url
stringlengths
47
133
content
sequence
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/19/kampus-uitm-sungai-buloh-rai-hari-raya-aidilfitri-2023
[ "Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh tidak terkecuali di mana Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bertemakan ‘Salam Perantauan’ telah dijayakan dengan kerjasama Pejabat Penolong Rektor Kampus Sungai Buloh dan Selayang, Fakulti Perubatan, dan Fakulti Pergigian. ", "Majlis yang berlangsung dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang itu bukan sahaja melibatkan para staf dan pelajar Kampus Sungai Buloh dan Selayang, tetapi turut dihadiri Jawatankuasa Eksekutif Negeri UiTM Cawangan Selangor dan Pengarah Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) UiTM.", "Pelbagai agensi kerajaan juga diundang ke majlis tersebut seperti Ketua Zon 1 Shah Alam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pengarah Hospital Selayang dan Pengarah Hospital Sungai Buloh. ", "Pelbagai juadah hari raya dihidangkan di reruai yang selari dengan tema ‘Salam Perantauan’ untuk dinikmati seperti lemang, rendang, nasi impit, kuah kacang, lontong dan kuih-muih.", "Majlis diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang Reruai Tercantik dan Pakaian Tercantik bagi menghargai usaha warga dan jemputan yang hadir dalam memeriahkan acara tersebut.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/19/ahmad-zahid-umum-peruntukan-untuk-setiap-mpp-uitm
[ "KUALA SELANGOR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mengumumkan peruntukan awal sebanyak RM10,000 kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di setiap kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) seluruh negara. ", "Beliau berkata peruntukan itu akan disalurkan dalam masa terdekat dan penambahan kepada jumlah itu akan diberi pada hujung tahun ini, mengikut garis panduan yang akan ditetapkan nanti.", "Katanya peruntukan itu akan membolehkan 13 MPP di 34 kampus UiTM di seluruh negara menganjurkan aktiviti bagi mereka berinteraksi sesama mahasiswa selain membantu pelajar yang kurang berkemampuan. ", "Sementara itu, Ahmad Zahid berkata beliau sedia untuk bertemu dengan semua perwakilan MPP dari semua kampus universiti itu untuk berbincang mengenai keperluan yang dikehendaki para mahasiswa. ", "“Saya tahu banyak lagi keperluan saudara-saudari, bukan sahaja bas tapi banyak lagi.. saya tahu sebab saya juga pernah hadapi masalah yang sama (ketika menjadi mahasiswa). ", "“Hantar sahaja semua Yang Dipertua MPP dari seluruh kampus, insya-Allah saya akan dengar (masalah pelajar UiTM),” katanya ketika berucap pada Majlis Riang Raya MPP UiTM bersama Timbalan Perdana Menteri di UiTM Puncak Alam, semalam. ", "Katanya UiTM tidak menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) sebaliknya mempunyai Akta tersendiri dan ianya memberi kelebihan kepada MPP UiTM berbanding mahasiswa di universiti lain dalam beraktiviti dan menyuarakan pendapat. ", "“Maka, UiTM yang kini mempunyai ahli alumni kira-kira satu juta orang adalah sebuah universiti yang sangat berbeda daripada yang lain dan dengan keistimewaan yang dimiliki itu, saudara-saudari harus memastikan UiTM  berada di hadapan setiap masa,” katanya. ", "Katanya generasi hari ini adalah peserta penting di gelanggang tranformasi terhadap negara dengan melontarkan pandangan, keyakinan atau penilaian mereka terhadap kejayaan kerajaan melalui sistem pilihan raya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/19/hati-hati-tawaran-pakej-badal-haji
[ "KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menyarankan rakyat Malaysia supaya lebih berhati-hati dengan tawaran badal atau upah haji yang tumbuh bak cendawan dengan menawarkan kos serendah RM1,500 hingga RM3,500 seorang. ", "MATA dalam kenyataan memaklumkan, pihak Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah menetapkan empat kategori pakej haji yang disediakan untuk penduduk tempatan tahun ini, dengan kos antara SAR3,984  (RM4,819.79) hingga SAR 11,841 (RM14,325.08).", "\"Dengan kos yang dikenakan kepada penduduk tempatan seperti yang dinyatakan adalah mustahil khidmat badal haji boleh dilakukan di bawah kos tersebut. Rakyat Malaysia diminta tidak terpedaya dengan kos sedemikian yang ditawar oleh mereka,\" menurut MATA dalam kenyataan. ", "MATA berpendapat tindakan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa kepada mereka yang menawarkan khidmat badal haji dengan harga tidak munasabah dan hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata dengan mengetepikan soal halal dan haram.", "Persatuan itu turut mencadangkan agar kerajaan mengawal selia khidmat perniagaan badal haji mengikut perundangan yang dikeluarkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dan bukannya boleh dilakukan sesuka hati tanpa pengawasan. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/19/jpj-lanjut-bidaan-nombor-siri-pendaftaran-ff
[ "KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melanjutkan masa bidaan siri nombor pendaftaran FF menerusi sistem JPJeBid yang dijadual tamat semalam, hingga 10 malam ini (19 Mei).", "Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata langkah itu diambil selepas mengambil maklum aduan orang ramai tentang sistem JPJeBid yang tidak stabil apabila tempoh untuk pembidaan bagi nombor plat FF akan berakhir disebabkan trafik yang tinggi.", "Loke pada masa sama berkata beliau akan berusaha untuk memantapkan sistem digital di bawah JPJ dan agensi lain di bawah kementerian, malah telah mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Penasihat Digital (JPD) kementerian yang memberi nasihat penambahbaikan. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/19/kes-demam-denggi-meningkat-146-peratus-pada-me-ke-19-dua-kematian-dilaporkan
[ "PUTRAJAYA: Jumlah kes deman denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-19 iaitu dari 7 Mei hingga 13 Mei meningkat 14.6 peratus kepada 2,242 kes berbanding 1,956 kes pada minggu sebelumnya dengan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan.", "Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan semalam berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 41,175 kes berbanding 14,724 kes bagi tempoh sama tahun 2022 iaitu peningkatan sebanyak 179.6 peratus.", "Sementara itu, katanya sejumlah 26 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding sembilan kematian bagi tempoh yang sama pada 2022.", "Beliau berkata sebanyak 87 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ME ke-19 sama seperti minggu sebelumnya dengan 49 lokaliti berada di Selangor, 22 lokaliti di Pulau Pinang, tujuh lokaliti di Sabah, lima lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, tiga lokaliti di Kedah dan satu lokaliti di Perak.", "Bagi survelan zika pula, sebanyak 1,087 sampel darah dan 45 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/19/isu-3r-jika-tidak-ditangani-akan-menjadi-lebih-serius
[ "KUALA LUMPUR: Isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja) sekiranya tidak ditangani akan mengganggu keharmonian dalam negara dan akan menjadi lebih serius jika dibiarkan berterusan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.", "“PDRM memandang serius hal ini (isu 3R) dan kami akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat keharmonian dan ketenteraman agama.", "Oleh yang demikian, PDRM telah menubuhkan satu pasukan siasatan khas dikenali sebagai Pasukan Siasatan Khas 3R diwujudkan sejak Mac lepas bagi menangani isu terbabit,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Minum Petang PDRM Bersama Media Sempena Aidilfitri di Mes Pegawai Kanan di Bukit Aman, di sini, semalam.", "“Isu 3R perlu dihindari setiap masa dan setiap kertas siasatan berkaitan 3R perlu disiapkan dalam tempoh tujuh hari. Apabila berlaku kes seperti ini kita ambil tindakan pantas untuk menyiasat dalam memastikan agar pelaku dikesan dan dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya.", "Acryl Sani berkata sebanyak 23 kes direkodkan pasukan petugas berkenaan bagi tempoh 22 Mac hingga 17 Mei lepas dengan 11 kes membabitkan penghinaan raja atau institusi diraja, empat mengenai agama dan lima mengenai kaum." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/18/airasia-sedia-bantu-goass-promosi-kepelbagaian-budaya
[ "KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia berharap dapat terus bekerjasama dengan Gabungan Orang Asal Sabah/Sarawak (GOASS) dalam mempromosikan kepelbagaian budaya di negara ini ke luar negara.", "Menurut Ketua Pegawai Operasi AirAsia Berhad, Riad Asmat, pihaknya amat menyokong inisiatif kumpulan itu yang mempamerkan keunikan budaya yang ada di negara ini, dan bersedia untuk membantu pada masa akan datang.", "\"Kita berharap hubungan yang dijalinkan bersama GOASS ini dapat berkembang dan mungkin boleh berkongsi program sebegini sehingga ke luar negara bagi memperkenalkan kepelbagaian budaya di Malaysia,\" katanya.", "Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan daripada 98 ahli-ahli Gabungan Orang Asal Sabah/ Sarawak (GOASS) yang diketuai oleh Peter John Jaban di RedQ iaitu ibu pejabat Air Asia yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, hari ini.", "Menurutnya, ia merupakan kali kedua pihaknya bekerjasama selepas kumpulan itu menaiki pesawat AirAsia dari Miri ke Kota Kinabalu, juga dengan memakai pakaian tradisional, pada tahun lalu.", "\"Ini kali kedua kita bekerjasama lakukan sesuatu sebegini. Dahulu dalam skala kecil, dan kali ini dalam yang lebih besar, dan kami di AirAsia amat berbesar hati apabila kumpulan yang sama ini menggunakan perkhidmatan kami,\" kata Riad.", "Beliau menambah, program sedemikian adalah salah satu cara untuk memperlihatkan keunikan dan kepelbagaian budaya di Malaysia dan AirAsia amat berbangga kerana dapat terlibat sama.", "Kumpulan itu yang berpakaian tradisional menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini dijadual untuk mengikuti Borneo Native Festival hujung minggu ini.", "Mereka juga akan mengambil bahagian dalam perarakan sejauh satu kilometer dari Dataran Merdeka ke Pasar Seni iaitu lokasi Borneo Native Festival." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/18/cadangan-sesi-dialog-agrikomoditi-dipertimbang-untuk-semakan-semula-rmk12-tpm
[ "PUTRAJAYA: Cadangan yang dikemukakan pemain industri sektor agrikomoditi akan dipertimbangkan dalam semakan semula kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.", "Dalam sidang media selepas menghadiri Sesi Dialog Dengan Industri di sini hari ini, beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata terdapat 55 isu dan cadangan yang dikemukakan pemain industri agrikomoditi yang akan dipertimbang dan diperhalusi.", "Antara cadangan itu adalah kajian semula struktur percukaian industri sawit, kepentingan pensijilan produk kayu-kayan, keperluan bantuan teknikal dan kewangan bagi pengukuhan industri kenaf serta penekanan semula terhadap Kempen Beli Barangan Malaysia.", "“Cadangan ini penting untuk semakan semula RMK12 untuk kita kenal pasti kelemahan dan bagaimana kita dapat pertingkatkan pencapaian agrikomoditi yang merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan negara,” katanya.", "Fadillah berkata cadangan daripada sesi dialog itu juga akan dijadikan panduan oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi untuk menetapkan keutamaan dalam Belanjawan 2024.", "Sesi dialog yang dihadiri oleh 250 pemain industri sektor agrikomoditi itu diadakan bagi membincangkan keperluan dan cabaran semasa sektor terbabit serta berkongsi cadangan penambahbaikan." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/18/kerajaan-perpaduan-terus-cari-kaedah-pastikan-subsidi-diberi-secara-adil-pm
[ "\"Minyak misalnya, orang miskin naik motor kita subsidi, orang kaya naik Mercedes pun kita bagi subsidi, kita cari kaedah, yang miskin kita jangan kacau, yang kaya pendapatan RM50,000 sebulan, RM100,000 sebulan, bayar lah, jadi itu tetap jadi dasar kita,\" katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau Parlimen Tambun di Institut Tadbiran Islam (INTIM) Perak di sini hari ini.", "Sementara itu, Anwar mempertahankan keputusan untuk pengenaan caj tarif elektrik sebenar pada pengguna yang menggunakan elektrik berlebihan, yang katanya tidak menjejaskan 80 peratus pengguna. ", "Jadi kita ambil keputusan jangan ganggu B40, M40, 80 peratus tidak dibebankan, yang kita kenakan hanya T20, itu pun untuk bayar kos sahaja, bukan kerajaan ambil untung,\" kata Anwar. ", "\"Bagi permohonan untuk besarkan masjid dan surau, saya ingat mudah bawa permohonan bawa ke pejabat daerah biar mereka selaraskan kemudian diangkat ke pejabat parlimen itu jadi mudah,\" katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/18/cuaca-panas-kemas-beri-kelonggaran-tidak-hantar-anak-ke-tabika-taska
[ "BACHOK: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memberi kelonggaran kepada ibu bapa untuk tidak menghantar anak mereka ke tabika serta taska pada musim panas ini, kata Ketua Pengarahnya Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi.", "Beliau berkata pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada semua guru kelas sejak 27 April lepas di bawah Arahan Pentadbiran Bilangan 7 melibatkan tabika dan taska seluruh negara.", "\"Kita juga bersedia mempertimbangkan penutupan terus tabika dan taska sekiranya suhu mencecah 40 darjah Celcius dan ke atas bagi tujuan keselamatan kepada kanak-kanak berkenaan,\" katanya selepas Program Jom Masuk Kampung Peringkat Negeri Kelantan di Kampung Kubang Telaga, di sini hari ini.", "Ahmad Kamal berkata satu garis panduan dibuat kepada guru supaya sentiasa memantau suhu persekitaran iaitu sekiranya 35 hingga 37 darjah Celcius, mereka dibenarkan tidak melakukan aktiviti di luar bilik darjah.", "\"Dari segi pengudaraan, kelas tidak ada penyaman udara kalau ada pun tidak mampu menampung keadaan cuaca panas, jadi guru diminta membuka tingkap.", "\"Kalau tahap suhu 37 hingga 40 darjah Celcius, kita sudah beri arahan dan garis panduan supaya kelas ditutup melibatkan kanak-kanak berusia dua hingga lapan tahun yang belajar di tabika serta taska,\" katanya.", "Menurutnya pihak KEMAS ada menerima beberapa laporan daripada tabika dan taska di Kelantan, Johor dan negeri lain berhubung situasi cuaca panas, tetapi setakat ini belum ada sebarang kes berkaitan keadaan tersebut.", "Katanya jabatan itu akan memantau dari semasa ke semasa dan laporan perlu dibuat secara prosedur termasuk memaklumkan kepada pegawai daerah serta pengarah negeri untuk sebarang kelulusan. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/18/cuaca-panas-jualan-tembikai-laris-hingga-24-tan-sehari
[ "GUA MUSANG: Rezeki seorang peniaga tembikai di Bandar Baru, di sini, melimpah ruah ketika musim panas ini apabila jualannya laris hingga mencecah 24 tan sehari.", "Zuhairi Hashim, 34, berkata sejak sebulan lalu dia mula menjual buah tembikai boci (tembikai merah) gred B pada harga serendah 80 sen sekilogram (kg) manakala gred A pada harga RM1.20 sekilogram. ", "“Harga murah kerana buah diambil terus dari ladang, saya berurusan secara langsung dengan peladang atau orang panggil pajak daripada ladang. Saya sanggup jelajah dua negeri ini dan dapat berurusan dengan peladang di Dabong, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan, dan Setiu, Terengganu. ", "“Alhamdulillah, memang ramai orang datang membeli dan dalam musim panas ini saya dapat buat jualan antara 12 hingga 24 tan sehari,” katanya ditemui pemberita hari ini.", "Menurutnya kebanyakan pelanggan yang datang tidak melepaskan peluang harga murah yang ditawarkan dan biasanya mereka akan membeli secara borong untuk dijadikan sajian yang menyegarkan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri. ", "Dia berkata harga buah tembikai yang murah menyebabkan pelanggan tidak takut untuk membeli, berbanding dulu harganya agak mahal iaitu RM4.50 sekilogram. ", "“Sekarang pelanggan sudah dapat membeli secara borong, mereka tidak banyak fikir terus buka but kereta dan masukan buah tembikai yang diborong." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/18/subsidi-minyak-masak-peniaga-kecil-disaran-daftar-perniagaan-fuziah
[ "KUANTAN: Peniaga kecil disaran mendaftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi melayakkan mereka menerima subsidi minyak masak bersasar sejurus inisiatif itu dilaksanakan kelak.", "Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh berkata langkah itu bagi memastikan golongan yang sememangnya layak menikmati subsidi menerima manfaat tersebut.  ", "“Itu (daftar syarikat) akan dijadikan salah satu syarat kerana kita perlu pastikan mereka berniaga dan perlu mendaftar sebagai peniagaan yang terlibat dengan makanan...ini bertujuan memastikan subsidi sampai kepada yang betul-betul layak.", "\"Kita kena ada mekanisme atau sistem pemberian subsidi itu, kerana menjadi tugas kerajaan untuk pastikan tiada ketirisan selain bantu golongan yang memerlukan,\" katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Bimbingan Usahawan 2023 Peringkat Pahang anjuran SSM di sini hari ini.", "\"Ada banyak subsidi yang sedang diuruskan, KPDN kini bekerjasama dengan MOF (Kementerian Kewangan) antaranya melihat soal ketirisan dan antara fokus utama kami pada subsidi diesel kemudian beberapa lagi antaranya minyak masak...perlu tengok macam mana kita nak sasarkan,\" katanya.", "Sehubungan itu, Fuziah berharap peniaga memanfaatkan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) yang diperkenalkan SSM bagi memberi kemudahan pendaftaran perniagaan percuma kepada golongan B40, pelajar institut pengajian tinggi sepenuh masa dan orang kurang upaya (OKU).", "Katanya, SSM masih mempunyai baki RM6 juta dana untuk melaksanakan SPPP dan sehingga 30 April lepas jumlah pendaftaran SPPP adalah sebanyak 65,755.", "Ditanya mengenai tindakan menjual semula tiket konsert Coldplay dengan harga mahal oleh ulat tiket, beliau berkata apa sahaja yang melanggar Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, iaitu menaikkan harga yang tidak wajar boleh diambil tindakan.", "Coldplay, kumpulan muzik terkemuka dunia, menjayakan konsert dalam siri jelajah Music Of The Spheres World Tour yang dijadualkan pada 22 Nov ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.", "Menyentuh mengenai bekalan gula, Fuziah memaklumkan buat masa ini bekalan gula mencukupi dan semalam pihaknya telah bertemu dengan pengeluar gula bagi mengadakan perbincangan lanjut berhubung isu itu.", "Sementara itu, Pengerusi Jawatankusa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang Sim Chon Siang memaklumkan isu kekurangan bekalan gula di Raub dan Maran sebelum ini adalah berikutan pembelian panik, namun kini telah diatasi. ", "Pada program itu, SSM turut menyampaikan sebuah mesin retort bernilai RM38,500 kepada Pertubuhan Dapur Infaq Ummah melalui peruntukan Wakalah Zakat Korporatnya (WZK) selain menyerahkan sumbangan RM150,000 kepada 300 mangsa banjir serta bantuan berjumlah RM10,000 kepada 20 usahawan. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/18/subsidi-bersasar-diesel-dijangka-dilaksana-tahun-depan-salahuddin
[ "KUALA LUMPUR: Pelaksanaan subsidi bersasar untuk diesel dijangka mula dilaksanakan pada tahun depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub.", "Beliau berkata Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang melibatkan beberapa kementerian semalam bersetuju supaya satu pangkalan data bersepadu disiapkan bagi memastikan pelaksanaan subsidi bersasar itu berkesan.", "Semua agensi dan kementerian sudah ada pangkalan data masing-masing, cuma kita perlu selaraskan semuanya dan pastikan ia tepat dan berkesan apabila ia (subsidi bersasar diesel) dilaksanakan,” katanya.", "Salahuddin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2023  di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.", "Pada Februari lepas, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata kerajaan mampu memperoleh penjimatan sehingga RM17 bilion sekiranya golongan T20 tidak menikmati subsidi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).", "Sementara itu mengulas pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi di Kelantan selepas projek rintis di Perlis, Salahuddin berkata projek itu bertujuan mengawal isu ketirisan dan penyeludupan diesel dan petrol di sempadan negara.", "Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata KPDN kini di peringkat akhir untuk memuktamadkan pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi di beberapa negeri lain selepas projek rintis dilaksanakan di Perlis.", "Ahmad Zahid berkata projek di bawah inisiatif Program Ekonomi Sempadan itu dapat menyelamatkan peruntukan subsidi minyak kerajaan, selain peluang untuk negara meningkatkan pendapatan melalui cukai jualan yang dikenakan terhadap kenderaan asing.", "Projek itu kini dilaksanakan di Perlis iaitu di Padang Besar dan Wang Kelian dan KPDN sedang di peringkat akhir memuktamadkan pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi di Kelantan. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/18/pemain-industri-francais-diseru-berkolaborasi-promosi-produk-tempatan
[ "KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru pemain industri francais tempatan supaya berkolaborasi untuk mempromosikan jenama masing-masing ke peringkat antarabangsa.", "Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata sudah tiba masanya kesemua pemain industri bersama dalam memasarkan produk tempatan ke luar negara sekali gus mengetepikan persaingan.", "“Saya yakin sekiranya kita bersama menggembleng tenaga untuk promosi jenama tempatan ke peringkat antarabangsa maka lebih banyak produk datang dari Malaysia lebih dikenali di luar negara.", "“Kita seharusnya meletakkan segala usaha atas nama negara dan melupakan segala perbezaan kaum dan agama,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2023, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.", "Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Pengerusi Persatuan Francais Malaysia Datuk Radzali Hassan.", "Ahmad Zahid berkata kerajaan juga komited mempromosi pelbagai jenama tempatan di peringkat antarabangsa bukan sahaja untuk produk makanan dan minuman malah merangkumi pelbagai produk seperti farmaseutikal, perkhidmatan dan perbankan.", "“Bukan sahaja melalui pameran besar namun sudah tentunya apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan membawa jenama Malaysia ketika melakukan lawatan rasmi ke luar negara,” katanya.", "Sementara itu, Salahuddin berkata bagi mencari penyelesaian tuntas untuk industri francais dapat membawa jenama Malaysia ke peringkat antarabangsa, satu pelan jangka panjang yang lebih komprehensif akan dirangka Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).", "“Ini sudah pasti memerlukan satu libat urus dan satu perancangan pelan tindakan yang lebih terperinci dan insya-Allah saya rasa dalam tahun ini kita akan adakan lebih banyak sesi libat urus (untuk merangka pelan jangka panjang itu),” katanya ketika ditemui pemberita. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/18/kkr-sedia-bincang-dengan-mot-pemasangan-awas-di-lokasi-kemalangan
