url
stringlengths 25
29
| headline
stringlengths 14
130
| content
sequence |
---|---|---|
https://sukanz.com/20208110/ |
Zlatan ‘Serik’ Penalti Tak Masuk, Lepas Ini Beri Kepada Pemain Lain
| [
"Penyerang senior, Zlatan Ibrahimovic nampaknya sudah serik melihat sepakan penalti yang diambilnya tidak masuk dan tugas itu akan diberikan kepada pemain lain selepas daripada saat ini.",
"Kejadian tersebut berlaku dalam perlawanan menentang Hellas Verona pada awal pagi tadi. Ketika itu, pasukannya, AC Milan sedang ketinggalan 2-1.",
"Bagaimanapun, sepakan yang diambil menggunakan kaki kanannya itu tersasar melewati palang gol dan menyebabkannya Zlatan berang dan hampa.",
"“Kami mempunyai banyak peluang, saya gagal menjaringkan sepakan penalti dan saya akan fikir akan lepaskan (tugas) itu kepada (Franck) Kessie (selepas ini)! Itu lebih baik.” katanya kepada Sky Italia dan dilaporkan oleh Goal.",
"Untuk rekod, penyerang berusia 39 tahun telah terlepas empat daripada enam sepakan penalti yang diambilnya sepanjang musim ini.",
"Walaupun terlepas menjaringkan sepakan penalti, Zlatan meneruskan usaha kerasnya untuk menebus kesilapan itu dan akhirnya dia berhasil menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-93 sekaligus mengikat Verona dengan keputusan akhir 2-2.",
"It's not a win but what a fight-back! Pari in rimonta a San Siro#MilanVerona #SempreMilan pic.twitter.com/Z4oRnBlIM9",
"Ia sekaligus memberikan AC Milan sekurang-kurangnya satu mata dan kekal sebagai pendahulu saingan Serie A dengan 17 mata daripada tujuh perlawanan.",
"Bagaimanapun, bercakap kepada media selepas daripada perlawanan, penyerang kelahiran Sweden ini tetap tidak berpuas hati dengan keputusan seri yang dicatatkan pasukannya. ",
"Sepatutnya mereka boleh merakamkan kemenangan dan mengutip tiga mata."
] |
https://sukanz.com/202218467/ |
Cheah Liek Hou Rangkul Kejuaraan Ke-11, Rekod 56 Kemenangan Berturut-Turut
| [
"Pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou menambah satu lagi kejuaraan menjadikannya memiliki 11 kejuaraan dalam acara perseorangan lelaki bagi kategori SU5 (kecacatan fizikal).",
"Liek Hou merangkul kejuaraan terbaru selepas menumpaskan lawannya dari Jepun, Taiyo Imai dalam perlawanan akhir Kejohanan 4 Negara Para Badminton Antarabangsa 2022 di Dublin, Ireland, semalam.",
"Sebagai rekod, kemenangan ini turut menjadikan pemenang pingat emas Paralimpik ini merekodkan 56 kemenangan berturut-turut di pentas antarabangsa.",
"Dalam perlawanan tersebut, Liek Hou merekodkan kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-17 dan 21-16 dalam tempoh masa 39 minit permainan.",
"Sementara itu, Liek Hou yang membentuk gandingan bersama Muhammad Faris Ahmad Azri dalam acara beregu turut menghasilkan kejuaraan.",
"Bagi acara ini, kejuaraan tersebut hadir selepas Liek Hou-Muhammad Faris berjaya menumpaskan beregu India, Chirag Baretha-Hardik Makkar juga secara “straight set” dengan pungutan mata 21-19 dan 21-17.",
"Featured Image: Facebook Cheah Liek Hou"
] |
https://sukanz.com/20207225/ |
JDT Ikut Jejak Langkah Manchester United & Liverpool
| [
"Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah merasmikan ‘Luciano Figueroa Stand’ – salah satu seksyen tempat duduk di dalam Stadium Sultan Ibrahim, hari ini.",
"Ia sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada bekas penyerangnya, Luciano Figueroa yang telah membantu JDT memenangi dua kejuaraan Liga Super (2014 & 2015), Piala Sumbangsih 2015 dan Piala AFC 2015.",
"“Kelab ini akan sentiasa memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada orang yang berjasa dan mencipta sejarah kepada kelab,” titah DYAM Tunku Ismail dalam majlis perasmian yang turut dihadiri oleh Duta Besar Argentina ke Malaysia, H.E Manuel Balaguer Salas.",
"Menamakan sesebuah stand di dalam stadium dengan nama bekas pemain terutamanya yang berstatus legenda bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia bola sepak. ",
"Sebagai contoh, dua buah kelab yang bersaing dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Manchester United dan Liverpool telah melakukan perkara sedemikian.",
"758 appearances 👏249 goals ⚽🏟️ And a stand named in his honour, #OnThisDay in 2016…#MUFC legends don’t come much bigger than Sir Bobby Charlton ❤️ pic.twitter.com/hZupHLEhIX",
"Pada 2016 Manchester United telah menamakan kembali South Stand di dalam Stadium Old Trafford kepada The Sir Bobby Charlton Stand sebagai memperingati jasa Sir Bobby Charlton bersama The Red Devil.",
"Manakala juara bertahan EPL, Liverpool turut menukarkan nama Centenary Stand kepada The Sir Kenny Dalglish Stand pada tahun 2017 sebagai penghargaan kepada bekas penyerang dan pengurus legenda yang telah membawa pelbagai kejayaan kepada The Kop, Sir Kenny Dalglish.",
"Featured Image: JOHOR Southern Tigers"
] |
https://sukanz.com/202218199/ |
Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik Sisih Beregu No.3 Dunia Untuk Ke Separuh Akhir
| [
"Tiket ke peringkat separuh akhir Terbuka Malaysia 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF – menjadi milik beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.",
"Pasangan negara yang menghuni ranking keenam dunia ini meraih tiket berkenaan selepas berjaya mengalahkan beregu No.3 dunia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan di peringkat suku akhir.",
"Dalam pertarungan ini, Aaron-Wooi Yik mencipta kemenangan ke atas gandingan berjulukan “The Daddies” ini menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-13, 20-22 dan 21-19 dalam tempoh masa 52 minit permainan.",
"PETRONAS Malaysia Open 2022MD – Quarter final 🇲🇾Aaron CHIA🏅21 20 21 🇲🇾Wooi Yik SOH🏅13 22 19 🇮🇩Mohammad AHSAN 🇮🇩Hendra SETIAWAN",
"🕗 in 52 minutes https://t.co/BZBrAXOcy8",
"— BWFScore (@BWFScore) July 1, 2022",
"Untuk pengetahuan semua, keputusan yang diraih oleh Aaron-Wooi Yik pada hari ini menjadikan mereka merekodkan tiga kemenangan ke atas Ahsan-Hendra secara keseluruhan.",
"Bagaimanapun Ahsan-Hendra masih mendahului rekod kemenangan ke atas Aaron-Wooi dengan tujuh kemenangan daripada sepuluh pertemuan.",
"Sementara itu, Aaron-Wooi Yik yang meraih kemaraan akan bertemu beregu No.2 dunia dari Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi di peringkat separuh akhir, esok.",
"Sebagai tambahan, Hoki-Kobayashi mengesahkan kemaraan selepas menumpaskan wakil Korea, Choi Sol-gyu dan Kim Won-ho menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-14, 21-23 dan 21-14 di peringkat suku akhir.",
"Featured Image: Badminton Association of Thailand"
] |
https://sukanz.com/202325454/ |
Inter Miami Ikat Messi, Busquets Sehingga Tahun 2025
| [
"Kelab yang dimiliki oleh bekas bintang bola sepak England, David Beckham bersama-sama ahli perniagaan, Jorge Mas dan Jose Mas iaitu Inter Miami CF telah melengkapkan perpindahan dua pemain ternama dunia, Lionel Messi dan Sergio Busquets.",
"Kehadiran dua pemain yang pernah beraksi bersama di FC Barcelona itu diumumkan dan diperkenalkan kepada umum dalam satu acara yang berlangsung di stadiumnya, DRV PNK Stadium, awal pagi tadi waktu Malaysia.",
"— Inter Miami CF (@InterMiamiCF) July 17, 2023",
"Inter Miami atau nama julukannya, The Herons memaklumkan mengikat khidmat Messi yang memenangi anugerah Ballon d’Or sebanyak tujuh kali itu serta Busquets selama dua musim dan setengah yang menyaksikan mereka kekal sehingga penghujung tahun 2025.",
"Bersama Inter Miami, pemain berusia 36 dan 35 tahun masing-masing ini akan menyarung jersi bernombor 10 dan 5 masing-masing – sama seperti digunakan mereka ketika beraksi di Barcelona.",
"After a legendary spell with Barcelona, veteran Spanish midfielder Sergio Busquets joins @InterMiamiCF. 🇪🇸 pic.twitter.com/Z0yJ5o3eWc",
"— Major League Soccer (@MLS) July 16, 2023",
"Dijangkakan, Messi dan Busquets akan diturunkan buat julung kalinya bersama Inter Miami ketika melayan kunjungan kelab Liga Mexico, Cruz Azul dalam perlawanan pembukaan saingan Leagues Cup (bagi merebut slot ke CONCACAF Champions Cup 2024) dengan sepak mula jam 8 pagi pada 22 Julai – waktu Malaysia.",
"Sebagai tambahan, pihak kelab turut memaklumkan mendaftarkan Messi dan Busquets sebagai “Designated Player” – satu peraturan oleh Liga Bola Sepak Utama (MLS) yang membolehkan setiap kelab mengambil atau membayar sehingga tiga pemain melebihi Caj Bajet Gaji Maksimum (Maximum Salary Budget Charge).",
"Featured Image: Facebook David Beckham"
] |
https://sukanz.com/202323680/ |
Sukan SEA 2023: Pasukan Pencak Silat Negara Perbaiki Kutipan Pingat Edisi 2021
| [
"Pasukan pencak silat Malaysia berjaya memperbaiki catatan pingat yang diraih pada edisi yang lalu apabila meraih empat pingat emas, lima pingat perak dan empat pingat gangsa di temasya Sukan SEA 2023.",
"Terdahulu, pasukan pencak silat negara berjaya meraih dua emas, tiga perak dan sembilan gangsa secara keseluruhannya dengan pingat emas hadir menerusi gandingan lelaki, Taqiyuddin Hamid dan Sazlan Yuga serta Khairi Adib di Sukan SEA 2021 Vietnam. ",
"Kejayaan itu mendapat penghargaan Presiden PESAKA, Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepada pasukan silat negara yang dizahirkannya menerusi pelbagai platform media sosial Majlis Olimpik Malaysia (MOM).",
"“Alhamdulillah, pasukan silat kami telah memberikan yang terbaik untuk kontinjen Malaysia. Bagi pihak PESAKA, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada MOM, MSN dan ISN atas segala khidmat sokongan yang diberikan kepada pasukan silat dalam persiapan kami untuk Sukan SEA ke-32”, ujar Megat Zulkarnain. ",
"Kejayaan meraih empat pingat emas itu juga melepasi sasaran pingat yang telah ditetapkan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) yang hanya menyasarkan dua emas, tiga perak dan tujuh gangsa pada temasya kali ini.",
"Pingat emas bagi acara melibatkan sukan pencak silat disumbangkan oleh kembar, Danial Azrol dan Danial Azray (Artistik Ganda Beregu Lelaki), Norsyakirah Mukhsin (Tanding Wanita – Kelas U45), Norfarah Mazlan (Tanding Wanita – Kelas A) serta Izzul Irfan (Tanding Lelaki – Kelas D). ",
"Featured image: Olympic Council of Malaysia (Facebook)"
] |
https://sukanz.com/202216446/ |
Ranking BWF: Kisona Meningkat 8 Anak Tangga Selepas Harungi Terbuka Swiss
| [
"Perseorangan wanita negara, Kisona Selvaduray mencatatkan peningkatan sebanyak lapan anak tangga selepas mengharungi saingan Terbuka Swiss, minggu lalu.",
"Berdasarkan kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, kini, pemain berusia 23 tahun itu menduduki ranking ke-56 dunia.",
"Peningkatan itu hasil daripada kemaraannya ke peringkat suku akhir dalam saingan Terbuka Swiss sebelum ditumpaskan oleh pemain Thailand, Supanida Katethong.",
"Kisona mempunyai peluang untuk meningkatkan lagi rankingnya dengan mara ke peringkat yang lebih jauh dalam saingan Orleans Masters – Jelajah Super 100 BWF – yang disertainya pada minggu ini.",
"Sementara itu, penurunan ranking dikesan melibatkan dua perseorangan wanita negara iaitu Goh Jin Wei dan Eoon Qi Xuan dimana mereka menduduki ranking ke-127 dan ke-128 masing-masing."
] |
https://sukanz.com/202321824/ |
Undian Piala FA: Juara Bertahan Lawan Polis Di Pusingan 16
| [
"Permulaan perjalanan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kempen Piala FA 2023 dilihat mudah apabila bertemu Kelab Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) pada Pusingan 16.",
"Pertemuan itu terhasil selepas keluarnya keputusan undian Piala FA edisi ke-32 yang berlangsung pada hari ini.",
"Majlis undian itu juga menyaksikan naib juara edisi lalu, Terengganu FC akan memulakan kempen dengan bertemu pendatang baharu Liga M3 iaitu Melaka FC di peringkat yang sama.",
"Beberapa pertemuan lain yang turut bermula pada Pusingan 16 adalah Sabah FC menentang Kelantan United FC dan Negeri Sembilan FC menentang PIB FC.",
"Manakala baki kelab yang lain perlu memulakan kempen kejohanan kalah mati ini di Pusingan 1 iaitu melibatkan Kedah Darul Aman FC menentang Penang FC, Perak FC berentap menentang Sri Pahang FC, Manjung City FC bertemu Sains FC dan BRM FC melawan Imigresen FC.",
"Sementara itu, keputusan undian turut memperlihatkan Kucing City FC, Selangor FC, Kelantan FC dan Kuala Lumpur City FC menunggu di Pusingan 16 dan menantikan pemenang dari Pusingan 1.",
"Untuk makluman, perlawanan Pusingan 1 akan berlangsung pada 8 Mac disamping perlawanan akhir dijangka diadakan pada 22 Julai di venue yang akan ditetapkan oleh Malaysian Football League (MFL) kelak.",
"Secara keseluruhan, kempen Piala FA edisi kali ini disertai sebanyak 20 buah kelab yang turut terdiri daripada enam kela dari kancah Liga M3 2023.",
"Sejak dipertandingkan julung kalinya pada tahun 1990, Selangor dan Kedah Darul Aman muncul juara paling banyak iaitu sebanyak lima kali masing-masing. Ia diikuti dengan Sri Pahang dan Kuala Lumpur City yang merangkulnya sebanyak tiga kali masing-masing.",
"Untuk makluman, majlis undian pada hari ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam dan pemain legenda tanah air, Azman Adnan.",
"Featured Image: JOHOR Southern Tigers"
] |
https://sukanz.com/202216879/ |
BAC 2022: Empat Beregu Lelaki Malaysia Dapat Lawan Ranking Rendah
| [
"Keputusan undian Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 yang diadakan pada hari ini menyaksikan empat beregu lelaki negara masing-masing diundi menentang lawan yang memiliki ranking lebih rendah di Pusingan 32.",
"Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang menghuni ranking kelapan dunia merangkap pilihan kelima kejohanan diundi menentang pasangan China No.276 dunia, He Ji Ting dan Zhou Hao Dong.",
"Manakala beregu lelaki No.2 negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi yang merupakan beregu kesebelas dunia merangkap pilihan keenam kejohanan pula bakal berhadapan dengan beregu Hong Kong No.89 dunia, Chang Tak Ching dan Yeung Min Nok.",
"Sementara itu, juara Terbuka Jerman, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin yang berada di ranking ke-16 serta diletakkan sebagai pilihan kelapan kejohanan diundi menentang gandingan lelaki Filipina yang tidak mempunyai ranking, Solomon Jr. Padiz serta Julius Villabrille.",
"Akhir sekali, beregu muda, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun yang menduduki ranking ke-45 dunia turun buat pertama kali di pentas BAC dengan menentang beregu Thailand, Weeraphat Phakjarung dan Wongsathorn Thongkham.",
"Untuk makluman semua, saingan ini akan bermula pada 26 April kelak dan pemenang akan mendapat 12,000 mata memandangkan kejohanan ini telah diangkat statusnya menyamai Jelajah Dunia Super 1000 BWF."
