url
stringlengths
47
133
content
sequence
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/12/dennis-seru-pengundi-baram-beri-sokongan-padu-kepada-anyi-ngau
[ "MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau menyeru rakyat khususnya di Parlimen Baram agar memberi sokongan kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Anyi Ngau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.", "“Sebab itulah kita perlu memberi kemenangan besar kepada beliau (Anyi) agar kami berdua nanti dapat bersama terus membangunkan Baram,” ujarnya pada Malam Kebudayaan Sempena Ulang Tahun Ke-6 Persatuan Wanita Kayan Telang Usan Miri (Doh Kayan Telang Usan) di sini, malam Jumaat.", "Hadir sama calon GPS Parlimen Baran Datuk Anyi Ngau, Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Pegawai Daerah Telang Usan Baru Tai, Ketua Masyarakat Kaum Kayan Bahagian Miri merangkap Pengerusi Persatuan Wanita Kayan Telang Usan, Temenggung Elizabeth Deng serta tetamu lain.", "Mengulas mengenai majlis itu, Dennis yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) mahu persatuan tersebut menggunakan landasan sosial media bagi membangunkan ekonomi.", "“Ia sebagai menyahut seruan Premier kita (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) ke arah ekonomi digital dan berpendapatan tinggi. Justeru, gunakan persatuan untuk membangunkan ekonomi menggunakan platform tersebut,” katanya.", "Pada majlis itu, beliau mengumumkan peruntukan berjumlah RM60,000 masing-masing daripada beliau sendiri (RM30,000) dan Abdul Karim (RM30,000) untuk manfaat persatuan bagi menganjurkan pelbagai aktiviti.", "Penyerahan buku ‘Pengurip: Arts, Culture & Food of The Telang Usan’s Kayan’ kepada ketua masyarakat dan ketua kaum di sini turut diadakan pada majlis itu. \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/12/sokongan-pengundi-india-cina-kepada-bn-meningkat
[ "BAGAN DATUK: Gelombang baharu sokongan pengundi Cina dan India terhadap Barisan Nasional (BN) telah menunjukkan peningkatan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.", "Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia seolah-olah isyarat yang memperlihatkan pengundi Cina dan India telah serik dan sengsara setelah memilih Pakatan Harapan pada PRU14.", "\"Jadi, ini merupakan satu perkembangan yang baik dengan sokongan pengundi setakat ini telah menghampiri kira-kira 45 peratus ke atas BN,\" katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Balik Bagan Datuk 'Jom Balik Mengundi' di Jeti Waterfront Bagan Datuk di sini hari ini.", "Dalam pada itu,  Ahmad Zahid turut meminta semua calon agar berusaha menggandakan usaha bagi menarik seramai mungkin pengundi untuk menyokong BN.", "Ahmad Zahid yang merupakan penyandang Parlimen Bagan Datuk sejak enam penggal lepas berkata jentera parti di setiap peringkat harus memberi fokus kepada beberapa kawasan kelabu dan hitam supaya dapat memperoleh majoriti yang kukuh.", "Menurut Ahmad Zahid sokongan pengundi muda terhadap BN juga menunjukkan peratusan yang tinggi dan berharap trend itu dikekalkan dan diterjemahkan dalam bentuk undi pada 19 November nanti.   ", "Ditanya mengenai kajian Merdeka Centre yang mendakwa melalui media sosial  mendapati kecenderungan pengundi Melayu pada PRU15 lebih kepada Perikatan Nasional berbanding BN, Ahmad Zahid berkata BN tidak bergantung kepada hanya institut penyelidikan tertentu sahaja untuk mendapatkan data dan maklum balas.", "\"Saya telah melakukan pemerhatian terhadap keputusan beberapa penyelidikan dan bukannya hanya satu institut, tapi banyak institut, dan perbandingan yang kami buat daripada data diperoleh ialah gelombang sekarang (sokongan) kepada calon BN tanpa mengira kaum." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/12/cadangan-projek-tebatan-banjir-fasa-4-di-lanang-perlu-rm120-juta
[ "Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Parlimen Lanang Wong Ching Yong berkata, cadangan projek itu kelak akan merangkumi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek dan Dudong.", "\"Sebenarnya, rancangan ini sudah pun dalam senarai kerajaan dengan peruntukan dananya sebanyak RM90 juta, tetapi setelah Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 2018, peruntukan itu disalurkan ke konstituensi lain.", "\"Kita pun gagal mendapat peruntukan itu sehingga selepas 2018, saya memperjuangkannya semula melalui bantuan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Dato Sri Dr Sim Kui Hian,\" ujarnya pada sidang media di sini, hari ini.", "Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng, Timbalan Pengerusi SUPP Cawangan Dudong Kelvin Kong serta ahli-ahli parti yang lain.", "Wong yang juga Pengerusi SUPP Cawangan Dudong berkata, pada tahun 2020 Dr Sim kemudian bersetuju dengan cadangan itu dengan kos sebanyak RM120 juta diperuntukkan bagi peringkat cadangannya.", "\"Projek ini akan memberi manfaat kepada penduduk di Jalan Tekam, Jalan Amoi, Jalan Lanang, Jalan Aman, Jalan Khoo Peng Loong, Jalan Tiong Hua, Jalan Lai Chee, Jalan Punai, Jalan Sentosa, Kampung Usahajaya Baharu, Jalan Bukit Lima dan sekitarnya.", "Wong memberitahu, proses cadangannya kini dalam peringkat rekaan bagi mengenal pasti penyelesaian yang sewajarnya dan relevan untuk mengatasi masalah banjir di kawasan tersebut.", "Wong berkata, projek itu hanyalah di peringkat cadangan dan, jika keadaan sebaliknya berlaku (GPS tewas di Lanang), beliau tidak tahu sama ada dana itu masih lagi diperuntukkan kepada Lanang atau disalurkan ke kawasan lain.", "Sebanyak RM493 juta daripada RM1 bilion yang akan diperjuangkan Wong jika dipilih rakyat pada PRU15 ini telah diumumkan olehnya setakat ini.", "Terdahulu dalam sidang media hariannya sebelum ini, beliau telah mengumumkan cadangan peruntukan sebanyak RM180 juta untuk naik taraf Jalan Kong Yit Khim kepada empat lorong, naik taraf Jalan Aman (RM78 juta), cadangan penubuhan pusat jantung dan kanser (RM50 juta), pusat akuatik bertaraf Olimpik di Sibu Jaya (RM50 juta), Pusat Komuniti dan Kebudayaan Bukit Tunggal, Durin (RM15 juta) dan cadangan Rancangan Projek Tebatan Banjir Fasa 4 Parlimen Lanang (RM120 juta)." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/12/wong-akan-jadi-wakil-rakyat-lanang-sepenuh-masa-jika-diberi-mandat
[ "SIBU: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Parlimen Lanang Wong Ching Yong berkata, beliau akan menjadi wakil rakyat sepenuh masa jika dipilih oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.", "Menurutnya, sekiranya terpilih kelak beliau akan tinggal di Sibu sepenuh masa serta akan membuka Pusat Khidmat Parlimen Lanang untuk memperkasakan khidmatnya.", "\"Bekas Ahli Parlimen Lanang Alice Lau mendakwa perkhidmatan saya adalah hanya 'sambilan' susulan dari pengumuman saya mahu mendermakan gaji bulanan saya kepada lima sekolah semalam.", "\"Saya tinggal di Sibu untuk 360 hari, 24 jam setiap hari. Saya tidak seperti Ahli Parlimen lain yang tinggal di Semenanjung Malaysia,\" katanya pada sidang media di sini, hari ini.", "Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng, Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong Kelvin Kong serta ahli parti yang lain.", "Dalam perkara lain, beliau membidas kenyataan Lau yang seolah-olah membayangkan beliau menyalahgunakan dana Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) bagi tujuan kepentingan peribadi.", "\"Saya ingin ingatkan bahawa Alice telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan. Dana MDLBS itu adalah dana yang disalurkan oleh kerajaan dan ia digunakan untuk tujuan pembangunan di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti Dudong, Bawang Assan, Bukit Assek dan Nangka,\" tegasnya yang juga Pengerusi SUPP Cawangan Dudong.", "\"Saya juga menghormati keengganan Alice menyumbangkan seluruh gajinya kepada lima sekolah persendirian Cina jika berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Lanang seperti jemputan saya semalam. Sebab ini adalah soal keikhlasan hati diri sendiri.", "\"Saya sangat suka akan sekolah persendirian Cina ini kerana saya menyekolahkan semua anak saya di situ sehingga tamat peringkat sekolah menengah." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/12/bantuan-sekolah-persendirian-cina-bukan-kerana-musim-pilihan-raya
[ "BINTULU: Bantuan diberikan kepada sekolah-sekolah persendirian Cina serta Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bukan disebabkan musim pilihan raya, sebaliknya bantuan seumpamanya telah lama dilakukan sebelum ini.", "Timbalan Premier Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, Kerajaan Sarawak membantu sekolah persendirian Cina dan sekolah rendah bantuan Cina disebabkan pendidikan sekolah Cina turut menerima semua pelajar tanpa mengira kaum sama ada Bumiputera, Melayu, Dayak, Orang Ulu dan lain-lain.", "Justeru katanya, pada 2020 Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menubuhkan unit kecil bagi menyelaras dan mengurus bantuan kewangan diperuntukkan dengan dana RM8 juta.", "\"Tujuannya adalah membantu membina semula, menyambung atau menempatkan bangunan sekolah rendah bantuan Cina,\" ujarnya semasa menyampaikan geran kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (C) Kai Ming dan bantuan kepada dua unit di bawah UNIFOR di Jalan Bintulu-Tatau di sini petang Jumaat.", "Menurutnya, sumber pendapatan utama sekolah-sekolah itu sebelum ini hanya dibiayai melalui sumbangan daripada swasta dan orang ramai, sebahagian kecil daripada yuran sekolah.", "Dr Sim berkata, dengan adanya unit itu, ia tidak hanya menumpukan menyelaras bantuan sekolah rendah Cina memandangkan pada 2014 bekas Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem telah memberi geran pertama berjumlah RM3 juta untuk membantu sekolah persendirian Cina di negeri ini.", "\"Bukan mudah mendapatkan dana mengurus bangunan dimiliki lembaga sekolah, sedangkan dari segi tenaga pengajarnya dan gaji adalah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),\" jelasnya.", "Berkenaan bantuan COVID-19 di bawah UNIFOR, pada 2016 semasa kempen Allahyarham Adenan menyatakan sekiranya menang pilihan raya beliau akan menubuhkan unit agama-agama lain di bawah pasukannya dan menjayakan manifestonya.", "\"Fungsinya adalah mendapatkan dana dan tanah pembinaan atau pembaikan dan sebagainya, justeru tahun lalu bantuan COVID-19 diberikan adalah RM5 juta dan tahun ini juga RM5 juta.", "Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang dan Ahli-ahli Lembaga Pengurusan Sekolah Persendirian Cina dan sekolah rendah bantuan Cina.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/12/belia-di-batang-lupar-perlu-perhatian-kemudahan-e-sukan-yang-lebih-kondusif
[ "KUCHING: Perhatian ke arah infrastruktur dan kemudahan sukan menjadi harapan golongan muda di Batang Lupar supaya ia menjadi fokus calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Mohamad Shafizan Kepli sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.", "Selain itu, mereka berharap kemudahan untuk anak muda tidak tercicir dan suara mereka menjadi wadah dalam usaha kerajaan membangunkan Sarawak ke arah ekonomi digital.", "Bagi Janaidi Ramli, selain kekurangan infrastruktur sukan, pemimpin tempatan juga boleh menambah baik kemudahan yang sedia ada seperti padang bola sepak.", "\"Begitu juga permintaan kami supaya menyediakan kemudahan gelanggang futsal yang berbumbung dan saya sendiri akui persatuan belia di sini kurang mendapat dana,\" katanya ketika dihubungi pada Jumaat." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/12/malaysia-airlines-tambah-frekuensi-penerbangan-untuk-destinasi-domestik-menjelang-pru15
[ "KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines akan menambah frekuensi/kekerapan penerbangan dan menggunakan pesawat A330 berbadan lebar di beberapa laluan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi memastikan perjalanan yang lancar dan boleh dipercayai untuk pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).", "Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata ia akan menambah penerbangan kepada 44 daripada 26, dan menaik taraf kepada 24 daripada 16 perkhidmatan domestik menggunakan pesawat A330.", "Mereka yang pulang pada 19 November juga akan mendapat diskaun 20 peratus sehala, tambang termasuk semua bermula pada RM104 melalui kempen \"Jom Balik Mengundi\" syarikat penerbangan itu untuk tempahan yang dibuat sebelum 19 November, bagi  perjalanan dari 11 November hingga 27 November 2022.", "Diskaun 20 peratus terpakai kepada semua kategori tambang, termasuk Lite, Basic dan Flex untuk Kelas Ekonomi serta Basic dan Flex untuk Kelas Perniagaan. Tempahan boleh dibuat di www.malaysiairlines.com.", "Syarikat penerbangan itu turut menggalakkan pelajar berumur antara 18 dan 26 tahun untuk mendaftar sebagai ahli MHexplorer untuk menikmati faedah perjalanan sepanjang tahun, termasuk diskaun sehingga 30 peratus untuk penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly, elaun tambahan bagasi sebanyak 10kg, satu pertukaran tarikh percuma dan lain-lain faedah.", "Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Bhd Kapten Izham Ismail berkata tempahan Malaysia Airlines telah melonjak sebanyak tujuh peratus berbanding purata hariannya, dengan hampir 70,000 tempahan penumpang sejak pelancaran \"Jom Balik Mengundi\" pada 20 Okt.", "Syarikat penerbangan itu telah meningkatkan kapasiti sebanyak 30 peratus ke destinasi domestik utama di Semenanjung Malaysia seperti Pulau Pinang dan Kota Bharu serta Sabah dan Sarawak, kata kenyataan itu. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/12/kerajaan-sarawak-pertimbang-cuti-umum-18-nov-abang-johari
[ "KUCHING: Kerajaan Sarawak perlu membuat pertimbangan secara rasional sebelum mengambil langkah mengisytiharkan cuti umum pada 18 November ini bagi memudahkan pengundi pulang mengundi. ", "Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ekonomi akan terjejas apabila cuti digazetkan kerana majikan perlu membayar upah dua kali ganda kepada pekerja. ", "“Memang orang suka cuti, tetapi orang Sarawak suka kerja. Kalau suka kerja, biar kerja,” ujarnya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Sarawakku Sayang Bahagian Sri Aman 2022 di Dataran Pekan Lingga, Sri Aman hari ini. ", "Beliau mengulas mengenai permintaan sesetengah pihak agar kerajaan Sarawak mengikuti langkah kerajaan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang mengisytiharkan 18 November sebagai cuti umum bagi membolehkan pengundi luar pulang ke kawasan masing-masing untuk mengundi pada 19 November. ", "Mengenai pembangunan di Lingga dan Sri Aman secara keseluruhannya, beliau berkata kerajaan mempunyai perancangan jangka panjang yang menyeluruh menerusi Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA). ", "Untuk membangunkan dua sektor ini katanya, ia memerlukan infrastruktur yang tinggi umpamanya Jambatan Batang Lupar bernilai RM1 bilion, selain jambatan kecil lain termasuk pembangunan jalan raya. ", "\"Sebab itu, kita berkehendakkan jambatan antara kerajaan persekutuan kerana kita punyai pengalaman 22 bulan di mana ada projek dibatalkan dan guna dana sendiri,\" katanya. ", "Hadir sama Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor, calon GPS Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli serta yang lain. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/12/pru15-dua-lelaki-ditahan-ugut-wartawan-buat-liputan
[ "SEREMBAN: Dua lelaki ditahan selepas disyaki mengugut sekumpulan wartawan yang membuat liputan kempen seorang calon sebuah parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di sebuah restoran di sini, semalam.", "Ketua Polis Negeri Sembilan DCP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata kedua-dua suspek berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun itu ditahan di Taman Seremban Selatan selepas polis menerima laporan kira-kira pukul 11.50 malam.", "“Kedua-dua mereka dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan mengugut wartawan untuk tidak membuat liputan media di situ. Seorang wartawan ditolak, dibaling dengan gelas, botol arak dan kasut.", "Beliau menasihatkan masyarakat supaya memberi kerjasama kepada wakil parti yang berkempen dan media membuat liputan dalam memastikan suasana pilihan raya berjalan lancar dan harmoni.", "Terdahulu, calon parti berkenaan meluahkan rasa kesal dengan perbuatan individu terbabit yang cuba menimbulkan kekacauan sehingga mencemarkan suasana kempen yang sepatutnya diadakan dalam keadaan aman.", "Beliau berkata penyokong mana-mana parti politik perlu berfikiran terbuka dan matang sepanjang tempoh berkempen dan tidak melakukan perkara di luar batasan. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/12/sekumpulan-ketua-kaum-dun-tamin-nafi-sokong-calon-ph
[ "SELANGAU: Sekumpulan ketua kaum kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin menafikan mereka menyokong calon Pakatan Harapan (PH), Umpang Sabang seperti didakwa dalam ceramah kempennya di sebuah rumah panjang di Sekuau. di sini pada 10 November lalu.", "Mereka terdiri daripada Pemanca Matthew Ganggang, Penghulu Andrewson Ngalai, Penghulu Bansa Kunchau, Penghulu Surang Takin, Penghulu Julia Awal, Penghulu Anjat Beti, Penghulu Christopher Chat dan Penghulu Thomas Jawa.", "\"Dia (Umpang) telah berbohong dan perbuatan mengaitkan nama ketua kaum termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christopher Gira Sambang dalam ceramah kempennya adalah politik murahan.", "\"Justeru kami meminta dia berhenti mengaitkan nama-nama ketua kaum dalam kempen politiknya. Selain menggugat keharmonian terutama di kalangan ahli-ahli Parti Rakyat Sarawak (PRS) perbuatannya itu juga mengelirukan rakyat serta pengundi keseluruhannya,\" kata mereka.", "Selain itu, mereka juga mendakwa corak kempen yang diketengahkan Umpang tidak mempunyai visi dan wawasan serta perancangan untuk kawasan Parlimen Selangau." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/12/clarence-ting-terima-sorakan-gemuruh-semasa-pidato-umum-datuk-dr-annuar-rapaee-di-taman
[ "SIBU: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Parlimen Sibu, Clarence Ting menerima sorakan gemuruh daripada ribuan penyokong dan penduduk setempat yang membanjiri Pidato Umum Datuk Dr Annuar Rapaee di Taman Selera Harmoni di sini, malam tadi.", "Dianggarkan, 5,000 penyokong dan penduduk setempat dari pelbagai latar belakang membanjiri pidato bertajuk 'Mengapa GPS Harus Menang di Sibu?' tersebut walaupun dalam keadaan cuaca hujan.", "Dr Annuar dalam pidatonya menyeru pengundi di Sibu memberi kemenangan kepada Ting agar dapat menghantar beliau (Ting) ke Dewan Rakyat untuk mewakili suara penduduk Sarawak, khasnya di Parlimen Sibu.", "Katanya, Ting telah melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dengan baik dengan kerap turun padang berjumpa rakyat di kawasannya.", "\"Ingin saya jelaskan di sini, orang yang paling rapat dengan saya ketika pandemik tersebut ialah tidak lain dan tidak bukan calon kita, Clarence Ting.", "\"Jadi, ini jelas menunjukkan malam ini saya meminta masyarakat bumiputera khususnya Melanau, Iban dan Melayu menyokong calon kita kerana orang yang paling boleh saya bekerjasama untuk kita pada masa depan ialah Clarence Ting, \" katanya.", "Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu menegaskan Sibu memerlukan pasukan yang kuat di kalangan ADUN dan Ahli Parlimennya untuk menerajui pembangunannya.", "“Pilihan raya lalu saya merayu supaya rakyat Sibu mengundi calon GPS dan memberi saya rakan untuk bekerjasama untuk Sibu dan anda memberi saya tiga ADUN iaitu Datuk Seri Tiong King Sing (Dudong), Michael Tiang (Pelawan) dan Joseph Chieng (Bukit Assek).", "“Kali ini saya merayu kepada semua rakyat Sibu tolong lengkapkan pasukan dengan menambah dua lagi Ahli Parlimen iaitu Clarence Ting untuk Sibu dan Wong Ching Yong untuk kerusi Lanang,” katanya.", "Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I itu berkata dengan memastikan kemenangan Ting di Sibu, mereka akan memperoleh 1/3 peruntukan bagi pembangunan setiap kawasan pilihan raya.", "“Terdapat tiga DUN di bawah Sibu iaitu Nangka, Pelawan dan Bawang Assan. Dengan Ting memenangi kerusi itu saya harap beliau dapat memastikan peruntukan yang diberikan kerajaan akan dibahagikan sama rata di antara tiga kawasan ini,” katanya.", "Sementara itu, Ting dalam ucapannya berjanji akan bekerja sekeras sekiranya dipilih sebagai Ahli Parlimen Sibu seperti mana beliau berbakti kepada peranan pengerusi MPS.", "“Saya akan bekerjasama dengan cara yang sama (tidak kira agama) Melayu, Melanau, Iban atau masyarakat Cina. Saya harap kita akan terus bersatu kerana di Sibu kita memerlukan lebih banyak pembiayaan dari kerajaan. Kita tidak mampu di pihak pembangkang." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/12/fadillah-yakin-akan-dapat-sokongan-pengundi-muda
[ "KUCHING: Penglibatan aktif dan sambutan menggalakkan daripada belia sepanjang berkempen setakat ini memberi keyakinan bahawa pengundi muda akan memberi sokongan kepada beliau, kata calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof.", "Beliau percaya akan mendapat undi daripada pengundi muda khususnya Undi18 pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekali gus membolehkannya mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2013 itu.", "Menurutnya, setakat tujuh hari berkempen, penglibatan dan interaksi dengan pengundi muda di konstituensi amat baik malah golongan itu memberi pandangan positif sama ada melalui media sosial atau secara fizikal.", "\"Ini menampakkan mereka sangat mesra dengan GPS. Mereka juga memahami, merasai dan mengetahui rancangan juga pelan pembangunan GPS khususnya di Sarawak.", "\"Mereka (belia) juga sedar, pelan pembangunan kerajaan Sarawak diterajui GPS akan memberi manfaat kepada semua lapisan rakyat. Ia bukan perancangan semata-mata,\" katanya.", "“Bukan sahaja dalam konteks pekerjaan sebagai pekerja mahir, malah dalam bidang perniagaan, pembangunan, penghasilan produk dan sistem baharu untuk memenuhi kehendak Sarawak itu sendiri,” katanya.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/12/ph-sudah-ketandusan-idea-berkempen-fadillah
[ "KUCHING: Tindakan Pakatan Harapan (PH) meletakkan kain rentang dengan slogan ‘GPS menang Zahid senang’ di beberapa lokasi tumpuan di Sarawak disifatkan sebagai ketandusan idea untuk berkempen.", "Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Sri Fadillah Yusof berkata, parti itu akan terus cuba mengelirukan pengundi dengan memutarbelitkan sesuatu perkara.\n“Mereka (PH) sebenarnya tiada idea lagi, sebab itu mereka cuba menanam sentimen yang tidak betul.", "“Mereka berusaha sedaya upaya memutar belit fakta dan cuba memberi gambaran negatif terhadap perjuangan GPS untuk Sarawak,” katanya pada Program Santai Bersama Belia dan Beliawanis Satok di sini, semalam.", "Fadillah yang juga Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, GPS bertanding atas tiket sendiri dan akan meneruskan perjuangan untuk mempertahankan dan mengangkat martabat negeri dan rakyat Sarawak.", "“Itu matlamat kita dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, kita nak berkerja dengan siapa adalah bergantung dengan siapa yang dapat mewujudkan kestabilan negara dan dapat memenuhi tuntutan Sarawak.", "Fadillah berkata, PH khususnya Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen sudah lupa bahawa partinya pernah bekerjasama dengan BN untuk membentuk kerajaan campuran di Perak dahulu.", "“Beliau (Chong) kata inilah wawasan baharu politik Malaysia. \n“Jadi, itu maknanya dia putar alam, orang lain tidak boleh, tapi mereka boleh pula,” katanya.", "Mengenai pendekatan santai tanpa ceramah umum yang digunakannya sepanjang seminggu kempen PRU15, Fadillah yang juga calon GPS di Parlimen Petra Jaya berkata, ia bagi membolehkannya bersemuka dan mendekati rakyat." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/12/setiap-undi-kepada-gps-penting-untuk-mempunyai-suara-yang-kuat-di-parlimen-fadillah
