url
stringlengths
47
133
content
sequence
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/12/pga-rampas-pistol-bersama-peluru-hidup-daripada-sekumpulan-warga-asing
[ "PADANG BESAR: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 18 merampas sepucuk pistol semi auto bersama peluru hidup daripada sekumpulan warga asing yang cuba masuk tanpa kebenaran ke negara ini.", "Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata kira-kira 8 malam pada 10 Mei, anggota PGA yang melakukan Rondaan Op Taring Wawasan Kedah/Perlis telah menahan 12 warga asing di kawasan semak berdekatan dengan pos kawalan sempadan C32 di Chuping.", "“Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemukan sarung pistol berwarna hitam, sepucuk pistol jenama Desert Eagle 9mm, satu kelopak peluru dan 16 butir peluru hidup 9mm di dalam sebuah beg sandang seorang daripada suspek lelaki berumur 22 tahun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.", "Mohd Shokri berkata hasil soal siasat, suspek mendakwa bahawa dia telah diminta oleh seorang ejen dari negara jiran untuk membawa senjata api itu ke negara ini.", "Katanya, 12 warga asing yang ditahan itu ialah tujuh lelaki dewasa berumur 22 hingga 48 tahun, tiga wanita (berumur 27 hingga 47 tahun) dan dua kanak-kanak permpuan berumur satu dan sembilan tahun.", "“Kesemua suspek masuk ke negara ini melalui Thailand dan dipandu arah oleh seorang lelaki warga Thailand, mereka masuk ke Malaysia kerana ingin mencari pekerjaan di sini dengan membayar wang sejumlah RM3,000 kepada ejen,” katanya.", "Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman selama 14 hari bermula semalam dan hasil semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.", "Mohd Shokri berkata kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan enam sebatan.", "Katanya, kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 8 (A) Akta Senjata Api 1960 yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 dan siasatan juga dilakukan di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/12/luluskan-usul-tidak-percaya-peguam-negara-hak-majlis-peguam-azalina
[ "KOTA TINGGI: Tindakan Majlis Peguam meluluskan usul tidak percaya terhadap Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun merupakan hak badan peguam berkenaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.", "“(Malaysia) negara bebas. Saya, tak ada apa. Pada saya, hak masing-masing, persatuanlah. Kalau mereka percaya tu, percaya itulah, nak buat macam mana.", "“Pada saya, kerajaan Malaysia Madani adalah kerajaan yang mengamalkan demokrasi dan kita mesti terbuka menerima kritikan daripada rakyat ataupun badan-badan profesional,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pengerang di Dewan KEJORA Bandar Penawar, di sini hari ini.", "Azalina berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan badan peguam itu yang meluluskan usul tidak percaya terhadap Idrus ketika Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), dua hari lepas.", "Pada EGM yang diadakan 10 Mei itu, Majlis Peguam dilaporkan meluluskan usul berkenaan atas alasan Peguam Negara gagal mempertahankan Badan Kehakiman serta menegakkan kedaulatan undang-undang.", "Mengikut laporan media, dengan usul berkenaan ia turut memberi mandat kepada Majlis Peguam untuk memberikan notis kepada Idrus untuk membawa prosiding menghina mahkamah terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan terhadap Badan Kehakiman, dengan serta-merta. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/12/kejayaan-nusaybah-bukti-rakyat-malaysia-mampu-cipta-kejayaan-di-peringkat-dunia
[ "KUALA LUMPUR: Kejayaan Nusaybah Maszlee menjadi pelajar Malaysia dan Asia Tenggara pertama memenangi enam Anugerah Siswa Cemerlang di Universiti Georgetown, Qatar membuktikan rakyat negara ini mampu bersaing dan mencapai kecemerlangan di peringkat dunia.", "Istana Negara menerusi catatan dalam Facebook rasmi menyatakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada Nusaybah atas kejayaan itu. ", "\"Ia juga membuktikan sekali lagi bahawa rakyat Malaysia, dengan iltizam dan usaha yang bersungguh-sungguh, mampu bersaing dan mencapai kecemerlangan di peringkat dunia.", "\"Semoga kecemerlangan beliau menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya generasi muda untuk bekerja keras dan memberikan yang terbaik bagi mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing,\" menurut Istana Negara.", "Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Nusaybah dan mendoakan agar beliau dilimpahi kejayaan dan kecemerlangan berterusan.", "Nusaybah, 24, yang merupakan anak sulung bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik melakar sejarah apabila menjadi mahasiswa Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang merangkul enam anugerah di Universiti Georgetown baru-baru ini.", "Selain memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0, Nusaybah telah berjaya memenangi anugerah Suma Cum Laude (pelajar paling cemerlang), Anugerah Pingat Dekan, Tesis Terbaik, Anugerah Pelajar Paling Cemerlang pengkhususan Politik dan Hubungan Antarabangsa. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/12/akibat-tidak-hormat-senior-pelajar-tingkatan-3-cedera-dipukul
[ "KUALA LUMPUR: Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati di sini cedera di muka dan leher akibat dipukul sekumpulan pelajar tingkatan lima dalam kejadian di Litar Motorcross Bukit Mar Mar Kemensah di sini pada Isnin lepas.", "Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kejadian disyaki berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa yang dikatakan tidak menghormati kumpulan pelajar lelaki tingkatan lima berkenaan. ", "Katanya, kejadian itu bermula di tangga sekolah pada 9.30 pagi hari yang sama apabila mangsa ditumbuk di bahagian dada kiri, dicekik dan tendang bahagian belakang badan oleh seorang pelajar tingkatan lima yang dikenalinya.", "“Di sana, mangsa dipukul oleh kumpulan pelajar itu malah, seorang daripada suspek turut menumbuk muka mangsa sebanyak empat kali dan dilihat oleh 15 lagi rakan suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.", "Mohamad Farouk berkata semua yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.", "Tiga video kejadian yang menunjukkan mangsa hanya mampu terbaring dan cuba melindungi diri daripada dipukul kumpulan pelajar berkenaan di kepala dan badan tular sejak semalam. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/12/tun-mahathir-umum-bukan-lagi-pengerusi-gta
[ "ALOR SETAR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) berkata beliau bukan lagi Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) dan menyifatkan gabungan politik itu sudah tidak berfungsi.", "\"Yang itu (jawatan pengerusi GTA) lama punya. Takda apa dah. Pasal GTA tak jadi, tak dapat tolong kita. Pasal dia parti, kita dapati sebagai parti tak boleh menang. Kita dah lawan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), GTA dan Pejuang (Parti Pejuang Tanah Air) kalah 125 kerusi.", "\"Jadi nampak sebagai parti kita tak boleh menang, kalau kita nak menang dan nak perjuang nasib orang Melayu kita kena dapat sokongan orang Melayu,\" katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Jamuan Aidilfitri anjuran Pertubuhan Prihatin Kubang Pasu di sini malam tadi.", "Beliau diminta menjelaskan kedudukannya sebagai Pengerusi GTA yang sebelum ini merupakan pakatan empat parti politik iaitu Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) serta gabungan badan bukan kerajaan yang membentuk Gagasan Bangsa (GB).", "Pada 14 Januari lepas, Pejuang mengumumkan menarik diri daripada GTA menyebabkan Dr Mahathir bertindak keluar parti yang diasaskannya itu bersama 12 lagi individu pada 10 Februari lalu dan beliau kemudiannya dilaporkan menyertai Putra.", "Sementara itu, Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Datuk Seri Mukhriz Mahathir memaklumkan parti berkenaan belum membuat keputusan sama ada bertanding atau sebaliknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang. ", "Bercakap kepada pemberita pada majlis sama, beliau berkata perkara berkenaan masih dibincangkan bersama pimpinan Pejuang dan parti itu akan mengumumkan mengenai penyertaannya pada PRN selepas keputusan dicapai.", "Ditanya sama ada Pejuang akan mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak untuk bekerjasama dalam menghadapi PRN nanti, Mukhriz berkata pihaknya masih terbuka untuk melakukan perkara itu. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/12/ruu-penubuhan-majlis-media-malaysia-dijangka-dibentang-mac-2024
[ "KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC) dijangka dibentangkan di Parlimen menjelang Mac tahun depan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (gambar).", "Kami berharap sebelum penghujung tahun sama ada dalam sesi Oktober atau sesi Februari atau Mac 2024, RUU itu boleh dibentangkan,” katanya kepada media selepas perjumpaan bulanan kementerian itu di sini semalam.", "Pada 3 Mei lepas, Fahmi dilaporkan berkata kerajaan sedang melihat kepada beberapa RUU berkaitan media, termasuk draf RUU untuk penubuhan MMC dalam usaha memastikan kebebasan akhbar di negara ini.", "Beliau berkata pada masa ini draf RUU MMC berada di peringkat perbincangan dalam kalangan organisasi media, syarikat berkaitan dan persatuan pengamal media. ", "Sementara itu mengenai insiden kebocoran data yang dilaporkan melibatkan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Fahmi berkata Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) telah berhubung dengan universiti itu untuk memastikan UiTM mengisi borang notifikasi kebocoran data serta memberikan kerjasama dalam beberapa perkara.", "“Saya difahamkan sepatutnya hari ini maklumat itu disampaikan kepada JPDP. Setakat ini saya belum terima apa-apa maklumat terkini tetapi saya harap kita dapat kenal pasti apa yang berlaku dan mengelakkannya daripada berulang,” katanya.", "Beliau berkata keutamaan perlu diberikan kepada pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi bagi memastikan pemegang data memahami aspek penyimpanan data selain pengurusan data dilakukan dengan lebih cermat dan teratur pada masa depan. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/12/malaysia-mahu-teroka-kerjasama-dengan-adb-dalam-bidang-tenaga-dan-perubahan-iklim
[ "LABUAN BAJO: Malaysia berharap dapat meneroka kerjasama dengan Bank Pembangunan Asia (ADB) dalam bidang tenaga dan perubahan iklim, terutama pembinaan keupayaan dan bantuan teknikal serta ekonomi hijau.", "Hasrat itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerima kunjungan hormat Presiden ADB Masatsugu Asakawa di luar program Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 semalam.", "Asakawa pula menyatakan sokongan kepada sasaran Malaysia untuk menjadi negara bebas karbon menjelang 2050 dan menyatakan ADB akan menerbitkan laporan pelan tindakan mengenai perubahan iklim yang boleh Malaysia teroka peluang kerjasama.", "Selain itu, beliau turut berpuas hati dengan kerjasama sedia ada antara Malaysia dan ADB dalam bidang bandar hijau, serta pembiayaan mampan dan hijau bagi perumahan untuk golongan berpendapatan rendah di Malaysia.", "ADB juga berharap dapat meningkatkan kerjasama dengan Malaysia melalui Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) dan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMB-EAGA)." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/11/1956-kes-demam-denggi-direkodkan-pada-minggu-epidemiologi-18
[ "KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,956 kes demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 18 iaitu dari 30 April hingga 6 Mei, peningkatan 181 kes atau 10.2 peratus berbanding 1,775 kes pada minggu sebelumnya.", "Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata dua kematian akibat komplikasi demam denggi juga dilaporkan pada ME 18.", "Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini ialah 38,933 kes berbanding 13,650 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan 25,283 kes atau 185.2 peratus.", "“(Sehingga kini) sejumlah 24 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding tujuh kematian bagi tempoh yang sama tahun lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau berkata 87 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ini berbanding 103 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya dengan 49 lokaliti berada di Selangor, Pulau Pinang (19), Sabah (tujuh), Kuala Lumpur dan  Putrajaya (lima), masing-masing tiga di Kedah dan Perak serta satu di Johor.", "Selain itu, Dr Muhammad Radzi berkata survelan chikungunya merekodkan tiga kes pada ME 18 dengan masing-masing satu kes dari Kedah, Melaka dan Johor.", "Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini ialah 127 kes dan bagi survelan zika pula, sebanyak 1,029 sampel darah dan 41 sampel urin telah dijalankan saringan dan hasil kesemuanya adalah negatif.", "Beliau berkata cuaca panas yang berselang-seli dengan hujan berpotensi menyumbang peningkatan populasi nyamuk aedes di persekitaran memandangkan kitaran hidup nyamuk daripada fasa telur sehingga dewasa akan menjadi lebih pendek.", "“Selain itu, nyamuk aedes betina akan menggigit dengan lebih kerap semasa musim panas bagi penghasilan telur dan darah merupakan sumber protein yang diperlukan bagi proses tersebut.", "“Pergerakan masyarakat semasa cuti perayaan juga meningkatkan risiko jangkitan denggi kerana virus denggi dipindahkan secara gigitan nyamuk ke individu lain setelah nyamuk tersebut menggigit pesakit denggi yang tidak bergejala,” katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/11/pm-gembira-dengan-kemajuan-ketara-bimb-eaga
[ "LABUAN BAJO (Indonesia): Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim gembira dengan kemajuan ketara dan daya tahan yang dicatatkan oleh Kawasan Pertumbuhan Asean Timur- Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMB-EAGA) meskipun berdepan halangan akibat daripada impak berpanjangan pandemik COVID-19.", "“Sumber tenaga lestari diiktiraf sebagai keutamaan dan pengupaya kritikal dalam peralihan tenaga bersih BIMP-EAGA, selain peranan penting teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam mencapai ekonomi digital,” katanya kepada media Malaysia selepas mempengerusikan Sidang Kemuncak BIMB-EAGA ke-15 bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-42, hari ini.", "Anwar diiringi oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Luar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.", "Rafizi dalam satu kenyataan berkata, prestasi ekonomi di rantau BIMB-EAGA melantun semula dengan kukuh apabila mencatatkan pertumbuhan tiga peratus pada 2021 berbanding penguncupan satu peratus pada 2020. ", "Gabungan keluaran dalam negara kasar (KDNK) BIMP-EAGA pada 2021 berjumlah US$358.6 bilion, berada di landasan untuk mencapai sasaran 20 peratus menjelang 2025 manakala jumlah perdagangan barangan meningkat sebanyak US$65.8 bilion pada 2022.", "Sementara itu, para pemimpin kawasan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) menyatakan komitmen tidak berbelah bahagi mereka terhadap usaha pemulihan pelancongan pasca-pandemik dan berbesar hati untuk merasmikan Tahun Melawat IMT-GT 2023-2025 sebagai kerjasama serantau untuk bersama-sama memulihkan industri pelancongan.", "Rafizi berkata industri halal juga telah dicadangkan sebagai bidang tumpuan utama untuk menerajui kerjasama IMT-GT, yang disasarkan menjadi hab halal bagi pasaran global.", "\"Para pemimpin menyeru tindakan bersama untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan halal rantau ini ke pasaran baharu dengan kerjasama bersama rakan kongsi IMT-GT yang berpotensi,\" katanya.", "Semasa Sidang Kemuncak IMT-GT ke-15 yang dipengerusikan oleh Presiden Indonesia Joko Widodo, Rafizi berkata Malaysia menunjukkan sokongan dan komitmen terhadap keputusan negara itu untuk memindahkan ibu negara mereka dari Jakarta ke Nusantara.", "Malaysia juga memaklumkan kepada negara anggota mengenai kelulusan peruntukan RM1 bilion kepada Sabah dan Sarawak untuk pembangunan sempadan bagi merangsang aktiviti ekonomi penduduk di kawasan sekitar, katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/11/kpkm-kekalkan-formula-pembahagian-subsidi-ayam-sedia-ada
[ "SERDANG: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan meneruskan formula pembahagian subsidi sedia ada kepada penternak ayam daging dan syarikat pembekal pada nisbah 10 sen dan 70 sen, ketika terdapat permintaan daripada penternak ayam di Selangor yang mahu pembahagian subsidi kerajaan dibuat sama rata antara mereka.", "Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penternak ayam dan syarikat pembekal perlu berbincang antara mereka mengenai agihan subsidi 80 sen yang diberikan kerajaan bagi mengatasi kenaikan kos pengeluaran ayam dan telur kerana kerajaan tidak campur tangan dalam rundingan perjanjian pembahagian subsidi itu.", "\"Kita masih lagi berpegang dengan apa yang dilaksanakan sebelum ini sejak setahun lebih, kita berpegang kepada 10 sen (bagi penternak) dan 70 sen (bagi syarikat pembekal).", "\"Pada padangan kementerian, urusan itu adalah business-to-business, ertinya antara syarikat pembekal dan penternak. Semasa mereka berurusan, kerajaan tidak terlibat jadi sepatutnya itu persetujuan antara mereka,\" katanya kepada media pada majlis ramah mesra menteri bersama warga KPKM, di sini hari ini.", "\"Perlu ada rundingan antara syarikat pembekal dan penternak untuk dapat perkongsian keuntungan yang betul atau pun perkongsian subsidi yang betul, tetapi setakat ini kementerian berpandangan kadar sedia ada kita akan kekalkan dahulu,\" tambah Mohamad.", "Laporan yang disiarkan media tempatan menyatakan Persatuan Penternak Ayam Selangor mahu kerajaan mempertimbangkan pembahagian subsidi kepada penternak ayam daging dan syarikat pembekal dengan nisbah 50:50 kerana mendakwa ada penternak ayam yang gulung tikar kerana tidak mampu menanggung kos operasi yang semakin meningkat.", "Pengerusi persatuan itu Muzamri Shoib dilaporkan berkata dalam penternakan ayam daging, penternak paling berisiko tinggi kerana hanya mendapat untung melalui jualan ayam hidup, sedangkan syarikat pembekal lebih awal mendapat untung daripada hasil jualan makanan ayam, anak ayam, ubat-ubatan dan jualan ayam.", "Pada 27 Feb lepas, kerajaan memutuskan untuk meneruskan penyediaan subsidi pada kadar 80 sen sekilogram bagi ayam dan lapan sen sebjii bagi telur sehingga Jun 2023 melibatkan kos sebanyak RM1.28 bilion.", "Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata pelantikan pengerusi baharu bagi lima badan berkanun di bawah KPKM dibuat selepas mengambil kira penglibatan mereka bersama masyarakat dan telah dibincangkan terlebih dahulu bersama kepimpinan tertinggi kerajaan.", "\"Kita tidak boleh pilih orang yang berbentuk elit, sedangkan (mereka yang dipilih) perlu ambil tahu hal bendang, hal nelayan dan sebagainya. Rekod mereka dengan masyarakat itu yang paling utama,\" katanya.", "Semalam, Mohamad dalam kenyataan media mengumumkan pelantikan lima pengerusi baharu di badan berkanun di bawah kementerian itu yang berkuat kuasa 15 Mei.", "Mereka ialah Muhammad Faiz Fadzil sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM); Datuk Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP); Aminuddin Zulkipli sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA); Dr Azman Ismail sebagai Pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Sheikh Umar Bagharid Ali sebagai Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/11/dana-sentuhan-kasih-sayang-lebih-300-juta-diperuntukkan-untuk-naik-taraf-kemudahan-rakyat
[ "PUTRAJAYA: Lebih RM300 juta diperuntukkan tahun ini untuk program Sentuhan Kasih Sayang bagi membangunkan projek serta menaik taraf kemudahan rakyat yang diberikan kepada semua negeri secara adil dan profesional mengikut keperluan tanpa mengira fahaman politik, kaum dan agama, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.", "Nga berkata beliau telah memulakan jelajah Sentuhan Kasih Sayang sejak tiga bulan lepas dan antara negeri yang dilawati ialah Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, Perak, Johor dan akan datang ke Negeri Sembilan.", "Beliau berkata peruntukan diberikan secara profesional mengikut keperluan dan sebagai contoh di Langkawi, Kedah yang di bawah pentadbiran pembangkang, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberikan RM2 juta kepada Majlis Perbandaran Langkawi untuk menaik taraf dua pasar utama, membina tandas baharu dan menaik taraf medan selera.", "Nga berkata warga Johor Bahru pula akan mendapat berita gembira pada Isnin depan (15 Mei) apabila beliau akan mengumumkan beberapa projek melibatkan peruntukan lebih RM10 juta untuk menyelesaikan beberapa isu seperti penurapan jalan, naik taraf medan selera, pembersihan tandas awam dan pembinaan taman rekreasi.", "\"Saya janji peruntukan lebih RM10 juta akan diumumkan Isnin nanti untuk Johor Bahru,\" katanya ketika ditemui media pada Majlis Jalinan Muhibah sempena sambutan Aidilfitri KPKT di sini hari ini.", "Sementara itu, Nga berkata pihak bomba telah mengenal pasti 406 kawasan titik panas (hotspot) akan berlaku kebakaran ekoran cuaca panas dan kering.", "\"Sekarang ini cuaca panas luar biasa dan saya menyeru semua pihak untuk menghentikan pembakaran sampah secara terbuka dengan serta-merta kerana pembakaran itu akan menyebabkan kejadian lebih teruk khususnya di kawasan pedalaman,\" katanya.", "Menurutnya, pihak yang didapati membuat pembakaran  terbuka akan diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar, manakala tindakan kompaun dan dakwaan di mahkamah oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat terhadap pihak yang mengakibatkan kebakaran. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/11/sidang-kemuncak-asean-ke-42-sangat-bermakna-kata-pm
[ "LABUAN BAJO (Indonesia): Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 yang berakhir hari ini sangat bermakna memandangkan negara-negara anggota berjaya memperkukuh dan meningkatkan kerjasama serantau, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Beliau berkata kerjasama yang disepakati termasuk dalam bidang ekonomi, ekosistem kereta elektrik, pelaksanaan urus niaga mata wang tempatan (mata wang masing-masing negara ASEAN) dan pembayaran digital antara negara agar ASEAN menjadi lebih kukuh.", "Bercakap kepada media Malaysia, beliau berkata pelbagai kerjasama konkrit yang disepakati itu membuktikan ASEAN masih teguh meskipun sesetengah pihak menganggap blok serantau 'agak lemah' dalam menangani cabaran semasa.", "Menurut Anwar, pemimpin ASEAN juga telah bersetuju memastikan  ‘Pandangan ASEAN Mengenai Indo-Pasifik (AOIP)’ kekal sebagai mekanisme utama dalam pengurusan hubungan antara negara di rantau Indo-Pasifik.", "“Pemimpin sepakat mengukuhkan pendirian dan mempertahankan kedudukan ASEAN sebagai zon bebas dan mengelakkan daripada terlibat dalam pertarungan kuasa besar,” kata beliau.", "Anwar juga berkata gesaan beliau terhadap penubuhan Dana Monetari Asia untuk mengukuhkan kebergantungan ekonomi dan jaringan keselamatan di rantau ini menerima sambutan positif ketua-ketua negara ASEAN.", "Mengenai isu Myanmar, Anwar berkata pemimpin serantau sepakat mempertahanan prinsip Konsensus Lima Perkara (5PCs) untuk menyelesaikan konflik yang sangat kontroversi dan rumit serta pengurusan bantuan kemanusiaan.", "Menurut Anwar kaedah penyelesaian yang sedang dijalankan itu berdasarkan hukum antarabangsa dan rundingan dengan semua pihak berkepentingan di Myanmar adalah untuk menggalakkan kemajuan dalam pelaksanaan 5PCs.", "\"Pendirian kita lebih jelas kerana menangguhkan penyelesaian isu Myanmar ini memberi beban kepada etnik Rohingya dan juga Malaysia yang mempunyai pelarian yang telah mencecah lebih 200,000,\" katanya.", "Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berlepas pulang ke Malaysia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Komodo kira-kira pukul 2 petang hari ini. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/11/kanak-kanak-6-tahun-pandu-kereta-sehingga-kemalangan-di-langkawi
