url
stringlengths
47
133
content
sequence
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/02/polis-tumpaskan-sindiket-penipuan-bomoh-antarabangsa
[ "GEORGE TOWN: Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penipuan bomoh antarabangsa yang membabitkan kerugian RM124,400 dengan penahanan lima warga China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis lepas.", "Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Fisol Salleh berkata penahanan dilakukan susulan pihaknya menerima laporan daripada lima wanita warga emas di negeri ini yang mendakwa menjadi mangsa sindiket itu.", "“Kesemua warga asing yang terdiri daripada seorang lelaki dan empat wanita berusia 40 hingga 50 tahun itu ditahan ketika mahu melarikan diri pulang ke negara asal (China). Berdasarkan rekod perjalanan, mereka didapati telah beberapa kali masuk dan keluar dari negara ini menggunakan pas lawatan sosial.", "\"Siasatan mendapati mereka aktif sejak Januari lepas dengan memperdaya mangsa dalam urusan penjualan ubat serta sembahyang yang boleh mengubati penyakit secara bersemuka,\" katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.", "Beliau berkata modus operandi sindiket itu ialah mereka akan bergerak awal pagi untuk mencari mangsa warga emas terutama wanita dan berbual kononnya tahu warga emas itu menghidap penyakit sebelum menawarkan ubat bagi merawat penyakit kronik serta memberikan nombor telefon untuk urusan rawatan tersebut.", "Fisol berkata mangsa yang percaya, kemudian menghubungi sindiket itu untuk berubat sebelum suspek menetapkan lokasi tertentu kononnya bagi menjalankan upacara jampi dan rawatan yang hanya berlangsung dalam kenderaan.", "Beliau berkata selepas upacara selesai, suspek akan menyerahkan semula bungkusan mengandungi barang kemas, wang dan sejumlah emas milik mangsa namun kandungan bungkusan sudah ditukar oleh suspek yang menyebabkan mangsa mendapati bungkusan itu mengandungi batu bata dan air mineral selepas bungkusan dibuka beberapa hari kemudian.", "Katanya mangsa yang menyedari ditipu selepas membuka bungkusan itu kemudian membuat laporan polis dan berdasarkan siasatan, sindiket itu mempunyai beberapa kumpulan lain yang disyaki menjalankan kegiatan yang sama.", "“Susulan penahan mereka, polis turut merampas sembilan telefon bimbit, lima bagasi, pelbagai barang kemas, 11 jam tangan pelbagai jenama dan 943 keping wang tunai mata wang yuan berjumlah RM60,853,\" katanya dan menambah mereka direman hingga esok bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.", "Menurut Fisol, sejak 2021 hingga April tahun ini, kontinjen Pulau Pinang menerima 13 laporan berkaitan penipuan bomoh membabitkan kerugian RM1.03 juta, justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyerahkan wang atau barangan kemas kepada orang tidak dikenali serta menghubungi polis jika didekati individu mencurigakan. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/02/kkm-berharap-kertas-putih-kesihatan-dapat-sokongan-penuh
[ "GEORGE TOWN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap Kertas Putih Kesihatan yang bakal menjadi permulaan perjalanan reformasi sistem kesihatan Malaysia ke arah yang lebih mampan dan berdaya saing, akan mendapat sokongan seluruh masyarakat dan kerajaan.", "Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata Kertas Putih Kesihatan dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada Jun 2023 untuk mendapatkan sokongan dwipartisan ahli Parlimen sebelum langkah-langkah pelaksanaanya dapat dijalankan. ", "\"Dari segi konsep, ia telah pun lengkap serta merangkumi segala aspek kesihatan tapi kita perlu mula untuk mengoptimumkan strategi dan perancangan dari sekarang.", "\"Kita berharap ia mendapat sokongan penuh kerana usaha ini bukan membabitkan KKM sahaja. Ia memerlukan usaha masyarakat dan kerajaan secara menyeluruh untuk menjadikan sistem kesihatan Malaysia lebih cekap,\" katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Townhall Kertas Putih Kesihatan Zon Utara di sini hari ini.", "Tambahnya, antara isu yang dibangkitkan tertumpu kepada penambahbaikan perkhidmatan sistem kesihatan negara yang sering menghadapi kesesakan, antaranya, di kecemasan dan pusat-pusat kesihatan. ", "Selain itu, Dr Muhammad Radzi berkata KKM juga berusaha untuk mengubah pendekatan masyarakat iaitu daripada mendapatkan rawatan perubatan kepada kesejahteraan menyeluruh dengan mengetengahkan langkah-langkah pencegahan.", "Seterusnya beliau berkata Kertas Putih Kesihatan juga akan menumpu kepada kekangan pembiayaan kesihatan apabila peningkatan drastik terhadap permintaan perkhidmatan kesihatan serta kenaikan kos perubatan telah menggugat kemampanan pembiayaan penjagaan kesihatan. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/02/anwar-diisytihar-presiden-agung-persekutuan-pengakap-malaysia
[ "Pengisytiharan tersebut disempurnakan oleh pemangku Ketua Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Mej Jen (B) Prof Datuk Dr Mohd Zin Bidin di Pejabat Perdana Menteri di sini.", "Pengisytiharan itu juga selaras dengan Prosedur Organisasi dan Pindaan (POR) pindaan 27 Mac 2010, Bahagian II, Seksyen 1 iaitu perdana menteri adalah Presiden Agung PPM.", "Pada majlis sama, Anwar turut menerima Anugerah Bintang Semangat Padi Emas iaitu anugerah tertinggi PPM yang eksklusif diberikan dalam kalangan pemimpin negara dan negeri-negeri.", "Turut hadir ialah Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara Datuk Ahmad Shazily Ismail Bakti dan  Bendahari Majlis Pengakap Negara Tan Sri Abdullah Taib. ", "Mohd Zin berkata pengisytiharan Anwar sebagai Presiden Agung dapat mengangkat imej PPM ke tahap yang lebih tinggi sekali gus memperkukuhkan lagi peranan pergerakan kepengakapan tanah air sebagai organisasi pendidikan tidak formal terbesar di negara ini.", "“Semoga pelantikan ini dapat menarik ahli-ahli muda di peringkat universiti dan sekolah menyertai  pengakap kerana kita ada sistem latihan yang mantap,\" katanya ketika ditemui selepas majlis itu. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/02/kapal-tangki-terbakar-di-tanjung-sedili-tiga-kru-masih-hilang
[ "KOTA TINGGI: Tiga kru kapal hilang manakala 25 lagi berjaya diselamatkan selepas sebuah kapal tangki berdaftar dari Gabon, Afrika terbakar pada kedudukan 37.5 batu nautika timur laut Tanjung Sedili petang semalam.", "Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menerusi Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru menerima makluman berhubung kejadian itu pada 4 petang.", "\"Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) diaktifkan pada petang tadi dan sebuah bot ronda Maritim Malaysia PETIR 12 diatur gerak ke lokasi kejadian dan berjaya menyelamatkan dua kru kapal tangki tersebut. ", "\"Seramai 23 orang lagi diselamatkan oleh dua kapal yang berada berhampiran lokasi kejadian, manakala baki tiga kru dilaporkan masih hilang,\" katanya dalam kenyataan malam tadi." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/01/kedudukan-malaysia-dalam-indeks-kebebasan-media-dunia-2022-membanggakan-negara-fahmi
[ "KUALA LUMPUR: Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2022 dikeluarkan oleh Reporters Without Borders (RSF) merupakan pencapaian yang baik dan membanggakan buat negara.", "Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata ia juga menjadi pemangkin untuk kerajaan terus memartabatkan kebebasan media di Malaysia.", "Malaysia turut menduduki kedudukan tertinggi di ASEAN, diikuti Thailand di kedudukan ke-115, Indonesia (117), Singapura (139), Kemboja (142), Brunei (144), Filipina (147), Laos (161), Vietnam (174) dan Myanmar (176).", "Selain itu, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi dan Digital bersama pengamal media sedang meneliti draf Rang Undang-Undang Majlis Media sebelum ia dibawa ke Jemaah Menteri." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/01/kanak-kanak-perempuan-lemas-dalam-kolam-renang
[ "IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan lemas di dalam kolam renang rumah milik jiran datuknya di Tambun di sini semalam.", "Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kejadian dipercayai berlaku pada pukul 6.30 petang selepas abang mangsa yang berusia 15 tahun menjumpai mangsa dalam keadaan terapung dalam kolam renang tersebut.", "\"Siasatan awal mendapati mangsa bersama ibunya menziarahi ahli keluarga yang berada di sebuah rumah lot yang dimiliki oleh jiran kepada datuk mangsa.", "\"Hasil bedah siasat yang dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh di sini mendapati mangsa meninggal dunia akibat mati lemas,\" katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Sehubungan dengan itu, Mohd Yusri berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 33(1), Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan.", "Menurutnya kejadian itu adalah kes keempat mati lemas melibatkan mangsa kanak-kanak di daerah Ipoh pada tahun ini yang berpunca daripada ketinggalan ibu bapa atau penjaga. ", "\"Pihak polis amat memandang serius tentang perkara ini dan akan mengambil tindakan undang-undang tegas terhadap ibu bapa atau penjaga yang membiarkan kanak-kanak bawah jagaan masing-masing tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan sehingga menyebabkan kemalangan jiwa,\" katanya.", "Sebelum ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun sembilan bulan maut akibat lemas di dalam kolam renang rumah datuknya di Tambun, Selasa lepas.", "Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata kejadian dipercayai berlaku pada 8.45 malam selepas bapa kanak-kanak tersebut menjumpai mangsa dalam keadaan terlentang dan terapung dalam kolam renang itu. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/01/cuaca-panas-haiwan-juga-berisiko-kena-strok-haba
[ "KUALA LUMPUR: Cuaca panas melampau yang kini melanda beberapa negara bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, malah menimbulkan risiko kepada haiwan termasuk mengalami strok haba.", "Bekas Penolong Pengarah Zoo Negara yang juga Pensyarah Fakulti Farmasi Universiti Teknologi Mara, Puncak Alam, Prof Madya Datuk Dr Vellayan Subramaniam berkata seperti manusia, strok haba terhadap binatang juga boleh meragut nyawa, selain menyebabkan kerosakan organ dalaman haiwan jika tidak mendapat rawatan segera.", "“Semua haiwan yang tergolong dalam kumpulan mamalia, reptilia mahupun burung turut mengalami strok haba, misalnya anjing dan kucing yang mempunyai kelenjar yang sangat sedikit yang terletak di tapak kaki dan sekitar hidung untuk berpeluh, tidak seperti manusia boleh keluar peluh di setiap segi,” katanya kepada Bernama TV dalam temu bual khas secara dalam talian.", "Pada masa yang sama, beliau berkata haiwan di zoo juga perlu dijaga rapi pada musim panas dengan membekalkan air yang secukupnya untuk membasahkan badan.", "Dr Vellayan yang juga bekas Ketua Veterinar di Zoo Negara menjelaskan bagi haiwan yang tidak gemar badannya dibasahkan dengan air, haiwan seperti ini perlu diberikan air minuman yang secukupnya, selain ditempatkan di kawasan yang mempunyai tahap pengudaraan baik.", "“Bagi haiwan yang sentiasa berada dalam air atau berendam seperti penguin dan memerang pula, kolam air disarankan ditambah dengan ketulan air batu bagi memastikan ia sejuk kerana air yang tidak mengalir juga boleh meningkat suhunya sekiranya cuaca panas terik,” katanya.", "Selain itu, Dr Vellayan turut mengingatkan pemilik haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing supaya sentiasa peka terhadap keadaan kesihatan haiwan mereka bagi menghindari risiko strok haba.", "“Antara simptomnya (strok haba) seperti degupan jantung pantas, kesukaran bergerak, terpinga-pinga dan tidak menentu, menghasilkan banyak air liur serta lidah dan gusi biru kerana kekurangan oksigen dalam darah.", "“Selain itu, suhu badan haiwan ini juga akan melebihi 42 darjah (Celsius), kurang keseimbangan atau kestabilan apabila bangun dengan empat kaki dan jika ini berlaku, pemiliknya perlu stabilkan suhu badan haiwan itu dan bawa kepada doktor haiwan dengan segera kerana jika diabaikan, ia boleh mendatangkan kematian,'’ katanya.", "Menurut Dr Vellayan pemilik haiwan peliharaan juga boleh meredakan simptom strok haba dan dehidrasi dengan membasahkan badan haiwan peliharaan mereka dengan meletakkan tuala yang basah pada kepala dan dahi selain memberikan air untuk diminum serta membasahkan lidah haiwan. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/01/tiba-masa-kaji-semula-gaji-penjawat-awam-yang-tidak-memuaskan-anwar
[ "PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sudah sampai masanya penilaian dan kajian semula dibuat terhadap gaji penjawat awam yang tidak memuaskan khususnya di peringkat rendah.", "Anwar yang juga Menteri Kewangan pada sambutan Hari Pekerja 2023 bertema \"Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia MADANI\" di sini hari ini berkata beliau mengambil maklum tentang gaji penjawat awam yang tidak memuaskan khususnya di peringkat rendah.", "Beliau berkata kerajaan meneliti tuntutan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) umpamanya mengenai gaji penjawat awam.", "\"Sementara itu, segala bonus dan apa-apa kemudahan termasuk kesihatan, pendidikan yang harus kita dibantu, saya akan segerakan sebaik sahaja ada peruntukan,\" katanya.", "Pada majlis itu, Anwar turut mengumumkan peruntukan tambahan RM1 juta masing-masing kepada MTUC dan Cuepacs bagi memperkemas pengurusan kesatuan sekerja itu.", "Beliau turut meminta Menteri Sumber Manusia dan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia memberi ruang sepenuhnya kepada MTUC dan Cuepacs untuk berbincang dan berunding.", "\"Biar ada rundingan majikan dan pekerja dahulu. Sebelum ini ada menteri yang enggan jumpa kesatuan. Saya tidak mahu ini berlaku dalam pentadbiran saya,\" katanya.", "Beliau berkata kerajaan juga akan mengumumkan pelbagai perubahan yang sedang dirangka bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan keupayaan pekerja dari masa ke masa.", "Sementara itu, Anwar berkata kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada masalah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan peneroka bagi memastikan tiada kelompok yang tercicir. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/01/kabinet-bincang-isu-pelaksanaan-gaji-minimum-bulan-depan-pm
[ "PUTRAJAYA: Isu pelaksanaan gaji minimum akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet bulan depan untuk mendapatkan penyelesaian \"sekali dan untuk semua\", kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Pada majlis sambutan Hari Pekerja 2023 bertema \"Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia MADANI\" di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan gaji minimum masih sukar dilaksanakan dan pelaksanaannya juga \"hiruk-pikuk\".", "Perintah gaji minimum dengan kadar RM1,500 sebulan berkuat kuasa 1 Mei tahun lepas untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.", "\"Saya tidak mahu majikan, pakar ekonomi atau menteri mempertikaikan (upah pekerja). Tanggungjawab kita adalah meningkatkan upah bagi pekerja swasta dan awam,\" katanya kerajaan akan mengumumkan \"satu persatu\" perubahan yang dilakukan dalam membela nasib pekerja.", "Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Sumber V. Sivakumar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/01/kaedah-baharu-pelaksanaan-gaji-minimum-akan-dirangka-sivakumar
[ "PUTRAJAYA: Kaedah baharu bagi pelaksanaan gaji minimum akan dirangka bagi memastikan kebajikan setiap pekerja di negara ini terbela, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.", "Beliau yang menyifatkan gaji minimum sebanyak RM1,500 agak rendah berkata majikan perlu memastikan gaji yang diterima pekerja setimpal dengan kemahiran dan pengetahuan mereka.", "“Dalam mesyuarat Kabinet nanti, kita cari kaedah baharu untuk tetapkan gaji pekerja dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Pekerja 2023 bertemakan Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia MADANI di sini hari ini.", "Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada sambutan itu berkata isu pelaksanaan gaji minimum akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet bulan depan untuk mendapatkan penyelesaian \"sekali dan untuk semua\".", "Perintah gaji minimum dengan kadar minimum RM1,500 sebulan berkuat kuasa 1 Mei tahun lepas untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.", "Pada majlis itu, Anwar turut mengumumkan peruntukan tambahan masing-masing RM1 juta kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bagi tujuan pengurusan ", "Sivakumar berkata peruntukan RM1 juta kepada MTUC dan Cuepacs akan membantu kedua-dua badan itu untuk memperjuangkan hak pekerja di negara ini. ", "Presiden MTUC Mohd Effendy Abdul Ghani pula berkata pelaksanaan gaji minimum sewajarnya dikaji semula supaya ia lebih progresif dan bermaruah selaras kos sara hidup ketika ini. ", "“Pemantuaan kerajaan juga perlu dibuat mengenai pelaksanaan gaji minimum supaya majikan tidak culas,\" katanya yang turut merakam penghargaan kepada kerajaan diberikan peruntukan tambahan RM1 juta bagi membantu pengurusan MTUC. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/01/menteri-kabinet-zahir-penghargaan-atas-sumbangan-pekerja-dalam-bangunkan-negara
[ "KUALA LUMPUR: Bersempena sambutan Hari Pekerja, beberapa Menteri Kabinet hari ini mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan pekerja dalam semua sektor bagi membangunkan negara.", "Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi catatan di Facebook hari ini berkata bagaimanapun terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan bersama.", "“Sempena sambutan Hari Pekerja pada tahun ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja di semua sektor yang telah menyumbang kepada pembangunan dan kejayaan Malaysia seperti mana hari ini.", "“We have a lot more to do, and we have to do it together (Banyak perkara yang perlu kita lakukan, dan kita perlu lakukan bersama-sama). Terima kasih atas sumbangan anda semua dan teruskan usaha ke arah membina Malaysia MADANI. Selamat Hari Pekerja kepada semua!,” katanya.", "Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pula berkata Hari Pekerja adalah hari untuk mengingati dan menghargai sumbangan golongan pekerja yang banyak menyumbang ke arah memberikan khidmat terbaik demi keselesaaan dan kesejahteraan rakyat, sekali gus membantu dalam menjana ekonomi dan memakmurkan negara.", "“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas dedikasi dan khidmat bakti semua pekerja baik di sektor awam, swasta, mahu pun yang bekerja sendiri. Terima kasih kerana telah melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran negara tercinta.", "“Kepada mereka yang masih berkhidmat tak kira di sektor awam, mahu pun swasta, teruskan semangat untuk bekerja dengan lebih baik dan penuh dedikasi demi Malaysia MADANI. Negara kita, tanggungjawab kita... sama-sama kita memberikan yang terbaik demi rakyat dan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.", "Sementara itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohammad Sabu yang turut berterima kasih kepada golongan pekerja berkata semua pihak perlu terus berkerja keras untuk membangunkan negara termasuk dalam bidang pertanian bagi menjamin sekuriti makanan negara.", "“Ucapan terima kasih kepada semua di atas usaha dan penat lelah membangunkan negara ini sehingga menjadi sebuah negara yang maju, aman dan damai serta dihormati dunia.", "“Buat para petani, nelayan, penternak serta seluruh pekerja dalam sektor pertanian, bekerjalah dengan bersungguh-sungguh. Apa yang kita sedang lakukan hari ini adalah fardu kifayah dan insya-Allah pastinya akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT,” katanya.", "Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub pula berkata golongan pekerja menjadi sebahagian besar penyumbang kepada ekonomi negara selain menghargai penat lelah golongan itu.", "“Saya mengagumi iltizam rakyat Malaysia yang terus menjadi penggerak ekonomi negara, bergembleng tenaga dalam memastikan Malaysia yang kita cintai ini terus membangun dan kompetitif di persada antarabangsa,” katanya.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata umat Islam dituntut untuk tekun dalam setiap pekerjaan yang dilakukan manakala Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa pula berkata Hari Pekerja adalah pengiktirafan kerajaan kepada dedikasi, sumbangan dan kejayaan warga pekerja di negara ini.", "Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula menyifatkan golongan pekerja adalah tulang belakang kepada pembinaan negara bangsa dan Kerajaan Perpaduan melalui gagasan Malaysia MADANI menurutnya akan terus komited dengan pelbagai pembaharuan serta inisiatif bagi memastikan pengorbanan, jerih perih golongan pekerja sentiasa terbela.", "Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata pada separuh pertama tahun ini, kerajaan telah melaksanakan beberapa misi diplomatik dan lawatan ke China menyaksikan kejayaan menandatangani kerjasama perdagangan berjumlah RM170 bilion.", "“Melihat kepada keadaan semasa, negara kita akan memasuki era baharu tidak lama lagi. Sehubungan itu, saya menggesa seluruh ahli industri, daripada peringkat pengurusan hingga pekerja untuk meneruskan kecemerlangan dalam memupuk kecekapan. Ini akan memacu negara untuk mencapai tahap yang lebih tinggi,” katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/01/bekerjasama-erat-persiap-sumber-manusia-pacu-pertumbuhan-ekonomi-negara-anwar
[ "KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak untuk menjalin usaha sama yang erat dalam mempersiapkan sumber manusia bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara dan menghadapi tantangan masa hadapan.", "Anwar dalam catatan di Facebook sempena sambutan Hari Pekerja hari ini berkata semua pihak mesti berusaha dan bekerja kuat demi memastikan Malaysia terus maju pada masa hadapan.", "“Tanggal 1 Mei ialah hari bagi menghargai daya usaha, jerih perih dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pekerja dalam menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran negara.", "Perdana Menteri berkata tema sambutan Hari Pekerja tahun ini, Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia MADANI, mencerminkan aspirasi yang mendukung prinsip kesejahteraan, keadilan, saling menghormati, ihsan serta jalinan kerjasama semua rakyat untuk berganding bahu membina Malaysia menjadi sebuah negara yang bertamadun." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/30/kbs-beri-keutamaan-kebajikan-atlet-di-kemboja