] |
https://sukanz.com/202114465/ |
Ahmad Syihan Buru Kesebelasan Utama Bersama Negeri Sembilan
| [
"Penjaga gol baharu Negeri Sembilan FC, Ahmad Syihan Hazmi memburu tempat kesebelasan utama bersama pasukan musim depan selepas hanya beraksi tiga perlawanan sahaja untuk musim 2021.",
"Syihan mengakui bergelut untuk merebut posisi penjaga gol utama bersama PJ City FC pada musim ini apabila perlu bersaing dengan Kalamullah Al-Hafiz menyaksikan peluangnya untuk beraksi adalah tipis.",
"Namun, penghijrahannya ke pasukan yang menjuarai Liga Premier 2021 ini diharap mampu membuka lebih banyak peluang untuk bekas pemain skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara ini mendapatkan lebih banyak minit permainan.",
"Apatah lagi selepas ketiadaan Damien Lim yang berhijrah ke Sabah FC pada musim ini, Syihan dijangka akan bersaing sengit dengan Muhaimin Mohamad dan Kaharuddin Rahman.",
"“Memang itu harapan utama saya untuk dapat balik peluang bermain dalam kesebelasan utama sebab musim ini agak bergelut apabila bersaing dengan Kalamullah.",
"“Tapi saya datang ke Negeri Sembilan bukan bermakna saya sudah selesa sebab perlu bersaing sengit dengan pemain lain juga, jadi kena bekerja keras.",
"“Apa-apa pun, saya gembira sepanjang bersama PJ City untuk musim ini dan tidak sabar untuk mulakan misi baru bersama Negeri Sembilan,” jelasnya.",
"Syihan sebelum ini hanya sempat beraksi satu perlawanan sahaja bersama Negeri Sembilan pada musim 2018 sebelum digantung selepas disahkan positif dalam ujian doping.",
"Justeru, dia teruja untuk kembali mencipta nama bersama pasukan ini apatah lagi dengan kehadiran beberapa pemain baharu lain yang dijangka akan memberi impak berbeza.",
"“2018 begitu mencabar untuk saya dan sebab itu peluang yang diberi untuk kembali bersama Negeri Sembilan tidak akan disia-siakan.",
"“Pemain-pemain senior lain dan pemain baharu yang datang memberi semangat juga kepada saya untuk belajar sesuatu daripada mereka bagi mendapatkan balik momentum saya”, katanya.",
"Negeri Sembilan FC berjaya menjuarai saingan Liga Premier 2021 sekali gus meraih slot ke Liga Super 2022.",
"Featured Image: Malaysian Football League"
] |
https://sukanz.com/202323895/ |
Piala Asia B-17 2023: Tiga Pemain JDT IV Lengkapkan Senarai 26 Pemain Ke Fasa Akhir
| [
"Pengendali skuad bawah 17 tahun (B-17) kebangsaan, Osmera Omaro telah menyenaraikan 26 pemain bagi mengikuti kem latihan pusat dan pemilihan fasa akhir skuad Piala Asia B-17 yang merangkumi majoriti pemain dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) disamping tiga pemain Johor Darul Ta’zim IV (JDT IV).",
"Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang dikeluarkan laman sesawang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan dikongsikan pelbagai media sosial rasmi persatuan. ",
"Seramai 20 pemain yang tersenarai ketika kem pemilihan fasa kedua di Doha, Qatar telah dikekalkan dan enam muka baharu telah dipanggil pada kali ini – Dainei Mat Disa, Adam Mikaeel, Ahmad Danial, Danish Darus, Arami Wafiy dan Ammar Shauqi. ",
"Ini bermaksud lima pemain telah digugurkan daripada senarai pemain sebelum ini. Mereka ialah Irfan Zakwan, Hakim Hassan, Hatif Irfan, Shakir Nasir dan Hilmi Farish. ",
"Kem latihan pusat dan pemilihan fasa akhir ini akan berlangsung bermula Ahad, 21 Mei sehingga Isnin, 12 Jun di dua lokasi – Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Gambang sebelum meneruskan latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 31 Mei nanti. ",
"Untuk rekod, Osmera Omaro telah menyenaraikan seramai 45 pemain yang disaringkan menerusi tiga fasa pemilihan yang telah berlangsung sejak Februari lagi.",
"Skuad B-17 negara bakal berlepas ke Bangkok, Thailand pada Isnin, 12 Jun bagi menghadapi kempen Piala Asia B-17 2023 yang akan bermula 15 Jun hingga 2 Julai kelak. ",
"Malaysia yang telah diundi dalam Kumpulan A akan memulakan saingan bertemu Yemen di Stadium Thammasat pada Khamis, 15 Jun dan diikuti dengan aksi menentang tuan rumah, Thailand (Ahad, 18 Jun) dan Laos (Rabu, 21 Jun) di Stadium Pathum Thani dan Stadium Thammasat masing-masing. ",
"Sekiranya mara ke separuh akhir, Malaysia bersama tiga lagi pasukan lain akan layak secara automatik ke Piala Dunia B-17 2023 yang dijadualkan berlangsung pada November depan. ",
"Featured Image: Persatuan Bola Sepak Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202113742/ |
Indonesia Masters: Pearly-Thinaah Berjumpa Pasangan Jepun Di Suku Akhir
| [
"Beregu wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan berjaya meloloskan diri dengan bergaya ke peringkat suku akhir kejohanan Indonesia Masters 2021.",
"Kejayaan tersebut dicapai selepas menumpaskan beregu Indonesia, Fitriani dan Yulia Susanto secara ‘straight set’ dengan skor 21-8 dan 21-14 di peringkat Pusingan 2.",
"Bagaimanapun, cabaran sebenar bakal dihadapi buat pasangan wanita negara yang menghuni tangga ke-18 dunia di peringkat suku akhir di mana mereka akan berhadapan dengan beregu Jepun, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida pada hari esok.",
"Untuk makluman semua, Matsuyama-Shida merupakan pilihan keempat untuk menjuarai kejohanan ini bagi kategori ini berbanding Pearly-Thinaah yang diletakkan sebagai pilihan kelapan. ",
"Berdasarkan rekod pertemuan pula, kedua-dua pasangan ini telah bertemu sebanyak tiga kali iaitu dalam kejohanan Badminton Asia Team Championships 2020, Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 2021 dan Piala Sudirman 2021.",
"Bagaimanapun, Pearly-Thinaah tumpas dalam ketiga-tiga pertemuan tersebut di tangan Matsuyama-Shida."
] |
https://sukanz.com/202323064/ |
Kelab Cristiano Ronaldo Lantik Jurulatih Baharu Dari Croatia
| [
"Kelab yang sedang disertai oleh Cristiano Ronaldo di Arab Saudi, Al Nassr tampil mengumumkan melantik Dinko Jelicic sebagai ketua jurulatih baharu untuk mengemudi skuad utamanya.",
"Sebelum ini, Dinko yang berusia 49 tahun dan kelahiran Croatia merupakan bekas ketua jurulatih skuad bawah 19 (B-19) Al Nassr. Pengumuman perlantikan Dinko dikongsikan menerusi makluman rasmi oleh pihak kelab, semalam.",
"We can announce that our U19 coach, Mr. Dinko Jelicic will be the new head coach for the first team.",
"Good luck, Mr. Dinko 💛 pic.twitter.com/ty52cRSwDT",
"— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) April 13, 2023",
"Untuk makluman, perlantikan Dinko hadir kira-kira sekitar 20 minit selepas kelab mengumumkan ketua jurulatih terdahulu, Rudi Garcia berpisah dengan Al Nassr dengan persetujuan bersama selepas berkhidmat selama lapan bulan.",
"Sebelum meninggalkan Al Nassr, Rudi sempat mengemudi kelab menghuni tangga kedua Liga Pro Saudi dengan kutipan 53 mata. Mereka hanya dibezakan sebanyak tiga mata sahaja dengan pendahulu liga, Al Ittihad.",
"AlNassr can announce that Head Coach Rudi Garcia has left the Club by mutual agreement.",
"The board and everyone at AlNassr would like to thank Rudi and his staff for their dedicated work during the past 8 months. pic.twitter.com/6wx6p68f6N",
"— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) April 13, 2023"
] |
https://sukanz.com/202322978/ |
Ranking BWF: Tang Jie-Ee Wei Hampiri Kelompok 20 Terbaik Dunia
| [
"Gandingan Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei yang menjuarai saingan Orleans Masters pada Ahad lalu kini semakin menghampiri kelompok 20 pasangan beregu campuran terbaik dunia.",
"Ini selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) melakukan kemaskini terbaru pada hari ini yang menyaksikan kedudukan Tang Jie-Ee Wei meningkat sebanyak empat anak tangga berbanding minggu lalu.",
"Ianya sekaligus meletakkan gandingan pemain berusia 25 dan 22 tahun masing-masing itu di kedudukan ke-22 dunia dengan pungutan 44,513 mata.",
"Kedudukan itu juga mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai beregu campuran No.3 tanah air selepas gandingan Goh Soon Huat-Shevon Jemie (No.8 dunia) dan Tang Kian Meng-Lai Pei Jing (No.13 dunia).",
"Untuk makluman, pungutan mata terbabit hanya dibezakan sebanyak 2,241 mata dan 1,194 mata dengan pasangan No.20 (Tang Chun Man-Tse Ying Suet, Hong Kong) dan No.21 (Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, China) masing-masing.",
"Sebagai rekod, Tang Jie-Ee Wei yang mula bergandingan sejak awal Disember tahun lalu bermula dengan ranking ke-272 dunia sebelum meraih peningkatan demi peningkatan terutamanya selepas muncul naib juara Cabaran Antarabangsa Petronas, menjuarai Cabaran Antarabangsa Bangladesh, Cabaran Antarabangsa Iran Fajr serta Orleans Masters."
] |
https://sukanz.com/202217274/ |
Piala Thomas: Sze Fei-Izzuddin Kalah Buat Kali Keenam Di Tangan Satwiksairaj-Chirag
| [
"Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin terpaksa akur tumpas buat kali keenam di tangan pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty di pentas kejohanan antarabangsa. ",
"Terbaru, Sze Fei-Izzuddin tumpas kepada beregu No.8 dunia ini pada pertarungan kedua antara Malaysia dan India di peringkat suku akhir Piala Thomas 2022, sebentar tadi. ",
"Dalam perlawanan tersebut, beregu negara yang menghuni ranking ke-13 dunia ini tumpas “straight set” dengan skor 19-21 dan 15-21 dalam tempoh masa 41 minit permainan.",
"TotalEnergies BWF Thomas and Uber Cup Finals 2022",
" 🇮🇳Satwiksairaj RANKIREDDY🏅21 21 🇮🇳Chirag SHETTY🏅19 15 🇲🇾Sze Fei GOH 🇲🇾Nur IZZUDDIN",
"🕗 in 41 minutes https://t.co/JDItgTocZC",
"— BWFScore (@BWFScore) May 12, 2022",
"Kekalahan ini membolehkan India meraih mata yang pertama dalam perlawanan ini sekaligus mengikat Malaysia dengan kedudukan 1-1 pada saat ini.",
"Sebagai rekod, dalam tujuh pertemuan secara keseluruhan, gandingan Sze Fei-Izzuddin hanya meraih satu kemenangan sahaja ke atas Satwiksairaj-Chirag. Ianya direkodkan ketika beraksi di kejohanan Terbuka Denmark 2021 yang lalu.",
"Sementara itu, di pertarungan ketiga, perseorangan negara yang menghuni ranking ke-46 dunia, Ng Tze Yong turun berentap dengan pemain No.11 dunia, Kidambi Srikanth."
] |
https://sukanz.com/20206920/ |
Aidil Sharin Sahak: Kedah Adalah Pilihan No.1
| [
"Jurulatih kelahiran Singapura, Aidil Sharin Sahak mengakui didekati wakil Perak The Bos Gaurus bagi mendapatkan khidmatnya untuk saingan musim depan.",
"Bagaimanapun Aidil berpendirian untuk kekal bersama skuad Helang Merah bukan sahaja sehingga tamat musim malah turut memberi bayangan untuk memperbaharui kontraknya.",
"Malah jurulatih berusia 43 tahun ini meletakkan sasaran buat Kedah untuk mengulangi pencapaian musim lalu iaitu mara ke saingan akhir Piala Malaysia sekali lagi, musim ini.",
"“Pengurusan pasukan Perak ada membuat pertanyaan kepada saya namun ia cuma secara lisan dan perkara ini masih lagi diperingkat awal.",
"“Kedah adalah pilihan nombor satu buat saya dan walaupun Perak menunjukkan minat mereka, tetapi buat masa ini hati saya masih lagi bersama Kedah dan masih memiliki kontrak hingga hujung musim ini.",
"“Secara jujurnya saya berazam mahu memberi khidmat terbaik untuk Kedah hingga ke hujung musim ini dan mahu fokus membawa Kedah sekali lagi ke peringkat akhir Piala Malaysia pada musim ini,” katanya seperti dipetik daripada Harian Metro.",
"Untuk rekod, Aidil dilantik sebagai ketua jurulatih Kedah pada penghujung tahun 2018. Musim sulungnya bersama Kedah, dia berjaya mengemudi pasukan berpangkalan di utara semenanjung tanah air itu memenangi Piala FA dan naib juara Piala Malaysia.",
"“Saya masih tetap komited dengan tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) kepada saya buat masa ini.",
"“Apapun, saya mahu fokus dalam memberi khidmat terbaik dari hati saya untuk pasukan Kedah dalam membawa kejayaan buat skuad Lang Merah pada musim ini,” katanya lagi."
] |
https://sukanz.com/202216463/ |
Ranking BWF: Beregu Muda Meningkat 10 Anak Tangga, Vivian-Chiew Sien Sertai Kelompok 40 Terbaik
| [
"Kemaskini ranking terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini memperlihatkan peningkatan ketara terhadap beberapa beregu wanita negara.",
"Peningkatan tersebut diraih hasil daripada penyertaan mereka di dalam saingan Terbuka Swiss – Jelajah Dunia Super 300 BWF – yang tamat pada Ahad lalu.",
"Paling mencuri tumpuan adalah peningkatan 10 anak tangga yang diraih oleh beregu muda berusia 20 tahun masing-masing, Low Yeen Yuan dan Valeree Siow.",
"Walaupun sekadar beraksi sehingga ke peringkat Pusingan 16, ianya sudah memadai untuk melonjakkan mereka ke ranking ke–82 dunia, pada minggu ini.",
"Sementara itu, Teoh Mei Xing-Anna Cheong yang mara ke peringkat suku akhir pula merekodkan peningkatan sebanyak 11 anak tangga menjadikan mereka menghuni ranking ke-69 dunia pada ketika ini.",
"Manakala beregu wanita bebas (independent) negara, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien yang mempamerkan prestasi memberangsangkan sehingga berjaya mara ke peringkat separuh akhir saingan Terbuka Swiss pula berhasil melonjak empat anak tangga dan membolehkan menghuni kelompok ranking 40 terbaik dunia buat pertama kali.",
"Sementara itu, tiada sebarang perubahan ranking dikesan terhadap gandingan wanita utama negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan dimana mereka kekal sebagai beregu No.13 dunia.",
"Featured Image: Swiss Open & Badminton Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202322890/ |
PFAM, ADMC Meterai MoU – Sedia Akses Rawatan Rehabilitasi Kepada Pemain
| [
"Kini para pemain bola sepak khususnya ahli Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) mendapat akses kepada penjagaan sukan perubatan bertaraf dunia, teknologi termaju, latihan dan sokongan khusus sambil meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perubatan sukan dan pemulihan untuk atlet di Ara Damansara Medical Centre (ADMC).",
"Akses ini hadir selepas PFAM dan ADMC menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan objektif mewujudkan program perubatan dan pemulihan sukan yang komprehensif memenuhi keperluan unik pemain bola sepak Malaysia – dengan tumpuan kepada pencegahan kecederaan, prestasi optimum, kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan.",
"Majlis menandatangani MoU itu diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PFAM, Izham Ismail dan CEO ADMC, Miranda Harumal yang berlangsung di Ara Damansara Medical Centre, pagi tadi.",
"Difahamkan PFAM menggerakkan inisiatif ini bagi membantu para pemain bola sepak profesional untuk mendapatkan rawatan kecederaan sukan yang betul dan selamat melalui rawatan rehabilitasi.",
"Selain itu, kerjasama ini bertujuan untuk membangunkan inisiatif dan dasar bersama yang berkaitan dengan perubatan dan pemulihan sukan, menggalakkan penyelidikan dan inovasi dalam bidang ini, meningkatkan kesihatan mental dan kesejahteraan pemain bola sepak terutamanya untuk pemain muda dan wanita."
] |
https://sukanz.com/202215347/ |
Bekas Penyerang Liga Israel Barisi Bahagian Serangan Kelantan United 2022
| [
"Pasukan Liga Premier, Kelantan United FC menambahkan kekuatan barisan serangannya pada musim ini dengan menandatangani bekas penyerang yang beraksi dalam saingan Liga Israel, Jacob Njoku.",
"Pemain berusia 24 tahun kelahiran Lagos, Nigeria ini diperkenalkan secara rasmi oleh skuad The Green Deer menerusi satu makluman di pelbagai platform media sosialnya, semalam.",
"Posisi dominan Jacob adalah penyerang kedua namun pemain yang beraksi di pelbagai kelab divisyen dua Liga Israel sejak 2016 ini turut mampu beraksi sebagai sayap kiri dan kanan.",
"Selain daripada beraksi di Israel, penyerang berketinggian 1.77 meter ini turut mempunyai pengalaman beraksi di Georgia, Mesir dan terakhir, Bahrain bersama Al Shabab FC.",
"Untuk makluman semua, Jacob menjadi pemain import ketiga yang akan membarisi skuad Kelantan United bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.",
"Terdahulu, skuad yang dibimbing oleh Syamsul Saad ini mengekalkan khidmat dua pemain import Jepun musim lalu iaitu Masashi Motoyama dan Shukei Fukai yang merupakan pemain tengah dan pertahanan masing-masing.",
"Featured Image: Kelantan United FC"
] |
https://sukanz.com/202112112/ |
George Russell: Tahun Depan Saya Pelumba F1 Mercedes
| [
"Pelumba muda British, George Russell mengesahkan dirinya akan menyertai pasukan Mercedes-AMG Petronas dalam saingan Formula 1 (F1) bermula tahun 2022.",
"Ini bermakna, pelumba berusia 23 tahun ini akan menjadi rakan sepasukan kepada juara tujuh kali yang juga merupakan seorang pelumba British, Lewis Hamilton.",
"Baca: Hamilton Menangi Kejuaraan Ketujuh F1, Menyamai Rekod Michael Schumacher",
"Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelumba Williams Racing sejak 2019 hingga 2021 ini menerusi pelbagai platform laman sosialnya, hari ini.",
"Sementara itu, pasukan Mercedes-AMG Petronas turut mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan kemasukan pelumba yang pernah menyertai Mercedes Young Driver Programme ke pasukan mereka, sebentar tadi.",
"Difahamkan, Russell menyertai pasukan Mercedes dengan kontrak jangka masa panjang setelah Valtteri Bottas, 32 tahun, mengumumkan menyertai Alfa Romeo Racing setelah lima musim berlumba bersama Mercedes.",
"Bottas menyertai Alfa Romeo Racing bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pelumba senegaranya, Kimi Raikkonen yang mengumumkan persaraan apabila tamatnya saingan F1 penghujung musim ini.",
"Baca: Selepas 20 Tahun Berlumba, Kimi Raikkonen Umum Persaraan Hujung Musim Ini"
] |
https://sukanz.com/202110346/ |
Sebarang ‘Friendly Match’ Tidak Dibenarkan Ketika PKP 1 – 14 Jun
| [
"Pasukan bola sepak yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang perlawanan persahabatan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 hingga 14 jun.",
"Bagaimanapun, sesi latihan bagi pasukan-pasukan masih boleh diteruskan dengan menggunakan kaedah ‘Camp Based Training’ sepertimana mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).",
"Selain daripada perlawanan persahabatan, pergerakan merentas daerah dan negeri turut tidak dibenarkan kepada mana-mana pasukan.",
"Sehubungan itu, penganjur bola sepak domestik, Malaysian Football League (MFL) menggesa setiap pasukan memberikan kerjasama dengan mematuhi SOP yang telah digariskan. ",
"MFL turut mengingatkan, sebarang kecuaian atau pelanggaran SOP oleh mana-mana pasukan akan menyebabkan mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).",
"Setakat ini, lima pasukan iaitu Kedah Darul Aman, Terengganu, UiTM dan PDRM FC serta Terengganu FC II sudah mendapat kelulusan MFL untuk mengadakan latihan mengikut kaedah ‘Camp-Based Training’.",
"Featured Image: Kedah Darul Aman"
] |
https://sukanz.com/20206946/ |
Dominic Diberikan Nombor Kegemaran, No.3 Bersama Police Tero FC
| [
"Pertahanan muda Malaysia, Dominic Tan telah diberikan jersi dengan nombor kegemarannya iaitu nombor 3 bersama pasukan Police Tero FC.",
"Pada awalnya, pertahanan berusia 23 tahun itu diberikan nombor 30 ketika menyertai pasukan secara tetap, pada hujung tahun lalu.",
"3️⃣0️⃣ ➡️ 3️⃣New season, new jersey number untuk @dominictann di Police Tero FC! Bila dapat no. favourite aura dia lain sikit bila main. 😁 Goodluck Dom, buat yang terbaik & fight untuk tempat nanti. 💪🏻 #ThaiLeague #sTayMindful #staysafe #newnormal #RMCO #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/XYZyL7w0fu",
"Sebelum itu, Dominic bermain bersama mereka secara pinjaman daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) semasa musim 2019.",
"Perkara itu disedari apabila Police Tero mengemaskini senarai penuh pemain-pemain mereka untuk mengharungi baki saingan liga yang akan bersambung kembali pada 12 september ini.",
"Malah Dominic dilihat telah menyarung jersi bernombor 13 dalam beberapa sesi latihan yang diadakan sebelum ini.",
"Turut kelihatan dalam senarai itu adalah pemain baharu mereka iaitu Mohamadou Sumareh yang juga penyerang naturalisasi skuad kebangsaan.",
"Khidmat Sumareh telah diumumkan secara rasmi oleh Police Tero pada isnin lalu dan pemain kelahiran Gambia itu diberikan jersi bernombor 13.",
"Featured Image: Police Tero FC"
] |
https://sukanz.com/202218255/ |
Juara Europa 2020-21, Villarreal CF Buka Akademi Bola Sepak Di Kuala Lumpur
| [
"Kelab berpangkalan di Sepanyol yang menjuarai saingan Liga Europa 2020-21, Villarreal CF memaklumkan membuka sebuah akademi bola sepak yang baharu bertempat di ibu negara kita, Kuala Lumpur.",
"Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan, Akademi Villarreal Malaysia akan memulakan operasinya secara rasmi pada Ogos nanti dimana ia akan memfokuskan kepada penyertaan pemain dari umur 3 hingga 21 tahun.",
"Welcome to the Villarreal family, Villarreal Malaysia Academy 🇲🇾!",
"— Villarreal CF English (@VillarrealCFen) July 4, 2022",
"Pemain yang menyertai akademi ini bukan sahaja dapat berlatih di bawah metodologi kelab yang beraksi dalam kancah La Liga ini. Bahkan, para pemain turut berpeluang terbang ke Sepanyol untuk berlatih disana dan beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan Akademi Villarreal CF.",
"Untuk makluman semua, pembukaan Akademi Villarreal Malaysia ini sebahagian daripada projek pengembangan antarabangsa oleh Akademi Villarreal.",
"Setakat ini, mereka mempunyai lebih 20 akademi yang beroperasi di luar daripada Sepanyol di seluruh dunia. Antaranya di Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Australia, Republik Korea, Israel, Argentina, Andorra, Bolivia dan Malaysia."
