url
stringlengths
25
29
headline
stringlengths
14
130
content
sequence
https://sukanz.com/202324157/
Malaysia Masters: Wei Chong-Kai Wun Cipta 2 Sejarah – Baham ‘The Daddies’ & Mara Semi-Final Super 500
[ "Gandingan beregu muda lelaki negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun berhasil mencipta dua sejarah baharu dalam karier badminton mereka, pada hari ini. ", "Pertamanya, pasangan yang menghuni ranking ke-26 dunia ini melakar kemaraan sulung ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500.", "Kemaraan itu tercipta selepas mereka berhasil mencetak kemenangan ketika turun beraksi pada peringkat suku akhir saingan Malaysia Masters 2023 di Axiata Arena, sebentar tadi.", "Keduanya, Wei Chong-Kai Wun mencipta satu kejutan menumpaskan lawannya, gandingan ‘otai’ yang terkenal dengan gelaran ‘The Daddies’ iaitu Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan dalam pertarungan tersebut.", "Lebih manis, kemenangan ke atas Ahsan-Hendra itu berakhir dengan skor “straight set” iaitu 23-21 dan 21-17 dalam tempoh masa sekitar 40 minit permainan.", "Sebagai rekod, ini merupakan pertembungan kedua melibatkan Wei Chong-Kai Wun menentang Ahsan-Hendra di peringkat antarabangsa.", "Pertembungan pertama melibatkan kedua-dua gandingan ini berlangsung di kejohanan Terbuka Singapura tahun lalu dimana ia berpihak kepada Ahsan-Hendra dengan skor 21-14 dan 21-15 dalam tempoh 25 minit permainan.", "Sementara itu, di peringkat separuh akhir kelak, Wei Chong-Kai Wun akan bertemu samada beregu senegara merangkap juara Kejohanan Dunia BWF 2022, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik atau beregu Indonesia, Leo Carnando dan Daniel Marthin untuk merebut tiket ke pentas akhir.", "PERODUA Malaysia Masters 2023 presented by DAIHATSUMD – QF 🇲🇾MAN Wei Chong🏅23 21 🇲🇾Kai Wun TEE🏅 🇮🇩Mohammad AHSAN21 17 🇮🇩Hendra SETIAWAN", "— BWFScore (@BWFScore) May 26, 2023" ]
https://sukanz.com/202217818/
TMJ Berundur & Serah Urusan Harian JDT Kepada Pengurusan Tertinggi Kelab
[ "Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim membuat kejutan dengan mengumumkan keputusan untuk berundur daripada kelabnya.", "Pengumuman tersebut dikongsikan oleh pelbagai platform media sosial milik pasukan berjulukan skuad Harimau Selatan itu pada hari ini.", "Difahamkan keputusan tersebut dilakukan oleh baginda merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu dilakukan atas faktor tanggungjawab dan komitmennya yang lain.", "Due to my other responsibilities and commitments, I have decided to take a step back and handover the control of JDT FC to the top management of the club. ", "I wish the club and everyone all the best.", "HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor pic.twitter.com/SHMNsFg9DP", "— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 9, 2022", "Pada masa yang sama, baginda turut memaklumkan menyerahkan urusan harian pasukan tersebut kepada pengurusan tertinggi kelab serta mendoakan yang terbaik untuk kelab dan semua.", "Sebagai rekod, TMJ mula mengambil alih bola sepak di negeri Johor dengan mencantumkan Johor FA dan Johor FC dan mentransformasikannya menjadi JDT pada musim 2012.", "Sejak mengambil alih kelab ini, TMJ telah memimpin skuad Harimau Selatan ini bukan sahaja memenangi pelbagai gelaran di dalam dan luar negara seperti menjuarai saingan Liga Super sebanyak lapan kali dan Piala AFC.", "Bahkan baginda turut membawakan pembaharuan dengan terbinanya pusat latihan serba lengkap di Padang Seri Gelam serta sebuah stadium bola sepak moden dan canggih, Stadium Sultan Ibrahim.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers" ]
https://sukanz.com/202216632/
Terbuka Korea: Joo Ven Belum Dapat Atasi Perseorangan No.2 Indonesia
[ "Perseorangan lelaki bebas (independent) negara, Soong Joo Ven belum mampu mengatasi pemain badminton No.2 Indonesia, Jonatan Christie.", "Terbaru, Joo Ven yang berusia 26 tahun tumpas buat kali kedua di tangan Jonatan pada Pusingan 32 dalam saingan Terbuka Korea yang berlangsung sebentar tadi.", "Korea Open Badminton Championships 2022MS – Round of 3221 21 🇮🇩Jonatan CHRISTIE🏅13 18 🇲🇾Joo Ven SOONG", "🕗 in 39 minutes https://t.co/G3WzrueZEZ", "— BWFScore (@BWFScore) April 6, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, Joo Ven tumpas secara ‘straight set’ kepada Jonatan dengan skor 13-21 dan 18-21 dalam tempoh masa permainan yang menghampiri 40 minit.", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali kedua Joo Ven turun menentang Jonatan di pentas antarabangsa. Kedua-duanya bertemu buat pertama kali di saingan Terbuka Thailand 2017 dimana Jonatan turut mencetak kemenangan ‘straight set’ 21-9 dan 21-18.", "Sementara itu, Jonatan yang merupakan pilihan ketiga kejohanan mara ke Pusingan 16 akan menghadapi cabaran daripada pemain Jepun, Kodai Naraoka.", "Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.", "Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:", "1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.", "2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.", "3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia" ]
https://sukanz.com/202111708/
Kewangan JDT Tidak Kukuh Untuk ‘Ikat’ Radamel Falcao – Martin Prest
[ "Gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berada dalam keadaan kewangan yang kukuh untuk menandatangani ‘marquee player’ seperti Radamel Falcao.", "Keadaan kewangan terbabit disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak tahun 2020 yang lalu, demikian penjelasan daripada Pengarah Sukan JDT, Martin Prest.", "🦁 Malezya'nın en popüler kulübü Johor, Galatasaray'dan Radamel Falcao'yu istedi.Kulübün Başkanı Prens Tunku İsmail İdris'in bizzat transferi üstlendiği ve Malezya futbol liginin en büyük transferini yapmak istediği iddia edildi. pic.twitter.com/RlgqJGoVfY", "Baru-baru ini, sebuah portal sukan yang berpangkalan di Turki mendedahkan skuad Harimau Selatan membuat tawaran untuk mendapatkan khidmat bekas penyerang Manchester United dan Chelsea tersebut bagi beraksi di Liga Malaysia.", "Menerusi satu makluman oleh Martin menerusi laman sosial kelab pada hari ini, beliau turut menegaskan bahawa berita tersebut hanyalah bersifat khabar angin semata-mata.", "Johor Darul Ta'zim FC (JDT) would like to clarify that contrary to media reports, the club have not made an offer to Radamel Falcao. Such news are purely rumours.[1/3] pic.twitter.com/KGTBGxLgqN", "Akan tetapi, Martin berkeyakinan kedudukan kewangan kelab akan berada pada tahap yang lebih baik dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.", "Pada ketika itu, pemain-pemain sebegitu mampu diikat oleh pasukan juara Liga Super tujuh kali berturut-turut tersebut.", "“Kami perlu lebih berhemah dalam perbelanjaan ketika ini dan memberikan keutamaan kepada infrastruktur yang boleh membawa kebaikan kepada pembangunan.” jelasnya lagi.", "Untuk rekod, JDT pernah mengikat pemain berstatus ‘marquee player’ pada awal kemunculan kelab sekitar tahun 2012 hingga 2014.", "Antaranya bekas penyerang Sepanyol, Dani Guiza dan bekas pemain tengah menyerang Argentina, Pablo Aimar." ]
https://sukanz.com/20207683/
Safawi Alami Kecederaan Selepas Menentang Sporting CP B-23
[ "Penyerang sayap kebangsaan, Safawi Rasid dilaporkan mengalami kecederaan selepas daripada perlawanan menentang Sporting CP Bawah 23 Tahun (B-23) dalam aksi Liga Revelacao, sabtu lalu.", "Bagaimanapun, kecederaan yang dialami oleh Safawi tidak begitu serius dan akan pulih dalam tempoh yang singkat.", "Dalam perlawanan tersebut, Safawi diturunkan dalam kesebelasan utama dan bermain hampir 60 minit sebelum digantikan oleh pemain muda Brazil, Felipe Dini.", "Pemain kelahiran Dungun, Terengganu ini mengakui ianya merupakan satu pengalaman baharu dan berbeza bermain di pentas eropah walaupun hanya membuat penampilan dalam siangan liga simpanan mereka.", "“Mereka bermain cukup laju dengan fizikal yang agak besar namun itu adalah pengalaman bagus untuk saya memahami corak permainan pemain Eropah.", "“Walaupun mengalami sedikit kecederaan, situasi terbabit tidaklah membimbangkan kerana akan pulih dalam tempoh terdekat ini,” katanya seperti dilaporkan oleh Harian Metro.", "Sementara itu, Safawi berkata saingan untuk merebut kesebelasan utama sangat sukar bersama Portimonense SC tidak kiralah dalam skuad senior atau skuad simpanan.", "Apa yang boleh digambarkan, sebaik sahaja sesi latihan bermula rakan sepasukan akan berubah 360° menjadi ‘musuh’ demi memikat dan meraih perhatian barisan kejurulatihan.", "“Sebelum latihan, kami boleh bergurau dan gelak bersama namun sebaik melangkah ke padang boleh diibaratkan tidak mengenali antara satu sama lain.", "“Apa yang boleh saya katakan, tiada istilah budak emas atau istimewa kerana semuanya sama saja dengan matlamat untuk dipilih mengisi kesebelasan utama.", "“Jika kita lemah atau gagal menunjukkan prestasi diinginkan, jangan mimpi untuk bermain bersama skuad utama,” katanya lagi.", "Untuk rekod, Safawi diikat oleh pasukan Portimonense SC secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) selama setahun. Ia turut disertakan dengan klausa mendapatkan khidmat Safawi secara tetap pada penghujung musim." ]
https://sukanz.com/202215515/
AFF B-23: Buntu Di Hadapan Gol, Malaysia Tumpas Lagi Kepada Laos
[ "Sekali lagi skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23) merekodkan kekalahan di tangan Laos dalam saingan Kejuaraan AFF B-23.", "Kali ini, skuad bimbingan Brad Maloney tumpas denga keputusan 0-2 kepada Laos hasil jaringan Bounpachan Bounkong dan Souksakhone Bouaphaivanh.", "Jaringan oleh kedua-dua pemain tersebut hadir pada separuh masa pertama dan kedua masing-masing.", "Perlawanan yang sepatutnya menjadi titik kebangkitan skuad Malaysia untuk merekodkan kemenangan dan mengintai peluang untuk ke saingan separuh akhir nampaknya tidak menjadi kenyataan.", "Paling mengecewakan, bahagian serangan Malaysia pula dilihat buntu sepanjang permainan sekaligus menyaksikan mereka gagal merekodkan sebarang jaringan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Morodok Techo ini.", "Kekelahan ini menjadikan Malaysia gagal mengutip sebarang mata dalam saingan Kejuaraan AFF B-23 kali ini sekaligus terpaksa melupakan saingan peringkat separuh akhir.", "Jumaat lalu, skuad Harimau Muda ini tumpas di tangan Laos dengan keputusan 1-2 pada perlawanan peringkat Kumpulan B.", "Featured Image: Lao Football Federation" ]
https://sukanz.com/202217732/
Piala Asia B-23: Malaysia Langkah Kiri, Kalah 1-4 Kepada Korea
[ "Skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23) memulakan saingan Kumpulan C dalam kempen Piala Asia B-23 dengan langkah kiri apabila tumpas kepada Republik Korea.", "Skuad negara bimbingan Brad Maloney tumpas dengan keputusan 1-4. Jaringan oleh Korea merangkap juara bertahan ini disumbangkan oleh Lee Sang-min (31’), Kim Tae-hwan (48’) dan jaringan berganda Cho Young-wook (89’, 90+2’).", "Manakala jaringan tunggal Malaysia pula dihasilkan oleh kapten pasukan, Mukhairi Ajmal pada minit ke-83.", "FT | 🇰🇷 Korea Republic 4-1 Malaysia 🇲🇾", "💪 An impressive performance has the holders off to a winning start in Group C!", "— #AFCU23 (@afcasiancup) June 2, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, skuad negara berjulukan Harimau Muda turut dilihat tidak dapat menyaingi corak permainan yang ditampilkan oleh Korea dimana mereka mendominasi sebahagian besar permainan.", "Selain itu, serangan demi serangan yang dilancarkan mereka memaksa Malaysia beraksi dengan corak permainan bertahan hampir sepanjang perlawanan. Mujurlah penjaga gol tinggi lampai, Rahadiazli Rahalim beraksi dengan baik dan mengekang Korea berkenduri gol dalam perlawanan ini.", "Dengan kekalahan ini, Malaysia gagal memungut sebarang mata daripada perlawanan pertama peringkat kumpulan ini. Buat masa ini, Malaysia berada di dasar Kumpulan C.", "Featured Image: Football Association of Malaysia" ]
https://sukanz.com/202219417/
Oppo Tawar Tiket Perlawanan UCL Dengan Sertai Kempen “Inspirational Games”
[ "Sekitar pertengahan Julai lalu, syarikat peranti pintar dari China iaitu Oppo diumumkan menjadi salah satu daripada penaja bagi kejohanan bola sepak elit eropah, Liga Juara-Juara UEFA (UCL) sehingga tahun 2024.", "Sejajar dengan kedudukannya selaku penaja serta Rakan Rasmi Global bagi kejohanan UCL, Oppo melancarkan satu kempen yang dinamakan “Inspirational Games” buat saingan peminat bola sepak di seluruh dunia.", "Kempen ini mengajak para peminat untuk memilih satu perlawanan UCL yang cukup menginspirasikan daripada pilihan yang diberikan oleh Oppo. Anda boleh menyertakan sebab mengapa pilihan itu dibuat.", "Sekiranya pilihan perlawanan yang diberikan Oppo itu tidak begitu menginspirasikan, anda boleh mencadangkan perlawanan lain di dalam ruangan komen.", "Selepas pilihan dibuat, anda berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah yang ditawarkan adalah berupa tiket perlawanan UCL, pelbagai cenderamata UCL (t-shirt, topi & botol air) serta beg galas.", "Tarikh tutup bagi cabutan bertuah ini adalah pada 11:59 malam CET (26 September) atau 5.59 pagi waktu Malaysia (27 September). " ]
https://sukanz.com/20206958/
Liverpool Tak Perlu Ikut Cara Chelsea ‘Borong’ Pemain – Jurgen Klopp
[ "“Kita (Liverpool) adalah sebuah pasukan yang berbeza.” jelas pengurus pasukan, Jurgen Klopp kepada para penyokong The Kop yang begitu risau apabila kelab mereka tidak begitu aktif pada jendela perpindahan kali ini.", "Antara pasukan paling aktif di bursa perpindahan pemain musim ini adalah Chelsea. Kelab berpangkalan di London itu telah membawa masuk enam pemain baharu iaitu Timo Werner, Hakim Ziyech, Thiago Silva, Malang Sarr, Ben Chilwell dan Kai Havertz.", "Chelsea's attack has UPGRADED this summer 💪 pic.twitter.com/xGSDHnfJpr", "Sebagai perbandingan, skuad Liverpool bimbingan Klopp hanya memuktamadkan perpindahan seorang pemain iaitu pertahanan kiri, Kostas Tsimikas daripada pasukan Olympiacos, setakat ini.", "Aksi kurang bermaya dan kekalahan Liverpool di tangan Arsenal dalam aksi Perisai Komuniti minggu lalu menambahkan lagi resah para penyokong. Bermula saat itu, sebahagian penyokong mahukan Klopp mendatangkan pemain-pemain baharu ke dalam kem Liverpool. ", "Ianya wajar dalam usaha untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.", "🗣 \"We're a different kind of club\"🔴 #LFC manager Jurgen Klopp defends the club's caution in the transfer market compared to title rivals \"owned by countries and oligarchs\".📲⚽ https://t.co/QfaBGi407M#bbcfootball pic.twitter.com/NYKYUkRMkN", "Bagaimanapun, Klopp dengan tenang memberikan penjelasan dalam satu temu bual bersama Radio BBC, “Kita mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UEFA) dua tahun lalu, kita memenanginya tahun lepas dan meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu dengan jadi diri kita sendiri, dengan mengikut cara kita.”", "Bagi pengendali berusia 53 tahun ini, membawa masuk ramai pemain ketika jendela perpindahan mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Kekurangannya adalah pemain-pemain yang di bawa masuk itu belum terbukti dapat menyesuaikan diri di dalam pasukan. ", "Setelah merekrut ramai pemain, pengurus Chelsea, Frank Lampard mempunyai tugasan yang besar untuk memupuk keserasian dalam tempoh yang singkat sebelum saingan liga bermula.", "The boss with some final words of encouragement for @tammyabraham and @masonmount_10… 👊#BAYCHE pic.twitter.com/6Ue2e21ozV", "“Kita tidak boleh ubah dalam satu malam dan berkata, kita mahu ikut seperti Chelsea, ikut macam mereka. Sekarang, mereka menandatangani ramai pemain (baru). Itu menjadi satu kelebihan buat mereka, sudah pasti, tetapi ini juga bermakna mereka perlu (dapatkan) keserasian secepat yang mungkin,”", "“Ini bukan sahaja mengenai membawa (pemain) berkualiti ke dalam pasukan. Kamu tidak boleh membawa sebelas pemain terbaik dunia dan hanya mengharapkan seminggu kemudian, mereka bermain (corak) bola sepak terbaik yang pernah mereka mainkan. Semuanya (perlu) diusahakan secara bersama ketika sesi latihan.” jelasnya.", "Preparation for '20/21 continues 👊🔴 pic.twitter.com/53i1iu1Ato", "Buat masa ini, Klopp masih menaruh harapan tinggi kepada pemain-pemain sedia ada di dalam skuad Liverpool untuk mengharungi saingan baharu bola sepak, musim 2020/21. Baginya, apa yang dilakukan Liverpool pada jendela perpindahan kali ini tidak banyak bezanya seperti jendela perpindahan musim lalu.", "“Itu menjadi kelebihan buat kami (Liverpool). Kami telah berkerja bersama dalam tempoh yang agak lama, tetapi saya tahu penyokong tidak mahu dengar! Tetapi, kamu telah perkara yang hampir sama musim lepas. Alasan kelab (berikan), kami sentiasa mahu memperbaiki skuad, tetapi ada cara-cara yang berbeza.” tambahnya lagi." ]
https://sukanz.com/202112099/
Pemilik TRW Kelantan FC Tarik Minat Pelabur Baharu Untuk Bangunkan Pasukan?