[ "TELUK INTAN: Kementerian Kerja Raya (KKR) sedia berbincang dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk pemasangan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di kawasan sering berlaku kemalangan jalan raya.", "Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pemasangan kamera AWAS itu adalah satu daripada jalan penyelesaian bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di kawasan tersebut.", "\"Ini (pemasangan kamera AWAS) belum lagi dalam perancangan tetapi kemungkinan itu ada. Apa sahaja kaedah yang boleh menjamin keselamatan pengguna jalan raya, kita sedia berbincang dengan mana-mana kementerian,\" katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan Jalan Persekutuan di FT058 Jalan Bidor - Teluk Intan di sini hari ini.", "Beliau turut memaklumkan KKR menyalurkan peruntukan sejumlah RM1.7 juta untuk kerja-kerja penyenggaraan di Jalan Persekutuan di FT058 Jalan Bidor - Teluk Intan yang sering menjadi lokasi kemalangan sejak kebelakangan ini.", "Sementara itu, Nanta berkata KKR telah memperuntukkan sebanyak RM42.4 juta bagi kerja-kerja penyenggaraan di Jalan Persekutuan di Perak membabitkan laluan sepanjang 1,514 kilometer.", "\"Beberapa projek naik taraf juga sedang dilaksanakan iaitu penggantian beberapa jambatan iaitu Jambatan Sungai Bogak di daerah Kerian, Jambatan Sungai Air Puteh di daerah Larut, Matang dan Selama, Jambatan Manjung serta jambatan Sungai Kinchap di Kampar.", "Dalam pada itu, Nanta berkata kementerian turut meluluskan peruntukan awal berjumlah RM30 juta tahun ini bagi kerja-kerja menaik taraf Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli. ", "\"Peruntukan itu membabitkan kerja-kerja penyenggaran di laluan tersebut  yang berusia lebih 40 tahun dan sudah semakin uzur serta sering menjadi rungutan pengguna jalan raya yang melalui jalan berkenaan,” katanya sambil memaklumkan KKR akan mengadakan tinjauan di jalan berkenaan tidak lama lagi. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/18/mcmc-ambil-tindakan-iklan-jualan-semula-konsert-coldplay-di-media-sosial
[ "PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah diarah untuk mengambil tindakan berkaitan iklan jualan semula tiket konsert Coldplay di media sosial, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.", "Ditemui pemberita selepas program Jom Baca Bersama 10 Minit di Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sini hari ini, beliau berkata wujud aktiviti penipuan jualan tiket konsert berkenaan di media sosial dan MCMC akan meminta pengendali platform berkenaan menurunkan hantaran tersebut. ", "“Kalau dikesan kita akan bawa (scammer) ke muka pengadilan dan hantaran (jualan tiket) jika masih berada di platform akan diambil tindakan bersesuaian,” katanya.", "Tular di media sosial mengenai kewujudan akaun-akaun di pelbagai platform yang menjual tiket konsert Coldplay namun ia dikatakan dikendalikan oleh ‘scammers’.", "Mengenai tindakan menjual semula tiket Coldplay dengan harga mahal oleh ulat tiket, Fahmi berkata beliau telah meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk melakukan pemantauan mengenai perkara itu kerana ia dibawah bidang kuasa kementerian berkenaan.", "“Saya lihat (jualan semula tiket) agak keterlaluan,\" katanya dan menambah isu ulat tiket itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri akan datang. ", "Fahmi turut menasihati orang ramai agar membeli tiket konsert Coldplay melalui sumber yang sah bagi mengelak menjadi mangsa ulat tiket dan scammer.", "“Saya ingatkan kalau ingin beli… belilah daripada sumber sah agar tidak ditipu dan kalau beli tetapi tidak dapat tiket. Buat laporan polis untuk mereka ambil tindakan,” katanya.", "Coldplay, kumpulan muzik terkemuka dunia, menjayakan konsert dalam siri jelajah Music Of The Spheres World Tour mereka di Malaysia pada November ini.", "Ini merupakan konsert julung kalinya dipersembahkan kumpulan muzik dari Britian itu di Malaysia, yang dijadualkan pada 22 Nov ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.", "Coldplay dilapor memulakan siri jelajah mereka pada Mac di Costa Rica, sebelum meneruskan persembahan yang dijadualkan di Tokyo, Kaohsiung (Taiwan), Jakarta dan Perth, selain Kuala Lumpur pada November ini. - ernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/18/pelaksanaan-stesen-minyak-tanpa-subsidi-di-kelantan-di-peringkat-akhir-naccol
[ "KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini di peringkat akhir untuk memuktamadkan pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi di beberapa negeri lain selepas projek rintis dilaksanakan di Perlis, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.", "Beliau berkata projek di bawah inisiatif Program Ekonomi Sempadan itu dapat menyelamatkan peruntukan subsidi minyak kerajaan, selain terdapat peluang untuk meningkatkan pendapatan negara melalui cukai jualan yang dikenakan terhadap kenderaan asing.", "“Projek kini dilaksanakan di Perlis iaitu di Padang Besar dan Wang Kelian. KPDN sedang peringkat akhir memuktamadkan pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi terutama di Kelantan.", "“Negeri lain yang menyusul adalah Kedah, Perak, Sarawak, Sabah dan Johor,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) di sini hari ini.", "Beliau berkata laporan awal Projek Pembekalan Petrol RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi yang dilaksanakan di Padang Besar dan Wang Kelian, Perlis mendapati data jualan bahan petroleum bersubsidi menunjukkan penurunan 13.2 peratus bagi diesel manakala 15.7 peratus bagi RON95 di 38 stesen minyak untuk dua bulan pertama.", "“Jumlah penjimatan subsidi kerajaan adalah sekitar RM5 juta. Dua stesen minyak tanpa subsidi di Perlis itu mengalami peningkatan jualan sebanyak 14.75 peratus bagi diesel tanpa subsidi dan 43.27 peratus bagi RON95 tanpa subsidi,” katanya.", "Selain itu, Ahmad Zahid berkata sepanjang pelaksanaan Ops Tisris sejak 1 Mac 2023 hingga 15 Mei lepas, sebanyak 6,095 pemeriksaan dijalankan di seluruh negara dengan nilai rampasan 2,262,434 liter minyak diesel keseluruhan yang dianggar bernilai RM4,933,692 dengan 124 warga tempatan serta 39 rakyat asing ditahan.", "Mengenai bekalan telur ayam, beliau berkata sehingga 8 Mei lepas, sebanyak 28.10 juta biji telur ayam telah diedarkan kepada pengguna. Bekalan itu diedar ke 369 outlet pemasaran  Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ", "Selain itu, 59 peratus dari bekalan iaitu 16.58 juta biji telur telah diedarkan melalui usaha pengaturan pasaran FAMA bersama usahawan-usahawan pemasar, katanya.", "Dalam memastikan kecukupan bekalan makanan terutama di kawasan berkepadatan tinggi, Ahmad Zahid berkata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)  menjalankan kajian khas profil kependudukan bagi empat daerah pentadbiran terpilih untuk melihat taburan penduduk dan kepadatan penduduk mengikut mukim dalam daerah Bagan Datuk, Port Dickson, Petaling dan Samarahan. ", "Beliau berkata DOSM mencadangkan minimum satu pasar tani bagi mukim dengan penduduk antara 3,001 dan 5,000 orang manakala bagi penduduk 100,001 ke atas, dicadangkan minimum 10 pasar tani.", "\"Secara keseluruhan, adalah dicadangkan untuk menambah 3,791 untuk Semenanjung Malaysia, 64 pasar tani untuk Sabah dan 24 pasar tani untuk Sarawak,\" katanya.", "Beliau berkata FAMA sedang meneliti jumlah penambahan outlet itu bagi tindakan selanjutnya supaya semua rakyat tanpa mengira latar belakang dapat menikmati bekalan makanan yang mencukupi dengan harga mampu bayar.", "Sementara itu, Ahmad Zahid berkata Program Jualan Khas Ramadan Madani yang dilaksanakan di 268 lokasi dari 17 Mac hingga 14 April 2023 disertai 13,555 usahawan sekali gus menjana RM20.14 juta nilai jualan, manakala program Jualan Khas Syawal Madani yang dilaksana bermula 15 hingga 21 April lepas di 113 lokasi seluruh negara telah mencatat nilai jualan RM14.13 juta dan melibatkan penyertaan 5,562 usahawan.", " Mengenai Program Jualan Agro Madani, beliau berkata 424 operasi yang dilaksana telah menjana RM9.35 juta nilai jualan sehingga 30 April lepas dan dianggarkan penjimatan sebanyak RM1.0 juta telah dinikmati oleh pengguna sepanjang program itu berlangsung. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/18/lebih-17000-tiket-penerbangan-sehala-ke-sabah-sarawak-ditawar-pada-harga-maksimum-rm300
[ "KUALA LUMPUR: Sebanyak 17,708 tiket penerbangan sehala dari Semenanjung ke Sabah atau Sarawak dijual pada harga maksimum RM300 sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.", "Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata harga istimewa itu ditawarkan oleh semua syarikat penerbangan dalam negara untuk tempoh perjalanan pada 27, 28 dan 29 Mei ke Sabah manakala 29, 30 dan 31 Mei ke Sarawak.", "“Kerajaan beli (sebanyak 17,708 tiket) daripada syarikat-syarikat penerbangan dan kita jual semua pada harga diskaun iaitu maksimum RM300,” katanya pada sidang media selepas melepas Majlis Hari Raya Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), di Stesen Kuala Lumpur di sini hari ini.", "Menurut Loke, projek rintis itu bertujuan menyelesaikan masalah harga tiket penerbangan yang mahal ketika musim perayaan dan sekiranya berjaya, ia akan dibentangkan kepada Kabinet agar boleh dijadikan  inisiatif berterusan.", "Loke berkata harga maksimum itu tidak termasuk cukai dan fi namun dengan pembelian tiket berkenaan pengguna akan dilindungi mengikut Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC).", "Beliau berkata anggaran keseluruhan bagi bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak sepanjang tempoh penawaran adalah antara RM5.8 juta hingga RM11.4 juta.", "Menurut Loke berikutan tiket penerbangan laluan Johor Bahru-Sibu bagi tempoh tiga hari sebelum perayaan Hari Gawai habis dijual, syarikat Batik Air akan menyediakan perkhidmatan penerbangan carter dengan kekerapan sekali sehari pada 29, 30 dan 31 Mei.", "Sementara itu, Loke berkata sebanyak 10,744 tiket perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan 499,323 tiket KTM Intercity terjual sehingga 9 malam semalam daripada 4.4 juta tiket yang ditawarkan bagi perjalanan Julai sehingga Disember 2023.", "Katanya jualan tiket yang bermula 15 Mei lepas itu juga melibatkan tarikh hari perayaan negara seperti Hari Kebangsaan, Hari Malaysia, Deepavali, Krismas selain cuti sekolah.  ", "“(Sebanyak) 2,043 tiket bagi dua perkhidmatan ETS tambahan untuk laluan KL Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya untuk perjalanan 26 Mei hingga 5 Jun sempena cuti sekolah penggal pertama dan cuti umum juga telah terjual. ", "\"Ini membuktikan rakyat Malaysia menggunakan serta menghargai pengangkutan awam yang disediakan kerajaan, terutama perkhidmatan yang disediakan KTMB yang selamat dan selesa untuk ke destinasi masing-masing,\" katanya yang turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa merancang perjalanan. - BERNAMA \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/18/kpdn-perak-rampas-31000-liter-diesel-bersubsidi
[ "IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 31,000 liter diesel bersubsidi selepas menyerbu sebuah premis tidak bernombor di Sauk, Kuala Kangsar semalam.", "Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata dalam serbuan kira-kira pukul 10.30 pagi itu pihaknya turut menyita sebuah lori tangki dan sebuah van yang diubah suai, serta peralatan digunakan untuk aktiviti penyelewengan diesel, dengan nilai keseluruhan rampasan sekitar RM101,400.", "\"Kita percaya sindiket ini beroperasi dengan membeli minyak diesel di beberapa stesen minyak di sekitar Kuala Kangsar dengan harga subsidi, kemudiannya dikumpulkan di sini, sebelum dijual kepada pihak industri,\" katanya dalam kenyataan semalam. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/18/13-pekerja-hotel-antara-20-pendatang-asing-tanpa-izin-ditahan-di-melaka
[ "MELAKA: Jabatan Imigresen negeri menyerbu sebuah hotel di sekitar Bandaraya Melaka yang disyaki menggaji pekerja warga asing tanpa izin dalam Operasi Sapu (Op Sapu) di sini kelmarin.", "Pengarah Imigresen negeri Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata 13 pekerja asing hotel itu bersama tujuh lagi warga asing tanpa izin antara ditahan dalam beberapa siri serbuan berasingan bermula 9 pagi hingga 11 malam, kelmarin.", "\"Kesemua mereka yang ditahan berumur lingkungan 20 hingga 48 tahun melibatkan seramai 17 warga Indonesia, dua warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh daripada 70 warga asing yang telah diperiksa.", "\"Antara lokasi yang turut menjadi sasaran ketika serbuan oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri ialah medan selera, pusat mencuci kenderaan mewah dan penempatan pekerja asing,\" katanya dalam kenyataan di sini semalam.", "Mengulas lanjut Anirwan berkata hasil pemeriksaan menyeluruh ke atas hotel terkemuka itu, pihaknya mendapati mereka menggunakan khidmat ejen pekerja asing yang membekalkan pekerja untuk pengemasan, pembersihan dan juga pelayan restoran.", "\"Seramai 41 pekerja warga asing di hotel terbabit telah diperiksa dan 13 orang yang ditahan itu disyaki melakukan kesalahan tinggal lebih masa dan juga melanggar syarat pas atau permit kerja yang telah dikeluarkan.", "\"Hasil pemeriksaan juga mendapati pihak hotel telah menggunakan khidmat pekerja terbabit kita-kira lima bulan dan ketika serbuan itu juga,  ada yang cuba menyembunyikan diri selain menyamar sebagai pekerja tempatan,\" katanya.", "Dalam pada itu beliau berkata pada operasi di lain tempat, terdapat warga asing yang bertindak agresif dan cuba melarikan diri semasa anggotanya melakukan serbuan tanpa memikirkan keselamatan diri.", "Katanya antara kesalahan lain yang dikenal pasti dalam serbuan tersebut adalah masuk dan tinggal di Malaysia secara haram dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri serta lain-lain kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/18/malaysia-komited-tingkatkan-peranannya-dalam-hal-ehwal-antarabangsa
[ "PUTRAJAYA: Kerajaan Perpaduan akan meningkatkan peranan Malaysia dalam hal ehwal antarabangsa khususnya dengan negara jiran di ASEAN, serta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan masyarakat antarabangsa secara amnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Berucap pada majlis sambutan Aidilfitri Kementerian Luar (Wisma Putra), beliau berkata dalam mencapai aspirasi itu negara memerlukan tenaga profesional yang kompeten di Kementerian Luar.", "Beliau memuji pegawai-pegawai kementerian itu kerana berkhidmat dengan penuh dedikasi untuk negara, dan mempromosikan dasar dan konsep Malaysia MADANI di peringkat antarabangsa.", "Anwar berkata, berdasarkan pengalamannya yang terhad sejak mula berkhidmat untuk negara enam bulan lalu dan lawatan ke beberapa negara, apa sahaja kejayaan yang dicapai adalah hasil komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh pegawai kementerian.", "\"Anda membuat saya bangga dengan cara anda bekerja, anda menyelesaikannya, anda menyediakan nota kadangkala terlalu banyak untuk saya cerna, tetapi kerja yang melelahkan itu menghasilkan laporan komprehensif dan tahap kecekapan luar biasa.", "“Saya telah melawat seperti yang anda tahu China, Kemboja, Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand dan Filipina, dan Turkiye semasa gempa bumi dan saya mesti mengatakan bahawa saya bangga dapat bertemu dengan pegawai Kementerian Luar, kedutaan. Mereka telah memikul tugas ini dengan sangat serius untuk berkhidmat kepada negara kita,” katanya.", "Sejak dilantik pada November tahun lalu, Anwar telah melakukan 10 lawatan antarabangsa ke sembilan negara bermula dengan Indonesia (8-9 Jan), Brunei (24-25 Jan), Singapura (30 Jan), Thailand (9-10 Feb), Turkiye ( 14-15 Feb), Filipina (1-2 Mac), Arab Saudi (22-24 Mac), Kemboja (27 Mac), China (29 Mac hingga 1 April) dan terbaharu Indonesia (10 Mei) bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-42.", "Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan ketua-ketua perwakilan diplomatik ke Malaysia. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/17/lelaki-ditahan-disyaki-cuba-pecah-mesin-atm
[ "JERTIH: Seorang lelaki ditahan hari ini bagi membantu siasatan cuba memecahkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di sini, disyaki akibat terdesak untuk membeli dadah.", "Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata kejadian disedari kakitangan bank terbabit pada 6.30 petang semalam, apabila menerima panggilan daripada khidmat pengurusan bank memaklumkan mesin deposit dan pengeluaran cawangan bank itu telah diumpil.", "\"Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati alat penggera berbunyi pada 6 petang semalam dan kelihatan seorang lelaki dipercayai suspek sedang mengumpil pintu mesin itu,\" katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau berkata polis berjaya menjejak dan memberkas lelaki berusia 42 tahun itu di sebuah rumah di Kampung Bukit Rambutan di sini, pagi tadi.", "\"Suspek mengatakan dia pergi beberapa kali (ke bank) untuk menyemak sama ada bantuan khas kerajaan telah dimasukkan ke dalam akaunnya atau pun tidak.", "\"Namun setelah mendapati akaun masih kosong, suspek bertindak mahu mengambil wang di dalam mesin ATM untuk mendapatkan bekalan dadah kerana dia terputus bekalan beberapa hari kerana tiada wang,\" katanya.", " Beliau berkata lelaki itu yang memiliki dua rekod lampau berkaitan dadah dan satu kes jenayah kini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/17/harga-petrol-diesel-kekal-bagi-tempoh-18-24-mei
[ "KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal bagi tempoh 18 hingga 24 Mei ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF).", "“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling ditetapkan,” menurut kenyataan itu.", "Kementerian Kewangan memaklumkan kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/17/rm17-bilion-diperuntukkan-untuk-projek-pembetungan-seluruh-negara-nik-nazmi
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM1.7 bilion dalam Rolling Plan 3 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk membangunkan infrastruktur mampan menerusi pelaksanaan projek pembetungan di seluruh negara.", "Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memodenkan infrastruktur pembetungan dan menyediakan perkhidmatan pembetungan yang cekap dan berkualiti kepada seluruh rakyat Malaysia.", "Beliau berkata setakat ini, Malaysia telah mencapai 85.4 peratus perkhidmatan pembetungan di bandar-bandar utama dan menyasarkan untuk mencapai 90 peratus liputan pembetungan menjelang akhir RMK12 pada 2025.", "“Pemodenan sektor pembetungan negara melibatkan proses menaik taraf loji rawatan kumbahan yang tidak berkesan dan tidak menjimatkan kos serta menutup loji rawatan bersaiz kecil kerana penduduk dan aktiviti ekonomi yang berkembang.", "“Inisiatif itu juga penting untuk memastikan efluen yang dilepaskan mematuhi peraturan alam sekitar yang ketat, terutamanya tentang pencemaran sumber air,” katanya dalam ucapan perasmian Trenchless Asia 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.", "Nik Nazmi berkata kementerian telah mengambil konsep penyerantauan dalam pembangunan infrastruktur pembetungan di kawasan bandar berkepadatan tinggi yang menggalakkan pembinaan loji rawatan kumbahan dengan skala yang sesuai bagi memenuhi keperluan komuniti lebih besar.", "“Tiga produk sampingan loji rawatan kumbahan sebagai contoh biopepejal, bioefluen dan biogas, kesemuanya mempunyai potensi ekonomi untuk dikomersialkan …. Sebagai contoh bioefluen, kerajaan telah meletakkan agenda khusus untuk menggunakan efluen terawat untuk tujuan tertentu.", "“Menerusi inisiatif ini, kerajaan menyasarkan untuk menghasilkan 1,500 JLH (juta liter sehari) air tebus guna menjelang 2030, kebanyakannya digunakan untuk kegunaan yang tidak boleh diminum dan sebagai sumber air alternatif untuk industri tertentu,” katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/17/awang-sariyan-terima-anugerah-tokoh-suluh-budiman-upsi-2023
[ "TANJUNG MALIM: Cendekiawan, perancang bahasa tamadun alam Melayu dan persuratan Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menerima Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2023, hari ini. ", "Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu mendapat anugerah berkenaan pada Majlis Sambutan Hari Guru dan Majlis Hari Raya Aidilfitri UPSI di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah di sini.", "Anak kelahiran Kampung Teluk Kerang, Pontian, Johor itu pernah menyandang Kursi Za’ba di UPSI dan penyandang Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di Beijing, China selain menjadi profesor tamu di beberapa universiti terkemuka antarabangsa.", "Tuanku Zara terdahulu berkenan mengurniakan Anugerah Tokoh Guru Alumni kepada lapan penerima antaranya Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak Khairudin Abu Hanipah; bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis Datuk Hamdan Bahari; Sasterawan Negara 2022 Datuk Rahman Shaari; penerima Hadiah Sastera Malaysia 2014 Prof Dr Abdul Halim Ali; dan komposer terkenal Rozman Shafie yang juga dikenali sebagai LY.", "Seterusnya, 14 guru turut terpilih menerima Anugerah Guru Cemerlang antaranya Ikon Guru Teknologi Pendidikan Kebangsaan Abd Rahman Ali Bashah; Pemenang Malaysia Teacher Prize 2022 Anuthra Sirisena; dan Tokoh Abdullah Uraiqith-Sambutan Maulidur Rasul Negeri Melaka 2021, Chan Chin Ho.", "Keseluruhan penerima Anugerah Tokoh Guru Alumni dan Anugerah Guru Cemerlang membawa pulang duit syiling “Peringatan 100 Tahun SITC-MPSI-IPSI-UPSI” dan sijil iringan.", "Sementara itu, Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff ketika menyampaikan sembah ucapan menjunjung kasih berkata tema “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani” pada tahun ini amat bertepatan dengan aspirasi menjulang pendidik yang berilmu dan tinggi nilai pekerti.", "Beliau berkata tema itu amat simbolik dengan peranan sebenar guru dalam membangunkan jiwa murid agar tidak bersandar terhadap bilangan “A” yang dicapai semata-mata. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/17/kebakaran-mid-valley-siasatan-awal-dapati-berpunca-daripada-minyak-penyejuk-kabel
[ "KUALA LUMPUR: Siasatan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati kebakaran di Mid Valley Megamall pagi tadi dipercayai berpunca daripada minyak penyejuk kabel di dalam pencawang utama Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terlampau panas.", "Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Kuala Lumpur M Fatta M Amin berkata minyak terbabit yang sukar untuk terbakar kerana ia boleh tahan sehingga suhu mencecah 137 darjah Celsius, digunakan untuk menyejukkan kabel di dalam pencawang dan bukan untuk menjana kuasa elektrik. ", "“Tetapi, dipercayai terdapat haba yang berlebihan daripada pencawang itu yang sekali gus sampai ke tahap terbakar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.", "Menurut beliau, terdapat empat pencawang utama TNB di bangunan Mid Valley namun hanya satu yang terbakar manakala tiga lagi tidak terjejas.", "Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata siasatan awal polis mendapati tiada unsur khianat dikesan berhubung kejadian itu.", "“Bagi kawasan dalam radius 10 km dari sini, saya mendapat laporan bahawa pihak TNB telah pun mengambil langkah-langkah tertentu dan bekalan elektrik tidak terjejas,” katanya.", "Terdahulu, tular beberapa video dalam media sosial yang menunjukkan kepulan asap hitam keluar daripada bangunan itu kira-kira pukul 10.30 pagi tadi. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/17/jpa-sedang-dalam-tindakan-terhadap-laporan-sprm-diabai-agensi-kerajaan