[ "ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dikesan memandu sebuah kereta sejauh kira-kira 2.5 kilometer sebelum terbabit dalam kemalangan selepas melanggar tiang lampu dalam kejadian di Langkawi, malam kelmarin.", "Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata bagaimanapun kanak-kanak itu hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian dagu dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Bukit Tangga kira-kira 11 malam itu.", "“Polis menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 11.15 malam berhubung kejadian sebuah kereta jenis Toyota Vios terbabas dan melangar tiang lampu di tepi jalan.", "“Kereta itu dipandu oleh kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dan dinaiki seorang penumpang yang merupakan adiknya yang berusia tiga tahun. Kanak-kanak berusia enam tahun itu luka di bahagian dagu manakala adiknya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu telah memandu kereta berkenaan dari rumah mereka di Kampung Padang Mengkuang tanpa pengetahuan ibu bapanya sebelum kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas ke tepi jalan.", "“Ketika di rumah, ibu kanak-kanak tersebut ada bersama dengan anak-anaknya, manakala bapa mereka sedang tidur. Wanita terbabit kemudian telah ke bilik air dan selepas keluar dari bilik air dia mendapati anak-anaknya tiada di dalam rumah,” katanya.", "Terdahulu, satu video berdurasi lebih satu minit tular di laman media sosial yang memaparkan sebuah kereta terbabas dan melanggar tiang lampu dan terdapat dua kanak-kanak lelaki di dalam kenderaan berkenaan yang dipercayai dipandu oleh kanak-kanak lelaki berusia enam tahun. – Bernama" ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/11/sumbangan-rm9-juta-buat-bayi-naail-berjaya-dikumpul
[ "KUALA LUMPUR: Lebih RM9 juta dana berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai bagi membantu seorang bayi 10 bulan, Wan Muhammad Naail Wan Aslam yang menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Athropy (SMA) Type 1.", "Bapa bayi itu, Wan Aslam Zakaria, 30, berkata dana yang telah dilancarkan menerusi Misi Rakyat sejak 13 April itu bertujuan membolehkan anaknya mendapatkan suntikan ubat jenis Gene Therapy Zolgensma bernilai AS$2.1 juta (RM9.28 juta) untuk sekali seumur hidup bagi menghentikan proses kemerosotan fungsi ototnya yang terjejas akibat penyakit itu.", "Katanya beliau sekeluarga bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih atas keprihatinan semua penyumbang sehingga misi untuk mengumpul dana RM9 juta bagi merawat anak bongsunya itu tercapai.", "“Memang pada peringkat awal fikiran kami mustahil untuk capai jumlah dana RM9 juta, apatah lagi kami rakyat biasa yang tidak mampu untuk membeli ubat semahal itu, tapi dengan pertolongan yang tak disangka-sangka datang ini, jumlah itu dicapai.", "“Saya berharap dengan sumbangan ini juga mampu memberikan kebaikan (kesembuhan) kepada Naail dan membesar seperti kanak-kanak lain. Mudah-mudahan juga apabila beliau besar nanti memberi manfaat kepada orang ramai,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.", "Terdahulu, tular di media sosial semalam apabila video yang menyaksikan kutipan orang ramai dilakukan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Misi Rakyat bagi membantu Wan Muhammad Naail telah mencecah RM9,088,404.", "Wan Aslam memaklumkan Wan Muhammad Naail disahkan menghidap penyakit SMA Type 1 ketika berumur empat bulan yang menyebabkan ototnya merosot hingga sukar menelan air liur sendiri, selain memerlukan bantuan mesin pernafasan, mesin penyedut kahak dan meminum susu menggunakan tiub melalui hidung.", "Ketika ini juga anaknya itu mengambil ubat Risdiplam bernilai RM40,400 sebotol setiap bulan untuk membantu mengurangkan keadaannya supaya tidak merosot otot sementara menunggu dana untuk membeli ubat jenis Gene Therapy Zolgensma yang perlu disuntik sebelum berumur dua tahun.", "Mengenai perancangan seterusnya, Wan Aslam yang menetap di ibu negara berkata beliau akan berjumpa dengan pihak hospital pada hari Isnin ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai prosedur yang perlu mereka lakukan termasuk penetapan tarikh suntikan.", "“Setakat ini saya dimaklumkan, biasanya prosedur (sebelum dicucuk) ia mengambil masa sebulan termasuk tempahan ubat Gene Therapy Zolgensma dari Amerika Syarikat yang mengambil masa dua hingga tiga minggu untuk sampai ke Malaysia selepas pembayaran dibuat. Jadi maklumat terkini akan saya kemas kini dalam media sosial saya,” katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/10/tindakan-tegas-termasuk-buang-kerja-jika-terlibat-kes-buli-mohamad
[ "KUALA LUMPUR: Tindakan tegas akan diambil termasuk buang kerja jika ada anggota yang terlibat dengan dakwaan membuli pelatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.", "“Bagaimanapun perkara sedemikian (membuli pelatih) kadang-kadang berlaku, malah di peringkat sekolah rendah dan menengah ada juga kes buli. Saya berharap perkara ini elok dihentikan.", "“Jika ia masih berlaku (kes buli) dan didapati ada anggota yang benar-benar terlibat dan tidak mengendahkan peraturan, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sehingga membolehkan dia dibuang kerja,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Perwira ATM di sini hari ini.", "Menurutnya Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan menasihatkan anggotanya agar tidak terlibat dengan perkara yang boleh menjadi kesalahan terutamanya dalam terma perkhidmatan ATM.", "“Kita akan lihat hasil daripada siasatan yang dibuat kerana kita tidak boleh terus menjurus kepada sesuatu perkara tanpa kita dapat tahu apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.", "Semalam, PDRM merekodkan lebih 10 keterangan dalam siasatan kes itu termasuk lima pelatih yang mendakwa menjadi mangsa serta enam pelatih yang didakwa melakukan perbuatan itu. ", "Sebelum ini, tular satu perkongsian di media sosial dengan seorang wanita mendakwa adiknya menjadi mangsa buli di sebuah pusat latihan tentera udara." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/10/anwar-ulangi-gesaan-penubuhan-dana-monetari-asia
[ "LABUAN BAJO (Indonesia): Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengulangi gesaan penubuhan Dana Monetari Asia sejajar dengan inisiatif ASEAN untuk mengukuhkan kebergantungan ekonomi dan jaringan keselamatan di rantau ini.  ", "Beliau berkata, dana yang dicadangkan itu boleh menjadi mekanisme serantau yang dapat memahami lebih baik lagi realiti dan keperluan negara anggota ASEAN serta mencadangkan langkah-langkah pemulihan yang lebih sesuai. ", "Menerusi ucapan beliau pada sesi pembukaan dan pleno Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 2023, disini, Anwar menyambut baik deklarasi para pemimpin untuk menggerakkan kesalinghubungan pembayaran serantau dan menggalakkan urus niaga mata wang tempatan.", "Mengenai Visi Pasca Komuniti ASEAN 2025, Perdana Menteri berkata, ASEAN perlu dapat mempamerkan keyakinan dan kesediaan yang lebih tinggi untuk merebut peluang bagi membawa perubahan positif kepada rakyat dan rantau ini.  ", "Rantau ini akan menerima pakai Visi Pasca Komuniti ASEAN 2025 dalam masa dua tahun lagi untuk melakarkan laluan strategik ASEAN bagi tempoh dua dekad akan datang.", "“Visi ASEAN pasca 2025 seperti yang dibincangkan oleh kumpulan tokoh-tokoh terkemuka pada peringkat awal perbincangan perlu mengutamakan keperluan dan kesejahteraan rakyat kita dalam agenda penyepaduan serantau,” katanya. ", "Anwar berkata, visi itu juga perlu memberikan penekanan kepada keterangkuman, kemampanan, transformasi dan responsif serta menambah baik kapasiti dan keberkesanan institusi ASEAN. ", "Sebanyak lapan ketua kerajaan daripada 10 negara anggota ASEAN menyertai sidang kemuncak itu kecuali Myanmar yang tidak dijemput dan Thailand yang menghadapi pilihan raya pada 14 Mei ini." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/10/tiada-perubahan-sop-susulan-kematian-anggota-apm-maut-dipatuk-ular
[ "KAJANG: Tiada sebarang perubahan terhadap prosedur operasi standard (SOP) ketika mengendalikan haiwan berbisa kerana SOP terkini yang diguna pakai anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ketika ini adalah lengkap.", "Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed berkata ketika kejadian anggota APM itu, Lans Koperal Mohd Idris Abdul Samad telah memakai peralatan lengkap seperti sarung tangan dan mengikut SOP yang betul ketika menguruskan seekor ular tedung.", "“SOP telah lengkap, ini bukan silap sesiapa. Bukan salah SOP atau individu itu sendiri. Allahyarham (Mohd Idris) merupakan anggota yang mahir dan memiliki pengalaman lebih 10 tahun dalam mengendalikan haiwan berbisa.", "Kami sangat terkesan dan bukan semua orang boleh kendalikan ular tedung. Ini satu kehilangan yang besar kepada APM kerana beliau seorang yang pakar,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kematian Mohd Idris, 34, semalam selepas dua hari dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) di Kelantan setelah dipatuk ular tedung.", "“Sumbangan RM30,000 ini termasuk dengan Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial), insurans dan orang awam. Hasil sumbangan ini akan diserahkan kepada waris Allahyarham Mohd Idris,” katanya dalam sidang media pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri APM di Ibu Pejabat APM, di sini, hari ini.", "Semalam, media tempatan melaporkan Mohd Idris meninggal dunia selepas dua hari mendapatkan rawatan di hospital di Kubang Kerian, Kelantan susulan dipatuk ular tedung.", "Susulan itu, Pengarah APM Kelantan Mohd Adzhar Mujab dilaporkan berkata anggota berkenaan ketika itu bertugas di APM Tunjong, Kota Bharu hendak mengalihkan ular tedung yang diletakkan dalam guni ke sangkar.", "Katanya, ular itu ditangkap sebuah kampung di Kota Bharu pada malam Sabtu lepas dan Mohd Idris mahu mengalihkan haiwan berbisa itu ke sangkar namun, berlaku insiden di luar jangka apabila celah ibu jari kanan arwah dipatuk dan ketika mengendalikan haiwan berbisa itu, arwah memakai sarung tangan. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/10/amang-seksual-lelaki-ditahan-bantu-siasatan
[ "KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terlibat merakam adegan amang seksual fizikal membabitkan ibu dan anak lelakinya berusia 14 tahun di Selangor.", "Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata suspek yang bekerja sendiri itu ditahan Jumaat lepas di sekitar Puncak Alam, Selangor bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.", "“Kita turut merampas telefon bimbit suspek yang disyaki digunakan untuk merakam hubungan dua beranak berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama TV hari ini.", "Pada 4 Mei lepas, Bernama melaporkan seorang ibu direman bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun.", "Sementara itu, Ramli berkata lelaki berkenaan juga diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual anak perempuan kepada wanita terbabit yang berusia 15 tahun.", "Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu berkata kes berkenaan telah dilaporkan pada 8 Mei lepas dan lelaki itu diperlukan bagi membantu siasatan kes. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/10/kutipan-cukai-tunjuk-trend-positif-yakin-sasaran-rm176-bilion-dapat-dicapai-lhdn
[ "CYBERJAYA: Kutipan cukai tahun ini menunjukkan trend positif dengan kutipan harian mencatatkan 20 peratus lebih tinggi berbanding tahun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Mohd Nizom Sairi.", "Beliau berkata sekiranya trend positif ini kekal LHDN mampu mencapai sasaran kutipan hasil berjumlah RM176.1 bilion tahun ini atau melepasi sasaran tersebut.", "\"Kita berada pada tahap yang sangat memberangsangkan. Terima kasih kepada pembayar cukai yang terus mengekalkan tahap pematuhan yang baik,\" katanya kepada media pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong, di sini, hari ini.", "Mengenai sama ada kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada tiga peratus akan menjejaskan kutipan cukai, Mohd Nizom berkata ia kemungkinan akan memberi kesan secara tidak langsung namun tidak serta-merta.", "Pada 3 Mei lepas, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada tiga peratus.", "Mohd Nizom berkata pendekatan A.E.S (awareness-kesedaran, education-pendidikan dan services-perkhidmatan) yang diperkenalkan LHDN akan diperkemaskan bagi memartabatkan cukai sebagai aset negara secara berterusan demi mempertingkatkan kepercayaan rakyat.", "Beliau berkata antara hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan adalah sekiranya pendapatan negara daripada sumber cukai langsung terus meningkat, kerajaan mampu memulangkan manfaatnya kepada rakyat.", "\"Sudah pasti pelbagai agenda bermanfaat untuk rakyat akan dapat direalisasikan. Taraf kualiti kehidupan dan kesejahteraan rakyat akan dapat turut diperhebat melalui pelbagai projek pembangunan hasil daripada sumber pendapatan negara yang mencukupi,\" katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/10/monsun-barat-daya-dijangka-bermula-15-mei-metmalaysia
[ "KUALA LUMPUR: Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 15 Mei dan berterusan sehingga September ini yang akan menyebabkan taburan hujan lebih rendah berlaku di kebanyakan tempat pada tempoh itu.", "Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata semasa Monsun Barat Daya, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara lebih rendah dan keadaan atmosfera lebih stabil yang menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh ini.", "“Sehubungan itu, kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan yang lebih banyak berbanding bilangan hari hujan,” katanya dalam kenyataan semalam.", "Bagaimanapun, Muhammad Helmi berkata hujan lebat berserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah terutamanya pada awal pagi.", "“Oleh itu, pembakaran terbuka haruslah dielakkan bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar, orang ramai juga disaran menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh ini,” katanya. ", "Orang ramai boleh mengakses maklumat cuaca terkini melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MetMalaysia atau menghubungi hotline MetMalaysia 1-300-22- 1638 bagi pertanyaan lanjut. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/10/anwar-utarakan-lima-agenda-semasa-mesyuarat-dua-hala-dengan-jokowi
[ "LABUAN BAJO (Indonesa): Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutarakan lima agenda semasa mesyuarat dua hala dengan Presiden Indonesia Joko Widodo termasuk lawatan rasmi, rundingan tahunan dan sempadan antara kedua-dua negara.", "Perdana Menteri yang berada di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 dua hari bermula hari ini, mengulangi jemputan agar Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada bulan Jun 2023.", "Dalam pertemuan di bandar Manggarai Barat, wilayah Nusa Tenggara Timur itu, Anwar turut menyatakan kesediaan Malaysia untuk menyokong penganjuran mesyuarat Suruhanjaya Kerjasama Dua Hala Ke-17 (JCBC) dan Rundingan Tahunan Ke-14 (AC) yang akan dihoskan Indonesia bagi merancakkan hubungan dua hala.", "Katanya Malaysia juga sedang melengkapkan prosedur-prosedur domestik bagi membolehkan Perjanjian Melintasi Sempadan (BCA) dan Perjanjian Perdagangan Di Sempadan (BTA) ditandatangani semasa lawatan Jokowi ke Malaysia atau semasa Rundingan Tahunan Ke-14.", "Mengenai pembatasan sempadan maritim, Anwar menjelaskan Malaysia bersedia untuk memuktamadkan draf Triti Pembatasan Sempadan Maritim di Kawasan Paling Selatan Selat Melaka dan Triti Pembatasan Sempadan Maritim di Laut Sulawesi termasuk isu 'full breadth of territorial sea' di ‘40th Technical Meeting on Maritime Boundaries Delimitation’ yang dijangka diadakan tahun ini.", "Untuk sempadan darat, Malaysia turut bersedia untuk menandatangani kedua-dua memorandum persefahaman (MoU) Pulau Sebatik dan Sinapad-Sesai di Sektor Sabah-Kalimantan Utara secara pakej tahun 2024 setelah kerja-kerja pengukuran di lapangan dan dokumentasi selesai.", "Semasa pertemuan 30 minit berkenaan, Anwar turut menekankan keperluan kedua-dua negara mematuhi pelaksanaan MoU Garis Panduan Bersama bagi menjaga kemaslahatan dan keselamatan nelayan-nelayan di kawasan yang masih dipertikaikan di Selat Melaka.", "Perkara ini terkandung di dalam MOU In Respect of the Common Guidelines Concerning Treatment of Fisherman by Maritime Law Enforcement Agencies of Indonesia and Malaysia yang dimeterai pada 27 Januari 2012. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/09/teknologi-pertanian-pintar-mampu-bawa-pengeluaran-padi-negara-ke-tahap-ssl
[ "KANGAR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin penggunaan teknologi smart farming atau pertanian pintar mampu meningkatkan pengeluaran padi negara ke tahap sara diri (SSL), kata menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu.", "Beliau berkata keyakinan itu bersandarkan kejayaan pesawah di Sekinchan, Selangor yang menggunakan kaedah tersebut dan berjaya menghasilkan padi sekitar tujuh hingga 11 tan per hektar, berbanding lima tan per hektar dengan kaedah biasa.", "“Jika kita berjaya meningkatkan hasil padi kepada tujuh tan per hektar di  kawasan pertanian  Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), saya yakin kita tidak perlu mengambil masa yang lama sehingga berpuluh tahun untuk mencapai tahap SSL.", "“Dan pada masa yang sama juga satu masa nanti, kita mampu eksport beras ke luar negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program SMART SBB Mini Sekinchan MADA BERNAS dan melawat tapak SMART SBB di Kampung Lat 1000, Simpang Empat, di sini hari ini.", "Turut hadir Ketua Setiausaha KPKM Datuk Lokman Hakim Ali; Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Industri Tani KPKM Datuk Azman Mohmood, Pengurus Besar MADA Kamaruddin Dahuli dan  Exco Pertanian Perlis Razali Saad.", "Katanya kaedah itu menjimatkan masa dan tenaga di samping dapat meningkatkan hasil tuaian padi, selain telah digunakan di negara lain seperti China. ", " Beliau berkata Program SMART SBB Mini Sekinchan MADA BERNAS akan dilaksanakan di kawasan seluas 187 hektar di dua lokasi bawah seliaan MADA, iaitu Kampung Lat 1000, Simpang Empat, Perlis dan Kampung Tok Mengkula, Ayer Hitam, Kedah. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/09/pm-ucap-selamat-datang-kepada-kumpulan-coldplay
[ "KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan 'selamat datang' kepada Coldplay, kumpulan muzik terkemuka dunia, yang mengesahkan persinggahan di Malaysia bagi menjayakan konsert dalam siri jelajah Music Of The Spheres World Tour mereka, November ini.", "\"Ayuh kita bekerjasama bagi melindungi alam sekitar dan menjadikan dunia lebih selamat,” katanya dalam klip ringkas yang dimuatkan dalam Facebook beliau, dengan disertakan dengan paparan kata-kata 'See you in November!Coldplay'.", "Ini merupakan konsert julung kalinya dipersembahkan kumpulan muzik dari British itu di Malaysia, yang dijadualkan pada 22 Nov ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.", "Coldplay dilapor memulakan siri jelajah mereka pada bulan Mac di Costa Rica, sebelum meneruskan persembahan yang dijadualkan di Tokyo, Kaohsiung (Taiwan), Jakarta dan Perth, selain Kuala Lumpur pada bulan November ini.", "Kumpulan berkenaan sebelum ini menyatakan komitmen mereka untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida 50 peratus berbanding siri jelajah dunia 2016-17 mereka. - Bernama" ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/09/anwar-tiba-di-labuan-bajo-indonesia-untuk-sidang-kemuncak-asean
[ "LABUAN BAJO (Indonesia): Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 2023 di bandar Manggarai Barat, kepulauan Flores di wilayah Nusa Tenggara Timur.", "Pesawat yang membawa perdana menteri dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Komodo pada pukul 3.45 petang (waktu sama dengan Malaysia), dan ketibaan Anwar disambut oleh Menteri Pengangkutan Indonesia Budi Karya Sumadi.", "Turut hadir menyambut ketibaan perdana menteri di lapangan terbang ialah Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin.", "“Ini merupakan kehadiran kali pertama Datuk Seri Anwar selaku Perdana Menteri ke mesyuarat peringkat tertinggi pemimpin-pemimpin negara ASEAN,” kata Zambry kepada media Malaysia.", "“Kita menjangkakan kehadiran perdana menteri akan menjadi perhatian memandangkan peranan beliau dan Malaysia sebagai satu daripada anggota awal yang menubuhkan ASEAN,” katanya.", "Anwar yang juga Menteri Kewangan mempunyai jadual padat semasa di sini termasuk beberapa perbincangan dua hala, dan lapan mesyuarat Sidang Kemuncak, dalam tempoh masa tiga hari persidangan di Ayana Komodo Waecicu Beach Hotel.", "Menurut Zambry, Anwar akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Indonesia Joko Widodo, Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone, Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh dan Perdana Menteri Timor Leste Taur Matan Ruak.", "Beliau juga dijadual mempengerusikan Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur - Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).", "Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 dijangka menghasilkan beberapa dokumen seperti Pernyataan Pemimpin-pemimpin Asean berhubung pengukuhan institusi ASEAN dan Visi ASEAN pasca 2025.", "Lain-lain termasuk berkaitan menangani pemerdagangan manusia, perlindungan pekerja migran serta keluarga mereka semasa krisis, kesihatan, ekosistem kenderaan elektrik, dan pembangunan rangkaian kerja ASEAN." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/09/loke-mahu-jumpa-azam-dapatkan-penjelasan-pendedahan-salah-laku
