url
stringlengths 25
29
| headline
stringlengths 14
130
| content
sequence |
---|---|---|
https://sukanz.com/202323771/ |
Pogba Kembali Cedera Selepas 23 Minit Beraksi Sebagai Pemain Kesebelasan Utama Juventus
| [
"Keterujaan melihat Paul Pogba bermula sebagai pemain kesebelasan utama Juventus buat kali pertama sejak kembali menyertai skuad berjulukan The Old Lady pada jendela perpindahan musim panas tahun lalu tidak bertahan lama.",
"Pemain tengah skuad kebangsaan Perancis tersebut disenaraikan dalam kesebelasan utama oleh pengurus pasukan, Massimiliano Allegri ketika menentang Cremonese pada perlawanan ke-35 Serie A, awal pagi tadi waktu Malaysia.",
"Namun begitu, kelibat pemain berusia 30 tahun itu bertahan selama sekitar 23 minit permainan sahaja berikutan mengalami kecederaan (dipercayai melibatkan quadriceps) yang memaksanya keluar sambil menangis kekecewaan meninggalkan padang.",
"Allegri bertindak menggantikan Pogba dengan pemain dari Poland, Arkadiusz Milik sebelum Juventus menutup perlawanan tersebut dengan kemenangan 2-0 ke atas Cremonese di Stadium Allianz.",
"Untuk makluman semua, ini merupakan kali ketiga Pogba mengalami kecederaan sejak dia menyertai Juventus pada Julai tahun lalu – meninggalkan Manchester United.",
"Antara siri kecederaan serius menimpanya adalah melibatkan lateral meniscus yang menimpanya ketika aksi pramusim menyebabkannya terpaksa menjalani pembedahan lutut dan terlepas saingan Piala Dunia 2022 lalu. Selain itu, Pogba turut mengalami kecederaan adductor muscle sekitar Mac lalu.",
"Kecederaan tersebut menyaksikan Pogba hanya dapat tampil buat pertama kali dalam perlawanan kompetitif bersama Juventus sebagai pemain gantian ketika bertemu Torino dalam aksi Serie A pada penghujung Februari lalu.",
"Bertitik tolak daripada perlawanan itu, Pogba diberikan peluang beraksi dalam lapan perlawanan lagi sebagai pemain gantian termasuk dalam saingan Piala Itali dan Liga Europa. "
] |
https://sukanz.com/202322430/ |
Cabaran Antarabangsa Vietnam: Hanya 7 Perseorangan Lelaki Negara Ke Pusingan 32
| [
"Peringkat Pusingan 32 di saingan Cabaran Antarabangsa Vietnam 2023 menyaksikan wakil negara dalam kategori perseorangan lelaki hanya berbaki tujuh orang pemain sahaja daripada 15 penyertaan secara keseluruhan.",
"Antara pemain yang mengesahkan diri ke peringkat terbabit ialah Justin Hoh, Lee Shun Yang, Lim Chong King, Jacky Kok Jing Hong, Shahyar Shaqeem, Tan Jia Jie dan Hooi Shao Herng setelah melakar kemenangan di Pusingan 64 menentang lawan masing-masing, dalam perlawanan berlangsung semalam dan hari ini.",
"Pada pusingan 32, ketujuh-tujuh pemain ini akan berhadapan dengan lawan berikut:",
"Sebelum itu, seramai 13 pemain negara berhasil melayakkan diri dari pusingan kelayakan atau bermula di peringkat Pusingan 64. Antara yang terkandas di pusingan ini ialah Ong Zhen Yi, Ong Ken Yon, Aidil Sholeh, Yeoh Seng Zoe, Chia Jeng Hon dan Eveshgaran Vasigaran.",
"Featured Image: Badminton Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202321807/ |
Astro Tambah Dua Saluran Sukan Untuk Liga Malaysia – Arena Bola & Arena Bola 2
| [
"Stesen televisyen berbayar, Astro mengumumkan menambah dua saluran sukan yang khusus kepada bola sepak Liga Malaysia iaitu Arena Bola dan Arena Bola 2.",
"Kedua-dua saluran itu dapat ditonton para peminat bola sepak tempatan dengan definisi tinggi (HD) melalui saluran Astro 803 dan 804 masing-masing serta strim di Astro GO apabila dilancarkan bermula 23 Februari kelak.",
"Ianya akan menyiarkan secara langsung kesemua pertandingan di bawah kelolaan Malaysian Football League (MFL) yang terdiri daripada Perlawanan Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah), Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.",
"Selain itu, para peminat juga boleh menonton sorotan-sorotan serta menonton semula perlawanan di On Demand.",
"Kehadiran dua saluran tambahan ini hasil keterujaannya menjadi Rakan Penyiar Rasmi Liga Malaysia sehingga tahun 2025 serta bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai ‘Home of Sports’.",
"Bagi pelanggan Astro yang sudah mempunyai langganan pek Sports, saluran ini akan dapat diakses dengan segera tanpa sebarang kos tambahan.",
"Manakala bagi pelanggan Astro yang tidak mempunyai langganan pek Sports dan berminat untuk menambah akses bagi membolehkan menonton perlawanan Liga Malaysia sahaja boleh mendaftar di https://promotions.astro.com.my/details/ligakita dan menikmati harga pengenalan RM4.99/bulan selama tiga bulan sebelum bertukar kepada harga biasa iaitu RM9.99 sebulan.",
"Sementara itu, bagi pelanggan Astro yang tidak mempunyai pek Sports dan ingin menambah pek Sports yang turut merangkumi akses perlawanan Liga Malaysia, boleh menaik taraf dengan dengan tawaran istimewa berharga RM89.99/bulan."
] |
https://sukanz.com/202113910/ |
MFL Lancar Set Komemoratif Bar Emas Sempena 100 Tahun Piala Malaysia
| [
"Sebagai tanda peringatan dan kenangan bersempena dengan sambutan 100 Tahun Piala Malaysia, penganjur kejohanan bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL) melancarkan Set Komemoratif Edisi Terhad Bar Emas.",
"Dalam majlis pelancaran yang berlangsung di Wisma FAM, pada hari ini, set bar emas dengan ketulenan 999.9 dan seberat 0.5 gram setiap satu ini merupakan hasil kerjasama MFL dengan Ninox Idea dan Faidh Jewels.",
"Difahamkan, setiap set bar emas akan turut disertakan dengan buku komemoratif Piala Malaysia, pelitup muka, lencana magnet dan pelekat kereta. Harga bagi setiap set ini adalah RM299 setiap satu dan dimaklumkan ianya dikeluarkan sebanyak 999 set sahaja.",
"Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, anda boleh membuat pembelian menerusi laman sesawang, Faidh Jewels atau menghubungi Kedai Emas Faidh di talian 03-8071 8024.",
"Pembeli yang membuat pembelian dijadualkan akan menerima set bar emas ini selepas 15 Disember secara berperingkat mengikut kaedah penyerahan barang yang dipersetujui.",
"Featured Image: Malaysian Football League"
] |
https://sukanz.com/20207836/ |
TFC Lantik Ab Rasid Sebagai CEO – Punyai ‘Master’ Dalam Pengurusan Sukan
| [
"Terengganu Football Club (TFC) mengumumkan perlantikan Encik Ab Rasid Jusoh selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Terengganu Football Club Sdn Bhd – syarikat yang menguruskan pasukan TFC.",
"Perkembangan positif itu diumumkan dalam satu kenyataan kelab menerusi laman sosialnya, semalam. Perlantikan Ab Rasid sebagai CEO buat TFC dilihat tepat jika dilihatkan kepada latar belakangnya. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Pengurusan (Sukan) daripada Curtin University, Australia.",
"🏴🏳️AB RASID JUSOH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TERENGGANU FOOTBALL CLUB SDN BHD 🏳️🏴Terengganu Football Club ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang buat Encik Ab Rasid Bin Jusoh, yang telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Terengganu Football Club Sdn Bhd pic.twitter.com/9NG0SL9IX5",
"Selain itu, Ab Rasid juga merupakan bekas CEO dan pengurus pasukan T-Team FC suatu masa dahulu sebelum digabungkan menjadi skuad simpanan, Terengganu FC II. Ab Rasid pernah bergelar sebagai pemain bola sepak semasa zaman muda remajanya.",
"Selain itu, TFC turut mengumumkan perlantikan Mohd Sabri Abas selaku Ketua Pegawai Operasi (COO) buat Terengganu Football Club Sdn. Bhd.",
"🏴🏳️MOHD SABRI ABAS KETUA PEGAWAI OPERASI TERENGGANU FOOTBALL CLUB SDN BHD 🏳️🏴Terengganu Football Club ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang buat Encik Mohd Sabri bin Abas, yang telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) bagi Terengganu Football Club Sdn Bhd. pic.twitter.com/rAY9tBpxcP",
"“TFC kini akan bergerak sebagai sebuah kelab bola sepak profesional yang diuruskan oleh syarikat berstruktur korporat. Ini adalah merupakan permulaan bagi sesuatu yang baru khususnya dalam arena sukan bola sepak di negeri Terengganu.",
"“Ianya memerlukan kerjasama dari semua pihak dalam memastikan TFC bakal bergerak dengan langkah positif dengan berlandaskan pelan atur dan pelan tindakan yang telah dirancang untuk memastikan kelab ini dapat bersaing dan terus membangun maju dari tahun ke tahun.",
"“Kejayaan dalam kejohanan semestinya menjadi keutamaan bagi semua pasukan bola sepak namun di TFC kini kita perlu mula membina penstrukturan pengurusan yang kukuh dari pelbagai sudut kerana itulah kunci untuk kejayaan bagi keseluruhan aspek dalam sesebuah pasukan bola sepak.” tulis kenyataan kelab."
] |
https://sukanz.com/202111874/ |
2 Pemain Muda Tempatan Sertai Kelab Liga Hoki Belanda, Hattemse MHC
| [
"Dua pemain muda tempatan, Ahmad Lutfi Mohd Sam dan Iskandar Fareez Shah Zainal Abidin, berumur 22 tahun masing-masing bakal menyertai kelab hoki yang berpangkalan di Belanda iaitu Hattemse MHC. ",
"Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) telah mengeluarkan ‘no objection certificate’ (NOC) kepada kedua-dua pemain ini untuk membenarkan mereka terbang menyertai kelab tersebut bagi beraksi dalam saingan Liga Belanda sehingga ke penghujung tahun ini.",
"Untuk makluman semua, Ahmad Lutfi merupakan pemain UiTM Hockey Team bagi musim 2020 dan 2021. Sementara itu, Iskandar Fareez juga merupakan pemain UiTM Hockey Team pada tahun 2019 dan 2021 namun dia pernah beraksi semusim bersama TNB Thunderbolts pada tahun 2020 dalam saingan saingan Liga Hoki Malaysia.",
"Sedikit informasi berkenaan kelab yang diberi julukan De Hazenakker atau Sang Kelinci yang akan disertai oleh kedua-dua pemain ini adalah ianya terletak di dalam wilayah timur tengah Belanda iaitu Gelderland.",
"Pada saat ini, skuad senior lelaki Hattemse beraksi dalam saingan divisyen ketiga piramid liga hoki negara berkenaan, Overgangsklasse. Saingan liga ini akan bermula dari bulan September dan berakhir pada penghujung November ini.",
"Menelusuri sejarah kelab yang diasaskan pada tahun 1952 ini, Hattemse merupakan satu kuasa sukan hoki besar Belanda ketika era 1970-an dan 1980-an yang lalu.",
"Sebagai rekod, mereka pernah bergelar juara Belanda sebanyak tujuh kali – kelab ketiga memenangi kejuaraan terbanyak selepas MHC Oranje Zwart (10 kali) dan Amsterdamsche Hockey & Bandy Club (9 kali).",
"Anda boleh mengikuti perkembangan kedua-dua pemain ini dengan mengikuti laman sesawang dan platform media sosial Hattemse MHC:",
"Facebook: Hattemse Mixed Hockey Club",
"Featured Image: Selangor Hockey Association"
] |
https://sukanz.com/202220861/ |
Sabah FC Sambar Penggempur Skuad Kebangsaan, Darren Lok
| [
"Pasukan berpangkalan di kepulauan Borneo, Sabah FC mula mengumumkan kedatangan pemain baharunya bagi mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2023.",
"Menerusi pelbagai platform media sosialnya, skuad berjulukan Sang Badak kendalian Datuk Ong Kim Swee ini mengumumkan penyertaan pemain baharunya yang pertama iaitu penggempur skuad kebangsaan, Darren Lok pada hari ini.",
"Sejak dua musim lalu, Darren mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan dengan merekodkan sebanyak 15 gol daripada 33 penampilan ketika beraksi bersama Petaling Jaya City FC (PJ City).",
"A post shared by Official Sabah FC (@officialsabahfc)",
"Prestasi memberangsangkan pemain kacukan England-Malaysia ini turut menarik perhatian barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya untuk memanggilnya bagi beraksi dalam beberapa perlawanan antarabangsa.",
"Sementara itu, Sabah turut mengumumkan pelepasan seorang penyerang importnya, Jose Embalo, 29 tahun, yang merupakan kelahiran Portugal dan mempunyai pasport Guinea-Bissau pada tengah hari tadi.",
"Embalo didatangkan oleh Sabah pada jendela perpindahan pertengahan musim sekitar penghujung Jun lalu. Kehadirannya adalah untuk menggantikan penyerang import dari Brazil, Neto Pessoa.",
"Bersama Sabah, Embalo hanya sempat tampil dalam sembilan perlawanan dan menjaringkan satu gol sahaja.",
"Featured Image: Football Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202219051/ |
Skuad Lelaki Negara Muncul Juara Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2022
| [
"Skuad hoki lelaki negara melakar sejarah apabila berjaya menjuarai Kejohanan Hoki Dalam Dewan (Indoor) Piala Asia buat julung kalinya, semalam.",
"Lebih manis, kejayaan itu dicipta dengan menumpaskan juara bertahanan, Iran dalam penentuan shoot-out yang berkesudahan dengan keputusan 3-2 di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok, Thailand.",
"Sebelum pencarian pemenang perlawanan akhir ini ditentukan menerusi shoot-out, Malaysia yang berada di ranking ke-21 dunia terikat 4-4 selepas mengharungi 40 minit perlawanan sebenar.",
"Men's Indoor Asia Cup 2022, Bangkok, Thailand",
"FINAL – 15 August 2022",
"**Congratulations to MALAYSIA for becoming the champions of the latest installment of Men's Indoor Asia Cup 2022, Bangkok, Thailand pic.twitter.com/vf8mzGrb2i",
"— MHC (@hockeymalaysia) August 15, 2022",
"Jaringan pasukan negara disumbangkan oleh Muhammad Ashran Hamsani (2 gol) serta Shello Silverius dan Mohd Norhafizie Jamil Azomi.",
"Kejayaan skuad negara merangkul kejuaraan ini turut diserikan dengan pemain negara, Norsyafiq Sumatri diangkat selaku pemain terbaik perlawanan akhir ini.",
"Untuk makluman semua, Iran merupakan juara lapan kali berturut-turut bagi setiap edisi kejohanan ini semenjak ia dilangsungkan buat pertama kali pada tahun 2008. ",
"Featured Image: Malaysian Hockey Confederation"
] |
https://sukanz.com/202321423/ |
Terbuka Malaysia: Yew Sin-Ee Yi Bertembung Beregu No.1 Dunia Di Suku Akhir
| [
"Beregu lelaki bebas (independent) tanah air, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi akan membuat perhitungan dengan pasangan Indonesia yang menghuni ranking No.1 dunia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto di peringkat suku akhir Terbuka Malaysia 2023.",
"Yew Sin-Ee Yi yang berada di kedudukan ketujuh dunia pada ketika ini melakar kemaraan ke peringkat suku akhir selepas berhasil melepasi tentangan sengit daripada beregu No.3 Taiwan, Lu Ching Yao dan Yang Po Han di Pusingan 16, sebentar tadi.",
"Dalam pertarungan tersebut, Yew Sin-Ee Yi terpaksa mengharungi tempoh satu jam dan 25 minit sebelum dapat menumpaskan gandingan terbabit menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 17-21, 21-13 dan 21-14.",
"PETRONAS Malaysia Open 2023MD – R16 🇲🇾ONG Yew Sin🏅17 21 21 🇲🇾TEO Ee Yi🏅 LU Ching Yao21 13 14 YANG Po Han",
"— BWFScore (@BWFScore) January 12, 2023",
"Sementara itu, Fajar-Rian juga tidak melangkah ke peringkat suku akhir dengan mudah.",
"Pemain berusia 27 dan 26 tahun masing-masing ini diberikan tentangan sengit oleh beregu Jerman, Mark Lamsfuss dan Marvin Seidel.",
"PETRONAS Malaysia Open 2023MD – R16 🇮🇩Fajar ALFIAN🏅8 21 21 🇮🇩Muhammad Rian ARDIANTO🏅 🇩🇪Mark LAMSFUSS21 19 16 🇩🇪Marvin SEIDEL",
"— BWFScore (@BWFScore) January 12, 2023",
"Pertembungan melibatkan kedua-dua pasangan ini berlanjutan sehingga satu jam dan 10 minit sebelum ianya ditutup dengan kemenangan oleh Fajar-Alfian menerusi skor 8-21, 21-19 dan 21-16.",
"Bercakap mengenai pertarungan antara Yew Sin-Ee Yi dan Fajar-Rian, kedua-duanya baru sahaja bertembung sesama sendiri pada Disember alu dalam kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 dimana ianya dimenangi oleh Yew Sin-Ee Yi.",
"Bagaimanapun, rekod pertemuan antara kedua-dua pasangan di pentas antarabangsa lebih memihak kepada Fajar-Rian.",
"Ini terbukti dengan Fajar-Rian melakar enam kemenangan daripada sembilan pertemuan secara keseluruhan sepanjang karier mereka.",
"Featured Image: Badminton Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202218160/ |
Terbuka Malaysia: Yew Sin-Ee Yi Singkir Pemenang Emas Olimpik Di Pusingan 16
| [
"Beregu lelaki No.2 negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi berjaya menempah tiket ke peringkat suku akhir saingan Terbuka Malaysia 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF.",
"Lebih manis, penghuni di ranking kesepuluh dunia ini mengesahkan tiket kemaraan tersebut selepas menumpaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020 dari Taiwan, Lee Yang dan Wang Chi-lin di Pusingan 16, sebentar tadi.",
"PETRONAS Malaysia Open 2022MD – Round of 16 🇲🇾Yew Sin ONG🏅21 21 🇲🇾Ee Yi TEO🏅17 18 Yang LEE Chi-Lin WANG",
"🕗 in 41 minutes https://t.co/OiFEWd6AOi",
"— BWFScore (@BWFScore) June 30, 2022",
"Dalam pertarungan tersebut, Yew Sin-Ee Yi menumpaskan pasangan yang menduduki ranking keempat dunia tersebut secara “straight set” dengan skor 21-17 dan 21-18 dalam 41 minit pemainan di Gelanggang 1, Axiata Arena.",
"Untuk makluman semua, kemenangan ini juga membolehkan Yew Sin-Ee Yi merapatkan jurang pertemuan melibatkan kedua-dua beregu ini kepada dua kemenangan daripada lima pertemuan secara keseluruhan.",
"Sementara itu, Yew Sin-Ee Yi yang mengesahkan kemenangan akan bertemu samada beregu Indonesia, Fajar Alfian dan Rian Ardianto (ranking ketujuh dunia) atau beregu Jerman, Mark Lamsfuss dan Marvin Seidel (ranking ke-13 dunia) di peringkat suku akhir kelak.",
"Featured Image: Badminton Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202217763/ |
Perak FC Tampilkan Logo Baharu Selepas Diambil Alih XOX Berhad
| [
"Pasukan yang bersaing dalam kancah Liga Premier, Perak FC menampilkan sebuah logo baharu selepas diambil alih syarikat telekomunikasi, XOX Berhad.",
"Logo baharu ini hadir dengan rekaan berbentuk perisai bulat, diwarnai dengan warna tradisi mereka putih, kuning dan hitam serta dihiasi dengan lukisan kecil maskot yang cukup sinonim dengan pasukan ini iaitu seladang.",
"Pengenalan logo baharu ini dikongsikan sendiri oleh Perak FC menerusi satu klip video berdurasi 14 saat di pelbagai platform media sosialnya, semalam.",
"Jommm penuhkan stadium keramat kita ",
"— Perak Football Club (@perakfcofficial) June 6, 2022",
"Perak FC turut menyatakan penukaran logo baharu ini menandakan era baharu serta semangat baharu selepas diambil alih XOX menerusi anak syarikatnya, XOX Pro Sport Sdn Bhd.",
"Baca: Anak Syarikat XOX Berhad Beli Perak FC Dengan Nilai RM1 Sahaja",
"Selain daripada menampilkan logo baharu, penghujung Mei lalu, Perak FC turut mengumumkan melantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) interim yang baharu iaitu Bobie Farid Shamsuddin menggantikan Yunus Zakariah. ",
"Untuk makluman semua, ini merupakan kali kedua pasukan yang berpangkalan di Bandaraya Ipoh ini mengumumkan penukaran logonya pada tahun ini.",
"Awal Januari lalu, Perak FC turut mengumumkan logo baharu setelah diambil alih oleh Impact Media & Communication Sdn Bhd."
] |
https://sukanz.com/202214876/ |
Ibu Pejabat Baharu FAM Di Putrajaya Dijangka Siap Sepenuhnya 3 Tahun Lagi
| [
"Sebuah ibu pejabat baharu untuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan dibina di Presint 5, Putrajaya. Selaras dengan perkembangan itu, FAM akan memindahkan segala operasi dan tadbir urusnya ke sana apabila ianya siap sepenuhnya, pada awal 2025 kelak.",
"Perkara ini dimaklumkan oleh FAM dalam Majlis Pecah Tanah yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Ismail Sabri Yaakob serta disaksikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin, hari ini.",
"Majlis Pecah Tanah Ibu Pejabat Baharu FAM Di PutrajayaMajlis pecah tanah pembinaan ibu pejabat baharu FAM di Presint 5, Putrajaya ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, pagi tadi.Baca penuh di https://t.co/qJPRSe4IEz#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/XviGNswQQi",
"Dimaklumkan, Ibu Pejabat FAM yang baharu itu berketinggian lima tingkat dan bakal dilengkapi dengan kemudahan pejabat, auditorium, bilik seminar dewan pemasyhuran, kedai barangan FAM serta gelanggang futsal.",
"Turut dikongsikan oleh FAM, bangunan baharu itu dibina bersebelahan dengan Ibu Pejabat Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang terletak di dalam Bandar Bola Sepak Putrajaya.",
"Sebagai makluman tambahan, ibu pejabat ini akan dibina di atas tanah seluas 3 ekar sambil baki 3 ekar lagi akan dibangunkan oleh One Lagoon Development Sdn Bhd dengan usahasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi membangunkan apartmen servis (serviced apartment).",
"Selain itu, pihak FAM turut menyatakan mereka dalam proses untuk membina sebuah Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) yang akan dikhususkan buat skuad kebangsaan, Harimau Malaya di presint yang sama.",
"Sebagai rekod, FAM menjalankan kesemua operasi dan tadbir urus mereka di Wisma FAM yang terletak di Kelana Jaya sejak tahun 1980.",
"Featured Image: Football Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202221057/ |
Piala Dunia: Bola Baharu Bernama ‘Al Hilm’ Akan Digunakan Bagi Aksi Separuh Akhir & Akhir
| [
"Perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2022 Qatar yang menemukan Croatia dan Argentina, Maghribi menentang Perancis serta pertarungan tempat ketiga serta akhir tidak lagi menggunakan bola ‘Al Rihla’.",
"Sebaliknya, penganjur memaklumkan keempat-empat perlawanan itu akan menggunakan Bola Perlawanan Rasmi baharu yang bernama ‘Al Hilm’ yang bermaksud Impian atau ‘The Dream’.",
"Perkembangan dan pengenalan bola baharu itu dimaklumkan sendiri oleh penganjur menerusi satu kenyataan media, semalam.",
"Introducing the @adidas Al Hilm — the official match ball for the #FIFAWorldCup semi-finals and final. ",
"Johannes Holzmüller, Director of Football Technology and Innovation at FIFA, explains more about the technological advances in the tournament ball designs:",
"— FIFA.com (@FIFAcom) December 11, 2022",
"Difahamkan, bola yang turut dibuat oleh syarikat sukan terkemuka, Adidas itu dilengkapi dengan teknologi “Connected Ball” yang sama seperti bola Al Rihla – yang digunakan sepanjang saingan peringkat kumpulan sehingga suku akhir baru-baru ini.",
"Teknologi itu merangkumi sensor unit mengukur inertia (IMU) yang diletakkan di dalam setiap bola tersebut bagi membolehkannya memungut data dan dapat digunakan untuk membantu para pengadil membuat keputusan yang lebih tepat.",
"Penggunaan sensor ini telah terbukti membantu pengadil membuat keputusan yang tepat dalam dua kejadian yang cukup hangat dibincangkan oleh para peminat bola sepak dunia.",
"Ianya melibatkan jaringan yang dianugerahkan kepada Bruno Fernandes semasa Portugal menentang Uruguay. Ketika bola itu sedang menuju ke dalam gawang, Cristiano Ronaldo dilihat melompat untuk menanduk masuk bola terbabit.",
"The goal has officially been ruled as scored by Bruno Fernandes #POR #URU https://t.co/3NN2pbupe0",
"— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 28, 2022",
"Bagaimanapun, FIFA mengesahkan jaringan itu menjadi milik Bruno apabila sensor IMU yang diletakkan di dalam bola tersebut tidak mengesan sebarang perubahan inertia dalam perjalanan bola itu sekaligus menandakan tiada sebarang sentuhan oleh Ronaldo.",
"Dengan pungutan data itu bersama-sama data posisi pemain daripada Teknologi Ofsaid Separa Automatik (SAOT), ianya turut membantu pengadil video untuk membuat keputusan samada seseorang pemain itu berada dalam kedudukan ofsaid atau tidak.",
"Perubahan paling ketara dapat dilihat antara Al Rihla dan Al Hilm adalah penggunaan warna pada tekstur serta coraknya.",
"Al Hilm hadir dengan warna ala-ala emas pada keseluruhan tekstur bola tersebut dan dihiasi dengan warna Merah Manggis atau ‘Maroon’ pada corak segi tiganya.",
"Sebagai perbandingan, Al Rihla menampilkan warna putih pada keseluruhan teksturnya disamping diserikan dengan pelbagai warna pada corak segi tiga yang sebagian bersarnya merangkumi biru, jingga, merah dan kuning."