[ "Para peminat dan penyokong skuad Liga Premier, TRW Kelantan FC bakal menyaksikan kemasukan pelaburan baharu oleh sekumpulan individu ke dalam pasukan berpangkalan di pantai timur tersebut.", "Menurut laporan Utusan Malaysia, pemilik pasukan berkenaan, Norizam Tukiman memaklumkan telah mencapai kata sepakat dengan sekumpulan individu yang berminat untuk membangunkan skuad yang mendapat julukan The Red Warrior tersebut.", "Difahamkan minat sekumpulan individu tersebut untuk melabur ke dalam pasukan Kelantan hadir selepas menyaksikan perancangan yang telah dijalankan oleh Norizam selepas mengambil alihnya setahun yang lalu.", "Baca: Pemilik Zamburger Beli Pasukan Kelantan Dengan Harga RM6.8 Juta", "Bagaimanapun, identiti atau latar belakang mengenai sekumpulan pelabur tersebut kekal misteri dan disimpan kemas oleh Norizam atau dikenali sebagai Zamsaham setakat ini.", "“Apa yang boleh kongsikan setakat ini kepada penyokong setia TRW, saya sudah mencapai kata sepakat dengan sekumpulan pelabur yang berminat untuk bersama-sama membangunkan pasukan. ", "“Saya gembira bila ada pihak mula yakin dengan perancangan yang telah dibuat oleh TRW sebelum ini. Ia membuktikan pengorbanan yang dibuat bagi memulihkan pasukan Kelantan oleh saya sebelum ini bukanlah cakap kosong,” katanya seperti dipetik daripada Utusan Malaysia.", "Baca: TRW Kelantan FC Bakal Bina Pusat Latihan Setanding JDT", "Baca: TRW Rancang Bina Pusat Latihan Berbumbung Dengan Bajet Tidak Melebihi RM10 Juta", "Baru-baru ini, Norizam turut berkongsikan mengenai perancangannya terhadap TRW Kelantan dalam masa terderkat dan juga musim hadapan menerusi akaun laman sosialnya.", "Antara perancangan yang sedang diusahakannya adalah untuk mengadakan padang latihan yang lebih berkualiti untuk para pemainnya menjalani latihan.", "Selain itu, Norizam turut berkongsikan bahawa beliau sedia untuk mengeluarkan ‘pitih’ untuk mendapatkan pemain-pemain bintang bagi menguatkan lagi pasukannya untuk mengharungi saingan Liga Premier 2022.", "Sebagai tambahan, selain daripada menjadi pemilik TRW Kelantan FC, Norizam juga merupakan pemilik pasukan yang berpangkalan di Indonesia iaitu PSPS Riau.", "Featured Image: TRW Kelantan FC" ]
https://sukanz.com/202322511/
5 Sebab Bayern Munich Pilih Thomas Tuchel
[ "Bayern Munich telah memperkenalkan Thomas Tuchel bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Julian Nagelsmann setelah diumumkan berpisah dengan kelab itu menerusi pengumuman yang disiarkan melalui laman web rasmi mereka. ", "Perlantikan Thomas Tuchel bagi menggantikan Julian Nagelsmann ini berkemungkinan  didorong oleh beberapa faktor untuk memastikan Bayern Munich kekal dominan di Jerman. Berikut kami hidangkan sebab-sebab mengapa Tuchel menjadi pilihan Der FCB:", "Melihat kepada trend beberapa musim yang lalu, Bayern Munich gemar melantik pengurus kelahiran Jerman seperti Hansi Flick dan Julian Nagelsmann sejak kali terakhir melantik Niko Kovac daripada Croatia pada musim 2019/20.", "Malahan Tuchel yang turut lahir di Bavaria, Jerman sudah masak dengan saingan Bundesliga menerusi pengalamannya melatih beberapa kelab seperti FC Augsburg II, Mainz 05 dan Borussia Dortmund menjadikannya sebagai pengurus yang cukup berpengalaman untuk melatih Bayern Munich.", "Thomas Tuchel telah memenangi pelbagai piala bermula di Borussia Dortmund apabila beliau membantu kelab itu menjulang DFB Pokal pada musim 2016/17 sebelum membantu Paris Saint-Germain (PSG) memenangi quadruple (empat trofi semusim) pada musim 2019/20.", "Bersama Chelsea pula, Tuchel menjulang piala idaman para pengurus dan pasukan di Eropah – UEFA Champions League pada musim 2020/21 yang membawa kepada gelaran juara FIFA Club World Cup pada musim seterusnya. ", "Sebagai salah satu kelab yang dominan di Jerman, Bayern Munich memerlukan seorang pengendali yang boleh mengawal suasana di bilik persalinan memandangkan mereka mempunyai beberapa pemain ternama dunia seperti Dayot Upamecano, Alphonso Davies dan Benjamin Pavard.", "Tuchel dilihat mempunyai kewibawaan itu dengan pernah melatih PSG yang dipenuhi pemain bintang seperti Thiago Silva, Kylian Mbappe, Neymar dan Angel di Maria dan berjaya membawa mereka menjulang piala dengan konsisten di Ligue 1. ", "Menurut CEO Bayern Munich, Oliver Kahn, permainan kelab itu di bawah kendalian Julian Nagelsmann itu semakin kurang menarik selepas saingan liga bermula sejurus tamat Piala Dunia FIFA tempoh hari.  ", "Oleh itu, Bayern Munich memerlukan seorang pengurus yang mampu mengubah cara Bayern Munich bermain dan Thomas Tuchel telah membuktikan kemampuannya dalam menampilkan falsafah menyerang dalam bola sepak yang menarik sejak mengendalikan Mainz 05 lagi.", "Biarpun tidak melatih mana-mana kelab selepas dipecat Chelsea, kredibiliti Thomas Tuchel sebagai pengurus berwibawa tidak boleh dipertikaikan lagi selepas meraih pelbagai anugerah individu yang memungkinkan Bayern Munich tertarik dengan beliau.", "Pengendali berusia 50 tahun ini pernah memenangi anugerah UEFA Men’s Coach of the Year bagi musim 2020/21 dan juga dipilih sebagai German Manager of the Year serta The Best FIFA Football Coach bagi tahun 2021." ]
https://sukanz.com/202324204/
Shereen Terus Raih Emas 400 Meter Di Amerika Syarikat
[ "Atlet olahraga negara, Shereen Samson Vallabouy terus melakar kecemerlangan apabila mengekalkan kejuaraan acara 400 meter bagi kedua-dua musim sejuk dan bunga untuk dua tahun berturut-turut di negara Uncle Sam.", "Terbaru, pelari berusia 24 tahun itu berjaya meraih emas dalam acara 400 meter (m) di Kejohanan Trek & Padang Divisyen II Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA), Colorado sekaligus turut membantu universitinya memenangi tempat keempat secara keseluruhannya.", "Shereen mewakili Winona State University (WSU) menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan mencatatkan masa 52.74 saat (s) dan menghadiahkan pingat emas buat universiti Minnesota tersebut. ", "Kemenangan tersebut diikuti pelari Azusa Pacific University, Alayna Verner di tempat kedua dengan catatan masa 52.78s dan gangsa milik Corrssia Perry dari West Texas A&M University yang merekodkan catatan masa 53.39s. ", "Sebelum ini, nama Shereen Samson Vallabouy mula meniti di bibir peminat sukan tempatan selepas meraih emas buat kontinjen Malaysia bagi acara 400m di Sukan SEA 2023 sekaligus mengulangi pencapaian ibunya, Josephine Mary. ", "Shereen juga merupakan pemegang rekod kebangsaan bagi acara 400m dengan catatan masa 51.80s di Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63, California yang menamatkan rekod yang dipegang pelari legenda negara, Allahyarhamah Rabia Abdul Salam di Manila iaitu 52.56s." ]
https://sukanz.com/202324496/
Bank Islam Sumbang RM2 Setiap Fi Pengeluaran, Tahunan & Penggantian Kad Debit-i Kepada FAM
[ "Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menaja Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak tahun 2013 tampil memperbaharui kerjasamanya dengan badan induk tersebut pada hari ini bagi menyokong skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya.", "Kerjasama antara kedua-dua entiti ini terjalin sekitar sepuluh tahun lalu melalui pelancaran kad debit-i jenama bersama iaitu Team Harimau.", "Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed, kini, pemegang kad debit-i Team Harimau telah mencecah lebih 2.1 juta. Manakala, bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, sebanyak lebih 200,000 kad ini telah dikeluarkan kepada para pelanggannya.", "Menerusi kerjasama ini, Bank Islam telah serta terus menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan sukan bola sepak negara dengan menyumbangkan RM2 setiap fi pengeluaran, tahunan dan penggantian Kad Debit-i Bank Islam Visa Team Harimau kepada FAM.", "Tambah Muazzam lagi, Kad Debit-i Team Harimau tersebut turut mendapat pengiktirafan di peringkat dalam dan luar negara seperti The Highly Commended award for Best Debit Card Offering (Unidebit) for the Cards & Electronic Payments International (CEPI) Asia Summit Wards 2015 dan The Largest Debit Co-Brand Partnership in 2019.", "Susulan rekod yang memberangsangkan, Bank Islam dan FAM mengumumkan meneruskan kerjasama strategik ini demi manfaat pihak terlibat bagi tempoh dua tahun melibatkan dua dokumen berasingan ditandatangani oleh wakil kedua-dua pihak dalam majlis yang berlangsung di EQ Hotel, Kuala Lumpur pada hari ini. ", "Salah satunya melibatkan lanjutan kerjasama melibatkan pembaharuan kad debit tersebut manakala satu dokumen lagi berkenaan aktiviti promosi Bank Islam bersama FAM.", "Selain itu, Muazzam dalam ucapannya turut mendedahkan Bank Islam telah menjadi penaja kepada FAM dengan jumlah keseluruhan setakat ini berjumlah RM6 juta sejak tahun 2015.", "Featured Image: Football Association of Malaysia" ]
https://sukanz.com/202219950/
Terbuka Perancis: Lee Zii Jia Buat Perhitungan Semula Dengan Shesar Di Pusingan 32
[ "Jaguh badminton negara, Lee Zii Jia akan membuat perhitungan semula dengan pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito dalam kejohanan Terbuka Perancis pada hujung bulan ini.", "Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan dijadualkan bertemu pemain ranking ke-23 dunia ini pada Pusingan 32 dalam saingan bertaraf Jelajah Dunia Super 750 BWF terbabit selepas berlangsungnya majlis undian semalam.", "Berdasarkan rekod pertemuan, mereka pernah berentap sebanyak lapan kali di pentas antarabangsa dan kedua-duanya pernah meraih sebanyak 4 kemenangan masing-masing.", "Bagaimanapun, pertemuan terakhir antara kedua-dua pemain menyaksikan ianya dimenangi oleh Shesar ketika Pusingan 16 saingan Terbuka Malaysia pada 30 Jun lalu.", "Sudah pasti kekalahan tersebut mengekang Zii Jia ke peringkat suku akhir. Namun lebih memeritkan, ianya berlaku di Axiata Arena, Bukit Jalil dimana turut disaksikan oleh penyokong dan peminat badminton tanah air.", "Untuk makluman semua, saingan Terbuka Perancis ini akan dilangsungkan di Stade Pierre de Coubertin, Paris bermula dari 25 hingga 30 Oktober." ]
https://sukanz.com/202114219/
Atlet Angkat Berat Kategori 61Kg, Aznil Raih Pingat Emas Kelayakan Sukan Komanwel
[ "Selepas atlet angkat berat kategori 55 kilogram (kg), Mohamad Aniq Kasdan melayakkan diri ke temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022, seorang lagi atlet negara mengikuti jejak langkahnya.", "Jejak langkah itu diikuti oleh Muhamad Aznil Bidin yang merupakan atlet angkat berat kategori 61kg selepas muncul pemenangan pingat emas dalam kategori tersebut dalam kelayakan Sukan Komanwel 2022 yang dianjurkan bersama-sama Kejohanan Angkat Berat Dunia 2021.", "Baca: Angkatan 142kg Berikan Aniq Kasdan Pingat Perak di Kejohanan Angkat Berat Dunia 2021", "Atlet berusia 27 tahun ini memenangi pingat emas dalam kejohanan kelayakan ini selepas berhasil merekodkan angkatan terbaik seberat 120kg dan 153kg bagi kategori ‘snatch’ dan ‘clean & jerk’ masing-masing menjadikannya melakukan angkatan seberat 273kg secara keseluruhan.", "Rekod 273kg itu meletakkan namanya menerajui carta keputusan keseluruhan dalam kalangan atlet-atlet negara komanwel sekaligus melayakkannya ke temasya Sukan Komanwel pada tahun hadapan. ", "Sementara itu, Aznil meraih kedudukan di tempat kelima bagi kejohanan dunia anjuran Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) yang bertempat di Tashket, Uzbekistan.", "Menurut Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat memaklumkan seorang lagi atlet angkat berat negara iaitu Muhammad Erry Hidayat, 22 tahun, akan beraksi untuk menempah tiket ke temasya yang sama, pada malam ini." ]
https://sukanz.com/202215532/
Kembar Ryan Lambert Sertai Pasukan Juara Piala Malaysia 2021
[ "Adik-beradik kembar kepada Ryan Lambert iaitu Declan Lambert diumumkan menyertai pasukan juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City FC (KL City) secara rasmi.", "Penyertaan pemain berusia 23 tahun itu disahkan oleh KL City menerusi video berdurasi 56 saat yang dikongsikan di pelbagai platform media sosial milik kelab berkenaan, pada hari ini.", "The wait is now over. Welcome to The City, Declan Lambert 🔴⚪A versatile and agile player who can play as a right back and also as a centre midfield. #KLCityFC #PrideofKL #morethanaclub pic.twitter.com/6dEtmLUJmR", "Posisi utama Declan adalah bek kanan namun dia juga merupakan seorang pemain yang versatil dengan keupayaan untuk beraksi sebagai pemain tengah.", "Untuk makluman semua, Declan merupakan pemain berdarah kacukan Malaysia-Australia yang lahir di di ibu negara, Kuala Lumpur. Walaupun lahir di ini, Declan memulakan karier bola sepaknya di Australia bersama Richmond Soccer Club bermula tahun 2016.", "Tidak lama kemudian, Declan berhijrah ke Belanda dengan menyertai sebuah pasukan liga bawahan negara terbabit. Pada tahun 2018, Declan berhasil mengikat kontrak bersama pasukan yang beraksi dalam divisyen dua Belanda iaitu, FC Den Bosch.", "Dengan statusnya sebagai pemain kacukan yang lahir di sini serta datang daripada negara kuasa besar bola sepak di eropah dan dunia, Declan berkemungkinan besar akan menjadi pilihan utama ketua jurulatih, Bojan Hodak untuk mengisi posisi bek kanan KL City sepanjang musim ini.", "Dijangka kelibat Declan akan dapat dilihat oleh peminat skuad ibu kota pada perlawanan Piala Sumbangsih 2022 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), pada Sabtu ini." ]
https://sukanz.com/202110302/
Skuad Malaysia Yang Mengikat Bahrain 1-1 Pada Tahun 2013, Dimanakah Mereka Ketika Ini?
[ "Tanggal 15 oktober 2013 skuad kebangsaan Malaysia turun ke Stadium Shah Alam untuk melayan kunjungan Bahrain dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015. Ketika itu, Malaysia yang berada di kedudukan ke-161 dunia berhasil mengikat pasukan pelawat yang berada di kedudukan lebih baik iaitu ranking ke-121 dengan keputusan 1-1.", "Penyokong Malaysia perlu berterima kasih kepada jaringan penyamaan oleh penyerang lincah, Norshahrul Idlan Talaha yang dihasilkan pada babak kedua. Norshahrul atau Matyo mengambil peluang yang terhidang dengan melakukan rembatan dari luar kotak penalti selepas kesilapan pertahanan lawan yang gagal mengeluarkan bola daripada kawasannya. ", "Sebelum daripada itu, Bahrain yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran England, Anthony Hudson mendahului 1-0 menerusi pertahanannya, Abdulla Saleh Aman berpunca daripada situasi sepakan penjuru pada masa kecederaan babak pertama.", "Itu merupakan keputusan positif kedua yang diraih oleh Malaysia selepas menumpaskan Yaman 2-1 pada aksi kedua peringkat Kumpulan D. Lapan tahun telah berlalu, menarik untuk kita jejaki dimanakah kesemua barisan pemain pada perlawanan tersebut berada pada ketika ini.", "Ayuh kita lihat senarai di bawah:", "Tarikh Lahir: 10 Julai 1956", "Jawatan Pada Waktu Itu: Ketua Jurulatih Malaysia", "Jawatan/Status Semasa: Ketua Jurulatih Brunei", "K. Rajagobal atau King Gobal merupakan satu-satunya jurulatih yang berjaya membimbing Malaysia meraih kejuaraan Piala AFF setakat ini. Bagaimanapun, jodohnya bersama skuad Harimau Malaya hanya bertahan sehingga ke penghujung tahun 2013. Beliau kemudiannya beralih melatih pasukan dalam saingan Liga Malaysia seperti Sarawak dan PKNS FC. Terkini, King Gobal merupakan ketua jurulatih skuad kebangsaan Brunei.", "Tarikh Lahir: 7 Januari 1989", "Pasukan Pada Waktu Itu: Kelantan", "Semasa tahun 2013, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek masih bersama Kelantan. Bagaimanapun, anak jati kelahiran negeri Kelantan ini mengambil keputusan untuk berhijrah ke Melaka United pada tahun 2018 dan kekal bersama pasukan itu sehingga ke hari ini. Masih lagi aktif bermain secara profesional. Posisinya sebagai penjaga gol skuad kebangsaan juga terlepas kepada Farizal Marlias dan Khairulazhan.", "Tarikh Lahir: 26 Mac 1988", "Pasukan Pada Waktu Itu: Selangor", "Kali terakhir bekas bek kiri skuad kebangsaan ini dilihat bermain secara aktif adalah pada tahun 2017 bersama pasukan Pulau Pinang. Kemudiannya, dia dikhabarkan berehat daripada saingan Liga Malaysia ekoran masalah kecederaan. Namun, sekitar permulaan tahun 2020, Asraruddin dimaklumkan menyertai latihan bersama Selangor. Ramai menyangka pemain kelahiran Kuala Selangor ini kembali untuk beraksi di atas padang namun hakikatnya dia sekadar menyertai latihan untuk mendapatkan kecergasan.", "Tarikh Lahir: 3 Ogos 1987", "Pasukan Pada Waktu Itu: Johor Darul Ta’zim", "Pasukan/Status Semasa: Johor Darul Ta’zim", "Masih menjadi tonggak utama buat skuad kebangsaan dan di peringkat kelab. Tiada sebarang perubahan besar buat pemain kelahiran Negeri Sembilan ini. Untuk makluman, tahun 2013 juga merupakan tahun pertama buat Aidil bersama JDT dan dia kekal bersama skuad Harimau Selatan sehingga ke hari ini.", "Tarikh Lahir: 30 Mac 1986", "Pasukan Pada Waktu Itu: ATM", "Pasukan/Status Semasa: Penolong Jurulatih di AMD", "Terkenal dengan permulaan kariernya bersama UiTM FC dan skuad Malaysia yang mengambil bahagian dalam temasya Summer Universiade. Pada tahun 2013, Amiridzwan merupakan pemain pasukan ATM. Selepas daripada itu, dia sempat berkelana bersama pasukan negeri kelahirannya, Kelantan. ", "Pasukan terakhir yang diwakili olehnya ialah Kelantan United dan dia antara pemain yang membantu pasukan tersebut menjuarai saingan Liga M3 pada tahun 2019. Awal januari tahun ini, dimaklumkan dia meninggalkan karier bola sepak profesional dan menceburkan diri dalam dunia kejurulatihan. Ketika ini, beliau merupakan penolong jurulatih di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).", "Tarikh Lahir: 15 September 1986", "Pasukan Pada Waktu Itu: Selangor", "Pasukan/Status Semasa: Johor Darul Ta’zim", "Walaupun nama Kunanlan sudah tidak menjadi pilihan utama untuk dipanggil menyertai skuad kebangsaan pada ketika ini, dia masih aktif bermain dan menjadi saingan kepada Matt Davies bagi posisi bek kanan di Johor Darul Ta’zim. Usia 34 tahun bukan penghalang buatnya untuk terus diberikan kepercayaan di bermain bersama skuad Harimau Selatan baik di saingan domestik mahupun antarabangsa seperti Liga Juara-Juara AFC. ", "Tarikh Lahir: 2 April 1990", "Pasukan Pada Waktu Itu: ATM", "Walaupun namanya sudah tidak didengari dalam kalangan peminat bola sepak pada ketika ini, pemain tengah, K. Reuben masih lagi bergelar pemain profesional. Tahun ini dia bersama pasukan yang bercita-cita besar untuk ke saingan Liga Super iaitu Sarawak United.", "Tarikh Lahir: 5 Julai 1987", "Pasukan Pada Waktu Itu: Johor Darul Ta’zim", "Pasukan/Status Semasa: Johor Darul Ta’zim", "Merupakan antara pemain tengah terhebat yang ada dalam sejarah bola sepak Malaysia. Memenangi pingat emas Sukan SEA 2009, juara Piala AFF 2010. DI peringkat kelab, semua kejuaraan domestik telah dimenanginya dan paling terulung adalah juara Piala AFC pada tahun 2015. Ketika ini, dia masih bergelar pemain profesional bersama JDT.", "Tarikh Lahir: 11 Januari 1989", "Pasukan Pada Waktu Itu: Selangor", "Pasukan/Status Semasa: Petaling Jaya City", "Nama K. Gurusamy juga tidak begitu didengari oleh peminat bola sepak pada ketika ini. Namun dia masih belum menggantungkan butnya dan kini bermain bersama pasukan yang mempertaruhkan 100% pemain lokal iaitu Petaling Jaya City (PJ City).", "Tarikh Lahir: 16 April 1985", "Pasukan Pada Waktu Itu: Pahang", "Pasukan/Status Semasa: Kedah Darul Aman", "Dikenali dengan nama ‘glamour’ Alex, pemain kelahiran Kuala Lipis ini mula mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan ketikan beraksi bersama Pahang. Tahun 2016, Alex membuat keputusan untuk berhijrah ke JDT sebelum ke Selangor pada tahun 2018. Selepas itu, dia ditimpa dengan kecederaan yang agak parah hingga memaksanya berehat seketika daripada saingan Liga Malaysia. Pada ketika ini, Alex menjadi ‘senjata’ berbahaya buat Kedah terutamanya apabila dimasukkan pada separuh masa kedua. ", "Tarikh Lahir: 8 Jun 1986", "Pasukan Pada Waktu Itu: Johor Darul Ta’zim", "Penjaring gol ketika menentang Bahrain pada tahun 2013 yang lalu. Masih diberikan kepercayaan oleh Tan Cheng Hoe untuk bermain bersama skuad kebangsaan pada kelayakan Piala Dunia/Piala Asia saat ini. Dengan makluman penyerang naturalisasi, Guilherme de Paula masih tidak dapat bermain pada malam nanti, Matyo mungkin diberikan tanggungjawab untuk mengetuai barisan serangan Harimau Malaya.", "Tarikh Lahir: 21 Januari 1981", "Pasukan Pada Waktu Itu: Selangor", "Berusia 40 tahun dan masih menendang bola serta menjaringkan gol bersama pasukannya. Amri antara nama yang tidak asing buat skuad kebangsaan sejak daripada tahun 2007 lagi. Ketika senarai 25 pemain skuad kebangsaan diumumkan oleh FAM baru-baru ini, segelintir penyokong dan peminat turut mempersoalkan mengenai ketiadaan nama Amri sedang dia sedang berada di prestasi terbaik bersama Sabah. ", "Tarikh Lahir: 7 Februari 1988", "Pasukan Pada Waktu Itu: Negeri Sembilan", "Pasukan/Status Semasa: Tiada Pasukan (Kelantan, 2020)", "Tarikh Lahir: 8 Julai 1989", "Pasukan Pada Waktu Itu: Kelantan", "Pasukan/Status Semasa: Tiada Pasukan (Northern Lions, 2020)", "Tarikh Lahir: 25 Jun 1985", "Pasukan Pada Waktu Itu: ATM", "Berikut adalah highlight perlawanan antara Malaysia dan Bahrain yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada tahun 2013 yang lalu. Nikmatilah:", "Featured Image: Football Association of Malaysia" ]
https://sukanz.com/202111798/
Bekas Menteri Kewangan Kagum Dengan Visi RMS Terhadap Selangor FC
[ "Bekas Menteri Kewangan Malaysia, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan rasa kagumnya dengan visi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah terhadap Selangor FC.", "Beliau menyatakan demikian selepas diberikan ‘tour guide’ oleh RMS sendiri selaku pemilik kelab tersebut untuk melihat dengan lebih dekat Pusat Latihan FAS atau turut dikenali sebagai FAS Training Centre.", "Antara fasiliti yang dilawatinya adalah padang latihan, bilik persalinan, gimnasium, pusat fisioterapi dan bangunan utama yang menempatkan pejabat pasukan. ", "“Saya kagum dengan visi Duli Yang Teramat Mulia (Raja Muda Selangor). Saya pasti ramai penyokong Red Giants juga mempunyai impian serupa, ingin menyaksikan pasukan kesayangan kembali bertakhta di persada liga.” katanya menerusi laman sosial rasminya selepas menyerahkan bantuan bakul makanan kepada Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS), semalam.", "Baca: Selangor FC Bina Pusat Rehabilitasi & Bakal Dibuka Kepada Umum Untuk Jana Pendapatan", "Beliau sempat berkongsikan pengalamannya menyaksikan pasukan Selangor beraksi di Stadium Merdeka dan Stadium Shah Alam sewaktu zaman muda.", "“Suasananya memang jauh berbeza dari menonton di TV. Tidak boleh dibandingkan sama sekali. Dah lama tak tengok match live, mungkin boleh start semula bila stadium dibuka semula.", "“Saya harap kita semua akan dapat kembali menonton bola secara live tidak lama lagi, apabila kita berjaya membawa keluar Malaysia dari belenggu COVID-19, InsyaAllah.” tambahnya lagi.", "Sebagai rekod, RMS mula menerajui Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada tahun 2018 dan memulakan revolusi untuk mengangkat pasukan ini ke tahap yang lebih tinggi, mengembalikan kegemilangannya dan menyediakan kelab ke arah yang mapan. ", "Untuk makluman semua, selain daripada fasiliti-fasiliti yang dinyatakan di atas, pada saat ini Selangor sedang berusaha untuk menyiapkan kafe untuk para pemain dan pegawai serta padang latihan tertutup.", "Featured Image: Facebook Tengku Zafrul" ]
https://sukanz.com/20208043/
Dickson Si Orang Besi Ucap Selamat Tinggal Kepada Pahang