[ "Ketua Whip GPS Dato Sri Fadillah Yusof berkata, kedudukan ini akan memberi peluang dalam mempengaruhi dasar kerajaan persekutuan yang lebih mesra Sarawak.", "“Jika kita (pengundi) memilih PH, bermakna rakyat Sarawak memberi mandat kepada PH Sarawak yang seterusnya ditentukan di peringkat persekutuan oleh presidennya sendiri (Datuk Seri Anwar Ibrahim).", "Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Santai Bersama Belia dan Beliawanis Satok di Kedai Ais Kacang Swee Kang di sini, semalam.", "“Sebab itu bila dikatakan pembentukan Malaysia, dulu ada tiga wilayah dan sekarang perjuangan kita untuk memastikan wilayah Sarawak ini sama rata dengan wilayah Semenanjung Malaysia.", "“Kalau rakyat beri sepenuhnya 31 kerusi kepada GPS, suara kita akan lebih baik dan kuat seterusnya dapat mempengaruhi apa sahaja  dasar yang dibentuk di peringkat persekutuan,” katanya.", "Ditanya mengenai dakwaan kerjasama PH dan BN selepas PRU15 oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, Fadilah berkata, itu adalah hak mereka.", "“Apa yang menjadi perhatian Sarawak adalah kita (GPS) mahu menentukan dasar di peringkat persekutuan iaitu bagi memastikan wujudnya kerajaan yang stabil." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/12/lau-gesa-wong-henti-sebar-kenyataan-mengelirukan
[ "SIBU: Calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) bagi Parlimen Lanang Alice Lau menggesa lawannya daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) Wong Ching Yong supaya berhenti menyebarkan kenyataan yang mengelirukan untuk meraih undi.", "Pada sidang media semalam, Lau berkata, Wong cuba mengelirukan rakyat apabila memberitahu beliau hanya berjaya mendapat peruntukan RM2 juta untuk Parlimen Lanang semasa menjadi Ahli Parlimen sejak 10 tahun lepas.", "Lau berkata, beliau telah menjelaskan bahawa peruntukan RM2 juta untuk Lanang yang dipaparkan di media sosial dan risalah kempennya hanyalah dana projek kecil luar bandar (MRP).", "Tambahnya, dana itu adalah dari September 2021 hingga Oktober 2022 dan dana tidak termasuk dana untuk Projek Mesra Rakyat (PMR) yang tidak pernah disiarkan.", "\"Apa yang saya lakukan ialah selama ini saya menyiarkan di Facebook untuk menunjukkan kepada orang ramai bagaimana saya membelanjakan peruntukan itu. Ia telus, tiada komisen dan tiada orang tengah.", "Lau berkata sebagai seorang akauntan, Wong seharusnya lebih peka dengan nombor. Ujarnya, dia kecewa walaupun sudah masuk hari ketujuh berkempen, Wong masih mempersoalkan mengenai dana itu,\" katanya.", "Mengenai kenyataan Wong bahawa beliau akan mendermakan gaji Ahli Parlimennya kepada sekolah-sekolah persendirian Cina di kawasannya, Lau berkata, Wong hanya mahu menjadi ahli politik sambilan.", "Sementara itu, calon DAP bagi Parlimen Sibu, Oscar Ling juga menggesa ahli politik supaya berkempen secara positif dan bukannya menyerang antara satu sama lain.", "Beliau menggesa calon berkempen berdasarkan dasar dan pendirian mereka seperti pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan penjagaan kesihatan.", "\"Ini adalah isu nasional yang perlu dibincangkan di Parlimen. Tak payah cakap nak bina taman air dan semua itu, ini projek kerajaan negeri atau swasta. Kita bercakap mengenai isu persekutuan,\" katanya.", "Beliau berkata, pembelian undi adalah antara isu terbesar semasa pilihan raya dan ada khabar angin bahawa ia telahpun bermula.\n\"Pasukan penguatkuasa SPR perlu meneliti perkara ini, bukannya hanya fokus pada papan iklan dan bunting,\" katanya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/12/psb-sependapat-dengan-dap-satu-undi-kepada-gps-adalah-kepada-umnobn
[ "SIBU: Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) bagi kerusi Parlimen P.212 Sibu Dato Sri Wong Soon Koh sependapat dengan andaian Parti Tindakan Demokratik (DAP) bahawa satu undi kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah undi kepada UMNO atau Barisan Nasional (BN).", "\"Jika kita lihat senario politik semasa, pada tahap tertentu semua andaian itu ada benarnya. Satu undi kepada GPS adalah undi kepada UMNO atau BN,\" ujarnya pada sidang media di Pejabat PSB semalam.", "Menurut Wong, GPS sebelum ini secara terang mengatakan yang mereka boleh bekerjasama dengan mana-mana parti kecuali Pakatan Harapan (PH) dan DAP.", "\"Namun PN dilihat kurang mendapat sambutan dan ini menjadikan satu-satunya pilihan GPS yang ada adalah untuk bekerjasama dengan UMNO atau BN. ", "\"Saya percaya rakyat tahu apa yang akan berlaku jika GPS bekerjasama dengan BN bagi membentuk kerajaan seterusnya selepas pilihan raya nanti,\" jelas Presiden PSB itu.\n  \nPada masa sama katanya, DAP juga ada mengatakan kemungkinan untuk mereka bekerjasama dengan UMNO selepas pilihan raya ini.", "\"Jadi apakah makna semua ini, apakah bezanya,\" ujar Wong sambil menambah pilihan terbaik rakyat Sarawak adalah memilih sebuah parti tempatan yang tidak terikat kepada mana-mana pihak.", "Hanya dengan itu katanya, suara sebenar rakyat Sarawak dapat disuarakan atau didengar di Parlimen, seterusnya memperjuangkan hak-hak mereka tanpa rasa takut." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/12/lai-janji-usul-akta-referendum-di-parlimen-jika-dipilih-wakil-rakyat-miri
[ "MIRI: Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Miri Datuk Lawrence Lai berjanji akan mengusulkan Akta Referendum di Parlimen sebagai Rang Undang-Undang Persendirian sekiranya diberi kepercayaan menjadi Ahli Parlimen Miri yang baharu. ", "Menurutnya, akta itu diperlukan untuk memulihkan dan menuntut hak-hak autonomi, sumber dan kepentingan rakyat dan negeri Sarawak yang terhakis sejak menjadi rakan penubuhan Persekutuan Malaysia. ", "\"Sama ada rakyat Sarawak untuk terus bersama atau keluar dari Malaysia akan dipilih oleh rakyat Sarawak menerusi perundangan, prosedur perlembagaan dan dilakukan secara aman,\" tegas Lai dalam kenyataannya pada Jumaat. ", "Bekas Datuk Bandar itu memberitahu, referendum merupakan prosedur perundangan yang efektif dan kritikal untuk memulihkan hak-hak Sarawak serta mematuhi sepenuhnya manifesto pilihan raya PSB iaitu 'Restore Sarawak' (Pulihkan Sarawak). ", "Langkah sama akan dilakukan Presiden PSB dan calon Sibu Dato Sri Wong Soon Koh dan Setiausaha Agung Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan calon Lanang Priscilla Lau. ", "Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Sarawak yang sayangkan negeri ini dan mahu melindungi kepentingan Sarawak untuk memberi sokongan kepada langkah itu. \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/12/penduduk-miri-tuntut-penjelasan-kegunaan-duit-bayar-parkir-dr-teo
[ "Penyandang kerusi Parlimen Miri Dr Michael Teo berkata, selain MBM, bekas Datuk Bandar Lawrence Lai juga diminta untuk memberi jawapan tentang perkara tersebut.", "\"Tiada penjelasan yang baik oleh Datuk Bandar, calon yang juga bekas Datuk Bandar, serta kaunselor tidak dapat memberi penjelasan yang baik.", "\"Ramai orang mengadu kepada kami (PKR) dan sekarang saya mengadu perkara ini secara awam serta notis kepada pihak berkuasa bahawa perkara ini tidak menggembirakan orang ramai,\" jelasnya kepada pemberita pada Jumaat. ", "\"Dianggarkan terdapat sebanyak 15,000 tempat letak kereta di Miri. Setiap lot mengutip sebanyak RM5 setiap hari. Dan kebanyakan tempat kereta ini penuh. Kalau ditambah dengan saman, lebih RM2 juta (sebulan),\" jelasnya. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/12/chiew-kecewa-tiada-tindakan-kepada-calon-pasang-gegantung-di-lampu-jalan
[ "MIRI: Calon Pakatan Harapan (PH) Miri Chiew Choon Man kecewa kerana tiada tindakan diambil terhadap calon parti lawan kerana memasang poster dan gegantung di tiang lampu jalan.", "Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Miri itu berkata, setelah menerima aduan, jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini telah menurunkan gegantung dari tiang lampu. ", "“Sehubungan itu kami menggesa semua parti untuk bersaing dengan adil dalam pilihan raya ini. Sekiranya ada tindakan atau aktiviti yang tidak mematuhi SPR, kami berharap semua diberi layanan yang sama, “ tambah beliau. ", "Antaranya meningkatkan pendapatan penduduk, meringankan beban rakyat menghadapi inflasi, tawaran tuisyen percuma, pelan perancangan dan pembangunan sektor pelancongan serta platform penduduk mengemukakan pandangan mereka dalam pembangunan infrastruktur. ", "“Saya akan menjadi 'watch dog' (pemerhati) kepada penduduk Miri untuk menyediakan mekanisme semak dan imbang untuk projek awam di Miri,\" jelasnya. \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/12/kerajaan-ph-tidak-prihatin-keperluan-rakyat-sarawak
[ "Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, selain banyak projek penting dibatalkan, mereka juga tiada peruntukan khas untuk penyukatan tanah Hak Tanah Adat Bimiputera (NCR).", "Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (Pertanian) Kawasan Jalan Matadeng-Selangau (Area 1) dan Lesen Pendudukan Sementara Skim Pembesaran Kampung (SPK) Kuala Balingian di sini, semalam.", "\"Melalui pemerhatian saya, rakyat negeri ini menaruh harapan dan kepercayaan tinggi terhadap GPS dan pucuk pimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk terus menerajui Sarawak,\" katanya.", "Seramai 222 penerima bagi 352 Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 KTN (Peringkat Kedua Inisiatif Baharu NCR) di Jalan Matedeng-Selangau (Area 1),  sementara 35 penerima bagi Lesen Pendudukan Sementara (TOL) bagi Skim Pembesaran Kampung Kuala Balingian.", "Turut hadir Timbalan Menteri Integriti dan Ombudsman Datuk Dr Juanda Jaya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi dan ADUN Tellian Royston Valentine.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/12/selesa-dengan-apa-yang-ada-antara-faktor-kempen-pilihan-raya-di-sarawak-suram
[ "KUCHING: Kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di negeri ini kelihatan 'kurang meriah' dengan perang poster dan bendera parti yang bertanding sama ada di bandar mahupun kampung nampak agak 'dingin' meskipun memasuki hari ketujuh, semalam.", "Kebiasannya setiap kali menjelang pilihan raya pastinya di sepanjang kiri kanan jalan dan setiap persimpangan jalan akan dihiasi sepanduk-sepanduk serta kain rentang kempen.", "Namun kali ini, situasinya agak berbeza hanya di kawasan tertentu terutama di kawasan bandar sepanduk dan kain rentang kempen dipasang menghiasi sepanjang jalan.", "Tinjauan di sekitar bandar raya Kuching pula mendapati hanya di pusat bandar memperlihatkan poster dan sepanduk kempen dipacak di persimpangan jalan.", "\"Beberapa temu bual dilakukan melibatkan penduduk kampung, mengatakan mereka selesa dengan keadaan semasa. Ini menyebabkan mereka berasa tiada keperluan untuk berubah kepada kepimpinan lain.", "Beliau mendakwa, dahulu penduduk kampung sering 'dimomokkan' siapa yang tidak mengundi parti pemerintah sedia ada, tidak akan mendapat bantuan dan sebagainya.", "\"Jadi, perkara begini sentiasa didendangkan ketika kempen terdahulu, maka ia diingat sehingga ke hari ini dan masih belum mampu mengubah minda sebilangan rakyat di Sarawak,\" ujarnya.", "Hafizul menambah, kesedaran politik rakyat Sarawak berbanding di Semenanjung Malaysia amat berbeza, sambutan terhadap calon-calon parti lawan hambar khususnya di kampung-kampung dan juga pinggir bandar.", "Ini kerana mereka dilihat sebagai 'pembangkang' dan sebilangan besar rakyat terutama di luar bandar, tetap menggelar kerajaan ditubuhkan parti pembangkang jika menang sebagai 'kerajaan pembangkang,' katanya.", "\"Inilah yang berlaku pada PRU14, apabila Pakatan Harapan membentuk kerajaan di peringkat pusat. Di kampung-kampung tetap kedengaran parti pembangkang menjadi kerajaan dan parti kerajaan menjadi pembangkang. ", "Selain itu katanya, kesedaran politik dilihat kurang dari segi pemahaman fungsi dan tanggungjawab kerajaan bagi sebilangan rakyat, khususnya di luar bandar yang beranggapan mereka perlu mengundi kerajaan sedia ada kerana kerajaan sedia adalah yang membawa pembangunan di kawasan dan bantuan untuk mereka. ", "\"Perkara ini dilihat tidak akan berlaku di Sarawak untuk tempoh terdekat. Kesedaran politik untuk cuba mengubah kerajaan sedia ada tidak ada dalam impian kebanyakan rakyat Sarawak,\" katanya.", "\"Bendera parti lawan sangat kurang. Kebanyakan calon lawan, tidak mempunyai modal untuk menyediakan bahan kempen dan juga jentera. Ini perkara yang paling ketara menunjukkan kesuraman kempen politik di Sarawak,\" katanya.", "Hafizul berkata, faktor tambahan yang boleh dikaitkan dengan kehambaran kempen pilihan raya di Sarawak adalah kerana kurangnya pemimpin-pemimpin parti lawan dari Semenanjung turun berkempen di Sarawak.\n \nIni mungkin berlaku kerana mereka mahu fokus kepada kerusi-kerusi di Semenanjung Malaysia supaya dapat membentuk kerajaan, tambahnya.", "\"Parti Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) memfokuskan kemenangan secara total di Semenanjung Malaysia.\n \n\"Setelah menang barulah mereka berusaha mendapat sokongan parti dari Sarawak dan Sabah untuk membentuk kerajaan,\" jelasnya.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/11/cuti-umum-18-nov-dapat-bantu-pengundi-keluar-beramai-ramai
[ "SIBU: Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Dato Sri Wong Soon Koh berpendapat cuti umum pada 18 November seperti yang diumumkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang akan membolehkan orang ramai keluar mengundi beramai-ramai pada 19 November.", "\"Cuti umum (pada 18 November) sudah pasti akan banyak membantu pengundi untuk pergi keluar mengundi terutama di Sarawak yang berdepan banyak masalah lojistik. ", "\"Jika kita mahu lebih ramai pengundi keluar mengundi pada 19 November, cuti umum (18 November) akan banyak membantu,\" ujarnya kepada pemberita pada sidang media di Pejabat PSB, hari ini.", "Wong yang juga calon PSB bagi kerusi Parlimen P.212 Sibu berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan menggesa kerajaan negeri mengisytiharkan cuti umum pada 18 November bagi menggalakkan orang ramai keluar mengundi beramai-ramai pada 19 November.", "Ditanya sama ada kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengikuti langkah sama, beliau berkata, semua itu terpulang kepada kerajaan GPS sama ada mereka mahu pengundi keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mengundi atau tidak.", "\"Hanya Premier ada kuasa untuk umum cuti. Jika saya di kedudukan beliau, saya akan buat agar proses demokrasi dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya apabila lebih ramai dapat keluar mengundi terutama di Sarawak.", "\"Dengan cuti umum ini, pengundi dari Kuching, Bintulu, Miri dapat pulang ke Sibu untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Oleh itu, saya melihat cuti umum (18 November) amat membantu.", "\"Bukan itu sahaja, mereka yang bekerja di bandar juga dapat pulang ke kampung atau rumah panjang untuk mengundi,\" jelas Ahli Dewan Undangan Negeri Bawang Assan tujuh penggal itu." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/11/pru15-jangan-alpa-dengan-covid-19-semasa-berkempen
[ "BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan jentera dan calon semua parti untuk berhati-hati serta tidak alpa dengan amalan pencegahan penularan COVID-19 sepanjang berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). ", "Beliau berkata walaupun pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan, namun semua pihak digalakkan memakai pelitup muka ketika berkempen khususnya di tempat sesak bagi melindungi diri sendiri dan orang lain. ", "\"...dalam berkempen, jangan lupa COVID-19 masih berada di sekitar kita. Kita tak tahu siapa yang sedang dijangkiti dalam kalangan kita semua. Saya berharap kita berhati-hati... sanitasikan (tangan) seperti zaman kita (berada) dalam COVID-19 dulu sebagainya,\" katanya. ", "Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas program Moh Ngeteh bersama konuniti Orang Asli di Kampung Bongkok di sini hari ini.", "Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin berkata kementeriannya akan memantau peningkatan kes COVID-19 sepanjang tempoh berkempen PRU15, selain prosedur operasi standard (SOP) pengundi yang positif, telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/11/gps-berdepan-saingan-sengit-di-puncak-borneo-dan-mas-gading-penganalisis
[ "KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) harus memperhebat dan melakukan kempen secara berterusan untuk memastikan kemenangan di Puncak Borneo dan Mas Gading pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).", "Ini kerana, menurut Penganalisis Politik Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi (gambar), peluang untuk GPS menawan kedua-dua kerusi itu agak sukar kerana kedua-dua calonnya berdepan saingan sengit daripada calon parti lawan.", "Berbeza pula bagi kerusi Serian, peluang untuk GPS mempertahankan kemenangan adalah cerah kerana pengundi boleh menerima calon diletakkan di situ, Datuk Seri Richard Riot Jaem, 71, yang merupakan penyandang selama tujuh penggal.", "Pada PRU10 (1995) beliau mempertahankan kerusi itu sebagai calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang ketika itu sekutu gabungan Barisan Nasional (BN) dan kini GPS.", "\"Pengundi Bidayuh di tiga kerusi iaitu Serian, Puncak Borneo dan Mas Gading mempunyai sentimen yang pelbagai. Kawasan yang dijangka boleh menang ialah Serian.", "\"Puncak Borneo, kawasan tersebut boleh dikatakan ada persaingan sengit, memandangkan (calon GPS) Datuk Willie Mongin yang bertanding atas tiket PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu), saya kira beliau akan diprotes oleh bekas ahli, bekas penyokong PKR (Parti Keadilan Rakyat) yang pernah mengangkat beliau sebagai wakil rakyat di situ atas tiket PKR,\" katanya kepada Utusan Borneo hari ini.", "Pensyarah Kanan Universiti Malaya itu berkata, walaupun wujud persaingan yang begitu sengit, penentu kemenangan GPS di Puncak Borneo ialah kempen berterusan kerana ia boleh mewujudkan ruang kemenangan di situ khasnya.", "\"Mas Gading pula setakat ini, peluang untuk menang lebih kepada Pakatan Harapan (PH) iaitu 51 peratus berbanding GPS 49 peratus kerana sentimen pengundi di situ lebih kepada PH,\" ujarnya.", "\"Namun dalam sedikit masa lagi, dijangka Mas Gading akan dimonopoli oleh kempen PH menerusi calonnya yang juga penyandang Mordi Bimol dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).", "\"(Puncak Borneo) sekiranya ada rundingan, pujukan dan rayuan ia boleh 'meredakan' sentimen dalam kalangan ahli-ahli PBB di Puncak Borneo yang umum sedia maklum sudah ada calon pilihan sendiri untuk diletakkan bagi mempertahankan kerusi tersebut,\" katanya.", "Ditanya sama ada ikrar tiga ADUN di Puncak Borneo (Mambong, Tarat dan Serembu) untuk memastikan 'tikam belakang' atau sabotaj ke atas calon GPS tidak akan berlaku, Awang berkata ia tidak menjanjikan apa-apa selagi belum tiba hari mengundi iaitu pada 19 November ini.", "\"Walaupun tiga ADUN sebelum ini memaklumkan mereka akan memastikan tiada sabotaj atau 'tikam belakang' ke atas calon, semangat ini sangat-sangat perlu supaya ia tidak berlaku seperti pada 2018 (PRU14)." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/11/pbk-gesa-kerajaan-bekal-alat-memadan-kebakaran-lebih-canggih-kepada-sarawak
[ "KUCIING: Parti Bumi Kenyalang (PBK) menggesa kerajaan persekutuan untuk membekalkan peralatan memadam kebakaran yang lebih canggih dan moden kepada negeri Sarawak.", "Presidennya, Voon Lee Shan berkata, ia penting bagi membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam usaha mencegah kemalangan jiwa dan kehilangan harta benda pada masa hadapan.", "Misalan katanya, semasa insiden kebakaran di sebuah kedai di Batu 3, Sungai Maong pada Khamis, beliau mendakwa hos digunakan oleh pihak bomba bocor perlu diganti dan peralatan memadam kebakaran juga harus dinaik taraf.", "“Bagaimanapun pihak bomba terlibat telah melakukan tugas dengan baik dan tiada kemalangan jiwa berlaku, biarpun pada hakikatnya mereka tidak mempunyai peralatan memadam kebakaran yang bagus.", "“Lebih-lebih lagi, kita (Sarawak) sekarang mempunyai banyak bangunan tinggi dan sekiranya berlaku kebakaran, tanpa peralatan yang betul, bomba mungkin sukar menjalankan tugas memadam kebakaran dengan baik,” katanya.", "PBK adalah antara tiga parti yang bekerjasama dengan PSB dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).", "Voon yang juga calon PBK di Bandar Kuching menegaskan, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan untuk menyediakan peralatan itu kepada pihak bomba.", "Berhubung kejadian kebakaran di Batu 3 itu, Voon kesal dengan tindakan dua pemimpin politik yang bertelagah ketika orang awam terutama pihak bomba sedang menyelamatkan nyawa dan harta benda daripada musnah.", "“Jika (perkara) itu benar, saya berpendapat ia bukan masanya untuk mereka bertengkar, sebaliknya, ini masa untuk semua memberi sekurang-kurangnya sokongan moral jika kita tidak dapat membantu bomba ketika memadam kebakaran,” katanya.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/11/chong-cabar-lo-debat-mengenai-peranan-majlis-dan-ahli-parlimen
[ "KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen mencabar Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang untuk berdebat mengenai peranan sebuah majlis dan seorang Ahli Parlimen (MP).", "Chong, yang mempertahankan kerusi parlimen Stampin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) ini, melemparkan cabaran kepada Lo selepas kedua-duanya terlibat dalam perbalahan panas semasa insiden kebakaran di Batu 3 di sini pada Khamis.", "\"Kita boleh duduk dan saya beritahu dia (Lo) apa peranan Ahli Parlimen. Jika dia bertegas dengan pendapatnya, maka kita boleh adakan perdebatan tentang peranan Ahli Parlimen dan secara amnya, bagaimana kita boleh membawa negara ini ke hadapan,\" katanya pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat parti di sini hari ini.", "Lo, daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), telah dicalonkan sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk bertanding di kerusi Stampin pada PRU15 ini.", "Pada Khamis, semasa kejadian kebakaran di bazar Batu 3, Chong berasa gelisah mengenai apa yang dirasakan sebagai reaksi yang seolah-olah tidak peduli daripada Lo apabila kedua-duanya tiba di tempat kejadian untuk menilai keadaan.", "Chong mendakwa Lo nampaknya lebih sibuk dengan menyediakan kemas kini secara langsung pada telefonnya daripada memberikan bantuan di tempat kejadian sebagai Pengerusi MPP." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/11/pembangkang-calon-bebas-cuba-kurangkan-perwakilan-berkesan-sarawak-di-parlimen
[ "Pengarah pilhan raya Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata demikian hari ini ketika merasmikan Festival Makanan dan Kraf Biro Wanita PBB Betong yang julung kalinya diadakan di Spaoh, Betong.", "Aktiviti yang disertai oleh Biro Wanita dari 94 rumah panjang di Bukit Saban itu diadakan di rumah panjang Uggah iaitu Rumah Mendit Unsu di Penom yang dianjurkan di bawah kepimpinan isterinya, Dato Doreen Mayang.", "\"Kita mahu mempunyai jumlah yang besar, lebih banyak lagi bagus. Mereka akan berada di sana sebagai pelindung kepentingan dan hak kita terutamanya dalam memulihkan hak yang terhakis di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),\" ujarnya.", "\"Kerajaan Pakatan Harapan selepas Pilihan Raya Umum 2018 juga telah membuat banyak janji manis tetapi ia kekal sebagai janji semata-mata,\" katanya.", "Uggah yang juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, malahan mereka (PH) melayan Sarawak dengan teruk dan telah membatalkan banyak projek yang sangat penting kepada rakyat.", "Sementara itu, calon GPS di Betong Dr Richard Rapu dalam ucapannya sekali lagi menegaskan beliau akan menjadi Ahli Parlimen untuk semua kaum jika menang.", "“Saya akan memainkan peranan saya untuk meneruskan usaha yang dilakukan masing-masing oleh ADUN Layar, Bukit Saban dan Saribas Datuk Gerald Rentap, Datuk Amar Douglas Uggah dan Mohd Razi Sitam dalam membawa lebih banyak pembangunan dan kemajuan ke Betong.", "“GPS adalah untuk melindungi Sarawak dan berkhidmat kepada semua rakyat Sarawak. Pilihan Raya Umum Ke-15 ini adalah untuk GPS membantu dalam membentuk kerajaan persekutuan yang kukuh dan stabil juga,\" katanya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/11/ahli-pbb-bawang-assan-berperanan-penting-tawan-semula-kerusi-sibu
