url
stringlengths
47
133
content
sequence
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/willie-dicabar-iana-dan-diog-di-puncak-borneo
[ "KUCHING: Penyandang Kerusi Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin berdepan saingan bekas 'rakan perjuangan separti' dalam  pertarungan tiga penjuru merebut kerusi majoriti Bidayuh itu.", "Willie wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) mendapat tentangan daripada Iana Akam, 47 yang bertanding menggunakan tiket  Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan calon Pakatan Harapan (PH-PKR), Diog Dios, 55.", "Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ranum Bari pada pukul 12.10 tengahari di Pusat Penamaan Calon Parlimen Puncak Borneo di Pejabat Daerah Siburan, dekat sini, hari ini.", "Willie tiba di pusat penamaan calon pada pukul 9.09  diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat Datuk Roland Sagah, ADUN Mambong Datuk Dr Jerip Susil dan ADUN Serembu Miro Simuh bagaimanapun mereka bersama\npenyokong GPS yang dianggarkan 700 orang mula berkumpul di Dewan Masyarakat Siburan yang terletak hanya beberapa meter dari pusat penamaan calon kerusi Parlimen Puncak Borneo seawal pukul 7 pagi.", "Pencalonan Willie, 47 dicadang oleh Datuk Roland Sagah yang juga Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat dan disokong Datuk Dr Jerip Susil merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan. ", "Calon PSB Iana Akam, 47 tiba di pusat penamaan calon lebih awal iaitu pada pukul 8.45 pagi diiringi pencadangnya Tomson Ango dan penyokongnya Warick Mandes.", "Kelihatan juga beberapa orang penyokong PSB hadir di luar kawasan pusat  penamaan calon sambil membawa sepanduk parti untuk memberi sokongan kepada calon mereka. ", "Calon ketiga, Diog Dios, 55 pula tiba di pusat penamaan calon pada pukul 9.09 pagi. Pencadang bagi pencalonan Diog ialah Michael Kanai manakala Chang Hon Hiong selaku penyokong. ", "Iana ketika ditemui media memaklumkan sebelum ini beliau merupakan ahli PKR bersama-sama Willie sejak tahun 1999 bagaimanapun selepas Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada 2020, dia mengambil keputusan menyertai PSB bagi meneruskan perjuangan pembangkang.", "\"Kerjaya politik saya bermula dengan PKR bersama-sama Willie, apabila PH jatuh, kami berpecaj tetapi saya kekal sebagai pembangkang untuk meneruskan visi dan perjuangan duhulu iaitu menubuhkan kerajaan baharu  dan tidak bersama BN (Barisan Nasionl) di peringkat pusat juga negeri yang kini GPS. ", "Willie  memenangi kerusi berkenaan atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dicalonkan semula namun kali ini mewakili GPS selepas sah menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada 6 Ogos 2022.", "Pada PRU14 Willie menang dengan majoriti 4,005 undi menewaskan pencabarnya Keannoth Sinel (Barisan Nasional) dan Buln Ribus (Parti Reformasi Negeri Sarawak) juga dalam pertarungan tiga penjuru.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/doris-ditentang-masir-wilson-dan-tay-di-parlimen-sri-aman
[ "SIMANGGANG: Parlimen Sri Aman menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Datuk Masir Kujat (Bebas), Dato Sri Doris Sophia Brodie (GPS-PRS), Wilson Entabang (PSB) dan Tay Wei Wei (PH-PKR)." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/pru15-pertembungan-tiga-penjuru-di-mas-gading
[ "BAU: Kerusi Parlimen Mas Gading menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK). ", "Pegawai Pengurus Pilihan Raya Anielia Siam mengumumkan tiga calon bertanding di kerusi tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini ialah Lidang Disen (GPS), Mordi Bimol (DAP) dan Sim Min Leong (PBK). ", "Lidang, tiba lebih awal kira-kira jam 8.20 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Suarah Bau semalam bersama lebih 1,000 penyokong bagi penyerahan borang penamaan calon. ", "Dalam pada itu, kerusi Mas Gading mempunyai seramai 47,171 pemilih  berdaftar terdiri daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar (18, 525) dan DUN Tasik Biru (28, 646).", "Pada PRU 2018, Mordi memperoleh 12, 771 undi dengan majoriti 3,024 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Anthony Nogeh yang hanya memperoleh 9,747 undi. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/wan-azizah-tercicir-kad-pengenalan-semasa-berarak
[ "KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tercicir kad pengenalan ketika berarak ke pusat penamaan calon di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini.", "“Saya dah selitkan IC (kad pengenalan) dalam pas SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) ini tapi itulah tadi tercicir masa perarakan, mujurlah saya dapat balik. Penting ni!” kata calon Pakatan Harapan (PH) itu kepada pemberita selepas proses penamaan calon P124 Parlimen Bandar Tun Razak.", "Kad pengenalan Wan Azizah yang berjaya ditemukan seorang penyokongnya ternyata memberi kelegaan kepada kira-kira 200 penyokong Pengerusi Penasihat PKR itu ketika beliau memasuki pekarangan pusat penamaan calon itu.", "Parlimen Bandar Tun Razak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan Wan Azizah, penyandang kerusi Datuk Kamarudin Jaffar (Perikatan Nasional) dan Ketua MCA Tun Razak Datuk Chew Yin Keen (Barisan Nasional)." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/pru15-penyandang-kerusi-parlimen-tanjong-manis-dicabar-calon-ph
[ "Pertembungan itu melibatkan penyandang Yusuf Abdul Wahab, 59, daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Zainab Suhaili, 53, daripada Parti Amanah Negara (Amanah).", "Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon Tanjong Manis Ismail Kasah membuat pengumuman di Dewan IKS Tanjong Manis jam 12.08 tengah hari selepas masa penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi.", "Terdahulu, Zainab bersama beberapa penyokong tiba di pusat penamaan calon kira-kira jam 7.20 pagi dan menyerahkan borang pencalonan jam 9.02 pagi.", "Walaupun keadaan tenang dan terkawal, suasana meriah tetap dirasai apabila kira-kira 1,000 penyokong GPS dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong, Semop dan Kuala Rajang memenuhi pusat penamaan calon.", "Turut mengiringi Yusuf ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol dan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh.", "Yusuf dicadang oleh Amirruddin Bakri dan disokong oleh Theresa Resah manakala Zainab dicadang oleh Husbi Mahdi dan disokong oleh Gusti Ardanishah Gusti Asmadi.", "Sementara itu, Yusuf ketika ditemui pemberita memberitahu akan meneruskan rancangan pembangunan di kawasan Tanjong Manis untuk lima tahun akan datang dalam usaha meningkatkan taraf hidup penduduk sekitar.", "\"Sepanjang lima tahun lalu, banyak pembangunan dilaksanakan di kawasan Tanjong Manis seperti pembinaan bangunan pentadbiran baharu, jambatan Batang Paloh, jalan-jalan kampung, kemudahan air dan elektrik di pedalaman dan banyak lagi,\" katanya.", "Selain itu, terdapat peningkatan jumlah pengundi di Parlimen Tanjong Manis pada pilihan raya kali ini di mana lebih 11,000 pengundi baharu didaftar termasuk pengundi berumur 18 hingga 21 tahun dan pengundi automatik.", "\"Sekarang ini, kita ada lebih 32,000 pengundi dan peningkatan berjumlah kira-kira 11,000 pengundi baharu. Meningkat hampir 50 peratus daripada jumlah keseluruhan pada PRU14 lalu,\" jelasnya.", "Sementara itu, Zainab berkata beliau berharap rakyat Tanjong Manis memilih PH dan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.", "Sementara itu, pada PRU14 Yusuf mewakili Barisan Nasional (BN) memperolehi 11,402 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Fadillah Sabali memperolehi 2,728 undi dengan majoriti sebanyak 8,674 undi.", "Zainab bertanding di kerusi DUN Jamoreng pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) lalu tewas dengan 244 undi kepada calon GPS, Datuk Dr Juanda Jaya yang memperolehi 5,623 undi." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/hujan-tidak-rencatkan-proses-penamaan-calon-di-sibuti-pertembungan-tiga-penjuru
[ "MIRI: Hujan renyai-renyai tidak merencatkan proses Penamaan Calon Parlimen P218 Sibuti, hari ini yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).", "Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Parlimen Sibuti Siti Rohanie Yusof mengumumkan kerusi berkenaan ditandingi penyandangnya dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) Lukanisman Awang Sauni, calon Pakatan Harapan (PH) Zulhaidah Suboh dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Bobby William.", "Pengumuman dibuat kira-kira jam 12.14 tengah hari di Pusat Penaman Calon Dewan Masyarakat Bekenu selepas tempoh bantahan tamat selama satu jam.", "Pencalonan Lukanisman dicadangkan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Rosey Yunus dan disokong Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dr Ripin Lamat.", "Lukanisman yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memenangi kerusi itu dengan majoriti 3,676 undi pada PRU14 menewaskan pencabarnya daripada PKR Jemat Panjang dan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Zulaihi Bakar." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/rubiah-abdul-halil-rebut-kerusi-parlimen-kota-samarahan
[ "KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS-PBB) Datuk Rubiah Wang ditentang bekas pesara Jurutera Jabatan Kerja Raya, Abang Abdul Halil Abang Naili (PH-Amanah) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerusi Parlimen Kota Samarahan.", "Rubiah hadir jam 8.40 pagi diiringi pencadang, Sapawi Samat dan penyokong, Erine Gadul dengan sorakan dan sokongan kira-kira 1,000 ahli GPS di kawasan perkarangan Dewan Suarah Kota Samarahan di sini.", "Pengumuman rasmi calon bertanding PRU15 Parlimen Kota Samarahan itu telah diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Annuar Da'an di Pusat Penamaan Calon Parlimen Kota Samarahan di Dewan Suarah Kota Samarahan sekitar jam 11 pagi." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/pru15-fadillah-berdepan-dua-pencabar-di-parlimen-petra-jaya
[ "Penyandang kerusi tersebut, Dato Sri Fadillah Yusof dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan dicabar calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sopian Julaihi dan calon Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR) Datuk Othman Abdillah. ", "Terdahulu, calon pertama yang hadir iaitu Sopian, tiba di Pusat Penamaan Calon Petra Jaya di dewan Al-Muneerah SMK Petra Jaya di sini, pada sekitar jam 8.45 pagi sambil diiringi pencadang Iswardy Morni dan disokong oleh Edris Hilmi.", "Pegawai Pengurus Pilihan Raya Petra Jaya Mohamed Khaidir Abang kemudiannya mengesahkan tiga calon tersebut sah bertanding setelah mendapati tiada penolakan calon selepas waktu bantahan dibuka.", "Turut hadir memberikan sokongan kepada Fadillah adalah Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Datuk Ibrahim Baki, ADUN Semariang Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta sekitar 500 penyokong GPS lain.", "Proses penamaan calon P194 Petra Jaya dalam pada itu berjalan lancar dengan SOP terkawal serta pemerhatian pihak polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).", "Untuk rekod, Fadillah telah menyandang kerusi Parlimen Petra Jaya empat penggal berturut-turut sejak memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU11) 2004." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/muka-baharu-gps-di-batang-sadong-dicabar-calon-ph
[ "SIMUNJAN: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Batang Sadong menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Pakatan Harapan (PH).", "Senarai nama calon diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Batang Sadong Zainap Halip selepas selesai proses penamaan calon yang dibuka jam 9 pagi tadi.", "\"Mereka, Rodiyah Sapiee dari GPS dan Lahaji Lahiya dari Amanah,\" katanya di pusat penamaan calon di Dewan Mesra Sri Simunjan di sini, hari ini.", "Terdahulu, Rodiyah yang  merupakan calon muka baharu GPS tiba di pusat penamaan calon kira-kira jam 8.30 pagi dengan diiringi kira-kira 4,800 orang penyokong GPS menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.03 pagi. ", "Turut mengiringi beliau ialah Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo, ADUN Simunjan Awla Dris dan bekas ADUN Gedong Datuk Mohd Naroden Majais.", "Sementara calon PH-Amanah, Lahaji pula tiba sekitar jam 8.50 pagi di pusat penamaan calon bersama 60 orang penyokongnya dan telah menyerahkan borang penamaan calon kira-kira jam 9.07 pagi.\n \nSebelum ini, Parlimen Batang Sadong disandang oleh Datuk Seri Nancy Shukri selama tiga penggal sejak 2008.", "Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu akan bertanding di Parlimen Santubong bagi menggantikan penyandangnya  Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang memutuskan untuk berundur. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/pru15-dap-gps-dan-psb-berebut-kerusi-parlimen-stampin
[ "KUCHING: Penyandang kerusi Parlimen Stampin Chong Chieng Jen daripada Pakatan Harapan (PH) berdepan pertandingan tiga penjuru di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). ", "Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak akan ditentang calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Lo Khere Chiang dan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Lue Cheng Hing.", "Pertandingan tiga penjuru itu dimaklumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Henry Jalin Watt pada jam 11.50 pagi selepas tiada bantahan kertas calon di Pusat Penamaan Calon di Majlis Perbandaran Padawan (MPP) semalam.", "Sementara itu Lue daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK) bertanding menggunakan logo PSB antara calon pertama yang tiba di pusat penamaan calon sekitar jam 8.25 pagi.", "Untuk rekod, Parlimen Stampin dimenangi DAP menerusi Chong pada PRU14 yang menewaskan Presiden SUPP Dato Sri Dr Sim Kui Hian yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) ketika itu." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/pru15-anwar-berdepan-tiga-saingan-di-parlimen-tambun
[ "IPOH: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan pertandingan empat penjuru bagi kerusi Parlimen Tambun, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November ini.", "Anwar yang juga calon tunggal Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH), akan ditentang calon Barisan Nasional (BN) Ketua UMNO Bahagian Tambun Datuk Aminuddin Md. Hanafiah, calon Pejuang Abdul Rahim Tahir dan calon Perikatan Nasional (PN) yang juga penyandang kerusi itu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.", "Pengumuman empat calon berkenaan dilakukan Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  Parlimen Tambun Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip pada 10.35 pagi selepas proses penamaan calon berjalan lancar dan ditutup pada 10 pagi.", "Anwar tiba di pusat penamaan calon pukul  8.58 pagi manakala Aminuddin dan Ahmad Faizal masing-masing sampai pada 8.50 pagi dan 9 pagi, sebelum menyerahkan borang pencalonan di Dewan Sri Kledang Institut Latihan Perindustrian Ipoh Meru di sini hari ini.", "Suasana pekarangan pusat penamaan meriah dengan kehadiran lebih 1,000 penyokong calon bertanding sebagai tanda sokongan dengan ada yang membawa sepanduk, bersorak serta mengalunkan selawat sepanjang calon masuk  ke pusat penamaan calon.", "Pada PRU14, kerusi itu dimenangi Ahmad Faizal atas tiket Pakatan Harapan (PH) yang menggunakan logo PKR, menewaskan calon BN dan PAS sebanyak  38,661 undi dengan majoriti 5,320 undi. ", "“Kami di sini untuk menawarkan alternatif kepada program ekonomi dan polisi dan ketegangan sosial antara pelbagai komuniti, dan saya rasa itu berikan kami kelebihan tambahan,” katanya.", "Sementara itu, Ahmad Faizal berkata kempennya akan tertumpu menambat hati pengundi muda yang dilihat penting dalam menentukan wakil rakyat kawasan itu, terutama selepas pelaksanaan Undi18 pada PRU kali ini, biarpun mengakui mempunyai kelebihan sebagai calon tempatan.", "Calon Pejuang Abdul Rahim Tahir pula berkata kempennya akan memberi penekanan membawa suara anak muda, serta menyebarkan kepentingan golongan itu menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi dalam menentukan masa hadapan negara.", "Dalam pada itu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan PH, PN dan BN manakala DUN Ulu Kinta melibatkan empat penjuru daripada PH, PN, BN dan seorang calon Bebas." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/pertembungan-tiga-penjuru-di-lawas
[ "LAWAS: Kerusi Parlimen Lawas menyaksikan pertembungan hebat tiga penjuru melibatkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Henry Sum Agong, Parti Sarawak Bersatu (PSB) Baru Bian dan Pakatan Harapan (PH) Japar Suyut. ", "Pengumuman rasmi calon bertanding dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya P222 Lawas Ladin Atok di Pusat Penamaan Calon di Majlis Daerah Lawas, di sini kira-kira pada jam 11.20 pagi pada Sabtu. ", "Ladin dalam pengumumannya berkata, beliau telah menerima kertas penamaan calon daripada tiga calon bagi kawasan pilihan raya Parlimen Lawas sehingga ia ditutup jam 10 pagi. ", "“Saya telah menyemak kertas-kertas penamaan tersebut dan setelah selesai disemak, saya berpuas hati memutuskan tiada calon yang ditolak kertas penamaannya,” katanya.", "Terdahulu, Henry Sum, 76, tiba di Pusat Penamaan Calon P222 Lawas tepat jam 8 pagi bersama pencadang Paris Kaya dan penyokong Ibrahim Ahmat. ", "Sementara itu, suasana di Pusat Penamaan Calon P222 Lawas sunyi berikutan kehadiran penyokong bagi calon-calon bertanding dihadkan dan tidak dibenarkan memasuki kawasan ini. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/pru15-hasbi-ditentang-calon-pkr-di-parlimen-limbang
[ "LIMBANG: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Hasbi Habibollah akan ditentang pesara kerajaan yang juga calon dari Pakatan Harapan (PH) Racha Balang bagi merebut kerusi Parlimen Limbang.", "Hasbi 59, hadir  jam 8.49 pagi bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Datuk Dr Abdul Rahman Ismail selaku pencadang dan ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang sebagai penyokong.", "Beliau yang diiringi Brahim Matali sebagai pencadang dan Jeffrey Kunjan sebagai penyokong, tiba bersama sekitar 100 orang penyokong yang membawa bendera PH." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/pru15-penyandang-oscar-ling-berdepan-presiden-psb-bekas-pengerusi-mps-di-parlimen-sibu