[ "Jodoh penyerang sensasi, Dickson Nwakaeme bersama pasukan Pahang dinoktahkan sejurus tamat perlawanan menentang Kedah, semalam. ", "Menurut makluman menerusi akaun sosial medianya, Dickson yang terkenal dengan julukan sebagai Orang Besi mengatakan perlawanan tersebut merupakan perlawanan terakhir buatnya beraksi sebagai pemain Pahang.", "Perjuangan skuad Pahang FA berakhir pada malam ini setelah tewas kepada Kedah FA di pertrmuan #TMPialaMalaysia2020 di Stadium Darul Aman#KEDPAH#PahangFA2020 #DemiPahangDarulMakmur #PahangBangkit pic.twitter.com/YVquuw2am5", "Pada masa yang sama, penyerang berusia 34 tahun itu turut mengambil tanggungjawab atas kekalahan 3-2 pasukannya di tangan Kedah dalam aksi pusingan ke-16 saingan Piala Malaysia.", "Untuk rekod, Dickson telah menyarung jersi pasukan Pahang sebanyak dua kali. Kali pertama ketika musim 2014 dan 2015. Dan kali kedua pula bermula musim 2019 dan 2020.", "Sepanjang beraksi bersama Pahang, penyerang kelahiran Nigeria ini telah merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2014 dan Piala FA 2014." ]
https://sukanz.com/202216961/
Menjejaki Skuad Ajax Kendalian Erik Ten Hag Yang Mara Ke Separuh Akhir UCL 2018-19
[ "Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United mengumumkan secara rasmi perlantikan Erik Ten Hag sebagai pengurus baharu mereka yang akan memulakan tugas pada penghujung musim ini sehingga Jun 2025, semalam.", "Ketika ini pengurus kelahiran Belanda itu masih mempunyai kontrak bersama pasukannya yang beraksi dalam kancah Eredivisie, Ajax Amsterdam. Dia akan menamatkan tugasnya hujung musim ini bersama kelab terbabit sebelum ke United Kingdom untuk menggantikan Ralf Ragnick.", "Ajax sememangnya cukup dikenali sebagai sebuah kelab yang sering mempertaruhkan pemain-pemain muda namun tetap berupaya untuk mendominasi saingan Liga Belanda. Sejak dikemudi oleh Erik bermula penghujung 2017, Ajax telah menjuarai saingan Eredivisie sebanyak tiga kali berturut-turut bermula musim 2018-19, 2019-20 dan 2020-21. ", "The new First-Team Manager of Manchester United: Erik ten Hag.#MUFC || #WelcomeErik", "— Manchester United (@ManUtd) April 21, 2022", "Saingan musim ini yang berbaki lima lagi perlawanan juga menampakkan Ajax tiada masalah untuk mengulangi kejuaraan tersebut. Ketika ini, mereka mendahului kedudukan Eredivisie menerusi 72 mata daripada 29 perlawanan. Mereka dihambat oleh PSV yang memiliki 68 mata di tangga kedua.", "Namun begitu, nama Erik mula meraih tumpuan peminat bola sepak dunia apabila dia membuat kejuta membawa Ajax mara ke pentas separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL) 2018-19 – kemaraan yang pertama sejak tahun 1997 dengan menumpaskan Juventus di peringkat suku akhir.", "Selain itu, perjalanan ke separuh akhir itu turut dihiasi dengan merekodkan kemenangan ke atas juara bertahan, Real Madrid di peringkat Pusingan 16, seri dalam kedua-dua perlawanan peringkat kumpulan menentang Bayern Munich dan merekodkan satu kemenangan menentang Benfica.", "Pada perlawanan separuh akhir, mereka turut berhasil merekodkan kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hotspur di London pada perlawanan pertama. Bagaimanapun, di halaman sendiri pada perlawanan timbal balik, Erik dan anak-anak buahnya terpaksa akur tidak dapat mara ke perlawanan akhir setelah tumpas 2-3 yang membolehkan Spurs mara dengan agregat 3-3 berdasarkan kelebihan jaringan di tempat lawan.", "Lebih mengujakan, kemaraan tersebut dicapai dengan menggunakan kudrat pemain-pemain muda diadunkan dengan beberapa pemain senior berpengalaman. Di sini, kami membawakan anda untuk menjejaki kembali keberadaan sebahagian besar pemain-pemain kesebelasan utama tersebut tersebut pada saat ini:", "Umur Ketika Itu: 22 Tahun", "Umur Ketika Itu: 26 Tahun", "Kelab Terkini: Brighton and Hove Albion", "Umur Ketika Itu: 28 Tahun", "Umur Ketika Itu: 19 tahun", "Umur Ketika Itu: 25 Tahun", "Umur Ketika Itu: 20 Tahun", "Pemain Tengah: Frenkie de Jong", "Umur Ketika Itu: 21 Tahun", "Umur Ketika Itu: 32 Tahun", "Pemain Tengah: Donny van de Beek", "Umur Ketika Itu: 21 Tahun", "Kelab Terkini: Everton (dipinjamkan oleh Manchester United)", "Umur Ketika Itu: 21 Tahun", "Pemain Tengah Menyerang: Dusan Tadic", "Umur Ketika Itu: 29 Tahun", "Umur Ketika Itu: 25 Tahun", "Umur Ketika Itu: 34 Tahun", "Umur Ketika Itu: 20 Tahun" ]
https://sukanz.com/202114040/
Zhafri, Paulo Bantu KL City Julang Piala Malaysia & Raih Slot Piala AFC
[ "Dua jaringan oleh pemain tengah iaitu Zhafri Yahya dan Paulo Josue sudah memadai untuk Kuala Lumpur City (KL City) menumpaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 sekaligus menjulang Piala Malaysia 2021.", "Kedua-dua jaringan tersebut terhasil pada separuh masa kedua iaitu pada minit ke-66 dan ke-74. Jaringan Zhafri terhasil selepas mendapat satu ‘crossing’ cantik oleh J. Partiban manakala gol oleh Paulo merangkap kapten pasukan pula mendapat ‘assist’ daripada Ryan Lambert.", "66' GOL | Zhafri Yahya menyudahkan hantaran J. Partiban untuk gol pembukaan malam ini!@KLCityFootball 1-0 @OfficialJohor #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/SxxJiTdroj", "Sementara itu, kemenangan KL City pada malam ini juga dibantu oleh ketangkasan penjaga gol, Kevin Ray Mendoza yang memastikan gawangnya tidak dibolosi oleh serangan-serangan berbahaya daripada pemain-pemain skuad Harimau Selatan. ", "74' GOL | Kapten pasukan, Paulo Josue menggandakan kelebihan KL City FC!@KLCityFootball 2-0 @OfficialJohor #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/2zfoBc8zVp", "Kejayaan skuad Ibu Kota meraih kemenangan pada malam ini turut menamatkan kemarau kejuaraan Piala Malaysia selama 32 tahun. Untuk rekod, kali terakhir KL City atau dahulunya dikenali sebagai Kuala Lumpur menjulang Piala Malaysia adalah pada tahun 1989.", "Bertambah manis, kejayaan meraih kejuaraan Piala Malaysia pada malam ini memberikan skuad kendalian Bojan Hodak ini slot automatik ke kejohanan asia iaitu Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada musim hadapan.", "Featured Image: Malaysian Football League" ]
https://sukanz.com/202112062/
Sepakan Penjuru Wan Kuzri Sumbang Kemenangan Buat Akron Zips
[ "Pemain skuad bawah 20 tahun (B-20) berpangkalan di Amerika Syarikat, Wan Kuzri Wan Kamal meneruskan konsistensi memberikan sumbangan kepada kemenangan pasukan kolejnya, Akron Zips.", "Pada penampilan ketiga bersama Akron menentang pasukan pelawat, Robert Morris, sabtu lalu (waktu Malaysia), sepakan penjuru yang dilakukannya ke dalam kotak penalti membolehkan rakan sepasukannya, Will Jackson merembat bola masuk ke dalam gawang.", "Anda boleh tonton video sepakan penjuru oleh Wan Kuzri DI SINI", "Gol tersebut memberikan pasukannya mendahului 2-0 pada minit ke-74. Tidak cukup dengan dua gol, Akron Zips yang beraksi di laman sendiri sekali lagi menambahkan jaringan pada minit ke-88 sebelum menamatkan perlawanan dengan skor 3-0.", "Menariknya, sejak pemain berusia 19 tahun ini beraksi bersama pasukan kolejnya ini bermula 26 Ogos lalu, Akron Zips belum mencatatkan sebarang kekalahan mahupun seri setakat ini.", "Baca: Wan Kuzri Jaring Gol & Cipta ‘Assist’ Bantu Pasukannya Menang Besar 7-1", "Sebagai rekod, pemain tengah ini telah menyumbangkan satu gol dan ‘assist’ kepada Akron Zips.", "Perlawanan seterusnya, pasukan yang diwakili oleh Wan Kuzri akan melayan kunjungan Pittsburgh di halaman sendiri, pada hari esok (Selasa), dengan sepak mula pada pukul 7 pagi (waktu Malaysia).", "Featured Image: Football Association of Malaysia" ]
https://sukanz.com/202219316/
Perak FC Jadi Anak Syarikat Milik Penuh XOX Berhad
[ "Syarikat pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO), XOX telah menyelesaikan pengambilalihan kelab yang beraksi dalam saingan Liga Premier, Perak FC.", "Menurut kenyataan rasminya, pengambilalihan Perak FC Sdn Bhd itu diselesaikan melalui anak syarikatnya, XOX Pro Sport Sdn Bhd sekaligus menjadikannya skuad berjulukan The Bos Gaurus ini syarikat milik penuh XOX Bhd.", "Sehubungan itu, Lembaga Pengarah Eksekutif XOX memaklumkan menyerahkan tanggungjawab kepada pengurusan Perak FC untuk operasi harian yang diketuai oleh Bobbie Farid Shamsuddin. ", "Difahamkan pengambilalihan ini selaras dengan strategi XOX Pro Sport untuk menumpukan fokus sepenuhnya pada pemasaran dan pengurusan sukan.", "Untuk makluman, pada Mei lalu, XOX memaklumkan kepada Bursa Malaysia mengambilalih 2,500 unit saham biasa yang mewakili 100% kepentingan ekuiti Perak FC dengan nilai RM1. Pihaknya mengambil alih pegangan tersebut daripada pemilik terdahulu, Impact Media & Communication." ]
https://sukanz.com/202216010/
Terbuka Jerman: Dua Perseorangan Lelaki Indonesia Kandas, Gagal Ke Suku Akhir
[ "Pusingan 16 Terbuka Jerman telah melabuhkan tirainya dan dua keputusan yang mengejutkan dalam kategori perseorangan lelaki tercipta, awal pagi tadi.", "Kejutan itu melibatkan tersingkirnya dua pemain Indonesia yang diletakkan sebagai pilihan keempat dan keenam untuk menjuarai kejohanan ini iaitu Anthony Sinisuka Ginting dan Jonatan Christie.", "YONEX GAINWARD German Open 2022MS – Round of 1621 21 🇮🇳Lakshya SEN🏅 7 9 🇮🇩Anthony Sinisuka GINTING🕗 in 34 minutes https://t.co/qRot2GQvls", "Baca: Juara Dunia, Loh Kean Yew Kecundang Di Pusingan 32", "Pusingan itu menyaksikan Ginting yang menghuni ranking kelima dunia merangkap pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2020 tumpas secara ‘straight set’ kepada pemain India, Lakshya Sen dengan keputusan 21-7 dan 21-9 dalam tempoh 34 minit.", "Sementara itu, Jonatan yang merupakan pemain No.8 dunia pula tewas kepada pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn juga secara ‘straight set’ dengan keputusan 22-20 dan 21-9 dalam tempoh masa 51 minit permainan.", "YONEX GAINWARD German Open 2022MS – Round of 1622 21 🇹🇭Kunlavut VITIDSARN🏅20 9 🇮🇩Jonatan CHRISTIE🕗 in 51 minutes https://t.co/0s7XcfHqAC", "Baca: Bekas Pemain No.1 Kento Momota Turut Tersingkir Di Pusingan 32", "Untuk makluman semua, kedua-dua pemain yang memenangi perlawanan di Pusingan 16 ini menduduki ranking lebih rendah daripada Ginting dan Jonatan. Lakshya sendiri merupakan pemain No.12 dunia sementara Vitidsarn pula menghuni ranking ke-20 dunia.", "Dengan kemenangan ini, kedua pemain itu menempah slot ke saingan suku akhir. Di pusingan itu nanti, Lakshya akan bertemu lawan senegaranya, Prannoy Haseena Sunil Kumar. Manakala Vitidsarn pula akan menghadapi tentangan daripada pemain Jepun, Kenta Nishimoto." ]
https://sukanz.com/202110228/
VIDEO: Harimau Malaya Bolos 4 Gol Di Tangan Kuwait, Bek Kiri Jadi ‘Lubuk’
[ "Skuad kebangsaan, Harimau Malaya turun menentang pasukan yang berada di ranking ke-148 dunia, Kuwait dalam satu perlawanan latihan yang berlangsung di 7he Sevens Stadium, Dubai, semalam.", "Perlawanan yang dilangsungkan secara tertutup tersebut berakhir dengan pasukan Kuwait meraih kemenangan 4-1 ke atas skuad Harimau Malaya. Gol-gol pasukan Kuwait dijaringkan oleh Ahmad Aldhefeery (21′), Fahad Alhajeri (55′), Shabaib Alkhaldi (61′) dan Fahad Al-Alabraim (68′).", "Berdasarkan tinjauan di alam maya, keputusan tewas 4-1 sememangnya meresahkan para penyokong skuad kebangsaan tetapi bolos tiga gol berpunca daripada kesilapan di bahagian bek kiri yang dimainkan oleh Corbin-Ong dan Syahmi Safari mencetuskan perbincangan yang hangat.", "Manakala, satu lagi gol dan gol terakhir yang dijaringkan Kuwait berpunca daripada situasi sepakan percuma berdekatan kotak penalti pada babak kedua. Sementara itu, gol tunggal skuad Harimau Malaya dijaringkan oleh pemain naturalisasi terbaharu, Guilherme de Paula (28′) selepas menyudahkan hantaran Corbin-Ong dari sebelah kiri.", "Bagaimanapun, keputusan perlawanan latihan ini tidak memberikan apa-apa kesan terhadap pungutan mata untuk ranking dunia setelah kerana kedua-dua ketua jurulatih Malaysia dan Kuwait bersetuju untuk menjadikan ianya sebagai perlawanan tertutup.", "Seterusnya, Harimau Malaya yang dibimbing oleh Tan Cheng Hoe dijadualkan mengharungi satu perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 pada jumaat ini bertemu pasukan di tangga ke-99 dunia, Bahrain.", "Anda boleh menonton highlight bagaimana Harimau Malaya bolos 4 gol di tangan Kuwait pada pautan di bawah:", "Featured Image: Football Association of Malaysia" ]
https://sukanz.com/202325484/
Bekas Pengendali Harimau Malaya, Coach Satia Meninggal Dunia
[ "Arena bola sepak tanah air menerima perkhabaran mengejutkan serta menyedihkan apabila bekas ketua jurulatih kebangsaan, B. Satiananthan meninggal dunia sekitar jam 1.30 tengah hari tadi.", "Ahli Jawatankuasa Eksekutif merangkap Pengerusi Jawatankuasa Media, Komunikasi & Perhubungan Awam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj mengesahkan perkara berkenaan menerusi ciapan di akaun media sosial peribadinya.", "Difahamkan, jurulatih yang membawa skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) menjuarai Pesta Bola Merdeka 2007 meninggal dunia pada usia 65 tahun disebabkan oleh kanser.", "Rest in Peace Anna, you fought a good fight. #BSathinathan pic.twitter.com/y653gZTfdB", "— Christopher Raj 🇲🇾 (@chrisraj23) July 18, 2023", "Selain kejuaraan terbabit, jurulatih kelahiran Perak yang dikenali ramai dengan panggilan Coach Satia ini turut pernah membimbing Kelantan menjuarai Piala Malaysia buat julung kalinya pada tahun 2010.", "Selain itu, beliau turut sama membantu ATM dan Felda United menjulang trofi Liga Premier pada tahun 2012 dan 2018 masing-masing sekaligus mendapat promosi ke saingan Liga Super.", "Sekitar 2018 hingga 2020 pula, Satiananthan membimbing Selangor FC sebelum khidmatnya diintai oleh Sarawak United FC sebagai pengarah teknikal serta ketua jurulatih dari 2021 hingga 2022.", "Sebagai tambahan, Satiananthan juga mempunyai peranan sebagai Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM)." ]
https://sukanz.com/202112558/
Marco Tidak Lagi Bimbing Kelantan, Tugas Dipikul Oleh Rezal Zambery
[ "Kelantan FC akan mengharungi keseluruhan saingan Piala Malaysia tanpa kelibat ketua jurulatih kelahiran San Marino, Marco Ragini dan tugasan tersebut akan dipikul oleh penolong ketua jurulatih, Rezal Zambery Yahya.", "Perkembangan ini disahkan sendiri oleh pemilik pasukan yang berpangkalan di pantai timur tersebut, Norizam Tukiman seperti dilaporkan oleh Stadium Astro.", "Difahamkan, Marco yang mempunyai kontrak bersama Kelantan sehingga November ini mengalami masalah kesihatan yang memerlukannya melakukan pembedahan. ", "Pada masa yang sama, Norizam berpuas hati dengan prestasi yang dipersembahkan oleh Rezal termasuk pada perlawanan pembukaan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Isnin lalu.", "“Bagi pasukan Kelantan FC, ketua jurulatih kami, Marco Ragini, sebenarnya tidak berapa sihat dan kami telah menghantarnya pulang ke negara asalnya untuk menjalani pembedahan di sana. ", "“Dia sudahpun berada di sana (Itali), jadi tugasnya akan digalas oleh penolong jurulatih, Rezal Zambery. Sudah dua atau tiga perlawanan dia menggantikan Marco dan setakat ini, saya berpuas hati,” katanya seperti dipetik daripada portal terbabit.", "Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) menyaksikan Kelantan tumpas kepada juara bertahan 2-0 hasil jaringan Bergson da Silva dan Safawi Rasid.", "Sungguhpun tewas kepada skuad bimbingan Benjamin Mora, Kelantan mencuri tumpuan menerusi corak permainan yang menarik dan kesungguhan para pemain.", "Untuk makluman semua, Rezal yang berusia 43 tahun dilantik sebagai penolong ketua jurulatih Kelantan bermula April lalu mempunyai Lesen Kejurulatihan AFC A.", "Featured Image: TRW Kelantan FC" ]
https://sukanz.com/202323223/
BAC 2023: Xi Quan-Le Xuan Bertemu Beregu No.1 Dunia Di Pusingan 32
[ "Gandingan wanita negara, Ng Xi Quan dan Teoh Le Xuan mara ke pusingan 32 setelah berjaya melepasi peringkat kelayakan Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 selaku pemenang Kumpulan D.", "Xi Quan-Le Xuan melakar kejayaan memenangi kedua-dua perlawanan di peringkat kumpulan yang menyaksikan mereka mengumpul 4 mata dengan dua kemenangan straight set.", "Pilihan keempat peringkat kelayakan itu berjaya menewaskan gandingan Vietnam, Thi Phuong Hong Dinh-Pham Thi Khanh dengan keputusan 21-18, 21-15 pada perlawanan pertama. ", "Beregu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sanika Dhawan Gurav-Akansha Raj menjadi mangsa kedua pasangan wanita negara apabila ditewaskan 21-9, 21-7 pada perlawanan kedua dalam hanya 21 minit. ", "Group D | WD | R3#MAS🇲🇾 Ng Qi Xuan-Teoh Le Xuan(4) def. #UAE🇦🇪 Sanika Gurav-Akansha Raj 21-9 21-7#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia", "— BAM (@BA_Malaysia) April 25, 2023", "Kemenangan ini seterusnya melayakkan Xi Quan-Le Xuan ke pusingan 32 bagi acara beregu wanita dan bertemu pilihan utama kejohanan dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan yang kini merupakan beregu No.1 dunia.", "Pada tahun ini, gandingan Qing Chen-Yi Fan telah beraksi dalam 3 kejohanan setakat ini dengan dua daripadanya berakhir di pentas akhir yang menyaksikan pasangan China ini muncul juara Terbuka Malaysia, Januari lalu", "Perlawanan ini juga merupakan pertemuan sulung kedua-dua beregu Malaysia dan China sepanjang karier profesional mereka dan Xi Quan-Le Xuan hadir sebagai underdog yang diharap mampu mencipta kejutan menentang gandingan Qing Chen-Yi Fan.", "Featured Image: Instagram Ng Qi Xuan" ]
https://sukanz.com/202321447/
Terbuka Malaysia: Perjalanan Tang Jie-Ee Wei Ditamatkan Beregu No.3 Dunia
[ "Perjalanan gandingan campuran baharu, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei dalam saingan Terbuka Malaysia – Jelajah Dunia Super 1000 BWF – berakhir setakat peringkat suku akhir. ", "Beregu No.3 dunia dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Tearattanachai menjadi asbab kepada terhentinya perjalanan pasangan negara yang mula digandingkan sejak Disember lalu itu.", "PETRONAS Malaysia Open 2023XD – QF 🇹🇭Dechapol PUAVARANUKROH🏅21 21 🇹🇭Sapsiree TAERATTANACHAI🏅 🇲🇾CHEN Tang Jie19 9 🇲🇾TOH Ee Wei", "— BWFScore (@BWFScore) January 13, 2023", "Dalam pertarungan terbabit, Tang Jie-Ee Wei tumpas kepada beregu yang terkenal dengan nama panggilan Bass-Popor itu secara “straight set” dengan skor 19-21 dan 9-21 dalam tempoh 36 minit permainan.", "Sebagai rekod, Tang Jie-Ee Wei memulakan perjalanan di saingan Terbuka Malaysia ini dengan menumpaskan beregu senegara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing sebelum menundukkan pasangan Indonesia, Rehan Naufal dan Lisa Ayu.", "Sebagai tambahan, ini merupakan penampilan pertama mereka di pentas Terbuka Malaysia serta di kejohanan bertaraf Super 1000 sejak bergandingan bersama.", "Untuk kejohanan seterusnya, Tang Jie-Ee Wei akan mengambil bahagian dalam kejohanan Terbuka India – Jelajah Dunia Super 750 BWF – yang akan bermula pada Selasa hadapan.", "Sementara itu, Dechapol-Sapsiree yang melangkah ke peringkat separuh akhir akan bertemu beregu No.1 Jepun, Yuta Watanabe dan Arisan Higashino pada hari esok.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia" ]
https://sukanz.com/202220595/
Singapura Terbang Ke Jepun Buat Persediaan Piala AFF 2022
[ "Skuad bola sepak kebangsaan Singapura akan terbang ke negara matahari terbit, Jepun hampir dua minggu bagi melakukan persediaan sebelum mengharungi saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.", "Perkembangan melibatkan skuad kendalian Takayuki Nishigaya itu dimaklumkan menerusi satu siaran di laman sesawang rasmi badan induk itu, semalam.", "Seramai 29 pemain telah disenaraikan oleh ketua jurulatih untuk diterbangkan ke Chiba, Jepun bagi menyertai kem latihan yang dijadualkan bermula 1 hingga 12 Disember itu.", "Di sana, skuad negara seberang tambak ini turut menjadualkan dua “training matches”.", "A post shared by FAS (@fasingapore)", "Selepas tamatnya kem di sana, Singapura akan pulang ke tanah airnya untuk menghadapi satu perlawanan antarabangsa ‘A’ bertemu Maldives pada 17 Disember di Stadium Jalan Besar.", "Selepas daripada perlawanan terbabit, ketua jurulatihnya akan mengumumkan senarai 23 pemain yang dipilih bagi menggalas cabaran Piala AFF.", "Untuk makluman semua, Singapura diundi dalam Kumpulan B. Mereka akan membuka kempen Piala AFF dengan bertemu Myanmar diikuti Laos, Vietnam dan akhir sekali Malaysia pada 24 Disember, 27 Disember, 30 Disember dan 3 Januari masing-masing.", "Sebagai tambahan, ini juga menjadi saingan Piala AFF yang pertama buat Singapura di bawah kendalian ketua jurulatih baharu, Takayuki, yang dilantik pada April lalu bagi menggantikan Tatsuma Yoshida.", "Featured Image: Football Association of Singapore" ]
https://sukanz.com/202324862/
Program RTG Senaraikan Tze Yong, Tang Jie-Ee Wei & Skuad Hoki Lelaki
[ "Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Menteri, Hannah Yeoh telah mengumumkan dua nama baharu daripada sukan badminton untuk menjadi sebahagian daripada program Road To Gold (RTG) iaitu pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong dan beregu campuran, Chen Tang Jie serta Toh Ee Wei. ", "Pengumuman itu hadir menerusi sidang media yang diadakan kementerian berkenaan di Majlis Sukan Negara (MSN) bersama ahli jawatankuasa RTG bagi memaklumkan status semasa program tersebut. ", "Untuk makluman, Ng Tze Yong dan Tang Jie-Ee Wei kini berada di landasan terbaik untuk berada dalam kelompok 15 pemain terbaik dunia selepas menduduki kedudukan ke-21 dan ke-17 dunia masing-masing, setakat hari ini. ", "Tahniah Ng Tze Yong, @ChenTangJie & Toh Ee Wei yang telah disenarai sebagai atlet program Road to Gold (RTG). ", "— BAM (@BA_Malaysia) June 19, 2023", "Dalam perkembangan yang sama, Lee Zii Jia turut kekal dalam senarai kali ini sehingga perbincangan bersama jurulatih baharu, Wong Tat Meng diadakan manakala beregu campuran, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing kekal sehingga fasa penilaian seterusnya pada September. ", "Jawatankuasa RTG turut akan meneliti semula kriteria pemilihan atlet ke dalam program RTG di mana kini atlet yang tersenarai sebagai pemenang pingat Olimpik lepas, senarai Top 10 Ranking Dunia dan Road To Paris 2024 akan dipertimbangkan.", "Mereka turut menamakan skuad hoki negara sebagai sebahagian daripada program RTG selepas berjaya menduduki tangga ke-10 dunia serta bertujuan untuk membantu mereka memenangi pingat emas di Sukan Asia Hangzhou bermula 23 September ini. ", "Featured Image: Hannah Yeoh (Facebook)" ]
https://sukanz.com/202323247/
Harimau Malaya Lawan Solomon & Yaman Pada Pertengahan Minggu – Sepak Mula 9 Malam
[ "Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampil berkongsikan tarikh berserta hari dan waktu sepak mula melibatkan skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon pada rehat antarabangsa FIFA pada bulan Jun kelak.", "Menerusi makluman di pelbagai media sosialnya pada hari ini, Harimau Malaya dijadualkan menentang pasukan yang menghuni ranking ke-134 dunia, Kepulauan Solomon pada 14 Jun. Manakala pertembungan menentang Yaman yang berada di ranking ke-157 pula bakal berlangsung pada 20 Jun.", "🗓 ✔️ Tandakan kalendar anda untuk hadir ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu bagi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1, Jun ini!", "Rabu, 14/6/2023MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇸🇧 KEPULAUAN SOLOMON", "Selasa, 20/6/2023MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇾🇪 YEMEN", "🕘 9.00 malam#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/5RFD4OPSiY", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) April 26, 2023", "Kedua-dua perlawanan yang bakal diadakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA), Gong Badak, Terengganu itu berlangsung sekitar pertengahan minggu iaitu pada Rabu dan Selasa masing-masing. Sementara itu, sepak mula bagi kedua-dua perlawanan adalah pada jam 9 malam.", "Sepertimana disahkan oleh Presiden FAM dalam satu sesi temu bual bersama para pengamal media, harga tiket bagi kedua-dua perlawanan ini kekal sepertimana perlawanan pada bulan Mac lalu iaitu RM30 bagi dewasa di tempat duduk terbuka.", "Sebagai tambahan, kedua-dua perlawanan ini berstatus Perlawanan Antarabangsa Tier 1.", "Featured Image: Football Association of Malaysia" ]