[ "PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan Anthony Loke akan berjumpa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki bagi mendapatkan penjelasan mengenai laporan pendedahan salah laku kakitangan sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT).", "“Saya tiada maklumat sebab ini laporan media, namun sebab beliau (Azam) ada sebut tentang agensi dan jabatan di bawah MOT, saya akan pohon janji temu dengan KP SPRM untuk bertemu beliau dan dapatkan laporan lanjut,” katanya kepada pemberita mengulas laporan akhbar mengenai isu itu selepas menghadiri Majlis Simpulan Kasih Malaysia MADANI MOT di sini hari ini.", "Sebuah akhbar hari ini melaporkan pendedahan Azam yang menyebut beberapa agensi kerajaan mengabaikan lebih 500 laporan salah laku membabitkan kakitangan mereka, walaupun SPRM telah mengesyorkan untuk mengambil tindakan, antaranya melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), jabatan keagamaan dan hospital.", "Loke berkata pertemuan dengan Azam merupakan langkah awal sebelum sebarang tindakan diambil bagi berlaku adil terhadap mana-mana pegawai atau kakitangan yang mungkin terlibat, selain tidak menuding jari serta-merta tanpa bukti kukuh.", "\"Saya tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku di bawah MOT serta akan bekerjasama penuh sekiranya laporan salah laku berkenaan mempunyai bukti kukuh,\" katanya yang memandang serius laporan pendedahan Azam itu. - Bernama" ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/09/hampir-50-peratus-kebuniti-dalam-fasa-pengkomersialan-aaron
[ "ALOR SETAR: Hampir 50 peratus daripada keseluruhan 113 Kebun Komuniti (Kebuniti) di seluruh negara telah memasuki fasa pengkomersialan dengan ada antaranya berjaya meraih pendapatan sehingga mencecah puluhan ribu ringgit setahun.", "Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata kebanyakan Kebuniti yang telah memasuki fasa itu adalah di Kuala Lumpur dan Selangor serta beberapa negeri lain.", "“Pada peringkat awal, program ini bermula secara kecil-kecilan bagi mengisi masa lapang penduduk setempat tetapi ia semakin berkembang. Contohnya, sebuah Kebuniti di Terengganu dikhabarkan mampu meraih pendapatan sehingga RM70,000 setahun setelah menjadi pembekal cili dan timun kepada pasar raya.", "“Melihat sambutan dan hasil yang baik ini, kita merancang untuk mengembangkan lagi program ini di seluruh negara. Buat masa ini, kita sudah ada 112 Kebuniti dan akan membuka 61 lagi Kebuniti dengan kerjasama dari Jabatan Pertanian,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Tapak Projek Kebuniti MADANI Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Taman Mutiara dan Taman Koperasi di sini hari ini.", "“PBT boleh membantu tetapi KRT yang akan laksanakan…sekiranya pihak KRT berminat dan memiliki tanah kosong, mereka boleh membuat permohonan dan setelah mendapat kelulusan, Jabatan Pertanian akan sediakan benih, baja dan keperluan lain untuk memulakan proses bercucuk tanam.", "“Buat masa ini, kerjasama dari pihak PBT sangat baik dan ada yang menjadikan Kebuniti ini sebagai ‘anak angkat’ mereka. Kebuniti ini juga boleh dilaksanakan di atas tanah individu tetapi ia perlulah mendapat kebenaran dari pemilik tanah terlebih dahulu,” katanya.", "Program Kebuniti dapat memberi manfaat dari aspek ekonomi, sosial dan persekitaran setempat selain menjana peluang pekerjaan serta menyokong kepada keperluan makanan penduduk bandar dan luar bandar. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/09/berdepan-cabaran-global-penyelidikan-pertanian-perlu-dipertingkat
[ "KANGAR: Dalam usaha menghadapi cabaran global seperti isu bekalan makanan dan cuaca panas, Malaysia perlu menitikberatkan penyelidikan dalam sektor pertanian, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.", "\"Kita (Malaysia) juga sedang berusaha ke arah itu dan saya berharap satu hari nanti kita mampu capai ke tahap tersebut, hasil daripada pembangunan dalam bidang penyelidikan secara berterusan,\" katanya kepada pemberita di sini hari ini.", "Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Sains dan Tanah Antarabangsa (SOILS 2023) anjuran Fakulti Perladangan dan Agroteknologi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis dengan kerjasama Persatuan Sains Tanah Malaysia.", "Turut hadir Rektor UiTM Perlis Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi dan Presiden Persatuan Sains Tanah Malaysia Dr Rosazlin Abdullah.", "Mohamad berkata bidang pertanian dan keterjaminan makanan kini diberi perhatian serius oleh pemimpin seluruh dunia dan China, sebagai contoh, menggunakan teknologi baharu secara meluas dalam bidang pertanian dan penternakan.", "\"Semua diuruskan menggunakan teknologi terkini termasuk dalam pengurusan ternakan, operasi mesin dan sebagainya yang boleh tingkatkan hasil,\" katanya dan beliau akan turut meminta kerajaan menambah peruntukan bagi penyelidikan dalam bidang pertanian menerusi belanjawan akan datang. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/09/filem-anwar-the-untold-story-buat-pm-tersentuh
[ "KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tersentuh dengan filem “Anwar: The Untold Story” yang mengangkat kisah perjuangan politik beliau.", "Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata walaupun keseluruhan dialog dan penceritaan tidak 100 peratus sama, namun isu yang dibangkitkan dalam karya berkenaan adalah kejadian sebenar.", "“Saya sukar mengulas kerana ada episod yang telah kita lupakan kerana sakit dan menyedihkan. Banyak beban tertanggung adalah Azizah, anak-anak dan rakan-rakan,” katanya.", "Anwar berkata demikian pada sidang media selepas menonton tayangan perdana filem berkenaan di Dadi Cinema, Pavillion Bukit Bintang, di sini malam tadi.", "Turut hadir isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pengarah filem itu, Viva Westi dan pelakon utama, Farid Kamil Zahari.", "“Peristiwa puluhan tahun untuk disingkatkan itu sudah tentu tidak mudah, malah sinematografi filem ini juga sangat baik,” katanya yang turut berpuas hati dengan lakonan Farid Kamil yang membawa watak beliau.", "Dalam pada itu, Anwar berharap berpeluang untuk mendengar runut bunyi filem berkenaan berjudul “Menjaga Cintamu” nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang tidak sempat diperdengarkan pada sesi tayangan itu susulan masalah suntingan.", "Sementara itu, Dr Wan Azizah bersyukur dan berharap agar filem berkenaan mampu menangkis semua persepsi negatif yang pernah dilemparkan terhadap Anwar.", "Filem berlatarkan antara 1993 dan 1998 itu, menceritakan mengenai perjalanan hidup Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta perjuangannya dalam menentang amalan rasuah.", "“Anwar: The Untold Story” yang membabitkan kos RM10 juta itu akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 18 Mei ini. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/09/pemandu-lori-maut-dihempap-kayu-balak
[ "GUA MUSANG: Seorang pemandu lori maut dihempap kayu balak ketika cuba menurunkan batang balak berkenaan di sebuah kilang papan di kawasan perindustrian Gua Musang, di sini semalam.", "Ketua Polis Daerah Gua Musang Sik Choon Foo berkata kejadian berlaku kira-kira 2.15 petang ketika mangsa Norazlan Hamdan, 53, yang baru dua bulan bekerja cuba menurunkan balak daripada lori dengan kaedah biasa diamalkan iaitu membuka empat rantai bersama kunci kecuali di bahagian tengah. ", "“Apabila membuka kunci rantai mangsa pergi ke arah kanan lori dan bertindak menarik rantai sebelum sebatang balak tiba-tiba jatuh menimpa bahagian badan mangsa.", "“Berdasarkan hasil bedah siasat dijalankan oleh pegawai perubatan forensik mengesahkan kematian berpunca daripada kehilangan darah yang banyak akibat kecederaan di tempat kerja (Massive Blood Loss Secondary to Rupture Mesenteric Artery Due to Industrial Injury).", "\"Kes diklasifikan sebagai mati mengejut. Kami mengingatkan supaya mana-mana individu tidak membuat spekulasi dan menghormati privasi keluarga si mati,\" katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/09/beri-peluang-kedua-kesilapan-lalu-bukan-tiket-terus-menghukum
[ "KAJANG: Stigma negatif yang dilempar kepada bekas banduan menyebabkan golongan ini sering disisih masyarakat sedangkan mereka telah pun menerima hukuman setimpal atas kesilapan lampau.", "Pengarah Penjara Kajang Mohd Roslen Ramli berkata sikap masyarakat yang berterusan menghukum menyebabkan ada dalam kalangan mereka sukar berubah, malah ada juga kembali terjerumus kepada tabiat lama atau bergaul dengan rakan-rakan sepenjenayah dahulu.", "“Ya, mereka pernah melakukan kesalahan sehinggakan dipenjara, tetapi itu bukan tiket kepada kita untuk terus menghukum mereka. Sikap seperti inilah yang boleh membuatkan seseorang itu masuk semula ke penjara.", "“Misalnya jika seseorang bekas banduan itu yang pernah dijatuhi hukuman penjara akibat mencuri dan telah pun dibebaskan, masyarakat masih berterusan meminggirkannya menyebabkan dia berisiko terjerumus semula dalam kegiatan mencuri.", "“Di sini (Penjara Kajang) memang terdapat mereka yang keluar masuk penjara kerana mengulangi kegiatan lama,\" katanya kepada Bernama ketika ditemui di Penjara Kajang, di sini baru-baru ini.", "Sehubungan itu katanya, Jabatan Penjara tidak pernah putus asa untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya memberi peluang kedua kepada bekas penghuni tirai besi ini dan menerima mereka kembali terutama bagi mendapatkan pekerjaan agar dapat mencari rezeki yang halal.", "“Selain itu, mereka turut diberikan latihan dan kemahiran tentang sesuatu bidang kerjaya. Oleh itu, masyarakat harus memain peranan dengan memberi ruang dan peluang untuk mereka menyumbangkan sesuatu dalam komuniti serta meneruskan kehidupan normal,” katanya ", "Mohd Roslen berkata dalam memberikan keyakinan masyarakat, pihak penjara turut memberikan golongan banduan ini kemudahan seperti komputer dan akses internet untuk menyambung pelajaran dalam pelbagai peringkat daripada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga tahap Ijazah Doktor Falsafah (PhD).", "Mohd Roslen berkata dalam zaman serba mencabar ini, pihak penjara menyedari bahawa kemahiran seperti jahitan serta perkhimatan dobi semata-mata yang diperoleh di dalam penjara tidak mencukupi dan menyukarkan mereka untuk dapatkan pekerjaan lebih baik setelah dibebaskan.", "“Oleh itu, para banduan ini digalakkan menyambung pelajaran dalam sesuatu bidang yang bukan sahaja akan meningkatkan peluang mereka untuk mendapat pekerjaan, tetapi juga meyakinkan bukan sahaja diri sendiri serta keluarga dan masyarakat luar sana,” katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/08/sembilan-termasuk-warga-asing-ditahan-bersama-dadah-bernilai-rm274482
[ "GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan sembilan individu termasuk enam warga asing dalam siri serbuan di sekitar negeri itu dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM274,482 pada 2 hingga 6 Mei lepas.", "Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis melancarkan operasi terancang sebelum menjalankan serbuan dan berjaya menumpaskan sindiket itu yang didalangi warga asing.", "\"Polis pada mulanya menyerbu sebuah rumah di kawasan George Town, di sini pada 2.30 petang 2 Mei lepas dan menahan sepasang suami isteri iaitu lelaki warga tempatan dan isteriya warga Vietnam masing-masing berumur 32 dan 34 tahun.", "\"Pemeriksaan lanjut di dalam rumah itu, polis merampas 613.30 gram (g) methylenedioxy-methamphetamine (MDMA), ketamin (10.8 g), syabu (1.59 g), 30 biji pil ekstasi dan 100 biji pil Eramin 5 yang kesemuanya bernilai RM9,198,\" katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.", "Beliau berkata susulan penahanan itu, polis menyerbu sebuah rumah di Air Itam, di sini pada hari yang sama iaitu pada pukul 6 petang dan menahan sepasang suami isteri warga Vietnam berumur 40 dan 42 tahun serta merampas pelbagai jenis dadah di situ.", "Mohd Shuhaily berkata antara dadah yang dirampas ialah 490 biji pil ekstasi, pil Eramin 5 sebanyak 240 biji, syabu (421.89 g) dan ketamin seberat 48.12 g yang kesemuanya bernilai RM104,296.", "Katanya, polis seterusnya menyerbu sebuah kedai mencuci kenderaan di Permatang Pauh, dekat sini dan menahan tiga lelaki warga Myanmar berumur 22 hingga 26 tahun dan merampas 45 peket lutsinar seberat 47,000 g di dalam stor di situ yang bernilai RM146,000 pada 5.05 petang 5 Mei.", "\"Tiga lelaki itu selain bekerja di situ mereka juga dipercayai berperanan menyimpan bekalan dadah milik sindiket tersebut sebelum mengedarnya untuk pasaran di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT), dekat sini,\" katanya.", "Beliau berkata ekoran daripada penahanan mereka, polis kemudiannya menahan dua lelaki tempatan berumur 34 dan 46 tahun secara berasingan di Perai dan Butterworth pada 2 pagi 6 Mei dan merampas heroin 1,812 g yang bernilai RM14,988 daripada mereka.", "Katanya, susulan penahanan tiga lelaki tempatan dan empat lelaki bersama dua wanita warga asing itu, polis turut menyita wang tunai, motosikal, kereta dan barangan kemas yang kesemuanya bernilai RM96,324.", "\"Berdasarkan siasatan, sindiket itu menjalankan kegiatan tersebut sejak awal tahun lepas dan kesemua mereka kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,\" katanya dan menambah semua dadah itu boleh digunakan oleh 99,235 penagih.", "Menurutnya, ujian air kencing mendapati dua daripada mereka positif dadah dan semakan rekod lampau pula menunjukkan empat daripada semua suspek terdapat kes jenayah dan dadah. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/08/peminjam-along-dipaksa-bakar-dan-simbah-cat-kereta-penghutang-lain
[ "GEORGE TOWN: Polis menahan dua lelaki dan dua wanita bagi membantu siasatan berhubung tiga kes kereta dibakar dan disimbah cat sehingga menyebabkan kerugian lebih RM40,000 dalam kejadian di Pulau Pinang, 30 April lepas.", "Dua lelaki itu merupakan penghutang kepada pemberi pinjaman wang (along) dari Singapura yang dipaksa untuk melakukan jenayah terbabit kerana mereka gagal melangsaikan hutang iaitu RM1,000 hingga RM2,000.", "Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain (gambar) berkata mereka termasuk sepasang kekasih yang kesemuanya berumur 22 hingga 33 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di sekitar Ipoh, Perak pada 4 Mei dan 6 Mei hasil risikan serta maklumat berhubung kejadian itu.", "\"Kami pada mulanya menerima laporan polis daripada seorang wanita berusia 40 tahun yang memaklumkan kereta Perodua Kelisa milik anaknya telah dibakar dan disimbah cat dalam kejadian 4.30 pagi, 30 April lepas di Bukit Tengah, dekat sini.", "\"Polis kemudiannya turut menerima dua lagi laporan membabitkan kejadian sama iaitu masing-masing di Bukit Minyak, dekat sini dan Air Itam, di sini melibatkan Perodua Alza dan Myvi juga hari yang sama antara 4.30 pagi hingga 7 pagi,\" katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.", "Mohd Shuhaily berkata semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek yang terlibat dalam kejadian itu menggunakan kereta Toyota Yaris berwarna merah dan hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang berjaya mengesan sepasang kekasih sedang tidur di dalam kereta itu di tepi Jalan Kuala Kangsar, Ipoh pada 12.05 tengah malam, 4 Mei lepas.", "Katanya, pemeriksaan di dalam kereta itu polis menemukan pemetik api, pen, kunci rumah dan beberapa keping resit bukti pembelian petrol di stesen minyak serta berdasarkan maklumat daripada mereka, polis kemudiannya menahan seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya, Ulu Kinta pada 6.10 pagi hari sama.", "\"Polis seterusnya menahan seorang lagi wanita berusia 33 tahun di sebuah rumah di Kampung Simee, Ipoh pada 1.15 tengah hari, 6 Mei dan siasatan mendapati dua lelaki ialah penghutang along dari negara jiran yang gagal untuk melangsaikan hutang mereka.", "\"Mereka yang sebelum ini merupakan peniaga dijanjikan pengurangan hutang tertunggak sekiranya melakukan ugutan dengan menyimbah cat dan bakar kereta milik penghutang lain, malah turut diberi upah sebanyak RM700 melalui kaedah tambah nilai Touch N Go E-Wallet,\" katanya.", "Beliau berkata siasatan juga mendapati, wanita yang membuat laporan pertama bagi kes itu turut berhutang dengan along dari negara jiran menyebabkan kereta anaknya telah dibakar, malah mangsa juga bekerja di sana dan dua lagi mangsa turut berhutang dengan along yang sama iaitu antara RM1,000 hingga RM2,000.", "Menurut Mohd Shuhaily, empat suspek yang ditahan itu dipercayai menjalankan kegiatan jenayah itu sejak Mac lepas dan melakukan ugutan dengan membakar serta menyimbah cat pada kenderaan pemilik yang gagal membayar hutang yang tinggal di kawasan utara iaitu Perak, Kedah dan Pulau Pinang.", "\"Dua lelaki itu mengaku menerima arahan terus daripada seorang ejen along dari Singapura untuk melakukan perbuatan khianat dengan api ke atas rumah dan kereta peminjam, malah kedua-dua suspek itu juga mempunyai tiga dan enam rekod lampau berkaitan jenayah,\" katanya.", "Beliau berkata teman wanita suspek pertama pula berperanan menyemak alamat penghutang dalam laman sesawang Google Maps sementara seorang lagi wanita bertindak menguruskan hal sewa kereta dan mendapatkan peralatan cat untuk tujuan khianat.", "Katanya, lelaki dan pasangan kekasih itu direman selama tujuh hari manakala seorang lagi wanita direman empat hari dengan kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951 serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/08/lesen-memandu-10-tahun-tindakan-penguatkuasaan-terhadap-pesalah-tetap-diambil
[ "SEREMBAN: Tindakan penguatkuasaan tetap akan diambil terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan jalan raya walaupun pemegang lesen telah memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun.", "Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempunyai sistem yang mampu mengesan pesalah dan tindakan seperti penggantungan lesen atau menarik lesen bagi kesalahan tertentu tetap dilakukan.", "“Kalau mereka ada kesalahan seperti kes kemalangan, hukuman gantung lesen mereka tetap dilakukan, bukan bermaksud pemegang lesen itu sudah bayar (lesen) tidak akan digantung,\" katanya ketika mengadakan lawatan ke JPJ Cawangan Seremban di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim.", "Sementara itu, Loke berkata kerajaan memulakan dasar baharu membenarkan pemegang lesen memandu bagi semua kategori mendapat diskaun 10 peratus sekiranya memperbaharui tempoh 10 tahun.", "“Cuma bayar RM270 berbanding RM300. Itu merupakan dasar baharu yang kami perkenalkan untuk memudahkan orang ramai. Saya banyak mendapat maklum balas dan permintaan daripada orang ramai tempoh untuk memperbaharui lesen memandu dipanjangkan,” katanya.", "Dalam perkembangan lain, Loke berkata JPJ terus memperkasakan integriti penguatkuasaan bagi mengatasi masalah “tonto” dan penguatkuasaan ditambah baik bagi mengatasi kelemahan dalaman agar maklumat tidak bocor kepada pihak luar.", "\"Kami tahu ada cubaan untuk mendapat maklumat daripada orang dalaman dan sebagainya, JPJ akan terus memperkasakan integriti. Tonto memang isu yang membelenggu JPJ,” katanya.", "“Apa pun helah mereka bagi mengelakkan daripada penguatkuasaan, sama ada mengunakan telekomunikasi lebih canggih, JPJ dapat mengatasinya dengan kaedah lebih berkesan,\" katanya.", "Beliau berkata demikian bagi mengulas taktik “tonto” yang kini menggunakan aplikasi WhatsApp dan Telegram bagi menyebarkan aktiviti penguatkuasaan JPJ. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/08/bekalan-barangan-keperluan-tidak-terjejas-ekoran-cuara-panas
[ "SUNGAI PETANI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjangkakan cuaca panas yang melanda negara ketika ini tidak akan menjejaskan bekalan mana-mana barangan keperluan harian.", "Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata setakat ini keadaan adalah terkawal dan isu-isu membabitkan bekalan barangan termasuk gula seperti yang dilaporkan berlaku di negeri Pantai Timur sebelum ini juga telah diselesaikan.", "“Setakat ini tidak ada (bekalan barangan yang terjejas akibat cuaca panas), masih lagi dalam kawalan, yang lain tidak berlaku. Di Kedah ini saya difahamkan tidak ada isu kekurangan gula dan tidak ada isu tentang air mineral, jadi saya harap perkara ini dapat kita kekalkan.", "Walau bagaimanapun dalam mendepani isu gula ini KPDN akan bertindak lebih proaktif dalam kita membuat perancangan awal dan libat urus yang lebih kerap supaya tidak berlaku krisis bekalan gula dalam negara kita,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan cawangan pasar raya TF Value-Mart Sungai Lalang di sini hari ini.", "“Pihak KPDN telah mengadakan libat urus sekali dan kita akan mengadakan libat urus dua atau tiga kali lagi supaya kita dapat jelaskan dan bentangkan apakah pakej-pakej yang boleh membantu peniaga-peniaga yang menawarkan Menu Rahmah ini,” katanya.", "Pada majlis itu, Salahuddin turut melancarkan inisiatif Payung Rahmah bersama TF Value-Mart di mana semua 44 cawangan pasar raya itu seluruh negara akan menawarkan lebih 1,000 barangan pada potongan harga sekurang-kurangannya 10 peratus daripada harga biasa.", "“Jadi harga Rahmah ini diharap akan berpanjangan sampai hujung tahun. Inilah cara untuk kita terus berusaha dan merupakan inisiatif pihak kerajaan melalui kerajaan MADANI, KPDN juga akan terus melakukan libat urus dengan pemain industri sektor peruncitan,” katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/08/ruu-ombudsman-malaysia-di-peringkat-akhir
[ "PUTRAJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Ombudsman Malaysia kini di peringkat akhir untuk dimuktamadkan dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.", "Dalam sidang media selepas Mesyuarat Sesi Libat Urus Penubuhan Ombudsman Malaysia di sini hari ini, Azalina berkata Ombudsman Malaysia berpandukan kepada model serta undang-undang Ombudsman negara lain seperti United Kingdom dan New Zealand.", "“RUU ini akan memperuntukkan fungsi dan kuasa Ombudsman Malaysia dengan jelas yang merangkumi pengurusan aduan salah tadbiran di agensi Kerajaan Persekutuan,” katanya RUU itu akan dipertimbangkan dan diluluskan Jemaah Menteri dalam masa terdekat.", "Pada 17 Jan lepas, Azalina dilapor berkata kerajaan menimbangkan cadangan bagi penubuhan Ombudsman Malaysia, iaitu sebuah badan bebas bagi menangani aduan orang ramai mengenai agensi-agensi kerajaan selari dengan agenda Kerajaan Perpaduan yang mementingkan ketelusan dan integriti.", "Ombudsman adalah pegawai yang dilantik untuk menerima dan menyiasat aduan berkaitan salah guna kuasa oleh eksekutif serta pentadbirannya dan sistem berkenaan diwujudkan bagi mencapai keadilan dalam pentadbiran.", "Beliau antara perkara dasar yang telah dibincangkan adalah mengenai keperluan Ombudsman Malaysia menghasilkan laporan tahunan untuk dibentang dan dibahaskan di Parlimen, selain elemen siasatan dan penguatkuasaan terhadap aduan salah tadbiran sistem penyampaian perkhidmatan awam dan jenis aduan.", "Beliau berkata ketika ini Biro Pengaduan Awam menerima 20,000 aduan dengan 85 peratus daripadanya merupakan aduan terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT).", "“Ini menunjukkan orang awam tidak puas hati dengan PBT khususnya kaunter perkhidmatan. Bila ada Ombudsman Malaysia, kita mahu aduan diselesaikan segera, dan saya cadangkan agar ada tempoh masa untuk selesaikan setiap aduan,” katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/08/keputusan-pengeluaran-khas-kwsp-tidak-popular-demi-masa-depan-pencarum
