url
stringlengths
47
133
content
sequence
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/08/tiada-perpecahan-dalam-umno-saya-dan-zahid-tiada-masalah-ismail-sabri
[ "BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata tiada perpecahan dan persengketaan berlaku dalam UMNO dan parti komponen, termasuk antara dirinya dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.", "Beliau berkata naratif yang dimainkan pembangkang bahawa calon perdana menteri daripada BN selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah Ahmad Zahid adalah fitnah, yang sengaja dibuat pembangkang untuk mengelirukan rakyat dan mewujudkan perpecahan dalam BN.", "Sehubungan itu, beliau berharap kenyataan yang dibuat kepimpinan tertinggi parti dalam BN termasuk Ahmad Zahid, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Presiden MIC Tan Sri SA Vickneswaran dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, dapat menghentikan fitnah tersebut.", "“Persepsi yang cuba dicipta pembangkang adalah palsu dan fitnah semata-mata, dan tidak lain tidak bukan bertujuan hendak memecah-belah dan mewujudkan persengketaan dalam UMNO. Tetapi Alhamdulillah, solidariti UMNO masih solid dan kita tidak terpengaruh dengan persepsi dibawa pembangkang. ", "“Tiada perpecahan antara kepimpinan UMNO, dan antara saya dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid juga tidak ada masalah,” katanya dalam sidang media selepas program Kenduri Rakyat di Kampung Bohor Baharu, Kuala Bera di sini hari ini.", "Semalam, Ahmad Zahid menegaskan dan mengulangi pendirian BN bahawa Ismail Sabri kekal sebagai calon tunggal BN sebagai perdana menteri selepas PRU-15. ", "Sebelum ini, timbul isu “satu undi BN = satu undi Zahid sebagai PM” iaitu dakwaan setiap undian kepada calon BN adalah undian untuk menjadikan Presiden UMNO itu yang juga calon BN di Parlimen Bagan Datuk, menjadi perdana menteri selepas PRU15. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/08/calon-gps-di-batang-lupar-dianggap-tepat-dan-mudah-didekati
[ "PUSA: Calon Parlimen Batang Lupar daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) Mohamad Shafizan Kepli disifatkan masyarakat setempat sebagai seorang yang aktif dan mudah didekati.", "\"Beliau (Mohamad Shafizan) sebagai seorang wakil GPS yang termuda dan dilihat mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin di kawasan Parlimen Batang Lupar kerana beliau bukannya seseorang yang asing bagi penduduk di kawasan ini.", "Sementara itu bagi Suria Azmi pula, Mohamad Shafizan dianggap sebagai pemimpin generasi muda yang amat disenangi oleh segenap peringkat masyarakat di kawasan Parlimen ini.", "Saadiah Malik pula berharap Mohamad Shafizan dapat meneruskan aktiviti yang telah dilakukannya sebelum ini iaitu turun padang untuk terus mendekati rakyat di kawasan ini.", "\"Kita amat mengharapkan pemimpin yang berjiwa rakyat, lantang bersuara untuk rakyat, ikhlas berkhidmat dan berjuang serta sedaya upaya membangunkan kawasan dengan pandangan jauh ke hadapan. ", "Seorang lagi penduduk Geni Tandang berkata, penduduk dari kawasan luar bandar atau rumah panjang berharap agar Mohamad Shafizan rajin turun padang menjenguk rakyat, tidak pilih kasih dalam soal agama dan bangsa. ", "\"Kita juga berharap agar beliau bijaksana, mendengar suara rakyat dan berupaya menyelesaikan masalah rakyat serta mengambil keputusan tanpa berat sebelah, di samping membawa pembangunan yang berterusan dari semasa ke semasa,\" kata Geni." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/08/manifesto-perlu-dipenuhi-tanpa-sebarang-alasan
[ "KUCHING: Manifesto Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dilancarkan untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hendaklah sentiasa dipenuhi dan dilaksanakan tanpa sebarang alasan.", "Menurut Mohd Haizolnizal Usini, 27, sebagai seorang manusia, setiap apa yang dijanjikan itu hendaklah sentiasa dilaksanakan walaupun ia menghadapi kesukaran untuk ditunaikan.", "\"Jangan jadikan manifesto pilihan raya sebagai umpan demi meraih undi rakyat lebih-lebih lagi untuk kepentingan peribadi dan parti,\" katanya ketika dihubungi hari ini.", "Katanya, GPS mahupun mana-mana parti politik yang menang pada pilihan raya ini hendaklah bertanggungjawab untuk memenuhi dan menanggung segala risiko berkaitan menifesto berkenaan.", "\"Tiada sebarang alasan untuk mereka (GPS) lari daripada janji yang telah disuarakan itu. Sekiranya tidak dapat menunaikan janji, jangan berjanji. Anda yang akan menanggung akibatnya kelak,\" tegasnya.", "Sabri menambah, tindakan tidak dapat menunaikan janji dalam manifesto itu menunjukkan ia merupakan sikap tidak jelas dalam kalangan pemimpin sekali gus tidak menghormati kehendak rakyat.", "Bagi Abang Akmal Hadi Abang Griffin, terdapat pelbagai jenis janji yang telah disuarakan dalam manifesto tersebut dengan harapan ia dapat ditunaikan kelak.", "\"Menerusi manifesto yang disediakan itu rakyat mudah faham akan hala tuju dan misi pemimpin lebih-lebih lagi menjadikan Sarawak ke arah negeri yang berpendapatan tinggi.", "\"Oleh itu, jangan jadikan (manifesto) sebagai janji manis untuk memikat hati rakyat di mana rakyat kini bijak menilai dan senang untuk meluahkan isi hati mereka,\" tambahnya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/08/manifesto-gps-menyeluruh-berpaksikan-kepentingan-rakyat
[ "Pemerhati politik Sarawak Dr Hafizul Rasdi berkata bertemakan Menjamin Sarawak Stabil, Maju dan Makmur, manifesto ini mampu membuka minda rakyat membuat pilihan terbaik antara semua parti yang bertanding. ", "“Jika kita lihat dalam konteks Sarawak, GPS telah melancarkan manifesto PRU15 sebagai komitmen dalam menawarkan janji kepada rakyat Sarawak berpaksikan keperluan dan kedudukan Sarawak sebagai sebuah wilayah yang membentuk Malaysia. ", "“Ini merupakan kali pertama GPS menyertai PRU dengan menggunakan logo sendiri dan manifesto pertama PRU ini akan membuktikan bagaimana GPS mampu mengemudi kepimpinan Sarawak sesuai dengan aspirasi rakyat Sarawak yang akan dibuktikan oleh sokongan rakyat pada 19 November ini,” katanya kepada Utusan Borneo. ", "Mengulas lanjut, Dr Hafizul berkata lima tonggak yang ditawarkan dalam manifesto GPS dilihat lebih kurang sama seperti manifesto pilihan raya negeri sebelum ini namun ditambah baik dengan menjamin kestabilan. ", "Selain melihat prestasi masa lalu katanya, penilaian manifesto juga penting sebagai contoh GPS menawarkan lima tonggak sebagai janji kepada rakyat yang memilih mereka. ", "“Manifesto GPS ini memperjuangkan seluruh hak rakyat Sarawak dan wajar seluruh rakyat meneliti dan memahami hasrat GPS untuk meneruskan kepimpinan mereka agar agenda membangunkan rakyat dan negeri Sarawak mampu dilaksanakan secara berterusan,” katanya. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/08/manifesto-pn-realistik-dengan-kemampuan-kewangan-negara-muhyiddin
[ "JITRA: Manifesto Perikatan Nasional (PN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bersifat realistik dan diyakini tidak akan membawa Malaysia ke ambang bankrap, kata Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.", "Beliau berkata PN mengambil kira kemampuan negara dalam penyediaan manifesto berkenaan supaya tawaran kepada rakyat sekiranya gabungan itu memenangi pilihan raya itu nanti tidak menjejaskan kewangan negara.", "“Kami realistik kalau nak bagi, kira berapa peruntukan diperlukan, berapa banyak wang yang kerajaan ada. Kita tahu keadaan kerajaan sekarang ini, sebelum ini pun tidaklah begitu kukuh kewangannya, kita dah tahu menghadapi masalah pandemik, hasil negara tidak meningkat dan bertambah.", "\"Keuntungan syarikat tidak ada untuk memberikan kita pulangan daripada cukai, kita tahu realiti ini. Kalau nak menawarkan sesuatu mesti realistik,\" katanya.", "Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra dan sembang santai bersama masyarakat Jitra yang turut disertai calon PN di Parlimen Kubang Pasu Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail, di Medan Selera PJ2 di sini hari ini.", "Pada 6 Nov lepas, PN melancarkan manifesto PRU15 yang bertemakan ‘Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang’ atau PN BEST yang merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan serta 234 tawaran dan tunjang pertama itu ialah membina ekonomi masa hadapan. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/08/psb-tak-akan-berundur-biar-rakyat-buat-keputusan-wong
[ "SIBU: Parti Sarawak Bersatu (PSB) tidak akan menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), tegas Presiden PSB Dato Sri Wong Soon Koh.", "Wong berkata demikian ketika mengulas mengenai rayuan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Chong Chieng Jen yang meminta Wong dan Priscilla Lau mengumumkan pengunduran diri mereka daripada PRU15 ini.", "\"Pilihan raya merupakan satu proses demokrasi dan biar rakyat membuat keputusan,\" ujarnya pada sidang media di Pejabat PSB bersama Priscilla Lau, hari ini.", "Pada PRU 15 ini, Wong bertanding di kerusi Parlimen Sibu sementara Priscilla Lau di kerusi Parlimen Lanang mewakili PSB. PRU15 ini turut menyaksikan PSB bertembung dengan DAP di lima kerusi.", "Chong pada sidang media semalam merayu Wong dan Lau menarik diri daripada bertanding agar tidak memecah undi rakyat sekaligus memberi peluang kepada UMNO untuk kembali berkuasa.", "Menurut Wong, Chong semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas sering memandang rendah akan PSB dengan memberitahu parti itu (PSB) akan musnah dan menghilangkan diri selepas pilihan raya.", "\"Namun pada akhirnya kita menang lebih banyak kerusi. DAP hanya menang dua kerusi dan kita menang empat kerusi,\" jelas Ahli Dewan Undangan Negeri Bawang Assan itu.", "Beliau juga memberitahu, Chong beberapa kali menyuarakan dalam akhbar yang DAP boleh bekerja dengan UMNO selepas PRU ini atas dasar kestabilan politik.", "\"Ini semua satu penipuan kepada rakyat,\" jelasnya sambil menambah pendirian PSB selama ini adalah menyokong mana-mana kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat. \n \nMenyentuh mengenai Gabungan Parti Sarawak (GPS), Wong memberitahu selepas Langkah Sheraton pada 21 Feb 2020, GPS yang menjadi king maker atau penentu ketika itu kini terus membisu dalam banyak isu membabitkan hak rakyat Sarawak, berbanding ketika Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan selama 22 bulan. ", "Pembentangan Bajet 2023 sebelum pembubaran Parlimen baru-baru ini dimana Sarawak menerima peruntukan yang amat sedikit katanya, ramai menteri atau wakil rakyat GPS menyambut baik serta berpendapat bajet itu amat baik.", "\"Ini sesuatu yang amat mengecewa kepada rakyat memandangkan GPS sebagai king maker. Mereka kini tidak lagi lantang menyuarakan isu-isu yang menyentuh mengenai hak serta kebajikan rakyat Sarawak.", "\"Sebaliknya GPS terus membisu kerana mereka ada 14 ahli Parlimen yang memegang jawatan menteri, timbalan menteri dan duta khas dalam kerajaan sekarang,\" ujar Wong.", "Dengan keadaan inflasi yang semakin teruk dimana semua harga barang dan makanan terus naik, Wong berpendapat GPS tidak berbuat apa-apa bagi meringankan beban rakyat pada masa ini sebaliknya hanya bercakap mengenai wawasan 2030.  ", "\"Dalam waktu sukar ini, kerajaan seharusnya tampil dengan sesuatu bagi meringankan beban hidup rakyat dan bukannya mengumumkan projek-projek mega yang tidak realistik serta tidak penting, yang boleh dilaksanakan kemudian,\" tegasnya.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/08/pn-tawarkan-manifesto-pru-15-bertemakan-prihatin-bersih-stabil-malaysia-gemilang
[ "Perikatan Nasional (PN) telah melancarkan tawaran mereka sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 6 November yang lepas. \n    \nMerangkumi 12 tunjang, 30 pendekatan, serta 234 tawaran, manifesto ini dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyddin, Pengerusi Perikatan Nasional. \n  \n“Ia digubal dengan mengambil kira pandangan dan sentimen rakyat dalam perkara-perkara yang dianggap penting oleh mereka,” kata Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. ", "Isu ekonomi dan sara hidup adalah salah satu perkara yang diberikan fokus dalam manifesto PN. Antaranya termasuk meningkatkan pendapatan dan kebajikan pekebun kecil, meningkatkan pengeluaran bekalan makanan negara “Dana Fund for Food” (peruntukan RM1 bilion) dengan kadar faedah yang rendah, merancakkan sektor pelancongan bernilai tinggi dan bertaraf dunia (peruntukan RM1 bilion), serta membangunkan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang berdaya asing sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi. \n    \nDi samping itu, PN akan meneliti pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Walaupun perkara ini tidak terdapat dalam tawaran PN, pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin berkata ia akan menjadi pertimbangan jika PN memenangi PRU15. Beliau berkata ini kerana kerajaan pusat yang diterajuinya sebelum ini pernah membenarkan tiga pengeluaran caruman itu menerusi inisiatif i-Citra, i-Lestari dan i-Sinar.\n   \n Dengan tawaran-tawaran ini, rakyat mungkin tertanya apakah jaminan Kerajaan PN jika diberi mandat?", "Pengerusi PN memberikan jawapannya dengan pernyataan, “Jika diizinkan Allah, Mesyuarat Kabinet pertama Kerajaan Perikatan Nasional akan membincangkan cara-cara untuk menangani masalah kos sara hidup rakyat yang kian meningkat disebabkan oleh masalah inflasi dan kenaikan harga barang.”\n    \nSelain itu, tumpuan juga diberikan pembentukan sebuah kerajaan yang bersih, berintegriti dan bebas rasuah. Dalam konteks ini, Tan Sri Muhyiddin ujar bahawa semua calon parti beliau adalah bersih daripada kes-kes rasuah dan jenayah, Menurut beliau, ini adalah standard atau benchmark PN. \n    \nTunjang keempat manifesto PN merujuk kepada golongan bumiputera, orang asli dan kaum-kaum lain. Kerajaan PN berjanji untuk memperkenalkan kerangka menyeluruh pembangunan sosioekonomi orang asli dan golongan minoriti meragkumi aspek infrastruktur asas, pendidikan, kesihatan dan peluang ekonomi. \n   \nDari segi kesihatan pula, Kad Prihatin Nasional akan diwujudkan bagi memberi akses perkhidmatan kesihatan terpilih secara percuma di klinik swasta dan hospital kerajaan. Di samping itu, PN bertekad memperkayakan sistem pendidikan negara dengan peruntukan khas penyelenggaraan sekolah sekurang-kurangnya RM2.5 bilion setahun bagi tempoh 2023-2025. \n    \nJika PN menang dalam pilihan raya umum ke-15, golongan wanita disyorkan peluang mencukupi untuk perkembangan serta taraf hidup mereka. Ini merujuk kepada manifesto PN yang mengandungi pelaksanaan intervensi agresif bagi memastikan sasaran sekurang-kurangnya 30% penyertaan wanita dalam jawatan utama di sektor awam dan swasta dicapai menjelang 2025 dan penguatkuasaan Akta Antigangguan Seksual dan penggubalan Rang Undang-Undang Stalking. \n    \nKumpulan OKU tidak diketengahkan dalam pelan ini kerana Perikatan Nasional menawarkan fasiliti mesra OKU di semua bangunan awam dan premis swasta dan murid lepasan sekolah boleh menggilap potensi melalui Program Latihan OKU Berdaya. Ini dikata sebagai persediaan memasuki pasaran pekerjaan. Bukan itu sahaja, PN berjanji pengenalan Dana Niaga Khas berjumlah RM20 juta untuk tujuan membantu usahawan OKU. \n    \nUntuk golongan belia, antara inisiatif yang dijaminkan oleh pihak PN ialah: mengurangkan bayaran balik PTPTN sebanyak 25 peratus kepada graduan kelas kedua, meningkatkan kemahiran digital belia termasuk coding, artificial intelligence (AI), machine learning (ML), dan internet of things (IoT), dan juga menetapkan kuota sekurang-sekurangnya dua Senator dalam Dewan Negara untuk belia dan beliawanis. \n    \nMenurut Tan Sri Muhyiddin, kerajaan PN akan memperkasa generasi FELDA jika diberikan mandat oleh rakyat. Ini akan dilaksanakan melalui pengenalan skim keusahawanan FELDA dan penyelamatan projek perumahan generasi baharu FELDA terbengkalai yang berpotensi untuk dibaik pulih. Terdapat pelbagai inisiatif dalam kategori manifesto PN ini. \n    \nBagi merapatkan jurang pembangunan antara wilayah, PN berjanji memacu pembangunan inklusif Sabah dan Sarawak melalui pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 selain menubuhkan universiti awam baharu di Sabah dan Sarawak yang menawarkan kursus dalam bidang strategik. \n    \n“sebuah Jawatankuasa Khas yang dianggotai oleh ahli pakar akan dibentuk bagi memantau segala pelaksanaan inisiatif dan program yang terkandung dalam Tawaran PN BEST,’’ ujar Tan Sri Muhyiddin dalam ucapannya di pelancaran manifesto PN yang lalu.\n   \nPN akan bertanding dalam 169 parlimen dan 116 kerusi negeri. PN terdiri daripada gabungan Parti PAS, STAR, SAPP, GERAKAN, dan BERSATU. \n    \nSemua inisiatif Bajet 2023, termasuk bantuan kewangan rakyat dan penjawat awam, akan dikekalkan dan ditambahbaik untuk semua lapisan masyarakat.\n   \n Tan Sri Muhyiddin mengumumkan sekiranya partinya memenangi PRU15 pada 19 November nanti, kerajaan PN akan mengisytiharkan Ahad (20 Nov) sebagai cuti umum bagi negeri Kedah, Terengganu, dan Kelantan manakala negeri-negeri lain akan mendapat cuti umum pada Isnin (21 Nov).", "1.     Membina Ekonomi Masa Hadapan  yang Berdaya Saing\n2.     Meningkatkan Nilai dan Taraf Hidup Rakyat\n3.     Membersihkan Politik dan Tadbir Urus\n4.     Mensejahterakan Bumiputera, Orang Asli dan Semua Kaum\n5.     Memacu Pembangunan Wilayah\n6.     Melestarikan Alam Sekitar &  Merancakkan Pelancongan\n7.     Memperkasa Belia dan  Mensejahterakan Keluarga Muda\n8.     Mengoptimumkan Potensi Wanita\n9.     Membina Warga Emas Yang Aktif dan Sejahtera\n10.   Memperkasakan Orang Kelainan Upaya\n11.   Memperkasakan Peneroka FELDA\n12.   Mentransformasikan Petani, Penternak, Nelayan & Pekebun Kecil" ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/08/pru15-pkr-sarawak-yakin-tawan-lima-kerusi-parlimen
[ "\nMIRI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak optimis untuk memenangi sekurang-kurangnya lima daripada 16 kerusi yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.\n    \nPengerusi PKR Sarawak, Roland Engan berkata lima kerusi yang dimaksudkan itu ialah Miri, Baram, Saratok, Betong dan juga Puncak Borneo.\n    \n\"Sudah pasti kami menyasarkan untuk memenangi kesemua kerusi (16), namun melihat kepada sokongan pada hari penamaan calon, saya yakin kami mampu membuat yang terbaik di kerusi Miri, Baram, Saratok, Betong dan Puncak Borneo.\n    \n\"Meskipun agak lewat untuk kita memulakan kempen kerana menunggu lebih banyak maklumat dari Semenanjung namun saya percaya rakyat akan mula memahami perjuangan kita untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang adil dan inklusif,\" katanya ketika ditemu bual.\n    \nDalam pada itu, Roland menegaskan PKR Sarawak tidak gentar dengan slogan yang digunakan oleh parti politik lain yang menyifatkan mereka sebagai parti dari Semenanjung Malaysia.\n    \n\"Gabungan Parti Sarawak (GPS) hanya bertanding di 31 kerusi daripada 222 kerusi parlimen pada PRU15 dan sejarah membuktikan bahawa mereka tidak akan sekali-kali menyokong Pakatan Harapan (PH).\n    \n\"(Dan) kini, Perikatan Nasional (PN) juga akan bertanding di beberapa kerusi di Sarawak. Saya juga percaya mereka tidak akan menyokong PN (untuk membentuk kerajaan persekutuan),\" katanya.\n    \nJusteru ujar beliau, satu-satunya pilihan yang GPS ada sekarang adalah Barisan Nasional (BN), dimana ketua pemimpinnya kini dipenjarakan.\n    \nSehubungan itu, beliau berharap agar rakyat memahami pendirian dan perjuangan PH serta tidak membuang masa dengan mengundi GPS.\n    \n\"Kita mempunyai pemimpin yang berpotensi untuk berada dalam kerajaan persekutuan akan datang termasuk saya sendiri. Saya bukan memuji diri namun melihat kepada prestasi dan kedudukan saya dalam parti serta hubungan saya dengan pemimpin di peringkat nasional (berpeluang berada di peringkat seterusnya - kerajaan persekutuan),\" katanya.", "Ditanya apakah cabaran PKR pada pilihan raya kali ini, Roland berkata parti kini sedang menumpukan usaha untuk menggerakkan pengundi untuk kembali mengundi di pusat mengundi masing-masing.\n    \nSehubungan itu, beliau menyeru kepada para pengundi supaya berkorban sedikit untuk pulang mengundi pada hari pengundian 19 November nanti.\n    \n\"Kita tidak boleh mensia-siakan pilihan raya kali ini. Ini adalah masa yang sangat penting untuk menentukan masa depan negara dan saya menyeru kepada semua pengundi agar pulang mengundi kelak,\" katanya.\n    \nPada PRU15 ini, PKR meletakkan Roland untuk bertanding di kerusi Parlimen P.220 Baram, Chiew Choon Man (Miri), Diog Dios (Puncak Borneo), Saratok (Ibil Jaya), Patrick Kamis (Betong), Sopian Julaihi (Petra Jaya), Tay Wei Wei (Sri Aman ), Langga Lias (Lubok Antu), Mohd Fauzi Abdullah @ Joseph (Kanowit), Abdul Jalil Bujang (Mukah), Umpang Salang (Selangau), Khusyairy Pangkas Abdullah (Kapit), Abun Sui Anyit (Hulu Rajang), Zolhaidah Suboh (Sibuti ), Racha Balang (Limbang) dan Japar Suyut (Lawas).\n    \nBagi kerusi Baram, Roland akan bertemu calon GPS yang juga penyandang kerusi Parlimen Baram, Datuk Anyi Ngau dan Wilfred Entika Rebai dalam pertembungan tiga penjuru." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/08/ahli-gps-harus-ke-hala-tuju-sama
[ "SRI AMAN: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas menggesa ahli akar umbi parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) melupakan perasaan 'tidak mesra' dalam kalangan mereka.", "\"Hala tuju itu ialah ke arah kemenangan semua 31 kerusi pada Pilihan Raya Umum ini,\" katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Empat Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Bahagian Sri Aman di sini, semalam.", "\"Premier kita Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang juga pengerusi GPS mahu kita semua mengganda dan menggandakan semula usaha untuk melakar kemenangan besar,\" katanya.", "\"Prestasi yang paling meyakinkan akan meletakkan GPS dalam kuasa dan kedudukan tawar menawar yang lebih baik dalam perjuangannya memulih serta melindungi lebih banyak haknya di bawah MA63 (Perjanjian Malaysia 1963),\" katanya. ", "Mengenai calon-calon pembangkang, Uggah berkata mereka terdiri daripada 'pelompat parti' dan 'hanya bercakap besar' ketika Pilihan Raya Negeri tetapi mengalami kekalahan teruk.", "Sementara itu, Uggah yang juga Timbalan Presiden PBB meminta semua parti di peringkat cawangan menyusun dan menggerakkan jentera serta pekerja masing-masing.", "Beliau juga menggesa 6,000 ahli parti di Parlimen Sri Aman keluar beramai-ramai untuk mengundi calon GPS daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato Sri Doris Sophia Brodie." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/08/chong-cabar-abang-johari-namakan-calon-perdana-menteri-pilihannya
[ "KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen mencabar Premier Sarawak untuk menamakan siapa calon Perdana Menteri yang dipilihnya selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).", "Chong berkata, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg adalah pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang telah meletakkan 31 calonnya untuk bertanding di semua kerusi Parlimen di Sarawak pada pilihan raya kali ini.", "“Namun beliau (Abang Johari) sebagai pemimpin Kerajaan Sarawak, sudah tentu mempunyai pilihan sendiri untuk calon Perdana Menteri selepas PRU15. Jadi siapakah calon itu?” soal Chong pada sidang media DAP Sarawak di SugarBun Batu 4 di sini, semalam.", "Chong berkata, umum tahu bahawa GPS tidak akan memilih Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Perdana Menteri. ", "“Jadi siapakah yang akan dipilih beliau? Adakah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Ismail Sabri daripada UMNO atau Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Perikatan Nasional (PN) mahupun Tan Sri Abdul Hadi Awang daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk menjadi pemimpin seterusnya.", "Ditanya mengenai manifesto PRU15 GPS yang dilancarkan pada malam Ahad, Chong berkata pelaksanaan ikrar yang dibuat dalam manifesto itu sebenarnya bergantung kepada persetujuan daripada Zahid daripada UMNO.", "“Anda (GPS) hanya mempunyai 31 calon Parlimen dan walaupun anda memenangi semua 31 kawasan Parlimen, anda masih memerlukan sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/08/sarawak-mampu-menentukan-siapa-pm
