selama setahun pada minggu lalu. Dia diberikan tempoh selama 14 hari untuk menerima atau tidak tawaran terbabit.", "Sekiranya Nafuzi tidak menerima tawaran itu, Terengganu akan beralih kepada calon-calon lain bagi membimbing skuad itu mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC pada musim hadapan.", "Sementara itu, kesinambungan daripada lanjutan ini, Faiz turut berharap dapat mengakhiri karier bola sepaknya bersama Terengganu.", "Sebagai rekod, Faiz mula menyertai Terengganu pada tahun 2017 sehingga 2018. Kemudiannya, pemain kelahiran Pasir Mas ini berhijrah selama semusim bersama Selangor FC sebelum semula kepada Terengganu di bawah kendalian Nafuzi pada tahun 2020." ]
https://sukanz.com/202220321/
Ranking BWF: Lee Zii Jia No.2 Dunia, Leong Jun Hao Naik 28 Anak Tangga
[ "Saingan badminton antarabangsa pada minggu lalu menyaksikan dua perseorangan lelaki negara iaitu Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao berhasil meraih gelaran naib juara dan juara dalam saingan yang disertai masing-masing.", "Selaras dengan kejayaan itu, kedua-dua perseorangan lelaki ini merekodkan peningkatan dalam kedudukan ranking dunia selepas kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pada hari ini.", "Zii Jia yang menamatkan saingan Terbuka Denmark 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF selaku naib juara telah memberikannya 9,350 mata sekaligus melonjakkannya ke tangga kedua ranking dunia pada minggu ini – kedudukan tertinggi dalam karier badmintonnya setakat ini.", "Sementara itu, Jun Hao, 23 tahun, yang merangkul kejuaraan Indonesia Masters 2022 bertaraf Jelajah Super 100 BWF pada Ahad lalu pula memberikannya 5,500 mata.", "Dengan pungutan mata tersebut, ia membolehkan Jun Hao merekodkan langkauan sebanyak 28 anak tangga sekaligus meletakkannya di tangga ke-73 pada minggu ini.", "Pada masa yang sama, kemaskini terbaru oleh BWF turut memperlihatkan beberapa perseorangan lelaki negara yang lain meraih peningkatan.", "Antaranya, naib juara Indonesia Masters, Cheam June Wei yang memungut 4,680 mata dan merekodkan 14 anak tangga kini menghuni tangga ke-51 dunia. ", "Perseorangan senior, Liew Daren yang terkandas di Pusingan 32 Terbuka Denmark juga tidak ketinggalan meraih sedikit peningkatan iaitu naik satu anak tangga dan menghuni ranking ke-28 dunia.", "Featured Image: Victor Facebook & Badminton Association of Malaysia" ]
https://sukanz.com/202110205/
Dato’ Seri Vida Janji Tak Cat Stadium Perak Warna ‘Pink’
[ "Usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Dr. Hasmiza Othman berjanji tidak akan menukar warna Stadium Perak kepada warna merah jambu atau ‘pink’ sekiranya mengambil alih Perak FC.", "Usahawan yang menetap di Ipoh ini dilihat mempunyai perancangan lain terhadap pasukan yang bergelar The Bos Gaurus ini dan bukannya mahu menukar warna stadium dan jersi semata-mata.", "Tambahan pula, stadium yang mampu memuatkan hampir 30,000 penonton itu pula berada dalam kondisi terbaik selepas menjalani proses naik taraf pada tahun 2018 lalu.", "“Jangan bimbang. Keadaan berubah dan zaman ‘pink-pink‘ pun sudah berlalu, sekarang tidak lagi relevan.", "“Banyak benda lain yang kita boleh buat untuk Bos Gaurus, bukan hanya setakat menukar warna stadium dan jersi. ", "“Lagipun Stadium Perak memang cantik, buat apa nak tukar,” katanya seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia.", "Baca: Dato’ Vida Sedang Kaji Pro & Kontra Beli Perak FC", "Baca: Dato’ Seri Vida Tanya Patutkah Dia Miliki Perak FC Sambil Membuat Tinjauan di Stadium", "Minggu ini, beliau yang lebih mesra dengan panggil sebagai Dato’ Seri Vida dilaporkan oleh media sedang berkira-kira untuk mengambil alih pasukan Perak yang bersaing dalam kancah Liga Super.", "Hasratnya itu menimbulkan keresahan buat penyokong Perak kerana teringatkan penglibatannya selaku penaja pasukan Kelantan pada tahun 2016.", "Pada ketika itu, beliau meletakkan syarat untuk mengecat Stadium Sultan Muhammad Ke-IV dengan warna ‘pink’ dan memperkenalkan jersi warna yang sama sebagai syarat untuknya menjadi penaja." ]
https://sukanz.com/20207141/
Lee Chong Wei Dipilih Pemain Badminton Terbaik Dekad 2010-2019
