url
stringlengths 25
29
| headline
stringlengths 14
130
| content
sequence |
---|---|---|
https://sukanz.com/20207585/ |
Sambung Belajar Peringkat Ijazah, Hariss Mahu Beri Inspirasi Kepada Pemain Muda
| [
"Kapten Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Hariss Harun mengumumkan akan menyambung pelajaran peringkat ijazah bersama Coventry University.",
"Beliau yang juga pemain tengah skuad kebangsaan Singapura telah ditawarkan biasiswa oleh PSB Academy. ",
"Sementara itu, Hariss juga memaklumkan akan kekal bermain bersama skuad Harimau Selatan.",
"Ia sekaligus menafikan beberapa khabar angin bahawa pemain berusia 29 tahun itu akan meninggalkan pasukan juara tujuh kali Liga Super Malaysia.",
"“Saya sudah hampir ke kemuncak kerjaya bola sepak dan saya berharap dapat beraksi banyak tahun lagi, tetapi saya harus menyediakan diri untuk kehidupan selepas sukan.”",
"“Oleh demikian, saya membuat persiapan awal dengan membuat keputusan penting untuk mendapatkan pendidikan.”",
"“Saya harap dapat memberikan inspirasi kepada atlet muda untuk melanjutkan pelajaran semasa bergelar pemain lagi.” katanya menerusi satu makluman di laman sosialnya.",
"Semalam, satu hantaran di media sosialnya telah mencetus sensasi apabila dia mengumumkan telah menandatangani bersama Coventry. Ramai menganggap Hariss telah menandatangani bersama kelab yang bersaing dalam Liga Kejuaraan Inggeris, Coventry City FC.",
"Featured Image: AFC Champions League"
] |
https://sukanz.com/202219822/ |
MFL Tutup Peluang Perak Bimbingan Lim Teong Kim Beraksi Di Piala Malaysia
| [
"Hasrat untuk melihat Perak FC yang mendapat bimbingan ketua jurulatih baharu, Lim Teong Kim untuk beraksi seawal saingan Piala Malaysia terkubur.",
"Ini selepas badan penganjur, Malaysian Football League (MFL) dalam kenyataannya pada hari ini mengumumkan kesemua pasukan dalam kancah Liga Super layak menyertai saingan Piala Malaysia musim ini kecuali Melaka United FC.",
"Skuad berjulukan Hang Tuah itu dikekang daripada beraksi dalam saingan Piala Malaysia ekoran mengalami masalah tunggakan gaji melibatkan para pemain dan pegawainya walaupun berada di tangga kesembilan pada ketika ini.",
"Malaysian Football League (MFL) mengumumkan kesemua pasukan Liga Super akan mengisi slot TM Piala Malaysia 2022 selepas satu daripadanya telah ditinggalkan oleh Melaka United FC (MUFC).#TMPialaMalaysia2022",
"— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) September 27, 2022",
"Justeru, pasukan yang menamatkan saingan di tempat tercorot Liga Super dibenarkan menyertai saingan Piala Malaysia bagi mencukupkan kuota 11 pasukan daripada saingan liga tersebut.",
"Sebagai rekod, edisi-edisi yang lalu menyaksikan pasukan yang berada di tempat tercorot Liga Super tidak layak menyertai saingan Piala Malaysia yang melibatkan 16 pasukan kesemuanya.",
"Sementara itu, baki lima slot lagi akan diisi oleh lima pasukan terbaik (kecuali feeder team) daripada kancah Liga Premier. Setakat ini, lima pasukan tersebut ialah Kelantan, Kuching City, Kelantan United, PDRM FC dan UiTM FC.",
"Pengumuman oleh MFL menjadikan Perak yang berada di tangga kesembilan Liga Premier – pasukan keenam bukan feeder team – tidak dapat beraksi dalam kancah Piala Malaysia.",
"Untuk makluman, Perak hanya boleh beraksi sekiranya MFL mengumumkan pasukan di tangga terakhir Liga Super kekal tidak dapat bertanding disamping menggantung penyertaan Melaka United.",
"Featured Image: Perak Football Club"
] |
https://sukanz.com/202216592/ |
Beregu Kidal ‘Patatimo Boys’ Sasar Pecah Masuk Kelompok 50 Terbaik Dunia Tahun Ini
| [
"Pasangan beregu lelaki kidal, Wan Arif Junaidi dan Muhammad Haikal Nazri meletakkan sasaran untuk menembusi kelompok ranking 50 terbaik dunia pada tahun ini, lapor akhbar tempatan berbahasa inggeris, New Straits Times.",
"Beregu yang mendapat julukan ‘Patatimo Boys’ dek kerana berasal dari Terengganu dan Kelantan masing-masing ini mencuri perhatian peminat badminton tanah air selepas mengejutkan beregu No.30 dunia, Christo Popov dan Toma Junior Popov pada pusingan pertama saingan Orleans Masters, Selasa lalu.",
"Dan kecemerlangan beregu berusia 19 tahun masing-masing ini diteruskan dengan kemaraan ke pusingan kedua, peringkat suku akhir, separuh akhir sehingga berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir dalam saingan berstatus Jelajah Super 100 BWF itu.",
"“Sejujurnya, kami tidak meletakkan jangkaan yang tinggi apabila menentang calon pilihan kejuaraan (Christo Popov-Toma Junior Popov) pada pusingan pertama.",
"“Bagaimanapun, kami tahu ianya berada dalam diri kami apabila kami tewaskan mereka. Kami sangat bangga dan gembira untuk mara sejauh ini.",
"Bagaimanapun, gandingan ini tidak dapat beraksi di pentas final apabila Haikal dimaklumkan dijangkiti Covid-19 dan lawan mereka, beregu Belanda, Ruben Jille-Ties van der Lecq diberikan kemenangan percuma sekaligus bergelar juara kategori beregu lelaki Orleans Masters 2022.",
"Baca: ‘Patatimo Boys’ Antara Yang Tersenarai Dalam Skuad Lelaki Sukan SEA 2021",
"“Sasaran kami tetap sama iaitu memecah masuk dalam kelompok (ranking) 50 terbaik dunia pada tahun ini. Kami juga dipilih untuk menyertai skuad Sukan SEA, harapnya, kami dapat mengekalkan prestasi ini di Vietnam bulan hadapan.” kata Arif seperti dipetik daripada portal akhbar tersebut.",
"Untuk makluman semua, kedua-dua pemain ini mula bergandingan bersama sejak di peringkat remaja lagi. Tahun lalu, Arif-Haikal mula beraksi sebagai pemain senior dan mengambil bahagian dalam beberapa saingan Gred 3 BWF di eropah.",
"Daripada lapan kejohanan yang disertai, Arif-Haikal berhasil meraih tiga kejuaraan, (Terbuka Austria, Kejohanan Antarabangsa Hellas dan Kejohanan Antarabangsa Ukraine) serta dua pingat perak selaku naib juara Kejohanan Antarabangsa Latvia dan Terbuka Scotland.",
"Featured Image: Badminton Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202216240/ |
Filipina Tidak Dapat Turunkan Penyerang Bundesliga Hadapi Malaysia
| [
"Skuad kebangsaan Filipina terpaksa melupakan hasrat untuk menggunakan khidmat penyerang yang beraksi dalam kancah Bundesliga, Gerrit Holtmann ketika menentang Malaysia, pertengahan minggu ini.",
"Ianya disebabkan pemain berusia 26 tahun yang mempunyai pertalian darah Filipina menerusi ibunya ini dimaklumkan oleh kelabnya semalam, Vfl Bochum, dijangkiti virus Covid-19.",
"Ekoran itu, Holtmann bersama-sama dua rakan sepasukannya yang turut dijangkiti Covid-19 di kelab terbabit terpaksa menjalani isolasi sejak beberapa hari lalu.",
"ℹ️ Three more Covid cases at #meinVfL. #Lampropoulos, #Holtmann and #Weilandt have all tested positive for Covid-19. Gerrit has to postpone his national team debut for the Philippines again. Have a good and speedy recovery! 🙏 pic.twitter.com/NvJILsr4uz",
"Baca: Filipina Panggil 5 Pemain Liga Super Untuk Hadapi Malaysia & Singapura",
"Bagaimanapun, Holtmann dan dua rakannya berada dalam keadaan yang baik dan dijangkan akan menyertai kembali latihan bersama pasukan Vfl Bochum pada penghujung minggu ini sekiranya tidak mengalami sebarang simpton.",
"Menerusi kemaskini di laman sosial kelabnya, ekoran daripada dijangkiti Covid-19 ini, Gerrit terpaksa menunda debut bersama skuad The Azkals yang sepatutnya diraihnya ketika menentang Malaysia di National Stadium, Singapore Sports Hub pada 23 Mac ini.",
"Untuk pengetahuan semua, Holtmann telah merekodkan 27 penampilan secara keseluruhan bersama Vfl Bochum pada musim ini. Disamping itu, dia juga telah menjaringkan 4 gol serta mencetak 6 ‘assist’ dalam saingan Bundesliga.",
"Selain itu, pemain yang lahir Bremen, Jerman ini turut mempunyai pengalaman beraksi bersama skuad bawah 20 tahun (B-20) Jerman. Antara pasukan yang ditentangnya semasa bersama Jerman B-20 ialah Turki B-20, Belanda B-20, England B-20, Itali B-20 dan Poland B-20. "
] |
https://sukanz.com/202217117/ |
BAC 2022: Beregu No.5 Indonesia Kecewakan Aaron-Wooi Yik Di Final
| [
"Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kempunan untuk meraih kejuaraan pertama pada tahun ini apabila dikejutkan oleh pasangan No.5 Indonesia di pentas final Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022. ",
"Aaron-Wooi Yik yang berada di ranking kesembilan dunia terpaksa akur tumpas kepada Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Rambitan yang berada di ranking jauh lebih rendah iaitu ke-22 dunia, sebentar tadi. ",
"Bertambah memilukan, dalam perlawanan tersebut, Aaron-Wooi Yik yang merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 tumpas secara ‘straight set’ dengan skor 21-23 dan 21-10.",
"FINAL#INA🇮🇩 Pramudya Kusumawardana- Yermia Rambitan def. #MAS🇲🇾 Aaron Chia-Soh Wooi Yik(5) 23-21 21-10",
"* Aaron-Wooi Yik came close to ending Malaysia’s MD title drought at the BAC. Well done, bounce back bros 🇲🇾",
"— BAM (@BA_Malaysia) May 1, 2022",
"Untuk rekod, ini merupakan pertarungan pertama melibatkan kedua-dua pasangan di pentas kejohanan antarabangsa.",
"Sebagai tambahan, pasangan Pramudya-Yeremia ini berusia 21 dan 22 tahun masing. Di Indonesia, mereka berada di belakang beregu ‘The Minions’ (No.1 dunia), ‘The Daddies’ (No.2 dunia), Fajar Alfian-Rian Ardianto (No.8 dunia), Shohibul Fikri-Bagas Maulana (No.20 dunia).",
"Dengan kemenangan di BAC 2022 yang diletakkan setaraf dengan kejohanan Super 1000 ini, beregu muda Indonesia ini akan membawa pulang 12,000 mata sementara Aaron-Wooi Yik mendapat 10,200 mata."
] |
https://sukanz.com/202322075/ |
Skuad Kebangsaan Korea Guna Khidmat Jurgen Klinsmann Sehingga Piala Dunia 2026
| [
"Kekosongan kerusi ketua jurulatih bagi skuad bola sepak kebangsaan Republik Korea kini diisi dengan khidmat jurulatih kelahiran Jerman, Jurgen Klinsmann.",
"Jurulatih berusia 58 tahun terbabit akan membimbing skuad berjulukan Taeguk Warriors bagi tempoh kira-kira 3 tahun dan 5 bulan atau bermula Mac 2023 sehingga berlangsungnya kejohanan Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.",
"Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) memaklumkan perlantikan Jurgen secara rasmi menerusi laman sesawangnya serta pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.",
"🇰🇷대한민국 축구국가대표팀 위르겐 클린스만 감독 선임!",
"✔️마이클 뮐러 국가대표전력강화위원장 감독 선임 기자회견📆 02.28 (화) 14:00 📺 #KFATV_대한민국 축구 국가대표팀 유튜브 생중계#대한민국 #축구국가대표팀 #감독선임 #기자회견 pic.twitter.com/wUd1OzjwDN",
"— theKFA (@theKFA) February 27, 2023",
"Difahamkan, ada beberapa jurulatih akan menyertai barisan kejurulatihan bimbingan Jurgen ini. Namun begitu, ianya akan ditentukan selepas Jurgen dan KFA mengadakan perbincangan kelak.",
"Perlawanan pertama yang akan dikendalikan oleh Jurgen adalah membimbing Korea bertemu Colombia pada 24 Mac kelak.",
"Klinsmann bukanlah nama yang asing dalam dunia kejurulatihan bola sepak antarabangsa.",
"Beliau pernah membimbing dua buah skuad kebangsaan iaitu Jerman dan Amerika Syarikat serta dua buah kelab, Bayern Munich dan Hertha BSC.",
"Untuk makluman semua, kerusi ketua jurulatih skuad kebangsaan Korea kosong selepas jurulatih sebelumnya, Paulo Bento mengumumkan meletakkan jawatan sejurus tumpas 1-4 kepada Brazil dalam Pusingan 16 di Piala Dunia 2022."
] |
https://sukanz.com/20207886/ |
KV Kortrijk Sedang Latih Luqman Untuk Ikuti ‘Tempo’ Permainan Eropah
| [
"Susulan daripada kejayaan Luqman Hakim melakukan debut bersama skuad senior KV Kortrijk ketika menentang RSC Anderlecht pada minggu lepas, ketua jurulatihnya, Yves Vanderhaeghe kini mempunyai perancangan yang lebih besar.",
"Mengakui penyerang muda negara itu seorang yang sangat berbakat dan ketika ini barisan kejurulatihan Kortrijk sedang melatih Luqman untuk meningkatkan tempo permainannya agar sesuai dengan corak permainan di benua eropah.",
"Ini bagi memastikan Luqman dapat beraksi dengan lebih baik apabila diturunkan dalam mana-mana perlawanan bersama skuad senior Kortrijk kelak.",
"Another debut boy! Keep working hard Luqman! 🙌🇲🇾🔴⚪️ #TheJourneyOfLuqie #KVKAND pic.twitter.com/UpaACstMmH",
"“Saya sangat pasti Luqman berbakat besar.”",
"“Kami perlu memainkannya pada masa yang tepat dan melatihnya untuk mengikuti tempo di sini. Tempo di eropah, lebih tinggi berbanding di Malaysia.” katanya dalam satu teaser dokumentari The Journey of Luqie yang akan dikeluarkan pada ahad ini.",
"Dalam perlawanan menentang Anderlecht yang dibimbing oleh Vincent Kompany pada minggu lepas, Luqman dimasukkan oleh jurulatihnya pada minit ke-74 untuk memburu gol setelah ketinggalan 3-0.",
"Namun tidak banyak yang dapat dilakukan oleh Luqman untuk membantu pasukannya. Berdasarkan pemerhatian, dia kelihatan bergelut untuk menyesuaikan diri dan persembahannya kurang memberangsangkan. ",
"Bagaimanapun, menerusi satu gerakan, Luqman berhasil membantu pasukannya mendapatkan sepakan penalti sekaligus memberikan gol saguhati buat pasukannya.",
"Untuk makluman, perlawanan seterusnya buat pasukan KV Kortrijk dalam saingan Liga Pro Belgium adalah bertemu Zulte Waregem di gelanggang lawan. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada awal pagi selasa waktu Malausia."
] |
https://sukanz.com/202216184/ |
All England 2022: Pearly-Thinaah Bangkit Di Set Kedua & Penentuan Untuk Mara Ke Suku Akhir
| [
"Wakil tunggal negara dalam kategori beregu wanita di Pusingan 16, Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan berhasil menempah tiket ke peringkat suku akhir.",
"Beregu yang menghuni ranking ke-15 itu berjaya melangkah ke peringkat tersebut dengan menumpaskan beregu Jepun, Rin Iwanaga dan Kie Nakanishi yang berada di kedudukan ke-25 dunia.",
"Bagaimanapun, kemaraan tersebut tidak diraih dengan mudah oleh pasangan yang berusia 22 dan 24 tahun masing-masing ini. Mereka terlebih dahulu tumpas di set pertama dengan skor 18-21.",
"YONEX All England Open Badminton Championships 2022WD – Round of 16 🇲🇾Pearly TAN🏅18 21 21 🇲🇾Muralitharan THINAAH🏅21 19 16 🇯🇵Rin IWANAGA 🇯🇵Kie NAKANISHI🕗 in 74 minutes https://t.co/9IaW8vXWkD",
"Namun begitu, Pearly-Thinah bangkit untuk memenangi set kedua dengan skor 21-19 sekaligus mengheret Iwanaga-Nakanishi ke set penentuan sebelum memenanginya dengan skor 21-16. ",
"Untuk makluman semua, ini bukanlah pertemuan sulung melibatkan kedua-dua beregu ini. Mereka pernah berentap di kejohanan Antarabangsa Sydney 2019 dimana Pearly-Thinaah turut berjaya menewaskan mereka secara ‘straight set’ dengan skor 21-18 dan 21-16.",
"Sementara itu, Pearly-Thinaah bakal berhadapan samada beregu Korea, Jeong Na-eun dan Kim Hye-jeong (ranking ke-64) atau beregu Thailand, Supissara Paewsampran dan Puttita Supajirakul (ranking ke-17) di peringkat suku akhir yang dijadualkan berlangsung bermula malam esok.",
"Featured Image: Badminton Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202216604/ |
Pemain JDT & Kedah Dominasi Carta Lima ‘Top Passer’ Liga Super
| [
"Pemain-pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC (Kedah) mendominasi carta lima pemain yang melakukan hantaran paling banyak setakat dua perlawanan Liga Super yang berlangsung bulan lalu.",
"Berdasarkan carta yang dikeluarkan oleh Data Sukan, tiga pemain skuad Harimau Selatan serta dua pemain Sang Kenari mengisi carta lima pemain yang melakukan hantaran terbanyak itu.",
"Pemain tengah JDT, Natxo Insa mengetuai carta tersebut dengan 168 hantaran direkodkan ketika beraksi menentang Penang FC dan Sarawak United FC. ",
"Ianya diikuti oleh pemain tengah import Kedah, Dechi Marcel yang dibezakan dengan enam hantaran sahaja iaitu 162 hantaran secara keseluruhan ketika turun menentang Sarawak United dan Kuala Lumpur City FC.",
"Tiga pemain yang melengkapkan carta ini adalah pertahanan import JDT, Shane Lowry (124 hantaran), pertahanan tengah Kedah, Rodney Celvin (113 hantaran) dan seorang lagi pertahanan import JDT, Carli de Murga (106 hantaran).",
"Selain daripada aspek hantaran terbanyak, kelima-kelima pemain ini turut mendominasi aspek hantaran yang berjaya disudahkan.",
"Bagaimanapun, senarai ini hanya melibatkan pemain-pemain yang beraksi pada perlawanan pertama dan kedua Liga Super yang berlangsung pada Mac lalu.",
"Terdapat beberapa pasukan yang belum melengkapkan saingan pertama dan kedua seperti Negeri Sembilan, Selangor, Sri Pahang dan Terengganu.",
"Featured Image: JOHOR Southern Tigers & Kedah Darul Aman FC"
] |
https://sukanz.com/202113784/ |
Indonesia Masters: Aaron-Wooi Yik Ke Separuh Akhir, Singkirkan Pemenang Olimpik Dengan Mudah
| [
"Pasangan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir kejohanan Indonesia Masters 2021.",
"Kemaraan itu hasil daripada menumpaskan pasangan beregu lelaki Chinese Taipei yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang dan Wang Chi-Lin.",
"Aaron-Wooi Yik yang merupakan pemenang pingat gangsa pada temasya sukan yang sama meraih kemenangan dengan mudah ke atas Lee Yang-Chi Lin secara ‘straight set’ dengan skor 21-13 dan 21-15.",
"DAIHATSU Indonesia Masters 2021(New dates)MD – Quarter final 🇲🇾Aaron CHIA🏅21 21 🇲🇾Wooi Yik SOH🏅13 15 Yang LEE Chi-Lin WANG🕗 in 31 minutes https://t.co/w3ayKW5LB7",
"Lebih manis, ini merupakan kemenangan sulung Aaron-Wooi Yik ke atas pasangan yang menduduki ranking ke-3 dunia itu. Untuk makluman semua, tiga pertemuan terdahulu antara kedua-dua pasangan ini berpihak 100% kepada Lee Yang-Chi Lin.",
"Sementara itu, menanti Aaron-Wooi Yik di peringkat separuh akhir adalah pasangan beregu lelaki Jepun yang menghuni ranking ke-10 dunia, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi.",
"Berdasarkan rekod, kedua-dua pasangan ini pernah bertemu sebanyak lima kali namun pertembungan lalu menyaksikan kemenangan memihak kepada pasangan Jepun sebanyak tiga kali berbanding pasangan Malaysia, dua kali.",
"Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202112847/ |
Piala Uber 2020: Kenali Anggota Skuad Malaysia Yang Dibarisi Pemain Muda & Remaja
| [
"Tanggal 9 Oktober 2021 akan bermulanya kejohanan berpasukan wanita yang iaitu Piala Uber di Aarhus, Denmark. Kejohanan dwitahunan ini sepatutnya berlangsung pada tahun lalu tetapi terpaksa ditunda ke tahun ini dek pandemik Covid-19 yang menyerang seluruh dunia.",
"Malaysia turut serta dalam kejohanan yang melibatkan 16 pasukan ini dan telah diundi dalam Kumpulan D bersama-sama semi finalis edisi lalu, China sambil ditemani oleh tuan rumah, Denmark serta Kanada.",
"Artikel Berkaitan: Usah Terkejut BAM Senarai Pemain Muda ke Saingan Piala Sudirman & Thomas/Uber",
"Bercakap mengenai format kejohanan, pada setiap perlawanan, pasukan akan menurunkan 3 pemain perseorangan dan 2 regu untuk menentang lawan masing-masing. Mana-mana pasukan yang meraih 3 kemenangan akan dikira sebagai pemenang.",
"Tanpa berceloteh dengan lebih panjang, berikut adalah anggota skuad Malaysia yang muda & remaja dipertaruhkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mengharungi Piala Uber 2020:",
"Pencapaian Terakhir: Separuh Akhir Piala Sudirman 2021",
"Pencapaian Terakhir: Separuh Akhir Piala Sudirman 2021",
"Pencapaian Terakhir: Naib Juara President Cup Nepal Junior International Series 2020",
"Pencapaian Terakhir: Pusingan 16 Austrian Open 2021",
"Artikel Berkaitan: BAM Naikkan Pangkat 5 Pemain Remaja ke Skuad Senior Dengan Serta Merta",
"Umur: 27 & 19 Tahun",
"Pencapaian Terakhir: Peringkat Kumpulan Sukan Olimpik Tokyo 2020",
"Umur: 21 & 23 Tahun",
"Pencapaian Terakhir: Separuh Akhir Piala Sudirman 2021",
"Umur: 24 & 21 Tahun",
"Pencapaian Terakhir: Separuh Akhir Piala Sudirman 2021",
"Sebagai penutup, skuad Malaysia yang diketuai oleh Lee Meng Yean akan memulakan cabaran peringkat Kumpulan D, Piala Uber 2020 menentang tuan rumah, Denmark pada hari esok (9 Oktober) bermula 7.30 malam waktu Malaysia.",
"Featured Image: Badminton Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202111033/ |
Olimpik 2020: Badminton Beregu Campuran Negara Diundi Bersama China, Jerman & Hong Kong
| [
"Pasangan badminton beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Yin bakal memulakan saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam Kumpulan D.",
"Pasangan yang menduduki ranking ke-7 dunia itu telah diundi bersama-sama wakil negara China (Wang Li Yiu, Huang Dong Ping), Jerman (Mark Lamsfuss, Isabel Herttrich) dan Hong kong (Tang Chun Man, Tse ying Suet) dalam majlis undian yang berlangsung pada hari ini.",
"Cabaran paling sukar pastinya datang daripada pasangan China yang kini menduduki ranking ke-3 dunia. Sementara itu, pasangan beregu campuran Jerman dan Hong Kong masing-masing menduduki tangga ke-15 dan ke-13 dunia.",
"Saingan peringkat kumpulan beregu campuran akan memulakan saingannya pada 24 Julai 2021 bertempat di Musashino Forest Sport Plaza.",
"Untuk makluman, pasangan beregu negara ini merupakan pemenang pingat perak semasa dalam acara badminton beregu campuran dalam temasya Sukan Olimpik Rio 2016."
] |
https://sukanz.com/20208169/ |
Jesus: Brazil Telah Tunjukkan Mampu Bermain & Menang Tanpa Neymar
| [
"Skuad kebangsaan Brazil pernah menunjukkan kepada peminat bola sepak dunia bahawa mereka mampu meraih kemenangan walaupun tanpa kehadiran pemain bintang, Neymar Jr.",
"Skuad Selecao pernah menunjukkannya ketika dalam saingan Copa America 2019 di mana mereka berjaya muncul juara di tempat sendiri walau tanpa kehadiran Neymar.",
"Dan kali ini penyerang Brazil, Gabriel Jesus yakin mereka mampu membuktikannya sekali lagi dengan Neymar yang cedera pangkal peha disahkan tidak dapat menyertai pasukan untuk menentang Venezuela dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022, sabtu ini.",
"FinalBrasil 🇧🇷 3×1 🇵🇪 PeruUma partida que fez o Maraca vibrar! Everton e Gabriel Jesus colocaram o Brasil em vantagem no placar – sacramentado por Richarlison, que passou por uma caxumba durante o torneio e fechou com chave de ouro!🏆 É CAMPEÃO! NOVE VEZES! pic.twitter.com/7cVPY7y5vx",
"“Sangat jelas kami bercakap mengenai kepentingan Neymar kepada kelabnya dan pasukan kami, berapa banyak yang telah dia berikan dan sumbangkan setiap hari.” ",
"“Tetapi apabila bermain untuk skuad kebangsaan, semua pemain perlu memikul tanggungjawab, tidak boleh letakkan ke atas (bahu) Neymar sahaja.” ",
"“Semua orang dipanggil ke sini bersebab.”",
"Alegria por estar de volta. 🇧🇷⚽️ pic.twitter.com/oP3ZDxALUb",
"“Dengan (kehadiran) Neymar, kami sangat dekat dengan kemenangan, tetapi skuad Selecao telah menunjukkan mereka boleh bermain tanpanya.”",
"“Kami sentiasa mahukannya di sini, memandangkan dia sentiasa menjaringkan gol, mencipta bantuan gol.” ",
"Tite comanda primeiro treino da #SeleçãoBrasileira com o elenco completo! Veja como foi 🇧🇷⚽🎥: Leandro Lopes / CBF pic.twitter.com/0ppJnHWcI0",
"“Tetapi jika dia tidak dapat bermain tatkala kami sedar akan kepentingannya, kami harus memikul tanggungjawab bersama.”",
"“Sesiapa pun di sini mempunyai kualiti untuk memastikan skuad Selecao menang.” katanya seperti dilaporkan oleh Goal.",
"Untuk rekod, Neymar telah terlepas tiga perlawanan dalam semua pertandingan bersama kelabnya, Paris Saint-Germain (PSG), sebelum ini ekoran kecederaan tersebut."