[ "SHAH ALAM: Kerajaan mengambil keputusan tidak popular untuk tidak lagi membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) demi masa depan pencarum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "“Sebab itu saya setuju dengan usul pengurusan apabila ada desakan politik yang begitu kuat untuk teruskan pengeluaran (khas) dan saya ambil keputusan tidak semestinya terlalu popular untuk tidak membenarkan lagi pengeluaran kerana tugas, janji, ikrar, akad orang yang mencarum itu sesuai dengan janji yang dimeterai itu untuk masa depan mereka. ", "“Tetapi ada keadaan darurat, masa pandemik (COVID-19), dibolehkan kerana masa itu dibolehkan dan saya antara yang keras menuntut dibolehkan (pengeluaran) kerana keadaan mendesak ketika itu dan angkanya mencecah RM145 bilion dikeluarkan dalam kapasti desakan yang berlaku kerana darurat,” kata beliau. ", "Bagaimanapun Anwar berkata keadaan ketika ini telah berubah dan lebih bebas untuk melakukan pergerakan termasuk bekerja, justeru beliau tidak mahu KWSP keluar daripada landasan dan matlamat untuk memenuhi kehendak beberapa pihak.", "Beliau percaya isu pengeluaran khas KWSP juga akan dimainkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri terlibat akan datang namun ia tidak menghalang kerajaan tegas dalam keputusannya.", "“Dalam keputusan dan kebijaksanaan kita ambil yang benar dan tidak harus diheret untuk ambil keputusan yang terpaksa rela hanya untuk memenuhi selera beberapa kerat manusia. ", "“Sebab itu saya katakan kalau GLC (syarikat berkaitan kerajaan), GLIC  (syarikat pelaburan berkaitan kerajaan), KWSP dan lain termasuk Khazanah, kementerian dan jabatan dapat elak ketirisan, kita mampu membantu rakyat mendapat pembelaan,” kata beliau.", "“Kalau kita saksikan kawasan pembangunan baharu ini dengan kehijauan dan ada pembangunan mampan sekali gus beri gambaran kesedaran kemampanan tidak hanya kemajuan pertumbuhan pantas sebaliknya ambil kira kelestarian dan kehijauan yang memberi manfaat kepada rakyat. ", "“Ini juga termasuk penyelesaian masalah negara, pengurusan dan tatakelola yang baik boleh membuat kemajuan lebih pesat tetapi mesti diurus dengan pengurusan berintegriti dan hapuskan segala bentuk ketirisan dan rasuah,” katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/08/dasar-mineral-negara-akan-dibangunkan-dalam-tempoh-tiga-bulan
[ "PUTRAJAYA: Kerajaan akan membangunkan Dasar Mineral Negara dalam tempoh tiga bulan mulai hari ini, bersesuaian dengan prosedur operasi standard (SOP) yang diperkenalkan ketika ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.", "Beliau berkata dasar ini bertujuan menguruskan mineral negara secara bertanggungjawab, mengimbangi antara keperluan sektor ekonomi dan pendapatan negara serta memastikan kemampanan alam sekitar terpelihara.", "“Potensi mineral untuk menyumbang kepada pendapatan negara agak besar, dengan nilai rizab mineral yang kita ada ketika ini lebih kurang RM4 trilion. ", "“Oleh itu, usaha yang diambil dalam membangunkan sumber mineral perlu dibuat dengan teratur, tersusun supaya keperluan ekonomi itu tidak menjejaskan kesejahteraan sosial rakyat termasuk alam sekitar,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara Kedua (MMN2) di sini, pada Isnin. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/08/malaysia-pamerkan-abstrak-alam-semula-jadi-di-minggu-kraf-london-2023
[ "LONDON: Malaysia kembali menyertai Minggu Kraf London (LCW) di sini tahun ini, yang bermula Sabtu hingga Ahad depan (14 Mei) bagi memanfaatkan peluang bercerita tentang rakyat menerusi bahasa kraf pada pameran yang akan menampilkan kraf warisan negara yang dihasilkan pelbagai etnik.", "Bertemakan 'Abstract Nature’ (Abstrak Alam Semula Jadi) pameran itu mempamerkan landskap budaya Malaysia yang kaya melalui tradisi krafnya yang luar biasa, menonjolkan kemahiran kraf yang berakar umbi di dalam masyarakat Orang Asli Malaysia iaitu Orang Asli Semelai dari Pahang, Mah Meri (Selangor) di Semenanjung Malaysia dan suku kaum etnik Orang Asal di Sabah dan Sarawak.", "Pameran edisi kedua Malaysia berlangsung di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square itu termasuk demonstrasi dan bengkel secara langsung, antara lain, ukiran kayu, penyepuhan tekstil atau teknik menghias tekstil (telepuk), bakul, anyaman tikar, songket (broked), sulaman dan manik suku.", "Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mengetuai delegasi Malaysia bagi pameran itu bertitah produk yang dipamerkan antaranya Telepuk Terengganu dan Songket Terengganu, produk tenun orang Semelai Pahang (Anyaman Pandakan), warisan tenun Mah Meri (Anyaman Pandan. ) dan arca nenek moyang dari Selangor.", "Kraf utama dari Sabah ialah Anyaman Tikar dan Anyaman Ribu-Ribu manakala kraf anyaman Sarawak termasuk Anyaman Bergerang, Ikat Iban Sarawak, Anyaman Penan dan sulaman (Keringkam Sarawak). ", "Pameran ‘Abstrak Alam Semula Jadi’ yang direka dan disusun oleh Judith Clark bersama-sama arkitek Ryan Cook akan mengetengahkan kemahiran kraf yang berakar umbi di dalam komuniti Orang Asli negara ini, memaparkan motif dan sumber dari landskap Malaysia, abstrak hiasan seni flora dan fauna yang rumit, ukiran kayu, bakul dan anyaman, mencipta sejarah penceritaan yang menyentuh hati.", "Kraf yang dipamerkan itu merupakan hiasan dalaman domestik dan pakaian harian serta pakaian semasa upacara rasmi. Ia memberi dorongan untuk meneroka pelbagai tradisi tekstil negara, termasuk brokat tenunan tangan, fabrik ikat meledingkan, sulaman dan corak manik yang rumit.", "Pameran yang direka semula daripada bahan pameran sulung Raja Permaisuri Agong  tahun lepas, bertemakan 'Weaving Hope', menonjolkan bukan sahaja komitmen terhadap reka bentuk yang mampan tetapi menggariskan kuasa transformasi kraf.", "“Tahun lalu, kami menyertai Minggu Kraf London dengan mempromosikan tekstil warisan Diraja Tenun Pahang dan ia cukup berjaya apabila menarik 3,000 pengunjung termasuk pereka fesyen. ", "“Berikutan sambutan yang mengalakkan, kali ini kita memutuskan untuk menampilkan produk kraf warisan tempatan kerana kebanyakan produk itu dihasilkan oleh generasi lama dan akan hilang jika tidak dihidupkan semula,” titah Tunku Azizah.", "Baginda bertitah terdapat permintaan yang tinggi untuk produk kraf tersebut dan oleh itu, ‘kraf seni yang semakin hilang populariti’,  seperti telepuk dan keringkam wajib dipulihara dan dihidupkan semula dengan cara memakai atau menggunakannya secara lebih kerap.", "Tunku Azizah, yang juga penaung Yayasan Tenun Diraja Pahang berkata tujuh pakar kraf telah diterbangkan untuk mengetengahkan seni kraf masing-masing pada pameran itu.", "Mereka ialah Norhaiza Noordin (Telepuk Terengganu), Maznah Unyan (Anyaman daun pandan Mah Meri), Ros Salleh (Keringkam Sarawak), Shirley Vilin (Pua Kumbu Iban), Samri Abdul Rahman (ukiran nenek moyang), Helena David (manik suku Orang Ulu Sarawak dan Senia Jugi (Ketapu Tunjang - tenunan tangan Iban tenunan dan tenunan Bemban).", "Selain pameran, bengkel turut diadakan mengenai Ikat Iban (Pua' Kumbu dari Sarawak), Bunga Moyang (anyaman daun oleh suku Mah Meri), bakul (Sarawak), Keringkam (Melayu/Melanau) dan Sulam Manik (manik oleh Orang Ulu, Sarawak). ", "Turut dipamerkan menerusi LCW ialah kraf berasaskan hutan, terutamanya bakul yang diperbuat daripada rotan, bemban, nipah dan daun sagu serta kraf tangan menggunakan gentian asli seperti terendak (sunhat), tikar Bergerang menggunakan daun pandan dari Sarawak dan tikar daun mengkuang", "Penyertaan Malaysia dalam pameran itu diketuai oleh Yayasan Tenunan Pahang Diraja dan disokong oleh kerajaan Persekutuan (Kementerian Luar Negeri), kerajaan Pahang dan Sarawak, Kraftangan Malaysia dan Songket Diraja Terengganu.", "Dengan matlamat untuk menampilkan komuniti kreatif yang tidak didendang, edisi kesembilan LCW menyaksikan kraftangan, pereka bentuk, kurator dan usahawan kraf dari seluruh dunia berpusu-pusu ke London menyertai bengkel selama seminggu, lawatan dan pameran seni yang berlangsung di seluruh kota raya ini.", "LCW mempamerkan beberapa projek unggul- Artisan Chelsea, The Mills Fabrica, Serapian, Delvaux, Pimlico Road Series dan paviliion antarabangsa - Austria, Korea, Malaysia dan Taiwan.", "Setiap acara berlangsung di lokasi berasingan seperti di studio, muzium negara, galeri kontemporari, butik mewah di sekitar London, dari Soho ke South Kensington, Hammersmith ke Hackney dan hab baharu, seperti East London dan Park Royal.- BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/08/covid-19-bukan-lagi-kecemasan-antarabangsa-kkm
[ "Menterinya Dr Zaliha Mustafa menerusi kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu susulan daripada hasil mesyuarat Jawatankuasa Darurat Peraturan-peraturan Kesihatan Antarabangsa(IHR) yang berlangsung pada 4 Mei di Geneva.", "\"Keputusan ini mengambil kira trend global yang menunjukkan penurunan bagi kes kematian COVID-19, kemasukan kes ke hospital dan Unit Rawatan Rapi (ICU) serta tahap imuniti populasi dunia terhadap virus SARS-CoV-2 yang tinggi,\" katanya.", "Sementara itu, beliau berkata antara penyumbang keputusan tersebut melibatkan kebolehcapaian kepada diagnosis, rawatan, dan vaksin serta pemantauan varian virus SARS-CoV-2 juga menunjukkan tidak menyebabkan jangkitan COVID-19 yang teruk.", "Sebelum ini, Kementerian Kesihatan melanjutkan pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan dari 1 Jan hingga 30 Jun dan menjangkakan penilaian risiko situasi jangkitan COVID-19  akan dilaksanakan pada pertengahan Jun 2023 bagi menyemak semula pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan.", "\"Kementerian Kesihatan akan meneruskan langkah kawalan dan pencegahan COVID-19 berdasarkan protokol sedia ada serta membuat semakan semula dan mengemas kini garis panduan COVID-19 dengan merujuk kepada kenyataan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) berkaitan transisi pengurusan jangka masa panjang pandemik COVID-19,\" katanya.", "Kementerian Kesihatan sentiasa komited dan akan terus memantau situasi COVID-19 di dalam dan luar negara selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang optimum bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/08/dua-maut-satu-cedera-motosikal-bertembung-di-yan
[ "Ketua Polis Daerah Yan DSP Shahnaz Akhtar Haji berkata dalam kejadian kira-kira 9.15 malam itu, mangsa yang maut ialah Mohd Khatib Sharbini Tajuddin, 41, dan Nur Aina Ellysya Abdul Hadi, 13, manakala adiknya, Nur Aina Syafiqa Abdul Hadi, 11, mengalami kecederaan.", "“Kejadian berlaku ketika Mohd Khatib Sharbini yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan dari arah Sungai Limau Dalam menghala ke Kampung Bahagia manakala Nur Aina Ellysya bersama adiknya yang menaiki motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Kampung Bahagia menghala ke Sungai Limau Dalam.", "“Tiba di tempat kejadian, motosikal dua beradik itu telah masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal yang ditunggangi Mohd Khatib Sharbini. Akibat pertembungan itu, kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.", "Shahnaz Akhtar berkata mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Yan untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/08/anwar-sahkan-lynas-diberi-tempoh-lanjutan-enam-bulan
[ "KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengesahkan bahawa kerajaan telah memberi Lynas Malaysia tempoh lanjutan enam bulan untuk memenuhi syarat pelesenan beroperasi di negara ini.", "“Saya rasa Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang akan memberikan penjelasan terperinci tetapi daripada pemahaman kami, lanjutan adalah dengan syarat dan dipatuhi dengan ketat,” katanya ringkas.", "Sebuah portal semalam melaporkan Lynas telah diberikan lanjutan masa tersebut susulan rayuan yang dikemukakan oleh syarikat itu berhubung empat syarat dikenakan oleh  Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).", "Rayuan itu dilihat sebagai usaha terakhir untuk memastikan pengeluar nadir bumi itu boleh meneruskan operasi di kilang mereka di Gebeng, Kuantan selepas 1 Julai.", "Lynas sebelum ini telah berulang kali mempertahankan bahawa kilangnya selamat dan menegaskan bahawa pelaksanaan syarat pelesenan sedemikian akan mengakibatkan kehilangan pekerjaan di Malaysia. - BERNAMA \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/08/anwar-rakam-terima-kasih-sumbangan-tun-mahathir-dalam-proton
[ "KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas sumbangan dan peranannya dalam menjayakan Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton).", "Anwar berkata beliau juga bersyukur syarikat kereta nasional itu mampu bertahan walaupun berdepan pelbagai rintangan selepas 40 tahun dalam pasaran automotif.", "“Jadi wajar dalam mengenang perjalanan Proton 40 tahun dan di pihak pentadbiran Kerajaan Perpaduan sekarang kita ucap terima kasih kepada mantan perdana menteri Tun Mahathir yang mempunyai sumbangan dan peranan dalam bidang ini.", "“Saya juga mengenang peranan sahabat saya Allahyarham Tan Sri Yahaya Ahmad (bekas Pengerusi DRB-HICOM) yang menunjukkan keghairahan, obsesi luar biasa untuk menjayakan Proton,” katanya pada majlis pelancaran model baharu Proton X90 dan sambutan ulang tahun 40 Proton di sini semalam. ", "Anwar juga menyatakan keyakinan bahawa komitmen yang ditunjukkan pengurusan baharu Proton akan melonjakkan lagi semangat dan keupayaan syarikat sekali gus mengangkat kedudukan Proton sebagai industri yang berpotensi di dalam negara dan ASEAN.", "“Janganlah kita berpuas hati dengan apa yang telah kita capai, yang telah dipelajari dan bersikap positif serta kekal komited untuk meningkatkan keupayaan kita. ", "“Kita telah melihat ramai jurutera, juruteknik di Proton dan saya rasa wajar saya mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih bukan sahaja kepada pengurusan kanan tetapi juga kepada semua kakitangan dan pekerja Proton atas sumbangan luar biasa anda kepada negara.", "“Kami bangga dengan anda. Kami berterima kasih kepada anda. Proton ialah jenama yang terkenal. Dan terima kasih kepada anda, Proton kini memberikannya dorongan baharu, imej baharu, gaya baharu dengan Proton X90,” katanya.", "Sementara itu, Proton hari ini mengumumkan harga bagi kenderaan utiliti sukan (SUV) terkini Proton X90 yang ditawarkan dengan empat varian bermula RM123,800.", "Pelancaran Proton X90 bukan sahaja menambah model ketiga kepada rangkaian SUV jenama terkemuka di pasaran, tetapi ia juga merupakan tawaran Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) syarikat berkenaan. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/08/prn-anwar-serahkan-kepada-kebijaksanaan-pimpinan-negeri-mulakan-rundingan-kerusi
[ "Bagaimanapun menurutnya bagi negeri yang dikuasai mutlak oleh gabungan tertentu seperti Pakatan Harapan (PH) di Selangor dan Pulau Pinang, rundingan mengenai pengagihan kerusi harus dimulakan oleh kepimpinan negeri sebelum hasil rundingan itu dikemukakan kepada pusat. ", "“Tadi kita bincang tiada masalah (pengagihan kerusi di negeri yang dikuasai mutlak parti tertentu). Macam beberapa negeri dipimpin oleh UMNO kita terima dan beberapa negeri lain yang dipimpin oleh komponen PH juga kita terima.", "“Saya ingat ini bukan isu yang dipertikai tapi saya serah kepada kebijaksanaan kepimpinan di negeri yang harus memulakan rundingan secara lebih kemas dan kemudian mengemukakan (hasilnya) kepada pimpinan pusat,” kata beliau dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan malam tadi.", "Mesyuarat kira-kira dua jam itu turut dihadiri beberapa pemimpin utama Kerajaan Perpaduan antaranya Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook.", "Enam negeri sebelum ini sepakat membubarkan DUN masing-masing pada dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu.", "Mengulas lanjut, Anwar yang juga Pengerusi PH berkata meskipun persiapan PRN kali ini banyak melibatkan BN dan PH namun parti yang mempunyai cawangan atau gerakan di Semenanjung Malaysia turut dilibatkan sama dalam perbincangan sebagai menggambarkan kesepaduan dan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.", "Mengenai isu lain, Anwar berkata Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan pada 14 Mei ini adalah percubaan pihaknya untuk terus mewujudkan semangat kemuafakatan dalam kalangan kaum dan wilayah di negara ini. ", "\"Mesej kita ke seluruh negara ini ialah suatu percubaan yang unik dalam sejarah  yang mengulangi usaha untuk mewujudkan kemuafakatan kaum dan wilayah bermula sejak peringkat awal kemerdekaan, kemudian pada zaman Tunku Abdul Rahman dan oleh Tun Abdul Razak.", "\"Kita harap percubaan (usaha) ini berkesan dan berhasil bagi menjamin kesinambungan, kelangsungan dan yang paling penting agenda rakyat itu dapat dilaksanakan dengan cukup berkesan,\" katanya. - BERNAMA \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/07/anwar-ucap-takziah-kepada-keluarga-bekas-ksu-perbendaharaan
[ "KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Clifford Francis Herbert yang meninggal dunia pagi ini.", "Clifford, 81, menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 1964, berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan mulai 1994 sebelum bersara pada 1997. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/07/jas-siap-siaga-tangani-isu-pembakaran-terbuka-dalam-tempoh-monsun-barat-daya-mei
[ "PUTRAJAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah bersiap siaga dan mengambil pelbagai langkah bagi menangani isu pembakaran terbuka yang merupakan antara punca menyebabkan kemerosotan kualiti udara dan keadaan jerebu setempat yang boleh menjejaskan kesihatan awam.", "Menurut jabatan itu dalam tempoh monsun barat daya yang biasanya bermula pada pertengahan Mei hingga September, kejadian ribut petir dan hujan lebat dijangka berkurangan dan kebanyakan negeri akan mengalami lebih banyak bilangan hari tanpa hujan. ", "“Dalam tempoh cuaca kering ini, adalah dikhuatiri kejadian pembakaran terbuka akan berlaku peningkatan terutamanya di kawasan yang mudah dan sering terbakar seperti di kawasan tanah gambut dan tapak pelupusan sampah,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.", "Walaupun tidak dinafikan bahawa pelepasan daripada aktiviti perindustrian dan kenderaan bermotor turut menyumbangkan kepada kemerosotan udara terutama di kawasan Lembah Klang dan perindustrian, namun daripada analisis dan rekod JAS, ia menunjukkan bahawa pembakaran terbuka biojisim (biomass) adalah punca utama yang menyebabkan jerebu tempatan.", "JAS turut memaklumkan beberapa langkah persediaan diambil bagi menangani kejadian kebakaran daripada berlaku, antaranya meningkatkan pemantauan dan rondaan operasi mencegah pembakaran terbuka melalui darat dan menggunakan dron. ", "JAS berkata tindakan tegas akan diambil bagi kawasan kebakaran yang telah berlaku dan pihaknya akan mengenal pasti pemilik tanah kawasan kebakaran yang terlibat untuk tindakan perundangan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.", "Di bawah Seksyen 29 (A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, individu yang disabitkan dengan kesalahan melakukan pembakaran terbuka akan dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, dan kompaun maksimum RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.", "JAS juga meminta orang ramai melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada JBPM di talian 999 dan JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727, manakala sebarang kes kebakaran yang berlaku di kawasan perumahan perlu dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan masing-masing.", "Selain itu jabatan berkenaan turut bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bagi mengawal kes-kes kebakaran yang berlaku, selain sentiasa memantau bacaan dan trend Indeks Pencemar Udara (IPU) stesen pengawasan udara dari semasa ke semasa untuk tindakan lanjut.", "Katanya Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) turut mengaktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) pada 2 April 2023 yang melibatkan tindakan-tindakan oleh agensi-agensi berkaitan yang melibatkan jabatan dan kementerian lain dalam pemantauan, pencegahan dan pemadaman pembakaran terbuka di dalam negara. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/07/kpm-terus-nasihat-sekolah-tidak-jalankan-aktiviti-luar-bilik-darjah
[ "NIBONG TEBAL: Kementerian Pelajaran (KPM) sekali lagi menasihatkan semua sekolah agar tidak menganjurkan sebarang aktiviti luar bilik darjah antaranya merentas desa dan sukan  memandangkan keadaan cuaca masih panas ketika ini, demi keselamatan dan kesihatan para pelajar.", "Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM telah mengadakan sesi libat urus bersama seluruh Jabatan Pendidikan negeri bagi memberikan panduan untuk memastikan sekolah tidak menjalankan aktiviti luar ketika ini.", "Beliau berkata KPM menasihatkan pihak sekolah agar tidak menganjurkan aktiviti luar bilik darjah ketika ini memandangkan keadaan cuaca panas, namun penangguhan itu bersifat sementara dan berdasarkan keadaan cuaca semasa.", "Beliau berkata setakat ini tiada sekolah yang ditutup susulan cuaca panas, namun pihaknya mengambil pelbagai pendekatan dan terus dalam keadaan berjaga-jaga serta bersiap siaga terhadap sebarang kemungkinan.", "\"Cuma untuk sementara ini, saya minta semua sekolah tangguh sebentar (aktiviti luar bilik darjah) sehingga cuaca benar-benar kembali seperti sediakala dan membolehkan pelajar kita melakukan aktiviti di luar kelas dengan lebih selamat kerana kita perlu ambil langkah berjaga-jaga,\" katanya Ahli Parlimen Nibong Tebal itu.", "Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Nibong Tebal di Dewan Dato’ Haji Ahmad Salleh, Kampung Permatang Keling di sini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali dan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Abdul Rashid Abdul Samad. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/07/kerajaan-perpaduan-perlu-pastikan-pentadbiran-kuat-untuk-stabilkan-ekonomi
[ "SEREMBAN: Kerajaan Perpaduan perlu menunjukkan ketersediaan kepimpinan bagi memastikan pentadbiran hari ini kuat dan stabil, sekali gus mampu untuk menstabilkan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "“Petang ini Pengerusi Geely, salah satu syarikat automobil kenderaan terbesar negara akan menemui saya dan kemudian akan mengumumkan peruntukan berpuluh bilion.. untuk jadikan Malaysia sebagai markas automobil di rantau ini.", "“Sebelum ini kita tahu tentang syarikat Amazon Web Services (AWS) yang bersetuju jadikan Malaysia sebagai pangkalan, banyak negara mohon, Filipina, Indonesia dan lain-lain… semua mengharapkan AWS memilih negara mereka,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat Aidilfitri pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan dan Malaysia MADANI yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di sini hari ini.", "Anwar berkata keadaan itu disebabkan pelabur berkenaan yakin dengan kepimpinan, kestabilan dan masa depan negara, justeru penekanan kepada kestabilan politik perlu diberi perhatian utama.", "“Menteri sebelum ini kata ini jasa mereka, saya tak nafikan ada yang cuba memujuk AWS, tapi mengapa mereka (AWS) hanya jawab setelah Kerajaan Perpaduan dibentuk dan stabil, dia datang sini,” katanya.", "“Kita ada satu sistem dunia digital yang besar di Johor, satu lagi akan ditubuhkan di Cyberjaya dan satu belum lagi diputuskan yang akan diumumkan kemudian,” katanya.", "Sementara itu perdana menteri mencadangkan mana-mana pihak atau Ahli Parlimen yang merasakan mahu membuat undi tidak percaya terhadap kerajaan, boleh berbuat demikian pada persidangan Parlimen akan datang.", "\"Jika tidak riuh-rendah, bisik sana bisik sini, 126, 114, ini apa, dan saya berikan laluan. Dahulu mahu bawa usul tidak boleh kerana Perdana Menteri dahulu isytiharkan darurat dan kemudian gantung Parlimen.", "\"Perdana Menteri sekarang, saya tidak gantung Parlimen, tidak ada darurat, lawan di Parlimen, itu baru cara kita tadbir, sebab apa? Kita mahu matikan keluh-kesah soal kestabilan politik ini, supaya tumpu usaha membela nasib rakyat dan jaga kebajikan rakyat,\" katanya.", "Lebih 20,000 pengunjung dijangka hadir ke majlis berkenaan yang bermula 10 pagi hingga 4.30 petang dengan 52 reruai makanan disediakan untuk dinikmati, termasuk hidangan lemang daun lerek, rendang maman, apam Johol dan cendol. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/07/pm-umum-peruntukan-keseluruhan-sosioekonomi-di-nsembilan-rm12-bilion