[ "Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei telah dipilih sebagai Men’s Shuttler of The 2010s oleh pengguna Twitter dalam satu undian yang dilakukan oleh laman sosial rasmi, Persekutuan Badminton Dunia (BWF).", "Dalam undian tersebut, seramai 16 atlet badminton lelaki dengan kejuaraan kejohanan utama terbanyak dari tahun 2010 sehingga 2019 dipertandingkan dalam format kalah mati – empat pusingan pengundian.", "The true measure of @LeeChongWei’s 🇲🇾 greatness was his consistency at the very top level of the game.#BadmintonIconshttps://t.co/jSlhUdXBNN", "Chong Wei telah mengumpul undian terbanyak mengatasi Chen Long (China) pada peringkat pusingan ke-16, Lee Yong Dae (Korea) pada saingan suku akhir, Mohammad Ahsan (Indonesia) ketika di saingan separuh akhir dan Hendra Setiawan (Indonesia) pada pusingan akhir.", "“Ini merupakan kejuaraan pertama yang dimenangi tanpa setitik peluh. Terima kasih atas undian anda semua.” tulis pemenang pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali itu.", "Untuk makluman, Chong Wei yang berusia 37 tahun terpaksa mengumumkan menggantung raketnya pada tahun lalu ekoran masalah kesihatan yang dihadapi tidak mengizinkannya untuk meneruskan latihan pada intensiti tinggi.", "Featured Image: Lee Chong Wei" ]
https://sukanz.com/202215008/
Bekas Pemain Divisyen 4 Brazil Kekal Bersama Melaka United
[ "Pasukan Liga Super, Melaka United mengumumkan bekas pemain tengah menyerang (attacking midfielder) yang beraksi di saingan divisyen keempat Brazil atau dikenali sebagai Serie D dikekalkan untuk musim 2022.", "Individu yang dimaksudkan itu ialah Adriano Aparecido Narcizo, berusia 27 tahun, merangkap bekas pemain Galvez Esporte Clube. Perkara ini diumumkan secara rasmi di pelbagai platform media sosial milik skuad Hang Tuah, semalam.", "Melaka United FC turut mengumumkan Pemain Tengah import dari Brazil, Adriano Narcizo sah kekal bersama pasukan musim ini.Semoga 2022 bakal menjadi musim yang lebih berjaya juga buat Adriano dan Melaka United FC.#Adriano#ContractRenewal#MelakaUnitedFC2022#AllUniteforMelaka pic.twitter.com/ZbxrWBkH1U", "Menurut makluman itu juga, Adriano yang dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua dikekalkan atas faktor membawa impak yang besar kepada Melaka United pada musim lalu biarpun kali pertama beraksi dalam saingan Liga Malaysia.", "Pemain ini telah menyumbang enam gol serta mencipta lapan ‘assists’ yang membantu Melaka United terselamat dari terhumban ke saingan Liga Premier. Malahan, kelibatnya juga telah membantu Melaka United mara ke pentas separuh akhir Piala Malaysia.", "78' GOL | Sony Norde menyudahkan \"gameplay\" yang menarik untuk gol kedua tuan rumah malam ini!@MelakaUnitedFC 2-0 @SabahFCofficial #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/GH24XrDrI0", "Dalam satu makluman yang lain, Melaka United turut mengumumkan mengekalkan khidmat pemain sayap lincah, Sony Norde dari Haiti untuk musim ketiga. Pemain berusia 32 tahun ini menyumbang lapan gol serta merekodkan lima ‘assists’ buat Melaka United, sepanjang musim lalu.", "Featured Image: Melaka United Football Club" ]
https://sukanz.com/202323845/
Sukan SEA 2023: Hoki Lelaki Sumbang Pingat Emas Ke-32 Buat Kontinjen Malaysia
[ "Kontinjen Malaysia kini meraih meraih 32 pingat emas di temasya Sukan SEA 2023 selepas skuad hoki padang lelaki berjaya menumpaskan Singapura dalam perlawanan akhir yang berlangsung petang tadi.", "Skuad kendalian Amin Rahim mendapatkan kilauan pingat tersebut setelah berjaya menundukkan pasukan dari negara seberang tambak itu dengan keputusan 3-0 hasil jaringan berganda daripada Muhammad Amirul Hamizan Azahar dan satu jaringan oleh Alfarico Lance Liau Jr.", "Bagaimanapun, Malaysia terlebih dahulu ketandusan jaringan pada suku pertama permainan sebelum ianya menjelma pada suku kedua dan diikuti dengan suku ketiga dan keempat permainan.", "Temasya Sukan SEA Ke-32 : Kategori Wanita", "Penentuan Pingat Emas (Selasa – 16 Mei 2023)", "4' FG Natthakarn Aunjai (THA)6' PC Siti Nur Arfah Mohd Nor18' PS Nuraini Abdul Rashid29' PC Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad", "— MHC (@hockeymalaysia) May 16, 2023", "Kemenangan ini sekaligus mengulangi pencapaian skuad negara pada Sukan SEA 2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur – edisi terakhir ianya dipertandingkan dalam temasya Sukan SEA.", "Untuk rekod, ini juga merupakan pingat emas ke-16 dimenangi skuad negara dalam acara hoki padang bagi kategori lelaki sejak ianya dipertandingan bermula temasya Sukan SEA 1971.", "Sebagai tambahan, Kontinjen Malaysia diletakkan sasaran untuk membawa pulang 40 pingat emas daripada temasya Sukan SEA yang berlangsung di Kemboja pada kali ini.", "Featured Image: Malaysian Hockey Cenfederation" ]