[ "SIBU: Ahli-ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kawasan Bawang Assan diberitahu mereka mempunyai peranan penting bagi menawan semula kerusi Parlimen Sibu.", "Pengarah Pilihan Raya Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini medan terbaik untuk menamatkan penguasaan pembangkang sejak 12 tahun lalu.", "Uggah berkata, PRU15 sangat bermakna kerana ia adalah kali pertama GPS bertanding sendiri pada pilihan raya Parlimen termasuk memilih calon serta menggunakan simbol sendiri.", "\"Dalam semua pilihan raya sebelum ini, keputusan mengenai calon memerlukan restu Putrajaya. Kita juga perlu merujuk Putrajaya untuk banyak keputusan lain.", " \"Marilah kita mengulangi prestasi GPS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2021 lalu di mana kita memenangi 76 daripada 82 kerusi dipertandingkan dan ia juga kali pertama bertanding di atas landasan sendiri.", "\"Pilihan raya kali ini kita mahu menang seberapa banyak kerusi daripada 31 kerusi ditandingi termasuk kerusi Parlimen Sibu dan Lanang,\" katanya ketika bertemu ahli-ahli PBB diketuai Setiausaha Politik Premier Sarawak Romeo Christopher Tegong pada jamuan tengah hari di sini pada Khamis. ", "Menurut Uggah, lebih banyak kerusi GPS di Parlimen, suara Sarawak lebih lantang dan kuat bagi melindungi hak-hak dan kepentingan kita serta memulihkan hak terhakis di bawah MA63.", "Beliau juga menggesa ahli-ahli PBB memberi tumpuan terhadap Undi18 dan semua pengundi baharu supaya mereka mengundi calon GPS bagi Parlimen Sibu, Clarence Ting.", "\"Kita dalam GPS... kami tidak menipu. Kita tidak juga membuat janji-janji kosong. Kita mahu semua kaum mempunyai peluang sama untuk meningkatkan taraf hidup melalui rancangan dan program pembangunan,\" jelas beliau.", "Mengenai permintaan jalan raya menghubungkan Sungai Kut di daerah Dalat ke Rassau dan kemudian ke Sibu, beliau berkata ia dikaji oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/11/keupayaan-gps-terbukti-meskipun-tidak-sampai-lima-tahun-ditubuh
[ "MIRI: Meskipun baru ditubuhkan kurang lima tahun lalu, namun Gabungan Parti Sarawak (GPS) sudah terbukti mampu menjadi sebuah kerajaan yang berkeupayaan dan dapat mentadbir negeri ini dengan baik.", "Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala yang juga ADUN Mulu berkata satu bukti yang sangat ketara adalah kemampuan GPS meningkatkan pendapatan negeri Sarawak.", "\"Sebelum GPS mentadbir negeri ini, jumlah pendapatan tahunan Sarawak adalah antara RM5 bilion hingga RM6 bilion. Namun pada hari ini di bawah pimpinan GPS, ia meningkat kepada RM10 bilion setahun sejak empat tahun lalu.", "\"Apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) bermesyuarat pertengahan bulan ini, saya yakin bahawa pendapatan negeri kita yang akan diumumkan kelak melebihi RM10 bilion. Kita tunggu (pengumuman),\" katanya sambil berkata inilah bukti jelas keupayaan GPS.", "Sehubungan itu, beliau menyeru para pengundi terutama pengundi muda berusia 18 tahun yang akan mengundi buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini supaya membuat pilihan bijak dengan mengundi GPS yang telah terbukti mampu mentadbir negeri dan juga memperjuangkan hak rakyat Sarawak.    ", "Gerawat berkata demikian ketika berucap pada Majlis Himpunan Komuniti N77 Telang Usan yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini malam Khamis.", "Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapa'ee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi  Datuk Dr Penguang Manggil, penyandang kerusi Parlimen Baram Datuk Anyi Ngau, ADUN Telang Usan Dennis Ngau, pengerusi penganjur bersama Eris Andreas dan Kaunselor Margaret Nawan serta tetamu kehormat yang lain.", "Dalam pada itu, ketika berucap pada majlis sama, Penguang menyifatkan PRU15 sebagai sangat mencabar kerana (GPS buat pertama kalinya bertanding sebagai parti solo yang memperjuangkan hak-hak Sarawak.", "Katanya, kalau sebelum ini kerajaan Sarawak bertanding di bawah Barisan Nasional (BN), namun pada pilihan raya kali ini GPS bertanding sebagai parti solo.", "\"Sesungguhnya keputusan Premier untuk menubuhkan GPS adalah sangat tepat kerana ia dapat memberi fokus kepada perjuangan untuk memperjuangkan hak-hak rakyat Sarawak,\" katanya.", "\"Saya menasihatkan pengundi muda supaya mengundi dengan bijak kerana mereka juga berperanan penting dalam menentukan hala tuju dan masa depan negara,\" katanya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/11/masyarakat-orang-ulu-diingatkan-bersatu-di-bawah-kepimpinan-gps
[ "MIRI: Masyarakat Orang Ulu diingatkan supaya kekal bersatu di bawah kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sekiranya mahukan seorang wakil yang baik dalam kerajaan persekutuan.", "Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Dr Annuar Rapa'ee berkata masyarakat Orang Ulu yang terdiri lebih 21 kumpulan etnik termasuk Kayan, Kenyah, Kelabit, Kiput, Berawan dan Saban yang seramai 300,000 orang hanya membentuk 10 peratus daripada keseluruhan penduduk Sarawak  berjumlah 2.9 juta pada 2020.", "\"Meskipun demikian, mereka (Orang Ulu) memainkan peranan amat penting kerana mempunyai lima wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua di Parlimen.", "\"Justeru, sebagai sebuah kumpulan minoriti usahlah berpecah belah kerana ia amat merugikan dan menjadikan kita sangat lemah sebaliknya kekal bersatu di bawah GPS,\" katanya.", "Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Himpunan Komuniti N.77 Telang Usan anjuran Pergerakan Pemuda dan Wanita PBB Telang Usan di sebuah hotel terkemuka di sini malam Khamis.", "Hadir sama Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala yang juga ADUN Mulu, penyandang kerusi Parlimen Baram Datuk Anyi Ngau, ADUN Telang Usan Dennis Ngau, pengerusi penganjur bersama Eris Andreas dan Kaunselor Margaret Nawan serta tetamu lain.", "\"Apabila kami (Barisan Nasional) kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 2018, kami memutuskan keluar daripada BN dan membentuk GPS. Ternyata ternyata keputusan kami sangat bijak.", "\"Ini kerana, kita mahu parti mewakili rakyat Sarawak. Parti politik benar-benar mewakili rakyat Sarawak,\" jelasnya sambil memberitahu GPS merupakan parti solo bertanding pada PRU15 ini.", "Berucap pada majlis sama, Anyi yang bertanding semula di kerusi Baram pada PRU15 ini berkata, Baram masih ketinggalan dalam banyak aspek, namun berusaha perlahan-lahan untuk meningkatkan rentaknya agar setanding dengan kawasan lain.", "\"Di kawasan Ulu Baram, kalau kita bercakap tentang keadaan jalan semua orang tahu (jalan belum diperbaiki). Kalau kita bercakap tentang sambungan Internet, kita juga tahu keadaan di sana. Mengenai air dan elektrik, kita  mengusahakannya.", "\"Ini adalah senario kita hadapi di Baram. Namun, kita bertuah mempunyai GPS sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat Sarawak tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama mereka meskipun hanya ditubuhkan empat tahun lalu,\" katanya.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/11/lo-gesa-pengundi-stampin-alih-sokongan-kepada-gps
[ "KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Stampin Lo Khere Chiang menggesa pengundi di kerusi tersebut untuk mengalihkan sokongan mereka kepada GPS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini. ", "Bercakap pada sidang media di Pusat Khidmat ADUN Batu Kitang di sini hari ini, Lo berkata, PRU15 adalah masa untuk pengundi menukar Ahli Parlimen mereka di Stampin daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) kepada GPS.\n \n“Tukar Ahli Parlimen, beri kepada saya YB Lo. Saya akan bersuara mewakili rakyat Sarawak di Parlimen,” katanya. ", "Sebagai calon muka baharu GPS di Stampin, Lo berkata, jika dipilih dan berjaya ke Parlimen beliau akan melindungi hak-hak rakyat dan negeri ini seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC). ", "Beliau katanya, juga akan memohon diwujudkan balai bomba di Stampin untuk memenuhi keperluan bukan sahaja di Stampin, tetapi juga kawasan sekitarnya. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/11/pengundi-cina-di-batang-lupar-diseru-sokong-mohamad-shafizan
[ "PUSA: Pengundi Cina di kawasan Parlimen Batang Lupar diseru menyokong penuh calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRN15) ini.", "Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Saribas-Betong Kaunselor Datuk Lim Kian Choon berkata, ini amat penting bagi memastikan kesinambungan pembangunan yang telah dibawa oleh pemimpin terdahulu di kawasan itu.", "\"Bagi komuniti Cina di Batang Lupar, kita yakin akan terus memberikan sokongan padu kepada calon GPS Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli, seorang calon muda baharu untuk terus meneruskan agenda pembangunan di parlimen ini.", "\"Kita yakin dengan sifat kepimpinan yang ada dalam diri anak muda itu, akan mampu menggalas tanggungjawab dalam membantu masyarakat di Parlimen Batang Lupar dari segenap sudut termasuk pembangunan sosioekonomi.", "\"Kita juga ingin menyeru kepada golongan muda yang baru berjinak-jinak dengan dunia politik agar memberikan sokongan kepada calon GPS ini untuk memenangi kerusi Parlimen Batang Lupar,\" ujar Lim.", "Lim berkata, pengundi Cina tidak perlu mengambil kira perbezaan bangsa dan agama dalam menentukan siapa calon pilihan mereka, sebaliknya harus mengutamakan masa depan dan kerajaan yang kukuh.", "\"Saya amat berharap selepas ini, kepimpinan parti menampilkan lebih ramai anak muda yang diangkat sebagai calon mewakili rakyat di peringkat negeri,\" ujarnya lagi.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/11/wong-ikrar-sumbang-gaji-bulanan-kepada-lima-sekolah-persendirian-cina-di-sibu
[ "SIBU: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Parlimen Lanang Wong Ching Yong berikrar akan menyumbangkan gaji bulanannya sebanyak RM16,000 kepada lima sekolah persendirian Cina di sini jika memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.", "Menurutnya, walaupun kelima-lima sekolah itu ada menerima geran yang agak besar daripada kerajaan negeri setiap tahun, tetapi beliau mahu menggunakan sumbangannya itu untuk kebajikan guru dan kakitangannya.", "\"Jika saya dipilih oleh rakyat menjadi Ahli Parlimen Lanang, saya akan menyumbangkan gaji bulanan saya selama lima tahun atau sepenggal kepada lima sekolah persendirian Cina di sini.", "\"Saya akan membuka akaun berasingan untuk memasukkan semua gaji bulanan saya yang diperuntukkan kepada sekolah berkenaan dan setiap tahun sebelum Tahun Baharu Cina, saya akan agihkannya termasuk faedahnya kepada lima sekolah itu,\" katanya pada sidang media di sini, hari ini.", "Lima sekolah yang akan menerima sumbangan daripada Wong ialah Sekolah Menengah Tinggi Katolik, Sekolah Menengah Wong Nai Siong, Sekolah Menengah Citizen, Sekolah Menengah Thien Sing dan Sekolah Menengah Guong Ming.", "Ujarnya, beliau telah memaklumkan hasratnya itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Pengurusan Gabungan Persatuan Sekolah Menengah Cina Persendirian Sibu kepada Temenggung Dato Vincent Lau.", "\"Ini adalah sebahagian daripada manifesto pilihan raya saya. Selain itu, saya menjemput serta mengalu-alukan calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Parlimen Lanang, Alice Lau untuk berbuat demikian sekiranya beliau menang pada PRU15 ini,\" tambahnya.", "Hadir sama pada sidang media itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng, Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Sempurai Petrus Ngelai serta komponen GPS yang lain.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/11/jentera-pbb-pujut-giat-kempen-secara-konvensional-raih-sokongan-pengundi
[ "MIRI: Jentera Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.74 Pujut giat melaksanakan kempen secara konvensional bagi meraih sokongan pengundi di Parlimen Miri.", "Timbalan Ketua Cawangan PBB N.74 Pujut Ngadan Melintang berkata, kesemua jentera pilihan raya lima ranting sudah bergerak di kampung-kampung dan kawasan perumahan dalam N.74 Pujut.", "\"Setakat hari ketujuh kempen, maklum balas daripada pengundi adalah sangat baik dan ada pengundi teruja untuk mengundi kali pertama,\" ujarnya kepada Utusan Borneo hari ini.", "Tambahnya, pergerakan kempen termasuk memasang bendera di lokasi strategik dan kempen dari rumah ke rumah masih lagi relevan meskipun turut menggunakan kaedah media sosial.", "\"Kita juga memberi panduan kepada pengundi kali pertama tentang langkah-langkah yang perlu diikuti ketika mengundi pada 19 November ini termasuk memilih calon yang berkredibiliti,\" jelasnya.", "Beliau percaya dengan adanya kerjasama lima ranting di bawah cawangan PBB N.74 Pujut, misi untuk meraih lebih banyak undi muda menyokong kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di landasan yang tepat.", "\"Kita meletakkan harapan yang tinggi untuk membantu calon GPS iaitu Kaunselor Jeffry Phang menang dengan majoriti besar dalam persaingan tiga penjuru di Parlimen Miri,\" jelasnya.", "Selain membantu calon GPS di Parlimen Miri katanya, pihaknya turut membantu meraih sokongan pengundi untuk memberi mandat sekali lagi kepada calon GPS di Parlimen Sibuti.", "\"Terdapat juga pengundi di N.74 Pujut iaitu lebih 200 orang layak mengundi di Parlimen Sibuti dan kita juga berkempen untuk mereka agar terus menyokong Lukanisman,\" jelasnya.", "Hadir sama ialah Naib Ketua Cawangan PBB N.74 Pujut Masni Amit dan Naib Ketua Wanita Saliha Basri serta ahli-ahli PBB N.74 Pujut.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/11/tiong-seru-sokongan-untuk-terus-bangunkan-bintulu
[ "BINTULU: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Tiong King Sing memerlukan sokongan rakyat Bintulu untuk membantunya terus membina dan membangunkan masa depan Bintulu yang lebih cerah untuk tempoh lima tahun akan datang.", "\"Saya tidak akan memberikan matlamat yang sukar dicapai dan janji-janji kosong, tetapi saya akan mengatakan perkara ini dengan pasti, bekerja dengan tekun, berkhidmat dengan ikhlas dan berjuang untuk mendapatkan yang terbaik untuk semua,\" katanya dalam hantarannya melalui Facebook rasminya. ", "\"Saya mungkin tidak mempunyai kata-kata berbunga-bunga indah, tetapi apa yang saya ada adalah 20 tahun kenangan bersama semua (rakyat di Bintulu) yang amat saya hargai,\" kata Tiong yang juga Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP).", "Justeru, beliau dengan rendah hati memohon agar semua memberi sokongan dan memberi peluang kepadanya untuk terus bekerjasama dengan semua pihak untuk masa depan Bintulu yang lebih baik.", "Menurut Tiong, beliau telah mengumumkan objektif teras untuk terus membina masa depan Bintulu yang lebih cerah, berdaya tahan dari segi ekonomi dan kehidupan penduduknya yang lebih sejahtera.", "Ujarnya, beliau akan terus komited untuk membangunkan Bintulu seperti yang pernah beliau lakukan pada penggal lepas dan akan terus bekerja keras untuk berkhidmat kepada rakyat.", "\"Saya turut berharap kita semua boleh melangkah ke hadapan bersama-sama,\" katanya sambil menyeru para pengundi mengundinya di Parlimen Bintulu bagi membolehkannya terus berkhidmat.", "Tujuh cadangan yang disenarai Tiong dalam manifestonya ialah menaik taraf industri untuk memacu ekonomi ke tahap lebih tinggi dan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan merancak pertumbuhan ekonomi mengikut trend dan keadaan setempat di Bintulu.", "Kedua, memelihara hak kesamarataan dan meningkatkan penjagaan kesihatan awam dengan memanfaatkan sumber berorientasikan rakyat, ketiga menjamin akses pendidikan kepada semua dengan memastikan pendidikan berkualiti tinggi dalam kadar mampu bayar, mudah akses dan menawarkan padanan kemahiran dengan kerjaya masa depan.", "Keempat, perancangan tanah untuk menambah pembinaan rumah mampu milik kepada masyarakat setempat, kelima meningkatkan perkhidmatan awam yang dipacu data dan didorong oleh teknolongi kecerdasan buatan dalam pengurusan rekod awam dengan meningkatkan perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan.", "Keenam, liputan kamera litar tertutup (CCTV) yang meluas penggunaannya untuk mewujudkan persekitaran hidup yang lebih aman dan selamat serta ketujuh, memastikan pembinaan infrastruktur yang berterusan bagi meningkatkan pembangunan setempat.", "Tiong, 61, penyandang lima penggal kerusi Parlimen Bintulu berdepan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mewakili Perikatan Nasional (PN) Duke Janteng dan Chiew Chan Yew dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.", "Sejumlah 113,599 pemilih berdaftar di Parlimen Bintulu pada PRU15 ini yang dibahagikan kepada empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Jepak dengan 22,534 pengundi, Tanjong Batu (37,819), Kemena (22,402) dan Samalaju (30,844).", "Tiong berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bintulu pada PRU14 2018 di bawah Barisan Nasional (BN) selepas memperoleh 7,022 undi majoriti (27,076) juga dalam pertandingan tiga penjuru menewaskan Chieaw Chan Yew (DAP) yang mendapat 20,054 undi dan Chieng Lea Phing dari Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) dengan 328 undi.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/11/pru15-polis-siasat-kes-calon-bn-dun-hulu-kinta-terima-ugutan
[ "IPOH: Polis sedang menyiasat kes ugutan yang diterima calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta Datuk Mazlan Abd Rahman daripada pihak tidak dikenali dengan memintanya membuat bayaran RM300,000.", "Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan selepas menerima laporan daripada Mazlan, 50.", "“Mangsa (Mazlan) diugut supaya membayar RM300,000 dan jika gagal berbuat sedemikian, suspek akan menyebarkan surat layang, risalah dan mesej tular menerusi media sosial bagi memburukkan mangsa dengan niat menjatuhkan reputasi mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Sementara itu, Mazlan berkata ugutan itu diterima melalui aplikasi WhatsApp kira-kira 6 petang Selasa lepas dan 11.34 pagi semalam sebelum membuat laporan di Balai Polis Tambun, tengah hari semalam.", "\"Sepanjang kempen, saya tidak menyentuh peribadi orang walaupun calon yang bertanding dengan saya malah saya baru berpelukan dengan calon parti lawan ketika bertembung semasa kempen.", "“Konsep saya ialah berkawan dengan sesiapa… kejadian ini tidak akan membuatkan saya menarik diri daripada Pilihan Raya Umum ke-15 dan akan meneruskan perjuangan untuk rakyat DUN Hulu Kinta namun saya tiada wang kalau hendak saya membuat bayaran itu,\" katanya ketika ditemui di Bandar Baru Tambun di sini hari ini.", "Mazlan berkata kandungan mesej yang diterima dan nombor telefon penghantar telah diserah kepada pihak polis dan berharap semua pihak berkempen dengan cara baik.", "Beliau berkata ugutan itu juga sama sekali tidak mematahkan semangatnya yang telah melalui liku-liku dan fitnah sepanjang penglibatan dalam politik sejak 28 tahun lepas.", "Mazlan berdepan pertandingan empat penjuru antara penyandang Muhamad Arafat Varisai Mahamad (PH-PKR), Puteri Holijah Muhamad Rali (PN-Bersatu) dan Murugiah Subramaniam (Bebas) di DUN Hulu Kinta yang mempunyai 74,292 pengundi. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/11/pengundi-muda-pening-memilih-teruja-mengundi
[ "KANGAR: Rata-rata anak muda resah memikirkan persoalan parti mana yang patut dipilih dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November, yang berbaki hanya sembilan hari lagi.", "Bagi Rujidah Mulah, 24, kerani di sebuah syarikat swasta di sini berkata seperti anak muda lain beliau telah muak menjadi ‘penonton kepada drama politik’ tampuk pentadbiran negara yang membuat perubahan berulang kali.", "“Terus terang cakap, saya masih pening nak pilih parti mana? ...apa yang penting kami anak muda idamkan sebuah kerajaan yang  kukuh dan stabil serta prihatin dengan isu anak muda,” katanya yang pertama kali menjadi pengundi.", "“Sebelum ini saya hanya dapat melihat orang lain pergi mengundi, tapi kali ini saya rasa sedikit berdebar kerana diberi peluang untuk menentukan masa depan negara,” katanya sambil tersenyum. ", "Turut berkongsi pendapat, Chong Kah Vui, 23, berkata dia teruja kerana dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi kawasannya iaitu di Parlimen Tawau, Sabah.", "“Saya sanggup mengeluarkan wang simpanan saya berjumlah lebih RM1,000 untuk membeli tiket penerbangan pulang ke kampung saya di Kampung Sin Onn, Tawau pada 17 Nov ini kerana mengundi ini hanya datang lima tahun sekali.", "“Kerajaan yang dipilih kali ini perlu mengutamakan suara anak muda kerana generasi kami adalah penentu hala tuju negara,” katanya yang merupakan pelajar tahun akhir di sebuah universiti awam.", "Bagi Nurul Azlan Ahmad, 25, berkata apa yang paling diperlukan negara ketika ini ialah kerajaan yang kukuh dan stabil untuk menghentikan segala ketidakstabilan sejak empat tahun lalu.", "“Kemunculan gabungan politik baharu seperti Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA) membuka lebih banyak pilihan kepada kami untuk membuat perbandingan, parti mana yang layak mentadbir negara berbanding sebelum ini,” kata penjual makanan itu." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/11/peter-asut-nyatakan-sokongan-kepada-henry-sum-agong
[ "LAWAS: Bekas Naib Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Peter Asut menyatakan sokongan kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Henry Sum Agong untuk dipilih semula sebagai wakil rakyat bagi Parlimen Lawas. ", "Peter yang telah keluar daripada PBK pada Januari lalu menyeru kepada masyarakat Lun Bawang di Lawas untuk mengundi calon GPS, Henry Sum pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.", "“Memandangkan beliau (Henry Sum) dipilih oleh pucuk pimpinan parti, saya percaya kepimpinan tertinggi telah meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada beliau dan mungkin boleh memegang jawatan menteri dalam kerajaan persekutuan pada kali ini.", "“Keputusan ini dibuat setelah melihat kepada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) 2021 yang menyedarkan saya bahawa rakyat Sarawak bijak, lebih suka pasukan yang kuat dan saya menyokong GPS kerana melihat kepada perpaduan untuk Sarawak terus maju,” katanya. ", "Oleh demikian, Peter berkata bagi melindungi kepentingan rakyat, perpaduan rakyat akan kukuh apabila bersatu dan Sarawak tidak seharusnya berpecah belah sesama sendiri. ", "“Kita tidak mahu kehilangan kerusi parlimen ini kepada pembangkang, di Ba’kelalan telah berada di bawah pembangkang selama tiga penggal menyebabkan kawasan tersebut hilang hak menerima geran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM5 juta setiap tahun,” ujarnya. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/11/10-tawaran-dalam-manifesto-calon-ph-limbang
[ "LIMBANG: Sepuluh tawaran dalam manifesto calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Limbang, Racha Balang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam mengajak rakyat melakukan perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik.", "Menurut Racha manifesto tersebut mengandungi  perkara untuk menangani isu kos sara hidup, perangi rasuah dan kukuhkan institusi  demokrasi, perkasa peluang ekonomi belia dengan terokai sektor manusiawi, selamatkan generasi tercicir dan bina ketahanan bencana dan mantapkan perlindungan.", "Beliau berkata manifesto itu juga mengariskah perkara  menangani isu doktor kontrak dan jamin kebajikan penjawat kesihatan, tangani isu ketaksamaan gender, perkasa sosioekonomi wanita, perkasa wilayah Sabah dan Sarawak, tingkat daya saing rakyat Malaysia khususnya golongan rentan dan pelihara khazanah alam demi anak cucu kita.", "“Manifesto utama kita adalah untuk menyelamatkan negara, menangani kos sara hidup yang menyebabkan para peniaga terjejas pendapatan dan ekonomi selain mengatasi maslaah rasuah dan korupsi dalam negara,” katanya ketika berkempen bersama jentera PH di bandar ini hari ini." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/11/calon-gps-edwin-banta-diyakini-berintegriti-tinggi