[ "Katanya projek baharu tahun ini di Negeri Sembilan termasuk membina jalan susur tol baharu dari Seremban ke Lingkaran Tengah Seremban, dengan kos projek RM600 juta.", "\"Pembinaan fasiliti Kementerian Pendidikan dengan kos RM280 juta termasuk membina semula sekolah daif dan memperkukuhkan pendidikan khas,\" katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan dan Malaysia MADANI di Majlis Bandaraya Seremban di sini hari ini. ", "Perdana Menteri berkata kerajaan juga menyiapkan perbelanjaan berjumlah RM5.8 juta bagi baik pulih Klinik Kesihatan yang daif di Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson, Rembau Seremban dan Tampin.", "Selain itu katanya pembinaan masjid baharu turut mendapat perhatian kerajaan, antaranya pembinaan Masjid Terapung Port Dickson, Masjid Kariah Hulu Beranang Seremban dan Masjid Kariah Talang Tengah Kuala Pilah, berjumlah RM318 juta.", "Perdana Menteri berkata Kerajaan Perpaduan juga telah menyelesaikan isu yang lama tertangguh mengenai Residensi PR1MA Seremban Sentral dan penyerahan  891 unit kepada pembeli akan dibuat mulai bulan Jun ini. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/07/agc-nafi-sekeras-kerasnya-keluar-kenyataan-media-berhubung-pendakwaan-ke-atas-ksn
[ "PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menafikan sekeras-kerasnya telah mengeluarkan kenyataan media berhubung pendakwaan ke atas Tan Sri Mohd Zuki Ali (gambar). ", "AGC dalam kenyataan di sini hari ini berkata penafian itu merujuk kepada kenyataan media Ruj: PN. PRO.100-3/6/4 Jld.5(11) Pendakwaan ke Atas Tan Sri Zuki Bin Ali - Ketua Setiausaha Negara (KSN) bertarikh 5 Mei 2023.", "Kenyataan media palsu menggunakan jata negara dan nama AGC itu menyatakan susulan daripada arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, AGC telah menerima kertas siasatan daripada pegawai khas Perdana Menteri berhubung isu dakwaan terhadap Tan Sri Zuki Ali.", "Kenyataan palsu itu turut menyatakan AGC menegaskan bahawa keputusan untuk mengenakan pertuduhan Tan Sri Mohd Zuki Ali adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan dan bukan atas desakan oleh mana-mana pihak atau faktor lain. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/07/kerajaan-tarik-rm30-juta-nilai-potensi-pelaburan-dalam-misi-perdagangan-francais-ke
[ "PUTRAJAYA: Kerajaan berjaya menarik nilai potensi pelaburan berjumlah RM30 juta dari Australia termasuk hasil gandaan ekonomi seperti peluang pekerjaan dan potensi eksport ke negara itu hasil Misi Perdagangan Francais Malaysia ke Melbourne, Australia. ", "Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub yang mengetuai misi itu ke Franchising And Business Opportunities Expo 2023 (FBOE 2023) diadakan pada 3 hingga 6 Mei lepas berkata ini susulan penyertaan rancak pemain industri francais tempatan dalam pameran tersebut. ", "Katanya objektif utama misi perdagangan itu untuk memacu dan menggalakkan pengembangan jenama Malaysia ke Australia termasuk bekerjasama dengan pelabur-pelabur berpotensi dan bersesuaian.", "Beliau berkata lebih banyak jenama francais yang mapan dari Australia akan dibawa masuk untuk diperkenalkan di Malaysia dan begitu juga sebaliknya.", "“Ini akan mengukuhkan hubungan ekonomi di antara dua negara dan Australia antara 10 negara teratas sebagai rakan global Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Sementara itu, semasa berucap pada Majlis Perasmian Pavilion Malaysia di pameran tersebut, beliau berkata ia satu peluang yang baik bagi syarikat francais Malaysia untuk bekerjasama dengan bakal ahli perniagaan francais Australia bagi mengembangkan perniagaan mereka dalam pasaran Australia. ", "“Saya percaya terdapat banyak peluang perniagaan untuk diterokai di Australia. Baru-baru ini, Marrybrown telah melantik francaisi induk mereka di Australia manakala Smart Reader Kids telah membuka cawangan keempat di Melbourne.", "“Ini adalah contoh yang baik untuk syarikat lain menembusi pasaran antarabangsa dengan mempromosikan jenama Malaysia, sekali gus meningkatkan reputasi Malaysia di pasaran eksport antarabangsa,” katanya.", "Selain itu, katanya terdapat cadangan beberapa negara lain untuk misi perdagangan seperti Thailand, Indonesia, Turkiye dan India yang akan bermula Julai hingga Oktober tahun ini.", "Menurut beliau, sehingga kini sebanyak 68 jenama francais Malaysia telah berkembang ke 75 negara dan antara yang telah menembusi pasaran Australia ialah Marrybrown, Tealive, Global Art, Smart Reader Kids dan Aloha Mental Arithmetic.", "Sempena misi tersebut, beliau turut mengadakan beberapa aktiviti termasuk lawatan ke Australian Business Registry Services (ABRS), Konsulat Jeneral Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), syarikat francais tempatan, agensi, persatuan, pihak berkepentingan serta sesi perbincangan meja bulat dengan pihak Franchise Council of Australia (FCA).", "Beliau juga mengambil peluang untuk menziarahi dan menyantuni pelajar Malaysia di Malaysian Hall selain bertemu dengan pemimpin Muslim tempatan iaitu Persatuan Islam Victoria di Masjid Preston. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/06/hwp-ketengahkan-cara-ke-depan-pelancongan-kesihatan-negara
[ "MIRI: Kertas Putih Kesihatan (HWP) yang akan dibentangkan di Parlimen pada Jun ini, akan turut mengetengahkan tentang cara ke hadapan program pelancongan kesihatan negara. ", "\"Untuk hospital swasta, kita akan adakan sesi townhall dan perbincangan untuk cara ke hadapan program pelancongan kesihatan negara,\" ujarnya kepada pemberita semasa pelancaran Sistem Pengimejan Pembedahan O-Arm di Borneo Medical Centre Miri hari ini.", "Beliau memberitahu, destinasi di kepulauan Borneo dikenal pasti berpotensi besar menjayakan program itu yang dijangka dapat menarik pelancong dari Kalimantan dan rantau Asia Tenggara. ", "Tentang HWP, Ahli Parlimen Sibuti itu berkata, ia dijangka dibentangkan pada minggu ketiga bulan Jun oleh Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.", "Lukanisman berkata, HWP akan memperkenalkan empat tiang utama sistem penjagaan kesihatan negara termasuk cara pembiayaannya dalam tempoh 15 tahun akan datang. ", "Sesi townhall juga telah diadakan bersama Timbalan Premier merangkap Menteri Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Prof Dato Sri Dr Sim Kui Hian. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/06/kempen-umno-sayangi-dap-fitnah-ahmad-zahid
[ "LENGGONG: Dakwaan mengatakan bahawa UMNO akan melancarkan ‘Kempen Sayangi DAP’ seperti tular di media sosial adalah satu fitnah, tegas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. ", "\"Siapa yang buat fitnah, yang buat kerja tak tentu hala tu hentikanlah, zaman sekarang orang boleh baca, mana betul, mana fitnah. Jadi saya minta yang buat fitnah tu bertaubatlah,\" katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Perak di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lenggong di sini, hari ini. ", "Terdahulu tular satu poster digital yang memaklumkan kononnya Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri akan melancarkan Kempen UMNO Sayangi DAP,  di samping turut menyenaraikan lima objektif kempen itu, antaranya bagi meyakinkan akar umbi UMNO bahawa DAP bukanlah seburuk yang digambarkan. - BERNAMA \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/06/parlimen-malaysia-buka-pintu-terima-lawatan-rakyat-buat-pertama-kali
[ "KUALA LUMPUR: Buat julung kali Parlimen Malaysia ‘membuka pintunya’ kepada orang ramai menerusi penganjuran Hari Terbuka Parlimen selama dua hari bagi memberi ruang mereka mengenali lebih dekat peranan institusi itu sebagai badan perundangan tertinggi negara serta sejarahnya.", "Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim berkata kehadiran orang ramai seawal 9 pagi lagi pada penganjuran hari terbuka yang bertema ‘Merakyatkan Parlimen, Warisan Negara’ itu, menyerlahkan satu lunas iaitu legislatif negara disokong baik oleh rakyat. ", "“Gerbang bangunan ini membawa pengertian bahawa hak-hak yang wujud di Parlimen adalah hak rakyat,” katanya pada Majlis Perasmian Hari Terbuka Parlimen Malaysia di Bangunan Parlimen di sini hari ini yang turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul dan Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia Datuk Nor Yahati Awang. ", "Katanya pelbagai acara diadakan sempena penganjuran rumah terbuka itu antaranya pameran negarawan serta pameran buku, persembahan kesenian dan kebudayaan, demonstrasi masakan makanan warisan dan jualan makanan, kraf tangan serta lukisan dan karikatur.", "Pada majlis tersebut, Rais turut melancarkan buku bertajuk Parliament of Malaysia: Pillar of the Nation’s Democracy yang dihasilkan oleh kerjasama pegawai penyelidik dan penterjemah Parlimen Malaysia. ", "Sementara itu, pekerja swasta, Shum Keng Yan, 52, amat teruja apabila berpeluang menjejakkan kaki di bangunan bersejarah yang menjadi simbol amalan demokrasi berparlimen di negara ini.", "“Sebelum ini saya cuma baca buku dan tengok di televisyen, tetapi kali ini dapat melihat tempat ini dan memang puas hati. Saya berkesempatan melawat Dewan Negara dan Dewan Rakyat,” katanya. ", " Pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Mahkota di sini,  Ahmad Aliff Sofi Ahmat, 19, berkata menerusi penganjuran hari terbuka itu, pelajar sepertinya dapat mengenali badan legislatif Malaysia dengan lebih mendalam khususnya tentang matlamat Dewan Rakyat dan Dewan Negara. ", "“Saya dapat melihat lebih dekat proses pentadbiran negara serta apa yang wakil rakyat kita buat di Parlimen ini,” katanya. - BERNAMA \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/06/semua-tabika-taska-kemas-perlu-tangguh-aktiviti-luar-bilik-darjah-jika-cuaca-terlalu
[ "KUALA LUMPUR: Semua Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) perlu menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah sekiranya cuaca terlalu panas.", "KEMAS dalam kenyataan hari ini memaklumkan selain itu kesemua tadika dan taska juga memantau aktiviti yang boleh mendedahkan kanak-kanak kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas, selain mengehadkan aktiviti fizikal lasak semasa cuaca panas kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit akibat cuaca panas.", "Selain itu, tadika dan taska juga perlu memastikan bekalan air bersih mencukupi dan menggalakkan kanak-kanak membawa air minuman sendiri serta menggalakkan kanak-kanak mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan.", "“Semua tabika dan taska KEMAS dinasihatkan agar sentiasa mengikuti garis panduan aktiviti fizikal, Kementerian Kesihatan (KKM) serta perlu peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena berjerebu di kawasan atau daerah masing-masing.", "“Maklumat terkini status cuaca panas juga boleh didapati di laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)  dan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas di laman sesawang KKM,” menurut kenyataan itu. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/06/agong-raja-permaisuri-berangkat-hadiri-pertabalan-raja-charles-iii
[ "LONDON: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berangkat menghadiri istiadat pertabalan Raja Charles III, yang berlangsung di Wesminster Abbey pada Sabtu.", "Seri Paduka berdua tiba di London, pada Rabu bagi mengadakan lawatan khas hingga 14 Mei, atas persilaan rasmi Raja Charles III bagi menghadiri Istiadat Pertabalan baginda sebagai Pemerintah United Kingdom (UK).", "Kota London hari ini menjadi tumpuan dunia dengan kunjungan raja-raja dan anggota kerabat, ketua-ketua negara, ketua-ketua kerajaan serta dif-dif kenamaan utama dari seluruh dunia. Kira-kira 2,000 tetamu jemputan khas menghadiri upacara bersejarah United Kingdom itu.", "Upacara gemilang penuh istiadat tradisi diraja UK itu turut menyaksikan pertabalan Permaisuri Camilla, bermula pada 11 pagi waktu UK (6 petang waktu Malaysia), yang diikuti  oleh rakyat England serta masyarakat antarabangsa menerusi siaran televisyen secara langsung dan media sosial.", "Al-Sultan Abdullah, yang memakai pakaian istiadat No. 1 tentera sementara Tunku Azizah mengenakan persalinan baju kurung moden berwarna kuning direka khas oleh baginda sendiri untuk istiadat pertabalan baginda berdua pada tahun 2019.   ", "Kali terakhir istiadat yang sama diadakan adalah 70 tahun lalu, ketika Ratu Elizabeth II ditabal menjadi ketua negara UK pada 2 Jun 1953. Ketika itu, Tanah Melayu (kini Malaysia) masih belum merdeka dan Institusi Yang di-Pertuan Agong belum lagi wujud.", "Mengikut rekod sejarah ketika istiadat pertabalan Ratu Elizabeth II, Sultan Kelantan, Sultan Johor, Sultan Selangor dan Sultan Perak berkenan berangkat mewakili Tanah Melayu, yang ketika itu masih lagi tertakluk di bawah pentadbiran British sebagai negara koloni, ke istiadat pertabalan berkenaan.", "Malaysia turut diwakili dalam perarakan pertabalan besar-besaran yang menyaksikan pembabitan kira-kira 6,000 anggota tentera UK termasuk 400 anggota tentera dari 38 negara Komanwel.", "Sejumlah 12 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, bangga diberi penghormatan menyertai perbarisan dan perarakan diraja dengan mempamerkan keterampilan dan mutu kawad terbaik.", "Suasana di sekitar London bagaikan berpesta dengan orang ramai dari serata pelosok dunia membanjiri kota raya untuk menyaksikan sendiri peristiwa bersejarah era moden ini. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/06/tiada-mp-bn-akan-kosongkan-kerusi-parlimen-ahmad-zahid
[ "LENGGONG: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa tiada seorang pun Ahli Parlimen gabungan politik itu yang akan bertindak mengosongkan kerusi masing-masing sekali gus menumbangkan Kerajaan Perpaduan.", "Presiden UMNO itu berkata beliau sendiri telah melakukan kaji selidik ke atas semua Ahli Parlimen BN dan ura-ura menjatuhkan kerajaan nyata tidak berasas. ", "“Walaupun saya dengar ada yang nak gugat Kerajaan MADANI... ada 13 orang akan letak jawatan, kemudian 15 orang... hakikatnya, saya melakukan sendiri kaji selidik, tiada seorang pun yang akan meninggalkan atau mengosongkan kerusi mereka,\" katanya.", "Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Perak di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Lenggong di sini hari ini. ", "Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, Ahli Parlimen Lenggong yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Pengerusi Pakatan Harapan Perak Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. ", "Media sosial sebelum ini heboh melaporkan desas-desus mengenai Setiausaha Agung Perikatan Nasional Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dikatakan telah memiliki jumlah Surat Akuan Bersumpah yang mencukupi untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri.", "Mengenai Pilihan Raya Negeri di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri yakin usaha mewujudkan keserasian antara jentera parti dalam Kerajaan Perpaduan telah berjaya ditingkatkan manakala keserasian antara Kerajaan Perpaduan dan kerajaan negeri juga dilihat mulai kukuh. - BERNAMA \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/06/kjaan-persekutuan-sedia-bantu-segerakan-projek-lrt-ppinang
[ "BUKIT MERTAJAM: Kerajaan Persekutuan hari ini mengumumkan kesediaan untuk memberikan dana tambahan bagi menyegerakan pelaksanaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang.", "Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan persekutuan yang lepas telah beberapa tahun tidak memberikan dana yang cukup, terutamanya untuk pembangunan infrastruktur yang mendesak di Pulau Pinang.", "“Saya telah berbincang dengan Menteri Pengangkutan semalam, dan saya juga akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri dalam tempoh satu atau dua minggu nanti untuk mencari kaedah yang baik untuk menanggung kos pembinaan LRT yang tinggi,” katanya pada ucapan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI di sini hari ini.", "Projek LRT adalah satu daripada komponen utama Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP), yang merupakan strategi jangka panjang bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di negeri itu, dengan laluan LRT dirancang menghubungkan Bayan Lepas dengan persimpangan di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR).", "Sementara itu Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook ketika diminta mengulas mengenai pengumuman itu berkata secara prinsipnya kerajaan persekutuan telah memberikan keputusan mengenai pelaksanaan projek LRT Pulau Pinang itu.", "“Kerajaan persekutuan bersedia untuk membiayai projek ini tetapi model dan mekanisma pembiayaan perlu dibincang dan diperincikan, sama ada melalui dana daripada pembangunan atau melalui PPP (kerjasama Awam Swasta), itu perlu kita perincian lagi,” katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/06/kalau-mahu-cabar-cabar-di-parlimen-anwar
[ "BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sekiranya pihak pembangkang berhasrat mencabar pentadbiran kerajaan, beliau meminta supaya mereka membawa usul mengenai perkara itu ke Parlimen.", "Katanya beliau bukanlah seperti Perdana Menteri terdahulu, yang menurutnya memilih mengisytiharkan darurat atau menangguhkan sidang parlimen, sebaliknya beliau sedia ‘bertempur’ di parlimen sekiranya pihak pembangkang mahu mencabar.", "“PM (Perdana Menteri) sekarang dalam Kerajaan Perpaduan memilih untuk ‘bertempur’ di parlimen untuk lihat siapa yang ada angka. Kalau mahu dicabar, cabar di parlimen nanti…saya yakin dengan angka…kita (Kerajaan Perpaduan) masih pertahankan (sokongan) 148 Ahli Parlimen.", "“Saya sedia bertempur di parlimen sekiranya pihak pembangkang benar-benar mempunyai angka,” katanya semasa berucap di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI di sini hari ini.", "Media sosial sebelum ini heboh melaporkan desas-desus mengenai Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dikatakan telah memiliki cukup Surat Akuan Bersumpah (SD) untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri. ", "Anwar yang juga Menteri Kewangan meminta pihak yang mendakwa telah memiliki cukup SD untuk mengambil mengambil alih jawatan Perdana Menteri membawa usul mengenainya pada sidang Parlimen akan datang.", "“Bawa usul ke parlimen, saya tidak akan mengelak daripada membentangkan usul undi tidak percaya dan saya akan berdepan dengan semua ahli-ahli berhormat untuk selesaikan isu ini, tapi syaratnya, biar ini episod ini berakhir, supaya kita boleh tumpu perhatian kepada pembangunan negara,” katanya.", "Sementara itu, Anwar berkata dalam tempoh beberapa bulan lepas ini, hasil negara bertambah kerana keyakinan pelabur terhadap pimpinan dan Kerajaan Perpaduan yang stabil.", "“Jangan sabotaj Kerajaan Perpaduan…kita sudah beri ruang, jangan cuba mengganggu gugat pentadbiran sekarang. Kalau enggan henti, kita akan bertindak sewajarnya tanpa tolak ansur,” katanya.", "Beliau berkata apa yang dilakukan oleh pimpinan sekarang adalah untuk menghentikan salah laku pimpinan, penyelewengan rasuah dan menggunakan keuntungan ahli keluarga dalam kerajaan sebelum ini.", "Terdahulu Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri Toh Puan Khadijatul Mohd Nor telah hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI.", "Turut hadir isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamed Sabu. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/06/cuepacs-mohon-gaji-minimum-penjawat-awam-rm1800
[ "KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan supaya skim gaji minimum penjawat awam dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,800 selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 yang bermatlamat menjadikan masyarakat negara berpendapatan tinggi menjelang 2025.", "“Sekarang pada 2023 masih lagi RM1,200, sekiranya dicampur dengan elaun Sara Hidup (COLA) sebanyak RM350, imbuhan tetap perumahan RM300, imbuhan tetap perkhidmatan awam mengikut gred masing-masing baru mencapai anggaran RM1,900 jauh daripada sasaran menjelang 2025.", "\"Kami mencadangkan kesesuaian gaji minimum perkhidmatan awam ialah RM1,800 dalam menjamin kehidupan golongan penjawat awam supaya dapat menjalani kehidupan dalam keadaan sedikit selesa dengan kenaikan kos sara hidup.", "\"Bagaimanapun, sekiranya kerajaan tidak mampu, boleh dinaikkan hingga RM1,500 kerana kerajaan telah pun bersetuju untuk melaksanakan gaji minimum sektor swasta sebanyak RM1,500,\" katanya ketika dihubungi Bernama. ", "Pada 1 Mei lepas semasa sambutan Hari Pekerja 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sudah sampai masanya penilaian dan kajian semula dibuat terhadap gaji penjawat awam yang tidak memuaskan khususnya di peringkat rendah.", "Sementara itu, seorang penjawat awam Muhammad Shafiq, 36, berkata kenaikan gaji bagi kumpulan bawahan amat wajar kerana kenaikan kos sara hidup sudah tidak relevan dengan gaji RM1,200.", "\"Kerajaan juga boleh melihat kepada kenaikan elaun yang sedia ada sekiranya tidak mahu menaikkan yang pokok. Bagi kami yang bujang boleh cukup makan, namun bagi mereka yang sudah berumahtangga sememangnya terkesan.", "\"Ada penjawat awam kumpulan bawahan yang melakukan dua atau tiga kerja bagi menampung perbelanjaan harian dan keperluan asas yang lain,\" katanya.", "Bagi Eliani Ismail, 37, penjawat awam daripada kumpulan M40 berkata kerajaan juga perlu melihat keperluan kumpulan berkenaan yang turut terkesan dengan ekonomi sekarang.", "\"Kami antara kumpulan yang membayar cukai menjana pendapatan negara tapi sering kali terlepas pandang dan memang wajar kajian dibuat membabitkan juga kumpulan M40.", "\"Contohnya nak mohon tadika KEMAS tak layak manakala hantar swasta pula mahal, mungkin kerajaan boleh mewujudkan bantuan khas yang bersasar kepada M40 seperti yang dilakukan kepada B40 kerana kami juga tersepit,\" katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/06/kerajaan-komited-pastikan-oku-dapat-hak-peluang-sama-rata-tiong