https://sukanz.com/202218456/
Pertahanan Argentina, Lisandro Martinez Setuju Sertai Manchester United
[ "Pemain kelahiran Argentina, Lisandro Martinez dimaklumkan telah mencapai kesepakatan untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United (Man Utd).", "Menurut laporan media, pertahanan berusia 24 tahun dari kelab yang menjuarai Liga Belanda, Ajax Amsterdam itu akan menandatangani kontrak selama lima tahun bersama skuad Red Devils. ", "Man Utd didedahkan akan mengeluarkan wang sekitar €57 juta bagi mendapatkan khidmat Martinez dari Ajax serta tambahan sebanyak €10 juta berdasarkan bonus dan persembahan.", "An agreement has been reached for the transfer of Lisandro Martinez 🔴🇦🇷#MUFC || @LisandrMartinez", "— Manchester United (@ManUtd) July 17, 2022", "Bagaimanapun, kemasukan pemain baharu yang ketiga ke dalam skuad Man Utd pada jendela perpindahan pada kali ini bergantung kepada pemeriksaan kesihatan, syarat-syarat pemain dan keperluan visa United Kingdom (UK).", "Untuk makluman semua, selain daripada pertahanan tengah, Martinez yang berkaki kidal ini turut mampu beraksi sebagai pertahanan kiri serta pemain tengah bertahan.", "Sejak menyertai Ajax pada 2019, Martinez telah merekodkan 118 penampilan, menjaringkan enam gol serta mencipta enam bantuan gol (assist) kepada rakan sepasukannya.", "Kesemua rekod ini telah membantu Ajax menjuarai saingan Liga Belanda sebanyak dua kali serta Piala KNVB dan Perisai Johan Cryuff.", "Bersama skuad kebangsaan Argentina pula, Martinez mempunyai 7 penampilan dan merupakan sebahagian daripada skuad yang menjuarai Copa America 2021.", "Featured Image: AFA – Seleccion Argentina" ]
https://sukanz.com/202323452/
Ronaldo Rampas Kedudukan Messi Dalam Senarai 10 Atlet Berpendapatan Tertinggi Dunia 2023 Oleh Forbes
[ "Penyerang skuad kebangsaan Portugal dan Al Nassr, Cristiano Ronaldo muncul sebagai Atlet Berpendapatan Tertinggi Dunia 2023 menurut Forbes sekaligus merampas kedudukan itu daripada seterunya, Lionel Messi yang menerajui senarai itu pada tahun lalu.", "Senarai terbaru yang dikeluarkan Forbes semalam meletakkan Ronaldo yang berusia 38 tahun terbabit di tempat pertama selepas menerima pendapatan berjumlah AS$136 juta dengan pendapatan dalam padang dan luar padangnya bernilai AS$46 juta dan AS$90 juta masing-masing.", "Dalam senarai yang dikeluarkan Forbes pada tahun lalu, Ronaldo menghuni tangga ketiga dengan jumlah pendapatan bernilai AS$115 juta.", "Sementara itu, Messi yang memenangi Ballon d’Or sebanyak tujuh kali serta membantu Argentina menjuarai Piala Dunia 2022 pula menghuni tangga kedua pada tahun ini dengan menjana pendapatan sebanyak AS$130 juta – sama seperti tahun lalu. Jumlah itu disumbangkan sama banyak daripada pendapatan dalam dan luar padang yang bernilai AS$65 juta masing-masing.", "The World’s 10 Highest-Paid Athletes 2023 https://t.co/DOkj5zKLAP by @thebrettknight pic.twitter.com/KWRmTSc6rI", "— Forbes (@Forbes) May 2, 2023", "Tempat ketiga pula menjadi milik rakan sepasukan Messi di Paris Saint-Germain (PSG) iaitu Kylian Mbappe yang meraih AS$120 juta setahun dengan pendapatan dalam padangnya bernilai AS$100 juta dan luar padangnya menyumbang sebanyak AS$20 juta.", "Tujuh lagi atlet yang melengkap senarai ini adalah seperti berikut:", "#4 Le Bron James (Bola Keranjang) – AS$119.5 juta", "#5 Canelo Alvarez (Tinju) – AS$110 juta", "#6 Dustin Johnson (Golf) – AS$107 juta", "#7 Phil Mickelson (Gold) – AS$106 juta", "#8 Stephen Curry (Bola Keranjang) – AS$100.4 juta", "#9 Roger Federer (Tenis) – AS$95.1 juta", "#10 Kevin Durant (Bola Keranjang) – AS$89.1 juta", "Untuk makluman semua, Forbes menyenaraikan atlet-atlet ini berdasarkan pendapatan dalam padang yang merangkumi gaji, bonus dan wang ganjaran kemenangan yang diperolehi antara 1 Mei 2022 hingga 1 Mei 2023. ", "Pendapatan luar padang pula adalah anggaran perjanjian penajaan, yuran penampilan, memorabilia dan pendapatan daripada pelesenan serta pulangan tunai hasil operasi bisnes oleh atlet-atlet ini selama 12 bulan bagi tempoh tarikh yang sama dinyatakan di atas.  ", "Featured Image: Al Nassr Saudi Club" ]