[ "PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang dalam proses tindakan terhadap lebih 500 laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai salah laku kakitangan agensi kerajaan tetapi tidak diendahkan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.", "\"Ada beberapa kes dalam proses siasatan oleh jawatankuasa khas di JPA untuk melihat laporan-laporan tersebut,\" katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka MADANI Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.", "Beliau mengulas pendedahan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki seperti yang dilaporkan pada 9 Mei lepas bahawa beberapa agensi kerajaan mengabaikan lebih 500 laporan salah laku kakitangan mereka walaupun pihaknya mengesyorkan untuk mengambil tindakan.", "Beliau juga berkata tindakan telah diambil terhadap beberapa laporan SPRM yang memerlukan tindakan tatatertib, manakala kes yang melibatkan isu salah laku jenayah rasuah akan diambil tindakan oleh SPRM. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/17/isu-kalimah-allah-kabinet-persembah-cadangan-kepada-majlis-raja-raja
[ "KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan cadangan-cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah ‘Allah’ kepada Majlis Raja-Raja. ", "Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan hari ini berkata ia turut melibatkan cadangan memperkukuh perpaduan dan keharmonian antara kaum dan agama di Malaysia.", "Perkara itu antara yang dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini berhubung keputusan Peguam Negara untuk menarik balik rayuan terhadap kes Jill Ireland Lawrence Bill berhubung bahan penerbitan yang mengandungi kalimah ‘Allah’.", "Anwar berkata Jemaah Menteri mengambil maklum bahawa keputusan menarik balik rayuan hanya berkisar soal pentadbiran dan tidak merubah ketetapan mahkamah pada 2014.", "“Kerajaan menghormati, memperakui dan menerima pakai ketetapan enakmen negeri-negeri dan titah Yang di-Pertuan Agong pada 7 Feb 2023 yang menzahirkan agar dikekalkan dasar sedia ada yang sedang berkuat kuasa berhubung isu penggunaan kalimah Allah.", "“Kerajaan akan senantiasa mempertahan Perlembagaan Persekutuan terutama Perkara 3 berhubung agama Islam adalah agama Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai,” kata beliau dalam kenyataan hari ini. ", "Pada 15 Mei lepas, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Malaysia dilaporkan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.", "Jill Ireland memohon semakan kehakiman pada 20 Ogos 2008 supaya dikembalikan lapan cakera padat (CD) dengan tajuk mengandungi kalimah ‘Allah’ yang dirampas daripadanya pada 11 Mei 2008, serta perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah itu dalam penerbitan Kristian. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/17/mohamad-sabu-terima-anugerah-medal-of-spiritual-unity-di-rusia
[ "KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dianugerahkan “Medal of Spiritual Unity” dalam lawatan kerjanya ke Rusia.", "Menerusi hantaran dalam akaun Facebook Mohamad hari ini, anugerah itu disampaikan Mufti Besar Persekutuan Rusia yang juga Pengerusi Muslim Spiritual Board Ravil Gaynutdin di Grand Cathedral Mosque, Moscow, pada Selasa (16 Mei).", "Menurut hantaran itu, siri lawatan rasmi Mohamad ke negara itu merupakan usaha meningkatkan perpaduan ummah sekali gus memperkukuh kerjasama antara Malaysia dengan Rusia dalam pelbagai bidang terutamanya bidang pertanian, keterjaminan makanan dan potensi kerjasama industri halal.", "Terdahulu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam kenyataan memaklumkan Mohamad akan berkongsi mengenai wawasan sektor pertanian dan keterjaminan makanan Malaysia ketika mengambil bahagian pada Forum Ekonomi Antarabangsa ke-14 \"Rusia-Dunia Islam: Forum Kazan 2023\" sempena lawatan kerjanya ke Rusia bermula 15 hingga 23 Mei.", "Forum itu merupakan acara antarabangsa yang dianjurkan kerajaan Rusia melalui kerajaan Republik Tatarstan sejak 2009 sebagai platform memperkukuh kerjasama antara Rusia dengan negara-negara Islam. - Gambar Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/16/pegawai-anggota-polis-ppinang-antara-ditahan-terlibat-judi-ekor-haram
[ "GEORGE TOWN: Seorang pegawai dan enam anggota polis antara 12 individu ditahan dalam siri serbuan di sekitar Pulau Pinang pada Ahad dan semalam, kerana disyaki terlibat kegiatan judi ekor haram.", "Selain pegawai dan anggota polis berkenaan, lima orang awam turut ditahan dalam operasi selama dua hari oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, hasil maklumat dan risikan yang dijalankan pihak polis.", "Kesemua pegawai dan anggota polis berusia 27 hingga 48 tahun itu ditahan di sekitar Air Itam dan bertugas di balai polis yang sama.", "Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin mengesahkan penahanan pegawai dan anggota terlibat namun enggan mengulas lanjut kes berkenaan kerana ia masih dalam siasatan.", "“Saya boleh mengesahkan bahawa ada tangkapan judi ekor haram dibuat membabitkan seramai tujuh anggota polis dan lima orang awam, namun saya tidak dapat ulas lanjut kerana masih dalam siasatan polis Bukit Aman,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/16/kpm-umum-10-prakarsa-termasuk-program-cuti-cuti-cikgu-sempena-hari-guru-2023
[ "MELAKA: Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan 10 prakarsa atau inisiatif bagi memperkasa kebajikan dan mengurangkan beban tugas guru termasuk Program Cuti-Cuti Cikgu sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-52 tahun ini.", "Menterinya Fadhlina Sidek berkata inisiatif berkenaan juga bertujuan mengurangkan kos sara hidup, merancakkan ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat selaras dengan tema sambutan berkenaan iaitu 'Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI'.", "Beliau berkata antara inisiatif berkenaan ialah menyediakan peluang merehatkan minda melalui Program Cuti-Cuti Cikgu mampu milik dengan kerjasama kerjasama rakan strategik KPM.", "“Program ini ditawarkan melalui potongan harga tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan darat serta taman tema dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Tourism Malaysia), Kementerian Pengangkutan Malaysia, Airasia, Traveloka dan Bank Rakyat.", "“Selain menghargai sumbangan guru menerusi peluang pakej percutian menarik, inisiatif ini turut dapat mempromosikan destinasi pelancongan dan merancakkan ekonomi negara,\" katanya ketika berucap pada majlis pelancaran sambutan itu di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh hari ini.", "Majlis pelancaran itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying.", "Fadhlina berkata inisiatif lain ialah KPM bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan terus memperkasa pengurusan pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan khususnya bagi mengatasi isu kekosongan guru dalam mata pelajaran kritikal.", "“KPM telah memperkasakan kaedah yang lebih strategik dalam urusan pengambilan guru baharu termasuklah mempertingkat sinergi dan kerjasama strategik dengan Pihak Berkuasa Melantik serta agensi pusat yang berkaitan seperti SPP, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan.", "“Beberapa kaedah dan pendekatan strategik telah dipersetujui dan akan dilaksanakan termasuk peluasan kluster mata pelajaran bagi membolehkan lebih ramai calon berpotensi dilantik sebagai guru,” katanya.", "Beliau berkata selain itu, pengambilan juga diperluaskan dalam kalangan graduan berpotensi tinggi dari universiti swasta dan universiti luar negara bagi mata pelajaran kritikal dan sukar mendapat calon dari Universiti Awam seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Rekabentuk dan Teknologi dan Pendidikan Islam.", "Katanya inisiatif lain ialah kebenaran dan kelonggaran pemakaian baju korporat rasmi KPM kepada semua guru institusi pendidikan bawah kementerian itu bagi memberi keselesaan semasa menjalankan tugas harian termasuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam dan di luar bilik darjah serta aktiviti kokurikulum.", "Fadhlina berkata selain itu, KPM menetapkan agar sambutan Hari Guru tahunan mulai tahun ini disambut di peringkat kebangsaan dan sekolah sahaja dan sebarang kutipan sumbangan daripada guru bagi tujuan majlis tersebut dimansuhkan.", "Beliau berkata prakarsa lain pula membabitkan peluasan sekolah Komprehensif K9 dengan penambahan 10 buah sekolah lagi dalam usaha mengatasi isu keciciran murid khususnya di kawasan pedalaman dan Orang Asli. ", "\"Sehingga kini, terdapat 12 buah program Sekolah K9 yang sedang beroperasi di seluruh negara dan KPM telah memutuskan peluasan pengoperasian Sekolah K9 di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Beluru di Tumpat, Kelantan  mulai Jun 2023 dengan melibatkan murid arus perdana dan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MPBK),\" katanya.", "Inisiatif lain ialah berkaitan lawatan sekolah pada hari persekolahan, perluasan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) ke negeri Sabah, mempertingkat peranan kumpulan Guru Insani Malaysia, mempertingkat peranan Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) dan penambahbaikan Standard Guru Malaysia 2.0. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/16/guru-antara-diberi-keutamaan-kenaikan-elaun-gaji
[ "MELAKA: Golongan guru merupakan antara kumpulan penjawat awam yang akan diberi keutamaan untuk mendapat kenaikan elaun dan gaji, sekiranya pendapatan dan hasil negara bertambah baik kelak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Beliau berkata ini memandangkan kerajaan sedar ketika ini selain guru, gaji dan elaun penjawat awam seperti polis dan tentera adalah tidak mencukupi.  ", "“Sementara itu kita akan usahakan supaya kedudukan ekonomi lebih mantap dan hasil bertambah dan saya telah umumkan keutamaan adalah untuk penjawat awam dan guru, termasuk polis dan tentera kerana kita sedar elaun dan gaji mereka tidak mencukupi, sepatutnya kita beri layanan lebih baik,” katanya.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Aidilfitri Perpaduan MADANI Masyarakat Bersama Polis peringkat Parlimen Tangga Batu di sini hari ini. ", "Dalam Belanjawan 2023, Kementerian Pendidikan menerima tambahan peruntukan kira-kira RM2 bilion berbanding tahun sebelumnya, dengan tumpuan diberikan kepada isu sekolah daif, kemudahan asas dan infrastruktur sekolah. ", "Terdahulu ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Anwar berkata kenaikan elaun guru menjadi fokus kerajaan namun ia akan diputuskan selepas pendapatan dan hasil negara bertambah di masa akan datang. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/16/nuinda-dinobat-tokoh-guru-kebangsaan-2023
[ "MELAKA: \"Jadilah guru insani yang berjiwa mulia, berhati ikhlas, sanggup berjuang mendidik anak-anak bangsa demi pembangunan negara kita dan generasi akan datang,\" nasihat Tokoh Guru Kebangsaan 2023 Datuk Dr Nuinda Alias, 61.", "Bekas Pengetua Cemerlang Gred C itu berkata anugerah yang diterima itu diharap dapat menjadi inspirasi dan motivasi kepada rakan guru lain yang masih dalam perkhidmatan dan perjuangan sebagai pendidik.", "Anak kelahiran Sabah itu berkata anugerah berkenaan adalah pengiktrafan tertinggi diterimanya sepanjang bergelar guru dan pemimpin sekolah selepas meninggalkan dunia pendidikan pada 6 Feb 2022.", "\"Saya tidak terfikir dinobat sebagai Tokoh Guru Kebangsaan kerana titik permulaan saya sebagai seorang guru ialah ingin membantu pelajar saya mencapai sesuatu kejayaan.", "\"Keikhlasan saya mendidik anak bangsa, saya serahkan kembali kepada Allah SWT dan akhirnya hari ini saya mendapat anugerah ini... pengiktirafan ini juga antaranya disebabkan doa guru dan anak murid saya,\" katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru 2023 Peringkat Kebangsaan Ke-52 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini hari ini.", "Nuinda menerima wang tunai dan loket emas bernilai keseluruhan RM50,000, dua tiket penerbangan ke luar negara, plak iringan dan sijil penghargaan.", "Ibu kepada empat anak itu telah menerima pelbagai anugerah sepanjang perkhidmatannya antaranya termasuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 1999, 2008 dan 2015, Anugerah Pemimpin Kokurikulum Negeri Sabah (2017), Anugerah Pengetua Contoh Negeri Sabah (2020) dan Anugerah Tokoh Guru Negeri Sabah (2022).", "Beliau juga banyak terlibat dalam aktiviti kokurikulum di peringkat antarabangsa apabila berjaya membawa anak muridnya menyertai Kejohanan Skuasy Terbuka Qatar 2019 dan menjadi ketua kontinjen bagi Kejohanan Piala Dunia Tarian dalam tempoh 2011 hingga 2016.", "Sementara itu, penerima anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2023 Datuk Mazlan Mohamad, 69, berkata beliau memilih bidang pendidikan bukan untuk mendapat sebarang anugerah tetapi untuk menggalas tanggungjawab mendidik anak bangsa.", "\"Saya meletakkan diri saya selain kerja rutin, mempunyai matlamat dalam perkhidmatan pendidikan iaitu pendidikan itu mesti dikuasai dan diperolehi oleh semua. ", "\"Kita sebagai seorang guru, mendidik adalah tanggungjawab kita... memastikan supaya semua anak murid kita, semua rakyat Malaysia mendapat pendidikan sewajarnya. Itulah yang pegangan hidup saya,\" katanya yang telah berkhidmat selama 34 tahun sebagai guru sebelum bersara pada 2016.", "Anak kelahiran Raub, Pahang itu berkata beliau sangat terharu dan bangga dengan pengiktirafan yang diterima yang akan menjadi pendorong untuknya memberikan sumbangan kepada masyarakat.", "Berpegang teguh pada slogan 'education for all, no child left behind’, (pendidikan untuk semua, tiada kanak-kanak ketinggalan) beliau mengasaskan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih di Kuala Lumpur bagi memastikan anak gelandangan mendapat pendidikan sewajarnya.", "Mazlan turut menerima wang tunai dan loket emas bernilai keseluruhan RM50,000, dua tiket penerbangan ke luar negara, plak iringan dan sijil penghargaan. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/16/cuaca-panas-keadaan-sistem-kesihatan-masih-terkawal-dr-zaliha
[ "KUALA NERUS: Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa hari ini menegaskan sekali lagi bahawa status sistem kesihatan negara dalam berdepan cuaca panas ketika ini masih terkawal.", "Beliau berkata setakat semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) mencatatkan 15 kes kumulatif berkaitan cuaca panas dan bilangan kematian masih kekal hanya satu kes.", "“Sebanyak 15 kes itu membabitkan empat kes strok haba, lima kes kelesuan haba dan enam kes kekejangan haba. Selain daripada satu kematian yang melibatkan kanak-kanak berusia 11 tahun di Kelantan tempoh hari, mereka semua telah diberi rawatan di hospital dan pulih sepenuhnya.", "“Setakat ini saya boleh katakan keadaan masih terkawal dan tidak perlu tindakan drastik, namun KKM sentiasa bersedia dari segi rawatan dan semua pengarah hospital serta pengarah kesihatan negeri telah diminta untuk sentiasa berwaspada,” katanya selepas menghadiri sesi ‘Town Hall’ Kertas Putih Kesihatan (HWP) Zon Timur di Kompleks Pentadbiran Bandar Al Wathiqu Billah di sini hari ini.", "Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini bahawa kerajaan belum berhasrat untuk mengisytiharkan darurat ekoran fenomena El-Nino yang dihadapi negara ketika ini.", "Ahmad Zahid dilaporkan berkata kerajaan sedia mengisytiharkan darurat jika cuaca panas di negara ini mencapai tahap suhu melampau dan kerajaan sedang memantau keadaan serta keperluan itu sepanjang masa.", "Sementara itu, Dr Zaliha optimis bahawa HWP yang akan dibentangkan di Parlimen pada bulan depan untuk bacaan pertama, bakal mendapat sokongan penuh semua ahli Parlimen.", "\"Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah menyatakan sokongan penuh ke atas HWP, insya-Allah semua ahli Parlimen akan sokong HWP ini. Semestinya, semua mahukan sistem kesihatan negara yang terbaik,” katanya.", "Program hari ini menghimpunkan peserta dari Terengganu, Kelantan dan Pahang menerusi siri jelajah terakhir HWP, merupakan sebuah dokumen pelan reformasi kesihatan negara yang menggariskan cabaran serta cadangan penyelesaian bagi memastikan sistem kesihatan lebih berkualiti, mampan dan berdaya tahan. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/16/platform-sains-terbuka-malaysia-dilancarkan
[ "KUALA LUMPUR: Platform Sains Terbuka Malaysia (MOSP) dilancarkan hari ini bagi merapatkan jurang antara penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan, serta meningkatkan keupayaan inovasi negara.", "Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dalam ucapannya semasa pelancaran berkata menerusi MOSP, Malaysia akan dapat menyegerakan penyelesaian dan mempercepatkan penyelesaian walaupun dengan sedikit penyelidikan dan pembangunan sumber manusia.", "Beliau berkata MOSP juga boleh memupuk kerjasama pelbagai disiplin dan antarabangsa serta menjimatkan sumber dengan mengurangkan pertindihan dan pembiayaan semula projek penyelidikan yang serupa.", "“Saya yakin sains terbuka akan menjadi bahan penting dalam ekosistem penyelidikan dan pembangunan yang akan membuka masa depan baharu bagi landskap penyelidikan di Malaysia,” katanya.", "MOSP yang boleh diakses melalui mosp.gov.my adalah platform perkongsian data penyelidikan mentah yang dimulakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).", "Fadillah berkata MOSP berusaha untuk meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam sains terbuka dan inovasi yang boleh menyumbang secara positif kepada pembangunan keseluruhan dan daya saing negara dalam ekonomi global.", "Beliau berkata pada masa ini melalui MOSP, 10 bidang penyelidikan ditampilkan di platform berkenaan yang merangkumi sains biologi, kimia dan matematik; kejuruteraan fizik dan sains bahan dan veterinar pertanian dan sains makanan.", "Antara bidang penyelidikan lain ialah sains komputer, teknologi maklumat dan telekomunikasi; perubatan dan sains kesihatan; persekitaran iklim dan biodiversiti serta tenaga.", "Fadillah berkata adalah wajar wujudnya rasa bimbang mengenai pembukaan dan perkongsian data dengan pihak lain, kerana dikhuatiri penyelidikan seseorang nanti digunakan oleh orang lain.", "“Bagi mengatasi perkara ini, penggubalan Garis Panduan Sains Terbuka untuk Penyelidikan Dibiayai Awam bagi memastikan perkongsian data dilakukan dengan selamat adalah penting, bagi menenangkan semua komuniti penyelidik,” katanya.", "Fadillah berkata beliau percaya garis panduan ini juga harus diterima pakai sebagai subset Dasar Perkongsian Data Negara di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital,” tambahnya.", "Sementara itu ketika bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran itu Fadillah berkata melalui MOSP, komuniti penyelidik, akademik dan pemain industri kini boleh berkongsi dan berkolaborasi bagi mempercepatkan perkembangan inovasi dan kreativiti. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/16/remaja-tidak-sangka-rai-aidilfitri-terakhir-bersama-ibu-dan-empat-beradik
[ "KAMPAR: Ahmad Danish Basyir Nasaruddin,16, tidak menyangka sambutan Aidilfitri tahun ini bersama ibu dan empat adik-beradiknya adalah yang terakhir, apabila lima sekeluarga itu terkorban dalam nahas di Kampar pagi tadi.", "Malah remaja berusia 16 tahun itu menyangka panggilan daripada kakak saudaranya yang memberitahu berita malang itu sebagai gurauan sehinggalah diberitahu oleh guru sekolahnya.", "\"Pada mulanya saya tidak percaya, ingatkan kakak saudara saya bergurau tetapi apabila guru sekolah saya beritahu, baru saya percaya dan datang ke sini (hospital),\" katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Kampar di sini hari ini.", "Beliau yang bersekolah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh, berkata kali terakhir bertemu dengan ibunya Azriyani Abdul Latif serta adik-beradiknya adalah pada cuti sekolah sempena Aidilfitri baru-baru ini.", "\"Semasa (arwah) ibu menghantar ke asrama semula (selepas cuti persekolahan berakhir), ibu pesan jaga diri di asrama, jangan buat masalah. Itulah kali terakhir saya bertemu dan bercakap dengannya.", "\"Saya selalu tidur sekali dengan adik bongsu (Ahmad Uwais Qorni) apabila pulang ke rumah, saya memang rapat dengannya,\" kata anak keempat daripada lapan beradik itu.", "Tinjauan Bernama mendapati suasana di Unit Forensik diselubungi suasana pilu apabila Ahmad Danish Basyir dan adiknya Siti Nur Khadijah, 14, tidak dapat menahan kesedihan dan ditenangkan ahli keluarga lain.", "Ketika kejadian, Azriyani, 45, serta empat lagi anaknya - Ahmad Uwais Qorni, 5, Muhammad Fawwaz, 7, Siti Nur Aminah, 8, dan anak sulung, Muhammad Azib, 23, yang memandu kenderaan itu dalam perjalanan dari Kuala Kangsar ke Kampung Changkat Petai, Tapah Road.", "Difahamkan, Azriyani pulang ke rumah ibu bapanya untuk membawa bapanya menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tapah hari ini namun tidak berkesempatan apabila terkorban dalam kemalangan tersebut.", "Lima sekeluarga itu yang menaiki kereta maut apabila kenderaan tersebut hilang kawalan dan merempuh belakang sebuah treler muatan pasir di KM310. 2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pada 2.42 pagi tadi.", "Azriyani dan tiga anaknya maut di tempat kejadian dan mayat kesemua mangsa dibawa ke Hospital Kampar manakala seorang lagi anaknya Muhammad Fawwaz meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Tapah. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/16/tiada-alasan-benarkan-keganasan-fizikal-mental-terhadap-kanak-kanak-che-puan-besar
[ "Justeru, isteri Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu bertitah, jenayah berkenaan harus ditangani menerusi segala kaedah mengikut undang-undang serta penguatkuasaan yang ditetapkan.", "Menerusi hantaran di laman Facebook, Che’ Puan Besar Khaleeda bertitah sebagai komuniti yang prihatin, masyarakat perlu bersama-sama melindungi kanak-kanak daripada sebarang bentuk penderaan dan memberikan mereka masa depan yang lebih baik dan cerah.", "“Saya mengambil maklum tentang kes penderaan dua orang kanak-kanak membabitkan seorang pengasuh di Skudai, Johor. Saya hargai usaha anda semua yang berkongsi video penderaan itu di media sosial sehingga sampai ke perhatian saya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/16/jpj-sasar-kutipan-hasil-rm5-bilion
[ "Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata jangkaan itu berdasarkan beberapa program serta inisiatif pendigitalan yang dilancarkan oleh jabatan itu baru-baru ini.", "Beliau berkata hasil kutipan terbesar JPJ setiap tahun disumbangkan oleh cukai jalan dan proses pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) iaitu lebih 60 peratus.", "\"Tahun lepas kita berjaya kutip RM4.92 bilion, tahun ini kita yakin mampu kutip lebih RM5 bilion mengambil kira inisiatif dan program pendigitalan yang dilancarkan JPJ untuk masyarakat.", "\"Kutipan hasil JPJ adalah antara tertinggi negara selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Kalau ikut statistik tahun lepas, kita berjaya kutip purata RM11 juta sehari,\" katanya selepas merasmikan Rumah Kios dan Sambutan Aidilfitri Peringkat JPJ Terengganu di sini, hari ini, yang turut dihadiri Pengarah JPJ Terengganu Zulkarnain Yasin.", "Zailani berkata setakat ini terdapat 201 Rumah Kios JPJ di seluruh negara dan hingga kini sebanyak RM120.7 juta hasil berjaya diperoleh menerusi perkhidmatan tersebut.", "Selain itu, beliau berkata hingga 12 Mei lepas, seramai 9,564 pemilik lesen telah memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh maksimum 10 tahun.", "\"Selain dapat memperbaharui lesen untuk tempoh 10 tahun sekali gus, mereka juga dapat menjimatkan perbelanjaan kerana memperoleh diskaun bayaran 10 peratus,\" katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/16/kuala-krai-pasir-mas-muar-dan-rompin-catat-cuaca-panas-tahap-kuning