[ "SIBU: Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan golongan orang kelainan upaya (OKU) mendapat hak dan peluang yang sama rata dengan masyarakat lain dalam semua aspek kehidupan.", "Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, kesaksamaan hak dan peluang itu telah diperuntukkan dalam Akta OKU 2008 dan polisinya serta Pelan Tindakan OKU (2016-2022). ", "\"Ini bermakna semua pihak harus memberi perhatian kepada hak dan kepentingan OKU termasuk hak akses kepada pendidikan, pekerjaan, kesihatan, pengangkutan, perumahan, sukan rekreasi, budaya, perbankan dan kemudahan lain ke arah kesejahteraan,\" ujarnya.", "Tiong berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Kaunselor Joshua Ting yang mewakili beliau merasmikan Konvensyen Autisme Kebangsaan 2023 di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.", "Menurutnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, ini terbukti melalui bantuan dan inisiatif dalam pelbagai bentuk yang disediakan oleh kerajaan untuk golongan ini setiap tahun.", "Menyentuh mengenai autisme, beliau berkata pengetahuan tentang penjagaan yang betul dan mendapat bimbingan profesional boleh membantu membesarkan kanak-kanak autisme dengan baik.", "\"Autisme adalah keadaan mental yang berlaku dari awal peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak autisme biasanya sukar untuk membentuk hubungan dan berkomunikasi dengan baik, serta minat dan aktiviti yang mungkin terhad,\" jelasnya yang juga Ahli Parlimen Bintulu.", "Oleh itu katanya, menjaga dan membesarkan kanak-kanak autisme adalah satu proses yang sangat mencabar dan merupakan satu tugas yang memerlukan kesabaran.", "\"Dengan sokongan daripada semua kumpulan komuniti dan intervensi serta sokongan sedia ada, kanak-kanak autisme boleh menikmati kualiti hidup yang lebih baik. Persekitaran yang interaktif juga penting dalam membangunkan minda kanak-kanak ini,\" tambahnya.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/06/mayat-lelaki-tanpa-identiti-ditemukan-reput-di-tasik-bukit-merah
[ "Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menerima maklumat pada pukul 3.30 petang mengenai penemuan satu mayat dalam keadaan tertiarap dan terapung dengan keadaan mayat sudah menggelembung dan mereput.", "\"Pemeriksaan lanjut mendapati mayat mempunyai tatu pada lengan kanan, bahu kanan dan kiri dan terdapat tulisan 'ushra' di lengan kanan mayat.", "\"Hasil siasatan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian mendapati tada unsur perlakuan jenayah di tempat kejadian,\" katanya dalam satu kenyataan.", "Mohd Yusri berkata mayat terbabit akan menjalani proses bedah siasat di Hospital Parit Buntar dan buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.", "Pihak polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi balai polis terdekat atau Bilik Gerakan IPD Kerian menerusi talian 05-7212222. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/06/pekerja-kilang-maut-tersepit-mesin-penarik-fiber
[ "SHAH ALAM: Seorang pekerja kilang maut selepas tersepit di dalam mesin penarik fiber di dalam sebuah kilang di Jalan Kemuning, di sini hari ini.", "Mangsa merupakan seorang lelaki warga Bangladesh dikenali Md Suruj Ali berusia 21 tahun mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.", "Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor Zulfikar Jaffar berkata seramai 10 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 7.06 pagi.", "“Mangsa yang mengalami cedera parah telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/06/seorang-maut-enam-cedera-kemalangan-melibatkan-tujuh-motosikal
[ "SEREMBAN: Seorang remaja lelaki maut, manakala enam lagi cedera selepas motosikal yang ditunggangi mereka terbabit dalam kemalangan di kilometer 259.9 Lebuhraya Utara- Selatan arah utara di sini pada 2.40 pagi tadi.", "Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata berkata kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Yamaha 135 LC yang ditunggangi remaja berusia 19 tahun tersebut hilang kawalan lalu terbabas di lorong tengah lebuh raya itu.", "Katanya keadaan itu menyebabkan enam penunggang motosikal lain berusia antara 17 hingga 21 tahun termasuk seorang wanita berusia 21 tahun, yang cuba mengelak berlanggar sesama sendiri.", "\"Akibat pelanggaran, remaja itu yang dalam perjalanan dari Senawang ke Ampang, Selangor cedera parah di hampir keseluruhan bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,\" katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.", "Beliau berkata dua lagi mangsa lelaki masing-masing berumur 21 tahun dan 18 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, tangan dan kaki, manakala empat lagi luka ringan di tangan dan kaki.", "Menurutnya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) untuk dibedah siasat, manakala mereka yang cedera menerima rawatan di zon merah dan zon kuning hospital berkenaan.", "Nanda berkata mana-mana individu yang menyaksikan kemalangan atau mempunyai rakaman video berkaitan kes itu diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/06/pm-arah-proses-baik-pulih-kuarters-penjara-sungai-buloh-disegerakan
[ "KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan proses baik pulih kuartes Penjara Sungai Buloh disegerakan bagi memastikan ia siap menjelang akhir tahun ini.", "Anwar turut mengumumkan kelulusan peruntukan bagi pemasangan alat penyaman udara di Dewan Tan Sri Murad Ahmad, yang terletak dalam kawasan Penjara Sungai Buloh.", "Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Penjara Malaysia di sini semalam sebelum meluangkan masa melawat Klinik Penjara Sungai Buloh.", "Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Pengarah Penjara Datuk Nordin Muhamad.", "Anwar, yang juga Menteri Kewangan, turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh pengurusan dan kakitangan Penjara Sungai Buloh yang memberi layanan cukup baik sewaktu beliau berada dalam tahanan.", "Mengimbau kenangan sembilan tahun menjadi penghuni di situ, Perdana Menteri berkata ia mengajar beliau erti ehsan, rahmah dan amanah. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/05/nspc-diaktifkan-semula-bagi-majukan-industri-perkapalan-negara
[ "KUALA LUMPUR: Majlis Perkapalan dan Pelabuhan Kebangsaan (NSPC) yang telah diaktifkan semula akan mengadakan mesyuarat pertama dalam tempoh dua bulan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.", "Beliau berkata mesyuarat tersebut akan membincangkan mengenai hala tuju industri maritim, langkah-langkah untuk menangani isu semasa dan meneliti dasar-dasar yang berkaitan untuk memastikan industri tempatan kekal kompetitif.", "Isu-isu utama yang akan dibincangkan dalam mesyuarat NSPC termasuklah isu pembiayaan bank, “isu penyelenggaraan kabel bawah laut” dan cabaran berkaitan dengan ekosistem industri perkapalan, katanya pada sidang media hari ini.", "Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Persatuan Bunkering Malaysia (MBA) dan Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA) di sini.", "NSPC telah ditubuhkan pada 2018 semasa Loke menjadi Menteri Pengangkutan dan majlis tersebut mengadakan mesyuarat secara berkala, iaitu setiap tiga hingga empat bulan pada masa itu.", "Dalam Bajet 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, sejumlah RM3.7 bilion diperuntukkan di bawah Skim Pembangunan Maritim dan Logistik, Skim Pembiayaan Pembangunan Mampan, Skim Infrastruktur Pelancongan dan Dana Pengangkutan Awam bagi membangunkan sektor pengangkutan.", "Bagaimanapun, dalam Belanjawan 2023, peruntukan untuk industri maritim telah dikurangkan kepada RM1 bilion dan diletakkan di bawah Skim Maritim dan Logistik.", "Permohonan dana tersebut yang bertujuan untuk memodenkan sektor maritim negara adalah di bawah kuasa Bank Pembangunan Malaysia Bhd, namun terdapat isu berkaitan dengan prosedur permohonan dan pembahagian dana tersebut.", "Sementara itu, Loke berkata aktiviti bunkering iaitu operasi membekalkan produk petroleum atau bahan api ke kapal yang lazimnya dilaksanakan secara dari kapal ke kapal merupakan subsektor industri maritim yang strategik tetapi kurang diberi perhatian sebelum ini.", "Beliau menekankan dengan pertumbuhan empat peratus setiap tahun, saiz pasaran bunkering bakal mencecah US$160 bilion pada 2030 berbanding anggaran nilai pasaran ‘bunker fuel’ untuk seluruh dunia kira-kira US$110 bilion setahun pada 2020.", "“Potensi pertumbuhan aktiviti bunkering adalah cukup besar. Ia boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara khususnya dengan memangkinkan pembentukan rantaian ekosistem ekonomi maritim yang lebih dinamik dan berdaya saing di Malaysia,” katanya.", "Loke berkata pemeteraian MoU antara MBA dan MASA hari ini menjadi titik permulaan yang baik dan sejajar dengan usaha kerajaan untuk memastikan semua kewajipan dan syarat di bawah Konvensyen Antarabangsa untuk Pencegahan Pencemaran dari Kapal (MARPOL) dilaksanakan dengan sempurna termasuk penggunaan kapal Lambung Ganda Dasar Ganda untuk meningkatkan daya saing industri bunkering dan kelestarian alam sekitar.", "“Bagi kapal-kapal tangki yang mempunyai Lambung Tunggal Dasar Ganda yang diserahkan sebelum Julai 1996, dibenarkan membawa minyak dan operasi mereka boleh diteruskan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.", "“Pembaharuan dalam syarat tersebut akan berkuat kuasa melalui Notis Perkapalan Malaysia (MSN) yang baharu dan akan dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia pada bulan ini dan dijangka mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2023,” katanya.", "Loke berkata dasar-dasar tersebut mengambil kira keperluan dan kehendak pemain industri di Sarawak dan Sabah serta di kawasan pedalaman atau pulau-pulau berikutan mereka menggunakan kapal-kapal yang kecil dan lazimnya terdiri daripada kapal-kapal lambung tunggal atau bot berlesen. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/05/dua-beradik-maut-motosikal-terlanggar-belakang-lori
[ "SEREMBAN: Dua beradik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlanggar bahagian belakang sebuah lori di KM257.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan dekat sini pagi tadi.", "Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata Mohd Husaini Amir Harun, 29, dan adiknya Muhammad Amirul Syafiq Harun, 25, yang beralamat di Kampung Pengkalan Batu, Kuala Terenganu maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dalam kejadian pada pukul 7.05 pagi itu.", "“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa sebuah lori jenis Hino membawa muatan makanan haiwan yang dipandu seorang lelaki berumur 49 tahun sedang bergerak di lorong kiri lebuh raya dari arah Pulau Pinang menuju ke Melaka.", "“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha Y16 yang ditunggang dua beradik dari arah lorong kecemasan itu mengubah haluan dan masuk ke lorong kiri sebelum melanggar bahagian belakang lori berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.", "Nanda berkata kedua-dua mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/05/rm3-juta-diperuntukan-kepada-bulan-sabit-merah-bagi-rangsang-kerja-kerja-sukarelawan
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM3 juta kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bagi rangsangan dan galakan kepada persatuan itu dalam kerja-kerja sukarelawan dan bantuan.", "Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata RM1 juta disalurkan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan RM1 juta lagi menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) khusus bagi kerja-kerja kebajikan dan lapangan sama ada di dalam mahupun luar negara.", "“Manakala RM1 juga lagi kita setuju berikan untuk memperkukuh, memastikan penyelenggaraan, pengurusan ibu pejabat (Bulan Sabit Merah) di negeri-negeri supaya lebih mantap,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-75 dan Perasmian Ibu pejabat Kebangsaan BSMM di sini hari ini.", "Anwar berkata kerajaan sentiasa menghargai peranan sukarelawan di negara ini yang sanggup merisikokan diri sendiri dalam usaha menyampaikan bantuan dan kebajikan, sama ada di dalam mahupun luar negara. ", "Beliau berkata semangat yang ada dalam sukarelawan itu juga selaras dengan gagasan MADANI iaitu ihsan yang mementingkan sifat kemanusiaan sejagat tanpa mengira perkauman sempit. ", "“Kemanusiaan itu bererti kita ada ihsan dan kasih sayang. Nilai kemanusiaan itu apabila kita bertimbang rasa, ada kasih dan sayang, mereka akan bantu yang menghadapi masalah dan ini satu hal yang dikembangkan Bulan Sabit Merah.", "“Selama 75 tahun dalam sejarah Bulan Sabit Merah ini iaitu hampir umur saya dan dengan pengalaman mereka bukan baru, di media dipaparkan setiap kali malapetaka, bencana dan perang saudara, kehadiran wakil mereka ada (terdapat yang) menyabung nyawa dan menghadapi risiko termasuk ada yang cedera,” katanya. ", "Justeru beliau mahu kementerian yang berkaitan untuk membantu dan mengalakkan lebih ramai anak muda untuk terlibat sama dalam kerja-kerja sukarelawan dan kebajikan.", "Turut berangkat pada majlis itu ialah Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah iaitu Pengerusi Kebangsaan BSMM.", "Perdana menteri turut menzahirkan penghargaan dan memuji usaha yang dimainkan Tunku Puteri Intan Safinaz yang mempunyai komitmen luar biasa sehingga berjaya mengangkat nama baik BSMM sehingga hari ini. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/05/anwar-yakin-kerajaan-perpaduan-kekal-sehingga-pru-akan-datang
[ "KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Kerajaan Perpaduan yang menerajui negara ketika ini akan kekal sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. ", "“Insya-Allah, kita Kerajaan Perpaduan kekal penuh sehingga PRU akan datang. Saya sangat yakin atau saya tidak akan mengeluarkan kata-kata ini,” kata Anwar sebagai menjawab dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin yang kononnya mempunyai Surat Akuan Berkanun (SD) untuk menyokongnya sebagai perdana menteri yang baharu.", "Menjelas lanjut Anwar berkata sekiranya Ahli Parlimen Larut itu benar-benar mempunyai sokongan seperti yang didakwa, beliau boleh membawa usul tersebut ke Parlimen. ", "“Ini dia tiap minggu dia jadi mengigau mingguan. Sebelum puasa, sebelum raya, sebelum raya haji, sebelum Thaipusam, Chinese New Year... tunggulah,” katanya selepas melancarkan Sambutan Ulang Tahun ke-75 dan perasmian Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) di Jalan Wisma Putra, di sini hari ini.", "Ditanya mengenai pendirian kerajaan untuk membawa pulang Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa kini berada di China, Anwar berkata kerajaan kini sedang berunding dengan negara-negara berkenaan untuk mempercepatkan proses itu, namun enggan mengesahkan keberadaan ahli perniagaan dalam buruan itu. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/05/188-penjawat-awam-ditahan-atas-pelbagai-kesalahan-dadah
[ "KUALA LUMPUR: Seramai 188 penjawat awam ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini.", "Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam kenyataan menerusi Facebook memaklumkan daripada jumlah itu, empat daripada mereka ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.", "Menurut kenyataan itu, penjawat awam berkenaan adalah sebahagian daripada 62,132 individu yang ditahan atas pelbagai kesalahan dadah dan racun dalam tempoh itu selain rampasan pelbagai dadah, daun serta air ketum bernilai RM213 juta.", "“JSJN berjaya merampas pelbagai jenis dadah seberat 7,917 kilogram (kg), 1,379 liter pelbagai jenis cecair dadah, 31,856 kg daun ketum dan 21,243 liter air ketum.", "“JSJN turut berjaya menumpaskan 118 sindiket yang melibatkan 366 tangkapan individu serta membongkar empat makmal dadah. JSJN turut menahan empat ahli kimia serta menyita pelbagai aset milik sindiket bernilai RM32.8 juta manakala RM2.7 juta nilai harta yang telah dilucuthak,” menurut kenyataan itu.", "Selain itu, JSJN memaklumkan seramai 2,669 penagih dadah tegar yang mempunyai rekod kesalahan dadah berulang telah dituduh mengikut Seksyen 39C ADB 1952 dengan seramai 1,533 daripadanya disabitkan kesalahan dalam tempoh berkenaan." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/05/sar-tiga-kru-kapal-hilang-apmm-mohon-bantuan-basarnas
[ "JOHOR BAHRU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memohon bantuan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS), Indonesia untuk mengesan tiga kru kapal MT Pablo yang masih hilang selepas kapal itu terbakar pada Isnin lepas.", "Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata ia berikutan ada kemungkinan ketiga-tiga mangsa hanyut memasuki perairan Tanjung Pinang, Indonesia berdasarkan simulasi daripada Sistem Perancangan Optimal Mencari dan Menyelamat (SAROPS).", "\"Pihak Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru telah memaklumkan kepada pihak Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat (MRCC) Putrajaya untuk memohon bantuan daripada pihak BASARNAS,\" katanya menerusi kenyataan malam tadi.", "Beliau berkata setakat ini pencarian dalam kapal tangki itu belum dimulakan berikutan penilaian masih menunjukkan keadaan kapal tidak selamat untuk Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memulakan operasi pencarian.", "Bagaimanapun beliau berkata kapal KD Pendekar milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selaku Penyelaras di Tempat Kejadian (OSC) dan kapal MV Polaris dari Jabatan Laut Malaysia telah melakukan usaha semburan air di bahagian badan kapal tangki terbabit.", "Nurul Hizam berkata pada masa sama usaha pencarian di laut turut dibantu sebuah bot ronda Pasukan Polis Marin dan dua bot ronda milik APMM dengan keluasan sektor pencarian adalah 393 batu nautika persegi.", "Ketiga-tiga kru kapal terbabit dikenal pasti sebagai warganegara India iaitu Satyam Tripathi, 26, dan Dinesh Kumar Chauhan, 34, manakala seorang lagi warga Ukraine iaitu Sabit Shenderovskyi, 37.", "Kapal tangki MT Pablo berdaftar di Gabon, Afrika terbakar kira-kira 50 peratus pada kedudukan 37.5 batu nautika timur laut Tanjung Sedili di Kota Tinggi pada 1 Mei lepas. - BERNAMA \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/04/amang-seksual-ibu-direman-lima-hari
[ "KUALA LUMPUR: Seorang wanita direman lima hari bermula semalam hingga Ahad ini bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun.", "Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintenden Ramli Kasa berkata suspek berusia 33 tahun itu direman bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 14 dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.", "Beliau berkata wanita itu ditahan di kediamannya di Puncak Alam, Shah Alam, Selangor pada Selasa lepas selepas polis menerima laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mendapat maklumat mengenai perbuatan itu menerusi sebuah video yang diperoleh daripada individu tidak dikenali.", "“Siasatan mendapati mangsa merupakan anak ketiga daripada lima beradik. Kejadian itu dipercayai berlaku di dalam bilik di rumah suspek pada November tahun lepas,\" katanya ketika dihubungi Bernama TV hari ini." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/04/pekerja-hotel-labuan-maut-terkena-renjatan-elektrik-tiang-lampu
[ "LABUAN: Seorang pekerja hotel maut akibat terkena renjatan elektrik dari sebuah tiang lampu jalan yang bervoltan tinggi di pusat bandar tengah malam tadi.", "Ketua Polis Labuan Supt Ahmad Jawila berkata mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Ryandeigo Roselee, 18, yang berasal dari Sook, Keningau, Sabah.", "“Remaja itu tersentuh tiang lampu bervoltan tinggi ketika berjalan di laluan berbumbung sepanjang 50 meter yang berpagar dan tercampak ke laluan pejalan kaki,” katanya pada sidang media di sini.", "Dia ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebelah tiang lampu di laluan pejalan kaki ketika ambulans tiba dan meninggal dunia di tempat kejadian pada 12.05 tengah malam.", "Ahmad berkata mangsa ditemukan oleh abangnya yang berasa tidak sedap hati selepas menyedari adiknya masih belum pulang seperti kelaziman iaitu pada 11.30 malam (syif malam).", "Ahmad berkata pemeriksaan di tiang lampu mendapati ia dalam keadaan baik dan tiada wayar hidup yang terdedah di luar tiang lampu itu.", "“Kami telah  menutup sementara laluan pejalan kaki sehingga pihak berkuasa tempatan Perbadanan Labuan dan Saba Electricity Sdn Bhd (SESB) mengesahkan laluan itu selamat untuk pejalan kaki,” kata Ahmad." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/04/sabah-labuan-sarawak-berisiko-dilanda-hujan-lebat-angin-kencang
[ "KUALA LUMPUR: Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan utara Sarawak berisiko dilanda fenomena garis badai yang membawa bersama hujan lebat dan angin kencang dari 5 hingga 7 Mei, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini.", "Menurut ramalan cuaca signifikan yang dikeluarkan agensi itu pada 1 tengah hari tadi, berdasarkan analisis model-model cuaca, satu sistem tekanan rendah dijangka terbentuk di barat Filipina dan bergerak ke arah barat.", "\"Keadaan ini dijangka menyebabkan peningkatan kelajuan dan penumpuan angin barat daya di perairan barat Sabah dan utara Sarawak dari 5 hingga 10 Mei 2023,” menurut MetMalaysia.", "Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi jabatan terlibat bagi maklumat yang terkini dan sahih. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/04/hari-wesak-disambut-meriah-penganut-terus-berwaspada-ancaman-covid-19