] |
https://sukanz.com/202324375/ |
Sam Allardyce Undur Diri Selepas Leeds United Tersingkir Daripada EPL
| [
"Selepas mengemudi empat perlawanan, jurulatih berpengalaman, Sam Allardyce sah tidak akan bersama Leeds United.",
"Menurut laporan media antarabangsa, GOAL yang memetik The Telegraph, keputusan pengurus yang lebih mesra dikenali sebagai ‘Big Sam’ itu dibuat selepas berbincang dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Angus Kinnear.",
"Ini bermakna skuad berjulukan The Whites itu perlu mencari pengendali baharu untuk menghadapi Liga Kejuaraan musim depan. ",
"Pada awal Mei lalu, Leeds United telah menekan butang panik apabila melantik “survival specialist”, Sam Allardyce untuk membantu The Whites itu untuk keluar dari zon penyingkiran.",
"Bagaimanapun, takdir sudah tertulis buat pasukan yang berpengkalan di Elland Road itu untuk kembali ke Liga Kejuaraan selepas tiga musim berada di Liga Perdana Inggeris. ",
"Leeds United tersingkir ekoran menamatkan musim di tangga ke-19 liga dengan mengutip 31 mata.",
"Untuk makluman, Sam Allardyce merupakan pengurus ketiga yang dilantik Leeds United pada musim ini selepas Jesse Marsch dan Javi Garcia meninggalkan pasukan pada Februari dan Mei masing-masing.",
"Featured Image: Leeds United FC"
] |
https://sukanz.com/202110413/ |
Undian Rasmi Piala AFF 2020 Dijadualkan Pada 10 Ogos
| [
"Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) mengesahkan akan mengadakan Majlis Undian Rasmi bagi kejohanan Piala AFF 2020 pada hari selasa, 10hb ogos 2021.",
"Bagaimanapun, lokasi majlis undian serta maklumat lanjut mengenai penganjurannya akan diumumkan oleh badan induk terbabit pada julai hadapan.",
"𝑴𝒂𝒓𝒌 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒄𝒂𝒍𝒆𝒏𝒅𝒂𝒓𝒔, the Official Draw for the #AFFSuzukiCup2020 will be held on 𝟭𝟬𝘁𝗵 𝗔𝘂𝗴𝘂𝘀𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟭 📅 pic.twitter.com/hRf9J6VN0D",
"Dalam makluman yang sama, Presiden AFF, Khiev Sameth turut memaklumkan AFF merancang untuk mengadakan kejohanan dwi tahunan tersebut mengikut format ‘home’ dan ‘away’ di peringkat kumpulan sepertimana edisi yang lalu.",
"Bagaimanapun, dengan situasi semasa pandemik Covid-19, beliau berkata pihaknya turut melihat kemungkinan untuk mengadakan kejohanan ini di venue berpusat bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua pihak yang terlibat.",
"Untuk makluman, edisi kejohanan Piala AFF kali ini dijadualkan bermula 5hb disember sehingga 1hb januari 2022 selepas ditunda beberapa kali ekoran pandemik Covid-19.",
"Featured Image: AFF Suzuki Cup"
] |
https://sukanz.com/20207110/ |
Aubameyang Tidak Pernah Merungut Semasa Perlawanan – Bagaimanakah Sikap Itu Dibentuk?
| [
"Penyerang Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang telah sah melanjutkan kontraknya bersama Arsenal bagi tempoh tiga tahun lagi. Ia sekaligus menutup spekulasi penyerang berusia 31 tahun itu berhijrah ke pasukan lain.",
"Berita itu mendapat reaksi yang positif buat peminat dan penyokong The Gunners seluruh dunia. Manakan tidaknya, Aubameyang merupakan penggempur utama buat Arsenal dengan menjaringkan 72 gol daripada 111 penampilan sejak tiba di Stadium Emirates pada tahun 2018.",
"Every @Aubameyang7 goal. Right here. All 72* of them! 🔥* 𝘚𝘰 𝘧𝘢𝘳… 😉 pic.twitter.com/2CqoJqcSfk",
"Selain daripada rekod jaringannya, corak permainan dan gaya penyudah terutamanya rembatan ‘trademark’ Aubameyang ke arah kanan pintu gol bukan sahaja memukau ramai peminat malah penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Perdana Inggeris (EPL), Alan Shearer.",
"Satu lagi perkara yang menarik terdapat pada Aubameyang adalah sikap dan mentalitinya. Dia tidak pernah merungut di atas padang walaupun kadangkala rakan sepasukan tidak melakukan hantaran kepadanya.",
"“Alan Shearer sangat menyukai kamu, dia kagum (dengan) gaya penyudah kamu, (wajah) sentiasa senyum, sentiasa gembira dan tidak pernah merungut kepada pemain-pemain lain apabila mereka tidak melakukan hantaran dan lain-lain lagi.” beritahu legenda Arsenal, Ian Wright dalam satu temubual.",
"Menurut Aubameyang, sikap tidak merungut itu dibentuk ketika bermain bola sepak bersama bapaknya sejak zaman remajanya lagi.",
"“Kami bermain bersama ayah dan (waktu itu) saya berusia 15 atau 16 tahun dan dia selalu berkata, kamu jangan merungut.” ",
"“Kami main beberapa perlawaan, dan ayah berkata, ‘tiada fouls di sini jadi awak tak boleh merungut. Saya boleh tarik baju, saya boleh buat macam-macam, tiada fouls.’ Inilah mentaliti yang ada pada saya.” katanya kepada Wright.",
"3️⃣ points + 3️⃣ goals + 1️⃣ clean sheet = A happy manager😄 @m8arteta #FULARS pic.twitter.com/GmX8s8wUdB",
"Pada masa yang sama, dia amat memahami tugas sebagai seorang penyerang. Sekiranya Lacazette atau mana-mana pemain lain tidak melakukan hantaran kepadanya, kemungkinan pemain itu melihat peluang untuk menjaringkan gol.",
"Justeru, tiada masalah buatnya apatah lagi mahu merungut berkenaan hal itu. Apa yang penting buat Aubameyang adalah menikmati permainan setiap kali turun bermain bola sepak.",
"Sementara itu, Aubameyang turut meletakkan sasaran untuk menjaringkan lebih gol untuk saingan EPL berbanding musim 2019/20. Untuk rekod, sebanyak 22 gol dijaringkan oleh Aubameyang sepanjang musim lalu.",
"Hanya pemenang Kasut Emas, Jamie Vardy daripada Leicester City yang mempunyai lebih gol daripadanya iaitu 23 gol."
] |
https://sukanz.com/202111720/ |
“Susah Nak Menang Piala Thomas Kerana Kita Tiada Pasukan Seimbang”
| [
"Kejuaraan Piala Thomas 2020 sukar untuk dimenangi oleh skuad negara kerana Malaysia tidak mempunyai sebuah pasukan yang seimbang.",
"Perkara itu diungkapkan oleh bekas anggota skuad Malaysia yang memenangi kejuaraan tersebut pada edisi 1992 yang diadakan di Kuala Lumpur, Datuk Rashid Sidek.",
"Daripada skuad yang terdiri daripada 3 pemain perseorangan dan 2 pasangan beregu, Malaysia hanya bergantung kepada Lee Zii Jia dan regu Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk mengharungi kejohanan yang akan berlangsung di Aarhus, Denmark pada 9 hingga 17 Oktober kelak.",
"Bagaimanapun, disebalik ketidakseimbangan barisan pada kali ini, Rashid berkeyakinan Malaysia mampu menamatkan saingan di peringkat kumpulan selaku dua pasukan teratas sekaligus layak ke aksi suku akhir.",
"“Pada pandangan saya, mereka tidak berdepan masalah untuk ke suku akhir tetapi untuk menang memang susah kerana kita tiada pasukan yang seimbang.",
"“Ada dua pemain sahaja yang boleh dijadikan sandaran, kalau kalah satu kita habis. Selebihnya agak susah, lawan 60 kita 40.",
"“Selain pemain sedia ada, saya rasa ini masa sesuai untuk beri peluang kepada Nur Izzuddin (Rumsani) dan Goh Sze Fei sebagai beregu kedua.” katanya seperti dipetik daripada Utusan Malaysia.",
"Untuk makluman semua, hasil undian yang dijalankan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam, Malaysia telah diundi bersama-sama Jepun, Kanada dan England dalam Kumpulan D.",
"Sebagai rekod, kejuaraan Piala Thomas 1992 merupakan yang terakhir dimenangi oleh skuad Malaysia."
] |
https://sukanz.com/202112610/ |
Rekod Pertemuan Juara All England, Zii Jia vs Pemain No.1 Dunia, Kento Momota
| [
"Saingan Piala Sudirman 2021 bagi peringkat Kumpulan D bakal memasuki perlawanan terakhir. Pasukan Malaysia yang diketuai oleh Lee Zii Jia bakal turun berentap dengan Jepun bagi menentukan juara bagi kumpulan, malam ini.",
"Bercakap mengenai perlawanan yang dijadualkan bermula 9 malam nanti, pertemuan melibatkan kategori perseorangan lelaki yang dijangkakan melibatkan juara Kejohanan All England 2021, Lee Zii Jia menentang pemain No.1 dunia, Kento Momota bakal menjadi pertarungan paling dinantikan oleh seluruh peminat badminton tanah air.",
"Jika dibandingkan prestasi ketika di temasya Olimpik baru-baru ini, Zii Jia yang berumur 23 tahun dilihat lebih menyerlah apabila berhasil mara sehingga ke peringkat pusingan 16 sebelum ditumpaskan oleh juara bertahan pada ketika itu, Chen Long.",
"Artikel Berkaitan: Lepas Ni Cari Tempat ‘Training’ Kat Melaka, Pesan Chong Wei Kepada Zii Jia",
"Manakala Momota yang berusia 27 tahun pula dikejutkan oleh pemain Republik Korea, Heo Kwang-hee sekaligus menyaksikan Momota terkandas di peringkat kumpulan dan gagal mara ke saingan kalah mati di temasya berkenaan, Ogos lalu.",
"Sementara itu, jika dilihat berdasarkan rekod, kedua-dua pemain ini telah bertemu sebanyak tujuh kali. ",
"Namun begitu, sekitar 86% pertemuan memihak kepada pemain badminton kelahiran negara matahari tersebut. Bertambah menarik, 86% kemenangan yang diraih sejak pertemuan kali pertama pada tahun 2017 dimenangi secara ‘straight set’ oleh Momota.",
"Rekod pertemuan melibatkan Lee Zii Jia menentang Kento Momota adalah seperti berikut:",
"Kejohanan: Yonex All England Open Badminton Championships 2021",
"Keputusan: 21-16, 21-19 (Zii Jia Menang)",
"Kejohanan: PERODUA Malaysia Masters 2020",
"Keputusan: 10-21, 19-21 (Momota Menang)",
"Kejohanan: Fuzhou China Open 2019",
"Keputusan: 9-21, 3-11 Retired (Momota Menang)",
"Keputusan: 15-21, 19-21 (Momota Menang)",
"Kejohanan: TOTAL BWF World Championships 2019",
"Keputusan: 12-21, 8-21 (Momota Menang)",
"Kejohanan: TOTAL BWF Sudirman Cup 2019",
"Keputusan: 18-21, 16-21 (Momota Menang)",
"Kejohanan: LI-NING Czech Open 2017",
"Keputusan: 8-21, 10-21 (Momota Menang)"
] |
https://sukanz.com/202325499/ |
Terbuka Korea: Tze Yong Singkir Anak Didik Choong Hann Dengan Bergaya
| [
"Perseorangan lelaki No.2 negara, Ng Tze Yong tidak mempunyai masalah untuk melepasi cabaran di Pusingan 16 sekaligus meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir Terbuka Korea 2023.",
"Tze Yong yang kini menghuni ranking ke-23 dunia melakar kemaraan tersebut selepas menyingkirkan Ng Ka Long Angus yang kini mendapat bimbingan daripada bekas Pengarah Kejurulatihan (Perseorangan) BAM, Wong Choong Hann yang kini berperanan sebagai jurulatih skuad kebangsaan Hong Kong.",
"Bukan itu sahaja, Tze Yong turut melakar kemaraan tersebut dengan penuh bergaya apabila berhasil menumpaskan Angus yang berada di ranking lebih tinggi daripadanya iaitu ke-14 dunia secara “straight set” dengan skor 21-18 dan 21-17 dalam tempoh masa 50 minit permainan.",
"Korea Open 2023MS – R1621 21 🇲🇾NG Tze Yong🥇",
"18 17 🇭🇰NG Ka Long Angus",
"— BWFScore (@BWFScore) July 20, 2023",
"Kemenangan itu sekaligus menjadikan Tze Yong kini meraih dua kemenangan daripada tiga pertemuan ke atas Angus di peringkat antarabangsa.",
"Terdahulu, Tze Yong mara ke Pusingan 16 selepas menumpaskan pemain India yang berada di rangking ke-56 dunia, Mithun Manjunath di Pusingan 32.",
"Manakala Angus pula mara selepas menyingkirkan jaguh perseorangan lelaki No.1 tanah air, Lee Zii Jia. ",
"Sementara itu, di peringkat suku akhir bagi kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 300 ini kelak, Tze Yong akan berhadapan samada pemain Singapura, Loh Kean Yew merangkap pilihan keempat kejohanan atau pemain China, Zhao Jun Peng.",
"Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"
] |
https://sukanz.com/202324830/ |
Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik Mara Ke Pentas Separuh Akhir 2 Minggu Berturut-Turut
| [
"Gandingan beregu lelaki No.1 tanah air, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berhasil mengulangi pencapaian mara ke peringkat separuh akhir dalam saingan Terbuka Indonesia 2023 sama seperti dilakukannya dalam Terbuka Singapura pada minggu lalu. ",
"Pasangan yang menghuni ranking ketiga dunia ini mengulangi konsistensi tersebut selepas menumbangkan gandingan dari negara matahari terbit, Akira Koga dan Taichi Saito dalam aksi suku akhir yang bertempat di Istora Gelora Bung Karno, Senayan, sebentar tadi.",
"Dalam pertarungan tersebut, Aaron-Wooi Yik yang turun selaku pilihan kedua kejohanan melakar kemenangan bergaya secara “straight set” dengan skor 21-10 dan 21-15 dalam tempoh 41 minit permainan.",
"Sebagai rekod, kemenangan ini menjadikan Aaron-Wooi Yik menyamai rekod kemenangan menjadi 3-3 di pentas antarabangsa bertemu pasangan yang berada di ranking ke-23 dunia terbabit.",
"Sementara itu, Aaron-Wooi Yik yang mara ke peringkat separuh akhir akan bertemu samada beregu China merangkap pilihan keenam kejohanan, Liang Wei Keng dan Wang Chang atau beregu tuan rumah, Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan untuk merebut slot ke perlawanan akhir saingan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 1000 ini.",
"Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"
] |
https://sukanz.com/202219789/ |
Harimau Malaya Duduki Ranking 146 Dunia Selepas Muncul Naib Juara King’s Cup
| [
"Malaysia berhasil menamatkan Saingan King’s Cup Kali Ke-48 anjuran Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) sebagai naib juara setelah tumpas dalam penentuan sepakan penalti kepada Tajikistan, semalam.",
"Walaupun terlepas gelaran juara, skuad Harimau Malaya berhasil meraih peningkatan yang positif dalam kedudukan ranking dunia Persekutuan Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) selepas bertemu Tajikistan dan Thailand.",
"Laman sosial yang memberikan perkembangan terkini mengenai ranking bola sepak negara-negara asia, Footy Rankings meletakkan Malaysia menghuni tangga ke-146 – meningkat dua anak tangga berbanding kedudukan pada saat ini.",
"2022 King's Cup🇹🇯 Tajikistan 0-0 (3-0 pen) Malaysia 🇲🇾",
"FIFA Rankings points after match:🇹🇯 1185.70 (+ 1.34)🇲🇾 1062.32 (+ 1.16)",
"Rankings after match:🇹🇯 108🇲🇾 146 (+ 1)#FIFARankings",
"— Footy Rankings (@FootyRankings) September 26, 2022",
"Peningkatan itu terhasil selepas Malaysia meraih tambahan 1.16 mata dan 3.57 mata selepas seri menentang Tajikistan (kalah penalti) dan Thailand (menang penalti) masing-masing.",
"Untuk makluman, kedudukan dunia tangga ke-146 dan ke-147 dunia pada ketika ini dihuni oleh Botswana dan Hong Kong masing-masing.",
"Sementara itu, rehat antarabangsa FIFA pula masih berlangsung sehingga ke hari esok (27 September). Masih terdapat beberapa negara yang akan melakukan perlawanan antarabangsa dan boleh memberikan kesan terhadap kedudukan ranking Malaysia.",
"Sebagai tambahan, FIFA akan melakukan kemaskini berikutnya pada 6 Oktober kelak.",
"Featured Image: Football Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202321910/ |
Botak Terjah Stadium – Antara 13 Rancangan Sokongan Astro Bagi Memeriahkan Liga Malaysia
| [
"Astro selaku Rakan Penyiar Rasmi Liga Malaysia bukan sahaja bakal menyiarkan sejumlah 244 perlawanan bola sepak tempatan secara definisi tinggi (HD) yang merangkumi saingan Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.",
"Sebelum ini, stesen televisyen berbayar terbabit turut mengumumkan menambah dua saluran sukan baharu yang mengkhususkan kepada kandungan bola sepak tempatan iaitu Arena Bola dan Arena Bola 2 disamping saluran sukan tempatan sedia ada miliknya, Arena dan Arena 2.",
"Baca: Astro Tambah Dua Saluran Sukan Untuk Liga Malaysia – Arena Bola & Arena Bola 2",
"Terbaru, bagi memeriahkan lagi kancah bola sepak tempatan buat para penonton, Astro mengumumkan akan menerbitkan 13 program sokongan yang terbahagi kepada Hari Praperlawanan, Hari Perlawanan dan Hari Pascaperlawanan.",
"Antara program yang akan diterbitkannya adalah seperti berikut:",
"Rancangan berdurasi setengah jam ini akan memberikan pengalaman kepada penonton menyaksikan reaksi daripada jurulatih-jurulatih dan para pemain dalam sidang media secara langsung. Ianya akan memberikan perkembangan terkini terhadap pemain dan pasukan.",
"Rancangan ini turut berdurasi selama setengah jam akan memberikan peluang kepada para penonton untuk menyaksikan pemain dan pasukan kegemaran masing-masing menjalani latihan sehari sebelum perlawanan.",
"Saluran: Arena 801 & Astro Arena Youtube",
"Sesi temubual perseorangan bersama pemain atau jurulatih daripada pasukan Liga Super yang akan memberikan pendedahan tentang apa yang terjadi di dalam bilik persalinan dan semasa sesi latihan termasuk perspektif peribadi masing-masing.",
"Setengah jam sebelum sepak mula perlawanan, para penonton dapat menyaksikan pasukan kegemaran masing-masing melakukan aksi pemanas badan selama 30 minit.",
"Sekitar setengah atau sejam sebelum sepak mula, menerusi rancangan ini, Astro membawakan barisan pundit legenda untuk memberikan liputan meluas daripada pra-perlawanan, analisis separuh masa dan reaksi pascaperlawanan.",
"Satu rancangan dihoskan oleh Nafis Abdullah atau terkenal dengan julukan Abang Botak yang akan turun ke stadium untuk berinteraksi dengan para penyokong, bercakap mengenai pasukan masing-masing atau melahirkan kekecewaan di hadapan kamera! Kesemua ini akan dimuat naik di Astro Arena Youtube dengan durasi antara 10 hingga 15 minit. ",
"Liputan hari perlawanan diteruskan dengan dengan disudahkan dengan reaksi daripada para jurulatih dan pemain daripada kesemua perlawanan pada jam 11.30 malam menerusi Nadi Arena atau Nadi Weekend.",
"Saluran: Astro Arena Youtube dan Astro GO",
"Bagi yang terlepas perlawanan melibatkan pasukan kegemaran masing-masing atau perlawanan hangat pada minggu tersebut, penonton tidak perlu resah dan gelisah kerana anda boleh menyaksikan sorotannya kira-kira 30 minit selepas pengadil meniup wisel menamatkan permainan. Dimaklumkan, Astro bakal menyiarkan soroton perlawanan berdurasi 5-6 minit bagi setiap video.",
"Bagi yang suka mendapatkan perkembangan mengenai pasukan masing-masing atau pelbagai topik melibatkan Liga Malaysia itu sendiri melalui pembacaan, laman sesawang Stadium Astro menjadi tawaran Astro kepada anda.",
"Rancangan berdurasi 30 minit ini akan memaparkan kompilasi Abang Botak bersuka-ria dan berinteraksi dengan para peminat di stadium. Ianya akan disiarkan dua hari selepas perlawanan.",
"Sebuah rancangan berdurasi satu jam yang akan membicarakan topik bola sepak secara mendalam oleh gandingan yang cukup ikonik, Keesh Mat Stats dan Faiz Gurun. Ianya akan disiarkan setiap Rabu pada jam 9 malam. ",
"Sebuah rancangan berita sukan selama setengah jam oleh Astro yang melaporkan perkembangan terkini Liga Malaysia dan pelbagai sukan antarabangsa.",
"Tidak cukup dengan itu, setiap hari Isnin bermula jam 8.30 malam, Astro membawakan rancangan Nindia Bola yang dihoskan oleh Hafizal Hamad atau mesra dengan panggilan Pak Long untuk menganalisis bola sepak tempatan selama satu jam."
] |
https://sukanz.com/202323105/ |
Brazil Para Badminton: Cheah Liek Hou Sapu Emas Perseorangan & Beregu SU5
| [
"Pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou bertindak menyapu bersih dua pingat emas dalam dua acara yang disertainya iaitu perseorangan SU5 dan beregu lelaki SU5 di kejohanan Brazil Para Badminton International 2023.",
"Dalam acara perseorangan lelaki, Liek Hou berhasil memastikan pingat emas menjadi miliknya selepas menumpaskan rakan senegara, Muhammad Fareez Anuar secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-19.",
"Kemenangan ini juga sekaligus mempertahankan kejuaraan dirangkulnya pada edisi tahun lalu.",
"Untuk makluman semua, ini merupakan kemenangan kedua diraih Liek Hou dalam acara perseorangan daripada tiga pentas perlawanan akhir yang dijejakinya pada tahun ini.",
"Menurut pemain berusia 35 tahun ini, setiap kejohanan mula menjadi semakin sukar kerana kelayakan ke Paralimpik Perancis 2024 telah bermula.",
"Sementara itu, bagi kategori beregu lelaki pula, Liek yang bergandingan bersama Fareez muncul juara dengan menundukkan pasangan India, Chirag Baretha dan Raj Kumar dalam perlawanan akhir yang berkesudahan dengan skor 21-13 dan 21-18.",
"Dan ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut diraih gandingan Liek Hou-Fareez pada tahun 2023 selepas menjuarai Spanish Para Badminton International pada penghujung Februari lalu.",
"Featured Image: Facebook Cheah Liek Hou"
] |
https://sukanz.com/202218316/ |
Malaysia Masters: Jin Wei Bertembung Pemain No.2 Dunia Di Pusingan 16
| [
"Pemain perseorangan wanita bebas (independent) negara, Goh Jin Wei berjaya melayakkan dirinya ke Pusingan 16 saingan Malaysia Masters 2022.",
"Kemaraan itu dirakamkan selepas berhasil menumpaskan pemain Amerika Syarikat yang berada di ranking ke-16 dunia, Beiwen Zhang di Pusingan 32, sebentar tadi.",
"Jin Wei memenangi pertarungan tersebut secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-18 dalam tempoh 35 minit permainan yang berlangsung di Gelanggang 1 di Axiata Arena Bukit Jalil.",
"R32Goh Jin Wei 🇲🇾21-19, 21-18Zhang Beiwen 🇺🇸",
"Dalam 35 minit Jin Wei menewaskan lawannya untuk mara ke pusingan seterusnya dengan kemenangan straight sets! #BWFWorldTour #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/AJ9WnRY9rg",
"— Team Malaysia (@TeamMsia) July 6, 2022",
"Kemenangan ini juga menjadikan Jin Wei merekodkan kemenangan kedua berturut-turut ke atas Beiwen di pentas antarabangsa. Ketika bertemu buat pertama kali dalam saingan Terbuka Jerman 2019, Jin Wei mengalahkan Beiwen dengan skor 21-19, 19-21 dan 21-16.",
"Sementara itu, dengan kemenangan yang diraih pada hari ini, Jin Wei akan berentap menentang pemain No.2 dunia dari Taiwan, Tai Tzu Ying di Pusingan 16, esok.",
"Tzu Ying mara ke peringkat ini setelah menumpaskan pemain Korea, Sim Yu-jin di Pusingan 32.",
"Featured Image: Badminton Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202113868/ |
Terengganu Perlu Ikut Rentak Yang Sama Dengan JDT, Kata Nafuzi
| [
"Pasukan tuan rumah, Terengganu FC beraksi dengan baik pada separuh masa pertama ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia, semalam.",
"Malah, penguasaan yang baik oleh skuad Hitam Putih pada babak pertama sambil disaksikan penyokong di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA) itu turut membolehkan mereka meraih gol seawal minit ke-8 sekaligus mendahului 1-0.",
"Bagaimanapun, memasuki separuh masa kedua, penguasaan tersebut beralih kepada pasukan pelawat dan perkara tersebut telah memaksa skuad kendalian Nafuzi Zain lebih banyak bertahan sebelum menamatkan perlawanan dengan terikat 1-1.",
"“Secara keseluruhan, separuh masa pertama kita bermain dengan baik dan punyai dua ke tiga peluang untuk menjaringkan gol cuma di babak kedua, segalanya berubah apabila kita tidak dapat mengawal permainan.",
"“Kita banyak kehilangan bola di bahagian tengah dan sememangnya kita tahu, bukan mudah untuk rampas penguasaan bola dari JDT tetapi kita dapat bertahan dengan baik.” kata Nafuzi dalam sidang media selepas perlawanan.",
"Sementara itu, jurulatih berusia 43 tahun ini tetap merasakan pasukannya berkeyakinan dan berpeluang untuk mengatasi JDT pada perlawanan timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.",
"Akan tetapi, Nafuzi menegaskan anak-anak buahnya perlu mengikuti rentak permainan yang sama selain mengekang JDT daripada menjaringkan gol di gelanggangnya nanti.",
"“Sekarang peluang masih terbuka dan kita perlu menjaringkan gol di sana kerana mereka ada gol di laman lawan namun dalam masa sama kita kena elakkan dibolosi.",
"“Saya tidak rasa JDT akan main secara bertahan kerana mereka sememangnya dikenali sebagai pasukan yang menyerang dan kita juga kena tampil dengan rentak sama,” tambahnya lagi.",
"Untuk makluman semua, perlawanan timbal balik antara JDT dan Terengganu akan dilangsungkan pada Jumaat nanti."