https://sukanz.com/202112832/
Piala Thomas 2020: Tak Mustahil Skuad Muda Malaysia Mara ke Final
[ "Walaupun pasukan lelaki Malaysia dianggotai oleh rata-rata pemain yang muda, ianya bukan sesuatu yang mustahil untuk mara ke pentas akhir dalam kejohanan Piala Thomas 2020.", "Malahan bekas pemain perseorangan negara merangkap pemenang Piala Thomas 1992, Datuk Rashid Sidek berpandangan peluang semua pasukan untuk muncul juara terbuka luas termasuk pasukan Malaysia.", "Menurut laporan Harian Metro, beliau memerhatikan kebanyakan pemain-pemain utama dunia gagal mempamerkan aksi yang sebenar mereka selepas temasya Sukan Olimpik sekaligus memberi peluang kepada para pemain muda untuk menyerlah.", "“Kalau masih ingat, skuad negara yang beraksi pada 2014 di New Delhi tidak diberikan sebarang harapan. Tapi kita berjaya mara sehingga ke final dan hampir muncul juara sebelum tewas kepada Jepun.", "“Jadi, bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita melakukannya sekali lagi pada edisi tahun ini walaupun pasukan kita dibarisi pemain muda.", "“Bagi saya, pemain muda perlu memanfaatkan peluang beraksi dalam kejohanan besar seperti ini untuk membuktikan kemampuan masing-masing. Tunjukkan komitmen 100 peratus dan tidak perlu takut.", "“Kalah atau menang itu adat pertandingan, yang penting tunjukkan semangat juang tinggi,” katanya seperti dipetik daripada portal akhbar terbabit.", "Artikel Berkaitan: Rashid Sidek Akan Terus Melatih Liek Hou Sehingga Paralimpik 2024", "Pada masa yang sama, Rashid yang juga merupakan jurulatih kepada pemenang pingat emas Sukan Paralimpik, Cheah Liek Hou melihat pemain perseorangan, Lee Zii Jia dan beregu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal menjadi taruhan utama untuk memungut mata buat pasukan Malaysia.", "Untuk makluman semua, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan D bersama-sama Jepun dan Kanada sementara England telah mengumumkan menarik diri kerana kecederaan melibatkan beberapa pemain utama.", "Perlawanan pertama melibatkan pasukan Malaysia  menentang Kanada dijadualkan berlangsung pada 13 Oktober bermula jam 1 pagi waktu Malaysia. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung oleh Astro dan RTM." ]
https://sukanz.com/202322778/
Azizulhasni Terbayang Karipap Inti Oksigen, Martabak Hangit Sebelah
[ "Tatkala sedang giat menjalani latihan dalam keadaan berpuasa di Palma de Mallorca – sebuah kepulauan yang terletak di perairan Mediterranean, jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang memikirkan peluang buat dirinya untuk merasai juadah yang tular terjual di bazar-bazar Malaysia.", "Namun begitu, pelumba berusia 35 tahun ini tidak membayangkan juadah-juadah yang mengiurkan. Sebaliknya, apa yang terbayang di fikirannya adalah karipap inti oksigen, martabak hangit serta sup kaki ayam tak potong kuku.", "A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)", "Perkara tersebut diungkapkan Azizul yang terkenal dengan julukan “The Pocket Rocketman” ini menerusi hantaran di laman sosialnya, pada hari ini.", "Dalam hantaran yang sama, Azizul turut berkongsikan kepenatan atlet menjalani latihan tatkala sedang berpuasa di bulan Ramadan. Sebelum ini, beliau pernah mendedahkan puasa di negara terbabit berlanjutan sekitar 15 jam sehari.", "“Di sinilah kita dapat merasakan yang kekuatan mental itu adalah di atas kekuatan fizikal. Dan ketahuilah anda semua yang di atas kedua-dua kekuatan itu berdirinya kekuatan spiritual.” tulis pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2020 terbabit.", "Untuk makluman semua, Azizul bersama-sama pelumba negara yang lain sedang menjalani kem latihan di Sepanyol bagi menyiapkan diri untuk perlumbaan di sekitar eropah kelak." ]
https://sukanz.com/202220896/
Piala Dunia: Korea Ke Pusingan 16 Selepas Kejutkan Juara Euro 2016