[ "SIBU: Pertembungan tiga penjuru semenangnya sudah dijangka bagi kerusi Parlimen Sibu antara calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini. ", "Presiden PSB Dato Sri Wong Soon Koh, 80, mewakili PSB sementara GPS diwakili oleh bekas Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting Ing Horh, 63.", "Terdahulu Oscar Ling menyerahkan borang pencalonan di Dewan Kompleks Islam Sibu kira-kira jam 9.02 pagi bersama pencadangnya Irene Chang dan penyokong Adeline Kiew.\n \nIni diikuti dengan Wong pada jam 9.09 pagi dengan pencadang beliau iaitu Ting Hoong Hua dan penyokong Janet Lau.", "Clarence Ting menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.15 pagi sambil ditemani pencadang beliau Ting Tien Huat dan penyokong Syed Hamzah Wan Hamid Edruce." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/nanta-ditentang-dua-calon-di-parlimen-kapit
[ "KAPIT: Kerusi Parlimen Kapit menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Gabungan Parti Sarawak (GPS), Pakatan Harapan (PH) dan Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.", "Calon GPS-PBB Dato Sri Alexander Nanta Linggi yang juga penyandang kerusi Kapit dicabar oleh calon muka baharu PH-PKR Khusyairy Pangkas Abdullah dan PBDSB Robert Saweng. ", "Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kapit Cerisologo Sabut mengumumkan nama ketiga-tiga nama calon pada jam 10.28 pagi tadi di Kompleks Kerajaan Negeri, Kapit. ", "Kehadiran Nanta di pusat penamaan calon diiringi pencadangnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus Wilson Nyabong Ijang dan penyokongnya ADUN Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat.", "Pada PRU14 2018, DAP Sarawak bertanding di Kapit dengan calonnya Paren Nyawi tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) ketika itu dan kini GPS Dato Sri Alexander Nanta Linggi yang memperoleh 14,302 undi dan menang dengan majoriti 10,479 undi.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/anyi-dicabar-anak-saudara-lagi-dan-seorang-calon-bebas-di-parlimen-baram
[ "MARUDI: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Baram sekali lagi menyaksikan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Anyi Ngau ditentang buat kali ketiga oleh musuh tradisi yang juga anak saudaranya, Roland Engan daripada Pakatan Harapan (PH). \n    \nSelain Roland, penyandang kerusi Parlimen P.220 itu turut berdepan seorang lagi pencabar iaitu Wilfred Entika Rebai yang merupakan calon Bebas. \n    \nSementara itu, calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Sawing Kedit yang disebut-sebut sebelum ini tidak muncul di Pusat Penamaan Calon di Dewan Suarah Marudi di sini sehingga waktu pencalonan ditutup jam 10 pagi.\n    \nSementara itu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) Baram Belayong Pok telah mengumumkan nama ketiga-tiga calon terbabit pada jam  11.02 pagi tadi di Dewan Suarah Marudi di sini.\n    \nKehadiran Anyi di pusat penamaan calon diiringi pencadangnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala dan penyokongnya Datuk Dr Penguang Manggil yang juga ADUN Marudi serta lebih 1,000 penyokong GPS.\n    \nManakala Roland diiringi Philip Unga sebagai pencadang dan penyokong Ubin Telajan serta kira-kira 50 penyokong.\n    \nWilfred pula diiringi pencadang Unjan Anggit dan penyokong Paree Kenyah.\n    \nAnyi tiba di pusat penamaan calon tepat jam 8.20 pagi dan menyerahkan borang pencalonan jam 9 pagi diikuti Roland yang tiba jam 8.34 dan kemudian menyerahkan borang pencalonannya jam 9.04.\n    \nWilfred tiba jam 8.48 pagi dan menyerahkan borangnya kepada RO jam 9.10 pagi.\n    \nPada PRU14 yang diadakan pada 2018, Anyi berjaya mempertahankan kerusi Baram setelah berjaya menewaskan Roland dengan majoriti undi 1,990 dalam pertembungan satu lawan satu .\n    \nDalam pada itu, penyokong GPS mula berkumpul seawal jam 7.30 pagi di pekarangan Dataran Marudi di sini.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/pru15-pertembungan-empat-penjuru-di-parlimen-lanang
[ "SIBU: Calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Alice Lau berdepan saingan empat penjuru di kerusi Parlimen Lanang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).", "Beliau yang merupakan penyandang kerusi itu sejak dua penggal lalu, akan berdepan dengan Wong Ching Yong, calon dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Priscilla Lau yang bertanding atas tiket Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan calon Bebas Dato Wong Tiing Kiong.", "Terdahulu, Alice bersama kira-kira 50 penyokongnya tiba di pekarangan pusat penamaan calon pada jam 8.15 pagi disusuli dengan Ching Yong yang juga diiringi 50 penyokongnya pada jam 8.30 pagi.", "Pegawai Pengurus Pilihan Raya Lanang Teng Min Min mengesahkan empat calon tersebut sah bertanding setelah mendapati tiada penolakan calon selepas waktu bantahan dibuka." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/pru15-penamaan-calon-ditutup-kempen-bermula
[ "PUTRAJAYA: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bermula 9 pagi tadi di 222 pusat penamaan calon di seluruh negara selesai apabila kesemua pusat berkenaan ditutup secara rasminya pada 10 pagi ini.", "PRU15 membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pahang (42) dan Perlis (15) serta turut diadakan serentak ialah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah.", "Sebaik sahaja pengisytiharan calon-calon yang bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selesai dilakukan, aktiviti kempen PRU15 selama 14 hari bermula secara rasmi hingga 11.59 malam, 18 November nanti.", "Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh dijangka mengadakan sidang media pada 12 tengah hari ini di Menara SPR, di sini, bagi merumuskan proses penamaan calon yang dijalankan di seluruh negara." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/suasana-sekitar-pusat-penamaan-calon-hangat-meriah-dengan-gelagat-penyokong
[ "KUALA LUMPUR: Proses penamaan calon hari ini menyaksikan seolah-olah berpesta dengan pelbagai ragam penyokong parti dan calon yang datang memberi sokongan kepada calon mereka ke pusat penamaan calon, pagi ini.", "Selain jumlah penyokong yang ramai kerana fasa peralihan ke era endemik akibat COVID-19 kembali membenarkan penyokong hadir ke pusat penamaan seperti sediakala, pelbagai gelagat penyokong menarik perhatian termasuk memakai pakaian unik selain pakaian mengikuti tema warna parti.", "Bagaimanapun penyokong dilihat mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu orang awam serta penyokong yang mengiringi calon, dilarang menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan pusat penamaan yang ditetapkan.", "Gelagat seorang bapa, Akbal Singh, 59, dan anaknya Sachdeep Singh, 18, yang memakai pakaian direka khas dengan bendera Pakatan Harapan (PH) mencuri tumpuan di luar Dewan Kenanga, Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, iaitu Pusat Penamaan Calon Parlimen Sungai Buloh.", "Suasana dimeriahkan dengan laungan perang antara penyokong bagi memberi sokongan kepada calon-calon mereka selain perang bendera dan plakad meraikan perbezaan idealogi politik masing-masing.", "Semangat penyokong juga dizahirkan dengan berkongsi momen bersejarah bersama ahli keluarga mereka termasuk anak-anak kecil dan mereka yang berkeupayaan terbatas juga hadir meskipun dengan berkerusi roda.", "Dalam keghairahan penyokong, kelihatan juga yang memakai pelitup muka bagi mengelak penularan COVID-19 yang masih belum berpenghujung, seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/pru15-222-pusat-penamaan-calon-seluruh-negara-mula-dibuka
[ "Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula hari ini selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding dan akan berakhir pada 11.59 malam, 18 November.", "Penamaan calon bagi PRU15 di seluruh negara melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi DUN di Perak, 42 kerusi di Pahang dan 15 kerusi di Perlis.", "Penyokong dilarang menggunakan semua jenis alat muzik atau pembesar suara bagi tujuan dakyah politik melalui apa-apa cara termasuk menerusi penggunaan apa sahaja jenis kenderaan yang merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.", "Orang awam serta penyokong yang mengiringi calon adalah dilarang menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan PPC yang telah ditetapkan.", "PRU15 diadakan selepas pengumuman pembubaran Parlimen ke-14 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.", "PRK DUN Bugaya pula diadakan susulan kekosongan kerusi DUN Bugaya selepas kematian penyandangnya Manis Muka Mohd Darah pada 17 November 2020 dan PRK DUN itu tertangguh ekoran proklamasi darurat bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.", "Namun pada 7 Oktober lepas, Yang di-Pertuan Agong berkenan menamatkan enam ordinan dan proklamasi darurat bagi menangguhkan PRK Parlimen Batu Sapi, Gerik dan DUN Bugaya yang diisytiharkan pada November dan Disember 2020 berkuat kuasa 6 Oktober lepas. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/04/pru15-pbm-tanding-tujuh-parlimen-dua-dun
[ "KUALA LUMPUR: Parti Bangsa Malaysia (PBM) hari ini mengumumkan senarai penuh bakal calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan mempertaruhkan tujuh kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).", "Datuk Zuraida Kamaruddin (gambar) berkata selain beliau yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Ampang (Selangor), Presiden PBM Datuk Larry Sng juga disenaraikan sebagai calon untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Julau di Sarawak. ", "Zuraida yang digelar ‘Ibu Bangsa Malaysia’ oleh PBM, turut mengumumkan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Dr Santhara Kumar bertanding bagi kerusi Parlimen Segamat di Johor.", "“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya Haniza Talha akan bertanding bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dan yang terkini ADUN Sementa Dr. Daroyah Alwi sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kapar (Selangor),” katanya pada sidang media Penyerahan Watikah Pencalonan Parlimen Kapar PBM, yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook parti itu hari ini.", "Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu juga mengumumkan dua ahli perniagaan akan bertanding pada PRU15 mewakili PBM iaitu Dayang Rusimah @ Raynie Mohd Din dan Alus Kassim, masing-masing bagi kerusi Parlimen Labuan dan Segamat di Johor.", "Bagi calon PBM peringkat DUN, Zuraida mengumumkan seorang anak muda berusia 25 tahun dengan kelulusan undang-undang Bryan Yong Wu Sean, untuk bertanding kerusi DUN Tronoh, Perak manakala seorang ahli perniagaan Nazmahwati Walli dicalonkan untuk kerusi DUN Bugaya, Sabah.", "Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 November ini sebagai tarikh pengundian dengan 15 Nov sebagai pengundian awal, manakala hari penamaan calon akan berlangsung esok. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/04/jeffrey-phang-harapkan-persaingan-bersih-bermaruah
[ "“Daripada bergaduh dan menyakiti antara satu sama lain untuk memenangi pilihan raya, adalah lebih baik kita fokus kepada apa yang boleh kita lakukan untuk Miri dan mendengar suara pengundi.”", "MIRI: Calon GPS-SUPP kerusi Parlimen Miri Kaunselor Jeffrey Phang turut mengharapkan persaingan bersih dan bermaruah kerana semua calon tanpa mengira latar belakang politik dan kepercayaan, berkongsi niat untuk berkhidmat kepada rakyat di sini. ", "“Daripada bergaduh dan menyakiti antara satu sama lain untuk memenangi pilihan raya, adalah lebih baik kita fokus kepada apa yang boleh kita lakukan untuk Miri dan mendengar suara pengundi,” kata Phang.", "Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan calon PH-PKR yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Chiew Choon Man menggesa pertandingan demokrasi bersih pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).", "Walaupun kritikan datang dari semua arah mengenai latar belakangnya dan isu-isu lain, Phang mendedahkan beliau menghadapi pilihan raya ini dengan fikiran tenang kerana ia amat diperlukan pada masa ini.", "\"Saya memberitahu pasukan saya untuk bertenang, mengatur dan bersedia menghadapi apa juga cabaran mendatang, malah saya harap rakyat memberi kami peluang untuk berkhidmat kepada mereka,” jelasnya.", "Tidak seperti PRU sebelum ini, banyak menyaksikan pertandingan satu lawan satu tetapi kali ini pertembungan melibatkan tiga penjuru termasuk di Miri dengan kehadiran parti politik pembangkang dan beliau mengakui ia bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh. ", "\"Mengenai GPS di peringkat negeri ialah kerajaan memerintah, jika GPS sebahagian daripada kerajaan persekutuan, saya percaya Sarawak mendapat manfaat di peringkat persekutuan juga. Apa sahaja pembangunan diperlukan di Miri, dapat dilaksanakan,” katanya.", "Phang yang membeli borang pencalonannya semalam, ingin mengucapkan terima kasih kepada pemimpin SUPP dan ketua cawangan atas bantuan mereka selama bertahun-tahun sejak beliau memulakan perjalanan politiknya, di mana beliau secara khusus mengucapkan terima kasih kepada pemimpin semua cawangan di Miri iaitu Dato Sri Lee Kim Shin, Datuk Sebastian Ting dan Datuk Bandar MBM Adam Yii atas sokongan besar mereka membentuk pasukan Miri.", "Arkitek profesional berusia 48 tahun itu berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina dan Ijazah Sarjana Sains (Tindak Balas Kecemasan dan Perancangan). ", "Phang mulanya menyertai Majlis Perbandaran Miri (MBM) pada 1999 sebagai arkitek, sebelum memegang jawatan lain seperti pegawai agenda tempatan 21 (LA21), penyelaras utama peningkatan status Miri kepada bandar raya pada 2005.", "Perjalanan politiknya secara rasmi bermula apabila beliau menyertai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pada 1999 sebagai ahli biasa dan dipilih sebagai Setiausaha SUPP Cawangan Senadin pada 2018 dan kini merupakan Penolong Setiausaha Jawatankuasa Pusat SUPP.", "Pada masa itu, beliau dilantik sebagai timbalan pengerusi Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Bahagian Miri dan membantu penetapan Pusat Dialisis Buah Pinggang Miri sedia ada dan seterusnya Pusat Dialisis Buah Pinggang baharu di Permyjaya.", "Phang dianugerahkan dengan Anugerah Branze pada 2004 oleh Cabang Miri dan dianugerahkan Ahli Bintang Sarawak (ABS) pada 2016 oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/04/wilfred-berjanji-bawa-perubahan-landskap-pembangunan-kepada-penduduk-baram
[ "MARUDI: Bakal calon Bebas, Wilfred Entika (gambar) yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Baram pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini berjanji membawa perubahan landskap pembangunan kepada penduduk di kawasan itu sekiranya diberikan mandat.\n    \nBeliau yang hadir di Pejabat Daerah Marudi di sini jam 9.30 pagi semalam membayar wang deposit RM15,000 berkata, misi utamanya adalah untuk membasmi kemiskinan penduduk di kawasan Parlimen Baram.\n    \n\"Selain itu, saya juga berusaha mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan muda dengan memajukan projek komuniti asas tani.\n    \n\"Apa yang lebih penting adalah memperbanyak kemudahan infrastruktur untuk kemudahan penduduk di kawasan Baram,\" katanya dalam kenyataan di sini semalam.\n    \nSehubungan itu, Wilfred menyeru penduduk di kawasan Parlimen Baram supaya mengundinya demi perubahan landskap pembangunan yang pelbagai dalam aspek kehidupan masyarakat di sini.\n    \nPada PRU15 ini, Gabungan Parti Sarawak (GPS) menamakan penyandangnya Datuk Anyi Ngau mempertahan kerusi P.220 Baram.\n    \nBeliau ditentang Roland Engan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Sawing Kedit daripada Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/04/4326-borang-pencalonan-pru15-telah-dijual-setakat-ini
[ "PUTRAJAYA: Sebanyak 4,326 borang pencalonan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah dijual setakat hari ini di seluruh negara.", "Menurut statistik dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), daripada jumlah itu 3,036 adalah borang penamaan calon Parlimen manakala 1,290 lagi bagi DUN.", "Di peringkat Parlimen, Sabah mencatatkan penjualan borang tertinggi iaitu 716, diikuti Perak (326), Selangor (266), Kelantan (262), Johor (253), Pulau Pinang (219), Kuala Lumpur/Putrajaya (163), Kedah (150), Pahang (144), Terengganu (118), Sarawak (100) dan Melaka (73).", "Perlis yang hanya mempunyai tiga kawasan Parlimen menarik perhatian apabila mencatatkan jualan 52 borang pencalonan Parlimen, jauh lebih tinggi berbanding Negeri Sembilan yang mempunyai lapan kerusi Parlimen namun hanya 24 borang terjual setakat ini. ", "Di peringkat DUN, jualan borang terbanyak adalah di Perak iaitu sebanyak 654, Pahang (422) dan Perlis 153 manakala jualan borang calon DUN di ibu pejabat SPR pula adalah sebanyak 61." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/04/ketepikan-masalah-dan-perbezaan-pastikan-calon-bn-menang
[ "BERA: Ahli dan pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO hendaklah mengetepikan segala perbezaan serta masalah berbangkit berhubung keputusan calon yang dipilih untuk bertanding mewakili parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar). ", "Beliau berkata setiap perkara dan keputusan dibuat dengan pertimbangan untuk parti, justeru tugas setiap ahli parti adalah untuk bekerjasama dan saling menyokong bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya yang dihadapi.", "“Setiap kali PRU (pilihan raya umum) atau PRN (pilihan raya negeri) dan PRK (pilihan raya kecil) akan berlaku dan timbul masalah (tidak setuju dengan calon pilihan parti) di bahagian atau Parlimen… itu biasa. Tidak semua (nama yang dicadang sebagai calon) akan bertanding (dipilih sebagai calon). ", "\"Walaupun semua layak, tapi yang terpilih hanya seorang. Yang penting ialah sesiapa yang terpilih (menjadi calon) adalah mewakili BN dan kita sebagai ahli, tugasnya adalah untuk memastikan kemenangan parti,” kata Ismail Sabri, yang juga Naib Presiden UMNO . ", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persiapan jentera pilihan raya BN di Bilik Gerakan BN Parlimen Bera, di sini hari ini.", "Sebelum ini, timbul masalah dan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin UMNO dan parti komponen BN yang tidak bersetuju dengan senarai calon diumumkan untuk mewakili parti pada PRU15, selain  terdapat penyandang yang telah digugurkan dilaporkan akan tetap bertanding walaupun tidak mewakili BN.", "Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri yang juga penyandang Parlimen Bera menasihatkan ahli dan penyokong semua parti yang akan hadir pada proses penamaan calon esok, supaya menjaga disiplin serta tidak melakukan perbuatan provokasi.", "“Esok ramai yang akan hadir untuk menyokong calon dan wakil masing-masing… jaga disiplin, keselamatan dan elak provokasi. Kita mahu proses pilihan raya yang harmoni,” kata beliau.", "Pada PRU15, Ismail Sabri yang akan mempertahankan kerusi disandangnya sejak 2004 dijangka berdepan saingan daripada calon Pakatan Harapan (PH) Abas Awang dan Perikatan Nasional (PN) Asmawi Harun, berdasarkan pengumuman calon yang dibuat oleh parti terlibat sebelum ini.", "Pada pilihan raya umum 2018, Ismail Sabri menang dengan majoriti 2,311 undi, menewaskan calon PKR Zakaria Abdul Hamid yang memperoleh 18,449 undi manakala calon PAS Musaniff  Ab Rahman mendapat 8,096 undi. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/04/wilson-ugak-diyakini-mampu-pertahan-kerusi-parlimen-hulu-rajang