https://sukanz.com/202321673/
PSM Buka Tender Naik Taraf Padang Stadium Nasional Bukit Jalil
[ "Badan berkanun kerajaan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) iaitu Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengumumkan membuka tender bagi menaik taraf padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).", "Kenyataan tender itu dimuat naik oleh PSM menerusi laman sesawang rasminya dan laman sosialnya, semalam.", "Tender tersebut dipelawa kepada syarikat tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang masih  sah tempohnya dalam bidang berkaitan.", "PSM dalam kenyataan terbabit menggalakkan lawatan tapak kepada petender yang ingin mengemukakan tender. Ia bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan lokasi tapak yang akan dihadapi.", "Bagi yang berminat, dokumen tender sudah mula dijual dan boleh dibeli pada waktu pejabat di Unit Perolehan, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Aras 1, Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City dengan harga RM100.", "Sementara itu tarikh tutup tender tersebut adalah pada jam 12 tengah hari, 20 Februari 2023." ]
https://sukanz.com/202216018/
Sze Fei-Izzuddin Belum Pernah Menang Ke Atas Yew Sin-Ee Yi
[ "Dua beregu badminton lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi berhasil mengalahkan lawan masing-masing di Pusingan 16 sekaligus melayakkan diri ke peringkat suku akhir Terbuka Jerman 2022.", "Bagaimanapun, kedua-dua beregu negara yang menghuni ranking ke-11 dan ke-17 dunia masing-masing ini dijadualkan berentap sesama sendiri di peringkat suku akhir dan ini menjadikan hanya sepasang beregu negara sahaja akan ke separuh akhir.", "Berdasarkan rekod, Sze Fei-Izzuddin pernah bertarung menentang Yew Sin-Ee Yi sebanyak dua kali sebelum ini. Kedua-dua pertarungan itu berlangsung di kejohanan Terbuka Perancis dan Indonesia Masters pada tahun lalu.", "Kedua-dua pertemuan itu menyaksikan Sze Fei-Nur Izzuddin merangkap beregu di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tumpas kepada Yew Sin-Ee Yi merangkap beregu bebas (independent).", "Walaupun tumpas, Sze Fei-Izzuddin boleh dikatakan memberikan saingan yang sengit kepada Yew Sin-Ee Yi terutamanya ketika di Pusingan 32 Terbuka Perancis yang berkesudahan dengan keputusan 22-24, 22-20 dan 21-19.", "Terdahulu, Sze Fe-Izzuddin mara ke Pusingan 16 selepas mengalahkan beregu Denmark, Joel Eipe dan Daniel Lundgaard secara ‘straight set’. Manakala Yew Sin-Ee Yi pula menyingkirkan beregu England, Ben Lane dan Sean Vendy." ]
https://sukanz.com/202215438/
Liga Hoki Malaysia Guna VAR Dalam Semua Perlawanan & Disiarkan Di RTM
[ "Badan induk hoki negara, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memaklumkan saingan TNB Liga Hoki Malaysia (MHL) akan menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam semua perlawanan yang disiarkan secara langsung musim ini.", "Selain itu, KHM turut memaklumkan sebanyak 30 perlawanan MHL akan disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran Sukan RTM dan TV Okey.", "Perkembangan ini dimaklumkan sendiri oleh pihak KHM sambil mengumumkan RTM sebagai rakan penyiaran rasmi bagi kejohanan MHL. Ianya dikongsikan oleh KHM menerusi pelbagai platform laman sosialnya, pada hari ini.", "KHM dengan berbesar hati ingin memaklumkan bahawa Radio Televisyen Malaysia (RTM) merupakan rakan Penyiaran Rasmi bagi Kejohanan TNB Liga Hoki Malaysia (TNB MHL) 2022. pic.twitter.com/6w2wxuvTxn", "“KHM dengan berbesar hati ingin memaklumkan bahawa Radio Televisyen Malaysia (RTM) merupakan rakan Penyiaran Rasmi bagi Kejohanan TNB Liga Hoki Malaysia (TNB MHL) 2022.”", "“TNB MHL 2022 juga akan menggunakan sistem ‘Video Assistant Referee’ atau VAR dalam semua perlawanan yang disiarkan secara langsung,” ", "“KHM mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak RTM di atas bantuan untuk menggunakan sistem tersebut pada kejohanan kali ini.” tulisnya kenyataan KHM di laman media sosialnya.", "Untuk makluman semua, saingan MHL 2022 akan membuka tirainya pada hari esok iaitu 18 Februari dan akan tamat pada Jun 2022.", "Featured Image: Malaysian Hockey Confederation" ]
https://sukanz.com/202321525/
Terbuka India: Aaron-Wooi Yik, Beregu No.3 Taiwan Berentap Lagi
[ "Juara Kejohanan Dunia BWF 2022, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik akan membuat perhitungan sekali lagi dengan beregu No.3 Taiwan, Lee Jhe-Huei dan Yang Po-Hsuan di peringkat Pusingan 16 Terbuka India, pada hari esok.", "Pertemuan terbabit terjadi selepas Aaron-Wooi Yik berjaya menumpaskan beregu muda senegara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun secara “straight set”dengan skor 23-21 dan 21-10 pada Pusingan 32, sebentar tadi.", "Sementara itu, beregu Taiwan yang menghuni ranking ke-34 dunia terbabit mara ke peringkat yang sama selepas menyingkirkan gandingan Jepun, Keiichiro Matsui dan Yoshinori Takuechi dengan skor 21-14 dan 21-13.", "Pertemuan yang berlangsung pada hari esok akan menjadi yang ketiga melibatkan kedua-dua beregu ini di pentas antarabangsa. ", "Untuk makluman, kedua-dua pasangan baru sahaja berentap sesama sendiri di kejohanan Terbuka Malaysia pada minggu lalu.", "Dalam pertemuan yang cukup sengit tersebut, Aaron-Wooi Yik berhasil melakar kemenangan menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 16-21, 21-15 dan 21-16 sekaligus melangkah ke Pusingan 16.", "Sebelum itu, pertembungan julung kalinya antara kedua-dua pasangan yang berlangsung semasa kejohanan Terbuka Thailand 2022 turut memihak kepada Aaron-Wooi Yik dengan keputusan 21-18 dan 21-16.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia" ]
https://sukanz.com/20208672/
David da Silva Penyerang Pakej Lengkap – Pemerhati Bola Sepak Indonesia
[ "Sejak jendela perpindahan Liga Malaysia dibuka pada 21 november lalu, pelbagai nama pemain dari luar negara digosipkan untuk ditandatangani oleh kelab-kelab yang berpangkalan Di tanah air sebagai persiapan untuk mengharungi saingan musim hadapan.", "Menariknya pada jendela perpindahan kali ini, beberapa pemain yang beraksi di negara jiran tetangga iaitu Liga 1 Indonesia menjadi buruan pasukan-pasukan Liga Malaysia.", "Mengapakah? Difahamkan, perkara ini mempunyai kaitan dengan ketidaktentuan penganjuran saingan Liga 1 2020 ekoran pandemik Covid-19. ", "Pihak penganjur liga mereka, PT Liga Indonesia Baru (LIB) hanya mengeluarkan keputusan mengenai saingan musim 2020 pada bulan lalu. Ia bakal dijalankan bermula februari sehingga julai 2021 Dan bakal digelarkan sebagai Liga 1 Tahun 2020/2021.", "Shopee Liga 1 2020/2021 akan berlangsung selama enam bulan dan dimulai pada Februari 2021. Dalam surat edaran PT LIB, kompetisi berlangsung sampai Juli.#shopeeliga1 https://t.co/y1Ksbn6fKd", "Keputusan lewat daripada pengajur telah menyebabkan beberapa pemain kalangan tempatan dan import resah apabila tidak dapat beraksi sejak 10 bulan yang lalu. ", "Kini, majoriti pemain mula memburu ‘minit permainan’ dengan mengintai peluang untuk beraksi di negara yang meneruskan saingan liga masing-masing seperti Thailand, Malaysia, Filipina dan Singapura.", "Perkara ini turut diungkapkan sendiri oleh seorang penyerang Liga 1 iaitu David da Silva setelah mengumumkan mengundurkan diri daripada kelabnya, Persebaya Surabaya secara rasmi, semalam.", "Hala tujunya selepas ini masih menjadi tanda tanya tetapi penyerang kelahiran Brazil cukup kuat digosipkan bakal menyertai pasukan berpangkalan di pantai timur semenanjung tanah air iaitu Terengganu Football Club (TFC).", "Bercerita mengenai penyerang utama skuad Bajol Ijo bernama David Aparecido da Silva yang berusia 31 tahun ini, Sukanz berkesempatan menemu bual seorang pemerhati dan bekas penulis bola sepak di Indonesia, Aun Rahman untuk mendapatkan pandangannya.", "Sejak beraksi dalam saingan Liga Indonesia bermula tahun 2018 bersama Persebaya, David boleh digambarkan sebagai penyerang dengan pakej serba lengkap daripada segi kebolehannya serta mempunyai kerajinan yang cukup baik di atas padang.", "Ketajamannya di hadapan gol tidak perlu dipertikaikan lagi apabila dia meletakkan namanya selaku penjaring kedua terbanyak (20 gol) pada tahun 2018 dan penjaring ke-8 terbanyak (14 gol) pada musim 2019.", "“Dia lebih kepada penyerang yang mempunyai pakej lengkap. (Kerap) turun ke bawah untuk mendapatkan bola. Bukan sahaja berkemampuan untuk menjaringkan gol tetapi dia juga boleh mencipta peluang gol.” jelas Aun memulakan bicara mengenai David.", "“David juga boleh menyimpan bola dengan baik dan turun membantu barisan pertahanan apabila diperlukan. Mempunyai sikap yang rajin.” tambahnya lagi.", "Di pentas Liga 1, David sangat dikenali dengan jaringan menerusi gerakan solonya menewaskan barisan pertahanan lawan sebelum melakukan rembatan deras mengalahkan penjaga gol apabila tiba di kotak penalti. Majoriti daripada 34 golnya hadir menerusi gaya ini.", "Nampaknya penyerang ini tidak banyak bezanya dengan gaya permainan bekas dua orang penyerang TFC iaitu Tchetche Kipre Dan Dominique da Sylva.", "Namun begitu, Aun berpandangan, untuk melihat David cemerlang di posisi penyerang tengah (centre forward), dia perlulah mendapat sokongan terbaik daripada pemain atau penyerang sayap yang laju.", "Bersama Persebaya, David mendapat sokongan padu di kedua-dua belah sayap iaitu Osvaldo Haay (sebelum berhijrah ke Persija Jakarta) dan Irfan Jaya.", "Bagaimanapun, Aun tidak menolak kemungkinan David ‘tidak menjadi’ bermain di Liga Malaysia memandangkan kedua-dua liga mempunyai beza yang ketara daripada segi corak permainannya. ", "Perkara ini sudah terjadi kepada Jonathan Bauman ketika bersama Kedah.", "Selain daripada David, seorang lagi pemain daripada Liga 1 dan pasukan Persebaya Surabaya yang turut dikaitkan ke TFC ialah Makan Konate yang berusia 29 tahun. ", "Merupakan pemain skuad kebangsaan Mali bukanlah nama yang asing dalam kalangan peminat bola sepak tempatan terutamanya di negeri Terengganu di mana dia pernah beraksi bersama T-Team FC pada tahun 2016.", "Bagaimanapun, bersama T-Team FC, pemain yang sinonim di posisi pemain tengah menyerang (attacking midfielder) bukanlah satu nama yang besar namun apabila kembali beraksi di Liga Indonesia, prestasi Konate ‘meletup’ pada tahun 2018 dengan meletakkan dirinya sebagai penjaring kedua terbanyak dengan rekod 20 gol.", "Rekod jaringannya sedikit menurun pada musim 2019 dengan meledak 14 gol tetapi masih meletakkan dirinya selaku 10 Penjaring Terbanyak Liga 1 pada musim tersebut. Kecemerlangan Konate inilah menyebabkan Persebaya menandatangani Konate daripada Persebaya pada januari lalu.", "Mengulas mengenai persembahannya yang begitu Istimewa dan mengagumkan di Indonesia, Aun berpandangan hal ini disebabkan gaya permainan dan fizikal yang dimiliki oleh Konate sangat ‘cocok’ dengan saingan Liga 1.", "“Saya percaya bola sepak Indonesia lebih kepada fizikal daripada liga lain di negara ASEAN. Liga ini memerlukan lebih banyak larian dan lebih banyak perebutan bola. Konate menjadi istimewa kerana dia (bukan sahaja) merupakan seorang pemain perancang tetapi dia juga mempunyai kekuatan dan ketabahan.” jelas Aun.", "Apa yang pasti, berdasarkan gaya permainan dan peranannya dia atas padang sebelum daripada ini, Konate pastinya menjadi pengganti kepada Sanjar Shaakhmedov sekiranya benar-benar diikat oleh TFC untuk mengharungi saingan musim depan.", "Ia merupakan satu cabaran yang besar perlu diatasi oleh Konate disamping perlu membuatkan penyokong tegar TFC ‘melupakan’ kelibat penuh bersemangat pemain berasal dari Uzbekistan itu.", "Difahamkan kontraknya bersama Persebaya Surabaya akan tamat pada penghujung bulan ini.", "Pada ketika beberapa pemain Liga 1 menjadi buruan beberapa pasukan Liga Malaysia dan liga-liga luar negara, Aun menyatakan sokongan penuh khususnya kepada pemain-pemain muda Indonesia untuk mengambil peluang untuk beraksi di luar negara sekiranya mendapat tawaran.", "“Saya sokong pemain Indonesia berkelana di luar negara, sangat bagus untuk mereka, terutamanya kalangan pemain muda. Ia membuka peluang yang lebih besar buat mereka. ", "“Jika tidak membuka sebarang peluang pun, mereka boleh mencabar diri mereka sendiri di tempat orang.” tambah Aun lagi.", "Sepertimana kita sedia maklum, pasukan yang mendapat promosi ke saingan Liga Super 2021, Penang FC telah memuktamadkan menandatangani pertahanan skuad kebangsaan Indonesia, Ryuji Utomo secara pinjaman daripada Persija Jakarta.", "Selain daripada nama-nama di atas, beberapa nama lain yang turut digosipkan dengan penghijrahan ke Liga Malaysia ialah Stefano Lilipaly, Riko Simanjuntak, Hansamu Yama dan Marc Klok." ]
https://sukanz.com/20208535/
TM Komited Terus Taja Liga Malaysia Bagi Musim 2021
[ "Syarikat telekomunikasi, Telekom Malaysia (TM) komited untuk terus menjadi penaja utama bagi saingan Liga Malaysia, musim hadapan.", "Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan dalam satu kenyataan rasmi, pada hari ini.", "Hasrat TM yang merupakan pemegang penyiaran eksklusif, mudah alih dan penstriman secara online Liga Malaysia diluahkan oleh wakil tertinggi syarikat tersebut kepada Presiden MFL, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dalam satu perjumpaan yang diadakan pada 21 September lalu.", "“TM masih bersama dengan MFL dan buat masa ini kami sedang mengadakan perbincangan berkenaan ‘post mortem’ Liga Malaysia musim 2020 dan persiapan Liga Malaysia bagi musim 2021.” katanya.", "Untuk makluman, TM menerusi anak syarikatnya, TM Multimedia (TMM) telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan MFL selama dua tahun.", "Selain daripada memegang hak penyiaran Liga Malaysia, kerjasama ini memberikan TM menjadi ‘Title Sponsor’ kepada kejohanan Piala Malaysia.", "Sebagai tambahan, mereka juga menjadi penaja bersama bagi saingan Liga Super, Piala FA, Liga Premier dan Challenge Cup (Piala Cabaran)." ]
https://sukanz.com/20206930/
Lee Tuck: JDT Calon Juara Tetapi TFC Boleh Beri Kejutan
[ "Belum mencatatkan sebarang kekalahan selepas enam perlawanan, Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berada di landasan tepat untuk menjuarai CIMB Liga Super 2020.", "Dan keyakinan skuad Harimau Selatan semakin menggunung setelah menumpaskan Perak The Bos Gaurus (TBG) dengan jaringan besar 7-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), minggu lalu.", "Perkara itu diakui sendiri oleh kapten Terengganu Football Club (TFC), Lee Tuck menjelang pertemuan melibatkan dua pasukan tangga teratas Liga Super, jumaat ini.", "HIGHLIGHTS: JDT 7-0 PERAK🎥 A masterstroke performance with the biggest win of the season! Enjoy it! 👊🏻[1/2] pic.twitter.com/tVnC3ydHQG", "“JDT, semakin menunjukkan ramuan mereka sebagai juara. Mereka mempunyai kualiti dan pengalaman selain mempunyai ramai pemain yang mampu menjaringkan gol.” katanya seperti dipetik daripada Berita Harian.", "Bagaimanapun, Lee Tuck yang merupakan pemain kacukan England-Malaysia mempunyai keyakinan pasukannya mampu memberikan cabaran dan kejutan kepada JDT yang dikendalikan oleh Benjamin Mora.", "Skuad berpangkalan di pantai timur itu juga mahu bangkit daripada kekecewaan tewas tipis 0-1 kepada Melaka di Stadium Hang Jebat pada aksi keenam Liga Super, lima hari lalu. ", "⚪🟢 Perlawanan Liga Super (P6)🕛 Keputusan Penuh Melaka United (1) vs Terengganu FC (0)Jaringan : ⚽ Uche Agba M-60#MelakaUnited#DemiKebanggaanMelaka#WeLoveMelaka pic.twitter.com/eFjxmV9RkA", "Selain itu, TFC yang dibimbing oleh Nafuzi Zain pastinya mahu mengambil peluang untuk meraih keputusan positif memandangkan mereka beraksi di laman sendiri, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).", "“Namun, kami tidak gusar, sebaliknya kami bertekad bermain dengan sebaik mungkin menikmati perlawanan itu, malah keyakinan kami masih tinggi walaupun bertemu dengan pasukan terbaik di Malaysia, lagipun siapa tahu kami mampu lakukan kejutan.", "“Secara peribadi saya percaya kami mampu menewaskan JDT, lagipun rekod di Kuala Terengganu sebelum ini kita pernah menang dan seri, sekali gus kami yakin mampu mengulanginya,” katanya lagi.", "Untuk rekod, TFC pernah menumpaskan JDT 1-0 ketika saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2018 dan mengikat Harimau Selatan 2-2 dalam saingan Liga Super 2019.", "Featured Image: Terengganu Football Club" ]
https://sukanz.com/202220541/
Thailand Lantik Ketua Jurulatih B-23 Baharu Untuk Misi Layak Ke Sukan Olimpik 2024
[ "Pada Julai lalu, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memaklumkan hasratnya untuk melayakkan skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23) atau dikenali sebagai Gajah Perang Muda ke temasya Sukan Olimpik 2024 Paris.", "Bagi merealisasikan cita-cita tersebut, FAT mengumumkan perlantikan ketua jurulatih baharu yang merupakan seorang jurulatih muda tempatan, Issara Sritaro. Dalam pengumuman yang sama, FAT turut melantik pengurus baharu iaitu Yuthana Yimkarun.", "Untuk pengetahuan semua, jurulatih berusia 42 tahun ini pernah membimbing skuad bawah 19 tahun (B-19) Thailand serta menjadi penolong ketua jurulatih skuad senior kebangsaan semasa dipimpin oleh Akira Nishino suatu masa dahulu.", "New Head Coach U23 🇹🇭#ช้างศึก #ทีมชาติไทย #TogetherAsOne #Changsuek #บอลไทย #ฟุตบอลไทย pic.twitter.com/mfdy6AvkgQ", "— Changsuek (@Changsuek_TH) November 8, 2022", "Selain bersama skuad kebangsaan senior mahupun peringkat remaja, Issara pernah mengemudi kelab domestik selaku ketua jurulatih bagi pasukan PT Prachuap.", "Tugasan utama yang perlu dipikulnya dalam masa terdekat adalah membimbing skuad B-23 negaranya menghadapi saingan Sukan SEA 2023, Sukan Asia 2022 dan Piala Asia B-23 2024 yang turut berperanan sebagai saingan kelayakan ke Sukan Olimpik. ", "Untuk makluman, FAT terpaksa melantik ketua jurulatih baharu bagi mengemudi skuad ini setelah ketua jurulatih terdahulu, Worrawoot Srimaka bertindak melepaskan jawatannya.", "Sebagai tambahan, pada Julai lalu, FAT turut membentangkan satu pelan khusus bagi memastikan skuad Gajah Perang Mudanya layak ke temasya Sukan Olimpik di Paris itu. ", "Antaranya, FAT memaklumkan semua kejohanan B-23 yang bermula pada tahun 2022 hingga 2024 akan disertai oleh para pemain yang lahir selepas 1 Januari 2001 sahaja. Ini bermakna FAT tidak akan menyenaraikan pemain lebih umur dalam skuad ini untuk beraksi di temasya seperti Sukan SEA dan Sukan Asia.", "Featured Image: Football Association of Thailand" ]
https://sukanz.com/202325003/
Chelsea, RC Strasbourg Kini Adik-Beradik
[ "Chelsea yang beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) dan RC Strasbourg yang bertanding dalam saingan Ligue 1 di Perancis iaitu Racing Club de Strasbourg (RC Strasbourg) kini secara tidak langsungnya menjadi adik-beradik.", "Ini selepas konsortium yang membeli Chelsea pada tahun lalu merangkap syarikat induk, BlueCo pimpinan ahli perniagaan Amerika Syarikat iaitu Todd Boehly menandatangani perjanjian untuk menjadi pemegang saham baharu bagi RC Strasbourg.", "Perkembangan itu dimaklumkan sendiri oleh RC Strasbourg menerusi laman sesawangnya dan dikongsikan di pelbagai media sosial milik kelab berkenaan, awal pagi tadi waktu Malaysia.", "BlueCo yang bersetuju mengambil alih pegangan saham kelab berjulukan Le Racing komited untuk mengekalkan warisan kelab dan memberikan tumpuan kepada bekerja dengan lebih dekat bersama presiden kelab, Marc Keller dan pihak pengurusannya untuk meneruskan usaha cemerlang yang telah mereka lakukan sebelum ini.", "Difahamkan, kehadiran mereka adalah untuk meningkatkan penglibatan mereka dalam kancah bola sepak eropah disamping memiliki Chelsea. Pihak BlueCo percaya ini akan mencipta peluang besar untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran.", "Menerusi penglibatannya bersama RC Strasbourg, BlueCo merancang untuk menyumbang secara aktif terhadap model pembangunan yang diimplementasikan oleh Marc Keller. Pertamanya, mereka akan memberikan suntikan modal yang akan membenarkan pelaburan terhadap skuad senior lelaki dan wanita, akademi dan merentasi kelab.", "BlueCo turut merancang untuk memberikan RC Strasbourg akses kepada sumber dan kolaborasi yang lebih meluas dengan membolehkan mereka bertukar nasihat dan kepakaran bersama Chelsea dan pasukan lain yang melibatkan pemiliknya.", "Dalam makluman yang sama, BlueCo turut bertindak untuk mengekalkan Marc Keller sebagai Presiden Kelab – jawatan yang disandangnya sejak tahun 2012.", "Untuk pengetahuan semua, RC Strasbourg menamatkan saingan Ligue 1 musim 2022-23 di tangga ke-15 dengan kutipan mata 40 mata hasil daripada sembilan kemenangan dan 13 keputusan seri.", "Sejak dipimpin Marc Keller, RC Strasbourg berhasil mendatangkan dua kejuaraan besar iaitu memenangi saingan Ligue 2 musim 2016-17 dan menjulang Coupe de La Ligue musim 2018-19.", "Malgré nos efforts pour tenter de rétablir la situation, l'afflux de visiteurs particulièrement important sur notre site continue de mettre nos serveurs en difficultés. Nous vous invitons à prendre connaissance du communiqué ci-dessous ⤵️ pic.twitter.com/nokNDcqHsP", "— Racing Club de Strasbourg Alsace (@RCSA) June 22, 2023" ]
https://sukanz.com/202112521/
Piala Sudirman 2021: Malaysia Raih Kemenangan 3-2 Ke Atas England
[ "Malaysia menepati jangkaan ramai dengan meraih kemenangan pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan D dalam saingan Piala Sudirman 2021 yang berlangsung pada hari ini.", "Skuad negara berjaya mencatatkan kemenangan 3-2 setelah menumpaskan perseorangan lelaki, beregu lelaki, beregu campuran England di Gelanggang 2 bertempat di Energiaa Arena, Vantaa, Finland.", "Kemenangan pertama Malaysia disumbangkan oleh regu campuran, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See yang menduduki ranking ke-27 dunia. ", "Regu yang pertama kali beraksi di pentas kejohanan dwitahunan ini berhasil mengejutkan beregu campuran England, Marcus Ellis-Lauren Smith yang berada di ranking ke-7 dunia dan merupakan ‘quarter-finalist’ temasya Olimpik 2020.", "Gandingan Pang Ron-Yee See meraih kemenangan dengan bergaya secara ‘straight set’ iaitu 21-19 dan 21-18.", "Mata kedua Malaysia daripada Zii Jia! Perlawanan Pertama Peringkat KumpulanPiala Sudirman 2021 🏸🏆Kedudukan semasa:🇲🇾 MALAYSIA 2-0 England 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿Match 2 (MS)🇲🇾 Lee Zii Jia21-4, 21-15🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Johnnie Torjussen#SudirmanCup2021 pic.twitter.com/EcIwJyPVdW", "Sementara itu, kapten pasukan, Lee Zii Jia memastikan kemenangan kedua buat Malaysia setelah menumpaskan perseorangan England, Johnie Torjussen yang menghuni tangga ke-202 dunia juga menerusia kemenangan ‘straight set’ iaitu 21-4 dan 21-15", "Memasuki perlawanan ketiga melibatkan regu lelaki, gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik mendapat tentangan yang agak sengit daripada pihak lawan yang merupakan regu No.19 dunia, Ben Lane-Sean Vendy.", "Bagaimanapun, disebalik tentangan yang sengit tersebut, Aaron-Wooi Yik tetap berhasil meraih kemenangan secara ‘straight set’ iaitu 22-20 dan 21-18.", "Malaysia tewas dalam pertemuan perseorangan wanita.Perlawanan Pertama Peringkat KumpulanPiala Sudirman 2021 🏸🏆Kedudukan semasa:🇲🇾 MALAYSIA 3-1 England 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿Match 4 (WS)🇲🇾 S Kisona16-21, 20-22🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Abigail Holden#sudirmancup2021 pic.twitter.com/CtYYSFPta1", "Bagaimanapun, rekod tiga kemenangan berturut-turut tidak dapat dilanjutkan sehingga ke perlawanan keempat apabila pemain perseorangan wanita, Kisona Selvaduray yang berada di ranking ke-53 dunia dikejutkan oleh Abigail Holden yang menghuni ranking ke-176 dunia. Kisona tumpas dalam kedua-dua set kepada pemain berusia 22 tahun tersebut dengan keputusan 16-21 dan 20-22.", "Menutup perlawanan pada hari adalah gandingan Pearly Tan-Thinaah Muralitharan menentang Chloe Birch-Lauren Smith yang merupakan regu No.14 dunia dalam aksi beregu wanita. Sepertimana perseorangan wanita, Pearly-Thinaah juga tidak dapat menyumbang mata apabila tumpas kepada regu England dengan keputusan 18-21, 21-17 dan 10-21.", "Untuk perlawanan seterusnya dalam Kumpulan D, Malaysia akan berhadapan Mesir pada pukul 9 malam (waktu Malaysia), pada hari esok." ]