[ "SELANGAU: Seorang ketua di penempatan semula Kawasan Keselamatan Kawasan Rajang (RASCOM) di Nanga Sekuau di sini percaya dengan integriti calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Edwin Banta.", "Katanya, Edwin telah dipilih sebagai pengganti bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Datuk Joseph Mauh Ikeh pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) tetapi beliau memberi laluan kepada ADUN ketika ini, Christopher Gira Sambang.", "Pada PRN14, Edwin juga telah memberi laluan kepada Senator Rita Sarimah Patrick Insol selepas bekas presiden PRS memilih Tan Sri Dr James Masing memilih Rita untuk bertanding pada pilihan raya berkenaan.", " “Kesabaran dan kesetiaan beliau membuktikan beliau seorang yang berintegriti tinggi yang patut diberikan sokongan dan kepercayaan pengundi untuk menjadi pemimpin kita.", "\"Beliau telah mengorbankan masanya dan saya percaya tiada sebab pengundi di Selangau tidak akan mengundinya pada hari pengundian kelak,\" katanya ketika ditemui pada Program Pemimpin Bersama Rakyat  di rumah panjangnya pada Khamis.", " “Edwi telah melakukan banyak perkara untuk rakyat di Selangau terutama dalam hal berkaitan skim pinjaman rumah panjang di mana beliau menganggotai Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Perumahan (HDC).", "“Bagaimanapun saya beritahu mereka supaya jangan terlalu yakin dan tunggu sehingga keputusan diumumkan secara rasmi. Kami amat berharap GPS akan memenangi semula Selangau,\" katanya.\n \nDalam hal lain, Lily menerima dengan baik manifesto pilihan raya GPS.\n \nSalah satu janji GPS dalam manifestonya yang dilancarkan pada 6 November lalu ialah mengubah kawasan luar bandar, kampung dan rumah panjang.", " \"Inisiatif ini amat bermakna kepada penduduk luar bandar seperti kami, terutamanya mereka yang kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran kerana mereka perlu membina semula rumah panjang mereka,\" ujarnya.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/11/sokongan-sarawak-amat-penting-untuk-kestabilan-politik-negara-dr-sim
[ "SIBU: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini umpama peluang sekali seumur hidup untuk mengukuhkan lagi suara Sarawak di Parlimen, kata Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Dato Sri Dr Sim Kui Hian.", "\"Sebelum ini kita pernah meminta dipertimbangkan jawatan TPM walaupun kita telah menang besar, tetapi tidak diendahkan oleh mereka, kerana sebelum ini mereka sangat bersatu dan berkuasa.", "“Sebab mereka semua bimbang kita tidak mempedulikan panggilan telefon mereka semasa malam pilihan raya, jadi cepat-cepat mereka tawarkan kepada kita dahulu,” katanya semasa sidang media di Bilik Gerakan SUPP Parlimen Lanang di Jalan Lanang di sini, semalam.", "Dr Sim juga menegaskan bahawa pilihan raya kali ini sukar untuk diramal, justeru beliau berkata GPS hanya memutuskan pada malam pilihan raya dan bercakap dengan pemenang untuk membentuk kerajaan.", "Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Sarawak, khasnya pengundi di Sibu supaya memberi kemenangan kepada calon-calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada PRU15 kali ini.", "Hadir sama calon GPS bagi Parlimen Lanang Wong Ching Yong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng dan yang lain.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/muhaini-turun-padang-bantu-kempen-pm-ismail-sabri
[ "BERA: Menyusuri pepatah ‘di sebalik kejayaan seorang lelaki, berdirinya seorang wanita di belakangnya,’ Datin Seri Muhaini Zainal Abidin turun padang menyantuni penduduk FELDA Tembangau Dua di sini hari ini, bagi memberi sokongan kepada suaminya Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkempen.", "Hadir tanpa ditemani Perdana Menteri, Muhaini selesa bertemu tetamu yang hadir pada Program Kenduri Rakyat di situ, secara santai dan bersahaja bertanya khabar dan mengingatkan hadirin untuk keluar menunaikan kewajipan mengundi pada 19 November ini sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).", "Tidak lupa, Muhaini turut berterima kasih kepada penduduk di situ kerana telah memberikan sokongan yang kuat kepada Ismail Sabri, sejak beliau mula menjadi Ahli Parlimen Bera pada tahun 2004.", "Turut berada di program itu ialah Nasrah Mohd Yusof, isteri calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan Khaizunizam Mohamad Zuldin.", "Pada PRU15, Ismail Sabri selaku penyandang kerusi Parlimen Bera dicabar calon Pakatan Harapan (PH) Abas Awang dan Datuk Asmawi Harun (Perikatan Nasional). - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/pru15-ahmad-zahid-ulang-pendirian-ismail-sabri-kekal-perdana-menteri
[ "MELAKA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) mengulangi pendirian bahawa Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan kekal sebagai calon Perdana Menteri BN, apabila parti itu diberi mandat membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).", "Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata keputusan tersebut sudah dimuktamadkan dan sepatutnya tidak perlu timbul spekulasi berkaitan perkara berkenaan ketika BN sedang berkempen untuk menang pada PRU kali ini.", "“Apabila UMNO dan BN buat keputusan, kita akan terus komited untuk menentukan bahawa nama perdana menteri kita adalah perdana menteri yang sedang melakukan tugas dengan baik di Putrajaya.", "\"Jangan timbul spekulasi dan ramalan… jangan cucuk mencucuk dalam kalangan kami kerana kami 'tiada masalah langsung’,\" katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama calon, jentera dan penyokong BN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Terendak, Sungai Udang di sini hari ini. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/sarawak-perlu-lebih-ramai-wakil-ke-parlimen
[ "SONG: Sarawak perlu menghantar lebih ramai wakil daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) ke Parlimen.\n \nTimbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah (gambar) berkata, perkara ini amat penting dan perlu bagi melindungi kepentingan dan hak Sarawak.", "Beliau berkata demikian pada sesi bertemu rakyat di Rumah Jarup, Nanga Sempadi, Katibas di sini hari ini.\n \nCalon GPS Kapit Datuk Seri Alexander Nanta Linggi merangkap Setiausaha Agung GPS yang mempertahankan kerusi itu turut hadir.", "Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram Jefferson Jamit dan ADUN Katibas Lidam Assan.\n \n\"Apabila bilangan ahli parlimen kita ramai, kita boleh menyokong rang undang-undang itu demi kepentingan kita.\n \n\"Begitu juga, mereka boleh menentang atau memveto mereka yang memberi kesan negatif kepada kita,\" tegas beliau.\n \n“Sebab itu pilihan raya kali ini, kita mahu menang sebanyak mungkin dan jika boleh kesemua 31 kerusi yang dipertandingkan.", "\"Beliau seorang pemimpin yang cukup luar biasa yang lantang bersuara untuk kita.\n \n“Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari dan saya sendiri sangat mengenali beliau secara peribadi kerana hubungan kami yang sudah terjalin sekian lama.\n \n“Kami dalam GPS dan PBB, penuh keyakinan terhadap beliau serta kepimpinannya sebagai pengerusi Agensi Pembangunan Ulu Rejang (URDA),” katanya.\n \nUggah berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri juga amat mengenali Alexander kerana pernah berkhidmat di bawahnya sebagai timbalan menteri sebelum ini.\n \n“Jadi Alexander boleh dengan mudah mendekatinya apabila perlu berbuat demikian atas permintaan kami.\n \n“Jika pengundi Kapit memberikan sokongan penuh kepada beliau, besar kemungkinan beliau akan dilantik sebagai menteri persekutuan penuh sekali lagi untuk membawa lebih banyak pembangunan, kemajuan dan kemakmuran kepada Sarawak dan Kapit.\n \n\"Jadi nasihat saya di sini hari ini adalah untuk semua pengundi Kapit termasuk anggaran 14,000 Undi18 dan pengundi baharu supaya memberikan undi mereka kepada Alexander pada 19 November ini,\" tegasnya lanjut.", "Mengenai URDA kata Uggah, ia jelas menunjukkan dasar menyeluruh Abang Johari.\n \n\"Beliau mahu semua kawasan luar bandar menjalani transformasi positif yang sama dan agensi itu telah diperuntukkan dengan bajet RM1.5 bilion.", "“Objektifnya adalah untuk membawa pembangunan infrastruktur, utiliti dan kemudahan yang lebih komprehensif ke seluruh bahagian Kapit\n \n“Tidak lama lagi kita akan membawa masuk aspek pembangunan sosioekonomi serta kita mahu membantu rakyat menjana pendapatan yang lebih dan stabil,” tegas beliau.", "“Oleh itu persiapan awal dan lain-lain akan memerlukan sedikit masa tetapi apabila kami dalam kerajaan mengumumkan kelulusan projek, kami akan melaksanakannya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/undi-untuk-gps-bukan-undi-untuk-umnobn-dr-annuar
[ "KUCHING: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Dr Annuar Rapaee menolak kenyataan Pakatan Harapan (PH) yang menyamakan undi untuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) seperti mengundi untuk UMNO/BN.", "\"Saya juga telah menerimanya tetapi biar saya bertanya kepada mereka, sejauh mana kebenaran itu dan mereka juga ada Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim?", "\"Di sini, anda kata kami ada perjanjian dengan UMNO,\" katanya kepada pemberita selepas lawatan rasmi ke SK Serembu di Bau hari ini ketika diminta mengulas mengenai kenyataan itu.", "Beliau berkata, kenyataan itu juga mengatakan jika anda mengundi GPS, anda mengundi UMNO dan membebaskan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.", "\"Kenyataan itu mengelirukan sama sekali disebabkan tiada isu maka mereka mencipta isu tetapi semakin mereka mencipta isu semakin banyak 'terkena' mereka sendiri,\" tambahnya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/polis-terima-sembilan-laporan-berkaitan-pru15
[ "Jurucakap Media PRU-15 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak Superintenden Douglas Nyeling Taong berkata, empat daripada aduan tersebut telah dibuka sebagai kes dalam siasatan setakat hari ini.", "\"Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan khianat dengan api, di mana ada bendera parti dibakar di Engkilili.", "\"Manakala tiga lagi kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan khianat merosakkan bendera, kain rentang dan bahan kempen sebuah parti di Lubok Antu dan Serian,\" katanya.", "Menurutnya juga, empat lagi laporan polis yang diterima adalah berkaitan tindakan yang diambil pegawai penguat kuasa PRU yang bertindak menurunkan kain rentang kerana melanggar syarat dan peraturan." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/pelbagai-aktiviti-dianjur-dekati-fahami-pengundi-muda-rubiah
[ "SAMARAHAN: Pelbagai aktiviti telah dianjurkan bagi pengundi 18 tahun (Undi18) di sini sebagai langkah mendekati dan mendapat idea pembangunan yang dikehendaki mereka selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.", "Demikian menurut calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang semasa ditanya pemberita tentang sambutan daripada pengundi muda di kawasan Parlimen itu, hari ini.", "\"Sudah pasti ini menjadi satu cabaran bagi kita terutama setelah mengenal pasti pengundi-pengundi baharu ini yang datangnya daripada kawasan perumahan, di samping peningkatan kependudukan di kampung-kampung,\" katanya.", "Beliau sebelum itu merasmikan Program Tuisyen Rakyat dan Seminar Motivasi SPM 2022 RISDA di Pejabat RISDA Sarawak, ditemani Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.", "Rubiah berkata, pihaknya turut menggunakan platform medium media sosial, selain penyebaran mesej menerusi kumpulan berkepentingan khusus bagi kawasan perumahan bagi mendekati para pengundi dan Undi18.", "\"Pada masa yang sama, pihak kita juga memberi maklumat berkaitan pusat pengundian mereka di samping memperkenalkan calon yang bertanding iaitu saya sendiri sebagai wakil daripada GPS,\" jelasnya lagi.", "Bagi kawasan yang tidak mempunyai liputan Internet katanya, jentera GPS dengan bantuan badan-badan bukan kerajaan telah mengadakan banyak aktiviti dan program yang dapat dimanfaatkan oleh golongan itu.", "\"Kita banyak menjalankan program turun padang dengan penganjuran aktiviti sosial untuk mendekati Undi18 ini di setiap kampung dalam Parlimen Kota Samarahan seperti pertandingan futsal, e-sukan dan program berkemahiran,\" tambahnya.", "Sementara itu katanya, sebanyak RM2.5 juta telah diperuntukkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi anak pekebun kecil yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara.", "RISDA Sarawak telah memperuntukkan RM275,000 bagi tujuan itu melibatkan 22 sekolah di Sarawak dengan RM75,000 daripadanya untuk enam sekolah dalam Parlimen Kota Samarahan, jelas beliau.", "Sekolah-sekolah berkenaan adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lundu, SMK Taee, SMK Lubok Antu, SMK Siburan, SMK Tarat dan SMK Tebakang masing-masing menerima RM12,500 untuk 15 anak pekebun kecil RISDA.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/ling-akui-peruntukan-parlimen-sibu-telah-dimanfaatkan-sebaik-mungkin
[ "SIBU: Calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) bagi kerusi Parlimen Sibu Oscar Ling mengakui telah melaksanakan pelbagai projek rakyat sepanjang berkhidmat pada tempoh penggal lalu.", "Menurutnya, beliau telah menggunakan peruntukan yang diagihkan dengan sebaik mungkin agar rakyat di kawasannya yang memerlukan dapat bersama-sama menikmatinya dengan sama rata.", "\"Turut dilaksanakan ialah membina tempat parkir kereta di hospital Sibu yang dibina dalam dua fasa,\" katanya semasa sidang media di sini, hari ini.", "\"Biarlah rakyat menilai apa yang telah saya buat selama tempoh penggal yang lalu.\n\"Saya serahkan kepada kebijaksanaan rakyat untuk menilai pada pilihan raya kali ini,\" tegasnya.", "Ling juga berkata, beliau sudah melakukan yang terbaik dalam tanggungjawabnya.\nDalam perkara lain, beliau mempersoalkan sama ada sekolah antarabangsa yang dicadangkan dibina di Sibu akan diteruskan atau sebaliknya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/rakyat-di-sekuau-perlu-pastikan-kemenangan-gps
[ "SELANGAU: Rakyat di Sekuau perlu kekal bersatu untuk memastikan kemenangan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di kelima-lima saluran mengundi kawasan itu.", "Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christopher Gira Sambang berkata, ini penting untuk memastikan kemenangan calon GPS Edwin Banta sekali gus dapat berkhidmat sebagai Ahli Parlimen mereka.", "\"Pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) pada Disember tahun lalu kita sekali lagi menang di kesemua saluran mengundi di Sekuau,\" katanya.", "\"Kita perlu bina jalan raya terlebih dahulu baru kawasasan itu dapat dibuka (dibangunkan) sama ada secara bersendirian atau bekerjasama dengan syarikat swasta.", "Menurut Gira, kerajaan negeri telah bersetuju menubuhkan agensi pembangunan kawasan di kawasan penempatan semula pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu.", "\"Dengan wujudnya agensi berkenaan kelak, kita mampu membina dan membangunkan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti jaringan jalan raya, utiliti dan sebagainya agar kita tidak ketinggalan dengan kawasan lain di negeri ini." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/lai-dakwa-harga-ikan-miri-mahal-kesan-pengurangan-hak-laut-wilayah
[ "\"Kenapa penduduk Miri tidak dapat menikmati makanan laut yang murah adalah kerana perairan sejauh tiga batu nautika dalam wilayah Sarawak tidak lagi sebahagian daripada sumber marin Sarawak, \" jelas Lai. ", "Dalam kenyataan medianya, bekas datuk bandar itu mendakwa kebanyakan kapal-kapal tersebut didaftarkan oleh syarikat Semenanjung Malaysia yang menggunakan khidmat pekerja asing.", "Mengikut  Akta Laut Wilayah 2012 yang telah diluluskan di Parlimen ketika kepimpinan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Lai mendakwa hak laut wilayah Sarawak telah dikurangkan daripada 200 batu nautika kepada tiga batu nautika.", "Justeru, rakyat Sarawak amnya dan di Miri khasnya digesa untuk memberi sokongan kepada parti pembangkang tempatan untuk mendedahkan undang-undang yang tidak adil dan tidak berpihak kepada rakyat negeri ini. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/phang-tekankan-keperluan-naik-taraf-lapangan-terbang-miri
[ "MIRI: Calon GPS-SUPP Jeffery Phang menekankan terdapat keperluan segera untuk menaik taraf kemudahan di Lapangan Terbang Miri (LTM) untuk menampung lebih ramai pelancong serta pengembara yang datang sama ada urusan perniagaan, persidangan, pendidikan, bekerja dan sebagainya. ", "Menurut beliau, LTM perlu dinaik taraf menjadi lapangan antarabangsa dengan lebih banyak terminal dan kemudahan yang lebih baik supaya dapat menampung pertambahan pelancong dan pelawat.", "\"Kita perlu menaik taraf lapangan terbang kita agar mempunyai terminal baharu, mempunyai laluan baharu yang menghubungkan Miri ke destinasi baharu di luar negara dan membawa pelancong ke Miri,\" katanya pada sidang media di sini, hari ini.", "\"Ini bermakna lebih banyak peluang pelaburan dan perniagaan,” katanya sambil menambah lebih banyak peluang perniagaan masuk, lebih banyak peluang pekerjaan juga akan diwujudkan untuk penduduk tempatan dan siswazah yang menganggur.", "“Kami mahu mengekalkan semua bakat yang kami ada di dalam negara supaya mereka tidak perlu mencari peluang pekerjaan di tempat lain.", "“Jika dipilih, misi saya juga untuk membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan latihan supaya graduan mempunyai lebih banyak peluang pekerjaan, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi,” katanya lagi. ", "“Apatah lagi dengan Shell kembali ke Miri, kami akan mempunyai impak yang lebih besar dengan banyak syarikat minyak dan gas juga akan kembali ke Miri,” ujar beliau. ", "Sementara itu Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin yang turut hadir berkata, semua cadangan Phang adalah penting untuk pertumbuhan Miri dan beliau yakin Phang boleh melaksanakannya jika dipilih.", "“Malah Menteri Pengangkutan Persekutuan sebelum ini, (Tan Sri Dato Sri) Liow Tiong Lai, menyokong cadangan menaik taraf Lapangan Terbang Miri,” katanya lagi.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/beri-mandat-penuh-kepada-gps-untuk-teruskan-perjuangan-awang-tengah
[ "Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini merangkumi perjuangan tuntutan hak Sarawak dan juga hak rakyat negeri ini secara keseluruhannya.", "\"Bukan sahaja tuntutan ke atas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), namun rakyat Sarawak juga berhak mendapat kesamarataan dalam kemudahan, pendidikan, kemahiran profesionalisme dan banyak lagi perkara,\" katanya ketika Majlis Perasmian Menaik Taraf Sistem Bekalan Air Daro, hari ini.", "Beliau turut meletakkan kepercayaan kepada GPS yang mampu memberi kemenangan besar seperti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu walaupun kali pertama bertanding menggunakan platform itu sejak keluar daripada Barisan Nasional (BN).", "Pada masa sama katanya, rakyat Sarawak harus ingat ketika 22 bulan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di mana banyak hak negeri ini dinafikan, antaranya, pembatalan projek-projek pembinaan jambatan yang telah diluluskan ketika pemerintahan kerajaan BN.", "Tidak cukup dengan itu tambahnya, Ahli Parlimen Sarawak yang turut menjadi sebahagian ahli kabinet PH ketika itu juga tidak menjaga kepentingan serta hak rakyat negeri ini.", "\"Selain itu, GPS di bawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari turut merencana pelbagai rancangan pembangunan sama ada yang telah, sedang atau sedang dilaksanakan.", "Turut hadir Timbalan Menteri Integriti Ombudsman Datuk Dr Juanda Jaya,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad, Residen Mukah Kueh Lei Poh, penyandang Ahli Parlimen Igan Ahmd Johnie Zawawi serta dif-dif kenamaan lain.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/ling-kesal-kenyataan-dr-sim-seumpama-menilik-nasib
[ "\nMIRI: Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak Alan Ling menyamakan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Dr Seri Dr Sim Kui Hian sebagai seorang penilik nasib kerana didakwa mengetahui sepenuhnya keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) pada 19 November ini.\nLing berkata demikian mengulas kenyataan Dr Sim dalam akhbar berbahasa Cina memberitahu tiada satu parti akan mampu membentuk kerajaan dengan menang majoriti. \n\"Pada malam itu (19 November)  tidak ada satu parti akan membentuk kerajaan, tiada satu parti dapat majoriti,\" jelas Ling menterjemah kenyataan Dr Sim. \n\"Saya rasa dia seumpama 'fortune teller' (penilik nasib). Ini sangat tidak bagus,\" tambah  Ling kepada pemberita di sini, hari ini. \nLing yang juga Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) berkata, tiada keraguan bahawa  Gabungan Parti Sarawak (GPS)  menyokong Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).\nGPS telah menunjukkan sokongan kepada UMNO dengan menyokong penubuhan kerajaan pintu belakang dan penubuhan kerajaan baharu bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri. \n\"Jangan menghina kebijaksanaan pengundi-pengundi di Sarawak,\" tegas Ling. \nDalam bidang pendidikan Ling mendakwa GPS berupaya untuk mengurangkan bayaran yuran pengajian pelajar yang menuntut di Universiti Curtin Malaysia (Curtin) di Miri.\nLing mendakwa kerajaan Sarawak memegang saham besar dalam universiti antarabangsa itu yang membolehkan mereka menetapkan yuran lebih murah untuk pelajar tempatan. \n\"Tugas segera yang GPS boleh lakukan ialah merendahkan kadar yuran di Curtin.\n\"Kalau mereka betul betul ikhlas, mereka boleh buat dengan segera.\n\"Sekarang bukan masa untuk berikrar, memberitahu rakyat apa yang boleh dibuat, mereka harus menunjukkan kepada kita, menjadi kerajaan negeri, mereka boleh buat dengan segera menurunkan kadar bayaran yuran pengajian,\" jelasnya. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/razaili-seru-pengundi-bijak-memilih-wakil-mereka-di-persekutuan
[ "PUSA: Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Beting Maro Razaili Gapor berkata, calon muda yang ditampilkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) GPS pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) ini adalah calon berkredibiliti untuk membawa suara Sarawak dengan lantang di peringkat persekutuan.", "\"Oleh yang demikian, kepada pengundi muda, kita berharap mereka dapat menilai dengan sebijak-bijaknya dalam memilih calon untuk mewakili suara anak Sarawak di peringkat persekutuan nanti.", "\"Kita harus memilih calon yang berkelayakan dan mempunyai latar belakang parti yang kukuh seperti GPS, bukannya calon daripada parti-parti yang tiada pendirian dan kerap bertelingkah sesama sendiri tanpa ada haluan yang pasti.", "\"Apa yang paling penting masa kini adalah memastikan suara anak Sarawak terutama yang diwakili oleh kerajaan GPS mempunyai suara yang kuat dan dihormati di peringkat persekutuan,\" kata Razaili.", "Razaili turut menjelaskan, dalam kertas undi pada PRN15 di Parlimen Batang Lupar, calon GPS Mohamad Shafizan Kepli logo GPS berada di kotak pertama atau paling atas.", "\"Sehubungan dengan itu, kita berharap jentera-jentera parti kita memaklumkan perkara ini kepada para pengundi kita terutama kepada warga emas atau ke seluruh peringkat yang akan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang pengundi." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/tiong-bekerja-keras-ngo