[ "BELAGA: Pencalonan semula Datuk Wilson Ugak bagi mempertahankan semula kerusi Parlimen P216 Hulu Rajang dilihat sebagai keputusan bijak kepimpinan tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diketuai Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang diumumkan kelmarin, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon (gambar).", "Katanya, Ugak yang dua penggal sudah mewakili kawasan Parlimen Hulu Rajang sejak 2013 dilihat menunjukkan prestasi cemerlang dalam melaksanakan aspek pembangunan di kawasan Parlimen yang dijaganya.", "\"Saya melahirkan penghargaan serta terima kasih terima kepada kepimpinan GPS khususnya Parti Rakyat Sarawak (PRS) kerana mencalonkan semula Ugak bagi mempertahankan kerusi P216 Hulu Rajang,\" ujarnya semasa dihubungi Utusan Borneo hari ini.", "Menurutnya, pemilihan beliau oleh pucuk kepimpinan tertinggi GPS seakan-akan menggambarkan bahawa beliau dapat membawa lebih banyak program pembangunan di kawasan Hulu Rajang dalam tempoh lima tahun lagi.", "\"Jika dua penggal yang lepas, beliau (Ugak) sudah menunjukkan prestasi cemerlang dalam mewakili suara rakyat di Hulu Rajang, sekiranya diberi mandat untuk penggal ketiga nanti, ia sudah pasti kemenangan untuk semua rakyat di kerusi Parlimen Belaga secara keseluruhannya,\" ujarnya. ", "Harus diingat katanya bahawa pengundi di kawasan Hulu Rajang harus meneruskan sokongan terhadap beliau yang ternyata mempunyai rekod baik dalam membela nasib rakyat di kawasannya selama ini.", "Justeru kata Kennedy, semua kepimpinan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) khususnya Murum sememangnya akan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap beliau.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/04/wong-menjelaskan-deposit-bagi-bertanding-di-parlimen-lanang
[ "SIBU: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen P.211 Lanang Wong Ching Yong menjelaskan bayaran deposit bagi membolehkannya bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.", "Wong bersama ejen pilihan rayanya, Victor Lau menjelaskan bayaran deposit itu kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya P.211 Lanang Teng Ming Min di Pejabat Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Tingkat 23, Wisma Sanyan jam 2.10 petang.", "Menurut Wong, beliau memilih menjelaskan deposit diperlukan itu lebih awal bagi memudahkan proses penghantaran borang penamaan calon di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist esok. ", "\"Saya memilih membayar deposit lebih awal agar proses penamaan esok (hari ini) dapat berjalan lebih lancar,\" katanya kepada pemberita di sini hari ini. ", "Wong yang bertanding mewakili Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) untuk kali pertama berkata, beliau bersama calon GPS bagi Parlimen P.212 Sibu Clarence Ting serta penyokong parti akan berkumpul di Pejabat SUPP Sibu, Kampung Dato, jam 7.30 pagi.", "Dari situ, kedua-dua calon menuju ke pusat penamaan calon ditetapkan di mana beliau pergi ke Dewan SMK Methodist sementara Ting ke Dewan Kompleks Islam Sibu.\n  \nWong memberitahu bahawa berikutan peningkatan kes COVID-19, Presiden SUPP Dato Sri Dr Sim Kui Hian menasihati ahli-ahli parti tidak berarak atau berkumpul di pusat penamaan calon pada hari penamaan calon.", "Wong dijangka ditentang calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Alice Lau dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Priscilla Lau, selain calon Bebas dalam perebutan kerusi Parlimen P.211 Lanang." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/04/ahmad-johnie-perjuang-usaha-kembalikan-hak-hak-sarawak
[ "KUCHING: Usaha mengembalikan hak-hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang terhakis antara misi yang akan diperjuangkan penyandang kerusi Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi.", "Menurutnya, dengan menaruh komitmen lebih tinggi, beliau bersama pemimpin Gabungan Parti Srawak (GPS) akan terus menyuarakan hasrat dan suara rakyat Sarawak di Parlimen.", "Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas pengumuman calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) oleh Pengerusi GPS di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Jalan Bako, di sini semalam.", "Beliau pada masa yang sama menzahirkan ucapan penghargaan kepada Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merangkap Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kepercayaan mencalonkan semula beliau sebagai calon GPS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).", "Sehubungan itu, Ahmad Johnie berikrar tidak akan mensia-siakan kepercayaan yang diberikan untuk meneruskan agenda pembangunan yang diperjuangkan oleh PBB dan GPS selama ini.", "\"Secara peribadi, saya mendapati usaha Abang Johari yang juga Premier Sarawak dengan 120 inisiatif telah meletakkan Sarawak di landasan yang betul." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/04/gps-bersatu-rampas-semula-kerusi-parlimen-saratok
[ "SARATOK: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersatu memastikan kerusi Parlimen Saratok menjadi milik GPS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.", "Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian Friday Belik berkata kesepakatan dan kerjasama itu amat penting bagi memastikan calon GPS, Giendam Jonathan Tait dapat merampas semula kerusi Parlimen Saratok.", "\"Dalam perjumpaan bersama ketiga-tiga ADUN iaitu ADUN Kalaka Mohd Duri, ADUN Kabong Mohd Chee serta saya sendiri (Friday) bersama peringkat akar umbi komponen GPS seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demoktratik Progresif (PDP), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) pada Pelancaran Jentera Pilian Raya GPS Parlimen Saratok di Dewan Masyarakat Roban, kita sebulat suara berusaha memastikan GPS dapat memiliki semula kerusi Parlimen Saratok.", "\"Kita bersetuju bertukar-tukar pendapat, cadangan, idea dan lain-lain perkara berkaitan memastikan calon GPS dapat memenangi semula kerusi Parlimen Saratok,\" katanya di sini hari ini.", "Menurut Friday, perjuangan amat penting memastikan suara dan matlamat kerajaan GPS terus kukuh dan kuat di peringkat Parlimen serta memastikan perjuangan mengembalikan semula hak-hak Sarawak dapat diteruskan dan dicapai dengan jayanya.", "Katanya, kita yakin dengan calon ditampilkan juga merupakan anak jati tempatan dapat menambah keyakinan rakyat di Parlimen Saratok terus memberikan sokongan.", "\"Giendam mempunyai kelebihan tersendiri dan kita percaya sekiranya beliau diberi peluang menduduki kerusi Parlimen Saratok memudahkan Kerajaan Sarawak dan GPS merancang dan melakukan lebih banyak pembangunan dan kemajuan di sini.", "\"Justeru, kita berharap rakyat di Parlimen Saratok dapat memberi sokongan padu kepada calon GPS, Giendam Jonathan Tait pada PRU15 ini,\" jelasnya.", "Pada PRU14 lalu, kerusi Parlimen Saratok dimenangi Datuk Ali Biju mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan 11,884 undi menewaskan calon PDP Subeng Mula dengan 10,859 undi dan majoriti sebanyak 989 undi." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/04/affendi-jeman-umum-bertanding-di-kerusi-parlimen-santubong
[ "KUCHING: Ahli perniagaan, Affendi Jeman mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Santubong pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). ", "Bercakap pada sidang media di sebuah hotel di sini semalam, Affendi berkata keputusan untuk bertanding dibuat atas desakan ribuan rakyat di Parlimen tersebut. ", "“Saya seorang usahawan kalau boleh saya mahu terus jadi usahawan dan jika saya menang, saya akan terjemah kejayaan saya dalam bidang perniagaan untuk bangunkan ekonomi rakyat,” katanya. ", "“Sumbangan kerajaan BN kepada rakyat Sarawak terlalu besar dan salah satu daripadanya Lebuh Raya Pan Borneo, satu-satunya lebuh raya di Malaysia yang tidak dikenakan tol,” katanya. ", "“Seperti yang kita semua tahu, Santubong adalah kubu kuat BN dan saya bertekad untuk pertahankan kubu kuat Santubong pada PRU akan datang,” katanya. \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/04/penamaan-calon-pru15-polis-gerakan-31183-petugas-unit-dron-seluruh-negara
[ "KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan 31,183 petugas serta aset dron di seluruh negara bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), esok.", "Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali berkata ia melibatkan tugas pemantauan oleh petugas beruniform dan tidak beruniform serta Unit Dron PDRM.", "Beliau yang juga Pengarah Operasi PDRM bagi PRU15 berkata PDRM siap siaga bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjaga sepanjang proses penamaan calon PRU15 berlangsung.", "“PDRM menyeru semua pihak yang terlibat agar memberi kerjasama dalam mematuhi undang-undang dan mengelak daripada melakukan sebarang provokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Sementara itu, di PULAU PINANG, jurucakap PDRM PRU15 Pulau Pinang memaklumkan lebih 2,000 pegawai dan anggota polis akan bertugas di 13 pusat penamaan calon serta kawasan sekitarnya bagi memastikan proses berkenaan berjalan lancar esok.", "\"Pihak polis turut menutup beberapa jalan utama dan membuka lencongan haluan di 13 pusat penamaan calon itu bagi memastikan kelancaran perjalanan proses tersebut dan orang ramai diminta mematuhi arahan pihak polis yang bertugas bagi memastikan kelancaran,” katanya ketika dihubungi hari ini.", "Jalan-jalan yang terlibat itu ditutup bermula pukul 6 pagi sehingga 12 tengah hari atau sehingga proses penamaan calon selesai, katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/04/hari-penamaan-calon-pru15-bermula-9-pagi-esok
[ "KUALA LUMPUR: Penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan berlangsung esok di seluruh negara melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pahang (42) dan Perlis (15). ", "Tempoh mengemukakan kertas penamaan calon bermula 9 pagi hingga 10 pagi di 222 pusat penamaan calon antaranya terdiri daripada pejabat daerah, dewan orang ramai dan dewan sekolah di seluruh negara.", "Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula esok selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding dan akan berakhir pada 11.59 malam, 18 November. ", "Sebelum penggal Parlimen ke-14 dibubarkan pada 10 Oktober lepas, komposisi kerusi Dewan Rakyat menyaksikan Pakatan Harapan (PH) dengan 90 kerusi, Barisan Nasional (43), Bersatu (28), Gabungan Parti Sarawak (19), PAS (17), Warisan (tujuh), Parti Bangsa Malaysia (enam), Parti Pejuang Tanah Air (empat), Bebas (tiga) dan masing-masing satu kerusi bagi parti MUDA, Parti Sarawak Bersatu dan STAR.", "Dua kerusi kosong selepas kematian penyandangnya iaitu Datuk Hasbullah Osman dari BN bagi kerusi Parlimen Gerik, Perak dan Datuk Liew Vui Keong dari Parti Warisan bagi kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah.", "Di peringkat DUN, hanya Pahang, Perak dan Perlis yang akan melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) masing-masing serentak dengan peringkat Parlimen selepas ketiga-tiga negeri berkenaan membubarkan DUN masing-masing.", "Negeri-negeri diterajui PH iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor serta yang diterajui PAS iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah tidak membubarkan DUN dan tidak ada pilihan raya peringkat DUN diadakan.", "Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor sebelum ini telah mengadakan PRN masing-masing. PRN Sabah diadakan pada 26 September 2020, Melaka (20 November 2021), Sarawak (18 Disember 2021) dan Johor (12 Mac 2022). ", "PRK DUN Bugaya pula diadakan bersekali dengan PRU15 berikutan kematian penyandangnya Manis Muka Mohd Darah pada 17 November 2020 dan tertangguh ekoran proklamasi darurat bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.", "Pada 7 Oktober lepas, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menamatkan enam ordinan dan proklamasi darurat bagi menangguhkan PRK Parlimen Batu Sapi, Gerik dan DUN Bugaya yang diisytiharkan pada November dan Disember 2020, berkuat kuasa 6 Oktober lepas.", "Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos 2022 yang dikemas kini sehingga 9 Oktober akan digunakan untuk PRU15. Ia mengandungi seramai 21,173,638 pemilih yang terdiri daripada 20,905,366 pengundi biasa, 146,737 tentera serta pasangan, 118,794 polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 2,741 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.", "Pada PRU14, SPR menerima sebanyak 2,333 kertas pencalonan dalam tempoh sejam penamaan calon dengan 687 daripadanya adalah kertas pencalonan bagi 222 kerusi Parlimen dan 1,646 bagi 505 kerusi DUN.", "Parti paling banyak menghantar borang pencalonan untuk kerusi Parlimen ketika itu ialah BN dengan 222, diikuti PKR (191) dan PAS (158). Parti-parti lain menghantar kurang daripada 30 pencalonan.", "Pada PRU14, hanya Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang ketika itu Menteri Besar Negeri Sembilan diisytiharkan menang tanpa bertanding bagi kerusi DUN Rantau, selepas calon PKR, Dr S. Streram tidak dapat mengemukakan kertas pencalonan kerana gagal membawa bersama pas calon untuk memasuki pusat penamaan calon.", "Apa yang pasti, penamaan calon PRU15 esok pastinya ditunggu-tunggu berikutan kemunculan gabungan-gabungan politik baharu yang berkemungkinan besar menyebabkan berlaku pertembungan sekurang-kurangnya tiga hingga empat penjuru di kebanyakan kerusi Parlimen. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/04/beri-sokongan-padu-kepada-gps-pada-pru15-dr-sim
[ "SIBU: Rakyat Sarawak digesa bersatu dengan memberikan sokongan padu kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.", "Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi memberikan kemenangan besar kepada GPS pada 19 November ini.", "\"Tok Nan (Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem) cakap 'Jaga Sarawak Baik-baik'. Kita mesti jaga bagus-bagus Sarawak jadi ini kali rakyat Sarawak mesti bersatu padu memberikan sokongan kepada GPS,\" katanya ketika berucap semasa menghadiri Malam Mobilisasi Umum GPS Untuk P211 Lanang dan P212 Sibu di sini pada malam Khamis.", "Hadir sama Ketua Pemuda SUPP Michael Tiang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng, ADUN Tanjung Batu Johnny Phang, calon GPS Parlimen Lanang Wong Ching Yong dan calon GPS Parlimen Sibu Clarence Ting.", "Program pada malam tersebut turut dihadiri oleh ahli komponen GPS yang antara lain tujuannya untuk memperkenalkan dua calon tersebut di kerusi masing-masing.", "Dr Sim yang juga Timbalan Premier Sarawak menyifatkan politik yang tidak stabil di Semenanjung yang mana dalam masa sepenggal lalu mempunyai tiga Perdana Menteri.", "\"Oleh itu, sokongan padu rakyat di Sarawak sangat penting bagi kestabilan politik dengan memberikan kemenangan kepada GPS,\" katanya yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.", "Dalam perkara lain, ADUN Batu Kawah itu turut menyifatkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) 'bankrap idea' dalam membawa hala pembangunannya di negeri ini.", "Tegasnya lagi, DAP telah gagal melaksanakan banyak perkara semasa 22 bulan pemerintahannya antara yang disebutnya ialah gagal mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan pemansuhan tol di Semenanjung.", "\"Pemimpin DAP ini umpama gaji masuk poket sahaja tetapi ketandusan idea untuk merancang pembangunan untuk rakyat. Apa yang Sibu dapat ketika dibawah mereka selama ini,\" tambahnya lagi.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/04/pru15-mungkin-lahirkan-satu-lagi-kerajaan-campuran