] |
https://sukanz.com/202221222/ |
Ranking BWF: Fajar-Rian Rampas ‘Takhta’ Beregu Lelaki No.1 Dunia
| [
"Beregu Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi dapat mempertahankan status selaku beregu lelaki No.1 dunia selama 14 minggu berturut-turut sahaja sebelum ‘takhta’ itu jatuh ke tangan pasangan lain.",
"Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, status beregu lelaki No.1 dunia itu menjadi milik gandingan yang sedang meningkat naik dari negara jiran tetangga, Indonesia iaitu Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto.",
"Untuk makluman, ini merupakan kali pertama dalam karier pemain berusia 27 dan 26 tahun masing-masing ini menjejakkan kaki di ranking pertama dunia.",
"Faktor terbesar yang dapat dikesan menyumbang kepada Fajar-Rian menghuni ranking No.1 dunia ini adalah kejayaan mereka mara dalam lapan perlawanan akhir kejohanan Jelajah Dunia sepanjang 2022 ini.",
"Daripada lapan perlawanan terbabit, empat daripadanya berakhir dengan gelaran juara yang terdiri daripada kejohanan Terbuka Swiss (Super 300), Indonesia Masters (Super 750), Malaysia Masters (Super 500) dan Terbuka Denmark (Super 750).",
"Kesemua itu telah memberikan mata yang lumayan buat Fajar-Rian. Kini, mereka mengumpul 88,655 mata secara keseluruhan pada minggu terakhir bagi tahun 2022.",
"Sementara itu, gandingan Hoki-Kobayashi pula berada di tangga kedua dan diikuti dengan sepasang lagi beregu Indonesia, Hendra Setiawan dan Mohammad Ahsan di tempat ketiga.",
"Featured Image: Jerry Lee & Emman Flavier / Badminton Asia"
] |
https://sukanz.com/202323009/ |
‘5 Kali Kalah Tukar Jurulatih’ – Terma Dalam Kontrak Kelantan FC
| [
"Pasukan berpangkalan di pantai timur, Kelantan FC akan menukar ketua jurulatihnya sekali lagi sekiranya pengendali sedia ada, Frank Bernhardt mencatatkan lima kekalahan.",
"Norizam Tukiman merangkap pemilik skuad berjulukan The Red Warriors (TRW) itu mendedahkan perkara berkenaan dalam temu bual eksklusif yang disiarkan Astro Arena, semalam.",
"Jelas ahli perniagaan dan pelaburan yang turut dikenali sebagai Zamsaham, terma mengenai penukaran jurulatih sekiranya mengalami lima kekalahan itu telah terkandung di dalam kontrak pengendali kelahiran Jerman terbabit bersama Kelantan.",
"“Frank Bernhardt, I tahu you punya performance dekat UiTM FC, you are professional coach, saya bagitahu this our KPI (key performance indicator), this is our target, I harap you capaikan,”",
"“So macam kita bagitahu, kalau you tak capai, kita terpaksa tukar, normal.”",
"“Takkan tak capai saya buat bodoh lagi untuk tunggu sampai habis match dan sebagainya,” ",
"“So kita bagi dia peluang tapi kalau dia dah kalah sampai lima kali match, dalam kontrak dah tertulis, kau kalah lima kali match, kita terpaksa tukar,”",
"“Yes (dah ada persetujuan) lima kali match,” ujarnya menjawab soalan yang dikemukakan oleh hos samada Frank yang dilantik pada Ahad lalu akan kekal sehingga ke penghujung musim atau tidak. ",
"Difahamkan, Norizam berbuat demikian bagi mengelakkan kemarahan para penyokong dengan menaikkan kain rentang serta sepanduk dengan kata-kata kecaman terhadapnya. Situasi ini sedang dihadapinya selepas Kelantan hanya melakar satu kemenangan daripada lapan perlawanan Liga Super musim ini.",
"Untuk makluman, Frank hanya menggalas tugas sebagai Pengarah Teknikal Kelantan sekitar dua minggu sahaja sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih skuad TRW baharu menggantikan Choi Moon-sik yang direhatkan.",
"Sepertimana sedia maklum, perlawanan pertama yang dikendalikan Frank ketika bertemu Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Ahad lalu berakhir dengan kekalahan 0-3 hasil jaringan Ayron del Valle dan gol berganda daripada Rauf Salifu."
] |
https://sukanz.com/202218605/ |
World Athletics Akan Perkenalkan Pusingan ‘Repechage’ Dalam Acara Balapan Sukan Olimpik Paris 2024
| [
"Badan induk bagi acara balapan dan padang, World Athletics memaklumkan akan memperkenalkan pusingan ‘repechage’ dalam kesemua acara individu di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.",
"Menerusi satu makluman rasmi yang dikeluarkan badan terbabit pada hari ini, format saingan yang disertakan dengan pusingan ‘repechage’ ini akan diterapkan bermula acara berjarak 200 meter (m) hingga 1500m termasuk acara berpagar.",
"Format baharu ini menyaksikan mana-mana atlet yang terkandas di pusingan pertama akan diberikan peluang kedua untuk mara ke pusingan separuh akhir dengan mengambil bahagian di pusingan ‘repechage’. ",
"The World Athletics Council approves an innovation to the regular competition format for @Paris2024, introducing a repechage round to all individual track events from 200m to 1500m in distance, including the hurdles events 👇",
"— World Athletics (@WorldAthletics) July 25, 2022",
"Perkembangan ini menjadikan sebarang acara balapan dengan format baharu ini akan mempunyai empat pusingan – pusingan pertama, pusingan ‘repechage’, pusingan separuh akhir dan pusingan akhir.",
"Sebagai perbandingan, format lama hanya merangkumi tiga pusingan sahaja iaitu pusingan pertama, pusingan separuh akhir dan akhir.",
"Sementara itu, bagi acara pecut 100m, ianya sudah mempunyai pusingan saringan sebelum daripada pusingan pertama. Justeru, pusingan ‘repechage’ tidak akan diperkenalkan dalam acara ini."
] |
https://sukanz.com/202220213/ |
Terbuka Denmark: Tiga Wakil Negara ‘Tumbang’ Di Pusingan 32
| [
"Saingan hari pertama kejohanan Terbuka Denmark 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF – yang menutup tirainya awal pagi tadi waktu Malaysia menyaksikan tiga wakil negara yang mengambil bahagian terkandas seawal di Pusingan 32.",
"Wakil pertama yang terkeluar daripada saingan ini adalah beregu campuran, Chan Peng Soon dan Cheah Yee See setelah tumpas kepada wakil China, Feng Yan Zhe dan Huang Dong Ping.",
"Perlawanan tersebut memperlihatkan Peng Soon-Yee See tumpas dengan secara “straight set” dengan skor 16-21 dan 17-21 dalam tempoh masa 42 minit permainan.",
"Denmark Open 2022 presented by VICTORXD – Round of 32 🇨🇳Yan Zhe FENG🏅21 21 🇨🇳Dong Ping HUANG🏅16 17 🇲🇾Peng Soon CHAN 🇲🇾Yee See CHEAH",
"🕗 in 42 minutes https://t.co/d7CC9C7xoR",
"— BWFScore (@BWFScore) October 18, 2022",
"Seterusnya, wakil yang turut mengikuti jejak langkah Peng Soon-Yee See tumbang di pusingan awal ini adalah beregu lelaki No.3 negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin.",
"Mereka turun beraksi menentang wakil Taiwan, Lee Yang dan Lu Chen dan merekodkan kekalahan juga secara “straight set” dengan skor 18-21 dan 14-21 dalam tempoh 38 minit permainan.",
"Denmark Open 2022 presented by VICTORMD – Round of 32 Yang LEE🏅21 21 Chen LU🏅18 14 🇲🇾Sze Fei GOH 🇲🇾Nur IZZUDDIN",
"🕗 in 38 minutes https://t.co/y2VtCdibii",
"— BWFScore (@BWFScore) October 18, 2022",
"Akhir sekali, satu lagi beregu lelaki merangkap pasangan bebas (independent), Tan Kian Meng dan Tan Wee Kiong mengalami nasib yang sama ekoran tumpas kepada Choi Sol-gyu dan Kim Won-ho.",
"Pertembungan ini berlangsung dalam tempoh yang menghampiri satu jam permainan dan pasangan Korea itu berhasil merekodkan kemenangan menerusi tiga set yang berkesudahan dengan skor 13-21, 21-19 dan 13-21.",
"Denmark Open 2022 presented by VICTORMD – Round of 32 🇰🇷Sol Gyu CHOI🏅21 19 21 🇰🇷Won Ho KIM🏅13 21 13 🇲🇾Kian Meng TAN 🇲🇾Wee Kiong TAN",
"🕗 in 58 minutes https://t.co/fQvZV3Z5AA",
"— BWFScore (@BWFScore) October 18, 2022",
"Sementara itu, tiga lagi wakil negara yang beraksi semalam, Pearly Tan-Thinaah Muralitharan, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Lee Zii Jia berhasil meloloskan diri ke peringkat seterusnya iaitu Pusingan 16. "
] |
https://sukanz.com/202321683/ |
SPOTV Siar Semua Perlawanan Piala Dunia Kelab FIFA 2022
| [
"Perebutan Piala Dunia Kelab FIFA 2022 dapat disaksikan oleh para peminat bola sepak tempatan melalui saluran SPOTV.",
"“SPOTV berbangga untuk mengumumkan bahawa bermula 2-12 Februari 2023 ini, saluran ini akan menyiarkan FIFA Club World Cup 2022,” tulisnya dalam satu kenyataan.",
"The #ClubWC is underway!@AlAhly 🆚 @AucklandCity_FC",
"— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) February 1, 2023",
"Sebanyak tujuh pasukan berentap dalam kejohanan kali ini yang terdiri daripada Real Madrid (Sepanyol | UEFA), Al Ahly (Mesir | CAF), Auckland City FC (New Zealand | OFC), Wydad AC (Maghribi | Hos), Seattle Saounders FC (Amerika Syarikat | CONCACAF), Flamengo (Brazil | CONMEBOL) dan Al Hilal (Arab Saudi | AFC). ",
"Untuk makluman semua, ianya dilangsungkan di Maghribi pada tahun ini.",
"Dimaklumkan, kesemua tujuh perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di saluran SPOTV serta aplikasi penstriman miliknya, SPOTV NOW.",
"Sebagai tambahan, peminat bola sepak di Malaysia boleh mengakses saluran SPOTV melalui Astro dan Unifi TV."
] |
https://sukanz.com/202113800/ |
Selamat Tinggal Karsten, Selangor Lantik Michael Sebagai Ketua Jurulatih Baharu
| [
"Hanya satu musim sahaja khidmat jurulatih kelahiran Jerman, Karsten Neitzel digunakan oleh pasukan berpangkalan di Lembah Klang iaitu Selangor FC selaku ketua jurulatih mereka.",
"Menerusi satu makluman terkini, Selangor atau dikenali sebagai Red Giants mengumumkan melantik Pengarah Sukannya, Michael Feichtenbeiner sebagai ketua jurulatih skuad utama yang baharu untuk mengharungi saingan Liga Malaysia musim hadapan.",
"Difahamkan, Michael dipilih kerana pihak pengurusan telah melihat kemampuan yang ditunjukkannya ketika menjawat jawatan selaku ketua jurulatih sementara (interim) pada penghujung musim 2020.",
"Michael memperkenalkan pasukan yang terdiri daripada adunan pemain muda dan pemain senior, bermain dengan ‘high pressing’ dan transisi yang pantas. Ini selari dengan visi kelab yang mahu membina pasukan yang kuat di masa hadapan.",
"Untuk makluman semua, selain daripada Pengarah Sukan, Michael juga telah berperanan sebagai ketua jurulatih pasukan simpanan, Selangor 2 sejak tahun 2020."
] |
https://sukanz.com/202216377/ |
Terbuka Swiss: Gandingan Vivian-Chiew Sien Mara Ke Separuh Akhir Buat Pertama Kali
| [
"Beregu wanita bebas (independent), Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien berhasil mara ke peringkat separuh akhir buat pertama kali di dalam mana-mana kejohanan antarabangsa sejak bergandingan bersama bermula Oktober tahun lalu.",
"Kemaraan itu diraih di saingan Terbuka Swiss 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF – selepas berhasil menumpaskan beregu India, Ashwini Ponnappa dan N. Sikki Reddy di peringkat suku akhir, sebentar tadi.",
"YONEX Swiss Open 2022WD – Quarter final 🇲🇾Vivian HOO🏅22 23 🇲🇾Chiew Sien LIM🏅20 21 🇮🇳Ashwini PONNAPPA 🇮🇳N. Sikki REDDY",
"🕗 in 55 minutes https://t.co/lP4SM5uzsB",
"— BWFScore (@BWFScore) March 25, 2022",
"Vivian-Chiew Sien yang menghuni ranking ke-44 dunia itu menyingkirkan lawannya yang menduduki tangga ke-20 dunia secara ‘straight set’ dengan skor 22-20 dan 23-21 dalam tempoh masa yang menghampiri satu jam permainan.",
"Untuk rekod, ini merupakan pertarungan sulung yang melibatkan kedua-dua beregu dari Malaysia dan India masing-masing ini.",
"Sementara itu, Vivian-Chiew Sien yang mara ke peringkat separuh akhir bakal berhadapan dengan cabaran yang sengit kelak. Ini kerana mereka bakal bertemu dengan beregu Bulgaria yang merupakan pasangan No.9 dunia, Gabriela Stoeva dan Stefani Stoeva.",
"Featured Image: Badminton Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202113432/ |
Ranking BWF: Semi-finalis Cabaran Belgium, Wei Chong-Kai Wun Tembusi Kelompok 100 Terbaik
| [
"Beregu badminton lelaki muda negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun berjaya menembusi kelompok ranking 100 terbaik dunia setelah mara ke peringkat separuh akhir Cabaran Antarabangsa Belgium 2021, minggu lalu.",
"Menerusi kemaskini ranking yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Wei Chong-Kai Wun kini menghuni ranking ke-93 dunia.",
"Kedudukan ke-93 itu merupakan lonjakan sebanyak sembilan anak tangga berbanding kedudukan mereka pada minggu lalu iaitu ke-102.",
"Untuk makluman semua, kedudukan ini merupakan yang terbaik pernah digapai oleh pasangan yang berusia 22 dan 21 tahun masing-masing ini.",
"Sementara itu, pasangan beregu lelaki bebas (independent players), Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi yang mara ke peringkat suku akhir Terbuka Perancis berhasil meningkatkan kedudukan mereka menduduki tangga ke-15 dunia.",
"Akhir sekali, pasangan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak merekodkan sebarang perubahan dan kekal di kedudukan ke-8 dunia buat masa ini.",
"Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202217449/ |
Terbuka Thailand: Sze Fei-Izzuddin Hadapi Juara Dunia, Takuro-Yugo Sekali Lagi
| [
"Beregu badminton lelaki No.3 negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin akan berhadapan dengan pasangan Jepun merangakap juara Kejohanan Dunia 2021, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi sekali lagi dalam saingan Terbuka Thailand 2022.",
"Sze Fei-Izzuddin yang menghuni ranking ke-12 dunia baru sahaja berhadapan dan merekodkan kemenangan ke atas pasangan No.3 dunia ini dalam saingan Piala Thomas, pada minggu lalu.",
"Kali ini, Sze Fei-Izzuddin akan bertemu Takuro-Yugo di peringkat suku akhir bagi merebut kemaraan ke peringkat separuh akhir kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 500 BWF. Pertembungan antara kedua-dua pasangan ini dijadualkan berlangsung sekitar 6.25 petang nanti waktu Malaysia.",
"GR TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2022MD – Round of 16 🇲🇾Sze Fei GOH🏅21 21 🇲🇾Nur IZZUDDIN🏅16 11 🇫🇷Christo POPOV 🇫🇷Toma Junior POPOV",
"🕗 in 31 minutes https://t.co/NRCUAUrCg6",
"— BWFScore (@BWFScore) May 19, 2022",
"Untuk makluman semua, Sze Fei-Izzuddin berhasil menempah kemaraan ke peringkat suku akhir dengan menumpaskan pasangan adik beradik Popov dari Perancis secara “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-11 dalam tempoh sekitar setengah jam permainan, semalam.",
"Manakala, Takuro-Yugo pula mara selepas menyingkirkan beregu dari negara tembok besar, China iaitu Liang Wei Keng dan Wang Chang dengan keputusan 21-13, 19-21 dan 21-13 dalam pertarungan yang berlangsung hampir satu jam.",
"GR TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2022MD – Round of 16 🇯🇵Takuro HOKI🏅21 19 21 🇯🇵Yugo KOBAYASHI🏅13 21 13 🇨🇳Wei Keng LIANG 🇨🇳Chang WANG",
"🕗 in 50 minutes https://t.co/gAvNpkj1R6",
"— BWFScore (@BWFScore) May 19, 2022",
"Sebagai rekod, Sze Fei-Izzuddin sudah bertemu Takuro-Yugo sebanyak tiga kali sebelum ini. Kemenangan yang dicatat pada minggu lalu merupakan kemenangan sulung Sze Fei-Izzuddin ke atas pasangan dari negara matahari terbit ini.",
"Sekiranya Sze Fei-Izzuddin merekodkan satu lagi kemenangan ini, mereka akan dapat menyeimbangkan rekod pertemuan menentang Takuro-Yugo ini menjadi dua kemenangan dan dua kekalahan."