[ "KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) atau tahap kuning bagi empat kawasan di Semenanjung.", "Menurut data jabatan itu yang dimuat naik di Facebook setakat 4.30 petang, keadaan cuaca panas berkenaan melibatkan Kuala Krai dan Pasir Mas di Kelantan; Rompin di Pahang dan Muar di Johor. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/16/wanita-ditipu-lebih-rm11000-beli-konsol-permainan-elektronik-di-tiktok
[ "KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej jururawat kerugian lebih RM11,000 apabila ditipu dalam urusan pembelian alat konsol permainan elektronik di aplikasi TikTok.", "Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata wanita tempatan berusia 20 tahun berkenaan membuat laporan polis pada Sabtu lalu selepas menyedari beliau telah ditipu.", "Beliau berkata berdasarkan siasatan awal mangsa telah melihat iklan penjualan konsol berkenaan yang dijual pada harga RM300, mangsa kemudian telah berurusan dengan seorang ejen jualan dan diminta membuat bayaran sebanyak RM250.", "“Ejen berkenaan kemudian meminta mangsa membuat pelbagai lagi bayaran kononnya bagi bayaran insurans, proses kastam serta caj penghantaran dan mangsa telah membuat sebanyak 13 kali transaksi pemindahan wang di dua akaun berbeza antara Isnin hingga Sabtu lalu berjumlah RM11,500.", "“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihatkan membuat semakan akaun di laman sesawang https://ccid.rmp.gov.my/semakmule sebelum melakukan apa-apa transaksi,” katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/16/maxis-berkolaboratif-dengan-uitm-hasilkan-kandungan-pembelajaran-digital-bagi-ekelas
[ "\"Kolaboratif dengan Maxis akan membolehkan pelajar-pelajar kami meneroka potensi mereka dalam penyediaan kandungan dan meningkatkan pengetahuan mereka dalam penghasilan kandungan digital dengan bimbingan daripada pakar dalam bidang ini. ", "\"Ini sejajar dengan komitmen untuk menyediakan pendidikan inovatif kepada pelajar-pelajar kami. Kami harapkan kerjasama ini membuahkan kejayaan,\" kata Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Dr Roziah Mohd Janor.", "Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Goh Seow Eng pula berkata, kandungan pembelajaran sentiasa menjadi pendorong penting bagi program eKelas untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. ", "\"Maxis gembira dapat berkolaboratif dengan UiTM dalam kerjasama yang saling menguntungkan ini, yang akan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar eKelas dan UiTM,\" tambahnya.", "Dengan sokongan pensyarah-pensyarah kanan dan pakar yang disediakan oleh Maxis, pelajar-pelajar UiTM akan menghasilkan sehingga 100 video Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, yang akan dimuat naik ke portal dan aplikasi eKelas setelah video-video tersebut melalui proses semakan. ", "Video-video tersebut akan dihasilkan dalam bentuk peranan watak kehidupan sebenar, eksperimen dan animasi untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik bagi pelajar-pelajar eKelas, sambil membolehkan pelajar-pelajar UiTM memperolehi pengalaman praktikal yang berharga dalam pembangunan kandungan. ", "Tahun lalu, Maxis dan UiTM menjalankan bengkel perintis untuk menghasikan video-video pembelajaran bagi menguji proses pembangunan kandungan serta kriteria semakan dan penyuntingan.", "Program ini membawa pembelajaran dengan cara yang menyeronokkan dan menyediakan akses kepada kandungan pendidikan yang berkualiti, selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia. ", "Tertumpu kepada Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, pelajar eKelas didedahkan kepada pembelajaran berasaskan gabungan tutorial secara langsung, pembelajaran berkumpulan, pertandingan dan kandungan digital melalui portal dan aplikasi eKelas. ", "Baru-baru ini, Maxis menambah dua mata pelajaran baharu ke platform eKelas iaitu Bahasa Malaysia dan Sejarah - untuk pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. ", "Platform tersebut juga diperbaharui dengan antara muka yang lebih segar dan mesra pengguna, dan termasuk cadangan pembelajaran yang diperibadikan dengan analisis prestasi, pengalaman pembelaran yang digamifikasi dengan cabaran harian serta sistem ganjaran. ", "Pelajar-pelajar digalakkan mendaftar secara percuma dengan eKelas sekarang di www.ekelas.com.my atau memuat turun aplikasi mudah alih eKelas di App Store atau Google Play.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/16/kpwkm-anjur-program-sempena-hari-ibu-2023-dan-hari-keluarga-antarabangsa
[ "PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah mengatur beberapa program bagi meraikan Hari Ibu 2023 dan Sambutan Hari Keluarga Antarabangsa.", "Pada Majlis Jalinan Kasih KPWKM bersama Kumpulan Sasar yang diadakan hari Isnin (15 Mei), Menteri KPWKM, Nancy Shukri mengumumkan KPWKM memilih tema Hari Ibu ‘Ibu, Suri Hatiku’  bagi menghargai peranan ibu dalam membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.", "“Tidak terlambat kiranya saya ingin mengucapkan tahniah kepada Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Datuk Dr. Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat atas penganugerahan Ministerial Award berdasarkan pembentangan kertas bertajuk 'Women Empowerment: At Least 30% of Women in Decision Making Position' di Global Summit of Women di Dubai, UAE pada 5 Mei yang lepas,” kata Nancy.", "Pengiktirafan ini diterima negara atas perkongsian amalan terbaik negara dalam usaha-usaha berterusan untuk pemerkasaan wanita sebagai pembuat keputusan di pelbagai sektor, katanya.", "Antara program KPWKM yang diadakan sempena Hari Ibu dan Sambutan Hari Keluarga Antarabangsa ialah promosi pakej saringan KASIH Ibu secara percuma dari 15 hingga 20 Mei 2023 di 49 Klinik Nur Sejahtera LPPKN. Selain tu,  Program Raikan Hari Ibu bersama KafeTEEN iaitu aktiviti advokasi media sosial video kreatif dan tip sempena Hari Ibu oleh para remaja dan Sahabat KafeTEEN turut dilaksanakan.", "KPWKM juga melancarkan hashtag ‘IniKeluargaSaya’, sebuah kempen bersempena dengan Hari Keluarga Antarabangsa dan juga berdasarkan kempen Keluarga Harmoni, Negara MADANI yang akan berjalan sehingga Bulan Keluarga Kebangsaan pada November nanti.  ", "Turut hadir pada Majlis Jalinan Kasih di Dewan Perdana Nur, KPWKM ialah Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara, Pengarah Institut Sosial Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara.", "“Majlis seumpama ini amat bermakna kerana mengumpulkan semua pihak yang bukan sahaja bekerjasama dengan Kementerian ini, tetapi juga mereka yang merupakan kumpulan sasar kami,” ulas Nancy." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/16/kasari-bayi-wanita-direman-empat-hari-mulai-hari-ini
[ "JOHOR BAHRU: Wanita tempatan yang ditahan awal pagi ini untuk membantu siasatan kes mengasari bayi di sebuah taska di Mutiara Rini, dekat Skudai, direman empat hari mulai hari ini.", "Perintah itu dikeluarkan Majistret R Salini ke atas wanita berusia 21 tahun itu bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat terhadapnya mengikut Seksyen 31 (1) (A) Akta Kanak-kanak 2001.", "Terdahulu, wanita tersebut yang merupakan pengasuh di sebuah taska, dibawa ke Mahkamah Johor Bahru dengan berpakaian lokap berwarna jingga, akan direman sehingga Jumaat ini.", "Sebelum itu, dalam satu kenyataan berasingan, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata wanita berkenaan ditahan 2 pagi tadi di Selesa Jaya, Skudai, oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Iskandar Puteri.", "Menurut beliau, hasil siasatan yang dijalankan mendapati kejadian berlaku di sebuah taska di Mutiara Rini, melibatkan seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dan seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan, selain taska itu didapati beroperasi secara tidak sah.", "Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/15/kpdn-pantau-harga-ikan-susulan-cuaca-panas-salahuddin
[ "GOMBAK: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memantau harga ikan yang didakwa meningkat susulan kekurangan bekalan akibat cuaca panas melanda negara ketika ini.", "Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata setakat ini harga makanan laut itu masih dalam keadaan terkawal dan belum lagi menjadi satu krisis.", "\"Bekalan (ikan) pun masih mencukupi. Pegawai penguatkuasa KPDN dan Kementerian Pertanian dan Sekuriti Makanan (MAFS) sentiasa memantau keadaan dan kalau ada aduan tertentu yang terpencil pun kita akan tangani, \" katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Payung Rahmah Bersama Giant, di sini, hari ini.", "Menerusi inisiatif berkenaan, Giant Hypermarket menawarkan barangan keperluan dengan tawaran penjimatan antara 10 hingga 30 peratus di semua 90 cawangan pasar raya dan pasar raya besar Giant di seluruh negara.", "Sebelum ini, media tempatan melaporkan segelintir peniaga terpaksa menaikkan harga jualan ikan bagi menampung kenaikan di peringkat pembekal yang mendakwa bekalan kurang.", "Dalam perkembangan lain, Salahuddin, berkata KPDN bercadang mengadakan pertemuan khas dengan pengiat industri bagi membincangkan hala tuju dan harapan Inisiatif Payung Rahmah.", "\"Kebimbangan di peringkat awal bahawa ia (Payung Rahmah) tidak mampu bertahan  dan berpanjangan, semakin nipis hasil kerjasama erat antara kementerian dan pemain industri yang terlibat.", "\"KPDN akan turut membuat pelan lebih komprehensif dan sistematik di mana semua inisiatif Payung Rahmah termasuk Pakej Rahmah, Menu Rahmah dan Jualan Rahmah dapat dipastikan berpanjangan dan diurus tadbir lebih baik,\" katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/15/tiada-lagi-projek-sakit-pr1ma-menjelang-tahun-depan-nga
[ "KOTA TINGGI: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memastikan tiada lagi projek sakit membabitkan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) menjelang tahun hadapan.", "Menterinya, Nga Kor Ming, berkata terdapat sebanyak 17 projek sakit yang telah dikenal pasti dengan lapan daripadanya setakat ini telah siap sepenuhnya termasuk proses penyerahan kunci.", "“Setakat ini, tidak sampai enam bulan tahun ini, lapan projek sakit telah siap dan kunci telah diserahkan, tiga lagi dijangka disiapkan menjelang akhir tahun ini dan bakinya tahun hadapan.", "“Menjelang tahun 2024 memang tiada lagi projek sakit...ini merupakan komitmen Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani yang sentiasa mengangkat martabat, menjaga kebajikan serta kesejahteraan rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci dan Jamuan Makan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 Residensi Kota Tinggi, di sini, hari ini.", "Turut hadir Timbalannya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor.", "Nga berkata antara projek sakit yang telah berjaya disiapkan adalah Residensi Taman Raia Sentosa dan Residensi Sitiawan Fasa 2 di Perak; Residensi Woodford Estate Fasa 1 dan Residensi Ranggu di Sabah, Residensi Seri Mahkota di Kedah dan Residensi Bandar Bukit Mahkota di Selangor.", "Di Johor, katanya, ia melibatkan projek Residensi Kota Tinggi dan Residensi Pelangi Indah, manakala Residensi Larkin Indah dijangka siap suku ketiga tahun ini.", "Terdahulu, Nga dalam ucapannya, berkata Residensi Kota Tinggi mempunyai 625 unit rumah teres serta dilengkapi fasiliti untuk kemudahan penduduk, seperti tadika, dewan serbaguna, taman permainan dan surau. ", "Beliau berkata projek yang dikenal pasti sebagai Projek Sakit Tahap 1 oleh kementeriannya itu berjaya disiapkan melalui Program Pemulihan Projek Sakit KPKT. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/15/kerajaan-teliti-3w-seiring-perubahan-media-semasa-fahmi
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti situasi 3W atau 3 Win iaitu ‘menang-menang-menang' antara organisasi media, pengamal media dan pembaca, selari dengan perubahan dan perkembangan media hari ini. ", "Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata situasi itu perlu diteliti berikutan perubahan pola pembacaan termasuk kandungan di media sosial yang merupakan cabaran hari ini. ", "\"Media hari ini suasana sangat beza banding dahulu, dulu mudah ada media cetak dan penyiaran sahaja, tapi sekarang ada beberapa isu berbeza. Ada media sosial dan wartawan awam yang mana sesiapa sahaja ada telefon bimbit boleh jadi rakan media sehingga menyebabkan organisasi media menghadapi tekanan yang tidak pernah dihadapi sebelum ini,\" katanya.", "Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Mastura Ahmad Mustafa dan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Roslan Ariffin.", "Pada masa sama katanya, kerajaan juga mengambil berat mengenai keperluan pembaca di media sosial sekiranya mereka perlu membayar kandungan berita yang dibaca dimedia sosial.", "\"Bukan semua bahan berita itu ‘content’ dan bukan semua ‘content’ itu berita, ia ada kesan kepada ekonomi, maka sebagai kerajaan kita prihatin dengan perkembangan ini dan sedia bekerjasama dengan industri untuk mencari jalan membantu rakan media. ", "“Adakah dengan membayar, pembaca akan baca berita? Jadi perdebatan itu saya percaya masih berjalan. Tapi jelas banyak media juga mula berubah strategi, tapi pembacanya mahukan maklumat maka kita harap sekiranya pihak kerajaan dapat meneliti perkara ini akan wujud satu keadaan win, win, win (menang),\" kata Fahmi. ", "Semasa ditanya kemudiannya jika kerajaan akan mengenakan bayaran kepada platform media sosial untuk kandungan berita seperti yang dilaksanakan di Australia dan Kanada, Fahmi berkata pihak kementerian bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) meneliti perkembangan di kedua-dua negara itu.", "Selain itu, kementerian juga mengadakan sesi libat urus bersama industri media dan penyedia platform media sosial untuk mendapatkan maklumat bagi meneliti kaedah yang sesuai dilaksanakan di negara ini.", "\"Kita belum sampai ke tahap membawa satu rang undang-undang mengenai perkara itu (mengenakan bayaran). Tapi pengerusi MCMC telah mengadakan pertemuan baru-baru ini dengan pihak Meta (Meta Plafforms Inc) di Singapura dan pihak Tiktok. ", "\"Ini usaha kami untuk mendapat maklumat dulu sebelum pihak kerajaan boleh meneliti kesesuaian apakah rang undang-undang, langkah atau ikhtiar sesuai untuk negara kita,\" kata beliau.", "Fahmi juga mengulangi pendirian Kerajaan Perpaduan untuk terus mempertahankan kebebasan media dan menjaga kebajikan para petugas, namun mengingatkan golongan itu agar terus mematuhi etika dan undang-undang.", "\"Kita sama-sama teliti etika kewartawanan supaya profesionalisme pengamal media sentiasa terjaga. Dalam konteks ini kena pastikan maklumat yang diterima tepat, sahih dan benar serta elakkan sampaikan maklumat yang tidak benar,\" katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/15/sistem-janji-temu-mysejahtera-diperluas-kepada-perkhidmatan-pergigian
[ "PUTRAJAYA: Bermula hari ini, sistem janji temu secara dalam talian melalui aplikasi MySejahtera di fasiliti kesihatan primer Kementerian Kesihatan (KKM) diperluas kepada perkhidmatan kesihatan pergigian. ", "Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan hari ini berkata melalui inisiatif itu, orang awam boleh menempah perkhidmatan pemeriksaan kesihatan pergigian dan merancang lawatan ke fasiliti kesihatan pergigian mengikut kesesuaian masa.", "\"Peluasan ini akan mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan pergigian dan kemudahan akses ke klinik pergigian,\" katanya serta menambah kaedah walk-in masih lagi diteruskan.", "Beliau berkata pelanggan akan diberikan pemeriksaan, perundingan atau rawatan pergigian pada janji temu pertama dan sekiranya rawatan susulan diperlukan, penetapan janji temu seterusnya akan diaturkan.", "Bagi kes kecemasan pergigian seperti sakit gigi atau kecederaan pada tisu muka atau gigi, orang awam boleh hadir terus ke mana-mana klinik pergigian berdekatan bagi mendapatkan rawatan kecemasan tanpa perlu melakukan tempahan janji temu, katanya.", "Pendigitalan sistem janji temu perkhidmatan kesihatan pergigian melalui MySejahtera berpotensi meningkatkan kecekapan sistem perkhidmatan penjagaan kesihatan pergigian negara serta tahap kesihatan pelanggan, selain mengukuhkan penjagaan kendiri dan saringan tahap kesihatan pergigian sebagai langkah pengesanan awal penyakit serta pencegahan penyakit pergigian, katanya.", "Menurutnya, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 mendapati 15 peratus daripada penduduk Malaysia tidak pernah mendapatkan pemeriksaan gigi dengan pengamal pergigian seumur hidup mereka, manakala 50 peratus pula hanya mendapatkan pemeriksaan pergigian yang terakhir mereka lebih dua tahun lepas.- Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/15/draf-ruu-penyalahgunaan-dadah-bahan-dibawa-ke-jemaah-menteri-julai-ini
[ "SERDANG: Draf rang undang-undang bagi mewujudkan akta baharu berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri pada Julai ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.", "“Kami berharap ia dapat dilaksanakan mengikut jadual agar bacaan kali pertama itu dapat dibuat di Parlimen pada tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan sambutan Hari Raya Aidilfitri KDN MADANI di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini hari ini.", "Pada Mac lepas, media melaporkan kerajaan dalam usaha menggubal akta baharu, Akta Penyalahgunaan Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) bagi mengurangkan bilangan penagih di penjara dengan menempatkan mereka di institusi atau rawatan pemulihan komuniti.", "Mengulas mengenai isu permohonan taraf kewarganegaraan, Saifuddin Nasution berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menerima hampir 8,000 permohonan kewarganegaraan bagi tempoh minggu pertama bulai Mei ini.", "Mengulas mengenai Malaysia yang berada pada kedudukan ke-75 dalam Indeks Keganasan Global (GTI), Saifuddin berkata satu kertas akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada Rabu ini berkenaan perkara itu.", "“Saya takkan respons pada hari ini kerana saya akan membentangkannya pada hari Rabu ini dan akan dikongsikan kepada media jika berminat,” katanya. ", "Pada 11 Mei, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata Malaysia berada di kedudukan ke-75 dalam GTI pada 2022 berbanding ke-68 pada 2021, dan pencapaian itu memberi indikasi yang baik terhadap negara. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/15/tabung-kasihhawana-bantu-pengamal-media-uzur-hadapi-kesukaran-fahmi
[ "KUALA LUMPUR: Tabung khas bagi membantu wartawan veteran dan bekas pengamal media yang uzur serta berdepan kesukaran hidup akan dilancarkan sempena Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 dari 27 hingga 29 Mei ini.", "“Insya-Allah, menerusi inisiatif ini kita akan menjejaki rakan-rakan kita yang memerlukan bantuan dan memberikan sumbangan berupa wang tunai serta barangan keperluan sewajarnya.", "“Saya amat mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai pihak untuk Tabung Kasih@HAWANA demi menjayakan hasrat murni membantu rakan-rakan media kita,” katanya pada Majlis Prapelancaran HAWANA 2023 di Wisma Bernama di sini hari ini.", "Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Mastura Ahmad Mustafa dan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Roslan Ariffin.", "Fahmi berkata setakat ini, HAWANA 2023 telah menyantuni bekas wartawan Utusan Melayu (M) Bhd, Muhammad Basir Abu Bakar yang menghidap penyakit jantung dan wartawan veteran, Mohd Sidek Salleh yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menjalani pembedahan akibat kanser usus.", "“Bantuan ini kita perlu teliti, bukan sekadar one off. Bagi saya sewajarnya bantuan bersifat murni atau mampan. Kita perlu mencari cara mampan untuk membantu lebih ramai rakan media kita,” katanya", "Sementara itu, beliau berkata HAWANA 2023 bertemakan “Media Bebas, Tunjang Demokrasi” akan berlangsung di Ipoh, Perak dan bakal dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Menurutnya program berkenaan yang mendapat sambutan menggalakkan, akan dihadiri kira-kira 1,000 pengamal media dan diisi dengan pelbagai aktiviti seperti mencari harta karun, pameran, boling serta karnival mini.", "“Tidak ketinggalan, sejumlah besar wartawan dari negara ASEAN yang akan menyertai Forum Media diadakan untuk membincangkan kelangsungan industri media khususnya di rantau ini,” katanya.", "Fahmi turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad selaku tuan rumah HAWANA 2023, selain penaja atas sumbangan menjayakan perhimpunan terbesar pengamal media di negara ini.", "Setakat ini, HAWANA 2023 telah menerima tajaan daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Public Bank,  Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) dan Bank Islam Malaysia Berhad.", "Tajaan turut diterima daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Canon Malaysia, Johor Plantation, BERJAYA Group Hotels & Resort, BERJAYA Starbuck Coffee, Kenny Rogers Roasters, Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd, Holiday Villa, Carsome, Mydin Mall, AEON Co. (M) Bhd dan MSM Holdings Sdn Bhd.", "Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan pertama akhbar di Malaysia iaitu Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, yang menjadi platform pertama media di negara ini. ", "HAWANA pertama kali diadakan pada 11 April 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC) Kuala Lumpur, namun  tidak dapat diadakan pada 2020 dan 2021 berikutan pandemik COVID-19.", "Tahun lepas, HAWANA diterajui oleh KKD yang pada waktu itu dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan Bernama selaku penganjur. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/15/pm-umum-penubuhan-malaysia-centre-for-4ir
[ "KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan penubuhan Pusat bagi Revolusi Perindustrian Keempat Malaysia (Malaysia Centre for 4IR), sebuah pusat bebas dalam ekosistem global Forum Ekonomi (WEF) yang akan menumpukan kepada dua keutamaan iaitu transformasi digital dan GovTech serta peralihan tenaga. ", "Beliau berkata pusat itu merupakan yang pertama di rantau ASEAN yang bakal menjadi platform bagi pemimpin kerajaan dan perniagaan, ahli akademik dan pakar untuk mewujudkan hab inovasi dan kepakaran bagi memanfaatkan potensi teknologi baru muncul. ", "“Menjadi harapan saya agar pusat ini dapat mempercepat lagi transformasi Malaysia menjadi negara yang dipacu secara digital, berpendapatan tinggi, inklusif dan peneraju serantau dalam ekonomi digital,” katanya menerusi ucapan beliau yang dirakam terlebih dahulu pada pelancaran pusat itu di sini, hari ini. ", "Mengenai transformasi digital dan GovTech, Anwar berkata, pusat itu yang dihoskan oleh MyDIGITAL Corporation akan menumpukan kepada bidang untuk mempercepat fasa pertumbuhan seterusnya agenda transformasi digital Malaysia dan peranan yang boleh dimainkannya untuk memudahkan usaha bagi transformasi digital ASEAN. ", "Selain itu, katanya, pusat tersebut juga akan menyokong Dasar Tenaga Malaysia 2022-2040, untuk mengemudi peralihan tenaga dan pembangunan ekonomi hijau sambil mengimbangi isu seperti jaminan tenaga, kemampuan dan kemampanan alam sekitar.", "Malaysia Centre for 4IR yang dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Presiden Forum Ekonomi Dunia, Børge Brende, menyertai komuniti 18 pusat seumpama itu di seluruh dunia.  ", " Ia akan memainkan peranan penting dalam memacu kemajuan ekonomi digital di Malaysia, dengan tumpuan untuk menyokong transformasi digital dan kemajuan dalam sektor yang berkembang pesat termasuk peralihan tenaga hijau.", "Anwar berkata, menyedari potensi transformatif 4IR, WEF telah menubuhkan Pusat bagi 4IR sebagai platform untuk menyokong pemimpin bukan sahaja dalam merealisasikan manfaat trajektori teknologi yang sentiasa berkembang tetapi juga usaha kerajaan untuk rangka kerja dasar baharu, model tadbir urus tangkas dan peraturan fleksibel untuk merangsang inovasi sambil menyediakan keselamatan sosial dan perlindungan yang mencukupi kepada rakyat.", "\"Dengan lebih 60 inisiatif, 300 pakar dasar dan kerajaan serta lebih 450 inovator dan perintis teknologi yang tersedia dalam ekosistem tersebut, perkongsian ini adalah tepat pada masanya ketika Malaysia mengembangkan ekonomi digitalnya,” katanya.", "\"Pelan Tindakan dan Dasar Ekonomi Digital Malaysia untuk Revolusi Perindustrian Keempat telah digubal menggunakan pendekatan berpaksikan manusia bagi memastikan kita dapat memanfaatkan teknologi sambil memelihara nilai manusia, sosial dan budaya untuk kelestarian masa depan,\" katanya.", "Anwar berkata pelan tindakan itu selari dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) yang bertujuan untuk mengeksploitasi peluang yang potensi yang tersedia daripada 4IR dan mempersiapkan pembangunan sosioekonomi Malaysia bagi kemampanan dan kemakmuran jangka panjang, sejajar dengan komitmen kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).", "“Kami berhasrat untuk mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia di persada global, dan ditambah dengan nilai Malaysia MADANI, saya yakin kami mampu mempercepat transformasi Malaysia ke arah ekonomi digital maju dengan mengukuhkan infrastruktur kami, memudahkan inovasi dan mewujudkan ekosistem bagi kita semua untuk meningkatkan taraf hidup yang lebih tinggi kepada semua rakyat Malaysia,\" katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/15/azam-baki-dilantik-semula-kerana-tugas-memuaskan-anwar