[ "KUALA LUMPUR: Melihat senario semasa, ramai pemerhati politik tidak menolak kemungkinan Malaysia sekali lagi akan ditadbir oleh kerajaan campuran melalui Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November ini.", "Sama ada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) ataupun Pakatan Harapan (PH), masing-masing dijangka sukar memperoleh majoriti mudah, iaitu sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen, pada pilihan raya umum (PRU) kali ini.", " Ini kerana kata mereka, landskap politik tanah air  berubah selepas dibadai ‘tsunami kecil’ PH pada PRU14, yang bukan sahaja menamatkan penguasaan BN selama 60 tahun, tetapi turut melemahkan gabungan itu apabila beberapa parti komponennya termasuk dari Sarawak, bertindak keluar daripada BN.", "Sepanjang tempoh empat tahun lima bulan Parlimen ke-14, pelbagai ‘episod politik’ berlaku termasuk menyaksikan negara dipimpin oleh tiga perdana menteri daripada tiga kerajaan berbeza, dengan dua daripadanya adalah kerajaan campuran.", "Justeru, sekalipun BN dilihat berkeyakinan dapat menguasai PRU15 ini berdasarkan rekod cemerlangnya pada lima pilihan raya kecil (PRK) dan dua pilihan raya negeri (PRN) yang berlangsung sepanjang penggal lepas, pemerhati berpendapat ia bukan petunjuk kukuh bahawa BN akan mampu mengulangi kejayaannya seperti sebelum PRU14.", "Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, ketika mengulas mengenainya, berkata rata-rata penganalisis politik bersetuju tidak ada sebuahpun parti yang dominan buat masa ini. ", "“Walaupun BN telah memenangi beberapa PRK dan PRN, mengambil kira keadaan sebelum ini dengan tiga perdana menteri, kestabilan politik masih sukar dicapai dan tidak mustahil akan berlaku sekali lagi kerajaan campuran,” katanya kepada Bernama.", "Berkongsi pandangan serupa, Felow Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara Dr Azmi Hassan berkata disebabkan tidak keruan politik, PRU kali ini dijangka menyaksikan pertandingan sekurang-kurangnya tiga penjuru hampir di semua 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.  ", "“(Justeru) walaupun BN dikatakan parti yang bakal memperoleh kerusi terbanyak, ia masih tidak cukup untuk menubuhkan kerajaan. Kerana itu saya jangkakan pasca-PRU15, BN (boleh menjadi) parti dominan (dalam kerajaan) bersama-sama Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” ulasnya. ", "Menurutnya, pandangan itu berdasarkan cadangan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga perdana menteri sementara, tentang pewujudan dua jawatan timbalan perdana menteri, iaitu masing-masing dari Sabah dan Sarawak.", "Untuk rekod, selepas PRU14 pada 9 Mei 2018, PH yang dianggotai PKR, DAP, Bersatu dan Amanah membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah, dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Ketujuh. ", "Namun kerajaan yang kemudian dikukuhkan oleh sokongan Parti Warisan Sabah, tumbang selepas kira-kira 22 bulan mentadbir apabila Dr Mahathir melepaskan jawatan pada 24 Feb 2020, disusuli tindakan Bersatu keluar daripada PH.", "Pada 1 Mac 2020, kerajaan campuran pertama terbentuk hasil kesepakatan Bersatu, PAS, BN, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR). Lima bulan selepas pentadbiran, PN terbentuk menerusi gabungan Bersatu, PAS dan STAR sebelum disertai Parti Maju Sabah (SAPP) dan parti Gerakan.", "Kerajaan yang dipimpin PN ini hanya bertahan selama 17 bulan. Negara kemudian diterajui oleh kerajaan campuran BN, PN, GPS dan PBS pada 30 Ogos 2021.", "PRU kali ini bukan sahaja menyaksikan pertarungan tiga gabungan politik - BN, PH dan PN - tetapi juga penyertaan kerjasama tidak rasmi Gerakan Tanah Air (GTA)  pimpinan Dr Mahathir menerusi Parti Pejuang Tanah Air, yang dilapor akan meletakkan calon di 121 kawasan.", "Sementara itu, ditanya tentang keberkesanan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang diperuntukkan dalam Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 dan berkuat kuasa 5 Oktober lepas dalam membantu menstabilkan kedudukan kerajaan, Azmi berkata perkara tersebut hanya boleh dilihat selepas PRU15.", "“Dengan adanya akta ini, tidak mungkin ada seorang dua wakil rakyat yang boleh meruntuhkan kerajaan. Sekiranya ada sekalipun, keseluruhan parti itu sendiri yang perlu keluar daripada kerajaan,” kata beliau.", "Pandangan serupa turut dikemukakan oleh Dr Jamaie Hamil yang berkata undang-undang mengikat seseorang ahli parlimen atau individu daripada melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kerajaan bukanlah sesuatu yang baharu di negara ini.", "Menurutnya, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pernah dikuatkuasakan ketika era pemerintahan BN bagi mengawal rakyat atau ahli politik  daripada melakukan perkara yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat termasuk mengkritik kerajaan secara melampau.", "“Walaupun nampak berlainan, ia sebenarnya hampir sama dengan undang-undang antilompat parti yang bertujuan menstabilkan kerajaan,” kata pensyarah kanan program sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia itu.", "Di bawah Akta A1663 yang diluluskan Dewan Rakyat pada 28 Julai lepas dengan sokongan sebulat suara ahli Parlimen itu, mana-mana ahli dewan yang bertukar parti akan hilang kedudukan sebagai Ahli Dewan Rakyat.", "Antaranya ialah pemeteraian satu memorandum persefahaman di antara kerajaan memerintah dan blok pembangkang seperti yang dilakukan pada era pentadbiran Ismail Sabri, bagi mengelakkan konflik yang boleh menggugat kestabilan negara.  ", "“Contohnya,  perdana menteri ketika kerajaan PH ialah Tun Dr Mahathir Mohamad dan berikutnya yang dicadangkan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tempoh dua tahun atau dua tahun setengah, dan perkara itu sepatutnya hendaklah dilaksanakan dan tidak dimungkiri,” katanya.", "Bagi mewujudkan kestabilan berpanjangan kerajaan campuran, beliau berkata perlu ada kemahuan politik yang kuat dan persefahaman yang mana setiap keputusan dibuat secara konsensus dan dilaksanakan mengikut persetujuan semua parti.", "Tidak boleh hanya parti dominan dalam kerajaan campuran membuat keputusan kerana situasi tersebut boleh mencetuskan ketidakpuasan hati dalam kalangan parti yang bergabung, ujarnya.", "“Sudah berlaku di negara luar seperti Britain apabila ada parti menarik sokongan kepada kerajaan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat dalam konsensus,” katanya.", "Tegas beliau, kestabilan kerajaan campuran itu amat penting memandangkan ada kemungkinan berlaku kegawatan ekonomi global pada tahun depan, sekali gus memerlukan kerjasama baik  antara parti gabungan dalam menghadapi situasi mencabar berkenaan.", "Konflik kepimpinan yang berlaku sebelum ini sehingga menyebabkan kerajaan tumbang, tidak sepatutnya berlaku lagi dalam situasi ekonomi  yang masih terkesan oleh pandemik COVID-19, dan sewajarnya amalan toleransi antara kaum semasa  zaman kepimpinan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman disuburkan kembali, kata Jamaie.", "“Pastikan kerajaan dibentuk mengutamakan kepentingan negara supaya situasi ekonomi, isu peluang pekerjaan, harga barang yang melambung dapat diatasi  dan bantuan-bantuan kepada rakyat dapat diteruskan,” katanya.", "Bagi Azmi pula, beliau berharap barisan jemaah menteri dilantik mengikut kepakaran serta  kebolehan seseorang wakil rakyat, dan bukan atas dasar kuota parti.", "Ini kerana katanya, ahli kabinet kerajaan campuran sebelum ini dilantik atas dasar kuota parti sekali gus menyebabkan  mereka tidak dapat berfungsi dengan efisien", "“Saya mengharapkan barisan kabinet kerajaan campuran nanti adalah kuat dan terdiri dalam kalangan mereka yang boleh bekerja, berwibawa dan juga intelek supaya dapat menghadapi cabaran terutamanya cabaran ekonomi pada masa hadapan,” katanya.", "Pada 20 Oktober lepas, SPR menetapkan 19 November ini sebagai tarikh pengundian manakala  tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 November. Pengundian awal pula pada 15 November.", "Parlimen ke-14 dibubarkan pada 10 Okt lepas, memberi laluan kepada 222 kerusi Dewan Rakyat dipertandingkan semula. Dalam pada itu, tidak seperti kelaziman, kali ini hanya tiga negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen, iaitu Perak yang melibatkan 59 kerusi, Pahang (42) dan Perlis (15). " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/04/pru15-penampilan-ramai-muka-baharu-cermin-persefahaman-kesepakatan-dalam-gps
[ "KUCHING: Penampilan ramai calon muka baharu Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mencerminkan persefahaman dan kesepakatan gabungan itu dalam meneruskan perjuangan parti.", "Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof (gambar) berkata ia juga menunjukkan kematangan berpolitik dalam GPS dengan pemimpin dan ahlinya berpegang teguh kepada prinsip meletakkan keutamaan parti melebihi kepentingan diri.", "\"Semangat perpaduan dan kekeluargaan yang kukuh ini menjadi nadi kekuatan GPS yang dianggotai PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP),\" katanya dalam kenyataan semalam.", "\"Justeru kita tidak boleh menjadikan kecemerlangan GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Disember tahun lalu sebagai sandaran. ", "\"Kesemua calon dan jentera pilihan raya GPS tidak boleh memandang ringan cabaran parti lawan sebaliknya perlu bekerja keras untuk memenangi sokongan pengundi segenap lapisan usia dan memastikan setiap pendekatan, dasar serta perjuangan GPS sampai kepada rakyat,\" katanya.", "Terdahulu, Fadillah diumum akan mempertahankan kerusi Parlimen Petra Jaya oleh Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg selain 30 calon GPS lain untuk PRU15 dalam satu majlis di sini.", "Abang Johari yang juga Premier Sarawak berkata calon-calon yang dikemukakan GPS pada kali ini terdiri daripada kombinasi mereka yang berpengalaman selain menampilkan 14 muka baharu serta lima calon wanita. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/03/ling-seru-sokongan-padu-penduduk-sibu
[ "SIBU: Penyandang kerusi Parlimen Sibu Oscar Ling berkata, beliau akan berpeluang memenangi kerusi Parlimen Sibu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan sokongan penduduk Sibu.", "\"Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sedang mengintai untuk memenangi semula kerusi Sibu dan saya fikir mereka mempunyai kelebihan, jadi ini bukan satu perlawanan yang mudah untuk saya, namun begitu saya akan melakukan yang terbaik.", "\"Lawan saya kali ini ialah Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting dan ini adalah lawan yang sukar, tetapi semua pilihan raya saya sebelum ini, saya berdepan lawan yang sukar,\" jelasnya pada Majlis Pelancaran Bilik Gerakan DAP Lanang di Jalan Aman, hari ini.", "Katanya, lawan pertamanya ialah Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming, kemudian mendiang Dato Andrew Wong dan kini Ting yang juga Pengerusi SUPP Pelawan.", "\"Pengundi kali pertama jika mereka semua boleh keluar mengundi dan jika kita boleh memenangi mereka, saya fikir kita akan berpeluang memenangi Sibu sekali lagi.", "\"Pilihan raya ini adalah pilihan raya yang sangat penting untuk menentukan sama ada Malaysia boleh mara ke hadapan, meneruskan reformasi demokrasi kita, menyingkirkan 'pencuri' untuk kembali memerintah negara kita semula,\" ujarnya.", "Ling memberitahu, beberapa pemimpin DAP dari Semenanjung Malaysia telah dilarang memasuki Sarawak dan yang terbaharu ialah Timbalan Setiausaha Agung DAP Liew Chin Tong.", "\"Jangan halang pemimpin kita untuk masuk, masih ada masa untuk Premier Sarawak menarik balik senarai hitam itu supaya pemimpin kita boleh masuk menjelaskan senario negara kita.", "\"Ini adalah pilihan raya nasional, ini bukan pilihan raya negeri,\" katanya sambil menambah terdapat banyak isu di seluruh negara yang ingin didengari oleh rakyat Sarawak." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/03/jentera-parlimen-limbang-bersiap-sedia-untuk-pru15
[ "LIMBANG: Seramai 41,999 orang pengundi berdaftar direkodkan untuk Parlimen Limbang, kata Pegawai Pengurus Parlimen Limbang untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Petrick Linggie Taboh.", "“Manakala kenderaan yang terlibat termasuk 113 kenderaan pacuan empat roda, empat perahu atau bot laju, dua helikopter dan 91 kenderaan persendirian,” katanya  pada Taklimat Penyelarasan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Bilik Operasi Parlimen Limbang PRU15 di Majlis Daerah Limbang (MDL), hari ini.", "Petrick berkata lagi, undi awal akan diadakan di  Balai Polis Pusat lama dan kantin Pusat Gerakan Am (PGA) pada 15 November ini.", "Oleh itu katanya, parti yang bertanding perlu menyerahkan borang penamaan calon pada jam 9 pagi hingga 10 pagi Sabtu ini di Dewan Suarah Limbang.", "Sementara itu Parum berkata, pihaknya sudah bersiap sedia menghadapi Hari Penamaan Calon pada Sabtu ini, selain memastikan Hari Pembuangan Undi pada 19 November ini berjalan lancar.", "Beliau turut menasihati calon parti bertanding supaya mematuhi arahan petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa berkempen, selain mendapatkan permit sehari awal kepada pihaknya.", "“Kita mahu  keadaan aman dan berjalan lancar, manakala penyokong parti bertanding agar jangan bertindak agresif dan melakukan perbuatan di luar batas undang-undang,” katanya lagi.", "Beliau juga mahu parti bertanding agar mengelak sebarang ucapan berbaur hasutan, permusuhan, perkauman dan perbuatan khianat kepada harta awam, selain tidak menimbulkan ketakutan dan kecederaan.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/03/richard-ikrar-teruskan-agenda-pembangunan-di-betong
[ "KUCHING: Meneruskan agenda pembangunan yang sedang dan telah dirancangkan bekas-bekas ahli parlimen di Betong antara yang akan menjadi fokus calon GPS Dr Richard Rapu.", "Richard antara muka baharu calon GPS di Parlimen Betong pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi menggantikan penyandangnya Datuk Robert Lawson Chuat.", "Ketika ditemui selepas majlis penyerahan watikah pelantikan calon GPS di ibu pejabat PBB di sini, hari ini beliau berkata banyak projek pembangunan yang telah dirancangkan di parlimen itu dan ia harus diteruskan untuk manfaat kepada rakyat setempat khasnya meningkatkan ekonomi rakyat.", "\"Kita akan meneruskan legasi dan kerja-kerja yang baik telah dijalankan oleh mantan-mantan ahli parlimen Betong termasuk Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Robert Lawson Chuat.", "Beliau antara 31 calon GPS yang menerima watikah pelantikan calon daripada Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.", "Ditanya mengenai langkah untuk mendekati pengundi muda pada PRU15 ini Richard berkata, beliau percaya pengundi muda tertarik dengan kepimpinan GPS khasnya Premier Sarawak.", "\"Dengan tema kita 'Sarawak First' saya percaya lebih-lebih lagi pengundi muda tertarik dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier dan menyokong kita.", "\"Inilah antara yang paling mencabar kini, maka itu kita perlu mahir dalam media sosial selain jentera parti yang perlu bersiap siaga dalam media sosial ini,\" katanya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/03/edwin-diharap-mampu-rampas-semula-kerusi-parlimen-selangau
[ "BINTULU: Dengan pengalaman enam tahun sebagai Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Edwin Banta (gambar), 57,  diumumkan sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi merampas semula kawasan Parlimen P214 Selangau daripada pembangkang.", "Beliau merupakan antara 31 calon yang diumumkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hari ini sekali gus menerima watikah pelantikan sebagai calon GPS Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).", "Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah Pengurusan Perniagaan di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Institut Teknologi MARA Kuching selama tiga tahun pada 1994 hingga1996. ", "Edwin sememangnya berpengalaman luas dalam bidang politik yang mana namanya sering diwar-warkan sebagai calon Pilihanraya Negeri (PRN) sejak tahun 2011 dan PRU14 yang lepas.", "Selain menjawat jawatan sebagai  Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak sejak 2016, beliau juga menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Tamin.", "Di peringkat Parti Rakyat Sarawak (PRS) pusat, beliau adalah Timbalan Bendahari Agung PRS bagi sesi 2016-2025 dan Ahli Majlis Tertinggi parti bagi sesi 2013-2016.", "Beliau salah seorang usahawan Dayak yang berjaya di mana beliau juga adalah Presiden Persatuan Ejen-ejen Produk Petroleum Sarawak sejak 2005 sehingga sekarang.", "Selain itu, beliau juga aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di mana beliau merupakan Bendahari Persatuan Penanam Kelapa Sawit Dayak (DOPPA).", "Beliau dalam pada itu cukup dikenali oleh masyarakat setempat dan kerap turun padang dalam setiap program anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya yang melibatkan komuniti.", "Berdasarkan tahap pendidikan tinggi, memiliki pengalaman politik yang cukup luas dan penglibatan aktif dalam kegiatan kemasyarakatan, beliau diyakini dapat merampas kembali kerusi Parlimen P214 Selangau daripada pembangkang." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/03/sokongan-buat-henry-sum-amat-penting
[ "LAWAS: Sokongan pengundi Ba'Kelalan kepada Dato Henry Sum Agong yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah penting bagi mengembalikan hak negeri dan melancarkan pelan pembangunan fizikal dan ekonomi di parlimen Lawas. ", "Setiausaha Agung Parti Demokratik Progresif (PDP) merangkap Pengerusi PDP Cawangan Ba’Kelalan Datuk Nelson Balang (gambar) berkata, kali ini sokongan pengundi muda amat diperlukan untuk penyandangnya yang dicalonkan semula bagi mempertahankan kerusi ini bagi penggal keenam. ", "“Beliau masih kuat dan sihat, berkebolehan dalam menggalas tugas kepada masyarakat dan GPS, sekali gus meneruskan usaha dalam memulihkan hak negeri di bawah MA63,” katanya. ", "Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pencalonan semula Henry, 76, mewakili GPS bagi kerusi parlimen Lawas yang turut merangkumi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’Kelalan dan Bukit Sari. ", "Henry dijangka berdepan perlawanan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melibatkan pencabar utamanya iaitu Ahli DUN (ADUN) Ba’Kelalan dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) Baru Bian, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan Japar Suyut.", "Dalam pada itu Nelson berkata, adalah penting bagi pengundi di Ba’Kelalan untuk memilih GPS di parlimen ini kerana terdapat banyak perkara yang dipertaruh dan kesinambungan pembangunan luar bandar yang amat diperlukan. ", "“Jangan bazirkan undi anda kerana kita mesti menang di Ba’Kelalan, terdapat perbezaan besar dalam kadar pembangunan di Bario yang diwakili GPS, sementara Ba’Kelalan di bawah wakil rakyat pembangkang.", "“Kerusi DUN Bukit Sari yang diwakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (GPS-PBB) telah berkembang pesat pada penggal lalu manakala tanah tinggi Ba’Kelalan masih ketinggalan dalam infrastruktur dan kemudahan asas luar bandar,” ujarnya. ", "Kerusi DUN Ba’Kelalan diwakili Baru, 64, untuk penggal ketiga manakala Bario yang kini diwakili ADUN Mulu Datuk Gerawat Gala (GPS-PBB) bagi penggal kedua.", "Nelson menjelaskan, terdapat banyak kepentingan untuk generasi muda dalam mengembalikan calon GPS di Lawas bagi memudahkan pelaksanaan projek Lapangan Terbang Lawas yang baharu dan rancangan pembangunan industri minyak dan gas yang akan datang. ", "Dengan pendaftaran automatik berkuat kuasa sejak Januari tahun ini, jumlah pengundi di Lawas telah meningkat secara drastik kepada 33,537 berbanding 21,297 pada 2018.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/03/pengerusi-supp-dudong-wakili-gps-bagi-merebut-parlimen-lanang