[ "KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan kebajikan atlet yang menggalas cabaran negara di Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh dari 5 hingga 17 Mei ini akan diutamakan dan dijaga sebaik mungkin.", "Menteri berkenaan, Hannah Yeoh, berkata pihak sekretariat kontinjen Malaysia dan Majlis Sukan Negara (MSN) telah diarahkan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani isu-isu yang timbul di Kemboja sekali gus memastikan prestasi atlet tidak terjejas.", "\"Ia mengakibatkan ada sebahagian atlet negara terpaksa dipindahkan ke hotel-hotel di Phnom Penh yang mungkin menimbulkan isu-isu lain seperti pembekalan makanan halal untuk atlet beragama Islam,\" katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Negara ke Sukan SEA Kemboja di MSN, di sini, hari ini.", "Menurutnya berdasarkan maklumat awal pegawai sekretariat kontinjen Malaysia yang berada di Kemboja, mereka turut berkongsi kebimbangan lain melibatkan keadaan lalu lintas yang sesak daripada tempat penginapan atlet menuju ke venue pertandingan.", "Justeru, Hannah berkata pihak Institut Sukan Negara (ISN) telah memberikan peringatan kepada atlet negara selain panduan dan nasihat untuk diikuti sepanjang berada di Kemboja.", "Kontinjen Malaysia kali ini disertai 928 orang, terdiri daripada 677 atlet dan 251 pegawai. Daripada jumlah 677 atlet, 402 adalah lelaki manakala 275 orang adalah wanita." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/30/jadikan-perayaan-budaya-yang-pelbagai-pengikat-persaudaraan-rakyat-anwar
[ "KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu perayaan dan budaya yang pelbagai di negara ini menjadi ciri utama yang mengikat persaudaraan seluruh lapisan masyarakat rakyat Malaysia.", "Anwar menerusi catatan di Facebook selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah di Kota Kinabalu hari ini berkata setiap lapisan masyarakat perlu memainkan peranan  memastikan nilai kepelbagaian terus utuh dengan kasih sayang.", "\"Tugas kita adalah memastikan nilai kebhinekaan (kepelbagaian) ini mesti terus utuh dengan kasih sayang dan sikap keprihatinan yang tinggi,\" kata beliau.", "Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni serta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datuk Seri Juliah Salag selain lebih 20,000 tetamu. - Bernama" ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/30/jainj-polis-siasat-batu-nisan-hilang-di-pandan
[ "JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan berhubung isu batu nisan yang “hilang” di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau di Taman Istimewa, Pandan, di sini baru-baru ini.", "Pengarah JAINJ Jamaludin A Hamid berkata sehubungan itu, orang awam diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu yang turut tular di laman Facebook, sejak Jumaat lepas. ", "\"JAINJ mengambil maklum tentang penularan satu tangkap layar yang memaparkan mengenai isu kehilangan batu nisan di tanah perkuburan tersebut sehingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan waris dan masyarakat. ", "\"Justeru, kita mencadangkan langkah wajar yang perlu ditambah baik dan diselenggara oleh pengurusan tanah perkuburan berkenaan bagi mencegah kegiatan kecurian ini daripada terus berlaku,\" katanya menerusi kenyataan hari ini. ", "Semalam, Bernama melaporkan sebanyak 11 batu nisan di tanah perkuburan berkenaan “hilang”, dipercayai dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab untuk dijual semula.", "Menerusi tinjauan yang dilakukan di tanah perkuburan itu semalam, kebanyakan batu nisan yang dicuri ialah jenis batu sungai yang harganya mencecah lebih RM450 bagi satu set." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/30/sarjan-wanita-cedera-dilanggar-lelaki-kejar-ibu-mentua
[ "CHUKAI: Seorang anggota polis wanita cedera parah di bahu selepas motosikalnya dilanggar sebuah kereta yang dipandu secara berbahaya oleh seorang lelaki ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, hari ini.", "Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan, berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian jam 11.30 pagi itu, pemandu berkenaan berusia 51 tahun telah bertengkar dengan ibu mentuanya, dipercayai disebabkan oleh isu perebutan harta di sebuah rumah di Jalan Dato, dekat sini.", "Beliau berkata dalam prtengkaran itu, suspek telah mengeluarkan sebatang kayu dan bertindak mengetuk bonet hadapan serta bumbung kereta ibu mentuanya sehingga kemek.", "\"Dalam perjalanan, suspek mengekori ibu mentuanya dan cuba memotong dengan cara berbahaya sehingga merempuh motosikal (ditunggang) anggota polis wanita yang datang dari arah bertentangan,\" katanya dalam kenyataan.", "Menurutnya suspek cuba melarikan diri selepas kejadian, namun berjaya ditahan pada jam 2.15 petang tadi di tepi jalan di kawasan Ibok, kira-kira 18 kilometer dari tempat kejadian.", "\"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya,  Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan 506 Kanun Keseksaan,\" katanya. - Bernama" ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/30/pemimpin-amanah-berhak-suarakan-pandangan
[ "KUALA LUMPUR: Pemimpin Amanah berhak menyuarakan pandangan, namun mereka tetap terikat dengan keputusan parti, dan ini adalah amalan biasa dalam mana-mana organisasi, kata presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu.", "Katanya dalam konteks organisasi, pandangan individu tidak mewakili organisasi atau parti, melainkan ia adalah keputusan rasmi parti berkenaan yang diputuskan dalam mesyuarat parti, dan parti Amanah, PKR atau DAP yang bergabung di dalam Pakatan Harapan (PH) adalah tertakluk kepada keputusan PH yang perlu diutamakan jika bercanggah dengan keputusan parti.", "“Begitu juga dalam konteks Kerajaan Perpaduan yang terbentuk hari ini, keputusan di peringkat gabungan Kerajaan Perpaduan mengatasi keputusan parti-parti atau pakatan politik masing-masing dan ia perlu diutamakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Mohamad berkata dalam kes yang melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kuasa tertinggi yang mempunyai hak untuk membuat keputusan adalah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.", "Beliau berkata semua pihak yang menyuarakan pandangan dalam isu ini sayang kepada Kerajaan Perpaduan, dan Kerajaan Perpaduan perlu memberi fokus kepada khidmat kepada rakyat sebagaimana yang diamanahkan. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/30/bayi-baru-dilahirkan-ditemukan-dengan-kesan-gigitan-serangga
[ "KUANTAN: Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemukan di atas kayu berhampiran tepi pagar sebuah kilang di Kampung Peramu, di sini semalam dengan kesan gigitan serangga. ", "Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan bayi itu oleh orang awam pada 12.10 tengah hari.", "Beliau berkata bayi berkenaan dijumpai oleh seorang wanita berusia 51 tahun yang memaklumkan terdengar tangisan kira-kira pukul 11.30 pagi sebelum bertindak mencari suara berkenaan. ", "“Wanita itu kemudiannya telah menjumpai bayi lelaki yang ditinggalkan lebih kurang 10 meter dari jarak rumah iaitu berhampiran tepi pagar kilang tersebut dan bayi itu diletakkan di atas kayu selain menyatakan bayi tersebut masih mempunyai tali pusat dan badannya dihinggap kerengga,” katanya dalam kenyataan semalam.", "Wan Mohd Zahari berkata wanita itu telah meminta bantuan kenalannya untuk menghubungi polis bagi tindakan lanjut sebelum bayi itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan. ", "“Doktor menganggarkan bayi itu dilahirkan kurang tiga jam sebelum ditemukan dan keadaannya kini stabil serta masih menerima rawatan di wad kanak-kanak HTAA,” katanya dan menambah pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuantan sudah dimaklumkan berhubung penemuan bayi itu. ", "Sementara itu, beliau berkata siasatan mendapati suspek berkemungkinan telah melahirkan anaknya di lokasi lain dan bertindak menyembunyikan kelahiran dengan membuang bayi itu di tempat kejadian pada awal pagi tadi. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/29/rumah-terbuka-malaysia-madani-diharap-dapat-eratkan-lagi-hubungan-kerajaan-kedah-dan
[ "ALOR SETAR: Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di Kedah hari ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan antara Kerajaan Negeri Kedah dengan Kerajaan Persekutuan.", "Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata suasana yang dilihat pada rumah terbuka itu sangat positif serta meriah, ditambah dengan kehadiran Perdana Menteri yang turut beramah mesra menyantuni pengunjung.", "\"Harapan saya dari suasana yang sangat positif ini, hubungan silaturahim dalam kalangan dan sesama rakyat Kedah dapat dieratkan, dan juga hubungan antara kerajaan negeri (Kedah) dan Kerajaan Persekutuan akan bertambah baik, insya-Allah saya percaya.", "\"Saya lihat Perdana Menteri juga banyak meluangkan masa... beliau tiba sejam awal ke lokasi untuk bertemu dengan semua yang hadir, pergi khemah ke khemah, meja ke meja untuk melihat sendiri, dan itu adalah memang stail Perdana Menteri,\" katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka itu di Hotel Raia di sini hari ini.", "Antara Menteri Kabinet yang menghadiri rumah terbuka itu adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Majlis turut dihadiri Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.", "Sementara itu Fahmi berkata penganjuran rumah terbuka itu di enam negeri termasuk Kedah itu tidak ada kaitan dengan politik, sebaliknya ia dianjurkan bagi tujuan mendekati rakyat dan memahami permasalahan mereka.", "\"Sudah pasti dalam keadaan (sambutan) Aidilfitri di Putrajaya (Seri Perdana) sahaja, sukar bagi mereka yang di Kedah untuk datang bersama. Jadi niat Perdana Menteri sebagai seorang yang sangat berjiwa rakyat, bukan retorik, itu adalah realiti beliau, maka harapan beliau adalah untuk pergi ke negeri-negeri.", "\"Sebagai contoh esok beliau akan ke Sabah. Walaupun Sabah tidak dinyatakan dalam senarai tetapi beliau pergi dan akan bersama-sama dalam program sambutan Aidilfitri di negeri Sabah,\" katanya.", "Sementara itu, Fahmi berkata beliau percaya rakyat akan memberikan peluang kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Anwar dalam PRN nanti kerana melihat prestasi positif sepanjang tempoh enam bulan menerajui kepimpinan di Putrajaya, antaranya masalah inflasi terkawal setakat tempoh itu.", "\"...inflasi telah menurun ke 3.4 peratus bulan lepas, ini adalah satu petanda awal yang positif, dan banyak dasar yang sedang dilaksanakan untuk memudahkan sama ada perniagaan ataupun mengurangkan apa yang disebut sebelum ini sebagai kerenah birokrasi,\" katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/29/11-kubur-hilang-batu-nisan
[ "JOHOR BAHRU: Sebanyak 11 kubur di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau di Taman Istimewa, Pandan, di sini, ‘hilang’ batu nisan dipercayai dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab untuk dijual semula.", "Menerusi tinjauan yang dilakukan di tanah perkuburan itu pagi tadi, kebanyakan batu nisan dicuri adalah jenis batu sungai yang harganya mencecah lebih RM450 bagi satu set.", "Penggali kubur Muhammad Izzul Hafiq Ramlan, 29, berkata terdapat beberapa waris yang menemuinya selepas terkejut melihat ketiadaan batu nisan ketika menziarahi kubur pada pagi raya seminggu lepas, sebelum ia tular di laman Facebook, sejak semalam.", "Katanya, perkuburan di tanah wakaf itu tidak dikunci atas permintaan orang ramai terutama waris bagi memudahkan ia untuk diziarahi, sekali gus terdedah kepada pencerobohan.", "\"Ada ramai (waris) mengadu ketika ziarah kubur pada pagi raya batu nisan (ahli keluarga) hilang, kita tidak boleh buat apa kerana kubur ini tanah wakaf dan pada waktu malam juga tiada siapa jaga. ", "“Kita syak kegiatan ini dilakukan ketika waktu tiada pengebumian, mungkin waktu malam. Kebanyakan batu nisan yang dicuri adalah batu sungai dalam sembilan set, kerana boleh dijual semula dan nama si mati boleh dipotong,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan itu, hari ini.", "Muhammad Izzul Hafiq berkata selain batu sungai, batu nisan putih yang kebiasaannya digunakan dan bernilai RM350 bagi satu set turut dicuri, dan turut menjelaskan kejadian tersebut kali pertama berlaku di tanah perkuburan yang dibuka sejak awal 90-an itu.", "Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Raub Selamat ketika dihubungi berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian itu." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/29/anwar-mahu-pemasangan-papan-iklan-papar-wajahnya-malaysia-madani-dihentikan
[ "ALOR SETAR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pemasangan papan iklan (billboard) baharu yang memaparkan wajah dirinya dan Malaysia MADANI yang menggunakan peruntukan kerajaan dihentikan serta-merta.", "Beliau berkata pemasangan papan iklan itu tidak mendapat persetujuan serta kelulusannya, dan beliau mahukan supaya peruntukan bagi pemasangan papan iklan berkenaan dimanfaatkan kepada tujuan lain demi kepentingan rakyat.", "\"Saya datang dalam perjalanan ke Alor Setar, dan semalam beritahu tentang billboard Anwar dan MADANI itu di seluruh negara, ini tidak mendapat persetujuan dan kelulusan saya.", "\"Saya sudah beritahu tidak payah belanja ini, dijawab oleh jabatan yang berkenaan bahawa peruntukan ini peruntukan lama dan oleh kerana pertukaran Perdana Menteri dan kerajaan (maka) ia dipindahkan,\" katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di sini hari ini.", "Anwar berkata beliau faham mengenai perkara itu, namun berpandangan peruntukan itu boleh digunakan untuk tujuan lain, dan beliau mahukan supaya semua pengeluaran papan iklan baharu bagi tujuan itu dihentikan bagi mengelak pembaziran.", "\"Pegawai yang terlibat itu mungkin merasakan ini hanya meneruskan dasar yang sedia ada, jadi saya tak salahkan, kebetulan saya tidak dimaklumkan dan saya tidak boleh memberi keputusan (ketika itu).", "\"Oleh kerana saya sudah dimaklumkan, saya tidak mahu dana kerajaan digunakan untuk buat billboard besar-besar, cukuplah yang ada tetapi tidak boleh diteruskan,\" katanya.", "Sementara itu dalam sesi temu bual secara langsung bersama Bernama TV di majlis sama, Perdana Menteri berkata Kedah mempunyai potensi untuk berkembang bersama negeri-negeri lain jika dapat diuruskan dengan baik.", "\"Kedah ini dikenali sebagai Jelapang Padi dan kita ada Kulim Hi-Tech Park, pelaburan baru, (kemudian) usaha kita untuk membina pelabuhan di Sanglang itu akan diteruskan, dan juga tentang Kedah serta Perlis untuk bina pelabuhan selain lintasan pelabuhan darat yang sedang direncanakan.", "\"Ia akan mengangkat kedudukan Kedah, Perlis bersama Pulau Pinang dan Perak tentunya sebagai negeri yang lebih maju dan potensinya besar, tetapi ia harus diurus dengan baik serta ada kerjasama yang rapat dan mantap antara (kerajaan) negeri dan Persekutuan,\" katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/29/kanak-kanak-empat-tahun-maut-didera
[ "Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Wad Kecemasan, Hospital Sultanah Aminah di sini, kira-kira 8.20 pagi.", "\"Susulan itu, sepasang suami isteri yang merupakan ibu kandung dan bapa tiri mangsa ditahan di rumah mereka di Jalan Aman, Skudai pada 1.30 tengah hari semalam,\" katanya dalam satu kenyataan, hari ini.", "Selain itu, Rahmat berkata lelaki terbabit yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mempunyai satu rekod jenayah lampau manakala wanita yang sedang mengandung dua bulan, juga mempunyai seorang anak lelaki berusia enam bulan. ", "\"Kedua-dua individu berkenaan telah direman dengan lelaki tersebut direman selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 5 Mei manakala wanita berkenaan direman dua hari sehingga esok,\" katanya.", "Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Penganiayaan, Pengabaian, Pembuangan atau Pendedahan Kanak-kanak, yang boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/29/agong-zahir-sukacita-kesyukuran-30-rakyat-malaysia-selamat-tiba-di-tanah-air
[ "KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa sukacita dan syukur kerana 30 rakyat Malaysia diselamatkan dari Khartoum, ibu negara Sudan yang dilanda konflik, selamat tiba di tanah air semalam.", "Al-Sultan Abdullah menerusi akaun Facebook Istana Negara, turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia, khususnya pasukan operasi dari Malaysia dan di Sudan diketuai Duta Besar Malaysia ke Sudan (Mohamad Razdan Jamil), atas usaha dan kejayaan membawa pulang rakyat dengan segera demi keselamatan mereka.", "Penghargaan juga diberikan kepada pemimpin dan Kerajaan Arab Saudi dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) atas bantuan yang diberikan dalam operasi berkenaan.", "Selain itu, Al-Sultan Abdullah tidak ketinggalan menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat dan masjid-masjid yang melakukan solat hajat dan doa selamat bagi keselamatan serta kesejahteraan rakyat Malaysia di Sudan berikutan krisis yang berlaku di negara itu.", "Semalam, tiga puluh orang rakyat Malaysia terdiri daripada pegawai Wisma Putra, pekerja Petronas dan pelajar, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 2.54 petang melalui penerbangan Saudi Arabian Airlines dari Jeddah.", "Pada Khamis lepas, Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir dilaporkan berkata usaha membawa keluar rakyat Malaysia menerusi misi menyelamat oleh Pasukan Khas Ops Sudan, pastinya lebih sukar sekiranya tiada pembabitan Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Menurut Zambry, Al-Sultan Abdullah sendiri telah menghubungi Presiden UAE untuk membantu operasi membawa keluar rakyat Malaysia dari Sudan, manakala tindakan Perdana Menteri menghubungi pemimpin Sudan bagi mendapatkan laluan keselamatan sewaktu perjalanan sejauh 1,233 kilometer (km) dilakukan dari Khartoum ke Pelabuhan Sudan telah menyumbang kepada kejayaan operasi yang amat kompleks itu. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/29/kerajaan-perpaduan-mahu-noktahkan-kemiskinan-tegar-seluruh-negara
[ "ALOR SETAR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Perpaduan berhasrat menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini yang disifatkannya sebagai mengaibkan bagi sebuah negara yang mempunyai kekayaan khazanah seperti minyak dan gas.", "\"Tanpa kecuali, kita akan pastikan masalah kemiskinan tegar ini akan dapat ditangani dengan baik, dan di Kedah melalui program-program, Kerajaan Perpaduan MADANI akan menoktahkan jumlah kemiskinan tegar di seluruh negeri Kedah.", "\"Saya minta seluruh jentera kerajaan Persekutuan, jentera kerajaan negeri dan majlis perbandaran untuk membantu ke arah ini kerana adalah mengaibkan bagi negara yang mempunyai keupayaan dengan khazanah besar, minyak dan gas, kelapa sawit dan pelbagai industri (tetapi) tidak boleh menyelesaikan soal asas, yakni kemiskinan tegar dalam negara,\" katanya.", "Beliau berkata demikan ketika menyampaikan sembah ucapan menjunjung kasih sempena keberangkatan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di sini hari ini.", "Anwar berkata Kedah adalah negeri yang diberikan tumpuan oleh kerajaan Persekutuan, yang memutuskan untuk memberikan satu peruntukan perbelanjaan yang tinggi kepada negeri itu berbanding tahun-tahun sebelumnya yang mencecah RM1.6 bilion untuk tahun ini.", "Beliau berkata jumlah itu tidak merangkumi beberapa langkah lain seperti bantuan untuk sekolah dan klinik daif, selain projek-projek bekalan air di beberapa daerah di Kedah.", "\"Baru-baru ini bila saya ke China ada cadangan untuk meningkatkan pelaburan di Kulim Hi-Tech Park, dan untuk pengetahuan rakyat saya memberi jaminan untuk berikan kerjasama penuh bagi mempercepatkan proses itu.", "\"Insya-Allah dengan kerjasama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan berkenaan, ini akan dapat memacu pertumbuhan yang lebih bermakna di Negeri Kedah Darul Aman,\" katanya.", "Selain itu, Perdana Menteri berkata ada beberapa permohonan lain untuk Kedah yang akan dipertimbangkan, dan beliau menekankan bahawa kerajaan akan terus memelihara nasib rakyat termasuk di negeri-negeri yang tidak bersama dalam Kerajaan Perpaduan.", "Anwar berkata kerajaan juga menerusi Belanjawan MADANI yang dibentangkan baru-baru ini telah menambah bantuan kepada pesawah padi yang merupakan rekod tertinggi berbanding peruntukan pada tahun sebelum ini. ", "Beliau berkata jumlah peruntukan yang diumumkan dalam belanjawan itu menunjukkan negara mempunyai keupayaan dengan memastikan semua pihak dapat bermuafakat menguruskan ekonomi negara, membawa pelaburan dan perbelanjaan tertumpu kepada kepentingan rakyat.", "\"Sebab itulah soal yang amat ditekankan dalam negara adalah soal pengurusan dan tata kelola kerajaan Malaysia, dan saya percaya Kedah mampu diangkat sebagai negara makmur, negara berjaya, negara cemerlang, negara MADANI, andai kata kita dapat urus negara dengan baik, menolak amalan dan kebobrokan rasuah di samping penyalahgunaan kuasa, dan menggunakan seluruh kekuatan jentera untuk menjaga kebajikan rakyat dan keharmonian semua kaum,\" katanya.", "Mengulas mengenai sambutan rumah terbuka hari ini, Anwar berkata ia adalah kali pertama diadakan majlis besar-besaran bersama rakyat dihadiri oleh bukan sahaja menteri-menteri, tetapi juga dengan kehadiran ramai duta-duta dan pesuruhjaya tinggi, jumlah paling ramai di luar dari Putrajaya dan Kuala Lumpur.", "\"Majlis ini adalah untuk rakyat bersama dengan pimpinan, bagi menyatakan penghargaan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan kita tanpa mengira kaum, parti (politik) atau agama.", "\"Inilah kekuatan yang ada dalam masyarakat Malaysia ini dan untuk kita maju terus meningkat sebagai negara MADANI yang boleh memangkin melalui beberapa program dan juga memacu pertumbuhan yang bermakna hanya dengan kesatuan yang ampuh,\" katanya.", "Majlis turut dihadiri dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta barisan jemaah menteri. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/29/sembilan-ditahan-seleweng-diesel-lebih-rm290000
[ "ALOR SETAR: Sembilan individu termasuk tiga warga tempatan ditahan bersama 135,760 liter minyak diesel bernilai anggaran RM291,884 dipercayai untuk diseleweng dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, semalam.", "Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Mohd Yusof berkata tiga warga tempatan dan enam warga Thailand berusia lingkungan 20-an dan 50-an itu ditahan oleh polis dalam serbuan di sebuah premis pada 1 tengah hari.", "Beliau berkata polis seterusnya bertindak menyita minyak diesel dan tujuh motolori terdiri daripada sebuah motolori bernombor pendaftaran tempatan manakala selebihnya bernombor pendaftaran Thailand.", "\"Antara barang lain turut disita kerana disyaki digunakan untuk penyelewengan minyak diesel adalah 10 unit skid tank, tiga unit mesin pam minyak, lapan unit muncung pam, dua unit tangki silinder, wang tunai dalam mata wang Bath sebanyak THB 192,902.", "\"(Selain itu) tujuh unit kunci kenderaan, dua unit alat kawalan jauh pintu pagar, satu unit lesen PDA (Akta Kemajuan Petroleum) dan satu unit lesen borong. Anggaran nilai rampasan keseluruhan adalah sebanyak RM1,057,000,\" katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "\"Tindakan tegas akan diambil termasuklah mendakwa mereka di mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) (Akta 613),\" katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/29/dua-warga-taiwan-ditahan-di-klia