[ "PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkhidmatan Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilanjutkan kerana beliau telah menjalankan tugasnya dengan memuaskan.", "Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di sini hari ini, Anwar berkata beliau memberikan kelonggaran sepenuhnya kepada Azam serta Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun untuk menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya.", "\"Belum pernah dalam sejarah umpamanya pejabat-pejabat menteri  juga digeledah dan dikenal pasti beberapa kompromi dan terus tindakan diambil sementara siasatan dijalankan,\" kata beliau ketika mengulas pelantikan semula Azam sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.", "Pada 10 Mei lepas, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi satu kenyataan mengumumkan pelantikan semula Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa 12 Mei.", "Mohd Zuki berkata pelantikan Azam telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras subseksyen 5(1) dan (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].", "Azam dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020 menggantikan Latheefa Beebi Koya, yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan Subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/15/anwar-mahu-badan-penguat-kuasa-tingkat-prestasi-laksana-anjakan-tatakelola
[ "SERDANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua badan penguat kuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya meningkatkan prestasi selain membantu kerajaan dalam melaksanakan anjakan tatakelola dalam pentadbiran.", "“Selalu dalam (mesyuarat) Jemaah Menteri saya tegur agar perbaiki, ada jalan (penambahbaikan) di lapangan terbang kita, di sempadan, tadi juga kita bincang di Majlis Tindakan Ekonomi Negara bersama Timbalan Zahid (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) soal penyeludupan yang masih tinggi... kita hilang minyak diesel RM10 bilion setahun.", "“Ini (RM10 bilion) boleh guna untuk membina universiti, baiki rumah penginapan polis, tentera, penjara, sebab itu saya minta badan penguat kuasa cari jalan… tingkatkan prestasi, beroperasi dengan baik,“ kata beliau dalam ucapan pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Sambutan Hari Raya KDN Madani di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.", "Turut hadir Ahmad Zahid, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.", "Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata teguran berkenaan bukan bermakna tiada kebaikan dilakukan badan penguat kuasa sebelum ini, sebaliknya hanya untuk mendorong ke arah perkhidmatan yang lebih baik.", "“Kerajaan hargai khidmat semua badan penguat kuasa di negara ini, selama ini negara aman, insitusi berjalan dengan baik berbanding beberapa negara, tetapi kita sebagai manusia mesti ada keinginan untuk lebih baik, berusaha untuk kecemerlangan.", "“Kalau dalam mesyuarat, laporan yang diterima semua kata baik, tapi tak mustahil masih ada ruang untuk tambah baik khidmat... (baik) dalam politik, dalam kerjaya, dalam penguatkuasaan, Imigresen, penjara, polis, kita jalan kerja dengan baik,” kata beliau.", "“Mustahil bila kita sudah ada kerajaan baharu dengan pendekatan baharu tetapi tak ada perubahan, rasuah tetap ada, sakau tetap ada, siapa jadi menteri, menjadi semakin kaya-raya... Jadi saya minta kerjasama sebaiknya khidmat saudara saudari bawa anjakan dalam perkhidmatan,” katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/15/dapatkan-informasi-kerjaya-masa-depan-anda-di-hari-terbuka-tar-umt
[ "KUCHING: Sempena dengan pengambilan tahun 2023, Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) akan mengadakan Hari Terbuka di semua kampusnya. ", "Hari Terbuka TAR UMT melibatkan kampusnya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor, Pahang dan Sabah pada 20 hingga 21 Mei dan 27 hingga 28 Mei dari jam 10 pagi hingga 5 petang. ", "Ibu bapa dan para pelajar dijemput hadir ke program tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program-program yang ditawarkan bermula dari tahap pengajian pra-universiti, diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana sehingga doktor falfasah. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/15/sistem-subsidi-diesel-diteruskan-ditambah-baik-anwar
[ "PUTRAJAYA: Sistem subsidi diesel sedia ada diteruskan dan ditambah baik dengan memastikan kenderaan yang mendapatkan bekalan diesel dari stesen minyak atau tangki skid dilengkapi dengan sistem 'fleet card' untuk memantau penggunaan diesel dan mengelakkan ketirisan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sistem subsidi diesel negara harus diperbaiki berikutan tanggungan subsidi negara melonjak kepada RM13 bilion pada tahun lepas.", "Menurutnya, semakan menunjukkan penggunaan diesel melonjak 37.7 peratus iaitu 6.1 bilion liter pada  2019 kepada 8.4 bilion liter pada 2022, sedangkan jumlah kenderaan berdaftar yang menggunakan diesel hanya meningkat 2.4 peratus iaitu dari 2.08 juta pada 2019 ke 2.13 juta pada 2022.", "“Pemberian diesel subsidi itu diteruskan tetapi mesti melalui fleet card. Dengan cara ini kita dapat kesan siapa perlu boleh pakai, tapi jangan ambil diesel dan jual kepada kilang-kilang seperti mana berlaku sekarang,\" kata beliau.", "“Cuma kita nak tentukan yang berhak akan peroleh diesel subsidi. Kita tidak mahu, wang cukai dibayar untuk bantu rakyat tetapi diguna kartel-kartel seperti kartel-kartel minyak masak, digunakan untuk kepentingan segelintir kecil,” kata beliau.", "Anwar berkata kerajaan telah melaksanakan program subsidi bersasar secara berperingkat bermula Januari 2023 apabila kerajaan tidak lagi memberikan subsidi penuh tarif elektrik kepada syarikat besar yang menggunakan tenaga elektrik pada tahap yang tinggi. ", "Beliau berkata pengurusan subsidi yang lebih bersasar dan mampan menjadi keutamaan dalam memastikan perbelanjaan kerajaan disalurkan kepada keperluan pembangunan yang dapat memberi nilai tambah lebih tinggi kepada ekonomi negara. ", "Sementara itu, Anwar berkata MTEN bersetuju Pangkalan Data Utama (PADU) dibangunkan bertujuan mengabungkan sebanyak mungkin maklumat sosioekonomi bagi setiap isi rumah untuk membantu kerajaan mengubal dasar dan menyasarkan subsidi.", "Beliau berkata PADU akan membantu kerajaan memastikan sebarang program subsidi dilaksanakan dengan lebih teratur untuk mengelakkan sebarang keciciran dalam kalangan penerima isi rumah yang layak.", "“Isu berkenaan sekuriti data juga akan ditangani dan diutamakan, serta penyelarasan lebih baik untuk mengurangkan aspek pertindihan,” katanya dan menambah bahawa MTEN telah diarahkan untuk melihat keperluan penggubalan akta khusus untuk membolehkan inisiatif perkongsian data itu dapat diperkukuh. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/15/perkeso-akan-pinda-akta-untuk-peruntukan-geran-penjagaan-kanak-kanak-nancy
[ "KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan meminda Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 tahun ini untuk menyediakan peruntukan geran penjagaan kanak-kanak kepada wanita yang kembali bekerja, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.", "Beliau berkata geran satu bulan ini bersamaan 80 peratus daripada gaji bulanan yang diinsuranskan, akan diberikan kepada kira-kira 136,800 wanita yang kembali bekerja selepas cuti bersalin panjang, berjumlah RM290 juta.", "“Justeru, usaha berterusan sedang diambil kerajaan untuk merapatkan jurang gender, bermula dengan perlindungan dan manfaat untuk wanita dalam tenaga kerja,” katanya dalam ucapan perasmian Forum Ekonomi dan Perniagaan Wanita Dunia 2023 di sini hari ini.", "Selain itu, Nancy berkata Akta Kerja (Pindaan) 2022 memperkenalkan beberapa perubahan ketara terhadap akta sebelum ini yang bertujuan memberi manfaat kepada pekerja dan majikan di Malaysia termasuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja.", "“Pembaharuan dasar dan pelan perundangan yang berterusan mencerminkan komitmen kerajaan untuk menyokong wanita seperti  penjagaan kanak-kanak atau kembali kepada dasar kerja dengan membina masyarakat yang mempunyai peluang yang sama,” katanya.", "“Ini adalah penting kerana ia memberi isyarat bahawa wanita boleh mencapai kedudukan yang lebih tinggi, stereotaip yang mencabar seperti hanya wanita yang perlu mengimbangi komitmen kerjaya dan keluarga, berat sebelah yang berakar umbi bahawa lelaki sepatutnya mempunyai lebih kuasa dan keistimewaan daripada wanita dan kepercayaan bahawa wanita lebih beremosi dan sekali gus menghalang kenaikan pangkat wantia,” kata beliau.", "Ia mengumpulkan pemimpin wanita daripada kerajaan, perniagaan, media, persatuan wanita, institusi rasmi global dan pertubuhan bukan kerajaan di bawah satu bumbung, sekali gus memudahkan akses yang tidak pernah berlaku sebelum ini kepada pemimpin wanita. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/15/berita-gembira-kepada-pendidik-sempena-hari-guru-fadhlina
[ "MELAKA: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek membayangkan beberapa berita gembira akan diumumkannya sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh esok.", "\"Tunggu esok, insya-Allah ada beberapa perkara yang saya fikir (akan diumumkan esok) untuk kita bagi semangat kepada guru-guru kita dan keseluruhan kepada ekosistem pendidikan dan negara,\" katanya.", "Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2023 di MITC Ayer Keroh yang turut dihadiri Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia Datuk Azmir Jaafar.", "\"Biar orang (luar) melihat rakyat Malaysia, orang (luar akan) ingat guru-guru bangsa inilah yang telah mendidik rakyat Malaysia sehingga menjadi rakyat yang kuat jati diri ... maknanya kekuatan bangsa itu lahir daripada kekuatan guru-gurunya,\" katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/15/judi-ketua-polis-daerah-diberi-amaran-jangan-jadikan-aku-janji-sebagai-kertas-tisu
[ "KUALA LUMPUR: Ketua polis daerah di seluruh negara diingatkan jangan jadikan ‘Surat Aku Janji’ tiada sebarang aktiviti judi di daerah pentadbiran masing-masing sebagai ‘kertas tisu’, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.", "Ayob Khan berkata ini kerana ini beliau menerima maklumat bahawa ada dalam kalangan ketua polis daerah kontinjen Kuala Lumpur tidak berpuas hati apabila diminta untuk menghantar Task Force D7 JSJ Bukit Aman bagi mengambil tindakan ke atas premis judi dalam talian.", "“Sepatutnya semua OCPD yang setiap bulan menandatangani Aku Janji tiada sebarang aktiviti judi di daerah masing-masing berpegang teguh kepada Aku Janji itu.", "“Janganlah Aku Janji itu dianggap sebagai satu kertas tisu, yang tiada nilai dan tiada lagi amaran diberi,” katanya kepada pemberita selepas hadir menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.", "Ayob Khan meminta setiap ketua polis daerah perlu ada keselarasan antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang antara kepentingan diri serta kepentingan umum.  ", "“Membanteras perjudian ini makan masa dan judi ini ada pelbagai jenis judi seperti judi dalam talian dan judi nombor ekor, selain modus operandi mereka yang berubah-ubah,” katanya.", "Ayob Khan berkata beliau telah memberi arahan kepada semua ketua jabatan JSJ dan ketua bahagian JSJ di peringkat kontinjen serta daerah untuk memastikan operasi banteras perjudian berterusan.", "“Bukan saya masuk JSJ (sebagai Pengarah JSJ) hari ini, esok perangi kegiatan perjudian telah habis. Ia perlu ada koordinasi mantap bersama Pihak Berkuasa Tempatan dan Tenaga Nasional Berhad,” katanya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/15/bekas-pemain-sepak-takraw-negara-adnan-saidin-meninggal-dunia
[ "ALOR SETAR: Bekas pemain sepak takraw negara Adnan Saidin, 66, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini kira-kira pukul 6 pagi tadi akibat masalah kesihatan.", "Anaknya Mohd Faizal Adnan, 38, berkata Allahyarham bapanya itu mula dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di sini sejak seminggu lepas sebelum dirujuk ke HSB semalam.", "“Pada awalnya, ayah dirawat di sebuah pusat perubatan swasta di Alor Setar kerana disyaki menghidap tibi sebelum mengalami masalah pada jantung dan jangkitan kuman pada paru-paru. Masuk hari ketiga dirawat, dia tidak sedarkan diri dan imbasan pada kepala mendapati terdapat pendarahan dalam kepalanya.", "“Selepas itu, Allahyarham telah dirujuk ke HSB semalam dan meninggal dunia hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di HSB di sini, hari ini.", "“Kebiasaannya, kalau Aidilfitri memang dia akan berjalan tetapi tahun ini nampak tidak larat dan semua ahli keluarga yang lain datang beraya di rumah. Sebelum dia tidak sedarkan diri, kami ada bersembang seperti biasa dan dia juga sempat menonton televisyen.", "“Sebelum dimasukkan ke pusat perubatan itu, dia ada juga menonton sukan sepak takraw di televisyen kerana dia memang cintakan sukan itu serta kalau bab-bab sukan ini memang semua Allahyarham ambil tahu,” katanya.", "Bekas ketua pasukan negara dari 1980 hingga 1986 dan Kedah dari 1976 hingga 1992 itu dilahirkan di Kampung Padang, Tandop, dekat sini dan mula berjinak-jinak dalam sukan itu sejak berusia lapan tahun lagi.", "Hampir 20 tahun berkecimpung dalam sukan itu, bekas raja libas sepak takraw negara itu banyak melakar kenangan manis terutamanya ketika berdepan musuh tradisi, Thailand pada aksi final Sukan SEA di Jakarta, Indonesia pada 1979." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/15/kahwin-paksa-lebih-baik-daripada-dicurangi
[ "KUALA LUMPUR: Penyertaan UMNO dalam pembentukkan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diibaratkan sebagai “kahwin paksa” adalah lebih baik daripada mendapat “pasangan curang”, kata Ketua Pergerakan Pemudanya Dr Muhamad Akmal Saleh. ", "Ketika memberikan perumpamaan itu, Dr Akmal berkata walaupun ada antara parti yang membentuk kerajaan hari ini tidak pernah menjalin kerjasama, atau tidak punyai keserasian sebelum ini, namun ia bukan alasan untuk tidak mewujudkan persamaan dan kesamarataan demi negara.", "“Ada orang kata kita ini kahwin paksa, tetapi ibu ayah kita, atuk nenek kita dulu mereka kahwin pun tak kenal sesama sendiri, kalau duduk bercinta 10 tahun tapi tahun pertama kahwin lelaki curang buat apa.", "“Kalau kita nak kekal dalam Kerajaan Perpaduan mesti mempunyai tiga perkara iaitu yang pertama kena saling menghormati satu sama lain, memahami antara satu sama lain dan mempercayai antara satu sama lain,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pemuda Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, semalam.", "Beliau turut menyeru agar sayap-sayap parti yang menganggotai Kerajaan Perpaduan menolak segala perbezaan dan mencari titik persamaan agar kestabilan politik negara terus terjamin. ", "Dalam sesi yang sama, Ketua Angkatan Muda Harapan Dr Kelvin Yii Lee Wuen pula berkata setiap perbezaan seharusnya dilihat sebagai kekuatan dan bukannya sebagai halangan untuk membina perpaduan dalam masyarakat di negara ini. ", "\"Bagi saya dalam setiap perjuangan, dalam setiap gerak kerja yang kita lakukan asasnya adalah perpaduan, tanpa perpaduan kita tidak ada kestabilan, tanpa kestabilan kita takkan ada perkembangan, tanpa perkembangan kita tiada transformasi dan tanpa transformasi kita tiada kesejahteraan. ", "\"...saya berdiri di sini bersama pemimpin (parti politik yang lain) untuk membina semula negara tercinta ini atas dasar dan prinsip hormat dan ihsan terhadap semua kaum, agama dan bangsa dan semua latar belakang inilah asas pembentukan negara tercinta Malaysia,\" katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/15/frasa-dulu-lawan-sekarang-kawan-cetus-perhatian-hadirin-pemimpin-kerajaan-perpaduan
[ "KUALA LUMPUR: Frasa “Dulu Lawan Sekarang Kawan” yang disampaikan dalam bentuk pantun oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mencuit perhatian hadirin dan pemimpin kerajaan pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia semalam.", "Tema permainan kata disampaikan yang rata-ratanya menyeru ke arah kebersamaan disahut dengan sorakan dan tepukan gemuruh seakan-akan tanda penerimaan menyeluruh oleh para perwakilan di peringkat akar umbi terhadap semangat kemuafakatan yang dibawa oleh pimpinan pusat. ", "Pantun ringkas itu ternyata berhasil dalam menterjemahkan mood konvensyen ketika Wee berucap sebagai panel pada sesi bicara rakyat bagi mengupas tajuk “Membina Negara Bangsa” berkata landskap politik pasca Pilihan Raya Umum ke-15 menuntut parti politik bersifat lebih dinamik dan inklusif. ", "Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga tidak ketinggalan untuk bermain madah dengan pantunnya yang tersendiri ketika sesi ucapan pimpinan utama, bertemakan hasrat kerajaan yang bertekad untuk menegakkan teras Malaysia MADANI selain mengetengahkan agenda rakyat.", "Terdahulu Wee berkata politik sekarang adalah mengenai variasi idea dan fikiran. Perspektif kini bukan seperti era 90-an dan tidak lagi dilihat pada identiti politik semata-mata. ", "\"Menjunjung penuh titah Yang di-Pertuan Agong, pembentukan Kerajaan Perpaduan berjaya direalisasikan secara demokrasi mengikut perlembagaan, yang membuka ruang konsensus yang baik dalam membina negara bangsa yang dipandang tinggi oleh masyarakat dunia,\" katanya.", "Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata partinya yang terkenal dengan slogan “Lawan Tetap Lawan” mengakui pihaknya kini perlu menukar tema slogannya kepada “Dulu Lawan Kini Kawan” bagi menyemarakkan lagi semangat kesamaan dalam kalangan parti politik yang menganggotai Kerajaan Perpaduan.", "“Kami dalam reformasi  ada juga slogan kita. Lawan tetap lawan...saya pun bimbang juga tu. Jadi kena ubah suai sikitlah. Sekarang (jadi) `Dulu Lawan Sekarang Kawan’. Kena tambah yang itu sahaja..,” katanya.", "Meneruskan mood perpaduan di antara parti politik, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke ketika mengakhiri ucaptamanya dengan membeli pantun yang dijual oleh Wee dengan memberikan pantunnya yang tersendiri iaitu: ", "Menteri Pengangkutan itu turut berseloroh bahawa tidak seperti Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pulang ke gelanggang lama beliau berasa sedikit kekok dalam menyampaikan ucaptamanya di bangunan yang  sering menjadi tempat berhimpunnya bekas seteru politiknya iaitu UMNO. ", "\"Semasa saya menceburi politik dan menyertai parti saya tidak pernah terlintas dalam fikiran saya pada suatu hari nanti saya akan berucap di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia saya rasa tiada sesiapa daripada parti saya (DAP) yang terlintas dalam fikiran mereka termasuk Gobind (Singh). ", "Saya mengakui bahawa saya sedikit gugup hari ini biasanya atas pentas saya tak perlukan nota tetapi hari ini saya perlukan nota ini pengalaman baharu saya mungkin untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim beliau dah banyak pengalaman,\" selorohnya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/15/masalah-air-di-kelantan-sabah-akan-ditangani-meskipun-libat-belanja-besar
[ "PUTRAJAYA: Masalah air di Kelantan dan Sabah akan cuba ditangani Kerajaan Persekutuan meskipun melibatkan belanja besar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "\"Masalah air di Kelantan dan Sabah perlu ditangani kerana ia adalah masalah asas dan bukanlah hal politik,\" katanya pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Mei 2023 di sini hari ini.", "Anwar berkata beliau sudah berunding dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Nor dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengenai masalah air itu dan mempersembahkan kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bahawa kerajaan pusat perlu mengambil alih tanggungjawab mengenai masalah air walaupun belanjanya besar.", "Semalam, Anwar berkata beliau akan mengundang Hajiji dan Ahmad Yakob dalam tempoh dua minggu ini untuk mencari jalan menyelesaikan masalah air di kedua-dua negeri itu.", "Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata berdasarkan perancangan, usaha mengatasi masalah air di Kelantan dan Sabah mengambil masa terlalu panjang dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Belanjawan 2023.", "Beliau juga akan mengadakan perbincangan di peringkat Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan bagi menyelesaikan masalah bekalan air di Kelantan dan Sabah.", "Anwar berkata hal-hal kemudahan asas seperti jalan berlubang dan berlopak di sesetengah bandar juga perlu diselesaikan dengan peruntukan RM1 bilion telah disalurkan tahun ini." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/15/semua-parti-tidak-akan-layan-cubaan-sabotaj-kerajaan-perpaduan-pm
[ "PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata semua parti politik dalam Kerajaan Perpaduan telah menyatakan komitmen tidak akan melayan sebarang cubaan untuk mensabotaj kerajaan pimpinannya.", "Beliau berkata sokongan tersebut ditunjukkan ketua-ketua parti Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Konvensyen Perpaduan yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam.", "“Perhimpunan (Konvensyen Perpaduan) tersebut dengan pengukuhan jelas bahawa sekurangnya untuk bertahun akan datang tidak ada layanan terhadap percubaan untuk sabotaj yang ada,\" katanya pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini.", "“Saya lebih yakin kerana sepertimana saya lihat Konvensyen Kerajaan Perpaduan semalam telah menetapkan satu bentuk kerajaan kukuh dan (walaupun) pada peringkat awal macam-macam percubaan akuan berkanun (SD) dan sebagainya sampai kepada Yang di-Pertuan Agong dan sultan-sultan,” tambahnya.", "Anwar berkata sejak beberapa bulan yang lepas, perjalanan kerajaan sekarang juga lebih kemas dan beberapa program yang dilaksanakan telah membantu untuk memantapkan negara.", "Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kestabilan politik sedia ada dalam negara telah menyumbang kepada beberapa prestasi yang baik antaranya ekonomi negara mencatat pertumbuhan lebih baik daripada jangkaan sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama 2023.", "“Kalau lihat angka-angka Jabatan Perangkaan menunjukkan suku tahun pertama itu jauh lebih baik daripada yang diunjurkan November dan Disember tahun lepas… inflasi berkurang, jumlah penganggur berkurang dan pelaburan juga bertambah,” katanya.", "Jumaat lepas, Anwar berkata kerajaan yakin dapat mencapai unjuran pertumbuhan 4.0 peratus hingga 5.0 peratus bagi tahun 2023 di sebalik cabaran dan ketidaktentuan ekonomi global, disokong oleh asas ekonomi Malaysia yang kukuh serta pelaksanaan langkah Belanjawan 2023.", "Beliau berkata pertambahan pelaburan di Malaysia memerlukan semua pihak di peringkat pusat  dan negeri untuk bekerja serentak bagi membolehkan proses pelaburan lancar.", "“Pihak (negeri), perbandaran harus bekerja sederap supaya tahap kelulusan itu dapat dipercepatkan. Ini akan memastikan kita dapat pertahankan kadar pertumbuhan yang lebih meyakinkan dan serlahkan komitmen dan kesungguhan,” katanya.", "Sebelum ini, Anwar berkata beberapa syarikat gergasi China bersetuju melabur di Malaysia antaranya syarikat Zhejiang Geely Holding Group (Geely) dan Rongsheng Petrochemical Co." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/14/kerajaan-perpaduan-terima-kasih-ahmad-zahid-abang-jo