] |
https://sukanz.com/202324920/ |
Terbuka Taipei: Pang Ron-Mei Xing Catat Kemaraan Kedua Ke Pusingan 16 Super 300 Tahun Ini
| [
"Gandingan campuran negara, Hoo Pang Ron dan Teoh Mei Xing lolos ke Pusingan 16 Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300 buat kali kedua tahun ini selepas menewaskan wakil tuan rumah, Lee Feng-Chih dan Sun Wei Peng di Pusingan 32 Terbuka Taipei, hari ini. ",
"Dalam pertarungan sulung melibatkan kedua-dua beregu tersebut, beregu negara tidak mempunyai masalah untuk menewaskan pasangan Chinese Taipei itu secara “straight set” dengan keputusan 21-13 dan 21-11 di Arena Tian-Mu selama 21 minit. ",
"Kemenangan tersebut sekaligus menjadi kemaraan kedua Pang Ron-Mei Xing ke Pusingan 16 daripada tiga kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300 disertai mereka tahun ini. Mereka turut mara ke Pusingan 16 di Orleans Masters pada April lalu.",
"YONEX Taipei Open 2023XD – R32 🇲🇾HOO Pang Ron🏅21 21 🇲🇾TEOH Mei Xing🏅 Fang-Chih LEE13 11 SUN Wen Pei",
"— BWFScore (@BWFScore) June 21, 2023",
"Pasangan yang kini berada di tangga ke-41 dunia itu akan bertemu gandingan Republik Korea, Kim Young Hyuk dan Lee Yu Lim buat kali pertama di peringkat seterusnya.",
"Untuk makluman, Kim Young-hyuk dan Lee Yu-lim telah menewaskan rakan senegara, Wang Chan dan Shin Seung-chan di Pusingan 32 dengan keputusan “straight set” 21-14 dan 21-15. ",
"Terdahulu, Pang Ron-Mei Xing telah menjuarai Cabaran Antarabangsa Maldives setelah menewaskan pasangan Amerika Syarikat, Vinson Chiu dan Jennie Gai secara “straight set” dengan keputusan 21-13 dan 21-18. ",
"Featured Image: Badminton Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202111468/ |
Olimpik 2020: Dhabitah Raih Kedudukan Ke-4 Acara Terjun 3m Papan Anjal
| [
"Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri menamatkan saingan akhir acara terjun 3 meter papan anjal di tempat keempat dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.",
"Dhabitah, 22 tahun, berjaya menduduki tangga keempat selepas memberikan aksi yang konsisten dalam kelima-lima terjunan sekaligus mengumpul 326.15 mata secara keseluruhan.",
"Bagaimanapun, kutipan mata tersebut masih tidak melayakkannya untuk mengutip sekurang-kurangnya pingat gangsa pada penampilan keduanya di temasya Olimpik kali ini.",
"Terjun – 3 Meter Papan Anjal Wanita – FinalKedudukan akhir:4. 🇲🇾 Nur Dhabitah Sabri (326.15)Anda telah memberikan yang terbaik, Bitah. Kami rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih kerana mengharumkan nama Malaysia! 💪#Diving#Tokyo2020#SokongMalaysia pic.twitter.com/MnVGhT1zZS",
"Pemenang pingat emas dan perak bagi acara ini adalah penerjun China iaitu Shi Tingmao dan Wang Han yang masing-masing mengutip 383.50 dan 348.75 mata.",
"Manakala pemenang pingat gangsa adalah penerjun Amerika Syarikat, Krysta Palmer dengan kutipan mata 343.75 secara keseluruhan.",
"Untuk makluman semua, ini merupakan pencapaian terbaik buat Dhabitah sejak menyertai Sukan Olimpik Rio 2016."
] |
https://sukanz.com/202112047/ |
Paralimpik 2020: Abdul Latif Romly Pertahan Pingat Emas Lompat Jauh T20
| [
"Atlet para negara, Abdul Latif Romly menepati sasaran memenangi pingat emas dalam acara lompat jauh kategori T20 pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.",
"Kemenangan ini bermakna Latif berjaya mempertahankan emas yang dimenanginya dalam acara yang sama pada temasya edisi yang lalu, Sukan Paralimpik Rio 2016.",
"Latif yang berusia 24 tahun dan berasal Kampung Paya Kelubi, Kangar ini berjaya membawa pulang pingat emas setelah merekodkan lompatan terbaiknya sejauh 7.45 meter (m) pada percubaan ke-2 pada hari ini.",
"RASMI: EMAS KETIGA BUAT MALAYSIA!Abdul Latif Romly sekali lagi memenangi pingat emas di pentas Sukan Paralimpik dengan catatan 7.45 untuk lompat jauh lelaki kelas T20.Syabas Latif! #Gold#Athletics#Paralympics #SokongMalaysia pic.twitter.com/ARPnPrPu4E",
"Pencabar terdekatnya adalah atlet Greece, Athanasios Prodromou yang merekodkan lompatan terbaik sejauh 7.17m dan membawa pulang pingat perak.",
"Manakala wakil Australia, Nicholas Hum yang mencatatkan lompatan terbaiknya sejauh 7.12m membawa pingat gangsa daripada acara ini.",
"Untuk pengetahuan semua, selain memenangi dua pingat emas Sukan Paralimpik, Latif merupakan juara dunia sebanyak dua kali serta pemenang pingat emas Sukan Para Asia 2018.",
"Abdul Latif Romly, juara dunia lompat jauh T20Tahniah👏👏👏#TerbangLatifTerbang pic.twitter.com/sbvt30Fq3U",
"Kejayaan Latif membolehkan Kontinjen Malaysia mengumpul lima butir pingat secara keseluruhan.",
"Baca: Bonnie Sumbang Emas Pertama Negara & Pecah Rekod Temasya",
"Baca: ‘Invincible’ Liek Hou Sumbang Pingat Emas Ke-2 Untuk Malaysia",
"Tiga daripadanya merupakan kilauan emas dimana dua pingat tersebut hasil sumbangan Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting) dan Cheah Liek Hou (badminton). ",
"Manakala dua pingat perak pula diperolehi oleh Jong Yee Khie (powerlifting) dan Chew Wei Lun (boccia).",
"Featured Image: World Para Athletics"
] |
https://sukanz.com/20219209/ |
Alex Goncalves, Manuel Ott Telah Tiba di Melaka, Stefan Nikolic Sedang Dalam Proses
| [
"Senarai lima pemain import Melaka United FC dilihat hampir lengkap dalam usahanya menyediakan pasukan untuk mengharungi saingan Liga Super 2021 yang akan bermula pada awal mac hadapan.",
"Skuad Hang Tuah telah mengekalkan dua pemain import musim lalu iaitu pertahanan Jang Suk-won dan pemain tengah menyerang Sonny Norde. ",
"Ini menjadikan Melaka United hanya memburu tiga pemain import baharu bagi menggantikan Uche Agba, Romel Morales dan Naruphon Putsorn yang dilepaskan pada tahun lalu.",
"Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri, beliau memaklumkan telah mendapatkan khidmat pemain tengah skuad kebangsaan Filipina, Manuel Ott dan penyerang Brazil, Alex dos Santos Goncalves.",
"“Yang sudah sampai (di Melaka) Manuel Ott dari Filipina yang masih bermain (bersama) skuad kebangsaan,”",
"“Kita telah menandatangani seorang pemain dari Brazil iaitu Alex dos Santos Goncalves, penyerang yang beraksi dalam saingan Liga Indonesia dan (merupakan) penjaring ketiga terbanyak (pada musim 2019).” katanya ketika dihubungi Sukanz, hari ini.",
"Baca: Kenali Alex Gonçalves Peledak Yang Dikaitkan Dengan Penghijrahan Ke Liga Malaysia",
"Untuk baki seorang lagi pemain import, sebelum daripada ini Melaka United dikhabarkan akan mengikat penyerang Croatia iaitu Ivan Lendric namun ianya tidak kesampaian. Disebabkan hal itu, nama bekas penyerang mereka pada musim 2017 iaitu Marko Simic menjadi pilihan alternatif mereka untuk mengisi posisi penyerang.",
"Bagaimanapun, Simic yang kini bersama Persija Jakarta juga tidak dapat dibawa ke Melaka dan Saiful memaklumkan mereka sedang dalam proses menguruskan kemasukan penyerang Montenegro yang berusia 30 tahun, Stefan Nikolic.",
"“Kita akan mendapat khidmat (seorang) penyerang juga iaitu Stefan Nikolic, kita mengharapkan dia akan sampai sebelum kita pergi (mengharungi) perlawanan persahabatan di Johor pada 13hb.” tambahnya lagi.",
"Untuk makluman, perlawanan persahabatan tersebut merupakan sebahagian daripada aksi kejohanan lima penjuru yang membabitkan pasukan Johor Darul Tazim (JDT), Terengganu FC, Sri Pahang dan Kuching City.",
"Ianya akan diadakan dengan format liga satu pusingan (single round robin)."
] |
https://sukanz.com/20206482/ |
Moto2: Selepas Kemalangan Ngeri, Hafizh Terpaksa Bertongkat
| [
"Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin terpaksa menggunakan axillary crutches atau topang ketiak bagi membantunya untuk bergerak selepas daripada terlibat dalam kemalangan ngeri.",
"Pelumba berusia 26 tahun itu terlibat dalam satu kemalangan merempuh jentera milik Enea Bastianini yang tersadai di tengah-tengah trek ekoran tergelincir dalam perlumbaan GP Austria di Litar Red Bull Ring, semalam.",
"Dalam insiden tersebut, Hafizh yang merempuh dengan kelajuan tinggi melambung dan terseret di atas litar. Manakala jentera miliknya hancur berkecai. ",
"Pegawai perubatan segera mendapatkan pelumba Aspar Team itu untuk memberikan rawatan awal sebelum di bawa ke pusat perubatan untuk pemeriksaan.",
"Hasil pemeriksaan Hafizh didapati tidak mengalami sebarang kecederaan serius melibatkan patah tulang atau kecederaan pada organ dalaman namun dia tidak mampu untuk berjalan sendiri buat masa ini.",
"Walaupun perlukan masa untuk kembali sembuh sepenuhnya, semangat Hafizh masih berkobar-kobar untuk terlibat dalam perlumbaan seterusnya iaitu GP Styria, hujung minggu ini.",
"“Saya gembira apabila tiada kecederaan besar di badan saya, tetapi kemalangan itu sangat teruk. Saya masih merasa sakit pada kedua-dua belah kaki terutamanya kaki kiri.",
"“Pada masa ini, saya menggunakan topang ketiak untuk membantu pergerakan dan saya berdoa agar pulih secepat mungkin, saya juga berharap dapat menyertai perlumbaan hujung minggu ini (GP Styrian),” katanya dipetik daripada Bernama.",
"Sementara itu, pelumba Italtrans Racing Team, Bastianini telah meminta maaf atas kemalangan yang menimpa Hafizh. Dia mengharapkan Hafizh pulih segera yang mungkin dan tidak sabar menantikan perlumbaan seterusnya.",
"Sono molto dispiaciuto per quanto accaduto. Faccio i migliori auguri di buona guarigione a Syahrin. È difficile trovare le parole giuste ma restiamo speranzosi e guardiamo alla prossima gara."
] |
https://sukanz.com/20206746/ |
VIDEO: JDT Mudah Ratah Tok Gajah, Ramadhan Jaring Gol Debut
| [
"Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mudah menumpaskan pasukan Pahang dengan keputusan 3-2 dalam satu perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.",
"Seawal minit ke-5 lagi, skuad Harimau Selatan berhasil meletakkan diri 1-0 di hadapan menerusi sepakan percuma Leandro Velazquez dari luar kotak penalti menewaskan Sharbinee Allawee.",
"5' | GOL VELAZQUEZ!@OfficialJohor kini mendahului @officialpahang menerusi sepakan percuma Leandro Velazquez. #CIMBLigaSuper2020#PHGJDT#MFLLive pic.twitter.com/rDehBAGkIi",
"Selang 10 minit kemudian, JDT yang selesa menguasai permainan menggandakan kedudukan. ",
"Kali ini menerusi satu larian pantas oleh pemain muda yang melakukan debutnya hari ini, Ramadhan Saifullah. ",
"Dia mudah menewaskan Sharbinee yang meluru keluar daripada kotak penalti setelah menerima suapan cantik oleh Afiq Fazail.",
"15' | GOL RAMADHAN!@OfficialJohor menggandakan kelebihan menerusi jaringan Ramadhan Saifullah.@officialpahang 0-2 @OfficialJohor #CIMBLigaSuper2020#PHGJDT#MFLLive pic.twitter.com/PymUWhcwJM",
"Pahang dilihat amat bergelut untuk mendapatkan rentak permainan terutamanya pada separuh masa pertama. Beberapa serangan dilancarkan Pahang tetapi tiada penyudah dapat dihasilkan.",
"JDT diberikan peluang untuk menambahkan lagi jaringan apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti setelah Ramadhan dijatuhkan oleh pertahanan Pahang, Herold Goulon.",
"35' | GOL CABRERA!@officialpahang 0-3 @OfficialJohor #CIMBLigaSuper2020#PHGJDT#MFLLive pic.twitter.com/HCgopvx9Xq",
"Pemain sayap lincah, Gonzalo Cabrera mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut pada minit ke-35 untuk memberikan JDT mendahului 3-0.",
"Bagaimanapun, kealpaan datang menerpa skuad JDT kendalian Benjamin Mora apabila mereka melepaskan dua gol mudah dalam masa lima minit, sebelum tamat separuh masa pertama.",
"40' | GOL FAISAL HALIM!@officialpahang 1-3 @OfficialJohor #CIMBLigaSuper2020#PHGJDT#MFLLive pic.twitter.com/Pjk4eDduP4",
"Minit ke-40, Faisal Halim berjaya memanfaatkan kesilapan penjaga gol, Farizal Marlias untuk menjaringkan gol pertama buat Pahang, malam ini. ",
"Pada minit ke-45 pula, giliran Goulon menanduk masuk bola hantaran sepakan sudut daripada Rizqi Gopi untuk merapatkan kedudukan.",
"45' | GOL GOULON!Herold Goulon menjaring gol kedua buat pasukan @officialpahang @officialpahang 2-3 @OfficialJohor #CIMBLigaSuper2020#PHGJDT#MFLLive pic.twitter.com/zuioRU4f0L",
"Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 3-2 memihak kepada pasukan pelawat, JDT.",
"Memasuki babak kedua, Pahang dilihat sudah mendapat rentak permainan. Keyakinan mereka bertambah ketika menyerap asakan-asakan JDT dan sesekali melakukan serangan balas ke arah gawang yang dikawal oleh Farizal Marlias.",
"Akan tetapi, JDT kekal dengan disiplinnya ketika bertahan mahupun melakukan serangan. Ini menyukarkan skuad kendalian Dollah Salleh sukar untuk mencari gol penyamaan.",
"Kedudukan 2-3 kekal sehingga tamat perlawanan dan JDT kekal mendahului saingan CIMB Liga Super 2020 dengan 13 mata."
] |
https://sukanz.com/202217848/ |
Kelayakan Piala Asia: Bahrain Menang Lawan Malaysia Di Atas Padang Becak SNBJ
| [
"Pasukan dari rantau Teluk Parsi, Bahrain berhasil mencatatkan kemenangan ke atas Malaysia biarpun beraksi di atas padang yang becak dan berlumpur di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), sebentar tadi.",
"Bahrain yang menduduki ranking ke-89 dunia itu meraih kemenangan dengan keputusan 2-1 hasil jaringan oleh Ali Haram dan Abdulla Yusuf Hella (penalti) pada minit ke-57 dan ke-81 masing-masing.",
"Manakala jaringan tunggal Malaysia pula dihasilkan oleh pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh pada minit ke-55 permainan.",
"Kumpulan E • Kelayakan Piala Asia 2023 | Sabtu, 11 Jun 2022",
"MALAYSIA 🇲🇾 1-2 🇧🇭 BAHRAIN",
"⚽️ Mohamadou Sumareh 55'⚽️ Ali Haram 57' Abdulla Yusuf Helal 81' (P)#FAM #HarimauMalaya #ACQ2023 pic.twitter.com/haL2PW5AKR",
"— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 11, 2022",
"Dengan kemenangan ini, Bahrain turut memungut tiga mata keduanya selepas merekodkan kemenangan ke atas Bangladesh dalam perlawanan pertama, Rabu lalu.",
"Ketika ini, mereka mempunyai enam mata dan menduduki tangga teratas Kumpulan E. Manakala Malaysia pula berada di tangga kedua dan diikuti oleh Turkmenistan di tangga ketiga dengan tiga mata masing-masing. ",
"Sementara itu, Bangladesh berada di tangga tercorot tanpa sebarang mata selepas kalah dalam kedua-dua perlawanan kepada Bahrain dan Turkmenistan.",
"Sebagai tambahan, Malaysia akan mengharungi perlawanan terakhir menentang Bangladesh pada 14 Jun (Selasa) kelak.",
"Featured Image: Football Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202217063/ |
ACL 2022: JDT, Ulsan Terikat 10 Mata – Hari Sabtu Jadi Penentuan Ke Saingan Kalah Mati
| [
"Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan dengan merekodkan kemenangan ke atas ‘skuad muda’ Guangzhou FC buat kali kedua dalam saingan Kumpulan I, Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022.",
"Perlawanan antara kedua-dua pasukan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri itu tadi berkesudahan dengan keputusan 2-0 memihak kepada tuan rumah hasil jaringan penalti berganda oleh penyerang kelahiran Brazil, Bergson da Silva pada babak pertama dan penghujung babak kedua.",
"Kemenangan itu membolehkan JDT yang dibimbing oleh Benjamin Mora mengutip tiga mata sekaligus menjadikan mereka mengumpul 10 mata selepas mengharungi lima perlawanan. ",
"FT | 🇨🇳 Guangzhou FC 0-2 Johor Darul Ta'zim 🇲🇾",
"🐯 The Southern Tigers get the job done as ⚽⚽ two perfect penalties from Bergson are enough to move them 🔝 of Group I #ACL2022 | #GUAvJDT pic.twitter.com/7PMGszoXZW",
"— #ACL2022 (@TheAFCCL) April 27, 2022",
"Selain itu, kemenangan ini juga turut membolehkan JDT kembali memimpin Kumpulan I. Walaupun memungut jumlah mata yang sama dengan Ulsan Hyundai, skuad yang berjulukan Harimau Selatan ini tetap mendahului atas faktor ‘head-to-head’ setelah merekodkan kemenangan ke atas pasukan tersebut pada perlawanan kedua lalu.",
"Mengekori rapat kedua-dua pasukan ini adalah wakil Jepun, Kawasaki Frontale yang kini mempunyai 8 mata setelah mengharungi lima perlawanan. Juara Liga Jepun ini terlepas peluang untuk memimpin Kumpulan I apabila tumpas kepada Ulsan, petang tadi.",
"Berbincang mengenai peluang JDT untuk layak ke saingan kalah mati buat pertama kali dalam sejarahnya, keputusan seri ketika menentang Ulsan dalam perlawanan terakhir pada Sabtu nanti berkemungkinan besar tidak mencukupi untuk layak. ",
"Keputusan seri akan meletakkan JDT di tangga kedua Kumpulan I (mengambil kira Kawasaki meraih kemenangan ke atas Guangzhou FC). Namun begitu, kedudukan ini menyebabkan JDT perlu dibandingkan dengan pungutan mata yang dimiliki oleh pasukan naib juara dalam kumpulan-kumpulan lain di zon asia timur. ",
"Sekiranya pungutan mata JDT tergolong dalam kalangan 3 naib juara terbaik daripada 5 pasukan, maka JDT layak ke peringkat kalah mati.",
"Hanya kemenangan sahaja dapat membawa mereka ke peringkat kalah mati secara automatik selaku juara Kumpulan I. Manakala kekalahan pula sudah semestinya membuatkan Harimau Selatan terpaksa mengucapkan ‘bye’ kepada pentas elit asia ini.",
"Featured Image: JOHOR Southern Tigers"
] |
https://sukanz.com/202324900/ |
Kuala Kangsar BRM Pasukan Pertama Tarik Diri Daripada Kejuaraan MBSB Bank
| [
"Kelab dari Perak, Kuala Kangsar BRM (KK BRM) menjadi pasukan pertama yang menarik diri daripada saingan Kejuaraan MBSB Bank 2023 selepas mengharungi sembilan perlawanan liga. ",
"Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang dikeluarkan badan induk pengelola liga, Amateur Football League (AFL) dan dikongsikan melalui pelbagai media sosial mereka. ",
"Pengerusinya, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan penarikan diri pasukan berpangkalan di Kuala Kangsar itu selepas menerima surat makluman penarikan diri daripada saingan liga tersebut. ",
"Tambah Yusoff, pihaknya telah berusaha untuk membantu KK BRM untuk menangani segala isu yang timbul tetapi keputusan telah dibuat oleh pihak pengurusan kelab. ",
"A post shared by Amateur Football League (@afl_my)",
"“Kita telah berusaha untuk berbincang dan cuba membantu KK BRM FC dalam menangani masalah yang dihadapi namun pihak pengurusan kelab telah nekad dengan keputusan mereka.”",
"“AFL menerima dan menghormati keputusan tersebut dengan berat hati dan susulan penarikan diri KK BRM FC, semua perlawanannya dibatalkan serta dianggap tidak sah termasuklah semua mata dan gol yang telah dimainkan sebelum penarikan diri secara rasmi KK BRM FC,” ujar Yusoff dalam kenyataan yang sama. ",
"Penarikan diri KK BRM ini dikhabarkan berlaku akibat masalah kewangan yang dialami pasukan rentetan kegagalan pihak penaja melunaskan janji seperti mana yang dipersetujui.",
"Musim lalu, satu lagi kelab dari Perak iaitu Respect FC juga telah menarik diri daripada saingan Liga M3 kelolaan AFL. Keputusan yang diambil KK BRM itu turut bermakna satu-satunya kelab dari Perak yang masih beraksi dalam saingan tersebut ialah Manjung City FC. ",
"Featured Image: Amateur Football League (AFL)"
] |
https://sukanz.com/202215550/ |
Juara Bertahan All England, Zii Jia Diundi Bertemu Kenta Pada Pusingan 32
| [
"Perjalanan jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia untuk mempertahankan trofi Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England yang dimenanginya pada tahun lalu bermula dengan menentang pemain Jepun, Kenta Nishimoto pada Pusingan 32.",
"Pemain Jepun yang menghuni ranking ke-19 dunia itu menjadi lawan kepada Zii Jia setelah pihak penganjur mengeluarkan keputusan undian menerusi laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pada hari ini.",
"Berdasarkan rekod, Zii Jia pernah berentap sebanyak empat kali menentang pemain berusia 27 tahun itu. Daripada empat pertemuan tersebut, Zii Jia berhasil meraih tiga kemenangan semasa beraksi di Kejohanan Dunia, Terbuka New Zealand dan Malaysia Masters pada tahun 2019.",
"Sementara itu, hasil undian turut memperlihatkan Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan keenam untuk menjuarai kejohanan ini berkemungkinan bakal berhadapan bekas pemain No.1 dunia, Kento Momota pada peringkat suku akhir sekiranya melepasi ‘halangan’ di Pusingan 32 dan Pusingan 16.",
"Di Pusingan 32, Momota telah diundi menentang pemain Denmark yang menghuni ranking ke-22 dunia, Hans-Kristians Solberg Vittinghus.",
"Untuk makluman semua, Zii Jia berhasil meraih trofi kejuaraan saingan berstatus Jelajah Dunia Super 1000 BWF ini setelah berhasil menumpaskan pemain Denmark, Viktor Axelsen pada perlawanan akhir yang berkesudahan dengan skor 30-29, 20-22 dan 21-9."