] |
https://sukanz.com/202215116/ |
Gandingan Khim Wah-Azriyn Raih Kejuaraan Pertama Di Terbuka Odisha
| [
"Pasangan beregu lelaki bebas (independent), Lim Khim Wah dan Nur Mohd Azriyn yang mula membentuk gandingan awal Januari ini berjaya merangkul kejuaraan sulung dengan memenangi saingan Terbuka Odisha 2022 yang berlangsung di India.",
"Kejuaraan tersebut diraih pasangan yang berusia 32 dan 28 tahun masing-masing ini hasil daripada menumpaskan beregu tuan rumah, Ravikrishna PS dan Sankar Prasad Udayakumar di perlawanan akhir, sebentar tadi.",
"Odisha Open 2022MD – Final 🇲🇾Nur Mohd Azriyn Ayub AZRIYN🏅18 21 21 🇲🇾Khim Wah LIM🏅21 14 16 🇮🇳Ravikrishna PS 🇮🇳Sankar Prasad UDAYAKUMAR🕗 in 51 minutes https://t.co/L46u9e04kA",
"Khim Wah-Azriyn menumpaskan mereka menerusi tiga perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan 18-21, 21-14 dan 21-16 dalam tempoh masa menghampiri satu jam permainan sekaligus dinobatkan sebagai pemenang dalam kejohanan yang bertaraf Jelajah BWF Super 100 ini.",
"Selain daripada berjaya membawa pulang wang tunai hasil daripada memenangi kejohanan ini, kedudukan Khim Wah-Azriyn dalam ranking dunia pastinya akan meningkat pada kemaskini yang berikutnya.",
"Untuk makluman semua, gandingan yang berusia sekitar sebulan ini berada di tangga ke-288 dunia pada ketika ini.",
"Sebagai rekod, gandingan ini turut beraksi dalam dua kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 dan Super 300 (Terbuka India & Saingan Antarabangsa Syed Modi) yang berlangsung di negara yang sama pada Januari ini. ",
"Bagaimanapun, mereka hanya beraksi di peringkat Pusingan 32 dan Pusingan 16 masing-masing sahaja.",
"Featured Image: Badminton Photo / Instagram Nur Mohd Azriyn"
] |
https://sukanz.com/202218139/ |
Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik Ke Pusingan 16, Bakal Berhadapan Dengan Beregu Singapura
| [
"Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya menempah tiket ke Pusingan 16 dalam saingan Terbuka Malaysia 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF. ",
"Pasangan yang menghuni ranking keenam dunia ini mara selepas menumpaskan beregu dari negara matahari terbit, Akira Koga dan Taichi Saito yang berada di tangga ke-22 dunia pada peringkat Pusingan 32, sebentar tadi. ",
"Dalam perlawanan terbabit, Aaron-Wooi Yik menampilkan persembahan yang cemerlang dan berhasil mengalahkan Koga-Saito secara “straight set” dengan keputusan yang berkesudahan 21-18 dan 21-19.",
"PETRONAS Malaysia Open 2022MD – Round of 32 🇲🇾Aaron CHIA🏅21 21 🇲🇾Wooi Yik SOH🏅18 19 🇯🇵Akira KOGA 🇯🇵Taichi SAITO",
"🕗 in 42 minutes https://t.co/7BOImBpWTT",
"— BWFScore (@BWFScore) June 29, 2022",
"Untuk makluman semua, pertarungan melibatkan kedua-dua pasangan yang berlangsung di Gelanggang 1 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil ini mengambil masa 42 minit sebelum dapat ditentukan pemenangnya.",
"Sementara itu, Aaron-Wooi Yik yang dapat meneruskan kemaraan dalam saingan ini akan bertemu beregu Singapura yang menduduki ranking ke-50 dunia, Terry Hee Yong Kai dan Loh Kean Hean di Pusingan 16 kelak.",
"Pasangan dari negara seberang tambak ini mara selepas menumpaskan beregu Korea yang menghuni tangga ke-46 dunia, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae secara “straight set” dengan keputusan 21-14 dan 21-19."
] |
https://sukanz.com/202323424/ |
Manchester United Beri Ucapan Istimewa Dalam Bahasa Melayu Kepada Isteri Lee Chong Wei
| [
"Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United mengejutkan para peminat bola sepak dan badminton tempatan apabila menzahirkan ucapan ulang tahun kelahiran buat isteri Datuk Wira Lee Chong Wei, Datin Wong Mew Choo.",
"Terdahulu, Chong Wei telah memuatnaik satu hantaran sebagai tanda penghargaan bersempena hari lahir isterinya berserta nota kaki yang mencuit hati peminat Manchester United; “Saya ada 3 hero pakai jersi Manchester United. Harap boleh kejar No.3 tetapi Newcastle (United) macam hebat. In Ten Hag, we trust.”",
"Bekas jaguh perseorangan negara itu turut mengepilkan foto seisi keluarganya menyarung jersi alternatif atau ketiga skuad berjulukan The Red Devils yang berwarna kuning kehijauan ketika menyambut ulang tahun kelahiran ke-40 isterinya merangkap bekas perseorangan wanita negara.",
"Selamat Harijadi Datin Mew Choo! 🎂",
"Terima kasih juga kepada Datuk @LeeChongWei di atas sokongan anda! 🫶",
"Kita kejar tempat ketiga tu! 💪#MUFC",
"Photo credit: Lee Chong Wei pic.twitter.com/SoIpNv5MyX",
"— Manchester United (@ManUtd_MY) May 2, 2023",
"Susulan itu, juara Piala Carabao 2022-23 terbabit bertindak memuat naik ucapan ulang tahun kelahiran Mew Choo bersama foto terbabit di pelbagai platform media sosialnya. Muat naik itu meraih pelbagai respons peminat bola sepak tempatan khususnya peminat Manchester United sendiri.",
"Bagaimanapun, ucapan yang disiarkan menerusi pelbagai media sosial rasmi kelab itu hanya boleh disaksikan para pengikut dan pengguna di Malaysia sahaja.",
"Untuk pengetahuan semua, Wong Mew Choo merupakan bekas pemain negara yang pernah merangkul pingat emas di Sukan SEA 2003 dan World Superseries Masters Akhir 2009 sebelum menggantung raketnya pada 2011.",
"Kemudiannya, beliau mendirikan rumah tangga bersama jaguh badminton tanah air pada 2012.",
"Featured Image: Facebook Lee Chong Wei"
] |
https://sukanz.com/202324189/ |
Hang Yee-Eng Cheong Rangkul Kejuaraan Terbuka Austria 2023
| [
"Beregu lelaki negara yang menghuni ranking ke-123 dunia, Low Hang Yee dan Ng Eng Cheong berhasil merangkul kejuaraan di Terbuka Austria 2023 – sebuah kejohanan bertaraf Siri Antarabangsa (International Series) yang berada pada Gred 3 BWF.",
"Kejuaraan itu menjadi milik Hang Yee-Eng Cheong selepas berjaya menumpaskan beregu senegara, Lwi Sheng Hao dan Jimmy Wong yang berada di kedudukan ke-130 dunia dalam perlawanan akhir yang berlangsung sekitar lewat malam tadi waktu Malaysia.",
"Dalam perlawanan tersebut, gandingan Hang Yee-Eng Cheong menumpaskan lawannya secara “straight set” dengan skor 21-11 dan 21-17 dalam tempoh masa 22 minit permainan.",
"Kemenangan itu sekaligus menjadikan Hang Yee-Eng Cheong merangkul kejuaraan kedua pada tahun ini selepas menjuarai Terbuka Slovenia, pada Ahad minggu lalu",
"Untuk makluman, ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut dilakar Hang Yee-Eng Cheong ke atas Sheng Hao-Jimmy di pentas antarabangsa. ",
"Menariknya, pertemuan pertama antara kedua-dua beregu ini berlangsung di perlawanan akhir Terbuka Slovenia yang menyaksikan Hang Yee-Eng Cheong merangkul kejuaraan sulung pada tahun ini.",
"Dalam kejohanan yang sama, beregu campuran iaitu Lim Tze Jia dan Desiree Siow terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara apabila tumpas kepada beregu England, Ethan Van Leeuwen dan Annie Lado."
] |
https://sukanz.com/202322519/ |
Piala Sudirman 2023: Malaysia Sekumpulan Taiwan, India & Australia
| [
"Majlis undian yang berlangsung pada hari ini menyaksikan Malaysia akan memulakan kempen kejohanan badminton berpasukan campuran dunia atau dikenali sebagai Piala Sudirman bagi edisi kali ini dalam Kumpulan C.",
"Skuad negara yang melayakkan diri ke saingan ini selaku pasukan keempat terbaik dunia akan berentap dengan Taiwan, India dan Australia bagi merebut slot ke peringkat kalah mati.",
"Sementara itu, tuan rumah merangkap juara bertahan, China diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Denmark, Singapura dan Mesir.",
"Manakala Indonesia pula mengisi Kumpulan B diiringi oleh Thailand, Jerman dan Kanada.",
"Akhir sekali, Kumpulan D pula didahului oleh naib juara edisi lalu, Jepun dan ditemani oleh Korea, Perancis dan England.",
"Untuk makluman semua, kejohanan ini akan berlangsung dari 14 hingga 21 Mei bertempat di Suzhou, China.",
"Sebagai rekod, edisi lalu menyaksikan Malaysia berhasil mara sehingga ke peringkat separuh akhir selepas menumpaskan Indonesia. Sebelum itu, Malaysia melayakkan diri ke peringkat suku akhir selepas muncul naib juara Kumpulan D."
] |
https://sukanz.com/202217986/ |
Terbuka Malaysia Dinaik Taraf Menjadi Super 1000 – Setaraf All England Bermula Tahun Depan
| [
"Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengumumkan saingan badminton Terbuka Malaysia akan dinaikkan taraf menjadi kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 1000 bermula tahun 2023 hingga 2026.",
"Menerusi pengumuman rasmi badan induk terbabit, naik taraf saingan terbabit menjadikan siri Jelajah Dunia (World Tour) mempunyai empat kejohanan tertinggi termasuk Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England), Terbuka Indonesia dan Terbuka China.",
"Untuk makluman semua, saingan Terbuka Malaysia sebelum ini adalah berstatus Super 750.",
"🚨 BREAKING 🚨#BWFWorldTour hosts announced for 2023-2026.https://t.co/DUYorOAZOh",
"— BWF (@bwfmedia) June 18, 2022",
"Sementara itu, saingan Terbuka India dan Terbuka Singapura pula dinaikkan kepada taraf Super 750 bersama-sama empat lagi saingan sedia ada – China Masters, Terbuka Jepun, Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis.",
"Manakala saingan Super 500 pula disertai oleh tiga kejohanan baharu iaitu Terbuka Australia, Terbuka Kanada dan Terbuka Finland. Ketiga-tiga saingan ini menyertai enam saingan sedia ada iaitu Terbuka Thailand, Malaysia Masters, Terbuka Jepun, Indonesia Masters, Terbuka Korea dan Terbuka Hong Kong.",
"Akhir sekali, saingan Super 300 pula ditambah dengan dua lokasi baharu yang dinaiktaraf daripada saingan Super 100. Dua saingan terbabit ialah Terbuka HYLO dan Orleans Masters. ",
"Antara saingan sedia adalah dalam kelompok Super 300 ialah Thailand Masters, Terbuka Amerika Syarikat, Spain Masters, Korea Masters, Terbuka Jerman, Terbuka Swiss, Terbuka Taipei, Terbuka New Zealand dan saingan Antarabangsa Syed Modi.",
"Secara keseluruhan, siri Jelajah Dunia BWF ini bakal mempunyai 31 pertandingan termasukan saingan Jelajah Dunia Akhir (World Tour Final) bermula tahun hadapan."
] |
https://sukanz.com/202216883/ |
Perak FC Kena Potong Enam Mata Lagi
| [
"Badan bebas, First Instance Body (FIB) memutuskan hukuman pemotongan enam mata ke atas Perak FC berkuatkuasa serta merta bagi saingan Liga Premier 2022, pada hari ini.",
"Ianya susulan kegagalan Perak FC yang masih tidak menjelaskan pembayaran baki tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan utama dan Reserve Team berdasarkan Akuan Berkanun (15 Disember 2021) bagi semua tunggakan setakat November 2021.",
"Selain itu, pihak pengurusan Perak FC juga masih belum membuat pembayaran atau persetujuan penyelesaian bersama untuk penangguhan pembayaran gaji tertunggak pemain dan pegawai Perak FC tahun 2022.",
"Sheikh Mohd Nasir yang mempengerusikan Mesyuarat FIB Pelesenan Kelab MFL berkata, Perak FC masih gagal melunaskan baki tunggakan gaji pada 14 April 2022 meskipun kelab Liga Premier itu sudah dikenakan hukuman pertama pemotongan tiga mata pada 1 April 2022 selepas gagal berbuat demikian pada 31 Mac 2022.",
"“Mesyuarat FIB memutuskan untuk melaksanakan hukuman pemotongan enam mata bagi saingan Liga Premier 2022 susulan kegagalan Perak FC membuat pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai pada tarikh akhir semalam.” ",
"“Keputusan ini juga mengambil kira kegagalan Perak FC yang tidak mengemukakan bukti bayaran ataupun persetujuan penyelesaian bersama untuk penangguhan pembayaran gaji tertunggak.”",
"“Jika dalam tempoh 7 hari dari tarikh hukuman kedua dibuat dan bukti bayaran penuh ataupun persetujuan penyelesaian bersama masih tidak diserahkan kepada MFL pada atau sebelum 21 April 2022, maka pada 22 April 2022, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa FIB dan Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk tindakan seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.",
"“Sehingga kini, FIB belum menerima sebarang dokumentasi daripada Perak FC untuk meyakinkan FIB mengenai kemampuan Perak FC menyelesaikan tunggakan gaji 2021 dan 2022 serta kedudukan kewangan kelab dalam mengharungi baki saingan liga bagi musim 2022,” tambahnya lagi."
] |
https://sukanz.com/202216950/ |
Syarifuddin ‘Damok’ Dapat Peluang Beraksi Dalam Dua Perlumbaan Moto3
| [
"Pelumba muda negara, Syarifuddin Azman mendapat peluang untuk beraksi dalam dua perlumbaan Kejuaraan Dunia Moto3 musim ini yang akan berlangsung di Portugal dan Sepanyol.",
"Pelumba berusia 20 tahun yang turut dikenali sebagai Damok ini mendapat peluang berkenaan setelah diberikan kepercayaan oleh Rivacold Sniper Team menerusi tiket ‘wild card’. ",
"Penyenaraian Damok oleh pasukan berkenaan adalah untuk menggantikan pelumba mereka, Alberto Surra yang terpaksa diketepikan ekoran mengalami kecederaan.",
"Syarifuddin Azman Malaysian rider of the FIM #CEV talent cup will replace our Alberto Surra for the #Portimão and #Jerez GPs.Welcome to the #Snipers ☺️ family!!#Motogp #albertosurra #SnipersTeam #PortugueseGP pic.twitter.com/6GfrmD8HQ6",
"— Snipers Team (@SnipersRacing) April 19, 2022",
"Untuk makluman semua, kedua-dua perlumbaan GP Portugal dan GP Sepanyol yang akan diharungi oleh Damok itu dijadualkan berlangsung pada 22-24 April serta 29 April-1 Mei masing-masing.",
"Sebagai tambahan, Damok sudah mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan Moto3 pada perlumbaan GP Aragon pada musim lalu. Ketika itu, khidmatnya diambil oleh Petronas Sprinta Racing Team untuk menggantikan John McPhee yang dinaikkan ke saingan Moto2.",
"Semasa melakukan debut dalam saingan itu, Damok berjaya menamatkan perlumbaan tersebut di kedudukan ke-13 sekaligus meraih tiga mata berharga.",
"Featured Image: Instagram Syarifuddin Azman"
] |
https://sukanz.com/202215321/ |
AFF B-23: Juara Bertahan, Indonesia Umum Tarik Diri Kerana Covid-19
| [
"Tiada kelibat juara bertahan, Indonesia setelah mereka mengumumkan menarik diri daripada Kejuaraan AFF Bawah 23 Tahun (B-23) yang akan berlangsung pada 14-26 Februari di Kemboja kali ini.",
"Menurut badan induk bola sepak negera tersebut, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) memaklumkan skuad Garuda Muda tidak mengikuti kejohanan ini ekoran 7 pemain serta seorang pegawainya disahkan positif Covid-19.",
"Tim U-23 batal mengikuti turnamen Piala AFF U-23 di Kamboja yang sedianya digelar pada 14-26 Februari 2022. Pembatalan ini disebabkan dua hal. Pertama ada tujuh pemain yang positif covid-19 dan 1 ofisial.#KitaGaruda #MeraihImpian pic.twitter.com/EkA5sqhkxz",
"Sementara itu, empat pemainnya lagi perlu menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat kepada pemain-pemain yang positif terbabit.",
"Disamping itu, terdapat tiga pemainnya mengalami kecederaan dan sedang menjalani tempoh pemulihan.",
"Keadaan ini menyebabkan ketua jurulatih Indonesia B-23, Shin Tae-yong mengutus surat kepada PSSI untuk membatalkan penyertaan skuad Garuda Muda di dalam kejohanan ini. ",
"Untuk makluman semua, Indonesia merupakan salah sebuah pasukan yang diundi di dalam Kumpulan B bersama-sama Malaysia, Myanmar dan Laos."
] |
https://sukanz.com/202214856/ |
ACL 2022: Harimau Selatan Bakal Tentang Juara J1 & Pasukan Ke-3 Liga Super China
| [
"Juara Liga Super 2021, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berhadapan pasukan juara J1 League serta kelab ketiga Liga Super China (CSL), dalam saingan peringkat Kumpulan I, Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022. ",
"Dua pasukan terbabit ialah Kawasaki Frontale dan Guangzhou FC masing-masing. Perkembangan mengenai skuad Harimau Selatan di pentas elit benua asia ini berdasarkan kepada hasil undian yang dilangsungkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), pada hari ini.",
"✨#ACL2022 group stage draw results ✨The toughest group is _______ pic.twitter.com/zZJ2M7ae47",
"Sementara itu, pasukan terakhir yang akan melengkapkan Kumpulan I ini adalah pemenang bagi perlawanan play-off samada naib juara K-League, Ulsan Hyundai atau kelab yang menduduki ketiga Liga Thailand, Port FC.",
"Untuk makluman semua, perlawanan play-off ini dijadualkan berlangsung pada pertengahan Mac hadapan. Manakala, saingan peringkat kumpulan kejohanan ACL kali ini akan bermula sekitar pertengahan April kelak."
] |
https://sukanz.com/20207035/ |
Sultan Selangor Beli Kasut Emas Khalid dan Letakkan di Muzium
| [
"DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diberitakan telah membeli trofi Kasut Emas milik bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus, pada hari ini.",
"Harga yang dibeli tidak didedahkan kepada umum namun difahamkan ianya diletakkan pada satu nilai yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak iaitu Tuanku Sultan dan juga Khalid.",
"Perkara tersebut dimaklumkan oleh laman sosial, Selangor Royal Office dan telah berlangsung satu majlis penyerahan ringkas di Istana Alam Shah, Klang pada pagi tadi.",
"Turut diumumkan, trofi yang dimenangi oleh Khalid ketika mewakili Perak dalam saingan Liga Perdana 1 musim 2002 itu akan diletakkan dan disimpan di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor.",
"Sebelum ini, Khalid mendapat perhatian ramai apabila mengumumkan melelong trofi tersebut selepas dibida dengan harga RM10,500 dalam satu sesi Facebook Live pada julai lalu.",
"Untuk rekod, Khalid Jamlus pernah menyarung jersi Red Giant dan beraksi bersama-sama pemain import Indoensia, Bambang Pamungkas dan Elie Aiboy dari tahun 2005 hingga 2006.",
"Featured Image: Selangor Royal Office"
] |
https://sukanz.com/202220995/ |
Jelajah Dunia Akhir: Pearly-Thinaah Pulang Tangan Kosong
| [
"Tiada sebarang mata dipungut oleh gandingan wanita No.1 tanah air, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan dalam kempen Jelajah Dunia Akhir BWF 2022.",
"Terbaru, pasangan yang menghuni ranking kesembilan dunia ini mengalami kekalahan pada perlawanan akhir peringkat Kumpulan B ketika bertemu beregu China, Zhang Shu Xian dan Zheng Yu, sebentar tadi.",
"Dalam pertarungan tersebut, Pearly-Thinaah tumpas menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-19, 20-22 dan 21-9 dalam tempoh masa menghampiri satu jam.",
"HSBC BWF World Tour Finals 2022WD – Round 3 🇨🇳Shu Xian ZHANG🏅21 20 21 🇨🇳Yu ZHENG🏅19 22 9 🇲🇾Pearly TAN 🇲🇾Muralitharan THINAAH",
"🕗 in 59 minutes https://t.co/xelpQ2tBKc",
"— BWFScore (@BWFScore) December 9, 2022",
"Sebelum itu, mereka telah tumpas dalam perlawanan pertama dan kedua bertemu beregu Indonesia dan China masing-masing iaitu gandingan Apriyani Rahayu-Siti Fadia serta Chen Qing Chen-Jia Yi Fan.",
"Hasilnya, dengan kegagalan mengutip sebarang kemenangan daripada ketiga-tiga perlawanan tersebut, Pearly-Thinaah terpaksa akur menamatkan kempen ini tanpa sebarang mata sekaligus menghuni tangga tercorot Kumpulan B.",
"Sebagai perbandingan, ini merupakan pencapaian yang lebih buruk berbanding Jelajah Akhir Dunia BWF 2021 dimana Pearly-Thinaah berhasil menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga ketiga.",
"Pada edisi itu, Pearly-Thinaah berada dalam satu kumpulan bersama-sama Greysia Polii & Apriyani Rahayu (Indonesia), Kim So-yeong & Kong Hee-yeong (Korea) dan Jongkolphan Kititharakul & Rawinda Prajongjai (Thailand).",
"Featured Image: Badminton Association of Thailand"
] |
https://sukanz.com/202216768/ |
Sukan SEA: Coach Brad Pilih Thailand & Vietnam Sebagai Calon Untuk Menang Pingat Emas
| [
"Ketua jurulatih skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23), Brad Maloney memilih Thailand dan Vietnam sebagai calon untuk memenangi pingat emas pada temasya Sukan SEA kali ini.",
"Menurut laporan akhbar tempatan berbahasa inggeris, New Straits Times, jurulatih kelahiran Australia itu memilih Thailand kerana mempunyai beberapa pemain yang beraksi di (benua) eropah. Tambahnya lagi, juara bertahan iaitu Vietnam yang beraksi di tempat sendiri juga akan menyasarkan gelaran yang sama pada kali ini.",
"Pada masa yang sama, pasukan Filipina juga tidak boleh diambil mudah memandangkan mereka mempunyai beberapa pemain naturalisasi. Sementara itu, pemain-pemain muda Kemboja dan Laos juga semakin menunjukkan kemajuan.",
"Coach Brad turut berkongsikan tiada pemain lebihan umur akan dibawa ke temasya berkenaan pada bulan hadapan. Ini kerana Coach Brad mahu menyediakan pemain-pemainnya untuk aksi Piala Asia B-23 kelak.",
"Untuk makluman semua, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Thailand, Kemboja, Singapura dan Laos pada temasya dwitahunan berkenaan. ",
"Manakala, Kumpulan A pula mengumpulkan Vietnam, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor Leste.",
"Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA adalah pada edisi 2011. Manakala edisi 2019 yang lalu menyaksikan Malaysia sekadar terkandas di peringkat kumpulan.",
"Saingan Sukan SEA ini dijadualkan bermula 6hb dan tamat pada 23hb Mei kelak.",
"Featured Image: Football Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202219684/ |
Luis Suarez Sekadar Transit Bersama Kelab Zaman Remajanya, Nacional?
| [
"Kelibat penyerang prolifik Uruguay, Luis Suarez bersama kelab zaman remajanya, Club Nacional de Football tidak akan berpanjangan. Dimaklumkan, penyerang berusia 35 tahun ini akan meninggalkan kelab ini setelah tamatnya saingan Liga Uruguay pada Oktober nanti.",
"Suarez menyertai kembali Nacional pada penghujung Julai lalu setelah tamat kontraknya bersama Atletico Madrid. Dia masih terbukti tajam di hadapan gawang dengan berhasil menjaringkan empat gol daripada lapan penampilannya setakat ini. ",
"Perkembangan mengenai tempoh pendeknya bersama Nacional didedahkan sendiri oleh presiden kelab, Jose Fuentes sepertimana ditulis Football Espana yang memetik laporan ESPN Uruguay.",
"El 10/09/2005 hacías el primer gol oficial en la primera de Nacional. 17 años después haces tu gol número 524 en tu vuelta a casa.",
"¡Siempre en tres colores, @LuisSuarez9! 🙌🏼 🔵⚪️🔴#ElClubGigante pic.twitter.com/J51EO9jNIx",
"— Nacional (@Nacional) September 11, 2022",
"“Apabila kejuaraan Uruguay tamat, Suarez akan pergi, begitulah kami mengatur perjanjian dengannya, itu yang dipersetujui dan dia melakukan usaha besar untuk datang ke sini,”",
"“Saya berkata begini bagi mengelakkan jangkaan (berlebihan) peminat. Kami telah bertanyakan kepadanya, dan dia menjawab perkara yang sama seperti sebelum ini,” kongsi Fuentes.",
"Ini bermakna, Suarez akan bergelar sebagai ejen bebas (free agent) selepas bulan Oktober nanti dan bebas untuk menyertai mana-mana kelab termasuk di eropah – sepertimana hasratnya sebelum ini.",
"Lista de convocados de @AlonsoDT para la próxima Fecha FIFA. ",
"— Selección Uruguaya (@Uruguay) September 16, 2022",
"Difahamkan, penyertaan jangka masa pendek Suarez bersama Nacional ini sebagai persiapannya untuk menyertai skuad kebangsaan Uruguay di kejohanan Piala Dunia yang bermula November kelak.",
"Selain itu, khidmat Suarez turut dipanggil oleh ketua jurulatih Uruguay, Diego Alonso untuk menghadapi Iran dan Kanada pada rehat antarabangsa FIFA, minggu ini."
] |
https://sukanz.com/202322970/ |
Dean Smith, John Terry Ganti Brendan Rodgers Di Leicester City
| [
"Kekosongan yang ditinggalkan oleh Brendan Rodgers di Leicester City kini terisi dengan kehadiran Dean Smith.",
"Dean yang pernah mengendalikan Norwich City dilantik menjadi pengurus Leicester City secara rasmi sehingga ke penghujung musim menerusi satu makluman oleh pihak kelab, pada hari ini.",
"Leicester City menjelaskan khidmat Dean diikat oleh skuad berjulukan The Foxes bagi membantu mereka menghadapi lapan perlawanan terakhir bagi mengekalkan kelab dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).",
"The new team behind the team at #lcfc 🤝",
"— Leicester City (@LCFC) April 10, 2023",
"Buat masa ini, mereka berada di tangga kedua tercorot liga dalam zon penyingkiran dengan 25 mata hasil daripada 30 perlawanan.",
"Menyertai barisan kejurulatihan Dean di Leicester City bekas pengurus mereka suatu masa dahulu, Craig Shakespeare serta bekas kapten skuad kebangsaan England, John Terry.",
"Manakala Adam Sandler dan Mike Stowell yang dilantik sebagai pengendali sementara baru-baru ini turut sama menyertai barisan kejurulatihan Dean."