[ "SIBU: Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong Wong Ching Yong akhirnya dipilih mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Lanang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.", "Wong yang gembira dengan pencalonannya melahirkan rasa penghargaannya kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk bertanding di kerusi itu.", "“Terima kasih kepada kepimpinan parti GPS kerana menyokong saya sebagai calon bagi kerusi Parlimen Lanang pada PRU15 akan datang,” katanya dalam satu kenyataan selepas menerima watikah calon-calon GPS PRU15 dari Abang Johari di Kuching, hari ini.", "Wong juga mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Premier Sarawak yang juga Presiden SUPP Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting dan pemimpin SUPP Cawangan Dudong yang lain kerana memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada beliau selama ini.", "Wong amat berterima kasih kepada Dr Sim kerana memberi sokongan kepadanya selepas beliau secara mengejut dan tidak disangka-sangka terlepas peluang pada saat-saat akhir untuk bertanding di N52 Dudong pada Pilihan Raya Negeri 2021.", "“Selain itu, tanpa sokongan dan nasihat daripada Ting dan pusat parti, tidak mungkin saya dan SUPP Cawangan Dudong dapat meneruskan dan pulih daripada kekecewaan selepas kehilangan pencalonan N52 Dudong pada pilihan raya negeri yang lalu.”", "Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Dato Sri Tiong King Sing akhirnya dipilih mewakili GPS dan beliau memperoleh 9,390 undi untuk memenangi kerusi Dudong dengan menewaskan Parti Sarawak Bersatu (PSB) Wong Hie Ping (3,584 undi) dan DAP Paul Ling (2,724 undi).", "Kerusi itu dimenangi Datuk Tiong Thai King pada Pilihan Raya Negeri 2016 semasa beliau bertanding di bawah tiket calon langsung Barisan Nasional (BN). ", "Sementara itu, Bendahari SUPP Cawangan Bukit Assek Raymond Tiong yang sebelum ini dikhabarkan akan menjadi calon SUPP bagi kerusi Parlimen Lanang berkata, beliau menghormati keputusan kepimpinan GPS untuk memilih Wong.", "Selain DAP dan SUPP, Parti Bumi Kenyalang (PBK) juga telah mengumumkan Setiausaha Agungnya Priscilla Lau untuk bertanding di kerusi tersebut manakala ahli perniagaan Dato Wong Tiing Kiong baru-baru ini juga telah mengumumkannya akan bertanding sebagai calon Bebas.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/03/calon-baharu-gps-terima-amanah-perjuangkan-sarawak
[ "KUCHING: Calon muka baharu dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) menerima amanah memikul tanggungjawab di kawasan masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).", "Antara calon muka baharu ialah calon Parlimen Lubok Antu Roy Angau Gingkoi yang menyifatkan bahawa pencalonan untuk bertanding pada PRU nanti merupakan tanggungjawab yang besar.", "\"Rakyat di Lubok Antu sekarang ramai yang sedar bahawa banyak pembangunan dinikmati sekarang ialah dari kerajaan Sarawak sendiri khasnya dari GPS.", "\"Bagaimanapun, untuk PRU nanti kita tidak boleh pandang ringan terhadap pihak lawan dan semua masyarakat diharap dapat turun untuk mengundi kita.", "\"Ia sekali gus menyaksikan kemenangan kepada GPS pada PRU nanti,\" katanya ketika ditemui media selepas penyerahan watikah kepada calon-calon GPS di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini hari ini.", "Sementara itu, calon bagi Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee, 44, turut menyatakan perkara yang sama memperjuangkan hak Sarawak yang telah diusahakan oleh penyandang kerusi berkenaan sebelum ini iaitu Dato Sri Nancy Shukri.", "\"Berharap dengan kerjasama di bawah ADUN ini menyaksikan pengundi di kawasan terus memberi sokongan kepada GPS,\" ujarnya yang berasal dari Kampung Harapan, Simunjan.", "Pada masa yang sama, Rodiyah yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang pentadbiran perniagaan, turut merancang untuk mengadakan pelbagai aktiviti untuk pembangunan belia di kawasan Parlimen berkenaan.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/03/abang-johari-umum-14-muka-baharu-gps-pada-pru15
[ "KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengemukakan 14 muka baharu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang diadakan pada 19 November ini.", "Antara muka baharu yang dikemukakan GPS adalah Lidang Disen yang akan bertanding di Parlimen Mas Gading; Tay Tze Kok (Bandar Kuching), Lo Khere Chiang (Stampin); Rodiyah Sapiee (Batang Sadong); Mohamad Shafizan Kepli (Batang Lupar); Datuk Doris Sophia Brodi (Sri Aman) dan Roy Angau Gingkoi (Lubok Antu).", "Turut dicalonkan pertama kali untuk Parlimen, Dr Richard Rapu (Betong), Giendam Jonathan Tait (Saratok), Wong Ching Yong (Lanang), Clarence Ting (Sibu), Edwin Banta (Selangau), Jeffery Phang Siaw (Miri) dan Datuk Willie Mongin (Puncak Borneo).", "Willie yang memenangi kerusi itu ketika mewakili PKR pada PRU14 sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), pula kali ini akan mempertahankan kerusi itu sebagai calon GPS.", "Sementara itu, GPS turut mengekalkan 15 penyandangnya termasuk Datuk Seri Nancy Shukri yang bertukar ke Parlimen Santubong; Datuk Seri Fadillah Yusof (Petra Jaya), Datuk Rubiah Wang (Kota Samarahan), Datuk Seri Richard Riot Jaem (Serian), Yusuf Abdul Wahab (Tanjong Manis) dan Ahmad Johnie Zawawi (Igan).", "Turut kekal, Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit), Datuk Hanifah Hajar Taib (Mukah), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (Kapit), Datuk Ugak Kumbong (Hulu Rajang), Datuk Seri Tiong King Sing (Bintulu), Lukanisman Awang Sauni (Sibuti), Datuk Anyi Ngau (Baram), Datuk Hasbi Habibollah (Limbang) dan Datuk Henry Sum Agong (Lawas).", "Bagi calon di Sarikei, GPS mempertaruhkan semula Datuk Seri Huang Tiong Sii yang sebelum ini tewas kepada calon DAP, Wong Bing Liu pada PRU14.", "Turut membuat kemunculan semula, Datuk Joseph Salang Gandum untuk bertanding di Parlimen Julau dan beliau adalah Ahli Parlimen Julau sejak 1999 namun tewas kepada calon Bebas, Larry Sng pada PRU14.", "Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, calon-calon yang dikemukakan GPS itu adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan juga yang muda.", "\"Ini adalah calon dikemukakan GPS dan mereka terdiri daripada mereka yang berpengalaman selain berusia dalam pertengahan dan ketiganya adalah orang muda.", "\"Antara yang muda adalah calon di Batang Lupar selain calon daripada SUPP juga ada yang muda,\" katanya pada sidang media selepas menyerahkan watikah pelantikan calon GPS di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako di sini, hari ini.", "Daripada 31 kerusi dipertandingkan itu 14 kerusi diwakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) (7); Parti Rakyat Sarawak (PRS) (6) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) 4 kerusi.", "Premier Sarawak itu berkata, menerusi calon berpengalaman dan muda itu ia sudah tentu membawa hala tuju Sarawak ke arah mencapai negeri maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2030.", "\"Kepada orang Sarawak, jangan ada 'pisang berbuah dua kali', kami di GPS akan terus mempertahankan hak Sarawak, dasar Sarawak termasuk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang masih dalam rundingan,\" tegasnya.", "Beliau pada masa yang sama turut melahirkan penghargaan kepada penyandang ahli parlimen yang telah memberi laluan kepada muka baharu untuk bertanding pada PRU15 ini." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/03/muka-baharu-calon-batang-lupar-berazam-bawa-suara-sarawak-ke-parlimen
[ "KUCHING: Mempunyai keazaman yang tinggi untuk menyuarakan suara dari Sarawak ke Parlimen antara semangat yang diketengahkan oleh calon muka baharu Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli.", "Oleh sebab itu katanya, sokongan daripada rakyat di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Batang Lupar penting bagi membolehkan suara dari Sarawak ke Parlimen.", "\"Sokongan pengundi kepada calon GPS di tiga DUN sangat diharapkan iaitu di Sebuyau, Lingga dan Beting Maro supaya boleh menghantar suara yang kuat ke Parlimen.", "\"Ini sekali gus membolehkan agenda yang telah diperjuangkan selama ini dapat diteruskan,\" katanya ditemui media selepas penyerahan watikah kepada calon-calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini hari ini.", "Majlis penyerahan watikah itu disempurnakan oleh Premier Sarawak merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.", "\"Terima kasih kepada Premier Sarawak serta penyandang kerusi sebelum ini iaitu Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan saya akan terus melihat pembangunan di kawasan Batang Lupar.", "\"Pada masa yang sama, kita juga berpegang kepada pucuk pimpinan dan apa-apa yang akan dilaksanakan perlu mendapat restu daripada pucuk pimpinan parti,\" katanya yang berasal dari Kampung Pusa.", "Ditanya mengenai pendekatan untuk mendapatkan sokongan orang muda, beliau sebelum ini turut memegang beberapa jawatan, antaranya Ketua Pemuda PBB Ranting Beting Maro.", "\"Sehubungan itu, ia tidak begitu sukar untuk mendapatkan sokongan di mana sebelum ini selalu bersama mereka (belia),\" ujarnya sambil menambah akan menerus dan perluaskan aktiviti bersama orang muda hingga ke Sebuyau dan Lingga.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/03/lukanisman-dikekalkan-calon-gps-parlimen-sibuti
[ "MIRI: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengekalkan penyandang Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni untuk mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).", "Dengan pengumuman rasmi itu, maka Lukanisman bakal ditentang dua lagi calon yang sudah mengesahkan tempat untuk merebut kerusi milik Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu.", "Pengumuman Zulhaidah bertanding di Parlimen Sibuti telah dibuat Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena siri Jelajah Mega Harapan Sarawak pada Selasa lalu.", "Pada PRU14, Lukanisman Awang Sauni menang dengan majoriti 3,676 undi menewaskan pencabarnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jemat Panjang dan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Zulaihi Bakar.", "Selama sepenggal, Lukanisman yang sebelum ini berkhidmat sebagai wakil pembangkang semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH) tidak kekok memberikan perkhidmatan kepada rakyat.", "\"Saya pernah menjadi wakil rakyat pembangkang semasa pemerintah PH seterusnya menjadi wakil rakyat kerajaan dalam Perikatan Nasional (PN) dalam tempoh lima tahun ini.", "\"Banyak pengalaman yang telah mengajar dan mematangkan karier politik saya bahkan semasa pemerintahan PH dahulupun saya adalah wakil rakyat yang banyak bersuara di Dewan Rakyat,\" jelasnya.", "\"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Presiden GPS dan barisan parti GPS yang memberi kepercayaan sekali lagi untuk saya bertanding dan mempertahankan kerusi Parlimen Sibuti,\" jelasnya.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/03/abdul-jalil-akui-gps-akan-tetap-memerintah-sarawak
[ "\"Ketika ini, negara ini memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai visi dan misi jelas untuk memimpin, melaksanakan pemulihan dan membangunkan kembali maruah negara.", "Tambah beliau yang juga selaku Ketua Cabang PKR Mukah, PRU15 adalah untuk memilih dan menobatkan DSAI sebagai Perdana Menteri ke-10 untuk memimpin Malaysia bagi tempoh lima tahun akan datang.", "Sebagai calon Parlimen Mukah kali ini, beliau berjanji akan memastikan empat perkara akan diberikan keutamaan oleh pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) iaitu pendidikan, kesihatan, perumahan dan juga pekerjaan.\n \nAbdul Jalil merupakan calon PH dan sudah kali kedua bertanding dalam PRU.", "Namun begitu, Abdul Jalil mempunyai beberapa kali pengalaman menjadi calon di peringkat Dewan Undangan Negeri iaitu di Jepak (PRN10 pada 2011) dan Balingian (PRN Balingian pada 2014 dan PRN12 pada 2021).\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/03/gps-kekalkan-hanifah-sebagai-calon-pertahan-parlimen-mukah
[ "MUKAH: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengekalkan Dato Hanifah Hajar Taib (gambar) sebagai calon pilihan untuk mempertahan Parlimen Mukah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).", "Pengumuman itu dibuat Pengerusi GPS merangkap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Kuching pada pagi tadi.", "Hanifah kali pertama diturunkan dalam PRU14 pada 2018 namun ketika itu mewakili Barisan Nasional (BN) menggantikan penyandangnya Tan Sri Muhammad Leo Micheal Toyad Abdullah.", "Hanifah pada 2018 menang dengan mendapat 13,853 undi iaitu 7,000 undi majoriti berbanding lawannya Abdul Jalil Bujang yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan 6,853 undi." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/03/willie-harap-semua-jentera-parti-bersatu-pastikan-kemenangan-gps-di-puncak-borneo
[ "KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin berharap semua jentera parti akan bersatu bagi memastikan kemenangan di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). ", "Willie yang juga penyandang kerusi yang dimenangi itu pada PRU lepas atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum menyertai GPS, berterima kasih kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Parlimen Puncak Borneo atas sokongan terhadapnya sebagai calon. ", "\"Kali ini saya akan bertanding di bawah GPS dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan saya memohon kepada semua penduduk di Puncak Borneo untuk beri sokongan padu kepada GPS. ", "\"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan tiga ADUN Datuk Roland Sagah, Datuk Dr Jerip Susil dan Miro Simuh kerana beri sokongan kepada saya,\" ujarnya. ", "Tambah Willie, bagi memastikan kemenangan GPS di kerusi Puncak Borneo, beliau berharap semua jentera parti mengetepikan pandangan berlainan dan menumpukan kepada kesatuan jentera. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/03/lo-berterima-kasih-kerana-dipilih-bertanding-di-stampin
[ "KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Stampin, Lo Khere Chiang berterima kasih kepada pemimpin parti itu atas keyakinan untuk beliau bertanding di kerusi tersebut. ", "Lo yang merupakan calon muka baharu daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata, beliau gembira diberi peluang dan keyakinan untuk mewakili parti itu bagi merampas kembali kerusi Stampin dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). ", "“Saya hanya tahu dicalonkan dua hari lepas dan saya ucapkan terima kasih kepada Premier, Timbalan Premier serta presiden parti (SUPP) Dato Sri Dr Sim Kui Hian atas keyakinan ini,” katanya. ", "Lo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang dan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) berkata, cabaran di Stampin adalah untuk pengundi tahu perlunya mengundi dan memastikan 31 kerusi Parlimen dimenangi GPS. ", "“Dahulu, kita bercakap mengenai Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) tetapi hari ini kita tidak lagi bercakap Sarawak sebahagian daripada BN atau PH tetapi di bawah kaki sendiri GPS. ", "“Hanya dengan berdiri di bawah kaki sendiri kita boleh lindungi Sarawak dan pemimpin terdahulu sudah menjalankan tanggungjawabnya meletakkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di bawah Perlembagaan Malaysia. ", "“Kini semua rakyat Sarawak perlu satu suara di bawah GPS untuk lindungi apa yang bekas pemimpin kita lakukan dan kini masa untuk kita berjuang memastikan semua 31 kerusi dimenang GPS,” katanya. \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/03/doris-harap-pengundi-di-sri-aman-pilih-calon-gps
[ "KUCHING: Calon muka baharu wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Sri Aman Dato Sri Doris Sophia Brodi berharap pengundi di kerusi tersebut akan memilih calon GPS sebagai wakil mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini. ", "Doris yang merupakan Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan bertanding buat pertama kali di kerusi Parlimen Sri Aman berkata, banyak perancangan kerajaan GPS untuk Sri Aman. ", "Justeru, beliau berharap pengundi di Sri Aman tidak mempersia-siakan peluang ini dan memilih wakil GPS sebagai Ahli Parlimen mereka dalam PRU15 nanti. ", "\"Sekarang kita ada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GPS untuk Sri Aman tetapi ADUN sahaja tidak cukup dan kita perlu wakil di Parlimen supaya kita lengkap sebagai satu pasukan untuk teruskan perjuangan atau pembangunan yang sudah dirancang,\" katanya. ", "Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas penyerahan watikah calon-calon GPS di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini hari ini. ", "Ditanya apa perancangan beliau jika menang di kerusi tersebut, Doris berkata, Sri Aman bertuah kerana kawasannya yang luas serta potensi sebagai hab pertanian, selain potensi pelancongannya. ", "Doris juga merancang untuk diwujudkan sebuah universiti atau kolej pertanian di Sri Aman mengambil kira potensi kawasan ini dalam sektor pertanian. ", "Untuk tempoh berkempen selama dua minggu kelak pula, Doris berkata, beliau akan turun padang mendekati rakyat terutama kawasan dikategorikan sebagai kelabu. ", "Katanya lagi, beliau telah turun padang di Sri Aman sejak tahun 2019 dan meliputi kira-kira 87 peratus rumah panjang dan taman-taman perumahan di kawasan itu. \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/03/oscar-ling-seru-kerajaan-sarawak-naik-taraf-sistem-bekalan-air-di-sibu
[ "SIBU: Bakal calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) bagi kerusi Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew menyeru kerajaan Sarawak agar menaik taraf sistem bekalan air untuk menyelesaikan masalah penduduk Sibu.", "Ling yang juga Timbalan Pengerusi DAP Sarawak berkata, gangguan bekalan air yang berlaku di Sibu mengundang pelbagai kekangan kepada rakyat dan menjejaskan kehidupan seharian mereka.", "Menurut beliau, kebocoran paip air di hadapan Persatuan Foo Chow Sibu sejak kebelakangan ini mengakibatkan gangguan bekalan air di seluruh Sibu.", "“Situasi ini amat membimbangkan dan merunsingkan rakyat kerana ia sememangnya membawa banyak kekangan kepada mereka. Tanpa bekalan air, rakyat tidak dapat menjalankan aktiviti seharian dengan lancar,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.", "“Saya menyeru kerajaan Sarawak dan pihak berkenaan untuk memandang serius masalah bekalan air di Sibu kerana air merupakan salah satu keperluan bagi semua orang.", "“Lebih-lebih lagi, Tahun Baharu Cina akan menjelang tidak lama lagi, kita akan mengalami kekangan yang serius sekiranya berlaku gangguan bekalan air pada masa itu,” katanya. ", "Ling yang juga Pengarah Kempen Pilihan Raya DAP sekali lagi menyeru kerajaan Sarawak dan pihak berkuasa lembaga air untuk memandang serius masalah itu terutamanya bagi Ulu Sungai Merah, Tanjung Kunyit dan Sungai Lebaan serta kawasan tempat terpencil." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/03/pru15-senarai-bakal-calon-gps