[ "KUALA LUMPUR: Dua warga Taiwan yang dikehendaki kerana disyaki terlibat dengan kes tembakan di negara berkenaan, ditahan pada 20 April lepas di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika memasuki Malaysia melalui penerbangan dari Taiwan.", "Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata suspek ditahan susulan waran tangkap yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Taiwan, di samping pasport kedua-dua mereka dibatalkan oleh kerajaan Taiwan, dan tangkapan dibuat di bawah Akta Imigresen 1959/63.", "“Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama erat PDRM (Polis Diraja Malaysia) dengan pihak berkuasa Taiwan, dan kolaborasi ini akan diteruskan untuk mengenal pasti rangkaian jenayah berkait kedua-dua suspek di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "“PDRM juga akan mengambil langkah-langkah keselamatan bagi memastikan Malaysia tidak dijadikan negara transit atau destinasi bagi mana-mana pihak yang melanggar undang-undang,” katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/29/agong-raja-permaisuri-berkenan-berangkat-ke-majlis-sambutan-aidilftiri-mbk
[ "KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di sini.", "Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengetuai barisan kepimpinan kerajaan negeri, Datuk Bandar Kuantan Datuk Hamdan Hussin dan ketua-ketua jabatan.", "Pada majlis yang dihadiri lebih 3,000 tetamu itu, Seri Paduka berdua turut berkenan mengurniakan duit raya kepada anak warga kerja MBK.", "Sebelum berangkat pulang, Al-Sultan Abdullah turut meluangkan masa menyantuni warga kerja MBK dan melawat gerai yang menyediakan pelbagai juadah makanan. - BERNAMA \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/29/hanya-satu-kes-kematian-akibat-strok-haba-di-kelantan
[ "KUALA LUMPUR: Hanya satu kes kematian akibat strok haba di Kelantan melibatkan kanak-kanak berusia 11 tahun manakala kematian bayi berusia 19 bulan di negeri itu bukan disebabkan strok haba seperti dilaporkan media, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).", "Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata hasil siasatan awal pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mendapati penyebab kematian kanak-kanak berusia 11 tahun adalah heat stroke with severe dehydration.", "”Kematian bayi berusia 19 bulan pula disebabkan severe dehydration with underlying sepsis dan bukan disebabkan strok haba sebagaimana laporan media,” katanya, dalam kenyataan di sini, semalam.", "Menurut beliau, sehingga hari ini terdapat lima kes penyakit berkaitan cuaca panas dilaporkan dengan tiga kes dilaporkan di Sarawak melibatkan dua kes kekejangan haba dan satu kes kelesuan haba.", "Dr Muhammad Radzi berkata pendedahan kepada cuaca panas dalam tempoh lama dan kurang minum air boleh memudaratkan kesihatan terutamanya kepada golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, golongan warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.", "Beliau berkata gejala penyakit akibat cuaca panas melampau adalah sakit kepala, keletihan, kurang tumpuan, pening, lemah-lemah otot atau kekejangan, rasa mual dan keadaan yang terlalu teruk boleh mengakibatkan dehidrasi, kekeliruan dan tidak sedarkan diri atau koma.", "Justeru, beliau mengingatkan orang ramai terutamanya mereka yang menyambut perayaan Aidilfitri atau bercuti ketika cuaca panas ini supaya mengambil langkah pencegahan termasuk merancang aktiviti beraya atau ziarah dan elakkan waktu puncak cuaca panas antara jam 11 pagi hingga 4 petang.", "“Banyakkan minum air kosong walaupun tidak berasa dahaga sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bagi mengekalkan tahap hidrasi untuk mengawal atur suhu badan. Kurangkan minum air manis, berkafein dan berkarbonat kerana ia tidak baik untuk hidrasi badan.", "“Golongan berisiko tinggi seperti bayi, kanak-kanak dan warga emas, perlu dipastikan minum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi serta awasi gejala keletihan dalam kalangan bayi, kanak-kanak dan warga emas kerana mereka mungkin mengalami dehidrasi tanpa disedari,” katanya. ", "Orang awam boleh mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas di laman sesawang MetMalaysia (https://www.met.gov.my/iklim/status-cuacapanas/) dan langkah pencegahan di laman sesawang KKM (http://www.myhealth.gov.my/cuaca-panas-a-kesihatan). - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/29/semua-pihak-digesa-hentikan-komen-tidak-sepatutnya-berhubung-isu-pengampunan-najib
[ "PONTIAN: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua pihak agar berhenti memberikan komen yang tidak sepatutnya berhubung isu pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.", "\"Kita serahkan kuasa mutlak ini kepada Yang di-Pertuan Agong. Jadi ini adalah budi bicara baginda dan saya tidak mengalukan-alukan mana-mana pendapat daripada mana-mana pertubuhan apatah lagi parti-parti politik yang bersahabat dengan kita yang memberikan komen yang tidak sepatutnya,\" katanya.", "Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Pontian di Dewan Muafakat Kompleks Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pontian di Benut di sini semalam.", "Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad hari ini yang merayu agar permohonan pengampunan bekas Presiden UMNO itu ditolak. ", "Pada 9 April lepas, Ahmad Zahid dilapor berkata hasrat UMNO mempersembah permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi pertimbangan pengampunan kepada Najib adalah mengikut prosedur perundangan sedia ada dan tiada desakan politik.", "Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu turut menyentuh rundingan mengenai pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.", "“Kita tidak akan menggunakan pendekatan parti-parti politik di dalam gabungan, parti komponen untuk mengadakan perbincangan secara berasingan maka sebarang perundingan hendaklah melibatkan dua parti gabungan iaitu BN dan PH.", "“Semua keputusan di bawah perbincangan enam negeri ini akan dibawa ke peringkat tertinggi di mana kita akan terus membincangkan tentang kerusi-kerusi yang sesuai ditandingi dan insya-Allah, apabila kita mula mengadakan perbincangan ini, kita akan mencari jalan terbaik tentang kebolehmenangan kerusi Dewan Undangan Negeri di keenam-enam negeri,” katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/29/kanak-kanak-empat-tahun-maut-jatuh-di-tingkat-11-kuarters-polis
[ "KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 11, Kuarters Polis USJ 8, Subang Jaya, dekat sini, semalam.", "Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat, berkata polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 11.35 pagi tadi.", "“Namun selepas itu, dia terdengar bunyi pintu bilik bahagian tengah tertutup dengan kuat dan cuba membuka pintu itu, tetapi gagal kerana pintu telah terkunci,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.", "Wan Azlan berkata ibu mangsa kemudian mendengar suara anaknya meminta tolong sebelum dia ke bilik bersebelahan dan apabila melihat dari luar tingkap mendapati anaknya itu telah terjatuh ke bawah.", "Menurutnya, petugas kesihatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat kanak-kanak berkenaan dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang untuk dibedah siasat.", "Wan Azlan berkata mangsa adalah anak pertama daripada dua adik beradik dan ibu bapanya merupakan anggota polis yang tinggal di kediaman tersebut. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/29/pm-sangkal-dakwaan-negeri-ditadbir-pembangkang-dianak-tiri
[ "ALOR SETAR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyangkal dakwaan pihak tertentu bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau 'menganaktirikan' negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang.", "\"Untuk Johor naik peruntukan, untuk Kedah naik peruntukan, Alhamdulillah… tapi ada yang pakai serban cakap Anwar ini telah menganak tiri (negeri pembangkang). Itu cakap fitnah. Jadi, saya harap saudara faham.", "\"Saya tahu apa erti fitnah, saya tahu apa erti sakit bila dipukul, saya (tahu) erti menderita hidup dalam lokap… apa erti bila jadi Perdana Menteri saya zalim pada orang?\" katanya ketika berucap pada program Himpunan MADANI Kedah 2023 di sini malam tadi.", "Anwar berkata sebagai Perdana Menteri, beliau tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa sebaliknya berhasrat membangunkan semula negara dengan rakyat yang mempertahankan integriti.", "\"Takkanlah sebab buat majlis hari raya nak menang (atau) kalah pilihan raya… kerana beri makan hari raya, dapat undi, tidak. Saya tidak mahu saudara saudari sokong saya sebab itu,\" katanya.", "Perdana Menteri juga berazam untuk membuktikan kepada negara dan dunia bahawa terdapat orang Melayu yang boleh memimpin negara ini dengan baik serta mampu membawa perubahan atas nama Islam.", "\"Saya nak tunjukkan bawah pimpinan Islam, kita boleh tadbir dengan baik dan tegakkan keadilan bagi semua rakyat negara kita dan saya harap anak muda di negara ini bawa juga perubahan ini, bukan dengan kebencian tetapi dengan kasih sayang,\" katanya.", "Himpunan MADANI itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/28/lelaki-tertembak-mati-rakan-sendiri-ketika-memburu
[ "SEREMBAN: Seorang lelaki berusia 52 tahun mengaku tertembak mati rakannya semasa memburu di kawasan hutan berhampiran Muka Sauk, Kuala Klawang, Jelebu pada 24 April lepas.", "Ketua Polis Daerah Jelebu, DSP Maslan Udin berkata lelaki berkenaan menyerah diri di Balai Polis Titi pada 8.30 malam hari yang sama dan memaklumkan tertembak rakannya berusia 61 tahun.", "“Kejadian berlaku awal pagi 24 April, dan siasatan polis mendapati suspek dan mangsa telah masuk ke kawasan hutan tersebut dengan membawa senjata api buatan sendiri bagi tujuan memburu. ", "“Semasa sedang memburu, suspek telah melepaskan tembakan kepada mangsa yang disangkanya seekor kijang. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.", "Beliau berkata tangkapan dibuat ke atas suspek dan merampas selaras senjata api disyaki buatan sendiri serta beberapa butir peluru hidup dan kelongsong peluru. ", "Lelaki berkenaan direman enam hari hingga 30 April untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/28/pemandu-myvi-ditahan-kerana-acu-pistol-di-kepala-penunggang-motosikal
[ "MELAKA: Gara-gara tidak puas hati bunyi hon motor dan dijerit ‘hoi, seorang pemandu kereta, yang sedang menjalani pengawasan polis, bertindak mengacu pistol di kepala seorang penunggang motosikal di hadapan Melaka Mall, di sini, tengah malam tadi.", "Bagaimanapun, tindakan pemandu kereta Myvi berusia 28 tahun itu membawa padah apabila mangsa bekerja sebagai mekanik merampas senjata tersebut selepas bergelut dengan suspek.", "Suspek cuba melarikan diri dengan kenderaannya namun berjaya ditangkap oleh mangsa berusia 24 tahun  dengan bantuan orang awam dalam kejadian 12.15 tengah malam itu.", "Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit, berkata kejadian berlaku apabila mangsa dari arah Ayer Keroh menghala ke arah bandar Melaka sedang meneruskan perjalanan apabila lampu hijau di lampu isyarat berhampiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).", "“Suspek dipercayai tidak puas hati apabila mangsa menunggang motosikal membunyikan hon kepadanya kerana membuat pusingan U dari arah bertentangan sehingga hampir menyebabkan kemalangan. ", "Beliau berkata mangsa yang terkejut dengan tindakan suspek kemudian membunyikan hon dan menjerit 'hoi' ke arahnya sebelum suspek mengarahkan mangsa berhenti di tepi jalan di hadapan Melaka Mall.", "Katanya, mangsa kemudian berhenti dan pergi ke arah suspek yang kemudian memarahinya sebaik keluar dari keretanya sebelum mencekak leher mangsa dari belakang serta mengacu pistol di kepalanya.", "Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan dadah dan sedang menjalani tempoh pengawasan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 selama dua tahun bermula 1 Nov 2021.", "\"Sepucuk pistol angin berserta enam peluru dan satu bungkus lutsinar mengandungi manik plastik berwarna hijau turut dirampas bagi siasatan lanjut,\" katanya.", "Katanya, suspek negatif dadah hasil ujian air kencing dan direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 36(1)(a)Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki pistol.- BERNAMA  \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/28/kerajaan-harus-berhati-hati-elak-khilaf-politik-ketika-laksana-agenda-pembaharuan
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan harus berhati-hati bagi mengelak daripada melakukan ‘kesilapan politik’ dalam melaksanakan agenda pembaharuan berkaitan isu hak asasi manusia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Beliau berkata kerajaan perlu meneliti beberapa kaedah dan perkara dari segi perundangan sebelum melaksanakan agenda pembaharuan membabitkan isu hak asasi manusia yang sudah semestinya memerlukan masa.   ", "Justeru, Perdana Menteri menggesa kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) agar bersikap lebih objektif dalam melontarkan kritikan terhadap kerajaan berhubung pelaksanaan pembaharuan di negara ini.", "“Kita berurusan dengan rakyat. Kita telah melihat kesilapan dilakukan dengan (percubaan untuk meratifikasi) ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum).", "“Kami komited dalam memperjuang isu hak asasi manusia tetapi anda (SUARAM) perlu berikan masa (untuk pembaharuan),” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jaminul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh di sini hari ini.", "Semalam, SUARAM melontarkan kritikan terhadap Anwar dengan menyatakan bahawa beliau mungkin dilabel sebagai ‘Perdana Menteri Malaysia yang paling teruk’ jika tidak berusaha melaksanakan perubahan dan pindaan berkaitan agenda pembaharuan membabitkan isu hak asasi manusia. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/28/strok-haba-jemaah-menteri-perlu-bincang-cadangan-lanjut-cuti-sekolah
[ "PONTIAN: Jemaah Menteri harus berbincang sama ada cuti sekolah perlu dilanjutkan susulan fenomena haba panas yang melanda negara ketika ini sehingga menyebabkan dua kematian melibatkan kanak-kanak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.", "Beliau berkata urus setia Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara sudah bermesyuarat dan melaksanakan usaha penyelarasan dengan pelbagai kementerian serta jabatan yang berkaitan.", "“Saya fikir itu (pelanjutan cuti sekolah) harus dibincangkan di mesyuarat Jemaah Menteri... Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara, kita telah mengkoordinasikan kerjasama dengan pihak kerajaan negeri, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa tempatan bukan sahaja untuk memantau tetapi juga membantu mereka yang terkena strok haba disebabkan perubahan cuaca ini,” katanya.", "Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Pontian di Benut di sini hari ini.", "“Kita menasihati rakyat di kawasan yang dilanda haba panas agar minum air lebih banyak... tetapi saya dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi bahawa haba panas ini akan berakhir pada pertengahan Mei.", "Ahmad Zahid ditanya sama ada wujud keperluan untuk melanjutkan cuti sekolah susulan kejadian strok haba dan langkah kerajaan dalam mengatasi fenomena haba panas ketika ini.", "Sejak Rabu, terdapat dua kematian di Kelantan dipercayai akibat strok haba melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/28/kpdn-jangka-muktamad-insurans-rahmah-dalam-masa-terdekat
[ "ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dijangka memuktamadkan insiatif insurans Rahmah dalam dalam masa terdekat untuk ditawarkan kepada orang ramai khususnya golongan B40 bagi melindungi kenderaan dan kediaman.", "Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata setakat ini pihaknya telah melakukan dua kali libat urus dengan syarikat penyedia insurans  bagi memuktamadkan skim-skim yang dapat ditawarkan dengan kadar premium yang sesuai.", "\"Insurans Rahmah akan dimuktamadkan dalam bulan ini. Kita telah ada dua kali libat urus dengan syarikat insurans, jadi mereka (syarikat insurans) telah pertimbangkan cadangan kita tapi yang penting bagi saya adalah insurans untuk perlindungan disebabkan bencana.", "\"Contohnya rumah-rumah di kampung-kampung di daerah yang sememangnya sudah pasti dilanda banjir semasa musim tengkujuh, data itu kita sudah ada, cuma bagaimanakah bentuk pakej itu sedang kita pertimbangkan,\" katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan bakul Rahmah kepada penerima bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit, DUN Pengkalan Kundur dan DUN Kubang Rotan di Kuala Kedah dekat sini hari ini.", "Beliau berkata pihaknya juga telah mengemukakan cadangan kepada syarikat insurans untuk menyediakan skim insurans bagi melindungi kenderaan terpakai yang dimiliki golongan B40 dan M40 yang memerlukan.", "Sementara itu Salahuddin berkata setakat ini kira-kira 70 peratus golongan miskin tegar telah menerima bantuan bakul Rahmah yang diedarkan dengan kerjasama bersama pemain Industri (pasar raya) agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.", "\"Tinggal 30 peratus golongan miskin tegar sahaja lagi (yang belum menerima) untuk kita dapat capai 100 peratus miskin tegar, yang mengikut statistiknya berjumlah kira-kira 130,000 seluruh negara,\" katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/28/ops-sudan-30-rakyat-malaysia-selamat-tiba-di-tanah-air-hari-ini
[ "SEPANG: Tiga puluh rakyat Malaysia yang berjaya diselamatkan dari Khartoum, ibu negara Sudan, ketika negara itu dilanda konflik, selamat tiba di tanah air hari ini.", "Mereka yang terdiri daripada pegawai Wisma Putra, pekerja Petronas dan pelajar, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini kira-kira 2.54 petang melalui penerbangan Saudi Arabian Airlines SV834 dari Jeddah.  ", "Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersama Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin turut hadir menyambut ketibaan mereka di lapangan terbang itu.", "Rakyat Malaysia itu adalah antara 194 rakyat pelbagai negara yang selamat tiba di Pangkalan Tentera Laut Raja Faisal pada kira-kira 1.54 pagi waktu Malaysia semalam, dengan menaiki kapal tentera laut Arab Saudi HMS Abha setelah menempuh perjalanan kira-kira sembilan jam dari Pelabuhan Sudan.", "Lebih 400 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 3,500 cedera ekoran konflik bersenjata antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) yang tercetus pada 15 April lepas.", "Pada 25 April lepas, dilaporkan 30 rakyat Malaysia yang terkandas di Khartoum, selamat tiba di Pelabuhan Sudan pada 2.07 petang Isnin waktu Sudan (8.07 malam waktu Malaysia) setelah melalui perjalanan 30 jam menempuh jarak 1,233 kilometer.", "Dilaporkan terdapat 32 rakyat Malaysia berada di Sudan iaitu di tujuh tempat berbeza dan pada 21 April lepas, dua rakyat Malaysia telah dibawa keluar dan dipindahkan ke tempat selamat.", "Dua rakyat Malaysia itu merupakan individu yang berkhidmat dengan Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan (UNMIS) di Abyei dan proses evakuasi mereka akan dilakukan oleh pihak PBB. - BERNAMA \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/28/rumah-terbuka-malaysia-madani-untuk-rakyat-bukan-pembaziran-pm-anwar
[ "KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak dakwaan yang mengatakan bahawa penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI sempena Aidilfitri di enam negeri sebagai pembaziran mahupun tindakan ‘menunggang agama’.", " “Kerajaan di mana-mana pun akan buat (majlis rumah terbuka), bukan membazir kerana kita beri makan kepada rakyat. Bagi saya ia tidak membazir.", " \"Kalau buat atas kapasiti peribadi termasuk keluarga, wajarlah guna wang dari poket sendiri, tetapi ini (anjuran) kerajaan untuk rakyat dan (perbelanjaan) jauh lebih murah (jika) buat di Alor Setar, Kedah berbanding di Putrajaya,\" katanya.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jaminul Ehsan, Kampung Kubu Gajah di Sungai Buloh di sini yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.", "Sebelum ini, Perikatan Nasional (PN) mempertikaikan penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI bersama Perdana Menteri di enam negeri yang disifatkan sebagai keterlaluan.", "Majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri akan diadakan di Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu, dengan Kedah menjadi lokasi pertama esok.", "Ditanya mengenai dakwaan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak dijemput ke majlis yang berlangung esok, Anwar berkata beliau difahamkan pihak penganjur sudah menghantar jemputan kepada Menteri Besar Kedah itu.", "“Saya difahamkan (Muhammad Sanusi) dijemput…Tuanku (Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah) akan berangkat (esok), jadi MB (Menteri Besar) pun dijemput,” katanya.", "Sementara itu, Anwar berkata persiapan Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Kedah yang akan berlangsung di Hotel Raia, Alor Setar esok amat baik, dan beliau dijadualkan meninjau persiapan akhir majlis berkenaan petang ini. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/28/kerajaan-perpaduan-ketika-ini-padat-utuh-dan-berfungsi-dengan-baik