] |
https://sukanz.com/202321326/ |
Kelantan United Borong Pemain-Pemain ‘Otai’ Hadapi Liga Super 2023
| [
"Khidmat pemain berpengalaman atau ‘otai’ dalam kancah bola sepak tanah air menjadi rencah utama buat Kelantan United FC bagi mengharungi saingan tertinggi negara, Liga Super buat julung kalinya sejak ianya ditubuhkan.",
"Sekurang-kurangnya lapan pemain berpengalaman dalam kancah Liga Super sebelum ini telah ditandatangani dan diumumkan menyertai skuad berjulukan The Green Deer kendalian Tomas Trucha secara rasmi pada jendela perpindahan kali ini.",
"Baca: Kelantan United Tampil Logo Baharu Sebelum Sepak Mula Liga Malaysia 2023",
"Pemain-pemain tersebut ialah Indra Putra Mahayuddin (41 tahun), Syazwan Zainon (33 tahun), Latiff Suhaimi (33 tahun), Khairu Azrin (31 tahun), Fandi Othman (30 tahun), Ilham Amirullah (28 tahun), Asyraaf Omar (28 tahun) dan Fauzan Fauzi (27 tahun).",
"Selain pemain-pemain ‘otai’, Kelantan United turut merekrut beberapa pemain berusia 20-an serta pemain muda berbakat besar seperti Ariff Ar-Rasyid, Hafiy Haikal, Aqil Hilman, Syazwan Salihin, Tasnim Fitri, Jason Tew, Royyizat Daud dan S. Sharvin.",
"Setakat ini, Kelantan United belum mengumumkan sebarang kedatangan pemain import baharunya selepas bertindak mengumumkan tidak menyambung khidmat Shukei Fukai, Julius Ofori Ziggy, Njoku Jacob dan Masashi Motoyama pada penghujung tahun lalu.",
"Featured Image: Malaysian Football League"
] |
https://sukanz.com/202322219/ |
Terbuka Jerman: Zii Jia, Jin Wei Tersekat Di Pusingan 16
| [
"Perjalanan perseorangan lelaki dan wanita negara iaitu Lee Zii Jia serta Goh Jin Wei masing-masing dalam kempen Terbuka Jerman 2023 terhenti setakat peringkat Pusingan 16.",
"Kejutan terarah kepada Zii Jia yang merupakan pilihan pertama bagi kejohanan bertaraf Super 300 ini tumpas kepada pemain Taiwan yang menghuni ranking ke-49 dunia, Lee Chia-hao.",
"Dalam pertarungan tersebut, Zii Jia tumpas menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-15, 20-22 dan 21-23 dalam tempoh masa yang menghampiri satu jam.",
"YONEX German Open 2023MS – R1615 22 23 Chia Hao LEE🥇",
"21 20 21 🇲🇾LEE Zii Jia",
"— BWFScore (@BWFScore) March 9, 2023",
"Untuk makluman, ini merupakan kali keempat gagal melepasi peringkat suku akhir dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF yang disertai Zii Jia pada tahun ini.",
"Sementara itu, Jin Wei pula terpaksa akur tumpas kepada pemain No.2 Thailand, Pornpawee Chochuwong di peringkat yang sama.",
"Pornpawee yang juga merupakan pilihan kelapan kejohanan berhasil mengatasi Jin Wei dengan skor “straight set” iaitu 21-13 dan 21-10 dalam tempoh sekitar setengah jam permainan.",
"Sebagai tambahan, ini merupakan pertembungan kesembilan melibatkan Jin Wei dan Pornpawee. Daripada sembilan pertembungan ini, Pornpawee meraih enam kemenangan sementara hanya tiga sahaja memihak kepada Jin Wei.",
"YONEX German Open 2023WS – R1621 21 🇹🇭Pornpawee CHOCHUWONG🏅13 10 🇲🇾GOH Jin Wei",
"— BWFScore (@BWFScore) March 9, 2023"
] |
https://sukanz.com/202111105/ |
Pelumba Malaysia-Indonesia Raih Tempat Ketiga Dalam ‘4 Hours of Monza’
| [
"Gandingan dua pelumba dari Malaysia, Jazeman Jaafar dan Indonesia, Sean Galael berjaya menaiki podium buat kali pertama setelah menamatkan perlumbaan ‘4 Hours of Monza’ di tempat ketiga dalam saingan European Le Mans Series (ELMS) 2021.",
"Lebih menarik, pasangan pelumba yang mewakili pasukan Jota Racing itu bermula di kedudukan ke-11 sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan catatan masa 4:01:31.344 bagi 125 pusingan di Litar Monza, Itali.",
"How to react when you start 11th and finish 3rd:#ELMS @gelaelized @jazemanjaafar pic.twitter.com/x2Y8mdyoqG",
"Catatan masa tersebut hanya berbeza 34.402s berbanding juara Julien Canal, William Stevens dan James Allen yang mewakili Panis Racing. Sementara itu, di tempat kedua ialah Philip Hanson, Jonathan Aberdein dan Tom Gamble dari pasukan United Autosports (4:01:02.055).",
"Untuk makluman semua, Jazeman, 28 tahun, merupakan bekas pelumba Formula Tiga (F3)."
] |
https://sukanz.com/202219627/ |
Cabaran Antarabangsa Maharashtra: Azriyn-Juan Shen Lepasi Peringkat Kelayakan, Mara Ke Pusingan 32
| [
"Gandingan Nur Mohd Azriyn Ayub dan Low Juan Shen berhasil melepasi cabaran di pusingan kelayakan sekaligus menempah kemaraan ke Pusingan 32 di kejohanan Cabaran Antarabangsa Maharashtra India 2022.",
"Mereka mengesahkan kemaraan tersebut selepas menumpaskan wakil tuan rumah, Ganesh Kumar-Lokesh Viswanathan dengan keputusan 21-18 dan 21-15 di Pusingan Kedua peringkat kelayakan.",
"Terdahulu, mereka merekodkan kemenangan ke atas satu lagi wakil tuan rumah, Piyush Kumar-Anubhav Saxena dengan skor 21-9 dan 21-12 di Pusingan Pertama peringkat kelayakan.",
"Di Pusingan 32 kelak, mereka akan bertemu satu lagi pasangan India iaitu gandingan Satinder Malik dan Pankaj Naithani.",
"Untuk makluman semua, ini merupakan kejohanan kedua buat Azriyn-Juan Shen selepas menyertai Cabaran Antarabangsa Mongolia sejak bergandingan semula bermula bulan lalu.",
"Dalam saingan tersebut, mereka berhasil mara sehingga ke peringkat separuh akhir sebelum disingkirkan secara “straight set” oleh beregu Jepun, Takuto Inoue dan Kenya Mitsuhashi.",
"Featured Image: Instagram Low Juan Shen"
] |
https://sukanz.com/202217283/ |
Piala Thomas: India Singkir Malaysia Di Peringkat Suku Akhir
| [
"Skuad India menyingkirkan Malaysia di peringkat suku akhir kejohanan Piala Thomas 2022 setelah berjaya memenangi pertarungan kelima, sebentar tadi.",
"Pertarungan tersebut dimenangi oleh pemain perseorangannya, Prannoy Haseena Sunil Kumar yang berada di ranking ke-23 dunia mengatasi pemain negara, Leong Jun Hao.",
"Dalam perlawanan tersebut, Prannoy berhasil mencetak kemenangan ke atas Jun Hao secara “straight set” dengan skor 21-13 dan 21-8 dalam tempoh 39 minit permainan.",
"TotalEnergies BWF Thomas and Uber Cup Finals 2022",
"21 21 🇮🇳H. S. PRANNOY🏅13 8 🇲🇾Jun Hao LEONG",
"🕗 in 39 minutes https://t.co/IMyWYZj0hu",
"— BWFScore (@BWFScore) May 12, 2022",
"Kemenangan tersebut membolehkan India menamatkan perlawanan menentang Malaysia dengan keputusan 3-2 sekaligus menempah tiket ke peringkat separuh akhir.",
"Terdahulu, skuad lelaki Malaysia berhasil meraih dua kemenangan menerusi perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan gandingan “scratch pair” Aaron Chia dan Teo Ee Yi.",
"Manakala India pula berhasil memungut dua kemenangan menerusi beregunya, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty serta pemain perseorangannya, Kidambi Sirikanth.",
"Featured Image: Badminton Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/20207329/ |
Tips Minit-Minit Akhir FPL GW3 – Werner Pilihan Utama!
| [
"Saingan minggu ketiga English Premier League (EPL) bakal menyaksikan dua pertempuran hebat. ",
"Manchester City bakal melayan kunjungan Leicester City manakala Liverpool bakal bertemu Arsenal di Anfield.",
"Pening kepala memikirkan pilihan pemain untuk pasukan Fantasy Premier League (FPL) anda? Artikel ini mungkin boleh memberikan sedikit bantuan.",
"Penjaga gol – Hugo Lloris (5.5 juta)",
"Spurs mungkin belum memungut sebarang clean sheet, namun mereka bakal berdepan Newcastle United – pasukan yang gagal menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan terakhir mereka di tempat lawan. Tottenham sepatutnya tidak mempunyai sebarang masalah di laman sendiri.",
"Pilihan alternatif – Rui Patricio (5.5 juta)",
"Pertahanan – Andrew Robertson (7.0 juta)",
"Mungkin ada sesetengah pemain FPL tidak begitu menggemari Robertson kerana harganya agak tinggi dan berisiko. Percayalah, harganya berbaloi dengan pulangan yang diberi. Beliau sentiasa membantu bahagian serangan Liverpool dan mampu memberikan mata melalui bantuan gol.",
"Pertahanan – Reece James (5.1 juta)",
"Ketika artikel ini ditulis, penulis masih lagi teringat akan gol beliau ketika berdepan Brighton. Seorang lagi pemain bek yang gemar membantu bahagian serangan, dan dengan harga yang jauh lebih murah berbanding Robbo, anda harus mempertimbangkan James dalam pasukan anda.",
"Pilihan alternatif – Romain Saiss (5.1 juta)",
"Pemain Tengah – Kevin De Bruyne (11.6 juta)",
"Watak penting dalam bahagian serangan City, dan juga pemain paling berbakat dalam Premier League. KDB patut menjadi pilihan anda minggu ini untuk slot pemain tengah dengan harga premium. Jangan lupa, beliau memberikan 13 mata dalam FPL minggu lalu.",
"Pemain Tengah – Heung-Min Son (9.1 juta)",
"4 gol dijaringkan minggu lalu menentang Southampton di tempat lawan, kali ini berdepan Newcastle di laman sendiri. Dengan bintang Spurs, Gareth Bale masih belum dapat diturunkan minggu ini, Son dijangka akan meneruskan rentaknya sebagai pemain tengah pilihan utama Spurs.",
"Pilihan alternatif – James Rodriguez (7.6 juta)",
"Penyerang – Timo Werner (9.5 juta)",
"Tapi, beliau belum menjaringkan sebarang gol? Minggu ini boleh menjadi minggu pertamanya mencetak gol bersama Chelsea. Dengan West Brom tampak goyah di bahagian pertahanan, Werner seharusnya menggunakan kelebihan itu untuk menjaringkan beberapa gol.",
"Penyerang – Dominic Calvert-Lewin (7.3 juta)",
"Penyerang yang diletakkan harga sebanyak 80 juta pound oleh kelabnya baru-baru ini boleh menjadi pilihan yang lebih murah untuk pasukan anda. Beliau telah membuktikan bakatnya selepas menjaringkan hatrik minggu lalu. Crystal Palace mungkin lawan yang sukar untuknya, tetapi DCL dijangkan dapat mengekalkan rentak jaringan golnya minggu ini.",
"Pilihan alternatif – Chris Wood (Burnley, 6.5 juta)"
] |
https://sukanz.com/202321651/ |
Melaka FC Umum Jurulatih Import, Skuad & Barisan Penaja 9 Februari
| [
"Pendatang baharu Liga M3, Kelab Bola Sepak Melaka (Melaka FC) akan mengumumkan jurulatih import dan pemain-pemain dalam satu majlis yang akan diadakan pada 9 Februari kelak, lapor portal Melaka Hari Ini.",
"Selain itu, majlis tersebut akan turut memperkenalkan barisan penaja serta perincian mengenai mekanisme pembayaran gaji yang lebih sistematik mengikut kemampuan kelab.",
"Perkembangan itu dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA), Datuk Wira Nur Azmi Ahmad ketika sidang media selepas perlawanan akhir Governor Cup Melaka 2022.",
"“Apa yang boleh saya katakan kita akan menggunakan khidmat jurulatih import dari Portugal sebagai pelan jangka panjang kita untuk kembali ke Liga Super. Tetapi nama sebenar jurulatih akan kita umum pada 9 Februari nanti.”",
"“Selain itu, kita juga akan memperkenalkan barisan pemain yang mana ada sebahagiannya merupakan pemain yang pernah beraksi di Liga Super sebelum ini,” katanya seperti dipetik daripada portal berkenaan.”",
"Antara perkara lain yang dikongsikan adalah penggunaan Stadium Hang Tuah sebagai home bagi Melaka FC sepanjang kempen musim ini serta sasaran muncul dua pasukan terbaik dalam saingan Liga M3 2023.",
"Difahamkan majlis tersebut akan diadakan di sebuah hotel di Bandar Hilir pada tarikh berkenaan.",
"Featured Image: Persatuan Bola Sepak Melaka"
] |
https://sukanz.com/202215211/ |
Kriptowang Tezos Dijangka Umum Tajaan Untuk Pasukan Manchester United
| [
"Dalam memasarkan produk kriptowang, pelbagai syarikat memilih fokus terhadap arena sukan dalam pemasaran – termasuk menaja stadium, pasukan sukan dan sebagainya.",
"Terbaru, ia dilaporkan platform rantaian-blok Tezos bakal melakukan tajaan kepada pasukan bola sepak Manchester United, sekaligus memaparkan logo Tezos pada kit pasukan Manchester United.",
"Untuk makluman, sebelum ini, kit pasukan ditaja oleh perkhidmatan insuran AON – yang mana telah berakhir pada tahun lepas.",
"Dengan tajaan pada pasukan bola sepak, ia sekaligus akan membolehkan jenama Tezos dikenali meluas – apatah lagi dengan kadar tontonan tinggi di seluruh dunia.",
"Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan pengumuman kedua-dua pihak ini tidak lama lagi."
] |
https://sukanz.com/202114322/ |
Kejohanan Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin Kembali Bertemu Pemenang Olimpik Di Pusingan 16
| [
"Pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin akan membuat perhitungan sekali lagi dengan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020, Lee Yang dan Wang Chi-lin pada Pusingan 16 di Kejohanan Dunia BWF 2021.",
"Kedua-dua pasangan ini bertemu kembali selepas berjaya menumpaskan lawan masing-masing pada Pusingan 32, awal pagi tadi, waktu Malaysia.",
"TotalEnergies BWF World Championships 2021MD – Round of 32 🇲🇾Sze Fei GOH🏅21 19 21 🇲🇾Nur IZZUDDIN🏅14 21 16 🇬🇧Alexander DUNN 🇬🇧Adam HALL🕗 in 55 minutes https://t.co/5WZ2Y5XyQO",
"Sze Fei-Izzuddin mara selepas menumpaskan beregu Scotland iaitu Alexander Dunn dan Adam Hall yang menghuni ranking ke-36 dunia dengan keputusan 21-14, 19-21 dan 21-16 dalam tempoh 55 minit.",
"Sementara itu, Lee Yang dan Wang Chi-lin yang merupakan pasangan beregu nombor 3 dunia menempah tiket ke Pusingan 16 dengan menundukkan beregu Belanda, Ruben Jille dan Ties Van der Lecq.",
"Sebagai rekod, Sze Fei-Izzuddin dan Lee-Wang baru sahaja bertarung sesama sendiri buat pertama kali pada peringkat Pusingan 16 di kejohanan Terbuka Indonesia pada November lalu.",
"Pertemuan tersebut dimenangi dengan cemerlang oleh Sze Fei-Nur Izzuddin secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-15 dan 23-21. Mampukah Sze Fei-izzuddin mengulangi rekod cemerlang ke atas beregu Taiwan ini sekali lagi?",
"Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202114102/ |
Jelajah Akhir BWF: Tumpaskan Pemain India, Zii Jia Juara Kumpulan B
| [
"Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya meletakkan dirinya sebagai juara Kumpulan B dalam saingan Jelajah Dunia Akhir BWF.",
"Kejayaan itu hadir selepas Zii Jia berhasil menumpaskan pemain India, Srinkanth Kidambi pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, hari ini.",
"HSBC BWF World Tour Finals 2021(New dates)MS – Round 321 21 🇲🇾Zii Jia LEE🏅19 14 🇮🇳Srikanth KIDAMBI🕗 in 37 minutes https://t.co/iFbYdz3NAk",
"Zii Jia yang menghuni ranking kelapan dunia mudah menjinakkan Srinkanth sekaligus mencetak kemenangan secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-19 dan 21-14 dalam masa 37 minit.",
"Sebelum ini, pemain berusia 23 tahun ini mempamerkan prestasi yang cemerlang dengan menumpaskan pemain Thailand dan Perancis di perlawanan pertama dan kedua masing-masing peringkat Kumpulan B.",
"Status juara Kumpulan B ini sekaligus mengesahkan tempat Zii Jia ke peringkat separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF yang akan berlangsung pada hari esok."
] |
https://sukanz.com/202110619/ |
Bek Kiri Berusia 20 Tahun, Adam Sertai Kelab Divisyen Dua Bosnia
| [
"Pertahanan kiri berusia 20 tahun, Adam Hamid diumumkan menyertai kelab divisyen dua di Bosnia & Herzegovina iaitu NK Zvijezda Gradačac.",
"Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh pihak kelab selepas Adam menandatangani kontrak bersama mereka, semalam.",
"“Adam Hamid pemain bintang baharu, Adam datang jauh dari Malaysia berusia 20 tahun dan akan mengisi posisi bek kitri.” tulis kenyataan NK Zvijezda Gradačac.",
"Difahamkan Adam menandatangani kontrak selama bersama kelab tersebut selama semusim.",
"Sebelum ini, Adam pernah berkelana di Serbia bersama FK IMT dan skuad pelapis FK Crvena Zvezda atau lebih dikenali sebagai Red Star Belgrade.",
"Featured Image: NK Zvijezda Gradačac"
] |
https://sukanz.com/202217365/ |
Video: Kali Terakhir Harimau Muda Menang Ke Atas Vietnam Adalah Di Temasya Sukan SEA 2013
| [
"Skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23) atau dikenali sebagai Harimau Muda dijadualkan menentang pasukan tuan rumah, Vietnam B-23 pada peringkat separuh akhir temasya Sukan SEA 2021, esok.",
"Harimau Muda yang dibimbing oleh Brad Maloney ini menempah tiket ke saingan separuh akhir selepas muncul naib juara Kumpulan B dengan mengutip 8 mata – kurang satu mata berbanding juara kumpulan, Thailand.",
"Bercakap mengenai pertemuan skuad muda Vietnam ini, skuad negara sudah lama tidak merasai kemenangan apabila menentang pasukan ini. ",
"Untuk makluman semua, kali terakhir Harimau Muda merekodkan kemenangan menentang Vietnam adalah sekitar sembilan tahun yang lalu di temasya Sukan SEA 2013 Myanmar.",
"Ketika itu, skuad Harimau Muda dibimbing oleh Datuk Ong Kim Swee turun selaku juara bertahan berhasil merekodkan kemenangan 2-1 ke atas Vietnam pada perlawanan akhir peringkat kumpulan.",
"Dua jaringan tersebut dijaringkan oleh Ashri Chuchu dan Saarvindran di penghujung permainan iaitu pada minit ke-82 dan ke-90+1 masing-masing. Sementara itu, jaringan saguhati Vietnam disumbangkan oleh Mac Hong Quan pada minit ke-90+4.",
"Kemenangan itu membolehkan Harimau Muda muncul juara Kumpulan A dan mengesahkan tempat ke saingan separuh akhir bertemu musuh tradisi, Indonesia B-23.",
"Selepas memenangi perlawanan yang berlangsung pada Disember 2013 ini, tiga pertembungan berikutnya gagal dimenangi oleh skuad Harimau Muda.",
"Tiga pertarungan tersebut menyaksikan Harimau Muda tumpas 1-5 (peringkat kumpulan, Sukan SEA 2015), 1-2 (kelayakan Piala Asia B-23 2016) dan 0-3 (perlawanan persahabatan).",
"Mampukah skuad Harimau Muda menamatkan kemarau kemenangan bertemu skuad Vietnam B-23 pada hari esok? Sama-sama kita nantikan."
] |
https://sukanz.com/202111219/ |
Malaysia Bakal Bertemu Pasukan Di Ranking Ke-104, Palestin September Nanti?
| [
"Skuad bola sepak kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe dikhabarkan bakal bertemu pasukan yang berada di tangga ke-104 dunia iaitu Palestin dalam satu perlawanan persahabatan, September nanti.",
"Perkara tersebut dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA), Jibril Rajoub dan dikongsikan oleh akaun twitter @FutbolPalestine awal pagi semalam.",
"PFA President @JibrilRajoub:Makram Dabboub will continue as 🇵🇸 Manager, has full support of the PFA. Palestine will play to friendlies in September against Malaysia🇲🇾 & Kyrgyzstan🇰🇬 and will hold camp in Algeria🇩🇿 ahead of the #FIFArabCup",
"Difahamkan Palestin mahu menguji Malaysia dan Kyrgyzstan sebagai persiapan untuk beraksi dalam kejohanan Piala Arab FIFA yang akan bermula pada Disember kelak.",
"Setakat ini belum ada sebarang pengesahan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sendiri mengenai perlawanan persahabatan ini. ",
"Malaysia juga memerlukan perlawanan persahabatan yang kompetitif untuk memperbaiki ranking bagi menduduki pot ‘seeding’ yang lebih baik sebelum majlis undian kelayakan pusingan ketiga Piala Asia 2023.",
"Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia bertemu Palestin adalah pada Jun dan November 2015 semasa kempen kelayakan Piala Dunia 2018. Dalam kedua-dua perlawanan tersebut, Malaysia tumpas dengan jaringan besar 6-0."
] |
https://sukanz.com/202111651/ |
Acara Silat Bakal Ke Sukan Olimpik
| [
"Seni pertahanan diri, silat berkemungkinan menjadi salah satu daripada acara yang akan dipertandingkan pada temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028 atau Brisbane 2032.",
"Hal ini selepas silat telah melepasi dua kriteria penting bagi membolehkan sesuatu sukan mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk dipertandingkan di temasya yang berlangsung setiap empat tahun sekali itu.",
"Perkembangan ini dikongsikan sendiri oleh Setiausaha Teknikal Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA), Kamarul Ariffin A. Latib menerusi laman sosial organisasi terbabit.",
"“Syarat atau kriteria (buat) satu-satu sukan untuk masuk ke dalam Sukan Olimpik sangat ketat. Antaranya adalah sukan tersebut mesti dimainkan di 65 buah negara di 5 buah benua seluruh dunia.”",
"“Syarat kedua, sukan tersebut mesti dipelawa untuk buat demonstrasi di Sukan Olimpik.”",
"“Dan syarat ketiga, selepas demonstrasi itu berjaya, sukan terbabit harus menunggu antara 4 ke 8 tahun bersamaan 2 kali penganjuran Sukan Olimpik untuk benar-benar bersedia untuk menyertai kejohanan sukan terbesar dunia itu.” jelasnya.",
"“Setakat hari ni, Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) telah sahkan bahawa telah ada 90 negara yang ada Persatuan Silat berdaftar di negara terbabit. Lepas syarat pertama.",
"“IOC juga telah meminta PERSILAT, untuk bersedia membuat demonstrasi di Olimpik Paris 2024. Lepas syarat kedua.",
"“Jika anggaran waktu 4 ke 8 tahun selepas demonstrasi bermakna, Silat akan bertempat di Olimpik sekitar tahun 2028 atau 2032.” tambahnya lagi.",
"Untuk makluman semua, setakat ini terdapat enam acara seni pertahanan diri atau sukan tempur yang telah dipertandingkan di temasya Sukan Olimpik.",
"Antaranya tinju, lawan pedang, judo, karate, taekwondo dan gusti. Difahamkan, Sukan Olimpik Paris 2024 bakal menyaksikan muay thai akan membuat kemunculannya.",
"“Taekwondo sudah bermula 1996, setelah diterima 1988. Karate sudah bermula tahun ini, setelah diterima 2012. Maka untuk silat masuk Olimpik tidaklah mustahil.” katanya lagi.",
"Featured Image: SUKMA Perak 2018"
] |
https://sukanz.com/20207294/ |
FAP ‘Pulun’ Proses Penswastaan, Tak Mahu Sia-Siakan Tiket Liga Super
| [
"Pulau Pinang sedang bertungkus lumus untuk melengkapkan proses penswastaan kelab sebagaimana yang dimahukan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mengelakkan tiket ke saingan Liga Super ‘terbakar’ begitu sahaja.",
"Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Dastagir Mohd Yassin menegaskan bahawa pihaknya akan memastikan proses penswastaan selesai sebelum daripada tarikh akhir – 30 september 2020.",
"Mereka tidak mahu menghampakan usaha bersungguh-sungguh barisan kejurulatihan dan para pemain skuad Harimau Kumbang yang telah mengesahkan tempat secara matematik ke saingan Liga Super 2021 dengan mengumpul 20 mata daripada 8 perlawanan setakat ini.",
"“Cukup-cukuplah kami banyak belajar dari pengalaman musim lalu yang mematangkan kami supaya lebih teliti dalam menguruskan skuad Harimau Kumbang ini.",
"“Kami juga tidak mahu mengecewakan harapan pemain khasnya penyokong setia Harimau Kumbang yang sudah banyak berkorban demi mengembalikan maruah Pulau Pinang kembali beraksi di peringkat tertinggi bola sepak Malaysia.” katanya seperti dipetik daripada Sinar Harian.",
"Siaran Media: 12 Pasukan Sudah Melengkapkan Proses Penswastaan FCBaca kenyataan penuh Pengerusi Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional FAM, Mohd Firdaus Mohamed di https://t.co/yu5kzlf2HG#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/cAnL8L0Ufn",
"Sebelum ini, dalam satu siaran media FAM mengenai status penswastaan kelab, Pulau Pinang berada di peringkat pertengahan proses senasib dengan pasukan Pahang dan Kedah.",
"Untuk makluman, sekiranya FAP gagal melengkapkan proses penswastaan ini, bukan sahaja tiket mereka ke saingan Liga Super 2021 akan menjadi ‘abu’ malah Harimau Kumbang akan ditendang ke saingan semi profesional iaitu Liga M3.",
"“Sebenarnya untuk kes Pulau Pinang ini kami sudah melakukan apa yang dikehendaki oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Cuma tempoh hari kami sedang menunggu kebenaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk guna nama Penang Football Club (Penang FC).",
"“Alhamdulillah perkara ini berjaya diselesaikan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan kami pun sudah menerima dokumen pendaftaran Penang FC,” jelas Dastagir penuh lanjut.",
"Musim lalu, Pulau Pinang terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi dalam saingan Liga Super 2020 apabila dikenakan hukuman pemotongan mata oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) disebabkan oleh isu tunggakan gaji bekas pemain import, Reinaldo Lobo."