[ "Skuad bola sepak Republik Korea berjaya merakamkan kemaraan ke Pusingan 16 di pentas Piala Dunia buat pertama kali selepas 12 tahun. ", "Kemaraan skuad berjulukan Taeguk Warriors hasil daripada menciptan kejutan mengalahkan juara Euro 2016 iaitu Portugal dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan H, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Korea berhasil merekodkan kemenangan 2-1 hasil melakukan ‘comeback’ menerusi Kim Young-gwon dan Hwang Hee-chan pada minit 27’ dan 90+1’ masing-masing. Sebelum itu Portugal terlebih dahulu di hadapan menerusi jaringan Ricardo Horta pada minit 5’.", "KOREA REPUBLIC ARE THROUGH!#KOR #KOR #KOR", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 2, 2022", "Kemenangan ini membuatkan Korea yang mengumpul 4 mata daripada 3 perlawanan berhasil menamatkan saingan peringkat kumpulan selaku naib juara.", "Walapun dalam satu lagi pertarungan melibatkan Kumpulan H, Uruguay berjaya merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Ghana dan turut mengumpul 4 mata dan memiliki rekod perbezaan gol yang sama, Korea mara atas faktor memiliki rekod jaringan lebih baik berbanding Uruguay.", "Sebagai rekod, ini merupakan kemaraan ke Pusingan 16 yang pertama buat Korea selepasa 12 tahun. Kali terakhir mereka mara ke peringkat yang sama ketika menyertai saingan Piala Dunia yang berlangsung di Afrika Selatan pada tahun 2010 yang lalu.", "Featured Image: FIFA World Cup" ]
https://sukanz.com/202214812/
Terbuka India: Penyertaan Sulung Peng Soon-Valaree Tamat Di Suku Akhir
[ "Perjalanan gandingan beregu campuran baharu yang terdiri daripada pemain senior dan junior iaitu Chan Peng Soon dan Valeree Siow tamat di peringkat suku akhir Terbuka India 2022.", "Mereka ditunjukkan jalan keluar oleh beregu Rusia, Rodion Alimov-Alina Davletova yang berada di ranking 19 dunia merangkap pilihan kedua kejohanan.", "YONEX-SUNRISE India Open 2022XD – Quarter final 🇷🇺Rodion ALIMOV🏅21 21 🇷🇺Alina DAVLETOVA🏅14 13 🇲🇾Peng Soon CHAN 🇲🇾Valeree SIOW🕗 in 29 minutes https://t.co/xyZwZgDdyo", "Peng Soon-Valeree yang merupakan pilihan kelima kejohanan tumpas secara ‘straight set’ kepada Rodion-Alina dengan keputusan 14-21 dan 13-21 dalam tempoh masa permainan yang menghampiri setengah jam. ", "Mengambil kira penyertaan sulung mereka, kemaaraan sehingga ke peringkat suku akhir di kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 500 ini merupakan satu ‘benchmark’ yang baik buat gandingan baharu ini.", "Sebagai rekod, Peng Soon-Valeree mara ke peringkat suku akhir setelah mengatasi dua pasangan India, Kashish-Saruni dan Raju-Anees di Pusingan 16 dan Pusingan 32 masing-masing.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia" ]
https://sukanz.com/202322449/
10 Pencapaian Mesut Ozil Sepanjang Karier
[ "Pemain tengah, Mesut Ozil yang pernah beraksi bersama Werder Bremen, Arsenal, Real Madrid dan skuad kebangsaan Jerman sah menggantung butnya serta-merta pada usia 34 tahun menerusi satu pengumuman yang disiarkan di pelbagai laman sosial miliknya, semalam.", "Sepanjang 18 tahun kariernya sebagai pemain bola sepak profesional, Ozil telah beraksi untuk 7 buah kelab sekitar Eropah, menjaringkan 137 gol dan mencatatkan 262 bantuan gol serta merangkul pelbagai piala di dalam kariernya terutamanya yang menjadi idaman ramai – Piala Dunia.", "Berikut adalah 10 pencapaian menakjubkan Mesut Ozil sepanjang kariernya selaku pemain profesional:", "Bersama pasukan kebangsaan Jerman, Mesut Ozil berjaya menjulang piala terulung di dalam sejarah bola sepak – Piala Dunia pada tahun 2014 di Brazil selepas Mario Gotze melakukan jaringan voli pada masa tambahan dalam perlawanan akhir yang mengecewakan skuad Argentina atau nama julukannya, La Albiceleste.", "Mesut Ozil membuktikan dirinya sebagai salah seorang bakat terbaik pada generasinya apabila tersenarai sebanyak 2 kali dalam senarai ‘UEFA Team of the Year’ pada tahun 2012 dan 2013 – meletakkan dirinya berdiri sama tinggi dengan bintang dunia yang juga bekas rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo.", "Tidak keterlaluan untuk mengatakan kejohanan kalah mati menjadi satu kelebihan buat Ozil. Bermula di Jerman, pemain beragama Islam ini berhasil menjulang DFB Pokal bersama Werder Bremen (2008/09) sebelum menjuarai Copa Del Rey di Sepanyol bersama Real Madrid (2010/11) serta merangkul Piala FA Inggeris bersama Arsenal.", "Walaupun kariernya bersama Arsenal berakhir dengan nada sedih, Mesut Ozil telah membantu The Gunners untuk muncul juara Piala FA Inggeris sebanyak 4 kali – 2013/14, 2014/15, 2016/17 & 2019/20.", "Bermula daripada aksi cemerlangnya di Piala Dunia 2010, Mesut Ozil terus mencetus fenomena dengan membolot anugerah individu ‘German Player of the Year’ sebanyak 5 kali dalam tempoh 6 tahun – 2011, 2012, 