[ "GEORGE TOWN: Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini disifatkan sebagai padat, utuh dan berfungsi secara baik serta fokus untuk pulihkan semula ekonomi terutama selepas COVID-19.", "Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata sehubungan itu, desas-desus yang mengatakan kerajaan sedia ada akan digulingkan tidak menjadi ancaman kerana Kerajaan Perpaduan yang dibentuk daripada gabungan parti politik bersama PH itu mempunyai tanggungjawab lebih besar untuk rakyat dan negara.", "\"Saya tidak melihat adanya ancaman daripada pihak luar terhadap Kerajaan Perpaduan ketika ini, saya juga enggan melayan dan tidak mahu memberikan sebarang maklum balas terhadap desas-desus (kononnya Kerajaan Perpaduan) ketika ini (akan tumbang seperti didakwa dan tular di media sosial).", "\"Fokus kami sekarang adalah untuk memulihkan semula ekonomi, membantu rakyat terutama selepas pandemik COVID-19, kestabilan politik, memakmurkan ekonomi, menjaga kebajikan rakyat adalah fokus kami (Kerajaan Perpaduan) ketika ini,\" katanya kepada pemberita hari ini.", "Saifuddin ditemui selepas sesi Lawatan Kerja dan Penyampaian Bingkisan Raya kepada pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang bertugas sempena Op Pagar Laut di Kapal Maritim (KM) Burau di sini turut dihadiri  Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) memangku tugas Ketua Pengarah APMM Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Laksamana Madya Maritim Hamid Mohd Amin.", "Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung desas-desus yang tular di media sosial kononnya Kerajaan Perpaduan yang ditunjangi PH dengan kerjasama Barisan Nasional (BN) akan tumbang dalam tempoh terdekat, malah ada yang meramalkan seawal September ini.", "Dakwaan itu berdasarkan sebuah laporan portal berita pada Isnin yang menyatakan gerakan itu disertai oleh beberapa Ahli Parlimen yang sebelum ini menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/28/projek-psi-kerajaan-sedia-dengar-keluhan-bantahan-nelayan
[ "KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedia mendengar sebarang keluhan atau bantahan daripada nelayan tempatan berhubung projek Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI).", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jaminul Ehsan, Kampung Kubu Gajah di Sungai Buloh di sini, yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.", "“EIA meluluskan pada prinsipnya dengan 71 syarat. Jadi kita telitilah. Saya dah kemukakan beberapa kebimbangan terutama (bagi) pihak nelayan dan penduduk setempat yang berbilang kaum dan biarkan proses ini berjalan,” katanya.", "Sebelum ini Persatuan Nelayan Pulau Pinang (PEN Mutiara) melahirkan rasa kecewa dan mendakwa usaha mereka untuk berjumpa Perdana Menteri bagi membincangkan isu PSI ‘tidak dilayan'.", "Projek penambakan laut secara besar-besaran itu mendapat bantahan nelayan tempatan di situ yang mendakwa bakal terjejas sumber pendapatan dan hasil laut mereka.", "Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengumumkan PSI mendapat kelulusan EIA daripada JAS Putrajaya bertarikh 11 April lepas, dengan 71 syarat yang perlu dipenuhi." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/28/op-selamat-op-lancar-sempena-aidilfitri-berjaya
[ "KUALA LUMPUR: Op Lancar dan Op Selamat yang ke-20 yang dilaksanakan sempena Aidilfitri telah berjaya dilaksanakan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.", "Justeru beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sanggup mengetepikan kepentingan diri serta keluarga, demi memastikan keselamatan rakyat diberikan keutamaan sepanjang musim perayaan ini. ", "Beliau berkata jasa serta pengorbanan para petugas PDRM dalam memastikan keadaan lalu lintas berjalan lancar serta kediaman yang ditinggalkan terjaga daripada sebarang insiden yang tidak diingini, amatlah dihargai. ", "“Selain itu, kebijaksanaan barisan kepimpinan PDRM dalam menyusun strategi penugasan dan penggiliran tugas secara teliti sepanjang musim perayaan ini juga harus diberikan pujian,” katanya dalam perutusan khas sempena penutup Kempen Op Lancar dan Op Selamat hari ini.", "Acryl Sani berkata penghargaan ini juga dizahirkan kepada pasukan-pasukan sahabat, syarikat-syarikat konsesi lebuh raya, rakan-rakan kolaborasi serta pihak media yang turut berganding bahu dalam memastikan Op Selamat 20 berjalan lancar.", "“Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada seluruh ahli masyarakat yang telah mematuhi peraturan dan undang-undang demi memastikan keselamatan diri serta insan yang tersayang,” katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/28/malaysia-sedang-rayu-penambahan-kuota-10000-jemaah-haji-tahun-ini
[ "KUALA LUMPUR: Malaysia sedang meminta tambahan kuota jemaah haji sebanyak 10,000 untuk tahun ini daripada kerajaan Arab Saudi, kata Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Tan Sri Azman Mokhtar.", "Beliau berkata rayuan tambahan kuota yang pertama adalah sebanyak 350 jemaah dan keputusan rayuan berkenaan dijangka diketahui sebelum 21 Mei ini iaitu sebelum penerbangan pertama jemaah haji ke Makkah untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.", "“Insya-Allah kita sedang minta (penambahan kuota jemaah haji),” katanya kepada pemberita selepas pengumuman agihan keuntungan TH bagi tahun kewangan 2022 di sini hari ini.", "Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin dan Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan TH Mustakim Mohamad.", "Pada 25 Mac lepas, Mohd Na’im dilapor berkata Malaysia masih menunggu jawapan daripada kerajaan Arab Saudi bagi kelulusan tambahan 350 lagi kuota haji bagi tahun ini. ", "Beliau berkata Malaysia mempunyai asas untuk memohon tambahan kuota terbabit berikutan pertambahan populasi penduduk negara ini yang sudah meningkat kepada 31.95 juta orang.", "Dalam perkembangan lain, Mohd Na’im berkata pihaknya akan berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa di setiap negeri bagi mencari kaedah terbaik untuk menyelaraskan arah kiblat.", "Beliau berkata perbincangan mengenai penyelarasan arah kiblat bagi konteks kawasan di Wilayah Persekutuan telah diadakan antara pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah, baru-baru ini.", "\"Melalui perbincangan itu, saranannya adalah dalam konteks rujukan (arah kiblat) dibuat kepada jawatankuasa fatwa dan persatuan falak untuk mereka yang duduk di sekitar Lembah Klang atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.", "\"Untuk tujuan penyelarasan daripada sudut penentuan atau kaedah mana hendak digunakan, mungkin perbincangan boleh dibuat di peringkat Jawatankuasa Muzakarrah nanti,” katanya.", "Mohd Na’im menasihatkan umat Islam untuk merujuk kepada Jawatankuasa Falak atau Jawatankuasa Fatwa di negeri masing-masing bagi memastikan arah kiblat yang tepat.", "Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 40 peratus daripada 5,000 kediaman umat Islam yang diperiksa sekitar Lembah Klang, tersasar daripada kedudukan kiblat yang tepat.", "Keadaan itu menyaksikan ada antara tempat atau ruang solat di sesebuah kediaman tersasar sehingga 180 darjah daripada kedudukan sebenar dan perkara itu dikesan Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor (PAFNS) selepas memeriksa lebih 20,000 kediaman serta premis. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/28/polis-buru-tiga-suspek-bantu-kes-tembak-di-bachok
[ "KOTA BHARU: Polis Kelantan sedang mengesan tiga individu bagi membantu siasatan berkaitan kes seorang lelaki berumur 27 tahun cedera di kaki kanan akibat terkena tembakan dalam kejadian di Kampung Tepus dekat Gunong, Bachok, semalam.", "Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya menerima laporan daripada Pegawai Perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian yang membuat pemeriksaan terhada mangsa pada pukul 9.23 pagi.", "\"Jumlah suspek yang terlibat adalah enam orang dengan tiga sudah ditahan antara pukul 1.20 hingga 2 petang pada hari yang sama di dua kawasan berasingan dan tiga lagi kita sedang mengesannya.", "\"Hasil siasatan awal mendapati dua tangkapan dibuat, ketika suspek datang ke kawasan tali air di kampung Tepus, Gunong Bachok untuk bermain judi manakala seorang tangkapan lagi bersama tiga rakan sejenayah masih bebas pula datang untuk melakukan samun hasil perniagaan mangsa dan perjudian,\" katanya dalam kenyataan hari ini.", "Muhamad Zaki berkata hasil semakan rekod jenayah mendapati mangsa (yang cedera ditembak) dan tiga tahanan yang berumur lingkungan 23 hingga 28 tahun itu turut mempunyai rekod lampau berkaitan kes narkotik dan jenayah. ", "Beliau berkata kesemua yang ditahan direman selama tujuh hari bermula 28 April untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat).", "\"Kita minta jika orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini supaya tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu mengesan tiga lagi suspek yang masih bebas bagi melengkapkan siasatan,\" katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/28/kerajaan-pusat-hanya-terlibat-anjur-rumah-terbuka-di-kedah-kelantan-terengganu
[ "PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan hanya terlibat dalam penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI Bersama YAB Perdana Menteri 2023 di tiga negeri sahaja iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, demikian menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM).", "JPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan penganjuran majlis rumah terbuka di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor pula dianjurkan oleh kerajaan negeri masing-masing.", "\"Selaras dengan konsep Malaysia MADANI, penganjuran kali ini adalah dengan kerjasama strategik kerajaan negeri selain kementerian peneraju yang turut dilantik bagi membantu pelaksanaan majlis,\" menurut kenyataan itu.", "Menurut JPM, Rumah Terbuka Malaysia MADANI Bersama YAB Perdana Menteri 2023 itu memberi ruang dan peluang kepada Perdana Menteri dan anggota Jemaah Menteri menyantuni rakyat yang sebelum ini tidak pernah berpeluang meraikan sambutan Aidilfitri bersama pemimpin negara kerana kesukaran untuk berkunjung ke Seri Perdana.", "JPM berkata penganjuran rumah terbuka itu membolehkan perbelanjaan dilakukan secara berkesan melalui penganjuran secara bersasar, perkongsian sumber, tenaga kerja dan kemahiran melalui kerjasama strategik kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri serta majlis yang turut diadakan secara bersekali.", "Orang ramai dijemput hadir ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI Bersama YAB Perdana Menteri yang bermula di Kedah esok (29 April 2023/Sabtu), bertempat di Hotel Raia, mulai 10 pagi hingga 2  petang. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/28/lelaki-ugut-baling-mercun-bom-kepada-pm-direman
[ "KOTA BHARU: Seorang lelaki berumur 24 tahun yang mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.", "Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata penahanan reman itu dilakukan susulan pihaknya telah mengesan satu ciapan yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter Mat Sekilau/Membalak @apanakdikato.", "Katanya, menerusi ciapan berkenaan ia memaparkan tangkap layar individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan “Boleh Pasang nanti bang Non Mai klate, Kasi ajar sikit” untuk membaling mercun bom. ", "“Kenyataan tersebut dipercayai ditujukan kepada Perdana Menteri. Hasil pemerhatian mendapati sumber asal hantaran tersebut telah dimuat naik oleh suspek di akaun Tiktok @najibnafi99, namun mengikut semakan video tersebut telah dipadam.", "“Semalam, lebih kurang pukul 10.30 malam, tangkapan telah dibuat ke atas suspek di pekarangan Balai Polis Binjai untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/28/cuaca-panas-tangguh-aktiviti-luar-darjah-henti-aktiviti-jika-ipu-lebih-100
[ "PUTRAJAYA: Institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) telah diarahkan mengambil langkah pencegahan bagi menghadapi cuaca panas dan jerebu dalam negara ketika ini, antaranya menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas.", "KPM dalam kenyataan hari ini berkata bagi kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan murid hendaklah dihentikan.", "Menurut kenyataan itu peringatan telah diberikan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan semua institusi pendidikan di bawah KPM untuk mengambil langkah pencegahan.", "KPM berkata bekalan air minuman bersih mencukupi perlu disediakan di institusi pendidikan, dan murid digalakkan membawa air minuman sendiri, selain bekalan air minuman yang mencukupi perlu disediakan kepada murid di asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mereka mendapatkan air minuman.", "Institusi pendidikan juga diingatkan perlu peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena jerebu di kawasan masing-masing, selain mematuhi saranan Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan pelajar dan warga institusi.", "\"Institusi pendidikan perlu sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas,\" menurut kenyataan itu. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/28/anwar-doa-erdogan-terus-kuat-keadaan-kesihatan-bertambah-baik
[ "KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan agar Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan terus diberikan kekuatan dan kecergasan.", "Rabu lepas, media antarabangsa melaporkan wawancara Presiden Turkiye itu dengan penyiar tempatan pada malam hari Selasa secara tiba-tiba terganggu apabila beliau berasa tidak sihat semasa acara langsung berkenaan kerana mengalami selesema perut, yang juga dikenali sebagai gastroenteritis." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/28/suami-isteri-ditahan-bantu-siasatan-aksi-wheelie
[ "KOTA BHARU: Sepasang suami isteri yang terlibat dalam aksi menunggang motosikal secara berbahaya Isnin lepas tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu semalam selepas dua hari menghilangkan diri.", "Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata masing-masing yang berusia 17 dan 16 tahun hadir ke IPD berkenaan pada 10 pagi dan kemudian ditahan Unit 42 Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik bagi membantu siasatan.", "\"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang dengan aksi berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan semalam.", "Sebelum ini pasangan itu diburu polis selepas video aksi 'wheelie' berdurasi 28 minit mereka tular di media sosial dipercayai berlaku di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat, di sini. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/28/kanak-kanak-lelaki-ditemukan-lemas-di-sungai
[ "BALING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai berhampiran Loji Air Sungai Limau, Kupang di sini semalam.", "Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata mangsa, Muhammad Yusuf Khairuddin dikatakan datang ke situ kira-kira 11 pagi tadi untuk berkelah bersama keluarga.", "\"Semasa kejadian, ibu mangsa sedang menyuap makanan kepada tiga orang anak kecil yang lain di tepi sungai. Ketika itu, mangsa dilihat berada pada jarak kira-kira 10 meter dari ibunya.", "\"Ibu mangsa memaklumkan ketika anak-anaknya yang lain sedang mandi, ibunya melihat mangsa juga turun ke sungai untuk mandi namun kelibatnya tidak kelihatan. Ibu mangsa segera naik ke tebing sungai mencari di kawasan sekitar termasuklah di rumah saudara, tetapi mangsa tidak ditemukan,\" katanya dalam kenyataan malam tadi.", "Menurut Shamsudin ibu mangsa turut memaklumkan seorang daripada anak perempuannya yang berusia 13 tahun ada ternampak mangsa menuju ke arah saluran paip penyedut ban pasir sebelum hilang. ", "\"Mayat mangsa ditemukan petang tadi di dasar sungai iaitu kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, untuk ujian COVID-19 serta bedah siasat,” katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.", "Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Penguasa Bomba Abdul Rahim Che Omar dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Baling pada 1.42 tengah hari.", "\"Operasi mencari dan menyelamat dimulakan di kawasan permukaan dan sekitar sungai. Mangsa berjaya ditemukan pada 4.50 petang, kira-kira tiga kilometer dari lokasi disyaki terjatuh dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,\" katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/28/lelaki-maut-terkena-renjatan-elektrik-di-dalam-lurang-pulau-indah
[ "SHAH ALAM: Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik di dalam lurang di susur keluar Laguna Park Pulau Indah dekat sini, petang semalam. ", "Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata pihaknya menerima panggilan pukul 4.04 petang dan tiba 10 minit kemudian di lokasi kejadian. ", "Beliau berkata bagaimanapun, pasukan penyelamat perlu menunggu bantuan daripada pihak Tenaga Nasional Bhd (TNB) kerana masih ada arus elektrik di dalam lurang itu.", "“Pada pukul 11.45 malam, pihak TNB telah menutup arus elektrik berkuasa 33 kilovolt (KV) dan mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dengan bantuan daripada kontraktor TNB yang menggunakan jentera backhoe pada 12.15 tengah malam,” katanya dalam kenyataan. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/28/kematian-dua-kanak-kanak-dikaitkan-strok-haba-di-kelantan-masih-dalam-siasatan
[ "KOTA BHARU: Punca kematian dua kanak-kanak berusia 11 dan setahun tujuh bulan yang dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat strok haba masih lagi dalam siasatan.", "Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin (gambar) menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama hari ini.", "Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai kematian dua kanak-kanak iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia di Klinik Kesihatan Balai, Bachok dan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota, di sini, meninggal dunia Selasa lepas dipercayai akibat strok haba. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/28/bn-setuju-pertahan-kerajaan-perpaduan
[ "Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata mesyuarat semalam yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi BN, dihadiri semua parti komponen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).", "Beliau berkata mesyuarat membuat ketetapan untuk komited bersama-sama membangunkan agenda polisi rakyat terus dilaksanakan dan menyeru semua pemimpin daripada pelbagai lapisan masyarakat menjaga perpaduan serta keharmonian agar kestabilan politik dapat dijamin.", "\"Dewan Tertinggi BN juga telah dimaklumkan secara mendalam persiapan parti bagi menghadapi Pilihan Raya enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan. ", "\"Perbincangan juga melibatkan model kerjasama antara BN bersama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan,\" katanya dalam kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook BN. ", "Selain itu, Zambry berkata Dewan Tertinggi BN juga bersetuju untuk mengambil bahagian dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei ini di WTC KL.", "Pada mesyuarat itu, parti komponen melalui Presiden masing-masing merakamkan ucapan tahniah kepada Zahid dan Datuk Seri Mohamad Hasan kerana menang jawatan Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO tanpa bertanding dalam pemilihan UMNO sesi 2023-2026. ", "Selain itu, ucapan tahniah juga dirakamkan kepada seluruh kepimpinan Majlis Tertinggi serta Kepimpinan UMNO setiap peringkat atas kemenangan pada pemilihan itu.", "Menurut Zambry, Mesyuarat Dewan Tertinggi turut bersetuju dengan pelantikan Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Bendahari Agung BN; Dr Muhamad Akmal Saleh serta Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi masing-masing sebagai wakil Pergerakan Pemuda dan Puteri.", "Turut dilantik pengganti wakil UMNO dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) ke Dewan Tertinggi iaitu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Penerangan PBRS Datuk Fredie Sua. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/27/kkm-galak-pakai-pelitup-muka-tiada-sop-baharu-dikeluarkan-dr-zaliha
[ "KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka di tempat awam atau jika bergejala COVID-19, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.", "\"Kita tidak perlu panik dengan kes yang ada walaupun berkait dengan subvarian Omicron, kes berada pada tahap 1 dan 2. Justeru, kita masih melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang sama, menggalakkan orang ramai dan anak-anak di sekolah pakai pelitup muka,\" katanya.", "Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri sesi Townhall Kertas Putih Zon Negeri Sarawak di Hospital Umum Sarawak yang turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak Datuk Sri Dr Sim Kui Hian dan Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni, di sini hari ini.", "Dr Zaliha berkata KKM akan terus memantau perkembangan kes baharu COVID-19 di Malaysia dari semasa ke semasa sebelum membuat sebarang keputusan." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/27/pm-menteri-pertahanan-salur-bantuan-kepada-keluarga-mangsa-kebakaran-di-rembau
[ "REMBAU: Sebuah keluarga di Kampung Tanjung, Gadong dekat sini menerima bantuan kewangan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan susulan kejadian kebakaran yang memusnahkan rumah pusaka berusia lebih 80 tahun malam tadi.", "Bantuan diserahkan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin dan Setiausaha Politik Menteri Pertahanan Datuk Ton Zalani Mat Darus kepada keluarga Abd Rahaman Che Teh, 73, yang diwakili anaknya Muhammmad Al-Hafis, 35.", "Shamsul Iskandar berkata perdana menteri bersimpati dengan ujian yang menimpa keluarga Abd Rahaman apabila rumah pusaka yang didiami terbakar ketika warga emas itu bersama-sama 12 orang terdiri daripada anak, menantu serta cucu berada dalam suasana Aidilfitri.", "\"Saya hadir mewakili Perdana Menteri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan turut bersama saya Datuk Ton Zalani (Setiausaha Politik Menteri Pertahanan dan Ahli Parlimen Rembau) serta ahli majlis pimpinan pusat PKR.", "\"Hari ini saya dan Datuk Ton Zalani menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan mewakili Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan untuk meringankan keluarga ini,\" katanya kepada pemberita.", "Shamsul Iskandar berkata beliau turut meminta Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun untuk membantu keluarga tersebut serta menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati terutamanya dalam situasi cuaca panas ketika ini.", "Sementara itu, Abd Rahaman yang juga bekas imam berkata kebakaran berlaku begitu pantas ketika dia sedang berbuka puasa kira-kira 7.35 malam.", "“Saya baru makan tiga biji kurma dan dua suap nasi. Anak saya, Muhammad Anwar beritahu ada bau asap di belakang rumah dan apabila kami ke belakang rumah, kami dapati api sudah marak.", "“Kami anak-beranak termasuk cucu keluar dari rumah serta mengarahkan anak-anak mengalihkan kereta,\" katanya yang mengucapkan terima kasih atas pemberian bantuan itu.", "Media melaporkan sebuah keluarga berdepan detik cemas selepas rumah mereka terbakar dan musnah sekelip mata dalam kejadian di Kampung Tanjung, Gadong di sini malam tadi.", "Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota, Penolong Bomba Kanan I (TBK) Mokhtar Ahmad dilaporkan berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.28 malam dan sebaik tiba di lokasi, api sedang marak.", "Beliau berkata anggota bomba mengambil masa 20 minit untuk mengawal kebakaran yang dipercayai berpunca dari bilik stor dan dianggarkan kediaman itu musnah 90 peratus. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/27/empat-termasuk-kanak-kanak-cedera-kenderaan-terbabas-ketika-lari-daripada-polis