] |
https://sukanz.com/202113289/ |
Ketum PSSI, Mochamad Iriawan Sasar Indonesia Atasi Ranking Skuad Malaysia & Singapura
| [
"Kemaskini ranking Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada bulan ini menyaksikan pasukan bola sepak jiran tetangga, Indonesia meraih peningkatan sebanyak 10 anak tangga.",
"Ini menjadikan Indonesia atau skuad Garuda berada di kedudukan ke-165 dunia berbanding ke-175 pada bulan lalu. Peningkatan memberangsangkan ini dibantu oleh kemenangan mereka ke atas Chinese Taipei dalam perlawanan play-off Pusingan 3 Kelayakan Piala Asia 2023, baru-baru ini.",
"Walaupun gembira dengan peningkatan positif tersebut, Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Mochamad Iriawan mahukan skuad Garuda terus memperbaiki kedudukan mereka.",
"Baca: Shin Tae-yong Anggap Vietnam & Malaysia Pasukan Yang Kuat",
"Dalam masa yang terdekat, Mochamad atau dikenali sebagai Iwan Bule berharap Indonesia dapat meraih peningkatan sebanyak 15 anak tangga sekaligus menghuni kedudukan ke-150 dunia.",
"“Seperti cita-cita saya, paling tidak kalau bisa ke peringkat 150, ya. Ini kan baru naik 10 peringkat menjadi 165, ini kan luar biasa ya,” katanya seperti dipetik daripada portal detikSport.",
"Untuk mencapai sasaran tersebut, difahamkan PSSI sudah mengatur perlawanan antarabangsa ketika rehat antarabangsa FIFA pada November kelak. Namun, maklumat mengenai pasukan negara mana yang akan ditentang oleh Indonesia belum dimaklumkan secara rasmi.",
"Sebagai tambahan, sekiranya sasaran ke-150 dunia yang diletakkan oleh Ketum PSSI ini dapat dicapai, skuad Garuda akan mengatasi dua pasukan di rantau asia tenggara (ASEAN) yang merupakan jiran tetangganya iaitu Malaysia (ranking ke-155) dan Singapura (ranking ke-160)."
] |
https://sukanz.com/202219862/ |
Mount Tebu Climbathon Challenge Tarik Penyertaan Hampir 600 Pendaki Seluruh Negara
| [
"Perlumbaan mendaki gunung yang akan dilangsungkan di Taman Eko-Rimba Lata Belatan, Besut, Terengganu pada 1 Oktober telah menarik penyertaan seramai 552 peserta dari seluruh negara.",
"Angka itu dimaklumkan oleh penganjur perlumbaan yang dinamakan sebagai Mount Tebu Climbathon Challenge ini setelah pendaftaran ditutup pada 14 September lalu.",
"Perlumbaan anjuran Kelab Kembara Terengganu ini mempertandingkan sebanyak tiga kategori iaitu Cengal (21 kilometer), Meranti (21 kilometer) dan Nyatoh (5 kilometer).",
"Juara, naib juara dan tempat ketiga bagi kategori Cengal akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM800, RM600 dan RM500 masing-masing berserta trofi dan pelbagai barangan.",
"Sementara itu, kategori Meranti pula yang terbuka buat peserta kelahiran Terengganu atau penduduk negeri Terengganu sahaja menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM500, RM300 dan RM200 bagi juara, naib juara serta pemenang tempat ketiga.",
"Difahamkan, acara larian mendaki Gunung Tebu yang berketinggian 1,038 meter dari paras laut ini yang pertama dianjurkan di semenanjung tanah air pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).",
"Sebagai tambahan, perlumbaan ini turut mendapat sokongan penuh pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri Terengganu dan Tourism Malaysia."
] |
https://sukanz.com/202114304/ |
BAM Tetap Pendirian Hantar Pemain Pelapis di Sukan SEA Vietnam 2021
| [
"Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak mengubah pendirian untuk menghantar barisan pemain pelapis bagi beraksi di temasya Sukan SEA Vietnam 2021 yang akan berlangsung pada 12-23 Mei tahun hadapan.",
"Menurut laporan akhbar Berita Harian, pendirian itu diulangi oleh Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menjawab mengenai penganjuran temasya Sukan SEA dan kejohanan Piala Thomas/Uber 2022 yang turut berlangsung pada bulan yang sama.",
"“Untuk Sukan SEA kita akan membariskan muka baharu. Perkara ini sudah diumumkan dulu sebelum Sukan SEA ditangguhkan lagi.",
"“Selain daripada skuad pelapis, kita juga akan melihat pemain remaja yang berpotensi untuk disenaraikan bagi membawa cabaran negara di temasya berkenaan.",
"“Jadi, saya fikir ia tidak akan memberikan kesan kepada pelan kita. Untuk saingan Piala Thomas/Uber ia akan dibarisi pemain elit negara,” katanya seperti dipetik daripada portal akhbar tersebut.",
"Sebagai rekod, temasya Sukan SEA 2019 yang lalu menyaksikan Malaysia meraih tiga pingat emas hasil sumbangan Lee Zii Jia (perseorangan lelaki), Kisona Selvaduray (perseorangan wanita) dan gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki).",
"Featured Image: Badminton Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/20219116/ |
Bina Clubhouse di Kuantan, Perkukuhkan ‘Fan Base’ Antara Tumpuan Sri Pahang Tahun Ini
| [
"Tumpuan Kelab Bola Sepak Sri Pahang (Sri Pahang FC) bukan sahaja terarah kepada pembentukan sebuah pasukan yang mampu mencabar pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia 2021.",
"Sesuai dengan perubahan daripada entiti ‘Football Association’ kepada ‘Football Club’ yang bermula pada tahun ini, Sri Pahang sudah merancang beberapa perkara untuk memperkasakan pasukannya terutamanya melibatkan hal-hal di luar padang.",
"Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang, beliau berkata, antara perancangan yang akan dilakukan adalah membina sebuah clubhouse berserta tempat latihan baharu buat pasukan berpangkalan di pantai timur ini.",
"“Selain daripada membentuk pasukan yang mantap dan boleh mencabar kelab-kelab yang lain, kita juga merancang untuk membina atau mencari tempat latihan yang baru, dan juga membina (sebuah) clubhouse yang lebih baik, itu menjadi impian kita.” kata Suffian kepada Sukanz.",
"Difahamkan clubhouse dan tempat latihan yang baharu buat skuad yang terkenal dengan julukan Tok Gajah ini akan dibina di Kuantan sesuai dengan lokasinya yang menempatkan Stadium Darul Makmur serta ibu negeri Pahang.",
"Ianya akan dilengkapi dengan beberapa buah padang yang memadai untuk kegunaan latihan buat sebuah kelab bola sepak profesional. Perancangan ini bertujuan untuk memberikan kemudahan yang lebih baik buat para pemain dan pengurusan Sri Pahang.",
"Selain daripada memberikan tumpuan kepada pembinaan fasiliti dan kemudahan, Suffian turut berkongsikan bahawa Sri Pahang mahu menggemblengkan tenaga untuk memperkukuhkan ‘fan base’.",
"Untuk menjalankan usaha ini, sebuah pasukan media yang mantap daripada segenap posisi akan dibina agar dapat meningkatkan penglibatan dan mendekatkan para penyokong Tok Gajah bersama pasukan.",
"“Kita akan membentuk satu pasukan media yang mantap, dan kita juga mengalu-alukan komen membina daripada (pihak) media untuk membangunkan pasukan media ini.",
"“(Pasukan) media ini kita perkukuhkan daripada segi keterlibatan dengan pengurusan.” katanya.",
"Buat masa ini, segala usaha untuk memperkukuhkan ‘fan base’ akan dicurahkan menerusi platfrom atas talian (online) memandangkan pandemik Covid-19 yang masih menular dalam negara.",
"Berdasarkan pemerhatian, skuad Tok Gajah mempunyai hampir 400,000 pengikut secara keseluruhan di platfom media sosialnya yang merangkumi Facebook, Instagram dan Twitter.",
"Segala sesi bertemu para peminat dan penyokong pula sukar untuk diadakan buat masa ini memandangkan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang sedang dijalankan di hampir seluruh negara serta larangan untuk berkumpul secara beramai-ramai.",
"Sementara itu, Suffian amat mengharapkan sokongan daripada penyokong serta semua pihak untuk memberikan masa kepada Sri Pahang bagi menjalankan usaha-usaha ini. ",
"“Jangka masa untuk melakukan sesuatu benda itu tidak boleh disiapkan dalam masa sehari, ianya memerlukan perancangan dan sebagainya,”",
"“Untuk maju ke hadapan dalam bola sepak kita perlukan perancangan, itu matlamat kelab dan saya sendiri,” katanya lagi."
] |
https://sukanz.com/202219553/ |
“Enjoy The Game & Pergi Agresif” – Ini Kata-Kata TMJ Yang Dipegang Arif Aiman Setiap Perlawanan
| [
"Penyerang sayap muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi bukan sahaja berhasil menyumbang satu gol bagi memastikan kemenangan pasukannya dalam saingan Piala FA.",
"Bahkan kecemerlangan persembahannya dalam perlawanan akhir menentang Terengganu FC turut mengangkatnya selaku pemain terbaik perlawanan (Man Of The Match), semalam.",
"Disebalik kecemerlangan itu, pemain berusia 20 tahun kelahiran Pahang ini berkongsikan satu nasihat daripada pemilik Johor Darul Ta’zim, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang sentiasa menjadi pengangannya.",
"“Dia (TMJ) selalu cakap enjoy the game (dan) pergi agresif. Dia selalu bercakap macam itu. Setiap perlawanan saya berpegang kepada kata-kata (itu),” kata Arif semasa dalam sidang media selepas perlawanan.",
"Selain itu, Arif turut berkongsikan bahawa TMJ sering memberikan motivasi dan kepercayaan kepadanya untuk bermain dalam skuad utama pasukan yang berjulukan Harimau Selatan ini.",
"Tambahnya lagi, ketika mula dapat menyertai skuad utama, dia sendiri tidak menyangka akan perkara tersebut serta tidak berkeyakinan dapat merebut tempat dalam kesebelasan utama.",
"Pada masa yang sama, walaupun telah berhasil menjulang Piala FA dan meraih anugerah MOTM dalam perlawanan semalam, ianya belum cukup memuaskan dirinya selaku pemain bola sepak.",
"Arif yang juga pemain skuad kebangsaan memasang impian untuk memburu lebih banyak kejuaraan bersama JDT termasuk di pentas antarabangsa seperti Liga Juara-juara AFC (ACL).",
"Featured Image: JOHOR Southern Tigers"
] |
https://sukanz.com/202322257/ |
AFA Community Lancar Super App Bagi Memacu Pendigitalan Aktiviti Sukan Di Malaysia
| [
"Bagi memacu pendigitalan aktiviti-aktiviti sukan dalam komuniti sukan tanah air, AFA Community tampil melancarkan sebuah aplikasi yang bernama AFA Super App. ",
"Ianya merupakan sebuah platform komuniti sukan yang membolehkan pengguna membuat dan mencari aktiviti, menguruskan RSVP dalam kumpulan, menempah venue dan membayar secara mudah, mengumpul dan menebus mata ganjaran serta menikmati tawaran daripada rakan kongsi – kesemuanya di hujung jari.",
"Selain ciri-ciri yang dinyatakan, aplikasi ini direka khusus bagi menyelesaikan kesukaran yang dihadapi oleh penganjur aktiviti atau pemilik venue sukan yang menggunakan kaedah tempahan secara tradisional.",
"Setakat Mac ini, aplikasi yang dibangunkan secara bersama dengan SegWitz telah mengumpulkan lebih 150,000 pengguna, mendapat tempahan lebih 500,000 jam bermain di 90 venue merentasi 11 negeri – Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Malacca, Penang, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah, Sabah dan Sarawak.",
"Difahamkan, AFA Community merupakan salah satu “startups” (syarikat pemula) teknologi sukan yang muncul dimana Institut Sukan Negara (ISN) mempunyai pegangan saham dan terlibat secara aktif di dalamnya.",
"Usaha pendigitalan sukan ini turut menyokong strategi teras yang dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Institut Sukan Negara (ISN) dalam menjadikan Malaysia sebuah negara aktif menjelang 2023."
] |
https://sukanz.com/202220889/ |
Ingin Kembali Bersama OKS Faktor Irfan Zakaria Sertai Sabah FC
| [
"Ingin meraih pengalaman baharu serta kembali bekerjasama dengan Datuk Ong Kim Swee (OKS) menjadi antara faktor utama buat Irfan Zakaria memilih menyertai Sabah FC.",
"Pertahanan dan pemain tengah bertahan berusia 27 tahun ini diperkenalkan sebagai pemain baharu Sabah menerusi makluman di pelbagai platform media milik kelab itu, semalam.",
"Pengumuman kedatangan Irfan itu sekaligus menoktahkan hubungannya dengan skuad berpangkalan di ibu kota, Kuala Lumpur City FC (KL City).",
"“Dua tahun di Kuala Lumpur, saya rasa telah mendapatkan banyak kejayaan besar seperti tahun lalu memenangi Piala Malaysia pada usia 100 tahun dan mengekalkan rekod tanpa kalah di Cheras.",
"“Musim ini, kami layak ke perlawanan akhir Piala AFC walaupun tanpa bajet yang besar,rahsianya semangat kekeluargaan yang menjadi kekuatan KL City dan saya tidak pernah ada masalah dengan pasukan.",
"“Mungkin bila dilihat faktor ini semua, saya tidak ada sebab untuk keluar dari pasukan namun keputusan saya ke Sabah adalah didorong kerana mahu mencari pengalaman baharu demi kemajuan karier.",
"“Bukan mudah saya buat keputusan ini malah dalam minggu lepas baharu saya memuktamadkan untuk ke Sabah kerana dalam masa sama turut berbincang dengan Bojan Hodak tentang perancangan KL City musim depan,” katanya.",
"🏆 Pemenang Piala Malaysia yang bermain di posisi bek tengah & defensive midfielder. ",
"🦏 Selamat datang ke Negeri Di bawah Bayu @irfannzakaria!#sabahmajujaya #bangunlahbersatusemua pic.twitter.com/m6I6O21E2v",
"— Sabah FC Official (@SabahFCofficial) December 1, 2022",
"Kim Swee bukanlah individu yang asing buat Irfan. Kedua-duanya pernah bekerjasama bermula daripada skuad bawah 23 tahun negara (B-23) dan skuad Harimau Muda pada suatu masa dahulu. Perkara itu sedikit sebanyak meyakinkannya untuk bersama Sabah di bawah kendalian jurulatih berusia 51 tahun terbabit.",
"“Saya sendiri pernah bekerjasama dengan Kim Swee semasa beraksi di skuad Bawah 23 tahun dan untuk ke sini, saya ada berbincang dengan beliau serba sedikit tentang taktikal musim depan.",
"“Jadi, mengenalinya sejak dahulu, saya dan sebahagian besar rakan-rakan lain yang pernah bersama-sama semasa Harimau Muda dan skuad Bawah 23, kami tahu cara dia bekerja sama ada dalam atau luar padang.",
"“Sedikit sebanyak kami mungkin boleh ikuti perancangan taktikal terbaharu yang beliau inginkan bagi harungi musim depan,” katanya.",
"Sebagai rekod, Irfan memulakan karier secara profesional bersama Harimau Muda sebelum berpindah ke pasukan Kuala Lumpur dari 2016 hingga 2019. ",
"Selepas itu, Irfan beralih angin dengan menyertai Kedah pada musim 2020 sebelum kembali semula bersama ke ibu kota dengan menyertai KL City pada tahun 2021."
] |
https://sukanz.com/202321815/ |
Sooka Tawar ‘Pas Single Match’ Liga Malaysia Pada Harga Pengenalan RM4.90
| [
"Bagi para peminat bola sepak tempatan yang tidak melanggan Astro serta tidak berniat untuk melanggan Astro mahupun NJOI, saingan Liga Malaysia 2023 juga boleh ditonton menerusi servis dan aplikasi penstriman, sooka.",
"Menerusi siaran akhbar yang diedarkan, terdapat empat empat tawaran buat para peminat bola sepak tempatan untuk menonton saingan Liga Malaysia 2023 menerusi servis dan aplikasinya. ",
"Pertamanya, sooka menawarkan Pas Single Match pada harga pengenalan RM4.90 bagi setiap perlawanan.",
"Keduanya, sooka menawarkan pakej bulanan yang diberi nama Pas Liga Malaysia dengan harga RM28.90 bagi setiap bulan.",
"Seterusnya, terdapat pakej langganan VIP+Sports yang berharga RM41.90 setiap bulan. Pakej ini membolehkan pelanggan untuk mengakses semua kandungan sukan termasuk Liga Malaysia dan semua kandungan hiburan melalui telefon mudah alih.",
"Akhir sekali, sooka turut menawarkan pakej TV VIP dengan harga langganan sebanyak RM62.90 bagi setiap bulan. Melalui pakej ini, pelanggan akan diberikan akses sooka melalui TV skrin besar serta satu akses mudah alih terhadap semua kandungan sukan termasuk Liga Malaysia dan juga hiburan.",
"Sebagai tambahan, pihaknya memaklumkan kandungan Liga Malaysia sedia untuk dibeli bermula pada 23 Februari kelak – sehari sebelum berlangsungnya Perlawanan Sumbangsih merangkap perlawanan pertama Liga Super melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC.",
"Baca: Astro Tambah Dua Saluran Sukan Untuk Liga Malaysia – Arena Bola & Arena Bola 2"
] |
https://sukanz.com/202214954/ |
Dua ‘Pemain Sepanyol Miliki Pasport Filipina’ Sertai JDT
| [
"Dua orang pemain kelahiran Sepanyol namun memiliki pasport negara Filipina menyertai pasukan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).",
"Dua pemain tersebut adalah penyerang, Bienvenido Maranon dan pertahanan tengah, Carli De Murga yang merupakan kelahiran El Puerto de Santa Maria (Pelabuhan Saint Mary) di wilayah Cadiz.",
"Kemasukan pemain yang berusia 35 dan 33 tahun masing-masing ini dimaklumkan oleh JDT menerusi satu video berdurasi 48 saat di pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.",
"WELCOME TO THE HOME OF THE SOUTHERN TIGERS! #NewSigning#BienvenidoMaranon #CarliDeMurga#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/X7hnV1Pfw4",
"Untuk makluman semua, Bienvenido mempunyai pengalaman sekitar 10 tahun dalam saingan Liga Sepanyol sebelum berhijrah menyertai kelab dalam saingan Liga Filipina, United City (dahulu dikenali sebagai Ceres-Negros) pada tahun 2015.",
"Bersama United City, Bienvenido merekodkan 85 penampilan dan menjaringkan 65 gol serta mencipta 24 ‘assist’ termasuk di peringkat Liga Juara-Juara AFC dan Piala AFC. ",
"Selain itu, Bienvenido yang mendapat kewarganegaraan Filipina pada Julai 2021 mempunyai 4 penampilan dan merekodkan 4 gol bersama skuad The Azkals dengan melakukan debut ketika saingan Piala AFF 2020 lalu.",
"Sementara itu, Carli merupakan nama yang tidak asing lagi buat peminat bola sepak tempatan. Dia merupakan bekas pemain Terengganu FC pada musim 2021.",
"Memulakan karier bola sepaknya di Sepanyol sekitar 2006 sebelum terbang ke Filipina untuk menyertai Global FC pada tahun 2012. Carli beraksi sekitar 8 tahun di negara itu sebelum menyertai Chonburi di Liga Thailand pada tahun 2020."
] |
https://sukanz.com/202214685/ |
Jurulatih Kelab EPL, Southampton Akan Latih Pemain Cyberlynx FC
| [
"Pemain-pemain kelab amatur, Kelab Bola Sepak Cyberlynx (Cyberlynx FC) bakal menerima bimbingan daripada jurulatih-jurulatih kelab yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), pada pertengahan tahun kelak.",
"Peluang ini hadir selepas Cyberlynx FC yang dimiliki oleh Kolej Antarabangsa Cyberlynx telah memeterai kerjasama dengan Southampton FC sebagai ‘International Academy Partner’, pada minggu lalu.",
"“Kerjasama strategik ini bakal membuka ruang kepada ramai pemain-pemain untuk meningkatkan mutu permainan, kemahiran bola sepak dan peluang untuk beraksi di peringkat domestik dan juga antarabangsa.",
"Baca: Akademi Bola Sepak Cyberlynx Platform Kembangkan Karier Selepas SPM",
"“Pemain-pemain Cyberlynx juga bakal berlatih di bawah bimbingan jurulatih-jurulatih dari Southampton yang akan berkunjung ke Malaysia pertengahan tahun ini.” tulis kenyataan rasmi kelab.",
"Seperti kita sedia maklum, akademi Southampton cukup terkenal dengan melahirkan pemain-pemain berbakat yang terkenal seantero dunia seperti Alan Shearer, Theo Walcott, Gareth Bale, Alex-Oxlade Chamberlain, Luke Shaw, Kevin Philips, Wayne Bridge dan Ben White.",
"Untuk makluman semua, kolej ini telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan menawarkan Diploma Pengajian Bola Sepak sebagai program utama di kolej tersebut. ",
"Selain itu, kolej ini turut mempunyai program ‘Student Athlete’ di mana semua pelajar di Cyberlynx diberi keahlian pelajar percuma dan akses kepada program pembangunan bola sepak profesionalnya dalam Cyberlynx FC."
] |
https://sukanz.com/202112400/ |
Piala AFF 2020: Malaysia Diundi Bersama Juara Bertahan, Vietnam Serta Indonesia, Kemboja dan Laos
| [
"Majlis undian kejohanan bola sepak dwitahunan asia tenggara, Piala AFF Suzuki 2020 yang berlangsung pada hari ini menyaksikan skuad kebangsaan yang dibimbing oleh Tan Cheng Hoe diundi dalam Kumpulan B.",
"Malaysia yang diletakkan dalam Balang 2 telah diundi bersama-sama juara bertahan iaitu Vietnam dan diiringi oleh rival nusantara, Indonesia serta Kemboja dan Laos.",
"Sementara itu, Kumpulan A pula terdiri daripada juara edisi 2014 dan 2016 iaitu Thailand dan ditemani oleh Myanmar, Filipina, Singapura serta pemenang pusingan kelayakan antara Brunei Darussalam atau Timor Leste.",
"Pada masa yang sama, Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Mejar Jeneral Khiev Sameth memaklumkan tuan rumah atau negara hos sedang berada di fasa akhir untuk ditentukan dan akan diumumkan dalam masa beberapa minggu lagi.",
"Baca: Kemboja Intai Peluang Jadi Tuan Rumah Piala AFF 2020",
"Untuk makluman semua, kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 dijadualkan berlangsung bermula 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022.",
"Sebagai tambahan, sejak kejohanan ini diperkenalkan pada tahun 1996, jiran tetangga, Thailand muncul selaku juara paling banyak iaitu 5 kali sementara Singapura pula sebanyak 4 kali. ",
"Manakala Vietnam pula telah memenanginya sebanyak 2 kali dan akhir sekali, Malaysia sebanyak sekali.",
"Featured Image: AFF Suzuki Cup"
] |
https://sukanz.com/202324453/ |
FAM Dapat Tajaan Pengeluar Minuman Bertenaga Indonesia Selama Setahun
| [
"Badan induk bola sepak tanah air, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima tajaan terbaru dan ianya daripada sebuah syarikat pengeluar minuman bertenaga, PT Toedjoe dari negara jiran tetangga iaitu Indonesia selama setahun.",
"Perkembangan itu hadir menerusi makluman daripada FAM sendiri selepas menandatangani perjanjian di antara FAM dengan salah satu jenama produk yang dikeluarkannya, Extra Joss di Wisma FAM, Kelana Jaya pada petang tadi.",
"“Seperti yang kita tahu, Extra Joss merupakan antara jenama minuman tenaga terkenal dan menerusi kerjasama yang dimeterai hari ini, ia bukan sahaja dapat membantu meningkatkan prestasi pemain Harimau Malaya beraksi, malah mampu menjadi jambatan persahabatan antara dua negara.",
"“Mewakili Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, barisan ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM dan seluruh warga kerja FAM, saya amat mengalu-alukan kedatangan Extra Joss sebagai rakan minuman tenaga rasmi FAM dan mengharapkan kerjasama ini akan mendatangkan manfaat buat skuad bola sepak kebangsaan serta Extra Joss,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pemasaran dan Penajaa FAM, Dato’ Sri Shahril.",
"Siaran Media: FAM Jalin Kerjasama Bersama Extra Joss",
"Baca berita penuh di https://t.co/lSWYqO0wRC#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/BpRauVQzMe",
"— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 6, 2023",
"Sementara itu, wakil Extra Joss, Fanny Kurniati cukup teruja untuk memulakan kolaborasi bersama FAM lebih-lebih lagi menjelang perlawanan antarabangsa Tier 1 pada 14 dan 20 Jun kelak di Terengganu.",
"“Kolaborasi bersama FAM amat istimewa buat kami di Extra Joss kerana kami tahu jenama Harimau Malaya adalah cukup signifikan buat peminat-peminat bola sepak di Malaysia.",
"“Kami juga melihat kolaborasi ini sebagai peluang keemasan buat kami untuk memperluaskan lagi serta menembusi pasaran tempatan selain mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif menerusi Extra Joss.",
"“Extra Joss mempunyai visi untuk menjadi pakar tenaga nombor satu di Asia Tenggara. Tujuan Extra Joss untuk memberi tenaga kepada orang ramai untuk mencapai prestasi yang luar biasa dan berkembang maju dalam dunia yang kompetitif. Extra Joss menyediakan penggalak tenaga segera dan fokus untuk bekerja lebih jauh dan menjadi juara,” ujar Ibu Fanny.",
"Featured Image: Football Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/20207155/ |
EPL Tandatangan Perjanjian Penyiaran Baharu Bersama Tencent Sports di China
| [
"Liga Perdana Inggeris (EPL) mengumumkan telah menandatangani perjanjian baharu melibatkan hak penyiaran bagi perlawanan-perlawanan liga berkenaan di negara China bersama platform digital, Tencent Sports.",
"Perkara itu diumumkan secara rasmi menerusi satu hantaran di laman sosial mereka, semalam. Ia sekaligus menggantikan perjanjian lama yang telah dibatalkan bersama syarikat televisyen, PPTV ekoran tunggakan pembayaran.",
"The Premier League has today agreed a partnership with China’s leading digital sports media platform Tencent Sports, which will bring #PL action to fans in China for the remainder of the 2020/21 season More: https://t.co/CYygiNWfUH pic.twitter.com/39bkkmP1ke",
"Dengan perjanjian penyiaran bersama Tencent Sports, para peminat EPL di China dapat mengikuti berita dan perkembangan terbaru kelab-kelab kesayangan mereka menerusi WeChat, QQ.com, Tencent Video, Penguin Live App, Tencent News App, Tencent Sports App dan Kan Dian.",
"Mereka boleh mula menonton baki siaran langsung kesemua perlawanan-perlawanan EPL musim ini bermula sabtu ini, 19 september 2020.",
"Sehubungan itu, mereka juga mengumumkan separuh daripada baki perlawanan musim ini akan disiarkan percuma bagi yang melanggan servis Tencent Sports."