[ "BINTULU: Pengerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) Tanjung Batu Ngo Siik Mee berkata, Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing yang bertanding di kerusi Parlimen Bintulu sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah bekerja keras untuk menyelesaikan isu peringkat akar umbi dan kualiti hidup rakyat Bintulu termasuk berusaha menyelesaikan masalah kekurangan tempat parkir di Hospital Bintulu.", "Ngo berkata, Tiong telah pun menyatakan sebelum ini bahawa kawasan parkir kereta di Hospital Bintulu akan diselesaikan sebagai sebahagian daripada penyelesaian jangka panjang yang lebih meluas bagi memenuhi keperluan hospital terbabit.", "\"Keperluan untuk 10 hingga 20 tahun akan datang, hospital itu akan dinaik taraf kepada hospital separa swasta dengan kerjasama hospital lain yang mempunyai kedua-dua bahagian swasta awam seperti Pusat Perubatan Universiti Malaya,\" katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.", "Katanya, Hospital Bintulu juga akan menikmati lebih banyak peningkatan peralatan dan kemudahan lebih baik dalam penyampaian perkhidmatan perubatan yang berkualiti kepada rakyat.", "Berbanding dengan semangat dan dedikasi Presiden PDP katanya, tingkah laku 'tiada tindakan, pandai cakap saja' adalah lambang seluruh parti yang hanya tahu menyalahkan orang lain dengan menyembunyikan kegagalan mereka sendiri untuk berkhidmat.", "Katanya, untuk membawa isu ini secara oportunis dan menyalahkan kerajaan motifnya jelas hanya mahu menggunakannya sebagai 'peluru' untuk kempen lemah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/cadangan-bina-pusat-jantung-dan-kanser-dengan-kos-rm50-juta-tidak-realistik-soon-koh
[ "SIBU: Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) bagi kerusi Parlimen P.212 Sibu Dato Sri Wong Soon Koh menyifatkan cadangan pembinaan pusat jantung satelit dan pusat kanser di Sibu dengan kos keseluruhan sebanyak RM50 juta sebagai tidak realistik.", "Menurut Soon Koh, cadangan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Lanang Wong Ching Yong itu hanya bertujuan mengelirukan serta mendapatkan undi rakyat.", "\"Saya tidak pasti sama ada beliau (Ching Yong) sedar apa yang dikatanya atau hanya mahu mengelirukan orang ramai bagi mendapatkan undi,\" ujarnya pada sidang media di Pejabat PSB bersama calon PSB Lanang Priscilla Lau di sini, hari ini.", "Ching Yong pada sidang media semalam berkata, pusat jantung satelit dianggar dibina dengan kos RM20 juta sementara pusat kanser sebanyak RM30 juta, yang dikatakan akan siap dalam tempoh lima tahun sekiranya beliau terpilih sebagai Ahli Parlimen Lanang.\n  \nSoon Koh berkata, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mei lepas Timbalan Premier Dr Sim Kui Hian ada memaklumkan yang Sarawak akan mempunyai pusat kanser yang dibina di Kuching.", "\"Pada masa sama, beliau memberitahu kerajaan persekutuan tidak ada wang dan kerajaan negeri akan membina pusat itu terlebih dahulu sebelum mendapatkan bayaran balik daripada kerajaan persekutuan.", "\"Saya juga bertanya sama ada beliau mempunyai perjanjian secara bertulis dengan Kementerian Kesihatan atau Menteri Kesihatan, namun beliau tidak pernah memberikan jawapan.", "\"Beliau cuma memberitahu kerajaan negeri akan membina pusat itu terlebih dahulu dengan kos RM1 bilion sebelum menuntut bayaran balik daripada kerajaan persekutuan,\" jelasnya.      ", "Soon Koh menambah, cadangan Ching Yong itu tidak masuk akal memandangkan kerajaan persekutuan kini tidak mempunyai wang bagi melaksanakan projek seperti itu.", "Dalam pada itu ujar Soon Koh, ramai yang bertanya bagaimana beliau bersama Lau mahu menuntut hak-hak Sarawak sebagaimana dalam manifesto pilihan raya PSB.", "Menurut beliau, sekiranya kedua-dua mereka terpilih sebagai ahli parlimen mereka akan membentangkan usul di Parlimen untuk membuat satu referendum memandangkan semua hak yang hendak dituntut itu adalah milik rakyat Sarawak." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/pendosa-sebenar-adalah-mereka-yang-gagal-lindungi-hak-sarawak-semasa-berkuasa-lue
[ "Ahli Parti Bumi Kenyalang (PBK) itu menyangkal dakwaan penyandang juga calon DAP di Stampin, Chong Chieng Jen dalam kenyataan baru-baru ini yang meminta mereka (calon PBK) berundur daripada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).", "\"Selain itu, beliau juga menyebut bahawa kita akan 'berdosa' jika kita tidak berputus asa,\" katanya pada sidang media yang dihadiri Presiden PBK Voon Lee Shan yang juga calon PBK di Bandar Kuching di sini, hari ini.", "Lue mengingatkan Chong bahawa pada zaman kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mereka sokong selama 22 bulan, banyak projek Sarawak telah dibatalkan.", "\"Sarawak memerlukan banyak infrastruktur yang telah pun diluluskan, tetapi apabila kerajaan PH berkuasa mereka sebenarnya membatalkannya. Yang terbesar ialah Jambatan Batang Lupar, yang menelan belanja RM848 juta.", "\"Kita boleh gunakan wang itu untuk membangunkan lebih banyak jalan raya, tetapi sekarang kita terpaksa berkorban kerana kerajaan persekutuan tidak memberikan dana kepada kita,\" katanya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/voon-dakwa-undi-di-stampin-bandar-kuching-beralih-kepada-pbk
[ "KUCHING: Parti Bumi Kenyalang (PBK) mendakwa undi di dua kerusi Parlimen iaitu Stampin dan Bandar Kuching kini beralih kepada PBK berbanding dua parti lawan, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).", "Presidennya yang juga calon parti di Bandar Kuching, Voon Lee Shan berkata, ia hasil tinjauan sepanjang berkempen beberapa hari lepas melibatkan beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di dua Parlimen berkenaan.", "\"Daripada kempen beberapa hari lepas kita dapat melihat beberapa kerusi termasuk DUN Batu Kitang, Kota Sentosa, Batu Kawa serta Padungan dan Pending terdapat peralihan undi daripada GPS dan DAP (Pakatan Harapan) kepada PBK-PSB.", "\"Faktor atau alasan peralihan undi berkenaan menurut penilaian daripada pengundi adalah pemahaman pengundi terhadap visi dan misi PBK. Apa yang mereka mahu adalah kebebasan daripada dikawal kerajaan persekutuan,\" katanya pada sidang media semasa sesi bertemu pengundi di sini, hari ini.", "Voon yang bertanding menggunakan logo PSB pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berkata, pengundi kini ingin atau menuntut pemerintahan sendiri dan menentukan nasib Sarawak sendiri daripada persekutuan.", "Katanya, semasa berkempen beliau telah menjelaskan kepada pengundi atau rakyat di akar umbi mengenai bagaimana peranan dan kuasa Ahli Parlimen untuk memperjuangkan pemerintahan dan menentukan nasib sendiri daripada persekutuan dengan mengemukakan usul persendirian.", "\"Usul ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Ahli Parlimen dari Sarawak sama ada DAP, PH, Barisan Nasional (BN) yang kini dikenali GPS untuk menuntut pemerintahan sendiri atau menentukan nasib sendiri,\" ujarnya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/wong-cadang-pusat-akuatik-bertaraf-olimpik-di-sibu-jaya
[ "SIBU: Sebuah pusat akuatik bertaraf Olimpik dicadangkan dibina di Sibu Jaya, menurut calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di kerusi Parlimen Lanang Wong Ching Yong.", "\"Pusat akuatik ini merangkumi kolam renang dan kolam terjun bertaraf Olimpik.\n\"Cadangan ini adalah antara manifesto pilihan raya saya jika dipilih sebagai Ahli Parlimen Lanang.", "\"Jika terpilih kelak, saya akan memastikan ia dibina di Sibu Jaya untuk kemudahan penduduk di sana,\" katanya pada sidang media di sini, hari ini.", "Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng, Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong Kelvin Kong, Naib Pengerusi SUPP Cawangan Dudong Tang Tung King, Bendahari SUPP Cawangan Bukit Assek Kaunselor Raymond Tiong serta ahli parti yang lain.", "Menurut Wong lagi, beliau sudah memaklumkan cadangan tersebut kepada Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.\n\"Beliau telah mengambil perhatian dengan cadangan itu dan memberikan respons yang positif.", "\"Selain itu, beliau turut memberikan sokongannya terhadap pelaksanaan cadangan itu kelak jika saya terpilih oleh rakyat pada pilihan raya ini,\" jelasnya yang juga Pengerusi SUPP Cawangan Dudong.", "\"Saya yakin dengan pembinaannya kelak, penduduk Sibu Jaya tidak perlu pergi jauh lagi ke bandar Sibu untuk aktiviti renang,\" katanya lagi.", "Ujarnya, beliau teringin melihat Sibu Jaya melahirkan bakat-bakat baharu dalam sukan renang dan terjun seperti ratu terjun negara Dato Pandelela Rinong." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/pengundi-bawang-assan-jangan-ketinggalan-agenda-pembangunan-sarawak-tiang
[ "SIBU: Pengundi Bawang Assan di kawasan Tebing Barat perlu memberi peluang kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk membawa pembangunan di kawasan tersebut dengan memberi kemenangan kepada calon GPS di Parlimen Sibu Clarence Ting pada 19 November kelak.", "Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II Michael Tiang berkata, pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN) yang lalu, GPS telah memenangi empat kerusi di Sibu iaitu Dudong, Pelawan, Bukit Assek dan Nangka.", "\"Kami tidak mahu Bawang Assan terus ketinggalan. Kita mahu seluruh Sibu dimasukkan dalam agenda pembangunan Sarawak dengan pasukan berwawasan lengkap yang dibentuk oleh wakil rakyat GPS. ", "\"Dengan rekod prestasi tadbir urus GPS yang baik, empat wakil rakyat tempatan kami dengan sokongan penuh sumber pentadbiran Negeri, kami boleh mengubah Sibu dan kami mahu mengubah Bawang Assan menjadi zon pembangunan masa depan Sibu dan zon pembangunan baharu untuk kediaman, komersial, industri, sekolah dan perubatan,\" katanya.", "Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan pembukaan stesen minyak Shell baharu oleh Kumpulan Sri Minyak di Jalan Sungai Maaw di sini, hari ini.", "Dengan kemenangan empat kerusi di Sibu pada PRN lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu berkata, setiap wakil rakyat di DUN Pelawan, Bukit Assek, Nangka dan Dudong kini menerima peruntukan pembangunan sekurang-kurangnya RM10 juta, dan peruntukan ini tidak termasuk beberapa projek khas yang dimulakan oleh empat ADUN GPS.", "\"Beberapa projek khas yang kami mulakan adalah yang paling penting kerana melibatkan pembinaan empat jalan 'missing link' baharu di Sibu yang memerlukan peruntukan kira-kira RM500 juta.", "\"Jalan tersebut adalah Jalan Khong Yit Kim, Jalan Kemuyang to Pasai Siong, Jalan Ulu Sungai Merah (jalan baru) menghubung ke Jalan Oya, dan Jalan Oya menghubung ke Jalan Aman.", "\"Kami percaya empat 'missing link' ini yang pastinya akan membuka kunci potensi besar Sibu untuk menjadi hab pusat yang bertenaga untuk ekonomi, kewangan, pendidikan, perubatan serta pelancongan budaya.", "Katanya, beliau tersentuh dengan kemuliaan hati pengasas Kumpulan Sri Minyak Dato William Tiu yang mempunyai pandangan lebih jauh akan masa depan pembangunan di kawasan tersebut.", "\"Beliau telah memberitahu saya bahawa stesen minyak ini mungkin bukan pelaburan yang menguntungkan, tetapi beliau berharap dengan membuat pelaburan di tebing barat ini, ia akan merangsang lebih banyak lagi pelaburan lain daripada sektor swasta untuk kawasan ini. ", "Hadir sama calon GPS bagi Parlimen Sibu Clarence Ting, Pengurus Besar Kumpulan Sri Minyak Amelia Tiu, Pengurus Wilayah Kanan Shell Sarawak Alex Pega dan yang lain." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/bobby-dedah-pelbagai-perkara-perlu-perhatian-kerajaan-baharu
[ "MIRI: Presiden Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Bobby William mendedahkan pelbagai perkara yang berlaku di peringkat akar umbi yang memerlukan perhatian kerajaan baharu kelak.", "Calon PBDS bagi Parlimen Sibuti itu memberitahu, antaranya ialah tiada talian komunikasi yang sempurna di kawasan luar bandar, jalan masuk ke kampung terpaksa menggunakan jalan ladang sawit serta isu tanah tiada bergeran.", "\"Dalam perjumpaan bersama pengundi di sini, saya mendapati pelbagai isu timbul membabitkan kemudahan infrastruktur asas yang masih ketinggalan,\" katanya kepada Utusan Borneo di sini, hari ini.", "Menurut  Bobby, mereka yang terlibat dalam penanaman sawit juga berdepan isu kenaikan harga baja dan racun yang disifatkan sangat mahal dan membebankan.", "\"Jika diberi peluang saya ingin menyelesaikan masalah rakyat ini dan akan merancang membina sebuah hospital untuk kegunaan penduduk luar bandar,\" jelasnya.", "Parlimen Sibuti ditandingi penyandangnya dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Lukanisman Awang Sauni, calon Pakatan Harapan (PH) Zulhaidah Suboh dan beliau sendiri." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/prestasi-cemerlang-gps-perlu-dibawa-ke-pentas-parlimen
[ "LIMBANG: Prestasi cemerlang Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) tahun lalu membuktikan parti itu kekal stabil dan mampu berdikari.", "Calon GPS bagi Kerusi Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah berkata, GPS yang bertanding buat kali pertama pada PRN12 itu memperoleh 76 daripada 82 kerusi.", "Dengan kejayaan itu katanya, GPS berjaya menunjukkan taring dan kuasanya dalam menerajui Sarawak serta lantang memperjuangkan hak negeri ini meskipun berdiri sendiri.", "“Pada pilihan raya tahun lepas kita menang peringkat negeri kita Sarawak, 76 daripada 82  kerusi, besar, mantap,” ujarnya pada Program Sumbangan Beras 'Berasku Berasmu' anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah (PBSM) Limbang di Dewan Bunga Raya, pada Rabu.", "Turut hadir ialah Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr  Abdul Rahman Ismail dan Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Limbang Chew Sing Liang. ", "Hasbi yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) optimis GPS mampu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan meletakkan calonnya di kesemua 31 kerusi parlimen di Sarawak.", "Tambahnya, Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mahu kesemua calon bahi 31 kerusi PRU15 memenangi semua kerusi yang dipertandingkan.", "“Tempoh hari semasa memberikan watikah kepada saya dan rakan-rakan lain, Abang Johari berikan watikah ini kepada 31 calon GPS ini untuk menang, bukan mahu tanding-tanding saja tapi mesti menang.", "“Abang Johari berkata, Sarawak lebih penting daripada diri saya ini, Sarawak lebih penting daripada saya, GPS lebih penting daripada saya,” katanya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/gps-akan-teruskan-pembangunan-prasarana-luar-bandar
[ "BINTULU: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan meneruskan usaha membangunkan prasarana serta infrastruktur masyarakat di luar bandar sekiranya diberi peluang memenangi kerusi Parlimen Bintulu pada penggal yang keenam ini nanti, kata calonnya Datuk Seri Tiong King Sing.", "Tidak dapat dinafikan kawasan luar bandar di negeri ini agak ketinggalan jika dibandingkan kawasan luar bandar, namun kerajaan sentiasa menjalankan inisiatif bagi merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar, katanya lanjut.", "\"Justeru, kita di pihak GPS yang merupakan satu-satunya parti tempatan yang diterajui Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan memajukan Sarawak mengikut acuan kita sendiri sesuai dengan aspirasi dan kehendak rakyat Sarawak,\" ujarnya semasa acara perjumpaan dengan rakyat di kawasan Kuala Tatau, hari ini.", "Tiong berkata, sejak kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum pada 2018, kerajaan Sarawak telah menubuhkan GPS yang merupakan gabungan empat parti tempatan di negeri ini.", "Ia jelas beliau, merupakan satu langkah bijak oleh kerajaan negeri kerana Sarawak sudah mempunyai parti yang dipelopori anak jati Sarawak tanpa campur tangan parti dari Semenanjung.", "\"Kita (GPS) amat menghargai bantuan daripada kerajaan persekutuan, namun kita berpendirian untuk berdiri teguh di belakang GPS yang diterajui Premier Sarawak bagi menuntut hak-hak yang telah lama terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),\" tegasnya.", "Atas sebab itulah katanya, mana-mana parti lawan termasuk dari Semenanjung yang bukan daripada empat komponen parti dalam GPS akan ditentang habis-habisan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.", "Beliau menambah, Kuala Tatau merupakan sebuah kawasan yang mempunyai tarikan tersendiri yang mana banyak aktiviti atau program dapat diadakan bagi menarik lebih ramai pengunjung mengunjunginya bagi tujuan riadah atau rekreasi.", "\"Saya akan mempertimbangkan saranan penduduk Kuala Tatau untuk mengadakan acara Regata Kuala Tatau di masa hadapan sekiranya kita masih lagi bersama dalam GPS,\" ujarnya berseloroh." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/supp-bintulu-lancarkan-khidmat-semak-lokasi-saluran-mengundi
[ "BINTULU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bintulu melancarkan perkhidmatan menyemak lokasi serta saluran mengundi untuk para pengundi Bintulu di Bilik Operasi Pusat Khidmat DUN N.68 Tanjong Batu di No.65, Tingkat 1 Bintulu Sentral di sini.", "Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang berkata, pengundi baharu yang telah mendaftar dan pengundi lama mungkin tidak mengetahui tempat atau saluran mereka mengundi.", "\"Saya menggesa sesiapa pun pengundi sama ada di kawasan Tanjung Batu ataupun Bintulu, mereka boleh datang ke pejabat kita atau menghubungi kita untuk membuat semakan tempat mereka membuang undi,\" katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu, hari ini.", "Katanya, masa operasi perkhidmatan yang disediakan adalah mulai jam 8.30 pagi hingga 5 petang Isnin dan Jumaat termasuk Sabtu dan Ahad, dan bilik operasi boleh dihubungi di talian 086-313418. ", "\"Bila-bila masa para pengundi boleh menghubungi kita dan kita ada kakitangan yang boleh membantu membuat semakan,\" katanya yang merupakan Pengerusi SUPP Bintulu.", "Beliau berkata, para pengundi di sini juga boleh memeriksa sendiri saluran mengundi melalui dalam talian, namun pihaknya dapat membantu khusus untuk mereka yang tidak tahu cara membuat semakan melalui Semakan Daftar Pemilih SPR-MySPR Semak.", "\"Kebanyakan saluran pusat mengundi juga ada tambahan jadi pastinya ada perubahan bukan secara automatik maka lebih baik membuat semakan terlebih dahulu untuk mengesahkannya,\" ujarnya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/wilfred-mahu-bersuara-lantang-di-parlimen
[ "MIRI: Calon Bebas bagi kerusi Parlimen Baram Wilfred Entika Rebai (gambar) menyeru pengundi di Baram untuk mengundinya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) ini sekiranya mahukan perubahan dalam landskap politik di kawasan itu dalam tempoh lima tahun akan datang.", "Menurut Wilfred ketika dihubungi hari ini, rakyat tidak lagi perlu membazirkan undi mereka untuk mengundi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Pakatan Harapan (PH) kerana kedua-duanya terbukti gagal menjadi suara rakyat khususnya di kawasan Baram.", "\"Jadi, bagaimana kerajaan persekutuan tahu akan nasib dan masalah yang kita di Baram ini hadapi sekiranya wakil rakyat tidak lantang mengetengahkannya,\" soal beliau.", "Justeru katanya, hanya melalui wakil rakyat yang lantang bersuara barulah suara rakyat di kawasan Baram akan didengari dan diberi perhatian di Parlimen.", "Pada masa sama, Wilfred turut melahirkan kekecewaan terhadap pemerintahan Pakatan Harapan (PH) sepanjang tempoh 22 bulan yang juga dilihat gagal membawa sebarang perubahan kepada rakyat di konstituensi Baram.", "\"Oleh yang demikian, saya sanggup bertanding sebagai calon bebas pada PRU15 ini meskipun terpaksa mengeluarkan wang saku sendiri untuk membiayai kempen kerana saya benar-benar mahu membawa perubahan kepada rakyat di Baram.", "Kerusi Parlimen Baram menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Wilfred dan Roland Engan dari PH yang akan menentang calon GPS Datuk Anyi Ngau yang juga bekas penyandang kerusi tersebut." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/pilih-kerajaan-yang-stabil-mampu-lonjak-ekonomi-negara-rosey
[ "MIRI: Pengundi harus bijak memilih kerajaan yang mempunyai kekuatan dan kestabilan politik bagi meneruskan kesinambungan projek pembangunan demi untuk kesejahteraan rakyat.", "Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Rosey Yunus berkata sekarang adalah masa yang tepat pengundi memilih kerajaan yang benar-benar membela dan menjaga kebajikan mereka.", "\"Saya amat berharap pengundi di Parlimen P218 Sibuti bijak membuat keputusan dan memilih kerajaan yang bukan hanya stabil politik tetapi juga mampu melonjak ekonomi negara,\" katanya pada Khamis.", "Menurutnya, pengundi perlu menilai semula prestasi kerajaan sebelum pembubaran Parlimen agar pengundi tahu undi mereka tidak dipersia-siakan ketika memilih wakil rakyat.", "\"Kalau dahulu kita menggunakan bot berulang alik dari kampung ke pekan, kini tidak lagi dengan adanya kemudahan jalan raya yang lebih selesa dan berturap.", "\"Bekalan elektrik juga sudah banyak menerangi rumah-rumah di kampung bahkan lampu jalan turut menerangi jalan-jalan kampung yang dahulunya gelap gelita,\" katanya.", "Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bekenu memberitahu kerajaan juga berusaha membekalkan air bersih rumah ke rumah meskipun sedikit terlewat disebabkan projek Lebuhraya Pan Borneo.", "Pada masa sama, banyak rumah-rumah ibadat seperti kuil, gereja, masjid dan surau turut dibina di Sibuti yang membuktikan kerajaan negeri menjaga dan menghormati agama pelbagai kaum di Sarawak.", "Sehubungan itu, Rosey mengharapkan agar pengundi membuat satu keputusan untuk memilih wakil rakyat yang tepat serta meneruskan projek pembangunan yang telah dirancang." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/pru15-undi-luar-bandar-jadi-penentu-kemenangan
[ "KUALA LUMPUR: Undi daripada masyarakat luar bandar dan pedalaman boleh dianggap ‘emas’ kepada parti politik susulan kumpulan itu adalah suara penentu kepada kemenangan pada setiap kali pilihan raya umum diadakan.", "Jumlah kerusi parlimen di luar bandar dan pedalaman termasuk kawasan yang memiliki penempatan FELDA merekodkan lebih separuh daripada keseluruhan 222 kerusi dipertandingkan iaitu sebanyak 155 kerusi mengikut rekod parti politik dan menurut beberapa penganalisis politik, ia tidak lagi bersifat ‘putih’ kepada sesebuah parti politik berbanding sebelum ini.", "Berikutan perubahan landskap politik negara yang kian dinamik selain disumbang dengan kerancakan proses urbanisasi, tahap pendidikan serta kadar liputan Internet semakin meluas, mereka percaya persaingan politik di kawasan-kawasan berkenaan yang kini disifatkan terbuka, akan bertambah sengit.", "Menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah PRU paling sukar diramal, penganalisis politik juga melihat Sabah dan Sarawak yang masing-masing memiliki 25 dan 31 kerusi serta kawasan yang mempunyai kem tentera juga tidak lagi bersifat deposit tetap kepada sesebuah gabungan politik.", "Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA Kampus Raub, Pahang Dr Che Hamdan Che Mohd Razali berkata berdasarkan kepada kajian terhadap dua siri pilihan raya umum sebelum ini, negeri yang mempunyai kawasan tanah rancangan FELDA menunjukkan trend penyusutan sokongan daripada pengundi kepada Barisan Nasional (BN).", "“Kawasan FELDA umpamanya, saya melihat dari segi trend sokongan pengundi sekitar 60.7 peratus pada PRU13 telah menurun secara drastik kepada 46.2 peratus pada PRU14. BN tidak lagi boleh mengharapkan kemenangan mudah di kerusi-kerusi di kawasan rancangan FELDA.", "“Parti-parti politik ini berkongsi segmen pengundi yang sama maka dari segi pola pengundian, ia memberi kelebihan kepada parti yang mampu meraih sokongan maksimum pengundi,” katanya kepada Bernama.", "Antara kawasan Parlimen yang dikategorikan luar bandar dan pedalaman adalah Jempol, Jelebu dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan; Pagoh, Sekijang, Labis, Segamat, Ledang, Kulai dan Tebrau di Johor); Bentong, Raub dan Temerloh (Pahang); Dungun, Setiu, Kuala Nerus (Terengganu) serta Jerlun, Padang Terap, Pokok Sena, Baling, Sik (Kedah).", "Di Sabah, ia membabitkan antaranya Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran dan Papar manakala di Sarawak pula adalah Batang Lupar, Batang Sadong, Lubok Antu, Saratok, Kapit, Hulu Rajang, Sibu dan Baram.", "Che Hamdan berkata selain mengharapkan sokongan pengundi setia, kelompok pengundi muda termasuk yang pertama kali mengundi juga bakal menentukan kemenangan di sesebuah kawasan.", "Senada dengan Che Hamdan, penganalisis politik Universiti Utara Malaysia Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata pola pengundian masyarakat luar bandar kini semakin berubah berikutan kepesatan pembangunan selain tahap pendidikan yang diterima.", "Mengambil contoh FELDA, beliau berkata ada sebahagiannya kini adalah kawasan bandar dan pengundi khususnya generasi ketiga dilihat bersifat lebih terbuka berbanding dua generasi sebelum itu.", "“Generasi pertama misalnya, mereka mungkin cenderung memilih parti sebelum ini manakala generasi kedua yang memiliki tahap pendidikan lebih baik, mereka akan melihat kepada isu namun masih mengenang jasa kerajaan.", "“Generasi ketiga termasuklah pengundi 18 tahun, mereka inilah yang lebih terbuka dan cenderung mengundi mengikut play group mereka serta melihat tawaran yang memberi kelebihan kepada mereka. Oleh itu, pilihan raya kali ini tiada kawasan boleh dianggap deposit tetap kepada mana-mana parti,” katanya.", "Beliau berkata berlainan dengan kawasan bandar, ia masih dilihat sebagai deposit tetap kepada Pakatan Harapan (PH) dan untuk parti lain memenanginya, ia memerlukan usaha berlipat ganda manakala bagi Sabah dan Sarawak, parti-parti politik di kedua-dua negeri itu boleh memberikan sokongan kepada mana-mana gabungan di Semenanjung.", "Presiden Gabungan Wawasan Generasi FELDA Tan Sri Rozali Ismail dalam sidang media pada 3 Nov lepas dilapor berkata gabungan itu yang mempunyai keahlian seramai 135,000 di 317 tanah rancangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah, berikrar menyokong BN pada PRU15." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/ramai-calon-raikan-demokrasi-atau-sukarkan-pengundi