[ "KUCHING: Sarawak mampu menentukan siapa Perdana Menteri jika rakyat negeri ini bersatu menghantar ramai wakilnya ke peringkat Parlimen menerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.", "Premier Sarawak juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, malahan Sarawak menerusi GPS perlu menghantar seramai mungkin wakilnya agar lebih kuat suara dari negeri ini diperdengarkan di Putrajaya.", "\"Semasa negara kita menghadapi krisis politik tidak menentu iaitu 22 bulan di bawah Pakatan Harapan (PH) Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad meletak jawatan, negara kucar-kacir mencari pengganti kerana mereka tidak cukup ahli untuk membentuk kerajaan melantik Perdana Menteri baharu.", "\"Mahu atau tidak mereka terpaksa bertanya kepada GPS dan kita masa itu menyokong Tan Sri Muhyiddin demi kestabilan negara, kalau tidak ada GPS, beliau tidak menjadi Perdana Menteri.", "\"Setahun kemudian, politik bergolak lagi, mahu mencari dan menukar Perdana Menteri dan selepas berunding bersama Ahli Parlimen GPS kita menyokong Datuk Seri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri demi kebaikan negara Malaysia. ", "“Atas sebab itu kita perlu menghantar lebih banyak suara di persekutuan kerana insya-Allah, kita akan menentukan siapa Perdana Menteri selepas PRU15,\" katanya.", "Namun ujar beliau, ia dengan syarat rakyat Sarawak terus bersatu dan memberi kemenangan besar kepada semua calon GPS termasuk calon baharu di kerusi Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee.", "Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan merasmikan Masjid Darul Amillin di Kampung Tanjung Pisang di Simunjan, semalam.", "\"Kali ini kita bertanding pertama kali menggunakan lambang GPS selepas pilihan raya negeri tahun lepas di mana kita bertanding 82 kerusi seluruh negeri, GPS berjaya memenangi 76 daripada 82 kerusi terbabit.", "\"PRU ini kita bertanding di kesemua 31 kerusi Parlimen termasuk di kawasan Simunjan (kerusi Batang Sadong), kita berharap Sarawak dapat kemenangan besar supaya kita dapat menyuarakan hak kita ke peringkat Parlimen,\" tegasnya.", "Katanya menyedari peranan wanita kita sama pentingnya dengan lelaki, GPS mengemukakan calon wanita di kerusi Batang Sadong selepas seorang lagi penyandang wanita GPS iaitu di Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengundur diri untuk memberi peluang kepada orang muda.", "\"Kita memang berkehendakan pemimpin yang telah terlatih dan pada masa yang sama Datuk Seri Rohani juga telah menyatakan kesediaannya mengundur diri untuk memberi peluang kepada orang muda. ", "\"Ini adalah perjuangan orang ikhlas dalam parti untuk rakyat dan ia merupakan pusingan dalam parti supaya ada pelapis pemimpin termasuk wanita, muda dan berpengalaman,\" katanya.", "Di Parlimen Batang Sadong, GPS mempertaruhkan calon wanita, Rodiyah iaitu seorang jurutera berusia 44 tahun sementara penyandang kerusi Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri dipindahkan ke Parlimen Santubong." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/07/gps-miliki-kaedah-sistematik-berdepan-pilihan-raya
[ "KUCHING: Tiada masalah dari segi perancangan sesuatu tugas untuk memenangi pilihan raya di kawasan Parlimen Santubong pada Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) 19 November ini, kata calon GPS-PBB Datuk Seri Nancy Shukri.", "\"Ini kerana setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah dimaklumkan dan mereka mengambil tanggungjawab (berkempen) secara menyeluruh dan parti menjalankan tugas untuk politik.", "\"Usaha memenangi pilihan raya adalah tanggungjawab kami semua dan saya sebagai calon tidak begitu gentar kerana ada orang yang menjadi barisan hadapan untuk memastikan kemenangan,\" katanya pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Kepimpinan KMKK DUN Pantai Damai di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.", "\"Sebagai orang yang dicalonkan (GPS-PBB) saya perlu banyak menjalankan pembacaan dan mengenali kawasan berkenaan walaupun berasal dari kawasan tersebut (Satubong),\" katanya sambil menambah, sebelum ini tiga penggal berada di kawasan luar bandar (Batang Sadong).", "Berhubung pembangunan di kawasan itu selepas ini, Nancy mendedahkan bahawa beliau telah mendapat maklum balas daripada staf bekas Ahli Parlimen dan ADUN mengenai status terkini projek yang dijalankan dan perancangan yang dilaksanakan secara menyeluruh." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/07/hubungan-dengan-pn-abang-jo-akan-buat-keputusan
[ "KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan membuat keputusan mengenai hubungan atau kerjasama gabungan itu dengan Perikatan Nasional (PN).", "Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ini susulan tindakan PN bertanding di empat kerusi Parlimen iaitu Saratok, Lubok Antu, Bintulu dan Batang Lupar di Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).", "“Kita akan buat keputusan (mengenai hubungan dengan PN) bila sampai waktunya dan kita beri mandat penuh pada Abang Johari untuk buat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program kempen sempena PRU15 di sini, hari." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/07/peruntukan-rm1-bilion-untuk-pelbagai-pembangunan-di-kawasan-lanang-wong
[ "SIBU: Peruntukan RM1 bilion yang diperjuang calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Lanang Wong Ching Yong adalah untuk pelbagai pembangunan di kawasan Lanang.", "Menurutnya, calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) bagi kerusi Parlimen Lanang Alice Lau melahirkan rasa ragu terhadap perjuangannya itu ketika sesi ceramah kempen pilihan raya pada malam kelmarin.", "\"Antara tujuan saya ialah memperjuangkan untuk projek menaik taraf dan melebarkan Jalan Kong Yit Khim yang berjumlah RM180 juta untuk fasa pertamanya,\" katanya pada sidang media di sini, hari ini.", "Hadir sama pada sidang media itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng, Timbalan Pengerusi SUPP Cawangan Dudong Kelvin Kong, Setiausaha SUPP Cawangan Dudong Kapitan Kong Sing Ping serta ahli parti yang lain.", "Wong yang juga pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong mengatakan, projek itu sudah diumumkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dua tahun lalu.", "\"Itu adalah untuk fasa pertamanya. Harus diingat perjuangan serta pencapaian ini bukan usaha satu hari sahaja malah satu perjuangan yang memerlukan penelitian dan kajian yang mengambil masa,\" tegas beliau.", "Katanya, jalan ini satu projek yang sangat penting di Lanang kerana ia adalah nadi kepada titik kepelbagaian pembangunan kepada penduduk setempat amnya Sibu.", "Menurutnya, jalan sepanjang 24 kilometer itu akan mempunyai empat hala dan segala nilai hartanah di kawasan tersebut akan meningkat impak pelaksanaannya.", "\"Oleh itu, projek ini akan bermula dari pasar raya Farley hingga ke simpang Jalan Sibu Jaya-Kong Yit Khim untuk fasa pertamanya yang bakal dilaksanakan.", "Wong berkata, apabila jalan sudah dibuka maka sektor ekonomi sekitarnya juga akan berkembang termasuk nilai hartanahnya juga akan meningkat yang pasti menguntungkan penduduk setempat.", "\"Abang Johari ketika meluluskan projek jalan ini mahu ia dihubungkan dengan kawasan Lembah Rajang yang lain seperti Durin, Kanowit, Kapit, Bintangor dan Sarikei." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/07/manifesto-pru15-gps-realistic-tidak-menjanjikan-bintang-dan-bulan
[ "KUCHING: Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah realistik dan tidak menjanjikan bintang dan bulan seperti Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 yang lalu.", "Demikian tegas Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom (gambar) sambil menambah, kesemua janji berkenaan boleh ditunaikan untuk rakyat Sarawak.", "\"Sudah 22 bulan kita hidup dengan janji-janji tersebut dan menyaksikan pertukaran tiga orang Perdana Menteri, apa jadi sampai hari ini?... yang tidak membawa kita kemana-mana.", "\"Manifesto pertama adalah berpaksikan rakyat, kedua untuk memfokuskan kepada bagaimana untuk membangunkan Sarawak dan yang ketiga penuhi apa yang telah kita ikrar dan janjikan.", "\"Rakyat Sarawak harus menjaga dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaga Sarawak. Kalau anda merasakan diri anda adalah orang Sarawak, lakukan sedemikian (mengundi GPS),\" katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Jalinan Tani dan Pusat Latihan Kemahiran Pertanian Jabatan Pertanian Sarawak di Semenggok hari ini.", "Ditanya berapa banyak daripada 31 kerusi Parlimen yang boleh dijamin GPS menang, Dr Rundi berkata semuanya bergantung kepada usaha yang dilakukan untuk menarik para pengundi.", "Beliau juga merasakan jumlah pemilih baharu yang ditambah dalam daftar pemilih selepas menurunkan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun adalah tidak ramai dan rata-rata tidak berminat dengan pilihan raya.", "\"Anda telah lihat apa yang telah kita lakukan untuk membuat banyak projek termasuk yang telah tertunda telah disambung semula oleh Kerajaan Sarawak.", "\"Sudah tentu seperti manifesto PRN12 yang kita ada dulu, kita masih tumpukan untuk memperkasa dan menguatkan komitmen kita untuk membangunkan Sarawak.", "Beliau yang  juga Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak turut mempersoalkan formula apa yang digunakan kerajaan persekutuan bagi agihan peruntukan tahunan setiap negeri.", "Turut hadir kedua-dua Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan Martin Ben, Pemangku Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Dominic Chunggat dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) Dr Adrian Susin Ambud.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/07/pembangunan-masyarakat-felda-lebih-baik-semasa-di-bawah-kerajaan-bn
[ "BERA: Pembangunan masyarakat FELDA adalah lebih baik semasa di bawah kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) berbanding Pakatan Harapan (PH) menerusi penyaluran pelbagai bantuan dan inisiatif bagi membantu golongan itu. ", "Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelbagai bantuan yang diberikan sejak awal penubuhan FELDA, kini diteruskan kepada generasi kedua, menunjukkan keprihatinan dan hasrat kerajaan mahu meningkatkan sosioekonomi penduduk di tanah rancangan. ", "\"Banyak yang telah diumumkan kerajaan untuk warga FELDA dan kita boleh membandingkan sewaktu PH memerintah dengan zaman BN, perbezaan antara dua kerajaan ini dalam layanan terhadap masyarakat FELDA,\" katanya semasa berucap pada majlis Kenduri Kampung Bersama Komuniti Felda Sebertak di Dewan Orang Ramai Felda Sebertak di sini hari ini.", "Pada sambutan Hari Peneroka FELDA  pada Julai lepas, Ismail Sabri mengumumkan peruntukan hampir RM65 juta bagi melaksanakan lima inisiatif kepada warga peneroka dan generasi baharu, termasuk dalam aspek perumahan. ", "Menerusi pengumuman Bajet 2023 pada 7 Okt lepas pula, sebanyak RM2.6 bilion diperuntukkan kepada semua agensi utama kerajaan yang mengawal selia aktiviti komoditi termasuk FELDA, selain menambah peruntukan menambah baik infrastruktur tanah rancangan daripada RM50,000 kepada RM66,000 setahun. ", "Ismail Sabri yang juga penyandang kerusi Parlimen Bera berkata kerajaan juga memberi peluang kepada generasi baharu untuk melebarkan perniagaan dengan penubuhan Tabung Usahawan Belia Felda dengan dana pusingan RM10 juta. ", "Sementara itu, pada sidang media, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO mengingatkan semua pihak supaya tidak melakukan provokasi sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat. ", "\"Saya tidak mahu ada tindakan seperti menurunkan bendera, mencabut atau mengoyakkan poster (calon yang bertanding). Pilihan raya umum hanya selama dua minggu dan sebelum PRU pun kita hidup dengan aman dan damai. ", "\"(Tempoh) dua minggu ini biarlah kita hidup seperti biasa dan jangan merosakkan hubungan kekeluargaan termasuk di Bera,\" katanya semasa ditanya mengenai tindakan pihak tertentu yang didakwa  merosakkan bendera sebuah parti politik di sini. ", "Mengulas mengenai mood kempen yang memasuki hari ketiga, Ismail Sabri yang mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak tahun 2004 berkata secara keseluruhan beliau menerima sokongan yang baik di Bera. ", "Parlimen Bera mempunyai 77,669 pengundi dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Triang dengan calon BN adalah Yee Cheng Hwa, Kemayan (Khairulnizam Mohamad Zuldin) dan Guai (Datuk Sabariah Saidan). ", "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November ini sebagai hari pengundian manakala hari pengudian awal adalah pada 15 November ini. - BERNAMA \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/07/ismail-sabri-kekal-calon-perdana-menteri-bn
[ "BAGAN DATUK: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi keputusan bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan kekal sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan tersebut memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).", "“Ini kerana proses memilih Perdana Menteri bukan hanya terletak kepada keputusan parti politik tetapi kita harus menghormati kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong yang boleh melantik mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat (Seri Paduka) baginda mempunyai sokongan majoriti di dewan tersebut,\" kata presiden UMNO itu.", "Penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk itu berkata demikian kepada media di kediamannya di Kampung Sungai Nipah Darat di sini hari ini.", "Beliau diminta mengulas dakwaan bahawa satu undi kepada BN bersamaan satu undi untuk Ahmad Zahid menjadi Perdana Menteri dan isu itu dijadikan modal pembangkang semasa berkempen PRU15. ", "\"Apa yang penting BN perlu melepasi jambatan sokongan daripada rakyat dan cukup jumlah kerusi (Parlimen) untuk BN membentuk kerajaan, itu kita berikan keutamaan,\" katanya.", "Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan berkata Ismail Sabri kekal dinamakan sebagai ‘poster boy’ BN pada PRU15 dan calon Perdana Menteri, dengan pendirian gabungan berkenaan berhubung perkara itu tidak berubah sekiranya BN menang pilihan raya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/07/penduduk-tidak-kenal-dan-tidak-pernah-lihat-wakil-rakyat
[ "SIBU: Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) kerusi Parlimen Lanang Priscilla Lau (gambar) melahirkan rasa terkejut kerana masih ada penduduk di Kampung Sentosa di sini tidak mengenali atau tidak pernah melihat wakil rakyat mereka selama ini.", "\"Ini menunjukkan penduduk di situ tidak mengenali siapa wakil rakyat mereka selama ini. Malah, ada yang mendakwa tidak pernah melihat bayang-bayang wakil rakyat tersebut,\" katanya pada sidang media di Pejabat PSB, di sini hari ini bersama calon PSB kerusi Parlimen Sibu Dato Sri Wong Soon Koh.\n \nMenurut Priscilla, seorang wakil rakyat seharusnya sentiasa ada bersama dengan rakyat pada setiap masa, sama ada untuk bekerja atau mendengar masalah mereka.", "Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), katanya ada penduduk mendakwa tidak pernah melihat wakil rakyat terbabit memandangkan beliau dan keluarganya tinggal di Semenanjung Malaysia.\n \n\"Ini adalah satu kenyataan. Sudah 10 tahun beliau menjadi wakil rakyat namun masih ada yang tidak mengenalinya.", "\"Berbeza dengan saya lahir, tinggal dan mempunyai perniagaan di Sibu. Semua kehidupan saya ada di Sibu dan saya tinggal di Bukit Assek,\" katanya sambil menyeru pengundi memilih wakil rakyat yang benar-benar tinggal di Sibu pada PRU15 ini. ", "Priscilla menambah, tugas sebagai wakil rakyat bukan satu tugas separuh masa di mana wakil rakyat terbabit boleh tinggal atau berada di luar kawasan diwakilinya.", "Pengundi di Parlimen Lanang memberi banyak peluang kepada penyandang kerusi selama ini dan kerajaan bagi membangunan kawasan terbabit, namun masih banyak kebajikan mereka tinggal di Kampung Sentosa di sini belum terbela.\n \nSehubungan itu, beliau menyeru pengundi di Parlimen Lanang membuat pilihan dengan bijak dan memberi peluang kepadanya untuk menjadi wakil rakyat mereka.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/07/chong-rayu-wong-lau-umum-undur-diri
[ "SIBU: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen merayu kepada Dato Sri Wong Soon Koh dan Priscilla Lau mengumumkan pengunduran diri mereka daripada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan segera.", "Penyandang dan calon DAP bagi kerusi Parlimen Stampin itu berkata, mereka tidak harus memecah undi rakyat sekali gus memberi peluang kepada UMNO untuk kembali berkuasa.", "\"Jadi demi kepentingan negara Malaysia dan Sarawak serta masa depan anak-anak kita, saya mohon Soon Koh dan Priscilla Lau dan semua calon PSB mengumumkan penarikan diri mereka.", "\"Ya... sudah tentu mengikut undang-undang mereka tidak boleh menarik diri sekarang tetapi mereka sentiasa boleh mengumumkan penarikan diri daripada pilihan raya.", "\"Saya juga mohon pengundi supaya tidak memecahkan undi, fokus kepada calon DAP dan PH sahaja,\" katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP Sibu, Taman Rejang di sini hari ini.", "Sementara itu, Wong yang merupakan presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) bertanding di Parlimen Sibu manakala Lau merupakan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) di Parlimen Lanang.", "\"PSB, Soon Koh, Pricilla Lau dan calon-calon mereka di Sarawak hanya memainkan peranan memastikan peningkatan peluang GPS (Gabungan Parti Sarawak) untuk menang yang menjadi rakan setia UMNO pada masa lalu.", "\"Jadi, apa sahaja sengketa atau salah faham peribadi atau tidak, tidak ada yang lebih penting selain kepentingan negara dan lebih 30 juta rakyat Malaysia dan masa depan anak-anak kita. Kita tidak boleh kembali ke zaman UMNO tetapi kita perlu meneruskan reformasi kita.", "\"Rakyat kini menderita, ringgit diturunkan nilai, kos sara hidup meningkat, harga makanan meningkat, inflasi tidak pernah berlaku sebelum ini, Bank Negara meningkatkan kadar faedah,\" katanya.", "Sementara itu, PSB dan PBK bertanding di 11 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak iaitu Mas Gading, Stampin, Sibu, Puncak Borneo, Sri Aman, Bandar Kuching, Serian, Lubok Antu, Lanang, Miri dan Lawas pada PRU15 ini.", "Hadir sama penyandang dan calon DAP Parlimen Sibu Oscar Ling, penyandang dan calon DAP Parlimen Lanang Alice Lau dan penyandang dan calon DAP Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/07/tawaran-pn-telah-dikaji-secara-mendalam-realistik-untuk-dilaksana
[ "PUTRAJAYA: Tawaran Perikatan Nasional (PN) dalam manifestonya bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah dikaji secara mendalam, dan ia realistik untuk dilaksanakan, kata calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Putrajaya Datuk Dr Radzi Jidin.", "Beliau berkata tawaran yang diumumkan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin untuk rakyat Malaysia semalam, telah mengambil kira kepentingan pelbagai segmen masyarakat dalam tempoh jangka pendek, sederhana dan panjang.", "“Dalam setiap perkara yang kita masukkan dalam manisfesto itu, kita ambil kira segala aspek untuk pastikan apa yang kita sebut dapat dilaksanakan.", "“Ia bukan sesuatu yang kita main-main untuk buat, kita ikhtiar terbaik setiap apa yang diletakkan dan bila tiba masa kita (PN) bentuk kerajaan, ia akan dapat dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pengeluaran Kertas Undi Pos P125 Putrajaya di sini hari ini.", "Semalam, Muhyiddin melancarkan tawaran PN bagi PRU15, termasuk memberikan tumpuan merancakkan ekonomi melalui Tabung Khas Galakan Pelaburan berjumlah RM5 bilion, dan mencipta sejuta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.", "Ia merupakan antara 50 tawaran utama gabungan itu, selain akses perkhidmatan kesihatan terpilih percuma di klinik swasta dan hospital kerajaan menerusi Kad Prihatin Nasional, dan kenaikan kadar elaun sara hidup (COLA) penjawat awam sebanyak RM100, yang akan diselaras secara berkala.", "“Apa yang kita mahu ialah kerajaan bersih dan stabil, setiap duit rakyat dikembalikan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk dan seoptimum mungkin,” kata Naib Presiden Bersatu itu.", "Mengenai tinjauan di Pusat Pengeluaran Kertas Undi Pos P125 Putrajaya, Radzi berkata proses pengeluaran kertas undi berjalan dengan lancar dengan baik.", "Mereka ialah Radzi, penyandang Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN), Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz (PH), Timbalan Presiden Berjasa Datuk Mohd Rosli Ramli (Pejuang) serta dua calon Bebas iaitu Lim Fice Bee dan Samsudin Mohamad Fauzi. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/07/tidak-mungkin-gta-kerjasama-dengan-bn-ph-dan-pn-selepas-pru15-dr-mahathir
[ "PAPAR: Tidak mungkin untuk Gerakan Tanah Air (GTA) menjalinkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi Penaja GTA Tun Dr Mahathir Mohamad.", "Ini kerana beliau berkata GTA hanya mahu menjalin kerjasama dengan parti yang sependirian dengan gabungan itu, dan tidak mungkin untuk berkerjasama dengan mana-mana pemimpin atau parti terpalit isu rasuah.", "Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata bagi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), GTA akan mengkaji dengan lebih lanjut sekiranya gabungan yang membentuk kerajaan Sabah itu, menyatakan minat untuk berkerjasama selepas PRU15.", "“Kerjasama kita kena pilih (pemimpin dan parti)...mungkin (kerjasama) semua mungkin, cuma tidak mungkin kita berkerjasama dengan BN, PN dan PN,” katanya pada sidang media selepas Ceramah Perdana Pejuang Negeri Sabah di sini hari ini.", "GTA merupakan pakatan empat parti politik iaitu Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) serta gabungan badan bukan kerajaan yang membentuk Gagasan Bangsa (GB).", "GRS pula dianggotai Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang menjalin kerjasama dengan BN bagi mentadbir negeri itu.", "Sementara itu, Dr Mahathir berkata pemimpin di Sabah tidak boleh mengehadkan pergerakan mereka hanya di Negeri di Bawah Bayu itu sekiranya bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, sebaliknya perlu mendapatkan sokongan di Semenanjung dan juga Sarawak.", "Beliau berkata Perlembagaan Malaysia tidak mengehadkan individu dari mana-mana kawasan di negara ini untuk menjadi Perdana Menteri namun individu itu perlu mendapatkan sokongan untuk memegang jawatan itu.", "“Orang Sabah pun layak jadi Perdana Menteri, masalahnya populariti sama ada dapat sokongan atau tidak, kita harap mereka datang ke Semenanjung juga Sarawak, supaya mereka boleh dikenali,” katanya.", "Ditanya tentang Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang membawa partinya ke Semenanjung, Dr Mahathir berkata Mohd Shafie mempunyai hak menjadi Perdana Menteri menurut Perlembagaan, namun perlu mendapatkan sokongan jika mempunyai niat sedemikian. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/07/pru15-polis-buka-tiga-kertas-siasatan-tahan-dua-individu