] |
https://sukanz.com/202324186/ |
Leeds United, Leicester City Ikut Jejak Southampton Tinggalkan EPL
| [
"Leicester City dan Leeds United melengkapkan senarai tiga pasukan bersama Southampton yang tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila terus kekal di tangga ke-18 dan ke-19 liga pada hari terakhir kejohanan. ",
"Perlawanan terakhir EPL menyaksikan debaran buat penyokong Everton, Leeds United dan Leicester City memandangkan nasib pasukan mereka bakal ditentukan sama ada kekal di liga tertinggi England itu atau sebaliknya. ",
"Leeds United kendalian Sam Allardyce gagal meraih kemenangan di laman sendiri selepas tunduk kepada Tottenham Hotspurs dengan keputusan 4-1. Leicester City pula menang 2-1 ke atas West Ham United tetapi kemenangan Everton menafikan hak skuad berjulukan The Foxes untuk kekal di EPL. ",
"Everton stay up on a dramatic #PL final day, while Leicester City and Leeds United are relegated pic.twitter.com/N88QxOVNKy",
"— Premier League (@premierleague) May 28, 2023",
"Terdahulu, Southampton terlebih dahulu mengesahkan status mereka di Liga Kejuaraan selepas tewas kepada Fulham dengan keputusan 2 gol tanpa balas pada minggu perlawanan ke-36 dengan hanya 25 mata berjaya dikutip selepas hari terakhir liga.",
"Dalam pada itu, tiga kelab Liga Kejuaraan yang sah beraksi dalam saingan EPL 2023-24 ialah Burnley, Sheffield United dan Luton Town. Lebih menarik, ini merupakan musim pertama Luton Town di EPL sejak diperkenalkan pada musim 1992-93. ",
"Burnley dan Sheffield layak secara merit setelah menduduki tangga pertama dan kedua liga manakala Luton Town pula memenangi perlawanan akhir play-off menentang Coventry City menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 selepas terikat 120 minit dengan keputusan 1-1. "
] |
https://sukanz.com/202215403/ |
ACL 2022: Juara J1 & Kelab Gergasi China Berkampung di Johor Bahru
| [
"Pasukan yang menjuarai Liga J1, Kawasaki Frontale dan kelab gergasi China, Guangzhou FC serta sebuah lagi pasukan bakal berkampung bersama-sama Johor Darul Ta’zim (JDT) di Johor Bahru pada bulan April nanti.",
"Ini selepas badan induk, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan Malaysia dipilih menjadi venue berpusat bagi peringkat Kumpulan I dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2022.",
"Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh AFC menerusi laman sesawang rasminya dan dikongsikan di pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.",
"CONFIRMED ✔️ #ACL2022 Group Stage EAST hosts ⬇️ 🇹🇭 Thailand – Group F, G and J🇻🇳 Vietnam – Group H🇲🇾 Malaysia – Group I 🔗 https://t.co/D5bZ8aBBIZ pic.twitter.com/47GacZE4Rd",
"Baca: Harimau Selatan Bakal Tentang Juara J1 & Pasukan Ke-3 Liga Super China",
"Pengumuman oleh pihak AFC ini sudah tentu menggembirakan skuad Harimau Selatan bukan mereka akan beraksi di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI) malahan mengelakkan mereka daripada perlu menjalani kuarantin wajib sekiranya beraksi dan pulang dari negara.",
"Untuk makluman semua, sebuah lagi pasukan yang akan berkampung di Johor Bahru ini akan ditentukan menerusi satu perlawanan play-off yang akan menemukan wakil Republik Korea, Ulsan Hyundai atau wakil Thailand, Port FC.",
"Sementara itu, untuk empat lagi kumpulan di zon asia timur dimana Kumpulan F, G dan J akan dilangsungkan di Thailand manakala Kumpulan H pula akan berlangsung di Vietnam."
] |
https://sukanz.com/202323027/ |
KFA Kini Miliki Bangunan Sendiri ‘Wisma KFA-House of Kedah Football’
| [
"Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kini telah berjaya memiliki bangunan pentadbiran tersendiri dengan dinamakan sebagai Wisma KFA-House of Kedah Football.",
"Perkembangan itu hadir menerusi Presiden KFA, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Noor merangkap Menteri Besar Kedah sepertimana dimaklumkan menerusi pelbagai platform media sosial badan induk berkenaan.",
"Hasrat dan impian untuk melihat KFA memiliki bangunan pentadbirannya yang tersendiri itu pernah disuarakan oleh Sanusi melalui ucapan kongres terdahulu.",
"WISMA KFA : House of Kedah Football",
"\"Dengan penuh rasa kesyukuran, ingin saya umumkan bahawa bangunan pentadbiran KFA yang bakal dinamakan Wisma KFA-House of Kedah Football telah berjaya dimilki. pic.twitter.com/AOIXI4JqCB",
"— Official_KedahFA (@official_kfa) April 11, 2023",
"Kemudiannya, ianya dikembangkan melalui penganjuran Malam KFA 2022 pada Mei tahun lalu di The Danna, Langkawi yang bertujuan mengumpul dana bagi mempersiapkan bangunan pentadbiran tersebut selain mengeratkan lagi jalinan hubungan serta sokongan daripada semua pihak khususnya syarikat-syarikat korporat dan swasta.",
"Bagaimanapun, lokasi Wisma KFA-House of Kedah Football tidak didedahkan lagi kepada umum.",
"Difahamkan, satu majlis perasmian akan diadakan kelak yang merupakan naratif kepada sambutan ulangtahun ke-100 tertubuhnya KFA pada tahun 1924.",
"Dalam perkembangan lain, Sanusi kekal sebagai Presiden KFA bagi penggal 2022-2026 setelah menang tanpa bertanding dalam Kongres Tahunan KFA Ke-74 pada minggu lalu."
] |
https://sukanz.com/202324308/ |
Terbuka Thailand: Tze Yong Hadap Tien Chen Di Pusingan 16
| [
"Perseorangan lelaki No.2 negara, Ng Tze Yong berhasil bermula dengan langkah kanan dalam saingan Terbuka Thailand 2023 apabila melakar kemenangan ke atas pemain India, Priyanshu Rajawat pada Pusingan 32, sebentar tadi.",
"Namun begitu, kemenangan itu membawanya bertemu bekas perseorangan lelaki No.2 dunia dari Taiwan, Chou Tien Chen – pemain yang tidak pernah ditumpaskannya – pada Pusingan 16 yang akan berlangsung pada hari esok. ",
"Tze Yong yang berusia 23 tahun pernah bertemu Tien Chen yang kini berada di ranking ketujuh dunia sebanyak dua kali di kejohanan antarabangsa sebelum ini. Pertemuan itu berlangsung dalam saingan Terbuka Swiss 2023 dan Malaysia Masters 2022 yang menyaksikan Tze Yong tumpas secara “straight set” masing-masing.",
"Terdahulu, Tze Yong mengesahkan kemaraan ke Pusingan 16 selepas menumpaskan Priyanshu yang berada di tangga ke-39 dunia secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-10 dalam tempoh 33 minit permainan.",
"Manakala Tien Chen pula melakar kemaraan selepas menumpaskan rakan senegara, Lin Chun-yi yang berada di ranking ke-22 dunia merangkap semi-finalis Malaysia Masters 2023 dengan skor 18-21, 21-17 dan 21-12 dalam tempoh masa lebih satu jam pertarungan.",
"Akan tetapi, Tze Yong bukanlah tidak pernah mencipta kejutan apabila menentang pemain yang lebih tinggi ranking daripadanya. Pada Mac lalu, Tze Yong telah mencipta kejutan tersebut ketika bertemu pemain No.1 dunia, Viktor Axelsen pada Pusingan 16 di Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) sekaligus mara ke peringkat suku akhir.",
"Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"
] |
https://sukanz.com/202322319/ |
Piala Negara-Negara UCI: Azizulhasni Tarik Diri Atas Nasihat Doktor
| [
"Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi di saingan Piala Negara-Negara UCI Trek di Kaherah, Mesir yang berlangsung pada minggu ini.",
"Perkara itu disebabkan oleh pelumba berusia 35 tahun tersebut mendapat kecederaan ketika sesi latihan di sana.",
"Bagaimanapun, tiada sebarang perincian mengenai kecederaan yang dialaminya ketika sesi latihan terbabit.",
"Difahamkan, keputusan untuk menarik diri dibuat oleh pelumba yang terkenal dengan julukan “The Pocket Rocketman” itu atas nasihat doktor serta faktor-faktor lain.",
"Dengan menarik diri, beliau memberi ruang kepada dirinya sendiri untuk mendapatkan pemulihan yang optimum.",
"Pada masa yang sama, Azizul memaklumkan tempatnya akan digantikan dengan seorang lagi pelumba trek negara, Fadhil Zonis.",
"“Saya memohon agar anda semua terus memberikan sokongan kepada atlet lumba basikal yang akan bertanding di sini.” tulis Azizul di laman sosial milik peribadinya, petang tadi.",
"Sebagai rekod, ini merupakan kejohanan kedua yang cuba disertainya selepas menjalani pembedahan jantung sekitar 12 bulan lalu.",
"Ketika kembali beraksi buat pertama kali di kejohanan Piala Negara-Negara UCI Trek di Jakarta, Indonesia, Azizul berhasil merangkul pingat perak dalam acara keirin yang berlangsung pada penghujung bulan lalu.",
"Featured Image: Facebook Azizulhasni Awang"
] |
https://sukanz.com/20219316/ |
Duo Bek ‘Gergasi’ Goulon-Wague Jadi Taruhan Sri Pahang FC Untuk Musim 2021
| [
"Pasukan berpangkalan di pantai timur, Sri Pahang FC nampaknya bakal mempertaruhkan gandingan duo bek tengah import bersaiz ‘gergasi’ iaitu Herold Mark Goulon dan pemain import baharu, Mamadou Wague untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2021.",
"Gandingan dua bek tengah masing-masing beketinggian 1.97 meter dan 1.91 meter tersebut diuji buat pertama kalinya oleh ketua jurulatih Sri Pahang, Thomas Dooley dalam satu perlawanan persahabatan pramusim menentang Terengganu FC II di Stadium UiTM, Shah Alam, semalam.",
"Bercakap mengenai kemasukan Wague atau lebih dikenali sebagai Mama dalam kalangan rakan sepasukan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, pemain tersebut menjadi pilihan pasukannya kerana mempunyai pengalaman beraksi bersama kapten pasukan sekitar tahun 2009 dan 2010 lalu.",
"“(Wague) pernah beraksi bersama rakan sepasukan (Herold) Mark Goulon di Le Mans FC, divisyen dua Perancis.” katanya kepada Sukanz",
"Selain daripada mempunyai fizikal yang tinggi untuk bermain di barisan pertahanan dan mempunyai pengalaman beraksi bersama Goulon, Suffian turut menjelaskan Wague menjadi calon yang tepat untuk mengisi slot pemain import asia buat Sri Pahang berikutan mempunyai pertalian darah dan passport Lubnan.",
"“Dia (merupakan kelahiran) Perancis tetapi keluarganya orang Lubnan,” tambahnya lagi.",
"Sementara itu, berdasarkan pemerhatian dalam perlawanan menentang skuad Terengganu FC II semalam, gandingan kedua-dua pemain ini dilihat belum teruji sepenuhnya memandangkan pasukan lawannya hanya mengharapkan ancaman daripada penyerang tunggal, Jordan Mintah.",
"Bagaimanapun, sedikit kelekaan daripada dua gandingan ini turut menyebabkan penyerang Terengganu FC II itu berhasil menjaringkan gol pada separuh masa pertama dan kedua sekaligus mengikat Sri Pahang dengan keputusan akhir 2-2.",
"Gandingan duo ini masih mempunyai masa untuk memperbaiki keserasian mereka memandangkan terdapat dua lagi perlawanan persahabatan pramusim yang telah diatur oleh pihak pengurusan khusus untuk mempersiapkan pasukan sebelum sepak mula Liga Super pada 5hb mac kelak.",
"Esok mereka akan bertemu pasukan UiTM FC kendalian Frank Bernhardt manakala selang tiga haru berikutnya mereka akan bertemua pasukan Negeri Sembilan FC yang dibimbing oleh K. Devan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.",
"Untuk makluman, sebelum memilih untuk menandatangani kontrak bersama Sri Pahang, Wague turut berada dalam radar sebuah lagi pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super iaitu Kuala Lumpur United FC."
] |
https://sukanz.com/20208819/ |
Sebenarnya Rahadiazli Rahalim Diambil Sebagai Penjaga Gol Ketiga Terengganu FC…
| [
"Penjaga gol muda berusia 19 tahun, Muhammad Rahadiazli Rahalim menjadi bualan ramai penyokong bola sepak tempatan selepas berjaya menembusi kesebelasan utama Terengganu FC untuk musim 2020.",
"Manakan tidaknya, pemain yang memiliki ketinggian 1.92 meter ini baru sahaja dinaikkan pangkat daripada skuad Piala Belia (skuad bawah 19 tahun) tetapi telah menewaskan dua penjaga gol berpengalaman untuk menjadi pilihan pertama ketua jurulatih, Nafuzi Zain.",
"Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa percaturan sebenar Nafuzi membawa Rahadi ke skuad senior Terengganu FC pada penghujung tahun lalu hanyalah untuk diberikan pendedahan serta mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Wan Azraie Wan Teh.",
"“Untuk Rahadiazli ini, kita ambil dia untuk dijadikan sebagai penjaga gol ketiga (untuk pendedahan) bukan sebagai penjaga gol utama, sebabnya kita sudah ada dua penjaga gol berpengalaman iaitu Shamirza (Yusoff) dan Ilham (Amirullah).",
"“Tapi apabila saya nilai semasa sesi latihan dan perlawanan persahabatan, dia boleh deliver (berikan apa yang saya mahukan) di dalam padang, beri persembahan yang baik dan pada saya dia berhak diberikan peluang untuk bermain.” kata Nafuzi ketika ditemui Sukanz.",
"Walaupun sekadar mengharungi musim yang pendek ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara, Rahadi sempat meraih 6 penampilan daripada 11 perlawanan Liga Super dan satu penampilan dalam saingan Piala Malaysia 2020.",
"Kecemerlangan Rahadi juga telah menyumbang kepada kejayaan Terengganu FC mencapai sasaran mereka untuk menjadi kalangan tiga pasukan terbaik dalam saingan Liga Super serta meraih bonus mendapat tiket automatik ke saingan Piala AFC 2021.",
"Dan bagi Nafuzi sendiri apa yang dilakukan oleh Rahadi itu sangat memberangsangkan dan ianya yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana penjaga gol lain.",
"“Dengan penampilan pertama bermain di Liga Super, lompat daripada (saingan) Piala Belia, (catat) dua kali clean sheet pada umur 18 tahun, ianya sesuatu yang tidak pernah dilakukan lagi oleh mana-mana penjaga gol dalam saingan Liga Malaysia.” tambahnya lagi."