] |
https://sukanz.com/202325138/ |
Pemain Tengah Al-Ittihad Ambil Alih Kelab Divisyen Tiga Belgium
| [
"Pemain tengah Al-Ittihad, N’Golo Kante sah menjadi pemilik baharu salah sebuah kelab divisyen ketiga Belgium, Royal Excelsior Virton bagi menggantikan pemilik sebelumnya, Flavio Becca. ",
"Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang disiarkan melalui pelbagai media sosial milik kelab yang beraksi dalam saingan Eerste National. ",
"Dalam kenyataan yang sama, Becca jelas gembira kerana dapat menyerahkan kelab miliknya itu kepada N’Golo Kanté, seorang insan yang bukan sahaja terkenal dengan kualiti bola sepaknya malahan sifat kemanusiaannya yang diiktiraf umum.",
"A post shared by Royal Excelsior Virton (@excelsiorvirton)",
"Untuk makluman, Royal Excelsior Virton diambil alih oleh pelabur hartanah dari Luxembourg, Flavio Becca pada 2018 dan berjaya membawa kelab yang berpangkalan di sempadan Luxembourg ke liga divisyen kedua Belgium, Challenger Pro League pada musim 2021-22. ",
"Namun begitu, Royal Excelsior Virton kembali ke kancah Eerste National pada penghujung musim 2023 selepas mengutip 25 mata daripada 32 perlawanan, dibezakan dengan satu mata dengan pasukan di tempat ketujuh, Jong Genk iaitu kelab pembangunan kepada KRC Genk.",
"Di bawah Becca, kelab yang berpusat di Virton itu keluar daripada sebarang isu kewangan yang menyaksikan transaksi perpindahan hak milik kelab di antara dua individu tersebut menjadi lebih mudah berkuatkuasa 1 Julai ini. ",
"Sebagai tambahan, N’Golo Kante telah memilih untuk berhijrah ke Arab Saudi bagi meneruskan kariernya bersama Al-Ittihad bersama rakan senegaranya, Karim Benzema selepas tujuh tahun bersama The Blues."
] |
https://sukanz.com/202321745/ |
Ranking BWF: Tang Jie-Ee Wei Sertai Kelompok 50 Terbaik Dunia Selepas Juarai Saingan Iran
| [
"Kejayaan menjuarai Cabaran Antarabangsa Iran Fajr Ke-31 pada Ahad lalu melonjak kedudukan beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei ke dalam kelompok 50 pasangan terbaik dunia.",
"Kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini memaparkan gandingan Tang Jie-Ee Wei merekodkan peningkatan sebanyak lapan anak tangga berbanding minggu lalu.",
"Peningkatan itu sekaligus meletakkan mereka di tangga ke-48 dunia, pada minggu ini.",
"Sebagai rekod, ketika mula bergandingan pada awal Disember lalu, Tang Jie-Ee Wei bermula dengan tangga ke-272 dunia. Dalam tempoh tidak sampai dua bulan, pasangan berusia 25 dan 22 tahun masing-masing ini telah berjaya melangkau sebanyak 224 anak tangga.",
"Sementara itu, sepasang lagi beregu campuran baharu negara, Hoo Pang Ron dan Teoh Mei Xing yang menamatkan saingan yang sama sebagai naib juara turut merekodkan peningkatan ranking yang memberangsangkan.",
"Kemaskini oleh BWF memperlihatkan Pang Ron-Mei Xing meraih peningkatan sebanyak sepuluh anak tangga sekaligus menghuni kedudukan ke-65 dunia pada minggu ini.",
"Featured Image: Badminton Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/20219501/ |
9 Pemain Import Liga Malaysia Yang Boleh Dinaturalisasikan Pada Tahun 2021
| [
"Sekurang-kurangnya sembilan pemain import yang boleh dimasukkan dalam senarai untuk dinaturalisasikan sekaligus membolehkan mana-mana pemain ini bermain dalam saingan domestik selaku pemain tempatan.",
"Selain daripada status pemain tempatan, pemain-pemain yang telah dinaturalisasikan turut berpeluang untuk dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyarung jersi skuad kebangsaan, Harimau Malaya.",
"Salah satu kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), mana-mana pemain yang mahu dinaturalisasikan mestilah beraksi di negara tersebut minimum selama lima tahun berturut-turut.",
"Antara kriteria lain, mana-mana pemain yang ingin dinaturalisasikan juga mestilah kalangan belum membuat penampilan senior bersama skuad kebangsaan negara kelahirannya dalam perlawanan kompetitif.",
"Berdasarkan kepada dua kriteria yang dinyatakan di atas, kami berhasil menyenaraikan sembilan pemain yang boleh dinaturalisasikan pada tahun ini. Senarainya adalah seperti berikut:",
"Pemain sayap, Gonzalo Cabrera telah menabur bakti bersama JDT sejak awal musim 2017. Tahun ini menjadi tahun kelimanya beraksi dalam saingan Liga Malaysia. Merupakan seorang pemain yang lincah, pantas dan mempunyai naluri yang tinggi untuk menjaringkan gol, maka tidak hairanlah Cabrera merupakan pemegang rekod penjaring terbanyak buat skuad Harimau Selatan setakat ini. Untuk makluman, nama Cabrera bertiup kencang sebagai salah seorang pemain yang akan dinaturalisasikan sejak dari tahun lalu lagi.",
"Dengan hanya berketinggian sekitar 1.72 meter, aspek ketinggian sememangnya bukanlah aset terbaik dimiliki oleh penyerang Ivory Coast, Tchetche Kipre. Tetapi Tchetche meletakkan namanya selaku salah seorang penggempur berbisa dalam saingan Liga Malaysia menerusi gelecekannya, kepantasannya dan ketajamannya untuk menjaringkan gol. ",
"Mula menyertai pasukan Terengganu pada jendela perpindahan kedua musim 2017 dan musim 2018 menjadi musim terbaiknya apabila menggegarkan pentas Liga Super dengan rekod 14 gol selain mencetak 9 gol dalam saingan Piala Malaysia 2018. Tahun ini bakal menjadi tahun kelimanya beraksi dalam saingan Liga Malaysia dan namanya boleh disenaraikan untuk dinaturalisasikan memandangkan beliau belum pernah tampil bersama skuad kebangsaaan negaranya.",
"Kelab: Terengganu II / Terengganu",
"Seorang pemain yang ‘low profile’ dan sebelum ini, namanya tidak begitu terkenal dalam kalangan peminat bola sepak tempatan. Namun sejak diberikan peluang untuk bermain bersama skuad utama Terengganu pada dua perlawanan Liga Super musim ini, nama Dechi Marcel tiba-tiba ‘meletup’ dan mula menarik perhatian ramai.",
"Diberikan nama timangan ‘Kante’ dek kerana kerajinannya dan seringkali menggalas tugas selaku ‘box-to-box midfielder’ yang memerlukan beliau naik dan turun sepanjang 90 minit permainan. Mula beraksi bersama UiTM FC pada tahun 2017 yang lalu, dan pada tahun 2019 beliau diikat oleh Terengganu II. ",
"Tahun ini merupakan tahun kelimanya dalam saingan domestik dan adakah satu perkembangan yang baik buat bola sepak Malaysia sekiranya beliau dinaturalisasikan?",
"Mula merasai kancah bola sepak tempatan bersama pasukan Liga Premier, Negeri Sembilan pada tahun 2017, Lee Tuck kemudiannya dipancing khidmatnya oleh Terengganu yang dinaikkan pangkat ke saingan Liga Super 2018.",
"Sejak bermain bersama pasukan berpangkalan di pantai timur tersebut, Lee Tuck kerap mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan menerusi ‘work rate’ yang tinggi serta kepimpinannya di atas padang. Selain Cabrera, pemain kelahiran Halifax ini antara nama yang bertiup kuat bakal dinaturalisasikan pada tahun ini.",
"Sang Setia! Itu sahaja yang boleh diungkapkan mengenai kelibat Paulo Josue. Pemain tengah ini mula menyertai pasukan Kuala Lumpur pada tahun 2017 dan beliau kekal bersama pasukan sehingga kini walaupun pasukannya pernah terhumban ke saingan Liga Premier pada tahun 2020.",
"Menjadi nadi tengah Kuala Lumpur sejak sekian lama dan antara kepakarannya di atas padang adalah melakukan lorongan cantik kepada rakan sepasukan untuk menjaringkan gol serta menjaringkan gol daripada situasi bola mati. ",
"Dalam sedar dan tidak sedar, pemain yang sinonim dengan gaya permainan yang keras, sering ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja kotor dan mengacau mental pemain-pemain lawan, Leandro sudah memasuki tahun kelimanya beraksi bersama Perak.",
"Sebelum daripada itu, Leandro pernah beraksi bersama Selangor dan T-Team FC masing-masing pada tahun 2015 dan 2014.",
"Kelab: Perak II / Perak (dipinjamkan oleh Sri Pahang)",
"Berkongsi nama dan negara kelahiran yang sama, namun pemain ini bukanlah Sergio Aguero si penyerang yang menjaringkan gol ke atas Queens Park Rangers pada masa kecederaan sekaligus memberikan Manchester City kejuaraan Premier League buat kali pertama pada musim 2011/12.",
"Aguero yang bermain bersama Perak II dan Perak ini merupakan seorang pemain tengah menyerang. Beliau tiba di bumi Malaysia pada tahun 2017 dengan menyertai Melaka United. Dia kemudiaannya menyertai Selangor United (2018), Pulau Pinang (2019), KL Rovers (2020) dan Sri Pahang (2021) sebelum dipinjamkan kepada Perak.",
"Pemain yang mempunyai latar belakang yang unik! Bruno merupakan pemain kelahiran Brazil namun dibesarkan di negara matahari terbit, Jepun. Selain itu, ibunya merupakan keturunan Jpeun dan Bruno sendiri turut memiliki passport Jepun.",
"Mula berkelana dalam saingan bola sepak tempatan bersama Negeri Sembilan pada tahun 2017 sebelum menyertai Terengganu II pada tahun berikutnya. Musim ini, penyerang berusia 30 tahun ini menyertai skuad The Cops sekaligus bakal melebarkan tempoh pengalamannya beraksi di Malaysia kepada lima tahun.",
"Sedar atau tidak Nicolas Fernandez atau lebih dikenali sebagai Nico antara pemain import yang lama beraksi bersama pasukan berstatus feeder club, JDT II. Beliau mula menjejakkan kaki ke Malaysia pada tahun 2017 untuk beraksi dalam saingan Liga Premier.",
"Mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan liga sekitar eropah, Nico sering mengisi posisi pemain tengah menyerang dan penyerang telah lama menjadi panduan dan memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan pemain-pemain di JDT II."
] |
https://sukanz.com/202216784/ |
Victoria, Australia Dipilih Sebagai Hos Sukan Komanwel 2026
| [
"Persekutuan Sukan Komanwel (CFG) mengesahkan temasya sukan melibatkan negara-negara bekas jajahan empayar British, Sukan Komanwel 2026 akan diadakan di negeri Victoria, Australia.",
"Perkara tersebut disampaikan menerusi satu siaran media yang dikeluarkan oleh badan itu pada hari ini. Pengumuman itu menjadikan Australia bakal menganjurkan temasya ini sebanyak enam kali – paling kerap dalam sejarah Sukan Komanwel.",
"Victoria 2026 set to be a Games-Changer – and accelerates a Green and Gold runway for the decade! 🇦🇺💚💛 Read more: https://t.co/YZYhADSCOs #Vic2026CG #Vic2026CommGames",
"— Commonwealth Games Australia (@CommGamesAUS) April 12, 2022",
"Lima edisi temasya yang pernah dilangsungkan di Australia ialah Sydney 1938, Perth 1962, Brisbane 1982, Melbourne 2006 dan Gold Coast 2018.",
"Dimaklumkan, temasya ini akan dilangsungkan pada Mac 2026 dengan beberapa bandar di dalam negeri Victoria dipilih sebagai perkampungan sukan seperti Melbourne, Geelong, Bendigo, Ballarat dan Gippsland. Manakala, upacara pembukaannya akan diadakan di Melbourne Cricket Ground yang boleh memuatkan sekitar 100,000 penonton.",
"Sebanyak 16 jenis sukan – kesemua sukan yang dimainkan di Sukan Komanwel 2022 – disahkan dipertandingkan di Sukan Komanwel 2026. Sementara itu, sekitar tujuh lagi sukan akan ditambah sebelum penghujung tahun ini.",
"Antara sukan yang telah disahkan dipertandingkan adalah akuatik, olahraga, badminton, tinju, bola tampar pantai, kriket T20, basikal, gimnastik, hoki, bowling padang, bola jaring, ragbi 7s, squash, ping-pong, triahthlon dan angkat berat.",
"Untuk tahun ini, temasya Sukan Komanwel akan dilangsungkan di Birmingham, England bermula 28 Julai hingga 8 Ogos."
] |
https://sukanz.com/202323556/ |
Sukan SEA 2023: Harimau Muda Bukan Sekadar Tak Capai Sasaran Malah Kandas Peringkat Kumpulan
| [
"Selepas mengharungi tiga perlawanan di Sukan SEA 2023 Kemboja, skuad bola sepak lelaki bawah 22 tahun (B-23) disahkan gagal untuk mencapai sasaran yang diletakkan pada temasya berkenaan.",
"Lebih malang, skuad berjulukan Harimau Muda ini bukan sahaja gagal mencapai sasaran iaitu mara ke perlawanan akhir bahkan turut terkandas di peringkat Kumpulan B.",
"Situasi ini hadir setelah skuad bimbingan E. Elavarasan tumpas 1-2 kepada Vietnam hasil jaringan berganda daripada Nguyen Van Tung pada minit ke-7 dan ke-33 masing-masing dalam perlawanan ketiga peringkat Kumpulan B, sebentar tadi.",
"Jaringan tunggal oleh Malaysia pula hadir menerusi Aiman Afif sekitar penghujung babak pertama.",
"Kemenangan Vietnam bimbingan Philippe Troussier ini membolehkan mereka mengumpul sembilan mata sekaligus mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir. Sementara itu, Thailand pula terlebih dahulu mengesahkan kemaraan ke peringkat yang sama setelah mencatatkan kemenangan ketiga bertemu Laos, pada petang tadi.",
"Kedua-dua pasukan ini akan berentap sesama sendiri dalam perlawanan akhir peringkat Kumpulan B bagi merebut status juara dan naib juara kumpulan pada 11 Mei nanti.",
"Malaysia pula yang mencatatkan satu kemenangan berada di tangga ketiga dengan tiga mata. Kemenangan dalam perlawanan akhir menentang Singapura kelak menjadikan Malaysia mengutip enam mata – tidak mencukupi untuk memintas pungutan mata Vietnam mahupun Thailand.",
"Featured Image: Football Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202221244/ |
Kedah Pinjam Bek Kiri, Azrin Afiq Daripada Selangor Selama Semusim
| [
"Skuad berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Kedah Darul Aman FC (Kedah) terus memperkasakan skuadnya menjelang saingan baharu Liga Malaysia 2023.",
"Menerusi makluman oleh skuad berjulukan Sang Kenari pada hari ini, pertahanan kelahiran Klang, Selangor yang berusia 20 tahun, Azrin Afiq Rusmini menjadi rekrut terbarunya.",
"Hoodie man ❌, Sunset mystery guy ❌, but he is young and dangerous. Welcome our new blood…#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2023season #newblood8 pic.twitter.com/lFaCKp1UkF",
"— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) December 29, 2022",
"Difahamkan, khidmat graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) ini diikat oleh Kedah secara pinjaman selama setahun selepas mendapat persetujuan daripada kelab asalnya, Selangor FC.",
"Turut dimaklumkan, Azrin yang mempunyai ketinggian 1.80 meter (m) ini diberikan jersi bernombor 31 untuk disarungnya sepanjang bersama skuad Hijau Kuning.",
"Sebagai tambahan, Azrin juga merupakan sebahagian daripada skuad Malaysia B-23 atau Harimau Muda ketika beraksi dalam kancah Kejuaraan AFF B-23 dan Piala Asia B-23, baru-baru ini."
] |
https://sukanz.com/202111177/ |
PUMA Memperkenalkan But Baharu ULTRA 1.3
| [
"Jenama pakaian sukan terkenal, PUMA telah memperkenalkan but baharunya, ULTRA 1.3 serta buat pertama kalinya menawarkan rekaan untuk unisex dan spesifik buat wanita.",
"But ini dikatakan lebih ringan berbanding edisinya yang terdahulu, ULTRA 1.2 bagi membantu para pemain untuk mendapatkan kelajuan yang tinggi semasa berlari.",
"Malah PUMA turut melakukan penambahbaikan terhadap but ini dengan GripControl Pro skin bagi membantu pemain meningkatkan lagi kawalan bola.",
"Untuk makluman, but ini akan disarung oleh beberapa pemain bola sepak terkenal dunia seperti Antoine Griezmann, Kingsley Coman, Sergio Agüero, Nikita Parris dan Eugénie Le Sommer.",
"Berikut adalah foto-foto but baharu ULTRA 1.3 yang dikongsikan sendiri oleh PUMA:"
] |
https://sukanz.com/202219518/ |
Pertahanan Kacukan Harimau Malaya, Dion Cools Tamatkan Kontrak Dengan FC Midtjylland
| [
"Pertahanan kacukan Malaysia-Belgium, Johan Dion Cools kini bergelar pemain bebas (free agent) dan boleh mencari kelab baharu.",
"Perkembangan ini hadir selepas kelabnya, FC Midtjylland yang berpangkalan di Denmark mengumumkan mencapai persetujuan bersama penamatan kontrak dengan pemain berusia 26 tahun ini.",
"FC Midtjylland og Dion Cools er blevet enige om at ophæve aftalen, således den 26-årige back er fri til at finde sig en ny klub.",
"— FC Midtjylland (@fcmidtjylland) September 9, 2022",
"Sebagai rekod, Dion Cools telah beraksi bersama skuad berjulukan The Wolves ini sekitar 2 tahun dan 8 bulan. Sepanjang tempoh itu, Dion Cools yang mampu beraksi sebagai pertahanan kanan dan tengah telah menyumbang 1 gol dan tiga bantuan gol daripada 53 penampilan.",
"Jumlah penampilan itu turut termasuk dalam saingan elit eropah, Liga Juara Juara UEFA (UCL) dan Liga Europa.",
"Kelab manakah yang akan disertai oleh Dion Cools selepas ini? Adakah dia akan kekal dalam kancah bola sepak eropah atau beraksi di benua lain seperti asia? Kongsikan pendapat anda.",
"Featured Image: Football Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202216253/ |
Hakimi, Sharul ‘Afro’ & Hong Wan Disisihkan Ketua Jurulatih Harimau Malaya
| [
"Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengumumkan senarai 25 pemain yang dibawa untuk beraksi pada FAS Tri-Nations Series 2022 menentang Singapura dan Filipina di Stadium Nasional, Singapura pada 23 dan 26 Mac kelak.",
"Pengumuman ini dimaklumkan secara rasmi menerusi satu siaran media yang dikongsikan di pelbagai platform media sosial milik badan induk bola sepak negara itu, pada hari ini.",
"Daripada 30 pemain yang disenaraikan untuk menyertai kem latihan pusat bermula Isnin lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Pan-gon telah menyisihkan tiga nama iaitu Hakimi Abdullah (Terengganu FC), Sharul Nazeem Zulpakar atau dikenali sebagai ‘Afro’ (Selangor FC) dan Nathaniel Shio Hong Wan (Johor Darul Ta’zim).",
"Senarai 25 Pemain Skuad Harimau Malaya Ke FAS Tri-Nations Series 2022 Di SingapuraBerikut senarai akhir skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon untuk bertemu Filipina (23 Mac) & Singapura (26 Mac 2022), kedua-duanya di Singapura.https://t.co/KNzhcsAz6p#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/N3kRd6qLIc",
"Selain itu, beberapa pemain lain seperti Syahmi Safari (Johor Darul Ta’zim), Darren Lok (PJ City), Nazmi Faiz Mansor (Johor Darul Ta’zim) dan Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC) pula tidak melaporkan diri atas alasan peribadi serta digugurkan ekoran dijangkiti Covid-19 dan kecederaan.",
"Sementara itu, dua pemain yang berpangkalan di luar negara, Liridon Krasniqi (Odisha FC) dan Dion Cools (SV Zulte Waregem) pula akan menyertai skuad Harimau Malaya di Singapura nanti.",
"Untuk makluman semua, skuad Harimau Malaya dijadualkan berlepas ke negara jiran tetangga pada hari esok (Selasa, 22 Mac)."
] |
https://sukanz.com/20207746/ |
KDA FC Nama Baharu, MBI Miliki 80% Pegangan Saham
| [
"Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengumumkan akan menggunakan nama baharu iaitu Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) bermula saingan Liga Malaysia musim hadapan.",
"Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Kehormat KFA, YB Mohd Firdaus Ahmad dalam satu sidang media yang diadakan selepas daripada mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah, hari ini.",
"Nama pasukan Kedah menjadi polemik apabila Presiden KFA, YAB Muhammad Sanusi Md Noor enggan menamakannya sebagai ‘Kedah Football Club’ kerana tidak mahu akronimnya iaitu KFC dikaitkan rangkaian restoran makanan segera. ",
"Pada masa yang sama, Mohd Firdaus turut mengumumkan pasukan tersebut akan diurus sepenuhnya oleh Darulaman Football Club Sdn. Bhd.",
"Berkenaan pemilikan syarikat yang menguruskan pasukan bola sepak terbabit, Mohd Firdaus berkata sebanyak 80% pegangan saham akan dimiliki oleh Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI) dan baki 20% adalah milik KFA sendiri.",
"80% pegangan saham itu dijual oleh KFA selaku pemilik tunggal Darulaman Football Club Sdn. Bhd. yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) baru-baru ini."
] |
https://sukanz.com/202219497/ |
Piala Dunia Hoki 2023: Malaysia Diundi Bersama-Sama Belanda, New Zealand & Chile Dalam Pool C
| [
"Majlis Undian bagi Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia 2023 Bhubaneswar – Rourkela, India yang berlangsung pada hari ini menyaksikan Malaysia (ranking ke-10) diletakkan dalam Pool C.",
"Menyertai Malaysia dalam kumpulan ini adalah juara bertahan edisi lalu, Belanda (ranking ke-3) serta New Zealand (ranking ke-9) dan Chile (ranking ke-23).",
"Sementara itu, tuan rumah, India (ranking ke-5) berada dalam Pool D bersama-sama England (ranking ke-6), Sepanyol (ranking ke-8) dan Wales (ranking ke-16).",
"Here are the Pools for the FIH Odisha Hockey Men's World Cup Bhubaneswar – Rourkela 2023! #HWC2023",
"Which clashes are you looking forward for in the group stages. Tournament starts on 13 Jan 2023❓",
"Full schedule will be revealed soon.@TheHockeyIndia #HockeyInvites pic.twitter.com/vo6NGN4ipp",
"— International Hockey Federation (@FIH_Hockey) September 8, 2022",
"Manakala bagi dua kumpulan lagi iaitu Pool A diisi oleh Australia (ranking pertama), Argentina (ranking ke-7), Perancis (ranking ke-11) dan Afrika Selatan (ranking ke-14). ",
"Manakala Pool B pula dihuni oleh juara bertahan, Belgium (ranking ke-2), Jerman (ranking ke-4), Korea (ranking ke-12) dan Jepun (ranking ke-17).",
"Untuk makluman semua, skuad hoki lelaki kebangsaan atau lebih dikenali sebagai Speedy Tigers berhasil melayakkan diri ke pentas Piala Dunia buat kali kesembilan ini setelah berjaya mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Hoki Piala Asia 2022, Mei lalu.",
"Sebagai rekod, Malaysia menamatkan kempen Piala Dunia edisi lalu yang turut berlangsung di India di tempat ke-15.",
"Sebagai tambahan, kejohanan hoki lelaki Piala Dunia ini akan berlangsung bermula 13 Januari hingga 29 Januari tahun depan."
] |
https://sukanz.com/202323492/ |
Adams, Ferdinand & Cech Sertai Dewan Kemasyhuran PL
| [
"Dua pertahanan legenda Liga Perdana Inggeris (EPL), Tony Adams dan Rio Ferdinand bersama penjaga gol tersohor, Petr Cech menjadi tiga pemain terbaru yang berada dalam senarai Dewan Kemasyhuran Liga Perdana (PL) atau dikenali sebagai PL Hall of Fame. ",
"Mereka menjadi pemain ke-17 hingga ke-19 menyertai senarai pemain hebat yang pernah mencipta pelbagai rekod dalam saingan tertinggi di England sejak anugerah tersebut diperkenalkan pada tahun 2021.",
"Untuk makluman, Adams beraksi bersama Arsenal sejak 1992 sehingga 2002 manakala Ferdinand pula menyarung jersi empat buah pasukan berbeza sejak 1995 hingga 2015 dalam kancah EPL.",
"Our #PLHallOfFame 2023 inductees have arrived 🤝 pic.twitter.com/R90YL4UT29",
"— Premier League (@premierleague) May 3, 2023",
"Manakala, perjalanan Petr Cech di England pula bermula dengan Chelsea pada 2004 sebelum berhijrah menyertai kelab seteru di London, Arsenal pada 2015. Sebelum bersara, Cech sempat mencipta nama sebagai Penjaga Gol Dengan ‘Clean-Sheet’ Terbanyak EPL dengan catatan 202 perlawanan.",
"Selain itu, ketiga-tiga pemain ini pernah menjulang trofi EPL lebih daripada sekali sepanjang karier mereka bersama Arsenal, Chelsea dan Manchester United. ",
"Sebagai rekod, Adams memenangi liga sebanyak dua kali (1997-98 & 2001-02), Petr Cech mendakap trofi tersebut sebanyak empat kali (2004-05, 2005-06, 2009-10 & 2014-15) dan Rio Ferdinand pula menjuarai EPL sebanyak enam kali (2002-03, 2006-07. 2007-08, 2008-09, 2010-11 & 2012-13).",
"Terdahulu, Dewan Kemasyhuran PL menyaksikan dua orang pengurus legenda Manchester United dan Arsenal iaitu Sir Alex Ferguson dan Arsene Wenger disenaraikan bagi edisi tahun 2023."