[ "KUALA LUMPUR: Hari Wesak hari ini disambut meriah dalam kalangan penganut agama Buddha dengan sesetengah individu masih mengamalkan langkah pencegahan dan berwaspada menghadapi ancaman COVID-19.", "Tinjauan Bernama di beberapa negeri mendapati penganut agama Buddha bersama-sama anggota keluarga masing-masing mula mengunjungi tokong pada awal pagi bagi menjalankan upacara keagamaan dan memberi penghormatan kepada Siddharta Gautama, pengasas agama itu.", "Di KEDAH, ratusan penganut Buddha mengunjungi Wat Nikrodharam Temple atau lebih dikenali, Wat Siam Teluk Wanjah di Alor Setar seawal pukul 7 pagi bagi menjalankan upacara sembahyang.", "Tan Juay Kok, 43, dari Taman Gunung Hijau, Alor Setar berkata dia datang untuk menunaikan upacara sembahyang pada 8.20 pagi dalam suasana belum sesak di dalam Wat Siam.", "“Orang masih belum ramai,  jadi itu memudahkan saya menjalankan upacara sembahyang dan walaupun tidak diwajibkan untuk memakai pelitup muka, saya lihat ramai yang memakainya sebagai langkah berhati-hati dengan penularan COVID-19,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.", "Tan Hooi Chia, 38, dari Taman Saga, Alor Setar yang membawa anak lelakinya berusia setahun pula berkata dia datang pada 9 pagi untuk mengelakkan daripada bersesak dengan orang ramai sebagai langkah pencegahan COVID-19. ", "Di SELANGOR, tinjauan di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom, Kuala Langat yang mula dikunjungi seawal 8 pagi tadi mendapati kebanyakan pengunjung memakai pelitup muka sepanjang upacara sembahyang dan pihak tokong mengambil inisiatif mengadakan saringan kesihatan secara percuma.", "Di KUALA LUMPUR, Setiausaha Kehormat Persatuan Sasana Abhiwurdhi Wardana bagi Tokong Buddha Maha Vihara Brickfields, Tilak Leslie berkata suasana tahun ini lebih meriah berbanding tahun lepas susulan keadaan COVID-19 yang kian terkawal.", "Beliau berkata pada hari ini, pihaknya menyasarkan 25,000 hingga 30,000 orang yang akan datang untuk menyambut hari Wesak di tokong berkenaan dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke dijadualkan hadir bagi melancarkan perarakan kereta berhias dan perarakan lilin pada 6 petang hari ini. ", "Katanya, kira-kira 12 kereta berhias akan turut serta dalam perarakan sejauh 12 kilometer (km) dan dijangka mengambil masa empat jam, bermula di Tokong Buddha Maha Vihara, melalui Little India, Pasar Seni, Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang dan kemudian kembali ke tokong.", "Di PERLIS, Presiden Pertubuhan Buddhis Perlis Hong Bee Im berkata perarakan kereta berhias melibatkan empat kereta berhias dan sebuah beca, sejauh dua km akan bermula pada 7.45 malam, dari Taman Mutiara menuju ke Jalan Jubli Perak, Jalan Bukit Lagi, Jalan Raja Syed Alwi, Jalan Tun Abdul Razak dan pusat bandar Kangar.", "Di PULAU PINANG, Setiausaha Jawatankuasa Sambutan Hari Wesak Negeri Datuk Lim Gim Hin berkata sambutan Hari Wesak diteruskan malam ini dengan perarakan daripada 30 pasukan, membabitkan kereta berhias sejauh lapan km, bermula 7 malam di Jalan Burma iaitu berhadapan bangunan Persatuan Buddha Pulau Pinang dengan jangkaan kehadiran lebih 20,000 pengunjung. ", "Di NEGERI SEMBILAN, Ahli Jawatankuasa Persatuan Buddhist Malaysia Negeri Jonathan Low pula berkata 3,000 penganut menyertai perarakan yang diadakan semalam manakala perarakan malam ini akan melibatkan lima kenderaan berhias termasuk kereta kuda dan beca.", "Beliau berkata setakat pagi ini, lebih 300 individu hadir ke Tokong Yen Kok Chee di Seremban bermula 8 pagi bagi melakukan upacara keagamaan termasuk membawa jambangan bunga dan memandikan patung Buddha di tokong tersebut sebagai simbolik penyucian diri.  ", "Di KELANTAN, antara lokasi yang menjadi tumpuan adalah Wat Photivihan di Kampung Jambu, Tumpat yang terkenal dengan Sleeping Buddha atau patung Buddha yang sedang tidur bersaiz 40.9 meter panjang dengan ketinggian 10.9 meter, selain Wat Machimmaram di Kampung Jubakar yang menempatkan patung Buddha duduk.", "Di PERAK, Pemegang Amanah Tokong Wat Siribunyamagaram di Ipoh, Ching Thoo Kim, 57, berkata ribuan penganut dijangka menghadiri perarakan yang merupakan antara upacara utama pada sebelah petang.", "Di SARAWAK, Dewan Sembahyang Persatuan Buddhist Sarawak menjadi tumpuan penganut Buddha bagi upacara keagamaan sempena Hari Wesak di samping aktiviti kebajikan seperti kempen menderma darah. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/04/agong-permaisuri-tiba-di-london-untuk-lawatan-khas
[ "KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di London, United Kingdom pada Rabu bagi mengadakan lawatan khas hingga 14 Mei ini. ", "Menurut catatan di Facebook Istana Negara, pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua serta delegasi mendarat di Lapangan Terbang Luton, London pada  9.30 malam waktu tempatan (4.30 pagi waktu Malaysia).", "Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut wakil Istana Buckingham, Deputy Lord Lieutenant Elizabeth Slack, Wakil Khas Foreign Secretary David Gordon-MacLeod dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Zakri Jaafar serta isteri, Datin Nor Aini Abdul Rahman. ", "Lawatan khas Seri Paduka Baginda berdua ke London adalah atas persilaan Raja Charles III bagi menghadiri Istiadat Pertabalan baginda sebagai Pemerintah United Kingdom di Westminster Abbey pada Sabtu ini (6 Mei).", "Menurut catatan itu, kali terakhir Seri Paduka berdua berkenan berangkat ke Istana Buckingham ialah pada 12 Okt tahun lepas sempena kunjungan hormat ke atas Raja Charles III. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/04/kanak-kanak-diterbangkan-ke-htaa-bukan-disebabkan-strok-haba
[ "KUANTAN: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) mengesahkan kejadian kanak-kanak lelaki dari Pulau Tioman, Rompin dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, menggunakan helikopter,  bukan disebabkan oleh strok haba. ", "Pengarah JKNP Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata kanak-kanak berusia lapan tahun itu dirujuk oleh Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman ke HTAA pada 11.45 malam tadi (3 Mei) dengan diagnosis Meningitis iaitu jangkitan kuman di otak. ", "Sehubungan itu, pihak terlibat mengerakkan penerbangan ihsan menggunakan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk membawa kanak-kanak itu ke hospital dengan segera. ", "\"Pesakit telah dirawat di Jabatan Kecemasan HTAA dan siasatan melalui CT Scan dan pengambilan darah mendapati diagnosis adalah Meningoencephalitis iaitu jangkitan pada otak,\" katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. ", "Dr Nor Azimi berkata pesakit telah diberikan rawatan dan berada dalam keadaan stabil serta dimasukkan ke Wad Kanak-Kanak HTAA untuk rawatan selanjutnya. ", "Terdahulu, sebuah portal media melaporkan seorang kanak-kanak diterbangkan dari Pulau Tioman ke Pangkalan Udara Kuantan sebelum dibawa ke HTAA kerana dipercayai mengalami strok haba. ", "Pada kenyataan itu, Dr Nor Azimi juga merujuk kepada maklumat Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa suhu harian di Pahang adalah kurang daripada 35 darjah Celsius dan masih terkawal. ", "Bagaimanapun, orang ramai adalah dinasihatkan agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kesan kesihatan akibat cuaca panas, selain boleh memantau gelombang haba di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. - BERNAMA \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/04/insiden-runtuhan-di-wisma-ypr-kkr-sedia-tawar-bantuan
[ "KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) bersedia menawarkan bantuan  berhubung kejadian runtuhan penahan tebing di Wisma YPR, Taman Seputeh, di sini sehingga mengorbankan seorang pengawal keselamatan, awal pagi tadi.", "Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi hantaran dalam Facebook beliau hari ini turut bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga pengawal keselamatan terbabit.", "“Bagaimanapun, di pihak KKR, saya ingin memaklumkan kita bersedia untuk menawarkan bantuan dalam apa jua cara di bawah kapasiti KKR, sekiranya diminta oleh pihak-pihak yang terbabit,” katanya.", "Nanta berkata berdasarkan laporan awal, kejadian itu berlaku di premis milik swasta di bawah penyelarasan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), antaranya berdasarkan peruntukan Akta 133 Jalan Parit dan Bangunan serta beberapa undang-undang kecil berkaitan.", "Menurutnya, beliau difahamkan kejadian itu berlaku apabila tebing setinggi kira-kira enam meter menghempap pondok kawalan keselamatan menyebabkan mangsa yang bertugas ketika kejadian tertimbus. ", "Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat (SAR) termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menemukan mayat mangsa pada kedalaman tiga meter pada 6.23 pagi.", "Terdahulu, media melaporkan seorang pengawal keselamatan berusia 73 tahun meninggal dunia selepas tertimbus tanah akibat runtuhan penahan tebing awal pagi tadi. - BERNAMA \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/04/jbpm-kenal-pasti-406-kawasan-titik-panas-di-seluruh-negara
[ "PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenal pasti sebanyak 406 kawasan titik panas (hotspot) di seluruh negara melalui satelit, setakat ini.", "Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Datuk Ahmad Irzam Osman berkata antara kawasan itu ialah Mukah, Miri di Sarawak; Dungun, Kemaman di Terengganu; Kuantan, Pekan di Pahang; Pasir Mas, Bachok di Kelantan dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara, Selangor.", "Justeru, Ahmad Irzam berkata pihaknya dengan kerjasama Jabatan Perhutan dan Jabatan Alam Sekitar membuat pemantauan berkala sama ada melalui rondaan serta tinjauan udara menggunakan helikopter atau dron bagi memastikan keadaan terkawal.", "“Setakat ini, status cuaca panas tahap satu dikesan di dua kawasan iaitu di Padang Terap, Kedah dan Jempol, Negeri Sembilan. Penduduk di kawasan berkenaan telah diingatkan untuk berjaga-jaga kerana suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius telah berlaku tiga hari berturut-turut,” katanya kepada Bernama di Ibu Pejabat agensi itu di Putrajaya baru-baru ini.", "“Selain itu, kebakaran tanah gambut juga dikategorikan sebagai pembakaran terbuka kerana melibatkan pembakaran berskala besar yang mungkin tercetus kerana keadaan cuaca semasa,” katanya.", "Menurut Ahmad Irzam, pihaknya telah bersedia sama ada dari segi kelengkapan logistik kebakaran dan keanggotaan bagi mengendalikan kes pembakaran terbuka yang dijangka meningkat tahun ini ekoran cuaca panas.", "Dalam pada itu, beliau berkata JBPM akan menggunakan peralatan pemadaman kebakaran hutan MARK III hasil inovasi pegawai JBPM yang berfungsi seperti alat pemercik tanaman untuk mengelakkan kebakaran tanah gambut daripada merebak yang boleh mengakibatkan jerebu melampau. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/04/kerajaan-rakyat-perlu-bersedia-awal-hadapi-ramalan-el-nino-kuat-jun-ini
[ "KUALA LUMPUR: Persediaan awal bagi menghadapi fenomena El Nino kuat yang diramal berlaku Jun ini perlu dilaksanakan segera dengan melibatkan dua pemegang taruh utama negara iaitu kerajaan dan rakyat untuk meminimumkan impak fenomena itu.", "Pakar alam sekitar Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman berkata walaupun Malaysia pernah beberapa kali mengalami fenomena tersebut, persiapan awal meliputi semua aspek adalah perlu bagi mengelakkan kepanikan melampau.", "Beliau berkata berdasarkan rekod setakat 2015, El Nino pernah melanda negara sebanyak 12 kali iaitu sejak 1951 hingga 1952 dan kejadian yang paling teruk ialah pada 1997 hingga 1998 apabila catatan suhu tertinggi 40.1 darjah Celsius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998.", "“Justeru, persediaan kerajaan adalah memantau semua aras air sungai dan empangan, mengaktifkan pelan tindak balas kecemasan, meneroka sumber air alternatif, menggalakkan orang ramai dan industri menjimatkan penggunaan air, serta melakukan penghasilan awan dan menyediakan sokongan logistik.", "“Seterusnya mempertingkatkan segala bentuk bantuan perubatan dan kecemasan seperti ubat-ubatan untuk mangsa selain alat bantuan memadam kebakaran sekiranya berlaku kebakaran,” katanya ketika dihubungi Bernama.", "Untuk rakyat pula, Haliza berkata persediaan perlu dibuat dari sudut mental dan fizikal bagi menghadapi sebarang kemungkinan seperti krisis air yang menyebabkan langkah seperti catuan air di sesetengah kawasan mungkin terpaksa dibuat sekali gus memberi impak terhadap aktiviti manusia. ", "“Setiap dari kita harus mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan kebakaran. Bahan-bahan mudah terbakar perlu disimpan dengan baik manakala aktiviti pembakaran terbuka seperti membakar sampah, sisa pertanian dan sisa pembinaan perlu dielakkan.", "“Ini bagi menghindarkan berlakunya pencemaran udara yang boleh menyebabkan jerebu. Sekiranya berlaku kebakaran terbuka, ia perlu dilaporkan segera kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut,” katanya.", "Semalam, media melaporkan fenomena El Nino kuat dijangka bermula Jun apabila keadaan cuaca akan berubah disebabkan kehadiran monsun barat daya yang cuacanya dicirikan dengan keadaan kering dan panas.", "Berdasarkan laporan tinjauan cuaca bagi tempoh Mei hingga Oktober yang dipaparkan di portal Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), kebanyakan model iklim antarabangsa menunjukkan kitaran atmosfera di kawasan tropika konsisten dengan keadaan El Nino Southern Oscillation (ENSO) adalah neutral.", "Bagaimanapun, laporan itu memaklumkan keadaan neutral yang sedang berlaku itu dijangka akan memasuki fasa El Nino pada Mei hingga Julai ini dengan kebarangkalian 62 peratus.", "Sementara itu, Pakar Kesihatan Persekitaran Prof Dr Juliana Jalaludin berkata bagi mengelakkan berlakunya strok haba ketika fenomena ini, selain banyak minum air, rakyat dinasihatkan untuk memakai pakaian berwarna terang dan ringan serta mengelakkan aktiviti fizikal.", "“Selain itu, sentiasa menggunakan pelindung matahari seperti memakai pelindung matahari spektrum luas dengan SPF (Faktor Perlindungan Matahari) 15 atau lebih jika berada di luar rumah kerana selaran matahari menjejaskan keupayaan badan untuk menyejukkan diri,” katanya.", "Beliau juga berkata rakyat tidak digalakkan meninggalkan sesiapapun di dalam kenderaan yang tidak bergerak kerana suhu dalaman boleh meningkat lebih daripada 11 darjah Celsius dalam masa 10 minit apabila berada di bawah matahari.", "Penasihat Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar pula berkata fenomena El Nino akan meningkatkan risiko penyakit berkaitan dengan bawaan vektor seperti denggi dan malaria, serta penyakit bawaan air dan makanan seperti tifoid dan penyakit saluran pernafasan.", "Katanya antara persiapan yang boleh dilakukan rakyat bagi menjaga kesihatan masing-masing adalah menyimpan air serta makanan yang sihat dan mencukupi selain memperbanyakkan berteduh di kawasan seperti pokok dan bumbung jika keluar dari rumah.", "Dr Zainal Ariffin turut menyarankan kerajaan untuk memastikan perkhidmatan bekalan air awam yang cukup dan cekap, bekalan makanan segar dan murah mudah didapati dan memberi amaran awal kepada rakyat semasa melalui fenomena tersebut. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/04/anwar-ucap-selamat-hari-wesak-kepada-seluruh-penganut-buddha
[ "KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di negara ini.", "Anwar dalam catatan menerusi Facebooknya berkata Hari Wesak ialah hari besar buat kalangan penganut Buddha bagi memperingati tiga peristiwa penting melalui satu perayaan (Trisuci Wesak).", "Katanya, perayaan itu bertujuan memperingati lahirnya pendiri atau pengasas ajaran Buddha yakni Siddharta Gautama, yang mencapai Penerangan Agung pada umur 35 tahun dan kemudian meninggal dunia pada usia 80 tahun.", " “Penganut Buddha percaya bahawa untuk mencapai kebahagiaan tingkat tinggi atau Nirvana adalah dengan melawan dan membenam sikap keserakahan, kebencian dan kejahatan. Inilah falsafah yang sangat universal yang boleh diteladani dengan cermat. ", "“Sengaja saya singkap falsafah Hari Wesak sebagai usaha dan upaya memupuk kasih sayang, kemuliaan insan, prinsip hidup berdamping, hormat-menghormati dan hidup dalam keadaan aman dan berukun,” menurut Anwar.", "Beliau berkata pelbagai perayaan dan budaya di Malaysia sepatutnya memberi keinsafan kepada seluruh rakyat supaya ia terus membawa mesej kasih sayang dan keamanan bersama persefahaman yang utuh sebagai jalan menghindari kebinasaan dan kepunahan tata hidup masyarakat majmuk di negara ini. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/04/pengawal-keselamatan-maut-tertimbus-runtuhan-penahan-tebing-di-wisma-ypr
[ "KUALA LUMPUR: Seorang Pengawal Keselamatan maut selepas tertimbus tanah akibat runtuhan penahan tebing di Wisma YPR, Jalan Syed Putra, di sini awal pagi tadi.", "Penguasa Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Mohd Rizuan Razali berkata lelaki berusia 73 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.", "“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.53 tengah malam tadi dan tiba di lokasi kejadian pada 1.05 pagi,“ katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.", "Mohd Rizuan berkata seramai 41 anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Seputeh bagi operasi mencari dan menyelamat." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/04/agong-permaisuri-zahir-ucapan-selamat-hari-wesak-kepada-penganut-buddha
[ "KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha yang menyambut perayaan itu hari ini. ", "Hari Wesak disambut penganut Buddha sebagai menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Gauthama Buddha, iaitu kelahirannya, penyedaran dan hari dia meninggal dunia. - BERNAMA \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/03/murid-guru-kumpulan-pelaksana-dibenar-pakai-baju-sukan-semasa-cuaca-panas
[ "PUTRAJAYA: Murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diberi kebenaran khas untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan. ", "\"Pihak sekolah diminta untuk sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa supaya tindakan segera dapat diambil bagi menjamin kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana,\" katanya.", "KPM berkata pihak kementerian sentiasa menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana semasa menghadapi cuaca panas dan kering berpanjangan yang sedang melanda negara.", "\"Fenomena ini merupakan keragaman iklim yang berlaku secara tidak tetap. Keadaan cuaca panas boleh mencetuskan gelombang haba yang memudaratkan kesihatan,\" kata KPM.", "Melalui surat siaran Garis Panduan Penutupan Institusi Pendidikan bawah KPM Semasa Cuaca Panas bertarikh 28 April 2023 yang dikeluarkan sebelum ini, pentadbir dibenarkan menutup sekolah jika cuaca panas berada pada tahap amaran dua dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.", "Menerusi garis panduan yang berkuat kuasa serta-merta itu, institusi pendidikan di bawah KPM termasuk sekolah dibenarkan ditutup jika kawasan mereka diisytiharkan 'heatwave' (gelombang haba) oleh Jabatan Meteorologi (METMalaysia).", "Menurut garis panduan itu, semua aktiviti luar yang melibatkan murid, guru dan pensyarah perlu dihentikan jika status suhu harian bagi cuaca panas berada pada tahap amaran pertama dengan suhu tertinggi melebihi 35 hingga 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut.", "Antara contoh aktiviti luar yang tidak sesuai dilaksanakan pada tahap suhu amaran pertama adalah merentas desa, perkhemahan, kawad, sukan dan permainan di luar bangunan serta pertanian. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/03/strok-haba-kementerian-kesihatan-pantau-situasi-cuaca-panas
[ "PUTRAJAYA: Dengan satu kes kematian direkodkan akibat strok haba melibatkan kanak-kanak berusia 11 tahun di Kelantan, Kementerian Kesihatan kini sedang memantau perkembangan situasi cuaca panas di seluruh negara.", "Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar agar tidak terdedah kepada suhu tinggi selain segera mendapatkan rawatan sekiranya ada gejala strok haba.", "“Ada juga beberapa insiden dikaitkan dengan cuaca panas dimana laporan kesihatan menunjukkan ia sebenarnya disebabkan simptom penyakit (gejala strok haba). Jadi segera ke pusat kesihatan untuk dapatkan rawatan,\" katanya kepada media selepas melancarkan Sitkom Agenda Nasional Malaysia Sihat di sini hari ini.", "\"Kita sedang memantau situasi cuaca panas ini, dan akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memantau dan mengambil perhatian ke atas anak-anak di sekolah,” katanya serta menasihatkan orang ramai agar tidak memakai baju berwarna yang menyerap haba supaya tidak meningkatkan suhu badan.", "Mengenai sitkom Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), Dr Zaliha ketika berucap berkata sitkom berkenaan bertujuan memantapkan lagi promosi pembudayaan hidup sihat dalam bentuk santai dan menghiburkan.", "Sitkom lapan episod itu dibintangi pelakon terkenal tanah air antaranya Liza Abdullah, Nadia Mustafar, Jasmin Hamid dan Acong Sweetchild, bakal ditayangkan menerusi saluran RTM TV1, pada setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10.30 malam, bermula 18 Mei ini. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/03/harga-petrol-diesel-tidak-berubah-bagi-tempoh-4-10-mei
[ "Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter).", "“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling ditetapkan,” menurut kenyataan itu.", "Kementerian Kewangan memberitahu bahawa kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/03/penunggang-motosikal-maut-dipanah-petir
[ "SHAH ALAM: Seorang lelaki meninggal dunia akibat dipanah petir di jalan Kampung Seri Cheeding, Banting, kira-kira 25 kilometer dari sini pada petang semalam.", "Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata mangsa, seorang lelaki tempatan berumur 50 tahun sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kilang di Bandar Mahkota, Banting dengan menunggang motosikal, kira-kira pukul 6.20 petang.", "Katanya, semasa melalui Jambatan Rimbayu ke Ladang Teh Seri Cheeding, mangsa telah terkena panahan petir lalu jatuh dari motosikalnya dan tidak sedarkan diri.", "Beliau berkata orang awam yang melalui jalan itu membantu mengangkat mangsa dan diletakkan di tepi jalan sebelum menghubungi talian kecemasan dan bantuan ambulans, namun disahkan maut di tempat kejadian.", "“Terdapat dua lubang kesan panahan petir di atas jalan raya dan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian leher kanan serta lebam pada bahagian perut dan paha akibat panahan petir selain luka di dagu dan lutut akibat jatuh dari motosikalnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Ahmad Ridhwan berkata bedah siasat telah dilakukan 10 pagi tadi dan mendapati punca kematian adalah akibat panahan petir dan pihak polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/03/kementerian-kesihatan-teliti-beri-vaksin-batuk-kokol-kepada-ibu-mengandung-dr-zaliha
[ "KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang meneliti keperluan pelaksanaan pemberian vaksin kombinasi Tetanus-Difteria-Pertussis (Tdap) kepada ibu hamil sebagai usaha untuk mencegah pertussis atau batuk kokol.", "Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata pemberian vaksin tersebut bertujuan melindungi bayi bermula dari kandungan sehingga bayi dapat melengkapkan dos primer vaksin kombinasi enam serangkai seperti yang tertakluk dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan. ", "“Kebanyakan kes pertussis dalam negara adalah dalam kalangan bayi berumur kurang daripada lima bulan yang belum mencapai tahap imuniti optimum kerana masih belum lengkap tiga dos primer vaksin pertussis,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.", "Menurut Dr Zaliha sebanyak 132 kes pertussis atau batuk kokol direkodkan dalam negara setakat 28 April lalu dengan dua kematian, menurun 73.3 peratus berbanding 495 kes jangkitan pada 28 April 2019.", "Beliau berkata bayi berumur bawah 12 bulan mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 67 kes (50.8 peratus) manakala 47 kes (35.6 peratus) melibatkan kanak-kanak berumur di antara 1 tahun hingga 10 dan selebihnya berumur 11 tahun ke atas.", "Dr Zaliha berkata imunisasi merupakan langkah pencegahan pertussis yang berkesan dan di Malayais, vaksin pertussis diberikan kepada kanak-kanak secara rutin pada umur dua, tiga, lima dan 18 bulan.", "Dr Zaliha berkata daripada 132 kes tahun ini, sebanyak 89 kes iaitu 67.4 peratus melibatkan warganegara manakala 43 kes atau 32.6 peratus lagi bukan warganegara.", "Katanya bilangan kes pertussis di Malaysia menurun dengan mendadak pada 2020 hingga 2021 iaitu semasa pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa.", "Dr Zaliha berkata individu yang bergejala perlu sentiasa mengamalkan etika batuk dan bersin iaitu dengan menutup mulut dan diikuti mencuci tangan bagi mencegah penularan jangkitan kepada orang lain.", "Pertussis adalah penyakit cegahan vaksin disebabkan oleh bakteria Bordetella pertussis yang  menjangkiti mulut, hidung dan tekak selain boleh tersebar melalui udara semasa pesakit bersin atau batuk." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/03/pasangan-guru-maut-kemalangan-babitkan-motosikal-lori