[ "KUCHING: Berikut senarai bakal calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diumumkan Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/03/pru15-gta-pertaruh-121-calon-kerusi-parlimen
[ "BANGI: Pengerusi Protem Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) mengesahkan gabungan itu bakal bertanding di 121 kerusi Parlimen di seluruh negara dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). ", "Dr Mahathir berkata setakat ini Pejuang sudah mengumumkan calon untuk bertanding di 59 kerusi Parlimen, Putra (24), Berjasa (8), Iman (5) dan Gagasan Bangsa sebanyak 11 kerusi.", "“Walaupun kita telah beri watikah kepada ramai calon yang kita umum tadi, tetapi masih ada beberapa kawasan yang belum kita tentukan calonnya, pada 3 dan 4 November nama-nama itu akan diumum oleh Ketua Setiausaha GTA.", "“Bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) pula diumum barisan pimpinan tertinggi negeri pada esok,” katanya pada sidang media selepas majlis Pengumuman Nama Calon GTA bagi PRU15 petang ini.  ", "Pada majlis pengumuman calon gabungan berkenaan, bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu turut mengumumkan Ketua Setiausaha GTA Datuk Marzuki Yahya bakal bertanding di kerusi Parlimen Sungai Petani, Kedah. ", "Dr Mahathir yang bakal mempertahankan kerusi Langkawi berkata gelanggang pilihan raya kali ini akan turut menyaksikan tiga selebriti iaitu pengarah filem Ahmad Idham, pelakon Eizlan Yusof dan Azlan Sani Zawawi (Lando) masing-masing bertanding di Parlimen Port Dickson, Sabak Bernam dan Tanjong Karang.", "Beliau berkata GTA akan dibarisi calon berintegriti dan bersih daripada sebarang jenayah selain diyakini mampu menjadi pemimpin yang baik buat negara. ", "Pada 7 Oktober lepas, Dr Mahathir mengesahkan dua penyandang kerusi Parlimen iaitu anaknya Datuk Seri Mukhriz akan mempertahankan kerusi Jerlun manakala kerusi Kubang Pasu akan dipertahankan Datuk Amiruddin Hamzah, kedua-duanya di Kedah. ", "Beliau turut mengumumkan Ketua Pejuanita Datin Che Asmah Ibrahim akan bertanding di Sepang; Ketua Pejuang Perak Mior Nor Haidir Suhaimi di Tapah; dan Pengerusi Penaja GTA Wilayah Persekutuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di Titiwangsa.", "Sementara itu, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor iaitu ADUN Batang Kali Harumaini Omar dan ADUN Jeram Mohd Shaid Rosli, masing-masing bakal bertanding di kerusi Parlimen Hulu Selangor dan Kuala Selangor.", "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai tarikh pengundian PRU15, penamaan calon (5 November) dan pengundian awal pada 15 November ini. ", "Berikut adalah senarai calon Gerakan Tanah Air (GTA) yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diumumkan Pengerusi Penaja GTA Tun Dr Mahathir Mohamad di sini hari ini:" ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/03/manipulasi-data-menjelang-pilihan-raya-berisiko-ubah-pola-pemikiran-rakyat
[ "KUALA LUMPUR: Gambarkan situasi ini, anda menerima panggilan telefon daripada individu, kononnya dari parti politik tertentu dan ingin melakukan tinjauan (survey) bagi melihat kecenderungan pengundi untuk mengundi calon atau parti yang bertanding.  ", "Antara soalan yang diajukan, “Encik tahu mengundi di kawasan mana? Siapa yang encik akan undi? Encik tahu encik ada hak untuk mendapat peruntukan (wang) jika mengundi parti ini?”", "Dalam ketika bahang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin hangat terasa, persoalannya, bagaimana untuk memastikan panggilan berkenaan adalah benar-benar daripada individu parti politik untuk tujuan survey dan bukannya pihak sindiket atau scammer yang menyamar?", "Ini antara isu yang mengundang keresahan banyak pihak menjelang PRU15 yang dijadual berlangsung pada 19 November depan, apabila data peribadi sewenang-wenangnya boleh diakses dan dimanipulasi pihak berkepentingan. ", "Mengulas isu berbangkit, Timbalan Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Azrul Zafri Azmi berkata, aktiviti jual beli data menjadi lumrah ketika musim pilihan raya, dan mereka yang terlibat akan mendapatkan data yang dikehendaki termasuk melalui kaedah tinjauan bagi tujuan analisis politik. ", "“Ia disyaki diperolehi daripada syarikat telekomunikasi dan sebelum ini pernah tular terdapat kebocoran data peribadi pengguna melalui agensi kerajaan iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).", "“Dakwaan seperti ini perlu disiasat secara telus dan segera bagi mengelakkan lebih banyak kebocoran data untuk didagangkan sesuka hati. Pihak berkuasa perlu menyiasat individu yang terlibat dalam penyelenggaraan sistem dan pelayan pengkalan data,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.", "Memetik laporan Bernama pada 28 September tahun lepas (2021), LHDN bagaimanapun menafikan dakwaan kebocoran jutaan data peribadi rakyat Malaysia untuk sistem myIDENTITY seliaan JPN diperoleh daripada laman sesawangnya.", "Susulan daripada dakwaan berkenaan, LHDN berkata pihaknya menjalankan siasatan dalaman dan mendapati tidak berlaku sebarang kebocoran data dan maklumat seperti yang didakwa.", "Menyifatkan data pengguna yang diperoleh sebagai komoditi yang amat berharga dalam dunia digital hari ini, Azrul Zafri berkata, data berkenaan digunakan untuk tujuan menganalisa tingkah laku individu bagi kepentingan komersial, politik dan juga sindiket penipuan.  ", "“Dalam konteks pilihan raya, baik data pengundi atau calon, kedua-duanya dianggap berisiko. Data pengundi boleh dijual kepada parti politik untuk menentukan keberkesanan aktiviti kempen, manakala data calon pula boleh dijual kepada parti lawan dengan tujuan mencari kelemahan peribadi semasa kempen,” jelasnya.", "Permintaan yang tinggi terhadap data berkaitan menyumbang kepada kerancakan aktiviti jual beli data untuk dimanipulasi bagi tujuan politik, perniagaan, penipuan dan aktiviti jenayah.", "Walaupun proses jual beli biasanya dikaitkan dengan pasaran gelap (dark web) namun terdapat juga pihak yang berani menjalankan operasi di pasaran terbuka seperti di forum dalam talian.", "Sebagai contoh, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) pada 14 Jun 2022  mengeluarkan arahan sekatan kepada pembekal perkhidmatan Internet (ISP) bagi menghalang urusan jual beli data di sebuah laman web terbuka.", "Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan untuk menurunkan laman web tersebut dilakukan sekitar pukul 6.30 petang, hari yang sama selepas isu penjualan data dari laman web tersebut mula didedahkan menerusi laman Twitter pada pagi 12 Jun 2022.", "Azrul Zafri pada masa sama menambah, kebocoran data yang berlaku berisiko mendedahkan pengguna Internet kepada pelbagai aktiviti jenayah termasuk Macau Scam, keldai akaun dan pelbagai jenis penipuan yang bukan sahaja merugikan bahkan membahayakan nyawa mereka. ", "“Namun, pengguna perlu diberi pendidikan sejak awal berhubung kaedah terbaik menggunakannya tanpa merisikokan diri terutama dalam perkara yang melibatkan data peribadi,” katanya menambah, pendidikan siber menjadi benteng terakhir pengguna melindungi diri mereka dari menjadi mangsa scammer dan dimanipulasi pihak tertentu.", "Sementara itu, Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam, Profesor di Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berkata, manipulasi data semakin rancak berlaku pada zaman Internet Benda (Internet of Things (IoT)) hari ini. ", "“Fenomena itu menjadi sangat ketara apabila kita berada pada Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) atau zaman perkembangan teknologi 5G yang kita lihat terlalu banyak lambakan data terutama melalui media sosial dan Internet yang menyebabkan pengguna keliru, celaru tak tahu nak membezakan maklumat yang benar dan tidak benar.", "“Dalam masa sama kita menjadi satu komuniti yang hanya akan membaca, mendengar, meneliti perkara atau maklumat yang kita suka dan menolak (maklumat) yang kita tidak suka. Keadaan ini disebut sebagai echo chamber. Inilah hakikat yang berlaku dan menjadikan ramai yang terdedah kepada maklumat yang tidak benar dan palsu,” katanya.", "Menurut beliau, terdapat pihak terutama mereka yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya akan menggunakan pelbagai cara dan helah untuk memenangi kerusi dengan mengelirukan masyarakat sehingga menyebabkan berlakunya kecondongan pemikiran seterusnya pemilihan terhadap sesebuah parti atau kelompok.", "Beliau memberikan contoh pilihan raya di Amerika Syarikat, Rusia, malah pilihan raya di Filipina baru-baru ini turut memperlihatkan trend masyarakat yang membuat pilihan berdasarkan data atau informasi yang dihidangkan kepada mereka.", "Kumpulan yang memanipulasi data lazimnya akan membeli data yang boleh didapati di pelbagai platform termasuklah ‘Meta’, yang mengawal data dan maklumat peribadi melalui Facebook, Instagram dan media sosial lain.", "Terdapat juga kelompok yang mencuri data daripada pelbagai platform kerana langkah itu lebih mudah dan cepat, tanpa perlu mendapatkan kebenaran daripada mana-mana pihak, selain tidak terikat dengan sekatan undang-undang.", "Mohd Mizan menambah, antara kaedah yang dijalankan secara meluas ialah profiling yang merujuk kepada kaedah mengutip dan mengumpul data berkaitan daripada pelbagai sumber dan disimpan untuk tujuan tertentu.", "“Sebagai contoh, tempoh masa individu menggunakan Internet, rakan sosial dan perkara yang menjadi kesukaan mereka, laman web yang dilayari dan cerita atau program yang ditonton. Profiling akan dibuat berdasarkan bentuk maklumat berkenaan dan daripada situ,  mereka boleh mengetahui corak atau pola pemikiran individu, masyarakat bahkan sesebuah negara.", "“Manipulasi data ini boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja termasuklah majoriti atau disebut sebagai bottom million atau masyarakat yang ramai. Ia juga boleh berlaku kepada segelintir yang di atas (top few). Kedua-dua pihak berisiko untuk dipergunakan oleh pihak tertentu bagi mencapai apa yang diinginkan,” jelasnya. ", "Data turut diperdagangkan secara rahsia sama ada di laman web tertentu atau sesama penggodam yang mempunyai komuniti tersendiri, saling berkait dan bertukar maklumat yang dikehendaki.", "“Kelompok mereka (penggodam) ini kukuh, licik, cukup terjaga dan menjadi suatu yang sukar untuk pihak keselamatan menembusi melainkan harus bersama mereka atau menjadi sebahagian daripada mereka.", "“Namun pihak yang membeli data juga bukanlah membeli secara semberono, sebaliknya dengan tujuan tertentu untuk data itu dimanipulasi semampu mungkin dan akhirnya memberi keuntungan kepada mereka, sebagai contoh apabila memenangi pilihan raya,” katanya menambah, nilai data menjadi semakin tinggi bergantung kepada kesukaran untuk mendapatkannya.", "Tujuan utama manipulasi data ialah mengubah pola pemikiran dan pemahaman masyarakat ramai melalui modifikasi yang dilakukan ke atas data, agar seiring kecenderungan mereka memilih calon yang bertanding pada pilihan raya. ", "“Apabila kita mempunyai satu persepsi dan pemikiran yang sangat baik terhadap seseorang calon berdasarkan data dan maklumat yang disajikan, secara automatik pasti individu itu akan menjadi calon pilihan. ", "“Jika dahulu pembunuhan karakter (character assassination) dilakukan secara memfitnah dan diperbesarkan di media cetak malah mungkin boleh sampai ke tahap pembunuhan fizikal individu.", "“Namun hari ini, cukup dengan melemparkan pelbagai isu di media sosial, sehingga ramai ahli masyarakat bertindak menolak dan membenci individu terlibat sekali gus boleh memberi kesan kepada keputusan pilihan raya,” katanya menambah, manipulasi data turut berisiko meracuni fikiran rakyat.", "Mengaitkan fenomena manipulasi data dengan teori ‘Elaborated Social Identity Model (ESIM)’, beliau berkata, ia bertujuan untuk mendapatkan data, seterusnya mempengaruhi psikologi serta mengubah tingkah laku sosial (social behavior) dalam kalangan masyarakat.", "Teori ESIM digunakan secara meluas dalam era moden bagi tujuan mengubah pola pemikiran masyarakat dan menterjemahkan semula sesuatu perkara atau sesuatu isu sehingga akhirnya suatu kelompok yang ramai (crowd) mempunyai pemikiran dan pemahaman berbeza berbanding sebelumnya.", "Dalam perspektif lebih luas, manipulasi data berisiko mengundang ancaman daripada aspek sosial, kestabilan politik, ekonomi dan keselamatan negara, apabila maklumat data yang sulit dan sensitif menjadi ‘senjata’ kepada pihak tertentu untuk melemahkan rakyat dan negara.", "“Sebagai contoh maklumat perbualan telefon Perdana Menteri dengan pihak tertentu termasuk dari luar negara yang membincangkan isu polisi, hubungan antarabangsa, maklumat risikan, operasi di luar negara dan lain-lain, sekiranya didedahkan, automatik tidak selamat dan menjadi subjek untuk (negara) diceroboh. ", "“Pemimpin yang dipilih bukan lagi berdasarkan merit sebaliknya disebabkan faktor ‘kejayaan’ mereka menjuarai isu tertentu yang berkesan mempengaruhi pola pemikiran rakyat,” katanya menambah, perkara itu dibimbangi akan memberi implikasi negatif untuk jangka masa panjang termasuk isu ketegangan etnik dan agama. ", "Berpendapat semua pihak perlu memperkukuhkan sistem pertahanan data mereka, setidak-tidaknya bagi mengurangkan risiko kejadian itu, beliau berkata, isu manipulasi dan pencerobohan data akan menjadi semakin serius dan memungkinkan rakyat tidak dapat menbezakan antra yang benar dan palsu, selepas teknologi 5G disebarluas ke seluruh dunia.", "“Selagi perkembangan teknologi terus berlaku, selagi itulah ada permintaan dan penawaran (jual beli data) seterusnya manipulasi dan kebocoran data berlaku. Kita tidak dapat mengelak daripada menggunakan teknologi tetapi kita boleh terus mendidik masyarakat untuk menjadi lebih bertanggungjawab.", "Dalam hal ini, beliau menegaskan, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 sebagai contoh boleh dibacakan bersama dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Fitnah 1957 dan lain-lain, bagi mempertahankan keabsahan data yang dimiliki dan mengelak daripada dibocorkan dan disalahguna. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/02/pn-bertanding-di-sarawak-dialu-alukan-bakal-meriahkan-suasana-pilihan-raya-nanta
[ "KOTA SAMARAHAN: Pengumuman Perikatan Nasional (PN) meletakkan calon di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah dialu-alukan, malah bakal memeriahkan lagi suasana pilihan raya di negeri ini.", "Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, mana-mana parti berhak bertanding di mana-mana tempat pada pilihan raya selaras dengan sistem negara demokrasi.", "\"Kita alu-alukan (calon PN), tiada sesiapa boleh melarang mereka mahu meletak siapa dan di mana calon mereka bertanding,\" ujarnya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Penyerahan PerantiSiswa Keluarga Malaysia dan penyampaian sumbangan Food Bank UiTM Cawangan Sarawak di Dewan Jubli UiTM di sini, hari ini.", "Sebelum ini, dilaporkan PN akan meletakkan empat calonnya di Sarawak pada PRU15 dengan dua daripadanya iaitu penyandang kerusi Parlimen Saratok Datuk Ali Biju dan penyandang kerusi Lubok Antu Jugah Muyang akan mempertahankan kerusi masing-masing.", "Daripada empat kerusi itu, tiga daripadanya mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) iaitu Saratok, Lubok Antu serta Bintulu, manakala seorang lagi calon diwakili PAS di Batang Lupar.", "Mengenai jika PN menjadi parti dominan di Semenanjung selepas PRU15 nanti yang mungkin memberi kesan kepada GPS, Nanta yang juga Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, beliau tidak dapat memberi sebarang ulasan mengenai perkara terbabit.", "Mengenai pengumuman calon GPS oleh Pengerusinya Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg esok (3 November), Nanta tidak menafikan kemungkinan akan ada pertukaran kerusi bagi calon-calon yang diumumkan nanti.", "Sementara itu, berhubung kenyataan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli bahawa jika Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan selepas pilihan raya, PH paling mungkin hanya mahu kerjasama dengan gabungan dari Sabah dan Sarawak, Nanta berkata, ia terpulang kepada parti dari Sabah dan Sarawak untuk mempertimbangkan perkara berkenaan.", "\"Kita lihat keadaan selepas PRU nanti, selepas ada keputusan... terlalu awal untuk membuat kenyataan bagi perkara itu buat waktu ini,\" katanya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/02/anwar-seru-rakyat-selamatkan-negara-dengan-pemerintahan-baharu
[ "MIRI: Rakyat Sarawak dan Sabah mesti berganding bahu dengan Semenanjung Malaysia dan mengundi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini jika mereka mahu menyelamatkan negara daripada politik korup dengan pemerintahan baharu yang lebih baik. ", "Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hanya melalui kerajaan yang mempunyai kejujuran dan kewibawaan sahaja maka negara ini dapat diselamatkan.", "Beliau lantang memberitahu demikian dalam ucapannya semasa Jelajah Mega Harapan Sarawak di kawasan letak kereta Pusat Komersial Miri Waterfront di sini, malam tadi.", "Anwar yang juga pilihan PH untuk jawatan Perdana Menteri menegaskan bahawa adalah penting bagi rakyat Sarawak membuat pilihan bijak untuk mempunyai perwakilan yang lebih baik dalam Parlimen sekiranya PH berkuasa kelak.", "Beliau menarik perhatian bahawa pemilihan kali ini bukan untuk memilih Ketua Menteri, sebaliknya memilih kerajaan persekutuan yang akan melibatkan semua negeri dalam negara ini.", "\"Ia memerlukan kepimpinan di peringkat persekutuan untuk berkata 'Ya, kami menerima bahawa Sarawak adalah sebahagian daripada negara ini dan melakukan apa sahaja untuk memartabatkan Sarawak',\" kata Anwar.", "Justeru katanya, hanya jika seseorang itu mengawal kerajaan persekutuan maka dia boleh menentukan dasar yang adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia.", "\"Tidak perlu dikatakan, apa sahaja yang anda lakukan: Sarawak untuk orang Sarawak, Sabah untuk Sabah, Dayak untuk Dayak atau Melanau untuk Melanau, tidak dapat (jika anda tidak menguasai persekutuan). ", "\"Orang miskin di Sabah dan Sarawak telah lama menderita dan bertahan, cukuplah,\" katanya yang menerima tepukan bergemuruh daripada lebih 2,000 penyokong yang hadir.", "Mengenai pengundi muda pula, Anwar menyeru mereka untuk tidak hanya duduk dan melihat sahaja negara jatuh ke tangan pemimpin korup yang merampas masa depan mereka." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/02/pru15-kazim-elias-tarik-diri-di-larut-diganti-mohd-shafiq-fhadly-mahmud