] |
https://sukanz.com/202114424/ |
Kejohanan Dunia BWF: Zii Jia Tarik Diri Ekoran Kecederaan, Antonsen Mara Ke Separuh Akhir
| [
"Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak dapat meneruskan permainannya dan terpaksa menarik diri (retired) di peringkat suku akhir Kejohanan Dunia BWF 2021 ekoran kecederaan.",
"Keputusan itu dilakukannya ketika di set penentuan semasa menentang pemain Denmark, Anders Antonsen. Sebelum itu, Zii Jia cemerlang memenangi set pertama, 21-12 sebelum Antonsen bangkit memenangi set kedua, 21-8.",
"TotalEnergies BWF World Championships 2021MS – Quarter final12 21 11 🇩🇰Anders ANTONSEN🏅21 8 1 🇲🇾Zii Jia LEE🕗 in 48 minutes https://t.co/dckTi4X5ZT",
"Ketika beraksi di set penentuan, Zii Jia sudah tidak dapat menampilkan persembahan yang memberangsangkan dan dia mengumumkan tarik diri semasa kedudukan skor 1-11 memihak kepada Antonsen.",
"Keputusan itu sekaligus menjadikan Antonsen tiket kemaraan ke peringkat separuh akhir dan bakal bertemu samada pemain India, H.S. Prannoy atau pemain Singapura, Loh Kean Yew."
] |
https://sukanz.com/202111321/ |
Olimpik 2020: Beregu Campuran Negara Pulang Tanpa Sebarang Kemenangan
| [
"Perjuangan pasangan campuran beregu negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Yin dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 tamat secara rasminya, pada hari ini.",
"Lebih mengecewakan duo pemain ini yang memenangi pingat perak dalam temasya yang sama lima tahun lalu, mereka gagal meraih sebarang kemenangan dalam aksi melibatkan Kumpulan D.",
"RESULTS: #Tokyo2020Group D#CHN Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping def. #MAS Chan Peng Soon-Goh Liu Ying 21-13 21-19#DemiMalaysia#KontinjenMalaysia#BadmintonMalaysia#BadmintonLovers pic.twitter.com/ctdAhTzbtC",
"Perlawanan terakhir pada hari ini menyaksikan mereka tumpas kepada pasangan beregu campuran China, Wang Li Yiu dan Huang Dong Ping dengan pungutan mata 21-13 dan 21-19.",
"Dalam dua perlawanan terdahulu, pasangan ini turut tumpas kepada pasangan dari Jerman (21-12, 21-15) dan Hong Kong (18-21, 21-10, 16-21)."
] |
https://sukanz.com/202111923/ |
Paralimpik 2020: Jong Yee Khie Raih Pingat Perak Powerlifting Kategori 107KG
| [
"Setelah kejayaan Bonnie Bunyau Gustin meraih emas pada sabtu lalu, acara angkat berat sekali lagi memberikan kilauan pingat buat Kontinjen Malaysia dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.",
"Kali ini, atlet para negara, Jong Yee Khie berhasil meraih pingat perak dalam acara para powerlifting bagi kategori 107 kilogram (kg) dalam aksi final yang berlangsung sebentar tadi.",
"Atlet berusia 32 tahun, kelahiran Kuching, Sarawak ini berhasil meraih pingat perak setelah berjaya melakukan angkatan terbaiknya iaitu pada percubaan kedua seberat 237kg.",
"Beliau mahu melakukan angkatan seberat 245kg pada percubaan ketiga, sayang sekali, ianya tidak dapat disudahkan dengan jayanya.",
"Untuk makluman, rekod angkatan seberat 237kg tersebut merupakan rekod terbaiknya sejak bergiat dalam acara para powerlifting bermula tahun 2008. ",
"Sebagai tambahan, pingat emas dalam acara ini di bawa pulang oleh atlet para Mongolia, Sodnompiljee Enkhbayar yang berjaya melakukan angkatan terbaik seberat 245kg.",
"Sementara itu, pingat gangsa dimenangi oleh atlet para Iran, Saman Razi dengan angkatan terbaik seberat 231kg.",
"Featured Image: Majlis Sukan Negara"
] |
https://sukanz.com/20207316/ |
Kejuaraan Yang Tertangguh – PJ City Ikat JDT Di Laman Sendiri
| [
"Hasrat Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut terpaksa ditangguhkan.",
"Hal ini kerana skuad kendalian K. Devan iaitu Petaling Jaya City Football Club (PJ City FC) berhasil mengikat mereka dengan jaringan 2-2 di halaman sendiri, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebentar tadi.",
"Perlawanan yang berlangsung dalamn keadaan cuaca hujan renyai itu menyaksikan pasukan pelawat terlebih dahulu menjarikan gol pembukaan menerusi Safawi Rasid pada minit ke-35.",
"35' | GOL SAFAWI! @OfficialJohor membuka tirai jaringan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya menerusi jaringan Safawi Rasid. #CIMBLigaSuper2020#PJCJDT#MFLLive pic.twitter.com/ov5xsASdQt",
"Namun pendahuluan itu tidak kekal lama apabila pasukan tuan rumah menemui jaringan penyamaan melalui Christie Jayaseelan hanya berselang dua minit kemudian.",
"Tatkala permainan separuh masa pertama tamat dengan kedudukan seri 1-1, PJ City FC dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil setelah penyerangnya, Washington Bradao diterjah oleh Farizal Marlias di dalam kotak penalti.",
"Christie Jayaseelan mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk meletakkan PJ City FC 2-1 kembali di hadapan.",
"45 + 4' | GOL CABRERA! Sepakan penalti dari Gonzalo Cabrera.PJ City FC 2-2 @OfficialJohor #CIMBLigaSuper2020#PJCJDT#MFLLive pic.twitter.com/7MH5FOvpz8",
"Bagaimanapun JDT turut mendapat sepakan penalti ketika waktu kecederaan pada separuh masa pertama dan Gonzalo Cabrera mudah menewaskan penjaga gol lawan, Kalamullah Alhafiz sekaligus mengikat PJ City FC dengan skor 2-2.",
"Separuh masa melihatkan JDT yang dibimbing oleh Benjamin Mora meningkatkan asakan mereka untuk mencari gol kemenangan. ",
"Manakala PJ City FC lebih banyak bertumpu di kawasan sendiri dan bertahan untuk mengelakkan gawang mereka dibolosi.",
"KEPUTUSAN MASA PENUH CIMB LIGA SUPER – PERLAWANAN LS9#ForwardFootball#BangkitSemangatBola#CIMBLigaSuper2020 pic.twitter.com/Mv53wVj1mI",
"Perancangan mereka ternyata membuahkan hasil untuk mengikat JDT disamping kehebatan Kalamullah menepis bola-bola berbahaya menuju ke arah gawang PJ City FC. ",
"Kedudukan 2-2 kekal sehingga masa penamat dan tuan rumah berjaya mencuri satu mata manakala JDT terpaksa menangguh hasrat mereka untuk bergelar juara CIMB Liga Super 2020 secara matematik, pada malam ini. ",
"Featured Image: JOHOR Southern Tigers"
] |
https://sukanz.com/202219374/ |
Jafri Chew Tawar Diri Beraksi Sebagai Bek Kanan Untuk Raih Minit Permainan
| [
"Tahukah anda, kelibat Jafri Firdaus Chew yang kini beralih daripada penyerang kepada pertahanan kanan bersama Penang FC bukanlah satu paksaan oleh barisan kejurulatihan.",
"Sebaliknya, itu merupakan keputusan yang dibuat oleh pemain berusia 25 tahun ini sendiri demi memastikan dapat meraih minit permainan dengan lebih kerap setelah berusaha sebaik mungkin untuk bersaing dengan penyerang import.",
"“Saya sendiri sebenarnya tawarkan diri kepada jurulatih mahu bermain di posisi pertahanan kanan kerana akui sukar hendak dapat peluang jika terus menunggu beraksi di sebagai penyerang.",
"“Walaupun saya tidak pernah ada pengalaman bermain di posisi ini sejak dulu, saya tidak gentar mengambil risiko ini selepas ada mencuba beberapa kali semasa sesi latihan.",
"“Alhamdulillah, jurulatih boleh menerima permintaan saya malah tidak sangka, terus diberi peluang berada dalam kesebelasan utama ketika berdepan JDT pada separuh akhir Piala FA.",
"“Selepas beberapa perlawanan, saya semakin selesa beraksi di posisi ini walaupun tidak dinafikan masih banyak lagi perkara perlu belajar terutama dalam penyesuaian posisi ketika bertahan serta menjaga kedudukan pemain lawan.",
"“Harap ramai peminat Pulau Pinang tidak terkejut dengan keputusan ini kerana saya rasa ada kemampuan bermain di posisi pertahanan kerana paling penting saya boleh lebih kerap untuk bermain,” katanya.",
"Untuk rekod, setakat ini, Jafri telah diturunkan selaku bek kanan dalam 3 perlawanan terakhir bersama skuad Harimau Kumbang dan dilihat telah menjadi pilihan utama Dato’ Zainal Abidin Hassan walaupun mempunyai pilihan lain seperti Fairuz Zakaria.",
"Featured Image: Penang Football Club"
] |
https://sukanz.com/202217383/ |
Sukan SEA: Pelari Muda, Azeem Fahmi ‘False Start’ Tersingkir Di Peringkat Saringan
| [
"Pelari muda negara berusia 18 tahun, Muhammad Azeem Mohd Fahmi bukan sahaja tidak dapat beraksi di pusingan final pecut 100 meter (m) bahkan disingkirkan seawal peringkat saringan ekoran “false start”.",
"Azeem yang turun beraksi di saringan kedua (Heat 2) di temasya Sukan SEA 2021 disingkirkan selepas dia didapati bermula awal sebelum daripada tembakan dilepaskan ke udara.",
"#SEAGames2021 I #Athletics 18 May",
"Mana yg false start tu sielll?????#DemiMalaysia pic.twitter.com/CqhSpDZmNR",
"— Giarc Nibisna 🇲🇾🌺 (@craigansibin) May 18, 2022",
"Bagaimanapun, jika dilihat kepada ulang tayang, kecoh dibincangkan oleh para ‘netizen’ bahawa pelari Filipina, Eric Shauwn Cray yang sebenarnya melakukan “false start” tersebut. ",
"Namun begitu, keputusan tersebut muktamad dan selepas Azeem disingkirkan, saringan itu diteruskan untuk mencari empat pelumba yang mara ke pusingan akhir.",
"Sementara itu, di peringkat saringan pertama (Heat 1), seorang lagi wakil negara, Muhammad Arsyad Md Saat, 20 tahun, mengesahkan kemaraan ke pusingan final selepas berjaya menamatkan larian di tempat ketiga.",
"Sebagai tambahan, Azeem dan Arsyad juga merupakan sebahagian daripada kuartet yang membantu Malaysia memenangi pingat perak dalam acara 4x100m, dua hari lalu.",
"Featured Image: Majlis Sukan Negara Malaysia"
] |
https://sukanz.com/20207861/ |
Presiden & BOD Barcelona Letak Jawatan, Messi Bakal Lanjutkan Kontrak?
| [
"Presiden, Josep Maria Bartomeu dan semua ahli lembaga pengarah (BOD) FC Barcelona mengumumkan meletakkan jawatan secara mengejut.",
"Perkembangan tersebut diumumkan Bartomeu dalam satu sidang media dan dikhabarkan menerusi laman sesawang dan laman sosial kelab gergasi Sepanyol, awal pagi tadi waktu Malaysia.",
"Dimalukan dalam kempen Liga Juara-Juara UEFA 2019/20, gagal memastikan penyerang prolifik, Lionel Messi menandatangani kontrak lanjutan dan prestasi permulaan saingan La Liga kurang memberangsangkan pada musim ini menjadi antara sebab Bartomeu mengambil keputusan ini.",
"Untuk rekod, Bartomeu telah memimpin Barcelona sejak dari tahun 2014 menggantikan Sandro Rosell.",
"Pengumuman mengejut oleh Bartomeu ini pastinya menarik perhatian para peminat bola sepak seluruh dunia. Adakah Messi yang berada di penghujung kontraknya akan berubah fikiran dan menyambung kontraknya selepas ini?"
] |
https://sukanz.com/202216588/ |
Tiada Lagi Penundaan Ekoran Covid-19, Gantikan Dengan Pemain ‘Reserved Team’ Atau Dikira Kalah – MFL
| [
"Penganjur saingan bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL) memaklumkan tiada lagi penundaan perlawanan melibatkan pasukan yang dijangkiti oleh Covid-19 selepas daripada ini.",
"Ini berikutan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) MFL telah meluluskan prosedur operasi standard (SOP) baharu melibatkan perkara tersebut. ",
"Dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam, SOP tersebut telah dibentangkan kepada semua CEO kelab-kelab yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia dalam satu sesi taklimat pada 29 Mac yang lalu.",
"Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu perlawanan Liga Malaysia 2022 di mana tiada lagi penundaan perlawanan melibatkan pasukan yang terkena jangkitan COVID-19.#LigaMalaysia2022",
"— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) April 3, 2022",
"Dengan perubahan tersebut, maka Protokol Covid-19 perlawanan Liga Malaysia 2022 akan dikuatkuasakan seperti berikut, sekiranya pegawai atau pemain kelab disahkan dijangkiti Covid-19, kelab mempunyai dua pilihan, iaitu:",
"Selain itu, sekiranya kelab gagal mematuhi perkara di atas dan menyebabkan perlawanan tidak dapat dimainkan tanpa alasan munasabah, maka MFL akan merujuk perkara ini kepada BOD MFL dan tindakan seperti berikut akan dikenakan:",
"Tambah Stuart lagi, penundaan perlawanan akan hanya dipertimbangkan sekiranya kedua-dua kelab bersetuju untuk bermain di dalam tempoh ‘FIFA Days’ sahaja tanpa pemain yang berkemungkinan dipanggil menyertai skuad kebangsaan. Kelulusan pindaan jadual yang berkaitan turut akan memberi kesan kepada waktu rehat dan perjalanan (minimum 2 hari). ",
"Bagaimanapun sebarang permohonan berkaitan penundaan perlawanan, perubahan jadual atau apa-apa keputusan berkaitan isu COVID-19 adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan MFL dan arahan terkini oleh Kerajaan.",
"Featured Image: Malaysian Football League"
] |
https://sukanz.com/202323808/ |
Marcelo Bielsa Buka Lembaran Baharu Bersama Skuad Kebangsaan Uruguay
| [
"Bekas pengurus pasukan Leeds yang beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL), Marcelo Bielsa kini mendapat tugasan baharu iaitu sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Uruguay.",
"Skuad berjulukan La Celeste mengumumkan perlantikan jurulatih berusia 67 tahun itu menerusi pelbagai platform media sosialnya, pada awal pagi tadi waktu Malaysia.",
"Bielsa yang turut dikenali sebagai El Loco hadir mengisi kekosongan yang ditinggalkan Diego Alonso yang meletakkan jawatan setelah Uruguay terkandas di peringkat kumpulan Piala Dunia 2022 di Qatar.",
"🇺🇾 “𝐄𝐥 𝐩𝐮́𝐛𝐥𝐢𝐜𝐨 𝐫𝐞𝐜𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐣𝐮𝐞𝐠𝐨 𝐲 𝐞𝐦𝐨𝐜𝐢𝐨𝐧𝐞𝐬”",
"Llegó la hora. #ElEquipoQueNosUne pic.twitter.com/4HQPlXF5ly",
"— Selección Uruguaya (@Uruguay) May 15, 2023",
"Untuk makluman, ini merupakan kali ketiga Bielsa menerima tugas melatih skuad kebangsaan senior selepas Argentina (1998-2004) dan Chile (2007-2011). Selain itu, Bielsa turut pernah membimbing skuad pelapis iaitu Argentina Bawah 23 Tahun (B-23) pada tahun 2004.",
"Bielsa bukanlah satu sosok yang menghadirkan pelbagai trofi kejuaraan terhadap pasukan di bawah bimbingannya. Namun begitu, Bielsa cukup dikenali dengan kejayaannya membawa skuad Argentina yang turut disertai Lionel Messi memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2004 serta mengemudi Leeds United menjuarai Liga Kejuaraan sekaligus mendapat promosi ke EPL.",
"Selain itu, gaya dan corak permainan Bielsa amat berpengaruh dan turut dikagumi pengurus ternama dunia seperti Pep Guardiola dan Mauricio Pochettino.",
"Sebagai tambahan, Bielsa dijangka memulakan tugasan pertamanya bersama Uruguay dengan menentang Nicaragua dan Cuba dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada Jun kelak."