[ "KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam peranannya memastikan Kerajaan Perpaduan dapat dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).", "Presiden Pakatan Harapan itu mengakui beliau dan Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO sering kali “diserang” ketika proses rundingan selepas tiada parti yang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.", "“Tapi saya nak beritahu kalaulah tidak kerana komitmen Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO, dan dukungan Ahli Parlimen UMNO, sejarah kita tertutup. Jadi kita juga harus iktiraf peranan beliau dan UMNO.", "Juga kalau daripada Yang di-Pertuan Agong sendiri, dalam keadaan kritikal itu, Premier Sarawak Abang Jo (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menjadi faktor penentunya,\" katanya dalam Amanat Perdana Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di sini hari.", "Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar memiliki sokongan daripada 148 Ahli Parlimen ketika ini, dengan 30 daripadanya merupakan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/14/selepas-25-tahun-suara-anwar-kembali-bergema-di-dewan-merdeka
[ "KUALA LUMPUR: Selepas hampir 25 tahun, suara Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali bergema di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.", "Lebih istimewa Anwar kembali berucap dipentas itu sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia dalam sebuah acara bersejarah, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang menghimpunkan 19 parti yang mendukung kerajaan pimpinannya.", "Kali terakhir Anwar berucap di Dewan Merdeka adalah pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 1997 iaitu ketika beliau memegang jawatan timbalan presiden parti itu.", "Anwar yang juga  Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia ketika berucap menzahirkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk kembali ke pentas itu. ", "“Terima kasih kerana beri kesempatan untuk kembali ke Dewan Merdeka. Demikianlah kenyataan sejarah.” katanya yang juga Pengerusi Pakatan Harapan ketika menyampaikan amanat konvensyen itu. ", "Anwar sebelum ini pernah hadir bagi mempengerusikan mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Menara Dato’ Onn, WTC dan juga majlis berbuka puasa bersama pengamal media dan penggiat seni tanah air tetapi tidak menyampaikan sebarang ucapan.   ", "Terdahulu, ketika Anwar melangkah masuk ke Dewan Merdeka, beliau disambut dengan tepukan gemuruh dan sorakan daripada ‘lautan putih’ kira-kira lebih 3,500 hadiri yang terdiri daripada pemimpin, perwakilan 19 parti politik yang mendukung Kerajaan Perpaduan serta penyokong kerajaan.", "Sejarah juga tercipta apabila konvensyen itu turut menyaksikan ramai pemimpin tertinggi dan perwakilan serta delegasi parti politik menjejakkan kaki dan berucap buat pertama kali di Dewan Merdeka iaitu lokasi yang amat sinonim dengan UMNO.", "Antara mereka adalah Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.", "Malah dalam Sesi Bicara Rakyat, sesi dialog dan ucapan ketika Konvensyen Wanita Perpaduan dan Konvensyen Pemuda Perpaduan pada sebelah pagi, rata-rata pemimpin serta wakil parti menyifatkan perhimpunan itu sebagai ‘noktah’ kepada permusuhan masa lampau antara parti politik.", "Malah ramai melaung ungkapan “dulu lawan kini kawan” yang merujuk kepada situasi 19 parti politik berkenaan yang dahulu sering bersaing dan bermusuhan, namun kini bersepakat membentuk Kerajaan Perpaduan yang stabil di peringkat Persekutuan dan negeri.", "Mereka turut yakin, konvensyen yang julung kali diadakan itu menjadi wadah kepada kesemua 19 parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan untuk membina semua negara bangsa yang kukuh dan stabil serta memakmurkan kehidupan rakyat. - BERNAMA \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/14/konvensyen-nasional-kerajaan-perpaduan-bukti-kerajaan-stabil-dan-kuat-anwar
[ "KUALA LUMPUR: Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 hari ini memberi isyarat jelas bahawa Kerajaan Perpaduan yang dibentuk hasil sokongan 19 parti politik selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah stabil. ", "Berucap buat julung kali di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini selepas 25 tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa isyarat kestabilan itu bukan sahaja kepada rakyat, malah kepada dunia. ", "\"Kerajaan ini bukan sahaja stabil, tapi akan kekal sehingga PRU akan datang,\" katanya dalam Amanat Perdana sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di sini hari ini yang dihadiri lebih 3,500 perwakilan. ", "Anwar yang juga Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan berkata kejayaan penganjuran konvensyen hari ini juga sekali gus menidakkan “cakap-cakap” bahawa Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya sejak enam bulan lalu tidak dapat bertahan. ", "Anwar berkata pembentukan Kerajaan Perpaduan bukan sahaja menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas tiada parti yang memperoleh majoriti mudah pada PRU15, malah merupakan usaha untuk menstabilkan semula negara. ", "Terima kasih kerana sokongan, kerana saya tak mungkin dapat lakukan apa-apa untuk negara kalau tiada semangat perpaduan yang diperlihatkan secara serius oleh 148 Ahli Parlimen,\" kata Anwar yang juga Pengerusi  Pakatan Harapan. ", "Beliau juga memuji semua pemimpin politik yang bersama-sama membentuk Kerajaan Perpaduan kerana sanggup melupakan pertarungan lalu serta memaafkan segala kenyataan sebelum ini yang dibuat dalam suhu fobia terhadap parti lain.", "\"Saya tabik Kerajaan Perpaduan ini kerana tidak ada agama, budaya dan doktrin politik bersatu tanpa matlamat, ada yang bersatu untuk teruskan cara lama, punggah kekayaan dan khazanah negara, tapi kita bersatu untuk meninggalkan kekacauan dan kerosakan lama untuk membentuk Malaysia baharu,\" katanya. ", "Pada konvensyen itu, Anwar juga menerima plak Tekad Wanita dan Tekad Pemuda Kerajaan Perpaduan masing-masing daripada Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Nancy Shukri serta Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Dr Muhamad Akmal Saleh.", "Selain itu, beliau juga menandatangani Tekad Buat Malaysia yang sebelum itu dibacakan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki.", "Tekad itu menyenaraikan lima ikrar parti-parti gabungan yang membentuk Kerajaan Perpaduan iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat dengan memastikan peningkatan pendapatan melalui peluang usaha dan pekerjaan diperbanyakkan dalam semua sektor.", "Selain itu, tekad tersebut turut berikrar untuk meningkatkan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan dengan memastikan ketirisan perbelanjaan kerajaan dapat dihapuskan dan manfaat usaha pembangunan benar-benar dapat dirasai oleh rakyat terbanyak.", "Tekad itu juga meletakkan azam untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan mengembalikan keyakinan pelabur yang akan meningkatkan kemakmuran negara dan meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.", "Ikrar kelima dalam tekad itu adalah untuk memastikan kerukunan hidup masyarakat majmuk dengan pendekatan keterangkuman yang menyatukan pelbagai kaum, agama dan wilayah dikembangkan bagi memastikan kestabilan negara dan perpaduan rakyat. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/14/hari-ibu-jagalah-ibu-dengan-penuh-kasih-sayang
[ "KUALA LUMPUR: “Bagi kita yang masih punyai ibu, jagalah mereka dengan penuh kasih sayang,” demikian seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena memperingati sambutan Hari Ibu, hari ini.", "Anwar ketika menyampaikan amanat pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Dewan Merdeka mengambil kesempatan itu mengajak rakyat supaya sentiasa menghargai pengorbanan serta jasa yang dicurahkan insan bergelar ibu.", "“Sumbangan, latihan, pendedahan, menjadi tempat mengadu dan kasih mereka itu sukar diganti. Yang ada isteri yang juga ibu kepada anak-anak, tunjuklah kasih sayang kepada mereka. ", "Yang telah meninggalkan kita, pastikan kita sentiasa mendoakan mereka dan semoga Allah memberikan keampunan dan kasih sayang kepada mereka,” kata Perdana Menteri.", "Anwar juga sempat menyanyikan bait-bait lagu seniman agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee, berjudul “Sungguh Malangnya Nasibku” yang mengisahkan kehidupan insan tanpa sosok bergelar ibu dan ayah. ", "Anwar berkata: “Lagu P.Ramlee berbunyi, ‘...tidak bertempat nak mengadu, alam keliling membisu, kalau ada ayah dan ibu,Tak kan begini nasib ku….’” .", "“Kalaupun ada sekali saya menangis ialah ketika saya puluhan tahun dalam penjara, ibu saya meninggal dunia dan saya meringkuk di dalam penjara,” katanya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/14/konvensyen-pemuda-perpaduan-garis-lima-tekad-bina-negara-bangsa
[ "KUALA LUMPUR: Konvensyen Pemuda Perpaduan hari ini menggariskan ‘Tekad Pemuda Perpaduan’ yang menggarap nilai kesepakatan, kebersamaan dan kestabilan dalam pelbagai aspek untuk membina negara bangsa yang kukuh.", "Tekad yang bertemakan “Bina Bersama” itu merangkumi lima tekad iaitu kesepakatan politik, perpaduan nasional, ekonomi belia, jaminan sosial serta kemampanan dan kestabilan sosioekonomi.", "Pelancaran Tekad Pemuda Perpaduan itu disaksikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai acara kemuncak konvensyen itu sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.", "Terdahulu, tekad itu ditandatangani Ketua Wira Warisan Mohd Ismail Ayob; Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah Jonnybone Kurum; Timbalan Ketua Pemuda Gabungan Parti Sarawak Lukanisman Awang Sauni; Ketua Angkatan Muda Harapan Dr Kelvin Yii Lee Wuen dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Dr Muhamad Akmal Saleh.", "Menerusi aspek kesepakatan politik, ia dapat dicapai menerusi membina kesepakatan dengan menghormati Perlembagaan Persekutuan demi mempertahankan masyarakat majmuk yang patriotik serta kebersamaan dalam membina negara bangsa yang berdaulat dan bermaruah. ", "Bagi aspek perpaduan nasional, adalah berlandaskan nilai hormat dan ihsan serta menghormati kepelbagaian latar belakang dan budaya yang menjadi asas utama pembentukan Malaysia.", "Seterusnya bagi aspek ekonomi belia, usaha memastikan golongan belia dapat meneruskan hidup secara bermaruah dilaksanakan dengan mewujudkan peluang ekonomi dan menyediakan pekerjaan bermutu yang dipacu oleh daya cipta, daya kreatif serta pendekatan mampan.", "Usaha menyuburkan teras semangat setiakawan sesama rakyat Malaysia bagi menegakkan keadilan sosial dengan menjuarai nasib golongan kurang berkemampuan dan sederhana tanpa mengira agama dan budaya pula menjadi inti pati kepada aspek jaminan sosial.", "Menerusi tekad kemampanan dan kestabilan sosioekonomi pula, intervensi strategik untuk merapatkan jurang sosioekonomi antara komuniti perlu dilakukan dengan meningkatkan keupayaan untuk daya saing supaya tiada golongan tercicir dalam menikmati kemakmuran negara.", "Menariknya, Konvensyen Pemuda Perpaduan yang bermula sejak 9 pagi hingga 12 tengah hari tadi, ia dimulakan dengan aktiviti ‘ice breaking’ atau suai kenal antara perwakilan serta delegasi pemuda dan belia daripada pelbagai parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan.", "Ini adalah pertama kali sayap pemuda daripada parti-parti politik tersebut dihimpunkan dalam sebuah acara, malah semua perwakilan parti yang hadir juga berpakaian berwarna putih sebagai lambang kebersamaan kepelbagaian parti politik. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/14/isu-kesaksamaan-gender-dominasi-konvensyen-nasional-wanita-kerajaan-perpaduan
[ "KUALA LUMPUR: Isu kesaksamaan gender termasuk sasaran 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan dan penglibatan dalam tenaga kerja, antara perkara yang dibangkitkan Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan. ", "Isu berkenaan mendominasi perbahasan perwakilan di konvensyen yang menghimpunkan kira-kira 3,400 wanita daripada 19 parti politik dari seluruh negara di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.", "Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) Aiman Athirah Sabu berkata setiap program yang dirangka kerajaan bagi merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI perlu mengetengahkan peranan wanita sebagai peserta aktif dalam setiap proses kemajuan dalam usaha menangani isu kesaksamaan gender. ", "\"Oleh kerana Malaysia MADANI adalah pelan untuk menjadikan Malaysia (sebagai negara) maju secara menyeluruh, kami ingin menghujahkan bahawa setiap pengenalan program pembangunan yang sedang dan akan direka bentuk haruslah meningkatkan letak duduknya wanita dan iltizam keterangkuman gender,\" katanya. ", "Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata ia selari dengan peredaran zaman memandangkan peranan golongan itu tidak hanya terhad sebagai suri rumah, tetapi turut serta dalam pasaran kerja sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara.", "Aiman Athirah berkata Pelan MADANI yang berjaya adalah pelan yang mampu mengupayakan wanita dan justeru itu, beliau meminta agar kaum hawa diberikan akses sama rata dalam semua faktor dan proses pengeluaran, modal, kredit, bantuan teknikal, latihan dan  sokongan sosial.", "Senada dengan beliau, Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata peranan wanita dalam pembangunan negara tidak boleh diremehkan, maka beberapa perkara perlu diberikan tumpuan.", "\"Pertama, kita perlu memastikan kesiapsiagaan wanita mendepani cabaran ekonomi; kedua, penglibatan 30 peratus wanita dalam pembuat dasar mesti kerajaan laksanakan dan ketiga, meletakkan lebih ramai golongan wanita dalam semua sektor kerajaan dan setara dalam sektor swasta.", "\"Saya percaya (dan) saya yakin dengan keterlibatan ini, kita pasti membina negara Malaysia yang lebih hebat, kita mampu jadikan yang mustahil, menjadi nyata,\" katanya. ", "Sementara itu, Ketua Wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata memandangkan wanita adalah tulang belakang perjuangan parti, usaha untuk mempertingkatkan lagi kuantiti dan kualiti golongan berkenaan dalam bidang politik serta kepimpinan perlu dilakukan secara sedar dan terancang oleh kerajaan.", "\"Ini supaya pelbagai gagasan atau cadangan, perundangan dan peraturan yang menyentuh kebajikan dan kesejahteraan wanita dapat disantuni secara saksama dan adil,\" katanya. ", "Wakil Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Flovia Ng pula berkata terdapat keperluan untuk memberikan wanita lebih banyak peluang dalam sektor korporat dan politik memandangkan penyertaan golongan tersebut terutama di Sabah masih belum mencukupi dan perlu diubah dalam memperkasakan lagi kepimpinan dalam kerajaan.", "Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan buat julung kali membuka tirai dengan Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Perpaduan, yang diadakan secara serentak pagi ini.", "Kemuncak konvensyen bertemakan ‘MADANI: Mengangkat Agenda Rakyat’ adalah amanat Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum berakhir dengan pelancaran Tekad Bersama. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/14/umno-dalam-kerajaan-perpaduan-bukan-kahwin-paksa
[ "KUALA LUMPUR: Penyertaan UMNO dalam pembentukkan Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukanlah ‘kahwin paksa’ sebagaimana dakwaan segelintir pihak, kata Ketua Pergerakan Pemudanya Dr Muhamad Akmal Saleh.", "Beliau berkata walaupun ada antara parti yang membentuk kerajaan hari ini tidak pernah menjalin kerjasama, atau tidak punyai ‘chemistry’ sebelum ini, namun ia bukan alasan untuk tidak mewujudkan persamaan dan kesamarataan demi negara.", "“Ada orang kata kita ini kahwin paksa, tetapi ibu ayah kita, atuk nenek kita dulu mereka kahwin pun tak kenal sesama sendiri, kalau duduk bercinta 10 tahun tapi tahun pertama kahwin lelaki curang buat apa.", "“Kalau kita nak kekal dalam Kerajaan Perpaduan mesti mempunyai tiga perkara iaitu yang pertama kena saling menghormati satu sama lain, memahami antara satu sama lain dan mempercayai antara satu  sama lain,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pemuda Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini,", "Beliau turut menyeru agar sayap-sayap parti yang menganggotai Kerajaan Perpaduan menolak segala perbezaan dan mencari titik persamaan agar kestabilan politik negara terus terjamin. ", "Dalam sesi yang sama,  Ketua Angkatan Muda Harapan Dr Kelvin Yii Lee Wuen pula berkata setiap perbezaan seharusnya dilihat sebagai kekuatan dan bukannya sebagai halangan untuk membina perpaduan dalam masyarakat di negara ini. ", "\"Bagi saya dalam setiap perjuangan, dalam setiap gerak kerja yang kita lakukan asasnya adalah perpaduan, tanpa perpaduan kita tidak ada kestabilan, tanpa kestabilan kita takkan ada perkembangan, tanpa perkembangan kita tiada transformasi dan tanpa transformasi kita tiada kesejahteraan. ", "\"...saya berdiri di sini bersama pemimpin (parti politik yang lain) untuk membina semula negara tercinta ini atas dasar dan prinsip hormat dan ihsan terhadap semua kaum, agama dan bangsa dan semua latar belakang inilah asas pembentukan negara tercinta Malaysia,\" katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/14/jpj-hasrat-laksana-pendigitalan-penuh-pastikan-perkhidmatan-lebih-berkesan
[ "SEREMBAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhasrat melaksanakan penyampaian perkhidmatan secara pendigitalan penuh pada masa akan datang bagi memastikan kualiti penyampaian agensi itu kepada masyarakat berjalan lancar dan berkesan. ", "Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata konsep pendigitalan itu telahpun dimulakan menerusi Pelan Strategik Pendigitalan JPJ 2021-2025 dengan pelbagai inisiatif merangkumi pelan infrastruktur teknologi maklumat, tadbir urus dan kompetensi.", "“Memang kita harap akan ada pendigitalan penuh, tetapi ia akan mengambil masa sebab ada banyak sistem yang perlu diintegrasikan. Sekarang 2023 kita telah pun ada beberapa inisiatif seperti Pendigitalan Lesen Kenderaan Motor (eLKM) dan Lesen Memandu Malaysia (eLMM) selaras pemacuan digitalisasi itu.", "“JPJ eBid lebih awal kita buat sejak 2019 dan dalam masa dua tahun yang akan datang ini, banyak lagi inisiatif pendigitalan yang akan dilaksanakan oleh JPJ,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ ke-77 bertemakan ‘Digitalisasi Kebitaraan JPJ’ yang diadakan selama tiga hari sejak Jumaat di sini.", "Beliau berkata konsep pendigitalan itu turut diaplikasikan ke dalam strategi penguatkuasaan yang lebih holistik antaranya menggunakan dron untuk mengesan pesalah yang melanggar peraturan lalu lintas termasuk ketika Ops Hari Raya Aidilfitri lepas.", "Jelasnya, penggunaan kamera aksi pengawasan (EAC) dan sistem Peranti Penguatkuasaan Pengurusan Pintar (SmED) yang memfokuskan kepada Operasi Tanpa Sentuh JPJ (Camera Go-Pro) serta teknologi sistem High Speed Weigh-in-Motion (Hi-WiM) juga terus dipergiat untuk meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan JPJ.", "Sementara itu, dalam majlis berkenaan, Loke turut melancarkan beberapa inisiatif baharu diperkenalkan JPJ termasuk e-Book Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP), JPJeID, JPJ Mobile dan bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan (FF) yang dibuka selama lima hari bermula hari ini menerusi JPJeBid.", "“Saya yakin inisiatif baharu ini akan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat serta membolehkan JPJ berada pada tahap terbaik sebagai penyedia perkhidmatan awam dan penguatkuasa yang mesra, cekap dan telus,” katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/14/agenda-pemerkasaan-wanita-antara-intipati-dalam-tekad-wanita-perpaduan
[ "KUALA LUMPUR: Agenda pemerkasaan wanita dan penglibatan sekurang-kurangnya 30 peratus golongan itu dalam kumpulan membuat keputusan di setiap peringkat merupakan antara yang terkandung dalam Tekad Wanita Perpaduan yang dimeterai sempena Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan hari ini. ", "Dokumen tekad berkenaan ditandatangani lima pimpinan utama wanita, mewakili pimpinan wanita dalam parti gabungan Kerajaan Perpaduan, sebagai simbolik komitmen bersama-sama membawa dan menyokong tema MADANI: Mengangkat Agenda Rakyat. ", "Ia ditandatangani Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) Aiman Athirah Sabu, Ketua Wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fatimah Abdullah, wakil Wanita Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Flovia Ng dan Pemangku Ketua Wanita Parti Warisan Norfaizah Chua.", "Dokumen berkenaan turut mengandungi tekad dalam memastikan wanita mendapat pembelaan dan perlindungan dari aspek kebajikan, pendidikan, keselamatan, sosial dan hak asasi manusia.", "Majlis menandatangani dokumen tekad berkenaan disaksikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia.", "Terdahulu bacaan ikrar tekad itu diketuai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Nancy Shukri. ", "Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan yang dihadiri kira-kira 3,400 peserta daripada pelbagai parti itu merupakan sebahagian daripada agenda Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan sehari yang berlangsung hari ini. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/14/geng-perpaduan-komitmen-perkukuh-perpaduan-rakyat
[ "KUALA LUMPUR: Inisiatif ‘Geng Perpaduan’ atau ‘GP’ bukti komitmen semua parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan ke arah memperkukuhkan perpaduan demi membina negara bangsa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.", "Beliau berkata inisiatif itu juga adalah usaha meneguhkan lagi perpaduan bukan sahaja dalam kalangan parti dalam kerajaan, tetapi untuk menarik minat golongan muda bersama Pemuda Perpaduan bagi menggerakkan agenda perpaduan di seluruh negara.", "“Jika kita bersatu, Insya-Allah semua perkara lain yang kita rencanakan untuk bangunkan negara bangsa yang lebih kukuh, harmoni dan makmur dapat dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Pemuda Perpaduan, di Dewan Tun Dr Ismail Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini hari ini.", "Terdahulu, Fadillah menghadiri konvensyen itu dan melancarkan GP serta Tekad Pemuda Perpaduan pada majlis berkenaan sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023.", "Sementara itu, Fadillah berkata konvensyen hari ini menjadi wadah kepada sayap pemuda dan belia setiap parti di bawah payung Kerajaan Perpaduan untuk mencari titik persamaan dalam kepelbagaian.", "Katanya dengan mencari persamaan dan nilai kebersamaan pelbagai parti dalam Kerajaan Perpaduan, segala usaha untuk membantu rakyat dapat digarap dengan lebih baik. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/14/19-parti-dalam-kerajaan-perpaduan-perlu-segerakan-keserasian