[ "Beliau berkata satu kertas siasatan dibuka di Kedah mengikut Seksyen 4(A)(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954 kerana mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK) kerana kianat dan Seksyen 435 KK kerana khianat dengan api.", "Satu kertas siasatan dibuka di Pahang mengikut Seksyen 427 KK kerana khianat, dan satu lagi di Kuala Lumpur mengikut Seksyen 505 (b) KK kerana mendatangkan kegusaran awam, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.", "Hazani berkata penahanan di Kedah berlaku di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah apabila individu terbabit didakwa membuat kerosakan dengan membakar bendera dan menoreh khemah sebuah parti politik menggunakan senjata tajam.", "Beliau berkata bagi kes di Pahang pula, individu yang ditahan didakwa merosakkan papan tanda dan poster parti politik berhampiran lampu isyarat di Triang.", "Sementara itu Hazani yang juga Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman dalam satu kenyataan hari ini berkata PDRM juga mengesan 81 ceramah PRU15 tidak memiliki permit.", "“Negeri Sembilan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 45 kes, Perak (16), Pahang dan Johor masing-masing mempunyai lima, Kedah (empat), Terengganu (dua), Sarawak (dua), Kuala Lumpur dan Selangor mempunyai satu,” katanya.", "Beliau berkata PDRM telah mengeluarkan sebanyak 814 permit ceramah, dengan jumlah tertinggi permit dikeluarkan ialah di Sabah iaitu 157 permit, diikuti Perak sebanyak 109 permit dan Johor 104 permit.", "“Permit yang dikeluarkan di Kedah pula sebanyak 84 permit, Sarawak (77), Pahang (70), Pulau Pinang (49), Negeri Sembilan (44), Melaka (43), Selangor (40), Kuala Lumpur (12), Kelantan (11), Perlis (sembilan) dan Terengganu (lima)”, katanya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/07/pru15-cuepacs-cadang-cuti-umum-khas-18-nov-mudahkan-rakyat-balik-mengundi
[ "KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kerajaan mengisytiharkan 18 Nov sebagai cuti umum khas untuk memudahkan pergerakan rakyat Malaysia ke lokasi mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 Nov.", "Presidennya Datuk Adnan Mat berkata walaupun tarikh mengundi jatuh pada Sabtu, cuti umum tambahan sehari lebih awal itu wajar diberikan memandangkan ramai rakyat Malaysia tidak mengundi di lokasi mereka bekerja.", "\"Begitu juga dengan penduduk Labuan, Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung, jadual penerbangan terhad mungkin menyukarkan mereka pulang pada hari mengundi apatah lagi mereka yang tinggal di pedalaman yang memerlukan perjalanan tambahan serta memakan masa panjang,\" katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Adnan berkata walaupun setiap pekerja layak mengambil cuti tahunan, Cuepacs bimbang ada majikan yang tidak membenarkan mereka memohon cuti awal untuk pulang ke lokasi mengundi." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/07/sukar-jangkakan-peratusan-undi-pru15-ini-baru-bian
[ "LAWAS: Sukar untuk menjangkakan peratusan undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini bakal memihak sama ada kepada kerajaan sedia ada atau pembangkang berikutan pertambahan pengundi muda. ", "Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) bagi kerusi Parlimen Lawas Baru Bian (gambar) berkata baginya PRU15 kali ini cukup menarik apabila buat pertama kalinya terdapat pengundi muda seawal umur 18 tahun. ", "“Seluruh negara masih belum dapat memberikan kepastian undi dalam kalangan orang muda kali ini akan memihak kepada siapa, sama ada pembangkang atau kerajaan sedia ada. ", "“Namun satu menemuan menarik hasil penyelidikan dari badan bebas mendapati rakyat Malaysia secara bersama, 84 peratus tidak berpuas hati dengan keadaan negara sekarang terutamanya berkaitan isu ekonomi. ", "“Sebelum ini juga saya difahamkan kira-kira 63 peratus rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya di sini. ", "Oleh kerana itu, beliau mengharapkan pengundi muda dan baharu terutamanya dalam lingkungan usia 18 hingga 30 tahun untuk turun menjalankan tanggungjawab mereka dengan turun mengundi pada 19 November nanti. ", "“Kita berada dalam era yang sangat menarik dan saya amat berharap pengundi baharu ini terutamanya pengundi muda dalam lingkungan usia 18 hingga 30 tahun untuk turun mengundi terutamanya di Lawas ini. ", "Baru yang juga Setiausaha Agung PSB menambah undi daripada pemilih yang layak ini bakal menjadi penentu pemimpin yang dapat menjadi suara kepada masyarakat di Lawas dan seterusnya membentuk kerajaan selepas ini. \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/07/bersatu-bintulu-akan-mulakan-kempen-pada-selasa
[ "Menurutnya, ia selaras dengan pucuk kepimpinan parti yang mahu jentera parti setiap kawasan parlimen bertanding menjalankan persiapan rapi termasuk ahli parti yang sudah layak mengundi.", "\"Setelah kita mengetahui akan lokasi serta keberadaan kesemua pengundi yang menjadi ahli BERSATU, barulah kita akan berkempen ke kawasan yang ditetapkan bagi memudahkan pergerakan kita untuk melawat ke sesebuah kawasan atau penempatan,\" ujarnya dalam sidang media yang diadakan bertempat di Bilik Gerakan Pakatan Nasional (PN) Parlimen Bintulu di sini, pada malam Ahad. ", "Bagi minggu kedua dan ketiga katanya, jentera parti akan memperhebatkan program berkempen mereka di semua kawasan di Bintulu khususnya di kawasan penyokong kuat parti berkenaan.", "Bercakap mengenai waktu berkempen, Duke berkata ia akan dijalankan ahli parti mengikut waktu pejabat yang sememangnya memberikan keselesaan buat semua pihak.", "\"Setakat ini, kita hanya dapat mengesan 3-4  peratus ahli BERSATU di Bintulu dan akan meneruskan usaha mencari semua ahli melalui pendekatan serta medium sedia ada bagi membolehkan mereka memberikan sokongan terhadap PN yang julung kalinya bertanding di Bintulu,\" tambah beliau.", "Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Sarawak, Senator Jaziri Alkaf Abdullah Suffian dalam kenyataannya sebelum itu berkeyakinan bahawa PN berpotensi untuk menang di kerusi Parlimen Bintulu memandangkan ia mendapat sokongan memberangsangkan dari kalangan rakyat di Bintulu." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/07/calon-ph-sibuti-ingatkan-pemilih-kali-pertama-periksa-tempat-mengundi
[ "MIRI: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Sibuti, Zulhaidah Suboh mengingatkan pengundi kali pertama memeriksa tempat mengundi masing-masing di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).", "Beliau mengakui masih ramai pengundi automatik termasuk pengundi 18 tahun belum mengetahui tempat mereka membuang undi yang ditetapkan pada 19 November ini.", "\"Kita telah mengadakan sesi walkabout sekitar Sibuti dan mendapati masih ramai yang layak mengundi tidak tahu tempat atau lokasi mereka membuang undi.", "\"Sehubungan itu, kita telah menasihatkan mereka memeriksa tempat mengundi di laman sesawang SPR agar mereka tidak tersalah tempat mengundi pada 19 November ini,\" katanya kepada Utusan Borneo pada Ahad.", "Zulhaidah berkata pengundi 18 juga perlu tahu peranan dan tanggungjawab mereka dalam memilih parti politik yang boleh membawa suara mereka ke Dewan Rakyat.", "\"Masih terdapat pengundi 18 ini tidak tahu bahawa mereka layak mengundi dan kita telah memberi mereka panduan agar memilih parti politik yang bersih dari kes rasuah,\" jelasnya.", "\"Pengundi juga mahu sebuah kerajaan baharu dibawah kepimpinan Presiden PKR, Datuk Sri Anwar Ibrabim dan menolak parti yang bekerjasama dengan UMNO,\" tegasnya.", "Berdasarkan data daftar pemilih SPR, terdapat sejumlah 21.1 juta individu layak mengundi pada PRU15 dengan lima juta daripadanya adalah pengundi kali pertama.", "Angka itu meningkat hampir dua kali ganda berbanding 11 juta individu layak mengundi pada PRU14 selepas had umur pengundi diturunkan daripada 21 kepada 18 tahun dan pendaftaran automatik yang diluluskan oleh Parlimen.", "SPR menetapkan esok sebagai hari penamaan calon dan 19 November ini sebagai hari pengundian bagi PRU15 manakala pengundian awal pada 15 November.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/07/perang-bendera-rancak-di-parlimen-sibuti
[ "MIRI: Suasana Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kawasan Parlimen P218 Sibuti semakin hangat dengan penyokong parti politik mula memasang bendera di kawasan strategi pada hari ketiga kempen.", "Antaranya di kawasan Taman Tunku dan sepanjang jalan menuju ke Batu Niah di sini menyaksikan perang bendera antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).", "Terdapat juga parti politik telah mula memasang bendera dan mengagihkan kit kempen sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan senarai calon bertanding.", "Bahkan pemasangan bendera di sekitar pinggir jalan dilakukan pada waktu petang dan malam agar tidak menganggu lalu lintas di sekitar situ.", "Tinjauan Utusan Borneo di kontituensi Parlimen Sibuti turut mendapati bilik-bilik gerakan yang dibuka juga sedang giat mengatur strategi dalam menarik sokongan pengundi.", "Setakat ini, bendera paling dominan, GPS banyak dipasang di sekitar kawasan Taman Tunku, Lambir, Bakam dan Pekan Bekenu hingga di kawasan Pekan Batu Niah.", "Penyandang Parlimen P218 Sibuti, Lukanisman Awang Sauni dalam satu hantaran di Facebooknya memohon maaf sekiranya bendera dan posternya menganggu pemandangan dan lalu lintas.", "\"Mohon maklumkan kepada saya sekiranya jentera GPS silap mengantung bendera dan poster agar ia dapat dipindahkan demi untuk keselamatan pengguna jalan raya,\" jelasnya.", "Lukanisman yang diundi sebagai calon nombor satu di atas kertas undi akan dicabar calon PKR, Zulhaidah Suboh dan calon PBDS, Bobby William.", "Parlimen Sibuti menyaksikan keseluruhan 58,522 orang pengundi berdaftar dengan pendaftar di Lambir seramai 38,535 orang dan Bekenu seramai 19, 987 orang." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/07/tiong-lancar-tujuh-cadangan-dalam-manifestonya
[ "BINTULU: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing (gambar) melancarkan tujuh cadangan melalui manifesto dilancarnya yang memberi keutamaan kepada pembangunan dan penambahbaikan kemudahan rakyat termasuk meningkatkan pendapatan rakyat di Bintulu.", "Tempoh lima tahun seterusnya untuk penggal keenam dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Tiong melihat keutamaannya untuk merealisasikan cadangan manifesto itu untuk membawa Bintulu dan rakyatnya ke arah yang lebih baik.", "\"Kita melihat keutamaan tujuh cadangan dalam manifesto ini adalah untuk membawa Bintulu ke arah masa depan yang lebih cerah,\" katanya bercakap dalam sidang media semasa melancarkan manifestonya di sebuah hotel di sini petang Ahad.", "Presiden Parti Demokraktik Progresif (PDP) itu berkata, tujuh manifesto itu ialah menggalakkan peningkatan industri, memperkasakan ekonomi dan meningkatkan pendapatan rakyat; memperbaharui agenda pembangunan dan memperkukuhkan infrastruktur awam; mewujudkan suasana kehidupan yang selamat dengan liputan luas kamera litar tertutup (CCTV) yang sekiranya berlaku perkara tidak diingini memudahkan untuk mengesan dan tindakan diambil.", "\"Perkhidmatan data bijak awam dengan pemprosesan yang cekap; menggalakkan perancangan tanah praktikal untuk membina rumah mampu milik; pendidikan untuk semua dengan jaminan akses ke pendidikan lebih tinggi; ekuiti (kesaksamaan dan adil) untuk semua dan menambah baik kesihatan awam,\" katanya.", "Tiong berkata, tujuh manifesto ini adalah untuk mewujudkan Bintulu lebih baik dan perkongsian bersama dengan sokongan rakyat melalui kerjasama dalam pelbagai perkara untuk perubahan dalam tempoh lima tahun serta kehidupan dan persefahaman yang lebih baik.", "\"Infrastruktur bekalan air, elektrik luar bandar, sistem komunikasi antara keutamaan dan CCTV di bandar Bintulu diperlukan untuk diperluas liputannya bagi memudahkan pengesanan sesuatu perkara dan tindakan yang boleh diambil,\" katanya.", "Tiong yang merupakan penyandang lima penggal Parlimen Bintulu berkata, beliau juga akan berusaha dengan cara terbaik untuk meningkat kemudahan kesihatan dan peralatan kesihatan di hospital Bintulu.", "Berkenaan rumah kos rendah katanya, beliau menerima banyak permintaan (rakyat) untuk mendapatkan rumah kos rendah berbanding rumah sedia ada yang harganya terlampau mahal.", "\"Saya akan cuba untuk bercakap dengan pihak berkuasa, berbincang bagaimana Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dapat memperuntukkan lebih banyak tanah dan bagaimana kita bekerjasama untuk membina rumah mampu milik khususnya berkos rendah untuk rakyat Bintulu,\" katanya.", "Berkenaan pendidikan anak-anak katanya, semua ambil maklum bahawa anak-anak yang tiada kad pengenalan sukar untuk melanjut pelajaran ke universiti maka, beliau akan berusaha untuk mengenal pasti sama ada ibu bapa tiada kewarganegaraan sehingga anak-anak terbabit tidak memiliki kad pengenalan.", "\"Isu sebenarnya banyak yang telah mendapatkan kewarganegaraan tetapi saya akan terus berusaha untuk membantu anak-anak terutama bagi yang layakberkenaan sebab mereka tidak dapat meneruskan pendidikan,\" katanya.", "Pada masa sama katanya, golongan berpendapatan rendah tidak dapat membawa anak-anak mereka (berkelayakan) melanjut ke peringkat lebih tinggi memerlukan kerajaan untuk membantu mereka mendapat pendidikan yang lebih baik atau ke universiti untuk meneruskan pengajian.", "\"Berkenaan sistem kesihatan di hospital, pesakit tidak dapat menunggu lama untuk mendapatkan rawatan kesihatan dengan saya mencadangkan kepada kerajaan persekutuan untuk mengatasi permasalahan ini terutama hospital kerajaan yang tidak dapat menampung jumlah pesakit dan bagaimana hospital swasta\ndapat membantunya,\" ujarnya.", "Beliau berterima kasih kepada rakyat Bintulu atas sokongan sehingga beliau berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bintulu selama lima penggal dan meneruskannya untuk penggal keenam ini.", "\"Kali ini saya bertanding untuk penggal keenam dan dalam masa lima penggal lalu saya berterima kasih kepada semua rakyat yang memberi kerjasama membantu dan memberikan cadangan idea kepada saya mengenai misi dan visi untuk Bintulu,\" tambahnya.", "Ujarnya, beliau juga ingin meminta maaf atas segala kelemahan dan kekurangam dalam tempoh penggal itu serta akan melakukan yang terbaik untuk memperbetulkan segala kelemahan yang berlaku.", "PRU15 untuk Parlimen Bintulu, Tiong dicabar oleh Chiew Chan Yew dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Duke Janteng dari Perikatan Nasional (PN).\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/07/pru15-calon-calon-parti-bertanding-diberi-ruang-dalam-laporan-media-annuar
[ "KOTA BHARU: Calon-calon parti bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diberi ruang yang secukupnya dalam pelaporan media kerajaan dan swasta.", "Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata kerajaan menjunjung konsep kebebasan media selagi pelaporan dibuat dalam konteks undang-undang, fakta dan bukannya berita palsu.", "Menurut Annuar ini berikutan beliau menerima beberapa aduan dan kekeliruan yang dilontarkan setiap hari kepadanya mengenai pelaporan beberapa stesen penyiaran yang membuat siaran kepada parti bukan kerajaan.", "“Jadi apa-apa agenda kerajaan termasuk pengeluaran kapsul mengenai Perdana Menteri adalah kerana Perdana Menteri itu juga adalah kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut di Kampung Tegayong, Melor di sini hari ini.", "“Tidak kira parti mana sekalipun, kalau hendak guna untuk bertanding atas nama parti politik, dalam parti politik yang mahu gunakan premis dan aset kerajaan itu memang tidak boleh. ", "“Untuk menyampaikan dasar, progres kerajaan dalam menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri dan Menteri itu boleh. Jadi, di sini terdapat sedikit kekeliruan,” katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/07/usah-ulangi-kesilapan-pru14
[ "Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, tempoh 22 bulan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) adalah satu pengalaman buruk. ", "\"Malah projek yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu sebelum PH juga telah dibatalkan. Jadi, ini pengajaran untuk rakyat Sarawak, seperti kata pepatah Melayu,  jangan (takkan) pisang berbuah dua kali,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Manifesto PRU15 Gabungan Parti Sarawak (GPS) bertemakan Menjamin Sarawak Stabil, Maju dan Makmur di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam Ahad.", "“Biar pun kerajaan GPS kini agak bebas dari segi politik, kita juga mahukan sebuah kerajaan \nkerajaan persekutuan yang kuat (stabil) di peringkat pusat.", "“Bermakna, kita perlu mempunyai dasar yang efektif untuk meningkatkan ekonomi kita dan pada masa sama, memastikan bahawa rakyat dapat menyediakan makanan di atas meja. Itu yang menjadi keutamaan kita,” katanya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/07/gps-mahu-menang-besar-untuk-suara-lebih-kuat-di-parlimen-awang-tengah
[ "KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahukan kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini untuk suara yang lebih kuat dalam memperjuangkan hak negeri ini di Parlimen. ", "Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata sebelum Parlimen dibubarkan, GPS cuma mempunyai 18 ahli Parlimen namun telah mencapai beberapa kejayaan. ", "Satu daripada kejayaan yang dicapai adalah pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan yang mengambil kira semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC). ", "“Semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah, mereka telah usulkan untuk meminda Perlembagaan ini tetapi kita tidak beri sokongan sebab pindaan itu tidak memberi makna seperti yang dikehendaki. ", "“Dalam pilihan raya Parlimen kali ini, kita mahu kemenangan yang besar supaya suara kita di Parlimen akan bertambah kuat untuk kita terus memperjuangkan hak dan kepentingan kita yang terhakis baik secara sengaja mahupun tak sengaja agar ianya dikembalikan kepada Sarawak.\n \n“Dengan kemenangan yang besar, kita juga akan terus berjuang untuk membela hak rakyat Sarawak,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Manifesto PRU15 GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini malam tadi. ", "Hadir sama, Pengarah Operasi PRU15 GPS Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Dato Sri Dr Sim Kui Hian serta pemimpin dan ahli parti komponen GPS yang lain. ", "Awang Tengah yang juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menambah rakyat Sarawak berhak untuk mendapatkan peruntukan yang lebih banyak dari kerajaan persekutuan untuk meningkatkan lagi pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas seperti jalan raya, jambatan, bekalan air dan elektrik, dan sistem telekomunikasi. ", "Perkara ini katanya, dinafikan kerajaan PH walaupun ada ahli Parlimen PH daripada Sarawak, dimana mereka bukan sahaja gagal menunaikan janji mereka seperti mengembalikan 50 peratus cukai dan bayaran 20 peratus royalti minyak dan gas kepada Sarawak. ", "Malah katanya banyak projek yang diluluskan telah dibatal, dan mereka yang dilantik dalam kabinet kerajaan PH dahulu tidak ada suara mendesak kerajaan supaya tidak membatalkan projek yang diluluskan.", "“Kali ini mereka bertanding, rakyat Sarawak harus sedar apa berlaku dan menolak mereka ini dalam PRU15,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Manifesto PRU15 GPS. ", "Ujar Awang Tengah lagi, rakyat Sarawak berhak untuk mendapatkan lapangan terbang dan pelabuhan yang lebih moden dan efisien, infrastruktur pendidikan dan kesihatan yang lebih baik dan bertaraf tinggi, mendapatkan kemudahan perumahan yang selesa dan mampu milik.\n \nKerajaan GPS katanya, akan menyediakan estet perindustrian dan premis peniagaan untuk membantu meningkatkan perusahaan kecil dan sederhana, mewujudkan ekosistem yang kondusif untuk pembangunan semua sektor ekonomi, termasuk sektor ekonomi hidrogen, ekonomi hijau dan kitaran ekonomi dan sebagainya. \n \n“Inilah perjuangan kita yang diterajui Premier dan semua barisan kepimpinan dan ia akan bertambah kuat dengan sokongan semua rakyat di Sarawak ini. ", "“Dalam PRU15 kali ini, kita harus bekerjasama, bersatu padu demi memastikan kejayaan mutlak GPS agar masa depan Sarawak akan lebih terjamin dan gemilang." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/07/pru15-gps-lancar-manifesto-perjuangkan-seluruh-rakyat-sarawak
[ "KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang menyeluruh berpaksikan kepada kepentingan rakyat dan mengutamakan masa depan negara. ", "Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata bertemakan Menjamin Sarawak Stabil, Maju dan Makmur, manifesto ini berteraskan lima tonggak utama, 25 teras dan 215 komitmen.", "Tonggak keempat, latihan modal insan dan keadilan sosial serta agama diutamakan dan kelima, tadbir urus cekap dan berintegriti berprestasi tinggi pemangkin kemajuan Sarawak. ", "“Manifesto dikeluarkan malam ini (Ahad) memberi perhatian kepada golongan B40, M40, golongan muda, pelajar ,wanita, kanak-kanak, orang kelainan upaya (OKU), warga emas, penjawat awam dan mereka di bandar dan luar bandar serta semua peringkat masyarakat kita. ", "“Manifesto GPS bukan janji kosong tidak seperti manifesto Pakatan Harapan (PH) dahulu. Apabila kita janji, kita janji. Kita GPS akan tunaikan janji kita,” katanya dalam ucapan pelancarannya di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini malam tadi. ", "Turut hadir, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Joseph Salang Gandum, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Pengarah Operasi PRU15 GPS Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Pengerusi Jawatankuasa Manifesto PRU GPS Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta pemimpin dan ahli-ahli parti komponen GPS yang lain. ", "Abang Johari yang juga Premier Sarawak menambah Sarawak memainkan peranan penting dalam politik negara dimana dua daripada tiga Perdana Menteri yang dilantik sepanjang dalam tempoh empat tahun lepas ditentukan oleh GPS. ", "Dalam PRU15 ini katanya, GPS bertanding pertama kali atas kaki sendiri dan menyeru rakyat Sarawak memberi sokongan kepada GPS pada 19 November ini kerana GPS sahaja yang boleh menjamin masa depan mereka. ", "“Justeru dalam masa dua minggu ini, kita kerja kuat dan beri kemenangan besar kepada GPS supaya Sarawak terus makmur dan membangun,” katanya. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/07/wong-berikrar-kembalikan-kegemilangan-sibu