[ "KUALA LUMPUR: Usai penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 pada Sabtu lepas, terlakar dalam sejarah pilihan raya umum negara akan jumlah calon bertanding yang begitu ramai, iaitu 1,386 orang.", "Mereka merangkumi 945 calon Parlimen termasuk 108 calon Bebas bagi merebut 222 kerusi Dewan Rakyat - terbanyak setakat ini. Sementara di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, 441 orang mengintai kerusi DUN Perak (59), Pahang (42) dan Perlis (15), serta satu di Sabah menerusi Pilihan Raya Kecil DUN Bugaya yang diadakan serentak.", "Tidak ubah seperti bufet yang menawarkan pelbagai jenis hidangan, pengundi mungkin rambang mata untuk memilih, khususnya pengundi muda yang baru pertama kali membuang undi. Namun, rata-rata pemerhati politik melihat kehadiran begitu ramai calon bukan isu besar.", "Bagi penganalisis politik Dr Mohammad Tawfik Yaakub, jika faktor parti memainkan peranan penting pada pilihan raya umum (PRU) lepas, kali ini rakyat ada pertimbangan sendiri apabila mereka memangkah kertas undi pada 19 Nov ini.", "Beliau yakin faktor calon dan “isu yang dekat di hati rakyat” menjadi keutamaan pengundi pada PRU kali ini yang bukan sahaja mahu melihat muka baharu tetapi juga kemampuan pihak bertanding dalam menunaikan janji manifesto masing-masing.", "“Pengundi mahukan calon baharu dan tidak mahu orang sama. Disebabkan itulah kita melihat gabungan-gabungan parti politik mengemukakan calon-calon baharu sehingga ada beberapa ‘gergasi politik’ digugurkan, atas alasan memberi peluang kepada muka baharu,” katanya kepada Bernama.", "Menurut pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Politik dan Pentadbiran, Universiti Malaya itu, dapat dilihat parti bertanding menyasarkan pengundi muda apabila masing-masing mengetengahkan ramai muka baharu.", "Data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan 21.17 juta rakyat Malaysia akan terlibat pada PRU kali ini dengan lebih enam juta orang adalah dalam kelompok usia 18 hingga 29 tahun.", "Mengulas lanjut, Mohammad Tawfik berkata pengundi juga akan menilai manifesto yang dibawa oleh calon dan parti dengan isu kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara aspek yang diutamakan oleh rakyat. ", "“Kita lihat hari ini ramai yang bekerja bukan mengikut kelulusan tetapi hanya sekadar cukup makan selain terpaksa bekerja lebih masa untuk memastikan keluarga hidup selesa. Inilah isu yang patut difokuskan calon,” katanya.", "Setakat ini, kebanyakan gabungan parti bertanding menjanjikan beberapa pendekatan untuk menangani peningkatan kos sara hidup serta keadaan ekonomi yang dijangka lebih mencabar pada tahun depan.", "Dr G. Manimaran mempunyai pandangan yang sedikit berbeza kerana kata beliau, muka lama masih dihargai oleh pengundi khususnya penyokong sesebuah parti.", "“Contohnya, calon nama besar dalam politik mungkin ada pengaruh tersendiri,” katanya yang turut berpandangan faktor parti masih lagi signifikan dalam mempengaruhi pengundi, terutama membabitkan gabungan parti politik baharu.", "Faktor parti sebagai penentu juga turut diakui Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed yang berpandangan rakyat lebih cenderung memilih parti atau gabungan yang mempunyai platform stabil berbanding faktor calon semata-mata.", "Beliau berkata calon yang bertanding atas tiket Bebas lazimnya lebih sukar memenangi hati pengundi kerana mereka dilihat ‘bersendirian’ dalam membawa suara rakyat, sekali gus sukar meraih sokongan di Dewan Rakyat ataupun DUN. ", "Ditanya sama ada kehadiran begitu ramai calon dapat meningkatkan peratusan keluar mengundi, Ahmad Martadha berkata aspek itu tidak mempunyai impak terhadap jumlah pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka.", "Sebaliknya, beliau percaya parti-parti bertanding harus lebih berusaha meyakinkan pengundi untuk memangkah mereka, dan ini boleh dilakukan menerusi perincian manifesto seperti menjelaskan strategi penyelesaian masalah secara realistik kepada kumpulan sasaran.", "Sementara itu, penganalisis politik Dr Jamaie Hamil pula berpendapat jumlah calon yang ramai menuntut kematangan pengundi ketika menimbang mereka yang bakal diangkat menjadi Yang Berhormat.", "Ini perlu agar undi mereka tidak sia-sia apabila calon yang tidak layak dipilih, ujar pensyarah kanan sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia itu.", "Umumnya, pengundi yang benar-benar matang akan menyemak rekod prestasi calon dan tidak mudah terpengaruh dengan parti yang mempertaruhkan calon daripada golongan personaliti profesional, selebriti, aktivis ataupun ahli politik.", "Beliau yang melihat jumlah calon yang besar itu sebagai sesuatu yang sihat dalam menyemarakkan demokrasi bagaimanapun bimbang jika parti lebih menumpukan pada isu politik berbanding kebajikan rakyat dan kestabilan negara. ", "Memahami ‘kematangan dalam memilih’ adalah hasil daripada pengetahuan, Mohammad Tawfik dan Manimaran masing-masing berpendapat  pengaruh keluarga dan rakan sebaya berpotensi membantu golongan muda membuat keputusan.", "“Pengaruh keluarga merupakan elemen sangat penting kerana mereka semestinya akan bertanya kepada ibu bapa calon mana yang sesuai untuk mereka pilih.", "“Perbincangan dalam  kalangan rakan-rakan juga membantu anak muda ini membuat penilaian sama ada calon atau parti yang mereka pilih itu sama dengan kehendak rakan-rakan atau sebaliknya,” katanya yang melihat pendidikan politik di negara ini masih belum memadai untuk melengkapi anak muda dengan kematangan politik.", "Manimaran pula mendedahkan perkara sama dinyatakan oleh pengundi muda yang ditemuinya, namun beliau tidak menafikan ada juga yang cakna dengan senario politik negara termasuk mengambil kira manifesto dan tawaran yang diberikan oleh parti bertanding.", "Ringkasnya, rata-rata pemerhati bersetuju walau apa juga keputusan pada 19 Nov nanti, paling penting pengundi harus ingat undi mereka pada hari itu adalah untuk hala tuju negara dalam tempoh lima tahun akan datang." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/pdrm-keluarkan-lebih-3000-permit-berkempen-pru15-di-seluruh-negara
[ "KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan sebanyak 3,457 permit bagi mengadakan ceramah sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) setakat kelmarin.", "Pengarah Operasi PRU15 PDRM Datuk Seri Hazani Ghazali berkata daripada jumlah itu, 623 permit dikeluarkan di Sabah, Johor (482), Perak (413), Sarawak (372), Selangor (320), Kedah (257), Pahang (230), Negeri Sembilan (203), Melaka (162), Pulau Pinang (122), Kelantan (107), Terengganu (77),  Perlis (45) dan Kuala Lumpur (44).", "Beliau berkata pada masa sama, PDRM mengesan 177 ceramah yang tidak memiliki permit iaitu 39 di Negeri Sembilan, Perak (38), Selangor (25), Kedah (21), Kuala Lumpur (18), Johor (17), Pahang (sembilan), Terengganu (enam), Sarawak (tiga) dan Kelantan (satu).", "Mengenai kesalahan berkaitan PRU15, Hazani berkata di Johor kes pertama melibatkan seorang lelaki ditahan kerana disyaki membakar dan membaling mercun terlarang jenis 'Cake Repeater 138 Shot'  di bahagian belakang pentas tapak kawasan ceramah Parti Pakatan Harapan (PH) di Jalan Bistari 4/1, Taman Yayasan, Segamat.", "\"Suspek ditahan kerana mercun dibakarnya boleh membahayakan orang ramai yang hadir mendengar ceramah PH berkenaan dan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,\" katanya dalam kenyataan semalam.", "Hazani berkata kes kedua pula melibatkan seorang lelaki tempatan ditemukan dalam keadaan mabuk telah membuat provokasi dengan mematahkan kayu dan membuang bendera Barisan Nasional (BN) di tepi Jalan JB Air Hitam berhadapan sebuah bank di Taman Senai Utama, Senai.", "Beliau berkata kes ketiga di Pulau Pinang, melibatkan seorang lelaki tempatan disyaki memeras ugut pengadu yang ingin memasang bendera di Jalan Padang Tembak, Ayer Itam di kawasan Parlimen Bukit Bendera.", "\"Jika tidak suspek akan mengganggu dan minta konco-konconya membuat kacau di kawasan terlibat,\" katanya sambil menambah kes itu disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.", "Bagi kes keempat di Kelantan, seorang pengadu yang berada di Dewan Jeram Tekoh, Gua Musang, telah membuka aplikasi WhatsApp Group 'Anak Muda Tolak Kuli P32' dan mendapati ada seorang peserta dikenali sebagai Aznan Rosmadi telah memuat naik gambar kertas undi.", "\"Kertas undi berkenaan memaparkan nama parti dan calon yang bertanding di Parlimen Gua Musang. Pengadu musykil bagaimana kertas undi berkenaan diperoleh dan tujuan ia dimuat naik dalam kumpulan WhatsApp,\" katanya.", "Selain itu, PDRM turut membuka 22 kertas siasatan di seluruh negara melibatkan pelbagai kesalahan PRU15 antaranya di Sarawak, Sabah dan Selangor yang disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.", "Di SARAWAK, bertempat di pejabat DAP Cawangan Sarikei, seorang pengadu memaklumkan pekerja dikenali dengan nama panggilan 'Tengki' mengatakan di sepanjang Jalan Masjid Lama Sarikei, bermula  daripada sebuah farmasi hingga hadapan Jalan Sugarbun, Sarikei bendera parti DAP telah dipatahkan lebih kurang 30 batang oleh individu tidak dikenali.", "Di SABAH, bertempat di Kampung Kolapis Laut, Beluran, seorang pengadu mendapat makluman daripada ahli parti Warisan bahawa terdapat tiang bendera parti itu telah dirosakkan anggaran empat tiang yang diletakkan di laluan pejalan kaki tepi jalan Taman Arif.", "“Terdapat  beberapa bendera parti berkenaan berada di atas tanah dan jalan raya manakala tempat kejadian adalah gelap dan lampu jalan tidak berfungsi,” katanya sambil menambah tiada saksi berhubung kejadian itu.", "Di SELANGOR, bertempat di Kajang, seorang pengadu membuat laporan polis telah melihat bendera BN yang diletakkan di hadapan rumah kawasan parkir telah dirosakkan dengan dikoyakkan dan cubaan mencabut ikatan buluh.", "“Perbuatan ini boleh menimbulkan perasaan marah dan tidak puas hati di mana perlu menghormati sensitiviti jiran dan parti yang disokong setiap individu,” katanya.", "Sementara itu, di JOHOR BAHRU, polis telah membuka tiga kertas siasatan berkaitan kesalahan sempena PRU 15 di negeri ini, setakat semalam.", "Jurucakap Media PRU15 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor Supt Ibrahim Mat Som berkata tiga kertas siasatan yang dibuka, akan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 500 KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/kerjasama-dengan-mana-mana-pihak-adalah-keputusan-parti-bukan-individu-ismail-sabri
[ "ALOR GAJAH: Keputusan untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak jika Barisan Nasional (BN) gagal membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 adalah keputusan parti bukannya individu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri. ", "\"Keputusan besar seperti ini parti kena tentukan, bukan individu... nak dengan PKR, PN (Perikatan Nasional) ke atau PH (Pakatan Harapan), parti kena tentukan,\" katanya kepada media selepas sesi ramah mesra bersama penduduk di Durian Tunggal semalam.", "Ditanya mengenai cuti umum khas pada 18 Nov dan gaji awal untuk penjawat awam pada 17 Nov seperti yang tular di media sosial, Ismail Sabri berkata perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.", "\"Hari ini dalam media dah ada bayangan, tunggulah saya umumkan nanti,\" katanya selepas tinjauan mesra di Pasar Malam Pekan Durian Tunggal di sini.", "Turut hadir calon BN bagi kerusi Parlimen Alor Gajah iaitu Shahril Sufian Hamdan, yang juga Ketua Penerangan UMNO, dan Menteri Besar Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/10/video-kreatif-di-media-sosial-mewarnai-kempen-pru15
[ "KUALA LUMPUR: Proses kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) memasuki hari kelima dengan calon bertanding giat menggunakan media sosial sebagai antara platform untuk menarik sokongan pengundi.", "Kebanyakan calon bertanding itu menunjukkan kreativiti masing-masing dengan memuat naik video yang mengandungi aktiviti kempen mereka kepada pengundi menggunakan platform seperti Facebook, WhatsApp dan TikTok.", "Ada juga dalam kalangan calon PRU15 tidak lagi mencetak risalah manisfesto mereka secara fizikal untuk tatapan masyarakat sebaliknya meletakkan kod 'QR' dan poster elektronik untuk dikongsi secara besar-besaran menerusi aplikasi WhatsApps serta Facebook.", "Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga calon Parlimen Pagoh umpamanya membuat video TikTok 'Swipe', lagu hip hop yang dipopularkan oleh penyanyi Singapura, Alyph.", "Dalam video berdurasi 15 saat bekas Perdana Menteri itu, beliau dilihat menunjukkan logo PN dengan manifesto parti itu 'Prihatin, Bersih, Stabil' dengan jari telunjuknya dan mendapat lebih 322,000 tanda suka (like) daripada netizen.", "Calon PH Parlimen Puchong Yeo Bee Yin pula menampilkan diri dengan mendukung anak lelakinya berusia setahun dalam poster PRU15, yang diedarkan menerusi aplikasi WhatsApps dan Facebook dalam empat bahasa - Melayu, Inggeris, Tamil dan Mandarin. ", "Dalam poster bertajuk 'Fakta Tentang Bee Yin' itu, ibu kepada dua anak lelaki tersebut turut menyelitkan biodata dan latar belakang karier politiknya sebagai bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, selain bekas jurutera kimia dan penerima Biasiswa Cambridge Gates. ", "Calon BN Kuala Selangor yang juga Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pula memanfaatkan platform Facebook dan TikTok dalam menghasilkan video rangkuman kempen hariannya untuk tatapan pengundi. ", "Timbalan Pengerusi PN yang juga penyandang kerusi Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut memuat naik video di Facebook yang memaparkan papan iklan berbunyi \"Never Lost in Tambun\" (Tidak Pernah Kalah di Tambun) bagi menarik pengundi. ", "Papan iklan itu memaparkan wajah Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu dan dipasang pada jejambat Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Jalan Tambun. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/09/johor-harus-kembali-jadi-kubu-kuat-bn-umno-pada-pru15-ismail-sabri
[ "KLUANG: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mahu Johor kembali menjadi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN), sekali gus menyumbang kepada kemenangan gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).", "Ismail Sabri, yang juga Naib Presiden UMNO berkata negeri Harimau Selatan itu sering disebut sebagai kubu kuat UMNO dan BN sebelum ini, apatah lagi kerana kelahiran parti keramat itu bermula di Johor.", "“Saya pernah berucap di Johor dan menyatakan Johor merupakan benteng terakhir daripada segi kekuatan UMNO kita, kerana UMNO lahir di Johor dan saya pernah katakan dalam ucapan ketika merasmikan UMNO Bahagian (sebelum ini), saya katakan kalau Johor tumbang, maka seluruh negara (UMNO dan BN) akan tumbang.", "“Bukti jelas apabila (BN) Johor tumbang (pada Pilihan Raya Umum ke-14), Malaysia (kerajaan pusat pimpinan BN) pun tumbang dan sebab itulah Johor mesti memastikan ia boleh kembali menjadi kubu kuat UMNO dan juga BN.", "“Insya-Allah dengan kekuatan Johor, seluruh negara kekal di bawah BN,” kata beliau ketika berucap pada majlis ramah mesra Perdana Menteri bersama warga Parlimen Ayer Hitam di Kompleks Balai Orang Ramai, Taman Suria, Ayer Hitam hari ini.", "Perdana Menteri berkata sejak kemenangan besar BN pada Pilihan Raya Negeri Johor Mac lepas, banyak kemajuan dicapai di bawah kepimpinan Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.", "\"Tahniah kepada Datuk Hasni dan Datuk Onn Hafiz. Dari segi pelaburan di Johor, apabila Pakatan Harapan memerintah, mereka mampu tarik RM12 bilion pelaburan, sehingga menyebabkan Johor jatuh tempat keenam atau ketujuh daripada segi pelaburan.", "\"..tetapi apabila kita (BN) memerintah, di bawah Hasni dan Onn Hafiz, hari ini pelaburan ke negeri Johor berjumlah RM60 bilion, menjadikan Johor negeri teratas dalam negara daripada segi pelaburan berbanding negeri-negeri lain,\" kata Ismail Sabri.", "Naib Presiden UMNO itu turut mengingatkan pengundi di Parlimen Ayer Hitam agar tidak terperangkap dengan permainan pihak pembangkang dan bijak memilih wakil rakyat yang akan mewakili suara mereka.", "“Jadi walaupun Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (calon BN bagi Parlimen Ayer Hitam) bukan berbangsa Melayu tetapi dia telah buat kerjasama dengan BN sejak dulu lagi,” kata Perdana Menteri.", "Sementara itu, ketika ditanya mengenai sentimen BN di Johor ketika ini, Perdana Menteri berkata BN Johor boleh memenangi sebahagian besar kerusi parlimen yang dipertandingkan memandangkan kerajaan negeri hari ini dipimpin oleh BN. ", "“Daripada segi sentimennya nampak baik dan hari ini di Ayer Hitam nampak jelas semangat dan sokongan kepada Wee begitu kuat sekali, dan saya yakin Wee juga akan menang,\" katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra berkenaan.", "Wee, yang mempertahankan kerusinya buat kali kelima, menghadapi saingan tiga penjuru menentang calon Pakatan Harapan Sheikh Omar Bagharib Ali (PH-DAP) dan calon Perikatan Nasional Muhammad Syafiq A.Aziz (PN-Bersatu)." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/09/gps-tetap-lawan-rakyat-tentukan-kemenangan
[ "\"Sebab itu kita (GPS) meletakkan calon di 31 kerusi Parlimen dan setakat ini kempen kita berada dalam keadaan baik dan mendapat maklum balas dengan keterujaan masyarakat.” ", "KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus menentang sesiapa sahaja calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Sarawak termasuk Perikatan Nasional (PN).", "Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, GPS telah meletakkan calon di 31 kawasan Parlimen bagi menentang sesiapa sahaja yang memberi tentangan.", "\"Sebab itu kita (GPS) meletakkan calon di 31 kerusi Parlimen dan setakat ini kempen kita berada dalam keadaan baik dan mendapat maklum balas dengan keterujaan masyarakat.", "\"Apa yang penting ialah kekalkan momentum kita dan kita (GPS) akan melawan sahaja siapa-siapa yang melawan kita,\" katanya ketika ditemui media selepas sidang media Pameran Sarawak 2022 yang diadakan di Singapura, di sebuah hotel di sini hari ini.", "Awang Tengah yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, rakyat kini meletakkan harapan terhadap kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.", "Ditanya mengenai PN sebelum ini menyatakan tidak berjanji dengan GPS untuk tidak bertanding pada PRU15 dan hanya berjanji tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12), beliau berkata itu hanya pendapat mereka.", "\"(Bagaimanapun) sama ada dia (PN) mungkir janji atau tidak dan dia telah letakkan calon dia di sini (Sarawak), maka kita (GPS) akan lawan,\" ujarnya sambil menambah, itu (undi) terpulang kepada rakyat untuk menentukan.", "Sementara itu, Naib Presiden PBB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menjelaskan tindakan untuk tidak bertanding di Sarawak (PN) sepatutnya diteruskan pada PRU15.", "\"Bagaimanapun, kita dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin (pengerusi PN) masih berkawan tetapi ini (PRU15) melibatkan demokrasi dan sekiranya hendak bertanding di Sarawak, kita tetap terima walaupun dengan hati yang berat sikit,\" ujarnya.", "Sehubungan itu, pengundi di empat kawasan yang ditandingi PN (Saratok, Lubok Antu, Bintulu dan Batang Lupar) memainkan peranan menentukan siapa yang akan memenangi kerusi tersebut." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/09/willie-mohon-sokongan-semua-masyarakat-di-puncak-borneo
[ "KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Puncak Borneo Datuk Willie Mongin memohon sokongan semua masyarakat di kawasan Parlimen tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini. ", "Beliau yang berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) turut mendakwa beliau sebelum ini terperdaya dengan janji-janji manis Pakatan Harapan (PH) yang kononnya ingin membela nasib terutama bangsa Bidayuh.", "Bagaimanapun, selepas berjaya memenangi kerusi Parlimen tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), nasib Bidayuh tidak terbela malah tiada juga lantikan di peringkat tertinggi.", "\"Tiada parti lain seikhlas GPS, saya pernah bersama PH dan saya berpeluang melihat kedua-dua permukaan 'coin', dulu bersama mereka (PH) dikatakan akan memperjuangkan nasib kita anak-anak Bidayuh tetapi lepas menang, semua kita dilupakan, tiada lantikan bangsa kita terutama di peringkat tertinggi dan kabinet.", "\"Tetapi selepas bergabung dengan GPS di bawah Perikatan Nasional (PN) baru kita ada wakil iaitu timbalan menteri dan seorang lagi duta bertaraf menteri,\" katanya. ", "Justeru beliau yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi turut memohon maaf kepada semua pihak yang ada terguris hati sepanjang beliau bersama PH sebelum ini.", "\"Saya ingin mengambil kesempatan ini sekiranya semasa saya di sebelah sana, saya ada mengguris perasaan, saya minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki,\" katanya.", "Selain itu, beliau turut memohon maaf dan mengharapkan sokongan padu daripada rakan-rakan pemuda yang tidak terpilih sebagai calon untuk PRU15 ini.", "\"Saya perlukan sokongan anda semua, jika kita menang, kemenangan ini adalah untuk GPS dan jika kita kalah, ia juga kekalahan GPS.", "Sementara itu Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah yang menyempurnakan majlis tersebut memberitahu bahawa Willie dipilih disebabkan pengalamannya sebelum ini yang pernah bersama kerajaan dan pembangkang.", "\"Sebagai contoh, semasa kerajaan bertukar banyak peruntukan untuk projek ditarik balik dan banyak lagi masalah pentadbiran di peringkat kerajaan pusat (ketika itu),\" katanya.", "Majlis pelancaran jentera PRU15 GPS Puncak Borneo diadakan di Dewan Kampung Sinjok, Siburan dengan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong Datuk Dr Jerip Susil dan ADUN Serembu Miro Simuh." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/09/kenyataan-lau-tentang-penurunan-inflasi-mengelirukan-wong
[ "SIBU: Kenyataan calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) bagi kerusi Parlimen Lanang Alice Lau mengatakan Pakatan Harapan (PH) mampu mengekalkan kadar inflasi 0.66 peratus apabila mereka menjadi kerajaan adalah mengelirukan.", "Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Lanang Wong Ching Yong berkata, menurut Lau semasa PH menjadi kerajaan pada 2018 dan 2019 kadar inflasi berada pada 0.66 peratus.", "\"Saya rasa kenyataan seperti ini sangat mengelirukan dan ia tidak objektif dari sudut teori ekonomi, kerana beliau tidak mengambil kira kesan yang dibawa oleh Perang Ukraine,\" katanya pada sidang media di sini, hari ini.", "Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong Kelvin Kong, Naib Pengerusi SUPP Cawangan Dudong Dr Wong Chya Wei serta ahli parti yang lain." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/09/pru-bukan-masanya-untuk-memilih-perdana-menteri-lai