[ "IPOH: Ketua Koordinator Komunikasi Barisan Nasional (BN) Mohd Shafiq Fhadly Mahmud diumum sebagai calon parti itu bagi kerusi Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),  menggantikan pendakwah bebas Datuk Mohammad Kazim Elias (gambar). ", "Perkara itu diumumkan Pengerusi BN negeri Datuk Seri Saarani Mohamad pada majlis pengumuman calon BN Perak bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.", "Dalam ucapan pengumuman calon itu, Saarani yang bakal mempertahankan kerusi DUN Kota Tampan berkata tanggungjawab dan amanah kepada parti bukan sekadar sebagai calon tetapi juga apabila tidak dicalonkan.", "“Matlamat bukan sahaja jadi calon tapi menang PRU. Perjuangan kita kembali jadi kerajaan Negeri Perak... kerajaan BN. Yang ingin kita laungkan adalah lambang dacing.", "Selain Saarani, daripada UMNO, BN turut menampilkan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri  Ahmad Saidi Mohamad Daud bagi DUN Changkat Jering, Pengerusi Infrastruktur Awam, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Datuk Mohd Zolkafly Harun (Lintang) serta bekas pemain bola sepak Perak yang kini Ketua Umno Bahagian Tapah Ishsam Shahruddin (Ayer Kuning).", "Antara calon MCA yang diketengahkan pula ialah Ang Sui Eng (Pokok Asam), Pan Chean Chang (Jalong) dan Woo Kok Toong (Canning).", "Dalam sidang akhbar kemudiannya, Saarani berkata BN belum menamakan calon di empat kerusi DUN iaitu Aulong, Jelapang, Sungkai dan Buntong kerana masih perlu berbincang di peringkat komponen sebelum membuat sebarang keputusan.", "“Aulong ini asalnya daripada parti Gerakan, jadi di peringkat komponen masih lagi belum bincang siapa yang akan diberikan kerusi itu. MIC belum beri nama di Buntong, Jelapang dan Sungkai. Akan diumumkan kemudian apabila ada nama,” katanya.", "Mengulas mengenai calon, Saarani berkata BN membariskan calon-calon yang membentuk kepelbagaian latar belakang selain muka baharu berikutan ada penyandang yang tidak mahu bertanding atau tidak dipilih semula.", "DUN Perak mempunyai 59 kerusi. Sebelum pembubaran pada 17 Okt, ia  terdiri daripada 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN, DAP (15), Parti Amanah Negara (lima), Bersatu (empat) manakala PAS, PKR dan Parti Bangsa Malaysia (PBM)  masing-masing tiga manakala Bebas (satu). - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/02/pru15-ph-kemuka-10-tawaran
[ "KLANG: Pakatan Harapan (PH) menggariskan 10 keutamaan untuk direalisasikan segera, antaranya melibatkan kos sara hidup, memerangi rasuah dan memperkasa wilayah Sabah dan Sarawak, sekiranya mendapat mandat membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).", "Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keutamaan itu bermatlamat menjamin kesejahteraan rakyat secara menyeluruh menerusi pertumbuhan ekonomi, memulihkan keyakinan umum menerusi pentadbiran beramanah dan menyediakan negara untuk berdepan pelbagai cabaran masa depan.", "\"Tempoh untuk melaksanakan 10 keutamaan adalah secara berperingkat dan bergantung kepada keupayaan kewangan negara, tawaran kali ini telah dibahaskan dengan teliti dan dikaji dari segi implikasi kewangan sepenuhnya dan mengambil kira tuntutan daripada rakyat dan bukan bersifat populis,\" katanya dalam sidang media selepas melancarkan 10 Tawaran Utama PRU-15 PH di sini hari ini.", "Turut hadir Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.", "Tawaran berkenaan turut melibatkan pemerkasaan peluang ekonomi belia; menyelamatkan generasi tercicir dalam pendidikan; membina ketahanan bencana dan memantapkan perlindungan; menangani isu doktor kontrak dan menjamin kebajikan penjawat kesihatan; menghapuskan isu ketaksamaan gender dan memperkasa sosioekonomi wanita; meningkatkan daya saing rakyat dan memelihara khazanah alam.", "Dalam pada itu, Anwar yang juga Presiden PKR menyeru pengundi memberikan kemenangan selesa kepada PH untuk membentuk kerajaan iaitu tanpa memerlukan kerjasama parti di luar gabungan tersebut.", "Ditanya sama ada tawaran berkenaan mampu dilaksanakan dan tidak berakhir seperti manifesto PH pada PRU yang lepas, Anwar menjawab, “kali ini pengerusi dia Anwar”.", "\"Saya menyeru agar pengundi atas pagar memberi kami mandat supaya kami bebas untuk melaksanakan keutamaan ini dan tidak berdepan sebarang halangan selepas pilihan raya,” katanya. - Bernama" ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/02/dap-ikrar-pertahan-kerusi-parlimen-miri
[ "MIRI: Perebutan kerusi di P219 Parlimen Miri bakal menjadi salah satu pertandingan paling sengit dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Sarawak, jika melihatkan kepada perjuangan 'bermatian-matian' kedua-dua belah pihak, Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). ", "Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling berkata, parti itu akan mengerahkan seluruh jentera, tenaga dan komitmen mereka untuk membantu PKR mempertahankan Parlimen Miri. ", "Pada masa yang sama katanya, mereka boleh melihat dengan jelas bagaimana SUPP mengerahkan seluruh kekuatan mereka untuk merampas kembali kerusi Miri.", "\"Sebab itu saya berani katakan, pertandingan di kerusi Miri, antara yang paling sengit di Sarawak kelak,\" katanya kepada Utusan Borneo di sini malam tadi.", "Terdahulu, beliau turut menghadiri program Jelajah Mega Harapan Sarawak di tempat letak kereta di Miri Waterfront Commercial Centre di sini yang dihadiri Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. ", "Ling mengakui kerusi Miri amat penting kepada mereka untuk dipertahankan kerana PH melalui DAP sudah hilang ketiga-tiga kerusi mereka pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) yang lalu ketika ia diadakan dalam musim pandemik dengan pelbagai kekangan. ", "\"Oleh sebab itu kenapa kita perlu mempertahan kerusi Miri ini dan perlu menang bagi membantu PH menawan Putrajaya pada 19 November kelak. ", "\"Malah saya mengalu-alukan calon muda dan saya amat mengenali beliau, seorang anak muda dan juga anak jati Miri, berusia 31 tahun dan seorang lulusan undang-undang,\" katanya. ", "\"Dalam pada itu, seperti kata presiden PKR, kita amat menghormati perjuangan dan jasa penyandang kerusi ini, Dr Michael Teo, apatah lagi beliau seorang yang sangat setia dengan partinya namun yang tidak dicalonkan kerana memberi laluan kepada muka baharu dan darah muda, yang diyakini mampu mempertahankan kerusi Miri,\" tambah beliau lagi. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/02/wong-sahut-cabaran-bertanding-di-kerusi-parlimen-sibu
[ "SIBU: Selaku Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Dato Sri Wong Soon Koh berkata beliau perlu menyahut cabaran bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di kerusi Parlimen Sibu.", "PSB katanya, mempunyai beribu-ribu ahli yang mahu beliau turun bertanding pada PRU ini dan memenangi kerusi tersebut untuk parti.\n \n\"Selaku presiden PSB, saya mesti memberikan cabaran bertanding sebagai calon di Parlimen P.212 Sibu.", "\"PSB mempunyai beribu-ribu ahli dan saya tidak boleh berhenti. Saya mesti memberikan cabaran dan terus bekerja,\" ujarnya ketika berucap semasa lawatan ke Rumah Joseph Jarrau, Tanjung Bekakap hari ini.", "Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bawang Assan dilihat mempunyai peluang untuk memenangi kerusi Parlimen P.212 Sibu yang sebelum ini disandang Oscar Ling daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) selama tiga penggal.\n \nMenurut Wong, sekiranya PSB dapat memenangi beberapa kerusi, ini akan memberi peluang kepada parti bergabung dengan parti-parti lain untuk membentuk kerajaan persekutuan yang seterusnya.", "Kerusi Parlimen P.212 Sibu bakal menyaksikan pertandingan tidak kurang tiga penjuru antara PSB, DAP dan GPS, selain kemungkinan beberapa calon bebas. ", "Parlimen P.212 Sibu merangkumi DUN Bawang Assan, Pelawan dan Nangka dengan 63 peratus pengundi Cina, 19 peratus pengundi Melayu-Melanau dan 18 peratus pengundi Dayak.  " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/02/rakyat-sarawak-perlu-terus-bersatu-hadapi-pru15
[ "Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Pujut Kelvin Hii (gambar) berkata, PRU15 kali ini menjadi pilihan raya yang amat penting kepada Sarawak.", "“PRU15 ini penting untuk kita semua saling bersatu demi memperjuangkan kepentingan negeri dan mengembalikan semula hak kita yang telah termaktub mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” jelasnya dalam kenyataan media di sini, hari ini.", "“Sebaliknya, Kerajaan Sarawak di bawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS) dapat dilihat telah membawa Sarawak ke arah yang makmur dan progresif.", "“GPS selepas memenangi Pilihan Raya Negeri lalu telah membentuk kerajaan yang stabil dan melancarkan beberapa dasar untuk memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.", "“Diharapkan pembangunan yang kita kecapi di sini yang dialkasana kerajaan negeri akan terus kukuh dan tidak digugat oleh kemelut politik yang berlaku di Semenanjung Malaysia.", "“Selagi kita kekal bersatu dan mengutamakan kepentingan Sarawak dengan menyokong kerajaan yang stabil, saya yakin akan ada lebih banyak perubahan di Sarawak pada masa depan,” tambahnya.\n  " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/02/calon-bn-akan-ketinggalan-jika-tidak-buat-perubahan-sekarang-kata-zahid
[ "KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan ketinggalan kepada parti-parti pesaing jika tidak melakukan perubahan terutama soal calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).", "Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan di Facebook hari ini berkata walaupun tidak mudah, namun keputusan tegas, berani dan bijaksana perlu dilakukan dalam usaha memulihkan dan menjadi pencetus kepada kebangkitan UMNO dan BN.", " “Jangan pula cetuskan rasa tidak berpuas hati, marah, protes, cah keting, sabotaj malah cuba tutup bilik gerakan, memberikan kenyataan yang memburukkan reputasi parti mereka sendiri. Mereka perlu sedar apabila ini dicetuskan, ia menunjukkan warna sebenar sikap mereka terhadap parti dan rakyat perlu nilai sendiri peribadi politik sedemikian.", "“Ketika ini kesetiaan kepada parti, merapatkan barisan lebih penting daripada merintih apabila tidak dicalonkan. Maka janganlah pula terfikir untuk mengkhianati parti secara langsung dan tidak langsung dan jika ini berlaku bermakna (mereka) tidak bersyukur kerana selama ini mereka relevan, menjawat jawatan kerana atas tiket UMNO dan BN,” katanya.", "Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata langkah meletakkan muka-muka baharu pada PRU15 adalah sebahagian daripada peremajaan parti selain parti perlu menerima hakikat undi di bawah usia 39 tahun mewakili sekitar 50 peratus daripada pengundi di negara ini.", "“Kita perlu berubah. Dalam politik \"No one person is indispensable, but all people are important”. Yang sudah lama berpolitik memberi laluan menjadi suri teladan BN manakala yang muda mulai mengambil tempat dan kedudukan bagi memperbaharui kesinambungan kepimpinan masa depan.", "“Apabila tidak tersenarai bukan maknanya tidak penting akan tetapi tidak selamanya kita menongkat langit maka laluan kepada calon baharu perlu dilakukan kata peribahasa patah tumbuh hilang berganti. Insya- Allah, marilah kita bersama-sama merapatkan barisan, mengukuhkan kesepaduan kita, memastikan kemenangan besar Barisan Nasional demi kestabilan dan kemakmuran negara!,” katanya.", "Semalam, Ahmad Zahid pada Majlis Pengumuman Calon BN bagi PRU15 berkata dalam usaha untuk mengembalikan kemakmuran ekonomi Malaysia dan menangani isu-isu “poket dan perut” rakyat, BN menampilkan gandingan calon berpengalaman dan muka baharu yang berpegang kepada prinsip keutamaaan taat untuk berkhidmat.", "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/02/calon-pkr-di-sibuti-komited-perjuangkan-nasib-kebajikan-pengundi
[ "MIRI: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Parlimen Sibuti, Zulhaidah Suboh mengakui lebih banyak isu rakyat yang perlu diselesaikan hingga dia dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)", "Beliau yang pernah bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-10 di Dewan Undangan Negeri Lambir tetap komited memperjuangkan nasib dan kebajikan pengundi.", "\"Meskipun belum mencipta kemenangan, namun sebagai calon bagi PRU15, saya tetap meneruskan langkah turun padang mendengar denyut nadi pengundi atau isu di lapangan,\" katanya kepada Utusan Borneo semalam.", "Zulhaidah berkata isu kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan jalan raya masih lagi dihadapi di beberapa kawasan perkampungan dan rumah panjang.", "Beliau yang juga Ketua Wanita Negeri Sarawak dan anak tempatan berbangsa Kedayan mengakui tidak pernah malu memperjuangkan agenda politik parti dari Semenanjung, PKR.", "\"Bukan satu perkara yang mudah bila berada di gelanggang pembangkang dan saya perlu kuat dan buktikan bahawa rakyat Sarawak mendambakan lanskap Sarawak baharu,\" jelasnya.", "Mengakui adakalanya dikecam teruk kerana bersama PKR, dia juga tidak kurang mendapat pujian melambung namun beliau berpegang pada pepatah “tak hidup dek puji, tak mati dek keji”. ", "Ketika ini, Zulhaidah memikul tanggungjawab penting dalam Majlis Pimpinan Wanita Pusat, Timbalan Ketua Wanita Sarawak dan Ketua Wanita PKR di Cabang Sibuti. ", "Selain daripada itu, beliau juga merupakan pengasas beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin rakyat sentiasa bergerak aktif dengan aktiviti 'outreach di luar desa. ", "Program “Kembali ke Sekolah dan Khidmat Gunting Rambut Percuma” bersama anak-anak yatim, asnaf dan anak-anak golongan B40, program bersama agensi kerajaan dengan memberi khidmat kesedaran kepada masyarakat yang layak dan memerlukan bantuan.", "Ketika negara dilanda penularan wabak COVID-19, Zulhaidah bersama pasukan NGO menyumbang bekalan makanan asas kepada keluarga yang memerlukan bantuan dan kira-kira 500 pelajar kolej swasta yang terkandas kerana tidak dapat balik ke kampung. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/02/pru15-ali-jugah-akan-bertanding-atas-tiket-pn
[ "KUCHING: Penyandang kerusi Parlimen Saratok Datuk Ali Biju dan penyandang kerusi Lubok Antu, Jugah Muyang akan mempertahankan kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).", "Ali dan Jugah antara empat calon yang diletakkan Perikatan Nasional (PN) di Sarawak selain dua kerusi dipertandingkan iaitu kerusi Parlimen Bintulu dan Batang Lupar.", "Sejurus pengumuman Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, Ali dalam kenyataan berkata beliau selaku calon kerusi P.205 Saratok amat berbesar hati untuk menggunakan logo PN untuk bertanding pada PRU15.", "“Selaku Timbalan Menteri Persekutuan, saya merasa amat bertuah untuk berkhidmat dan berbakti untuk negara dan juga rakyat bersama rakan seperjuangan dalam GPS yang lain. ", "Ali berkata pada pilihan raya negeri lepas, beliau menarik diri dari bertanding bagi kerusi DUN Krian dan seikhlasnya membantu calon PDP berkempen." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/02/senarai-bakal-calon-pru15-perikatan-nasional
[ "KUALA LUMPUR: Berikut senarai bakal calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diumumkan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini malam tadi." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/02/pru15-senarai-bakal-calon-bn-bagi-kerusi-parlimen-di-semenanjung
[ "KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai bakal calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diumumkan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini malam tadi." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/02/pru15-annuar-musa-shahidan-zahidi-antara-yang-tidak-dinamakan-calon-bn
[ "KUALA LUMPUR: Pengumuman calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) oleh Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di sini malam tadi, menyaksikan beberapa nama besar pemimpin UMNO tidak disenaraikan sebagai calon.", "Di Perlis, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, tidak dinamakan sebagai calon untuk mempertahankan kerusi Parlimen masing-masing iaitu Arau dan Padang Besar.", "Shahidan yang menyandang kerusi Parlimen Arau selama empat penggal, digantikan oleh Datuk Rozabil Abd Rahman, manakala Zahidi digantikan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan.", "Calon BN bagi Parlimen Jempol dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan, Tanjong Karang, Selangor dan Kuala Nerus, Terengganu pula tidak diumumkan pada malam ini.", "Kerusi Parlimen Jempol dan Tanjong Karang masing-masing disandang oleh Pengerusi RISDA Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar.", "Manakala calon BN Parlimen Kuala Pilah pada PRU14 ialah Datuk Seri Hasan Malek yang tewas kepada calon Bersatu Datuk Eddin Syazlee Shith dan di Kuala Nerus pula calon BN Dr Tengku Ahmad Asmadi Tengku Mohamad tewas dalam pertandingan tiga penjuru dengan calon Pas dan PKR.", "Di Perak, dua nama besar turut tidak disenaraikan iaitu penyandang kerusi Pasir Salak bekas pengarah pilihan raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang menyandang kerusi itu selama empat penggal dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar).", "Ahmad Zahid mengumumkan bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun sebagai calon BN di Pasir Salak, manakala Maslin Sham Razman di Kuala Kangsar.", "Di Johor, penyandang Parlimen Tenggara Datuk Seri Dr Adham Baba dan Parlimen Kota Tinggi Datuk Halimah Mohamed Sadique turut tidak disenaraikan.", "Dr Adham yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi digantikan oleh Manndzri Nasib, manakala Halimah yang juga Menteri Perpaduan Negara digantikan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.", "Di Pahang, penyandang kerusi Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib turut tidak dinamakan sebagai calon dan digantikan oleh Exco Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin. - Bernama" ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/02/pru15-tengku-zafrul-dinamakan-calon-bn-di-kuala-selangor-ustaz-kazim-di-larut