[ "KUALA LUMPUR: Empat individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera selepas kenderaan yang dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas ketika cuba melarikan diri daripada pihak polis dalam kejadian di susur keluar Putra Heights, Lebuhraya Elite di sini awal pagi tadi. ", "Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata kejadian berlaku pada 1.05 pagi apabila kereta peronda yang sedang melakukan rondaan berkala di sekitar USJ terserempak dengan sebuah kenderaan jenis Proton Satria dalam keadaan mencurigakan. ", "“Polis telah mengekori kenderaan itu dari belakang, membunyikan siren serta menyalakan lampu biru untuk mengarahkan suspek supaya berhenti bagi tujuan pemeriksaan namun suspek enggan sebaliknya bertindak melarikan diri sehingga melanggar palang Tol Seafield.", "“Sebaik tiba di persimpangan Exit 605 Putra Height, kenderaan itu telah membelok secara agresif dan hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. ", "Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu dinaiki empat individu iaitu dua lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia lingkungan empat tahun hingga 30-an. ", "Wan Azlan berkata kesemua orang dewasa terlibat mengalami kecederaan parah manakala kanak-kanak itu hanya cedera ringan dan mereka kemudian dibawa ke Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan.", "Beliau berkata siasatan awal mendapati kenderaan yang dinaiki suspek sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan Shah Alam dan ia dipercayai menjadi punca suspek bertindak melarikan diri daripada polis.", "“Bagaimanapun, kesemua suspek (dewasa) yang mempunyai rekod jenayah lampau dengan seorang daripada mereka dikehendaki dalam kes dadah di daerah Hulu Selangor masih belum ditahan kerana sedang dirawat di hospital dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.", "Wan Azlan berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam serta memandu secara gopoh di jalan awam. ", "“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk tampil memberi kerjasama dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7100,” katanya. - BERNAMA " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/27/pastikan-martabat-tldm-terus-dijulang-dihormati-anwar
[ "Dalam ucapan sempena ulang tahun TLDM ke-89 hari ini, Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga TLDM atas khidmat mereka dalam melindungi serta memelihara keselamatan perairan negara.", "Moga kebersamaan angkatan terus dijulang dan dihormati dalam mengangkat martabat seluruh warga TLDM di atas khidmat yang dicurahkan tatkala melindungi serta memelihara keselamatan perairan negara,” katanya menerusi catatan di Facebook. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/27/kpm-perluas-program-imfree-tangani-amalan-hisap-vape-murid-sekolah-rendah
[ "KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan akan memperluaskan program IMFree tahun ini dan seterusnya bagi menangani amalan menghisap rokok elektronik atau vape dalam kalangan murid sekolah rendah.", "Menurut KPM program IMFree dilaksanakan kepada murid sekolah rendah Tahun Satu hingga Tahun Enam di 636 sekolah rintis untuk memastikan mereka yang lahir pada 2009 dan ke atas kekal tidak merokok sepanjang hayat.", "\"Program IMFree antaranya bertujuan memberi pengetahuan tentang bahaya merokok dan melatih murid menjadi ejen, pencetus atau penyampai maklumat perubahan kepada rakan serta keluarga terhadap bahaya merokok,\" menurut kenyataan KPM di sini hari ini.", "Selain itu, KPM juga telah melaksanakan Program Lima Minit Antirokok/Vape dalam perhimpunan, kelas ganti, bimbingan kelompok, kempen antimerokok atau vape, ceramah, pameran serta melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah.", "Program bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) itu bertujuan  menerapkan nilai kesedaran, membentuk jati diri dan memastikan murid mempunyai daya tahan yang tinggi. ", "Menurut kenyataan tersebut, KPM mengambil maklum dan prihatin terhadap beberapa laporan media mengenai penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan kanak-kanak dan murid sekolah.", "KPM sentiasa memberi peringatan kepada JPN, PPD dan sekolah berkaitan ‘Surat Siaran KPM Bil 17/2015: Larangan Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape di Sekolah’. ", "“Selain itu, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2001: Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah, pengetua dan guru besar disarankan mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk memantapkan pengurusan disiplin dan kaunseling di sekolah,” menurut kenyataan itu.", "KPM sentiasa komited dalam melaksanakan program pendidikan pencegahan berkaitan isu disiplin sebagai usaha berterusan memberi kesedaran, kemahiran, pengetahuan serta bimbingan kepada murid. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/27/mtuc-seru-utamakan-keselamatan-di-tempat-kerja
[ "KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyeru semua kesatuan sekerja dan pekerja di negara ini supaya memainkan peranan aktif dalam memastikan keselamatan di tempat kerja, sempena Hari Peringatan Pekerja Antarabangsa yang akan disambut esok.", "Naib Presiden MTUC Matkar Siwang berkata, hal ini ekoran jumlah kemalangan yang membimbangkan yang dilaporkan di pelbagai tempat kerja di seluruh negara, berdasarkan tinjauan MTUC dan maklumat yang diterima daripada pihak yang terlibat berkaitan keselamatan pekerjaan.", "“Kesatuan dan pekerja perlu tampil tanpa perlu rasa takut dan pilih kasih dalam mengetengahkan soal persekitaran kerja yang buruk kepada pihak berkuasa penguatkuasaan keselamatan seperti Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), MTUC atau jawatankuasa keselamatan tempat kerja, gesa mereka untuk siasat dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya kepada BERNAMA.", "Hari Peringatan Pekerja Antarabangsa disambut pada 28 April setiap tahun iaitu hari memperingati pekerja yang terbunuh, kurang upaya, cedera atau sakit akibat pekerjaan mereka.", "Dalam perkembangan lain, beliau menggesa kerajaan supaya menyelaraskan prosedur di seluruh negara bagi kelulusan permit penghantaran pulang jenazah warga asing dengan segera ke negara asal masing-masing.", "“Kalau boleh kita minta pihak berwajib selaraskan atau memudahkan prosedur untuk pengeluaran permit bagi urusan penghantaran mayat warga asing tanpa kira hari dan waktu. ", "Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan baru-baru ini bahawa pada masa ini permit penghantaran balik mayat warga asing ke negara asal masing-masing hanya dikeluarkan empat hari dalam seminggu iaitu dari Isnin hingga Khamis berbanding tujuh hari hingga tengah malam sebelum ini, sekali gus menghalang kelancaran proses menghantar balik mayat.", "Pengarah Urusan KL Funeral Services S. Paramasarathy dilaporkan berkata syarikatnya yang berpengalaman lebih 35 tahun dalam urusan pengebumian dan penghantaran jenazah ke luar negara, ketika ini berhadapan masalah mendapatkan permit pada hujung minggu. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/27/tldm-sahkan-13-kapal-tentera-laut-asing-sertai-lima23
[ "LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan sebanyak 13 buah kapal tentera laut negara asing akan menyertai Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23) pada 23 hingga 27 Mei depan.", "Panglima TLDM Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob berkata terdapat dua negara lagi yang belum mengesahkan penyertaan mereka di pameran berkenaan dan mereka masih mempunyai masa untuk berbuat demikian.", "“Secara keseluruhan kami mengharapkan dua kapal yang keseluruhannya 15 kapal tentera laut asing daripada negara serantau dan luar seperti Itali dan Amerika Syarikat untuk sertai LIMA’23,” katanya dalam sidang media selepas hadir Hari TLDM ke-89 Tahun 2023 di Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini.", "Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan Angkatan Tentera Malaysia tidak pernah menetapkan kuota kaum bagi pengambilan anggota ATM. ", "Beliau berkata dengan mengambil kira keupayaan tempur armada yang semakin terhakis akibat usia aset meningkat, TLDM kini dibelenggu dengan cabaran untuk menyelenggara aset sedia ada. ", "“Pada masa sama, tuntutan operasi yang tinggi dan penglibatan dalam eksesais berskala besar turut memberi kesan terhadap rancangan atur gerak aset.", "“Melihat kepada cabaran dan kebimbangan ini, TLDM dan Kementerian Pertahanan giat berusaha untuk memperkasakan keupayaan dan meningkatkan infrastruktur aset TLDM antaranya memastikan projek Littoral Combat Ship (kapal tempur pesisir) diteruskan dengan segera mengikut perancangan telah disusun." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/27/tanah-runtuh-kerajaan-sediakan-19-kediaman-sementara-tempatkan-kakitangan-sprm
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyediakan 19 unit kediaman bagi menempatkan semua kakitangan dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta keluarga mereka yang terjejas akibat kejadian kejadian tanah runtuh berhampiran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).", "Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamad berkata kediaman itu disediakan berhampiran dengan akademi berkenaan selain beberapa kemudahan kerajaan lain turut digunakan untuk memastikan operasi akademi tersebut terus berjalan lancar.", "\"Saya bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (Datuk Seri Hasnol Zam Zam) dan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Jabatan Kerja Raya (JKR) (Zulkipli Nasri) buat keputusan untuk beri kemudahan penginapan kepada mereka yang terlibat.", "\"Jadi kita sediakan 19 rumah untuk pindahkan mereka ke kawasan berdekatan tempat kerja mereka. Buat masa ini, kita tidak benarkan mereka tinggal di sini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi runtuhan di sini hari ini.", "Sebelum ini, MACA telah mengosongkan seluruh kawasan akademi itu dengan memindahkan 45 individu susulan kejadian tanah runtuh tersebut pada kira-kira 1.30 tengah hari, Selasa lepas.", "Ia melibatkan 22 pegawai, 16 pekerja pembersihan dan tujuh penghuni kuarters termasuk keluarga pegawai yang dipindahkan dari bangunan MACA ke kawasan selamat.", "Sementara itu, Zulkapli berkata satu jalan alternatif juga dibina buat sementara waktu bagi memudahkan pegawai terlibat menjalankan tugas seperti biasa serta untuk mengeluarkan kenderaan MACA dari kawasan akademi itu dengan kerja-kerja pembinaan dijangka mengambil masa dua minggu.", "“Kita akan pasang sensor untuk pantau sama ada pergerakan tanah atau tidak. Dari situ kita akan buat reka bentuk yang betul dan dalam sesingkat mungkin akan cuba buat balik akses sebagaimana sedia ada... bergantung kepada keadaan tanah,\" katanya. ", "Penilaian dan analisis bersama JKR dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia semalam mengekalkan keputusan siasatan awal sebelum ini yang mendapati punca kejadian pada Selasa lepas adalah disebabkan dua faktor utama iaitu takungan air di sebelah pagar MACA serta kebocoran paip di bawah tanah yang telah berusia 40 tahun. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/27/pembinaan-semula-lcs-selepas-kontrak-tambahan-dimuktamad
[ "LUMUT: Projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) dijangka dapat disambung semula tiga bulan selepas kontrak tambahan keenam projek itu dimuktamadkan, kata Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob.", "\"Seperti sedia maklum mesyuarat jemaah menteri pada 19 April lalu membuat keputusan bersetuju meneruskan projek LCS, ia satu keputusan penting bagi meneruskan proses selanjutnya. ", "\"Jika perjanjian (kontrak) itu dimuktamadkan, kita berharap projek LCS dapat dimulakan semula secepat mungkin,\" katanya pada sidang media selepas merasmikan Istiadat Perbarisan Hari Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini. ", "Sebelum ini pembinaan kapal LCS terpalit kontroversi apabila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara mendedahkan tiada sebuah pun kapal tersebut disiapkan walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6.083 bilion kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd. ", "Sementara itu, Abdul Rahman kontrak tambahan tersebut dijangka dimuktamadkan dan ditandatangani pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di Langkawi yang dijadualkan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei depan. ", "Mengenai projek Kapal Misi Pesisir (LMS) pula, beliau berkata keutamaan kini diberikan kepada rancangan perolehan aset bagi menggantikan kapal TLDM yang telah usang. ", "\"Aset yang kita terima daripada kumpulan pertama tidak menepati piawaian, kita jangkakan yang kedua mempunyai keupayaan tempur yang lebih baik, kita harap proses perolehan dapat dimuktamadkan segera,\" katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/27/kkdw-fokus-untuk-baik-pulih-dan-bina-baharu-rumah-uzur-di-kedah
[ "BALING: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memberi tumpuan untuk membina rumah baharu serta menggantikan rumah uzur di Kedah dalam usaha menyediakan kediaman yang selesa untuk rakyat di negeri itu.", "Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beberapa kawasan penempatan yang mempunyai rumah daif dan rumah uzur di bawah tanggungjawab KKDW telahpun dikenal pasti, namun kementerian masih menunggu senarai lengkap daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).", "\"Kita telah ada (jumlah rumah daif dan uzur di Kedah) tetapi jumlah ini mungkin tidak lengkap sebab kita hanya mengikut senarai eKasih.", "“Sehubungan itu kita masih menunggu senarai lengkap untuk mengetahui jumlah sebenar yang memerlukan bantuan pembaikan (rumah) ataupun membina baharu ini,\" katanya.", "Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas program tinjauan mesra di Desa KEDA Sadek di sini hari ini.", "Dalam usaha berkenaan, beliau berkata tumpuan akan diberikan terhadap daerah Baling berikutan kawasan itu telah 11 kali dilanda banjir sepanjang penggal Pilihan Raya Umum (PRU14) lepas.", "Sementara itu, Ahmad Zahid berkata KKDW melalui KEDA telah membina lapan unit rumah berkembar Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) di penempatan Desa KEDA Sadek di sini pada tahun lepas, yang melibatkan peruntukan RM528,000. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/27/al-sultan-abdullah-zahir-ucapan-selamat-menyambut-hari-tentera-laut-ke-89
[ "KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut ke-89 kepada seluruh warga angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), veteran TLDM serta semua yang pernah berkhidmat bersama pasukan itu. ", "Menurut Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat bakti dan pengorbanan yang dicurahkan oleh seluruh warga TLDM tanpa mengira masa dan penat lelah dalam melindungi kedaulatan serta memelihara keselamatan perairan negara. ", "Pada masa yang sama,  Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mendoakan semoga TLDM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/27/hra-2023-jpj-keluarkan-lebih-14000-notis-sita-kira-kira-500-motosikal
[ "IPOH: Sebanyak 14,514 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) manakala 500 motosikal disita dari 18 hingga 25 April menerusi Advokasi dan Op Motosikal sempena Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2023.", "Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 51,039 motosikal manakala sitaan kerana kesalahan tiada perlindungan insurans, lesen memandu dan lain-lain, membabitkan 291 lokasi Point of Duty (POD) di seluruh negara.", "Katanya enam kesalahan utama yang dikesan ialah tiada lesen memandu membabitkan 4,583 notis, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh (2,600 notis), tiada insurans (2,364 notis), lesen memandu tamat tempoh (168 notis), tidak memakai topi keledar (160 notis) dan tidak mematuhi lampu isyarat (120 notis).", "“Menurut kajian, penggunaan topi keledar yang betul akan dapat mengurangkan kecederaan sebanyak 25 peratus kepada pengguna motosikal. Oleh itu, langkah-langkah advokasi dan penguatkuasaan tegas akan terus dilaksanakan JPJ dari semasa ke semasa bagi menurunkan kadar kemalangan dan kemalangan maut membabitkan pengguna motosikal,” katanya pada sidang media di sini, malam tadi.", "Lokman berkata bagi Op Khas Motosikal negeri Perak dari 18 hingga 25 April, sebanyak 7,146 motosikal diperiksa dan daripada jumlah tersebut 1,313 motosikal telah diambil tindakan di bawah Akta 333.", "Sementara itu, Lokman berkata dalam usaha meminimumkan kadar kemalangan dan kemalangan maut pada musim perayaan ini, tindakan advokasi serta penguatkuasaan secara bersasar difokuskan kepada penunggang atau pembonceng motosikal di seluruh negara. ", "Katanya ia adalah berdasarkan rekod kemalangan maut pengguna motosikal bagi tempoh 2010 hingga 2022 adalah paling tinggi jika dibandingkan dengan pengguna kenderaan lain iaitu melebihi 60 peratus.", "Justeru Lokman berkata melalui Op Bersepadu HRA Peringkat Kebangsaan 2023, JPJ melaksanakan strategi penguatkuasaan dan advokasi khas kepada pengguna motosikal bagi membudayakan pematuhan undang-undang jalan raya serta penerapan rasa bersalah apabila melakukan pelanggaran peraturan khususnya punca kemalangan maut serta membahayakan pengguna lain.", "“Dipohon kerjasama pengguna jalan raya khususya penunggang dan pembonceng motosikal untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya serta bertoleransi bersama pengguna jalan raya yang lain demi keutamaan keselamatan ketika di jalan raya,” katanya.", "Untuk sebarang aduan, orang awam boleh menyalurkan pelaporan secara terus atau real time melalui aplikasi MyJPJ e-aduan@jpj atau e-mel aduantrafik@jpj.gov.my berserta butiran lengkap aduan. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/27/warga-asing-maut-kebakaran-bengkel-kereta
[ "SHAH ALAM: Seorang pekerja bengkel warga asing maut dalam satu kebakaran di sebuah bangunan bengkel kereta di sekitar Seksyen 16 di sini, awal pagi ini.", "Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Ramsay Anak Embol berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berkenaan kebakaran yang disedari berlaku di sebuah bengkel kereta pada 5.56 pagi. ", "Beliau berkata bangunan bengkel tersebut merupakan bangunan dua tingkat dan mangsa seorang lelaki warga Pakistan dipercayai pekerja bengkel tersebut yang tidak dapat menyelamatkan diri dijumpai di tangga bangunan berkenaan.", "“Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dan mengalami kecederaan melecur pada kedua-dua belah kaki dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/26/kerajaan-komited-sokong-pertumbuhan-industri-aeroangkasa-tengku-zafrul
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan komited menyokong pertumbuhan industri aeroangkasa dan akan terus bekerjasama rapat dengan semua pemegang kepentingan untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi pelaburan dan pertumbuhan mampan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.", "Beliau juga berkata Malaysia pada hari ini juga memiliki dasar yang lebih baik untuk mempromosikan negara sebagai properdagangan, properniagaan dan propelaburan.", "\"Tidak kira apa juga cabaran yang mendatang, saya dan pasukan saya bersedia untuk memastikan transformasi perindustrian Malaysia dan terus memasarkan Malaysia sebagai papan loncatan utama dan cekap kos atau pangkalan sokongan bagi negara-negara yang mahu memasuki pasaran Asean atau malahan Asia, “ katanya pada majlis permeteraian antara Asia Digital Engineering (ADE) dan OCP Asia Ltd, di sini, hari ini. ", "ADE, cabang kejuruteraan dan penyenggaran Capital A Bhd, memperoleh pelaburan berjumlah US$100 juta (US$1=RM4.460) daripada OCP Asia untuk membina dan mengendalikan kemudahan hangar penyenggaraan pesawat canggih di Sepang, Selangor.", "Pada 2022, katanya, Malaysia memperoleh projek pengembangan MRO bernilai RM600 juta melibatkan aktiviti MRO komponen dan penyenggaraan berat, daripada pelbagai syarikat bereputasi tinggi yang beroperasi di negara ini.  ", "\"Ini menunjukkan pelabur dari dalam dan luar Malaysia melihat sektor MRO kita sebagai peluang pelaburan dengan potensi pertumbuhan yang besar,” katanya. ", "Beliau juga berkata penyertaan ADE dalam bidang MRO di rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik dijangka meningkatkan lagi pertumbuhan industri MRO Malaysia selain memacu persaingan sihat dengan penyedia perkhidmatan sedia ada. ", "\"Apa yang paling penting, perkongsian ini juga akan mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan bergaji lebih tinggi bagi tenaga kerja tempatan dan peluang untuk penyetempatan perkhidmatan lain oleh syarikat kecil dan sederhana dalam rantaian bekalan tempatan,” kata Tengku Zafrul.  ", "Menurutnya, semua ini akan menyokong pelaksanaan kerangka industri Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) yang diterajui National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO) untuk membantu meletakkan Malaysia sebagai hab aeroangkasa utama di Asia Tenggara menjelang 2030. ", "Dalam pada itu, katanya, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus menyasarkan pelaburan langsung asing dalam sektor strategik yang memberi kesan kepada pertumbuhan masa depan, iaitu sektor elektrik dan elektronik, terutamanya untuk peralatan perubatan, farmaseutikal, ekonomi digital, aeroangkasa dan bahan kimia. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/26/harga-ron97-ron95-dan-diesel-kekal-bagi-tempoh-27-april-hingga-3-mei
[ "KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 27 April hingga 3 Mei depan. ", "“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter meskipun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.", "Kementerian itu memaklumkan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/26/ziarah-aidilfitri-berakhir-tragedi-cucu-maut-di-kolam-renang-rumah-datuk