2013, 2015, 2016.", "Musim 2015/16 merupakan musim yang cukup ajaib di England apabila Leicester City dinobatkan juara dan Mesut Ozil juga mencatatkan bantuan gol terbanyak (19) pada musim yang sama, berbeza 1 bantuan gol dengan pemegang rekod tersebut sepanjang zaman, Thierry Henry dan Kevin de Bruyne (20).", "Mesut Ozil telah mencipta rekodnya yang tersendiri di Premier League selepas meraih 50 bantuan gol dalam hanya 141 perlawanan, kurang 2 perlawanan berbanding Eric Cantona sebelum Kevin de Bruyne memintas dengan 123 perlawanan sahaja diperlukan untuk mencapai angka 50 bantuan gol.", "Menurut Opta, rekod 146 peluang dicipta milik Mesut Ozil merupakan rekod tertinggi pernah dicatatkan Opta sejak musim 2003/04, menyaksikan Kevin de Bruyne di tempat ke-2 dengan 136 peluang dicipta bagi musim 2019/20.", "Sebelum Kai Havertz berpindah ke Chelsea dengan nilai yuran perpindahan sebanyak €70 juta, Mesut Ozil merupakan pemain Jerman termahal yang berpindah dari Los Blancos ke Arsenal dengan nilai perpindahan sebanyak €50 juta.", "Sehingga musim 2016/17, Mesut Ozil merupakan pemegang rekod perpindahan termahal The Gunners dengan €50 juta dilaburkan Arsene Wenger pada musim 2013/14 yang mana ramai mengetahui bertentangan dengan sifat pengendali dari Perancis itu yang suka berjimat cermat.", "18 tahun bukanlah tempoh yang singkat buat salah seorang bakat terbesar yang lebih dikenali sebagai ‘maestro’ bola sepak yang cukup masyhur pada era kegemilangannya sehinggalah detik beliau mengumumkan persaraannya. Danke, Ozil!" ]
https://sukanz.com/202216922/
Ranking BWF: Soong Joo Ven Kini Perseorangan Lelaki No.4 Malaysia
[ "Pemain bebas (independent), Soong Joo Ven kini meletakkan dirinya sebagai perseorangan lelaki No.4 negara selepas daripada Lee Zii Jia (ke-7), Liew Daren (ke-35) dan Ng Tze Yong (ke-44).", "Berdasarkan kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam, pemain berusia 26 tahun ini menduduki tangga ke-55 dunia pada minggu ini mengatasi Cheam June Wei yang berada di ranking ke-69.", "Kedudukan itu diraih hasil daripada lonjakan sebanyak 13 anak tangga yang disumbangkan oleh kecemerlangannya mara ke pentas separuh akhir Korea Masters – Jelajah Dunia Super 300 BWF, minggu lalu.", "Bagaimanapun, Joo Ven kempunan untuk ke pentas akhir setelah tumpas di tangan pemain muda Jepun, Kodai Naraoka di peringkat separuh akhir terbabit.", "Sementara itu, kemaskini itu turut memperlihatkan sedikit penurunan melibatkan beberapa perseorangan muda negara.", "Antaranya, Aidil Sholeh dan Leong Jun Hao yang berusia 22 tahun masing-masing merekodkan penurunan satu anak tangga menjadikan mereka berada di kedudukan ke-113 dan ke-122.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia" ]
https://sukanz.com/202110142/
Berita Tidak Rasmi Lee Tuck Ke Terengganu Undang Reaksi Yang Pelbagai
[ "Salah seorang bekas pemain Terengganu yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia disahkan akan membuat kepulangan kembali ke skuad berpangkalan ke pantai timur itu secara pinjaman untuk mengharungi baki saingan musim ini.", "Perkhabaran itu dibuat oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menerusi satu ciapan di akaun media sosialnya, pada hari ini. Difahamkan salah seorang daripada dua pemain import baharu yang diikat oleh Terengganu pada jendela perpindahan kali ini tidak lain dan tidak bukan ialah Lee Tuck.", "Bagaimanapun, tiada sebarang makluman rasmi daripada pihak Terengganu setakat ini namun makluman kembalinya pemain tengah kelahiran Halifax, England telah kecoh dalam kalangan peminat Terengganu serta mengundang reaksi yang pelbagai.", "Menerusi tinjauan di laman sosial kalangan penyokong Terengganu, ada yang menerima baik kepulangan Lee Tuck dan melihat ianya menjadi solusi kepada masalah kecederaan yang menimpa beberapa tonggak utama pasukan seperti Petrus Shitembi, Azalinullah Alias dan Chris Herd.", "Tambahan pula, Lee Tuck telah beraksi bersama skuad Terengganu sejak tahun 2018 pastinya sudah ‘masak’ dengan percaturan ketua jurulatih, Nafuzi Zain menjadikan dia tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri serta mencari keserasian bersama rakan sepasukan.", "“Tak perlu ambil risiko (ikat) import baru yang tidak tahu pucuk pangkal, sekurang-kurangnya kita sudah tahu Lee Tuck mempunyai kualiti dan serasi dengan