[ "KANGAR: Pasangan suami isteri yang juga guru sebuah sekolah di Padang Besar di sini maut dalam kemalangan di Kilometer 7.6 Jalan Kangar-Padang Besar petang semalam.", "Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata dalam insiden pada 3.45 petang itu, mangsa yang berumur 32 dan 28 tahun maut di tempat kejadian.", "“Kemalangan berlaku apabila pemandu lori dari Padang Besar menghala ke Kangar yang membuat pusingan U tidak sempat mengelak dan melanggar motosikal dinaiki oleh kedua-dua mangsa,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.", "Katanya mayat mangsa dibawa Ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah di Kangar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.", "“Polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian untuk tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan dan sebarang maklumat boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor P. Pillai di talian 019-4702 312,” katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/03/14-penghuni-penjara-berpeluang-beraya-bersama-keluarga-pada-syawal-ke-12
[ "GEORGE TOWN: Suasana pada pagi Syawal ke-12 bagi penghuni Penjara Reman Pulau Pinang, dipenuhi perasaan sebak, teruja dan gembira dengan kehadiran ahli keluarga sempena Program Jalinan Kasih di sini, hari ini.", "Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang Mohamed Jusoh Ismail berkata program itu bertujuan memberi peluang kepada 14 penghuni penjara yang terpilih untuk berjumpa dengan ahli keluarga mereka sempena Aidilfitri ini.", "\"Diharapkan agar mak dan bapa yang hadir hari ini mengambil kesempatan menasihati penghuni penjara untuk beralih ke arah kebaikan apabila keluar dari penjara nanti,\" katanya kepada pemberita pada Program Jalinan Kasih di sini hari ini.", "Beliau berkata kesemua 14 penghuni yang terpilih daripada keseluruhan 1,400 penghuni penjara, merupakan antara mereka yang menunjukkan sikap positif, berdisiplin dan kurang dikenakan tindakan tatatertib.", "Tambahnya, program yang dilaksanakan dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari itu, melibatkan tiga banduan akhir, tiga banduan reman, 70 ahli keluarga dan lain-lain.", "Sementara itu, seorang penghuni penjara banduan tahun akhir yang dikenali sebagai Nasir, 40, berkata beliau bersyukur kerana dapat berjumpa dengan ahli keluarganya pada Aidilfitri ini.", "\"Saya berterima kasih kepada pihak penjara yang menganjurkan program ini kerana saya mampu berjumpa dengan anak-anak, ibu serta abang dan adik saya. Ini merupakan kali pertama saya memegang tangan ibu selepas dimasukkan ke penjara pada 2010.", "\"Jika saya berpeluang untuk keluar dari penjara ini, saya akan menjaga ibu saya sebaik mungkin kerana sebelum ini saya tidak melakukannya,\" katanya.", "Seorang lagi penghuni penjara dikenali sebagai Azim, 27, berkata dia berasa sangat teruja untuk berjumpa dengan kesemua ahli keluarganya setelah lima tahun tidak bersua secara bersemuka.", "\"Saya ditangkap ketika berusia 22 tahun atas penyalahgunaan dadah. Tetapi kini saya bertekad untuk memulakan hidup baharu selepas menamatkan hukuman penjara selama 10 tahun ini nanti,\" katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/03/cuaca-panas-pihak-sekolah-perlu-hentikan-aktiviti-luar-bilik-darjah
[ "ALOR SETAR: Pihak sekolah perlu menghentikan semua aktiviti luar bilik darjah termasuk kokurikulum serta penganjuran sukan tahunan buat sementara waktu berikutan cuaca panas pada masa ini demi keselamatan warga sekolah termasuk pelajar dan murid.", "Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata meskipun tiada sekolah di negara ini ditutup ekoran cuaca panas setakat ini, namun pihak sekolah mesti mengambil langkah berhati-hati dalam keadaan cuaca sedemikian untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.", "\"Saya menyeru anak-anak sekolah dan warga sekolah berhati-hati tentang cuaca yang panas (sekarang ini) dan (banyak) minum air, (dan) kita tidak akan adakan aktiviti di luar bilik darjah (termasuk kokurikulum),\" katanya pada sidang media selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rakyat di sini hari ini.", "Terdahulu, Hui Ying juga melawat tiga lagi sekolah di sini dalam lawatan kerjanya hari ini iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Peng Min; SJKC Keat Hwa S dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Barathy.", "Hui Ying berkata Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di seluruh negara akan sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa berhubung keadaan cuaca panas itu dalam usaha langkah berjaga-jaga selain usaha melaksanakan pendekatan berkesan bagi menangani isu itu.", "\"Garis panduan kita (yang telah ditetapkan) bagi suhu meningkat sehingga 37 darjah Celsius, JPN pantau dan akan tutup sekolah. (Pihak sekolah) mohon dengan JPN, JPN akan buat keputusan (berhubung penutupan sekolah),\" katanya.", "Selain itu, beliau berkata JPN akan turut memantau di sekolah untuk melihat sejauh mana kebenaran khas untuk warga sekolah memakai pakaian atau baju sukan sopan ketika cuaca panas diguna pakai untuk mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan.", "Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan bawah KPM diberi kebenaran khas untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan. ", "Dalam pada itu, Hui Ying mengumumkan peruntukan daripada KPM untuk keempat-empat sekolah itu bagi kerja penyelenggaraan sekolah iaitu SJKC Peng Min dan SJKT Barathy masing-masing diberikan peruntukan sejumlah RM200,000 manakala SJKC Keat Hwa S serta SK Taman Rakyat masing-masing mendapat peruntukan RM150,000. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/03/kpdn-lancar-op-manis-tangani-isu-kekurangan-gula
[ "KUALA NERUS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Op Manis khusus bagi menangani isu kekurangan gula di Kelantan dan Terengganu.", "Beliau berkata antara objektif lain Op Manis ialah bagi memastikan tidak berlaku aktiviti menyorok gula oleh penjual tidak bertanggungjawab dan mengelak pembelian panik oleh pengguna yang boleh menyebabkan kekurangan bekalan bahan itu di pasaran.", "\"Pasukan penguat kuasa KPDN di Kelantan dan Terengganu akan buat pemantauan secara terperinci bagi memastikan bekalan gula sampai kepada pengguna seperti dijadualkan,\" katanya ketika ditemui pemberita semasa memantau bekalan gula di sebuah gudang pemborong di Gong Badak di sini hari ini.", "Beliau berkata syarikat pemborong-pemborong di Kelantan dan Terengganu sudah mula menerima bekalan daripada dua syarikat pengilang gula iaitu MSM dan CSR.", "\"Pemborong yang dapat bekalan (gula) tolong edar dengan segera dan beri penekanan kepada pelanggan biasa. Peruncit pula jangan sorok bekalan dan jual dengan harga tinggi seperti di Kelantan.", "Katanya, KPDN menerima 11 aduan atas pelbagai kesalahan termasuk menyorok bekalan, menjual dengan harga mahal dan sebagainya di Kelantan. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/03/kerajaan-komited-hidupkan-prinsip-masyarakat-madani-menerusi-media-yang-adil-dan-berfakta
[ "KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi komitmen dan tekad jelas Kerajaan Perpaduan untuk menghidupkan prinsip masyarakat madani menerusi media yang adil dan berfakta.", "Beliau berkata demikian menerusi ciapan di Twitter sebagai mengulas laporan Reporters Without Borders (RSF) yang memaklumkan Malaysia yang kini berada di tangga ke-73 Indeks Kebebasan Media Dunia 2023 berbanding tangga ke-113 tahun lepas. ", "Dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia turut menduduki kedudukan tertinggi, diikuti Thailand di kedudukan ke-106, Indonesia (108), Singapura (129), Filipina (132), Brunei (142), Kemboja (147), Laos (160), Myanmar (173) dan Vietnam (178).", "Indeks berkenaan yang disiarkan di laman sesawang RSF, bertujuan membandingkan tahap kebebasan pengamal media di 180 negara dan wilayah seluruh dunia. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/03/lesen-memandu-boleh-diperbaharui-maksimum-sehingga-10-tahun
[ "PUTRAJAYA: Warganegara Malaysia boleh memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) bagi tempoh maksimum 10 tahun berbanding lima tahun ketika ini mulai 8 Mei ini, umum Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini.", "\"Inisiatif ini hanyalah untuk warganegara Malaysia sahaja dan tidak terpakai kepada warganegara asing atau mana-mana pemegang pas atau permit jangka masa panjang atau Kad MyKAS yang terikat dengan tempoh sah laku pasport individu terbabit,\" katanya dalam sidang media di sini hari ini.", "Loke berkata mereka yang memperbaharui LMM sehingga 10 tahun sekali gus akan dikenakan bayaran fi istimewa iaitu RM270 iaitu bayaran untuk tempoh sembilan tahun sahaja, berbanding fi kadar semasa RM30 bagi tempoh pembaharuan setahun.", "Loke dalam masa yang sama berkata warganegara Malaysia yang LMM telah tamat tempoh sah laku memperbaharui bermula 1 Jan 2018 dan ke hadapan, diberi kebenaran khas untuk memperbaharui lesen mereka tanpa perlu menduduki semula ujian.", "\"Kebenaran khas ini hanya berkuat kuasa sehingga 31 Dis 2023. Peraturan sedia ada akan dikuatkuasakan semula pada 1 Jan 2024,\" katanya.", "Loke berkata kebenaran khas itu dapat memberikan penjimatan sehingga RM1,000 kepada pemegang LMM kerana tidak perlu mengeluarkan belanja untuk menduduki semula kelas dan ujian memandu.", "Beliau berkata kedua-dua inisiatif itu termasuk kebenaran khas tersebut boleh dinikmati orang ramai bermula Isnin depan (8 Mei) dengan berurusan di pejabat atau kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja.", "\"Kedua-dua inisiatif dan kebenaran khas ini hanya boleh dinikmati oleh pemegang LMM yang bebas daripada sebarang sekatan urus niaga JPJ dan tidak disenarai hitam oleh Polis Diraja Malaysia serta bebas daripada sebarang penggantungan akibat suatu hukuman atau Perintah Mahkamah,\" katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/03/fakulti-perakaunan-dan-pengurusan-utar-unggul-dalam-pendidikan-perakaunan-dan-perniagaan
[ "KUALA LUMPUR: Fakulti Perakaunan dan Pengurusan (FAM) terletak di UTAR Kampus Sungai Long. Dengan pasukan ahli akademik berpengalaman yang berdedikasi dan kurikulum programnya yang diterima baik oleh industri seperti yang dibuktikan oleh kebolehpasaran tinggi graduan, FAM di UTAR mempunyai reputasi tinggi sebagai penyedia terkemuka graduan perakaunan dan perniagaan dalam komuniti perniagaan.", "FAM memastikan kerjasama rapat dengan ahli akademik global dan industri profesional, memastikan pelajar didedahkan kepada pendekatan terkini. Pelajar juga digalakkan untuk menyertai pertandingan perniagaan yang melibatkan situasi dan senario kehidupan sebenar praktikal untuk menyediakan mereka menghadapi dunia sebenar. ", "Di samping itu, pelajar juga boleh menyertai persatuan universiti untuk mempelajari kemahiran mengatur dan memimpin. Pelajar turut berpeluang menyertai lawatan sambil belajar dan program pertukaran pelajar, melawat universiti asing atau pemindahan kredit, melengkapkan program perantis sebagai perunding di syarikat tempatan dan antarabangsa, serta melawat organisasi tempatan dan antarabangsa.", "FAM menawarkan pelbagai program, termasuk sarjana muda (Perakaunan, Perniagaan Antarabangsa, Ekonomi Global, Pengurusan Bangunan dan Harta, Teknologi Kewangan), Sarjana mengikut kerja kursus (MBA, Tadbir Urus Korporat dan Pembangunan Hartanah) dan program Sarjana dan Doktor Falsafah dalam Perniagaan dan Pengurusan, yang meliputi aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang bermanfaat kepada masyarakat.", "Kursus-kursus ini diiktiraf oleh kerajaan Malaysia, organisasi profesional dan disokong oleh industri. Sebagai tambahan kepada pensijilan Agensi Akreditasi Kelayakan Malaysia (MQA), ia juga telah diakreditasi oleh organisasi profesional yang berkaitan seperti British ACCA.", "Sebagai contoh, program Pengurusan Bangunan dan Harta diiktiraf oleh Valuers, Appraisers and Estate Agents and Property Managers (BOVAEP). (BOVAEP). Dengan kerjasama Institut REHDA, pengamal terkenal akan dijemput sebagai penceramah utama untuk berkongsi kemahiran dan pengetahuan praktikal dengan pelajar Sarjana Pembangunan Hartanah (MRED). Pelajar juga berpeluang menyertai seminar yang dianjurkan oleh REHDA untuk mendapatkan gambaran tentang trend industri terkini.", "Secara keseluruhannya, Fakulti Perakaunan dan Pengurusan menyediakan pelajar dengan asas yang kukuh dalam prinsip dan amalan perniagaan, melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam dunia perniagaan yang serba pantas dan sentiasa berubah. Paling penting, graduan diterima baik dan diberi keutamaan dalam pembangunan bakat oleh industri.", "Dengan harga serendah RM309, pelajar boleh mendaftar di yayasan UTAR atau pengajian sarjana muda dan menikmati pengecualian yuran permohonan 100 peratus. Di samping itu, UTAR menawarkan geran pengajian sebanyak RM1,000 kepada pelajar yang adik-beradik mereka sedang belajar atau menamatkan pengajian di UTAR dan kepada anak-anak Alumni UTAR (tertakluk kepada terma dan syarat). Untuk maklumat lanjut, layari www.study.utar.edu.my atau WhatsApp 016-2233 557." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/02/bayi-perempuan-baru-lahir-ditemukan-di-tempat-pembuangan-sampah
[ "KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan baru lahir yang masih bertali pusat ditemukan di kawasan pembuangan sampah di Kampung Sungai Ara, Petaling Jaya, semalam.", "Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata bayi berkenaan  djumpai seorang wanita bersama anak lelakinya kira-kira pukul 7.15 pagi sebelum membuat laporan di Balai Polis Damansara.", "Beliau berkata bayi seberat 2.5 kilogram dan ketinggian 49 sentimeter itu ditemukan dalam keadaan berbalut kain kuning bersama uri dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.", "Mohamad Fakhrudin berkata bayi tersebut dimasukkan ke wad kanak-kanak Hospital Sungai Buloh dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/02/pm-terima-kunjungan-hormat-menteri-luar-korea-selatan
[ "PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar Korea Selatan Park Jin yang antara lain membincangkan kerjasama memperkukuh hubungan Malaysia-Korea Selatan. ", "Pertemuan kira-kira sejam itu berlangsung di Perdana Putra di sini sempena lawatan kerja Park selama dua hari ke Malaysia bermula Isnin, dan ini merupakan lawatan sulung Park ke Malaysia sejak beliau dilantik sebagai Menteri Luar Korea Selatan pada Mei 2022.", "Wisma Putra dalam kenyataan semalam berkata lawatan Park adalah bertepatan dengan sambutan Ulang Tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur (LEP) oleh Malaysia dan Korea Selatan.", "“Lawatan ini akan menjadi platform bagi kedua-dua pihak untuk menaik taraf hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi, berlandaskan prinsip kepentingan bersama, saling percaya dan kesalinghubungan sesama rakyat,” menurut kenyataan Wisma Putra itu.", "Pada 2022, Korea Selatan merupakan rakan dagang kelapan terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan sebanyak RM114.21 bilion (US$25.94 bilion), meningkat 29.3 peratus daripada nilai yang dicatatkan pada 2021.", "Korea Selaran juga merupakan pelabur asing ketujuh terbesar Malaysia dalam sektor pembuatan untuk projek yang dilaksanakan bernilai RM33.0 bilion (US$9.25 bilion). - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/02/bn-nafi-ahli-parlimennya-terlibat-dalam-usaha-jatuhkan-kerajaan
[ "KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa terdapat Ahli Parlimen dalam kalangan parti komponennya yang terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan.", "Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata BN tidak akan memporak-perandakan kerajaan sedia ada kerana ia telah berjanji untuk membentuk kerajaan yang stabil serta diperlukan bagi menguruskan negara, dan kerajaan ketika ini ditubuhkan atas dasar kerjasama pelbagai parti.", "\"Untuk menumbangkan kerajaan sekarang saya rasa agak sukar kerana Akta Anti Lompat Parti telah berkuat kuasa dan mana-mana Ahli Parlimen yang mahu menyokong parti lain perlu meletakkan jawatan dan diadakan pilihan raya kecil.", "\"Kerajaan kini juga mempunyai majoriti yang agak besar sebanyak 148,\" katanya dalam sidang media di Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Pertahanan di sini.", "Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Muhammad Faiz Na'aman yang mendakwa Perikatan Nasional telah mendapat sokongan 126 Ahli Parlimen.", "Mohamad, yang juga Menteri Pertahanan, turut menyuarakan komitmen penuh BN dalam memastikan kerajaan ketika ini berada dalam keadaan stabil dan kuat.", "Beliau berkata negara telah ketinggalan hampir lima tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-14 kerana kerajaan yang dibentuk tidak mempunyai majoriti yang kuat.", "\"Pada 14 Mei ini, kita akan ada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan untuk melihat sejauh mana dan bagaimana janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 dapat ditunaikan kepada rakyat,\" katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/02/gaji-tidak-setara-antara-faktor-bukan-bumiputera-tidak-minat-sertai-tdm-ptd
[ "KUALA LUMPUR: Struktur gaji bagi Tentera Darat Malaysia (TDM) yang tidak setara dengan syarikat swasta antara punca bukan bumiputera tidak berminat untuk menyertai pasukan keselamatan negara, kata Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman.", "“Jadi ini juga salah satu faktor yang berkemungkinan mereka (kaum bukan bumiputera) menganggap kehidupan mereka dikawal, walhal tidak dikawal sebaliknya tertakluk dengan undang-undang tentera sahaja,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri acara Perbarisan Perutusan Perintah Ulung PTD ke-29 di Dataran PTD, Kem Perdana Sungai Besi, di sini hari ini.", "“Saya percaya bahawa warga tentera yang masuk TDM semua okay dan tiada masalah, malah ada juga kaum bukan bumiputera yang menyertai TDM berpangkat tinggi,” katanya.", "Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohammad Hasan menegaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak pernah menetapkan sebarang kuota kaum bagi pengambilan anggota ATM.", "Terdahulu, Mohammad dalam Perutusan Perintah Ulung PTD  menekankan tiga objektif utama iaitu Kesiapsiagaan, Kemampanan Organisasi dan Sahsiah Keperwiraan yang ingin dicapai melalui Sinergi 3M - Man, Machine and Method.", "Selain itu, beliau turut menggariskan lima teras utama iaitu Peningkatan Kesiagaan, Pengukuhan Organisasi dan Modal Insan, Kesejahteraan Warga, Pengukuhan Hubunga Antarabangsa serta Keutuhan Hubungan Tentera dan Awam. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/02/lima-ditahan-bantu-siasatan-kes-bunuh-pemilik-rangkaian-klinik-kesihatan
[ "SHAH ALAM: Polis menahan lima individu di Ampang dan Kajang, Khamis lepas, bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pemilik rangkaian klinik kesihatan yang mayatnya ditemukan dalam sebuah bagasi di gaung berketinggian 27 meter di Hulu Langat, dekat sini.", "Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mereka terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 22 dan 40 tahun termasuk seorang lelaki berusia lewat 30-an, yang disyaki suspek utama kes tersebut.", "Berdasarkan siasatan awal, mangsa iaitu lelaki berusia 41 tahun telah menaiki kenderaannya untuk bertemu dengan suspek utama yang merupakan seorang kontraktor, di sebuah restoran di Semenyih, dekat sini kira-kira 11 pagi, 26 April lepas.", "“Mangsa kemudian menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada rakan serumahnya pada hari sama dan meminta memasukkan wang syarikat berjumlah RM228,000 ke dalam satu akaun tidak dikenali.", "\"Turut menerima SMS adalah akauntan syarikat mangsa yang juga diarah membuat perbuatan serupa bagaimanapun tidak memasukkan wang seperti diminta kerana curiga, sebelum telefon bimbit mangsa gagal dihubungi,\" katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.", "Beliau berkata polis kemudian menerima laporan daripada rakan serumah mangsa yang berusia 36 tahun dan ahli keluarga mangsa berkaitan kehilangan mangsa.", "“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan jerutan pada leher yang menyebabkan saluran pernafasan tersekat,” katanya dan menambah mangsa serta suspek utama didapati telah berkenalan sejak setahun lepas selepas membaik pulih klinik dan rumah mangsa.", "Hussien berkata polis percaya motif kejadian adalah untuk mendapatkan wang kerana suspek mempunyai masalah kewangan bagi membayar peguam untuk kes berkaitan dadah dan suspek juga berjaya mendapatkan RM20,000 daripada mangsa.", "Katanya kes pada mulanya disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan kemudian diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.", "Dalam kes lain, polis menahan enam lelaki berusia antara 21 hingga 38 tahun dipercayai mencuri lapan kotak cip elektronik bernilai RM1.5 juta di gudang sebuah syarikat logistik di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, bulan lepas.", "Hussein berkata kejadian turut melibatkan dua pekerja syarikat berkenaan yang bertindak melarikan lapan kotak cip tersebut, kira-kira 4.30 pagi, 21 April lepas.", "Beliau berkata penahanan semua suspek di KLIA, Sungai Pelek dan Nilai, Negeri Sembilan dilakukan hasil aduan pengurus gudang berkenaan yang memaklumkan premis itu dipecah masuk dan kehilangan cip elektronik.", "“Empat daripada mereka telah mengaku melakukan jenayah itu. Semua suspek kini disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,\" katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/05/02/tudm-jalankan-siasatan-dalaman-dakwaan-anggota-dibuli-mohamad
[ "KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menjalankan siasatan dalaman bagi menyiasat dakwaan buli seorang anggota di pusat latihan di Kuantan, Pahang.", "Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata siasatan dalaman dijalankan selepas bapa pelatih berkenaan membuat laporan polis terhadap kejadian yang menimpa anaknya di pusat latihan tersebut.", "Beliau berkata polis juga telah hadir ke pusat latihan berkenaan baru-baru ini untuk menjalankan siasatan dan pihak TUDM turut memberikan kerjasama sepenuhnya.", "\"Selain siasatan polis, TUDM juga melakukan siasatan dalaman terhadap laporan berkenaan, TUDM tidak menerima laporan mengenai kejadian buli ini, bapa mangsa hanya membuat laporan polis.", "“Polis akan memastikan kes buli berkenaan disiasat secara menyeluruh dan individu yang didapati bersalah melanggar tatatertib dan prosedur operasi standard bagi setiap anggota yang duduk di pusat latihan dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya dalam sidang media di Rumah Terbuka Kementerian Pertahanan dan Kem Kementah, di sini, hari ini.", "Terdahulu tular satu perkongsian di media sosial dengan seorang wanita mendakwa adiknya menjadi mangsa buli di sebuah pusat latihan tentera udara.", "“Kementerian Pertahanan menegaskan tidak ada kompromi terhadap sebarang salah laku yang melibatkan pelanggaran disiplin, tatatertib, jenayah dan isu berkaitan perundangan seperti buli dan lain-lain melibatkan  Angkatan Tentera Malaysia.", "“Tindakan tegas mengikut undang-undang dan peraturan sedia ada akan diambil kepada mana-mana pegawai dan anggota yang didapati terlibat serta bersalah,” menurut kenyataan itu." ]