https://sukanz.com/20219238/
Bekas Pemain JDT II, Sean Gan Mahu Tebus Kekecewaan Musim Lalu
[ "Pemain tengah Kuala Lumpur United FC, Sean Gan Gianneli berharap tidak lagi dibelenggu sebarang kecederaan yang mampu merencatkan prestasinya pada tahun ini selepas berdepan cabaran yang cukup getir pada musim lalu.", "Musim pertamanya bersama Kuala Lumpur pada tahun lalu tidak berjalan dengan sempurna apabila mengalami kecederaan buku lali pada pra musim sekali gus mengetepikan peluangnya untuk berada dalam skuad utama dan hanya sempat beraksi bagi satu perlawanan sahaja.", "Nyata ia satu pengalaman yang memeritkan untuk bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT II) ini kerana tidak berjaya mendapatkan minit permainan yang diinginkan khususnya pada saat Kuala Lumpur beraksi cemerlang layak ke saingan Liga Super musim ini.", "Namun, Sean berazam ingin menebus kembali kekecewaan pada tahun lalu untuk berusaha kembali ke tahap optimum bagi memastikan tempat dalam kesebelasan utama selain ingin membantu pasukan terus kekal dalam saingan Liga Super.", "Sean Gan Giannelli kekal bersama Kuala Lumpur United FC dan mengintai aksi Liga Super yang pertama.Kuala Lumpur United FC midfielder Sean Gan Giannelli eyes his Super League debut after extending his stay.Artikel penuh: https://t.co/lRcdM1e2py#SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/oI5eSFjOfh", "“Saya bersyukur dan gembira apabila masih diberi peluang bersama pasukan ini buat tahun kedua dan paling teruja apabila ini akan menjadi pengalaman baharu untuk saya beraksi dalam Liga Super buat kali pertama.", "“Memang tahun lepas adalah musim yang cukup mencabar disebabkan kecederaan buku lali dan saya langsung tidak dapat merasai minit permainan yang mana lebih teruk, liga juga hanya berjalan separuh musim.", "“Jadi, saya tidak akan sia-siakan peluang yang diberikan ini dan fokus utama saya adalah untuk memastikan bebas daripada kecederaan sepanjang musim ini kerana enggan terus diketepikan buat kali kedua,” jelasnya.", "Lima musim bersama Harimau Selatan sebelum ini nyata memberi pengalaman berbeza buat pemain berusia 25 tahun ini dalam membina kariernya dan mahu mencipta lebih banyak kejayaan bersama skuad the City Boys.", "Tambahnya, JDT II sentiasa mengajar pemain-pemainnya agar mempunyai mentaliti juara dalam setiap perlawanan dan kini dia akan memastikan mentaliti sebegitu sentiasa ada dalam diri untuk membantu Kuala Lumpur mengejar misi musim ini.", "“Sememangnya satu pengalaman yang cukup berharga ketika saya bersama JDT II sebelum saya berhijrah ke Kuala Lumpur dan setiap apa yang dipelajari akan saya gunakan sebaiknya kali ini.", "“Baik JDT dan Kuala Lumpur, kedua-duanya sentiasa mementingkan setiap perlawanan harus berakhir dengan kemenangan dan ianya sangat bagus untuk saya sentiasa ada mentaliti sebegitu dalam setiap aksi.", "“Cuma suasananya mungkin akan lebih berbeza kerana situasi kali ini agak suram dengan pandemik COVID-19 yang melanda dan harap kami semua dapat sama-sama harunginya dengan kuat pada musim ini”, katanya.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers" ]
https://sukanz.com/202110064/
Bekas Pemain Liga Super Perkuatkan MNY FC Untuk Harungi Saingan Liga M3
[ "Beberapa bekas pemain Liga Super disenaraikan oleh kelab berpangkalan di Ipoh, Kelab Bola Sepak MNY (MNY FC) bagi mengharungi saingan Liga M3 musim 2021 yang akan bermula pada jun kelak.", "Pasukan yang dibimbing oleh S. Sathia Kumaran ini menyenaraikan pemain-pemain yang tidak asing dengan pentas tertinggi bola sepak negara seperti Mohd Hafiz Kamal, Muhammad Afiq Azmi, Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadri dan Khairul Amri Salehuddin.", "Selain itu, mereka turut diperkuatkan dengan pemain seperti Muhamad Norfiqrie bin Abdul Talib dan Aminuddin Abu Bakar dari Kedah serta bekas pemain Perak, Hamizul Izaidi Zulkifli.", "Untuk makluman, Norfiqrie dan Aminuddin pernah merasai pengalaman berlatih di luar negara selama sebulan apabila Norfiqrie telah mendapat peluang menjalani latihan selama sebulan di Perth Glory manakala Aminuddin pula ke Cardiff City.", "Kesemua pemain ini bersama-sama 21 lagi pemain yang lain diperkenalkan dalam satu majlis pengenalan pemain, pelancaran jersi serta sesi menandatangani kontrak bersama penaja-penaja di Tower Regency Hotel & Apartments, Ipoh, semalam.", "Bersempena majlis tersebut juga, Samudra Group of Companies telah diumumkan sebagai penaja utama pasukan manakala Tower Regency Hotel & Apartments selaku penaja bersama serta jenama dari Itali, Kronos selaku penaja kelengkapan rasmi MNY FC.", "Sesi menandatangani kontrak telah diadakan di antara MNY FC menerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), R. Surendren dengan Samudra Group of Companies yang diwakili oleh Encik Md Paisal Hamsan manakala Encik Simon Leong Hoe Kin pula mewakili Tower Regency Hotel & Apartments.", "Sementara itu, Kronos diwakili oleh Encik Vincent Lai Wai Onn bagi sesi menandatangani kontrak. Sehubungan dengan ikatan yang terjalin, Kronos telah bersetuju untuk menaja pasukan utama serta pasukan pembangunan MNY FC bagi tempoh dua tahun.", "Untuk makluman, MNY FC telah diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Kijang Rangers FC, Cyberlynx FC, Manjung City FC, Perlis United FC, BRM FC, PIB FC, KL Rovers FC, Armed Force FC dan Ultimate FC. Saingan peringkat kumpulan Liga M3 akan bermula pada 4 jun dan akan tamat pada 3 oktober 2021.", "Berikut adalah senarai penuh barisan pemain skuad Liga M3 MNY FC:", "Mohd Izzuan Ikmal Bin Mohd Mukri", "Sanjef Dinesh A/L R.S Baskeran", "Mohamed Faziz Bin Mohamed Noor (Ketua pasukan)", "Mohamad Fazrul Hazli Bin Mohd Kadri", "Wan Muhammad Iman Iltizam Bin Wan Zulkifli", "Muhammad Faiezzul Fahmy Bin Mat Fazil", "Arvinth Rao A/L Jeeva Rao" ]
https://sukanz.com/202110256/
FC Midtjylland Umum Pertahanan, Dion Cools Sertai Skuad Harimau Malaya
[ "Satu kejutan buat penyokong bola sepak tempatan apabila kelab berpangkalan di di Denmark, FC Midtjylland mengumumkan pertahanannya, Dions Cools menyertai skuad kebangsaan Harimau Malaya.", "Penglibatan pertahanan kanan kacukan Belgium-Malaysia bersama skuad yang dikendalikan oleh Tan Cheng Hoe ini diumumkan menerusi satu makluman rasmi kelab sekitar 11.30 malam (26/5) waktu Malaysia.", "“Dion Cools telah terpilih untuk menyertai skuad kebangsaan Malaysia buat pertama kali dalam kariernya.” ", "16 spillere fra førsteholdet og akademiet skal afsted til slutrunde, VM-kvalifikation og venskabskampe.Få landsholdsoverblikket her 👇", "“Cools mempunyai 28 penampilan bersama skuad kebangsaan Belgium peringkat remaja, tetapi dengan bapanya (warganegara) Belgium dan ibunya (berketurunan) Malaysia, dia boleh menyarung jersi skuad kebangsaan Malaysia.”", "“Cools dan Malaysia akan menghadapi tiga perlawanan dalam kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia. Mereka akan bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand, di mana pemain FC Midtjylland ini akan melakukan debut.” kata kenyataan kelab tersebut.", "Sebagai rekod, pertahanan berusia 24 tahun ini telah melakukan 16 penampilan dalam saingan Superligaen dan menjaringkan satu gol pada musim ini. Sementara itu, dia juga mencatatkan 3 penampilan dalam saingan paling berprestij di eropah iaitu Liga Juara-Juara UEFA (UCL).", "Untuk makluman, Dions Cools telah lama dikaitkan untuk menyertai skuad Harimau Malaya. Ianya bermula pada tahun 2017 ketika skuad kebangsaan dibimbing oleh Nelo Vingada.", "Diharapkan dengan kehadiran Cools bersama skuad Harimau Malaya pada ketika ini, ianya dapat memperkukuhkan lagi pasukan sekaligus membantu kemaraan Malaysia ke peringkat seterusnya dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023." ]
https://sukanz.com/202321363/
Selangor Bercadang Ingin Wujud Geran Pendidikan Kepada Pemain Golf Remaja
[ "Dalam melahirkan lebih ramai pelapis yang berpotensi untuk negara, kini kerajaan negeri Selangor bercadang wujudkan geran berjumlah RM100,000 seorang untuk mana-mana pemain muda anak Selangor yang ingin lanjutkan pengajian berkaitan glf du luar negara.", "Dengan peruntukkan ini, ia akan membolehkan pemain remaja terus mengasah bakat dalam sukan tersebut.", "Kerajaan negeri dijangka akan menetapkan kriteria tertentu dalam membolehkan pemain remaja terus menceburi bidang tersebut. Kita mungkin akan mendengar lanjut berkaitan hal ini dalam masa terdekat.", "Perkongsian berkenaan perkara ini dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, pada acara Kejohanan Golf Antarabangsa Selangor 2023." ]
https://sukanz.com/202321873/
Selepas Setengah Musim Bersama JDT, Levy Madinda Dipinjamkan Kepada Negeri Sembilan
[ "Jodoh pemain tengah kelahiran Gabon, Levy Madinda bersama skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) ‘tergantung’ seketika apabila pemain ini dipinjamkan kepada Negeri Sembilan FC bermula saingan Liga Malaysia 2023.", "Pemain berusia 30 tahun ini mengsahkan penghijrahannya ke skuad Hoben Jang Hoben menerusi kemaskini di ruangan profil pada akaun Instagram peribadinya yang memaklumkan dipinjamkan oleh JDT.", "Hantaran terbaru di akaun media sosialnya itu turut mengucapkan terima kasih kepada pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim kerana memberikannya peluang untuk menyertai skuad berjulukan Harimau Selatan terbabit.", "Madinda telah membuat penampilan pertama bersama Negeri Sembilan dengan disenaraikan dalam kesebelasan utama ketika turun menentang Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam.", "Perlawanan terbabit berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 hasil jaringan Filemon Anyi dan Tchetche Kipre masing-masing.", "Kemasukan Madinda turut menjawab teka-teki pemain import ketiga dan terakhir skuad bimbingan K. Devan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2023 sepertimana bayangan diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Satwant Singh pada minggu lalu.", "Sebelum ini, Negeri Sembilan telah mengesahkan mengekalkan khidmat pertahanan import musim lalu, Herold Goulon serta mendapatkan penyerang skuad kebangsaan Republik Chad, Ezechiel N’douassel.", "Untuk pengetahuan semua, Madinda yang pernah beraksi bersama Sabah FC pada tahun 2021 menyertai JDT pada jendela perpindahan pertengahan musim lalu.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers" ]
https://sukanz.com/202215928/
Terbuka Jerman: Penampilan Pertama Yew Sin-Liu Ying Berakhir Dengan Kekalahan Di Tangan Beregu Scotland
[ "Beregu campuran baharu, Ong Yew Sin dan Goh Liu Ying tampil buat pertama kali di kejohanan antarabangsa dengan menentang beregu Scotland, Adam Hall dan Julie Macpherson di Pusingan 32 Terbuka Jerman, hari ini.", "Bagaimanapun, perlawanan pertama mereka sebagai pasangan beregu campuran tidak berakhir dengan kemanisan apabila terpaksa akur tumpas kepada beregu campuran yang menghuni ranking ke-51 dunia itu.", "YONEX GAINWARD German Open 2022XD – Round of 32 🇬🇧Adam HALL🏅21 21 🇬🇧Julie MACPHERSON🏅16 13 🇲🇾Yew Sin ONG 🇲🇾Liu Ying GOH🕗 in 26 minutes https://t.co/FNGNSKFFba", "Dalam perlawanan tersebut, Yew Sin-Liu Ying yang mengumumkan membentuk gandingan baharu pada Januari lalu tumpas secara ‘straight set’ dengan keputusan 16-21 dan 13-21 dalam tempoh masa tidak sampai setengah jam.", "Walaupun terpaksa melupakan saingan Jelajah Dunia Super 300 BWF dengan lebih awal, Yew Sin-Liu Ying kekal berada di benua eropah memandangkan mereka akan turun beraksi dalam satu lagi kejohanan pada minggu hadapan iaitu Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022." ]
https://sukanz.com/202214579/
Siti Nur Alia Mansor Direkrut Pasukan Eropah, Canyon-SRAM Racing
[ "Pelumba basikal lebuh raya, Siti Nur Alia Mansor mencipta nama sebagai atlet berbasikal wanita Malaysia yang pertama yang menyertai pasukan profesional basikal eropah, Canyon-SRAM Racing Team.", "Pelumba berasal dari Kampung Seberang Takir, Terengganu yang berusia 21 tahun ini bakal menyertai pasukan berpangkalan di Sepanyol yang berada di ranking kelima dunia dengan kontrak selama setahun.", "Dimaklumkan, tawaran ini hadir menerusi bekas jurulatih Terengganu Cycling Team (TSG), Adam Szabo yang kini merupakan jurulatih di pasukan berkenaan. Adam berminat untuk mengketengahkan bakat Alia yang sebelum ini pernah meraih pingat perak dan gangsa dalam acara pecut dan ujian masa 500 meter (m) semasa temasya SUKMA 2018.", "Sementara itu, kerajaan negeri Terengganu menerusi Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) memberikan sokongan kepada atlet muda ini dengan meneruskan elaun bulanan sebanyak RM1,500 sepanjang berada di eropah.", "Selain itu, kerajaan negeri menerusi Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Pembangunan Belia, Sukan & NGO, Wan Sukairi Wan Abdullah turut memberikan wang sebanyak RM3,000 sebagai perbelanjaan awal buat Siti Nur Alia di eropah.", "Featured Image: Instagram Siti Nur Alia Mansor" ]
https://sukanz.com/202324301/
Jersi Man City 2023-24 Raikan 20 Tahun Stadium Etihad Kini Di Malaysia – Harga RM549
[ "Peminat dan penyokong setia juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City FC (Man City) di Malaysia kini boleh dapatkan jersi home terbaharu kelab kesayangan mereka bermula saat ini. ", "Jersi baharu skuad berjulukan The Citizens keluaran Puma yang dilancarkan secara rasmi sekitar dua minggu lalu di United Kingdom (UK) itu sudah boleh didapati di cawangan-cawangan butik PUMA seluruh negara serta secara atas talian melalui platform e-dagang rasmi, my.puma.com", "Ianya hadir dalam dua variasi iaitu replika dan autentik ditawarkan untuk pembelian oleh para peminat dan penyokong tempatan dengan diletakkan tanda harga RM319 dan RM549 masing-masing.", "Jersi tersebut dilancarkan bersama video perkenalan yang berdurasi seminit dan menampilkan pemain skuad utama dan wanita Man City serta pengendali mereka, Pep Guardiola.", "Jersi baharu Manchester City itu diinspirasikan daripada jersi yang pertama kali dipakai apabila mereka berhijrah ke Stadium Bandaraya Manchester yang kini dikenali sebagai Stadium Etihad dari Maine Road pada 2003.", "Rekaan grafik di bahagian hadapan jersi menampilkan seni bina unik Stadium Etihad itu sendiri – empat belang mewakili laluan masuk silinder yang tersergam indah di pintu masuk bahagian barat stadium. ", "Manakala, poskod stadium iaitu M11 33F dicopkan bersama tanda dagang PUMA di bahagian belakang leher.", "PUMA masih mengekalkan warna tradisi The Citizens iaitu biru cair sebagai warna dominan jersi tersebut dan disempurnakan dengan warna putih di bahagian hadapan kolar yang berbentuk V – sama seperti jersi home musim 2003-04. ", "Untuk makluman, Maine Road merupakan laman keramat mereka sejak 1923 sebelum dirobohkan pada tahun 2004 setelah mereka berhijrah ke Stadium Etihad." ]
https://sukanz.com/202220775/
Piala Dunia: Naib Juara Edisi Lalu, Croatia Singkir Kanada
[ "Naib juara edisi lalu, Croatia memulakan kempen Piala Dunia edisi kali ini dengan ‘suam-suam kuku’ apabila sekadar merekodkan keputusan seri bertemu Maghribi pada Rabu lalu.", "Bagaimanapun, skuad kendalian Zlatko Dalic ini berhasil bangkit merekodkan kemenangan besar pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan F yang berlangsung di International Stadium Khalifa, sebentar tadi.", "Pasukan yang menjadi mangsa kepada Croatia ini adalah Kanada bimbingan John Herdman yang kembali beraksi di pentas Piala Dunia buat kali pertama selepas 36 tahun.", "Dalam pertarungan tersebut, Kanada terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-2 permainan menerusi satu tandukan cantik oleh Alphonso Davies.", "Namun begitu, Croatia yang merupakan penghuni ranking ke-12 dunia berhasil bangkit bermula minit ke-36 untuk menyamakan kedudukan menerusi Andrej Kramaric. Tidak lama kemudian, Marko Liovaja memastikan Croatia mendahului 2-1 ke atas Kanada sebelum tamat babak pertama apabila.", "Bersambung babak kedua, Croatia menambahkan duka buat Kanada dengan mencetak tambahan dua gol lagi menerusi Kramaric dan Lovro Majer pada minit ke-70 dan ke-90+4 masing-masing sekaligus menamatkan aksi ini dengan kemenangan besar 4-1.", "Dengan kemenangan ini, Croatia kini menerajui Kumpulan F diikuti dengan Maghribi di tangga kedua. Walaupun kedua-dua pasukan ini memiliki 4 mata yang sama, Croatia menjadi pendahulu atas kelebihan perbezaan gol (goal difference) 3 berbanding 2 yang dimiliki oleh Maghribi.", "Belgium pula di tangga ketiga dengan 3 mata manakala Kanada berada di tangga terbawah tanpa sebarang pungutan mata. Ini juga bermakna Kanada, berdasarkan kiraan matematik, sudah tersingkir daripada mara ke peringkat kalah mati, Pusingan 16.", "Untuk perlawanan terakhir peringkat Kumpulan F ini, Croatia akan bertemu Belgium. Manakala Maghribi pula dijadualkan menentang Kanada. ", "Kedua-dua perlawanan yang akan menentukan pasukan manakah muncul selaku juara dan naib juara Kumpulan F ini akan berlangsung serentak bermula jam 11 malam (waktu Malaysia) pada hari Khamis (1 Disember) kelak. ", "Featured Image: FIFA World Cup" ]
https://sukanz.com/202217143/
Sukan SEA: GK Liga Super Rahadiazli Tidak Didaftarkan Dalam Senarai Akhir 20 Pemain
[ "Ketua jurulatih skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23), Brad Maloney mengumumkan senarai akhir 20 pemain yang didaftarkan untuk mengharungi saingan Sukan SEA Ke-31 yang berlangsung di Vietnam.", "Menerusi siaran media yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi, empat daripada 24 pemain yang diterbangkan ke sana disisihkan dan diletakkan dalam Senarai Bersedia.", "Skuad Harimau Malaya B-23 kendalian Brad Maloney diberikan peluang untuk meninjau keadaan padang Stadium Thien Truong, Nam Dinh menjelang aksi pertama Kumpulan B Sukan SEA 2021 bertemu Thailand B-23 pada Sabtu ini, 7 Mei 2022.", "▶️ Baca penuh di https://t.co/yBpzNQktJV pic.twitter.com/3gNZdDysLY", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 5, 2022", "Satu kejutan yang dibuat oleh jurulatih kelahiran Australia itu adalah menyisihkan penjaga gol tinggi lampai yang beraksi dalam saingan Liga Super bersama Terengganu FC iaitu Rahadiazli Rahalim.", "Sementara itu, tiga pemain lain yang turut diletakkan dalam senarai tersebut adalah Muhammad Fahmi Daniel (Selangor 2), Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan dan Muhamad Shafi Azswad Sapari (Johor Darul Ta’zim II).", "Manakal 20 pemain yang mengisi senarai akhir skuad Brad Maloney adalah seperti berikut:", "Untuk makluman semua, Malaysia akan membuka kempen temasya Sukan SEA dengan bertemu skuad Thailand B-23 kendalian Alexandre ‘Mano’ Polking pada hari esok dengan sepak mula dijadualkan pada jam 8 malam (waktu Malaysia)." ]
https://sukanz.com/20207679/
Pipi penjaga gol VAFC, Jerome Prior Digigit Pemain Lawan
[ "Penjaga gol Valenciennes Football Club (VAFC), Jerome Prior mendakwa pipinya digigit oleh pemain lawan semasa aksi bertemu FC Sochaux dalam saingan Ligue 2, sabtu lalu.", "Menurut penjaga gol berusia 25 tahun itu, gigitan tersebut dibuat oleh pemain tengah FC Sochaux iaitu Ousseynou Thioune. ", "Bagaimanapun pemain tengah Senegal ini menafikan dia melakukan gigitan terhadap pipi Jerome. Akan tetapi dia mengakui geram dengan tindakan penjaga gol tersebut yang melakukan ejekan berunsurkan perkauman terhadapnya secara beberapa kali.", "A French second division player has been accused of biting the opposition goalkeeper.More 👉 https://t.co/P8KaSYz2rm #bbcfootball pic.twitter.com/I26cqB919H", "“Memang benar saya hantukkan kepala ke pipinya dan ya, saya sangat marah (terhadapnya), saya mahu menanduk kepala saya kepadanya,”", "“Tetapi selepas saya memikirkannya, saya tarik balik (kemahuan tersebut). Tiada gigitan langsung,” katanya dalam laporan Fox Sports yang memetik akhbar L’Est Republicain.", "🎙 Eddy Zdziech à la Voix du Nord à propos de la morsure sur Jérôme Prior : «  On a une réunion en fin d’après-midi (dimanche) pour décider des suites à donner à cette triste affaire. Nous allons défendre notre joueur  ». #VAFC 🔴⚪️ pic.twitter.com/tG3vonvDP8", "Sementara itu Presiden VAFC, Eddy Zdziech memberitahu AFP bahawa tiada sebarang keraguan lagi pemain tengah Senegal itu melakukan gigitan terhadap pemainnya.", "“Ia sesuatu perkara yang sangat disesalkan. Kita tidak boleh menafikannya. Saya sudah bercakap dengan Jerome dan memang jelas kesan gigitan besar di pipinya. Nampak (luka) berdarah.” katanya.", "Featured Image: FutbolHoy & FC Sochaux-Montbeliard" ]
https://sukanz.com/202325561/
Terbuka Jepun: Sze Fei-Izzuddin Mara, Wei Chong-Kai Wun Kandas
[ "Dua skrip yang berbeza menimpa dua beregu lelaki negara yang beraksi pada peringkat pusingan 32 di Terbuka Jepun – Jelajah Dunia BWF Super 750, pada hari ini.", "Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin yang baru sahaja mencatatkan peningkatan sebanyak lapan anak tangga dalam Ranking Dunia bermula langkah kanan dalam kejohanan tersebut.", "Ianya selepas meraih kemenangan ke atas beregu tuan rumah yang berada di ranking ke-34 dunia, Ayato Endo dan Yuta Takei secara “straight set” dengan skor 21-18 dan 21-15 dalam tempoh 37 minit permainan.", "Kemenangan itu sekaligus membawa mereka ke peringkat Pusingan 16 bertemu beregu China yang menghuni tangga ketujuh dunia, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi pada hari esok.", "Sementara itu, lain pula skripnya melibatkan beregu No.3 tanah air, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun yang terpaksa pulang awal.", "Ini susulan Wei Chong-Kai Wun tumpas di tangan beregu No.4 Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana selepas mengharungi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 11-21, 21-15 dan 20-22 dalam tempoh masa 52 minit.", "Kekalahan ini bukan sahaja mengekang Wei Chong-Kai Wun ke peringkat seterusnya bahkan turut menjadikan mereka tumpas tiga perlawanan berturut-turut daripada tiga pertemuan menentang Shohibul-Bagas di pentas antarabangsa." ]
https://sukanz.com/202112973/
Piala Thomas 2020: Tumpas 1-4 Kepada Jepun, Malaysia Terpaksa Akur Naib Juara Kumpulan D