] |
https://sukanz.com/20206455/ |
Yakult dan The Sekolah Bola Jalin Kerjasama Untuk Pembangunan Akar Umbi
| [
"Yakult (M) Sdn. Bhd. telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama The Sekolah Bola selama setahun, semalam. MoU tersebut bertujuan untuk memupuk bakat kanak-kanak dan remaja dalam sukan bola sepak bermula dari kategori akar umbi. Dalam persefahaman ini, pemain bola sepak berumur 12 tahun dan ke bawah dari The Sekolah Bola berpeluang mendaftar untuk menghadiri kem latihan bola sepak bersama kelab bola sepak di Jepun apabila situasi Covid-19 menjadi optimistik. Mekanisme untuk pemilihan pemain sedang ditubuhkan dan akan diumumkan selepas ia ditentukan. ",
"Pada majlis ini, Yakult Malaysia diwakili oleh Pengarah Urusan, En. Hiroshi Hamada dan The Sekolah Bola diwakili oleh Pengasas, En. Muhamad Yazid Yahaya. Majlis menandatangani MoU turut dihadiri oleh En. Halim Bin Saad, Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, dari Kementerian Pendidikan Malaysia, wakil dari Bolabros, En. Paul Raj Thurairaj, Tigre Football, En. Norikhzan Ahmad Yahaya, dan pihak pengurusan Akademi Bola Sepak Brainy Bunch, En. Azmir Suria. ",
"Menurut Hiroshi Hamada, “Misi syarikat kami adalah untuk membawa kesihatan dan kebahagiaan kepada orang ramai dan salah satu cara yang boleh kami lakukan adalah melalui sukan. Mungkin anda tidak dapat mengaitkan minuman probiotik seperti Yakult dengan sukan, tetapi terdapat kajian saintifik yang telah menunjukkan kepentingan pengambilan probiotik ketika bersukan atau pun ketika menjalankan aktiviti fizikal yang berat. ",
"Ini kerana selepas bersukan, imunisasi badan kita akan menjadi lemah untuk sementara dan ini akan menyebabkan kita terdedah dengan risiko selsema. Minum Yakult selepas aktiviti sukan akan meningkatkan imunisasi kita dan mengurangkan risiko mendapat jangkitan. Ini terbukti dengan penyelidikan yang dijalankan di UK oleh Prof. Michael Gleeson dari Universiti Loughborough terhadap sekumpulan atlet yang menjalani latihan sukan yang intensif. Sudah tentu, seperti yang diketahui umum, pengambilan Yakult juga dapat membantu meningkatkan fungsi usus kita dan ini telah diakui dalam Akta Makanan dan Peraturan sejak 2017.” ",
"“Sebagai Perintis Probiotik, Yakult bertanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan kesihatan sistem pencernaan yang baik dan imunisasi yang kuat, kepentingan mikrobiota usus yang sihat dan seimbang serta peranan faktor pemakanan terutamanya probiotik. Ketika kita sedang menghadapi penularan penyakit berjangkit seperti Covid-19 dan influenza, kita perlu menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjaga sistem imun mereka dan salah satu caranya adalah dengan mengamalkan pengambilan Yakult secara berterusan. ",
"Kami menjangkakan lebih banyak kajian akan dijalankan yang dapat menyingkap lebih banyak maklumat mengenai manfaat kesihatan probiotik dan kesan positifnya terhadap mikrobiota usus, sistem imun dan kesihatan secara keseluruhannya pada masa yang akan datang”, tambahnya lagi. ",
"Seperti yang dilaporkan dalam suatu kajian yang terbaru oleh Prof. Madya Dr. Mahenderan Appukutty dari UiTM Shah Alam, pengambilan minuman probiotik Yakult secara berterusan dapat merangsang gelombang otak Theta (relaksasi) dan Delta (perhatian) dalam kalangan pemain bola sepak. Ini berpotensi untuk menyumbang kepada latihan yang lebih bagus, fungsi kognitif dan peningkatan psikologikal dalam senaman dalam kalangan atlet. ",
"Rakan kerjasama, Pengasas The Sekolah Bola, Muhamad Yazid Yahaya berkata “Kami ingin merealisasikan impian anak-anak menjadi pemain bola sepak profesional melalui penggabungan sukan dan pendidikan. Selain daripada latihan sukan, kami juga memberi bekalan minuman probiotik Yakult kepada pemain-pemain di akademi kami selepas setiap sesi latihan untuk meningkatkan imuniti dan fungsi usus mereka”. Sebagai rekod, program-program The Sekolah Bola juga mendapat sokongan dari Kementerian Pendidikan sejak 2 tahun yang lalu. ",
"Sesi pertukaran jersi telah berlangsung selepas majlis rasmi menandatangani persefahaman. Semua tetamu jemputan turut berpeluang menikmati minuman susu kultur probiotik Yakult sebelum majlis bersurai. ",
"Aktiviti ini adalah sejajar dengan falsafah syarikat Yakult iaitu mencegah adalah lebih baik dari mengubati, usus yang sihat membawa kepada panjang umur dan untuk menyampaikan kesihatan yang baik kepada seramai orang yang boleh. ",
"Minuman susu kultur probiotik Yakult dinikmati secara harian oleh 40 juta orang di 40 buah negara seluruh dunia kerana kebaikan bakteria probiotiknya bernama strain Shirota, yang terbukti secara saintifik dapat melancarkan pergerakan usus, meningkatkan imuniti dan melindungi daripada jangkitan. Minuman Yakult dibuat sepenuhnya di Malaysia di sebuah kilang berteknologi canggih di Seremban, Negeri Sembilan dan disahkan Halal oleh JAKIM."
] |
https://sukanz.com/202325513/ |
Terbuka Korea: Langkah Sze Fei-Izzuddin Terhenti Di Suku Akhir
| [
"Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin nampaknya tidak dapat mengulangi kejayaan menjuarai Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu dalam saingan Terbuka Korea pada minggu ini.",
"Ianya berikutan Sze Fei-Izzuddin yang berada di ranking ke-46 dunia tumpas pada peringkat suku akhir di tangan beregu No.1 dunia dari Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto, sebentar tadi.",
"Dalam pertarungan terbabit, Sze Fei-Izzuddin tumpas secara “straight set” dengan skor 9-21 dan 21-23 dalam tempoh masa 38 minit permainan.",
" QF#INA🇮🇩 Fajar Alfian-Rian Ardianto(1) def. #MAS🇲🇾 Goh Sze Fei-Izzuddin Rumsani 21-9 23-21",
"— BAM (@BA_Malaysia) July 21, 2023",
"Kekalahan itu sekaligus menjadikan Sze Fei-Izzuddin telah tumpas sebanyak lapan kali daripada sembilan pertemuan menentang Fajar-Rian di pentas antarabangsa.",
"Pada masa yang sama, kekalahan ini hadir selepas Ng Tze Yong yang beraksi dalam kategori perseorangan lelaki turut tumpas di peringkat suku akhir.",
"Ianya sekaligus menyaksikan tiada sebarang kelibat wakil negara dalam mana-mana kategori bermula peringkat separuh akhir, esok.",
"Perkara ini sama sekali berbeza berbanding saingan Terbuka Korea pada tahun lalu yang menyaksikan sekurang-kurangnya satu wakil negara berjaya mara ke peringkat separuh akhir iaitu gandingan campuran, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jin yang akhirnya berjaya merangkul kejuaraan."
] |
https://sukanz.com/20208523/ |
Pahang Sah Ikat Lee Tuck Tapi Kedudukan Dollah Belum Pasti
| [
"Pahang mengesahkan telah mendapatkan khidmat bekas kapten Terengganu Football Club (TFC), Lee Tuck untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2021.",
"Perkembangan menarik itu disahkan sendiri oleh pengurus skuad Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang menerusi satu laporan media tempatan, semalam.",
"“Lee Tuck sudah sah bersama Pahang (musim depan).” katanya seperti dipetik daripada Stadium Astro.",
"Baca: Usia Bukan Penghalang, Cheng Hoe ‘Setuju’ Naturalisasikan Lee Tuck & Cabrera",
"Walaupun telah melakukan kerja awal dengan mendapatkan salah seorang pemain import terbaik dalam saingan Liga Malaysia pada ketika ini, perancangan kem Pahang dilihat sedikit ‘tempang’ apabila belum mengesahkan kedudukan jurulatih mereka, Dollah Salleh.",
"Ketika ini, Pahang sedang membuat pertimbangan samada mahu mengekalkan Dollah yang telah berkhidmat sebagai ketua jurulatih sejak 2017 atau membawa masuk individu baharu.",
"“(Tentang jurulatih) masih belum ada keputusan,”",
"“Jika kepimpinan Pahang selepas ini mahu mengekalkan jurulatih Dollah dan saya sudah mengeluarkan kenyataan bahawa kami mahu mencari jurulatih baru, ia akan jadi tidak bagus.” ",
"“Tidak bagus untuk jurulatih Dollah dan pasukan ini.” jelasnya.",
"Where is Dollah Salleh headed to next? He hopes to stay on, but it is up to the management to keep him. It is rumoured that Pahang is linked to Nidzam Jamil and Yusri Che Lah, but we shall wait and see. #MFLTransfer2021 #MSL2021 https://t.co/ryYRs7WWxR",
"Sekiranya khidmat Dollah tidak dilanjutkan, khabar angin bertiup kencang bahawa Pahang mahu mempertimbangkan dua jurulatih muda iaitu Nidzam Jamil (bekas ketua jurulatih Felda United FC) dan Yusri Che Lah (bekas ketua jurulatih Kelantan).",
"Featured Image: Malaysian Football League"
] |
https://sukanz.com/202216771/ |
Mora Tak Bohong, Akui Terengganu Sebuah Pasukan Yang Mantap
| [
"Walaupun berhasil merekodkan kemenangan, ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mengakui lawannya merupakan sebuah pasukan yang mantap.",
"Perlawanan yang berlangsung pada malam tadi itu menyaksikan skuad Harimau Selatan meraih kemenangan dengan keputusan 2-1 hasil jaringan berganda oleh Bergson da Silva pada separuh masa pertama.",
"Manakala jaringan tunggal oleh Terengganu yang dibimbing oleh Nafuzi Zain pula disumbangkan oleh Kpah Sherman pada minit ke-31.",
"“Saya tidak boleh berbohong yang Terengganu merupakan sebuah pasukan yang mantap dan punyai ramai pemain baik selain kekuatan di bahagian tengah.",
"“Mereka juga begitu baik semasa situasi memegang bola malah sering kali dapat mencari kombinasi yang dimahukan selain penyerang, Kpah Sherman cukup kuat serta berbahaya.” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.",
"Pada masa yang sama, jurulatih berusia 42 tahun kelahiran Mexico itu turut memberikan pujian kepada ketua jurulatih Terengganu kerana tidak menggunakan taktikal ‘membuang masa’ semasa di dalam permainan.",
"“Pujian kepada jurulatih Nafuzi Zain dan saya hormat kepada pasukan yang mahu bermain bola sepak dan tidak membuang masa dalam permainan.",
"“Mereka melawan dengan penuh bermaruah dan kalah 1-2, mereka sangat hampir untuk mendapatkan sesuatu dalam perlawanan ini dan tuah menjadi milik kami.",
"“Sherman tidak bernasib baik kerana terdapat dua situasi untuk menjaringkan gol selain kami berjaya berada di situ untuk berikan tekanan, di akhirnya kami tahu bagaimana mahu dapatkan tiga mata,” katanya.",
"Hasil daripada kemenangan ini, JDT dapat mengekalkan kedudukannya di puncak Liga Super dengan 12 mata hasil daripada empat perlawanan.",
"Perlawanan seterusnya, JDT yang merupakan juara bertahan dijadualkan menentang PJ City pada 6 Mei kelak.",
"Featured Image: JOHOR Southern Tigers"
] |
https://sukanz.com/202321895/ |
Liga Malaysia Dapat Tajaan Jenama Air Mineral Semula Jadi Beroksigen Selama 1 Tahun
| [
"Saingan bola sepak tempatan, Liga Malaysia yang dikelolakan oleh Malaysian Football League (MFL) terus-menerus mendapat sokongan dalam bentuk penajaan daripada syarikat-syarikat perniagaan.",
"Terbaru, MFL mengumumkan menerima tajaan daripada jenama air semula jadi beroksigen iaitu BubbleO2 selama setahun sekaligus diangkat menjadi Rakan Rasmi Air Mineral Semulajadi Beroksigen Liga Malaysia.",
"Penajaan BubblesO2 kepada MFL termeterai secara rasmi selepas Stuart Ramalingam dan Ain Azizah Ariffin merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang mewakili kedua-dua entiti terbabit masing-masing menandatangani kontrak penajaan bertempat di Hilton Petaling Jaya, pada hari ini.",
"Bagaimanapun, jumlah panajaan daripada BubblesO2 kepada MFL tidak didedahkan kepada umum.",
"Dimaklumkan, ini merupakan kali pertama buat BubblesO2 yang mengambil punca air jenis bawah tanah bertempat di Rantau, Negeri Sembilan terlibat dalam penajaan bola sepak. ",
"Akan tetapi, ini bukanlah penajaan pertamanya dalam arena atau aktiviti sukan tanah air. Sebelum ini, BubblesO2 sudah bekerjasama serta menaja pelbagai sukan lain seperti bersama pasukan Petronas Yamaha Sprinta-CKJ Racing untuk Kejohanan CubPrix Kebangsaan (2018-2020), kontinjen Majlis Sukan Wilayah Persekutuan semasa SUKMA 2022, pasukan besbol kebangsaan 2022 serta Kejohanan Silat Dunia 2022. ",
"Untuk makluman semua, produk BubblesO2 ini boleh didapati di rangkaian 7-Eleven,kedai Mesra Petronas di semenanjung Malaysia, AeonBIG Hypermarket, AeonMall Store, rangkaian EMart 24 serta Express Mart.",
"Selain itu, ianya turut ditempatkan untuk pembelian para pengembara di lapangan terbang seperti KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2, kedai serbaneka dan farmasi di hospital-hospital awam dan swasta di Lembah Klang serta kawasan R&R di sepanjang lebuhraya PLUS."
] |
https://sukanz.com/202216670/ |
Terbuka Korea: Gandingan Yew Sin-Liu Ying Mara Ke Peringkat Suku Akhir Buat Pertama Kali
| [
"Selepas mendapat ‘bye’ di Pusingan 32, beregu campuran bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Goh Liu Ying meraih pula kemenangan percuma di Pusingan 16 dalam saingan Terbuka Korea 2022, hari ini.",
"Mereka sepatutnya menentang beregu tuan rumah merangkap pilihan pertama kejohanan, Seo Seung-jae dan Chae Yujung. Bagaimanapun, beregu ini tidak beraksi dan Yew Sin-Liu Ying diberikan ‘walkover’ atau kemenangan tanpa bertanding.",
"Untuk makluman semua, ini merupakan kemaraan pertama Yew Sin-Liu Ying ke pentas suku akhir sejak bergandingan bermula sekitar awal tahun ini.",
"Sementara itu, di peringkat suku akhir nanti, Yew Sin-Liu Ying bakal menantikan cabaran samada daripada beregu Singapura, Terry Hee Yong Kai dan Tan Wei Han (pilihan kelapan kejohanan) atau beregu Korea, Kim Won-ho dan Jeong Na-eun (ranking ke-247).",
"Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.",
"Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:",
"1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.",
"2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.",
"3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.",
"Featured Image: Facebook Goh Liu Ying"
] |
https://sukanz.com/20219405/ |
Hakimi Pemain Laju, Kuat & Mempunyai Tendangan Yang Padu
| [
"Pada jendela perpindahan sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia 2021, Terengganu FC membuat keputusan untuk menandatangani beberapa orang pemain muda berbakat.",
"Salah seorang daripadanya adalah penyerang berkaki kidal, Mohamad Hakimi Abdullah yang beraksi bersama skuad Liga Premier, Kelantan, pada tahun lalu.",
"Dalam aksi pembukaan Liga Super, pemain berusia 21 tahun ini dimasukkan sebagai pemain gantian untuk mengisi posisi ‘flank’ kiri oleh ketua jurulatih, Nafuzi Zain ketika Terengganu ketinggalan kepada pasukan tuan rumah, UiTM FC.",
"Percaturan Nafuzi nyata membuahkan hasil apabila kehadiran Hakimi memberikan ancaman kepada barisan pertahanan UiTM di bahagian kiri. Dia berjaya mencetak gol kemenangan dengan penuh bergaya menerusi satu rembatan kencang kaki kirinya di minit-minit akhir.",
"“Hakimi merupakan pemain yang mempunyai kelajuan, kekuatan dan tendangan yang padu tetapi masih banyak yang perlu dipertingkatkan,” ujarnya sambil berkongsikan kemasukan Hakimi kerana mahukan pasukannya mempunyai lebih ‘pace’ ketika melakukan serangan.",
"Ternyata Nafuzi amat gembira dengan persembahan yang ditunjukkan oleh pemain muda kelahiran Kelantan ini namun beliau melihat Hakimi perlu memburu lebih banyak minit permainan selain daripada meningkatkan lagi kemampuan diri.",
"“Hakimi ni masih pemain yang muda, memerlukan lebih banyak pengalaman, untuk dapatkan pengalaman, awak perlu lebih minit permainan. Jadi, setiap pemain akan mendapat peluang (untuk bermain),” tambahnya lagi.",
"Untuk rekod, selain daripada Hakimi, Terengganu turut menandatangani pemain tengah Nik Akif Syahiran, pertahanan Shahrul Nizam dan pemain sayap lincah Faisal Halim dimana kesemuanya berumur di bawah 24 tahun.",
"Pada masa yang sama, mereka turut menaikkan pangkat beberapa pemain muda daripada pasukan simpanan, Terengganu II dan pasukan pembangunan bawah umur, Terengganu III. ",
"Antaranya penyerang Isa Raman, pemain tengah menyerang Engku Nur Shakir, pertahanan Alif Zakaria dan penjaga gol Syed Nasrulhaq.",
"Featured Image: Terengganu Football Club"
] |
https://sukanz.com/202217396/ |
Sukan SEA: Thailand Mendahului Setelah Kunlavut Tewaskan Jacky Di Perlawanan Pertama
| [
"Skuad Thailand berhasil mendahului 1-0 dalam perlawanan akhir acara badminton berpasukan lelaki menentang Malaysia dalam temasya Sukan SEA 2021. ",
"Pendahuluan itu berhasil dicetak oleh Thailand setelah perseorangan pertamanya (MD1), Kunlavut Vitidsarn berjaya menumpaskan wakil Malaysia, Jacky Kok Jing Hong pada pertarungan pertama secara “straight set” dengan skor 21-10 dan 21-15.",
"RESULTS: #SEAGames2021 FINALS (Men’s Team)",
"Kunlavut Vitidsarn def. Kok Jing Hong 21-10 21-15#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/zdPUzgdI7b",
"— BAM (@BA_Malaysia) May 18, 2022",
"Berdasarkan rekod, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan Jacky yang berada di ranking ke-199 dan Kunlavut yang menghuni ranking ke-18 dunia di pentas antarabangsa.",
"Sementara itu, perebutan pingat emas bagi acara ini antara Malaysia dan Thailand diteruskan ke pertarungan kedua yang menemukan beregu Man Wei Chong-Tee Kai Wun (ranking ke-34) dengan Chaloempon Charoenkitamorn-Nanthakarn Yordphaisong (ranking ke-196).",
"Featured Image: Badminton Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/20219101/ |
Sri Pahang FC Sedang Nilai Calon Penyerang Tipikal No.9
| [
"Pasukan berpangkalan di pantai timur, Sri Pahang FC sedang dalam penilaian akhir terhadap beberapa nama bagi mengisi baki dua slot pemain importnya untuk mengharungi saingan Liga Super 2021.",
"Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, salah satu daripada slot pemain tersebut akan diisi dengan penyerang tengah tipikal No.9 ",
"Manakala satu lagi slot akan diisi dengan pemain pertahanan yang mempunyai kemampuan untuk beraksi sebagai pemain tengah bertahan jika diperlukan.",
"“Yang pertamanya, kami (mahu) dapatkan khidmat centre forward (penyerang tengah) tipikal No.9 dan mempunyai saiz yang baik untuk berhadapan dengan barisan pertahanan terutamanya kalangan import.”",
"“Ada satu striker ni bagus, tapi saiznya antara 5 kaki 6 inci, macam mana nak hadapi pertahan import yang rata-ratanya bersaiz lebih besar daripada pasukan lain?”",
"RUMOURS! Striker Arema FC, Kushedya Hari Yudo (27) dikabarkan diminati oleh klub Malaysia, 🇲🇾Sri Pahang FC.🇲🇾SPFC memang santer dikabarkan bakal mendatangkan pemain Indonesia guna mengisi kuota ASEAN utk 🇲🇾MSL 2021. [Bolacom] pic.twitter.com/WzgCo0MLl2",
"“Kemudiannya, kami mahu pertahanan yang mampu bermain di posisi defensive midfield (tengah bertahan) supaya dapat dimainkan dalam pelbagai taktikal sebagai contoh ketika bertahan.” katanya ketika dihubungi oleh Sukanz, hari ini.",
"Menurut Suffian lagi, setakat ini beberapa pemain daripada rantau asia tenggara terutamanya Indonesia menawarkan diri untuk menyertai pasukan Sri Pahang memandangkan ketidaktentuan aksi Liga Indonesia.",
"Namun begitu, terdapat juga beberapa pemain dari negara di rantau asean yang lain seperti Filipina, Vietnam serta Thailand menawarkan diri untuk mengisi kedua-dua posisi tersebut.",
"Untuk makluman, kedua-dua slot ini akan diisi oleh pemain dari kelompok negara asia atau asean memandangkan Sri Pahang telah mengikat khidmat pertahanan Herold Goulon (Perancis), pemain tengah Lee Tuck (England) dan pemain tengah menyerang Sergio Aguero (Argentina).",
"“Keutamaan kami pada masa ini mendapatkan pemain yang mementingkan semangat berpasukan dan mampu serasi bersama rakan pasukan di dalam dan luar padang, menjadi satu keluarga.” tambahnya lagi sambil mendedahkan ianya sebahagian daripada penerapan jurulatih baharu, Thomas Dooley.",
"Bagi kalangan pemain tempatan, Sri Pahang akan dikuatkan dengan 21 orang pemain dimana hampir 85% daripadanya merupakan anak jati negeri Pahang Darul Makmur. Antara muka baharu yang dibawa masuk oleh Sri Pahang ialah Hafiz Ramdan, Ezanie Mat Salleh, Zharif Irfan, Malik Mat Arif, Shahrul Aizad, dan Baqiuddin Shamsudin."
] |
https://sukanz.com/202218780/ |
Sukan Komanwel: Juara Dunia, Pusarla Berhempas-Pulas Atasi Goh Jin Wei
| [
"Pertarungan kedua bagi perlawanan akhir acara badminton berpasukan di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 antara India dan Malaysia menemukan Pusarla Venkata Sindhu dan Goh Jin Wei.",
"Pusarla yang menghuni ranking ketujuh dunia merangkap juara dunia 2019 menepati ramalan mencetak kemenangan dalam perlawanan ini namun ianya tidak datang dengan mudah.",
"Pemain berusia 27 tahun ini terpaksa berhempas-pulas mengerahkan kudratnya sebelum berhasil merekodkan kemenangan secara “straight set” 22-20 dan 21-17 ke atas Jin Wei yang berada di ranking ke-60 dunia.",
"RESULTS: #Birmingham2022 FINAL#MAS🇲🇾 1-1 #IND🇮🇳 ",
"Pusarla Sindhu def. Goh Jin Wei 22-20 21-17#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/gBYiuaBVK1",
"— BAM (@BA_Malaysia) August 2, 2022",
"Untuk rekod, kemenangan yang diraih pada hari ini menjadikan Pusarla melebarkan rekod kemenangan ke atas Jin Wei kepada tiga kemenangan berturut-turut di pentas antarabangsa.",
"Sebelum ini, Pusarla telah berhasil menewaskan Jin Wei sebanyak dua kali di kejohanan Piala Sudirman 2019 dan saingan Indonesia Masters 2018.",
"Pada masa yang sama, kemenangan ini membolehkan pasukan India menyamakan kedudukan 1-1 dengan Malaysia dalam acara perebutan kilauan pingat emas Sukan Komanwel ini.",
"Bagi perlawanan seterusnya yang melibatkan pertemuan perseorangan lelaki, Ng Tze Yong yang mewakili Malaysia akan turun menentang taruhan India, Srikanth Kidambi.",
"Featured Image: Badminton Association of Thailand "
] |
https://sukanz.com/202114348/ |
Ketinggian 1.94m Papé Diakité Solusi Terengganu Untuk Rebut Bola Di Udara
| [
"Semifinalis Piala Malaysia 2021, Terengganu FC mengumumkan kedatangan pemain import baharu keduanya yang merupakan seorang pertahanan berketinggian 1.94 meter (m), Papé Diakité, pada hari ini.",
"Dimaklumkan, pemain kelahiran Dakar, Senegal yang berusia 28 tahun ini diikat kontrak selama setahun bersama pasukan berpangkalan di pantai timur itu khusus untuk menggantikan pemergian pertahanan import musim lalu, Carli de Murga.",
"Selamat Datang PAP'E DIAKIT'E! 🏴🏳️#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/5Bk6nZfk2K",
"Sementara itu, ketua jurulatih, Nafuzi Zain melihat kedatangan bekas pemain Liga Belgium dan Vietnam ini bukan sahaja untuk mengukuhkan benteng pertahanan skuad Hitam Putih untuk mengharungi saingan Liga Malaysia musim hadapan.",
"Malahan, kelebihan fizikal terutamanya ketinggian 1.94m yang dimilikinya itu akan menjadi solusi kepada kekurangan yang dihadapi oleh Terengganu pada musim lepas iaitu perebutan bola di udara.",
"Pada masa yang sama, Nafuzi turut mengharapkan Papé dapat menyesuaikan diri bersama pasukan termasuk corak permainan Terengganu dengan cepat. ",
"Untuk makluman semua, Papé bakal menyarung jersi bernombor 44 bersama Terengganu kelak."