[ "KUALA LUMPUR: Semua 19 parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu menyegerakan keserasian bagi memperkukuhkan lagi hubungan, terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri di enam negeri akan datang. ", "Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 yang berlangsung hari ini merupakan platform terbaik untuk menyegerakan keserasian itu.", "\"Mulai hari ini, kita ada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan, keserasian dengan pelbagai parti yang lain, 19 parti semuanya harus dipercepatkan keserasiannya,\" kata Presiden UMNO itu.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan khas Presiden UMNO bersama Ketua, Timbalan dan Naib Ketua UMNO Bahagian-Bahagian di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.", "Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan buat julung kali membuka tirainya dengan Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan, yang diadakan secara serentak pagi ini.", "Kemuncak konvensyen bertemakan ‘MADANI: Mengangkat Agenda Rakyat’ adalah amanat Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum berakhir dengan pelancaran Tekad Bersama. ", "Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO meminta semua pemimpin parti berkenaan di pelbagai peringkat jawatan di Bahagian supaya mengetepikan segala perbezaan yang timbul sebelum ini terutama semasa pemilihan sesi 2023-2026.", "Mengambil contoh 'biduk lalu kiambang bertaut', Pengerusi Barisan Nasional itu berkata perumpamaan berkenaan perlu dijadikan pegangan ahli UMNO bagi mengukuhkan kedudukan dan memperkasakan parti dalam menghadapi PRN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.", "\"Kita mahu menghadapi PRN di enam negeri, maka jentera harus digerakan dari sekarang dan yang lebih penting menyantuni pengundi tanpa parti politik,\" katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/14/kpkt-teliti-penyusunan-semula-jbpm
[ "MELAKA: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meneliti secara komprehensif cadangan penyusunan semula Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kata Menterinya Nga Kor Ming (gambar).", "Beliau berkata penyusunan semula itu akan dilakukan secara berfasa melibatkan naik taraf perjawatan dan pengisian perjawatan sedia ada yang masih kosong serta mempertimbang untuk menambah jumlah keanggotaan JBPM.", "Katanya penyusunan semula itu dilakukan berikutan ketidakseimbangan membabitkan nisbah keanggotaan iaitu lebih 15,000 anggota berbanding 33.57 juta populasi rakyat Malaysia ataupun satu bagi 2,238 rakyat Malaysia, selain jabatan itu menerima lebih 100,000 panggilan kecemasan setiap tahun.", "“Ini termasuklah elemen kebajikan seperti kajian semula skim bomba termasuk gaji dan elaun yang berkaitan. Saya yakin JBPM dan Bahagian Sumber Manusia KPKT sedang meneliti kertas cadangan ini sebelum kita angkat kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pertimbangan dan kelulusan.", "“Sebagai sebuah organisasi penyelamatan dan kecemasan utama negara, jabatan ini sentiasa bersedia dalam menangani sebarang situasi kecemasan baik kebakaran, kemalangan, khidmat khas mahupun sebarang bentuk bencana,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia Tahun 2023 yang dirasmikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Dataran Pahlawan di sini hari ini.", "Sementara itu Nga berkata Kerajaan Perpaduan memperuntukkan RM206.64 juta menerusi Belanjawan 2023 bagi memperkasa perkhidmatan bomba merangkumi RM46.51 juta bagi perolehan peralatan dan kelengkapan untuk meningkatkan kecekapan dan tahap kesiapsiagaan JBPM, meningkat hampir lima kali ganda berbanding tahun 2022.", "“(Selain itu) RM129.93 juta bagi pembinaan bangunan JBPM baharu di seluruh Malaysia dan menaik taraf bilik siap siaga di balai bomba sedia ada termasuk penyelenggaraan bangunan dan jentera bomba,” katanya.", "Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia setiap 4 Mei di seluruh dunia merupakan satu acara penuh simbolik bagi memperingati dan menghargai pengorbanan serta jasa bakti yang diberikan anggota bomba di seluruh dunia." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/14/agong-permaisuri-zahir-ucapan-selamat-hari-ibu
[ "KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu di Malaysia. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/14/polis-tahan-11-lelaki-terlibat-judi-laga-ayam
[ "KOTA BHARU: Polis menahan 11 lelaki berusia lingkungan 21 hingga 57 tahun dan merampas 13 ekor ayam yang digunakan dalam kegiatan judi sabung ayam di kawasan Tok Bali, Pasir Puteh, kelmarin.", "Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata polis turut merampas wang tunai berjumlah RM6,806, dipercayai wang taruhan dan kelengkapan judi sabung ayam dalam serbuan yang dijalankan pada 11.15 malam itu.", "\"Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh untuk siasatan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,\" katanya dalam kenyataan semalam.", "Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian dan penyalahgunaan dadah serta terus menyalurkan maklumat mengenai perkara yang menyalahi undang-undang kepada pihak polis dengan segera.- BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/14/amang-seksual-ibu-bakal-didakwa-bulan-ini
[ "KUALA SELANGOR: Wanita yang ditahan susulan dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya yang berusia 14 tahun akan didakwa bulan ini.", "Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata siasatan terhadap suspek berusia 33 tahun itu telah dilengkapkan dan pihaknya mendapat arahan untuk menuduh wanita berkenaan.", "\"Kita akan mengambil tindakan pendakwaan dengan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 selepas tamat reman suspek di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh,\" katanya.", "Media sebelum ini melaporkan seorang wanita direman lima hari bermula 3 Mei bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun.", "Wanita itu ditahan di kediamannya di Puncak Alam, Kuala Selangor, pada 2 Mei lepas selepas polis menerima laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mendapat maklumat mengenai perbuatan itu menerusi sebuah video yang diperoleh daripada individu tidak dikenali.", "Reman wanita tersebut disambung selama tiga hari hingga 10 Mei sebelum suspek diserahkan ke IPD Sungai Buloh untuk siasatan kes yang sama. - BERNAMA" ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/14/lima-pendatang-asing-rempuh-pegawai-imigresen-elak-ditahan
[ "MELAKA: Lima pendatang tanpa izin warga India dan Pakistan bertindak agresif ketika cuba meloloskan diri daripada ditahan pegawai Jabatan Imigresen Melaka dalam serbuan Op Selera dan Op Pintu di sekitar bandar raya ini.", "Pengarah Imigresen Melaka Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata mereka merempuh pegawai operasi dan sanggup membahayakan diri dengan berlari menuju ke jalan raya yang sibuk, namun berjaya ditahan.", "“Lima mereka antara 26 pendatang tanpa izin terdiri daripada 22 lelaki, tiga wanita dan seorang kanak-kanak perempuan, berusia antara dua hingga 54 tahun yang ditahan dalam operasi bermula Jumaat lepas hingga 1.30 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau berkata kesemua 26 individu itu iaitu 13 warga Myanmar, India dan Indonesia masing-masing lima, Bangladesh (dua) serta seorang warga Pakistan adalah daripada keseluruhan 72 warga asing yang diperiksa di kawasan medan selera, restoran dan premis penempatan pekerja disyaki menjadi tempat penginapan pendatang asing.", "“Semua yang ditahan didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa di negara ini, pas lawatan kerja sementara (PLKS) tamat tempoh dan lain-lain kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),” katanya.", "Beliau berkata tiga borang saman saksi turut dikeluarkan kepada wakil majikan untuk membantu siasatan dan Jabatan Imigresen Melaka akan mengesan majikan yang didapati menggaji pendatang asing untuk tindakan selanjutnya. - BERNAMA" ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/13/unit-pusat-tvet-ditubuh-selaras-pengambilan-pelajar-sesi-pengajian-institusi-tvet-seluruh
[ "KUALA TERENGGANU: Unit Pusat Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan diwujudkan bagi menyelaras pengambilan pelajar serta sesi pengajian di 1,260 institusi TVET di seluruh negara.", "Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata unit itu juga akan bertindak memastikan tidak berlaku persaingan antara institusi TVET yang mendorong berlakunya pertindihan kursus yang ditawarkan.", "\"Dengan peruntukan besar yang disediakan kerajaan, kita perlu pastikan ada unit yang bertindak menyelaras aspek pengambilan, kursus dan sesi pengajian institusi TVET agar tidak berlaku pertindihan dan persaingan sesama mereka.", "Langkah ini akan memastikan pentadbiran institusi TVET yang lebih efisien selaras peruntukan besar yang disediakan kerajaan bagi program kemahiran itu, yang pastinya mampu meningkatkan lagi nilai kebolehpasaran graduan TVET,\" katanya.", "Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan penandatanganan memorandum perjanjian memperkasa pembangunan TVET di Wilayah Ketengah antara Kolej Ketengah Sdn Bhd dengan Eastern Steel Sdn Bhd dan Seri Pasific Hotel Kuala Lumpur di sini hari ini.", "Timbalan Perdana Menteri berkata beliau bersama 12 orang menteri daripada kementerian yang menawarkan program TVET di bawah agensi masing-masing akan memastikan Unit Pusat TVET  ini dapat melaksanakan penyelarasan dan fungsinya secepat mungkin.", "Beliau berkata untuk permulaan, langkah penyelarasan ini akan dilakukan bagi sesi pengambilan pelajar pada Julai dan Ogos akan datang melalui sebuah sekretariat di bawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia.", "\"Saya yakin langkah ini akan meningkatkan nilai kebolehpasaran graduan TVET yang ketika ini berada di bawah 90 peratus kecuali lepasan TVET daripada UniKL yang telah mencapai 98 peratus,\" katanya.", "Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri berkata langkah yang diambil Kolej Ketengah menjalin kerjasama strategik dengan Eastern Steel dan Seri Pasific Hotel Kuala Lumpur akan memperkasakan lagi keupayaan institusi berkenaan melahirkan graduan TVET berkemahiran tinggi.", "Ahmad Zahid berkata kerjasama memperkukuh jaringan strategik dengan rakan industri ini membantu memberi peluang kepada golongan belia khususnya di Wilayah Ketengah untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang yang diceburi melalui pendekatan tempatkan dan latih. ", "Pendedahan serta kepakaran dari rakan industri ini akan memantapkan lagi proses pembelajaran dan latihan pelajar dalam usaha melahirkan tenaga kerja yang kompetitif dan berdaya saing, katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/13/remaja-14-tahun-hilang-ditemukan-lemas
[ "IPOH: Penemuan beg sekolah di Jeti Kampung Terengganu, Teluk Intan, menjadi petunjuk seorang remaja yang hilang sejak semalam, akhirnya ditemukan lemas di Sungai Perak, hari ini. ", "Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Ahmad Adnan Basri, berkata mayat remaja lelaki berusia 14 tahun itu dijumpai terapung 60 meter dari jeti tempat mangsa dipercayai jatuh ke dalam Sungai Perak oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 4.45 petang tadi. ", "\"Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan pada jam 5 petang hari ini untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,\" katanya dalam kenyataan di sini.", "Ahmad Adnan berkata kira-kira 7.30 malam tadi, bapa mangsa telah menerima panggilan telefon daripada guru di sekolah mangsa dan menyatakan ada menerima beg sekolah mangsa daripada orang kampung yang dijumpai di Jeti Kampung Terengganu. ", "Bagaimanapun memandangkan cuaca gelap, katanya, gerakan SAR telah dijalankan pada 7.30 pagi tadi melibatkan agensi penyelamat membabitkan polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan orang tempatan. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/13/kkm-rekod-14-kes-strok-haba-setakat-semalam
[ "Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Suani berkata pihaknya menjangkakan kes strok haba terus meningkat akibat cuaca panas yang berlaku hingga Ogos ini.", "\"Terdapat enam kes dilaporkan di Kelantan, Sarawak (5) dan Sabah (3) sehingga semalam dengan paling ramai membabitkan golongan dewasa iaitu tujuh kes,\" katanya.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan 4th Intermediate Electrocardiogram Conference 2023 anjuran Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini hari ini.", "Mengulas lanjut, Lukanisman berkata daripada jumlah kes itu, 13 mangsa sudah pulih kecuali satu kes kematian di Kelantan membabitkan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.", "Menurutnya di peringkat KKM, kepimpinan tertinggi telah melakukan usaha dan mendengar taklimat daripada kementerian berkaitan serta bersiap siaga bagi menghadapi strok haba yang berpanjangan.", "\"KKM akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk menguar-uarkan maklumat dalam televisyen atau media sosial, juga wakil rakyat diminta mengambil peranan supaya menyebar luas tentang senario cuaca panas di negara ini.", "Sementara itu, Lukanisman berkata KKM turut mengenal pasti lokasi yang mengalami suhu tinggi menerusi kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk tindakan segera termasuk menyediakan fasiliti-fasiliti kesihatan.", "\"Ibu bapa diminta tidak terlalu bimbang untuk hantar anak ke sekolah, sebaliknya mengambil langkah berjaga-jaga terutama pengambilan air secukupnya selain tidak melakukan riadah sukan berlebihan.", "\"Pesawah, peladang dan pekebun juga perlu berhati-hati pada musim panas, perlu berehat dan minum air secukupnya bagi mengelak sebarang insiden,\" katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/13/mayat-awak-awak-warga-thailand-yang-hilang-di-pulau-bidan-ditemukan
[ "ALOR SETAR: Mayat awak-awak bot nelayan warganegara Thailand yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut petang Khamis lepas, ditemukan hari ini.", "Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata mayat dijumpai pada 8.30 pagi tadi dengan lengkap berpakaian di kedudukan 2.0 batu nautika dari Pulau Bidan, Yan.", "\"Mayat dibawa ke Jeti Sungai Udang Yan dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut. Operasi Mencari dan Menyelamat ditamatkan pada pukul 10.30 pagi,\" katanya dalam kenyataan hari ini.", "Awak-awak warganegara Thailand Donbagee Tingsa, 33, dipercayai terjatuh dari sebuah bot nelayan ketika sedang memukat bilis di Pulau Bidan dekat Yan pada 2.25 petang, Khamis.", "Kejadian disedari tekong bot apabila mendapati mangsa tiada di atas bot sebelum usaha mencari dilakukan bersama Pasukan Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan beberapa bot nelayan tempatan.", "Sementara itu, Noor Azreyanti mengingatkan orang ramai yang berhasrat melakukan aktiviti di laut agar mengambil langkah-langkah keselamatan seperti memakai jaket keselamatan, merujuk ramalan kaji cuaca, memastikan bot dalam keadaan baik dan membawa Personal Locator Beacon (PLB).", "\"Zon Maritim Kuala Kedah juga meminta orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah menerusi talian 04-7310579,\" katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/13/cuaca-panas-tidak-beri-kesan-petani-nelayan-hasilkan-bekalan-makanan
[ "PASIR PUTEH: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan cuaca panas yang melanda negara ketika ini tidak mempengaruhi petani, nelayan dan penternak untuk menghasilkan serta mengeluarkan bekalan makanan.", "Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pihaknya akan terus memantau dan membuat kajian mengenai situasi itu dari semasa ke semasa supaya tidak menjejaskan semua pihak.", "\"Setakat ini kita (KPKM) belum menerima sebarang laporan daripada mereka mengenai bekalan makanan tidak mencukupi kerana ia masih lagi di peringkat awal musim panas berlaku dan kita masih lagi mempunyai simpanan stok barangan terbabit.", "\"Kita akan terus pantau dari semasa ke semasa kerana musim panas ini dijangka berlarutan hingga Ogos depan dan saya nasihatkan kepada petani, nelayan dan penternak supaya menjaga kesihatan dan mengambil langkah berjaga-jaga ketika pergi ke lapangan,\" katanya.", "Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Jalinan Mesra MADANI bersama nelayan di Pelabuhan Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tok Bali, di sini hari ini. ", "Sementara itu, Mohamad berkata kerajaan telah meluluskan sebanyak RM600,000 bagi pembinaan tiga lokasi unjam di Kelantan iaitu Persatuan Nelayan Kawasan Tumpat, Bachok dan Kota Bharu yang akan memberi manfaat kepada 3,785 nelayan.", "\"Saya juga ingin mengumumkan bahawa sebuah projek naik taraf dan baik pulih infrastruktur jeti di Kuala Kemasin, Kelantan diluluskan dengan peruntukan berjumlah RM200,000 yang bakal memberi manfaat kepada 150 nelayan dan 80 bot.", "\"Selain itu, dengan wujudnya Kilang Air Batu Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) di LKIM Bachok yang mula beroperasi pada Mac lalu, diharapkan ia dapat membantu nelayan di kawasan ini mendapatkan bekalan ais yang mencukupi untuk memastikan kualiti ikan dapat dipelihara sebelum sampai kepada pengguna,\" katanya.", "Beliau berkata berikutan teknologi sentiasa berubah dari semasa ke semasa, pertumbuhan dan daya maju sektor perikanan memerlukan nelayan mengubah cara perikanan yang tradisional kepada cara lebih komersial dan lestari.", "\"Kami sedang berusaha untuk memajukan pengeluaran komoditi perikanan melalui kemudahan jeti pendaratan ikan, pemodenan vesel penangkapan ikan, memberikan bantuan input perikanan seperti bantuan pukat, jaket keselamatan dan lain-lain lagi. ", "\"Kesemua strategi dan program yang diusahakan oleh kerajaan tidak akan dapat dicapai hanya dengan cetusan idea sahaja kerana ia perlu dirancang dengan rapi, dijalankan dengan baik dan diawasi perkembangannya,\" katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/13/kertas-siasatan-kanak-kanak-enam-tahun-pandu-kereta-hampir-siap
[ "ALOR SETAR: Kertas siasatan berhubung kejadian kanak-kanak lelaki berusia enam tahun memandu kereta milik keluarganya sebelum terbabit dalam kemalangan di Jalan Kampung Bukit Tangga, Langkawi, Selasa lepas, hampir siap.", "Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri sebaik polis menerima laporan perubatan daripada pihak hospital.", "“Setakat ini, polis telah merakam keterangan ibu dan bapa kanak-kanak berkenaan. Selain itu, polis juga telah merakam keterangan lima individu lain iaitu tiga saksi di tempat kejadian, seorang anggota polis yang tiba di tempat kejadian dan datuk kepada kanak-kanak itu.", "“Kanak-kanak itu juga akan dirujuk ke Pusat Temuduga Kanak-Kanak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah untuk mendapatkan keterangan menyeluruh,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Dalam pada itu, Shariman menolak dakwaan berhubung satu video tular menerusi media sosial yang mendakwa kanak-kanak itu berlatih menggunakan simulator kereta di rumahnya.", "“Siasatan polis mendapati tidak ada simulator di rumah kanak-kanak itu dan video dan gambar yang tular itu bukanlah kanak-kanak yang memandu kereta jenis Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan,” katanya.", "Beliau berkata hasil siasatan, kanak-kanak itu mendakwa bahawa dia tahu cara membawa kereta dengan melayari laman YouTube selain mengamati cara pemanduan bapanya.", "Selasa lepas, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Langkawi dikesan memandu Toyota Vios sejauh kira-kira 2.5 kilometer sebelum melanggar tiang lampu dan menyebabkan kanak-kanak itu luka di bahagian dagu manakala adik lelakinya yang berusia tiga tahun yang turut menaiki kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/13/saman-terhadap-guru-meningkat-nutp-saran-tingkatkan-kefahaman-undang-undang
[ "KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyarankan agar para guru meningkatkan kefahaman tentang literasi undang-undang membabitkan sektor pendidikan susulan trend kenaikan saman terhadap mereka yang meningkat sejak dua tahun lepas.", "Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata pihaknya telah menerima aduan saman terhadap guru berhubung beberapa isu berkaitan perkhidmatan, isu mengajar, menjalankan kokurikulum serta menguruskan sekolah dan setakat Mei ini lapan aduan telah diterima oleh organisasi berkenaan.", "\"Dalam hal ini kami di NUTP mengharapkan literasi undang-undang akan dipertingkatkan kepada guru kerana mungkin mereka (guru) kurang memahami undang-undang dan batas-batas yang seorang guru tidak boleh lakukan dalam kaitan perundangan.", "\"Dan pihak kami pun sedar sekiranya seseorang guru itu disaman, untuk mendapatkan khidmat guaman di luar pun cukup tinggi dan ada kemungkinan sampai tahap guru ini tidak mampu membiayai jumlah kos perbicaraan tersebut,\" katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka NUTP 2023 di sini hari ini.", "Beliau berkata di NUTP mereka ada menyediakan khidmat guaman kepada ahlinya, namun akan melihat kepada isu yang berkaitan sahaja dan dana ini diperoleh daripada tabung tindakan perusahaan di bawah organisasi tersebut.", "\"Jadi apa yang saya lihat yang boleh dilakukan adalah di peringkat maktab atau Institusi Pendidikan Guru (IPG) boleh diberikan kursus tentang undang-undang bagi mengelakkan mereka (guru) ini disaman apabila berkhidmat di sektor pendidikan nanti. Kandungan perkara yang patut diajar kepada bakal guru diberikan lebih berkaitan undang-undang.", "“Perkara ini juga perlu disebarluaskan kepada mereka (guru) yang sudah berada dalam sektor pendidikan. Cuma setakat ini, kursus ini hanya pilihan dan ditawarkan di beberapa institusi sahaja serta jumlahnya pun terhad,\" katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/13/organisasi-dalam-atm-perlu-mantapkan-pengurusan-atasi-kes-buli