[ "MIRI: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah masa untuk pengundi di 222 kawasan Parlimen di seluruh negara mengundi siapakah Ahli Parlimen atau wakil rakyat mereka. ", "“Malaysia bukannya menggunakan sistem seperti Amerika Syarikat (AS) untuk memilih siapa yang akan menjadi presiden dan tidak seperti sistem pilihan raya AS, presidennya yang dipilih secara langsung,\" jelas calon PSB di kerusi Parlimen Miri Datuk Lawrence Lai.", "Justeru katanya, kenyataan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mengatakan bahawa pilihan raya umum ini adalah ‘pemilihan Perdana Menteri' adalah kurang tepat. ", "Lai dalam satu kenyataan medianya di sini, hari ini berkata, beliau amat kecewa dan terkilan kerana pemimpin tertinggi parti politik di negeri ini hanya mementingkan siapa perdana menteri (yang akan ditentukan mereka) dan pada masa yang sama, berniat mengelirukan undi rakyat Sarawak.", "“Mereka tidak mengambil berat tentang bagaimana untuk menyelesaikan inflasi dan memulihkan ekonomi, penurunan nilai ringgit, pengeluaran industri tani dan perdagangan import dan eksport, yang juga merupakan masalah rakyat. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/09/phang-sedia-berjuang-dapatkan-kuasa-penuh-dan-autonomi-pendidikan
[ "MIRI: Calon GPS di kerusi Parlimen Miri Jeffery Phang berkata beliau bersedia berjuang untuk Sarawak bagi mendapatkan kuasa penuh dan autonomi dalam pendidikan bagi memastikan rakyat negeri ini mendapat pendidikan berkualiti dan terbaik. ", "Bercakap pada sidang media di sini, hari ini beliau berkata, ini adalah antara kemuncak manifesto beliau dan ia selaras dengan slogan parti 'Sarawak Didahulukan'.", "\"Sebelum ini kita berdepan dengan isu-isu sekolah usang dan merayu kepada kerajaan persekutuan untuk mendapatkan pembiayaan, tetapi kita semua tahu kisah itu,\" katanya.", "Phang berkata, semasa angin kencang melanda bandar raya ini bulan lepas, bumbung tempat menunggu salah sebuah sekolah di sini telah diterbangkan angin tetapi kerja-kerja pembaikan, yang bukannya perkara sukar, perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan di peringkat persekutuan terlebih dahulu.", "“Kawasan tempat menunggu itu yang dibina khusus untuk murid-murid di situ, perlu dibaiki untuk kemudahan mereka namun kita masih perlu menunggu kelulusan daripada persekutuan, ini merupakan satu 'ejekan' kepada kita.", "Phang menambah, manifesto beliau turut memberi tumpuan kepada mewujudkan program pendidikan yang menyediakan pasaran kerjaya di samping memperluas dan menaik taraf sekolah teknik dan vokasional sedia ada.", "“Lebih banyak kursus perlu diperkenalkan di universiti di Sarawak untuk memberi lebih banyak pilihan dan peluang kepada pelajar Sarawak belajar dalam negara,” katanya. ", "Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana pada masa ini semua kursus yang hendak diperkenalkan di institusi pengajian tinggi di Sarawak perlu mendapat kelulusan persekutuan juga dan Sarawak tidak dapat berbuat apa-apa selain menunggu permohonan diluluskan.", "Sementara itu, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin yang turut hadir pada sidang media itu menyuarakan persetujuannya atas pandangan Phang mengenai autonomi pendidikan.", "“Jika Sarawak mempunyai Kementerian Pendidikannya sendiri, Pengarah Pendidikan sendiri. Jadi secara langsung pentadbiran, beberapa kuasa boleh diwakilkan kepada Sarawak dan biarkan jabatan di sini atau pengarahnya membuat keputusan.", "“Malah dari segi jumlah dan keperluan guru, lebih banyak kuasa harus diwakilkan kepada Sarawak tetapi pada masa ini semuanya perlu dirujuk kepada Putrajaya,” ujarnya. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/09/dr-richard-akan-wakili-semua-kaum-di-betong
[ "SPAOH: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di  Betong Dr Richard Rapu akan mewakili semua kaum di kawasan Parlimen itu sekiranya beliau menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).", "Pengarah Pilihan Raya GPS Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini kerana Dr Richard bukan sahaja Ahli Parlimen untuk majoriti Iban seperti didakwa sesetengah pihak.", "\"Saya memaklumkan perkara ini kepada beliau. Saya sangat yakin beliau akan memberi layanan yang adil dan sama kepada semua,\" katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Saban serta ahli dari beberapa kampung Melayu di sini, hari ini.", "\"Beliau juga peneman setia semasa jelajah mesra saya di sini. Saya yakin perlu berlaku adil dan melayan serta memberi perkhidmatan sama rata kepada semua sudah sebati dalam dirinya.", "Pada majlis sama, Uggah turut menyatakan beliau dan rakyat di Betong amat berterima kasih kepada Chuat atas sumbangan diberikan selama dua penggal menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban dan kemudian sebagai Ahli Parlimen Betong dari Mei 2018 hingga Oktober 2022.", "Beliau juga berterima kasih kepada Chuat kerana mengambil keputusan mengundur diri bagi memberi laluan kepada pemimpin baharu dan lebih muda mengambil alih." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/09/tiong-tegaskan-niat-dan-matlamatnya-tidak-pernah-berubah
[ "BINTULU: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Tiong King Sing menyatakan tumpuannya tidak berubah untuk terus berkhidmat kepada rakyat di Bintulu terutama selepas lima penggal memegang kerusi Parlimen Bintulu dan perjuangannya mempertahankan kerusi tersebut untuk penggal keenam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).", "\"Dalam pilihan raya umum kali ini, niat dan matlamat saya tetap sama, tidak pernah berubah untuk terus bekerja keras memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Bintulu,\" katanya pada siri kempennya di beberapa rumah panjang di sini untuk hari ketiga Isnin lalu.", "\"Sejajar dengan itu, suka untuk saya kongsikan kepada anda semua tentang tujuan manifesto utama yang akan saya perjuangkan pada pilihan raya umum kali ini.\"", "\"Saya berharap rakyat Malaysia dapat menunaikan tanggungjawab untuk keluar mengundi dan ikuti prosedur mengundi yang betul supaya undi anda tidak sia-sia.", "\"Sekiranya saya boleh menang dengan majoriti lebih besar daripada dahulu, nescaya saya akan dapat 'suara lebih besar' dalam Parlimen sekali gus dapat memperjuangkan hak dan suara rakyat,\" katanya. ", "Selain itu katanya, mendapatkan lebih banyak peruntukan untuk kemajuan pembangunan serta terus meningkatkan infrastruktur, ekonomi persekitaran, pendidikan dan sebagainya di Bintulu.", "Justeru beliau merayu kepada semua untuk memberi sokongan penuh kepada GPS pada PRU15 kali ini supaya GPS dapat terus mentadbir dan membantu Sarawak mencapai rekod cemerlang di kesemua 31 kerusi Parlimen di negeri ini. ", "\"Jika impian ini tercapai, kita akan lebih yakin untuk berunding dan bersuara dengan pihak kerajaan persekutuan termasuk menuntut lebih banyak autonomi dan sumber Sarawak yang telah diberikan dalam kontrak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),\" katanya.", "\"Pilihan raya umum kali ini merupakan 'pertempuran' saya yang keenam, saya komited untuk terus memenangi Parlimen Bintulu, merayu kepada semua pengundi untuk memberi sokongan dan buah fikiran kepada saya bagi mewujudkan situasi menang-menang antara kita,\" tambahnya.", "Begitupun katanya, untuk mempertahankan kerusi itu selama enam penggal berturut-turut bukan sesuatu yang mudah tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil sekiranya semua memberikan sokongan padu kepadanya. ", "Antara rumah panjang yang dilawati pada siri kempennya untuk hari ketiga itu adalah Rumah Gerena Pi di Batu 17 Jalan Bintulu-Miri, Rumah Mathew Selutan di Sungai Sarau dan Rumah Patrick Andin Uli di Sungai Serakit masing-masing di Sebauh dan Rumag Endawie @ Bujang Maga di Bukit Bethany, Kelarong." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/09/wan-mohd-madehi-ikrar-sokongan-padu-kepada-giendam
[ "SARATOK: Bekas calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong Wan Mohamad Madehi Wan Ahli telah mengumumkan akan memberi sokongan padu kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Saratok Giendam Jonathan Tait pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.", "Katanya, beliau melihat calon yang ditampilkan GPS ini mempunyai kelayakan dan kemampuan untuk bergabung tenaga dan usaha dengan ahli-ahli DUN yang berada di Parlimen Saratok untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di Parlimen pada masa akan datang.", "\"Sehubungan itu, kita menyeru ahli-ahli PSB yang berdiri teguh bersama saya pada PRN12 yang lalu agar bersama-sama member sokongan dan menjadikan calon GPS sebagai Ahli Parlimen Saratok pada PRN15 ini.", "\"Di sini saya ingin jelaskan kepada semua bahawa parti atau kepimpinan GPS paling kukuh dan sentiasa sokong menyokong antara satu sama lain dalam perkembangan politik negara masa kini.", "\"Jika kita lihat kebanyakan parti lain kita ibaratkan berada dalam keadaan tidak stabil malah sering bergolak atau mengalami masalah dalaman yang boleh membawa kepada kehancuran parti itu sendiri,\" kata Wan Mohamad Madehi.", "Menurut Wan Mohamad, GPS telah membuktikan kemampuan dalam semua perkara tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada pihak lain khususnya dalam melakukan urusan pentadbiran negeri ini.", "\"Oleh yang demikian, kita juga ingin menyeru kepada golongan muda yang baru melangkah ke dunia politik agar menilai dengan sebaik-baiknya pilihan mereka pada PRN15 ini dan tidak terpengaruh dengan parti lain yang menentang GPS kerana perjuangan mereka tiada masa depan.", "\"GPS adalah parti anak Sarawak dan hanya GPS yang mampu memperjuangkan hak-hak anak Sarawak dan membangunkan Sarawak berdasarkan keperluan rakyat negeri ini,\" jelasnya lagi.", "Pada PRN12 lalu, Wan Mohamad Madehi telah bertanding menggunakan tiket PSB di DUN Kabong bagi pertandingan empat penjuru di kawasan tersebut dan telah mendapat 2,026 undi namun tewas kepada calon GPS Mohd Chee Kadir yang mendapat 4,789 undi manakala calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Mohamad Asri Kasim meraih 208 undi dan calon Pakatan Harapan (PH) Hud Andri mendapat cuma 91 undi." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/09/roderick-ikrarkan-manifesto-lapan-perincian
[ "SARIKEI: Calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Parlimen Sarikei Roderick Wong Siew Lead memaklumkan lapan tumpuan atau manifesto yang akan diperjuangkannya jika terpilih sebagai Ahli Parlimen Sarikei pada Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) ini.", "Katanya manifesto tersebut adalah berkaitan kemudahan perubatan, kemudahan rangkaian Internet, transformasi sektor pertanian, usaha memodenkan Sarikei dan Bintangor, kawalan tambang tiket penerbangan antara Sarawak dan Semenanjung Malaysia, menaik taraf kemudahan jalan raya, program bantuan keluarga tunggal dan bantuan perubatan serta program biasiswa pengajian tinggi.", "\"Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kerajaan telah meluluskan pembinaan poliklinik di simpang Jalan Bayong, tetapi setakat ini tiada tindakan selanjutnya diambil. ", "\"Pembinaan poliklinik di kawasan tersebut akan memberi manfaat kepada penghuni berhampiran, maka ia juga dapat mengatasi kesesakan trafik dan kekurangan tempat letak kereta serta mengurangkan beban poliklinik sedia ada di Sarikei dan Bintangor.", "\"Selain pemantauan projek dalam RMK12 tersebut, saya juga akan beri perhatian dan mempercepatkan perkembangan projek klinik pergigian di Bintangor agar penduduk berdekatan tidak perlu pergi ke klinik pergigian yang jauh dari Sarikei,\" kata Roderick pada kepada media di pejabat DAP Sarikei semalam.", "Pada masa yang sama juga kata Roderick, kawasan Sarikei dan Bintangor masih mengalami masalah kelajuan Internet 3G atau 4G yang tidak stabil dan perkara tersebut sememangnya menyusahkan penduduk.", "Oleh itu katanya, beliau akan mengemukakan permohonan dan memantau Kementerian Multimedia dan Komunikasi supaya meningkatkan kemudahan rangkaian Internet di kawasan luar bandar kerana rangkaian Internet adalah sangat penting bagi mereka yang bekerja atau berniaga dan belajar dalam talian. ", "\"Kita akan mengemukakan permintaan kepada Kementerian Pertanian dan Indsutri Makanan agar melancarkan dasar-dasar pertanian yang mampu memodenkan serta mentransformasikan sektor pertanian kerana dengan usaha pemodenan sektor pertanian di Sarikei dan Bintangor pasti akan menarik minat lebih ramai golongan muda untuk melibatkan diri dalam sektor pertanian. ", "\"Bagi manifesto memodenkan Sarikei dan Bintangor, saya melancar dan melaksanakan pelbagai program serta dasar bagi menarik generasi muda tempatan khususnya bagi mengelakkan penghijrahan keluar golongan muda,\" kata Roderick.", "Mengulas berkaitan kawalan tambang penerbangan yang mahal kata Roderick, perkara tersebut akan terus dibawa ke perbincangan di peringkat Parlimen untuk mencari pendekatan dan langkah yang terbaik untuk mengatasinya.", "Untuk manifesto menaik taraf kemudahan jalan raya Roderick berkata, kekurangan perancangan dalam pembinaan jalan raya telah menjadi punca yang mengakibatkan kemalangan jalan raya. ", "\"OSaya akan membangkitkan isu ini di Dewan Rakyat supaya kerajaan menilai semula dan menaik taraf jalan raya di Sarikei dan Bintangor agar keselamatan pengguna selalu dijamin serta menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas.", "\"Sementara itu bagi program bantuan keluarga tunggal, pihak DAP telah  melancarkan program tersebut dan telah membantu banyak keluarga dalam penyelesaian masalah kewangan sementara dan berjanji akan terus melaksanakan kedua-dua program tersebut bagi membantu golongan ini.", "\"Bagi manifesto yang terakhir iaitu program biasiswa pengajian tinggi, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sarikei telah melancarkan program tersebut selama setahun dan telah memberi manfaat kepada ramai mahasiswa dan mahasiswi untuk melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS dan program ini juga akan kita teruskan demi memberi dorongan dan bantuan kepada mahasiswa dan mahasiswi,\" jelas Roderick." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/09/polis-terima-tiga-laporan-jenayah-dan-berkaitan-kesalahan-pru15
[ "KUCHING: Polis Sarawak telah menerima tiga laporan jenayah dan berkaitan kesalahan berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di negeri ini semalam.", "Jurucakap Media PRU15 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak Superintenden Douglas Nyeging Taong menerusi kenyataan hari ini berkata satu daripada laporan itu diterima di daerah Sarikei manakala dua lagi di Kuching.", "\"Pada 8 November 2022, PDRM (Polis Diraja Malaysia) Sarawak menerima satu laporan berkaitan kesalahan melakukan khianat dengan merosakkan bendera sebuah parti politik di daerah Sibu. Kes ini disiasat di bawah Sekysen 427 Kanun Keseksaan.", "\"Manakala dua lagi laporan polis dibuat pihak berkuasa Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) iaitu berkaitan tindakan menurunkan empat kain rentang kerana melanggar syarat dan peraturan ditetapkan di Jalan Padungan (dekat sini).", "\"Kedua, tindakan menurunkan bendera sebuah parti politik kerana dipasang di kawasan bukan tempat parti politik tersebut bertanding iaitu di Jalan Kampung Gersik,\" katanya.", "Dalam perkembangan sama, Douglas memberitahu pada hari sama (8 Oktober 2022) polis Sarawak telah meluluskan 146 permit ceramah dan kempen kepada parti-parti politik di seluruh Sarawak." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/09/kesesakan-lalu-lintas-di-sibu-akan-ditangani
[ "\"Jika saya terpilih sebagai Ahli Parlimen Sibu, perkara pertama yang akan saya lakukan adalah menyelesaikan masalah lalu lintas di lapan kawasan ini dalam tempoh dua atau tiga tahun.” ", "SIBU: Mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di lapan kawasan di bandar ini akan menjadi keutamaan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Dato Sri Wong Soon Koh sekiranya beliau terpilih sebagai Ahli Parlimen Sibu.", "\"Jika saya terpilih sebagai Ahli Parlimen Sibu, perkara pertama yang akan saya lakukan adalah menyelesaikan masalah lalu lintas di lapan kawasan ini dalam tempoh dua atau tiga tahun.", "\"Semua ini boleh dilakukan dengan meminta kerajaan persekutuan memperuntukkan dana bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di situ,\" ujarnya pada sidang media di pejabat PSB hari ini.", "Lapan kawasan yang mengalami kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak ini ialah bulatan Jalan Ulu Sungai Merah dan Jalan Ling Kai Cheng, persimpangan Jalan Deshon, Jalan Pedada dan Jalan Ling Kai Cheng, persimpangan Jalan Deshon, Persiaran Brooke dan Jalan Teng Chin Hua serta persimpangan Jalan Permai Jaya dan Jalan Tunku Abdul Rahman.", "Selain itu, bulatan Jalan Wawasan dan Jalan Teng Chin Hua, persimpangan Jalan Pedada, Jalan Oya dan Jalan Wong King Huo, persimpangan Jalan Tong Sang dan Jalan Wong King Huo serta dari Jalan Airport Lama Sibu ke Sungai Teku terus ke Jalan Pasai Siong.\n       \nMenurut Wong, masalah kesesakan lalu lintas di lapan kawasan itu memerlukan perhatian segera dan dapat diatasi dengan melebarkan jalan di kawasan terlibat, membina jalan susur keluar atau membina laluan bertingkat. ", "\"Cara lain mengatasi masalah lalu lintas yang berlaku adalah dengan membina jalan lingkaran luar bagi mengalihkan aliran trafik dari pusat bandar,\" jelasnya yang juga presiden PSB.", "Mendiang anaknya Dato Andrew Wong katanya, sebelum ini telah melantik pihak konsortium bagi melakukan kajian trafik di lapan kawasan tersebut dan pihak terbabit telah tampil dengan cadangan konkrit bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di situ.", "Ahli Dewan Undangan Negeri Bawang Assan itu turut mencadangkan pembinaan enam jalan lingkaran luar baharu iaitu dari bulatan Jalan Aman ke Jalan Lapangan Terbang Sibu, dari bulatan Jalan Aman ke persimpangan lampu isyarat Jalan Pahlawan dan Jalan Ulu Oya serta dari Jalan Teku ke Jalan Ulu Sungai Merah.", "Tiga lagi jalan baharu ialah dari Jalan Ulu Sungai Merah ke Jalan Tunku Abdul Rahman, dari Jalan Teku Pasai Siong ke Jalan Kemuyang serta Jalan Ulu Sungai Merah ke Jalan Kemuyang.       ", "Wong juga merancang untuk meneruskan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu yang belum siap terutama Fasa 3 projek dalam usaha mengurangkan masalah banjir di bandar ini.", "Fasa 1 dan Fasa 2 RTB yang telah siap katanya, amat berkesan dan berjaya mengatasi masalah banjir, yang melibatkan kerja-kerja menaikkan paras Jalan Lanang sehingga ke kawasan Hulu Lanang.  \n \n\"Kita perlu tumpukan usaha untuk menyelesaikan masalah yang sedang rakyat hadapi pada hari ini dengan segera, bukannya membuat perancangan yang tidak masuk akal yang dilaksanakan dalam masa 10 atau 20 tahun akan datang,\" tegasnya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/09/pengundi-di-lapok-seru-perhatian-kerajaan-baharu
[ "MIRI: Segelintir pengundi di kawasan Parlimen Baram menaruh harapan tinggi agar kerajaan baharu kelak dapat mempercepat projek bekalan air bersih ke rumah panjang mereka yang terletak berhampiran pekan Lapok, Tinjar di Baram.", "    \nMenurut seorang penduduk, Martha Along, 50, dari Menok, Lapok, masalah ketiadaan bekalan ari bersih membelenggu mereka sejak berdekad-dekad lalu.\n    \nJusteru untuk meneruskan kelangsungan hidup katanya, penduduk rumah terpanjang terpaksa bergantung kepada air hujan untuk memasak dan air kolam berhampiran untuk mencuci dan mandi.\n    \n\"Masalah ini telah lama membelenggu kami dan sekarang projek bekalan air bersih telah bermula namun masih mengambil masa yang lama untuk disiapkan.", "\"Kami amat memerlukan air bersih dan telah menunggu sekian lama.\n    \n\"Oleh itu, kami berharap kerajaan dan agensi yang berkaitan dapat melihat isu ini dan mempercepat penyelesaiannya supaya penduduk di sini dapat menikmati bekalan air bersih dan terawat sama seperti di bandar,\" katanya ketika ditemui hari ini.\n    \nSelain itu kata Martha, terdapat beberapa keperluan mendesak lain yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan seperti penambahbaikan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan mereka.\n    \n\"Meskipun terdapat menara telekomunikasi di kawasan berhampiran namun isyarat yang diterima terlalu lemah,\" katanya sambil menambah, keadaan ini menyukarkan penduduk terutama anak sekolah yang memerlukan capaian Internet untuk mendapatkan maklumat pembelajaran.", "Seorang lagi pengundi, Sara Ringin, 42, dari Rumah Peberi Magelit, Lapok berkata, penduduk kampung di kawasan terbabit amat berharap kerajaan yang baharu kelak dapat membina sebuah klinik dan balai polis mini di pekan Lapok.\n    \nIni penting katanya, bagi memudahkan penduduk di kawasan terbabit mendapatkan rawatan agar tidak lagi perlu ke Long Lama atau Bakong yang mengambil masa 30 minit pemanduan.\n    \n\"Bagi mereka yang mempunyai kenderaan sendiri, perkara ini mungkin tidak menjadi masalah.\n    \n\"Namun bagi kami yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, perkara ini merupakan satu masalah kerana terpaksa mencari pengangkutan untuk ke klinik,\" ujarnya. \n     \nSelain itu menurut Sara, kerajaan pusat perlu membina sebuah balai polis mini di pekan Lapok untuk menjaga keselamatan rakyat di kawasan berkenaan." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/09/lawrence-lai-berikrar-memperjuangkan-rintihan-rakyat
[ "MIRI: Isu kenaikan harga barang masih menjadi antara rintihan rakyat kepada calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) di Miri Datuk Lawrence Lai melalui kempen yang dilaksanakan.", "“Oleh sebab itu, sebagai bekas Datuk Bandar Miri, sudah pasti saya mahu membantu meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat di sini,” jelasnya pada sidang media di sini, petang semalam.", "Kata Lai, pengundi Sarawak khususnya di Miri yang mengundi parti pembangkang tempatan sekurang-kurangnya dapat membantu mempertahan serta memulihkan hak dan kepentingan Sarawak.\n“Sokongan dan undian para pengundi di sini penting bagi memastikan hak dan kepentingan Sarawak tidak dirampas oleh parti dari Semenanjung.", "“Bersesuaian dengan slogan ‘Mengembalikan Sarawak’, PSB akan terus memperjuangkan kepentingan rakyat dan isu kenaikan harga barang akan menjadi keutamaan kita untuk diselesaikan.", "“Malah untuk memperjuangkan hak Sarawak, kita memerlukan parti tempatan. GPS adalah parti tempatan tetapi menyokong parti dari Semenanjung. Kita memerlukan parti tempatan yang bebas daripada sebarang pengaruh,” jelasnya.", "Tambah Lai, menjelaskan situasi politik semasa kepada rakyat terutama para pengundi di Miri turut menjadi antara agendanya agar pengundi lebih memahami keputusan undian mereka sebelum mengundi pada 19 November kelak." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/09/pengundi-selangau-diseru-beri-peluang-kepada-edwin