] |
https://sukanz.com/202216583/ |
Jangan Berbuka Dengan Makanan Yang Terlalu Berat – Pesan Ong Kim Swe
| [
"Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menasihatkan para pemain yang menjalani ibadah puasa supaya tidak memakan makananan yang terlalu berat semasa berbuka.",
"Hal ini kerana tindakan tersebut boleh memberikan impak semasa beraksi di atas padang memandangkan jurang antara waktu berbuka dan waktu sepak mula hanyalah sekitar dua jam setengah sahaja.",
"Untuk makluman semua, sepanjang bulan Ramadan ini, sepak mula saingan Liga Malaysia bagi venue di Semenanjung Malaysia adalah jam 10 malam. Manakala untuk venue di Sabah dan Sarawak pula, sepak mulanya adalah jam 9.15 malam.",
"Sebagai perbandingan, majoriti waktu berbuka puasa untuk Semenanjung Malaysia adalah sekitar jam 7.30 malam. Sementara itu, di Sabah dan Sarawak pula waktu berbukanya sekitar jam 6.30 petang.",
"“Banyak aspek yang perlu kita fikirkan bukan sahaja dari segi waktu sepak mula tetapi aspek pemakanan dimana banyak yang perlu pemain ambil serius.",
"“Kita tahu puasa hanya untuk Muslim, tetapi pada masa sama ada pemain yang tidak berpuasa seperti pemain import, jadi sudah pasti waktu pemakanan mereka akan berbeza.",
"“Dan apa yang pemain makan itu adalah satu faktor paling penting sebab apabila kita beraksi jam 10 malam, berbuka pukul 7.30 malam, jurang waktu dua jam setengah itu mereka tidak boleh makan makanan yang terlalu berat sebab ia akan beri impak yang berbeza.",
"“Tetapi, saya tidak perlu fikir perkara negatif mengenai situasi ini sebab semua pasukan pun akan bermain pada waktu yang sama, jadi pemain-pemain hanya perlu menyesuaikan dengan perkara yang telah ditetapkan ini,” katanya.",
"Untuk pengetahuan semua, skuad The Rhinos telah berada di Kuala Lumpur selama seminggu bagi melakukan persiapan sebelum turun menentang Melaka United FC pada perlawanan ketiga Liga Super yang dijadualkan pada malam esok.",
"Kim Swee yang merupakan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan menjelaskan kehadiran awal pasukannya ke Kuala Lumpur adalah untuk mendapatkan perlawanan persahabatan sebelum menentang Melaka United.",
"Sebagai tambahan, pada ketika ini, Sabah menghuni tangga ketiga liga hasil daripada meraih satu kemenangan ke atas Petaling Jaya City FC (PJ City) serta tumpas satu kali kepada Negeri Sembilan FC.",
"Featured Image: Sabah Football Club"
] |
https://sukanz.com/202221096/ |
Pemain Tengah Filipina, Manuel Ott Ikut Nafuzi Ke Kedah – Kontrak 2 Tahun
| [
"Pemain tengah skuad kebangsaan Filipina, Manuel Ott menjadi bekas pemain Terengganu FC yang pertama mengikuti jejak langkah Nafuzi Zain berhijrah ke Kedah Darul Aman FC (Kedah).",
"Pemain berusia 30 tahun ini diumumkan menyertai skuad berjulukan Sang Kenari secara rasmi menerusi satu video berdurasi 1 minit 36 saat dan dikongsikan di pelbagai platform media sosial milik kelab terbabit, pada hari ini.",
"Difahamkan pemain ini menandatangani kontrak selama dua tahun dan diberikan jersi bernombor 8 bersama skuad Hijau Kuning. Kehadirannya adalah untuk mengisi slot pemain import kuota ASEAN bagi Kedah.",
"He plans to deliver and make it happen, welcome our new blood…#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2023season #newblood4 pic.twitter.com/7vvuZMAOlv",
"— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) December 13, 2022",
"Untuk makluman semua, Ott merupakan pemain import kedua yang ditandatangani oleh Kedah di bawah era Nafuzi selaku ketua jurulatih baharu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2023.",
"Ketika bersama Terengganu sepanjang musim 2022, pemain kelahiran Jerman ini menjadi percaturan utama Nafuzi yang membantu memacu skuad dari pantai timur itu muncul naib juara Liga Super dan Piala FA serta mara ke separuh akhir Piala Malaysia.",
"Berdasarkan statistik, Ott berhasil tampil sebanyak 32 kali bersama Terengganu dan merekodkan 6 gol serta 7 bantuan gol. ",
"Sebelum ini, mereka telah merekrut pemain tengah bertahan Tajikistan, Amirbek Juroboev bagi mengisi slot pemain import kuota asia dengan kontrak selama setahun.",
"Featured Image: Terengganu FC & Kedah Darul Aman FC"
] |
https://sukanz.com/202216356/ |
Itali Tidak Layak Ke Piala Dunia Buat Dua Kali Berturut-Turut
| [
"Juara Euro 2020, Itali bimbingan Roberto Mancini disahkan tidak layak menyertai pusingan akhir Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut.",
"Ini selepas skuad yang terkenal dengan julukan The Azzurri yang telah menjuarai Piala Dunia sebanyak empat kali itu tumpas mengejut 0-1 kepada Macedonia Utara pada perlawanan separuh akhir play-off kelayakan Piala Dunia 2022, pada pagi tadi.",
"⏱ Risultato finale🇮🇹🇲🇰 #ItaliaMacedoniaDelNord 0️⃣-1️⃣",
"📋 Gli #Azzurri beffati nel recupero, non passano a Palermo#ITAMKD #Nazionale #VivoAzzurro pic.twitter.com/1B5IUGYMgt",
"— Nazionale Italiana ⭐️⭐️⭐️⭐️ (@Azzurri) March 24, 2022",
"Lebih memedihkan perasaan pemain dan penyokong Itali, mereka tumpas hasil jaringan luar kotak oleh Aleksandar Trajkovski pada masa kecederaan iaitu pada minit ke-92 yang berlangsung di Stadium Renzo Barbera yang terletak di Palermo, Itali.",
"Sementara itu, Macedonia Utara yang memenangi perlawanan ini mara ke perlawanan akhir play-off bertemu Portugal. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung 29 Mac nanti.",
"Untuk makluman semua, ini merupakan kali kedua berturut-turut Itali tidak layak beraksi di pusingan akhir Piala Dunia. Edisi yang berlangsung di Rusia empat tahun yang lalu, Itali juga tidak layak menyertainya setelah tumpas pada pusingan play-off kepada Sweden.",
"Featured Image: Nazionale Italiana di Calcio"
] |
https://sukanz.com/202219743/ |
SUKMA XX: Letshanaa Kejutkan Myisha, Mara Ke Separuh Akhir Bertemu Zhing Yi
| [
"Perseorangan wanita yang kini bergerak secara bebas (independent), Karupathevan Letshanaa melakar kejutan dalam acara badminton di temasya SUKMA XX dengan menumpaskan wakil Johor, Myisha Mohd. Khairul di peringkat suku akhir, hari ini.",
"Berdasarkan ranking dunia, Letshanaa yang mewakili Selangor dan menduduki tangga ke-498 ini berjaya menumpaskan Myisha, tangga ke-198, merangkap juara Siri Antarabangsa Belanda 2022 secara “straight set” dengan skor 23-21 dan 21-13. ",
"Kejayaan itu membolehkannya melangkah ke peringkat separuh akhir yang akan berlangsung, esok. Menantinya di peringkat ini adalah wakil Pulau Pinang, Tan Zhing Yi yang berada di tangga ke-278 dunia.",
"Zhing Yi pula mengesahkan kemaraan ke peringkat yang sama setelah menundukkan pemain Wilayah Persekutuan, Ong Xin Yee dengan pungutan mata 21-14 dan 21-15.",
"Sementara itu, satu lagi pertarungan peringkat separuh akhir menemukan seorang lagi wakil Selangor, Siti Nurshuhaini Azman dan Wilayah Persekutuan, Amanda Yap Hwa Leng.",
"Untuk makluman semua, ini merupakan kejohanan kompetitif pertama yang disertai Letshanaa selepas hampir setahun berehat ekoran kecederaan. Kejohanan terakhir yang disertainya adalah Terbuka Czech sekitar Oktober tahun lalu.",
"Ekoran kecederaan yang membelenggu, dia bertindak menghantar surat perletakan jawatan bagi berundur daripada skuad kebangsaan di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Januari lalu.",
"Featured Image: Badminton Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202214734/ |
Stuart: ‘Kick-off’ Perlawanan Liga Malaysia 2022 Dicadangkan Kepada 8:15 Malam
| [
"Penganjur liga tempatan, Malaysian Football League (MFL) membawakan satu cadangan pembaharuan terhadap waktu sepak mula (kick-off) untuk saingan Liga Malaysia 2022.",
"Menerusi makluman oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam dalam sesi Taklimat Kalendar Liga Malaysia 2022 secara dalam talian bersama pengamal media hari ini, cadangan sepak mula pada musim ini akan dimulakan berdasarkan 3 pilihan waktu.",
"Untuk venue yang berlangsung di semenanjung tanah air, sepak mula akan dijalankan dengan pilihan masa jam 8:15 atau 9:00 malam. Manakala, untuk bulan ramadan, sepak mula adalah bermula jam 10:00 malam.",
"Sementara itu, untuk perlawanan yang berlangsung di venue di Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak, ianya akan dimulakan dengan pilihan waktu pada jam 7:30 atau 8:30 malam. Manakala untuk bulan ramadan, sepak mula adalah pada pukul 9:15 malam.",
"MFL menjangkakan perubahan waktu sepak mula ke arah yang lebih awal ini dapat memberikan pertambahan penonton ke stadium terutamanya kalangan penonton bawah umur seperti kanak-kanak.",
"Pada masa yang sama, ianya dapat memberi impak terhadap tontonan siaran langsung sekaligus memberikan kelebihan peluang penajaan dan hak penyiar rasmi.",
"Featured Image: Football Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/20207641/ |
Jurulatih Singapura, Aidil Sharin Sahak Bukan Sasaran Selangor
| [
"Pasukan Liga Super, Selangor menafikan ingin mendapatkan khidmat jurulatih kelahiran Singapura, Aidil Sharin Sahak bagi mengisi posisi ketua jurulatihnya.",
"Perkara itu dinafikan sendiri oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr. Johan Kamal Hamidon.",
"“Khabar angin menyatakan Selangor berminat untuk mendapatkan khidmat Aidil adalah tidak betul,” katanya seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia.",
"Nama jurulatih berusia 43 tahun itu menjadi antara nama-nama yang dikaitkan untuk mengemudi Selangor selepas menampilkan prestasi yang memberangsangkan bersama Kedah sejak musim lalu.",
"Untuk musim 2019, Aidil telah membimbing Kedah menamatkan saingan liga di tangga keempat, naib juara Piala Malaysia dan juara Piala FA.",
"Manakala musim ini, Aidil telah memimpin Kedah menjadi naib juara CIMB Liga Super 2020 sekaligus menempah tiket ke saingan Piala AFC 2021.",
"Selain Aidil Sharin Sahak, antara nama lain yang turut dikaitkan dengan posisi ketua jutulatih Selangor ialah Nidzam Jamil. ",
"Bagaimanapun, jurulatih Felda United itu turut menolak untuk mengemudi Selangor bagi saingan musim hadapan."
] |
https://sukanz.com/202112378/ |
SRT Dijenamakan Sebagai RNF Racing, Belum Ada ‘Title Sponsor’ Diumumkan
| [
"Pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team atau lebih dikenali sebagai SRT dijenamakan semula sebagai RNF Racing dan akan terus menyertai Kejuaraan Dunia MotoGP sehingga tahun 2026.",
"Perkembangan tersebut dilaporkan portal rasmi motogp.com setelah RNF Racing telah memeterai perjanjian bersama International Road-Racing Team Association (IRTA) selama lima tahun sebagai Independence Team (pasukan bebas) dalam saingan kelas premier tersebut, sabtu lalu.",
"Baca: Adakah ‘SRT Baharu’ Masih Lagi Pasukan Malaysia? Razlan Serah Kepada Peminat Untuk Tentukan",
"A new lease of life for @sepangracing! 💪The team will be rebranded to RNF #MotoGP Racing from 2022 onwards! 🔜#SanMarinoGP 🇸🇲 | 📰https://t.co/gNJPFsLwzV",
"Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sepang International Circuit (SIC) dan Prinsipal Pasukan SRT, Datuk Razlan Razali akan terus memimpin pasukan baharu berkenaan bersama-sama Johan Stifegelt.",
"Pengumuman penjenamaan pasukan ini dilakukan setelah ‘Title Sponsor’ mereka iaitu Petronas dan pemilik (owner), SIC mengumumkan menarik diri daripada menaja pasukan SRT setelah tamatnya kempen musim 2021. ",
"Baca: Petronas Tarik Penajaan Ke Atas Sepang Racing Team Mulai 2022",
"Bagaimanapun, hanya penukaran nama pasukan sahaja yang diumumkan setakat ini. ",
"Belum ada sebarang makluman rasmi mengenai syarikat yang akan menjadi ‘Title Sponsor’ mereka ataupun pelumba yang membarisi pasukan berkenaan bagi mengharungi saingan MotoGP 2022.",
"Sebelum ini, portal motosport.com mendedahkan pasukan baharu ini akan mendapat sokongan daripada syarikat berpangkalan di Itali iaitu WithU.",
"Dovizioso to make MotoGP return with PETRONAS Yamaha SRT@AndreaDovizioso will join us for the remainder of the 2021 season, replacing @FrankyMorbido12 – who is moving to Monster Energy Yamaha MotoGP.📄https://t.co/ktJYVqUgNE#DoviIsBack | #MotoGP | #PETRONASmotorsports pic.twitter.com/gqzkVpDX7C",
"Sementara itu, perjanjian mereka bersama Yamaha juga belum didedahkan walaupun pelumba senior Itali, Andrea Dovizioso yang kini menyertai SRT akan berlumba dengan jentera Yamaha sekurang-kurangnya sehingga tahun 2022.",
"Sebagai tambahan, portal itu juga difahamkan pelumba Moto3, Darryn Binder akan dinaikkan pangkat daripada pasukan Petronas Sprinta Racing ke pasukan RNF Racing dan akan berlumba disamping Dovozioso pada tahun hadapan dalam saingan MotoGP."
] |
https://sukanz.com/202325573/ |
Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027: Oman, Kyrgyzstan Jadi Lawan Malaysia
| [
"Skuad bola sepak kebangsaan bimbingan Kim Pan-gon akan mengharungi saingan bersama Kelayakan Pusingan 2 Piala Dunia 2026 Amerika Syarikat (AS), Kanada & Mexico serta Piala Asia 2027 Arab Saudi dalam Kumpulan D.",
"Perkara tersebut disahkan selepas berlangsungnya majlis undian bagi kedua-dua kejohanan terbabit di AFC House, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada hari ini.",
"Menyertai Malaysia (ranking ke-136) dalam Kumpulan D ialah Oman (ranking ke-73), Kyrgyzstan (ranking ke-97) serta pemenang bagi perlawanan Pusingan 1 melibatkan Chinese Taipei (ranking ke-153) atau Timor Leste (ranking ke-192).",
"Kempen kelayakan ini akan bermula ketika jendela antarabangsa FIFA pada November kelak diikuti Mac dan Jun 2024. Setiap jendela tersebut, akan berlangsung dua perlawanan dan setiap pasukan menghadapi enam perlawanan secara keseluruhan dengan format “home” dan “away”.",
"Untuk makluman, juara dan naib juara setiap kumpulan di Pusingan 2 ini akan mara ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 serta melayakkan diri secara automatik ke saingan Piala Asia 2027.",
"Pasukan yang menamatkan saingan Kelayakan Pusingan 2 di tangga ketiga dan keempat kumpulan pula terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Piala Dunia 2026.",
"Bagaimanapun, pasukan-pasukan ini masih berpeluang untuk merebut slot ke saingan Piala Asia 2027.",
"Sementara itu, pasukan lain pula ditempatkan dalam kumpulan-kumpulan seperti berikut:",
"Featured Image: Football Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202325470/ |
Aaron Ramsey Kembali Ke Pangkuan Cardiff City – Kontrak 2 Tahun
| [
"Selepas 15 tahun berkelana di pelbagai kelab sekitar benua eropah, kapten skuad kebangsaan Wales, Aaron Ramsey kembali semula ke kelab yang melahirkan dirinya menjadi pemain bola sepak profesional iaitu Cardiff City secara tetap.",
"Cardiff City mengesahkan kehadiran semula pemain tengah berusia 32 tahun ini menerusi satu video berdurasi seminit di pelbagai platform media sosialnya serta kenyataan di laman sesawang rasminya, semalam.",
"The moment you’ve all been waiting for.",
"Welcome home, @aaronramsey. 💙#CityAsOne pic.twitter.com/10lBj7KOyh",
"— Cardiff City FC (@CardiffCityFC) July 15, 2023",
"Dimaklumkan, Ramsey menandatangani kontrak selama dua tahun sekaligus menyaksikannya kekal menyarung jersi serba biru skuad berjulukan Bluebirds milik ahli perniagaan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan sehingga pertengahan tahun 2025.",
"Sebelum menyertai Cardiff City secara percuma pada jendela perpindahan kali ini, Ramsey merupakan tonggak kelab Ligue 1, OGC Nice dengan tampil sebanyak 34 kali dalam pelbagai kejohanan disamping mencetak satu gol dan tiga bantuan gol.",
"Untuk makluman semua, ini merupakan kali kedua Aaron kembali semula ke pangkuan Cardiff City. Sebelum ini, Aaron pernah menyertai semula Cardiff perpindahan musim panas pada tahun 2008 secara pinjaman daripada Arsenal selama sebulan pada Januari 2011."
] |
https://sukanz.com/20207363/ |
Selepas ‘Belajar’ Dengan TMJ, Norizam Bertemu Pemilik Cardiff City Pula
| [
"Nampaknya usaha Norizam Tukiman untuk membangunkan kembali TRW Kelantan FC tidak terhenti dengan mendapatkan nasihat daripada pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim sahaja.",
"Kali ini, Norizam yang mengeluarkan belanja sebanyak RM6.8 juta untuk memiliki pasukan berpangkalan di pantai timur itu meluangkan masa untuk bertemu dengan ahli perniagaan dan pemilik Cardiff City FC, Tan Sri Vincent Tan.",
"Dalam pertemuan yang diadakan di Pulau Perhentian, Terengganu itu, Norizam mendapatkan pandangan daripada Vincent khususnya mengenai perniagaan dan dunia bola sepak.",
"“Satu penghormatan besar buat saya di mana semua orang mengetahui Tan Sri Vincent Tan bukan sahaja berjaya di dalam dunia perniagaan sebaliknya bola sepak.",
"“Beliau antara salah seorang idola saya dan sudah pasti pertemuan dengan Tan Sri Vincent Tan telah memberikan banyak aspek positif kepada diri saya ketika mengemudi Kelantan FC nanti.",
"“Apa yang pasti, saya akan mendengar nasihat dan tunjuk ajar beliau di mana saya berharap Kelantan FC akan berjaya di masa akan datang,” katanya seperti dipetik daripada laman Cakap Sukan.",
"Untuk makluman, Vincent mengambil alih Cardiff City pada tahun 2009. Di bawah pengurusannya, skuad yang terkenal dengan gelaran The Bluebirds berjaya meraih promosi ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak dua kali.",
"Selain daripada Cardiff City, Vincent turut memiliki dua buah lagi pasukan bola yang berpangkalan di eropah iaitu FK Sarajevo di Bosnia dan Herzegovina serta KV Kortrijk di Belgium.",
"Featured Image: TRW Kelantan FC"
] |
https://sukanz.com/20207483/ |
Rumput Panjang Punca Kekalahan Liverpool – Graeme Souness
| [
"Legenda Liverpool, Grame Souness menyalahkan rumput di Stadium Aston Villa yang menjadi punca kepada kekalahan besar Liverpool, awal pagi tadi.",
"Menurutnya, rumput yang tidak dipotong di Villa Park menyebabkan pergerakan bola tidak lancar sekaligus menyukarkan Liverpool memainkan corak permainannya. ",
"“Saya berasakan mereka membiarkan rumput lebih panjang daripada biasa untuk memperlahankan pergerakan Liverpool.” katanya di Sky Sports.",
"Bagaimanapun, Souness mengatakan rumput panjang tersebut turut memberikan kesukaran kepada pasukan tuan rumah tetapi pasukan-pasukan besar mahukan padangan dengan rumput yang pendek.",
"Dalam perlawanan tersebut, Liverpool yang dibimbing oleh Jurgen Klopp tewas dengan jaringan 7-2 dalam aksi keempat Liga Perdana Inggeris (EPL).",
"Kedua-dua jaringan saguhati oleh Liverpool dijaringkan oleh Mohamad Salah pada minit ke-33 dan ke-60."