] |
https://sukanz.com/202218378/ |
Mesut Ozil Berpisah Dengan Fenerbahce, Kini Berstatus Ejen Bebas
| [
"Bekas pemain tengah skuad kebangsaan Jerman, Mesut Ozil kini tidak terikat dengan mana-mana kelab serta bergelar ejen bebas (free agent).",
"Ianya berikutan pemain berusia 33 tahun ini dilaporkan oleh beberapa agensi media di Turki telah berpisah dengan kelabnya, Fenerbahce secara persetujuan bersama, semalam.",
"Untuk makluman semua, Fenerbahce mengumumkan menggugurkan Ozil daripada skuadnya pada penghujung Mac lalu tanpa sebarang penjelasan kepada umum.",
"Selain daripada tidak dapat beraksi ekoran pengguguran tersebut, Ozil juga tidak dibenarkan menyertai latihan rasmi pasukan utama Fenerbahce bersama rakan sepasukannya yang lain. ",
"Turkish German football star Mesut Özil parts ways with Istanbul giant Fenerbahçe after mutually terminating contract, 18 months after move from Premier Leaguehttps://t.co/O8DqdqkoEa",
"— DAILY SABAH (@DailySabah) July 11, 2022",
"Difahamkan, menurut satu laporan yang lain, pengguguran Ozil itu berpunca daripada insiden pertengkarannya bersama ketua jurulatih sementara Fenerbahce pada ketika itu, Ismail Kartal.",
"Namun begitu, setelah hadirnya ketua jurulatih yang baharu, Jorge Jesus, sebuah saluran televisyen di Turki, NTV Spor melaporkan Ozil tidak berada dalam perancangannya untuk musim baharu kelak.",
"Pada masa yang sama, laporan itu turut menyatakan Ozil sedang berunding dengan sebuah kelab lain yang turut berpangkalan di Istanbul iaitu Istanbul Basaksehir – pasukan yang menamatkan saingan Superlig di tangga keempat, musim lalu.",
"Baca: 5 Perkara Menarik Mengenai Pasukan Yang Mengalahkan Man Utd, Istanbul Basaksehir",
"Malahan terdapat juga khabar angin tentang kebarangkalian Ozil berpindah ke kancah bola sepak Amerika Syarikat, Major League Soccer (MLS).",
"Sebagai tambahan, Ozil diumumkan menyertai Fenerbahce pada awal tahun 2021 yang lalu setelah berpisah dengan Arsenal. Sepanjang bersama Fenerbahce, dia sempat melakukan 36 penampilan, menjaringkan 8 gol serta mencerak 3 “assist”."
] |
https://sukanz.com/202219025/ |
Lion City Sailors & Kim Do-hoon Berpisah Selepas Setahun Bersama
| [
"Pendahulu Liga Perdana Singapura (SPL), Lion City Sailors FC mengumumkan mereka berpisah dengan ketua jurulatihnya dari Korea, Kim Do-hoon.",
"Walaupun jurulatih yang membawa Ulsan Hyundai menjuarai Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020 ini mempunyai kontrak bersama skuad The Sailors sehingga 2023, penamatan kontraknya itu diumumkan secara rasmi menerusi satu kenyataan media kelab, semalam.",
"Kesepakatan penamatan kontrak antara kedua-dua pihak ini hadir sehari selepas Do-hoon dikenakan hukuman gantung 3 perlawanan SPL dan denda sekitar 2,000 Dolar Singapura oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).",
"Lion City Sailors and Head Coach Kim Do-hoon have reached a mutual agreement to part ways. We thank him for his service, and we wish him the best in his future endeavours. ",
"— lioncitysailorsfc (@lioncitysailors) August 11, 2022",
"Hukuman itu dikenakan atas alasan kelakuan ganas iaitu menanduk penolong ketua jurulatih Tampines Rovers, Mustafic Fahrudin di penghujung perlawanan SPL pada 24 Julai lalu di Stadium Jalan Besar.",
"Untuk rekod, Do-hoon diumumkan menyertai Lion City Sailors pada Mei 2021. Sekitar setahun bersama kelab kaya raya berpangkalan di Singapura ini, Do-hoon yang berusia 52 tahun ini telah membantu The Sailors memenangi saingan SPL 2021 dan Community Shield 2022.",
"Sebagai tambahan, dalam kenyataan yang sama, kekosongan yang ditinggalkan Do-hoon digantikan dengan Pengarah Teknikal Kelab, Luka Lalic selaku ketua jurulatih sementara (interim).",
"Featured Image: Lion City Sailors"
] |
https://sukanz.com/202219739/ |
MTA Anjur Malaysian Teqball Grand Prix Bermula Januari Hingga November 2023
| [
"Bagi mencapai sasaran untuk mengembangkan atlet teqball kebangsaan dari peringkat akar umbi, Persatuan Teqball Malaysia (MTA) akan hadir dengan satu kejohanan ulungnya – Malaysia Teqball Grand Prix pada tahun hadapan.",
"Menerusi satu kenyataan rasmi badan induk terbabit, kejohanan tersebut dijadualkan bermula Januari hingga November serta dilangsungkan di lapan buah lokasi berbeza di seluruh negara.",
"Pada masa yang sama, MTA turut mendedahkan akan berbincang dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengenai kebarangkalian membentuk kerjasama untuk penganjuran kejohanan tersebut.",
"Selain itu, MTA juga sedang meneliti prospek untuk memperbadankan kejohanan ini sebagai sebuah syarikat – mencontohi penswastaan yang dibuat oleh Malaysian Football League (MFL) bagi saingan bola sepak tempatan Malaysia.",
"Untuk pengetahuan semua, teqball merupakan sejenis sukan yang menggabungkan elemen bola sepak dan ping pong. Pemain perlu memainkan bola tersebut seperti bermain ping pong menggunakan mana-mana anggota badan kecuali tangan dan lengan. Dan ianya dimainkan di atas meja melengkung khas (teq table). ",
"Permainan ini bermula pada tahun 2014 di Budapest, Hungary dan berkembang ke seluruh dunia selepas daripada itu. Di Malaysia sendiri, MTA ditubuhkan bermula tahun 2018 dan dipimpin oleh Siva Kumar Jakarathan."
] |
https://sukanz.com/202110881/ |
Video: Pemain Malaysia-Finland, Nooa Laine Raih Gol Sulung Dalam Kancah Veikkausliiga
| [
"Pemain tengah kacukan Malaysia-Finland, Nooa Laine meraih jaringan sulung dalam liga utama Finland, Veikkausliiga ketika mewakili pasukannya, SJK Seinäjoki menentang IFK Mariehamnin.",
"Pemain yang bakal menginjak usia 19 tahun ini berhasil meletakkan namanya selaku penjaring pada minit ke-15 setelah pantas mengambil peluang daripada pemain lawan yang gagal mengawal bola dengan baik.",
"MAALI ⚽️Nooa Laine ja uran ensimmäinen Veikkausliigamaali 🔥#SJKIFKM pic.twitter.com/MQw0l28BiS",
"Jaringan tersebut telah membantu pasukannya mencatatkan kemenangan 3-0 serta melonjakkan pasukannya menduduki tangga keempat dalam carta liga selepas mengharungi 10 perlawanan.",
"Bukan itu sahaja, Nooa turut dinobatkan selaku ‘Man of The Match’ (MOTM) atas aksi yang memberangsangkan dalam perlawanan yang berlangsung di halaman sendiri, OmaSP Stadion, semalam.",
"Sebagai rekod, ini merupakan penampilan ketujuh Nooa dalam saingan liga utama Finland. Pemain yang turut berkemampuan untuk beraksi di belakang penyerang dan sayap ini mencatatkan penampilan pertamanya ketika aksi keempat liga.",
"Untuk pengetahuan semua, Nooa yang diumumkan menyertai SJK Seinäjoki pada Januari lalu mempunyai kontrak bersama pasukan ini sehingga penghujung tahun 2022.",
"Selain itu, pemain yang mewarisi darah Malaysia menerusi bapanya pernah bermain bersama skuad kebangsaan Finland Bawah 17 Tahun (B-17) dan merekodkan sebanyak 9 penampilan.",
"Saksikan sorotan penuh perlawanan antara SJK Seinäjoki menentang IFK Mariehamnin pada pautan di bawah:"
] |
https://sukanz.com/202218281/ |
Malaysia Masters: Aaron-Wooi Yik Rekod Kemenangan Ke-2 Berturut-Turut Ke Atas Koga-Saito
| [
"Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik tiada masalah untuk mengulangi kemenangan ke atas beregu Jepun, Akira Koga dan Taichi Saito pada hari ini.",
"Minggu lalu, Aaron-Wooi Yik berhasil merekodkan lawan yang sama di Pusingan 32, Terbuka Malaysia. Kemenangan itu sekali lagi diulangi di peringkat Pusingan 32, saingan Malaysia Masters.",
"Dalam perlawanan tersebut, beregu negara yang menghuni ranking keenam dunia ini menumpaskan Koga-Saito secara “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-19 dalam tempoh masa 43 minit permainan.",
"R32#MAS🇲🇾 Aaron Chia-Soh Wooi Yik(5) def. #JPN🇯🇵 Akira Koga-Taichi Saito 21-16 21-19#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/8X2JipAL3u",
"— BAM (@BA_Malaysia) July 5, 2022",
"Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan ketiga melibatkan Aaron-Wooi Yik dan Koga-Saito di pentas antarabangsa. Setakat ini, Akira-Saito hanya meraih kemenangan ke atas Aaron-Wooi Yik ketika bertemu buat julung kalinya dalam saingan Terbuka Denmark 2021.",
"Sementar itu, kemenangan yang diraih ke atas Koga-Saito ini membolehkan Aaron-Wooi Yik menempah tiket kemaraan ke Pusingan 16 saingan berstatus Jelajah Dunia Super 500 BWF.",
"Menanti mereka di peringkat tersebut adalah beregu Korea yang menduduki tangga ke-98 dunia, Kim Gi-jung dan Kim Sa-rang. Untuk makluman, pasangan ini mara selepas menyingkirkan beregu Taiwan, Lee Jhe-Huei dan Yang Pro-hsuan, petang tadi.",
"Featured Image: Badminton Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202215773/ |
Farah Ann Masih Disenaraikan Untuk Mewakili Malaysia Di Sukan SEA Vietnam
| [
"Walaupun heboh mengenai desas-desus persaraan melibatkan ratu gimnastik negara, nama Farah Ann Abdul Hadi masih disenaraikan oleh Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) untuk mewakili Malaysia ke Sukan SEA Vietnam 2021 pada Mei kelak.",
"Menurut laporan Bernama, Setiausaha Agung MGF, Afrita Ariany berkata pihaknya turut mendengar desas-desus berkenaan namun tiada sebarang surat persaraan dihantar oleh atlet berusia 27 tahun itu, sehingga kini. Oleh demikian, pihak MGF tetap menyenaraikan namanya.",
"“Kami hanya mengetahui rancangan beliau untuk bersara semasa mesyuarat Jawatankuasa Kerja bersama jurulatihnya dan Majlis Sukan Negara (MSN) baru-baru ini. (Menurut jurulatihnya) beliau dikatakan akan bersara. Malah, Farah juga memaklumkan (perkara itu) kepada beberapa orang yang rapat dengannya.",
"“Saya masih menunggu hitam putih. Bagaimanapun, beliau masih dalam senarai kami untuk Sukan SEA,” katanya seperti dipetik daripada portal milik agensi berita nasional itu.",
"Terdahulu, ketua jurulatih artistik wanita kebangsaan, Ng Shu Wai tidak menolak kemungkinan atlet kelahiran Subang, Selangor itu akan bersara daripada sukan ini. Tambahan pula, Farah sudah dua minggu tidak mengikuti latihan bersama skuad kebangsaan.",
"Sebagai tambahan, di temasya dwitahunan berkenaan, MGF meletakkan sasaran untuk memungut empat pingat emas dalam acara gimnastik termasuk daripada acara berpasukan.",
"Featured Image: Majlis Sukan Negara Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202323097/ |
Shereen Vallabouy Pecah Rekod Acara 400m Berusia Tiga Dekad
| [
"Atlet olahraga yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Shereen Samson Vallabouy kini meletakkan dirinya selaku wanita terpantas dalam acara 400 meter (m) bagi peringkat kebangsaan.",
"Ianya hadir selepas atlet berusia 25 tahun ini berhasil menamatkan larian dalam tempoh 51.80 saat (s) dalam peringkat saringan di Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC ke-63 di California, awal pagi Sabtu waktu Malaysia.",
"Bagaimanapun, catatan masa terbabit meletakkan Shereen di tempat kelima dalam perlumbaan terbabit.",
"A post shared by WinonaStateTF (@winonastatetf)",
"Akan tetapi, catatan masa oleh atlet Winona State University itu sekaligus meleburkan rekod 52.56s yang berusia tiga dekad dipegang oleh Allahyarhamah Rabia Abdul Salam.",
"Untuk makluman, rekod kebangsaan tersebut dicipta Rabia pada tahun 1993 di Filipina.",
"Sebelum ini, Shereen telah mencipta sensasi apabil menempa rekod baharu kebangsaan bagi acara larian 400m dalam dewan dengan catatan masa 52.27s sekaligus meraih pingat emas di Kejohanan Trek & Balapan Dalam Dewan Divisyen II NCAA pada bulan lalu.",
"Sebagai tambahan, Shereen menjadi taruhan buat Kontinjen Malaysia untuk beraksi di temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja bagi acara 400m dan 4x400m.",
"Featured Image: Instagram Shereen Vallabouy"
] |
https://sukanz.com/202111193/ |
Juara Sepanyol Minat Dapatkan Khidmat Jesse Lingard
| [
"Khidmat pemain tengah Manchester United dan England, Jesse Lingard dikhabarkan sedang diintai oleh juara liga Sepanyol, Athletico Madrid.",
"Perkembangan tersebut dilaporkan secara eksklusif oleh laman sesawang 90min sekitar awal pagi tadi.",
"Nama Lingard menjadi sebutan setelah dia tampil cemerlang ketika beraksi bersama West Ham United secara pinjaman, musim lalu.",
"The run 😍The finish 🎯Your @SkyeCloudLTD Goal of the Month goes to this beauty from Jesse Lingard! pic.twitter.com/sjEtHD8UYY",
"Bersama skuad yang dibimbing oleh David Moyes itu, Lingard telah menjaringkan sembilan gol daripada 16 penampilan yang dilakukan di kelab yang berpangkalan di London tersebut.",
"Bagi penyokong-penyokong West Ham, mereka turut berharap Lingard kembali bersama mereka untuk saingan musim 2021/2022 yang akan membuka tirainya tidak lama lagi.",
"Ketika ini, pemain berusia 28 tahun ini masih mempunyai baki kontrak selama semusim lagi bersama Red Devils."
] |
https://sukanz.com/202217832/ |
Indonesia Masters: Pemain No.1 Tuan Rumah Singkir Zii Jia Di Suku Akhir
| [
"Perseorangan No.1 tuan rumah, Anthony Sinisuka Ginting menunjukkan Lee Zii Jia jalan keluar daripada saingan Indonesia Masters 2022.",
"Pemain No.6 dunia yang beraksi di hadapan majoriti penyokongnya sendiri itu berhasil menumpaskan Zii Jia di peringkat suku akhir yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, sebentar tadi.",
"Dalam perlawanan tersebut, Ginting terlebih dahulu tumpas pada set pertama dengan skor 18-21 kepada Zii Jia.",
"DAIHATSU Indonesia Masters 2022MS – Quarter final18 21 21 🇮🇩Anthony Sinisuka GINTING🏅21 16 15 🇲🇾Zii Jia LEE",
"🕗 in 69 minutes https://t.co/YyBukP2yed",
"— BWFScore (@BWFScore) June 10, 2022",
"Akan tetapi, Ginting berhasil bangkit dalam dua set seterusnya dengan skor 21-16 dan 21-15 sekaligus mengesahkan kemenangannya dalam perlawanan ini.",
"Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan yang keenam melibatkan Ginting dan Zii Jia di pentas antarabangsa. Namun begitu, dengan kemenangan ini, Ginting menjadikan rekod kemenenangannya ke atas Zii Jia lima berbalas satu daripada keseluruhan.",
"Sementara itu, Ginting selaku pemenang akan bertemu samada pemain No.1 dunia, Viktor Axelsen atau pemain Hong Kong, Ng Ka Long Angus di peringkat separuh akhir yang dijadualkan berlangsung esok."
] |
https://sukanz.com/20208719/ |
‘Rusuhan’ di GBK Pengalaman Tidak Dapat Dilupai Jurugambar Berpengalaman, Khairil Jaafar
| [
"Huru-hara yang berlaku ketika perlawanan di antara Malaysia menentang Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK) bukan sahaja tidak dapat dilupakan penyokong yang ke sana malahan jurugambar yang bertugas membuat liputan, Khairil Ajhar Jaafar.",
"Perlawanan yang berakhir dengan keputusan 3-2 memihak kepada skuad Harimau Malaya itu dicemari dengan insiden beberapa penyokong Indonesia cuba menyerang kelompok penyokong Malaysia semasa perlawanan berlangsung.",
"“Tidak boleh dilupakan, tahun lepas semasa bertandang ke Indonesia kena baling batu oleh penyokong Indonesia di GBK.",
"“Kita duduk tepi (padang) tu berhampiran dengan (tempat duduk) penyokong Malaysia, rusuhan yang terjadi tu dekat dengan kita,” katanya ketika berkongsi pengalamannya kepada Sukanz.",
"Selepas tamatnya perlawanan, sekelompok penyokong Indonesia telah bertindak mengepung dan ‘menunggu’ penyokong Malaysia di luar. Ini memaksa penyokong dan juga pengamal media Malaysia ‘bermalam’ atas faktor keselamatan sehingga ke awal pagi di stadium menantikan mereka bersurai.",
"Itu menjadi pengalaman paling diingati oleh Khairil sejak berkecimpung sebagai jurugambar sukan lebih kurang sedekad ini. Di Malaysia pula, antara pengalaman yang tidak dapat dilupakannya adalah ketika bertugas membuat liputan dalam sebuah perlawanan melibatkan saingan piala.",
"“Perselisihan penyokong yang paling teruk adalah antara Kedah dan Perak di Stadium Perak pada tahun 2014, masa tu kena baling air dengan penyokong sampai basah habis kamera. Mujurlah semuanya (peralatan) tidak mengalami (sebarang) kerosakan.” ujarnya.",
"Bercerita mengenai pengalamannya sebagai jurugambar, Khairil mula berjinak dalam bidang fotografi sekitar tahun 2007. Ketika itu, dengan sedikit modal yang terkumpul di tangan, dia bermula dengan kamera filem.",
"Pada tahun 2010, barulah dia mula menggunakan kamera digital dan menceburi bidang fotografi sukan bersama pasukan bola sepak kesayangannya, Kedah.",
"“Bermula sebagai jurugambar sukan ini (pada) tahun 2010, bersama kelab penyokong (fans club) Kedah, hijaukuning.com, masa tu ikut kelab penyokong untuk (buat liputan) menangkap gambar dan sebagainya.”",
"Ketika zaman awal pembabitannya dalam fotografi sukan, memang diakui dirinya sangat noob. Namun dengan passion, kecekalan dan perkongsian daripada ramai rakan-rakan jurugambar yang lain, Khairil berhasil meningkatkan skil dan kualiti hasil kerjanya dari semasa ke semasa.",
"“Tahun 2012 diberi peluang untuk sertai (organisasi media) Dunia Sukan, ketika ini masih lagi bekerja dan makan gaji, manakala pekerjaan sebagai jurugambar hanyalah sebagai separuh masa atau freelance.” katanya.",
"Khairil mula mengambil keputusan untuk menjadi jurugambar sukan secara sepenuh masa bermula pada tahun 2015. Itupun selepas syarikat dia bekerja terpaksa membuang pekerja disebabkan oleh masalah kewangan.",
"Tanpa menoleh ke belakang lagi, Khairil mula menumpukan sepenuh perhatian sebagai jurugambar sukan. Selain itu, Khairil juga menjadi jurugambar rasmi buat pasukan bola Kedah dan Malaysia.",
"Antara penglibatan tertinggi Khairil adalah terlibat membuat liputan bagi tiga edisi Piala AFF Suzuki iaitu 2014, 2016 dan terbaharu edisi 2018 di mana Malaysia menjadi naib juara. Manakala untuk temasya Sukan SEA pula, Khairil turut terlibat membuat liputan sebagai jurugambar sebanyak 3 kali.",
"Tahun ini, dia sepatutnya terbang ke bumi matahari terbit untuk bertugas sebagai jurugambar di temasya Sukan Olimpik 2020 Tokyo. Malangnya, pandemik Covid-19 melanda dunia pada tahun ini dan menyebabkan ianya ditunda pada tahun hadapan.",
"Cita-cita terbesar Khairil adalah untuk membuat liputan sebagai jurugambar di kejohanan Piala Dunia sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.",
"Sambil ketawa Khairil menjawab, “Kaya dengan kawan-kawan dan kaya dengan sokongan.”",
"“Bidang fotografi ini merupakan bidang yang memerlukan pelaburan yang mahal disebabkan oleh peralatan-peralatannya yang mahal.",
"“Dia punya pulangan tu lambat, contohnya macam sekarang, disebabkan oleh pandemik Covid-19, segala acara-acara sukan tidak boleh dilangsungkan dan pendapatan terjejas.”",
"Tambahnya lagi, “Nak kaya tu tak dapat tapi boleh untuk menyara kehidupan dan dapat (juga) bermewah sekali-sekala.”",
"Namun dengan kerjaya sebagai jurugambar sukan telah memberikannya peluang untuk bertemu dan berkenalan dengan jurugambar-jurugambar tempatan dan luar negara sekaligus dapat belajar banyak perkara daripada mereka.",
"Dan sebagai bonus, kerjaya ini memberikan peluang buatnya untuk ‘pusing’ ke semua stadium di seluruh Malaysia untuk membuat liputan dalam saingan bola sepak tempatan. Selain itu, semua stadium di setiap ibu negara ASEAN serta Korea Selatan, India dan Australia telah dilawatinya."
] |
https://sukanz.com/20206636/ |
Ucap ‘bye-bye’ Kepada Sukan Permotoran – Ini Penjelasan Hafiz Syahrin
| [
"Baru-baru ini pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin membuat satu hantaran menerusi Intagram Story memberikan bayangan untuk meninggalkan sukan permotoran selepas tamatnya tahun 2020.",
"Bagaimanapun, pelumba berusia 26 tahun itu menegaskan mahu meneruskan karier dalam sukan permotoran dan Instagram Story yang dibuat sekitar dua minggu lalu hanya untuk meluahkan kesamaran mengenai masa depannya.",
"Pada masa yang sama, pelumba Aspar Team yang berazam untuk kembali ke saingan kelas premier, MotoGP pada tahun hadapan memohon orang ramai khususnya rakyat Malaysia untuk terus menyokong kariernya.",
"Selain itu, Hafizh mendedahkan ada pihak yang bermain politik untuk menghalang pelumba tempatan sepertinya daripada berjaya dalam arena permotoran di peringkat antarabangsa.",
"“Sebenarnya tiada kata putus cuma saya nak kongsikan selama 13 tahun dalam sukan permotoran, tanpa sokongan yang cukup kuat mungkin agar sukar untuk teruskan perjuangan ini, kalau boleh saya tidak mahu ada politik. ",
"“Saya tidak tahu lagi (sama ada akan beraksi dalam MotoGP musim depan), tapi saya ingin terus berlumba tetapi saya tidak berapa minat dengan politik dalam sukan permotoran ini apabila ada pihak yang ingin melihat pelumba Malaysia tidak berjaya (gagal). ",
"“Kita tidak boleh berdengki, bersikap tikam belakang sedangkan sama-sama bawa nama Malaysia tetapi ada orang dalam sukan permotoran ingin (lihat) saya jatuh,” katanya seperti dipetik daripada Stadium Astro.",
"OH MY GOD!Enea Bastianini suffers a major crash in the middle of the traffic in Turn 1 and another rider collides with his bike! 😱#MotoGP #MotoMad #AustrianGP #Moto2 pic.twitter.com/GNcWn6illV",
"Dalam perlumbaan Austria GP yang berlangsung pada 16 ogos lalu, Hafizh menerima nasib malang apabila terlibat dalam satu kemalangan yang mengerikan sehingga tidak dapat meneruskan perlumbaan tersebut.",
"Mujurlah tiada sebarang kecederaan serius menimpanya namun Hafizh terpaksa berjalan menggunakan cruthces selama beberapa hari. Dia disahkan tidak cergas untuk mengharungi perlumbaan berikutnya, Styria GP, ahad lalu.",
"Ketika ini, Hafizh atau nama gelarannya, El Pescao berada di tanah air. Dia semakin pulih dan sudah mula mengatur sesi latihannya supaya dapat kembali ke litar untuk mengharungi perlumbaan Moto2 seterusnya, di San Marino.",
"“Sebenarnya saya sudah boleh berjalan tanpa tongkat dan beberapa hari lagi, Insya-Allah saya boleh mula mengadakan latihan di kediaman seperti awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.",
"“Saya akan minta isteri hantar peralatan latihan ke hotel ini untuk saya membolehkan berkayuh agar dapat melonggarkan otot.",
"“Saya akan beraksi dalam GP San Marino sebab yakin boleh menunggang semula. ",
"“Cuma ketika di Austria minggu lalu, dua doktor menekan terlalu kuat di tempat tercedera dan kalau sesiapa pun yang diperlakukan begitu, pasti akan kata sakit,” katanya."