[ "KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan beberapa tokoh dari pelbagai latar belakang termasuk dalam bidang keagamaan sebagai calon muka baharu mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).", "Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor. ", "Turut tersenarai pendakwah bebas Datuk Mohamad Kazim Elias yang dinamakan sebagai calon kerusi Parlimen Larut; Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya yang akan bertanding di Parlimen Kangar dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos dinamakan sebagai calon di Parlimen Sungai Besar.", "Selain itu, Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan akan bertanding di Parlimen Alor Gajah, Ahli MT UMNO, Hizatul Isham Abdul Jalil akan bertanding di Parlimen Shah Alam; muka baharu dari MCA Neow Choo Seong yang dinamakan sebagai calon di kerusi Parlimen Taiping dan anak bekas ketua menteri Melaka, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali yang akan bertanding di Hang Tuah Jaya.", "Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata BN turut menampilkan ‘wajah segar’ yang mempunyai idea serta sudut pandang yang bugar demi kemakmuran negara.", "Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata BN menampilkan lebih 85 peratus calon yang mempunyai kelayakan akademik di peringkat pengajian tinggi dalam pelbagai disiplin ilmu dan kepakaran.", "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/02/pru15-ismail-sabri-ahmad-zahid-pertahan-parlimen-masing-masing
[ "KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dicalonkan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Parlimen masing-masing di Bagan Datuk dan Bera pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).", "Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN pada majlis pengumuman calon BN malam tadi, turut mengumumkan Timbalan Presiden UMNO yang Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai calon BN bagi kerusi Rembau, Negeri Sembilan.", "Beliau turut mengumumkan dua lagi calon daripada kalangan ‘Top 5’ UMNO iaitu Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai calon untuk mempertahankan kerusi Parlimen Padang Terap, Kedah manakala Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan bertanding di Kota Tinggi, Johor.", "Ahmad Zahid mengumumkan Setiausaha Agung BN yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dicalonkan untuk bertanding di Parlimen Lumut.", "Beliau turut mengumumkan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong untuk mempertahankan Parlimen Ayer Hitam, Presiden MIC Tan Sri SA Vickneswaran dicalonkan untuk bertanding di kerusi Sungai Siput dan Ketua Pemuda UMNO Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki sebagai calon di Parlimen Gerik.", "Ketua Puteri UMNO Kelantan Marzuani Adila Ariffin pula dicalonkan untuk bertanding di Parlimen Ketereh, Kelantan bagi menggantikan penyandangnya Tan Sri Annuar Musa.", "Pada malam tadi, Ahmad Zahid mengumumkan 160 calon yang akan bertanding kerusi Parlimen di Semenanjung, manakala calon bagi 25 kerusi Parlimen di Sabah akan diumumkan esok.", "Ketua Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan dicalonkan untuk bertanding di Padang Besar bagi menggantikan penyandang Datuk Zahidi Zainul Abidin, manakala Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Noraini Ahmad dicalonkan untuk mempertahankan Parlimen Parit Sulong.", "Ahmad Zahid turut mengumumkan Datuk Seri Razali Ibrahim yang pada PRU14 bertanding di Parlimen Muar, dicalonkan untuk bertanding di Pagoh manakala Ketua Pemuda UMNO Muar Mohd Helmy Abdul Latif sebagai calon BN di kerusi Muar.", "Beliau juga menampilkan beberapa calon yang tewas pada PRU14 untuk bertarung di kerusi yang pernah disandang mereka, termasuk Datuk Seri Liow Tiong Lai (Bentong) dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai) dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Titiwangsa).", "Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan yang sebelum ini pernah menyandang Parlimen Hulu Selangor pada PRU13, dicalon semula untuk bertanding di Parlimen Port Dickson.", "Ahmad Zahid turut menurunkan calon penyandang kerusi Parlimen untuk mempertahankan kerusi masing-masing termasuk Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang), Datuk Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya), Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian) dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (Sembrong).", "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/02/pru15-pn-tanding-169-kerusi-parlimen-116-dun
[ "KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) semalam mengumumkan akan bertanding di 169 kerusi Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini.", "Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata daripada 169 kerusi Parlimen yang akan dipertandingkan itu, Bersatu akan bertanding di 74 kerusi, PAS (64), Gerakan (20) dan Bersekutu (11).", "Bagi peringkat DUN yang melibatkan Pahang, Perlis dan Perak, beliau berkata PAS bertanding 57 kerusi, Bersatu (41), Gerakan (14) manakala Bersekutu (empat).", "“Perkara ini telah kita putuskan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PN dan akan umum bakal calon bertanding kecuali bagi Kelantan dan Terengganu akan umum pada satu tarikh lain sama ada esok atau lusa,” katanya pada majlis pengumuman calon PN pada PRU15 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, malam tadi.", "Pada 20 Okt lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Nov sebagai tarikh pengundian PRU15, dengan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 Nov manakala pengundian awal, 15 Nov ini.", "Beliau juga mengumumkan beberapa barisan pemimpin utama yang akan bertanding antaranya Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mempertahankan kerusi Parlimen Tambun manakala Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin kekal bertanding di kerusi Parlimen Larut.", "Ketua Penerangan PN merangkap Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, kedua-duanya akan mempertahankan kerusi Parlimen yang disandang mereka iaitu masing-masing di Gombak dan Indera Mahkota.", "Ketua Wanita PN yang juga Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun pula bertukar kerusi Parlimen dari Titiwangsa ke Sepang dalam pilihan raya kali ini.", "Selain itu, Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad bakal bertanding di kerusi Parlimen Bagan Serai dan Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong di  Parlimen Bayan Baru, kata Muhyiddin.", "“Ini kali pertama kita (PN) sertai pilihan raya umum, maka kita memperkenalkan tokoh-tokoh yang berkelayakan, berkelulusan, mesra rakyat serta prihatin terhadap isu dihadapi rakyat supaya mereka dapat pikul amanah dalam menguruskan nasib rakyat selepas PRU15 selesai,” katanya sambil menambah rundingan pemilihan calon berjalan dengan lancar.", "Beliau, bagaimanapun, mengingatkan semua komponen gabungan itu untuk menerima baik keputusan pucuk pimpinan berhubung nama-nama calon yang telah diumumkan serta memohon kerjasama di setiap peringkat parti untuk terus membantu dalam memastikan kemenangan PN.", "Turut hadir pada majlis pengumuman calon itu ialah calon DUN Cheka, Pahang iaitu Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau.", "Dalam majlis tersebut juga, kesemua calon dan barisan ahli jawatankuasa PN turut berikrar dan mengangkat sumpah aku janji yang diketuai Muhyiddin bagi menyatakan komitmen untuk membina sebuah kerajaan bebas rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada PRU15. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/01/pkr-umum-16-calon-bertanding-di-sarawak
[ "MIRI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak mengumumkan 16 calon bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini di kerusi-kerusi Parlimen seluruh negeri ini hari ini.", "Pengerusi PKR Sarawak Roland Engan bertanding di kerusi Parlimen Baram menjadikan beliau kekal 'musuh tradisi' kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS). ", "Sementara itu, 15 calon lain ialah Sopian Julaihi (P194 Petra Jaya) Diog Dios (P198 Puncak Borneo), Tay Wei Wei (P202 Sri Aman), Langga Lias (P203 Lubok Antu), Patrick Kamis (P204 Betong), Ibil Jaya (P205 Saratok), Mohd Fauzi Abdullah@Joseph (P210 Kanowit), Abdul Jalil Bujang (P213 Mukah), Umpang Sabang (P214 Selangau), Khusyairy Pangkas Abdullah (P215 Kapit), Abun Sui Anyit (P216 Hulu Rajang), Zolhaidah Suboh (P218 Sibuti), Chiew Choon Man (P219 Miri), Racha Balang (P221 Limbang) dan Japar Suyut (P222 Lawas).", "Manakala satu-satunya penyandang kerusi dari PKR masih kekal iaitu Dr Michael Teo di Parlimen Miri digugurkan dari senarai pada PRU15 ini. ", "Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemilihan calon dibuat oleh parti itu bukan mudah kerana beliau terpaksa menggugurkan beberapa nama yang sudah banyak menyumbang kepada parti. ", "Beliau amat berharap agar Sarawak kini boleh memilih calon-calon mereka untuk mewakili suara rakyat negeri ini ke peringkat nasional dan kerajaan persekutuan dan seterusnya memberi khidmat lebih baik kepada rakyat negeri ini. ", "Beliau juga mengingatkan semua calon yang dipilih untuk bekerja keras pada PRU15 ini bagi memastikan PKR dan PH dapat menawan semula Putrajaya dan seterusnya membentuk kerajaan pada 20 November nanti.  " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/01/aspirasi-masih-belum-memuktamadkan-calon-bertanding-pru15
[ "KUCHING: Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) masih belum memuktamadkan calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) meskipun hari penamaan calon berbaki empat hari lagi.", "\"Parti kami masih mempertimbangkan (calon-calon parti yang akan bertanding pada PRU15). Kami akan umumkan pada masa yang sesuai,\" katanya ketika dihubungi hari ini.", "Pada 22 Ogos 2022, Soo pada satu sidang media memaklumkan bahawa Aspirasi akan bertanding di empat kerusi iaitu Bandar Kuching, Serian, Puncak Borneo dan Mas Gading.", "Soo memberitahu tiga daripada kerusi Parlimen yang diintai iaitu Serian, Puncak Borneo dan Mas Gading merupakan kerusi luar bandar serta kerusi majoriti Bidayuh.", "“Kami telah mengenal pasti calon-calon yang berpotensi untuk keempat-empat kerusi ini, namun ia belum dapat diumumkan kerana kami masih melakukan kajian di peringkat akar umbi,” katanya.", "Pada 21 September 2022, Soo menerusi satu kenyataan pula memaklumkan bahawa Aspirasi akan bertanding di Stampin bagaimanapun tidak menyatakan siapa bakal diletakkan di situ mewakili parti." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/01/pru15-annuar-serah-kepada-pucuk-pimpinan-soal-pencalonan
[ "KOTA BHARU: Penyandang kerusi Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan kedudukan sama ada beliau akan dicalonkan bagi bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).", "Beliau turut mengesahkan setakat ini belum menerima surat atau sebarang jemputan berkaitan majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) yang akan diadakan malam ini.", "Katanya parti memiliki sistem tersendiri dalam memilih calon, justeru semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan kepada parti khususnya pucuk pimpinan untuk menentukan serta memilih siapa yang parti fikir patut menerima watikah dan mewakili parti.", "\"Soal calon macam saya kata bukan benda yang harus kita minta-minta, lobi-lobi. Kalau kita difikirkan oleh pucuk pimpinan atas apa juga asas pertimbangan maka itu kita hanya alat untuk parti memberi watikah dengan logo parti kita masuk. Kalau parti tidak pilih itu bukanlah pengakhiran segalanya. Tetapi itu juga tidak menyekat kita nak bertanding kita boleh juga bertanding, beli borang, bayar deposit… semua orang boleh bertanding.", "\"Dari sudut kita sebagai ahli parti, bagi saya pendirian saya tidak akan lobi, tidak akan minta, tidak akan merayu. Kita serah bulat-bulat kepada parti dan saya difahamkan malam ini ada surat jemputan majlis pengumuman jadi saya fikir ahli-ahli parti terima sajalah apa yang parti putuskan,\" katanya pada sidang media di sini hari ini.", "Mengulas lanjut, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia turut mengesahkan tawaran sebagai calon kerusi Parlimen Ketereh telah diberikan kepada Ketua Puteri UMNO Bahagian Ketereh Marzuani Ardila Ariffin.\n“Ketua Puteri saya dipanggil dan ditawarkan. Sama ada beliau terima atau tidak, itu saya tidak tahu kerana mereka masih lagi berunding,” katanya.", "“Saya kata dalam politik ini tanyalah hati sendiri yang penting bila bertanding biarlah menang. Kalau kita rasa menang kita boleh sumbang satu kerusi kepada parti kita, itu benda yang sebaik-baiknya.", "“Jangan bertanding hanya untuk bertanding, kalau rasa boleh menang baguslah bertanding ini untuk menang (kerana) bayar deposit, berkempen berhabis beratus ribu (malah) berjuta untuk sesetengah orang,” katanya.", "Ditanya sama ada beliau mempunyai rancangan lain sekiranya tidak dicalonkan semula mempertahankan kerusi Parlimen tersebut, Annuar yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh berkata perkara tersebut akan difikirkan kemudian.", "“Katakan senario saya tidak dipilih, saya tidak boleh mengamuk, saya tak boleh marah tetapi perjalanan politik saya masa itulah saya kena duduk dan fikirkan.", "“Tengok kalau buat begini jadi begini, buat begitu jadi begitu. Jadi pilihan itu banyak, kalau dulu-dulu keluar pembangkang masuk kerajaan, keluar kerajaan masuk pembangkang tetapi sekarang kalau tak duduk dalam parti kerajaan, di luar ada lagi parti lain yang kerajaan juga.", "“Senario politik kerajaan dah berubah, PAS pun kerajaan, Bersatu pun kerajaan. Semuanya di bawah pimpinan Perdana Menteri yang sama. Ada pilihan orang kata tepuk dada tanya selera,” katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/01/ahmad-zahid-nafi-dakwaan-calon-pru15-tanda-tangan-surat-sokongan
[ "KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), diminta untuk menandatangani surat menyokong beliau dengan memberinya mandat untuk membentuk Kabinet, sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya.", "Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga pengerusi BN, enggan mengulas mengenai spekulasi mengenai penyandang kerusi Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim yang akan digugurkan sebagai calon BN bagi parlimen itu.", "“Tunggulah pengumuman malam ini kalau nak penjelasan mengenai spekulasi itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perbicaraan kes bela dirinya di Mahkamah Tinggi hari ini.", "“Malam ini malam kesedihan yang teramat sangat. Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau ditutup dan bendera diturunkan. Kali pertama dalam sejarah,” katanya dalam hantaran itu.", "Media sebelum ini melaporkan desas desus bahawa nama Shahidan dan penyandang kerusi Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin, tidak tersenarai sebagai calon pada PRU15. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/01/semua-jentera-gps-bersedia-berperang-pada-pru15
[ "LAWAS: Bertahan dan menyerang, itu tegas Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kepada semua jentera parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akan 'berperang' pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.", "Beliau berkata, semua jentera tidak harus dalam keadaan bertahan tetapi mula bersama-sama menyerang dan bangkit berjuang habis-habisan dalam 'perang politik' untuk menambah jumlah kerusi Parlimen GPS.", "Menurutnya, persiapan itu penting dalam memastikan suara rakyat Sarawak daripada 31 kerusi Parlimen dapat bergema di Dewan Rakyat dan menjadi kuasa penting dalam memastikan hak Sarawak dikembalikan sepenuhnya.", "“Gunakan kelebihan berhujah untuk setiap jentera di akar umbi. Kita jangan takut sebaliknya tegas memperjuang GPS melalui penerangan mengenai hala tuju perjuangan kita mengangkat martabat rakyat Sarawak keseluruhannya,\" kata beliau pada sesi perjumpaan dengan jentera GPS di Pusat Khidmat GPS Parlimen Lawas semalam.", "Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Henry Sum Agong, Setiausaha Politik Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Datuk Pengiran Jawa dan semua ahli jawatankuasa induk PBB Cawangan Bukit Sari, Ba’Kelalan dan komponen GPS Lawas. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/01/uggah-hormati-pendirian-wan-junaidi-tidak-bertanding-pada-pru15
[ "KUCHING: Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Douglas Uggah Embas menghormati pendirian penyandang kerusi Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).", "“Apa yang lebih penting ialah kita (PBB) harus memberi peluang kepada generasi muda mempersiapkan diri mereka menceburi dunia politik, jadi kita amat menghormati keputusan Datuk Seri Wan Junaidi,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Borneo (BOSH) Ke-7 di sebuah hotel di sini, semalam.", "Pada Ahad, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberitahu bahawa Wan Junaidi telah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding semula pada PRU15 akan datang.", "Bagaimanapun, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkata, beliau masih belum memutuskan sama ada mahu menerima keputusan ahli politik veteran itu atau sebaliknya.", "Sementara itu, Wan Junaidi ketika dihubungi pada Isnin, berkata beliau mengesyorkan Setiausaha Politiknya Dato Sri Syed Hamzah Syed Paie untuk menggantikan beliau sebagai calon GPS pada PRU15.", "Ahli politik veteran berusia 77 tahun itu menyifatkan Syed Hamzah sebagai pilihan terbaik sekiranya Abang Johari tidak menamakan semula beliau pada PRU15.", "\"Saya telah melatih Syed Hamzah untuk menjadi seperti saya. Beliau telah bersama saya selama 18 tahun. Saya fikir beliau antara yang 'paling tidak bermasalah' (calon terbaik) dan saya telah berjanji untuk mengesyorkannya.", "“Terdapat banyak petisyen agar saya meneruskan sebagai wakil rakyat tetapi apabila mereka mendengar berita kemungkinan besar saya akan berundur, kini mereka mahukan Syed Hamzah,” katanya.", "Wan Junaidi merupakan antara Ahli Parlimen paling lama berkhidmat di Sarawak iaitu selama 32 tahun sejak 1990 bermula sebagai Ahli Parlimen Batang Lupar.", "Pada PRU14, Wan Junaidi menang dengan mendapat 26,379 undian ketika menentang Mohamad Fidzuan Zaidi daripada Pakatan Harapan yang mendapat 6,894 undi dengan majoriti undi sebanyak 19,485." ]