[ "IPOH: Ziarah Aidilfitri sepasang suami isteri ke rumah seorang ahli keluarga berakhir tragedi apabila anak perempuan mereka yang berusia setahun sembilan bulan maut akibat lemas di dalam kolam renang rumah datuknya di Tambun semalam.", "Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata kejadian dipercayai berlaku pada 8.45 malam selepas bapa kanak-kanak tersebut menjumpai mangsa dalam keadaan terlentang dan terapung dalam kolam renang itu.", "\"Siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit bersama kedua-dua ibu bapanya masing-masing berusia 31 dan 33 tahun kerana menziarahi ahli keluarga mereka di sebuah rumah lot yang dimiliki oleh datuk mangsa.", "“Bapa mangsa kemudiannya menghantar mangsa ke sebuah hospital swasta namun telah disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mendapati punca kematian mangsa ialah akibat lemas.", "Sehubungan itu, ibu bapa mangsa disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) iaitu membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan.", "\"Justeru, pihak polis ingin memberi nasihat dan peringatan kepada orang awam khususnya ibu bapa atau penjaga supaya tidak membiarkan kanak-kanak di bawah jagaan masing-masing tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan bagi mengelakkan berlakunya sebarang tragedi yang tidak diingini,\" katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/26/kebocoran-pada-sistem-perpaipan-di-lokasi-tanah-runtuh-maca-nanta
[ "KUALA LUMPUR: Siasatan awal Bahagian Forensik Tanah Runtuh Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya (JKR) di lokasi tanah runtuh di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di sini, mendapati terdapat kebocoran pada sistem perpaipan bekalan air di kawasan terlibat.", "Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kebocoran paip pada sistem perpaipan itu telah menyebabkan tanah mengalami ketepuan yang tinggi seterusnya meningkatkan daya sisi (lateral force) kepada tembok penahan sedia ada daripada jenis Contiguous Micropile.", "Menurut Nanta taburan hujan di Stesen Sentul untuk empat hari dari 21-24 April juga mencatatkan bacaan yang tinggi antara 16.0 milimeter (mm) hingga 47.5 mm, namun semasa kejadian cuaca adalah baik serta tiada hujan langsung.", "Beliau berkata JKR juga memerlukan lukisan terbina struktur tembok penahan sedia ada daripada pihak pemilik bangunan untuk membuat semakan lanjut terhadap struktur tembok penahan berkenaan. ", "Dalam pada itu, Nanta berkata kerja-kerja pembersihan tapak di lokasi tanah runtuh di pintu masuk utama MACA di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Bukit Tunku, akan bermula petang ini oleh kontraktor yang dilantik. ", "Beliau berkata turut dilaksanakan bermula petang ini ialah pemasangan tarpaulin sheet di kawasan cerun runtuh bagi mengelakkan resapan air hujan terus ke tanah. ", "Semalam, Bernama melaporkan  MACA telah mengosongkan seluruh kawasan akademi itu dengan memindahkan 45 individu susulan kejadian tanah runtuh tersebut pada kira-kira 1.30 tengah hari.", "Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), individu terbabit iaitu 22 pegawai, 16 pekerja pembersihan dan tujuh penghuni kuarters termasuk keluarga pegawai dipindahkan dari bangunan MACA ke kawasan selamat. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/26/panggilan-video-isteri-selamatkan-suami-dalam-kejadian-rompakan-pelantar-minyak
[ "KOTA TINGGI: Panggilan video isteri kepada seorang daripada kru pelantar minyak di Pelabuhan Tanjung Langsat, dekat Pasir Gudang, menjadi penyelamat apabila suami dan rakan sekerjanya menjadi mangsa rompakan sekumpulan lelaki di pelantar tersebut, Isnin lepas.", "Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata ketika kejadian pada kira-kira pada pukul 10.30 malam itu, hanya terdapat dua kru lelaki berusia 24 dan 32 tahun di pelantar tersebut yang berada di kedudukan 0.7 batu nautika timur laut Jeti Pelabuhan Tanjung Langsat.", "Beliau yang juga memangku jawatan Ketua Pengarah Maritim Malaysia berkata tindakan pantas isteri kru berusia 24 tahun terbabit yang melaporkan kepada pihak maritim sebaik menyaksikan telefon bimbit suaminya dirampas oleh seorang individu ketika sedang membuat panggilan video, membantu pihak berkuasa menahan kesemua empat lelaki tempatan terbabit.", "“Bot ronda Maritim tiba di lokasi kejadian pada 12.30 tengah malam Isnin selepas menerima laporan dan menemukan sebuah bot gentian kaca yang digunakan empat individu terbabit di bawah pelantar.", "“Menyedari kehadiran bot ronda, empat individu terbabit bertindak menenggelamkan bot gentian kaca itu dipercayai untuk melupuskan bahan bukti, sebelum berpaut pada pelantar dan terjun ke laut, namun berjaya ditahan,” katanya pada sidang media di Zon Maritim Tanjung Sedili, di sini hari ini.", "Beliau berkata kesemua lelaki berusia 27 hingga 47 tahun yang memakai topeng dan bersenjatakan parang itu, bukan sahaja bertindak menyerang dan menumbuk kedua-dua mangsa, malah menutup mulut, mengikat kaki dan tangan serta mengurung mangsa di dalam sebuah kabin.", "Bagaimanapun Saiful Lizan berkata kedua-dua mangsa terbabit berjaya melepaskan ikatan selepas terkurung selama dua jam dan bertindak bersembunyi sehingga menunggu ketibaan pihak berkuasa.", "Saiful Lizan berkata kesemua empat individu terbabit, dua daripadanya adik-beradik, sempat mencuri beberapa kabel logam, perkakasan kerja pelantar dan dua telefon bimbit milik kru terbabit, namun jumlah keseluruhan barang rompakan masih dalam siasatan.", "Beliau berkata hasil siasatan mendapati tiga daripada empat perompak yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah lampau antaranya melibatkan kes dadah dan memiliki senjata berbahaya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/26/28-pengarang-akhbar-jadi-pengadil-anugerah-muhibbah-npc-macrokiosk
[ "KUALA LUMPUR: Dua puluh lapan pengarang daripada pertubuhan media dalam negara telah menyertai panel pengadil untuk Siri Anugerah Muhibbah MACROKIOSK yang pertama bagi Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) bermula bulan ini.", "Lima daripada kumpulan pengarang media ini akan diamanahkan untuk menilai calon yang disenarai pendek oleh Jawatankuasa Anugerah NPC bagi setiap bulan.", "Pencalonan kini dibuka dan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja melalui e-mel kepada muhibbah@macrokiosk.com; laman mikro anugerah https://macrokiosk.com/muhibbah-awards (Kod QR pada logo anugerah); atau WhatsApp ke https://chat.whatsapp.com/K739FdIOnqCCti0aOGnFFv", "Siri anugerah yang dianjurkan oleh NPC dan penyedia platform penyelesaian perusahaan MACROKIOSK ini mengiktiraf mana-mana individu, kumpulan atau organisasi terbaik yang menunjukkan semangat muhibah sebenar di Malaysia.", "Ahli-ahli panel akan memutuskan anugerah pada setiap bulan kepada individu dan organisasi yang bersikap berani dan berjasa tanpa mementingkan diri yang memberikan impak besar kepada negara serta rakyatnya dalam cetusan kemurahan hati yang paling mendalam.", "Yang lain ialah Vincent de Paul (Naib President, Berita dan Penasihat Editorial, Astro Awani), Ashwad Ismail (Berita & Hal Ehwal Semasa Astro); Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (Pengarang Kumpulan & Pengarang Urusan Kumpulan New Straits Times Press),  M. Thilinadan (Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian), Kamarulzaidi Kamis (Pengarang Bisnes, Berita Harian), Saraswathi (Pengarang Bisnes, Bernama),  Zaharin Mat Noor (Pengarang Dalam Talian, Bernama),  Gerard Ratnam (Penerbit Eksekutif, Bernama TV).", "Cheah Chor Sooi (Pengarang Eksekutif Focus Malaysia), Frankie D’Cruz (Pengarang Bebas Free Malaysia Today), B.R. Rajan (Pengarang Berita, Makkal Osai), Datuk Keith Li (Pengasas Malaysia-China Insight Trilingual News), Jahabar Sadiq (Pengarang Malaysian Insight), Kamaruddin Mape (Pengarang Kumpulan, Berita & Hal Ehwal Semasa Rangkaian TV Media Prima), Farrah Naz Karim (Pengarang Kumpulan New Straits Times), Sharanjit Singh (Pengarang Eksekutif, Kandungan & Digital, New Straits Times),  Zuraimi Abdullah (Pengarang Bisnes, New Straits Times), Ahmad Najmuddin Najib (Pengarang Bersekutu, Digital & Cetakan, New Straits Times).", "Suhaimi Sulaiman (Ketua Pengarah Penyiaran), Norismadi Abd Manap (Ketua Saluran Sukan RTM), Chan Aun Kuang (Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew),  Datuk Hussamuddin Yaacub (Pengarang Urusan Sinar Harian), Datuk Nuraina Samad (Pengarang Urusan The Mole), Esther Ng (Ketua Pegawai Kandungan The Star), Jagdev Singh (Pengarang Bisnes The Star), Philip Golingai (Pengarang Berita The Star) dan Pearl Lee (Pengarang Urusan Twentytwo13).", "Ketika mengalu-alukan para pengarang berkenaan, presiden NPC Datuk Ahirudin Attan berkata NPC bertuah kerana mendapat sokongan persekutuan media arus perdana dan digital untuk siri anugerah terpenting yang pernah dianjurkan oleh kelab itu.", "\"Para pengarang ini mewakili pelbagai persekutuan akhbar Malaysia, melambangkan semangat muhibah yang cuba dihidupkan oleh NPC dalam kalangan masyarakat Malaysia,” katanya.", "“Tugas mereka dalam menilai pencalonan adalah teras kepada kejayaan siri anugerah ini kerana kami berusaha untuk membuat perubahan dalam masyarakat Malaysia dan mengembalikan semangat muhibah.", "Pemenang juga akan menerima baucar daripada jenama teh gaya hidup terkemuka serantau, Tealive, jenama pasar segar gaya hidup terkemuka Malaysia Jaya Grocer dan jenama yogurt asli terkenal llaollao." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/26/tarikh-akhir-kemukakan-borang-nyata-pada-30-april-dan-15-mei-lhdn
[ "KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan tarikh akhir bagi pengemukaan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2022 (TT 2022) bagi pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan adalah pada 30 April secara manual dan 15 Mei bagi e-Filling. ", "Menurut LHDN dalam kenyataan hari ini, ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin (BE), Individu Pemastautin (pekerja berpengetahuan / berkepakaran) (BT),  Individu Bukan Pemastautin (M), Individu Bukan Pemastautin (pekerja berpengetahuan) (MT),  Pertubuhan (TF),  Harta Pusaka (TP) dan  Keluarga Sekutu Hindu (TJ). ", "“Sebagai panduan berkenaan pengemukaan BN, pembayar cukai boleh merujuk kepada Program Memfail BN bagi tahun 2023 yang boleh diakses dan dimuat turun menerusi pautan https://www.hasil.gov.my/media/lq5fu3zd/20230324-program-memfailborang-nyata-bn-bagi-tahun-2023.pdf,” menurut kenyataan itu. ", "Kenyataan itu turut memaklumkan, pembayar cukai disaran supaya mengemukakan BN dan membayar baki cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti dan kenaikan cukai dikenakan.", "Dalam kenyataan sama, LHDN memaklumkan pembayar cukai juga dinasihatkan supaya mengisi maklumat diri dan perbankan yang tepat serta terkini bagi membantu kelancaran proses bayaran balik cukai. ", "“Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara);  HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public,” menurut kenyataan itu. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/26/mi-kari-putih-penang-ah-lai-indomie-perisa-ayam-spesial-diarah-ditarik-balik-secara
[ "PUTRAJAYA: Susulan isu pencemaran ethylene oxide dalam produk Mi Kari Putih Penang Ah Lai dan Indomie Perisa Ayam Spesial, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengarahkan pihak syarikat untuk membuat penarikan balik secara sukarela produk Mi Kari Putih Penang Ah Lai bagi batch yang mempunyai tarikh luput 25 Ogos 2023 dari pasaran Malaysia.", "KKM juga telah mengeluarkan arahan untuk tindakan Tahan, Uji dan Lepas bagi produk mi segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial keluaran Indonesia di semua pintu masuk negara dan meminta pihak syarikat menarik balik secara sukarela produk terlibat dari pasaran.", "Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan hari ini berkata KKM mengambil maklum laporan oleh Pihak Berkuasa Kesihatan Taiwan mengenai isu pencemaran ethylene oxide dalam produk Mi Kari Putih Penang Ah Lai dari Malaysia dan mi segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial.", "Ethylene oxide merupakan sebatian gas kimia yang karsinogenik dan sering digunakan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga. Ia juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci tetapi tidak dibenarkan penggunaannya pada permukaan yang bersentuhan makanan.", "Mengulas mengenai Mi Kari Putih Penang Ah Lai, Dr Muhammad Radzi berkata persampelan produk berkenaan di Malaysia mendapati ia mematuhi perundangan.", "“Meskipun begitu, bagi memastikan kawalan keselamatan makanan berterusan, KKM telah mengeluarkan arahan kepada pihak syarikat untuk penarikan balik secara sukarela produk Mi Kari Putih Penang Ah Lai bagi batch berkaitan yang mempunyai tarikh luput 25 Ogos 2023 dari pasaran tempatan sekiranya ada,” katanya.", "Mengenai produk Indomie Perisa Ayam Spesial, beliau berkata semakan data dari Food Safety Information System of Malaysia mengesahkan terdapat kemasukan produk mi segera keluaran Indonesia itu ke negara ini.", "“Dalam hal ini, KKM telah mengeluarkan arahan untuk tindakan Tahan, Uji dan Lepas bagi produk Mi Segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial di semua pintu masuk negara dan meminta pihak syarikat menarik balik secara sukarela produk terlibat dari pasaran,” katanya.", "Sementara itu, mengenai isu penarikan semula produk Mi Sedaap keluaran Indonesia mengandungi ethylene oxide pada 2022, beliau berkata KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan pemantauan keselamatan makanan berterusan ke atas produk makanan berkaitan yang dijual di pasaran tempatan mahupun diimport.", "Hasil pemantauan dari 2022 sehingga kini ke atas 36 sampel produk mi segera pelbagai jenama di pasaran tempatan, katanya 11 sampel produk Mi Sedaap didapati mengandungi ethylene oxide dan tindakan penguatkuasaan telah diambil termasuk kompaun, tindakan mahkamah dan penarikan balik produk dari pasaran.", "\"KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Pengguna dinasihatkan tidak mengambil atau memakan produk terlibat,\" katanya.", "Sebarang maklumat atau kemusykilan berhubung isu tersebut, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat, menyalurkan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq. - Bernama" ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/26/pengantin-baharu-berbulan-madu-dalam-lokap-dicekup-edar-dadah
[ "IPOH: Sepasang pengantin baharu terpaksa ‘berbulan madu’ di dalam lokap setelah dicekup di Chikus dekat Langkap di sini semalam kerana disyaki mengedar dadah.", "Pasangan berusia 23 dan 24 tahun itu ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak ketika sedang menunggu pelanggan di kawasan letak kenderaan sebuah masjid pada 12.30 tengah hari.", "Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata pasangan itu yang mendirikan rumah tangga kelmarin ditahan bersama 20 bungkusan plastik disyaki berisi heroin dianggar bernilai RM77,000.", "Beliau berkata polis akan mengemukakan permohonan reman terhadap mereka esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/25/dokumen-pengenalan-sementara-dikeluar-kepada-mendiang-lina-pada-13-april-jpn
[ "PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan Dokumen Pengenalan Sementara (KPPK11) pada 13 April lepas kepada Lina Samuel, yang dilaporkan meninggal dunia hari ini akibat kanser kolon, demikian menurut jabatan itu.", "JPN dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihak jabatan itu telah bertemu dengan Lina sebelum ini dan membuka kertas siasatan bagi kes beliau.", "\"Atas dasar keprihatinan dan kebajikan mendiang, JPN telah mengeluarkan Dokumen Pengenalan Sementara (KPPK11) pada 13 April 2023,\" menurut jabatan itu yang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dalam kenyataan itu.", "Laporan media sebelum ini menyebut MyKad Lina dirampas sewaktu beliau hendak menukar alamatnya bagi membolehkannya mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lepas.", "Menurut JPN, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak dalam kenyataan pada 12 April lepas memaklumkan bahawa mendiang tetap diberikan perkhidmatan rawatan sewajarnya di Hospital Miri secara berterusan tanpa sebarang prejudis walaupun semasa tempoh ketiadaan dokumen pengenalan diri.", "JPN dalam pada itu meminta orang ramai yang mempunyai persoalan atau masalah berkaitan hal pendaftaran sama ada urusan kelahiran, kad pengenalan, kematian, perkahwinan dan kewarganegaraan untuk hadir di mana-mana 212 pejabat JPN di seluruh negara untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/25/edan-syah-lakar-sejarah-dalam-guiness-world-records-acara-maraton-berbaju-melayu
[ "KUALA LUMPUR:Pelari maraton negara Mohd Syahidan Alias melakar sejarah baharu dalam Guinness World Records (GWR) selepas muncul sebagai pelari terpantas bagi kategori pakaian tradisional lelaki pada acara TCS London Marathon 2023, Ahad lepas.", "Mohd Syahidan, atau lebih dikenali sebagai Edan Syah, kelihatan teruja selepas mencatatkan masa dua jam 49 minit 22 saat dalam larian maraton sejauh 42 kilometer itu dengan berbaju Melayu lengkap beserta sampin dan songkok.  ", "“Alhamdulillah, misi tercapai. Kita telah mencapai misi di bawah tiga jam; sebagai Pemegang Rekod Dunia Guinness: Pelari Maraton Penuh (42.2 kilometer) Terpantas Berpakaian Melayu Tradisional (lelaki) dengan catatan masa 2:49.22 saat,” katanya.", "Menurut hantaran sama, Edan Syah menzahirkan penghargaan kepada warga Malaysia di London yang setia menunggu dan memberi sokongan kepadanya walaupun terpaksa menunggu dalam keadaan hujan lebat serta kesejukan. ", "Menurut guinnessworldrecords.com, Edan Syah pernah mencatatkan rekod dunia di Festival Larian Blackmores, Sydney, Australia sebagai pelari maraton paling laju dalam kostum bendera negara dengan catatan masa 2:54 minit pada 2019. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/25/kdn-kaji-guna-teknologi-ai-kawal-sempadan-saifuddin-nasution
[ "BUKIT KAYU HITAM: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneroka penggunaan kaedah berteraskan teknologi dan inovasi termasuk penggunaan dron serta 'Artificial intelligence' (AI) atau kecerdasan buatan dalam memperkasakan tugas mengawal sempadan negara oleh pasukan keselamatan.", "Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kerajaan menghadapi kekangan bagi melaksanakan pembinaan pagar baharu di sempadan Malaysia-Thailand terutama di Kedah dan Perlis berikutan jaraknya terlalu panjang.", "“Saya turun lihat sendiri tahap pagar sempadan kita di Padang Besar, Perlis. Dalam aspek kawalan sempadan ini ia bukan melibatkan pagar sahaja, kita juga lihat peluang penggunaan dron dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi strategik.", "“Kita perlu teroka kaedah ini kerana kos penyelenggaraan pagar sedia ada sangat tinggi kerana meliputi jajaran kawasan yang sangat luas. Disebabkan itu ada kekangan dari sudut membina pagar baharu, kita harus lihat pagar sedia ada yang wajar diselenggara seadanya,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan Hari Raya Aidilfitri dan penyampaian sumbangan di Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am (Martak PGA), di sini, hari ini.", "Sehubungan itu, Saifuddin Nasution berkata aspek kawalan keselamatan sempadan itu tidak boleh ditumpukan kepada isu pagar sahaja kerana ia turut melibatkan beberapa aspek lain selain kehadiran fizikal pasukan keselamatan.", "Beliau berkata oleh sebab itu kementeriannya cenderung dalam penggunaan teknologi kerana ia didapati mampu membantu pasukan keselamatan dalam usaha menangani kegiatan penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.", "“Saya sendiri pun berharap kita dapat bilangan CCTV dapat ditingkatkan di lokasi strategik sepanjang sempadan kerana dapat membantu pihak polis terutama anggota PGA selaku barisan hadapan.  ", "“Ini kerana penggunaan CCTV dapat catat sebarang bentuk perkara mencurigakan yang mana rakaman itu menjadi maklumat sangat bernilai kepada pihak berkuasa dalam merancang aspek kawalan sempadan negara,” katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/25/ops-sudan-selamat-bawa-30-rakyat-malaysia-26-warga-asing-ke-port-sudan-zambry
[ "PUTRAJAYA: Kesemua 30 rakyat Malaysia yang terkandas di Khartoum, Sudan selamat tiba di Port Sudan pada jam 2.07 petang Isnin waktu Sudan (8.07 malam waktu Malaysia) setelah melalui perjalanan 30 jam menempuh jarak 1,233 km.", "Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam satu kenyataan pada Selasa berkata Pasukan Khas (TF) Ops Sudan Malaysia turut membawa keluar 26 warganegara lain dengan kesemua mereka berada dalam keadaan sihat dan selamat.", "Warganegara lain itu terdiri daripada seorang warga Filipina, enam orang warga Kemboja, 14 orang warga Singapura, seorang warga Thailand, dua orang warga Amerika Syarikat, seorang warga Palestin dan seorang orang warga Sudan.", "Jelasnya, dua lagi rakyat Malaysia yang tidak terlibat dengan proses evakuasi itu merupakan mereka yang berkhidmat dengan United Nations Mission in Sudan (UNMIS) di Abyei dan proses evakuasi mereka akan dilakukan oleh pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).", "“Selanjutnya, kita sedang mengusahakan untuk membawa kesemua 56 orang ini keluar dari Port Sudan melalui dua opsyen iaitu sama ada melalui laluan udara (sewaan khas pesawat) atau melalui laluan laut (kapal laut).", "“Sama-sama kita doakan agar proses mengeluarkan mereka dari Sudan berjaya dilakukan sesegara mungkin dan seterusnya kesemua mereka dapat pulang ke tanah air dengan selamat,” tambahnya.", "Setakat ini, lebih 400 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 3,500 lagi cedera sejak konflik bersenjata antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) tercetus pada 15 April. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/25/op-selamat-20-1551-kemalangan-direkodkan-semalam
[ "“Ia diikuti motosikal (315), kenderaan pacuan empat roda (103), kenderaan pelbagai guna (63), van (43), lori (lapan), bas (tiga) dan dua kes kemalangan melibatkan teksi,” menurut hantaran itu. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/25/datuk-dr-muhammad-radzi-dilantik-ketua-pengarah-kesihatan-baharu
[ "PUTRAJAYA: Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan yang baharu berkuat kuasa Jumaat lepas, demikian umum Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.", "Dr Muhammad Radzi, 58, yang sebelum ini Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal),  menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara wajib pada Jumaat selepas 35 tahun berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan (KKM).", "Dr Zaliha dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan Dr Muhammad Radzi adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman luas dalam bidang perkhidmatan kesihatan negara.", "Dr Muhammad Radzi pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah, Ketua Penyelaras Perubatan Negeri Kedah dan Ketua Pusat Penyelidikan Klinikal Kedah.", "Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Perkhidmatan Gastroentrologi dan Hepatologi dan menjadi pengerusi pentauliahan bidang kepakaran tersebut dari 2013 sehingga 2021. ", "“Saya yakin dengan pengalaman, pengetahuan dan kepakaran serta kredibiliti beliau mampu memberikan yang terbaik dan menjadi rakan pasukan bersama saya dalam memastikan matlamat dan agenda reformasi kesihatan negara dilaksanakan secara menyeluruh,\" kata Dr Zaliha. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/24/mtuc-saran-kerajaan-sediakan-data-kontraktor-culas