[ "“Biar saya dedahkan, Edwin yang pada mulanya dipilih untuk menggantikan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Joseph Mauh Ikeh pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) tetapi dia memberi laluan kepada ADUN Tamin ketika ini Christopher Gira Sambang.” ", "SIBU: Para pengundi di Selangau diminta memberi peluang kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Edwin Banta untuk berkhidmat sebagai Ahli Parlimen mereka.", "Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk John Sikie Tayai berkata, Edwin adalah seorang yang setia kepada parti dan pemimpin berkebolehan yang telah membantu GPS berkhidmat kepada rakyat di kawasan itu dengan ikhlas.", "“Biar saya dedahkan, Edwin yang pada mulanya dipilih untuk menggantikan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Joseph Mauh Ikeh pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) tetapi dia memberi laluan kepada ADUN Tamin ketika ini Christopher Gira Sambang.", "\"Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) beliau juga sepatutnya diletakkan oleh parti sebagai calon tetapi dia memberi laluan kepada Senator Rita Sarimah Patrick Insol kerana presiden parti ketika itu mendiang Tan Sri Datuk Amar James Masing mahu Rita menjadi wanita Dayak pertama menjadi Ahli Parlimen.", "\"Beliau sangat setia kepada parti dan kini peluangnya sudah tiba. Adalah wajar pengundi di Selangau memberinya peluang ini dan mengundinya sebagai Ahli Parlimen baharu mereka dalam pilihan raya kali ini,\" katanya ketika merasmikan pelancaran Jentera Pilihan Raya GPS Selangau di Rumah John Antieng di Siong Ili di sini pada Isnin.", "Terdahulu, Sikie yang juga Menteri di Jabatan Premier Sarawak berkata, tiada sebab mengapa GPS tidak dapat merampas kembali kerusi Selangau pada pilihan raya kali ini berdasarkan bilangan ahli parti komponennya tidak kurang daripada 25,000 orang", "\"Tetapi jika kita kalah, mungkin ada 'musuh dalam selimut' dalam kalangan kita. Marilah kita bersatu dan bukan menjadi musuh senyap,” ujarnya.", "Sikie turut menggesa pengundi di Selangau supaya tidak mengulangi kesilapan mereka pada pilihan raya umum lalu dengan mengundi parti yang salah.", "“Dalam tempoh empat tahun selepas beliau mengambil alih kepimpinan negeri, beliau berjaya meningkatkan pendapatan negeri kita tiga kali ganda daripada RM4 bilion kepada RM10 bilion. Pemimpin jenis inilah yang patut kita sokong dan ikuti.", "Antara yang hadir ialah isteri Sikie Datin Melia Gelen, Rita, Ketua Pemuda PRS Datuk Snowdan Lawan dan Ketua PRS Dudong Sempurai Petrus Ngelai." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/09/pusat-jantung-satelit-pusat-kanser-dicadang-di-sibu
[ "\"Kedua-dua pusat perubatan itu amat penting kerana ia akan menampung pesakit di kawasan tengah sekali gus akan dapat menyelamatkan banyak nyawa.” ", "SIBU: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Lanang Wong Ching Yong mencadangkan untuk menubuhkan pusat jantung satelit dan pusat kanser baharu dengan kos keseluruhan RM50 juta di Sibu.", "\"Kedua-dua pusat perubatan itu amat penting kerana ia akan menampung pesakit di kawasan tengah sekali gus akan dapat menyelamatkan banyak nyawa.", "“Pada masa ini kita tidak mempunyai angka berapa ramai pesakit dari wilayah tengah untuk pergi ke Kuching mendapatkan rawatan tetapi saya tahu ramai yang perlu dirujuk ke Kuching.", "Terdahulu, Naib Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong Dr Wong Chya Wei menjelaskan kepada media bahawa pusat jantung satelit ini akan memberi manfaat kepada penduduk di wilayah tengah dengan populasi kira-kira 760,000.", "Menurutnya, pada 2004 Fakulti Perubatan Royal College of Physicians of Ireland (RCPI) mengesyorkan nisbah sebanyak satu pakar kardiologi bagi setiap 48,000 penduduk.", "“Mengikut pengiraan itu, untuk wilayah tengah, kami memerlukan 16 pakar kardiologi. Semua pakar kardiologi ini memerlukan pusat jantung khas untuk menjalankan fungsi mereka dengan baik,” katanya.", "Beliau berkata, pusat jantung itu boleh bertindak sebagai pusat diagnostik, pusat intervensi awal dan boleh memberi pendidikan profesional tentang penjagaan kesihatan orang ramai.", "Mengenai pusat kanser pula kata beliau, penubuhannya akan menelan kos yang lebih tinggi kerana memerlukan lebih banyak peralatan seperti peralatan untuk mendiagnosis kanser seperti imbasan PET, imbasan MRI khas dan sebagainya.", "Dr Chya juga menyebut bahawa terdapat 117 pakar onkologi di Malaysia dan disyorkan untuk mempunyai seorang pakar onkologi bagi setiap 100,000 penduduk.", "“Jadi, untuk seluruh Malaysia, kita memerlukan antara 400 dan 500 pakar onkologi. Untuk wilayah tengah, kita memerlukan 76 pakar onkologi,” katanya.", "Turut hadir pada sidang media itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng dan Timbalan Pengerusi SUPP Cawangan Dudong Kelvin Kong.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/09/ph-dilihat-seperti-tidak-yakin-dan-terdesak
[ "KUCHING: Pakatan Harapan (PH) dilihat seperti tidak yakin dan terdesak untuk memenangi kerusi Parlimen mereka di Sarawak, kata Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Idris Buang.", "Menurutnya, kenyataan Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen tentang cara terbaik untuk mengukuhkan Sarawak dengan tidak memberikan kuasa mutlak kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) menandakan mereka seperti berputus asa dan tidak mempercayai diri sendiri.", "“Kita anggap setiap undi kepada kita sebagai isyarat perpaduan dan kesatuan matlamat bahawa GPS adalah satu-satunya parti yang berkebolehan dan bertanggungjawab yang boleh membawa kemajuan kepada rakyat Sarawak.", "“Manakala PH telah terbukti melalui pemerintahan selama 22 bulan sebagai kerajaan yang gagal.  Mereka telah gagal untuk memenuhi banyak janji mereka,” ujarnya.", "“Ini akan menambah semangat kepada kerajaan negeri yang sudah cemerlang di bawah tampuk kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, untuk melonjakkan usaha Sarawak pada trajektori yang betul untuk berjaya,” katanya.", "Pada Selasa, Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak pada sidang media berkata, PH akan menawarkan sistem semak dan imbang yang boleh dipercayai berbanding pemerintahan kerajaan GPS." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/09/guna-10-dari-gaji-untuk-tabung-anak-sibuti-jika-menang-zulhaidah
[ "MIRI: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Sibuti, Zulhaidah Suboh berazam untuk memotong gaji asas 10 peratusnya untuk mewujudkan Tabung Anak Sibuti sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 ini.", "\"Komitmen ini sejajar dengan iltizam 'Kita Boleh' oleh PH yang akan mempertingkatkan kebajikan rakyat Malaysia khasnya golongan wanita dan kanak-kanak sekali gus pembangunan keluarga.", "\"Saya dengan rela hati tanpa paksaan mana mana pihak akan memotong 10 peratus daripada gaji asas untuk melaksanakan Tabung Anak Sibuti bagi tujuan kebajikan,\" katanya kepada Utusan Borneo hari ini.", "\"Saya akan mengusahakan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan rumah transit (rumah mayat) yang akan memanfaatkan ramai penduduk B40 di Sibuti.", "\"Ia juga akan memberi manfaat kepada masyarakat Dayak dari kawasan pedalaman kerana sehingga hari ini masih ramai yang terbeban dengan kos pengurusan pengebumian,\" katanya lagi." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/09/guna-10-dari-gaji-asas-untuk-tabung-anak-sibuti-jika-menang-zulhaidah
[ "MIRI: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Sibuti, Zulhaidah Suboh berazam untuk memotong gaji asas 10 peratusnya untuk mewujudkan Tabung Anak Sibuti sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 ini.", "\"Komitmen ini sejajar dengan iltizam 'Kita Boleh' oleh PH yang akan mempertingkatkan kebajikan rakyat Malaysia khasnya golongan wanita dan kanak-kanak sekaligus pembangunan keluarga.", "\"Saya dengan rela hati tanpa paksaan mana mana pihak akan memotong 10% dari gaji asas untuk melaksanakan Tabung Anak Sibuti bagi tujuan kebajikan,\" katanya kepada Utusan Borneo hari ini.", "\"Saya akan mengusahakan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan rumah transit (rumah mayat) yang akan memanfaatkan ramai penduduk B40 di Sibuti.", "\"Ia juga akan memberi manfaat kepada masyarakat Dayak dari kawasan pedalaman kerana sehingga hari ini masih ramai yang terbeban dengan kos pengurusan pengebumian,\" katanya lagi." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/09/tiong-berharap-rakyat-parlimen-saratok-memberi-sokongan-padu-kepada-calon-gps
[ "SARATOK: Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing menafikan kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak menunaikan janji dilafazkan terutama pada kempen-kempen pilihan raya.", "Katanya, pihak lawan sering memutarbelitkan fakta sebenar untuk mengaburi mata dan minda rakyat meraih sokongan dengan menggunakan kenyataan palsu terutama di media sosial. ", "\"Oleh itu, kita menyeru kepada rakyat di Parlimen Saratok agar lebih peka dan mengambil serius terhadap perkara ini sebelum mereka terpengaruh dengan dakyah palsu lawan.", "\"Golongan ini sudah terbiasa dan terbawa-bawa dengan amalan politik dari Semenanjung Malaysia yang tidak relevan di Sarawak,\" katanya pada kempen bersama calon GPS di Parlimen Saratok di Rumah Brues Gomes, Sungai Antu, di sini semalam.", "Katanya, tiada istilah kepada calon parti lain bertanding di kerusi ini melainkan daripada PDP atau wakil GPS dan mana-mana parti lain yang menghantar calon mereka adalah lawan kepada GPS.", "\"Sebelum ini, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu kita memang menjalinkan kerjasama dengan beliau (Ali Biju), malah kita turut menawarkan beliau menyertai PDP atau GPS dan jika beliau setuju dan tidak mustahil untuk kita calonkan beliau jika beliau menyertai kita.", "\"Namun, beliau tidak peduli dengan tawaran kita sehingga PRN15 ini malah beliau lebih selesa memilih parti dari Semenanjung Malaysia dan menjadi lawan kepada GPS,\" jelasnya.", "\"Jadi dengan situasi itu, kenapa kita perlu mengorbankan masa depan kita kepada parti-parti tiada hala tuju dan saling berebut kuasa sesama sendiri sehingga mengabaikan hak dan keperluan rakyat.", "Sehubungan itu, Tiong berharap rakyat di Parlimen Saratok memberi sokongan padu kepada calon GPS Parlimen Saratok, Giendam Jonathan Tait memenangi kerusi ini pada PRU15." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/09/rayuan-gps-agar-diberi-peluang-sekali-lagi-tidak-boleh-diterima
[ "SIBU: Rayuan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kepada rakyat agar diberi peluang sekali lagi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk terus memperjuang hak-hak Sarawak tidak boleh diterima kerana GPS atau sebelum ini Barisan Nasional (BN) sudah diberi peluang mencukupi.", "Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) kerusi Parlimen Lanang Priscilla Lau berkata sebelum Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU15, GPS mempunyai 19 Ahli Parlimen dalam kerajaan ketika itu.", "\"Dengan keadaan kelam-kabut ketika itu, GPS berada dalam keadaan terbaik menyuarakan hak-hak Sarawak mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),\" katanya pada sidang media bersama calon PSB kerusi Parlimen Sibu Dato Sri Wong Soon Koh, di sini semalam.", "Dalam keadaan kelam-kabut itu, GPS memilih terus bersama dengan Perikatan Nasional (PN) dan BN namun tidak mahu mengambil kesempatan berunding mengenai hak-hak Sarawak.", "\"GPS mempunyai kedudukan terbaik berbuat demikian tetapi mensia-siakan peluang yang ada. Kini, GPS merayu kepada rakyat memberi peluang atau mandat sekali lagi memperjuangkan hak-hak rakyat.", "\"Keadaan selepas ini mungkin tidak kelam-kabut lagi atau semudah seperti dahulu,\" jelasnya ketika mengulas ceramah-ceramah pemimpin dan calon GPS ketika berkempen PRU15 ini." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/09/empat-parti-komponen-gps-dudong-berganding-bahu-pastikan-kemenangan-wong
[ "SIBU: Empat parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) Cawangan Dudong bekerjasama membantu kempen bagi memastikan calon GPS Wong Ching Yong merampas kembali kerusi Parlimen Lanang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.", "Bendahari Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian Dudong Simon Wee berkata parti itu bersedia bekerjasama menawan hati rakyat bagi membolehkan kemenangan dapat memihak calon GPS.", "\"Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kami bukan sahaja membantu kempen, malah memastikan kemenangan calon GPS pada PRU15 ini,\" katanya pada sidang media di sini semalam.", "Sementara Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Cawangan Dudong Kelvin Ensan menyeru semua jentera GPS berjuang berhabis-habisan merebut kembali kerusi Parlimen Lanang.", "\"Jentera GPS semua peringkat perlu melihat PRU15 ini sebagai sesuatu yang serius dan berjuang semaksimum mungkin bagi memastikan kemenangan milik GPS,\" katanya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/09/bendera-gergasi-dan-poster-hasbi-di-tasik-mas-curi-tumpuan-ramai
[ "LIMBANG: Bendera gergasi dan poster calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah yang dipasang di sekitar kawasan Tasik Mas dekat sini, semalam ternyata mencuri tumpuan orang ramai.", "Jentera kempen mula sibuk melekat dan menyiapkan bahan kempen tersebut manakala bahan kempen lain sudah mula dinaikkan tertumpu di lokasi pusat bandar iaitu di kawasan Tamu Limbang dan premis-premis perniagaan.", "Bagaimanapun poster dan bendera GPS hanya kelihatan di kawasan bandar kerana suasana di kawasan perkampungan masih lengang berbanding ketika Pilihan Raya Negeri Ke-12 tahun lalu." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/08/dr-richard-pengganti-yang-layak-di-kawasan-parlimen-betong
[ "Menurutnya, Dr Richard, 59, seorang doktor haiwan melalui latihan, berkelayakan menggantikan tempat bekas Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat bagi merebut kerusi itu pada pilihan raya kali ini.", "Tambahan pula, Uggah berkata Dr Richard telah berkhidmat di bawahnya di Parlimen Betong dan kemudian Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban selama kira-kira 14 tahun.", "“Pada 2016 apabila saya kembali berkhidmat dalam kabinet negeri, beliau turut menyertai saya sebagai setiausaha politik Premier Sarawak sehingga sekarang,” ujarnya.", "Beliau berkata demikian pada dua taklimat pilihan raya kepada 11 cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di dua tempat berbeza di Spaoh, Betong hari ini.", "Sementara itu, Uggah memberitahu, bekas Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat ada memaklumkan kepadanya dan bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu untuk berhenti daripada politik, enam bulan lalu.", "\"Kami telah memujuknya untuk kekal tetapi beliau (Chuat) berkata dia telah membuat keputusan untuk memberi laluan kepada pemimpin baharu yang lebih muda.", "“Jadi kami mengadakan perbincangan dan daripada pemerhatian, Dr Richard adalah calon terbaik untuk mengambil alih tempat Chuat dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga bersetuju.", "\"Jadi kita harap semua pengundi Betong, termasuk Undi18 dan pengundi baharu, akan memberi sokongan penuh kepada Dr Richard sebagai calon GPS,\" katanya.", "“Ini adalah tradisi yang menjadi cirri dan kekuatan PBB di mana pemimpin lama akan berundur atas kerelaan mereka sendiri untuk memberi laluan kepada pemimpin baharu,” katanya.", "Mengenai pilihan raya akan datang, Uggah yang merupakan pengarah pilihan raya GPS menyeru orang ramai di sini supaya berhati-hati dengan mereka yang memainkan sentimen untuk memenangi undi.", "\"Anang sesat di bai antu kamba\" (jangan disesatkan oleh roh jahat hutan kamba yang nakal). Semenanjung dan isu perkauman tidak mendapat tempat di Sarawak yang harmoni dan bersatu padu dan biarlah kita kekal begitu.", "\"Semua kaum perlu menghormati antara satu sama lain dan sehubungan itu, marilah kita semua bekerja keras untuk mengekalkan Betong dengan kerajaan yang memerintah seperti yang telah kita lakukan selama lebih daripada 40 tahun,\" katanya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/08/polis-terima-dua-laporan-berkaitan-pru15-pada-isnin
[ "Jurucakap Media PRU15 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak Superintenden Douglas Nyeging Taong laporan tersebut diterima masing-masing di daerah Kuching dan Bau.", "\"Polis menerima dua laporan polis berkaitan kesalahan menceroboh pejabat sebuah parti politik di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce dan disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.", "\"Manakala satu lagi laporan adalah kes khianat merosakkan bendera dan kain rentang sebuah parti politik di daerah Bau dan kes disiasat di bawah 427 Kanun Keseksaan,\" katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.", "Menurutnya, siasatan lanjut berhubung laporan tersebut masih dijalankan.\nSementara itu, sebanyak 144 permit ceramah dan kempen diluluskan di seluruh negeri pada Isnin." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/08/buka-bendera-untuk-pindah-ke-tempat-lain-bukan-khianat-ahsmon
[ "KUCHING: Perbuatan seorang lelaki yang dirakam membuka tiang bendera sebuah parti politik di Jalan Pending, di sini adalah bertujuan untuk memindahkan bendera tersebut ke lokasi lain.", "Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, perkara itu telah disahkan oleh parti politik berkenaan selepas video lelaki terbabit yang berdurasi 47 saat tular di media sosial sejak jam 8.30 pagi tadi.", "\"Siasatan polis mendapati ia bukan perbuatan khianat atau perbuatan yang menyalahi undang-undang di mana pihak jentera parti telah mengesahkan bahawa bendera tersebut diturunkan oleh kontraktor yang dilantik untuk dipindahkan ke lokasi lain.", "\"Justeru, kita mohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan sebarang isu pilihan raya bagi memastikan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berjalan lancar dan dalam suasana harmoni,\" katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.", "Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan yang menyalahi undang-undang terutamanya berkaitan PRU15 boleh terus membuat laporan kepada pihak polis agar tindakan segera dapat diambil." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/08/mandat-besar-daripada-rakyat-bantu-gps-terus-memperjuang-hak-sarawak
[ "BINTULU: Mandat besar diperolehi daripada rakyat dapat membantu Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) meneruskan perjuangan mempertahan hak-hak Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). ", "Calon GPS Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata sekiranya mandat diserahkan semula kepada GPS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, usaha mempertahan hak-hak terhakis dapat diteruskan dengan lebih progresif. ", "\"Malah, ini membolehkan GPS meneruskan pembangunan lebih holistik dan insklusif kepada setiap penduduk di Sarawak termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman,\" katanya pada kempen di lapan rumah panjang termasuk kampung di sini selepas selesai penamaan calon pada Sabtu hingga hari ini.", "Penyandang kerusi Parlimen Bintulu itu berkata, sekiranya GPS memperoleh kemenangan besar pada PRU15 ini, beliau menggandakan usaha membawa suara kerajaan negeri ke Parlimen agar diberi perhatian sewajarnya oleh pihak berkaitan.", "\"Setiap undi menzahirkan isi hati rakyat keseluruhannya manakala undi rosak adalah satu kerugian buat semua,\" katanya mengingatkan pengundi di Bintulu agar membuat pilihan bijak semasa membuang undi pada 19 November dan pengundian awal pada 15 November ini. ", "\"Pada Pilihan Raya Negeri Negeri Ke-12 (PRN12), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mewakili PN berjanji tidak meletakkan calon di Sarawak tetapi pada PRU15 ini mereka mengingkari janji dengan meletak calon termasuk di Bintulu,\" jelasnya.", "\"PN ternyata sudah lupa pada janji tidak bertanding di negeri ini dan mereka dilabel sebagai pembangkang sama seperti pembangkang lain di Sarawak. ", "\"Rakyat perlu mengetahui GPS adalah gabungan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) serta dipimpin oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,\" jelasnya.", "Presidan PDP itu berkata, hanya wakil rakyat lahir daripada parti politik tempatan sahaja mampu memahami dengan jelas cara mentadbir dan aspirasi dituntut rakyat Sarawak." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/08/phang-mahu-bantu-miri-mempunyai-kesihatan-kesejahteraan-lebih-baik
[ "MIRI: Mahu membantu Miri mempunyai kesihatan dan kesejahteraan lebih baik menjadi antara manifesto dilancarkan oleh calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Miri Jeffery Phang.", "“Kemudahan perubatan di Miri terutama di Hospital Miri perlu dinaik taraf dari segi keperluan tempat dan kepakarannya. Sebagai contoh, keperluan kita di sini mempunyai pusat perubatan bagi pesakit kanser.", "“Ini menjadi antara dilema dihadapi pesakit kanser dan ahli-ahli keluarga mereka di mana mereka perlu mendapatkan rawatan di luar Miri berikutan tiada pusat rawatan kanser di Miri.", "“Malah, ramai ahli keluarga tidak mampu menanggung kos rawatan berkenaan memandangkan ia memerlukan perbelanjaan besar mendapatkan rawatan di luar kawasan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.", "Hadir sama Timbalan Premier Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I (Pelancongan), Datuk Sebastian Ting dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Adam Yii.", "Phang berkata, beliau komited meningkatkan kemudahan perubatan itu kerana memahami kesusahan mendapatkan rawatan di luar Miri berdasarkan pengalamannya menjaga mendiang ibunya yang menghidap kanser hati dan meninggal dunia pada 2013.", "“Oleh itu, tahap kemudahan perubatan di sini perlu dipertingkatkan. Saya berazam sekiranya saya dipilih sebagai wakil rakyat di Miri, saya perjuangkan menaik taraf perkhidmatan perubatan agar pesakit menerima rawatan sewajarnya,” jelasnya.", "Sementara itu, Dr Sim mahu pengundi di Miri terus memberi sokongan terhadap Phang dan antara manifesto dilancarkan itu sememangnya perkara dekat di hati rakyat.", "“Apa yang beliau (Phang) katakan itu juga merupakan suara rakyat di sini. Sokongan anda (pengundi) di sini akan menentukan usaha berkenaan dilaksanakan nanti." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/08/tiga-tpm-tetap-jadi-tawaran-bn-meskipun-tiada-dalam-manifesto-ahmad-zahid
[ "BAGAN DATUK: Tiga jawatan timbalan perdana menteri (TPM) tetap menjadi tawaran Barisan Nasional (BN) walaupun tidak dimasukkan dalam manifesfo parti berkenaan, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.", "Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata perkara itu akan dilaksanakan sekiranya BN menang dominan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekali gus dapat membentuk kerajaan Persekutuan.", "Beliau berkata kerajaan baharu BN akan mewujudkan tiga jawatan TPM masing-masing mewakili Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan portfolio kementerian yang akan ditentukan dalam Kabinet kelak.", " \"Sudah tentu jawatan itu akan memperkuatkan kuasa wakil daripada Sabah dan Sarawak dalam Kabinet kerana bukan hanya kedudukan mereka sebagai TPM tetapi juga portfolio kementerian yang akan dipegang mereka.", "\"Mereka yang akan memegang jawatan timbalan perdana menteri ini bukan hanya untuk membantu Perdana Menteri tetapi untuk membantu wilayah Sabah dan Sarawak yang akan mereka wakili,\" katanya selepas mengadakan taklimat dan perbincangan bersama petugas Jalinan Rakyat Parlimen Bagan Datuk di Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini hari ini.", "Pada 23 Okt lepas, Ahmad Zahid berkata BN Sabah dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) boleh mencadangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya usul berkenaan dimasukkan dalam manifesto BN dan GPS, pada PRU15.", "Sementara itu, Ahmad Zahid meminta semua calon kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) BN menghayati setiap intipati yang terkandung dalam manifesto BN yang dilancarkan semalam.", "\"Ini kerana wakil rakyat BN yang akan melaksanakan dan memantau setiap  intipati manifesto di setiap peringkat DUN atau kawasan Parlimen kerana banyak perubahan baharu BN lakukan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini,\" katanya.", "Manifesto yang menampilkan Perancangan Amal dan Usaha BN (PADU) itu merupakan tawaran baharu yang segar atau a new and fresh deal daripada BN kepada rakyat Malaysia, yang mengandungi 99 amal dan usaha BN bagi mengemudi Malaysia ke arah negara maju.", "Ditanya mengenai pengeluaran wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dimasukkan dalam tawaran manifesto BN, Ahmad Zahid berkata pengeluaran itu hanya sesuai dilaksanakan pada keadaan ekonomi yang kritikal seperti semasa pandemik COVID-19.", "\"Insya-Allah kita akan usahakan satu usaha pemulihan ekonomi untuk rakyat kerana yang penting bukan kita 'memberi ikan kepada rakyat tetapi kita menyediakan pancing kepada rakyat'.", "\"Maksudnya kita akan memberikan alternatif kepada rakyat supaya pendapatan mereka dapat dipertingkatkan tanpa perlu melakukan pengeluaran caruman KWSP,\" katanya. - Bernama " ]