] |
https://sukanz.com/20207601/ |
Tempa Nama Dahulu, Barulah Pihak Penaja Datang Mencari – Azizulhasni
| [
"Pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang berkata atlet-atlet tempatan perlu menempa nama dengan memenangi beberapa kejohanan besar terlebih dahulu sebelum dapat ‘memancing’ penajaan daripada pihak swasta.",
"Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai Jijoe berkata pada awal pembabitannya dalam sukan berbasikal, dia juga bergelut untuk mendapatkan penajaan daripada pihak swasta untuk mengembangkan kariernya.",
"Namun demikian, setelah sekian lama berkecimpung dalam sukan berbasikal trek, Jijoe semakin memahami bagaimanapun industri sukan di Malaysia bergerak sekaligus dapat ‘memancing’ beberapa pihak untuk mendapatkan penajaan.",
"“Bercakap soal penajaan, saya juga menghadapi masalah sama di awal karier tapi selepas memahami bagaimana industri sukan di Malaysia ini bergerak, ia memudahkan sedikit sebanyak pergerakan karier saya.",
"“Sebagai contoh, untuk mendapat penajaan dari pihak swasta, seseorang atlet harus mempunyai keputusan cemerlang terlebih dahulu.",
"“Jadi pada waktu itu saya berlatih dan berusaha keras sehingga memenangi banyak kejohanan besar dan menempa nama di arena sukan negara dan selepas itu pihak penajaan datang mencari saya,” kata pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu seperti dipetik daripada Harian Metro. ",
"Mengimbau kenangan di zaman remajanya, Jijoe berusaha mengumpul wangnya sendiri untuk membeli barangan basikal bagi memenuhi hobinya. ",
"“Saya tidak pernah meminta duit dari ibu bapa untuk hobi lumba basikal, malah saya bekerja dengan bapa saudara saya di kedainya bagi mengumpul wang bagi membeli barangan basikal,” katanya lagi.",
"Untuk rekod, sejak menjadi pelumba basikal trek negara, Jijoe telah memenangi pingat emas Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2017, pingat gangsa Sukan Olimpik 2016, pingat emas Sukan Asia 2010 dan beberapa kejuaraan lagi."
] |
https://sukanz.com/202219430/ |
Ranking BWF: Kisona Selvaduray Kekal Pemain No.1 Malaysia
| [
"Pemain badminton wanita berusia 23 tahun, Kisona Selvaduray kekal sebagai perseorangan No.1 Malaysia buat minggu kedua berturut-turut.",
"Pemenang pingat emas Sukan SEA Filipina 2019 ini muncul selaku pemain wanita No.1 negara setelah menghuni ranking dunia yang tertinggi dalam kalangan pemain Malaysia bermula minggu lalu.",
"Kemaskini ranking dunia oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada minggu ini masih mengekalkan statusnya itu dengan mencatatkan peningkatan satu anak tangga yang meletakkannya di kedudukan ke-50 dunia – terbaik dalam kariernya setakat ini.",
"Status pemain No.2 negara pula menjadi milik pemain senior, Soniia Cheah yang kini berada di tangga ke-53 dunia. Pemain berumur 29 tahun ini jatuh di kedudukan tersebut bermula minggu lalu dan ianya kekal tidak berganjak pada minggu ini.",
"Pemain No.3 negara pula menjadi milik Goh Jin Wei yang berada di ranking ke-59 dunia – kedudukan yang sama seperti minggu lalu.",
"Sementara itu, kedudukan 10 pemain terbaik dunia mengalami sedikit perubahan pada minggu ini. Pemain Jepun, Akane Yamaguchi yang menjuarai Kejohanan Dunia BWF dan Terbuka Jepun baru-baru ini kembali merampas kedudukan No.1 dunia pada minggu ini daripada pemain Taiwan, Tai Tzu Ying.",
"Manakala pemain Thailand, Ratchanok Intanon pula merekodkan peningkatan satu anak tangga, menghuni ranking ketujuh dunia pada minggu ini. Pemain berumur 27 tahun ini merampas kedudukan tersebut daripada pemain India, Pusarla V. Sindhu.",
"Featured Image: Badminton Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202112512/ |
Tan Cheng Hoe Nafi 8 Pemain JDT Tidak Mendapat Pelepasan Kelab
| [
"Khamis lalu, ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menyenaraikan 24 pemain yang terpilih untuk menyertai skuad Harimau Malaya bagi mengharungi dua perlawanan antarabangsa tier 1 menentang Jordan dan Uzbekistan pada Oktober nanti.",
"Senarai 24 pemain tersebut menyaksikan seramai enam muka baharu dipanggil oleh jurulatih kelahiran Kedah itu disamping menyenaraikan kembali enam muka lama yang tidak mendapat panggilan pada Mei dan Jun lalu.",
"Bagaimanapun, senarai pemain tersebut menyaksikan seramai lapan pemain yang dipanggil ke kem skuad kebangsaan sebelum ini, daripada pasukan juara Liga Super 2021, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak disenaraikan oleh Cheng Hoe.",
"Ia menyebabkan timbul pelbagai dakwaan dalam kalangan peminat dan salah satunya adalah pemain-pemain tersebut tidak mendapat pelepasan daripada JDT kerana mahu mengelak daripada ditimpa kecederaan untuk menghadapi saingan Piala Malaysia.",
"Artikel Berkaitan: Cheng Hoe Panggil 6 Muka Baharu Sertai Skuad Kebangsaan Hadapi Jordan & Uzbekistan",
"“Itu (dakwaan JDT tak lepaskan pemain) pandangan atau andaian masing-masing, tapi kami barisan jurulatih dan pengurusan sentiasa berbincang mana satu yang terbaik untuk pasukan.",
"“Kita pun nak jaga imej negara juga, kita bukan tak ambil berat mengenai mana-mana pemain,” kata Cheng Hoe seperti dipetik daripada Berita Harian.",
"Antara pemain JDT yang tidak dipanggil ialah Farizal Marlias, Matt Davies, Adam Nor, Corbin-Ong, Syamer Kutty, Arif Aiman, Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh. ",
"Sementara itu, jurulatih berusia 53 tahun tersebut menjelaskan dua perlawanan bertemu pasukan yang berada dalam kelompok ranking 100 terbaik dunia adalah untuk memberi peluang kepada bakat baharu merasai cabaran di peringkat antarabangsa.",
"“Pemain seperti Safawi dan pemain yang sudah biasa bersama skuad Harimau Malaya, kita sudah tahu kemampuan mereka dalam pasukan kebangsaan.",
"“Kali ini kita bagi peluang bakat baharu dicuba untuk bermain di peringkat antarabangsa lawan Jordan dan Uzbekistan yang mana bukan calang-calang pasukan.",
"“Jadi ini adalah satu ujian terbaik pemain baharu atau pemain yang sudah lama tidak bersama skuad kebangsaan,” katanya lagi.",
"Untuk makluman semua, Malaysia dijadualkan bertemu Jordan dan Uzbekistan masing-masing pada 6 dan 9 Oktober di negara Jordan iaitu Amman.",
"Featured Image: JOHOR Southern Tigers "
] |
https://sukanz.com/202322116/ |
Nafuzi Calar Rekod Cemerlang Terengganu Ke Atas Kedah Sepanjang Tahun Lalu
| [
"Terengganu FC mempunyai rekod yang cemerlang menentang Kedah Darul Aman FC (Kedah) dengan meraih tiga kemenangan berturut-turut daripada tiga pertemuan sepanjang tahun lalu.",
"Bagaimanapun, rekod cemerlang terbabit tidak dapat diteruskan oleh skuad berpangkalan di pantai timur itu pada tahun ini apabila tumpas kepada Sang Kenari yang kini dibimbing oleh Nafuzi Zain dalam perlawanan kedua Liga Super, musim ini.",
"Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman sebentar tadi, Terengganu yang kini dikendalikan oleh Tomislav Steinbruckner terpaksa akur tumpas kepada Kedah Darul Aman dengan keputusan 1-0.",
"FT | KDA FC 1 – 0 TERENGGANU FC",
"90' Fadzrul Danel#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2023season #membinaimpianmengupayalegasi #LigaSuper2023 #matchday #LS2 #KDATER pic.twitter.com/37NDNeVKdF",
"— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) March 1, 2023",
"Lebih malang, kekalahan itu terhasil di penghujung minit permainan dengan pemain Terengganu melakukan kesilapan individu iaitu menolak bola ke belakang sebelum disudahkan oleh Fadzrul Danel sambil disaksikan oleh 21,700 penonton yang hadir.",
"Jaringan terbabit ternyata tidak dapat dibalas oleh Terengganu dan terpaksa akur dengan keputusan itu apabila pengadil perlawanan, S. Logeswaran meniup wisel menamatkan permainan.",
"Dengan kemenangan ini, Kedah berhasil mengumpul dua mata penuh daripada dua perlawanan awal Liga Super musim ini. Pada pertemuan pertama lalu, Kedah berhasil mencatatkan kemenangan ke atas Perak FC.",
"Sementara itu, Terengganu pula terpaksa menelan hakikat yang pahit apabila mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam saingan Liga Super kali ini selepas tumpas kepada juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) beberapa hari lalu.",
"Untuk makluman semua, Terengganu ketika dibimbing oleh Nafuzi pada tahun lalu berhasil meraih dua kemenangan dalam perlawanan Liga Super serta satu kemenangan dalam saingan Piala FA apabila bertemu Kedah.",
"Featured Image: Kedah Darul Aman FC"
] |
https://sukanz.com/202110559/ |
Kpah Sherman Raih Kemenangan Bersama Liberia Ketika Menentang Libya
| [
"Penyerang Kedah Darul Aman, Kpah Sherman meraih kemenangan bersama skuad kebangsaan Liberia ketika turun beraksi menentang Libya, awal pagi tadi waktu Malaysia.",
"Pemain berusia 29 tahun ini diberikan kepercayaan oleh ketua jurulatih, Peter Butler untuk bermula dalam kesebelasan utama pasukan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Chedly Zouiten, Tunisia.",
"Dalam perlawanan tersebut, Butler yang merupakan seorang jurulatih yang tidak asing dalam saingan saingan Liga Malaysia menerapkan formasi 3-5-2. Butler menggandingkan Kpah Sherman bersama pemain yang beraksi di eropah, Peter Wilson di bahagian serangan.",
"Perlawanan ini menyaksikan Liberia meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Libya hasil jaringan Oscar Dorley, pemain muda yang beraksi bersama kelab terkemuka Republik Czezh, Slavia Prague menerusi sepakan penalti pada babak pertama.",
"Lebih menarik, Liberia dilaporkan hanya bermain dengan 10 pemain hampir sepanjang perlawanan apabila pertahanan tengahnya, Sampson Dweh diarahkan meninggalkan padang oleh pengadil seawal minit ke-9 permainan.",
"Untuk makluman, pada perlawanan persahabatan menentang Mauritania, 11 jun yang lalu, Kpah yang dimasukkan sebagai pemain gantian gagal menyempurnakan sepakan penalti sekaligus menyebabkan pasukannya tewas tipis 0-1 kepada Mauritania.",
"Bagi aksi seterusnya, skuad Liberia dijadualkan bermain dalam satu lagi perlawanan persahabatan menentang pasukan yang berada di ranking ke-33 dunia, Algeria pada 17hb jun (18hb jun bagi Malaysia).",
"Ini merupakan kempen persediaan skuad kebangsaan Liberia sebelum mengharungi saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 bermula september kelak.",
"Featured Image: Liberia Football Association"
] |
https://sukanz.com/202322395/ |
MFL Umum Agihan Wang Penajaan Kepada Pasukan Minggu Ini – Peningkatan Lebih 90%
| [
"Penganjur bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL) akan mengumumkan agihan wang penajaan yang diperolehinya kepada pasukan-pasukan yang bertanding pada minggu ini – ketika rehat antarabangsa FIFA.",
"Perkembangan itu dimaklumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam selepas daripada Majlis Pengumuman Penajaan Alif bersama MFL di Sime Darby Plantation Tower, Ara Damansara, pada pagi tadi.",
"Stuart mendedahkan ada penambahan besar terhadap jumlah agihan dana yang akan diterima oleh pasukan bertanding dengan jumlah 90% berbanding tahun lalu.",
"Pastinya peningkatan itu disumbangkan oleh keberhasilan MFL memeterai perjanjian penajaan dengan 13 entiti setakat ini seperti Unifi, Puma, Pos Malaysia, Alif, Malaysia Airlines, Uphamol, Proviton STR, Origina, Colgate, BubblesO2, Al Rajhi Bank, AEON BiG dan Touch n’ Go.",
"Selain itu, MFL turut mendapat suntikan yang besar menerusi kemasukan semula Astro selaku rakan penyiar rasmi serta rakan penyiar sedia ada, Radio Televisyen Malaysia (RTM).",
"Difahamkan, jumlah pengagihan yang akan diumumkan itu nanti telah dipersetujui oleh kesemua Ketua Pegawai Eksekutif serta wakilnya dalam satu mesyuarat pada Februari lalu sebelum sepak mula Liga Super. "
] |
https://sukanz.com/202322247/ |
5 Perkara Mengenai Pembentukan Projek Road To Gold Oleh KBS
| [
"Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi menterinya, YB Hannah Yeoh dalam satu majlis sidang media yang diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam mengumumkan pembentukan pasukan projek Road To Gold. Projek ini diumumkan kira-kira setahun dan empat bulan sebelum berlangsungnya Sukan Olimpik Paris 2024. Berikut adalah lima yang perlu anda tahu berkenaan pembentukan projek tersebut:",
"Tujuan utama projek ini diumumkan oleh menteri adalah untuk menyelaras usaha negara bagi meraih pingat emas di Sukan Olimpik. Namun begitu, mengambil kira struktur dan kaedah pelaksanaan projek Olimpik sebelum ini serta baki tempoh hanya setahun sahaja bagi menghadapi Olimpik Paris pada tahun hadapan, Jawatankuasa ini akan menyediakan rangka kerja jangka panjang meliputi dua temasya iaitu Paris 2024 dan Los Angeles 2028. Pada masa yang sama, Jawatankuasa Gold Paris yang diumumkan pada Julai 2022 turut dikenali Jawatankuasa Road To Gold.",
"Jawatankuasa ini dipengerusikan secara bersama oleh Menteri KBS, YB Hannah Yeoh dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), YBhg. Tan Sri (Dr.) Norza Zakaria. Ianya turut disertai oleh lapan individu yang terdiri daripada pihak kementerian, agensi sukan, bekas atlet negara, persatuan dan badan sukan negara. Ahli-ahli tersebut adalah seperti berikut:",
"Semua perlantikan individu-individu di atas adalah atas dasar sukarela sebagai sebahagian daripada usaha pembinaan negara (nation-building) secara kolektif. Menjelaskan pemilihan individu-individu tersebut, sebagai contoh, bekas atlet adalah atas faktor kepakaran dan pengalaman mereka yang tidak ternilai dan menjadi jambatan kukuh antara Jawatankuasa dengan atlet Road To Gold yang dipilih.",
"Bagi individu seperti Stuart dan Michelle yang turut dilantik sebagai Penyelaras Projek dan Pembantu Penyelaras Projek masing-masing, kedua-duanya mempunyai pengalaman kerja yang luas dengan badan dan agensi sukan antarabangsa. Latar belakang ini menjadikan mereka calon yang sesuai kerana peranan itu memerlukan kepakaran untuk menjalinkan kerjasama dengan semua pihak berkepentingan secara strategik.",
"Jawatankuasa ini juga secara aktif akan membina kerjasama strategik dengan sektor korporat agar mereka turut terlibat dengan projek nasional utama ini. Selain itu, tugas segera Jawatankuasa ini adalah mengenal pasti keperluan tambahan yang diperlukan bagi menjayakan misi meraih emas di Olimpik.",
"Dalam sidang media yang sama, Hannah turut mengumumkan perlantikan Ahli Majlis FIFA merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), YBhg. Datuk Haji Hamidin Mohd. Amin serta bekas jaguh skuasy No.1 dunia, Ybhg. Datuk Nicol Ann David sebagai Chef de Mission (Ketua Kontinjen) dan Timbalan Chef de Mission ke Sukan Olimpik Paris 2024. Difahamkan perlantikan kedua-dua individu ini mencerminkan asas Jawatankuasa ini yang terdiri daripada pentadbir berkepakaran dan atlet bertaraf dunia.",
"Jawatankuasa ini akan bekerjasama dengan Program Podium (program persediaan atlet elit di bawah ISN) sedia ada yang mana ia memberi tumpuan kepada program persediaan atlet elit meliputi latihan harian, latihan di luar negara termasuk lebih pendedahan kepada pertandingan dalam dan luar negara, penyediaan khidmat jurulatih, kakitangan sokongan, perkhidmatan sains sukan dan perubatan serta program bina diri.",
"Kehadiran projek Road To Gold akan memperkasakan Program Podium sedia ada yang diketuai oleh MSN dan ISN melalui pemantauan di peringkat kementerian. Ini akan mengukuhkan lagi Jawatankuasa yang akan memberi fokus kepada menghapuskan sekatan, mengatasi had sedia ada dan menyediakan sokongan tambahan untuk bakal pemenang pingat negara. ",
"Sokongan tambahan yang diperlukan akan disesuaikan mengikut keperluan setiap individu yang berpotensi melalui konsultansi dengan atlet dan jurulatih masing-masing serta tidak terhad kepada sokongan fizikal sahaja malah bagi keseluruhan kesejahteraan diri atlet. Keperluan ini akan diberikan tertakluk kepada semakan berkala dan komitmen daripada atlet yang berpotensi untuk memenangi pingat.",
"Featured Image: Facebook Hannah Yeoh"
] |
https://sukanz.com/202218083/ |
Terbuka Malaysia: Soon Huat-Shevon Singkir Beregu Senegara Ranking Ke-9 Dunia
| [
"Beregu campuran bebas (independent) negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai memulakan kempen saingan Terbuka Malaysia 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF dengan langkah kanan.",
"Pasangan yang menghuni ranking ke-14 dunia ini merekodkan kemenangan dengan menyingkirkan beregu senegara yang turut merupakan pemain bebas, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing pada Pusingan 32, sebentar tadi.",
"Dalam perlawanan tersebut, Soon Huat-Shevon meraih kemenangan menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-18, 19-21 dan 21-18 dalam tempoh masa satu jam permainan.",
"PETRONAS Malaysia Open 2022XD – Round of 32 🇲🇾Soon Huat GOH🏅21 19 21 🇲🇾Shevon Jemie LAI🏅18 21 18 🇲🇾Kian Meng TAN 🇲🇾Pei Jing LAI",
"🕗 in 60 minutes https://t.co/R30y5rnweV",
"— BWFScore (@BWFScore) June 28, 2022",
"Kemenangan ini menjadikan Soon Huat-Shevon melebarkan rekod pertemuan ke atas Kian Meng-Pei Jing kepada lima kemenangan daripada tujuh pertemuan secara keseluruhan di pentas antarabangsa.",
"Sementara itu, Soon Huat-Shevon akan turun membuat perhitungan dengan beregu Korea di ranking ke-99 dunia, Kim Won-ho dan Jeong Na-eun di Pusingan 16 kelak. ",
"Untuk makluman semua, pasangan ini mengesahkan kemaraan ke Pusingan 16 selepas berhasil menumpaskan beregu India di ranking ke-56 dunia, Venkat Prasad dan Juhi Dewangan di Pusingan 32, sebentar tadi."
] |
https://sukanz.com/202322924/ |
Liga Super: JDT Berkenduri Gol Lakar 8 Kemenangan Berturut-turut
| [
"Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan rekod kemenangan dalam saingan Liga Super 2023 kepada lapan perlawanan berturut-turut.",
"Lakaran kemenangan oleh skuad berjulukan Harimau Selatan kendalian Esteban Solari itu hadir selepas berkenduri gol ke atas Kedah Darul Aman FC (Kedah) di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.",
"JDT menutup perlawanan tersebut dengan kemenangan besar 6-0 hasil jaringan Fernando Forestieri (23’), Feroz Baharudin (48’), Oscar Arribas (50’), Bergson (53’), Arif Aiman (76’) dan Leandro Velazquez (86’).",
"Selain lapan kemenangan berturut-turut bagi musim ini, keputusan pada hari ini juga menjadikan JDT kekal tidak mengalami kekalahan dalam 42 perlawanan Liga Super sejak April 2021.",
"Sementara itu, bagi Kedah, ini merupakan kekalahan terbesarnya sejak dikendalikan oleh ketua jurulatih baharu, Nafuzi Zain.",
"Dengan kemenangan ini, JDT kekal di puncak Liga Super dengan 24 mata manakal Kedah pula tidak dapat mempertahankan kedudukan keduanya yang dihuni sebelum ini.",
"Untuk perlawanan seterusnya, JDT akan bertemu PDRM FC di tempat lawan dan Kedah akan melayani kunjungan Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Darul Aman bagi aksi kesembilan Liga Super.",
"Featured Image: Malaysian Football League"
] |
https://sukanz.com/202218988/ |
Piala AFC: KL City Menangi Penentuan Penalti Untuk Mara Ke Final Zon ASEAN
| [
"Pasukan berpangkalan di Lembah Klang, Kuala Lumpur City FC (KL City) berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir zon ASEAN Piala AFC 2022.",
"Skuad bimbingan Bojan Hodak ini mara selepas memenangi penentuan sepakan penalti 6-5 mengatasi wakil Vietnam iaitu Viettel FC di laman lawan, Stadium Thong Nhat sebentar tadi.",
"🥅 PENALTIES | 🇻🇳 Viettel FC 0️⃣-0️⃣ Kuala Lumpur City 🇲🇾",
"⚪️ KLC ✅❌✅✅✅✅✅🔴 VTF ✅✅✅❌✅✅❌",
"🙌 Kuala Lumpur City are through to the ASEAN Zonal Final!#AFCCup2022 | #VTFvKLC",
"— #AFCCup2022 (@AFCCup) August 10, 2022",
"Sebelum itu, tiada sebarang jaringan yang dapat memisahkan KL City dan Viettel selepas beraksi selama 120 minit permainan. Ini membuatkan penentuan sepakan penalti dilangsungkan bagi mencari pemenangnya.",
"Sementara itu, KL City yang mara ke perlawanan akhir akan bertemu wakil Indonesia, PSM Makassar sekali lagi. Untuk makluman, ini merupakan pasukan yang sama dihadapi mereka pada peringkat Kumpulan H yang lalu."
] |
https://sukanz.com/202324034/ |
Bernhardt Kesal Pemain Tidak Ikut Arahan Punca Kekalahan
| [
"Pengendali Kelantan FC, Frank Bernhardt kecewa dengan sikap para pemainnya tidak mengikut arahan yang telah diberikan serta bermain secara semberono ketika mereka tewas kepada PDRM FC, semalam. ",
"Jelas Bernhardt, dua jaringan awal skuad Sang Saka Biru itu terhasil menerusi kegagalan perangkap ofsaid yang dilakukan pertahanan tatkala pengendali berusia 54 tahun itu tidak mengarahkan pemainnya bermain sebegitu. ",
"“Dua gol pertama, pertahanan kami cuba membuat perangkap ofsaid. Kami tak pernah berbincang tentangnya, saya tak pernah beritahu mereka untuk bermain sebegitu. Saya tak tahu kenapa mereka berbuat sedemikian.”",
"“Kadangkala, mereka tidak mengikut apa yang sudah diberitahu sebelum perlawanan. Sebagai contohnya, mereka cuba membuat perangkap ofsaid seperti dalam perlawanan hari ini. Mereka merasakan apa yang mereka buat itu bagus, tetapi sebenarnya tidak”, tegas Bernhardt dalam sidang media selepas perlawanan menentang PDRM. ",
"PDRM FC mencatat kemenangan keempat musim ini!#LigaSuper2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/6s5NCqHNfH",
"— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 23, 2023",
"Bernhardt juga kecewa dengan prestasi yang ditampilkan para pemainnya yang dilihat tidak begitu komited di dalam perlawanan menyebabkan mereka mudah untuk ditewaskan.",
"Dalam aksi liga tersebut, The Red Warriors tunduk kepada PDRM dengan keputusan 4-1 hasil jaringan Marcus Macauley, Nabil Lapti, Uche Agba dan Bruno Suzuki. Gol tunggal tuan rumah dihasilkan Miguel Cifuentes pada penghujung perlawanan. ",
"Kelantan kini berada di tangga ke-13 liga dengan empat mata terkumpul, dibezakan satu mata dengan seteru senegeri, Kelantan United yang kini menghuni tangga terbawah liga.",
"Dalam pada itu, nasib Bernhardt masih menjadi tanda tanya selepas mencatatkan kekalahan kelima berturut-turut tatkala pemilik Kelantan, Norizam Tukiman pernah mendedahkan klausa berkenaan pemecatan jurulatih sekiranya pasukan itu mengalami lima kekalahan selepas perlantikan Bernhardt."