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang menyediakan data kontraktor ‘culas’ untuk digunakan bagi menyelesaikan isu pembayaran pelarasan kadar gaji minimum termasuk tunggakan secara terus kepada pekerja yang terkesan.", "Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor, berkata tunggakan gaji setiap pekerja kontrak perkhidmatan kerajaan ini seperti pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan mencecah RM3,600, sejak kadar gaji minimum baharu RM1,500 dilaksanakan 1 Mei lalu.", "“Walau apa pun sebab kegagalan majikan (kontraktor) membayar gaji minimum sama ada kelewatan kerajaan membayar pelarasan atau faktor kewangan kontraktor bermasalah, pekerja bawahan tidak boleh menjadi mangsa dengan kelemahan sistem yang dikuatkuasakan kerajaan.", "“Kegagalan membayar gaji minimum mesti dilihat sebagai kelemahan sistem kontrak. Sikap tidak bertanggungjawab majikan menyebabkan pekerja tempatan menjadi mangsa buruh paksa, malah merencatkan perkembangan ekonomi negara dan melanggar perintah gaji minimum,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.", "“Kerajaan mesti mengambil tanggungjawab bagi memastikan majikan membayar tunggakan kepada pekerja dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM)  boleh menggunakan kuasa bagi memastikan semua pekerja di sektor di bawah kontrak kerajaan mendapat hak mereka,” katanya.", "Beliau juga menyarankan supaya KSM memanggil pihak berkepentingan bagi memastikan isu gaji minimum tidak menjadi beban serta barah sehingga menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan.", "“Mekanisma pembayaran pelarasan kadar gaji perlu diwujudkan supaya menjadi panduan kepada pekerja dan kontraktor setiap kali perintah gaji minimum baharu diumumkan,” katanya.", "Beliau turut berharap pelarasan gaji minimum ini akan menjadi realiti kepada seluruh pekerja di bawah kontrak perkhidmatan kerajaan sempena Hari Pekerja nanti. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/24/tidak-perlu-pertikai-siapa-cetus-konsep-rahmah-salahuddin
[ "PONTIAN: Isu siapa yang mencetuskan konsep Rahmah tidak perlu dipertikai mana-mana pihak selagi ia dapat memanfaatkan rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.", "Beliau berkata ini kerana inisiatif Rahmah yang diperkenalkan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk memberikan faedah kepada rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.", "“Saya tidak ada masalah sekiranya mereka (ada parti politik) hendak tuntut tentang inisiatif Rahmah, yang penting bagi saya rakyat yang mendapat faedah.", "“Seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, di era beliau sudah ada ‘baby’ iaitu Wawasan 2020, jadi saya rasa itu tidak menjadi pertikaian. Jadi bagi saya, biarlah era Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan konsep MADANI dan memperkenal inisiatif Rahmah yang dapat menyantuni serta mendasari setiap keperluan rakyat,” katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka di kediamannya di Tanjung Piai, di sini hari ini.", "Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Timbalan Ketua Penerangan Gerakan Tanah Air (GTA) Mahdzir Ibrahim bahawa konsep Rahmah merupakan hasil cetusan Dr Mahathir.", "Terdahulu, Mahdzir dalam satu kenyataan dipetik sebagai berkata konsep 'Rahmah' yang diperkenalkan Kerajaan Perpaduan didakwa bukan daripada idea Ahli Parlimen Tambun itu sebaliknya merupakan gagasan Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri ketujuh.", "Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI bersama Perdana Menteri di enam negeri sebagai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN), beliau berkata perkara itu tidak seharusnya dipolitikkan.", "Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai dan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara berkata Perdana Menteri mempunyai cara yang tersendiri dalam menyantuni rakyat dengan mengadakan Majlis Rumah Terbuka itu di negeri-negeri.", "“Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengadakan Majlis Rumah Terbuka di kediaman rasmi yang biasanya setiap Perdana Menteri buat pada pagi raya.", "“Jadi kali ini, beliau putuskan untuk buat di luar Kuala Lumpur, jadi itu cara masing-masing apabila seorang Perdana Menteri itu diberikan amanah, jadi yang lain tidak perlu cemburu, kalau mereka berpeluang (mentadbir) buat dengan cara mereka, jadi jangan ia dipolitikkan,” katanya.", "Rumah Terbuka Malaysia MADANI bersama Perdana Menteri akan dimulakan di Kedah pada 29 April ini diikuti Pulau Pinang (6 Mei), Negeri Sembilan (7 Mei), Kelantan (12 Mei), Terengganu (13 Mei) dan kemuncak sambutan rumah terbuka itu akan berlangsung di Selangor pada 14 Mei. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/24/covid-19-sebanyak-12-kes-subvarian-xbb116-dilaporkan-di-malaysia
[ "Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata daripada jumlah kes itu, sebanyak enam kes dikesan di Sarawak, empat di Selangor dan dua di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.", "Menurutnya subvarian di bawah famili varian Omicron ini terbentuk hasil gabungan atau rekombinan varian BA.2.10.1 dan BA.2.75 dan sehingga 2 April lepas,  ia telah dikesan sekurang-kurangnya di 31 buah negara di seluruh dunia termasuk di Malaysia.", "“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengelaskannya sebagai Variant of Interest (VOI) sejak 17 April 2023. Ini bermakna hasil penilaian risiko Kumpulan Pakar Teknikal Evolusi Virus SARS-CoV-WHO telah menilaikannya sebagai suatu subvarian yang memerlukan perhatian, tetapi tidak diletakkan dalam kelas varian di bawah pemantauan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.", "Beliau berkata walaupun Malaysia telah mengenal pasti varian XBB.1.16 ini sejak Mac 2023, keadaan jangkitan COVID-19 masih lagi terkawal dan tidak membebankan kapasiti perkhidmatan kesihatan di klinik dan hospital.", "Beliau berkata penilaian risiko peringkat global melaporkan risiko jangkitan dan keterukan kes yang disebabkan oleh subvarian XBB1.16 adalah lebih rendah dari subvarian XBB.1.5 dan varian atau subvarian lain yang telah dilaporkan sebelum ini.", "Mengenai situasi COVID-19 dalam negara, Dr Zaliha berkata kes terkini yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 16/2023 telah turun sebanyak 6.4 peratus iaitu daripada 5,149 kes pada ME 15/2023 kepada 4,817 kes.", "Beliau berkata varian Omicron kekal sebagai satu-satunya varian yang sedang menular dan sehingga kini sebanyak 70.97 peratus (18,319 kes) daripada jumlah kumulatif kes yang dijangkiti, dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan VOI jenis varian Omicron dan subvariannya.", "Justeru, Dr Zaliha berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan orang ramai agar terus mengamalkan TRIIS (uji, lapor, asing, maklum dan dapatkan rawatan) bagi yang bergejala dan bagi individu yang disahkan positif COVID-19, perlu melakukan pengasingan kendiri dengan segera untuk tempoh yang ditetapkan.", "Menurutnya KKM juga akan terus memantau situasi dan varian atau subvarian COVID-19 di dalam dan luar negara selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang optimum bagi memastikan kesejahteraan rakyat untuk hidup bersama virus COVID-19 dengan selamat. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/24/mangsa-lemas-tak-sempat-langsungkan-perkahwinan
[ "PORT DICKSON: Hasrat anak sulung daripada enam beradik untuk melangsungkan perkahwinan pada November ini tidak kesampaian selepas ditemukan lemas bersama dua adik perempuannya di Pantai Cahaya, dekat sini semalam.", "Sepupu perempuan mereka, R. Thammanty, 30, berkata mangsa, R. Kalaivani, 30 juga telah membuat persiapan untuk mengadakan majlis praperkahwinan dalam waktu terdekat bersama tunang, J. Sathiswaran, 29, yang terselamat ketika kejadian berkenaan.", "“Pemergian mereka amat mengejutkan kami semua. Kalaivani dan Sathiswaran dah bertunang sejak lapan tahun lepas, mereka sedang mengumpul wang untuk melangsungkan perkahwinan November nanti, tapi apakan daya apabila dia bersama dua adiknya pergi dulu.", "“Dia dan tunangnya tinggal di Taiping, Perak dan pulang bercuti di rumah keluarga Kalaivani di Banting, Selangor pada Sabtu lepas. Saya dan sepupu memang sangat rapat, rumah juga berdekatan, tiada sebarang perubahan ditunjukkan ketika kami berjumpa, mereka sangat ceria,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Port Dickson di sini hari ini.", "Selain Kalaivani, turut ditemukan lemas dalam kejadian pada 5.57 petang itu adalah adik keduanya Dawige, 29, dan adik bongsu, Sathiyadevi, 19, manakala adik lelaki yang juga anak kelima, Veeran, 26, dan Sathiswaran berjaya diselamatkan oleh orang awam.", "Thammanty berkata percutian sepupunya bersama ibu mereka, K. Anchalay, 52, semalam juga adalah percutian pertama keluarga itu ke Port Dickson kerana sebelum ini mereka hanya ke kawasan sekitar Selangor sahaja.", "Menurutnya ketika ini keadaan emosi Anchalay tidak stabil dan masih menangis berikutan hilang ketiga-tiga anak perempuannya serentak, manakala anak lelakinya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).", "Mengulas kejadian semalam, Thammanty berkata dia menyedari Veeran mengambil kereta di parkir hadapan rumah kira-kira 2 petang dan menjelang malam rumah mereka dilihat masih gelap sehingga menimbulkan kerisauan kerana sebelum ini mereka sekeluarga akan memaklumkan padanya jika mahu ke mana-mana.", "“Tidak lama kemudian, saya dapat panggilan daripada mak cik (Anchalay) memaklumkan tiga sepupu saya meninggal dunia, saya fikir mereka kemalangan tetapi sampai di hospital baru tahu mereka lemas. Menurut mak cik kejadian berlaku sangat pantas hingga dia sendiri tidak perasan,” katanya.", "Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson DSP Muhamad Mustafah Hussin dilaporkan berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan proses bedah siasa sedang dilakukan ketika ini. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/24/usaha-bawa-keluar-rakyat-malaysia-dari-sudan-sudah-dilaksanakan
[ "\"Saya memohon rakyat Malaysia mendoakan kesemua mereka selamat dan misi mengeluarkan mereka dari Sudan berjaya dilakukan,\" katanya ketika dihubungi BERNAMA TV di sini hari ini.", "Dr. Zambry berkata Wisma Putra dan lain-lain agensi di Pusat Operasi Ops Sudan terus gigih berusaha untuk membawa keluar rakyat Malaysia.", "Sebelum ini, Dr. Zambry berkata Malaysia sudah menghubungi pentadbiran tertinggi Sudan bagi memohon kelulusan lintas udara dan mendarat di negara itu.", "Berdasarkan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), korban akibat pergolakan di Sudan sehingga kini meningkat kepada lebih 400 orang, manakala 3,500 lagi cedera.", "Konflik bersenjata itu tercetus sejak dua minggu lalu antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF). - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/24/agong-berkenan-berangkat-ke-majlis-raya-pemangku-raja-pahang
[ "KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di Istana Abdulaziz di sini hari ini.", "Anakanda-anakanda Seri Paduka turut berangkat ke majlis itu yang juga dihadiri barisan pentadbiran Pahang, diketuai Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta ketua jabatan dan agensi di negeri ini. ", "Pada majlis itu, Seri Paduka juga berkenan menyantuni rakyat jelata termasuk 64 'tetamu cilik' dari Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom dan Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah di sini, yang dijemput bagi memeriahkan majlis tersebut. ", "Majlis di pekarangan istana yang berlangsung selama dua jam bermula pukul 11 pagi itu merupakan kali pertama diadakan semula untuk rakyat jelata selepas 2019 setelah penganjurannya dihentikan sementara ekoran pandemik COVID-19. ", "Lebih istimewa, ribuan rakyat jelata berbilang kaum turut disajikan pelbagai jenis biskut raya resipi Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang sememangnya dikenali berbakat di dapur.   ", "Selain itu, turut disediakan pelbagai makanan tradisional hari raya antaranya lemang, ketupat dan rendang, masakan tradisional Pahang seperti laksa Pahang dan opor daging serta juadah popular Pantai Timur iaitu nasi dagang. ", "Sementara itu, penghuni Rumah Kanak-Kanak Sultanah Kalsom yang dikenali sebagai Nisa, 12, mengakui teruja apabila dimaklumkan dia bersama adiknya, Alif, sembilan, akan ke istana bagi menghadiri majlis itu. ", "\"Ini pengalaman kali pertama untuk kami kerana baru setahun berpindah ke asrama (rumah kanak-kanak)... seronok kerana dapat merasai suasana berhari raya bersama rakan-rakan selain makanan juga banyak dan semuanya sedap,\" katanya yang berasal dari Jitra, Kedah. ", "Penduduk Kuantan, K. Mohan Kumar, 55, pula berkata menjadi kelaziman keluarganya untuk berkunjung ke sambutan yang diadakan di Istana Abdulaziz, menyebabkan mereka mula beratur di pintu pagar seawal 10 pagi. ", "\"Kami tak mahu melepaskan peluang selepas beberapa tahun tidak dapat hadir. Setiap kali hadir, suasananya memang meriah, ramai orang daripada pelbagai bangsa dan paling istimewa ialah sewaktu Seri Paduka menyantuni rakyat,\" katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/24/kpkm-akan-teliti-masalah-lambakan-sayuran-di-tanah-tinggi-lojing
[ "ALOR SETAR: Masalah lambakan sayuran yang dilaporkan berlaku di Tanah Tinggi Lojing sehingga menjejaskan kira-kira 500 pekebun akan diteliti oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam usaha melaksanakan langkah penyelesaian berkesan.", "Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut berperanan memberikan khidmat nasihat bagi memastikan bekalan sayuran stabil, sekali gus memanfaatkan pekebun tempatan.", "\"FAMA sekarang ini telah pun membeli sayuran pada harga yang lebih mahal daripada harga pasaran kerana mahu membantu pekebun, namun langkah tersebut tidak membantu dalam jangka masa panjang. ", "\"Kementerian akan pastikan penyelarasan dibuat bagi seimbangkan bekalan sayuran tempatan dengan sayuran import,\" katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Kedah di sini malam tadi.", "Mohamad mengulas laporan media tempatan baru-baru ini mengenai pekebun di Tanah Tinggi Lojing terpaksa membuang ribuan tan sayur yang tidak terjual, berikutan didakwa terdapat lambakan bekalan sayur import dari luar negara.", "Laporan itu mendakwa masalah itu berlaku apabila pengeluaran sayur tempatan kini meningkat selepas berakhir musim tengkujuh namun bekalan import didakwa masih dibawa masuk ke negara ini.", "Mohamad berkata penanaman sayuran tertentu oleh banyak pekebun pada satu-satu musim mengikut harga pasaran juga menjadi antara faktor wujud lambakan itu.", "\"Kadangkala apabila misalnya (harga) timun mahal, banyak yang akan menanam timun, bila dapat hasil nanti, masa itu berlaku lambakan di pihak pekebun. Pihak FAMA ada juga membantu iaitu membeli dengan harga tinggi tetapi FAMA tidaklah dapat menampung semua,\" katanya.", "Beliau berkata pangkalan data juga sedang dikemas kini bagi membolehkan bantuan dan khidmat nasihat bersesuaian disalurkan kepada pekebun dalam usaha mengatasi masalah lambakan itu. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/24/anggota-polis-cedera-dalam-kejadian-langgar-lari
[ "BUTTERWORTH: Seorang anggota polis dari Balai Polis Butterworth mengalami kecederaan pada rahang sebelah kiri dan luka di beberapa bahagian badan lain selepas dilanggar lari oleh sebuah motosikal di Jalan Bagan Dalam, awal pagi semalam.", "Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Supt Siti Nor Salawati Saad berkata dalam kejadian 7.55 pagi itu, anggota polis tersebut sedang membuat pemantauan di kawasan berkenaan.", "\"Siasatan mendapati, motosikal yang ditunggang oleh anggota polis dari arah Bagan Luar menghala ke arah Bagan Dalam telah bergesel dengan motosikal yang ditunggangi oleh individu terlibat.", "“Orang ramai atau mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini, diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi segera Bilik Gerakan IPD SPU di talian 04-5759122 atau boleh datang ke balai polis berhampiran,” katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/23/polis-cekup-warga-emas-ligat-samun-guna-pistol-mainan
[ "IPOH: Taktik seorang warga emas bersenjatakan pistol mainan untuk menyamun akhirnya gagal apabila lelaki berusia 66 tahun itu diberkas ketika melakukan perbuatan itu di sebuah kedai menjual telefon bimbit, di Jalan Onn Jaafar, di sini, semalam.", "\"Sepasukan anggota dari balai polis Pekan Baru bergegas ke tempat kejadian dan menangkap lelaki warga tempatan itu dan antara barang kes dirampas ialah sebuah beg galas, sepucuk pistol mainan dan dua bilah pisau,\" katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.", "Beliau berkata tangkapan itu juga menyelesaikan dua lagi kes mengunakan modus operandi sama iaitu samun dengan bersenjata menyerupai pistol di sebuah kedai emas pada 25 Mac lalu dan kedai serbaneka di sini pada 5 April lalu.", "Katanya, suspek memiliki beberapa rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan narkotik manakala ujian saringan air kencing ke atasnya mendapati dia positif dadah jenis morfin.", "Yahaya berkata ketiga-tiga kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan iaitu samun dengan bersenjata dan suspek direman selama tujuh hari sehingga Sabtu depan untuk siasatan lanjut. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/23/sindiket-penipuan-dalam-talian-beli-akaun-keldai-pada-harga-rm500
[ "PUTRAJAYA: Jenayah penipuan dalam talian atau ‘scam’ dilihat semakin parah sejak akhir-akhir ini apabila jumlah kerugian akibat jenayah itu dilaporkan mencecah jutaan ringgit.", "Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Datuk Seri Mustafar Ali mendedahkan antara faktor penyumbang kepada kegiatan itu adalah kewujudan akaun keldai atau lebih dikenali sebagai ‘mule account’.", "“Faktor yang menyebabkan jumlah kerugian akibat sindiket penipuan dalam talian adalah kewujudan akaun keldai yang ‘dibeli' dengan tawaran RM500 seorang kepada pemilik asal akaun itu untuk memindahkan wang haram. ", "“Wang mangsa yang telah ditipu akan dimasukkan ke dalam akaun keldai dan akan dipindahkan ke beberapa akaun keldai lain sebelum akhirnya dikeluarkan dalam tempoh yang singkat menyebabkan ia sukar dijejaki,” katanya kepada Bernama. ", "Keldai akaun pula ialah individu yang menyerahkan kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya serta nombor pengenalan peribadi (PIN) kad tersebut kepada individu lain dan akaun tersebut pula digunakan bagi tujuan jenayah. ", "Mengulas penipuan melalui media sosial, beliau berkata ‘scammer’ atau sindiket penipuan akan menghubungi mangsa melalui media sosial seperti aplikasi WhatsApp dan Telegram selain menyamar sebagai kenalan atau pihak berkuasa melalui Facebook, Instagram, TikTok dan aplikasi lain.", "“Taktik terbaharu 'scammer' adalah mereka akan memberi pautan yang menyamar sebagai pautan laman bank atau meminta mangsa untuk memuat turun aplikasi bagi mendapatkan perkhidmatan mereka. ", "“Mangsa seterusnya diminta mendedahkan maklumat peribadi termasuk maklumat perbankan yang akan menyebabkan akaun mangsa akan diceroboh oleh scammer dan akan menyebabkan mangsa kehilangan wang,” katanya. ", "Mustafar berkata jenayah penipuan dalam talian berlaku berlandaskan kepada latar belakang mangsa contohnya ‘Macau Scam’ yang menyasarkan kepada individu mempunyai simpanan wang yang banyak, manakala penipuan e-dagang membabitkan pembeli dan penjual. ", "“Penjenayah menggunakan pelbagai helah untuk mendapatkan maklumat perbankan daripada mangsa dan lebih merumitkan keadaan apabila mangsa lambat menyedari wang mereka sudah lesap. ", "“Kerugian yang dialami bukan sahaja memberi impak negatif terhadap ekonomi negara malah boleh menjadi pencetus kepada masalah sosial secara umumnya,” katanya.", "Beliau berkata hasil tindakan analisis oleh agensi penguat kuasa mendapati sindiket penipuan juga menggunakan nombor telefon yang diperoleh secara haram yang menjual maklumat peribadi dan nombor telefon pengguna.", "Menurut Mustafar kerajaan telah dan akan melaksanakan langkah khusus bagi memerangi jenayah dalam talian antaranya mempertingkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa bagi memastikan tindakan lanjut boleh diambil ke atas penjenayah yang berada di luar negara.", "“Jenayah ‘scam’ perlu ditangani secara bersama dengan penglibatan semua pihak termasuk yang pernah menjadi mangsa. Kempen kesedaran perlu disemai dan dididik sejak peringkat sekolah hingga universiti dengan mengadakan program khusus mengenai jenayah ‘scam’ dan bagaimana mengelak daripada menjadi mangsa,” katanya. ", "Sementara itu, Mustafar berkata kerajaan berhasrat meningkatkan keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) berkaitan pengoperasian, sumber tenaga kerja, sistem data berpusat, kemudahan infrastuktur pejabat, peralatan teknikaliti dan sistem analisis kewangan.", "“Memandangkan pengoperasian NSRC menggabungkan tenaga kerja dan kepakaran pelbagai agensi termasuk perbankan dan telekomunikasi, suatu tindakan penguatkuasaan bersepadu yang berkesan boleh dilaksanakan. ", "Beliau berkata kerajaan sedang secara serius meneliti beberapa peruntukan undang-undang yang boleh digunakan atau yang boleh dipinda bagi membolehkan pengembalian wang penipuan kepada mangsa-mangsa. ", "Antara peruntukan undang-undang yang sedang diteliti ialah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613], Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah.", "Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ketika membentangkan Belanjawan 2023 mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi geran pengoperasian sebagai usaha mengukuhkan peranan NSRC. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/23/pelantun-suara-latar-iklan-era-80an-ramly-abu-bakar-meninggal-dunia