] |
https://sukanz.com/20207026/ |
Adakah Ini Merupakan Logo Baharu TRW Kelantan FC?
| [
"Laman sosial TRW Kelantan FC pada hari ini dilihat memuat naik logo baharu bagi pasukan tersebut setelah diambil alih oleh usahawan tempatan, Norizam Tukiman.",
"Berdasarkan pengamatan secara terperinci, keseluruhan logo kelihatan sama seperti versi sedia ada dengan mengekalkan kijang, lambang dan warna merah pada bendera negeri kelantan serta perkataan The Red Warrior.",
"Namun terdapat perubahan kecil iaitu pertukaran perkataan ‘Kelantan FA’ kepada ‘Kelantan FC’. Ia diyakini menjadi simbolik kepada pasukan berpangkalan di pantai timur itu telah bertukar status menjadi sebuah pasukan swasta, pada masa ini.",
"Di ruangan komen, perubahan kecil pada logo TRW Kelantan FC ini mendapat reaksi yang pelbagai dalam kalangan para penyokong dan peminat. ",
"“Logo sedia ada ini (berada) dalam kelas tersendiri. Cukup ramuan serba serbi. Ado identiti, ado budaya, ado aura… Yang paling penting, ianya sarat menyimpan memori gemilang zaman jadi raja bola sepak Malaysia.. Kekalkan logo sedia ada.” tulis Syafiq Zulkiflee di ruang komen.",
"“Comel doh ni…” Tulis Awang secara ringkas menyokong pengekalan logo dengan perubahan kecil tersebut.",
"Sementara itu, beberapa penyokong menyuarakan pandangan agar pemilik TRW Kelantan FC membuat logo baharu dengan rekaan yang lebih ringkas dan kemas. Mereka turut menjadikan rekaan logo Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu Football Club (TFC) sebagai contoh.",
"“Mungkin, TRW Perlu logo yang baru sesuai dengan imej dan pengurusan baharu.” tulis Shawal A. Hj Mohamed.",
"“Buat logo macam JDT dan TFC, ringkas tapi comel.” kata Abe Kakashi TRW.",
"“Nampok serabut sangat…TRW perlu logo baru…” kata Irwan yang tidak ketinggalan menyuarakan padangan buat pasukan kegemarannya.",
"“Rambu-ramba ni serabutlah. Dah tahun 2020 ni orang nak (rekaan) minimalis… Jersey collector pun suka nak beli. Lambang biar simple.. Jersey buat la warna batik Kelantan atau warna-warna wayang kulit.” tulis Amir Yusoff yang turut mengatakan logo sedia ada ini merupakan insiprasi daripada logo 125 tahun Arsenal ketika di bawah pengurusan presiden terdahulu, Tan Sri Annuar Musa.",
"Berdasarkan muat naik oleh laman sosial TRW Kelantan FC, tiada sebarang makluman dibuat namun logo tersebut dijadikan Profile Photo untuk akaun rasmi pasukan tersebut."
] |
https://sukanz.com/202214944/ |
Persefahaman Kumaahran-Darren Lok Masih Boleh Dipertaruhkan PJ City
| [
"Pemain sayap baharu Petaling Jaya City FC (PJ City), S. Kumaahran percaya persefahaman dan keserasiannya bersama penyerang kacukan, Darren Lok masih berbaki.",
"Justeru, pemain berusia 25 tahun ini yakin gandingannya bersama Darren yang pernah dijelmakan ketika bersama Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dapat membantu skuad The Pheonix untuk mencapai sasaran lima terbaik dalam saingan Liga Super, musim ini.",
"Bagaimanapun, sebagai pemain baharu yang menyertai PJ City, tumpuan utama Kumaahran buat masa ini adalah merebut tempat dalam kesebelasan utama skuad bimbingan P. Maniam terlebih dahulu. ",
"“Saya pernah bermain dengan Darren ketika dengan JDT II, jadi persefahaman dan keserasian dalam padang itu saya percaya masih ada.",
"“Yang penting sekali saya kena dapatkan tempat dahulu untuk bermain dan kalau bergandingan dengan Darren, saya akan menggunakan peluang sebaik mungkin untuk pasukan terutamanya untuk capai sasaran kedudukan lima terbaik.",
"“Musim lepas mungkin sasaran mereka tidak tercapai apabila berada di tangga ketujuh, jadi tahun ini dengan kehadiran beberapa lagi pemain baharu, kami semua akan cuba membantu pasukan sebaik mungkin untuk raih sasaran itu”, jelasnya.",
"Musim lalu, Kumaahran dipinjamkan oleh JDT kepada Melaka United. Persembahannya menyerlah bersama skuad Hang Tuah dan mendapat pujian ramai peminat tempatan. Dia berhasil merekodkan 15 penampilan dan menjaringkan 4 gol.",
"Prestasi Darren bersama PJ City tidak kurang hebatnya pada musim lalu. Namun, persembahan penyerang berusia 30 tahun ini tidak berlanjutan apabila dia mengalami kecederaan di bahagian fibula pada pertengahan musim yang memaksanya berehat panjang.",
"Untuk makluman semua, kedua-dua pemain ini pernah beraksi bersama di skuad simpanan Harimau Selatan sekitar tahun 2018 hingga 2019.",
"Featured Image: JOHOR Southern Tigers"
] |
https://sukanz.com/202322179/ |
Menteri: Tawaran Peruntukan Naik Taraf Rumput Padang Setiap Negeri Oleh KBS Idea TMJ
| [
"Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh mengakui tawaran peruntukan melalui dana geran padanan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menaik taraf padang bola sepak terpilih setiap negeri kepada penanaman rumput jenis zeon zoysia adalah idea daripada pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ).",
"Menerusi laporan media semalam, Hannah yang juga merupakan Ahli Parlimen Segambut mengesahkan tawaran itu telah dibuat ketika mesyuarat pertama KBS bersama Exco setiap negeri pada Januari lalu. Ketika ini, pihaknya sedang menunggu maklum balas setiap wakil negeri yang dijangka akan disampaikan dalam mesyuarat kedua akan datang.",
"“Betul ini idea DYAM Tuanku @hrhcrownprinceofjohor untuk mencadangkan lebih banyak stadium di seluruh Malaysia mempunyai padang rumput yang berkualiti.” tulis Hannah yang membalas komen Tunku Ismail pada sebuah hantaran di laman sosial, Instagram.",
"Sebelum itu, TMJ meninggalkan komen mengenai realiti mentaliti pemilik dan presiden kelab-kelab bola sepak tanah air yang tidak mahu memperuntukkan belanja terhadap padang biarpun berbelanja puluhan juta untuk pasukan masing-masing setiap tahun.",
"“Kalau nak tunggu owner (pemilik) atau president club (presiden kelab), sampai bila-bila rumput lembu. Boleh belanja berpuluh juta setiap tahun tetapi padang 900k tak boleh buat.” ",
"“Baru-baru ni saya ada beri cadangan ke seorang owner club (pemilik kelab). Saya cakap buat masa menunggu stadium baru siap, tukar padang stadium yang pakai sekarang. At least (sekurang-kurangnya), apabila stadium baru siap anda mempunyai 2 padang quality (berkualiti).”",
"“Dia jawab FAM kena bantu.”",
"“Semenjak bila badan induk yang bertanggungjawab atas infra club kita? Tetapi inilah akibatnya apabila ada owner (pemilik) atau president (presiden) yang tak minat bola tetapi mengguna bola sepak demi agenda lain.” ",
"Bagaimanapun, Hannah berkata, setiap negeri perlu menyelenggara padang yang dipilih terlebih dahulu untuk pastikan saliran air dalam keadaan baik sebelum pihak KBS memberikan peruntukan bagi menanam rumput jenis zeon zoysia tersebut.",
"Sementara itu, penyelenggaraan tahunan padang berkenaan itu pula akan menjadi tanggungjawab negeri masing-masing sekiranya mereka memilih untuk menerima tawaran itu."
] |
https://sukanz.com/202321386/ |
Terbuka Malaysia: Ee Yi-Yew Sin ‘Berpeluh’ Sebelum Melepasi Pusingan 32
| [
"Beregu lelaki No.2 tanah air, Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin terpaksa berhempas pulas terlebih dahulu sebelum dapat melepasi Pusingan 32 di kejohanan Terbuka Malaysia 2023 – Jelajah Dunia Super 1000 BWF.",
"Lawan mereka iaitu beregu China yang menghuni ranking ke-27 dunia, Ren Xiang Yu dan Tan Qiang berhasil memberikan tentangan sengit dengan mengheret Ee Yi-Yew Sin beraksi tiga set permainan sebelum dapat dapat merekodkan kemenangan. ",
"Pertarungan di sengit itu berlangsung di Gelanggang 1 itu berlanjutan melebihi satu jam permainan dan sebelum Ee Yi-Yew Sin yang berada di ranking ketujuh dunia menyudahkannya dengan skor 21-13, 20-22 dan 21-15.",
"Untuk makluman, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan di pentas antarabangsa.",
"Sementara itu, Ee Yi-Yew Sin yang dapat meneruskan kemaraan ke Pusingan 16 akan berhadapan beregu lelaki No.2 Taiwan iaitu Lu Ching Yao dan Yang Po Han pada hari Khamis kelak.",
"Untuk makluman semua, pasangan Taiwan ini bukanlah lawan yang asing di pentas antarabangsa buat Ee Yi-Yew Sin dimana kedua-duanya pernah bertemu sebanyak empat kali. ",
"Berdasarkan rekod pertemuan tersebut, Ching Yao-Po Han bukanlah lawan yang mudah buat Ee Yi-Yew Sin memandangkan tiga daripada empat pertarungan berakhir dengan kekalahan.",
"Kekalahan terakhir dialami Ee Yi-Yew Sin adalah di kejohanan Terbuka Singapura yang berlangsung sekitar pertengahan Julai, tahun lalu. ",
"Featured Image: Badminton Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202217510/ |
Terbuka Thailand: Lee Zii Jia Bergelar Juara Selepas Kalahkan Pemenang Olimpik Remaja 2018
| [
"Jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia berhasil merangkul gelaran juara Terbuka Thailand 2022 selepas menumpaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Remaja 2018 di pentas final, hari ini.",
"Zii Jia yang berada di tangga keenam dunia berjaya menumpaskan Li Shi Feng dari China menerusi tiga set pertarungan yang memakan masa 70 minit permainan di atas gelanggang.",
"GR TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2022MS – Final17 21 23 🇲🇾Zii Jia LEE🏅21 11 21 🇨🇳Shi Feng LI",
"🕗 in 70 minutes https://t.co/15nP0X5QJc",
"— BWFScore (@BWFScore) May 22, 2022",
"Dalam pertarungan tersebut, Shi Feng yang berada ranking ke-49 dunia terlebih dahulu memenangi set pertama dengan skor 21-17. Namun begitu, Zii Jia bangkit mengatasi pemain berusia 22 tahun itu dengan skor 21-11 sekaligus mengheret permainan ke “rubber set”.",
"Di set terakhir, pertarungan berlangsung sengit dengan kedua-dua pemain beberapa kali “deuce point”. Akan tetapi, Zii Jia berjaya mengharungi “deuce point” tersebut dan tamatkannya dengan skor 23-21 sekaligus merangkul gelaran Jelajah Dunia Super 500 BWF yang pertamanya, pada tahun ini.",
"Lee Zii Jia comes back in style to save match point! 👀",
"Follow the LIVE action: https://t.co/TjoFnU4PnB@HSBC_Sport#ThailandOpen2022 #BWFWorldTour pic.twitter.com/kSrvAXgiET",
"— BWF (@bwfmedia) May 22, 2022",
"Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan keduanya menentang Shi Feng di pentas kejohanan antarabangsa. Untuk makluman semua, Zii Jia tumpas ketika bertarung buat pertama kali menentang Shi Feng dalam saingan China Masters 2018. ",
"Sebagai tambahan, kemenangan yang diraih pada hari ini merupakan kejuaraan keenam diraih dalam karier individu peringkat senior. ",
"Antara kejuaraan yang dirangkulnya sebelum ini adalah Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022, All England 2021 (Super 1000), Terbuka Taiwan 2018 (Super 300), pingat emas Sukan SEA 2019 dan kejohanan Antarabangsa Poland 2017.",
"Featured Image: VICTOR Facebook & Badminton Association of Thailand"
] |
https://sukanz.com/202217581/ |
Hoki Piala Asia: Speedy Tigers Tundukkan Korea 5-4, Raih Kemenangan Kedua Kumpulan B
| [
"Pasukan hoki lelaki kebangsaan meneruskan rentak kemenangan dalam perlawanan kedua Kumpulan B, saingan Hoki Piala Asia 2022 dengan menumpaskan Republik Korea.",
"Skuad yang mendapat julukan Speedy Tigers kendalian Arul Selvaraj ini merekodkan kemenangan dengan 5-4 ke atas Korea hasil jaringan Norsyafiq Sumantri (minit ke-11, ke-27), Muhammad Razie Abd Rahim (minit ke-17, ke-52) dan Mohamad Ashran Hamsani (minit ke-32).",
"Manakala jaringan-jaringan oleh Korea pula disumbangkan oleh Yang Ji-hun (minit ke-25, ke-56), Jang Jong-hyun (minit ke-34) dan Kim Sung-hyun (minit ke-40).",
"Kemenangan yang diraih ini membolehkan Malaysia memungut tiga mata sekaligus mengumpul enam mata daripada dua perlawanan. Ia juga membolehkan Malaysia mengungguli saingan Kumpulan B.",
"Bagaimanapun, Malaysia belum dapat mengesahkan kemaraan ke peringkat seterusnya. Pencabar terdekat, Korea dan Bangladesh berpeluang untuk menafikan kemaraan Malaysia sekiranya mereka merekodkan kemenangan dengan jumlah jaringan yang besar dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.",
"Untuk perlawanan terakhir, Malaysia akan membuat perhitungan dengan Bangladesh. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada jam 3 petang (waktu Malaysia) pada Khamis nanti.",
"Featured Image: Malaysian Hockey Confederation"
] |
https://sukanz.com/202217078/ |
BAC 2022: Jonatan ‘Comeback’ Saat Akhir Singkirkan Daren Di Pusingan 16
| [
"Pemain senior negara, Liew Daren kempunan untuk mara ke pentas suku akhir selepas lawannya, Jonatan Christie berhasil bangkit pada saat-saat akhir memenangi pertarungan di peringkat Pusingan 16 Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022.",
"Sebelum itu, Jonatan yang merupakan pemain No.2 Indonesia merangkap pemain kelapan dunia terlebih dahulu memenangi set pertama dengan skor 21-14. Dan di set kedua, Daren pula berhasil merekodkan kemenangan 21-13 untuk mengheret Jonatan ke set penentuan.",
"Semasa bertarung di set ketiga, Daren dilihat acap kali mendahului sambil Jonatan mengejar dan menyamakan kedudukan. Namun, di saat-saat akhir, Jonatan berhasil memungut mata demi mata sekaligus mengesahkan kemenangan dengan skor 21-19.",
"R16#INA🇮🇩 Jonatan Christie(4) def. #MAS🇲🇾 Liew Daren 21-14 13-21 21-19",
"— BAM (@BA_Malaysia) April 28, 2022",
"Hasil daripada keputusan ini, Daren terpaksa akur terkandas di Pusingan 16 sementara Jonatan dapat meloloskan diri ke peringkat suku akhir.\n",
"Pada masa yang sama, kemenangan ini turut menjadikan Jonatan dapat melebarkan rekod kemenangannya ke atas Daren kepada empat perlawanan daripada lima pertembungan secara keseluruhan.",
"Untuk makluman semua, di peringkat suku akhir kelak, Jonatan bakal berhadapan dengan juara Kejohanan Dunia 2021 dari Singapura, Loh Kean Yew – penghuni ranking kesepuluh dunia.",
"Pemain ini mara selepas menumpaskan pemain Jepun, Koki Watanabe yang menghuni ranking ke-46 dunia di Pusingan 16, pagi tadi.",
"Featured Image: Badminton Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202325591/ |
BAM, Misbun Berpisah Selepas 1 Ogos
| [
"Pengarah Pembangunan Remaja Negara, Datuk Haji Misbun Sidek akan meneruskan tugasnya bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) setakat 1 Ogos sahaja.",
"Selepas daripada tarikh berkenaan, Misbun dan BAM akan membawa haluan masing-masing sekaligus menoktahkan kerjasama kedua-dua pihak buat kali kedua sejak tahun 2017.",
"Perkembangan ini hadir setelah Timbalan Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam memaklumkan menerusi satu sidang media yang diadakan pada hari ini bahawa badan induk badminton negara dan Misbun mencapai kata sepakat untuk berpisah biarpun mempunyai kontrak sehingga hujung tahun ini.",
"BAM & Datuk Haji Misbun Sidek, the National Junior Development Director, have mutually agreed to part company after working together for the past 6 years. Misbun, who rejoined BAM for a second stint in 2017,- pic.twitter.com/IV68U91GRX",
"— BAM (@BA_Malaysia) July 28, 2023",
"Keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa khas yang diketuai Subramaniam mengadakan perbincangan mendalam dengan kesemua jurulatih perseorangan, jurulatih beregu termasuk para pemain yang menyertai Kejohanan Badminton Remaja Asia 2023 di Indonesia baru-baru ini.",
"Untuk makluman, jawatankuasa khas yang turut dibantu Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh itu diadakan susulan daripada penurunan mendadak prestasi para pemain remaja Malaysia khususnya di kejohanan terbabit.",
"Dalam sidang media yang sama, jawatankuasa khas turut mencadangkan para pemain remaja melakukan persiapan bagi menghadapi Kejohanan Remaja Dunia di Amerika Syarikat (AS) bermula 25 September hingga 8 Oktober kelak dengan berlatih bersama skuad senior.",
"Featured Image: Badminton Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/20206934/ |
Siapakah Jamal Yang Dibeli NUFC Pada Harga £13.5 Juta?
| [
"Newcastle United Football Club (NUFC) mengumumkan mendapatkan pemain muda berusia 22 tahun iaitu Jamal Lewis daripada Norwich City pada harga £13.5 juta dan diberikan kontrak selama lima tahun.",
"Jamal merupakan pertahanan kiri yang mempunyai potensi besar. Sebelum ini, dia dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool bagi menjadi pilihan kepada Robertson sebelum The Kop membuat keputusan untuk mendatangkan Kostas Tsimikas.",
"Hal itu berdasarkan prestasi yang dipamerkan Jamal sepanjang musim 2019/20 walaupun dia gagal membantu Norwich City kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim depan.",
"HOWAY THE LADS ! Delighted to have signed with this great Football club ready to go ⚪️⚫️ pic.twitter.com/4etBzjTUq6",
"Ketua jurulatih NUFC, Steve Bruce menggambarkan Jamal sebagai prospek yang sangat menarik dan berharap pemain muda itu dapat mengisi posisi full-back dengan konsisten untuk tahun-tahun yang mendatang.",
"Merupakan graduan akademi The Canaries, sepanjang menyarung jersi Hijau Kuning, Jamal telah merekodkan 100 penampilan selain daripada menjaringkan dua gol dan mencipta empat bantuan gol.",
"Pada mac 2018, Jamal telah meraih debut bersama skuad kebangsaan Northen Ireland dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Korea Selatan. Pasukannya berjaya meraih kemenangan 2-1."
] |
https://sukanz.com/202322810/ |
Rezal Tidak Cukup Kelayakan Jadi Jurulatih Liga Super
| [
"Pengendali sementara Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya menegaskan skuad The Red Warriors (TRW) masih memerlukan seorang ketua jurulatih dan kehadirannya bukan untuk kekal menggantikan Choi Moon-sik yang direhatkan. ",
"Menurut Rezal, status semasa dirinya yang tidak memenuhi kelayakan yang telah ditetapkan pengelola liga, Malaysia Football League (MFL) antara sebab Kelantan memerlukan seorang ketua jurulatih lain.",
"“Sudah semestinya, saya tidak mencukupi requirement untuk menjadi seorang jurulatih Liga Super yang memerlukan Lesen Pro. Jadi, saya sebagai caretaker sehingga Kelantan FC dapat mencari seorang ketua jurulatih”, ujar Rezal dalam sidang media selepas perlawanan menentang Terengganu. ",
"Tambah pengendali berusia 44 tahun itu, Moon-sik yang beraksi di Piala Dunia hanya sedang direhatkan. Pihak pengurusan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan situasi semasa melibatkan pasukan dan jurulatih berusia 52 tahun itu kelak.",
"Sebagai rekod, Rezal merupakan pengendali TRW dalam saingan Liga Premier 2022 sebelum diturunkan pangkat sebagai penolong ketua jurulatih berikutan lesen kejurulatihan yang dimilikinya hanya bertaraf FAM A sahaja. ",
"Perlawanan pertama Rezal sebagai pengendali sementara Kelantan bermula tragis selepas pasukan itu tewas 5 jaringan tanpa balas menentang Terengganu menerusi Jordan Mintah, Adisak Kraisorn, Hakimi Abdullah dan jaringan berganda Ivan Mamut.",
"Featured Image: TRW Kelantan FC"
] |
https://sukanz.com/202219786/ |
Pelari Maraton Kipchoge Catat Masa 2:01:09 – Pecah Rekod Dunia Milik Sendiri
| [
"Pelari kelahiran Kenya, Eliud Kipchoge, 37 tahun, berjaya memecahkan rekod dunia miliknya sendiri apabila memenangi acara Maraton Berlin dengan catatan masa 2:01:09, semalam.",
"Catatan masa itu adalah 30 saat lebih cepat berbanding yang direkodkannya ketika menyertai perlumbaan yang sama iaitu 2:01:39 pada tahun 2018 lalu.",
"— World Athletics (@WorldAthletics) September 25, 2022",
"Sementara itu, tempat kedua pula diraih oleh rakan senegaranya, Mark Korir, 37 tahun, yang tiba 4:49 saat lewat daripada Kipchoge. Ini menjadikan Korir menamatkan larian tersebut dalam tempoh masa 2:05:58.",
"Selang 30 saat kemudian, pelari Ethiopia, Tadu Abate, 25 tahun, pula melintasi garisan penamat dengan catatan masa larian 2:06:28 sekaligus merangkul tempat ketiga bagi acara larian berjarak 42 kilometer (km) ini.",
"Untuk makluman semua, selain memegang rekod dunia bagi acara maraton, Kipchoge merupakan pemenang dua pingat emas Sukan Olimpik bagi acara ini. ",
"Featured Image: Twitter Eliud Kipchoge"
] |
https://sukanz.com/202217793/ |
Kelayakan Piala Asia: Harimau Malaya Kutip 3 Mata Pertama Tumpaskan Turkmenistan
| [
"Skuad bola sepak kebangsaan memulakan kempen peringkat Kumpulan E dalam pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023 dengan langkah kanan apabila berhasil mengutip tiga mata pertama. ",
"Skuad berjulukan Harimau Malaya bimbingan Kim Pan-gon ini mengutip tiga mata itu menerusi kemenangan 3-1 yang direkodkan ke atas pasukan yang menghuni ranking ke-134 dunia, Turkmenistan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), sebentar tadi.",
"Dalam perlawanan tersebut, Safawi Rasid dan Faisal Halim mengejutkan pasukan asia tengah ini bermula di awal babak permainan lagi dengan menjaringkan gol pada minit 11’ dan minit 16’.",
"Sebelum tamatnya babak pertama, pertahanan kiri, Corbin Ong menambah satu lagi jaringan buat skuad negara apabila berhasil melakukan jaringan pada minit 45+2’ setelah melakukan larian solo.",
"Turkmenistan hanya membawa pulang sebiji gol saguhati menerusi penyerang mereka, Annadurdyyev Altymyrat yang berjaya mengambil kesempatan atas kelalaian benteng pertahanan Malaysia pada minit 38′.",
"Sementara itu, Bahrain yang merupakan ahli Kumpulan E turut meraih kemenangan dengan keputusan 2-0 ke atas Bangladesh sekaligus memungut tiga mata dalam perlawanan yang berlangsung petang tadi.",
"Ini menjadikan Bahrain dan Malaysia mempunyai tiga mata masing-masing selepas mengharungi perlawanan pertama peringkat kumpulan. Kedua-dua pasukan ini akan turun berentap dalam perlawanan kedua yang dijadualkan berlangsung pada 11 Jun (Sabtu) nanti.",
"Featured Image: Khairil Ajhar Jaafar"
] |
https://sukanz.com/202220491/ |
Anugerah Penjaring Terbanyak Tempatan Dipertandingkan Kali Terakhir Di ABK22
| [
"Penganjur saingan domestik, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan acara kemuncak Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2022 (ABK22) akan berlangsung secara virtual pada hujung Disember kelak.",
"Acara tahunan berprestij ini diadakan bagi memberikan pengiktirafan kepada pencapaian yang telah diraih pelbagai pihak kepada arena bola sepak tanah air terutamanya kepada pemain dan jurulatih dalam kancah Liga Malaysia.",
"Menariknya, MFL memaklumkan acara pada tahun ini bakal menyaksikan Anugerah Penjaring Tempatan bagi saingan Liga Super dan Liga Premier akan dipertandingkan buat kali terakhir di pentas ABK.",
"Selain itu, edisi kali ini juga bakal menyaksikan satu pembaharuan dimana Anugerah Kasut Emas akan diberikan kepada semua pemain yang merangkul anugerah penjaring terbanyak keseluruhan atau tempatan, saingan Liga Super dan Liga Premier.",
"Sebagai perbandingan, Anugerah Kasut Emas di acara ABK21 lalu diberikan kepada pemain yang menjaringkan gol terbanyak dalam semua pertandingan Liga Malaysia.",
"Sementara itu, satu anugerah baharu diperkenalkan MFL pada edisi ABK22 iaitu Gol Terbaik Liga Malaysia 2022 yang mana keputusan akan ditentukan berdasarkan undian daripada para penyokong.",
"Secara keseluruhan, ABK22 akan mempertandingkan 16 anugerah seperti berikut:"
] |
https://sukanz.com/202112141/ |
Sambal Bilis Dapat Sambutan Menggalakkan, Bekas Pemain Harimau Malaya Perkenal 3 Produk Baharu
| [
"Selain daripada terkenal dengan aksi di atas padang, bekas penyerang, Hairuddin Omar dan bekas pemain tengah skuad Harimau Malaya, Badhri Radzi tidak kurang hebatnya terlibat dalam bidang perniagaan.",
"April lalu, kedua-duanya yang lebih dikenali sebagai Hai-O dan Piya bergandingan di luar padang dengan mengeluarkan produk yang sedia dimakan (ready to eat) tersendiri iaitu Sambal Bilis dan Sambal Bilis Petai.",
"Setelah lima bulan di pasaran, sambal yang dipasarkan di bawah jenama Sambal DuoBotak itu mendapat sambutan yang menggalakkan dan memikat selera orang ramai dari dalam dan luar negara. ",
"Dek kerana sambutan yang menggalakkan itu, Hai-O dan Piya membuat keputusan untuk memperkenalkan tiga produk baharu di bawah jenama yang sama iaitu Sambal Bilis Hijau, Sambal Tempoyak Bilis Petai dan Bawang Goreng.",
"Tiga produk tersebut dilancarkan oleh kedua-dua bekas pemain skuad kebangsaan tersebut selaku duta jenama berkenaan di Pejabat Urusan Adeqsue Resources Sdn Bhd di Kuala Nerus, Terengganu dan turut disiarkan menerusi Facebook Live, semalam.",
"Selain melancarkan tiga produk berkenaan, Hai-O dan Piya turut melancarkan Promosi Combo Jimat dimana pembeli akan diberikan potongan sebanyak RM20 untuk pembelian kelima-lima jenis produk berkenaan.",
"Pembelian menerusi promosi ini juga akan layak untuk menyertai peraduan cabutan bertuah yang menjanjikan hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM10,000. ",
"Untuk makluman semua, promosi ini berlangsung sehingga 7 Oktober 2021.",
"Untuk yang berminat untuk membeli dan mencuba produk-produk keluaran DuoBotak dan menyertai cabutan bertuah tersebut, anda boleh ke laman Facebook mereka, FB Sambal DuoBotak."