[ "Walaupun telah mengesahkan diri ke saingan suku akhir, skuad Malaysia yang diketuai oleh pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia terpaksa akur menamatkan saingan peringkat kumpulan Piala Thomas 2020 selaku naib juara.", "Kedudukan tersebut diraih Malaysia selepas tumpas 1-4 kepada Jepun dalam perlawanan akhir melibatkan Kumpulan D di Ceres Arena, petang tadi.", "Malaysia bermula dengan langkah kiri apabila Zii Jia tumpas di tangan pemain nombor 1 dunia, Kento Momota dengan keputusan 21-15, 12-21 dan 21-23.", "Tuah juga tidak mengiringi Malaysia apabila regu Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut tumpas kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dengan keputusan 13-21 dan 13-21.", "Peluang Malaysia untuk muncul juara kumpulan tertutup rapat apabila pemain perseorangan kedua, Cheam June Wei juga tewas. Dia tumpas kepada  Kanta Tsuneyama dengan keputusan 20-22 dan 13-21.", "Perlawanan keempat turut tidak memihak kepada Malaysia. Pasangan beregu kedua negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin tumpas kepada Akira Koga-Yuta Watanabe dengan keputusan 10-21 dan 16-21. ", "Bagaimanapun, Malaysia tidak menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan tangan kosong apabila berhasil mencuri satu mata menerusi Leong Jun Hao. Dia yang berada di kedudukan ke-120 mencipta kejutan menumpaskan pemain nombor 16 dunia, Kenta Nishimoto dengan keputusan 21-18 dan 21-19.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia" ]
https://sukanz.com/202113194/
Pemenang Anugerah Puskas, Faiz Subri Kembali Bersama Penang Musim Hadapan
[ "Selepas sekian lama meninggalkan saingan bola sepak professional, Pemenang Anugerah Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Puskas 2016, Faiz Subri kembali menyertai pasukan lamanya.", "Menerusi satu perkongsian di pelbagai platform media sosial Penang FC, kelab itu mengesahkan mengikat kontrak pemain berusia 33 tahun itu selama setahun untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.", "“Ibarat sireh pulang ke gagang, Faiz Subri sah sebagai pemain Penang FC musim 2022. Penerima anugerah Puskas tahun 2016, Faiz Subri sah mengikat kontrak selama setahun bersama pasukan Penang FC bagi musim 2022.” tulis kenyataan kelab, pada hari ini.", "Baca: Pemilik Kelantan Tertarik Dengan Skil & Bakat Pemenang Anugerah Puskas?", "Ianya merupakan satu kejutaan daripada pasukan yang menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga musim ini. Manakan tidaknya, awal Oktober lalu, Faiz yang mempunyai kepakaran dalam situasi bola mati telah menarik minat daripada pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman.", "Bukan itu sahaja, Norizam atau terkenal dengan panggilan Zamsaham turut berkeinginan untuk membawa pemain tersebut ke Kota Bharu bagi menguatkan Kelantan pada musim hadapan.", "Untuk makluman semua, Penang atau dahulunya dikenali sebagai Pulau Pinang merupakan pasukan profesional terakhir diwakili oleh Faiz pada tahun 2019.", "Selepas daripada itu, karier bola sepak Faiz lebih tertumpu kepada pasukan semi-profesional dan amatur seperti Northern Lions Football Club dan Kuala Kangsar FC." ]
https://sukanz.com/202217920/
Bank Islam Lancar Kad Kredit-i Visa Bertemakan FIFA – Terhad Kepada 10,000 Unit Sahaja
[ "Menjelang kejohanan ulung Piala Dunia 2022 yang berlangsung penghujung tahun ini, Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dengan kerjasama Visa melancarkan kad kredit-i bertemakan FIFA, pada hari ini.", "Permohonan kad kredit-i ini dibuka kepada pelanggan sedia ada dan baharu Bank Islam, bagaimanapun, kad kredit-i yang dihiasi dengan ilustrasi trofi ikonik serba emas Piala Dunia itu terhad kepada 10,000 unit sahaja.", "Disamping itu, bersama-sama dengan pelancaran kad kredit-i ini, Bank Islam turut melancarkan Kempen Kad Kredit-i Bank Islam Visa Bertemakan FIFA yang bermula 15 Jun hingga 30 September 2022.", "Kempen ini menjanjikan dua hadiah utama berupa dua tiket perlawanan bagi menonton saingan Piala Dunia, dua tiket penerbangan pergi-balik, penginapan serta wang tunai bernilai RM10,000.", "Selain itu, pemegang kad kredit-i ini turut berpeluang untuk memenangi hadiah saguhati bulanan seperti “cashback” (pulangan tunai), baucer Shopee, baucer sukan, bola rasmi Piala Dunia 2022 serta powerbank 6,000 mAh bertemakan FIFA.", "Untuk memenangi hadiah-hadiah di atas, pemegang kad kredit-i ini perlu berbelanja dengan nilai minimum RM200 dalam satu resit sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.", "Untuk makluman semua, permohonan kad kredit-i bertemakan FIFA ini boleh dibuat di cawangan Bank Islam.", "Featured Image: Bank Islam Malaysia Berhad" ]
https://sukanz.com/20207781/
Danial Amier Sedia Bekerja Keras Untuk Raih Kesebelasan Utama JDT
[ "Pemain tengah berbakat, Danial Amier Norhisham sedia bekerja keras dan keluar daripada zon selesanya demi meraih tempat dalam kesebelasan utama bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Pemain berusia 23 tahun tersebut disahkan sendiri oleh pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim akan menyertai pasukannya untuk saingan bola sepak musim hadapan dalam satu sidang media yang diadakan pada rabu lalu.", "Pemain yang mesra dengan panggilan Boy ini sedia maklum akan bahagian tengah skuad Harimau Selatan dipenuhi dengan pemain-pemain terbaik seperti Leandro Velazquez, Nazmi Faiz Mansor, Natxo Insa, Hariss Harun, Afiq Fazail dan lain-lain. ", "Namun dia tampak bersemangat untuk keluar daripada zon selesanya dan bersaing secara sihat dengan pemain-pemain lain untuk merebut kesebelasan utama dalam pasukan tersebut. ", "Reaksi Danial Amier kepada pengesahan @HRHJohorII yang beliau akan beraksi untuk @OfficialJohor musim depan.#NadiArena #JDT @haliiizahamzah pic.twitter.com/i1V3HVi29M", "“Boy pergi ke sana (JDT) sememangnya untuk merasai persaingan itu, Boy memang tahu sekiranya ke JDT persaingan itu sangat tinggi dengan (ramai) pemain terbaik (terdiri) pemain import dan pemain (tempatan) skuad kebangsaan.”", "“Boy memang perlu bekerja keras sepertimana dicakapkan oleh Tunku Mahkota sendiri. Kena kerja keras untuk dapat tempat dan semua orang diberikan peluang yang sama. Persaingan akan ada di mana-mana.” ujarnya seperti dilaporkan oleh Nadi Arena.", "Selain itu, perpindahan pemain kelahiran Kuala Lumpur ke pasukan selatan semenanjung tanah air itu turut dipengaruhi dengan peluang untuk beraksi di pentas tertinggi dan berprestij bola sepak asia iaitu Liga Juara-Juara AFC (ACL).", "“Boy sendiri kena cabar diri sendiri untuk keluar daripada zon selesa, Boy pergi ke JDT untuk belajar (lebih lagi) untuk menjadi pemain bola sepak yang lebih profesional yang bermain di liga terbaik seperti ACL.” tambahnya lagi.", "Untuk rekod, Danial memulakan karier bola sepak zaman remajanya bersama Frenz United bermula tahun 2014 sebelum berhijrah untuk menyertai skuad Piala Presiden Felda United pada tahun 2017." ]
https://sukanz.com/202219541/
Sanusi: Tahniah JDT Menang Piala FA, Sayangnya Pemain JDT Tak Pandai Cakap Johor
[ "Menteri Besar Kedah merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Noor mengucapkan tahniah ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berjaya menjuarai saingan Piala FA, semalam.", "Ia merupakan trofi Piala FA yang kedua dimenangi oleh pasukan berpangkalan di selatan semenanjung tanah air sejak ianya dijenamakan sebagai JDT oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bermula tahun 2012.", "Namun ucapan tahniah menerusi laman sosial peribadinya itu turut diselangi dengan satu ayat bernada sindiran sambil mengepilkan videonya menggesek biola, “sayangnya pemain JDT tak pandai cakap Johor,”", "Jika dilihatkan kepada kesebelasan utama JDT yang dipertaruhkan oleh Hector Bidoglio semalam, hanya empat daripada sebelas pemain adalah tempatan iaitu Farizal Marlias, Afiq Fazail, Shahrul Saad dan Arif Aiman.", "Selebihnya merupakan pemain berdarah campuran atau mempunyai darah warisan Malaysia seperti Matt Davies, Crobin-Ong dan Natxo Insa serta pemain import, Shane Lowry, Leandro Velazquez, Fernando Forestieri dan Bergson da Silva.", "Terlebih dahulu, sejurus JDT berhasil meraih kemenangan Piala FA semalam, penyerang kelahiran Argentina, Forestieri sempat “bergurau” melalui akaun Instagran peribadinya dengan “menghadiahkan kejuaraan ini” kepada Sanusi.", "Untuk rekod, sebelum berlangsungnya perlawanan akhir Piala FA antara JDT dan Terengganu semalam, Sanusi secara terbuka memberikan sokongan kepada skuad berpangkalan di pantai timur itu atas faktor isterinya merupakan orang negeri Terengganu serta gemar mendukung pasukan yang berstatus “underdog” atau bukan pilihan.", "Pada masa yang sama, beliau turut menyatakan sokongan seluruh rakyat dalam negara ini juga akan pergi kepada Terengganu kecuali orang di negeri Johor." ]
https://sukanz.com/202218215/
Terbuka Malaysia: Perseorangan Lelaki No.1 & No.2 Dunia Berentap Di Pentas Akhir
[ "Perlawanan akhir bagi kategori lelaki dalam saingan Terbuka Malaysia 2022 menyaksikan pertembungan antara pemain No.1 dunia, Viktor Axelsen dan No.2 dunia, Kento Momota.", "Kedua-dua pemain perseorangan lelaki terbaik dunia pada saat ini mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir selepas menyingkirkan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir, hari ini.", "PETRONAS Malaysia Open 2022MS – Semi final21 21 🇯🇵Kento MOMOTA🏅11 12 🇹🇭Kunlavut VITIDSARN", "🕗 in 42 minutes https://t.co/cSJuEgYdqJ", "— BWFScore (@BWFScore) July 2, 2022", "Momota dari Jepun terlebih dahulu mengesahkan kemaraan tersebut selepas berhasil menumpaskan perseorangan No.1 Thailand, Kunlavut Vitidsarn secara “straight set” dengan skor yang berkesudahan 21-11 dan 21-12 dalam tempoh 42 minit permainan.", "Sementara itu, Axelsen dari Denmark pula mara setelah menundukkan pemain Indonesia yang berada di ranking kelapan dunia, Jonatan Christie menerusi tiga set permainan dengan pungutan mata 21-15, 20-22 dan 21-11 dalam tempoh masa 71 minit permainan.", "PETRONAS Malaysia Open 2022MS – Semi final21 20 21 🇩🇰Viktor AXELSEN🏅15 22 11 🇮🇩Jonatan CHRISTIE", "🕗 in 71 minutes https://t.co/pmB3z6GAeA", "— BWFScore (@BWFScore) July 2, 2022", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan yang pertama melibatkan Axelsen dan Momota selepas pertarungan akhir sekitar lapan bulan yang lalu dalam saingan Terbuka Denmark 2021.", "Bercakap mengenai pertemuan ini, dua pemain terbaik dunia pada saat ini telah bertarung sebanyak 16 kali di pentas antarabangsa.", "Bagaimanapun, Momota yang berusia 27 tahun mempunyai rekod yang cukup positif apabila bertemu Axelsen dengan mencatatkan 14 kemenangan daripada 16 pertemuan terbabit.", "Namun begitu, jika dilihat kepada persembahan semasa, Axelsen berada dalam prestasi terbaiknya pada ketika ini dengan merekodkan 14 kemenangan berturut-turut. ", "Kemenangan itu dirakamkan sejak daripada saingan Indonesia Masters diikuti Terbuka Indonesia pada bulan lalu dimana dia muncul juara dalam kedua-dua kejohanan terbabit sebelum mengambil bahagian di saingan Terbuka Malaysia, minggu ini..", "Featured Image: Viktor Axelsen Instagram & Yonex Japan" ]
https://sukanz.com/202220225/
Presiden KLFA: Sebanyak 10,000 Tiket KL City vs Al-Seeb Telah Dijual
[ "Penjualan tiket bagi perlawanan akhir Piala AFC yang menemukan Kuala Lumpur City (KL City) dan Al-Seeb mula dibuka secara atas talian di laman Tickethotline pada Isnin lalu.", "Menurut makluman oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), YB Khalid Samad, sebanyak 10,000 keping tiket bagi perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu telah terjual setakat hari ini", "Perkara tersebut dikongsikannya dalam satu sidang media yang turut dihadiri Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa dan Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, petang tadi.", "Sementara itu, pihak KL City dalam satu kenyataan terbaru turut memaklumkan mengenai penjualan secara fizikal bermula hari ini sehingga hari perlawanan, Sabtu nanti.", "Untuk makluman semua, jumlah tiket yang telah dijual itu adalah bersamaan dengan sekitar 10% kapasiti tempat duduk di SNBJ. Sebagai rekod, stadium tersebut mampu memuatkan sekitar 87,000 penonton pada satu-satu masa." ]
https://sukanz.com/202114288/
Kejohanan Dunia BWF: Perseorangan Lelaki No.1 Disingkirkan Pemain Singapura di Pusingan 64
[ "Satu kejutan berlaku di pentas Kejohanan Dunia BWF apabila pemain badminton perseorangan lelaki No.1 dunia, Viktor Axelsen tersingkir di Pusingan 64.", "Pemain kelahiran Denmark merangkap pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu tersingkir setelah tumpas di tangan pemain Singapura, Loh Kean Yew.", "TotalEnergies BWF World Championships 2021MS – Round of 6414 21 21 🇸🇬Kean Yew LOH🏅21 9 6 🇩🇰Viktor AXELSEN🕗 in 54 minutes https://t.co/mNO89tQb7E", "Kean Yew yang berada di ranking ke-22 dunia dengan keputusan 14-21, 21-9 dan 21-6 dalam tempoh masa perlawanan yang menghampiri satu jam di Huelva, Sepanyol pada malam tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, persembahan yang ditampilkan oleh Viktor tidak berada di tahap yang sepatutnya walaupun dia masih segar dengan kejayaan muncul juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2021, pada minggu lalu.", "Sementara itu, kejayaan Kean Yew yang merupakan pemain kelahiran Pulau Pinang menumpaskan Viktor membolehkan dia mara ke Pusingan 32. Menantinya di pusingan tersebut adalah pemain Austria, Luka Wraber yang berada di ranking 93 dunia." ]
https://sukanz.com/20206828/
Pemilik Zamburger Beli Pasukan Kelantan Dengan Harga RM6.8 Juta
[ "Pemilik Zamburger, Norizam Tukiman membeli 100% saham syarikat yang memiliki pasukan bola sepak Kelantan, TRW Sdn Bhd sekaligus menjadi pemilik baharunya.", "Dilaporkan keseluruhan saham itu dijual pada harga RM3 juta dan dia turut membayar RM3.8 juta kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk menyelesaikan hutang lapuk.", "Majlis tandatangan penjualan saham TRW Sdn Bhd dan Norizam telah berlangsung di Hotel Perdana, Kota Bharu, petang tadi.", "“Kita bayar pada harga RM3 juta bagi pembelian saham, dan kita dahulukan sebanyak RM3.8 juta kepada KAFA untuk menyelesaikan semua hutang-hutang yang ada.”", "“Jadi maksudnya di sini, jumlah perbelanjaan yang kita keluarkan adalah sebanyak RM6.8 juta. Dan selebihnya daripada RM6.8 juta itu syarikat Zamburger tidak tanggung.” kata Norizam di hadapan para wartawan.", "Difahamkan jumlah yang dikeluarkan oleh syarikat Zamburger itu sudah memadai untuk melupuskan semua hutang dan tunggakan samada kepada para pemain mahupun agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).", "Sementara itu, Norizam turut menyasarkan Kelantan untuk kembali ke saingan Liga Super musim hadapan. Ketika ini, skuad kendalian Yusri Che Lah menduduki tangga ke-8 dengan kutipan 4 mata daripada 5 perlawanan." ]
https://sukanz.com/202325518/
UBB Amanah Lanjut Penajaan Terhadap KL City
[ "Menjelang perlawanan akhir Piala FA 2023, kelab bola sepak berpangkalan di ibu negara, Kuala Lumpur City FC (KL City) menerima suntikan kewangan dan motivasi tambahan apabila UBB Amanah Berhad tampil melanjutkan penajaan.", "Pemeteraian kerjasama penajaan antara KL City dan syarikat amanah yang ditubuhkan pada tahun 1988 itu diadakan dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.", "Ianya dimeterai oleh Stanley Bernard selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City dan Aida Othman merangkap CEO UBB Amanah Berhad sambil disaksikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad dan pemilik kelab, Azri Azerai.", "Hasil kerjasama ini, logo UBB Amanah Berhad kembali menghiasi ruangan hadapan jersi home dan away KL City kendalian Bojan Hodak.", "Bagaimanapun, tiada sebarang jumlah penajaan didedahkan kepada umum oleh pihak UBB Amanah Berhad.", "Akan tetapi, Aida yang memaklumkan dirinya merupakan penyokong skuad The City Boys sejak kecil turut berharap kerjasama ini dapat menyumbang kepada pembangunan bola sepak di Kuala Lumpur. ", "Selain logo UBB Amanah Berhad, bahagian hadapan jersi KL City turut dihiasi iklan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).", "Featured Image: Kuala Lumpur City" ]
https://sukanz.com/202324989/
Sunway Pyramid Ice Anjurkan Siri Kejuaraan Skate Malaysia Edisi Ke-14
[ "Gelanggang ais pertama di Malaysia, Sunway Pyramid Ice bakal menjadi lokasi Siri Kejuaraan Ice Skating Institute Asia (ISIAsia), Skate Malaysia bagi edisi ke-14 bermula sejak 22 Jun (Khamis) hingga 25 Jun (Ahad). ", "Kejohanan kali ini bakal menyaksikan 450 peluncur daripada tujuh negara iaitu Malaysia, Filipina, Thailand, Indonesia, China, Amerika Syarikat dan Kuwait bakal berkumpul di bawah bumbung yang sama – di tengah-tengah pusat membeli-belah Sunway Pyramid.", "Majlis pembukaan Siri Kejuaraan Ice Skating Institute Asia (ISIAsia), Skate Malaysia 2023 telah dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sunway Malls & Theme Parks, HC Chan; Presiden ISIAsia, Harry Janto Leo dan Presiden Persatuan Luncur Ais Malaysia (ISAM), Billy Johan.", "Dalam majlis perasmian tersebut, HC Chan berkata pihaknya amat berbangga dapat terus menganjurkan kejohanan dan pertandingan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa saban tahun di Sunway Pyramid Ice. ", "Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pula gembira melihat sukan luncur ais dapat diadakan di dalam pusat membeli-belah yang bukan sahaja menarik lebih ramai pengunjung untuk menyaksikan sukan tersebut berlangsung malahan mengundang lebih ramai penaja untuk melabur.  ", "Seusai tamat majlis pembukaan kejohanan, para tetamu kehormat dan pengunjung turut disajikan dengan pertunjukan khas daripada atlet luncur ais cilik dan dewasa daripada Akademi Luncur Sunway Pyramid Ice serta pemenang pingat emas Trofi Terbuka Thailand 2023, Fang Ze Zeng. ", "Fang Ze Zeng yang telah menyertai kejohanan Skate Malaysia sejak 2016 hadir untuk mempertahankan kejuaraannya menentang peserta-peserta baharu yang bakal mengambil bahagian dalam kejohanan tahun ini. ", "Sebagai tambahan, Akademi Luncur Sunway Pyramid Ice telah melatih lebih 21,000 pemain luncur ais dalam mencari potensi sebenar mereka dalam sukan musim sejuk itu dalam tempoh 26 tahun. ", "Featured Image: Sunway Pyramid Ice" ]
https://sukanz.com/202220167/
Pertahanan PJ City, P. Rajes Meninggal Dunia Pada Usia 37 Tahun
[ "Pertahanan Petaling Jaya City FC (PJ City), P. Rajes dilaporkan meninggal dunia pada usia 37 tahun, awal pagi tadi.", "Merupakan antara tonggak utama bagi skuad berjulukan The Pheonix pada musim ini, Rajes dilaporkan meninggal dunia kerana terlibat dalam satu kemalangan di jalan raya.", "Bersama PJ City musim ini, Rajes berhasil membuat 15 penampilan dan membantu pasukan ini menghuni tangga kesembilan Liga Super.", "R.i.p my brother P.Rajesh.teamates Selangor 2014.player Pj city musim ni.dikhabarkan kemalangan jalan raya.awal sangat ni cha 🥹😢", "— Shahrom Kalam (@ShahromKalam) October 17, 2022", "Antara yang awal berkongsikan berita penuh kedukaan ini adalah bekas rakan sepasukannya suatu masa dahulu, Shahrom Kalam menerusi satu ciapan di akaun twitter miliknya.", "Untuk makluman semua, Rajes mula menyertai PJ City pada tahun 2018 dimana ketika itu pasukan ini dikenali sebagai Malaysian India Sports Council – Malaysia Indian Football Association (MISC-MIFA). ", "Sebelum itu, Rajes pernah menyertai PKNS FC, Selangor serta Kedah.", "Mendiang pergi meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. " ]
https://sukanz.com/202218046/
Piala AFC: KL City Buka Kempen Kumpulan H Tanpa Kemenangan
[ "Kuala Lumpur City (KL City) ternyata tidak mengambil manfaat penuh beraksi di tempat sendiri untuk merekodkan kemenangan dalam perlawanan pembukaan peringkat Kumpulan H dalam saingan Piala AFC 2022.", "Sebaliknya skuad kendalian Bojan Hodak ini hanya meraih keputusan seri tanpa sebarang jaringan ketika turun beraksi menentang wakil Indonesia, PSM Makassar di Stadium Bola Sepak Cheras, sebentar tadi.", "Dalam permainan tersebut, KL City yang juga merupakan juara Piala Malaysia 2021 dilihat melancarkan banyak serangan ke arah gawang PSM Makassar.", "⏰ FT: 🇮🇩 PSM Makassar 0️⃣-0️⃣ Kuala Lumpur City FC 🇲🇾 ", "Both sides cancel each other out in their campaign opener and settle for a point each in Group H! #AFCCup2022 | #PSMvKLC pic.twitter.com/k9yfsFiWn6", "— #AFCCup2022 (@AFCCup) June 24, 2022", "Namun begitu, ketumpulan bahagian serangan yang ketara menjadikan skuad The City Boys tidak dapat merekodkan kemenangan sekaligus terpaksa akur dengan keputusan 0-0 sehingga pengadil perlawanan meniup wisel menamatkan permainan.", "Dengan keputusan ini, KL City dan PSM Makassar terpaksa berpuas hati memungut satu mata masing-masing daripada perlawanan sulung ini.", "Untuk perlawanan seterusnya, PSM Makassar dijadualkan turun menentang wakil Singapura, Tampines Rovers pada 27 Jun (Isnin) hadapan di venue yang sama.", "Sementara itu, KL City pula akan menghadapi perlawanan kedua dan terakhir menentang Tampines Rovers pada 30 Jun (Khamis).", "Untuk makluman, hanya juara kumpulan serta satu naib juara terbaik antara Kumpulan G, H dan I akan layak ke peringkat seterusnya." ]
https://sukanz.com/202216514/
Orleans Masters: ‘Patatimo Boys’ Cipta Kejutan Singkir Adik Beradik Popov No.30 Dunia
[ "Pasangan beregu muda lelaki negara, Wan Arif Junaidi dan Haikal Nazri yang berusia 19 tahun masing-masing mencipta kejutan dengan menyingkirkan beregu tuan yang berada di ranking ke-30 dunia pada Pusingan 32, Orleans Masters, awal pagi tadi.", "Arif-Haikal yang berada di ranking ke-103 pada ketika ini mencipta kejutan ke atas beregu Christo Popov dan Toma Junior Popov yang sememangnya dikenali sering beraksi di pelbagai kejohanan besar sebelum ini. ", "Orleans Masters 2022MD – Round of 32 🇲🇾Junaidi Arif🏅19 24 21 🇲🇾Muhammad Haikal🏅21 22 19 🇫🇷Christo Popov 🇫🇷Toma Junior Popov", "🕗 in 72 minutes https://t.co/1SPQgYndZ7", "— BWFScore (@BWFScore) March 30, 2022", "Perlawanan antara Arif-Haikal atau lebih dikenali sebagai ‘Patatimo Boys’ menentang adik beradik Popov yang diletakkan sebagai pilihan kedua ini berlangsung amat sengit dan melibatkan tiga set permainan. ", "Adik beradik Popov terlebih dahulu memenangi set pertama dengan skor 21-19. Namun, Arif-Haikal berhasil bangkit untuk memenangi set kedua dengan skor 24-22 sekaligus mengheret adik beradik Popov itu ke set penentuan.", "Di awal set penentuan, Arif-Haikal yang merupakan kelahiran Terengganu dan Kelantan masing-masing ini ketinggalan seketika namun di pertengahannya, mereka sekali lagi bangkit dan memenanginya dengan skor 21-19.", "Untuk makluman semua, pertarungan ini berlangsung dalam tempoh melebihi satu jam permainan.", "Sementara itu, Patatimo Boys yang berhasil mara ke Pusingan 16 akan berhadapan dengan cabaran beregu dari Indonesia, Panjer Dadiara dan Bryan Elohim yang menduduki ranking ke-223 dunia.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia" ]
https://sukanz.com/202217335/
Ranking BWF: Pearly-Thinaah Sertai ‘Top 10’ Dunia Buat Pertama Kali
[ "Beregu badminton wanita utama negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan berhasil menempatkan diri dalam kelompok 10 pasangan terbaik dunia, pada minggu ini.", "Kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini menyaksikan Pearly-Thinaah berhasil memintas kedudukan beregu Republik Korea, Chang Ye-na dan Kim Hye-rin yang berada di di tangga ke-10, sebelum ini.", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali pertama pasangan yang berusia 22 dan 24 tahun masing-masing menduduki kelompok 10 beregu terbaik dunia dalam karier.", "Sementara itu, kemaskini terbaru turut menyaksikan gandingan Anna Cheong dan Teoh Mei Xing meraih peningkatan satu anak tangga menjadikan mereka memasuki kelompok 50 pasangan terbaik dunia pada minggu ini.", "Berbeza pula buat beregu wanita muda negara, Low Yeen Yuan dan Valeree dimana mereka merekodkan satu penurunan pada minggu ini. Pemain yang berusia 20 tahun masing-masing ini menghuni ranking ke-74 pada minggu ini.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand" ]
https://sukanz.com/202215605/
Zainal Abidin Hassan Sertai Kelab Liga M3, Imigresen FC?