[ "KUALA LUMPUR: Penyampai suara latar iklan dan pengacara popular sekitar era 70an dan 80an, Ramly Abu Bakar meninggal dunia pada usia 78 tahun, awal pagi hari ini.", "“Allahyarham meninggal dunia sekitar pukul 2.30 pagi tadi di rumah anaknya, di Kundang, Rawang. Jenazah akan dimandi dan dikafankan di Masjid Nurul Yakin, Kampung Permata Kundang sebelum disolatkan selepas solat Zohor hari ini,” menurut hantarannya di Facebook hari ini.", "Allahyarham pernah bertugas sebagai penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekitar awal 70an malah dengan keunikan suaranya, beliau terkenal sebagai ‘suara emas’ kerana meminjamkan suara sebagai suara latar dalam pelbagai iklan radio dan televisyen.", "Antara iklan yang hingga kini masih segar dalam ingatan peminatnya adalah iklan produk tembakau Dunhill, selain suaranya digunakan dalam mempromosikan rancangan televisyen.", "Ramly juga pernah berlakon bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menerusi filem berjudul Gagak Hitam sebagai watak pembaca berita, selain membintangi filem Menanti Hari Esok arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin pada 1977. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/23/peniaga-ditahan-disyaki-pukul-warga-emas-dakwa-lemang-dibeli-mentah
[ "MELAKA: Seorang peniaga lemang ditahan bagi membantu siasatan memukul seorang lelaki warga emas yang mendakwa lemang dibelinya mentah dalam kejadian di sebuah gerai di Jalan Bukit Beruang Utama, di sini Jumaat lepas. ", "Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kejadian kira-kira 8 malam itu menyebabkan mangsa iaitu pesara tentera berusia 61 tahun luka di bahagian telinga kiri dan tangan kanan kerana terkena serpihan buluh lemang yang dibelah dan dirawat di Hospital Melaka.", "Beliau berkata sebelum kejadian, warga emas itu datang ke gerai berkenaan untuk menukar lemang yang dibeli pada sebelah pagi kerana didapati masih mentah.", "\"Sebaik tiba di gerai berkenaan, mangsa mendakwa telah menunjukkan lemang yang beli di dalam bekas plastik kepada peniaga lemang iaitu seorang lelaki berusia 40 tahun tetapi peniaga itu tidak mahu melihatnya.", "\"Peniaga tersebut kemudian membelah satu daripada lemang yang dibeli mangsa dan menunjukkan lemang tersebut masak sepenuhnya sebelum berlaku pergaduhan mulut antara mereka,\" katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau berkata peniaga berkenaan dikatakan bertindak memukul mangsa dengan buluh lemang di bahagian telinga kiri dan terkena pada tangan kanan sebelum mangsa beredar meninggalkan gerai.", "Katanya siasatan awal mendapati kejadian berlaku kerana peniaga itu mendakwa mangsa mencampak lemang yang dikatakan tidak masak dalam bekas plastik kepadanya dan mahu menularkan video kejadian yang dirakam agar orang ramai tidak datang ke gerai tersebut.", "Beliau berkata peniaga itu ditahan di tepi Jalan Kota, di sini kira-kira 12.15 tengah malam pada Sabtu dan kemudian dilepas dengan jaminan polis selepas keterangannya direkodkan.", "Semalam tular menerusi media sosial video berdurasi 29 saat yang memaparkan tindakan seorang peniaga lemang memukul lelaki warga emas dengan buluh lemang selain mengeluarkan kata-kata kesat. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/23/18000-hadiri-majlis-rumah-terbuka-sultan-johor
[ "JOHOR BAHRU: Kira-kira 18,000 masyarakat pelbagai kaum dan agama mengambil kesempatan meraikan hari kedua Syawal dengan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Besar Johor, hari ini.", "Bukan sahaja rakyat tempatan, malah pengunjung dari luar negara menunggu seawal 7 pagi di luar istana, sebelum dibenarkan masuk tepat 9 pagi.", "Baginda berkenan meluangkan masa lebih sejam bertemu rakyat dengan diiringi Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani dan Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat.", "Turut berangkat Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah. Berangkat sama, anakanda baginda iaitu Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj.", "Seorang peniaga, Mohd Shafie Abdullah, 49, berkata dia bersama sembilan ahli keluarga bertolak dari Kluang seawal 6 pagi untuk tiba awal di istana.", "“Ini kali pertama saya ke sini, tak pernah rasa macam ini, saya gembira dapat merasai kemeriahan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Sultan Johor. Semuanya baik,” katanya kepada pemberita.", "Suri rumah, Azalila A. Samad, 49, berkata dia dan keluarga tidak pernah melepaskan peluang untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Sultan Johor setiap kali terdapat penganjurannya.", "“Walaupun saya orang Melaka, ahli keluarga saya orang Johor semuanya. Kami memang sangat sayang Sultan Johor dan mesti datang kalau Sultan anjurkan apa-apa,” katanya yang datang bersama suami dan lima anak.", "Low dari Kuala Lumpur dan bercuti di rumah pak ciknya di bandar raya ini berasa sangat bertuah kerana merasai sendiri kemeriahan serta dapat menjamu selera di majlis itu." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/23/mahu-beraya-57-mat-rempit-serah-diri-selepas-sembunyi-dalam-kebun-sawit
[ "JOHOR BAHRU: Seramai 57 ‘mat rempit’ sanggup menyerah diri kepada polis gara-gara hendak berhari raya selepas enam jam bersembunyi di dalam sebuah kebun kelapa sawit di KM7, Jalan Kulai-Kota Tinggi, dekat Kulai, semalam.", "Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata kesemua penunggang motosikal yang terdiri daripada lelaki tempatan berusia 17 hingga 42 tahun itu bersembunyi di dalam kebun berkenaan sejak 3 pagi Sabtu.", "Beliau berkata bagaimanapun seramai dua pegawai dan 13 anggota Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) yang terlibat dalam operasi itu bertindak mengepung kawasan terbabit.", "“Semasa operasi dijalankan, mat rempit ini bersembunyi di dalam kawasan kebun kelapa sawit dan cuba keluar melalui jalan tikus tetapi dikepung oleh pihak polis.", "“Akhirnya pada 9 pagi, seorang demi seorang menyerah diri kerana buntu dan tidak tahan dengan keadaan dalam kebun sawit yang panas, ditambah ada yang menyatakan lapar dan rindu juadah hari raya pertama,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau berkata susulan itu, sebanyak 140 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu dan perlindungan insurans, lesen tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, ubah suai ekzos serta tidak memakai topi keledar." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/22/aidilfitri-2023-meriah-pertama-dalam-tiga-tahun-tidak-ditetap-sop-khas
[ "KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Raya Aidilfitri di seluruh negara hari ini meriah dengan masjid dan surau dipenuhi jemaah untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan perayaan kali ini dalam tempoh tiga tahun tidak ditetapkan sebarang prosedur operasi standard (SOP) khas.", "Di KUALA LUMPUR, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara.", "Di SELANGOR, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menyertai ribuan jemaah menunaikan solat sunat Aidilfitri pada 8.13 pagi di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong.", "Di KELANTAN, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang diiringi Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra, berkenan berangkat menyertai ribuan jemaah untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri pada 9.10 pagi di Masjid Al-Ismaili Bandar Baru Pasir Pekan, Tumpat.", "Di PERLIS, Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke Dataran Istiadat Istana Arau diiringi Menteri Besar Mohd Shukri Ramli untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh Imam Besar Negeri Perlis Ahmad Sirajuddin Abdul Satar.", "Di TERENGGANU, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Masjid Al-Muktafi Billah Shah di Ladang, Kuala Terengganu diiringi Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri.", "Solat sunat yang diimamkan Mufti Terengganu Dr Mohamad Sabri Haron itu turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, pemimpin negeri dan lebih 3,000 rakyat jelata.", "Di KEDAH, Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff berkenan berangkat ke Masjid Zahir, Alor Setar diiringi Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri.", "Lebih 2,000 jemaah menunaikan solat sunat itu yang bermula pada pukul 9 pagi dan diimamkan oleh Imam Besar Masjid Zahir Sheikh Mohd Naim Ahmad.", "Di SABAH, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 500 jemaah di Masjid Hajiji Noor, Serusup Tuaran pada 7.15 pagi.", "Sementara itu, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni dijadual mengadakan majlis Rumah Terbuka di Istana Sri Kinabalu esok, manakala Kerajaan Negeri Sabah pula akan mengadakan majlis Rumah Terbuka pada 30 April ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).", "Di SARAWAK, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek, Petra Jaya.", "Pada hari ini juga, Abdul Taib dijadual mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2023 di Astana Negeri Sarawak bermula 10.30 pagi hingga 4.30 petang.", "Di PUTRAJAYA, ribuan jemaah mula berkumpul di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin sejak 8 pagi untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh Mohd Radhi Abdul Ghani.", "Dalam Khutbah Aidilfitri dibacakan Mohd Radhi, antaranya mengingatkan umat Islam agar terus mencurahkan bakti dan penghormatan kepada ibu bapa yang banyak berkorban.", "Di NEGERI SEMBILAN, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang diiringi Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun tiba kira-kira 8:30 pagi di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Kuala Pilah bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama 1,500 jemaah.", "Selesai menunaikan solat diimamkan oleh Abdul Rahman Ibrahim, baginda kemudian beramah mesra bersama jemaah yang hadir sebelum bergerak ke Istana Besar Seri Menanti untuk menghadiri Majlis Jamuan Rakyat.", "Aminuddin yang ditemui pemberita turut meminta orang ramai berhati-hati pada musim perayaan selain turut menjemput untuk ke rumah terbuka kerajaan negeri MADANI yang dijadual berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Seremban pada 7 Mei ini. ", "Di LABUAN, Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abd Rahman menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 500 jemaah di Masjid Kampung Patau-Patau II pada 7.30 pagi bersama pemimpin masyarakat setempat.", "Di PAHANG, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri yang dipimpin oleh Mohd Faizal Abdul Manaf.", "Usai solat, Tengku Hassanal berangkat ke majlis tahlil ringkas di Makam Diraja Pekan, yang terletak bersebelahan masjid bersama barisan pentadbiran Pahang yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. ", "Di PERAK, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar pada 8.45 pagi untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri, diiringi Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.", "Di MELAKA, hampir 10,000 penduduk di sekitar Masjid Al Azim di Bukit Palah tidak melepaskan peluang menunaikan solat sunat Aidilfitri pada 8.30 pagi yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.", "Di PULAU PINANG, lebih 5,000 umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Masjid Negeri Pulau Pinang pada 8.30 pagi.", "Tun Ahmad Fuzi turut dijadual mengadakan jamuan Pagi Raya di kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri, yang akan dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan pemimpin negeri yang lain.", "Di JOHOR, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru bersama lebih 1,000 jemaah untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.", "Berangkat sama Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.", "Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dan pegawai kanan kerajaan turut serta menunaikan solat sunat itu di masjid berkenaan.", "Onn Hafiz turut mengadakan rumah terbuka untuk rakyat Johor di kediaman rasmi beliau di Saujana, Johor Bahru bermula 9 pagi tadi. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/22/syukuri-nikmat-kebebasan-beragama-ambil-iktibar-musibah-di-palestin-agong
[ "KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar rakyat mengambil iktibar dan pengajaran daripada musibah yang menimpa rakyat Palestin yang sering ditindas rejim Israel terutama daripada aspek kebebasan beragama. ", "Seri Paduka bertitah rakyat seharusnya bersyukur kerana di negara ini, semua bangsa dan agama bebas untuk beribadat serta menyambut ketibaan hari kebesaran masing-masing dengan penuh kegembiraan dan serba kemeriahan.", "“Rakyat Malaysia juga boleh meneruskan kehidupan seharian dengan penuh rasa toleransi dan dengan tanpa wujud jurang perbezaan antara bangsa dan agama. Ia merupakan anugerah dan nikmat yang tiada bandingannya daripada Allah SWT,” titah baginda dalam perutusan khas Aidilfitri yang disiarkan oleh stesen televisyen dan radio malam tadi.", "Baginda bertitah keadaan ini jauh berbeza dengan umat Islam di bumi Palestin bilamana rejim Zionis dengan tanpa rasa bersalah telah melakukan serangan terkutuk ke atas masjid Al-Aqsa ketika umat Islam beribadat di bulan Ramadan.", "Al-Sultan Abdullah bertitah bagaikan satu tradisi, saban tahun pada hari-hari terakhir Ramadan dan menjelang Syawal, rejim Zionis akan melakukan provokasi yang melampau kepada umat Islam Palestin.", "“Malaysia dan dunia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap jemaah Palestin serta pencerobohan ke dalam Masjid Al-Aqsa oleh tentera rejim Israel,” titah baginda.", "Sehubungan itu, Seri Paduka bertitah agar semua rakyat menanam iltizam untuk terus bersatu padu dan menjaga fitrah keamanan serta kedamaian di negara tercinta ini. ", "“Marilah kita membentuk dan sebatikan dalam setiap sanubari, jiwa serta raga untuk menjunjung kesetiaan kepada raja dan negara sebagai landasan pencetus perpaduan yang utuh untuk dijadikan bekalan bagi membentuk masa depan negara yang gemilang,” titah baginda. ", "Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mengambil kesempatan mendoakan keselamatan serta kesejahteraan rakyat Malaysia yang terkesan dalam konflik di Sudan.", "Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan atas pengorbanan mereka yang terpaksa bertugas pada lebaran ini terutama petugas perkhidmatan kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta semua pihak yang menggalas amanah menjaga kesejahteraan, keamanan dan kedaulatan negara.", "Baginda turut menasihati mereka yang memandu untuk pulang ke kampung halaman agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi undang-undang serta selamat tiba ke destinasi dituju bagi meraikan Aidilfitri bersama insan tersayang.", "Mengakhiri titah, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana mereka berada agar sentiasa dilindungi serta dirahmati Allah SWT. ", "“Marilah bersama kita berdoa semoga negara Malaysia yang kita cintai ini akan terus kekal aman sentosa dalam satu semangat perpaduan yang utuh serta maju jaya melangkah menuju masa hadapan yang gemilang,” titah baginda. - Bernama" ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/21/zahid-saran-umat-islam-berhat-hati-dengan-varian-baharu-covid-19
[ "KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyarankan umat Islam yang menyambut Aidilfitri di seluruh negara agar berhati-hati dengan varian baharu COVID-19 iaitu XBB1.16 atau Arcturus.", "“Kita harus lebih berhati-hati kerana varian baharu ini kita tidak tahu kadar jangkitannya dan ia sangat terbuka serta cepat. Saya harap kita lebih berhati-hati sambil kita bergembira (menyambut Aidilfitri),” katanya kepada pemberita ketika meninjau jualan Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini hari ini.", "Beliau turut menasihati warga kota yang pulang ke kampung halaman supaya berhati-hati dan fokus ketika memandu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.", "“Saya harap dengan tol percuma yang diumumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), kita harus ambil peluang ini untuk pulang ke kampung bersilaturahim dengan ibu bapa dan kaum keluarga tetapi jangan dalam kegembiraan ini, kita leka di jalan raya.", "Tinjauan BERNAMA di Jalan Tunku Abdul Rahman mendapati ramai warga kota mengambil peluang jualan murah yang ditawarkan oleh peniaga pada hari terakhir Ramadan." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/21/waspada-bahaya-covid-19-jerebu-aidilfitri-ini
[ "“Selain itu, bawa peralatan anda sendiri seperti sejadah apabila sembahyang di masjid. Jika boleh, ambil wuduk dahulu di rumah dan pakai pelitup muka sepanjang masa.”", "KUALA LUMPUR: Orang awam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri susulan peningkatan kes COVID-19 dan fenomena jerebu yang kini melanda negara. ", "Menurut data rasmi Kementerian Kesihatan, jumlah kes COVID-19 di negara ini meningkat 87.5 peratus dalam tempoh 14 hari hingga 8 April lepas manakala bilangan kemasukan ke wad direkodkan mengalami peningkatan 30.5 peratus.", "Pakar Kesihatan Awam Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia Profesor Dr Mohammad Farhan Rusli berkata, walaupun tiada prosedur operasi standard (SOP) khusus, orang awam perlu mengamalkan langkah-langkah pencegahan kendiri sebelum bersalaman dengan orang tua dan kanak-kanak semasa berkumpul. ", "Beliau berkata, kerap membasuh tangan dan mengamalkan penjarakan fizikal selamat dalam khalayak ramai, terutama dalam kalangan mereka yang tidak dikenali, juga adalah langkah perlindungan diri terbaik.", "“Selain itu, bawa peralatan anda sendiri seperti sejadah apabila sembahyang di masjid. Jika boleh, ambil wuduk dahulu di rumah dan pakai pelitup muka sepanjang masa.", "“Apabila anda rasa tidak sihat, elakkan perjumpaan beramai-ramai dan lakukan ujian kendiri. Sentiasa ingat, anda adalah orang terbaik untuk menjaga diri sendiri, bukan orang lain,” katanya ketika dihubungi.", "Sementara itu, pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam Dr Hanafiah Bashirun mengingatkan bahawa Malaysia masih lagi dalam Fasa Peralihan Ke Endemik sejak 1 April tahun lepas dan kerajaan masih belum mengumumkan secara rasmi negara telah bebas daripada virus berbahaya itu.", "“Kita masih di bawah peralihan ke endemik, justeru ada keringanan prosedur operasi standard (SOP) namun itu bukanlah alasan untuk tidak berhati-hati, khususnya dengan kewujudan subvarian baharu COVID-19 seperti XBB,” katanya.", "Dalam pada itu, berikutan cuaca panas dan jerebu yang kini melanda negara, seorang pakar alam sekitar turut menasihati orang awam supaya menghadkan masa di luar rumah dan mengenakan pelitup muka semasa Hari Raya Aidilfitri. ", "Pensyarah Kanan Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Dr Mohd Shahrul Mohd Nadzir berkata, pemakaian pelitup muka adalah bagi mengurangkan pendedahan kepada bahan pencemar akibat jerebu serta melindungi sistem pernafasan.", "“Ketika jerebu, dinasihatkan untuk memakai pelitup muka yang direka bentuk khusus untuk menyaring pencemar udara seperti pelitup muka respirator N95 atau N99.", "Sebelum ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata situasi jerebu di negara ini dijangka lebih serius tahun ini berbanding tiga tahun sebelum ini, ekoran aktiviti perladangan dan industri yang kembali beroperasi secara biasa pascapandemik. -- BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/21/kira-kira-2000-liter-diesel-dipercayai-diseleweng-dirampas-di-alor-setar
[ "ALOR SETAR: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Kuala Kedah merampas kira-kira 2,000 liter minyak diesel bernilai anggaran RM4,300 yang dipercayai untuk diseleweng, dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Jalan Langgar di sini, semalam.", "Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah Affendi Rajini Kanth berkata serbuan pada pukul 11 pagi itu membawa kepada penemuan diesel berkenaan dalam tangki tambahan pada sebuah motolori yang disyaki untuk penyelewengan minyak itu.", "\"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati motolori 'bonded' itu mempunyai tangki yang diubah suai disyaki digunakan untuk penyelewengan minyak diesel. PPM telah bertindak menyita sejumlah minyak diesel dalam anggaran 2,000 liter yang ditemukan di dalam tangki tambahan berkenaan,\" katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Affendi berkata pihak PPM Wilayah 1 itu kemudian menyerahkan kes itu kepada pihak Pejabat KPDN Kedah dan pemandu motolori yang berumur 52 tahun juga ditahan untuk siasatan lanjut.", "\"KPDN ingin memberi amaran keras dan menegaskan bahawa kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti penyelewengan barang-barang kawalan ini,\" katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/21/penggunaan-dron-bantu-tingkat-penguatkuasaan-sistem-kejara
[ "SEREMBAN: Penggunaan dron oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membantu meningkatkan penguatkuasaan sistem demerit di bawah Sistem Penalti Mata Demerit Kesalahan Jalanraya (KEJARA) bagi mengurangkan kesalahan lalu lintas.", "Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata ia juga bagi memastikan pengguna mematuhi arahan dan undang-undang jalan raya sekali gus mencapai matlamat mengurangkan kadar kemalangan 50 peratus menjelang 2030.", "Beliau berkata sejak Jan 2022 hingga 5 April lepas, sebanyak 146,261 mata demerit KEJARA dikenakan kepada pengguna dengan 1,935 pemegang lesen diberikan amaran, digantung kali pertama (412), kali kedua (75), dan kali ketiga (7) manakala enam pemegang lesen pemandu percubaan (PDL) dibatalkan lesen.", "“Antara kesalahan yang akan dikenakan mata demerit ialah memotong garisan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan melanggar lampu isyarat merah. Jadi dron-dron ini akan digerakkan untuk mengesan kesalahan terbabit dan segera diambil tindakan.", "“Kesalahan demerit ini akan beri kesan besar kerana kemungkinan lesen mereka digantung atau ditarik, selain kenderaan boleh disita dan dilucuthak sekiranya masih menggunakan kenderaan tanpa lesen,” katanya kepada pemberita selepas operasi penguatkuasaan penggunaan dron yang turut dihadiri Pengarah JPJ negeri Hanif Yusabra Yusof di sini hari ini", "Beliau berkata pengutkuasaan melalui penggunaan dron itu akan dilaksanakan secara berterusan dan pada masa sama terus meningkatkan kebolehan anggota dalam mengendalikan peralatan berkenaan.", "Menurutnya, terdapat 15 dron digunakan untuk bantuan penguatkuasaan di enam negeri termasuk Negeri Sembilan, Melaka dan Ibu Pejabat JPJ manakala lain-lain negeri sedang dalam proses mendapatkan lesen.", "Sementara itu, Lokman berkata JPJ akan mempergiatkan pemantauan di 129 lokasi titik panas (hot spot) di seluruh negara yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan termasuk melalu bantuan dron terutama musim perayaan ini.", "“Penggunaannya untuk kesan pesalah jalan raya sangat efektif dan pengguna akan rasa diri sedang diperhatikan selain meningkatkan 'perception of being caught'. Ia juga tidak menganggu aliran trafik tapi masih boleh kesan kesalahan,” katanya.", "Dalam pada itu, Hanif Yusabra berkata bagi tempoh dua hari penguatkuasaan jalan raya di Negeri Sembilan, sebanyak 61 notis kesalahan dikesan menerusi dron termasuk gagal mematuhi lampu isyarat merah dan memotong di garisan berkembar. - BERNAMA \n " ]