] |
https://sukanz.com/202111075/ |
Kelayakan Piala Asia B-23: 11 Pemain Yang Boleh Membarisi Skuad Malaysia B-20
| [
"Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah membuat keputusan dan memaklumkan akan menghantar skuad Malaysia Bawah 20 Tahun (B-20) untuk mengharungi pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2022.",
"Menurut Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee menjelaskan tujuan utama menghantar skuad negara B-20 ini adalah untuk memberikan pendedahan dan mempersiapkan kelompok pemain ini bagi melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.",
"Baca: Malaysia Hantar Skuad B-20 Untuk Harungi Kelayakan Piala Asia B-23, kata Ong Kim Swee",
"Ini bermakna, hanya pemain yang lahir pada dan selepas Januari 2001 sahaja yang akan diberikan perhatian oleh FAM untuk disenaraikan di dalam skuad yang akan dibimbing oleh jurulatih kelahiran Australia, Brad Maloney.",
"Di sini, Sukanz senaraikan 11 pemain berdasarkan formasi kegemaran Coach Brad iaitu 3-4-3 yang boleh menjadi sandaran untuk menghadapi pusingan bertemu Laos, Mongolia dan Thailand yang akan berlangsung dari 23 hingga 31 Oktober kelak:",
"Penjaga gol yang tidak asing lagi bersama skuad Malaysia B-18. Sikh mula beraksi secara profesioanl bersama skuad simpanan/reserved, Selangor 2. Akan tetapi pemain kelahiran Pulau Pinang ini sudah mula menempatkan namanya selaku penjaga gol ketiga skuad senior Selangor, musim ini.",
"Firdaus Ramli antara muka yang sering membarisi skuad Brad Maloney. Dia juga merupakan sebahagian skuad kebangsaan yang muncul sebagai naib juara Kejohanan Piala AFF B-18 2019. Ketika ini beraksi bersama JDT II dan baru-baru ini Firdaus merupakan antara pemain yang turut serta dibawa oleh JDT ke saingan Liga Juara-Juara AFC. ",
"Juga merupakan antara muka yang sering bersama skuad B-18 kendalian Brad Maloney. Ketika ini, dia antara pemain ‘regular’ yang beraksi bersama skuad simpanan/reserved, Selangor 2 dalam saingan Liga Premier.",
"Namanya mula mencuri perhatian ketika bersama PKNP FC pada tahun 2018. Selepas PKNP FC digabungkan bersama pasukan Perak, Aidil disambar oleh Selangor 2. Juga antara tonggak penting Selangor 2 dalam saingan Liga Premier pada ketika ini.",
"Merupakan produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang pernah hangat selepas mempamerkan aksi yang memberangsangkan bersama skuad Malaysia B-18. Selain itu, Hakeem turut mempunyai pengalaman beraksi di pentas Sukan SEA 2019 di Filipina. Ketika ini, dia beraksi bersama JDT II.",
"Buat anda yang tidak tahu, Wan Kuzri merupakan adik kepada Wan Kuzain. Lahir di Amerika Syarikat namun ibu dan bapanya merupakan orang Malaysia. Ketika ini, Wan Kuzri beraksi bersama skuad Akademi Saint Louis FC Bawah 19 Tahun (B-19). Tahun lalu, dia telah dipanggil untuk menyertai latihan pusat kendalian Brad Maloney.",
"Sepertimana Aidil Azuan, pemain tengah yang sedang meningkat naik ini juga mencuri tumpuan ketika beraksi bersama PKNP FC pada tahun 2018 yang lalu. Selepas daripada itu, dia menjadi antara watak utama dalam skuad Brad Maloney. Saat ini, Mukhairi secara perlahan-lahan cuba merebut peluang beraksi bersama skuad senior Selangor.",
"Selain daripada menjadi pemain penting buat skuad Brad Maloney dalam saingan Kejohanan AFF B-18 dan Kelayakan Piala Asia B-19, Mukhairi juga menjadi tonggak utama Terengganu di pentas Liga Super musim ini. Pemain kelahiran Pulau Pinang ini mampu beraksi di mana-mana posisi di sebelah kanan. ",
"Tidak perlu diperkenalkan lagi, pemain yang disebut-sebut sebagai penyerang masa hadapan negara. Walaupun belum memecah kesebelasan utama kelabnya, KV Kortrijk secara tetap pada saat ini, nama Luqman sudah mula tersenarai dalam skuad senior kebangsaan.",
"Nama yang kurang menonjol berbanding Luqman Hakim namun Muslihuddin antara penyerang yang sering dipanggil Brad Maloney untuk membarisi skuad B-18 sebelum ini. Ketika ini, dia merupakan pemain skuad simpanan/reserved Terengganu II yang beraksi dalam saingan Liga Premier.",
"Pemain yang mula mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan pada musim ini. Walaupun bertubuh kecil, kelincahan, kelajuan dan keberaniannya telah membuatkan ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora memberikan kepercayaan untuk beraksi dalam kesebelasan utama skuad Harimau Selatan. Baru-baru ini, dia juga turut meraih caps bersama skuad senior kebangsaan. ",
"Apa pendapat anda mengenai kesebelasan utama ini? Atau ada cadangan pemain lain yang berusia 20 tahun dan ke bawah untuk membarisi skuad ini? Boleh tinggalkan di ruangan komen Facebook dan Twitter Sukanz."
] |
https://sukanz.com/202220289/ |
Terbuka Denmark: Zii Jia Mara Ke Pentas Final Selepas 5 Bulan
| [
"Perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia kembali merasai nikmat kemaraan ke pentas perlawanan akhir yang pertama selepas lima bulan. Kemaraan itu dicetak dalam saingan Terbuka Denmark 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF.",
"Ianya selepas pemain berusia 24 tahun ini berjaya menumpaskan lawannya, Loh Kean Yew dari Singapura di peringkat separuh akhir kejohanan itu.",
"Dalam pertarungan tersebut, Zii Jia merekodkan kemenangan secara “straight set” dengan skor yang berkesudahan 21-18 dan 21-15 dalam tempoh masa 40 minit permainan.",
"Denmark Open 2022 presented by VICTORMS – Semi final21 21 🇲🇾Zii Jia LEE🏅18 15 🇸🇬Kean Yew LOH",
"🕗 in 40 minutes https://t.co/c7LOzc9QmL",
"— BWFScore (@BWFScore) October 22, 2022",
"Untuk makluman, kemenangan ini juga bermakna Zii Jia telah merekodkan lima kemenangan daripada tujuh pertembungan ke atas Kean Yew di semua kejohanan antarabangsa.",
"Sementara itu, di peringkat akhir kelak, Zii Jia akan berhadapan samada pemain China, Shi Yu Qi atau pemain Jepun, Kodai Naraoka untuk merebut gelaran juara.",
"Sebagai tambahan, saingan Terbuka Thailand pada Mei lalu merupakan pentas akhir yang dijejaki oleh Zii Jia. Pentas itu juga menyaksikan kali terakhir Zii Jia bergelar juara bagi kejohanan yang dipertandingkan pada tahun ini."
] |
https://sukanz.com/202214928/ |
Syed Modi 2022: Tze Yong Tarik Diri Pusingan 32 Ekoran Tidak Sihat
| [
"Pemain perseorangan muda negara, Ng Tze Yong, 21 tahun, terpaksa melupakan hasrat untuk mara jauh dalam Kejohanan Antarabangsa Syed Modi 2022 di Lucknow, India. ",
"Hal ini kerana pemain yang menguni ranking ke-47 dunia tersebut dimaklumkan oleh BAM tidak sihat dan membuat keputusan menarik diri daripada perlawanan peringkat Pusingan 32, hari ini.",
"Oleh demikian, lawannya yang merupakan pemain Thailan merangkap pemain berada di ranking ke-143 dunia, Adulrach Namkul, diberikan kemenangan percuma dan mara ke Pusingan 16 secara automatik.",
"Sementara itu, Adulrach yang meneruskan kemaraan bakal menentang pemain Ireland kelahiran Vietnam, Nhat Nguyen yang berada di ranking ke-44 dunia."
] |
https://sukanz.com/202113983/ |
Terbuka Scotland: Mei Xing-Anna Cheong Bertemu Pasangan Ranking Ke-22 Dunia di Final
| [
"Pasangan beregu wanita yang menghuni ranking ke-22 dunia, Rachel Honderich dan Kristen Tsai bakal menjadi lawan buat beregu negara, Teoh Mei Xing dan Anna Cheong di pentas akhir kejohanan Terbuka Scotland 2021.",
"Ia bakal menjadi cabaran yang sengit buat beregu negara memandangkan Rachel-Kristen yang datangnya dari Kanada itu juga merupakan pasangan pilihan pertama yang diletakkan menjuarai kejohanan bagi kategori ini.",
"Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-dua pasangan ini belum pernah berentap sesama sendiri. Bagaimanapun, Mei Xing pernah menentang pasangan ini semasa bergandingan bersama Yap Ling suatu masa lalu dan kemenangan berpihak kepada pasangan Kanada tersebut.",
"Sebagai tambahan, Mei Xing-Anna Cheong mara perlawanan akhir selepas menumpaskan beregu Belanda yang turut diletakkan sebagai pilihan ketujuh kejohanan, Debora Jille dan Cheryl Seinen dengan skor 11-21, 21-10 dan 21-10 di peringkat separuh akhir.",
"Untuk makluman semua, perlawanan akhir melibatkan Mei Xing-Anna Cheong menentang Rachel-Kristen dijangka berlangsung pada jam 11.20 malam nanti.",
"Featured Image: Badminton Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/20207714/ |
Anwar Ibrahim Dan Beberapa Pemain Senior Digugurkan Kem Selangor
| [
"Pertahanan muda, Muhammad Anwar Ibrahim dan beberapa pemain berstatus senior digugurkan oleh kem Selangor menjelang sepak mula saingan Piala Malaysia 2020.",
"Selain daripada pertahanan berusia 21 tahun tersebut, pertahanan kacukan Nick Swirad (29 tahun), penyerang senior Khyril Muhymeen (33 tahun) dan penjaga gol berpengalaman Farizal Harun (34 tahun) antara yang turut digugurkan menurut satu pendedahan oleh wartawan Astro Arena.",
"Difahamkan antaranya Farizal Harun, Khyril Muhymeen, Nick Swirad dan Anwar Ibrahim. Semua adalah signing bekas jurulatih B. Satianathan. https://t.co/bTiAh0KBP0",
"Kesemua pemain ini tiada dalam percancangan ketua jurulatih interim Selangor, Michael Feichtenbeiner untuk saingan Piala Malaysia dan juga musim depan.",
"Tambahnya lagi, kesemua pemain ini dilepaskan untuk memberi ruang kepada pemain-pemain muda terutamanya daripada skuad simpanan, Selangor 2 yang beraksi dalam saingan Liga Premier musim ini.",
"“Buat masa ini, ada beberapa pemain yang sudah diberitahu bahawa mereka tiada dalam perancangan saya kerana kami memerlukan ruang untuk pemain muda.",
"“Jika kesemua pemain yang sudah berumur masih ada dalam pasukan, ditambah pula dengan enam atau tujuh pemain baru, anda akan memiliki terlalu banyak pemain dalam pasukan, jadi ia perlu dilakukan.",
"“Kami sudah berbincang dengan mereka, pihak pengurusan sudah berbincang dengan pemain, jadi saya fikir kami sudah mendapatkan penyelesaian terbaik buat semua pihak.",
"“Sudah pasti pemain yang terlibat berasa kecewa tetapi dalam bola sepak, adakalanya perkara seperti ini diperlukan,” kata Feichtenbeiner seperti dipetik daripada Stadium Astro.",
"Difahamkan kesemua pemain tersebut dilepaskan secara persefahaman bersama."
] |
https://sukanz.com/202214602/ |
Nafuzi Harap Kombinasi ‘KKM’ Beri Impak Kepada Terengganu
| [
"Menjelang saingan baharu Liga Malaysia, pasukan berpangkalan di pantai timur iaitu Terengganu FC dilihat menaik taraf bahagian serangan mereka dengan mendatangkan dua penyerang import prolifik disamping mengekalkan penyerang import musim lalu.",
"Dua penyerang baharu yang didatangkan oleh Terengganu ialah Kpah Sherman dan Tchetche Kipre daripada Kedah Darul Aman FC manakala penyerang yang dikekalkan pula ialah Jordan Mintah.",
"Ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain mengharapkan dengan keberadaan tiga penyerang ini, ianya dapat memberikan impak yang lebih baik kepada pasukan untuk mengharungi saingan musim 2022.",
"“Kita boleh nampak bagaimana Terengganu telah menambahbaik kualiti pasukan terutamanya di bahagian serangan di mana kita ada tiga pemain ini (Kpah, Kipre, Mintah) dan saya memang berharap kombinasi mereka dapat memberi impak kepada pasukan.",
"“Mengenai persaingan antara mereka, saya ingin tegaskan kita akan ada musim yang panjang, jadi apa sahaja boleh berlaku dan saya teruja apabila kita akan sentiasa ada pemain yang bersedia untuk diturunkan dan pilihan yang lebih luas kali ini.",
"“Kita akan tengok daripada segi keperluan, cara bermain daripada mereka dan semestinya masing-masing akan ada peluang mereka sendiri untuk beraksi berdasarkan prestasi semasa nanti”, jelasnya.",
"Bahagian serangan Terengganu pada musim lalu dilihat agak bergelut apabila penyerang utamanya, David Da Silva ditimpa kecederaan dan menghadapi isu kecergasan. ",
"Bercakap mengenai sasaran yang ingin dicapai pada musim 2022, jurulatih berusia 43 tahun ini mahu memastikan Terengganu dapat mencatatkan keputusan yang lebih baik berbanding musim lalu.",
"Sebagai rekod, Terengganu menamatkan saingan Liga Super di tangga keempat manakala dalam saingan Piala Malaysia, skuad ‘Black and White’ ini mara ke peringkat separuh akhir pada musim lalu."
] |
https://sukanz.com/202219780/ |
SUKMA XX: Perseorangan Lelaki No.3 & No.6 Negara Rebut Pingat Emas
| [
"Kilauan pingat emas bagi acara badminton perseorangan lelaki di temasya SUKMA XX akan direbut oleh pemain No.3 dan No.6 negara, dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada hari esok.",
"Dua pemain yang dimaksudkan itu ialah Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao yang mewakili kontinjen Johor serta Wilayah Persekutuan masing-masing.",
"Tze Yong yang berada di ranking ke-36 dunia berhasil mengesahkan kemaraan selepas menumpaskan pemain Selangor, Aidil Sholeh secara “straight set” dengan skor 21-14 dan 21-15 di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.",
"Manakala wakil Wilayah Persekutuan, Leong Jun Hao pula mara wakil selepas mencatatkan kemenangan ke atas wakil Kedah, Jacky Kok Jing Hong menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 16-21, 21-12 dan 21-12.",
"Sebagai rekod, Tze Yong dan Jun Hao yang menghuni ranking 86 dunia saat ini pernah bertemu sebanyak dua kali di pentas antarabangsa. Dan kedua-dua pertemuan yang berlangsung di Terbuka Poland dan Terbuka Czech tahun lalu itu berpihak kepada Tze Yong.",
"Featured Image: Badminton Association of Thailand"
] |
https://sukanz.com/202114172/ |
Angkatan 142kg Berikan Aniq Kasdan Pingat Perak di Kejohanan Angkat Berat Dunia 2021
| [
"Sebutir pingat perak berjaya dibawa pulang oleh atlet angkat berat muda negara, Mohamad Aniq Kasdan di Kejohanan Angkat Berat Dunia 2021. Malahan, Aniq turut meraih pingat emas dalam Kelayakan Sukan Komanwel 2022 yang diadakan bersekali dengan kejohanan dunia yang dilangsungkan Tashkent, Uzbekistan ini.",
"Pingat perak diraih oleh atlet berusia 19 tahun kelahiran Johor ini menerusi kategori 55 kilogram lelaki dalam acara ‘clean & jerk’ setelah berjaya melakukan angkatan terbaiknya seberat 142kg pada percubaan ketiga.",
"Sementara itu, bagi acara ‘snatch’ dalam kategori yang sama, Aniq melakukan angkatan terbaiknya dengan berat 107kg. Secara keseluruhannya, Aniq merekodkan angkatan seberat 249kg sekaligus meletakkannya di tangga kelima dalam carta kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) ini.",
"Bagaimanapun, kedudukan kelima itu sudah memadai buat Aniq untuk membawa pulang pingat emas dalam Kelayakan Sukan Komanwel 2022 serta meletakkan Malaysia di ranking yang pertama untuk layak ke temasya yang akan diadakan di Birmingham, tahun hadapan.",
"Hal ini kerana, empat peserta yang berada di atasnya bukan daripada kalangan negara-negara komanwel iaitu Arli Chontey (Kazakhstan), Thada Somboonuan (Thailand), Hriskov Russell Angel (Bulgaria) dan Josue Brachi Garcia (Sepanyol).",
"Menurut perkongsian oleh Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat, beliau berkata ini merupakan kali pertama atlet Malaysia berjaya memenangi pingat dalam sejarah penyertaan Kejohanan Angkat Berat Dunia."
] |
https://sukanz.com/20208478/ |
Pertahanan UiTM FC, Victor Nirennold Punyai Pengalaman Mahal Hadapi Liverpool
| [
"Siapa sangka pertahanan import, Victor Nirennold yang beraksi bersama UiTM FC musim ini mempunyai pengalaman mahal beraksi menentang kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Liverpool FC.",
"Pengalaman mahal itu diraih oleh Victor semasa bermain bersama pasukan divisyen tiga Liga Inggeris iaitu Fleetwood Town FC sekitar empat tahun lalu.",
"Ketika itu, Liverpool yang dibimbing oleh Jurgen Klopp mengadakan perlawanan menentang Fleetwood Town dalam aksi persahabatan untuk mempersiapkan pasukan sebelum bermulanya saingan baharu EPL musim 2016/17.",
"Dalam perlawanan tersebut, Victor diturunkan oleh pengurusnya sebagai pemain tengah bertahan (defensive midfielder) dalam sistem 4-4-2 klasik dan menyarung jersi bernombor 15.",
"Manakala Klopp menurunkan sebahagian besar pemain-pemain skuad utama seperti Sadio Mane, Danny Ings, Roberto Firmino, Lucas Leiva, Alberto Moreno, Dejan Lovren, Joe Matip, Jon Flanagan dan Loris Karius.",
"Sesuai dengan status Liverpool sebagai salah sebuah gergasi EPL, pasukan yang diwakili oleh Victor terpaksa akur tewas 5-0 hasil jaringan Marko Grujic, Ben Woodburn, Lucas Leiva dan Roberto Firmino.",
"Untuk rekod, Victor bermain dalam kancah Liga Inggeris dari 2015 sehingga 2018 sebelum berhijrah ke pasukan FK Senica yang beraksi dalam saingan Liga Slovakia.",
"Victor yang berumur 29 tahun pada ketika ini berhijrah daripada pasukan SHB Da Nang FC dan menyertai UiTM FC kendalian Frank Bernhardt pada awal januari lalu. ",
"Kecemerlangannya di benteng pertahanan dan kepimpinannya telah membantu UiTM FC yang baru sahaja mendapat promosi ke saingan Liga Super menduduki tangga ke-6 liga mengatasi sasaran awal mereka iaitu tangga ke-8.",
"Tonton aksi Victor bersama UiTM FC dalam saingan Liga Super 2020 pada pautan di bawah:"
] |
https://sukanz.com/202325059/ |
Juara La Liga Tambat Pemenang UCL Secara Percuma – Klausa Pembelian €400 Juta
| [
"Belum genap sebulan meraikan kejayaan menjuarai Liga Juara-Juara UEFA (UCL) bersama Manchester City, pemain tengah merangkap kapten, Ilkay Gundogan disahkan menyertai kelab berpangkalan di Catalonia, FC Barcelona.",
"Barcelona bimbingan legendanya, Xavi turut mengesahkan pemain tengah Jerman itu menyertai juara La Liga secara percuma setelah kontraknya bersama Manchester City – kelab disertainya selama tujuh tahun – tamat pada 30 Jun nanti.",
"Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang dikeluarkan laman sesawang rasmi dan dikongsikan melalui pelbagai media sosial milik kelab berkenaan. Ianya sekaligus menjawab segala desas-desus melibatkan pemain berusia 32 tahun tersebut akhir-akhir ini. ",
"💙❤ @IlkayGuendogan is CULER! pic.twitter.com/DrbOOIMSLe",
"— FC Barcelona (@FCBarcelona) June 26, 2023",
"Kelab yang terkenal dengan jersi Blaugrana ini memaklumkan mengikat Gundogan dengan kontrak selama dua tahun yang menyaksikan pemain Jerman itu kekal sehingga Jun 2025. ",
"Selain itu, kontrak tersebut turut disertakan dengan pilihan lanjutan selama setahun serta klausa pembelian bernilai €400 juta buat mana-mana kelab lain berminat untuk mendapatkan Gundigon sepanjang tempoh itu.",
"Untuk makluman semua, karier pemain berdarah Turki-Jerman itu bermula di VfL Bochum II dan FC Nurnberg. Namun begitu, namanya mula ‘meletup’ ketika bersama Borussia Dortmund yang bimbingan Jurgen Klopp setelah menjuarai Bundesliga serta DFB-Pokal bagi musim 2011-12. ",
"Biarpun terlepas memenangi Piala Dunia pada 2014, kehadirannya dalam skuad Pep Guardiola menyaksikan Gundogun menjadi salah seorang tonggak skuad berjulukan The Citizens dan membantu memenangi segala kejuaraan di England termasuk kejuaraan yang paling mereka idamkan, UCL pada awal Jun lalu."
] |
https://sukanz.com/202321662/ |
MFL Lancar Logo Baharu Bagi Pertandingan Liga Malaysia
| [
"Enam logo pertandingan dalam kancah Liga Malaysia musim ini tampil dengan wajah baharu.",
"Penganjur dan pengelola pertandingan bola sepak tanah, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan pelancaran logo baharu bagi pertandingan-pertandingan dalam Liga Malaysia bermula musim 2023, pada hari ini.",
"Keenam-enam logo pertandingan di bawah kelolaan mereka yang terdiri daripada Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, Challenge Cup dan Piala MFL dikongsikan menerusi pelbagai platform media sosialnya.",
"“Logo yang dipaparkan untuk enam pertandingan ini sebagai usaha MFL untuk menyuntik nafas baharu kepada saingan Liga Malaysia.” tulis kenyataan MFL di laman sosialnya.",
"Difahamkan perubahan logo pertandingan-pertandingan ini juga selari dengan penstrukturan Liga Malaysia ini."
] |
https://sukanz.com/202220021/ |
Kelayakan Piala Asia B-17: Malaysia Juara Kumpulan B, Malukan Musuh Tradisi Indonesia
| [
"Malaysia mengesahkan kemaraan ke saingan Piala Asia Bawah 17 Tahun (B-17) pada tahun hadapan apabila berhasil menamatkan kempen kelayakan selaku juara Kumpulan B.",
"Kejuaraan itu muncul apabila skuad kendalian Osmera Omaro ini berjaya menundukkan tuan rumah merangkap musuh tradisi, Indonesia dengan jaringan besar 5-1 dalam perlawanan terakhir di Stadium Pakansari, Bogor, sebentar tadi.",
"Kemenangan tersebut membolehkan Malaysia mengumpul 10 mata selepas mengharungi 4 perlawanan sekaligus memintas kedudukan Indonesia untuk merangkul gelaran juara bagi Kumpulan B.",
"Terlebih dahulu, skuad negara yang terdiri daripada majoriti pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) serta dua orang pemain Johor Darul Ta’zim (JDT B-16) ini meraih kemenangan ke atas Palestin (2-0) dan Emiriah Arab Bersatu (3-2) serta seri dengan Guam (1-1).",
"Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia B-17 2023 ",
"INDONESIA 🇮🇩 1-5 🇲🇾 MALAYSIA",
"⚽️ Arkhan Kaka Putra 90'+3'⚽️ Zainurhakimi Zain 17' Arami Wafiy 20' 38' (P) Anjasmirza 23' Afiq Danish Z. 26'#FAM #HarimauMalaya #AFCU17 pic.twitter.com/5nEhmVBov5",
"— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 9, 2022",
"Untuk makluman semua, hos serta 10 juara kumpulan bagi peringkat kelayakan mara secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia B-17. Menemani 11 pasukan ini adalah 5 naib juara kumpulan terbaik.",
"Selain Malaysia, Jepun (Kumpulan A), Qatar (Kumpulan C), Iran (Kumpulan I), Uzbekistan (Kumpulan J), Australia (Kumpulan G) dan Vietnam (Kumpulan F) turut disahkan layak ke pusingan akhir Piala Asia B-17 ini setelah muncul juara bagi kumpulan masing-masing.",
"Sementara itu, Indonesia pula terpaksa akur menamatkan saingan kelayakan ini selaku naib juara Kumpulan B walaupun menampilkan aksi cemerlang, melakar tiga kemenangan berturut-turut sebelum bertemu Malaysia. ",
"Namun begitu, Indonesia memiliki 6 mata selepas ditolak 3 mata menentang pasukan di tangga tercorot Kumpulan B, Guam, (format untuk memilih naib juara terbaik), berkemungkinan besar dapat menempatkan diri dalam kelompok yang dapat melayakkan diri ke pusingan akhir.",
"Featured Image: Football Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/202110382/ |
FAM Sedia Menerima Mana-Mana Pemain Kacukan Berkualiti Termasuk Wan Kuzain
| [
"Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia menerima pemain-pemain berdarah kacukan atau warisan berkualiti yang lain seperti Wan Kuzain untuk menyertai skuad kebangsaan. Ianya bertujuan untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk membentuk kesebelasan terbaik Harimau Malaya.",
"Semalam, pemain kelahiran Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal dilihat memberikan reaksi terhadap penyertaan Dion Cools. Dia mengulangi ciapan akaun twitter rasmi FAM tersebut dengan meninggalkan emoji ‘thinking face’.",
"Tindakan pemain tengah berusia 22 tahun yang bermain bersama Rio Grande Valley FC tersebut seakan-akan memberikan satu isyarat mahu membuat pertimbangan untuk turut sama menyertai kem skuad kebangsaan sekiranya dipanggil berbuat demikian.",
"Malahan ciapan tersebut turut mendapat perhatian Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin.",
"“Masih banyak lagi pemain (berdarah kacukan dan warisan), mungkin Wan Kuzain yang kita dapat tahu hari ini (semalam) ada tweet dalam twitter-nya macam berminat (sertai skuad kebangsaan),”",
"“Kita pun pernah follow up sebelum ini, pada setahun dua tahun lepas,”",
"“Bagi kita mana-mana pemain yang berkualiti, kita sedia menerima untuk beri peluang kepada coach memilih ke skuad kebangsaan,”",
"“Apabila kita dapat (pemain berdarah kacukan lain) tu, kita sama-sama berdoa agar pasukan ini berjaya.” kata Hamidin semasa turun meninjau latihan skuad kebangsaan di Dubai.",
"Untuk makluman, walaupun lahir di negara Uncle Sam, Wan Kuzain boleh beraksi bersama skuad kebangsaan kerana merupakan dia merupakan anak kepada pasangan suami isteri kelahiran Malaysia.",
"Sebelum ini, Wan Kuzain telah menyertai kem latihan skuad Malaysia B-22 untuk persediaan ke temasya Sukan SEA 2019 kendalian Dato’ Ong Kim Swee. Bagaimanapun, dia tidak dapat dibawa ke Manila, Filipina kerana masalah dokumentasi.",
"Selain itu, adik kepada Wan Kuzain iaitu Wan Kuzri juga pernah menyertai kem latihan skuad kebangsaan B-19 di bawah bimbingan Brad Maloney pada tahun 2020.",
"Selain dua pemain ini, terdapat beberapa lagi pemain berdarah kacukan atau warisan yang boleh dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan seperti Isaac Angking, Jaami Qureshi, Nathaniel Shio Hong Wan dan Kobe Jae Chong."