[ "SIBU: Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Dato Sri Wong Soon Koh menyeru pengundi di sini menyokong parti politik tempatan yang berhasrat memperjuangkan kepentingan rakyat Sarawak.", "Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk pengundi Sibu merenung kembali apa yang dilakukan parti berpangkalan di Semenanjung Malaysia untuk bandar ini.", "\"Kami berharap pengundi Sibu tidak menyokong parti pembangkang. Anda menyokong Parti Tindakan Demokratik (DAP) dari Semenanjung Malaysia dan selepas mereka melebarkan sayap ke Sarawak, apa yang telah mereka lakukan?", "\"Mereka adalah sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah selama 22 bulan sejak memenangi pilihan raya 2018 lepas tetapi mereka tidak mengiktraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) seperti yang dijanjikan.", "\"Hanya parti tempatan yang boleh memperjuangkan kepentingan rakyat Sarawak tanpa pilih kasih,\" jelasnya pada sidang media manifesto dan komitmen PSB di pusat khidmatnya di sini, semalam.", "\"Jika saya dipilih, saya akan membawa lebih banyak pelaburan asing untuk membangunkan industri pembuatan dan pertanian,\" ujarnya sambil menambah, Sibu pernah menikmati kemakmuran antara 1970-an dan 1990-an semasa bandar ini mencatat pertumbuhan progresif.", "Antara komitmen parti itu ialah menuntut semula hak Sarawak, menangani inflasi, membanteras rasuah, membasmi kemiskinan, menyediakan rumah mampu milik, menyediakan peluang yang lebih baik kepada belia dan wanita dalam pendidikan dan pekerjaan serta pembangunan pelancongan." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/07/supp-harus-merampas-kembali-kerusi-parlimen-miri-lee
[ "MIRI: Sokongan ahli-ahli dan pengundi Miri akan membantu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) merampas kembali kerusi Parlimen P219 Miri daripada pembangkang.", "Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin meminta pengundi di sini menyokong calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) dari SUPP iaitu Jeffery Phang pada 19 November ini.", "\"Dahulu masa Tan Sri Peter Chin (bekas Ahli Parlimen Miri), banyak peruntukan untuk melaksanakan pelbagai kemudahan di sini,\" katanya ketika menemui ahli-ahli baharu SUPP Senadin di Pusat Khidmat Senadin di sini semalam.", "Pengerusi SUPP Senadin itu mahu pengundi memilih calon GPS untuk membolehkan ramai Ahli Parlimen daripada parti politik tempatan bersuara di Dewan Rakyat.", "\"Kita perlu rakyat Sarawak bersatu memberi sokongan kepada GPS untuk memperjuang hak kepentingan Sarawak. Untuk membolehkan Sarawak menuntut hak ini, kita perlu kekuatan daripada rakyat Sarawak,\" jelas beliau.", "Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berkata, sokongan mereka membantu memperkuat tenaga dan perkhidmatan parti dan Pusat Khidmat SUPP Senadin." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/07/lukanisman-dekati-pengundi-di-taman-tunku
[ "MIRI: Penyandang Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni meneruskan kempen hari kedua dengan mendekati pengundi di Taman Tunku bersama jentera pilihan raya Gabungan Parti Sarawak (GPS).", "Beliau bersama Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dr Ripin Lamat mengedarkan kalendar, skaf GPS serta risalah infografik Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).", "\"Seperti kita tahu, pandemik COVID-19 masih lagi ada dengan variasi baharu, sehubungan itu kami hanya bergerak dalam kumpulan kecil untuk berkempen,\" katanya ketika ditemui semalam.", "\"Saya sedia maklum bahawa tempoh berkempen hanya dalam 14 hari, namun kita sudah ada strategi bertemu pengundi meskipun bukan dalam skala yang besar,\" jelasnya.", "Beliau juga optimis sejumlah 58,522 pengundi berdaftar berumur 18 tahun hingga 90 tahun ke atas akan melaksanakan tanggungjawab dan hak mengundi pada 19 November ini.", "Pada hari penamaan calon pada Sabtu, Lukanisman disaingi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zulhaidah Suboh dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Bobby William." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/07/lai-mahu-bawa-suara-rakyat-sarawak-lantang-di-dewan-rakyat
[ "MIRI: Calon PSB Miri Datuk Lawrence Lai berkata beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini kerana mahu suara rakyat Sarawak didengar dengan lantang di Dewan Rakyat.", "Beliau berkata, semua orang tidak harus cepat mengatakan Sarawak adalah 'pembuat keputusan utama' kerana hampir setiap keputusan yang dilakukan oleh negeri ini memerlukan kelulusan daripada kerajaan persekutuan.", "“Setiap keputusan yang dibuat di sini (Sarawak), termasuk kewangan, pembiayaan, pendidikan, termasuk import dan eksport, semuanya memerlukan kelulusan daripada persekutuan, bermakna Sarawak masih tidak mempunyai kuasa sebagai rakan kongsi yang sama rata,” katanya.", "Mengulas lanjut mengenai peluangnya untuk menang Lai berkata, kekuatannya datang daripada sokongan rakyat dan beliau mahu pengundi tahu bahawa beliau bertanding kerana beliau mahu Sarawak mendapat apa yang sepatutnya.", "“Ahli Parlimen adalah penggubal undang-undang, jadi mereka mesti menggunakan kedudukan mereka untuk memastikan semua undang-undang yang diluluskan di Parlimen adalah adil dan saksama kepada semua orang termasuk kepada rakyat Sarawak.", "\"Jika mereka tidak memainkan peranan ini di Parlimen, maka mereka tidak menjalankan tugas mereka dalam memastikan rakyat di kawasan Parlimen mereka dijaga atau kepentingan terbaik mereka dimasukkan dalam semua keputusan yang dibuat,\" katanya.", "Berbeza dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, pada PRU15 PSB bergabung dengan parti-parti pembangkang tempatan terdiri daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) dan aktivitis sosial pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Miri.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/07/jangan-malu-untuk-turun-mengundi-royston
[ "MUKAH: Pengundi muda berumur 18 tahun ke atas yang baharu pertama kali terlibat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) harus berani tampil memilih calon pilihan.", "\"Jangan sesekali berasa malu dan segan untuk pergi mengundi kerana penglibatan kali pertama,\" katanya ketika Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Kampung Sungai Alo di sini, semalam.", "Menurutnya, pengundi pertama kali boleh bertanya kepada kenalan atau penjaga yang lebih berpengalaman, selain boleh belajar melalui pelbagai sumber secara dalam talian.", "\"Apa yang penting, tanggungjawab menentukan masa depan diri serta generasi akan datang mesti dilunaskan melalui pemilihan wakil rakyat melalui pilihan raya,\" tegasnya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/07/pengundi-mas-gading-dijangka-beralih-sokongan-daripada-dap-kepada-gps
[ "KUCHING: Rakyat terutama pengundi di Mas Gading dijangka beralih sokongan daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini. ", "Veteran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Peter Minos berkata pada PRU lepas, isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menjadi senjata mereka. ", "Tetapi dalam PRU kali ini, dua isu tersebut sudah basi dan DAP dilihat ketandusan isu, lebih-lebih lagi selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH). ", "“Rakyat luar bandar Mas Gading tidak lagi akan terpengaruh dengan retorik yang dimainkan oleh DAP selama empat tahun menyandang Mas Gading. ", "“GPS kali ini mempunyai calon yang disukai dan berpotensi menang menerusi Lidang Disen, seorang jurutera. Lidang tidak mempunyai isu yang boleh dijadikan alasan untuk rakyat menolaknya dan saya yakin beliau (Lidang) boleh menang dengan mudah,” katanya ketika dihubungi semalam. ", "Kerusi Parlimen Mas Gading menjadi rebutan antara tiga calon iaitu Lidang (GPS), Sim Min Leong (Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Mordi Bimol, penyandang daripada DAP. \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/07/tiga-lelaki-ditahan-terbangkan-dron-di-pusat-penamaan-calon
[ "KUCHING: Tiga lelaki ditangkap di lokasi berasingan atas kesalahan menerbangkan dron tanpa permit di kawasan larangan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 5 November lalu.", "Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri menerusi kenyataan pada Ahad, berkata tangkapan dibuat susulan dua laporan polis yang diterima berhubung kesalahan itu.", "Menurutnya dalam kejadian pertama di daerah Kuching dalam kawasan Pusat Penamaan Calon (PPC) Parlimen Petra Jaya, seorang lelaki berumur 40an ditangkap di sebuah rumah di Taman Peacefull, Jalan Semarak Petra Jaya pada 5 November 2022, jam 9.40 pagi.", "\"Kejadian kedua, berlaku di daerah Serian, iaitu dalam kawasan PPC Parlimen Serian. Polis telah menahan dua lelaki berumur dalam lingkungan 30an di kawasan PPC Parlimen Serian.", "\"Turut dirampas daripada kedua-dua suspek ialah satu unit dron, satu unit alat kawalan jauh dan satu unit telepon bimbit jenama Xiomo.", "\"Ekoran kejadian tersebut, polis telah membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan/Peraturan 140 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (PPPN) 2016,\" katanya.", "Beliau menambah, kertas siasatan akan dilengkapkan sepenuhnya dengan segera untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan dan keputusan selanjutnya.", "Selain itu, katanya pada 5 November 2022 polis Sarawak telah meluluskan 16 permohonan permit ceramah kepada parti-parti politik sempena PRU15 di seluruh negeri.", "\"Sekali lagi saya, tegaskan kepada semua pihak supaya tidak melakukan perkara-perkara yang melanggar undang-undang yang telah ditetapkan sepanjang proses PRU15 bermula hari hari penamaan calon sehingga hari mengundi demi mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/06/empat-individu-ditahan-lapan-kertas-siasatan-dibuka-berkaitan-pru15
[ "KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan empat individu iaitu seorang di Selangor dan tiga di Sarawak kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), semalam.", "Pengarah Operasi PRU15 PDRM Datuk Seri Hazani Ghazali yang juga Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman dalam kenyataan hari ini berkata PDRM juga telah membuka lapan kertas siasatan berkaitan PRU15.", "Ia melibatkan siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (KK) kerana fitnah, Seksyen 447 KK kerana menceroboh, Seksyen 506 KK melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 147 KK kerana merusuh.", "Selain itu adalah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKMM), Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (PPPA) 2016, Seksyen 24(B)(10) Akta Pilihan Raya 1955 dan Seksyen 24(A)(2) Akta Pilihan Raya 1954.", "Hazani berkata antara yang dibuka kertas siasatan itu adalah dua di Selangor mengikut Seksyen 500 KK, Seksyen 447 KK, Seksyen 233 AKMM 1998 dan Seksyen 143(1) PPPA 2016, satu di Pulau Pinang mengikut Seksyen 24(B)(10) Akta Pilihan Raya 1955 dan satu di Pahang di bawah Seksyen 506 KK.", "Hazani berkata bagi permit ceramah pula, PDRM telah mengeluarkan sebanyak 289 permit iaitu 52 permit di Perak, Johor (47), Selangor (32), Kedah (29), Sabah (28), Sarawak (22), Pulau Pinang (18), Negeri Sembilan (15), Pahang dan Melaka masing-masing (14), Terengganu (tujuh), Kelantan (enam), Perlis (tiga) dan Kuala Lumpur (dua).", "\"Sebanyak 19 ceramah tidak berpermit dikesan, dengan di Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 11 kes, Perak (lima), Pahang (satu), dan Terengganu (dua),\" katanya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/06/tiada-kompromi-untuk-pemungkir-janji
[ "ENGKELILI: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyatakan pendirian untuk tidak berkompromi dengan mana-mana parti politik yang telah mengkhianati janji yang telah dipersetujui antara parti.", "Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana ada satu parti di Semenanjung mengikat perjanjian untuk tidak mengganggu pilihan raya di Sarawak.", "\"Sebab itu Tan Sri Muhyiddin Yassin, pengerusi Perikatan Nasional (PN) menjadi Perdana Menteri ketika itu dan saya sudah memberitahu bahawa Sarawak jangan diganggu (pada pilihan raya).", "\"Namun pada Pilihan Raya Negeri yang lalu, ada datang (PN) melawan GPS dan semalam (penamaan calon) mereka (PN) datang lagi,\" katanya semasa menyempurnakan Program Sarawakku Sayang bertemakan 'Jaga Sarawak, Intu Sarawak' di Dewan Serba Guna Engkilili, di sini hari ini.", "Abang Johari yang juga Premier Sarawak memberitahu bahawa tiada masalah untuk bertanding dalam pilihan raya berikutan negara ini mengamalkan sistem demokrasi.", "\"Saya tidak berkompromi, awak datang kita lawan demi untuk anak-anak dan masa depan kita di Sarawak kerana kita ada semangat Rentap,\" tegasnya.", "\"Undi GPS adalah undi untuk GPS. Di sini (Sarawak) tiada UMNO mahupun BN yang datang namun ada parti yang tidak kenang budi.", "\"Kita ada budi dan orang kata ada padi ada beras ada budi ada balas,\" sindir beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong.", "\"Begitu juga di Batang Ai kita akan bangunkan yang disambung dengan projek lapangan terbang di Spaoh menggunakan dana Sarawak sendiri.\n\"Harga (membina airport) mahal tapi jangan takut kita boleh cari dana. Apabila lapangan terbang itu dekat dengan Batang Ai sekali gus meningkatkan pelancongan di kawasan itu,\" jelasnya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/06/semua-adun-berikrar-memberi-sokongan-pastikan-tiada-sabotaj-ke-atas-willie
[ "KUCHING: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan Parlimen Puncak Borneo berikrar memberi sokongan penuh dan memastikan tiada unsur sabotaj ke atas calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Willie Mongin.", "ADUN Tarat yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata unsur sabotaj atau 'tikam belakang' tidak seharusnya berlaku kerana PBB parti yang berdisiplin serta berpegang teguh kepada prinsip 'berjuang untuk Sarawak'.", "\"Itu (sabotaj) saya tidak tahu... tidak seharusnya berlaku kerana PBB parti yang cukup berdisiplin dan ahli-ahlinya berpegang teguh kepada prinsip 'berjuang untuk Sarawak'.", "\"Perkara ini harus diketahui oleh semua orang, kita tidak hanya berjuang untuk Puncak Borneo tetapi Sarawak kerana kita adalah GPS,\" katanya ketika ditemui pemberita selepas proses penamaan calon bagi kerusi Parlimen Puncak Borneo di Pejabat Daerah Siburan, kira-kira 28 kilometer dari sini, semalam.", "Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada unsur sabotaj atau 'tikam belakang' boleh berlaku ke atas calon GPS kerana sebelum ini beberapa nama dikatakan mahu bertanding mewakili GPS di Puncak Borneo menyebabkan ia dikatakan antara kerusi panas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).", "Sagah yang bertindak sebagai pencadang kepada Wille menambah, pihaknya boleh duduk berbincang dengan pelobi-pelobi kerusi Puncak Borneo dalam kalangan GPS dan percaya mereka orang yang munasabah, akan memberi sokongan kepada parti.", "\"Tiada sebab kita (GPS) tidak boleh menang di Puncak Borneo. Calon kita bukan orang baharu, beliau telah lama berkhidmat di kawasan ini, saya percaya pengundi masih mengenang jasa beliau.", "\"Tambahan lagi, dengan rakan-rakan saya YB Miro Simuh (ADUN Serembu) dan (Datuk) Dr Jerip Susil (ADUN Mambong) akan bekerja keras memastikan kemenangan GPS di Puncak Borneo. Setiap pilihan raya semua harus bekerja keras,\" tambahnya.", "Sementara itu, Miro mengingatkan pengundi di Serembu khasnya dan Puncak Borneo amnya memberi sokongan penuh kepada Willie kerana memartabatkan Sarawak itu sangat penting.", "\"Nasihat saya, kita lupakan perbezaan dan persengketaan sebelum ini, kita beri sokongan penuh, rayuan saya, kita beri sokongan penuh kepada GPS demi Sarawak,\" katanya.", "\"Ini bukan perjuangan individu tetapi Sarawak keseluruhannya, perjuangan untuk GPS dan Puncak Bornoe sangat penting untuk kita bekerjasama, memang kita faham dari segi demokrasi, ramai orang berminat menjadi calon.", "\"Namun, kita abaikan hal peribadi itu, yang penting kita bekerjasama supaya kemenangan GPS di Puncak Borneo dicapai dengan baik sekali. Maka kita harus menangkan GPS bersama-sama,\" katanya.", "\"Sekiranya berlaku sabotaj,  bukan sahaja sabotaj ke atas saya sebagai calon tetapi kepada GPS tetapi saya dimaklumkan mereka juga bakal memberi sokongan padu dan saya amat berterima kasih kepada pelobi-pelobi ini.", "\"Saya percaya mereka semua mempunyai potensi, suatu hari nanti mereka akan mendapat peluang. Kita perlu bekerjasama demi kecemerlangan GPS di Puncak Borneo,\" katanya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/06/wong-mahu-ubah-sibu-menjadi-hab-pendidikan-global
[ "SIBU: Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) bagi kawasan Parlimen Sibu Dato Sri Wong Soon Koh berjanji mengubah Sibu menjadi hab pendidikan global untuk mengembalikan zaman kegemilangan bandar Sibu.", "Jika beliau dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, Wong akan berusaha membawa masuk pelajar antarabangsa ke Sibu bagi membantu merancakkan sektor pendidikan dan pelancongan di Sibu.", "Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan itu berkata, beliau telah menumpukan usaha yang besar untuk pembangunan pendidikan di Sibu ketika beliau bersama Kerajaan Sarawak.", "\"Saya menumpukan banyak usaha dalam pendidikan dan membina UTS, Kolej Laila Taib dan Akademi Maritim Sarawak dan juga membawa masuk Institut Confucius.", "\"Saya berharap dapat membawa masuk lebih ramai pelajar antabangsa supaya Sibu kembali ke zaman kegemilangan dahulu, berkembang dengan ramai orang datang ke Sibu dan akan memberi kesan berganda kepada semua sektor ekonomi,\" jelasnya pada sidang media manifesto dan komitmen PSB di pusat khidmatnya di sini, hari ini.", "Wong yang juga presiden PSB berkata, salah satu janji pilihan raya PSB ialah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk sekolah-sekolah persendirian Cina.", "\"Kira-kira 6,000 universiti di seluruh dunia mengiktiraf UEC tetapi kerajaan tidak, malah pemegang UEC tidak boleh mendaftar ke universiti awam tempatan,\" katanya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/06/calon-gps-kerusi-parlimen-lanang-memperjuang-peruntukan-rm1-bilion
[ "SIBU: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerusi Parlimen Lanang Wong Ching Yong memperjuang peruntukan RM1 bilion daripada kerajaan persekutuan untuk pembangunan kawasan Parlimen Lanang.", "\"Penyandang kerusi tersebut memaklumkan kepada orang ramai beliau telah memperjuang sejumlah RM2 juta lebih untuk pembangunan di Lanang sejak menjadi Ahli Parlimen untuk dua penggal lalu.", "\"Ini terlalu sedikit bermakna satu tahun anda hanya akan dapat RM200,000. Beri saya peluang untuk lima tahun sahaja, saya memperjuang peruntukan RM1 bilion untuk pembangunan di Lanang,\" katanya pada sidang media di sini, hari ini.", "Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng, Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong Kelvin Kong serta ahli-ahli parti.", "“Saya amat yakin sekiranya saya menjadi Ahli Parlimen Lanang, kita melihat perubahan besar dalam pembangunan Lanang. Beri saya lima tahun dan saya perjuangkan peruntukan RM1 bilion untuk Lanang.", "“Saya yakin... sebab kalau lihat YB Joseph Chieng baharu berkhidmat tidak sampai setahun, banyak projek pembangunan telah beliau bawa untuk Bukit Assek,” jelasnya.", "Wong menegaskan walaupun peruntukan sedia ada daripada penyandang kerusi Parlimen Lanang diumumkan namun jika tiada sesiapa mengetahui ke mana peruntukan itu tanpa susulan jelas mengenai tujuannya juga tidak berguna.", "Beliau berkata, kes seperti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dudong dan Sekolah Kebangsaan (SK) Dudong adalah contoh mengapa tindakan susulan mengenainya penting.", "“Kemudian selepas itu, tiada siapa membuat susulan mengenai peruntukan itu kerana Datuk Dr Soon Choon Teck telah pun bersara dan kemudian Ahli Parlimen baharu (Alice Lau) dipilih sebagai Ahli Parlimen penggal pertama pada 2013, kenapa beliau tidak membuat susulan?", "“Anda perlu membuat susulan atau dana itu akan hilang. Ini birokrasi kerajaan,” katanya sambil menambah, beliau telah membuat susulan projek itu sejak 2019 dan peruntukan untuk sekolah itu diluluskan dalam bajet lalu.", "“Tetapi sekali lagi, ia diluluskan dewan (Parlimen) masih belum meluluskan bajet kerana Parlimen dibubarkan beberapa hari kemudian. Ia hanya dicadangkan dan Ahli Parlimen baharu perlu mengundi semula,” katanya.", "Dalam pada itu, beliau juga berkata walaupun hanya menjadi ADUN tidak sampai setahun, beliau dapat memperjuang jalan penghubung dari Jalan Wong King Huo ke Jalan Tunku Abdul Rahman.", "\"Ini merupakan salah satu projek jalan raya di Sibu yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri menelan belanja kira-kira RM10 juta,\" katanya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/06/lai-mengakui-banyak-menerima-aduan-orang-ramai-khususnya-peniaga-kecil
[ "MIRI: Calon PSB Datuk Lawrence Lai mengakui beliau banyak menerima aduan daripada orang ramai khususnya peniaga kecil dan penjaja ketika melakukan sesi berjalan-jalan bertemu dengan pengundi dan penduduk di kawasan pasar sekitar bandar raya ini hari ini.", "\"Saya terima banyak aduan daripada mereka dan saya berjanji, jika diberi peluang memenangi kerusi Miri, saya akan membantu mereka menyelesaikannya nanti,\" katanya kepada pemberita di sini.", "Ketika ditanya tentang aduan-aduan tersebut, Lai berkata beliau akan mendedahkannya pada sidang media yang akan diadakan beberapa hari kemudian, selepas beliau melakukan beberapa lagi sesi bertemu dengan  peniaga dan penjaja di kawasan lain di bandar raya ini.  ", "Lai memberitahu bahawa beliau berjalan-jalan sekitar pasar basah, Tamu Khas, Tamu Kedayan, Tamu Muhibbah dan Pusat Komersial Centrepoint di sini untuk bertemu peniaga, penjaja dan orang ramai sambil mengedarkan manifesto PSB dan memperkenal diri sebagai calon kerusi Parlimen Miri. ", "\"Ramai peniaga melahirkan rasa gembira melihat saya, kerana lama sudah mereka tidak melihat kelibat saya, sejak saya tidak lagi menjadi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM),\" katanya sambil terharu dengan sambutan orang ramai. ", "Beliau meletak jawatan dalam SUPP pada 31 Ogos 2021 dan meneruskan perjuangan politiknya bersama PSB mulai Januari 2022 dan dilantik sebagai Naib Presiden I PSB dan Pengerusi PSB Cawangan Piasau.  \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/06/chew-terharu-terima-derma-awam-untuk-tabung-dananya
[ "MIRI: Calon Pakatan Harapan (PH) Chiew Choon Man melahirkan rasa terharu dengan sokongan yang diberikan kepadanya oleh orang ramai dengan sebahagian daripada mereka turut menghulur derma untuk tabung dana bagi melancarkan kempen pilihan rayanya. ", "Peguam berusia 31 tahun itu memutuskan untuk menyahut cabaran bertanding di kerusi Parlimen Miri dengan restu Pengerusi PH yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Pengumpulan dana yang dimulakannya sejurus selepas diumumkan sebagai calon PH pada 1 November lalu, adalah untuk menampung perbelanjaan kempen seperti mencetak bendera, risalah dan poster sepanjang tempoh berkempen selama 14 hari.", "Di laman Facebook miliknya 'CM Chiew', beliau menjelaskan bahawa sejumlah besar belanjawan diperlukan untuk menampung perbelanjaan, justeru beliau dan pasukannya melancarkan tabung untuk mengutip dana. ", "Bercakap kepada Utusan Borneo di sini, peguam muda itu mendapat inspirasi daripada tsunami rakyat pada 2018 dan ideologi politik PKR dalam memperjuangkan masyarakat yang adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.\n \n“Saya sentiasa mahu berusaha untuk komuniti yang lebih baik dan mahu mengabdikan diri untuk bekerja keras demi perubahan ini,\" tambahnya. ", "\"Saya akan ingat bahawa saya terlibat dalam politik atas sebab tertentu dan saya berharap saya boleh membawa rezeki yang lebih baik untuk rakyat negara ini, khususnya di kawasan saya,” antara mesej yang dikongsi dalam catatan kutipan dermanya.", "Beliau juga menjelaskan bahawa kutipan derma itu akan berlangsung sepanjang tempoh berkempen selama 14 hari dan akan berhenti pada penghujung tempoh tersebut.", "Chiew juga berjanji akan bekerja keras sepanjang tempoh berkempen ini dengan tidak mensia-siakan harapan rakyat yang mahu menyaksikan perubahan pentadbiran yang lebih baik dan landskap politik yang lebih sihat, berbanding sebelum ini. ", "Pagi semalam Chiew turut mengadakan sesi berjalan dan bertemu dengan orang ramai di sekitar bandar raya ini dengan mengunjungi kedai-kedai makan, pusat penjaja dan peniaga bagi memperkenalkan diri sebagai calon PH-PKR serta mengedarkan manifesto PH." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/06/perang-bendera-parti-bertanding-warnai-pekan-lawas