] |
https://sukanz.com/202321304/ |
Sri Pahang Rekrut Aqil Arazi – Bekas Pemain Remaja Kelab Perancis
| [
"Pasukan berpangkalan di pantai timur semenanjung tanah air, Sri Pahang FC terus memperkukuhkan skuadnya bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2023 yang akan bermula penghujung Februari kelak.",
"Terbaru, skuad berjulukan Tok Gajah ini mengumumkan mengikat khidmat Aqil Arazi – pemain muda yang pernah beraksi bersama antara kelab terkemuka yang berpangkalan di Perancis, AS Cannes pada tahun 2020.",
"“Kami berbesar hati mengumumkan bintang muda berusia 20 tahun, Aqil Arazi telah menandatangani kontrak bersama Sri Pahang.” tulis kenyataan rasmi kelab itu tanpa mendedahkan tempoh kontrak yang mengikat kedua-dua pihak, semalam.",
"Aqil Arazi Perkuat Sri Pahang! ",
"Kami berbesar hati mengumumkan bintang muda berusia 20 tahun, Aqil Arazi Aziz telah menandatangani kontrak bersama Sri Pahang. pic.twitter.com/6LEdLYF7g3",
"— SRI PAHANG FC (@OfficialPahang) January 3, 2023",
"Baca: 5 Perkara Menarik Mengenai Aqil Arazi, Remaja Malaysia di AS Cannes",
"Untuk makluman semua, Aqil yang merupakan kelahiran Kuala Lumpur merupakan pemain yang versatil di bahagian serangan dengan berkemampuan untuk beraksi sebagai penyerang, penyerang sayap serta pemain tengah menyerang (attacking midfielder).",
"Sebagai rekod, kelab terakhir yang disertai oleh Aqil sebelum kembali semula ke Malaysia dengan menyertai Sri Pahang ialah Karagumruk SK yang berpangkalan di Turki. Kelab ini disertainya sekitar pertengahan tahun lalu.",
"Sebagai tambahan, Sri Pahang turut mengumumkan menandatangani khidmat seorang lagi pemain muda yang berusia 20 tahun, Lokman Bah Din. Pemain ini merupakan anak jati negeri Pahang dan merupakan pemain Skuad Projek FAM-MSN pada musim lalu.",
"Featured Image: Instagram Aqil Arazi"
] |
https://sukanz.com/202220884/ |
Terengganu FC Tandatangani Perancang Haiti, Sony Norde – Kontrak Setahun
| [
"Naib juara Liga Super dan Piala FA, Terengganu FC tidak menunggu lama untuk membentuk pasukan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2023 kelak.",
"Perancang kelahiran Haiti yang berusia 33 tahun, Sony Norde menjadi pemain import pertama diumumkan ditandatangani Terengganu pada jendela perpindahan kali ini.",
"Dimaklumkan bekas pemain Melaka United FC ini diberikan kontrak selama setahun yang akan menyaksikan Sony kekal bersama skuad Hitam Putih ini sehingga hujung tahun 2023.",
"Disamping itu, Sony turut diberikan jersi bernombor 11 untuk disarungnya bersama Terengganu pada musim hadapan.",
"Selamat Datang Sony Norde! 🏴🏳️⚡️#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/7vVtkVJxAz",
"— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) December 1, 2022",
"Perkara tersebut dimaklumkan oleh Terengganu menerusi laman sesawang rasmi serta pelbagai platform media sosialnya, semalam.",
"Difahamkan, antara faktor Sony memilih untuk menyertai Terengganu kerana melihat pasukan ini merupakan salah sebuah pasukan terbaik dalam Liga Malaysia. Selain itu, Sony turut melihat skuad yang bakal dibimbing oleh Tomislav Steinbruckner ini dibarisi pemain-pemain tempatan yang mempunyai kualiti yang baik.",
"Kekaguman terhadap penyokong-penyokong Terengganu serta cara mereka menghargai para pemain yang beraksi bersama pasukan ini turut menjadi tarikannya.",
"Sebagai bonus, peluang untuk beraksi dalam saingan Piala AFC pada musim hadapan turut menjadi faktor kedatangannya ke Terengganu. ",
"Untuk rekod, Sony mula menyertai Melaka United pada tahun 2020. Sepanjang bersama skuad berjulukan Hang Tuah ini, Sony telah merekodkan 9 gol serta 12 ‘assist’ daripada 49 penampilan secara keseluruhan."
] |
https://sukanz.com/202219005/ |
FAT Mengesahkan Trinidad & Tobago, Tajikistan Dan Malaysia Sertai King’s Cup
| [
"Empat skuad kebangsaan yang akan menyertai kejohanan jemputan, King’s Cup anjuran Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) pada 20-26 September kelak telah disahkan.",
"Menerusi makluman di laman sosial badan induk bola sepak negara berkenaan pada hari ini, empat pasukan tersebut ialah Tajikistan, Malaysia, Trinidad & Tobago serta tuan rumah sendiri, Thailand.",
"Untuk makluman semua, berdasarkan kepada ranking dunia semasa, keempat-empat negara ini sedang menghuni tangga ke-108, ke-147, ke-101 dan ke-111 masing-masing.",
"ไทย, มาเลเซีย, ทาจิกิสถาน และตรินิแดดฯ พร้อมแข่งขันฟุตบอล ฟีฟ่า เดย์ กันยายน",
"อ่านเพิ่มเติม : https://t.co/AV2KAdJ4CT#ช้างศึก #ทีมชาติไทย #TogetherAsOne #Changsuek #Thailand #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #FAThailand #FIFADAY #InternationalAmatch pic.twitter.com/U9wopyrnUi",
"— Changsuek (@Changsuek_TH) August 11, 2022",
"Dengan pengumuman rasmi ini, ia sekaligus menafikan khabar angin bahawa pasukan di ranking ke-81 dunia dari benua amerika selatan, Bolivia menjadi salah satu yang akan dijemput dalam kejohanan ini.",
"Seperti dimaklumkan oleh FAT sebelum ini, kejohanan ini akan dilangsungkan di 700th Anniversary Stadium yang terletak di wilayah Chiang Mai.",
"Format kejohanan dijalankan secara kalah mati. Perlawanan pertama bermula dengan peringkat separuh akhir. Pemenang akan mara ke perlawanan akhir sementara pasukan yang kalah akan ke perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.",
"Sebagai tambahan, Thailand menganjurkan kejohanan ini dengan salah satu objektifnya untuk meningkatkan ranking dunianya sebelum menyertai Kelayakan Piala Dunia 2026 bagi zon asia."
] |
https://sukanz.com/202218585/ |
Ravichandran Pendaki Pertama Malaysia Tawan Gunung K2 – Kedua Tertinggi Dunia
| [
"Ravichandran Tharumalingam atau dikenali sebagai Ravi Everest menjadi pendaki pertama negara yang berjaya menawan gunung kedua tertinggi di dunia, K2 di Pakistan.",
"Pendaki berusia 57 tahun yang merupakan orang kurang upaya (OKU) tiba di puncak yang berketinggian 8,611 meter (m) pada Jumaat lalu bersama pendaki-pendaki solo yang lain serta diiringi lima sherpa, menurut pelbagai laporan media.",
"Untuk makluman, sesuai dengan nama timangannya iaitu Ravi Everest, gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest juga sudah pernah ditawannya. ",
"Malahan gunung berketinggian 8,848m itu bukan sahaja didakinya sebanyak satu kali tetapi tiga kali dimana pendakian terbarunya adalah pada bulan Mei lalu. Dua pendakian terdahulunya ke puncak Gunung Everest berlangsung pada tahun 2006 dan 2007.",
"Ketika di pendakian keduanya itulah beliau kehilangan lapan jarinya akibat daripada radang dingin (frostbite).",
"Sebagai tambahan, Ravichandran mula berkecimpung dalam aktiviti luar dan pendakian gunung pada tahun 1993. Pendakian pertamanya adalah menuju ke Everest Base Camp dan mendaki Gunung Kalapathar (5,644m) di wilayah Nepal. ",
"Bermula daripada itu, Ravichandran memasang impian melengkapkan “Grand Slam of Mountaineering” iaitu menawan kesemua 14 gunung tertinggi dunia yang berketinggian 8000m ke atas serta “Seven Summit” kesemua gunung tertinggi di setiap benua."
] |
https://sukanz.com/202214740/ |
Terbuka India: Gandingan Baharu, Peng Soon-Valeree Berjaya Cipta Kemenangan Pertama
| [
"Pasangan beregu campuran yang baru sahaja digandingkan, Chan Peng Soon dan Valeree Siow berjaya mencipta kemenangan pertama mereka ketika turun beraksi di Pusingan 32, kejohanan Terbuka India 2022. ",
"Pasangan beregu yang diletakkan sebagai pilihan kelima untuk menjuarai kejohanan ini mencetak kemenangan pertama dengan mengalahkan beregu India, Raju Mohamed Rehan dan Anees Kowsar.",
"YONEX-SUNRISE India Open 2022XD – Round of 32 🇲🇾Peng Soon CHAN🏅21 21 🇲🇾Valeree SIOW🏅 4 9 🇮🇳Mohamed Rehan RAJU 🇮🇳Anees Kowsar JAMALUDEEN🕗 in 20 minutes https://t.co/Rr2q5jvBhW",
"Peng Soon-Valeree menumpaskan pasangan yang berada di ranking 174 dunia itu secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-4 dan 21-9 dalam tempoh permainan kurang daripada setengah jam.",
"Kemenangan ini membolehkan mereka mara ke Pusingan 16. Di peringkat seterusnya, Peng Soon-Valeree akan bertemu salah satu daripada beregu India samada gandingan Kashish Sharma-Saruni Sharma atau Kirtesh Dhindhwal-Daksha Gautam.",
"Featured Image: Badminton Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202111229/ |
FIFA Keluarkan Kenyataan Rasmi Nafi Sedang Uji 5 Peraturan Baharu
| [
"Beberapa hari lalu, telah tersebar mengenai laporan-laporan yang mengatakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sedang menguji beberapa peraturan baharu bagi sukan bola sepak.",
"Menurut laporan-laporan yang tersebar, sekuarang-kurangnya lima perubahan yang sedang diuji dalam satu kejohanan remaja yang dipanggil The Future Football Cup melibatkan pasukan-pasukan akademi seperti AZ Alkmaar, RB Leipzig, Club Brugge dan PSV yang dilangsungkan di Belanda.",
"FIFA are currently experimenting a new football system with these changes:🔘 30 minutes a half.🔘 The game clock stops when the ball goes out of play.🔘 Unlimited subs.🔘 Throw-ins played with feet.🔘 5 minute suspension for a yellow card.(Source: @mundodeportivo)",
"Antara lima perubahan yang sedang diuji di dalam kejohanan tersebut adalah hanya 30 minit dilangsungkan setiap babak, masa permainan terhenti jika bola keluar, sepakan ke dalam menggantikan lontaran ke dalam, pemain yang dikenakan kad kuning perlu keluar padang selama 5 minit dan tiada had pertukaran.",
"Perkara tersebut mendapat reaksi yang pelbagai daripada peminat bola sepak seluruh dunia, bagaimanapun, FIFA tampil mengeluarkan kenyataan rasmi, menafikan mengenai perkara tersebut menerusi laman sesawangnya, Isnin lalu.",
"“FIFA mahu menjelaskan mengenai laporan yang sedang tersebar di media sejak beberapa hari lalu mengenai niat FIFA untuk menguji beberapa perubahan pada peraturan permainan (Laws of the Game) pada kejohanan peringkat remaja yang dilangsungkan di Belanda.”",
"“FIFA mengesahkan tiada sebarang niat untuk menguji sebarang perubahan sepertimana laporan-laporan yang tersebar, malahan perubahan-perubahan tersebut tidak pernah dibincangkan samada secara dalaman di dalam FIFA atau bersama rakan kongsi di The IFAB (Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa).” tulis kenyataan badan induk bola sepak dunia tersebut.",
"Dengan penafian rasmi daripada FIFA, nampaknya sukan bola sepak ini kekal dimainkan sepertimana sebelum ini."
] |
https://sukanz.com/20219133/ |
Status Pengambilalihan KDA FC Oleh Syarikat Swasta Telah Capai 80%
| [
"Bukan menjadi satu rahsia lagi bahawa Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) bakal dimiliki oleh gabungan dua syarikat swasta iaitu Flumen Holdings dan Go Auto Group menerusi sebuah syarikat tujuan khas (SPV).",
"SPV terbabit dikatakan bakal mengambilalih 80% pegangan saham KDA FC yang dimiliki oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI) sebelum daripada ini.",
"Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Flumen Holdings, Ahmad Shaizuan Kamaruzzaman yang mengetuai pengambilalihan ini optimis prosesnya bakal lengkap dalam masa terdekat. ",
"Pada masa yang sama, beliau yakin pihaknya akan diumumkan sebagai pemilik baharu skuad Hijau Kuning secara rasmi dalam satu majlis yang akan diadakan pada minggu hadapan.",
"Kedah Mempunyai ‘Fan Base’ Besar, Peluang Lebarkan Sayap PerniagaanPenulis kami sempat menemuramah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Flumen Holdings, Ahmad Shaizuan Kamaruzzaman berkenaan mengapakah beliau memilih untuk melabur dalam KDA FC.➡️ https://t.co/KJuKoFnE1e pic.twitter.com/GJZhnbZCAx",
"“Boleh saya katakan progress (pengambilalihan) ini sudah (berjalan) dalam 70%-80%.”",
"“Kita dapat kerjasama penuh daripada KFA (Persatuan Bolasepak Kedah) dan terutamanya kerajaan negeri, jadi saya tidak nampak apa-apa masalah.”",
"“Insya-Allah saya sangat optimis (pengumuman rasminya pada minggu hadapan).” katanya ketika dihubungi oleh Sukanz, hari ini.",
"Mengulas mengenai proses pengambilalihan tersebut, Shaizuan mengaku ianya agak rumit dan memakan masa kerana pihaknya perlu menyemak segala kontrak melibatkan para pemain dan barisan kejurulatihan.",
"Tidak ketinggalan, mereka turut menyemak sekiranya terdapat isu-isu berbangkit yang lalu melibatkan pasukan ini pada masa lampau sebagai langkah berhati-hati agar tidak mengganggu perancangan KDA FC di masa hadapan.",
"Sementara itu, beliau yang merupakan anak jati kelahiran Jitra ini berkata setelah lengkapnya pengambilalihan tersebut, perkata utama yang akan diberikan tumpuan adalah menyusun barisan pengurusan KDA FC yang mantap.",
"Ianya akan melibatkan kepada jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ketua Pegawai Operasi (COO), Ketua Pegawai Kewangan (CFO) dan pelbagai jawatan lagi sehingga ke lapisan paling bawah.",
"“Dalam struktur biasa korporat, apabila kita melakukan pengambilalihan ini, kita tidak (melakukan perubahan pengurusan) secara tergesa-gesa, mana yang masih boleh digunakan (khidmatnya) akan kita teruskan.”",
"“Ada kemungkinan kita kekalkan (pengurusan) sedia ada dan ada kemungkinan kita dapatkan (individu) yang baharu. Dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah yang pertama akan dijalankan nanti, kita akan tentukan.” tambahnya lagi.",
"Sesuai dengan pemilikan secara korporat, Shaizuan turut menjelaskan individu-individu yang mengisi setiap posisi di bahagian pengurusan KDA FC akan tertakhluk kepada penetapan indeks prestasi utama (KPI).",
"📸 Sesi ujian kecergasan pra-musim pasukan KDA FC yang diadakan di Kompleks MSN Kedah, Alor Setar. Setiap pemain akan dinilai berdasarkan kecergasan semasa meliputi beberapa aspek penting oleh unit sains sukan MSN Kedah. #kdafc #pramusim pic.twitter.com/xmfYTeMKZm",
"Bagaimanapun, para peminat KDA FC tidak perlu risau sekiranya pengambilalihan ini akan menyebabkan perubahan kepada barisan pemain dan kejurulatihan yang boleh dikatakan sudah lengkap.",
"Hal Ini kerana Shaizuan telah memberikan jaminan bahawa pihaknya berpuas hati dengan persiapan yang dijalankan oleh pengurusan terdahulu dalam menyiapkan skuad KDA FC untuk mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2021.",
"“Pada dasarnya, Insya-Allah kita tak kacau (barisan pemain dan jurulatih) kerana akan mengganggu perjalanan pasukan. Kita pula datang (ambil alih) ketika mereka telah lengkapkan pasukan. Semuanya sudah okay.”",
"“Kita (juga) berpeluang berbincang dengan pihak kejurulatihan, kita nampak mereka gembira (dengan skuad ini), jadi kegembiraan ini kita tak mahu ganggu.” ujarnya.",
"Featured Image: Kedah Darul Aman FC"
] |
https://sukanz.com/202114359/ |
Kejohanan Dunia BWF: Pearly-Thinaah Dikejutkan Beregu Hong Kong Ranking Ke-57
| [
"Beregu badminton wanita utama negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan gagal meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya di Kejohanan Dunia BWF 2021.",
"Pasangan yang diletakkan sebagai pilihan ke-13 untuk memenangi kejohanan ini tumpas kepada beregu Hong Kong, Ng Tsz Yau dan Yuen Sin Ying yang menduduki ranking ke-57 dunia.",
"TotalEnergies BWF World Championships 2021WD – Round of 32 🇭🇰Tsz Yau NG🏅10 21 21 🇭🇰Sin Ying YUEN🏅21 12 11 🇲🇾Pearly TAN 🇲🇾Muralitharan THINAAH🕗 in 67 minutes https://t.co/F2miID8fuj",
"Walaupun bermula dengan memenangi set pertama, Pearly-Thinaah hilang momentum pada set kedua dan ketiga sekaligus menyaksikan mereka terpaksa akur tewas dengan keputusan 21-10, 12-21 dan 11-21.",
"Perlawanan ini berlangsung dalam tempoh yang agak panjang dengan memakan masa melebihi satu jam. Untuk makluman semua, ini merupakan kali pertama kedua-dua pasangan ini berentap sesama sendiri.",
"Kekalahan ini menjadikan perjalanan Pearly-Thinaah di Kejohanan Dunia BWF terhenti setakat Pusingan 32 sahaja.",
"Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202112214/ |
Discovery Channel Akan Siar Dokumentari ‘Rise of The Southern Tigers’ di Asia Tenggara, Taiwan & Hong Kong
| [
"Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berbesar hati mengumumkan bahawa syarikat penerbitan 108 Media telah menandatangani perjanjian dengan Discovery, Inc untuk menyiarkan Fearless: Rise of the Southern Tigers di rantau Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong.",
"“Saya gembira kini lebih banyak tempat di asia dapat menonton kisah hebat mengenai Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim dan bagaimana kami bekerja keras di belakang tabir bagi memastikan kejayaan di dalam dan luar padang,” titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang juga pemilik JDT.",
"Lynn Ng, Ketua Bahagian Kandungan Asia Pasifik Discovery, Inc berkata, “Discovery sentiasa melihat kepada kisah-kisah tempatan mengagumkan yang bergema di seluruh Asia Pasifik.” ",
"“Sebagai sukan paling popular Asia Tenggara, kebangkitan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim adalah satu kisah kejayaan yang diraikan oleh semua, dan kami teruja untuk membawakan siri ini kepada penonton di rantau ini.”",
"Baca – Presiden FIFA: Kejuaraan JDT Hasil Kerja Keras, Keghairahan & Komitmen Semua Orang di Kelab",
"Fearless: Rise of the Southern Tigers mengisahkan cerita di belakang tabir bagaimana JDT diuruskan dan perubahan yang dilalui bola sepak Johor sejak DYAM Tunku Ismail mengambil alih pada tahun 2013.",
"Antara kisah yang diceritakan dalam siri ini adalah mengenai visi DYAM Tunku Ismail untuk Johor dan bola sepaknya, bagaimana telitinya Tunku Mahkota Johor ini dalam setiap segi, bagaimana kelab ini berkembang sedikit demi sedikit, perbincangan dalam membuat keputusan untuk kelab, para penyokong Bangsa Johor yang setia dan banyak lagi. Isteri kepada Tunku Mahkota Johor, YAM Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam turut menceritakan pengalaman Baginda dan menerangkan bagaimana bersemangatnya DYAM Tunku Ismail.",
"Baca: Pernah Dikaitkan Dengan JDT, Falcao Pilih Kembali Ke Saingan La Liga Sertai Rayo Vallecano",
"Siri ini juga memaparkan temubual bersama Pengarah Teknikal Alistair Edwards, Pengarah Sukan Martin Prest, Ketua Jurulatih Benjamin Mora, bekas pengurus Luciano Figueroa, jurulatih-jurulatih Akademi JDT, pemain, penyokong dan beberapa individu di JDT. Krew kamera juga mengikuti beberapa pemain dan ketua jurulatih ke kediaman masing-masing. ",
"Tayangan perdana Fearless: Rise of The Southern Tigers akan disiarkan pada 11 September jam 9 malam (waktu Malaysia) di saluran Discovery Asia di rantau Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong."
] |
Subsets and Splits
No community queries yet
The top public SQL queries from the community will appear here once available.