] |
https://sukanz.com/202219695/ |
Park Hang-seo Tidak Mahu Ikut Jejak Langkah Naturalisasi Cara Malaysia & Indonesia
| [
"Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo hanya akan mengambil pemain yang mempunyai pertalian darah dengan negara itu sahaja untuk beraksi bersama skuad kendaliannya.",
"Jurulatih kelahiran Korea itu menolak untuk menaturalisasikan pemain yang langsung tidak mempunyai darah negara tersebut sepertimana Malaysia menaturalisasikan Guilherme de Paula atau Indonesia menaturalisasikan Beto Goncalves.",
"Bagaimanapun, Hang-seo termasuk majikannya, Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) tidak mempunyai banyak informasi mengenai pemain berdarah Vietnam yang beraksi di luar negara. Justeru, sukar buatnya untuk mencari pemain kacukan atau berdarah Vietnam untuk dinaturalisasikan bagi beraksi bersama skuadnya.",
"“Jika pemain itu mempunyai pertalian darah Vietnam dan mempunyai kewarganegaraan Vietnam, mereka boleh menjadi pemain skuad kebangsaan Vietnam.",
"“Saya tidak tahu berapa banyak pemain seperti itu yang bermain di luar. VFF tidak memiliki banyak informasi untuk diberikan. Jika ada, saya akan mencari sendiri di internet.” katanya seperti dipetik daripada Soha oleh CNN Indonesia dalam sidang media menjelang kejohanan tiga penjuru anjuran VFF, hari ini.",
"Hang-seo berkata dia hanya mengetahui mengenai seorang penjaga gol yang mempunyai darah Vietnam, Filip Nguyen yang beraksi di Republik Czech. Selain itu, Hang-seo berkongsikan pernah ke Norway untuk melihat aksi penyerang, Alexander Dang, kelahiran pasangan Vietnam dan Norway.",
"Tambahnya lagi, beberapa pasukan (asia tenggara) giat menaturalisasikan pemain. Pada pendapatnya, menaturalisasikan pemain mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Hang-seo tidak mengatakan setuju atau membangkang perkara tersebut dan ianya bergantung kepada undang-undang negara (dalam memberikan kerakyatan).",
"Untuk makluman, Vietnam akan menghadapi Singapura (21 September) dan India (27 September) dalam VFF Tri-Nations Series 2022 bersempena dengan rehat antarabangsa FIFA, minggu ini.",
"Sementara itu, Vietnam juga menjadi lawan buat skuad negara di peringkat kumpulan dalam saingan Piala AFF yang akan berlangsung hujung tahun ini."
] |
https://sukanz.com/202112300/ |
Kos RM10 Juta Bukan Untuk Stadium Nasional Bukit Jalil Sahaja – Menteri Belia & Sukan
| [
"Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan kos naik taraf padang bernilai RM10 juta bukanlah untuk di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sahaja.",
"Jelasnya keseluruhan kos tersebut adalah termasuk baik pulih dan penambahbaikan padang-padang stadium di seluruh negara.",
"Beliau menjelaskan perkara berkenaan selepas pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim mendedahkan dalam rancangan [email protected] bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mendapat tawaran untuk menaik taraf padang di SNBJ dengan kos yang tidak masuk akal iaitu RM10 juta.",
"“Benar saya ada mengadakan perjumpaan dan berbicara tentang beberapa perkara dengan Tunku Mahkota Johor termasuk untuk memperbaiki padang-padang bola sepak di seluruh negara, bukan saja di Bukit Jalil.",
"\"Padang yang berkualiti, kosnya 1.5 Juta. Macam mana boleh jadi 10 Juta?\" [email protected] Istimewa bersama TMJ pic.twitter.com/nb9U5pNwoc",
"“Saya kira ada kemungkinan sembah saya mungkin tidak begitu tepat tetapi perkara yang dibincangkan adalah untuk padang-padang di seluruh negara, bukan hanya satu padang di Stadium Nasional.",
"“Perkara itu sering diingatkan Tunku Mahkota Johor kepada saya, malah selepas perbincangan itu sering diperingatkan kepada saya untuk memberi fokus kepada menaik taraf padang bola sepak di stadium seluruh Malaysia,” katanya seperti dipetik daripada Berita Harian.",
"Dalam temu bual itu juga, Tunku Ismail merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut berkongsikan kos membina padang yang menggunakan rumput jenis zeon zoysia termasuk sistem saliran serta beberapa jenis lapisan tanah di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) hanya RM1.4 juta.",
"Sementara itu, Tunku Ismail turut menambah bahawa kos untuk selenggara padang-padang milik pasukannya yang terkenal dengan julukan Harimau Selatan itu pula hanya berjumlah RM300,000 setahun.",
"Pada masa yang sama, Tunku Ismail menggesa semua stadium di Malaysia tidak lagi menggunakan rumput jenis ‘cow grass’ supaya dapat meningkatkan lagi mutu permainan bola sepak para pemain dan pasukan-pasukan yang beraksi dalam negara ini."
] |
https://sukanz.com/202220604/ |
Piala Malaysia: Sabah Ulangi Pencapaian 2018, Bertemu JDT Di Separuh Akhir
| [
"Pasukan yang berpangkalan di kepulauan Borneo, Sabah FC berjaya menyamai pencapaian empat tahun dalam saingan Piala Malaysia dengan mara ke peringkat separuh akhir.",
"Pada edisi kali ini, pencapaian itu diulangi skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee setelah berhasil menumpaskan Kuching City FC menerusi agregat 2-1 di peringkat suku akhir.",
"Agregat itu dilakar setelah mereka menamatkan perlawanan timbal balik di Stadium Likas dengan keputusan seri 1-1. ",
"Jaringan skuad The Rhinos hadir menerusi pemain importnya, Taiki Kagayama pada minit ke-94 pada masa tambahan. Sebelum itu, Kuching City mendahului menerusi jaringan sendiri pemain Sabah, Ummareng Bacok pada minit ke-84.",
"94’ GOL | Taiki Kagayama menjaringkan gol penyamaan dan meletakkan Sabah FC di depan secara agregat!@sabahfcofficial 1-1 @officialkcfc#TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/xGy8ocrNdc",
"— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) November 11, 2022",
"Ketika aksi suku akhir pertama di Stadium Negeri pada 5 November lalu, Sabah merekodkan kemenangan 1-0 hasil jaringan Baddrol Bakhtiar.",
"Sementara itu, di peringkat separuh akhir kelak, Sabah akan membuat perhitungan dengan naib juara edisi lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT).",
"Skuad berjulukan Harimau Selatan itu mara selepas menumpaskan Kelantan FC dengan agregat 8-0 di peringkat suku akhir.",
"Mereka meraih kemenangan 3-0 pada aksi suku akhir pertama. Manakala perlawanan timbal balik yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebentar tadi pula berkesudahan dengan keputusan 5-0.",
"Featured Image: Sabah Football Club"
] |
https://sukanz.com/202111687/ |
Khabib Sertai Kelab Divisyen 3 Rusia, FK Legion Dynamo Makhachkala
| [
"Legenda UFC, Khabib Nurmagomedov dilaporkan menyertai sebuah kelab bola sepak berpangkalan di tempat kelahirannya, Dagestan iaitu FK Legion Dynamo Makhachkala.",
"Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh laman sosial kelab yang beraksi dalam saingan Liga Bola Sepak Profesional Rusia (divisyen 3), semalam. Ianya turut dilaporkan oleh saluran berita Russia Today. ",
"Khabib has signed his first professional football contract with FC Legion Dynamo. How well will he do as a footballer 🤔 pic.twitter.com/uhXX2C8ubf",
"Menerusi muat naik tersebut, Khabib, 32 tahun, yang terkenal dengan julukan The Eagle dilihat berjabat tangan bersama presiden kelab, Shamil Lakhiyalov berserta beberapa helaian kertas di atas meja yang dipercayai merupakan dokumen berupa kontrak untuk kedua-dua pihak.",
"Muat naik tersebut turut disertakan dengan kapsyen, “Pertarungan hebat menanti Legion kami, di mana kami memerlukan pahlawan yang hebat. Kami sedia untuk mengucapkan selamat datang kepada semua pasukan Liga Perdana Rusia bersama Khabib Nurmagomedov.”",
"Bagaimanapun, sehingga saat ini tiada sebarang butiran jelas mengenai kemasukan Khabib samada selaku pemain atau mengisi mana-mana jawatan di dalam kelab tersebut.",
"Untuk makluman semua, selain daripada terlibat dalam seni bela diri campuran (MMA) sejak sekian lama, Khabib turut mempunyai minat yang mendalam terhadap sukan bola sepak.",
"Beliau pernah mengakui meminati pasukan Real Madrid dan mempunyai hubungan yang baik bersama bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo.",
"Januari lalu, beliau turut terlibat dalam satu perlawanan bola sepak bertemu pasukan yang turut dibarisi oleh legenda AC Milan, Clarence Seedorf di Dubai."
] |
https://sukanz.com/202217158/ |
Sukan SEA: Vietnam Kejutkan Indonesia Pada Aksi Sulung Kumpulan A
| [
"Paskan tuan rumah, Vietnam bawah 23 tahun (B-23) memulakan kempen temasya Sukan SEA 2021 peringkat Kumpulan A dengan cukup bergaya.",
"Pada perlawanan pertama yang berkesudahan sebentar tadi, Vietnam yang dibimbing oleh jurulatih Korea, Park Hang-seo berhasil mengejutkan Indonesia B-23 dengan keputusan tiga jaringan tanpa berbalas.",
"Babak pertama berlangsung dengan seimbang dan kedua-duanya terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan. Namu begitu, Vietnam B-23 tampil lebih garang pada babak kedua dan berhasil menerobos gawang lawan bermula minit ke-54 menerusi Nguyen Tien Linh.",
"Selang 20 minit kemudiannya, Vietnam B-23 berhasil menggandakan jaringan menerusi kaptennya, Do Hung Dung setelah menerima satu lorongan bijak daripada rakan sepasukan. ",
"Dan pada minit ke-88, satu kesilapan daripada pertahanan Indonesia membolehkan Vietnam mencetak gol ketiga hasil rembatan jarak jauh oleh Le Van Do.",
"Setelah wisel ditiup oleh pengadil perlawanan, Vietnam B-23 tersenyum lebar dan menarik nafas lega bukan sahaja kerana merekodkan kemenangan bahkan turut mengutip tiga mata pertama dalam temasya ini.",
"Sementara itu, satu lagi perlawanan melibatkan Kumpulan A menyaksikan Filipina B-23 berhasil merangkul kemenangan dengan keputusan 4-0 ke atas Timor Leste B-23 dalam perlawanan yang berlangsung petang tadi.",
"Perkembangan ini menyaksikan Filipina B-23 mendahului carta Kumpulan A dan Vietnam B-23 mengikuti di tangga kedua selepas tamatnya aksi pertama buat kedua-dua pasukan dalam kumpulan ini. Indonesia B-23 pula berada di kedudukan ketiga sementara Timor Leste B-23 di tangga tercorot.",
"Featured Image: Facebook Vietnamese Football"
] |
https://sukanz.com/20208245/ |
Pelumba Suzuki, Joan Mir Raih Kejuaraan Dunia MotoGP 2020
| [
"Pelumba Suzuki Ecstar, Joan Mir muncul juara dunia saingan MotoGP 2020 setelah menamatkan perlumbaan GP Valencia di tempat ketujuh, sebentar tadi.",
"Walaupun menamatkan perlumbaan yang berlansung di Litar Ricardo Tomo di kedudukan ketujuh, ia sudah memadai untuk memberikannya pungutan mata berjumlah 171.",
"HE'S DONE IT!!! 🏆@JoanMirOfficial IS THE 2020 #MotoGP WORLD CHAMPION!!! 🥇#M1R | #ValenciaGP 🏁 pic.twitter.com/8Dff90W1r4",
"Pungutan mata tersebut tidak dapat dikejar lagi oleh mana-mana pelumba lain dengan baki satu perlumbaan sahaja lagi untuk saingan musim ini.",
"Kejuaraan yang diraih pelumba berusia 23 tahun, kelahiran Sepanyol ini merupakan kejuaraan dunia sulung dalam kariernya sepanjang beraksi dalam saingan MotoGP sejak 2019.",
"Como Español y Mallorquín que soy muy orgulloso de @Joanmir36 !!Además se ser campeón de @motogp entrará en la historia por conseguir:-Ganar con @suzukimotogp después de 20 años.-Ganar en su 2o año.-Ser el 3er Español en ganar en MotoGP.¡Te lo mereces Joan, disfrutalo! 🥂 pic.twitter.com/AYJnIdY4IS",
"Selain itu, ia juga merupakan kejuaraan pertama yang diraih oleh pasukan pengeluar berpangkalan di Jepun, Suzuki dalam saingan MotoGP selepas tempoh 20 tahun.",
"Thank you @FrankyMorbido12 and @jackmilleraus for a SENSATIONAL last lap! 👏#MotoGP at its absolute best! 🔥🔥🔥#ValenciaGP 🏁 pic.twitter.com/EOcIbktFWa",
"Sementara itu, pelumba Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli meraih kedudukan pertama sambil diikuti rapat oleh pelumba Ducati, Jack Miller. Menduduki tempat ketiga adalah pelumba KTM, Pol Espargaro.",
"Untuk rekod, kejuaraan dunia MotoGP sejak tahun 2016 didominasi oleh pelumba Honda, Marc Marquez. ",
"Bagaimanapun, pelumba Sepanyol itu tidak dapat beraksi baki saingan MotoGP 2020 ekoran kecederaan yang menimpanya pada awal-awal musim."
] |
https://sukanz.com/202218644/ |
Benjamin Mora Pulang Ke Mexico, JDT Tiada Ketua Jurulatih
| [
"Pengendali kelahiran Mexico, Benjamin Mora dan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasminya berpisah.",
"Ini selepas kelab berkenaan memaklumkan jurulatih berusia 43 tahun tersebut meminta untuk membenarkannya pulang ke negaranya bagi menyelesaikan urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan.",
"JDT selaku majikannya menghormati permintaan tersebut dan membenarkan pemergian Mora.",
"Johor Darul Ta'zim FC (JDT) would like to thank Benjamin Mora for his services.",
"Benjamin had requested JDT to allow him to return to Mexico due to unavoidable personal matters, and JDT respects the request and will always leave the door open for a return in the future.",
"— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) July 27, 2022",
"Sebelum ini, ketiadaan Mora dalam dua perlawanan liga telah menimbulkan tanda tanya bukan sahaja dalam kalangan peminat skuad Harimau Selatan malahan kebanyakan pendukung saingan bola sepak tempatan.",
"Bagaimanapun, tiada sebarang makluman mengenai pengganti Mora selaku ketua jurulatih diumumkan JDT setakat ini.",
"Untuk makluman semua, Mora menjadi ketua jurulatih yang paling berjaya bersama JDT dengan mengemudi skuad berkenaan memenangi empat gelaran Liga Super, empat trofi Piala Sumbangsih, satu Piala Malaysia serta merekodkan kemaraan ke peringkat kalah mata Liga Juara-Juara AFC buat pertama kali.",
"Sebagai rekod, Mora telah mengendalikan 148 perlawanan sepanjang dua kali tugas bersama skuad senior JDT sejak tahun 2017 dan memenangi 102 perlawanan.",
"Featured Image: JOHOR Southern Tigers"
] |
https://sukanz.com/202219944/ |
Ranking BWF: Aaron-Wooi Yik Jadi Beregu No.4 Dunia, ‘Patatimo Boys’ Lonjak Ke Tangga Ke-44
| [
"Juara dunia merangkap beregu lelaki No.1 tanah air, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik merekodkan kedudukan tertinggi yang baharu dalam karier apabila menghuni kelompok 4 pasangan terbaik buat kali pertama, pada hari ini.",
"Kemaskini terbaru ranking dunia oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebentar tadi, Aaron-Wooi Yik memasuki kelompok berkenaan apabila melonjak satu anak tangga berbanding kedudukannya, pada minggu lalu. Lonjakan itu membolehkan mereka memintas gandingan pemain senior, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan. ",
"Sementara itu, takhta beregu No.1 dunia masih dipegang pasangan Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi diikuti dengan pasangan Indonesia, Marcus Gideon dan Kevin Sukamuljo selaku beregu No.2 dunia. Manakala beregu No.3 dunia pula menjadi milik pasangan Taiwan, Lee Yang dan Wang Chi-lin.",
"Dalam perkembangan yang lain, beregu muda negara, Wan Arif Junaidi dan Muhammad Haikal Nazri turut merekodkan peningkatan yang ketara dengan melonjak sebanyak enam anak tangga.",
"Lonjakan itu meletakkan pasangan berjulukan “Patatimo Boys” ini di tangga ke-44 dunia – tertinggi dalam karier mereka setakat ini. Peningkatan itu terhasil selepas mereka berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir Terbuka Vietnam – Jelajah Super 100 BWF, baru-baru ini.",
"Selepas ini, Arif-Haikal berpeluang untuk meningkatkan lagi kedudukan ranking dunia dengan mara lebih jauh dalam kedua-dua kejohanan, Cabaran Antarabangsa Indonesia dan Indonesia Masters (Super 100) yang mereka sertai pada Oktober ini."
] |
https://sukanz.com/202114116/ |
Jelajah Akhir BWF: Yew Sin-Ee Yi Terkandas Di Separuh Akhir
| [
"Hajat para peminat badminton tanah air untuk melihat beregu lelaki bebas (independent), Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi mara ke perlawanan akhir Jelajah Dunia Akhir BWF nampaknya tidak kesampaian.",
"Ini kerana beregu yang menghuni ranking ke-12 dunia terkandas di peringkat separuh akhir setelah tewas kepada beregu lelaki Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi.",
"Walaupun memberi tentangan yang sengit sepanjang perlawanan yang berlangsung sebentar tadi, Yew Sin-Ee Yi terpaksa akur dikalahkan secara ‘straight set’ dengan skor 21-18 dan 21-15 dalam masa tidak sampai 40 minit.",
"HSBC BWF World Tour Finals 2021(New dates)MD – Semi final 🇯🇵Takuro HOKI🏅21 21 🇯🇵Yugo KOBAYASHI🏅18 15 🇲🇾Yew Sin ONG 🇲🇾Ee Yi TEO🕗 in 39 minutes https://t.co/5Wq6evjbH4",
"Untuk rekod, perlawanan ini merupakan pertembungan ulangan. Semalam, Yew Sin-Ee Yi telah menentang beregu ini pada perlawanan akhir pada peringkat kumpulan yang menyaksikan mereka turut mengalami kekalahan dengan skor 21-19, 12-21 dan 21-10.",
"Secara keseluruhan, mereka telah merekodkan 5 pertemuan sesama sendiri. Kini, rekod semasa menjadikan Takuro-Yugo mencatatkan 4 kemenangan sementara Yew Sin-Ee Yi kekal dengan 1 kemenangan.",
"Sebagai tambahan, kemaraan ke peringkat separuh akhir merupakan pencapaian terbaik dalam karier pasangan bebas ini di pentas Jelajah Dunia Akhir BWF.",
"Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"
] |
https://sukanz.com/20207145/ |
Kelantan FC Selesai Tunggakan Gaji Melibatkan 15 Bekas Pemain Dan Pegawai
| [
"Pasukan berpangkalan di pantai timur, TRW Kelantan FC mengumumkan telah menyelesaikan segala tunggakan gaji melibatkan 15 bekas pemain dan pegawai pasukan.",
"Perkara itu dimaklumkan menerusi satu siaran media yang diedarkan pada hari ini.",
"Tunggakan itu melibatkan bekas pemain tempatan dan juga luar negara. Antaranya Khairul Fahmi Che Mat, Brendan Gan, Mohd Nor Farhan Mohamad, Mohd Badhri Mohd Radzi, Amiridzwan Taj Tajudin, Falvio Beck Junior, L’Iman Seydi dan beberapa lagi.",
"Selain itu, pasukan yang diambil alih oleh pemilik baharu, Norizam Tukiman turut melangsaikan hutang-hutang melibatkan bekas pegawai-pegawai pasukan termasuk ketua jurulatih pada ketika ini, Yusri Che Lah.",
"Sebagai tambahan, mereka turut memaklumkan melangsaikan tunggakan enam bulan lalu melibatkan pemain-pemain sedia ada yang beraksi bersama Kelantan FC dalam saingan Liga Premier 2020.",
"Pada masa yang sama, TRW Kelantan FC komited untuk menjaga kebajikan para pemain dan pegawai bagi memastikan pasukan sentiasa bersemangat tinggi dan berprestasi tinggi.",
"Featured Image: TRW Kelantan FC"
] |
https://sukanz.com/202323638/ |
Penang FC Berpisah Dengan 2 Pemain Import – Curt Dizon & Ann Sae-hee
| [
"Pasukan berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Penang FC kini kehilangan khidmat dua pemain importnya iaitu An Sae-hee dan Curt Dizon yang merupakan pertahanan dan penyerang masing-masing.",
"Difahamkan kedua-dua pemain mencapai persetujuan untuk berpisah dengan kelab berjulukan Harimau Kumbang itu.",
"Makluman mengenai perpisahan dengan pemain dari Korea dan Filipina masing-masing itu dikongsikan di pelbagai platform media sosial milik kelab, pada hari ini.",
"A post shared by Penang FC (@officialpenangfc)",
"Sae-hee dan Dizon yang berusia 32 dan 29 tahun masing-masing menyertai Penang pada jendela perpindahan pramusim Liga Malaysia, baru-baru ini.",
"Setakat ini, kedua-duanya hanya tampil sebanyak satu kali disamping memanaskan bangku simpanan buat Penang dalam saingan Liga Super.",
"Dengan perkembangan ini, Penang mempunyai baki tujuh pemain import yang terdiri daripada Rafael Vitor (Brazil), Zaw Min Tun (Myanmar), Ryu Yamaguchi (Jepun), Ousmane Fane (Perancis), Sonny Saad (Lubnan), Adriano (Brazil) dan Giovane Gomes (Brazil).",
"Adakah Penang yang kini mendapat bimbingan Manzoor Azwira akan menggantikan kekosongan dua slot pemain import tersebut dengan pemain baharu pada jendela perpindahan pertengahan musim kelak? Sama-sama kita nantikan.",
"A post shared by Penang FC (@officialpenangfc)"
] |
https://sukanz.com/202321529/ |
Peluang Bergambar Dengan Trofi Piala FA Di Shah Alam Pada 25 Januari
| [
"Peminat bola sepak tempatan berpeluang untuk melihat dengan dekat serta bergambar dengan trofi kejohanan kalah mati tertua di dunia, Piala FA Inggeris.",
"Buat pertama kalinya dalam sejarah, trofi itu akan dibawa untuk dipertontonkan kepada khalayak ramai di Central i-City, Shah Alam pada 25 Januari (Rabu) kelak.",
"Pihak penganjur menetapkan dua tempoh iaitu jam 10 hingga 11.30 pagi serta 1 petang hingga 9 malam untuk tontonan serta peluang orang ramai mahupun para peminat untuk merakamkan gambar kenangan bersama trofi tersebut. ",
"Untuk pengetahuan semua, Malaysia menjadi salah satu lokasi penyinggahan bagi Jelajah Trofi Asia Pasifik yang berlangsung dari 25 hingga 29 Januari.",
"Jelajah itu bermula di Sydney, Australia (23 Januari) sebelum dibawa ke Malaysia (25 Januari). Kemudiannya, trofi tersebut akan melintasi Tambak Johor untuk ke Singapura (26 Januari) sebelum mengakhiri jelajah ini di Seoul, Republik Korea (28-29 Januari)."
] |
https://sukanz.com/202217393/ |
Sukan SEA: Tiada Kilauan Emas Buat Malaysia Dalam Acara Pecut 100m Lelaki
| [
"Dua temasya Sukan SEA terdahulu menyaksikan dua pelumba negara, Khairul Hafiz Jantan dan Haiqal Hanafi memenangi pingat emas dalam acara pecut 100 meter (m) pada edisi 2017 dan 2019 masing-masing.",
"Hafiz memenangi larian tersebut di ketika beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan catatan masa 10.37 saat sementara Haiqal pula menang ketika beraksi di Filipina dengan rekod masa 10.35 saat.",
"Bagaimanapun, Sukan SEA 2021 yang berlangsung di Vietnam pada ketika ini, tiada lagi kilauan emas terbutir daripada acara riben biru ini termasuk kilauan perak mahupun gangsa.",
"Hal ini selepas wakil tunggal negara, Muhammad Arsyad Md Saat, 20 tahun, menamatkan larian di tempat keenam pada larian pusingan akhir, petang tadi.",
"Untuk makluman semua, acara 100m lelaki bagi kategori lelaki pada kali ini dimenangi oleh pelari remaja Thailand, Puripol Boonson, 16 tahun yang menamatkan larian dengan catatan masa 10.44 saat.",
"Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, 18 tahun, tidak dapat mara ke pusingan akhir apabila dia disingkirkan selepas dikatakan melakukan “false start” ketika mengambil bahagian dalam pusingan saringan (Heat 1).",
"Featured Image: Majlis Sukan Negara Malaysia"
] |
Subsets and Splits
No community queries yet
The top public SQL queries from the community will appear here once available.