taktikal Nafuzi Zain,” tulis Fizee Amri.", "Sementara itu, ramai juga melihat kembalinya Lee Tuck dapat memberikan nilai tambah kepada Terengganu ketika situasi bola mati. Pemain yang bakal menjengah usia 33 tahun pada jun hadapan ini sudah diketahui akan kemampuannya ketika mengambil sepakan percuma, sepakan sudut dan sepakan penalti.", "Tidak dilupakan, Lee Tuck turut mempunyai stamina yang tinggi serta kebolehan untuk melakukan rembatan dari luar kotak penalti.", "Pada masa yang, tidak kurang juga kalangan penyokong Terengganu yang tidak berkenan dengan perkhabaran kepulangan Lee Tuck ini. Hadirnya Lee Tuck ini akan menyebabkan pemain yang sedang dalam prestasi terbaik, Dechi Marcel akan kehilangan tempatnya di skuad utama dan dipaksa turun ke pasukan simpanan, Terengganu II.", "Bagaimana pula dengan pendapat anda?" ]
https://sukanz.com/20219699/
Kehadiran Bergson Bukti JDT Punyai ‘Scouting’ Yang Bagus 
[ "Penyerang kelahiran Brazil, Bergson da Silva tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan pasukan baharunya, Johor Darul Ta’zim (JDT) serta saingan bola sepak Malaysia.", "⚽️ PENJARING TERBANYAK LIGA SUPER 20214️⃣ gol masing-masing untuk Bergson da Silva (Johor Darul Ta'zim) dan Kpah Sherman (Kedah Darul Aman FC)! #LigaSuper2021 pic.twitter.com/RmzsXlwCwQ", "Walaupun melakukan penampilan pertamanya ketika menentang UiTM FC pada aksi ketiga liga, dalam masa yang singkat, Bergson kini berkongsi kedudukan dengan penyerang Kedah Darul Aman, Kpah Sherman selaku penjaring terbanyak saingan Liga Super dengan rekod empat gol setakat ini.", "Menariknya, pemain berusia 30 tahun ini merupakan seorang pemain dominan kaki kanan tetapi usah dipandang enteng kaki kirinya. Ini dibuktikan apabila Bergson menggunakan kaki kirinya menjaringkan gol pertamanya ketika menentang skuad The Lions.", "How would you describe Bergson's debut with an emoticon?🔥☄️😱😍 ?#JDT#Bergson#LuaskanKuasamuJohor#JDTForAll pic.twitter.com/zQmDp8XZIo", "Gaya permainannya mendapat pujian ramai peminat bola sepak tempatan. Beliau memiliki larian yang deras dan seringkali digunakannya untuk menewaskan pemain lawan sebelum melakukan rembatan ke arah gawang.", "Kebolehannya untuk menggelecek di atas padang turut disamakan oleh segelintir peminat dengan bekas penyerang tersohor kelahiran negaranya, Ronaldo Luis Nazario de Lima yang pernah menjulang trofi Piala Dunia sebanyak dua kali.", "Selain itu, Bergson turut memiliki ‘positioning’ yang baik. Gol kedua dan ketiga peribadinya ketika menentang Selangor dan Melaka United menunjukkan beliau berada di posisi yang memudahkan rakan-rakan melakukan hantaran untuk kepadanya.", "Two Games, Two Goals… ⚽️⚽️ #Bergson Da Silva! 💥#JDT#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/nQmVzzV1xL", "Hadirnya Bergson secara pinjaman selama empat bulan daripada Fortaleza yang bersaing dalam kancah Serie A Brazil ini membuktikan betapa skuad Harimau Selatan mempunyai unit pencari bakat (scouting) yang sangat bagus.", "Kita sedia maklum, Bergson bukanlah pilihan pertama JDT untuk menggantikan posisi penyerang ditinggalkan oleh Diogo Luis Santo yang berhijrah ke BG Pathum United.", "3. Camilo da Silva from Brazil will replace Diogo. He is currently playing in the Mexican league.4. Daniel Amir will join the team and several young players from JDT II will be promoted to the first team[2/5]", "Calon pertama ialah penyerang kelahiran Brazil, Camilo da Silva Sanvezzo yang beraksi dalam saingan Liga Mexico. Namun pemain tersebut tidak dapat dibawa ke Stadium Sultan Ibrahim apabila dia diberitakan melanjutkan kontrak bersama Mazatlan FC sehingga tahun 2022.", "Ini membuatkan JDT mengalihkan tumpuannya untuk mendapatkan penyerang lain dan nama kedua yang muncul ialah Jonathan Herrera. Pemain kelahiran Sepanyol ini telah diumumkan oleh JDT secara rasmi pada awal februari lalu.", "Herrera signs! ❤️💙More photos at https://t.co/FVUOPs1HgC#LuaskanKuasamu#JDTFamily pic.twitter.com/YdgAWDQx2c", "Bagaimanapun, jodoh penyerang ini juga tidak panjang bersama skuad Harimau Selatan apabila pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim mendedahkan kelab berpangkalan di Argentina, Independiente mahu mendapatkan pemain tersebut secara pinjaman dengan tawaran lumayan yang tidak dapat ditolak.", "Sekali lagi JDT terpaksa menjenguk ke pasaran pemain dan