[ "SEREMBAN: Setiap organisasi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu memantapkan pengurusan bagi mengurangkan sekali gus mengatasi masalah buli dalam kalangan anggota, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.", "Beliau berkata setiap organisasi sudah pastinya mempunyai prosedur operasi standard (SOP) masing-masing yang akan dikenakan terhadap individu yang terlibat dengan kegiatan tidak bermoral itu termasuk menamatkan perkhidmatan mereka.", "“Jika didapati pelanggaran perkhidmatan itu jelas oleh mereka yang terlibat, maka pihak perkhidmatan tentera akan mengambil sebarang tindakan dan apa jua tindakan adalah selaras dengan tahap kesalahan yang dilakukan.", "“Ada sampai ke tahap boleh dibuang kerja jika kes dilakukan itu benar-benar melanggar SOP perkhidmatan. Sebab itu saya kata, SOP ada, undang-undang ada, macam negara kita juga, undang-undang ada tapi pelanggaran sentiasa berlaku,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Ja’afar di sini hari ini.", "Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan berlakunya kes pukul melibatkan pelatih tentera darat di kem tentera di sini seperti yang tersebar menerusi media sosial semalam.", "Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed dalam kenyataan dilaporkan berkata polis menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira 8.23 malam, 22 April lepas dan siasatan kemudian mendapati kejadian tersebut berlaku di sebuah kem latihan tentera di Port Dickson kira-kira 10 pagi, 17 April lepas.", "Mohamad berkata setakat ini beliau belum mempunyai butiran lanjut mengenai kejadian itu dan menyerahkan kepada pihak ATM serta Polis Diraja Malaysia untuk melakukan siasatan terperinci.", "Beliau sehubungan itu menasihatkan setiap anggota supaya tidak terlibat atau menghentikan niat untuk menjadi pembuli sebaliknya terus menumpukan usaha menambah nilai kualiti kerja serta perkhidmatan dalam ATM.", "Dalam perkembangan lain, Mohamad mengakui negara mempunyai keupayaan untuk menghasilkan kapal tempur berskala kecil bagaimanapun ia belum setanding dengan negara pembuat luar terutama dari segi penyediaan teknologi seperti alat telekomunikasi dan radar.", "“Dari segi kepakaran limbungan tempatan untuk membina kapal yang sederhana besar berukuran 100 meter ke bawah, itu bukan satu yang mustahil cumanya kita memerlukan teknologi daripada rakan dari luar negara untuk membina alat komunikasi dan persenjataan,” katanya.", "Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada kerajaan berhasrat untuk memberi ruang kepada limbungan tempatan bagi membina kapal bersaiz bawah 80 meter. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/13/polis-tahan-pengasuh-disyaki-dera-bayi-lelaki
[ "JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang pengasuh kerana disyaki mendera seorang bayi lelaki jagaannya yang berusia tujuh bulan di sekitar Taman Universiti di sini, semalam. ", "Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh berkata wanita tempatan berusia 34 tahun itu ditahan di rumahnya, selepas satu laporan polis dibuat oleh ibu bayi berkenaan pada pukul 4.30 pagi, semalam. ", "Beliau berkata mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini oleh ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan pada Khamis lepas, dan hasil pemeriksaan mendapati ada beberapa kesan lebam pada tubuh mangsa.", "\"Siasatan awal mendapati wanita itu menafikan telah mendera mangsa. Dia juga pernah dituduh di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membabitkan penderaan terhadap seorang kanak-kanak lain pada 2021. Kes itu masih dalam proses perbicaraan di mahkamah,\" katanya dalam kenyataan hari ini. - BERNAMA \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/13/anwar-tegaskan-tiada-masalah-dedahkan-harta
[ "KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau tiada masalah untuk mendedahkan segala hartanya yang didakwa diraih ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, seperti yang diminta oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.", "Malah Ahli Parlimen Tambun itu menegaskan beliau adalah antara individu yang telah mengisytiharkan hartanya baru-baru ini bagi membuktikan ketelusan kepada rakyat.", "“Saya antara orang yang isytihar harta, yang tidak dia (Tun Mahathir). Baru-baru ini pun, saya telah isytiharkan harga rumah berharga RM11 juta di Segambut.", "“Jadi itu bukan rahsia, itu sudah diketahui umum,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Malaysia MADANI di Dataran Merdeka, KL hari ini. ", "Isnin lepas, Dr Mahathir bukan sahaja mencabar Anwar mendedahkan segala hartanya itu malah mendakwa pengerusi Pakatan Harapan itu sebagai seorang daripada pemimpin lama yang turut dituduh membantu kroni. - BERNAMA \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/13/pm-arah-pihak-berkuasa-siasat-pihak-terlibat-rasuah-sebabkan-negara-rugi
[ "KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pihak yang bertanggungjawab atas kerugian ditanggung negara akibat rasuah. ", "Beliau berkata selain SPRM, agensi lain yang diarahkan termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil apa saja langkah, mengikut jalur perundangan untuk bertindak.", "\"Kita kena suarakan (rasuah) tetapi saya tidak boleh berikan petunjuk satu persatu melainkan arahan umum kerana ada orang-orang diketahui, rasuah berbilion... Dah puluh tahun tapi selamat, tidak berani disentuh (sesiapa).", "\"Apa erti negara, kekuatan undang-undang kalau kita minta polis, LHDN, ambil tindakan di bawah tapi yang di atas itu terlepas dan kumpulan harta itu puluh-puluh bilion ringgit. Itu sebab maka saya bagi arahan umum dan saya harap rakyat tak kira parti, tak kira kaum bagi sokongan terhadap tindakan ini,\" katanya selepas menghadiri program Aidilfitri Malaysia MADANI @ Dataran Merdeka di sini hari ini. ", "Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan khusus bagi mencari pihak terlibat kes rasuah berikutan statistik dikeluarkan EMIR Research iaitu Malaysia dianggarkan berdepan dengan jumlah kerugian sebanyak RM4.5 trilion dalam tempoh 26 tahun disebabkan rasuah dan ketirisan.", "Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata jumlah kerugian sebenar belum dapat dipastikan oleh itu, kerajaan kekal dengan keputusan dasar untuk memerangi rasuah walaupun menerima serangan dan tentangan kelompok yang korup.", "\"Saya jadikan ini sebagai suatu keputusan dasar yang sangat serius walaupun mendapat serangan ataupun percubaan kelompok-kelompok, terutama yang kaya, yang kaya tak apa tapi yang korup, yang harta berbilion-bilion, di dalam dan luar negara, yang menyoroknya, itu mereka nampaknya kumpul, kekuatan untuk lawan. ", "\"Saya sudah ambil satu keputusan dan tekad masalah Malaysia ini mesti diselamatkan daripada penyakau-penyakau ini dan ini memerlukan tekad politik yang jelas, yang tegas. ", "\"Bukan soal kaum bukan soal penganut agama berbeda, ini soal karakter, soal akhlak, soal nilai. Walaupun dipermainkan, saya faham masalah ini dan kita mahu rakyat faham dan bersama menyerang dan menghentikan (rasuah),\" katanya.", "Program Aidilfitri Malaysia MADANI @ Dataran Merdeka yang dianjurkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama gabungan masjid dan surau Jumaat di Wilayah-Wilayah Persekutuan serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu menghimpunkan 120 masjid dan surau terpilih bagi menyediakan gerai jamuan dalam menyantuni tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat.", "Program itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dan Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/13/polis-tahan-dua-disyaki-dera-lakukan-amang-seksual-fizikal-terhadap-pelajar-tahfiz
[ "MELAKA: Polis menahan dua lelaki yang merupakan adik-beradik warga Singapura yang dipercayai terlibat dalam kes penderaan dan amang seksual fizikal kanak-kanak pelajar tahfiz di Tanjung Minyak.", "Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata penahanan suspek yang merupakan pengasas pusat tahfiz berusia 40 tahun itu, dan warden asrama berkenaan yang berumur 36 tahun, dibuat susulan enam laporan polis yang diterima.", "\"Laporan polis dibuat oleh enam pelajar pusat tahfiz terbabit yang berumur 13 hingga 15 tahun di Balai Polis Batang Tiga antara pukul 6.29 petang dan 9.13 malam, semalam. Tangkapan pertama pada pukul 1 tengah hari manakala tangkapan kedua pada 1.30 tengah hari di Pusat Tahfiz Tanjong Minyak hari ini,\" katanya dalam kenyataan semalam.", "Beliau berkata kejadian berlaku beberapa kali di dua pusat tahfiz iaitu di Tanjung Minyak dan juga Alor Gajah serta di kondominium di Klebang, bagaimanapun kanak-kanak itu tidak dapat mengingati tarikh tepat, namun kali terakhir dikatakan berlaku pada 7 Mei lepas.", "Zainol berkata suspek pertama pernah mempunyai rekod lampau atas kesalahan melakukan amang seksual fizikal serta liwat pada tahun 2019, dan permohonan reman terhadap kedua-dua suspek akan dibuat di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh esok.", "Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/13/polis-tahan-kumpulan-kongsi-gelap-geng-36-di-bahau
[ "JEMPOL: Polis menahan 10 lelaki dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap ‘Geng 36’ sebelum sempat mencetuskan pergaduhan di kawasan Bahau pada Selasa lepas.", "Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), IPD Jempol bertindak ke sebuah rumah di Bahau, selepas menerima laporan mengenai perkara berkenaan pada 8 malam.", "Beliau berkata bertindak atas maklumat, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kesemua suspek berusia 19 hingga 43 tahun sedang membuat persediaan untuk melakukan pergaduhan dan jenayah.", "“Hasil pemeriksaan menjumpai senjata parang, senjata tajam yang diubah suai dan senjata lain disimpan serta disembunyikan berhampiran tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan semalam.", "Hoo berkata polis telah mengenal pasti dan membuat pengesahan terhadap kumpulan ini berdasarkan tanda tatu di bahagian badan dan gambar simbol ‘36’ di dalam kesemua telefon suspek.", "Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 144 Kanun Keseksaan (Memiliki senjata-senjata maut dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang) dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Memiliki senjata berbahaya di tempat awam).", "Hoo berkata kes tersebut turut disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 (Seseorang yang menganggotai suatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang). Kesemua suspek direman selama empat hari bermula 10 Mei. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/13/prn-rundingan-kerusi-lancar-beberapa-negeri-capai-tahap-90-peratus
[ "KOTA BHARU: Proses rundingan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.", "“Minggu lepas kita ada mesyuarat dihadiri pimpinan utama parti dan mendengar segala persiapan dan status agihan kerusi...pada pertengahan bulan ini, pimpinan pusat akan meneliti senarai (calon) dan akan memulangkan semula kepada pihak negeri, saya optimis segalanya mampu diselesaikan sebelum pengumuman pembubaran (Dewan Undangan Negeri).", "“Mana-mana parti (dalam Kerajaan Perpaduan) yang sudah ada penyandangnya di sesuatu kawasan, parti lain tidak akan bertanding, kawasan yang akan ditandingi adalah kawasan yang dimenangi PAS atau Bersatu,” katanya.", "Saifuddin, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Jelajah Ikon Madani dan Sesi Motivasi Bersama Tokoh Besar di Universiti Malaysia Kelantan, di sini, semalam.", "Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin), Datuk Aizuddin Ghazali dan Ikon Madani, usahawan selebriti, Zoey Rahman." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/13/tolak-perbezaan-politik-selesaikan-masalah-air-kelantan
[ "KOTA BHARU: Kerajaan Perpaduan telah mengambil pendirian untuk menangani masalah yang berkaitan dengan bekalan air untuk pengguna di negeri Kelantan, dan ia perlu diselesaikan tanpa mengira fahaman politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Katanya beliau telah mengadakan perbincangan ringkas dengan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad serta Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berhubung perkara itu.", "Malah katanya beliau juga telah mempersembahkan ‘hasrat’ itu pada sesi menghadap Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Kelantan di Kubang Kerian, petang tadi.", "\"Kelantan ini hadapi masalah air agak serius, jadi saya nak cadangkan supaya kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,” katanya semasa berucap di Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.", "Anwar berkata beliau berpandangan tidak wajar selepas merdeka lebih 60 tahun Kelantan terus menghadapi masalah berkaitan bekalan air kepada pengguna, dan menurutnya masalah politik yang tidak berkesudahan sememangnya membebankan rakyat.", "\"Oleh yang demikian saya menyeru (penyelesaian) dan ini pendirian Kerajaan Perpaduan kita akan cari dana, jalan penyelesaian tetapi mesti kaedah yang betul dan mendapat kerjasama penuh Kerajaan Negeri,\" katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/13/kerajaan-tubuh-jawatankuasa-kabinet-tangani-gangguan-bekalan-gula
[ "KUALA TERENGGANU: Jawatankuasa Kabinet mengenai hala tuju bekalan gula telah ditubuhkan bagi menangani kekurangan bekalan dan memastikan kestabilan harga barangan tersebut, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.", "Beliau berkata penubuhan jawatankuasa yang dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu lepas itu turut menggabungkan tiga kementerian lain iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri dan Kementerian Ekonomi.", "\"Walaupun kekurangan gula hanya berlaku di Kelantan dan Terengganu, saya berpandangan sebuah jawatankuasa Kabinet perlu diwujudkan bagi merangka langkah penyelesaian jangka panjang kepada isu ini.", "\"Susulan itu, mesyuarat di peringkat pegawai telah pun bermula dan kita menyasarkan tempoh sebulan diperlukan sebelum jawatankuasa mengemukakan kertas cadangan kepada Kabinet,\" katanya pada sidang media di semalam.", "Salahuddin berkata jawatankuasa itu juga akan mengadakan libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk dengan syarikat pengeluar gula tempatan iaitu MSM Malaysia dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) bagi mendapatkan input dan pandangan berhubung perkara tersebut. ", "Beliau berkata ini penting bagi memastikan pelan yang dirangka adalah bersifat komprehensif sekali gus membantu kerajaan menangani isu gangguan bekalan dan ketidakstabilan harga gula yang memberi kesan kepada rakyat secara lebih berkesan.", "\"Dengan pelan komprehensif dan langkah yang akan diambil kelak, saya yakin isu gangguan bekalan dan kestabilan harga gula akan ditangani sebaiknya,\" katanya.", "Sebelum ini media melaporkan, bekalan gula di Kelantan dan Terengganu terputus sejak 22 April lepas sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan peniaga serta penduduk dan menurut KPDN, gangguan itu berpunca susulan penutupan sementara kilang gula MSM di Johor dan Perai, Pulau Pinang ekoran cuti sambutan Aidilfitri.", "Bagaimanapun kedua-dua kilang telah kembali beroperasi pada 25 April dan Salahuddin pada 2 Mei lepas mengumumkan gangguan bekalan gula di Pantai Timur telah pulih. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/12/kerajaan-yakin-capai-unjuran-pertumbuhan-ekonomi-meskipun-berdepan-cabaran-anwar
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin dapat mencapai unjuran pertumbuhan 4.0 peratus hingga 5.0 peratus bagi tahun penuh 2023 disebalik cabaran dan ketidaktentuan ekonomi global, disokong oleh asas ekonomi Malaysia yang kukuh serta pelaksanaan langkah Belanjawan 2023, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Beliau berkata kerajaan akan terus mengutamakan untuk menangani cabaran ekonomi harian yang dihadapi oleh rakyat sambil menumpukan usaha mengurangkan ketirisan dan menangani rasuah.", "Mengenai prestasi ekonomi Suku Pertama 2023, Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata ia disokong oleh pertumbuhan menyeluruh merentas semua sektor terutamanya sektor perkhidmatan dan pembuatan yang masing-masing berkembang sebanyak 7.3 peratus dan 3.2 peratus. ", "“Pengembangan ekonomi juga disokong oleh permintaan domestik yang mampan terutamanya perbelanjaan swasta berikutan penambahbaikan berterusan dalam pasaran buruh,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan hari ini.", "Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan lebih baik dari jangkaan sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama 2023 dipacu terutamanya oleh perbelanjaan sektor swasta. ", "Mengulas lanjut, Kementerian Kewangan berkata ekonomi Malaysia tumbuh 5.6 peratus pada suku pertama, lebih baik berbanding pertumbuhan negara serantau lain seperti Indonesia (5 peratus), China (4.5 peratus) dan Vietnam (3.3 peratus).", "“Prestasi pertumbuhan Suku Pertama 2023 menyumbang kepada sasaran untuk mencapai pertumbuhan ekonomi keseluruhan tahun 2023 antara 4.0 peratus hingga 5.0 peratus,” katanya.", "Menurut kementerian tersebut, pertumbuhan suku pertama itu juga lebih baik berbanding Suku Pertama 2022 iaitu sebanyak 4.8 peratus manakala dari segi pelarasan musim suku tahunan, ekonomi berkembang sebanyak 0.9 peratus pada Suku Pertama 2023 berbanding penguncupan 1.7 peratus pada Suku Keempat 2022.", "Pasaran buruh terus mencatatkan momentum pertumbuhan pada Suku Pertama 2023, mengekalkan tahap guna tenaga penuh dengan kadar pengangguran pada 3.5 peratus daripada 3.6 peratus pada Suku Keempat 2022.", "“Kadar inflasi pada Suku Pertama 2023 menyederhana kepada 3.6 peratus berbanding 3.9 peratus pada Suku Keempat 2022, antara lainnya, berikutan pelaksanaan langkah kawalan harga dan pemberian subsidi kepenggunaan oleh kerajaan", "“Kadar inflasi domestik terus mencatatkan trend penurunan kepada 3.4 peratus iaitu lebih rendah berbanding beberapa negara maju dan serantau seperti United Kingdom (10.1 peratus), Filipina (7.6 peratus), Singapura (5.5 peratus), serta Amerika Syarikat dan Indonesia (5 peratus),” katanya.", "Bagaimanapun, selari dengan unjuran prospek pertumbuhan ekonomi dunia oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, Kementerian Kewangan berkata, pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka menyederhana pada 2023 berikutan permintaan luar yang lebih perlahan akibat daripada kelembapan perdagangan global.", "Menurut kementerian itu lagi, perkembangan dalam negara seperti iklim ekstrem yang mencetus fenomena gelombang haba dan musim El Nino yang diramal bermula pada Jun 2023, dijangka mempengaruhi aktiviti ekonomi terutamanya dalam sektor pertanian dan pembinaan. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/12/penulis-blog-direman-bantu-siasatan-kes-rasuah-projek-rm41-juta
[ "PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penulis blog semalam bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan rasuah dalam satu projek bernilai kira-kira RM41 juta di sebuah kementerian.", "Lelaki berumur awal 60-an itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di sini semalam, dan dia dipercayai menerima rasuah kira-kira RM1.3 juta daripada sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) sekitar tahun 2020.", "Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah reman selama dua hari terhadap penulis blog berkenaan setelah SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.", "Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 (ASPRM 2009). - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/12/mayat-orang-asli-dipercayai-dibaham-harimau-ditemukan
[ "GUA MUSANG: Mayat lelaki Orang Asli suku kaum Bateq yang hilang ketika memancing dipercayai dibaham harimau Selasa lepas, ditemukan di Kuala Sungai Tunggul semalam.", "Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata mayat Halim Asin, 27, dijumpai oleh pasukan penyelamat pada pukul 5.10 petang dalam keadaan terlungkup dan tersangkut pada tunggul kayu pada jarak kira-kira dua kilometer (km) dari tempat kejadian.", "“Mayat ditemukan dalam keadaan separuh bogel dan hanya memakai baju berwarna gelap, dipercayai hanyut dari tempat kejadian sehingga ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang memulakan operasi pagi semalam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Kampung Aring 5 di sini hari ini. ", "Mengulas lanjut, Sik berkata berikutan keadaan persekitaran di hutan yang gelap dan agak berbahaya, pasukan penyelamat mengambil keputusan untuk mengeluarkan mayat mangsa pagi tadi dan tiba ke tebing Sungai Aring 5 kira-kira pukul 12.30 tengah hari.", "Sik berkata misi SAR itu melibatkan lapan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), serta polis menamatkan SAR itu berikutan penemuan mayat mangsa.", "Sementara itu, abang ipar mangsa Kuang Cemetong, 31, yang menyertai operasi SAR dari hari pertama pencarian Rabu lepas meluahkan rasa lega kerana mayat Halim berjaya ditemukan. ", "Terdahulu, media melaporkan Halim hilang ketika memancing bersama anak saudaranya Alang Kuang, 8, di Sungai Aring 5, dikhuatiri menjadi mangsa serangan harimau. - BERNAMA \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/12/kastam-rampas-pil-ekstasi-bernilai-lebih-rm78-juta
[ "BUTTERWORTH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas satu kontena mengandungi pil ekstasi seberat 1,063.206 kilogram (kg) bernilai lebih RM78 juta yang dibawa masuk dari Eropah, di Pelabuhan Pangkalan Kontena Utara Butterworth (NBCT), Butterworth pada 6 Mei lepas.", "Ketua Pengarah Kastam Datuk Zazuli Johan berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas kontena itu di NBCT pada 9 pagi dan menahan seorang lelaki berumur 48 tahun yang merupakan ejen perkapalan.", "\"Hasil pemeriksaan ke atas kontena itu mendapati ia diisi dengan 20 unit pemampat udara atau ‘silent compressor’ dengan 14 daripadanya telah diubah suai ruang dalamannya untuk menyembunyikan bungkusan berisi pil ekstasi pelbagai warna.", "\"Nilai pasaran (pil ekstasi) dianggarkan lebih RM78 juta, rampasan tersebut merupakan kejayaan terbesar rampasan (melibatkan) dadah pada tahun ini,\" katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.", "Beliau berkata baki kotak yang dibawa masuk ke dalam kontena itu memang benar mengandungi pemampat udara dan ia dipercayai bagi mengaburi pihak berkuasa yang memeriksa kontena berkenaan. ", "Katanya berdasarkan siasatan, modus operandi sindiket itu adalah dengan menyembunyikan dadah di dalam pemampat udara dan membuat pengikraran import barang dagangan yang tidak tepat untuk mengaburi pihak berkuasa sebaik tiba di Malaysia.", "Menurutnya, lelaki yang ditahan itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/12/isu-salah-laku-loke-jumpa-azam-baki-selasa-ini
[ "KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Anthony Loke dijangka bertemu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki pada Selasa untuk membincangkan isu laporan salah laku petugas jabatan di bawah kementerian itu.", "“Saya akan berjumpa dengannya (Azam) mengenai isu yang beliau ingin bangkitkan dan saya menghargai jika beliau boleh memberikan maklumat lanjut,” katanya di luar acara Persidangan Undang-undang dan Perniagaan Maritim 2023 hari ini.", "Semasa ditanya mengenai kes-kes berkenaan, beliau berkata kebanyakan kes melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan, dan ada kes telah diselesaikan menerusi tindakan tatatertib dan sebagainya.", "Loke berkata beliau akan mendapatkan pandangan Azam mengenai isu salah laku di pejabat menteri dan bagaimana untuk mengurangkan risiko terdedah kepada isu-isu yang melibatkan integriti. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/12/kkm-kemuka-lebih-2000-permohonan-jururawat-kontrak-serap-ke-jawatan-tetap
[ "SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan (KKM) mengemukakan kira-kira 2,000 ke 3,000 permohonan jururawat lantikan kontrak untuk diserap ke jawatan tetap bagi tahun ini.", "Beliau berkata KKM mempunyai keperluan bagi menambah jumlah jururawat sedia ada yang sehingga kini mencecah 165,000 orang, mengambil kira faktor pembinaan banyak fasiliti kesihatan baharu antaranya hospital dan klinik kesihatan termasuk di kawasan pedalaman.", "\"Susulan itu, kami telah memohon kepada JPA mengenai tambahan jururawat kontrak untuk diserap ke jawatan tetap,\" katanya selepas melancarkan Hari Jururawat Antarabangsa 2023 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam di sini, hari ini yang disertai lebih 2,000 jururawat dari seluruh negara.  ", "\"Pengambilan jururawat kontrak telah KKM pertimbangkan untuk diserap secara berfasa sekiranya rayuan penambahan itu diluluskan. Kami juga sedang melakukan proses pemetaan bagi mengoptimumkan khidmat kakitangan sama ada doktor, jururawat dan pegawai perubatan,\" katanya. - BERNAMA\n " ]