] |
https://sukanz.com/202324140/ |
Remuk Hati Salah Liverpool Gagal Ke Liga Juara-Juara UEFA
| [
"Penyerang prolifik, Mohamed Salah gagal sembunyikan kekecewaannya apabila pasukannya, Liverpool disahkan tidak akan beraksi di Liga Juara-Juara UEFA selepas kemenangan Manchester United ke atas Chelsea, awal pagi tadi. ",
"Menerusi kemaskini media sosialnya, pemain berusia 31 tahun itu juga berkata tiada alasan munasabah di sebalik kegagalan tersebut dan mengakui dirinya bersama para pemain yang lain telah membuat penyokong The Reds kecewa. ",
"“(Hati) saya benar-benar hancur. Sememangnya tiada alasan untuk kegagalan ini. Kami miliki segalanya yang kami perlukan untuk layak ke Liga Juara-Juara dan kami gagal.”",
"“Kita Liverpool dan layak dalam pertandingan itu merupakan perkara paling minimum yang kami perlu lakukan. Saya minta maaf tetapi terlalu awal untuk kata-kata semangat atau optimistik. Kami mengecewakan anda dan diri kami sendiri”, tulis Salah dalam kemaskini media sosial tersebut. ",
"I’m totally devastated. There’s absolutely no excuse for this. We had everything we needed to make it to next year’s Champions League and we failed. We are Liverpool and qualifying to the competition is the bare minimum. I am sorry but it’s too soon for an uplifting or optimistic… pic.twitter.com/qZmA9WsueM",
"— Mohamed Salah (@MoSalah) May 25, 2023",
"Untuk pengetahuan umum, Manchester United hanya memerlukan satu sahaja mata untuk menjarakkan diri dengan Liverpool bagi merebut kedudukan keempat liga sekaligus layak ke Liga Juara-Juara UEFA musim hadapan.",
"Kemenangan 4-1 menentang skuad berjulukan The Blues pagi tadi sekaligus menutup rapat peluang Liverpool yang kini berbeza empat mata dengan Manchester United berbaki perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris musim ini.",
"Untuk rekod, Mohamed Salah telah menjaringkan 30 gol musim ini bersama Liverpool termasuk 19 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Selepas enam musim, penyerang Mesir itu telah menjaringkan 186 gol setakat ini buat The Reds. "
] |
https://sukanz.com/2020170/ |
Bagaimana Arsenal Boleh Manfaatkan Kehadiran Coutinho? – Ini Perkongsian Jurgen Klopp
| [
"Bekas pemain tengah Liverpool, Philippe Coutinho semakin kuat dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan kendalian Mikel Arteta iaitu Arsenal.",
"Ketika ini Coutinho yang merupakan pemain FC Barcelona bermain secara pinjaman bersama Bayern Munich. ",
"Dia telah membuat 35 penampilan bersama skuad Die Roten, menjaringkan 9 gol dan melakukan 8 bantuan gol sekaligus membantu Bayern memenangi Piala Jerman dan Bundesliga 2019/20.",
"Walaupun menampilkan prestasi yang dikirakan cemerlang bersama kelab gergasi Jerman tersebut, Bayern telah membuat keputusan tidak akan menandatangani Countinho secara tetap. ",
"Dan menurut wartawan terkenal, Fabrizio Romano mendedahkan Barcelona sedang menawarkan khidmat pemain Brazil itu kepada Arsenal.",
"he has been offered to Arsenal. Let’s see what Arsenal will decide – now they’re focused on Willian (done deal 😉)",
"— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 11, 2020",
"Desas-desus perpindahan Coutinho ke Arsenal secara pinjaman turut mendapat perhatian jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp yang juga bekas jurulatihnya ketika masih bermain di Anfield.",
"Dalam satu temu ramah, Klopp menerangkan bahawa pemain berusia 28 tahun itu merupakan pemain tengah yang versatil atau bahasa mudahnya, serba boleh – sebagai attacking midfielder, centre midfielder dan juga central winger.",
"Selain itu, Countinho juga mempunyai kebolehan melencongkan bola tepat ke bucu gol dari luar kotak penalti menerusi kaki kanannya sepertimana bekas lagenda Juventus, Alessandro del Piero. ",
"“Dia jarang-jarang bermain di posisi No.10 kegemarannya bersama kami, dia boleh bermain (posisi) No.8 dengan cemerlang dan juga sayap kiri dengan baik, (ini) kerana dia cukup hebat ketika (berada) di situasi ruang sempit, tetapi (juga) sangat laju ketika (bermain) di ruang luas.",
"“Sejak Alessandro del Piero, yang merembat bola ke bucu (gol) daripada posisi yang sama, saya tidak (pernah) lihat pemain lain yang boleh melakukan perkara yang sama, tarik bola ke dalam (kotak penalti) dari (belah) kiri dalam situasi (ruang) sempit.” jelas Klopp dalam Football London yang memetik sumber daripada laman Kicker.",
"Peminat-peminat The Gunners dapat menjangkakan pemain tersebut akan bermain di posisi No.10 atau attacking midfielder sekiranya Arteta memainkan formasi 4-2-3-1.",
"Antara formasi lain yang digunakan Arteta adalah sistem 3-4-3. Di dalam sistem ini, besar kemungkinan Coutinho akan diletakkan sebagai central midfielder No.8 atau memainkan peranan No.10 di sayap kiri.",
"Apa yang penting, sekiranya kehadiran Coutinho yang juga seorang pemain licik dan lincah ke kelab berpangkalan di Kota London ini direalisasikan, Arteta pastinya dapat menyelesaikan masalah kronik yang dihadapi Arsenal musim 2019/20 iaitu corak permainan yang kurang kreatif.",
"Foto: Liverpool & Bayern Munich"
] |
https://sukanz.com/202220986/ |
Juara Dunia Gagal Ke Separuh Akhir Jelajah Dunia Akhir 2022
| [
"Juara Kejohanan Dunia BWF merangkap beregu lelaki No.1 tanah air, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik secara rasminya gagal meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2022. ",
"Situasi itu hadir apabila Aaron-Wooi Yik tumpas pada perlawanan kedua ketika menentang wakil China yang menghuni ranking ke-11 dunia, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi, sebentar tadi.",
"Aaron-Wooi Yik yang berada di ranking keempat dunia terpaksa akur tumpas kepada gandingan terbabit menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-23, 22-24 dan 21-16 dalam tempoh masa melebihi satu jam pertarungan.",
"HSBC BWF World Tour Finals 2022MD – Round 2 🇨🇳Yu Chen LIU🏅23 22 21 🇨🇳Xuan Yi OU🏅21 24 16 🇲🇾Aaron CHIA 🇲🇾Wooi Yik SOH",
"🕗 in 66 minutes https://t.co/qrYuOYiSoU",
"— BWFScore (@BWFScore) December 8, 2022",
"Semalam, mereka turut mengalami kekalahan dalam perlawanan pertama ketika bertemu juara Kejohanan Dunia BWF sebanyak tiga kali, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan.",
"Hasilnya, Aaron-Wooi Yik gagal meraih sebarang mata daripada dua perlawanan ini. ",
"Mereka mempunyai baki satu perlawanan di peringkat Kumpulan B bertemu beregu Denmark, Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen yang juga senasib dengan Aaron-Wooi Yik gagal meraih sebarang mata selepas mengharungi dua perlawanana. ",
"Bagaimanapun, perlawanan ini hanyalah berfungsi sebagai pelengkap jadual memandangkan pemenang bagi pertembungan ini hanya akan menamatkan saingan di tempat ketiga bagi Kumpulan B.",
"Untuk makluman, gandingan Ahsan-Hendra dan Yu Chen-Xuan Yi sudah mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir setelah memungut dua mata daripada dua perlawanan masing-masing.",
"Pertemuan melibatkan gandingan dari Indonesia dan China ini pada hari esok hanya untuk menentukan juara dan naib juara bagi Kumpulan B.",
"Featured Image: Badminton Association of Thailand"
] |
https://sukanz.com/202216331/ |
Pan-gon Jelmakan Kemenangan Pertama Harimau Malaya Ke Atas Filipina Selepas 15 Tahun
| [
"Sentuhan oleh ketua jurulatih dari Republik Korea, Kim Pan-gon memastikan skuad kebangsaan Harimau Malaya berhasil merekodkan kemenangan pertama ke atas Filipina selepas 15 tahun.",
"Kemenangan itu diraih hasil sumbangan dua jaringan daripada pemain sayap lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid pada separuh masa pertama yang membolehkan Malaysia menamatkan perlawanan tersebut dengan skor 2-0.",
"Selain daripada berjaya merekodkan kemenangan, corak permainan yang tersusun serta kemampuan para pemain untuk melancarkan serangan-serangan yang berbahaya ke arah gawang lawan turut mendapat pujian para peminat di media sosial.",
"Untuk makluman semua, ini juga merupakan kemenangan pertama yang diraih oleh Pan-gon sejak mengambil alih tugasan selaku pengurus dan ketua jurulatih menggantikan Tan Cheng Hoe yang meletakkan jawatan awal Januari lalu.",
"Sebagai tambahan, kali terakhir Malaysia meraih kemenangan ke atas Filipina atau dikenali sebagai skuad The Azkals ini adalah pada Januari 2007 yang lalu dalam kejohanan Piala AFF.",
"Ketika itu, Malaysia berhasil mencetak kemenangan 4-0 hasil jaringan Hairuddin Omar (2 gol), Nizaruddin Yusoff (1gol) serta satu jaringan sendiri oleh pemain lawan.",
"Lima pertemuan selepas itu berkesudahan dengan keputusan seri dimana empat daripadanya berakhir dengan seri tanpa sebarang jaringan.",
"Featured Image: Football Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202323188/ |
Surat Tawaran Tidak Wujud Dalam Sistem MFL – Stuart Ramalingam
| [
"Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Stuart Ramalingam menganggap dakwaan bahawa surat tawaran daripada Selangor FC terhadap seorang pemain yang disiarkan oleh Facebook Page, Harimau Selatan X dibocori oleh Malaysian Football League (MFL) adalah tidak berfakta serta tidak bertanggungjawab.",
"Menjelaskan hal tersebut dengan lebih lanjut, Stuart berkata surat berkenaan tidak pernah wujud dalam sistem MFL kerana pihaknya hanya meminta kelab-kelab memuat naik kontrak pemain",
"“MFL tidak menerima surat tawaran (letters of offer), jelas sekali, ada akaun media sosial yang mendakwa kebocoran surat ini daripada MFL, ",
"“Sistem MFL hanya muat naik kontrak pemain dan bukannya surat tawaran, jadi, surat tawaran ini tidak wujud dalam sistem kita, ",
"“Dakwaan yang dibuat itu tidak berfakta (dan) tidak bertanggungjawab.” ujarnya ketika disoal pengamal media semasa Majlis Berbuka Puasa Jalinan Kasih AEON BiG dan MFL, semalam.",
"Pada Isnin lalu, Harimau Selatan X memuat naik sepucuk tawaran kepada pemain yang ditutupi namanya lengkap dengan tandatangan milik CEO Selangor, Dr. Johan Kamal Hamidon.",
"Isi kandungan surat tersebut memperincikan tawaran oleh Selangor kepada pemain tersebut yang merangkumi tempoh kontrak selama 1+1 tahun, gaji berjumlah AS$30,000 sebulan, yuran-yuran, bonus kemenangan, bonus kejuaraan, rumah, kereta serta tiket kapal terbang.",
"Sejurus keluarnya surat tawaran terbabit, terdapat kalangan pengguna media sosial mendakwa surat tersebut dibocori oleh pihak dalaman MFL. "
] |
https://sukanz.com/202322375/ |
Prestasi Kodai Naraoka Merosot Sejak Muncul Naib Juara Terbuka Malaysia 2023
| [
"Pemain muda Jepun, Kodai Naraoka yang akan menjadi lawan buat Lee Zii Jia di peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2023 pernah mencipta sensasi dalam arena badminton antarabangsa terutamanya sekitar enam bulan terakhir tahun lalu.",
"Pada ketika itu, Kodai yang berusia 21 tahun berhasil muncul juara Terbuka Vietnam (Super 300) serta meraih dua gelaran naib juara di saingan Terbuka Singapura (Super 500) dan Terbuka Taipei (Super 300). Sekitar awal tahun pula, dia turut berhasil meraih gelaran naib juara Korea Masters (Super 300). ",
"Selain itu, Kodai turut berhasil mara sekurang-kurangnya ke pentas separuh akhir sebanyak empat kali di kejohanan besar iaitu Terbuka Denmark (Super 750), Terbuka Perancis (Super 750), Terbuka Australia (Super 300) dan Jelajah Akhir Dunia BWF.",
"PETRONAS Malaysia Open 2023MS – R3213 21 21 🇯🇵Kodai Naraoka🏅21 17 19 🇲🇾Zii Jia Lee",
"— BWFScore (@BWFScore) January 11, 2023",
"Momentum itu dibawa pula sehingga ke Januari lalu dengan merangkul naib juara Terbuka Malaysia (Super 1000). Di kejohanan ini juga Zii Jia menjadi mangsa kepada Naraoka pada pertemuan pertama mereka apabila tumpas seawal Pusingan 32 di hadapan penyokong sendiri di Axiata Arena, Bukit Jalil.",
"Bagaimanapun, prestasi Naraoka kelihatan mula merosot selepas itu apabila sering terkandas di Pusingan 32 atau Pusingan 16 dalam tiga kejohanan individu yang disertainya iaitu Terbuka India (Super 750), Indonesia Masters (Super 500) dan Terbuka Jerman (Super 300).",
"Kemaraannya ke peringkat suku akhir All England pada kali ini merupakan yang pertama sejak itu.",
"Akan tetapi, kemaraan Zii Jia ke peringkat suku akhir turut diiringi dengan skrip seakan sama seperti Naraoka. Namun pemain kelahiran Alor Setar ini mengalami kemarau kemaraan ke peringkat terbabit yang lebih lama dengan menjangkau hampir lima bulan lamanya.",
"Dijangka pertemuan Zii Jia dan Naraoka yang akan bermula sekitar 9.20 malam ini (waktu Malaysia) berlangsung sengit dengan kedua-duanya mahu membangkitkan semula prestasi semasa di kejohanan antarabangsa.",
"Sementara itu, pemenang yang mara ke peringkat separuh akhir akan bertemu salah seorang daripada perseorangan China samada Shi Yu Qi atau Weng Hong Yang.",
"Featured Image: Victor Facebook & Badminton Association of Thailand"
] |
https://sukanz.com/202215629/ |
Syarikat Taiwan, VICTOR Mengumumkan Kerjasama Dengan Lee Zii Jia
| [
"Syarikat peralatan sukan yang berpangkalan di Taiwan, VICTOR mengumumkan kerjasamanya dengan pemain yang kini bergerak secara bebas (independent), Lee Zii Jia, pada hari ini.",
"Perkara tersebut diumumkan oleh VICTOR menerusi makluman di laman sosial dan pelbagai platform media sosialnya sambil mengalu-alukan kehadiran kembali pemain No.7 dunia itu dalam keluarga VICTOR, sebentar tadi.",
"Hasil daripada kerjasama ini, Zii Jia akan menyarung pakaian serta menggunakan peralatan berjenama VICTOR bermula daripada saingan Terbuka Jerman pada 8 Mac nanti. VICTOR turut memaklumkan Zii Jia akan menggunakan raket Thruster Ryuga dan kasut S82 yang pernah digunakan ketika memenangi saingan All England tahun lalu.",
"Sebagai rekod, Zii Jia pernah menyarung pakaian dan menggunakan peralatan daripada VICTOR ketika masih bersama-sama skuad kebangsaan Malaysia sebelum Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mendapat tajaan daripada Yonex."
] |
https://sukanz.com/20219784/ |
Hadiah Terkumpul Sebanyak RM50,000 Menanti Pemenang Kejohanan eMFL Liga Super
| [
"Hadiah lumayan berjumlah RM50,000 secara keseluruhan menanti pemenang kejohanan sukan elektronik (esports) bola sepak, eMFL Liga Super yang akan bermula pada 20 April hingga 9 Mei 2021.",
"Ini merupakan kali kedua Malaysian Football League (MFL) menganjurkan kejohanan esports dengan dipersetujui oleh penerbit siri permainan FIFA, Electronic Arts (EA) serta menjadi satu-satunya rakan kongsi liga rasmi bersama EA Sports di asia tenggara.",
"Kejohanan tahun ini menyaksikan Unifi masih tampil sebagai penaja utama kejohanan namun turut disokong oleh Nivea Men selaku penaja produk penjagaan lelaki rasmi, LG Ultragear selaku penaja monitor skrin dan Blackbox Studio selaku penaja jersi kejohanan.",
"Sementara itu, MFL turut melantik penganjur kejohanan esports, Gamesbond sebagai rakan eksklusif dalam sama-sama mengurus dan mempromosikan kejohanan unifi eMFL Liga Super.",
"Untuk makluman, saingan eMFL Liga Super akan disertai oleh 12 pemain Malaysia. Kesemua mereka dipilih berdasarkan yang menduduki tangga teratas dalam Global Series Ranking.",
"Selain itu, Unifi eMFL Liga Super kali ini memperkenalkan format yang lebih kompetitif iaitu Liga eMFL dan Grand Final di mana hanya lapan pemain teratas Liga eMFL sahaja yang layak untuk bertanding dalam pusingan Grand Final.",
"Juara unifi eMFL Liga Super akan melayakkan diri ke East Asia Regional Cup yang dianjurkan oleh EA dan bakal beraksi di peringkat antarabangsa.",
"Kejohanan unifi eMFL Liga Super akan disiarkan secara langsung menerusi platform laman sosial Facebook milik MFL, eMFL dan Gamesbond bermula 20 April 2021."
] |
https://sukanz.com/202219037/ |
TeamViewer Tidak Berniat Lanjut Perjanjian Penajaan Bersama Man Utd
| [
"Syarikat perisian yang menawarkan sokongan untuk mengawal komputer peribadi secara jarak jauh, TeamViewer menyatakan tidak akan melanjutkan perjanjiannya bersama Manchester United (Man Utd).",
"Syarikat berpangkalan di Jerman itu menandatangani perjanjian penajaan bersama skuad Red Devils pada tahun lalu dengan kontrak selama lima tahun.",
"Berdasarkan pelbagai laporan media, perjanjian sehingga tahun 2026 itu memberikan Man Utd penajaan berjumlah sekitar 47 juta pound sterling setahun. Jumlah itu menjadikan TeamViewer menghiasi bahagian hadapan jersi-jersi perlawanan Man Utd menggantikan penaja terdahulu, Chevrolet.",
"Bagaimanapun setelah tamatnya perjanjian tersebut, bahagian hadapan jersi-jersi perlawanan Man Utd hampir pasti akan dihiasi dengan syarikat lain memandangkan ianya tidak lagi akan ditaja oleh syarikat ini. ",
"TeamViewer menerusi satu kenyataan di dalam Penyata Suku Ke-2 yang diterbitkan baru-baru ini menyatakan, “untuk jangka masa panjang, TeamViewer tidak berniat untuk melanjutkan perjanjian penajaan bersama Manchester United melebihi tempohnya.”",
"Difahamkan, walaupun kerjasama bersama pasukan yang dibimbing oleh Erik ten Hag ini memberikan peningkatan penjenamaan yang positif, TeamViewer memutuskan untuk menilai semula strategi pemasaran jangka masa panjangnya."
] |
https://sukanz.com/202323742/ |
Sukan SEA 2023: Shun Yang Hampir Dikejutkan Pemain 17 Tahun Myanmar
| [
"Perseorangan lelaki negara, Lee Shun Yang hampir dikejutkan pemain berusia 17 tahun dari Myanmar, Hein Htut pada pusingan 16 di temasya Sukan SEA 2023. ",
"Shun Yang memenangi set pertama dengan seleasa. Namun Hein Htut berhasil memaksa Shun Yang berhempas pulas pada set kedua sebelum anak jati Pulau Pinang mengakhirinya dengan kemenangan berskor 21-9 dan 23-21. ",
"Kemenangan itu membolehkan pemain berusia 22 tahun itu mara ke peringkat seterusnya yang bakal ditentukan pemenangnya samada wakil Thailand, Panitchaphon Teeraratsakul atau wakil Singapura, Marcus Phil Jun Hui Lau.",
" R16 | Individual Events#MAS🇲🇾 Lee Shun Yang def. #MYA🇲🇲 Hein Htut 21-9 23-21#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/XF1D2dad9R",
"— BAM (@BA_Malaysia) May 12, 2023",
"Pemain perseorangan lelaki Thailand itu mara ke pusingan 16 setelah mendapat ‘bye’ di pusingan awal manakala Marcus Phil mudah menewaskan lawannya dari Timor Leste, Zidane Evaldo Costa Gusmao de Jesus dengan skor 21-2 dan 21-8.",
"Dalam pada itu, seorang lagi atlet perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao akan bertemu wakil Singapura, Jia Wei Joel Koh di pusingan 16 setelah kedua-dua pemain mendapat ‘bye’ di pusingan awal. ",
"Shun Yang dan Jun Hao menjadi dua wakil kebangsaan yang dipertaruhkan untuk merampas semula pingat emas yang kali terakhir dimenangi Malaysia menerusi Lee Zii Jia di Sukan SEA 2019 Filipina. ",
"Featured image: Badminton Association of Malaysia (Facebook)"
] |
https://sukanz.com/202220645/ |
Melaka FC Wakili Negeri Melaka Sertai Liga M3, Sasar Layak Liga Super 2024
| [
"Melaka FC menjadi nama baharu bagi pasukan yang akan mewakili negeri Melaka dalam kancah bola sepak tanah air dengan menyertai Liga M3, lapor portal Melaka Hari Ini.",
"Bukan itu sahaja, pasukan yang sedang dipersiapkan untuk mengharungi saingan Liga M3 ini turut meletakkan sasaran untuk mendapat promosi ke saingan Liga Super 2024 disamping layak beraksi dalam kancah Piala FA 2023. ",
"Perkembangan itu disahkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA), Datuk Wira Nur Azmi Ahmad pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran dan Undian Rasmi Governor Cup 2022 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), malam tadi.",
"“Malah, kita juga sedang dalam proses memilih jurulatih baharu dengan kita sudah menyenarai pendek empat jurulatih iaitu dua jurulatih luar negara dan dua jurulatih tempatan untuk mengemudi pasukan.",
"“Pada masa sama, jawatankuasa teknikal juga akan dilantik bagi bekerjasama dengan jurulatih dalam aspek pemilihan pemain.",
"“Barisan pemain pula akan kita siapkan pada Disember, iaitu dua bulan sebelum saingan Liga M3 membuka tirai pada Februari,” katanya seperti dipetik daripada portal terbabit.",
"Pada masa yang sama, perkembangan ini sekaligus menolak polemik mengenai penggunaan nama Harimau Melaka FC sebagai pengganti kepada Melaka United FC yang sudah ‘terkubur’.",
"Sementara itu, Nur Azmi turut memaklumkan Stadium Hang Jebat kekal menjadi laman tuan rumah (home) kepada buat skuad ini. Selain itu, beliau turut memaklumkan kesemua perlawanan melibatkan Melaka FC dalam saingan ini akan berlangsung pada sebelah malam.",
"Satu perkhabaran baik turut disampaikan dimana penyokong skuad ini berpeluang untuk menyaksikan perlawanan secara percuma di stadium berkenaan pada peringkat permulaan saingan.",
"Tidak dilupakan, Nur Azmi turut mendedahkan pasukan ini telah membuat ketetapan dalam soal pengurusan dan akaun pasukan bagi mengekang berulangnya masalah tunggakan gaji.",
"Jelasnya, satu akaun khas akan diwujudkan untuk memastikan pembayaran gaji pemain berjalan lancar setiap bulan.",
"“Saya mahu fokus dan pastikan pembayaran gaji mengikut masa ditetapkan. Saya akan pastikan jika saya berhutang sekalipun, ia bukanlah hutang kepada pemain kerana perkhidmatan itulah yang paling penting dalam mengembalikan sukan bola sepak sebagai sukan nombor satu negeri ini,” tambahnya lagi.",
"Featured Image: Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA)"
] |
https://sukanz.com/202324274/ |
Terbuka Thailand: Shun Yang Jadi Perseorangan Lelaki Negara Pertama Pulang Awal
| [
"Perseorangan lelaki negara, Lee Shun Yang tidak berjaya mara ke babak undian utama (main draw) selepas tewas kepada wakil Republik Korea, Jeon Hyeok-jin pada Pusingan 16 peringkat kelayakan Terbuka Thailand 2023. ",
"Kedua-dua pemain ini tidak pernah bertemu biarpun berada di dalam kelompok 100 terbaik dunia dengan kelebihan di atas kertas lebih memihak kepada perseorangan lelaki Korea selaku penghuni ranking ke-51 dunia.",
"Dalam pertarungan tersebut, Shun Yang ditewaskan Hyeok-jin secara “straight set” dengan skor 17-21 dan 11-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 38 minit bertempat di Stadium Tertutup Huamark, Thailand.",
"TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2023MS – Qual. R1621 21 🇰🇷JEON Hyeok Jin🥇",
"17 11 🇲🇾LEE Shun Yang",
"— BWFScore (@BWFScore) May 30, 2023",
"Atlet berusia 22 tahun itu sepatutnya berdepan cabaran perseorangan lelaki Amerika Syarikat, Garret Tan di Pusingan 32 peringkat kelayakan tetapi mendapat “bye” selepas lawannya menarik diri. ",
"Sebelum ini, Shun Yang menampilkan aksi memberangsangkan dalam temasya Sukan SEA 2023 membantu skuad badminton lelaki negara meraih pingat perak dalam acara berpasukan. ",
"Atlet kelahiran Pulau Pinang itu juga berkongsi pingat gangsa dengan seorang lagi perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao bagi acara individu setelah tewas kepada wakil Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo di peringkat separuh akhir. ",
"Featured Image: Badminton Association of Malaysia "
] |
https://sukanz.com/202114279/ |
Syazwan Andik Kembali Ke Pentas Liga Super Bersama Melaka United
| [
"Kelibat pertahanan kiri, Syazwan Andik pernah mencuri tumpuan dalam saingan Liga Super bersama pasukan Kuala Lumpur (KL) sekitar empat musim yang lalu.",
"Prestasinya bersama KL pada musim 2018 cukup cemerlang sehinggakan mendapat perhatian ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe dan dia dipanggil untuk menyarung jersi Harimau Malaya.",
"Namun, di penghujung musim, apabila KL yang menamatkan saingan Liga Super di tangga tercorot diturunkan pangkat ke saingan Liga Premier, pemain kelahiran Skudai, Johor ini membuat keputusan untuk menamatkan kontrak bersama skuad ibu kota dan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT).",
"Bagaimanapun, bersama skuad Harimau Selatan sejak tahun 2019, Syazwan tidak dapat menembusi kesebelasan utama JDT dan khidmatnya banyak digunakan oleh skuad simpanan, JDT II yang beraksi di Liga Premier.",
"Akan tetapi, kelibat Syazwan dapat dilihat kembali di kancah tertinggi bola sepak tanah air apabila Pengarah Sukan JDT, Martin Prest mengumumkan meminjamkan pemain berusia 25 tahun ini ke Melaka United pada musim hadapan bersama-sama bekas tonggak pertahanan tengah negara, Fadhli Shas.",
"Sementara itu, tiada sebarang penjelasan lanjut daripada Martin atau JDT mengenai tempoh pinjaman Syazwan mahupun Fadhli Shas bersama Melaka United.",
"Featured Image: Kuala Lumpur City"
] |
https://sukanz.com/202218030/ |
Perlawanan Tier 1: Malayan Tigress Dimalukan Bangladesh 6-0
| [
"Skuad bola sepak wanita kebangsaan, Malayan Tigress dimalukan pasukan Bangladesh dengan jaringan besar dalam perlawanan antarabangsa tier 1 yang berlangsung di Stadium Bir Sherestha Shaheed Shipahi Mostafa Kamal, semalam.",
"Biarpun pasukan negara menghuni ranking ke-85 dunia – lebih baik berbanding Bangladesh yang berada di tangga ke-146 dunia – Malayan Tigress terpaksa akur tumpas dengan keputusan 6-0 tanpa balas.",
"Dalam perlawanan terbabit, Bangladesh berhasil menjaringkan empat gol pada separuh masa pertama menerusi Mossamat Akhi Khatun (9′,29′), Sabina Khatun (25′) dan Mossamat Sirat Jahan (44′).",
"Perlawanan Antarabangsa Tier 1 | Khamis, 23 Jun 2022",
"BANGLADESH 🇧🇩 6-0 🇲🇾 MALAYSIA",
"⚽ Mossamat Akhi Khatun 9' 29' Sabina Khatun 25' Mossamat Sirat Jahan 44' Monika Chakma 66' Srimoti Krishnarani 73'#FAM #HarimauMalaya #MalayanTigress pic.twitter.com/Z8oZ6PlYEV",
"— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 23, 2022",
"Sementara itu, pada separuh masa kedua, Bangladesh menambah lagi dua jaringan menerusi Monika Chakma dan Srimoti Krishnarani pada minit 66’ dan 73’ masing-masing. Kedudukan ini kekal sehingga pengadil meniup wisel menamatkan permainan.",
"Untuk makluman, Malayan Tigress yang dibimbing oleh Jacob Joseph akan turun menentang Bangladesh sekali lagi pada hari Ahad nanti. Perlawanan ini juga berstatus tier 1.",
"Kedua-dua perlawanan ini merupakan rangka persiapan skuad negara sebelum turun menyertai saingan Kejuaraan AFF Wanita 2022 di Filipina bermula 4 Julai kelak.",
"Featured Image: Football Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202219250/ |
Kejohanan Dunia BWF: Lee Zii Jia Mara Ke Pusingan 16 Bertemu Zhao Jun Peng
| [
"Selepas menumpaskan pemain Perancis di Pusingan 64, jaguh badminton negara, Lee Zii Jia menepati ramalan menundukkan lawan dari Portugal, Bernardo Atilano dengan mudah di Pusingan 32.",
"Kemenangan tersebut membolehkannya merakamkan kemaraan ke Pusingan 16 di Kejohanan Dunia BWF 2022 bertemu lawan yang lebih mencabar, berada di ranking ke-23 dunia.",
"Cabaran tersebut akan diberikan oleh pemain China, Zhao Jun Peng yang mara selepas mengalahkan pemain India, Srikanth Kidambi di Pusingan 32, hari ini.",
"Menyoroti rekod pertemuan, kedua-dua pemain baru sahaja bertembung buat julung kalinya di kejohanan Terbuka Jerman pada Mac lalu.",
"Pertembungan tersebut menyaksikan pemain yang berada di ranking kelima dunia ini merekodkan kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-12 dan 21-18.",
"Mampukah Zii Jia mengulangi rekod kemenangan ke atas pemain yang sama ini? Sama-sama kita nantikan esok."