[ "Biarpun membimbing Melaka United mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia musim lalu, khidmat Zainal Abidin Hassan tetap diketepikan dan digantikan dengan ketua jurulatih baharu dari Bosnia, Risto Vidakovic pada Januari lalu.", "Bagaimanapun, jurulatih berusia 60 tahun ini nampaknya tidak menganggur lama dengan membuka lembaran baharu karier kejurulatihannya bersama kelab yang beraksi dalam saingan Liga M3 iaitu Imigresen FC.", "Ini berikutan kelibat Zainal dilihat mengendalikan sesi latihan pasukan tersebut pada petang semalam. Perkara tersebut turut dikongsikan menerusi platform media sosial kelab berkenaan, semalam.", "Difahamkan, sebelum ini, Imigresen FC telah menamakan Hamizar Hamzah sebagai ketua jurulatih mereka untuk mengharungi saingan Liga M3 musim ini.", "Untuk makluman semua, setakat dua perlawanan yang telah dilalui, Imigresen FC gagal mengutip sebarang mata setelah tumpas kepada Kinabalu Jaguar FC dan Manjung City FC. Mereka kini menghuni tangga ke-9 dalam Kumpulan A.", "Untuk rekod, Zainal telah mengemudi skuad Hang Tuah selama tiga musim bermula tahun 2018. Sebelum itu, dia turut melatih beberapa pasukan lain seperti Pahang, Selangor dan Pulau Pinang.", "Antara kejayaan yang pernah diraihnya sebagai jurulatih adalah membimbing Pahang memenangi Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih.", "Featured Image: Imigresen Football Club" ]
https://sukanz.com/20208336/
Azizulhasni Awang ‘Rampas’ Kedudukan No.1 Keirin Dunia
[ "Pelumba berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang kini kembali merampas takhta dalam ranking perseorangan dunia bagi saingan keirin lelaki.", "Azizul kembali menduduki tempat pertama dengan pungutan 2195 mata dalam satu kemasikini ranking terbaharu yang dikeluarkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) semalam.", "Azizul kembali merampas tempat pertama tersebut setelah menghuni ranking kedua pada bulan lalu.", "Mengikutinya di tempat kedua adalah pelumba negara matahari terbit, Yuta Wakimoto dengan pungutan 2055 mata.", "Baca: Tempa Nama Dahulu, Barulah Pihak Penaja Datang Mencari – Azizulhasni", "Manakala di tempat ketiga adalah pelumba Belanda, Harrie Lavreysen dengan catatan 1950 mata.", "Sementara itu, seorang lagi pelumba berbasikal negara, Mohd Shah Firdaus Sahrom berada di tanga ke-35 dengan 796 mata.", "Bronze Medal for @AzizulAWANG !! 🥉The pocket rocket celebrates with a wheelie! 🤩🤩 #Berlin2020 pic.twitter.com/kTPvCZPVf3", "Kali terakhir pelumba yang sinonim dengan julukan The Pocket Rocketman ini beraksi di pentas antarabangsa adalah sekitar bulan mac lalu dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Berlin.", "Dalam kejohanan tersebut, Azizul terpaksa berpuas hati dengan merangkul pingat gangsa setelah tamat di belakang Harrie dan Yuta di mana masing-masing meraih pingat emas dan perak.", "Featured Image: Azizulhasni Awang Official" ]
https://sukanz.com/202324382/
VIDEO: Safee Sali Meledak, Atasi West Ham United di Amerika Syarikat
[ "Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali ‘keluar’ dari persaraannya untuk beraksi dalam kejohanan bola sepak tujuh sebelah, The Soccer Tournament (TST) di Amerika Syarikat, semalam. ", "Untuk makluman, TST merupakan sebuah kejohanan melibatkan pemain professional, semi professional dan bekas pemain yang beraksi bagi merebut hadiah utama bernilai AS$1,000,000.", "Dalam kejohanan tersebut, ketajaman Safee yang mewakili Far East United masih menyerlah apabila berhasil menyumbangkan satu jaringan setelah menerima hantaran Fellipe Souza dan terus menggelecek di hadapan sebelum menumpaskan penjaga gol West Ham United, David Martin.", "Jaringan oleh penyerang berusia 39 tahun itu membantu pasukannya memenangi perlawanan pertama bagi Kumpulan D dengan keputusan 4-2. ", "Bagaimanapun, pasukannya tewas pada aksi kedua peringkat kumpulan menentang Culture By Mo Ali FC dengan skor 0-2 sekaligus memerlukan kemenangan menentang Dallas United untuk mara ke pusingan 16. ", "Untuk makluman, Far East United, pasukan yang diwakili Safee mengumpulkan beberapa bekas pemain kebangsaan dari asia tenggara dan Kepulauan Pasifik seperti Greg Nwokolo (Indonesia), Charyl Chappius (Thailand) dan Bienvenido Maranon (Filipina). ", "West Ham United pula tampil dengan beberapa bekas pemain dan pemain akademi kelab tersebut seperti Anton Ferdinand, Carlton Cole, Kennan Forson dan Hayden Mullins. ", "Perlawanan terakhir peringkat kumpulan melibatkan Far East United dan Dallas United akan berlangsung pada 10:30 malam (waktu Malaysia).", "Featured Image: The Soccer Tournament" ]
https://sukanz.com/202219347/
Kenali Juan Torres Garrido – Penolong Ketua Jurulatih Malaysia B-23 Baharu
[ "Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Scott O’Donell turut mengumumkan perlantikan penolong jurulatih Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) yang baharu, pada hari ini.", "Individu yang dilantik bagi membantu E. Elavarasan dalam skuad Harimau Muda ini ialah Juan Torres Garrido, berusia 42 tahun dan datangnya dari Sepanyol.", "Juan mempunyai lesen kejurulatihan Lesen A UEFA dan kerjayanya yang terdahulu banyak berkisar di negara kelahirannya sendiri.", "Bermula tahun 2010, Juan mula berkhidmat bersama CF Damm yang berpangkalan di Barcelona sebagai jurulatih B-18, penganalisis, pencari bakat dan pengarah teknikal.", "Kemudiannya, dia berhijrah ke FC Barcelona dengan berperanan sebagai ketua pencari bakat bagi wilayah Catalunya.", "Jawatan terakhirnya sebelum datang ke Malaysia adalah ketua bola sepak remaja profesional B-23 (head of professional youth football U23) bersama Granada CF." ]
https://sukanz.com/20207565/
Ujian Berat Buat Yamaha, Enam Jurutera Tidak Dapat Sertai French GP
[ "Pasukan Monster Energy Yamaha terpaksa menanggung ujian berat menjelang perlumbaan MotoGP di Le Mans, Perancis apabila enam juruteranya terpaksa dikuarantin.", "Ini kerana salah seorang daripada kumpulan jurutera iaitu ketua projek YZR-M1, Takahiro Sumi didapati positif Covid-19 manakala lima yang lain negatif.", "Keputusan itu dikeluarkan semasa mereka menetap di Andorra – wilayah kecil berhampiran Perancis dan Sepanyol.", "Mereka turut mengadakan ujian sekali lagi dan keputusan masih sama di mana seorang daripadanya adalah positif dan lima lagi yang lain negatif.", "Namun demikian, menurut kenyataan oleh Yamaha, keenam-enam jurutera tersebut dikuarantin dan dan tidak mengikuti pasukan ke perlumbaan di Le Mans.", "Sementara itu, Yamaha sedang giat mencari pengganti kepada enam orang jurutera tersebut. ", "Akan tetapi enam orang jurutera tersebut masih berhubung dengan pasukan menerusi sistem komunikasi bagi membantu pasukan pada perlumbaan yang akan berlangsung ahad ini.", "Featured Image: Monster Energy Yamaha MotoGP" ]
https://sukanz.com/202217164/
Piala Uber: Sumbangan Pearly-Thinaah, Jin Wei Tak Cukup Buat Malaysia Atasi Denmark
[ "Skuad wanita Malaysia bermula dengan langkah kiri, tumpas kepada Denmark pada perlawanan sulung peringkat Kumpulan C dalam saingan Piala Uber 2022, pada hari ini.", "Dalam lima perlawanan yang berlangsung, hanya dua pertembungan sahaja yang dimenangi oleh Malaysia menerusi gandingan beregu pertama Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan serta perseorangan kedua, Goh Jin Wei.", "Pearly-Thinaah yang turun pada perlawanan kedua berhasil mencatatkan kemenangan secara ‘straight set’ ke atas Maiken Fruergaard dan Sara Thygesen dengan skor 21-19 dan 21-19. Kemenangan ini menjadikan Malaysia mengikat Denmark 1-1 pada ketika itu.", "Pada perlawanan ketiga pula, Jin Wei meneruskan momentum kemenangan buat Malaysia dengan menumpaskan Line Christophersen dengan skor 21-12, 11-21 dan 21-5. Kemenangan ini memberikan Malaysia mendahului 2-1.", "Sebelum itu, Malaysia ketinggalan selepas perlawanan pertama apabila perseorangan utama negara, Kisona Selvaduray tumpas kepada Mia Blichfeldt secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 14-21 dan 15-21.", "Bersambung di perlawanan keempat, beregu kedua negara, Teoh Mei Xing dan Anna Cheong gagal meneruskan momentum kemenangan buat Malaysia apabila tewas ‘straight set’ kepada Alexandra Bøje dan Amalie Magelund dengan skor 14-21 dan 10-21. Ini menjadikan Denmark berhasil mengikat kedudukan semasa kepada 2-2.", "Taruhan terakhir buat Malaysia adalah pemain muda berusia 19 tahun, Myisha Mohd Khairul. Bagaimanapun, berhadapan dengan pemain di ranking lebih tinggi daripadanya, Line Kjaersfeldt bukanlah sesuatu yang mudah dan Myisha terpaksa akur tumpas ‘straight set’ dengan keputusan 12-21 dan 9-21.", "Kekalahan Myisha itu menjadikan Malaysia tumpas 2-3 kepada Denmark dan gagal memungut mata pada hari ini. Esok, skuad wanita negara akan turun menentang skuad tuan rumah, Thailand perlawanan kedua.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia " ]
https://sukanz.com/202218687/
Malaysia B-19 Pertaruh 70% Muka Baharu Hadapi Kejohanan Antarabangsa Jemputan Di Vietnam
[ "Ketua jurulatih skuad kebangsaan bawah 19 tahun (B-19), Hassan Sazali Mohd Waras menyenaraikan 70% muka baharu untuk menghadapi sebuah kejohanan jemputan yang berlangsung di Vietnam, bermula minggu hadapan.", "Menurut makluman daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hanya enam pemain sahaja yang dipanggil pada kali merupakan anggota skuad yang menjuarai saingan Kejuaraan B-19 AFF, pertengahan Julai lalu. Selebihnya, 14 pemain lagi merupakan muka baharu.", "Kesemua 20 pemain yang dipanggil ini akan menyertai kem latihan pusat bermula 2 Ogos (Selasa) kelak.", "Senarai 20 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Skuad B-19 Kebangsaan Bermula 2 Ogos 2022 Bagi Menghadapi Youth International U19 Football Tournament 2022 Di Vietnam", "Baca siaran media penuh di ➡️ https://t.co/PdlnR4QgqG#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/yWDWuK6Gzk", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 28, 2022", "Untuk pengetahuan semua, Kejohanan Bola Sepak Remaja Antarabangsa B-19 ini merupakan anjuran Konfederasi Bola Sepak Vietnam (VFF). Ianya akan dilangsungkan bermula 5 hingga 11 Ogos kelak di Binh Duong, Vietnam.", "Di kejohanan ini, Malaysia akan berhadapan dengan skuad tuan rumah serta dua buah pasukan ASEAN iaitu Thailand dan Myanmar. Malaysia akan memulakan saingan dengan menentang Thailand (5 Ogos) diikuti dengan Vietnam (7 Ogos) dan Myanmar (9 Ogos).", "Manakala perlawanan penentuan tempat ketiga dan perlawanan final akan berlangsung pada 11 Ogos.", "Difahamkan, Malaysia mengambil bahagian dalam saingan jemputan ini sebagai persiapan untuk menghadapi cabaran Kelayakan Piala Asia B-20 2023 yang akan berlangsung pada September nanti.", "Featured Image: FAM / AFF" ]
https://sukanz.com/202218413/
FAM & Ketua Jurulatih B-23 Negara ‘Bercerai’ Dengan Persetujuan Bersama
[ "Khidmat ketua jurulatih bawah 23 tahun (B-23) negara dari Australia, Brad Maloney tidak lagi akan digunakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).", "Ini selepas badan induk negara melepaskan jurulatih berusia 50 tersebut dengan persetujuan bersama menerusi satu siaran media yang dikeluarkan pada hari ini.", "“Ia dicapai selepas Maloney hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin di Wisma FAM, Kelana Jaya, pagi tadi,”", "SIARAN MEDIA: FAM LEPAS BRAD MALONEY MENERUSI PERSETUJUAN BERSAMA", "▶️ Baca penuh di https://t.co/Kui3O5sxjP", "MEDIA RELEASE: FAM RELEASES BRAD MALONEY BY MUTUAL AGREEMENT", "▶️ Read more at https://t.co/Kui3O5sxjP#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/fFfqFXgejS", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 13, 2022", "“Bagi membentangkan laporan prestasi pasukan kendaliannya pada Sukan SEA 2021 di Vietnam, Mei lalu dan Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan, Jun lalu.” kata Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar.", "“Maloney merakamkan ucapan terima kasih kepada FAM kerana telah memberi peluang untuk beliau berkhidmat selama lapan tahun sejak 2014 yang mana ia telah banyak membantu dalam meningkatkan karier kejurulatihannya,”", "“Bermula sebagai penolong jurulatih B-23 kebangsaan kepada Datuk Ong Kim Swee sehinggalah dilantik sebagai ketua jurulatih B-19 kebangsaan pada 2019 dan seterusnya ketua jurulatih B-23 kebangsaan.” tambahnya lagi.", "Setakat ini, tiada sebarang makluman daripada FAM siapakah yang akan menggantikan tempat Maloney bermula saat ini. " ]
https://sukanz.com/2020151/
Man Utd Senaraikan Dembele Sebagai Alternatif Kepada Sancho
[ "Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United menyenaraikan Ousmane Dembele sebagai alternatif sekiranya tidak mendapat khidmat Jadon Sancho, lapor ESPN.", "Sebelum ini, Borussia Dortmund seakan-akan memberi isyarat bahawa Jadon Sancho akan kekal bersama mereka untuk saingan Bundesliga 2020/21 sekaligus membantutkan usaha Manchester United untuk membawanya ke Old Trafford.", "Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan Dembele yang juga pemenang Piala Dunia 2018 baru sahaja memasuki peringkat awal iaitu perbincangan secara tidak rasmi di antara kedua-dua kelab.", "Difahamkan Barcelona dalam keadaan terdesak untuk melepaskan bebanan gaji sebanyak £200,000 seminggu ekoran pandemik Covid-19 yang memberikan impak terhadap kewangan kelab-kelab bola sepak.", "Untuk rekod, Dembele dibeli oleh Barcelona daripada Borussia Dortmund pada ogos 2017 dengan harga permulaan £96.8 juta dan diikat dengan kontrak selama lima tahun. Ketika itu, mereka memasukkan klausa pelepasan ‘gila’ iaitu sebanyak 400 juta euro.", "Bagaimanapun beberapa siri kecederaan dan hanya tampil sebanyak lima kali dalam saingan La Liga 2019/20 menyebabkan Barcelona mengumumkan pengurangan harga pelepasan Dembele kepada £37 juta sahaja menurut beberapa laporan media eropah, mei lalu.", "Selain daripada Dembele, pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solksjaer dilaporkan turut berminat dengan pemain Bayern Munich, Kingsley Coman dan pemain Juventus, Douglas Costa." ]
https://sukanz.com/202325302/
The Bos Gaurus Ikat Bekas Pemain Harimau Muda C
[ "Perak FC mengumumkan kehadiran pemain tempatan baharu, Azalinullah Alias bagi memperkuatkan jentera tengah skuad berjulukan The Bos Gaurus bagi menghadapi baki saingan Liga Super 2023. ", "Azalinullah menjadi pemain ketiga diumumkan kelab milikan XOX Pro Sports itu pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia selepas dua pemain import, Jesper Nyholm (Filipina) dan Kim Youn-do (Republik Korea). ", "Azalinullah Alias mungkin nama yang agak asing buat penyokong tempatan tetapi tidak buat peminat bola sepak Terengganu selepas menjadi salah seorang watak penting semasa beraksi dengan pasukan itu di bawah kendalian Nafuzi Zain. ", "Bermula di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), pemain berusia 27 tahun ini sebenarnya lebih meminati sukan futsal sejak kecil tetapi atas nasihat keluarga, Azalinullah mula berjinak-jinak dengan sukan bola sepak.", "Potensi yang ditampilkan anak jati Terengganu itu mendapat perhatian Harimau Muda C semasa akhir tahun Tingkatan 4 di SSBJ dan mula mewakili skuad remaja kebangsaan ketika berumur 17 tahun.", "Namun, perjalanan karier Azalinullah tidaklah semudah yang disangka apabila mengalami kecederaan pada anterior cruciate ligament (ACL) sebanyak tiga kali sejak usianya baru mencecah 19 tahun.", "Dilepaskan kelab berjulukan Sang Penyu pada penghujung musim lalu, Azalinullah ternyata gembira masih diberikan peluang untuk beraksi dalam Liga Malaysia selepas lebih enam bulan tanpa kelab. ", "Untuk makluman, Azalinullah, Jesper dan Youn-do dibenarkan beraksi menentang Kelantan United pada Jumaat sekiranya selesai segala urusan pendokumentasian memandangkan jendela perpindahan kedua Liga Malaysia telah dibuka sejak Rabu, 5 Julai 2023." ]
https://sukanz.com/202214889/
Syarikat MLM Taja Terengganu RM4.5 Juta Sehingga Tahun 2023
[ "Syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM), TDC Holdings Sdn Bhd diumumkan sebagai penaja utama buat kelab berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC bagi musim 2022 dan 2023.", "Pengumuman rasmi status syarikat berkenaan sebagai penaja utama skuad ‘Black and White’ ini hadir setelah kedua-dua pihak menandatangani kontrak penajaan platinum di pejabat pengurusan kelab, pada hari ini.", "TDC Holdings tandatangani kontrak sebagai \"Penaja Platinum\" Terengganu FC bagi musim 2022 dan 2023.Selamat datang TDC HOLDINGS SDN BHD ke keluarga besar TERENGGANU FC!🖤https://t.co/9yrcWBphZz", "Dimaklumkan, syarikat MLM yang ditubuhkan pada tahun 2016 ini muncul sebagai penaja utama atau penaja platinum selepas bersetuju untuk menawarkan penajaan dalam bentuk kewangan dan barangan yang bernilai RM4.5 juta secara keseluruhan selama dua musim.", "Hasil daripada perjanjian ini, pihak TDC Holdings akan menggunakan jenama salah satu produknya, Colever untuk dipamerkan oleh Terengganu sebagai ‘branding image’ di semua penempatan imej logo tajaan termasuk pada jersi utama pasukan kelak.", "Sebelum ini, logo Colever telah pun tertera di ruangan hadapan jersi latihan pasukan Terengganu sejak bermula tempoh pramusim Disember lalu.", "Untuk makluman semua, syarikat MLM yang menjual pelbagai produk kesihatan ini turut mempunyai sijil pengiktirafan dan perakuan seperti GMP, HACCP, ISO dan Halal Jakim." ]
https://sukanz.com/202112711/
Pemain Lincah Kedah Dipanggil Lubnan Untuk Hadapi Pusingan Ke-3 Kelayakan Piala Dunia
[ "Skuad kebangsaan Lubnan terus menaruh kepercayaan kepada kebolehan yang dimiliki oleh pemain tengah lincah Kedah Darul Aman, Rabih Ataya untuk menghadapi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022, pada bulan ini.", "Rabih yang berusia 32 tahun dipanggil oleh ketua jurulatih Lubnan untuk menghadapi dua perlawanan menentang Iraq dan Syria masing-masing pada 7 dan 13 Oktober melibatkan aksi Kumpulan A sepertimana dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Lubnan (FA Lebanon).", "Artikel Berkaitan: Rabih Ataya Muncul Wakil Tunggal Liga Super ke Pusingan Ke-3 Kelayakan Piala Dunia 2022", "Difahamkan kedua-dua perlawanan ini akan berlangsung di venue berkecuali iaitu di Qatar dan Jordan atas faktor situasi pandemik covid-19 yang masih melanda di kebanyakan negara di dunia.", "Ketika ini, Lubnan berada di kedudukan kelima dalam Kumpulan A selepas beraksi dalam dua perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Republik Korea pada bulan September lalu.", "Artikel Berkaitan: Kenali Rabih Ataya Penyerang Sayap Laju, Lincah & Licik Yang Menjuarai Piala AFC", "Untuk makluman semua, Rabih antara pemain yang turut melakukan sumbangan penting terhadap kemaraan Lubnan ke pusingan ketiga kelayakan ini. Selain itu, skuad kebangsaan negaranya turut mengesahkan tempat dalam saingan Piala Asia 2023.", "Featured Image: Malaysian Football League" ]
https://sukanz.com/202325289/
Selamat Datang Enrique, Terima Kasih Galtier
[ "Kelab gergasi bola sepak Perancis, Paris Saint-Germain akan mengharungi musim 2023-24 kelak dengan bimbingan pengurus baharu kelahiran Sepanyol iaitu Luis Enrique.", "Susuk tubuh berusia 53 tahun terbabit diperkenalkan secara rasmi oleh skuad berjulukan Rouge-et-Bleu dalam satu majlis yang turut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi kelab, Nasser Al-Khelaifi serta Pengarah Sukan, Luis Campo semalam.", "Ketika bercakap dalam sidang media dalam majlis terbabit, Enrique yang pernah beraksi sebagai penyerang serta pemain tengah menyerang bersama Real Madrid dan FC Barcelona semasa bergelar pemain mahu menerapkan falsafah permainan menyerang buat PSG.", "“Identiti menyerang tidak boleh dirundingkan. Falsafah saya adalah mara ke hadapan. Kamu perlu menyesuaikan dengan pemain-pemain yang kamu miliki, dan dapatkan yang terbaik daripada mereka.” katanya. ", "Chairman and CEO Nasser Al-Khelaïfi, Sports Director Luis Campos and new coach Luis Enrique at 𝐂𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐏𝐒𝐆. ", "— Paris Saint-Germain (@PSG_English) July 5, 2023", "Dimaklumkan, individu yang turut pernah membimbing FC Barcelona menjuarai Liga Juara-Juara UEFA pada musim 2014-15 ini diberikan kontrak selama dua tahun yang menyaksikannya kekal sehingga musim panas 2025.", "Selain mengemudi skuad Blaugrana, Enrique turut mempunyai pengalaman membimbing AS Roma, Celta Vigo serta skuad kebangsaan Sepanyol.", "Ketika mengemudi skuad berjulukan La Roja, Enrique yang tidak menyenaraikan sebarang pemain daripada Real Madrid dalam senarai 24 pemain berhasil mara sehingga ke separuh akhir EURO 2020 sebelum tumpas kepada Itali.", "Sebelum itu, PSG mengesahkan perpisahan dengan pengurus sebelumnya, Christophe Galtier yang membawa mereka menjuarai kejuaraan Ligue 1 yang kesebelas – terbanyak pernah dimenangi oleh kelab di Perancis." ]
https://sukanz.com/202219369/
Terbuka Jepun: Kemarau Yew Sin-Ee Yi Ke Pentas Separuh Akhir Menghampiri 8 Bulan
[ "Beregu lelaki No.2 negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi kini menghadapi kemarau menghampiri 8 bulan ke pentas separuh akhir dalam mana-mana kejohanan badminton antarabangsa.", "Gandingan yang berada di ranking kesembilan dunia ini berpeluang untuk menamatkan kemarau tersebut dalam perlawanan peringkat suku akhir di saingan Terbuka Jepun, sebentar tadi.  ", "Namun begitu, beregu Korea yang menghuni ranking ke-34 dunia, Choi Sol-gyu dan Kim Won-ho meranapkan peluang tersebut apabila melakar kemenangan ke atas Yew Sin-Ee Yi.", "DAIHATSU YONEX Japan Open 2022MD – Quarter final 🇰🇷Sol Gyu CHOI🏅17 21 21 🇰🇷Won Ho KIM🏅21 17 13 🇲🇾Yew Sin ONG 🇲🇾Ee Yi TEO", "🕗 in 71 minutes https://t.co/j6hnpy592O", "— BWFScore (@BWFScore) September 2, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, Yew Sin-Ee Yi tumpas menerusi tiga set pertarungan yang berkesudahan dengan skor 21-17, 17-21 dan 13-21 dalam tempoh masa melebihi satu jam permainan.", "Kekalahan ini sekaligus menyingkirkan Yew Sin-Ee Yi daripada saingan Jelajah Dunia Super 750 BWF ini.", "Untuk makluman semua, kali terakhir gandingan bebas (independent) ini mara ke peringkat separuh akhir adalah pada pertengahan Januari lalu dalam saingan Terbuka India yang menemukan mereka dengan gandingan senior, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan." ]
https://sukanz.com/20218963/
Selangor FC Bina Pusat Rehabilitasi & Bakal Dibuka Kepada Umum Untuk Jana Pendapatan
[ "Walaupun telah menjadi salah sebuah pusat latihan terbaik dalam negara, Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) dilihat masih melakukan beberapa penambahbaikan terhadap pusat latihan mereka.", "Antara penambahbaikan yang sedang dilakukan adalah membina sebuah gimnasium baharu, pusat rehabilitasi dan klinik untuk kegunaan para pemain dan staf kejurulatihan Red Giants bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2021.", "Lebih menarik, menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon berkata, dua daripada kemudahan yang sedang dibina tersebut bakal dibuka untuk peminat dan orang ramai sebagai salah satu usaha untuk menjana pendapatan buat kelab.", "“Kita sudah memulakan pembinaan gimnasium yang baharu, pusat rehabilitasi (pemulihan) dan klinik. Pusat rehabilitasi dan klinik tersebut akan dibuka untuk orang awam berkunjung (mendapatkan rawatan) daripada doktor dan (ahli) fisioterapi kami.”", "“Ini antara usaha kami untuk menjana pendapatan (sendiri) disamping digunakan oleh pemain-pemain.” katanya ketika ditemui oleh Sukanz di FAS Training Centre, semalam.", "Membuka pusat rehabilitasi dan klinik yang terdiri kalangan profesional perubatan yang terlibat secara langsung bersama pasukan bola sepak profesional merupakan satu strategi yang bijak. ", "Ianya bukan sahaja dapat menarik orang ramai yang ditimpa kecederaan semasa bersukan atau beriadah untuk mendapatkan rawatan daripada profesional perubatan berkenaan malahan kalangan atlet-atlet daripada bidang sukan yang lain.", "Selain daripada itu, sebuah bangunan dua tingkat turut sedang dibina di pusat latihan tersebut. Difahamkan tingkat pertama bangunan tersebut akan menempatkan kafeteria untuk para pemain dan staf kejurulatihan manakala tingkat kedua pula merupakan pejabat barisan jurulatih Selangor FC.", "“Kita juga sedang membina kafeteria yang merangkumi dapur dan tempat makan untuk para pemain dan staf.” tambahnya lagi sambil menjangkakan kemudahan dan fasiliti yang sedang dibina ini bakal siap pada penghujung februari atau awal mac hadapan.", "Tidak cukup dengan kemudahan dan fasiliti yang dinyatakan di atas, FAS Training Centre bakal mempunyai sebuah padang latihan tertutup yang menggunakan rumput sintetik. Proses pembinaannya akan bermula pada penghujung bulan ini dan dijangka siap pada april kelak. ", "Pembinaan padang tertutup ini bakal memberikan satu kelebihan kepada Selangor FC untuk meneruskan sesi latihannya seperti biasa walaupun sedang mengalami cuaca buruk seperti hujan lebat.", "“Kita akan mulakan pembinaan padang tertutup, (seluas) setengah padang dengan rumput sintetik pada akhir bulan ini atau awal bulan depan.”", "“Kita juga akan tambah padang sintetik (di beberapa tempat) dalam pusat latihan ini sebanyak yang mungkin kerana ianya lebih tahan lasak daripada padang rumput biasa.” tambahnya lagi.", "Berdasarkan makluman oleh Dr. Johan, setelah selesai semua projek pembinaan tersebut maka lengkaplah segala usaha untuk mengadakan kemudahan dan fasiliti buat FAS Training Centre yang terletak di Padang SUK tersebut.", "Untuk makluman, FAS Training Centre yang menjadi pusat latihan rasmi skuada Red Giants mula berwajah baharu dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan ruang pejabat yang lebih segar dirasmikan sendiri oleh DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sekitar julai 2019." ]