kali ini mereka pulang dengan membawakan khidmat Bergson. Pada awalnya, segelintir peminat sangsi akan kemampuannya untuk mengetuai jentera serangan JDT.", "Johor Darul Ta'zim FC would like to confirm the signing of Bergson da Silva from Brazilian Serie A side Fortaleza.Martin Prest, Johor Darul Ta'zim FC Sporting Director pic.twitter.com/kJoOgzQRvb", "Namun unit ‘scouting’ JDT telah membuat kerja rumah (homework) yang sangat bagus dalam memadankan kualiti dan kebolehan pemain dengan kesesuaian sistem permainan JDT yang diterapkan oleh ketua jurulatih, Benjamin Mora.", "Dan perkara ini telah terbukti dan dapat disaksikan sendiri oleh semua apabila Bergson bukan sahaja dilihat sangat mudah menyesuaikan diri bersama JDT malahan turun memberikan impak yang segera kepada skuad Harimau Selatan.", "Have a great weekend #JDTFAMILY 🕺🏻#JDT#JDTforAll #LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/k7HnxGxubx", "Pujian juga harus diberikan kepada JDT yang mempunyai Pelan B dan Pelan C setelah perancangan asal iaitu Pelan A tidak dapat diteruskan. Ini juga bukti mereka merupakan sebuah kelab yang mempunyai pengurusan dan perancangan yang sangat bagus dan harus dicontohi oleh kelab lain di tanah air.", "Untuk makluman, Bergson juga muncul pemain JDT pertama yang menjaringkan empat gol dalam empat penampilan pertama dalam saingan Liga Super sejak tahun 2013.", "Tidak keterlaluan untuk mengatakan beliau juga merupakan salah seorang calon pilihan untuk merangkul penjaring gol terbanyak liga untuk musim ini.", "Team arrived in Kota Kinabalu! See you guys tomorrow ✌🏼🏟🛫More photos at https://t.co/L7z47SeurC#JDT#Awayday#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/EipP8azuq3", "Sudah tentu catatan empat gol tersebut tidak akan terhenti di situ sahaja. Pastinya dia akan terus memberikan ancaman kepada mana-mana barisan pertahanan dan penjaga gawang yang akan dihadapinya.", "Untuk perlawanan seterusnya, Bergson dan rakan-rakan akan menghadapi skuad berpangkalan di Borneo iaitu Sabah FC di Stadium Likas dengan sepak mula dijadualkan pada hari esok.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers" ]
https://sukanz.com/202218565/
Ranking FIH: Pasukan Hoki Wanita Malaysia Duduki Tangga Ke-19 Buat Pertama Kali
[ "Pasukan hoki wanita negara menempatkan diri mereka di kedudukan tertinggi dalam sejarah apabila menghuni ranking ke-19 dunia buat pertama kali.", "Kedudukan itu dicapai oleh pasukan wanita negara setelah laman sesawang Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) melakukan kemaskini terbarunya.", "Kemaskini itu memaparkan Malaysia memiliki 1164.734 mata sekaligus membolehkan mereka menghuni tangga ke-19 dunia mengatasi Afrika Selatan di tangga ke-20 yang mempunyai 1136.073 mata.", "Perkembangan ini turut mendapat perhatian dan ucapan tahniah daripada Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Dr. Shamala Subramaniam.", "“Tahniah kepada pasukan hoki wanita kita. Ini merupakan pertama kali skuad wanita berada di ranking ke-19.” kongsinya semalam.  ", "Sementara itu, di peringkat benua asia, skuad wanita negara muncul sebagai pasukan kelima terbaik di belakang India (ranking ke-9), China (ranking ke-10), Jepun (ranking ke-11) dan Korea (ranking ke-12)." ]
https://sukanz.com/202214885/
Ranking BWF: Ng Tze Yong Sertai Kelompok 50 Pemain Terbaik Dunia
[ "Pemain muda negara, Ng Tze Yong berjaya menempatkan dirinya dalam kalangan 50 pemain badminton perseorangan lelaki terbaik dunia.", "Pemain berusia 21 tahun ini berhasil memasuki kelompok terbabit selepas berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir saingan Terbuka India – sebuah kejohanan Jelajah Dunia BWF yang bertaraf Super 500, minggu lalu.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, Tze Yong yang menghuni tangga ke-60 sebelum ini, merekodkan lonjakan sebanyak 13 anak tangga sekaligus membawanya menduduki tempat ke-47 ranking dunia.", "Sementara itu, turut sama dilihat memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia adalah dua pemain bebas (independent) negara, Soong Joo Ven dan Cheam June Wei yang kini berada di kedudukan ke-65 dan ke-72 dunia masing-masing.", "Sementara itu, jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia, kekal berada di tangga ketujuh dunia walaupun tidak menyertai kejohanan yang sama, minggu lalu." ]