] |
https://sukanz.com/202322929/ |
Liga Super: Frank Bernhardt Langkah Kiri Bersama The Red Warriors
| [
"Bekas ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara dan UiTM FC, Frank Bernhardt bermula dengan langkah kiri bersama pasukan baharunya, Kelantan FC.",
"Pengendali kelahiran Jerman berusia 53 tahun ini terpaksa akur dengan kekalahan di tangan Selangor FC ketika julung kalinya mengemudi skuad berjulukan The Red Warriors (TRW) dalam saingan Liga Super, sebentar tadi.",
"Perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu menyaksikan Kelantan tumpas dengan keputusan 3-0 hasil jaringan Ayron del Valle (28’) serta gol berganda daripada Rauf Salifu (80’ & 90’).",
"Kekalahan ini mengekalkan Kelantan di tangga ke-11 Liga Super – zon penyingkiran – dengan pungutan empat mata.",
"Untuk makluman semua, Frank yang sebelum ini berperanan sebagai Pengarah Teknikal Kelantan FC diumumkan diangkat menjadi Ketua Jurulatih skuad TRW sekitar jam 9 pagi, pada hari Ahad.",
"Difahamkan kehadiran Frank adalah untuk mengambil alih tugas daripada Ketua Jurulatih Sementara, Rezal Zambry Yahya dan mengisi kekosongan yang ditinggalkan jurulatih dari Korea, Choi Moon-sik yang direhatkan baru-baru ini.",
"Featured Image: TRW Kelantan FC"
] |
https://sukanz.com/202114520/ |
Makan Konate Kembali Ke Liga Indonesia Bersama Persija Jakarta
| [
"Pemain tengah kelahiran Mali, Makan Konate memilih untuk kembali ke saingan Liga Indonesia setelah dilepaskan oleh Terengganu FC awal Disember lalu.",
"Pemain berusia 30 tahun ini disahkan menjadi milik Persija Jakarta apabila diperkenalkan secara rasmi oleh pasukan berkenaan pada minggu ini.",
"Selama semusim bersama Terengganu, Konate berhasil meraih 20 penampilan, menjaringkan satu gol serta mencipta 6 ‘assist’. ",
"“Selamat datang untuk Makan Konate. Memang prosesnya cukup panjang, karena kami harus mengikuti semua protokol yang diberlakukan oleh tim dan terlebih lagi oleh pemerintah. Namun Alhamdulillah akhirnya semua selesai,\" ungkap Mohammad Prapanca.#BelieveIn12 #PersijaJakarta pic.twitter.com/FBV4D0yY5j",
"Pada masa yang sama, dia turut membantu pasukan berpangkalan di pantai timur ini menduduki tangga keempat Liga Super serta mara ke separuh akhir saingan Piala Malaysia.",
"Bagaimanapun, khidmat Konate tidak dilanjutkan oleh Terengganu dan menyebabkan dia mencari pasukan baharu dan Persija Jakarta atau pasukan yang dikenali sebagai Macan Kemayoran ini menjadi pilihannya.",
"Sebagai rekod, sebelum menyertai Terengganu pada awal 2021, Konate telah beraksi dengan pelbagai pasukan dalam saingan Liga Indonesia seperti Persebaya Surabaya, Arema, Sriwijaya dan Persib Bandung."
] |
https://sukanz.com/20207244/ |
Genius! Tajaan Burger King Beri Publisiti Kepada Kelab Divisyen 4, Stevenage FC
| [
"Siapa sangka keputusan restoran makanan segera terkenal dari Amerika Syarikat, Burger King untuk menaja kelab kerdil, Stevenage FC telah memberikan publisiti yang besar kepada pasukan tersebut.",
"Kisahnya bermula tahun lalu, Burger King mengumumkan menjadi penaja utama Stevenage FC selama dua tahun sehingga hujung musim 2020/21. ",
"Ia membolehkan logo ikonik mereka terpampang di ruangan hadapan jersi pasukan yang bersaing dalam kancah divisyen empat bola sepak Inggeris, EFL League Two.",
"Sebagai sebuah syarikat multinasional yang dikenali seluruh dunia, mereka boleh sahaja mendapatkan publisiti dengan menaja kelab-kelab ternama yang mempunyai fan base besar seperti Manchester United, FC Barcelona dan Real Madrid.",
"Bagaimanapun keputusan sebaliknya dilakukan Burger King dengan menaja sebuah pasukan bukan sahaja kerdil malah tidak dikenali. Semestinya ia mengundang persoalan kalangan orang ramai dan tidak kurang juga yang melemparkan kritikan.",
"Tetapi ada satu perkara yang ramai tidak sedari iaitu Stevenage FC walaupun sebuah pasukan kerdil namun mereka tetap muncul di dalam permainan video, FIFA 20 sama seperti pasukan-pasukan besar yang lain.",
"I love Burger King's creativity.• Sponsors Stevenage FC• To get their logo in FIFA 20• Challenges gamers to play as Stevenage, score goals, and share on Twitter• Stevenage most used team in “career mode”• Shirts sell out IRL pic.twitter.com/1px3OHld5U",
"Di sinilah kegeniusan mereka terserlah apabila Burger King turut melancarkan satu kempen secara dalam talian yang dinamakan Stevenage Challenge. ",
"Kempen ini mengajak para ‘gamers’ untuk menggunakan pasukan Stevenage FC ketika bermain permainan video FIFA 20 bersama rakan-rakan atau bermain mod ‘career’.",
"Para pemain juga perlu untuk memuat naik video-video jaringan gol ke media sosial menerusi Twitter untuk tatapan ramai dan berpeluang untuk memenangi hadiah.",
"Maka berbondong-bondong ‘gamers’ terlibat dalam Stevenage Challenge dan ianya telah mendapat sambutan ramai sehinggakan Stevenage FC mula dikenali ke peringkat antarabangsa.",
"Thousands of football fans from all over the 🌍 are taking on the #StevenageChallenge! ❤️ Click the hashtag to see how people are reppin' the Super Boro for @BurgerKing rewards! 🔥🍔 #WeAreStevenage",
"Kempen ini dilancarkan di Amerika Syarikat, China, Mexico, Brazil, UK, Perancis, Jerman, Rusia, Sweden dan Sepanyol. Antara hadiah yang ditawarkan adalah penghantaran makanan percuma dan set menu Whopper percuma selama setahun.",
"Hasil daripada publisiti itu juga, jersi Stevenage FC yang dihiasi dengan logo Burger King turut dibeli oleh ‘gamers’ dan peminat-peminat baharu di seluruh dunia sekaligus memberikan mereka pulangan kewangan. ",
"Burger King pula mendapat publisiti berlipat kali ganda berbanding dana yang mereka keluarkan pada peringkat awal, jun 2019."
] |
https://sukanz.com/202219772/ |
Olivier Giroud Padam Rekod 63 Tahun – Muncul Penjaring Tertua Perancis
| [
"Rekod penjaring tertua Perancis yang dipegang oleh Roger Marche selama 63 tahun terpadam selepas Olivier Giroud menjaringkan gol ketika menentang Austria dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA. ",
"Sebelum ini, Marche menjadi pemain tertua menjaringkan gol buat skuad Les Bleus pada usia 35 tahun 287 hari semasa menentang Sepanyol pada tahun 1959.",
"Bagaimanapun, gelaran itu beralih kepada Giroud apabila jaringannya pada awal pagi dilakukan ketika berusia 35 tahun 357 hari. ",
"Jaringan itu hadir pada minit 65’ – hanya dipisahkan selama 9 minit selepas Kylian Mbappe membuka tirai jaringan.",
"𝙀𝙩 𝙙𝙚 𝟮 𝙥𝙤𝙪𝙧 𝙡𝙚𝙨 𝘽𝙡𝙚𝙪𝙨 ! 👊Superbe centre d'@AntoGriezmann pour @_OlivierGiroud_ qui reprend d'une tête magnifique ! ",
"🇫🇷2-0🇦🇹 | #FRAAUT | #FiersdetreBleus pic.twitter.com/SLP9WNRZ74",
"— Equipe de France ⭐⭐ (@equipedefrance) September 22, 2022",
"Ianya terhasil menerusi satu tandukan padu setelah menerima hantaran lintang daripada penyerang sayap, Antoine Griezmann daripada bahagian kanan.",
"Perlawanan yang berlangsung di laman mereka sendiri, Stade de France itu berakhir dengan keputusan 2-0.",
"Sebagai rekod, Giroud kini berada di tangga kedua dalam senarai penjaring terbanyak bagi skuad kebangsaan Perancis dengan rekod 49 gol.",
"Giroud hanya memerlukan tiga gol sahaja lagi bagi memintas rekod penyerang legenda merangkap penjaring terbanyak sepanjang zaman Les Bleus, Thierry Henry – 51 gol secara keseluruhan.",
"Featured Image: Olivier Giroud La Page Officielle"
] |
https://sukanz.com/202217931/ |
Apple & Major League Soccer Memeterai Perjanjian Penstriman Selama 10 Tahun
| [
"Syarikat teknologi berpangkalan di Amerika Syarikat, Apple mengumumkan kerjasama dengan penganjur bola sepak di negara berkenaan, Major League Soccer (MLS) selama 10 tahun.",
"Kerjasama itu menjadikan aplikasi Apple TV sebagai destinasi eksklusif buat para peminat di seluruh dunia untuk menyaksikan setiap perlawanan MLS termasuk di bawah kelolaannya seperti Piala Liga, MLS Next Pro dan MLS Next bermula tahun 2023 hingga 2032.",
"Kesemua perlawanan ini akan dapat ditonton menerusi langganan servis penstriman MLS yang baharu dimana ianya hanya boleh didapati menerusi aplikasi Apple TV.",
"Every club. Every match. Everywhere. Coming to the @AppleTV app, 2023.",
"— Major League Soccer (@MLS) June 14, 2022",
"Sebagai tambahan, servis ini turut menyediakan beberapa kandungan lain seperti rancangan mingguan, ulang siar perlawanan, sorotan perlawanan, rancangan analisis dan program khas.",
"Semuanya tersedia di satu tempat tanpa perlu membeli pakej langganan pukal TV tradisional mengikut negara masing-masing.",
"Selain itu, beberapa perlawanan MLS dan Piala Liga yang terpilih tersedia tanpa sebarang caj tambahan dan percuma kepada pelanggan Apple TV+.",
"Siaran langsung perlawanan MLS dan kandungan “on-demand” di Apple TV disediakan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai akses internet merentasi semua peranti yang mempunyai aplikasi ini seperti iPhone, iPad, Mac, Apple TV 4K dan Apple TV HD; Samsung, LG, Panasonic, Sony, TCL, VIZIO dan lain-lain TV pintar (Smart TV).",
"Bagaimanapun, maklumat lengkap untuk para peminat melanggan servis penstriman MLS seperti harga langganan, kandungan serta program berkaitan yang akan disiarkan dan lain-lain perkara akan diumumkan pada bulan-bulan mendatang."
] |
https://sukanz.com/202216655/ |
Terbuka Korea: V Shem-Juan Shen Mara Selepas Tundukkan Juara Odisha 2022
| [
"Pasangan beregu lelaki bebas (independent) negara, Goh V Shem dan Low Juan Shen berhasil meneruskan kemaraan ke Pusingan 16 Terbuka Korea selepas menundukkan sepasang lagi beregu negara merangkap juara Terbuka Odisha.",
"V Shem-Juan Shen mencipta kemenangan tersebut ke atas Lim Khim Wah dan Nur Mohd Azriyn secara ‘straight set’ dengan skor 21-17 dan 21-19 dalam tempoh masa 39 minit permainan.",
"Korea Open Badminton Championships 2022MD – Round of 32 🇲🇾V Shem GOH🏅21 21 🇲🇾Juan Shen LOW🏅17 19 🇲🇾Nur Mohd Azriyn Ayub AZRIYN 🇲🇾Khim Wah LIM",
"🕗 in 39 minutes https://t.co/7Cc28u7A4k",
"— BWFScore (@BWFScore) April 6, 2022",
"Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan ini di pentas antarabangsa. ",
"Sementara itu, di Pusingan 16 kelak, V Shem-Juan Shen bakal menghadapi salah satu pasangan beregu tuan rumah iaitu samada Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae (ranking ke-225) atau Jang Sung-ho dan Dong Ju Ki.",
"Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.",
"Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:",
"1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.",
"2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.",
"3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.",
"Featured Image: Instagram Goh V Shem"
] |
https://sukanz.com/202110435/ |
Liridon Krasniqi Akan Dipinjamkan Ke Liga Thailand – TMJ
| [
"Selepas berkelana di saingan Liga Australia, pemain naturalisasi kebangsaan, Liridon Krasniqi akan menuju ke saingan Liga Thailand pula selepas daripada ini.",
"Perkara ini disahkan sendiri oleh pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ).",
"“Liridon (Krasniqi) kami akan pinjamkan dia ke Thailand.” katanya dalam sesi Nindia Bola bersama Hafizal Hamad dan Zulhemi Zainal Azam di platform Instagram sebentar tadi.",
"Setakat ini, ianya masih diperingkat rundingan bersama sebuah kelab namun baginda sendiri tidak dapat berkongsikan pasukan manakah yang akan mendapatkan khidmat Liridon secara pinjaman tersebut.",
"Untuk rekod, awal februari lalu, pemain kelahiran Kosovo ini dipinjamkan kepada Newcastle Jets yang beraksi dalam saingan A-League.",
"Dan pada pertengahan mei lalu, Newcastle Jets mengumumkan Liridon mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan tersebut."
] |
https://sukanz.com/202219589/ |
Dion Cools Sertai FK Jablonec Untuk Jangka Masa Pendek
| [
"Pertahanan kacukan skuad kebangsaan, Dion Cools dimaklumkan menyertai skuad berpangkalan di Republik Czech, FK Jablonec untuk jangka masa pendek sahaja.",
"Perkara tersebut dikongsikan oleh ejennya, SportPlus Football Management menerusi akaun media sosial selepas FK Jablonec mengumumkan secara rasmi penyertaan pemain berusia 26 tahun bersama pasukan berjulukan Galacticos tersebut.",
"“Sangat gembira dapat membantu FK Jablonec untuk mendapatkan khidmat Dion Cools bagi jangka masa pendek. Semoga berjaya Dion Cools.” tulis kenyataan oleh pihak ejen tersebut.",
"Very pleased to have assisted @FKJablonec on acquiring the services of Dion Cools on a short-term deal. Good luck @Djcools_21! 🔥💪 #SportPlus pic.twitter.com/fEjSjOMYGy",
"— SportPlus (@SportPlusFM) September 12, 2022",
"Setakat ini, tidak dapat dipastikan tempoh jangka masa pendek yang dimaksudkan oleh SportPlus Football Management itu. Adakah sehingga jendela perpindahan musim sejuk Januari kelak atau ketika musim panas tahun hadapan?",
"Sebelum itu, perkembangan mengenai kelab baharu yang disertai oleh Dion Cools ini didedahkan terlebih dahulu oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila mengumumkan senarai 25 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan, semalam.",
"Sementara itu, dalam temu bual eksklusif bersama FK Jablonec, Dion Cools menyatakan sebab utama kedatangannya ke kelab ini disebabkan pasukan lamanya, FC Midtjylland tidak dapat menjamin minit permainan yang kerap buatnya. Ini berikutan kelab itu membuat keputusan untuk menukar sistem permainan yang berbeza.",
"Keutamaannya adalah untuk bermain dan itu menjadi sebab utama Dion Cools bersetuju untuk menyertai FK Jablonec."
] |
https://sukanz.com/20219713/ |
Ulasan Sukanz: Alex, Fadzrul & Fayyadh Menjadi ‘Game Changer’ Kebangkitan Kedah
| [
"Pasukan pelawat, Kedah Darul Aman FC melakukan kejutan ke atas pasukan tuan rumah, Selangor FC apabila bangkit daripada ketinggalan 1-0 pada babak pertama kepada mencatatkan kemenangan 1-2 pada aksi ketujuh Liga Super 2021.",
"Ia sesuatu diluar jangkaan kerana Selangor bukan sahaja berjaya mendapatkan gol pendahuluan seawal minit ke-33 sambil disaksikan oleh penyokong sendiri di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malahan turut mendominasi hampir 60 minit permainan.",
"Bagaimanapun, beberapa pertukaran yang dilakukan oleh Kedah pada babak kedua telah berjaya memberikan Kedah tonik kebangkitan sekaligus membolehkannya meraih kemenangan menerusi jaringan Kpah Sherman (78′) dan Tchetche Kipre (84′).",
"Ikuti ulasan daripada Sukanz mengenai perlawanan di antara Selangor dan Kedah Darul Aman, semalam:",
"Pertama sekali, pujian harus diberikan kepada taktikal yang diterapkan oleh Karsten Neitzel setelah melakukan ‘home work’ terhadap corak permainan Kedah termasuk mengenal pasti kelemahannya. Ini dapat melihat Karsten menerapkan formasi khusus untuk menghadapi Kedah Darul Aman di atas padang iaitu 4-1-2-1-2 dengan bentuk ‘diamond’ di bahagian midfield atau tengah.",
"Selain itu, Karsten turut menyedari Kedah seringkali melakukan serangan di melalui bahagian kanannya menerusi Rabih Ataya dan Rizal Ghazali. Untuk mengekang serangan tersebut, Karsten meletakkan pertahanan import muda, Jordan Ayimbila di posisi bek kiri kerana mempunyai kemahiran individu dari segi bertahan yang baik disamping memiliki kelebihan fizikal.",
"Dalam perlawanan tersebut, Jordan berjaya melakukan ‘marking’ yang sangat baik ke atas Rabih sehinggakan pemain skuad kebangsaan Lubnan itu tidak mampu menembusi bahagian kiri Selangor terutamanya pada separuh masa pertama. Disebabkan hal ini, dapat dilihat Kedah buntu untuk merencana serangan kerana perancanganya telah ‘diikat kemas’ oleh Ayimbila.",
"Selain daripada melakukan kerja-kerja defensif dengan sangat baik, pujian harus diberikan kepada ‘overlapping’ yang dilakukan Ayimbila untuk membantu Selangor melakukan serangan. Cuma sedikit kekurangan Ayimbila adalah kualiti bola hantaran lintangnya (crossing) yang kadangkalanya terlalu awal atau bola hantarannya terlalu kuat. Suka diingatkan bahawa Ayimbila ini merupakan pertahanan tengah dan bukannya ‘pure’ pertahanan kiri.",
"Keduanya, sejak minit pertama, Karsten mengarahkan Selangor bermain secara ‘high pressing’ ke atas Kedah. Perkara ini dapat dilihat setiap kali pemain Kedah memegang bola, dengan segeranya pemain Selangor akan melakukan ‘pressing’ untuk mencuri, merampas dan memenangi bola.",
"Selain itu, ia dipakejkan sekali dengan ‘build up play’ yang sangat baik menerusi gandingan Aliff Haiqal, Oliver Buff, Brendan Gan dan Danial Asri. Pemain-pemain ini turut mempersembahkan hantaran pendek yang berkualiti, kawalan bola yang baik, sentuhan yang kemas dan kurang melakukan kesilapan-kesilapan mudah terutamanya pada separuh masa pertama.",
"Pertamanya, separuh masa kedua menyaksikan para pemain Selangor mulai penat dan kehilangan momentum. Seperti dinyatakan sebelum ini, Selangor bermain secara ‘high pressing’ sejak wisel ditiupkan pada babak pertama dan corak permainan ini menggunakan tenaga yang banyak.",
"Barangkali perlawanan yang berselang hanya 3 hari menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kepenatan dan keletihan pemain-pemain ini sekaligus menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan momentum, kecergasan menurun dan kurang berdisiplin sehingga tamat perlawanan.",
"Keduanya, kesilapan pertahanan tengah, Tim Heubach yang menjatuhkan Kpah Sherman di dalam kotak memaksa pengadil menghadiahkan sepakan penalti. Dapat dilihat pemain-pemain Selangor mula kelihatan ‘down’ apabila Kedah dapat menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti tersebut yang disempurnakan dengan baik oleh Kpah Sherman sendiri.",
"Ketiganya, Karsten dilihat tidak mempunyai jawapan balas terhadap pertukaran pemain yang dilakukan oleh Aidil Sharin Sahak yang memasukkan Azammuddin Akil, Fadzrul Danel dan Mohammad Fayyadh pada separuh masa kedua. Seperti dinyatakan pada awal artikel ini, Karsten telah melakukan ‘home work’ dan telah menyediakan pelan untuk bertemu Kedah.",
"Namun berdasarkan perlawanan semalam, Karsten seolah-olah melakukan ‘home work’ terhadap kesebelasan utama atau skuad utama Kedah sahaja dan tiada ‘backup plan’ sekiranya Aidil melakukan pertukaran taktikal dan sebagainya. Boleh dikatakan Karsten turut terkejut dengan pertukaran pemain dan taktikal yang dilakukan ini.",
"Pertamanya, seperti dinyatakan di atas, Rabih telah di ‘marking’ oleh Ayimbila dan juga Safuwan Baharudin menyebabkan Kedah hilang punca ‘kreativiti’ untuk merancang serangan.",
"Keduanya, Kedah turun dengan formasi 4-1-4-1 di atas kertas namun apabila di atas padang, Kedah lebih dilihat bermain dengan formasi 4-4-2. Gandingan dua pemain tengah yang diturunkan ialah Baddrol Bakhtiar dan Anumanthan. Kedua-dua pemain ini tidak begitu memberangsangkan kerana Anumanthan lebih bersifat defensif dan terlalu ke bawah. ",
"Sementara itu, hanya Baddrol sahaja berseorangan untuk mengawal bahagian tengah. Ini juga menyebabkan bahagian tengah Kedah nampak kosong dan sukar untuk melakukan ‘build up play’. ",
"Ini memaksa Kedah bermain secara dengan melakukan hantaran terus (direct play) ke hadapan mencari penyerang samada Kpah Sherman dan Tchetche Kipre seterusnya mengharapkan kelebihan individu kedua-dua pemain ini untuk mencari gol. Selain itu, Kedah juga bermain secara terlalu ‘wide’ dengan cuba menyerang daripada sebelah tepi.",
"Pada separuh masa kedua, seperti kita saksikan, Aidil melakukan beberapa pertukaran dengan memasukkan Fandi Othman (52’), Fadzrul Danel, Mohammad Fayyadh (62’), Azammuddin Akil (64’) dan Ariff Farhan (64’).",
"Paling mencuri tumpuan adalah kemasukan Azammuddin atau lebih dikenali sebagai Alex menggantikan Faizat Ghazali yang amat ‘senyap’ dalam perlawanan ini.",
"Kemasukan Alex sebagai seorang pemain yang berpengalaman ini juga memberi kejutan kepada Ayimbila yang sebelum ini cemerlang mengekang Rabih. Ayimbila mudah ‘dimakan’ oleh Alex dengan beberapa ‘thru pass’ sekaligus membolehkan Kedah menembusi barisan pertahanan Selangor menerusi bahagian tepi. ",
"‘Work rate’ yang ditojolkan oleh Alex juga seharusnya dipuji apabila dia turut turun membantu Ariff Farhan di posisi bek kanan ketika diserang oleh Selangor. Sebagai bonus, jaringan kemenangan Kedah turut berpunca daripada ‘assist’ yang dilakukan oleh Alex.",
"Sementara itu, kemasukan Fadzrul dan Fayyadh pula telah membuktikan bahawa Kedah mampu bermain dengan secara hantaran pendek, ‘build up play’ secara berpasukan dari bawah tanpa melakukan hantaran jauh mencari ‘targetman’ semata-mata.",
"Di sini, terlihat satu sisi yang mana Kpah dan Kipre sangat memerlukan sokongan (support) daripada pemain-pemain midfield dan tidak mengharapkan kemampuan individu mereka semata-mata. Sokongan ini tidak diberikan oleh Kpah dan Kipre sepanjang 60 minit pertama.",
"Disebabkan faktor inilah yang membuka ruang buat Kedah untuk melakukan ‘comeback’ ke atas Selangor menerusi jaringan sepakan penalti pada minit ke-78 oleh Kpah Sherman dan jaringan kemenangan oleh Tchetche Kipre pada minit ke-84.",
"Akhir sekali, Kedah harus berterima kasih kepada penjaga golnya, Shahril Sa’ari yang cemerlang menafikan beberapa percubaan Selangor sekaligus tidak membenarkan skuad Red Giants menggandakan jaringan. Selayaknya diangkat sebagai Man of The Match.",
"Nota: Ulasan ini dikongsikan oleh peminat tegar bola sepak tempatan, Wafiy Amran. Anda boleh mendengar ulasannya untuk perlawanan yang lain di saluran Youtube-nya DI SINI.",
"Featured Image: Malaysian Football League"
] |
https://sukanz.com/202323811/ |
Bekas Pemain JDT, Stuart Wark Umum Pencarian Kelab Baharu Menerusi LinkedIn
| [
"Pemain berdarah warisan, Stuart James Wilson Wark yang pernah bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) II nampaknya mengintai cabaran baharu apabila memuat naik satu hantaran di LinkedIn untuk mencari kelab baharu setelah bergelar ejen bebas. ",
"Hal ini bukanlah asing Stuart yang baru sahaja berpisah dengan Kasetsart di Thai League 2. Sebelum menyertai kelab itu, Stuart juga berbuat sedemikian dan berjaya menarik minat kelab Thailand tersebut bagi mengharungi baki saingan musim ini.",
"Pemain tengah kelahiran Scotland itu berkelana ke negara Gajah Putih itu pada awal tahun ini setelah lebih enam tahun berada di bumi Malaysia, tempat kelahiran ibunya yang melayakkan Stuart untuk didaftarkan sebagai pemain warisan. ",
"Pada awal usianya pun, Stuart telah keluar dari zon selesanya di Scotland untuk ke Amerika Syarikat bersama St. Louis Lions (2009/10) dan Australia bersama Altony City FC (2012) serta Albany Creek Excelsior (2015) sebelum ke tanah air baharunya. ",
"Ketika di Malaysia, Stuart memulakan kerjayanya bersama JDT II dan Sabah pada tahun 2016 tetapi hanya di Felda United, pemain berusia 33 tahun itu mula menyinar di posisi baharunya – pemain tengah bertahan dan pertahanan tengah. ",
"Dalam satu temubual bersama portal sukan di Scotland, Stuart mendedahkan corak permainan di Malaysia yang pantas menyebabkan posisinya berubah selain kekurangan pemain di posisi bertahan dan kelebihan fizikal yang dimilikinya.",
"Beraksi sebanyak 53 perlawanan bersama The Fighters termasuk enam perlawanan di Piala AFC, Stuart menjadi pemain penting dalam memacu Felda United kembali di Liga Super setelah merangkul kejuaraan Liga Premier 2018. ",
"Ibarat pakar dalam mendapatkan promosi buat kelab, Stuart sempat membantu PDRM FA (2019) dan Sarawak United (2021) untuk kembali beraksi di pentas Liga Super sebelum berhijrah ke Thailand. Selain itu, Stuart turut pernah bermain di Penang FC pada musim (2019).",
"Akhirnya, Stuart keluar dari Malaysia setelah kemelut kewangan yang melanda Sarawak United pada 2022 dan beraksi bersama kelab Thailand, Kasetsart FC dengan mencatatkan 13 perlawanan sepangjang musim ini.",
"Kini, pemain tersebut bergelar ejen bebas dan mencari kelab baharu untuk disertainya. Di dalam muat naik tersebut, Stuart turut mengepilkan profil kariernya berserta statistik ringkas bagi rujukan mana-mana kelab samada di Liga Malaysia atau negara serantau yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya. ",
"Featured image: JOHOR Southern Tigers"
] |
https://sukanz.com/202114336/ |
Selepas 6 Musim Bersama Sabah, Azzizan Nordin Sertai Penang
| [
"Selepas enam musim beraksi bersama pasukan negeri kelahirannya, pemain tengah, Azzizan Nordin, membuat keputusan untuk berhijrah menyertai sebuah pasukan berpangkalan di semenanjung Malaysia.",
"Ternyata pemain kelahiran Bongawan ini tidak tersenarai dalam perancangan ketua jurulatih Sabah yang baharu, Datuk Ong Kim Swee pada musim hadapan dan ianya membuatkan pemain berusia 27 tahun ini berhijrah ke pasukan Penang.",
"Perkembangan tersebut disahkan menerusi pengumuman di platform media sosial Penang, pada hari ini. Bagaimanapun, tiada sebarang makluman mengenai tempoh kontrak Azzizan bersama Penang didedahkan kepada umum.",
"Azzizan yang seringkali beraksi di posisi ‘defensive midfielder’ amat diingati khususnya oleh para penyokong Sang Badak sebagai salah satu tonggak yang membantu Sabah meraih kejuaraan Liga Premier 2019 sekaligus menempah tiket promosi ke saingan Liga Super 2020.",
"Tidak dilupakan, prestasi Azzizan turut memuncak pada tahun 2018 di mana dia turut menyumbang kepada kempen cemerlang Sabah dalam saingan Piala Malaysia sehingga berjaya mara ke peringkat separuh akhir.",
"Ketika itu jugalah, Azzizan menarik perhatian ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe sehinggakan berjaya melakukan debut bersama skuad Harimau Malaya dalam satu perlawanan antarabangsa menentang Kemboja."