https://sukanz.com/202215148/
Restoran Nasi Beriani Taja Penang FC Sebanyak RM100,000
[ "Pasukan yang menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga musim lalu, Penang FC mendapat satu ‘hidangan’ lumayan daripada sebuah perusahaan restoran nasi beriani untuk mengharungi saingan musim ini.", "Menerusi makluman rasmi, dimaklumkan Penang FC telah menjalinkan satu kerjasama dengan perusahaan restoran yang dikenali sebagai Bhai Biryani Sdn Bhd. Hasil kerjasama ini, skuad yang dikenali sebagai Harimau Kumbang ini menerima wang tajaan sebanyak RM100,000 daripada syarikat perusahaan terbabit.", "Manakala syarikat perusahaan itu selaku penaja rasmi mendapat manfaat untuk mendekati pelbagai lapisan peminat pasukan yang dibimbing oleh Tomas Trucha bagi merangsang perniagaan atau perusahaan yang dijalankan mereka sepertimana yang disarankan oleh badan penganjur bola sepak negara, Malaysian Football League (MFL).", "Wang tajaan tersebut disampaikan oleh wakil perusahaan restoran kepada pengurusan tertinggi Penang dalam satu majlis program penajaan yang diadakan beriringan dengan majlis perasmian Bhai Biryani cawangan Pulau Pinang yang bertempat di Lebuh King, Georgetown.", "Majlis ini turut diserikan dengan kunjungan Yang Di-Pertua Negeri (YDP) Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak." ]
https://sukanz.com/202218721/
Ketua Jurulatih Interim Sri Pahang, Dollah Salleh Bergelar Dato’
[ "Ketua jurulatih sementara Sri Pahang FC merangkap bekas penyerang skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh kini bergelar Dato’.", "Dollah yang kembali dilantik untuk mengemudi skuad Tok Gajah  sekitar dua minggu lalu mendapat gelaran berkenaan setelah dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P).", "Darjah kebesaran itu diterima beliau pada majlis istiadat yang berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-63 Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pagi tadi.", "Sekalung tahniah kepada empat bekas pemain bola sepak kebangsaan – Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Ahmad Yusoff dan Yunus Alif atas Penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato'.", "▶️ Baca penuh di https://t.co/LDewZFGWTe#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/mtSvwDtr3Q", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 1, 2022", "Untuk makluman semua, Dollah merupakan pemain skuad kebangsaaan Malaysia sekitar era 1980-an hingga 1990-an. Selain itu, beliau turut pernah menjadi ketua jurulatih skuad senior yang membawa Harimau Malaya muncul naib juara Piala AFF 2014.", "Selain itu, ketua jurulatih Penang FC, Zainal Abidin Hassan turut dikurniakan darjah kebesaran yang sama. Zainal yang juga merupakan bekas skuad Harimau Malaya merupakan salah seorang daripada tujuh legenda bola sepak negara yang tersenarai dalam Kelab Abad FIFA atau FIFA Century Club (pemain yang mencatatkan lebih 100 penampilan antarabangsa).", "Tidak dilupakan, dua orang lagi bekas pemain kebangsaan, Ahmad Yusof (kapten Malaysia ketika meraih pingat emas Sukan SEA 1989) dan Yunus Alif (pemain skuad kebangsaan era 1970-an hingga 1980-an) turut menerima gelaran yang sama oleh Al-Sultan Abdullah.", "Featured Image: Sri Pahang FC" ]
https://sukanz.com/202112809/
BAM Naikkan Pangkat 5 Pemain Remaja ke Skuad Senior Dengan Serta Merta
[ "Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan seramai lima orang pemain perseorangan remaja wanita dinaikkan pangkat untuk menyertai skuad senior kebangsaan dengan serta merta, pada hari ini.", "Menurut satu makluman oleh BAM, pihak pengurusan berbuat demikian untuk memperbesarkan ‘talent pool’ bagi skuad senior perseorangan wanita sekaligus memperkukuhkan jabatan tersebut.", "Lima orang pemain tersebut ialah Joanne Ng, Tan Zhing Yi, Khor Jing Wen, Loh Zhi Wei yang berusia 18 tahun masing-masing serta seorang lagi yang merupakan termuda dalam kalangan kelima-lima pemain iaitu Siti Nurshuhaini Azman yang berusia 17 tahun.", "Untuk makluman semua, Siti Nurshuhaini merupakan sebahagian daripada anggota skuad Malaysia yang disenaraikan untuk mengharungi saingan Piala Uber 2020 yang akan bermula, Sabtu ini.", "Sebagai tambahan, kelima-lima nama yang disebutkan di atas akan menyertai S. Kisona (23 tahun), Eoon Qi Xuan (20 tahun), Myisha Mohd. Khairul (19 tahun) dan K. Letshanaa (18 tahun). ", "Skuad senior kebangsaan untuk perseorangan wanita akan berada di bawah bimbingan ketua jurulatih, Indra Widjaja serta Loh Wei Sheng." ]
https://sukanz.com/202217565/
Ranking BWF: Lee Zii Jia ‘Top 5’ Dunia – Pintas Pemenang Gangsa Sukan Olimpik
[ "Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menempatkan dirinya sebagai pemain No.5 dunia pada minggu ini. Kedudukan itu disahkan menjadi milik Zii Jia selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) melakukan kemaskini terhadap Ranking Dunia (World Ranking) sebentar tadi.", "Sebelum ini, Zii Jia menghuni ranking keenam dunia namun kejayaannya mara ke perlawanan akhir serta memenangi saingan Terbuka Thailand – Jelajah Dunia Super 500 BWF – di Bangkok, Ahad lalu telah memberikannya 9,200 mata.", "Pungutan mata itu membolehkan pemain kelahiran Alor Setar yang berusia 24 tahun ini mengumpul 90,378 mata daripada 10 kejohanan yang diambilkira untuk pengiraan ranking dunia.", "Ianya memadai untuk memintas kedudukan pemain Indonesia merangkap pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2022 Tokyo, Anthony Sinisuka Ginting yang kini mempunyai 87,879 mata.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kedudukan tertinggi pernah diraih oleh Zii Jia dalam karier seniornya setakat ini. ", "Pada masa yang sama, Zii Jia dilihat berpeluang cerah merampas kedudukan No.4 dunia dalam tempoh terdekat dengan syarat meneruskan persembahan konsisten mara ke pentas separuh akhir atau akhir dalam beberapa kejohanan Jelajah Dunia BWF yang mendatang. ", "Terdapat beberapa kejohanan besar di rantau asia tenggara akan dilangsungkan dua bulan berikutnya yang boleh digunakan oleh Zii Jia untuk mengutip mata sebanyak mungkin. ", "Antaranya, saingan Indonesia Masters (Super 500), Terbuka Indonesia (Super 1000), Terbuka Malaysia (Super 750), Malaysia Masters (Super 500) dan Terbuka Singapura (Super 500). Kesemua kejohanan ini dijadualkan berlangsung pada 7-12 Jun, 14-19 Jun, 28 Jun-3 Julai, 5-10 Julai dan 12-17 Julai kelak masing-masing.", "Untuk makluman semua, pungutan mata yang dimiliki pemain senior Taiwan yang kini menghuni ranking keempat dunia, Chou Tien Chen tidak begitu jauh jika dibandingkan dengan mata dimiliki oleh Zii Jia. Ketika ini, Tien Chen memiliki 93,776 mata dan perbezaan mata antara kedua-dua pemain hanyalah 3,398 mata.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand" ]
https://sukanz.com/202218846/
Bekas Peledak JDT, Jorge Pereyra Diaz Sertai Kelab Bawah Naungan Pemilik Man City
[ "Bekas peledak Johor Darul Ta’zim (JDT) suatu masa dahulu, Jorge Pereyra Diaz nampaknya meneruskan karier bola sepaknya bersama sebuah kelab yang bernaung di bawah pemilik Manchester City (Man City) – City Football Group (CFG).", "Menerusi satu makluman, penyerang kelahiran Argentina yang berusia 32 tahun itu diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain baharu Mumbai City FC yang beraksi dalam kancah Liga Super India (ISL).", "Baca: Pemilik Man City, CFG Ambil Alih Satu Lagi Kelab – Palermo FC", "मंडळी! Let’s give a warm मुंबई welcome to our newest Islander – Jorge Pereyra Díaz! 💙🇦🇷#HolaJorge #MumbaiCity #AamchiCity 🔵 @PereyraDiazz pic.twitter.com/4lntbWgoR0", "— Mumbai City FC (@MumbaiCityFC) August 4, 2022", "Dimaklumkan, kelab yang dibeli oleh CFG pada November 2019 itu mengikat khidmat Diaz dengan kontrak selama setahun dimana dia akan menyarung jersi skuad berjulukan The Islanders itu sehingga Mei 2023.", "Untuk pengetahuan semua, Diaz mula beraksi dalam kancah bola sepak India bermula musim lepas bersama Kerala Blasters. Dia berhasil mencetak 8 gol bersama kelab ini dan membantu skuad Manjappada muncul naib juara ISL 2021-22.", "Sebagai tambahan, ketika beraksi bersama JDT suatu masa dahulu, Diaz pernah menggegarkan saingan Liga Malaysia dan membantu skuad Harimau Selatan menjuarai Liga Super (2014, 2016), Piala FA (2016) serta Piala Sumbangsih (2015, 2016 dan 2018).", "Featured Image: Mumbai City FC" ]
https://sukanz.com/202322661/
Piala Asia B-17 2023: Malaysia Diundi Bersama Tuan Rumah
[ "Majlis undian bagi saingan Piala Asia Bawah 17 Tahun (B-17) 2023 telah berlangsung sebentar tadi, di Swissotel Bangkok Ratchada, Thailand. Dalam sesi undian terbabit, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah, Thailand, Yaman dan Laos. ", "Skuad Harimau Muda kendalian Osmera Omaro ini bakal bertemu Yaman sebelum menentang Thailand diikuti dengan aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Laos bermula 15 Jun nanti. ", "Malaysia layak ke saingan Piala Asia B-17 selepas berjaya menjuarai saingan kelayakan peringkat kumpulan B dengan menewaskan Palestin sebelum terikat menentang Guam yang memerlukan Malaysia menang ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Indonesia.  ", "Sementara itu, Kumpulan B menghimpunkan Afghanistan bersama bekas tiga juara edisi sebelum ini – Korea Selatan (1986 & 2022), Iran (2008) dan Qatar (1990).", "Bagi Kumpulan C, naib juara edisi lepas, Tajikistan akan bertemu pasukan gergasi Asia yang terdiri daripada juara dua kali, China (1992 & 2004) dan Arab Saudi (1985 & 1988) serta Australia. ", "Kumpulan D menyaksikan juara bertahan, Jepun bakal bertemu India, Vietnam dan juara edisi 2012, Uzbekistan.", "Kejohanan ini merupakan penampilan keenam Malaysia dalam saingan Piala Asia B-17 yang dijenamakan semula daripada Kejohanan AFC Bawah 16 Tahun (B-16).", "Dalam penampilan terakhir Kejohanan AFC B-16, Malaysia telah dipilih selaku tuan rumah bagi edisi 2018 tetapi gagal mara ke peringkat kalah mati setelah hanya menang ke atas Tajikistan sebelum tewas kepada Thailand dan Jepun. ", "Untuk makluman semua, empat pasukan terbaik Piala Asia B-17 bakal layak secara merit untuk beraksi dalam saingan Piala Dunia FIFA B-17 yang bakal berlangsung pada bulan November tahun ini. " ]
https://sukanz.com/202215841/
Petronas Taja BAM Selama 3 Tahun, Saingan Super 750 Kini Digelar ‘Petronas Malaysia Open’
[ "Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan mendapat tajaan daripada syarikat minyak dan gas negara, Petronas menerusi subsidiarinya, Petronas Dagangan Berhad selama tiga tahun.", "Perkara tersebut diumumkan oleh Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dalam satu majlis menandatangani perjanjian penajaan bersama Petronas yang dimaklumkan terbesar pernah diperolehi oleh badan induk itu, pada hari ini. ", "“Saya berbesar hati mengumumkan Petronas komited untuk memainkan peranan besar dalam menyumbang kepada pembangunan badminton di Malaysia dengan menandatangani perjanjian bernilai jutaan ringgit dalam tempoh tiga tahun,” katanya semasa menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.", "Hasil penajaan tersebut, Petronas mendapat ‘title sponsor’ kepada saingan badminton tempatan bertaraf Super 750 BWF, Terbuka Malaysia bermula musim ini sekaligus menjadikan kejohanan itu bergelar ‘Petronas Malaysia Open 2022’. ", "Sementara itu, pusat latihan badminton kebangsaan pula akan digelar sebagai Petronas Akademi Badminton Malaysia. Selain itu, logo Petronas turut menghiasi pada bahagian hadapan jersi yang disarung oleh para pemain di bawah naungan BAM dalam setiap kejohanan antarabangsa yang disertai mereka.", "Difahamkan jersi dengan logo tajaan Petronas itu akan digunakan bermula dengan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 2022 yang akan berlangsung pada 16 hingga 20 Mac kelak.", "Bagaimanapun, tiada sebarang jumlah penajaan didedahkan oleh kedua-dua pihak." ]
https://sukanz.com/202219286/
Ranking FIFA: Harimau Malaya Jatuh Satu Anak Tangga – Kini Di Kedudukan Ke-148 Dunia
[ "Skuad bola sepak kebangsaan yang berjulukan Harimau Malaya kini merekodkan kejatuhan satu anak tangga dalam kedudukan ranking dunia.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada hari ini, Malaysia yang menghuni tangga ke-147 sebelum ini jatuh di kedudukan ke-148 dunia.", "Berdasarkan pemerhatian, kedudukan ke–147 dunia itu menjadi milik Hong Kong. Kejatuhan Malaysia ini turut terkesan oleh peningkatan sebanyak tiga anak tangga oleh negara benua afrika, Botswana yang kini menghuni tangga ke-146 dunia.", "A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)", "Sementara itu, kemaskini terbaru ini menyaksikan Vietnam kekal sebagai negara yang berada di kedudukan paling tinggi – ranking ke-97 dunia – dalam kalangan negara asia tenggara. Kemudiannya, ia diikuti oleh Thailand dan Filipina yang berada di ranking ke-111 dan ke-134 dunia.", "Malaysia berpeluang untuk memperbaiki kedudukan ranking dunia dengan mencapai kemenangan dalam kejohanan King’s Cup yang akan berlangsung di Chiang Mai, Thailand pada 20 hingga 26 September kelak.", "Kejohanan itu turut disertai oleh Thailand selaku tuan rumah bersama-sama Trinidad & Tobago serta Tajikistan. Untuk makluman, Trinidad & Tobago serta Tajikistan berada di ranking ke-101 dan ke-109 dunia masing-masing.", "Sebagai tambahan, kemaskini ranking dunia yang berikutnya oleh FIFA akan dilakukan pada 6 Oktober 2022.", "Featured Image: Football Association of Malaysia" ]
https://sukanz.com/202111505/
Olimpik 2020: Axelsen Tamatkan Kemarau 25 Tahun Pingat Emas Buat Denmark
[ "Pemain no.2 dunia, Viktor Axelsen menamatkan kemarau pingat emas selama 25 tahun dalam acara badminton perseorangan lelaki buat Denmark di temasya Sukan Olimpik selepas berjaya menumpaskan juara bertahan, Chen Long pada perlawanan akhir.", "Axelsen, 27 tahun, menampilkan persembahan penuh cemerlang dan menumpaskan Chen Long dari China dengan mudah secara dua ‘straight set’ iaitu 21-15 dan 21-11 di Musashino Forest Sport Plaza, hari ini.", "Badminton – Perseorangan Lelaki – Final 🏸🇩🇰 Viktor Axelsen21-15, 21-12🇨🇳 Chen LongPINGAT EMAS MENJADI MILIK AXELSEN BUAT KALI PERTAMA!#Badminton#Tokyo2020", "Sebagai rekod, Axelsen mara ke pentas final Olimpik buat pertama kali dalam kariernya selepas menumpaskan pemain Guatemala, Kevin Cordon di peringkat separuh akhir dan pemain China, Shi Yuqi di peringkat suku akhir. ", "Untuk pengetahuan semua, kali terakhir pemain Denmark memenangi pingat emas ketika menyertai Sukan Olimpik Atlanta 1996. Ketika itu, pingat emas Denmark tersebut disumbangkan oleh Poul-Erik Høyer Larsen. " ]
https://sukanz.com/202216134/
Ketua Jurulatih Liberia, Peter Butler Panggil Kpah Untuk Hadapi 3 Perlawanan Persabahatan Di Turki
[ "Ketua jurulatih skuad kebangsaan Liberia, Peter Butler telah menyenaraikan 23 pemain untuk dipanggil bagi mewakili skuad kendaliannya bagi mengharungi tiga perlawanan persahabatan di Antalya, Turki.", "Dalam kalangan 23 pemain tersebut, nama penyerang baharu Terengganu FC, Kpah Sherman turut sama terselit. Pengumuman senarai itu dikongsikan menerusi platform media sosial Persatuan Bola Sepak Liberia (LFA), malam tadi.", "Selain Kpah yang merupakan satu-satunya pemainnya yang beraksi di benua asia, Butler turut memanggil sebilangan pemain yang berpangkalan di Amerika Syarikat, benua eropah serta pemain-pemain di Liberia.", "Dimaklumkan, skuad bimbingan Butler ini dijadualkan menentang tiga buah pasukan yang juga dari benua afrika. Tiga pasukan tersebut ialah Benin, Sierra Leone dan Burundi pada 24, 27 dan 29 Mac masing-masing.", "Untuk makluman semua, ketiga-tiga negara tersebut menghuni ranking ke-83, ke-107 dan ke-141 dunia. Sebagai perbandingan, Liberia pula berada di ranking ke-145 dunia.", "Featured Image: Liberia Football Association / Terengganu FC" ]
https://sukanz.com/202322384/
TV9 Siar Aksi Harimau Malaya Bertemu Turkmenistan & Hong Kong
[ "Aksi skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya bimbingan Kim Pan-gon ketika jendela antarabangsa FIFA bermula 20hb hingga 28hb Mac kelak dapat disaksikan secara langsung oleh orang ramai menerusi saluran televisyen percuma tempatan, TV9.", "Makluman mengenai perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh TV9 menerusi hantaran di pelbagai platform media sosialnya, semalam.", "A post shared by TV9 Malaysia (@tv9malaysia)", "Untuk makluman semua, sepanjang tempoh itu, Harimau Malaya akan menghadapi dua perlawanan iaitu bertemu Turkmenistan dan Hong Kong pada 23hb (Khamis) dan 28hb (Selasa) Mac masing-masing di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.", "Program siaran langsung itu akan bermula jam 9.30 malam manakala sepak mula dijadualkan setengah jam berikutnya.", "Bagi menghadapi dua perlawanan ini, Pang-gon telah memanggil  27 pemain yang majoritinya terdiri daripada pemain yang beraksi di Liga Super serta dua pemain yang beraksi di luar negara iaitu Dion Cools (Buriram United, Thailand) dan Nooa Laine (SJK Seinajoki, Finland).", "Featured Image: Football Association of Malaysia" ]
https://sukanz.com/202214867/
Piala AFC 2022: Kedah Jumpa Juara Liga Indonesia & Juara Copa Paulino Alcantara
[ "Naib juara Liga Super 2021, Kedah Darul Aman FC atau dikenali sebagai Kedah bakal berhadapan dengan juara Liga 1 Indonesia 2019 serta juara Copa Paulino Alcantara 2021 dari Filipina dalam saingan Piala AFC 2022.", "Hasil undian yang dijalankan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada hari ini, Kedah yang dibimbing oleh Aidil Sharin Sahaka akan menentang pasukan Bali United (Indonesia) dan Kaya FC – Iloiloi (Filipina) di peringkat Kumpulan G.", "PIALA AFC 2022 | KUMPULAN G – ZON ASEANKaya FCBali United FCKedah Darul Aman FCPlay-Off Winner#kdafc #AFCCUP2022 pic.twitter.com/Pm4tRbiBO0", "Sementara itu, melengkapkan saingan kumpulan ini adalah pemenang play-off samada pasukan Visakha FC (Kemboja) atau Young Elephants (Laos). Perlawanan play-off ini akan berlangsung sekitar pertengahan April kelak.", "Pada masa yang sama, AFC turut memaklumkan, saingan peringkat kumpulan Piala AFC pada musim ini akan dilangsungkan secara berpusat bagi memastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak yang terlibat agar terhindar daripada wabak Covid-19.", "Saingan peringkat kumpulan ini dijadualkan bermula pada Mei kelak." ]
https://sukanz.com/202111501/
Olimpik 2020: Tiada Kejutan Daripada Atlet Guatemala, Anthony Ginting Raih Gangsa Buat Indonesia
[ "Tiada kejutan dilakukan oleh pemain badminton perseorangan lelaki Guatemala, Kevin Cordon dalam perlawanan perebutan pingat gangsa di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Cordon yang berada di ranking ke-59 dunia terpaksa akur dengan kehebatan pemain muda Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting yang menumpaskannya dengan mudah secara dua ‘straight set’.", "Congratulations to @sinisukaanthony on winning Indonesia’s 🇮🇩 first men’s singles medal 🥉 since Taufik Hidayat's gold at Athens 2004. 🙌🙌#RaiseARacket 🏸 #Tokyo2020 #Olympics pic.twitter.com/nl7DlLWE8m", "Ginting yang menduduki ranking ke-5 dunia memenangi set pertama 21-11 sebelum menamatkan set kedua dengan mata 21-13.", "Untuk makluman semua, Cordon yang mewakili Guatemala – sebuah negara bukan ‘powerhouse’ dalam sukan badminton – mencipta kejutan menumpaskan pemain no.29 dunia, Mark Caljouw (Belanda) di pusingan 16 dan no.28 dunia, Heo Kwang-hee (Korea) di peringkat suku akhir.", "📖 More history made at #Tokyo2020Kevin Cordón from Guatemala 🇬🇹 becomes the first Latin American to make an #Olympics #badminton quarter-final 👏#UnitedByEmotion | #StrongerTogether pic.twitter.com/CBu3igAmck", "Bagaimanapun, kisah dongengnya di dalam acara badminton perseorangan lelaki di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 tamat di peringkat separuh akhir apabila tumpas kepada pemain no.2 dunia, Viktor Axelsen dari Denmark. ", "Sementara itu, kejayaan Ginting memungut pingat gangsa pada hari ini menjadikan Kontinjen Indonesia telah mengutip lima pingat dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 setakat ini." ]
https://sukanz.com/20206607/
MotoGP: Potong di selekoh akhir, Oliveira raih kejuaraan pertama di Styria GP
[ "Pelumba Red Bull KTM Tech3, Miguel Oliveira dinobatkan juara saingan MotoGP buat pertama kali selepas memenangi perlumbaan epik Styria GP, semalam.", "Kemenangan itu dirangkul Miguel apabila dia berjaya memintas dua pelumba iaitu Jack Miller dan Pol Espargaro pada selekoh terakhir di Litar Red Bull Ring, Spielberg.", "Ini merupakan kemenangan pertamanya yang mula beraksi dalam saingan kelas premier MotoGP sejak musim lalu dan juga kemenangan pertama buat jentera KTM di litar ini.", "🇵🇹 Miguel Oliveira becomes the FIRST ever Portuguese rider to win a race in the premier class. 👏#MotoGP #MotoMad #AustrianGP https://t.co/vweruVw7yn", "The 112th premier class winner! 🙌 @_moliveira88 and @Tech3Racing etch their names into #MotoGP history! #AustrianGP 🏁 pic.twitter.com/hcH29rx2Xh", "Sementara itu, dalam perlumbaan tersebut pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales tidak dapat menamatkan perlumbaan kerana jenteranya menghadapi masalah brek.", "Pada pusingan ke-16 pelumba Sepanyol itu terpaksa membuat keputusan melompat daripada motosikalnya untuk menyelamatkan diri apabila brek tidak berfungsi sama sekali.", "MAVERICK VINALES IS OUT! 😱The Spaniard falls off the track after the bike appears to have a brake problem and the bike is on fire!The red flag is out…#MotoGP #MotoMad #AustrianGP pic.twitter.com/oKY9bX0ege", "Ketika itu dia sedang menunggang pada kelajuan sekitar 200km/j. Bagaimanapun, Vinales tidak menghadapi sebarang kecederaan dan dia bingkas bangun manakala jentera M1 miliknya terbakar setelah merempuh bahagian tepi litar.", "Ekoran daripada kejadian tersebut, bendera merah dinaikkan dan perlumbaan dihentikan seketika. Perlumbaan bersambung semula dengan baki 12 pusingan.", "Foto: Red Bull KTM Tech3" ]
https://sukanz.com/202322309/
KBS Bakal Lancar Kelas Renang Percuma Untuk Kanak-Kanak Keluarga B40
[ "Sebuah program kelas renang percuma buat kanak-kanak daripada keluarga B40 bakal dilancarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam masa terdekat – jangkaan pada bulan ini.", "Program bersifat pendidikan sukan ini bakal dilaksanakan sepanjang tahun di fasiliti kolam renang milik kerajaan di negeri terpilih khususnya di kawasan yang mencatatkan kadar kematian tinggi akibat lemas.", "Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Parlimen, semalam.", "Hannah yang juga merupakan Ahli Parlimen Segambut memberikan butiran tambahan bahawa program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini akan memberikan manfaat kepada 1,600 kanak-kanak yang berumur dari 3 hingga 12 tahun.", "Semasa penggulungan itu, beliau turut menyelitkan data yang dikongsikan kepadanya bahawa kira-kira sebanyak 500 kes lemas melibatkan kanak-kanak dilaporkan setiap tahun.", "Beliau mengharapkan dengan program ini dapat mengurangkan serta mengelakkan kes lemas dalam kalangan kanak-kanak." ]
https://sukanz.com/202110276/
Kante Makan Nasi Lemak Lauk Ayam Masak Merah Sebelum Lawan Man City
[ "Menu nasi lemak bukan menjadi satu kesalahan untuk dimakan oleh pemain bola sepak profesional. Bahkan menu yang menjadi kegemaran majoriti penduduk Malaysia itu turut dimakan oleh pemain bola sepak terkenal, Ngolo Kante.", "Menerusi satu laman sosial milik restoran masakan ala Malaysia yang berpangkalan di London, Tukdin Flavours of Malaysia berkongsikan pemain tengah Chelsea terbabit telah datang untuk menjamu selera di situ.", "“Kante menikmati nasi lemak kosong dan ayam masak merah sebelum terbang ke perlawanan akhir Champions League. Selamat maju jaya Kante.” tulis akaun media sosial restoran tersebut.", "Difahamkan Kante menikmati juadah nasi lemak tersebut sebelum menyertai pasukannya terbang ke Portugal (hari ini) bagi mengharungi aksi terakhir saingan Liga Juara-Juara UEFA bertemu Manchester City.", "Perlawanan akhir tersebut akan berlangsung di Estadio do Dragao, Porto dengan sepak mula dijadualkan pada jam 3 pagi pada hari ahad waktu Malaysia.", "Untuk rekod, Chelsea menempah tiket ke perlawanan akhir setelah berjaya menumpaskan wakil Sepanyol, Real Madrid dengan keputusan 3-1 secara agregat.", "Untuk pengetahuan semua, Kante yang berusia 30 tahun merupakan anak kepada pasangan yang berasal dari benua afrika, Mali. Bagaimanapun, ibu bapa telah berhijrah dan Kante dilahirkan di Paris. ", "Oleh sebab itu, Kante boleh mewakili skuad Les Bleus sehingga bergelar juara Piala Dunia 2018." ]