[ "LAWAS: Bahang pilihan raya di bahagian paling utara Sarawak iaitu Lawas semakin dirasai apabila persiapan jentera parti bagi kempen kini mulai rancak dengan pemasangan bendera parti masing-masing.\n \nTinjauan Utusan Borneo pada hari pertama kempen pada Ahad mendapati perang bendera mulai mewarnai sekitar pekan Lawas.", "Bendera ketiga-ketiga parti bertanding iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Pakatan Harapan (PH) gah berkibaran di tepi-tepi jalan utama pekan ini.", "Namun jangan pandang sebelah mata, pada kali ini bendera merah PSB dan PH turut sama banyak memacak ‘kehadiran’ mereka dan dapat dilihat di sepanjang jalan utama pekan Lawas. ", "Salah seorang penduduk Lawas yang ditemui Rohani Mohammad, 40-an, dari Kampung Punang berkata, beliau cukup teruja melihat banyaknya kibaran bendera parti dan suasananya cukup meriah. ", "“Tapi kalau ikut masih kurang jumlah bendera ini, seperti jalan ke Punang memang dah ada bendera berkibar tetapi belum banyak seperti kebiasaannya,” katanya kepada Utusan Borneo di sini.", "Bagaimanapun, ini hanyalah tinjauan pengibaran bendera parti pada hari pertama, lazimnya seperti sebelum ini bendera-bendera parti bertanding akan semakin bertambah sehingga ke hari terakhir kempen. \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/06/calon-calon-berkempen-pru15-diingatkan-mohon-permit
[ "SARATOK: Calon-calon yang bakal berkempen di Parlimen Saratok diingatkan agar memohon permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya ingin menganjurkan sebarang kempen atau ceramah.", "Ketua Polis Daerah (KPD) Saratok DSP Mordani Tanin berkata calon-calon bertanding perlu mematuhi undang-undang pilihan raya 1954 iaitu sepanjang tempoh berkempen perlu mematuhi syarat-syarat ditetapkan.", "\"Kita ingin menasihati kepada semua calon agar tidak menganjurkan sebarang bentuk ceramah di pusat-pusat keagamaan, sekolah, hospital dan mereka hanya dibenarkan berkempen di tempat dimohon atau diluluskan oleh polis.", "\"Tempoh berkempen adalah bermula Sabtu hingga 18 November, jam 12 malam dan selepas tarikh dan jam tersebut tiada aktiviti kempen dibenarkan,\" katanya ditemui di sini semalam.", "\"Jangan bergaduh dan berkempen dengan aman. Bagi penduduk di kawasan kampung atau rumah panjang, jika terdapat permit polis beri peluang pihak-pihak calon terbabit berkempen di kawasan mereka,\" jelasnya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/06/masa-cadangan-mengundi-didakwa-mengelirukan
[ "SIBU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa memansuhkan masa cadangan untuk mengundi dalam semakan pendaftaran pemilih di laman sesawangnya yang menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengundi.", "Kedua-dua penyandang Sibu dan Lanang masing-masing Oscar Ling dan Alice Lau mendakwa telah menerima banyak aduan daripada pengundi yang menyatakan kebimbangan mengenai perkara itu.", "Kedua-dua calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) berpendapat bahagian yang dinyatakan perlu dibuang kerana ia dilaksanakan sebelum ini semasa sekatan pergerakan bagi mengelakkan kesesakan dalam usaha mengekang penularan COVID-19 ketika itu.", "\"Ia menyebabkan banyak kekeliruan pada masa ini, malah ibu bapa menghubungi saya dan bertanya sama ada anak mereka boleh mengundi pada sebelah petang kerana mereka tidak boleh mengundi pada waktu pagi (mengikut masa yang dicadangkan dalam laman web SPR).", "\"Saya berkata ya, sila keluar mengundi kerana ini adalah Pilihan Raya Umum yang sangat penting,\" katanya pada sidang media bersama di sini, hari ini.", "Ling menjelaskan, masa yang dicadangkan untuk mengundi (masa keluar mengundi yang digalakkan) yang dicetak dengan warna merah dalam laman web SPR hanyalah cadangan.", "\"Contoh saya (masa mengundi) antara jam 1.30 dan 3.30 petang, ini hanya masa yang dicadangkan tetapi tidak semestinya anda perlu ikut.", "Mengenai perkara berkaitan, Ling mendedahkan menerima aduan daripada ramai pengundi di pusat mengundi biasa mereka telah ditukar ke kawasan sekitar berhampiran untuk membuang undi.", "Ling memaklumkan bahawa kawasan Parlimen Sibu mencatatkan kira-kira 30,000 pertambahan bilangan pengundi baharu berikutan Undi18 manakala aliran pengundian meningkat kepada 225 berbanding 160 sebelum ini." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/06/ling-santuni-pengundi-di-permai
[ "SIBU: Calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) bagi Parlimen Sibu Oscar Ling turun padang menyantuni pengundi-pengundi di pusat komersial Taman Perumahan Permai di sini, hari ini.", "Sementara itu, Ling berhadapan laluan getir dalam mempertahankan kerusi Parlimen Sibu kerana berhadapan dengan seorang presiden parti dan calon daripada parti memerintah.", "Mereka ialah Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Dato Sri Wong Soon Koh dan Clarence Ting (GPS) yang juga pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS).", "Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Ling menang dengan majoriti 11,422 undi setelah memperoleh 33,811 undi menewaskan tiga calon lain, sekali gus mengekalkan kerusi yang dimenangi pada PRU13.", "Calon Barisan Nasional (BN) mendiang Datuk Andrew Wong memperoleh 22,389 undi manakala calon Sarawak Peace Party (Peace) Jamie Tiew mendapat 377 undi dan calon Parti Reformasi Negeri (STAR) Simon Tiong dengan 176 undi.", "Pada PRU13, Ling yang bertanding buat julung kali menang dengan majoriti 2,841 undi selepas memperoleh 26,808 undi menewaskan calon BN Temenggung Datuk Vincent Lau yang mendapat 23,967 undi." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/06/bintulu-perlu-pemimpin-muda-dengan-idea-segar
[ "BINTULU: Seorang pemimpin muda yang membawa idea segar bagi meningkatkan taraf hidup penduduk setempat perlu diberi peluang untuk memimpin di sini, kata Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) Sarawak Alan Ling.", "Katanya sejak 23 tahun lalu di bawah penyandangnya tidak pasti sama ada penduduk Bintulu telah menikmati kualiti hidup yang lebih baik.", "\"Sila fikir baik-baik, adakah kualiti hidup kita baik selepas 23 tahun?\" katanya ketika berceramah di sebuah premis di sini malam tadi.", "Ling yang merupakan Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) mendakwa tiada peningkatan yang jelas dari segi kualiti hidup penduduk Bintulu sebaliknya mereka masih bergelut.", "Beliau berkata, sebagai sebuah kerajaan negeri yang 'sangat berkuasa', Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum ini di bawah Barisan Nasional (BN) kerap mengetengahkan mengenai perlunya pengundi Sarawak mengundi kerajaan yang stabil dan kuat, tetapi GPS itu sendiri adalah sebahagian daripada kerajaan yang kuat itu.", "\"GPS sudah stabil, sangat berkuasa, dengan 82 DUN (kerusi Dewan Undangan Negeri), tahun lepas mereka menang 76 kerusi iaitu kira-kira 92 peratus dan \nmereka tiada hak untuk mengatakan kerajaan sekarang tidak stabil,\" katanya sambil menambah, GPS adalah sebahagian daripada kerajaan persekutuan itu.", "\"Orang tanya Chiew (Chiew Chan Yew) senang ke kali ni, Tiong ooo, tambah ooo sambil tanya, maknanya pembangkang kuat sangat, \"katanya.", "Katanya, kini anak muda DAP, baru berusia 35 tahun bertanding di kerusi Parlimen Bintulu dan pengundi harus memberi peluang kepadanya untuk darah muda ini memimpin.", "\"Walaupun Parlimen Bintulu sangat sukar tetapi kita tetap akan lawan, DAP tidak ditubuhkan semalam atau beberapa hari lepas, kita berada di Sarawak selama 44 tahun,\" katanya", "Beliau juga menasihati pengundi Sarawak supaya tidak terperdaya dengan apa yang dipanggil 'parti pembangkang tempatan' yang calonnya selepas pilihan raya negeri tahun lepas semuanya hilang dan hanya keluar semasa pilihan raya.", "Manakala bagi calon DAP, Chiew walaupun selepas kalah dalam pilihan raya parlimen pertamanya menentang Datuk Seri Tiong King Sing pada 2018, beliau terus berkhidmat kepada rakyat di peringkat akar umbi.", "Beliau berkata, Chiew kembali lebih kuat pada Pilihan Raya Negeri lalu, hanya dinafikan dengan majoriti kecil 23 undi kepada GPS, hasil daripada pemecahan undi oleh Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB).", "Tetapi DAP telah berkhidmat selama 44 tahun di Sarawak walaupun menang dan kalah adalah sebahagian daripada pilihan raya, tetapi yang penting parti itu \nterus memperjuangkan hak rakyat dan menjadi suara mereka yang diterjemahkan kepada kemenangan PH pada 2018.", "Pada masa sama, Ling turut menyeru rakyat Sarawak menggunakan hak mereka untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) demi generasi akan datang.", "\"Ada keperluan untuk ada rasa penyertaan, ini tanah air kita, kita hidup dan mati di sini, kita kena sayang negeri, kita kena undi,\" katanya.", "Beliau turut menyamakan pengundi yang layak tetapi tidak mengundi sebagai seorang yang tidak membeli nombor cabutan bertuah tetapi terus menyemak apakah nombor yang menang dan itu bukan cara permainan itu harus dimainkan." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/06/ali-sifatkan-pertandingan-pada-pru15-sebagai-family-fight
[ "\"Perkara penting bagi kita masa kini ialah perancangan dan tindakan perlu kita lakukan untuk membangunkan kawasan Parlimen Saratok dan rakyat di kawasan ini agar mereka tidak ketinggalan daripada arus pembangunan,\" katanya ketika ditemui media di sini semalam.", "Mengulas berkaitan perancangan jika beliau terpilih menjadi penyandang kerusi Parlimen Saratok untuk penggal seterusnya, Ali berkata beliau akan meneruskan pembangunan sedang dan telah dirancang di Parlimen Saratok.", "\"Bagi kita, tidak menjadi masalah bekerjasama dengan mana-mana pihak atau wakil rakyat daripada parti lain yang mempunyai matlamat dan impian memaju dan membangunkan Parlimen Saratok.", "\"Ini kerana, itu adalah tugas sebenar seorang pemimpin yang telah diberikan kepercayaan atau amanah menjadi wakil rakyat sesebuah kawasan rakyat di peringkat akar umbi. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/06/pru15-kempen-secara-santai-dan-harmoni-pilihan-ismail-sabri-elak-serangan-peribadi
[ "BERA: Strategi kempen pilihan raya secara santai, harmoni dan tidak menyerang peribadi lawan menjadi fokus Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.", "Beliau yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Bera mewakili Barisan Nasional (BN) berkata pemikiran pengundi masa kini khususnya pengundi kali pertama adalah berbeza berbanding dahulu, dan mereka lebih bijak serta matang dalam membuat keputusan.", "“Bagi saya dengan pengundi baharu dan muda, pemikirannya sudah berbeza....mungkin mereka tak suka dengar serangan peribadi, serangan yang agak kurang tepat. Kita (berkempen) berdasarkan fakta, ini yang saya buat dan akan terus buat untuk kepentingan mereka (pengundi muda),\" katanya.", "Bercakap dalam sidang media selepas program Kenduri Rakyat Bersama Komuniti Bandar Kemayan, di sini hari ini Ismail Sabri berkata apa yang penting adalah tumpuan untuk mengangkat dan 'menjual' produk sendiri berbanding kaedah memburukkan produk pihak lain.", "Beliau seterusnya sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan akan melaksanakan janji yang dibuat menerusi Bajet 2023 untuk kepentingan rakyat kerana sudah mempunyai dana yang telah ditetapkan.", "Pada PRU15, Ismail Sabri yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Bera sejak 2004 berdepan saingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan Abas Awang yang bertanding atas tiket PKR dan Datuk Asmawi Harun daripada Bersatu yang mewakili Perikatan Nasional.", "Pada pilihan raya umum 2018, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menang dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 2,311 undi menewaskan calon PKR Zakaria Abdul Hamid yang mendapat 18,499 undi manakala calon PAS Musaniff Ab Rahman yang memperoleh 8,096 undi. ", "Sementara itu Perdana Menteri berkata sekiranya berlaku banjir besar, tindakan selanjutkan berhubung perjalanan proses pilihan raya tertakluk sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).", "“Jika berlaku banjir besar yang sehingga orang tak boleh keluar (mengundi), maka saya akan bincang dengan SPR kalau ada alternatif lain. Kita juga akan berbincang dengan MetMalaysia (Jabatan Metrologi Malaysia), serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana, dan SPR pun boleh beri pandangan,” katanya.", "Pada 4 Nov lepas, MetMalaysia memaklumkan Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh akan bermula 7 Nov ini dan berterusan sehingga Mac 2023 yang boleh mengakibatkan berlaku banjir bagi kawasan rendah dan berdekatan sungai", "Perdana Menteri berkata sebelum pembubaran Parlimen pada 10 Okt lepas, Kerajaan Persekutuan telah membuat segala persedian untuk menghadapi bencana itu termasuk mesyuarat bersama dengan menteri besar dan ketua menteri. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/06/pasar-awam-kedai-makan-jadi-lokasi-pilihan-calon-dekati-pengundi
[ "KUALA LUMPUR: Memasuki hari kedua kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), rata-rata calon mula mendekati pengundi di kawasan Parlimen masing-masing dengan pelbagai program, antaranya berkunjung ke lokasi tumpuan awam seperti pasar dan premis makanan.", "Lokasi tersebut yang sememangnya menjadi tumpuan orang ramai sejak pagi untuk membeli barangan keperluan dan bersarapan bersama keluarga, adalah ‘lokasi strategik’ bagi calon menyantuni dan mendekati pengundi. ", "Penyandang Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Perdana Menteri, hari ini memulakan kempen dengan menyantuni peniaga dan pengunjung di Pasar Sehari Kerayong.", "Terkenal dengan sikapnya yang mesra khususnya terhadap kanak-kanak, calon Barisan Nasional (BN) itu dilihat tidak kekok mendekati masyarakat, malah sering disapa ‘atok’.", "Ternyata pendekatan kekeluargaan dalam menyatukan pelbagai kaum dan fahaman itu, menjadi resepi utama yang berjaya mendekatkan beliau dengan setiap lapisan masyarakat di negara ini.", "Calon Parlimen Sepang Datuk Seri Rina Mohd Harun turut mendekati pengundi di kawasannya dengan menyantuni lebih 50 pelanggan yang memanfaatkan cuti hujung minggu bersarapan bersama keluarga di Pusat Penjaja Taman Putra Perdana, Puchong.", "Calon Perikatan Nasional (PN) daripada Bersatu yang berasal dari Sepang itu, diibaratkan bagai sirih pulang ke gagang pada PRU kali ini, setelah sebelum ini beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa.", "Pantang berundur sebelum berjuang; calon BN Khairy Jamaluddin di Sungai Buloh, yang menyifatkan gelanggang PRU15 sebagai pertarungan paling sengit dalam karier politiknya, tetap giat berkempen bagi memikat pengundi di kawasan baharu yang diamanahkan oleh pucuk pimpinan parti.", "Wakil rakyat Rembau selama tiga penggal itu memulakan agenda dengan bersarapan di sebuah restoran nasi kandar terkenal di Kota Damansara sebelum memeriahkan Program Kacau Wajik Durian anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kampung Paya Jaras Tengah.", "Selain itu, calon Pakatan Harapan daripada PKR di Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula melakukan beberapa walkabout di pasar pagi, pusat penjaja dan premis makanan di kawasan itu seawal 9 pagi tadi.", "Bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut dijadualkan menghadiri program santai bersama anak muda dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Tadika Perpaduan Sri Pulau Pinang.", "Berbeza dengan calon lain, calon BN di Parlimen Seputeh Lee Kah Hing pula menggunakan pendekatan gaya hidup sihat dengan bersenam bersama komuniti di Taman Bukit Jalil, sebelum singgah di pasar pagi OUG untuk beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/06/tiada-masalah-ditentang-dua-calon-mordi
[ "KUCHING: Calon yang juga penyandang kerusi Parlimen Mas Gading Mordi Bimol tiada masalah berdepan pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di kerusi tersebut. ", "Mordi yang bertanding buat kali ketiga atas tiket Pakatan Harapan (PH) daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), berkata ini adalah negara demokrasi dan beliau tidak menghalang mana-mana calon atau parti untuk bertanding. ", "Pada PRU 2018, Mordi menang di kerusi Mas Gading dalam pertembungan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Anthony Nogeh Gumbek. ", "Ditanya strategi kempen kali ini, Mordi berkata kempen bermula sejurus selesai proses penamaan calon pada Sabtu dengan mengadakan ceramah dari kampung ke kampung selain edaran risalah parti. ", "Dari segi isu pula katanya, beliau akan menjelaskan kepada rakyat perkara sebenar apa yang berlaku kepadanya selama menjadi wakil rakyat dalam tempoh satu penggal yang lepas. ", "Mengenai dua lawannya, Lidang Disen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Sim Min Leong daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK), Mordi berkata beliau mengenali Lidang manakala Sim hanya dikenali pada hari penamaan calon. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/06/pru15-kempen-bermula-945-calon-sah-bertanding
[ "KUALA LUMPUR: Kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula secara rasmi semalam dengan rekod calon yang bertanding bagi merebut kerusi Parlimen kali ini mencatatkan jumlah paling ramai, menjangkau sehingga 945 individu, menjadikan ia sebagai Pilihan Raya Umum paling sengit dalam sejarah negara.", "Jumlah itu yang merangkumi 818 calon lelaki dan 127 wanita, meningkat berbanding 687 calon pada PRU14 dan 579 calon pada PRU13.", "Proses penamaan calon yang berlangsung dari pukul 9 hingga 10 pagi berjalan lancar, dengan keadaan dilihat kembali meriah seperti sebelum kehadiran COVID-19, berikutan kemunculan para penyokong parti yang bertanding memenuhi 222 pusat penamaan di seluruh negara.", "Bagaimanapun, polis mengesahkan berlaku kekecohan di luar pusat penamaan calon di Parlimen Tenom, dipercayai selepas pembatalan borang pencalonan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony.", "Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang media semalam memaklumkan enam borang pencalonan ditolak membabitkan empat kawasan Parlimen serta dua Dewan Undangan Negeri (DUN), dan tiada calon yang menang tanpa bertanding. ", "PRU15 juga menyaksikan empat gabungan politik tanah air, parti serta individu perseorangan yang bertanding Bebas berentap, dengan Pakatan Harapan (PH) menampilkan 206 calon, tertinggi dalam empat gabungan parti utama, diikuti Barisan Nasional (BN) dengan 178 calon, Perikatan Nasional (PN) (149) dan Gerakan Tanah Air yang bertanding atas logo Pejuang serta Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) (116).", "Gerakan Tanah Air (GTA) merupakan pakatan empat parti politik iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Putra, Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) dan gabungan badan bukan kerajaan yang membentuk Gagasan Bangsa (GB). ", "Bagi negeri Kelantan dan Terengganu, 22 calon PN bertanding menggunakan logo PAS, manakala sembilan calon GTA Kelantan bertanding menggunakan logo Putra, dan di Sarawak, lapan calon PH menggunakan logo DAP. ", "Parlimen Batu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur paling mencuri tumpuan dengan pertembungan 10 penjuru, tertinggi di seluruh negara, antara penyandang, bekas penyandang, bekas timbalan menteri luar serta enam pencabar yang lain merangkumi antaranya peguam dan pempengaruh media sosial.", "Ia disusuli saingan sembilan penjuru di kawasan Parlimen Ampang, lapan penjuru (tiga kawasan), tujuh  penjuru (lima), enam penjuru (24), lima penjuru (43), empat penjuru (82), tiga penjuru (54) dan satu lawan satu (sembilan).", "Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO, akan bertanding di kubu kuatnya di Bera, kerusi Parlimen yang menjadi miliknya sejak 2004, dicabar oleh Abas Awang (PH-PKR) dan Datuk Asmawi Harun (PN-Bersatu).", "Dengan berakhirnya proses penamaan calon, beberapa kawasan dilihat menampilkan pertarungan sengit, antaranya Parlimen Tambun dan Bagan Datuk di Perak serta Gombak, Sungai Buloh dan Kuala Selangor di Selangor, yang melibatkan tokoh-tokoh utama parti politik.", "Di Tambun, penyandang yang juga Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dicabar Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dua yang lain, sementara Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berdepan pertembungan empat penjuru antaranya dengan bekas ketua penerangan PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin di Bagan Datuk.", "Di Gombak pula, pertembungan ‘mentor’ dan ‘protege’ menyaksikan penyandangnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN-Bersatu) berdepan anak didiknya yang juga Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam pertembungan lima penjuru.", "Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang dipertaruhkan BN untuk merampas kerusi Parlimen Sungai Buloh berdepan perlawanan tujuh penjuru, manakala Pengarah Strategi Amanah yang juga penyandang kerusi Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dicabar Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (BN) dan dua yang lain.", "Proses demokrasi kali ini menjadi medan mencuba nasib bagi ramai calon Bebas yang mencatatkan sehingga 108 calon, dengan Selangor menjadi negeri tumpuan iaitu seramai 24 calon, menggunakan pelbagai logo antaranya gajah, pen, jam loceng, cangkul dan pokok. ", "Antara calon Bebas itu ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin di Padang Besar, bekas Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Tan Sri M. Kayveas (Ipoh Barat), aktivis masyarakat Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang (Puchong), penyandang Parlimen Bentong Wong Tack dan aktivis Abdul Rani Kulop Abdullah (Port Dickson).", "Selain itu, PRU15 juga menyaksikan empat penyandang bertanding di atas tiket parti berbeza daripada sebelum ini, membabitkan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang bertanding di kawasan Parlimen Arau atas tiket PN, (BN-UMNO sebelum ini) dan Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib di Parlimen Maran (BN-UMNO sebelum ini).", "Datuk Che Abdullah Mat Nawi pula bertanding di kawasan Parlimen Tumpat atas tiket BN (sebelum ini atas tiket PAS) dan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bertanding di Kuala Nerus atas tiket BN (sebelum ini atas tiket PAS).", "Dari segi usia, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah, yang mempertahankan kerusi Parlimen masing-masing di Langkawi dan Gua Musang, menjadi calon tertua dengan masing-masing berumur 96 dan 85 tahun, manakala calon termuda ialah calon Bebas, Peggy Chaw Zhi Ting, 23, di Tenom, Sabah.", "Selain 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, pilihan raya bagi 116 kerusi DUN di Perlis, Pahang dan Perak turut diadakan serentak selepas ketiga-tiga negeri itu membubarkan DUN masing-masing susulan pembubaran Parlimen ke-14 pada 10 Oktober lepas.", "Pilihan Raya Kecil DUN Bugaya yang menyaksikan pertandingan tujuh penjuru pula diadakan serentak dengan PRU15 berikutan kematian penyandangnya Manis Muka Mohd Darah pada 17 Nov 2020 dan tertangguh ekoran proklamasi darurat bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.", "Seramai 21,173,638 pemilih berdaftar layak mengundi pada PRU15 meliputi 20,905,366 pengundi biasa, 146,737 anggota tentera serta pasangan, 118,794 anggota polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 2,741 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/06/abang-abdul-halil-nekad-perjuang-pembangunan-di-kota-samarahan