] |
https://sukanz.com/202113000/ |
BAM Buat Keputusan Pisahkan Regu Ke-68 Dunia Teoh Mei Xing-Yap Ling
| [
"Piala Uber 2020 menjadi pentas terakhir disertai oleh pasangan beregu wanita negara yang menduduki tangga ke-68 dunia, Teoh Mei Xing dan Yap Ling.",
"Hal ini kerana ketua jurulatih beregu wanita negara, Chan Chong Ming membuat keputusan untuk memisahkan kedua-dua pemain ini dan membentuk gandingan baharu bersama pemain lain.",
"“Piala Uber ialah kejohanan terakhir kami (bermain bersama), selepas itu (Terbuka) Czech dan Belgian (International) saya akan bergandingan bersama Anna Cheong, dia (Yap Ling) akan bergandingan bersama Go Pei Kee.” kongsi Mei Xing kepada Astro Arena.",
"Bagaimanapun, gandingan baharu yang dibentuk oleh barisan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ini bukanlah muktamad. Prestasi pasangan beregu Mei Xing-Anna Cheong dan Yap Ling-Pei Kee ini akan dinilai dalam baki kejohanan yang mereka sertai pada tahun ini.",
"“Tetapi beregu ini tak confirm lagi, coach cakap mahu cuba dahulu, tengok result macam mana dan (akan) bincang lagi.” tambah Yap Ling.",
"Seperti dinyatakan di atas, pasangan beregu baharu negara ini akan diuji dalam kejohanan Terbuka Czech (21-24 Oktober) dan Belgian International (27-30 Oktober) yang merupakan kejohanan bertaraf Gred 3 oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).",
"Sebagai rekod, Mei Xing dan Yap Ling mula bergandingan sekitar Jun 2019 dan ranking ke-68 dunia itu merupakan yang tertinggi diraih oleh mereka."
] |
https://sukanz.com/202220341/ |
Piala Dunia FINA: Tiada Atlet Malaysia Bawa Pulang Pingat
| [
"Saingan Piala Dunia Terjun FINA 2022 yang berlangsung di Berlin, Jerman bermula 20 hingga 23 Oktober lalu menyaksikan tiada sebarang pungutan pingat daripada wakil negara.",
"Seramai 3 atlet negara mengambil bahagian iaitu ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, Chew Yiwei dan atlet muda, Bertrand Rhodict. Acara yang disertai mereka adalah 10 meter (m) platform, 3m papan anjal serta 3m dan 10m berpasukan campuran.",
"Pandelela menamatkan saingan kali ini dengan menduduki tempat keenam dalam acara 10m platform wanita setelah mengutip 263.45 mata.",
"Sementara itu, Yiwei turut menduduki tangga keenam dalam acara 3m papan anjal lelaki – kutip 375.75 mata. Manakala Bertrand yang beraksi dalam acara 10m platform lelaki pula menamatkan saingan di tangga kesembilan – pungut 275.85 mata.",
"Bagi acara berpasukan yang disertai oleh ketiga-tiga penerjun ini, skuad Malaysia menamatkan acara 3m dan 10m berpasukan campuran di tempat terakhir iaitu tempat kelima – dibelakang Amerika Syarikat, Jerman, Australia dan Colombia."
] |
https://sukanz.com/20208263/ |
Kapten Lee Tuck Masih Mahu Kekal Bersama Terengganu FC
| [
"Kapten pasukan Terengganu Football Club (Terengganu FC) masih menaruh minat untuk kekal bersama pasukan berpangkalan di pantai timur tersebut bagi mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2021.",
"Bagaimanapun, kontrak pemain kelahiran Halifax, England berusia 32 tahun itu bakal tamat pada penghujung november ini. ",
"Sehingga kini tiada sebarang perbincangan di antara dirinya dan pihak pengurusan pasukan mengenai lanjutan kontrak dilakukan menurut satu laporan akbar tempatan, Harian Metro.",
"🏴🏳️SENARAI PENJARING PASUKAN TERENGGANU FC 🏳️🏴9 JARINGAN – Dominique Da Sylva6 JARINGAN – Lee Tuck5 JARINGAN – Sanjar Shaakhmedov3 JARINGAN – Faris Ramli1 JARINGAN – Rahmat Makasuf#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/bcnEdXsNmH",
"Turut dimaklumkan bahawa penjaring kedua terbanyak Terengganu FC dalam saingan Liga Super musim ini mendapat tawaran daripada beberapa pasukan lain yang menginginkan khidmatnya.",
"“Saya harapkan keputusan yang positif buat saya pada tahun akan datang, jadi kita tunggu dan lihat lagipun setakat ini saya masih menanti jawapan berhubung tawaran tersebut,” kata Lee Tuck.",
"Untuk rekod, ini merupakan musim ketiga Lee Tuck menyarung jersi pasukan ‘We Bleed Black and White’ sejak berhijrah daripada pasukan Liga Premier, Negeri Sembilan pada penghujung tahun 2017.",
"Antara pencapaian terbaik Lee Tuck sepanjang beraksi bersama Terengganu FC adalah mara ke pentas akhir Piala Malaysia 2018 dan menduduki tempat ketiga saingan Liga Super 2020.",
"Featured Image: Malaysian Football League"
] |
https://sukanz.com/202220837/ |
Piala Dunia: Australia Jejak Peringkat Kalah Mati Selepas 16 Tahun
| [
"Wakil benua asia, Australia berjaya menempah tiket kemaraan ke peringkat kalah mati dalam saingan Piala Dunia buat pertama kali selepas 16 tahun.",
"Skuad berjulukan Socceroos ini melakar kemaraan tersebut selepas berhasil menumpaskan Denmark dalam perlawanan peringkat Kumpulan D, sebentar tadi.",
"Dalam perlawanan terbabit, Australia merekodkan kemenangan 1-0 ke atas Denmark hasil jaringan Mathew Leckie pada minit 60’.",
"Sejurus jaringan berkenaan, Australia bermati-matian menahan asakan bertali arus Denmark bagi mempertahankan pendahuluan tersebut.",
"WE'RE INTO THE #FIFAWORLDCUP ROUND OF 16!!! ",
"— Socceroos (@Socceroos) November 30, 2022",
"Akhirnya, usaha itu berbaloi sama sekali apabila kedudukan terbabit kekal sehingga pengadil perlawanan meniup wisel menamatkan permainan.",
"Keputusan itu membolehkan mereka memungut tiga mata yang cukup berharga serta memadai meletakkan skuad bimbingan Graham Arnold ini di selaku naib juara Kumpulan D.",
"Kedudukan itu menjadi miliknya selepas mengutip 6 mata hasil daripada melakar dua kemenangan termasuk kemenangan ke atas Tunisia pada perlawanan kedua, baru-baru ini.",
"Untuk makluman semua, kali terakhir Australia mara saingan kalah mati di pentas Piala Dunia adalah edisi yang berlangsung di Jerman pada tahun 2006 yang lalu.",
"Featured Image: FIFA World Cup"
] |
https://sukanz.com/20219489/ |
Nafuzi Zain Tidak Berminat Cabar Johor Darul Ta’zim
| [
"Masih terlalu awal untuk membicarakan samada skuad berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC mampu mencabar hegemoni Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super.",
"Pada masa yang sama, ketua jurulatihnya, Nafuzi Zain langsung tidak berminat untuk mengulas mengenai kemampuan pasukannya mencabar JDT walaupun telah meraih tiga kemenangan dalam tiga aksi awal liga, musim ini.",
"Jurulatih muda berusia 42 tahun ini melihat saingan ini masih panjang dan beliau mahu anak-anak buahnya menumpukan perhatian penuh kepada persiapan untuk mengharungi perlawanan demi perlawanan seperti yang dijadualkan.",
"“Tiga perlawanan (tanpa kalah) bagi saya terlalu awal, kita masih ada (baki) 19 perlawanan lagi,”",
"“Kita bukannya mahu bersaing dengan JDT, apa yang penting kita fokus kepada persiapan perlawanan demi perlawanan, tiga perlawanan sudah selesai, Alhamdulillah, (kita) fokus kepada perlawanan seterusnya,”",
"“Akhir sekali, kita akan melihat kedudukan (Terengganu FC) di bulan ogos untuk mengetahui (samada) pasukan kita bagus atau tidak, kalau berada di tangga teratas maknanya pasukan kita bagus.” katanya selepas daripada perlawanan menentang Perak di Ipoh, malam tadi.",
"24' GOL | Faisal Abdul HalimTerengganu FC kini mendahului 1-0 hasil jaringan Faisal Halim!@peraktbgmy 0-1 @FCTerengganu #LigaSuper2021 pic.twitter.com/wRm3usRrs5",
"Mengulas mengenai perlawanan tersebut, Terengganu berhasil menumpaskan pasukan tuan rumah dengan keputusan 2-0 hasil jaringan pemain sayap lincah, Faisal Halim dan pemain tengah yang tidak mengenal erti penat lelah, Dechi Marcel N’Guessan masing-masing pada separuh masa pertama dan kedua.",
"90+1' GOL | Dechi N'GuessanPemain tengah ini m.enambah gol kedua Terengganu FC pada masa tambahan@peraktbgmy 0-2 @FCTerengganu #LigaSuper2021 pic.twitter.com/MP339aXSyN",
"Kemenangan ini membolehkan Terengganu menghuni tangga kedua liga dan berkongsi 9 mata dengan pendahulu, skuad Harimau Selatan yang turut merekodkan 100% kemenangan pada tiga perlawanan liga.",
"Aksi seterusnya, skuad kendalian Nafuzi ini bakal menerima kunjungan Melaka United di halaman sendiri, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dengan sepak mula dijadualkan pada hari rabu.",
"Featured Image: Terengganu Football Club"
] |
https://sukanz.com/202322694/ |
Jurulatih Yang Menundukkan Juara Dunia Kini Bimbing Skuad Wanita Perancis
| [
"Hevre Renard, jurulatih yang menggegarkan dunia dengan menewaskan Argentina di Piala Dunia lalu dilantik sebagai pengendali skuad wanita Perancis sehingga Ogos 2024.",
"Pengesahan perlantikan Renard itu hadir menerusi pengumuman yang disiarkan melalui laman sesawang rasmi Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) tengah malam tadi.",
"FFF menawarkan kontrak kepada Renard untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi Piala Dunia Wanita yang bermula Julai ini di Australia dan New Zealand serta Sukan Olimpik Paris 2024. ",
"🖊️ 𝙃𝙚𝙧𝙫𝙚́ 𝙍𝙚𝙣𝙖𝙧𝙙 est le nouveau sélectionneur de l'Equipe de France Féminine 🇫🇷Le technicien français s'est engagé jusqu'en août 2024.#FiersdetreBleues pic.twitter.com/O48SxTX29i",
"— Equipe de France Féminine (@equipedefranceF) March 30, 2023",
"Pengendali berusia 54 tahun itu menjadi sebutan ramai selepas Arab Saudi kendaliannya berjaya mengejutkan Argentina yang ketika itu berada pada kemuncak prestasi selepas mencatatkan rekod 36 perlawanan tanpa kalah.",
"Renard telah meletakkan jawatannya sebagai ketua jurulatih Arab Saudi awal minggu ini turut pernah mengemudi Zambia dan Ivory Coast menjuarai Piala Negara-Negara Afrika pada tahun 2012 dan 2015 masing-masing.",
"Menurut beberapa laporan media eropah, perlantikan Renard bersama Les Bleues dipercayai rentetan daripada kemelut dalaman yang berlaku antara pengendali terdahulu, Corrine Diacre dengan beberapa nama besar terutamanya ketua pasukan Perancis, Wendie Renard. "
] |
https://sukanz.com/20219457/ |
13 Pemain Muda Yang Wajar Diberikan Perhatian Dalam Saingan Liga Super 2021
| [
"Akhirnya saingan bola sepak tempatan kembali menemui para peminat setelah hampir empat bulan bercuti. Ianya dimulakan dengan perlawanan pembuka tirai, Piala Sumbangsih dan diikuti dengan sepak mula pusingan pertama Liga Super 2021 pada hujung minggu lalu.",
"Sepertimana saingan sebelum ini, sebanyak 12 pasukan menghiasi saingan ini dengan dua daripadanya merupakan pendatang baharu daripada saingan Liga Premier 2020 iaitu Penang FC (juara) dan Kuala Lumpur City FC (tempat ke-3).",
"Bagi mengharungi cabaran musim ini, sebahagian kelab masih mengekalkan pemain tonggak saingan musim lalu namun tidak kurang juga yang merekrut dan mendapatkan khidmat pemain-pemain baharu tidak kiralah kalangan import mahupun tempatan.",
"Menariknya, setelah berlangsungnya dua perlawanan Liga Super, beberapa kelab turut dilihat memberikan kepercayaan kepada pemain-pemain muda yang rata-ratanya berumur sekitar 24 tahun untuk menjadi pemain kesebelasan utama dan juga sebagai pemain gantian.",
"Berikut adalah 13 pemain muda yang bukan sahaja membuat sekurang-kurangnya satu penampilan setakat ini malahan memberikan impak yang baik menerusi persembahannya dan wajar diberikan perhatian khusus oleh para peminat bola sepak tempatan pada musim ini:",
"Tarikh Lahir: 4 Mei 2002",
"Produk Akademi Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman bukanlah nama yang asing dalam saingan Liga Super. Penyerang muda ini melakukan debutnya bersama skuad senior Harimau Selatan ketika menentang Felda United FC pada tahun lalu. Untuk saingan musim ini, Arif telah membuat penampilan sebanyak dua kali sebagai pemain gantian. Seringkali beraksi di posisi sayap kanan, walaupun masuh muda, Arif merupakan seorang pemain yang mempunyai gelecekan yang baik dan laju.",
"Tarikh Lahir: 29 Mei 2001",
"Penjaga gol berketinggian 1.92 meter ini mencuri tumpuan para peminat bola sepak tempatan sejak melakukan debutnya ketika perlawanan menentang Perak pada aksi pertama Liga Super 2020. Rahadi telah bermula sebagai pemain kesebelasan utama sebanyak dua kali dan posisi No.1 Terengganu FC dilihat menjadi milik mutlaknya, pada musim ini. Dan berdasarkan pemerhatian, persembahannya semakin menunjukkan peningkatan dan tampak lebih meyakinkan berbanding musim lalu. ",
"Tarikh Lahir: 9 Disember 2000",
"Merupakan anak jati kelahiran negeri Johor, Ramadhan Saifullah disebut-sebut sebagai jelmaan penyerang sayap negera dan JDT, Safawi Rasid yang masih dalam pembikinan. Juga merupakan produk Akademi JDT, Ramadhan tampil pertama kali bersama skuad senior JDT ketika menentang UiTM FC dalam saingan Piala Malaysia 2019. Merupakan seorang pemain sayap yang pantas, Ramadhan juga mempunyai naluri gol yang tinggi. Musim ini, dia telah tampil sebanyak 2 kali sebagai pemain gantian.",
"Tarikh Lahir: 11 Julai 2000",
"Pemain tengah berbakat, Aliff Haiqal Lau meraih ‘keuntungan’ apabila ketua jurulatih Selangor 2 merangkap Pengarah Teknikal, Michael Feichtenbeiner dilantik sebagai ketua jurulatih skuad senior Selangor, tahun lalu. Disebabkan itu, Aliff berpeluang melakukan debutnya bersama Red Giants ketika menentang UiTM FC dalam saingan Liga Super 2020. Musim ini, pemain lincah ini dikekalkan bersama skuad senior dan disebabkan oleh beberapa kecederaan pemain utama, Aliff diberikan peluang untuk bermula sebagai pemain kesebelasan utama ketika menentang Terengganu FC. Dia juga masuk sebagai pemain gantian ketika menentang Sri Pahang ketika aksi pertama Liga Super 2021.",
"Tarikh Lahir: 1 April 2020",
"Sepertimana Aliff Haiqal Lau, penyerang muda ini turut ‘meraih laba’ apabila Michael Feichtenbeiner dilantik sebagai pengendali sementara skuad senior Selangor, hujung tahun lepas. Musim ini, dia kekal bersama skuad senior dan telah melakukan dua penampilan sebagai pemain gantian. Ketika menentang Terengganu FC baru-baru ini, sepakan daripada Danial telah menjadi punca kepada jaringan tunggal Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.",
"Kelab: Kuala Lumpur City FC",
"Tarikh Lahir: 16 Julai 2000",
"Muhammad Izreen Izwandy merupakan pemain muda kelahiran Pulau Pinang dan kini beraksi bersama skuad ibu kota, Kuala Lumpur City FC. Musim lalu, pemain tengah ini membuat empat penampilan dalam saingan Liga Premier dan menjaringkan satu gol. Ketika menentang UiTM FC tempoh hari, Izreen diberikan peluang oleh Bojan Hodak untuk bermula dalam kesebelasan utama sebagai pemain sayap kiri. Kepercayaan itu dibalas dengan menampilkan persembahan cemerlang serta merekodkan ‘assist’ kepda Dominique da Sylva untuk jaringan tunggal dan kemenangan KL City FC.",
"Tarikh Lahir: 9 November 1999",
"Hakimi Abdullah merupakan antara pemain muda baharu yang dipancing oleh Terengganu FC untuk memperkukuhkan lagi skuad berpangkalan di pantai timur ini. Namun tiada siapa yang menyangka, pemain berkaki kidal dan mempunyai larian pantas ini ‘memperkenalkan’ dirinya di pentas Liga Super dengan menjaringkan dua gol daripada dua perlawanan ketika menentang UiTM FC (gol kemenangan) dan Selangor FC (gol membunuh semangat pasukan lawan).",
"Tarikh Lahir: 11 Mei 1999",
"Nik Akif Syahiran bukan satu nama yang perlu diperkenalkan lagi kepada peminat bola sepak tanah air. Memulakan karier bola sepaknya bersama Kelantan dan pernah mewakili skuad kebangsaan peringkat umur bawah 19 tahun (B-19) dan bawah 22 tahun (B-22). Tahun ini, Nik Akif berubah angin dengan menyertai Terengganu FC untuk merebut peluang beraksi dalam saingan Liga Super dan Piala AFC. Penampilan pertamanya ketika menentang UiTM FC diberikan pujian oleh peminat apabila di menjadi arkitek kepada kedua-dua gol yang membolehkan pasukannya melakukan ‘comeback’ menumpaskan pasukan lawan dengan keputusan akhir, 2-1.",
"Tarikh Lahir: 20 November 1999",
"Untuk memburu minit permainan dalam kesebelasan utama, pemain kacukan Malaysia-Australia ini ‘mendesak’ Selangor untuk membenarkan dirinya dipinjamkan oleh pasukan yang baru dinaikkan pangkat ke saingan Liga Super, Penang FC. Penghijrahan ini boleh dikatakan berbaloi apabila dia diletakkan sebagai pemain kesebelasan utama sebanyak dua kali oleh Tomas Trucha setakat ini. Beraksi sebagai pertahanan kanan, Quentin juga mampu bermain di posisi wing back sebagaimana ketika beraksi bersama Malaysia B-22.",
"Tarikh Lahir: 5 Ogos 1999",
"Bek kiri muda yang paling mencuri tumpuan dalam saingan Liga Super 2021. Malah diakui oleh peminat Penang FC sendiri, nama Azmeer tidak terjangka langsung untuk membarisi kesebelasan utama sebanyak dua kali pada musim ini. Dia seorang yang rajin, naik ke atas melakukan ‘overlapping’ dan apabila diserang, dia cepat turun ke bawah untuk kembali bertahan.",
"Tarikh Lahir: 25 Mei 1998",
"Siapa sangka pertahanan tengah yang masih muda dan baru sahaja menyertai Terengganu FC pada jendela perpindahan lalu berjaya mengenepikan nama-nama senior yang lain digandingkan dengan pertahanan import. Sentiasa ‘alert’ dengan situasi semasa dan diberikan peranan selaku ‘last man’. Aksinya ketika menentang Selangor mendapat pujian ramai walaupun tertampan bola ke gawang sendiri.",
"Tarikh Lahir: 25 Oktober 1999",
"Anak jati kelahiran Bagan Datuk, Perak ini merupakan seorang lagi pemain muda yang harus diberikan perhatian. Adib telah melakukan debutnya bersama skuad senior pada musim lepas, dan dijangka pemain tengah ini bakal mendapat lebih banyak peluang musim ini. Ketika menentang Sri Pahang baru-baru ini, Adib dimasukkan oleh Chong Yee Fatt untuk menggantikan J. Partiban.",
"Kelab: Kedah Darul Aman FC",
"Tarikh Lahir: 25 Mei 1997",
"Pada jendela perpindahan lalu, Kedah Darul Aman mengambil keputusan untuk melepaskan bek kiri, Alif Yusof. Sekitar pertengahan tahun lalu, Azmeer Yusof telah menamatkan kontrak bersama skuad Hijau Kuning. Justeru, sebelum bermulanya musim ini, Aidil Sharin Sahak membuat keputusan untuk menandatangani khidmat bekas pemain Piala Presiden Kedah, Fairuz Zakaria. Ketika perlawanan Piala Sumbangsih, Fairuz diberikan debut dalam saingan Liga Super. Dalam perlawanan tersebut, walaupun terpaksa mengekang Safawi Rasid dan Arif Aiman, Fairuz kelihatan yakin dan mampu menyerap asakan. Setakat ini, dia telah bermula sebanyak dua kali.",
"Begitulah senarai 13 pemain muda yang wajar diberikan perhatian menurut pemerhatian kami. Sekiranya anda mempunyai pandangan mengenai pemain-pemain muda lain yang tidak tersenarai, anda boleh nyatakan nama pemain tersebut dia ruangan komen di akaun media sosial Sukanz."
] |
https://sukanz.com/202324646/ |
5,000m Dalam Masa 14 Minit 5.20 Saat – Pelari Wanita Kenya Cipta Rekod Dunia Baharu
| [
"Faith Kipyegon yang mengambil bahagian acara 5,000 meter (m) wanita dalam saingan Liga Berlian Paris baru-baru ini bukan sahaja muncul juara bahkan turut mencipta satu rekod dunia.",
"Dalam perlumbaan tersebut, pelari dari Kenya berusia 29 tahun terbabit menjadi pemegang rekod dunia baharu apabila melintasi garisan penamat dengan catatan masa 14 minit (m) dan 1.20 saat (s).",
"Catatan masa itu sekaligus menghanguskan rekod yang dicipta pelari Ethiopia, Letesenbet Gidey ketika berusia 22 tahun dengan catatan masa 14m dan 6.62s di Sepanyol pada tahun 2020.",
"Exactly one week after breaking the 1500m world record, 🇰🇪's Faith Kipyegon runs the fastest 5000m in history with 14:05.20 😳",
"60 second final lap 🫡",
"📸 @DanVernonPhoto and Marta Gorczyńska for Diamond League AG",
"*Subject to the usual ratification procedures pic.twitter.com/f3Qh2bS5FL",
"— World Athletics (@WorldAthletics) June 9, 2023",
"Gidey yang turut sama menyertai acara berkenaan menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan masa 14m dan 7.94s dan tempat ketiga menjadi milik seorang lagi pelari Ethiopia, Taye Ejgayehu dengan masa larian 14m 13.31s.",
"Menariknya, Faith yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik sebanyak dua kali dalam acara 1,500m muncul juara dan menempa rekod dunia terbabit selepas mengambil bahagian dalam acara 5,000m buat kali pertama selepas lapan tahun.",
"Untuk makluman, sebelum mencipta rekod dunia ini, Faith yang juga merupakan seorang ibu telah menempa sebuah rekod dunia baharu dalam acara 1,500m dengan catatan masa 3m dan 49.11s di Liga Berlian Itali pada 2 Jun lalu.",
"Featured Image: Instagram Faith Kipyegon"
] |