[ "KOTA SAMARAHAN: Calon Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen Kota Samarahan Abang Abdul Halil Abang Naili nekad untuk memperjuang pembangunan di kawasan itu termasuk belia.", "“Kota Samarahan terletak di pinggir bandar Kuching dan mempunyai banyak potensi besar untuk diterokai,” katanya kepada pemberita ditemui selepas pengumuman rasmi nama calon kerusi Parlimen Kota Samarahan di Dewan Suarah Kota Samarahan semalam.", "Menurutnya, persiapan mereka ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini berjalan baik dan melibatkan kedua-dua platform iaitu dalam talian dan lapangan. ", "“Kita juga mengambil pendekatan serius dalam situasi ini kerana PRU bukan untuk memutuskan Kerajaan Sarawak tetapi menentukan siapa menjadi Perdana Menteri dan memimpin negara.", "Bapa kepada 10 orang cahaya mata itu juga pernah berkhidmat di Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dari 1984 hingga 1996 dan Tidalmarine Engineering Sdn Bhd.", "Pernah dicalonkan pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) lalu untuk DUN Samariang dan meraih 1,071 undi sekali gus dikalahkan oleh ADUN Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang meraih 11,354 undi dengan majoriti 10,283. \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/06/riot-yakin-menang-kerusi-parlimen-serian-buat-kali-kelapan
[ "SERIAN: Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Richard Riot Jaem (gambar) yakin menang kerusi Parlimen Serian buat kali kelapan walaupun berhadapan pertandingan empat penjuru kali ini.", "Penyandang kerusi Serian itu yang datang ke pusat penamaan calon bersama kira-kira 3,000 penyokongnya semalam berkata, beliau telah berjuang dalam tujuh pilihan raya sebelum ini.", "“Saya tersenyum tetapi dalam masa yang sama saya tidak boleh terlalu yakin dalam politik. Semua ADUN iaitu ADUN Tebedu, Bukit Semuja dan Kedup juga hadir hari ini,” kata Riot yang terlibat dengan Pilihan Raya Umum sejak 1990.", "“Dengan latar belakang saya dalam bidang ekonomi, perundangan kewangan perbankan dan perunding bank, saya mendapati tidak ada aktiviti di Serian. Saya juga tidak tahu sudah berapa lama semua orang yang keluar dari universiti menganggur.", "“Selain itu, petani berhadapan dengan harga barangan yang sedang turun tetapi importnya sangat mahal kerana kadar dolar AS semakin meningkat, jadi bayangkan bagaimana kesannya kepada kita. Itu adalah perkara yang perlu kita lihat,\" katanya.", "Tambahnya lagi, perlu ada aktiviti ekonomi di Serian seperti mempunyai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi menggalakkan ekonomi mampan dan perkara ini seharusnya diambil berat.", "\"Ia susulan aktiviti ekonomi ini akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda kerana terdapat begitu ramai mereka yang berada di bawah Undi18 dan bagi Serian sendiri, kita mempunyai kira-kira 20,000 Undi18 dan saya akan menyasarkan mereka,\" kata Elsiy.", "\"Kita mahu menambah baik perkara tersebut, terutama perkhidmatan asas seperti hospital dan sistem pendidikan kerana Serian jauh ketinggalan,\" kata Learry yang juga pengerusi DAP Serian.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/06/petra-jaya-alami-perubahan-pembangunan-sosioekonomi-jika-pkr-diberi-mandat
[ "KUCHING: Kawasan Petra Jaya bakal mengalami perubahan pembangunan sosioekonomi bersifat komuniti dan bukan kroni semata-mata sekiranya Parti Keadilan Rakyat (PKR) diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).", "Calon PKR Sopian Julaihi (gambar) yang bertanding di kerusi Parlimen Petra Jaya berkata, keadaan di kawasan tersebut tidak mengalami perubahan setelah sekian lama, malah berhadapan masalah-masalah fasiliti.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon P194 Petra Jaya di Dewan Al-Muneerah SMK Petra Jaya di sini, semalam.", "Pemegang ijazah Pengurusan Maklumat itu  merupakan seorang ahli sukan dan peniaga, selain pernah mewakili PKR bagi Parlimen Kota Samarahan pada PRU14.", "Sementara itu, calon Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR) Datuk Othman Abdillah (gambar) berkata, terlalu banyak masalah di Parlimen Petra Jaya pada masa kini, antaranya adalah masalah banjir.", "“Terdapat banyak tempat di Petra Jaya yang mengalami isu banjir dari dahulu sehinggalah sekarang. Kerajaan terdahulu berjanji untuk mengatasi masalah ini namun tiada perubahan sehingga kini,” ujarnya.", "Othman merupakan salah seorang calon yang bakal merebut kerusi Parlimen Petra Jaya dan mencabar Sopian serta penyandang kerusi tersebut, Dato Sri Fadillah Yusof daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS).", "“Tiada pihak yang mahu mengambil tindakan secara serius bagi mengatasi masalah-masalah tersebut. Penduduk di kawasan Petra Jaya mahu perkara ini diselesaikan, bahkan kawasan ini memerlukan orang asal (dari Petra Jaya) yang memahami keadaan ini,” ujarnya. ", "Justeru menurut Othman, beliau merupakan calon tepat bagi Parlimen Petra Jaya susulan dia berasal dari kawasan tersebut dan telah menetap di situ sejak sekian lama sekali gus memahami kesusahan dialami penduduk. ", "Dalam pada itu, Fadillah (calon GPS) berharap agar proses selepas penamaan calon iaitu tempoh kempen dan mengundi akan berjalan dengan lancar. ", "“Kita mahu PRU kali ini berjalan dengan penuh etika. Perkara yang penting ialah kita berjuang atas dasar parti bukannya atas dasar individu,” ujarnya. ", "Terdahulu, Fadillah yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Petra Jaya telah menyandang kerusi tersebut selama empat penggal berturut-turut, sejak memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU11) pada 2004.", "Pada PRU14, Fadillah mempertahankan kerusi itu dalam pertembungan tiga penjuru dengan majoriti 28,306 menewaskan Datuk Dr Nor Irwan Ahmat Nor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Hamdan Sani daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS).\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/06/henry-yakin-gps-mampu-rampas-kembali-kerusi-mas-gading
[ "BAU: Naib Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Henry Harry Jinep yakin Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu merampas kembali kerusi Mas Gading pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini. ", "\"Tetapi kita harus berusaha keras mendampingi rakyat  dan bekerja keras mendampingi rakyat,\" katanya ketika ditemui selesai proses penamaan calon di Dewan Suarah di sini semalam. ", "Henry yang juga ADUN Tasik Biru menambah, GPS telah terbukti cemerlang melalui Pilihan Raya Negeri lepas ketika pertama kali menggunakan lambang GPS. ", "\"Saya percaya dengab kekuatan dua ADUN kita, Henry dan Billy Sujang, kami akan bersama bekerja keras memgembalikan kerusi Mas Gading,\" katanya.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/06/dua-kali-tewas-dalam-pilihan-raya-tidak-patahkan-semangat-chiew
[ "BINTULU: Dua kali tewas dalam pilihan raya tidak mematahkan semangat calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) P217 Bintulu Chiew Chan Yew (gambar) untuk bertanding buat kali ketiga pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).", "Katanya beliau yang pernah kalah pada PRU14 di P217 Bintulu dan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) tetap bersemangat untuk terus mencuba buat kali ketiga kali ini kerana selain keinginan untuk berbakti kepada rakyat, beliau mahu menunjukkan bahawa demokrasi itu wujud yang mana sesiapa sahaja berhak bertanding pada pilihan raya.", "\"Bagi saya, melalui system demokrasi serta kebebasan bersuara yang mutlak, barulah ia berupaya mewujudkan sistem pentadbiran negara yang kukuh kerana rakyat berhak memilih wakil yang diyakini dapat membawa permasalahan serta isu yang melanda mereka di peringkat Parlimen,\"  ujarnya semasa ditemui Utusan Borneo sejurus selesai acara penamaan calon bagi P217 Parlimen Bintulu di Dewan Suarah Bintulu, semalam.", "\"Bagi saya, politik adalah sesuatu yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan seharian melalui demokrasi dan kebebasan bersuara, memiliki minda yang lebih terbuka, menghormati kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia,\" tegasnya.", "Beliau berkata, selama 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah, gabungan terbabit telah membawa reformasi yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara sebelum ini.", "\"Sebagai rakyat Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi dan buatlah pilihan yang bijak kerana masa depan Malaysia di tangan kita semua,\" tegas beliau.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/06/meletakkan-calon-pn-di-bintulu-satu-rahmat-jaziri
[ "BINTULU: Meletakkan calon Perikatan Nasional (PN) bagi bertanding di Kerusi Parlimen P217 Bintulu buat julung kalinya merupakan atas kehendak rakyat dan satu rahmat buat penyokong parti itu di sini. ", "Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sarawak Senator Jaziri Alkaf Abdullah Suffian berkata meletakkan calon berpotensi iaitu Duke Janteng, 51, untuk bertanding di Bintulu merupakan satu rahmat kerana ia semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat di bahagian ini.", "\"Sebagai rekod, di Bintulu sahaja PN mempunyai seramai 42,000 ahli berdaftar yang mana ia menjadi petanda jelas parti ini mempunyai kedudukan tegap serta berupaya menang di Bintulu,\" katanya ditemui pada penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Dewan Suarah Bintulu semalam.", "Dua lagi calon bertanding ialah penyandang kerusi Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Chiew Chan Yew daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP).", "Katanya, sejak bertapak di Bintulu PN melakukan pelbagai inisiatif penting bagi membantu penduduk di bahagian ini khususnya masyarakat di luar bandar.", "Menurut Jaziri, ini merupakan bantuan kebajikan dilaksanakan di bahagian ini bagi membantu rakyat dilanda kesusahan serta kesempitan hidup selepas dilanda COVID-19 sejak dua tahun lalu.", "Pada masa sama, Duke sudah tiga tahun menyantuni rakyat bersama ahli-ahli PN turut menjalankan inisiatif mewujudkan hab pertanian koperasi di Bintulu membantu penduduk terlibat memperoleh pendapatan purata hingga RM1,500 sebulan.", "\"Ini adalah menjadi misi utama PN meningkatkan tahap sosioekonomi rakyat serta menjalankan program dapat menjana pendapatan sekali gus menambah pendapatan setiap isi rumah,\" katanya.", "Jaziri menekankan PN bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak dan peringkat pusat dalam apa sahaja program yang mendatangkan manfaat kepada rakyat negeri ini khususnya di Bintulu.", "\"Kita di sini (Bintulu) mewujudkan satu bentuk pentadbiran kukuh dan stabil yang mana kemenangan PN di sini nanti menjadi kemenangan buat semua,\" katanya penuh yakin.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/06/pru15-di-sarawak-saksikan-92-calon-rebut-31-kerusi-parlimen
[ "KUCHING: Sejumlah 92 calon bakal bersaing untuk merebut 31 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selepas proses penamaan calon selesai semalam.", "Daripada jumlah itu, 11 adalah calon Bebas, manakala Gabungan Parti Sarawak (GPS) bertanding di kesemua 31 kerusi, Pakatan Harapan (PH) 30, Parti Sarawak Bersatu (PSB) 10, Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) tiga, Perikatan Nasional (PN) empat, manakala Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Parti Kesedaran Sarawak (SEDAR) masing-masing satu.", "Parti pemerintah Sarawak, GPS terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).", "PH yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia pula dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (AMANAH), manakala PN terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).", "Kali ini, pertarungan tiga penjuru mencatatkan jumlah terbanyak iaitu di 17 kerusi Parlimen iaitu Mas Gading, Santubong, Petra Jaya, Bandar Kuching, Stampin, Puncak Borneo, Batang Lupar, Betong, Saratok, Sibu, Selangau, Kapit, Bintulu, Sibuti, Miri, Baram dan Lawas.", "Manakala pertemuan satu lawan satu pula direkodkan di lapan kerusi iaitu Kota Samarahan, Batang Sadong, Tanjong Manis, Igan , Sarikei, Mukah, Hulu Rajang dan Limbang.", "Lima lagi kerusi menyaksikan persaingan empat penjuru iaitu Serian, Sri Aman, Lubok Antu, Julau dan Lanang, manakala persaingan lima penjuru berlaku hanya di kerusi Kanowit.", "Mereka ialah Dato Sri Nancy Shukri yang bertukar ke Parlimen Santubong, Dato Sri Fadillah Yusof (Petra Jaya), Datuk Rubiah Wang (Kota Samarahan), Dato Sri Richard Riot Jaem (Serian), Yusuf Abdul Wahab (Tanjong Manis) dan Ahmad Johnie Zawawi (Igan).", "PRU15 turut menyaksikan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertanding sebagai calon dan daripada jumlah itu, tiga mewakili GPS dan empat lagi dari parti-parti pembangkang.", "Di Parlimen Stampin, Pengerusi DAP Sarawak mempertahankan kerusi itu yang dimenanginya pada PRU14 dan kali ini berdepan saingan dari dua pencabarnya iaitu Lo Khere Chiang (GPS) dan Lue Cheng Hing (PSB).", "Penyandang Datuk Willie Mongin yang sebelum ini merupakan ahli PKR mempertahankan kerusi itu menggunakan tiket GPS selepas menyertai PBB awal Ogos lalu berdepan pesaing dari PSB Iana Akam yang dulunya juga ahli PKR dan calon PKR, Diog Dius.", "Bagi Parlimen Sibu, pertarungan dijangka sengit apabila barisan calonnya terdiri daripada Presiden PSB Dato Sri Wong Soon Koh, Oscar Ling selaku penyandang (DAP) dan Clarence Ting (GPS).", "Di Parlimen Saratok, penyandangnya Datuk Ali Biju mempertahankan kerusi itu menggunakan tiket Perikanan Nasional (PN), menentang dua pencabarnya Giendam Jonathan Tait (GPS) dan Ibil Jaya (Bebas).", "Di Sarawak terdapat 1,943,074  pengundi layak mengundi pada PRU15 berbanding 1,220,960 pemilih yang direkodkan pada PRU lalu dan daripada jumlah itu seramai 975,618 orang adalah pengundi lelaki manakala pengundi wanita 967,456 orang (49.79%).", "Berdasarkan rekod SPR juga, seramai 825,791 orang adalah pengundi berumur 21 hingga 39 tahun, manakala pengundi 18 tahun hingga 20 tahun adalah 129,034 orang.", "Daftar keseluruhan juga menunjukkan majoriti pemilih berusia bawah 60 tahun iaitu seramai 1,539,645, manakala 355,413 pemilih berusia 60 tahun ke atas.", "Manakala seramai 38,148 petugas akan bertugas untuk PRU15 di Sarawak melibatkan 1,943 pusat mengundi termasuk 55 pusat mengundi awal dengan 4,286 jumlah saluran.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/willie-lihat-pencabar-sebagai-cabaran-demokrasi-sihat
[ "\"Semua mereka ini (Iana dan Diog) adalah ahli-ahli PKR yang saya bawa masuk ke parti PKR dahulu tetapi kita tidak boleh menyangkal bahawa ini adalah prinsip demokrasi, di mana setiap individu atau mana-mana pihak berminat bertanding mereka berhak di bawah kebebasan berdemokrasi.” ", "KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Willie Mongin melihat dua pencabarnya di kerusi Parlimen Puncak Borneo pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai cabaran demokrasi yang sihat.", "Beliau yang merupakan penyandang kerusi Puncak Borneo kali ini berdepan saingan bekas 'rakan perjuangan separti' dalam pertarungan tiga penjuru merebut kerusi majoriti Bidayuh itu.", "Willie mendapat tentangan daripada Iana Akam, 47 yang bertanding menggunakan tiket Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang sebelum ini merupakan ahli PKR dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Diog Dios, 55.", "Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ranum Bari jam 12.10 tengah hari di Pusat Penamaan Calon Parlimen Puncak Borneo di Pejabat Daerah Siburan dekat sini, hari ini.", "Willie tiba di pusat penamaan calon jam 9.09 pagi diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat Datuk Roland Sagah, ADUN Mambong Datuk Dr Jerip Susil dan ADUN Serembu Miro Simuh. ", "Bagaimanapun, mereka bersama penyokong GPS yang dianggarkan 700 orang mula berkumpul di Dewan Masyarakat Siburan yang terletak hanya beberapa meter dari pusat penamaan calon kerusi Parlimen Puncak Borneo seawal jam 7 pagi.", "Pencalonan Willie, 47, dicadang Datuk Roland Sagah yang juga Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat dan disokong Datuk Dr Jerip Susil merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak. ", "Calon PSB Iana Akam, 47, tiba di pusat penamaan calon lebih awal iaitu jam 8.45 pagi diiringi pencadangnya Tomson Ango dan penyokongnya Warick Mandes.", "Kelihatan juga beberapa penyokong PSB hadir di luar kawasan pusat penamaan calon sambil membawa sepanduk parti untuk memberi sokongan kepada calon mereka. ", "Willie ketika ditemui selepas calon-calon bagi kerusi Puncak Borneo diumumkan berkata di bawah prinsip demokrasi tiada halangan untuk mana-mana individu atau pihak yang berminat bertanding di kerusi dipilih.", "\"Semua mereka ini (Iana dan Diog) adalah ahli-ahli PKR yang saya bawa masuk ke parti PKR dahulu tetapi kita tidak boleh menyangkal bahawa ini adalah prinsip demokrasi, di mana setiap individu atau mana-mana pihak berminat bertanding mereka berhak di bawah kebebasan berdemokrasi.", "\"Jadi saya berharap semua penyokong dapat melihat keikhlasan saya dan juga pencapaian yang telah saya bawa ke (Parlimen) Puncak Borneo untuk mereka menilai.", "\"Ya saya faham, banyak perkara yang belum kita laksanakan seratus peratus tetapi kita akan teruskan dan kepada mereka ini (Iana dan Diog) saya terima cabaran ini sebagai satu cabaran demokrasi yang sihat,\" ujarnya.", "Sementara itu, Iana ketika ditemui memaklumkan sebelum ini beliau merupakan ahli PKR bersama Willie sejak tahun 1999 bagaimanapun selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada 2020, dia mengambil keputusan menyertai PSB bagi meneruskan perjuangan pembangkang.", "\"Kerjaya politik saya bermula dengan PKR bersama Willie, apabila PH jatuh, kami berpecah tetapi saya kekal sebagai pembangkang untuk meneruskan visi dan perjuangan duhulu iaitu menubuhkan kerajaan baharu dan tidak bersama BN (Barisan Nasional) di peringkat pusat dan negeri yang kini GPS. ", "Diog menyifatkan pertarungan di Puncak Borneo sebagai 'persaingan yang sengit' kerana Willie dan Iana calon berpengalaman sedangkan beliau menjadi calon buat pertama kalinya.", "\"Dari GPS, Datuk Willie sememangnya calon di sini kemudian Iana pernah bertanding di Serembu (pada Pilihan Raya Negeri ke-12) mempunyai pengalaman, bagaimanapun dari segi pengalaman dalam politik, ia sama.", "\"Harapan saya untuk di Puncak Borneo, kita mahukan perubahan, ini adalah peringkat Parlimen, bukannya DUN, maka saya berharap pengundi di sini dapat memilih calon yang dapat mewakili Puncak Borneo ke pusat.", "\"Saya amat percaya kali ini PH akan dapat menubuhkan kerajaan di peringkat pusat kerana mendapat sokongan daripada Undi18 dengan itu saya berharap pengundi di Puncak Borneo mengambil peluang ini untuk tunaikan tanggungjawab dengan sama-sama mengundi pada 19 November ini,\" katanya.", "Willie memenangi kerusi berkenaan atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dicalonkan semula namun kali ini mewakili GPS selepas sah menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada 6 Ogos 2022.", "Pada PRU14 Willie menang dengan majoriti 4,005 undi menewaskan pencabarnya Keannoth Sinel (Barisan Nasional) dan Buln Ribus (Parti Reformasi Negeri Sarawak) juga dalam pertarungan tiga penjuru." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/prs-yakin-tawan-semula-kerusi-selangau
[ "SELANGAU: Parti Rakyat Sarawak (PRS) Selangau yakin Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai peluang cerah merampas semula kerusi Parlimen Selangau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.", "Calonnya Edwin Banta, 57, yang muncul sebagai calon baharu berkata beliau berikrar melakukan yang terbaik bagi merampas kembali kerusi Parlimen Selangau.", "”Jadi sudah tiba masanya rakyat di Selangau kembali bersama kerajaan supaya tidak lagi ketinggalan berbanding kawasan Parlimen lain,\" katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon di sini hari ini.\n \nSetiausaha Politik Premier Sarawak sejak 2016 itu selain memegang jawatan Timbalan Bendahari Agung PRS, berhadapan dua pencabar masing-masing daripada Pakatan Harapan (PH) dan Bebas dalam misinya merampas kembali kerusi Parlimen Selangau.", "“Saya juga mahukan menara telekomunikasi dibangunkan di situ secepat mungkin dan sudah semestinya saya mahu meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat berkemungkinan melalui budaya dan industri,” jelasnya.", "Pada PRU14, kerusi Parlimen Selangau dimenangi Baru Bian yang bertanding atas tiket PKR dengan majoriti 486 undi selepas menewaskan Rita Insol daripada Barisan Nasional (BN)." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/proses-demokrasi-beri-peluang-rakyat-pilih-pemimpin
[ "“Bagi kita (Gabungan Parti Sarawak) di sini, sudah tentu kita akan menekankan milik dan peranan Sarawak sebagai sebuah wilayah dalam Malaysia.” ", "KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin bahawa proses demokrasi akan memberi peluang kepada rakyat Sarawak memilih calon-calon pemimpin pilihan mereka.", "Ia juga katanya, akan membolehkan rakyat memilih pemimpin yang akan memperjuang serta mempertahankan hak negeri melalui perundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). ", "“Bagi kita (Gabungan Parti Sarawak) di sini, sudah tentu kita akan menekankan milik dan peranan Sarawak sebagai sebuah wilayah dalam Malaysia.", "“Selain itu, GPS akan meletakkan dasar, hak-hak serta kepentingan Sarawak sebagai yang utama menerusi kerjasama dengan kerajaan persekutuan,” ujarnya kepada pemberita semasa melawat Pusat Penamaan Calon P194 Petra Jaya di Dewan Al-Muneerah SMK Petra Jaya di sini, hari ini.", "“Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab kita (GPS) untuk menubuhkan kerajaan yang kuat di seluruh Malaysia bagi menghadapi keadaan ekonomi tidak menentu melalui dasar-dasar kita yang akan memberi manfaat kepada rakyat jelata, sekali gus melonjakkan lagi ekonomi negara,” katanya.", "Terdahulu, Abang Johari tiba di Pusat Penamaan Calon bagi Parlimen Petra Jaya di Dewan Al-Muneerah SMK Petra Jaya di sini sekitar jam 9.55 pagi. ", "Ketibaan beliau disambut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Datuk Ibrahim Baki, ADUN Semariang Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta para penyokong GPS lain." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/penyokong-ahli-parti-gps-perlu-bekerja-keras-rampas-kerusi-miri
[ "MIRI: Para penyokong dan ahli-ahli daripada empat parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu bekerja lebih keras dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini bagi memastikan mereka menawan kembali kerusi Parlimen Miri. ", "Selepas 10 tahun berada dalam tangan pembangkang, sudah tiba masanya bagi GPS merampas kembali kerusi berkenaan bagi memastikan kesinambungan pembangunan di bahagian ini, kata Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin. ", "Beliau memberitahu demikian pada majlis minum petang untuk jentera-jentera parti di bawah GPS, di sebuah hotel di sini hari ini, yang dihadiri 800 ahli yang terdiri daripada pemimpin dan jentera parti daripada PBB, SUPP, PRS dan PDP. ", "Majlis itu turut memperkenalkan calon GPS daripada SUPP (GPS-SUPP) iaitu Kaunselor Jeffery Phang, arkitek yang pernah bertugas sebagai arkitek perancang bandar Miri dengan Majlis Perbandaran Miri (MPM) sebelum ia dinaik taraf menjadi bandar raya pada 2005. ", "Menurut Lee, PRU15 kali ini amat penting bagi Sarawak kerana buat pertama kalinya negeri ini bertanding sendiri, berdikari atas nama GPS dengan surat-surat watikah ditandatangani Premier Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, bukannya dari persekutuan. ", "\"Jika kita GPS boleh memenangi kesemua 31 kerusi pada PRU15 ini, maka suara Sarawak akan lebih kuat dan didengar oleh mereka di Parlimen. ", "\"Dengan kekuatan yang ada ini juga, maka Sarawak boleh meneruskan perjuangan mendapatkan semula hak-hak dalam Perjanjian Malaysia (MA63) yang masih belum dikembalikan dan ini amat penting kepada rakyat dan negeri Sarawak,\" katanya.   ", "Sementara itu, Phang memberitahu beliau berikrar akan menguruskan empat agenda utama jika diberikan peluang memenangi dan mewakili Miri kelak iaitu kesihatan rakyat demi kesejahteraan rakyat, pendidikan berkualiti, pekerjaan dan pembangunan ekonomi serta bandar dan komuniti yang mampan. ", "Dalam pada itu katanya, kemenangan beliau di kerusi Miri juga akan membantu GPS menguatkan suara Sarawak di Parlimen dalam mendapatkan semula semua hak yang termaktub di bawah MA63. ", "Justeru Phang turut merayu kepada semua ahli dan jentera GPS untuk sama-sama mengembleng tenaga sepanjang kempen PRU15 dan memastikan Miri milik GPS pada 19 November kelak. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/calon-gps-mahu-rampas-kerusi-parlimen-bandar-kuching
[ "KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Bandar Kuching Tay Tze Kok berazam melakukan yang terbaik untuk merampas kerusi itu daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).", "Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kuching mengakui sukar untuk merampas semula kerusi itu yang menjadi kubu DAP sejak empat penggal lalu.", "\"Bandar Kuching sentiasa menjadi pertarungan yang sengit terutama apabila kawasan Parlimen ini berada di bawah DAP sejak empat penggal atau 18 tahun lebih tepatnya.", "\"Tetapi sekali lagi, tiada yang mustahil, saya berazam untuk melakukan yang terbaik,\" katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pengumuman pencalonannya di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini, hari ini.", "Tay bersedia untuk pertandingan tiga penjuru menentang penyandang Bandar Kuching Dr Kelvin Yii daripada DAP dan Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan, yang bertanding di bawah tiket Parti Sarawak Bersatu (PSB).", "\"Di bawah manifesto saya, saya juga berikrar untuk memperjuangkan hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan memperjuangkan autonomi kita dalam kesihatan, pendidikan dan percukaian.", "\"Saya juga berikrar akan membangkitkan isu banjir yang menjadi isu besar rakyat Kuching sejak lebih 10 tahun lalu di Parlimen dan mencari jalan penyelesaian sekiranya diberi peluang,\" katanya.", "\"Pilihan raya kali ini sangat penting kerana undi menentukan masa depan semua rakyat Sarawak jadi tolong berikan saya undi anda,\" katanya. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/tiong-komited-bekerja-keras-untuk-rakyat-bintulu-dr-rundi
[ "BINTULU: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Tiong King Sing telah menunjukkan komitmennya bekerja keras dalam memberi khidmat baktinya kepada rakyat Bintulu selama lima penggal menerajui kerusi Parlimen Bintulu.", "Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Stephen Rundi Utom (gambar) berkata, beliau amat berharap semua rakyat dapat membantu GPS meneruskan usaha menentukan hak-hak rakyat Sarawak terpelihara dan seterusnya berjuang untuk mendapatkan kerajaan stabil untuk Malaysia.", "\"Saya menyeru rakyat di Bintulu khususnya P217 untuk terus menyokong Tiong untuk penggal keenam ini memandangkan beliau telah menunjukkan perkhidmatan yang sangat cemerlang, kalau tidak percaya tanyalah orang kampung dan orang bandar di sini,\" ujarnya.", "Beliau ditemui media selepas pengumuman tiga calon bertanding di kerusi P217 Parlimen Bintulu oleh Pegawai Pengurus Pilihan Rayanya Muhammad Dino Amid di Pusat Penamaan Calon Dewan Suarah Bintulu, hari ini.", "Dr Rundi yang bertindak sebagai pencadang Tiong berkata, beliau percaya dengan usaha-usaha yang GPS buat telah dapat mengubah landskap Bintulu daripada pekan nelayan kepada kawasan industri yang terulung di Sarawak dan Malaysia.", "Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena itu berkata, itu (pembangunan untuk manfaat rakyat) adalah usaha berterusan yang akan terus dilaksana.", "Justeru beliau menyeru para pengundi turun mengundi terutama yang berumur 18 hingga 28 tahun yang telah diberi kelayakan mendaftar sebagai pengundi serta mereka yang belum mengundi secara automatik didaftarkan sebagai pengundi.", "\"Undilah dengan bijak, dengan cara yang kita anggap mampu menentukan kestabilan bukan sahaja di Sarawak bahkan di Malaysia,\" jelasnya sambil menambah Sarawak kini menjadi negeri contoh dalam Malaysia telah berjaya menyatukan rakyat sejak sekian lama.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/alim-serah-kepada-pbb-untuk-tentukan-tindakan-ke-atas-dirinya
[ "SERIAN: Calon bebas Dr Alim Impira (gambar) menyerahkan kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk menentukan tindakan ke atas dirinya yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di kawasan Serian.", "Beliau juga masih berpegang kepada falsafah PBB dan tidak berdendam terhadap parti itu, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) atau Gabungan Parti Sarawak (GPS), ujarnya.", "Alim yang pertama kali bertanding pada pilihan raya parlimen itu turut mengakui PBB tidak mempunyai pengetahuan bahawa beliau bertanding sebagai calon bebas.", "“Saya hanya mahu menjadi calon bebas atas permintaan akar umbi iaitu pengundi dan rakyat di Serian, dengan syarat saya mesti bebas dan tidak sehaluan dengan mana-mana parti,” katanya kepada pemberita.", "Ketika ditanya sama ada beliau akan menggunakan popularitinya sebagai penghibur untuk meraih undi, beliau berkata beliau tidak akan menggunakan perkara tersebut sebagai tiket untuk pengundi. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/kota-samarahan-tetap-menjadi-kubu-kuat-gps
[ "Calon (GPS-PBB) itu turut menyifatkan persaingannya dengan calon (PH-AMANAH) Abang Abdul Halil Abang Naili pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini mengikut proses demokrasi negara berparlimen.", "\"Saya dan dia (pembangkang) insya-Allah berniat sama untuk mendapatkan sokongan tetapi impian dan kekuatan GPS atau kesepaduan kita akan memastikan kemenangan miliki GPS di sini.", "\"Dan Kota Samarahan akan tetap menjadi kubu kuat GPS di Sarawak,\" katanya ketika ditemui pemberita selepas pengumuman rasmi penamaan calon kerusi Parlimen Kota Samarahan di Dewan Suarah Kota hari ini.", "Dalam hal berkaitan, Rubiah memaklumkan bahawa lebih 1,000 penyokong telah mengiringi beliau ke pekarangan Dewan Suarah Kota Samarahan sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada GPS.", "“Sebagai calon GPS untuk Parlimen ini saya sekali lagi menegaskan harapan agar kita terus mendapat sokongan yang lebih hebat daripada pengundi di kawasan ini.", "“Jika diberikan peluang sekali lagi dalam PRU15, saya akan meneruskan lagi visi dan matlamat untuk mempertingkatkan transformasi Kota Samarahan meliputi pembangunan telekomunikasi, kesihatan, pembangunan dan banyak lagi,” jelasnya.", "“Kita juga berharap agar GPS dapat menang bergaya kerana kekuatan kita adalah sokongan, mandat atau kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Kota Samarahan secara keseluruhannya,” tegasnya.", "Sebelum ini, Rubiah berjaya menewaskan Sopian Julaihi daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Zulkipli Ramzi daripada Parti Islam Se-Malaysia pada PRU14 yang lalu dengan undi majoriti 16,992 atas tiket Barisan Nasional (BN).", "Hadir sama menyokong beliau adalah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang juga merupakan ADUN Asajaya, bersama isteri Datin Sri Zuraini Abdul Jabbar." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/dr-richard-yakin-menang-di-kerusi-parlimen-betong
[ "\"Saya yakin untuk menang kerana saya telah membuat persiapan agak lama,\" katanya kepada media di sini selepas berjaya mengemukakan kertas pencalonannya di hadapan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Alfred Geling Ason hari ini.", "Dr Richard, 59, seorang doktor haiwan melalui latihan serta Setiausaha Politik Premier Sarawak dicadangkan oleh ADUN Bukit Saban Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan disokong ADUN Saribas Mohd Razi Sitam.", "“Saya amat bertuah kerana Uggah, Mohd Razi dan ADUN Layar Datuk Gerald Rentap Jabu semuanya bekerja keras di kawasan masing-masing yang membentuk kerusi Parlimen Betong.", "“Sebagai ahli politik baharu, saya memerlukan banyak sokongan untuk dibimbing oleh mereka, terutamaa Uggah sebagai ahli politik veteran dan Timbalan Premier Sarawak.", "Lebih 2,000 pemimpin dan penyokong kuat GPS mengiringi Dr Richard ke pusat penamaan calon termasuk Uggah, Mohd Razi, Gerald Rentap dan bekas Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/pertimbangan-rakyat-sangat-berbeza-pada-pru15-ini
[ "KUCHING: Penyandang Parlimen Stampin Chong Chieng Jen (PH-DAP) percaya pertimbangan rakyat akan sangat berbeza pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini kerana negara sedang memilih kerajaan persekutuan.", "Katanya 99 peratus adalah rakyat yang menderita dan merasai tekanan inflasi yang tinggi dan kos sara hidup yang semakin meningkat manakala satu peratus elit, iaitu elit pemerintah dan kawan rapat mereka, tidak merasai tekanan dan tidak merasai keperitan kos sara hidup yang tinggi.", "\"Sebab itu saya katakan ini PN, BN, GPS adalah kerajaan yang memihak kepada satu peratus manakala PH mewakili 99 peratus,\" katanya ketika ditemui pemberita selepas penamaan calon bagi kerusi Parlimen Stampin di Majlis Perbandaran Padawan (MPP) di sini, hari ini.", "Mengenai lawannya calon GPS Lo Khere Chiang yang merupakan pengerusi MPP, Chong mempersoalkan keupayaannya untuk mengimbangi begitu banyak peranan tanpa mengabaikan tugasnya yang sedia ada.", "\"Satu-satunya soalan saya untuknya ialah 'kenapa tamak sangat?' Jika dilihat pada hari sidang Parlimen, kira-kira 60 hingga 80 hari setahun, kadang-kadang 90 atau 100 hari. Semua hari anda mesti berada di Parlimen untuk menyertai perbahasan.", "\"Macam mana awak nak jalankan majlis sebagai pengerusi? Bila awak di Kuala Lumpur, itu sahaja. Awak tak boleh duduk sini. Awak nak tangguhkan semua dokumentasi yang memerlukan tandatangan awak? Kenapa tamak sangat?\" soalnya.", "Mengenai sama ada beliau melihat pilihan raya ini sebagai cabaran terbesarnya dan sama ada beliau yakin untuk mempertahankan kerusinya, Chong berkata setiap pilihan raya adalah ‘cabaran yang sukar’.", "Selain Lo, Chong juga berdepan Lue Cheng Hing yang merupakan ahli Parti Bumi Kenyalang dan bertanding menggunakan logo Parti Sarawak Bersatu (PSB)." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/cabaran-dalam-pru15-adalah-yakinkan-rakyat-terus-bersama-gps
[ "KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Stampin Lo Khere Chiang berkata, cabaran dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah untuk meyakinkan rakyat untuk terus bersama gabungan itu.", "\"Cabaran sekarang adalah untuk meyakinkan rakyat kita untuk maju kerana GPS adalah satu-satunya jawapan kepada usaha Sarawak untuk semua hak kita dan untuk melindungi hak Sarawak,\" katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas penamaan calon Stampin di Majlis Perbandaran Padawan, hari ini.", "\"Sekarang untuk meneruskan, kami mahu menghantar 31 Ahli Parlimen dari Sarawak ke Parlimen demi melindungi hak Sarawak, menuntut hak Sarawak, menurut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),\" katanya.", "Lo berdepan pertembungan tiga penjuru dengan penyandang Chong Chieng Jen (PH-DAP) dan Lue Cheng Hing yang merupakan ahli Parti Bumi Kenyalang dan bertanding menggunakan logo Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada PRU15." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/pru15-tiada-calon-menang-tanpa-bertanding-enam-pencalonan-ditolak
[ "PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tiada calon menang tanpa bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), manakala enam borang pencalonan ditolak.", "Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh (gambar) dalam sidang media mengenai proses penamaan calon di seluruh negara di sini hari ini, berkata satu siaran media bagi menerangkan perkara itu akan dikeluarkan hari ini.", "Proses penamaan calon PRU15 dan PRK DUN Bugaya berlangsung di 222 pusat penamaan calon di seluruh negara bermula dari 9 pagi hingga 10 pagi tadi.", "Abdul Ghani berkata dengan selesainya urusan berkenaan, maka tempoh berkempen bermula selepas pengisytiharan pilihan raya dipertandingkan oleh pegawai pengurus sehingga pukul 11.59 malam, 18 Nov.", "Ditanya sama ada SPR menetapkan sebarang prosedur operasi standard (SOP) untuk PRU15, beliau secara ringkas berkata semua perkara berkaitan akan dinyatakan dalam kenyataan media.", "Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos 2022 yang dikemas kini sehingga 9 Okt akan digunakan untuk PRU15. Ia mengandungi seramai 21,173,638 pemilih yang terdiri daripada 20,905,366 pengundi biasa, 146,737 tentera serta pasangan, 118,794 polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 2,741 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/perubahan-harus-dilakukan-di-kerusi-parlimen-lanang
[ "Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) itu juga berharap agar beliau dapat memenangi kerusi Parlimen Lanang kali ini.", "\"Saya sedia untuk disingkirkan jika tidak dapat berkhidmat dengan baik kerana inilah amalan demokrasi,\" katanya ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon Parlimen Lanang PRU15 di SMK Methodist, hari ini.", "Sementara itu, calon Pakatan Harapan (PH) dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang menyandang kerusi Parlimen Lanang selama dua penggal, Alice Lau turut berharap agar pengundi di kawasannya memberi peluang ketiga untuknya membawa suara rakyat di Parlimen.", "\"Berilah saya peluang untuk kali ketiga mewakili anda. Saya akan membawa suara anda seperti sebelum ini selama saya menjadi wakil anda,\" tegasnya.", "Pada PRU15 ini, Ching Yong dicabar Alice, Priscilla Lau daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK) yang bertanding menggunakan logo Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan calon Bebas Dato Wong Tiing Kiong yang menyaksikan Parlimen Lanang melibatkan pertandingan empat penjuru." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/sungai-buloh-pertarungan-paling-sengit-dalam-karier-politik-saya-khairy
[ "SUNGAI BULOH: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata beliau berdepan pertarungan paling sengit dalam karier politiknya menghadapi pertandingan tujuh penjuru bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh.", "Bagaimanapun, wakil rakyat Rembau selama tiga penggal itu berkata beliau tidak menganggapnya sebagai satu kelemahan tetapi sebagai cabaran untuk membawa perjuangan Barisan Nasional (BN) ke kawasan bandar.", "“Saya menang tiga pilihan raya berturut-turut di Rembau, sekarang saya bertanding di kawasan yang kami kalah tiga pilihan raya berturut-turut. Tetapi saya menyahut cabaran dan berharap penduduk Sungai Buloh akan memberi peluang kepada saya.", "“Saya berharap dapat berkhidmat kepada rakyat Sungai Buloh dan juga berharap masyarakat Sungai Buloh dapat membantu saya berkhidmat untuk negara,” katanya kepada pemberita selepas mengemukakan pencalonannya di Dewan Kenanga, Pejabat Daerah dan Tanah Petaling di sini.", "Ditanya mengenai spekulasi ia boleh menamatkan karier politiknya sekiranya beliau kalah, Khairy yang lebih dikenali sebagai KJ berkata: “Saya belum bersedia untuk bersara.”", "Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan penyandang tiga penggal Sungai Buloh, R. Sivarasa bahawa undi kepada Khairy bermakna undi kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Khairy berkata \"satu undi kepada KJ di Sungai Buloh adalah undi kepada KJ.\" ", "“Naratif ini mesti dijelaskan sekarang juga, calon Perdana Menteri BN adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Saya akan mendukung beliau sebagai calon Perdana Menteri seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid sendiri, tiada kekeliruan di situ,” katanya.", "Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy dicabar oleh calon Pakatan Harapan (PH) Datuk R. Ramanan dalam usaha PKR untuk mengekalkan kerusi itu bagi kali keempat berturut-turut dan turut berdepan calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Ghazali Md Hamin dari PAS.", "Calon lain yang bertanding ialah Mohd Akmal Mohd Yusoff (Pejuang) manakala Parti Rakyat Malaysia (PRM) diwakili Ahmad Jufliz Faiza serta dua calon Bebas - Nurhaslinda Basri dan Syed Abdul Razak Syed Long Alsagoff, yang mencuri tumpuan apabila hadir memakai but kuning seperti sinonim dalam siri televisyen popular di Singapura dan Malaysia, Phua Chu Kang.", "Pada 2018, Sivarasa dari PKR memenangi kerusi itu dengan majoriti 26,634 undi. Penyandang itu tidak mempertahankan kerusi berkenaan berikutan masalah kesihatan." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/tanding-bebas-di-batu-pkr-akan-pecat-tian-chua
[ "IPOH: Bekas Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua, akan dipecat berikutan tindakannya bertanding di kawasan itu atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).", "“Mengikut dasar PKR, mereka yang bertanding sebagai calon Bebas atau memilih untuk meninggalkan parti atas apa jua sebab secara automatik akan dipecat,” katanya.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas pengumuman calon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Parlimen Tambun yang ditandingi beliau di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Meru di sini hari ini.  ", "Sebelum ini, portal berita tempatan melaporkan Chua bersedia menghadapi sebarang tindakan terhadapnya kerana bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Batu menentang calon parti sendiri P. Prabakaran yang mewakili Pakatan Harapan (PH).", "Bekas Naib Presiden PKR itu menyerahkan borang pencalonan pagi tadi untuk merampas kembali kerusi Parlimen Batu yang diwakilinya selama dua penggal dari 2008.", "Pada PRU 2018, Prabakaran yang bertanding sebagai calon Bebas memenangi kerusi itu, kemudian menyertai PKR dan kini berdepan sembilan lagi calon untuk mempertahankan kerusi Parlimen Batu itu pada PRU15. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/tiga-pemimpin-umno-tanding-atas-tiket-parti-lawan-bebas-akan-dipecat-serta-merta
[ "BAGAN DATUK: Tiga pemimpin UMNO yang bertanding atas tiket parti lawan atau Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dipecat keahlian parti serta-merta, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.", "Beliau berkata mengikut perlembagaan UMNO, parti mempunyai hak untuk memecat mana-mana ahli yang bertanding atas tiket selain parti termasuk yang menjadi pencadang dan penyokong calon yang mewakili pembangkang.", "\"Saya telah mengarahkan Setiausaha Agung UMNO (Datuk Seri Ahmad Maslan) supaya mengeluarkan kenyataan media hari ini untuk memperincikan mengenai fasa-fasa tertentu dalam perlembagaan UMNO bagi membolehkan pemecatan itu dilakukan.", "\"Itu (pemecatan) merupakan satu langkah biasa kerana kita mengikut tatacara dan etika yang terdapat dalam perlembagaan UMNO, begitu juga sekiranya pemimpin parti lain yang menganggotai BN (Barisan Nasional) maka perkara itu turut dilakukan,\" katanya pada sidang media di kediamannya di Kampung Sungai Nipah Darat di sini hari ini.", "Pada penamaan calon PRU kali ini, penyandang kerusi Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dan penyandang kerusi Parlimen Maran Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib, yang kedua-duanya merupakan pemimpin UMNO bertindak mempertahankan kerusi masing-masing atas tiket Perikatan Nasional.", "Sementara itu, seorang lagi pemimpin UMNO, penyandang kerusi Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin turut bertanding mempertahankan kerusi berkenaan serta merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi atas tiket Bebas. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/pru15-penamaan-calon-terkawal-dan-lancar-seluruh-negara
[ "KUALA LUMPUR: Proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berlangsung di seluruh negara hari ini berjalan lancar dan terkawal sekali gus menunjukkan kematangan rakyat Malaysia dalam amalan demokrasi.", "Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali berkata dalam tempoh itu tiada sebarang provokasi dikesan berlaku di semua pusat penamaan calon (PPC) seluruh negara.", "Di KUALA LUMPUR, tinjauan Bernama mendapati keadaan di PPC Parlimen Batu, Sekolah Menengah Kebangsaan Sentul Utama terkawal dan tiada provokasi berlaku.", "Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pemantauan mendapati kesemua penyokong parti yang hadir telah memberi kerjasama baik dengan mematuhi arahan ditetapkan.", "“Sejak awal pagi, polis membuat sekatan jalan untuk mengelak penyokong daripada berhimpun serta menugaskan seramai 152 pegawai dan anggota di PPC bagi mengawal lalu lintas dan menjaga ketenteraman awam,” katanya.", "Ketua Polis Daerah ACP Mohamad Farouk Eshak ketika ditemui mengesahkan perkara itu dan keadaan kekal tenteram  sehingga tamat proses penamaan calon pada 10 pagi seperti dijangkakan.", "\"Polis akan mengekalkan momentum seperti ini sehingga hari pengundian awal, 15 Nov dan hari pengundian pada 19 Nov nanti,\" katanya. ketika ditemui di PPC Parlimen Ampang,  Dewan Dato Razali, di sini.", "Di SELANGOR, tinjauan Bernama di Parlimen Sungai Buloh di Dewan Kenanga Pejabat Daerah dan Tanah Petaling juga tidak merekodkan sebarang insiden tidak diingini.", "Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa'aton Abu Bakar berkata kerjasama baik telah diberikan dalam kalangan penyokong parti yang dianggarkan kira-kira 2,000 orang tanpa sebarang provokasi.", "Katanya, sebanyak 27 pegawai dan 150 anggota polis telah ditempatkan di PPC tersebut bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/perang-bendera-gps-psb-di-sri-aman
[ "SRI AMAN: Penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) hadir dalam jumlah yang ramai di stadium tertutup Kompleks Sukan Sri Aman untuk hari penamaan calon bagi Parlimen Sri Aman sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di sini hari ini.", "Kedua-dua ahli parti berkenaan mula berarak menuju ke stadium seawal jam 8.30 pagi bersama calon masing-masing iaitu Dato Sri Doris Sophia Brodie dari (GPS) dan Wilson Entabang dari PSB.", "Turut hadir sama adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin Datuk Snowdan Lawan yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan.", "Seterusnya tiba di pusat penamaan calon ialah calon Pakatan Harapan Tay Wei Wei dengan sebilangan kecil penyokong, diikuti sejurus selepas itu penyandang Datuk Masir Kujat yang diiringi oleh kumpulan yang cukup besar." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/saya-masih-poster-boy-calon-pm-bn-ismail-sabri
[ "BERA: “Saya masih lagi poster boy dan calon Perdana Menteri Barisan Nasional (BN) selepas PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15),” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.", "Perdana Menteri berkata pemilihan beliau sebagai calon jawatan utama pentadbiran kerajaan itu telah diputuskan secara jelas pada Persidangan Agung UMNO 2021 serta keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada April lepas.", "“Setakat ini tidak ada keputusan daripada MT UMNO yang mengatakan sebaliknya (tukar calon Perdana Menteri) dan baru-baru ini lebih 156 daraipada 190 Bahagian UMNO membuat usul mencadangkan saya sebagai calon Perdana Menteri.", "“Perkara (keputusan sebagai calon Perdana Menteri) itu tidak ‘reversed’ dan tak ada mesyuarat (dalam parti) yang memutuskan sebaliknya (tukar calon Perdana Menteri), maka apa yang diputuskan sebelum ini kekal,” katanya.", "Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas hadir di pusat penamaan calon bagi Parlimen Bera di Pusat Penamaan Calon Parlimen Bera di Dewan Konvesyen Majlis Daerah Bera, di sini hari ini.", "Naib Presiden UMNO itu turut menafikan wujud surat akuan bersumpah bagi memilih calon Perdana Menteri selain beliau selepas pilihan raya, yang didakwa perlu ditandatangani setiap calon daripada UMNO, seperti yang tular di media sosial beberapa hari lepas. ", "Sebaliknya Ismail Sabri berkata surat yang ditandatangi calon yang terpilih untuk mewakili parti pada pilihan raya kali ini adalah untuk memastikan tiada yang bertindak melompat parti selaras dengan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 yang berkuat kuasa 5 Okt lepas.", "“Kalau dulu, surat itu adalah seperti surat peletakan jawatan kita sebagai Ahli Dewan Rakyat atau ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) kalau kita melompat parti lain. Itu dulu, tapi sekarang sejak ada akta anti lompat parti, kita punya SD (surat akuan bersumpah) adalah berdasarkan akta itu,” katanya.", "Ditanya mengenai spekulasi wujud kerjasama atau pakatan antara Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim PRU15 untuk membentuk kerajaan selepas PRU15, Ismail Sabri secara ringkas berkata:" ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/pru15-sprm-buka-bilik-gerakan-di-seluruh-negara
[ "KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka Bilik Gerakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di seluruh negara bagi memudahkan aduan serta penyaluran maklumat oleh orang ramai berhubung perbuatan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang tempoh berkempen.", "SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua bilik gerakan itu akan beroperasi sepanjang hari bermula hari ini hingga hari pengundian pada 19 Nov.", "“Bilik Gerakan PRU15 SPRM boleh dihubungi di talian 03-8891 1037 (Ibu Pejabat SPRM); Pejabat SPRM Kuala Lumpur (03-9206 5195); Pejabat SPRM Selangor (03-5524 8318); Pejabat SPRM Negeri Sembilan (06-762 5446); Pejabat SPRM Melaka (06-289 6011) dan Pejabat SPRM Johor (07-231 6170).", "“Pejabat SPRM Perak boleh dihubungi di talian 012-490 5986, Pejabat SPRM Kedah (04-700 1880); Pejabat SPRM Pulau Pinang (04-229 9262); Pejabat SPRM Perlis (04-976 3982); Pejabat SPRM Pahang (09-571 6027); Pejabat SPRM Terengganu (09-630 1920); Pejabat SPRM Kelantan (09-766 1970); Pejabat SPRM Sabah (088-488 381); Pejabat SPRM Sarawak (082-467 701); dan Pejabat SPRM Labuan (087-427 198),” menurut kenyataan itu.", "\"SPRM mengingatkan semua calon yang bertanding dan parti politik supaya tidak melakukan sebarang kegiatan yang melanggar undang-undang serta peraturan pilihan raya selaras Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012),” menurut kenyataan itu. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/nancy-dicabar-calon-ph-dan-bebas-di-santubong
[ "KUCHING: Kerusi Parlimen Santubong menyaksikan pertarungan tiga penjuru melibatkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Pakatan Harapan (PH) dan Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).", "Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Santubong Sofhi Jebal mengumumkan ketiga-tiga calon sah bertanding di Pusat Penamaan Calon Dewan Sri Melati, Institut Kemahiran Mara (IKM) pada jam 11.03 pagi tadi.", "Nancy menyerahkan borang pencalonan beliau bersama pencadang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu Azizul Annuar Adenan dan penyokongnya, Rosmah Zaini pada jam 9.06 pagi.", "Manakala Affendi,59, yang merupakan ahli perniagaan mengemukakan borang pencalonan bersama pencadangnya, Dayang Roshaima Abang Hassimsah dan penyokongnya, Salmi Bujang jam 9.11 pagi.", "Sementara, Mohammad Zen pula turut menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.11 pagi dengan diiringi pencadangnya, Yunus Rabuan dan penyokongnya, Zainudin Rayak.", "Terdahulu, Nancy tiba pusat penaman calon pada jam 7.15 pagi dengan diiringi ADUN Tanjong Datu, Azizul Adenan, ADUN Pantai Damai Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, ADUN Dr Hazland Abang Hipni dan bekas penyandang Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama 800 penyokong GPS." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/pertembungan-empat-penjuru-di-julau
[ "Penyandang kerusi Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien yang mewakili Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan ditentang oleh calon dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Joseph Salang Gandum dan calon Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) Susan George@Suhana Abdullah dan seorang calon Bebas, Elly Lawai.", "Pada PRU14 lalu, pertandingan satu lawan satu penyandang kerusi Parlimen Julau melibatkan calon Barisan Nasional (BN) Joseph Salang yang tewas kepada calon bebas Larry Sng." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/tiga-chalun-berebutka-kerusi-parlimen-betong
[ "BETONG: Parlimen Betong ba Pilihan Raya Umum ke-15 diperebutka tiga parti iya nya Pakatan Harapan (PH), Gabungan Parti Sarawak (GPS) enggau Bebas.", "Tiga chalun ti berebutka sitak Parlimen tu iya nya Patrick Kamis (PH), Hasbi Satar (Bebas) enggau ari GPS Richard Rapu @Aman Begri." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/pru15-wilson-ugak-berdepan-abun-sui-di-hulu-rajang
[ "KAPIT: Kerusi Hulu Rajang menjadi rebutan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).", "GPS meletakkan Datuk Wilson Ugak Kumbong daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) iaitu penyandang kerusi Parlimen Hulu Rajang bagi menentang calon PH Abun Sui Anyit daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).", "Ugak mengemukakan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Rajang Robert Lima jam 9.02 pagi diikuti Abun jam 9.07 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Suarah Kapit.", "Turut mengiringi beliau ke pusat penamaan calon ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon dan ADUN Belaga Datuk Liwan Lagang.", "Pada PRU14, Parlimen Hulu Rajang menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) ketika itu yang diwakili Ugak dan Abun (PKR)." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/pru15-jugah-dicabar-tiga-calon-di-lubok-antu
[ "SIMANGGANG: Panyandang Parlimen Lubok Antu Tambat @ Jugah Muyang akan bersaing dengan tiga pencabarnya bagi merebut kerusi Lubok Antu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). ", "Tiga pencabarnya ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkelili Dr Johnical Rayong Ngipa akan mewakili Parti Sarawak Bersatu (PSB), calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Roy Angau Gingkoi dan calon Pakatan Harapan (PH) Langga Lias.", "Jugah dan Rayong kini akan menentang satu sama lain dalam PRU15 dalam perebutan kerusi Lubok Antu, walaupun kedua-duanya membentuk pakatan untuk memenangi kerusi Parlimen yang sama untuk Jugah pada 2018.", "Selepas proses penamaan calon PRU15 bagi kerusi Lubok Antu dilakukan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Lubok Antu Richard Ngumbang mengesahkan Parlimen Lubok Antu menyaksikan pertembungan empat penjuru.", "“Rayong yang pertama menyerahkan kertas pencalonannya hari ini pada 9 pagi, diikuti Jugah pada 9.05 pagi, Langga pada 9.10 pagi dan Roy pada 9.11 pagi. ", "Sebelum proses penamaan calon hari ini, kerusi Lubok Antu digembar-gemburkan pertembungan lima penjuru, namun Lingga Manggie yang dikhabarkan akan bertanding di bawah Barisan Nasional (BN) tidak muncul di pusat penamaan calon.", "Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Jugah menang atas tiket Bebas, menyertai PKR bersama penyokongnya yang menjadi sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH). ", "Jugah menang dengan majoriti 1,059 undi dalam pertandingan tiga penjuru dengan Robert Pasang Alam (BN) dan Nicholas Bawin Anggat (PH) di kerusi Parlimen Lubok Antu.", "Bagaimanapun, pada Jun 2020, sebagai Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah mengumumkan keluar daripada PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas yang menyokong kerajaan PN dan kerajaan negeri GPS Sarawak." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/pru15-tiga-muka-baharu-rebut-kerusi-selangau
[ "Calon PH, Umpang Sabang paling awal tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) Selangau di Dewan Serbaguna Selangau sebelum pusat itu dibuka jam 9 pagi.", "Ia disusuli calon Bebas, Henry Joseph yang diiringi bekas calon Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Dewan Undangan Negeri Kakus Peter Tuan sebagai pencadang dan Tabur Bunsu sebagai penyokong pada jam 8.50 pagi.", "Beliau hadir bersama Naib Presiden PRS Datuk John Sikie Tayai sebagai pencadang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christopher Gira Sambang sebagai penyokong." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/pru15-tiong-ditentang-calon-pn-ph-di-parlimen-bintulu
[ "BINTULU: Kerusi Parlimen Bintulu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandangnya Datuk Seri Tiong King Sing daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Duke Janteng daripada Perikatan Nasional (PN) dan Tony Chew Chan Yew darpada  Parti Tindakan Demokratik (DAP) mewakili Pakatan Harapan (PH).", "Duke, 51, tiba bersama 1,000 penyokongnya jam 8.20 pagi di Dewan Suarah Bintulu dengan diiringi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sarawak dan PN Sarawak Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian.", "Duke yang juga pengerusi BERSATU Bintulu dan Ketua Penerangan BERSATU Sarawak tiba bersama pencadangnya Jabris Naong Nabaw dan penyokongnya Andrew Lawai Rina.", "Chew, 35, tiba jam 8.46 pagi bersama pencadangnya Chiew Chin Sing yang merupakan bapanya serta Bendahari DAP Sarawak dan penyokongnya Minah Sim, selain diiringi 30 penyokong.", "Tiong, 61, penyandang lima penggal kerusi Bintulu pula tiba jam 8.51 pagi dengan pencadangnya Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena juga Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan penyokongnya ADUN Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming.", "Tiong yang merupakan presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) adalah penyandang lima penggal kerusi Parlimen Bintulu sejak PRU10 (1999) dan seterusnya pada PRU11 (2004), PRU12 (2008), PRU13 (2013) dan PRU14 (2018). ", "Dalam pada itu Pegawai Pengurus Pilihan Raya P217 Bintulu Muhammad Dino Amid mengumumkan penerimaan kertas pencalonan jam 9 pagi dan seterusnya penamatan penerimaan borang tersebut jam 10 pagi.", "Beliau mengesahkan penerimaan borang pencalonan Duke pada jam 9,05 pagi, Tiong (9.11 pagi) dan Chiew (9.08 pagi) yang diumumkan sekitar jam lebih 12.30 tengah hari serta mengumumkan tiada kertas pencalonan ditolak.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/pru15-adun-repok-cabar-calon-muda-dari-ph-di-parlimen-sarikei
[ "SARIKEI: Parlimen Sarikei bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dato Sri Huang Tiong Sii menentang calon muda dari Pakatan Harapan (PH) Roderick Wong Siew Lead.", "Pengumuman tersebut dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Sarikei, Kathreen Lalai pada jam 12.16 tengah hari, di Dewan Suarah Sarikei.", "Huang yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok tiba di pusat Penamaan Calon pada jam 8.36 pagi bersama penyokongnya, Lau Hieng Moon dan pencadangnya, Lau Hieng Yueh.", "Sementara itu, calon DAP, Roderick Wong Siew Lead tiba bersama penyokongnya, Yew Tai Hui dan pencadangnya, Wong Ling Biu di pusat Penamaan calon pada jam 8.50 pagi." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/riot-ditentang-psb-dap-dan-bebas-di-serian
[ "SERIAN: Parlimen Serian menyaksikan pertembungan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini dengan penyandangnya, Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS) berdepan calon daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan seorang calon Bebas.", "Riot bersama ribuan penyokongnya tiba di pusat penamaan calon di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Serian sekitar jam 8.25 pagi, sambil diiringi pencadang dan penyokongnya masing-masing Maclaine Ben @ Martin Ben dan John Ilus.", "Sebelum itu, Elsiy merupakan yang pertama tiba di pusat penamaan calon pada 7.30 pagi bersama pencadangnya Peter Tajak dan penyokong Vincent Tingang.", "Pengumuman calon dibuat oleh pegawai pengurus pilihan raya Lim Hock Meng pada jam 12.23 tengah hari selepas tiada penolakan calon ketika waktu bantahan dibuka.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/aaron-dicabar-empat-calon-di-kanowit
[ "KANOWIT: Penyandang kerusi Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang dicabar empat calon iaitu seorang dari Pakatan Harapan dan tiga calon Bebas pada Pilihan Raya Umun Ke-15 (PRU15) ini.", "Aaron, 64, yang menjadi ahli Parlimen Kanowit selama empat penggal sejak 2004 dicabar oleh Mohd Fauzi Abdullah @ Joseph Nyambong, 61, mewakil Pakatan Harapan (PH) manakala tiga calon Bebas ialah Dr. Elli Luhat, 65, Chen Nyuk Fa, 60, dan Michael Lias, 61.", "Terdahulu, beliau diiringi pencadang Penghulu Ugap Seribu dan penyokong, Penghulu Ron Ugai serta kira,-kira hampir 1,000 penyokong yang tiba di luar perkarangan pusat penamaan calon di Dewan Suarah Kanowit pada jam 9.00 pagi diikuti Proses penamaan calon PRU15 diadakan dalam suasana aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. ", "Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Kanowit, Jackeline August@Jahar mengesahkan lima calon akan bertanding di Parlimen Kanowit pada jam 12.40 tengah hari tadi.", "\"Setelah membuat semakan semua kertas penamaan calon, saya berpuas hati memutuskan kelima-lima calon tersebut layak untuk bertanding pada PRU15 ini,\" katanya.", "Berdasarkan jumlah pengundi yang telah dikemas kini oleh pihak SPR kawasan Kanowit mempunyai keseluruhan 30,998 pengundi iaitu merangkumi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah 14,109 dan Machan 16,879.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/pru15-tiga-chalun-berebutka-kerusi-puncak-borneo
[ "KUCHING: Parlimen Puncak Borneo diperebutka tiga chalun entara Gabungan Parti Sarawak (GPS), Pakatan Harapan (PH) enggau Parti Sarawak Bersatu (PSB).\n \nBerindik ari nya, Parlimen Puncak Borneo diperebutka entara Datuk Willie Mongin, 47, (GPS),Diog Dios, 55, (PH) enggau Iana Akam,47, (PSB), ", "Pemutus nya dipadahka Pemesai Pengurus Komiti Pengatur Pengawa Bepilih (SPR)  Parlimen P.198 Puncak Borneo Ranum Bari pukul 12.10 tengahari ba Palan Ngantung Nama Chalun Parlimen Puncak Borneo ba Pejabat Daerah Siburan." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/kelvin-yii-dicabar-voon-dan-tay-di-bandar-kuching
[ "Pertandingan tiga penjuru itu menyaksikan penyandangnya Dr Kelvin Yii dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) ditentang Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan, yang bertanding di bawah tiket Parti Sarawak Bersatu (PSB).", "Pengumuman calon telah dibuat oleh pegawai pengurus pilihanraya Zainab Marzali pada jam 11.48 pagi selepas tiada kertas pencalonan ditolak di Pusat Penamaan Calon di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS)." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/pru15-ismail-sabri-hadapi-dua-pencabar-di-bera
[ "BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhadapan dua pencabar, masing-masing daripada Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) dalam misinya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) .", "Mewakili Barisan Nasional (BN) dalam saingan tiga penjuru itu, Ismail Sabri yang merupakan penyandang kerusi sejak 2004 ditentang calon Abas Awang (PH-PKR) dan Datuk Asmawi Harun (PN-Bersatu).", "Senarai rasmi calon bertanding bagi kerusi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bera Datuk Zaman Azam Mohamet Sarif pada 11.23 pagi di Pusat Penamaan Calon, Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.", "Ismail Sabri yang sedondon berpakaian biru bersama isterinya Datin Seri Muhaini Zainal Abidin tiba di pusat penamaan calon pada pukul 8.55 pagi, ditemani tiga calon BN bagi DUN di bawah Parlimen Bera serta ratusan penyokong parti yang membawa bendera parti sebagai tanda sokongan. ", "Asmawi dan Abas bersama calon-calon DUN parti masing-masing dan penyokong mereka tiba di pusat penamaan itu pada pukul 8.30 dan 8.50 pagi.", "Pada pilihan raya umum 2018, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menang dalam saingan tiga penjuru dengan memperoleh majoriti 2,311 undi, menewaskan calon PKR Zakaria Abdul Hamid yang mendapat 18,499 undi manakala calon PAS Musaniff Ab Rahman memperoleh 8,096 undi. ", "Berdasarkan daftar pemilih sehingga 9 Okt lepas, seramai 77,669 pemilih layak mengundi di Parlimen Bera pada PRU15, melibatkan 73,860 pengundi biasa, tentera dan pasangan (3,521 pengundi), polis dan pasangan (279 pengundi) manakala pengundi luar negara, sembilan.", "Zaman Azam turut mengumumkan pertembungan empat penjuru bagi DUN Guai melibatkan tiga calon wanita iaitu Datuk Sabriah Saidin yang mewakili BN, Nor Hashimahi Mat Noh (PN) dan Noraini Abdul Ghani (PH) serta calon Bebas Jafari Mohd Yusof. ", "DUN Triang pula menyaksikan penyandang Leong Yu Man daripada PH akan menentang Yee Cheng Hwa (BN) dan Muhammad Izzuddin Zulkifli (PN).", "Sementara itu, DUN Kemayan menyaksikan persaingan satu lawan satu melibatkan calon BN Khaizulnizam Mohamad Zuldin dan calon PN Shapuan Hussain, selepas borang pencalonan wakil PH Manolan Mohamad yang juga Presiden Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia (MOADA) ditolak.", "Pecahan pengundi di DUN di bawah Parlimen Bera ialah 24,412 pengundi bagi DUN Guai, 25,891 pengundi di DUN Triang dan 27, 366 pengundi di DUN Kemayan." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/parlimen-mukah-dan-igan-saksikan-pertarungan-satu-lawan-satu
[ "Bagi Parlimen Igan, calon GPS Ahmad Johnie Zawawi turut berdepan pertarungan satu lawan satu menentang calon PH, Hud Andri Zulkarnaen Hamden." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/pru15-saingan-tiga-penjuru-di-batang-lupar
[ "SRI AMAN: Parlimen Batang Lupar menyaksikan pertembungan tiga penjuru yang terdiri daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.", "Tiba seawal jam 8 pagi di pekarangan Pusat Penamaan Calon (PCC) Batang Lupar di Pejabat Daerah Sri Aman ialah calon PH, Wel @ Maxwel Rojis bersama-sama pencadangnya Beji @ Nyaring Jaban dan penyokong Christopher Keli Lampin.", "Keadaan di PCC semakin meriah dengan kehadiran calon muka baru dari GPS, Mohamad Shafizan Kepli yang tiba pada jam 8.15 pagi diiringi penyokong Awang Najit Awang Sohor dan pencadang Ariffin Takif.", "Kehadiran Shafizan juga diiringi oleh bekas penyandang Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim, Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Mohamad Asfia Awang Nassar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau merangkap Naib Presiden Parti PBB, Datuk Julaihi Narawi, ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor dan ADUN Beting Maro, Razaili Gapor.", "Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Batang Lupar Shariff Bujang mengumumkan pencalonan ketiga-tiga calon yang bertanding berkenaan sekitar jam 12.28 tengah hari di PCC tersebut." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/pertandingan-tiga-penjuru-di-miri-dibayangi-perang-dingin
[ "MIRI: Pertandingan tiga penjuru di Miri, yang menyaksikan pertembungan antara Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan Pakatan Harapan (PH) turut disertai pembangkang tempatan Parti Sarawak Bersatu (PSB). ", "Pengurus Pilihan Raya Miri, Abdul Rahman Taupek mengumumkan ketiga-tiga calon yang bertanding pada jam 12.35 tengah hari selepas menunggu panggilan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pusat sejak jam 9.45 pagi.  ", "Calon GPS Jeffery Phang Siaw Foong, 48, seorang arkitek yang juga bekas arkitek Majlis Perbandaran Miri (MPM), bakal ditentang calon PH peguam muda Chiew Choon Man, 31, dan calon PSB, Datuk Lawrence Lai, yang juga seorang peguam dan bekas Datuk Bandar Miri dari tahun 2010 hingga 2016.", "Phang dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang paling awal tiba di pusat penamaan calon di Dewan Intrim Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri, pada jam 8.45 pagi, bersama penyokong Julaihi Ahmad dan pencadang Lau Kiu Kiong, serta menyerahkan borang pencalonannya pada jam 9.01 pagi.   ", "Manakala Chiew dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba di pusat penamaan pada jam 8.45 pagi, bersama pencadang, Wong Fui Kian dan penyokong Ang Siew Loong, menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.03 pagi. ", "Calon PSB, Lawrence Lai Yew Son, 62, tiba di pusat penamaan pada jam 8.50 pagi bersama pencadang Lesli Ting dan penyokong Erick Chin, menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.06 pagi. ", "Di sebalik pertandingan musuh tradisi antara SUPP dengan PKR, pertandingan tiga penjuru kali ini dibayangi ‘perang dingin’ di antara calon SUPP dengan calon PSB, kerana Lai merupakan Datuk Bandar Miri, manakala Phang merupakan ahli Majlis (kaunselor) sepanjang tempoh perkhidmatannya, dengan, kedua-dua mereka pastinya mengetahui kekuatan masing-masing.", "Selain itu, Lai juga merupakan bekas naib pengerusi Cawangan Piasau pada 1999, sebelum meninggalkan SUPP selepas meletak jawatan pada Ogos, 31 2021. Beliau menyertai PSB pada Januari tahun ini.  ", "Manakala Chiew, yang merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak, merupakan muka baharu yang diturunkan PKR bagi menggantikan penyandang kerusi Dr Michael Teo yang tidak dicalonkan semula bagi memberi laluan kepada golongan muda PKR. \n  \nLebih menarik, ketiga-tiga yang calon yang bertanding bagi kerusi Miri, kali ini, merupakan percubaan pertama mereka untuk merebut kerusi parlimen ini yang mempunyai 80,524, berdasarkan daftar pengundi 2018, dengan majoriti kaum Cina." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2022/11/05/pru15-ali-biju-dicabar-calon-gps-dan-ph-di-saratok
[ "SARATOK: Penyandang kerusi Parlimen Saratok, Datuk Ali Biju bakal ditentang oleh dua calon oleh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.", "Nama-nama calon bertanding tersebut diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Saratok, Haron Mahidi di Dewan Sri Krian Saratok pada jam 12.20 tengah hari.", "Dianggarkan lebih 3,000 orang penyokong dari ketiga-tiga parti bertanding telah membanjiri pekarangan pusat penamaan calon Parlimen Saratok, seawal jam 8 pagi.", "Terdahulu, dalam PRU14 yang lalu dalam pertandingan satu lawan satu, Datuk Ali Biju yang mewakili PKR memenangi kerusi Parlimen Saratok dengan undi sebanyak 11,848 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Subeng Mula mendapat 10,859 undi." ]